"Tonton versi video di sini\n\nMatematik Tambahan mungkin satu \u2013 satunya subjek yang disepakati secara ijmak oleh semua pelajar aliran sains sebagai subjek yang paling memeningkan dan susah.\n\nPening sebab dalam kelas ternganga, bila buka buku tak faham apa, dan bila buat latihan tak tahu nak mula macam mana.\n\nKurang \u2013 kurang tulis je la balik soalan tu\n\nDan susah sebab markah periksa lagi sikit dari jumlah jari tangan dan jari kaki. Kalau waktu tingkatan satu sampai tiga kita biasa dapat A dalam matematik, abang dia matematik tambahan boleh saja membuli dan menjatuhkan air muka kita..\n\nDalam subjek matematik tambahan sendiri ada topik yang lagi susah dari yang lain, jadi artikel ini senaraikan tiga topik matematik tambahan yang paling susah!\n\n3) PEMBEZAAN / DIFFERENTIATION\n\nPembezaan atau differentiation sebenarnya tidaklah susah sangat. Tapi ia sukar difahami pada pertama kali kita diperkenalkan sebab ia mengajar satu konsep baru dalam matematik. Ia ubah cara kita pandang matematik, dan cara kita pandang dunia.\n\nPembezaan adalah pengenalan awal kita kepada kalkulus. Apa tu?\n\nMudahnya, cuba kita tengok garisan ini. Kalau cikgu suruh kita cerita pasal garisan ni, apa kita jawab?\n\nhai\n\n\u201cNak cerita apanya cikgu, ini contengan lah. Cerita pasal kawan sebelah saya ni bolehlah, semalam Aisyah clash dengan dia.\u201d\n\nTapi dengan kalkulus kita disuruh mengorek cerita garisan ni, dengan bahasa matematik!\n\nApa persamaan yang lahirkan garisan ni? Apa nilai maksimum dan minimum? Apa kadar kecerunan, kadar perubahan? Ini cerita \u2013 cerita yang kita boleh korek daripada satu garisan yang kita anggap lekeh ni, dengan menggunakan bahasa pembezaan.\n\nLagi seronok dari cerita Badang\n\nEh, matematik ni bukan tambah tolak darab bahagi je ke?\n\nTapi mujur pembezaan ni bukanlah susah, senang je nak selesaikan. Formula pun tak banyak. Cuma perlu hadamkan jadual ini je.\n\nSenang je\n\n2) PERSAMAAN KUADRATIK\n\nAlahai persamaan kuadratik. Ini bab yang paling awal yang buat manusia menyerah kalah dengan matematik tambahan. Sebab apa bab ini susah? Mari kita berkenalan dulu dengan persamaan kuadratik.\n\nBentuk umum persamaan kuadratik adalah\n\nb dan c boleh bersamaan 0\n\nDan ini pula bentuk graf yang dihasilkan oleh persamaan itu.\n\nCik adik, kalau a pada muka cik adik lebih dari kosong, mesti lagi manis.\n\nTadi kita ada sebut tentang cerita dan masalah yang kita kena analisa berdasarkan garisan yang kita anggap tak istimewa ni. Hakikatnya masalah yang kita kena analisa berdasarkan satu persamaan kuadratik adalah cukup panjang dan kompleks, mengalahkan drama Korea. Kot. Saya tak tengok drama Korea.\n\n\u201cApa hang kata?\u201d\n\nUntuk satu persamaan kuadratik, permasalahan yang perlu dikeluarkan dan diselesaikan:\n\nPeta minda persamaan kuadratik\n\nAi banyaknya masalah dari satu persamaan. Rasanya kehidupan berumah tangga pun tak banyak masalah macam ni (ditulis sebelum kahwin, nanti lepas kahwin kena semak balik)\n\nJadi topik ini sebenarnya suruh kita buka mata dan hargai perkara yang kita rasa mudah. Garisan ringkas macam ini pun ada banyak penceritaan kalau kita mahu analisa.\n\n1) PENGAMIRAN / INTEGRATION\n\nAstaghfirullah. Pengamiran.\n\nTopik ini bukan setakat susah waktu SPM, tapi jadi igauan dan mimpi ngeri di Universiti.\n\nYang faham faham lah\n\nPengamiran ini apa? Ringkasnya, ia adalah versi terbalik pembezaan. Kita ambil lengkungan tadi.\n\nSekarang, katakan kita mahu cari keluasan lengkungan tersebut, macam mana kita nak buat? Bentuk dia tak sekata, jadi kita tak boleh gunakan formula mencari keluasan petak, atau bulatan, atau segi tiga yang kita tahu.\n\nJadi, apa yang kita boleh buat adalah dengan melukis beberapa bentuk petak untuk menganggar secara kasar luas lengkung tersebut. Ye lah, sebab keluasan petak kita senang cari. Ini permulaan yang baik, tapi masalahnya, banyak kawasan yang tak termasuk dalam pengiraan.\n\nJadi kita pun tambahkan lagi bilangan petak. Keluasan jadi makin tepat. Dan kita tambah lagi, sampailah keluasan lengkung jadi makin lama makin tepat.\n\nmenambah petak untuk kira keluasan\n\nDan bila kita kecilkan keluasan petak tersangat \u2013 sangatlah kecil, kita akan dapat satu nilai keluasan yang tepat. Kemudian bolehlah kita jadikan ia satu formula matematik yang kita panggil pengamiran.\n\nFormula pengamiran vs pembezaan\n\nJadi pengamiran ni nombor satu pada tahap kesusahan sebab formula dia lagi pening dan leceh berbanding pembezaan?\n\nBukan tu je!\n\nPengamiran susah sebab ada banyak cara pengamiran.\n\nBukan saja cara \u2013 cara pengamiran ini kompleks dan melangkau beberapa disiplin matematik macam trigonometri dan nombor kompleks, kebiasaannya cara \u2013 cara pengamiran yang banyak itu hanya boleh digunakan pada masalah tertentu dan tidak yang lain!\n\nJadi anda perlu tahu cara gunakan teknik pengamiran, dan bila nak gunakannya, dan untuk masalah yang mana satu, dan yang penting, tak boleh cuai!\n\nMaka layaklah pengamiran dinobat topik matematik tambahan paling susah.\n\n\u201cTak tau nak bangga ke tak\u201d \u2013 En Pengamiran\n\nKesimpulan\n\nKesimpulannya, ada beberapa topik matematik tambahan yang susah berbanding yang lain. Mungkin senarainya berbeza untuk setiap orang. Mungkin ada orang yang tak anggap matematik ni macam makan biskut untuk mereka (Aiman). Jadi, ketahui mana satu yang kita lemah, dan fokus untuk menguasainya.\n\nAtau tinggalkan soalan tu waktu periksa, fokus dulu yang lain." "Kedai pemotong rambut mana yang anda mahu pergi?\n\nJawapan:" "Waktu tahun ketiga Universiti kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk selesaikan projek semester tersebut. Mulanya saya macam biasa lah, tak kisah sangat kumpulan mana dapat. Kumpulan kali ni saya seorang Melayu, seorang China dan 3 orang Mat Saleh. Bagus juga bahagi kumpulan rawak ni, boleh buat member baru.\n\n\u00a0Tapi rupa \u2013 rupanya tekaan saya salah. Rupa \u2013 rupanya kumpulan tak dibahagi secara rawak, tapi berdasarkan markah yang diperoleh semester lepas. Maksudnya, kumpulan saya semuanya dapat markah yang lebih kurang, err. biasa \u2013 biasa. Dan geng \u2013 geng first class dikelompokkan bersama sesama mereka.\n\nMaka apa yang berlaku adalah macam yang dijangka. Geng \u2013 geng first class kekal dapat markah yang tinggi dan kumpulan \u2013 kumpulan markah biasa \u2013 biasa macam kami kekal dengan . markah biasa \u2013 biasa.\n\nTimbullah rasa tak puas hati. Bukan tujuan datang universiti nak belajar ke? Nak belajar dengan lecturer, nak belajar dengan kawan coursemate yang pandai \u2013 pandai. Sebahagian coursemate first class ada yang dah kerja industri, yang dah tau selok belok buat report, dan dah dilatih dengan prosedur engineering design. Maka kalau mereka diasingkan oleh universiti daripada kumpulan kitorang yang tak banyak ilmu dan pengalaman, semata \u2013 mata untuk bentuk satu kumpulan elit yang akan skor tinggi dalam assignment, macam mana kami di bawah nak belajar dan perbaiki keputusan kami?\n\nMemanglah kumpulan mereka \u2018elit\u2019, sebab memang mereka dari awal dah bagus!\n\nTapi sebenarnya bila difikirkan balik, persoalan yang tengah difikirkan ni juga terpakai dengan sistem pendidikan yang kita lalui berbelas \u2013 belas tahun. Iaitu pembezaan sekolah \u2018elit\u2019 dan \u2018sekolah biasa \u2013 biasa\u2019. Apa hakikat perbezaan antara dua jenis institusi pendidikan ni?\n\nTapi macam mana kita nak nilai klaim bahawa \u2018Sekolah SBP dan MRSM lagi baik berbanding sekolah SMK\u2019?\n\nPertama sekali, kita dihadapkan dengan masalah fundamental bahawa secara individu, mustahil untuk kita bandingkan secara mutlak antara kedua \u2013 dua jenis sekolah ni. Sebab kita tak boleh hidup dua kehidupan serentak, satu di SBP, dan satu di SMK (duhh). Maka apa yang kita boleh bandingkan adalah mungkin pembelajaran kita di SMK waktu tingkatan 1 sampai 3, kemudian pembelajaran kita di SBP waktu tingkatan 4 sampai 5. Tapi mana kita tau kot kalau kita terus belajar di SMK sampai tingkatan 4 dan 5 sama je pembelajaran kita? Kalau kita skor straight A waktu di SBP, mana kita tahu kita tak akan jua skor straight A di SMK?\n\nItu belum lagi bila kita masukkan juga faktor lain, tingkatan 4 tu kebetulan cikgu yang kita suka ajar kita, orang yang buli kita dah pindah, sekolah kita dapat pertolongan kewangan menteri dan construction bising buat longkang 200 m dari kelas kita dah habis. Ini semua jadikan perbandingan terus antara kehidupan SBP dan SMK kita amat sukar jika tak mustahil. Kita bukan hidup sebagai alat uji kaji makmal.\n\nJadi sebenarnya apabila dibuat perbandingan SBP dan SMK, ia adalah berpandukan elemen pihak ketiga. Testimoni orang, apa kita baca dalam surat khabar dan yang paling besar sekali, keputusan peperiksaan awam.\n\nUmumnya, semua orang pasti setuju bahawa MRSM dan SBP secara umumnya peroleh keputusan SPM yang lagi baik berbanding SMK. Jadi terjawablah persoalan kita, betul? \u201cSekolah SBP dan MRSM lagi baik berbanding sekolah SMK sebab keputusan SPM sekolah \u2013 sekolah elit tu lagi tinggi\u201d.\n\nTapi nanti dulu, kalau macam tu, kenapa boleh wujud pelajar \u2013 pelajar SMK yang cemerlang teruk dalam SPM? 13, 14 A+. Malah kadang \u2013 kadang lagi dahsyat daripada pencapaian pelajar SBP dan MRSM dalam sejarah.\n\nMaka ini membawa kita kepada cerita asal saya tentang pelajar elit tadi. Sekolah SBP dan MRSM boleh skor cemerlang dalam SPM sebab yang dimasukkan belajar dalam institusi \u2013 institusi tersebut memang dah cemerlang dari awal. Mereka ambil talent pool daripada sekolah \u2013 sekolah SMK dan meninggalkan pelajar yang kurang berkemahiran pelajar tinggal di sekolah \u2013 sekolah tersebut. Kecuali untuk beberapa pelajar special case yang mungkin tiada rezeki ke SBP atau memang sengaja pilih untuk kekal di SMK.\n\nJadi ini membawa kita kepada kesimpulan awal \u201cBukan sekolah yang tentukan kecemerlangan pelajar \u2013 tapi pelajar itu sendiri\u201d Pelajar yang memang cemerlang akan cemerlang tak kiralah di SMK atau SBP atau UM atau Sheffield.\n\nPernyataan ini jugak bermasalah. Sebab kita tau sekolah \u2013 sekolah top ni ada fasiliti \u2013 fasiliti yang mantap (tak berapa apply pada sekolah saya kot, haha). Jadi fasiliti \u2013 fasiliti ini dah pasti dapat hasilkan output pelajar yang lagi baik berbanding sekolah miskin, betul?\n\nEmm. ada kebenaran, tapi tak berapa tepat. Pertama, sebab ini cuma nilaian aspek material, dan kedua, Ia bergantung pada pelajar itu sendiri juga sebenarnya. Bagilah mai makmal world class, perpustakaan 8 tingkat, aplikasi blackboard tahap batcave pun, kalau member nak tuang kelas main Dota, tak jadi jugak.\n\nTapi sekolah itu sebenarnya boleh dinilai baik atau buruk, lemah atau kuat, berdasarkan faktor by design dan by premise. Apa yang sekolah tu nak capai, dan apa matlamat utamanya, berdasarkan premis dan identiti yang membentuk sekolah tersebut.\n\nMacam mana contoh sekolah yang berbeza by design and premise? Contohnya Maahad Tahfiz premis utamanya adalah melahirkan pelajar yang hafaz Quran. Maksudnya tak ada mak ayah yang letak anak belajar Tahfiz untuk hafal Das Capital. Begitu juga semacam sekolah agama dan MRSM Ulul Al bab. Premis mereka adalah keseimbangan nilai agama dan keilmuan \u2018sekular\u2019.\n\nDengan kata lain, sekolah yang baik, menurut pandangan saya, adalah sekolah yang miliki acuan yang baik, yang dibentuk secara by design oleh premis dan objektif awal. Semua pelajar satu Malaysia, tak kira cemerlang atau tak, akan melalui SPM. Tapi tak semua akan dapat peluang lalui acuan yang baik.\n\nDan dengan acuan yang baiklah saya percaya dapat melahirkan satu natijah yang paling besar dan paling sukar diperoleh oleh kesemua institusi di dunia. Bi\u2019ah Solehah. Saya percaya, pengalaman melalui budaya dan suasana Bi\u2019ah Solehah lebih berharga daripada sekalian \u2018A+\u2019 dalam dunia.\n\nAsasnya, mesej yang saya cuba nak sampaikan adalah jangan terlampau obses dengan perbandingan keelitan sekolah yang anda diberi rezeki lalui. Jika anda tak dapat rezeki ke SBP atau MRSM atau sekolah \u2018elit\u2019 yang lain, jangan rendah diri dan jadikan seolah \u2013 olah itulah penentu nilaian diri anda. Jika anda lepasan sekolah \u2018elit\u2019, jangan sombong dan menganggap rezeki akan jatuh ke riba.\n\nBegitu juga, saya beranggapan pemilihan sekolah dan institusi pendidikan yang baik sepatutnya tak berdasarkan keputusan SPM semata \u2013 mata. Perlu dinilai identiti dan premis sekolah tersebut, walaupun mungkin belum terkenal. Dan paling utama, sekolah yang memiliki Bi\u2019ah Solehah adalah satu nikmat." "Keputusan STPM tahun ini lagi cemerlang dari tahun lepas.\u00a0(STPM) 2017 meningkat dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional naik kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.\n\nTapi biasalah, setiap kali keputusan peperiksaan awam besar diumumkan, kita tak minat sangat nak tahu statistik, nombor \u2013 nombor. Kita sama ada nak tahu anak penakan kita berapa A, atau sekolah lama kita dulu nombor berapa dalam senarai. Walaupun dah 30 tahun tinggal sekolah.\n\nJadi inilah senarai 10 sekolah terbaik STPM 2017, dengan sumber dari Harian Metro" "Tonton versi video di sini\n\nPelajar Malaysia dengan periksa memang dah macam kacang dengan kulit. Mana tidaknya, peperiksaan bermula sejak darjah satu! Sekurang \u2013 kurangnya kita hadapi periksa 4 kali setahun. Bermakna jika anda ambil SPM, anda sudah ambil periksa paling kurang 40 kali.\n\nBanyak tu!\n\nTapi tak cukup lagi, sebab anda akan hadapi lagi peperiksaan \u2013 peperiksaan pra \u2013 uni, diploma, A \u2013 level dan sewaktu ambil sarjana 3 ke 5 tahun.\n\nDalam berpuluh \u2013 puluh peperiksaan yang kita ambil itu pula ada beberapa peperiksaan besar peringkat kebangsaan semacam UPSR, PMR (sebelum diganti PT3), dan SPM. Peperiksaan seragam peringkat antarabangsa pula seperti A \u2013 level dan International Baccalaureate.\n\nPeliknya, kalau ditanya semua orang apa perkara paling dibenci waktu zaman sekolah, pasti peperiksaan akan dapat sekurang \u2013 kurangnya senarai tiga teratas. Sistem yang dibenci secara ijmak ini bagaimanapun diteruskan tanpa ada isyarat akan dihentikan dalam masa terdekat.\n\nMaka berkumandanglah soalan berikut setiap kali beberapa hari sebelum peperiksaan:\n\n\u201cKenapa kita periksa?\u201d\n\nDari Mana Datang?\n\nUntuk menjawab soalan kenapa, biasanya kita kena telusuri dulu sejarah dan cerita panjang soalan kita. Dalam kes peperiksaan, kena tahu dari mana datang, sejak bila?\n\nSejarawan jejak sistem peperiksaan ini berasal dari China. Ya, China. (Patutlah stereotaip asian genius tu wujud)\n\nDari awal abad ke \u2013 7, Kerajaan China bentuk satu peperiksaan awam bernama Keju. (Tak, tak ada lawak pasal susu terfermentasi tu. Artikel ini ada standard)\n\nTujuan peperiksaan ini, adalah untuk lahirkan penjawat awam yang berkedudukan tinggi, supaya dapat berkhidmat dengan maharaja.\n\nSistem peperiksaan ini pula sangat susah, dan sangat penting sebab ujian inilah yang akan tentukan masa depan, kedudukan hierarki dalam masyarakat dan gaji. Lantaran kepentingan untuk berjaya dalam peperiksaan ini, lahirlah lah pula aktiviti peniruan dalam peperiksaan. Macam sekaranglah, penulis tak buat lah tapi.\n\nCuma bezanya, orang yang kena tangkap meniru, boleh kena hukum bunuh di situ juga. Kalau Kementerian Pendidikan buat sistem gini sekarang entah berapa lama entah kena kecam netizen.\n\nDalam dunia Islam pun ada sistem ujian sebenarnya, contohnya cikgu \u2013 cikgu yang akan menguji hafazan Quran anak murid. Dalam bidang hadis pula, di Kairouan, pelajar yang lepasi pendidikan dan ujian hadis akan diberi sijil bernama Bil Haq al \u2013 Riwayah yang bermaksud \u2018kebenaran untuk meriwayatkan hadis\u2019\n\nPernah dengar tak istilah Bil Haq al Riwayah ni? Macam biasa dengar pula kan? Menurut Dr Bilal Philips, istilah Bil Haq al Riwayah kemudian dipinjam orang Barat dan diubahsuai menjadi Baccalaureate.\n\nJadi untuk pelajar International Baccalaureate, ini asal usul Diploma pelik \u2018pressure cooker\u2019 yang anda ambil dua tahun tu.\n\nMaka sistem peperiksaan ini sebenarnya berasal dari Timur, hanya pada abad ke \u2013 19 lah Barat mula guna pakai sistem ini.\n\nKelakarnya, beberapa abad kemudian, semua orang Timur pula kemudian guna pakai pula model \u2018peperiksaan Eropah\u2019.\n\nIni adalah kes klasik cikgu yang menjadi anak murid.\n\nDi Malaysia pula, peperiksaan besar peringkat negara bukanlah sesuatu yang lama. Ia sistem yang agak baru apabila diwujudkan pada tahun 1980 \u2013 an. SPM peringkat seluruh Malaysia pula bermula pada tahun 1987.\n\nKenapa Periksa?\n\nJadi kita sudah bincangkan sedikit tentang sejarah periksa. Bolehlah kita mula menjawab soalan kenapa kita periksa.\n\nAda\u00a0 2 dimensi jawapan untuk soalan ini, ada jawapan mudah, dan jawapan yang mendalam, menyentuh tentang sistem.\n\nVersi mudahnya, peperiksaan digunakan untuk mengukur perkembangan pelajar. Macam mana nak tau pelajar belajar sesuatu dan bukan menganga tengok halkum cikgu? Kita beri dia ujian. Kalau pelajar tu boleh jawab, kita tahulah dia belajar.\n\nUjian juga boleh tolong kita untuk tolong pelajar dalam akademik. Kalau dia gagal dalam ujian sains, boleh lah kita tahu yang dia lemah sains. Maka boleh lah kita beri dia intervensi.\n\nItu jawapan mudah yang biasa kita dengar, iaitu berkisar tentang anak murid. Tapi sebenarnya sistem peperiksaan ini pergi lagi dalam, apabila ia bermain dalam arena negara dan dunia.\n\nSistem peperiksaan berkembang dahsyat sebab nak memenuhi permintaan revolusi industri yang seolah \u2013 olah memarketkan sistem pendidikan. Timbul di sini satu watak utama yang baru dalam perbincangan kita \u2013 data.\n\nAntara fungsi sistem peperiksaan adalah nak membolot sebanyak mungkin data akademik pelajar, sebagaimana model syarikat korporat yang nak membolot sebanyak mungkin data pelanggan dan bakal pelanggan.\n\nJadi macam mana orang atasan nak dapatkan data sebanyak mungkin?\n\nRasanya kita semua pernah alami sendiri jawapan dia, ia dengan mereka kumpulkan puluhan ribu pelajar dari seluruh negara, suruh mereka beramai \u2013 ramai ambil satu peperiksaan besar \u2013 besaran yang standard, semua orang jawab set soalan yang sama, dan berpusat \u2013 biasanya di bawah kawalan dan seliaan Kementerian Pendidikan negara tersebut.\n\nJadi kerajaan (atau badan swasta) nak kumpulkan sebanyak mungkin data pendidikan pelajar. Tapi data pendidikan yang macam mana?\n\nCerita tentang pelajar Tingkatan 5, Abu tolong kawan dia belajar fizik pukul 3 pagi? Cerita tentang Minah gagal matematik banyak kali tapi tak pernah berhenti jumpa cikgu?\n\nData mestilah senang dikira, objektif, kuantitatif dan kompak. Cerita \u2013 cerita di atas, walaupun menyentuh hati, tak boleh dimuatkan dalam sijil. Jadi semua nilai pendidikan perlu dikecilkan dalam bentuk abjad: A B C D dan nombor : CGPA 3.5 atau 4.0 dll.\n\nJadi apabila dah dapat banyak data yang boleh dikira ini, apa yang boleh dibuat? Banyak. Data tersebut boleh dianalisi, diproses, dan distatistikkan untuk:\n\nMaksudnya banyaklah faedah peperiksaan ni! Mesti tak ada orang komplen kan? Mesti yang merungut kata peperiksaan ni tak baguslah, stress, rosakkan nilai pendidikan, ini semua mengada \u2013 ngada je betul? Memanglah banyak kau orang merungut, sebab gagal periksa, kan?\n\n..\n\nMasalah Sistem Peperiksaan\n\nSebenarnya masalah dengan sistem peperiksaan memang banyak dibincang dan ditulis dalam buku dan jurnal akademik. Siap ada gerakan lagi yang nak minta dibatalkan langsung sistem peperiksaan peringkat kebangsaan.\n\nKrisis dengan sistem peperiksaan ini adalah pada 3 dimensi:\n\nPeperiksaan sangat ditakuti oleh pelajar sebab sifatnya yang \u2018high stake\u2019. Peperiksaan yang kita ambil mungkin sekali saja seumur hidup digunakan untuk tentukan masa depan, masuk universiti mana, kerja apa, biasiswa berapa, jumlah hutang, jadi mana tak tertekan?\n\nMasalah tekanan periksa sangat menjadi \u2013 jadi di negara Asia semacam China, sampai ada fenomena exam fever, iaitu kemurungan yang melampau bila menjelang peperiksaan, hinggalah membawa pada membunuh diri.\n\nPeperiksaan juga bertanggungjawab mengecap cap \u2018gagal\u2019 dalam kalangan budak \u2013 budak berumur seawal 7 ke 8 tahun. Dan ini sudah pasti akan datangkan masalah psikologi apabila mereka meningkat dewasa.\n\nMenarik juga, apabila peperiksaan menghierarkikan pelajar, memisahkan mereka mengikut martabat dan kategori. \u201cTop scorer\u201d akan duduk kelas atas dan \u201clow scorer\u201d duduk kelas bawah. Maka akan wujudlah isu antara dua darjat, top scorer akan terus maju, sedangkan low scorer akan terus corot.\n\nDari segi sistem, lantaran pelajar terdesak dan tertekan nak skor tinggi kerana itulah penentu nilai diri mereka, maka kes meniru makin lama makin teruk. Ye lah, orang kampung pun tak kisah faham atau tidak apa yang mereka belajar, yang paling penting berapa A dalam sijil. Maka baik meniru je asalkan tak kena tangkap, kan?\n\nDan sebab keputusan peperiksaan sangat \u2013 sangat dipandang penting, timbul banyak bisnes tuisyen semata \u2013 mata untuk bantu skor periksa. Itu saja tujuan penubuhan mereka.\n\nDan kewujudan buku \u2013 buku pelik macam buku skema jawapan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dalam buku tu memang tiada lain melainkan beratus \u2013 ratus soalan, skema jawapan, markah jawapan, tahun soalan tu pernah keluar periksa. Buku inilah yang pelajar pegang tiga hari sebelum periksa, dihafal, ditekap atas kepala dan tasmik!\n\nPeperiksaan juga mengusutkan nilai pelajar menjadi semata \u2013 mata gred dan nombor. Apabila setiap kali lepas periksa orang kampung akan bertanya \u2018berapa A\u2019 atau \u2018berapa CGPA\u2019. Mereka tak bertanya seronok atau tidak belajar, subjek mana paling suka, atau cikgu mana yang paling mereka sayang.\n\nBagaimanapun yang paling merisaukan adalah kesan peperiksaan terhadap pembelajaran dan ilmu.\n\nKita bukan lagi belajar kerana ilmu, tapi kerana periksa dan terpaksa.\n\nKita belajar untuk cari cara memaksimakan markah periksa, bukan untuk memahami ilmu.\n\nKita menghafal ilmu untuk dimuntahkan balik dalam peperiksaan. Bila habis periksa, kita lupa semua.\n\nDan kita abaikan semua ilmu yang tak ada dalam periksa. Kita tekan suis tutup bila cikgu kata \u2018ini tiada dalam periksa\u2019.\n\nKesimpulan\n\nApabila dikorek, pasti kita akan kesan 1001 masalah dengan sistem periksa. Namun hakikatnya walau sebanyak mana pun masalah dengan sistem tersebut, ia sukar dipertikai dari segi praktikalnya. Tambahan pula, amat sukar untuk kita datangkan satu sistem baru berskala besar untuk ganti daya komprehensif dan pragmatik sistem peperiksaan.\n\nNamun ada satu cara mudah untuk kita semua, selaku pelajar, untuk buat, dan kena buat.\n\nJangan meniru.\n\nKerana walau sesusah manapun soalan, walau berapa banyak kali pun kita gagal, walau sebesar manapun harapan mak ayah nak tengok kita skor, jangan sekali \u2013 kali meniru.\n\nSebab walau seberapa banyak pun sistem pelajaran kita berubah, akan ada satu kebenaran yang tak akan bertukar.\n\nIlmu itu datang dari Allah, dan Allah lah yang akan jadi penguji akhir dan pemberkat ilmu kita." "Untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, beberapa nasihat untuk anda:\n\n1) Bila sampai ke luar negara, terus cari masjid dan surau. Bumikan diri anda dengan fitrah anda. Tuhan yang sama di Malaysia adalah yang sama juga di UK / Mesir / Australia dll.\n\n2) Jumpa kawan tempatan, cuba cari ruang untuk bercakap tentang belief. Faham apa kepercayaan dan budaya mereka. Perkara ni amat jarang kita buat waima sesama pelajar Melayu / Cina / India di Malaysia sekalipun. Atau boleh cuba program tandem learning.\n\n3) Cuba cari pengalaman paling berharga yang mungkin anda tak akan dapat di mana \u2013 mana melainkan di tempat belajar anda itu. Di samping belajar dan kejar silibus, kenal pasti juga pengalaman macam mana yang paling \u2019emas\u2019. Kalau saya di UK contohnya, pengalaman paling berharga adalah tengok remaja Inggeris umur 17 tahun peluk Islam depan masjid walaupun tak pernah ada kawan Muslim, tak diajar tentang Islam, dan tak pernah pergi Masjid.\n\nSelamat mencari!" "Alhamdulillah, keputusan SPM 2017 telah diumumkan, dan banyak berita positif yang kita terima. Mungkin ada yang sudah kebas tangan bersalam dengan saudara \u2013 mara yang ucap tahniah, mungkin ada yang dah bingkaikan keputusan pada dinding bilik. Atau mungkin ada yang dah fikirkan \u201capa selepas ini?\u201d\n\nAda beberapa perkara yang boleh dibuat selepas dari anda menerima keputusan SPM tersebut, artikel ini senaraikan lima cadangan yang baik.\n\n1) Sujud syukur, ucap alhamdulillah, dan berterima kasih.\n\nMungkin di sebalik kegembiraan terima antara sijil terpenting hidup anda, anda terlupa untuk bersujud syukur dan bertahmid kepada Tuhan Maha Pencipta yang memberi rezeki kejayaan kepada kita.\n\nBiasalah, manusia kan memang selalu terlupa.\n\nApapun keputusan yang anda dapat, mungkin dijangka, mungkin tak dijangka, ucapkan pujian dan syukur kepada Allah. Begitu juga, jangan lupa berterima kasih kepada sebanyak mungkin cikgu yang mengajar anda (atau tak mengajar), ibu bapa, kawan \u2013 kawan yang berjaga malam ajar kita jawab soalan fizik.\n\nKongsi penghargaan ilmu \u2013 ilmu yang kita peroleh dengan mereka semua \ud83d\ude42\n\n2) Dalami diri, fahami apa nak dicapai dalam hidup.\n\nMungkin sepanjang waktu cuti selepas SPM kita \u2018hadiahkan\u2019 diri kita dengan rehat berbulan \u2013 bulan. Ialah, honeymoon kan? Dah penat lelah belajar untuk periksa SPM dua tahun apa salahnya cuti main Dota, Hearthstone, Mobile Legends, panjat tangga ranking 3 bulan ye dak?\n\nBoleh jadi hati dan minda kita terbeku, keruh dan berkarat disebabkan ke\u2019mandom\u2019an yang begitu lama. Kemudian sekarang tersentak pula dengan kewujudan sekeping ijazah.\n\nJadi, inilah masa untuk kita kembali \u2018berfungsi\u2019 semula, dan memikirkan apa sebenarnya yang kita nak capai dalam hidup.\n\nAdakah aku nak menyumbang kepada masyarakat, adakah aku sebenarnya nak kumpul duit, hidup senang, adakah aku nak cuba segala benda baru yang menarik dalam hidup tanpa kongkongan, adakah aku nak ikut saja \u2018flow\u2019 masyarakat yang selamat dan konsisten, macam mana nak masuk syurga akhirnya.\n\nAdakah aku nak sambung belajar, atau nak terus kerja, atau tunggu dulu nak rehat lagi beberapa tahun? Kalau aku pilih pilihan \u2013 pilihan ini, sebab apa?\n\nIni mungkin soalan \u2013 soalan berat yang kalau boleh kita tak nak tanya. Tapi inilah waktu terbaik untuk anda introspeksi diri anda, tanya soalan \u2013 soalan ini. Cari masa terbaik, mungkin atas sejadah selepas solat.\n\nAda orang yang mungkin umur 30 tahun baru tertanya \u2013 tanya soalan ini. Anda sangat bertuah kalau berfikir tentangnya sekarang.\n\n3) Baca tentang latar belakang kerjaya/ subjek yang diminati waktu belajar.\n\nJika anda sudah miliki cita \u2013 cita dan visi tentang kerjaya atau laluan akademik pilihan, maka saya cadangkan anda baca sedikit tentang latar belakang kerjaya atau subjek yang anda minati tersebut waktu belajar.\n\nBukan apa, sebabnya boleh jadi minat kita dulu datang dari pelbagai punca. Boleh jadi kita minat sebab cikgu yang ajar tu seronok, boleh jadi kita minat sebab tahun tu ada watak drama Korea / Inggeris / Melayu yang mahir dalam bidang tu dan kita rasa terinspirasi.\n\nTapi, kalau kita tak bersedia, boleh jadi kita akan terkejut apabila sifat subjek yang kita pelajari itu berubah 180 darjah. Contohnya ambil Bio sebab tak minat matematik, tapi sudahnya berjela \u2013 jela statistik kena buat. Atau ambil kejuruteraan sebab minat sains tapi entah ke mana \u2018sains\u2019nya.\n\nPembacaan itu pula bukanlah semacam \u2018hafal persamaan Navier Stokes sebab itu silibus tahun dua\u2019. Kalau boleh cuba terokai subjek yang kita sukai itu dari segi falsafah dan sejarahnya.\n\nTaip dalam google \u2018philosophy/ history of engineering/ physics/ biology pdf\u2019 contohnya. Banyak bahan bacaan yang terbaik.\n\nLebih kurang macam nak cari pasangan lah, kalau boleh kita nak tau latar belakang dia, suka makan apa, kenapa dia perangai macam tu, tak cukup sebab kita berkenan sebab terpandang mata je.\n\n4) Kaji Laluan Belajar / Biasiswa\n\nSetelah itu, boleh lah anda mulakan penerokaan memahami laluan belajar anda ke menara gading, yang dah pasti, akan dimulakan dengan asasi / STPM/ STAM / matrikulasi / A \u2013 level / International Baccalaureate dan lain \u2013 lain.\n\nJika anda nak belajar dalam negara, lain laluannya. Kalau anda nak belajar dalam negara, lain juga laluannya.\n\nIni carta alir laluan belajar yang anda boleh tempuhi:\n\nBegitu juga, kaji prospek biasiswa mana untuk diambil. Banyak lah persoalan yang boleh ditanya pasal biasiswa, siapa yang tawarkan, bila, untuk siapa, untuk belajar ke mana, jumlah tajaan, keperluan minimum dan lain \u2013 lain.\n\nRelaks, tenang, jangan gelojoh. Kaji sampai anda puas hati dengan maklumat dan pilihan yang anda buat. Kalau terlepas satu dua tajaan sebab anda ralik mengkaji pun tak apa. Yang penting anda yakin bila mengisi kontrak.\n\nAntara website baik untuk dirujuk adalah: https://afterschool.my/scholarship\n\n5) (Banyak) Tanya Senior\n\nIni mungkin yang paling penting.\n\nPastikan anda banyak bertanya tentang laluan yang anda mahu ambil untuk masa depan anda.\u00a0Hubungi abang kakak yang dah berkerjaya dan dapatkan maklumat mengenai kerjaya mereka dan bagaimana untuk sampai ke sana.\n\nKadang \u2013 kadang ada soalan yang kita malu sebab tanya sebab \u201ceh, macam bodoh je soalan aku ni\u201d. Takpe, tanya je. Kadang \u2013 kadang sesetengah soalan tak akan dapat dijawab walau banyak mana pun kita baca, dan hanya boleh dapat melalui pengalaman mereka yang dah lama dalam bidang / pengajian yang kita minati.\n\nYang paling penting, jangan lupa tanya Allah dalam solat Istikharah. Berseronoklah dengan dimensi baru kehidupan anda selepas SPM ya \ud83d\ude42" "Berikut adalah senarai sekolah terbaik untuk SPM 2017. Penilaian adalah berdasarkan gred purata sekolah (GPS). Senarai dibahagikan kepada tiga sekolah terbaik keseluruhan, 10 sekolah terbaik MRSM dan 10 sekolah terbaik SBP.\n\nSekolah Terbaik SPM 2017\n\nsumber\n\nSekolah MRSM Terbaik 2017\n\nSekolah SBP Terbaik 2017\n\nsumber\n\n*Senarai tertakluk kepada perubahan dan akan dikemas kini masa ke masa." "Tonton versi video di sini\n\nKadang \u2013 kadang, rasa cemburu juga dengan orang \u2013 orang yang kita panggil \u2018genius\u2019.\n\nMerekalah golongan yang kita biasa nampak skor tinggi dalam periksa, hasilkan ciptaan \u2013 ciptaan yang penemuan akademik terbaru, pegang jawatan tinggi akademia, dan dapat jawab soalan cikgu walaupun tidur dalam kelas.\n\nDah pasti, bila kita baca kisah \u2013 kisah kebolehan genius, akan timbul rasa kagum dan akan terbit persoalan \u201cBoleh ke aku ikut kegeniusan mereka ni?\u201d.\n\nMaka artikel ini senaraikan 5 genius dalam sejarah yang miliki kebolehan yang kita mungkin tak mampu ikuti sepanjang hayat.\n\n1. Antonio Magliabechi \u2013 Speed Reader yang Gila Buku\n\nAntonio Magliabechi, tokoh yang hidup pada tahun 1600, merupakan ahli perpustakaan dan dikenali sebagai bibliomania, iaitu seorang yang gilakan buku. Mungkin jenis gila yang paling bagus.\n\nBeliau dikurniakan kebolehan pembacaan buku yang amat laju.\n\nSuatu hari ada seorang penulis buku yang cuba menguji daya ingatan Magliabechi, maka dia bawakan satu manuskrip baru yang tak pernah dibaca dan menyuruh Magliabechi baca. Setelah beberapa ketika dengan serta merta Magliabechi pulangkan, mengesahkan dia dah baca keseluruhan buku.\n\nBeberapa hari kemudian penulis buku tersebut berpura \u2013 pura kehilangan bukunya dan bertanya kalau Magliabechi ingat beberapa perenggan.\n\nMagliabechi kemudian menulis semula keseluruhan buku tersebut dengan sempurna siap dengan titik noktah dan koma, langsung serupa dengan yang asal.\n\nMagliabechi menghabiskan bacaan sebanyak 40 000 dan 10 000\u00a0 manuskrip sepanjang hidupnya. Diceritakan dia akan tidur atas katil yang dikelilingi berjilid \u2013 jilid buku, yang dihabiskan setengah jam setiap satu, hinggalah dia tertidur.\n\n2. Hamka \u2013 Menulis Magnum Opus dalam Penjara\n\nBagi siapa \u2013 siapa yang banyak menulis tentu setuju tempat dan suasana memang sangat penting untuk hasilkan tulisan. Tambah lagi yang menulis tulisan berat dan akademik, semacam thesis atau jurnal akademik.\n\nItulah sebabnya karya Magnum Opus, masterpiece Hamka sangat mengagumkan, sebab ia dihasilkan dalam penjara.\n\nHamka atau Haji Abdul Malik Karim Abdullah adalah antara ulama ulung Nusantara. Beliau difitnah oleh Parti Komunis Indonesia berkomplot membunuh Presiden Soekarno, dan kemudiannya dihumban dalam penjara.\n\n2 tahun dalam penjara, Hamka yang disangkakan akan meringkuk di belakang tiang besi menghasilkan tafsir ulung Nusantara, juzuk 1- 30, 9 Jilid semuanya, sangat berkualiti tinggi, lengkap dengan penjelasan kosa kata, sebab nuzul ayat, munasabat ayat, berbagai \u2013 bagai riwayat hadis sehingga diiktiraf universiti al Azhar itu sendiri.\n\n3. Srivinasa Ramanujan \u2013 Menghasilkan Rumus Matematik dengan Hanya Berimaginasi\n\nRamanujan merupakan seorang ahli matematik ulung India, yang dilahirkan serba kekurangan.\n\nPada waktu muda, beliau mula mencuba \u2013 cuba menghasilkan formula dan rumus matematik sendiri, hanya melalui intuisi. Tapi kebolehannya terkekang dengan kehidupan miskinnya di India, dan tak mampu peroleh pendidikan Universiti.\n\nSatu hari, seorang ahli Matematik England terkenal, G.H Hardy terima satu surat yang mengatakan ini datang dari seorang prodigi matematik. Mula \u2013 mula Hardy tak melayan surat tersebut, kerana beliau sudah banyak dapat surat \u2013 surat yang mengatakan mereka dapat selesaikan rumus \u2013 rumus matematik, tapi hakikatnya mengarut saja.\n\nTernyata Hardy terdetik melihat surat tersebut. Dia kata \u201cOrang yang hantar ini sama ada penipu atau genius\u201d. Setelah 2 jam meneliti Hardy keluarkan keputusan genius.\n\nSebabnya apabila melihat formula \u2013 formula yang ditulis Hardy mengatakan tak ada orang yang boleh berimaginasi hasilkan rumus \u2013 rumus ini. Ternyata penghantar tersebut adalah Ramanujan, dan dia kemudian dijemput belajar di Cambridge.\n\nApa yang menakjubkan adalah Ramanujan kemudian menghasilkan 3000 \u2013 4000 rumus matematik yang ditulis dalam buku nota peribadinya. Kalau orang lain hobi mereka kumpul setem, hobi Ramanujan adalah mengeluarkan 5 \u2013 6 teorem baru setiap hari.\n\n4. Zhang Heng \u2013 Polymath, Multi Genius yang Kuasai Pelbagai Bidang.\n\nDalam sejarah ada segolongan manusia yang istimewa, iaitu yang dipanggil polymath. Mereka adalah multi genius yang kuasai pelbagai bidang ilmu, serta mampu mensintesiskan jaringan ilmu untuk selesaikan masalah kompleks.\n\nMereka adalah golongan yang kita tertanya \u2013 tanya, tidur berapa jam sehari?\n\nDi China terdapat seorang polymath yang terkenal dalam lipatan sejarah, bernama Zhang Heng.\n\nZhang Heng yang hidup pada zaman Dinasti Han merupakan ahli falak, ahli matematik, saintis, jurutera, pereka cipta, ahli geografi, kartografer, artis, penyajak dan sarjana bahasa.\n\nSerius, tidur berapa jam sehari?\n\nAntara sumbangan Zhang Heng seperti seismometer, sfera armilari berkuasa hidraulik, pengiraan nombor pi, teori lunar dan gerhana bulan.\n\nWalaupun berbakat besar, kerajaan China waktu tu nampaknya seperti tak menghargai beliau kerana bergaji kecil. Lebih kurang nasib tenaga akademik kita jugalah nak dibanding dengan gaji artis.\n\n5. Bukhari \u2013 Ingatan yang Tersangat Cemerlang\n\nImam Bukhari, atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail digelar sebagai amirul mukminin dalam bidang hadis, dan juga merupakan penulis sahih Bukhari, kitab yang dianggap kedua paling sahih setelah al Quran.\n\nKekuatan Imam Bukhari merupakan satu tanda kekuasaan Allah. Pada waktu beliau berumur 10 tahun, sudah terserlah kehebatan beliau.\n\nBukhari mengatakan: Aku mulai belajar kepada ad-Daakhili dan ulama lainnya. Suatu saat, beliau membacakan satu hadits di hadapan orang-orang (dengan sanad dari) Sufyan, dari Abu Zubair dari Ibrahim. Maka aku berkata kepadanya, \u201cSesungguhnya Abu Zubair tidak meriwayatkan (hadits) dari Ibrahim\u201d. Ia pun menghardikku. Lantas aku berkata, \u201cCuba telitilah kembali kitab aslinya\u201d. Ia pun memasuki rumah dan meneliti kembali, kemudian keluar dan bertanya, \u201cBagaimana penjelasannya wahai anak muda?\u201d. Aku menjawab, \u201c(Yang dimaksud) adalah Zubair bin \u2018Adi dari Ibrahiim..\u201d. Beliau lantas mengambil penaku dan membetulkan kitabnya, seraya berkata, \u201cEngkau benar\u201d.\n\nKehebatan hafalan beliau juga tampak ketika Ulama Baghdad mendengar akan kedatangan Abu \u2018Abdill\u00e2h ke kota mereka. Dengan sengaja, mereka itu mempersiapkan seratus hadits dan kemudian menukar dan merubah matan dan sanadnya. Mereka menukar matan satu sanad dengan teks hadits yang lain, dan begitu sebaliknya. Setiap orang memegangi sepuluh hadits yang nantinya akan dilontarkan kepada Abu \u2018Abdill\u00e2h sebagai bahan ujian kekuatan hafalannya.\n\nOrang-orang pun berkumpul di dalam majlis. Orang pertama menanyakan kepada Imam al-Bukh\u00e2ri sepuluh hadits yang ia miliki satu persatu. Setiap kali ditanya, Imam al-Bukh\u00e2ri menjawab, sampai hadits yang kesepuluh, \u201cSaya tahu mengenalnya (hadits itu dengan sanad yang disebutkan). Para Ulama yang hadir pun saling menoleh kepada yang lain dan berkata, \u201cOrang ini (benar-benar) paham\u201d. Sementara orang yang tidak tahu tujuan majlis itu diadakan menilai Imam al-Bukh\u00e2ri sebagai orang yang lemah hafalannya.\n\nKemudian tampillah orang kedua, melakukan hal yang sama. Dan setiap kali mendengarkan satu hadits, beliau berkomentar sama, \u201cAku tidak mengenalnya\u201d. Selanjutnya tampil orang ketiga sampai orang terakhir. Dan komentar beliau pun tidak lebih dari ucapan, \u201cAku tidak mengenalnya\u201d.\n\nSetelah semua selesai menyampaikan hadits-haditsnya, Imam al-Bukh\u00e2ri menoleh ke arah orang pertama seraya meluruskan, \u201cHaditsmu yang pertama mestinya demikian, yang kedua mestinya demikian, yang ketiga mestinya demikian, sampai membenarkan hadits yang kesepuluh. Setiap hadits beliau satukan dengan matan-matannya yang benar. Beliau melakukan hal yang sama kepada para \u2018pengujinya\u2019 lainnya sampai pada orang yang terakhir. Akhirnya, orang-orang pun betul-betul mengakui akan kehebatan hafalan beliau" "Cikgu sekolah di Ghana yang tular di media sosial dan arus perdana baru \u2013 baru ini dihadiahkan habuan yang amat setimpal.\n\nKisah beliau yang mengajar anak murid perisian Microsoft Word di atas papan hitam kerana ketiadaan komputer di sekolah menyentuh hati jutaan orang yang terinspirasi akan kecekalan guru tersebut mengajarkan ilmu.\n\nRichard Appiah Akoto, 33, yang merupakan guru Informasi dan Teknologi Komunikasi (ICT) di\u00a0Betenase M/A Junior High School di bandar Sekyedomase, lebih kurang sejauh perjalanan dua jam setengah dari bandar kedua Ghana, Kumasi.\n\nSekolah tersebut tidak miliki komputer walaupun sejak 2011, pelajar 14 dan 15 tahun dikehendaki lulus dalam peperiksaan peringkat kebangsaan yang menyertakan subjek ICT sebagai silibus.\n\nKisah Akoto mendatangkan inisiatif dari pelbagai pihak untuk mendermakan komputer kepada sekolah tersebut.\n\nPenderma dari University of Leeds, UK mendermakan laptop yang baru dan diikuti oleh 5 komputer desktop dan 1 laptop peribadi untuk Akoto daripada NIIT, sekolah latihan komputer di Ghana.\n\nRamai yang menamakan Akoto sebagai \u2018Guru Kebangsaan Terbaik\u2019, satu anugerah tahunan untuk guru yang menawarkan hadiah rumah tiga bilik di mana lokasi yang dikehendaki.\n\nsumber" "Tonton versi video di sini\n\nAnda minat sains?\u00a0 Hala tuju impian seseorang yang meminati sains pada peringkat SPM mungkin adalah untuk meneruskan pengajian tinggi dalam lapangan sains, dan kemudian memperoleh kerjaya dalam arena saintifik.\n\nNamun sebaik melangkah ke pengajian tinggi di kolej dan universiti, tak ramai yang didedahkan dengan pembahagian dan pembezaan dua cabang sains, iaitu sains tulen (pure science) dan sains gunaan (applied science). Maka ramai yang, didorong oleh minat mereka terhadap subjek sains ketika sekolah, terjun masuk saja dalam salah satu cabang ini tanpa pemahaman yang jelas.\n\nLogiknya, kedua \u2013 dua ini adalah sains. Sains gunaan ada nama \u2018sains\u2019, sains tulen pun ada nama \u2018sains\u2019. Jadi kalau dah minat dengan sains tu, tak kisah lah ambil mana \u2013 mana, kan?\n\nAlang \u2013 alang baik ambil saja aliran sains yang kita tahu boleh buat duit, contohnya kejuruteraan yang memang merupakan salah satu cabang sains gunaan. Maka sambil boleh belajar bidang sains yang kita minati, kita dapat juga prospek duit yang stabil, kan?\n\nSoalannya, betul ke? Betul ke sains tulen dan sains gunaan tak banyak beza? Betul ke dua \u2013 dua ini selari dan serasi? Kenapa ada pembahagian pun kedua \u2013 dua jenis sains ni?\n\nSebenarnya, bila dikaji tentang latar belakang kedua \u2013 dua aliran ini, wujud pertembungan. Perseteruan yang lahir akibat perang.\n\nApa Sebenarnya?\n\nApa sebenarnya takrifan sains tulen dan sains gunaan? Berikut adalah maksud kedua \u2013 dua cabang sains tersebut:\n\nJadi berdasarkan penakrifan tersebut, kita dapat faham bahawa sains gunaan adalah semata \u2013 mata sains tulen yang diaplikasikan. Sains gunaan tak mampu berdiri sendiri tanpa sains tulen.\n\nSains tulen pula dianggap sebagai sains semata \u2013 mata untuk sains. Bermaksud, sains tulen dikaji hanya sebab nak tahu. Dan ia asalnya, tak dikaji untuk datangkan sebarang gunaan kepada manusia. Ia dianggap ilmu yang tulen.\n\nMalah, terdapat saintis atau ahli matematik yang menyesal apabila teori mereka yang dianggap abstrak dan tak berguna akhirnya dijumpai aplikasinya. Contohnya, ahli matematik G . H Hardy yang kesal apabila kajian Number Theory beliau yang dianggap tak berguna kemudian ditemui pula kegunaan dalam genetik.\n\nSejarah Pertembungan\n\nApabila kita dah tahu tentang perbezaan takrifan kedua \u2013 dua aliran sains ini, maka timbul soalan, sejak bila timbulnya percabangan ini? Tak ada ke masalah apabila sains dibahagi jadi dua aliran?\n\nSebenarnya perselisihan antara dua aliran ini tercetus pada akhir abad ke 18, dan ya, memang timbul konflik idea.\n\nPada tahun 1883, satu dokumen bernama \u2018Rayuan untuk Sains Tulen\u2019 ditulis oleh Henry Rowland, seorang ahli fizik Amerika.\n\nDalam dokumen ini, aliran sains gunaan diserang teruk. Rowland kata, \u201cAmerika yang ketika itu banyak fokus pada aplikasi sains adalah memalukan negara!\u201d (national embarassment).\n\nSebabnya, sains aplikasi / gunaan dianggap mencuri idea \u2013 idea saintis \u2013 saintis jujur yang berbakat semata \u2013 mata untuk membuat duit. Pada masa yang sama, beliau menyuruh saintis \u2013 saintis muda untuk dididik melupakan keuntungan dalam sains gunaan. Mungkin aspek paling dahsyat dalam surat tersebut adalah apabila Rowland mengutuk professor \u2013 professor sains yang membuat duit dengan terjun ke kancah sains gunaan sebagai \u2018sellout\u2019.\n\nBidang yang mungkin paling terkesan dengan surat tersebut adalah kejuruteraan. Kejuruteraan dikatakan sebagai bukan sains, sebabnya, dalam sains tak ada konsep kepenggunaan yang pragmatik. Malah antara kritikan yang biasa dalam lingkungan falsafah adalah mengatakan kejuruteraan sebagai kursus orang yang tak boleh buat sains tulen.\n\nMaka jelas di sini memang ada tembok yang memisahkan sains tulen dan sains gunaan. Namun pandangan terhadap sains mula berubah, apabila datang Perang Dunia Pertama.\n\n\u201cSains bukan Syok Sendiri!\u201d\n\nPeperangan mendesak perkembangan teknologi perang. Maka, apa yang berlaku pada perang dunia pertama adalah saintis \u2013 saintis, jurutera dan penginovasi dikerah untuk mencipta teknologi perang.\n\nKemudian timbul saintis industri, iaitu saintis yang kadang \u2013 kadang buat sains tulen, dan kadang \u2013 kadang buat sains gunaan. Sains mula pada waktu itu dinilai dari segi utiliti, kerana nak memenangi perang. Kedudukan sains tulen mula tergugat. Apatah lagi, apabila berlaku perlumbaan antara sains tulen dengan sains gunaan untuk menyelesaikan masalah kapal selam sonar, keputusannya seri.\n\nKesucian sains tulen kemudian digugat lagi apabila muncul pihak kumpulan kiri yang mengklaim bahawa tak patut langsung dibezakan antara sains tulen dan sains gunaan. Sains memang sepatutnya berkhidmat untuk memajukan masyarakat. Tidakkah memang tujuan sains untuk datangkan kesenangan pada manusia?\n\nKumpulan pro sains tulen pula tak setuju dengan kenyataan ini yang mencabar kepercayaan mereka terhadap sains. Menurut mereka, sains tulen terjadi sendiri dan tak dirancang. Sains yang di\u2019eksploitasi\u2019 untuk semata \u2013 mata memanfaatkan manusia akhirnya tak membawa kepada pemahaman hukum alam.\n\nAda kebenaran pada kedua \u2013 dua hujah ini, namun terdapat masalah fundamental kepada klaim kumpulan pertama \u2013 \u2018sains memang bertujuan memajukan manusia\u2019. Kalau impak sains dalam perang dunia pertama mendatangkan keraguan kepada kepercayaan ini, perang dunia kedua dan bom atom meretakkannya terus.\n\nBagaimana Kita?\n\nBerbalik kepada Malaysia, dan berbalik kepada diri kita pula, kalau kita suka sains sewaktu SPM, kita nak ambil aliran mana?\n\nJadi kita kena tanya diri kita, kenapa kita suka sains? Kalau kita suka buat inovasi, dan mungkin mahukan prospek peluang kerja yang stabil, mungkin yang lebih baik adalah untuk kita ambil sains gunaan, semacam kejuruteraan.\n\nTapi kalau kita suka mengkaji dan mengenal alam ciptaan Allah, kerana dengan memahami aturan alam mendekat diri kepada \u2013 Nya, mungkin sains tulen pilihan untuk kita.\n\nTapi bagaimana pula kalau anda top student? Top 30 SPM, markah 100% matematik, fizik, kimia. Senang kata, jika anda genius yang meminati sains. Aliran mana yang patut anda pilih?\n\nSejujurnya, ambilllah sains tulen. Kerana bukan saja semakin sedikit pelajar yang mengambil sains tulen, tapi masyarakat kita kini menghadapi krisis dengan kefahaman sains.\n\nJika ada golongan yang mampu merevolusikan ilmu sains, ilmu alam yang hilang dari budaya kita beratus \u2013 ratus tahun, yang bisa menyeragamkan sudut pandang sains dengan tasawwur kita sendiri, andalah orangnya.\n\nMungkin tak berbaloi kebijaksaan 1 dalam 10000 anda ini digunakan semata \u2013 mata untuk menyelesaikan masalah memaksimumkan keuntungankan klien." "Setelah menerima keputusan SPM dan STPM baru \u2013 baru ini, pasti ramai yang tercari \u2013 cari biasiswa mana satu yang sesuai untuk diambil. Berikut adalah beberapa senarai biasiswa bersama pautan untuk membantu anda membuat pilihan!\n\n1. Biasiswa Bank Negara 2018 (Pra-Universiti)\n\nSalah satu biasiswa paling dinanti-nantikan untuk kategori Pra- Universiti. Terdapat 2 jenis biasiswa iaitu Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang.\nBiasiswa Kijang Emas ditawarkan kepada pelajar dengan keputusan SPM 2017 yang cemerlang. Ia dibuka untuk mana-mana jurusan pilihan di universiti terkemuka luar dan dalam negara.\nBiasiswa Kijang pula terbuka kepada pelajar yang mendapat keputusan minimum 8A (A dan A+) dalam SPM 2017.\n\nTarikh tutup permohonan\n21 Mac 2018\n\nPautan:\u00a0Bank Negara Malaysia Scholarship Award 2018 / 2019\n\n2. Program Penganjuran Pendidikan Petronas (PESP) 2018\n\nProgram Penganjuran Pendidikan PETRONAS (PESP) dibuka untuk pelajar dengan keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang terpilih program ijazah.\nPelajar diminta mengikuti semua proses dan peraturan dikenakan pada masa dan selepas permohonan. Permohonan hanya boleh dilakukan secara dalam talian.\n\nTarikh tutup permohonan\n22 Mac 2018\n\nPautan:\u00a0PETRONAS Education Sponsorship Programme\n\n3. Biasiswa JPA 2018 (JKPJ)\n\nBiasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bentuk Pinjaman Boleh Diubah (PBU) bawah Program Khas di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2018.\nDibuka untuk semua lepasan SPM 2017 yang berminat dalam jurusan kejuruteraan, sains dan teknologi (S & T) serta sains sosial.\n\nTarikh tutup permohonan:\n26 Mac 2018\n\nPautan:\u00a0Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam\n\n4. Biasiswa UEM 2018\n\nProgram pra-universiti di Kolej Yayasan UEM (KYUEM) di Lembah Beringin sebelum melanjutkan pelajaran di universiti bertaraf antarabangsa di Malaysia.\nPelajar harus memiliki rekod akademik cemerlang sepanjang Tingkatan 4 dan 5 selain terlibat secara aktif dalam ko-kurikulum.\nDibuka untuk kursus di bawah jurusan perniagaan, kewangan, pembangunan alam sekitar dan kejuruteraan.\n\nTarikh tutup permohonan:\n22 April 2018\n\n5. Maxis What\u2019s Next Scholarship\n\nBiasiswa untuk mereka yang berminat alam melanjutkan pengajian ijazah, diploma dan ijazah lanjutan dalam mana-mana jurusan sama ada secara talian, di universiti tempatan atau luar negara.\n\nTarikh tutup permohonan\n30 April 2018\n\nPautan:\u00a0Maxis What\u2019s Next Scholarship\n\n6. Biasiswa Yayasan Sime Darby 2018\n\nPelajar SPM 2017 dengan minimum 7A (A+ dan A) boleh memohon biasiswa bagi pengajian asas untuk mempersiap diri ke program ijazah di universiti terkemuka di United Kingdom.\nPenuntut pra-universiti akan diberi keutamaan dalam Biasiswa Ijazah Yayasan Sime Darby di luar negara selepas tamat kursus pengajian asas (foundation studies).\nJurusan pengajian yang ditawarkan ialah berkaitan perniagaan, komunikasi massa, kejuruteraan, sains, teknologi pertanian dan sains komputer.\n\nTarikh tutup permohonan\nTiada\n\n7. Biasiswa Global PNB 2018\n\nBiasiswa ini dibuka untuk pelajar dengan keputusan minimum 8A (A+ dan A) dalam SPM 2017 dan dengan minimum A2 dalam subjek English 1119 SPM 2017. Aktif dalam sukan dan ko-kurikulum dengan sifat kepimpinan yang tinggi.\nUniversiti akan dipilih oleh PNB mengikut keperluan PNB.\n\nTarikh tutup permohonan\n26 Mac 2018\n\nPautan:\u00a0Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB 2018\n\n8. Biasiswa OCBC\n\nBiasiswa ini dibuka untuk pelajar yang sudah menerima tawaran pengajian atau sedang berada di tahun pertama program ijazah di universiti tempatan terpilih.\nSekurang-kurangnya 7A dan SPM atau minimum 2A dalam STPM atau setaraf dan pendapatan keluarga kurang RM 5,000 sebulan.\n\nTarikh tutup permohonan\n30 Jun 2018\n\nPautan:\u00a0OCBC Public Scholarship\n\n9. Dana Pendidikan Elena Cooke\n\nPelajar lepasan SPM, STPM dan UEC dipelawa untuk memohon.\nMinimum 3A dalam SPM dan/atau menepati kriteria lain seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.\nPendapatan isi rumah tidak melebihi RM42,000.00 setahun.\n\nTarikh tutup permohonan\n30 Mac 2018\n\nPautan:\u00a0Elena Cooke Education Fund\n\n10. Biasiswa MyBrainSc\n\nBiasiswa MyBrainSc dibuka untuk pengajian Ijazah dan Ijazah Lanjutan sepenuh masa dalam bidang sains tulen seperti fizik, kimia, biologi dan matematik di universiti awam.\nIa merupakan sebahagian agenda Kementerian Pendidikan Tinggi di bawah Pelan Strategik Pendidikan Tingggi Kebangsaan (PSPTN) dan menghasilkan sainstis muda.\n\nTarikh tutup permohonan\n31hb Mac 2018\n\nPautan:\u00a0Biasiswa MyBrainSc\n\n11. Kolej Perubatan Antarabangsa IMC (Diploma Kejururawatan)\n\nBiasasiswa untuk program kejururawatan di IMC dengan jaminan pekerjaan.\nPemohon wajib memiliki rekod pendidikan yang baik dalam SPM, STPM dengan kredit Matematik, Sains, Bahasa Malaysia serta 2 subjek (Biologi, Kimia dan Sains).\nLelaki dipelawa menyertai program ini.\n\nTarikh tutup permohonan:\n23hb Mac 2018\n\nPautan:\u00a0Sponsorships for Diploma in Nursing\n\n12. Biasiswa Hong Leong\n\nBiasiswa untuk isi rumah pendapatan rendah dengan keputusan pelajar yang cemerlang,\nPemohon harus memliki minimum 8A dalam SPM dan 6A dalam UEC.\nProgram Diploma atau Ijazah sepenuh masa bagi mana-mana jurusan yang diiktiraf di universiti dan kolej tempatan.\n\nTarikh tutup permohonan\n1 Jun 2018\n\n13. Biasiswa Yayasan Bank Rakyat PPBU\n\nDibuka untuk program sijil kemahiran, diploma, ijazah, ijazah lanjutan, dan PhD sepenuh masa.\nSemua jurusan pengajian dibuka kecuali perubatan dan aviasi dengan keutamaan bagi jurusan akaun, perbankan, perniagaan, pengurusan, sumber manusia, ekonomi, komunikasi dan perundangan.\n\nTarikh tutup permohonan\n29 Jun 2018\n\nPautan:\u00a0Education Excellence Award\n\nSumber: freemalaysiatoday" "Tonton versi video di sini\n\nKita biasa dengar sejarah kegemilangan Melayu pada waktu empayar Melayu Melaka, tapi mungkin sebab kejatuhan dan penjajahan selama 500 tahun, pencapaian dunia Melayu terutama dalam lapangan saintifik jarang didengari.\n\nIyalah, Barat kan alami revolusi industri, cipta mentol, temui elektrik, buat kereta, kembangkan falfasah sains. Dunia Melayu apa ada? Jadi ramai yang ingat bangsa Melayu lekeh dengan sains.\n\nBetul ke? Atau ia sejarah yang cuba disembunyikan? Artikel ini akan menceritakan beberapa pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu, kiraan ke bawah!\n\n3) Gobek Api \u2013 Asal Usul Enjin Diesel\n\nRupa \u2013 rupanya orang Melayu dah cipta teknologi piston api 200 tahun sebelum Barat, iaitu melalui penciptaan gobek api.\n\nMenurut Prof Muati, gobek api adalah sejenis alat untuk menyalakan api. Ia diperbuat daripada kayu dan tanduk.\n\nIa sudah dicipta di Nusantara sejak abad ke 17 lagi dan mengguna pakai prinsip pemampatan. Prinsip gobek api adalah memampatkan piston sehingga mencapai kepanasan 430 darjah selsius.\n\nBermakna, saintis Melayu dulu sudahpun memahami ilmu kimia, fizik dan biologi untuk menghasilkan inovasi ini.\n\nSejarahnya, menurut jurnal kejuruteraan universiti Kansai, Jepun, Profesor Linde pernah memberi kuliah di Pulau Pinang pada pertengahan abad ke 18. Beliau kemudian diberi gobek api sebagai buah tangan.\n\nApabila Prof Linde menyalakan rokok menggunakan alat tersebut, kawannya Rudolf Diesel lantas merasa kagum dan tercetus idea untuk menghasilkan sistem enjin diesel.\n\nLalu setelah dipatenkan, terciptalah enjin pembakaran dalam (internal combustion engine) pertama di dunia.\n\nMungkin agak kelakar apabila Barat menciplak idea Nusantara, menyatakan milik mereka dan memanggil pula ciptaan nenek moyang kita sebagai teknologi kuno.\n\n2) Istana Seri Menanti \u2013 Aplikasi Pengudaraan Semula Jadi yang Efisien\n\nAgak pelik apabila kita lihat reka cipta rumah moden Malaysia sekarang, macam tak ada identiti.\n\nKenapa ada tiang Roman di Malaysia?\n\nMalah orang kata seni pembinaan rumah moden seolah \u2013 olah mengutuk seni bina Melayu. Hijjaz daripada TV2 pernah kata \u201carkitek \u2013 arkitek yang letak tiang roman patut kena tembak je\u201d. Sabar tuan.\n\nTapi apabila kita kaji kehebatan seni bina Melayu dulu, kita tak pening malah kagum. Dan ini direfleksikan daripada Istana Seri Menanti. Apabila kita melawat istana itu, kita akan dapati beberapa perkara yang unik, istana itu sangat cantik, tak ada paku dan sejuk.\n\nRupa \u2013 rupanya Istana Seri Menanti dan rumah tradisi Melayu mengimplementasikan pengudaraan semula jadi atau reka bentuk pasif. (Passive Design)\n\nApa itu reka bentuk pasif? Ia adalah bangunan yang tidak menggunakan pendingin mekanikal semacam pendingin hawa tapi mengguna pakai sumber semula jadi seperti angin, cahaya matahari dan pergerakan solar untuk memperoleh keselesaan termal.\n\nSetelah mengguna pakai tenaga yang begitu banyak untuk menyejukkan dan memanaskan rumah, orang Barat mula mahu beralih kepada pengudaraan semula jadi. Dan mereka jadikan antara lain, rumah tradisi Melayu sebagai rujukan.\n\nRupa \u2013 rupanya jurubina rumah Melayu sudah fikirkan strategi untuk peroleh kawalan klimat optimal dengan cara:\n\nDan semua ini ada pada Istana Seri Menanti. Mereka ambil kursus arkitek di universiti mana dulu?\n\n1) Keris \u2013 Ciptaan Saintis Melayu yang Hebat\n\nKeris yang digunakan untuk bersilat dan sebagai alat kebesaran diraja adalah merupakan lambang kedaulatan Melayu. Keris yang paling popular sudah pastilah Taming Sari.\n\nOrang biasa kaitkan keris dengan jin dan mistik. Tapi sebenarnya pembuatan keris melibatkan kemahiran saintifik.\n\nMalah menurut Prof Abdul Muati, empu ataupun pembuat keris merupakan saintis zaman dulu kala. Sebabnya, seorang empu perlu mahir ilmu kayu dan besi. Mereka dapat tahu tahap lebur pelbagai jenis besi sedangkan zaman dulu, mana ada jangka suhu. Mereka cuma melihat warna api.\n\nBegitu juga dengan fenomena keris berdiri, ia bukanlah disebabkan jin, tapi kerana empu pandai membahagikan besi sama berat walaupun bentuk keris tidak semitrikal.\n\nMalah untuk menghasilkan keris yang berkualiti tinggi, empu perlu mencampurkan paling kurang 7 jenis besi. Berapa banyak besi untuk menghasilkan pedang samurai? Tiga. Bermakna keris hakikatnya lebih tinggi kualitinya berbanding pedang samurai.\n\nBegitu jugalah perihal menggunakan air kelapa dan perahan limau. Air kelapa adalah asid lemah yang dapat hilangkan karat, sedangkan air limau pula asid kuat yang dapat hilangkan hanyir darah.\n\nMalah, mungkin rahsia paling menarik tentang keris, adalah terdapat keris yang dicampurkan meteor untuk kuat dan tahan lama!\n\nKesimpulan\n\nTernyata bangsa Melayu sebenarnya miliki sejarah yang gah yang perlu dikorek semula supaya anak bangsa kita tak kehilangan identiti.\n\nDan sudah pasti, berbangga dengan pencapaian bangsa sendiri bukanlah bermakna merendah \u2013 rendahkan bangsa lain. Kita hidup aman harmoni dan menghargai kelebihan dan kekurangan masing \u2013 masing.-*" "Anda pernah ambil ujian IQ?\n\nIQ ataupun Intelligence Quotient adalah markah yang diperoleh setelah melalui ujian piawai untuk menilai kadar kebijaksanaan seseorang, yang kadang kala diambil menerusi ujian atas talian, atau kadang kala diambil melalui ujian formal institusi pendidikan.\n\nMaka bila kita dah peroleh markah nilaian kebijaksanaan kita tu, kita mesti nak bandingkan dengan orang lain, terutama sekali genius \u2013 genius terkenal sejarah semacam Einstein.\n\nMalah pernah beberapa kali heboh kisah \u2013 kisah kanak \u2013 kanak 11 tahun dapat skor IQ yang lebih tinggi daripada Einstein, hingga dijadikan simbol kebanggaan negara.\n\nJadi berapa sebenarnya IQ Einstein? Sebenarnya ini soalan yang sangat bermasalah.\n\nSebab Einstein tak pernah ambil ujian IQ.\n\nTidak ujian Binet \u2013 Simon (1904), tidak ujian Raven Progressive Matrices (1936) dan dah pasti tidak WAIS \u2013 Weschler Adult Intelligence Scale (1955). Ini semua variasi ujian IQ sepanjang sejarah.\n\nJadi kalau Einstein tak pernah ambil ujian IQ, macam mana boleh ada nilai IQ beliau? Kalau tak ada nilai sebenar IQ beliau, macam mana boleh jadi berita dan propaganda?\n\nMalah soalan ini jadi semakin besar dan kritikal apabila wujud banyak senarai manusia paling bijak dalam sejarah yang disusun berdasarkan nilai IQ.\n\nBukan saja mereka semua tak pernah ambil ujian IQ jadi kita tak tahu dari mana nilai \u2013 nilai ini datang, majoriti besar manusia paling bijak dalam sejarah nampaknya adalah orang putih Eropah. Tiada nama ulama, sarjana Timur, orang Melayu apatah lagi.\n\nDan penggerak besar kepelikan terhadap konsep Intelligent Quotient ini adalah apabila dibuat percubaan untuk mengagak IQ Nabi Isa dan Nabi Muhammad.\n\nMaka keraguan terhadap konsep IQ menjadi semakin besar.\n\nSejarah Konsep IQ yang Kontroversi\n\nIsu dengan IQ jadi semakin meruncing apabila kita baca mengenai sejarah dan kontroversinya.\n\nUjian IQ pada asalnya dicipta untuk mengesan pelajar \u2013 pelajar sekolah rendah yang bermasalah dengan pelajaran di US. Itu saja. Tapi ia kemudian berubah menjadi satu ukuran nilai manusia, yang kemudian diekstrapolasi lagi dengan mengagungkan \u2013 agungkan orang yang skor tinggi dalam ujian tersebut.\n\nKontroversi awal yang mengeksploitasi keputusan ujian IQ adalah apabila ia digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran.\n\nImigran dihalang masuk sebab mereka dianggap \u2018dungu\u2019, sebab rata \u2013 rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US.\n\nTapi iyalah, dah pastilah markah mereka rendah. Ujian IQ tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris, jadi mana mereka faham. Maka tersirat pula syarat menguasai bahasa Inggeris sebagai penilai kepandaian seseorang.\n\nKontroversi konsep IQ yang lebih besar adalah yang dipanggil sebagai Jensenism, iaitu apabila Arthur Jensen, seorang profesor pendidikan di Harvard, menggunakan ujian IQ untuk kata orang kulit gelap lebih dungu daripada orang kulit putih.\n\nUntuk menambah kuah, beliau mengatakan bahawa ketidakbijakan orang kulit hitam adalah sebab faktor bangsa dan genetik. Bermakna, menurut Jensen, orang kulit hitam memang dilahirkan lebih dungu daripada orang kulit putih.\n\nMalah beliau pergi lagi jauh apabila beliau menyeru juga kepada eugenics, satu kepercayaan paling kontroversi dalam dunia saintifik, iaitu gerakan untuk membiakkan manusia secara terancang dengan hanya membenarkan manusia yang miliki gene berkualiti saja untuk membiak.\n\nApa Masalah dengan Konsep IQ?\n\nUjian IQ itu juga tak lari daripada masalah konsep dan metod.\n\nPertama sekali, apa itu kebijaksanaan? Definisi kebijaksanaan masih tidak dapat disepakati malah oleh ahli akademik sekular.\n\nItu pun belum lagi mereka ambil kira pandangan agama tentang apa itu kebijaksanaan, contohnya konsep hikmah dalam al Quran.\n\nJadi kalau maksud kebijaksanaan pun tak disepakati, maka macam mana ia nak dikira waima diskalakan?\n\nUjian IQ itu sendiri bermasalah. Kajian dapati bahawa orang yang skor tinggi dalam ujian IQ sebenarnya sudah terlatih dan sudah banyak buat ujian tersebut. Jadi dah pasti bermasalah untuk kita katakan nilai kebijaksanaan dikira berdasarkan \u2018soalan spot\u2019.\n\nBegitu juga dengan isu emosi dan tekanan sewaktu menjawab peperiksaan. Terdapat laporan yang mengatakan ada orang yang mengambil ujian IQ beberapa kali dan dia peroleh markah 63 dan 117. Bagaimana boleh ada orang yang alami kelembapan mental tapi boleh menjadi genius dalam beberapa hari, berdasarkan markah ujian IQ?\n\nJenis ujian IQ yang kita ambil juga rupa \u2013 rupanya menentukan berapa sebenarnya magnitud \u2018kebijaksanaan\u2019 kita. Kalau kita ambil ujian IQ internet yang berlambak atas talian, yang kini menjadi satu bisnes, kita bakal peroleh keputusan berbeza. Kajian dapati ujian IQ internet hakikatnya berbeza dengan ujian nilaian kebijaksanaan yang lain.\n\nBagaimanapun, masalah paling fundamental adalah penomboran nilai manusia.\n\nTidak diketahui dari mana datang obsesi orang Barat dengan menomborkan dan menskalakan nilai manusiawi, mungkin ia datang seiring dengan kehendak revolusi industri, yang mahu mendatakan dan menstatistikkan segalanya.\n\nApabila diberi nilai IQ sampai 250 \u2013 300 pada seorang tokoh, yang tak mengambil ujian IQ, ia tak masuk akal. Kalau kita tidak mau dinilai diri kita dengan jumlah A SPM contohnya, OK ke kita dengan kebijaksanaan diri kita dinomborkan dengan ujian IQ?\n\nKesimpulan\n\nTulisan ini tidaklah bertujuan menghalang seseorang mengambil ujian IQ. Tiada masalah untuk diambil. Namun, jangan terlampau diperbesar markah yang kita peroleh. Seolahnya itulah penentu nilaian diri kita. Bak kata Stephen Hawkings, orang yang bersorak dengan nilai IQnya hakikatnya adalah orang yang dungu.\n\nOh. Ironinya ada juga cubaan untuk memberikan nilai IQ kepada beliau.\n\nBoleh juga tonton artikel ini dalam versi video" "Slogan \u201cbelajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang\u201d mungkin satu slogan yang amat biasa didengari oleh pelajar luar negara.\n\nPemergian mereka ke negara \u2013 negara seberang, terutama sebelah Barat memakan kos yang banyak dan mereka menjadi satu aset pelaburan yang mahal oleh negara. Jadi, sewajarnya, kita nak mereka balik menyumbang. Apatah lagi, mereka ini pastilah terdiri dari kalangan pelajar \u2013 pelajar luar biasa yang cemerlang tahap akademik.\n\nMaka, slogan\u00a0\u201cbelajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang\u201d dimanterakan kepada mereka, supaya mereka tahu apa end point pengajian mereka di luar negara. Malah, sebahagian penaja siap mengadakan sesi ikrar sebelum mereka berangkat pergi.\n\nNamun, slogan ini perlu diubah dan dikaji semula, kerana ia ternyata bermasalah terhadap pelajar \u2013 pelajar kita di luar negara.\n\nSlogan demikian menyahkan langsung aspek kehidupan dan pembelajaran mereka di luar negara. Seolah implikasinya mengatakan, \u201capa yang berlaku dan apa kamu buat dekat sana tak kisah, yang penting bila kamu habis belajar, balik Malaysia sumbang\u201d\n\nMaka terjadilah hidupan di luar negara itu seolah satu tempat persinggahan yang tak relevan. Tasawwur atau Worldview mereka tentang tempat belajar mereka itu kosong, kerana tidak diisi motif. Motifnya hanya tercapai bila mereka habis belajar, kemudian pulang sumbang di negara mereka.\n\nJika pelajar tersebut hanya luangkan tempoh setahun lebih atas kursus Masters mungkin tak apa lagi, tapi apabila terkena kepada pelajar Degree empat ke lima tahun di negara tersebut, kekosongan ini tersangat bermasalah.\n\nMalah, slogan ini mungkin merupakan punca terbesar sekalian masalah pelajar Malaysia di luar negara.\n\nApa Masalahnya?\n\nApabila pelajar datang ke negara asing tanpa motif yang jelas, cuma sebagai satu \u2018mengisi masa\u2019 antara sengkang mendarat di lapangan terbang dengan berlepas semula ke negara mereka, terlahirlah tiga jenis golongan pelajar:\n\nIni kes yang biasa berlaku, apabila pelajar \u2013 pelajar ini . \u2018hilang\u2019.\n\nTak dapat dikesan malah oleh kawan sekursus. Tak tahu apa yang dibuat. Di kelas tak jumpa, aktiviti persatuan pun tak ditemui, biasanya bilangannya beberapa individu saja, tapi kadang \u2013 kadang boleh mencecah \u2018geng \u2013 geng\u2019. Jumpa hanya di dewan peperiksaan, atau waktu balik cuti musim panas, atau terjumpa gambar bercuti di Paris, Amsterdam dll di media sosial.\n\nMalang apabila ini turut berlaku kepada pelajar \u2013 pelajar yang dulunya di Malaysia merupakan pemimpin pelajar.\n\nIni mungkin trend yang paling dikesali, yang disyaki puncanya bertitik tolak daripada slogan permulaan yang salah tersebut.\n\nGolongan ini adalah golongan yang mengimport segalanya dari Malaysia ke negara tempat mereka belajar. Mereka terikat sepenuhnya dengan isu \u2013 isu negara asal mereka, dan hampir tidak langsung memberi kisah apa yang berlaku di sekeliling. Kelompok mereka hanyalah sesama mereka tanpa cubaan memahami kehidupan negara tersebut.\n\nSkop perbincangan mereka hanyalah pada isu \u2013 isu politik negara asal, video \u2013 video tular keluaran tempatan, mungkin juga isu khilaf golongan agama tempatan yang diperbesar sehingga memberi kesan kepada persatuan.\n\nSelama pengajian saya di UK selama 4 tahun, terdapat beberapa krisis besar yang melanda komuniti, terutama masyarakat Islam yang merupakan minoriti di situ.\n\nCharlie Hebdo, Manchester Attack, Grenfell Tower, London attack antara sebahagiannya. Semua krisis ini mengerah respon balas Muslim di sana, dari komuniti Masjid, kepada persatuan Islam Universiti, kepada persatuan Muslim peringkat negara, mereka semua ini diminta bertindak balas segera, mengadakan demonstrasi, atau surat bantahan, atau laporan media. Tekanannya amat dirasai.\n\nNamun impak atau tindak balas dari komuniti pelajar Malaysia seolah tiada. Seolah tiada kaitan langsung. Tidak juga menjadi bahan bualan. Malah ada yang tak tahu menahu sungguhpun terpampang di dada akhbar seperjalanan ke universiti.\n\nTerdapat juga dalam kalangan pelajar kita yang, lantaran kosong motif mereka sepanjang 4 \u2013 5 tahun di negara asing tersebut, memilih untuk mencari makna sendiri dengan \u2018mengadaptasi\u2019. Secara berlebihan.\n\nMaka mereka meresap masuk sekalian budaya atau pemahaman asing tersebut ke dalam benak mereka. Bagi mereka, inilah \u2018sumbangan\u2019 yang boleh dibawa sekembalinya ke negara asal. Bukan teknologi, tapi ideologi. Kesimpulan mereka, pemelukan nilai progresif sebeginilah tujuan asal penghantaran mereka ke sana.\n\nApa Solusinya?\n\nPandangan saya, masalah ini semua bertitik tolak daripada niat belajar luar negara yang salah, yang didorong oleh slogan yang salah. Apatah lagi, apabila slogan tersebut dipegang dan dicanangkan oleh kementerian dan institusi pendidikan.\n\nApabila slogannya\u00a0\u201cbelajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang\u201d, maka secara tak langsung pengurusan pelajar luar negara juga menjurus ke arah itu.\n\nSebelum terbang ke luar negara, mereka tak diajar dengan prinsip hidup di sana, melainkan beberapa perkara teknikal seperti cara buka bank, atau cara cari makanan halal, pengurusan kewangan dll. Mereka malah, sebelum terbang, diajar\u00a0cara lapor diri pada penaja, cara peroleh temu duga syarikat asing, dan aktiviti selepas graduasi.\n\nMereka tak diajar dengan prinsip hidup di negara orang, kaedah berinteraksi dengan budaya hidup baru yang berlainan dengan norma negara asal, penekanan membantu dan menyumbang pada penduduk lokal, prinsip hidup dalam golongan minoriti, prinsip bermuamalah dengan bukan Islam, dan tasawur agama terhadap aliran pemikiran semacam humanisme, sekularisme, liberalisme, LGBT dan ateisme.\n\nJika ada yang mendengar ceramah ustaz khas sebelum terbang, maka yang diterangkan hanyalah permasalahan fiqh semata, semacam cara solat dalam kapal terbang, fiqh solat jamak, khuf, dan isu makanan halal. Perbincangan yang lebih besar seperti tasawur menghidupkan Islam di Barat amat sukar diperoleh sebelum terbang.\n\nKerana mereka cuma belajar di luar negara untuk pulang ke Malaysia.\n\nMaka untuk diubati masalah \u2013 masalah ini, seharusnya ia bermula dari akar umbi. Bertitik tolak daripada penetapan tujuan niat penghantaran dan pembelajaran di luar negara. Dan dirangka semula ethos atau slogan untuk diterapkan kepada pelajar luar negara.\n\nMungkin boleh diperbincangkan lagi slogan bagaimana yang sesuai, tapi cadangan saya:\n\n\u201cBelajar di Luar Negara, Sumbang di Negara Tersebut, Sumbang Juga Nanti di Malaysia\u201c" "Tonton versi video di sini\n\nOrang biasa anggap kerja kejuruteraan sebagai satu kerja yang selamat dan tak banyak main dengan nyawa. Tak macam doktor yang kena bedah orang, cucuk sana sini. Tapi sebenarnya kegagalan dan kegagalan jurutera boleh datangkan bencana besar!\n\nArtikel ini senaraikan\u00a0 bencana kejuruteraan yang paling dahsyat dalam lipatan sejarah, supaya jadi pengajaran bersama.\n\n5) Letupan Roket Challenger\n\nBagi pelajar kejuruteraan, mungkin anda sudah pernah mendengar tentang bencana ini, sebab ia jadi satu kajian kes paling utama dalam etika kejuruteraan.\n\nPada 28 Januari 1986, roket NASA bernama Challenger meletup dan bercerai hancur 73 saat setelah berlepas, membunuh kesemua 7 anggota roket tersebut.\n\nInsiden tersebut amat mengesani kerana ia disiarkan secara langsung kepada jutaan rakyat Amerika, menjadikannya mungkin antara tragedi kematian yang disaksikan secara langsung oleh jumlah orang paling banyak dalam sejarah.\n\nPunca utama bencana tersebut adalah kegagalan cincin O untuk mengembang dan mengetatkan tutupan, menyebabkan gas panas untuk terlepas keluar dan menceraikan orbiter akibat daya aerodinamik yang besar.\n\nHal yang menjadikan insiden ini begitu kontroversi adalah masalah dengan cincin O ini sudah diketahui oleh pasukan kejuruteraan, tapi mereka ditegah untuk memaklumkannya oleh pihak pengurusan NASA. Mereka tak mahu menangguhkan operasi kerana mencalarkan reputasi dan menjimatkan kos.\n\nMaka disebabkan kegagalan untuk mendengar nasihat dan kata \u2013 kata orang bawahan, berlakulah bencana ini yang boleh dieelak dari awal.\n\n4) Runtuhan Hotel New World, Singapura\n\nBangunan Lian Yak yang menempatkan Hotel New World, runtuh pada 15 Mac 1986 disebabkan oleh kelemahan struktur dan pembinaan yang berkualiti rendah.\n\nRuntuhan tersebut menyebabkan kematian sebanyak 33 orang, dan merupakan antara bencana paling teruk buat Singapura pasca perang.\n\nPada mulanya jurutera \u2013 jurutera yang membuat penyiasatan menganggap ia adalah perbuatan pengganas, sebab insiden ini begitu pelik. Tapi akhirnya andaian ini ditolak.\n\nAkhirnya mereka jumpai di mana silapnya. Ia adalah kesilapan besar yang sangat monumental bertitik tolak dari reka bentuk awal bangunan. Jurutera struktur tidak mengambil kira faktor dead load bangunan tersebut.\n\nDengan kata lain, berat bangunan itu sendiri tidak dimasukkan dalam perkiraan. Ini bermakna, bangunan sudah berada pada titik keruntuhan hari pertama ia disiapkan. Tiang bangunan mengalami tekanan melebihi hadnya dan keruntuhannya hanya menunggu masa.\n\nInilah apa yang berlaku apabila suatu projek dimulakan dengan salah sejak dari langkah pertama.\n\n3) Letupan Deepwater Horizon\n\nLetupan Deepwater Horizon yang mengakibatkan tumpahan minyak luar pesisir di Teluk Mexico dianggap sebagai insiden tumpahan minyak terbesar dunia, dan bencana alam sekitar paling dahsyat dalam sejarah US.\n\nLetupan tersebut yang turut mengakibatkan kebakaran berterusan berlaku pada 20 April 2010 di atas unit Mobile Offshore Drilling Unit atau dipanggil MODU, yang dimiliki dan dioperasikan oleh Transocean, dan melaksanakan operasi menggerudi untuk BP.\n\nTragedi tersebut mengakibatkan kematian 11 pekerja dan mencederakan 17 yang lain.\n\nRupa \u2013 rupanya, dokumen dalaman BP mendedahkan bahawa jurutera \u2013 jurutera sudah pun menyuarakan rasa bimbang bahawa selongsong besi yang hendak digunakan mungkin remuk akibat tekanan.\n\nMenurut sebilangan pekerja rig, terdapat fahaman bahawa pekerja \u2013 pekerja yang mengkritik isu keselamatan boleh dipecat kerana melambatkan operasi penggerudian.\n\nMalah pernyataan jawatankuasa membongkarkan bahawa BP, dalam banyak kes, memilih prosedur yang berisiko tinggi, untuk menjimatkan masa dan duit walaupun ditegah oleh pekerja dan kontraktor.\n\nBerbaloi ke BP?\n\n2) Penerbangan Turkish Airline 981\n\nPada 3 Mac 1974 kapal terbang Turkish Airline DC10 terhempas dalam bencana aviasi paling buruk sejarah, membunuh kesemua 346 penumpang.\n\nTidak sampai 10 minit setelah berlepas, sebuah lubang besar terbentuk pada bahagian bawah kapal, dan menarik keluar lapisan kerusi penumpang. Juruterbang kemudian kehilangan kawalan lalu terhempas ke dalam hutan.\n\nDisebabkan kelajuan impak, tiada seorang pun yang terselamat.\n\nPunca kemalangan ngeri tersebut dikesan sebagai kegagalan reka bentuk selak pintu. DC 10 adalah kapal terbang pertama yang pintunya ditutup dari dalam. Walaupun pintu ini hanya khusus untuk kargo, sebarang perubahan tekanan dalam kapal terbang boleh mendatangkan kesan yang fatal.\n\nDisebabkan selak dikunci dari dalam, pengendali kargo tiada cara untuk ketahui sama ada pintu sudah dikunci rapi. Lantaran kegagalan selak tersebut untuk berfungsi, tekanan yang kuat dari dalam kargo meletupkan pintu tersebut terbuka dan menghasilkan vakum yang meranapkan kapal.\n\nJelas, kemalangan ini adalah gabungan bersama faktor kecuaian manusia, reka bentuk mekanikal dan kebertanggungjawaban jurutera.\n\n1) Bencana Chernobyl\n\nPada pertengahan abad ke \u2013 20, tenaga nuklear dianggap sebagai satu prospek sumber tenagan baru yang amat dinanti \u2013 nantikan. Projek \u2013 projek pembinaan loji tenaga nuklear berkembang macam cendawan lepas hujan. Masa depan tenaga nuklear dianggap cerah.\n\nSampailah tahun 1986, komuniti tenaga nuklear senyap secara tiba \u2013 tiba.\n\nApa yang berlaku pada tahun tersebut adalah satu bencana loji nuklear yang paling besar dalam sejarah, yang dikelaskan tahap 7, iaitu tahap kebahayaan yang maksimum.\n\nLetupan logi nuklear Chernobyl.\n\nSelepas sebuah reaktor di Chernobyl meletus, bahan radioaktif yang banyak tercampak ke Ukraine, Russia dan Belarus.\n\nPuncanya adalah akibat reka bentuk reaktor yang bermasalah sejak awal dan susunan teras reaktor yang tidak mengikut spesifikasi.\n\nKesannya adalah kemusnahan teruk flora dan fauna, keracunan radiasi terhadap 200 lebih orang, dan anggaran 4000 orang yang dijangka mati akibat kanser cetusan radiasi.\n\nKawasan berradius 30 km daripada tapak nuklear tersebut kini masih dikepung dalam zon alienasi akibat tahap radiasi yang masih begitu tinggi.\n\nMalah laporan juga menyebut beberapa kes mutasi genetik hidupan yang disebabkan oleh keracunan radiasi Chernobyl.\n\nAnda berani lawat?" "Anda pernah suarakan ketidakpuasan hati terhadap peperiksaan sewaktu di sekolah? Mungkin anda suka belajar, tapi tak suka peperiksaan. Atau pengalaman pembelajaran anda rosak lantaran obsesi sistem pendidikan terhadap peperiksaan.\n\nMalangnya sistem yang tak disukai sekalian pelajar dalam sejarah ini seolah \u2013 olah tak mungkin dipertikai dan diubah, dan akan kekal puluhan tahun.\n\nNamun, persatuan National Union of Teachers di UK berhasrat mencabar sistem peperiksaan piawai high stake\u00a0yang dianggap merosakkan nilai dan pengalaman pendidikan pelajar \u2013 pelajar, setelah diimplementasikan selama 25 tahun.\n\nPeperiksaan piawai yang dilaksanakan, menurut laporan mereka, mengurangkan nilai anak \u2013 anak kepada nombor dan statistik. Hal ini memberi kesan negatif kepada mereka, kerana pada akhirnya, anak \u2013 anak akan dinilai berdasarkan \u2018 nombor per sepuluh\u2019.\n\nLaporan juga mendapati lantaran tekanan untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang baik, sekolah terpaksa mengubah pengurusan pendidikan mereka kepada semata \u2013 mata memfokuskan peperiksaan.\n\nPelajar yang \u2018tiada harapan\u2019 dibiarkan dan fokus diberikan kepada pelajar lain yang lebih berkemungkinan lulus periksa.\n\nPelajar yang dilabel sebagai \u2018selamat\u2019 tidak didorong untuk lebih maju sebab markah mereka sudah \u2018selamat\u2019.\n\nSubjek pendidikan didominasi oleh Bahasa Inggeris dan Matematik, malah dua subjek ini disempitkan konteksnya supaya boleh diuji dalam peperiksaan.\n\nSistem peperiksaan high \u2013 stake, iaitu peperiksaan yang mendatangkan kesan yang serius kepada pelajar, guru dan sekolah, membawa pula kepada tindakan \u2013 tindakan susulan melangkaui keperluan pendidikan seperti inspeksi, gaji mengikut prestasi, \u2018sistem menamakan dan memalukan sekolah\u2019, penutupan institusi pelajaran yang gagal dan pemaksaan akademik.\n\nBeberapa alternatif dicadangkan oleh pertubuhan tersebut untuk memulihkan semula nilai pendidikan. Cadangan mereka bersifat berpusatkan pelajar, berdasarkan penilaian guru, dan tidak terikat dengan piawai nasional.\n\nPeperiksaan piawai peringkat nasional pula mereka usulkan agar tidak dikenakan ke atas setiap pelajar di seluruh negara, tetapi hanya kepada kumpulan \u2013 kumpulan pelajar sampel, cukup untuk memperoleh data pendidikan yang diperlukan.\n\nApa pandangan anda tentang sistem peperiksaan?" "Tonton versi video di sini\n\nCuba bayangkan kita hidup pada zaman yang tak ada pembaris. Macam mana kita nak ukur ketinggian kita?\n\nOrang zaman dulu, sebelum penciptaan alat ukuran yang piawai, menggunakan anggota badan mereka sebagai alat ukuran relatif. Mereka guna:\n\nTapi ini bermasalah sebab setiap orang lain ukuran anggota badan masing \u2013 masing. Ada yang jengkal mereka lagi panjang, ada yang lagi pendek. Jadi nak guna yang mana satu? Silap \u2013 silap boleh buat gaduh.\n\nUntuk selesaikan masalah ini, kita boleh gunakan konsep \u2018piawai\u2019.\n\nIaitu contohnya, kita ambil sebatang kayu, dan semua orang boleh diukur berdasarkan panjang batang kayu tersebut. Jadi tak ada masalah bergaduh, kalau semua orang setuju.\n\nTapi datang masalah yang lain, macam mana kalau kayu tersebut patah? Macam mana kalau sebelum patah, satu bandar dah bersepakat jadikan batang kayu tersebut sebagai sumber rujukan ekonomi, industri dan sosial? Tak ke huru hara jadinya?\n\nMaka kini datang satu soalan baru. Macam mana kita nak pilih satu unit ukuran piawai yang stabil, selamat dan kekal? Barang apa kita nak guna?\n\nUntuk faham soalan ini kita beralih sebentar kepada konsep berat \u2013 kilogram.\n\nBerat Kilogram Anda Datang Dari Mana?\n\nApabila satu dunia menyebut \u20181 kilogram\u2019, mereka sebenarnya merujuk kepada satu prototaip bongkah silinder di Perancis. 1 Kilogram adalah jisim satu silinder tersebut.\n\nMaksudnya berat 80 kg anda tu adalah jumlah jisim 80 bongkah silinder tersebut.\n\nKenapa silinder tersebut dipilih jadi sumber rujukan untuk berat? Sebab ia diperbuat daripada 90% platinum dan 10% iridium, menjadikannya sangat tahan hakisan dan stabil. Silinder itu juga dikawal dengan sangat rapi dalam peti besi dan hanya tiga kunci diberikan dalam dunia, menjadikannya sangat selamat.\n\nJadi adakah silinder ini akan kekal jisimnya dan tak akan berubah sampai bila \u2013 bila? Jawapannya tidak. Sebab tiada benda fizikal yang akan kekal.\n\nDan itu terbukti apabila perbandingan silinder tersebut dengan prototaip salinannya menunjukkan perbezaan setelah seratus tahun. Bermakna, jika jisim silinder itu hakikatnya berubah, konsep berat satu dunia pun akan turut berubah sama.\n\nJadi soalan yang sama berulang, ada tak perkara dalam dunia yang tak berubah dan boleh kita buat jadi rujukan fizikal?\n\nSebenarnya ada, dan inilah yang membuatkan konsep \u2018meter\u2019 sangat menakjubkan. Sebab ia datang dari kelajuan cahaya.\n\nMeter dari Malar Alam Semesta\n\nKelajuan cahaya dalam vakum iaitu\u00a0299\u00a0792\u00a0458 m / s adalah salah satu daripada tujuh malar alam semesta yang ditemui.\n\nMenurut Stephen Hawkings, kelajuan cahaya adalah malar yang absolut, sentiasa sama, dan tidak relatif dengan apa pun.\n\nMaka jarak \u20181 meter\u2019 yang kita gunakan setiap hari sebenarnya bermaksud jarak yang dilalui oleh cahaya dalam\u00a0\u00a01\u00a0/ 299,792,458 saat. Itulah asal usul kepanjangan pembaris 1 meter anda.\n\nDan ini adalah sangat menakjubkan sebab jarak 1 meter adalah amat stabil dan tidak berubah, sebab rujukan asalnya iaitu kelajuan cahaya sentiasa malar.\n\nMacam Mana Boleh ada Malar Alam Semesta?\n\nHakikatnya, kewujudan malar dalam alam semesta, di samping sangat berguna sebagai alat ukuran, adalah perkara yang amat menakjubkan jika difikirkan secara mendalam.\n\nMenurut Dr Muhammad Doudah, kewujudan malar dalam alam fizikal kita adalah bukti jelas, kewujudan peraturan dan undang \u2013 undang alam.\n\nMaka jika ada undang \u2013 undang dan peraturan, maka kesimpulannya, sudah pasti ada Penggubalnya." "Amat\u00a0 mengagumkan apabila kita renungi sejarah. Pada zaman awal tamadun Islam, hakikatnya banyak saja pergolakan politik yang berlaku. Politik kerusi diraja, perebutan kuasa, peralihan empayar, peperangan dengan kuasa lain.\n\nSemua ini pada zaman itu pasti dianggap isu besar yang mesti diambil serius dan mengisi segenap perbualan masyarakat. Kalau ada Facebook zaman tu mesti jadi topik trending isu \u2013 isu politik besar ni.\n\nTapi menariknya, ribuan tahun kemudian, semua hal \u2013 hal politik itu tak melekat. Hampir tak ada orang ambil tahu apa masalah sultan X vs sultan Y waktu zaman Umaiyah, Abbasiyah. Nama \u2013 nama sultan, gabenor pada zaman ini kalau tanya orang pun majoriti tak ketahui.\n\nSebaliknya, garis masa sejarah Islam adalah tentang ulama yang bersinar pada zaman tersebut, Imam Abu Hanifah, Maliki, Syafie, Hanbali, Bukhari, Muslim. Perkara yang paling diingati adalah idea \u2013 idea mereka, disiplin, nilai dan sumbangan ilmu mereka.\n\nBegitu juga waktu penjajahan Tartar terhadap umat Islam yang merupakan antara malapetaka terbesar politik yang melanda kita sepanjang sejarah. Logiknya, dah pasti cerita tentang pergelutan dan perjuangan politik dan ketenteraan umat Islam \u00a0pada zaman itu digemakan dalam kelas \u2013 kelas sejarah, surau \u2013 surau dan masjid \u2013 masjid. Ia lah, krisis politik besar ni!\n\nTapi tidak, akhirnya keluaran paling bersinar dari zaman tersebut bukanlah perihal politik. Tapi ulama jua. Ibn Taymiyyah dengan sumbangan besar ilmu beliau.\n\nJadi hakikatnya, persoalan ilmu sentiasa lebih besar, jauh melangkaui mana \u2013 mana pertelingkahan dan pergelutan politik, sungguhpun isu \u2013 isu politik tersebut cuba dipersembahkan seolah \u2013 olah itulah penentu segala \u2013 segalanya. Hal ini berlaku pada setiap peradaban. Nama yang paling disebut \u2013 sebut dan diingati setelah PERANG DUNIA bukanlah pemain politik waktu itu. Tapi Einstein dengan idea beliau yang mencetus revolusi saintifik. Pelajar sekolah rendah pun tahu nama ini.\n\nMaka, untuk para pendidik dan penyebar ilmu, jangan risau apabila ilmu yang anda sampaikan dianggap tidak relevan, tak kena dengan isu, tak ikut kehendak semasa. Relevannya anda jauh melangkaui tempoh PRU empat tahun sekali." "Ramai orang menganggap bahawa teori saintifik adalah absolut dan tidak berubah. Jadi itu sebab kadang \u2013 kadang bila kita dengar orang berdebat dan bertengkar, mereka mencampak perkataan \u2018bukti saintifik\u2019, sebab itu seolah \u2013 olah kuasa terakhir untuk mereka menang hujah, dan itulah kebenaran mutlak bagi mereka.\n\nTapi sebenarnya itu bertentangan dengan sifat sains, sebab sains, sentiasa berubah.\n\nBila data \u2013 data terkini diperoleh atau pemerhatian baru dibuat, ada teori \u2013 teori yang akan diubahsuai, atau ditolak, atau diganti dengan teori yang baru.\n\nAtau kadang \u2013 kadang akan berlaku satu revolusi besar \u2013 besaran yang ubah terus struktur dunia saintifik secara drastik, dalam satu fenomena yang dipanggil \u2018Anjakan Paradigma\u2018. Dan bila jadi satu anjakan paradigma, boleh ucap selamat tinggal kepada buku sains anda sebab \u2018fakta \u2013 fakta saintifik\u2019 dalamnya dah tak boleh dipakai dah.\n\nDalam sejarah, ada banyak teori saintifik yang dulunya popular tapi kemudian didapati salah, atau ditinggalkan. Artikel ini kupas 5 daripadanya!\n\nPembahagian Peta Lidah\n\nPeta lidah ini kita pelajari sejak dari dulu. Peta lidah yang mengatakan bahawa peta lidah terbahagi kepada bahagian; manis, masam, masin dan pahit rupa \u2013 rupanya salah.\n\nKesemua rasa itu sebenarnya boleh dikesan oleh keseluruhan lidah kita. Ia adalah salah faham yang berlaku selama hampir 100 tahun.\n\nAsalnya pengkaji deria lidah David Hanig cuma membuat kesimpulan bahawa pada lidah kita, terdapat bahagian agak sensitif sedikit dengan rasa \u2013 rasa yang berbeza. Kemudian ini disalah tafsir sebagai mengatakan bahagian \u2013 bahagian tertentu lidah kita yang mendatangkan rasa yang berlainan.\n\nKesalahfahaman isu ini kemudian menjadi lebih menyimpang apabila diilustrasikan peta yang popular ini 40 tahun kemudian.\n\nBagaimanapun, sekarang, ramai pengkaji yang menolak mitos lidah popular ini.\n\nTeori Phlogiston\n\nPhlogiston adalah satu teori yang cuba diselamatkan berkali \u2013 kali, namun akhirnya terbenam di bawah arus kejam metod saintifik.\n\nSebelum datangnya, istilah oksigen, saintis guna pakai teori phlogiston untuk terangkan proses pembakaran.\n\nPhlogiston adalah satu konsep yang terbalik dengan oksigen. Teorinya, satu bahan itu terbakar kerana ia kaya dengan phlogiston. Lagi banyak phlogiston, lagi senang ia terbakar. Bila phlogiston hilang, api pun terpadam dalam satu proses yang dipanggil dephlogistication.\n\nTapi eksperimen demi eksperimen membuktikan teori ini bermasalah. Sebabnya rupa \u2013 rupanya ada sesetengah besi yang bertambah berat selepas terbakar. Sedangkan sepatutnya ia kehilangan phlogiston, jadi sepatutnya semakin ringan lah.\n\nKemudian beberapa alasan diberikan untuk menyelamatkan teori ini seperti mengatakan jisim phlogiston adalah negatif (macam mana boleh jisim negatif?) dan beberapa alasan yang lain, yang akhirnya ditolak satu persatu. Akhirnya terlalu banyak andaian yang menyelimuti teori ini sehinggakan ia menjadi terlalu rumit dan kompleks.\n\nAkhirnya teori ini ditukar ganti dengan teori oksigen yang lebih mudah dan menjawab menjawab data \u2013 data baru tersebut dengan lebih elegan.\n\nGeosentrik \u2013 Bumi sebagai Pusat Alam\n\nIni mungkin antara revolusi saintifik yang terawal dalam rekod sejarah.\n\nDahulu, orang percaya bahawa matahari dan bulanlah yang keliling bumi sedangkan bumi pula berada di tengah \u2013 tengah alam, dalam satu model yang dipanggil geosentrik.\n\nKepercayaan ini dipegang oleh saintis zaman dulu, dan dianggap teori saintifik zaman itu. Tapi perlu difahami bahawa \u2018sains\u2019 zaman dulu lain dengan sekarang. Sains dahulu bukan bereksperimen, tapi berfikir.\n\nKemudian datang satu teori baharu, heliosentrik, yang mengatakan bahawa matahari yang berada di tengah \u2013 tengah. Lalu, pertembungan idea pun berlaku.\n\nNamun cara peralihan idea ini bukanlah seperti yang kita biasa dimomokkan iaitu saintis yang percayai teori heliosentrik ditangkap, orang terus percayai seolah \u2013 olah ia satu \u2018wakyu\u2019 yang turun, berlaku revolusi serta \u2013 merta.\n\nPerubahan penerimaan model alam ini berlaku perlahan, sehinggalah datang fahaman baru untuk mengubah sains daripada semata \u2013 mata berfikir, kepada bereksperimen, empirisasi.\n\nTeori Alam Semesta Statik Einstein\n\nSebelum komuniti saintifik dan orang awam terima dan percayai teori Big Bang sebagai model permulaan alam semesta, iaitu alam semesta bermula dari satu titik kemudian berkembang, kepercayaan popular komuniti saintifik pada waktu itu adalah alam yang statik, tak berkembang dan tak akan berubah.\n\nTokoh yang paling popular yang mempercayai teori alam semesta statik pula adalah Einstein. Ini menjadikan cerita perubahan teori model permulaan ini lebih menarik, sebab ia dipercayai oleh seorang \u2018superstar\u2019 dalam arena fizik.\n\nApa masalahnya dengan teori alam semesta statik ini sehingga ia ditolak? Masalahnya bermula dari awal kerana alam semesta yang statik akan menjadikannya tidak stabil. Penamat teori ini adalah apabila ditemui anjakan spektrum radiasi oleh nebula ekstragalaktik yang membuktikan bahawa alam semesta memang berkembang, dan mempunyai titik mula.\n\nEinstein kemudian kata bahawa ini adalah kesilapan yang paling besar dalam kariernya.\n\nYang lebih menarik tentang isu ini adalah, nama Big Bang hakikatnya merupakan satu nama penghinaan oleh komuniti saintis yang percaya kepada alam semesta statik terhadap orang yang mengusulkan alam semesta mempunyai titik mula.\n\nKenapa diperlekeh? Kerana saintis yang mengusulkan teori ini yang mencanggahi pandangan arus perdana ketika itu adalah George Lemaitre, seorang saintis yang beragama.\n\nNamun akhirnya teori itu yang diterima dan nama \u2018Big Bang\u2019 yang asalnya satu sindiran itu yang melekat.\n\nMekanik Klasik Newton\n\nApa pandangan saintis dulu \u2013 dulu tentang alam kita? Subjek fizik tingkatan 4 beri klu untuk kita fahami jawapannya.\n\nAlam semesta kita dianggap semacam mesin, seperti jam. Bila pukul 1, jarum jam akan menunjukkan kedudukan tertentu yang tetap. Begitu juga dengan waktu \u2013 waktu yang lain.\n\nAlam kita dianggap demikian. Masa dan ruang dianggap tetap, boleh dikira dan boleh diramal, menggunakan formula pergerakan Newton.\n\nTeori pergerakan Newton sangat berjaya. Pergerakan planet bukan saja boleh diramalkan sejauh ratusan tahun, kedudukannya pada tahun \u2013 tahun tertentu, pukul tertentu boleh dianggar dengan sangat tepat.\n\nJadi teori fizik Newton dianggap sebagai fakta yang tak boleh disangkal, selama ratusan tahun. Dan ahli sains mula kata dah tiada lagi dapatan baru fizik setelah 300 tahun.\n\nSampailah datang akhir abad ke 19. Fizik dan sains ditunggangterbalikkan, dilencongkan ke arah baru yang pelik dan dilipatkaligandakan kepeningannya oleh satu konsep yang dipanggil kuantum.\n\nAda banyak dapatan baru kuantum, yang meruntuhkan teori sebelumnya, seperti cahaya yang wujud dalam bentuk partikel dan gelombang pada masa yang sama, mekanik Newton sudah tak terpakai pada kelajuan cahaya, dan tenaga yang bersifat berasingan (discrete) bukan berterusan (continuous) seperti pemahaman kita sebelum ini.\n\nTapi dapatan yang lebih besar tentang peralihan kepada cara fikir kuantum adalah alam tidak lagi dianggap bersifat tetap seperti mana pergerakan jam (deterministic), tetapi bersifat kemungkinan (probabilistic).\n\nMaka jika teori gergasi dalam dunia fizik, teori Newton, pun boleh tumbang jatuh, apatah lagi teori \u2013 teori lain yang sudah pasti akan ditukar ganti dengan perkembangan sains." "Purata pembacaan rakyat hanyalah sekitar 15 ke 20 buku setahun, iaitu masih belum mencapai sasaran ideal 30 buku setahun, menurut Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia Datuk Nafisah Ahmad.\n\nIni bermakna, kadar literasi kita agak rendah pada tahap 55 peratus, iaitu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia iaitu seramai 31.7 juta orang.\n\nDaripada jumlah bahan bacaan itu pula, rata \u2013 rata menjadikan komik sebagai genre paling popular, berdasarkan pemantauan pembelian buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.\n\nKomik mendapat pembelian paling banyak dengan jumlah 15%, diikuti oleh buku akademik sebanyak 14% dan buku agama sebanyak 14%.\n\nGenre lain yang turut popular adalah fiksyen yang dimonopoli oleh buku \u2013 buku indie, juga lambakan novel \u2013 novel cinta yang diminati oleh pembaca wanita remaja.\n\nSebagai perbandingan, Korea Selatan membaca secara purata 40 buku setahun.\n\nMalaysia juga masih ketinggalan berbanding negara jiran Thailand yang dicatatkan sebagai negara kedua paling banyak membaca, dengan purata pembacaan 9.4 jam seminggu, diikuti dengan China dan Filipina, manakala India mendapat tempat teratas.\n\nBagaimanapun, budaya pembacaan rakyat Malaysia tidaklah statik atau semakin teruk. Sebaliknya, ia menunjukkan peningkatan.\n\nLaporan statistik Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia membaca purata 2 buku setahun. Namun tahun 2010 jumlahnya meningkat kepada 2 ke 8 buku setahun. Laporan tahun 2017 menunjukkan peningkatan purata pembacaan 15 \u2013 20 buku setahun.\n\nMaka budaya membaca rakyat Malaysia, walaupun belum mencapai sasaran, menunjukkan peningkatan dari segi statistik.\n\nHarapannya, semoga nombor itu meningkat naik seiring dengan kualiti bahan bacaan yang dibaca." "Untuk versi video, tonton di sini\n\nPernah tak terfikir macam mana permainan video mobile percuma buat duit? Ye lah, kan semua tu percuma untuk dimuat turun? Takkan derma sumbangan ikhlas kepada rakyat kan?\n\nHakikatnya model permainan percuma ini lah yang licik, yang menjadi wabak penyakit dunia baru digital dan yang mampu memerah duit anda berkali \u2013 kali ganda. Kalau anda tak berhati \u2013 hati.\n\nTapi sebelum tu, mari kita ketahui bagaimana model tradisional penjualan game berfungsi.\n\nModel \u2018Biasa\u2019 Penjualan Game\n\nModel klasik bagaimana syarikat gaming membuat duit adalah dengan mereka menjual salinan permainan video mereka yang penuh. Bermakna, setelah anda bayar baru anda boleh main keseluruhan game.\n\nAtau dengan mereka menjual versi premium permainan, bermakna kalau anda bayar lebih untuk edisi premium anda akan dapat lebih nilai permainan.\n\nAtau dengan model langganan (subscription), bermakna kalau anda bayar satu nilai, anda boleh bermain permainan tersebut selama sebulan atau setahun, ini biasanya digunakan oleh model permainan atas talian (online)\n\nTapi masalah dengan model lama ini adalah, ada tembok besar yang menghadang pembeli dengan produk oleh syarikat game. Iaitu tembok harga, yang mengaburi mata pembeli dari awal.\n\n\u201cSebab apa aku nak keluarkan RM100 untuk beli game kau?\u201d Tanya pembeli kepada syarikat gaming.\n\nMaka syarikat gaming kena gencarkan pengiklanan untuk meyakinkan pembeli. Mereka perlu keluarkan duit. Atau mereka perlu dapatkan review yang bagus untuk meyakinkan pembeli. Duit lagi.\n\nModel ini berkekalan untuk beberapa ketika sehinggalah datang model baru dalam dunia gaming, model free to play, yang diterajui oleh aplikasi yang sangat popular, Candy Crush Saga.\n\nModel Free to Play dan Transaksi Mikro\n\nApabila permainan itu percuma, hilanglah tembok penghadang awal antara pembeli dengan produk tersebut. Maka makin ramailah pemain yang dapat akses kepada permainan tersebut berbanding model bayar dulu baru boleh main.\n\nTapi macam mana mereka buat duit?\n\nKalau anda pengguna yang tanya soalan ini, tahniah, anda boleh terselamat daripada dunia gelap industri game moden.\n\nUntuk membuat keuntungan, game free to play perlukan dua elemen:\n\nKalau permainan itu percuma, dari mana datang pembelian? Mudah saja, dari dalam game itu sendiri, melalui satu istilah yang dipanggil transaksi mikro (micro transaction)\n\nMaksudnya, game itu sendiri percuma untuk dimainkan, tapi dalam aplikasi tersebut akan dijual komoditi yang pelbagai.\n\nKomoditi ini pula ada dua jenis, iaitu 1) yang tak mengubah corak permainan seperti prop \u2013 prop hiasan untuk meningkatkan estetik game, pisau warna \u2013 warni, baju, perisai kuda dan lain \u2013 lain.\n\n2) komoditi yang mengubah corak permainan dalam model bayar untuk menang (pay to win), iaitu item yang apabila dibeli oleh pemain menggunakan duit sebenar, akan dapat meningkatkan serangan dan pertahanan, menaikkan level atau dapat senjata \u2013 senjata lagenda berkuasa tinggi.\n\nJerat Transaksi Mikro\n\nAnda mungkin fikir \u201celeh, mustahil aku akan keluar duit untuk benda \u2013 benda tu, aku main untuk suka \u2013 suka je\u201d\n\nBenar, pada permulaan sesi mungkin anda akan berfikir demikian. Namun perlu diketahui bahawa game f2p ini memang direka untuk menjerat pengguna sedikit demi sedikit.\n\nAnda mungkin sudah meluangkan masa berjam \u2013 jam main aplikasi ini. Anda mula terikat, anda mula ketagih, dan ia menjadi mainan kegemaran anda dalam bilik air. Waktu itulah secara halus aplikasi tersebut akan perkenalkan tembok berbayar (paywall) dalam permainan anda.\n\nSecara tiba \u2013 tiba anda tersekat berkali \u2013 kali dalam satu level. Bermacam \u2013 macam cara anda buat untuk menang, tapi tak dapat juga. Mata anda mula memandang pada kuasa bonus yang diletak cantik di tepi. \u201cKalau aku beli satu je kuasa ni, aku boleh menang level ni\u201d, anda terfikir.\n\nKekalahan berkali \u2013 kali anda pula memanjangkan masa menunggu sebelum boleh meneruskan permainan untuk mempertahankan kampung anda dari diserang. Ketidaksabaran anda dieksploitasikan. Anda teringat anda sebenarnya boleh beli kuasa untuk potong masa menunggu.\n\nAtau anda mula bosan dengan grinding, iaitu bermain level yang sama berulang \u2013 ulang kali untuk naikkan experience dan kumpul matawang game, anda terpandang booster di tepi yang boleh cepatkan kemajuan anda.\n\nAtau anda sudah tak tahan tengok watak utama comel anda mati berkali \u2013 berkali dengan bos yang entah kenapa lain macam kesusahan dia. Dan anda fikir pedang lagenda RM 20 itu je yang boleh selamatkan dia.\n\nPerangkap Mengena\n\nApabila anda akhirnya membuat keputusan untuk membuat pembelian pertama, walaupun dengan harga RM 1, anda sudah mencapai kehendak syarikat.\n\nSebab kajian menunjukkan apabila anda membuat pembelian pertama, anda akan terus didorong oleh dopamine untuk membuat pembelian \u2013 pembelian selanjutnya.\n\nSebab anda nak menang!\n\nSampailah anda berbelanja lebih dari harga penuh game tersebut. Seperti pemain ini yang keluarkan 1 juta dollar untuk game Clash of Clan.\n\nTapi, kalau anda tak nak keluarkan duit macam mana? Ada satu lagi cara, anda mengeluarkan invitation mengajak kawan \u2013 kawan media sosial anda memuatturun dan bermain permainan tersebut.\n\nBermakna, anda mengiklankan permainan tersebut secara percuma, secara organik tanpa bayaran.\n\nDan setelah anda berbelanja banyak, anda akan diberi gelaran \u2018ikan paus\u2019 atau \u2018pemain bernilai tinggi\u2019.\n\nApa yang akan diperlakukan kepada \u2018pemain bernilai tinggi\u2019 ini? Data mereka akan dijual kepada syarikat game yang lain untuk mereka iklankan produk mereka pula kerana mereka tahu, mereka adalah golongan yang paling mudah berbelanja.\n\nKesimpulan.\n\nJadi, adakah ini bermakna tak boleh langsung keluarkan duit untuk bermain permainan yang anda suka? Tidak juga, kadang \u2013 kadang mungkin kita sendiri yang tidak kisah keluarkan sebagai tanda sokongan kepada syarikat yang tinggi kualiti produksinya, atau sebagai sokongan kepada syarikat tempatan.\n\nYang penting, perlu jadi pengguna yang bijak." "Saya pernah satu kumpulan projek tahun ketiga kejuruteraan di UK. Kumpulan saya seorang Melayu, dua orang Cina dari Tanah Besar dan seorang mat saleh tempatan. Kami berjanji berjumpa untuk mesyuarat mingguan pukul dua.\n\nSaya sampai paling awal, disusuli oleh kawan \u2013 kawan Asia yang lain. Hanya kawan mat saleh itu saja yang belum sampai. Jadi saya telefon tanya, \u201chang kat mana?\u201d (bahasa Inggeris)\n\nDia jawab \u201cOn the way mate\u201d. Rupa \u2013 rupanya baru bangun tidur.\n\nAi, macam pernah dengar cerita ni.\n\nPerasaan merendah diri terhadap bangsa atau pencapaian akademik negara lain mungkin agak jarang dilontarkan, tapi ia perkara yang sering dirasakan oleh pelajar kita. Kalau anda pernah sertai mana \u2013 mana pertandingan antara sekolah, mungkin anda pernah rasai perasaan \u2018ketaq\u2019 dengan sekolah lain yang dirasakan hebat.\n\nDari segi akademik, sentimen ini mungkin dirasai oleh pelajar Malaysia yang belajar di negara Barat. Negara Mat Saleh. Timbul inferiority complex atau perasaan rendah diri dengan pelajar \u2013 pelajar berambut perang yang dirasakan lebih hebat penguasaan ilmu mereka.\n\nPerasaan begini bukanlah tidak berasas langsung. Hakikatnya mereka memang miliki institusi akademik gergasi seperti universiti \u2013 universiti terbaik dunia. Satu universiti seperti Oxford pula mampu keluarkan kertas akademik lebih banyak daripada himpunan universiti puluhan negara. Bukan itu saja, mereka iklankan pula pencapaian akademik mereka dalam sekalian filem, dokumentari, video Youtube dll.\n\nNamun, sebenarnya perkara yang kita sering rungutkan berkaitan pembelajaran di negara kita, sama saja berlaku di sana.\n\nContoh paling ketara seperti pembelajaran exam oriented. Sehabis SPM, kita fikirkan keseluruhan sistem persekolahan Malaysia cumalah nak hasilkan pelajar yang mampu jawab atas kertas hasil menghafal skema jawapan.\n\n\u201cMacam mana nak maju kalau kita belajar cuma untuk muntah dalam periksa, tak macam negara mat saleh yang belajar untuk ilmu!\u201d\n\nTapi menjelangnya sesi peperiksaan di Universiti sana, kedengaran juga rungutan \u2013 rungutan sama. \u201cWe just cram everything in the last minute and vomit on the exam day mate. Works everytime. That\u2019s how you get your degree\u201d. Kata kawan mat saleh saya.\n\nMalah di UK sendiri terdapat gerakan memansuhkan sistem peperiksaan high stake lantaran kerosakan yang dibawa kepada nilai pembelajaran. Agak ironi apabila kita menganggap sifat pembelajaran exam oriented tak berlaku di negara mereka, apabila sistem itu, A level, GCSE, O level kita sendiri ambil dari mereka (yang mereka ambil daripada Timur).\n\nBegitu juga, jika kita perhatikan data terkini, peralihan ilmu terutama sekali ilmu sains dan matematik mula beralih dan didominasi oleh Timur. Laporan Pisa terhadap trend penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar menunjukkan cabang ilmu tersebut dikuasai Singapura, Hong Kong, Jepun dan China.\n\nBermakna tidak mustahil selepas ini Malaysia akan banyakkan penghantaran pelajar ke Timur. Atau lebih jauh, bahasa akademik akan beralih kepada bahasa Timur.\n\nIni tidaklah menghairankan, kerana bak kata Ibn Khaldun, tamadun itu berkitar. Kegemilangan bertukar ganti. Kalau beberapa ratus tahun lepas mungkin dikuasai mat saleh, seterusnya orang lain pula. Kalau dulu dikuasai oleh empayar Islam, disebabkan sikap culas dan terlalu cintakan dunia, jatuh pula kepada orang lain.\n\nMaka selaku penuntut ilmu, tak wajar merasa merendah diri seolah \u2013 olah merasakan ilmu ini dipegang kuncinya oleh satu bangsa, dan merekalah pendominasi penuh. Ilmu itu hakikatnya, milik Allah." "Tonton versi video di sini\n\nPernah tak kita rasa ada sesetengah peribahasa yang kita biasa guna, tapi dirasakan macam tak kena?\n\nRupanya atas beberapa sebab, ada beberapa kesilapan peribahasa yang diwarisi turun \u2013 temurun.\n\nArtikel ini senaraikan 5 peribahasa Melayu yang selalu disalahgunakan.\n\n1) Melepaskan Batuk di Tangga\n\nPernah tak kita terfikir, kenapa bila kita batuk di tangga, dikatakan tak cermat atau tak bersungguh \u2013 sungguh?\n\nAdakah apabila seseorang itu nak batuk, dia kena cepat \u2013 cepat turun ke ruang tamu atau naik ke bilik tidur untuk dianggap cermat?\n\nItulah soalan yang ditanya oleh pengarang Utusan, saudara Johardy Ibrahim. Menurutnya, ejaan sebenar dalam pepatah ini adalah batok, dengan \u2018O\u2019.\n\nBatok adalah tempurung kelapa yang dijadikan gayung untuk mencuci kaki di rumah Melayu lama.\n\nJadi, apabila ia diletakkan di tangga, dan bukan tempat asalnya, maka terjadilah peribahasa yang menunjukkan kerja yang tak bersungguh, kerana menyusahkan orang seterusnya.\n\n2) Harapkan pagar, pagar makan padi\n\nMacam mana pagar makan padi?\n\nDulu sering dianggap bahawa peribahasa tersebut bermaksud pagar tersebut menghalang pertumbuhan padi, atau pagar itu jatuh menghempap padi dan jagung.\n\nTapi apabila kita ke jelapang padi, pelik juga, di mana pagar?\n\nRupanya yang dimaksudkan bukan pagar, tapi pegar, atau Lopura Ignita yang merupakan sejenis burung.\n\nDisebabkan burung ini memakan haiwan perosak di sekitar sawah, maka pesawah beri mereka kepercayaan untuk menjaga sawah. Namun rupa \u2013 rupanya pesawah tak mengetahui bahawa burung ini juga memakan padi. Maka terjadilah peribahasa ini disebabkan hilang kepercayaan pesawah.\n\nDipercayai bahawa kesilapan ini berlaku disebabkan penterjemahan jawi ke rumi, ditambah dengan fakta bahawa ramai orang yang tidak mengetahui kewujudan burung tersebut.\n\n****************************************************************\n\nPembetulan terhadap peribahasa yang popular ini bagaimanapun, agak kontroversi.\n\nPihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kenyataan yang bertarikh 26/9/2017 mengatakan : \u201cBerdasarkan Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah \u201charapkan\u00a0pagar,\u00a0pagar\u00a0makan\u00a0padi\u201c. Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa \u201charapkan\u00a0pegar, pegar\u00a0makan\u00a0padi\u201d tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan. Sekian, terima kasih\u201d.\n\nDBP merujuk kepada kenyataan Datuk Rahman Shaari pada tahun 2014, walaupun selepas tarikh tersebut hingga sebelum September 2017, jawapan yang diberikan kepada pertanyaan tersebut adalah \u2018tidak dipastikan\u2019.\n\nMenariknya, tulisan Datuk Rahman Shaari tersebut adalah respon balas kepada tulisan pengarang Utusan Johardy Ibrahim, yang mengatakan setelah sidang ridaksi Utusan bersama pakar bahasa, ia sudah disahkan.\n\nBegitu juga tulisan daripada Munsyi Dewan Bahasa, Muhammad Daud pada tahun 2016 yang mengatakan \u201cnenek moyang kita tidak sewenang-wenangnya mencipta peribahasa mengikut kemahuan sendiri\u201d. Ini juga disokong melalui argumen penggunaan jawi oleh akademi Jawi Malaysia.\n\nBagaimanapun, nampaknya penggiat berita arus perdana rata \u2013 rata sudah menerima pakai peribahasa \u2018harapkan pegar, pegar makan padi\u2019 sebagai versi yang betul, menurut laporan \u2013 laporan yang terkini (2017 \u2013 sekarang). Versi peribahasa tersebut digunakan oleh\u00a0\u00a0Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan freemalaysiatoday\u00a0dan Utusan, laporan Malaysiakini, Khalid Samad menerusi laporan malaysiadateline, tajuk utama Harian Metro\u00a0, Berita Harian\u00a0dan Kosmo\u00a0.\n\nBermakna, konflik dan kekeliruan peribahasa ini masih berlaku hatta di peringkat penggiat berita arus perdana dan pengamal bahasa. Mungkin akan ada penguatkuasaan oleh DBP?\n\n3) Mata Keranjang\n\nIni juga adalah kesilapan yang dipercayai berpunca daripada terjemahan jawi ke rumi.\n\nKeranjang adalah bakul yang dianyam daripada tumbuhan seperti rotan dan buluh.\n\nJadi apa pula maksud mata bakul?\n\nPeribahasa ini menjadi lebih masuk akal jika dipisahkan \u2018ke\u2019 dengan \u2018ranjang\u2019, menjadi mata ke ranjang. Sebab ranjang bermaksud tempat tidur. Maka peribahasa ini boleh diasosiakan dengan lelaki yang melihat perempuan hingga dibayangkan ke atas ranjang.\n\nPenjelasan ini boleh dirujuk pada buku \u2018bahasa menunjukkan bangsa\u2018 karya Alif Danya Munsyi.\n\n4) Saling Tak Tumpah\n\nBuat pengetahuan, penggunaan peribahasa yang betul adalah \u2018salin tak tumpah\u2019 \u2013 yang bermaksud serupa benar.\n\nIni disahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.\n\nDi mana, salin membawa maksud meniru, menekap, mendua.\n\n5) Merah Padam\n\nPeribahasa ini sebenarnya bukannya ditulis sebagai \u2018merah padam\u2019 sebaliknya merah padma, juga menurut Alif Danya Munsyi.\n\nPadma merujuk kepada sejenis bunga teratai berwarna merah kemerahan, atau juga dipanggil teratai merah.\n\nSedangkan maksud merah padam pula kabur. Kenapa dikaitkan merah dengan padam? Maka sekali lagi dijelaskan bahawa kesilapan ini bertitik tolak dari peralihan jawi ke rumi.\n\n\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014\u2014-\n\nKesimpulannya, peribahasa adalah khazanah peninggalan bangsa yang perlu dihargai, digunakan, dibincangkan dan dipelihara agar tidak luput ditelan zaman." "Pernah dengar tentang masalah swan hitam? \n\nCerita dia, orang Eropah temui ribuan swan di tempat mereka. Semua warna putih. \n\nMaka setelah beribu \u2013 ribu kali membuat pemerhatian yang sama mereka buat satu klaim \u00a0\n\n \u201cSemua swan berwarna putih\u201d \u00a0 \n\nKesimpulan ini tepat bukan? Jika daripada beribu \u2013 ribu sampel, kesemuanya miliki ciri \u2013 ciri yang sama, maka kesimpulannya untuk semua sampel yang ada pastilah sama ciri \u2013 cirinya kan?\n\nNamun kemudian mereka berjumpa pula dengan seekor swan berwarna hitam di Australia. Maka runtuhlah keseluruhan klaim yang mengatakan semua swan mesti berwarna putih tersebut. \u00a0 \n\nIni adalah masalah klasik dalam sains, yang dipanggil \u2018the problem of Induction\u2019. Iaitu lebih kurang begini \u00a0 \n\n1) Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian kita, kita perhatikan bahawa perkara ini pasti berlaku sebegini. Ia berlaku setiap kali tanpa pernah berubah. \n\n2) Maka kita simpulkan perkara ini pasti berlaku begini di mana \u2013 mana, bila \u2013 bila jua. (generalisation)\n\n3) Jadi pada masa depan dan selanjutnya, perkara ini pasti akan berlaku begini secara tetap tanpa berubah (prediction). \u00a0 Induksi adalah asas sains moden. Kita buat eksperimen, ulang banyak kali, datangkan generalisasi (biasanya dalam bentuk persamaan matematik), kemudian hasilkan teori yang akan cuba meramalkan masa depan berdasarkan anggapan peristiwa alam sentiasa sekata. \u00a0 Contoh menggunakan teori pergerakan Newton, kita boleh ramalkan bila kereta kita akan sampai di kampung pada waktu pukul 7. \n\nCuma masalahnya, hakikatnya tak pernah akan terjamin bahawa keseragaman itu akan berkekalan. Dan tiada sebab untuk ia kekal seragam. Boleh saja pada masa akan datang timbul satu data pemerhatian yang bakal meruntuhkan teori saintifik tersebut, sama seperti teori swan putih tadi. \u00a0 \n\nBertrand Russell, seorang ahli falsafah Barat menyimpulkan pemikiran ni semacam ayam yang tiap \u2013 tiap hari akan diberi makan pukul 7 pagi. Jadi ayam tu buat kesimpulan esok pukul 7 pagi aku akan diberi makan juga. Namun keesokan harinya pemiliknya sembelih ayam tersebut. \u00a0 \n\nMaka David Hume, ahli falsafah sains terkenal, menganggap bahawa tak kira betapa banyak pun pemerhatian kita buat, kesimpulan kita sentiasa boleh saja salah keesokan harinya. Jadi bermasalah lah untuk orang yang menganggap \u2018sains sentiasa benar\u2019. \u00a0 \n\nKita setiap hari tengok matahari terbit. Maka kita anggap berdasarkan pemerhatian dari pengalaman yang lepas, hari esok pun matahari akan terbit. Tapi boleh saja Allah tahan matahari dari terbit esok hari. \n\nMacam al Ghazali kata \u201cTuhan Maha Berkuasa, jadi macam mana kita boleh yakin alam akan bergerak macam kita jangka bila Dia boleh saja tunggang terbalikkan bila \u2013 bila masa? \u00a0 \n\nRujukan : Ladyman, James (2001). _Understanding Philosophy of Science_. Routledge." "Tonton versi video di sini\n\nBahagian 1 di sini\n\nTak sangka ada beberapa ciptaan tradisi dunia Melayu yang kita anggap mudah dan biasa, tapi bila digali rupa \u2013 rupanya memiliki nilaian saintifik!\n\nArtikel ini senaraikan 3 (lagi) pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu.\n\n1) Tudung Saji\n\nSelama ini kita menganggap tudung saji hanya untuk menutup makanan, tak nak bagi lalat hinggap. Tapi rupa \u2013 rupanya kelebihan tudung saji lebih lagi daripada itu, daripada segi kimia dan matematik.\n\nMenuru Prof Muati dan Hospital az-Zahrah, tudung saji tradisional memiliki faktor penghalang makanan menjadi basi.\n\nIya\u00a0 lah, dahulu mana ada peti ais. Namun, nenek moyang kita masih mampu mengekalkan kesegaran makanan secara tradisi dengan tudung saji.\n\nRahsianya, ketinggian dan kelebaran tudung saji memainkan peranan penting untuk memerangkap udara yang boleh mengekalkan keadaan dan suhu makanan, dengan syarat ia diperbuat daripada daun seperti daun pandan dan daun nipah.\n\nDan bukan itu sahaja kelebihan tudung saji. Penghasilan tudung saji juga mengagumkan dari segi matematik.\n\nRupa \u2013 rupanya corak anyaman geometri tudung saji dibuat dengan teknik spesifik yang dipanggil tenunan triaksial dan heksagon. Lantaran bentuk tudung saji sebagai kon 3 dimensi, corak mozek parallelogram simetri dianggap satu integrasi idea matematik dengan budaya tradisi anyaman tudung saji.\n\nCorak anyaman tudung saji adalah satu topik kajian menarik dalam matematika group theory. Malah corak pembuatan tudung saji dilihat selari dengan penguasaan ilmu geometri dalam seni bina Islam.\n\n2) Labu Sayung\n\nLabu sayung adalah sejenis bekas air yang diperbuat daripada tanah liat seperti belanga.\n\nKenapa namanya sayung? Kerana industri pembuatan labu sayung adalah di bandar Sayung.\n\nSecara tradisinya, labu sayung digunakan untuk menyimpan air. Nenek moyang kita temui sifat pada material labu sayung yang menjadikan air simpanannya lebih sejuk dan lebih sedap daripada air yang disimpan dalam bekas \u2013 bekas lain.\n\nKenapa begitu? Menurut jurnal Universiti Putra Malaysia, tanah liat mempunyai liang \u2013 liang kecil yang dapat diresapi air, melalui proses rerambut (capillary action). Maka air pun akan mengalir menembusi liang sehinggalah ia sampai ke permukaan labu.\n\nTitisan air tersebut kemudian akan menyejat keluar membawa bersama haba yang dikandungi air tersebut, menjadikannya lebih sejuk. Lebih kurang macam proses penyejukan badan melalui peluh.\n\nMalah kajian moden berkaitan labu sayung turut mendapati labu sayung memiliki kebolehan untuk menyejukkan rumah.\n\n\n5 unit labu sayung mampu menurunkan suhu sebanyak 0.5 darjah selsius.\u00a0\n\n\n3) Penapis Air Batu\n\nNenek moyang kita telah menyedari kepentingan air bersih lama sebelum bercambahnya bisnes penapis air moden.\n\nHal ini terbukti dengan ciptaan mereka, iaitu penapis air batu. Menurut Muzium Warisan Melayu, sistem penapis air yang digunakan Melayu dahulu dicipta seawal abad ke 19.\n\nKonsepnya sama dengan penapis air moden.\n\nIa menggunakan batu pasir yang diukit menjadi bentuk yang dipanggil buju telur. Maka apabila air diletakkan ke dalam, ia akan keluar melalui pori \u2013 pori dan air akan menitis masuk ke dalam bekas.\n\nPenapis air ini menjadi bukti orang Melayu dulu tak lah minum air terus dari sungai tetapi mereka memiliki kesedaran untuk meminum air bersih.\n\nAgak \u2013 agaknya banyak lagi tak pencapaian saintifik warisan kita yang kita terlepas pandang? Hanya dengan kajian lah kita boleh mengorek balik capaian mereka dan mengembalikan jati diri anak bangsa." "Tonton versi video di sini\n\nKenapa matematik susah?\n\nIni bukanlah artikel untuk beri motivasi, \u201canda boleh kuasai matematik kalau rajin!\u201d , \u201cmatematik boleh diselesaikan dengan usaha\u201d, \u201cdengar cakap cikgu matematik!\u201d. Eh tak.\n\nMatematik memang susah.\n\nTapi kenapa?\n\nKenapa Susah?\n\nApa maksud \u2018susah\u2019?\n\nKalau kita kata susah untuk angkat berat 50 kg. Kita faham ia susah sebab di luar kemampuan otot fizikal kita.\n\nKalau orang kata susah untuk belajar dan jawab peperiksaan sejarah. Pun kita faham. Susahnya pada menghafal fakta.\n\nTapi bila orang kata susah belajar subjek matematik, maksudnya agak kabur. Kalau dulu, di sekolah rendah, perkara paling susah dalam matematik adalah menghafal jadual pendaraban. Maka kita fikir untuk jadi ahli matematik, kita kena kuasai aritmetik mental, mampu kira 121 x 346 dalam kepala.\n\nTapi bila kita pelajari matematik pada aras lebih tinggi, kemahiran mental aritmetik jadi kurang relevan.\n\nIyalah sebab 1) kita guna kalkulator dan 2) nak kira nombor dalam kepala macam mana? Nombor pun tak ada.\n\nJadi mental aritmetik ni bukanlah faktor utama yang jadikan matematik susah. Sekurangnya bukan faktor utama.\n\nBanyak Sangat Peraturan dan Prosedur!\n\nKita mula perasan bahawa matematik ni, dia susah sebab peraturan dan prosedur. Kita diberitahu bahawa untuk menjawab soalan matematik dengan betul, kita kena ikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.\n\nAda peraturan dan prosedur positif dan negatif, bodmas, logarithm, trigonometri, statistik, pembezaan dan pengamiran . memang banyak.\n\nMaka pemahaman kita terhadap matematik mula berubah menjadi semacam jurutera yang memegang buku manual. Kesusahan matematik, kita mula faham adalah pada mengingat setiap peraturan dan prosedur, tahu bila nak guna dan pada masalah yang mana satu, dan bila masa nak gabungkan peraturan dan prosedur jadi satu undang \u2013 undang yang lagi kompleks.\n\nDan bila banyak sangat peraturan dan manual yang kita kena ingat, timbul pula satu lagi masalah.\n\nCuai.\n\nSebab bila berjela \u2013 jela persamaan yang cuba diselesaikan, lagi tinggi kemungkinan untuk kita tercuai dan buat silap.\n\nJadi itulah sebab matematik ni susah kan? Maka untuk berjaya dalam matematik kita cuma kena hafal setiap prosedur, tahu bila nak guna dan cuba untuk tak cuai, kan?\n\nBegitulah yang difahami setelah tamat matematik tambahan peringkat SPM. Sampailah datang kesusahan dalam bentuk yang lebih fundamental. Kesusahan konsep.\n\nIni . Matematik ke Ni?\n\nKesusahan dan permasalahan dengan konsep ini tak lain dimulakan dan dihantui oleh satu konsep yang dipanggil nombor khayalan, imaginary number.\n\npersamaan y=x^2 mustahil akan datangkan nilai negatif untuk apa pun nilai x. x^2 tak boleh hasilkan nilai negatif. Ia tak wujud. Tapi nampaknya itu tak menghalang ahli matematik untuk mewujudkan juga satu nilai yang tak wujud.\n\nNombor khayalan pada mulanya dianggap satu konsep abstrak yang tak berguna. Macam mana nak jadi berguna? Sekali lagi, ia tak wujud.\n\nKecuali kalau anda ambil kejuruteraan.\n\nNombor khayalan adalah satu konsep yang fundamental dalam kejuruteraan. Anda akan menggunakannya sepanjang kursus pengajian anda.\n\nDan nombor khayalan ini, konsep yang entah wujud atau tidak ini, rupa \u2013 rupanya miliki peraturan dan prosedur sendiri yang kompleks. Kemudian konsep ini menerobos pula masuk ke dalam topik matematik yang lain, berevolusi dan berkembang menjadi peraturan baru yang lebih kompleks.\n\nJadi kalau sebelum ini kerja anda hanya menggunakan buku manual matematik tersebut tanpa perlu banyak soal, sekarang bukan saja datang muka surat dan peraturan baru tambahan yang lebih rumit, tapi anda mula mempersoalkan pula tentang konsep dan kebenaran asal \u2013 usul peraturan tersebut.\n\nDan apabila anda mula persoal keseluruhan kandungan manual matematik tersebut, sedikit demi sedikit anda akan mula persoal keseluruhan premis kefahaman anda tentang apa itu matematik.\n\nBukan Salah Matematik . kot.\n\nTapi mungkin bukan salah matematik tu, tapi salah kefahaman kita terhadapnya. Kita yang letakkan andaian awal yang salah kepadanya, maka bila matematik berubah di luar andaian, kita pula yang meradang.\n\nMungkin salah kita bila kita ingat matematik ni semata \u2013 mata mengikut manual, peraturan dan prosedur.\n\nAda yang menggesa supaya matematik difahami sebagai satu bahasa. Sebagaimana kita belajar Bahasa Melayu macam tu lah kita belajar matematik. Buktinya, anak umur lima tahun pun boleh selesaikan masalah algebra jika dipersembahkan sebagai bahasa.\n\nAtau mungkin, matematik memang fitrahnya susah, abstrak dan kompleks. Ahli matematik, Carl E Linderholm kata, ahli matematik memang berusaha membingungkan orang, kerana kebingungan itulah prestij bagi mereka. Prof matematik yang terkenal G. H Hardy pula kata perkara yang paling beliau kesali dalam kariernya adalah apabila teori matematiknya jadi berguna.\n\nBegitu juga genius matematik Ramanujan yang hobinya hasilkan teorem matematik setiap hari. Sewaktu ditanya tentang bagaimana beliau boleh datang teorem baru yang tak difikir orang, katanya, ia inspirasi dari Tuhan.\n\nKesimpulannya, kadang \u2013 kadang apabila kita hadapi kesukaran terhadap suatu subjek pelajaran, perkara yang boleh kita buat adalah renung dan fikirkan.\n\n\u2018Kenapa susah?\u201d" "Macam mana nak buktikan seseorang itu robot atau tak?\n\nSoalan ini mungkin dengar macam pelik, tapi itulah masalah yang ditanya oleh syarikat gergasi, Google. Dengan hampir 2 billion pengguna, perkhidmatan atas talian Google sebenarnya bukan saja diakses oleh manusia, tapi juga robot.\n\nBot \u2013 bot \u2018Jahat\u2019\n\nApa yang robot \u2013 robot ni buat?\n\nApabila anda taip di enjin carian, biasanya anda hanya akan pilih keputusan yang teratas, yang disusun berdasarkan ranking. Keputusan carian yang ke belakang biasanya diabaikan. Bot \u2013 bot ini boleh digunakan untuk menaikkan ranking satu laman web.\n\nBot \u2013 bot ini juga digunakan untuk letak komen \u2013\u00a0 komen iklan, beri jumlah like yang tinggi tak masuk akal dan memanipulasi undian online. Kalau syarikat anda sediakan sistem newsletter dalam laman sesawang anda, bot \u2013 bot boleh melumpuhkan sistem anda dengan menghantar ribuan emel seminit.\n\nDatanglah Sistem Captcha\n\nUntuk menghentikan semua bot ini, maka sistem captcha pun diperkenal.\n\nAnda pernah diminta taipkan perkataan \u2013 perkataan yang dipesongkan sebelum boleh akses laman web? Hah itulah CAPTCHA.\n\nCAPTCHA ataupun Completely Automated Public Turing Test to Tell Computers and Humans Apart ini adalah satu ujian untuk bezakan robot dengan manusia.\n\nCAPTCHA ini adalah latihan untuk robot, untuk membezakan manusia dengan robot. Kalau dulu melalui ujian Turing, manusia yang kena buat ujian tersebut. Sekarang kerja tersebut diberi pada robot.\n\nUjian Captcha yang meminta pengguna menaip grafik yang terkandung tulisan yang dipesongkan ini tak mampu diselesaikan oleh robot. Jadi kalau anda mampu selesaikan, tahniah, anda manusia!\n\nAi, Lecehnya.\n\nSistem Captcha ini walaupun berguna dan berkesan, tapi ia juga hadapi masalah. Ia adalah sistem yang dibenci oleh sekalian pengguna internet.\n\nUntuk pengguna yang alami masalah penglihatan Captcha adalah halangan besar untuk mereka. Solusi cuba diberi dengan wujudkan pilihan audio. Tapi inilah bunyinya.\n\nSistem ini juga tidaklah kebal 100% daripada robot tapi sebaliknya. Penggodam dan spammer sentiasa hasilkan bot \u2013 bot yang lagi rumit untuk selesaikan captcha, hasilnya mereka berjaya tembusi berkali \u2013 kali.\n\nMaka Google (pihak yang membeli sistem captcha) terpaksa melawan dengan menambah kerumitan captcha. Mereka gunakan perkataan yang lagi kompleks, herotkan, kaburkan dan letakkan latar belakang untuk menyukarkan bot untuk pecah masuk.\n\nNamun, ironinya dengan Google menyulitkan sistem Captcha tersebut, manusia pula yang sukar selesaikan dan bot pula yang dapat lebih banyak akses.\n\nItu belum lagi dikira masalah manusia yang membisneskan aktiviti menyelesaikan captcha ini. Orang akan bayar pihak ketiga untuk selesaikan captcha untuk mereka, dan pihak ketiga tersebut akan hantar captcha ke ladang captcha seperti di India untuk diselesaikan dengan bayaran yang murah, 1000 captcha untuk satu dollar.\n\nCaptcha Generasi Baru\n\nMaka lantaran masalah \u2013 masalah ini, Google kemudian perkenalkan sistem baru, no Captcha re Captcha\n\nDengan sistem ini, anda cuma perlu klik pada kotak untuk Google sahkan anda adalah manusia, dengan jaminan bahawa ia lebih senang dan selamat. Tak perlu lagi menaip!\n\nMacam mana sistem ini berfungsi? Ia menggunakan enjin analisis risiko dan analisis tabiat.\n\nSebaik saja anda tekan klik pada kotak, maklumat yang pelbagai akan dihantar kepada Google untuk mereka sahkan anda sebagai robot atau manusia. Google akan analisa alamat IP anda, sejarah internet anda, macam mana anda skrol laman tersebut, pergerakan tetikus anda dan beberapa faktor \u2013 faktor lain yang dirahsiakan.\n\nApa akan jadi kalau aktiviti internet anda meragukan? No captcha recaptcha akan minta anda selesaikan masalah lanjutan seperti ini.\n\nDan itulah cara anda boleh dipastikan sebagai robot atau manusia." "Kadang \u2013 kadang sesetengah perkara yang kita anggap fakta sains yang tak berubah mengejutkan kita. Salah satu daripadanya, adalah takat didih air akan sentiasa kekal pada 100 darjah selsius.\n\nProfesor Hasok Chang dari Universiti of Cambridge adalah pengkaji yang cuba meneliti kenyataan berusia lebih dari 200 tahun ini. Cerita kajian beliau dalam laporan the philosophy of engineering amat menarik untuk dibaca.\n\nTapi sebelum tu, kenapa nak susah \u2013 susah ambil tahu sama ada takat didih air tetap pada 100 darjah selsius atau tak?\n\nPencarian Titik Tetap\n\nManusia sentiasa mencari perkara \u2013 perkara yang \u2018tetap\u2019 dan \u2018tak berubah\u2019 dalam alam. Dari unit jengka, hasta, setanak nasi, panas api dan lain \u2013 lain, unit \u2013 unit ini membolehkan kita membuat perbandingan secara relatif.\n\nBagi unit suhu, sebelum dipilih takat didih air sebagai medium perbandingan, orang gunakan frasa seperti \u2018sepanas api, sesejuk salji\u2019, \u2018panas macam hari paling panas musim panas dan sejuk macam hari paling sejuk musim sejuk\u2019, atau \u2018sepanas darah\u2019 macam yang dipanggil Isaac Newton.\n\nDah tentu, perbandingan \u2013 perbandingan ini semua bermasalah. Musim sejuk kat mana? Bila?\n\nTahun 1800 barulah dipilih takat didih dan beku air sebagai rujukan suhu. Tapi itu pun membimbangkan, sebab termometer pertama yang dicipta adalah seperti ini\n\nPada termometer ini ada dua titik pendidihan. Satu \u2018air mula mendidih\u2019 dan dua \u2018air mendidih laju\u2019. \u2018Air mula mendidih\u2019 pada 95 darjah selsius dan \u2018air mendidih laju\u2019 pada 100 darjah selsius. Ini jarak suhu yang sangat besar.\n\nTertarik untuk mengkaji lanjut masalah ini, Prof Hasok Chang mula membuat eksperimen.\n\nKenapa Tak Sama?\n\nBeberapa eksperimen dibuat menggunakan termometer digital dan beliau dapati air mula berkocak pada suhu 96 darjah, permukaan air mula pecah pada suhu 98 darjah dan bergelojak pada suhu di bawah sedikit daripada 100 darjah. Tapi pemerhatian lain beliau adalah suhu meningkat naik pada 101 darjah dalam bikar gelas.\n\nMaka beliau simpulkan takat didih air tidaklah begitu tepat.\n\nKemudian timbul masalah lain. Lain bekas, lain takat didih. Dalam bekas aluminium beliau dapati takat didih adalah 99.3 darjah, dalam bekas teflon 98.7 darjah. Dalam bekas seramik buih mula terbentuk pada suhu 101 darjah, namun suhu meningkat naik sehingga 102 darjah.\n\nApabila dibuang gas daripada air, tak ada apa \u2013 apa berlaku sehingga 107.5 darjah selsius, kemudian ia meletus.\n\nProf Chang mula terpesona. Rupa \u2013 rupanya menentukan apa itu \u2018mendidih\u2019 adalah antara fenomena paling rumit dalam fizik dan kimia asas.\n\n\u2018Mendidih\u2019 Ni Apa Sebenarnya?\n\nDalam kajian tentang pendidihan pun, ada 6 jenis fenomena yang boleh dipanggil mendidih \u2013 dan semuanya berbeza antara satu sama lain. Ada pendidihan yang biasa, ada pendidihan pantas dan meletus, ada penyejatan sangat pantas apabila air alami \u2018super \u2013 heating\u2019. Macam mana di tengah \u2013 tengah proses kejadian buih tersebut? Mendidih atau tidak?\n\nSoalannya, kita tahu atau tak apa tu pendidihan? Ahli meteorologist De Luc kata kita tak tahu. Tapi tidaklah diumumkan pada awam, takut huru hara nanti. Dan kalau kita tak tahu apa itu pendidihan, maka kita pun tak tahulah apa itu takat didih. Jadi macam mana ilmu termometri boleh distabilkan dengan menganggap takat didih air sebagai titik tetap? Jawapannya panjang dan rumit.\n\nJadi kalau ada banyak variasi suhu didih, sedangkan kita pula didih air setiap hari, jadi kenapa kita tak tahu semua ini? Prof Chang beri kita jawapan yang sentap. Sebab kita malas.\n\nLaporan Prof Chang \u2018Mitos Takat Didih\u2018 \u2013 boleh dimuat turun di sini" "Siapa pernah tengok jadual ini?\n\nDiagram yang dipanggil \u2018The Ascent of Man\u2019 ini adalah antara gambaran yang paling popular dalam sains, untuk menggambarkan proses evolusi manusia. Berasal daripada fahaman Darwinisme yang diasaskan Charles Darwin, diagram ini menunjukkan bahawa seolahnya manusia berevolusi secara linear daripada satu keturunan beruk.\n\nKini, diagram ini ditolak oleh saintis malah oleh mereka yang menyokong Darwin sendiri. Gambaran yang dibuat pada tahun 1960 \u2013 an ini memainkan banyak andaian yang ternyata salah malah mendatangkan kesalahfahaman terhadap evolusi.\n\nNamun, sejarah yang mendatangkan pemikiran evolusi manusia ini menampilkan sisi gelap teori sains Darwinisme yang tersangat rasis.\n\nManusia yang Dikurung dalam Zoo\n\nOta Benga adalah lelaki dari Congo berbangsa pigmi. Satu hari, setelah balik dari berburu gajah, Ota dapati isteri dan anak \u2013 anaknya mati dibunuh oleh kerajaan Belgium yang melancarkan aktiviti keganasaan terhadap \u2018orang asli yang lebih rendah taraf evolusi mereka\u2019. Ota kemudian ditangkap\u00a0dan diperhambakan.\n\nDia setelahnya dibeli dan ditayangkan di dalam pameran St Louis World\u2019s Fair\u00a0 di Amerika sebagai \u2018orang gasar yang tidak bertamadun\u2019. Pameran tersebut adalah cita \u2013 cita W.J McGee yang menghendaki satu demonstrasi saintifik berkaitan evolusi manusia.\n\nMaka McGee meminta \u2018orang yang berkulit paling hitam\u2019 untuk dibandingkan dengan \u2018mereka yang berkulit putih\u2019 dan \u2018mereka yang mengamalkan budaya paling primitif\u2019 dibezakan dengan mereka yang \u2018paling tinggi nilai budaya\u2019.\n\nHal ini tidaklah begitu pelik 100 tahun lepas, kerana kepercayaan saintis yang sangat popular pada waktu itu adalah orang hitam adalah bangsa yang lebih rendah berbanding orang putih. Pemahaman Darwinisme membawa kepada kepercayaan bahawa sesetengah bangsa lebih hampir dengan beruk, maka lebih rendah taraf mereka. Orang hitam dianggap berevolusi dari gorilla yang kuat tapi tak cerdik, orang Timur berevolusi dari Orang Utan, dan orang putih dari beruk yang paling bijak, cimpanzee.\n\nLantaran pemikiran ini, Ota kemudian ditayang dan dipamerkan dalam sangkar monyet dalam zoo di Bronx, dan dianggap sebagai \u2018rantai penyambung\u2018 antara manusia dan keturunan monyet. Ota sememangnya menarik perhatian banyak pengunjung yang menanyakan sama ada dia monyet atau manusia.\n\nBantahan\n\nPameran yang digunakan sebagai bahan bukti bahawa orang kulit hitam adalah bangsa yang lebih rendah mendorong kemarahan mereka. Reverend Gordon mengatakan \u201cBangsa kami telah cukup terhina walau tanpa membuat pameran tersebut. Kami merasakan kami layak dianggap manusia yang miliki jiwa\u201d.\n\nAda sesetengah menteri yang menentang teori evolusi tersebut dengan mengatakan bahawa teori tersebut bertentangan dengan ajaran Kristian dan pameran tersebut mesti dihentikan. Namun pandangan agama dianggap tiada nilai terhadap evolusi kerana teori tersebut dianggap \u2018tidak boleh diperdebatkan seperti mana jadual pendaraban\u2019.\n\nPengakhiran Hidup yang Menyedihkan\n\nOta Benga kemudian dibenarkan keluar daripada Zoo dan diambil untuk tinggal dalam rumah anak yatim. Hidupnya mula bertambah baik. Dia diberikan pakaian ala Amerika dan diajar bahasa Inggeris.\n\nKemudian dia mula merindukan kampung halamannya di Africa. Tapi setelah berlangsungnya Perang Dunia Pertama, tertutup jalan untuknya pulang ke Congo. Ota mula merasa tertekan.\n\nPada 20 Mac 1916, pada usia 32 tahun, Ota Benga menyalakan api upacara, dan menembak dadanya dengan pistol yang dicuri." "Pertambahan automasi robot miliki pelbagai kelebihan, seperti peningkatan produktiviti. Tetapi keburukan yang utama adalah pekerja kini bimbang nasib kerjaya mereka yang mungkin tidak lagi relevan beberapa dekad yang mendatang.\n\nKajian terbaru menunjukkan generasi milenial memilih kerjaya yang \u2018kebal masa depan\u2019, yang berkemungkinan kecil akan diambil alih oleh mesin. Namun ia tidak menghilangkan kebimbangan peluang kerjaya mereka akan tetap \u2018dicuri\u2019 oleh robot.\n\nArtikel oleh Independent menyenaraikan beberapa cabang kerjaya yang paling berkemungkinan terselamat daripada dikuasai mesin. Kebanyakan kerjaya yang disenaraikan melibatkan aspek yang sukar untuk diambil alih mesin seperti pengurusan sumber manusia, aspek membuat pilihan, perancangan strategik atau kerja kreatif.\n\nBerikut adalah 5 kerjaya yang bakal terselamat daripada diganti robot.\n\n1. Chef\n\nOrang akan sentiasa menyukai perasaan makan malam di luar dan mencuba rencah rasa yang baru. Tanpa chef yang miliki deria rasa, menu baru yang inovatif mungkin tidak dapat dicipta.\n\nSebuah robot tidak akan mampu menggabungkan kemahiran manual dengan kreativiti seperti mana yang mampu dilakukan oleh seorang chef.\n\n2. Pemasaran, Komunikasi dan Pereka Bentuk\n\nMesin tidak berkemampuan berfikir secara kritikal, atau mendatangkan idea \u2013 idea baru yang menarik. Maka aspek kreativiti mungkin mampu terselamat pada masa hadapan.\n\nPekerja yang mereka bentuk sebagai pilihan kerjaya mereka, atau mereka yang hidup dengan idea, bahasa dan imej berkemungkinan terselamat daripada automasi kerana mesin tidak berfungsi seperti manusia. Belum lagi.\n\n3. Ahli Perubatan Profesional\n\nSesetengah peranan tidak akan diambil alih oleh mesin untuk jangka masa yang lama \u2013 atau mungkin tidak mungkin \u2013 kerana mereka memerlukan interaksi manusia. Ahli perubatan profesional terletak pada kategori ini. Rawatan memerlukan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang ampuh, yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana \u2013 mana mesin.\n\n4. Pendidikan dan Latihan\n\nKerjaya perguruan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Model pendidikan yang melibatkan seseorang memperoleh ilmu secara langsung daripada seorang guru manusia lebih efisien berbanding belajar secara sendirian. Ditambah dengan keperluan seorang guru untuk mengajarkan bahasa kepada pelajar \u2013 pelajar dari negara luar.\n\nFenomena robot mengajar di hadapan kelas mungkin tidak akan berlaku. Mungkin.\n\n5. Saintis Data\n\nPermintaan terhadap kerjaya saintis data kini sedang meningkat dan berkembang. Tak banyak yang mesin boleh lakukan terhadap algorithma dan kod. Orang \u2013 orang yang mampu menggabungkan kemahiran saintifik mereka ditambah dengan kebolehan mencari cerita \u2013 cerita tersembunyi di balik timbunan data adalah kemahiran yang sangat berguna." "Tonton versi video di sini\n\nPernah dengar cerita 4 orang buta dengan gajah?\n\nCertia dia, ada 4 orang buta yang tak pernah bertemu dengan gajah, dibawa bertemu dengan seekor gajah.\n\nMaka mereka pun pegang satu persatu anggota badan gajah tersebut.\n\nOrang buta yang pertama pegang badan gajah, lalu dia kata \u201cooo, gajah ni macam tembok yang tebal\u201d\n\nOrang yang kedua pula pegang kaki gajah, lalu dia kata \u201ceh mana ada, gajah ni macam pokok yang besar!\u201d\n\nOrang buta yang ketiga pegang telinga gajah, maka dia kata \u201ceh tak, gajah ni macam daun raksasa\u201d\n\nDan orang buta yang terakhir yang pegang belalai gajah kata \u201ceh, kau orang semua salah! Gajah ni macam ular yang panjang!\u201d\n\nMaka berkelahilah orang \u2013 orang buta tersebut tentang apa bentuk sebenar seekor gajah.\n\nApa relevan cerita ini dengan tajuk atom? Sebenarnya perkembangan konsep dan bentuk atom sepanjang sejarah hampir sama dengan cerita 4 orang buta itu.\n\nPernah ke Kita Nampak Atom?\n\nMacam mana bentuk atom yang biasa anda tengok?\n\nKalau dulu anda pernah tengok Jimmy Neutron, bentuk atom yang dipopularkan adalah macam ini. Inilah model atom yang popular tapi sebenarnya ia salah, atau tak tepat.\n\nManusia masih tidak pernah lagi melihat atom. Ia lebih kecil daripada panjang gelombang cahaya, jadi kita tak dapat ambil gambarnya menggunakan kamera, sebab kamera terbatas dengan kepanjangan gelombang cahaya.\n\nCahaya X-Ray pun tak dapat digunakan sebab ia akan memusnahkan atom.\n\nMaka sepanjang sejarah, atom wujud dalam bentuk andaian dan konsep.\n\nSejarah Atom\n\nIa bermula pada zaman Greek, di mana ada seorang yang bernama Democratus, yang mempercayai bahawa semua benda diperbuat daripada satu partikel kecil yang tak boleh dipotong, dia bagi nama atomos. Atomos bermaksud sesuatu yang tak boleh dipotong.\n\nDalam dunia Islam, konsep atom ini dipanggil Jawhar, iaitu unit yang paling kecil yang memakan ruang, dan boleh menjadi besar dengan gumpalan Jawhar yang lain.\n\nKemudian kita masuk ke abad ke 18, dan waktu inilah cerita tentang atom menjadi pelik.\n\nKalau kita belajar kimia di kolej, mungkin kita diperkenalkan tentang perkembangan model atom yang licin dan tak bermasalah.\n\nTapi sebenarnya sejarah atom melibatkan kontroversi dan konflik.\n\nIa bermula dengan model atom Dalton sebagai bola meriam yang tegap, utuh dan tak boleh dipecahkan.\n\nTapi kemudian eksperimen dengan sinaran katod dibuat, dan rupa \u2013 rupanya ada caj negatif dalam atom. Sekarang, nak letak mana caj \u2013 caj negatif ni? Saintis buat keputusan untuk letakkan caj \u2013 caj negatif dalam bebola atom tersebut menjadikannya satu model puding plam, hasil eksperimen oleh tok syeikh dalam bidang atom, Thomson.\n\nKemudian datang pula Rutherford dengan hasil eksperimennya yang membuktikan model puding plam itu sebenarnya salah.\n\nDibuat eksperimen dengan ditembak partikel alpha. Andaiannya, kalau model puding plam itu betul, sepatutnya tidak berlaku pembalikan dan lantunan partikel. Tapi sebaliknya berlaku. Banyak partikel yang melantun.\n\nJadi sebenarnya Rutherford kata, atom ini ada nukleus caj positif yang berjisim besar, dengan caj negatif berpusing \u2013 pusing keliling dia macam planet.\n\nBila dengar teori baru ni, Thomson tak puas hati. Thomson adalah tok syeikh dalam bidang atom, Rutherford ini siapa nak pertikai model dia? Jadi mereka pun bergaduh (secara akademik).\n\nPada masa yang sama, ahli falsafah tercengang. \u201cBukan ke memang maksud atom itu sesuatu yang tak boleh dipecahkan? Kenapa saintis \u2013 saintis ni pandai \u2013 pandai pecahkan atom kepada partikel subatomik, proton dan elektron ini semua? Mana boleh, ia definisi atom!\u201d\n\nDi tengah \u2013 tengah kekalutan itu, datang seorang lagi tokoh bernama Bohr yang menambah perencah dalam isu ini.\n\nBohr lihat model atom Rutherford dan kata \u201cAii, ini masalah. Kan elektron tu bercaj negatif, nukleus itu pula bercaj positif. Jadi lama \u2013 lama elektron itu akan hilang tenaga dan jatuh kepada nukleus. Model Rutherford ini tak stabil!\u201d\n\n\u201cMaka apa kata,\u201d kata Bohr, \u201cKita bawa datang satu peraturan baru. Sekarang ni ada satu konsep yang tengah panas, kuantum. Apa kata kita guna kuantum pada model atom?\u201d\n\n\u201cMaksudnya, elektron ni ada tingkat \u2013 tingkat sendiri yang dia boleh loncat naik, dan loncat turun. Tapi dia tak boleh duduk di tengah \u2013 tengah tingkat\u201d\n\n\u201cDengan model baru ni, barulah atom akan stabil!\u201d\n\n*Bunyi cengkerik\n\nModel Atom yang Semakin \u2018Pelik\u2019\n\nTeori ini sangat pelik dan dianggap tak masuk akal sehinggakan ada ahli fizik kata, kalau teori mengarut mamat ni cerita betul, aku berhenti jadi saintis!\n\nDan .. Hoorei, idea itu diterima pakai dan Bohr peroleh anugerah Nobel!\n\nDan model \u2013 model baru atom pun berkembang lagi bila datang data \u2013 data baru dari eksperimen. Datang partikel neutron, kemudian elektron tu sebenarnya tak mengorbit nukleus tapi sebenarnya wujud dalam awan kemungkinan yang berada di merata \u2013 rata tempat pada satu masa, sampailah ada orang yang memerhatikannya.\n\nJadi inilah model terbaru atom. Adakah makin pelik? Ya. Adakah ada orang yang dapat lihat sampai sekarang? Tak.\n\nOrang Buta Meneka Gajah\n\nJadi perasan tak persamaan cerita atom ini dengan cerita orang buta tadi?\n\nSetiap orang buta tadi dapat maklumat baru yang lain daripada kawan \u2013 kawan mereka. Maka, logiknya, jika mereka kumpulkan maklumat \u2013 maklumat daripada semua orang, kemudian gabungkan, dah pasti mereka akan dapat gambaran gajah yang lebih tepat kan? Itulah bagaimana sains berfungsi.\n\n.. Atau mungkin, macam mana kalau gajah tu tak ada pun sebenarnya? Macam mana kalau tiang yang mereka pegang tu memang sebenarnya tiang, daun besar tu memang sebenarnya daun, tembok tu memang sebenarnya tembok?\n\nMacam mana mereka nak tahu? Mereka kan buta?" "Cadangan untuk meringankan beban beg pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sememangnya disambut baik, dan merupakan antara perubahan yang diharapkan berlaku segera selari dengan pertukaran Menteri Pendidikan Baru.\n\nBeg yang berat yang \u2018dipaksa\u2019 dibawa oleh murid \u2013 murid jelas bertentangan dengan aspirasi pendidikan negara kita yang mahu melahirkan murid yang seimbang bukan saja intelek dan rohani, tapi juga fizikal. Bagaimana mahu dicapai jika hasil sistem persekolah adalah murid \u2013 murid yang bermasalah tulang?\n\nKajian pernah dilakukan sekitar 2007 yang diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005, mendedahkan dengan jelas masalah beban beg sekolah dan kesannya ke atas otot erector spinae dan sakit tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.\n\nMalah dalam kajian lain oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) turut mendapati 58.3 peratus murid sekolah yang dikaji mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat, selain ada kajian mendedahkan masalah beban berat akan menyebabkan tulang belakang murid menjadi bengkok.\n\nBermakna masalah beg berat sepatutnya sudah diselesaikan puluhan tahun lepas. Tapi kita tersekat bila tiba bab pelaksanaan.\n\nBuku \u2013 buku teks yang berat dan pelbagai perlu dibawa oleh murid berdasarkan jadual pembelajaran hari tersebut. Jika tidak dibawa, akan dimarah guru. Kadang \u2013 kadang untuk satu subjek ada lebih tiga jenis buku \u2013 buku teks, buku latihan, buku nota, buku nota kecil. Untuk elak terlupa bawa kadang \u2013 kadang disumbat semua dalam beg.\n\nJadi adakah hendak diletakkan almari dan rak buku dalam setiap kelas? Cadangan yang bagus, cuma permasalahannya adalah kos yang tinggi. Dalam cakap \u2013 cakap hutang negara sekarang ini, mungkin ini satu angan \u2013 angan.\n\nBegitu juga cadangan e \u2013 book dan beg roda. E \u2013 book sangat berkos tinggi, ditambah dengan risiko kehilangan dan kecurian. Beg roda pula sangat terhad penggunaannya. Perlukan jenis beg roda yang berkualiti tinggi dan tahan lasak untuk diheret atas jalan raya, juga tak selesaikan masalah membawa beg tersebut menaiki tangga.\n\nMaka, nak tak nak solusinya adalah rombakan sistem pembelajaran kita. Mungkin kurangkan peranan buku teks dalam sesi pembelajaran. Menteri Pendidikan kita ada nyatakan hendak diubah baru \u2013 baru ini.\n\n\u201cAntara yang sedang dikaji ialah murid mungkin tidak perlu lagi membawa buku teks ke sekolah dan sistem pembelajaran yang lebih berkonsep pertanyaan (enquire base) dan kajian boleh diterapkan seperti yang diguna pakai negara maju yang tidak bergantung kepada buku teks di dalam kelas. Bagi saya penyelesaian sebegini boleh dan realistik dilaksanakan kerana ia tidak membabitkan kos selain memudahkan murid dan guru.\u201d \u2013 Maszlee Malik.\n\nItu mungkin satu rombakan yang drastik dan radikal. Tapi kita doakan moga dipermudah." "Rasa kasihan tengok generasi baru sekarang.\n\nBayangkan apa perasaaan anda bila \u2018poster boy\u2019, wakil keluaran generasi anda yang paling terkenal adalah golongan lepasan SPM berlagak pondan, yang tak puasa sebab tak alang \u2013 alang tak solat?\n\nSedangkan generasi yang sama juga baru \u2013 baru ini beri negara kita johan dunia dalam pertandingan nuklear peringkat antarabangsa.\n\nItulah hakikat zaman sekarang. Kebodohan itu terjual, malah laku teruk. Dengan penguasaan media \u2013 media baru yang beri semua orang peluang untuk hasilkan bahan media sendiri, bermakna siapa \u2013 siapa saja boleh popular.\n\nMalangnya, golongan \u2013 golongan yang paling meletup naik adalah ikon \u2013 ikon kedunguan. Danielle Bregoli, Jake Paul, Lil Tay antara yang melonjak popular hanya bermodalkan aksi \u2013 aksi bodoh. Mereka mampu hasilkan content dengan kadar yang sangat banyak, hampir satu video sehari, kemudian kaut pengikut yang banyak. Majoritinya budak sekolah rendah dan remaja.\n\nArus kebodohan ini berganda \u2013 ganda bila mereka jadi kaya raya dengan paid review, sponsors, anak \u2013 anak ambil kad kredit mak ayah untuk derma pada mereka. Jadilah aksi mereka makin lama makin menjengkelkan, sebab itu demand penonton mereka. Kemudian bergasak pula orang \u2013 orang buka akaun Youtube, Insta, Bigo baru untuk cuba nasib mereka, dengan menawarkan aksi lebih bodoh.\n\nTapi itu bukanlah perkara paling menakutkan. Yang paling menyeramkan bila mereka ni tak ada langsung persaingan dalam media baru. Sebab sedang mereka ni sangat konfiden hasilkan content, orang \u2013 orang cerdik kita pula terlampau banyak keraguan.\n\n\u201cThe problem with the world is that the intelligent people are full of doubts, while the stupid ones are full of confidence.\u201d \u2013 Charles Bukowski.\n\nSaintis \u2013 saintis kita, orang \u2013 orang akademik sangat tak mahu untuk ke hadapan. Idea \u2013 idea mereka cukuplah cuma diterbit dalam majalah, jurnal sofistikated dengan tajuk canggih manggih yang entah ada orang baca atau tak. Cukuplah terawang dalam dunia akademik. Nak tunjuk muka dalam media sosial, persembah dan bumikan idea mereka kepada marhaen jauh sekali.\n\nMaka jadilah golongan semacam pondan tak sembahyang hero anak muda, puluhan ribu followers. Sebab orang \u2013 orang cerdik kita terlalu selesa berterbangan di awangan \u2018dunia akademik\u2019." "Mungkin antara perkara paling ketara apabila menjejak kaki ke universiti Eropah adalah bendera yang terpacak tinggi di bangunan utama universiti.\n\nBukan bendera universiti, bukan bendera negara England / Wales / Scotland, bukan bendera Kesatuan Eropah yang terpacak, tapi bendera pelangi LGBTQIAPK (Atau disingkatkan kepada LGBT+, eh betul ni.)\n\nKenapa istimewa sungguh bendera ini sampai diberi layanan hebat sebegitu rupa di institusi keilmuan Barat?\n\n\u201cJangan Dicabar Bendera Ini!\u201d\n\nSaya teringat apabila membawa adik \u2013 adik tahun pertama mendaftar diri mereka sebagai pelajar baru universiti. Seorang dari mereka jelas muka tertekan bila keluar dari dewan pendaftaran.\n\n\u201cKenapa ni\u201d tanya saya.\n\n\u201cEntah lah bang. Tadi ada soalan tanya \u2018are you straight, homosexual, queer or others?\u2019. Saya tak tahu jawab apa, jadi saya jawab lah \u2018I don\u2019t know, I\u2019m normal\u2019. Tiba \u2013 tiba akak meja pendaftaran tu marah kata \u2018what, you think gay people aren\u2019t normal!?\u201d\n\nKesian dah pening hari pertama pendaftaran.\n\nKedudukan LGBT adalah perkara yang tak boleh sama sekali disentuh dalam universiti UK. Ketinggian bendera tunggal berwarna pelangi di atas bumbung fakulti kolej seolah \u2013 olah menjadi lambang kekuatan fahaman tersebut. Mempersoal bendera itu seolah sama taraf dengan anti semitik.\n\nUniversity East Anglia pernah enggan memacakkan bendera tersebut pada \u2018bulan sejarah LGBT+\u2019. Alasan mereka memang wajar, kerana tiang bendera tersebut adalah khusus untuk bendera universiti yang rasmi. Tapi universiti tersebut kemudian dikritik kerana tidak menyediakan slot bendera khas tersebut.\n\nSuruhanjaya Welsh pula dihentam teruk apabila tidak mahu mengibarkan bendera pelangi kerana bertentangan dengan polisi mereka yang tak membenarkan pengibaran bendera dari mana \u2013 mana kumpulan. Setelah tekanan bertubi \u2013 tubi, mereka akhirnya tunduk.\n\nBegitu juga, arahan Trinity College yang tidak membenarkan mana \u2013 mana simbol ideologi ditayang pada kolej dikritik hebat, kerana dianggap \u2018serangan peribadi\u2019 pada golongan gay.\n\nApa sebab yang diberi oleh gerakan LGBT untuk menidakkan hak institusi \u2013 institusi tersebut untuk enggan mengibarkan bendera yang bukan milik mereka? Mudah saja, keengganan tersebut adalah bertentangan dengan konsep demokrasi liberal moden.\n\n\u201cPandangan kamu tak boleh dipaksakan dan menindas pihak lain\u201d Kata ahli sidang Universiti yang membantah keengganan universiti tersebut mengibar bendera pelangi.\n\nErr . ironi?\n\nCabaran Bagi yang Beragama\n\nDah pasti, ketinggian seruan LGBT di institusi \u2013 institusi keilmuan ini menjadi cabaran besar bagi mereka yang beragama, dan memilih untuk beriman dengan agama mereka.\n\nDi Universiti saya sendiri, pernah kecoh dengan berita seorang pekerja Universiti yang dibuang kerana komennya terhadap golongan gay.\n\nTulisnya di Facebook \u201cBible dan Tuhan mengatakan homoseks itu dosa\u201d, dan \u201cperkahwinan sejenis adalah dosa sama ada kita suka atau tak\u201d.\n\nSyeikh Haitham al Haddad, seorang ulama yang menetap di Britain dihalang daripada berceramah kepada persatuan Islam universiti kerana dianggap anti \u2013 gay. Seorang presiden ISOC pula letak jawatan apabila tulisan twitternya \u2018homoseks adalah penyakit hati dan minda\u2019 dianggap homophobia.\n\nBermakna, seorang pelajar Muslim di Eropah hakikatnya perlu berhati \u2013 hati dengan sebarang perkataan yang boleh dianggap menyerang sentimen LGBT di benua tersebut. Mungkin inilah buah hasil demokrasi liberal yang menolak Tuhan. Timbullah agama baru humanisme disuburkan baja fahaman ateis." "Negara kita terima berita \u2013 berita membanggakan tentang pencapaian \u2013 pencapaian terkini dalam bidang sains. Terbaru, pelajar \u2013 pelajar sekolah menengah dari perkampungan nelayan kita peroleh juara dunia dalam pertandingan pendidikan nuklear antarabangsa, dan seorang saintis muda kita diberi anugerah penyampai sains terbaik di dunia.\n\nIni satu perkembangan yang menyeronokkan terhadap masa depan pendidikan sains di negera kita. Namun, berita kejayaan ini jangan dibiar terhenti setakat berita kejayaan.\n\nIdea \u2013 idea merekalah yang sepatutnya kita fikirkan cara untuk sampaikan kepada orang ramai, penonton media massa, netizen media sosial, pelajar sekolah, orang awam, makcik pakcik di kampung.\n\nIni masa untuk kita lawan pasaran media \u2013 media tular yang dikuasai video raver, cendol, manusia berlagak pondan dengan edutainment, pendidikan bercorak hiburan.\n\nKita dah ada kepakaran. Kita dah ada saintis \u2013 saintis dan ahli akademik yang mampu bercerita. Siap diberi penghargaan di peringkat antarabangsa. Sekarang kita perlu sediakan medium.\n\nDi negara Barat, penguasaan edutainment mereka sangat mencemburukan. Mereka mampu menghasilkan video bertopik \u2018kejuruteraan genetik\u2019 dan menarik jutaan penonton. Saintis dan ahli akademik pula dijemput berceramah di atas pentas menceritakan tajuk \u2013 tajuk berat semacam nombor fibonacci. Juga dapat reaksi amat positif. Ini bermakna topik yang dianggap bosan dan perlu dielakkan supaya penonton tak cabut lari adalah tidak benar. Mungkin caranya saja salah.\n\nHal ini semakin diikuti rapat oleh jiran kita Indonesia, yang mula menghasilkan bahan \u2013 bahan pendidikan sains berkualiti tinggi, dengan jumlah capaian yang memberangsangkan.\n\nSudah tiba masanya kita reformasikan penyampaian pendidikan STEM kita. Aset \u2013 aset saintis dan bakal saintis jangan kita biarkan \u2018hilang\u2019, terawang \u2013 awang di langit dunia akademik atau memilih untuk meragut rumput di padang lain, kerana tiada langsung rumput di padang milik kita untuk mereka." "Kita mungkin biasa hadapi perkara ini. Kita bawa kereta atas lebuh raya, kereta tak banyak, pergerakan lancar, cuaca tenang.\n\nKemudian tiba \u2013 tiba nun di kejauhan ternampak kelibat kenderaan beratur panjang. Anda kini tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Beberapa puluh minit berlalu namun trafik masih lagi tak terurai.\n\n\u201cMesti ada kemalangan teruk dekat depan ni, harap \u2013 harap selamat lah mangsa \u2013 mangsa\u201d Fikir anda yang dah pasti punyai iman yang tinggi. Kalau tak cukup iman, lain pula lah skripnya.\n\nNamun beberapa minit kemudian kereta di depan tiba \u2013 tiba bergerak laju. Anda lihat kiri dan kanan, tak ada apa \u2013 apa. Tak ada kemalangan, tak ada pokok tumbang. Trafik kemudian kembali lancar.\n\n\u201cAPA KES NI, APA PUNCA???\u201d Soal anda sambil memecut minyak, sambil beristighfar panjang . kan?\n\nApa Penyebab \u2018Trafik Hantu\u2019 Ini?\n\nHakikatnya, kesesakan trafik tak bersebab ini memang boleh terhasil tanpa sebab musabab yang besar semacam kemalangan atau jalan raya rosak. Cukup dengan fitrah perangai manusia.\n\nDalam aliran trafik, terutama dalam trafik padat yang dipenuhi kereta, satu gangguan yang kecil akan menghasilkan reaksi berantai (chain reaction). Satu kereta menekan brek sedikit, maka kereta di belakang akan menekan brek lebih banyak untuk mengelak berlanggar, yang kemudian menghasilkan gelombang trafik yang perlahan atau terhenti langsung.\n\nWalaupun setelah kereta di hadapan meninggalkan kesesakan tersebut, gelombang tersebut tak hilang. Ia akan berterusan bergerak ke belakang, seolah \u2013 olah pergerakan ular yang merintang trafik. Biasanya panjang gelombang tersebut 100 ke 1000 meter, tapi boleh jadi panjang lagi.\n\nPunca kepada terhasilnya gelombang tersebut tak lain adalah perangai \u2013 perangai atas jalan seperti kereta (biasanya dari KL, isyh korang ni) yang menukar laluan secara tajam (dah la tak bagi isyarat!) sehingga pemandu di belakang terpaksa brek mengejut, pemandu menekan brek setelah termenung sejenak, dan lori yang memotong lori lain. Kadang \u2013 kadang trafik berjam \u2013 jam boleh jadi disebabkan seorang saja pemandu.\n\nNamun boleh jadi gelombang trafik ini terhasil tanpa sebab langsung. Ia terhasil daripada pergerakan \u2013 pergerakan dinamik rawak yang kecil yang akhirnya menghasilkan impak yang besar.\n\nPenyelidik dari Jepun pernah kendalikan eksperimen di mana 22 pemandu diminta membawa kereta pada kelajuan yang sama, dan mengekalkan jarak antara kereta, di atas jalan raya rata berbentuk bulat.\n\nTak semena \u2013 semena, tanpa angin ribut atau serangan Godzilla, tetap terjadi kesesakan lalu lintas.\n\nJadi, Apa Penyelesaiannya?\n\nNak tak nak, solusinya terletak pada perubahan sikap manusia. Pemandu mesti pastikan jarak kereta mencukupi supaya tak berlaku situasi brek mengejut. Jangan tukar laluan tanpa sebab. Pastikan perlahan di kiri, laju di kanan, kongsi artikel ini untuk tingkatkan kesedaran semua orang.\n\n....\n\nAtau jangan langsung harap manusia berubah (Sebab tak pernah berkesan pun). Kita ambil perubahan radikal, kita guna kereta tanpa pemandu.\n\nSebab kereta tanpa pemandu boleh berkomunikasi sesama sendiri untuk tentukan halaju secara seragam, boleh kekalkan kelajuan konsisten, dan dapat analisa data trafik dalam milisaat untuk elakkan kesesakan. Kalau semua orang guna kereta tanpa pemandu, kita tak perlukan lagi dah lampu trafik.\n\nItupun kalau kita tak kisah robot ambil alih dunia kita." "Generasi sekarang dah ramai yang tinggalkan pantang larang dan petua datuk nenek mereka.\n\nPantang larang dan petua dah dianggap tak relevan lagi pada zaman Facebook dan Instagram, malah banyak yang dianggap sebagai mengarut, tak masuk akal dan tak berasas.\n\nSebenarnya, menurut Fadhilah Mat Noor, banyak pantang larang tradisi sebenarnya berguna dan masuk akal dan hanya cuma disalah fahami kerana anak bangsa tak memahami maksud yang tersurat dan tersirat.\n\nBerikut adalah petua \u2013 petua dan pantang larang melayu yang rupanya masuk akal.\n\n1. Dilarang Duduk di Atas Bantal\n\nMaksud yang tersurat adalah siapa yang duduk di atas bantal, akan terkena penyakit bisul di punggungnya.\n\nNamun maksud yang tersirat adalah sebab bantal merupakan tempat letak kepala. Bagi orang Melayu, kepala adalah anggota sensitif, tak boleh dibuat main dan bergurau, maka duduk di atas tempat letak kepala sebenarnya tak sopan.\n\n2. Bapa yang Pulang Ke Rumah Tak Boleh Terus Masuk, Tapi Perlu Berhenti Sebentar di Luar Rumah\n\nSebab tersurat yang diberikan adalah nak kelirukan hantu yang ikut masuk.\n\nTapi sebab tersirat yang rasional adalah nak meredakan bapa yang mungkin berkeadaaan panas lepas balik kerja dan menenangkannya sebelum masuk rumah.\n\n3. Wanita Hamil Dilarang Lalu di Bawah Ampaian\n\nMaksud tersurat adalah anak yang bakal dilahirkan nanti akan cacat seperti gagap.\n\nNamun maksud yang tersirat adalah dibimbangi ibu hamil tersebut akan tersadung pada ampaian dan menyebabkan keguguran atau kecederaan kandungan.\n\n4. Gigit Mata Pisau Sebelum Potong Buah\n\nPetua ini dikatakan untuk mengelak luka semasa potong buah. Sekali imbas macam tak ada kaitan?\n\nTapi sebenarnya ada rasional iaitu apabila pisau digigit, pelaku akan lebih berwaspada kerana rangsangan deria apabila pisau dimasukkan kedalam mulut. Maka secara langsung pengguna akan lebih berhati \u2013 hati ketika memotong buah.\n\n5. Sewaktu Membina Rumah, Hadapkan Pintu Menghadap Angin Bertiup.\n\nIni adalah petua hasil daripada cerapan pemerhatian orang dulu \u2013 dulu yang melihat rumah yang dibina dengan tak melihat arah angin akan menyebabkan rumah tersebut tak dimasuki angin.\n\n6. Orang Perempuan jangan Menyanyi Sewaktu Memasak di Dapur\n\nDikatakan jika perempuan menyanyi sewaktu memasak di dapur, dia akan berkahwin dengan lelaki tua.\n\nMaksud tersirat pantang larang ini sebenarnya untuk elakkan lalai memasak. Kalau menyanyi hingga lalai sewaktu memasak, ditakuti hangus makanan nanti.\n\n7. Jangan Potong Kuku Waktu Malam\n\nMaksud tersirat adalah nanti pendek umur. Namun hakikatnya ajal maut itu sebenarnya ketentuan Allah.\n\nMaksud tersirat adalah takut terlukakan jari pada waktu malam. Sebabnya dahulu tiada bekalan elektrik di rumah. Maka setiap rumah gelap dan hanya berbekalkan lampu pelita.\n\nKesimpulan\n\nTuntasnya, sebahagian petua dan pantang larang memang boleh dijustifikasikan secara rasional dan masih boleh diterima sampai sekarang.\n\nNamun unsur \u2013 unsur yang merupakan kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam seharusnya tidak diterima pakai lagi.\n\nBegitulah pepatah yang mengatakan \u2018adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah\u2019.\n\nRujukan:\n\nParadoks pantang larang : tersurat dan tersirat\n\n PANTANG LARANG DALAM KALANGAN ORANG MELAYU: ANALISIS DARI PERSPEKTIF TEORI SPB4K \n\n SUMBANGAN AMALAN PETUA DALAM FALSAFAH ALAM MELAYU" "Sejarah jawi adalah cerita sedih buat kita.\n\nJawi sebati dengan orang Melayu selama hampir seribu tahun. Adanya batu bersurat Terengganu menjadi lambang kemegahan tulisan keramat kita ini. Tulisan rumi baru digunakan 50 tahun.\n\nSultan \u2013 sultan Melayu hantar surat kepada Raja Portugal, England dan Perancis guna tulisan jawi. Ulama \u2013 ulama kita tulis kitab \u2013 kitab hebat warisan Nusantara guna tulisan jawi. Punyalah sayang orang Melayu dengan tulisan jawi sampai mereka panggil diri mereka orang jawi, bangsa jawi dari tanah jawi.\n\nTapi sekarang hilang sudah identiti gah ini dari bangsa Melayu.\n\nCeritanya hampir sama dengan bahasa Arab. Dulu bahasa Arablah bahasa rasmi untuk sains. Orang Eropah kemudian terap ilmu \u2013 ilmu saintifik Arab ke dalam bahasa Latin. Martin Kramer kata kalau ada anugerah nobel pada tahun 1000, golongan yang akan bolot habis semua anugerah tak lain adalah Muslim.\n\nSekarang lebih 90% terbitan sains seluruh dunia adalah dalam bahasa Inggeris. Kertas akademik yang dikeluarkan Harvard lagi banyak daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan 17 negara Arab.\n\nAkan jadi kenyataankah ramalan Prof Kong Kyoung Seok bahawa jawi akan pupus 10 \u2013 20 tahun lagi?" "BANGI, Mei 2018 \u2013 Pelajar tahun akhir Ijazah Doktor Falsafah di Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanolectronik (IMEN), Mohd. Nuriman Nawi telah ditawarkan menjadi Felo dalam bidang Fizik Gunaan di Harvard University, United States.\n\nBeliau adalah anak didik Dr. Ahmad Rifqi Md Zain, memulakan penyelidikan terhadap pengesan cahaya didorong oleh kemajuan teknologi cahaya di dunia, seterusnya membuat penyelidikan terhadap peranti pengesan cahaya berdasarkan grafin atau bahan dua dimensi yang lain.\n\nMenceritakan tentang kejayaan beliau menjadi Felo di Fakulti Sastera dan Sains, Harvard University, Mohd. Nuriman berkata, beliau telah diperkenalkan oleh penyelianya kepada seorang profesor di Harvard University.\n\n\u201cPenyelia saya, Dr. Ahmad Rifqi adalah seorang penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam teknologi fabrikasi peranti yang tersangat kecil dan juga merupakan rakan penyelidik kepada profesor tersebut.\n\n\u201cBeliau telah datang ke persidangan di Malaysia sebagai pembicara utama dan kami telah bersua ketika sesi persidangan di mana saya telah menjadi salah seorang pembicara.\n\n\u201cDari situ secara tidak langsung beliau telah menemuduga dan berminat dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh kumpulan kami di IMEN dan menjemput kami ke Harvard sebagai felo untuk berkongsi dan melakukan penyelidikan di sana,\u201d jelasnya.\n\nKatanya, disebabkan kekangan masa, beliau telah dijemput untuk melakukan penyelidikan selama enam bulan dan kemudiannya pulang ke Malaysia untuk mempertahankan tesis sebelum menjadi graduan UKM.\n\n\u201cSetelah selesai penyelidikan di IMEN, saya boleh kembali semula ke Harvard untuk meneruskan penyelidikan selama tempoh maksima lima tahun atau sehingga selesai penyelidikan di sana,\u201d katanya.\n\nMohd. Nuriman berkata, jangan malu untuk untuk bertanya dan perlu mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penyelidikan yang dilakukan adalah bonus terhadap kejayaan seseorang pelajar.\n\n\u201cKepada pelajar pascasiswazah yang lain, sikap adalah segala-galanya. Apabila kita menceburi sesuatu bidang, sikap yang positif adalah sangat-sangat diperlukan dalam melakukan penyelidikan.\n\n\u201cKita jangan sesekali malu untuk bertanya dan walaupun kita sibuk dengan penyelidikan yang dibuat, janganlah kita lokek untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain,\u201d nasihatnya.\n\nSumber: www.ukm.my" "Pernah dengar cerita Pinocchio?\u00a0\n\nPinocchio adalah cerita tentang anak patung kayu yang apabila menipu, hidungnya akan memanjang.\n\nPernah tak terfikir, apa akan jadi pada hidung pinocchio jika dia sebut\n\n\u201cSaya sedang menipu sekarang\u201d\n\nKalau Pinocchio cakap benar:\n\nKalau Pinocchio sedang menipu:\n\n Jadi apa hidung dia nak buat?? \n\nSituasi sebegini adalah apa yang kita panggil sebagai paradoks.\n\nParadoks adalah satu kenyataan yang seolah \u2013 olah mencanggahi dirinya sendiri, atau tak mampu diselesaikan dengan logik dan tak masuk akal. \n\nDan biasanya paradoks akan menghasilkan situasi yang membingungkan kepala.\n\nContoh \u2013 contoh Paradoks\n\nAda banyak paradoks yang popular sepanjang zaman. Berikut adalah beberapa daripadanya\n\nKatakan anda mencipta mesin masa dan kembali ke zaman silam. Kemudian anda cari datuk anda yang masih bujang, dan anda bunuh dia!\n\nApa yang akan berlaku seterusnya?\n\nDisebabkan anda bunuh datuk anda, maksudnya mak atau ayah anda tak lahir. Maka anda pun tak lahir.\n\nKalau anda tak lahir, macam mana anda nak bunuh datuk anda?\n\nParadoks ini adalah masalah yang menghantui banyak cerita pengembaraan masa.\n\nSeseorang yang berbangsa X mengatakan semua bangsa X sebagai penipu.\n\n Tapi dia juga berbangsa X, jadi dia pun menipu. Maksudnya kenyataan dia bahawa bangsa X adalah penipu adalah satu penipuan. Bermakna bangsa X bangsa yang bercakap benar. \n\nKalau macam tu benarlah kenyataan dia bahawa bangsa X penipu.\n\nHah lain kali jangan rasis dengan bangsa sendiri.\n\nDalam sains juga ada paradoks, contohnya paradoks yang popular dalam astrofizik yang menjadi hujah untuk buktikan bahawa makhluk asing tidak wujud, iaitu paradoks fermi.\n\nRingkasnya, kalau alam semesta tersangat besar, dan ada berbilion \u2013 bilion bintang yang berusia berbilion tahun, kenapa kita tak jumpa langsung apa \u2013 apa kesan alien? Mana mereka semua?\n\nPersoalan ini membawa kepada penafian kewujudan alien.\n\nSelain itu ada juga paradoks yang pelbagai dalam bentuk lukisan dan gambaran.\n\nImej \u2013 imej yang membingungkan dan tak masuk akal ini kita panggil sebagai objek \u2013 objek mustahil.\n\nJenis \u2013 jenis Paradoks\n\nJadi, kita bolehlah katakan paradoks sebagai masalah \u2013 masalah yang memeningkan kepala dan tak masuk akal, tapi adakah semua paradoks ini tak boleh diselesaikan?\n\nJawapannya tak juga. Ahli falsafah Willard Quine membahagikan paradoks kepada tiga jenis:\n\nParadoks antinomi adalah paradoks yang mendatangkan krisis pemikiran, yang mencanggahi dirinya sendiri, dan hanya boleh diterima kalau kita menolak cara kita berfikir.\n\nAntinomi adalah paradoks yang betul \u2013 betul paradoks, seperti paradoks Pinocchio dan paradoks mesin masa tadi. Paradoks \u2013 paradoks ini mungkin tak akan boleh diselesaikan.\n\nParadoks veridikal adalah paradoks yang pada mulanya mendatangkan kejutan dan tak masuk akal, tapi sebenarnya boleh diselesaikan kalau kita fikir panjang.\n\nContohnya seorang lelaki yang mengatakan dirinya berumur 21 tahun, tapi baru sambut 5 hari jadi.\n\nIni mungkin dengar macam tak masuk akal, paradoks!\n\nTapi masalah ini diselesaikan dengan penjelasan bahawa lelaki tersebut lahir pada 29 Februari tahun lompat, yang datang cuma 4 tahun sekali.\n\nParadoks falsidikal ini dengar macam paradoks, tapi hakikatnya salah sebab kesalahan pada premis.\n\nContoh kalau orang tanya \u201ckalau Tuhan cipta semua benda, maka apa sebelum Tuhan?\u201d\n\nSekali dengar macam paradoks yang tak boleh diselesaikan, tapi kesalahan pernyataan ini sebenarnya adalah pada perkataan \u2018sebelum\u2019.\n\nKonsep \u2018sebelum\u2019 datang daripada konsep masa. Kalau tak ada masa, tiada konsep sebelum dan selepas.\n\nTuhan pula adalah pencipta masa. Maka konsep \u2018sebelum\u2019 tak terpakai pada Tuhan yang mencipta masa. Maka soalan itu salah. Seolahnya seperti orang yang bertanya \u201cKalau makanan ini dimasak oleh tukang masak, maka siapa yang masak tukang masak?\u201d\n\nKesimpulan\n\nRingkasnya, memahami perihal paradoks agak penting dalam menyampaikan idea dan buah fikiran, agar tak mudah terperangkap dalam kebingungan.\n\nJangan biarkan diri anda diselubungi paradoks." "Sudah semakin ramai yang tidak mengenal apa itu tulisan jawi. \n\nTulisan jawi dulu merupakan tulisan keramat dan lambang peradaban Melayu, tapi kini semakin dilupakan.\n\nHakikatnya, banyak cerita menarik tentang tulisan tradisi kita ini. Berikut adalah beberapa fakta \u2013 fakta tulisan jawi yang kita kena tahu!\n\nOrang \u2013 orang Melayu sewaktu kedatangan Islam di Kepulauan Melayu sangat suka dengan agama yang baru datang ini.\n\nCintanya orang Melayu dengan Islam, sehingga mereka tukar tulisan lama mereka Pallava, kepada tulisan jawi semata \u2013 mata untuk lebih faham Quran dan Sunnah.\n\nMalah, umat Melayu mengenali diri mereka sebagai orang jawi, bangsa jawi dari tanah jawi dengan berbahasa jawi dan bertulisan jawi.\n\nOrang yang menggunakan tulisan jawi pula dianggap petanda dia beragama Islam. Maka dari itu, datanglah frasa \u2018masuk jawi\u2019 atau bersunat untuk orang yang baru masuk Islam.\n\n Tulisan jawi yang paling tua dalam dunia boleh ditemui pada batu bersurat Terengganu, iaitu sejak tahun 1303 Masihi lagi. \n\nTulisan rumi pula baru digunakan secara rasmi selama 50 tahun. \n\nTulisan jawi digunakan secara meluas di Nusantara dalam pentadbiran adat istiadat perdagangan dan pendidikan.\n\nTulisan perundangan semacam Hukum Kanun Melaka, Undang \u2013 undang Johor, Pahang dan Kedah semuanya adalah tulisan Jawi.\n\nTulisan jawi juga adalah tulisan yang berkuasa. Surat raja \u2013 raja Melayu kepada raja Portugal, England, dan Perancis semuanya tulisan jawi.\n\nKarya ulama \u2013 ulama semacam Daud Fatani, Abd al Samad al Falimbani, Ali Abd Rahman al Kelantani semuanya ditulis dalam jawi.\n\nDan apabila mesin pencetak kerajaan Mekah didirikan buat kali pertama pada tahun 1884, dicetak kitab \u2013 kitab jawi yang diberi nama \u2018kitab kuning\u2018.\n\n Huruf \u2013 huruf hijaiyah Arab asalnya ada 31, kemudian orang Melayu jadikan 37 dengan menambah huruf va, nya, ga, pa, nga dan ca. \n\n Semua bunyi ini tidak wujud dalam sistem bunyi bahasa Arab. Sebab mereka tak boleh sebut. \n\n Dulu tulisan jawi asal memang serupa dengan tulisan Arab. \n\n Tapi kemudian berubah sedikit demi sedikit untuk membantu pembacaan. Sebabnya, jawi merupakan satu tulisan yang rumit. Banyak boleh salah baca. \n\nKalau tak dibuat ejaan jawi baru pasti kekal kekeliruan guna jawi.\n\nJadi untuk selesaikan masalah ini tulisan jawi berkembang dan diperbaik dari masa ke masa.\n\nTeori perkembangan tulisan jawi sangat menarik hingga dikaji oleh Prof Kong Kyoung Seok, seorang rakyat Korea.\n\nJati diri orang Melayu ini terhakis sedikit demi sedikit dengan kuasa penjajah Barat.\n\nPada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu membuat keputusan:\n\n\u201c.sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa menentukannya..\u201d\n\nSehinggalah tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.\n\nTulisan jawi hanyalah boleh digunakan untuk pendidikan Islam. Bermakna, tulisan jawi tidak boleh lagi digunakan untuk nama jalan, pembangunan bandar dan lain \u2013 lain. Pengaruhnya semakin lama semakin pudar.\n\nMalah menurut Prof Kong Kyoung Seok, tulisan jawi mungkin akan pupus 10 \u2013 20 tahun lagi. \n\nKesimpulan\n\nMaka itulah dia nasib tulisan jawi.\n\nUsaha untuk memelihara tulisan jawi cuba dibuat dengan menerbitkan Utusan Melayu seminggu sekali, malah diterap dalam silibus JQAF.\n\nTapi sebenarnya kitalah yang bertanggungjawab menyelamatkan tulisan jawi sebab pupusnya bahasa apabila tiada siapa yang menggunakannya." "Subjek matematik mungkin subjek yang paling kurang digemari oleh ramai pelajar. Banyak cara cikgu \u2013 cikgu dan mak ayah guna untuk \u2018paksa\u2019 anak \u2013 anak mereka suka dengan subjek ini.\n\nNamun kadang \u2013 kadang sukanya kita dengan sesuatu subjek boleh terlahir dengan penghargaan terhadap sumbangan \u2013 sumbangan manusia \u2013 manusia hebat dalam sejarah. Mereka kerah peluh, keringat dan darah untuk bidang ilmu yang mereka cintainya.\n\nBagi yang beragama Islam, lebih \u2013 lebih lagi perlu ditanam rasa suka terhadap matematik apabila mengetahui sumbangan sarjana \u2013 sarjana Islam terhadap bidang ilmu ini.\n\nBerikut adalah beberapa daripadanya.\n\n1) Al \u2013 Jabar (algebra)\n\nAljabar diasas al-Khawarizmi untuk menyelesaikan masalah zakat, fara\u2019id dan urusan perniagaan. Istilah mal, jazr, ka`b dan seumpamanya diambil daripada istilah umat Islam yang kemudiannya disebut di Eropah sebagai quadratic, root dan cube. Istilah tersebut mempunyai sistem nilai Islam yang menunjukan falsafah ilmu berkenaan.\n\n2) Trigonometri\n\nIlmu trigonometri diasaskan oleh rangkaian al-Tusi, Abu\u2019l-Wafa al-Buzajani, dan al-Kashi dengan penakrifan fungsi sin (sine), kosin (cosine) dan tangen (tangent).\n\nLahirnya trigonometri adalah untuk selesaikan masalah \u2013 masalah berkaitan dengan kajian falak syar`i yang mengkaji tentang takwim solat, kalendar, gerhana dan pentarikhan.\n\nKajian trigonometri sarat dengan latar belakang fiqh Islami. Demikian pula kajian trigonometri sfera yang diasas oleh al-Biruni bertujuan untuk menentukan arah kiblat serta aktiviti pelayaran umat Islam khususnya pelayaran jamaah haji ke Tanah Suci Makkah.\n\nDalam hubungan yang sama, alBiruni mengasas ilmu atlas kartografi dengan lakaran peta di atas glob dengan koordinat tempatan untuk merujuk kedudukan sesuatu tempat berasaskan koordinat Makkah.\n\nAl-Biruni mengasas bidang penghampiran secara interpolasi pula berkaitan dengan usaha untuk mendapatkan nilai sin(1\u00b0) dengan tepat. Dalam suasana yang sama, Sama`wal al-Maghribi dan al-Kashi memulakan penulisan pecahan perpuluhan untuk mencari ketepatan nilai ? hingga 18 angka bermakna dalam usaha mengira jisim langit dengan tepat.\n\n3) Logaritma\n\nKajian logaritma dilakukan oleh Ibn Hamzah al-Maghribi dengan menghubungkannya dengan songsangan fungsi eksponen serta menukarkan operasi pendaraban kepada penambahan berdasarkan pengembangan sin(?+?). Kajian ini dilakukan dengan penuh sistem nilai masyarakat Islam menyelesaikan masalah mereka.\n\nPemalsuan Sejarah\n\nSumbangan tokoh \u2013 tokoh Islam dalam bidang matematik secara khusus dan keilmuan lain secara umum cukup banyak dan memberi impak besar sehingga akhirnya mencetuskan Renaissance di Barat.\n\nUniknya, Islam sahaja agama yang mencetuskan penganutnya untuk meneroka ilmu sains dan matematik sebagai tuntutan khusus agama.\n\n\u201cDalam Islam, tidak dalam agama lain,\u201d ahli sejarah David King mengatakan \u201cPelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur \u2013 prosedur saintifik\u201d.\n\nNamun hakikat ini seolah disembunyikan dalam teks sejarah matematik yang popular. Hal ini kerana pencetak buku sejarah Barat menghapuskan fakta sejarah tersebut khususnya yang melibatkan umat Islam.\n\nDalam konteks pemalsuan fakta sejarah itu, nama-nama barat sering digunakan untuk menggantikan nama ahli matematik Muslim yang mengasas beberapa bidang utama matematik.\n\nBarat tidak gemar mengiktiraf pencapaian tamadun lain, lalu dalam hubungan ini penulis Barat menggantikan nama Newton sebagai pengasas kalkukus untuk menggantikan nama al-Kindi misalnya dan sekali gus menghapuskan kaedah interpolasi al-Biruni untuk digantikan dengan\u00a0nama kaedah Newton-Raphson.\n\nMereka turut menggantikan nama Ibn Hamzah al-Maghribi dengan Lord Napier atau Briggs dalam logaritma dan menggantikan nama Abu\u2019l-Wafa dengan Rogiomantamus sebaagi pengasas bidang trigonometri.\n\nMaka sayanglah jika kita biarkan saja sejarah ini dipadamkan, dan diganti pula dengan sejarah penjajah yang mahu kita rasa terkebelakang!\n\nRujukan :Epistemologi, falsafah dan etnomatematik: ke arah kesepaduan kuantitatif dan kualitatif- Dr Mat Rofa" "Sekolah Tahfiz sering kali menjadi mangsa pertikaian segelintir pihak. Dikatakan, sekolah ini tidak menyumbang kepada masyarakat, melahirkan masyarakat jumud, tiada fungsi, tiada masa depan dan sebagainya.\n\nBagi pengkritik, usaha pemeliharaan Quran dianggap tidak berfaedah. Namun hakikatnya, hafalan Quran adalah keajaiban dunia moden. Tiada buku dalam sejarah yang mendapat penghargaan dihafal seluruhnya oleh jutaan orang di muka bumi. Tahfiz wujud hatta di perkampungan terpencil di Afrika.\n\nKekalnya tradisi tahfiz ini zaman \u2013 berzaman di pelbagai ceruk dunia membolehkan umat Islam mengatakan dengan yakin tentang mukjizat pemeliharaan Quran. Tiada agama di dunia yang mengatakan dengan yakin ayat di bawah berkaitan kitab suci mereka:\n\n\u201cJika seluruh salinan Quran, hardcopy atau softcopy, di muka bumi dihapuskan, umat Islam boleh mendatangkan salinan tepat 100% dalam masa beberapa jam!\u201d\n\nIni adalah hasil sumbangan institusi tahfiz yang bertitik tolak sejak zaman Nabi Muhammad.\n\nNamun begitu, hakikatnya selain hafazan kitab al Quran, sekolah tahfiz telah melahirkan beberapa pencapaian membanggakan dari aspek duniawi \u2013 berikut sebahagian daripadanya.\n\nAntara tokoh akademik terkenal keluaran tahfiz pondok adalah Dato\u2019 Dr Afifi al Akiti \u2013 yang merupakan pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi, Oxford.\n\nDr Afifi tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh sejak tahun 2010.\n\nDua pelajar tahfiz dari Malaysia telah mencatat kejayaan membanggakan apabila merangkul pingat emas dalam Pertandingan Matematik Dunia ke \u2013 14 pada tahun 2017.\n\nPertandingan yang menghimpunkan ramai pelajar dari seluruh dunia tersebut berlangsung di Manila, Filipina pada 22 dan 23 April tahun lalu.\n\nJad Haris Sabaruddin, 12,\u00a0dari Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yakub (MATTARY) dan\u00a0Najmi Asyraaf Abdul Halim, 10,\u00a0dari Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hasan yang mewakili pasukan Sarawak menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di kejohanan itu, dan menjadi kebanggaan hasil didikan tahfiz.\n\nSiapa kata golongan Hafiz tiada peluang dalam bidang profesional?\n\nRamai pelajar lepasan tahfiz menjadi teknokrat dan profesional dalam pelbagai bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan dan bidang profesional lain. Ramai juga menjadi pimpinan utama negeri dan negara malah berjaya memimpin masyarakat dalam sektor kerajaan, jabatan, NGO, seperti yang dilaporkan dalam Sinarharian.\n\nMalah, terdapat platform Professional Huffaz (PROFAZZ) yang khas menggabungkan dua elemen profesional dan huffaz.\n\n[td_smart_list_end]\n\n\nMenariknya, PROFAZZ ini terajui oleh 5 adik \u2013 beradik yang semuanya menghafal Quran, dan semuanya memegang jawatan profesional seperti doktor, peguam, jurulatih motivasi dan pengurus syarikat.\n\nMaahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) membuktikan arena debat bukanlah dunia yang mustahil buat pelajar tahfiz apabila merangkul piala Menteri Besar Pahang, lantas membawa pulang RM 3000 wang kejuaraaan.\n\nTIGA pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil Duo Jeli Madu. Inovasi ini menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia.\n\nTIGA pelajar tingkatan empat Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) memenangi Anugerah Pingat Emas hasil Duo Jeli Madu. Inovasi ini menarik perhatian juri dalam pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda Antarabangsa Ketiga (IYIA) di Dewan Konvensyen Surabaya, Indonesia.\n\nCiptaan Jeli Madu Tinggi Antioksida mereka mampu merawat penyakit radikal seperti boleh mencegah kanser dan merawat penyakit radikal berkaitan kardiovaskular.\n\nPelajar \u2013 pelajar Tahfiz ini adalah perintis muda yang menggalas cabaran mengharumkan nama negara di peringkat dunia.\n\nMasih menganggap pendidikan Tahfiz sebagai lekeh?" "Hari graduasi sememangnya adalah antara hari paling istimewa dan ditunggu \u2013 tunggu. Setelah berhempas pulas di Universiti selama bertahun \u2013 tahun, akhirnya tibalah masa mereka merangkul ijazah.\n\nDalam majlis tersebut, graduan akan menyarung sepasang jubah, dan mengenakan sejenis topi khas di kepala, yang diberi nama mortarboard.\n\nPemakaian pakaian ini hakikatnya cukup simbolik, namun amat malang apabila ramai yang menganggap ia hanyalah satu upacara turun \u2013 temurun yang tidak lain menjadi bahan fotografi yang cantik sekali seumur hidup.\n\nBerasal Daripada Islam\u00a0\n\nAmalan dalam majlis graduasi hakikatnya berasal daripada Islam, yang kemudian dicedok oleh Barat.\n\nMalah menurut Dr Afifi al \u2013 Akiti, amalan yang dipopularkan oleh Universiti Oxford ini berasal daripada tradisi pondok. Hal ini termasuklah budaya\u00a0seperti makan ramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan dan membaca doa, semua ini berasal daripada tradisi Islam. Namun sekarang ia lebih dikenali sebagai budaya Harry Potter.\n\nSistem pensijilan juga adalah tradisi Islam.\u00a0Dalam bidang hadis , di Kairouan, pelajar yang lepasi pendidikan dan ujian hadis akan diberi sijil bernama Bil Haq al \u2013 Riwayah yang bermaksud \u2018kebenaran untuk meriwayatkan hadis\u2019.\n\nIstilah \u2018Bil Haq al Riwayah\u2019 ini pula kemudian dipinjam dan dialih kepada bahasa Latin sebagai \u2018Baccalaureate\u2019 (BA).\n\nBukan Pakaian Biasa \u2013 Biasa\n\nJubah yang dipakai oleh penuntut dan guru mengikut warna masing-masing bertujuan membezakan orang awam dengan penuntut ilmu dan ilmuwan. Terdapat juga kisah di mana seorang menteri perlu menukar jubah menteri kepada jubah sarjana bila ingin membacakan hadis kepada pendengar.\n\nJika seorang itu layak mengajar, mereka akan disarungkan jubah yang digunakan oleh ilmuwan dan upacara ini masih diteruskan sehingga kini, terutamanya penganugerahan kepada penerima ijazah doktor falsafah.\n\nMalah yang lebih menarik, topi mortar board, atau Qalansuwah dalam bahasa Arab, adalah tempat untuk mengikat al Quran di atas kepala. Itulah sebabnya kenapa reka bentuk mortar board leper di bahagian atas.\n\nIni menunjukkan tanda penghormatan tertinggi kepada Kalamullah, itulah tujuan sebenar bergraduasi menurut tradisi Islam. Agar Ilmu yang diperoleh membantu meninggikan ayat \u2013 ayat Allah.\n\nMaka agak menghairankan mengapa boleh terlahir tradisi melontar mortarboard setelah bergraduasi. Simboliknya agak .. mengerikan.\n\nDari mana datangnya amalan ini?\n\nAmalan Baru yang Tiada Kaitan dengan Ilmu\n\nBeberapa\u00a0sumber melaporkan bahawa amalan melontar mortar board ini satu amalan yang baru. Ia bermula pada 1912 di US, pada hari graduasi ketenteraan Naval Academy.\u00a0 Mereka sebelum itu dikehendaki memakai topi berpangkat midshipman selama 4 tahun. Pada hari tersebut buat pertama kali mereka diberi topi berpangkat pegawai untuk dipakai. Maka mereka membaling topi lama mereka sebagai tanda kegembiraan.\n\nTradisi ini kemudian berkembang dan menenggelami simbolik asal majlis graduasi.\n\nBukan saja ia melanggar tujuan asal topi tersebut, hakikatnya amalan membaling mortarboard ini berbahaya dan telah diharamkan di beberapa tempat. Terdapat kes kecederaan ngeri di mana bucu mortarboard terkena pada mata seorang pelajar 17 tahun sehingga mengakibatkan trauma.\n\nJelas, reka bentuk asal mortarboard tidak sesuai untuk dibaling. Ia bukan tujuan asal. Namun kemudian diusulkan pula agar reka bentuk dan materialnya diubah agar lebih lembut dan tidak membahayakan apabila dibaling.\n\nNampaknya gambar graduasi membaling sebiji topi lebih berharga daripada keseluruhan budaya dan tradisi ilmu." "Lebah memang mengagumkan. Bukan sahaja mereka menghasilkan penawar semula jadi madu yang mengagumkan kita zaman berzaman, budaya kerja seekor lebah juga amat sukar ditandingi dan memalukan masyarakat kita.\n\nBanyak perkara tentang lebah yang menarik. Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa bentuk sarang lebah sebegini:\n\n\nHeksagon\n\n\nKenapa bentuk heksagon? Kenapa tidak bentuk petak, atau bulat, atau tiga segi?\n\nRupa \u2013 rupanya jawapan kepada persoalan ini membuktikan bahawa lebah juga adalah ahli matematik dan pakar ekonomi.\n\nPenghasilan sarang bagi lebah adalah satu kerja industri yang memenatkan, jadi mereka perlu pastikan bahawa output, atau hasil kerja mereka cukup efisien. Jika tidak, seolah \u2013 olah anda lakukan kerja buruh yang keras namun kemudian bukan saja bos beri anda gaji yang sikit, tapi kemudian binaan anda cacat pula.\n\nLebah bukanlah seperti golongan jurutera yang tuang kerja, mereka sememangnya menghendaki madu dan larva mereka disimpan dalam satu bentuk geomentri yang memaksimakan ruang pada luas kawasan sarang yang terhad, di samping meminimakan penggunaan sumber.\n\nPersoalannya, bentuk geometri mana yang mahu dipilih?\n\nMereka menolak bentuk bulat, sebab banyak ruang yang terbazir. Bentuk petak pula kecil, tidak sesuai untuk dibuat larva.\n\nDengan ilmu matematik dan kejuruteraan yang mereka miliki, mereka pilih bentuk yang terbaik, heksagon.\n\nJika semua sisi adalah sama \u2013 iaitu mengikut bentuk heksagon yang sempurna, setiap sel sarang lebah akan muat secukupnya. Sarang lebah adalah seperti permainan susun suai. Setiap bahagian akan tercantum sempurna.\n\nMenariknya, bukti tentang betapa efisiennya bentuk heksagon telah didebatkan oleh ahli matematik selama ratusan tahun dalam satu masalah yang dipanggil honeycomb conjecture dan baru saja dibuktikan beberapa tahun yang lepas.\n\nTidak diketahui sama ada lebah tersebut menerbitkan jurnal pengiraan pembuktian bentuk heksagon seperti di atas di universiti lebah dan dipersembahkan kepada permaisuri mereka. Kalau berlaku, kita harapkan Pixar untuk menganimasikannya.\n\nTeorinya, pemilihan bentuk heksagon adalah penambahbaikan \u2018trial and error\u2019 lebah selama zaman \u2013 zaman sehinggalah mereka mendapati satu bentuk yang paling mendatangkan kebaikan kepada koloni dan mereka tetap dengan bentuk tersebut sampai sekarang." "Amin Rukaini Mustafa, seorang pelajar PhD dalam bioteknologi di Universiti of Cambridge berkongsi rahsia beliau menuntut ilmu." "Pilihan untuk belajar di luar negara, sekadar pengalaman di sana, rata-rata berlegar pada kehendak-kehendak dan keinginan peribadi. Nak rasa perkara- perkara baru, nak dapat didikan di universiti-universiti terkemuka untuk karier pilihan yang lebih baik, atau mungkin nak tengok salji dan mat saleh. Agak jarang juga jumpa pelajar yang memilih belajar di UK contohnya kerana kehendak dasar pendidikan.\n\nHakikatnya, pemilihan untuk belajar di negara perlu ditimbang tara dengan baik dan dianalisis selumatnya oleh pelajar sebelum memilih untuk memberi komitmen belajar ribuan kilometer dari rumah.\n\nBerikut disenaraikan beberapa kebaikan belajar di luar negara yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar\n\nIni mungkin antara faktor terbesar yang mendorong pemilihan untuk belajar di luar negara.\u00a0 Bila dah hampir satu perlima abad belajar di negara yang sama, bertemu dengan orang-orang yang sama, maka timbullah keinginan nak rasa perkara baru beribu-ribu batu jauh dari rumah. Biasanya orang-orang yang bersifat \u2018adventurer\u2019 \u2013 mahukan pengalaman \u2013 pengalaman baru yang akan buat pilihan ni.\n\nIya lah, pengalaman jauh dari mak ayah, sistem baru, duduk sendiri bukan semua orang sanggup tempuh.\n\nJujurnya, ini juga sebenarnya sebab utama saya pilih nak isi borang tajaan luar negara dulu. Saya fikir, perspektif statik tentang banyak perkara \u2013 negara, agama, pendidikan \u2013 perlu dicabar. Saya perlu melihat the gambaran yang lebih besar. Kemudian barulah perbandingan atau penambahbaikan boleh dibuat.\n\nApa pengalaman baru paling besar di tempat saya belajar, iaitu di UK? Dah pastilah cuaca dia. Cuaca di UK ni sangat..menarik sampaikan dia jadi bahan paling senang nak berkomunikasi dengan orang di sana. Jumpa tukang kunci dia borak pasal cuaca, jumpa lecturer borak cuaca. Dalam satu hari, bumi UK ni boleh bagi 5 jenis cuaca.\n\nSistem belajar yang moden juga jadi pilihan pelajar-pelajar untuk ke luar negara. Mungkin perbezaan paling ketara negara Malaysia dengan negara \u2013 negara maju dari sudut ini adalah kelajuan internet dan kompleksiti sistem belajar dan mengajar.\n\nPengurusan pangkalan data mereka memang cemerlang. Setiap universiti ada applikasi masing-masing untuk anda semak jadual-jadual mendatang serta info-info lain. Bahan-bahan pembelajaran seperti slaid kuliah diberikan kepada anda dalam bentuk online sebelum kuliah untuk anda baca dulu sebelum ke kelas. Anda ada profail sendiri yang lengkap dan mudah diakses. Apa-apa perubahan atau kemas kini yang berlaku akan diberikan kepada anda dalam bentuk notification, sama seperti sistem facebook.\n\nInternet yang laju buatkan anda tak perlu masak maggi, tukar mentol bilik dan berlari 10 km sebelum video kuliah anda siap loading. 3. Budaya baru\n\nIsu perbezaan budaya adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan oleh pelajar-pelajar luar negara. Sebahagian mungkin berpandangan pendedahan budaya Barat kepada pelajar negara Timur mungkin agak negatif. Sebahagian budaya seperti cara berpakaian, sosial, parti, pemakanan mungkin agak bercanggah dengan budaya dan kepercayaan Timur terutama bagi yang beragama Islam. Rasanya nasihat yang paling kerap saudara-mara di kampung beri pada anak saudara yang nak ke luar negara adalah suruhan jauhi benda-benda semacam tu.\n\nTapi, tak dinafikan ada juga budaya-budaya yang baik, seperti budaya efisiensi, budaya jalan raya yang mantap, pengurusan data dan layanan pelanggan yang cemerlang.\n\nJadi adakah pendedahan budaya-budaya baru ini baik atau buruk? Saya kira hal ini bergantung kepada pelajar itu sendiri. Pelajar yang berprinsip akan mengetahui disiplin menguruskan kejutan-kejutan budaya yang berlaku. Pada saya, melihat budaya-budaya baru ini muktamadnya adalah baik kerana meluaskan horizon pemikiran. Kadangkala, kita akan lebih menghargai budaya sendiri apabila ia tiada di negara orang.\n\nContoh perkara yang jarang diamalkan di sana adalah amalan beri salam pada tenaga-tenaga pengajar. Di Malaysia, itu satu budaya yang biasa. Di sini ucapan hormat pada pensyarah tak diamalkan maka terasa ada jurang dengan mereka.\n\n\u00a0 \u00a04. Universiti ranking tinggi\n\nIni juga antara faktor utama pemilihan belajar di luar negara. Saya kira antara syarat tajaan penaja adalah pelajar mesti dihantar ke pusat pengajian tinggi yang berprolifik, sekurang-kurangnya top 100 dalam dunia. Bila dihantar ke universiti yang terkemuka seperti Ivy League, matlamatnya adalah supaya pendidikan yang diterima bertaraf dunia. Dapat belajar bersama-sama dengan pelajar-pelajar terbaik seluruh dunia adalah satu peluang yang sangat baik untuk menjadi kompetitif.\n\nSaya kira nama universiti pun dicari yang gempak-gempak untuk diisi dalam curriculum vitae. Kalau boleh letak nama Uni Cambridge dalam CV, bukan setakat syarikat-syarikat berebut, orang kampung pun kagum. Mak ayah apatah lagi.\n\nBila disebut tentang ranking Universiti, suatu berita baik yang kita terima adalah kedudukan Universiti tempatan semakin melonjak dan akhirnya menembusi kedudukan 100 teratas. Tertinggi sekali adalah Universiti Malaya pada tangga ke 87. Tak mustahil akan ada pusat pengajian tinggi di Malaysia duduk sebaris dengan Ivy league, bukan?\n\nKeburukan Belajar Di Luar Negara\n\nSekiranya kebaikan belajar di luar negara berkisar seputar aspek personal, keburukannya pula banyak apabila dinilai dari sudut dasar dan polisi pendidikan kebangsaan. Saya cuba mencari dokumen-dokumen rasmi yang membincangkan justifikasi penghantaran ribuan pelajar ke luar negara saban tahun tetapi tiada. Kalau ada pun naratifnya bersifat negatif.\n\nApa keburukan belajar di luar negara?\n\n1. Kos tinggi\n\nIni mungkin keburukan paling besar polisi penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara. Di UK- Ireland, tajaan seorang pelajar untuk tamatkan pengajian kejuruteraan atau perubatan boleh mencecah RM 600 000 \u2013 RM 1000 000. Itu untuk seorang. Ditambah lagi dengan polisi yang menghendaki pelajar bukan Eropah\u00a0(non-EU)\u00a0untuk membayar dua kali ganda yuran pengajian, kerajaan atau penaja perlu berbelanja besar untuk pendidikan di UK-Ireland.\n\nMungkin kerajaan Malaysia sanggup menghantar ramai anak-anak watan ke luar negara berbanding kerajaan negara membangun lain kerana ia memperuntukkan 16 % bajet untuk pendidikan (sekitar RM 37 billion), jumlah peruntukan tertinggi di Asia Timur.\n\nJika pelaburannya besar, maka pulangannya mestilah besar. Akan tetapi kemenjadian pelajar-pelajar luar negara sekarang hakikatnya sedang dipertikai. Pelan strategik pengajian tinggi 2020 menggariskan bahawa kualiti graduan universiti luar negara hanyalah lebih baik dari segi persepsi majikan.\n\nSaya tidak pula menjumpai sebarang kertas kerja yang membandingkan kemenjadian kedua-dua golongan pelajar ini. Tetapi saya kira indeks kemenjadian pengajian tinggi perlu dirangka untuk membantu kajian polisi.\n\n2. Dasar pengantarabangsaan\n\nSekiranya anda seorang pemimpin kerajaan, yang mana satu pilihan anda? Hendak menghantar rakyat negara anda belajar di universiti terkemuka negara lain atau bangunkan sendiri universiti terkemuka negara supaya rakyat negara lain pula yang datang ke negara anda? Kerajaan yang punya aspirasi dan bervisi pasti akan pilih pilihan kedua.\n\nItulah pendekatan kementerian pendidikan melalui dasar pengantarabangsaan. Melalui dasar ini, kerajaan mensasarkan 200 000 pelajar antarabangsa dari luar negara untuk datang belajar di Malaysia. Pelan 2007-2020 merancang agar nisbah 50:50 dicapai antara pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan.\n\nMaka, penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara sedikit sebanyak akan menjejaskan aspirasi ini. Ketika universiti tempatan menerima pelajar asing, pelajar kita pula \u2018lari\u2019 ke universiti luar. Imej dan reputasi IPT tempatan akan sedikit tercemar.\n\n3. Talent pool \u2013 pelajar2 yang cemerlang tak sumbang naikkan reputasi uni tempatan\n\nUntuk belajar di luar negara, anda perlu melepasi pemarkahan yang ketat sewaktu tempoh persediaan di dalam negara. Hanya pelajar-pelajar yang terbaik yang dapat lepasi kuota yang begitu terhad. Jadi, saya kira tak salah saya katakan pelajar yang dihantar ke luar negara adalah antara asset-aset modal insan yang terbaik yang dimiliki negara.\n\nMaka apa akan jadi apabila talent pool negara dihantar ke universiti luar? Dr Sharifudin Lubis mengatakan bahawa dah pastilah kualiti universiti tempatan akan merudum kerana mereka tak menyumbang kepada menaikkan reputasi uni tempatan. Sebaliknya, universiti luar negara pula yang akan terus meningkat baik kerana menerima sumber pelajar-pelajar yang berkualiti.\n\nBeliau juga menyambung, dan point ini buatkan saya terfikir juga. Secara logiknya pelajar-pelajar yang cemerlang ini tetap akan cemerlang walaupun belajar di dalam negara. Kawan-kawan saya yang top scorer sewaktu di Malaysia biasanya akan tetap konsisten di uni luar negara. Jadi bukanlah universiti atau sistem pendidikan yang tentukan kecemerlangan pelajar tetapi bergantung pada pelajar itu sendiri.\n\nCadangan beliau adalah untuk buka lebih banyak universiti cawangan luar negara di Malaysia, bukannya hantar pelajar kita ke sana. Kalau dulu, kita kena hantara pelajar ke luar negara kerana uni tempatan tak banyak dan tak banyak bidang pengajian ditawarkan. Tetapi masih valid ke sebab tu sekarang?\n\n4. Isu ideologi dan bertepatan ke dengan falsafah pendidikan kebangsaan?\n\nSekali lagi saya tegaskan penulisan saya ini adalah lebih kepada konteks UK dan negara barat secara umumnya. Mungkin suatu perkara saya rasakan kurang diambil perhatian oleh kementerian pendidikan dengan penghantaran pelajar Malaysia ke negara Barat adalah impak ideologi setempat.\n\nPelajar-pelajar yang dibentuk oleh kementerian pendidikan, tidak kiralah di luar atau dalam negara, seharusnya dipastikan selari pola pemikiran dengan falsafah pendidikan kebangsaan.\n\nAntara isi dan tujuan utama falsafah pendidikan kebangsaan adalah berkisar kepada kepercayaan kepada Tuhan. Hal ini selari dengan rukun negara pertama yang kita ikrarkan setiap minggu di sekolah. Malah, menurut Datuk Dr Syed Othman Alhabshi, falsafah negara kita tak jauh beza dengan dengan konsensus sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac hingga 8 April 1977. Sumber pendidikan adalah dari wahyu dan akal.\n\nPrinsip ini berbeza dengan atmosfera negara Barat yang sekular dan atheist-oriented.\n\nPihak Education Malaysia London pernah membuat satu program yang mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia. Dalam program tersebut, dilontarkan beberapa persoalan-persoalan kritikal untuk mencabar pelajar. Antara persoalan yang terbesar adalah \u201cperlu ke rukun negara pertama, kepercayaan kepada Tuhan dimansuhkan untuk menghormati golongan ateis?\u201d. Sangat mengejutkan apabila sebahagian pelajar menyokong cadangan tersebut dan tidak dicabar. Bagi saya ini suatu red flag yang bahaya.\n\nSekiranya takungan pelajar-pelajar yang mindanya berorientasi begini semakin bertambah, dan mereka sangat berpotensi memegang jawatan-jawatan besar negara, adakah falsafah pendidikan kebangsaan akan dipinda pada masa akan datang?\n\nJadi, apa peranan pelajar luar negara?\n\nTulisan saya ini bukanlah untuk mempertikai keputusan penghantaran pelajar ke luar negara atau untuk menghina pelajar-pelajar dalam negara. Saya bersyukur dikurniakan peluang terbang belajar. Saya juga merasakan rezeki belajar di luar negara boleh jadi lebih baik untuk saya. Saya tak dapat hidup dua kehidupan dalam satu masa maka jalan mana yang Allah buka untuk kita maka kita perlu manfaatkan sebaiknya.\n\nWalaupun begitu kehidupan tiga tahun di sini taklah saya boleh katakan begitu berbeza dengan pengalaman belajar di Malaysia selama ini. Banyak rungutan-rungutan yang kita dengari dulu juga diulang oleh pelajar di sini. Lecturer ajar baca slide, sistem periksa yang muntahkan balik benda yang dibaca last minute, pelajar lewat, ponteng kelas, kelas 80% kosong, lecturer merungut pelajar main-main, pelajar tak tau nak buat apa lepas grad, main Dota dalam kelas dan lain-lain.\n\nPendek kata, tak banyak beza sana dan sini. Mereka dan kita sama-sama manusia, masing-masing ada masalah dan kelemahan.\n\nJadi, introspeksi ini sedarkan saya bahawa bukanlah beradanya saya di sini untuk semata-mata sijil. Ramai orang yang ada sijil. 10 tahun lagi, nilai sijil graduation ini mungkin akan sama saja nilainya dengan sijil PMR dan UPSR yang mungkin kini berhabuk dalam almari.\n\nPengalaman dan cabang hidup yang Allah pilih untuk kita sebaliknya lebih unik dan berharga. Terpulang pada kita untuk terjemahkannya menjadi jawapan kepada masalah umat.\n\nRujukan:" "Soalan ini seronok untuk dibincangkan. Walaupun mungkin agak sensitif dan kontroversi (?) Apa pandangan anda \ud83d\ude42 ?" "Banyak fakta menarik tentang tulisan keramat warisan orang Melayu ini!" "Bersedia untuk gerakkan gear otak anda." "Diorang semua ni sekolah SBP, MRSM, aku sekolah harian biasa je\u201d" "Awat hang macam ni, kosong?" "Setiap kali kita letak rujukan Wikipedia pada tugasan kajian kita, mesti cikgu marah dan tak bagi. Tapi kenapa?" "Kadang \u2013 kadang bila kita belajar tentang subjek mata pelajaran, terutama sekali sains, kita akan terserempak dengan beberapa fenomena alam mindblowing yang buat kita jatuh cinta dengan subjek tu, dan langsung membuat kita kata subhanallah.\n\nBerikut tiga daripadanya!" "Senarai universiti \u2013 universiti paling tua dunia. Sebelum tengok, cuba teka universiti mana nombor 1?" "Soalan peperiksaan darjah 5 yang datang dari China ini tular menggila di media antarabangsa! Ramai yang kata soalan silap. Hakikatnya, soalan berani dari penggubal periksa ini mengajar pengajaran yang sangat berharga!" "Seorang pengguna Twitter mengongsikan kisah menarik beliau membuat pameran eksperimen berdasarkan ayat Quran. Sangat mengujakan!\n\nAyat Quran yang dimaksudkan oleh abang tersebut adalah ayat berikut:\n\n(?????? ??????? ?????? ????????????? ????? ?????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ??????????? ????????? ????????? ?????????? (??\n\n\u201dDan, Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.\u201d (QS Al-Furqan: 53)\n\nPertemuan dua laut tersebut biasa dikaitkan dengan fenomena laut dua warna selat Gibraltar\n\nSains moden menerangkan bahawa apabila dua laut yang berlainan bertemu, terdapat pembenteng antara keduanya. Benteng ini membahagikan dua laut supaya setiap laut memiliki suhu, kemasinan dan ketumpatan. [Principles of Oceanography, Davis, pp. 92-93.]" "Orang Malaysia amat suka menonton video atas talian (online). Daripada 18 jam penggunaan internet dalam seminggu, 7.2 jam adalah menonton video \u2013 video atas talian. Youtube adalah platform yang paling popular untuk menonton video sebegini.\n\nOrang cari pelbagai jenis video di Youtube. Kebanyakan mahu tonton cerita tular semasa, kalau yang muda cari video gaming, ada juga yang terperangkap dengan playlist video kucing berjam \u2013 jam.\n\nNamun antara kebaikan lain Youtube adalah ia juga miliki saluran pendidikan yang pelbagai. Ada bentuk \u2013 bentuk pendidikan ringan yang diberi nama edutainment,\u00a0ada pendidikan untuk bantu langsung pelajar yang hadapi masalah dengan silibus. Ia sangat popular dan pelbagai negara mula berlumba menghasilkan video \u2013 video pendidikan mereka.\n\nBagaimana dengan Malaysia? ayuh kita lihat top 5 saluran pendidikan Youtube Malaysia!\n\nSubscriber: 1300\n\nPengikut Facebook: 34000\n\n\u201cKenapa ada tempat khas nombor 6 ni? Kata top 5?\u201d\n\n\u201cSebab ini artikel aku, kenalah bagi kredit sikit dekat saluran aku. Tapi tak cecah top 5 lagi jadi letaklah tempat khas no 6.\u201d\n\n\u201cTak malu\u201d\n\nAJAR adalah saluran pendidikan yang menerapkan konsep \u201cpendidikan luar buku teks\u201d. Video \u2013 video yang dihasilkan tidak menyentuh silibus atau peperiksaan secara langsung, tetapi mencetus perbincangan menarik tentang ilmu dan pembelajaran.\n\nAntara video yang menarik adalah seperti \u201c5 Peribahasa yang selalu disalahertikan\u201d, \u201cBetul ke atom wujud\u201d dan \u201cKenapa matematik susah?\u201d.\n\nSubscriber: 8000\n\nTutorsyah Tv adalah saluran khas yang mengajar mengenai matematik SPM oleh Cikgu Mohd Hazwansyah. Menariknya cara pengajaran saluran ini menggunakan papan lutsinar, dan ditulis oleh cikgu secara terbalik!\n\nSubscriber: 29000\n\nSaluran Tutortv adalah saluran pendidikan milik Astro yang turut disediakan platform Youtube untuk ditonton secara percuma tanpa langganan Astro. Berkemungkinan supaya mudah diakses oleh para pelajar tanpa mengira sangat aspek keuntungan. Kebanyakan video berkisar mengenai pembelajaran UPSR, PT3 dan SPM. Ada juga drama dan lakonan dengan kualiti produksi TV.\n\nSubscriber: 44600\n\nSaluran ini berbentuk tutorial khas mengenai matematik yang berfokus kepada matematik tambahan SPM. Slot terbaru turut memasukkan pembelajaran sains SPM.\n\nSubscriber: 49000\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=hSDpuFgahKY\n\nSaluran ini juga berkisar kepada pengajaran mata pelajaran SPM tapi cakupannya lebih luas merangkumi matematik, sejarah, bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu.\n\nSubscriber: 67600\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=sKthLHpJbq4\n\nOh My English, juga merupakan hasil keluaran ASTRO, merupakan medium pengajaran bahasa Inggeris yang cukup popular. Inggeris diajar dengan cara santai dan sempoi, menerusi lakonan senario oleh artis \u2013 artis, yang kemudian diselitkan pengajaran mengenai Bahasa Inggeris. Format drama + pembelajaran ini adalah satu revolusi menarik lanskap pendidikan negara kita.\n\nMelihat kepada senarai, rata \u2013 rata saluran pendidikan di Youtube Malaysia berkisar tentang peperiksaan utama di negara kita. Sedikit saja yang berbentuk pendidikan menarik di luar silibus dan buku teks. Hal ini sangat berbeza dengan negara Barat malah juga negara jiran kita Indonesia, di mana saluran pendidikan besar mereka hampir tidak langsung menyentuh tentang peperiksaan negara mereka.\n\nMalaysia masih miliki peluang yang banyak untuk gencarkan pendidikan di Youtube, Insya \u2013 Allah." "https://www.facebook.com/PembinaMalaysia/videos/2335450279806252/\n\nTranskrip ucapan Prof Dato\u2019 Dr Teo Kong Seong mengenai UEC\n\n\u201cDan bantahan saya, saya lihat dari sudut berbeza.\n\nSaya bersetuju kalau UEC diiktiraf, ia akan menjejaskan perpaduan. Saya boleh terima hujah itu. UEC kalau diterima akan menjadikan sistem pendidikan kita huru \u2013 hara, ada dua sistem. Saya boleh terima. UEC kalau diterima akan mengenepikan Bahasa Melayu. Saya boleh terima.\n\nTapi hujah saya, UEC tak boleh diterima. Kalau UEC diterima, kerajaan yang iktiraf UEC berlaku zalim kepada rakyat. Maksud saya begini. Mereka yang ambil UEC setiap tahun anggarannya 10000 saja, calon Cina, adalah calon Melayu India sedikit.\n\nMula \u2013 mula mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. 6 Tahun, darjah 1 sampai darjah 6. Itu yang dibenarkan kerajaan. Apabila mereka habis darjah 6 di sekolah rendah jenis kebangsaan, mereka sepatutnya pergi ke sekolah menengah kerajaan, sama ada yang menawarkan bahasa Mandarin ataupun yang menawarkan sastera Cina, ataupun ke sekolah kebangsaan biasa seperti Sekolah Tinggi Kajang.\n\nJadi mereka ini, pelajar UEC, ibu bapa mereka , mereka tak nak belajar di sekolah kebangsaan, kerana bahasa pengantar bahasa Melayu. Jadi mereka ini boleh dikatakan taksub dengan Bahasa Cina, mereka nak belajar dalam Bahasa Cina untuk pendidikan Menengah. Jadi mereka pergi ke sekolah persendirian Cina. Maksudnya mereka tak yakin kepada sistem pendidikan menengah kerajaan yang dikendalikan dalam Bahasa Melayu.\u00a0 Mereka nak dalam Bahasa Cina.\n\nTak apa lah. Pergilah. Sebab kita negara demokrasi, demokratik, dan negara kita benarkan liberalisasi dalam pendidikan. Tak apa, pergi. Dan mereka pergi, mereka tahu akibatnya. Kalau ke sekolah persendirian Cina, mereka tahu akibatnya tak boleh bekerja dengan sektor kerajaan, tak boleh lanjutkan pelajaran di universiti awam.\n\nKenapa setelah lulus UEC ini, mereka nak masuk balik dalam sistem. Ini cukup tak adil kepada orang Malaysia yang berada dalam sistem. Dan lagi tak adil kepada anak \u2013 anak Cina yang berada dalam sistem.\n\nMaksudnya lepas 6 tahun di sekolah Cina, mereka berada dalam sistem kerajaan. Tingkatan 1 sampai 5 mereka belajar dalam Bahasa Melayu. Yang tak nak belajar, mereka ke sekolah persendirian Cina. Tak apa lah.\n\nJadi di penghujung, Dong Zong nak kerajaan iktiraf supaya anak \u2013 anak Cina, ada Melayu, India sikit di sekolah persendirian Cina ini boleh masuk dalam sistem balik, bekerja dengan kerajaan, dan belajar di IPTA. Cukup tak adil.\n\nIa menzalimi pelajar yang berada dalam sistem sepanjang persekolahan. Saya pernah berhujah macam ini kepada rombongan Dong Zong di Majlis Profesor negara. 3 orang ini, wakil Dong Zong adalah pensyarah dari Universiti Tunku Abd Rahman.\n\nSaya kata rakus sekali, tamak sekali. Nak untung sepanjang jalan. Ini tak adil kepada anak \u2013 anak Cina. Sebab kalau lulusan UEC dapat masuk IPTA, sebenarnya, mereka mengambil tempat anak \u2013 anak Cina yang setia kepada sistem itu. Sebab universiti masih amalkan sistem kuota. Kalau tak diamalkan sistem kuota, maka kita akan dapati, satu \u2013 satu fakulti akan dipenuhi pelajar daripada satu kaum. Sebab ada sistem kuota maka ada pelajar Cina, India, Melayu, Orang Asli dan sebagainya.\n\nSaya bertanya kepada wakil Dong Zong, rakus sekali kau orang ini. Mereka tak dapat jawab sampai habis. Kalau kita kata, ini akan jejaskan Bahasa Melayu, mereka ada jawapan. Ini akan jejaskan perpaduan, mereka ada jawapan. Ini akan menduakan sistem pendidikan, mereka ada jawapan. Ini rakus sekali, ini mengkhianati anak \u2013 anak Malaysia yang berada dalam sistem, setia dalam sistem. Kau orang tak setia dalam sistem.\n\nDan saya nak akhiri bahagian saya, pada awal tahun ini, pengerusi Dong Zong telah buat kenyataan akhbar dalam the Sun, bahawa mereka tak nak buang masa dengan pengiktirafan ini. Mereka tahu tak akan diiktiraf. Mereka nak gunakan masa, menjelajah seluruh dunia untuk dapat pengiktirafan UEC di tempat \u2013 tempat lain. Maksudnya mereka merantau.\n\nSoalan saya, ia mengkhianati anak \u2013 anak cina yang setia kepada pendidikan sistem pendidikan negara, itu tak dapat dijawab Dong Zong.\u201d" "Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. Ia memiliki sejarah yang panjang, dan telah mencapai kejayaan yang pelbagai.\n\nAntara keberhasilan MARA adalah melahirkan tokoh \u2013 tokoh yang menjadi kebanggaan negara. Berikut adalah senarai 5 daripadanya.\n\nDatuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah angkasawan negara yang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di ruang angkasa raya. Beliau terpilih daripada 11000 permohonan dan akhirnya diumumkan oleh\u00a0Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri pada ketika itu sebagai angkasawan pertama Negara.\n\nBeliau merupakan pelajar keluaran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar dari 1985 hingga 1989.\n\n\u201cSebagai alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), saya dapati MRSM mempunyai sistem pendidikan yang unik dan perlu dibanggakan apabila berjaya melahirkan golongan bijak pandai di kalangan pelajar luar bandar. Syabas kepada MARA (Majlis Amanah Rakyat) terhadap usaha mereka yang kini membuahkan kejayaan.\u201d ujar beliau.\n\nTan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan ahli perniagaan, dermawan, usahawan dan merupakan antara individu paling kaya di Malaysia. Tak ramai yang tahu bahawa MARA pernah terlibat sebagai tulang belakang yang membantu beliau dulu.\n\n\u201cSaya mula berniaga dengan menjalankan bisnes lori (pengangkutan lori) pada tahun 1972. Saya mendapat permit untuk mengendalikan empat buah lori tetapi disebabkan tidak cukup sumber kewangan, saya membeli dua biji lori dengan dibiayai pinjaman sepenuhnya dari MARA\u201d\n\n\u201cMalah, ketika saya memulakan perniagaan beras, saya juga mendapat sokongan dari MARA apabila membekalkannya kepada anak syarikat MARA, Senama Bhd.\u201d\n\n\u201cSaya amat terhutang budi kepada MARA kerana membantu saya di peringkat awal perniagaan. MARA telah berjaya memainkan peranan besar dalam membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera seperti saya.\u201d \u2013\u00a0Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.\n\nZulkifli Haron merupakan tokoh reka cipta negara kita dan pernah digelar sebagai McGyver Malaysia.\n\nAntara ciptaan beliau adalah seperti baju terbang ala ironman, hovercraft, mesin gali tanah, mesin penyembelih lembu, mesin aiskrim goreng, mesin roti jala, robot pembuat mi goreng dan banyak lagi ciptaan yang boleh ditonton menerusi saluran Youtube beliau.\n\n\u201cMARA bukan sahaja mendidik saya dalam kemahiran teknikal malah turut memberi tanggungjawab kepada saya untuk menjadi pengajar di beberapa institusi pendidikan kepentingan Bumiputera ini\u201d\n\n\u201cMARA membawa saya ke era baharu dalam bidang reka bentuk dan paling menggembirakan saya dilantik untuk menduduki Lembaga Pengarah Pusat Reka Bentuk Malaysia (DDEC) sejak empat tahun lalu,\u201d kata Zulkifli Haron.\n\nTan Sri Abdul Wahid bin Omar pernah memegang jawatan sebagai presiden dan CEO Maybank, pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan pengarah urusan / CEO kepada United Engineers (Malaysia) Berhad dan UEM World Berhad.\n\nBeliau pernah ditawarkan biasiswa daripada MARA untuk menyambung pelajaran di bidang perakaunan di United Kingdom.\n\n\u201c(Seperti saya) MARA menawarkan peluang kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk belajar di sekolah berasrama penuh yang baik dan membantu mereka untuk berjaya di dalam pelajaran dan kehidupan.\u201d\n\n\u201cHari ini ramai bekas pelajar MRSM dan pelajar tajaan MARA di peringkat institusi pengajian tinggi berjaya menjadi tokoh korporat terkemuka, ahli perniagaan yang berjaya serta memegang jawatan penting di dalam kerajaan mahupun sektor swasta.\u201d kata beliau.\n\nTan Sri Arshad Ayub memang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penubuhan MARA. Ini kerana beliau bukan sahaja merupakan pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) sejak tahun 1967 sehinnga 1975, malah menjadi pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di MARA ketika dekad awal penubuhannya. Ketika itu, ITM diletakkan di bawah kendalian Bahagian Latihan MARA.\n\nBeliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA.\u00a0Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia.\n\nRujukan:\u00a0http://www.mara.gov.my/en_US/tokoh-korporat" "Walaupun hanya berusia 8 tahun, Reeno Chin telah berjaya menghadiahkan kejayaan dan kebanggaan buat Malaysia setelah memenangi pertandingan\u00a0Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition\u2019 di Moscow, Rusia 22 Julai lalu.\n\nAdik Reeno Chin menumpaskan lebih 1200 peserta dari 20 negara seluruh dunia, sekali gus dinobatkan sebagai grand champion.\n\nMurid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Seri Botani itu sebenarnya menghadapi demam panas, muntah dan cirit \u2013 birit ketika waktu pertandingan, namun masih mampu menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang 70 minit.\n\nTahniah!" "Muhammad Hafeez Jeofry, pelajar PhD Imperial College London dan pemenang tempat pertama Konferens Scientific Community on Antarctic Research (SCAR) 2016 mendedahkan krisis pencairan Antartika" "Memilih untuk memulakan PhD merupakan antara pilihan paling sukar dalam hidup seseorang. Banyak hal yang perlu difikirkan semasak \u2013 masaknya, dan banyak faktor yang perlu dipertimbangkan. Post tular oleh Dr MarAzlan di Twitter ini sangat membantu!" "Monopoli Bahasa Inggeris dalam sains adalah isu yang semakin disuarakan, bukan saja dalam negara Malaysia, tetapi di seluruh dunia terutama sekali di negara \u2013 negara bukan penutur Bahasa Inggeris.\n\n80% daripada jurnal saintifik yang dihasilkan adalah berbahasa Inggeris, dan trend ini semakin meningkat. Untuk melayakkan suatu jurnal yang bukan berbahasa Inggeris untuk dimasukkan ke dalam SCOPUS, pangkalan data terbesar untuk jurnal \u2013 jurnal peer reviewed,\u00a0ia perlu sekurang \u2013 kurangnya memiliki abstrak bahasa Inggeris.\n\nDari segi sejarahnya, lingua franca bagi sains bertukar \u2013 tukar. Daripada Bahasa Arab, kemudian Latin, kemudian German, Perancis dan Itali. Apabila jatuhnya Soviet Union, terciptanya Google, dan letusan platform media sosial, barulah Bahasa Inggeris naik sebagai bahasa rasmi sains.\n\nWalaupun penyeragaman bahasa untuk sains sangat berguna untuk mengembangkan kajian sains, namun ia juga bermasalah. Banyak tulisan saintifik dalam bahasa selain Inggeris yang terabai, sedangkan ia boleh jadi sangat penting seperti penemuan kesan kanser akibat rokok yang ditulis dalam bahasa German pada tahun 1930. Penemuan itu diabaikan selama 30 tahun sebelum dikorek semula oleh saintis British dan US pada tahun 1960.\n\nSelain itu, menyeragamkan sains ke dalam Bahasa Inggeris menyebabkan saintis \u2013 saintis bukan Inggeris terbeban untuk menterjemah artikel \u2013 artikel mereka semata \u2013 mata untuk dapatkan lebih banyak capaian. Tulisan mereka lebih berkemungkinan untuk ditolak jika diterbitkan bukan dalam Bahasa Inggeris. Artikel mereka juga ditolak jika bahasa Inggeris yang digunakan adalah buruk. Sedangkan itu bukanlah sepatutnya keperluan untuk sains.\n\nNamun masalah yang lebih mendasar akibat daripada bias bahasa Inggeris adalah hilangnya ilmu unik daripada bahasa dan peradaban lain. Dan ini ditunjukkan oleh kebolehan istimewa satu suku orang asli Andaman untuk mengetahui petanda \u2013 petanda gempa bumi.\n\nSuku orang Asli Onge\u00a0dan Jarawa menjadi tumpuan dunia apabila mereka terselamat daripada tsunami besar yang melanda Indonesia pada tahun 2004. Rupanya rahsia mereka adalah daripada tradisi oral yang disampaikan zaman berzaman mengenai ilmu gempa bumi. Tradisi ini membolehkan mereka melarikan diri ke tempat tinggi sebelum tsunami membadai pulau mereka.\n\nMereka tahu mengenai tsunami dan bagaimana untuk menghadapinya. Ahli antropologi membuat kajian dan mengatakan bahawa mereka miliki memori, strategi, dan teknik tersendiri untuk mengetahui kedatangan gempa bumi dan tsunami. Ilmu mereka ternyata melangkaui fungsi radar dan seismometer yang tidak mampu memberi amaran awal.\n\nSekiranya ilmu mereka diketengahkan dan dipelajari, maka berkemungkinan ratusan ribu nyawa boleh diselamatkan.\n\nOrang Asli miliki banyak ilmu yang boleh ditawarkan kepada komuniti saintifik. Namun bahasa mereka sedang pupus, menjadikan semakin sukar untuk saintis dan pakar \u2013 pakar pelbagai bidang untuk memanfaatkan pengetahuan mereka.\n\nMenyempitkan sains kepada satu bahasa dan satu latar belakang budaya akan membuka risiko kita kehilangan idea \u2013 idea dan ilmu \u2013 ilmu istimewa, yang tidak diperoleh dalam jurnal saintifik dan makmal uji kaji." "Baru \u2013 baru ini Menteri Pendidikan Maszlee Malik meluahkan persoalan mengenai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana dirasakan terlalu mengejar ranking.\n\n\u201cIPT tanah air ini ada satu kegilaan. Kegilaan mengejar ranking.\u00a0Ranking is not the big deal! \u201d\u00a0Ujar beliau.\n\nHakikatnya, obsesi sesetengah pihak menilai tempat pengajian berpandukan kedudukan yang dinilai oleh pihak ketiga seperti Quacqarelli-Symmonds (QS)\u00a0dan Times Higher Education (THE) ranking boleh mendatangkan beberapa akibat yang negatif:\n\nSistem ranking universiti dibuat berdasarkan bancian reputasi akademik universiti. Ahli akademik yang membuat bancian diminta untuk memilih bilangan universiti yang terhad (tidak lebih 30, tapi biasanya dalam lingkungan 10 ke 15) yang mereka rasakan terbaik dalam bidang mereka.\n\nImplikasinya, jika yang dibuat bancian tidak memilih satu nama Universiti sebagai 30 yang teratas, Universiti tersebut tidak akan tersenarai langsung.\n\nKriteria yang biasanya terlibat dalam pemilihan adalah seperti:\n\nKriteria yang digunakan bukan sahaja hanya melibatkan sebilangan kecil Universiti elit, malah cuma meningkatkan kebarangkalian universiti \u2013 universiti ranking tinggi untuk mengekalkan kedudukan mereka.\n\nSistem ranking juga mewujudkan pecahan kumpulan dalam kalangan Universiti. Universiti \u2013 universiti cuma mahu bekerjasama dengan mereka pada tahapan / league yang sama.\n\nSistem ranking Universiti yang mengejar penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi telah mengabaikan subjek sains sosial dan kemanusiaan.\n\nTerdapat lebih banyak terbitan dan citation dalam sains semula jadi (natural science) dan perubatan berbanding sains sosial. Maka kecenderungan untuk mengejar ranking akan mengabaikan aktiviti akademik terutama dalam konteks sains sosial seperti penulisan buku teks dan bab dalam buku, pembangunan kursus dan kurikulum, pengeditan dokumentari serta penghasilan projek filem.\n\nPenekanan yang berlebihan terhadap ranking telah mendorong universiti untuk memaksimakan kedudukan mereka dalam senarai dengan cara memanipulasi atau \u2018penipuan dalam penghasilan data\u2018.\n\nContoh yang popular adalah seperti pembelian pengkaji \u2013 pengkaji \u2018superstar\u2018 atau pemenang anugerah Nobel dalam kontrak part \u2013 time.\n\nBeberapa tindakan memanipulasi data lain juga telah direkodkan seperti:\n\nPenerbitan dalam bahasa selain Inggeris dibaca oleh jumlah pengkaji yang lebih sedikit. Kesannya, penerbitan selain bahasa Inggeris mendapat citation impact yang lebih rendah lantas menjatuhkan ranking.\n\nNilai kepelbagaian seperti bahasa yang merupakan keistimewaan pendidikan tinggi peringkat global tidak dapat dirakam dengan baik oleh sistem ranking Universiti seperti Times Higher Education World University Rankings.\n\nInstitusi bertaraf dunia akan diberi dana yang lebih oleh sesebuah negara berbanding institusi lain yang bertaraf rendah. Hal ini meningkatkan tahap pemecahan, segmentasi dan hierarki universiti.\n\nTerdapat banyak kes di mana gaji atau atau kedudukan kakitangan universiti dipengaruhi oleh kedudukan institusi tersebut dalam ranking. Peningkatan prestasi mereka dalam ranking memberi justifikasi untuk mereka meminta kenaikan gaji.\n\nMeskipun sistem ranking akan kekal, proses mengejar ranking tidak dibenar mengganggu-gugat etika akademik. Universiti tidak sewajarnya menjadi taksub kepada ukuran pencapaian dan pengiktirafan yang muluk semata-mata, jauh sekali menilai kecemerlangan dalam konteks yang sempit.\n\nSebagai institusi keilmuan dan penyuluh kebenaran, universiti adalah benteng terakhir etika dan integriti dalam masyarakat. Justeru, keseimbangan antara proses mengejar ranking dan etika akademik perlu diperkukuhkan. Matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara." "Sering kali timbul kekeliruan daripada orang awam berkenaan jenis-jenis gelaran profesor dan cara memanggilnya serta bagaimana seseorang individu tersebut layak mendapatnya.\u00a0Terdapat banyak cara penggunaan gelaran yang tidak tepat.\n\nBerikut adalah beberapa kekeliruan biasa terhadap gelaran \u2018Profesor\u2019 yang diperoleh daripada Majlis Profesor Negara.\n\nGelaran Profesor Madya adalah bagi ahli akademik yang telah membuktikan kecemerlangan akademiknya, sesuai dengan peningkatan dalam skim perkhidmatan pensyarah, dalam tugas hakiki seorang pensyarah. Jawatan Profesor Madya ialah tingkat terakhir sebelum dilantik sebagai Profesor.\n\nSelalunya, masyarakat akan memanggil kakitangan akademik berjawatan Profesor Madya dengan gelaran profesor. Sedangkan ungkapan yang\u00a0tepat untuk Profesor Madya adalah \u201cDr.\u201d jika beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.\n\nSekiranya tidak mempunyai ijazah Doktor Falsafah atau yang setara dengannya ungkapan untuk Profesor Madya dan Penolong Profesor adalah Encik/Cik atau Tuan/Puan.\n\nTerdapat juga kes yang jawatan Profesor Madya dianggap sebagai lebih tinggi daripada gelaran jawatan Profesor.\u00a0Hal ini tidak tepat kerana Profesor Madya belum dikira sebagai Profesor.\n\nProfesor Kehormat ialah tokoh yang diberi gelaran profesor tetapi tidak bertugas sebagai profesor dan diberi kepada sesiapa sahaja termasuk ahli politik dan warga korporat. Gelaran ini diberi kepada individu tetapi tidak disertai dengan tugas atau kewajipan. Gelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima.\n\nPemakaian gelaran profesor tidak dibenarkan dalam segala urusan melainkan di universiti yang menganugerahkan gelaran tersebut sahaja.\n\nProfesor Pelawat ialah profesor yang diundang mengajar atau memberi ceramah di sesebuah universiti lain untuk satu tempoh masa tertentu. Profesor Pelawat boleh dilantik secara sepenuh masa oleh IPT yang lain.\n\nProfesor Pelawat hanya boleh menggunakan gelaran tersebut di institusi yang melantiknya selama tempoh pelantikan berkuat kuasa. Gelaran ini boleh diguna pakai di dalam hal-hal rasmi dan penghormatan di universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang melantiknya melainkan beliau merupakan profesor hakiki di universiti asal beliau. \n\nProfesor Adjung dianugerahkan kepada kakitangan bukan akademik yang mempunyai pengalaman luas dalam profesion beliau atau dalam sesuatu industri dan telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sesuatu bidang ilmu.\n\nGelaran ini tidak boleh digunakan di hadapan nama penerima. Gelaran ini hanya boleh digunakan semasa tempoh pelantikan, semasa menjalankan aktiviti yang merupakan sebahagian daripada sumbangannya terhadap universiti dan juga hal-hal rasmi serta penghormatan di universiti tertentu dengan kebenaran universiti yang melantiknya." "Ilmuwan Islam dulu ada mesin masa ke untuk hasilkan teknologi \u2013 teknologi ni??" "Pengguna Facebook Thirunavukkarasu Karasu yang juga merupakan pemilik PhD Kejuruteraan Sivil dari Universiti Sains Malaysia menegur pelajar \u2013 pelajar straight A yang berkeras mengatakan hanya Universiti Luar Negara yang layak buat mereka. Post abang ini buat kita berfikir.\n\n\u201cPerlukah pelajar straight A hanya dihantar ke Universiti Luar Negara?\u201d\n\nSekali lagi. Ini waktunya ketika mana pelajar dengan keputusan deretan A tak dapat penuhi impian mereka belajar di luar negara. Mereka kemudian mengadakan panggilan media untuk membuat aduan, dengan menyalahkan kerajaan, orang Melayu, sistem kuota, bahasa kebangsaan, cuaca dan selanjutnya. Pada mereka, salah orang lain bahawa mereka tak dapat pelajari perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland, Undang \u2013 undang di Harvard atau aeronautik di NASA.\n\nMereka memikirkan kepandaian akademik mereka hanya sesuai untuk Ivy League, universiti \u2013 universiti di negara Orang Putih. Dan hanya untuk US atau UK atau Australia. Jika tidak, ia adalah tragedi. Mereka kata universiti tempatan \u2018bertaraf rendah\u2019 dan memanggilnya \u2018universiti Melayu\u2019 dengan reputasi akademik yang rendah.\u201d\n\nTapi yang melucukan, mereka masih mengadu jika mereka dihantar ke negara bukan orang putih. Katakan mereka dihantar pelajari matematik di institut bertaraf dunia IIT di Bangalore (yang diambil pekerja oleh Apple, Google dan Facebook) atau pengurusan bisnes di Universiti Hong Kong (Universiti terbaik Asia sekarang) atau sastera di Universitas Gajah Mada (universiti sastera Melayu no 1 dunia). Tawarkan mereka tempat \u2013 tempat ini dan mereka akan menangis seolah mereka dihantar ke Institut Tutorial Cerdik di Cheras!\n\nSaya ketawa melihat mereka yang menangisi nasib mereka ini memikirkan bahawa jika mereka berada di luar Malaysia, mereka terus akan menjadi bahan untuk anugerah Nobel. \u201cBrain Drain\u201d adalah mantera hikmat. Kemudian parti politik akan memainkan kad perkauman dan mula menyalahkan orang Melayu sekali lagi!\n\nSebenarnya, ia adalah kesombongan jika anda tanya saya. Saya berterusan memberitahu mereka gred bukanlah satu \u2013 satunya kriteria kerana kebanyakan daripada pelajar CGPA 4.0 ini lemah dalam bidang lain. Betulkan jika saya salah, tapi berikut adalah profil kebiasaan kebanyakan pelajar straight A ketika temu bual:\n\nSaya tahu saya kedengaran berulang \u2013 ulang tapi saya perlu lakukannya. Saya belajar di tiga Universiti tempatan untuk B.Sc (Hons), M.Sc dan Ph.D. Saya tak pernah ke luar negara. Malah kali pertama saya menaiki kapal terbang adalah ketika USM menghantar saya ke Ireland untuk kejohanan debat dunia pada tahun 1996. Di sana, \u2018universiti Melayu taraf rendah\u2019 ini berjaya mengalahkan pasukan Oxford dan Cambridge.\n\nDi samping aktiviti ko \u2013 kurikulum,\u00a0\u2018universiti Melayu taraf rendah\u2019 juga berjaya mengalahkan beberapa universiti top luar negara dalam pelbagai konferens saintifik dan simposium \u2013 simposium. Saya tahu kerana saya menangi Anugerah Kajian Terbaik untuk beberapa ciptaan saintifik. Hari ini saya dipanggil sebagai jurucakap dengan pelbagai konferens keselamatan penerbangan dan konferens teknikal yang dianjurkan oleh ICAO, IATA, Boeing Corp dan Airbus Industrie SAS. Dan saya tak pernah jumpa lagi pelajar Malaysia Ivy League lakukan itu (saya tak katakan universiti luar negara buruk)\n\nMesej saya mudah, berikan peluang kepada universiti awam kita. Jangan cepat menilai sesuatu. Ambil nasihat ini daripada jurutera\u00a0\u2018universiti Melayu taraf rendah\u2019 yang sekarang dapat bekerja di luar negara, peroleh gaji yang baik, dan masih menyumbang kepada negara." "Siapa kata matematik tak ada drama?" "Zaman keemasan Islam memang mengagumkan!\n\nDengan keluasan dari China hingga ke Sepanyol, empayar Islam adalah yang terbesar dalam sejarah.\n\nZaman keemasan Islam menghasilkan banyak pencapaian mengagumkan dari segi saintifik dan teknologi bersumber daripada kehebatan disiplin ilmu mereka. Namun ada sesetengah teknologi yang dihasilkan betul \u2013 betul meletupkan minda! Seolah \u2013 olah ia dicipta pada masa depan.\n\nAda banyak contoh, tapi untuk artikel kali ini, jom kita berkenalan dengan 3 teknologi Islam kuno yang melangkaui zaman.\n\nPedang Damsyik adalah ciptaan yang menghairankan saintis sampai sekarang.\n\nKeluli pedang Damsyik yang digunakan oleh Muslim pada waktu perang salib memiliki keistimewaan yang tiada pada besi keluaran Eropah.\n\nKeluli tersebut punyai corak jalur beralun yang dikenal sebagai damask, sifat mekanikal yang luar biasa, dan ketajaman yang sangat menakjubkan. Menurut lagenda, pedang damsyik mampu memotong kain sutera di udara! Terdapat juga laporan yang mengatakan pedang Muslim mampu memotong baju besi tentera salib dengan mudah.\n\nRahsia tempaan besi pedang Damsyik hilang pada akhir abad ke 18, dan penempa besi Eropah tak mampu meniru proses untuk menghasilkannya.\n\nKajian sains moden kemudian menemui penemuan yang mengagumkan apabila mereka meneliti sampel pedang Damsyik asli yang dihasilkan oleh penempa ulung Islam bernama Asadulllah pada abad ke 17.\n\nTransmisi mikroskopi elektron beresolusi tinggi menemui tiub nano karbon dan wayar nano cementite pada pedang tersebut.\n\nSusunan atom karbon berbentuk silinder pada pedang itu jelas menyamai penemuan tiub nano karbon yang ditemui pada tahun 1991, 3 abad setelahnya.\n\nPenemuan ini memberi klu bagaimana keluli berkandungan karbon ultra tinggi boleh dicipta oleh penempa besi zaman dulu, dan bagaimana mereka boleh atasi masalah kerapuhan.\n\nBerkemungkinan tinggi, Asadullah tidak lah tahu tentang ilmu nanoteknologi, tapi ilmu empirika yang diperoleh zaman \u2013 berzaman akhirnya mendatangkan teknologi ulung ini.\n\nAstrolabe, yang bermaksud pemegang bintang adalah alatan astronomi yang utama dan penting hinggalah ke zaman moden.\n\nReka bentuk astrolab disempurnakan di dunia Islam pada abad ke 10. Menurut ahli astronomi terkenal al \u2013 Sufi, astrolab mempunyai ribuan kegunaan.\n\nIa antara lain digunakan untuk melihat matahari dan bintang, mengukur tinggi bangunan, mengira masa, dan mengkaji horoskop.\n\nCiptaan ini bagaimanapun sangat istimewa dalam dunia Islam, kerana ia membantu ibadat.\n\nIa digunakan untuk mencari arah kiblat berpandukan tarikh dan kedudukan altitud dan azimut matahari, ia mempunyai gazzeteer iaitu senarai nama tempat dan arah dari Mekah, juga ia membantu menentukan waktu solat.\n\nIntegrasi ilmu saintifik dengan agama ini sangat mengagumkan hingga David King, seorang ahli sejarah mengatakan \u2018Dalam Islam saja, dan tidak agama lain, ibadatnya dibantu prosedur saintifik\u2019.\n\nAstrolab diperkenalkan di Eropah pada abad ke 12 dan digunakan ratusan tahun sebelum diganti dengan alatan lebih canggih pada abad ke 17.\n\nal Jazari atau nama sebenarnya Badiuzzaman abu al Izz Ismail dikenal sebagai bapa robotik. Berabad lamanya sebelum ciptaan robot moden dan komputer, al Jazari telah membina automasi pertama dan merupakan orang terawal yang memperkenal pemprograman.\n\nMalah Da Vinci juga diinspirasikan oleh al Jazari.\n\nCiptaan beliau yang paling ulung adalah jam gajah gergasi yang merupakan gabungan segala reka bentuk jam air beliau sebelum ini. Jam tersebut menggabungkan elemen budaya yang pelbagai: elemen gajah menggambarkan India, naga melambangkan China, burung phoenix merupakan representasi Mesir kuno, dan orang beserban melambangkan budaya Muslim.\n\nJam gajah ini memiliki mekanisme yang akan aktif setiap setengah jam. Ia menggunakan mekanisme tangki air di dalam badan gajah, iaitu sebuah mangkuk yang terapung. Mangkuk itu miliki lubang kecil yang akan menentukan kelajuan jatuhannya. Apabila mangkuk itu tenggelam sepenuhnya, ia mengaktifkan proses yang lebih dramatik.\n\nDi bahagian kubah atas, sebiji bola akan dijatuhkan, ia kemudian menghentak kipas yang memusingkan burung phoenix. Bola itu kemudian jatuh dari paruh helang ke mulut naga. Berat bola itu memusingkan naga tersebut yang menarik mangkuk kembali ke kedudukan asal.\n\nPenunggang gajah kemudian akan bergendang, menandakan setengah jam telah berlalu. Proses ini berulang hinggalah 24 jam telah berlalu.\n\nTuntasnya, peradaban Islam memiliki ciptaan \u2013 ciptaan hebat yang sewajarnya dihebahkan dan diberitahu kepada semua orang, terutama sekali Muslim sekarang yang semakin hilang identiti dan jati diri, supaya mereka bersemangat mengembalikan kegemilangan mereka terdahulu." "SHAH ALAM: Nano-satelit pertama Universiti Teknologi MARA (UiTM), UiTMSAT-1 dilancarkan ke orbit dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) tepat jam 5.45 petang (waktu tempatan) hari ini.\n\nSiaran secara langsung yang dipancarkan dari Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) jam 6.45 petang (waktu Jepun) itu turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Dr Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM, Prof Dr Mohd Kamal Harun.\n\n\u201cIni pencapaian kali pertama dan sejarah bagi kita di Malaysia. Tahniah kepada UiTM yang akan menjadi pemangkin membantu kita dalam bidang angkasa dan merancakkan penyelidikan sedia ada.\n\n\u201cPenyelidikan seumpama ini tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata dan ia memerlukan bantuan serta sokongan daripada industri pendidikan,\u201d katanya.\n\nBeliau berkata demikian selepas Majlis Siaran Langsung Pelepasan Satelit Nano UiTMSAT-1 ke Orbit yang dipancarkan dari JAXA di Dataran Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah UiTM di sini, petang tadi.\n\nHadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said; Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM, Prof Dr Mohd Nasir Talib dan Pengarah Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Dr Mohamad Huzaimy Jusoh.\n\nNano-satelit kelahiran UiTM itu hasil kerjasama BIRDS-2 (Joint Global Multi-Nation) dengan Bhutan dan Filipina yang diterajui Kyushu Institute of Technology (KyuTech), Jepun.\n\nDua penuntut pasca siswazah UiTM mewakili Malaysia antara pelajar yang bertanggungjawab dalam merealisasikan pembinaan dan pelancaran tiga nano-satelit BIRDS 2: UITMSAT-1, manakala pelajar dari Bhutan dan Filipina masing-masing menghasilkan BHUTAN-1 dan MAYA-1.\n\nKedua-dua mereka dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik itu adalah Syazana Basyirah Mohammad Zaki dan Muhammad Hasif Azami.\n\nPada 29 Jun lalu, UiTMSAT-1 dilancarkan di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat menerusi roket SpaceX Falcon 9, pada jam 5.46 petang waktu tempatan (5.46 pagi waktu Amerika Syarikat).\n\nSementara itu, Muhammad Hasif yang turut menghadiri majlis itu merakamkan penghargaan kepada UiTM atas peluang yang diberikan untuk membina satelit berkenaan.\n\n\u201cData yang diperoleh daripada satelit itu akan disalurkan ke Pusat Satelit Komunikasi UiTM untuk tujuan penyelidikan.\n\n\u201cSatelit ini mempunyai enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio.\n\n\u201cSelepas setengah jam satelit berada di ruang angkasa, kita sudah boleh mengumpul data yang diperlukan selaras dengan misi satelit itu,\u201d katanya.\n\nSumber: Berita Harian" "Kita mungkin sudah lama tak menggunakan peribahasa. Kali terakhir boleh jadi sewaktu nak dapat markah lebih dalam karangan BM.\u00a0 Sekarang masyarakat kita amat jarang menggunakan peribahasa.\n\nLain ceritanya dengan nenek moyang kita dulu yang menggunakan peribahasa untuk mengungkapkan pemikiran dan akal budi mereka semasa berkomunikasi.\n\nMalah peribahasa, menurut Za\u2019ba, membawa makna yang luas hasil daripada ketajaman fikiran masyarakan Melayu, termasuklah pada peribahasa yang kita anggap biasa \u2013 biasa.\n\nDalam artikel ini, AJAR senaraikan 3 peribahasa yang kita anggap biasa \u2013 biasa tapi tak sangka, mendalam maksudnya!\n\nversi video\n\nMaksud peribahasa asam garam kehidupan adalah pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis suka dan duka. Tapi apa kena mengena frasa asam garam, dengan pengalaman hidup?\n\nKalau kita biasa memasak, kita mungkin boleh dapat klu.\n\nAsam denga garam adalah bahan resipi memasak yang sangat biasa digunakan oleh masyarakat Melayu. Asam digunakan dalam banyak masakan, dan garam pula digunakan dalam banyak petua tradisi.\n\nAsam rasa masam, dan garam rasa masin. Namun walaupun berbeza rasa keduanya, apabila dicampur, makanan akan rasa sedap.\n\nJadi masuk akal lah kot peribahasa ini dengan maksud dia, asam \u2013 garam, dicampur, dibuat masakan, sama dengan maksud pengalaman hidup. Itu saja lah, kan?\n\nTapi kajian yang lebih mendalam contohnya dari jurnal UKM ini menunjukkan peribahasa ini ternyata jauh lebih mendalam.\n\nMaka apabila digabungkan semua faktor ini jadilah satu sinergi maksud. Iaitu keserasian dua alam yang berbeza, didorong oleh pengalaman dari jarak atas ke bawah, dan satu elemen menjadi pelengkap kepada elemen yang lain.\n\nJadi datanglah maksud pengalaman hidup yang pelbagai, pahit manis, suka dan duka. Daripada gabungan dua bahan masakan.\n\nIni juga antara bahasa yang paling banyak digunakan dalam karangan.\n\nOh, nota sampingan, bukan rasmi padi ye, tapi resmi padi.\n\nPadi dengan lalang amat sering digandingkan dalam peribahasa, ia gandingan yang paling banyak selepas asam dengan garam.Kenapa orang Melayu suka bandingkan dua tumbuhan ini?\n\nSebabnya walaupun memiliki anatomi dan ciri fizikal yang sama, kedua \u2013 duanya berbeza pada fungsi dan kegunaan.\n\nLalang adalah sejenis tanaman perennial yang miliki bunga yang cantik, dan sentiasa tegak mendongak megah. Tapi, lalang tak membawa apa \u2013 apa faedah.\n\nPadi pula apabila buahnya masak, akan jadi berat dan membongkok seolah \u2013 olah menunduk. Padi apabila dituai, boleh dibuat nasi yang bermanfaat.\n\nMasyarakat Melayu dulu yang merupakan pesawah memerhatikan proses fisiologi kedua \u2013 dua tumbuhan ini, belajar dari alam dan mengkodifikasikan mesej alam dalam peribahasa.\n\nMaka lahirlah peribahasa ikut resmi padi, jangan ikut resmi lalang yang bermaksud jangan sombong dan bermegah, sentiasa tunduk merendah diri walaupun kaya, berpangkat besar dan berilmu.\n\nTapi tidak berhenti di situ, ada satu lagi maklumat penting tentang tunduknya padi.\n\nKalau pokok padi itu rebah ke tanah, padi akan rosak dan menyebabkan kerugian yang besar. Jadi kena ingat, merendah diri bukanlah bererti sampai dipijak orang.\n\nErr..kenapa pulak?\n\nJelas daripada peribahasa ini, masyarakat Melayu membandingkan dua darjat \u2013 antara sifat cempedak dan nangka. Nangka dianggap lebih baik daripada cempedak.\n\nTapi kenapa? Betul ke nangka lagi bagus?\n\nUntuk menjawab persoalan ini, kita kena meneroka dan menelurusi akal budi dan falsafah orang Melayu.\n\nWalaupun secara biologinya kedua \u2013 dua buah ini hampir sama pada luarannya, namun anatominya sungguh berbeza.\n\nJadi oleh sebab banyaknya kegunaan nangka, tak hairanlah masyarakat Melayu memlih nangka berbanding cempedak.\n\nPeribahasa dihasilkan daripada hati budi dan akal orang Melayu berpandukan pengalaman empirika mereka. Jika dikaji dengan lebih mendalam, akan terbongkar banyak khazanah kekayaan tradisi pemikiran bangsa." "Sekumpulan pelajar kejuruteraan dari Universiti di England menyertai program \u2018Engineers Without Borders\u2019, di mana mereka dibawa ke ceruk \u2013 ceruk pedalaman negara \u2013 negara miskin dan membangun seperti negara \u2013 negara benua Afrika.\n\nMisi mereka, untuk perhatikan masalah \u2013 masalah penduduk setempat, kemudian datangkan idea kejuruteraan untuk selesaikan masalah mereka. Projek yang berjaya akan dapat penghargaan universiti, dan CV yang cantik.\n\nSesampai di Afrika, mereka pun mencari \u2013 cari apa projek yang mereka boleh lakukan. Ada yang pilih projek membuat perangkap tikus, ada yang buat alat menghalau nyamuk. Namun sebuah kumpulan tertarik dengan satu aktiviti penduduk kampung Afrika itu.\n\nDisebabkan tiada elektrik, dan tiada mesin basuh serta saluran air, mak cik \u2013 mak cik kampung tersebut akan membasuh baju beramai \u2013 ramai di sungai. Mereka akan membawa baju kotor mereka dalam satu bakul, kemudian berjalan ke sungai, menyental pakaian \u2013 pakaian tersebut dengan tangan, kemudian berjalan balik ke rumah.\n\nMaka pelajar kejuruteraan mat saleh itu pun jumpa satu pernyataan masalah. Penduduk kampung hadapi masalah dengan proses membasuh baju!\n\nMereka pun buat kiraan. Perjalanan ke sungai boleh ambil masa hampir 10 minit, membasuh baju 30 \u2013 50 minit, kemudian perjalanan balik lagi 10 minit. Jadi untuk basuh baju saja akan habis hampir 1 jam. Tak efisien! Itu belum lagi dikira masalah kepenatan menyental baju dengan tangan.\n\nJadi mereka pun berbincang untuk selesaikan masalah ini. Idea mereka, cipta mesin basuh yang tak perlu elektrik.\n\nAkhirnya, mereka temui satu design yang bernas. Mereka gabungkan mekanisme putaran mesin basuh dengan basikal. Bermakna, mak cik \u2013 mak cik tersebut cuma perlu masukkan baju ke dalam tong, masukkan air (daripada tong air simpanan) dan sedikit sabun, dan kayuh selama ~20 minit untuk cuci baju mereka. Dapat jimat hampir 40 minit!\n\nTanpa buang masa mereka bina beberapa unit basikal mesin basuh itu. Kemudian mereka berikan kepada beberapa orang mak cik yang duduk jauh dari sungai. Ternyata mereka kagum dengan ciptaan tersebut. Sudahlah cepat, tak perlu bergerak ke sungai, ia juga kurang penat berbanding menyental dengan tangan!\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Fktpd1ymE8A\n\nMaka pelajar mat saleh tersebut pun bangga dengan ciptaan mereka. Mereka pulang ke England berpuas hati dengan projek mereka. Dah pasti ciptaan mereka paling berguna berbanding kumpulan lain.\n\nBeberapa bulan kemudian, mereka datang semula ke perkampungan tersebut untuk meninjau ciptaan mereka. Alangkah terkejut mereka, apabila mereka dapati basikal mesin basuh mereka berhabuk dan berkarat. Ternyata mak cik \u2013 mak cik kampung tak menggunakannya.\n\nLalu mereka pun bertanya apakah sebabnya.\n\nMakcik itu pun jawab: \u201cCiptaan kau orang ni memang bagus. Tapi mak cik jadi bosan kayuh sorang \u2013 sorang. Sebenarnya kami memang suka aktiviti basuh baju ramai \u2013 ramai dekat sungai ni. Kami tunggu setiap hari. Sebab waktu tu lah kami nak buka cerita pasal jiran \u2013 jiran dengan geng membasuh kami. Kadang \u2013 kadang kami sengaja basuh perlahan \u2013 lahan sebab nak borak panjang \u2013 panjang\u201d\n\nMaka tersedarlah pelajar kejuruteraan tersebut tentang masalah projek mereka sebenarnya. Mereka tak tanya dulu pandangan penerima ciptaan mereka itu. Mereka cuma kira dari segi cost \u2013 effectiveness dan keefisienan, mereka tak ambil kira faktor sosial.\n\nJurutera bukan hanya bermain dengan nombor." "Dunia kajian sains kini sedang mengalami krisis. Krisisnya bukanlah kerana kurangnya kajian \u2013 kajian bermanfaat berimpak tinggi \u2013 malah sebenarnya semakin banyak eksperimen bercita \u2013 cita besar yang mampu menaikkan taraf hidup manusia.\n\nMasalah besar yang melanda adalah apabila dapatan kepada kajian \u2013 kajian dan ilmu sains dikomersialkan. Dijadikan bisnes.\n\nElsevier adalah antara watak utama di belakang skandal ini. Mungkin sekiranya dibuat filem Hollywood, Elsevier akan digambarkan sebagai syarikat jahat yang ingin memanipulasi dunia. Elsevier adalah syarikat penerbit gergasi yang memegang pangkalan data maklumat saintifik, yang membuat keuntungan melebihi 6 billion dollar setahun.\n\nCara syarikat penerbitan ini membuat keuntungan sebenarnya agak pelik dan kontroversi. Kajian dan penerbitan saintifik sebenarnya bukanlah bercirikan keuntungan. Namun, jika seseorang pengkaji ingin menerbitkan manuskrip, beliau akan diberikan dua pilihan:\n\nAdakah pilihan \u2013 pilihan ini berat sebelah kepada penerbit? Ya, memang pun. Hanya pihak penerbit yang menang. Malah, margin keuntungan Elsevier pada tahun 2010 adalah 36%, lebih tinggi daripada Apple, Google atau Amazon pada tahun tu. Sedangkan yang \u2018dijual\u2019 adalah kajian saintifik ahli akademik lain seluruh dunia, bukan produk semacam telefon pintar.\n\nMungkin situasi ini memang normal dan diterima oleh para pengkaji? Jawapannya tidak. Ramai ahli akademik yang memboikot dan memprotes Elsevier kerana:\n\nNamun, kebimbangan lain yang lebih utama adalah kerana kini terdapat dinding berbayar untuk penyebaran ilmu, oleh pihak yang tidak lain hanya mahu memburu keuntungan. Dengan hampir 65% artikel yang dikurung di belakang dinding berbayar, banyak kajian yang dihasilkan terbazir kerana sudahpun dibuat, membazir geran penyelidikan, membazir apabila salah prosedur dan apabila salah beli produk eksperimen.\n\nMaka kemudian timbullah watak baru, bernama Sci \u2013 Hub, yang berhasrat mencabar status quo dan dominasi pihak penerbit.\n\nPada 5 September 2011, Alexandra Elbakyan, seorang penyelidik dari Kazakhstan, mencipta Sci \u2013 Hub, satu laman web yang memintas dinding berbayar jurnal, dan memberi akses secara \u2018haram\u2019 kepada sesiapa saja yang ingin membaca puluhan juta artikel dan jurnal saintifik.\n\nSci \u2013 Hub ditubuhkan atas tiga sebab:\n\nMaka lebih kurangnya, Sci \u2013 Hub adalah Pirate bay untuk jurnal dan artikel saintifik.\n\nBezanya, tujuan ini dianggap murni kerana ia merampas monopoli ilmu saintifik daripada penerbit yang kaya raya dan \u2018korup\u2019 kepada seluruh penuntut ilmu. Sedangkan artikel \u2013 artikel itu sememangnya percuma! Jika anda emel pengkaji untuk berikan artikel mereka, mereka akan berikan PDF tanpa bayaran!\n\nDan dengan membuka akses ilmu kepada semua, penemuan \u2013 penemuan bermanfaat akan dihasilkan dengan lebih cepat, yang sudah pasti akan mempercepat kemajuan manusia.\n\nDah pasti, pihak penerbit sememangnya tidak menyukai Sci \u2013 Hub. Sci \u2013 Hub telah disaman beberapa kali kerana melanggar dan memalsukan hak cipta. Walaubagaimanapun Elbakyan mengatakan mahu tidak menghiraukan saja keputusan tersebut. Domain Sci \u2013 Hub telah cuba untuk ditutup berkali \u2013 kali tapi ia masih berkeras dan melawan.\n\nAdakah pihak penerbit seperti Elsevier ada justifikasi untuk model bisnes mereka? Benar, ramai orang menyalahkan penerbit dan memberi pandangan yang cukup negatif kepada mereka. Namun, pihak penerbit hakikatnya cukup percaya bahawa dinding berbayar mereka sememangnya wajar.\n\nPihak penerbit, walaupun beragendakan keuntungan, sebenarnya miliki kos yang perlu ditampung. Termasuklah, kos typeset, penyemakan, penyuntingan, pemasaran dan hosting bahan digital serta pengagihan. Mereka juga menampung kos untuk mengekalkan kebolehpercayaan jenama mereka serta kualiti artikel.\n\nNamun adakah mereka berhak menghalang medium jurnal percuma dan aspirasi \u2013 aspirasinya?\n\nSebenarnya, perbincangan tentang pertembungan laman web ilmu \u2018cetak rompak\u2019 dan penerbit pengeksploit ini membuka persoalan yang lebih asas. Boleh ke seseorang menghakciptakan ilmu? Ilmu ini miliki siapa sebenarnya?\n\nDan mungkin bagi pelajar penggemar muat turun jurnal dan artikel daripada sci \u2013 hub dan pangkalan data jurnal \u2018cetak rompak\u2019 yang lain, adakah ilmu yang diperoleh ini \u2018halal\u2019? Adakah berkat ilmu ini?\n\nMungkin kita perlukan ulama yang jujur untuk menjawab persoalan \u2013 persoalan ini." "Anda mungkin fikir negara yang mendesak persamaan jantina sepatutnya miliki lebih banyak bilangan wanita yang bergraduasi dalam ijazah sarjana sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Namun kajian terbaru mendapati sebaliknya.\n\nKajian daripada Universiti Missouri menemui bahawa wanita di negara membangun, yang sering dikaitkan dengan kadar persamaan jantina rendah, yang lebih tertarik dengan STEM berbanding negara maju.\n\nWalaupun wanita sama atau lebih cemerlang keputusan mereka dalam sains dan matematik di kebanyakan negara, nampaknya semakin tinggi kadar persamaan jantina, semakin kurang wanita yang bergraduasi daripada bidang STEM. Korelasi negatif ini dipanggil \u2018Paradoks Persamaan Jantina\u2018.\n\nNegara \u2013 negara seperti Turki, UAE, Tunisia, Algeria, Indonesia yang diberikan markah rendah dalam Indeks Jurang Jantina Global ternyata memiliki paling banyak peratusan wanita graduan STEM. Manakala negara \u2013 negara yang dibanggakan sebagai peneraju persamaan jantina paling corot.\n\nBeberapa penjelasan cuba dibuat, seperti mengatakan kelebihan wanita sebenarnya terletak pada kebolehan membaca, bahasa dan seni berbanding matematik dan sains. Maka wanita yang diberi lebih banyak kuasa untuk membuat pilihan sudah pasti akan memilih bidang yang mereka lebih sukai.\n\nBagaimanapun dapatan ini dilihat bercanggah dengan aspirasi gerakan emansipasi wanita dan feminisme yang mahu menambah bilangan wanita dalam STEM, kerana ia dilihat bidang yang dimonopoli lelaki dan mereka mempercayai bahawa minat dan kebolehan wanita sama saja dengan lelaki." "Negeri mana yang paling ramai orang pandai \u2013 pandai? Menurut Pusat Permata PERMATA Pintar negara, jawapannya adalah Terengganu.\n\nPenentuan\u00a0murid pintar dan memiliki daya intelektual tinggi dipastikan melalui ujian UKM1 yang merupakan ujian saringan atas talian untuk murid berusia 8 hingga 15 tahun.\n\nBagi tahun 2017, seramai 55,035 pelajar menduduki ujian penentu indeks genius peringkat satu tersebut. Daripada jumlah itu pula, seramai 1,128 orang atau 12 peratus pula berjaya ke ujian peringkat kedua yang dikenali sebagai Ujian UKM 2\n\nMenurut Pengarah Pusat PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, pihaknya mengumpul data pelajar berkenaan termasuk struktur demografi dan latar belakang keluarga mereka bagi menjalankan satu kajian khusus.\n\n\u201cBerdasarkan rekod yang kami terima jelas menunjukkan pelajar negeri itu paling ramai mengambil ujian UKM dan berjaya melepasi setiap peringkat\u201d katanya.\n\n\u201cSudah beberapa tahun negeri itu mendominasi statistik pelajar genius paling ramai dan ia konsisten bagi tiga tahun kebelakangan ini termasuk pengambilan pada tahun ini.\n\n\u201cRata-rata pakar dan pensyarah membuat andaian, amalan pemakanan mereka yang memakan ikan segar dikatakan faktor utama selain daripada genetik dan persekitaran,\u201d katanya.\n\nNamun, menurut keputusan SPM 2017, tempat pertama diduduki oleh Wilayah Persekutuan, manakala terengganu peroleh tempat ke tujuh." "Meme sememangnya merupakan makanan ruji bagi pengguna internet. Ia wujud dalam pelbagai bentuk, dan disebar luas dalam hampir semua platform alam maya. Meme yang popular termasuklah seperti success kid, pepe the frog, Be like Bill, yang kemudian menjadi Jadilah Seperti Rashid, doge dan banyak lagi.\n\nWarga Malaysia juga tidak ketinggalan menghasilkan meme sendiri, seperti meme Fahrin Ahmad ini.\n\nDi samping bertujuan sebagai bahan ketawa dan komedi, meme juga kadang kala digunakan dalam pendidikan. Namun meme jenis ini amat jarang ditemui dan kebiasaannya memerlukan pengetahuan mendalam terhadap sesuatu topik sebelum boleh dipersembahkan dalam bentuk meme. Itupun belum tentu semua faham.\n\nNamun sebenarnya kita memiliki seorang pensyarah yang memiliki kemahiran istimewa menghasilkan meme matematik yang bukan saja kelakar, tapi bermakna dan tular.\n\nAmirul Faiz yang merupakan pensyarah matematik di INTEC ini pernah tular apabila meme matematik beliau yang bertajuk \u201cLearning Moo-thematics with graphic Cow-culator\u201d dikongsi 60 ribu kali di Facebook. Meme yang mengaitkan bentuk graf persamaan matematik itu dengan tanduk lembu juga tular di reddit dan 9gag.\n\nBeliau kemudian menghasilkan lebih banyak lagi meme matematik di halaman Facebook beliau.\n\nKetika ditanya, beliau mengatakan tujuan penghasilkan meme matematik ini adalah untuk pendidikan.\n\n\u201cSebagai pensyarah sebelum ini, saya dapati pelajar sekarang lebih cenderung dengan teknik pembelajaran secara visual. Kalau dulu pembelajaran tertumpu pada guru/ pensyarah, kini pendekatan secara \u2018student centered\u2019 lebih sesuai dengan adanya teknologi.\n\nMaka saya mula dengan meme2 sebegini sebagai pendekatan visual dan secara langsung menarik minat pelajar utk belajar matematik\u201d katanya.\n\nPenerangan konsep matematik dengan cara mudah dan berjenaka ini selari dengan kata \u2013 kata Einstein, \u201cJika anda tak mampu menerangkan sesuatu dengan mudah, anda belum cukup memahaminya\u201d\n\nBerikut adalah kompilasi meme matematik Amirul Faiz, selamat menikmati! (Kalau tak faham jangan tanya penulis, tanya pensyarah korang ni)" "Baru \u2013 baru ini tular satu inovasi baru terhadap beg galas. Beg yang dinamakan HoverGlide ini seolah \u2013 olah \u2018terapung\u2019 apabila dipakai. Pemakai malah boleh berlari tanpa merasai impak jatuhan beg tersebut.\n\nBeg tersebut seakan \u2013 akan bukan realiti, semacam glitch\u00a0dunia nyata.\n\nView post on imgur.com\n\nCiptaan HoverGlide tersebut menggunakan bingkai pendua dan sistem takal dengan tali bungee elastik untuk menahan bebanan beg daripada bingkai. Apabila pemakai berjalan atau berlari, beg tersebut meluncur secara vertikal pada sistem tersebut. Maka apabila pemakai berjalan, beg tersebut kekal pada kedudukannya.\n\nPergerakan beg yang pelik dan seolah \u2013 olah tidak real\u00a0membuatkan ciptaan ini tular dengan cepat.\n\nSistem ini tidak saja mengurangkan pergerakan vertikal, seraya mengehadkan daya hentakan vertikal ke atas badan, tapi juga menjimatkan tenaga untuk berjalan membawa beg tersebut. Ini bermakna anda boleh membawa beban yang lebih berat sambil bergerak pantas, lantas mengurangkan risiko kecederaan akibat bebanan lebihan pada bahagian belakang, leher dan lutut.\n\nPenyelidikan mendapati HoverGlide mampu mengurangkan daya hentakan sebanyak 82%, menakjubkan jika benar!\n\nCiptaan ini berkemungkinan boleh miliki penggunaan yang lebih luas melangkaui penggunaan lasak seperti trekking. Ia miliki potensi untuk akhirnya menyelesaikan masalah berat beg pelajar sekolah yang semakin menggusarkan.\n\nJika dulu solusi kepada masalah berat beg adalah dengan memasang roda, yang mudah rosak akibat keadaan jalan raya yang tak sekata. Atau memasang almari buku di setiap kelas. Atau merombak keseluruhan jadual dan sistem pembelajaran untuk mengurangkan penggunaan buku. Sekarang mungkin semua itu tidak lagi perlu.\n\nNamun, dah pasti, isu utama adalah kos. Hoverglide masih belum dipasarkan, jadi tidak diketahui berapa harganya. Tapi boleh jadi beratus dollar.\n\nBegitu juga, sejarah buruk ciptaan \u2013 ciptaan kickstarter yang tular sedikit mendatangkan perasaan skeptikal. Dahulu, tular sakan ciptaan seperti \u2018lebuh raya solar\u2018 yang hakikatnya sangat tidak munasabah. Terdapat juga ciptaan tular seperti Juicero yang mendapat dana \u2013 dana daripada syarikat \u2013 syarikat gergasi namun kemudian dianggap sebagai ciptaan paling teruk dalam sejarah.\n\nJadi, kita lihat dulu perkembangan ciptaan yang menarik ini." "Jika anda membesar dengan menonton Doraemon, pasti anda pernah tertanya dua soalan ini:\n\nUntuk sesiapa yang tidak tahu, (mungkin anda menyorok dalam gua 30 tahun lepas), Doraemon adalah robot yang datang dari masa depan, iaitu pada tahun 2112. Itu kurang 100 tahun dari sekarang.\n\nPada masa itu, kemajuan teknologi sangat dahsyat. Manusia dapat cipta mesin masa, mesin teleportasi, mesin pengecil, robot serba guna, dapat manipulasi ruang \u2013 masa, kembara angkasa lepas, mesin terbang pasang atas kepala..\n\nPendek kata, lebih kurang mustahil untuk kita capai tahap teknologi demikian melihatkan perkembangan manusia sekarang ini. Itupun kalau tak terjadi perang dunia ketiga yang hancurkan semua teknologi dan kembalikan kita ke zaman batu.\n\nMemandangkan latar Doraemon itu sendiri adalah berlatarkan dunia kita yang sebenar, maka penciptaan Doraemon itu sendiri nampaknya mustahil boleh dihasilkan dalam dunia fiksyen tersebut. Sampailah penamat kepada cerita Doraemon muncul dan menyelesaikan masalah tersebut dengan sangat bijak.\n\nJemput tonton penamat Doraemon ini, bawa tisu sekali.\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=E0fSC7EmBVY\n\nTerdapat juga versi komik berbahasa Indonesia.\n\nBateri milik Doraemon mati. Nobita cuba untuk membaiki Doraemon di masa depan, tapi segala akses mesin masa dihalang oleh polis masa, atas sebab tertentu.\n\nNobita kemudian diberi dua pilihan, tukar bateri milik Doraemon yang sedang kaku itu lantas memadam keseluruhan memorinya, atau tunggu jurutera yang mampu untuk membaiki Doraemon.\n\nDah pasti Nobita tak mampu untuk memilih pilihan pertama. Namun mana mungkin ada jurutera pada zaman itu yang mampu membaiki robot 100 tahun akan datang?\n\nMaka Nobita berikrar untuk bekerja keras dan belajar super rajin. Dia jadi pelajar terbaik sekolah, dan tidak melakukan apa \u2013 apa kecuali menerobos ilmu untuk membaiki Doraemon.\n\nNobita kemudian menjadi seorang Profesor ulung robotik dunia dan akhirnya Doraemon dapat dipulihkan.\n\nPenamat ini dianggap sebagai penamat terbaik Doraemon kerana bukan saja ia penamat gembira, namun ia mengeksploitasi tema utama Doraemon iaitu \u2018paradoks masa\u2019 untuk menjelaskan persoalan besar siri tersebut.\n\nPertama, ia menjawab persoalan siapa pencipta Doraemon. Tidak lain, pencipta Doraemon adalah Nobita sendiri. Nobita satu \u2013 satunya manusia dalam dunia yang mampu untuk membaiki, menjurutera, dan mencipta robot masa depan Doraemon kerana dia satu \u2013 satunya orang yang memiliki akses kepada robot masa depan tersebut.\n\nSelama dia hidup dengan Doraemon, dia melihat dan merasai sendiri teknologi masa depan. Maka jika ada orang yang mampu untuk \u2018reverse engineer\u2019 teknologi masa depan, Nobitalah orangnya.\n\nDan pada akhirnya kita memang dapat lihat ciptaan Doraemon generasi pertama, siap dengan telinga, dengan dikekalkan memori asal kawan lamanya itu.\u00a0\n\nKedua, penamat ini menjawab persoalan ledakan teknologi abad ke 22, iaitu abad Doraemon, yang dianggap mustahil dicapai. Dan persoalan ini diterokai menerusi watak Dekisugi\n\nDekisugi menimbulkan persoalan, bagaimana mungkin era Doraemon boleh datang jika perkembangan manusia begitu perlahan? Rupa \u2013 rupanya jawapannya adalah pada rakan lamanya yang telah lama menghilang.\n\nProfesor Nobita, menerusi kajian panjangnya terhadap teknologi robot masa depan, Doraemon yang dia miliki, akan membuat ledakan revolusi teknologi besar \u2013 besaran. Dialah pencetus teknologi abad ke 22.\n\n\u201cEh jap. Tapi kalau Nobita cipta Doraemon, dan dia boleh buat macam tu sebab dia ada Doraemon yang datang pada dia dari masa depan, dari mana pula datang Doraemon tu??\u201d\n\nYup. Inilah paradoks masa yang dikatakan oleh Dekisugi. Dari mana titik mulanya?\n\nSebenarnya paradoks masa sememangnya akan jadi masalah kepada mana \u2013 mana pun cerita, filem dan fiksyen yang melibatkan pengembaraan masa. Namun, dalam penamat Doraemon ini, layanan terhadap paradoks masa ini bijak.\n\nUntuk tahu lebih tentang paradoks, terutama paradoks masa, boleh tonton video AJAR berikut:\n\nParadoks masa itu tak dapat dijelaskan. Ia satu poin dalam spektrum masa dunia fiksyen Doraemon yang berlaku, dan mesti dipastikan berlaku.\n\nNobita menjadi Profesor Robotik untuk membaiki Doraemon adalah satu titik masa yang mesti berlaku. Jika tidak, tidak berlakulah teknologi abad ke 22. Titik paradoks ini sangat penting sampai polis masa mengawal ketat mesin masa supaya tiada yang akan mengganggu poin ini.\n\nItulah juga sebabnya tiada siapa tahu pencipta Doraemon. Ia maklumat yang dikawal rapi supaya titik paradoks masa ini tidak dipecahkan.\n\nMaka, sebenarnya Nobita menerima Doraemon adalah dengan destiny atau takdir bahawa dialah yang akan menciptanya pada masa hadapan.\n\n\u201cIsyh, kacau mood betul lah\u201d\n\nSebenarnya pelukis asal Doraemon meninggal dunia sebelum sempat merangka penamat yang rasmi.\n\nJadi penamat \u2013 penamat Doraemon adalah fan \u2013 made atau direka oleh peminat. Ada beberapa versi, ada versi Nobita sebenarnya kanak \u2013 kanak terencat akal OKU dan semuanya adalah khayalannya saja, untuk mengurangkan kesengsaraan yang dia alami. Err, tapi iya lah, siapa yang nak terima penamat macam ni.\n\nPenamat oleh Nobuo Sato dalam artikel ini adalah sangat popular dan dianggap sebagai \u2018penamat rasmi\u2019 oleh banyak peminat (termasuklah penulis).\n\nNamun untuk \u2018penamat\u2019 yang lebih rasmi, bolehlah tonton filem \u2018Stand by Me Doraemon\u2018 , yang merupakan filem istimewa yang merangkumkan cerita Doraemon sewaktu pertama kali berjumpa Nobita, hinggalah saat Doraemon terpaksa berpisah.\n\nTapi sediakan tisu jugalah, sebab memang tsunami nostalgia." "Macam pernah dengar kan?" "Matematik boleh jadi topik yang sukar difahami tanpa animasi visual. Kadang \u2013 kadang sesuatu konsep sukar itu diajar hanya dengan menggunakan tulisan dan persamaan di papan hitam. Namun apabila dipersembahkan dalam bentuk animasi, ia terus difahami!\n\nBerikut adalah 17 animasi GIF yang menerangkan konsep matematik\n\nhttps://giphy.com/gifs/animated-math-nerdgasm-FGN3UskNkgG76\n\nOh ini rupanya apa yang pythagoras cuba beritahu. Giphy\n\nPi adalah watak utama dalam trigonometri. Visualisasi ini menerangkan macam mana pi boleh diperoleh. Pi =\u00a0nisbah ukur lilit sebuah bulatan kepada diameternya. Imgur\n\nJika satu lengkok bulatan sama panjangnya dengan dengan jejari bulatan tersebut, nilainya adalah satu radian. Imgur\n\nCara selesaikan segi tiga pascal. Wikimedia\n\nCara mudah mendarab binomial. mathcaptain\n\nGunakan kaedah ini supaya tidak terbalik lagi apabila melakukan transposisi matriks.\n\nHasil tambah sudut luaran polygon sentiasa akan bersamaan 360 darjah.\n\nVisualisasi sin dan kosin. imgur\n\nKosin adalah hasil pembezaan sin. imgur\n\nSin dan kosin digambarkan menerusi segi tiga. imgur\n\nVisualisasi garisan tangen. Imgur\n\nMungkin lebih mudah difahami jika kita lihat dari sudut sisi. Imgur\n\nCara melukis parabola. Imgur\n\nCara melukis lonjong. giphy\n\nHiperbola adalah dua lengkungan yang seakan \u2013 akan busur panah infiniti. Giphy\n\nApabila diterjemah menjadi 3D, kita akan peroleh hiperboloid. Percaya tak itu semua garis lurus? Tumblr\n\nApabila diaplikasikan dalam dunia sebenar, kita boleh hasilkan instrumen yang seakan \u2013 akan magik ini." "Seorang bakal intern NASA telah dibuang sebelum sempat pun bermula setelah dia mencarut kepada seorang bekas jurutera dan ahli persidangan angkasa NASA di twitter.\n\nTweet yang dikeluarkan oleh pengguna Twitter Naomi H tersebut mendapat perhatian yang besar, sehingga kemudian turut menarik respon daripada agensi angkasa NASA.\n\nSetelah diminta untuk menjaga bahasanya, Naomi kemudian membalas dengan mencarut mengatakan dia kini bekerja dengan NASA.\n\nMalang buat Naomi, carutannya itu ditujukan kepada Homer Hickam, seorang jurutera lagenda di NASA yang bertanggungjawab membina roket angkasa, melatih angkasawan dan terkenal sebagai penulis buku angkasa lepas.\n\nNaomi kemudian dipecat serta merta dari internship dan dia kemudian memadam akaun twitter miliknya.\n\nSituasi ini bagaimanapun mencetuskan perdebatan di Twitter.\n\nSebelah pihak menyalahkan Naomi kerana bukan saja biadap dengan peluang yang diberikan, dia sebagai bakal intern sepatutnya mengenali Homer Hickam.\n\nI can't believe @NASA gave an internship to someone who didn't know who Homer Hickem was.\n\n\u2014 America Offline ? (@Cheechard) August 21, 2018\n\nSebelah pihak mengatakan dia tidak sepatutnya dirampas peluang sekali seumur hidup ini hanya kerana berlaku liar di media sosial sebagai mana remaja lain.\n\nhttps://twitter.com/JUNIUS_64/status/1031997314905268225\n\nBagaimanapun Homer Hickam kemudian mengatakan bahawa beliau tidak berperanan memecat Naomi daripada Internship. Itu adalah tindakan pihak agensi tersebut.\n\nHickam kemudian mengatakan bahawa remaja itu kemudian meminta maaf kepadanya, dan beliau terima dengan hati terbuka.\n\n\u201cSetelah bercakap dengannya dan melihat resume miliknya, saya pasti dia berhak memegang posisi dalam industri aerospace dan saya akan melakukan apa yang saya mampu untuk memastikannya memperoleh semula peluang yang lebih baik daripada yang dihilanginya\u201d Kata en Hickam.\n\nJadi mungkin Naomi akan diberi peluang kedua, tapi ini adalah pengajaran besar buatnya.\n\nHati \u2013 hati dengan apa yang anda tuliskan di media sosial." "Universiti Cambridge, antara universiti terbaik dunia yang memiliki otak \u2013 otak terbijak dalam kalangan manusia sedang menghadapi masalah unik.\n\nMereka \u2018diserang\u2019 dengan jatuhan najis burung merpati. Kakitangan, pelawat dan bangunan mereka dijatuhi \u2018bom\u2019 najis burung merpati sehingga mereka terpaksa mengambil tindakan.\n\nApa solusi minda \u2013 minda hebat di sana untuk menghalang serangan berterusan musuh mereka itu? Mereka . mahu memasang cerucuk tajam dan penghalang plastik di sekeliling bangunan mereka..\n\nCerucuk \u2013 cerucuk tersebut akan dipasang termasuklah pada bangunan klasik abad ke 15 yang mereka miliki.\n\nCambridge menerima ribuan pengunjung setiap tahun, tapi ramai di antara mereka menjadi mangsa burung merpati di sekitar kawasan King\u2019s. Pakar kawalan makhluk perosak memberi nasihat kepada mereka untuk memasak cerucuk besi sebagai langkah terbaik menghalang burung bersarang.\n\nNamun, isu \u2018kesan visual\u2019 pemasangan cerucuk besi juga menjadi kebimbangan, apatah lagi apabila dipasang pada bangunan \u2013 bangunan klasik mereka.\n\nPemasangan cerucuk besi untuk mengatasi masalah merpati dibuat di tempat \u2013 tempat lain sekitar London, termasuklah Stesen Victoria.\n\nTapi itulah, memandangkan ini Cambridge, maka agak kecewa juga apabila mereka tak cadangkan gelombang ultrasonik ke, atau sistem sensor automatik." "Sebuah esei berbahasa Inggeris tular di media sosial kerana ia dianggap begitu . istimewa.\n\nEsei yang bertajuk \u201cKepentingan geologi dalam kejuruteraan sivil\u201d ini ditulis panjang sebanyak satu muka surat. Namun markah yang diperoleh adalah sebanyak 0%.\n\nMula \u2013 mula agak pelik juga kenapa begitu zalim sekali pensyarah yang beri markah ini, mesti ada satu point yang boleh diberi markah dalam satu muka surat, walau di\u2019goreng\u2019 pun?\n\nNamun setelah membacanya, rupa \u2013 rupanya memang layak dapat kosong. Ini adalah kes gorengan versi paling hangit. Tak ada isi langsung.\n\n\u201cKepentingan geologi dalam kejuruteraan sivil boleh diterangkan melalui fakta bahawa ia sangat sangat penting dalam kejuruteraan sivil, maka itulah sebab geologi sangat penting dalam kejuruteraan sivil\u201d.\n\nPenulis juga memaparkan disiplin akademik yang baik dengan memberikan definisi geologi:\n\n\u201cMari kita bincangkan apa itu geologi. Geologi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kejuruteraan sivil dan ia sangat penting sehingga tak dapat digambarkan melalui kata \u2013 kata\u201d\n\n\u201c.. Tapi itu kan ayat permulaan esei ni dekat bahagian paling atas.. Hang pi ulang balik je ke?\u201d \u2013 Pensyarah.\n\n\u201cYup\u201d\n\nNetizen juga memberi komentar \u2013 komentar konstruktif terhadap esei tersebut:\n\nFuhh, lepas baca karangan ni baru aku tau betapa pentingnya geologi dlm civil eng. Penting sampai takde kata2 boleh gambarkan \u2013 Azhari Mohid\n\nHahahaha tulisan lawa dah. Aku pernah ada dalam situasi camni..di mana tahu beberapa perkataan je dalam bahasa English..tu la dok ulang2 . Kalau tahu perkataan is ,is jela spai abis. Kalau tahu go ,go jela . N selak selak soalan sebelum tu perkataan apa leh guna tanpa tahu mksd n cara guna. \u2013 Nora Dzia\n\nAsal dpt satu page \u2013 Srikandi Islamiah\n\nhanat dia tulis point sama. dari tajuk, pendahuluan, isi, sampai penutup \u2013 Kamil Zakri\n\nMeng\u2019goreng\u2019 juga adalah satu seni. Jangan buat macam ni. Sia \u2013 sia je datang dewan peperiksaan." "Peta dunia yang kita biasa tengok sebenarnya bukanlah bentuk sebenar bumi kita. Eh tak, ini bukan teori konspirasi, ini memang permasalahan yang muncul bila kita cuba untuk memetakan bumi. \n\nLebih tepat, ini adalah masalah apabila kita cuba memprojeksikan bentuk sfera 3 dimensi kepada 2 dimensi. Pasti akan berlaku herotan. Bayangkan anda cuba mengupas kulit oren, kemudian anda jadikan bentuk petak yang rata. Anda perlu menarik, memadatkan atau mungkin mengoyak bahagian oren tersebut.\n\n\nJadi disebabkan herotan yang tidak dapat dielakkan ini, bentuk peta yang dilukis oleh kartografer sebenarnya terdapat beberapa versi. Versi yang paling popular adalah Peta Mercator, yang kita biasa tengok.\n\n\nPeta dunia yang paling popular dalam . dunia ini miliki beberapa isu.\n\nAnda boleh membandingkan sendiri saiz \u2013 saiz negara yang sebenar menggunakan website\u00a0thetruesize.com . Cubalah, cukup meletupkan minda!\n\nPeta Mercator dihasilkan pada tahun 1569 oleh kartografer bernama Gerardus Mercator untuk membantu pelayar Eropah melayari Laut Atlantik.\n\nMaka, penggunaan peta Mercator ini dianggap sebagai Eurosentrik, ataupun bias kepada Barat dan Eropah. Ia membesarkan saiz Eropah dan Amerika Utara, dan meletakkan Eropah di pertengahan dunia. Negara seperti Iran, Venezuela, India, Afrika pula kelihatan kecil. Gambaran \u2013 gambaran kebesaran negara di atas peta dibuat untuk memberi simbol kuasa dan kepentingan Barat ke atas dunia.\n\nBegitu juga, kenapa Eropah diletakkan di bahagian atas peta? Memandangkan bumi adalah sfera, maka boleh saja peta diterbalikkan untuk meletakkan Eropah di bahagian bawah.\n\nJadi peta dunia kita sekarang\n\nPeta ini memberi simbolik bahawa kuasa Barat sejak dari zaman Empayar British memiliki dan memegang kuasa dunia. Itulah sebab sebahagian menganggap peta kita sekarang sebagai rasis.\n\nSelain peta Mercator, sebenarnya ada beberapa versi peta dunia yang lain. Seperti:\n\n\nDan. banyak lagi\n\nMana satu yang betul? Jawapannya adalah tiada.\n\nKerana memang mustahil untuk menghasilkan bentuk peta 2D yang sempurna daripada bentuk sfera 3D. Maka peta diterima berdasarkan perspektif dan kecenderungan kita." "Kalau Islam agama yang maju, kenapa sikit sangat orang Islam yang menang anugerah Nobel?\n\nMungkin kita biasa dengar ayat ini. Benar, jika anugerah Nobel dijadikan sandaran, hanya 12 penerima anugerah Nobel beragama Islam. Daripada jumlah tersebut, hanya 3 orang dalam bidang sains.\n\nNamun kaitan yang orang cuba lakukan seolah \u2013 olah agama Islam yang bertanggungjawab menyebabkan \u2018kemerosotan\u2019 pencapaian saintifik penganutnya adalah salah, atas 2 sebab:\n\nMartin Kramer, seorang sarjana sejarah dan Yahudi mengakui sendiri bahawa orang Islam sememangnya merupakan master ilmu sains ribuan tahun dahulu. Berikut adalah terjemahan tulisan dalam laman web beliau:\n\n\u201cJika Ada Anugerah Nobel 1000 Tahun Lepas, Ia Pasti Dibolot Sepenuhnya oleh Muslim. Seorang daripada penerima sudah pasti polymath multi \u2013 genius al Biruni (973 \u2013 1050) yang merupakan seorang ahli astronomi, matematik, mineralogist, botanist, pakar bahasa dan ahli sejarah.\n\nTermasuk pencapaian hebatnya, beliau menentukan secara tepat jejari dan ukur lilit bumi. Kepakaran Muslim dalam astronomi berkekalan hingga abad ke 15, dan disimbolkan menerusi astrolabe Arab dalam pengembaraan orang Eropah.\n\nPerubatan juga menginspirasikan genius Muslim, terutama sekali terhadap ahli falsafah Ibn Sina (980 \u2013 1037). Beliau menjuarai sains Yunani, dan pengamalan perubatan di Eropah adalah berpandukan Kanun Perubatan beliau sepanjang abad ke 15. Universiti Eropah mengajar anatomi dalam terminologi Arab sepanjang tempoh itu.\n\nDalam peradaban Islam, pertukaran idea saintifik berlaku meluas. Ahli perubatan dan ahli falsafah mengembara dari mahkamah ke mahkamah, dan tiada istana yang lengkap tanpa perpustakaan yang luas, jika tidak \u2018Baitul Hikmah\u2019 \u2013 Sejenis institut untuk kajian mendalam\u201d\n\nKeilmuan Eropah dalam sains ternyata tidak mampu menandingi, dan ia diapungkan sepanjang Zaman Pertengahan menerusi sisa baki ilmu yang ditinggalkan di atas meja Muslim. Daripada sudut pandang Muslim yang miliki peradaban hebat (atau Yahudi yang tinggal di bawah pentadbiran Islam), tanah melangkaui Pyrenees adalah pusat kegelapan\u201d.\n\nTernyata berdasarkan sejarah gemilang Muslim tersebut, agama Islam tidak boleh dipersalahkan terhadap kemerosotan Muslim. Mana mungkin agama yang mendatangkan kemajuan mendadak kepada manusia yang tinggal di padang pasir pula yang dipersalahkan atas kemerosotan golongan tersebut?\n\nYang lebih jelas, jika ada faktor yang perlu dipersalahkan, ia adalah penjajahan imperialis Barat terhadap negara Islam.\n\nSebenarnya, jika Anugerah Nobel hendak dijadikan ukuran kecemerlangan peradaban, bukan orang Islam saja yang sedikit jumlahnya.\n\nTiada saintis pemenang anugerah Nobel dalam kalangan negara Asia Tenggara, tiada daripada orang kulit hitam Afrika, dan hanya empat daripada Amerika Latin. Malah jumlah pemenang anugerah Nobel daripada dua negara paling ramai penduduk di dunia, iaitu China dan India juga adalah kecil, kurang daripada 10 setiap satu. Itupun kebanyakan mereka lakukan kajian di Barat.\n\nMaka jelas di sini, pemilihan pemenang anugerah Nobel adalah sangat bergantung kepada ekonomi negara tersebut.\n\nMalah bukan itu saja, artikel the Atlantic bertajuk \u2018Anugerah Nobel dalam Sains yang Tidak Munasabah\u2018 dan \u2018Adakah telah tiba masanya kita tinggalkan anugerah Nobel?\u2018 meneroka dengan lebih mendalam ketidakwajaran anugerah Nobel.\n\nAnugerah ini tidak menghargai sains, sebaliknya mengherotkan sifatnya, memesongkan sejarahnya, dan tidak menghiraukan banyak nama penyumbang yang lain\n\nHal ini kerana dapatan sains adalah perkara yang paling bersifat kepasukanan. Namun daripada 3 mukasurat penuh nama yang menyumbang kepada projek\u00a0Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) sebagai contoh, hanya tiga nama yang terpilih sebagai penerima anugerah Nobel dalam Fizik.\n\nPemenang anugerah tersebut juga nampaknya dimonopoli oleh lelaki berkulit putih.\n\nAnugerah Nobel mengiktiraf penemuan saintifik. Tapi masalahnya, penemuan saintifik biasanya melibatkan sumbangan puluhan jika tidak ratusan malahan ribuan para pengkaji. Anugerah Nobel ini bagaimanapun sangat kontroversi kerana wasiat Alfred Nobel\u00a0mensyaratkan untuk memberi pengiktirafan kepada seorang\u00a0penemu penemuan saintifik. Seorang saja nama individu untuk penemuan dalam fizik, kimia, perubatan.\n\nMaka bukan saja anugerah ini mengherotkan sejarah dan pencapaian peradaban \u2013 peradaban dalam dunia, ia juga menjejaskan sifat dunia kajian sains untuk membawa idea \u2018individu \u2013 individu genius perseorangan\u2018 yang memonopoli sumbangan sains." "Politeknik Ungku Omar berjaya mengharumkan nama negara apabila pasukan robotik Politeknik Ungku Omar bersama pasukan robotik dari empat buah politeknik yang lain berjaya merangkul sembilan pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa pada Kongres dan Kejohanan Persatuan Robot Bola Sepak Antarabangsa (FIRA) Roboworld ke-23 di Feng Chia University, Taichung, Taiwan pada 6 hingga 11 Ogos lalu.\n\nKejohanan FIRA Roboworld ke-23 ini merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot bola sepak serta sebagai medan pembentangan mengenai perkembangan teknologi robotik di peringkat antarabangsa.\n\nMalaysia berentap dengan 10 negara lain seperti Iran, Korea, India, Taiwan, China, Brazil, Rusia , Filipina dan Indonesia bagi merebut kejuaraan.\n\nIni bukanlah kali pertama pasukan Politeknik Malaysia meraih kejayaan seumpama ini. Pada kejohanan edisi 2016 yang berlangsung di Beijing, China, pasukan negara berjaya merangkul sebanyak 18 pingat dengan 6 pingat emas, 8 pingat perak dan empat pingat gangsa.\n\nKejayaan ini membuktikan peningkatan yang cukup ketara kontinjen kita. Hal ini sudah pasti mampu menjadi pemangkin minat dan inspirasi anak muda negara terhadap bidang kejuruteraan robotik.\n\nTahniah kepada Politeknik Malaysia atas kejayaan ini!\n\nSumber berita: kampusuols , remaja" "Biasa kita fikir subjek Kimia sebagai subjek yang membosankan. Namun reaksi \u2013 reaksi bahan kimia yang menakjubkan (dan menakutkan) berikut mungkin boleh membuatkan kita mengubah fikiran!\n\nAvatar Aang? Kau ke tu?\n\nBekas itu bukan kosong, tapi ia mengandungi Sulfur Hexafluoride yang 5 kali ganda lebih tumpat daripada udara. Disebabkan ia begitu tumpat, ia punyai sifat seperti cecair. Itulah sebabnya ia boleh duduk dalam bekas tersebut tanpa terbebas lari.\n\nApabila Sulfur Hexafluoride \u2018dituang\u2019, ia mengambil tempat oksigen. Lilin pun terpadam kerana ketiadaan oksigen yang diperlukan untuk pembakaran.\n\nKAU AKAN LIKE PAGE AJAR DALAM MASA 3 . 2 . 1 SAAT\n\nReaksi kimia ini dipanggil \u2018\u00a0Belousov-Zhabotinsky reaction\u201d \u2013 reaksi kimia berputar (oscillating chemical reaction).\n\n\u201cInilah apa yang jadi pada hati kita sebaik membuat dosa besar\u201d \u2013 Ustaz Petrosains.\n\nApabila kita mencampurkan\u00a0sodium sulfite, citric acid, and sodium iodate, kita akan peroleh satu sebatian lutsinar. Namun tak sampai beberapa saat ia kemudian bertukar hitam.\n\nFenomena ini dipanggil reaksi jam (clock reaction), di mana reaksi kimia berlaku setelah beberapa ketika.\n\n\u201cJangan tinggalkan abang sayang!\u201d\n\nApabila dikenakan voltan yang tinggi, air memberi talak satu kepada graviti dan bergayut pada dua bikar air untuk membentuk jambatan.\n\nDaya elektrik mengekalkan struktur \u2018jambatan\u2019 tersebut dengan menyusun molekul air menjadi satu struktur yang stabil dan tersusun rapi.\n\nSodium polyacrylate adalah garam penyerap super (superabsorbent) yang mampu menyerap 300 kali ganda jisimnya dalam air, lantas menjadikannya seakan \u2013 akan salji yang sejuk.\n\nTak tau boleh makan ke tak. Boleh lah cuba kalau nak. Nanti emel laporan.\n\nOh tengah makan ke? Maaf.\n\nApabila anda meletak hydrogen peroxide pada luka, buih menggelegak yang terhasil sebenarnya adalah tanda larutan tersebut sedang membunuh bakteria dan sel \u2013 sel sihat.\n\nHydrogen Peroxide digunakan sebagai antiseptik sejak 1920. Tapi ia kini dilarang digunakan untuk mencuci luka, sebab ia didapati melambatkan proses penyembuhan dan menjadikan parut.\n\nSains? Sains apa kau buat ni sains? Siapa ada nombor Darussyifa??\n\nErr. Apa kita tengah tengok ni? Siapa ajar depa bukak portal dimensi alam jin?\n\nSebenarnya fenomena yang nampak macam 100% ilmu hitam tersebut adalah reaksi yang dihasilkan apabila bahan kimia bernama\u00a0Mercury (II) thiocyanate dibakar.\n\nWalaupun nampak macam cool untuk dicampak pada unggun api kem pengakap darjah enam, bahan ini sangat toksik. Dan gas yang dihasilkan berbahaya untuk dihidu.\n\nDan kalau benda tu tiba \u2013 tiba minta korban manusia macam mana?" "Berikut adalah Panduan Bergambar untuk Peroleh Ph.D\u00a0yang diterangkan oleh Matt Might, seorang Profesor Sains Komputer di University of Utah, sebagai sumber inspirasi kepada pelajar \u2013 pelajar yang ingin bergelar graduan Ph.D.\n\nBayangkan sebuah bulatan yang miliki keseluruhan ilmu manusia:\n\nApabila anda tamatkan sekolah rendah, anda tahu sedikit:\n\nApabila anda tamatkan sekolah menengah, anda tahu sedikit lebih banyak:\n\nDengan Ijazah Sarjana Muda, anda peroleh pengkhususan:\n\nDengan Ijazah Sarjana (Masters), anda memperdalam pengkhususan tersebut:\n\nPembacaan kertas kajian akademik membawa anda ke penghujung ilmu manusia:\n\nApabila sampai di penghujung, anda fokus:\n\nAnda terus menolak di penghujung perbatasan selama beberapa tahun:\n\nSehingga satu hari, perbatasan tersebut menyerah:\n\nDan sedikit lekukan yang anda hasilkan itu dipanggil Ph.D:\n\nDah pasti, dunia sekarang kelihatan amat berlainan bagi anda sekarang:\n\nMaka, jangan lupa gambaran besar:\n\nTeruskan menolak." "Dewan Bahasa dan Pustaka ternyata memainkan peranan proaktif dalam menyampaikan usaha pengalihan bahasa beberapa istilah \u2013 istilah baru yang kita biasa gunakan dalam Bahasa Inggeris. Usaha mereka menyebarluaskan melalui media sosial sangat kita hargai!\n\nBerikut adalah beberapa senarai terjemahan istilah \u2013 istilah semasa oleh DBP." "Kementerian Pendidikan berpendapat langkah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dalam negara ini tidak dapat dilaksanakan.\n\nKata kementerian itu langkah tersebut bertentangan dengan peraturan sedia ada, iaitu:\n\nJusteru Kementerian Pendidikan tidak bercadang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, termasuk di Sarawak.\n\n\u201cSungguh pun begitu tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui kaedah lain, selari dengan undang-undang dan dasar semasa,\u201d katanya.\n\nKementerian Pendidikan berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen.\n\nTerdahulu Anggota Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri, meminta penjelasan mengenai pendirian pihak berkenaan terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Sarawak.\n\nKata Kementerian Pendidikan pihaknya akan terus memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 \u2013 2025.\n\n\u201cDasar ini dilaksanakan supaya setiap murid fasih berbahasa Melayu dan Inggeris,\u201d katanya.\n\nPada masa sama Kementerian Pendidikan berkata mereka menghargai inisiatif kerajaan Sarawak mahu mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid negeri itu.\n\n\u201cNamun setelah meneliti cadangan pelaksanaan tersebut berdasarkan akta dan dasar sedia ada Kementerian Pendidikan berpendapat langkah itu bertentangan dengan akta sedia ada,\u201d katanya.\n\nSumber: Malaysiakini" "Suatu hantaran di Facebook tular apabila pengguna bernama Othman Talib mengepilkan gambar tesis yang diminta untuk dibetulkan. kerana terlebih margin sebanyak 5 mm.\n\nTesis ni apa formatpun\u00a0 tak ada banyak bezapun.. hang pi lah satu dunia semua lebih kurang sama.yang penting content yang novel.\n\nHairan. yang nak pi ukuq margin sangat sampai beza 5mm pun nk perbetoi . pasai apa?\u00a0 Tak dak keje lain dah ke rakyat Msia ni ?\n\nHantaran ini mendapat komen yang pelbagai daripada netizen. Ada yang mengatakan isu formatting yang terlebih ketat ini sebagai menyusahkan.\n\nSaya terpaksa mencetak semula 5 salinan hanya kerana formatting. \u2013 Yong Chen\n\nSaya habiskan 1 minggu hanya membuat formatting \u2013 Rosma Rashid\n\nMasa buat Master dulu, masa nak hantar, mereka ukur dengan pembaris semua margin. Siapa tak lepas pergi buat balik \u2013 Sharifah Alia.\n\nAda yang mengatakan isu formatting ini sebagai perkara remeh yang sangat ditekankan oleh Universiti Malaysia, tidak Universiti luar negara. Sedangkan yang lebih penting adalah isi tesis tersebut.\n\nYa, saya sangat setuju. Apa yang penting ialah content dalam tesis tu. Formatting ni perkara remeh saja tapi itulah yang sangat ditekankan oleh PG office universiti di Malaysia ni. Memang susah nak faham & boleh stress dibuatnya especially bila dah dekat date line. Tu belum masuk lagi yang minta 10 hard copies sebelum viva. Saya & wife dah experience masa buat Masters.\n\nTapi lain pula masa buat PhD di NZ. Formatting ni saya tinggal, buat last sekali bila content dah settled. Di sana, tiada format tertentu yang kena ikut. Biasanya akan ikut format yang supervisor familiar. Tak perlu nak ukur etc. Staf ICT library ada bagi service ni FOC. Duduk sama-sama dengan dia buat sampai siap (saya masukkan nama dia dalam acknowledgment). Bila dah siap, submit tesis pun guna pdf file je. So, duduk la kat mana-mana dalam dunia ni, by mouse click dah siap submit. Final tesis after corrections pun hantar pdf je, tak payah hantar hard bound tulisan emas etc. Ini la baru membantu dan memudahkan students. Bila la universiti kita nak berubah? \u2013 Mohd Izani Othman.\n\nNamun, terdapat juga penyokong usaha semakan margin tersebut dalam kalangan proofreader:\n\nProofreader mana yang tak tengok formatting? \u2013 Izwan Ishak\n\nKetahuilah bahawa manuskrip hardcopy, sebelum binding jadi buku, wajib kena ukur \u2013 ukur, semak font, formatting semua ini. \u2013 Aiman Kautsar.\n\nFormat adalah format. Ia bukan isu. \u2013 Ben Teranova.\n\nBagi penulis, sepanjang pengalaman belajar di UK, formatting tesis ini juga pernah menjadi isu. Tapi itu sebab penulis tersilap cetak. Sepatutnya satu helai satu. Tapi penulis tercetak depan belakang. Terbazir jugalah beberapa belas pound.\n\nTapi tak pernah pula penulis alami masalah disebabkan margin lari beberapa milimeter." "Ahmad Luqman Mohammad Noor, pelajar tingkatan 4 dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dinobatkan johan anugerah NILAM peringkat Negeri Selangor kategori bahasa Inggeris.\n\nPertandingan NILAM peringkat negeri Selangor tersebut bermula sejak bulan Mac dan tamat pada penghujung bulan Ogos. Pemenang selanjutnya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.\n\nSejak dari bulan Mac, adik Luqman telah membaca lebih 150 buah buku dalam tempoh masa 6 bulan. Bermakna, secara purata adik Luqman menghabiskan satu buku setiap 1.2 hari.\n\nNaib Johan Kategori Bahasa Melayu pula dimenangi oleh\u00a0Nuriljal Farhah Abd, juga dari KISAS.\n\nAdik Nuriljal membaca secara keseluruhan 470 buah buku sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.\n\nTahniah, semoga kerajinan adik \u2013 adik dalam membaca boleh menjadi galakan semangat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Semoga berjaya juga di peringkat Kebangsaan!" "Artikel baru yang dikeluarkan oleh Berita Harian, bertarikh 4 September 2018 agak menarik perhatian kerana menampilkan ayat berikut:\n\n\u2018Harapkan pegar, pegar makan padi\u2019. Harapan pertama saya sebagai seorang rakyat ialah janganlah sesekali peribahasa ini menjadi kenyataan.\n\nIstilah yang digunakan untuk peribahasa tersebut adalah pegar, bukannya pagar sebagaimana kita terima secara tradisi. Malahan istilah pagar masih digunakan dalam buku \u2013 buku peribahasa dan dikekalkan sampai sekarang.\n\nMenariknya, rata \u2013 rata pengamal media persuratan nampaknya sudah memulakan arus penukaran, daripada pagar kepada pegar:\n\nMelihatkan istilah pegar sudah semakin diterima dalam arus perdana oleh pengamal media, mungkin ini bermakna pihak DBP sudah mengiktiraf versi peribahasa tersebut? Hakikatnya:\n\nIsu ini masih kontroversi kerana DBP tidak mengiktiraf penukaran istilah \u2018pegar\u2019.\n\nDalam jawapan terbaru laman web dbp, bertarikh 19 Mei 2018, mereka mengatakan:\n\n\u201cUntuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu\u00a0\u201cHarapkan\u00a0pagar,\u00a0pagar\u00a0makan\u00a0padi.\u201d kerana\u00a0peribahasa \u00a0tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi,\u00a0seperti yang terakam dalam\u00a0Kamus Istimewa Peribahasa Melayu\u201d\n\nJawapan yang lebih awal bertarikh 26 Mei 2017 lebih jelas menampilkan kecenderungan DBP untuk tidak mengiktiraf versi pegar sebaliknya menegaskan pagar adalah betul.\n\n\u201cBerdasarkan Datuk Rahman Shaari dalam Sinar Online bertarikh 16 Disember 2014, peribahasa yang betul ialah \u201charapkan\u00a0pagar,\u00a0pagar\u00a0makan\u00a0padi\u201c. Peribahasa ini juga yang terakam dalam buku peribahasa, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu edisi kedua oleh Abdullah Hussain. Maka, melalui keterangan ini, isu peribahasa \u201charapkan\u00a0pegar, pegar\u00a0makan\u00a0padi\u201d tidak timbul lagi. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali bentuk asal peribahasa tetap dikekalkan. Sekian, terima kasih\u201d.\n\nBegitu juga tulisan daripada\u00a0Munsyi Dewan Bahasa, Muhammad Daud pada tahun 2016 yang mengatakan \u201cnenek moyang kita tidak sewenang-wenangnya mencipta peribahasa mengikut kemahuan sendiri\u201d. Ini juga disokong melalui argumen penggunaan jawi oleh\u00a0akademi Jawi Malaysia.\n\nPegar dianggap lebih masuk akal orang kebanyakan orang berbanding pagar. Bagaimana pagar mahu memakan padi? Lebih masuk akal sekiranya padi dimakan oleh burung / ayam pegar.\n\nBegitu juga, terdapat juga hujah dari sudut tulisan jawi. Kerana dipercayai terdapat kekeliruan sewaktu pengalihan jawi ke rumi.\n\nArtikel yang benar \u2013 benar mempopularkan versi pegar adalah daripada pengarang Utusan Johardy Ibrahim\u00a0yang mengatakan setelah sidang ridaksi Utusan bersama pakar bahasa, ia sudah disahkan.\n\nApa agaknya kesudahannya? Versi mana yang akan menang? Pegar yang disokong oleh orang awam atau pagar yang disokong oleh DBP?" "https://www.facebook.com/mkhairulazri/videos/10217578679127691/\n\nMalaysia Hari Ini pada tarikh\u00a0\u00a06 September 2018 telah menjemput YB Syed Saddiq untuk mengadakan \u2018mock debate\u2019 bersama pelajar Seri Puteri. Debat yang diadakan adalah \u2018Perlukah Had Umur Mengundi Diturunkan kepada 18 Tahun?\u2019\n\nBerikut adalah rumusan hujah kedua \u2013 dua pihak:\n\nYB Syed Saddiq\n\nPelajar Seri Puteri\n\nTahniah diucapkan kepada tv3 dan kementerian belia dan sukan atas inisiatif pembentangan idea sebegini.\n\nSiapa menang? Hehe." "Ini paradoks paling best" "Naik isu tentang pelajar aliran sains vs pelajar aliran sastera. Ada orang muat naik keputusan periksanya yang banyak gagal, kemudian netizen komen:\n\n\u201cIni belum lagi kau ambil subjek sains dik, itu pun tak score\u201d.\n\nAda abang yang tak suka komen ini, kemudian beliau hantar video reaksinya kepada ML Studio:\n\nhttps://www.facebook.com/mlstudiosmy/videos/319030128863376/\n\nLebih kurangnya, hendak ditegur persepsi masyarakat yang menganggap pelajar yang bukan aliran sains sebagai kurang pandai berbanding pelajar aliran sains.\n\nBerikut adalah beberapa salah tanggap masyarakat terhadap aliran sains dan selainnya yang wajar dibetulkan:\n\nBenar, aliran sains biasanya punyai pintu masuk atau barrier of entry yang lebih ketat, seperti nak bilangan \u2018A\u2019 yang banyak, lebih selektif.\n\nTapi itu tak menjadikan aliran sains sebagai paling susah. Itu bergantung kepada keupayaan dan minat individu.\n\nAda orang yang mampu dapat markah penuh dalam matematik tambahan, tapi tak mampu faham sastera. Ada yang boleh dapat A dalam fizik, tapi gagal sejarah. \u2018Susah\u2019 itu bergantung pada diri masing \u2013 masing.\n\nAliran STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Tapi itu tak bermakna aliran selain STEM tak bernilai. Kursus semacam falsafah dan kesenian juga semakin mendapat tempat.\n\nSains sememangnya banyak menyumbang kepada teknologi untuk kemajuan manusia. Tapi ia juga menghasilkan ejen \u2013 ejen kemusnahan semacam bom atom dan karsinogen berbahaya. Begitu juga solusi \u2013 solusi \u2018saintifik\u2019 yang jahat seperti Eugenics\u00a0yang sangat rasis.\n\nApa yang boleh hentikan ciptaan \u2013 ciptaan sains yang memusnahkan ini? Pemahaman yang mendalam terhadap etika, falfasah dan agama. Untuk masalah moral ini, rujukan kita adalah ulama \u2013 ulama atau ahli falsafah, dan tidak sangat kepada saintis.\n\nRingkasnya, janganlah kita menganggap aliran ilmu yang lain sebagai kelas kedua, lebih rendah taraf, kurang bijak dan sebagainya.\n\nIlmu itu perlu dihargai dan pelajar \u2013 pelajarnya mesti disayangi. Kerana setiap penuntut ilmu itu ditebarkan sayap oleh Malaikat." "Laporan yang dikendalikan oleh World Health Organization (WHO) telah mengkaji kadar aktiviti fizikal di serata dunia \u2013 dan telah mengenalpasti negara yang paling kurang aktif.\n\nKajian yang diterbitkan dalam The Lancet Global Health itu melibatkan bancian terhadap 1.9 juta orang dalam 168 negara. WHO mengatakan ini meliputi 96% daripada populasi global.\n\nMereka mendapati bahawa pada tahun 2016, hampir suku daripada keseluruhan orang dewasa, atau 1.4 billion orang, tidak melakukan aktiviti yang mencukupi. Hal ini meletakkan mereka dalam risiko mendapat penyakit seperti diabetes dan beberapa jenis kanser.\n\nAktif menurut WHO didefinasikan sebagai melakukan aktiviti bertenaga sekurang \u2013 kurangnya 75 minit setiap minggu, 150 minit aktiviti sederhana, atau kombinasi keduanya.\n\nBerikut adalah 10 negara paling malas bersenam menurut WHO\n\n10 Negara Termalas\n\nKuwait ( 67% tak melakukan aktiviti yang cukup setiap minggu)\n\nSamoa Amerika (53.4 %)\n\nArab Saudi (53%)\n\nIraq (52%)\n\nBrazil (47%)\n\nCosta Rica (46.1%)\n\nCyprus (44.4%)\n\nSuriname (44.4%)\n\nColombia (44%)\n\nKepulauan Marshall (43.5%)\n\n10 Negara paling Aktif\n\nUganda (5.5%)\n\nMozambique (5.6%)\n\nLesotho (6.3%)\n\nTanzania (6.5%)\n\nNiue (6.9%)\n\nVanuatu (8%)\n\nTogo (9.8%)\n\nCambodia (10.5%)\n\nMyanmar (10.7%)\n\nTokelau (11.1%)\n\nSumber: IFLScience" "Seorang pereka cipta Palestin berhasrat untuk membina semula Gaza menggunakan inovasi Green Cake, sejenis batuan baru yang diperbuat daripada debu arang dan kayu.\n\nMajd Mashharwi, seorang jurutera sivil dari Gaza miliki cita \u2013 cita yang besar untuk mengubah nasib rakyat Palestin.\n\nPeperangan dan situasi kehidupan mencabar di Palestin telah menghasilkan permintaan yang tinggi terhadap bahan binaan untuk membina semula bangunan yang musnah. Lebih 40 000 bongkah binaan diperlukan setiap hari. Halangan daripada Israel membataskan usaha ini.\n\nSelain itu, beliau juga mengenalpasti dua masalah yang perlu diselesaikan di Gaza: 1) masalah debu yang tidak terkawal, di mana 7 tan debu dihasilkan setiap minggu sehingga menyebabkan masalah alam sekitar, 2) Kualiti, harga dan berat bongkah batu yang terhad menyebabkan usaha pembangunan sukar dijalankan. Apatah lagi, bongkah binaan tidak dibenarkan dieksport dari luar!\n\nSetelah bereksperimen sebanyak lebih 100 kali dan gagal setiap cubaan, Majd berjaya menghasilkan prototaip Greencake \u2013 bongkah binaan yang diperbuat daripada debu yang lebih murah daripada bongkah binaan biasa, dan lebih ringan.\n\nBongkah binaan Greencake menggunakan debu sebagai menggantikan kerikil dan pasir pada bongkah binaan biasa sebagai bahan isian. Hasilnya, Majd berjaya menghasilkan bongkah binaan yang mesra alam dan berkualiti tinggi di samping menawarkan harga yang murah.\n\nInovasi Greencake ini telah memperoleh pelbagai anugerah seperti Mobaderoon III project, pertandingan MIT, dan Japan \u2013 Gaza Innovation Challenge\n\nMajd kini berhasrat untuk mengembangkan inovasi GreenCake secara besar \u2013 besaran bukan sahaja untuk kegunaan Palestin, tetapi untuk dimanfaatkan di seluruh dunia." "Antara perkara yang paling seronok belajar di luar negara adalah apabila membuat kawan baru dari negara dan budaya yang sama sekali berbeza dengan kita. Kadang \u2013 kadang terdapat banyak prejudis yang kita miliki terhadap penduduk sesebuah negara, sehinggalah kita berkawan dengan mereka dan mengubah persepsi kita!\n\nItulah yang diceritakan dalam komik Satoko to Nada (Satoko dan Nada). Ia mengisahkan tentang pelajar Jepun bernama Satoko yang menyambung pelajaran di USA. Dia kemudian berkongsi bilik dengan seorang pelajar Muslimah Arab Saudi yang kemudian menjadi kawan baiknya.\n\nPada mulanya Satoko risau tak mampu bergaul dengan teman sebiliknya itu.\n\nTapi kemudian persefahaman terjalin dan mereka mula menjadi sahabat karib.\n\nTopik utama yang paling banyak diketengahkan adalah tentang hijab.\n\nMengenali Nada, Satoko mula merasakan pandangannya tentang hidup sedikit berubah \n\ndan tercabar.\n\nSatoko juga mula memahami perbezaan nilai baik dan buruk budayanya dan budaya milik Nada.\n\nManga ini juga mengenengahkan penerangan mengenai amalan agama Islam kepada Satoko, dan orang Jepun secara umum. Seperti puasa Ramadhan:\n\nMakanan halal\n\ndan solat\n\nMereka juga berbincang hati ke hati mengenai cita \u2013 cita\n\nManga ini sememangnya unik dan jarang ditemui. Di samping mempunyai elemen pendidikan mengenai perbezaan budaya dan keadaan belajar di luar negara, ia juga mengenengahkan sisi agama Islam secara positif yang jarang dilihat oleh rakyat Jepun. Ini mungkin manga pertama yang berbuat demikian (?).\n\nKita doakan yang terbaik untuk Satoko dan kawan baiknya Nada \ud83d\ude42" "Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membangunkan inovasi Alat Penyerap Getaran Struktur (Structural Vibration Absorber Device)\u00a0yang menyerap getaran akibat kesan daripada gempa bumi, sekali gus mengelak kerosakan kepada bangunan dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa ketika gempa bumi.\n\nAlat itu boleh digunakan untuk pelbagai jenis bangunan, termasuk bangunan konvensional, dan mampu berfungsi dalam lingkungan keamatan gempa bumi yang berbeza bagi melindungi bangunan berkenaan daripada getaran permukaan tanah.\n\nMalahan, penggunaannya bukan terhad kepada bangunan sahaja, tetapi juga boleh digunakan bagi jambatan, kenderaan, jentera, jeti dan jalan keretapi api atau apa sahaja struktur yang terdedah kepada getaran.\n\nInovasi itu membabitkan empat teknologi \u2013 Dinding Peredam Getah, Peredam Viskos Pelbagai Guna, Pendakap Peredam Viskoelastik, dan Pendakap Mampatan Volumetrik yang dijadikan sebagai sistem kawalan getaran dan alat peredam.\n\nIa menyerap getaran dalam struktur binaan dan bangunan bagi mengurangkan kesan pergerakan struktur disebabkan oleh beban seismik dengan meningkatkan keupayaan rintangan keseluruhan sisi dan ciri redaman struktur bangunan.\n\nTeknologi itu dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik diketuai Prof. Madya Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan, UPM. Penyelidik lain ialah Prof. Dato\u2019 Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Mohd Azmi Mohd Zain, Mehdi Mohammadi, dan Esmaeil Ebrahimi.\n\nProf. Madya Dr. Farzad berkata, alat peredam (damper) akan bertindak apabila dipasang pada struktur yang mengalami getaran ketika berlaku pergerakan tanah dan ia akan menyerap getaran itu secara efisyen bagi membantu mengelak kerosakan kepada struktur berkenaan.\n\n\u201cAlatan berasaskan daripada getah ini juga mampu berfungsi sebagai penyerap getaran melalui aplikasi lesapan tenaga pasif untuk meningkatkan kapasiti keseluruhan rintangan sisi dan ciri redaman pada struktur bagi mengukuhkan binaan konkrit.\n\n\u201cIa mampu menjimatkan sehingga 60 peratus bebanan kos berbanding alatan import berkapasiti sama yang terdapat di pasaran,\u201d katanya sambil menjelaskan bahawa kecuali Peredam Viskos Pelbagai Guna, kesemua alat itu menggunakan bahan hijau iaitu getah, yang merupakan bahan tempatan yang murah, yang berfungsi sebagai penyerap getaran.\n\nBeliau berkata, alatan itu mudah dipasang pada struktur baharu atau sedia ada, manakala reka bentuknya diolah supaya ia kos efektif, yang membolehkannya digunakan untuk bangunan konvensional termasuk di Sabah dan Sarawak.\n\nPenyelidikan untuk membangunkan Alat Penyerap Getaran Struktur ini bermula pada 2006, disusuli pembinaan prototaip pada 2012, sebelum ujian berskala penuh pada tahun ini.\n\nKatanya, kesemua alat itu sudah sedia untuk dikomersialkan dan ketika ini, prototaip berskala pasaran sedang dihasilka" "Tak kenal maka tak cinta. Ada banyak info penting dan menarik tentang negara kita yang tercinta ini. Berikut adalah infografik cantik yang dihasilkan oleh TV Pertiwi tentang negara kita yang kita mesti ambil tahu dan sebar kepada rakan \u2013 rakan!" "Rekod baru kenderaan kuasa kayuhan manusia telah tercipta baru \u2013 baru ini.\n\nVelocipede hasil ciptaan pasukan Velocipede University of Liverpool telah memecahkan rekod kenderaan kayuhan tangan terlaju dunia dengan kelajuan 83 km sejam (lelaki) dan 74 km sejam (perempuan)\n\nRekod ini 158% lebih laju berbanding sebelumnya!\n\nTahukah anda, rekod dunia ini turut disumbang oleh seorang pelajar Malaysia?\n\nAnuaruddin bin Abu Zarin merupakan seorang pelajar Malaysia dalam pasukan University of Liverpool tersebut yang bertanggungjawab menghasilkan sistem kamera untuk penunggang serta menjuruterakan power model kenderaan itu.\n\n\u201cPeranan saya dalam pasukan adalah menghasilkan sistem kamera untuk penunggang melihat ke luar, kerana reka bentuk velocipede kami ditutupi cangkerang untuk menjadikannya paling aerodinamik\u201d\n\n\u201cSelain itu saya berperanan menghasilkan power model supaya penunggang dapat menyebarkan daya pada tahapan yang sesuai\u201d\n\nAnnuar juga mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia di laman Facebook beliau:\n\n\u201cPuncak dunia telah kau tawan. Lautan luas telah kau redah. Membawa semangat jiwa merdeka\u201d\n\nDua tahun lepas, kami memulakan, dan sepanjang 6 bulan lepas, kami sekumpulan telah bekerja keras untuk membina sebuah kenderaan berkuasa manusia paling laju di dunia. Akhirnya pada 14 September, World Human Powered Vehicle Association mengesahkan kami pemegang rekod dunia baru bagi kategori handcycle male and female. Kenderaan kami mencecah kelajuan 83.02 kph (lelaki) dan 74.11 kph (wanita).\n\nSpecial \u2018terima kasih\u2019 to @handbikedarke and Ken Talbot for being the most amazing engines we could ever have. Good luck in your future adventures.\n\nAlhamdulillah. Hadiah untuk hari lahirmu, Malaysia.\n\nPenghargaan khas untuk MARA. Bukan hanya kerana memberi peluang untuk saya melanjutkan pelajaran ke Liverpool, tapi juga memberi kepercayaan kepada saya untuk menghabiskan tahun keempat saya di sana. Disebabkan beberapa isu, saya telah dicadangkan untuk menghabiskan degree saya di Universiti Malaya, tetapi setelah diceritakan berkenaan projek velocipede ini, mereka bersetuju untuk menyambung kembali program luar negara saya di Liverpool. Terima kasih MARA\n\nSebagai mesej kepada rakyat Malaysia, khususnya pelajar Malaysia di luar negara, Annuar menyeru supaya jangan berasa rendah diri.\n\n\u201cWalaupun kita lahir di Malaysia, Terengganu, Johor, kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua orang di dunia ini\u201d\n\nTahniah!" "Sebuah gambar mengenai soalan ujian karangan tular di media sosial. Ramai yang mengatakan soalan ini tak masuk akal:\n\nErr. apa?\n\nRamai yang persoalkan soalan ini:\n\n\u201cMencabar gila soalan dia . Speechless terus\u201d\n\n\u201cHow would a fridge imagine life as a pair of shoes?\u201d\n\n\u201cKalau orang yang set kertas bm ini kata peti sejuk, kenapa suruh kita jawap kasut??????\nWHATS THAT POINT OF THIS NONSENSE\u201d\n\nTapi ada juga netizen yang menyahut cabaran menulis mengenai tajuk tersebut. Berikut dikompilasikan percubaan peti ais \u2013 peti ais mengkhayalkan dirinya sebagai kasut yang ternyata mencuit hati!\n\nSampailah abang ni kacau daun\n\nIsyh.\n\nInilah internet.\n\nDan pemenang karangan ini ..\n\nTernganga juga baca tulisan nombor 1 ni. Imaginasi A+. Boleh tulis novel.\n\n(Walaupun mungkin terpaksa bagi markah kosong sebab karangan minta bahasa Melayu kah kah kah)" "Manusia mencipta banyak ciptaan moden yang mengagumkan. Namun ciptaan \u2013 ciptaan tersebut tidak akan mampu dihasilkan melainkan manusia mencari inspirasi dan ilham daripada alam sekitar ciptaan Tuhan.\n\nInovasi yang diaplikasikan daripada penelitian terhadap fungsi alam ini dipanggil biomimicry.\n\nBerikut adalah beberapa contoh teknologi moden yang dihasilkan dengan merujuk kepada reka cipta menakjubkan alam!\n\nKeretapi peluru Shinkansen yang merupakan keretapi berkelajuan tinggi di Jepun direka dengan merujuk kepada bentuk paruh burung raja udang.\n\nBurung raja udang bergerak dengan laju dari udara, iaitu medium rendah rintangan, ke dalam air, medium yang tinggi rintangan. Paruh burung raja udang memiliki bentuk yang ideal untuk menghadapi impak sedemikian.\n\nDisebabkan keretapi Shinkansen menghadapi masalah yang sama, iaitu memecut dari kawasan berintangan rendah kawasan terbuka ke kawasan berintangan tinggi terowong, bahagian depan keretapi tersebut direka berdasarkan bentuk paruh burung raja udang.\n\nAnai \u2013 anai di Zimbabwe membina sarang gergasi yang mampu mengekalkan suhu yang dalaman konsisten sebanyak 30.5 darjah walaupun suhu luaran berubah \u2013 ubah.\n\nAnai \u2013 anai tersebut berjaya mencapai pencapaian yang mengagumkan ini dengan membina bolong angin yang terbuka dan tertutup sepanjang hari, dengan meregulasikan aliran udara.\n\nPrinsip reka bentuk ini diaplikasikan oleh bangunan seperti Eastgate Centre.\n\nVelcro \u2013 ciptaan yang kita biasa gunakan untuk mengikat kasut sekolah dengan fungsi lekatan, dihasilkan oleh George de Mestral pada tahun 1941. Mestral mengambil idea daripada tumbuhan yang melekat pada bulu anjingnya.\n\nSetelah mengkaji menggunakan mikroskop, beliau dapati tumbuhan tersebut miliki cangkuk \u2013 cangkuk kecil yang membolehkannya melekat dengan sangat kuat. Ini mencetuskan idea untuk menghasilkan pelekat velcro dengan meniru fungsi tumbuhan bercangkuk tersebut.\n\nKesan teratai atau juga dikenali sebagai superhydrophobicity, adalah kesan yang dapat dilihat pada daun teratai, di mana air tidak mampu membasahkan permukaan daun tersebut. Penolakan ini berlaku lantaran struktur nano daun tersebut, di mana tonjolan mikro yang dilapisi bahan hidrofobik berlilin menolak air dari permukaan. Ini juga menghasilkan kesan bersih sendiri, kerana partikel habuk melekat pada air dan ditolak keluar.\n\nDengan meniru proses ini, pelekap permukaan seperti cat bersih sendiri dapat dihasilkan.\n\nSaintis telah menghasilkan sejenis pelekat baru yang meniru mekanisme kaki cicak yang membolehkannya merangkak pada siling. Pelekat baru yang bernama \u2018geckotape\u2019 ini memiliki berbilion fiber plastik yang kecil yang berukuran diameter kurang daripada satu mikrometer. Reka bentuk ini diambil daripada rambut semula jadi yang menutupi kaki cicak, lantas menghasilkan lekatan elektrodinamik pada tahap mikroskopik.\n\nSatu meter persegi tape gecko ini boleh menampung berat satu kilogram." "Pernah tengok video yang seolah \u2013 olah zoom in tapi tidak berhenti \u2013 henti? Video tersebut adalah corak fraktal.\n\nFraktal adalah corak yang tidak berhenti, yang tersangat kompleks, serta serupa diri walau pada skala yang berbeza. Serupa diri adalah apabila satu komponen sebuah objek adalah menyerupai keseluruhan objek tersebut.\n\nMaksudnya, bila kita zoom in, atau zoom out\u00a0corak tersebut sama saja, dan ia boleh lanjut secara berterusan tanpa penghujung. Kita boleh tengok video tersebut selama berjam \u2013 jam seolah \u2013 olah terpukau.\n\nBerikut dikompilasikan beberapa corak fraktal yang seolah \u2013 olah menghipnosis mata kita!" "Diambil daripada nukilan Facebook Amin Rukaini, Pelajar PhD Malaysia di Cambridge\n\nSalah satu kelebihan buat PhD dalam bidang sains biologi di luar negara khususnya di UK ialah kebebasan membuat kajian tanpa had.\n\nMaksud tanpa had ialah tiada kekangan dari faktor kewangan dan masa untuk membuat sebarang pembelian barangan eksperimen dan kajian.\n\nPembelian barangan atau alatan untuk kajian di UK khususnya amat mudah kerana rata-ratanya memiliki geran peruntukan yang banyak, sistem pengurusan penbelian yang cukup efisien, banyak pembekal dan sistem penghantaran\u00a0yang cekap.\n\nHari ini tempah barang, esoknya barang sudah tiba di stor. Order barang kajian untuk eksperimen mengalahkan order barang di Ebay ataupun Amazon. (beribu-riban)\n\nSebagai seorang penyelidik, kami diberikan akaun secara peribadi dan boleh membeli apa-apa barang atau alatan kajian yang diperlukan tanpa ada had!\n\nSemua ini memainkan peranan dalam memastikan kelancaran kajian yang dibuat. Para penyelidik boleh memberikan fokus yang sepenuhnya kepada aktiviti kajian dan bebas untuk membuat kajian yang diingini.\n\nGambar: waktu paling seronok ialah bila barang sampai, macam dapat hadiah bertimbun-timbun." "Senarai universiti \u2013 universiti terbaik yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings memperlihatkan Universiti Malaysia \u2018menawan\u2019 senarai 10 Universiti terbaik Asia Tenggara.\n\nUniversiti Malaysia memperoleh tempat ketiga hingga ketujuh, kalah hanya kepada Universiti dari Singapura.\n\n2 Universiti terbaik Asia Tenggara, iaitu National University of Singapore dan Nanyang Technological University juga masing \u2013 masing memperoleh tempat dalam kalangan 20 Universiti terbaik dunia.\n\nUniversiti Malaya memecah rekod kedudukan yang tertinggi di tempat ke 87 dunia, pertama kali menerobos senarai 100 Universiti terbaik global.\n\nUniversiti dinilai berdasarkan 6 metrik berikut:\n\nSumber: seasia, QS World Rankings 2018 \u2013 2019" "\u201cTinggi siling rumah berapa kaki?\u201d\n\n\u201cErr siling rumah mana ada kaki?\u201d\n\nMungkin anda pernah alami situasi sebegini, anda pelajari unit metrik di sekolah (meter, kilogram), kemudian anda ditanya tentang ukuran sesuatu dalam unit klasik (jengkal, hasta) atau unit imperial (batu, inci, gelen). Biasanya oleh pakcik makcik.\n\nDisebabkan tak mahu kelihatan kurang bijak, anda main teka saja ukuran tersebut, atau pura \u2013 pura semak telefon pintar untuk jawab whatsapp penting (tapi sebenarnya anda google 2 kaki berapa meter).\n\nMaka terjadilah tersilap kiraan, kain terlebih panjang atau tersingkat, semata \u2013 mata kerana perbezaan unit ukuran.\n\nTapi jangan risau, sebab kesilapan kita ini kecil saja dibandingkan dengan bencana \u2013 bencana besar yang terjadi akibat salah unit ukuran berikut:\n\nKapal terbang Boeing 767 Air Canada kehabisan minyak di pertengahan jalan kerana kesilapan penggunaan unit metrik.\n\nIsipadu minyak sewaktu diisi dalam tangki dianggap dalam unit kilogram, tapi sebenarnya pound. Maka kapal terbang berlepas dengan jumlah separuh isipadu minyak daripada sepatutnya!\n\nTapi mujur pemandu kapal terbang menyedari bahawa terdapat laluan daratan yang tidak digunakan di Gimli, lantas menukar tempat daratan di situ. Tiada kematian dicatatkan.\n\nPada tahun 1628, Kapal Perang Sweden karam di tengah lautan. Ramai yang cuba menjelaskan punca insiden yang memalukan ini.\n\nRupa-rupanya kapal perang tersebut tidak dibina secara simetri. Puncanya, pekerja menggunakan 4 pembaris yang berbeza. Pembaris tersebut memiliki unit yang berlainan dengan piawai ukuran pada zaman tersebut.\n\nDua pembaris dibuat dengan merujuk kepada kaki Amsterdam yang miliki 11 inci, dua lagi merujuk pada kaki Swedish, yang miliki 12 inci untuk satu kaki.\n\nAduh.\n\nRoller Coaster Tokyo Disneyland mati di pertengahan jalan pada tahun 2003. Puncanya adalah kerana gandar roda yang patah.\n\nRupa \u2013 rupanya puncanya adalah kerana gandar tersebut lebih kecil berbanding sepatutnya. Puncanya adalah kerana dokumentasi lama menggunakan unit imperial yang kemudian ditukar kepada unit metrik.\n\nNasib baik, tiada kematian dan kecederaan dicatatkan. Kalau tidak mungkin akan keluar filem atau anime khas tentang insiden kematian di taman tema.\n\nRamai yang kenal Christopher Columbus sebagai penemu benua Amerika. Tapi sebenarnya itu tidak disengajakan. Columbus sebetulnya mahu ke benua Asia.\n\nMacam mana boleh lari jauh sangat? Sebab 1) Columbus gunakan nilai satu darjah bersamaan 56.67 batu nautika milik Abu al Abbas Ahmad ibn Muhammad al Farghani, 2) kemudian beliau terkeliru pula antara batu Roman (4856 kaki) dengan batu Arab (7091 kaki), 3) tak cukup dengan itu, beliau tersalah letak lokasi Jepun 8000 batu lebih dekat kepada teluk St Vincent.\n\nMaka jumlah jarak yang dikira: 3080 batu nautika. Sedangkan jumlah jarak yang sebenar adalah 7313 batu nautika. 58 peratus margin kesilapan.\n\nNASA mungkin agensi terakhir yang kita sangka akan buat kesilapan amatur ini. Iyalah, kan penuh dengan genius \u2013 genius IQ 150 ke atas?\n\nSatelit NASA hilang pada tahun 1999 kerana pasukan NASA menggunakan unit metrik sedangkan kontraktor pula menggunakan unit imperial.\n\nProbe\u00a0$125 juta tersebut terlalu hampir dengan Marikh sewaktu ia mahu masuk ke orbit, dan dianggap telah musnah diranapkan oleh atmosfera planet tersebut.\n\nKajian mendapati \u2018punca utama\u2019 kehilangan tersebut adalah \u2018penterjemahan yang gagal antara unit Inggeris dengan unit metrik\u2019 dalam perisian." "Seorang guru sejarah Florida mengatakan beliau dipecat kerana enggan memberi separuh kredit kepada pelajar \u2013 pelajar yang tidak menghantar kerja sekolah mereka.\n\nGambar ucapan selamat tinggal yang beliau tinggalkan di papan putih kemudian menjadi tular.\n\n\u201cSelamat tinggal anak \u2013 anak, Puan Tirado sayangkan anda semua dan menghendaki yang terbaik dalam hidup kalian! Saya dipecat kerana enggan berikan anda 50% pada kerja sekolah yang anda tak hantar.\u201d\n\nDiane Tirado mengatakan Sekolah West Gate K-8 di Pot St Lucie mengguna pakai polisi \u2018tiada kosong\u2019, menghendaki guru \u2013 guru untuk memberikan pelajar paling kurang 50 peratus gred pada setiap kerja sekolah.\n\n\u201cBagaimana jika mereka tidak hantar pun? Mereka kata kita beri mereka markah 50%. Oh tak saya tak setuju\u201d kata beliau kepada pemberita.\n\n\u201cSaya sangat kecil hati, kerana kita melahirkan generasi yang mengharapkan mereka dibayar dan hidup senang hanya dengan menghadirkan diri, ia bukan realiti\u201d Katanya lagi.\n\nPengguna media sosial juga rata \u2013 rata menyokong tindakan Tirado:\n\n\u201cTindakan anda betul. Sekolah itu salah. Inilah sebab kenapa orang \u2013 orang muda hari ini tak mahu kerja tapi masih minta dibayar.\u201d\n\n\u201cSeorang guru sepatutnya berhak tentukan gred apa murid patut terima. Kalau mereka tak hantar pun, mereka patut dapat gred F. Saya berbangga sebab anda tegaskan pendirian anda tapi tak patut mereka lepaskan seorang guru yang ingin menjadi guru yang baik. Kalau anda berikan 50%, pada mereka yang tak buat kerja, apa pengajaran pada murid \u2013 murid? Murid perlu diajar bertanggungjawab." "Pernah tak dalam kelas matematik korang tengok papan hitam lepas tu kata:\n\n\u201cWah, cantiknya\u201d (Persamaan matematik, bukan cikgu. Isyh)\n\nTak pernah? Admin pun tak pernah. Tapi orang undi persamaan matematik paling cantik dan ini pemenangnya." "Nikon Small World in Motion telah mengumumkan pemenang \u2013 pemenang bagi pertandingan gambar fotomikrografi paling cantik pada tahun ini.\n\nPertandingan tersebut mempamerkan gambar \u2013 gambar dunia pada tahap mikroskopik.\n\nPemenang dinilai oleh 5 panel penilai yang merupakan pakar dalam pelbagai bidang sains dan produksi video.\n\nBerikut adalah lima gambar pemenang yang cukup mengagumkan!" "Malaysia agak ketandusan figura \u2013 figura selebriti yang sesuai menjadi ikutan dan teladan ramai.\n\nMalang sekali apabila nama \u2013 nama yang melonjak naik menjadi terkenal dewasa ini adalah mereka yang mempopularkan penukaran jantina, aksi \u2013 aksi tidak sopan, menjual produk \u2013 produk rendah nilai, dan mengejar populariti murahan.\n\nNamun baru \u2013 baru ini, dunia selebriti Malaysia seakan mendapat satu cahaya baru apabila timbul watak baru daripada latar belakang yang tidak disangka \u2013 disangka: perguruan matematik.\n\nCikgu Uzairi Taib mendaki tangga populariti melalui pengajaran matematik beliau yang unik, bertenaga dan sempoi.\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Tx00dI4_1wY\n\nVideo \u2013 video pengajaran matematik beliau tular di media sosial sehingga ratusan ribu tontonan, malah turut dikongsi bersama pengguna aplikasi sosial antarabangsa.\n\nBeliau juga dijemput sebagai tetamu jemputan khas pelbagai platform media arus perdana seperti NTV7, Erafm, Hottv, Astro dan Zayan.\n\nKali terakhir media kita digegarkan dengan matematik mungkin adalah pada waktu Adi Putra dahulu.\n\nRata \u2013 rata memuji cara pengajaran Cikgu Uzairi yang amat kena dengan jiwa orang muda masa ini:\n\n\u201cKalau aku beljaq math dengan sir ni mesti aku takkan gagal math dulu hahaha\u201d\n\n\u201cSaya memang tak pandai math,tapi saya rasa kalau saya belajar dengan sir bolehlah sikit takdelah stress sangat,apepun doakan saya buat ybg terbaik pt3 ni\u201d\n\n\u201cAwat lah tak jumpa sir Uzairi ni time belajaq dulu. ? kalau tak,confirm A maths dulu\n\nMungkin sudah tiba masanya kita mulakan arus baru mempopularkan mereka yang sememangnya memberi manfaat kepada masyarakat." "Apa persamaan matematik yang anda rasa paling cantik?\n\nMatematik ni, bukan semata \u2013 mata nombor yang sejuk dan tak bernyawa, yang jadi mimpi ngeri pelajar, yang sengaja dibuat susah tapi akhirnya tak guna pun..\n\nMatematik juga sebenarnya ada penceritaan semacam sastera, ada rahsia yang mengujakan, dan ada sesetengah yang terpesona dengan kecantikan matematik.\n\nWalaupun pelik, ada orang yang anggap matematik ni . cantik.\n\nAhli matematik mencari \u2013 cari formula dan persamaan yang elegan, bermakna dan puitis.\n\nDalam banyak \u2013 banyak persamaan matematik, ada beberapa persamaan yang dianggap paling cantik antara semua\n\nKita ada contohnya teorem phytagoras\u00a0\n\npersamaan kalkulus\n\ndan persamaan teori kerelatifan Einstein\n\nSemua ini persamaan yang dianggap cantik\n\nTapi persamaan yang paling cantik sekali dalam matematik adalah yang dipanggil Identiti Euler.\n\nPersamaan ini diundi sebagai yang paling cantik pada tahun 1988. Ahli matematik menganggap persamaan ini sebagai piawai emas kecantikan matematik. Ia dibandingkan seperti puisi Shakespeare yang mencengkam kewujudan.\n\nSebab apa persamaan Identiti Euler ini dianggap begitu cantik? Sebab ia. sempurna.\n\nIa berjaya gabungkan 5 malar penting dunia matematik dalam satu persamaan. Dalam Identiti Euler ini, ada:\n\nIdentiti ini juga memuatkan tiga operasi matematik paling asas, penambahan, pendaraban dan kuasa.\n\nSemua nombor \u2013 nombor pelik ini, yang macam tiada kena mengena antara satu sama lain boleh duduk sekali dalam satu persamaan yang cantik dan elegan.\n\nMacam mana boleh macam tu?\n\nIdentiti Euler ini juga bukanlah terlalu abstrak hingga tidak berguna. Ia digunakan secara meluas dalam kejuruteraan, terutama sekali kejuruteraan elektronik.\n\nDan bukan itu saja, kesempurnaan dalam kepelikan identiti Euler ini juga pergi lagi jauh.\n\nIa digunakan sebagai bukti kewujudan Tuhan.\n\nSebab Leonhard Euler ni sendiri merupakan seorang yang kuat beragama dan beliau pernah menangi debat melawan ateis menggunakan matematik.\n\nMenurutnya, kita boleh melihat petanda Tuhan dalam corak nombor matematik." "Impian terbesar jurutera dan saintis adalah untuk menghasilkan mesin yang paling efisien. Dah pasti, mesin yang paling efisien adalah mesin yang dapat bergerak selama \u2013 lamanya tanpa berhenti dan tanpa mengguna pakai mana \u2013 mana sumber tenaga.\n\nMesin tersebut dipanggil mesin gerak abadi (perpetual motion machine \u2013 Inggeris)\n\nBagaimanapun, mesin tersebut hakikatnya mustahil untuk dihasilkan. Siapa yang kata? Undang \u2013 undang fizik yang kata.\n\nMesin gerak abadi tersebut melanggar dua hukum fizik:\n\nMesin gerak abadi mustahil dihasilkan kerana ia perlu memiliki tenaga yang tidak akan terbazir dan tidak akan menjadi celaru (disordered)\n\nBukan itu saja, untuk mencipta mesin gerak abadi ini juga amat sukar kerana ia perlu:\n\nWalaupun secara teorinya mustahil, tapi itu tak menghalang manusia untuk mencuba. Berikut adalah beberapa percubaan untuk hasilkan mesin gerak abadi sepanjang sejarah!\n\nReka cipta mesin gerak abadi ini agak mudah. Kita ada bekas air yang disambung dengan hos di bahagian bawah, kemudian hos tersebut mengalirkan air balik kepada bekas tersebut, menggunakan prinsip sifon.\n\nTapi graviti tak berfungsi sedemikian. Untuk membuatkan air tinggalkan bekas air, hujung hos tersebut perlu lebih rendah daripada bekas.\n\nTapi macam mana kalau ada cecair yang boleh menolak dirinya untuk melalui hos tersebut menentang graviti? Macam video di atas yang menggunakan alkohol? Sebenarnya air tersebut akan berhenti bergerak apabila alkohol / arak tersebut kehabisan gas.\n\nIni adalah versi mesin gerak abadi paling popular. Ia mengguna pakai bebanan yang tak sama jarak daripada pusat putaran, lantas menghasilkan daya kilasan yang berbeza. Bebanan yang lebih jauh dari pusat putaran akan mengenakan daya kilasan yang lebih banyak akibat graviti.\n\nDengar macam boleh berfungsi kan? Malangnya ia akhirnya akan berhenti akibat geseran dan ia memerlukan motor untuk digerakkan.\n\nIni adalah antara reka bentuk mesin gerak abadi yang klasik. Dilaporkan sudah ada sejak tahun 1600-an.\n\nIdeanya adalah air akan jatuh dari puncak teratas mesin, yang kemudian memutarkan kincir air, ini kemudian menguasakan pam yang menolak air kembali ke atas, lantas mewujudkan kitaran tenaga.\n\nMasalahnya adalah terlalu banyak geseran yang dihasilkan dan reka bentuk ini cuma boleh berfungsi dalam model komputer. Komputer abad ke 17 pula tak cukup berkuasa untuk membuat simulasi yang tepat.\n\n(Apa maksud korang abad ke 17 belum ada komputer?)\n\nMestilah ada paling kurang satu mesin yang gunakan magnet. Magnet kan watak penting kalau nak buat mesin \u2013 mesin canggih.\n\nMesin di atas menggunakan daya tarikan magnet dan graviti. Ia miliki satu roda besar yang diputarkan oleh sebiji bebola besi yang ditarik oleh magnet.\n\nWalaupun nampak macam boleh jalan, tapi roda tersebut hanya boleh berputar demikian dengan bantuan luaran. Malah, magnet tersebut juga lama \u2013 lama akan hilang daya magnetik. Bermakna ini bukanlah sumber tenaga tak terbatas.\n\nIni mungkin percubaan penciptaan mesin gerak abadi yang paling canggih setakat ini. Ia juga adalah yang paling kompleks. Mesin ini dicipta oleh ahli matematik dan pengukir Norway Reidar Finsrud.\n\nSistem yang rumit ini menggunapakai roda, magnet dan pendulum. Roda tersebut sentiasa serong, supaya bola tersebut, yang digerakkan magnet, sentiasa akan berputar sekeliling trek.\n\nDikatakan sewaktu percubaan selama tiga hari, bebola tersebut berjaya mengekalkan halaju yang sekata. Kajian oleh jurutera mendapati mesin tersebut mampu mengekalkan keefisienan sebanyak 80 \u2013 90 peratus, sedangkan kebanyakan mesin lain seperti enjin pembakaran dalam hanya mampu mencapai 30 \u2013 50 peratus keefisienan.\n\nFinsrud bagaimanapun mengatakan bahawa mesin tersebut mampu mencapai keefisienan sebanyak 100 peratus, bermakna ia menyumbang kepada tenaga percuma. Beliau percaya bahawa mesin ini, jika dibina pada skala yang besar, mampu memberikan tenaga percuma kepada dunia. Beliau juga dikatakan risau kerana mesin ini mungkin terlalu canggih melangkaui zaman, maka beliau menguncinya di bawah tanah.\n\nBagaimanapun terdapat sebilangan golongan skeptik yang menganggap terdapat motor tersembunyi dalam mesin tersebut. Tiada siapa tahu." "Zhuji, China \u2013\u00a0 Malaysia mencatat sejarah buat pertama kali dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Matematik dalam Pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad 2018 yang berlangsung di Hailiang Education Park, Zhuji, China pada 28 September hingga 4 Oktober.\n\nMurid, Aidan Ong Ming Feng dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tun Tan Cheng Lok, Kuala Lumpur muncul juara keseluruhan Matematik dalam pertandingan ini.\n\nKontinjen Malaysia juga turut membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan tujuh gangsa untuk pertandingan Matematik dan Sains Olimpiad.\n\nPertandingan ini disertai 400 peserta dari 25 buah negara seluruh dunia antaranya Jepun, Korea, Taiwan, Kazakhstan, Iran, Bulgaria, Afrika Selatan, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Myanmar, Sri Lanka dan banyak lagi.\n\nMenurut ketua Kontinjen, Mohd Hafiz Mohd Salleh dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Malaysia telah berjaya mencapai kejayaan tertinggi setakat 15 tahun penyertaan dalam pertandingan ini.\n\n\u201cDari 12 peserta negara yang menyertai pertandingan ini, 11 daripadanya membawa balik pingat.\n\n\u201cMalah disiplin yang tinggi peserta negara telah memikat hati juri untuk memberikan Anugerah Khas Pasukan Paling Menepati Masa (The Most Punctual Team Award),\u201d katanya.\n\nKatanya, latihan intensif dan komitmen peserta yang tinggi telah membuahkan hasil yang bermakna ini.\n\nSumber: GPSBestari" "Orang \u2013 orang Nusantara terdahulu telah mencipta teknologi untuk menghadapi gegaran gempa bumi, seperti pembinaan rumah Torogan oleh orang \u2013 orang Maranao di Marawi.\n\n\u201cOrang-orang Maranao suatu ketika dahulu, apabila membuat rumah tradisional, mereka akan meletakkan batu-batu di bawah tiang-tiang rumah yang terdiri dari batang pokok yang besar. Batu-batu ini berfungsi sebagai geguli pada tiang rumah dan ianya mampu menyerap gegaran gempa bumi yang menyebabkan rumah mereka tidak runtuh dan kekal kukuh\u201d menurut penyelidik, Hasanuddin Yusof.\n\nMenurut Dr Jesus Peralta, \u201c.sokongan apungan memang sengaja dibuat kerana kawasan tanah Lanao adalah tidak stabil secara tektonik, dan ia sering dikunjungi gempa bumi. Batu \u2013 batuan tersebut bertindak sebagai pelindung apabila gempa bumi melanda. Keseluruhan torogan hanya akan berguling dan bergoyang lantas tidak mendatangkan kerosakan setelah gempa\u201d\n\nTeknik pembinaan rumah \u2013 rumah tradisional Maranao ini dijadikan rujukan untuk pembinaan rumah kebal gempa moden.\n\n\u201cTorogan memiliki ciri \u2013 ciri kebal bencana yang berpotensi untuk digunakan oleh masyarakat hari ini\u201d kata arkitek Gloryrose Dy.\n\nPada zaman dahulu, Torogan berfungsi sebagai rumah milik golongan kelas atasan Maranao. Ia digunakan untuk upacara besar seperti perkahwinan dan perhimpunan agama. Ia juga tempat perbincangan para datu, sultan dan golongan senior untuk menyelesaikan konflik. Maranao menganggap Torogan sebagai simbol kemuliaan, status, pangkat dan kuasa dalam masyarakat.\n\nNamun pada hari ini, tidak banyak lagi rumah tradisional Torogan yang tinggal.\n\nMenurut Hasanuddin Yusof, hanya tinggal satu saja rumah Torogan yang telah pun berusia lebih 300 tahun." "Seorang penanya di Reddit menanyakan: \u201cCikgu \u2013 cikgu, apa masalah dengan pendidikan moden?\u201d. Soalan tersebut diajukan kepada ratusan ribu pengguna laman web tersebut yang datang daripada pelbagai negara dan latar belakang.\n\nBerikut adalah jawapan \u2013 jawapan yang paling banyak dipersetujui ramai:\n\n\u201cUndang \u2013 undang dan peraturan pengajaran dibuat oleh orang yang tak tahu apa \u2013 apa mengenai pendidikan, dan apa kehendak sistem pendidikan. Fokus mereka hanyalah politik, dan bukan pendidikan\u201d\n\n\u201cUjian, Teknologi dan silibus yang terlalu padat. Saya terpaksa menamatkan perbincangan yang menarik sebab kami terpaksa mengharungi keseluruhan topik. Kita letakkan ujian dan teknologi melangkaui mengajar murid untuk berfikir\u201d\n\n\u201cSatu perkara yang jarang disebut adalah saiz kelas yang besar. Siapa yang fikir mengajar 45 murid \u2013 murid dalam satu bilik, yang terdiri daripada pelajar pandai hinggalah kepada pelajar bantuan khas sebagai idea yang bagus? Dalam kelas berdurasi 53 minit, saya tak mampu mengajar dan kemudian berinteraksi dengan mereka semua. Ia tak masuk akal\u201d\n\n\u201cPemikiran kritikal selalu diletakkan di kerusi belakang. Saya tak pasti sama ada ia masih berada dalam kereta\u201d\n\n\u201cIni sememangnya isu besar. Saya mengajar di kolej dengan kadar penerimaan yang tinggi. Mereka tak mampu menulis dengan baik dan hanya mampu menghafal. Mereka terpaksa bergelut untuk melakukan apa saja analisis\u201d\n\n\u201cPeperiksaan. Saya habiskan satu tahun semata \u2013 mata mengajar untuk periksa. Anda fikir itu cuma satu frasa? Tak. Keseluruhan tujuan saya adalah untuk menyiapkan murid \u2013 murid untuk lulus periksa hujung tahun. Murid yang tak boleh berbahasa Inggeris dan yang bahan bacaan mereka 5 darjah ke belakang diharapkan untuk lulus peperiksaan yang sungguh tak adil dan tak masuk akal. Jika mereka tak lulus, gaji saya dipotong. Saya boleh kehilangan kerja. Saya ditarafkan sebagai tak efektif, tanpa mengira KENAPA mereka tak lulus. Kalau ada murid yang tertinggal 100 hari persekolahan, saya yang dipersalahkan bila dia tak lulus periksa. Saya benci peperiksaan." "Sebuah gambar yang memaparkan akhlak mulia Mufti Wilayah Perseketuan, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menolong seorang pengguna jalan raya menolak keretanya yang rosak di atas jalan pada waktu hujan tular di media sosial.\n\n\u201cDapat gambar dari orang lain. Kisah benar di tengah hujan.\n\nKata Imam al-Syafie:\n\n???? ????? ????: ?? ????? ???? ????? ????? ????: ?? ?? ??? ????\n\n\u201cOrang yang paling tinggi kedudukannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya kedudukan. Orang yang paling hebat keutamaannya ialah orang yang merasa dirinya tidak punya keutamaan.\u201d\n\nEntah abang tu tahu atau tak, Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan\u201d \u2013 Tulis\u00a0Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohamad Razif.\n\nAkhlak mulia seorang yang memegang persada ilmu ini dipuji oleh netizen:\n\n\u201cPernah jumpa ustaz dr. Zulkifli bakri.sangat zuhud org nya\u201d\n\n\u201cNi baru dikatakan alim ulamak sentiasa membantu orang yg dlm kesusahan\u201d\n\n\u201cSikap yg terpuji..tk sangup tgk kepayahan insan lg.pasti sudi hulurkn bantuan tanpa dipinta\u201d\n\nKeutamaan tawaduk setelah memperoleh ilmu ini diterangkan oleh Ibn al Qayyim rahimahullah\n\n\u201cSalah satu tanda kebahagiaan dan kejayaan adalah tatkala seorang hamba semakin bertambah ilmunya maka semakin bertambah pula sikap tawadhu\u2019 dan kasih sayangnya. Dan semakin bertambah amalnya maka semakin meningkat pula rasa takut dan waspadanya. Setiap kali bertambah usianya maka semakin berkuranglah ketamakan nafsunya. Setiap kali bertambah hartanya maka bertambahlah kedermawanan dan kemauannya untuk membantu sesama. Dan setiap kali bertambah tinggi kedudukan dan posisinya maka semakin dekat pula dia dengan manusia dan berusaha untuk menunaikan berbagai kebutuhan mereka serta bersikap rendah hati kepada mereka.\u201d\n\nSemoga menjadi pengajaran kepada kita untuk terus merendah diri sedang kita tak mencapai taraf ilmu seperti Mufti." "OXFORD \u2013 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dilantik sebagai Penaung Pusat Pengajian Universiti Oxford Asia Tenggara.\n\nKetibaan baginda di Sheldonian Theatre, tempat bersejarah di Universiti Oxford, disambut Naib Canselor Universiti Oxford Prof Louise Richardson dan Ketua Bahagian Sains Sosial universiti berkenaan, Prof Sarah Whatmore.\n\nDalam siaran akhbarnya, Universiti Oxford berkata, pusat itu akan menjadi sebahagian daripada Oxford School of Global and Area Studies.\n\nPusat yang baru dibangunkan dan akan menjadi sebahagian daripada Institut Global Oxford dan Pengajian Rantau itu dijangka mewujudkan peluang penyelidikan serta pengajaran merangkumi beberapa jabatan.\n\nPenubuhan pusat itu dijangka mewujudkan peluang dalam bidang penyelidikan dan pendidikan untuk dikongsi beberapa jabatan, termasuk Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Jabatan Antropologi dan Ethnografi Muzium, Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Pengajian Pembangunan dan Jabatan Sejarah.\n\nSultan Nazrin, ketika berkenan menerima pelantikan dan mengulas perkembangan terbaru itu, bertitah Oxford bakal memberikan sumbangan berimpak tinggi terhadap akademi global menerusi penekanan terhadap penyelidikan serta kecemerlangan aspek pendidikan Pengajian Asia Tenggara." "Masihkah anda ingat Atlas, robot ciptaan syarikat robotik Boston Dynamics yang mampu berlari seperti manusia? Ia kini mampu melakukan lebih dari itu.\n\nDalam video terbaru, Boston Dynamics memuat naik video terbaru di Youtube yang menunjukkan kemampuan terkini robot humanoid tersebut yang mampu melompat melepasi halangan ala parkour.\n\n\u2018Atlas Parkour\u2019 adalah tajuk yang diberikan pada video tersebut.\n\n\u201cPerisian kawalan menggunakan keseluruhan tubuh termasuk kaki, lengan dan badan untuk memberikannya tenaga dan kekuatan untuk melompat melepasi batang kayu dan meloncat menaiki tangga tanpa memecahkan langkah (ketinggian tangga 40cm). Atlas menggunakan visi komputer untuk memposisikan dirinya berpandukan penanda boleh lihat untuk membolehkan menapaki bentuk permukaan dengan tepat\u201d \u2013 Deskripsi di video Youtube itu.\n\nKoordinasi robot tersebut kini amat menyerupai manusia, malah lebih baik daripada sebahagian manusia yang mungkin tidak mampu untuk melompat melepasi tangga setinggi 40cm pun.\n\nKomen warganet terhadap video itu juga agak mencuit hati:\n\n\u201cTak sabar rasanya mahu menunggu dibunuh oleh benda ini setelah mereka menguasai dunia\u201d\n\n\u201cCepat betul mereka membesar\u201d\n\n\u201cSaya baru saja memberi like pada video robot yang akan menggantikan saya!\u201d\n\n\u201cKita semua akan mati\u201d\n\nAtlas dipanggil oleh laman web Boston Dynamics sebagai \u2018humanoid yang paling dinamik dalam dunia\u2019, sebelum ini beberapa kebolehan Atlas telah dipamerkan seperti melakukan loncatan terbalik:\n\ndan mampu menyeimbangkan diri setelah ditolak\n\nSelain robot seperti Atlas yang berbentuk humanoid, terdapat juga robot berbentuk lain yang turut dibangunkan seperti SpotMini quadruped:\n\nRobot yang mempunyai empat kaki seakan \u2013 akan anjing ini mampu menavigasi permukaan berhalangan menggunakan data visual daripada kamera yang dipasang pada badannya.\n\nApa masa depan dunia robotik? Apa pula masa depan kita warga manusia? Sama \u2013 sama kita nantikan." "Singapura sudah lama memegang tampuk pendidikan tahap tinggi yang menggalakkan cara pengajaran ulangan yang berjangka masa panjang, semata \u2013 mata untuk membolot kejayaan peperiksaan. Namun itu mungkin akan berubah melihatkan anjakan pembaharuan terhadap pendidikan yang dirangka oleh negara tersebut.\n\nPerbincangan, kerja sekolah dan kuiz akan menggantikan markah dan gred sebagai metod untuk mengumpulkan maklumat perkembangan murid \u2013 murid sekolah rendah. Bermula tahun 2019, peperiksaan untuk murid darjah 1 dan 2 akan dimansuhkan.\n\nMurid sekolah rendah dan menengah yang lebih berusia juga akan belajar dalam suasana yang lebih kurang kompetitif. Markah untuk setiap subjek akan dibundarkan kepada nombor bulat yang terdekat \u2013 tanpa perpuluhan \u2013 untuk mengurangkan fokus kepada kejayaan akademik.\n\n\u201cPelajaran bukan pertandingan\u201d ujar Ong Ye Kung, Menteri Pendidikan Singapura. Kementerian Pendidikan sedang merancang beberapa siri perubahan yang mensasarkan pengurangan perbandingan antara prestasi pelajar dan menggalakkan individu untuk memfokuskan perkembangan pelajaran kendiri.\n\nSehingga kini, buku laporan murid sekolah rendah dan menengah tidak lagi akan menentukan sama ada murid tersebut berada di posisi tertinggi atau terendah dalam kelas. Manakala metrik purata subjek dan kumpulan, markah keseluruhan, markah minimum dan maksimum pula tidak lagi akan digunakan. Laporan sekolah tidak lagi akan menggariskan gred \u2013 gred gagal atau merekodkan lulus atau gagal periksa pada akhir tahun.\n\nPendekatan pendidikan Singapura yang baru ini sangat kontra dengan negara \u2013 negara jiran yang menghimpun Program OECD untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa (OECD Programme for International Student Assessment \u2013 PISA).\n\nSetiap tiga tahun, OECD menilai sistem pendidikan seluruh dunia dengan menguji sains perbandingan, pembacaan dan kemahiran matematik pelajar 15 tahun.\n\nSingapura mencatat piawai kejayaan peperiksaan dengan mencapai markah purata 1655 dalam 3 subjek teras yang diuji oleh PISA dalam ujian berdurasi 2 jam pada tahun 2016.\n\nPenganjakan fokus keluar daripada peperiksaan kepada pembentukan individu \u2013 individu kamil menggambarkan perubahan arah yang serius untuk Singapura. Di samping pencapaian akademik, polisi \u2013 polisi baru mensasarkan untuk membina kemahiran sosial dalam kalangan murid \u2013 murid untuk meningkat keyakinan kendiri dan kemahiran membuat keputusan.\n\nAkhlak dan amalan dalam kelas diselarikan dengan keperluan budaya kerja tempatan untuk menyahut kehendak pulau tersebut menyediakan murid \u2013 murid untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan yang berkembang.\n\nKementerian Pendidikan sudah menyediakan pasukan bimbingan kerjaya untuk merubah persepsi sedia ada dan menggalakkan aspirasi pelajar keluar daripada semata \u2013 mata kerjaya perbankan, perkhidmatan sivil dan perubatan.\n\nBagaimapun, merubah pandangan pelajar lebih mudah daripada mengubah sudut pandang ibu bapa mereka, yang membesar dalam keadaan tertekan akibat peperiksaan.\n\nSumber: weforum.org" "Sebuah masalah matematik sekolah rendah China tular baru \u2013 baru ini. Ia menampilkan seekor kucing, sebuah meja, dan seekor kura \u2013 kura.\n\nJarak antara kepala kucing di atas meja dengan cangkerang kura \u2013 kura dari lantai diberi 170 cm. Jarak antara cangkerang kura \u2013 kura di atas meja dengan kepala kucing dari lantai pula diberi 130 cm.\n\nSoalannya, berapa tinggi meja?\n\nSabar, jangan menyerah kalah dulu, boleh selesai.\n\nAnda cuba selesaikan, kemudian boleh skrol ke bawah untuk jawapan. Jawapannya boleh diperoleh menerusi dua metod:\n\nMetod pertama adalah persamaan serentak menggunakan algebra. Kita boleh hasilkan persamaan berdasarkan ketinggian objek. Berdasarkan gambar sebelah kiri, persamaan berikut boleh dibuat (Kura \u2013 kura dipendekkan kepada kura):\n\nkucing + meja \u2013 kura = 170\n\nBerdasarkan gambar sebelah kanan pula, persamaan berikut boleh dibuat:\n\nKura + meja \u2013 kucing = 130\n\nMaka kalau ditambah kedua \u2013 dua persamaan tersebut secara serentak, kita akan peroleh:\n\n2(meja) = 300\n\nmeja = 150.\n\nMaka panjang meja adalah 150 cm.\n\nTapi memandangkan soalan ini ditujukan kepada pelajar sekolah rendah, boleh jadi mereka masih belum pelajari algebra.\n\nTerdapat cara kedua untuk selesaikan masalah ini, iaitu menggunakan visual:\n\nKalau kita timbunkan kedua \u2013 dua gambar berikut seperti di atas, kita akan dapati bahawa tinggi dari kepala kucing di bawah kepada kepala kucing di atas adalah 170 + 130 = 300 cm. Sebenarnya, kita boleh permudahkan lagi diagram di atas.\n\nDisebabkan ketinggian kura \u2013 kura berulang, maka kita boleh buang kura \u2013 kura tersebut dari diagram. Kemudian, kita turunkan tinggi total 300 cm tersebut ke bawah sebanyak tinggi kucing. Kita akan peroleh diagram di bawah:\n\nTinggi dua meja bersamaan 300 cm. Maka dibahagi 2, kita akan dapati tinggi satu meja bersamaan 150 cm." "Mesti anda pernah tertanya, apa soalan matematik yang paling susah?\n\nPada tahun 2000,\u00a0The Clay Mathematics Institute of Cambridge, Massachusetts (CMI)\u00a0menyenaraikan tujuh masalah dalam matematik yang dianggap paling susah dan tak dapat diselesaikan selama ratusan tahun. Masalah \u2013 masalah tersebut dipanggil \u2018The Millennium Prize Problems\u2019.\n\nOh, dan mereka menawarkan 1 juta dollar untuk setiap jawapan kepada persoalan \u2013 persoalan tersebut.\n\nMasalah Millenium ini adalah masalah \u2013 masalah matematik tak terselesai yang paling susah dan penting dalam dunia ; pelbagai percubaan telah dibuat oleh minda \u2013 minda paling bijak dalam dunia. Untuk menerangkan apa masalah \u2013 masalah tersebut juga amat sukar.\n\nMasalah \u2013 masalah ini dianggap Gunung Everest dalam matematik. Mereka yang cuba mendedikasikan hidup mereka untuk selesaikannya pula dianggap seperti atlet Olimpik dunia matematik yang mahu dapatkan pingat emas.\n\nUntuk selesaikan satu saja masalah tersebut, anda dijangka perlu dapatkan Ph.D dalam matematik, perlu dapat tajaan Universiti terulung dunia, dan perlu abdikan bertahun \u2013 tahun untuk kajian mendalam.\n\nBerikut adalah cabaran \u2013 cabaran millenium tersebut, beserta penerangan ringkas oleh Prof Emeritus Bernard Russo \n\nStatus: Dijawab\n\nPoincare Conjecture : Bagaimana anda bezakan epal dengan donut \u2013 Dalam empat dimensi!\n\nSetakat ini Poincare Conjecture merupakan satu \u2013 satunya masalah Milenium yang terselesai.\n\nIa dibuktikan oleh ahli matematik Russia bernama Grigori Perelman\u00a0pada tahun 2002. Masalah ini telah menjadi igauan ahli \u2013 ahli matematik sejak 1904.\n\nWalaubagaimanapun, cerita ini lebih dramatik, apabila Grigori kemudian menolak tawaran anugerah Fields Medal \u2013 setaraf anugerah Nobel dalam matematik, serta menolak juga tawaran\u00a0\u00a0$1,000,000 dollar tersebut. Tindakan beliau menggemparkan dunia pada waktu itu.\n\nAhli matematik yang tinggal bersama ibunya itu dianggap berwatakan \u2018pelik / eksentrik\u2019 , serta memiliki pandangan tersendiri terhadap dunia matematik.\n\nKetika ditanya kenapa menolak anugerah dan duit lumayan tersebut, ini jawab beliau:\n\nSaya tak kisah dengan duit atau populariti. Saya tak mahu ditayangkan seperti haiwan di Zoo\n\nHuh. Kenapa macam tak hairan orang macam ni yang berjaya selesaikan soalan paling susah matematik ya?\n\nStatus: Belum dijawab\n\nThe Birch and Swinnerton-Dyer\u00a0 Conjecture : Solusi persamaan algebra dalam nombor bulat; \u2013 Pythagorean triples (Euclid) dan Teorem terakhir Fermat (Wiles)\n\nStatus: Belum dijawab\n\nHodge Conjecture \u2013 Menganggar bentuk objek tertentuk dengan melekatkan bersama bongkah binaan geometri mudah dengan dimensi meningkat.\n\nStatus: Belum dijawab\n\nNavier \u2013 Stokes Equation : Pergerakan cecair dan gas; kejuruteraan nautikal dan aeronautikal\n\nStatus: Belum dijawab\n\nP vs NP problem : Adakah setiap masalah yang boleh diverifikasikan solusinya dengan cepat (dalam masa polinomial) boleh juga diselesaikan dengan cepat?\n\nStatus: Belum dijawab\n\nHipotesis Riemann:\u00a0merupakan tekaan ahli matematik Bernhard Riemann bahawa\u00a0semua\u00a0sifar bagi fungsi zeta Riemann yang bukan disifatkan remeh mempunyai 1/2 sebagai bahagian nyata.\n\nStatus: Belum dijawab\n\nYang-Mills and the Mass Gap Hypothesis : Fizik Kuantum : Kenapa elektron miliki jisim" "Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi pandangan yang cukup menyedarkan terhadap situasi pendidikan moden.\n\n\u201cSalah satu kelompangan yang disedari sedang berlaku dalam dunia pendidikan moden ketika ini ialah batas kejayaan institusi pendidikan moden sekadar menghasilkan produk yang menguasai kecerdasan, pengamatan dan kobolehan menaakul, tetapi produk yang dihasilkan tidak dilengkapi dengan aspek moral, perasaan dan emosi.\u201d\n\n\u201cMartin Luther King pernah menegur program pendidikan di Amerika Syarikat dengan kata \u2013 kata berikut: Kecerdasan ditambah dengan perwatakan adalah matlamat pendididkan sebenar. Pendidikan yang sekadar berhenti pada keberkesanan akan menjadi masalah terbesar pada masyarakat\u201d\n\n\u201cPenjenayah yang paling berbahaya boleh jadi seorang yang mampu berfikir, tapi tidak memiliki moral\u201d titah baginda.\n\nSultan Nazrin bertitah demikian dalam Istiadat\u00a0Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2018 yang berlangsung pada 21 Oktober 2018.\n\nBaginda juga menyebut tentang keperluan menjaga amanah sebagai mana saranan al Quran, serta kepentingan para graduan baru memenuhi kehendak majikan dan tidak hanya beridealisme.\n\n\u201cIdealisme tidak akan tinggal sebagai impian, tetapi idealisme berupaya dicapai melalui sifat berani melakukan perubahan dan kecekalan bereksperimen melakukan perubahan\u201d\n\nBaginda menzahirkan ucapan tahniah kepada\u00a0para graduan di samping mengingatkan para graduan untuk tidak melupakan jasa para guru dan pensyarah, menghargai ilmu dan pengetahuan yang telah diterima dan manfaatkannya untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara." "Tonton versi video:\n\nDalam alam kita ini, ada banyak fenomena yang berputar melawan arah jam.\u00a0Kita ada:\n\nSemua ini putaran melawan arah jam. Tapi kenapa melawan arah jam? Kenapa putaran arah jam begitu istimewa sehingga menjadi rujukan?\n\nSoalan yang lebih besar adalah, kenapa putaran arah jam ditetapkan seperti seperti demikian?\n\nSebenarnya ada satu fenomena dunia yang melahirkan pergerakan arah jam, iaitu pergerakan bayang \u2013 bayang.\n\nDisebabkan putaran bumi melawan arah jam (dari Barat ke Timur), maka kalau kita cucuk batang kayu yang menegak (dipanggil gnomon), kita akan dapati bayang \u2013 bayang berputar menurut arah jam. Bertentangan dengan pergerakan matahari di langit.\n\nTapi fenomena pergerakan bayang \u2013 bayang ini dilihat hanya di hemisfera utara. Di hemisfera selatan, pergerakan bayang \u2013 bayang adalah melawan arah jam.\n\nPeradaban manusia, yang berkembang pesat di hemisfera utara, membuat banyak percubaan untuk mengira masa.\n\nAntara ciptaan jam yang paling awal adalah jam matahari, iaitu dicipta sejak dari Mesir Kuno. Tapi ada juga peradaban yang menggunakan sistem pengiraan masa yang lain, seperti jam air semacam di China, dan jam pasir seperti di Rom.\n\nPenggunaan jam matahari sebagai alat pengukur masa bagaimanapun meletup naik apabila datang satu tamadun yang sangat obses dengan masa.\n\nIaitu tamadun Islam.\n\nIslam adalah satu agama yang sangat mementingkan penjagaan waktu, kerana ia menekankan penganutnya untuk solat pada lima waktu tertentu setiap hari.\n\nBukan itu saja, mereka juga dikehendaki untuk solat tepat pada waktunya.\n\nSedangkan penentuan solat pula ditentukan berdasarkan kedudukan matahari dan panjang bayang \u2013 bayang. Contohnya, waktu Asar bermula apabila panjang bayang objek tersebut lebih panjang daripada objek.\n\nJadi untuk menjaga solat pada awal waktu, orang Islam membangunkan satu sains yang dipanggil gnomonics.\n\nMereka mencipta jadual jam matahari pertama dalam sejarah. mereka menulis teks untuk jam matahari mudah alih, dan mereka menterjemah tulisan saintifik Yunani untuk membantu usaha saintifik mereka.\n\nUkiran \u2013 ukiran jam matahari ini kemudian tersebar ke serata masjid dan madrasah di dunia Islam. Ia menjadi pemandangan biasa Muslim pada ketika itu. Pada jam \u2013 jam matahari itu juga terdapat waktu solat Jumaat, dan waktu \u2018amaran\u2019 solat.\n\nObsesnya dunia Islam dengan jam matahari menghasilkan dua jam matahari yang paling menakjubkan:\n\nKemudian sistem jam pun berkembang lagi dengan ciptaan jam mekanikal.\n\nJam mekanikal ini dibuat dengan merujuk kepada jam matahari untuk mengkalibrasikan waktu.\n\nDah pasti, ia juga meniru pergerakan bayang \u2013 bayang jam matahari. Maka itulah sebabnya kita merujuk kepada putaran arah jam sampai sekarang, yang berasal daripada pergerakan bayang \u2013 bayang." "Universiti Malaya sekali lagi membanggakan negara apabila memecah kedudukan 20 Universiti Terbaik di Asia\u00a0menurut Penarafan Universiti Dunia QS: Asia edisi 2019 yang dikeluarkan oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds.\n\nDaripada kedudukan ke 24 tahun lepas, UM telah maju ke tempat ke 19, pencapaian tertinggi dalam sejarah universiti tersebut.\n\nUM mendapat tempat ketiga di bawah penilaian rangkaian kajian antarabangsa; satu indikator baru dalam penilaian kedudukan universiti, di mana ia memberi kredit kepada tahap kolaborasi bersama universiti \u2013 universiti luar negara tersebut.\n\nJuga menurut QS, selain daripada UM, empat lagi universiti mencapai kedudukan50 terbaik dan kesemua 19 universiti terbaik negara telah meningkat ranking mereka.\n\nPenilaian terbaru 500 Universiti terbaik Asia memperlihatkan National University of Singapore merampas kedudukan pertama daripada jirannya, Nanyang Technological University yang kini menduduki tempat ketiga.\n\nSumber: the Star Online" "Setinggi \u2013tinggi tahniah kepada Muhammad Iqbal bin Ahmad Fadzli yang berjaya menduduki tempat pertama di Malaysia dan kelima di dunia dalam peperiksaan F7 (financial reporting) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA ) untuk kertas F7 (laporan kewangan).\n\nPencapaian sebanyak 91% ini dicatatkan ketika mengambil peperiksaan berkenaan pada bulan Mac lalu.\n\nMuhammad Iqbal adalah pemegang Biasiswa Tahfiz Profesional Yayasan Pahang ketika belajar di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) pada tahun 2011 hingga 2015.\n\nBeliau dipuji oleh guru \u2013 guru sebagai seorang anak murid yang sentiasa berhubungan dengan guru \u2013 guru lama serta memiliki cita \u2013 cita untuk menjadi pensyarah matematik.\n\nKejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 11 A (8A+ dan 3 A) menyebabkan beliau dipilih untuk menerima biasiswa Yayasan Peneraju Bumiputera bagi meneruskan pengajian di peringkat Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Sunway, College.\n\nSumber: Facebook\u00a0Yayasan Pahang" "Beberapa hari lepas, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dikatakan sebagai \u2018tak boleh diharap\u2019 oleh Tan Sri Dr Rais Yatim , seperti dilaporkan oleh akhbar Berita Harian.\n\n\u201cDBP dulu-dulu mereka sangat proaktif, sikit-sikit bila orang sentuh (silap) dalam penggunaan bahasa Melayu, mereka perbetulkan. Tapi sekarang mereka tak bersuara lagi, dia dah jadi seperti jabatan saja.\n\n\u201cBila ada bulan bahasa kebangsaan, mereka dua tiga kerat saja buat majlis lepas itu tenggelam. Barangkali mereka ikut saja arus dan aliran nahu tatabahasa bahasa Inggeris,\u201d kata beliau.\n\nDewan Bahasa dan Pustaka kemudian mengeluarkan kenyataan akhbar untuk memberi komen terhadap tanggapan tersebut:" "Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) telah menjuarai pertandingan robotik MakeX peringkat Kebangsaan Sabtu lepas.\n\n64 murid sekolah seluruh Malaysia telah berentap mengaturcarakan unit robot Mbot dalam pertandingan bertaraf antarabangsa tersebut yang bertempat di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya.\n\nDalam pertandingan tersebut, para peserta dikehendaki melakukan pengaturcaraan untuk menyelesaikan beberapa masalah simulasi bumi yang telah tercemar.\n\nUnit robot Mbot tersebut perlu melakukan beberapa tugasan di atas litar khas tanpa campur tangan peserta.\n\nPemenang ditentukan menerusi bilangan tugasan yang berjaya diselesaikan di samping tambahan beberapa faktor lain seperti masa dan penalti.\n\nMakeX adalah acara robotik bertaraf antarabangsa yang berasal dari China dan mengetengahkan matlamat untuk mempromosikan pendidikan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics).\n\nSMA MAIWP akan mewakili Malaysia dalam pertandingan robotik MakeX tersebut di China pada Disember akan datang." "Fizik memang merupakan matapelajaran yang sukar dikuasai pelajar. Oleh itu banyak cubaan untuk menambah baik pengajaran fizik.\n\nSekolah \u2013 sekolah cuba menambah peralatan eksperimen makmal, mengajar menerusi animasi, laman web, dokumentari.\n\nTapi terdapat satu percubaan pengajaran fizik yang belum pernah dibuat orang. Ini teknik pengajaran yang mungkin berupaya merevolusikan pendidikan fizik di seluruh dunia.\n\nIaitu mengajar fizik menggunakan filem Tollywood bombastik.\n\nhttps://www.facebook.com/faiz.cmg/videos/10156707679093684/\n\nVideo di atas cukup mempesonakan kerana tak tercapai dek akal. Mungkin inilah kemuncak kreativiti manusia.\n\nSetiap adegan dalam potongan filem tersebut diterangkan menerusi persamaan \u2013 persamaan fizik. Kenapa? Entah. Cara fikir pembuat video tersebut tak dapat difahami sebagai mana filem \u2013 filem Tollywood yang lain.\n\nTak faham? Berikut diterangkan setiap persamaan beserta penafsiran penulis kenapa diletak persamaan \u2013 persamaan tersebut. (Penafsiran saja, boleh jadi ada pandangan yang lebih rajih)\n\nVideo bermula dengan sang hero bergerak ke depan, dengan kelajuan permulaan (initial velocity) U1\n\nGeng jahat pula cuba hidupkan enjin, tapi tak bergerak. Jadi halaju permulaan orang jahat adalah U2 = 0.\n\nP = F/A adalah persamaan untuk tekanan (pressure). Maka di sini orang jahat A berasa tertekan dan tengah berpeluh.\n\nAkhirnya van bergerak. Rumus halaju adalah V2 = U2 + a2t. Tapi memandangkan U2 = 0, maka halaju van menjadi V2 = a2t.\n\nHero mula memecut. Halaju hero adalah V1 = U1 + a1t.\n\nHero berjaya berlari menyamai kelajuan van. Maka V1 = V2.\n\nF= m1a1 adalah persamaan untuk daya (force) sang hero.\n\nHero kemudian memusingkan .. err .\u00a0 batang lampu (jangan tanya, filem Tollywood) dengan daya kilas (torque) yang dijelaskan melalui rumus\u00a0?\u00a0=\u00a0rF.\n\nBatang lampu tersebut kemudian menghentak kepala penjahat B dengan impuls sebanyak\u00a0F??t\u00a0=\u00a0m?v\u00a0\n\nVan tersebut kemudian berpusing dengan halaju sudut (angular velocity) ? = v/r\n\nIni adegan yang sangat bijak. Van tersebut berputar mengelilingi hero seperti planet mengelilingi bintang dalam sistem solar. Maka hero digambarkan seperti memiliki daya graviti F = G (m1*m2)/r^2.\n\nVan tersebut yang memiliki momentum m1u1 berhempas dengan lori yang memiliki momentum m2u2. Total momentum kemudian dikonservasikan menghasilkan persamaan m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2\n\nVan tersebut kemudian terpelanting dan berputar ke arah laut. Sesuatu yang berputar memiliki tenaga kinetik putaran (rotational kinetic energy) dengan rumus\u00a0K = (1/2)Iw2.\n\nBahagian ini admin kurang faham.\u00a0t1/2=ln2k adalah persamaan untuk separuh hayat (half life). Jadi mungkin nak beritahu orang jahat A ni cuma tinggal separuh hayat selepas kena belasah dengan hero.\n\nHero kemudian memecut ke arah orang jahat A. Sesuatu yang bergerak miliki tenaga\u00a0K\u00a0=\u00a0\u00bdmv2\n\nKemudian hero melompat. Sesuatu yang berada pada aras tinggi miliki tenaga potensi graviti (gravitational potential energy)\u00a0?Ug\u00a0=\u00a0mg?h.\n\nIni kelakar. Setelah ditempeleng oleh hero, penjahat A melantun dari tanah seperti seperti spring. Spring miliki tenaga potensi elastik (elastic potential energy)\u00a0Us\u00a0=\u00a0\u00bdk?x2\u00a0\n\nPenjahat C kemudian lari dengan pecutan maksimum Vmax kerana cuak yang teramat.\n\nTapi memang tak akan mampu lari dari hero yang mampu . berlari . selaju cahaya.\n\nDan apa lagi cara terbaik untuk menamatkan video luar biasa ni melainkan dengan letupan. Hero menempeleng orang jahat terakhir dengan jumlah tenaga sebanyak E = mc^2 (formula terkenal Einstein). Ini rumus yang biasa kita guna untuk hasilkan tenaga nuklear. Kalau berat hero adalah sebanyak 90kg, tenaga yang dihasilkan dari tempeleng beliau adalah\u00a08088796608631358760 J. Lebih kuat dari letupan bom Hiroshima.\n\nLayaklah hero Tollywood ini ganti Saitama sebagai One Slap Man." "Hari graduasi pastinya merupakan hari yang gembira bagi semua yang bergelar mahasiswa.\n\nNamun bagi pelajar Universiti Putra Malaysia, sekelumit kesedihan terpalit di hati mereka kerana hari graduasi bermakna mereka akan meninggalkan seorang pengawal cukup disayangi.\n\nPakcik pengawal yang mesra dengan panggilan Uncle Sri ini terkenal dengan keramahan beliau menegur para pelajar dengan senyuman yang sukar dilupakan oleh warga UPM.\n\nRamai pelajar UPM mengatakan bahawa tekanan dan kemurungan mereka ke fakulti Universiti di pagi hari hilang apabila ditegur oleh Uncle Sri.\n\nhttps://twitter.com/SaifulRodzali/status/1056829621071622144\n\nKompilasi komen \u2013 komen pelajar UPM mengenai Uncle Sri cukup untuk membuatkan kita tersenyum.\n\n\u201cUncle sri ni mmg HERO la di hati student2 upm tak mengira jantina lelaki atau perempuan\u201d\n\n\u201cSeriously, this uncle made my day when I was doing my master before at upm and always came across my mind at that time, \u2018if I graduated from this uni, I will remember him\u2019 . this because he gave the warmest welcome that could relieve my stress before. Until now, I still remember him and always share with my students on his kindness ?\u201d\n\n\u201cmmg sape2 yg nmpak uncle automatik nak tegur dia juga. ada sekali tu, ada 2 mamat naik motor, dorg excited sgt masa nmpak uncle, terus bagi salam, kuat plak tu, pastu baru perasan uncle x jwb salam dia.? dah gelak2 member yg bonceng belakang ?\u201d\n\n\u201ctadi uncle ni nmpk muka i masam terus dia \u2018heyy senyum sikit!\u2019 hahahah terus senyum besar2 thanksss uncleeeee\u201d\n\n\u201cuncle Sri . the most kind uncle in the world miss ya so much\u201d\n\nSemoga insan istimewa ini terus menyerikan hati pelajar \u2013 pelajar penuntut ilmu di institusi pengajian UPM." "Perkongsian ini merupakan tulisan Najmudin Jimi yang mengambil jurusan sarjana Sains Kebinatangan\n\nDi musim graduasi ini, saya terdetik untuk turut berkongsi berkenaan graduan, peluang pekerjaan dan universiti. Antara graduan yang paling terlepas pandang adalah graduan bidang biologi, bioteknologi dan yang sewaktu dengannya.\n\nKami graduan ini sebenarnya amat minat terhadap cabang sains hayat, tapi ekonomi, peluang pekerjaan dan latar malaysia yang tidak memberangsangkan menekan kami untuk terpaksa berubah arah dan melupakan impian usang untuk meneruskan dalam bidang ini.\n\nMaka saya di sini menulis beberapa cadangan untuk mereka yang terbit dari bidang ini untuk terjun ke bidang lain tetapi masih boleh mempraktikkan ilmu kalian.\n\nRamai yang terlepas pandang bahawa bidang pelancongan menjanjikan pendapatan lumayan dan dalam masa yang sama boleh mengembara, secara percuma. Tapi banyak yang terjun ke bidang ini lahir dari bidang sains sosial. Kita (graduan bio) ada ilmu yang berstruktur tentang alam mikrob, tumbuhan, haiwan, dan ekosistem. Bahkan kita tahu teknologi yang diguna pakai untuk pembuatan virus, vaksin, primer dan sebagainya. Maka kalau kita mula terjun ke bidang ini kita ada satu pemangkin untuk terkehadapan. Cuma kemahiran komunikasi sangat penting.\n\nKemahiran yang penting: Komunikasi, bahasa inggeris dan bahasa ketiga, pengurusan program.\n\nPertanian ini selalu dipandang sepi oleh golongan kita. Bukannya tak tau teknik cell culture yang buat kat lab tu, bahkan dah banyak kali ulang experiment untuk klon anak pokok. Boleh je belajar untuk DIY sendiri dan jual anak pokok tersebut. Pertanian tak semestinya kena berpeluh tubuh, duduk tengah ladang, kutip cili. Tapi kita boleh jadi pengedar untuk petani sedia ada. cuba buat baja kompos sendiri, yogurt sendiri, dan banyak lagi.\n\nSkil yang penting: DIY kena hebat, lasak, mempunyai tanah untuk diusahakan .\n\nPendidikan adalah tempat yang tak pernah lupus sumber rezeki. Tak semestinya pendidikan formal, bahkan kesedaran awam (public awareness) juga tergolong dalam bidang pendidikan. Boleh sertai NGO yang meyebarkan kesedaran awam berkenaan pemanasan global, konservasi, pasal vaksin, pengetahuan perubatan dan sebagainya.\n\nKalau pendidikan formal, boleh masuk tuisyen ataupun sekolah. Bahkan kita boleh pergi jauh dengan menceritakan kepada pelajar tentang kemajuan teknologi dalam bidang biologi itu sendiri.\n\nSkil yang penting: Pengajaran & Pembelajaran, designing, penulisan.\n\nYang ni masih baru, dan saya kurang pasti kebolehpasaran dia macam mana. Tapi, sejak tengok iklan maxis dan spritzer/cactus tak silap, syarikat besar ini mula mensasarkan conservation sebagai CSR diorang. Pasarkan diri anda ataupun mula ceburi bidang-bidang pemuliharaan ini untuk berjaya menerobos masuk syarikat gergasi sebagai consultant mereka untuk CSR dan PR. Jadi pakar dan kena sembang kemas. Mulakan portfolio dengan projek-projek berkaitan pemuliharaan.\n\nSkil yang penting: Pemasaran korporat, pengurusan projek, networking luas.\n\nKalau minat nature dan hiking. Ini tempat anda. Saya pernah tanya malim gunung ledang, pendapatan purata untuk jadi malim gunung sahaja (separuh masa) adalah RM 1000 sebulan. part time beb. Kat sini korang boleh tambah nilai sebagai malim gunung dengan ilmu biologi dan ekosistem. Lengkapkan diri dengan ilmu untuk terangkan peranan pokok tertentu, jenis hutan tertentu, haiwan dan serangga yang ada kat microhabitat dan macrohabitat untuk tambah nilai korang. Bila sudah lama, pasaran korang bukan sekadar tempatan dan nasional, bahkan antarabangsa.\n\nSkil yang penting: Fit and lasak, kemahiran hidup mandiri and pengetahuan, komunikasi, cinta alam sekitar.\n\nItu sahaja yang saya dapat kongsikan, semoga berjaya kepada graduan sekalian. Tahniah atas kejayaan anda. Doakan saya siap sarjana.\n\n\u2013 Sarjana Sains kebinatangan" "Akademi Sains Malaysia telah memilih 24 individu berwibawa sebagai penerima Top Research Scientist Malaysia untuk kitaran ke tujuh bagi tahun 2018.\n\nTRSM yang dilancarkan pada tahun 2010 merupakan satu inisiatif untuk mengenal pasti dan mengiktiraf saintis \u2013 saintis penyelidik Malaysia yang terkehadapan dan aktif mengembangkan ufuk penyelidikan ke arah menghasilkan ilmu \u2013 ilmu, penemuan dan peluang \u2013 peluang baru.\n\nTRSM berhasrat mengetengahkan penyelidik \u2013 penyelidik hebat tersebut untuk dikenali sebagai aset \u2013 aset negara, di samping mengembangkan pangkalan data untuk kajian dan rujukan pengkaji \u2013 pengkaji lain.\n\nSehingga sekarang 157 individu telah terpilih untuk menerima anugerah ini sejak dari tahun 2012.\n\nBerikut adalah senarai saintis \u2013 saintis penyelidik terbaik Malaysia untuk tahun 2018, beserta deskripsi bidang dan sumbangan mereka, diambil daripada portal Akademi Sains Malaysia\u00a0:" "Sekolah Spalding Grammar School telah melarang pelajar tingkatan enam daripada membawa beg galas dari kelas ke kelas atas alasan ditakuti mencederakan pelajar yang lebih kecil. Mereka diarahkan untuk membawa buku menggunakan tangan sahaja.\n\nDilaporkan bahawa beberapa pelajar telah tercedera akibat beg \u2013 beg galas yang dibawa oleh murid tingkatan enam.\n\nLarangan tersebut tidak meliputi beg galas yang dibawa ke sekolah, sebaliknya hanya untuk waktu pembelajaran berlangsung.\n\nMaka, sebilangan pelajar mengambil tindakan mengalihkan buku \u2013 buku mereka dari beg galas ke dalam beg plastik untuk dibawa dari kelas ke kelas.\n\nBanyak ibu bapa yang merungut terhadap peraturan yang \u2018tak masuk akal\u2019 tersebut.\n\nNamun tindakan pelajar berumur 17 tahun Jacob Ford lebih drastik dan kelakar. Sebagai protes secara senyap, dia menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk membawa buku!\n\nProtes sindirannya bagaimanapun mendatangkan masalah baginya, apabila dia kemudian digantung sekolah selama dua hari.\n\nMenurut Ford, peraturan \u2018mengarut\u2019 tersebut tak wajar dikenakan dan sepatutnya alternatif lain yang dicari.\n\nDia juga menyatakan bahawa polisi tersebut tidak lain bertujuan mengorek duit dari dompet pelajar yang terpaksa pula membeli beg baru yang bersesuaian dengan kehendak sekolah.\n\nSumber: unilad" "Baru \u2013 baru ini naik satu ungkapan \u2018IQ seperti lobak\u2018 (IQ of a carrot) yang digunakan oleh seorang pemuka politik negara.\n\nPersoalannya, kenapa \u2018IQ seperti lobak\u2019? Kenapa lobak? Dari mana datang ungkapan ini?\n\nUngkapan ini sebenarnya dipopularkan oleh seorang ahli Mensa, iaitu persatuan golongan \u2013 golongan tinggi IQ melalui bual bicaranya di BBC.\n\nDalam temu bual tersebut, Peter Baimbridge mengatakan \u201cSatu \u2013 satunya cara untuk menilai IQ adalah untuk membandingkan prestasi anda dengan populasi awam. Jadi nombor yang dipetik adalah percubaan menggambarkan analisa statistik, dalam bahasa mudah\u201d\n\n\u201cJadi kebanyakan ujian IQ meletakkan purata orang biasa sebagai 100. Lagi tinggi nombor anda, lagi bijak. Dan jika IQ anda dalam lingkungan 60, anda mungkin sebiji lobak\u201d\n\nJadi ungkapan IQ seperti lobak itu merujuk kepada mereka yang rendah nilai IQ mereka.\n\nPeter Baimbridge kemudian meminta maaf dan menarik balik ungkapan tersebut setelah penonton menghubungi BBC untuk menyuarakan ketidaksetujuan mereka.\n\nUjar mereka, ungkapan tersebut menghina dan mengguris hati mereka yang hadapi kesulitan belajar.\n\nMensa British kemudian turut meminta maaf atas ungkapan tersebut menyatakan \u201cia memang tidak patut dan tidak menggambarkan kepercayaan persatuan kami\u201d\n\nSalah satu aduan adalah daripada Dr Sullivan yang mengatakan \u201cSebagai ahli psikologi klinikal yang telah bekerja dengan ramai orang dengan IQ di bawah 60, saya dapati komen tersebut sangat biadap dan salah. Ia hanya mengembangkan stigma terhadap mereka yang hadapi masalah sukar belajar\u201d\n\nSebelum ujian IQ diwujudkan pada tahun 1904 oleh Binet \u2013 Simon, kebijaksanaan diukur melalui ungkapan \u2013 ungkapan seperti otak udang, otak cair, bodoh sepat, tajam akal, buntal kembung, panjang akal, tong kosong, otak lutut.\n\n\u2018Masalah\u2019 bagi ungkapan \u2013 ungkapan ini adalah ia terlalu subjektif.\n\nIQ adalah satu cubaan untuk mengobjektifkan penilaian tahap kebijaksanaan manusia. Kebijaksanaan dikira berdasarkan pencapaian pada beberapa ujian IQ seperti Binet \u2013 Simon, Raven Progressive Matrices dan Weschler Adult Intelligence Scale. Lagi tinggi nombor, lagi bijak.\n\nNamun konsep IQ ini sebenarnya agak kontroversi. Bermula dengan masalah dari segi sejarah penciptaan ujian IQ itu sendiri.\n\nUjian IQ digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran. Imigran dihalang masuk sebab mereka dianggap \u2018dungu\u2019, sebab rata \u2013 rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US. Sedangkan punca sebenar mereka tak mampu jawab adalah sebab kurang fasih bahasa Inggeris.\n\nKemudian ada lagi kontroversi perkauman daripada hasil ujian IQ, apabila dikatakan orang kulit putih lebih bijak dari orang kulit hitam.\n\nMalah, masalah paling ketara penggunaan konsep IQ adalah obsesi orang terhadap menomborkan kepandaian tokoh \u2013 tokoh dalam sejarah. Tokoh \u2013 tokoh seperti Einstein, Jesus, Euler, Gandhi semua diberikan nilai IQ, sedangkan mereka tak pernah ambil ujian tersebut, maka mustahil untuk dinilai kebijaksanaan mereka.\n\nMalah ironinya, antara figura yang sering kali dibandingkan nilai IQ beliau, iaitu Stephen Hawkings sendiri mengatakan orang yang bersorak dengan nilai IQnya hakikatnya adalah orang yang dungu." "Sains merupakan bidang yang sangat berguna dan berharga kepada manusia. Dengan setiap eksperimen dan terbitan \u2013 terbitan saintifik terbaharu, kita mengharapkan agar ilmu umat manusia berkembang sedikit demi sedikit.\n\nTapi ada beberapa eksperimen yang kita tak tahu entah kenapa dibuat. Sudahlah merepek, seolah \u2013 olah sengaja dibuat untuk diketawakan, saintis \u2013 saintis tersebut pula anggap serius eksperimen \u2013 eksperimen itu, siap dibuat dengan metodologi dan prosedur yang legit.\n\nContohnya .\n\nSalah satu ketakjuban manusia adalah apabila kawan kita menguap, kita juga akan menguap. Fenomena universal ini dipanggil nguapan berjangkit (contagious yawning), dan saintis sampai sekarang tak tahu kenapa hal ini berlaku.\n\nSebenarnya, di samping manusia, fenomena nguapan berjangkit ini juga berlaku dalam kalangan binatang. Contohnya ia juga didapati berlaku kepada anjing dan Cimpanzee, dan kucing.\n\nJadi sampai satu tahap, saintis pun bertanya : \u201cKita kena buat eksperimen untuk tahu sama ada kura \u2013 kura pun hadapi fenomena penyakit berjangkit ni!\u201d\n\nMisi yang cukup penting dalam dunia sains tersebut dijalankan oleh Dr Anna Wilkinson dari University of Lincoln, dengan hasil dapatan beliau dan kumpulan diterbitkan dengan judul \u201cNo evidence of contagious yawning in the red-footed tortoise Geochelone carbonaria\u201c.\n\nDah pasti kita semua tertanya \u2013 tanya soalan \u2013 soalan berikut:\n\nTernyata untuk menjalankan eksperimen ini bukan kerja senang. Dr Anna terpaksa habiskan 6 bulan untuk ajar kura \u2013 kura menguap. Kita tak tahu macam mana beliau terangkan tentang kerja beliau pada saudara mara waktu raya.\n\nCaranya, setiap kali kura \u2013 kura tersebut membuka mulut, ia akan diberikan hadiah makanan kegemaran. Ulang selama 6 bulan, akhirnya nguapan kura \u2013 kura boleh disimulasikan dan dikawal.\n\nApa hasil eksperimen? Setelah mereka letakkan seekor kura \u2013 kura menguap di tengah \u2013 tengah kura \u2013 kura yang lain . tak ada apa \u2013 apa berlaku. Rupa \u2013 rupanya kura \u2013 kura tak menguap apabila kawan \u2013 kawannya menguap.\n\nMenariknya Dr Anna sendiri tahu bahawa kerja eksperimen beliau ini lain macam. Beliau kemudian diberikan anugerah khas Ig Nobel Prize, ia satu anugerah untuk hasil- hasil saintifik yang buatkan orang ketawa, tapi kemudian berfikir.\n\nKomen beliau, \u201cSemua kawan \u2013 kawan saya cemburu dengan anugerah ini\u201d\n\nApa jadi bila kita sedut helium? Suara kita akan kedengaran kelakar. Sekarang, mesti ada antara kita yang pernah teringin nak dengari suara binatang \u2013 binatang lain setelah menyedut helium.\n\nCumanya, dah pasti susah nak paksa kucing \u2013 kucing atau anjing jiran untuk sedut helium dari belon tanpa kena cakar atau kena saman. Maka itulah sebab kita harapkan saintis yang dibayar untuk buatkan!\n\nSeorang saintis Jepun pengkaji beruk berminat untuk menyelidik sifat akustik suara beruk, maka beliau pun letakkan seekor beruk bernama Fuku \u2013 chan dalam bilik yang dipenuhi helium. Rengekan ia kemudian dirakam dan direkodkan.\n\nApa bunyinya? Err.. dengar sendiri:\n\nIni bunyi rengekan biasa beruk\n\nIni bunyi rengekan dengan helium \n\nIni suara orang menyanyi soprano\n\nKesimpulannya? Menurut Takeshi Nishimura, kajian ini menunjukkan bahawa \u201cbukan saja beruk menyanyi, tapi dengan helium dapat dipastikan bahawa mereka menggunakan teknik vokal yang sama dengan penyanyi soprano manusia\u201d\n\nTak tahulah, sebab kalau dengar bunyi rengekan beruk tersebut dengan helium tak macam nyanyian. Macam jeritan ketakutan bayi. dengar sekali lagi\n\nCimpanzee adalah haiwan yang dianggap bijak oleh saintis. Bijak bagaimana? Mereka mampu mengenal kawan mereka dengan hanya melihat punggung.\n\nPrimatologis Frans de Wall dan Jennifer Pokorny dari\u00a0Yerkes National Primate Research Centre menguji bagaimana enam cimpanzee dewasa mampu mengenal pasti gambar \u2013 gambar bahagian belakang cimpanzee,\u00a0 dan kemudian dikaitkan dengan gambar muka individu cimpanzee tersebut.\n\nMereka tunjukkan gambar belakang seekor cimpanzee, termasuklah bahagian . kemaluan, kemudian gambar dua muka cimpanzee dengan jantina yang sama dengan gambar belakang tadi. Setiap cimpanzee didapati mampu memadankan gambar muka dengan gambar belakang.\n\nOh wow. mengagumkan? . Tapi kenapa?\n\nEksperimen ini nampaknya memberi isyarat bahawa cimpanzee tidak hanya mampu mengesan petanda visual di muka yang kemudian dipadankan dengan bahagian belakang mereka. Mereka dianggap mampu untuk melakukan integrasi \u2018whole body\u2019 seperti mana dipanggil ahli psikologis.\n\nKonsep integrasi \u2018whole body\u2019 ini dianggap hanya dimiliki oleh manusia. Tapi rasanya boleh saja mereka gunakan gambar tangan atau ekor untuk eksperimen ini. Entahlah, sebab mereka yang saintis.\n\nPada tahun 1963, satu kajian berimpak besar diterbitkan mengenai psikologi ketaatan. Eksperimen Milgram, yang dilakukan oleh Stanley Milgram dari Yale University, mengkaji kesan konflik antara ketaatan pada pihak berautoriti dengan pegangan hati nurani seseorang. Eksperimen tersebut menunjukkan manusia boleh melakukan perkara pelik, jahat dan jijik sekiranya mereka menghormati pihak atasan yang memberi arahan tersebut.\n\nTapi rupa \u2013 rupanya, ada eksperimen lebih awal pada tahun 1920 yang telah pun membuktikan konklusi yang sama. Bezanya, saintis yang buat eksperimen tersebut bukan pura \u2013 pura gila, dia memang gila.\n\nCarney Landis Experiment adalah asalnya bertujuan untuk mengkaji sama ada perubahan fisiologi adalah sama untuk semua orang. Eksperimen ini berminat untuk menilai pergerakan riak muka yang menggambarkan emosi.\n\nMacam bagus je. Apa masalahnya?\n\nMasalahnya, metod eksperimen ini yang sebiji macam eksperimen saintis gila cerita kartun. Landis berikan rangsangan berbeza \u2013 beza pada \u2018sukarelawan\u2019 uji kaji, kemudian dia ambil gambar riak muka.\n\nMula \u2013 mula sukarelawan diminta lakukan tugasan ringan \u2013 ringan : dengar muzik Jazz, menipu, baca Bible, tapi keputusannya tak menggalakkan. Jadi Landis tambah dos.\n\nMereka kemudian diminta melihat gambar porno, sentuh katak, tembak pistol depan \u2013 depan, pegang wayar hidup.\n\nBila semua ini pun tak memuaskan hati Landas, dia ambil tikus dan letak di depan sukarelawan. Mereka kemudian diminta sembelih / pancung tikus tersebut. Maka ada di kalangan sukarelawan yang mula menangis, ada yang gelak mengilai, ada yang terkaku dan ada yang mencarut. Bagi mereka yang enggan, Landis sendiri yang sembelih.\n\nKesimpulannya? Landis tak dapat keputusan yang diharapkan, sebab rupa \u2013 rupanya riak muka manusia terlalu kompleks, dan tiada riak muka yang seragam dalam situasi tertekan.\n\nErr.. hah?\n\nSiapa yang tanya soalan ni? Hang ok tak?\n\nPada tahun 1960 \u2013 an, Martin Schein dan Edgar Hale dari Pennsylvania State University dapati ayam turki jantan sangat tak memilih pasangan. Apabila diberi model patung ayam turki betina pun, mereka tetap mahu berasmara.\n\nJadi satu persoalan besar dan fundamental mula bermain di minda saintis \u2013 saintis tersebut. \u201cSetakat mana ayam turki jantan boleh terangsang dengan ayam turki betina, kalau kami buang satu per satu anggota badan ayam betina tersebut\u201d?\n\nJadi saintis \u2013 saintis tersebut pun buang satu per satu anggota badan ayam turki betina dan letak depan ayam turki jantan. Mereka potong kaki, ekor, kemudian sayap . dan ayam turki jantan tetap tak kisah dan masih mahu berpasangan.\n\nSampailah mereka buat keputusan untuk cucuk kepala turki betina pada cerucuk kayu, tanpa badan. Dan . tetap ayam turki jantan tersebut mahu berpasangan dengannya. Maka saintis menyimpulkan bahawa kepala ayam betina sebenarnya yang menjadi bahan erotika ayam jantan." "Polemik tentang isu ketuanan dan wibawa bangsa Melayu meletus naik baru \u2013 baru ini melalui kenyataan Menteri dan isu ICERD.\n\nBangsa Melayu diperlekeh melalui penonjolan statistik banduan di penjara, penagih dadah, mat rempit, makan untung atas angin, malas dan lain \u2013 lain.\n\nNamun hal ini mahu ditentang oleh seorang pengguna Facebook Abu Huzaifah Bidin yang berhasrat membuktikan Melayu bukanlah bangsa pemalas dengan cara mengumpulkan senarai ratusan anak \u2013 anak Melayu hebat yang berjaya dalam pelbagai bidang.\n\n\u201cTujuan aku memang nak hapuskan mitos Melayu malas. Orang Jepun ada banyak masalah dalam bangsa dia. Masalah stress,masalah kerja,masalah bunuh diri,masalah \u201d kesuburan\u201d,masalah paedophile,industri lucah mereka. Tapi kau nampak yang baik je pasal orang Jepun,yang buruk ni kalau boleh dia sembunyikan.\u201d\n\n\u201cKita pulak suka-suka je nak mendabik dada kelemahan bangsa sendiri. This has to stop.Tunjukkan kepada dunia kehebatan bangsa kita. Tunjukkan yang orang Melayu ni kreatif,pelayar ulung,bijak dan semestinya bangsa yang rajin\u201d Ujar beliau.\n\nPada ketika artikel ini ditulis senarai tersebut telah mencapai bilangan sebanyak 163 nama dan pencapaian, dan ia semakin bertambah.\n\nInisiatif ini hampir sama dengan punca yang melahirkan laman web\u00a0muslimscondemn.com oleh seorang remaja Muslimah berusia 19 tahun.\n\nAkibat terlalu bosan ditanya \u201cmengapa tiada Muslim yang mengecam jenayah / keganasan sekian \u2013 sekian\u201d, Heera Hashimi mengompilasikan 712 muka surat pengecaman Muslim terhadap jenayah di seluruh dunia.\n\nKompilasi tersebut kemudian dikembangkan dalam laman web muslimscondemn.com\u00a0dan kini telah mencapai ratusan ribu hantaran.\n\nBerikut adalah senarai 168 nama \u2013 nama Melayu hebat yang disenaraikan, anda boleh menyumbang kepada senarai tersebut menerusi pautan ini.\n\nMari musnahkan mitos Melayu malas!\n\n1) Nizam Razak-Pencipta Upin Ipin,Boboiboy\n2) Usamah Zaid Yasin-Pencipta Upin Ipin,Ejen Ali\n3) Safwan-Pencipta Upin Ipin,Boboiboy\n4) Adlyka Annuar-Saintis Lohong Hitam Nasa\n5) Amani Salim-Saintis Nasa Nanosatellite\n6) Nasaruddin Mohd Yusof-Pemenang Anugerah Nobel Pertama untuk rakyat Malaysia\n7) Robiah Ibrahim-Pencipta Collection Surface Method\n8)Izmir Yamin-Saintis Roket Malaysia\n9) Wan Hazmer-Pembangun permainan video Malaysia,Lead Designer FFXV,pengasas syarikat Metronomik\n10) Hafizh Syahrin-Pelumba MotoGP\n11) Mufizal Mokhtar- Pengarah Seni,Ubisoft Singapore\n12) Dr Syeikh Mudzafar Shukor-Angkasawan Pertama Negara\n13) Datuk Mazlan Othman-Astrofizik Wanita Pertama Malaysia\n14) Wan Kuzain- Pemain Bola Professional Amerika Syarikat\n15) Faiz Subri- Pemenang Anugerah PUSKAS\n16) Prof Dr Shahrir Md Zain- Peneraju Mazhab Sains Islam\n17) Dr Afifi Al Akiti- Cendekiawan di Oxford Centre of Islamic Studies\n18) Prof Muzlifah Haniffah- Professor Immunologi Malaysia berteras di UK\n19) Pa\u2019Din Musa- Lagenda Skateboard Negara\n20) Vivy Yusoff-Pengasas Fashion Valet\n21) Wan Nur Marfudah- Highest ACCA Score in the World\n22) Azizulhasni Awang- Pocket Rocket Man\n23) Hafizah Noor Isa- Penemu Gelombang Graviti\n24) Abudi Alsagoff- Professional Parkour Atlit\n25) Dr Haron Mat Piah- Pengasas Tib Melayu\n26) Dr Noor Hisham-Royal College Surgeon Fellowship\n27) Ibrahim Anon- Kartunis Ujang Terkemuka\n27) Datuk Seri Haji Hadi Awang- Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia\n28) Dr Amalina- Surgeon Terkemuka UK\n29) Rizal Khalif- First Malaysian to join Artic Dograce\n30) Rendra Zawawi- Golden Horse Award for Best Original Film Song\n31) Dr Samsuri Mokhtar- Pakar Aeroangkasa Malaysia\n32) Ahmad Zulfadli Khamidi-Umur 13 tahun dah buat app\n33) Ahmad Yusuf Ahmad Azani- Graduan USNA\n34) Prof Chef Zamzani- Pakar Kulinari Malaysia\n35) Hijjas Kasturi- Arkitek Ulung Melayu\n36) Dayang Anita Aziz- Pakar Kanak-Kanak\n37) Dr Naja Nadira Omar- pHD termuda Biofizik\n38) Siti Khairiyyah Mohd Hanafiyyah- Famelab 2018 Winner\n39) Dr Syahr Musafir II- Pelajar Terbaik Universiti Adslaide\n40) Sinan Ismail- Pencipta Didi and Friends\n41) Azhar Mansor- Pelayar Mengelilingi Dunia\n42) Noor Helmi and Amzari Tajudeen founders of IX Telecom, international telecommunications player.\nRecognized in APAC CIO Outlook Top 25 Managed Service Providers\n43) Izuan Ibrahim- Jurulatih Badminton Jepun\n44) Zulkifli Haron- Zull Design\n45) Dr Nordin Zain- Fellow CPA Australia. Akauntan hebat\n46) Datuk Dr Najmil Faiz-Pemuda Melayu pertama yang pernah bentang kertas kerja di parlimen British.\n47) Dr Imelda Balchin-Pakar O&G\n49) Datuk Halim Othman- First Malaysian Pilot for Air Race\n50) Haji Asri- Pengasas AAA, Coach Trading No 1 Malaysia.\n51) Adam Norodin- Racer Moto 3\n52) Arzumy MD- CTO Fave Group\n53) Dr Azlan Hussin- Pakar Jantung Negara\n54) Tan Sri Dr Jemilah Mahmood- Perintis Mercy Malaysia, Secreary General Red Cross International\n55) Sharifuddin Bujang- Nasty Worldwide\n56) Wahab Yusoff-Vice President Palo Alto Networks Asean\n57) Muhammad Shafiq-Founder,CEO,Director Direct Consulting Services \u2013 Creative Minds\n58) Dr Wan Azman b Wan Ahmad- Pakar Jantung Negara\n59) Datuk Maimunah Mohd Sharif, Executive Director UN-Habitat\n60) Tengku Irfan- Child Prodigy,Winner of three ASCAP Morton Gould Awards in 2012, 2014, and 2017.\n61) Mohd Sirhajwan Idek- Guru Luar Biasa,anugerah Community Award for Citizenship di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).\n62) Datuk Dr Nazri Khan- CEO&CIO Hermana Capital Berhad\n63) Datuk Ramli Ibrahim-India\u2019s Padhma Sri Awards\n64) Prof. Dr. Faridah Awang. Anak Melayu pertama dapat Profesor penuh di US sejak 2011. University Eastern Kentucky, United States of America.\n65) Tuan Haji Ali Hassan- Pengasas Al Ikhsan\n66) Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh \u2013 Sasterawan Negara\n67) Azri Zahier Azmi founder dan CEO Hausboom. Produk dia dah sampai merata dunia\n68) Prof. Dato\u2019 Ir. DR Wan Hamidon Wan Badaruzzaman. UKM. EXPERT in Engineering in new building material (IBS \u2013 innovative polymer engineering)\n\n69)Nor Hasima Che Hassan \u2013 CEO Tasblock (m) sdn bhd. ARCHITECT.\nFellow in IBS scoring for CIDB. Expert in INNOVATIVE Reinforce Fibre Polymer technology for IBS material. The Only IBS supplier using fiber polymer in malaysia, thailand, brunie and philippin.\n\n70) Dr Mundzir Abdullah \u2013 Penerima pHD termuda UTM\n71) Dr. Hasrul Zakariah, pakar Sejarah Islam dan Sejarah Asia Barat. Menjadi Felo Sejarah di Oxford. Sering berdebat dengan orentalis Yahudi di Bercelona.\n72) Tom Abg Saufi-International Designer\n73) Saladin Mazlan-Pelumba Rally Professional\n74) Dr Alinor Abdul Kadir-Akademia Matematik UKM\n75) Hasnul Afifi- Pencipta Iman dan Sara\n76) Dr. Sohaimi Abdul Aziz, pelopor Teori Rasa-fenomenologi, menerangkan tentang estetika dalam karya kreatif\n77) Dr. Rahim Kamaluddin, pakar kriminologi UKM\n78) Am Tuah ( Amirul Afandi)- Professional E-Sport,Wakil Malaysia ke Peringkst Dunia di Jerman\n79) Ramlee Awang Murshid \u2013 Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia.\n80) Omar Jumiran-meraih tempat kedua di dalam Kejuaraan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD yang berlangsung di Cologne\n81) Yunalis Zarai- Penyanyi Popular Malaysia di LA\n82) Prof. Emeritus Dr. Ismawi Hj. Zen \u2013 salah seorang panel arkitek untuk pembangunan semula masjidil haram & kawasan sekitar kota Makkah\n83) Dr Abdul Basit bin Abd Rahman \u2013 memperolehi PHD dari Universiti Islam Madinah(di M\u2019sia hanya ada 3 org shj yg berjaya tamat sampai ke peringkat PHD di universiti Islam Madinah)\n84) Joe Flizzow- MTV EVA Best Asian Act\n85) Prof. Emeritus Tan Sri Dato\u2019 Seri Ir. Dr. Sahul Hamid bin Abu Bakar \u2013 Ahli akademik kejuruteraan terbaik di Asia\n86) Adrujha Wijayamala Singha \u2013 Srikandi wanita Melayu yang memenggal kepala Raja Thai\n\n87) Sheikh Wan Ahmad Al-Fattani \u2013 Ulama dan Saintis Melayu silam yang dikatakan menemui teknik menghasilkan emas serta menyiapkan banyak kitab perubatan Melayu silam.\n\n88) Tun Perak \u2013 Arkitek disebalik kejayaan Kesultanan Melayu Melaka\n\n89) Nakhoda Ragam \u2013 Penakluk Agung yang merupakan raja terbaik Empayar Brunei\n\n90) Hang Nadim \u2013 Pejuang kemerdekaan Melaka yang mendatangkan mimpi ngeri untuk Portugis\n\n91)Laksamana Tun Abdul Jamil \u2013 Laksamana Melayu yang mengalahkan Portugis di Melaka\n\n92) Ratu-Ratu Patani (Ratu Hijau, Biru, Kuning dan Unggu) \u2013 Arkitek disebalik kegemilangan Pattani\n\n93)Hang Tuah \u2013 Laksamana, Jeneral Perang, Diplomator dan Linguistik hebat.\n\n94)Hamka \u2013 Ulama Melayu silam penghasil kitab tafsir hebat Alam Melayu, Kitab Tafsir Al Azhar\n\n95)Fan Shih-Man \u2013 Pengasas Empayar Melayu Pertama dalam sejarah\n\n96)Raden Wijaya \u2013 Penghalau Monggol dari Nusantara\n\n97)Dharanindra \u2013 Maharaja Melayu Srivijaya yang merupakan penakluk dan bertanggungjawab meluaskan Srivijaya di kemuncaknya. Digelar sebagai \u201cpenunduk para musuh.\u201d\n\n98)Che Bong Nga \u2013 Pejuang kemerdekaan Champa melawan Dai-Viet\n\n99)Cik Siti Wan Kembang \u2013 Raja wanita terbaik dalam sejarah Kelantan\n\n100)Raja Haji \u2013 Pahlawan Melayu yang berjuang melawan Belanda\n\n101) Suryavarman I \u2013 Maharaja keturunan Melayu yang membawa Empayar Khmer ke zaman kemuncaknya\n\n102)Manabrahna \u2013 Jeneral perang Melayu penakluk India Selatan\n\n103)Dharmaraja Candrabanu \u2013 Penakluk Sri Lanka dari Alam Melayu\n\n104)Hamzah Fansuri \u2013 Bapa falsafah tasswuf Alam Melayu\n\n105)Maharaja Abu Bakar \u2013 Bapa Permodenan Johor\n\n106)Sultan Zainal Abiddin III \u2013 Raja Melayu Berjiwa Ulama\n\n107)Tokku Paloh \u2013 Ulama Melayu yang mempermainkan British dengan diplomasinya\n\n108)Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abiddin II \u2013 Penakluk dari Kesultanan Kedah yang meluaskan empayar Kedah ke Myammar\n\n109)Laksamana Awang \u2013 Manusia pertama keliling dunia\n\n110)Raja Ahmad Thabib \u2013 Saintis Melayu yang mencipta pelbagai jenis ubat merawat penyakit sehinggakan namanya diabadikan di sebuah hospital di Indonesia\n\n111)Laksamana Keumalahayati \u2013 Laksamana wanita pertama dalam sejarah moden\n112) Dato\u2019 Ramli Mokni- Ramli Burger\n113)TAN SRI DATO\u2019 SERI DR. ROBAAYAH ZAMBAHARI- MD/CEO IJN\n114) Datuk Prof Zuraina- Arkaeologis Wanita Pertama\n115) Tan Sri Siti Norma Yaakob- Hakim Tinggi Wanita Pertama\n116) Tuan Haji Nasir bin Waris \u2013 PAKAR TANAMAN PADI\n117) Imran Abd Jabar-Pengasas Sifoo\n118) Arif Tukiman founder Runcloud.io\n119) Dato\u2019 Syed Manshor Syed Mahmood, Pengasas & Pengerusi Adabi\n120) Tengku Djan Ley bin Tengku Mahaleel- Malaysian professional drift driver\n121) Norliza Hisham- Perancang Bandar Hebat\n122) Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik yang juga Pengarah Urusan Weststar\n123) Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar- Pengasas MK Land\n124) Tan Sri Rozali Ismail \u2013 Puncak Niaga Holdings\n125) Sudirman Hj Arshad \u2013 penghibur tersohor Asia\n126)Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir \u2013 pengasas sapura group\n127)SM nasimuddin \u2013 pengasas Naza group\n128)Cikgu Mokhdar \u2013 Pengasas kaedah mokhdar, cara mudah untuk menghafal sifir dan belajar matematik\n129) Syed Ahmad Fuqaha \u2013 CEO Katsana \u2013 Advanced fleet management system (GPS tracking utk kenderaan)\n130) Prof Dr Mohd Zaki Salleh \u2013 pelopor kajian genom Melayu dan perintis perubatan tepat di Malaysia\n131) Edan Syah- Six Abbott World Major Marathons Finisher\n132) Tan Sri Azman Hashim-Ambank Chairman\n133) Hanis Rahim-Game Director Studio Kamii\n134) Dr Salina bt Aziz- Fellowship of Surgery Europe\n135) Prof Dr Harith Ahmad- Lecturer,Inventor and Distinguished Professor\n136) Sakinah Omar- Jeju Muslim Travel\n137) Dr Ahmad Rifqi Mohd Zain-Saintis Universiti Harvard\n138) Siti Rahmah Mohd Nasir,Juara Dunia Silat 3 Kali\n139)Muhammad Syazwan Mat Sidik, 17, Muhammad Anuar Abd Ghani, 17, dan Safiyyah Muhammad Nasir, 16 -Juara Dunia Pertandingan Nuklear Di Korea\n140) Mohd Yazid Kamal Baharin ( Zid) \u2013 Pelukis Komik International\n141) Mohram \u2013 kumpulan muzik tradisional yang berasaskan seruling dan telah pergi ke peringkat antarabangsa\n142) Anita Yussof \u2013 solo woman rider around the world.\n143) Prof Dato\u2019 Dr Jafri Malin \u2013 among pioneer neurosurgeon kat SEA. Now dah lahirkan lebih ramai neurosurgeon from USM\n144)Dato Dr Mohd Daud Bakar \u2013 shariah scholar and expert in Islamic Finance. Pernah dapat award dan expertise in IF juga direfer oleh Middle East countries\n145) Mat Redho- Ninja Challenge League Grand Champion\n146) Sutan Puasa \u2013 Pembuka kota Kuala Lumpur\n147) Khairul Idham Pawi \u2013 rider Melayu Islam pertama memenangi perlumbaan Grand Prix dunia kelas Moto3\n148) Akmal Hazim- Founder and Technical Consultant at InspyreHost (budak lagi ni)\n149) Mohd Ikhwan \u2013 Juara street workout challenge dunia\n150) Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary- Melayu Terkaya\n151) Sabariah Hussein- Malay \u201cMother Theresa\u201d\n152) Prof. Datuk Dr. Ismail bin Mohd. Salleh .. Buta ..Pakar ekonomi .. Perancang ekonomi malaysia ..\n153) Assoc prof ir dr aduwati sali . Saintis telekomunikasi yang membantu semasa kes pesawat mh370\n154) Ir Dr Hafizal Mohamad bagged the ASEAN Outstanding Scientist and Technologist Award (AOSTA) 2017 .. Best asean scientist\n155) Dr Aid Fawzal- Pencipta Konsep Fawzal Number,yang digunakan oleh pengeluar supercar terkemuka\n156) Datuk Wira Dr. Maznah Hamid\nPengerusi Eksekutif Kumpulan SECURIFORCE.\nVice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)\n157) Datuk Wan Mohammad Sani Salleh\nOwner and MD Sani United Sdn Bhd ( owner Sani Bus Express)\n158) Ridzuan Puzi: Pemenang pingat emas olimpik dan sukan asia para. Pemecah rekod dunia.\n159) Dr Khamsiah-Chairman & Founder.\nAndorra Women & Children Hospital\n160) Dr Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah dan Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman menubuhkan Hospital Beyond Boundaries (HBB) yang di iktiraf PBB.\n161) Datuk Khadijah Ibrahim pemilik Khadijah\u2019s Kitchen yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara.\n162)Norul Rafidi Zakaria anak melayu yang berpeluang mempersembahkan animasi filem Re-Entry Animated ditayangkan di perjumpaan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Keselamatan Angkasa Lepas (IAASS) Kelima.\n\n163)Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB), Seri Menanti, Negeri Sembilan teruja apabila terpilih menyertai World Adolescent Robot Contest 2018 di Guiyang, China." "Muhammad Hafeez Jeofrey, pelajar calon PhD di Imperial College London mencatat kejayaan membanggakan apabila kajian beliau mengenai antartika diterbitkan oleh jurnal saintifik berprestij Nature Communications.\n\nTulisan beliau yang bertajuk \u2018hard rock landforms generate 130km ice shelf channels through water focusing in basal corrugations\u2018 mengkaji mengenai tahap kestabilan ais di antartika.\n\nPunca utama kenaikan paras air laut dunia adalah daripada pencairan glasier \u2013 glasier besar.\n\nBeberapa tahun kebelakangan, ketidakstabilan kepingan ais yang disebabkan oleh pemanasan atmosfera dan lautan telah menjadi satu kebimbangan yang besar.\n\nTerdapat dua kepingan ais yang sangat besar di bumi; di Greenland dan di Antartika. Antartika yang terletak di latitud selatan pula terbahagi kepada dua kawasan: Antartika Timur dan Antartika Barat.\n\nWalaupun Kepingan Ais Antartika Barat (WAIS) lebih kecil saiznya, ia dianggap lebih kurang stabil.\n\nKajian Hafeez yang juga merupakan staf akademik Universiti Malaysia Terengganu berkisar tentang penelitian terhadap keadaan dalam WAIS, menggunakan teknologi satelit dan radar.\n\nBeliau dan pasukan telah menemui terusan sepanjang 130 km di atas permukaan ice shelf terapung Antartika.\n\nTerusan tersebut, beserta bahagian lain permukaan ais, dianggap sebagai satu titik ketidakstabilan pada ice shelf. Jika permukaan ais mencair, air akan mengalir melalui bahagian \u2013 bahagian tersebut, lantas mengikis terusan yang lebih dalam, menghasilkan lebih banyak kelemahan." "Hasil tangan seorang pelajar Design UITM yang membina dan mensimulasikan bangunan universiti tersebut menggunakan permainan video terkenal Minecraft tular di media sosial.\n\nUiTM in Minecraft pic.twitter.com/bVW37KhZxZ\n\n\u2014 Acuwucks ?? (@muhdashwatch) November 1, 2018\n\nDalam video yang dimuat naik di Twitter itu, penonton dibawa meneroka pembinaan UITM dalam reka bentuk bongkah menggunakan aset \u2013 aset dan enjin Minecraft, sambil diiringi lagu rasmi UITM.\n\nTurut disimulasikan adalah tingkah laku pelajar UITM menelaah di perpustakaan, memasak di dapur, berlegar di ruang laluan, dan belajar di dewan kuliah.\n\nPengguna Twitter Ashwa Nai Mazlan mengatakan beliau mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan model \u2018UITM cawangan Minecraft\u2019 tersebut.\n\nMinecraft merupakan permainan \u2018sandbox\u2019 yang sangat popular di serata dunia kerana keunikan cara permainannya.\n\nPemain boleh membina model, binaan, malah dunia sendiri dengan menggunakan aset \u2013 aset permainan tersebut seperti bongkah batu, kayu, api, air, binatang, tumbuhan dan sistem fizik tersendiri.\n\nPermainan tersebut dianggap seperti Lego di alam maya.\n\nLantaran kebolehupayaan permainan tersebut membenarkan segala macam ciptaan, ditambah dengan daya kreativiti jutaan pemain yang tidak terbatas, pelbagai ciptaan \u2013 ciptaan hebat telah dihasilkan daripada permainan tersebut.\n\nAda yang membina bangunan \u2013 bangunan kompleks dan indah,\n\nAda yang membina keseluruhan pulau fantasi\n\nBandar futuristik\n\nMalah ada yang membina kalkulator saintifik!\n\nApa pun, meluangkan masa selama hampir 2 bulan untuk mereka bentuk dan membina bangunan universiti adalah satu usaha yang menarik yang pastinya mengasah minat sebagai pelajar design." "Perhatikan gambar \u2013 gambar di bawah.\n\nAdakah anda perhatikan panjang garisan atas dengan bawah berbeza \u2013 beza?\n\nHakikatnya, panjang garisan bagi setiap bahagian A, B dan C adalah sama sahaja.\n\nIni adalah antara ilusi optik yang paling terkenal, yang dipanggil ilusi Muller \u2013 Lyer. Dua garisan, yang dihujungnya dua adalah anak panah yang berlainan arah.\n\nApabila melihat gambar ini, orang akan memiliki persepsi bahawa garisan mendatar dengan anak panah menunjuk ke luar adalah lebih pendek daripada garisan mendatar dengan anak panah menunjuk ke dalam.\n\nPunca ilusi ini berlaku menjadi satu perbincangan mendalam. Namun pada awalnya, saintis menganggap ilusi ini berlaku pada semua orang secara sejagat, di serata dunia. Maksudnya, semua orang akan alami ilusi ini.\n\nAkan tetapi kemudian saintis membuat eksperimen terhadap puak Afrika dan mendapati mereka tidak terpengaruh dengan ilusi tersebut.\n\nBegitu juga, kajian terhadap bangsa \u2013 bangsa lain di seluruh dunia seperti orang Murray di Melanesia, puak Toda di India, pemburu Afrika, dan orang asli Australia mendapati mereka juga tidak berapa terkesan dengan ilusi Muller Lyer tersebut. Golongan yang paling terkesan rupa \u2013 rupanya adalah orang Barat di persekitaran industri.\n\nMaka timbullah teori bahawa budaya anda \u2013 di mana anda lahir, dan pembawaan anda sebenarnya menentukan persepsi visual anda, termasuklah tahap \u2018imuniti\u2019 terhadap sesetengah ilusi optik.\n\nSaintis kemudian mendatangkan beberapa hipotesis untuk menerangkan kenapa ini berlaku. Tapi masih tiada penjelasan konklusif yang disepakati.\n\nAntara hipotesis yang ditimbulkan adalah \u2018hipotesis persekitaran bertukang\u2019, iaitu jika anda hidup di tempat yang \u2018moden\u2019 dengan reka bentuk rumah, bilik dan perabot bersudut, anda akan lebih mudah terpengaruh dengan ilusi tersebut.\n\nDisebabkan dunia moden penuh dengan sudut dan elemen berpetak, maka andaiannya adalah persepsi mata manusia terhadap kedalaman 3D dipengaruhi suasana ini berbanding kawasan pedalaman yang kurang elemen bersudut.\n\nTapi kajian baru mungkin membatalkan hipotesis itu. Apabila diuji terhadap komputer yang dilatih untuk meniru persepsi mata manusia, ia juga tertipu dengan ilusi tersebut." "Pelajar Sarjana sains Najmuddin Faudzir bersama pasukan dari UTHM dan syarikat Panz Adventure telah mengenalpasti lutong cenekah (Presbytis femoralis), sejenis spesis unik di Johor sebagai memiliki potensi menjadi produk pelancongan berasaskan primat.\n\nKajian yang bertajuk \u2018mentransformasi data ekologi Presbytis femoralis di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi kepada produk pelancongan berasaskan primat\u2019 tersebut mendapati bahawa populasi lutong cenekah di kawasan itu memiliki ciri \u2013 ciri positif untuk kebolehpasaran pelancongan.\n\nCiri \u2013 ciri tersebut adalah mudah dijumpai, endemik, kelakuan menarik, keselamatan, langka dan keunikan morfologi.\n\nPelancongan berasaskan primat adalah sejenis pelancongan di mana sekumpulan orang mengembara dan melawati monyet liar di habitat semula jadi mereka dengan tujuan pemeliharaan spesis tersebut, di samping memanfaatkan nilai ekonomi hidupan liar.\n\nBagi mengumpul data, kumpulan kajian tersebut telah meluangkan masa selama 43 hari bermula Februari 2018 hingga April 2018.\n\nData ekologi mengenai pergerakan lutong cenekah, kawasan yang kerap dilalui, dan frekuensi pemakanan telah dikumpul menggunakan teknik pencerapan imbasan dan dianalisis untuk menilai kebolehpasaran pelancongan berasaskan primat di kawasan tersebut.\n\nMereka mendapati setiap kriteria untuk pelancongan berasaskan primat telah dipenuhi, dan kajian lanjutan wajar diambil untuk mengkaji pula demografi, pengetahuan dan persepsi penduduk setempat mengenai potensi pasaran pelancongan itu." "Seorang guru secara tidak sengaja telah mencipta ilusi optik yang membingungkan internet.\n\nGuru tersebut pada asalnya melukis lakaran bunga popi di atas kertas merah untuk dipotong oleh murid \u2013 murid beliau, namun beliau kemudian terperasan bahawa lakaran bunga \u2013 bunga tersebut kelihatan seperti bertindan \u2013 tindan.\n\nApabila dipandang sekilas lalu, bunga \u2013 bunga tersebut kelihatan seperti bertindan, namun apabila pandangan mata ditumpukan, jelas bahawa\u00a0tiada garisan yang bertindih antara satu sama lain.\n\nGuru tersebut kemudian mengongsikan gambar tersebut di laman web Reddit, dan ia mendapat perhatian yang cukup dahsyat daripada pengguna internet dengan hampir 100k upvotes.\n\nKomen \u2013 komen daripada netizen cukup menghiburkan.\n\n\u201cWhoa peliknya\u201d\n\n\u201cBenda ni menakutkan saya. Saya sedang cuak\u201d\n\n\u201cUh, mereka bertindan . eh . tak bertindan . tunggu . ya, bertindan .. kejap..\u201d\n\n\u201cDiorang bertindan apabila kamu tak pandang. Diorang tak boleh dipercayai\u201d\n\nIlusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata kita untuk melihat sesuatu yang tak wujud, atau melihat sesuatu dengan salah.\n\nSaintis telah mengkaji fenomena ilusi optik dan mereka masih belum faham sepenuhnya bagaimana ia berlaku.\n\nBagi kes ilusi optik di atas, hipotesisnya adalah ia terjadi akibat gangguan yang berlaku terhadap isyarat neural.\n\nIlusi optik yang hampir sama adalah seperti ilusi grid Hermann, iaitu apabila kita melihat bintik \u2013 bintik hitam di \u2018persimpangan\u2019 grid, walaupun hakikatnya ia tidak wujud." "Kita semua pernah nampak poster \u2013 poster motivasi ditampal di banyak bangunan sekolah dan pejabat \u2013 pejabat kerajaan. Biasanya poster \u2013 poster tersebut berbentuk kata \u2013 kata \u2018mendalam\u2019 dan dibelakangnya gambar \u2013 gambar yang cantik.\n\nIyalah, kata \u2013 kata seperti \u2018Jangan putus asa, waktu paling gelap adalah sebelum terbit matahari\u2019 dengan gambar matahari terbit dibelakang.\n\nPoster \u2013 poster tersebut dikatakan mampu memberi inspirasi kepada orang. Namun masalahnya adalah kadang \u2013 kadang kita perlukan motivasi \u2018on the go\u2018, kita perlukan motivasi segera yang dapat dicipta dalam masa sesaat.\n\nMaka dari situ muncullah satu laman web bernama InspiroBot . Ia menggunakan kepandaian AI (Kecerdasan Buatan \u2013 Artificial Intelligence) untuk menghasilkan poster motivasi dengan hanya satu klik.\n\nLaman web tersebut menjelaskan dirinya sebagai: \u201cSaya InspiroBot. Saya adalah Kecerdasan Buatan yang didedikasikan untuk menghasilkan kata \u2013 kata inspirasi unik tanpa batas untuk pengayaan kehidupan manusia yang tak bermakna\u201d\n\nCara laman web tersebut berfungsi adalah, pengguna tekan butang \u2018generate\u2019 ia ambil gambar \u2013 gambar lawa secara rawak, kemudian ia sumbat masuk perkataan \u2013 perkataan tertentu, dan kadang \u2013 kadang . ia keluarkan . emas.\n\nUhhh apa maksud tu?\n\n. Tapi kenapa?\n\n. OK..\n\nKesian . mereka?\n\nTapi kadang \u2013 kadang ada juga poster yang benar \u2013 benar \u2018menginspirasi\u2019.\n\nTapi setelah mencuba beberapa kali, kesimpulan ini boleh dibuat.\n\nRobot sememangnya tak patut jadi sumber motivasi.\n\nTapi entahlah, memandangkan sebahagian besar kerja industri telah pun diambil alih oleh robot dan hanya beberapa sektor pekerjaan saja yang mungkin selamat pada masa akan datang, boleh jadi kita akan ada pakar motivasi dari kalangan AI membuat kursus \u2013 kursus motivasi.\n\nApa kata anda cuba? Post hasil di bahagian komen!" "Sejarah telah tercipta apabila\u00a026th General Conference of Weights and Measures yang berlangsung selama 3 hari di Versailles, Perancis,\u00a0 bersetuju untuk mendefinisikan semula unit kilogram.\n\nSebanyak 50 lebih negara telah mengundi bersetuju untuk mengubah definisi kilogram daripada merujuk kepada silinder prototaip yang disimpan di Perancis, kepada rujukan terbaharu menggunakan terma arus elektrik.\n\nCadangan untuk mengubah definisi kilogram ini sebenarnya telah berlaku agak lama, namun akhirnya disepakati untuk diubah secara rasmi pada 16 November 2018. Perubahan tersebut dijangka akan berkuatkuasa pada 20 Mei 2019.\n\nWalaubagaimanapun, perubahan definisi kilogram ini hakikatnya tidak akan memberi kesan yang besar kepada kebanyakan orang. Berat timbangan mereka masih akan kekal (harapnya kekal sihat lah ya) dan tidak akan secara tiba \u2013 tiba berlaku rombakan besar \u2013 besaran di pasar raya.\n\nJadi kenapa perubahan ini dibuat?\n\nPerubahan definisi rujukan untuk unit ukuran jisim ini adalah satu pencapaian besar komuniti saintifik, di samping mempunyai impak falsafahnya yang tersendiri.\n\nUntuk membuat sesuatu ukuran, sebagai contoh ukuran panjang, kita memerlukan satu rujukan.\n\nMisalnya, dahulu kita mengukur panjang menggunakan jengkal dan depa. Masalah dengan sistem ukuran ini adalah ia tidak konsisten dan tidak seragam. Jengkal dan depa setiap orang berlainan, malah berubah pula\u00a0 dengan umur seseorang.\n\nRujukan untuk unit ukuran yang terbaik mestilah sesuatu yang sama dan seragam untuk semua orang, dan tak berubah.\n\nPada zaman moden, hampir satu dunia menggunakan unit ukuran meter. Untuk mengukur tinggi siling rumah, kita menggunakan pembaris meter. Namun dari mana panjang satu pembaris meter itu datang? Apa rujukannya?\n\nSebenarnya, konsep 1 meter yang kita gunakan sehari \u2013 hari ini merujuk kepada kelajuan cahaya. Lebih tepat, 1 meter adalah\u00a0\u201cpanjang yang dilalui cahaya melalui vakum dalam tempoh 1/299,792,458 saat\u201d.\n\nSebelum itu, meter didefinisikan berdasarkan jarak sepanjang permukaan Bumi dari Kutub Utara hingga Khatulistiwa. Namun saintis kemudian menukar kepada rujukan yang lebih baik, iaitu kelajuan cahaya.\n\nHal ini kerana kelajuan cahaya merupakan salah satu daripada malar alam semesta yang tetap, seragam untuk semua orang dan tidak akan berubah. Ia adalah rujukan unit ukuran yang terbaik yang dicari \u2013 cari saintis. Ia bukan berasaskan bahan fizikal yang akan berubah dan musnah, sebaliknya formula fizik yang lebih \u2018kekal\u2019.\n\nKini, unit \u2013 unit asas, S.I unit semua menggunakan formula fizik sebagai definisi mereka. Panjang, masa, arus elektrik, suhu, jumlah partikel, intensiti cahaya .\n\nSemua, kecuali unit jisim, kilogram.\n\nSelama ratusan tahun, kilogram dirujuk kepada satu prototaip silinder platinum \u2013 iridium antarabangsa yang disimpan di Paris.\n\nBerbeza dengan unit S.I lain yang didefinisikan berdasarkan formula fizik yang tidak akan dicemari habuk dan tidak akan mengalami kecacatan fizikal, kilogram menyandarkan maksud dirinya kepada satu entiti fizikal.\n\nPrototaip silinder tersebut, yang dipanggil Le Grand K, adalah manifestasi 1 kilogram yang mutlak. Segala rujukan kilogram di serata dunia adalah merujuk kepada dirinya.\n\nMasalahnya, ini bermakna, jika silinder tersebut berubah dan hilang berat, ia masih 1 kilogram, secara definisinya. Bermakna, konsep 1 kilogram yang digunakan di seluruh dunia juga akan berubah dengan berubahnya silinder tersebut. Itu belum lagi risiko jika silinder itu hilang atau dicuri. Itu sebabnya ia dikunci rapi dalam peti besi.\n\nMalangnya, itulah yang berlaku kepada Le Grand K. Setelah ratusan tahun, ia mengalami perubahan jisim. Perbandingan silinder tersebut dengan prototaip salinannya juga menunjukkan perbezaan setelah bertahun \u2013 tahun.\n\nWalaupun perubahannya kecil, namun ia boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada dunia saintifik yang sangat sensitif. Dalam masa 100 tahun lagi, Le Grand K mungkin tidak lagi boleh digunakan.\n\nDefinisi kilogram yang baru adalah seperti berikut:\n\nThe kilogram, symbol kg, is the SI unit of mass. It is defined by taking the fixed numerical value of the Planck constant h to be 6.626 070 15 \u00d7 10-34\u00a0when expressed in the unit J s, which is equal to kg m2\u00a0s\u00a0-1\u00a0, where the meter and the second are defined in terms of c and ??Cs.\n\nOh . wow?\n\nDefinisi ini lebih sukar diterangkan berbanding \u2018bongkah logam di Perancis\u2019, namun secara ringkasnya, ia menggunakan pemalar Planck dan berat arus elektrik menggunakan penimbang Kibble yang disimpan di National Institute of Standards and Technology (NIST).\n\nMaka kini, satu lagi unit asas ukuran telah disandarkan maknanya kepada malar alam semesta. Hal ini sebenarnya agak membebaskan , kerana kita tidak lagi memerlukan kerajaan Perancis untuk menetapkan apa itu kilogram. Kilogram kini tidak lagi bakal ditetapkan oleh artifak buatan manusia, tapi fizik fundamental alam semesta ciptaan Tuhan." "Kadang \u2013 kadang kita sukar nak terangkan kepada orang kampung apa kita belajar di Universiti. Hendak jelaskan kenapa kita ambil degree tersebut pula ternyata lebih susah.\n\nSebuah video di Youtube bagaimanapun menyenaraikan 30 degree (ijazah sarjana muda) Universiti dan menerangkan kesemuanya dalam hanya satu ayat. Panjang video tersebut hanyalah 2 minit 35 saat.\n\nDah pasti, video tersebut lebih bernada jenaka dan sarkastik. Namun sebenarnya banyak juga kebenarannya.\n\nBerikut adalah 30 Degree Universiti yang diterangkan dengan 1 ayat (jangan ambil serius sangat ye).\n\nSeparuh masa dihabiskan mendengar satu orang yang sama bergaduh dengan pensyarah.\n\nKami pelajari bagaimana mencipta masalah khayalan untuk penyelesaian \u2013 penyelesaian mudah.\n\nSaya tak suka lejar akaun, tapi saya suka duit.\n\nDalam masa 9 tahun saya akan buat kerja yang saya nak sebenarnya.\n\nMasa saya dihabiskan menolong kawan \u2013 kawan dengan isu \u2013 isu komputer remeh, sebelum gagal mempengaruhi mereka bahawa Linux adalah sistem pengoperasian (OS) yang terbaik.\n\nSekarang saya faham kenapa saya tertarik dengan teman lelaki saya.\n\nSelamat datang ke kursus yang mengajar common sense\u00a0, tapi sengaja dirumitkan dengan perkataan \u2013 perkataan bombastik.\n\nSama ada saya peroleh kerja sehabis saja degree saya, atau saya boleh jadi penjenayah paling profesional.\n\nSaya pertahankan gaji enam angka saya dengan beritahu orang bahasa Inggeris saya lagi bagus daripada mereka.\n\nSaya buat dua kali ganda kerja dan dapat separuh gaji doktor, sebab saya faham kurang 10%.\n\nSaya harapkan dapat berenang dengan dolphin, tapi sekarang disuruh jaga kolam ikan.\n\nSaya cuba buat kejuruteraan elektrikal, tapi susah sangat.\n\nSaya cuma ambil kursus ni sebab nak jadi Ironman.\n\nSaya nak jadi arkitek, tapi tak pandai lukis.\n\nSaya tak akan dapat kerja, tapi saya tahu macam mana nak buat sendiri.\n\nIni pilihan ketiga saya selepas undang \u2013 undang dan perubatan, yang mak ayah saya terima.\n\nSaya suka binatang. Saya tak sabar pengsankan mereka sepanjang hari.\n\nSaya cite keseluruhan internet dalam masa 4 hari.\n\nSaya sekarang tahu bagaimana nak selesaikan semua masalah dunia, tapi tak ada siapa suka apa saya kata.\n\nDalam hanya 3 tahun, saya boleh dapat kerja dengan gaji minima di negara Eropah Barat.\n\nSaya sekarang orang yang paling layak untuk menangis depan komputer berjam \u2013 jam.\n\nSaya sangat membosankan dalam parti.\n\nSaya tak dapat masuk jurusan perubatan.\n\nSaya tak dapat masuk jurusan perubatan, tapi sekurang \u2013 kurangnya semua orang dalam kelas saya cantik \u2013 cantik.\n\nDalam kerjaya ni, manusia adalah binatang paling susah nak diuruskan.\n\nKemuncak kerjaya saya adalah menemui mayat lelaki berusia 700 tahun.\n\nSaya sekarang mampu men-google masalah lebih efisien berbanding orang lain.\n\nKawan \u2013 kawan saya tak mahu panggil saya doktor.\n\nSemua orang di sini banyak sangat tengok Anime.\n\nHabislah, saya tak akan dapat kerja." "Pengumuman mengenai pemansuhan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid menjadi topik yang hangat baru \u2013 baru ini.\n\nIdea ini bagaimanapun sebenarnya telah diumumkan sejak tahun 2017 lagi, dan dijangkakan akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 2019.\n\nHujah rasmi yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk mendidik murid \u2013 murid agar tidak terlalu obses dengan Gred Purata Sekolah, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata \u2013 mata.\n\n\u201cTiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu\u201d, komen Ketua Pengarah Pelajaran ketika itu, Datuk Dr Amin Senin.\n\nPengumuman ini bagaimanapun mencetuskan spektrum pandangan yang cukup lebar dalam kalangan netizen.\n\nAda yang menyokong dan ada yang tidak, masing \u2013 masing dengan penghujahan tersendiri:\n\nBerikut adalah antara komen netizen yang bersetuju dengan polisi pendidikan tersebut:\n\n\u201cStuju\u00a0?. Sy sokong bnda ni. Sbb masa sy skolah dlu, sy Langsung xreti baca. Tp sy minat nk blaja. Xpasal2 masa darjah 2, kne lompat ke kelas paling last. Dlm kelas last tu bnyak budak ada attitude nakal yg xminat blajar. Sy pun terpengaruh. Bila darjah\u00a04-5 dah pandai baca sket2, tp sy xminat nk blajar. Yela, geng ngan bdk xminat blaja kan. Bila start darjah 6, lompat ke kelas tengah2, bru ada minat blaja. upsr kan.. tp tu ah,,, mana sempat nk dptkan result yg baik . Dpt 4B 1C je walaupun dlu xreti baca sebelumnya\u201d \u2013 Adam Lokman\n\n\u201d\u00a0Setujuuuuuuuu. Supaya takda mindset \u201caku pandai\u201d \u201cdia bodoh\u201d \u201caku bodoh\u201d \u201cdia pandai\u201d \u2013 Noraida Ahmad\n\n\u201cSekolah kami dh 6 tahun amalkan tidak mengasingkan murid. Alhamdulillah mampu cemerlang\u201d \u2013 Siti Sanisah Zakaria\n\n\u201cTang ni aku setuju dan rase nye ramai yg setuju. Bkn ape,kalau la budak2 yg kurang pandai duk tergolong dgn golongan yg x pandai sampai bila2 la diorang x kn pandai. Takat tu je lah. Nk harap kn cikgu sorang nk kasi 40-50org pelajar faham bkn senang.\u201d \u2013 Arel Mikail\n\n\u201cYup bgus mcm tu Sb ank2 yg kat bawah x rasa disisirkan Sb kdang bila ank kelas bawah cikgu pun x brp nak layan,cian ank yg brp dibwh\u201d \u2013 Emah Emah\n\n\u201d\u00a0Setuju. Saya dulu kelas campur je yang pandai dengan kurang pandai. Yang pandai dapat juga bagi tunjuk ajar kepada yang kurang pandai..?\u201d \u2013 Zul Adlan\n\n\u201cSetuju.bila kelas tiada tahap,cikgu akan standart mengajar sama rata semua murid.bukan nak kata cikgu malas ajar budak2 kelas bawah.tapi biasanya kelas bawah terdiri dari budak2 nakal,lemah,kaki buli,malas.jadi memerlukan cikgu yg lebih tegas utk ajar\u00a0budak2 camtu Bila semua dah bercampur,jadi boleh selaraskan pengajaran cikgu.lgpun budak2 bila ada teman yg serius belajar,jadi yg lemah akan ikut blajar dgn yg rajin pandai.\u201d\n\nGolongan yang tidak bersetuju juga miliki penghujahan mereka:\n\n\u201csaya kurang setuju kerana dari apa pengalaman saya bersekolah di sekolah luar bandar, guru kebiasaanya akan mengajar mengunakan satu pendekatan dalam satu2 masa.. dan ini yg mengkhuatir kan saya..ditambah dgn KPI yg perlu dicapai, guru akan lebih fokus kepada pelajar yg cerdik Ttg pelajar cerdik membantu pelajar lemah, ini tiada jaminan, lagi2 sekiranya pelajar lemah tu tiada imbal balas yg menguntungkan pelajar cerdik.. ini realiti yg saya alami\u201d \u2013 Qayum Muhammad\n\n\u201cBila yg nak belajar di campur dgn yg suka main . Ending dia semua main .\u201d Rizwan Ibra\n\n\u201d\u00a0umpama campurkan burung dan ikan dlm satu kelas..cikgu pun bingung nak ajar teknik terbang ke teknik berenang..kemampuan setiap murid berbeza2 jd akan ada mslh kalo dicampurkan\u201d \u2013 Muhammad Abdullah\n\n\u201cagak sukar dilaksanakan kerana perbezaan tahap kognitif murid dalam satu kelas yg sama dgn JUMLAH MURID berjumlah lebih 30 orang, sukar guru hendak menentukan rentak penyampaian pelajaran.tujuan asingkan murid berdasarkan tahap kefahaman bukan menghukum, teapi lebih kpd membantu para guru dapat menentukan pace mengajar, kalau kelas depan, dapatlah cepat sikit, kelas sederhana dgn kaedah sederhana.dan seterusnya.keputusan ini nampak mudah atas kertas, tetapi realitinya agak sukar hendak dilaksanakan.kalau betul2 mahukan tiada perbezaan kelas, mansuh semua sekolah berasrama penuh, sekolah kluster kecemerlangan, sekolah berprestasi tinggi dsb.sama rata semua sekolah.\u201d \u2013 Aswandi Andi\n\n\u201cMcm ibarat konvoi motosikal laa. Cam mana yamaha lagenda 115 cc nak ikut bersama ngan yamaha R1 1000 cc. Memang kena tinggal le jawabnya.\u201d \u2013 Yushaury Mat Zaid\n\n\u201d\u00a0Sy tau ada byk kes bdk pandai merosot bila bergabung dgn bdk2 yg x mnt belajar. Bukan nak ajar kasta, bukan nak pilih kasih. Bdk yg x mnt belajar ni kdg2 buat bising, nakal, ada smpai menggangu konsentrasi. Cuba korg tgh busy nak buat latihan tiba2 cikgu korng menjerit marahkan bdk2 yg tgh buat bising, yg x fokus apa cikgu ajar. Agak2 mau murung 2 hari malas g sekolah. I vote for class seggregation supaya cikgu boleh fokus ikut tahap pelajar.\u201d \u2013 Fieza Azmanizam\n\n\u201cada murid yg berbakat di akademik. ada murid yg berbakat di bukan akademik. bagi saya pengasingan bukan bermaksud membezakan tetapi memudahkan kerana ada murid cepat tangkap dan ada murid lambat tangkap.\u201d\u00a0 \u2013 Sukri Mohamad\n\nCikgu Mohd Fadli Salleh membahaskan beberapa pro dan kontra polisi tersebut:\n\n+++\n\n\u201cBermula 2019 tiada lagi pengasingan kelas. TIADA.\n\nTiada kelas paling pandai, tiada kelas paling hujung. Setiap kelas akan dicampur aduk murid pelbagai aras. Dari yang paling laju, hingga yang paling perlahan.\n\nRamai orang tanya aku tentang hal ini. Baguskah? Terukkah? Sesuai ke tak? Mempengaruhi murid tak? Bagaimana guru nak mengajar? Bagaimana dengan murid yang terlampau laju dan terlalu perlahan?\n\nAku pernah menulis hal ini tahun lepas. Perkara ini ada pro dan kontranya. Ada kelebihan dan ada kekurangan.\n\nNamun jika ditanya pendapat peribadi, aku lebih suka kelas yang diasingkan kerana pengajaran dan pembelajaran itu lebih mudah dilaksanakan kerana murid setiap kelas hampir sama arasnya.\n\nOh ya, itu pendapat peribadi aku. Tidak terguna pakai untuk perbahasan atau kritikan lanjut.\n\nBerikut aku senaraikan sedikit kelebihan dan kekurangan bila kelas tidak lagi diasingkan.\n\n1) Kelebihan asing kelas.\n\nMurid searas dikumpulkan dalam sekelas. Sangat memudahkan guru handle kelas dan mengajar. Budaya pembelajaran murid hampir sama. Aktiviti kelas dan latihan yang sama boleh diberi.\n\nMereka akan berlumba-lumba untuk bersaing sesama mereka kerana aras yang hampir sama. Sesiapa sahaja boleh menjadi nombor 1 jika berusaha. Persaingan ini bagus sekali.\n\nMurid dari kelas belakang berpeluang masuk ke kelas hadapan jika mereka usaha lebih. Ini membuatkan mereka lebih rajin untuk masuk ke kelas yang lebih baik. Murid dari kelas depan pula berusaha agar tidak jatuh dan turun kelas. Persaingan sihat!\n\n2) Kelebihan tiada pengasingan kelas.\n\nMurid tidak rasa dibeza-beza. Mereka rasa mereka semua sama sahaja. Tiada rasa rendah diri bila perlahan dalam pelajaran.\n\nMurid yang pandai bergaul dengan murid yang tidak pandai. Ini memberi motivasi kepada murid perlahan. Buddy support juga wujud di mana murid laju sentiasa bimbing murid perlahan.\n\nBudaya belajar dari murid yang pandai dan rajin ditiru oleh murid perlahan ini. Seterusnya budaya rajin membaca, selalu bertanya, berani menjawab dan tampil ke hadapan berjaya diserap oleh murid pemalu, perlahan dan slow.\n\n3) Kekurangan asing kelas.\n\nMereka rasa gah bila berada di kelas hadapan. Murid yang perlahan pula segan dan malu untuk bagitahu kelas mereka.\n\nWujud perbandingan kelas dan sindirin,\n\n\u201cOh. Dia murid kelas belakang. Patutlah.\u201d\n\n\u201cPatutlah dia selalu menang. Dia murid kelas depan.\u201d\n\nPergaulan murid terhad. Murid kelas depan hanya berkawan dengan kawan-kawan setaraf mereka sahaja. Jarang murid kelas depan bergaul rapat dengan murid kelas belakang.\n\n4) Kekurangan tiada pengasingan kelas.\n\nPengajaran dan pembelajaran sukar dilaksanakan kerana aras murid berbeza-beza. Guru perlu menyediakan bahan yang berbeza-beza untuk murid laju, sederhana dan perlahan.\n\nSikap murid perlahan yang malas pula diikuti murid yang rajin dan bijak. Akhirnya ada murid yang asalnya rajin dan pintar menjadi malas dan keputusan peperiksaan mereka merudum. Budaya negatif sememangnya lebib cepat mempengaruhi kanak-kanak.\n\nMurid perlahan kurang berusaha kerana sedar mereka takkan dapat merampas kedudukan dalam kelas dari murid pintar. Persaingan dalam belajar akan kurang kerana mereka tidak risau turun kelas lagi.\n\nMurid juga hanya bergaul sesama mereka. Tiada peluang naik atau turun kelas dari darjah 1-6. Ini membuatkan hubungan mereka sesama batch mereka renggang. Tidak pernah bertukar kelas bermaksud tidak membuat kawan baru. Hanya rapat dengan kawan sekelas sahaja.\n\n*********\n\nNamun, aku berpendapat saringan dan pengasingan untuk tahun 1 dan 6 sangat perlu diwujudkan.\n\nTidak lah aku minta asing semua. Cukup kenal pasti murid yang langsung tak tahu baca kira (LINUS) dan asingkan mereka dalam satu kelas untuk dipulihkan oleh guru pemulihan dan guru beredar.\n\nContohnya ada 5 kelas tahun 1. Kelas pertama hingga ke empat tiada masalah jika dicampur aduk antara murid laju dan sederhana. Namun pada aku, kelas kelima perlu diasingkan murid LINUS supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.\n\nJika dicampur mereka dengan murid yang terlalu laju, aku risau mereka akan terus ketinggalan kerana guru tidak boleh memberi tumpuan khusus pada mereka sahaja.\n\nMasa guru terpaksa dibahagi untuk membimbing murid laju, sederhana dan perlahan. Perhatian untuk mereka pasti berkurangan dan ini tidak bagus.\n\nApa pun, KPM telah mengeluarkan arahan, tiada lagi pengasingan kelas. Arahan itu wajib dipatuhi.\n\nApa yang aku tulis hanya pendapat peribadi dari kacamata seorang guru yang pernah mengajar kelas yang diasing 8 tahun dan kelas tanpa pengasingan selama 5 tahun.\n\nSesiapa sahaja berhak bersetuju atau tidak dengan pendapat peribadi ini. Suka aku maklumkan, aku sangat berbesar hati jika orang atasan sana memperhalusi pandangan ini.\n\n+++\n\nDiharapkan Kementerian Pendidikan telah membuat kajian semasaknya sebelum dilaksanakan polisi ini." "Dalam satu tradisi yang dibuat secara tahunan, Kamus Oxford telah mengisytiharkan \u2018Word of The Year\u2019 untuk tahun 2018. Perkataan yang dinobat sebagai \u2018pemenang\u2019 adalah .\u00a0toxic.\n\nFrom 'toxic air' to 'toxic politics', the sheer scope of its application in 2018 made 'toxic' the stand-out choice for our Word of the Year. Find out more about the choice at our Word of the Year hub: https://t.co/J1gxJBroOH #OxfordWOTY pic.twitter.com/97othfjZnN\n\n\u2014 Oxford Languages (@OxLanguages) November 15, 2018\n\nAdjektif toxic\u00a0asalnya didefinisikan sebagai \u2018beracun\u2019, dan dapat dijejak penggunaannya seawal pertengahan abad ke 17. Namun penggunaan perkataan tersebut didapati begitu luas penggunaannya pada tahun ini. Ia menggambarkan ethos, mood dan menjadi simbol budaya bagi tahun 2018.\n\nPerkataan tersebut menjadi alat deskriptif untuk topik \u2013 topik popular tahun ini, dalam pelbagai konteks, secara literal dan metafora. Bukan itu saja, pencarian maksud perkataan tersebut di laman web\u00a0oxforddictionaries.com juga meningkat sebanyak 45%.\n\nBerikut adalah 10 perkataan yang paling sering digunakan bersama dengan perkataan toxic .\n\nBeberapa perkataan lain yang turut termasuk dalam undian akhir adalah:" "Pernah dengar ungkapan \u201ckamu tak akan dapat jumpa guru \u2013 guru seperti di Malaysia\u201d?\n\nHakikatnya, ungkapan tersebut ternyata mempunyai kebenaran apabila kajian oleh Cambridge Assessment International Education\u00a0meletakkan cikgu \u2013 cikgu kita sebagai antara yang paling berdedikasi di dunia, sebagai mana laporan New Straits Times.\n\n70% guru \u2013 guru di Malaysia didapati merasakan tugas mengajar sebagai satu karier yang mengganjari diri mereka.\n\nJuga, Cambridge International dipetik mengatakan:\n\n\u201c75% guru \u2013 guru yang dibanci turut mengambil bahagian dalam kelas \u2013 kelas tambahan untuk membantu murid \u2013 murid peroleh markah tinggi \u2013 Ini peratusan tertinggi daripada semua negara yang dibanci\u201d\n\nMasih teringat usaha dan jasa cikgu \u2013 cikgu, ustaz \u2013 ustazah yang membuat kelas tambahan sendiri dari pukul 8 pm hingga tengah malam.\n\n\u201cKeputusan peperiksaan dicapai oleh murid-murid di Malaysia juga yang paling tinggi dicapai antara negara-negara terlibat dalam bancian ini,\u201d kata kumpulan itu dalam satu kenyataan seperti dilaporkan akhbar The Star.\n\nBancian itu melihat keadaan persekolahan pelajar berumur antara 12 hingga 19 tahun dan guru di 10 negara termasuk Argentina, China, India, Indonesia, Pakistan, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.\n\nSebanyak 477 pelajar dan 634 guru di negara ini terlibat dalam bancian tersebut.\n\nTerima kasih cikgu \u2013 cikgu Malaysia! Anda memang istimewa!" "Siapa sangka, dalam banyak \u2013 banyak cara pengajaran fizik, pendekatan video seram boleh jadi cukup berkesan?\n\nVideo yang dihasilkan oleh pasukan pelajar Politeknik Merlimau, Melaka bertajuk\u00a0\u00a0\u201cThermal Equilibrium: How To Determine Heat Lost & Heat Gained\u201d (Keseimbangan terma \u2013 bagaimana menentukan haba yang hilang dan haba yang diterima) ini memenangi pertandingan\u00a0eMicro Video Content Competition baru \u2013 baru ini.\n\nVideo tersebut merupakan cara kreatif pengajaran mengenai topik keseimbangan terma, satu topik fizik yang biasanya dianggap membosankan, tetapi kali ini dipamerkan dalam bentuk media yang cukup popular di Malaysia.\n\nIaitu dengan tema seram, mungkin kerana banyaknya filem seram negara kita yang box \u2013 office. Selepas ini mungkin Shamsul Yusof boleh ambil idea membuat filem seram bercirikan pendidikan daripada pelajar \u2013 pelajar ini.\n\nMungkin boleh berikan nama . Muna .phtalene 3. (Wow teruknya lawak)\n\nVideo bermula dengan seorang pelajar bernama Rafiq yang melihat kelibat gelap mengikuti dirinya. Namun dia membiarkan saja dan masuk ke dalam kelas, di mana pensyarah sedang mengajarkan definisi \u2018keseimbangan terma\u2019.\n\nNamun dia hilang fokus dan bermain telefon, (walaupun pensyarah tersebut bukan main lawa). Kemudian dia tinggalkan kelas bersama rakan.\n\nApabila dia memasuki kereta, kelibat gelap tersebut muncul di kerusi belakang sebagai seorang wanita, yang menanyakan Rafiq sama ada dia sudah memahami apa itu \u2018keseimbangan terma\u2019.\n\nKita kemudian ke adegan bilik gelap dimana pensyarah memberikan penjelasan terperinci. Kali ini, Rafiq memberi perhatian sepenuhnya.\n\nAdegan kemudian dipotong balik kepada Rafiq yang masih berada di kerusi pemandu. Dia kelihatan bingung hingga dibangunkan oleh kawannya.\n\nVideo tersebut dihasilkan oleh\u00a0Mohamad Ridzuan Amer, 23, Alaudin Rafiq Rosman, 24, Aida Kamalia Arman, 20, Olivia Lamba Sandom, 20, dan Puven Raj P.Chazian, 19.\n\nMereka mengatakan memang tujuan mereka mengetengahkan konsep lain dari yang lain untuk menarik perhatian juri.\n\n\u201cKami sengaja biarkan video tersebut tergantung supaya penonton tertanya \u2013 tanya apa yang akan berlaku. Kami boleh jadikan ini sebagai bahan sekuel untuk pertandingan lain\u201d Kata pensyarah\u00a0Rizman Ezani Razali.\n\nVideo tersebut memenangi tempat pertama daripada 200 penyertaan." "Pernah terfikir bagaimana zip berfungsi, atau bagaimana mekanisme alatan menjahit? Macam mana pula kunci boleh buka pintu?\n\nSemua soalan ini kadang \u2013 kala terbenam di sudut otak dan tak pernah terjawab sampai sekarang. Tapi sekarang dengan ciptaan internet, dan gambar animasi GIF, kita boleh faham jawapan kepada persoalan \u2013 persoalan tersebut hanya dengan video 3 saat.\n\nJadi berikut adalah koleksi 15 animasi GIF yang menerangkan bagaimana benda \u2013 benda berfungsi!" "Perjalanan menuntut ilmu tidak mudah, tapi jangan putus asa." "Ingatkan awak boleh dipercayai, encik mata." "Putaran bumi, peredaran bulan keliling bumi, larian di trek, tawaf, semua ni berputar MELAWAN arah jam.\n\nTapi kenapa jam berputar . mengikut arah jam? Apa istimewa sangat arah jam?" "Pernah terfikir tak, macam mana duit kertas boleh ada nilai? Kenapa satu kertas boleh lagi berharga dari kertas yang lain?\n\nPenyampai: Thalhah Kamarolzaman \u2013 graduan ekonomi Durham University." "Ketuk ketampi mungkin merupakan bentuk hukuman yang cukup dibenci pada zaman sekolah.\n\nPopulariti hukuman tersebut tersebar luas. Tak siap kerja sekolah? Ketuk ketampi. Bising dalam kelas? Ketuk ketampi. Ketuk ketampi tak seragam? Ketuk ketampi. Kadang kala, dalam satu hari 3 kelas berturut \u2013 turut menyuruh membuat gerakan atas bawah sambil memegang telinga tersebut.\n\nNamun rupa \u2013 rupanya nama ketuk ketampi tersebut miliki nama lain yang lebih komersial.\n\n\u2018Superbrain yoga\u2019.\n\nDalam laporan oleh CBS2 News, pergerakan tersebut dianggap mampu menjadikan seseorang lebih cerdik, kerana dikatakan ia merangsang aktiviti neuron dan sel dalam otak.\n\nMenurut doktor yang ditemuramah dalam laporan tersebut, pelajar yang disuruh mengamalkan senaman Super Brain Yoga itu memperoleh keputusan semua A, dan berubah menjadi seorang pelajar yang baru.\n\nMenurut artikel oleh Karangkraf\u00a0pula, kajian menunjukkan amalan ketuk ketampi dapat memberi keseimbangan kepada kedua-dua bahagian otak.\n\nQueensland Academis Health Science Campus pula mendedahkan kebaikan SuperBrain Yoga sebagai:\n\nNama Super Brain Yoga itu pula nampaknya dihakciptakan oleh Master Choa Kok Sui. Bayangkan jika nama ini yang digunakan oleh cikgu \u2013 cikgu untuk mendenda murid \u2013 murid mereka. Mungkin mereka tidak lagi membenci hukuman tersebut.\n\n\u201cKamu tak siap kerja sekolah? Hah pergi buat gerakan Superbrain Yoga\u00ae dekat belakang. Buat 20!\u201d\n\nNamun satu lagi persoalan yang lebih kritikal adalah, sewaktu hukuman ini digunakan oleh warga pendidik berpuluh \u2013 puluh tahun sebelum ini di sekolah tanah air, adakah mereka sudah tahu kesannya terhadap rangsangan otak?\n\nSebab masuk akal kenapa hukuman ini begitu popular di sekolah \u2013 sekolah berbanding hukuman lain jika warga pendidik sudahpun mengetahui bahawa ia bukan saja satu bentuk dendaan, tapi juga satu penambahan kecerdasan otak murid \u2013 murid untuk menyambung sesi PnP.\n\nKalau betul, bagaimana datuk nenek kita boleh tahu? Persoalan yang cukup menarik bukan?" "Nisah Haron, seorang peguam dan sasterawan yang disegani telah mengkritik amalan fotostat buku yang menurutnya merupakan pembunuh industri buku.\n\nDialog Pembunuh Industri Buku:\n\u201cKau belilah, nanti \u2018kitorang\u2019 fotostat.\u201d\n\nDiucap pelajar.\nDiucap pensyarah.\nDiucap orang awam.\n\nSama halnya, untuk yang nak pakai barangan berjenama, tetapi beli yang tiruan dan berbangga pula dengan barangan tiruan itu.\n\nKalau ucapan itu oleh pelajar saya sendiri, memang saya tidak halalkan ilmu yang saya ajar.\n\nKalau diucapkan pensyarah, saya renung matanya dan bertanya wang gajinya yang lebih banyak daripada penulis itu digunakan untuk apa kalau bukan membeli buku.\n\nKepada yang berbangga dengan sikap begini, percayalah integriti anda sebagai insan dipersoalkan. Ini sesungguhnya, bukan integriti orang Islam.\n\nBeli buku sokongannya besar untuk seluruh industri. Kalau tidak kemampuan buat masa ini, diam-diam sudahlah. Ujaran itu biarpun ada unsur jenaka, tetapi sangat tidak kelakar.\n\nUjaran begitu depan penulisnya sendiri, sangat kurang ajar.\nUjaran begitu depan penerbit, kedengaran angkuh (seolah-olah duitnya itu untuk benda lain yang lebih penting daripada ilmu).\n\nKeadaan ekonomi semasa memaksa kita buat banyak pilihan. Kita boleh memilih untuk bercakap yang baik-baik dan terus memilih untuk tidak menyokong perbuatan fotokopi dengan cara yang tidak sah.\n\n\u201cKalau ucapan itu oleh pelajar saya sendiri, memang saya tidak halalkan ilmu yang saya ajar\u201d\n\nAmalan fotostat buku yang melanggar hak cipta penerbitan sememangnya satu amalan yang masih diamalkan sehingga sekarang, dan malangnya, ia dianggap sebagai satu perkara biasa yang tidak bersalahan oleh kebanyakan orang.\n\nTambah menyedihkan, perkara ini dilakukan di institusi \u2013 institusi pendidikan, di mana sepatutnya nilai keberkatan ilmu dijaga rapi.\n\nSeperti mana industri cetak rompak berlaku kepada bahan media seperti filem, cetak rompak juga berlaku kepada industri percetakan buku.\n\nIa biasanya dilakukan oleh pelajar \u2013 pelajar yang merasakan mereka tidak berkemampuan untuk membeli buku \u2013 buku akademik yang dianggap mahal. Maka mereka meminjam buku \u2013 buku daripada rakan \u2013 rakan atau perpustakaan, kemudian dibawa ke kedai fotostat untuk dicetak secara keseluruhan, atau sebahagian.\n\nMaka mereka dapat memperoleh keseluruhan isi buku tersebut dengan harga yang berkali ganda murah, kerana dapat dipintas kos untuk penerbitan, hak cipta, dan selainnya pada buku tersebut.\n\nKebiasaannya, hal ini dilakukan hanyalah untuk keperluan peribadi dan bukan untuk nilai komersial. Itu kebiasaannya tiada masalah, selagi mana ia cuma digunakan untuk komentari, kritikan, laporan pendidikan dan kajian (Fair use), namun dengan peraturan \u2013 peraturan tertentu seperti tidak boleh menyalin keseluruhan buku, dan tidak boleh membuat banyak salinan dan diedarkan. Sesetengah perpustakaan mengehadkan jumlah muka surat yang boleh disalin.\n\nNamun yang lebih membinasakan dan jelas melanggar undang \u2013 undang, adalah apabila buku \u2013 buku yang difotostat itu itu dijual semula tanpa kebenaran penerbit. Bukan itu saja, kadang kala ia dijadikan bisnes di kolej malah turut mendapat tempahan daripada tenaga pengajar.\n\nSuatu soalan telah diajukan di portal\u00a0kemusykilan.islam.gov.my mengenai diri penanya yang merupakan peniaga kedai fotostat di IPT. Beliau menjual salinan fotostat buku \u2013 buku untuk kegunaaan pelajar, dengan niat untuk membantu pelajaran mereka.\n\nIni jawapan rasmi yang diberikan:\n\n\u201cAnda wajib bertaubat daripada melakukan penyelewengan tersebut dan perlu membayar semula jumlah kertas photostate yang telah\u00a0 digunakan dan wajib membayar kepada majikan anda. Anda wajib berhenti serta merta daripada melakukan perkara tersebut.\u201d\n\nJelas, hal tersebut adalah serius dan berkait rapat dengan isu halal dan haram rezeki.\n\nHal ini kerana, menurut MUIS, Islam sangat menitikberatkan persoalan \u2018Intellectual Property\u2019 atau \u2018al-milkiyyat al fikriyyah\u2019 \u2013 harta intelek, sebagai\u00a0termasuk di dalamnya hakcipta diperundangan dalam Islam.\n\nMenurut Syeikh Salih al Munajjid\u00a0, berikut adalah tatacara dan hukum fotostat:\n\n\u201cHak cipta tertakluk kepada penulis dan warisnya setelah mereka meninggal dunia, dan tiada kesalahan menyalin atau memfotostat untuk kegunaan peribadi, tanpa niat untuk menjual selagi mana pemilik hak cipta tidak menyatakan kesalahan pada perbuatan tersebut. Namun jika ia disalin dengan tujuan menjual dan berdagang, maka ia tidak dibenarkan\u201d\n\nSeharusnya, kita perlu menghargai dan memahami bahawa karya \u2013 karya yang disalin itu adalah hak pengkarya, penulis, pemilik hak cipta yang telah bertungkus lumus menghasilkan buku tersebut. Titik peluh mereka perlulah diberi ganjaran setimpal dengan royalti hasil usaha yang mereka kerahkan." "Matematik Tambahan seringkali menjadi subjek yang paling ditakuti oleh calon \u2013 calon SPM. Namun tahun ini nampaknya kesukaran soalan peperiksaan adalah luar biasa.\n\nKesukaran Kertas Matematik Tambahan Tahun ini bukan saja diakui oleh calon \u2013 calon SPM:\n\nRoses are red,Children are crying,Well this is bad,Add Maths is me dying.#SPM2018 #addmath\n\n\u2014 raiden haver (@writingissues) November 25, 2018\n\n*me after add maths paper 1#spm2018#addmath pic.twitter.com/QEYW84PHj7\n\n\u2014 Dan (@Burger_Z_) November 27, 2018\n\nhttps://twitter.com/nawwaokayje/status/1067239127261708293\n\nhttps://twitter.com/wxhidah/status/1067819182366945281\n\n. Malah turut diakui oleh tenaga pendidik\n\nhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=2038145149587047&set=a.573068409428069&type=3&theater\n\n\u201cSecara keseluruhan soalan tahun 2018 ialah yang paling mencabar jika dibandingkan dengan soalan-soalan beberapa tahun yang lalu.\u201d\n\nhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=2037825662951505&set=pcb.2037873746280030&type=3&theater\n\nKesusahan soalan matematik tambahan tersebut kemudian membuatkan beberapa pelajar membakar buku dan kertas peperiksaan kerana kecewa.\n\ni dont want to see this thing again?#spm2018 #addmath pic.twitter.com/awQDZV53Eb\n\n\u2014 zhiyeeee_ (@zhiyee69834798) November 27, 2018\n\nTindakan ini tular pula di media sosial sehingga mendapat kecaman netizen.\n\nhttps://www.facebook.com/rizalhakimm/photos/pcb.2295919337401101/2295919184067783/?type=3&theater\n\nPelajar kemudian tampil pula untuk memohon maaf atas persepsi bahawa golongan muda sekarang tidak lagi menghormati buku dan ilmu.\n\n\u201cSaya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan mereka nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Buku tersebut dah diguna untuk buat latihan, bukan tak nak bagi dekat junior dan adik\u201d.\n\nBeliau memberitahu niat membakar buku tersebut kerana tidak mahu buku itu terbiar dilantai, sebab banyak dilihat buku-buku subejk lain terbiar atas lantai sahaja. Lagi pun saya bakar dan tanam dengan niat orang tidak terpijak dan biarkan buku begitu sahaja.\n\nNampaknya, Soalan yang dianggap Begitu Susah Oleh Rata \u2013 rata Pelajar adalah Mengenai Geometri Logo\n\nhttps://twitter.com/salihin_zj/status/1067337316534898688\n\nIni percubaan admin Ini Sains Beb bagi soalan tersebut:\n\nhttps://www.facebook.com/inisainsbeb/posts/743689172657007?__xts__[0]=68.ARCGptKx55E8vfH5mYoRTDWkheo8cXU49fsTqcvSXo5AE8ifNn3EGFXsPuqDffgO767kBSZDj7gk-7vlAVXpOCXmCf40IgRdmdhQDrGRzec31mRGPTHxFc0d9l7qRKLFQnO7Y9Z5VPyN7nxtm6cXLZuNjq36ek1L0dLJMx3pijlYcRXGP84wv3jyJFaEpya3GIYFN5XvdMwhhYhweNvv9-co46Mpj0uA7TGccXiCnJSLoSZjB8sqW6N7BFFOmMVF4YgyUpv8jdEVU-EfRl4IdaeGbe-11pFrxk6-ND3X6wi5DYutEPelWJnj5sRD&__tn__=C-R\n\nKesusahan Soalan Peperiksaan SPM tahun ini, Terutama Bagi Matematik Tambahan telah Mendatangkan Kritikan Dari Pelbagai Pihak\n\nSoalan peperiksaan tersebut dikhuatiri membunuh hati dan jiwa pelajar.\n\nIni komen penceramah Fairuz al Jengkawi mengenai isu yang dianggap barah kepada sistem peperiksaan ini:\n\nTolong sangat-sangat agar support anak-anak kalian yang baru mengambil subjek Matematik Tambahan semalam. Saya fikir ini pertama kali melihat betapa kecewanya pelajar hingga buku dan kertas soalan pun sanggup dibakar. Tuan Puan bacalah satu demi satu komen yang saya kongsikan ini. Anak-anak ini menangis, sedih dan keliru.\n\nSudah pasti dikalangan pelajar ini ada yang bersungguh-sungguh untuk skor A. Siang malam study, ulangkaji dan jumpa guru. Kalau guru yang mengajar pun kata soalannya susah ya ampun, bayangkan si murid yang menghadapnya.\n\nWalau boleh je kita kata, \u201calah, SPM je kot. Aku dulu result add math teruk gila, elok je hidup sampai sekarang.\u201d Komen-komen begini langsung tidak membantu mereka. Mereka perlukan kata-kata sokongan yang mampu menaikkan semangat semula.\n\nSaya tak faham, apa sebenarnya yang nak dicapai oleh penggubal soalan? Adakah semakin susah soalan atau semakin tinggi KBATnya, semakin bermutu dan berkualiti ia?\n\nBukankah ujian ini mahu menguji tahap kefahaman pelajar sepanjang sesi persekolahan? Jadi, mengapa dibuat soalan di luar kemampuan mereka. Adakah kalian expect budak-budak yang ambil add math mesti pandai dan gifted?\n\nTahun lepas, kajian Kesihatan Mental Kebangsaan mendedahkan betapa \u2018stress\u2019nya remaja belia di Malaysia. Dari jumlah ini, seramai 600 ribu orang berniat untuk bunuh diri.\n\nTahun lepas juga, saya temui seorang pelajar Tingkatan 4 yang mengaku sering ambil ubat disebabkan stress bila nak dekat dengan ujian.\n\n2017 juga kita menangisi pemergian seorang pelajar berusia 12 tahun yang bunuh diri dek kecewa dengan keputusan UPSR yang diperolehi.\n\nIni semua ada kaitan dengan perkembangan mental dan emosi para pelajar kita hari ini. Jika adik-adik ini tidak bertemu dengan kaunselor di sekolah, saya khuatir sesuatu yang lebih teruk akan berlaku.\n\nSaya mengajak kita semua untuk menekuni semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ini,\n\n\u201cPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.\n\nUsaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.\u201d\n\nJadi, izinkan untuk saya bertanya. Adakah dengan menggubal soalan yang tak mampu dijawab oleh pelajar akan menjadikan mereka dapat mengimbangi dari segi minda, spritual, emosi dan fizikal? Atau juga ia bakal menjadikan anak-anak ini semakin bertambah pengetahuannya, berketerampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab?\n\nWahai\u00a0Kementerian Pendidikan Malaysia, tolonglah berbuatlah sesuatu. Saya takut sangat andai banyaknya jiwa-jiwa yang akan \u2018terbunuh\u2019 dek kegilaan ini.\n\nWahai mak ayah, akhirnya kita nampak dek demand yang melampau-lampau dari segelintir ibubapa untuk melihat anak dapat semua A dalam setiap subjek, kita menyaksikan hal semacam ini.\n\nBersabarlah, Terus Tanamkan Kecintaan Kepada Ilmu. Jangan Biarkan Dugaan Ini Memadamkan Semangat Belajar Kalian." "Mengapa \u2018kerawakan\u2019 (randomness) dianggap satu kesimpulan saintifik yang boleh diterima sedangkan \u2018kebijaksanaan\u2019 tidak? Semakin dikaji alam ini, semakin jelas elemen reka bentuk dalam alam semesta.\n\nPada tahun 1966, ahli fizik hanya memiliki dua kriteria untuk membolehkan sesebuah planet menampung kehidupan: bintang bapa (parental star) yang sesuai, dan jarak planet yang bertepatan dari bintang tersebut. Itu tidaklah banyak. Hal ini memberi inspirasi kepada saintis untuk mencari alien. Mereka berharap dapat menerima signal radio untuk mencari kebijaksanaan angkasa lepas, tapi mereka tidak menemui apa \u2013 apa.\n\nSejak 1966, parameter untuk membolehkan kehidupan berkembang bertambah daripada 2 kepada 10 kepada 50 dan sekarang kita ada lebih daripada 200 syarat \u2013 syarat spesifik (dan masih bertambah). Kesannya, kebarangkalian untuk kewujudan kehidupan di angkasa lepas semakin berkurang dan berkurang dan berkurang.\n\nIni adalah beberapa syarat \u2013 syarat yang diperlukan:\n\nKesemua ini adalah faktor yang diperlukan untuk kelangsungan kehidupan. Banyak daripada faktor ini bergantung antara satu sama lain, maka kebergantungan itu juga harus dipertimbangkan. Kebarangkalian sesebuah planet memiliki hanya 32 daripada faktor \u2013 faktor ini adalah satu dalam Tredecilion, atau 1 diikuti dengan 42 angka kosong (1 dalam\u00a01,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 )\n\nJika ia hanya terjadi secara rawak, maka seseorang perlu membaling syiling dan memperoleh \u2018kepala\u2019 satu octiliion kali secara berturut \u2013 turut.\n\nBila agaknya komuniti saintifik akan mengakui bahawa kebijaksanaan lah kesimpulan saintifik yang harus diterima? Memberi komen terhadap kompleksiti alam semesta, Dr John Lennox, Professor Matematik Universiti Oxford mengatakan:\n\nSemakin kita mengenali alam semesta kita, semakin jelas bahawa hipotesis ia dicipta oleh Pencipta adalah penjelasan terbaik kenapa kita berada di sini\n\nDr Shadee Elmasry" "vERSI ARTIKEL\n\nEh hai, cuba anda tengok gambar ini.\n\nNampak macam gambar ini bergerak \u2013 gerak kan? Tapi sebenarnya ia gambar tetap.\n\nMacam mana pula dengan gambar ini?\n\nAnda perhatikan blok A, nampak macam lagi gelap berbanding blok B bukan? Tapi sebenarnya warna keduanya adalah warna yang sama.\n\nDan gambar di atas pula nampak seperti gambar 3D, namun sebenarnya ia hanyalah lukisan 2D di atas kertas.\n\nJadi untuk semua gambar \u2013 gambar tadi, mata kita seolah \u2013 olah menipu kita. Fenomena ini kita panggil sebagai ilusi optik.\n\nIlusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata kita untuk melihat sesuatu yang tak wujud, atau melihat sesuatu dengan salah.\n\nYa, ilusi optik ini membingungkan, kerana ia \u2018mengacau\u2019 otak kita. Namun, tidak semestinya ilusi optik ini tidak bagus. Ia miliki banyak kegunaan:\n\nIlusi optik antara lain digunakan dalam iklan untuk membangkitkan rasa ingin tahu bakal pelanggan.\n\nContohnya van Kit Kat ini yang buat kita lihat seolah \u2013 olah ada orang yang tidur di katil tergantung van.\n\nDisamping menimbulkan penegasan bahawa Kit Kat merupakan jenama untuk \u2018relaks\u2019, iklan ini juga menarik perhatian pemandu. Pemandu yang melihat iklan ini pada waktu kesesakan lalu lintas pasti ingin melihat ilusi ini dengan lebih dekat, lantas membuatkan mereka teringin untuk membeli coklat tersebut.\n\nBegitu juga iklan Honda CRV ini yang sangat unik dan menarik perhatian.\n\nDalam iklan yang dipenuhi dengan ilusi optik ini, Honda ingin memberikan mesej bahawa kereta ini mampu melakukan perkara \u2013 perkara yang mustahil.\n\nHonda CRV kemudian menjadi antara model Honda yang paling berjaya.\n\nBegitu juga, ilusi optik boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa.\n\nIlusi anak kecil melintas di jalan di atas membuatkan kereta bergerak perlahan di kawasan sekolah.\n\nDan untuk memaksa pemandu memperlahankan kenderaan, ada syarikat di Canada yang memperkenalkan teknik ilusi stiker lubang jalan.\n\nDan sebenarnya ilusi mata juga membolehkan untuk menonton video \u2013 video di skrin. Kerana video sebenarnya adalah satu \u2018ilusi\u2019.\n\nApabila kita melihat video, filem, rakaman facebook live, atau animasi, kita perhatikan bahawa elemen \u2013 elemen di dalam video tersebut bergerak dengan licin, seperti pergerakan dunia sebenar. Tapi hakikatnya video tersebut cumalah koleksi ribuan gambar \u2013 gambar statik yang memberikan pergerakan.\n\nApabila video dimainkan, puluhan gambar ditunjukkan bertubi \u2013 tubi dalam masa saat. Dan lantaran mata kita mengekalkan satu impresi visual dalam 1/30 pecahan saat (fenomena ini dinamakan persistence of vision), maka otak kita menganggapnya sebagai satu pergerakan.\n\nIlusi ataupun penipuan mata ini kemudian mewujudkan industri video yang bernilai berbilion \u2013 bilion dolar.\n\nMemandangkan ilusi optik ini terjadi pada kita semua, berbilion \u2013 bilion manusia setiap hari, maka sudah pasti kita sudah pun mengetahui, dan faham bagaimana ia berlaku bukan?\n\nSebenarnya . tidak juga.\n\nIlusi optik masih satu lagi merupakan satu misteri besar yang belum dirungkai.\n\nDalam usaha untuk memahami ilusi optik, saintis membahagikannya kepada 2 jenis, iaitu:\n\nIlusi optik yang disebabkan oleh peraturan fizik senang dijelaskan.\n\nMenurut teori penglihatan oleh Ibn Haytham yang masih digunakan sehingga sekarang, kita dapat melihat adalah kerana cahaya dari objek yang masuk ke dalam mata.\n\nSebelum itu, saintis Greek percaya bahawa organ penglihatanlah yang mengeluarkan cahaya.\n\nMaka apabila berlaku gangguan pada isyarat optik antara objek dengan mata, terjadilah ilusi.\n\nContoh ilusi optik yang disebabkan peraturan fizik adalah fatamorgana, iaitu satu ilusi yang biasa berlaku di padang pasir, di mana pemerhati akan melihat seolah \u2013 olah wujud kolam air di tengah \u2013 tengah padang pasir, atau jalan yang panas.\n\nTerjadinya fenomena tersebut adalah kerana pembiasan cahaya akibat perbezaan suhu lapisan udara.\n\nSatu lagi ilusi adalah pelangi. Walau sejauh mana pun kita cuba mengejar pelangi, kita tak akan dapat sentuh pangkalnya. Kerana pelangi bukanlah objek biasa, tetapi satu ilusi cahaya.\n\nItu ilusi \u2013 ilusi yang disebabkan oleh fizik. Tapi yang lebih memeningkan adalah ilusi yang disebabkan oleh bahasa otak.\n\nCuba anda perhatikan gambar ini. Garisan mendatar mana yang lebih panjang?\n\nNampak macam garisan B yang lebih panjang bukan? Tapi sebenarnya garisan kedua \u2013 duanya adalah sama panjang.\n\nJadi..apa isunya? Begini.\n\nPada mulanya saintis menganggap bahawa ilusi optik di atas dialami oleh semua orang di seluruh dunia. Tapi kemudian mereka menguji orang Afrika dengan ilusi yang sama dan ternyata, mereka tidak tertipu. Golongan yang lebih mudah tertipu dengan ilusi di atas adalah orang Barat di kawasan industri.\n\nPenjelasan mengapa orang Afrika tidak tertipu, adalah kerana tempat kehidupan mereka tidak sama dengan tempat tinggal orang moden yang banyak bangunan bersudut dan berbongkah.\n\nTempat tinggal mereka lebih banyak bentuk bulat dan lengkung semula jadi. Jadi inilah sebab mereka \u2018kebal\u2019 ilusi tersebut.\n\nJadi rupa \u2013 rupanya, ilusi optik ini bergantung pada cara kita dibesarkan.\n\nIlusi optik juga mendedahkan realiti penglihatan kita.\n\nCuba perhatikan gambar \u2013 gambar ini:\n\nAnda nampak bentuk segi tiga, petak dan bulatan?\n\nSebenarnya bentuk \u2013 bentuk tersebut tidak wujud. Perhatikan betul \u2013 betul. Otak kita sendiri yang cuba untuk melengkapkan data berdasarkan pengalaman bentuk yang kita pernah tengok.\n\nMaksudnya, otak kita membuatkan kita melihat perkara yang tidak wujud.\n\nContoh lain, pernah tak anda nampak bentuk muka pada benda \u2013 benda rawak? Contohnya kita nampak bentuk wajah orang di pokok, batu dan gunung. Fenomena ini dipanggil Pareidolia.\n\nBentuk \u2013 bentuk tersebut tidak wujud, tapi otak kita sendiri yang cuba mendatangkan makna pada data \u2013 data yang tidak bermakna.\n\nDisebabkan kita sudah ketahui bahawa mata kita boleh menipu. Kesannya agak besar.\n\nDalam mahkamah, saksi mata dianggap metod pembuktian yang utama. Tapi bagaimana jika saksi tersebut sekadar terpedaya dengan ilusi?\n\nDalam sains, pemerhatian adalah sangat penting dan merupakan keperluan asas untuk membuat dapatan dan teori saintifik. Namun menurut ahli falsafah Thomas Kuhn, pemerhatian seorang saintis sebenarnya tak lari daripada bias.\n\nDalam bereksperimen, saintis sebenarnya dipengaruhi oleh teori dan paradigma yang mereka telahpun percayai sebelum ini. Maka dapatan eksperimen dan kesimpulan mereka boleh jadi berat sebelah, menurut kepercayaan mereka.\n\nDan akhirnya, ini semua membuka kepada satu persoalan klasik:\n\nKita nampak baru kita percaya, atau kita percaya baru kita nampak?" "Isu mengenai penggunaan kata yang benar terhadap ungkapan klasik lagu Melayu timbul lagi. Kali ini berkenaan perkataan \u2018Johor\u2019 atau \u2018Johol\u2019.\n\nSeorang pengguna Twitter meluahkan ketidakpuasan dirinya apabila menganggap ramai orang salah menyanyikan lagu klasik Joget Pahang.\n\nMenjengkelkan betul bila orang nyanyikan \u2018Dari Melaka ke Negeri Pahang, singgah di Johor beli berangan\u2019. Sesungguhnya bukan Johor harap maklum, tapi Johol. Johol ni kawasan di Negeri Sembilan. Jadah nak pergi Pahang dari Melaka, patah balik Johor. Biasakan betul, betulkan biasa.\n\nMenurut pengguna ini, penggunaan Johor adalah salah kerana tidak logik dari sesi geografi. Kenyataan ini mengundang respon yang hebat dari pelbagai pihak di alam maya, kerana ini bermakna, beliau mencabar lirik lagu rasmi Joget Pahang nyanyian P Ramlee:\n\nDari Melaka\nKe negeri Pahang\nSinggah di Johor beli berangan\nKami ucapkan selamat datang\nApa yang kurang dicaci jangan\n\nAnak kepada penulis lirik lagu Joget Pahang nyanyian P Ramlee, Anwardi Datuk Jamil\u00a0, kemudian tampil memberikan respon:\n\nhttps://www.facebook.com/anwardij/posts/1924520314284124\n\n\u201cAda\u00a0 orang bertanyakan saya untuk menyelesaikan pertikaian malam semalam. Dalam lirik lagu Joget Pahang, lagu yang dikomposisikan oleh P Ramlee dengan lirik oleh arwah bapa saya, mereka bertanya saya \u2013 ada satu baris yang mengatakan:\n\n\u201cDari Melaka ke negeri Pahang, Singgah di Johor Beli Berangan\u201d\n\nAda orang yang memberitahu umum bahawa perkataan yang asal adalah Johol dan bukan Johor. Menurutnya, siapa yang waras mahu pergi ke Johor terlebih dahulu, kemudian ke Timur Laut ke Pahang. Johol lebih masuk akal, katanya, kerana Johol di Negeri Sembilan dan lebih masuk akal untuk melalui Johol untuk ke Pahang.\n\nSaya sebenarnya tak perlu menyemak nota arwah bapa saya kerana saya tahu memang maksud beliau Johor. Untuk pihak yang mengatakan ia Johol, saya cadangkan tak perlu tunjuk pandai.\n\nKisahnya adalah tentang Hang Tuah pergi ke Pahang untuk membawa balik Tun Teja. Sekarang, ini adalah abad ke 16. Jika anda google Johol, anda akan tahu bahawa pada pertengahan abad ke 17 (setelah kejatuhan Melaka), Johol masih dipanggil Sungei Keroh. Hanya apabila Undang Johol wujud barulah kawasan tersebut dipanggil Johol secara rasmi. Jadi, Johol tidak wujud pada waktu Hang Tuah. Itu satu.\n\nSekarang, saya rasa orang ini fikir bahawa Lebuhraya Karak wujud pada waktu itu, itulah sebabnya dia kata ia lebih masuk akal untuk Hang Tuah pergi ke Utara, kemudian Timur (melalui lebuh raya Karak dan lebuh raya Timur \u2013 Barat baru). Secara logiknya, jika lebuh raya wujud pada waktu itu, barulah masuk akal. Tapi tidak. Itu dua.\n\nBegitu juga, Johor adalah negeri bukan bandar seperti Johor Lama atau Johor Baru. Ia adalah negeri yang mempersempadankan Melaka. Pada waktu dulu \u2013 dulu, jika anda cukup dungu untuk untuk cuba pergi ke Pahang menggunakan jalan darat, anda akan perlu masuk Johor dulu ke arah pantai Pekan dan kemudian ke arah Timur ke Kuantan atau Inderapura. Melalui jalan Johol ke laluan Kuantan kerja gila kerana anda perlu memanjat gunung sebelum sampai ke Pahang. Itu tiga.\n\nAkhir sekali, jika dia membaca buku Hang Tuah, dia pasti sedar bahawa Hang Tuah ke Pahang menggunakan laut, melalui Selat Johor dan kemudian ke Laut China Selatan. Jadi pergi ke Johol menggunakan kapal pasti sukar.\n\nJadi saya fikir bapa saya sememangnya maksudkan Johor dan bukan Johol, seperti yang ditunjukkan.\n\nMaka jelaslah, bahawa sememangnya Johor, bukan Johol." "Pelajar Malaysia di UK menjalankan kempen yang diberi nama \u201cWarming the Soul \u2013 Feeding the Homeless\u201d sebagai satu kerja amal kepada masyarakat setempat.\n\nProgram yang dikelolakan oleh Ikatan Muslimin Malaysia Eropah tersebut bertujuan untuk memperbetul tanggapan salah sesetengah anggota masyarakat negara ratu tersebut terhadap Islam, sehingga mencetuskan Islamofobia.\n\nProgram Warming the Soul tersebut dijalankan dalam beberapa siri di beberapa tempat seperti di Dublin, Cardiff dan Manchester.\n\nDalam sesi \u2013 sesi tersebut, peserta yang terdiri daripada pelajar Malaysia mengedarkan makanan dan minuman seawal 7 pagi kepada golongan gelandangan tempatan yang serba kekurangan dan tidak memiliki tempat tinggal.\n\nSaudara Aiman Arif, salah seorang peserta program, ketika ditemubual oleh Media ISMA Eropah berkata, \u201cprogram ini dapat memberi peluang kepadanya serta peserta-peserta lain untuk merasa keadaan bagaimana hidup dalam serba kekurangan, tambahan pula dengan cuaca musim sejuk di bumi Eropah ini yang \u2018unforgiving\u2019 dengan hujannya yang berterusan, mendungnya yang berpanjangan, dan sejuknya yang naik ke tulang\u201d\n\nBeliau juga menambah, \u201caktiviti-aktiviti sebegini turut melatih diri peserta-peserta untuk sentiasa beramal serta diharapkan dapat memupuk semangat suka memberi dalam kalangan pelajar kepada masyarakat, kearah kebaikan.\u201d\n\nPeserta turut berkesempatan untuk beramah-mesra dengan golongan-golongan\u00a0\u2018homeless\u2019\u00a0ini di mana salah seorang daripada mereka, bernama Dell, telah berkongsi kisah hidupnya serta bagaimana dia telah menjadi mangsa keadaan sehingga terpaksa hanya berteduhkan awan pada waktu malam.\n\nDia turut menghargai jasa serta semangat yang ditonjolkan oleh peserta-peserta dan AJK yang terlibat dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik ini.\n\nSehubungan dengan itu, adalah menjadi harapan bahawa program sebegini menjadi salah satu platform terbaik bagi mahasiswa Malaysia di United Kingdom untuk menyumbang kembali kepada komuniti serta masyarakat setempat." "Selama ini kebanyakan ucapan graduasi oleh graduan terbaik universiti, atau valedictorian speech yang tular didominasi oleh Universiti \u2013 universiti Barat.\u00a0\n\nUcapan dari graduan Harvard ini contohnya, tular apabila beliau memberikan kritikan dan pandangan uniknya terhadap sistem pendidikan Barat.\n\nBegitu juga, video ucapan Denzel Washington ketika hari graduasi Dillard University ini menjadi bahan motivasi jutaan pelajar yang terinspirasi dengan kisah beliau bangkit dari kegagalan.\n\nNamun, siapa sangka, ucapan graduasi universiti Malaysia juga sebenarnya miliki kehebatan tersendiri dan mampu mencabar hasil keluaran universiti Barat.\n\nVideo ucapan graduasi oleh graduan PhD terbaik USIM, Dr Kamilin Jamilin, mencapai jutaan tontonan dalam masa kurang satu minggu dan dikongsikan dalam pelbagai medium.\n\nUcapan graduasi yang unik tersebut sangat menyentuh hati kerana dikaitkan dengan keberkatan doa ibu. Beliau yang merupakan penerima anugerah Chansellor Award USIM itu mengatakan bahawa beliau tidak perlu langsung merasa bimbang, kerana beliau sentiasa mempercayai doa ibu beliau yang bersolat Dhuha sekurang \u2013 kurangnya 1 jam setiap hari.\n\nMenariknya, tatkala ucapan \u2013 ucapan graduan di Barat rata \u2013 rata mengkritik sistem peperiksaan, pendidikan, mengkritik nilai ilmu, ucapan graduan negara kita menyentuh nilai rohani dan hakikat keberkatan ilmu.\n\nHal ini merupakan satu keunikan yang sewajarnya dipersembahkan secara lebih meluas kepada pengguna alam maya seluruh dunia yang kini sedang mengalami krisis \u2018kekeringan\u2019 nilai pendidikan." "Einstein pernah mengatakan:\n\nJika anda tak mampu menerangkan dengan mudah, itu bermakna anda belum cukup faham\n\nKebiasaannya, masalah dalam pembelajaran adalah apabila kita merasa kabur (lost) terhadap apa yang diajar dalam silibus. Terutama sekali fizik. Kenapa selepas bab optik diajar selepas elektrik? Kenapa kosmologi lain sangat dengan \u2018mekanik klasik\u2019? Apa kaitan hukum pergerakan Newton dengan teori atom?\n\nKadangkala, terasa seolah \u2013 olah kesemua bab \u2013 bab tersebut tercerai antara satu sama lain, tiada kaitan. Kalau mata pelajaran sejarah sekurang \u2013 kurangnya kita diajar menurut kronologi peristiwa, tapi untuk subjek seperti fizik, apa susunannya?\n\nUntuk menjawab soalan ini, seorang pengguna Youtube yang juga merupakan seorang ahli fizik, Dominic Walliman, melukis satu \u2018Peta Fizik\u2019 yang mengaitkan topik \u2013 topik fizik dalam satu diagram yang cantik.\u00a0\n\nNampak menakutkan jangan risau, beliau turut menyertakan satu video penerangan yang hanya sepanjang 8 minit.\n\nDalam peta dan video tersebut, fizik dibahagikan kepada beberapa pecahan utama:\n\nKesimpulannya, lebih banyak kita belajar, lebih banyak kita sedari bahawa kita amat jahil. Ini sudah pasti menimbulkan kerendahan hati dalam diri kita." "20 tahun lepas, kalau kita katakan kita mahu menjadi seorang \u2018pengurus media sosial\u2019, \u2018pembangun aplikasi telefon bimbit\u2019, \u2018Youtuber\u2019, \u2018Pakar viral Malaysia\u2019, mungkin orang akan kata kita bermimpi di siang hari.\n\nNamun hakikatnya, kini semakin banyak peluang pekerjaan baru muncul yang kita mungkin tidak pernah terfikir puluhan tahun lepas.\n\nUntuk itu, kita boleh ucapkan terima kasih kepada Revolusi Industri 4.0. Ringkasnya, Revolusi Industri keempat ini kita bolehlah fahami sebagai \u2018kemunculan\u00a0superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak\u2019.\n\nMaka pada masa depan, generasi baru bukan saja perlu bersaing sesama manusia, tapi juga dengan robot. Dan dalam banyak perkara, kita manusia sedang ditewaskan. Itulah sebabnya dijangka beberapa sektor pekerjaan berikut mempunyai 95% kebarangkalian untuk diganti dengan robot:\n\nRingkasnya, kerja \u2013 kerja yang memerlukan aktiviti berulang \u2013 ulang, patuh pada prosedur, terhad kepada kehendak fizikal mungkin tidak akan terselamat daripada digantikan oleh robot. Malah 800 juta pekerjaan dijangka hilang akibat revolusi baru ini.\u00a0\u00a0\n\nAgak menakutkan bukan? Tapi sebenarnya ia akan diganti dengan peluang \u2013 peluang pekerjaan yang baru, yang mungkin tidak lagi wujud dan kita tidak lagi terfikir pun.\n\nMenurut World Economic Forum, 65% daripada kanak \u2013 kanak yang mula masuk sekolah rendah pada hari ini akhirnya akan memasuki sektor pekerjaan yang belum lagi wujud.\u00a0\n\nAntara peluang pekerjaan masa depan yang dijangka terbuka adalah seperti:\n\nMaka untuk mempersiapkan generasi baru untuk berhadapan dengan dunia pada masa depan, sistem pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Dan kita mungkin perlu membuang soalan \u2013 soalan lapuk seperti \u2018nak jadi apa bila besar\u2018 kepada anak \u2013 anak kita bermula sekarang.\n\nPelajar \u2013 pelajar perlu disiapkan dengan kemahiran berfikir secara kritikal, kreativiti, komunikasi dan kemahiran bekerjasama, menurut World Economic Forum.\n\nMalangnya, kebanyakan kita masih terperangkap dengan sistem peperiksaan yang sekadar menghafal dan memuntahkan kembali info di atas kertas, untuk kemudian ditempel dengan peratus dan gred pada kad laporan. Jika menghafal adalah kemahiran anak \u2013 anak kita, maka kemahiran copy & paste robot yang lebih hebat pasti akan menggantikan mereka." "Dalam sejarah, ada banyak perkara yang diharamkan. Daripada amalan \u2013 amalan keagamaan, kepada buku \u2013 buku pencetus revolusi, kepada dadah \u2013 dadah merbahaya, semua ini dianggap memberi ancaman dan perlu dihalang daripada terus diamal dan disebarkan.\n\nNamun tahukah anda, ada beberapa nombor dan konsep matematik yang juga pernah dianggap berbahaya dan diharamkan oleh pihak berkuasa? Artikel ini senaraikan tiga:\n\nPada zaman dahulu, orang Greek percaya bahawa alam semesta ini dibina oleh nombor \u2013 nombor bulat yang \u2018sempurna\u2019. Ahli matematik Phytagoras beserta pengikutnya temui corak nombor pada bentuk \u2013 bentuk, muzik dan bintang. Mereka anggap nombor sebagai kunci rahsia \u2013 rahsia alam.\n\nTapi kemudian seorang pengikut Phytagoras bernama Hippasus temui satu penemuan yang akhirnya menimbulkan kekacauan. Ia bermula dengan satu soalan.\n\n\u201cBayangkan satu bentuk segi empat sama. Setiap sisi panjangnya 1 unit. Berapa panjang pepenjuru?\u201d\n\nSoalan yang jujur ini kemudian menjadi igauan pengikut Phytagoras. Dengan menggunakan teorem Phytagoras (a2\u00a0+ b2\u00a0= c2), kita temui panjang pepenjuru tersebut sebagai /2.\u00a0\n\nMaka memandangkan orang Greek begitu obses dengan kesempurnaan nombor \u2013 nombor bulat, mereka mulakan usaha untuk mencari nilai pecahan yang boleh mendapatkan nilai /2.\n\nnilai /2 tak boleh \n\nditukar kepada \n\npecahan.\n\nTapi setelah bertungkus lumus membuat percubaan demi percubaan, mereka tak temui jawapannya. nilai /2 tak boleh ditukar kepada pecahan. Maka timbullah satu konsep baru dalam matematik yang amat dibenci oleh orang Greek \u2013 nombor bukan nisbah (nombor yang tak boleh ditulis dalam bentuk pecahan)\n\nDengan kewujudan nombor ini, bermakna alam ini tidak lagi \u2018sempurna\u2019. Musnahlah konsep alam impian mereka.\n\nMenurut lagenda, Hippasus kemudian dibuang negeri kerana menyebarkan penemuan beliau. Sesetengah lagenda lain mengatakan beliau mati lemas sebagai \u2018hukuman dari Tuhan\u2019.\n\nNombor sifar / kosong memang pelik. Ini video yang menerangkan kepada \u2018nombor\u2019 ini begitu aneh.\n\nRingkasnya, konsep nombor sifar ini tak diterima dalam matematik selama ribuan tahun oleh tokoh \u2013 tokoh besar matematik dalam sejarah. Malah, orang Greek pun tak pernah terfikir tentang konsep ini.\n\nSejarawan mengatakan bahawa nombor sifar ini berasal dari India, oleh seorang yang bernama Brahmagupta. Ia kemudian dikembangkan dan dipopularkan oleh sarjana Islam (Yang paling popular tak lain adalah al Khwarizmi) sehingga melahirkan sistem nombor Arab (Atau sistem nombor Arab \u2013 Hindu, menurut sejarawan lain) yang kita gunakan sampai sekarang.\n\nSistem nombor Arab ini ternyata lebih mudah daripada sistem nombor Roman. Bayangkan membuat penambahan\u00a0MMDCCCXLVII + DCCXXVIII dibandingkan dengan\u00a02847 + 728.\u00a0\n\nEropah tolak sistem nombor Arab dan nombor 0\n\nNamun melalui pempopularan sistem nombor Arab, konsep nombor sifar turut dibawa bersama ke benua Eropah. Ia satu konsep revolusionari yang sangat berkuasa dalam matematik, yang secara langsung mengembangkan kalkulus dan kejuruteraan.\n\nTapi\u00a0 dunia Eropah menolak nombor tersebut. Pada tahun 1299, Florence mengharamkan nombor sifar, bersama keseluruhan nombor Arab yang lain.\n\nKenapa? Kerana pada waktu itu Eropah sedang berperang Salib dengan orang Islam. Maka mereka menganggap apa saja yang datang daripada orang Arab, termasuklah matematik, sebagai \u2018bid\u2019ah\u2019.\n\nNombor sifar juga dianggap bahaya kerana berisiko mendatangkan penipuan, diubah menjadi nombor sembilan, dan dimanipulasi. Malah, mereka juga takut dengan konsep nombor negatif, kerana memberi kesan pada amalan hutang mereka.\n\nTahukah anda terdapat nombor yang wujud di mana jika anda menyebarkannya di atas talian atau jika anda menyimpan dalam bentuk tulisan, anda boleh ditangkap di Amerika? Nombor tersebut digambarkan di atas, tapi beberapa nombor telah diubah.\u00a0\n\nApa isu dengan nombor tersebut, anda tanya?\n\nIsunya adalah mengenai teknik penyulitan (encryption) dan\u00a0Digital Millennium Copyright Act yang mendakwa mana \u2013 mana aktiviti penghasilan dan penyebaran alatan yang boleh menyulitkan usaha hak cipta.\n\nRingkasnya, nombor perdana ini boleh digunakan untuk menyahsulitkan (decrypt) perlindungan hakcipta dalam DVD yang membolehkan orang memuat turun isi DVD tersebut.\n\nUntuk lebih memahami tentang perkara ini, video Youtube di bawah sangat membantu:" "Menyedari kecenderungan remaja untuk berjaga lebih lambat pada waktu siang dan bangun lebih lambat pada waktu pagi, sebuah sekolah di Amerika membuat percubaan melambatkan masa mula sekolah selama 1 jam.\n\nSekolah Seattle Public School menyusun jadual persekolahan mereka untuk bermula pada pukul 8.45 pagi \u2013 1 jam lebih lewat daripada masa kebiasaan 7.45 pagi. Perubahan tersebut dibuat hanya kepada sekolah menengah dan sekolah tinggi.\u00a0\n\nPenerimaan ibu bapa berbeza \u2013 beza. Mereka terpaksa mengubah beberapa jadual rutin hidup biasa mereka. Aktiviti kokurikulum terpaksa dianjak, begitu juga perkhidmatan bas sekolah.\n\nNamun nampaknya hasilnya berbaloi dan positif. Menurut sebuah kertas kajian yang diterbitkan pada tarikh 12 Disember 2018, anjakan masa mula sekolah sebanyak 1 jam lewat membolehkan pelajar mendapat lebih banyak masa tidur dan menghasilkan prestasi belajar yang lebih baik.\n\nMenurut kajian tersebut, golongan remaja mengalami masalah tidak cukup tidur yang kronik. Hal ini berpunca daripada penetapan masa beraktiviti yang tidak sesuai dengan \u2018jam tubuh\u2019 mereka.\u00a0Sistem \u2018jam badan\u2019 ini juga memberitahu kita bilakah masanya untuk makan, tidur, rehat dan mulakan kerja dalam satu rentak.\u00a0\n\nRemaja selepas baligh didapati mengalami anjakan sistem circadian yang menangguhkan masa tidur mereka ke waktu yang lebih lewat.\u00a0\n\n\u201cKajian ini menunjukkan peningkatan signifikan masa tidur pelajar \u2013 hanya dengan melambatkan masa mula sekolah supaya lebih sesuai dengan waktu jaga semula jadi remaja\u201d kata salah seorang pengkaji Horacio O de la Iglesia yang juga merupakan profesor Biologi.\n\nSaintis memberi saranan agar remaja mendapat tidur 10 jam setiap hari. Tapi kewajipan harian mereka \u2013 seperti pergi ke sekolah awal waktu \u2013 menghendaki mereka untuk bangun awal pagi. Hal ini memaksa remaja untuk menganjak masa tidur mereka lebih awal, atau biarkan saja diri mereka tidak cukup tidur.\u00a0\n\n\u201cHal ini memberi kesan buruk kepada kesihatan, sebab rentak circadian yang terganggu boleh memberi kesan kepada pencernaan, kadar degupan jantung, suhu badan, fungsi imunisasi, kadar tumpuan dan kesihatan mental\u201d kata Iglesia.\n\nMelalui eksperimen tersebut, didapati terdapat peningkatan 4.5% gred median sekolah, disamping kadar kehadiran pelajar yang lebih baik." "Ada beberapa peribahasa yang kita tertanya \u2013 tanya kenapa diungkapkan sebegitu oleh nenek moyang kita dahulu.\n\nContohnya adalah peribahasa\u00a0Kecil tapak tangan,nyiru saya tadahkan.\u00a0\n\nMenurut DBP, peribahasa tersebut membawa maksud :\u00a0Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.\n\n Tapi mengapa ya? Kenapa tapak tangan kecil? Apa tu nyiru? Kenapa tadah tangan?\n\nRupa \u2013 rupanya jika diteliti dan dihayati, peribahasa tersebut membawa makna yang cukup mendalam, menurut Nor Hashimah Jalaludin dari UKM\n\nPeribahasa ini sebenarnya boleh difahami daripada beberapa tingkatan pemahaman, setiap tingkatan adalah lebih tinggi daripada sebelumnya (Ada maqam \u2013 maqam rupanya peribahasa ni):\u00a0\n\n\u201cFuh. Biar betul. Peribahasa ringkas je kot\u201d. Jadi ayuh kita lalui satu per satu peringkat tersebut.\n\nPeribahasa tersebut bermaksud untuk menerima sesuatu yang lebih besar atau sangat berbesar hati untuk menerima. Ini makna di peringkat pertama \u2013 umpama makna skrip yang tertulis. \n\nSekarang kita persoalkan pula penggunaan elemen kata dalam peribahasa ini. Bukan saja nak cari pasal dengan nenek moyang, tapi nak hayati kebijaksanaan mereka.\u00a0\n\nJadi kita banding antara tapak tangan dengan nyiru. Walaupun kedua \u2013 dua berfungsi untuk menadah, tapak tangan adalah lebih kecil daripada nyiru.\n\nJadi meskipun pemberian itu kecil, si penerima tetap berbesar hati. Ia boleh dikaitkan dengan imej saiz; iaitu yang besar itu baik yang kecil kurang baik. Ia menggambarkan juga perasaan si penerima.\n\nSekarang kita teroka jauh lagi. Nyiru ini rupa \u2013 rupanya adalah alat untuk menampi, biasanya padi, sesuai dengan masyarakat Melayu.\n\nApa tujuan menampi? Ia adalah untuk memisahkan beras dengan hampa padi selepas ditumbuk. Selepas ditampi akan terpisah sekam (hampa padi) daripada beras.\n\nTak habis lagi. Padi ni ada bulu halus yang miang. Hampa / sekam itu pula keras dan liat, tak boleh dimakan. Tapi sekam ni tidak lah tak berguna langsung, ia adalah alat pembakar yang baik. Jadi kita boleh guna sekam untuk bakar labu sayung.\n\nJadi seperti detektif, kita boleh kaitkan tampian padi dengan pemberian orang. Rupa \u2013 rupanya orang Melayu nak kata, apa yang nak diberikan tu bukan setakat diterima, tapi \u2018ditampi\u2019, \u2018ditapis\u2019 dan direnung supaya benar \u2013 benar bersih.\u00a0\n\nMungkin ada pemberian mempunyai unsur \u2018miang\u2019 yang boleh melukakan, ada yang keras dan liat yang boleh memudaratkan. Maka banyak pertimbangan yang harus dibuat sebelum menerima sesuatu pemberian daripada seseorang.\u00a0\n\nApa falsafah di sebaliknya? Peribahasa ini membawa pengajaran bahawa seseorang harus berfikir/menimbang terlebih dahulu sebelum menerima apa sahaja pemberian. Tidak semua yang datang itu baik mahupun buruk.\n\nSekam adalah alat pembakar tetapi pembakarannya adalah secara terselindung dengan hanya mengeluarkan asap tetapi pada masa yang sama akan memusnahkan apa yang dibakar. Ia boleh dikaitkan dengan peribahasa \u2018api dalam sekam\u2019. Pembakaran secara senyap hanya dengan mengeluarkan asap boleh diibaratkan sesuatu yang mempunyai maksud tersirat. Di situlah boleh kita kaitkan fungsi menampi tadi.\n\nBegitu rapinya pemilihan objek antara tapak tangan, nyiru, sekam dan niat yang jahat itu tersimpul rapi berasaskan pemerhatian manusia dengan alam. Masyarakat terdahulu lebih bersifat mesra alam, bersahabat dengan alam dan secara tidak langsung menjadikan dunia ini eko-sistem yang selamat untuk diduduki.\n\nRujukan: Pelestarian dan Perekayasaan Bahasa Melayu" "Apa perasaan anda jika anda dapat menjadi seorang genius dengan IQ paling tinggi di dunia?\n\nMungkin anda akan berasa sangat bangga, mungkin anda mahu selesaikan masalah \u2013 masalah paling sukar dalam sejarah, atau mungkin anda mahu menikmati populariti sebagai \u2018manusia paling bijak dunia\u2019.\n\nNamun lain ceritanya dengan Kim Ung \u2013 Yong, seorang yang dilahirkan sebagai genius yang menggemparkan Korea, tapi kemudian dicop sebagai \u2018bakat yang gagal\u2018. Betulkah gagal?\n\nKim Ung Yong yang dilahirkan pada tahun 1963 mampu bertutur hanya pada usia 6 bulan. Pada umur 3 tahun, beliau sudah mampu membaca Korea, Jepun, German, Inggeris dan beberapa lagi bahasa lain, kerana tidak mahu bosan.\n\nPada usia 7 tahun beliau sudah dipanggil oleh stesen TV Jepun untuk menyelesaikan masalah pembezaan matematik secara lintas langsung. Kita pada usia sebegitu mungkin masih bermain pemadam atau kad Yu- Gi \u2013 Oh. Mungkin baru boleh baca Iqra\u2019 satu.\u00a0\n\nKehebatan luar biasa anak kecil ini kemudian mendapat perhatian NASA. Orang Amerika menganggap bakat luar biasa minda manusia ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.\n\nOleh itu, pada usia 8 Tahun, Kim Ung Yong dijemput ke NASA\n\nPada mulanya, beliau diberikan beberapa aktiviti pembelajaran. Kemudian pada 1974, beliau mula bekerja bersama beberapa individu hebat yang lain. Beliau menghabiskan masa hampir satu dekad bersama NASA.\n\nMenakjubkan bukan? Beliau juga mengambil ujian IQ dan mendapat skor 210, antara yang paling tinggi dalam sejarah manusia. Bukan itu saja, beliau memperoleh PhD pada usia 15 tahun! Wow! Kita di kolej usia 20 tahun pun sudah mahu menangis!\n\nNamun bagi Kim, pencapaian tersebut tidaklah begitu menggembirakan buatnya. Beliau menganggap kehidupan beliau pada waktu itu sebagai satu tempoh kesunyian, hidup seperti robot.\n\n\u201cPada waktu itu, saya hidup seperti mesin. Saya bangun, selesaikan masalah persamaan matematik harian, makan, tidur dan berterusan. Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya kesunyian dan tiada kawan\u201d Kata Kim yang mengungkap kembali kisah hidupnya.\n\nDisebabkan terlalu rindukan ibunya, beliau sedari hidupnya bermasalah, maka beliau tinggalkan NASA dan kembali ke Korea.\n\nKim Dicengkam Pula Pihak Media\n\nSekembalinya ke Korea, Kim yang mengganggap dirinya mampu memperoleh ketenangan dan kebahagian, kini \u2018diserang\u2019 pula oleh media.\u00a0\n\nHampir semua surat khabar mengeluarkan artikel mengenai dirinya, pelbagai cerita digembar \u2013 gemburkan. Lensa kamera berpusu \u2013 pusu memfokus pada dirinya.\n\nKim pula sudah membuat keputusan mahu hidup seperti orang biasa. Seperti remaja normal. Beliau tidak mahukan tumpuan media. Beliau mengatakan setiap orang seperti berbakat pada bidang masing \u2013 masing.\n\nSudah pasti, media tak sukakan Kim yang baru ini. Maka beliau mula dilabel \u2018genius yang gagal\u2019. Beliau dikatakan mensia \u2013 siakan bakat beliau yang sebenar.\n\nTapi bagi Kim, duit dan populariti tidak membawa kepada kebahagiaan\n\nKim kemudian mula mencari kerja seperti orang lain. Disebabkan beliau tiada sijil pendidikan negara Korea, maka beliau mulakan dengan mengambil peperiksaan \u2013 peperiksaan kebangsaan. Dah pasti, bila IQ anda 210, semua ini tiada masalah.\n\nBeliau mula mencari kawan dan mengejar pengalaman \u2013 pengalaman baru. Beliau juga pernah bekerja sebagai kerani pejabat!\n\nTapi ini tidaklah bermakna Kim melupakan terus kemahiran otak beliau. Beliau pernah menerbitkan beberapa kertas akademik berkenaan hidraulik. Pada tahun 2007, beliau mengambil keputusan menjadi pensyarah. Tujuh tahun kemudian, pada tahun 2014, beliau menjadi seorang profesor di Universiti Shinhan.\n\nNamun orang masih mengharapkan lebih daripadanya. Mereka merasakan Kim lebih layak mencapai perkara yang lebih besar daripada bidang kejuruteraan sivil.\n\nIni balasan beliau:\n\nSaya sentiasa beritahu orang bahawa saya gembira sebegini. Tapi kenapa mereka perlu katakan kegembiraan saya sebagai satu kegagalan?\n\nBeliau mengatakan perkara normal itulah sumber kebahagiaan yang selalu dipinggirkan:\n\nOrang sentiasa cuba menjadi istimewa dengan meninggalkan kegembiraan biasa mereka. Tapi mereka perlu sedar bahawa kegembiraan adalah perkara \u2013 perkara biasa yang kita selalu pandang enteng, seperti menjalin persahabatan, berkongsi waktu \u2013 waktu indah dengan kawan \u2013 kawan di sekolah . Saya tak dapat rasai perkara \u2013 perkara ini. Itulah sebabnya saya yakin apa yang saya sebutkan ini adalah penting.\n\nMesej beliau mudah dan jelas:\n\nMenjadi seorang yang istimewa tidaklah penting seperti menjalani kehidupan biasa.\n\nSumber: miratico, ibelieveinmothernature, storypick" "Amin Rukaini Mustafa, pelajar cemerlang yang kini sedang menghabiskan PhD di Cambridge, mengongsikan beberapa sikap yang beliau pelajari selama bergelar calon PhD.\n\nBeliau yang sekarang sudah memasuki tahun akhir ijazah Doktor Falsafah dalam bidang teknologi tersebut menuliskan pengajaran \u2013 pengajaran bermakna tersebut dalam laman web beliau\u00a0(Dikongsikan dengan kebenaran, mestilah)\n\nWalaubagaimanapun, sedikit amaran, sesuai dengan maqam beliau selaku pelajar PhD Cambridge, tulisan ini agak berat dan menguji minda. Kalau anda dapat habiskan, anda layak dapat tepukan dari mana \u2013 mana kawan atau kucing terdekat.\n\nBerikut 7 Sikap yang Pelajar Sebagai Pelajar PhD oleh Amin Rukaini.\u00a0\n\nPerkara ini merupakan perkara paling utama yang diperlukan oleh sesiapa sahaja dalam dunia kajian. Sebelum mengenali apa itu PhD, saya juga merupakan seorang yang beranggapan bahawa sesuatu kajian itu boleh \u2018tamat\u2019 dan \u2018berkesudahan\u2019 tetapi bila sudah berada dalam pengajian dan telah melalui banyak pengalaman \u2013 dapatlah saya katakan bahawa tiada istilah mengalah atau putus asa pada seseorang yang ingin melibatkan diri dalam sesuatu kajian. Kajian ini bukan seperti menjawab soalan yang memiliki jawapan pilihan: A, B, C atau D. Adakalanya, kita sudah pun menggunakan kesemua jawapan (solusi) itu terhadap permasalahan kita tetapi tetap gagal. Jika diikutkan falsafah logik soalan objektif tersebut, maka kita telah gagal menyelesaikan masalah dan tiada lagi jalan penyelesaiannya. Hakikat dunia kajian yang sebenar tidak sedemikian rupa.\u00a0\n\nYa, kita mungkin tidak mendapat menyelesaikan sesuatu permasalahan itu dengan solusi A, B, C atau D tetapi sebagai seorang penyelidik atau ahli saintis \u2013 kita perlu cari lagi jawapan E, F, G sehinggalah Z sekalipun kerana realiti cabaran sebenar tidak semudah jawapan A, B, C dan D. Mungkin, sampai satu tahap kita terpaksa menerima dan mengguna semua jawapan (kaedah) tersebut untuk mencapai objektif kita.\u00a0\u00a0\n\nInilah apa yang terjadi kepada diri saya sendiri. Dalam satu objektif kajian yang saya lakukan bagi menentukan lokasi protin secara tepat dalam spora bakteria, saya terpaksa mencuba pelbagai jenis kaedah dan pendekatan. \n\nKebiasaanya, untuk menentukan lokasi sesuatu protin baru yang tidak diketahui, para ahli molekul biologi akan menggunakan teknik yang dipanggil protin pelapor (reporter protein). Iaitu, dengan mencantumkan pelapor protein biasanya\u00a0green fluorescent protein (GFP)\u00a0dengan mana-mana protein yang ingin dikaji. Hasil pengimejan dan analisis terhadap cahaya fluorescence tersebut secara tidak langsung dapat menentukan lokasi protin yang ingin kita kaji. Dan teknik inilah yang telah saya gunakan; namun, teknik ini ternyata tidak berjaya bagi protin yang saya kaji walaupun ianya berjaya bagi kes-kes orang lain. \n\nTerlalu banyak faktor penyebab kenapa ianya tidak berjaya, antara salah satunya ialah disebabkan kegagalan protein cantuman (fusion protein)\u00a0tersebut untuk berlipat (folding). Maka, pendekatan lain digunapakai seperti meembuat cantuman dari arah kepala protin (N-terminal) berbanding dari arah ekor protin (C-terminal) serta penggunaan pelapor yang berbeza seperti\u00a0SNAP-tag\u00a0dan\u00a0Mcherry. Kesemua teknik ini juga ternyata gagal dan akhirnya saya mencuba pelapor yang jarang dipakai iaitu menggunakan pelapor\u00a0Tdtomato. Proses untuk kaedah dan standard mendapatkan imej fluorescent ini telah mengambil masa selama hampir setahun dengan pelbagai percubaan demi percubaan!\u00a0\n\nInilah salah satu contoh mudah betapa tidak semudah itu dalam realiti kajian. Sesuatu kaedah itu mungkin kita anggap boleh dilakukan semudah A,B,C atau D secara teorinya tetapi secara praktikalnya semua ini memerlukan kesabaran dan sikap tiada erti mengalah dan tidak berputus asa. Saya pasti tidak akan mencapai sebarang dapatan kajian sekiranya saya telah berputus asa mencuba sebarang kaedah-kaedah baru yang bersifat alternatif.\u00a0\n\nBagi mereka yang tidak biasa dengan dunia penyelidikan dan baru-baru berjinak dengannya, menghadapi sesuatu kegagalan akan menjadi satu mimpi ngeri. Tambahan lagi jika seseorang itu miliki sikap\u00a0perfectionist.\u00a0Tiada masalah untuk memiliki sikap\u00a0perfectionist\u00a0tetapi ianya perlu diurus dan diletakkan pada situasi yang sesuai. Saya akan terangkan di manakah situasi yang sesuai pada akhir perenggan ini. Bagi di luar dunia penyelidikan, kegagalan itu pada asasnya ditafsirkan sesuatu yang negatif dan tidak baik kerana kita sejak daripada kecil sudah dididik oleh sistem keluarga dan masyarakat bahawa kita perlu berjaya dalam segenap aspek. Kegagalan itu satu perkara yang memalukan diri.\u00a0\n\nDalam penyelidikan, paradigma terhadap kegagalan berbeza. Kegagalan itu adalah satu cabaran dan motivasi buat para penyelidik. Sikap menghadapi kegagalan ini akan benar-benar diterapkan ke dalam diri dan jiwa pelajar PhD supaya bila sudah keluar nanti, mampu menghadapi cabaran kajian yang lebih besar dan mampu mengharunginya tanpa sebarang kesukaran. Kegagalan dianggap sebagai rutin dan perkara biasa. Apabila berhadapan kegagalan; contoh, hari ini buat eksperimen dan gagal \u2013 rileks, tiada masalah \u2013 esok boleh cuba lagi dengan cara dan pendekatan berbeza. Latihan ini sudah tentu perlu melalui jalan yang agak sukar dan perlu melaluinya sendiri.\u00a0\n\nSama juga dengan pengalaman saya. Pada awal-awal latihan, setiap kali gagal dalam eksperimen -terbawa-bawa ke dalam mimpi ngeri. Susah mahu berubah paradigma ini kerana sebagai seorang yang\u00a0perfectionist,\u00a0saya pernah merasakan bahawa apa yang saya buat perlu berjalan seperti apa yang dirancangkan. Tetapi hakikat ini tidak berlaku dalam kebanyakan eksperimen berorientasikan kajian. Setiap kali buat, akan ada kegagalan demi kegagalan. Daripada sinilah, sedikit demi sedikit cara penerimaan kegagalan itu berubah daripada sesuatu yang pahit kepada sesuatu yang manis! Manis kerana daripada kegagalan inilah saya akan duduk berfikir, berbincang dan merencanakan beberapa solusi baru terhadap cabaran kajian tersebut. Akhirnya, saya menjadi seorang yang selesa dan biasa dengan kegagalan. Kegagalan bagi dunia penyelidik merupakan satu rahmat yang menghidupkan jiwa-jiwa ingin tahu akan keajaiban alam Ciptaan Tuhan.\u00a0\n\nJadi, di manakah perlu kita letak sikap\u00a0perfectionist\u00a0ini? Salah satunya ialah pada sikap pengurusan projek kajian. Seperti biasa bagi pelajar PhD dalam bidang saintifik, mereka akan dibekalkan satu atau banyak projek tertentu untuk dilaksanakan. Adakalanya, kita akan mudah berasa culas dan ada rasa \u2018sudah cukup\u2019 dalam menguruskan projek-projek ini tatkala pasti akan ada sesetengahnya gagal mencapai objektif dikehendaki. Maka, pada ketika inilah sikap\u00a0perfectionism\u00a0itu perlu ditampilkan. Kita perlu ada rasa ingin\u00a0perfection\u00a0dalam menjawab tesis atau persoalan kajian tersebut. Walaupun ianya mungkin gagal tetapi usaha kita untuk menjawab tesis atau persoalan kajian melalui sikap tersebut dianggap sesuatu yang penting dalam dunia penyelidikan.\u00a0\n\nBilakah sesuatu kajian itu boleh dikatakan TAMAT? Jawapannya mudah, ianya tidak akan tamat sampai bila-bila kerana tabiat ilmu manusia itu memiliki had. Jika kita beranggapan bahawa kajian dan penyelidikan boleh tamat \u2013 maka kita tersilap. Dalam dunia penyelidikan ini, anda kata sudah tiada apa yang perlu dikaji, maka akan tiadalah kajian demi kajian. Inilah tabiat sebuah penyelidikan.\u00a0\n\nSebagai pelajar PhD, supervisor saya, iaitu individu paling rapat yang berpengalaman dan memahami selok belok penyelidikan acapkali berpesan kepada saya:\n\n\u201cThere is always something else that needs to be done\u201d\u00a0\u00a0(Sentiasa ada sesuatu lain yang perlu dilakukan/diselesaikan)\n\nYa, kadang-kadang saya sendiri merasakan sudah rasa \u2018cukup\u2019 dengan data dan dapatan kajian yang ada tetapi setiap kali itu juga akan ada perkara-perkara lain yang kita terlepas pandang dan perlukan penelitian. Ianya satu usaha yang berterusan dan panjang, memerlukan sikap yang betul bagi menghadapi situasi seperti ini.\u00a0 Demikianlah tabiat sebuah penyelidikan, hanya ada permulaan tetapi tiada penamatnya kerana ilmu manusia itu terlalu cetek dengan ruang lingkup ilmu sebenar.\u00a0\n\n\u00a0 ???? ???? ????? ????????? ???????? ??????????? ?????? ???????? ????????? ?????? ???? ???????? ????????? ?????? ?????? ??????? ?????????? ???????\n\nKatakanlah (wahai Muhammad), \u201cSekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Rabbku, sungguh habislah lautan itu sebelum kalimat-kalimat Rabbku habis (ditulis), meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula). (al-Kahfi/18:109)\n\nSebagai seorang Muslim, perkara ini kita imani sekuat-kuatnya bahawa Allah jualah pencipta yang mengetahui segala ruang lingkup ilmu.\u00a0Maka, apabila kita memahami ilmu kita ini amat cetek \u2013 usaha ke arah menggali ilmu itu memerlukan satu jihad atau kerja kuat yang berterusan. Memahami kefahaman ini bermaksud seorang individu yang menggelar dirinya sebagai Muslim seharusnya memiliki sikap rajin dan tekun usaha untuk menyelami kehebatan sang Pencipta melalui pemerhatian terhadap segala keunikan penciptaanNya.\n\nTapi ya, pengajian PhD perlulah kena tamat!\n\nRamai orang takut digelar diri sebagai bodoh. Bahkan ramai pula hari ini di media sosial senang-senang melabel orang lain sebagai \u2018si bodoh\u2019. Tidak kurang juga ada yang menjadikan frasa \u2018bodoh\u2019 ini sebagai satu hujah penghabisan dalam menghadapi sesuatu perbezaan pendapat.\u00a0\n\nDalam dunia penyelidikan, sebagai pelajar PhD \u2013 saya dididik untuk menyelami rasa kebodohan dan kebingungan. Dunia penyelidikan ini adalah dunia yang penuh kebodohan (tidak tahu menahu) dan kebingungan terhadap jawapan. Untuk menyelami rasa kebodohan ini kita perlu berhadapan dengan perkara yang kita tidak tahu menahu ataupun di luar kefahaman kita. Tetapi kebodohan yang bagaimana?\n\nUntuk mudah faham, saya ambil contoh pengalaman saya dalam menghadapi \u2018kebodohan\u2019. Saya telah ditugaskan untuk mengkaji sejenis protin yang wujud dalam spora bakteria tetapi tidak pernah ada mana-mana manusia di bumi pun yang tahu menahu dan tiada pula rekod-rekod kajian daripada journal menceritakan keperihalan protin ini. Maka \u2013 pada ketika itu bolehlah saya katakan saya menjadi insan yang \u2018bodoh\u2019 (tidak tahu menahu) tentang protin ini. Untuk merungkai \u2018kebodohan\u2019 ini, saya perlu tahu beberapa perkara penting dengan mengeluarkan beberapa persoalan, iaitu:\n\na) Apa tugas utama protin ini?,\u00a0\n\nb) Di mana lokasi protin ini dalam bakteria spora?,\n\n\u00a0c) Apa bentuk struktur protin ini supaya saya tahu tugasnya? dan\u00a0\n\nd) Adakah protin ini memiliki sebarang interaksi dengan protin-protin yang sudah dikenal pasti?\n\nSemua soalan-soalan ini adalah soalan-soalan orang yang \u2018bodoh\u2019 dalam usaha untuk keluar daripada rasa kebodohan itu. Ianya merupakan antara contoh persoalan-persoalan yang seringkali ditanya oleh para ahli saintis bagi merungkai \u2018kebodohan\u2019 mereka dan kita (sebagai manusia) dan cuba merungkaikan kebingungan terhadap pengetahuan (ilmu) yang manusia ada yang memiliki had itu. \n\nProtin ini berskala nanometer, sangat kecil dan di luar kemampuan manusia dan juga mikroskop biasa untuk melihatnya. Ilmu terhadap protin tersebut bagi diri saya ibarat satu ruang hitam yang tidak kelihatan. Maka, dengan menjawab persoalan-persoalan \u2018bodoh\u2019 di ataslah sedikit demi sedikitlah saya dapat keluar daripada \u2018kebodohan\u2019 dan kebingunan itu.\u00a0\n\nUntuk menjawab persoalan-persoalan itu, sudah tentu, kami para pelajar PhD diajar untuk menggunakan disiplin dan metod pengkajian yang sesuai. Sebagai contoh, untuk menjawab persoalan \u2018a)\u2019, saya boleh menggunakan teknik yang ada dalam\u00a0molecular genetics\u00a0seperti\u00a0mutational analysis\u00a0dan\u00a0over-expression.\u00a0Begitu juga jika ingin menjawab persoalan \u2018(b)\u2019, saya menggunakan teknik\u00a0reporter protein\u00a0(protein pelapor) seperti GFP dan sebagainya. Manakala persoalan (c) boleh dijawab menggunakan kaedah\u00a0crystallography\u00a0dan\u00a0cryogenic electron microscopy (Cryo-EM)\u00a0dan persoan (d) boleh dijawab dengan mana-mana kaedah\u00a0molecular genetics\u00a0seperti\u00a0yeast hybridisation system\u00a0dan lain-lain.\u00a0\n\nMenyelami rasa \u2018kebodohan\u2019 ini menjadikan diri kita memahami bahawa terlalu banyak ilmu yang manusia tidak ketahui dari sekecil-kecil zarah DNA dan protin sehinggalah sebesar-besar planet dan alam cakerawala.\n\nMaka, usah takut untuk rasa \u2018bodoh\u2019.\u00a0\n\nDalam kajian dan penyelidikan, sudah tentu bila sampai masanya kita akan memperoleh data hasil daripada eksperiman yang dijalankan. Dalam latihan pengajian PhD, saya dilatih untuk menghadapi data kajian dengan penuh berhati-hati, berwaspada dan skeptikal sama ada dalam menghadapi data dapatan orang lain mahupun data dapatan kajian diri sendiri.\u00a0\n\nSikap skeptikal ini perlu wujud dalam kalangan ahli penyelidik atau saintis untuk mengelakkan daripada tersalah tafsir ataupun telah disalah tafsir. Dalam merungkai ruang lingkup ilmu yang kita \u2018bodoh\u2019 itu, ada kebarangkalian besar sesuatu dapatan kajian itu tidak tepat dan\u00a0biased. Proses pentaakulan dan penelitian yang jitu perlu dilakukan bagi memastikan ianya benar-benar tepat.\u00a0\n\nAntara pengalaman yang benar-benar mengajar diri saya semasa dalam latihan ialah apabila dapatan kajian saya sendiri sebenarnya tidak tepat dan berkemungkinan salah. Pada ketika itu, saya bolehlah dikatakan agak \u2018mentah\u2019 sikap sebagai seorang ahli penyelidik \u2018junior\u2019. Data kajian saya sendiri berkenaan dengan penentuan lokasi protin menggunakan kaedah cantuman\u00a0SNAP-tag\u00a0yang selama ini saya percaya dan yakin rupa-rupanya memiliki masalah yang besar, iaitu ianya sebenarnya adalah\u00a0false positive(tidak tepat). Semua ini hanya disedari apabila mula mendapat teguran oleh\u00a0supervisorsaya. Beliau dengan nada yang cuak berkata kepada saya:\n\n\u201cAmin, I feel so nervous and my hand is shaky when you show me this data\u201d\n\nBeliau dapat merasakan sesuatu tidak kena dengan data yang saya miliki. Ternyata sangkaan beliau agak tepat kerana hasil penelitian lanjut, didapati terdapat beberapa isu dalam penggunaan kaedah tersebut. Akhirnya, saya perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan teknik yang lebih baik dan terjamin.\u00a0\n\nSikap skeptikal ini juga perlu wujud terhadap data atau dapatan kajian yang dihasilkan oleh orang lain. Boleh jadi orang lain menipu data tersebut, boleh jadi juga ada banyak\u00a0errors\u00a0dalam dapatan kajian yang tidak dijelaskan dalam penulisan laporannya, dan boleh jadi juga beliau hanya melaporkan sebahagian data yang signifikan berbanding yang tidak bermakna. Bahkan, dalam aktiviti harian di makmal juga perlu ada sikap skeptikal. Sebagai seorang ahli mikrobiologi atau biologi molekul, aspek berkerja dalam kondisi\u00a0sterile\u00a0sentiasa perlu diutamakan. Perlu ada rasa skeptikal dalam menggunakan alatan ekskperimen orang lain dan juga perlu ada rasa skeptikal sekiranya orang lain telah menggunakan alatan kita dan lain-lain lagi.\u00a0\n\nPendek kata, sikap skeptikal adalah salah satu sikap yang penting bagi seorang penyelidik kerana seorang penyelidik bukanlah orang yang naif dan mudah untuk menerima; kerana tugasnya adalah untuk selidik dan kaji.\n\n(Disclamer: Konteks ini tiada kaitan langsung dengan persoalan konteks agama)\n\nSikap ini mungkin akan dibaca agak sedikit janggal bagi mereka yang tidak berada dalam skop kajian dan penyelidikan bahkan boleh disalah tafsirkan. Dalam dunia penyelidikan keraguan atau skeptikal ini adalah titik permulaan kepada kesahihan. Keraguan yang dimaksudkan dalam konteks ini rasa tidak percaya atau yakin terhadap sesuatu dapatan atau penemuan. Sikap ini akan membawa kepada sikap keberhati-hatian dalam mencari kesahihan dalam menerokai ruang lingkup ilmu yang belum terjawab.\u00a0\n\nDalam skop kajian saintifik terutamanya dalam bidang\u00a0molecular biology\u00a0yang mana skop kajian melibatkan kajian terhadap sesuatu yang tidak boleh nampak dengan mata kasar seperti protein, DNA dan molekul, keberangkalian untuk tersalah tafsir amat besar sekali. Setiap kumpulan penyelidik sudah pasti akan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbeza. Untuk mudah faham, untuk menjawab persoalan (b), iaitu di mana lokasi protin tertentu dalam bakteria spora; para penyelidik boleh menggunakan berbeza kaedah. Ada yang menggunakan kaedah pelapor protin (reporter protein) seperti yang saya gunakan, dan ada ada pula yang menggunakan kaedahwestern blotting\u00a0dan lain-lain berdasarkan hujah dan justifikasi masing-masing. Disebabkan perbezaan kaedah ini, masing-masing akan memberi tafsiran terhadap dapatan kajian yang berbeza-beza dan boleh jadi ianya disalah tafsir.\u00a0\n\nAnalogi yang biasa diguna pakai oleh sesetengah dalam menggambarkan situasi dan falsafah ini ialah analogi \u2018Orang Buta dan Si Gajah\u2019 atau dalam bahasa Inggerisnya\u00a0The Blind Men and The Elephant. Apabila si buta masing-masing mentafsirkan sesuatu \u2018dapatan\u2019 baru berdasarkan konteks dan kemampuan masing-masing, maka terhasillah suatu pentafsiran yang berbeza-beza. Sama juga seperti seorang ahli saintis yang cuba mengkaji sesuatu protin yang tidak dapat dilihat, bahkan disentuh. Masing-masing akan mengeluarkan tafsiran tersendiri yang barangkali \u2018betul\u2019 daripada perspektif kaedah yang digunakan tetapi \u2018salah\u2019 daripada perspektif kaedah yang lain.\u00a0\n\nMaka, sebab itulah sikap keraguan atau skeptikal ini perlu bagi para penyelidik khususnya dalam bidang\u00a0molecular biology. Dengan adanya keraguan, barulah \u2018kesahihah\u2019 itu boleh dicari walaupun secara amnya, kesahihan dalam skop penyelidikan ini adalah relatif dan diluar jangakauan melainkan ianya terbukti secara teori dan praktikaliti.\u00a0\n\n\u2018It is what it is\u2019 ,\u00a0komentar daripada supervisor saya apabila mendapat dapatan kajian yang lengkap.\u00a0\n\nApa pun data dan kajian yang diperolehi dan mungkin berbeza daripada orang lain, itulah dapatannya. Sikap ini bukanlah bermaksud sikap mengalah tetapi lebih kepada sikap penerimaan had dan limitasi yang ada pada manusia. Buatlah kajian sehebat manapun untuk cuba buktikan sesuatu teori hebat tetapi akhirnya jika data kajian mendapati ianya tidak betul, itulah dapatannya.\u00a0\n\nMakna kata lain, jika hasil kajian yang dibuat tidak berjaya dan mendapat keputusan negatif, itulah dapatannya. Manusia hanya boleh menggunakan kaedah empirikal untuk mentafsirkan sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat.\u00a0\n\nSejauhmanakah \u2018kesahihan\u2019 dapatan kajian tersebut, manusia tidak dapat memastikannya kerana pakailah apa sahaja kaedah dalam mentafsirkan dunia molekul, semua adalah relatif dan yang lebih mengetahui adalah Sang Pecipta yang Maha Mengetahuinya. Kita hanyalah manusia yang cuba merungkai ilmu itu dengan skala yang termampu.\n\nSebagai seorang muslim, kita lebih memahami konteks ini kerana hakikatnya Allah jualah yang lebih mengetahui (wallahua\u2019lam)!\n\nHaa, alhamdulillah, anda berjaya habiskan. Ini kucing yang dijanjikan:\n\nBonus:" "Dalam internet, ada banyak benda yang mencetuskan pergaduhan dan pertelingkahan. Iya lah, nama pun internet. Daripada pergaduhan watak kartun yang mana paling kuat, kepada filem mana paling best, orang sentiasa miliki sebab untuk bertengkar dengan orang yang mereka tak kenali di internet.\u00a0\n\nNamun jika ada suatu perkara yang mempunyai \u2018kuasa\u2019 untuk mencetuskan pergaduhan dahsyat warga netizen di seluruh dunia, ia adalah soalan matematik ini:\n\nBerapa Jawapan\u00a06\u00f72(1+2) ? 9 Atau 1?\n\nSoalan ini ada beberapa versi lain, seperti\u00a0 144 \u00f7 3(8 + 4), atau\u00a048/2(9+3). Tapi\u00a06\u00f72(1+2)\u00a0adalah versi yang paling banyak dikongsi di media sosial.\u00a0\n\nApa yang paling membuat kita menarik rambut sekuatnya setiap kali bertemu dengan soalan ini di Facebook, adalah kita begitu yakin dengan jawapan kita. \u201cTak mungkin ia salah, ini yang kita telah belajar dari dulu\u201d\n\nTapi kemudian kita buka komen dan ratusan orang memilih jawapan yang \u2018salah\u2019. Bukan itu saja, mereka mengatakan kita pula yang salah dan dungu!\n\nSekali lagi, terdapat dua jawapan yang sering diperdebatkan, iaitu 1 atau 9. Mari kita lihat bagaimana jalan kerja yang menghasilkan kedua \u2013 dua jawapan tersebut:\n\nBerikut adalah jalan kerja yang menghasilkan jawapan 1:\n\n6\u00f72(1+2)\n\n= 6\u00f72(3)\n\n= 6\u00f76\n\n= 1\n\nBerikut adalah jalan kerja yang menghasilkan jawapan 9:\n\n6\u00f72(1+2)\n\n= 6\u00f72(3)\n\n= 3\u00d73\n\n= 9\n\nSabar, sabar. Perkara pertama yang mungkin kita lakukan adalah cuba mengesahkan menggunakan kalkulator.\u00a0\n\nApa jawapan yang diberi oleh kalkulator Google?\n\nOk takpe. Mari cuba Wolfram Alpha pula:\n\nNampaknya jawapan \u2013 jawapan kalkulator internet adalah 9. Tapi tak mungkin kan?? Sebab jawapannya 1 kan??? Google malah pernah dimarahi dalam forum kerana \u2018tak faham Bodmas\u2019 dan diminta untuk membetulkan kalkulator mereka.\n\nNamun, video yang mungkin paling popular berkenaan perdebatan ini menjelaskan, bahawa jawapannya ternyata.\n\nMemang sebenarnya .\n\nHakikatnya, adalah ..\n\n9.\n\nUniversity of Regina juga antara yang mengiakan jawapan tersebut. Memang 9. Kerana ia berpandukan peraturan Bodmas (Bracket Of Division Multiplication Addition Subtraction). Pengiraan dibuat dari kiri ke kanan dan pembahagian sebelum pendaraban.\n\nTapi sebenarnya ada perbincangan yang lebih berfaedah mengenai isu ini, berbanding perdebatan jawapan mana yang betul.\n\nIni adalah \u2018jawapan\u2019 ketiga. Iaitu mempersoalkan soalan itu yang sengaja dibuat mengelirukan, supaya mencetus perbalahan.\n\nIni adalah komen yang diberikan oleh University of Regina terhadap pelajar yang menanyakan soalan ini:\n\nAnda menanyakan soalan, \u201capa jawapan yang betul? 9 atau 1?\u201d. Soalan yang lebih wajar ditanya adalah, \u201csiapa yang tulis soalan tersebut sebegitu?\u201d Nampaknya ia ditulis dengan sengaja untuk membuat orang keliru. Ahli matematik begitu berhati \u2013 hati untuk memastikan apa yang mereka tulis jelas dan tidak samar \u2013 samar.\n\nSoalan tersebut sebenarnya boleh ditulis untuk mendapatkan jawapan yang jelas.\n\nJika ia ditulis (6/2)(1+2), maka jelas jawapannya adalah \u00a03\u00d73=9. Kerana nombor dalam kurungan itu diselesaikan dahulu.\n\nJika ia ditulis\u00a06/(2(1+2)), maka jelas jawapannya 6/6=1.\n\nJadi mengapa ia tak ditulis sedemikian? Sebab tujuan hantaran tersebut di media sosial bukan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Tujuannya memang semata \u2013 mata menimbulkan perdebatan dan mencetus emosi.\n\nArtikel oleh Slate.com\u00a0menjelaskan panjang lebar bahawa isu ini turut berkait dengan konvensi dan sejarah matematik.\u00a0\n\nDahulu, simbol obelus, atau\u00a0\u00f7digunakan untuk membahagi semua di bahagian kirinya dengan bahagian kanannya. Bermakna, jika itu penggunaannya, penyelesaiannya adalah 6 dibahagi dengan (2(1+2)), menghasilkan 1. Buku teks lama mengguna pakai simbol tersebut sedemikian.\n\nTapi penggunaan tersebut telah ditinggalkan dan tak lagi digunakan. Bila anda masuk ke kolej atau ke universiti pun, anda tak lagi melihat simbol \u00f7 digunakan.\n\nBegitu juga dengan BODMAS, atau PEMDAS, yang kita anggap merupakan satu peraturan tetap dalam matematik yang tidak boleh diubah. Sebenarnya, ia hanyalah satu konvensi yang diubah dan dikembangkan. Penggunaannya masih diperselisihi waima oleh pengamal matematik.\n\nRingkasnya, terdapat dua masalah utama bagi soalan tular ini:\n\nJadi, apa nak buat kalau anda bertemu lagi hantaran ini? Anda boleh beri pautan artikel ini (terima kasih, hehe), atau elakkan saja. Ada banyak lagi aktiviti berfaedah untuk dibuat di internet. Seperti tengok video kucing." "Apabila kita membuka jurnal \u2013 jurnal akademik, kebiasaannya kita menjangkakan bahasa \u2013 bahasa teknikal yang tinggi yang bakal dipersembahkan oleh penulis. Penyampaiannya pula kering, dan dah pasti, hampir mustahil ditemui apa \u2013 apa bahan jenaka dalam jurnal.\n\nTapi ternyata terdapat satu jurnal akademik yang sah, yang apabila dibaca tajuknya saja akan membuat kita tersedak kopi yang diteguk. \n\nAmaran: Bahasa jurnal tersebut tak sesuai untuk kanak \u2013 kanak. \n\nBetul ni, tak sesuai.\n\nOk, ini artikel tersebut. \n\nTulisan tersebut bukan dibuat oleh geng \u2013 geng Wechat atau Tumblr. Sebaliknya ia ditulis oleh Profesor Simon Springer dari Universiti Newcastle. Ia diterbitkan dalam ACME \u2013 International Journal for Critical Geographies. dan mendapat hampir 50 citations.\n\nCeritanya, Profesor Simon Springer merupakan pakar dalam topik tersebut, yang telah mengkaji dan menerbitkan tulisan \u2013 tulisan akademik tentangnya selama 15 tahun. \n\nNeoliberalisme, menurutnya dalam tulisan di theconversation, menggalakkan orang untuk melakukan apa saja yang mereka mahu, tanpa mengira kesan kepada perpecahan masyarakat, ketidaksamarataan, dan keganasan yang diakibatkan oleh ideologi tersebut. Semua di atas nama \u2018kebebasan bersuara\u2019.\n\nBeliau kemudian tidak tahan lagi menulis tentangnya dan mahu ideologi ini dibuang sejauh \u2013 jauhnya. Tapi tulisan \u2013 tulisan akademik yang dibuat selama ini tidak membantu. \n\nAsalnya artikel yang ingin dihasilkan bertajuk \u201cLupakan saja Neoliberalisme (Forget Neoliberalism), tapi beliau mengatakan \u201cSaya ambil keputusan untuk melanggar batas dan membuat orang marah kerana kita sebenarnya yang perlu marah dengan neoliberalisme. Kita yang sepatutnya melanggarnya\u201d\n\nKenapa kalian terguris saya mencarut sedangkan apa yang kalian patut risaukan adalah racun buruk neoliberalisme itu sendiri?\n\nBeliau juga mengatakan bahawa perkataan yang dipilih \u2018Fu**\u2019 adalah perkataan yang paling sesuai digunakan terhadap ideologi tersebut. Tambah menggelikan hati, beliau kemudian menghuraikan hampir satu perenggan berkenaan \u2018keajaiban\u2019 perkataan \u2018fu**\u2019 tersebut, dalam jurnal berkaitan geografi.\n\nTidak cukup dengan itu, beliau kemudian menerbitkan pula satu buku parodi akademik bertajuk \u201cFu** Neoliberalism and then Some!\u201d dengan menjemput seorang rakan pengkaji memberikan artikel sokongan:\n\nEpik betul." "Jika disenaraikan ciptaan \u2013 ciptaan sains moden yang membuatkan kita rasa tak senang, seolah \u2013 olah kita menyaksikan sesuatu yang datang bukan daripada bumi, Ferrofluid mungkin termasuk dalam senarai tersebut. \n\nBeberapa video yang berlegar di internet yang mendemonstrasikan \u2018kepelikan\u2019 bendalir ini cukup untuk buatkan kita termenung khayal apabila menontonnya. \n\nSemakin ditonton, semakin pelik. Semakin . nak bawa pulang untuk dieksperimen di rumah.\n\nFerrofluid dihasilkan pada tahun 1960 oleh Steve Papell, seorang jurutera di Lewis Research Centre. Beliau peroleh idea untuk memagnetkan minyak roket untuk memudahkannya disedut keluar daripada tangki simpanan kepada enjin pada keadaan sifar graviti.\n\nCaranya adalah dengan menggunakan partikel nano bermagnet dan disebatikan dengan bendalir pembawa, dan kemudian dilapisi dengan surfaktan supaya ia tidak bergumpal.\n\nDengar macam rumit dan sofistikated kan? Malangnya ia tidak menjadi\u00a0seperti yang diharapkan. Ferrofluid bagaimanapun kemudian digunakan dalam aplikasi lain seperti pembesar suara, pemprosesan bahan kimia dan pembuatan semikonduktor. Pada masa hadapan, saintis berharap bahan ini dapat digunakan untuk merawat kanser. \n\nBahan ini menjadi popular dan tular apabila jatuh ke tangan ahli \u2013 ahli seni. Ia digunakan dalam pelbagai imej \u2013 imej abstract, dalam filem dan dalam jam digital berestetika.\n\nJadi bagaimana ia menjadi bentuk bergigi yang pelik tu? Penjelasannya merangkumi tindakan pelbagai daya yang yang menghasilkan keseimbangan kimia, seperti daya magnet, jalinan (bond) dengan atom besi, ketegangan permukaan, daya Van der Waals dan graviti yang bereaksi serentak. \n\nAtau anda boleh saja kata ia teknologi alien. Tak ada siapa yang berani bantah, jangan risau." "Dalam matematik ada beberapa pantang larang yang jangan dibuat. Pantang larang yang paling utama dan diulang berkali \u2013 kali oleh cikgu matematik adalah : Jangan bahagi dengan sifar. \n\nSerius. Jangan buat. Ia tak boleh diselesaikan. \n\nKalau kita cuba bahagi dengan sifar di atas kertas, ia tak dapat diselesaikan. Kalau kita cuba dengan menggunakan kalkulator elektronik, kita akan peroleh mesej \u2018undefined\u2019 atau \u2018tak tertakrif\u2019 atau \u2018math error\u2019.\n\nTapi ada satu lagi soalan yang mungkin kita tak pernah tertanya. Apa jadi bila kita bahagi dengan sifar menggunakan kalkulator mekanikal? Kalkulator mekanikal, teknologi lama yang dah tak lagi digunakan tu? Yang macam mesin taip lama tu? (Apa tu mesin taip???)\n\nJika anda membuat operasi matematik tersebut pada kalkulator mekanikal, bersedia untuk menyaksikan adegan yang mengerikan. Kerana mesin tersebut akan menjadi gila seolah \u2013 olah disampuk:\n\nVersi Gif:\n\nKalkulator mekanikal di atas adalah menggunakan model Facit ESA \u2013 01. Terdapat lagi video tular dengan hal yang sama tetapi menggunakan model Friden STW10 yang lebih rumit dan memeningkan.\n\nApabila kalkulator mekanikal disuruh untuk membahagi dengan sifar, ia akan terus beroperasi tanpa henti, sehinggalah habis tenaga atau ia nyahaktif. Kerana ia sebenarnya melakukan satu turutan arahan yang tidak terhingga (infiniti) satu demi satu.\n\nBagi model Friden STW10 itu pula, terdapat butang khas \u2018division stop\u2019 untuk menghentikan operasi pembahagian dengan sifar.\n\nApabila kalkulator mekanikal membuat operasi pembahagian, ia menggunakan proses yang sama dengan operasi berasaskan penolakan. Video oleh Numberphile ini menjelaskan bahawa pembahagian adalah sebenarnya penolakan yang berturutan.\n\nContohnya, bila kita membahagi 20 dengan 4:\n\nTerdapat lima operasi penolakan untuk memperoleh nombor kosong. Maka jawapannya lima. Mudah!\n\nBagaimana pula dengan 20 bahagi 0?\n\nDan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi .. \n\nJadi kalkulator mekanikal itu akan terus beroperasi sehinggalah jawapan 0 diperoleh.. Iaitu selama \u2013 lamanya. \n\nDah pasti lebih banyak perincian yang lebih mendalam tentang operasi kalkulator mekanikal, tapi paling kurang kita dapat memahami sedikit sebanyak cara ia berfungsi, dan penghargaan bahawa sekurang \u2013 kurangnya kalkulator elektronik yang kita gunakan tak mengamuk bila disuruh bahagi dengan sifar." "Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan sekolah kebangsaan di negara ini telah berubah menjadi ke arah sekolah agama.\n\nPresidennya, Ustaz Azizee Hassan berkata, kenyataan sedemikian sebenarnya boleh menimbulkan persepsi negatif dan prejudis masyarakat terhadap Pendidikan Islam yang diajar di sekolah kebangsaan.\n\nHakikatnya, iGuru melihat penekanan subjek Pendidikan Islam perlu diberi keutamaan kerana murid hari ini terdedah dengan pelbagai risiko masalah disiplin dan kelunturan akhlak.\n\nMalah katanya, kurikulum Pendidikan Islam sedia ada perlu diperkasa diperingkat rendah lagi dengan orientasi menekankan aspek amali dari teori, kerana waktu pengajaran mengambil masa tiga jam seminggu tidak cukup untuk membina keperibadian dan jati diri murid.\n\n\u201ciGuru bersetuju kurikulum Pendidikan Islam perlu dimantapkan dengan elemen yang mampu membangunkan karektor dan menyiapkan mereka mendepani cabaran IR 4.0 (Revolusi Industri 4.0) dengan olahan lebih dinamik serta kemahiran yang diperlukan untuk pasaran masa depan tanpa mengabaikan aspek keagamaan.\n\n\u201ciGuru mencadangkan supaya ada jawatankuasa semakan semula kurikulum Pendidikan Islam bagi membina kualiti murid untuk mendorong mereka menguasai ilmu-ilmu di bidang lain seperti penguasaan bahasa, matematik dan sains,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\nTerdahulu, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kurikulum sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain.\n\nJusteru, kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula kurikulum sekolah, yang mana subjek agama tidak diajar pada setiap waktu dalam sesi persekolahan.\n\nMengulas mengenai perkara itu, Ustaz Azizee berkata, langkah mengurangkan masa mengajar pendidikan Islam adalah langkah mundur dan tak bertamadun, kerana dibimbangi menjejaskan kualiti penghayatan agama Islam yang sebenar.\n\n\u201cPenekanan pengajaran subjek agama ini sudah termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1952 di dalam Seksyen 70 dan Seksyen 86 yang menggariskan hak murid yang beragama Islam untuk mendapatkan pelajaran agama.\n\n\u201cIni diperkukuhkan semula dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang mewajibkan sekolah yang mempunyai bilangan murid seramai 15 orang wajib diajar pelajaran agama,\u201d katanya.\n\nSumber: Ismaweb" "Sebuah laman Facebook, Bright Side , mengemukakan satu soalan uji minda yang membingungkan kepala:\n\nSoalannya berbunyi: Ini satu bulatan biasa. Lukiskan 2 garisan lurus untuk menjadikan 3 bulatan.\n\nSoalan ini admin pun tak tau jawapannya. Dan nampaknya ribuan netizen juga pecah kepala memikirkan solusi kepada masalah yang dianggap mustahil ini.\n\nTapi percubaan \u2013 percubaan yang dibuat oleh netizen membuatkan pembaca tak kering gusi ketawa, sehingga dijemput duduk untuk membaca komen:\n\nKebanyakan jawapan yang dicampak netizen adalah jawapan \u2013 jawapan \u2018merepek\u2019 tanda memprotes soalan yang tidak masuk akal tersebut:\n\nDan berikut pula jawapan orang yang paling berputus asa:\n\nTapi ada juga jawapan \u2013 jawapan kreatif yang boleh jadi . macam . mungkin . betul.\n\nJawapan yang Betul! (Rasanya)\n\nAdmin Brightside tak berikan jawapan yang sebenar (setakat yang saya cari), tapi rasanya ada satu jawapan yang betul, berdasarkan respon yang diberi di bahagian komen:\n\nIni adalah satu \u2013 satunya versi jawapan yang dibalas oleh Bright Side. Tapi jawapannya tak meyakinkan : \u201cWow, jadi kamu tak dapat jawab?\u201d.\n\nNamun kemudian terdapat seorang lagi yang menjawab dengan jawapan yang sama, dan ia turut mendapat balasan yang sama:\n\nMaka . rasanya betullah. Itulah jawapannya.\n\nTapi soalan ini memberikan beberapa pengajaran bermakna:" "Rangka manusia prasejarah yang hampir lengkap yang dianggarkan berumur 6,000 hingga 8,000 tahun lalu telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama penyelidik-penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) di Gua Chawan, Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan, baru-baru ini.\n\nMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penemuan rangka manusia itu adalah penemuan yang penting bagi arkeologi negara kerana dapat memberi fakta baharu terhadap amalan pengkebumian dan budaya kehidupan zaman prasejarah di Malaysia.\n\nUjar beliau, rangka manusia itu ditanam dalam keadaan sedikit melipat dengan bahagian muka menghala ke arah utara, manakala bahagian lutut menghala ke bahagian selatan dan posisi rangka tersebut menghadap ke bahagian kanan.\n\n\u201cHasil penyelidikan, dipercayai bahawa rangka ini adalah remaja perempuan yang berumur 25 hingga 30 tahun berdasarkan tulang pelvis rangka tersebut.\n\n\u201cIa dikebumikan dengan bahagian kaki dilapik dengan batu kapur serta bahagian kepala juga dilapikkan dengan batu kapur.\n\n\u201cTangan kanan memegang makanan berupa siput serta alat repeh. Terdapat juga batu pengisar-memukul (grandstone-pounder) yang diletakkan di bahagian kaki sebagai alat iringan si mati,\u201d jelasnya pada Sidang Media baru-baru ini.\n\nKatanya, sampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab, Florida, Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik.\n\nAntara artifak lain yang ditemui bersama rangka tersebut ialah alat litik, sisa makanan berupa tulang binatang, cengkerang siput, brutia costula dan serpihan tembikar.\n\nAlat litik yang ditemui termasuklah alat pengetuk (hammerstone), alat batu pengisar (grindstone), batu pelandas (anvil), alat batu unifas, alat batu bifas, batu pahat, mata lembing dan repeh.\n\nSementara itu, Ketua Penyelidik, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli dari ATMA UKM berkata, kawasan tersebut akan dibangunkan projek Empangan Nenggiri suatu masa nanti.\n\n\u201cUKM terlibat dengan projek ekskavasi menyelamat arkeologi di kawasan tersebut. Memang ada bukti kajian lepas menunjukkan masyarakat mendiami kawasan itu.\n\n\u201cData yang paling awal kita dapat pentarikhan di Gua Kecil dan Gua Kubang Kelawar di Bukit Batu Tambah menunjukkan bahawa masyarakat yang terawal tinggal di kawasan itu adalah 13,000 tahun lalu iaitu pada zaman Hoabinh, Mesolitik, Neolitik dan zaman logam hinggalah ke masyarakat orang asli sekarang yang ada di situ iaitu suku kaum Temiar,\u201d katanya.\n\nBeliau berkata, kajian tersebut tidak tertumpu di kawasan Gua Chawan sahaja tetapi merangkumi 12 gua dalam radiun 20 kilometer persegi.\n\nSumber: Kampusuols.com" "Tulisan terbaru Ustaz Hasrizal mengenai masalah sekolah asrama mencetus kesedaran terhadap isu model institusi pendidikan tersebut.\n\nTulisan yang bertajuk Sekolah Berasrama dan \u2018Boarding School Syndrome\u2019 tersebut mendedahkan bahawa sistem sekolah asrama hakikatnya meninggalkan kesan psikologi terhadap kanak \u2013 kanak sepanjang hayatnya dan tak sepatutnya menjadi menjadi bahan gurauan.\n\nMenariknya, tulisan tersebut dipersembahkan dalam bentuk penceritaan peribadi dialog ustaz dengan anaknya yang seronok belajar di asrama. Bersulamkan sumber kajian akademik, ustaz Hasrizal kemudian menyatakan bahawa sekolah asrama telah menjejaskan hubungan beliau dengan keluarga semenjak kecil.\n\n Sebab itu semasa abi duduk di tepi kubur opah Ogos lalu, abi menangis sepuas-puasnya sebab antara kata-kata Opah yang abi teringat semasa abi nak ke Jordan dulu ialah, \u201clepas kamu ke asrama, kamu dah jadi \u2018anak kerajaan\u2019. Emak dah tak rasa emak menjaga kamu!\u201d \n\nBeliau juga mengusulkan bahawa sekolah asrama, sebagaimana idea asal penubuhannya, sewajarnya dijadikan pilihan sekiranya TERPAKSA. Terpaksa kerana perlukan bantuan kerajaan, atau apabila keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas persekolahan kanak \u2013 kanak.\n\nTambah sentap lagi, ustaz Hasrizal juga mendedahkan kebenaran sekolah asrama yang melahirkan pelajar \u2013 pelajar elitis yang bongkak.\n\n Saya mual dengan idea\u00a0old boys, alumni sekolah ini dan sekolah itu, kerana jiwa saya lebih resah memikirkan ketidakadilan di dalam pengagihan bajet sistem pendidikan kita secara keseluruhannya. Saya malu untuk berasa gah dengan pengalaman bersekolah asrama elit ketika mana saya tahu bahawa di bawah kementerian dan kerajaan yang sama, ada banyak sekolah lain yang terbiar kedaifan. \n\nMenurut kertas kajian Boarding School Syndrome oleh Dr Joy Schaverien, anak \u2013 anak yang dihantar ke sekolah asrama pada usia awal mengalami kehilangan tempat bergantung, yang kemudian membentuk trauma. \n\nMereka terdedah dengan penderaan seksual oleh staf atau kanak \u2013 kanak lain lantas mereka membentuk lingkungan perlindungan yang baru. Hal ini menyembunyikan identiti peribadi mereka yang sebenar, yang bakal memberi kesan pada kehidupan dewasa mereka." "Perhatikan gambar di bawah:\n\nApa yang anda nampak? Anda nampak garisan lurus, atau garisan lengkung berombak, atau garisan zig zag (bersudut tajam)? Anda nampak satu jenis, atau anda nampak kedua \u2013 duanya?\n\nJika penglihatan anda seperti orang lain, anda mungkin nampak garisan berombak, kemudian garisan zig zag, kemudian garisan berombak semula berulang \u2013 ulang, bukan? Jika ya, anda sebenarnya mengalami buta lengkung! (Jangan risau, ia bukanlah masalah kesihatan pun).\n\nKerana sebenarnya, semua garisan di atas sebenarnya adalah garisan berombak. (Tiada garisan zig \u2013 zag!)\n\nTak percaya? Lihat gambar penuh di bawah:\n\nPerhatikan bahagian atas kiri dan bawah kanan gambar, iaitu di bahagian putih dan hitam. Anda akan dapati bahawa semua garisan ternyata merupakan garisan berombak, bukan zig \u2013 zag.\n\nTetapi apabila kita melihat bahagian kelabu, mata kita seolah \u2013 olah tertipu, apabila garisan berombak tersebut bertukar pula kepada garisan zig \u2013 zag, secara berselang \u2013 selang.\n\nIlusi optik ini ditemui oleh Dr Kohske Takahashi daripada Universiti Kyoto. Dr Kohske ini memang memiliki hobi pelik mencari ilusi \u2013 ilusi optik baru untuk dikaji. \n\nPenemuan ini menunjukkan bahawa mata kita sebenarnya boleh terkeliru sama ada sesuatu objek itu berbentuk lengkung atau sudut. \n\nSebelum ini, kita anggap mata kita mampu membezakan dua bentuk tersebut secara berasingan, tapi ilusi optik di atas membuktikan bahawa sebenarnya mekanisme persepsi penglihatan lengkung dan sudut mata kita bersaing sesama sendiri!\n\nDr Kohske menyenaraikan beberapa kriteria yang membolehkan ilusi itu terjadi:\n\nJika anda berminat tentang topik ini, boleh tonton video AJAR mengenai ilusi optik:" "Menjelang berlabuhnya tirai 2018, ayuh kita imbas semula pencapaian Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi yang telah membuat tanah air bangga!\n\nStethee merupakan produk hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan, MIDA, CREST dan M3DICINE.\n\nProf Teo Soo Hwang FASc menerima anugerah OBE daripada Permaisuri Elizabeth II atas sumbangan besar beliau dalam kajian kanser dan menjalin hubungan kerjasama antara Malaysia dan Britain.\n\n6 sekolah yang mewakili Malaysia menangi 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Ini kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam Archimedes.\n\nHo Kah Chun (UKM), Joshua Soo Zheyan, Muhammad Sollehin Idris (UM) dan Rabiatul Adawiyah Zayadi (UTHM) membentang kajian mengenai pelepah minyak sawit sebagai bahan teknologi nano untuk merawat air kumbahan industri.\n\nMereka mencipta aplikasi permainan atas talian untuk mendidik dan mempromosi sains nuklear dalam kalangan pelajar sekolah.\n\nPensyarah USM tersebut membentangkan kajian beliau tentang kegunaan antibodi \u2013 antigen untuk mendiagnosis penyakit tuberculosis. Beliau menumpaskan 11 lagi peserta akhir di FameLab International 2018.\n\nProf Ng daripada UM adalah satu \u2013 satunya saintis daripada negara membangun yang memperoleh anugerah tersebut. Ia adalah anugerah paling berprestij dalam fizik perubatan.\n\nProjek tersebut adalah hasil kerjasama UITM dengan Jepun, Bhutan dan Filipina.\n\nIa sebagai medan bagi penyelidik untuk mengendalikan kajian berteknologi tinggi dan membangunkan projek \u2013 projek inovatif berasaskan Blockchain.\n\nThe World Academy of Sciences menganugerahkan beliau atas sumbangan hebat dalam bidang teknologi membran dan teknologi nano untuk nyahmasin air kumbahan, pengasingan gas dan hemodialisis.\n\nSumber: Akademi Sains Malaysia" "Apabila tiba musim persekolahan sesi baru, pasti media sosial akan meriah dengan pelbagai cerita murid \u2013 murid yang mencuit hati, mengharukan dan mengagumkan.\n\nNamun malangnya, terdapat suatu trend berita yang nampaknya masih berterusan dan tidak dapat dikikis sampai sekarang:\n\nBerita \u2018Miang\u2019 terhadap cikgu \u2013 cikgu cantik.\n\nHakikatnya, berita sebegini diterbitkan setiap tahun setiap kali musim persekolahan baru oleh pelbagai portal media, termasuklah media arus perdana:\n\nTingkah laku segelintir portal berita serta pengguna media sosial yang mentularkan hal \u2013 hal sebegini ditegur oleh mereka yang kesal terhadap sikap buruk kepada nilai pendidikan dan para pendidik ini:\n\nLaporan berita sedemikian juga dipersoalkan oleh warganet sebagai tidak relevan:\n\n\u201cAsal cantik je viral . myampah plak .. Cikgu yg x cantik mcam mana plak ? Jgn cntik tp pngkatan dlam pmbelajaran\u00a0??????\u00a0.. bnyak lg ckgu yg berkualiti.. jgn nk plih bulu\u201d \u2013 Abie Musa\n\n\u201cTak cantik mana pun. Org yg viral cerita ni matanya kerek kot. Yg penting parents mengharapkan cikgu yg berkaliber mengajar hingga anak mereka bijak pandai. Cantik tak ada maknanya. Mungkin sipenulis ni tengah gila bayang kat cikgu tu.\u201d \u2013 Faridah Harun\n\n\u201cKesian cikgu2 senior yg dah lama bertungkus lumus melayan karenah anak2 tahun 1 tak de pulak wartawan menemuramah bertanyakan rahsia sehingga mampu bertahan sampai di penghujung karier. sebab bukan calang2 guru yg boleh mengajar di tahun 1.. kalau tak ampuh, tak sabar, yg penting kalau tak penyayang kpd kanak2 takkan dapat mampu bertahan. Salute kpd semua rakan guru tahun 1 dan tadika\u201d \u2013 Firdaus Din\n\n\u201cMaaf la media. Tolong la hentikan semua ni. Tiap kali bukak sekolah je ada je cikgu yang ko viralkan. Ko buat macam ni menyebabkan masyarakat fikir cikgu sekarang ni bergaya je lebih.\u00a0Entah apa apa. Tiap kali awal tahun benda yang kau tumpukan siapa cikgu paling cantik. Fikir kami ni pendidik macam model ke?\u201d \u2013 Benz Hussin\n\nSemoga martabat guru terus dipelihara dan ditingkatkan." "Musim persekolahan tiba lagi, dan sudah pasti, satu persoalan yang difikirkan oleh ibu bapa adalah tentang pemilihan sekolah untuk anak \u2013 anak.\n\nDr Aznan Hasan, seorang sarjana yang sangat disegani dalam perbankan Islam, menceritakan bagaimana beliau membuat proses pemilihan sekolah yang terbaik untuk anak \u2013 anak beliau.\n\nBeliau juga menerangkan, bahawa tiada salahnya menghantar anak \u2013 anak ke sekolah kerajaan berbanding sekolah swasta. Biasanya ibu bapa yang membuat pilihan ini atas sandaran keadaan kewangan.\n\n\u201cPermulaan pembukaan sekolah, setiap ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah akan cuba untuk mencari sekolah yang\u00a0terbaik untuk anak-anak mereka. Kepada mereka yang tidak mempunyai kewangan yang begitu teguh, mungkin tiada pilihan yang ada melainkan sekolah kerajaan. Begitu juga terdapat ibubapa yang berkemampuan dan mereka tetap menghantar anak-anak mereka ke sekolah2 kerajaan kerana para gurunya mempunyai latihan yang\u00a0terbaik. Pada saya, hujahan ini adalah betul. Siapapun tidak boleh menafikan perkara ini. Guru-gurunya memang amat terlatih. Even, dalam keadaan inipun, tuan-tuan sepatutnya membuat pertimbangan atas kekurangan-kekurangan yang ada, dan memikirkan bagaimana menampungnya\u201d\n\nSebelum membuat pilihan sekolah, sesuatu yang perlu disedari adalah tiada sekolah yang sempurna.\n\n\u201cSebagai seorang ibu dan ayah, saya dan isteri juga tidak terlepas di dalam membuat penilaian kepada sekolah-sekolah ini. Sejak dari awal lagi kami memyedari bahawa tidak ada sekolah yang sempurna. Sehebat mana sekalipun sesuatu sekolah itu, pasti terdapat aspek yang kita mengharapkan yang ia lebih baik lagi. Namun saya menyedari tiada sekolah yang sempurna. (Kita juga tidak sempurna, begitu juga orang lain. Terimalah kekurangan orang lain sepertimana orang lain juga menerima kekurangan kita).\n\nLalu apabila kami hendak membuat pilihan ke sekolah mana anak kami akan dihantar, kami akan berbincang tentang pro and kontranya sekolah-sekolah tersebut. Kami akan listkan kelebihan dan kekurangan sekolah-sekolah tersebut\u201d\n\nBerikut adalah beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa:\n\n\u201cUntuk kami (mungkin juga boleh menjadi panduan kepada kepada tuan-tuan dan puan-puan), sebagai Ibubapa, kita perlu sedar bahawa terdapat tiga elemen penting yang membentuk sesuatu sekolah swasta, iaitulah: i) Falsafah pendidikannya ii) Konsep dan modelnya iii)Pentabdir dan pendidik\n\nIni adalah tiga aspek yang utama;\n\ni) Falsafah pendidikannya merangkumi (included but not limited to) visi, misi, objektif pendidikan dsb.\u00a0ii) Konsepnya dan modelnya adalah umpama sekolah beraliran agama, mixed antara agama dan akademik, peratus kedua-duanya, dsb.\u00a0iii) Pentadbir dan pendidiknya, bermaksud siapakan yang menubuhkan dan mengendalikan sekolah tersebut.\u201d\n\nBegitu juga, amat penting untuk kita meneliti siapa yang menubuhkan sekolah tersebut, dan corak pemikiran mereka!\n\nAmat penting untuk melihat juga siapakah yang menubuhkan dan mengendalikan sekolah tersebut dan apakah cara dan corak pemikiran mereka. Adalah terlalu naif untuk merasakan bahawa sekolah-sekolah ini ditubuhkan dan ditadbir oleh penubuhnya (kumpulan atau individu), dan kemudiannya sekolah tersebut dibiarkan bergerak tanpa sebarang kesanan fikiran langsung (without any influence) daripada penubuhnya (founders) terhadap corak dan perjalanan sekolah tersebut.\n\n Hanya orang yang naif sahaja yang merasakan sebegitu. Satu lagi perlu diingat, corak dan cara fikir ini juga boleh berubah-ubah (evolving). Jadi tuan-tuan jangan hanya menganggap bahawa jika pada suatu masa, cara fikir penubuh dan pentadbir sekolah tersebut bersesuaian dengan cara fikir saudara, maka ianya akan selama-lamanya begitu. Cara fikir saudara boleh berubah, begitu juga dengan cara fikir mereka. Sudah tentulah apabila corak dan cara fikir mereka berubah, ianya akan turut mengesani cara (approach) mereka mengendalikan sekolah-sekolah tersebut.\n\nIni adalah perkara biasa. Sebab itulah Imam Hassan al-Banna amat menekankan pembentukan syaksiah Muslim sebagai batu asas utama dakwah beliau, kerana sehebat manapun sesuatu sistem, jika yang mengendalikannnya tidak betul atan terpesong, natijahnya tetap tidak baik. Sistem dan manusia yang mengendalikannya adalah dua elemen terpenting di dalam penbentukan apa juga sekalipun, termasuklah pendidikan.\n\nCara Dr ini menilai sungguh teliti:\n\n\u201cSemua ini perlu dilihat oleh para ibubapa di dalam membuat pilihan. Saya dan isteri juga tidak terkecuali. Apa yang kami buat ialah, meletakkan segala-galanya di atas meja (putting everything on the table). Kemudiannya, kita menilai segala baik dan buruknya semua sekolah-sekolah tersebut, melihatkan kepada ketiga-tiga aspek tersebut. Di samping turut membuat penilaian lapangan (field assessment) kepada sekolah-sekolah tersebut. Setiap kekurangan yang ada, maka kita bincang bagaimana untuk kita tampung kekurangan-kekurangan tersebut. Apakah kekurangan-kekurangan tersebut vital atau tidak ke atas pendidikan dan pembentukan anak-anak? Kita boleh tampung atau tidak, dsb? \n\nKita berbincang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang kita dapat daripada sumber yang pelbagai. Jika tuan-tuan merasakan bahawa ada perkara-perkara pokok yang tuan tidak bersetuju dengan sekolah-sekolah tersebut (dari segi cara fikir, tanggapan, nilai dll) dan tuan merasakan dengan kekurangan tuan-tuan, tuan-tuan tidak mungkin dapat menampungnya, maka jika saya di tempat tuan, saya tidak akan hantar anak saya ke sekolah tersebut. Saya tidak akan mengambil risiko anak saya akan dibentuk berbeza dengan sistem dan nilai-nilai hidup yang saya percaya.\n\nApabila kami telah bersetuju untuk sesuatu sekolah, maka kami akan melihat bagaimanakah kekurangan-kekurangan yang ada tersebut dapat kita tampung, termasuk jugalah jika sekiranya berkemungkinan terdapat cara fikir yang (pada kami) tidak tepat. Bagaimanakah untuk kita dapat pastikan bahawa kita akan tahu tentang perkara tersebut dan kita dapat betulkan kembali cara fikir tersebut. Alhamdulilllah, isteri saya memainkan peranan yang amat besar dalam hal ini. Mungkin kerana kesibukan saya dan juga sememangnya beliau pandai mencari masa dan ruang untuk \u201cmengorek\u201d dan memberikan sudut pandangan yang lain untuk anak-anak. Kadangkala saya mendengar juga cara beliau membentangkan pandangan beliau dan berhujah. Kadangkala dalam keretapun masih sempat. Hhmm. Menarik. Kemampuan beliau, yang saya agak kurang jika hendak dibandingkan. Kadangkala penerangan saya tak \u201cturun level\u201d sangat. Jadi beliau yang tolong turunkan \u201clevel\u201d tersebut dan buat anak-anak faham.\u201d\n\nAkhirnya, perlu disedari, pendidikan anak \u2013 anak adalah sesuatu yang besar:\n\n \u201cPada saya inilah antara asas-asas pertimbangan untuk memilih sekolah untuk anak-anak kita. Buat penilaian sendiri. Jangan hanya mendengar cakap-cakap orang. Timbangtarakan segala pro dan contra berdasarkan tiga aspek yang saya sebutkan di atas. Mungkin tulisan ini sedikit sebanyak membantu. Pengalaman kerdil saya menyatakan bahwa anak-anak kita juga tidak sama. Tahap kematangan mereka juga berbeza-beza. Pendidikan anak-anak kita adalah suatu tanggungjawab yang besar. At the end of the day, kita jugalah yang menjadi pendidik awal dan akhirnya. Buat saya dan isteri, saya berpuas hati dengan sekolah-sekolah yang kami pilih untuk anak-anak kami, dulu dan sekarang (rasanya tak perlulah nak sebut sekolah mana, nanti kata nak promote pulak)??.\u201d" "Jika anda pernah melancong ke merata tempat, pasti anda pernah terserempak dengan \u2018ahli silap mata jalanan\u2019 yang kelihatan seperti terapung. Kadang kala ia dilakukan bersendirian, dengan tukang silap mata terapung sekadar memegang \u2018tongkat kayu\u2019, atau kadang kala ia dibuat berpasangan.\n\nDalam versi perseorangan, ahli mistik tersebut akan kelihatan seperti terapung di atas karpet atau kebun kecil dalam posisi duduk, sambil memegang tongkat. Bagi orang yang lalu lalang, dia seperti memiliki ketahanan mental dan chakra untuk terapung selama berjam \u2013 jam. \n\nDah pasti untuk menguatkan ilusi ini, ahli silap mata jalanan tersebut akan berpakaian seperti sami atau yogi dan mengatakan mereka menguasai kuasa apungan setelah bertapa di puncak gunung di Tibet. \n\nNamun sebenarnya ada penjelasan mudah untuk membongkar ilusi ini. Mereka hakikatnya cumalah memperdaya orang awam yang lalu lalang dengan prinsip fizik yang ringkas.\n\nRingkasnya, ilusi orang terapung ini dibuat dengan mengguna pakai tiang dan plat besi yang direka secara khusus dan diposisikan secara strategik. Walaupun kelihatan seperti mereka melanggar hukum fizik, hakikatnya struktur tersebut sungguh stabil dan terdiri daripada hanya tiga bahagian:\n\nDan rupa \u2013 rupanya ada sebab kenapa mereka berpakaian seperti sami, kerana pakaian yang labuh memudahkan mereka menyorokkan tiang dan kerusi besi tersebut. Plat besi di bawah pula disorok menggunakan karpet atau kebun tadi.\n\nUntuk versi dua orang pula, strukturnya sedikit berbeza, tapi prinsipnya sama. \n\nVideo pendek ini menerangkan bagaimana ia berfungsi, kalau anda masih ragu \u2013 ragu." "Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara setelah menggondol banyak pingat dalam Pertandingan Robotik Peringkat Antarabangsa (International Robot Olympiad (IRO) 2018 yang berlangsung di Manila, Filipina, pada 14 hingga 19 Disember lalu.\n\nKejayaan ini menjadikan tahun lalu merupakan tahun cemerlang yang melonjak nama Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam kelasnya tersendiri apabila penyertaannya dalam IRO sejak 2007 membuahkan kejayaan gemilang.\n\nPada pertandingan itu dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak, Muhammad Haris Haiqal Muhammad Fadli dan Nurul Diyanah Amny Zulfikri yang digelar Paritronics Robotics kerana berjaya merangkul pingat emas bagi Kategori Kreatif.\n\nSementara itu, Mohd Hiddan Maksan dan Joeyanatasa Jona Dapanis dari MRSM Kota Kinabalu, Sabah dan Muhammad Faiq Tajuddin dan Akmal Hakim Mahmud dari MRSM Kubang Pasu memperoleh pingat perak bagi Kategori Kreatif.\n\nDua pelajar MRSM Sultan Azlan Shah iaitu Muhammad Aisy Mohd Hisyam dan Daniele Shaquille Adam Craig Jayaprakasam turut membawa pulang pingat perak\u00a0 dalam kategori Robot in Movie.\n\nKetua Penolong Pengarah (Fizik), Bahagian Pendidikan Menengah, Ithnaini Muhamed Kamil berkata, pemilihan peserta ke IRO adalah melalui pertandingan robotik di peringkat kebangsaan iaitu MRSM RoboFair 2018 yang diadakan pada 20 hingga 23 Julai di MRSM Bentong.\n\n\u00a0\u201cMRSM RoboFair adalah satu platform inisiatif Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar MRSM dalam bidang pengaturcaraan robotik, dan tahun lalu adalah penganjuran kali ke-14.\n\n\u201cPemenang di Pertandingan MRSM RoboFair dipilih oleh MARA melalui BPM ke penyertaan IRO untuk Kategori Kreatif dan Robot in Movie (tiga penyertaan untuk kategori kreatif dari MRSM Parit, Kubang Pasu dan Kota Kinabalu dan satu penyertaan untuk kategori Robot in Movie dari MRSM Sultan Azlan Shah),\u201d katanya kepada GPSBestari.com.\n\nMenurutnya, bagi Kategori Kreatif, peserta perlu menyelesaikan beberapa tugasan seperti Ujian Reka Konsep Robot (Robot Concept Design Test), Pembinaan robot (Robot Construct) dan juga Pembentangan (Presentation).\n\nBagi Kategori Robot in Movie pula peserta akan diberi sub-tema.\n\nPeserta perlu membuat plot papan cerita dan merakamkannya berdasarkan sub tema tersebut.\n\nTambahnya, MARA akan terus menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar MRSM dalam bidang robotik selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan cemerlang di bidang robotik agar negara tidak ketinggalan menghadapi Revolusi 4.0.\n\nLebih kurang 1,000 penyertaan dari 38 negara seperti Australia, Korea, Indonesia, Singapura, China, Filipina, Mexico, Kazakhstan, Amerika Syarikat, New Zealand, Thailand dan lain-lain menyertai IRO ini.\n\nSementara itu, Guru Penasihat Kelab Robotik MRSM Parit (Paritronic Robotics), Zulakmal Abd Manas menyifatkan kejayaan Paritronics Robotics adalah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat seperti pihak pengurusan tertinggi Mara, Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Roboteam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Roboteam UIA) yang membantu dalam penyediaan projek, guru pengiring ke IRO 2018 dan pengurusan MRSM Parit serta komitmen ahli pasukan Paritronic Robotics dalam menjayakan projek tersebut.\n\n\u00a0Beliau yang juga guru Fizik ini turut berkongsi mengenai robot yang dicipta oleh Paritronic Robotics bertujuan membantu menangani pengasidan laut kerana robot ini ditugaskan menanam bingkai laut yang akan menyerap karbon dioksida terkandung dalam lautan.\n\n\u00a0\u201cRobot ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membinanya kerana kerangka diperbuat daripada paip PVC.\n\n\u00a0\u201cKami telah mengubah dua pam air dan menyesuaikannya menjadi motor yang kalis air. Ini sebab, motor yang kalis air dijual di pasaran dengan harga yang tinggi,\u201d katanya.\n\nSumber: gpsbestari" "Seorang pengurus pusat tuisyen baru \u2013 baru diugut oleh ibu bapa pelajar kerana enggan membayar yuran untuk hari \u2013 hari yang tidak dihadiri anaknya. \n\nAnda mengenakan caj untuk kelas yang tidak dihadiri pelajar tersebut kerana mereka telah pun habis periksa. Tak ada otak!\n\nMesej tersebut dibalas dengan baik oleh pengurus pusat tuisyen, dengan mengatakan \u2018terima kasih atas maklum balas anda\u2018.\n\nNamun kemudian ia dibawa pula kepada ugutan dan maki hamun.\n\nSaya tak akan galakkan sesiapapun pergi ke pusat tuisyen anda. Tak bertanggungjawab, bodoh dan tamak. Saya akan bawa hal ini kepada sekolah, ibu bapa dan guru. Saya juga akan buat aduan ke kementerian supaya pusat tuiseyn tamak ini dihentikan operasinya.\n\nPuan Fauziah Sirat, pengurus pusat tuisyen Seri Mawar Bestari tersebut kemudian menyatakan bahawa inilah cabaran yang perlu dihadapi untuk mendidik ibu bapa.\n\n\u201cInilah yang saya katakan mendidik ibu bapa itu merupakan satu pekerjaan yang sangat menuntut hati yang kuat dan ketabahan yang luar biasa.\n\nBayangkan bagaimana generasi muda yang berakhlak dapat dilahirkan apabila orang dewasa bercakap menggunakan perkataan-perkataan sebegini dan ugutan untuk menyelesaikan kemelut\u201d\n\nBeliau kemudian mengetengahkan persoalan sama ada wujud tuisyen yang dicaj mengikut bilangan pelajar hadir ke kelas. Persoalan ini turut digemakan netizen lain:\n\nNamun hal yang lebih besar daripada kemelut ini sebenarnya adalah refleksi bahawa ibu bapa hanya menganggap pendidikan itu hanyalah untuk peperiksaan.\n\n\u201d Inilah juga mentaliti berpaksikan peperiksaan. Anak-anak dihantar ke pusat tuisyen hanya untuk menyiapkan mereka ke medan peperiksaan. Apabila peperiksaan tamat, kelas tuisyen tak perlu dihadiri dan yuran tuisyen perlu dikecualikan\u201d\u00a0kata\u00a0beliau.\n\nBerbeza dengan tumpuan rata \u2013 rata pengendali pusat tuisyen lain yang semata \u2013 mata berfokuskan gred peperiksaan, visi Puan Fauziah ini ternyata unik, kerana beliau tegas mengatakan peningkatan pelajar lebih penting daripada grednya, walau tidak disenangi ibu bapa yang saban hari menanyakan kad laporan. \n\nKeuntungan\u00a0bukanlah\u00a0hal\u00a0yang\u00a0dikejar.\n\nBegitu juga, bagi beliau yang merupakan salah seorang pakar rujuk isu pendidikan, yang perlu dididik bukanlah peperiksaan, tetapi sikap cinta belajar. \n\n Bila kerajaan umumkan murid sekolah rendah Tahap 1 tiada peperiksaan mulai 2019, usahlah ibu bapa berjoget-joget seronok anak tak perlu belajar. Juga tak perlulah ibu bapa melenting marah-marah sebab tiada peperiksaan.Anak-anak perlu dididik budaya cinta belajar. Ada peperiksaan, tiada peperiksaan bukan persoalan. Yang perlu dipersoalkan ialah bagaimana kita mahu suburkan semangat mahu belajar; walau di luar buku teks, walau di luar sekolah. \n\nBeliau bagaimanapun kemudian menerima sokongan yang tak putus tiba daripada para pendidik, bekas pelajar dan warganet:\n\nNampaknya kita peroleh penamat yang gembira untuk cerita\u00a0ini:\n\n Jika semalam, tidur saya didodoikan dengan perkataan seperti \u2018idiot\u2019, \u2018no brain\u2019, \u2018selfish\u2019 dan ugutan-ugutan menaburkan pasir ke periuk nasi saya, hari ini saya bangun dengan semangat baharu.Terima kasih anak-anak yang penuh rasa empati, mencairkan gulana saya dengan kata-kata semangat untuk saya bangkit lebih kuat.\n\nTerima kasih ibu bapa\u00a0hebat\u00a0kerana mendidik anak-anak sebaik ini hingga mampu menyuntik elemen positif kepada \u2018orang tua\u2019 seperti saya.\n\nTahniah! Anda sumber inspirasi saya!?\n\nNota: di saat-saat saya menerima kata-kata keras semalam, sedikit pun air mata tidak mengalir. Tetapi sebaik sahaja membaca kata-kata daripada pelajar-pelajar saya, berhamburan air mata tak mampu diseka lagi??????." "Baru \u2013 baru ini warganet seluruh Malaysia digemparkan oleh satu komen biadap seorang pengguna media sosial bernama Eric Liew terhadap Sultan Muhammad V.\n\nKomentar itu kemudian mencetuskan kemarahan dan kecaman warganet yang meminta supaya dia diambil tindakan. \n\nWarga media sosial kemudian memburu Eric Liew, termasuklah menghujani tempat kerja beliau, Cisco dengan desakan untuk mengambil tindakan. Cisco kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan sedang diambil oleh pihak mereka.\n\nNamun malang sekali, apabila nama \u2018Eric Liew\u2019 dicari di ruangan carian Facebook, profail yang muncul paling atas sekali bukanlah Eric Liew pekerja Cisco, tetapi Eric Liew pensyarah Universiti Malaysia Pahang ..\n\nMaka sudah pasti, terdapat segelintir warganet yang \u2018terlajak\u2019 memaki beliau, kerana disangkakan orang lain.\n\nNamun, rakan taulan serta pelajar \u2013 pelajar beliau kemudian cepat mempertahankan beliau di ruangan komen, dengan menyedarkan orang ramai bahawa beliau tidak bersalah. \n\nBeberapa jam kemudian, beliau mengeluarkan hantaran mengesahkan bahawa beliau bukanlah orang yang dicari. Namun lebih sempoi, beliau sempat mempromosikan institusi pengajian beliau, Universiti Malaysia Pahang!\n\nSalam sejahtera kepada netizen sekalian\n\n 1. Saya bukanlah Eric Liew yang anda cari.2. Terima kasih kpd para netizen yg saya baru kenali dan student yang telah mempertahankan saya.3.Kepada Eric Liew yang lagi satu yang mengakibatkan semua ini, anda hampir saja memusnahkan hidup saya dengan hantaran pengecut dan tidak bertanggungjawab anda. Malaysia tidak dibina dalam satu hari atau oleh orang seperti kamu. Saya harap anda belajar sesuatu daripada semua ini. Jadilah seorang warga Malaysia yang menghormati orang lain. \n\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\u00a0Pengajaran dan kajian yang berkualiti. \n\nTahniah kepada beliau kerana berlaku tenang dalam krisis ini, semoga terus bersemangat untuk mengajar dan menabur kepada kepada dunia akademik!" "Masalah kehadiran murid adalah satu masalah yang dialami oleh hampir semua sekolah. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan murid hadir seperti mengambil kehadiran di pintu pagar, menelefon ibu bapa, dan mendenda murid yang tidak hadir berkali \u2013 kali.\n\nNamun sebuah sekolah di Johor pergi lebih jauh apabila mereka mengguna pakai sistem biometrik \u2013 imbasan cap jari untuk mengambil kehadiran murid. \n\nSistem canggih yang diguna pakai oleh SMK Bandar Tenggara itu juga membolehkan ibu bapa untuk menerima laporan langsung status kehadiran anak \u2013 anak mereka.\n\nSetiap hari, murid dikehendaki mengimbas jari mereka di terminal khas sistem biometrik tersebut.\n\nPengetua sekolah tersebut, Puan Noraini Mohd Nor mengatakan bahawa sistem ini adalah satu usaha untuk mencapai KPI kehadiran 95%. \n\nSistem ini juga memudahkan guru, kerana mereka tidak perlu lagi mengambil kehadiran pelajar secara manual setiap hari. \n\nIbu bapa rata \u2013 rata menerima baik pengenalan sistem biometrik ini kerana mereka mudah untuk menyemak kehadiran anak \u2013 anak, mereka, hanya dengan merujuk kepada aplikasi kehadiran khas.\n\nUntuk menampung kos sistem tersebut pula, ibu bapa dikehendaki membayar RM15 setahun untuk satu keluarga." "Apabila kita meneroka alam media sosial, pasti tidak terlepas daripada \u2018tersangkut\u2019 menonton video \u2013 video kucing.\n\nDan, sudah pasti kita pernah menganga kagum menonton video \u2013 video kucing yang mampu memuatkan diri mereka dalam bekas \u2013 bekas kecil, seolah \u2013 olah mereka miliki sifat cecair.\n\nSifat istimewa dan kelakar kucing ini begitu dikenali sehingga manusia mencipta satu ungkapan \u2018cats are liquids\u2018 (kucing adalah cecair)\n\nApabila ungkapan ini diungkapkan kepada seorang saintis, Marc-Antoine Fardin, beliau ketawa. Namun kemudian beliau terfikir:\n\nCecair secara tradisionalnya didefinisikan sebagai bahan yang mengikut bentuk bekas. Namun dalam beberapa kondisi, kucing seakan \u2013 akan memenuhi definisi ini.\n\nMaka dengan pemerhatian yang begitu saintifik itu, Fardin kemudian menghasilkan satu kertas kajian yang bertajuk \u2018On the rheology of cats\u2019 \n\nRheology adalah satu kajian mengenai sifat mengalir. Menurut pemerhatian Fardin, kucing boleh mengadaptasikan bentuk mereka mengikut bentuk bekas jika kita berikan mereka masa yang cukup. Maka kucing adalah cecair jika kita berikan masa untuk mereka menjadi cecair.\n\nFormula utama yang digunapakai oleh beliau adalah \u2018nombor Deborah\u2018 (De ? ? / T), iaitu satu nombor tidak berdimensi yang menentukan tahap cair atau pejal sesuatu bahan. Ia antara lain digunakan dalam geologi untuk menentukan aliran gunung dan glasier.\n\nNombor Deborah tersebut membandingkan antara masa pengenduran dan masa eksperimen. Ringkasnya, sekiranya nombor Deborah seekor kucing yang masuk ke dalam singki dan berubah menjadi bentuk singki adalah kurang daripada 1, ia adalah relatifnya cecair. Jika lebih daripada 1, ia adalah relatifnya pepejal. \n\nNamun, kajian tersebut tidak memperoleh kata putus. Menurut kertas tersebut: \u201ckesan basahan dan tribologi umum kucing masih belum cukup maju untuk memberikan jawapan definitif kepada kebergantungan kapilari terhadap masa pengenduran kucing\u201d\n\n. Hah? Jadi kucing ni cecair ke tak?\n\nKajian Ini Menangi Anugerah Ig Nobel Prize\n\nWalaupun kajian ini sangat penting kepada lanskap ilmiah tamadun manusia, ia tidak diberikan anugerah Nobel yang berprestij itu.\n\nSebaliknya, kertas kajian On the Rheology of Cats itu diberi penghargaan anugerah Ig Nobel Prize, iaitu anugerah sains yang diberikan kepada kajian \u2013 kajian yang membuatkan orang ketawa, kemudian berfikir. \n\nSemoga kajian terhadap dinamika bendalir kucing ini dapat membuktikan kepada kita bahawa soalan \u2013 soalan lekeh yang kita pernah terfikir boleh jadi memiliki nilai saintifik yang boleh diteroka." "Kehebatan netizen kita \u2018membahan\u2019 dan \u2018membawang\u2019 di media sosial menjadi topik kajian penyelidikan linguistik Universiti Sains Malaysia. \n\nDalam kertas kajian bertajuk \u2018Analisis Ketidaksantunan Bahasa Dan Kesantunan Bahasa Dalam Laman Sosial Facebook Berdasarkan Model Ketidaksantunan Culpeper (1996, 2005) Dan Strategi Kesantunan Brown Dan Levinson\u2018, pengkaji Nur Atikah bt Jusoh menganalisa strategi \u2013 strategi pengguna Facebook mengungkapkan komen \u2013 komen \u2018membawang\u2019.\n\nIstilah \u2018membawang\u2019 dan \u2018membahan\u2019 bagaimanapun dipersembahkan sebagai \u2018ketidaksantunan\u2018, kerana mungkin lebih sesuai untuk kertas kajian.\n\nPengkaji memilih satu data asal (hantaran membawang versi confession)* dan kemudian mengkaji strategi ketidaksantunan yang dibuat oleh pengguna media sosial (komen \u2013 komen maki hamun dan membahan)*.\n\n*Tafsiran dalam kurungan adalah daripada pihak penulis artikel ini.\n\nBerikut adalah hantaran asal seorang confessor yang menjadi bahan kajian:\n\nRupa \u2013 rupanya, menurut pengkaji, terdapat empat strategi ketidaksantunan / membahan* yang diguna pakai oleh netizen untuk menyampaikan \u2018isi hati murni\u2019 mereka:\n\nJenis \u2013 jenis strategi yang netizen gunakan untuk membahan data asal adalah seperti di bawah:\n\nStrategi Ketidaksantunan Secara Langsung\n\nStrategi ketidaksantunan secara langsung adalah merupakan strategi yang digunakan oleh penggunanya yang berniat untuk memberi ancaman air muka kepada pendengar secara langsung . \n\nDengan kata lain, strategi ini adalah apabila netizen membahan secara langsung, tanpa segan silu, dengan ungkapan \u2013 ungkapan yang jelas negatif.\n\nTujuan strategi ini adalah untuk menjatuhkan air muka penghantar asal secara langsung.\n\nStrategi Ketidaksantunan Positif\n\nStrategi ini lebih kompleks. Strategi ketidaksantunan positif adalah strategi menjatuhkan air muka seseorang dengan cara:\n\nContoh strategi ini adalah seperti:\n\nBerbeza dengan strategi pertama tadi, penggunaan perkataan tabu wutoh atau butoh yang bermaksud kemaluan lelaki secara tidak langsung menjatuhkan air muka confessor tadi. \n\nContoh lain adalah seperti penggunaan kata bodoh, yang juga secara tidak langsung menyebabkan confessor berasa tidak selesa. \n\nStrategi Ketidaksantunan Negatif\n\nStrategi ketidaksantunan negatif merupakan strategi yang digunakan untuk menyebabkan air muka negatif seseorang rosak.\n\nKita dapat tahu strategi ini digunakan apabila ada unsur menakutkan seperti mengugut, adanya ejekan atau penghinaan, adanya kaitandengan aspek negatif, dan adanya serangan dengan menggunakan maklumat yang lain yang digunakan oleh penutur.\n\nDalam contoh ini, pembahan menggunakan perkataan dialek utara makngot yang bermaksud lembab. Maksudnya confessor dilabel sebagai seorang yang lembab berfikir.\n\nDalam contoh di atas pula, jelas terdapat unsur ugutan untuk menendang confessor masuk ke tasik biawak. Ini bertepatan dengan kriteria strategi ketidaksantunan negatif. Ia juga mendatangkan rasa ingin melawat tasik biawak yang mungkin boleh jadi tempat percutian* \u2013 tambahan penulis.\n\nStrategi Penggunaan Sindiran\n\nIni mungkin strategi yang paling kreatif, dan semakin dikuasai oleh netizen.\n\nStrategi penggunaan sindiran merupakan strategi yang digunakan untuk menunjukkan strategi kesantunan yang tidak benar, berpura- pura, atau nilai kesantunan itu hanya wujud secara tersurat sahaja.\n\nStrategi ini lebih mudah difahami dengan contoh: \n\nKesimpulan Berharga\n\nSebenarnya, bukan semua respon yang diberikan adalah negatif dan bersifat ketidaksantunan, ada juga komentar yang positif dan berkesantunan.\n\nTetapi yang bersifat ketidaksantunan / membahan itu lebih banyak.\n\nAdakah ini bermakna adab dan tatasusila masyarakat Malaysia begitu teruk di alam maya kerana terlalu suka membahan? Tidak juga.\n\nMenurut pengkaji, sebenarnya punca netizen membahan adalah kerana hantaran asal itu sendiri bersifat membahan:\n\nPenggunaan strategi ketidaksantunan yang lebih kerap daripada penggunaan strategi kesantunan kemungkinan besar melibatkan DATA ASAL. Hal ini kerana R1 dalam DATA ASAL itu sendiri ada menggunakan strategi ketidaksantunan\n\nMaka kesimpulannya, jika tidak mahu dibahan, jangan membahan." "Antara tugasan paling memberi tekanan dalam hidup seseorang adalah apabila dikehendaki menyiapkan kertas kajian saintifik. Biasalah, kadang kala eksperimen tak menjadi, kadang kala tiada idea.\n\nKadang kala malas sebab tersangkut dengan hal \u2013 hal lain yang lebih berfaedah, seperti layan video kucing.\n\nMaka kadang kala, tahu \u2013 tahu sahaja, tinggal lagi beberapa hari kertas saintifik tersebut perlu dihantar. Di sebalik panik dan kekesalan, mulalah dicari laman web \u2013 laman web ajaib yang boleh membantu hasilkan kertas saintifik dalam masa 1 hari.\n\nJangan risau, kerana sebenarnya memang ada! \n\n. Lebih kurang. Tak lebih, tapi sangat kurang.\n\nSci \u2013 Gen, Penjana Kertas Kajian Automatik\n\nSci \u2013 Gen adalah laman web mengagumkan yang membolehkan anda hasilkan kertas kajian saintifik, dengan nama anda sebagai penulis, dalam masa beberapa saat! Tak kira siapa pun anda, anda boleh hasilkan kajian saintifik sendiri!\n\nCaranya mudah saja, letakkan nama anda dan nama beberapa \u2018rakan pengkaji\u2019 yang lain, dan jeng, sebuah kertas kajian dengan tajuk berkisar mengenai sains komputer akan dihasilkan untuk anda.\n\nAnda malah boleh hasilkan kertas \u2013 kertas kajian lain kerana hasilnya berbeza setiap kali:\n\nSekali imbas, nampak seperti hasil yang diperoleh memang sah. Memang kertas \u2013 kertas kajian hebat yang dikeluarkan.\n\nNamun jika diteliti betul \u2013 betul, 100% isi setiap perenggan adalah merepek dan keseluruhan kertas tidak langsung seragam.\n\nHal ini kerana Scigen bukanlah bertujuan menghasilkan kertas kajian yang serius, sebaliknya ia adalah laman web penghasil kertas kajian \u2018prank\u2019, \u2018gobbledegook\u2019, \u2018nonsense\u2019, . sebagai bahan ketawa.\n\nMenipu Konferens Saintifik Murahan\n\nSciHub dibangunkan oleh beberapa orang calon PhD MIT pada tahun 2005, dengan tujuan utamanya untuk \u2018menghiburkan\u2018. Ia menggabungkan jalinan perkataan \u2013 perkataan bombastik secara rawak untuk meyakinkan orang bahawa ia sememangnya kertas kajian saintifik yang sah, kerana ia amat sukar difahami. \n\nSudah pasti bila anda seorang pelajar MIT, itulah definisi hiburan bagi anda.\n\nNamun, terdapat juga beberapa fungsi lain program tersebut. Antara lain,\u2019 kertas kajian\u2019 tersebut dihantar kepada konferens \u2013 konferens murahan yang sangat rendah piawai semakannya.\n\nTernyata, beberapa jerat mereka mengena. Beberapa kertas kajian yang 100% merepek tersebut dipersembahkan dalam konferens \u2013 konferens palsu.\n\nNature melaporkan terdapat lebih daripada 120 kertas kajian merepek yang terpaksa ditarik balik. Sekarang malah terdapat program khas yang dapat mengesan kertas \u2013 kertas saintifik palsu yang dihasilkan oleh komputer.\n\nMaka, ternyata anda tak boleh gunakan laman web tersebut untuk menampung kembali waktu kajian anda yang hilang akibat menonton video kucing. Kecuali kalau anda yakin pensyarah anda pun tonton video kucing sewaktu menyemak kertas anda.\n\nPaling kurang, anda boleh gunakan kertas \u2013 kertas saintifik merepek tersebut untuk yakinkan bakal mertua anda yang mahukan menantu pandai \u2013 pandai." "Institut Kajian Getty telah mendigitasikan koleksi gambar \u2013 gambar sewaktu zaman khilafah Uthmaniyah yang boleh diakses dan dimuatturun secara percuma. \n\nGambar \u2013 gambar tersebut adalah sekitar abad ke 19 dan awal abad ke 20, yang dikumpul oleh seorang pengumpul Perancis Pierre de Gigord sewaktu pengembaraan beliau di Turkey. \n\nKoleksi gambar tersebut adalah dalam pelbagai format. Daripada cetakan albumen kepada slaid kaca dan album, koleksi tersebut mendokumentasikan seni bina, lanskap urban dan semula jadi, tapak arkeologi peradaban beribu \u2013 ribu tahun dahulu, dan hiruk pikuk kehidupan empayar Uthmaniyah yang ketika itu semakin lemah.\n\nTermasuk dalam koleksi tersebut adalah gambar panorama 10 bahagian Istanbul, yang memerlukan kesemua bahagian cetakan albumen itu dicantumkan. Hasilnya adalah satu pandangan panorama mengagumkan pencakar langit Istanbul dan Selat Bosforus pada tahun 1878.\n\nMelalui projek digitasi tersebut, kita boleh pelajari keadaan perdagangan dan kesenian Turki, wanita \u2013 wanita mereka, seni bina pusat bandar Uthmaniyah, program \u2013 program kerajaan dan geopolitik kawasan tersebut. \n\nBagi Muslim pula, gambar \u2013 gambar saat \u2013 saat akhir sebelum jatuhnya sistem khalifah pula sedikit mendatangkan rasa syahdu dan kerinduan." "Sungguhpun otak manusia merupakan struktur paling kompleks dalam alam semesta, dengan kemampuan jauh mengatasi supercomputer termaju dunia, ia masih terbatas.\n\nKita tidak mampu untuk membayangkan satu warna yang kita tak pernah tengok sebelum ini (cubalah!). \n\nKita juga tidak mampu untuk membayangkan dimensi ke empat (4D), kerana kita hidup dalam dunia tiga dimensi (3D).\n\nNamun, sebuah permainan video yang bernama 4D Toys mungkin boleh membuatkan kita faham sedikit situasi dunia 4D. Ia sememangnya satu permainan yang membuat minda kita meletus.\n\nDalam permainan ini, bentuk \u2013 bentuk 3D berperangai sangat pelik. Secara tiba \u2013 tiba bentuk petak bertukar menjadi piramid, kemudian menjadi bentuk kuboid yang tidak seragam, bentuk sfera pula bertukar \u2013 tukar saiz dari besar ke kecil, dan tiba \u2013 tiba bentuk tersebut hilang.\n\nRupa \u2013 rupanya, apa yang berlaku adalah bentuk \u2013 bentuk 3D tersebut masuk ke alam 4D, lantas mengubah keratan rentasnya.\n\nSabar, ini sedikit penjelasan untuk bantu kita faham dimensi \u2013 dimensi tersebut.\n\n0D, 1D, 2D, 3D dan 4D\n\nDimensi kosong adalah adalah satu titik di dalam ruang. Ia tidak mampu pergi ke mana \u2013 mana. \n\nApabila kita susun titik \u2013 titik tersebut bersebelahan satu sama lain, kita akan dapat satu garis 1D. Satu garisan sebenarnya adalah gabungan siri \u2013 siri titik yang bersambung. \n\n2D pula adalah apabila garisan lurus tersebut disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita \u2018memanjangkan\u2019 garis lurus tersebut dalam dimensi kedua, kita akan peroleh bentuk segi empat. Apabila kita bergerak dalam dua dimensi ini, kita berada pada garisan \u2013 garisan berbeza yang dipanggil satah.\n\n3D pula adalah siri \u2013 siri satah yang disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita bergerak pada dimensi ketiga ini, kita sebenarnya bergerak merentasi satah \u2013 satah yang berbeza. Kita panggil ini sebagai ruang. Kiub adalah bentuk apabila kita memanjangkan satah sepanjang dimensi ketiga.\n\nSekarang kita masuk pada dimensi keempat, ia agak menakjubkan. Sama seperti dimensi \u2013 dimensi tadi, 4D adalah siri \u2013 siri ruang 3D yang disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita bergerak merentasi dimensi keempat, kita dapati diri kita pada ruang \u2013 ruang 3D yang berbeza. Apabila kita memanjangkan ruang 3D ini, kita akan peroleh bentuk kiub 4D atau tesseract, (eh jap, macam pernah dengar).\n\nCuma masalahnya, disebabkan kita hidup dalam alam 3D, kita tak dapat tengok dimensi 4D yang sebenarnya. Rajah di atas nampak macam bertindan satu sama lain, tapi kalau kita kanak \u2013 kanak yang dilahirkan oleh emak 4D di dunia 4D, kita akan nampak satu bentuk yang tak bertindan.\n\nApa Jadi Kalau Satu Makhluk Dimensi Lain Kunjungi Dimensi yang Lebih Tinggi?\n\nBayangkan anda seorang manusia 2D yang wujud di dimensi 2D. Hidup anda indah, semua benda bergerak atas bawah, kiri kanan. \n\nTapi bagaimana kalau dunia anda sebenarnya 3D, tapi anda saja yang tersekat pada satu satah 2D?\n\nApa yang berlaku adalah, anda akan dapati bola yang bergerak \u2013 gerak di dimensi 3D sebagai satu bentuk bulatan 2D yang mengecil dan membesar, serta terapung. Sedangkan sebenarnya keratan rentas 3D bentuk bola tersebut berubah \u2013 ubah.\n\nApabila satu bentuk kiub 3D bergerak \u2013 gerak dan berputar \u2013 putar pada keratan rentas 2D, kesannya lebih dramatik.\n\nBagi lelaki 2D tersebut, dia akan perhatikan bentuk petak tersebut berubah \u2013 rubah bilangan sudut, menjadi bentuk kuboid pelik dan terapung \u2013 apung. Apabila ia terkeluar daripada satah 2D, ia hilang daripada pandangan.\n\nBagi kita yang menonton di dunia 3D pula (sudut kiri) segalanya masuk akal. Namun kita juga akan dapati kebingungan apabila kita dibawa ke dunia 4D sedangkan kita masih hanya mampu melihat ruangan 3D.\n\nDalam video GIF di atas, prinsip yang sama berlaku kepada situasi lelaki 2D tadi. Kita sebagai makhluk 3D melihat dunia 4D dengan kepelikan.\n\nMaka sebenarnya, apa yang kita perhatikan adalah keratan rentas 3D pada bentuk \u2013 bentuk dunia 4D. Bentuk sfera yang terapung adalah keratan rentas 3D untuk bentuk sfera hyper 4D. Bentuk \u2013 bentuk kiub itu pula berubah \u2013 ubah bilangan permukaannya kerana ia sebenarnya keratan rentas 3D untuk bentuk kiub hyper 4D. Apabila bentuk \u2013 bentuk tersebut bergerak keluar ke dimensi 3D, ia hilang.\n\nDan bukan itu saja, dunia 4D ini juga mampu melakukan perkara pelik yang mencanggahi fizik dunia kita. Seperti menceraikan dua bentuk yang mustahil cerai." "Baru \u2013 baru ini timbul trend baru di media sosial bernama #10yearschallenge, di mana pengguna \u2013 pengguna Twitter, Instagram dan Facebook memuatnaik dua gambar bersebelahan, membandingkan diri mereka 10 tahun lepas dengan sekarang.\n\nTrend ini turut tular apabila disambut oleh golongan selebriti.\n\n Dari segi luaran, nampaknya trend ini tidak berbahaya dan tidak mendatangkan apa \u2013 apa risiko. Namun sesetengah pihak membongkarkan beberapa maklumat yang agak menggerunkan berkenaan cabaran media sosial ini.\n\n\u201cIni Satu Percubaan Melombong Data Algoritma Pengecaman Muka\u201d\n\nMenurut Kate O\u2019Neill yang menulis untuk wired.com, tidak mustahil trend ini merupakan satu percubaan syarikat \u2013 syarikat media sosial gergasi melombong data.\n\nBayangkan anda ingin melatih algoritma pengecaman muka berkaitan ciri \u2013 ciri penuaan (iaitu bagaimana orang kelihatan setelah mereka tua). Secara idealnya, anda mahukan set data yang luas dan banyak merangkumi gambar \u2013 gambar jutaan orang. Ia juga akan sangat membantu jika anda tahu selang umur yang tepat untuk dua gambar tersebut, seperti selang 10 tahun. \n\nMenurut beliau, trend ini boleh jadi merupakan satu percubaan besar \u2013 besaran untuk melatih A.I (Kecerdasan Buatan) mengecam proses penuaan muka manusia. \n\nSudah pasti, pandangan skeptikal beliau dipertikai orang dengan mengatakan bahawa boleh saja Facebook mencari gambar \u2013 gambar lama pada profail Facebook kita sendiri tanpa perlu membuat challenge ini.\n\nMe 10 years ago: probably would have played along with the profile picture aging meme going around on Facebook and InstagramMe now: ponders how all this data could be mined to train facial recognition algorithms on age progression and age recognition\n\nTapi jawab beliau, gambar \u2013 gambar lama yang dimuatnaik oleh ramai orang 10 tahun lepas tidak begitu boleh dipercayai. Orang tidak memuat naik gambar dalam turutan waktu kronologi, dan ramai orang yang menggunakan gambar bukan manusia sebagai gambar profail mereka. \n\nDengan meme Facebook terbaru ini, mereka dapat membuat orang memuatnaik sendiri gambar mereka 10 tahun lepas, serta meletakkan konteks yang sangat membantu A.I mereka (contoh \u2013 \u2018saya pada 2008, saya pada 2018\u2019)\n\nDengan kata lain, berkemungkinan trend terbaru ini adalah suatu kejuruteraan sosial pada skala besar \u2013 besaran. Kita sebagai pengguna media sosial yang berikan data percuma untuk dieksploitasi syarikat media sosial.\n\nSuatu Ancaman Siber\n\nMenurut portal My Two Cents pula, #10YearsChallenge boleh digunakan oleh penjenayah siber untuk melakukan salah laku alam maya.\n\n Untuk penjenayah, ianya sangat mudah. Jika dahulu anda single dan sekarang berkeluarga dan semakin kaya, penjenayah akan mula memikirkan tentang segala kemungkinan kejahatan yg boleh dilakukan, terhadap anda sendiri ataupun keluarga anda. \n\nMenurut penulis, data berharga yang diperoleh membolehkan pihak lain untuk mengambil kesempatan, seperti mengiklankan produk dan servis yang mereka rasakan sesuai dengan situasi anda sepanjang 10 tahun lepas. \n\nSejarah Menggerunkan Manipulasi Data Media Sosial\n\nDalam satu analisa yang cukup elaboratif, Asyraf Farique, pengkaji di IRIS Institute membentangkan perkembangan bagaimana media sosial dijuruterakan untuk memanipulasi pengguna \u2013 penggunanya. \n\nAntara lain, beliau mendedahkan bagaimana \u2018feature\u2018 emosi di Facebook dieksploitasi untuk menjual data.\n\nDalam satu laporan yang telah dibocorkan oleh media mendapati Facebook mengakui mereka boleh mengesan dan mengenal pasti tahap emosi jiwa pengguna. Adakah mereka sedang marah, sedih, kecewa, rasa bodoh, takut, atau sedang gagal. Maka kerapuhan ini akan digunakan dengan menjual data pelanggan kepada pengiklan, supaya iklan yang sesuai akan dipaparkan mengikut situasi emosi pengguna. \n\nBeliau juga mengajak kita berfikir sama ada kita betul \u2013 betul merdeka daripada diperhambakan media sosial.\n\n Di mana kemerdekaan diri kita dalam membuat keputusan dan mengatur pilihan diri? Adakah media sosial ini menjadi alat kepada kita untuk memudahkan perhubungan atau tanpa kita sedari, diri kita sendiri sudah dieksploitasi dan kita menjadi mangsa kepada mereka!" "Mahu rasa diri anda tua? Tanya mana \u2013 mana pelajar sekolah rendah kalau mereka tahu apa itu disket.\n\nDisket, cakera liut, floppy disk tu. Yang kita orang \u2013 orang tua dahulu gunakan untuk simpan data. Yang kemudian diganti oleh CD dan pendrive, kemudian Dropbox dan Google Drive..\n\nBancian YouGov terhadap 2011 kanak \u2013 kanak berusia dalam lingkungan 6 \u2013 18 tahun dapati 67 peratus tidak mengenali apa itu disket.\n\nYa, terdapat sebahagian daripada mereka yang mengatakan itu adalah simbol \u2018save\u2019 di komputer. \n\nDi samping itu, mereka turut menanyakan sama ada kanak \u2013 kanak tersebut masih mengenali beberapa lagi teknologi \u2013 teknologi \u2018kuno\u2019 yang pernah digunakan generasi terdahulu.\n\n71% daripada mereka tidak lagi mengenali projektor yang dahulu biasa digunakan di kelas \u2013 kelas, 40% tidak mengenali kaset muzik. Namun agak mengejutkan hanya 27% yang tidak mengenali mesin taip. \n\nBagi yang tidak mengenali mesin taip pula, mereka mengatakan ia adalah \u2018benda yang digunakan untuk menulis skrip filem\u2019.\n\nPerubahan Teknologi Terlalu Cepat\n\nKita sekarang berada di gerbang Industri Revolusi Keempat, dan ia menjadi punca keresahan pelbagai pihak.\n\nKerana antara lain, revolusi ini dirasakan terlalu cepat.\n\n\u201cJika anda lihat pada revolusi pertama, kedua atau ketiga, teknologinya berkembang, tetapi ia melangkaui beberapa generasi dan tempoh hayat manusia. Namun sekarang revolusi berlaku kurang daripada satu tempoh generasi\u201d kata Xavier Bourgouis, pegawai informasi firma teknologi Barco.\n\nSekarang kita ada orang yang tahu bagaimana membaiki kaset, tetapi anak mereka tidak tahu apa kegunaannya. Bila anak 6 tahun saya menonton filem di skrin TV, dia pergi kepada skrin tersebut dan cuba menyentuhnya.\n\nJika anda berminat untuk meneroka lanjut kesan Revolusi Industri Keempat ini, boleh tonton video di bawah:" "Kebanyakan minyak mentah/bahan api fossil malangnya bukan berasal daripada T-rex yang tuan-tuan dan puan-puan sayangi.\n\nMinyak mentah atau bahan api fossil atau kerogen yang menjadi omongan orang kebanyakan bukanlah berasal daripada dinosaur sebenarnya. Kemungkinan besar juga, tiada langsung kerogen yang terhasil daripada dinosaur, mungkin terdapat sedikit sahaja yang terhasil daripada reptilia marin yang hidup di dalam laut misalnya Ichthyousaurus.\n\nKerogen ialah sejenis bahan organik yang berstrukturkan alkana CnH2n+2, terhasil setelah mana-mana bahan organik yang terpelihara di dalam batu mendapan misalnya lipid (seperti lemak dan lilin), karbohidrat dan lignin (pokok), dipanaskan dan dimampatkan pada suhu dan tekanan yang sesuai. Katagenesis atau \u201coil window\u201d (50-200\u00b0C) akan menghasilkan minyak dan suhu setelahnya, metagenesis, akan menghasilkan gas.\n\nJenis-jenis kerogen diklasifikasikan mengikut nisbah pasangan hydrogen dan oksigen, H:O dan karbon dan oksigen, C:O dan ini ditentukan oleh kandungan-kandungan bahan organik yang terdapat pada organisma yang telah terpelihara di dalam batu mendapan tersebut. Yang menariknya, setiap organisma yang tinggal di persekitaran dan alam yang berbeza, akan menghasilkan nisbah H:O dan C:O yang berbeza, jenis kerogen yang berbeza!\n\nTiga jenis kerogen yang utama ialah (Jenis i) kerogen sapropel, (Jenis ii) kerogen liptinik (penuh lipid) dan (Jenis iii) kerogen humic:\n\ni. Kerogen sapropel terhasil daripada alga seperti Bottrycoccus, kaya dengan bahan alifatik yang terperangkap di dalam batu syal purba dan menghasilkan minyak.\n\nii. Kerogen liptinik pula terhasil daripada zooplankton dan phytoplankton yang terperangkap dan menghasilkan minyak.\n\niii. Kerogen humic pula terhasil daripada tumbuh-tumbuhan darat yang mendapat pemendapan awal seperti di kawasan paya atau delta purba dan ini akan menghasilkan gas asli dan arang batu contohnya di Luconia Tengah, Sarawak (Shell please hire me).\n\nApa?! Kenapa dinosaur takdak dalam nihhh?!\n\nMalangnya, sesuatu batu itu, sekiranya mahu untuk memelihara bahan organik, tidak boleh didedahkan dengan dua (2) perkara penting yakni:\n\n1) Oksigen: Sekiranya terdapat oksigen di sesuatu persekitaran, bakteria dan mikroorganisma akan wujud di samping dinosaur-dinosaur kesayangan semua.\n\n2) Bakteria dan mikroorganisma: sekiranya mereka ni ada, maka lunyailah segala tisu badan dan lelemak yang boleh ditukar menjadi kerogen.\n\nOleh sebab dua faktor yang penting tersebut, segala bahan-bahan organik yang mampu ditukar kepada kerogen hanya akan terjadi apabila disemadikan di persekitaran yang tidak mempunyai oksigen dan bekteria dan mikroorganisma seperti di dasar laut.\n\nKesimpulannya yang Arif, Minyak Mentah Bukan daripada Dinosaur.\n\nRumusannya, minyak mentah tidak terhasil daripada dinosaur namun terhasil daripada alga, zooplankton, phytoplankton dan tumbuh-tumbuhan kerana segala ramuan untuk menjadikan bahan mentah itu wajib dimendapkan dan dipelihara sebelum ditanam pada suhu dan tekanan yang sesuai.\n\nTapi, plankton kecik, 1mm je seekor tu!? Dekat sini saya nak ajak tuan-tuan dan puan-puan berfikir sejenak dan berasa kagum dengan sistem ciptaan Allah. Sekumpulan plankton yang kecil mampu menjana minyak sehingga beratus juta km3 dan kawasan yang dahulunya paya atau delta kini menjana 10 trillion meter persegi gas asli seperti di Luconia Tengah.\n\nFikir-fikirkan.\n\nTulisan oleh : Muhammad Azri \n\nRujukan:1. AAPG Wiki \u2013 Source rocks, accessed 19/1/20192. Lunt & Mazlan Madon, 2017, A review of the Sarawak Cycle: History and modern application.3. Schlumberger Oilfield Glossary \u2013 source rocks, accessed 19/1/2019.4. Selley & Sonnenberg, 2015, Elements of Petroleum Geology, 3rd ed.5. Wee & Liew, 1988, Development Planning of the F6 Gas Field in Central Luconia, Offshore Sarawak, Malaysia." "Universiti Malaya (UM) berada pada tangga ke-18 di dalam Emerging Economies University Rankings (EEUR) 2019 seperti dikeluarkan Times Higher Education (THE).\n\nKedudukan itu meletakkan UM dalam kalangan 20 universiti terbaik dunia dan berkembang maju di samping institusi pengajian tinggi (IPT) berprestasi terbaik di negara ini.\n\nUM naik 9 anak tangga daripada kedudukan sebelumnya di tempat ke 27.\n\nIni adalah kedudukan paling tinggi pernah diperoleh universiti tersebut, dan kali pertama UM tersenarai dalam 20 Universiti terbaik THE\u2019s\u00a0Emerging Economies University Rankings. \n\nPemilihan oleh THE ini mengambil kira lima kategori utama yang dinilai iaitu dari segi pengajaran, penyelidikan, tinjauan antarabangsa, kutipan dan pendapatan industri. \n\nMaka, nampaknya reputasi yang dimiliki oleh UM semakin diiktiraf oleh badan antarabangsa tersebut.\u00a0 \n\n\nSelain UM, terdapat 2 lagi universiti tempatan yang berjaya menyenaraikan diri di dalam kedudukan 100 terbaik. Ini termasuklah Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan ke-60. Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula memanjat 15 kedudukan untuk mendapat tangga ke-86." "Siapa kata permainan tradisional kita tiada nilai kajian akademik dan saintifik?\n\nSebuah kajian mengenai congkak telah dilakukan oleh sepasukan saintis Jepun daripada Japan Institute of Science and Technology .\n\nKajian yang diketuai oleh Professor Hiroyuki Iida itu bertajuk \u2018Game Information Dynamics and Its Application to Congkak and Othello\u2018 , di mana ia menganalisis model dinamika ketidakpastian keputusan permainan Congkak, dibandingkan dengan permainan terkenal antarabangsa, Othello. \n\nBagaimana Orang Jepun Boleh Mengenal Congkak?\n\nCongkak diperkenalkan ke Negara Jepun baru \u2013 baru ini sahaja, dan untuk pertama kali.\n\nKertas kajian tersebut mengatakan bahawa permainan itu adalah permainan tempatan Asia Tenggara yang cukup unik, dan sangat berkemungkinan ia akan tersebar luas.\n\nPermainan yang dianggap berasal daripada perkataan \u2018congak\u2019, atau kiraan tersebut berkemungkinan sampai kepada pengetahuan mereka menerusi usaha Kementerian Pelancongan Malaysia yang menganjurkan pertandingan congkak di serata dunia.\n\nAntara lain, pertandingan congkak dipromosikan di Eropah seperti di European Games di Cardiff.\n\nBoleh jadi, congkak dikenali di Jepun lantaran promosi oleh pelajar \u2013 pelajar Malaysia di sana.\n\nMengira Tahap \u2018Keseronokan\u2019 Menggunakan Matematik\n\nDengan menggunakan konsep fizik mekanika bendalir dan matematik, pasukan pengkaji tersebut menganalisa tahap \u2018keseronokan\u2019 permainan congkak dan Othello.\n\nPersamaan yang digunakan adalah seperti berikut:\n\nMenurut persamaan ini, dijangka semakin tinggi nilai q, semakin besar perbezaan kekuatan kedua \u2013 dua pasukan, begitulah sebaliknya. \n\nInilah graf \u2018kelebihan tidak berdimensi dan ketidakpastian keputusan permainan\u2019 yang diperoleh untuk permainan congkak. \n\nIni pula perbandingan dengan graf Othello.\n\nIni pula perbandingan dengan Permainan Piala Dunia Fifa 2010 untuk penentuan tempat ketiga antara German melawan Uruguay.\n\nKeputusannya, ketidakpastian congkak dianggarkan menerusi model lengkungan:\n\nManakala untuk Othello:\n\nKesimpulannya, Othello dianggap sebagai suatu permainan yang lebih \u2018stabil\u2019 tetapi \u2018berat sebelah\u2019, sedangkan congkak didapati suatu permainan unik yang lebih bersifat \u2018jongkang \u2013 jongket\u2019.\n\nApapun, kertas kajian ini bagaimanapun membuat pencerahan bahawa hakikatnya, keputusan ini tidak objektif kerana \u2018keseronokan\u2019 itu bergantung kepada perasaan individu." "Kalau anda ada anak kecil / anak buah / kanak \u2013 kanak jagaan yang menghabiskan berjam \u2013 jam menonton video \u2013 video kanak \u2013 kanak di Youtube, anda perlu cakna isu di dalam artikel ini.\n\nSekarang ini, kita lihat menjadi satu fenomena kanak \u2013 kanak memegang skrin telefon pintar. Kadang kala kerana ibu bapa tidak dapat melayan karenah anak \u2013 anak mereka lalu dipinjamkan skrin agar tidak merengek, kadang kala kerana sememangnya telah diprogramkan jadi rutin harian kanak \u2013 kanak tersebut.\n\nApa yang paling banyak ditonton kanak \u2013 kanak menerusi skrin telefon tersebut? Jawapannya adalah Youtube. Menurut kajian, kanak \u2013 kanak berusia 8 tahun ke bawah habiskan 65% masa mereka menonton Youtube.\n\nIyalah, selepas habis menonton satu video 8 \u2013 10 minit, mereka klik pula video lain yang disajikan di thumbnail bawah, tahu \u2013 tahu sudah berjam \u2013 jam menghadap skrin.\n\nApatah lagi, terdapat berjuta \u2013 juta pilihan \u2018video kanak \u2013 kanak\u2018 yang anak \u2013 anak anda boleh klik satu per satu berturutan. Ia seperti tidak habis.\n\nTapi kenapa begitu? Kenapa begitu banyak video kanak \u2013 kanak ini di Youtube? Siapa yang buat?\n\nFenomena Video Kanak \u2013 kanak yang Mencecah Berbilion Tontonan\n\nJika anda ingat, pernah tular tentang cerita mengenai kanak \u2013 kanak yang memperoleh pendapatan puluhan juta ringgit hanya dengan memuatnaik video di Youtube.\n\nMajoriti penonton saluran tersebut pula adalah kanak \u2013 kanak. Bagaimana format video \u2013 video yang dihasilkan saluran ini? Anda boleh tonton sendiri video yang hampir mencecah 1 bilion tontonan ini:\n\nYa, videonya sangat ringkas, kanak \u2013 kanak tersebut membuka \u2018telur\u2019 watak kartun popular, dan mendedahkan harta karun permainan di dalamnya. Dia kemudian bermain dengan permainan tersebut beberapa ketika sehinggalah video tamat.\n\nFormat video begini amat disukai kanak \u2013 kanak kerana mereka (berbilion kanak \u2013 kanak seluruh dunia) terangsang dopamine mereka untuk tahu permainan baru apa mereka akan tengok setiap kali telur baru ditetaskan.\n\nMalah, format \u2018permainan kejutan\u2019 ini menjadi satu genre tersendiri, dengan ratusan saluran cuba meniru, dan dengan capaian jutaan tontonan setiap satu video:\n\nDunia genre video kanak \u2013 kanak Youtube sebenarnya begitu membingungkan, kerana terdapat banyak lagi jenis video yang dihasilkan yang begitu berjaya, dan tidak difahami oleh orang dewasa:\n\nMaka kita boleh sedari bahawa video \u2013 video kanak \u2013 kanak sememangnya sangat berpotensi mencapai jumlah tontonan yang tidak terjangkau akal banyaknya. Maka di situlah titik permasalahan utama video \u2013 video kanak \u2013 kanak di Youtube.\n\nMental Anak Anda Diancam Penggila Duit dan Robot Youtube\n\nDi Youtube, anda sebenarnya boleh membuat duit dengan beberapa cara. Cara yang paling biasa adalah apabila anda membuka ruang pengiklanan di video yang anda hasilkan. Sebahagian daripada dapatan pengiklanan akan masuk ke akaun akaun anda, sebahagian akan masuk ke Youtube.\n\nApa yang menentukan jumlah duit yang anda terima? Banyak faktornya. Tetapi faktor utama adalah jumlah tontonan. Lebih banyak tontonan, lebih banyak peluang untuk banyak janaan pendapatan. Mudah.\n\nMaka dari situ muncullah banyak pihak yang merasakan mereka boleh membuat duit mudah daripada menghasilkan video kanak \u2013 kanak. Mereka tiada niat menghasilkan bahan yang boleh merangsang minda anak \u2013 anak, menurut modul pembangunan insaniah tertentu. Mereka cuma nampak peluang duit. Apatah lagi jumlah tontonan video kanak \u2013 kanak begitu tidak masuk akal.\n\nDan lebih tambah menggerunkan, video apa yang anak anda nampak di Youtube ditentukan oleh satu lagi faktor yang kering dan tidak berperasaan. Robot. Atau lebih tepat, algoritma kecerdasan buatan Youtube.\n\nAlgoritma Youtube menyusun video \u2013 video menyusul, thumbnail, video rekomendasi berdasarkan \u2018kata kekunci\u2019 yang tertentu, corak thumbnail, trend semasa, audiens, elemen \u2013 elemen popular serta banyak lagi faktor yang tidak didedahkan serta berubah dari semasa ke semasa.\n\nMaka sebab itulah, kita lihat tajuk \u2013 tajuk video kanak \u2013 kanak yang langsung tidak masuk akal. Kerana pemilik video sengaja menyumbat sebanyak mungkin kata kunci agar video mereka ditonton semaksimum mungkin.\n\nDan itulah sebab, kita lihat \u2018video \u2013 video kanak \u2013 kanak\u2019 di Youtube yang amat menggerunkan dan sebolehnya kita mahu jauhkan daripada anak \u2013 anak kita. \n\nKeseluruhan channel ini pula mendatangkan seriau kepada ibu bapa.\n\nKawal dan Jauhkan Anak Anda Daripada Youtube\n\nSebagai seorang pengguna Youtube (peroleh pendapatan daripada laman web tersebut) sememangnya diakui Youtube tidak sesuai untuk kanak \u2013 kanak. \n\nBanyak kandungan di medium tersebut tidak ditapis, atau terlepas daripada sistem tapisan AI lantas kadang kala disyorkan pula tontonannya kepada anak \u2013 anak kita. Maka dalam hanya beberapa klik, anak kita boleh dibawa menonton video berisi keganasan dan kelucahan, yang sememangnya disasarkan kepada anak kecil kerana mengejar capaian algoritma video kanak \u2013 kanak.\n\nTambahan lagi, pemilik \u2013 pemilik saluran Youtube tersebut boleh jadi sesiapa saja. Mereka tiada imej korporat, tiada kelayakan penghasil bahan kanak \u2013 kanak, tiada roh mendidik. Mereka boleh jadi cumalah pengejar tontonan terhadap golongan yang paling mudah dieksploitasi.\n\nJika perlu, muat turun dan simpan video \u2013 video kegemaran anak \u2013 anak anda dalam folder khas telefon. Jangan sesekali benarkan mereka mencari sendiri video di Youtube.\n\nPembentangan yang lebih mendalam mengenai isu yang cukup menggerunkan ini boleh ditonton di sini:" "Biasanya dalam pameran sains sekolah \u2013 sekolah, murid \u2013 murid membentangkan dapatan tentang tanaman mereka yang membesar, atau kesan magnet kepada besi, atau berapa kali kucing mereka mengiau seminit.\n\nTapi tidak bagi seorang murid 10 tahun Davis, yang mempamerkan pameran sains dengan tajuk \u2018Adakah Tom Brady Seorang Penipu?\u2019\n\nTom Brady nampaknya adalah seorang pemain American Football berposisi quarterback. (Admin sampai sekarang tak faham permainan American Football ni. Jadi nah ini pautan kepada wikipedia untuk anda baca : American Football) \n\nJuga nampaknya, pernah berlaku kontroversi besar dalam American Football yang siap diberi nama Deflagate. Menurut dakwaan kontroversi tersebut, pasukan Tom Brady menang perlawanan dengan pihak lawan kerana beliau sengaja memancitkan sedikit bola.\n\nKhabarnya, dengan memancitkan sedikit bola American Football tersebut, ia memberi kelebihan kepada pasukan menyerang. Betul ke? Entah.\n\nJadi adik Davis 10 tahun ini pun membuat eksperimen sains untuk mengesahkan taktik kotor pemain American Football tersebut, lantas menjadi bahan idea untuk pameran sains.\n\nDia menyuruh kakak dan ibunya membaling tiga bola yang berbeza kadar pancitannya, kemudian merekod dan menggrafkan keputusan yang diperoleh. \n\nMaka keputusan saintifik pun diperoleh dan ditulis dengan pensel:\n\nTom Brady memang penipu.\n\nDan Jason kemudian ternyata memenangi pameran sains tersebut!\n\nKetika ditanya apa yang mendorongnya membuat \u2018kajian saintifik\u2019 ini dan dipersembahkan di pameran sains, jawab Jason:\n\nSaya benci Tom Brady.\n\nBayangkan anda ahli sukan yang sangat dibenci sampai berjaya mendorong seorang kanak \u2013 kanak memenangi pameran sains. Sungguh menginspirasi." "Apabila kita belajar matematik, kita akan perasan bahawa semakin lama kita belajar, semakin kurang nombor digunakan. Sebaliknya yang mula memenuhi papan putih di hadapan adalah huruf dan simbol.\n\nDalam banyak \u2013 banyak simbol matematik (yang memang sangat banyak), ada suatu simbol yang sering kali menimbulkan sakit kepala apabila ditulis, iaitu simbol ? .\n\nPertama sekali, tak ramai yang tahu nama simbol tersebut. Ia biasa dipanggil \u2018simbol ain pelik\u2019 , \u2018simbol garis conteng bengkang bengkok\u2019, atau \u2018tornado squiggle\u2019.\n\nSimbol tersebut sebenarnya dipanggil \u2018Xi\u2018 , ia salah satu huruf Greek.\n\nDan kita biasa jumpa simbol tersebut apabila kita belajar mengenai set semesta.\n\nSukar Ditulis, Sampai Jadi Meme\n\nKepayahan untuk menulis simbol ? tersebut diakui oleh hampir semua pelajar matematik di mana saja sehingga menjadi meme.\n\nPelajar matematik memuat naik gambar tulisan ? yang paling buruk mereka pernah lihat.\n\nPengguna ini mengatakan semakin banyak ditulis simbol tersebut, semakin berubah menjadi nombor 3\n\nSimbol ? juga nampaknya berupaya berubah menjadi sekalian simbol dalam Bahasa Manusia.\n\nAda yang membuat percubaan yang tak sama langsung, tapi tetap berbangga.\n\nDan sudah pasti, ramai yang menyalahkan orang Greek kerana memilih simbol yang semacam sengaja dibuat kompleks dan susah. Tak ada simbol lain ke?" "Suatu pemandangan yang pelik dijumpai di North Carolina, apabila dilihat seolah \u2013 olah terdapat batang kayu pelik yang timbul di tasik ais.\n\nRupanya \u2013 rupanya apabila dilihat dengan lebih dekat, \u2018kayu\u2019 tersebut ternyata merupakan muncung buaya (lebih tepat: alligator) yang timbul di permukaan tasik ais.\n\nPakar mengatakan bahawa alligator tersebut berbuat demikian untuk terselamat daripada cuaca sejuk, dalam suatu keadaan yang dipanggil \u2018brumation\u2019.\n\nApabila cuaca sejuk melanda bahagian Timur North Carolina, alligator tersebut tidak lari dari tasik, sebaliknya mereka mengesan waktu yang tepat ketika mana air mengeras, kemudian cepat mengeluarkan muncung mereka \u2018tepat pada masanya\u2019. \n\nIni membolehkan mereka untuk kekal bernafas dan hidup walaupun mereka kaku tidak mampu bergerak. \n\nWalaupun alligator Amerika lebih menyukai iklim suam, mereka boleh terselamat daripada cuaca sejuk dengan cara brumation, suatu keadaan berhibernasi yang dilakukan oleh reptilia. \n\nApabila alligator berbrumasi, mereka tidak bergerak dan kadar degupan jantung, kadar pernafasan, metabolisma, dan suhu badan jatuh dengan sangat drastik. Apabila suhu meningkat kembali dan ais mencair, mereka bangun dan bergerak semula. \n\nKetika berbrumasi, alligator menaikan muncung lubang hidung mereka keluar daripada permukaan air untuk bernafas sedang keseluruhan tubuh mereka kekal dalam air. Mereka tidak makan pada waktu ini, atau mereka akan sakit." "Anda suka menukar telefon berulang \u2013 ulang kali? Setiap tahun? Setiap 6 bulan?\n\nPertama sekali, tahniah, kerana nampaknya anda kaya dan berkemampuan. Harap \u2013 harapnyalah. Dan anda bukan guna duit kawan atau pinjaman PTPTN. Kan?\n\nNamun sebenarnya amalan menukar telefon berulang \u2013 ulang kali ini bukan sahaja ditegah oleh ustaz ustazah yang selalu memberi pesanan supaya jangan membazir di luar keperluan, ia juga ditegah oleh saintis.\n\nHal ini kerana amalan menukar \u2013 nukar telefon membawa kepada ancaman kepupusan beberapa elemen terhad yang kini semakin berkurang jumlahnya. \n\nSaintis daripada University of St Andrews telah menghasilkan suatu jadual berkala unsur unik yang menunjukkan tahap kekurangan (scarcity) elemen yang digunakan dalam gajet harian seperti telefon bimbit dan TV.\n\nMalangnya, bahan kimia yang menghasilkan telefon bimbit disenaraikan dalam \u2018senarai kepupusan\u2019.\n\nHampir 10 juta telefon pintar dibuang atau diganti setiap hari di Kesatuan Eropah sahaja.\n\nTelefon pintar diperbuat daripada 30 elemen, separuh daripadanya mendatangkan kerisauan pada masa hadapan kerana jumlah yang semakin merosot \u2013 sama ada akibat bekalan yang terhad, lokasi mereka di kawasan berkonflik, atau ketidakmampuan kita untuk mengitar semula bahan tersebut.\n\nDengan penggunaan bahan \u2013 bahan terhad yang habis begitu cepat, Prof Emeritus David Cole Hamilton mempersoal trend menggantikan telefon bimbit setiap dua tahun.\n\nBanyak elemen yang diancam kepupusan, maka perlukah kalian menukar telefon setiap dua tahun?\n\nSudah tiba masanya untuk kita memikirkan masa depan dan kesejahteraan bahan di bumi kita, daripada memikirkan model kamera telefon mana yang boleh menghasilkan selfie yang paling cantik (yang kemudian edit juga)." "Fenomena pelik pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani yang seakan \u2013 akan menangis baru \u2013 baru ini menggemparkan negara.\n\nPokok tersebut dilihat menitiskan air jernih umpama hujan renyai sejak minggu lalu, lantas dianggap sebagai hujan.\n\nTerdapat segelintir orang yang kemudian menadah air berkenaan untuk dibawa pulang, ada juga yang minum, membasuh muka dan mandi air yang berbau petai itu.\n\nNamun kemudian misteri itu \u2018tangisan pokok petai\u2019 itu terjawab. Ternyata air tersebut sebenarnya adalah daripada \u2018kencing\u2019 riang \u2013 riang.\n\n\nMenurut laman web cicadamania, apabila riang-riang atau nama saintifiknya Cicada berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas, serangga itu minum dari cairan pokok dan akan \u2018kencing\u2019 ketika berbuat demikian." "Pernah tak anda mengingat sesuatu, dan yakin betul dengan ingatan anda, sehinggalah memori anda tersebut dibuktikan salah? Sudah pasti anda akan merasa tak boleh terima dan terkejut. Seolah \u2013 olah anda tertipu sepanjang hidup anda.\n\nTapi jika memori tersebut turut dikongsi oleh ratusan malah ribuan manusia yang lain yang turut yakin bahawa ingatan mereka betul, tetapi kemudian dibuktikan salah, maka kita panggil fenomena tersebut sebagai Kesan Mandela. \n\nKesan Mandela ditakrifkan sebagai fenomena salah ingatan secara kolektif orang ramai orang. \n\nPerkataan ini berasal pada tahun 2010, apabila ramai orang di internet memiliki memori yang salah bahawa Nelson Mandela telah meninggal dunia. Ramai yang percaya bahawa beliau meninggal di penjara pada tahun 1980an. Hakikatnya, Mandela dibebaskan pada tahun 1990 dan meninggal pada tahun 2013. \n\nKemudian, ramai yang menyenaraikan banyak lagi perkara yang disalah ingat orang ramai orang dalam suatu sub \u2013 reddit khas r/MandelaEffect .\n\nBerikut adalah beberapa contoh kesan Mandela yang dikenal pasti:\n\nRamai orang yang mengingat pakcik yang terkenal dalam permainan monopoli sebagai memakai monocle \u2013 cermin mata di sebelah mata.\n\nSebenarnya, dia tidak pernah pakai.\n\nIni agak meletupkan kepala. Rasanya hampir semua orang mengingati adegan ibu tiri Snow White sebagai mengatakan \u2018mirror \u2013 mirror on the wall\u2019.\n\nTapi sebenarnya ayat sebenar yang disebut adalah \u2018magic mirror on the wall\u2019.\n\nGambar Pikachu mana yang anda rasakan betul? Jika anda pilih gambar kiri (belang hitam), maka pilihan anda salah, kerana Pikachu tidak pernah ada belang hitam di ekor.\n\nTidak diketahui kenapa begitu ramai yang memiliki memori tersebut.\n\nTerdapat segelintir orang yang betul \u2013 betul fikir bahawa Kit Kat miliki tanda sempang. Tapi mereka kemudian marah kerana ternyata mereka salah, walaupun mereka yakin betul.\n\nRamai yang biasa mengingat lirik akhir lagu Queens yang terkenal ini sebagai \u201cNo time for losers, \u2019cause we are the champions.of the world!\u201d\u00a0 \n\nTapi sebenarnya \u2018of the world\u2019 tiada di akhir lagu. Ia cuma berakhir pada champions. \n\nTak tahu kenapa, ramai orang yang miliki memori bahawa Mickey Mouse ada tali pada seluarnya. Sebenarnya tiada. Gambar yang betul adalah di sebelah kiri. \n\nMungkin kerana kita fikirkan bahawa seluar ikonik Mickey Mouse tersebut tidak cukup ketat, maka otak kita wujudkan imej tali pengikat pada bahu watak tersebut.\n\nAda juga orang yang klaim bahawa terdapat patung permainan Mickey Mouse yang miliki tali tersebut.\n\nIni juga buat pening kepala. Sepatutnya \u2018Looney Toons\u2019 lah kan? Sebab itu yang kita ingat, dan masuk akal lah Toons untuk Cartoons.\n\nTidak, nama yang asal bukan \u2018Looney Toons\u2019 tetapi \u2018Looney Tunes\u2019.\n\nKita biasa menganggap ejaan pada jenama penyaman udara ini sebagai \u2018Febreeze\u2019, ialah, sebab \u2018breeze\u2019 itu sendiri membawa maksud angin, malah sesuai dengan sebutannya.\n\nTapi sebenarnya memori kita salah. Ejaan sebenar kurang satu \u2018e\u2019, iaitu Febreze.\n\nSewaktu di asrama ramai yang mencari \u2013 cari rubix cube untuk dijadikan hobi baru. Namun rupa \u2013 rupanya ramai yang salah eja permainan tersebut. Sebenarnya namanya ialah Rubik\u2019s cube.\n\nAntara contoh kesan Mandela paling terkenal, slogan ikonik yang sering kali diulang \u2013 ulang daripada filem Star Wars ternyata bukanlah \u201cLuke, I am Your Father\u201d, tetapi \u201cNo, I am Your Father\u201d. Tak percaya? Dengari sendiri. \n\nApa Penyebab Fenomena Ini?\n\nPerkara yang lebih menarik mengenai fenomena kesan Mandela ini adalah berbagai \u2013 bagai teori yang dikemukakan untuk mencuba menjelaskannya.\n\nIa antara lain cuba dijelaskan menggunakan teori kuantum, serta menjadi \u2018bukti\u2018 bahawa berkemungkinan fenomena ini mendedahkan realiti \u2018alam semesta selari (parallel universe) atau multimesta (multiverse). \n\nDengan kata lain, kita mungkin berkongsi memori dengan kita di alam semesta lain, yang hidup dalam dunia di mana Pikachu sememangnya miliki belang hitam dan pak cik monopoli memakai monocle. \n\nAhli psikologi pula cuba menjelaskan fenomena ini menerusi penjelasan memori dan kesan sosial \u2013 terutama memori \u2013 memori salah. Menurut mereka, penciptaan memori \u2013 memori yang tidak pernah berlaku adalah hal yang biasa.\n\nApatah lagi dengan internet, kesalahan \u2013 kesalahan yang dilaporkan secara berulang \u2013 ulang lama kelamaan akan diterima sebagai kebenaran. Sebagai contoh, simulasi Permaisuri Diana dilanggar kereta sering dianggap sebagai rakaman video sebenar.\n\nTerdapat juga sesetengah pihak yang membangkitkan teori konspirasi bahawa ia disebabkan oleh eksperimen large hadron collider CERN di Switzerland. Eksperimen CERN untuk mencari partikel misteri dikatakan telah mengoyakkan fabrik realiti ruang \u2013 masa. \n\nNamun terdapat juga penjelasan ringkas untuk misteri ini. Boleh jadi syarikat tersebut pernah mengeluarkan beberapa \u2018batch\u2019 produk yang berbeza variasinya dengan reka bentuk asal, atau mungkin terdapat media pop yang popular yang sengaja mengubah frasa terkenal untuk mengelak isu hak cipta." "Setiap tahun, bertan \u2013 tan buku dibuang oleh penerbit, dicarik \u2013 carikkan oleh perpustakaan, dan dilempar begitu saja oleh penghuni rumah.\n\nPekerja pembersihan di Ankara, Turki, bagaimanapun membuat keputusan untuk memberikan kehidupan baru kepada buku \u2013 buku lama terbuang yang mereka peroleh di longgokan sampah.\n\nBuku \u2013 buku terbuang tersebut digunakan untuk membina perpustakaan percuma. Kini koleksi buku telah melebihi 6000 naskhah.\n\nPengutip \u2013 pengutip sampah Turki itu memulakan kerja menyelamatkan buku \u2013 buku buangan selama beberapa bulan. Apabila cerita tentang usaha mereka berkembang, penduduk mula menderma buku sendiri secara langsung kepada mereka. \n\nPada mulanya, perpustakaan tersebut hanyalah terbuka kepada pekerja dan keluarga mereka. Tetapi apabila koleksi mereka bertambah dan timbul minat dalam kalangan komuniti setempat, perpustakaan itu kemudian dibuka kepada orang awam.\n\nPerpustakaan itu sendiri asalnya merupakan bangunan kilang batu bata kosong berdekatan dengan pejabat pusat syarikat pembersihan tersebut. Rupa \u2013 rupa struktur bangunan tersebut yang panjang dengan imej batuan lama cukup sesuai untuk dijadikan perpustakaan.\n\nKini koleksi perpustakaan tersebut sudah begitu besar sehingga mereka meminjamkan pula sebahagian buku terbuang kepada sekolah, program pendidikan, serta penjara. \n\nTernyata, ilmu adalah milik semua, tidak kira apa juga kerjaya anda, pengurus syarikat, profesor, pengutip sampah atau pembantu rumah." "Sebuah cekupan skrin yang cukup menggelikan hati tular di media sosial baru \u2013 baru ini.\n\nGambar tersebut adalah mengenai penghantaran resume untuk permohonan internship. Bahagian awal emel tersebut tiada masalah, malah bahasanya cukup baik untuk format emel penghantaran resume. \n\nNamun apabila dilihat versi panjang email tersebut, ternyata boleh tersedak air kopi.\n\nRupa \u2013 rupanya pemohon tersebut meminta orang lain menuliskan resume untuknya (suami mungkin, husnuzzonn), kemudian diemelkan kepadanya, dan dia langsung menekan forward kepada pegawai syarikat tersebut.\n\nMaka mesej resume romantik pasangan yang menuliskan untuknya turut di\u2019forward\u2019kan bersama, siap beserta emoji.\n\nEncik Aznam yang menerima emel tersebut kemudian menggariskan beberapa tips untuk mengemelkan permohonan, agar tidak berlaku kesilapan seperti ini lagi. \n\nTips yang diberikan beliau adalah:\n\nKesilapan yang kelakar ini bagaimanapun tidaklah dimarahi oleh Encik Aznam, beliau sebaliknya terhibur tatkala menempuh kesesakan trafik." "Kadang kala matematik dan fizik bersekongkol dalam hal yang kita tak pernah jangkakan. Kadang kala ia terlalu berkebetulan, sampai kita rasa ia tidak lain ia adalah satu magis.\n\nSekarang, ayuh kita bermain satu permainan pong matematik. \n\nBayangkan kita ada dua bongkah. Satu bongkah bergerak menuju ke bongkah lagi satu yang tidak bergerak, melanggar bongkah tersebut, yang kemudian melanggar pula dinding, melantun, dan mengulang proses tersebut sehingga kedua \u2013 dua bongkah tidak lagi akan bertemu.\n\nSekarang permainannya adalah : kira berapa kali berlaku pelanggaran.\n\nDalam situasi di atas, pelanggaran antara 2 bongkah dengan jisim 1 kg setiap satu menghasilkan 3 pelanggaran (collision)\n\nOh, bayangkan juga simulasi ini berlaku dalam dunia ideal, yang tiada geseran, dan tiada tenaga yang hilang daripada pelanggaran. Bermakna setelah berpisah, bongkah tersebut akan bergerak selama \u2013 lamanya. Ya, situasi ini tidak wujud di dunia sebenar, tapi layankan saja. \n\nSekarang, apa akan jadi jika kita naikkan jisim bongkah kanan kepada 100 kg?\n\nJumlah pelanggaran kini meningkat kepada 31 (Durasi Gif tak cukup panjang nak tunjuk pelanggaran terakhir). Bagaimana pula jika kita naikkan jisim bongkah pertama kepada 10000 kg?\n\nJumlah pelanggaran adalah 314 (termasuk satu pelanggaran akhir dengan dinding). Jika kita naikkan lagi jisim bongkah kepada 1000 000 kg, kita akan dapat melihat satu corak yang aneh:\n\nNombor pelanggaran kini adalah 3141. Bagi mereka yang cerdas, kalian pasti sedar bahawa nombor ini sangat mirip dengan nombor pi.\n\n ? = 3.14159265359 ..\n\nTak percaya? Ayuh kita naikkan lagi jisim bongkah:\n\nBagi jisim 100,000,000kg, jumlah pelanggaran adalah sebanyak 31415, manakala bagi jisim 10,000,000,000 kg, jumlah pelanggaran adalah sebanyak 314159. \n\nTernyata ia memang nombor pi!\n\nMalah menggunakan simulasi ini, kita boleh mengira bilangan digit ?, d , dengan mengira bilangan pelanggaran yang dihasilkan oleh bongkah dengan jisim 100^(d-1)\n\nContoh, untuk mengira 20 digit pi, bongkah tersebut perlu memiliki jisim seberat 100^19 kg, iaitu 10 kali ganda jisim lubang hitam supermasif! Dan anda perlu mengira pelanggaran sebanyak 31415926535897932384 kali!\n\nTapi itu satu hal, soalan yang lagi sesuai adalah:\n\nMACAM MANA BOLEH ADA NOMBOR PI DEKAT SINI????\n\nDaripada Fizik kepada Geometri\n\nRingkasnya, kita dapat buktikan bahawa simulasi bongkah melantun tersebut membentuk pelanggaran dengan jumlah pi dengan cara menterjemah dinamik fizik kepada geometri.\n\nSimulasi tersebut adalah tertakluk kepada dua persamaan fizik di bawah:\n\nKita kemudian boleh menterjemah kedua \u2013 dua persamaan tersebut kepada diagram fasa (phase diagram) berbentuk bulat:\n\nDiagram bagi situasi pelanggaran pula kemudian dapat dipetakan seperti di bawah:\n\nSekarang, kita boleh mengubah soalan kita daripada mengira jumlah pelanggaran, kepada soalan:\n\nBerapa kali kita boleh menambah 2? dengan dirinya, sebelum ia melebihi 2? (ukur lilit bulatan)? \n\n 2? + 2? + 2? + 2? . . . + 2? < 2? \n\nN . ? < ? \n\nDi mana N adalah nilai integer terbesar sebelum jumlah darab dengan ? melebihi ? .\n\nTak faham? Jangan risau artikel ini bukanlah berniat untuk menerangkan panjang lebar tentang penyelesaian matematik tersebut.\n\nJika anda berminat, dijemput tontoni penjelasan terperinci menerusi video ini:\n\nAnda juga boleh membuat simulasi sendiri melalui pautan di bawah. Selamat mencuba!\n\nhttps://prajwalsouza.github.io/Experiments/Colliding-Blocks.html" "Amat jarang untuk kita temui saluran pendidikan orang Malaysia di Youtube. Lagi susah untuk kita dapati saluran pendidikan yang mengongsikan ilmu fizik tahap tinggi.\n\nMungkin kerana pelajar \u2013 pelajar sains tahap tinggi Universiti negara kita merasakan orang tidak berminat untuk mendengar. Mungkin juga kerana dirasakan membuat video Youtube merupakan suatu komitmen yang memerlukan pengorbanan masa, tanpa menjanjikan pulangan yang setimpal.\n\nNamun nampaknya kini seorang ahli fizik dari UKM yang pernah tular mula memuat naik video beliau mengongsikan ilmu \u2013 ilmu menakjubkan mengenai fizik dan alam semesta. \n\nMohd Hafizuddin Kamal suatu ketika dahulu pernah tular apabila mendedahkan pengiraan fizik sepakan luar biasa Faiz Subri.\n\nApabila diamati profail ResearchGate beliau, kita dapati beberapa kajian yang amat menarik merangkumi lubang hitam, lubang putih (ada rupa \u2013 rupanya), teori tetangsi (String Theory), mekanik kuantum dan lain \u2013 lain. \n\nTambah membanggakan, apabila tulisan \u2013 tulisan mengenai tajuk \u2013 tajuk berat dan besar ini turut dibincangkan dalam Bahasa Melayu. \n\nHal ini ternyata sangat mengagumkan kerana bukan sahaja tajuk seperti kuantum amat sukar difahami, untuk menerangkan ke dalam Bahasa Melayu adalah lebih susah. Usaha seperti ini sangat dihargai.\n\nBermakna, jika anda ingin bertanyakan atau merujuk masalah Fizik, yang boleh dibahaskan dalam Bahasa Melayu, inilah orangnya!\n\nSewaktu artikel ini ditulis, saluran Mohd Hafizuddin Kamal baru aktif memuatnaik 4 video sepanjang satu minggu lepas. \n\nAyuh tunjukkan sokongan untuk dorong beliau terus membuat video! Mana tahu kita bakal miliki saluran Youtube setaraf Veritasium, PBS Space Time atau Minutephysics keluaran tempatan! Mereka juga bermula dengan video \u2013 video ringkas sebelum kemudian dikagumi sebagai saluran \u2013 saluran fizik dengan video \u2013 video yang meletupkan otak, setelah mendapat sokongan penonton mereka." "India memecah rekod angkasa global apabila melancarkan satelit paling ringan di dunia yang dipanggil Kalamsat. \n\nMenariknya, ciptaan hebat tersebut bukanlah dibuat oleh saintis terkemuka, atau jurutera profesional, tetapi oleh seorang remaja Muslim berusia 18 tahun yang bernama Rifath Sharukh.\n\nSatelit tersebut malah dinamakan sempena bekas presiden India yang juga merupakan seorang saintis nuklear terkemuka, Dr APJ Abdul Kalam. \n\nSatelit kecil tersebut, yang hanya seberat 64 gram, kemudian dilancarkan oleh NASA. Rifath merupakan rakyat pertama dari India yang membuat ciptaan yang diterima dan diterbangkan oleh agensi angkasa terkemuka tersebut. \n\nRifath bersama enam lagi ahli pasukan membina satelit mini tersebut menggunakan pencetak 3D. Ia juga adalah kali pertama teknologi percetakan 3D digunakan di angkasa lepas, menurut Rifath. Satu lagi rekod mengagumkan yang dicapai oleh beliau.\n\nDalam temu bual bersama Times of India, Rifath mengatakan:\n\nPeranan utama satelit ini adalah untuk mendemonstrasikan prestasi carbon fibre percetakan 3D. Kami mereka cipta satelit ini sepenuhnya. Ia miliki komputer khas yang baru, serta lapan sensor untuk mengira pecutan, putaran, dan magnetosphere bumi\n\nDaripada 80000 model yang dipersembahkan kepada NASA, Kalamsat mendapat tempat pertama. \n\nSebagai penghargaan, Rifath bersama pasukannya dianugerahkan hadiah wang tunai sebanyak Rs 10 lakh, iaitu sekitar RM 60 ribu ringgit." "Siapa yang suka paradoks? Paradoks ini buat kita pening, dan pening ni bagus!\n\nDalam banyak \u2013 banyak paradoks, ada paradoks yang paling best. Nama dia paradoks kejutan. \n\nParadoks Kejutan\n\nParadoks ini mudah diterangkan dengan satu cerita.\n\nDalam satu kelas, cikgu beritahu minggu depan, akan ada ujian mengejut. Hari ujian tersebut rahsia, tapi cikgu beritahu pelajar \u2013 pelajar;\n\nKorang tak akan dapat teka hari ujian tu, dan jangan risau, korang pasti akan terkejut!\n\nJadi pelajar \u2013 pelajar itu pun bincangkan bila agaknya hari ujian itu akan diadakan. Iyalah, baru mereka dapat rancang bila hari terakhir nak pulun hafal buku teks. Macam tak pernah buat pulak.\n\nMereka kemudian bentangkan dua syarat yang diumumkan oleh cikgu:\n\nKemudian menggunakan penaakulan logik, mereka mengatakan mustahil ujian tersebut akan dibuat pada hari Jumaat. Sebab, kalau hari Khamis minggu depan tak ada ujian, memang pastilah kita tahu ujian akan dibuat pada hari terakhir, hari Jumaat. Tak ada hari lain.\n\nJadi kalau hari Khamis tak ada ujian, dan kita tahu ujian 100% akan berlaku hari Jumaat, maka kita taklah terkejut. \n\nJadi mereka pun yakin 100% ujian kejutan tak boleh dibuat pada hari Jumaat. Mereka buang hari Jumaat daripada senarai hari ujian.\n\n\u201cEh sekejap. Kalau macam tu, hari Khamis pun mustahillah berlaku ujian. Sebab kalau hari Rabu tu tak ada ujian, kita tahu bahawa ujian boleh berlaku pada hari Khamis atau Jumaat\u201d seorang pelajar membuat teori.\n\n\u201cHari Jumaat kita dah tahu mustahil ada ujian, maka kita tahulah ujian akan berlaku Khamis, jadi sekali lagi. Kita tak terkejut\u201d\n\n\u201cKalau macam tu, sama jugalah dengan hari Rabu. Sebab kalau hari Selasa tak ada ujian, kita tahu ujian mesti berlaku hari Rabu, sebab kita dah pangkah hari Jumaat dengan Khamis. Hari Selasa dengan Isnin pun samalah!\u201d\n\n\u201cKesimpulannya, hari apa pun cikgu tu buat ujian, kita tak akan terkejut. Jadi, mustahillah boleh berlaku ujian mengejut, kan?\u201d Pelajar tersebut membuat kesimpulan.\n\nMaka setelah meyakini bahawa mustahil cikgu tersebut boleh membuat ujian yang mengejutkan mereka, mereka pun bersantai \u2013 santai pada hujung minggu.\n\nSampailah ujian berlaku pada hari Rabu, dan mereka semua terkejut!\n\nMaka pengumuman cikgu bahawa mereka akan terkejut tu betullah, tapi dekat mana logik pemikiran pelajar \u2013 pelajar tu salah?\n\nParadoks yang Macam Tak Ada Penyelesaian\n\nDalam sejarah, banyak paradoks yang dihasilkan. Namun banyak juga yang berjaya diselesaikan, dan ada yang dibuktikan bahawa ia bukan paradoks, sebaliknya hanya kekeliruan. \n\nParadoks yang betul \u2013 betul mantap adalah paradoks yang seakan \u2013 akan tiada penyelesaian, yang masih menimbulkan kepeningan walau setelah puluhan tahun ia dikemukakan. \n\nTernyata paradoks kejutan ini termasuk dalam senarai paradoks yang mantap, kerana sampai sekarang, ia masih belum diselesaikan secara rasmi.\n\nParadoks yang nampak macam tidak berfaedah ini kemudian mencipta lagi kejutan (hehe) apabila ia sebenarnya boleh digunakan untuk mengembangkan game theory dan Godel\u2019s Incompleteness Theorem.\n\nJadi apa penyelesaian kepada paradoks ini? Ada dua aliran yang mengatakan mereka berjaya selesaikan:\n\nAliran logik, iaitu senang kata ahli matematik, mengatakan masalah paradoks ini adalah kerana ia bersifat \u2018self \u2013 referential\u2019. Atau dengan kata lain, pernyataan guru tersebut sebenarnya berputar merujuk kepada diri sendiri.\n\nHal ini tidak diterima dalam matematik.\n\nAliran epistemologi pula mengatakan bahawa masalah paradoks ini puncanya sebab pelajar tersebut cuba meneka masa depan.\n\nManusia tidak akan tahu, dengan penuh yakin, apa yang akan berlaku pada masa depan.\n\nBila pelajar menganggap pengetahuan mereka yang terbatas sebagai benar, maka itulah punca mereka terkejut." "Berminat untuk dapatkan minyak angin berkhasiat Ayuraa? Ikuti cara yang mudah ini!\n\n1) klik pautan berikut:\n\nwww.wasap.my/60193504234/AyuuraAjar \n\n2) aplikasi whatsapp akan dibuka.3) Tekan \u2018send\u20194) Tunggu balasan\u00a0?\n\nPakej \u2013 pakej Ayuraa\n\nBerikut adalah pakej \u2013 pakej yang ditawarkan Ayuura, pilih yang mana berkenan:\n\nSudah ada pakej yang berkenan di hati? Ingin menempah? Ikuti cara yang mudah ini:\n\n1) klik pautan berikut:\n\nwww.wasap.my/60193504234/AyuuraAjar \n\n2) aplikasi whatsapp akan dibuka.3) Tekan \u2018send\u20194) Tunggu balasan\u00a0?\n\nTestimoni\n\nApa kata pelanggan tentang produk \u2013 produk Ayuraa?\n\nWah hebatnya produk Ayuura! Berminat dapatkan? Sekali lagi, ikuti langkah mudah di bawah\n\n1) klik pautan berikut:\n\nwww.wasap.my/60193504234/AyuuraAjar \n\n2) aplikasi whatsapp akan dibuka.3) Tekan \u2018send\u20194) Tunggu balasan\u00a0?" "Kecerdasan Buatan (AI) sebelum ini telah mencipta rekod baru yang cukup menggemparkan apabila berjaya menumpaskan manusia dalam permainan Go, sebuah permainan yang dianggap lebih kompleks daripada catur (yang juga kita manusia telah ditumpaskan).\n\nItu sudah cukup menyedihkan bagi manusia, tapi kumpulan di belakang kecerdasan buatan AlphaStar nampaknya tidak puas melihat manusia kalah, dan kemudian menghasilkan pula AI yang lebih canggih sehingga mampu memenangi permainan StarCraft II.\n\nStarCraft II \u2013 Permainan Strategi yang Sangat Mencabar\n\nStarCraft II adalah antara permainan Real Time Strategy (RTS) yang paling mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan antara permainan yang memerlukan kemampuan strategi, kepantasan berfikir dan kelajuan tindakan per minit (Action per minute) yang seolah \u2013 olah hanya mampu dibuat manusia super (superhuman).\n\nPersaingan permainan tersebut tersangat sengit. Itulah sebabnya pemenang StarCraft World Championship tahun lepas membawa pulang wang sebanyak $280,000 \n\nRingkasnya, untuk memenangi sebuah permainan StarCraft II, pemain perlu menguasai dua aspek: pengurusan makro dan pengurusan mikro. \n\nPengurusan makro adalah pemain perlu menguruskan membina markas, menguruskan sumber, membina unit, dan menjaga bekalan.\n\nPengurusan mikro pula adalah pemain perlu mengawal unit \u2013 unit tentera mereka sewaktu bertempur supaya setiap serangan yang dibuat menghasilkan keputusan paling efektif.\n\nMaka untuk menang, anda perlu cepat berfikir, bijak merancang, dan mampu menekan papan kekunci dan tetikus dengan sangat laju, menjangkau 390 APM.\n\nAI Sebelum Ini Sangat Susah Kuasai StarCraft II\n\nWalaupun AI sudah \u2018khatam\u2019 dalam permainan seperti Atari, Mario, Quake III, dan Dota 2, ia sangat susah menguasai kerumitan permainan StarCraft. \n\nCabaran \u2013 cabaran besar berikut amat sukar dipatahkan oleh AI:\n\nAI Deepmind bernama AlphaStar kemudian tampil ke hadapan menjawab semua cabaran \u2013 cabaran ini, dan membuat manusia ternganga.\n\nAlphaStar, Juara yang Berlatih Selama Ratusan Tahun\n\nDalam Dragon Ball (atau anime Jepun secara umum), semua watak boleh menjadi kuat dengan berlatih.\n\nApabila timbul watak jahat yang berkali \u2013 kali ganda lebih kuat, mereka kemudian dihantar berlatih di Hyperbolic Time Chamber, di mana 1 tahun di dalam bersamaan 1 hari di luar. Hasilnya, mereka boleh luang bertahun \u2013 tahun untuk berlatih untuk menumpaskan lawan selang beberapa hari.\n\nItulah yang dilakukan oleh AI AlphaStar yang ternyata sangat menggerunkan. Ia telah dilatih untuk bermain StarCraft, dalam tempoh masa menyamai 200 tahun permainan di dunia sebenar. \n\nPada mulanya, rangkaian neural itu dilatih dengan belajar daripada pemerhatian terhadap cara permainan manusia. Maka AlphaStar kemudian boleh belajar, dengan cara meniru, strategi \u2013 strategi yang digunakan oleh pemain di tangga permainan StarCraft.\n\nAgen yang awal kemudian berjaya menumpaskan AI tahap \u2018elit\u2019, iaitu lebih kurang tahap emas bagi pemain manusia.\n\nAgen \u2013 agen AI ini kemudian disimulasikan untuk berentap sesama sendiri dan setiap pemenang akan mendaki anak tangga. Maka mesin tersebut mempelajari sendiri strategi \u2013 strategi yang berkesan, pematah strategi tersebut, cara permainan mana yang sesuai untuk melawan cara permainan lain, semuanya dalam \u2018otak\u2019 mesin tersebut.\n\nApatah lagi, beribu \u2013 ribu permainan StarCraft dimainkan serentak dalam masa 14 hari, dan segala data daripada simulasi tersebut menyamai 200 tahun masa permainan StarCraft dunia sebenar.\n\nPemain manusia paling lama dalam Esport StarCraft pun hanya belasan tahun. \n\nMaka apabila AlphaStar dihadapkan dengan pemain profesional TLO, manusia tumpas 5 \u2013 0 dengan sebuah permainan mencatat masa yang sangat pendek, hanya 17 minit. \n\nKemudian manusia tidak berpuas hati, dan menghantar pula MaNa, salah seorang pemain StarCraft paling hebat dalam dunia. Sekali lagi, kita kalah 5 \u2013 0.\n\nMungkin selepas ini manusia boleh bungkus barang dan tidak perlu lagi terima sebarang cabaran daripada robot." "Belajar di luar negara adalah antara impian banyak pelajar. Peluang untuk merasa \u2018fly\u2019, berjumpa bangsa antarabangsa lain, merasa salji, ini semua antara perkara yang diinginkan sebahagian pelajar.\n\nNamun tidak ramai yang tahu kisah sebenar di belakang. Pelajar luar ramai yang menghadapi masalah kewangan, kejutan budaya, masalah adaptasi, ditipu ejen perumahan, masalah pembelajaran, masalah kesihatan dan hilang punca. \n\nAntara masalah yang kerap kali menimpa pelajar luar negara, tapi kerap kali juga disembunyikan adalah depresi. Kadang kala, seorang pelajar boleh \u2018menghilangkan diri\u2019 berbulan \u2013 bulan dek kerana kemurungan.\n\nMasalah depresi ini diterokai oleh sekumpulan pelajar di Eropah yang menghasilkan filem pendek Depresi.\n\nFilem Pendek Depresi\n\nVideo bermula dengan seorang lelaki, Zol yang kelihatan tidak keruan, memunggah \u2013 munggah barangan di sebuah bilik.\n\nTernyata dia sebenarnya mencari sebotol ubat, yang kemudian ditelan dalam keadaan panik.\n\nAdegan seterusnya menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Zol menelefon ayahnya memberitahu bahawa dalam 4 bulan, dia akan tamat pengajian. Dia kemudian mengajak ayahnya untuk datang ke majlis graduasi.\n\nNamun, ayahnya kemudian menyatakan beliau tidak dapat hadir, kerana kesuntukan wang. Ayahnya malah meminta Zol menghantarkan duit kerana tiada duit menampung yuran sekolah adiknya. \n\nHal ini mendatangkan tekanan buatnya, sehingga membuatnya pengsan. Akibat tidak tahan dan tidak tahu apa , Zol kemudian mengambil lagi botol ubat sebelum ini.\n\nRakan Zol kemudian masuk ke bilik dan menghentikannya. Dia meminta Zol menceritakan masalahnya bersama.\n\nDalam adegan yang menyentuh hati, rakan tersebut menenangkan Zol dan mengatakan ubatan yang diambil tak menyelesaikan masalah yang dihadapinya. \n\nAku dah malas fikir dah .\n\nZol, kalau kau malas fikir, kita fikir sama \u2013 sama Zol! Sebab tu aku ada kat sini, Zol!\n\nPengarah filem kemudian meneroka perkara \u2013 perkara yang boleh membantu pelajar luar negara yang mengalami depresi, termasuklah berada dalam lingkungan kawan \u2013 kawan yang baik, keluar melihat alam, mengongsikan masalah dan menyedari bahawa rakan yang terbaik sebenarnya adalah Allah S.W.T\n\nWalaupun video ini pendek, tetapi mesejnya cukup dirasai. Kita harapkan semoga pelajar luar negara menghasilkan lebih banyak karya yang memberi pengajaran bermakna kepada masyarakat." "PERSOALAN\u00a0mengenai adakah Bumi ini leper atau \u2018flat earth\u2019 telah mendapat perhatian Dr\u00a0Dr Sheikh Muszaphar yang merupakan angkasawan pertama Malaysia. Sebagai seorang angkasawan Islam yang ke-9 menerokai angkasa lepas beliau berasa bertanggungjawab untuk menceritakan fakta sebenar.\n\nIkuti catatan beliau dalam akaun Instagram @drsheikhmuszaphar:\n\n\u201cPic \u2013 Is the Earth flat?\n\nHati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas.\n\nSebagai Angkasawan Islam yang ke-9 menerokai angkasa lepas, adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar.\n\nMengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari.\n\nSetiap 45 minit matahari terbit dan terbenam.\n\nMengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr.\n\nLaungan Azan kedengaran seketika.\n\nBibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi.\n\nMelihat Bumi dengan mata sendiri.\n\nDegupan jantung berhenti seketika.\n\nMeremang bulu roma.\n\nMata tidak terkebil.\n\nMelihat Kebesaran Maha Pencipta.\n\nAmat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas.\n\nBergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana.\n\nMasyaAllah. SubhanAllah.\n\nAnd the Earth is spherical in shape.\n\nGeosphere to be exact.\n\nSquashed at the poles and bulged at the Equator.\n\nNot like a ball but more to an egg.\n\nEvery human being should go to space if given the opportunity.\n\nIt changes your perspective on life as a whole.\n\nIt makes you a true believer on the Creator.\n\nThe experience is truly amazing and spectacular.\n\nIt\u2019s hard to change the minds of the flat-Earth believers.\n\nBut here I am sharing you my experience of what I have seen.\n\nIn the name of Allah it comes from my heart.\n\nSalam Jumaat Everyone.\n\nSemoga mendapat Barakah semua.\n\nAmiinn.\n\nLove As Always.\n\nPS \u2013 Just wanted to straighten the facts!\u201d" "Pengendali laman web falakonline.net meluahkan keluhan apabila seorang individu penyokong teori bumi leper meletup naik popularitinya sehingga menjadi bahan bualan seantero Malaysia, sedang laman web akademik rujukan falak tidak trending walaupun setelah 11 tahun. \n\nSuhaimi Saad (penyokong teori bumi leper) trending setelah beberapa hari. FalakOnline tak trending walaupun setelah 11 tahun di media sosial. Mesti ada kesalahan yang saya lakukan.\n\nFalakOnline merupakan antara laman web rujukan astronomi yang memuatkan pelbagai berita tentang cerapan langit, artikel astronomi, almanak, astrofotografi, fakta \u2013 fakta menarik astronomi, artikel \u2013 artikel bantahan terhadap hoax dan banyak lagi.\n\nPemilik laman web tersebut, Shahrin Ahmad, telah mengendalikan laman web pendidikan tersebut sejak 1999 lagi, dan bertujuan tidak lain untuk mengembalikan segala ilmu Allah yang diberikan. \n\nBeliau yang berpengalaman luas dalam bidang perkomputeran astronomi, peralatan astronomi dan astrofotografi lebih wajar dijadikan rujukan masyarakat berkenaan astronomi berbanding figura artis yang dipertikai kelayakan akademik mereka.\n\nMembaca portfolio beliau juga mendatangkan rasa kagum terhadap minat dan kecintaan beliau yang mendalam berkenaan astronomi. \n\nNamun entah kenapa, nampaknya masyarakat lebih gemar memilih mereka yang kontroversi berbanding mereka yang berprestasi." "Seorang pemegang ijazah yang kemudian memilih kerjaya sebagai badut menukilkan pandangan beliau yang cukup menarik untuk direnungi rakyat Malaysia, khususnya para graduan yang baru tamat pengajian.\n\nTulisan berikut dikongsikan daripada akaun Facebook Azizat Zainal, dengan izin beliau:\n\nSalah ke Ada Degree Jadi Badut?\n\nHari ni just nak share sikit, alang2 semua duk naikkan gambar konvo dan sijil masing2, Hahah.\n\nSebenarnya sampai ke hari ni, masih ada yang bertanya kenapa aku jadi badut? Ada degree tapi kenapa pilih jadi badut? Yang bertanya orang yang rapat pun ada, dalam ahli keluarga pun ada. So, moh sini aku story sikit.\n\nSebenarnya aku tak lari jauh pun dari bidang yang aku belajar dulu. Memang aku grad dari UIA. Tapi aku grad Bachelor in Applied Arts & Design. Dalam bidang seni, bidang kreatif.\n\nBukan ilmu tasawuf ke ilmu wahyu ke. Biasalah pandangan skeptikal orang bila grad UIA je jadi ustaz, jadi imam, jadi pegawai agama. Akhir \u2013 akhir bila ada apa2 majlis, aku kena tolak baca doa. Haha.\n\nBukan bro. ada berbelas fakulti (kitorang panggil kuliyyah) dan bawah setiap kuliyyah tu pulak berpuluh kos lagi pecah, bawah tu pecah majoring lagi. Ada satu je kuliyyah yang memang ajar bab agama ni, yang ni memang biasa grad jadi ustaz. \n\nSo, aku sekarang pun masih dalam bidang kreatif. Buat kerja2 hias belon , kendalikan peralatan, majlis, buat ukiran belon, reka grafik, merapu dengan budak2. Ini semua memang aku belajar dulu pun. Aku rasa aku memang guna hampir 80% apa yang aku belajar dulu untuk mencari rezeki sekarang.\n\nBanyak rakan yang beralih bidang selepas grad tu perkara biasa lah. Cuma kalau ditanya mengapa, dan ada jawap sebab nak buat apa yang betul2 minat. Sebab nak kejar pasion la, kepuasan diri la.. \n\nIa tentang survival je sebenarnya. Dengan keadaan ekonomi, keluarga, peribadi dan geografi kadang2 memanglah kita takkan dapat apa yang betul2 kita nak. So usaha jelah apa yang kita mampu.\n\nYa ada, yang tinggal segala yang ada demi nak mengejar minat tapi bila masuk bidang bisnes yang betul2 berjaya tak sampai 10% pun. Minat je semata-mata takkan kemana. Tapi keinginan untuk berjaya, ubah hidup, beri kebahagiaan kepada yang tersayang, ini yang betul2 boleh tolak kita untuk buat perkara yang maybe sebelum ni tak pernah terfikir pun untuk buat.\n\nSyukur Allah kurniakan aku beberapa bakat dan kebolehan, aku gunakan untuk mencari rezeki. Panjanglah ceritanya.. tapi lepas aku pindah Perak memang semuanya bertukar 360. Langsung tak sama dengan apa yang plan lepas grad dulu. Hatta tak pernah terlintas pun kehidupan sekarang ni dalam benak pemikiran aku masa belajar dulu.\n\nItulah kepelbagaian kan. dah semua nak jadi pegawai siapa pulak nak jadi badut kan? Semua sibuk masuk politik, siapa pulak nak bukak kedai? Semua dah menjual, siapa pulak membeli? Semua main fesbuk, siapa pulak nak main instagram? Semua suka bahenol, siapa pulang nak kecam?\n\nAdalah hikmahnya kita dijadikan dengan seribu kepelbagaian didunia ini. Supaya kita saling lengkap melengkapi.\n\nAkhir sekali, Siapa nak jadi badut jadilah sungguh-sungguh. Tak penting pun level pendidikan ko, sama je bayaran nanti. Takdenya sebab ada Master ke PHD ke bayaran ko jadi 2 ribu sejam.\n\nTapi jaga integriti, kepercayaan customer, ketepatan masa dan kualiti persembahan." "Sebuah soalan tular di laman web Reddit kerana cukup melucukan, walaupun penanya soalan tersebut tidaklah menganggap soalannya sebagai \u2018soalan bodoh\u2019.\n\n\u201cKalau tenaga kinetik ditukar kepada haba, sekuat mana saya perlu tempeleng untuk masak seekor ayam?\u201d\n\nSoalan tersebut sebenarnya masuk akal dari segi saintifik. Kerana menurut hukum keabadian tenaga, tenaga tidak boleh dihasilkan dan dihapuskan, ia cuma berubah bentuk. \n\nContohnya, apabila kita menggesek sesuatu permukaan berulang \u2013 ulang, ia kemudian menjadi panas. Bermakna dalam contoh ini, tenaga kinetik (pergerakan) berubah bentuk menjadi tenaga haba.\n\nMaka dengan pemahaman konsep ini, Redditor ini pun tertanyalah, \u201ckalau aku lempang seekor ayam, mesti tenaga lempangan aku itu bertukar kepada tenaga haba. Jadi berapa kuat aku perlu lempang supaya tenaga haba itu cukup untuk memasak seekor ayam?\u201d\n\nDisebabkan gambaran situasi ini begitu tidak masuk akal, maka banyak pengguna lain yang terhibur dan ketawa terhadap soalan ini.\n\nTetapi ada juga kumpulan \u2013 kumpulan \u2018nerd\u2019 yang cuba menjawab soalan penting ini. Kita sangat bersyukur terhadap kewujudan mereka.\n\nSeorang pengguna Reddit Parker Ormonde dengan major fizik kemudian membentangkan pengiraannya:\n\nUntuk perbandingan, kelajuan Concorde ialah 2,180\u00a0km/h, kelajuan tembakan peluru pula sekitar 4500 km/h.\n\nBermakna, untuk memasak ayam dengan tempelengan, anda perlu berlatih melibas tangan pada kelajuan melebihi kelajuan peluru! Atau anda boleh tempeleng sebanyak 23034 kali, kalau anda bosan di hujung minggu.\n\nMungkin kita perlu tunggu pasukan mythbuster sahkan perkiraan ini. \n\n(Apa maksud korang ayam tu akan hancur berkecai? Dah eksperimen belum?) \n\n*Tambahan \u2013 sebenarnya memang terdapat eksperimen percubaan memasak dengan teknik pelik yang hanya boleh difikirkan saintis \u2013 saintis gila. \n\nKajian \u2018Cooking with Potential Energy\u2018 ini contohnya cuba memasak ayam Turki dengan melemparnya daripada tingkat 10 Universiti berkali \u2013 kali. Ya, setelah ayam jatuh, mereka ambil suhu dan cepat \u2013 cepat berlari semula ke tingkat 10 untuk mengulang proses.\n\nSetelah 6 jam dan 72 kali lemparan, mereka membuat kesimpulan bahawa dengan cara ini, ayam tersebut akan dapat dimasak sepenuhnya dalam masa 46 jam. Ya, ini lambat sedikit daripada tempoh menunggu di kedai \u2013 kedai Tomyam, tapi menurut mereka sekurang \u2013 kurangnya tiada bahan api digunakan.\n\nDan ya, nampaknya ini adalah kajian jenaka, seperti pembentangan saintifik kertas kerja berkaitan ayam di bawah:" "Cikgu sains hakikatnya sangat berminat untuk mengajar subjek sains yang diintegrasikan dengan ilmu Islam, namun amat sukar untuk mereka temui modul \u2013 modul sains Islam yang telah diformulasikan di institusi \u2013 institusi pendidikan. \n\nMereka merasakan modul \u2013 modul dan kajian tersebut terlalu ekslusif, mahal, dan hanya diguna pakai di sekolah \u2013 sekolah elit tertentu saja.\n\nBerikut antara keluhan yang disuarakan wakil guru sains, Cikgu Zainun Mustafa di perbincangan meja bulat IKIM yang dilaporkan oleh majalahsains. \n\nModul Sains Islam Sangat \u2013 sangat Diperlukan Sekarang, Mengapa Dibuat Ekslusif?\n\n\u201cPelajar sekolah sekarang mengalami masalah kekosongan jiwa, krisis aqidah dan akhlak, walaupun mereka dianggap pelajar \u2013 pelajar sains harapan\u201d.\n\nCikgu Zainun menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengguna pakai modul sains Islam yang dikaji dengan begitu mendalam oleh institusi pengajian tinggi walaupun hakikatnya mereka sangat memerlukan.\n\nHal ini bertambah parah apabila di sekolah \u2013 sekolah, guru sains dan guru agama diasingkan sehingga tidak bertegur sapa.\n\nMenurut beliau, cikgu \u2013 cikgu sains cuba untuk menerapkan nilai Islam termasuk menerangkan fenomena sains berdasarkan ayat al Quran dan hadis, namun mereka khuatir salah kerana tiada latihan agama.\n\n\u201cMenurut kajian, pelajar sebenarnya boleh aplikasikan sains, namun tasawwur mereka rendah kerana kerana diajar oleh cikgu \u2013 cikgu bio dan hanya memperoleh sedikit sahaja sentuhan daripada guru agama\u201d ujar beliau.\n\nBeliau juga mengkritik penghasilan modul \u2013 modul sains Islam yang hanya dijalankan dalam kalangan sekolah \u2013 sekolah agama swasta.\n\n\u201cKami hanya mengguna pakai apa yang kami jumpa di Internet, sehingga kami khuatir salah kerana tidak bersumber\u201d\n\nSangat Kurang Sumber Online Bahasa Melayu Berkenaan Sains yang Terbuka \n\nSatu lagi kebimbangan yang disuarakan berkenaan pendidikan sains Islam adalah kurangnya bahan rujukan sains berbahasa Melayu yang boleh diakses mudah oleh remaja.\n\nHal ini diluahkan oleh wakil DBP di persidangan berkenaan yang mengatakan sedang bahan bacaan berbentuk rebel dan punk mudah mereka peroleh, bahan bacaan sains dalam bahasa Melayu sangat sukar didapati.\n\nKini apabila segala maklumat diperoleh atas talian, kita masih lagi belum miliki laman web pendidikan rujukan sains utama dalam Bahasa Melayu yang mudah diakses. \n\nApabila ingin merujuk kepada konsep sains, pelajar hanya miliki sumber Inggeris, walaupun telah berpuluh \u2013 puluh tahun internet dicipta. Sudah pasti, apabila bahasanya Inggeris, orientasi ideologi penulis sains tersebut bukanlah orientasi Islami.\n\nJika ada laman \u2013 laman web sains akses terbuka berbahasa Melayu, ia diusahakan secara sendirian seperti majalahsains.com, fiziklah.com, inisainsbeb dan falakonline.net. Kesemua ini tidak mendapat dana dan perhatian sewajarnya, dibiar beroperasi sendirian." "Kalau ditanya sama ada ingin jadi genius atau ingin jadi orang biasa \u2013 biasa, rasanya ramai yang akan pilih nak jadi genius.\n\nIyalah, orang \u2013 orang genius ini mengagumkan, mereka boleh kira pantas guna otak, ada memori fotografik, boleh tidur dalam kelas tapi tetap markah tinggi, dan boleh dapat populariti, tanpa perlu buat kenyataan \u2013 kenyataan pelik seperti kata bumi ini rata!\n\nSeronok tu! Mesti orang \u2013 orang genius ni rasa dihargai dalam masyarakat, kan?\n\nTapi rupa \u2013 rupanya hidup seorang genius ini tidaklah begitu indah macam yang disangka. Mereka malah dieksploitasi hidup mereka seperti yang berlaku kepada beberapa orang genius dalam sejarah.\n\nJadi artikel ini senaraikan beberapa orang genius hebat yang dieksploitasi hidup mereka. \n\nKim Ung Yong\n\nKim Ung Yong catat sejarah sebagai manusia dengan IQ paling tinggi dalam dunia, tapi beliau kemudian dianggap sebagai bakat yang gagal.\n\nPada usia 6 bulan, Kim sudah pun mampu bertutur.\n\nPada umur 3 tahun, Kim sudah mampu membaca Korea, Jepun, German, dan Inggeris kerana tak mahu bosan.\n\nUsia 7 tahun, Kim sudah pun dipanggil stesen TV untuk selesaikan masalah pembezaan matematik secara langsung.\n\nDan pada usia 8 tahun, Kim dijemput ke NASA, dan dapat PhD pada usia 15 tahun!\n\nNamun semua pencapaian hebat tersebut sebenarnya tidaklah begitu bermakna bagi Kim.\n\n Pada waktu tersebut, hidup saya seperti mesin, saya bangun, selesaikan masalah matematik harian, makan, tidur dan berterusan. Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya kesunyian dan tiada kawan..\n\nKim kemudian pulang ke Korea sebab terlalu rindukan emaknya. Beliau cuma mahu hidup biasa \u2013 biasa, mahu gembira seperti orang normal.\n\nTapi kemudian beliau diserang oleh media. Beliau dikatakan sebagai genius gagal yang mensia \u2013 siakan bakatnya.\n\nTapi kemudian balas beliau \u201cKegembiraan bukanlah apabila kita cuba menjadi istimewa, tapi apabila kita buat kawan di sekolah dan berkongsi waktu indah dengan mereka\u201d. Pengalaman yang beliau tidak pernah rasai selama bergelar \u2018budak genius\u2019.\n\nOppenheimer\n\nApa perasaan kalau hasil ciptaan kita, anak yang kita besarkan, curah kasih sayang dan tatang bagai minyak yang penuh akhirnya jadi satu kejahatan besar yang kita kesali dan kita sendiri mahu hentikan?\n\nItulah apa yang berlaku kepada Oppenheimer, seorang genius yang dipanggil bapa bom atom.\n\nSetelah mencurahkan tenaga intelek yang menakjubkan, Oppenheimer yang mengetuai Manhattan Project berjaya menghasilkan senjata agong bom atom yang kemudian mengubah segala \u2013 galanya.\n\nOppenheimer kemudian melihat ciptaan kesayangannya itu dijatuhkan ke atas negara Jepun yang sudah pun hampir kalah dan lantas menyebabkan kemusnahan yang tidak terbayang.\n\nBeliau mula menjadi ketar, beliau rasakan beliau bakal menjadi punca kemusnahan manusia, dan beliau kata kepada Presiden U.S ketika itu:\n\nTuan Presiden, tangan saya berdarah\n\nBeliau kemudian dihalau dan dipanggil saintis manja.\n\nOppenheimer kemudian berjuang supaya masyarakat antarabangsa mengawal penggunaan kuasa nuklear, tapi beliau kemudian dimalukan, dan kuasa politik beliau dilucutkan. \n\nKomen beliau tentang bom atom adalah antara rakaman video yang paling menggerunkan di Internet. \n\nImam Ahmad\n\nTak ada siapa yang boleh nafikan betapa geniusnya Imam Ahmad. \n\nBeliau merupakan salah seorang imam besar mazhab, menghafal al Quran seawal usia 10 tahun, menguasai serta menghafal ratusan ribu hadis.\n\nNamun kisah hidup ulama besar ini yang sepatutnya dihormati dan disanjungi bukanlah kisah yang senang dan indah, apabila beliau diuji dengan mehnah dan tribulasi.\n\nIaitu apabila pemerintah ketika itu, khalifah al Makmun dikuasai pemikiran Mu\u2019tazilah.\n\nAl Ma\u2019mun memaksa ulama \u2013 ulama pada zamannya untuk memperakui bahawa al Quran adalah makhluk, jika tidak mereka akan diseksa dan dipenjara.\n\nMaka ada sebahagian ulama yang berhelah untuk menyelamatkan diri mereka, pada masa yang sama mereka masih memelihara aqidah mereka. Diceritakan bahawa ulama \u2013 ulama tersebut menunjukkan tangan mereka, menunjuk pada jari, dan mengatakan bahawa \u201cTaurat, Zabur, Injil dan Quran, semua ini adalah makhluk\u201d. Semua ini itu merujuk kepada jari \u2013 jari mereka.\n\nTapi tak bagi Imam Ahmad. Beliau tetap bertegas bahawa al Quran bukan makhluk. Beliau kemudian akhirnya dipenjara dan disebat serta diseksa bertahun \u2013 tahun.\n\nKetika ditanya \u201cmengapa tuan tidak berhelah saja seperti ulama yang lain?\u201d, jawab Imam Ahmad \u201cRibuan orang sedang menunggu apa kata Imam Ahmad pada fitnah ini. Jika aku sorokkan kebenaran hanya untuk selamatkan diriku, maka aku akan bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini\u201d\n\nAkhirnya pengorbanan Imam Ahmad ini disanjung dan beliau digelar sebagai Imam Ahlussunnah.\n\nNikola Tesla\n\nNikola Tesla dianggap sebagai antara pereka cipta genius paling hebat dalam sejarah. \n\nTapi tak ramai yang mengenal beliau, sebaliknya lebih ramai orang yang mengenal musuh ketat beliau, Thomas Edison.\n\nThomas Edison, pencipta mentol lampu tu. Cuma beliau sebenarnya tak cipta pun mentol lampu tersebut, sebaliknya beliau membeli paten daripada orang, kemudian mempopularkan serta menjual ciptaan tersebut di bawah nama beliau.\n\nThomas Edison adalah seorang ahli bisnes kapitalis yang ada banyak saintis dan jurutera yang bekerja di bawah beliau, manakala Tesla pula adalah seorang genius eksentrik Serbia yang ada memori fotografik dan memang cintakan ilmu sains elektrik. \n\nPertembungan dua tokoh ini menjadi kisah menarik dalam sejarah.\n\nTesla sebenarnya pernah bekerja dengan Edison. Edison tawarkan 50 000 dolar (lebih kurang 1 juta dollar masa sekarang) untuk selesaikan masalah mesin arus terus (direct current) miliknya. \n\nTapi setelah Tesla berjaya baiki masalah tersebut, Edison ketawa sambil kata\n\nTesla, kamu tak kenal lawak orang Amerika.\n\nTesla kemudian rasa marah dan dimalukan, lantas berhenti bekerja dengan Edison dan mencipta sistem arus ulang \u2013 alik (alternating current).\n\nSistem arus ulang \u2013 alik ini mencabar Edison yang mahu menjual sistem arus terus miliknya. \n\nJadi apa Edison buat? Beliau cuba jatuhkan reputasi sistem arus ulang \u2013 alik Tesla dengan cara membayar budak \u2013 budak sekolah untuk tangkap kucing dan anjing hidup \u2013 hidup, kemudian bunuh binatang \u2013 binatang itu menggunakan arus elektrik ulang \u2013 alik Tesla. Edison cuba tunjukkan bahawa arus ulang alik itu bahaya.\n\nMakmal Tesla juga kemudian terbakar, memusnahkan ratusan ciptaan dan hasil kajiannya. Ada yang mengatakan bahawa ini usaha sabotaj.\n\nBagaimanapun, hal yang menjatuhkan Tesla pada akhirnya hakikatnya bukanlah sabotaj atau tindakan musuh \u2013 musuh beliau. Tapi sikap dan pandangan hidupnya yang pelik dan luar biasalah yang merosakkan hidupnya.\n\nProjek yang menjatuhkan Tesla ternyata merupakan projek mega beliau untuk menyalurkan tenaga dan komunikasi percuma tanpa wayar kepada seluruh dunia melalui satu pencawang elektrik gergasi.\n\nTapi kemudian pelabur sedar bahawa tenaga percuma tidak akan dapat mendatangkan keuntungan, maka mereka tarik diri daripada projek tersebut sehingga Tesla jatuh bankrap dan terpaksa menjual serpihan \u2013 serpihan besi pencawangnya untuk membayar hutang. \n\nTesla kemudian hidup dalam kemiskinan, beliau tiada kawan melainkan burung \u2013 burung merpati peliharaannya dan akhirnya beliau mati seorang diri dalam bilik hotel di New York." "Laman web NASA telah menerbitkan artikel yang merupakan hasil kajian bersama (co \u2013 author, co \u2013 researcher) Dr Adlyka Annuar dari UKM yang pernah terlibat dalam penemuan menggemparkan lohong hitam supermasif.\n\nArtikel NASA yang bertajuk \u2018In Colliding Galaxies, a Pipsqueak Shines Bright\u2018 itu mempersembahkan dapatan terbaru analisis X \u2013 ray bertenaga tinggi menggunakan teleskop NuSTAR.\n\nKajian tersebut memerhatikan fenomena \u2018penggabungan\u2019 (merging) dua galaksi yang dinamakan M51, dengan lohong hitam supermasif di tengah \u2013 tengah kedua \u2013 dua galaksi yang bersinar dengan sangat terang dan menyedut material di sekeliling.\n\nSecara teorinya, tarikan graviti oleh lohong \u2013 lohong hitam yang berjuta \u2013 juta kali lebih besar daripada matahari itu sepatutnya memanaskan material di sekeliling, lantas menghasilkan cakera bersinar terang yang lebih cerah daripada semua bintang di galaksi \u2013 galaksi mereka.\n\nNamun dalam kajian yang disumbang bersama oleh Dr Adlyka itu, didapati bukan itu yang berlaku. Sebaliknya kedua \u2013 kedua lohong hitam itu lebih malap daripada yang dijangka. \n\nBelum dipastikan apakah sebabnya lohong hitam tersebut tidak seterang seperti yang dijangkakan, namun antara hipotesis baru yang diketengahkan adalah lohong hitam tersebut \u2018berkelip\u2019 ketika proses penggabungan galaksi, dan bukan beradiasi dengan kecerahan yang sama sepanjang proses tersebut." "Siapa tak kenal Wikipedia? Laman web ini dianggap paling berguna untuk setiap pelajar Universiti, kadang kala lebih daripada nota Profesor di kelas. Wikipedia mungkin merupakan asbab utama kejayaan puluhan ribu graduan di seluruh dunia.\n\nNamun tak ramai yang mengenali \u2018raja\u2019 di sebalik laman web informasi gergasi ini. Dengan jumlah suntingan melebihi 3 juta, dan 35 000 tulisan artikel asli, Steven Pruitt bertanggungjawab terhadap 1/3 isi dalam Wikipedia. \n\nWikipedia (menurut wikipedia) adalah sebuah eksiklopedia atas talian terbuka yang ditulis dan disunting oleh sesiapa saja sukarelawan tanpa mengira latar belakang.\n\nSteven Pruitt, atau nama samaran Wikipedia beliau Ser Amantio Di Nicolao, adalah sukarelawan yang menghasilkan paling banyak suntingan, semuanya tanpa bayaran. Menurut Wikimedia, Pruitt adalah penyumbang paling teratas laman web yang mengandungi 5.7 million laman tersebut. \n\nBermakna, beliau mungkin merupakan hero di belakang tabir yang telah membantu anda semua bergraduasi sejak tahun 2006.\n\nUntuk menyunting dan menghasilkan artikel \u2013 artikel sebanyak itu, Pruitt banyak membuat kajian di ensiklopedia, perpustakaan, malah kadang kala beliau turun sendiri membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data. Beliau menghabiskan masa 3 jam sehari setelah kerja membuat suntingan, tulisan dan kajian. \n\nKetika ditanya kenapa beliau sanggup mengabdikan diri melakukan kerja percuma ini, ini jawab beliau:\n\nWikipedia adalah komuniti percuma. Rasanya tak patut meminta duit membuat suntingan. Ia adalah hobi. Hobi ini telah memakan kehidupan saya, tapi ia tetap hobi. \n\nKadang kala saya ada waktu semacam menyesal, tapi semua orang ada waktu \u2013 waktu begitu. Tapi apabila saya melihat balik artikel \u2013 artikel yang saya telah tuliskan, terutama untuk topik yang tak pernah ada liputan atas talian, saya rasa seronok. Perasaan melakukan perkara yang berguna, itu yang menolak saya untuk terus menulis.\n\nBeliau juga menganggap bahawa usaha kumpulan Wikipedia ini mampu mengubah dunia dan merubah persepsi kita tentang keilmuan.\n\nNiat dan pengorbanan Steven Pruitt ini mulia, namun dari satu sudut, ia menimbulkan keresahan terhadap lanskap maklumat dan keilmuan dalam laman web informasi terbesar ini. \n\nApabila dilihat latar belakang beliau, didapati bahawa beliau adalah graduan sarjana muda sejarah kesenian (art history). \n\nSedangkan salah satu kritikan utama terhadap Wikipedia adalah kredibiliti penulis \u2013 penulis yang bukan saja tidak dikenali, menggunakan nama samaran, malah tidak diketahui latar belakang akademik mereka serta bias mereka. \n\nDisiplin ilmu menuntut kita untuk merujuk kepada ahli dalam bidang tertentu untuk dibuat rujukan. Sekurang \u2013 kurangnya jika mahu membaca artikel sains, penulis tersebut perlulah berlatar belakangkan sains, jika ingin merujuk sejarah, paling ditulis oleh sejarawan.\n\nWikipedia bagaimanapun mempersembahkan lambakan informasi tanpa dipastikan keahlian penulis dan penyunting, serta orientasi dan agenda mereka. \n\nApabila seorang individu yang tidak memiliki latar belakang akademik yang kuat bertanggungjawab terhadap 1/3 isi di sebalik enjin rujukan terbesar dunia, maka ini menimbulkan tanda tanya kualiti ilmu yang kita peroleh.\n\nBagaimanapun, Wikipedia hakikatnya memang tidak sepatutnya menjadi rujukan utama untuk sebarang kajian mendalam. Ia masih boleh diharmonikan sebagai alat akademik dengan disiplin ilmu yang betul. Cuma apa yang perlu diusahakan adalah didikan kepada masyarakat." "Pada usia 17 tahun, kita mungkin tidak lain dihantui dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan topik pengamiran matematik tambahan.\n\nTapi bagi remaja 17 tahun dari Pakistan Muhammad Shaheer Niazi, usia tersebut memperlihatkan beliau menawan komuniti saintifik dunia dengan penemuan saintifik yang pertama, sekaligus mengiktiraf dirinya sebagai seorang saintis.\n\nSarang Lebah Elektrik \n\nAhli fizik telah mengetahui fenomena sarang lebah elektrik (electric honeycomb) berdekad lamanya. \n\nIa berlaku apabila lapisan minyak diletakkan dalam medan elektrik antara satu elektrod rata dan satu elektrod runcing. Ketidakstabilan yang disebabkan oleh pengumpulan ion menghasilkan tekanan pada permukaan minyak \u2013 lantas menghasilkan corak yang cantik yang kelihatan seperti sarang lebah atau kaca berwarna.\n\nPelajar sekolah tinggi daripada Lahore Pakistan ini berjaya mengambil gambar pergerakan ion yang membentuk sarang labah di samping merekodkan haba di permukaan minyak. Tiada orang yang pernah melakukan perkara ini sebelum ini.\n\nMengulang kembali fenomena sarang lebah elektrik ini saja sudah cukup mengagumkan, namun kejayaan merakam foto tersebut tidak pernah dicapai oleh komuniti saintis sebelum ini.\n\nKajian tersebut sebenarnya bertitik tolak daripada penyertaan Shaheer dalam International Young Physicists\u2019 Tournament, di mana beliau mewakili Pakistan buat kali pertama dalam pertandingan tersebut. \n\nKertas kajian saintifik beliau yang bertajuk \u2018The Electric Honeycomb; an investigation of the Rose window instability\u2018 kemudian diterbitkan oleh Royal Society Open Science. \n\nMasa Depan yang Cerah\n\nFoto \u2013 foto termal yang dihasilkan oleh Shaheer mengejutkan serta mengagumkan ahli fizik Alberto T. Perez Izquierdo, yang sebelum ini belum pernah mengeksplorasi perubahan suhu pada permukaan minyak.\n\nBeliau juga memuji kemahiran bereksperimen Shaheer seraya mengatakan \n\n\u201cSaya rasa sememangnya sangat mengagumkan untuk seorang saintis yang sangat muda untuk menghasilkan kajian seperti ini\u201d\n\nDi Pakistan, kejayaan beliau menjadi kebanggaan rakyat di sana serta menjadi tumpuan media.\n\nShaheer yang ketika itu berusia 17 tahun berharap agar dapat memperoleh anugerah Nobel untuk Pakistan sebagai pewaris ahli fizik terkemuka Abdus Salam." "Selama ini kita mengenali kuantiti atau persamaan saintifik dan matematik dengan nama \u2013 nama Inggeris, seperti Reynolds Number, Bernoulli\u2019s Principle, Pascal\u2019s Triangle.\n\nTapi siapa sangka rupa \u2013 rupanya terdapat kuantiti saintifik dengan nama Melayu, yang dipanggil Fawzal Number (Fa).\n\nKuantiti yang disandarkan kepada bapa Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) itu asalnya dinamakan \u201cCooling Performance Index\u201d yang diperkenalkan Dr Syahid dalam kajian PhDnya di UK.\n\nKemudian indeks tersebut mula dipanggil sebagai Fawzal Number untuk memudahkan ia dikenali rakan penyelidik, dan mula dikenali di dunia akademik. \n\nNombor Fawzal\n\nNombor Fawzal adalah kuantiti tidak berdimensi yang menerangkan nisbah pemindahan haba perolakan (convective heat transfer) atau kapasiti penyejukan (cooling capacity) dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk (design) tersebut. \n\nNombor Fawzal didefinisikan sebagai:\n\nNombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik.\n\nSecara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.\n\nAplikasi\n\nPenemuan nombor Fawzal tersebut bertujuan untuk membantu pereka cipta dan pengkaji dalam menentukan reka cipta bagaimana yang lebih baik.\n\nHasil daripada penemuan ini, kerja \u2013 kerja teknikal & reka bentuk Dr Ahmad Syahid telah digunakan oleh syarikat tajaan PhD dalam menghasilkan produk mereka. \n\nDr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam rotor cooling technique untuk mesin electrik berkuasa tinggi.\n\nDengan adanya sistem penyejukan tambahan ini (secondary cooling system: primary cooling adalah stator cooling), lebih kuasa dapat dijana dengan reliability dan efficiency yg tidak terjejas. \n\nNombor Fawzal telah diguna pakai oleh syarikat penaja, yang terbukti dapat meningkatkan prestasi produk mereka sebanyak 200%. (original continuous performance = 50kW & improved continuous performance = 100kW). \n\nKini produk mereka telah digunapakai oleh beberapa pengeluar supercar & hypercar bersama dengan \u201csistem teknologi penyejukan (cooling system technology) yang telah beliau hasilkan. \n\nHasil penemuan ini, nama Dr Aid Fawzal tersenarai sebagai nama ke 155 senarai Melayu hebat oleh majalahlabur.\n\nBacaan lanjut: Ahmad Syahid Fawzal \u2013 Google Scholar" "Kadang kala perkara yang ditakuti orang dewasa adalah apabila diminta membantu murid sekolah rendah membuat kerja sekolah.\n\nBoleh jadi, kita sedar kita rupanya terlupa cara membuat kira \u2013 kira matematik mudah seperti pembahagian, kita malah tak teringat apa itu \u2018pemboleh ubah manipulasi\u2019, atau terlupa hukum mad wajib muttasil.\n\nAgak \u2013 agaknya, kalau kita ambil ujian murid darjah 4 \u2013 6, boleh jadi gred diperoleh bukan A pun.\n\nNamun sebenarnya kes yang lebih parah adalah apabila cikgu \u2013 cikgu sendiri gagal menjawab ujian murid mereka, seperti yang berlaku di Nigeria apabila 20 000 guru gagal dalam ujian kompetensi murid 10 tahun.\n\nPerkara ini didedahkan oleh Gabenor Kaduna, El Rufai yang begitu kecil hati terhadap prestasi guru \u2013 guru di Kaduna.\n\nWe are putting these out in the court of public opinion for Nigerians to make their verdict. Here are some of the primary 4 competency test scripts conducted for primary school teachers in Kaduna State. pic.twitter.com/aMwRWPlh6f\n\nAntara soalan yang diajukan adalah seperti nama \u2013 nama bentuk, yang nampaknya guru tersebut tidak mampu eja dengan betul pun. \n\nBegitu juga, apabila ditanya soalan begitu mudah seperti \u2018tanggungjawab ibu bapa kepada anak \u2013 anak pun, tak dapat dijawab penuh. \n\n \u201cIni adalah situasi yang sangat serius apabila guru tidak boleh lulus peperiksaan yang sepatutnya mereka ajar kanak-kanak itu untuk lulus.\u00a0 Ia sangat menyedihkan.\u201d \n\nMarkah lulus adalah sebanyak 75%. Mereka yang mendapat markah kurang daripada itu akan dipecat, tapi mereka boleh mendapatkan semula jawatan tersebut jika mereka memperbaiki keputusan mereka.\n\nSebuah laporan menjelaskan bahawa kerajaan Nigeria sedang membersihkan sistem pendidikan mereka yang terlalu mementingkan politik berbanding pengajaran ilmu.\n\nMenurut El Rufai, pengambilan guru \u2013 guru terlalu dipolitikkan sehingga ahli politik dan pengerusi kerajaan tempatan menjadikan sekolah rendah sebagai \u2018tempat markas samseng \u2013 samseng mereka\u2018. \n\nEl Rufai mengatakan guru \u2013 guru yang dipecat ini akan diganti dengan mereka yang lebih berkelayakan." "Selama ribuan tahun wanita meninggalkan kesan yang ampuh kepada masyarakat, mereka mengubah arus peredaran zaman, seraya mempengaruhi tamadun selama ratusan tahun. \n\nDalam peradaban Islam, wanita \u2013 wanita hebat daripada pelbagai latar kepercayaan dan kaum bekerja bersama \u2013 sama lelaki untuk memajukan komuniti mereka.\n\nKisah mereka yang menginspirasikan, personaliti hebat mereka serta kecekalan yang tiada tolok banding sewajarnya menjadi panduan dan rujukan kita pada hari ini.\n\nBerikut adalah senarai beberapa tokoh wanita hebat pada zaman keemasan Islam\n\nFatima al Fihri \u2013 Abad Ke-9\n\nFatima al Fihri membesar dalam keluarga yang terpelajar dan mempelajari fiqh serta hadis. Fatima mewarisi sejumlah wang yang besar daripada bapanya yang kemudian digunakan untuk membina masjid untuk masyarakat setempat. Dibangunkan pada tahun 859, masjid Qarawiyin adalah universiti tertua di dunia. Sebahagian pendapat mengatakan inilah universiti pertama dibina dalam sejarah. \n\nPelajar \u2013 pelajar mengembara ke sana dari serata pelusuk dunia utnuk mempelajari pengajian Islam, astronomi, bahasa dan sains. Nombor Arab dikenali dan digunakan oleh Eropah melalui Universiti ini. \n\nAl \u2013 Ijliya al Astrulabi \u2013 Abad ke-10\n\nAstrolabe adalah merupakan antara ciptaan saintifik paling hebat dan penting dalam Zaman Pertengahan. Antara tokoh ternama yang menghasilkan Astrolabe adalah Al-\u2018Ijliyah bint al-\u2018Ijli al-Asturlabi yang mengikuti jejak langkah kerjaya bapanya di Aleppo dan kemudian diambil bekerja di halaman Sayf al Dawlah pada tahun 944 Masihi (333 H). Terdapat asteroid main belt (7060) Al-\u2018Ijliya yang dinamakan sempena nama beliau sebagai suatu penghormatan baginya. \n\nSutayta al Mahmali \u2013 Abad ke-10\n\nSutayta dididik dan dilatih oleh beberapa sarjana termasuklah bapanya sendiri. Beliau cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah sastera Arab, hadis, fiqh dan matematik. Dikatakan bahawa beliau merupakan pakar dalam ilmu hisab dan faraid \u2013 kedua \u2013 duanya merupakan bidang matematik praktikal yang dikembangkan pada zaman beliau. Dikatakan juga bahawa beliau mencipta solusi kepada persamaan yang kemudian disitasikan (cited) oleh ahli matematik lain. Hal ini menunjukkan kemahiran tinggi beliau dalam matematik.\n\nZaynab al Shahda \u2013 Abad ke-12\n\nZaynab adalah seorang ahli kaligrafi yang dikenali lantaran sumbangannya dalam fiqh, hadis dan husnul khatt. Beliau mendapat pujian hebat dan diposisikan sebagai guru Yaqut, khalifah terakhir Abbasiyah. Beliau juga merupakan ahli kaligrafi di Istana Musa. Dianggap sebagai guru yang cemerlang dan disanjungi, beliau menerima banyak anak murid yang menerima ijazah di bawah nama beliau. Populariti Zaynab sememangnya tidak dinafikan apabila beliau dinamakan sebagai Siqat al Dawla kerana pertalian beliau dengan al \u2013 Muktafibillah, khalifah Abbasiyah. Beliau banyak mengisi masa mempelajari sains dan sastera. \n\nGevher Nesibe Sultan \u2013 Abad ke-13\n\nGevher Nesibe Sultan merupakan seorang puteri Kesultanan Rum pada awal abad ke-13, anak kepada Kilij Arslan II dan kakak kepada Kaykhusraw I. Beliau adalah pemegang nama bagi sebuah kompleks agung yang merangkumi hospital, madrasa yang khusus mengkaji perubatan, dan masjid di Kayseri, Turki. Kompleks tersebut ( k\u00fclliye dalam bahasa Turkish) dianggap salah satu daripada monumen agung seni bina Seljuk. Hospital tersebut dibina antara tahun 1204 dan 1206, dan madrasah tersebut siap pada tahun 1210. Kompleks tersebut dinamakan sempena nama puteri Gevher Nesibe Sultan. \n\nPermaisuri Amina dari Zaria \u2013 Abad ke-16\n\nDalam peradaban Muslim, banyak wanita yang gemilang dalam pelbagai bidang di Afrika Sub \u2013 Sahara. Antaranya adalah Permaisuri Amina dari Zaria (1588 \u2013 1589). Beliau adalah anak perempuan paling tua Bakwa Turunku, pengasas Kerajaan Zazzau pada 1536. Amina peroleh kekuasaan pada tahun 1588 dan 1589. Amina terkenal dengan sikap kepahlawanan beliau dan kemahiran ketenteraan. Antara strategi ketenteraan beliau yang bijak adalah kemahiran kejuruteraan membina kem bertembok tinggi dalam banyak kempen yang disertainya. Beliau dianggap pembina tembok Zaria yang terkenal. \n\nSumber:" "Seorang guru yang banyak berbakti kepada anak bangsa pergi meninggalkan kita setelah bertarung dengan penyakit kanser payudara tahap empat sejak dua tahun yang lalu.\n\nCikgu Hayati Aini yang dijemput Ilahi baru \u2013 baru ini bagaimanapun meninggalkan legasi yang cukup besar yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelajar dan warga pendidik, iaitu menerusi ratusan video tutorial subjek matematik yang beliau muat naik di Youtube.\n\nSaluran \u2018hayatimathswizz Hayati Aini\u2018 yang bermula sejak 3 tahun lepas itu memuatkan 387 video berkaitan matematik tambahan merangkumi pelbagai topik dan permasalahan.\n\nSetelah mengetahui tentang pemergian beliau, netizen mengucap takziah beramai \u2013 ramai di ruangan komen video terakhir cikgu Hayati. \n\nMenurut suami kepada arwah Hayati, Abdul Jalil, 53, ilmu yang dikongsikan isterinya itu diharap boleh memberi manfaat kepada golongan pelajar.\n\n\u201cSelagi video di Youtube itu boleh beri manfaat kepada semua, ambil dan belajarlah melaluinya\u201d\n\nJalil yang ditemu ramah oleh mstar itu juga memberitahu arwah isterinya sedaya upaya akan membantu pelajarnya memahami sesuatu perkara walaupun di luar waktu persekolahan.\n\n\u201cDalam apa jua keadaan, dia akan cuba penuhi keperluan orang lain berbanding dirinya sendiri\u201d\n\nCikgu Hayati merupakan tenaga pengajar di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Long, Kajang, sehinggalah saat beliau menghembuskan nafas terakhir.\n\nBeliau meninggal dunia di kediamannya di Taman Puncak Saujana, Kajang pada usia 46 tahun.\n\nSemoga usahanya diterima Allah sebagai amalan yang berterusan mengalir dan dimanfaatkan oleh ummah." "Sekarang ini, begitu sukar untuk kita melihat tulisan jawi digunakan. Di majalah \u2013 majalah, akhbar bercetak tidak kelihatan, di media arus perdana apatah lagi.\n\nItulah sebab gambar panduan formasi bola sepak tulisan jawi yang dikongsikan Perdana Menteri Singapura ini begitu mengagumkan dan menggamit nostalgia tradisi yang semakin ditinggalkan.\n\nPanduan bola sepak tahun 1895 itu bertajuk \u2018Peta Padang Bermain Futbol dan Peraturan Mengatur Pemain\u2019.\n\nHalaman tersebut menjelaskan formasi 2-3-5, tetapi ia menggunakan transliterasi bunyi Inggeris kepada bahasa Melayu, yang kemudian diterjemah kepada bahasa Melayu.\n\nSebagai contoh \u2018??? ??? ????\u2019 adalah transliterasi daripada perkataan \u2018outside right\u2019 yang bermaksud depan kanan. Centre (depan tengah) pula dieja \u2018?????\u2019.\n\nMalah sebenarnya terma moden Melayu seperti \u2018bek kanan\u2019 dan \u2018bek kiri\u2019 juga menggunakan transliterasi perkataan \u2018back\u2019. \n\nPanduan bola sepak bertulisan jawi tersebut dipamerkan oleh National Library Board Singapura di ruangan bahan \u2013 bahan bersejarah yang jarang ditemui. Pameran tersebut bertujuan mendedahkan sejarah \u2013 sejarah Singapura kepada umum. \n\nTulisan jawi dahulunya merupakan tulisan ilmu, budaya dan peradaban, yang mempunyai kuasa dan digunakan untuk berhubung dengan raja \u2013 raja. \n\nTulisan ini bagaimanapun merosot penggunaannya bertitik tolak daripada penjajahan kuasa Barat.\n\nPada tahun 1956,\u00a0Kongres Bahasa dan Persuratan Melayumembuat keputusan:\n\n\u201c.sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan jawi sehingga masa menentukannya..\u201d\n\nSehinggalah tahun 1963, Akta Bahasa Kebangsaan mengisytiharkan tulisan rasmi bahasa Melayu ialah tulisan rumi.\n\nTulisan jawi hanyalah boleh digunakan untuk pendidikan Islam. Bermakna, tulisan jawi tidak boleh lagi digunakan untuk nama jalan, pembangunan bandar dan lain \u2013 lain. Pengaruhnya semakin lama semakin pudar.\n\nBaca lagi: Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu" "Rasanya ramai yang pernah sampai satu masa, tiba \u2013 tiba mengidam makan pizza. Bukan setakat mengidam, kita mahu makan sebanyak mungkin sekali hadap.\n\nJadi kita pun keluarkan duit di akaun bank, kesat air mata sebab gaji tak masuk lagi, puasa satu hari ,dan kemudian tibalah saat waktu melangkah ke kedai pizza.\n\nLalu disebabkan terlalu mengidam, kita mahu makan sebanyak mungkin pizza pada malam tu. Maka kita pesan dua pizza saiz kecil (6 inci), sebab satu pizza saiz medium (9 inci) tak cukup besar.\n\nSebenarnya salah. Sebab satu pizza saiz Medium lebih banyak pizzanya berbanding dua pizza saiz small. \n\nJadi anda jangan beli dua pizza saiz kecil, sebaliknya lebih baik beli satu pizza saiz medium!\n\nSiapa Cakap??\n\nMatematik. Matematik cakap.\n\nMatematik, yang kita ingat tak berguna selepas tinggalkan sekolah tu. Tak sangka rupa \u2013 rupanya matematik membantu kita membuat pilihan hidup yang sangat penting, \u201cbeli satu pizza saiz medium atau dua pizza saiz kecil?\u201c\n\nHal ini boleh dibuktikan dengan formula untuk mencari keluasan bulatan:\n\nLuas bulatan = ?r2 \n\nDi mana ? = 3.141592 . , dan r = jejari bulatan = 1/2 diameter bulatan\n\nMaka kita akan dapati keputusan di bawah:\n\nTernyata 1 Pizza regular lebih \u2018banyak pizza\u2019 berbanding 2 Pizza small! Fakta ini sememangnya bertentangan dengan naluri kebiasaan kita. \n\n pic.twitter.com/ElE2yc1Fsy\n\nBukan itu saja, dengan pembelian 1 pizza saiz regular, anda sebenarnya mendapat nilai pembelian yang lebih berbanding 2 pizza saiz small.\n\nJika kita rujuk harga yang ditawarkan oleh Dominos, kita akan dapati :\n\n2 Pizza Small = RM 24.20\n\n1 Pizza Medium / Regular = RM 26.25\n\nSekali imbas nampaknya 1 Pizza Medium lebih mahal daripada 2 Pizza Small, tapi nanti dulu. Jika kita bahagikan dengan luas pizza, kita akan dapati bahawa \n\n1 inci persegi pizza small = RM 0.43\n\n1 inci persegi pizza regular = RM 0.41\n\nMaka sebenarnya pizza regular bukan saja lebih banyak pizzanya berbanding 2 pizza small, tetapi lebih berbaloi dan murah. \n\nJadi Memang Sentiasa Beli 1 Pizza Bersaiz Besar Berbanding 2 Pizza Saiz Kecil ke?\n\nSebenarnya . tidak juga. Sekurang \u2013 kurang bukan dengan saiz Pizza di Malaysia.\n\n2 Pizza saiz regular (9 inci) lebih banyak pizzanya berbanding 1 pizza saiz large (12 inci). Begitu juga 2 Pizza saiz Large (12 inci) lebih banyak pizzanya berbanding 1 pizza saiz Xtra large (15 inci).\n\nKena buat kira \u2013 kira lah untuk pastikan pembelian pizza anda berbaloi.\n\nBegitu juga, kadang kala anda mahu beli 2 pizza saiz kecil berbanding 1 pizza medium kerana anda mahu 2 jenis pizza berbeza.\n\nLainlah kalau boleh beli satu pizza regular, tapi separuh Hawaiian, separuh Classic chicken. Boleh ke?" "Kerja seorang saintis tak semestinya hanya melibatkan kajian seperti pemerhatian lohong hitam, menganalisis eksperimen kuantum kompleks atau menguji kesan ubat kepada sel kanser.\n\nKadang kala ada juga sesetengah eksperimen sains \u2018merepek\u2019 yang buat dahi kita berkerut, seperti saintis di Switzerland yang habiskan 6 bulan memperdengarkan lagu \u2013 lagu berbeza kepada keju.\n\nMenurut kenyataan akhbar cheeseinsound (entah kenapa kelakar pula bunyinya), saintis \u2013 saintis tersebut mendapati keju yang terdedah kepada muzik miliki rasa yang berlainan berbanding keju biasa.\n\nKeju yang didedahkan kepada lagu Hip Hop didapati miliki bau yang lebih kuat sedangkan rasanya lebih pekat dan manis berbanding sampel malar.\n\nLaporan tersebut tidaklah kedengaran seperti merepek dan buang masa, kerana menurut mereka: impak akustik bio gelombang bunyi mengesani prosess metabolik keju. \n\nRupa \u2013 rupanya, Sonochemistry, iaitu satu bidang kajian saintifik yang mengkaji pengaruh gelombang bunyi kepada bahan pepejal sememangnya wujud. Gelombang ultrasonik digunakan untuk merubah reaksi kimia pada satu satu bahan.\n\nKeju pula secara asasnya adalah hasil kesan kimia dan pengaruh organisme mikro, jadi mungkin gelombang bunyi sememangnya mampu mendatangkan kesan tertentu kepadanya. \n\nSeorang saintis yang terlibat dalam kajian tersebut, Bet Wampfler mengatakan bahawa \u201cBakteria bertanggungjawab terhadap formasi rasa keju. Saya yakin selain faktor kelembapan, suhu dan nutrien, bunyi, gelombang ultrasonik dan muzik juga boleh datangkan kesan fizikal\u201d katanya kepada AFP.\n\nCara Eksperimen Dijalankan\n\nUntuk menguji kesan muzik pada keju, sembilan keju Emmental seberat 10kg diletakkan di rak kayu di gudang keju Wampfler. Setiap keju diperdengarkan muzik \u2013 muzik berbeza berdurasi 24 jam yang diulang \u2013 ulang setiap hari menggunakan transducer mini yang menyalurkan gelombang bunyi terus kepada keju. \n\nLima keju dimainkan genre muzik yang berbeza, satu diperdengarkan Led Zeppelin (Rock), satu lagu The Magic Flute oleh Mozart, satu tekno, satu Yello dan yang terakhir didendangkan A Tribe Called Quest.\n\n3 lagi keju sekadar didedahkan kepada gelombang berfrekuensi tinggi, sederhana dan rendah. Manakalah satu lagi keju didendangkan lagu paling sedap di dunia, kesenyapan (ya, ini sampel malar).\n\n6 bulan mendengar lagu yang sama setiap hari dan saat, keju \u2013 keju tersebut kemudian dihidangkan kepada pakar merasa keju untuk dipastikan perbezaan rasanya.\n\nTernyata, ujian rasa yang dibuat menyimpulkan bahawa sememangnya terdapat perbezaan rasa yang nyata. Keju Hip Hop dinobat sebagai yang paling sedap.\n\nBertitik tolak daripada eksperimen ini, saintis di Switzerland berhasrat mahu menjalankan lebih banya eksperimen dengan lebih banyak sampel lagu.\n\nKami syorkan lagu Pergi Tak Kembali oleh Rabbani dan Menanti di Barzakh oleh FarEast. Mungkin kita boleh peroleh tekstur keju yang lembut kerana ia insaf?" "Datuk Aznil Haji Nawawi hari ini dinobat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke \u2013 21 (PAK21), lantaran keterlibatan beliau dalam banyak aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat.\n\nMenerusi hantaran beliau di Instagram miliknya, Pak Nil meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana dipilih sebagai Ikon PAK21.\n\n Inilah watikah perlantikan #paknil\u00a0sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke 21 oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr\u00a0@MaszleeTerima kasih kepada pejuang2\u00a0@YayasanPesona. Tugas baru kita telah bermula.\n\nAnak2 Paknil keliling Malaysia nantikan kemunculan Paknil dan team Yayasan Pesona muncul di sekolah anak2 \n\nSebagai Ikon PAK21, Pak Nil bertanggungjawab:\n\n Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ikon SekolahBimbingan Jalinan Kasih (SBJK) pada tahun 2017. Tahniah diucapkan!\n\nRamai yang Mempersoal\n\nNamun begitu, berita ini sebenarnya turut mendatangkan persoalan dan keraguan yang menghujani KPM.\n\nRata \u2013 rata yang bertanyakan soalan dan menyuarakan ketidakpuasan hati adalah daripada kalangan ibu bapa dan guru \u2013 guru serta warga pendidik.\n\nSebuah komentar di media sosial mengatakan bahawa:\n\n \u201cikon sewajarnya seorang yang berlatarbelakangkan perguruan, pembangunan pendidikan dan lain \u2013 lain.\u201d\n\nKebanyakan yang mempersoal adalah bertitik tolak daripada ketidakpuasan hati ikon tersebut yang dipilih daripada warga selebriti dan bukan akademik.\n\n \u201cPembelajaran apa yang dia buat? Apa sumbangan akademik dia? Apa pengetahuan pedagogik dia? Kalau bukan sekadar program hiburan yang melalaikan? Dah takde lagi ke guru-guru yang jauh lebih layak? \u201d \n\nNamun terdapat juga sebahagian netizen yang mempertahan pelantikan tersebut\n\nBuat masa sekarang, KPM masih belum memberi respon balas kepada persoalan \u2013 persoalan ini. Apa pun, diharapkan agar pelantikan ini bakal membawa arus positif kepada pendidikan tanah air." "Kempen jimat air kerajaan negeri Perak mendapat kritikan apabila menggunakan ejaan yang salah dan tidak lengkap pada kain rentang dan gegantung.\n\nPada kain rentang tersebut, tertulis \u2018PNGUNA BJAK SNTIASA BRJMAT\u2019 yang sepatutnya ditulis \u2018Pengguna Bijak Sentiasa Berjimat\u2019.\n\nSlogan yang sama turut digunakan pada gegantung rasmi kempen anjuran kerajaan negeri Perak tersebut.\n\nUmum mengetahui bahawa amalan memendekkan kata dan membuang huruf \u2013 huruf vokal kebiasaannya dikaitkan dengan \u2018bahasa Wechat\u2019 atau \u2018Whatsapp\u2019.\n\nTapi agak mengejutkan kerana amalan yang dianggap merosakkan bahasa ini boleh menyusup masuk dan diterima pula dalam sebuah program rasmi kerajaan negeri.\n\nMenurut laporan Utusan, Pejabat Menteri Besar menjelaskan bahawa ejaan tersebut adalah suatu gimik untuk kempen jimat air.\n\nMungkin hendak dinyatakan bahawa disamping menjimatkan air, kita juga boleh menjimatkan dakwat pencetak untuk tidak mencetak lebihan huruf yang tidak perlu?\n\nJika demikian, sememangnya tidak masuk akal kerana tiada kos tambahan untuk mencetak \u2018lebihan\u2019 huruf. Kos percetakan adalah berdasarkan saiz kain rentang dan kualiti cetakan. Maka tidak pasti apa mesej yang ingin disampaikan.\n\nRata \u2013 rata pengguna media sosial mengkritik kain rentang tersebut:" "Kadang \u2013 kadang kita akan jumpai artikel \u2013 artikel laporan saintifik yang semacam terlalu melampau dan susah dipercayai. Tetapi disebabkan ia dikatakan sebagai \u2018kajian saintifik\u2019 maka ia pun tular dan dipercayai ramai orang.\n\nDahulu pernah tular \u2018kajian\u2019 yang mengatakan bahawa kucing kita sebenarnya merancang untuk membunuh kita. \n\nTapi sebenarnya kertas kajian tersebut cuma mendapati bahawa kucing \u2013 kucing tersebut cuma miliki ciri \u2013 ciri personaliti yang sama dengan singa Afrika. Kita semua tahu tentang Singa Afrika, bila lapar, mereka tak makan rumput. Miliki personaliti yang sama tak semestinya bermakna kucing itu mahu makan orang, samalah seperti miliki personaliti ceria tak semestinya jadikan kita Pak Nil.\n\nSaintis yang membuat kajian itu sendiri mengatakan \u201cmelampau bila dikatakan kucing anda mahu membunuh anda\u201d\n\nBegitu juga, \u2018kajian saintifik\u2019 mendapati bahawa kopi mampu merawat kerosakan hati, menghalang kanser usus, dan mengurangkan risiko kanser endometrium. Hebatnya kopi, lebih hebat daripada segala ubat magis di pasaran!\n\nSebenarnya laporan \u2013 laporan ini semua bukanlah datang daripada saintis, tetapi daripada wartawan yang menghasilkan cerita daripada kajian saintis. Dan sebenarnya wartawan dan saintis miliki hubungan yang tidak baik.\n\nWartawan vs Saintis\n\nGaya kerja wartawan dengan saintis sememangnya sangat berbeza. Kadang kala perbezaan ini boleh mendatangkan malapetaka yang merosakkan hidup saintis tersebut, seperti salah lapor media terhadap kajian keberkesanan program tukar jarum di Vancouver. \n\nKajian tersebut mendapati bahawa program tukar jarum saja tak mencukupi, ia perlu ditambah dengan dorongan kaunseling, sokongan dan pendidikan. Tapi media melaporkan seolah \u2013 olah program tersebut langsung tidak berkesan malah kajian tersebut digunakan kongres untuk memansuhkan program itu.\n\n\u201cHati saya benar \u2013 benar remuk. Saya terpaksa habiskan bertahun \u2013 tahun mempersembahkan semula data \u2013 data saya berkali \u2013 kali, cuba membetulkan keadaan. Saya temui polis dan media hanya untuk menampal kerosakan yang telah dibuat\u201d kata Dr Steffanie Strathdee.\n\nMengapa boleh terjadi jurang yang sangat besar antara kajian saintis dengan laporan sensasi oleh media? Buku Communicating Science menggariskan perbezaan antara wartawan dan saintis:\n\nSaintis selalu saja hadapi kesukaran bekerja bersama wartawan. Malah itulah sebabnya ada sebahagian saintis yang dilarang daripada menyebarkan dapatan mereka kepada umum.\n\nHubungan antara saintis dan wartawan perlu lebih diperkasa, apatah lagi apabila jumlah pelajar baru yang mengambil STEM semakin merosot. Jika bukan saintis yang digemakan suara mereka berkenaan isu \u2013 isu sensitif seperti vaksin dan muka bentuk bumi, maka mereka yang tidak layak yang akan mengambil mikrofon tersebut." "Berikut adalah animasi \u2013 animasi GIF durasi pendek yang menjawab persoalan \u2013 persoalan kita bagaimana sesetengah benda berfungsi.\n\nBahagian 1: 15 Animasi GIF yang Menunjukkan Bagaimana Benda Berfungsi!\n\nBagaimana Kapal Dilancarkan\n\nBagaimana Kapal Melalui Terusan Panama\n\nBagaimana Yu Gergaji Memotong Mangsanya\n\nKenapa Kita Ada Tempurung Lutut\n\nBagaimana Duit Syiling Disusun\n\nBagaimana Pistol Berfungsi\n\nBagaimana Bom Tangan Berfungsi\n\nBagaimana Ikan Buntal Nyahkembung\n\nBagaimana Injap Tayar Berfungsi\n\nBagaimana Cara Parkir Setentang\n\nBagaimana Kon Pain Mengembang\n\nBagaimana Wifi Tersebar ke Ruangan Bilik\n\nBagaimana Enjin Rotary Berfungsi\n\nBagaimana Semut Merangkak\n\nBagaimana Pendakap Gigi Membetulkan Gigi" "Nama \u2018International Baccalaureate\u2019 menjadi igauan buat pelajar \u2013 pelajar yang ingin ke luar negara. \n\nUntuk ke luar negara, bergantung kepada apa kursus atau negara yang pelajar pilih, mereka boleh diletakkan di bawah program pra \u2013 universiti seperti A-level, AUSMAT, atau IB (International Baccalaureate).\n\nInternational Baccalaureate dianggap sebagai antara program pendidikan paling mencabar di dunia, dan pelajar \u2013 pelajar hampir boleh sepakat bahawa ia adalah simulasi paling dekat kepada perasaan berada dalam pressure cooker selama dua tahun. \n\nNamun bagi pelajar Muslim, sebenarnya terdapat perkara menarik mengenai program tersebut yang sewajarnya membuatkan mereka lebih menghargai dan bersemangat untuk buat sehabis baik (sekiranya anda diletak belajar di program tersebut).\n\nRahsia Nama \u2018Baccalaureate\u2019\n\nAntara perkara pertama yang kita perasaan mengenai program tersebut adalah namanya yang . istimewa.\n\nJika namanya \u2013 \u2018Baccalaureate\u2019 itu sendiri susah dieja dan disebut, maka apatah lagi kesukaran belajar di bawah program tersebut, kan?\n\nNamun sebenarnya, nama Baccalaureate, menurut Dr Bilal Philips berasal daripada istilah yang digunakan dalam sistem pembelajaran hadis, iaitu \u2018Bil Haq al Riwayah\u2019.\n\n\u201cTradisi memberi ijazah kepada pelajar hadis diteruskan selama berabad \u2013 abad. Di masjid tertua Afrika Utara, iaitu di Masjid Kairouan, apabila mereka memberikan ijazah kepada para pelajar, mereka akan menulis di bawahnya \u2018bil haq al riwayah\u2019 \u2013 yang bermaksud kebenaran untuk meriwayatkan. \n\nApabila Muslim menguasai Sepanyol, tradisi ini turut dibawa dan diamalkan. \u2018Bil haq al riwayah\u2019 kemudian dipesongkan menjadi \u2018Baccalaureate\u2019, dan daripada \u2018Baccalaureate\u2019 ia menjadi \u2018Bachelors\u2019. \n\nMenurut Dr Bilal juga, Baccalaureate dan Bachelors Degree (BA) hakikatnya berasal daripada istilah \u2018bil haq al riwayah\u2019 itu. Bukan itu saja, ini menunjukkan bahawa amalan pensijilan di pusat pengajian tinggi itu juga berinspirasi daripada amalan keilmuan umat Islam ketika zaman perkembangannya.\n\nHal ini sebenarnya tidaklah menghairankan, kerana amalan graduasi yang diamalkan hatta di universiti \u2013 universiti terkemuka di dunia juga dapat dilihat mencedok pengamalan Islam. \n\nAntara lain, pengamalan jubah yang merupakan tradisi orang Arab, topi mortarboard yang asalnya tempat meletak al Quran di kepala, dan pensijilan kepada penuntut Ilmu, semuanya berinspirasikan ketinggian amalan keilmuan Islam.\n\nOleh itu, bagi pelajar Muslim terutamanya, semangat untuk berusaha dan belajar lebih bersungguh \u2013 sungguh perlu disemai supaya dapat mengembalikan martabat keilmuan yang kita telah tercicir selama berzaman \u2013 zaman lamanya!" "Selama ini kita biasa melihat pemakaian seragam beraneka gaya sewaktu majlis graduasi, ada yang berpakaian ala \u2013 ala Harry Potter, Assassin\u2019s Creed dan sebagainya. \n\nNamun pelajar Malaysia kita di University of Oxford melakukan sesuatu yang amat jarang dibuat, malah amat mengagumkan \u2013 iaitu mengenakan tengkolok sewaktu menerima gelaran PhD di Universiti terbaik dunia itu.\n\nMenurut Khair Razlan Othman yang kini bergelar DPhil Healthcare Innovation -Institute of Biomedical Engineering , perjalanan menempuh PhD di Oxford adalah amat sukar dan berliku \u2013 liku.\n\n\u201cMemakai tanjak menyemarakkan semangat saya seolah \u2013 olah seorang pahlawan Melayu sewaktu berjuang dalam sesi Viva\u201d\n\nSesi viva beliau yang berlangsung selama hampir 4 jam memperlihatkan beliau bertarung mempertahankan thesis yang bertajuk \u201cLearning Sonographic Views using Multiple Proposal Approach\u201d di hadapan panel akademik terkemuka dunia.\n\nAkhirnya beliau lulus dengan minor correction.\n\nDr Khair ketika di United Kingdom juga merupakan seorang yang cekal membangunkan jati diri pelajar \u2013 pelajar Malaysia di sana, di samping begitu aktif berorganisasi dalam persatuan Islami tempatan.\n\nBeliau menasihatkan agar sentiasa melakukan yang terbaik, dan jangan sekali \u2013 kali berputus asa dan bersangka buruk dengan Allah walaupun setelah menghadapi titik yang paling rendah dalam hidup.\n\n \u201cIngat, jika kamu membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu\u201d\n\nMenurut Dr Khair juga, beliau mengamalkan beberapa amalan yang memperkuatkan fizikal dan mental beliau untuk menghadapi rintangan \u2013 rintangan hebat sepanjang tempoh pengajian beliau.\n\nAntara lain beliau berkayuh sejauh 3 batu pada waktu Subuh pada jam 3 pagi di musim panas, di samping selalu berqiamullail pada waktu Ramadhan dengan cara tidur seorang diri di masjid.\n\nMenurut beliau, terdapat banyak kisah \u2018magis\u2019 yang beliau hadapi semenjak mengambil diploma lagi sehinggalah bergelar doktor, yang beliau teruja untuk kongsikan menerusi penulisan buku.\n\nSama \u2013 sama kita nantikan!" "Mindset atau cara fikir masyarakat mempengaruh kecintaan generasi muda terhadap sains, terutama terhadap pelajar wanita.\n\n\u201cApabila bertemu dengan pelajar atau ahli sains dalam kalangan wanita, biasanya apa yang ditanya masyarakat terhadap mereka adalah bila nak kahwin dan dah ada anak belum\u201d.\n\n\u201cMasyarakat tidak pernah bertanya tentang pencapaian mereka dalam bidang kejuruteraan, apa sumbangan mereka dalam pendidikan\u201d , ujar Cikgu Yasmin Noorul Amin.\n\nCikgu Yasmin yang merupakan cikgu sains cemerlang serta pernah dinobat sebagai 50 guru terbaik dunia berucap demikian dalam konferens \u2018Women & Girls in Science\u2019 2019 anjuran CESTA16.\n\nBeliau juga menyatakan bahawa persepsi ibu bapa terhadap anak \u2013 anak perempuan yang mengambil kejuruteraan perlu dimurnikan.\n\n\u201cBiasanya anak perempuan digalakkan menjadi doktor, bukan jurutera. Tapi saya tetap mengambil bidang kejuruteraan dahulu kerana minat\u201d.\n\nNamun begitu, beliau menegaskan bahawa dalam pendidikan STEM, tiada jantina yang lebih pandai daripada jantina lain.\n\nSelaku warga pendidik beliau juga meluahkan kerisauan terhadap minat pelajar yang semakin luntur terhadap sains.\n\n\u201cBanyak pelajar saya yang pandai \u2013 pandai dalam sains, apabila ditanya nak jadi apa, mereka jawab Youtuber\u201d\n\nApabila ditanya mengenai sistem peperiksaan sebagai punca kemunduran STEM, beliau mengatakan sistem tersebut tidak boleh dipersalahkan.\n\n\u201cIa sistem yang digunakan seluruh dunia untuk menilai kebolehan pelajar. Apa yang kita perlu lakukan adalah amalkan kreativiti dan perancangan yang baik." "\u201cBilangan pelajar yang mengambil bidang sains semakin lama semakin berkurang, terutama dalam kalangan pelajar perempuan\u201d\n\n\u201cDahulu yang mengambil sains dalam satu sekolah mencapai tiga kelas, kemudian dua kelas, kini semakin berkurang kepada satu kelas\u201d, begitu luahan Puan Fauziah Sirat, seorang tokoh pendidik yang memperjuangkan nasib masa depan pendidikan sains di tanah air.\n\nMenurut statistik terkini, pada tahun lalu, hanya 44 peratus pelajar Malaysia mengambil bidang STEM berbanding 49 peratus pada 2012. \n\nPerkembangan ini begitu membimbangkan lantaran keperluan negara pada masa hadapan yang begitu berhajatkan penguasaan sains dan teknologi, apatah lagi kita bakal menjejak ke Revolusi Industri 4.0.\n\nMelihatkan kedudukan negara kita yang kurang memuaskan dalam matematik, pembacaan dan sains (menurut PISA) juga, trend semasa ini menambah kekaburan terhadap masa depan Malaysia di persada keilmuan dan pendidikan antarabangsa.\n\nMenyentuh tentang punca merosotnya minat pelajar terhadap sains, Puan Fauziah membangkitkan tentang sentimen negatif masyarakat berkenaan subjek tersebut.\n\n\u201cBila tanya kenapa tak nak ambil sains? Katanya sains susah nanti di slip SPM tak cantik. Mak ayah pun cakap, tak nak lah anak \u2013 anak ambil sains, susah, nanti anak stres. Juga mereka kata nanti tiada kerja\u201d\n\nBeliau menyatakan alasan \u2013 alasan ini membuatkan proses pembudayaan sains tidak dapat dipupuk. \n\n\u201cPada saya sains bukan tentang pekerjaan. Profesi. Tetapi sains adalah tentang alam. Apabila itu semua hilang, maka banyak benda kita tak dapat buat\u201d.\n\nAntara usaha yang telah beliau ambil untuk menyemarakkan minat masyarakat terhadap sains adalah seperti Konferens Women & Girls in Science 2019 yang berlangsung baru \u2013 baru ini. \n\nSelain itu, beliau juga telah turut sama menjayakan program Fantasains anjuran AJAR yang melatih pelajar bereksperimen dengan seronok di samping menerapkan nilai \u2013 nilai murni berlandaskan sains." "Bom nuklear adalah ciptaan manusia paling menggerunkan. Ia tiada lain dicipta hanya untuk melakukan kemusnahan maksimum.\n\nSekarang ini, terdapat 15 000 senjata nuklear di seluruh dunia. Paling banyak memiliki senjata nuklear adalah Amerika dan Russia, iaitu hampir 7000 buah setiap negara, diikuti oleh Perancis, China, UK, Pakistan, India, Israel dan Korea Utara. \n\nJadi satu persoalan timbul, sejauh mana kuasa pemusnah semua senjata nuklear ini? Kalau dihimpun semua senjata nuklear di satu tempat, dan kemudian diletupkan, apa jadi?\n\nSoalan ini mungkin kedengaran macam ia ditanyakan oleh diktator jahat dalam mana \u2013 mana cerita Marvel, tapi ia sebenarnya penting untuk beri gambaran betapa dahsyatnya senjata ciptaan manusia ini.\n\nSaluran Youtube Kurzgesagt kemudian mengumpulkan pakar \u2013 pakar dan saintis untuk menjawab soalan penting abad ini, dan mempersembahkannya dalam video yang sangat cantik dan menarik!\n\nLetupkan Semua 15000 Senjata Nuklear!\n\nDalam sejarah, pernah berlaku satu letupan gunung berapi yang dianggap antara paling teruk pernah dicatatkan, iaitu letupan gunung Krakatoa.\n\nLetupan tersebut sangat hebat, sehingga 70% pulau dan daratan sekeliling hancur sepenuhnya, meragut puluhan ribu nyawa. Kesan letupan tersebut dirasai di seluruh dunia beberapa hari selepasnya. \n\nKuasa letupan gunung Krakatoa dianggarkan menyamai 200 megaton TNT.\n\nTapi, sekiranya dikumpulkan kesemua 15000 senjata nuklear di satu pulau, kemudian diletupkan, ia bakal menghasilkan 3000 megaton TNT, iaitu 15 kali ganda kuasa letupan Krakatoa!\n\nWah menariknya! Eh.\n\nJadi mari kita mulakan eksperimen ini. Ayuh kita longgokkan 15000 senjata nuklear itu di tengah \u2013 tengah hutan Amazon, sebab padan muka diorang, kan! \n\nMaka apa akan jadi sekiranya kita buat keputusan untuk tekan butang meletupkan kesemua longgokan senjata nuklear tersebut?\n\nJadi itulah teruknya kesan jika kita letupkan keseluruhan senjata nuklear serentak. Sudah pasti, lain pula ceritanya sekiranya kita gunakan senjata nuklear untuk mengebom setiap bandar \u2013 bandar besar dunia, seperti mana tujuan sebenar senjata tersebut.\n\nBak kata Albert Einstein, \u201cSaya tak tahu apa senjata yang digunakan untuk perang dunia ketiga. Tetapi perang dunia keempat akan dipertarungkan dengan kayu dan batu\u201d\n\nRujukan untuk pengiraan \u2013 pengiraan di video Kurzgesagt: https://sites.google.com/view/sourcesallthebombs/" "Sebuah video yang memaparkan cara unik seorang cikgu mengajar subjek biologi tular di media sosial dan mengundang kekaguman netizen.\n\nDalam video tersebut, cikgu biologi itu menggunakan lukisan di tangan untuk menerangkan bahagian \u2013 bahagian jantung beserta proses yang berlaku di dalam organ tersebut. \n\nMengingat dan memahami proses jantung mengepam darah adalah antara topik biologi yang agak mencabar untuk pelajar \u2013 pelajar, terutama apabila perlu membayangkan semula struktur organ tersebut beserta aliran anak panah untuk dilukis sewaktu peperiksaan.\n\nNamun teknik unik cikgu ini sangat memudahkan, kerana pelajar boleh menggunakan tangan sendiri untuk menggambarkan fungsi jantung.\n\nTambah menarik perhatian, cara pengajaran guru tersebut begitu bersemangat dan sememangnya menggambarkan kecintaan terhadap pengajaran subjek berkenaan.\n\nDi akhir video, para pelajar jelas tampak gembira dengan teknik yang diajarkan tersebut, apabila mereka menunjukkan tangan yang \u2018diconteng\u2019 beramai \u2013 ramai sambil tersenyum.\n\nRata \u2013 rata netizen memuji pendekatan guru tersebut:\n\n\u201cCikgu ni kreatif bagus cara dia mengajar . Dulu aku ada sorang cikgu mcm ni cikgu India aku boleh faham apa dia ajar terima kasih cikgu cikgu semua \u201c\n\n\u201d\u00a0Jadikan suasana pembelajaran itu ceria, some important words bagi highlight, student tak ngantuk and they love it\u201d\n\n\u201cSubhanAllah.. Ada jantung di tapak tangan Kita.. Terima kasih Cikgu.\u201d" "Perjalanan pendidikan daripada SPM sehinggalah ke PhD sering kali menjadi tanda tanya pelajar \u2013 pelajar di Malaysia. Antara soalan yang sering dilontarkan adalah apa perbezaan sarjana muda dengan sarjana? Apa keperluan ambil doktor falsafah? Bagaimana dengan tawaran biasiswa?\n\nDr Aid Fawzal menerangkan secara umum gambaran pendidikan tinggi untuk mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian.\n\nPerjalanan Kepada PhD\n\nDi sini saya (Dr Aid Fawzal) telah sediakan gambarajah aliran system pendidikan. Kotak melambangkan tahap pendidikan and garis putus2 merangkumkan kumpulan tahap pendidikan. Anak panah adalah aliran yang mempunyai kemungkinan untuk naik ke tahap yang lebih superior. Juga disertakan expected outcome (hasil yg diharapkan) berdasarkan kumpulan tahap pendidikan di awal garis putus2. \n\nBermula dengan SPM yang kita ambil di tahun akhir persekolahan peringkat ke dua, seseorang boleh memilih (kalau gred bagus) atau menilai sewajarnya; utk menyambung pelajaran samaada ke STPM atau Foundation/Matrikulasi atau Sijil kemahiran atau terus ke tahap Degree. Begitulah seterusnya sehinggalah Ph.D.\n\nSeseorang yg mempunyai sijil SPM atau STPM atau Foundation/Matrikulasi sepatutnya memahami asas2 ilmu dalam pelbagai bidang. Maka kerja2 yang sesuai untuk tahap pendidikan ini adalah kerja2 umum dan pelbagai. Manakala seseorang yg mempunyai Sijil Kemahiran atau Diploma layak menjadi tenaga mahir dalam bidang2 khusus yang dipelajari. Dengan demikian kita lihat mereka yang mempunyai kelayakan di tahap ini bekerja sebagai juruteknik atau pembantu jurutera dan sebagainya.\n\nPada tahap Degree, pembelajarannya lebih terperinci terhadap suatu bidang (contoh: mechanical engineering) dan ianya bermula dari skop yang luas pada tahun2 awal pendidikan (calculus,algebra,fizik, etc.) sehingga subjek2 teras pada hujung tahun pendidikan (mechanical science, fluid mechanics, thermodynamic, etc.). Dengan demikian graduan degree seharusnya mampu untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari terhadap tugasan2 yang diberikan oleh majikan ketika bekerja. Seseorang didalam bidang kejuruteraan biasanya akan diberi kedudukan jurutera.\n\nDi peringkat Master pula, subjek2 teras sama seperti tahun akhir Degree tadi di selami dengan lebih terperinci lagi. Ini bergantung terhadap mode pembelajaran sesebuah universiti yang mana ada university yang fokus ke arah akademik, ada yang fokus kepada industri dan ada yang seimbang di antara akademik dan industri. Apa yang penting, seseorang graduan Master sepatutnya mempunyai kemahiran dalam pemikiran kritikal (critical thinking) disebabkan kebanyakan assignment yg diambil sewaktu pembelajaran adalah di luar dari pembelajaran didalam kelas.\n\nPh.D adalah tahap tertinggi dalam pendidikan formal (formal education). Ph.D adalah sama seperti Final Year Project untuk Degree dan Master (biasa 3bln) yang dipanjangkan menjadi 3 tahun atau lebih. \n\nPerbezaan paling ketara adalah, Ph.D memerlukan sebuah penemuan baru (novelty) yang perlu disumbangkan kepada \u2018body of knowledge\u2019 atau industri. Hal yg demikian, pelajar Ph.D perlu menghabiskan masa pada tahun awal untuk mencari jurang penyelidikan (research gap) dan jurang ini akan di isi sewajarnya pada tahun2 berikutnya. Hasil penyelidikan boleh jadi dalam bentuk penemuan formula baru, method baru, design baru atau kombinasi yang tidak pernah ada sesiapa didalam dunia ini menemukannya terlebih dahulu sebelum anda. \n\nPerbezaan lain antara Ph.D dengan tahap2 sebelumnya adalah majoriti Ph.D menggabungkan beberapa bidang. Sebagai contoh bidang pembelajaran saya ketika ini adalah mechanical, electrical & automotive engineering. Seseorang yang mempunyai Ph.D kebiasaannya bekerja sebagai pensyarah yang mana beliau juga perlu menjalankan penyelidikan disamping mengajar. \n\nPun begitu, terdapat permintaan yang unik di dalam industri terhadap graduan Ph.D terutama pada sektor penyelidikan atau kerja2 perundingan (consultancy). Hal ini kerana graduan Ph.D seharusnya mempunyai sifat penyelidik yang berwibawa (competent researcher) dan menjadi expert dalam bidang yang diceburi.\n\nMencari Penaja\n\nDi sini saya sediakan jadual yang mempunyai tiga pilihan untuk kemungkinan badan penaja yang anda boleh mencuba. Ke tiga-tiga pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mari kita fahami pilihan2 ini. \n\nIni adalah cara paling popular bagi rakyat Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D. Pembukaan penajaan kebiasaannya dibuka untuk kakitangan IPT tersebut dalam program menaiktaraf tahap pendidikan pengajar (lecturer/tutor). Ada juga didapati beberapa IPT membuat tour di dalam dan luar negara untuk temu duga terbuka bagi mencari individu yang berkebolehan dan mempunyai kemahuan melanjutkan pelajaran. Tawaran boleh jadi di buka utk pengajian di dalam atau di luar negara.\n\nRata \u2013 rata IPT mempunyai sasaran tertentu dari segi bidang mengikut latarbelakang IPT tersebut. Akan tetapi kebiasaannya calon perlu menyediakan kertas kerja (proposal) dan mencari University/supervisor sendiri. Pembiayaan adalah sepenuhnya dan di hujung pembelajaran, calon perlu berkhidmat utk IPT dalam beberapa tempoh yang dipersetujui. Anda mungkin perlu bersaing dengan kelompok khas yang telah berdaftar terdahulu atau mempunyai kepentingan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih utama daripada anda.\n\nJika anda memilih pilihan ini, mohon janganlah anda memutuskan bonding sebaik sahaja selesai pembelajaran. Ini kerana pembiayaan dan pembelajaran anda selama ini adalah seperti investment oleh badan penaja tersebut. Anda membawa harapan masyarakat untuk pulang dan berbakti kembali terhadap institusi penaja.\n\nPilihan kedua ini adalah yg ke dua popular di Malaysia. Organisasi boleh jadi dalam bentuk kerajaan (MARA, JPA), hubungan kerajaan (Japan Monbukagakusho, Korean Government), syarikat2 (Maybank, Maxis) atau foundation2. Iklan biasanya boleh di dapati di akhbar2 dan website badan2 tersebut. Tawaran boleh jadi di buka utk pengajian di dalam dan kebanyakannya utk pengajian di luar negara.\n\nMeh nak ajar cara mudah, google \u201cmalaysia scholarship\u201d dan anda akan dapati beberapa page2 bagus yang telah menyusun kebanyakan scholarship semasa. Tapis sendiri untuk biasiswa Ph.D. Contoh: http://afterschool.my/scholarship/\u00a0http://scholarships.malaysia-students.com/\n\nOrganisasi yang menawarkan penajaan ini ada yang mempunyai bidang khusus (contoh Maybank mesti nak bidang business/banking) dan ada juga yang membuka pilihan kepada calon pelajar. Pembiayaan adalah sepenuhnya dan bonding bergantung kepada jenis organisasi pembiayaan. Disebabkan persaingan ditahap nasional, anda akan melalui beberapa screening process sebelum mendapatkan tawaran. Saya pernah melalui ujian kemasukan untuk Japan Monbukagakusho \u2013 tak berjaya & tak patah semangat.\n\nPilihan terakhir ini sangat khusus dimana pembiayaan akan datang bersama bidang dan tajuk khusus. Ini kerana organisasi luar ini mempunyai keperluan dalam Ph.D anda. Tawaran boleh di lihat di website universiti seluruh dunia. Cara paling mudah adalah dengan mengujungi https://www.findaphd.com/ dan tapis mengikut bidang dan negara pilihan anda. Saya sendiri mengunakan website ini dan telah membuat 9 permohonan serata dunia sebelum mendapat tawaran yang sekarang saya lalui.\n\nPembiayaan adalah berbeza2. Antara kemungkinannya adalah:-A: Pembiayaan Pelajaran & Perbelanjaan sepenuhnyaB: Pembiayaan Pelajaran sepenuhnya tetapi tiada Perbelanjaan disertakan.\u00a0C: Pembiayaan Pelajaran mengikut yuran rakyat tempatan tetapi Perbelanjaan disertakan.\u00a0D: Pembiayaan Pelajaran mengikut yuran rakyat tempatan tetapi tiada Perbelanjaan disertakan.\n\nKebanyakan organisasi luar tidak mempunyai bonding selepas pembelajaran. Ini kerana hasil penemuan semasa Ph.D akan menjadi milik mereka secara total IP Ownership (Intelectual property), manakala anda layak mendapat ijazah Ph.D dan ilmu yang dipelajari. Pilihan ini mempunyai persaingan antarabangsa dan sangat sengit. Jadi usaha kuat2 & letak kebergantungan terhadap Allah sepenuhnya.\n\nSelamat mencuba.\u00a0\n\nApapun, proses pembelajaran Ph.D ini sangat intensif dan memerlukan komitment yang mendalam terhadap kerja penyelidikan. Oleh itu, pilihlah tajuk yang sesuai dengan minat, supervisors yang mahu menerima anda dan badan penaja yang memahami hal-ehwal pembelajaran. Sesiapa sahaja boleh melanjutkan ke tahap ini kerana Ph.D tidak memerlukan kepandaian tetapi kemahuan dan kecerdikan (ayat ni mungkin kontroversi, tp aku bukan pandai mana pon dlm academik).\n\nPengakhir, Ph.D adalah satu process qualitive dan bukan quantitative bermaksud ia bukan di ukur dengan durasi masa (lagi cepat habis lagi power.. TAK!). Tapi pembiayaan biasanya datang dengan durasi masa.\n\nAid FawzalCoventry University & YASA Motors Ltd." "Tulisan ini merupakan nukilan Cikgu Hafiz Hassan dalam hantaran beliau di Facebook. \n\nArtikel ini saya ingin kongsikan kepada semua terutamanya kepada adik-adik yang kreatif dan minat dalam bidang seni namun masih keliru untuk memilih bidang pengajian. Saya juga pernah alami situasi yang sama dengan anda.\n\nJangan pernah hina kerja seni.\n\nSebelum itu, saya kongsikan dahulu kejayaan saya sehingga saya dapat menggenggam segulung ijazah sarjana dan Anugerah Naib Censelor serta dinobatkan pelajar terbaik dan mendapat Masters Excellence Awards. Dan kini saya juga seorang pendidik di sekolah asrama.\n\nIngin saya kongsikan tentang latar belakang pendidikan saya bermula dari SPM. Saya telah mengambil kesemua subjek sains seperti Fizik, Kimia dan Biology. Bukan itu sahaja, saya turut mengambil satu lagi subjek tambahan Pendidikan Seni. Alhamdulillah, keputusan SPM saya lulus kesemua mata pelajaran dan ketika fasa itu saya dalam dilema untuk memilih jurusan bidang pengajian. \n\nRamai diantara rakan-rakan saya yang melanjut pelajaran ke matrikulasi dan program asasi. Setelah berbincang dengan keluarga dan guru-guru saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang diploma Seni Lukis & Seni Reka. Namun, ramai juga pertikaikan keputusan yang saya telah pilih. Saya agak kecewa kenapa masih ramai mentaliti yang memperlekehkan bidang seni. \n\nTerdapat beberapa kata-kata mereka yang hingga kini bermain difikiran saya, namun ketika itu saya hanya berdiam diri tidak mampu membalas kerana ketika itu saya masih mentah dan baru sahaja selangkah untuk mengatur hidup. Sekarang! Saya akan jawab kesemua persoalan mereka. Bukan marah tapi ini sebagai pedoman dan teladan untuk orang-orang yang selalu ketepikan subjek Art.\n\n\u201cMemang nak ambik seni ke? Nanti nak lukis muka2 org tepi jalan tu ke? \u201c\n\nInilah mentaliti orang sekarang yang selalu meletakkan subjek seni sebagai subjek yang tiada masa depan. Untuk pengetahuan, individu berseni ini sangatlah gifted sebab kami ini ada sedikit kelebihan yang orang lain tiada. Kelebihan kami sepatutnya dihargai dan diberi peluang untuk kami terus berekspresi dalam berkarya. Percaya atau tidak, jika anda menonton tv bersama orang yang menghargai seni, kami bukan sahaja menonton semata-mata, pandangan kami berbeza dengan anda. Kami akan menilai setiap keperincian dari kualiti resolution rancangan tersebut sehinggalah ke design baju, background, aksesori, make up, dan set rancangan tersebut.\n\n\u201cKenapa tak nak ambil aliran sains? Nanti boleh jadi doktor.\u201d\n\nSaya ambik seni sebab saya nak negara kita berada setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Kita bangga pakai produk dan kereta import, tapi kita tak pernah berusaha nak capai setaraf dengan mereka. Untuk pengetahuan, negara kita ketandusan designer dan artist yang berkualiti menyebabkan produk-produk yang dihasilkan oleh negara kita tidak menjadi kebanggaan seperti produk dari negara luar. \n\nTengoklah bila hujung minggu, penuh beratur di gedung perabut \u2018biru kuning\u2019 itu sebab nak beli produk buatan \u2018Sweden\u2019 yang hanya berkonsepkan minimalist dan ringkas. Sedangkan Negara kita jauh lebih hebat dengan penghasilan perabot ukiran dan sebagainya. Cuma masih belum diketengahkan dengan baik untuk mendapat daya tarikan pengguna.\n\n\u201cSeni? Kos lelong, keluar takde kerja, takde masa depan\u201d\n\nMeh nak sebut pasal kos lelong ni. Buat masa sekarang, perkataan \u2018kos lelong\u2019 tu dah boleh dikuburkan kot. Ya lah, semua kena faham, setiap kos ada kelebihan dan peluang kerja masing-masing. Cuma rezeki kita ja yang menentukan sama ada kita akan bekerja sebidang dengan kos yang kita belajar atau tak. Dulu orang kata kos saya keluar ja menganggur. Kini saya boleh buktikan, kenalan saya yang memilih bidang ini mampu hidup untuk menjalankan perniagaan sendiri. Maka, bila ada ilmu seni yang betul, maka hasil dan produk yang dijual sangat menarik dan berkualiti.\n\nDan kini, kenapa saya memilih untuk menjadi pendidik, sebab saya nak buktikan pada golongan muda bahawa subjek seni merupakan subjek yang mempunyai masa depan. Inshallah saya akan mengeluarkan produk \u2018pelajar\u2019 yang berkualiti dan bermutu tinggi dalam menghasilkan karya pada masa akan datang.\n\nKepada ibu bapa diluar sana, janganlah halang kreativiti anak-anak anda dan janganlah pernah memandang rendah terhadap subjek seni. Sebenarnya bidang seni ini sangatlah luas. Antaranya, seni halus, pendidikan, seramik, fasyen, seni reka perindustrian, textile, fotografi, filem animasi, multimedia design, grafik, fine metal, pencetakan dan banyak lagi." "Tak selalu ada cerita \u2013 cerita sains yang tular, tapi bila ada, meletupnya \u2018lain macam\u2019.\n\nCuma biasanya, cerita \u2013 cerita sains yang tular adalah disebabkan oleh faktor lain, dengan sains hanya sebagai pendamping yang mengiringi ombak tular tersebut.\n\nContohnya macam fenomena warna baju emas atau biru, begitu juga dengan fenomena terlebih tular Yanny atau Laurel.\n\nFenomena \u2013 fenomena ini meletup naik disebabkan ia dianggap meletupkan minda oleh ramai orang wargamaya, dan menjadi titik pergaduhan jutaan orang, sebelum akhirnya datanglah artikel \u2013 artikel dan penjelasan saintifik untuk menjelaskan fenomena \u2013 fenomena tersebut.\n\nBegitu juga, sebelum ini satu lagi cerita sains yang tular adalah mengenai \u2018kematian\u2018 Rover Marikh bernama Opportunity.\n\nHal yang membuat ramai orang begitu bersimpati terhadap cerita Rover ini adalah ayat terakhirnya yang begitu menyayat hati : \u201d Bateri saya hampir habis, segalanya menjadi gelap\u201d.\n\nI\u2019m sorry, I just found out the last message sent by the Mars rover was \u201cmy battery is low and it is getting dark,\u201d so now I have to spend the rest of the day watching WALL-E and sobbing.\n\nTularnya cerita ini adalah kerana elemen drama terhadap Rover yang sering dipamerkan sebagai robot yang keseorangan menjalankan misi di Marikh, sebelum akhirnya mati dalam keadaan menyedihkan.\n\nNamun baru \u2013 baru ini, terdapat fenomena baru yang meletup tular, tetapi sangat berbeza situasinya dengan kedua \u2013 dua kes di atas, iaitu mengenai gambar pertama lohong hitam dalam sejarah.\n\nDalam masa beberapa jam selepas berita tersebut terbit, laman media sosial wargamaya dibanjiri dengan gambar lohong hitam tersebut, dan ia dikongsi oleh semua orang walaupun mereka yang tiada latar belakang pendidikan sains, malah mendapat capaian hampir setiap orang di pelosok dunia.\n\nSatu bukti yang menunjukkan betapa popular cerita ini adalah beberapa jam kemudian timbullah meme \u2013 meme yang menjenakakan pula penemuan tersebut.\n\nEnough internet for today #EHTBlackHole pic.twitter.com/kxP6M4pM2A\n\nPeliknya, berita tersebut bukanlah berbentuk \u2018clickbait\u2019, \u2018mindblowing\u2019, atau drama, sebaliknya ia adalah satu hard science. Cerita tentang gambar penemuan lubang hitam. Kenapa begitu tular?\n\nMungkin faktor \u2013 faktor di bawah boleh menjelaskan mengapa penemuan ini begitu tular lain macam.\n\nSebab Angkasa\n\nPada tahun 1972, kita peroleh gambar penuh bumi kita buat kali pertama yang dinamakan The Blue Marble. Gambar tersebut begitu mengagumkan, sebab pertama kali umat manusia menyedari keindahan sebenar planet berbentuk guli yang bernama bumi.\n\nKemudian, pada tahun 1990, kita dipersembahkan dengan sebuah gambar yang benar \u2013 benar merendahkan diri kita. Gambar The Pale Blue Dot yang diambil 3.7 bilion kilometer daripada planet bumi mendedahkan bahawa kita begitu kecil dibandingkan dengan skala angkasa yang tidak terbayang besarnya.\n\nAngkasa lepas hakikatnya merupakan alam yang sentiasa menjadi persoalan manusia setiap kali menjenguk ke atas langit, maka setiap perkara baru yang ditemui nun jauh di sana, yang sebelum ini belum pernah diketahui, akan menjadi topik perbincangan yang hebat.\n\nSebab Lubang Hitam\n\nLubang hitam adalah antara hal yang paling misteri dalam alam semesta. Tak banyak yang diketahui tentangnya, tetapi ia begitu popular dan digeruni.\n\n \u201cDalam bahasa mudah, lohong hitam asalnya ialah sebuah bintang. Ketika hayatnya bintang ini sungguh besar dan masif, dan apabila ia sampai ke penghujung hayatnya, apabila ia meletup bahagian terasnya akan dimampatkan dengan begitu dahsyat sehinggakan gravitinya begitu kuat hinggakan menarik kembali cahaya yang dikeluarkan dirinya\u201d\n\nKonsepnya juga begitu aneh dan seolah tak masuk akal. Di tengah \u2013 tengah lubang hitam adalah suatu titik yang bernama singularity, di mana apa \u2013 apa yang masuk ke dalamnya akan mengecil menjadi titik kecil bersaiz infiniti kecil , dan memiliki ketumpatan infiniti. Pada titik ini, hukum fizik sudah tidak terpakai. \n\nMaka apa \u2013 apa saja berita tentang struktur paling misteri di alam semesta ini sudah tentu akan menjadi cerita yang sensasi.\n\nSebab Ia Membuktikan Teori Einstein\n\nPada tahun 1916, Albert Einstein menjadi orang pertama yang meramalkan kewujudan lubang hitam dalam Teori Kerelatifan Umum.\n\nDalam tempoh tersebut terdapat begitu banyak data yang menyokong teori kewujudan lubang hitam. Namun terdapat juga pelbagai teori lain yang mencabarnya termasuklah mengatakan lubang hitam tidak wujud. \n\nNamun akhirnya, setelah lebih 100 tahun, ia akhirnya berjaya dibuktikan secara visual. Hal ini menunjukkan sebuah teori saintifik mampu meramalkan fenomena yang tidak ditemui selama ratusan tahun akan datang, malah melibatkan entiti berbilion tahun cahaya jauhnya. \n\nUntuk lebih penjelasan mengenai topik ini:\n\nSebab Rupanya Kita \u2018Ditipu\u2019?\n\nApabila mendengar berita bahawa \u2018gambar lubang hitam diambil buat pertama kali dalam sejarah\u2019, mungkin ada orang yang bertanya:\n\n\u201cEh, habis gambar lubang hitam banyak \u2013 banyak kita pernah nampak dekat internet selama ni tipu ke?\u201d\n\nSebenarnya tidaklah ditipu, tapi gambar \u2013 gambar tersebut selama ini merupakan gambaran grafik, ilustrasi atau simulasi berdasarkan data \u2013 data dan teori mengenai lubang hitam, yang kadang kala ditambah perencah imaginasi.\n\nNamun apabila dibandingkan gambar sebenar dengan gambaran simulasi, rupa \u2013 rupanya memang tidak jauh beza. Maksudnya memang agak mengagumkan.\n\nSebab Pernah Tular Pencapaian Saintis Kita Dalam Kajian Lubang Hitam\n\nBagi rakyat Malaysia, penemuan terbaru astronomi ini sebenarnya agak dekat dengan hati kita semua, kerana sebelum ini juga pernah tular berita mengenai pencapaian saintis kita dalam kajian lubang hitam.\n\nPada tahun 2017, Dr Adlyka Ainul Annuar, merupakan antara sekumpulan ahli astronomi dunia yang berjaya membuktikan kewujudan lohong hitam (black hole) supermasif yang tersembunyi di lingkaran kosmik semesta.\n\nBerita ini tular dan menjadi kebanggaan rakyat kita. Jadi, berita \u2013 berita tentang lubang hitam sudah pun menjadi satu elemen yang boleh diterima oleh orang kita." "Jarang kita jumpa kartun yang ajar matematik. Lagi jarang kita jumpa kartun mengajar matematik yang kelakar!\n\nSebuah video kartun baru yang diterbitkan di Youtube oleh saluran Official Misi bertajuk Misi The Series \u2013 Mat & Maths meneroka persoalan mereka yang bencikan matematik dan anggap matematik tiada manfaat.\n\nBerikut adalah kupasan video tersebut, dan kenapa kartun berdurasi pendek kurang 5 minit itu begitu gempak!\n\nLagu Pembukaan\n\nSesuatu anime atau kartun itu biasanya memperoleh identiti yang istimewa menerusi lagu pembukaannya. \n\nPembukaan awal kartun Misi ini dimulakan dengan lagu rancak yang begitu catchy oleh Orkes A Hizadin, diikuti oleh visual yang memperkenalkan watak \u2013 watak siri tersebut. \n\nIni pertama kali penulis mendengar lagu tersebut, dan agak terpesona dengan mesej lagu yang begitu positif, dan sememangnya sedap didengar!\n\n\u201cKenapalah Belajar Matematik Ini Semua\u201d\n\nEpisod pertama bermula dengan pernyataan soalan oleh seorang watak yang tertekan dengan matematik.\n\n\u201cAku benci betul matematik! Dari tadika sampai sekarang aku dipaksa belajar matematik. Apalah gunanya x y algebra, pythagoras semua ni? Tak ada manfaat!\u201d\n\nKemudian lelaki tersebut didatangi oleh watak bermuka bengis yang entah datang dari mana, muncul dalam keadaan yang begitu menakutkan.\n\nRupa \u2013 rupanya watak bermuka ganas tersebut adalah seorang genius matematik bernama Mat, dan dia kemudian menyedarkan, dengan cara baik yang tak melibatkan seksaan dan penderaan (jangan nilai orang dengan muka tuan \u2013 tuan), tentang kepentingan matematik.\n\n\u201cSiapa Kata Matematik Tak Ada Manfaat?\u201d\n\nMat sememangnya seorang watak yang penulis amat minati. Dengan perwatakan yang begitu cool dan bergraviti, dia menjadikan episod pertama ini begitu gempak.\n\nMat kemudian menjelaskan kegunaan matematik, satunya adalah untuk melakukan urusan kewangan seperti membeli makanan, serta menguruskan baki yang diperoleh.\n\nKemudian dalam contoh yang lebih hiperbolik, Mat menjelaskan dengan pengiraan halaju langkah ke kelas, dibandingkan dengan jarak ke kelas, dia perlu tiba ke kelas sebelum Cikgu Halim. \n\nMalangnya setelah melalukan pengiraan tersebut, dia dapati masa sangat suntuk dan Mat perlu mengambil jalan pintas, \n\nTapi pelajar dilarang pijak rumput!\n\nMaka Mat pun berjalan menggunakan tangan, sebab itu tak dikira pijak!\n\nAkhirnya dia berjaya sampai sebelum Cikgu Halim!\n\n\u201cMatematik adalah Misteri yang Mesti Dirungkai\u201d\n\nMenamatkan episod tersebut, Mat menjelaskan kepentingan matematik yang sebenarnya:\n\n\u201cMatematik membantu kita membuat analisa dan seterusnya membuat tindakan yang lebih tepat. Matematik adalah asas bagi banyak perkara yang akan kita temui, Faham?\u201d\n\nAkhirnya Jo, watak yang kita temui pada awal episod, mengakui bahawa matematik sememangnya berguna dan dia menarik semula tuduhannya.\n\nApa pun, ini adalah satu percubaan yang sangat baik oleh pasukan MISI dalam memperkenalkan kartun pendidikan yang baik untuk ditonton golongan remaja. Episod \u2013 episod akan datang sangat dinantikan.\n\nMat memang gempak!" "Huruf Xi,? , dianggap simbol paling merunsingkan dalam matematik, kerana ia begitu sukar ditulis sehingga menjadi meme.\n\nSimbol tersebut biasa dijumpai apabila kita belajar mengenai set semesta:\n\nApabila ditulis oleh profesor, cikgu, pelajar pula, kita akan temui pelbagai bentuk simbol tersebut yang tidak sama langsung denga bentuk asal. Ada yang kelihatan tak ubah seperti contengan.\n\nPengguna ini mengatakan semakin banyak ditulis simbol tersebut, semakin berubah menjadi nombor 3 \n\n Simbol ? juga nampaknya berupaya berubah menjadi sekalian simbol dalam Bahasa Manusia. \n\n\u201cBuang sajalah!\u201d\n\nSeorang pengguna media sosial bernama Christian Uy Vinluan kemudian menghasilkan petition atas talian membantah penggunaan simbol tersebut dan dihantar ke kumpulan matematik Facebook. \n\nPetition yang bernama \u2018Haramkan xi daripada huruf Greek\u2018 itu dibuat kerana \u2018matematik tak sepatutnya membingungkan\u2019\n\n\u201cKita perlukan kejelasan dalam Matematik, bukan kebingungan, dan tidak lain itulah yang dihasilkan huruf ini. Jika anda haramkan huruf ? daripada abjad Greek hari ini, anda akan mengubah masa depan yang lebih baik\u201d\n\nIsi kandungan petition itu pula berbunyi:\n\n\u201cTiada siapa sukakan xi. Ia mustahil ditulis. Maksud saya, siapa punya idea yang sangka puting beliung patut ditukar menjadi huruf, merepek! Dengan petition yang cukup, kita boleh buang semua huruf xi secara sah di seluruh dunia. Ia akan memaksa semua buku teks untuk menggunakan apa saja pemboleh ubah atau pemalar yang lain setelah kita mencapai objektif kita mengharamkannya. Hukuman penggunaan akan dibuat meliputi hukuman mati.\n\nIni adalah satu bahagian daripada kempen yang lebih besar, di mana selangkah demi selangkah kita akan membina dunia yang tidak dikawal oleh persamaan cakar ayam itu\u201d\n\nSetakat ini petition yang berusia beberapa jam ini telah pun mengumpul ratusan tandatangan.\n\nBerikut adalah beberapa sebab orang menandatangan:\n\n\u201cSaya seorang jurutera dan saya sudah pun tak tahu cara buat matematik. Jangan buat hidup saya lebih susah\u201d\n\n\u201cSaya suka menanda tangan benda. Dan ini adalah petition paling merepek saya pernah tanda tangan." "Walaupun dianggap antara pencapaian astronomi paling membanggakan dalam sejarah, imej lohong hitam diketawakan dan \u2018ditroll\u2019 ramai orang kerana kabur dan tidak mencapai imaginasi seperti mana gambaran seperti simulasi dan filem.\n\nBagaimanapun, seorang saintis kemudian membalas dengan jawapan yang epik terhadap sindiran orang ramai tersebut.\n\nDengan menggunakan bahasa saintifik tahap tinggi, saintis tersebut \u2018meminta maaf\u2019 kepada orang ramai atas gambar yang kabur tersebut.\n\nSudah pasti, permohonan maaf tersebut adalah satu sindiran kepada orang awam yang tidak tahu menahu tentang usaha gigih komuniti sains mencapai perkara yang begitu sukar dan memerlukan tenaga intelek tahapan maksimum, tetapi hanya memperlekeh usaha orang lain.\n\nAduh.\n\nLebih kelakar adalah komen yang mengiringi hantaran tersebut:\n\nAda yang membalas dengan jenaka juga\n\nApa pun, sekurang \u2013 kurangnya walaupun ditroll orang ramai, ia menjadi berita sains yang begitu sensasi dan paling kurang dapat tingkatkan keinginan orang ramai mempelajari sains." "Pemerolehan foto lubang hitam yang pertama dalam sejarah manusia telah mendapat mendapat liputan sensasi oleh semua toko media di serata dunia, termasuklah daripada media Malaysia.\n\nNamun, antara isu yang berlaku adalah mengenai terjemahan istilah \u2013 istilah astrofizik bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang dianggap kurang tepat. \n\nDalam infografik yang diterjemah Harian Metro di atas, istilah seperti Event Horizon diterjemah menjadi ufuk acara, yang dianggap kurang tepat kerana dijangka ia adalah terjemahan langsung daripada Google Translate. \n\nSeorang pensyarah astronomi di UKM Dr Wan Mohd Aimran kemudian mencadangkan beberapa pembetulan istilah \u2013 istilah tersebut beserta huraian.\n\nBeliau juga turut menyertakan huraian bagi setiap istilah tersebut:" "Lima isu sains paling hangat dan kritikal dalam negara yang mesti diselesaikan oleh bidang sains komunikasi telah dikenal pasti seperti berikut:\n\nSenarai tersebut diperoleh melalui undian saintis, pengamal media, dan pempengaruh sains dalam bengkel Malaysian Science Communication Module anjuran Akademi Sains Malaysia, hari ini.\n\nLima isu tersebut mengatasi puluhan isu \u2013 isu sains komunikasi lain yang turut disenaraikan seperti pendidikan STEM, pengambilan pil suplemen kesihatan, keselamatan air, isu nuklear, pemanasan global dan lain \u2013 lain.\n\nIsu Bumi Rata yang baru \u2013 baru ini tular di tanah air bagaimanapun tidak dianggap begitu penting dengan hanya menerima satu undian.\n\nTurut dibincangkan dalam bengkel tersebut adalah punca dan cara \u2013 cara menyelesaikan isu \u2013 isu tersebut dalam rangka sains komunikasi.\n\nRata \u2013 rata peserta bersetuju bahawa timbulnya isu \u2013 isu berkenaan adalah lantaran kurangnya capaian sains kepada masyarakat, kerana perbincangan sains hanya berlegar dalam kalangan ahli akademik.\n\nTurut diluahkan adalah kegusaran bahawa bahasa sains terlalu berat dan membosankan sehingga liputannya tidak disukai oleh wartawan, kerana dianggap tiada nilai berita.\n\nBagi isu anti vaksin dan pseudosains pula, punca \u2013 punca yang dikenal pasti menyebabkan naiknya isu \u2013 isu kritikal ini adalah ketidakpercayaan masyarakat terhadap sains dan pengamalnya, serta tumpasnya suara saintis dibandingkan suara pengamal pseudosains yang sangat lantang di media sosial.\n\nBegitu juga, isu antivaksin menjadi isu yang besar di Malaysia akibat masyarakat kurang jelas terhadap status halal kandungan vaksin \u2013 vaksin yang dihasilkan.\n\nIsu pendidikan seks yang dianggap paling kontroversi pula ditegaskan kepentingannya kerana perkembangan semasa yang sangat menggusarkan, di mana anak \u2013 anak kini bebas berinteraksi dengan topik seks pada usia yang sangat awal.\n\nSeorang guru pendidikan sains tempatan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa mengatakan bahawa ketika mana ibu bapa mengelak daripada berbicara tentang topik ini, anak \u2013 anak akan mencari maklumat daripada sumber \u2013 sumber yang salah.\n\nKesemua isu ini akan dianalisis, dirangka dan disertakan dalam pembinaan modul sains komunikasi di bawah Young Scientists Network- Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) dan Malaysian Science Communication Network (MSCN).\n\nModul tersebut kemudian akan diimplementasikan untuk melatih dan melahirkan lebih banyak ahli komunikasi sains yang efektif di samping menjadi rujukan asas untuk matlamat masa panjang mengintegrasikan sains komunikasi ke dalam kurikulum pendidikan. \n\nJawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Dr Siti Khayriyyah, yang pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa sebelum ini dengan memenangi tempat pertama pertandingan Famelab 2018." "Bila orang tanya, \u201cFizik Kuantum tu apa?\u201d, pertama sekali saya akan nilai dulu setakat mana pengetahuan orang tersebut dalam sains. \n\nKalau orang tu tidak ada pengetahuan sains yang kukuh, saya akan beritahu mereka bahawa Fizik Kuantum adalah satu cabang Fizik yang dibina dari kerangka matematik.\n\nApa maksudnya?\n\nDaripada Matematik, Menjadi Sains\n\nKita ambil contoh Sir Isaac Newton dan graviti. Dalam proses untuk menerangkan konsep graviti, Newton telahpun membina satu \u201cmatematik baharu\u201d yang diberi nama kalkulus (calculus).\n\nUntuk kes Fizik Kuantum, perkara sebaliknya terjadi.\n\nSewaktu dalam keadaan terdesak, dalam usaha beliau untuk menerangkan mengenai permasalahan jasad hitam (black body), Max Planck telah membina matematik dari satu kaedah yang beliau sendiri tak tahu macamana. Hal oni terkenal dalam sejarah Fizik sebagai suatu keadaan terdesak (act of desperation) di mana kerangka matematik dibina atas dasar fizik yang manusia sendiri tidak fahami.\n\nIroninya, setelah keberhasilan Max Planck dalam menerbitkan matematik tersebut dari entah mana (out of thin air), Albert Einstein merupakan orang pertama yang menggunapakai idea Planck tersebut dalam menerangkan kesan fotoelektrik. Dari penerangan inilah Einstein mendapatkan satu-satunya hadiah Nobel beliau, sedangkan Einstein amat yakin bahawa hasil kerjanya sebelum itu dalam Teori Kenisbian (Relativity Theory) sebenarnya lebih melayakkan beliau untuk menggondol anugerah Nobel.\n\nLebih tragis lagi sebenarnya, adalah apa yang terjadi selepas itu.\n\nPergaduhan Kuantum\n\nSelepas Einstein dan Planck menjadi antara pemikir utama yang membina Fizik Kuantum, muncul nama-nama lain dalam bidang ini seperti Schroedinger, Dirac dan Heisenberg yang membina kerangka matematik tersebut dengan lebih mendalam.\n\nEinstein tidak menyukai perkara tersebut. Bagi Einstein, matematik seharusnya hadir sebagai penerangan terhadap perkara fizikal yang sedang berlaku. \n\nNamun kehadiran Revolusi Kuantum pada awal abad ke 20 ternyata melawan ideologi Einstein. Bagi kebanyakan saintis lain pula seperti Dirac dan Feynmann, matematik ini amat berguna bagi mereka dalan menerangkan banyak benda bagi objek-objek dalam skala kecil \u2013 objek dalam skala kuantum.\n\nDari ketidakpuasan hati Einstein inilah beliau mula menentang Teori Kuantum \u2013 kerana bagi Einstein setiap matematik perlu dijustifikasikan. Pada waktu tersebut, salah satu justifikasi paling tepat yang mampu dibuat oleh saintis hadir daripada idea Max Born : Fizik Kuantum ini hadir sebagai gambaran kebarangkalian.\n\nEinstein tidak suka kebarangkalian. Bagi Einstein, konsep dalam Measurement Problem \u2013 suatu keadaan itu akan bercampur selagi mana pemerhatian tidak dilakukan adalah amat janggal \u2013 adalah amat bertentangan dengan apa yang Einstein perjuangkan. Bayangkan. Kalau elektron boleh berada dalam keadaan spin up dan spin down, menurut Fizik Kuantum, selama mana kita tidak mencerap elektron tersebut, elektron tersebut akan terus berada dalam keadaan bercampur tersebut sehinggalah cerapan dilakukan. Dari sini juga terhasil kisah kucing yang terkenal: Kucing Schroedinger.\n\nDari sinilah lahirnya ungkapan Einstein bahawa\n\n \u201cAku ingin percaya bahawa bulan tetap berada di atas sana walaupun ketika aku tidak melihatnya.\u201d Tidak logik bahawa akan wujud keadaan \u201cbulan itu wujud dan tidak wujud serentak\u201d. \n\nIni bukan aliran sufi yang ingin menerangkan keberwujudan objek, ini sains!\n\nMaka Einstein mula menyerang Fizik Kuantum bertali arus. Dalam Konferens Solvey, Einstein \u201cbergaduh besar\u201d dengan si Neils Bohr, sehingga Debat Bohr-Einstein mencorakkan pemikiran saintis pada zaman mereka. Siapa yg percaya bahawa Einstein betul, dikategorikan sebagai Realist, manakala yang berpihak pada Bohr, dipanggil anti-realist.\n\nEinstein terus menerus menyerang, dan salah satu serangan yang kekal sampai hari ini, pastinya serangan paling terkenal, hadir daripada gabungan Einstein, Podolsky dan Rosen (EPR paradoks).\n\nKebergusutan Kuantum (Quantum Entanglement) \u2013 Asas Teleportasi?\n\nDalam paradoks ini, Einstein ingin membuktikan bahawa Fizik Kuantum tidak masuk akal, kerana akan berlakunya proses pemindahan maklumat dengan kelajuan melebihi cahaya (Faster Than Light Tramsmission). Sebelumnya, dalam Teori Kenisbian (Relativity Theory), Einstein telah meletakkan had kepada apa-apa kelajuan: halaju cahaya. Objek tidak boleh bergerak lebih laju dari cahaya, atau sekiranya objek itu bergerak lebih laju dari cahaya, ia akan memecahkan prinsip kesan-akibat (causality).\n\nMaka, Einstein dan rakannya memulakan serangan mereka. Terdapat suatu kes dalam Fizik Kuantum, yang diberi nama Kebergusutan Kuantum (Quantum Entanglement). Kebergusutan ini terhasil apabila pasangan objek pada awalnya bergusut bersama (entangled together).\n\nMengambil contoh mudah dua elektron yang bergusut bersama. Elektron, seperti yg kita terangkan tadi, mempunyai sifat kuantum yg dikenali sebagai Spin. Spin ini ada dua keadaan, spin atas dan spin bawah.\n\nPerkara yang menarik bagi objek yang bergusut ini adalah, apabila pasangan objek bergusut, satu objek akan memiliki satu sifat, manakala objek lain akan memiliki sifat sebaliknya. Maksudnya di sini, apabila satu elektron itu kita cerap sebagai memiliki spin atas, satu lagi elektron akan memiliki spin bawah.\n\nMenurut Einstein, perkara ini adalah ganjil. Bayangkan sepasang objek digusutkan bersama \u2013 sepasang elektron misalnya. Kemudian, satu elektron kita bawak ke hujung alam, dan satu lagi elektron kita bawa ke hujung alam yang bertentangan.\n\nSekarang, sebelum kita mencerap, kita perlu ingat beberapa perkara.\n\n\u2013 Kedua-dua objek tersebut bergusut antara satu sama lain.\u2013 Sewaktu mereka sedang bergusut, mereka sedang berada dalam keadaan superposition (seperti yang dijelaskan tadi), mereka dalam keadaan atas dan bawah secara serentak.\u2013 Sewaktu kita mencerap, akan berlaku apa yang dipanggil sebagai keruntuhan fungsi gelombang (wave function collapse) yang akan menjadikan elektron tersebut dari dua keadaan bercampur (superposition state) menjadi hanya satu keadaan : sama ada atas dan bawah.\n\nMenurut Einstein, benda ini ganjil kerana informasi yang kita dapat adalah serta merta (instantaneous), sedangkan had kepada kelajuan objek di alam semesta adalah halaju cahaya. Maksudnya kalau satu cerapan kita dapat elektron tersebut adalah atas, maka cerapan lain kita akan tahu serta merta bahawa ia adalah bawah.\n\nMenurut Einstein, perkara ini adalah ganjil, dan Einstein menggelarkan fenomena ini \n\n\u201cSpooky Action at a Distance\u201d \n\nFenomena ini lebih tepatnya dikenali sebagai Quantum Entanglement (Kebergusutan Kuantum).\n\nWalaupun Einstein menyerang hebat Fizik Kuantum, keberhasilan yang lahir akibat Fizik Kuantum adalah amat banyak. Maka sesetengah ahli Fizik seperti Bohr dan Feynmann mengambil jalan mudah \u2013 shut up and calculate.\n\nSehingga ke hari ini pun, saintis seperti Gerard t\u2019 Hooft berpendapat bahawa matematik Fizik Kuantum ini amat berguna, it is a useful tool, as how he says it.\n\nAdakah Fizik Kuantum akan Berjaya Dirungkai?\n\nKembali kepada Einstein, sehingga ke hari kematiannya, Einstein percaya dan yakin bahawa Fizik Kuantum tidak lengkap. Ya, ia berguna, namun ia belum lagi menyeluruh. Einstein merupakan antara tokoh pelopor bagi Teori Hidden Variable, salah satu cara saintis untuk bagitahu bahawa teori bagi Fizik Kuantum belum cukup sempurna, we need something else.\n\nSelang beberapa era selepas Einstein, John Bell hadir. John Bell telahpun melahirkan apa yg disebut sebagai Bell\u2019s Inequality Theorem \u2013 satu formulasi matematik.\n\nBergantung kepada cara bagaimana anda ingin melihatnya, ada sesetengah saintis melihat Bell\u2019s Theorem sebagai kemenangan kepada Bohr dan geng anti realist \u2013 Fizik Kuantum memang tak sama dengan Fizik Klasikal. Ada juga yg berpandangan sebaliknya, Einstein mungkin betul mengenai hidden variable, namun hidden variable tersebut bukanlah dalam bentuk hidden variable yang lokal, sebaliknya tak lokal (non-local hidden variable).\n\nHasil kerja Einstein et al. dan John Bell ini telahpun membenarkan kita pada hari ini untuk mula berjinak-jinak dengan apa yang dipanggil sebagai Quantum Teleportation. Ingat elektron yang berada dalam dua keadaan serentak tadi? Dalam Teori Informasi Kuantum (Quantum Information Theory), objek seperti elektron ini benar-benar wujud. Namanya adalah Qubit, short for Quantum Bit.\n\nKalau kita rujuk kepada bit biasa dalam komputer, kita akan ada dua keadaan (two state) iaitu 0 dan 1 (binary). Bagi Qubit pula, ia mampu wujud dalam 3 keadaan, iaitu 0 dan 1 (binary state) dan juga campuran antara 0 dan 1 (superposition state). Maka 2 Qubit dalam keadaan campuran ini adalah model yang amat sesuai sebagai model EPR, dan saintis telah berkali-kali mengkaji dan merumuskan bahawa Fenomena Kebergusutan ini benar-benar berlaku dan bukan sekadar teori, dan ia sedang merevolusikan teknologi komunikasi.\n\nPanjang lagi sebenarnya perjalanan dalam penerokaan sejarah fizik kuantum sebenarnya, dan kerana semua perkara inilah sebenarnya ada sesetengah ahli falsafah yang berpandangan bahawa pemahaman dalan fizik kuantum akan membawa kepada pemahaman baru dalam penafsiran alam.\n\n\u201cTo understand reality, you need to understand Quantum Physics\u201d\n\nBut then, Richard Feynmann and Neils Bohr famously said,\n\n\u201cI believe nobody ever truly understand Quantum Physics\u201d\n\nOleh : Muhammad Eilham\n\nRujukan dan bacaan sambungan:\n\nA. Einstein, B. Podolsky, and N. Rosen, \u201cCan quantum-mechanical description of physical reality be considered complete?\u201d Phys. Rev. 47 777 (1935).\n\nBell, J. S. (1966). \u201cOn the problem of hidden variables in quantum mechanics\u201d. Rev. Mod. Phys. 38 (3): 447\u2013452.\n\nD. Bouwmeester, J.-W. Pan, K. Mattle, M. Eibl, H. Weinfurter, A. Zeilinger, \u201cExperimental Quantum Teleportation\u201d, Nature 390, 6660, 575-579 (1997).\n\nJi-Gang Ren et al. \u201cGround-to-satellite quantum teleportation\u201d, arxiv:1707.00934\n\nhttps://www.quantamagazine.org/wormhole-entanglement-and-th.\n\nhttps://www.phys.org/./2014-06-einstein-quantum-mechanics-h." "Ketika ramai kanak \u2013 kanak yang mahu merakam diri mereka menyanyi, menari dan main game untuk dimuat naik ke Youtube, seorang anak darjah 5 disuruh emaknya untuk memuat naik video dirinya belajar selama satu jam.\n\nMaka anak itu pun berbuat demikian, dia menekan kamera, belajar satu jam, dan kemudian memuat naik video tersebut dengan tajuk \u2018belajar berterusan selama hampir satu jam\u2019.\n\nPenerangan tajuk tersebut berbunyi:\n\n\u201cMama saya fikir saya kelihatan paling baik sewaktu belajar, dan dia fikir saya patut kongsikan video tersebut.\n\nKalau dia salah dan anda bencikan video ini, tolong jangan dislike tapi komen bahawa anda sukakan video saya yang lain\u201d\n\nTapi siapa sangka, video yang begitu ringkas dan tidak berciri tular ini kemudian meletup naik dengan memperoleh hampir 300 ribu tontonan (pada waktu artikel ini ditulis)!\n\nRata \u2013 rata komen memuji video tersebut yang begitu \u2018ikhlas dan suci\u2019, serta amat jarang ditemui di sebalik trend video \u2013 video prank dan hiburan.\n\nKomen \u2013 komen yang begitu positif pula menggalakkannya agar memuat naik video belajar yang lebih panjang. Ada yang menggesa agar cabaran belajar #studychallenge ini ditularkan.\n\nAnak tersebut ternyata merupakan seorang Youtuber baru yang terpengaruh dengan trend semasa laman tersebut. Maka dia pun membuat saluran Youtube baru dan membuat rakaman cabaran \u2013 cabaran tular seperti \u2018trickshot harian\u2019, \u2018April fool\u2019, dan \u2018cabaran flip\u2019.\n\nTetapi jumlah tontonan dan subscriber selama 2 bulan penghasilan tidak begitu memberangsangkan, iyalah, sesuai lah dengan penghasilan video yang amateur oleh seorang budak sekolah.\n\nTetapi kemudian emaknya ternyata bijak apabila menyedari hobi anaknya ini dan menyuruhnya memuat naik video dirinya belajar, dengan menjanjikan tontonan yang tinggi.\n\nTernyata strategi tersebut berhasil! Semoga trend memuat naik video belajar ini menjadi tular dan disambut oleh kanak \u2013 kanak di Malaysia pula." "Tahukah anda \u2018Google\u2019 sebenarnya adalah nama yang diperoleh daripada ejaan yang salah? Asalnya nama yang dicadangkan adalah \u2018googolplex\u2019 yang kemudian dipendekkan kepada \u2018googol\u2019. Tapi kemudian pengasas awal laman web tersebut tersilap eja dan akhirnya menjadi \u2018Google\u2019.\n\nAgak ironi juga pangkalan data carian maklumat terbesar yang kita gunakan untuk peroleh info dan fakta rupa \u2013 rupanya tersalah eja pada namanya sendiri.\n\nTapi, \u2018googol\u2019 ini apa sebenarnya?\n\nGoogol dan GoogolPlex\n\nMungkin ramai yang mengetahui bahawa nama \u2018googol\u2019 dan \u2018googolplex\u2019 ini merujuk kepada satu nombor yang sangat besar. Jika ditanya orang \u201capa nombor paling besar yang kamu tahu\u201d, berkemungkinan dua nama ini akan disebut.\n\nGoogol, Googolplex dan satu lagi abangnya, Googolplexian adalah nombor \u2013 nombor terbesar yang diberi nama (yang wujud dalam kamus). \n\nNama Googol dicipta asalnya sebagai satu cara untuk menyemai rasa minat kanak \u2013 kanak terhadap nombor \u2013 nombor besar.\n\nAhli matematik Edward Kasner (gambar) membawa dua anak saudaranya Milton dan Edwin Sirotta, berjalan \u2013 jalan di New Jersey. Beliau kemudian menanyakan Edwin, yang ketika itu berusia 8 tahun, apa agaknya nama yang ingin diberikan kepada satu nombor yang sangat \u2013 sangat besar. \n\nEdwin kemudian menjawab \u2018googol\u2019. Dari mana Edwin peroleh nama ini tak diketahui (tapi kanak \u2013 kanak memang kreatif bab ini), tapi kemudian Kasner memberi definisi googol sebagai 10100 (sepuluh kuasa seratus), atau nombor satu diikuti oleh seratus kosong.\n\nTapi Milton pula tak puas hati. Dia juga mengusulkan satu nombor yang lebih besar, googolplex. Nombor ini, menurut Milton, adalah nombor 1 diikuti oleh sebanyak mungkin nombor kosong yang boleh ditulis sehingga kamu penat. \n\nWalaupun idea ini comel, Kasner merasakan satu definisi teknikal diperlukan. Jika diambil definisi anak saudaranya itu, ia membuka kemungkinan bahawa siapa \u2013 siapa saja boleh menjadi ahli matematik yang lebih hebat daripada Einstein dengan hanya mampu menahan menulis lebih lama nombor kosong.\n\nMaka Kasner membuat keputusan bahawa googolplex sepatutnya membawa maksud 10googol (sepuluh kuasa googol), atau 1 diikuti oleh 1 googol kosong atau dengan kata lain 10^10^100.\n\nNombor ini sangat \u2013 sangat \u2013 sangat besar. Carl Sagan pernah mengatakan bahawa mustahil untuk kita menulis semua nombor kosong dalam googleplex, kerana alam semesta kita tak mampu memuatkannya. \n\nSebagai perbandingan, dalam dunia sebenar, tiada nilai yang mencapai satu googol (10100) . Contohnya jumlah sel dalam badan manusia adalah lebih kurang 37.2 trillion (3.72*1013 ), jumlah atom dalam badan manusia lebih kurang 7*1027 , manakala jumlah atom dalam seluruh alam semesta pula dianggarkan sebagai 1080 . Googol lebih besar daripada nombor atom di alam semesta sebanyak 20 kosong. \n\nNamun lebih, besar daripada itu, adalah Googolplexian, iaitu nombor satu diikuti oleh kosong sebanyak satu googolplex. Ini adalah nombor terbesar yang pernah dinamakan. Manusia tak mampu membayangkan nombor sebesar itu.\n\nAdakah Nombor yang Lebih Besar Daripada Googolplexian?\n\nJawapannya, ya, memang ada, dan memang pasti akan ada nombor yang lebih lebih besar. Sebab apa saja nombor yang kita datangkan, kita hanya perlu tambah satu pada nombor tersebut untuk datangkan nombor yang lebih besar.\n\nGoogolplexian hanyalah nombor yang paling besar yang dinamakan. \n\nNamun begitu, terdapat nombor lain yang sangat \u2013 sangat sangat besar yang membuatkan googolplexian kelihatan seperti nombor kosong berbanding nombor \u2013 nombor ini. \n\nAntaranya adalah nombor mega gergasi Graham\u2019s Number yang terlampau besar sehingga tak dapat dipersembahkan pun notasinya secara normal. Ia memerlukan notasi baru Knuth\u2019s up-arrow notation untuk menerangkannya.\n\nLebih \u2013 lebih besar lagi daripada Graham\u2019s Number adalah nombor TREE (3) yang terlampau besar sehingga Graham\u2019s Number kelihatan seperti habuk berbandingnya. Ia terlampau besar sehingga tidak dapat dipamerkan oleh simbol matematik.\n\nNamun nombor \u2013 nombor tersebut bukanlah dibuat saja \u2013 saja. Sudah pasti anda boleh mendatangkan nombor yang lebih besar dengan mendarabkan TREE(3) dengan dua. Tapi apa yang menarik berkenaan nombor \u2013 nombor tersebut adalah mereka bermakna.\n\nMaksudnya, nombor \u2013 nombor tersebut mempunyai aplikasi dalam matematik, ia bermakna, dan ia telah dibuktikan sebagai bukan infiniti. \n\nDan sudah pasti, nombor \u2013 nombor tersebut langsung, langsung tidak dapat mendekati konsep infiniti." "Syarahan pendek sains tentang ketagihan dadah telah dipilih sebagai pemenang pertandingan Famelab Malaysia 2019 baru \u2013 baru ini. \n\nPegawai perubatan psikiatri dari sebuah hospital kerajaan, Mohd. Hazreen Abdul Rashid menceritakan mengenai pengalaman beliau mengendalikan pesakit penagih serta menjelaskan ketagihan dadah daripada sudut sains. \n\nPembentangan beliau telah berjaya memikat hati juri yang menilai berpandukan faktor kandungan, kejelasan dan karisma. \n\nKemenangan Mohd. Hazreen, 32, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 selain berpeluang mewakili negara dalam pertandingan Famelab Antarabangsa pada 5 dan 6 Jun depan di Festival Sains Chelthenham di United Kingdom.\n\nPada tahun lepas, saintis Malaysia Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah telah membanggakan Malaysia apabila dipilih sebagai \u2018jurucakap sains terbaik dunia\u2019 setelah memenangi pertandingan Famelab peringkat Antarabangsa.\n\nFamelab merupakan sebuah pertandingan sains komunikasi yang memerlukan peserta membuat persembahan berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam masa tiga minit.\n\nPertandingan ini berjaya menarik minat seramai 63 pemohon dan seramai 12 orang tersenarai sebagai peserta akhir menerusi tiga tapisan di peringkat negeri yang berlangsung pada Februari hingga Mac lalu.\n\nFamelab dianjurkan oleh MIGHT bersama British Councils serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan pusat penyelidikan profesional, Euraxess.\n\n\u201cSaya memilih topik pengulangan ketagihan dadah kerana banyak tuduhan dan kecaman yang diterima oleh golongan ini kerana kembali menagih selepas pulih bertahun-tahun.\n\n\u201cMereka dikatakan jahat dan lemah iman, tetapi masyarakat perlu tahu ia sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor.\u201cServis pemulihan dadah adalah salah satunya. Ketagihan dadah ini berlainan mengikut jenis, jadi rawatannya juga berlainan,\u201d katanya." "Cuba anda google soalan berikut:\n\n\u201chow many legs does a horse have\u201d\n\nPasti anda terkejut dengan jawapan pertama yang anda jumpa yang diberikan oleh Wikipedia.\n\nSeorang pengguna twitter pula menanyakan soalan yang sama kepada Google Assistant, dan mendapat jawapan yang sama. \n\nHonestly... still better than Bixby pic.twitter.com/25IAm7W1al\n\nJadi bagaimana Wikipedia boleh mendatangkan jawapan yang sememangnya benar \u2013 benar salah untuk soalan mudah \u2018berapa banyak kaki kuda ada?\u2019.\n\nAdakah Wikipedia sudah digodam?\n\nAtaupun adakah memang sebenarnya kuda miliki enam kaki dan kita yang memang keliru selama ini? Hidup kita selama ini adalah satu penipuan??\n\nKenapa Kuda Enam Kaki?\n\nSebenarnya, laman wiki tersebut bukanlah termasuk dalam artikel \u2013 artikel wikipedia yang biasa, sebaliknya ia adalah bahan rujukan tambahan bagi salah satu konsep penulisan artikel Wikipedia, iaitu keboleh pengesahan (verifiability).\n\nArtikel tersebut tidak termasuk dalam polisi dan panduan Wikipedia yang memerlukan pembuktian, sumber, pengesahan dan lain \u2013 lain. \n\nSebaliknya, tujuan laman tersebut adalah untuk menunjukkan cara yang salah dalam membentangkan \u2018fakta\u2019.\n\nObjektif utama laman tersebut adalah untuk menegaskan bahawa:\n\n\u201cHanya dengan menyatakan kuda miliki 5 kaki tidak menjadikannya benar. Memanggil ekor kuda sebagai kaki tidak menjadikannya kaki\u201d\n\nLaman tersebut kemudian mengemukakan satu kisah antara Jack dengan kuda berkaki lima.\n\nJack dengan Kuda berkaki Lima\n\nPak cik saya pernah bertanya \u201cBudak, kau nampak kuda tu\u201d?\n\n\u201cYa\u201d\n\n\u201cBerapa banyak kaki kuda tu ada\u201d\n\n\u201cEmpat\u201d\n\n\u201cMacam mana kalau pakcik kata ekor kuda itu juga adalah sebatang kaki\u201d\n\n\u201cUhhhh\u201d\n\n\u201cKalau pakcik panggil ekor kuda itu kaki, berapa banyak kaki kuda itu ada?\u201d\n\n\u201cLima?\u201d\n\n\u201cKamu ni tak belajar ya? Tak kisah nama apa kamu beri pada sesuatu, kuda tu tetap ada empat kaki\u201c\n\nNamun kemudian artikel itu menunjukkan, kalau kita mahu, kita boleh tambah, tambah kekusutan pada satu fakta sehingga ia jadi sangat merepek.\n\nMana ada, Kuda ada Enam Kaki!\n\nApa bukti kuda ada enam kaki?\n\nBukan, Kuda Ada Infiniti Kaki!\n\nApa . apa Benda Ni?\n\nArtikel ini, sekali lagi adalah untuk kegunaan dan rujukan penyunting \u2013 penyunting Wikipedia, bukan untuk bacaan umum.\n\nDalam Wikipedia, sesiapa saja boleh menyunting dan membangkitkan apa saja topik, walaupun topik tersebut ternyata sudah jelas dan nyata tanpa keraguan, seperti berapa bilangan kaki kuda.\n\nDengan mengemukakan falasi \u2013 falasi logika yang pelbagai, seseorang boleh membuktikan waima 7 darab 13 bersamaan 28, seperti dalam video komedi yang popular ini:\n\nArtikel kuda tersebut menyatakan antara sebab hal ini berlaku adalah lantaran \u2018true \u2013 believer syndrome\u2018, di mana seseorang boleh terus mempercayai sesuatu perkara paranormal walaupun setelah dibuktikan berkali \u2013 kali ianya palsu. \n\nMaka, golongan \u2018fivelegism\u2019 (mereka yang percaya kuda ada lima kaki), boleh berterusan mendebat golongan \u2018fourlegism\u2019 (mereka yang percaya kuda ada empat kaki), dengan menyatakan pandangan kuda berkaki empat itu hanyalah satu pendapat.\n\nApabila ini berlaku, dan terus berlaku, apa yang berlaku seterusnya adalah situasi yang dipanggil sebagai \u2018memukul mayat kuda\u2018. Kuda itu telah lama mati, orang dah tak kisah dengannya, maka tinggalkan saja perdebatan tersebut.\n\nBegitu juga, jika sememangnya ada artikel yang mengatakan ada kuda berkaki lima, maka semaklah sumber dan sebab mengapa ia ditulis demikian. Boleh jadi terdapat manipulasi genetik, atau pembedahan atau lain \u2013 lain." "Warga internet sentiasa akan mencari \u2013 cari bahan yang boleh datangkan pergaduhan dan perdebatan. \n\nDahulu internet pernah diretakkan dengan fenomena warna baju yang diperdebatkan hampir sekalian wargamaya serata dunia, Yanny dan Laurel, dan soalan \u2018berapa jawapan 6\u00f72(1+2) = ?\u2019\n\nKini, timbul pula ilusi optik terbaru yang membuat kita menarik rambut keberangan. Apa warna kasut di bawah, putih \u2013 merah jambu atau hijau \u2013 kelabu?\n\nEh jap.\n\nGambar tular ini bukan baru! Ia dah digaduhkan sejak 2017 lagi! Siapa yang naikkan balik???\n\nDua Warna Berbeza\n\nPertama kali kita lihat gambar tersebut, sama ada berwarna pink putih atau hijau kelabu, kita mungkin menganggap tidak mungkin ada orang lain yang melihat warna yang berbeza dengan kita.\n\nTetapi kemudian kita tekan bahagian komen dan mendapati begitu ramai yang bukan saja mengatakan warna yang salah, tetapi mengatakan kita pula yang silap dan buta warna!\n\nMaka inilah formula biasa yang kemudian menjadikan perkara seperti ini tular di internet. Apa \u2013 apa yang mencetus konflik dan perbalahan dengan ratusan juta pengguna internet yang lain.\n\nNamun apa sebenarnya warna asal kasut ini? \n\nWarna Asal Sememangnya Merah Jambu \u2013 Putih\n\nDisebabkan fenomena ini sudah berlalu agak lama, maka sudah banyak tulisan yang mengupas kebenaran di sebalik gambar tersebut.\n\nWarna asal model vans tersebut sememangnya adalah merah jambu dan putih. Model berwarna hijau dan kelabu tidak wujud.\n\nyou can literally go on the vans website and find this exact shoe ??? a teal & gray vans doesnt exist pic.twitter.com/loprfcNGBK\n\nGambar ini tular apabila seorang wanita bernama Nicole membelikan kasut tersebut untuk rakannya, dan kemudian meminta pandangan ibunya. Ibu Nicole kemudian menyatakan \u201cWarna biru itu sesuai untuknya\u201d.\n\nNicole kemudian berkelahi dengan ibunya kerana dia yakin warna yang dibelinya adalah putih \u2013 pink. \n\nGambar tersebut kemudian dimuat naik ke internet untuk mendapat kepastian, dan Walla \u2013 berlakulah Perang Internet ke \u2013 4980. \n\nPenjelasan Sains\n\nSuatu lagi hal menarik tentang fenomena ini adalah golongan yang pada mulanya melihat warna hijau \u2013 kelabu, tetapi kemudian perlahan \u2013 lahan menyedari warna yang sebenar \u2013 iaitu merah jambu \u2013 putih. \n\nBevil Conway, seorang neurosaintis di National Eye Institute di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa hal ini berlaku kerana otak manusia cuba untuk mengasingkan antara warna yang dihasilkan oleh sumber cahaya dengan warna yang dipantulkan oleh objek, lapor the Guardian. \n\n\u201cSistem visual anda berterusan membetulkan warna imej yang dipancarkan di retina, untuk membuang pencemaran warna akibat bias spektral pada sumber cahaya\u201d\n\n\u201cWarna langit adalah biru, tetapi semua yang anda perhatikan di bawah langit bukan biru. Ini kerana sistem visual anda begitu bagus dalam mengenal pasti bahagian cahaya mana yang anda perhatikan berasal daripada sumber cahaya, dan bahagian mana yang disebabkan permukaan objek. Kita hanya mengambil kira warna permukaan \u2013 iaitu bahagian cahaya yang menerangkan keadaan objek. Warna cahaya itu sendiri biasanya tidak bermakna\u201d\n\nGambar yang dimanipulasi tersebut, jelas beliau, miliki banyak warna turquoise yang dipancarkan pada keseluruhan imej.\n\nTHE REAL SHOE IS PINK & WHITE OKAY??The second pic was with flash & darkened, so it looks teal & gray. (depends on what lighting ur in) pic.twitter.com/FlbO3OEEuC\n\n\u201cSetelah beberapa ketika, sistem penglihatan anda akan beradaptasi dengan warna turquoise tersebut dan mula menafsir warna tersebut sebagai warna sumber cahaya. Akhirnya anda akan membuang warna turquoise itu dan dapat melihat warna asal kasut itu semula\u201c\n\nMaka ringkasnya, kita lihat warna yang berbeza \u2013 beza adalah disebabkan pencahayaan. Lama \u2013 kelamaan otak kita akan dapat membezakan antara warna kasut asal, dengan warna sumber cahaya. Warna turquoise pelik itu kemudian akan ditolak daripada keseluruhan imej \u2013 lantas mengembalikan warna kasut tersebut kepada merah jambu.\n\nOtak Kiri dan Otak Kanan?\n\nSalah satu perkara yang turut tular adalah mengenai penjelasan \u2018otak kiri dan otak kanan\u2019 yang mengiringi gambar kasut tersebut.\n\nMenurut penerangan tersebut, sekiranya kita didominasi \u2018otak kanan\u2019, kita akan melihat warna jambu \u2013 putih, sekiranya kita ber\u2019otak kiri\u2019 pula, kita akan melihat warna kelabu dan hijau.\n\nNamun eksiklopedia Brittannica membongkarkan teori \u2018otak kiri dan otak kanan\u2019 itu sebagai mitos. \n\nKajian tentang hipotesis \u2018otak kiri vs otak kanan\u2019 ini menyimpulkan bahawa \u2018data pengimejan neuron tidak memberikan bukti jelas sama ada terdapat perbezaan otak kiri dan otak kanan\u2019. \n\nMenurut laman web Psychology Today pula mitos otak kiri dan otak kanan ini begitu susah untuk dimatikan kerana ia begitu banyak dipopularkan oleh \u2018pengamal kaunseling\u2019 dan video \u2013 video motivasi. \n\nJika benar teori otak kiri dan otak kanan ini benar dalam menjelaskan fenomena warna kasut tersebut, maka bagaimana pula dengan mereka yang pada mulanya melihat warna kelabu \u2013 hijau, kemudian berubah menjadi warna merah jambu?\n\nAdakah ini bermakna mereka berubah daripada berotak kiri kepada otak kanan?" "Ketika dunia pendidikan seluruh dunia sedang berkembang maju dengan munculnya aplikasi \u2013 aplikasi canggih seperti papan putih pintar, permainan dalam kelas interaktif, alat bantu mengajar futuristik, satu perkara masih tidak berubah dari dulu sampai sekarang.\n\nAhli \u2013 ahli matematik terbaik di Universiti seluruh dunia masih menggunakan kapur tulis untuk mengajar.\n\nKapur tulis, ciptaan \u2018kuno\u2019 zaman dahulu yang memerlukan seorang penulis untuk mengotorkan tangannya, menahan bunyi \u2018skreet, skreet\u2019 setiap kali kapur digesel pada permukaan papan hitam, dan menanggung bersin berkali \u2013 kali apabila habuk kapur masuk ke hidung tu, mungkin semakin ramai yang tidak mengenalinya.\n\nKita sangkakan teknologi usang ini akan hilang dengan cepat sebaik saja papan hitam diganti dengan papan putih, dan pen marker mula menjadi popular di sekolah \u2013 sekolah. \n\nTetapi nampaknya, entah mengapa, golongan cendekiawan tahap tertinggi di dunia akademik masih enggan berganjak daripada relik alat bantu mengajar tua tersebut.\n\nKapur Lagenda Dambaan Ahli Matematik\n\nPersoalan ini diteroka oleh video hasilan saluran Great Big Story dengan tajuk \u2018Mengapa Ahli Matematik Terbaik Dunia Mengumpul Kapur Tulis\u2019.\n\nRupanya, terdapat satu lagenda tentang suatu kapur tulis impian:\n\n\u201cKapur itu begitu berkuasa sehingga ia mampu membuatkan matematik menyelesaikan dirinya sendiri. Kapur yang sangat hebat sehinggakan tiada pembuktian matematik salah boleh ditulis apabila seseorang memegangnya. Setelah pencarian yang begitu lama, akhirnya kapur tersebut ditemui\u201d\n\nNamun, bukan kapur biasa \u2013 biasa yang begitu didambakan oleh ahli \u2013 ahli matematik ini. Mereka tidak mahukan kapur lain, kecuali kapur istimewa yang datang dari Jepun, bernama Hagoromo.\n\nHagoromo dianggap sebagai Rolls Royce kapur tulis.\n\nMereka kata kapur ini tidak boleh patah. Mereka kata kapur ini saja yang tidak berhabuk. Mereka kata kapur ini berkilau apabila ditulis di papan hitam. \n\nMula \u2013 mula ramai yang tidak percaya terhadap kehebatan kapur ini. Mereka adalah pembenci kapur (ya lah, kotor, berbunyi, senang patah, susah baca) Namun apabila mereka mencuba Hagoromo, mereka bertukar arah.\n\nKapur lagenda tersebut begitu licin apabila ditulis, ia keras, ia tahan lama, ia mudah dipadam. Kapur tersebut mampu bertahan pada pada hitam selama empat sesi kuliah. \n\n\u201cMatematik adalah seperti kerja seni. Anda memerlukan kemahiran seni tahap tinggi untuk memberikan kuliah yang indah pada papan hitam. Ahli matematik menghormati perkara ini, maka mereka menghendaki alatan yang terbaik untuknya\u201d\n\nTamatnya Riwayat Hagoromo\n\nWalaubagaimanapun, kapur lagenda buatan Jepun tersebut tidak bertahan selamanya.\n\nSetelah beroperasi selama 82 tahun, syarikat pembuatan alat tulis tersebut akhirnya menutup bisnesnya. \n\nTerdapat banyak sebab, jatuhnya permintaan terhadap kapur, peralihan daripada papan hitam kepada papan putih, dan keadaan kesihatan presiden Hagoromo yang terakhir yang semakin teruk.\n\nMendengar berita tentang penutupan syarikat kapur yang mereka cintai, ramai ahli matematik yang kemudian membeli borong kapur Hagoromo tersebut.\n\n\u201cSaya membeli berkotak \u2013 kotak Hagoromo. Saya siap membuat kira \u2013 kira untuk pastikan bekalan kapur saya boleh bertahan 15 tahun\u201d\n\nAda syarikat Korea yang kemudian membeli formula pembuatan kapur tersebut, namun ramai yang mengatakan ia tak terasa sama dengan kapur yang asal." "Siapa tahu bagaimana tapak Sulaiman bergerak? Rasanya mungkin ramai yang menganggap haiwan laut tersebut cuma bergerak bila dipukul ombak. Iyalah, tengok bentuknya pun macam sukar untuk bergerak \u2013 gerak.\n\nNamun sebuah video tular baru \u2013 baru ini apabila ia menunjukkan bagaimana tapak sulaiman bergerak, dan ia sememangnya tidak dijangka, dan mengerikan lain macam. \n\nKomen \u2013 komen oleh netizen jelas menggambarkan kekaguman dan rasa terkejut mereka terhadap fenomena ini.\n\n\u201cTak sangka saya tak pernah tengok tapak sulaiman bergerak sebelum ini\u201d\n\n\u201cNampak cool dan menakutkan pada masa yang sama!\u201d\n\n\u201cAyah, kenapa kulit pisang ini bergerak?\u201d\n\n\u201cNampak macam isteri saya\u201d\n\n\u201cNampaknya bertambah lagi senarai makhluk yang menakutkan saya\u201d\n\nKenapa Macam Ini?\n\nRingkasnya, tapak sulaiman sebenarnya bukanlah makhluk pegun tidak bergerak macam yang kita selalu bayangkan. Mereka mungkin kelihatan statik, tetapi sesetengah spesis boleh bergerak laju (laju, menurut piawai tapak sulaiman).\n\nTapak sulaiman sunflower dewasa, contohnya, boleh bergerak selaju 1 meter dalam satu minit, menggunakan 15000 kaki tiub mereka di bahagian bawah tubuh. Spesis lain, bagaimanapun ada yang cuma bergerak selaju 15 sentimeter seminit.\n\nKaki tiub tapak sulaiman nampak seperti tiub penyedut, tapi tapak sulaiman tersebut sebenarnya mencengkam permukaan lantai menggunakan bahan kimia pelekat. Kaki tiub itu bergerak seperti ombak, dengan satu bahagian tangannya melekat menggunakan bahan kimia, manakala tangan lain melepaskan cengkamannya dari permukaan (juga menggunakan bahan kimia).\n\nNamun tapak sulaiman sebenarnya tidak sepatutnya bergerak di daratan. Ia bernafas dengan menyedut oksigen daripada air laut, dan akan segera lemas apabila dilepaskan daripada air.\n\nJika anda risau tentang tapak sulaiman dalam video tersebut, anda boleh melepas nafas lega kerana orang yang merakam video kemudian meletakkan kembali si patrick balik ke lautan." "Beyblade\nmerupakan salah satu permainan objek berputar yang popular sewaktu penulis\nmasih kecil. Dengan adanya manga dan anime yang tersendiri \u201cBeyblade\u201d (atau Bakuten\nSh?to Beibur?do) menjadi trend kegilaan\nkanak-kanak pada zaman 2000 \u2013 2005, di samping permainan lain berasaskan anime\nseperti Crush Gear dan Yoyo.\n\nKini, fenomena Beyblade kembali lagi. Ditambah pula dengan anime terbaru \u201cBeyblade Burst\u201d (Beibur?do B?suto), kini kelihatan kanak-kanak mula berkumpul untuk bermain permainan penuh nostalgia ini.\n\nPermainan Beyblade sebenarnya mudah. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 orang atau lebih. Syaratnya, kesemua pemain perlu mempunyai beyblade mereka yang tersendiri. Cara permainannya mudah. Perlu ada pemain, dan perlu ada tempat untuk bermain (dipanggil Beystadium). Antara objektif utama permainan beyblade ni adalah:\n\nDengar macam menarik bukan? Ini merupakan pertandingan Beyblade yang dianjurkan oleh komuniti Beyblade di New York, Amerika Syarikat. Kita boleh tengok macam-macam ragam manusia dan beyblade kesayangan mereka, ada yang berhenti berpusing, ada yang terkeluar gelanggang, dan ada juga yang pecah dan musnah! Meskipun kedua-dua permainan ini nampak mudah, tapi jangan terkejut kerana untuk menerangkan konsep Fizik dalam permainan ni, kita perlu menjengah kepada konsep Fizik dan Matematik yang agak advance.\n\nJadi, memandangkan permainan ini sekarang menjadi fenomena yang mampu membuat anak \u2013 anak kita meninggalkan gajet untuk keluar bermain bersama rakan \u2013 rakan, mengapa tidak kita ambil peluang ini untuk terap juga kecintaan mereka kepada sains? \n\nBerikut adalah beberapa persoalan berkaitan konsep fizik yang boleh diterangkan kepada anak \u2013 anak seputar permainan gasing popular mereka.\n\nBagaimana Gasing Tersebut peroleh Tenaga Untuk Berputar?\n\nIni adalah soalan paling asas. Untuk menjawab persoalan ini, kita boleh kemukakan hukum termodinamik pertama:\n\nMenurut Hukum Termodinamik Pertama (First Law of Thermodynamics), tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, sebaliknya ia hanya boleh berubah bentuk.\n\nHal ini juga turut dipanggil sebagai hukum keabadian tenaga.\n\nMaka, apabila kita lihat proses sewaktu nak main Beyblade ni, kita akan dapati bahawa Beyblade ini akan diputar dengan cara menarik tali (Winder) dari pelancar (Shooter). \n\nSewaktu proses ini berlaku, tenaga akan ditukarkan dari tenaga pergerakan (Kinetic Energy) tangan kita kepada geseran antara tali dan pelancar sebelum tenaga tersebut dipindahkan kepada Beyblade kita.\n\nBenda yang sama juga kita boleh lihat bagi situasi gasing tradisional. Dengan gasing tersebut diikat dengan tali, proses sewaktu membaling atau menarik tali tersebut menyaksikan tenaga berubah dari tenaga tangan kita bertukar ke tenaga pergerakan gasing. \n\nMana Lagi Bagus, Gasing Berat ke Gasing Ringan?\n\nKalau kita nak ada Beyblade yang tahan berpusing lama, beyblade mana yang kita perlu pilih? Beyblade yang ringan ke, atau beyblade yang berat?\n\nJawapannya: Beyblade yang berat.\n\nKenapa? Kerana menurut hukum fizik semakin besar berat sesuatu objek, semakin tinggi inertia objek tersebut. \n\nIni merupakan Hukum Newton Pertama (Newton\u2019s First Law), di mana objek yang sedang pegun (tidak bergerak) akan kekal dalam keadaan pegun, tapi objek yang bergerak akan ingin terus bergerak. \n\nMana lebih susah untuk dihentikan? Kereta kancil yang bergerak 80 km/j atau lori yang bergerak 80 km/j? Jawapannya sudah tentu lori yang lebih susah dihentikan kerana inersia lori lebih besar daripada kancil. \n\nMaka, dengan prinsip yang sama, beyblade yang lebih berat akan miliki daya kebolehan yang lebih tinggi untuk kekal pada keadaan berputar. Anda perlu usaha lebih kuat sikit untuk hentikan putaran beyblade yang berat. \n\nSelalunya, orang akan menambah berat beyblade dengan meletakkan besi yang lebih berat di bahagian tengah Beyblade mereka.\n\nMana Lagi Bagus, Gasing Tinggi ke Gasing Rendah?\n\nSelain dari berat, satu lagi faktor yang perlu diambil kira sekiranya kita ingin gasing kita dinobat juara beyblade adalah dengan menjadikan beyblade kita lebih rendah. \n\nDengan menjadikan beyblade kita lebih rendah, pusat jisim (centre of mass) bagi beyblade kita akan menjadi lebih rendah, dan hal ini akan menjadikan bey kita lebih stabil. \n\nAnalogi yang sama juga boleh dibuat bagi pemandu kereta lumba F1, di mana untuk memastikan mereka mampu mengawal jentera mereka dengan stabil, kereta lumba perlu dibuat dengan pusat jisim yang amat rendah.\n\nAgak \u2013 agaknya, antara gasing A dan gasing B, gasing yang manakah yang akan tahan lebih lama? \n\nMana Lagi Bagus, Bahagian Bawah Gasing yang Tajam Atau Tumpul Sikit?\n\nKalau kita lihat pada gasing, suatu yang kita akan perasan adalah biasanya reka bentuk bahagian bawahnya (paku gasing) biasanya tajam.\n\nMengapa begitu? \n\nSebenarnya, bahagian paku yang tajam adalah untuk mengurangkan geseran dengan tanah. Seperti yang kita tahu, salah satu penyebab kenapa gasing dan bey berhenti adalah kerana geseran. \n\nSemakin kecil luas permukaan paksi gasing, semakin sikit sentuhannya dengan tanah, maka semakin sikit geseran.\n\nMaka, kita nak bahagian paku tersebut setajam yang boleh (tapi kena hati \u2013 hati, jangan sampai cedera).\n\nKenapa Gasing Meliang Liuk Sewaktu Berputar?\n\nSuatu perkara yang menarik tentang fenomena putaran gasing adalah sewaktu gasing tersebut berputar pada paksinya, tubuh gasing tersebut juga turut \u2018berputar meliang liuk\u2019.\n\nAlah, macam dalam filem Inception, sewaktu gasing tersebut hampir jatuh, ia berputar meliang liuk seperti tidak stabil. \n\nFenomena ini dipanggil sebagai liukan (precession). Gambaran mudah bagi proses liukan ni terjadi adalah seperti berikut: \n\nKatakan kita baling gasing @ bey kita ke lantai, dan gasing kita berada dalam keadaan lurus tegak, berputar secara sempurna. Lama kelamaan, revolusi putaran gasing kita akan melemah akibat dari rintangan angin serta geseran tanah. \n\nApabila gasing kita mula menjadi perlahan, graviti akan mula memain peranan dan menarik gasing kita ke bawah. Daya tarikan graviti ini akan menghasilkan tork, dan interaksi antara tork dan momentum sudutan akan menghasilkan liukan.\n\nPenutup\n\nItulah sedikit sebanyak konsep fizik yang kita boleh ajarkan anak \u2013 anak kita sementelah fenomena beyblade yang hangat ini (dekat masjid pun main, aduhai).\n\nSebenarnya, topik ini sememangnya agak mendalam dan kompleks. Tapi cukup dulu untuk semarakkan rasa suka anak \u2013 anak pada sains. \n\nOleh: Muhammad Eilham, pensyarah Fizik" "Antara lagenda terkenal tentang Afrika pada zaman pertengahan adalah kisah tentang emas Afrika yang miliki kemurnian (purity) yang sangat menakjubkan. Emas ini diburu oleh ramai orang dan ia digunakan untuk disadur pada duit dan barang \u2013 barang mewah seperti barang kemas, tekstil dan relik agama. \n\nAfrika ketika itu sudahpun menerima Islam (seawal abad ke 7 masihi) dan berkembang pesat seiring dengan berkembangnya perdagangan dan kuasa empayar Islam. Antara barang dagangan utama adalah emas.\n\nKisah yang paling terkenal yang mungkin kita pernah dengar adalah mengenai Mansa Musa, seorang maharaja Mali beragama Islam yang menjadi manusia terkaya dunia lantaran menguasai lombong pemprosesan emas, di samping memiliki teknik pemprosesan emas istimewa untuk memperoleh kemurnian yang tinggi.\n\nTapi ramai sejawaran moden yang menolak kisah emas kemurnian tinggi ini kerana dianggap sebagai kisah yang digembar \u2013 gemburkan. \n\nIya lah, dalam lagenda manusia ada banyak kisah mitos tentang bandar yang diperbuat daripada emas, jalan raya yang disadur emas, maka sejarawan tidak lah begitu mudah menerima cerita yang lebih kurang sama tentang dinar emas tulen Afrika ini.\n\nNamun sekumpulan saintis dan ahli arkeologi kemudian menemui periuk pelebur logam dan acuan duit di Tadmekka, Mali yang digunakan untuk memurnikan emas pada abad ke 10 dan 11 masihi. \n\nDalam kertas kajian bertajuk \u2018Refining gold with glass \u2013 an early Islamic technology at Tadmekka, Mali\u2018, kumpulan saintis tersebut telah mereplikasi teknik unik pemprosesan emas Muslim Afrika itu dan mendapati ia sememangnya berkesan.\n\nTeknik yang pertama kali dibuat dalam sejarah tersebut melibatkan pemanasan campuran emas, pasir dan kaca pada suhu yang tinggi dan mengasingkan emas tersebut dari kontaminasi mineral.\n\nOrang Afrika pada Zaman Pertengahan sangat kompleks dengan penggunaan bahan mereka. Teknik mereka menapis bahan mentah dengan kaca lebur tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia unik dalam rekod Arkeologi.\n\nPeradaban Afrika Barat sebelum ini tidak menggunakan emas sebagai matawang mereka sehinggalah mereka bertemu dengan pedagang Arab. Apabila mereka sedar betapa rakan dagangan mereka menghargai emas, mereka yang sebelum ini mereka cuma gunakan sebagai bahan hiasan, langsung memanfaatkan lombong emas di kawasan mereka.\n\nDengan teknik khas mereka, mereka kemudian berjaya menghasilkan emas kemurnian tinggi yang tidak mampu ditandingi oleh peradaban sezaman. \n\nTeknik yang sama hanya dapat dikesan hampir seribu tahun kemudian melalui rekod di Australia sekitar tahun 1900. \n\nNampaknya, orang Tadmekka mampu untuk menghasilkan emas dengan kemurnian lebih tinggi berbanding peradaban lain yang telah menggunakannya berabad \u2013 abad.\n\nPenemuan ini membuktikan bahawa proses pemurnian emas di Tadmekka yang dianggap mitos sememangnya benar, dan mengubah cara pandang kita terhadap peradaban Muslim Afrika.\n\nAntara punca yang kemudian menyebabkan kejatuhan peradaban di benua tersebut, sudah pasti, adalah penjajahan British yang mencuri pelbagai harta kekayaan orang Afrika. \n\nHarta Kekayaan Barat Dibina Daripada Eksploitasi Afrika" "Pada pertengahan tahun 2018 Facebook mula memperkenalkan lencana top fan bagi mengiktiraf wargamaya yang aktif berinteraksi di sesebuah page / laman.\n\nDan lencana top fan ini semakin jelas kelihatan dan \u2018diburu\u2019 oleh wargamaya bermula awal tahun 2019. Kalau perasan, sebelum ini lencana top fan menggunakan simbol bintang, dan kini telah dikemaskini kepada simbol permata.\n\nJadi, apa istimewanya lencana top fan ini kepada wargamaya?\n\nMengapa sesetengah wargamaya sanggup berinteraksi lebih di laman FB (walaupun kadang kala komentar yang diberikan tidak relevan dengan post atau sekadar meme menagih simpati admin untuk memberikan top fan) semata-mata untuk mendapatkan lencana top fan?\n\nDan paling penting, bagaimana hendak mendapatkan top fan di laman Facebook kegemaran anda?\n\nPsikologi di sebalik lencana Top Fan. \n\nMenurut Nir Eyal, penulis buku \u2018Hooked: How to Build Habit-Forming Products\u2019 dan pakar pemasaran media sosial, wargamaya kerap bermain Facebook, Twitter, Instagram, PUBG, DOTA atau melayari YouTube kerana produk-produk ini telah membentuk habit atau kebiasaan wargamaya untuk kerap kali dan berterusan menggunakan produk-produk tersebut.\n\nAtau dalam bahasa mudah, mereka telah terpaut kepada mata kail. Hooked. Empat elemen penting dalam \u2018hooked\u2019 ialah Trigger, Action, Rewards dan Investment.\n\nDalam konteks lencana top fan di Facebook, trigger berlaku apabila kita melihat orang lain mendapat lencana top fan di page kegemaran kita, kemudian kita pun tertanya-tanya:\n\n\u201cEh? Kenapa dia dapat lencana top fan, kenapa aku tak dapat?\u201d\n\nLencana top fan yang dipaparkan itu membentuk trigger luaran, kemudian trigger luaran mencetuskan trigger dalaman berbentuk emosi dan perasaan.\n\nKita dapat rasakan seolah-olah dengan adanya lencana top fan menjadikan kita lebih tinggi taraf berbanding wargamaya lain dalam laman tersebut, kita rasa diiktiraf, dihargai serta wujud seakan perasaan berpunya kepada laman yang memberikan kita lencana top fan.\n\nKemudian, kita mula melakukan tindakan bagi mendapatkan lencana top fan seperti berinteraksi lebih kerap di laman tersebut, memberi komentar menggunakan meme atau gif menagih secebis lencana top fan atau paling dramatik, pm admin minta diberikan lencana top fan!\n\nKita Tak Tahu Bagaimana Peroleh Top Fan\n\nPaling menarik, wargamaya tidak pernah diberitahu apakah prosedur mutlak yang perlu dilakukan bagi mendapatkan lencana top fan.\n\nBerapa kali perlu ketik like pada post di page tersebut? Berapa kerap kena beri komentar? Adakah meme, gif atau komentar yang tidak relevan, berkesan untuk mendapatkan lencana top fan?\n\nTak ada siapa tahu dan Facebook juga tidak memberi tahu. Mereka hanya mengatakan bahawa wargamaya perlu \u2018lebih banyak berinteraksi\u2019 di page berkenaan bagi mendapatkan lencana top fan.\n\nKeadaan \u2018tidak tahu\u2019 inilah yang menyebabkan wargamaya terus menerus dan berterusan mencuba nasib dengan cara berinteraksi lebih bagi mendapatkan lencana top fan.\n\nAkhirnya, setelah berkali-kali berinteraksi di page kegemaran, barulah wargamaya diberikan rewards dalam bentuk paparan lencana top fan.\n\nSekiranya kita berfikir secara rasional, ganjaran dalam bentuk lencana top fan ini tidak mendatangkan sebarang manfaat pun, hanya sekadar simbol permata dengan tulisan \u2018top fan\u2019 di atas nama kita setiap kali kita memberi komentar. Kalau admin nak bagi duit raya kepada top fan, itu lain cerita.\n\nKenapa Seakan Wujud Perasaan Bagus apabila Kita Dikurniakan Lencana Top Fan ini?\n\nJawapannya ialah kerana kita merasakan bahawa diri kita lebih istimewa atau superior berbanding wargamaya yang tidak mempunyai lencana top fan. Dalam konteks permainan video, kira macam kita sudah naik level atau telah meningkat ke peringkat yang lebih baik.\n\nSebaik sahaja mendapat lencana top fan, secara tidak langsung kita akan termotivasi untuk lebih kerap memberi komentar di laman berkenaan bagi menunjukkan kepada wargamaya lain bahawa: \u201cAku ada lencana top fan, kau ada apa?\u201d\n\nDalam bahasa mudah, kita akan laburkan lebih banyak masa dan berinteraksi lebih di laman berkenaan sehingga membentuk kebiasaan atau habit. \n\nDan kitaran hooked ini akan berterusan daripada semasa ke semasa, bergantung kepada kemaskini yang bakal dilakukan oleh Facebook. Siapa tahu mungkin lepas ini akan wujud lencana Mega Top Fan hanya untuk seorang top fan yang paling aktif berinteraksi berbanding top fan top fan lain?\n\nAkhir kalam, teori Hooked yang terdiri daripada Trigger, Action, Rewards dan Investment ini bukanlah satu teori iluminati atau konspirasi yahudi, tetapi ia adalah sains psikologi yang membentuk kebiasaan atau habit seseorang wargamaya di media sosial.\n\nPenting untuk kita mengetahui berkenaan ilmu ini supaya kita dapat mengawal diri kita dan orang yang kita sayang daripada ketagihan melayari media sosial atau bermain permainan video.\n\nJadilah wargamaya yang bijak, jangan selama-lamanya terjerat di mata kail.\n\nAmirul Eqhwan Rahim,Top Fan page-page ilmiah. Aiwah!" "Sebuah ciptaan baju berteknologi tinggi membolehkan kita melihat organ dalaman kita, termasuk menonton sendiri jantung yang sedang berdenyut!\n\nBaju Virtuali \u2013 Tee ciptaan Curiscope itu bagaimanapun tidaklah mengenakan sinaran X ray kepada pemakainya, sebaliknya ia mengguna pakai teknologi realiti buatan (augmented reality).\n\nDengan menggunakan aplikasi di skrin telefon pintar, baju t \u2013 shirt tersebut membolehkan pengguna melihat simulasi 3D organ dalaman manusia \u2013 menerusi skrin telefon pintar tersebut.\n\nVirtuali \u2013 tee dibangunkan untuk menyemai rasa cinta murid kepada biologi. \n\nMurid yang melihat sendiri simulasi saluran darah, paru \u2013 paru dan usus dalam badan secara langsung \u2013 bukan lukisan pada papan putih \u2013 pastinya akan ternganga kagum lantas menjadikan pengajaran dan pembelajaran STEM lebih menyeronokkan dan efektif.\n\nSelain skrin telefon, realiti buatan Virtuali \u2013 tee juga boleh diakses dengan menggunakan set kepala VR, untuk penghayatan yang lebih mendalam. \n\nNampaknya, teknologi realiti buatan atau realiti virtual (VR) mungkin diguna pakai oleh sekolah \u2013 sekolah secara lebih meluas pada masa hadapan.\n\nSyarikat pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan membangunkan teknologi ini, seperti yang ditunjukkan oleh aplikasi realiti buatan pada permainan model sistem solar yang dibangunkan oleh syarikat tempatan Cynerve.\n\nhttps://www.facebook.com/AjarMalaysia/videos/413220579456524/" "Kanvas langit ketika waktu malam cukup menakjubkan sehingga orang ramai sanggup berkumpul dan melihat kepadanya. Disebabkan ramai orang yang begitu kagum melihat langit, kemudian dicetuskanlah Hari Astronomi. \n\nPada hari itu (11 Mei setiap tahun), orang ramai didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan astronomi disamping berpeluang memegang teleskop dan mencerap langit. Ahli profesional dan amatur di bidang turut bersama-sama turun ke tapak aktiviti berhampiran mereka untuk berkongsi keterujaan menyaksikan keajaiban di langit tinggi.\n\nTimbul satu persoalan di sini, apakah sebenarnya yang dicari di langit? Pada kekaguman yang berulang-ulang, apakah pula pelajaran yang ditemukan?\n\nKetika Nabi Ibrahim A.S melihat ke langit\n\nSuatu masa dahulu, Nabi Ibrahim A.S juga melakukan aktiviti mencerap alam sepertimana kita biasa lakukan pada hari ini. Bezanya, di zaman Nabi Ibrahim A.S tiada peralatan canggih seperti teleskop berkuasa tinggi, pusat observatori, perisian komputer untuk mengetahui kedudukan dan pergerakan tepat bulan, bintang, buruj dan sebagainya. Namun, pandangan Nabi Ibrahim A.S ke langit telah menemukannya dengan keyakinan tauhid yang sangat mendalam. Pengembaraan fitrah Nabi Ibrahim A.S mencari tuhan hanya dengan melihat kepada langit, bintang, bulan dan matahari yang terlihat dengan mata kasar sahaja. Hebat bukan? \n\nBagi Muslim serta mereka yang membaca Al Quran pasti tidak asing dengan kisah ini yang disebutkan dalam Surah Al-An\u2019am, ayat 75 sehingga 80. \n\nDan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.\n\nMaka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: \u201cInikah Tuhanku?\u201d Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: \u201cAku tidak suka kepada yang terbenam hilang\u201d.\n\nKemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: \u201cInikah Tuhanku?\u201d Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: \u201cDemi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat\u201d.\n\nKemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: \u201cInikah Tuhanku? Ini lebih besar\u201d. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: `Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).\n\n\u201cSesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)\u201d.\n\nDan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: \u201cPatutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?\n\nDalam sains, mencerap atau memerhatikan alam merupakan aktiviti yang paling asas. Dengan melihat dan mengkaji alam, manusia telah menemukan banyak khazanah ilmu pengetahuan lalu menterjemahkannya ke dalam bentuk inovasi dan teknologi yang memberi manfaat kepada kehidupan mereka. Lebih baik dari itu ialah, apabila merenung kejadian alam semesta dengan rasa insaf serta dibantu pula hidayah Allah dapat melahirkan rasa dan tindakan iman. \n\nNabi Ibrahim A.S pada ribuan tahun yang lalu, dan kita pada hari ini masih melihat kepada bulan dan matahari yang sama, pada langit yang sama, tetapi ternyata melahirkan kesan iman yang berbeza. Bukankah menghairankan apabila ramai manusia memandang ke bintang tetapi tidak bertemu cahaya kebenaran, melihat ke bulan tetapi tidak mengenal pencipta, hidup dari manfaat matahari tetapi hatinya tetap mati?\n\nJom buat aktiviti tadabbur alam ini bersama ahli keluarga\n\nLawatan ke pusat observatori, melihat langit menggunakan teleskop, mempelajari ilmu baharu dari pameran di pusat sains dan sebagainya adalah bagus sekali, tetapi kita tidak perlu tunggu Hari Astronomi untuk menghargai dan mengambil pelajaran dari langit, bulan dan bintang. Nah, di sini ada tiga aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga pada bila-bila masa. \n\nApakah kebiasaan anak-anak anda ketika hendak tidur? Melihat televisyen sehingga terlelap? Bermain telefon? Cuba buat perubahan kali ini. Ketika anak-anak sudah bersedia untuk tidur di waktu malam, matikan televisyen dan simpan semua gajet. Ambil pula Al-Quran dengan terjemahan dan buka Surah Al-An\u2019am., ayat 75 \u2013 80. Bacakan ayat Al Quran dan cerita terjemahannya kepada anak-anak dengan gaya yang sesuai menarik. \n\nAnda tentu biasa berkelah bersama keluarga ketika cuti, apa kata cuti kali ini tambahkan sedikit kelainan. Selepas makan-makan, bersembang dan begurau, buka Al Quran Surah Aali-\u2018Imran, ayat 190 \u2013 191. \n\nSesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): \u201cWahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.\n\nMinta anak-anak berlumba untuk menghafal ayat Al Quran dan terjemahan tersebut dengan cepat. Ibu dan ayah jangan lupa hadiahkan ais krim kepada pemenang sebelum pulang! Ini tentu sahaja menjadi aktiviti yang menyeronokkan di tepi pantai, air terjun atau taman rekreasi.\n\nHujan lebat di hujung minggu dan semua \u2018terperangkap\u2019 di dalam rumah. Bosan? Jadi habiskan masa dengan bermain gajet atau lebih baik tidur sahaja? Jangan lagi sia-siakan waktu hujan lebat begitu. Sudahkah anak anda mempelajari doa yang dianjurkan Nabi SAW untuk dibaca ketika hari hujan? Sekiranya belum, ini masa yang baik untuk belajar dan menghafal bersama-sama. \n\nDaripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW ketika melihat hujan membacakan, \n\n?????????? ???????? ????????\n\nMaksud: \u201cYa Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.\u201d\u00a0\n\nRiwayat al-Bukhari (1032)\n\nHujan masih lebat? Alhamdulillah, bolehlah terus memanjangkan doa memohon apa sahaja hajat kepada Allah SWT, kerana waktu hujan lebat ialah antara waktu mustajab berdoa. Minta anak-anak kongsikan apakah doa-doa mereka dan aminkan pula beramai-ramai. \n\nDaripada Sahl bin Sa\u2019ad RA, Nabi SAW bersabda,\n\n????????? ??? ??????????: ?????????? ?????? ??????????? ???????? ?????????\n\nMaksudnya: \u201cDua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.\u201d \u2013 Riwayat al-Hakim (2534)\n\nKita patut bersyukur kerana berada di Malaysia yang iklimnya khatulistiwa \u2013 \u00a0berganti hujan dan panas sepanjang tahun. Tidak putus hujan seperti tidak keputusan rahmat, syukur kan?\n\nBegitulah alam terkembang menjadi guru, terbentang luas seperti kitab yang terbuka. Ia sentiasa mengajarkan seribu satu pelajaran kepada siapa yang memerhatikannya. Semoga selepas ini kita tidak memandang alam di sekeling kita sebagai biasa-biasa sahaja!\n\n\u2013 Fadhilah\n\nRujukan:\n\n1. https://www.astroleague.org/astronomyday/facts\n\n2. http://wwwcdn.skyandtelescope.com/wp-content/uploads/Astronomy-Day-Handbook-7th-edition.pdf\n\n3. Tafsir Fi Zilal Al Quran, Surah Al-An\u2019am\n\n4. Al Quran dengan terjemahan\n\n5. http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2272-irsyad-al-hadith-siri-ke-243-doa-ketika-turunnya-hujan" "Bagi pembuat bahan pendidikan (educational content creator), suatu perkara yang benar \u2013 benar mencabar adalah menghasilkan video / tulisan / artikel yang tular dan mencapai ramai orang. \n\nBahan \u2013 bahan pendidikan biasanya kalah dengan genre politik, hiburan, dan berita \u2013 berita sensasi.\n\nMaka untuk menyelitkan bahan pendidikan dalam capaian ruangan maya rakyat Malaysia, kadang kala perlu digunakan beberapa taktik seperti umpan klik (clickbait), thumbnail yang menarik, tajuk yang sensasi, dan penalaan isi yang gempak, supaya orang tidak lari dalam masa 10 saat setelah video bermula.\n\nNamun, kadang kala walaupun setelah penghasil bahan pendidikan tersebut berusaha bersungguh \u2013 sungguh mencurahkan tenaga dan masa terhadap satu topik yang dirasakan bakal meletup, akhirnya kemudian sedikit saja capaiannya.\n\nTapi pada masa yang sama, boleh jadi terdapat satu bahan pendidikan yang dirasakan tidak akan dapat sambutan yang baik, dan dibuat hanya sebagai pengisi slot sementara menghasilkan bahan yang lebih berpotensi, tetapi kemudian tidak sangka ia meletup jauh melebihi jangkaan.\n\nItulah apa yang berlaku kepada video berikut: Persamaan Matematik Paling Pelik\n\nhttps://www.facebook.com/AjarMalaysia/videos/264740734442465/\n\nVideo matematik tersebut peroleh 2000+ kongsian dan mencecah 260k + tontonan di Facebook.\n\nApa rahsianya? Mengapa video ini begitu berjaya?\n\nTular Walaupun Isi yang Berat\n\nJika diperhatikan, bahan \u2013 bahan pendidikan yang tular (jika tular lah) di media sosial biasanya pendek, tidak berat, dan miliki \u2018faktor kejutan\u2019 dan emosi.\n\nSebagai contoh, video tentang pengajaran struktur jantung menggunakan lukisan di tangan yang tular baru \u2013 baru ini adalah antara video pendidikan paling tular setakat ini (730k + tontonan):\n\nhttps://www.facebook.com/SINARdotmy/videos/277867256444025/\n\nVideo tersebut yang berdurasi pendek mendapat sambutan antara lain kerana ramai yang tidak menyangka terdapat teknik yang begitu unik untuk mengajar satu topik biologi yang berat itu (faktor kejutan), di samping kagum dengan semangat guru yang berusaha gigih membantu anak murid memahami topik (faktor emosi).\n\nNamun lain cerita dengan video \u2018persamaan matematik paling paling pelik\u2019 ini. Bukan sahaja videonya berdurasi panjang (10 minit 29 saat), penyampaiannya juga sangat berat kerana sebahagian besar video melibatkan penulisan persamaan matematik di papan putih. \n\nFaktor emosi pula tiada (kecuali kalau nak diambil kira emosi sedih sebab tak faham)\n\nSewaktu video ini dibuat, disangkakan bahawa tiada orang yang akan meminati tajuk sebegini, ia tidak akan dapat capaian yang baik, dan hanya akan dilupakan.\n\nSangkaannya, paling banyak tontonan video ini boleh peroleh adalah dalam 5000 \u2013 8000 tontonan.\n\nBagaimanapun sangkaan tersebut ternyata meleset apabila video tersebut mendapat capaian yang begitu banyak (yang semakin bertambah), dan mencetus perbincangan yang hebat dalam kalangan wargamaya (1000+ komen!)\n\nBagaimana lagi kita hendak dapat begitu banyak perbincangan daripada setiap lapisan masyarakat tentang satu topik matematik? \n\nPersoalannya, mengapa begitu? Apa rahsia video matematik ini?\n\nPesona Idea yang Besar\n\nApabila difikirkan, pendedahan kita dengan matematik selama ini hanya banyak berkisar kepada cara menjawab soalan peperiksaan. Apabila habis noktah terakhir pada peperiksaan matematik SPM kita, kita merasakan sudah habis bab matematik dalam hidup.\n\nNamun sebenarnya, jika kita ubah persembahan matematik kepada orang ramai, kita dapat mengubah persepsi bahawa matematik ini hanya penting dan relevan untuk dapat gred A dalam slip peperiksaan.\n\nApabila kita mempersembahkan matematik dalam bentuk retrospektif (fikirkan apa persamaan matematik paling pelik pernah kita belajar), di luar buku teks (buku teks biasanya tak tanya soalan topik apa paling susah, persamaan paling pelik dll), dan menghidang topik besar yang meletuskan minda (infiniti), kita akan dapat sambutan yang luar biasa berbanding penalaan ilmu semata \u2013 mata sebagai satu topik buku teks.\n\nBegitu juga sebenarnya, terdapat beberapa topik dalam subjek yang dianggap paling kering ini yang begitu mengejutkan (shock factor) hanya dengan mempersembahkan topik tersebut secara standalone. \n\nDalam kes ini, Ramanujan sum to infinity, 1 + 2 + 3 .. = -1/12, begitu mencanggahi intuisi dan layak mendapat lampu bias daripada content creator pendidikan, untuk ditalakan kepada masyarakat sebagai satu topik matematik yang menarik.\n\nDan sudah pasti, lebih banyak lagi topik \u2013 topik sebegini, baik dalam matematik, sains, sejarah, falsafah, agama, yang menunggu untuk disampaikan kepada ramai orang.\n\nJangan Pandang Rendah Masyarakat\n\nBegitu juga, satu pengajaran berharga sebagai content creator adalah kita jangan terlalu memandang rendah kepada masyarakat.\n\nBiasanya, kita menganggap masyarakat tidak mahukan content ilmiah, apatah lagi yang berat \u2013 berat. Kita anggap mereka cuma mahu content ringan dan hiburan.\n\nNamun ternyata, masyarakat mahukan video \u2013 video dan artikel \u2013 artikel ilmiah ini. Mungkin isunya bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi mereka tidak dapat.\n\nBerapa banyak percubaan telah dibuat untuk menghasilkan saluran \u2013 saluran pendidikan, bahan \u2013 bahan pendidikan ini? Jika sangat sedikit (laman web sains Malaysia masih boleh dibilang dengan tangan, saluran Youtube pendidikan hampir tiada kecuali beberapa cara jawab soalan SPM, PMR) jadi mengapa menyalahkan masyarakat? Jika tidak menjadi, mengapa tidak banyakkan lagi eksperimen mencari formula terbaik untuk persembahkan ilmu?\n\nBagi content creator, tanggungjawab kita adalah dengan berlaku adil kepada ilmu \u2013 ilmu tersebut, dengan cara menyampaikannya secara paling baik dan paling memberi keadilan kepada topik \u2013 topik itu." "Cuba anda perhatikan GIF di bawah. \n\nAdakah anda dapat \u2018mendengar\u2019 apa \u2013 apa bunyi? \n\nSebilangan besar warga internet mengatakan bahawa mereka sememangnya dapat mendengar bunyi \u2018thud, thud\u2019 setiap kali pencawang elektrik tersebut jatuh ke tanah.\n\nHairannya, video di atas ternyata merupakan GIF (Graphics Interchange Format), iaitu hanyalah gambar berulang \u2013 ulang yang tidak mempunyai sebarang bunyi. Format gambar ini digunakan secara meluas di internet, tapi beberapa GIF tular apabila ramai yang menyatakan mereka dapat \u2018mendengarnya\u2019.\n\nSeorang saintis pernah membuat bancian di Twitter berkenaan fenomena ini:\n\nDoes anyone in visual perception know why you can hear this gif? pic.twitter.com/mcT22Lzfkp\n\nBeliau menanyakan sama ada warga internet dapat mendengar apa \u2013 apa bunyi apabila melihat GIF di atas. Sangat mengejutkan, apabila hampir 70% menjawab mereka sememangnya dapat mendengar bunyi \u2018thud, thud\u2019.\n\nWhat do you experience when you watch this gif?\n\nBermakna majoriti manusia (daripada 300 ribu+ undian) dapat mendengar sesuatu daripada video yang senyap! \n\nBagaimana ini boleh masuk akal?\n\nSelain daripada GIF pencawang meloncat di atas, sebelum ini juga pernah terdapat beberapa GIF lain yang juga mencetus bunyi walaupun ia bisu, contohnya gajah bermain jongkang jongket ini:\n\nDalam video di bawah pula, hanya dengan beberapa frame lukisan, kita dapat mendengar ritma lagu \u2018We will rock you\u2019.\n\nMalah, terdapat laman reddit khas noisy gifs yang mengumpulkan GIF yang membuat kita \u2018menutup telinga\u2019. Laman tersebut mempunyai pengikut yang besar mencecah 250 ribu +.\n\nBagaimana Kita Boleh Mendengar Gambar yang Bisu?\n\nFenomena ini dipanggil \u2018visually evoked auditory response\u2019 (vEAR) menurut artikel NewScientist, iaitu apabila kita mendengar bunyi \u2013 bunyian pada gambar bergerak yang senyap. \n\nvEAR adalah sejenis synaesthesia, iaitu apabila satu deria diaktifkan, deria lain yang tiada kaitan pun turut beraktivasi sama. Apabila melihat warna, terasa perasa di lidah, dan apabila melihat dengan mata, telinga turut mendengar sama. \n\nSeorang ahli psikologis dari City University of London, Elliot Freeman melakukan kajian mengenai perkara ini setelah mendapati beliau mendengar bunyi \u2018buzz, buzz\u2019 daripada kerlipan cahaya rumah api.\n\nDaripada kajian beliau, beliau dapati 22% daripada peserta menyatakan mereka mampu \u2018mendengar\u2019 bunyi samar \u2013 samar daripada kerlipan cahaya yang ditunjukkan kepada mereka, walaupun hakikatnya tiada bunyi yang dihasilkan.\n\nRangsangan pendengaran yang dicetuskan oleh stimulasi penglihatan ini bagaimanapun boleh mendatangkan masalah, kerana ia berkemungkinan menganggu isyarat pendengaran yang sebenar. \n\nDengan kata lain, telinga kita boleh tertipu dengan apa yang kita lihat.\n\nBukan itu saja, mereka yang mengalami vEAR juga lebih berkemungkinan untuk merasai kesan yang terbalik : mereka boleh melihat kilauan cahaya setelah mendengar bunyi \u2013 bunyi tertentu. Mereka lebih mudah untuk alami lagu yang berulang \u2013 ulang dalam kepala. \n\nSeorang pengguna Twitter mengatakan hal ini berlaku kerana aktiviti neuronal berkolerasi (correlated neuronal activity). Otak kita sudah meramal yang akan berlaku menerusi penglihatan kita, kemudian mengeluarkan rangsangan di deria lain menurut apa yang ia jangkakan. \n\nLook into Correlated neuronal activity. The brain is \"expecting/predicting\" what is coming visually and then fires a version of what it expects across the relevant senses. Also explains why some might \"feel\" a physical shake https://t.co/erpiCiv5hX\n\nWarganet yang lain mengatakan kesan itu hanya terjadi disebabkan ilusi gegaran pada tanah, dan bukan sangat pada loncatan pencawang elektrik itu. Jika tiada pencawang itu pun, kita boleh mendengar bunyi hanya menerusi kesan gegaran. \n\nThe thump is almost entirely in the shake, if you crop out the pylons themselves you can still hear it. They just give it height. pic.twitter.com/3LZK1g24yZ\n\nWalaubagaimanapun, fenomena ini nampaknya masih belum diterokai sepenuhnya oleh sains. Jika anda berminat untuk mendalami lebih tentang rangsangan pendengaran yang disebabkan oleh penglihatan ini, anda boleh melayari laman ahli psikologis Elliot Freeman ini yang menyatakan beliau boleh \u2018mendengar\u2019 bunyi kerlipan lampu kereta, pergerakan bibir sehingga beliau keliru mana satu bunyi tipu dan mana satu bunyi sebenar!" "Cepat, jawab soalan ini:\n\nBerapakah hasil bahagi 5040 dengan hasil darab faktor perdana uniknya?\n\nAnda tahu? Daniel Mai, seorang pelajar berumur 13 tahun dari Massachusetts tahu. \n\nDan bukan sekadar tahu, dia mampu menjawab soalan tersebut dalam masa sepantas 22.3 saat. \n\nSoalan tersebut merupakan soalan terakhir dalam pusingan akhir pertandingan 2019 Raytheon MATHCOUNTS\u00a0peringkat kebangsaan. Setelah mengalahkan 224 peserta lain, Daniel membawa pulang tawaran biasiswa kolej sebanyak $20,000 .\n\nJawapan kepada soalan yang membuat murid tersebut menang $20,000 \n\nTerdapat beberapa cara pengiraan yang membolehkan kita menjawab soalan tersebut.\n\nIngat, soalan itu adalah seperti berikut:\n\nBERAPAKAH HASIL BAHAGI 5040 DENGAN HASIL DARAB FAKTOR PERDANA UNIKNYA? \n\nCara yang paling pantas adalah dengan menyedari bahawa 5040 merupakan hasil kepada tujuh faktorial, 7! .\n\n5040 = 7! = 2 \u00d7 3 \u00d7 4 \u00d7 5 \u00d7 6 \u00d7 7 \n\nFaktor perdana 5040 kita dapat tentukan, iaitu 2, 3, 5 dan 7.\n\nJadi, hasil bahagi 5040 dengan hasil darab faktor perdana uniknya adalah bersamaan:\n\n5040 / (2 x 3 x 5 x7) = 4 x 6\n\n4 x 6 = 24.\n\nMaka jawapannya adalah 24. \n\nTerdapat cara lain, iaitu:\n\n 5040 / (2 x 5) \n\n= 504 / 3 \n\n= 168 / 7\n\n= 24 \n\nDan memandangkan kita telahpun menggunakan 2 dan 3 sebagai faktor perdana yang unik, maka jawapannya terhenti setakat itu.\n\nSiapa kata aritmetik mental tiada faedah? Boleh menang puluhan ribu dollar!" "Haziq Rahim (nama penulis) akan ke Marikh! Tapi nama sajalah, bukan tubuh. \n\nPada tahun 2020 ini, NASA bercadang untuk menghantar sebuah rover untuk misi eksplorasi Marikh. Rover tersebut dijangka mendarat di Planet Merah tersebut pada Februari 2021.\n\nRover, \u2018saintis robotik\u2019 seberat 1 tan itu akan membawa misi mencari tanda \u2013 tanda kehidupan bakteria lampau, mengenal pasti iklim dan geologi planet Marikh, serta mengumpulkan sampel untuk dibawa pulang ke Bumi.\n\nUntuk mengongsikan perjalanan bersejarah ini bersama semua orang (penghuni planet bumi) yang lain, NASA menjemput kita semua untuk menghantar nama untuk turut dilancarkan ke Marikh.\n\nPeluang untuk menghantar nama anda ke Marikh turut disertakan dengan buah tangan \u2018pas penumpang\u2019 dan markah \u2018penerbang kerap\u2019. Ini adalah satu kempen untuk menyebarkan kesedaran mengenai misi ini. \n\nNama \u2013 nama anda akan dipahat pada cip silikon menggunakan sinar elektron. Disebabkan ia mampu memahat barisan teks sekecil 1/1000 kelebaran helai rambut ( 75 nanometer ), sebuah cip bersaiz duit syiling dapat memuatkan lebih daripada sejuta nama.\n\nCip nama tersebut akan dipasang pada badan Rover, dengan diselaputi penutup kaca, dalam pengembaraannya di Marikh nanti.\n\nBerminat untuk menghantar nama ke Marikh? Klik saja pautan di bawah dan ikut saja langkah mudah yang boleh selesai kurang daripada 2 minit ini. Jangan tunggu lama \u2013 lama, tarikh tamat 30 September!\n\nhttps://go.nasa.gov/Mars2020Pass" "Kenapa nama planet dalam Bahasa Melayu lain dari bahasa Inggeris? \n\nMercury \u2013 Utarid\n\nVenus \u2013 Zuhrah\n\nMars \u2013 Marikh\n\nJupiter \u2013 Musytari\n\nSaturn \u2013 Zuhal\n\nBetul juga kan?\n\nSoalan ini menarik juga, sebab tak tahu kenapa, sewaktu kita belajar di sekolah rendah dulu kita tak pernah tertanya.\n\nMungkin sebab kita biasa tanya pada orang \u2013 \u201cSiapa nama engkau?\u201d\n\nKita tak lah tanya \u2013 \u201cKenapa nama engkau?\u201d\n\nTapi kadang kala, bila kita ubah soalan kita, kita akan dapat jawapan yang menarik.\n\nAsal Usul Nama Planet \u2018Inggeris\u2019\n\nSebelum kita meneroka persoalan mengapa nama planet Bahasa Melayu berlainan dengan Bahasa Inggeris, kita perlu tahu dulu nama planet \u2018Inggeris\u2019 berasal dari mana.\n\nSebenarnya, nama planet Jupiter, Mercury dan lainnya berasal daripada nama dewa \u2013 dewa Yunani \u2013 Rom. Nama \u2013 nama ini diberikan berdasarkan ciri \u2013 ciri istimewa planet \u2013 planet tersebut yang diperhatikan oleh ahli kaji bintang.\n\nOrang \u2013 orang Greek ini juga melihat corak \u2013 corak khayalan pada bintang yang mereka namakan zodiak / buruj dengan nama binatang, manusia atau dewa: seperti Cancer, Capricorn, Gemini.\n\nMaka apa yang kita pelajari di sini, adalah ilmu astronomi atau penampakan planet ini sudah wujud lama dalam sejarah peradaban manusia. Antara karya astronomi yang paling penting hasilan orang Rom adalah buku almagest, oleh Ptolemy.\n\nTapi kemudian, empayar Rom ini jatuh dan jawatan guru astronomi dunia beralih kepada tamadun Islam.\n\nAstronomi Tamadun Islam\n\nOrang Islam dahulu memang obses dengan ilmu falak, sebab itu sememangnya merupakan sebahagian tuntutan agama.\n\nOrang Islam mahiri dan kembangkan ilmu falak untuk membantu mereka:\n\nSinergi agama \u2013 sains yang unik ini diakui sendiri oleh sarjana Barat:\n\n \u201cDalam Islam, tidak dalam agama lain,\u201d ahli sejarah David King mengatakan \u201cPelaksanaan pelbagai ibadat dibantu oleh prosedur \u2013 prosedur saintifik\u201d. \n\nBeberapa tokoh \u2013 tokoh hebat ilmu falak Muslim dalam sejarah adalah seperti al Biruni, al Sufi, Ibn al Shatir, al Qazwini, al Battani, al Khwarizmi dan lain \u2013 lain.\n\nAntara ciptaan hebat astronomi orang Islam adalah seperti Astrolabe dan balai cerap.\n\nSumbangan \u2013 sumbangan umat Islam dalam ilmu falak amat berimpak besar kepada perkembangan tamadun dunia. Muzium Metropolitan di New York mengatakan:\n\n\u201cBarat sangat terhutang budi kepada Islam yang mendatangkan banyak data dan pengiraan baru ilmu falak\u201d\n\nPenukaran Nama Planet Arab\n\nApabila orang Islam telah kuasai ilmu astronomi, apa yang mereka buat dengan nama \u2013 nama dewa Greek \u2013 Rom tadi? Sudah tentu, mereka mengubah nama \u2013 nama planet tersebut kepada versi mereka yang tidak mencanggahi aqidah.\n\nJadi ringkasnya, nama planet \u2013 planet Melayu diambil daripada nama Arab yang diubah daripada nama Greek \u2013 Rom.\n\nNamun jawapan ini masih tidak lengkap, kerana nama tersebut berbeza hanyalah sehingga planet Zuhal / Saturn. \n\nMengapa nama ??????? (Uranus) dan ????? (Neptune) tidak berbeza dengan nama Inggeris? Begitu juga Pluto, dewa dunia bawah tanah (Walaupun sudah dianggap bukan planet).\n\nUranus adalah nama dewa langit, Neptune pula nama dewa laut. Bukankah kedua nama ini mencanggahi aqidah Islam? Mengapa ia dikekalkan?\n\nKemerosotan Ilmu Falak Umat Islam\n\nSelama 2000 tahun, sampailah abad ke 16, kesemua entiti angkasa di bawah, termasuklah matahari dan bulan, dianggap sebagai planet.\n\nDan selama ratusan tahun, peradaban Islam sumbangkan ilmu falak, jadual astronomi, astrolabe, buku yang diterjemah, formula pengiraan kepada Barat, yang pada waktu itu tiada langsung kemahiran astronomi tahap tinggi.\n\nTapi kemudian, tamadun Islam merosot, dan tamadun Barat pula yang naik.\n\nDengan penciptaan teleskop, dibantu dengan data \u2013 data astronomi yang mereka terjemah, Barat kemudian membuat penemuan \u2013 penemuan yang meninggalkan guru lama mereka orang Islam. \n\nMereka kemudian membuang label planet daripada matahari dan bulan, mula menganggap bumi sebagai sebuah planet daripada berbanyak \u2013 banyak planet yang lain, dan mereka menemui Uranus pada tahun 1690 dan kemudian Neptune pada tahun 1846.\n\nUntuk penemuan \u2013 penemuan yang baru ini, mereka mengekalkan tradisi menamakan planet dengan nama dewa Greek \u2013 Roman.\n\nMaka berkemungkinan, apa yang berlaku ketika ini adalah umat Islam tidak lagi mencintai ilmu astronomi seperti dulu. Dahulunya mereka guru, sekarang mereka merosot menjadi anak murid.\n\nMaka orang Islam kemudian mengambil saja nama \u2013 nama planet, bintang dan buruj yang diusulkan Barat tanpa semangat dan kemahuan untuk mengubah dan mengolahnya dengan acuan mereka sendiri.\n\nKebangkitan?\n\nNamun tampaknya, kehebatan ilmu astronomi orang Islam tidaklah terus hilang dan tidak lagi akan bangkit. \n\nSekarang ini contohnya sedang diusahakan inisiatif memberi nama \u2013 nama Arab pada penamaan perkataan astronomi Latin.\n\nNegara UAE sedang merancang menghantar probe ke Marikh menjelang 2021, menjadikannya negara ke sembilan dalam perlumbaan angkasa tersebut.\n\nKita ada remaja genius Muslim dari India yang mencipta satelit paling ringan di dunia.\n\nNegara Malaysia kita pun mula mengorak langkah ke depan. Kita ada Dr Adlyka yang terlibat dalam kajian menggemparkan lohong hitam supermasif, dan UITM pula telah melancarkan satelit pertama mereka.\n\nMaka usaha \u2013 usaha ini semua perlulah disokong supaya kita tidak rasakan ilmu astronomi ini sebagai ilmu yang asing, namun ia adalah ilmu milik kita semua." "Sebuah Kajian Penn terbaru terhadap 3000 murid darjah empat, lima dan enam di China mendapati perkaitan kuat antara 30 ke 60 minit masa tidur sejenak dengan perkembangan positif dalam pelbagai aspek.\n\nSebuah kajian yang diterbitkan oleh Universiti Pennsylvania mendapati kanak \u2013 kanak yang tidur sebentar pada waktu tengah hari peroleh perasaan gembira, kawalan diri, berakhlak positif dan IQ yang lebih tinggi, terutama bagi yang berumur 12 tahun ke atas.\n\nKajian tersebut dijalankan ke atas 3819 murid sekolah rendah China Jintan dengan mengumpulkan data frekuensi tidur dan durasi, serta dibandingkan dengan pencapaian akademik menurut penilaian guru \u2013 guru dan ujian psikologi.\n\nIni adalah kajian komprehensif yang pertama seumpamanya, lapor Penntoday.\n\nPenemuan tersebut dijangka menjadi alternatif yang baik untuk mengatasi masalah remaja yang tidak cukup tidur, dan waktu sistem persekolahan yang tidak sesuai dengan fisiologi remaja.\n\nAmalan tidur sejenak pada waktu tengah hari ini sebenarnya wujud dalam Islam, dan dipanggil \u2018Qailullah\u2019.\n\nMenurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Qaillullah membawa maksud tidur pada pertengahan siang.\n\nQailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :\n\n??????? ??????? ????????????? ??? ???????\n\nMaksudnya :\u201d Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.\u201d\n\nRiwayat Al-Tabarani (28) di dalam\u00a0Al-Mu\u2019jam Al-Awsat\n\nMufti Wilayah malah mendorong agar mereka yang bekerja untuk mencari masa berqailullah, sebagai memperoleh pahala sunnah, juga untuk mempertingkat produktiviti pekerjaan:\n\nKami menasihatkan agar mereka yang bekerja, gunakanlah masa rehat yang diperuntukkan untuk melakukan qailulah agar lebih bersemangat untuk menyambung tugas. Akan tetapi jangan berlebihan,. Rehatlah sekadarnya dengan masa yang telah diperuntukkan. Ini kerana kita terikat dengan amanah kerja.\n\nDiharapkan agar waktu Qailullah dapat diterapkan dalam sistem persekolahan dan kehidupan." "Tam, Badak Sumatera jantan terakhir dalam jagaan manusia telah mati baru \u2013 baru ini lantaran masalah kesihatan yang berpanjangan. \n\nWalaupun setelah pihak berkuasa Borneo bertungkus lumus memberi jagaan terbaik kepadanya selama berminggu \u2013 minggu, akhirnya badak jantan tersebut tewas dengan usia tuanya dan kegagalan fungsi \u2013 fungsi organ.\n\nKematian Tam adalah satu tamparan hebat kepada nasib Badak Sumatera yang begitu kritikal dan hampir kepada kepupusan. \n\nKini, apa yang tinggal daripada spesis tersebut adalah seekor badak betina, Iman, yang kini dalam jagaan di Malaysia dan lebih kurang 80 lagi badak di Indonesia. \n\nPercubaan untuk mengawan Tam dengan Iman dan Puntung (seekor lagi badak betina yang telah mati pada 2017) telah gagal, kerana Iman mengalami kemandulan, sedang Puntung pula cedera setelah dijerat pemburu haram.\n\nMaka, dengan ketiadaan pewaris baru spesis tersebut di Malaysia, nasib kepupusan total nampaknya semakin tidak dapat dielakkan.\n\nMenurut laporan WWF, Badak Sumatera telah pun pupus di Sarawak beberapa dekad yang lalu, dan telah pupus sepenuhnya di Semenanjung sedekad lepas.\n\nBadak \u2013 badak Sumatera yang masih ada sekarang hidup berasingan, maka semakin sukar untuk pasangan jantan dan betina bertemu.\n\nBerkemungkinan terdapat satu atau dua badak liar yang masih berkeliaran dalam hutan yang masih belum ditemui, namun nombor mereka terlampau sedikit untuk dianggap signifikan. Badak Sumatera di Malaysia telah pun dilabel sebagai \u2018pupus fungsi\u2019.\n\nApa Penyebab Kepupusan Badak Sumatera?\n\nJawapan mudah: manusia.\n\nBadak Sumatera diburu di serata Borneo untuk mendapatkan tanduk mereka yang menjadi barang dagangan berharga dengan pedagang China. \n\nApabila senjata api mula digunakan oleh pemburu \u2013 pemburu ini secara meluas, badak sumatera mampu ditumpaskan dengan lebih mudah.\n\nBegitu juga, apabila teknologi pembalakan semakin berkembang, pemburu \u2013 pemburu senang saja dapat menerobos ke bahagian dalam hutan.\n\nPembalakan besar \u2013 besaran kawasan hutan untuk diubah menjadi kawasan pertanian manusia telah menyebabkan kehilangan habitat Badak Sumatera di samping menjadikan badak lebih terdedah kepada aktiviti pemburuan.\n\nDitambah dengan masalah \u2013 masalah pembiakan yang dialami oleh badak, pelbagai faktor ini akhirnya menyumbang kepada kejatuhan populasi haiwan tersebut.\n\nSebelum ini, usaha pemeliharaan badak seperti mengurangkan kadar pemburuan haram, membina kawasan penjagaan dan pemeliharaan badak, dan mengadakan bancian populasi telah diambil. Namun, ternyata ia kurang berkesan apatah lagi apabila masalah serius pembiakan badak yang amat rendah tidak diselesaikan.\n\nDitambah lagi dengan kehendak politik yang acuh \u2013 tidak \u2013 acuh terhadap nasib Badak Sumatera, kepupusan sepenuhnya spesis tersebut nampaknya hanya menunggu masa.\n\n\u201cKenapa Nak Selamatkan Lagi Badak Sumatera Kalau Memang Pasti Akan Pupus?\u201d\n\nPersoalan ini menarik, sebab ia mendorong kita berfikir dengan mendalam.\n\nApa maksud \u2018pupus\u2019? Atau apa yang berlaku apabila sesuatu spesis itu pupus? Penulis sebagai contoh tidak pernah bertemu secara langsung dengan badak sumatera, tidak pernah melihat langsung, apatah lagi memegang mereka.\n\nSelepas ini, berkemungkinan kita tak akan dapat lagi peluang itu buat selama \u2013 lamanya. Kita mungkin hanya akan boleh melihat suatu spesis yang pernah dipanggil \u2018badak sumatera\u2019 dalam dokumentasi video, atau katalog bergambar \u2018spesis \u2013 spesis yang telah pupus\u2019.\n\nKita tak lagi akan berpeluang mengenali mereka, mengkaji dan mempelajari makhluk ciptaan Allah ini. Apatah lagi, mamalia bertubuh besar ini lesap sepenuhnya sebelum kita sempat mempelajari kelakuan dan ekologinya. Hilangnya satu ilmu tentang seekor makhluk dari muka bumi buat selamanya.\n\nDan yang lebih ironinya, tiada yang lebih bertanggungjawab atas kepupusan mereka selain manusia. Badak sumatera ini dianggar telah hidup di muka bumi puluhan ribu malah jutaan tahun, dan ia bakal lesap sepenuhnya dengan membawa pergi sejarah panjang kehidupan mereka. Semuanya disebabkan oleh tangan \u2013 tangan manusia.\n\nPersoalannya, bukankah kita manusia miliki ilmu dan teknologi dan selamatkan mereka daripada kepupusan? Mengapa kita tak gunakannya? Adakah ilmu yang kita peroleh hanya kita \u2018manfaatkan\u2019 dengan mencipta senapang efisien pembunuh keseluruhan spesis?\n\nDi mana tanggungjawab kita sebagai khalifah?" "Sebuah video tutorial matematik tular di media sosial kerana penamat yang tidak disangka \u2013 sangka. \n\nLOGARITHM PUN NAK RAYA GAIS #RAYA19 pic.twitter.com/ZGUQVT9r1w\n\nDalam video berdurasi 1 minit tersebut, guru matematik tambahan Izzani Ishak mengajarkan topik tingkatan empat bab lima, iaitu logaritma.\n\nCikgu Izzani menyelesaikan satu persatu nilai m, n dan p menggunakan peraturan logaritma. Setakat ini, ia masih seperti tutorial matematik yang biasa.\n\nNamun \u2018twist\u2019nya tiba apabila tiba di soalan yang terakhir, iaitu apabila disuruh mencari nilai hasil darab m, n dan p.\n\nRupa \u2013 rupanya apabila diselesaikan, jawapan yang diperoleh adalah:\n\nmnp = (R^A)(YA)(19) . Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!\n\nOhhh. Patutlah tajuk video tersebut \u2018LOGARITHM PUN NAK RAYA GAIS\u2019!\n\nRata \u2013 rata wargamaya memuji persembahan video tersebut yang mampu memasukkan unsur hiburan dan kejutan dalam pengajaran matematik:\n\nVideo tersebut memperoleh 200k + tontonan di Twitter." "Sebuah bancian terhadap rakyat Amerika telah menghasilkan keputusan yang buat kita tepuk dahi.\n\nLadies and Gentlemen: The saddest and funniest testament to American bigotry we've ever seen in our data. pic.twitter.com/Bh3FBsl8sR\n\nBancian tersebut bertulis: \u201cAdakah sekolah \u2013 sekolah Amerika perlu mengajarkan nombor Arab sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka?\u201d\n\nBancian yang dijalankan oleh syarikat bancian Civic Science itu mendapati 56% orang Amerika mahu nombor Arab diharamkan di sekolah \u2013 sekolah.\n\nMasalahnya .\n\nNombor Arab itu adalah nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 yang mereka gunakan setiap hari!\n\nSistem nombor Arab 0 \u2013 9 telah dikembangkan ke Eropah pada abad ke 6 dan 7 Masihi menerusi tulisan ahli matematik seperti al Khwarizmi dan al Kindi. Sebelum itu, nombor ini diadaptasi dan dikembangkan daripada tamadun Hindu, terutama penerimaan konsep nombor sifar.\n\nItulah sebabnya nama lain sistem nombor yang kita gunakan sekarang adalah nombor Hindu \u2013 Arab, tapi ia lebih dikenali di Eropah sebagai sistem nombor Arab.\n\nSudah pasti, mereka yang mengundi untuk mengharamkan nombor Arab ini tidak tahu menahu tentang sejarah nombor, dan hanya bereaksi dengan prejudis.\n\nAtau mungkin mereka memang mahu kembali menggunakan sistem nombor Roman I,V,X,L,C,D,M?\n\nI, for one, fully support a return to Judeo-Christian values by using Roman numerals for math.\n\nTujuan bancian tersebut dibuat sebenarnya hanya ingin menguji sikap prejudis mereka yang mengundi tanpa memahami soalan.\n\n\u201cKebanyakan orang tak tahu asal usul sistem nombor kita tapi tetap pilih jawapan berpuak \u2013 puak\u201d\n\nSikap prejudis orang Barat terhadap sistem nombor ini bukan baharu. Dalam catatan sejarah, mereka pernah mengharamkan nombor sifar kerana menganggap ia satu bid\u2019ah orang Arab yang mereka perangi ketika itu." "Laporan yang baru dikeluarkan memberi amaran risiko besar yang akan melanda peradaban manusia akibat krisis iklim, dan \u2018berkemungkinan besar manusia akan binasa semuanya\u2019 dalam masa tiga puluh tahun sekiranya tiada tindakan segera diambil.\n\nLaporan tersebut, yang diterbitkan oleh kumpulan pemikir Australia \u2018Breakthrough \u2013 National Centre for Climate Restoration\u2019 menggariskan senario kebinasaan dunia yang berkemungkinan memperlihatkan situasi \u2018yang tidak mampu menampung hidup manusia\u2019 menjelang 2050.\n\nMenurut Prof Chris Barrie dalam laporan itu, ancaman paling besar terhadap nyawa manusia di planet bumi adalah perang nuklear, diikuti oleh pemanasan global buatan manusia.\n\nPemanasan global dikelaskan sebagai \u2018risiko kewujudan\u2019, iaitu risiko yang memberikan kesan negatif yang sangat besar kepada manusia yang tidak boleh dipulihkan, sama ada melalui kemusnahan hidupan cerdas (intelligent life) atau menjejaskan potensinya secara drastik.\n\nLaporan tersebut tidak langsung berlapik dalam mempersembahkan analisisnya terhadap nasib yang mungkin menimpa kita pada masa depan, dengan membentangkan \u2018senario 2050\u2019 seperti berikut:\n\nPembuat polisi akan gagal bertindak terhadap peningkatan pemanasan sebanyak 3\u00b0C . Usaha untuk mengekalkan tahap pemanasan di bawah 2\u00b0C akan diabaikan.\n\nTahap pengeluaran karbon memuncak pada tahun 2030, dan akan mula turun secara konsisten pada tahun \u2013 tahun seterusnya.\n\nBagaimanapun, penambahan suhu sebanyak 0.6\u00b0C tetap berlaku, menjadikan jumlah peningkatan sebanyak 3\u00b0C pada tahun 2050. Kes paling ekstrem menjangka suhu boleh melebihi 3.5 \u2013 4\u00b0C.\n\nMenjelang 2050, terdapat kesepakatan saintifik bahawa senario \u2018rumah panas Bumi\u2019 telahpun diperoleh. Bumi akan mengalami pemanasan 1 darjah atau lebih lagi.\n\nBeberapa ekosistem akan runtuh, termasuklah sistem terumbu karang, hutan hujan Amazon dan artik.\n\nNegara \u2013 negara miskin yang tidak mampu menyediakan penyejukan buatan akan tidak lagi dapat diduduki. Situasi bahang haba akan berlaku melebihi 100 hari setiap tahun di Afrika Barat, Amerika Selatan tropika, Timur Tengah dan Asia tenggara, yang mengakibatkan lebih 1 bilion orang keluar daripada zon tropika.\n\nKetersediaan air jatuh dengan drastik pada kawasan \u2013 kawasan latitud rendah, menjejaskan 2 bilion orang seluruh dunia. Pertanian tidak lagi dapat dijalankan di subtropika kering.\n\nProduksi makanan di seluruh dunia akan jatuh teruk. Fenomena cuaca abnormal termasuklah gelombang haba, banjir dan ribut petir akan semakin meruncing. Penghasilan makanan tidak lagi akan dapat mengisi perut populasi global dan harga makanan akan melonjak naik.\n\nPopulasi serangga akan jatuh dengan sangat banyak, pertambahan padang pasir, kegagalan monsun dan catuan air kronik tidak dapat dielakkan. \n\nSektor \u2013 sektor penting beberapa bandar paling padat dunia, termasuklah Chennai, Mumbai, Jakarta, Guangzhou, Tianjin, Hong Kong, Ho Chi Minh, Bangkok dan Manila akan ditinggal dan diabaikan.\n\nSkala kemusnahan yang melangkaui kemampuan analisis model berkemungkinan berlaku, dengan kebarangkalian tinggi peradaban manusia akan tamat.\n\nMampu Elak?\n\nLaporan tersebut menggesa agar tindakan drastik diambil dengan kadar segera untuk mengelak senario \u2018rumah panas Bumi\u2019.\n\nSuatu gerakan global besar \u2013 besaran perlu dilancarkan dalam dekad \u2013 dekad mendatang untuk membina sistem industri sifar pengeluaran karbon dan mulakan gerabak pemulihan iklim selamat.\n\nDaripada laporan tersebut, pengajaran penting berkaitan situasi \u2018hari kiamat iklim\u2019 tersebut adalah bukan perubahan teknologi atau sains, tetapi perubahan cara fikir manusia terhadap perubahan iklim." "Apa teka teki moden yang anda tahu? Sepencarian di Internet, inilah antara kompilasi teka teki yang diungkapkan orang muda zaman ini:\n\nDalam banyak banyak duri, selain daripada durian, duri apa yang sedap dimakan. \u2013 KENDURI\u00a0\n\nDalam banyak \u2013 banyak jam, jam apa yang busuk? \u2013 JAMBAN\n\nPistol bergas yang serang hidung kau? \u2013 KENTUT\n\nBagi kita generasi sekarang, teka \u2013 teki merupakan cara kita mengisi masa lapang bersama rakan \u2013 rakan. Itupun sekarang ini ia sudah semakin tenggelam akibat diganti dengan aktiviti memegang telefon pintar. \n\nNamun, apabila dibanding dengan teka \u2013 teki Melayu klasik zaman dahulu, kita dapati pemikirannya lebih halus dan dipenuhi dengan penghayatan terhadap alam sekeliling.\n\nSebagai contoh, cuba anda jawab beberapa teka \u2013 teka Melayu lama di bawah:\n\nAnak raja berjambul emas.\n\nBadan di \u2013 atas, nyawa di \u2013 bawah\n\nTarek akar gunong berlari\n\nDi-tutup sa \u2013 besar kuku, di \u2013 buka sa \u2013 besar alam\n\nBila di \u2013 tinggalkan, di \u2013 ambil ta\u2019 boleh\n\nDapat? Berikut adalah jawapannya:\n\nPelita\n\nLayang \u2013 layang\n\nPerahu\n\nMata\n\nTempat duduk\n\nTerdapat beberapa teka \u2013 teki di atas yang apabila diungkapkan jawapannya pun, kita masih perlu termenung sejenak, sebelum akhirnya barulah terkeluar sorakan \u2018ooooooohhhh\u2019. Ini kerana dalam teka \u2013 teki ringkas itu pun terkandung kedalaman akal budi dan falsafah orang Melayu.\n\nTeka teki berkaitan mata tersebut antara kegemaran penulis. Dari segi fizik, mustahil terdapat sesuatu yang boleh berubah saiznya daripada sekecil kuku kepada sebesar alam. Tetapi ternyata jawapannya membuat penulis termenung sebentar. Mata apabila tertutup maka ia hanyalah satu organ sebesar bebola, tapi apabila dibuka \u2018tingkapnya\u2019 maka bukaannya adalah sebesar keseluruhan alam \u2013 sejauh mata memandang. \n\nBuku Long \u2013 Chair Malay\n\nKompilasi teka \u2013 teki tersebut diperoleh daripada buku Long \u2013 Chair Malay yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ditulis dan dikompilasikan oleh O.T Dussek.\n\nBerikut adalah beberapa salinan muka surat buku tersebut:\n\nSalinan PDF penuh buku tersebut boleh diperoleh di sini\n\nO.T Dussek merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau sebenarnya merupakan pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu dan dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Melayu sehingga menjadi sarjana bahasa tersebut, seangkatan dengan R.O Winstedt, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, W.G Shellabear, J.Crawfurd, dan A.M.\n\nAmat menarik apa yang dikatakan oleh beliau tentang Bahasa Melayu:\n\n\u201cBahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu,\u201d" "Program PERMATA pintar pada hari ini diumumkan telah ditukar dengan nama barunya GENIUS.\n\nHal ini diumumkan dalam laman Facebook rasmi PusatGENIUSpintar Negara , yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat PERMATApintar Negara.\n\nPEMAKLUMAN BERHUBUNG PENGGUNAAN NAMA BAHARU PROGRAM GENIUS.\n\nDengan segala hormatnya saya menarik perhatian kepada perkara di atas.\n\n2. Seperti mana sedia maklum Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju supaya nama PERMATA ditukarkan kepada GENIUS selaras dengan pembaharuan strutur tadbir urus Program tesebut. Manakala YB Menteri Pendidikan Malaysia pada 25 Mei 2019 telah bersetuju dengan penggunaan nama baharu termasuk 6 program yang berada dibawah Program GENIUS.\n\n3. Sehubungan itu, bermula 31 Mei 2019. Pusat ini yang dahulu dikenali sebagai PUSAT PERMATApintar Negara akan ditukarkan nama kepada PUSAT [email\u00a0protected] Negara.\n\nSekian, dimaklumkan.\n\nPenukaran nama tersebut dijelaskan bertujuan memberikan satu jenama baru supaya menjadi lebih berdaya saing dan bersemangat.\n\n\u201cPenukaran nama tersebut diputuskan oleh Kabinet untuk memberikan satu jenama baharu, \u2018rebranding\u2019 agar ia lebih berdaya saing, bersemangat, tetapi ada beberapa program di bawah Permata yang diberikan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan ada program disekalikan\u201d\n\nProgram PERMATApintar sebelum ini mempunyai visi untuk memupuk\u00a0individu pintar dan berbakat dengan minda ingin tahu bagi memastikan mereka dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang bakal menjadi pemimpin dunia, pemikir, dan pencipta masa hadapan." "Satu perkara yang mungkin ramai perasan tentang lanskap Youtube Malaysia sekarang adalah semakin bertambahnya video \u2013 video konspirasi hasilan saluran tempatan.\n\nBukan itu saja, topik \u2013 topik konspirasi juga mencapai capaian tontonan yang cukup mengejutkan, mencecah ratusan ribu tontonan malah ada yang mencapai jutaan, secara konsisten. Biasanya trend sebegini kita biasa lihat hanya dapat dicapai oleh video \u2013 video lagu artis terbaru. \n\nNampaknya, ada sejumlah besar pengikut setia topik konspirasi dalam kalangan pengguna Youtube rakyat Malaysia yang membentuk satu segmen pasaran baru yang cukup besar, dan lumayan.\n\nDan bagi pengusaha saluran Youtube, suatu niche topik yang sentiasa akan mendapat sambutan, miliki pasaran yang besar, miliki sumber content yang sudah pun dihasilkan begitu banyak daripada saluran Barat, dan tak memerlukan kemahiran, usaha atau kajian yang berat adalah suatu mimpi indah.\n\nHasil daripada potensi pasaran niche tersebut, naiklah beberapa pengusaha saluran Youtube kita yang bertransformasi menjadi penghasil bahan / content yang didedikasikan untuk membongkarkan teori \u2013 teori konspirasi terbaru (atau membangkitkan balik teori konspirasi lama).\n\nKisah di sebalik bagaimana sebuah saluran Youtube berubah menjadi saluran konspirasi adalah agak menarik untuk dikupas.\n\nMengorek Kisah di Belakang Saluran \u2013 saluran Teori Konspirasi Popular.\n\nSebagai seorang pengendali saluran Youtube juga, minat penulis adalah pada meneliti bagaimana sesebuah saluran di Youtube meningkat naik, meletup popularitinya, atau kadang kala, merudum jatuh.\n\nDan kerja \u2018detektif\u2019 ini dapat dibuat dengan mudah, cuma klik pada butang \u2018sort by\u2019 pada bahagian koleksi video sesebuah saluran, dan perhatikan kronologi video \u2013 video yang dimuatnaik. Banyak maklumat yang boleh diperoleh dengan hanya meneliti turutan content yang dihasilkan.\n\nSebagai contoh, sebelum menjadi antara saluran pendidikan terbesar di Youtube, Vsauce sebenarnya bermula sebagai sebuah saluran gaming. Content gaming yang dihasilkan sebenarnya sangat berkualiti rendah dan clickbait, sebelum ia beransur \u2013 ansur berubah menjadi saluran fakta dan akhirnya menjadi saluran pendidikan berkualiti tinggi.\n\nBagi saluran \u2013 saluran konspirasi hasilan rakyat Malaysia (yang tidak dinamakan dalam artikel ini), beberapa trend yang serupa dapat diperhatikan.\n\nSaluran \u2013 saluran tersebut biasanya bermula dengan menghasilkan bahan \u2013 bahan secara rawak, kadang kala video muzik, kemudian vlog, selepas itu mungkin video gaming, sebelum dicuba pula content parodi, atau video reaksi.\n\nFasa ini memang suatu kebiasaan sebagai permulaan bagi sesebuah pengendali Youtube, di mana mereka cuba mencari formula topik video yang menjadi, dan diteroka pelbagai formula dengan mengikut trend popular.\n\nKadang kala ada satu video yang meletup secara \u2018one \u2013 off\u2019, tidak semena \u2013 mena melonjak naik tontonannya bagi sebuah genre video yang dihasilkan, lalu mereka pun mencuba membuat content seterusnya dengan genre yang sama.\n\nKemudian didapati bahawa video \u2013 video dengan topik yang sama seterusnya juga memperoleh reaksi yang sangat menggalakkan, maka pengendali saluran tersebut pun yakin bahawa itulah formula yang menjadi.\n\nDalam kes teori konspirasi, pemilik saluran Youtube mencuba satu video dengan tajuk \u2018Freemason\u2019, \u2018Illuminati\u2019, \u2018konspirasi\u2019 , mendapati sambutan diperoleh berkali \u2013 kali ganda daripada video \u2013 video sebelumnya, lantas terus menghasilkan video \u2013 video dengan kata kunci yang sama. \n\nItulah kisah bagaimana lahirlah beberapa saluran teori konspirasi popular Youtube tanah air, menurut pemerhatian penulis. \n\nKenapa Saluran Konspirasi Menjadi\n\nDalam Youtube, terdapat beberapa formula algoritma yang disukai oleh laman web video terbesar tersebut.\n\nAntara lain, aspek yang penting adalah watch time \u2013 berapa lama video itu ditonton. Aspek ini mula ditekankan oleh Youtube setelah munculnya begitu banyak lambakan video \u2018clickbait\u2019. Jumlah tontonan mungkin mencapai puluhan juta, tetapi peratusan besar penonton menginjak keluar (bounce) setelah mendapati tajuk dan thumbnail cumalah satu penipuan.\n\nMaka, itulah sebab Youtube lebih menyukai video \u2013 video yang berdurasi panjang berbanding video pendek, kerana aspek watch time.\n\nItulah juga sebabnya bagi video yang melebihi 10 minit, pemilik saluran dibenarkan meletakkan lebih banyak ruangan iklan pada video tersebut. Lebih banyak ruangan iklan = lebih banyak duit hasil monetization.\n\nPenghasil content konspirasi, seperti yang telah dinyatakan tadi, sudahpun miliki begitu banyak sumber bahan video yang cuma perlu diletakkan saja dalam video mereka. Apa yang perlu dibuat cumalah membaca skrip, menayangkan video konspirasi berbahasa Inggeris sedia ada, dan memberi respon / komentari.\n\nBagi genre konspirasi, boleh dikatakan sesiapa saja tiada masalah untuk menghasilkan bahan yang melebihi 10 minit.\n\nTambahan lagi, disebabkan genre konspirasi begitu bermain dengan emosi (takut, risau, sedih, marah), sebuah video boleh dioptimumkan untuk membolot algorithm Youtube pada aspek thumbnail, title dan keyword.\n\n Formula sebegini entah mengapa, begitu berjaya di Youtube:\n\nJadi, Apa Masalahnya?\n\nArtikel ini bukanlah bertujuan untuk membahaskan sama ada teori konspirasi itu betul atau salah, baik atau buruk, melainkan hanya ingin membincangkan trend semasa pertambahan content bercirikan konspirasi di Youtube.\n\nDisebabkan permintaan yang begitu tinggi untuk content konspirasi, maka kita dapat jangkakan peningkatan jumlah saluran tempatan yang berfokuskan konspirasi pada masa akan datang. \n\nLebih ramai orang yang akan berminat untuk memperoleh potongan kek daripada pasaran penonton video konspirasi.\n\nSama ada perkembangan ini baik atau buruk kepada masyarakat, mungkin perlukan kajian yang lebih lanjut.\n\nApa pun, pada aspek epistemologi ataupun penilaian sumber ilmu, dapat ditentukan bahawa penghasil video \u2013 video konspirasi ini rata \u2013 ratanya tidak berlatarbelakangkan kajian teori konspirasi dari sudut sejarah, sains, atau agama. Seperti yang dibincangkan, mereka mencuba \u2013 cuba menghasilkan content pelbagai jenis sebelum mendapati sebuah video bergenre konspirasi yang dihasilkan meletup popular, lalu mereka bertransformasi menjadi sebuah saluran konspirasi.\n\nWalaupun jumlah tontonan genre tersebut banyak, namun ia tidak semestinya bermakna bahawa saluran \u2013 saluran tersebut menjadi sandaran dan autoriti ilmu buat penonton. Kerana kebiasaannya video \u2013 video Youtube tidak lain hanyalah dianggap sebagai suatu medium hiburan.\n\n. kan?" "Sebuah gambar yang mempamerkan senarai cara orang Inggeris menyebut perkataan Melayu tular di media sosial, dan ia cukup menggelikan hati netizen.\n\nTidak dapat dipastikan sumber sebenar gambar helaian muka surat buku ini, tetapi ia kelihatan seperti sebuah foto yang klasik.\n\nNampaknya, ia adalah senarai kamus sebutan untuk memudahkan orang Inggeris menyebut perkataan asas dalam bahasa Melayu.\n\nIa sungguh menggelikan hati apabila dibaca oleh orang Melayu, kerana kedengaran seperti slanga satira yang biasa diajuk untuk menyerupai \u2018orang London\u2019.\n\nWoman \u2013 Prem pooan\n\nWater \u2013 Ire\n\nHot Water \u2013 Ire sedjoh\n\nButter \u2013 Muntaygah\n\nCheese \u2013 Kay joo\n\nLebih kelakar adalah apabila ditransliterasikan ayat yang penuh untuk meminta ayam rebus:\n\nBring me some boiled chicken! \u2013 Kassee I-am kitchy riboos!\n\nSudah pasti, para netizen tidak melepaskan memberi komentar \u2013 komentar bernas berkenaan maklumat ini:\n\nRasa agak bersyukur dilahirkan sebagai Melayu yang dikurniakan lidah yang cukup fleksibel untuk berbahasa asing ." "Perhatikan spektrum warna di bawah.\n\nOk, sekarang cabaran untuk anda:\n\nCuba cari mana warna pink dalam spektrum Itu\n\nTak dapat cari kan? Maka itu membawa kita pada satu konklusi:\n\nWarna pink tidak wujud.\u00a0\n\nEh jap. Hah??\n\nKontroversi Warna Pink\n\nSebenarnya terdapat perdebatan yang terjadi berkenaan warna pink ini. Ia dicetuskan oleh sebuah video daripada saluran minutephysics yang mengatakan bahawa cahaya berwarna pink itu tidak wujud.\n\nMenurut video tersebut, warna pink (atau merah jambu) tidak terdapat dalam spektrum warna ROYGBIV (Red \u2013 Orange \u2013 Yellow \u2013 Green \u2013 Blue \u2013 Indigo \u2013 Violet) atau versi Melayu, MJKHBIU (Merah \u2013 Jingga \u2013 Kuning \u2013 Hijau \u2013 Biru \u2013 Indigo \u2013 Ungu).\n\nWarna \u2013 warna tersebut dipanggil sebagai cahaya tampak (visible light), kerana warna \u2013 warna inilah yang dapat ditangkap oleh mata kita.\n\nTapi, cahaya tampak (warna pelangi) ini hanyalah satu bahagian kecil daripada spektrum elektromagnet cahaya, kita tak boleh lihat sinar gamma, X ray, dan Sinar Lembayung\n\nJadi, memang betul, tiada panjang gelombang (wavelength) cahaya yang berwarna pink. Pink memerlukan campuran warna merah dan ungu. Masalahnya, kedua warna ini berada di dua hujung spektrum cahaya tampak.\n\nMaka seorang wartawan sains, Robert Krulwich menjadi tidak keruan apabila mengetahui perkara ini. Katanya:\n\nPink bukan satu panjang gelombang yang sebenar. Ia suatu rekaan. Ia tidak wujud.\n\nSemua warna pink yang kita lihat sebenarnya hanya dalam kepala kita saja!\n\nAh sudah. Bertambah lagi satu teori konspirasi!\n\nPink Wujudlah!\n\nSetelah teori yang mengatakan warna pink tidak wujud itu meletus popular sehingga turut dilaporkan oleh TIME, \u2018perang\u2019 pun terletus. Mungkin kerana ia menggugat identiti berbilion wanita seluruh dunia yang merasa warna kegemaran mereka terancam.\n\nAda satu peraturan abadi yang perlu sentiasa diingat: jangan cari pasal dengan perempuan.\n\nMaka seorang wartawan saintifik Rebecca Boyle (yup, perempuan) kemudian \u2018menggesa agar kebodohan ini dihentikan, sudah pasti pink adalah suatu warna\u2019.\n\nMenurut beliau, ya, warna pink tidak terdapat dalam spektrum warna. Tapi ini tidak bermakna pink itu bukan warna!\n\nMenurut pakar warna Jill Morton:\n\nSudah pasti pink adalah suatu warna. Tapi betul, ia tiada dalam spektrum cahaya. Pink adalah warna ekstra \u2013 spektral, anda perlu mencampur warna untuk mendapatkannya.\n\nContohnya, apabila kita mencampur cat merah dengan putih, kita akan mendapat warna pink.\n\nApabila kita melihat objek berwarna pink, sebenarnya apa yang kita lihat adalah situasi percampuran panjang gelombang yang berbeza, ada yang dipantulkan, ada yang diserap, ada yang dipadamkan oleh pigmen.\n\nPink adalah warna pantulan, bukan warna pancaran. Anda miliki persepsi melihat warna pink kerana otak anda menterjemah warna tersebut daripada cahaya yang terpantul.\n\nEh jap.. Ya Ke.\n\nJadi warna yang terhasil akibat percampuran tetap dianggap warna! Maka warna pink itu wujud!\n\n.. Tidak juga. Kerana keseluruhan \u2018warna\u2019 sebenarnya tidak \u2018wujud\u2018. Menurut saintis:\n\nWarna sebenarnya bukan ciri \u2013 ciri objek. Malah bukan ciri \u2013 ciri cahaya pun. Ia hanyalah persepsi dalam otak anda.\n\nWarna cumalah bergantung pada frekuensi gelombang cahaya yang terkena pada mata kita, dan bergantung pada bagaimana cara otak kita mentafsir warna tersebut. Ia bukan sifat yang dimiliki oleh objek.?\n\nApapun tak kisahlah setakat mana anda mahu memanjangkan perdebatan falsafah berkaitan kewujudan warna yang dah berabad lamanya ini, satu konklusi yang pasti adalah:\n\nWarna pink \u2018wujud\u2019 seperti mana wujudnya warna merah, oren, kuning dan hijau.\n\nOk . dah." "Hulurkan sumbangan anda melalui:\n\nAMBANK\n\n8881033604776\n\nAJAR PLBT ENTERPRISE\n\nBillplz" "\u201cSaya nak jadi doktor. Boleh tolong orang kan ustazah?\u201d\n\u201cSaya nak jadi jurutera, tak pun arkitek. Saya nak buat rumah besaaaarrrr untuk saya tinggal dengan mak ayah saya. Baru best.\u201d\n\u201cSaya nak jadi ustazah macam ustazah. Baik je.\u201d\n\n\u201cSaya nak jadi juruterbang yang hebat!\u201d\n\nCITA-CITA.\n\nBegitulah respon anak-anak apabila ditanyakan apakah cita-cita mereka. Tidak pernah kurang tingginya cita-cita seiring hasrat mereka untuk membesar dengan berjaya. Begitu jugalah respon anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR), tidak pernah kurang. Namun, bukan semua anak-anak ini memiliki peluang atau mampu memanfaati peluang bila tiba masanya peluang terbentang di depan mata.\n\n\nPendidikan merupakan perkara yang sangat penting dalam tempoh pembesaran anak-anak. Namun, inilah sebenarnya cabaran utama bagi ibu bapa di PPR. Masa yang sangat terhad dalam kesibukan mencari nafkah dan pendidikan anak-anak sudah pasti menjadi dilemma yang tidak berkesudahan bagi mereka.\n\nNasib Anak \u2013 Anak Projek Perumahan Rakyat\n\nApakah realiti anak-anak PPR ini? Daripada Laporan Kemiskinan Kanak-kanak Bandar oleh Unicef,\n\n51% kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun tidak menghadiri prasekolah dan 2% yang berusia 7-17 tahun tidak bersekolah. Manakala Kira-kira 4 dalam 10 isi rumah tidak menyediakan alat permainan untuk anak-anak berusia bawah 5 tahun dan 31% isi rumah tidak mempunyai buku untuk anak-anak berusia bawah 18 tahun.\n\nAntara punca isi rumah tidak mempunyai buku dan alat permainan adalah disebabkan kekurangan ruang.\n\nBanyak kali mereka terpaksa memulangkan berkotak-kotak buku dan alat permainan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi-agensi lain kerana tidak ada tempat untuk menyimpan.\n\nMereka Berpotensi Besar\n\nMeskipun menghadapi pelbagai rintangan, pencapaian akademik mereka masih standing dengan purata pencapaian di peringkat kebangsaan (Unicef). Hal ini menunjukkan, anak-anak PPR bukan calang-calang juga. Sebenarnya mereka mempunyai potensi yang besar untuk cemerlang seperti anak-anak yang lain, hanya memerlukan bantuan dan sistem sokongan daripada masyarakat yang lebih berkemampuan.\n\nBesar natijahnya penilaian ini kepada anak-anak PPR yang sudah pastinya peluang mereka untuk mendapatkan pembelajaran tambahan dalam subjek ini amat tipis peluangnya jika dibandingkan dengan naak-anak bandar yang lebih berkemampuan. Tusyen, kelas tambahan, alat bantu pembelajaran sudah pasti tinggi kosnya dan seperti mimpi untuk mereka miliki.\n\nBersama Membantu Anak \u2013 anak PPR Berjaya\n\nOleh yang demikian, menyedari kepentingan penguasaan STEM ini bagi anak-anak, kami Yayasan Maghfirah dengan kerjasama AJAR, akan menganjurkan program FantaSains, khusus untuk anak-anak PPR. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam pendidikan STEM. Modul pelajaran FantaSains disusun selaras dengan kurikulum standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pelaksanaan berkonsepkan interaktif.\n\nAntara aktiviti yang terdapat dalam program FantaSains ialah demonstrasi, eksplorasi serta eksperimen di luar kelas. Disamping membantu pelajar menguasai topik-topik pembelajaran, penekanan akan turut diberikan terhadap penerapan nilai murni agar hasil pembelajaran yang diperolehi pelajar lebih holistik dan mengesankan.\n\nBesar harapan kami melihat anak-anak PPR akhirnya kelak mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak bandar yang lain. Marilah sama-sama kita membantu memastikan usaha kecil ini agar berjaya dilaksanakan.\n\nSumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui link : https://www.billplz.com/FantaSainsPPR\natau terus ke akaun CIMB YAYASAN MAGHFIRAH (86-0322-1427)\n\nUntuk maklumat lanjut sila hubungi:\nPejabat: 03-8740 1193\nWhatsapp/telegram: 013-9484200 (Puan Mariam)\n\nDapatkan perkembangan program ini melalui:-\nTelegram:\u00a0https://t.me/yayasanmaghfirah\nFB: Yayasan Maghfirah\nWeb:\u00a0https://yayasanmaghfirah.org/" "Artikel ini adalah nota tambahan kepada video ajar: \u201cGame Ni Tolong Kita Faham Dimensi Keempat\u201d.\n\nDimensi\n\nPerkara pertama\nyang perlu kita faham sebelum kita meneroka dimensi dengan lebih dalam adalah,\napa sebenarnya maksud dimensi ni?\n\nDalam fizik, dimensi fizikal merujuk kepada apa-apa kuantiti fizikal yang boleh kita ukur. \n\nTerdapat beberapa contoh dimensi fizikal, macam masa (dimensi masa diberi simbol T), dan ruang (yang diberi simbol L).\n\nTerdapat juga beberapa kuantiti fizikal yang tak berapa popular, antaranya cas elektrik yang menghasilkan arus elektrik, dan juga kepekatan sinaran (luminous intensity) yang menerangkan kepekatan sesuatu sumber cahaya.\n\nDalam matematik pula, dimensi boleh ditakrifkan kepada kebolehupayaan sesuatu titik untuk bergerak (degrees of freedom). \n\nMacam yang diterangkan dalam video Ajar, dimensi 0 terjadi apabila kita ada satu titik, dan titik kita tidak mampu bergerak ke mana-mana.\n\nDimensi pertama terjadi apabila titik kita boleh bergerak dalam satu paksi, ke kanan atau ke kiri. Kebolehupayaan titik kita ini untuk bergerak ni akan mewujudkan elemen \u201cpanjang\u201d, antara tempat mula titik kita tadi, dengan tempat di mana titik kita berada sekarang.\n\nHal yang sama juga terjadi apabila kita bergerak ke dimensi lebih tinggi. Kalau dalam satu dimensi, titik kita tadi hanya mampu bergerak ke kiri dan ke kanan, dalam dua dimensi, titik kita kemudiannya mampu bergerak ke kiri dan kanan (dimensi pertama) dan tambahan atas dan bawah (dimensi kedua). Pertambahan kebolehupayaan titik kita untuk bergerak melalui dua dimensi ini juga menghasilkan konsep \u201cluas\u201d, yang pada dasarnya merujuk kepada berapa besar luas titik kita boleh bergerak.\n\nAndaikata titik kita tadi degil, dan dia ingin bergerak melepasi dua dimensi menuju ke dimensi ke tiga, kini, selain mempunyai kebolehan untuk bergerak ke kiri-kanan dan atas-bawah, titik kita juga memperoleh kebolehan untuk bergerak ke dimensi ketiga, dimensi depan-belakang. Kini, titik kita mampu meneroka apa yang kita kenali sebagai ruang 3-Dimensi, dimana menurut deskripsi fizikal, ruang 3-Dimensi ini adalah sama dengan ruang yang kita ada sekarang, ruang yang mempunyai isi padu (volume).\n\nAda Ke Dimensi Ke Empat? Kenapa Susah \u2013 susah Bincang?\n\nKalau diikutkan\nlogik akal, dimensi yang boleh kita rasakan hanyalah sekadar sampai ke dimensi\nketiga. Namun begitu, ahli matematik ni agak unik sebenarnya. Ahli matematik,\napabila membuat rumus matematik, tak berminat dengan kes-kes khusus macam\ndimensi pertama dan dimensi kedua. Sebaliknya, apa yang mereka akan buat adalah\nmereka akan membuat rumus secara umum.\n\nHal ini adalah berbeza dengan ahli fizik, kerana ahli matematik berpaksikan kepada \u201cidea umum\u201d, manakala ahli fizik lebih terarah kepada kes-kes khusus. Hal ini pernah dipertikaikan oleh Richard Feynman, seorang ahli fizik:\n\n\u201cAhli matematik ni suka keluarkan teorem secara umum. Katakan kita nak tahu mengenai ruang, maka ahli matematik akan cakap oh ruang ni ada n-dimensi, maka teorinya akan jadi begini dan begini. Masalahnya adalah, aku nak tahu apa yang terjadi dalam ruang tiga-dimensi. Mereka jawab,mudah, kau ganti ajelah n tu dengan nilai 3.\u201d\n\nJadi, kalau dunia kita ini terbatas dengan ruang 3-dimensi, apa\nperlunya kita terus mengkaji ruang sampai 4 dimensi ni?\n\nPada satu tahap, ahli sains sebenarnya ingat dunia ni memang terdiri\ndaripada ruang 3-dimensi semata-mata. Namun, hasil daripada Teori Kenisbian Khusus\nEinstein (Special Relativity Theory), Einstein telah Berjaya membuktikan\nmelalui pembuktian matematik, bahawa ruang dan masa sebenarnya merupakan entiti\nyang sama. \n\nPembuktian ni meletakkan sains dalam kedudukan yang menarik, kerana,\nsebelum ni kita ingat ruang dan masa merupakan dimensi yang berbeza.\n\nCuba bayangkan. Kalau orang Tanya, berapa jarak dari Kuala Lumpur ke\nJohor Baharu? Ada orang akan jawab 300 km, TETAPI, kebanyakan orang akan jawab\njarak Kuala Lumpur ke Johor Baharu adalah dalam lingkungan 3 jam perjalanan.\n\nHal yang sama juga terpakai dengan masa. Kalau orang Tanya kita,\nlama lagi ke perjalanan nak ke kampung? Kita pun jawab dalam 3 km lagi. \n\nPerasan?\n\nAnda menjawab persoalan berkenaan jarak, dengan menggunakan masa.\nDan anda menjawab persoalan berkenaan dengan masa, menggunakan jarak.\n\nMaka, idea tersebut (secara umumnya) merupakan idea yang diilhamkan oleh Einstein dan kemudiannya dikembangkan oleh guru Einstein, Hermann Minkowski. Dimensi keempat ini kemudian diberi nama ruangan Minkowski, bersempena dengan nama Hermann Minkowski yang memberi gambaran lebih jelas berkenaan ruangmasa a.k.a dimensi keempat ini.\n\nJadi, adakah dimensi ruangmasa ini dimensi yang sama seperti dimensi\nke empat sepertimana dalam video Ajar?\n\nTidak.\n\nHal ini kerana, dimensi di dalam video Ajar tersebut merujuk kepada dimensi ruang (spatial dimension), manakala dimensi yang Einstein dan gurunya Minkowski bina adalah dimensi ruangmasa, terdiri dari gabungan dimensi ruang dan dimensi masa.\n\nDalam video Ajar, apabila terdapat beberapa situasi di mana objek \u201ctiba-tiba hilang\u201d yang sebenarnya objek tersebut berada di dimensi yang lain, dan tidak mampu dicerap oleh pancaindera kita di dimensi ini.\n\nJadi, kenapa dimensi lebih dari 3 ni penting dalam sains?\n\nDimensi lebih\ndari 3 ni, walaupun nampak macam tak logik, tapi memainkan peranan besar dalam\nsains. Sebagai contoh, dalam alam ini terdapat Daya Elektromagnet, Daya Nuklear\nLemah, Daya Nuklear Kuat serta Daya Graviti. Salah satu harapan dalam sains\nadalah penggabungan kesemua daya ini dalam satu formula matematik, dan untuk\nmencapai perkara tersebut, Teori Tetangsi (String Theory), salah satu teori\nterbaik yang kita ada, memerlukan sebanyak 10 dimensi untuk membolehkan\npenggabungan daya-daya dalam alam ini dilakukan.\n\nDan perlu diingatkan, dimensi yang kita perkatakan dari tadi semakin berkembang apabila nilai dimensinya bertambah. Siapa kata dimensi perlu sentiasa bertambah? Apakah mungkin, ada dimensi ini yang sebenarnya berkurang, atau mungkin berpintal?\n\nOleh: Muhammad Eilham" "Apa ciptaan anda paling canggih sewaktu di kolej? Yang admin ingat, ada orang berjaya masak maggi guna seterika.\n\nTapi lain ceritanya bagi Danial Faiz Mokhtar, pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang (KMKPh), Bandar Tun Razak, Jengka, Pahang.\n\nBeliau mencipta mekanisme pintu berkunci automatik yang diakseskan melalui kad pengenalannya\n\nCiptaannya itu tular apabila demonstrasi beliau dirakam dan dimuat naik di Twitter dan mencapai 13k+ ciapan.\n\nmaybe saya akan buat tutorial utk projek ni dgn program pic.twitter.com/fxQx5Lqlg6\n\nKisah ini kemudian dilaporkan oleh Harian Metro yang tontonannya melebihi 200 ribu + hanya dalam masa dua hari.\n\nApabila ditemu ramah, Danial Faiz menyatakan tidak sangka ciptaannya ini boleh tular.\n\n\u201cSAYA buat pintu automatik berkunci itu atas tujuan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di bilik kolej di sini. Namun, tak sangka ia boleh tular,\u201d \n\nDanial Faiz berkata, pernah berlaku kes kecurian di sekitar kolejnya yang membuatkan dia mahu memasang sistem itu atas tujuan keselamatan barangannya.\n\nKatanya lagi, sebelum ini dia pernah melihat orang membuka pintu yang terkunci dari luar menggunakan dawai dengan mudah.\n\nHanya Belajar Dari Youtube\n\nTambah mengagumkan, projek tersebut hanyalah bermodalkan RM 80 dengan menggunakan Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) \n\nProjek itu pula hanya disiapkan dalam masa satu hari dan hanya dipelajari dengan menonton Youtube.\n\nBeliau juga menyatakan akan membuat satu video tutorial untuk tontonan umum.\n\n \u201cRamai yang juga meminta saya untuk mengajar mereka membuat sistem itu. Insya-Allah, saya akan buat satu video tutorial untuk supaya ia memberi manfaat kepada semua\u201d\n\nMemang Minat Kejuruteraan Robotik\n\nNamun, kemahiran yang ditunjukkan Danial Faiz bukanlah diperoleh secara tiba \u2013 tiba, sebaliknya beliau memang memiliki latar belakang membanggakan dalam bidang robotik\n\nDanial mula meminati bidang sistem robotik dan kejuruteraan seawal usia 8 tahun. \n\nSebelum ini, Danial Faiz pernah mengharumkan nama negara bersama tiga lagi rakannya apabila berjaya menduduki tempat kedua dalam pertandingan cabaran kemahiran di World Robot Summit (WRS) Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun." "Perdebatan tentang pemakaian mortarboard vs songkok sekali lagi tercetus di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia apabila Badan Perwakilan Pelajar mengadakan bancian untuk menentukan pakaian seragam graduasi seterusnya.\n\n \u201cTerdapat dua pilihan:\n\n1) Songkok yang merupakan pakaian kepala tradisional di Malaysia untuk lelaki dan tudung berenda emas untuk wanita.\n\n2) Mortarboard yang merupakan pakaian kepala yang dikenakan secara tradisional di seluruh dunia, yang mana asal usulnya adalah daripada sejarah dunia akademik Islam\u201d\n\nSudah pasti, isu ini menimbulkan kembali perdebatan dalam kalangan pelajar UIA.\n\nYa, \u2018menimbulkan kembali\u2019, kerana isu songkok vs mortarboard ini sebenarnya pernah timbul pada tahun 2008 lagi.\n\nSongkok Ganti Mortarboard Semasa Konvokesyen 2008\n\nSelama berpuluh \u2013 puluh tahun, tradisi hari graduasi UIAM adalah mengenakan songkok.\n\nJadi ketika diumumkan pada tahun 2008 bahawa tradisi ini akan ditukar kepada mortarboard, agak kecoh juga situasi di UIA.\n\nSeramai 3000 pelajar menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya, lapor Malaysiakini. \n\nPunca utama bantahan tersebut adalah:\n\nBantahan tersebut bagaimanapun tidak berjaya setelah pihak pengurusan mengekalkan keputusan untuk mengguna pakai mortarboard untuk hari graduasi.\n\nKini, setelah hampir 10 tahun, nampaknya ada potensi songkok akan kembali semula mengetuk pintu hari Graduasi UIAM.\n\nSongkok VS Mortarboard\n\nPerdebatan songkok vs mortarboard ini bagaimanapun bukanlah satu isu picisan. Perbahasannya agak mendalam.\n\nMenurut tulisan seorang pelajar UIAM, isu ini agak besar maknanya bagi seorang pelajar yang akan bergraduasi, apatah lagi setelah 4 tahun lebih bersusah payah mempelajari dunia keilmuan.\n\n\u201cHal pemakaian sering menjadi simbolik terhadap sesuatu acara, konvokesyen pertama kali pula akan menjadi kenangan seumur hidup\u201d\n\nMenariknya, pihak yang menyokong mortarboard membawa hujah bahawa itu sebenarnya pemakaian Islam, yang lahir daripada tradisi akademik Islam.\n\nMortarboard tidaklah \u2018kurang Islam\u2019 berbanding songkok.\n\nAmalan pemakaian mortarboard dalam majlis graduasi hakikatnya berasal daripada Islam, yang kemudian dicedok oleh Barat.\n\nMalah menurut Dr Afifi al \u2013 Akiti, amalan yang dipopularkan oleh Universiti Oxford ini berasal daripada tradisi pondok. Hal ini termasuklah budaya\u00a0seperti makan ramai-ramai, menunggu pengetua sebelum makan dan membaca doa, semua ini berasal daripada tradisi Islam. Namun sekarang ia lebih dikenali sebagai budaya Harry Potter.\n\nMalah yang lebih menarik, topi mortar board, atau Qalansuwah dalam bahasa Arab, adalah tempat untuk mengikat al Quran di atas kepala. Itulah sebabnya kenapa reka bentuk mortar board leper di bahagian atas. \n\nSebahagian pelajar juga turut berhujah mengatakan bahawa dasar pengantarabangsaan UIA juga seharusnya lebih menggalakkan penggunaan mortarboard.\n\n\u201cPenggunaan mortarboard dikenali di seluruh dunia, jadi maknanya boleh difahami oleh semua bangsa tanpa pengecualian. Songkok dan tudung berenda hanyalah budaya Melayu yang tidak menepati dasar pengantarabangsaan. Beri peluang pelajar antarabangsa bergraduasi dengan berbangga apa yang mereka pakai\u201d\n\nBagaimanapun, pihak yang mahu mengembalikan songkok rata \u2013 rata mahu mengembalikan keunikan niai identiti Melayu bagi sebuah Universiti yang unik di dunia.\n\nBegitu juga, isu yang sering dikemukakan berkenaan pemakaian mortarboard dan jubah adalah kos yang tinggi untuk hari graduasi, yang mudah dieksploitasi golongan kapitalis.\n\nTambahan pula, penggunaan mortarboard telah menggalakkan budaya yang cukup meruntun jiwa mereka yang sensitif, iaitu tradisi membaling mortarboard. \n\nBukankah topi graduasi itu asalnya tempat meletak al Quran, maka jika dibaling, apakah maknanya? Itu juga amalan yang sentiasa menjadi muka depan buku \u2013 buku majlis graduasi yang sering dibangga \u2013 banggakan.\n\nJika yang dipakai adalah songkok, sudah pasti amalan ini tidak akan diteruskan." "Kaduk Naik Junjung adalah peribahasa yang kita biasa dengar dan gunakan. Menurut kamus dewan, maksud bagi peribahasa tersebut adalah:\n\nOrang hina merasa dirinya mulia\n\nDalam penggunaan harian biasa (orang awam). peribahasa berkenaan juga boleh dikaitkan dengan orang yang beroleh ehsan (simpati orang lain) kemudian berlebih-lebihan mengambil kesempatan. Contohnya, orang yang datang bertandang tiba-tiba cuba berlagak lebih daripada tuan rumah. \n\nNamun mengapa elemen kaduk menaiki junjung tersebut membawa maksud demikian? Apa penilaian hati budi orang Melayu yang mendatangkan peribahasa tersebut?\n\nMenurut pengkaji Tn Hamdi Hanapi, peribahasa ini dapat difahami menerusi sifat kedua \u2013 dua tumbuhan tersebut.\n\nSirih tumbuh menjalar (memanjat) biasanya akan melilit junjung yang di buat dari pancang buluh atau kayu. Manakala kaduk pula tumbuhnya melata, bukan memanjat ke atas.\n\nAkan tetapi, sekiranya kaduk yang tumbuh di bawah itu memanjat dan menyaingi tempat sirih, ia melampaui sifat asalnya. \n\nMaka sebab itulah orang Melayu memerhati sifat kaduk ini lalu mengungkap \u201cKaduk naik junjung\u201d.\n\nErtinya, orang hina mengaku mulia. Atau kerap kali dipakai bagi menggambarkan perbuatan mengada-ngada dan melampau apabila mendapat kedudukan lebih tinggi.\n\nSirih itu sifatnya tertib dan teratur, sehingga diungkap \u2013\u00a0\u201cUmpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.\u201d\u00a0Ertinya, tiap-tiap pekerjaan hendaklah di buat mengikut aturan. Ia juga melambangkan kerendahan hati dan bertatasusila.\n\nMaka itulah sirih seringkali dijadikan kepala istiadat orang-orang Melayu \u2013 menyatakan hajat, mewakili hasrat dan menggambarkan budi pekerti dua pihak.\n\nDan sirih itu rasanya pedas. Ertinya, bukanlah boleh diperkotak-katik atau dihina-hina, meskipun sifatnya lembut-halus.\n\nJika melampau-lampau kaduk menginjak sirih \u2013 dan sirih pula sudah tawar tiada pedas \u2013 janganlah lupa pada junjungnya yang bila-bila boleh patah.\n\nKredit: Tn Hamdi Hanapi, fokus.my" "Pada 13 Jun 2019, sebelum konferens akademik ISCA 2019 di Phoenix, seorang pelajar calon PhD yang sepatutnya membentangkan kertas kajian beliau di konferens tersebut mengantung dirinya dalam bangunan kampus Universiti Florida.\n\nKisah \u2013 kisah yang dibongkarkan mendedahkan kesalahan \u2013 kesalahan akademik yang menjadi punca Huixiang Chen membunuh diri.\n\nRingkasnya, Chen membunuh diri kerana:\n\nNota bunuh diri dihantar kepada rakan \u2013 rakan beliau, teman makmal, dan terutamanya kepada mentor beliau Professor Tao Li.\n\nIni adalah terjemahan kasar nota beliau yang berbahasa Cina.\n\nKepada rakan \u2013 rakan\n\nJika anda peroleh mesej ini, ia bermakna saya telah pun meninggal dunia.\n\nSeperti kalian tahu, sejak Disember lepas, saya menulis kertas kajian ISCA pada waktu yang sangat singkat dan ia diterima dengan segera. Anda semua tahu sebabnya, kerana ia disebabkan jaringan hubungan professor Tao Li kita. Dalam kalangan 6 pemeriksa, 4 adalah rakan Tao Li. Tapi kertas ini miliki isu yang sangat bermasalah, design nya tidak masuk akal dan pemeriksa cuma mengabaikannya. Kertas ini diterima tanpa sebab munasabah, dan ia boleh membuat siapa saja rasa bersalah.\n\nSetelah tarikh hantar, pengubahsuaian menggila dibuat ke atas kertas tersebut dan saya pun membuat eksperimen yang tertinggal. Dalam eksperimen tersebut, saya dapati fenomena eksperimen dan reka bentuknya sangat berbeza dengan apa yang diklaim, menjadikan kertas tersebut tidak masuk akal dari tajuk kepada karekterisasi dan reka bentuk .. jadi kalau saya mahu membuat pengubahsuaian, keseluruhan kertas perlu ditulis semula. Ia sangat tidak realistik untuk mencadangkan idea baru sebelum versi akhir. Setelah saya berhubung dengan Tao Li, rupanya saya perlu membetulkan kertas tersebut sendirian. Sehingga sekarang saya masih belum mampu menampal pulih isu \u2013 isu tersebut. Isu \u2013 isu ini begitu ketara sehingga ia mampu dikesan dengan mudah oleh pakar. Saya tidak sangka Dr Li menerima saja data yang tidak masuk akal.\n\nMemandangkan ini akan memberi impak kepada karier saya pada masa depan dan reputasi saya dalam bidang Computer Architecture, hidup masa depan saya akan menjadi lebih teruk daripada kematian dan saya akan berada dalam dilema. Saya meneliti semua kes ini, dan saya dapati saya tak mampu selesaikannya. Untuk membetulkan keadaan, saya buat keputusan bunuh diri. Saya harap anda belajar daripada kesalahan saya. Kita tak sepatutnya membuat klaim terlalu banyak dalam kertas kajian kita sebelum kita benar \u2013 benar mencapainya. Saya harap ini akan menghasilkan perubahan dalam dunia.\n\nSaya harap anda berlaku jujur saja dalam masyarakat kita. Saya berkati anda dalam dunia lain\n\nSelamat,\n\nHuxiang\n\nSetelah nota ini berlegar di media sosial, University of Florida memulakan penyiasatan . Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada seluruh pengamal akademik." "Internet sekali lagi bergegar gempita apabila sebuah gambar tapak sulaiman tular di media sosial . kerana ia kelihatan seperti . memiliki . punggung.\n\nGambar tapak sulaiman itu, yang dimuat naik oleh pengguna media Twitter @Babyshoujo pada asalnya disangka hanya akan dilihat dua tiga orang, tetapi kemudian itu meletup popular apabila mencecah ratusan ribu ciapan.\n\nSudah pasti, ramai yang terhibur dan internet pantas mengaitkannya dengan watak tapak Sulaiman popular Patrick Star.\n\n pic.twitter.com/tlRJV8MPr2\n\nNamun malangnya, pakar mengesahkan bahawa itu sebenarnya .. bukan . punggung. \n\nSebenarnya Ia Gumpalan Pada Tangan Tapak Sulaiman\n\nUSA Today menemu ramah Nate Jaros, seorang pegawai peneliti ikan dan haiwan invertebrata untuk menerangkan perkara sebenar di sebalik gambar tersebut.\n\nHaiwan itu sebenarnya adalah tapak sulaiman vermilion.\n\n\u201cTapak Sulaiman adalah invertebrata atau haiwan tanpa tulang belakang dan ia bukan juga ikan, walaupun bahasa Inggerisnya dipanggil starfish\u201d jelas beliau.\n\nDalam foto tersebut, \u2018punggung\u2019 itu sebenarnya tangan tapak sulaiman tersebut.\n\n\u201cDalam gambar itu, tapak sulaiman tersebut melekat pada batu secara menegak dengan dua tangannya memegang batu dan dua lagi relaks tergantung. Tapak sulaiman kadang \u2013 kala melepaskan tangannya, contoh apabila ia sedang makan\u201d\n\n\u201cDisebabkan tapak sulaiman dalam posisi menegak, maka graviti menyebabkan komponen dalamannya untuk bergumpal\u201d\n\nJadi sebenarnya ia cumalah gumpalan bahagian dalam tapak sulaiman tersebut, tak tahu sama ada nak kecewa atau lega.\n\nWalaubagaimanapun, tularnya spesies haiwan ini boleh menjadi bahaya untuk mereka.\n\nSebagai contoh, setelah filem Finding Nemo meletus naik pada 2003, permintaan untuk memiliki ikan tersebut dalam akuarium peribadi melonjak naik sehingga hampir menyebabkan kepupusan spesis tersebut. \n\n\u201cDua cara kalian boleh membantu tapak sulaiman, jangan beli tapak sulaiman yang hidup atau telah mati daripada kedai \u2013 kedai cenderamata, dan hormati mereka apabila anda menemui mereka di pantai, jangan pihak atau alihkan mereka\u201d ujar Nate.\n\nTapak sulaiman kini sedang berhadapan dengan tekanan fizikal akibat pencemaran air dan peningkatan suhu lautan." "Prof Madya Ts. Dr. Ervina Efzan Mhd Noor dari Multimedia Universiti (MMU) mengharumkan nama negara apabila memenangi dua anugerah di Global Women Inventors & Innovators Network (GWIIN), London.\n\nBeliau berjaya merangkul pengiktirafan Gold Innovator Award dan Special Recognition Award di majlis terkemuka yang mengumpulkan usahawan \u2013 usahawan wanita berprolifik seluruh dunia tersebut.\n\nHampir 500 peserta dari pelbagai negara seperti UK, Italy, Iceland, Ghana, Kuwait, Thailand dan Malaysia \u00a0memasuki pertandingan ini. \n\nCalon-calon termasuklah\u00a0mereka yang kreatif, inovatif, inovatif, usahawan, saintis, jurutera, ahli teknologi dan pereka wanita. \n\nIdea inovasi yang dibentangkan oleh Dr Ervina telah menawan 9 juri hebat dari pelbagai bidang.\n\nB \u2013 Glass (Kaca dari Batang Pokok Pisang)\n\nDr Ervina yang merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, MMU Melaka telah mengetengahkan inovasi Banana Stem Glass atau kaca dari batang pokok pisang. \n\nIdea untuk menghasilkan inovasi ini bertitik tolak daripada krisis pertambahan kuantiti dan jenis bahan buangan, kekurangan tapak pelupusan sampah dan kemerosotan kuantiti bahan semulajadi.\n\nB \u2013 Glass ini adalah manifestasi cara yang inovatif mengitar dan menggunakan semula bahan buangan.\n\n B \u2013 Glass adalah gabungan batang pokok pisang dan bahan mentah yang diadun untuk menghasilkan kaca.\n\nMenariknya, inovasi Banana stem glass ini:\n\nApabila ditanya tentang perasaan memenangi anugerah berprestij ini, Dr Ervina menjawab:\n\n\u201cIdea yang secebis ini dtg dari Allah. Semoga berguna untuk masyarakat\u201d\n\nTahniah Dr Ervina!" "Jurnal \u2013 jurnal akademik mungkin adalah tempat terakhir untuk kita cuba mencari bahan hiburan.\n\nTapi siapa sangka, saintis \u2013 saintis dan golongan akademik juga rupanya miliki humor tersendiri yang sentiasa dicari jalan untuk diselitkan dalam kertas kajian mereka.\n\nContohnya, kumpulan penyelidik biologi mikro di bawah ternyata menyelitkan nama filem di dalam tajuk kajian mereka tentang yis:\n\nNama tersebut adalah permainan kata daripada filem popular \u2018fantastic beasts and where to find them\u2019, tapi ditukar kepada \u2018fantastic yeasts and where to find them\u2019.\n\nSungguhpun tajuk tersebut dibuat kelakar, tapi sebenarnya isi artikel itu tidaklah ringan dan menceriakan.\n\nKerana .. artikel itu sebenarnya adalah mengenai penyakit patogen kulit yang menyerang manusia di seluruh dunia.\n\n(Boleh tahan gelap juga hati kalau nak buat lawak pasal isu ni..)\n\nSelain artikel tersebut, sebenarnya banyak lagi tajuk \u2013 tajuk artikel yang diselitkan unsur humor oleh ahli akademik. Berikut beberapa daripadanya:\n\nLife in the fast lane adalah nama lagu sealbum dengan Hotel California. \n\nFas pula adalah sejenis protein yang menyebabkan keradangan.\n\nJika perasan, tajuk tersebut memang diambil daripada lagu kanak \u2013 kanak \u2018Old MacDonald had a farm\u2019.\n\nMOOC pula adalah singkatan kepada \u2018Massive Open Online Courses\u2019. \n\nBoleh ya buat tajuk masuk air macam ni?\n\nTak dipastikan sama ada memang penulis artikel ini sengaja membuat tajuk dua makna atau tidak.\n\nTapi arsole, sejenis sebatian kimia memang sangat mirip dengan sebutan \u2018arsehole \u2013 (lubang punggung)..\n\nDan ia dikaitkan dengan aroma .\n\nKe kita semua yang tak matang?" "Sebuah graf tentang realiti pembelajaran matematik berlegar di media sosial. Walaupun agak kelakar, tapi ia buat kita terfikir juga.\n\nGraf \u2018kesusahan matematik vs masa\u2019 itu menunjukkan jenis \u2013 jenis masalah matematik yang kita pelajari dalam tingkatan \u2013 tingkatan hidup yang berbeza.\n\nDi sekolah rendah, kita belajar tentang asas pendaraban, kemudian, pecahan, formula garis lurus.\n\nBila masuk tingkatan, kita pelajari tentang persamaan kuadratik, geometri, trigonometri, kalkulus.\n\nGraf kesusahannya semakin menaik.\n\nBila di kolej kita mula belajar konsep matematik pelik \u2013 pelik seperti Teorem Stokes dan Siri Taylor, Laplace ..\n\nSehinggalah akhirnya kita habis kolej dan masuk kerja. Lalu graf kesusahan matematik pun menjunam jatuh .\n\nKerana dalam zaman kerja, \u2018matematik\u2019 yang kita lakukan hanyalah jadual kira \u2013 kira akaun.\n\nAduh.\n\nSoalan ini rasanya ditanya oleh hampir setiap orang sampailah ke depan meja peperiksaan SPM.\n\nJawapan mudah bagi soalan ini adalah ia bergantung kepada pekerjaan yang kita pilih, jika kita pilih untuk jadi social media influencer jual barang kosmetik, mungkin agak kuranglah tahap kesusahan matematik yang diperlukan dalam bidang kerja.\n\nTapi jika bidang yang diambil adalah ahli fizik teoretikal atau ahli matematik, sudah pastilah akan relevan semua topik Fourier, kalkulus multivariabel semua itu.\n\nBagaimanapun, harus diingat, bahawa setiap yang kita pelajari di sekolah walaupun kita sangka tidak relevan, sebenarnya bertujuan menjadikan kita insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. \n\nSemua permasalahan matematik yang kita lalui di sekolah juga sebenarnya hendak mengajar kita nilai matematik, seperti kemahiran menaakul, mentafsir, mengukur, membina, menganggar, mengendali data dan menyelesaikan masalah secara umum. \n\nSemua itu akan membantu kita menjadi insan yang lebih matang, bijak dan analitikal dalam kehidupan.\n\nTapi kalau memang rasa tak relevan juga, boleh jadi kita yang tak cukup kualiti untuk hayati pembelajaran matematik kita." "Kerelatifan khas merupakan sebuah teori yang dirumuskan oleh Albert Einstein pada tahun 1905\u00a0[1]. \n\nSecara asasnya, teori ini menerangkan tentang gerakan sesebuah objek berdasarkan pemerhati yang berbeza halajunya. \n\nBerdasarkan teori kerelatifan khas, pergerakan sesebuah objek tidak boleh ditentukan secara mutlak oleh mana-mana pemerhati\u00a0[2] \n\nKita lihat pada satu contoh berdasarkan gambar di bawah. Pemerhati A sedang berdiri di atas kereta api yang bergerak ke kanan, manakala pemerhati B berada di atas rumput dan tidak bergerak. Apabila sebuah bola dijatuhkan oleh pemerhati A, beliau akan melihat bola tersebut jatuh terus ke bawah. Namun berdasarkan pemerhati B, beliau akan lihat bahawa bola tersebut jatuh ke hadapan. Persoalannya, pergerakan manakah yang tepat? Kedua-dua pergerakan bola tersebut mengambil jarak yang berbeza. \n\nBerdasarkan teori kerelatifan khas, kedua-dua pergerakan tersebut adalah betul bagi setiap pemerhati. \n\nIni disebabkan oleh satu prinsip asas dalam teori kerelatifan khas iaitu\n\nTidak wujud suatu kerangka rujukan/pemerhati mutlak. Semua hukum fizik tidak bergantung secara mutlak kepada mana-mana pemerhati.\n\nNamun apabila kita gantikan bola tersebut dengan cahaya seperti laser, masalah baharu akan timbul. Cuba kita fikirkan, apabila kita memegang sebuah cermin, pantulan imej muka kita yang terhasil adalah disebabkan cahaya yang terpantul dari muka kita. Apakah yang akan berlaku pada imej di cermin jika kita bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya? \n\nAdakah imej tidak akan kelihatan pada cermin kerana cahaya tidak sampai ke mata kita? \n\nBerdasarkan prinsip kedua bagi kerelatifan khas iaitu halaju cahaya adalah sama bagi mana-mana pemerhati, tidak kira pemerhati tersebut sedang bergerak atau pegun. Ini bermakna, imej pada cermin tetap akan kelihatan walaupun pemerhati tersebut bergerak menghampiri halaju cahaya.\n\nBerdasarkan dua\neksperimen di atas, kita sudah faham berkenaan dua prinsip bagi kerelatifan\nkhas iaitu \n\nPrinsip Kerelatifan: Hukum fizik tidak bergantung kepada pemerhati yang bergerak pada halaju malar/pegun (kerangka rujukan inersia).\n\nPrinsip kelajuan cahaya: Halaju cahaya adalah sama bagi setiap pemerhati tidak kira sama ada pemerhati tersebut sedang bergerak atau pegun relatif kepada cahaya tersebut.\n\nKita lihat semula pada situasi pertama, tapi bola tersebut digantikan dengan cahaya. Berdasarkan pemerhati A, cahaya tersebut bergerak pada garisan lurus ke lantai. Namun bagi pemerhati B, cahaya tersebut melengkung ke hadapan sebelum ke lantai. Ini bermakna, cahaya yang dilihat oleh pemerhati B bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi berbanding cahaya yang dilihat oleh pemerhati A. Namun ini bertentangan dengan prinsip kelajuan cahaya! \n\nAlbert Einstein menyelesaikan paradoks ini dengan menemui dua fenomena baharu iaitu dilasi masa dan kecutan panjang. \n\nDilasi masa adalah satu fenomena yang menyebabkan masa seseorang pemerhati itu bergerak lebih perlahan berbanding pemerhati lain\u00a0[2]. Ia adalah implikasi daripada dua prinsip kerelatifan khas seperti di atas. \n\nApabila seseorang pemerhati itu bergerak, masanya bergerak pada kadar yang lebih perlahan berbanding pemerhati yang pegun. Semakin laju pemerhati itu bergerak, semakin perlahan masanya berlalu. Namun fenomena dilasi masa ini hanya memberi kesan yang besar jika seseorang pemerhati atau sesebuah objek itu bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya. Disebabkan pergerakan seharian kita yang sangat perlahan dibandingkan cahaya, kesan ini tidak dapat lihat dengan begitu ketara.\n\nKecutan panjang adalah satu fenomena yang menyebabkan panjang sesebuah objek mengecut disebabkan oleh pergerakan objek tersebut berbanding pemerhati lain\u00a0(Beiser, 1994). Fenomena ini juga terhasil daripada dua prinsip utama bagi kerelatifan khas. \n\nBagi memahami fenomena ini, kita bayangkan sebuah kereta api yang bergerak pada landasannya, dan kita pula sedang berdiri di tepi landasan tersebut. Konsep kecutan panjang ini menyatakan bahawa panjang kereta api tersebut akan mengecut atau menjadi semakin pendek apabila ia bergerak laju. Sama seperti dilasi masa, pengecutan panjang ini hanya dapat dilihat dengan ketara apabila kereta api tersebut bergerak menghampiri kelajuan cahaya.\n\nKedua-dua fenomena di atas hanya dapat dikesan apabila sesebuah objek bergerak pada halaju yang sangat tinggi, atau dengan menggunakan jam yang lebih sensitif. Kesan ini telah direkodkan berdasarkan pelbagai eksperimen seperti eksperimen Hafele-Keating yang membandingkan masa yang direkodkan oleh jam-jam atom pada kelajuan yang berbeza [3] \n\nHasil daripada dua fenomena di atas, timbul pula masalah baharu seperti keserentakan dan paradoks kembar. Begitulah realitinya dalam kajian ilmu, semakin banyak persoalan yang terjawab, akan wujud pula permasalahan yang baharu. Ilmu ini sentiasa berterusan kerana ilmu yang mutlak hanya ada pada sang Pencipta. \n\nKredit: Muhammad \u2018Izzat bin Mohd Zubir \n\nBlog: https://izzatzubir.blogspot.com/ \n\nYoutube: Mudahnya Fizik!" "Antara\npersoalan yang timbul apabila manusia mula berfikir tentang alam semesta ialah asas\nusul alam semesta itu sendiri. Apakah yang berlaku pada masa lalu? Dalam\nartikel ini, kita akan memperlihatkan tentang sejarah awal alam semesta\nberdasarkan teori Letupan Besar atau lebih dikenali sebagai teori Big Bang. \n\nTeori letupan besar menyatakan bahawa alam semesta ini berasal dari sebuah titik dan mengembang menjadi alam yang kita lihat pada hari ini [1]. Ini bermaksud, kesemua objek samawi yang terdapat di dalam alam semesta ini seperti galaksi, bintang, planet, bulan dan zarah-zarah berasal dari suatu titik. Sebahagian ahli fizik menamakan titik ini sebagai titik ketunggalan atau singularity.\n\nKemudian, titik ini berkembang sehingga menjadi alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Mengapa titik ini mengembang? Apakah pencetus kepada pengembangan titik ini? Kita masih tidak mempunyai penjelasan yang kukuh bagi menjawab persoalan ini. Bahkan teori fizik yang popular seperti kerelatifan am, gagal menjelaskan keadaan alam semesta sebelum berlakunya letupan besar[2]\n\nDalam sekelip mata sahaja, alam semesta ini berkembang daripada sekecil zarah kepada sebesar galaksi. Ini bermakna, ruang dan masa itu sendiri berkembang kerana alam semesta ini merupakan manifestasi gabungan ruang dan masa. Satu persoalan yang timbul di minda kita adalah jika ruang masa itu berkembang, kepada apakah ia berkembang? Adakah wujud \u2018ruang\u2019 di sebalik alam semesta? Wallahualam kita tidak tahu. \n\nBayangkan alam\nsemesta ini terpapar dalam satu video. Kemudian kita mengundur video tersebut\nsehingga ke titik mulanya. Kita akan lihat galaksi-galaksi menghampiri antara\nsatu sama lain, bukan menghampiri suatu titik pengembangan. \n\nAlam semesta tidak mempunyai satu pusat yang berkembang, akan tetapi keseluruhan alam semesta ini berkembang menjauhi satu sama lain[3]. Ini juga bermakna, setiap lokasi di alam semesta ialah pusat bagi alam semesta. Oleh itu, jika anda bersedih, ingatlah bahawa anda sedang berada di pusat alam semesta.\n\nApabila kita memikirkan tentang kejadian alam semesta, kita pasti tidak akan terlepas dengan persoalan umur alam semesta. Berapakah umur alam semesta pada hari ini sejak dari awal penciptaannya?\n\nDari sudut fizik dan kosmologi, umur alam semesta didefinisikan sebagai masa yang berlalu selepas letupan besar. Ini bermakna, umur sifar adalah ketika alam semesta sebesar titik ketunggalan. Kemudian, alam semesta berkembang sehingga ke hari ini. Berdasarkan kajian terkini, umur alam semesta adalah sekitar 13.8 bilion tahun[4]\n\nAntara teori\nyang sering kita salah faham ialah teori letupan besar. Asal-usul kesalah\nfahaman teori ini berkait rapat dengan perkataan yang digunakan iaitu \u2018letupan\u2019\ndan \u2018besar\u2019.\n\nApabila disebut letupan, kita akan terbayang seperti letupan bom, atau letupan mercun. Letupan biasanya dikaitkan dengan penghasilan bunyi yang sangat kuat. Namun begitu, ketika berlakunya \u2018letupan besar\u2019, alam semesta tidak meletup akan tetapi ia \u2018mengembang\u2019 dari satu titik. Tidak ada sebarang bunyi yang dihasilkan ketika ini kerana tidak wujud udara sebagai medium penghantaran bunyi. Malahan, zarah-zarah seperti proton dan neutron juga masih belum wujud[2]\n\nKedua, ramai yang faham bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi terhambur keluar dari satu titik ke ruang alam semesta. Sebenarnya ruang alam semesta itu sendiri yang berkembang selepas letupan besar. Bintang-bintang dan galaksi-galaksi menjauhi antara satu sama lain disebabkan ruang antara mereka semakin mengembang[5] \n\nKetiga, ramai\nyang menyangka bahawa teori letupan besar adalah satu teori mengenai penciptaan\nalam semesta. Teori letupan besar sebenarnya ialah satu teori mengenai sejarah\nalam semesta. Ia cuba menjawab persoalan mengenai sejarah awal alam\nsemesta, dan bukan bagaimana ia tercipta. Persoalan \u2018bagaimana alam semesta\ntercipta\u2019 ialah satu persoalan yang berkait rapat dengan ketuhanan. Khususnya,\nbagaimanakah \u2018titik\u2019 alam semesta itu tercipta? Sebagai umat Islam, kita yakin\nbahawa kesemua yang dicipta itu adalah makhluk, dan yang mencipta itu adalah\nsang Pencipta. \n\nYang terakhir, teori letupan besar tidak terlepas daripada kritikan bahawa ia hanyalah satu teori yang dicipta tanpa sebarang pembuktian. Teori letupan besar ini mempunyai banyak sokongan daripada maklumat-maklumat mengenai alam semesta yang diperoleh melalui teleskop, pemecut zarah dan selainnya[4][6][7]\n\nKesimpulannya, alam semesta ini mengandungi banyak khazanah ilmu yang belum kita terokai. Penerokaan alam semesta bukan hanya terhad kepada alam yang terlihat oleh pancaindera kita, tetapi juga melibatkan penerokaan alam semesta pada sejarah awalnya. Semakin banyak kita mengkaji, semakin kita mendapati betapa terbatasnya ilmu yang kita ketahui. \n\nPenulis: Muhammad \u2018Izzat bin Mohd Zubir\n\nDisemak oleh: Muhammad Eilham dan Mohd Hafizudin Kamal" "Biasanya kita diperkenalkan dengan tamadun Barat menerusi cerita \u2013 cerita dongeng Disney.\n\nBandarnya cantik bak mimpi, puterinya menawan bak bulan purnama, putera rajanya kacak bak . erm, kacak.\n\nTapi sebenarnya berdasarkan catatan sejarah, tamadun Barat dan Eropah sebenarnya adalah satu tandas terbuka yang busuk dan berbau. Ini 5 situasi tamadun Barat ratusan tahun lepas.\n\nKita biasa bayangkan tamadun Viktoria sebagai tamadun kelas tinggi yang punyai 5223 etika makan atas meja, tapi bandar \u2013 bandar besar tahun 1800 -an sebenarnya dipenuhi bangkai binatang dan bertan \u2013 tan najis. \n\nPada tahun 1880, Bandar New York terpaksa mengheret 40 kuda mati daripada jalan raya setiap hari. Kuda itu mungkin mati sebab terlebih muatan atau apa sajalah, maka pemiliknya kemudian membiarkan saja mereka di tempat mereka tumbang.\n\nKan kuda berat kan? Jadi macam mana mereka buang bangkai tersebut? Mudah saja, mereka biarkan bangkai tersebut mereput di bawah cahaya matahari, kemudian baru mereka alihkan anggota badan yang bercerai berai.\n\nJika kuda tidak cukup menjijikkan, jangan risau, bagaimana dengan khinzir?\n\nHampir 20000 khinzir berkeliaran bebas di bandar New York. Mereka tidak pernah diberi makan, dijaga atau ditangkap.\n\nSudah pasti, apabila bandar dipenuhi haiwan, bandaraya tersebut akan dipenuhi dengan najis. Bahan tinja tersebut menjadi seolah \u2013 olah karpet di atas jalan raya, seraya mengeluarkan aroma indah. Dan disebabkan najis anjing, kuda dan khinzir bercampur \u2013 campur, ia seolah menghasilkan suatu koktel yang meriah.\n\nBayangkan apa jadi apabila hujan. Eiiiii.\n\nSebelum sistem perpaipan rumah diguna pakai secara meluas, orang dulu \u2013 dulu jadikan amalan membuang najis ke luar tingkap sebagai perkara biasa.\n\nDi Edinburgh, terdapat suatu frasa terkenal yang dipanggil \u2018gardyloo\u2018. Asal usul perkataan ini buat kita kembang tekak. \n\nDulu, tandas cumalah merupakan baldi yang diisi dengan . benda tu. Jadi apabila ia penuh, biasanya anak kecil atau wanita yang membuangnya.\n\nOrang di tingkat bawah mudahlah untuk mereka membuang saja isi kandungan ke tanah. Tapi bagi mereka di tingkat ke 10, 11 dan 12, mereka cuma membuka tingkap dan melontar saja isi baldi ke bawah. \n\nKan kita biasa nampak imej wanita Barat memegang payung bukan? Itu bukanlah semata \u2013 mata kerana wanita \u2013 wanita tersebut mahu melindungi diri mereka daripada cahaya matahari atau hujan, mereka sebenarnya mahu menahan diri mereka daripada dihujani curahan najis. \n\nMaka satu akta pun dibuat untuk membendung amalan menjijikkan itu. Najis hanya boleh dibuang antara pukul 10 pm hingga 7 am, dan pembuang najis mestilah menjeritkan \u201d Gardez l\u2019eau \u201d yang bermaksud \u2018jaga \u2013 jaga air!\u2019. Ungkapan itu kemudian berubah menjadi \u2018Gardyloo\u2019.\n\nDalam filem kita selalu lihat golongan \u2013 golongan elit barat yang memakai rambut palsu panjang semacam sarang burung. Tapi dalam dunia sebenar, pemakai rambut palsu ini sebenarnya golongan paling kotor, yang dipenuhi kutu dan menghidapi penyakit kelamin.\n\nPada tahun 1580, penyakit kelamin menjadi epidemik paling teruk yang melanda Eropah sejak Wabak Hitam. Kota London dipenuhi oleh gerombolan besar pesakit sifilis. \n\nTanpa antibiotik, pesakit menghidapi penyakit seperti kudis, ruam teruk, kebutaan, dementia dan kehilangan rambut. Eropah mula dipenuhi orang \u2013 orang botak.\n\nBotak ini merupakan sesuatu yang sangat memalukan. Maka lantaran wabak sifilis tersebut, meningkatlah permintaan terhadap rambut palsu. \n\nRambut palsu dipakai untuk menyorok kepala botak di samping kudis berdarah pada muka mereka. \n\nMaka bayangkan situasi sekumpulan besar orang berpenyakit sifilis dan kudis memakai rambut palsu tebal, pada waktu musim panas (yang tiada pendingin hawa), di mana semua orang berpeluh sakan sehingga menghasilkan aroma indah, ditambah dengan bedak toksik yang mereka kenakan. Sudah pasti menghasilkan satu memori menawan sejarah Eropah.\n\nPada zaman pertengahan, sekitar 700 masihi, dunia Barat miliki tempat mandi awam mereka sendiri. Malah tempat mandi tersebut menjadi pusat sosial dan hiburan.\n\nMasalahnya, tempat mandi tersebut bukanlah tempat untuk mandi. Orang Barat jadikan ia tempat untuk berparti dengan meletakkan makanan di atas batang kayu, di atas air. Dan disebabkan mereka bercampur bermandi \u2013 manda antara lelaki dengan perempuan, dan mereka . er . tidak berpakaian, maka anda boleh jangka apa yang berlaku.\n\nTempat mandi awam mereka juga menjadi tempat pelacuran.\n\nMaka apabila Wabak Hitam melanda Eropah, mereka mengubah cara mereka memandang tempat mandi. Mereka mula menyangka mandi itu sebenarnya buruk untuk kesihatan kerana ia membuka rongga badan anda kepada penyakit.\n\nJadi menggunakan ilmu logik, orang Eropah berhenti daripada mandi. Itulah sebab raja \u2013 raja England dilaporkan oleh duta negara lain sebagai \u2018berbau lebih teruk daripada binatang liar\u2019. Raja Louis XIV dikatakan hanya mandi 2 kali dalam hidupnya. Rahib \u2013 rahib hanya mandi 4 kali setahun. \n\nTambah mengeruhkan keadaan, autoriti agama pula melarang mandi kerana ia \u2018cumalah keseronokan dunia\u2019 dan kerana amalan mandi beramai \u2013 ramai menyebabkan perzinaan.\n\nBerabad \u2013 abad lamanya, amalan pergigian bukanlah satu kerjaya. Misi mencabut gigi diserahkan kepada tukang gunting rambut atau tukang kayu atau tukang besi. Bayangkan mencabut gigi menggunakan alatan membuat pedang ..\n\nProses membersihkan gigi pula kedengaran seperti cerita ahli sihir. Ubat gigi diperbuat daripada campuran jantung cicak, kepala arnab dan tikus. Air kencing merupakan bahan membersih dan memutihkan gigi yang biasa. Bulu babi digunakan untuk menggosok gigi. \n\nDan kan kita telah ceritakan tentang amalan kebersihan orang Barat yang enggan mandi di atas? Bayangkan seorang \u2018doktor gigi\u2019 pada zaman tersebut memasukkan tangan mereka ke dalam mulut anda.\n\nEugh." "Biasa orang anggap jurnal saintifik ini kering, bosan dan terlalu \u2018melayang\u2019 nun jauh di angkasa akademik.\n\nNamun sebuah artikel jurnal mencuit hati pengguna media sosial kerana tajuknya cukupnya sempoi.\n\nArtikel saintifik yang bertajuk \u201cMirror-mirror on the wall, what climate change adaptation strategies are practiced by the Asian\u2019s fishermen of all?\u201d itu cukup menarik perhatian wargamaya.\n\nTambah menarik, penulis artikel jurnal tersebut merupakan saintis Malaysia! Biasanya tajuk \u2013 tajuk artikel yang sempoi lain macam ini kita hanya temui di dunia akademik luar negara.\n\n\u2018Malang\u2019nya isi kandungan jurnal tersebut ternyata normal seperti jurnal saintifik yang lain (bahasa akademik kering penuh rujukan. Mestilah, sebab dapat masuk penerbit impak tinggi kot)\n\nArtikel ini telah diterbitkan di Journal of Cleaner Production yang berada di kedudukan Quartile 1 (Q1), Web of Science. Ia ditulis oleh kumpulan penyelidik universiti tempatan \n\nMaka objektif utama penulisan ini, yang sebenarnya diterangkan dalam tajuk (artikel ini bukan tentang cermin), adalah untuk mengenalpasti strategi adaptasi terhadap perubahan cuaca yang dipraktiskan oleh nelayan di Asia. \n\nRingkasnya, artikel ini mendapati perubahan iklim seperti peningkatan suhu dan peningkatan paras laut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan nelayan Asia. Maka, antara strategi yang dipraktiskan oleh nelayan Asia bagi menghadapi situasi ini adalah dengan mempelbagaikan sumber pendapatan mereka, mengukuhkan hubungan sosial dan meningkatkan kesedaran serta memperbanyakkan aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Pengkaji kemudian memberikan saranan untuk kajian lanjutan. \n\nPenulisan artikel ini berbentuk Systematic Review atau juga dikenali sebagai Systematic Literature Review (SLR). Penulisan SLR adalah berasaskan sorotan literatur ke atas isu yang dikenalpasti di mana teknik penulisan serta pemilihan sumber rujukan akan melalui proses yang komprehensif, teratur dan transparen. \n\nSebenarnya tajuk asal artikel tersebut adalah \u2018The systematic review of climate change adaptation strategies among Asian\u2019s fishermen\u2018. Ini adalah tajuk yang \u2018normal\u2019 lah.\n\nTapi kemudian penulis menukar kepada Mirror mirror on the wall, what climate change adaptation strategies are practiced by the Asian\u2019s fishermen of all?, berdasarkan ungkapan terkenal Mirror, mirror on the wall, who is the fairest one of all?\u201d dari filem Snow White and the Seven Dwarfs.\n\n(*Oh sebenarnya ungkapan yang asal adalah magic mirror on the wall, nampaknya ini adalah satu lagi contoh kesan Mandela \u2013 admin)\n\nMenurut penulis utama artikel itu sendiri, Dr Hayrol Azril Mohamed Shaffril, setiap pensyarah, penyelidik mahupun pelajar pasca siswazah yang menulis artikel jurnal berharap untuk komuniti akademik dan umum membacanya. \n\nIni akan meningkatkan keterlihatan mereka dalam dunia akademik serta \u00a0meningkatkan jumlah H- index* mereka sebagai penyelidik. (*H index merujuk kepada impak penyelidikan seseorang penyelidik berdasarkan jumlah citation yang diterima bagi satu-satu penerbitan yang ditulis.)\n\nNamun begitu, bukan mudah untuk menarik perhatian pembaca. \n\n\u201cPada pandangan penulis, tajuk yang terlampau akademik kadangkala membuatkan pembaca menjauhkan diri dan sebagai respon kepada isu ini, penulis cuba mempraktikkan sesuatu yang baru, maka terhasillah tajuk yang sempoi ini\u201d kata Dr Hayrol\n\nKumpulan penulis artikel ini berpegang kepada prinsip \n\n\u201ca good research will always be debated\u201d. \n\nSudah tentunya ada yang menerima dan ada yang menolak penulisan tajuk artikel sebegini. \n\nBagi mereka yang menerimanya, ia adalah satu strategi \u2018di luar kotak\u2019 untuk menarik lebih ramai membaca artikel yang diterbitkan dan bagi yang menolak, ada yang menganggap si penulis artikel tidak serius dalam menyampaikan dapatan kajian. \n\nKita juga tahu bahawa amat sukar bagi orang awam untuk membaca artikel jurnal kerana ada antara mereka berpersepsi bahawa artikel jurnal terlampau akademik penulisannya dan justeru itu, tajuk artikel yang santai mungkin boleh menjadi permulaan awal untuk merapatkan jurang tersebut. \n\n\u201cApapun, pada pandangan penulis, santai atau tidak tajuk sesebuah artikel jurnal, yang paling penting sekali adalah isi kandungannya\u201d ujar Dr Hayrol." "Sebuah soalan matematik sekali lagi menggegar internet apabila ia mengelirukan ramai wargamaya.\n\nSeorang pengguna Twitter baru \u2013 baru ini mengongsikan satu soalan matematik mudah, siap beserta jawapan lagi. \n\nMeme matematik ini sebenarnya agak lucu walaupun mungkin dianggap dungu. Selesaikan:\n\n230 \u2013 220 x 0.5 = ?\n\nAnda mungkin tak percaya, tapi jawapannya adalah 5!\n\nA maths meme that is actually funny rather than stupid:Solve carefully! 230 \u2013 220 x 0.5 =You probably won\u2019t believe it but the answer is 5!#maths\n\nJika kita gunakan ilmu hisab tahap sekolah rendah, kita tahu bahawa kita perlu menggunakan BODMAS, iaitu perlu selesaikan pendaraban dahulu:\n\nCARA BETUL\n\nTapi cara yang SALAH, adalah melakukan proses daripada kiri ke kanan.\n\nCARA SALAH\n\nJadi bagaimana jawapannya boleh 5! ?\n\nAdakah pengguna Twitter tersebut yang silap? Rasanya agak pelik, sebab beliau merupakan seorang saintis yang miliki PhD.\n\nJawapannya .\n\nSebenarnya, jawapan abang PhD tersebut memang betul, sebab jika anda perhatikan, sebenarnya jawapan yang diberi adalah 5!\n\nLambang ! itu adalah faktorial, bukan menjerit nombor 5. \n\n5! atau 5 faktorial adalah jumlah hasil darab nombor \u2013 nombor bulat daripada 1 sehingga 5, iaitu:\n\n5! = 5 x 4 x 3 x 2 x 1 = 120\n\nMaka apabila Dr PhD tersebut mengatakan jawapannya adalah 5!, ia adalah bersamaan juga dengan mengatakan jawapannya 120.\n\nKedua \u2013 duanya benar, dan keseluruhan meme adalah cara yang bijak untuk membuatkan orang bercakap tentang matematik.\n\nBukan senang nak buat orang bercakap tentang matematik!\n\n pic.twitter.com/6A4c3otqB2\n\nNow I know why we were always told to use ! with care!\n\nI am not advanced enough to understand why this is not 120 and that makes me sad ?" "Ini mungkin satu kenyataan yang pelik, tapi \n\nMentol lampu pada tahun 1900 lebih tahan lama berbanding mentol lampu yang kita beli seminggu lepas. \n\nJangka hayat mentol lampu moden adalah lebih kurang 1000 jam, mana kala jangka hayat mentol lampu 100 tahun lepas adalah dua hingga tiga kali ganda lebih lama berbanding lampu sekarang.\n\nDi California, terdapat sebuah mentol lampu yang telah menyala selama 117 tahun dan mencapai satu juta jam waktu operasi, bernama Centennial Bulb. Ia adalah mentol lampu yang paling lama menyala dalam sejarah manusia.\n\nSoalannya, kenapa teknologi ratusan tahun dulu \u2018lebih hebat\u2019 daripada teknologi sekarang? Adakah terdapat formula rahsia penghasilan mentol lampu orang dulu yang kita tak tahu?\n\nSebenarnya, teknologi penghasilan mentol lampu berdurasi tinggi memang sengaja dimundurkan, kerana ia tidak menyumbang keuntungan yang banyak kepada industri lampu. \n\nKonpirasi Mentol Lampu\n\nSebelum tahun 1925, tempoh jangka hayat mentol lampu yang biasa adalah sekitar 1500 ke 2000 jam.\n\nMentol lampu memang sengaja direka untuk tahan lama, kerana dahulu, jika mentol lampu terpadam atau terbakar, ia akan diganti secara percuma. Prosesnya termasuklah memasang kaca yang baru, memasang wayar baru dan menebat semula mentol tersebut.\n\nJadi disebabkan proses tersebut leceh, dan menyusahkan, percuma lagi, mentol lampu direka untuk bertahan selama mungkin.\n\nKemudian, sekumpulan taikun \u2013 taikun besar industri mentol lampu berkumpul di Geneva termasuklah Osram, Philips dan General Electric pada tahun 1924.\n\nApa yang dibincangkan? \n\nMereka mengatakan bahawa mentol yang menyala lama tanpa diganti adalah buruk untuk bisnes. Apabila orang membeli lampu, mereka boleh menunggu lama sehingga perlu membeli mentol baru.\n\nJadi mereka perlu mencari jalan untuk sengaja mengurangkan durasi jangka hayat mentol lampu agar kadar pembelian dapat ditingkatkan.\n\nMaka jangka hayat mentol lampu ditetapkan kepada 1000 jam, hampir pengurangan dua kali ganda berbanding jangka hayat mentol sebelumnya. Tetapi alasan mereka adalah kualitinya lebih tinggi, lebih efisien dan cahayanya lebih terang, tapi harganya lebih tinggi. \n\nNamun bukti \u2013 bukti menunjukkan bahawa sememangnya motivasi untuk menurunkan durasi jangka hayat lampu tidak lain untuk meningkatkan keuntungan dan jumlah jualan. \n\nDengan mencipta strategi yang sengaja menurunkan jangka hayat mentol lampu, terciptalah strategi industri yang dipanggil tempoh mati terancang (planned obsolescence)\n\nMalah, bukan mudah sebenarnya untuk mengurangkan jangka hayat mentol lampu daripada 2500 jam kepada 1000 jam. Ia bukan tentang menghasilkan produk yang rendah kualiti. \n\nUntuk menghasilkan sistem yang membuatkan mentol lampu mati secara konsisten setelah tempoh 1000 jam, kajian dan perancangan rapi diperlukan. Ini kerana mentol lampu pada tahun 1924 sudah pun maju teknologinya. \n\nDengan merancang untuk mengurangkan daya kebolehan lampu, kartel tersebut secara sistematiknya mengundurkan kemajuan selama puluhan tahun.\n\nTempoh Mati Terancang yang Menjadi Amalan Industri Sekarang\n\nAnda masih ingat telefon bimbit lama anda? Yang apabila dibaling ke lantai, lantai yang pecah?\n\nMasih ingat bagaimana panjang durasi baterinya? Setelah dibiarkan selama bertahun \u2013 tahun pun ia masih boleh berfungsi. \n\nBandingkan pula dengan gajet sekarang, setelah 8 bulan, secara tiba \u2013 tiba baterinya mati begitu sekejap, skrinnya buat hal.\n\n Ini adalah berpunca daripada tempoh mati terancang. \n\nAntara strategi membunuh gajet apabila tiba waktunya adalah dengan memasang perisian yang tidak serasi dengan perangkat keras (hardware), dan menghasilkan komputer riba yang dirancang rosak dalam masa 3 ke 4 tahun. \n\nSudah tentu, ini adalah amalan industri untuk membolot sebanyak mungkin keuntungan. Tapi nampaknya pengguna tidak begitu kisah." "Kadang kala, bagi profesional dalam satu \u2013 satu bidang, pengalaman menonton filem atau drama sangat mendatangkan ketidakpuasan hati apabila mereka menayangkan adegan yang bersalahan dengan fakta sebenar.\n\nPerkara ini ternyata dirasai oleh doktor \u2013 doktor tempatan apabila menonton drama \u2013 drama Melayu yang sering memaparkan situasi perubatan yang salah.\n\nKadang kala kesalahan yang dilakukan terlalu menggelikan hati sehingga rosak adegan yang sepatutnya sedih.\n\nNampaknya doktor \u2013 doktor mengambil keputusan untuk tidak berdiam diri apabila mereka membuat rakaman reaksi mereka terhadap kesalahan \u2013 kesalahan perubatan dalam drama Melayu.\n\nDalam video itu, 3 orang doktor menonton beberapa babak yang bermasalah dari segi perubatan dan kemudian memberikan komentar profesional mereka.\n\nIni beberapa kesalahan \u2013 kesalahan drama Melayu yang dikesan, beserta pembetulan:\n\nDalam filem Munafik 2, terdapat adegan di mana seorang watak ditikam dari belakang sehingga keluar darah daripada mulut. \n\nMenurut Dr Amirul Amzar, bukan semua luka tikaman akan menyebabkan terkeluar darah daripada hidung dan mulut.\n\n\u201cBiasanya luka tikaman yang menyebabkan luka pada salur darah aorta dan tembus pada salur darah pernafasan, barulah biasanya akan ada pendarahan daripada mulut dan hidung\u201d\n\nPada babak seterusnya, jelas bahawa watak yang ditikam tersebut masih dapat bercakap dengan jelas. Maka tempat yang ditikam bukan pada paru \u2013 paru.\n\n\u201cBila katakan dah tertembus pada salur darah utama atau pernafasan, apa yang berlaku adalah mangsa itu akan lemas dengan darah dia sendiri. Darah akan berkumpul di salur pernafasan menyebabkan dia tak boleh bernafas, apatah lagi bercakap. Jadi babak ini tidak realistik\u201d\n\nDalam filem Munafik 2 juga, terdapat babak di mana seorang watak ditikam di perut sehingga meleleh darah dengan banyak.\n\nUjar Dr Abd Shukor, apabila ditikam di perut, pendarahan sebenarnya tidaklah banyak seperti itu.\n\n\u201cKadang \u2013 kadang darah tak nampak pun, apabila dicabut pisau mungkin baru darah keluar sikit\u201d\n\nDalam drama \u2018Dia Imamku\u2019, terdapat adegan di mana seorang watak perempuan tercungap \u2013 cungap di dalam lif, mungkin disebabkan oleh serangan panik.\n\nNamun kemudian topeng yang dipilih ternyata tidak tepat. \n\n\u201cTopeng itu adalah topeng untuk kita beri ubat, contohnya untuk orang asma, orang yang ada masalah kesukaran bernafas, yang kita kena buka salur pernafasan dia. Tapi dalam keadaan macam ini biasa kita nak salurkan oksigen kepada dia. Jadi kita kena pakaikan topeng lainlah\u201d\n\nDalam drama \u2018Maaf dari Khilaf\u2019 TV3, sebuah bungkusan beg sampah dicampak daripada tingkat atas apartmen sehingga mengenai seorang mangsa di bahagian kepala.\n\nNamun kuantiti darah yang keluar ternyata sangat banyak. \n\n\u201cDalam adegan ini, banyak sangat darah. Sampai bertakung. Ikan boleh berenang dalam darah ini\u201d\n\nMalah nampaknya darah seakan \u2013 akan tidak mengalir daripada kepala, anggota yang dihentak oleh sampah tersebut.\n\n\u201cSepatutnya dibuat pendarahan kepala, baru lebih logik, sebab benda jatuh daripada atas. Bukan pendarahan yang banyak macam ni tapi tak tahu datang daripada mana\u201d\n\nSebuah lagi adegan yang mungkin mencetuskan persoalan paling besar buat doktor \u2013 doktor tersebut adalah adegan wad dalam drama Cinta Koko Coklat.\n\n\u201cKalau lihat dalam klip ini, jelas perempuan tersebut sebenarnya memerlukan mesin tiub masuk dalam mulut untuk bernafas. Tapi yang peliknya, dia boleh bercakap\u201d\n\nDoktor \u2013 doktor tersebut bersepakat bahawa pesakit tak mungkin boleh bercakap.\n\n\u201cBiasanya pesakit yang diinkubasi macam ni, kita masuk tiub melalui salur vokal ke bahagian atas salur paru \u2013 paru dan pesakit tak mungkin boleh bercakap. Kalau boleh bercakap kita buang dah tiub tu\u201d\n\nPenambahbaikan pada Masa Akan Datang\n\nPada bahagian rumusan video reaksi tersebut, para doktor mengatakan bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan kepada drama \u2013 drama Melayu.\n\nSebenarnya, tidaklah semua adegan yang dihasilkan tidak tepat dari segi perubatannya.\n\nAda adegan yang kita tengok, kita tahu mereka buat kajian, bertanya doktor.\n\nNamun mereka mengesyorkan penghasil filem atau drama Melayu untuk bertanya saja kepada doktor dalam bidang yang berkaitan dengan adegan yang ingin dihasilkan." "Pernah tak anda pegang buah oren dan bertanya: \u201cnama \u2018oren\u2019 ni datang dari mana dulu? Warna oren ke buah oren?\u201d\n\nJika tidak tertanya soalan ini di kedai buah, boleh jadi ia terkeluar dalam bilik air. Iyalah, sebab biasanya soalan \u2013 soalan pelik ini kita tertanya sewaktu sedang dicurahi pancuran air. Kecualilah kalau anda ada buah oren dalam bilik air (saya tak nak judging)\n\nNama oren pada buah oren ini menarik kerana ia menerangkan dirinya sendiri. Warna oren adalah sebagai mana warna pada . oren. Oren adalah kata nama (buah), dan juga kata sifat (warna) pada masa yang sama. \n\nBandingkan dengan istilah \u2018biru laut\u2019 atau \u2018merah delima\u2019. Kita tak panggil warna laut sebagai \u2018laut\u2019 dan warna delima sebagai \u2018delima\u2019. \n\nOren nampaknya merupakan satu \u2013 satunya perkataan asas untuk warna di mana tiada perkataan lain yang wujud dalam Bahasa Inggeris. \n\nJadi apakah jawapan bagi soalan \u2018yang mana dulu, warna oren atau buah oren?\u2019. Adakah soalan ini sebenarnya sangat mendalam dan paradoks sehingga tidak boleh dijawab?\n\nErr .. senang saja.\n\nBuah oren datang dulu. Warna oren datang daripada buah oren.\n\nDi bawah adalah penjelasannya.\n\nBagi pembaca yang cerdas, mungkin anda sudahpun menyoal bahawa \u201cEh, dalam Bahasa Melayu, warna oren adalah jingga\u201c, maka disebabkan oren adalah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris ( yang dipinjam daripada bahasa lain, lebih lanjut di bawah), isu ini tidak berlaku lah dalam Bahasa Melayu.\n\nBahasa \u2013 bahasa yang berbeza menunjukkan bahawa \u2018warna oren\u2019 adalah ciptaan yang datang terkemudian setelah buah oren. \n\nDalam bahasa Danish, perkataan untuk warna oren adalah orange, tetapi perkataan untuk buahnya adalah \u2018appelsin\u2019.\n\nBuah oren dalam bahasa orang Belanda adalah dipanggil \u2018sinaasappel\u2019 \u2013 yang bermaksud epal dari China.\n\nMalah dalam bahasa Ibrani moden, warna oren adalah \u2018katom\u2019, tetapi buah oren dipanggil \u2018tapuach zahav\u2019.\n\nSebenarnya, menurut teori warna yang dikemukakan pada tahun 1960 -an, konsep warna itu sendiri berbeza \u2013 beza menurut peradaban. Masyarakat moden miliki ribuan perkataan yang menerangkan warna, tetapi penduduk perkampungan asli ada yang hanya miliki dua atau tiga perkataan untuk warna.\n\nPada awal abad ke 16, pedagang Portugis membawa oren manis dari India ke Eropah, dan nama warna tersebut datang daripada buah dagangan itu. Sebelum buah itu tiba, tiada warna kejinggaan seperti itu dalam spektrum warna orang Eropah.\n\nApabila orang Eropah pertama kali melihat buah tersebut, mereka tidak tahu bagaimana untuk menerangkan warna jingga cerah yang mereka lihat. Maka mereka memanggil buah oren tersebut sebagai \u2018epal emas\u2019 sehinggalah mereka menerima warnanya sebagai oren sebagaimana orennya buah oren. \n\nIstilah \u2018oren\u2019 itu sendiri datang daripada perkataan Sanskrit naranga. Perkataan itu kemudian berpindah ke dalam bahasa Arab dan Parsi dan kemudian diadaptasikan ke dalam bahasa orang Eropah. Daripada \u2018naranga\u2018 ia menjadi \u2018norange\u2018 kemudian apabila frasa \u2018a norange\u2018 di ulang \u2013 ulang, ia menjadi \u2018an orange\u2018.\n\nMaka itulah asal \u2013 usulnya dan ternyata soalan ini lebih mudah dijawab berbanding \u2018mana dulu, telur atau ayam\u2019?\n\nOh, dan tahukah anda, bahawa oren ada juga yang berwarna hijau?" "Baru-baru ni, sekumpulan saintis di University of Glasgow telahpun berjaya mengambil gambar Bell Entanglement yang pertama, gambar kebergusutan pertama dalam dunia.\n\nFenomena ini pernah dipanggil oleh Einstein sebagai \u2018aksi menakutkan jarah jauh\u2018.\n\nApa itu Kebergusutan?\n\nKebergusutan merupakan salah satu perkara aneh dalam Fizik Kuantum, dan ia merupakan salah satu argument asal oleh Albert Einstein untuk melawan idea-idea yang dicadangkan oleh saintis Fizik Kuantum lain, seperti Neils Bohr. \n\nBahkan perdebatan Bohr-Einstein ini turut terjadi sewaktu Persidangan Solvay, salah satu persidangan yang dihadiri pemikir utama dunia, dengan hampir kesemua mereka yang terlibat sewaktu persidangan tersebut merupakan bakal pemenang hadiah Nobel serta saintis berpengaruh.\n\nSelepas Einstein kalah dalam perdebatan beliau dengan Bohr, beliau mula mencari ruang untuk melawan idea kebarangkalian yang dibawa oleh Fizik Kuantum, kerana menurut Einstein, idea tersebut tidak masuk akal. \n\nBersama-sama dengan dua orang rakan beliau, Boris Podolsky dan Nathan Rosen, Einstein telah menerbitkan sebuah makalah untuk menunjukkan lompong yang terdapat dalam fahaman Fizik Kuantum yang dipelopori oleh Bohr. Hal ini dikenal sebagai EPR Paradox.\n\nFizik Kuantum\nuntuk Pemula.\n\nSebagai permulaan kepada pemahaman kita terhadap Paradoks EPR, elektron, mempunyai sifat yang saintis panggil sebagai spin. Spin ini boleh terjadi sama ada ke atas atau ke bawah (gambaran yang sering diberi adalah bola yang berputar ke atas dan kebawah). \n\nSekiranya elektron kita mempunyai spin up, kiranya ia sedang berputar ke atas, dan spin down, ia akan berputar ke bawah. Satu sifat ganjil bagi elektron juga adalah, ia mampu mempunyai sifat bercampur, ia mampu menjadi spin up dan spin down pada masa yang sama, dan hal ini kita panggil sebagai Quantum Superposition.\n\nKelihatan ganjil? Ya. Keganjilan ini adalah apa yang Einstein cuba untuk serang. Hal ini kerana, menurut Fizik Kuantum, selama mana fungsi gelombang (suatu entiti matematik) tidak diruntuhkan, elektron tersebut akan tetap berada dalam keadaan Superposisi. Walaupun nampak ganjil, namun aplikasi Superposisi Kuantum ini telahpun digunapakai dalam Komputer Kuantum, di mana kalau sebelum ini kita ada bit yang terdiri dari state 0 dan 1, namun Bit Kuantum (atau dipanggil Qubit) pula terdiri dari superposisi 0 dan 1.\n\nSatu-satunya\ncara untuk kita memusnahkan superposisi ini adalah dengan melakukan cerapan.\nDalam kes tadi, sekiranya elektron kita berada dalam keadaan superposisi atas\ndan bawah, selama mana kita tidak mencerap objek kita, ia akan kekal dalam\nkeadaan tersebut. Namun begitu, sekiranya kita melakukan cerapan, keadaan\n(state) elektron tersebut akan terkurang, menjadi satu antara dua, antara spin\nup, atau spin down. \n\nAnalogi yang\nsama terpakai, bayangkan anda ada sekeping syiling di tangan, dan anda\nmemutarkan syiling anda keudara. Selama mana syiling anda masih berpusing, ia\nmasih lagi berada dalam keadaan superposition, ia berada dalam keadaan sama ada\natas atau bawah, dan sehinggalah anda membuat pemerhatian terhadap syiling\ntersebut, barulah anda akan tahu sama ada ia kepala atau bunga.\n\nBaik. Itu baru\nSuperposisi Kuantum.\n\nSekarang, pergi\nkepada kebergusutan.\n\nKebergusutan terjadi apabila dua partikel (katakan elektron) yang berada dalam keadaan superposisi berinteraksi. \n\nBayangkan dalam kes syiling kita tadi, kita lambung dan pusingkan, Cuma kali ini kita \u201cinteraksikan\u201d syiling tersebut dengan satu lagi syiling yang lain. \n\nPerkara pertama yang perlu diketahui adalah, menurut prinsip dalam Fizik Kuantum, dipanggil Prinsip Penyisihan Pauli (Pauli Exclusion Principle), dua elektron tidak boleh mempunyai spin kuantum yang sama. Maksudnya di sini, sekiranya elektron kita tadi salah satunya kita ukur mempunyai spin up, kita akan serta merta ada elektron yang mempunyai spin down (sebab berlawanan dengan spin up). Syiling kita tadi, sekiranya satu kita dapat result bunga, satu lagi automatik akan jadi kepala.\n\nHal ini, konsep kebergusutan ini adalah apa yang Einstein, Podolsky dan Rosen (Pencipta nama Paradoks EPR) tidak persetujui. \n\nMana boleh, cerapan dekat satu partikel, tiba-tiba mempengaruhi cerapan dekat satu partikel yang lain. Tak masuk akal!\n\nWalaupun\nEinstein pada asalnya bersetuju bahawa segala matematik yang dibawa oleh Fizik\nKuantum adalah benar menurut ujikaji, namun Einstein tetap bertegas bahawa\ntafsiran realiti yang bersandarkan kepada cerapan yang dibawa oleh Fizik\nKuantum, seperti hal dalam Kebergusutan Kuantum ini, tidak masuk akal. Dan\nperkara ini dia bawa sehinggalah ke hujung nyawanya.\n\nMeskipun\nEinstein mati tanpa menang terhadap Fizik Kuantum, namun ideanya tetap\nditeruskan oleh saintis-saintis lain, antaranya John Bell. Antara salah satu\nidea utama yang Bell bawa adalah idea Hidden Variable \u2013 idea bahawa Fizik\nKuantum ni sebenarnya belum lengkap, sebijik macam idea yang Einstein pelopori.\nDalam usaha Bell cuba untuk membuktikan kebenaran Einstein, Fizik Kuantum\nmemang belum lengkap, serta cubaan Bell untuk melawan Formulasi Matematik baru\nyang cuba untuk menjadikan Fizik Kuantum lebih Matematik berbanding Fizik.\n\nMalangnya, cita-cita Bell tidak berjaya. Dalam proses Bell ingin cuba membuktikan idea Einstein betul, dia secara tidak sengaja membuktikan bahawa kalau betul idea Einstein bahawa Fizik Kuantum masih lagi belum lengkap, ia mestilah akan berlawanan dengan idea Einstein yang satu lagi, iaitu Teori Relativiti. Hal ini dikenali sebagai non-local hidden variable theory. \n\nBell juga telah mencipta matematik untuk membuktikan bahawa ketaklokalan perlu dalam deskripsi kebergusutan, yang secara mudahnya bermaksud, ya, pemerhatian pada suatu objek akan mempengaruhi suatu objek yang lain, tapi ada batasnya. Batasnya merupakan apa yang dikenali sebagai Bell\u2019s Inequality.\n\nEksperimen\nTerbaru\n\nPerkara yang menakjubkan, setelah 29 tahun John Bell meninggal dunia, baru-baru ini, saintis di University of Glasgow telahpun berjaya menangkap gambar Kebergusutan-Bell yang pertama. Dalam kes ini, mereka tidak menggunakan elektron, sebaliknya mereka menggunakan partikel cahaya yang disebut sebagai foton. \n\nDalam kes ini, saintis UoG tidak mencari spin, sebaliknya cuba mencerap fasa (phase) bagi foton tersebut dengan melalukan cahaya tersebut kepada kristal yang mampu mengubah fasa foton. Dalam kes ini juga, mereka menggunakan beam splitter yang bertindak menceraikan foton yg asalnya bergusut dari sumber yang sama, untuk lalu ke arah detector pada masa yg sama. Imej yg terhasil adalah gabungan imej selepas beberapa ketika (build up over time image), sesuai dengan matematik yang John Bell telah bina, serta sekaligus membuktikan bahawa kebergusutan adalah suatu fenomena yang wujud, meskipun kedengaran ganjil.\n\nOleh: Muhammad Eilham" "Bagi penggemar sastera, filem dan drama, satu aspek yang benar \u2013 benar akan membuat mereka kagum dengan penulisan karya tersebut adalah apabila mereka dihidangkan dengan \u2018plot twist\u2019 yang tidak disangka \u2013 sangka. \n\n\u2018Plot twist\u2019 atau \u2018putaran plot\u2019 adalah apabila arah jalan cerita dalam suatu kisah tiba-tiba berubah drastik ke arah sama sekali tidak dapat diagak oleh pembaca. \n\nKebiasaanya plot twist ini berlaku dalam cerita \u2013 cerita fiksyen, kerana disebabkan ia terlahir daripada imaginasi dan rekaan, maka penulisnya mudah saja merancang untuk mengadakan plot twist dari awal penceritaan.\n\nNamun sebuah soalan dalam laman web Reddit mengemukakan sisi lain yang jarang difikirkan:\n\n\u201cApakah plot twist terbesar dalam sejarah?\u201d\n\nSoalan tersebut dikemukakan dalam forum (atau subreddit) yang dipanggil askreddit , di mana pengguna \u2013 pengguna menanyakan soalan dan dijawab oleh puluhan juta pengikut subreddit tersebut.\n\nBeberapa jawapan diberikan, antaranya:\n\nNamun jawapan yang mendapat undian paling banyak adalah kisah bagaimana runtuhnya dua empayar paling besar dan berkuasa di tangan sekumpulan orang padang pasir:\n\nSetelah berperang bermati \u2013 matian selama 30 tahun, empayar Rom dan Parsi Sassanid kedua \u2013 duanya telah keletihan dan kelesuan. Semua orang tertanya \u2013 tanya apa yang akan berlaku. Adakah perang akan berlanjutan selama beberapa dekad lagi? Adakah satu pihak akan tumpas? Adakah kemenangan orang Kristian akan menyebabkan penukaran agama beramai \u2013 ramai di Parsi?\n\nTidak. Entah dari mana sekumpulan tentera padang pasir Badwi menyerang dari Selatan dan menghapuskan bala tentera kedua \u2013 dua negara, menawan separuh empayar Rom dan memusnahkan Parsi, serta mengubah budaya kedua \u2013 dua empayar untuk selamanya.\n\nSeorang pengguna mengatakan bahawa ini adalah \u2018plot twist\u2019 terbesar dalam sejarah spesis manusia.\n\nIa adalah sesuatu yang tiada siapa pun boleh terbayang pada tahun 620 Masihi. Orang Islam ketika itu tiada kawasan pun. Setelah kewafatan Muhammad pada 632, ia masih tidak berkemungkinan berlaku.\n\nOrang Islam ketika itu menentang empayar yang paling besar di Barat (Rom). Walaupun empayar Rom telah pun hilang sebilangan besar kawasan mereka, mereka masih lagi sangat, sangat berkuasa dan sedang menentang inkarnasi terkini Parsi (yang memiliki beberapa empayar selama 1200 tahun)\n\nTapi dalam masa kurang daripada 30 tahun, mereka telah mengambil alih keseluruhan buaian tamadun \u2013 kawasan yang paling tua, kaya dan bertamadun di dunia Barat.\n\nBeberapa komen memuji secara langsung kehebatan Khalid al Walid yang memiliki rekod bersih peperangan tanpa kalah, dan dianggap antara komander peperangan paling berjaya dalam sejarah.\n\nPengguna Reddit lebih kagum apabila mereka dikemukakan sebuah hadis yang menerangkan tentang ramalan Nabi Muhammad mengenai kejatuhan Kisra dan Kaisar.\n\nKetika Nabi memerintahkan penggalian khandaq, ternyata ada sebongkah batu sangat besar menghalangi penggalian itu. Lalu Rasulullah bangkit mengambil cangkul dan meletakkan mantelnya di ujung parit, dan berkata: \n\n\u201cTelah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.\u201d \n\nTerpecahlah sepertiga batu tersebut. Salman Al-Farisi ketika itu sedang berdiri memandang, dia melihat kilat yang memancar seiring pukulan Rasulullah. Kemudian beliau memukul lagi kedua kalinya, dan membaca:\n\n \u201cTelah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.\u201d\n\nPecah pula sepertiga batu itu, dan Salman melihat lagi kilat yang memancar ketika Rasulullah n memukul batu tersebut. Rasulullah\u00a0shalallahu \u2018alaihi wa sallam memukul sekali lagi dan membaca: \u201cTelah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur`an) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat mengubah-ubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.\u201d \n\nDan untuk ketiga kalinya, batu itupun pecah berantakan. Kemudian beliau mengambil mantelnya dan duduk. Salman berkata: \u201cWahai Rasulullah, ketika anda memukul batu itu, saya melihat kilat memancar.\u201d Rasulullah\u00a0shalallahu \u2018alaihi wa sallam berkata kepadanya:\n\n\u201cWahai Salman, engkau melihatnya?\u201d Kata Salman: \u201cDemi Zat Yang mengutus anda membawa kebenaran. Betul, wahai Rasulullah.\u201d Rasulullah bersabda:\n\n\u201cKetika saya memukul itu, ditampakkan kepada saya Kisra Persia dan sekitarnya serta sejumlah kota besarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.\u201d Para shahabat yang hadir ketika itu berkata: \u201cWahai Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.\u201d Maka Rasulullah n pun berdoa. \n\n\u201cKemudian saya memukul lagi kedua kalinya, dan ditampakkan kepada saya kerajaan Kaisar dan sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.\u201d Para shahabat berkata: \u201cWahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar membukakannya untuk kami dan memberi kami ghanimah rumah-rumah mereka, dan agar kami hancurkan negeri mereka dengan tangan-tangan kami.\u201d Maka Rasulullah n pun berdoa. \n\n\u201cKemudian pada pukulan ketiga, ditampakkan kepada saya negeri Ethiopia dan desa-desa sekitarnya hingga saya melihatnya dengan kedua mata saya.\u201d Lalu beliau berkata ketika itu: \u201cBiarkanlah Ethiopia (Habasyah) selama mereka membiarkan kalian, dan tinggalkanlah Turki selama mereka meninggalkan kalian.\u201d\n\nBagi orang Islam, penjelasan bagi \u2018plot twist\u2019 terbesar dalam sejarah manusia ini mudah: Kuasa Allah untuk memenangkan agama yang benar.\n\nNamun bagi orientalis dan sejarawan bukan Islam, mereka bergelut untuk menerangkan bagaimana perkara yang begitu misteri ini boleh berlaku. Sebagai contoh, seorang sejarawan pengkaji sejarah awal Islam, Fred Donner mengatakan:\n\n\u201cAhli sejarah bukan Islam mengalami kesusahan menjelaskan bagaimana dan kenapa ini berlaku\u201d" "Perbincangan mengenai lohong hitam sangat mengujakan kita dan antara persoalan yang mungkin kita tertanya ialah\n\n\u201cApakah yang akan berlaku jika kita terjun ke dalam lohong hitam?\u201d\n\nBagi menjawab persoalan ini, kita perlulah terlebih dahulu memahami lohong hitam itu sendiri.\n\nLohong hitam: Pemusnah bintang\n\nLohong hitam merupakan salah satu objek di angkasa lepas yang sangat menggerunkan. \n\nLohong hitam adalah kawasan-kawasan di alam semesta yang mempunyai daya tarikan graviti yang sangat tinggi sehinggakan cahaya pun tidak dapat keluar darinya. Kawasan-kawasan yang menggerunkan ini boleh terhasil melalui beberapa fenomena seperti kematian/kehancuran bintang dan penggabungan dua bintang neutron\u00a0[1]\u00a0[2].\n\nSecara umumnya, pemahaman kita berkenaan lohong hitam adalah berdasarkan teori kerelatifan am yang diperkenalkan oleh Albert Einstein. Penyelesaian bagi teori kerelatifan am ini menunjukkan bahawa ciri-ciri lohong hitam ditentukan berdasarkan tiga perkara iaitu jisim, putaran, dan cas\u00a0[1]. Bagi lohong hitam yang tidak berputar dan tidak bercas, ia dikenali sebagai lohong hitam Schwarzschild.\n\nLohong hitam dikelaskan kepada dua kelas bergantung kepada jisimnya iaitu (i) lohong hitam berjisim rendah (bintang) dan (ii) lohong hitam berjisim tinggi (supermasif). Manakala saiz lohong hitam ditentukan oleh jejari ufuk peristiwanya iaitu jarak antara kesinggularan (pusat lohong hitam) dan ufuk peristiwa. Ufuk peristiwa adalah sempadan antara alam semesta, dan kawasan di dalam lohong hitam. \n\nApa-apa objek yang melepasi ufuk peristiwa, tidak dapat kembali ke luar\u00a0[1].\n\nSebahagian lohong\nhitam mempunyai bintang yang berhampiran dengannya. Jika bintang tersebut\nterlalu dekat dengan lohong hitam, ia akan dimusnahkan oleh lohong hitam\ntersebut akibat tarikan graviti yang terlalu kuat.\n\nSecara umumnya, pemahaman kita berkenaan lohong hitam adalah berdasarkan teori kerelatifan am oleh Albert Einstein. Penyelesaian bagi teori kerelatifan am ini menunjukkan bahawa ciri-ciri lohong hitam ditentukan berdasarkan tiga perkara iaitu jisim, putaran, dan cas. Ahli fizik menamakan ciri-ciri lohong hitam ini sebagai teorem tiada rambut (no hair theorem)\u00a0[3].\n\nPerjalanan menuju lohong hitam\n\nSekarang barulah kita boleh cuba meneroka persoalan apa yang berlaku apabila seseorang \u2018terjun\u2019 ke dalam lohong hitam. \n\nAndaikan satu situasi di mana sebuah roket berada pada jarak selamat dari sebuah lohong hitam yang berjisim rendah. Terdapat dua orang angkasawan, Eilham dan Hafiz. Eilham berada di dalam roket tersebut, manakala rakannya Hafiz bergerak menuju ke arah lohong hitam tersebut. \n\nApabila Hafiz\nmula menghampiri lohong hitam, Eilham mendapati jam Hafiz berdetik pada kadar\nyang lebih perlahan. Semakin hampir Hafiz dengan ufuk peristiwa, semakin\nperlahan jam Hafiz berdetik. Sebaik sahaja Hafiz tiba di ufuk peristiwa, Eilham\nmendapati jam Hafiz langsung tidak berdetik selama-lamanya. Hafiz kelihatan pegun\ndi ufuk peristiwa selama-lamanya. Kemudian, warna Hafiz mula menjadi kemerahan,\nsehinggalah Hafiz tidak kelihatan lagi.\n\nSepanjang\nperjalanan Hafiz menuju ke ufuk peristiwa, beliau mendapati jam Eilham berdetik\npada kadar yang lebih pantas. Semakin hampir Hafiz dengan ufuk peristiwa,\nsemakin pantas detikan jam Eilham. Apabila Hafiz menghampiri ufuk peristiwa, tarikan\ngraviti di bahagian kaki hafiz tersangat tinggi berbanding di kepala sehinggalah\nHafiz ditarik seperti spageti (daya tarikan ini dikenali sebagai daya pasang\nsurut)\u00a0[4]. \n\nNamun jika lohong\nhitam tersebut ialah lohong hitam supermasif, Hafiz mungkin akan dapat melepasi\nufuk peristiwa dengan selamat. Namun apabila Hafiz mula menghampiri\nkesinggularan lohong hitam, maka Hafiz akan ditarik seperti spageti kerana\nperbezaan tarikan graviti di antara kaki dan kepala Hafiz.\n\nBerdasarkan teori kerelatifan am, semakin tinggi tarikan graviti semakin perlahan masa berlalu\u00a0[5]. Fenomena ini dinamakan sebagai dilasi masa. Sebab itulah masa Hafiz berdetik lebih perlahan berbanding masa Eilham. \n\nJika anda pernah menonton filem Interstellar, salah satu babak yang dipaparkan ialah dilasi masa pada planet Miller dengan Bumi. Satu jam di planet Miller bersamaan dengan 7 tahun di Bumi. Ini disebabkan kedudukan planet Miller yang terkesan dengan tarikan graviti yang kuat oleh lohong hitam supermasif Gargantua. \n\nSecara kasarnya, atom-atom\nHafiz akan ditarik ke dalam lohong hitam tersebut sebelum Hafiz dapat\nmenjejakkan kaki ke ufuk peristiwa. Bagaimana pula pemandangan yang Hafiz akan\nlihat sebelum melepasi ufuk peristiwa? \n\nVideo di bawah memaparkan simulasi apabila anda menghampiri lohong hitam.\n\nKita andaikan\nHafiz berjaya melepasi ufuk peristiwa tanpa ditarik seperti spageti. Apakah\nyang akan dilihat oleh Hafiz di dalam lohong hitam itu?\n\nPersoalan ini masih belum ada persetujuan dalam kalangan ahli fizik tentang keadaan di dalam lohong hitam. \n\nPelbagai teori telah dikemukakan berkenaan keadaan di dalam lohong hitam. Di bawah ini saya senaraikan teori yang dikemukakan oleh ahli fizik tentang keadaan di dalam lohong hitam.\n\nTeori pertama ini\ndikemukakan oleh ahli fizik terkenal iaitu Stephen Hawking dan Kip Thorne [4]\u00a0[6]. Teori ini\nmenyatakan bahawa lohong hitam menghasilkan terowong yang merentasi ruang dan\nmasa, atau dikenali sebagai lubang cecacing (wormhole). Terowong ini\nmewujudkan satu laluan pintas yang menghubungkan antara dua kawasan dan masa\nyang berbeza. Namun ahli fizik yang sama juga membuktikan bahawa lubang\ncecacing ini tidak dapat bertahan lama, dan akan musnah sekelip mata kerana ia\ntidak stabil. \n\nSama seperti di atas, lohong hitam juga mungkin merupakan sebuah terowong yang menghubungkan dua alam semesta yang berbeza [4]. Stephen Hawking mengajukan idea \u2018alam multimesta\u2019 dengan setiap alam tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan alam kita ini.\n\nOleh : Muhammad \u2018Izzat bin Mohd Zubir" "Antara impian terbesar ramai orang adalah untuk mencipta sesuatu yang hebat, berguna, dan akan diingati selama \u2013 lamanya.\n\nBiasanya pencipta \u2013 pencipta ciptaan yang hebat dalam sejarah ini dipanggil genius, dan mereka akan disanjungi dalam buku \u2013 buku sejarah.\n\nMasalahnya, tidak semua genius ini akhirnya akan berbangga dengan ciptaan mereka. Malah ada yang menyesal apabila melihat manusia menggunakan buah fikiran mereka untuk kejahatan dan kejengkelan.\n\nAntaranya ..\n\nBagi penggemar kopi, pasti anda pernah mendengar tentang kopi Luwak dari Indonesia. Ia dikatakan sebagai kopi yang paling mahal dalam dunia dengan harga yang boleh mencecah RM 300 \u2013 RM 400 ringgit secawan.\n\nOh, dan anda mungkin juga pernah mendengar tentang bagaimana kopi luwak dihasilkan. Ia diperoleh daripada najis musang luwak, ya, betul. Biji kopi yang keluar bersama najis musang tersebut akan dicuci dan diproses untuk dijadikan kopi.\n\nOh, tapi hukum meminumnya adalah harus, sebab setelah dibasuh, hilanglah kenajisannya menurut Mufti Wilayah. Kot anda berminat nak cuba minum.\n\nSelama ini, kopi luwak tidak pernah memiliki pasaran yang baik, sebab ia cuma dihasilkan secara persendirian, teknik pembuatan yang sukar dan ialah, ia . datang dari najis haiwan.\n\nTapi pada tahun 1991, seorang pengimport teh dan kopi British, Tony Wild membawa pulang 2 pound kopi tersebut ke U.K. Asalnya ia hanyalah bertujuan untuk mendatangkan publisiti kepada syarikatnya, tetapi, amat mengejutkan, keseluruhan negara menjadi tergilakan kopi luwak.\n\nMaka pasaran kopi luwak mula meletup dan permintaan meroket naik. Maka bersepahlah kopi luwak yang palsu (hampir 80% tidak tulen) di pasaran. Bukan saja biji tersebut tidak pernah dimakan oleh musang luwak, ia tidak pernah hampiri pun binatang tersebut.\n\nMasalah yang lebih menyedihkan adalah nasib yang menimpa musang Luwak. Disebabkan industri tidak mahu mengejar musang tersebut siang malam, mereka buat keputusan untuk menangkap ratusan musang luwak, mengurung dalam sangkar, dan memaksa mereka menelan hampir 7 pound biji kopi setiap hari untuk ditinjakan.\n\nMusang luwak ini adalah hidupan nokturnal yang aktif pada waktu malam. Apabila disangkar, mereka hidup dalam tekanan yang tinggi. Maka mereka bercakaran sesama sendiri, makan kaki mereka dan mula berlaku pendarahan pada najis, sehingga mereka mati.\n\nTony Wild amat menyesali tindakannya membeli dan mempromosi kopi tersebut sehingga melahirkan kanser dalam masyarakat dunia ini.\n\nRasanya hampir semua orang pernah mengambil ujian IQ, sama ada di sekolah, atas talian, atau pautan Facebook yang dikongsi oleh mak cik pak cik, yang entah betul atau tidak.\n\nSebenarnya, ujian yang dihasilkan kononnya untuk menilai daya kecerdasan manusia ini miliki sejarah yang hitam.\n\nOh, dan Einstein tak miliki IQ sebanyak 160, sebab dia tak pernah ambil ujian IQ!\n\nKonsep menggunakan nombor untuk menentukan daya otak seseorang sebenarnya telah wujud lama sejak 1905 lagi. Ia antara lain dikembangkan oleh ahli psikologis Perancis Alfred Binet, yang melihat bahawa kanak \u2013 kanak miliki kemampuan belajar yang berbeza.\n\nDan sewaktu ujian tersebut dihasilkan pun, Alfred Binnet sendiri memperakui bahawa terdapat banyak limitasi. Ia tak lah dicipta untuk memberi label \u2018bodoh\u2019 atau \u2018dungu\u2019 kepada manusia ..\n\nTapi akhirnya itulah yang berlaku.\n\nKontroversi awal yang mengeksploitasi keputusan ujian IQ adalah apabila ia digunakan oleh ahli psikologi Amerika untuk halang kemasukan imigran.\n\nImigran dihalang masuk sebab mereka dianggap \u2018dungu\u2019, sebab rata \u2013 rata mereka skor rendah dalam ujian IQ yang diwajibkan ke atas mereka sebelum boleh masuk ke US.\n\nTapi iyalah, dah pastilah markah mereka rendah. Ujian IQ tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris, jadi mana mereka faham. Maka tersirat pula syarat menguasai bahasa Inggeris sebagai penilai kepandaian seseorang.\n\nKontroversi konsep IQ yang lebih besar adalah yang dipanggil sebagai Jensenism, iaitu apabila\u00a0Arthur Jensen, seorang profesor pendidikan di Harvard, menggunakan ujian IQ untuk kata orang kulit gelap lebih dungu daripada orang kulit putih.\n\nUntuk menambah kuah, beliau mengatakan bahawa ketidakbijakan orang kulit hitam adalah sebab faktor bangsa dan genetik. Bermakna, menurut Jensen, orang kulit hitam memang dilahirkan lebih dungu daripada orang kulit putih.ADVERTISEMENT\n\nMalah beliau pergi lagi jauh apabila beliau menyeru juga kepada\u00a0eugenics, satu kepercayaan paling kontroversi dalam dunia saintifik, iaitu gerakan untuk membiakkan manusia secara terancang dengan hanya membenarkan manusia yang miliki gene berkualiti saja untuk membiak.\n\nPeter Laurids Jensen merupakan pereka cipta awal abad ke 20 dari Denmark yang disebut sebagai \u2018Edison Danish\u2019. Tapi perangai beliau setakat yang diketahui tidaklah menjengkelkan, jijik dan jahat seperti Thomas Edison.\n\nPada tahun 1909, Jensen berpindah ke US untuk bekerja. Dia dan rakan bisnesnya Edwin Pridham kemudian mencipta pembesar suara yang mereka panggil Magnavox.\n\nPada petang Krismas 1915, Jensen dan Pridham mendemonstrasikan ciptaan mereka dengan memainkan karol popular di hadapat 75 000 orang di San Francisco. Dikatakan, pembesar suara mereka mampu mencapai jarak satu batu.\n\nMaka hidup manusia pun bertambah baik, kerana satu alat yang mampu membolehkan anda menyampaikan suatu mesej melangkaui jarak yang jauh kepada ribuan sudah pasti tiada kesan buruk .. kan?\n\nSudah pasti ciptaan ini akan mahu dieksploitasi oleh pemimpin yang mahukan suara dan arahan mereka didengari ramai. Maka cuba teka siapa orang pertama yang melihat potensi membasuh otak alat tersebut?\n\nSebagai menteri propaganda Hitler, Joseph Goebbel diberi tanggungjawab untuk memastikan semua orang mendengar mesej Hitler. Jadi memandangkan Facebook (aplikasi basuh otak terhebat setakat ini) belum dicipta lagi, maka Goebbel memilih untuk menggunakan pembesar suara yang dipancar di setiap sudut jalan.\n\nPembesar suara kemudian menjadi simbol penting pada imej Hitler, dan ia mula disukai oleh ramai orang German.\n\nDan sudah pasti, Jensen kemudian menyesal sepenuhnya mencipta pembesar suara setelah mendapat tahu Hitler dan diktator menggunakannya untuk kejahatan.\n\nAlfred Nobel, yang namanya kita selalu dengar pada anugerah Nobel, amat dikenali dengan aktiviti yang kita tahu selalu dibuat oleh genius, iaitu meletupkan benda.\n\nSetelah melihat kilang keluarganya meletup pada 1864, sehingga membunuh lima orang pekerja dan adiknya, Nobel kemudian membuat keputusan untuk menghasilkan bahan letupan yang lebih selamat. Maka terciptalah dinamit, sejenis nitroglycerin yang lebih mudah dibawa.\n\nDinamit, seperti mana ciptaan letupannya yang lain, diciptan untuk tujuan industri seperti meletupkan batu dan ekskavasi. Beliau sebenarnya nampak saja potensi ciptaannya untuk digunakan untuk tujuan yang lebih . kurang murni, tetapi beliau percaya dengan seikhlas hati bahawa manusia cukup baik untuk tidak lakukannya.\n\n\u201cDinamitku akan lambat laun menghasilkan keamanan berbanding seribu sidang dunia. Sebaik saja manusia dapati bahawa dengan mudah saja tentera boleh diletupkan, mereka sudah pasti akan mahukan keamanan!\u201d\n\nYepppp . betul la tu encik Nobel.\n\nPada tahun 1888, setelah berdekad \u2013 dekad tentera menggunakan dinamit dengan cara paling kreatif untuk membunuh pihak lawan (eh, bukan Nobel kata . tak apa lah), abang Nobel meninggal dunia akibat serangan jantung.\n\nSebuah akhbar Perancis yang tersilap maklumat menyangka bahawa Alfred Nobel yang meninggal dunia, maka mereka terbitkan muka depa akhbar yang tidak berapa positif, berbunyi:\n\n\u201cSaudagar kematian telah mati! Kekayaannya dikumpul dengan mencari cara \u2013 cara baru untuk menceraikan tubuh dan membunuh!\u201d\n\nMaka setelah membaca petikan ini, Alfred Nobel terkesima. \u201cInikah cara aku mahu diingati setelah aku mati nanti?\u201d. Maka beliau buat keputusan untuk tinggalkan harta kekayaannya untuk mendanai anugerah Nobel sebagai wasiat terakhirnya untuk memajukan sains.\n\nApa perasaan kalau hasil ciptaan kita, anak yang kita besarkan, curah kasih sayang dan tatang bagai minyak yang penuh akhirnya jadi satu kejahatan besar yang kita kesali dan kita sendiri mahu hentikan?\n\nItulah apa yang berlaku kepada Oppenheimer, seorang genius yang dipanggil bapa bom atom.\n\nSetelah mencurahkan tenaga intelek yang menakjubkan, Oppenheimer yang mengetuai Manhattan Project berjaya menghasilkan senjata agong bom atom yang kemudian mengubah segala \u2013 galanya.\n\nOppenheimer kemudian melihat ciptaan kesayangannya itu dijatuhkan ke atas negara Jepun yang sudah pun hampir kalah dan lantas menyebabkan kemusnahan yang tidak terbayang.\n\nBeliau mula menjadi ketar, beliau rasakan beliau bakal menjadi punca kemusnahan manusia, dan beliau kata kepada Presiden U.S ketika itu.\n\nTuan Presiden, tangan saya berdarah\n\nBeliau kemudian dihalau dan dipanggil saintis manja.\n\nOppenheimer kemudian berjuang supaya masyarakat antarabangsa mengawal penggunaan kuasa nuklear, tapi beliau kemudian dimalukan, dan kuasa politik beliau dilucutkan.\n\nKomen beliau tentang bom atom adalah antara rakaman video yang paling menggerunkan di Internet." "Pernah tak kita melihat bentuk yang seolah \u2013 olah muka pada objek \u2013 objek rawak? Kadang kala kita lihat ada muka orang pada batang pokok, kadang kala seperti ada muka yang besar pada bukit, dan paling kerap adalah pada roti bakar!\n\nMaka kita pun terfikir sama ada sememangnya berlaku apa \u2013 apa sumpahan pada pokok tersebut (mungkin lelaki itu pada hayatnya suka tebang pokok, kemudian kena sumpah jadi pokok) atau itu hanyalah ilusi khayalan kita semata \u2013 mata.\n\nTahu tak, bahawa sebenarnya terdapat terma untuk fenomena melihat muka pada objek? \n\nIa dipanggil Pareidolia (par-i-DOH-lee-a) \n\nPareidolia adalah sejenis penipuan deria yang normal dan amat biasa berlaku.\n\nKita mengalami pareidolia apabila kita melihat corak dan bentuk yang bermakna- biasanya bentuk muka, pada objek yang samar \u2013 samar. Sedangkan ia tidak wujud!\n\nContoh yang biasa berlaku adalah apabila kita melihat seakan \u2013 akan kelibat muka, binatang, atau objek yang kita kenali pada api, asap atau awan.\n\nPareidolia sebenarnya dikesan pada bayi seawal usia 8 ke 10 bulan lagi. Manusia miliki bias pada bentuk muka, kerana sejak dari usia kecil lagi kita suka dengan bentuk muka mak ayah kita.\n\nMaka kecenderungan kita untuk mengesan rangsangan berbentuk muka terbawa \u2013 bawa sehingga ke dewasa. Kita lebih sensitif dengan bentuk muka, itulah sebabnya reaksi kita apabila melihat muka orang berbeza dengan objek \u2013 objek lain.\n\nKajian pada otak manusia juga dapati bahawa sebenarnya terdapat bahagian otak yang khas untuk mengesan bentuk muka. Bahagian otak ini lebih cepat terangsang terhadap bentuk muka berbanding objek \u2013 objek harian yang lain.\n\nWalaupun fenomena ini sangat normal dan mungkin berlaku kepada jutaan manusia dengan kerap, tetapi terdapat beberapa contoh pareidolia yang berimpak besar.\n\nApabila Viking 1 memulangkan gambar \u2013 gambar permukaan Marikh pada 1976, sebuah foto mencetuskan kekecohan apabila sebongkah batu kelihatan seperti muka orang.\n\nWalaupun saintis dengan segera mengenal pasti bahawa wajah tersebut hanyalah terhasil akibat pencahayaan dan bayang \u2013 bayang, tetapi sesetengah orang percayai bahawa ia adalah tinggalan peradaban alien.\n\nBagaimanapun, kes pareidolia yang paling banyak berlaku adalah yang melibatkan simbol \u2013 simbol agama.\n\nPuluhan ribu orang Kristian pernah pergi ber\u2019hijrah\u2019 untuk melihat sepotong chapati yang kelihatan seperti Jesus di India. \n\nSepotong roti di Nashville kelihatan sama betul dengan Mother Teresa.\n\ndan sudah pasti, ratusan demi ratusan orang yang mengklaim mereka menemui wajah \u2018Jesus\u2019 pada roti bakar!" "Sekiranya ada seorang kanak \u2013 kanak bertanya kepada anda, \n\n\u201cmasa tu apa pakcik?\u201d\n\nbagaimanakah anda akan menjawab soalan budak tersebut?\n\nKebanyakan orang akan menjawab bahawa masa merujuk kepada siang dan malam, tahun, bulan dan hari. Kalau dalam setahun, kita ada 12 bulan, ataupun 365 hari. Dalam masa sehari pula kita ada urutan siang dan malam, dengan kita di Malaysia merasa (secara kasarnya) 12 jam siang dan 12 jam malam.\n\nJadi, adakah itu definisi \u201cmasa\u201d yang anda pegang?\n\nBukanlah ingin menyatakan anda salah, namun definisi masa yang anda\npegang itu sebenarnya agak kurang tepat.\n\nKenapa?\n\nAyuh saya pecahkan satu-persatu.\n\nAnda mengatakan bahawa tahun, bulan dan hari merupakan sebahagian daripada masa. Anda kata bahawa dalam masa satu tahun, akan ada tempoh 12 bulan ataupun 365 hari. Apa maknanya? Setahun merujuk kepada tempoh Bumi mengelilingi Matahari, di mana dalam tempoh Bumi mengelilingi Matahari tersebut, bulan juga telah mengelilingi Bumi sebanyak 12 kali (definisi sebulan adalah tempoh bulan berputar mengelilingi Bumi), dan pada kadar waktu yang sama, Bumi juga telah berputar di atas paksinya sebanyak 365 kali (putaran Bumi di atas paksinya akan menghasilkan fenomena siang dan malam).\n\nAnda faham fenomena satu tahun yang berlaku di atas?\n\nBaiklah, saya bagi satu contoh yang agak berbeza.\n\nKatakan, anda tidak hidup di Bumi, sebaliknya anda menetap di Musytari (Jupiter). Apakah definisi satu tahun bagi anda? Sekiranya anda tinggal di Musytari, definisi 1 tahun anda akan menjadi berbeza, kerana Musytari mengambil masa selama 12 tahun Bumi untuk melengkapkan putaran mengelilingi Matahari. Ingat, definisi setahun pada asalnya adalah tempoh putaran satu planet mengelilingi Matahari. Bagaimana pula dengan definisi sehari di Musytari? Sehari di Musytari adalah bersamaan dengan 9 jam 56 minit di Bumi. Aduh, sekejap gila! Keluar rumah waktu siang, balik-balik dah isyak dah!\n\nMaka, adalah logik sekiranya definisi masa anda berubah, sekiranya\nanda tinggal di planet selain Bumi.\n\nDalam sains, masa merupakan satu entiti fizikal yang penting. Meneroka\nsejarah sains, antara individu paling awal yang cuba untuk meneroka sifat masa\nadalah Sir Isaac Newton, yang terkenal dengan Hukum Pergerakan Newton beliau\n(Newton\u2019s Law of Motion). Menurut Newton, sekiranya kita tahu bagaimana\nberlakunya perubahan pergerakan sesuatu objek, kita mampu meneka kesemua aspek\nberkenaan dengan objek tersebut hanya dengan menggunakan formulasi matematik\nyang berkaitan dengan kinematik ataupun pergerakan sesuatu objek tersebut.\n(Rujuk: Clockwork Universe)\n\nMaka, takrifan yang diberikan oleh Newton ini telah mempengaruhi ramai\nsaintis selepas era beliau. Menurut mereka, masa merupakan suatu entiti fizikal\nyang wujud dan boleh dicerap dengan menggunakan jam, dan dengan wujudnya masa,\nmereka mampu melakukan operasi matematik dan melihat evolusi pergerakan sesuatu\nobjek terhadap masa (Ini merupakan idea utama Kalkulus, mengira perubahan\nsesuatu benda atau keadaan terhadap masa).\n\nSehinggalah sampai kepada zaman Einstein, barulah definisi masa mula dipersoalkan semula. \n\nIdea utama Einstein dalam Teori Relativiti, iaitu konsep Kebersamaan (Relativity of Simultaneity) adalah salah. Perbincangan lain mengenai Teori Relativiti boleh dibaca dalam post lain yang disediakan di bahagian bawah artikel.\n\nKebersamaan (Simultaneity) merujuk kepada keadaan di mana kita melihat sesuatu peristiwa dalam keadaan serentak. Antara contoh mudah adalah kita melihat kawan kita di hadapan kita, hal ini dipanggil sebagai situasi yang berlaku secara langsung (live event). \n\nKatakan pula, kawan anda tinggal di .. Matahari. Sekiranya anda melihat rakan anda dalam teleskop, dan anda melihat rakan anda sedang duduk minum air, adakah rakan anda minum air tersebut sekarang? \n\nImej rakan anda dari Matahari, akan mengambil masa selama 8 minit 20\nsaat untuk sampai ke Bumi, jadi, sewaktu anda sedang melihat rakan anda sedang\nduduk minum, di Matahari sana, 8 minit 20 saat telahpun berlalu.\n\nSituasi seperti ini sebenarnya memecahkan persepsi kita terhadap Kebersamaan (Simultaneity). Hakikat bahawa cahaya memerlukan 13 milisaat untuk bergerak dari mata ke otak, menunjukkan bahawa kita sebenarnya sentiasa hidup dalam lebih kurang 26 milisaat lebih lambat dari dunia asal (jika dikira bersama tempoh reaksi kita untuk respon pada situasi).\n\nBerbeza dengan penakrifan masa oleh Einstein, di mana masa digambarkan\nsebagai suatu entiti yang tidak mutlak dan relatif terhadap pemerhati dan\nsistem, revolusi sains yang dibawa oleh satu lagi bidang sains, fizik kuantum,\nmenyatakan perkara sebaliknya. Menurut salah satu formulasi matematik penting\ndalam fizik kuantum, dipanggil Formula Schroedinger, masa merupakan suatu\nentiti fizikal nyata yang wujud akibat perubahan dinamik sistem kuantum,\nargumen yang hampir sama dengan argumen Newton tadi.\n\nPermasalahan cara untuk menggabungkan takrifan masa menurut Teori\nRelativiti dengan takrifan masa menurut Fizik Kuantum ini dikenali sebagai\nProblem of Time, suatu konflik konsep dalam cubaan kita untuk menyatukan cabang\nsains moden utama.\n\nMaka, apa sebenarnya maksud \u201csekarang\u201d? Kalau ikutkan, benda yang kita rasakan seperti \u201csekarang\u201d pun sebenarnya adalah masa yang diambil sewaktu pergerakan cahaya sampai ke mata, dan dari mata ke otak, dan otak kemudian mengambil masa untuk menafsir apa yang berlaku sekarang, apakah \u201csekarang\u201d itu sebenarnya satu ilusi?\n\nOleh kerana rumitnya proses penafsiran \u201csekarang\u201d dari sudut\nbiofizikal manusia ini, ahli fizik pada zaman sekarang memberi definisi masa\nbersandarkan kepada peristiwa, ataupun kesan dan akibat (cause and effect). Hal ini yang turut dikenali sebagai causality, merupakan satu cubaan manusia\nuntuk memberi definisi masa dalam notasi yang mampu dicerna oleh akal manusia,\nmasa sebenarnya terlahir akibat lahirnya sesuatu peristiwa.\n\nSebagai contoh, masa yang paling dekat dengan anda pastinya adalah\numur anda. Umur anda merupakan tempoh masa bagi anda, di mana peristiwa pemula\nyang memulakan masa umur anda adalah detik kelahiran anda di dunia ini. Adakah\numur anda wujud sebelum anda lahir?\n\nNamun begitu, sebelum anda disenyawakan dalam rahim ibu anda, berapakah umur anda? Persoalan berapakah umur anda tidak relevan, dan hal ini adalah produk daripada causality sendiri. Kerana anda belum wujud (peristiwa tersebut belum berlaku), maka apa-apa pertanyaan mengenai masa anda sewaktu anda belum wujud adalah tidak relevan. Dalam erti kata lain, without any cause, there will be no effect. (Sebab anda belum lahir, umur anda juga belum lahir).\n\nDaripada konsep causality\nini jugalah, kita mampu untuk membuat rantaian masa (timeline). Dengan adanya sebab dan akibat, minda kita mampu untuk\nmencerna apa yang dimaksudkan dengan masa lalu, sekarang, dan masa hadapan.\nMasa lalu, atau selalunya kesan, akan membuka ruang kepada peristiwa, atau\nakibat, untuk berlaku.\n\nSebagai contoh, sekiranya anda lapar, anda pergi ke kedai dan makan.\nSesudah anda makan, anda menjadi kenyang. Maka rantaian masa yang terjadi\nberdasarkan prinsip causality adalah:\nanda lapar (cause), anda pergi makan\n(effect 1), dan akhirnya anda kenyang\n(effect 2). Dalam evolusi rantaian\nperistiwa inilah, kita mampu lihat wujudnya aspek masa secara fizikal, yang\nmampu dicerap oleh jam (berapa lama kita makan, berapa lama masa diambil untuk\nkenyang dan sebagainya).\n\nApa akan jadi sekiranya effect\nmendahului cause? Dalam sains, fizik\nsecara khususnya, tidak ada lagi teori sains khusus yang membincangkan apa yang\nakan terjadi sekiranya konsep causality\nini musnah, sebaliknya kebanyakan cakap-cakap orang adalah berkenaan dengan\nkonsep pengembaraan masa (time travel).\n\nTahukah anda, terdapat satu kisah menarik dalam al-Quran berkenaan\ncausality. Kisah yang penulis maksudkan adalah kisah Nabi Allah Musa yang\nberguru dengan Nabi Allah Khidir, seperti yang tercatat dalam surah al-Kahfi.\nDalam kisah tersebut, Nabi Musa telah bertemu dengan Nabi Khidir, dan meminta\nuntuk mengikuti Nabi Khidir untuk menimba ilmu dari beliau. Nabi Khidir\nmengatakan bahawa Nabi Musa tidak akan mampu bersabar dengannya, namun setelah\ndipujuk oleh Nabi Musa, Nabi Khidir bersetuju untuk membenarkan Nabi Musa\nmengikuti beliau.\n\nDalam perjalanan mereka, Nabi Khidir membuat perkara yang aneh dan luar biasa. Sewaktu dalam perjalanan menaiki sampan, Nabi Khidir telahpun membuat lubang ke atas sampan tersebut. Sewaktu berjumpa dengan seorang anak yang kecil, Nabi Khidir telahpun membunuh anak tersebut, dan sewaktu berjumpa dengan satu tembok di suatu kota, Nabi Khidir meluruskan tembok (atau dinding) tersebut, dan menyebabkan Nabi Musa mempersoalkan perbuatan-perbuatan tersebut.]\n\n\nSeandainya kita berada di tempat Nabi Musa, kita sendiri pasti\nmenanyakan soalan yang sama. Kenapa dilubangkan perahu tersebut, sedangkan\nperahu tersebut dalam keadaan elok dan pemilik perahu tersebut telah berbaik\nhati memberi tumpang kepada kita? Apa jenis kekejaman yang telah dilakukan,\nmembunuh seorang anak kecil yang tak berdosa? Tidakkah difikirkan perasaan ayah\ndan ibunya? Dan atas alasan apa tembok dinding tersebut ditegakkan?\n\nSetelah hampir kepada detik perpisahan mereka, Nabi Khidir menerangkan\nbahawa beliau diberi ilmu oleh Allah, dan beliau mampu mengetahui masa hadapan.\nPerahu tersebut milik orang miskin, dan dilubangkan kerana terdapat raja yang\nakan mengambil perahu-perahu yang elok. Anak muda itu pula dibunuh kerana\ndikhuatiri bakal mendorong orang tuanya kearah kesesatan dan kekufuran,\nmanakala dinding rumah itu pula merupakan hadiah dari orang tua buat\nanak-anaknya, dan sekiranya roboh dinding tersebut, anak tersebut tidak mampu\nmendapatkan harta mereka.\n\nDari kisah ini, kita mampu membuat beberapa konklusi.\n\nKonklusi pertama yang mampu penulis buat adalah, ilmu manusia\nsebenarnya terhad kepada apa yang mereka mampu fahami, dan causality sebenarnya merupakan satu konsep luas, yang tidak hanya\nterhad kepada satu tempoh masa, bahkan causality\nmampu mempengaruhi masa yang lebih jauh kehadapan. \n\nAntara argumen yang seringkali penulis dengar dari golongan atheis\nadalah, sekiranya tuhan itu benar wujud dan penyayang, kenapa terjadi\npembunuhan dan kekejaman di atas muka Bumi? Hakikatnya, bentuk soalan itu\nadalah hampir sama bentuknya dengan soalan yang ditanya oleh Nabi Musa kepada\nNabi Khidir, sesungguhnya kita, sama seperti Nabi Musa, tidak mempunyai\npengetahuan berkaitan dengan masa hadapan, maka adalah tidak adil untuk kita\nmenyamakan ketidaktahuan kita itu dengan pengetahuan Tuhan yang pastinya Maha\nMengetahui. Hal itu (perkara di masa hadapan, dan sebab berlakunya suatu\nperkara), merupakan rahsia Tuhan yang belum lagi kita fahami, selagi mana belum\nsampai masanya.\n\nKonklusi kedua yang penulis mampu buat adalah, sabar merupakan kunci\nutama \u201cmelawan\u201d masa. Sekiranya anda merasakan bahawa anda berada\ndalam keadaan sekarang, dan anda yakin bahawa Tuhan anda adalah Maha Penyayang,\nmaka tidakkah anda merasakan bahawa Tuhan akan memberikan perkara yang terbaik\ndalam kehidupan anda? Persoalan sebenarnya bukanlah \u201cKenapa tuhan tidak\nmemperkenankan doa aku?\u201d, sebaliknya persoalan yang perlu ditanya adalah\n\u201cBila masanya akan terjadi\u201d, dan \u201cApa sebenarnya yang ingin Tuhan\nberi @ ajar kepada aku?\u201d \n\nMaka sekali lagi penulis tekankan, sebagaimana ketegasan Nabi Khidir\nterhadap Nabi Musa, sabar merupakan kunci bagi masa.\n\nPenulis bukanlah ingin mengeluarkan tafsir baharu terhadap kisah Nabi\nKhidir dan Nabi Musa, namun apa yang penulis ingin tegaskan adalah causality, kesan-akibatmerupakan sebahagian daripada\nsunnatullah dan perkara yang mampu kita fahami dengan akal. Apa yang terjadi\nkepada Nabi Musa dan Nabi Khidir pula merupakan satu bentuk mukjizat yang tidak\nperlu diberi justifikasi saintifik, sebaliknya cukup dengan mengambil\npengajaran darinya.\n\nP/s: Penulis bukan seorang ahli dalam bidang tafsir al-Quran. Tafsiran yang dibuat pada bahagian hujung berkenaan kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa adalah pandangan peribadi penulis, maka mohon maklumkan kepada penulis sekiranya berlaku kesalahan.\n\nAntara graviti dan masa. https://www.thepatriots.asia/antara-graviti-dan-masa/\n\nSesungguhnya masa itu tidak mutlak. https://www.thepatriots.asia/sesungguhnya-masa-itu-tidak-mutlak/\n\nMengejar kelajuan cahaya: https://www.thepatriots.asia/mengejar-kelajuan-cahaya/\n\nSebenarnya masa tidaklah tetap. https://www.thepatriots.asia/sebenarnya-masa-tidaklah-tetap/\n\nApa akan berlaku jika anda terjun ke lohong hitam. https://ajar.com.my/2019/08/01/apa-akan-berlaku-jika-anda-terjun-ke-dalam-lohong-hitam/\n\nApa itu teori kerelatifan khasa. https://ajar.com.my/2019/07/12/apa-itu-teori-kerelatifan-khas/\n\n\u201cThe Experience and Perception of Time\u201d \u2013 The Stanford Encyclopedia of Philosophy. https://plato.stanford.edu/archives/win2004/entries/time-experience/\n\n\u201cQuantum Gravity\u2019s Time Problem\u201d \u2013 QuantaMagazine. https://www.quantamagazine.org/quantum-gravitys-time-problem-20161201/\n\n\u201cTime may not exist\u201d \u2013 Discover Magazine. http://discovermagazine.com/2007/jun/in-no-time\n\n\u201cTemporal relationalism\u201d \u2013 Lee Smolin. https://arxiv.org/pdf/1805.12468.pdf\n\n\u201cNatural Philosophy of Cause and Chance\u201d \u2013 Max Born. https://archive.org/details/naturalphilosoph032159mbp/page/n19\n\n\u201cHikmah Kisah Nabi Musa dan Khidir Berdasarkan Surah al-Kahfi\nayat 60-82 Menurut M. Quraish Shihab dalam Tafsir al-Mishbah\u201d \u2013 Muhammad\nRasyied Awabien, Universitas Muhammadiyah Surakarta. http://eprints.ums.ac.id/72243/11/NASKAH%20PUBLIKASI.pdf" "Cuba tengok ke atas. Ya, ke langit. Tapi jangan lah tengok waktu matahari tegak, rosak lah mata nanti. Ya, kena la keluar dari bilik tu dulu .\n\nIsyh, ok tak apa. Biasanya kita lihat langit ini sebagai \u2018bosan\u2019, tak banyak benda yang menarik. Kalau ada pun yang menarik bila ada jet lalu. Lagi seronok tengok skrin telefon.\n\nTapi tahu tak bahawa sebenarnya di angkasa lepas nun jauh melangkaui langit ada benda \u2013 benda menakjubkan yang lagi meletupkan otak berbanding filem \u2013 filem Hollywood?\n\nAntaranya ..\n\nBerlian adalah objek dambaan sekalian wanita (penulis tahu sebab penulis tengok drama). Jadi cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya wujud sebuah planet yang diperbuat sepenuhnya daripada berlian, dan kita hidup di dalamnya.\n\nSudah pasti, berlian tidak lagi akan jadi barang berharga sebab ia dijumpai di merata \u2013 merata. Permintaan menurun, dan lelaki tetap akan perlu cari barang lain untuk gembirakan hati pasangan mereka .\n\nOh, sebenarnya nak beritahu bahawa saintis menemui planet yang diperbuat daripada berlian. \n\nPlanet yang mengorbit pulsar PSR J1719-1438, 4000 tahun cahaya jauhnya daripada kita itu dipercayai memiliki tekanan yang sangat tinggi.\n\nTekanan yang sangat kuat pada planet tersebut berkemungkinan menjadikan karbon \u2013 karbon di planet itu sebagai kristal. Apatah lagi, planet itu sendiri terdiri daripada komposisi karbon yang besar. Maka sebilangan besar daripada planet tersebut dijangka diliputi berlian!\n\nPlanet bling \u2013 bling (bukan nama rasmi) itu mungkin merupakan sisa tinggalan bintang masif yang kelihatan lapisan luarnya akibat mengorbit bintang pulsar.\n\nMengapa tekanan yang kuat menjadikan karbon sebagai berlian? Sebab itulah asal usul berlian. Berlian bukan tumbuh seperti pokok, tetapi ia terhasil apabila atom karbon dikristalisasi membentuk struktur berlian akibat tekanan yang begitu tinggi.\n\nItulah sebabnya ada pepatah yang mengatakan bahawa orang yang betul \u2013 betul istimewa, apabila hadapi tekanan akan menjadi berlian. Bagus juga artikel ni boleh beri motivasi pada orang ya.\n\nElektrik mungkin merupakan benda paling cool di planet bumi, diikuti rapat oleh memes. Dengan elektrik, kehidupan manusia berubah beratus \u2013 ratus kali ganda lebih mudah, sehinggakan pengalaman masuk hutan selama dua hari tanpa elektrik saja sudah cukup mengerikan untuk manusia moden.\n\nTapi dengan kapasiti elektrik yang begitu besar, sekejap saja statusnya boleh berubah daripada \u2018best la elektrik\u2019 kepada \u2018mati aku\u2019.\n\nJadi bayangkan kegerunannya apabila saintis menemui aliran arus elektrik yang paling kuat yang pernah dilihat 2 bilion tahun cahaya jauhnya daripada bumi.\n\nApabila gelombang radio diukur berdekatan dengan galaksi yang dipanggil 3C303, yang didapati terdapat fenomena tembakan jet jirim gergasi, kumpulan pengkaji dapati susunan gelombang tersebut berubah.\n\nSetelah dianggar, didapati bahawa jumlah aliran arus elektrik tersebut adalah sebanyak 1018 amps (sepuluh kuasa lapan belas amps) , atau bahasa mudahnya bersamaan satu trillion sambaran petir, atau bahasa mudahnya YA ALLAH BESAQNYA KAREN TUUU.\n\nJadi apa yang menyebabkan jumlah aliran arus elektrik yang sangat besar tu? Tiada lain, lohong hitam lah. \n\nPasukan pengkaji tersebut merasakan bahawa medan magnet lubang hitam yang besar di tengah \u2013 tengah galaksi tersebut yang menjana arus elektrik itu.\n\nHarapnya tak sampai bumi.\n\nAir mungkin adalah bahan yang kita tak jangka boleh berada di angkasa lepas. Iya lah, mana ada awan di sana kan? Atau ada awan jenis lain yang kita panggil awan nano?\n\nNamun di lokasi sejauh 12 bilion tahun cahaya daripada bumi, ahli astronomi telah menemui takungan air yang paling besar yang pernah dikesan di alam semesta.\n\nJumlah air tersebut adalah bersamaan dengan 140 trillion jumlah keseluruhan isipadu air di lautan bumi, dengan kata lain ia mampu memberi minum setiap seorang di bumi jumlah air sebesar planet bumi kali 20 000, dengan kata lain YA ALLAH BESAQNYA AIR TUUU. \n\nTakungan air yang tersangat besar itu ditemui di quasar APM 08279+5255 ( tak, ini bukan nombor telefon admin).\n\nQuasar adalah objek angkasa yang sangat terang yang ditemui di pusat beberapa galaksi dan dikuasai oleh . apa lagi, lohong hitam yang supermasif. Lohong hitam tersebut lebih besar daripada 20 billion matahari.\n\nWap air tersebar di sekeliling lohong hitam tersebut dalam satu kawasan yang berjarak ratusan tahun cahaya jaraknya.\n\nSatu perkara yang kita tahu tentang bintang adalah ia sangat panas. \n\nMatahari kita (sebuah bintang), miliki suhu permukaan setinggi 6000 \u00b0C dan suhu teras sekitar 15 juta \u00b0C . Kalau nak melawat matahari waktu malam pun tak boleh, panas sangat. Eh.\n\nTapi saintis sebenarnya telah menemui bintang yang lebih sejuk daripada air yang anda buat untuk jerang maggi. \n\n75 tahun cahaya jauhnya daripada kita adalah bintang yang dipanggil CFBDSIR 1458 10b, suhu permukaan bintang tersebut hanyalah sekitar 97 \u00b0C . Iaitu lebih kurang suhu secawan kopi.\n\nBintang yang ganjil tersebut dipanggil bintang yang gagal (hey tak baik tau, dia dah cuba sebaik mungkin) kerana ia memiliki ciri \u2013 ciri suhu dan kimia seakan bintang, tetapi tidak miliki jisim yang cukup untuk membolehkan daya graviti menyalakan proses lakuran nuklear (nuclear fusion) di terasnya.\n\nTapi selang beberapa bulan selepas itu saintis temui satu bintang yang lebih sejuk, yang dipanggil WISE 1828+2650 . Suhunya cumalah sekitar 25 \u00b0C , iaitu lebih rendah daripada suhu bilik. Ia juga dianggap bitang yang gagal.\n\nTak tahu kenapa, sedih pula.\n\nGambar (pelik) di atas yang kelihatan seperti amoeba sebenarnya adalah struktur objek yang paling besar di alam semesta. \n\nBesar macam mana tu? Emm . panjangnya adalah sejauh 300 juta tahun cahaya. Maksudnya cahaya memerlukan masa 300 juta tahun untuk mengembara dari satu hujung ke satu hujung. Maksudnya YA ALLAH . ok dah la tu.\n\nSebagai perbandingan, galaksi bima sakti kita adalah berukuran 100 juta tahun cahaya. Bermakna blob tersebut adalah 3 kali ganda lebih besar daripada galaksi kita, menjadikannya antara objek tunggal yang paling besar di alam semesta\n\nBlob yang dipanggil Lyman alpha blob itu terdiri daripada galaksi \u2013 galaksi dan buih \u2013 buih gas yang besar.\n\nOh, dan usia blob tersebut juga sangat tua, iaitu ia telah pun wujud ketika mana alam semesta kita cumalah berusia 800 juta tahun, iaitu 6 peratus daripada umur sekarang. \n\nAda banyak teori yang cuba menjelaskan asal usul blob tersebut, tetapi ia kekal sebagai antara misteri terbesar alam semesta." "Mungkin satu dunia mengenali watak Mario, yang merupakan antara game yang paling terawal dan popular dalam sejarah. Super Mario Bros, game yang sangat terkenal yang dihasilkan hampir 40 tahun lepas (1985) telah merevolusikan industri gaming.\n\nSetelah itu, berkepul \u2013 kepul siri francais game Mario telah dihasilkan (adalah dekat 40 bilion siri kot) meliputi pelbagai genre, ada genre platforming, ada pengembaraan, RPG, sukan, perlumbaan, 2D, 3D .. game menaip pun ada.\n\nSampailah satu masa, Nintendo, syarikat yang memiliki hak cipta ke atas watak tersebut mengatakan \u201chmmm dah banyak sangat dah jenis game kita perah guna maskot mario ni, apa idea yang kita boleh buat untuk game seterusnya ya?\u201d\n\n\u201cApa susah, kita buat je game yang mana pemain yang buat game mereka sendiri, kemudian mereka main, dan mereka yang tentukan seronok atau tak\u201d kata seorang pekerja.\n\n\u201cWah bijaknya. Buat apa kita susah \u2013 susah perah kepala hasilkan idea untuk level, kalau beribu \u2013 ribu pemain kita yang boleh buat sendiri!\u201d\n\nMaka dengan itu terlahirlah siri mario maker, dengan yang terbaru adalah mario maker 2.\n\nMario maker adalah game platforming 2D yang menampilkan sistem penciptaan level untuk pemain. Dengan menggunakan tema stage, alatan \u2013 alatan dan watak \u2013 watak yang disediakan, pemain diberikan kebebasan untuk mencipta apa saja level yang mereka mahu dengan hanya dibatasi oleh kreativiti dan batasan memori sebuah level.\n\nJadi, apabila siapa \u2013 siapa yang miliki permainan tersebut boleh mencipta level mereka sendiri, terlahirlah banyak jenis level. Ada yang sememangnya sangat bagus, dan majoritinya adalah level troll yang dibenci oleh sekalian orang.\n\nTapi kadang kala terdapat level yang dihasilkan oleh saintis, ahli matematik, jurutera dan genius \u2013 genius dari segenap ceruk dunia yang sememangnya meletupkan otak dan buat kita ternganga.\n\nTerbaru, sebuah level yang sangat menakjubkan menampilkan sistem kalkulator dalam Mario Maker 2.\n\nTonton dulu video di atas, ia memang kelihatan sangat menakjubkan.\n\nDalam level Mario Maker 2 yang dipanggil The Cluttered Chaos-Calculator 2, seorang pengguna yang dipanggil Helgefan memberikan pemain arahan untuk memilih nombor antara 0 hingga 9, sebanyak dua kali.\n\nKemudian pemain diberikan pilihan sama ada untuk menambah kedua nombor tersebut atau menolaknya.\n\nKemudian dalam satu urutan peristiwa yang kita rakyat marhaen berotak normal hanya boleh panggil sebagai \u2018magis\u2019 atau \u2018ilmu hitam\u2019, Mario kemudian melalui beberapa sistem mekanikal, yang direntasi topi cangkerang, paip, menekan suis, diangkut kren, dicampak ke kiri dan ke kanan, semua berlaku secara automatik (pemain tidak boleh gerakkan watak).\n\nDi akhir level, mario dijatuhkan pada beberapa blok batu. Adakah ini hasilnya? Tidak! Kemudian muncul bom entah dari mana dan kemudian meletupkan bongkah batu tersebut menghasilkan bentuk nombor jawapan kepada persamaan matematik kita!\n\nJika ini macam pernah dilihat, sebenarnya dalam Mario Maker 1, pengguna yang sama pernah menghasilkan sistem kalkulator yang turut memecahkan kepala komuniti pemain game tersebut. Penjelasan penuh bagaimana ia berfungsi diterangkan oleh pereka itu sendiri di sini. \n\nCiptaan beliau dalam Mario Maker 2 walaubagaimanapun lebih hebat apabila sistem kalkulator tersebut membenarkan proses penolakan. Malah ia dapat menghasilkan jawapan negatif!\n\nSiapa orang ini dan mengapa beliau tak selesaikan masalah pemanasan global?? (mungkin beliau tengah selesaikan pun penulis yang tak tahu)" "Ada beberapa perkara dalam internet yang sentiasa mendatangkan pergaduhan: politik, asal usul makanan, dan soalan matematik. \n\nAntara ketiga \u2013 tiga perkara tersebut, soalan matematik adalah yang paling mencerai beraikan manusia kerana politik dan asal usul makanan hanya tertakluk kepada negara tertentu, manakalah soalan matematik pula universal yang boleh disertai sesi pergaduhannnya oleh setiap manusia yang bersekolah rendah.\n\nTerbaru, sebuah soalan matematik mencetus pergaduhan maya apabila umat manusia mengemukakan dua jawapan bagi satu soalan yang sama:\n\n8\u00f72(2+2) = ?\n\noomfies solve this pic.twitter.com/0RO5zTJjKk\n\n\u201cSaya ada dua sijil sarjana muda matematik , jawapannya 1\u201d\n\n\u201c16 lah .. malu nya korang semua .\u201d\n\nDaripada soalan yang \u2018tidak bersalah\u2019 itu, ia melahirkan meme yang penuh dengan maki hamun terhadap mereka yang memilih jawapan yang berlainan dengan pilihan mereka:\n\nMalah keseluruhan staf popular mechanics, sebuah majalah sains, juga bergaduh besar antara jawapan 1 atau 16.\n\n(Mengeluh..)\n\nTak apa lah, kita lihat dulu jalan kerja matematik yang mendatangkan jawapan 1 dan 16.\n\nBerikut adalah jalan kerja yang mendatangkan jawapan 1:\n\n 8\u00f72(2+2) \n\n = 8\u00f72(4) \n\n = 8\u00f78 \n\n= 1\n\nSeperti yang diperhatikan, kurungan diselesaikan dahulu, diikuti pendaraban dan pembahagian.\n\n Berikut adalah jalan kerja yang mendatangkan jawapan 16: \n\n 8\u00f72(2+2) \n\n = 4(2 + 2) \n\n = 4(4)\n\n= 16\n\n Jadi Apa Jawapannya!!? \n\nSabar, sabar. Perkara pertama yang mungkin kita lakukan adalah cuba mengesahkan menggunakan kalkulator.\u00a0\n\nApa jawapan yang diberi oleh kalkulator Google?\n\n Ok takpe. Mari cuba Wolfram Alpha pula: \n\nMaka tanpa ragu dan curiga lagi, jawapannya sememangnya 16\n\nTapi kenapa?\n\nBerikut penjelasan pegawai penerangan awam American Mathematical Society, Mike Breen :\n\nMenurut aturan operasi, anda selesaikan apa saja dalam kurungan dulu. Maka dapat 4. Kemudian berdasarkan BODMAS, pendaraban dan pembahagian sama saja tetapan peraturannya. Maka anda perlu lakukan operasi dari kiri ke kanan. Maka anda bahagikan 8 dengan 2 dulu, dapat 4. Kemudian darabkan dan anda peroleh 16.\n\nOh, dan sebenarnya cara soalan itu ditulis adalah samar \u2013 samar. Dalam matematik, ahli matematik akan jadikan peraturannya setepat yang boleh. Kalau orang jawab 1 pun tidak lah masalah sangat.\n\n Tapi sebenarnya ada perbincangan yang lebih berfaedah mengenai isu ini, berbanding perdebatan jawapan mana yang betul. \n\nIni adalah \u2018jawapan\u2019 ketiga. Iaitu mempersoalkan soalan itu yang sengaja dibuat mengelirukan, supaya mencetus perbalahan.\n\nDan ya, soalan 8\u00f72(2+2) itu sama saja isunya dengan soalan yang tular (berkali \u2013 kali) iaitu 6\u00f72(1+2). Dan hey, rupanya sudah pun ditulis artikel yang lebih kurang sama dengan artikel ini. Senanglah, setiap kali tular kita salin dan tampal saja!\n\nIni adalah komen yang diberikan oleh University of Regina terhadap pelajar yang menanyakan soalan ini:\n\nAnda menanyakan soalan, \u201capa jawapan yang betul? Soalan yang lebih wajar ditanya adalah, \u201csiapa yang tulis soalan tersebut sebegitu?\u201d Nampaknya ia ditulis dengan sengaja untuk membuat orang keliru. Ahli matematik begitu berhati \u2013 hati untuk memastikan apa yang mereka tulis jelas dan tidak samar \u2013 samar.\n\nSoalan tersebut sebenarnya boleh ditulis untuk mendapatkan jawapan yang jelas.\n\nJika ia ditulis (8/2)(2+2), maka jelas jawapannya adalah \u00a04\u00d74=16. Kerana nombor dalam kurungan itu diselesaikan dahulu.\n\nJika ia ditulis\u00a08/(2(2+2)), maka jelas jawapannya 8/8=1.\n\nJadi mengapa ia tak ditulis sedemikian? Sebab tujuan hantaran tersebut di media sosial bukan untuk mendapatkan jawapan yang betul. Tujuannya memang semata \u2013 mata menimbulkan perdebatan dan mencetus emosi.\n\nArtikel oleh\u00a0Slate.com\u00a0menjelaskan panjang lebar bahawa isu ini turut berkait dengan konvensi dan sejarah matematik.\u00a0\n\nDahulu, simbol obelus, atau\u00a0\u00f7 digunakan untuk\u00a0membahagi semua di bahagian kirinya dengan bahagian kanannya. Bermakna, jika itu penggunaannya, penyelesaiannya adalah 8 dibahagi dengan (2(2+2)), menghasilkan 1. Buku teks lama mengguna pakai simbol tersebut sedemikian.\n\nTapi penggunaan tersebut telah\u00a0ditinggalkan\u00a0dan tak lagi digunakan. Bila anda masuk ke kolej atau ke universiti pun, anda tak lagi melihat simbol \u00f7 digunakan.\n\nBegitu juga dengan BODMAS, atau PEMDAS, yang kita anggap merupakan satu peraturan tetap dalam matematik yang tidak boleh diubah. Sebenarnya, ia hanyalah satu konvensi yang diubah dan dikembangkan. Penggunaannya\u00a0masih diperselisihi\u00a0waima oleh pengamal matematik.\n\nRingkasnya, terdapat dua masalah utama bagi soalan tular ini:\n\nDan oh, satu lagi masalah, memang netizen suka bergaduh. Tengok lah lepas ni apa pula persamaan matematik yang nak digaduhkan." "Fizik merupakan\nsatu bidang sains yang pesat membangun sejak 500 tahun lepas. Banyak persoalan\nyang terjawab melalui kajian fizik sama ada di angkasa seperti orbit planet\nmengelilingi matahari dan kejadian bintang atau yang wujud di bumi seperti medan\nmagnet bumi. \n\nNamun alam semesta ini sangat luas dan dipenuhi khazanah-khazanah ilmu yang masih kekal misteri. Banyak ahli fizik berlumba-lumba mencari jawapan bagi misteri-misteri ini. Dalam artikel ini, berikut adalah 10 misteri besar dalam fizik yang masih belum terjawab. \n\nTenaga Gelap (Dark Energy)\n\nSejurus Einstein memperkenalkan Teori Kerelatifan Am kepada dunia fizik, beberapa ahli kosmologi termasuklah Einstein sendiri telah mengaplikasikan teori ini kepada alam semesta. Mereka merumuskan bahawa alam semesta ini berkembang, dan akan menguncup kembali disebabkan kesan daya tarikan graviti oleh galaksi, bintang dan bahan-bahan yang wujud di alam semesta. Namun kajian pada tahun 1998 oleh dua kumpulan kosmologi telah mendapati bahawa alam semesta tidak menguncup, bahkan ia sedang berkembang semakin pantas . Kedua-dua kumpulan ini memenangi hadiah Nobel atas penemuan mereka.\n\nPerkembangan alam semesta yang semakin pantas ini merunsingkan ahli kosmologi kerana alam semesta seolah-olah menghasilkan tenaga sendiri untuk mempercepatkan perkembangannya. Ahli kosmologi menamakan tenaga ini sebagai tenaga gelap. Tenaga gelap ini menyebabkan alam semesta berkembang dengan semakin pantas. Kesannya dapat dilihat berdasarkan pergerakan galaksi-galaksi yang jauh, namun asal-usulnya masih kekal misteri.\n\nJirim Gelap (Dark Matter)\n\nGerakan planet mengelilingi bintang dapat dihitung dengan jitu menggunakan hukum Kepler. Ahli astronomi kemudiannya cuba menggunakan hukum Kepler bagi menghitung orbit bintang-bintang dalam galaksi. Namun, pergerakan bintang mengelilingi pusat galaksi tidak dapat ditentukan berdasarkan hukum Newton. Ahli astronomi sejak awal abad ke-20 sehingga sekarang mendapati bahawa galaksi ini sepatutnya mengandungi jirim yang lebih banyak berbanding yang dapat dilihat menggunakan teleskop. Jirim yang tidak kelihatan ini diberi nama jirim gelap. \n\nJirim gelap ini juga dapat dikesan secara tidak langsung berdasarkan kesan gravitinya yang melengkungkan cahaya daripada galaksi dibelakangnya. Lengkungan cahaya ini tidak dapat dijelaskan oleh ahli astronomi berdasarkan teori graviti sedia ada kecuali jika terdapat jirim yang tidak dapat dikesan, iaitu jirim gelap \n\nIdentiti sebenar\njirim gelap masih belum diketahui sehingga kini. Pelbagai pencarian telah\ndilakukan di makmal-makmal fizik zarah, namun asal-usul jirim gelap masih kekal\nmisteri. \n\nInflasi Kosmologi\n\nPersoalan yang kerap kali ditanya oleh ahli kosmologi adalah berkenaan asal usul alam semesta ini. Ramai ahli kosmologi berpegang bahawa asal usul alam semesta bermula daripada letupan besar (Big Bang). Namun apabila penemuan demi penemuan baru ditemui, beberapa masalah telah timbul dalam teori ini. Alan Guth, Andrei Linde dan Alexei Starobinsky telah menambahbaik teori letupan besar ini dengan mengusulkan teori inflasi sejurus berlakunya letupan besar\n\nTeori inflasi\nkosmologi menyebut bahawa alam semesta berkembang pada kadar yang sangat tinggi\npada awal kejadian alam semesta. Teori ini berjaya menjelaskan beberapa\npermasalahan yang timbul dalam teori letupan besar tanpa inflasi seperti\nmasalah ufuk (horizon problem),\nmasalah kerataan (flatness problem)\ndan masalah magnet ekakutub (magnetic\nmonopole problem). \n\nNamun teori ini\njuga menimbulkan persoalan yang baharu iaitu apakah inflasi benar-benar\nberlaku, dan jika ia berlaku, apakah yang mencetuskan inflasi selepas letupan\nbesar? \n\nArah gerakan masa\n\nMasa adalah suatu\nkuantiti yang kita ambil peduli setiap hari. Masa merupakan salah satu daripada\ndua unsur bagi menentukan sesuatu kejadian. Unsur yang kedua ialah ruang. Kita\nmampu bergerak dalam ruang pada semua arah, ke kiri, ke kanan, ke atas, ke\nbawah, ke depan dan ke belakang. Namun, masa pula hanya mempunyai satu arah\niaitu ke hadapan. Kita terbatas dalam gerakan merentasi masa. Memori yang\ntersimpan dalam ingatan kita hanya terdiri daripada kejadian masa lalu, dan\nkita langsung tidak mempunyai memori kejadian akan datang. \n\nArah gerakan masa\nini menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli fizik iaitu \u2018mengapa masa hanya\nbergerak pada satu arah?\u2019. \n\nSebahagian ahli fizik telah menjawab persoalan ini dengan menyebut hukum termodinamik yang ke dua. Ini kerana entropi bagi sesuatu sistem tertutup akan bertambah atau malar. Ia tidak mungkin berkurang. Namun apakah yang menyebabkan entropi meningkat? Mengapa entropi sangat rendah ketika letupan besar? \n\nLohong Hitam\n\nAntara objek yang paling menggerunkan di angkasa lepas ialah lohong hitam. Lohong hitam terhasil daripada kematian sesebuah bintang yang berjisim tinggi. Disebabkan jisimnya yang tersangat tinggi, tiada daya lain yang mampu melawan daya tarikan graviti oleh jisim lohong hitam tersebut. Bahkan daya gravitinya terlalu kuat sehingga cahaya pun tidak dapat keluar darinya.\n\nKewujudan lohong hitam telah pun diramal melalui teori kegravitian Newton dan teori kerelatifan am Einstein. Malah banyak lohong hitam telah berjaya dikesan secara langsung dan tidak langsung sejak tahun 2015\u00a0. Namun lohong hitam ini mengandungi misteri yang merunsingkan ahli fizik kerana ia merupakan gabungan dua teori terbesar fizik iaitu kerelatifan am dan mekanik kuantum.\n\nTarikan graviti\noleh lohong hitam dapat dihitung menggunakan kerelatifan am. Kemudian, lohong\nhitam juga melibatkan mekanik kuantum kerana mempunyai titik kesinggularan di\npusatnya. Oleh itu, pemahaman mengenai kegravitian pada skala kuantum\ndiperlukan bagi menjelaskan situasi di dalam lohong hitam. \n\nNamun sehingga\nhari ini, ahli fizik masih belum mengetahui realiti sebenar di dalam lohong\nhitam. Apakah yang wujud di dalam lohong hitam? Persoalan ini akan kekal\nmisteri dan mungkin hanya terjawab jika teori kerelatifan am dan mekanik\nkuantum berjaya disatukan kelak.\n\nKuasar\n\nBerdasarkan kajian ahli astronomi, boleh dikatakan hampir kesemua galaksi yang dapat dilihat mempunyai lohong hitam supermasif di pusatnya. Jika lohong hitam ini aktif menarik masuk bintang-bintang dan gas di sekitarnya, lohong hitam ini akan mengeluarkan sinaran yang dipanggil jet. Galaksi-galaksi yang mempunyai lohong hitam yang aktif disebut sebagai galaksi nukleus aktif. Jika galaksi tersebut menghasilkan sinaran yang sangat tinggi, galaksi ini dipanggil sebagai kuasar. Banyak kuasar telah ditemui melalui teleskop-teleskop di Bumi dan di angkasa. Namun kebanyakan kuasar ini berada sangat jauh dari Bumi. Malah kuasar yang paling hampir adalah pada jarak 1.7 bilion tahun cahaya\u00a0. Oleh sebab jaraknya yang jauh, ini juga bermakna kuasar tersebut telah wujud berbilion tahun yang lalu. Kewujudan kuasar ini telah merunsingkan ahli astronomi kerana terdapat kuasar yang wujud ketika alam semesta ini masih muda sekitar 700 juta tahun (sekarang umur alam semesta sekitar 13.8 bilion tahun). \n\nMasalah yang timbul adalah berkenaan asal usul pembentukan kuasar ini. Berdasarkan teori hari ini, lohong hitam wujud apabila sesebuah bintang meletup. Namun jangka masa untuk sesebuah bintang ini meletup adalah sekitar 20 juta tahun\u00a0. Kemudian lohong-lohong hitam ini juga perlu bergabung bagi membentuk lohong hitam supermasif. Jangka masa proses pembentukan lohong hitam ini melebihi umur kuasar yang diukur. \n\nPersoalannya,\n\u2018bagaimanakah kuasar ini terbentuk?\u2019. Jika misteri ini terjawab, ia juga akan\nmembantu untuk menjawab lebih banyak persoalan lain mengenai pembentukan\nbintang pertama dan pembentukan galaksi.\n\nSupernova\n\nBintang dikategorikan kepada pelbagai kelas, dan salah satu kriteria pengkelasan bintang ialah jisim bintang. Bintang yang berlainan jisim, mempunyai jangka hayat dan pengakhiran yang berbeza. Bagi bintang berjisim rendah, bintang tersebut akan menjadi bintang kerdil putih pada pengakhiran hidupnya. Manakala bagi bintang berjisim tinggi, bintang tersebut akan meletup dalam satu fenomena yang disebut sebagai supernova. \n\nBintang-bintang\nini mempunyai tarikan graviti kerana bintang-bintang ini mempunyai jisim. Ia\nberada dalam keadaan stabil kerana terdapat tekanan yang dihasilkan daripada\npelakuran nuklear oleh bahan api bintang tersebut. Apabila bintang yang\nberjisim besar mengakhiri riwayat hidupnya, tekanan daripada pelakuran nuklear\nakan berkurangan dan tarikan graviti akan terus memampatkan teras bintang ini.\nNamun kemudiannya bintang ini meletup dalam supernova. \n\nHal ini menjadi\npersoalan kepada ahli astronomi berkenaan mekanisma supernova ini. Apakah daya\ntolakan yang menyebabkan sesebuah bintang meletup sedangkan model yang diterima\npakai menunjukkan bahawa daya terkuat di teras bintang ialah tarikan graviti?\nJawapan bagi persoalan ini akan menghasilkan model baharu hayat sesebuah\nbintang dan meningkatkan lagi pemahaman berkenaan struktur bintang.\n\nSuperkonduktor\n\nKonduktor adalah suatu bahan yang dapat mengalirkan aliran elektrik. Arus elektrik yang dibawa oleh konduktor ini secara umumnya mematuhi hukum Ohm ( V = IR). Walaupun sesebuah konduktor dapat mengalirkan arus elektrik, ia tetap mengandungi rintangan yang mencacatkan aliran arus elektrik. Kemudian pada awal abad ke 20, para saintis telah menemukan sejenis konduktor baharu iaitu superkonduktor. Superkonduktor ini wujud pada suhu yang sangat rendah berbanding suhu bilik. \n\nSuperkonduktor mempunyai beberapa ciri yang sangat berguna. Ia merupakan sebuah konduktor yang mempunyai rintangan sifar (konduktor unggul). Ini bermakna, arus yang mengalir di dalamnya akan terus mengalir selama-lamanya tanpa berkurang sedikit pun. Superkonduktor juga merupakan sebuah diamagnet unggul. Ini bermakna medan magnet tidak dapat mengalir di dalam sesebuah superkonduktor. Medan magnet akan ditolak mengelilingi sesebuah superkonduktor. Kesan ini dinamakan sebagai kesan Meissner. \n\nMekanisma superkonduktor telah diterangkan oleh tiga orang saintis iaitu John Bardeen, Leon Cooper dan John Robert Schrieffer. Teori berkenaan mekanisma superkonduktor ini diberi nama sempena tiga saintis ini iaitu teori BCS (Bardeen-Cooper-Schrieffer). Teori ini menyatakan bahawa pada suhu rendah, akan wujud dua pasang elektron yang diberi nama pasangan Cooper. Pasangan Cooper ini yang menghasilkan aliran arus tanpa sebarang rintangan. \n\nSuperkonduktor\npada awalnya, ditemukan pada suhu yang sangat rendah (-269 \u00b0C). Namun setelah\nteknologi berkembang, ahli fizik bahan berjaya mewujudkan superkonduktor pada\nsuhu yang lebih tinggi. Yang terbaru ialah superkonduktor pada -23 \u00b0C. \n\nPenemuan superkonduktor pada suhu tinggi menimbulkan persoalan kepada ahli fizik kerana teori BCS hanya dapat menerangkan mekanisma superkonduktor pada suhu rendah\u00a0. Hal ini menjadi misteri kepada ahli fizik bahan iaitu \u2018apakah mekanisma yang menyebabkan wujudnya ciri-ciri superkonduktor pada suhu tinggi?\u2019\n\nSaiz sebenar alam semesta\n\nLangit malam yang kita lihat seolah-olah tidak mempunyai penghujung. Apabila ahli astronomi menggunakan teleskop, mereka dapat melihat galaksi-galaksi yang lebih jauh daripada mata boleh memandang. Berdasarkan teori dan kajian sedia ada, alam semesta yang dapat dilihat mempunyai saiz jejari sebesar 90 bilion tahun cahaya. Ini bermaksud cahaya paling jauh yang dapat dicerap adalah pada jarak 45 bilion tahun cahaya dari kita.\n\nNamun saiz ini\nhanya menunjukkan luas alam semesta yang dapat dilihat. Bagaimana pula ruang di\nsebalik alam semesta ini? Apakah saiz alam semesta sebenar?\u00a0 \n\nPelbagai model\nalam semesta telah dikemukakan. Sebahagiannya menyatakan bahawa alam semesta\nini seperti sfera dalam 4 dimensi. Alam ini tertutup. Kita akan kembali semula\nke tempat asal kerana kita bergerak dalam bulatan. Namun ada juga model alam\nsemesta terbuka. Ini bermaksud alam semesta ini mempunyai keluasan infiniti. \n\nRealiti\nsebenarnya, hanya Allah yang tahu. \n\nTeori Segala-galanya\n\nSetakat ilmu\nfizik yang diketahui hari ini, terdapat 4 daya asas dalam alam semesta iaitu daya\ngraviti, daya elektromagnet, daya nuklear lemah dan daya nuklear kuat. Daya\ngraviti dapat difahami melalui teori kerelatifan am oleh Einstein. Daya\nelektromagnet dan daya nuklear lemah diterangkan oleh teori elektrolemah. Manakala\ndaya nuklear kuat pula diterangkan oleh Kuantum Kromodinamik. \n\nSebuah teori telah diusulkan mengenai gabungan dua daya\nnuklear dan daya elektromagnet. Teori ini dikenali sebagai teori kesatuan agung\n(Grand Unified Theory). Teori ini\nmasih lagi menghadapi masalah kerana terdapat ramalan oleh teori ini yang tidak\ndibuktikan seperti pereputan proton dan magnet ekakutub (magnetic monopole). Oleh itu, salah satu misteri bagi ahli fizik\nzarah ialah \u2018adakah teori kesatuan agung ini tepat?\u2019 dan \u2018adakah tiga daya ini\nbersatu pada tenaga tinggi?\u2019\n\nNamun ada lagi satu teori yang merangkumi keempat-empat\ndaya iaitu teori segalanya. Banyak ahli fizik teori telah berhempas pulas\nmencari jawapan bagi penyatuan kesemua daya ini. Antara teori yang dikemukakan\nialah teori tetangsi (string theory)\ndan teori kuantum graviti gegelung (loop\nquantum gravity). Sehingga hari ini, masih belum ada satu teori yang mampu\nmenerangkan segala-galanya. \n\nInilah misteri terbesar dalam kalangan ahli fizik. Adakah\nteori tetangsi ini tepat? Adakah teori segalanya ini akan ditemui? Yang\npastinya, teori segalanya ini perlulah sejajar dengan teori-teori yang telah\nditerima pada hari ini.\nBegitulah realiti hari ini. Semakin banyak yang\ndikaji, semakin banyak misteri yang menghantui kita." "Siapa pernah nampak \u2018kelibat \u2013 kelibat\u2019 pelik di cermin? Kadang kala kita takut untuk lihat cermin pada waktu malam kerana pengalaman kita yang pernah melihat \u2018benda \u2013 benda\u2019 .\n\nFenomena melihat \u2018kelibat\u2019 di cermin ini nampaknya agak sejagat. Masyarakat \u2013 masyarakat lain di dunia juga merekodkan pengalaman menakutkan dengan cermin.\n\nCerita rakyat (folklore) yang mungkin paling terkenal berkenaan hal ini adalah ritual \u2018Bloody Mary\u2018 yang banyak dilakukan oleh kanak \u2013 kanak Inggeris pada waktu Halloween. Ritualnya melibatkan menyebut nama Bloody Mary beberapa kali di depan cermin dalam sebuah bilik yang cuma diterangi cahaya lilin. Kemudian kelibat Bloody Mary akan muncul (kononnya) dalam bentuk mayat, hantu, atau tubuh yang dilumuri darah.\n\nMaka soalannya, adakah fenomena ini sememangnya mistik dan melibatkan hantu? Apa jadi kalau kita buat eksperimen?\n\nEh, tak lah. Sebenarnya ia cuma eksperimen melihat cermin dalam tempoh yang agak lama dalam bilik yang malap. Err masih seram lagi ya?\n\nPada tahun 2014, Dr Caputo cuba mengkaji kesan \u2018Bloody Mary\u2019 ini secara saintifik. Maka beliau kumpulkan 13 individu di dalam sebuah bilik yang malap, seraya memberikan arahan berikut:\n\n\u201cTugas anda cuma lihat muka anda di depan cermin. Anda perlu berterusan merenung mata anda. Tugasan ini berdurasi 7 minit\u201d\n\nHasilnya, didapati bahawa setelah beberapa tempoh, mereka dapat melihat muka seakan raksasa, wajah yang asing, wajah herot, wajah ibu bapa atau adik beradik, dan wajah binatang.\n\nMenariknya, orang yang mengalami kemurungan mengalami kesan yang lebih kurang teruk berbanding mereka yang sihat.\n\nKalau anda kurang yakin dengan keputusan eksperimen di atas, apa kata anda cuba sendiri? \n\nTenung simbol tambah pada imej di bawah selama tujuh atau lapan saat (jangan risau, tiada jumpscare!)\n\nImej berwarna warni tersebut berubah menjadi kelabu tak? Jom cuba gambar di bawah pula. Tenung simbol x untuk beberapa ketika (sekali lagi, tiada jumpscare!)\n\nGambar kucing tu hilang bukan?\n\nKesan yang pelik ini bernama Kesan Troxler, yang dinamakan sempena nama pakar perubatan Swiss Ignaz Paul Vital Troxler. Pada tahun 1804, Troxler menemui bahawa apabila kita menetapkan pandangan kita pada satu elemen pada lapangan penglihatan, imej \u2013 imej pegun di sekeliling akan perlahan \u2013 lahan hilang.\n\nPerkara ini berlaku, menurut saintis moden, kerana otak manusia begitu mahir beradaptasi terhadap rangsangan \u2013 rangsangan yang baru.\n\nContohnya apabila kita memakai seluar, kita akan merasai sentuhan fabrik pada kulit kita. Tapi tak sampai beberapa saat, perasaan tersebut hilang. Neuron deria kita telah pun beradaptasi dengan rasa fabrik tersebut, dan mula mengabaikan rangsangan tersebut. \n\nOtak kita tak mampu memproses begitu banyak proses serentak, maka ia akan mengabaikan beberapa maklumat sekeliling seperti corak pernafasan anda, sentuhan baju anda dengan badan, atau bunyi \u2013 bunyi sayup \u2013 sayup sekeliling anda. \n\nJadi dengan prinsip yang sama, fenomena kelibat hantu di cermin dapat dijelaskan. Apabila kita kita melihat di cermin, berfokus pada mata pada satu tempoh yang panjang, ditambah pula dengan pencahayaan yang buruk, berkemungkinan bahagian \u2013 bahagian lain muka kita akan menjadi kabur dan bercampur dengan cermin.\n\nMuka kita tiba \u2013 tiba kelihatan menakutkan, dahi kita herot, pipi kita hilang, dan otak kita akan mula mengisi maklumat \u2013 maklumat asing dengan maklumat \u2013 maklumat yang kita ingati, seperti hantu yang kita baca di majalah Mastika.\n\nItu adalah penjelasan saintifik. Tapi boleh saja sebenarnya ia memang perkara \u2013 perkara yang lebih mistik. Kalau anda alaminya, maka jangan segan minta bantuan mereka yang arif." "Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril daripada Universiti Putra Malaysia telah tersenarai sebagai satu \u2013 satunya Expert Reviewer dari Malaysia bagi Handbook of Climate Change.\n\nPemilihan tersebut dibuat daripada kalangan 40 penilai pakar antarabangsa yang lain dari negara seperti United Kingdom, Nigeria, Fiji, Rusia dan Belanda.\n\nHandbook of Climate Change Management mengandungi kertas \u2013 kertas kajian yang disedikan oleh sarjana \u2013 sarjana, gerakan sosial, pengamal, ahli agensi gerajaan dalam mengkaji dan melaksanakan projek perubahan iklim.\n\nMemfokuskan \u2018kajian, kepimpinan dan transformasi\u2019, Handbook tersebut berhasrat ingin memandu amalan \u2013 amalan terbaik bagi mengadaptasi perubahan iklim.\n\nTahniah!" "Berikut adalah transkrip bagi pembentangan akademik berkaitan sebab \u2013 sebab orang membantah tulisan jawi.\n\nAssalamualaikum. Jadi kita tahu beberapa tempoh ini negara kita kecoh dengan polemik atau krisis berkaitan dengan tulisan jawi. \n\nJadi mungkin ramai antara kita yang tak faham kenapa agaknya sesetengah orang membantah dan takut dengan tulisan jawi.\n\nJadi bila kita ada persoalan ini kita kena selesaikannya dengan cara, jalan akademik. Kita kena baca dokumen rasmi, kita kena kumpulkan data \u2013 data mungkin daripada agensi \u2013 agensi berkaitan, daripada media sosial.\n\nJadi daripada perkumpulan data \u2013 data tersebut tersebut, saya hasilkan satu pembentangan iaitu untuk kita jawab \u2018Kenapa Orang Bantah Tulisan Jawi Satu Perbahasan Akademik Berdasarkan Kumpulan Data Holistik\u2019.\n\nJadi insya Allah diharapkan dapat menjawab persoalan kenapa orang bantah tulisan jawi.\n\nJadi kita pergi slide yang pertama.\n\nOh. Uh.\n\nEmmm. Jadi inilah hasil kajiannya, rupa \u2013 rupanya didapati bahawa tiada sebab untuk orang takut dan bantah dengan tulisan jawi.\n\nJadi diharapkan berdasarkan perbahasan dan dapatan kajian yang akademik ni dapatlah digunakan mungkin agensi \u2013 agensi kerajaan atau pun Kementerian Pendidikan untuk dijadikan rujukan.\n\nTerima kasih kerana menonton." "Gambar \u2013 gambar terpilih daripada pertandingan The Science Photographer of the Year\u00a0ini akan dipamerkan di Muzium London di UK pada 7 Oktober.\n\n Pemilihan dibuat oleh panel \u2013 panel pakar setelah meneliti lebih daripada 100 gambar yang dihantar sepanjang tempoh pertandingan.\n\nApa yang dicari adalah imej \u2013 imej yang menawan, yang mempamerkan bagaimana sains dilakukan, mempersembahkan bagaimana fotografi membantu sains, dan bagaimana sains mengesani kehidupan harian kita.\n\nBuih mengoptimumkan ruangan dan meminimumkan luas permukaan mereka pada suatu isipadu udara. Fenomena ini menjadikan buih sebagai satu alat yang berguna dalam pelbagai bidang kajian, terutama dalam sains bahan. Dinding buih menebal akibat graviti \u2013 tebal di bahagian bawah, nipis di atas. Ini menjadi suatu interferens terhadap gelombang cahaya yang merentasinya lantas menghasilkan gelungan cahaya. \n\nProjek Akhir Major MA Fotografi di Universiti Falmouth. Mapping 1 memfokuskan penemuan kajian Myalgic Encephalomyelitis.\n\nFoto ini diambil di Tasik Gosaikunda Himalaya, Nepal pada aras 4400 m. Galaksi Bimasakti mengandungi sistem solar. Tiang cahaya yang dilihat di langit dihasilkan daripada gugusan bintang \u2013 bintang yang tidak dapat dibezakan oleh mata kasar.\n\nSatu pin yang disambungkan dengan penjana arus ulang alik ketegangan tinggi. Pin tersebut mengionisasikan udara sekelilingnya. Apabila elektron \u2018jatuh\u2019 pada atom, tenaga yang berlebihan akan dipancarkan sebagai foton, lantas menghasilkan corona cahaya di sekeliling pin. \n\nKumbang yang kecil ini ditemui di dalam produk tepung.\n\nNebula Amerika Utara, NGC7000 adalah emission nebula kumpulan bintang Cygnus, berhampiran dengan Deneb. Bentuk nebula yang mengagumkan ini menyerupai benua Amerika Utara siap beserta Teluk Mexico. Dinding Cygnus, suatu terma bagi \u2018bahagian Mexico dan Amerika Tengah\u2019 pada Nebula Amerika Utara mempamerkan formasi bintang yang paling bertumpu di nebula tersebut.\n\nJurukamera menggunakan mikroskopi cahaya dengan lima kali ganda pembesaran. \n\nSpesis ini tidak berenang, sebaliknya \u2018berdenyut\u2019 ke atas dan ke bawah di dalam air. Diet mereka adalah plankton laut. Sesetengah spesis obor \u2013 obor didokumentasikan memakan plastik \u2013 plastik di laut." "BoboiBoy merupakan satu fenomena dalam masyarakat kita. Sejak dari episode 1 BoboiBoy sehingga yang terbaharu, BoboiBoy The Movie 2 ditayangkan, sambutan dari masyarakat umum terhadap karya animasi tempatan ini amat menggalakkan. \n\nBoboiBoy merupakan cerita seorang budak lelaki, BoboiBoy, yang diberi kuasa elemental oleh sfera kuasanya, Ochobot. Kuasa yang diberikan adalah elemen api, air, angin, tanah, petir, daun serta cahaya. Sepanjang pengembaraan BoboiBoy juga, penonton telah didedahkan bahawa terdapat beberapa tahap bagi kuasa elemental ni, dan setakat ini, BoboiBoy telah berjaya menguasai tahap satu dan dua. Dalam filem BoboiBoy kedua, kita didedahkan dengan pengguna elemental pada tahap lebih tinggi, iaitu Retak\u2019ka dan Hang Kasa.\n\nJadi, kalau BoboiBoy ni tiba-tiba buat gila dan bergaduh sesama sendiri, rasa-rasanya siapa yang akan menang? Berikut adalah senarai elemen Boboiboy menurut turutan \u2018kuasa\u2019 dijustifikasikan dengan teori sains!\n\nSekiranya\nberlaku pergaduhan antara watak-watak BoboiBoy ni, BoboiBoy Daun rasanya yang\nakan menjadi BoboiBoy pertama yang kalah. Kenapa? Kerana BoboiBoy Daun\nmerupakan BoboiBoy yang paling kebudak-budakan antara BoboiBoy yang lain. Dia\njuga terkenal sebagai seorang yang penakut, macam tak sesuai je dia nak\nbergaduh dengan BoboiBoy yang lain.\n\nTapi, kalau nak\ndiceritakan dari segi kuasa, BoboiBoy Daun masih lagi dikategorikan sebagai\nBoboiBoy yang lemah. Merupakan seorang Botanokinesis (mampu mengawal tumbuhan),\nantara teknik serangan BoboiBoy Daun ni adalah Lontaran Daun, satu teknik\nmelontar daun (yang dah diubah strukturnya). Untuk teknik ni berkesan, BoboiBoy\nDaun perlu melontarkan senjatanya (iaitu daun) kepada musuhnya. Kalau tengok\nBoboiBoy yang lain pulak, kita akan dapati mereka mempunyai kelajuan yang\ntinggi (macam BoboiBoy Petir dan BoboiBoy Cahaya), jadi untuk BoboiBoy Daun\nmenang melawan mereka berdua ni, dia kena buat lontaran yang amat laju.\n\nTeknik Lontaran\nDaun ni juga macam tak relevan apabila bertemu dengan BoboiBoy Api dan BoboiBoy\nAis (tahap kedua bagi BoboiBoy Air). Api, seperti yang kita tahu, mampu\nmembakar daun dengan amat mudah, dan Ais juga mampu membekukan daun dengan amat\nmudah. Kalau nak dilihat dalam dunia nyata sekalipun, tumbuhan paling panas\ndicatatkan pernah hidup adalah pada\nsuhu 98 darjah celcius, dan paling sejuk pernah hidup adalah pada suhu -20\ndarjah celcius. Tak mustahil BoboiBoy Api serta BoboiBoy Ais mampu sampai\nke tahap itu, jadi BoboiBoy Daun akan mudah dikalahkan oleh mereka berdua.\n\nTeknik Lontaran\nDaun juga dilihat tidak berkesan kepada BoboiBoy Angin, kerana BoboiBoy Angin\ndengan mudahnya mampu memanipulasi angin dan trajektori lontaran daun-daun\ntersebut. Melihat kepada Kesan Lontaran Daun kepada BoboiBoy Tanah, Daun perlu\nmelakukan balingan yang amat kuat untuk menembusi perisai serta Golem yang\ndimiliki oleh BoboiBoy Tanah.\n\nAndaikata dia\nmampu pergi ke tahap kedua, iaitu BoboiBoy Thorn, mungkin perlawanan ini boleh\njadi lebih menarik. Dengan teknik Akar Berduri, BoboiBoy Thorn mampu\nmengeluarkan akar dari tanah, serta menyerang dan cuba untuk menjerut\nmangsanya. Masalahnya masih lagi sama, dari aspek suhu, BoboiBoy Api dan Ais\nakan menang. Dari aspek kelajuan pula, kalau kita rujuk pada filem BoboiBoy\nkedua serta BoboiBoy Galaksi, BoboiBoy Thorn mampu \u201cmelahirkan\u201d akar dalam\nkeadaan ruang angkasa. Ini bermakna Thorn mampu mencambahkan tumbuhan dan akar\nsecara semulajadi. Kalau ikut rekod sains, kepantasan tumbuhan paling laju\npenah direkodkan adalah buluh yang mampu tumbuh pada kadar 0.00003 kmph. Aduh\nlambatnya! Mampu ke nak kejar BoboiBoy lain yang mampu terbang?\n\nSebagai tambahan, hukuman dengan menggunakan tumbuhan ni sebenarnya pernah dipraktikkan pada masa lampau, di Tanah Melayu sendiri! Pesalah yang bersalah akan dibaringkan pada satu pucuk buluh muda, dan mereka akan diletakkan di sana pada tempoh masa yang agak lama. Buluh tersebut akan membesar, dan menembusinya daging mangsanya. Sungguh menggerunkan. Teknik seksaan ini merupakan salah satu teknik seksaan paling kejam di dunia, kerana mangsa akan mati sambil merasai kesakitan yang amat perlahan.\n\nJadi, mungkin\nBoboiBoy Thorn nampak macam lemah dan berada di tangga ketujuh, tapi andaikata\ndia mampu mengejar BoboiBoy lain dan menjerat mereka, dia ada kebarangkalian\nyang tinggi untuk menang.\n\nBerada satu\ntahap di hadapan BoboiBoy Daun, BoboiBoy Angin merupakan BoboiBoy yang memiliki\nkuasa untuk mengawal angin (aerokinesis). Kebolehan utama BoboiBoy Angin ni\ndalam siri animasi berkisar kepada kebolehan BoboiBoy untuk menggunakan taufan\ndan puting beliung sebagai senjatanya. Jadi, tak ada masalah untuk BoboiBoy\nAngin bertarung dengan BoboiBoy Daun, kerana selain mampu memanipulasi\npergerakan Lontaran Daun, teknik-teknik taufan yang digunakan oleh Angin juga\nmampu menjadi perisai terhadap teknik Akar Berduri BoboiBoy Thorn. Cuma masalah\ndengan taufan adalah, terdapat satu titik buta di tengah-tengah taufan, dipanggil\n\u201cEye of the storm\u201d. Sekiranya BoboiBoy Thorn bijak mencari perluang, dia boleh\nmenyerang BoboiBoy Angin dari arah bawah tanah Eye of The Storm ini dan\nmenangkap BoboiBoy Angin.\n\nSebab kenapa\nBoboiBoy Angin berada di bawah BoboiBoy Air dan Api adalah, kerana BoboiBoy\nAir, Tanah dan Api mengawal benda-benda penting untuk BoboiBoy Angin, iaitu\nsuhu dan tekanan. BoboiBoy Api dan Air mampu mengawal suhu di arena perlawanan\nmereka. Sekiranya hari tersebut agak panas, udara akan menjadi kering, dan\nmolekul air di udara akan tersejat, dan angin akan bergerak dengan laju.\nSekiranya hari tersebut tidak berapa nak panas, molekul air di udara akan\nmenjadi banyak, menyebabkan ketumpatan udara bertambah, serta melambatkan\npergerakan angin. Tanah pula dilihat tidak akan terkesan dengan Angin, hatta\nsekiranya taufan berlaku. Sekiranya Angin ingin mengalahkan teknik Tanah\nPelindung, satu puting beliung dengan magnitude yang tinggi perlu diberi hanya\nuntuk merobohkan pelindung tersebut. Teknik Taufan mungkin mampu mengangkat\nGolem Tanah, namun mengikut pandangan panel penilai, BoboiBoy Angin sukar nak\nmengalahkan BoboiBoy Tanah.\n\nTempat kelima\ndan tempat keempat dikongsi oleh BoboiBoy Api (pyrokinesis) dan BoboiBoy Air\n(Hydrokinesis). Merupakan dua elemental yang mampu mengawal suhu, sekiranya\nmereka bertemu antara satu sama lain, sukar nak ditentukan siapa akan kalah dan\nsiapa akan menang. Bersandarkan pada personaliti, BoboiBoy Api berkemungkinan\nmenang kerana dia lebih bersemangat dalam pertarungan, manakala BoboiBoy Air\nterkenal dengan sifat malasnya. Dari segi teknik pertempuran pula, mereka\nberdua kelihatan amat berbeza, kerana BoboiBoy Api merupakan seorang pertempur\njarak dekat, dengan tekniknya tinju berapi, manakala BoboiBoy Air pula lebih\nkepada serangan jarak jauh seperti Tembakan Air dan Panahan Ais (tahap kedua\nBoboiBoy Air). Jadi, disebabkan mereka berada pada tahap yang sama, yang\nmembezakan mereka cumalah skill dan kawalan emosi mereka pada waktu itu.\n\n(seperti diatas)\n\nBerada di tempat\nketiga, kita ada BoboiBoy Petir, salah satu BoboiBoy pertama yang diperkenalkan\npada musim pertama BoboiBoy. Salah satu sebab kenapa BoboiBoy Petir berada di\ntempat ketiga adalah kerana BoboiBoy Petir mempunyai kelajuan yang amat tinggi,\nyang rasanya hanya boleh ditandingi oleh BoboiBoy Cahaya. Menurut kiraan\nWikipedia, kelajuan petir adalah 27,800 km/j, hampir 1/3 dari kelajuan\ncahaya. Wow, lajunya! Sepantas kilat!\n\nJadi, sekiranya\nberlaku pergaduhan, elemental lain akan mengalami kesusahan untuk nak mengejar\nBoboiBoy Petir ni.\n\nDari segi kuasa kemusnahan pula, mana yang lagi kuat, BoboiBoy Petir ke BoboiBoy Api? Andaikata mereka berdua buat lontaran bola kuasa, dan bertembung antara satu sama lain, mengikut anggaran, BoboiBoy Petir akan menang, kerana tenaga yang dimiliki oleh petir dalam alam semulajadi sebenarnya adalah lebih tinggi dari tenaga api. Menurut Quora ini, kiraan di petir secara umumnya mempunyai tenaga sebanyak 5 GigaJoule, manakala api (andaikata api tu dibakar oleh bahan bakar), ia akan mempunyai tenaga sebanyak 127 MegaJoule. Beza tenaga mereka di situ adalah dalam 1000 Joule. Banyak tu! Ditambah dengan kebolehan petir untuk membuat kejutan elektrik (elektrik shock) yang tak ada pada elemen api, elemen petir ini terlampau hebat.\n\nKalau BoboiBoy\nAir lawan BoboiBoy Petir macamana? Akan berlaku Hydrolysis,\nsatu keadaan di mana air tu sendiri terpecah menjadi dua molekul, oksigen dan\nhydrogen. Jadi, tak payahlah cuba bayangkan. Memang confirm kalah.\n\nYa, BoboiBoy\nPetir mungkin laju, tapi ada satu perisai yang BoboiBoy Petir tak mampu nak\nkalahkan, iaitu Perisai Tanah. Tanah merupakan penebat petir yang baik, bahkan Bumi\nini diketahui menjadi tempat simpanan cas-cas elektrik. Maknanya, andaikata\nBoboiBoy Petir menggunakan tenaga elektrik terhadap BoboiBoy Tanah, secara\nteorinya, BoboiBoy Tanah boleh meng-ground-kan cas yang dihantar oleh BoboiBoy\nPetir tersebut.\n\nSatu benda yang\nmembuatkan BoboiBoy Tanah berada di kedudukan kedua adalah kerana\nversetalitinya. Dia merupakan BoboiBoy yang tidak terlampau fokus pada aspek\nserangan mahupun pertahanan, kerana dia memiliki kedua-duanya dan mampu\nmenggunapakai kedua-duanya serentak. Teknik Golem Tanah yang dia miliki\nmembolehkan dia menyeru Golem Tanah, dan Golem tersebut bertindak sebagai satu\nunit serangan. Bayangkan. Tu kalau dia keluarkan satu Golem. Kalau dia buat\ntentera Golem? Wah.\n\nDengan anggaran\ntinggi 2 meter, Golem Tanah BoboiBoy mampu mempunyai berat sebesar 110,000 kg\n(kiraan sendiri). Dengan berat ini, daya yang mampu dikenakan oleh Golem ini\nterhadap lawannya adalah sebanyak 1,000,000 Newton (Satu juta Newton). Jumlah\ndaya ni hampir sama dengan jumlah daya enjin\nMerlin dari roket SpaceX Falcon 1, sewaktu dia sedang berlepas dan melawan\ngraviti Bumi. \n\nBoboiBoy ini\nperlu diakui merupakan BoboiBoy paling kuat di antara kesemua BoboiBoy. Dengan\nnamanya yang mewakili elemental cahaya, dia sepatutnya mempunyai kelajuan\nsepantas cahaya, yang merupakan kelajuan paling laju dalam alam semesta\n(menurut Einstein). Jadi, dapat difahami la kenapa dia menang dari segi\nketangkasan.\n\nDari segi\nserangan pula, dia digambarkan dalam BoboiBoy Galaxy episode terakhir sebagai\nmempunyai kebolehan serangan Tembakan Solar. Serangan ini, walaupun mempunyai\nkeaamatan yang tinggi, namun satu kelemahannya adalah ia mampu dipantulkan.\nKalau ikutkan, serangan BoboiBoy Solar ni seakan-akan serangan laser (sebab\nlaser merupakan cahaya dengan keamatan yang amat tinggi). Kalaulah BoboiBoy\nCahaya mampu guna serangan laser, dia perlu diiktiraf sebagai elemen terkuat\nBoboiBoy kerana laser mampu digunakan untuk memotong\nbesi! Satu pertembungan yang menarik sebenarnya adalah pertembungan antara\nBoboiBoy Cahaya dengan BoboiBoy Tanah. Pertarungan watak BoboiBoy yang memiliki\nserangan terkuat (BoboiBoy Cahaya) dengan watak BoboiBoy yang memiliki\npertahanan yang paling ampuh (BoboiBoy Tanah), perlawanan tersebut pastinya\nmenjadi perlawanan yang terbaik (bak kata Papa Zola).\n\nBaiklah.\nSebenarnya ada sebab kenapa dua elemental ini berada pada tempat kedua dan\npertama. Elemen Cahaya dan elemen Tanah ditunjukkan mempunyai tahap yang lebih\ntinggi, yang hanya dikuasai oleh Retak\u2019ka dan Hang Kasa. Retak\u2019ka, dalam filem\ntersebut, memiliki kuasa gamma, dan hal ini meletakkan masa depan BoboiBoy\ndalam keadaan yang amat menarik. Dalam keadaan sekarang, pada tahap kedua,\nBoboiBoy Solar dilihat amat berkuasa dengan serangan yang dia miliki, namun\npenambahan kuasa gamma (yang merupakan sebahagian daripada keluarga gelombang\ncahaya), aduh, jumlah radiasi yang dimiliki olehnya amat tinggi. Dalam erti\nkata lain, sekiranya wujud BoboiBoy Gamma, ia pasti menjadi amat hebat, kerana\nradiasi Gamma merupakan radiasi dengan tenaga paling kuat. Dengan radiasi gamma\nyang rendah pun, DNA\nmanusia mampu berubah!\n\nSatu lagi\nelemental yang kami jangka akan menjadi menarik adalah tahap tinggi elemental\nTanah, iaitu elemen Kristal. Buat masa sekarang, kristal merupakan bahan\nsemulajadi paling kuat dan tahan dalam dunia. Ada beberapa bahan buatan\nmanusia lain yang lebih kuat dari kristal dan berlian, namun dari sudut\nBoboiBoy, antara kesemua elemental yang wujud, BoboiBoy Kristal sepatutnya\nboleh diiktiraf sebagai BoboiBoy paling kental.\n\nDalam filem\nkedua juga, Retak\u2019ka menunjukkan beberapa sisi lebih tinggi kuasa elemental,\nseperti elemental Voltra (elemental tier tinggi bagi BoboiBoy Petir) sewaktu\ndia menyedut kuasa di planet Gurlatan. Retak\u2019ka juga sempat meng\u201dupgrade\u201d\nelemen Angin menjadi Beliung di planet Bayugan dan menggunakan elemental\ntersebut untuk mengalahkan Hang Kasa. Namun, kuasa penuh kesemua elemental yang\ntelah di upgrade tidak dapat ditunjukkan oleh Retak\u2019ka kerana untuk menguasai\nelemental pada tahap lebih tinggi, pengguna kuasa elemental perlu menggunakan\nsfera kuasa elemental tersebut, sepertimana yang dipersembahkan oleh Hang Kasa\nyang menggunapakai Sfera Kuasa elemental Kristal.\n\nMaka, kita boleh bayangkan, akan banyak lagi upgrade yang kita akan dapat lihat pada masa akan datang untuk BoboiBoy.\n\nDiskusi: https://boboiboy.fandom.com/wiki/Thread:36907" "Anda ada RM 50.\n\nAnda belanja RM 20. Bakinya RM 30.\n\nAnda belanja RM 15. Bakinya RM 15. \n\nAnda belanja RM 9. Bakinya RM 6. \n\nAnda belanja RM 6. Bakinya RM 0.\n\nSekarang cuma anda tambahkan jumlah perbelanjaan anda.\n\n20 + 15 + 9 + 6 = 50. \n\nYup, tiada masalah. Dapat semula RM 50.\n\nTapi sekarang cuba anda tambahkan jumlah baki anda.\n\n30 + 15 + 6 + 0 = 51\n\nEh, dari mana datang RM 1 daripada baki tu???\n\nSebenarnya, soalan yang pernah tular berkali \u2013 kali ini tidak lain hanyalah soalan helah. \n\n\nRingkasnya, soalan tersebut adalah sebuah falasi logika. Yang sepatutnya menghasilkan semua jumlah RM 50 yang asal adalah kolum perbelanjaan, bukan kolum baki.\n\n\nJumlah kolum baki tersebut memang tidak sepatutnya ditambah, dan jika ditambah pun, hasilnya memang sepatutnya tidak sama.\n\nApa jadi jika kita mengocok turutan perbelanjaan daripada soalan di atas?\n\nAnda ada RM 50.\n\nAnda belanja RM 15. Bakinya RM 35.\n\nAnda belanja RM 9. Bakinya RM 26. \n\nAnda belanja RM 20. Bakinya RM 6. \n\nAnda belanja RM 6. Bakinya RM 0.\n\nMaka sekarang jumlah perbelanjaan adalah RM 50.\n\nTapi jumlah baki pula RM 67 !\n\nBegitu juga jika cuba bereksperimen dengan kes \u2013 kes lain. Kita akan dapat perhatikan jumlah hasil tambah baki memang sepatutnya tidak sama dengan jumlah hasil tambah perbelanjaan!\n\nAnda ada RM 100\n\n Anda ada RM 100 \n\n Anda ada RM 50 \n\nSecara umumnya, kita boleh persembahkan masalah tersebut secara matematik sebegini:\n\n Anda ada RM 50 .\n\nKatakan anda belanjakan duit tersebut dalam empat siri transaksi s1,\u00a0s2,\u00a0s3,\u00a0s4, bakinya adalah seperti berikut\n\nMaka perhatikan jumlah bagi kolum baki adalah:\n\n 200 \u2013 4s1\u00a0\u2013 3s2\u00a0\u2013 2s3\u00a0\u2013\u00a0s4\n\nJadi tiada sebab untuk jumlah kolum tersebut bersamaan dengan 50. Pembuat soalan ini sengaja berhelah menyusun nombor \u2013 nombor tersebut supaya memperoleh baki 1.\n\nQuora, mindyourdecisions" "Bayangkan sebuah (seorang?) robot. Warna apa anda bayangkan? Berkemungkinan anda sedang bayangkan sama ada warna putih atau krom, sebab jarang jumpa robot warna selain itu.\n\nMaka para pengkaji daripada Universiti of Canterbury pun bertanya, \u201cKita ni rasis tak dengan warna robot?\u201d\n\nUntuk menjawab persoalan ini, mereka mengumpul 163 orang dalam satu kajian, dan mereka guna pakai \u2018paradigma penembak bias\u2019 untuk mengenal pasti sama ada orang melihat robot dengan kaca mata perkauman seperti \u2018hitam\u2019, \u2018putih\u2019 atau Asia.\n\nBias penempak adalah suatu konsep yang biasa diguna pakai untuk tentukan sama ada pihak polis lebih mudah menembak golongan bukan berkulit putih, tanpa mengira ada ancaman nyawa atau tidak.\n\nPeserta ditunjukkan beberapa siri imej, manusia dan robot, bersenjata dan tidak, kulit putih dan kulit hitam. Jika peserta merasakan ada ancaman, mereka menekan butang \u2018tembak\u2019.\n\nKeputusannya adalah, robot warna hitam yang tidak bersenjata ditembak lebih kerap berbanding robot putih tidak bersenjata. Bukan itu saja, mereka ditempak lebih cepat juga, menandakan reaksi yang lebih mengikut naluri berbanding menganalisis informasi sekitar. \n\n\u201cBias ini jelas menunjukkan rasisme ke atas orang kulit hitam, sehingga diguna pakai juga ke atas robot yang berwarna hitam\u201d\n\nDaripada kajian ini, mereka yang bekerja dalam industri robot mungkin perlu ambil cakna, bahawa warna yang mereka pilih untuk robot mereka mungkin boleh menyebabkan orang pandang serong padanya.\n\nKatakan pada masa depan, ada robot yang berfungsi sebagai guru, atau tukang masak, atau penjaga, maka masalah besar lah jika semua robot ini dibuat warna putih \u2013 mewakili orang kulit putih.\n\nSudah pasti, kajian ini juga mempunyai limitasi, iaitu ia hanya terpakai kepada orang Amerika sahaja, yang sememangnya miliki sejarah perkauman. \n\nBegitu juga, mungkin bentuk robot tersebut memainkan faktor persepsi orang ke atas mereka." "Cuba anda tengok GIF ini:\n\nMacam boleh dengar bunyi bukan? Lebih spesifik, dengar macam muzik \u2018We will we will rock you\u2019.\n\n Hairannya, video di atas ternyata merupakan\u00a0GIF\u00a0(Graphics Interchange Format), iaitu hanyalah gambar berulang \u2013 ulang yang tidak mempunyai sebarang bunyi. Format gambar ini digunakan secara meluas di internet, tapi beberapa GIF tular apabila ramai yang menyatakan mereka dapat \u2018mendengarnya\u2019. \n\nFenomena ini dipanggil \u2018visually evoked auditory response\u2019 (vEAR) menurut artikel\u00a0NewScientist, iaitu apabila kita mendengar bunyi \u2013 bunyian pada gambar bergerak yang senyap.\n\nvEAR adalah sejenis\u00a0synaesthesia, iaitu apabila satu deria diaktifkan, deria lain yang tiada kaitan pun turut beraktivasi sama. Apabila melihat warna, terasa perasa di lidah, dan apabila melihat dengan mata, telinga turut mendengar sama.\n\nBerikut adalah kompilasi \u2013 kompilasi GIF senyap yang kita macam boleh dengar!" "Progressive Face Super Resolution adalah model pembelajaran mesin yang dilatih untuk membina semula imej wajah daripada imej input sekecil 16 x 16 piksel. Ia kemudian mampu membesarkannya menjadi gambar realistik berskala besar 128 x 128 piksel.\n\nBerikut adalah satu contoh:\n\nNampaknya hasilnya agak tepat dengan gambar asal. Namun beberapa wanita miliki misai. Tak tahu kenapa AI tersebut suka misai pada wajah wanita. \n\nNamun sesetengah contoh menghasilkan \u2018parut Harry Potter yang aneh\u2019. \n\nBagaimanapun, contoh \u2013 contoh di atas adalah senario paling baik buat model algoritma tersebut. Wajah \u2013 wajah tersebut dipotong pada saiz yang tepat, dan kodnya sama dengan kod yang digunakan untuk melatih model. \n\nContoh \u2013 contoh di atas adalah menepati kehendak model tersebut.\n\nGambar macam mana yang tak menepati kehendak model?\n\nMungkin soalan awal yang kita akan tanya adalah, apa akan jadi sekiranya kita suruh model tersebut membina imej emoji 16 x 16 piksel?\n\nInilah hasilnya. Oh jangan tengok pada waktu malam .\n\nDisebabkan model algoritma tersebut dilatih untuk mencari tanda \u2013 tanda wajah, ia berusaha bersungguh \u2013 sungguh untuk melukis mata dan lubang hidup pada piksel tunggal.\n\nDan rasanya peperoni pada pizza tersebut diperbuat daripada bibir manusia .\n\nBerikut pula adalah beberapa percubaan untuk merealistikkan sprite daripada permainan video terkenal:\n\nTapi apa jadi sekiranya kita mencuba network neural \u2018Face Super-Resolution\u2019 tersebut pada video 16 x 16 piksel?\n\nHasilnya adalah bentuk jembalang yang mungkin boleh masuk dalam Majalah Mastika..\n\nYou can ENHANCE! a 16\u00d716 pixel video with a 'Face Super-Resolution' neural network but it basically turns it into a DeepFake of THE DEVIL. ?YouTube Version: https://t.co/kez5qvgIFC pic.twitter.com/MOug5OjNaS\n\nSeperti yang dilihat, algoritma Kecerdasan Buatan tersebut masih lagi miliki beberapa kelemahan yang sudah pasti akan diperbaik pada masa hadapan. \n\nNamun begitu, ini adalah teknologi 2019. Itupun masih terbatas. Jadi maksudnya adakah teknologi zoom CSI 10 tahun lepas sebenarnya satu penipuan???" "Banyak haiwan yang terpaksa bersembunyi untuk meneruskan kehidupan. Tapi tak apa rakan \u2013 rakan bukan manusia sekalian, alam semula jadi sememangnya menakutkan. Kalau kami tak duduk di bawah pendingin hawa dalam rumah, sebaliknya dicampak ke hutan, kami pun akan sembunyi juga.\n\nTapi ada sesetengah haiwan yang kemahiran bersembunyi mereka mencapai taraf 5 bintang. Jika mereka main sembunyi \u2013 sembunyi dengan kita, mungkin sampai berjanggut pun kita tak temui mereka.\n\nJadi, berikut adalah 5 haiwan dengan teknik penyamaran yang menakjubkan!\n\nEh jap, kenapa ada serangga / semut melekat pada sayap lalat di atas? Diorang terperangkap ke? \n\nEh tak, sebenarnya itu bukan serangga. Sebaliknya satu lukisan atau tatoo pada sayap lalat Goniurellia tridens tersebut. Tak, bukan ada saintis yang gatal pergi lukis sebab nak buat eksperimen pelik. Lalat tu memang miliki corak serangga tu secara semulajadi. \n\nKenapa ada corak serangga tersebut pada lalat buah tu? Adakah ia satu trend hipster dunia lalat? Atau ia gambar serangga yang membunuh pasangan lalat tersebut dan ia mahu membalas dendam mencari mereka ke hujung dunia (banyak sangat tengok anime ni).\n\nTidak diketahui dengan pasti puncanya. Tetapi antara teorinya corak serangga tersebut bertujuan untuk menarik perhatian pasangan (tak tahu lah kenapa gf lalat suka dengan corak tu, mungkin sebab nampak macam lelaki nakal kot). Ada yang mengatakan corak itu bertujuan menghalau pemangsa, kerana mereka akan lihat seolah \u2013 olah lalat itu sedang dimakan pemangsa lain, atau sedang dikerumuni haiwan berbahaya.\n\nAda juga yang mengatakan bahawa corak itu hanya kebetulan, kerana ada banyak corak lain pada sayap \u2013 sayap lalat yang tak nampak macam semut pun. Kita saja yang ingat ia seperti semut.\n\nApa yang anda lihat di atas bukanlah ranting kayu berlumut biasa, sebaliknya merupakan seekor serangga ranting Phasmatodea.\n\nSerangga ni begitu pakar menyamarkan dirinya sebagai ranting kayu yang tidak bersalah sehingga macam mana ia boleh ditemui pun jadi satu persoalan. Orang yang ambil gambar itu secara tak sengaja lihat ada satu \u2018ranting kayu\u2019 yang bergoyang \u2013 goyang, sebelum perasan bahawa ia sebenarnya seekor serangga.\n\nMasih tak percaya ia seekor serangga? Jom kita ambil gambar secara lebih dekat:\n\nBetul. Atas tu ada kupu \u2013 kupu. Tak tipu. \n\nUropyia meticulodina adalah sejenis kupu \u2013 kupu Cina yang nampak sama betul macam daun kering. \n\nDan penyamaran ini sangat mengagumkan! Tengok kesan bayang, urat daun tu! Kita tengok kepaknya semacam daun yang berlipat kan? Sebenarnya tidak, kesan lipatan itu adalah ilusi optik semula jadi!\n\nTak percaya? Tengok video ni. Kepaknya adalah kepak normal seperti kupu \u2013 kupu lain. \n\nBayangkan anda sedang bercengkarama di taman. Anda pegang bunga, anda belai daun. Tiba \u2013 tiba anda terasa ada benda berbulu pada daun tersebut, dan . Jeng!! Ada ulat beluncas hinggap di tangan anda!!!\n\nAHHHHHHHHH\n\nEhem.\n\nIni adalah Euthalia aconthea, atau ulat bulu baron.\n\nWow nampak terang betul. Menyamar apa tu. Nampak macam lampu neon yang minta diri dia dimakan. Sekarang cuba letak beliau di atas sehelai daun hijau.\n\nulat beluncas common baron ini banyak ditemui di India dan di Asia Tenggara (yup, tempat kita la). Ia suka makan daun pada pohon mangga dan gajus. Jadi fikir la dua kali sebelum anda curi buah mangga.\n\nUlat ni akan memposisikan dirinya pada urat daun yang berwarna cerah itu sehingga ia sukar dibezakan dengan daun yang tidak bersalah.\n\nAda seekor labah \u2013 labah pada gambar di atas. Ya betul, ada.\n\nAtau mungkin ada puluhan labah \u2013 labah sebenarnya. Siapa tahu kan?\n\nLabah \u2013 labah Ocyale Guttata adalah spesis labah \u2013 labah musang yang wujud yang menyedarkan manusia betapa pentingnya inovasi yang dipanggil kasut. \n\nSpesis labah \u2013 labah ini menyorokkan dirinya dengan begitu berkesan sekali pada jenis tanah batu \u2013 batuan kecil yang biasa ditemui di taman permainan kanak \u2013 kanak dan pantai. \n\nLabah \u2013 labah musang adalah antara pemangsa yang berprolifik dalam dunia kelabah \u2013 labahan. Mereka tidak membuat sarang, tak menyorok di tempat gelap, sebaliknya merayap dengan bebas di tanah terbuka untuk mencari mangsa.\n\nLepas ni tak nak jalan atas tanah dah." "Huang Yu sedih sebab kucing British shorthairnya yang bernama Garlic baru saja meninggal dunia. Ada satu saja cara beliau mengubati kesedihannya ; iaitu mengklon kucing yang sama.\n\nKemudian muncullah Sinogene menghulurkan tangan. Sinogene adalah syarikat pengklonan haiwan yang berpusat di Beijing, yang telah mengklon lebih daripada 40 anjing peliharaan.\n\nMereka menggunakan teknologi pengklonan sel somatik. Ia adalah teknologi yang agak baru, dan terdapat beberapa cabaran untuk melakukannya. Tetapi mereka bersedia melakukan pengklonan tersebut.\n\n\u201cKitaran reproduksi kucing agak istimewa dan teknik pengklonan mereka agak sukar. Operasi ini berat. Pengklonan kucing yang berjaya ini adalah antara beberapa kes yang berjaya di dunia, menjadikan China negara yang ke hadapan dalam bidang pengklonan\u201d kata ahli veterinar Shi Zhensheng.\n\nUntuk mengklon Garlic, saintis menanam sel kulit daripada Garlic yang asal ke dalam telur \u2013 telur yang diperoleh daripada kucing lain. Setelah dibuat kejutan elektrik atau kimia, 40 embrio klon ditanam ke dalam kandungan empat ibu tumpangan. 3 mengandung, namun kemudian dua gugur. \n\nSetelah 66 hari, Garlic 2.0 lahir pada 21 Julai 2019 menerusi kelahiran semula jadi dan genetiknya sepenuhnya sama dengan sel somatik Garlic yang telah meninggal dunia.\n\nKeseluruhan prosedur menelan kos 250,000 yuan ($35,400). Tapi Yu tidak kisah, kerana beliau begitu rindukan kucingnya Garlic dan sanggup membayar mahal untuk memeluk kembali kawan berbulunya itu.\n\nBeliau juga mengekalkan nama anak kucing klon barunya dengan nama kucing yang asal, iaitu Garlic. \n\n\u201cNamanya kekal Garlic kerana dalam hati saya, saya sentiasa rasakan anak kucing klon itu merupakan sambungan nyawa Garlic\u201d ujar Yu \n\nNamun apabila pertama kali melihat Garlic 2.0, Yu mendapati bahawa klon tersebut bukanlah 100% sama dengan Garlic yang asal. Rupa \u2013 rupanya tompok hitam pada dagu Garlic 2.0 tiada. Warna mata juga berbeza. Sinogene mengatakan bahawa proses pengklonan tersebut menghasilkan beberapa perbezaan fizikal, tetapi DNA nya memang sah sama.\n\n\u201cJika saya beritahu anda bahawa saya tak kecewa, maka saya menipulah\u201d kata Yu \u201cTapi saya boleh terima bahawa ada batasan teknologi\u201d.\n\nPengklonan haiwan peliharaan berkemungkinan menjadi satu bisnes di China. Daripada jutaan pemilik haiwan peliharaan di China, jika sebahagian daripada mereka sanggup mengeluarkan puluhan ribu dollar mengklon haiwan mereka, maka ia cukup lumayan. \n\nPengklonan haiwan ini bagaimanapun adalah sesuatu yang kontroversi kerana ia \u2018tidak berperikemanusiaan\u2019, \u2018tidak efisien\u2019, tidak dipastikan kesannya kepada kumpulan genetik, dan menjadikan ibu tumpangan sebagai tidak seperti mesin pengeluar anak.\n\nNamun, menurut New York Times, orang China rata \u2013 rata tidak kisah akan pengklonan. Ramai orang China yang menganggap menggunakan haiwan untuk kajian perubatan atau perubatan sebagai tidak bermasalah dan tidak kejam. Tiada undang \u2013 undang terhadap kekejaman ke atas haiwan." "Ada dua buah yang selalu dibandingkan oleh orang Melayu, iaitu timun dan durian. Lihat pada peribahasa \u2013 peribahasa di bawah:\n\nBagi kesemua contoh di atas, dualisme durian dan timun kesemuanya berkisar tentang kuasa, penindasan, dan pengaruh.\n\nTapi kenapa Melayu memilih dua objek ini untuk menyampaikan mesej tersebut? Rupa \u2013 rupanya menurut pengkaji linguistik daripada Persatuan Linguistik Malaysia dalam artikel \u2018 Refleksi Dualisme \u2018Durian-Timun\u2019 Dalam Peribahasa Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisitif\u2018, ia menerangkan secara halus tentang akal budi orang Melayu.\n\nMereka membahagikan tiga tahap kefahaman untuk kita memahami akal budi Melayu melalui peribahasa:\n\nTahap 1 melihat secara zahir fizikal objek durian dan timun. Durian yang bersifat keras dan berduri dapatlah ditafsir sebagai orang yang berkuasa, sedangkan timun pula lembut dan licin permukaan kulitnya, maka ia mewakili orang yang lemah.\n\nTahap 2 meneroka lebih dalam tentang sifat timun dan durian.\n\nSifat durian apabila kita senaraikan ia memiliki:\n\nManakala timun pula memiliki ciri \u2013 ciri berikut:\n\nMaka apabila dibandingkan secara langsung timun dan durian, orang Melayu mengeluarkan mesej \u201d pertentangan kuasa iaitu antara kuasa yang dominan (kuat) dan kuasa yang lemah\u201d.\n\nApatah lagi, apabila kita melagakan dan menindih kulit timun dengan durian, kulit timun akan rosak sedangkan kulit durian tidak terjejas. Orang Melayu melihat hal ini sebagai berat sebelah, bagaikan orang yang kuat melawan orang lemah.\n\nPenelitian lebih mendalam mendapati orang Melayu melihat timun dan durian sebagai perlambangan dua gender.\n\nDurian ditafsirkan sebagai \u2018lelaki\u2019, kerana unsurnya panas. Sifat fizikal buah durian yang berduri , keras, tajam serta susah untuk dibuka telah diumpamakan sebagai seorang lelaki yang lazimnya memiliki sifat yang kuat, teguh serta mempunyai sistem ketahanan diri yang lebih.\n\nManakala timun pula dilihat berjantina \u2018wanita\u2019.\n\nSifat timun yang lembut dan berair telah melambangkan sifat perempuan yang sensitif dan dianggap lemah.\n\nOrang Melayu juga melihat sifat durian yang boleh melukakan individu yang bergesel dengannya, malah sehingga memerlukan kain untuk memegang buah durian.\n\nCiri-ciri yang dimiliki oleh buah ini, telah diaplikasikan kepada orang yang mempunyai \u2018kuasa\u2019 atau \u2018pengaruh\u2019 yang besar. Sikap \u2018salah guna kuasa\u2019 menyebabkan individu atau pihak yang berpengaruh bertindak untuk \u2018menindas\u2019 pihak yang lemah.\n\nPemerhatian yang tinggi terhadap sesuatu sifat alam flora menyebabkan kewujudan perumpamaan \u2018durian\u2019 dan \u2018timun\u2019 yang dikiaskan dalam peribahasa Melayu.\n\nNamun sungguh pun demikian, orang Melayu tidaklah menyalahkan durian dan merendahkan timun, sebaliknya hati budi Melayu melihat kedua \u2013 dua buah tersebut saling melengkapi.\n\nBuah durian berunsur panas manakala buah timun berunsur sejuk. Buah durian mampu menjadikan badan seseorang panas, namun dengan memakan buah timun, seharusnya dapat meneutralkan keadaan suhu badan seseorang itu.\n\nBagi orang yang berpengaruh dan berkuasa, peranan mereka adalah memberikan arahan kepada pihak bawahan yang tidak bercanggah dengan kuasa pentadbiran. Manakala orang bawahan boleh mendengar arahan selagi tidak bertentangan dengan hak dan peraturan.\n\nItulah kebijaksanaan orang Melayu dalam mentafsir unsur alam ke dalam sistem sosial kehidupan." "Ahli arkeologi menemui objek yang mirip dengan telefon pintar moden Iphone pada rangka wanita yang berusia lebih 2000 tahun.\n\nObjek itu ditemui di makam perkuburan misteri yang dipanggil \u2018The Russian Atlantis\u2019 di Republik Tuva, Rusia, lapor siberiantimes.\n\nMakam wanita yang nampaknya gemar berfesyen itu \u2013 dipanggil Natasha (sebagai gurauan) bersama aksesori Iphonenya, ditemui setelah kawasan tersebut kering pada musim panas.\n\nNamun sebelum mana \u2013 mana teori konspirasi mengenai pengembaraan masa muncul, haruslah dijelaskan bahawa objek itu bukanlah Iphone.\n\nObjek yang berukuran 18 cm x 9 cm itu sebenarnya adalah kepala tali pinggang yang bersaiz besar, dan syiling yang menghiasinya dipercayai telah dicetak sekitar 2137 tahun yang lalu.\n\nBagaimana saintis dapat menentukan tarikh tali pinggang tersebut? Kerana syiling yang menghiasi kepala tali pinggang tersebut adalah syiling China wuzhu, yang dihasilkan paling awal pada 2137 tahun lepas.\n\n\u201cKawasan ini adalah satu sensasi saintifik\u201d kata Dr Marina Kilunovskaya yang mengetuai ekspedisi arkeologi tersebut\n\n\u201cKami bernasib baik dapat menemui tempat pengebumian nomad yang kaya raya ini, yang tidak dikacau oleh mana \u2013 mana perompak kuburan\u201d.\n\nBagaimanapun, jika diperhatikan dengan lebih teliti, kepala tali pinggang tersebut sebenarnya nampak lebih mirip Samsung berbanding Iphone.\n\nMungkin jika dikorek kubur yang lebih tua, mungkin kita boleh temui Nokia Ngage pula." "Jarang kita berjumpa dengan kartun atau animasi berkenaan topik matematik tambahan.\n\nLagi jarang lagi kita berjumpa dengan animasi berkenaan topik matematik tambahan yang seakan \u2013 akan anime pertarungan ala One Punch Man dan Dragon Ball.\n\nDalam siri animasi MISI yang terbaru, penonton dibawa meneroka adegan \u2018pertempuran\u2019 pelajar \u2013 pelajar sekolah menengah vs soalan matematik tambahan.\n\nVideo animasi yang bertajuk \u2018Krisis Quadratic Equation\u2019 itu boleh ditonton di bawah:\n\nSoalan matematik yang menyuruh pelajar mencari julat nilai x itu dipersembahkan menyerupai sebuah robot yang menakutkan dan berkuasa.\n\nPelajar \u2013 pelajar itu kemudian cuba menumpaskan soalan tersebut dengan menggunakan senjata \u2013 senjata, yang menariknya, merupakan alatan matematik. Jangka lukis digunakan sebagai pedang, kalkulator sebagai pistol dan sesiku segi tiga sebagai perisai (Kreatif!). Namun ternyata tidak berkesan untuk menumpaskan robot tersebut.\n\nSetelah serangan bertalu \u2013 talu yang tidak mengemekkan sedikit pun robot itu, pelajar \u2013 pelajar tersebut mula hilang punca dan hampir menyerah, namun kemudian mereka diselamatkan oleh pelajar \u2013 pelajar genius yang baru pulang dari Olimpiad. Watak kegemaran penulis, Mat, punyalah hebat sampai boleh hadang serangan robot macam makan karipap.\n\nSetelah robot tersebut diselesaikan (dibelasah), akhirnya ilusi menakutkan itu pun bertukar menjadi bentuk soalan matematik yang sebenar. Ternyata, bayangan menakutkan terhadap satu topik yang susah boleh dihilangkan sekiranya kita berlatih dan tahu cara membelasah soalan tersebut. Begitu juga, sentiasa cari pertolongan rakan \u2013 rakan yang lebih mahir untuk membantu cara menewaskan soalan!" "Sebuah hantaran tular di media sosial kerana ia begitu unik dan menggelikan hati.\n\nSi suami membenarkan isterinya untuk menggunakan kad ATM nya, malah boleh dipakai seberapa banyak yang dia mahu.\n\nTapi syaratnya, untuk mendapatkan pin ATM kad tersebut, si isteri perlu menyelesaikan masalah kalkulus.\n\nSi isteri yang pantang diusik (dan pantang melepas duit) kemudian ternyata berjaya menyelesaikan soalan pengamiran tentu tersebut. Nombor pinnya didapati adalah 585376.\n\nHal ini memelikkan suami kerana isterinya bukanlah pandai matematik, bagaimana dapat diselesaikan?\n\nRupa \u2013 rupanya si isteri miliki strategi geliga .. Iaitu kebetulan salah seorang rakannya merupakan seorang pensyarah matematik. Maka dicampakkanlah soalan tersebut untuk diselesaikannya olehnya, mungkin dengan habuan belanja makan.\n\nKemudian sebagai isteri yang baik, dia juga turut memaklumkan jumlah baki yang tinggal kepada suaminya, tapi juga dalam bentuk soalan kalkulus.\n\nTernyata inilah baki yang tinggal .\n\nTapi bagi isteri \u2013 isteri lain yang tiada kawan pensyarah matematik bagaimana?\n\nMudah saja, gunakan Wolfram Alpha. Di mana ada duit, di situ ada jalan." "UPSR telah melabuhkan tirai pada hari ini (kecuali bagi calon Bahasa Cina dan Tamil). Bagi ramai murid Darjah 6, ini mungkin hari yang paling menggembirakan dalam hidup mereka setakat ini. \n\nNamun sebahagian calon tidak menyambut \u2018hari kemerdekaan\u2019 mereka dengan membaling mercun, terjun parit atau menconteng baju, sebaliknya mereka menamatkan peperiksaan terakhir fasa kehidupan sekolah rendah mereka dengan bersujud syukur.\n\nPemandangan ini begitu menyentuh hati masyarakat. Mereka meraikan hari kegembiraan mereka dengan bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan.\n\nBerikut adalah beberapa gambar sujud dari sekolah \u2013 sekolah di seluruh Malaysia:" "Carta \u2013 carta saintifik mungkin perkara paling akhir yang kita cari untuk puaskan kuota hal \u2013 hal pelik yang kita temui dalam kehidupan. Iyalah, nama pun carta saintifik. Sebut pun sambil menguap.\n\nTapi ada beberapa carta \u2013 carta saintifik yang cukup pelik yang kita susah nak percaya sebenarnya wujud.\n\nIaitu:\n\nDalam banyak \u2013 banyak benda yang boleh dipersembahkan secara saintifik, mungkin orang tak akan masukkan pun hasil buangan mereka di tandas \u2013 tandas kedai mamak dalam senarai.\n\nTapi pakar kesihatan menganggap bahawa metod \u2013 metod saintifik tetap perlu diguna pakai walaupun untuk menerangkan na .. (oh maaf kalau anda sedang makan boleh langkau dulu terus ke nombor empat) .. jis.\n\nDan na*** itu juga boleh dibahagikan kepada 7 jenis. (betul ni, kalau tengah makan skrol cepat \u2013 cepat sambil tutup mata).\n\nDi atas adalah Skala Tinja Bristol, yang dihasilkan dengan bangganya oleh Universiti Bristol dan the\u00a0Scandinavian Journal of Gastroenterology.\n\nSenarai tersebut sebenarnya tidaklah pelik sangat. Tapi cara penerangan benda alah itu yang buat tekak kembang. Tampak seperti saintis \u2013 saintis yang hasilkan skala tersebut memang sengaja menerangkan dengan cara paling jijik.\n\nContoh, cuba baca jenis 2.\n\nMacam sosej tapi masih bergumpal.\n\nBayangkan sosej kegemaran anda, rasai sensasi rasanya pada lidah, dan gabungkan dengan imej tandas.\n\nYup, seminggu lah kita tak makan sosej lepas ni.\n\nSkala Kinsey mengira berapa gay atau \u2018straight\u2019 nya anda. Atau dengan kata lain, kadar homoseksual atau heteroseksual anda.\n\nSkala tersebut bermula dengan 0 (laki cari perempuan, perempuan cari lelaki), kepada 6 (sepenuhnya laki cari lelaki dan perempuan cari perempuan).\n\nSoalan yang mungkin terpacul dalam minda adalah: \u201cEh jap. Macam mana homoseks pun boleh ada skala? Bukan hang berhubungan dengan perempuan atau berhubungan dengan lelaki je ke?\u201d\n\nItulah. Daripada skala Kinsey ini lah sekarang tersebar luasnya konsep \u2018kebendaliran seksualiti\u2019, maksudnya menurut gerakan LGBT, daya tarikan seksual seseorang bukanlah binari, ataupun bukanlah hanya ada homoseks atau heteroseks. Macam spektrum warna pelangi lah menurut mereka.\n\nDan itu sebabnya mengapa nama LGBTTQQIAAP+ pun macam pelangi. Boleh ditambah seberapa banyak huruf yang mahu kerana spektrum itu sifatnya cakupan yang tidak terbatas\n\nHarapnya sijil Halal tak dibuat macam ni. (Produk kami Halal pada skala 5 / 6 . Kami letak babi sikit je).\n\nSkala kesakitan sekali dengar sememangnya suatu konsep yang bagus. Ia mengira kadar kesakitan dan ketidakselesaan pesakit sewaktu ujian. Ia merupakan alat diagnosa yang penting untuk doktor.\n\nJadi kenapa skala ini berada dalam senarai?\n\nSebab walaupun konsepnya bagus, tapi pelaksanaannya . buat orang garu kepala.\n\nSkala kesakitan saintifik ini nampak macam . lukisan kita waktu umur 6 tahun dahulu. Dan memandangkan penggunaannya sekarang meluas di seluruh dunia, kita mungkin dapat mendengar ketapan gigi ahli \u2013 ahli grafik dari segenap pelusuk alam.\n\nSkala 0 tiada masalah, nampak macam orang biasa yang gembira (walaupun mata juling sikit)\n\nSkala 2 nampak macam orang yang sedang lihat kalendar deadline tesis yang kena hantar lagi seminggu.\n\nKemudian ada kembar kesakitan sederhana. Yang belah kiri macam orang yang tengok pensyarah ada 56 slide lagi yang belum habis, belah kanan macam bila Youtuber kegemaran dah tak muat naik video untuk bulan ke sepuluh.\n\nSkala 8 adalah sangat sakit, macam lepas periksa matematik A level, lepas tu baru sedar kalkulator rupanya salah setting \u2018degree\u2019. Ada 5 soalan, semua tanya trigonometri.\n\nDan skala 10 adalah kesakitan yang paling sakit. Macam dapat berita pelukis One Piece meninggal dunia sebelum sempat habiskan pulau terakhir.\n\nSkala Stres Holmes dan Rahe adalah suatu jadual yang mengerikan.\n\nIa menyenaraikan semua tragedi \u2013 tragedi dan perubahan \u2013 perubahan besar dalam hidup seseorang dalam setahun beserta nilai untuk setiap peristiwa.\n\nCartanya berfungsi seperti ini. Semakin tinggi pangkat peristiwa tersebut, semakin banyak nilai unit perubahan kehidupan (LCU \u2013 Life Change Unit) yang ia miliki. Kalau anda masuk penjara, anda dapat 63 LCU. Tapi itu kurang berbanding markah anda bercerai dengan pasangan, 75 LCU.\n\nMengandung, markahnya 40 LCU, dipecat, 47 LCU.\n\nIni untuk versi dewasa, untuk versi kanak \u2013 kanak pun ada.\n\nSkala ini seolah menjadikan kehidupan seperti sebuah game yang mengumpul poin. Tetapi poin \u2013 poin kesengsaraan dan kesakitan. Apa akan jadi sekiranya anda kumpul poin sebanyaknya? Adakah anda temui cahaya kebenaran kehidupan? Dapat piala?\n\nTak. Anda menangi kematian. Semakin besar mata terkumpul, semakin tinggi risiko kematian. Menurut Holmes dan Rahe, berikut adalah kesan bagi setiap mata terkumpul:\n\nDiharapkan pro \u2013 pro gamer di luar sana tak ambil carta ini sebagai cabaran untuk mengumpul sebanyak mungkin mata terkumpul ya." "Kalau saya cerita pada anda tentang satu kelibat yang seakan ditutupi kain putih terapung \u2013 apung dalam kegelapan, apa anda fikir?\n\nHantu kan?\n\nJika selama ini rakaman \u2013 rakaman hantu banyak yang palsu, kabur, atau kualiti kentang, jangan risau, kerana kita akhirnya menemui hantu yang sebenar dalam kualiti HD. Kalau anda lemah semangat, jangan tonton!\n\nAhhhhhh\n\nJangan risau, \u2018hantu\u2019 itu sebenarnya bukanlah hantu, sebaliknya hanyalah obor \u2013 obor Deepstaria.\n\nIa ditemui oleh sekumpulan saintis yang menaiki kapal pengembaraan Nautilus, dan penemuan obor \u2013 obor ini bukanlah disambut dengan jeritan ketakutan, sebaliknya kegembiraan kerana mereka berpeluang mendokumentasikan spesis yang jarang dikenali ini di habitat semula jadi.\n\nDeepstaria yang misteri itu merupakan pengubah badan (shapeshifter) yang boleh menyerupai plastik sampah putih yang besar ataupun lampu jalan.\n\nDalam video tersebut, obor \u2013 obor itu adalah lebih kurang sebesar tong sampah. Ia tiada sesungut dan muncul dalam bentuk loceng membran nipis. Jika anda meneliti dengan lebih dekat, anda dapat melihat urat \u2013 urat geometri yang menyokong struktur jeli tersebut dan menyalurkan nutrien kepada badannya.\n\nOh. Dan anda mungkin nampak ada sesuatu yang berwarna merah pada kepala Deepstaria bukan? Adakah itu otaknya?\n\nTidak, sebenarnya itu adalah organisme lain yang menumpang obor \u2013 obor tersebut, bernama isopod. Ia tidak mati, dan bukan dimakan oleh obor \u2013 obor, sebaliknya ia menumpang rumah.\n\nDaripada perhubungan dengan obor \u2013 obor tersebut, isopod memperoleh perlindungan dan sisa makanan. Tidak dipastikan obor \u2013 obor itu dapat apa.\n\nMasih banyak yang kita tak ketahui tentang spesis Deepstaria ini, apatah lagi jutaan spesis \u2013 spesis lain yang masih belum ditemui di lautan dalam.\n\nSumber: popsci.com" "Gambar soalan sebuah buku latihan yang dipercayai merupakan buku latihan prasekolah tular di media sosial apabila membingungkan ramai orang dewasa.\n\nArahan soalan tersebut berbunyi: \u2018Padankan perkataan dengan bentuk yang betul\u2019.\n\nHal ini membingungkan ramai orang kerana perkataan \u2013 perkataan yang diminta padankan itu dilihat tiada kaitan dengan bentuk \u2013 bentuk di sebelah kanan.\n\nNamun sebenarnya soalan itu mudah sahaja, sesuai dengan arasnya yang ditanyakan kepada murid prasekolah. Apa yang dikehendaki sebenarnya adalah memadankan bentuk perkataan itu dengan bentuk visualnya secara kasar. Contoh, perkataan \u2018bag\u2019 itu miliki satu garisan menegak atas pada bentuk \u2018b\u2019, satu bentuk garisan mendatar merentasi perkataan, dan satu garisan menegak ke bawah untuk bentuk \u2018g\u2019.\n\nAda yang mengatakan bahawa soalan ini tidak tepat, kerana sepatutnya yang disuruhpadankan adalah huruf bukan perkataan, malah menyalahkan penyunting buku.\n\nTapi kemudian dibalas panjang lebar oleh seorang lagi netizen yang mempertahankan soalan tersebut:\n\nRamai juga yang mengatakan bahawa soalan ini merupakan aplikasi KBAT. Walhal ia cumalah soalan yang biasa dikemukakan dalam buku \u2013 buku prasekolah sedari dulu. Mungkin soalan ini sukar diterima orang dewasa kerana mereka tidak lagi memandang perkataan dan ayat sebagai bentuk, tetapi otak mereka telah dilatih untuk memahami perkataan sebagai alat yang menyampaikan makna. Minda prasekolah pula kurang memahami makna, sebaliknya lebih cepat menangkap sesuatu sebagai bentuk tampak.\n\nBagaimanapun, terdapat satu teknik yang sentiasa boleh digunakan untuk menjawab mana \u2013 mana soalan padankan dalam dunia ini:" "Seorang guru matematik membuatkan pelajar \u2013 pelajar kalkulus garu kepala apabila membuktikan 1 sebenarnya bersamaan dengan 2.\n\n\u2018Bukti\u2019 cikgu tersebut adalah seperti berikut:\n\nApakah kehidupan??\n\nSebenarnya ini adalah falasi matematik yang klasik. Terdapat satu langkah di atas yang sebenarnya salah dan menjadi punca jawapan yang aneh itu. (klu, ia melibatkan satu nombor yang selalu menjadikan pengiraan matematik menjadi merepek).\n\nYa, silapnya adalah apabila melibatkan nombor sifar.\n\nPada langkah kelima, untuk \u2018membuang\u2019 kuantiti daripada kedua \u2013 dua belah dalam persamaan, kita perlu membahagi kedua \u2013 dua belah dengan kuantiti tersebut.\n\nBahagi kedua \u2013 dua belah dengan (a-b): a + b = b\n\nTapi, pembahagian hanya masuk akal apabila dibuat pada nombor yang bukan kosong. a \u2013 b = 0, kerana telah diandaikan dalam langkah pertama bahawa a = b!\n\nMaka apabila dibahagi dengan sifar, ia tak masuk akal!\n\nKerana \u2018bukti\u2019 1 = 2 ini adalah lebih kurang kita mengatakan \u20181 darab 0 sama dengan 2 darab 0. Maka 1 bersamaan 2\u2033.\n\nFalasinya adalah hanya kerana dua nombor apabila didarab dengan sifar bersamaan sifar, tidak bermakna nombor tersebut sama, kerana apa saja didarab sifar bersamaan sifar!\n\nUntuk lebih info tentang masalah nombor sifar ini:" "Sebuah video baru \u2013 baru ini tular apabila penyampai menerangkan tentang Ron 95 vs Ron 97. Tontonan video tersebut melebihi 1 juta di Facebook sahaja.\n\nBagaimanapun, topik tersebut telah mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada wargamaya kerana ramai yang mengkritik fakta \u2013 fakta yang disampaikan.\n\nPelbagai pihak telah tampil mengemukakan maklumat yang benar mengenai topik tersebut, termasuklah Dr Aid Fawzal, penemu Fawzal Number yang menghasilkan sendiri video untuk membetulkan dan menegur konsep RON pada minyak petrol.\n\nDalam video tersebut, Dr Aid Fawzal mengemukakan sisi akademik mengenai:\n\nAntara beberapa isi penting yang beliau sampaikan adalah:\n\nMenyebut tentang tujuan penghasilan video tersebut, beliau mengatakan bahawa ia hanyalah satu usaha untuk memperbetul fahaman masyarakat selain menjadi kritikan pembina kepada penyampai.\n\n Anda (penyampai & producer) bagus dalam keyakinan/confidence tapi anda perlu berhati-hati dan semak fakta sebelum menyampaikan sesuatu; tabayyanu." "Hah? Biar betul?\n\nTajuk artikel\nkali ni macam acah-acah gempak, tapi ada kebenarannya. Sebelum kita pergi\nkepada sebab kenapa penulis cakap macam tu, jom kita faham dulu serba sedikit\nmengenai komputer.\n\nKomputer merupakan mesin yang amat ajaib. Kita boleh buat kira-kira, boleh tonton video Youtube, dengar lagu, macam-macam kita boleh buat dengan komputer. Tapi, disebalik semua tu, komputer sebenarnya menggunakan sistem yang agak mudah. Sistem yang penulis maksudkan adalah sistem nombor Binari.\n\nKalau anda tak\npernah dengar atau tak pernah belajar pasal sistem nombor Binari ni, takpe.\nSistem ini, secara ringkasnya, merupakan satu sistem di mana komputer\nmenggunakan dua keadaan sahaja untuk berfungsi, iaitu 0 dan 1. Dalam erti kata\nlain, keadaan arus elektrik tidak mengalir (OFF atau 0) dan keadaan arus\nelektrik mengalir (ON atau 1).\n\nDari keadaan 0 dan 1 ni pula, pengekod mula mencipta kaedah untuk membolehkan huruf dan simbol dicipta dengan menggunakan rantaian nombor 0 dan 1 ini. Antara sistem yang digunapakai secara meluas adalah kod ASCII (rujuk gambar) dan untuk karakter-karakter ganjil (karakter China), ada kod UNICODE yang digunapakai.\n\nJadi, kenapa\nkita mulakan artikel ini dengan konsep nombor Binari?\n\nKerana, untuk\nsesetengah komputer, had minimum nombor Binari yang boleh diproses adalah\nsebanyak 32-bit, maksudnya ia cuma mampu proses sebanyak 32 rantaian nombor 0\ndan 1 sahaja.\n\nUntuk kebanyakan komputer juga, \u201cjam\u201d dalam komputer mereka mula berfungsi pada tarikh 1 Januari 1970. Maka, menurut pengiraan ahli komputer, 231 \u2013 1 atau 2,147,483,647 saat kemudian, iaitu bersamaan dengan pukul 3:14:07 pagi pada tarikh 19 Januari 2038, komputer dengan kapasiti 32 bit akan kehabisan nombor untuk diproses (sebab nombor Binari dia dah jadi 11111111 11111111 11111111 11111111).\n\nHah? Habistu?\nKita patut gelabah ke?\n\nSabar dulu saudara. Komputer yang dijangka akan terjejas dengan situasi ini sebenarnya komputer-komputer versi lama, komputer 32 bit dan kebawah. Kebanyakan perisian-perisian baharu dah tak guna dah versi 32 bit ni.\n\nMasalah ni pertama kali dikesan pada perisian AOLSerever. Perisian ni, kalau diikutkan, sepatutnya boleh tampung database yang besar untuk jangka masa yang lama, ala-ala tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. \n\nTapi tiba-tiba dia dapati, setelah melepasi 32 bit data (macam situasi di atas), sistem AOLServer ni jadi bingung, dan dia mula kira masa secara terbalik (aik?). Maka apa yang terjadi selepas itu adalah perisian tersebut crash, dan sewaktu troubleshooting baru mereka perasan dengan masalah 32 bit ni.\n\nPerkara yang sama juga dilaporkan terjadi kepada video PSY Gangnam Style, apabila counter channel Youtube sudah melepasi 32-bit, melepasi 2,147,483,647 tontonan. Yes. PSY literally break Youtube.\n\nKalau anda\nmembesar pada era lewat 90-an, anda pasti pernah mendengar perihal Y2k. Y2k\nmerujuk kepada peristiwa di mana pada tahun 2000, mesin elektronik kita tidak\nmampu untuk mengurus masa (sebab kebanyakan peralatan elektronik pada tahun\n90-an mempunyai tarikh sehingga 1999).\n\nMaka, banyak\nramalan yang dibuat.\n\nAda yang kata\nkomputer-komputer yang digunakan di bank tidak akan berfungsi, dan sekaligus\nhal ini akan meruntuhkan pasaran-pasaran saham dunia. Ekonomi akan jatuh, dan\nsistem pertahanan kebanyakan negara juga akan turut terjejas.\n\n\u201cIt\u2019s a\ndisaster! It\u2019s the end of the world!\u201d\n\nTapi, setelah\nsampai ke tahun 2000,kita dapat lihat bahawa tidak ada banyak perkara yang\nterjejas. Adalah beberapa komputer yang terjejas, tapi kebanyakan bank dan\nsyarikat sebenarnya telah ambil maklum akan perkara tersebut, dan menaiktaraf\nperisian-perisian mereka.\n\nHal yang sama juga sebenarnya akan terjadi pada tahun 2038. Mungkin tajuk artikel ini agak memperdaya, kerana, belajar dari pengalaman Y2k yang lalu, sebenarnya Y2k38 (versi baru Y2k) hanyalah akan melibatkan sebahagian kecil rangkaian komputer lama, secara spesifiknya, komputer 32-bit dan ke bawah." "Kementerian Pendidikan memaklumkan, bahawa sebanyak 38 program akademik di 19 universiti awam (UA) seluruh negara digugurkan dan tidak lagi akan diajarkan.\n\nKenapa begitu?\n\nPunca utama yang dilaporkan adalah kerana kursus \u2013 kursus tersebut dilihat tidak lagi relevan untuk masa depan. Graduan yang mengambil program akademik tersebut tidak peroleh peluang pekerjaan yang baik, seperti mana kehendak industri.\n\nBerikut adalah senarai kursus yang digugurkan:\n\nUniversiti Malaya (UM)\n\nUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)\n\nUniversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)\n\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)\n\nUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\n\nUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)\n\nUniversiti Teknologi MARA (UiTM)\n\nUniversiti Putra Malaysia (UPM)\n\nUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)\n\nUniversiti Malaysia Terengganu (UMT)\n\nUniversiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)\n\nUniversiti Malaysia Sabah (UMS)\n\nUniversiti Malaysia Perlis (UniMAP)\n\nUniversiti Malaysia Pahang (UMP)\n\nUniversiti Malaysia Kelantan (UMK)\n\nUniversiti Utara Malaysia (UUM)\n\nUniversiti Sains Islam Malaysia (USIM)\n\nUniversiti Sains Malaysia (USM)\n\nUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)\n\nMenariknya, kebanyakan program yang digugurkan itu adalah berkaitan pengajian sains dan kejuruteraan yang kebiasaannya menjadi pilihan \u2018pelajar cemerlang\u2019.\n\nAntara kebimbangan utama yang menatijahkan keputusan tersebut adalah dikhuatiri ia tidak selari dengan revolusi Industri 4.0.\n\nRevolusi industri 4.0 atau secara mudahnya lebih dikenali sebagai IR. 4.0 itu dicirikan oleh pelbagai teknologi terkini dan futuristik seperti teknologi automasi,\u00a0machine learning\u00a0dan\u00a0big data, kepintaran buatan atau AI, teknologi robotik serta\u00a0Internet of Things\u00a0(IoT). \n\nRevolusi ini lebih menuntut graduan dan masyarakat untuk cepat beradaptasi dengan teknologi, atau kita akan kalah sepenuhnya dengan robot dan AI.\n\nLebih membimbangkan, ketika desakan penguasaan teknologi semakin kritikal, bidang STEM (Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik) pula semakin merosot di Malaysia. \n\nPelajar \u2013 pelajar semakin ramai yang meninggalkan STEM kerana dianggap terlalu sukar. Kini, ditambah dengan prospek kerjaya yang semakin tidak menentu walau graduan STEM, nampaknya kita perlu lakukan sesuatu yang drastik sebelum lanskap pendidikan kita rosak yang tidak dapat dibaiki lagi.\n\nSokong pendidikan luar buku teks: https://www.billplz.com/ajar \n\nBantu anak miskin bandar cintakan sains: https://www.billplz.com/FantaSainsPPR" "Apa yang sotong tak boleh buat? Hidupan bijak ini mampu lepaskan diri dari akuarium ala David Blaine, main sorok \u2013 sorok, selesaikan teka \u2013 teki, malah boleh jadikan sesungut mereka sebagai alat bertukang.\n\nHidupan laut ini miliki ciri \u2013 ciri yang begitu istimewa sehingga ada yang keluarkan spekulasi bahawa cephalopod ini datang daripada angkasa lepas.\n\nSekarang, nampaknya ada satu lagi perkara menarik yang kita tahu dimiliki oleh sotong, mereka bermimpi.\n\nDavid Scheel, seorang profesor biologi marin di Universiti Alaska Pasifik membela seekor sotong bernama Heidi dalam tangki air ruang tamunya. Suatu hari, beliau perasan satu fenomena yang dramatik. Berkemungkinan sotong kesayangannnya sedang bermimpi.\n\nDalam video tersebut, Heidi nampak seperti sedang tidur dengan kaki sesungutnya dilipat rapi. Secara beransur \u2013 ansur, warna tubuhnya berubah \u2013 ubah.\n\nMenariknya, menerusi pertukaran warna Heidi, kita seakan boleh meneka mimpi apa yang sedang bermain dalam mindanya.\n\nSekarang ia nampak ketam, dan warnanya berubah sikit.\n\nKemudian warnanya berubah menjadi hitam! Sotong lakukan itu apabila mereka tinggalkan lantai laut.\n\nKini warnanya berubah mula menjadi seperti penyamaran. Mungkin Heidi sudah pun berjaya menangkap ketam tersebut dan mahu menjamah tanpa gangguan.\n\nBagaimanapun Prof Scheel mengatakan bahawa beliau bukan ahli biologi mimpi haiwan dan tiada tiada kajian penilaian rakan sejawat tentang fenomena ini. Maka apa yang dianggap sebagai mimpi hanyalah perbandingan perkara yang kita biasa alami sebagai manusia." "Perbincangan tercetus di media sosial apabila foto silibus fizik untuk tingkatan lima tersebar.\n\nMenurut silibus tersebut, salah satu topik yang akan diajar adalah fizik kuantum untuk tingkatan 5.\n\nSilibus tersebut dikatakan sebagai \u2018terlalu advance\u2019 dan \u2018bercita \u2013 cita setinggi langit terutama bagi tahap penguasaan 6 yang menilai sama ada pelajar boleh mereka cipta menggunakan pengetahuan fizik kuantum, yang dianggap setaraf pemenang anugerah nobel fizik.\n\nMalah bukan saja pelajar, guru \u2013 guru juga dikhuatiri tidak dapat menguasai topik tersebut untuk dibentang kepada pelajar \u2013 pelajar.\n\nSudah pasti, kerana fitrah kuantum juga keseluruhannya adalah sukar difahami, seperti yang diperakui oleh \u2018master\u2019 dalam bidang fizik sendiri seperti Roger Penrose dan Richard Feynmann.\n\nRamai yang mengatakan bahawa asas matematik dan penguasaan sains pelajar secara umum masih belum baik untuk diperkenalkan dengan topik kuantum. \n\nSebahagian mengkritik metod \u201cbloom taxonomy\u201d yang dianggap telah lapuk dan tidak semestinya sesuai digunakan.\n\nBagaimanapun, terdapat yang mengemukakan rasional di sebalik pengenalan topik tersebut untuk diubah-selaraskan agar sukatan pelajaran fizik tahap pra-universit berkesinambungan dengan tahap sukatan fizik menengah atas. \n\nMenurut Dr Wan Mohd Aimran, berikut adalah senarai hasil pembelajaran untuk bahagian fizik kuantum sepertimana yang termaktub dalam DSKP: \n\nBeliau juga mengetengahkan pandangan bahawa tidak wajar mengatakan tajuk fizik kuantum sebagai \u2018terlalu tinggi\u2019 atau \u2018rendah\u2019.\n\nMelatari kebimbangan kesusahan topik silibus fizik yang terbaru ini adalah \u2018krisis\u2019 pelajar yang semakin meninggalkan subjek STEM.\n\nAdakah rombakan subjek yang diajarkan di sekolah menengah membuatkan pelajar meminati STEM?" "Pada tahun 2016, ahli astronomi menghipotesiskan bahawa wujud planet ke-9 di dalam sistem suria. Planet ini berkemungkinan seberat 5 hingga 10 kali ganda bumi. \n\nKini, ahli astronomi mengesyaki bahawa kemungkinan Planet 9 ini bukanlah sebuah planet, tetapi ia merupakan objek yang lebih misteri. Selepas meneliti maklumat terbaru daripada cerapan, planet 9 ini berkemungkinan ialah sebuah lohong hitam.\n\nBukti kewujudan planet 9 ini berpunca daripada\ncerapan pada objek-objek trans-Neptune iaitu objek-objek yang mengelilingi\nMatahari dengan orbit yang lebih besar daripada planet Neptune. Ahli-ahli\nastronomi mendapati bahawa objek-objek trans-Neptune ini mempunyai orbit yang\npelik. Orbit bagi objek-objek ini kelihatan seolah-olah diganggu oleh tarikan\ngraviti daripada sebuah planet baharu yang dikenali sebagai Planet 9.\n\nJadi, mengapa ahli astronomi mengesyaki bahawa\nPlanet 9 ini ialah sebuah lohong hitam? \n\nIa bermula daripada sebuah kajian yang mencerap pembengkokan cahaya oleh tarikan graviti daripada objek-objek berat. Apabila cahaya melalui sesebuah objek yang berat, cahaya tersebut akan dibengkokkan mengelilingi objek tersebut. Fenomena ini dipanggil kanta bergraviti. Objek tersebut akan bertindak seperti sebuah kanta pembesar. \n\nAntara kajian yang mencerap fenomena kanta bergraviti ini ialah Optical Gravitational Lensing Experiment (OGLE). Objek yang menyebabkan kanta graviti ini berkemungkinan ialah galaksi-galaksi, bintang-bintang kerdil dan planet-planet yang tidak kelihatan. Namun hasil daripada cerapan OGLE boleh difahami bahawa objek yang kelihatan tersebut bukanlah sebuah planet, tetapi ialah sebuah lohong hitam julung.\n\nLohong hitam ialah sebuah objek yang mempunyai graviti yang sangat tinggi sehingga cahaya pun tidak dapat keluar darinya. Lohong hitam dipercayai wujud sebagai mayat bagi sebuah bintang yang sangat berat (melebihi 20 kali ganda jisim Matahari). Namun, ahli kosmologi menteorikan bahawa selepas berlakunya letupan besar, terdapat kemungkinan untuk lohong hitam terbentuk disebabkan kepadatan alam semesta pada ketika itu. Lohong hitam yang wujud selepas letupan besar ini dikenali sebagai lohong hitam julung. \n\nBerbalik semula kepada persoalan mengenai Planet 9, ahli astronomi tidak menolak kemungkinan bahawa Planet 9 ini sebenarnya merupakan sebuah lohong hitam julung. Dengan anggaran jisim sekitar 5 hingga 15 kali ganda jisim Bumi, lohong hitam julung ini sangat sukar dikesan kerana suhunya yang mencapai 0.0004 K. Oleh itu, ahli astronomi mengesyorkan untuk meneliti isyarat daripada spektrum sinar gama dan sinar-X yang dilepaskan oleh lohong hitam tersebut. \n\nAntara yang menarik berkenaan lohong hitam ini\nialah saiznya. Walaupun jisimnya yang berkali-kali ganda jisim Bumi, ia\nmempunyai saiz yang tersangat kecil iaitu sekitar 5 cm hingga 20 cm. Lohong\nhitam ini sama saiznya dengan telefon yang anda pegang sekarang." "Sebuah penulisan telah dimuat naik yang membongkar amalan \u2013 amalan \u2018gelap\u2019 ahli akademik di Malaysia.\n\nArtikel yang dihantar ke laman web iium confession itu dinyatakan telah ditulis oleh seorang pensyarah senior di sebuah Universiti Teknologi di negeri terbesar Semenanjung.\n\nBaa (bukan nama sebenar) mendedahkan amalan \u2013 amalan tidak beretika yang beliau lihat diamalkan oleh universiti \u2013 universiti tempatan.\n\nBerikut adalah transkrip terjemahan artikel tersebut:\n\nAssalamualaikum dan hi kepada semua.\n\nNama saya Baa (bukan nama sebenar), seorang pensyarah senior di sebuah universiti teknologi di negeri terbesar Semenanjung Malaysia. Hari ini, saya ingin mengongsikan beberapa sisi gelap bekerja di Universiti daripada pemerhatian saya.\n\nSeperti yang dibincangkan di berita \u2013 berita tempatan terkini, pensyarah dikehendaki menerbitkan tulisan, atau habislah masa depannya. Maka beberapa ahli akademik mengambil keputusan untuk menyediakan penulisan tamu sesama mereka. Penulisan tamu dianggap tidak beretika dalam etika penerbitan. Malah, jika tidak dikawal, penulisan tamu akan menghasilkan bilangan penulis yang banyak untuk sebuah kertas kajian tanpa keperluan.\n\nContohnya, sementara ahli akademik di negara Barat biasanya menerbitkan dengan dua atau tiga penulis, penerbitan yang sama oleh ahli akademik Malaysia dalam bidang yang sama mencapai 8 ke 10 penulis.\n\nWalaupun sesetengah mungkin melihat isu ini sebagai isu kecil, tetapi situasi ini menggambarkan bahawa ahli akademik Malaysia sebagai tidak kompeten \u2013 sehingga memerlukan bilangan individu yang ramai untuk satu projek kajian yang ringkas, atau ahli akademik Malaysia mengamalkan amalan yang tidak beretika yang boleh mencemarkan nama baik negara.\n\nMaka, Kementerian perlu menghentikan isu ini sebelum Malaysia dikenal oleh komuniti antarabangsa sebagai pengkaji yang tidak beretika. Juga, tidak adil bagi pelajar jika penyelia mereka menambah nama \u2013 nama individu tidak dikenali ke dalam kertas kajian mereka. \n\nUntuk memastikan ahli akademik Malaysia menulis secara beretika berdasarkan piawai antarabangsa, mungkin Kementerian atau pengurusan atasan boleh mengenal pasti langkah \u2013 langkah untuk mengelakkan situasi berikut:\n\nPensyarah juga dikehendaki menyediakan konsultansi kepada industri. Maka, untuk mencapai sasaran itu, sesetengah ahli akademik memalsukan kepakaran dan kelayakan mereka. \n\nContohnya, NIBR memalsukan dalam CV nya bahawa dia miliki kedoktoran (walaupun sebenarnya tiada) dan miliki kepakaran dalam teknologi pembinaan apabila menghantar CVnya untuk membida projek, walaupun sebenarnya kepakarannya adalah dalam bidang kejuruteraan lain seperti kejuruteraan angin.\n\nJuga, memalsukan CV adalah sebahagian daripada penipuan tender yang utama. Contoh lain pemalsuan tender seperti memberi gambaran salah, manipulasi, penetapan harga, dan inflasi harga.\n\nSalah laku seperti ini perlu didedahkan di Universiti. Jika tidak, pelajar mungkin akan pelajari perilaku buruk ini daripada pensyarah \u2013 pensyarah yang mengamalkannya. \n\nSesetengah ahli akademik juga memanipulasi individu lain berdasarkan senioriti atau kedudukan mereka.\n\nContohnya, K diminta untuk memberikan penulisan tamu kepada MIBR. Memandangkan K membantah, maka MIBR buat keputusan untuk tidak membenarkan K masuk ke dalam fakulti kejuruteraan, lantas K terpaksa terus berada dalam kejuruteraan teknologi.\n\nJika K tidak dipilih kerana kelayakan, itu mungkin adil. Tetapi MIBR memilih individu lain kerana mereka boleh memberikan kepentingan langsung kepada dirinya dan bukan kepada fakulti atau universiti (kronisme \u2013 memilih rakan dan kenalan tanpa mengambil kira kelayakan mereka).\n\nSituasi ini menyebabkan K kehilangan pelajar pasca sarjana lantas kehilangan kelebihan kompetitif apabila meminta geran. Maka, untuk mengelakkan situasi ini, ahli akademik terpaksa merasuah MIBR untuk mengelakkan implikasi tersebut.\n\nContoh lain, G diminta untuk memberikan peratusan tertentu daripada projek konsultansi G. Memandangkan G menolak, MIBR ambil keputusan untuk tidak mengesyorkan G naik pangkat walaupun G memenuhi semua syarat. Jadi, ahli akademik lain ambil keputusan untuk memasukkan MIBR dalam projek konsultansi mereka untuk memastikan dia tidak menghalang mereka naik pangkat. \n\nRasuah boleh didefinisikan sebagai pemindahan tawaran sebagai ganti layanan bermanfaat yang spesifik. Maksudnya, MIBR mahu orang lain merasuah dirinya, dan Kementerian atau pengurusan atasan perlu menyelesaikan isu ini untuk membebaskan pengajian tinggi daripada minda \u2013 minda korup. Kita tidak mahu individu \u2013 individu seperti ini mengajar pelajar bagaimana mengelat untuk peroleh manfaat peribadi.\n\nAhli akademik mestilah merupakan individu \u2013 individu yang beretika. Bagaimana seorang guru ingin mengajar murid untuk beretika jika mereka sendiri gagal? Kita tidak mahu generasi akan datang menjadi tidak beretika untuk kepentingan sendiri. Di samping pihak pengurusan menilai orang bawahan, kita mahu Kementerian dan pengurusan atasan yang mencari jalan mendapatkan input dan komen orang bawahan terhadap orang atasan.\n\nDengan kata lain, perlu terdapat semak dan imbang terhadap mereka yang miliki pengaruh yang lebih tinggi ke atas proses menentukan keputusan universiti. Juga, tindakan mestilah diambil ke atas individu \u2013 individu ini kerana kelakuan mereka boleh merosakkan reputasi kajian Malaysia, menghalang potensi individu, dan \u2018menghalau\u2019 bakat tempatan ke luar negara." "Menurut Scott Aaronson, seorang professor di Universiti Texas yang merupakan seorang pakar Informasi Kuantum, Fizik Kuantum boleh diajar dalam dua bentuk. \n\nMenurut Scott lagi, sekiranya seseorang itu berminat untuk mengaplikasikan Fizik Kuantum dalam situasi kehidupan sebenar (real life application), maka pendekatan kedua adalah pendekatan yang lebih berkesan dan berguna. Pendekatan kedua jugalah yang telah mengembang banyak cabang-cabang ilmu dalam bidang Fizik, seperti bidang Fotonik, bidang Jirim Termeluwap (Condensed Matter Physics) serta penghasilan komputer versi baharu \u2013 Komputer Kuantum.\n\nMeskipun Fizik Kuantum mempunyai pelbagai aplikasi yang praktikal dalam dunia sebenar, namun perlu diingatkan sekali lagi bahawa, sepertimana yang telah diterangkan dalam video Ajar, Fizik Kuantum pada asalnya dicipta berdasarkan kepada matematik yang agak ad hoc. \n\nKali pertama Fizik Kuantum dicipta oleh Max Planck, Max Planck sendiri menggelarkan keperluan untuk membuat matematik sedemikian rupa \u2013 dengan mengkuantakan tenaga \u2013 sebagai satu keadaan yang amat terdesak. Hasil dari keterdesakan tersebut kemudiannya menghasilkan beberapa siri keterdesakan yang lain \u2013 Einstein menggunakan idea yang sama untuk menerangkan kesan fotoelektrik, de Broglie menggunakan idea Einstein dan mengusulkan bahawa partikel boleh bersifat seperti gelombang, sehinggalah kepada akhirnya, persamaan gelombang yang dihasilkan oleh Erwin Schroedinger dan Weiner Heisenberg secara berasingan. \n\nRantaian-rantaian peristiwa ini adalah apa yang Scott katakan sebagai kaedah pertama, bagaimana \u201ccara tradisional\u201d Fizik Kuantum didedahkan kepada para pelajar jurusan Fizik di universiti.\n\nUntuk faham sama\nada Fizik Kuantum ini susah atau tidak, mari kita lihat dulu beberapa petikan\nkata-kata dari saintis yang membantu mencipta Fizik Kuantum itu sendiri.\n\n\u201cI think I can safely say that no\u00adbody un\u00adder\u00adstands quan\u00adtum me\u00adchan\u00adics.\u201d \n\n\u201cIf quantum mechanics hasn\u2019t profoundly shocked you, you haven\u2019t understood it yet.\u201d \n\nFizik Kuantum ada satu populariti yang tersendiri. Dia susah, takde orang boleh faham fizik kuatum, benda-benda ni dah ditanam dalam minda masyarakat sejak dahulu lagi. Ditambah dengan petikan kata-kata di atas, lagilah orang takut dengan Fizik Kuantum. \n\nMungkin sebab itulah apabila Majalah Sains menanyakan pandangan masyarakat awam berkenaan Fizik Kuantum dijadikan salah satu silibus SPM, kebanyakan ahli masyarakat kita menolak. \n\nBagi mereka, tak perlu dibebankan anak-anak ini dengan benda-benda susah. Saintis pun tak faham teori ni kan? Namun bagi penulis, petikan kata-kata tersebut bukanlah sepertimana yang difahami oleh masyarakat \u2013 ia tidak boleh diambil berdasarkan face value kata-kata itu sendiri. Salah satu petikan kata-kata yang lebih tepat, pada pandangan penulis, adalah petikan kata-kata Paul Dirac:\n\n\u201cIt seems clear that the present quantum mechanics is not in its final form. Some further changes will be needed, just about as drastic as the changes made in passing from Bohr\u2019s orbit theory to quantum mechanics. Someday, a new quantum mechanics, a relativistic one, will be discovered, in which we will not have these infinities occurring at all. It might very well be that the new quantum mechanics will have determinism in the way that Einstein wanted.\u201d\n\nPersoalan sama ada orang faham atau tidak Fizik Kuantum adalah satu persoalan yang lama. Perkara ini bahkan telahpun menjadi satu topik debat hangat abad ke 20, iaitu debat antara Einstein dengan Neils Bohr. Tanpa pergi kepada isi debat tersebut, penulis boleh simpulkan satu perkara utama berkenaan salahfaham terhadap Fizik Kuantum \u2013 kita bukanlah tak faham Fizik Kuantum seperti yang digembar-gemburkan. Sebaliknya, disebabkan asas kepada Fizik Kuantum itu sendiri adalah matematik, maka kita sebenarnya telahpun faham matematik-matematik yang digunapakai dalam Fizik Kuantum. Masalah utama dalam Fizik Kuantum sekerang sebenarnya adalah \u2013 bagaimana untuk menterjemahkan matematik tersebut kepada bentuk yang fizikal.\n\nSelama berates\ntahun Sir Isaac Newton menulis Principia, yang mana dia mencipta Kalkulus serta\nmenerangkan bagaimana pergerakan Bulan boleh terhasil, saintis telahpun\nterbiasa dengan idea bahawa setiap aspek fizikal dalam dunia ini mampu\nditerangkan dalam bentuk matematik. Bahkan idea inilah yang menjadi motivasi\nutama kepada saintis untuk mencari\nTheory of Everything atau Grand Unified Theory. \n\nJadi asalnya,\ndari fizikal, kita terjemahkan menjadi matematik. Namun sekarang, setelah\nterciptanya Fizik Kuantum dari matematik, kita pula yang perlu memberi makna\nkepada matematik-matematik yang telah kita cipta. Jadi terjadilah\npecahan-pecahan tafsiran dalam Fizik Kuantum, school of thoughts yang berbeza, namun ia membawa kepada formulasi\nmatematik yang sama.\n\nSoal sama ada silibus Fizik Kuantum ini akan menjadi beban atau tidak kepada pelajar sains pula sebenarnya, menurut penulis, adalah satu perkara yang relatif. Gambar di bawah merupakan gambar buku Quantum Physics for babies, yang mana isi kandungannya adalah bertepatan dan bersesuaian dengan taraf bayi. \n\nBayangkan, kalau dengan bayi atau anak-anak kecil pun kita boleh terangkan konsep dan fenomena yang berkaitan dengan Fizik Kuantum (tanpa pergi kepada isi, isu serta masalah sebenar Fizik Kuantum), maka penulis percaya pengenalan kepada subjek Fizik Kuantum pada tahap SPM juga sebenarnya adalah relevan, lebih-lebih dengan budaya ilmu yang semakin berkembang pesat pada zaman sekarang.\n\nFokus utama kita\nsebenarnya bukanlah pada perlu atau tidak subjek itu diajar (sebab Fizik\nKuantum memang perlu diajar kepada masyarakat untuk mengelakkan salahfaham\npenggunaan ayat dan konsep Quantum), namun fokus KPM sebenarnya perlu lebih\nditekankan kepada tahap mana yang ingin diajar dalam silibus tersebut, serta\nadakah tenaga pengajar bersedia untuk mengajar tajuk-tajuk tersebut?\n\nSatu lagi saranan yang baik adalah saranan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Perlis, Dr. Nazri Halif yang mengatakan bahawa fizik moden adalah lebih tepat diajar jika dibandingkan dengan fizik kuantum. Fizik moden merujuk kepada cabang fizik yang berlawanan dengan fizik klasikal, dan merupakan pintu utama kepada fizik kuantum dan teori relativiti Einstein.\n\nUntuk adik-adik\nyang bakal belajar Fizik Kuantum, jangan takut, dia tak susah pun, bahkan dia\nsebenarnya menarik.\n\nYang ikhlas,\nMuhammad Eilham \u2013 pernah belajar Fizik Kuantum sikit-sikit." "Rasanya hampir setiap orang alami pengalaman yang mereka takut lain macam dan cuba sedaya upaya untuk jauhi. Ketakutan yang melampau dan kadang kala tidak rasional ini dipanggil fobia.\n\nPenulis sendiri alami fobia terhadap ketinggian \u2013 yang dipanggil akrofobia. Maka pengalaman paling menakutkan penulis di sekolah adalah apabila kelas ditempatkan di tingkat 3 dan terpaksa melalui tebing yang entah kenapa, rasa begitu rendah sekali. Ketar kaki jugalah setiap hari, tapi tak beritahu orang.\n\nFobia pula dibahagikan kepada beberapa jenis, menurut American Psychiatric Association (APA) iaitu:\n\nBagaimanapun, terdapat beberapa jenis fobia pelik yang kita tak sangka wujud, dan entah bagaimana, terdapat nama yang dikhaskan untuk setiap fobia tersebut (siapa yang cipta semua nama tu?)\n\nBerikut adalah 15 fobia \u2013 fobia pelik tersebut:\n\nWalaupun ini sangat jarang ditemui, terdapat beberapa kes orang yang begitu tidak menyenangi cecair pencecah berwarna merah ini. Terdapat seorang penghidap fobia ini yang mengatakan dia lebih takutkan sos Heinz berbanding kematian.\n\nOrang yang mengalami fobia ini tidak boleh menyentuh butang. Tengok pun tak boleh. Mungkin kalau beraya dia membeli baju Melayu jenis zip.\n\nEntah kenapa, ada orang dalam dunia ini yang bencikan janggut. Mungkin sebab dia tak dapat tumbuh janggut kot.\n\nTekanan sosial menjadi antara punca utama mengapa kanak \u2013 kanak bencikan sekolah. Terdapat antara mereka yang dibuli dan menghadapi tekanan ekstrim sehingga tidak dapat meneruskan persekolahan.\n\nLebih khusus, takutkan pandangan orang lain terhadap dirinya. Hari ini media sosial boleh menyebabkan orang takut dengan pandangan pengguna lain, apatah lagi apabila dihujani dengan pelbagai kata \u2013 kata nista.\n\nSesetengah orang mengatakan corak pergerakan rama \u2013 rama yang tidak menentu menjadikan mereka tidak senang.\n\nPerkataan ini datang daripada \u2018no \u2013 mobile \u2013 phone phobia\u2019 dan ini merupakan phobia yang kian menyerang orang zaman moden. Biasanya penghidap phobia ini tidak mahu berenggang dengan telefon dan rasa susah hati apabila terpaksa meninggalkannya walaupun hanya beberapa jam.\n\nMelangkah ke alam Revolusi Industri 4.0, ketakutan terhadap robot semakin meningkat. Adakah mereka akan membantu menyenangkan hidup manusia atau bakal memusnahkan manusia ala filem sci \u2013 fi?\n\nIndividu yang mengalami fobia ini kadang kala dapat menelan cecair dan makanan separa pepejal dalam beberapa percubaan \u2013 ini yang membolehkan mereka terus hidup. Bagaimanapun, golongan ini biasanya kurus kering dan kemurungan akibat fobia mereka.\n\nBagi sesetengah orang, mereka begitu takutkan apa saja yang miliki nama saintifik kimia. Yang pasti golongan ini pasti alami masalah dalam kelas kimia sekolah dan kolej.\n\nNombor ini mula dikaitkan dengan nasib malang seawal tahun 1890 apabila Kristian mengaitkan santapan terakhir Jesus, di mana Judas yang mengkhianati Jesus didapati duduk di tempat yang ketiga belas.\n\nFobia ini banyak didapati di negara Asia seperti China, Korea, Jepun dan Taiwan di mana nombor empat dianggap nombor yang bernasib malang. Nombor empat dalam budaya \u2013 budaya tersebut miliki bunyi yang sama seperti \u2018mati\u2019.\n\nAda sesetengah orang yang takut berasa gembira. Ini bukanlah bermakna mereka sentiasa bersedih, tetapi mereka risau kegembiraan mereka akhirnya sia \u2013 sia dan tidak bermakna. Maka mereka menghindari aktiviti \u2013 aktiviti yang boleh membawa kegembiraan.\n\nOprah Winfrey mungkin merupakan orang yang terkenal yang miliki fobia ini.\n\nOrang yang mengalami melophobia begitu sensitif dengan perubahan nada yang drastik \u2013 iaitu sifat utama muzik. Mereka biasanya tidak mendengar muzik atau mendengar dengan jumlah yang begitu sedikit." "Nisbah Keemasan (Golden Ratio) dianggap sebagai kuantiti matematik yang mendefinisikan kecantikan. Idea ini datang sejak peradaban Yunani lagi yang menganggap segala kecantikan itu adalah matematik.\n\nNisbah keemasan 1.61803 ini dikatakan dapat ditemui pada alam semula jadi, menjadikannya seolah satu kod kecantikan yang diguna pakai seantero alam. Lengkungan nisbah keemasan ini tampaknya dapat ditemui pada cangkerang, galaksi, puting beliung, bunga, anggota tubuh manusia dan banyak lagi elemen alam.\n\nBegitu juga, nisbah keemasan ini telah digunakan dalam pelbagai hasil seni ulung sepanjang sejarah:\n\nNamun sebenarnya, tidak semua orang terima idea nisbah keemasan sebagai penentuk kecantikan. Kebanyakan ahli matematik benci sebenarnya bila orang menokok tambah begitu banyak cerita tentang kuantiti matematik ini.\n\nBanyak ahli matematik yang mula bersuara membantah penggunaan nisbah keemasan secara melebih \u2013 lebih ini apabila pakar kecantikan mereka cipta satu pencontoh (template) piawai kecantikan muka manusia berdasarkan nisbah keemasan phi.\n\nKalau muka anda tepat mengikuti pencontoh di atas, anda cantik. Kalau mata atau mulut anda lari sedikit posisinya, maaf anda tak cantik secara saintifik. (Peduli apa kalau pasangan anda kata anda cantik, yang penting sains!).\n\nMaka setelah dirumuskan template kecantikan tersebut, dipastikanlah beberapa manusia yang miliki muka paling cantik di dunia yang \u2018dibuktikan dengan sains\u2019 (ya, termasuk Kim Kardashian. Ergh).\n\nAhli \u2013 ahli matematik kemudian membantah obsesi ini sebagai \u2018pseudo matematik\u2019. Ia mitos yang tidak hilang \u2013 hilang.\n\nMenurut Dr Keith Devlin, ahli matematik University Stanford, nisbah keemasan ini tidak pernah digunakan oleh penemunya, Euclid, sebagai penentu kecantikan astetik. Idea ini cuma datang pada abad ke 19 oleh ahli psikologi German Gustav Theodor Fechner. Ia menyerupai kepercayaan agama.\n\nTiada bukti nisbah \u2013 nisbah tersebut menentukan \u2018kecantikan\u2019.\n\nBegitu juga, menurut Dr Devlin juga, yang sedang menentang mitos nisbah emas, kita banyak menyukai bentuk \u2013 bentuk lain yang tidak menepati nisbah emas, seperti saiz kertas A4 atau skrin komputer.\n\nBagaimanapun, sebagaimana yang kita biasa alami dalam dunia internet, artikel dan hujah biasanya kurang berkesan untuk menyampaikan mesej. Yang lebih disukai golongan milenial dan Gen Z adalah memes dan troll.\n\nMaka itulah yang dibuat ahli matematik. Untuk menunjukkan bahawa nisbah golden ratio ini cumalah satu mitos, mereka mengguna pakai lengkungan nisbah emas pada gambar \u2013 gambar kelakar yang jika benar lengkungan itu betul, maka sepatutnya gambar \u2013 gambar parodi itu mestilah \u2018cantik secara saintifik\u2019.\n\nBerikut adalah beberapa kumpulan gambar \u2013 gambar troll nisbah keemasan yang menunjukkan merepeknya mereka yang cuba membuktikan kecantikan secara saintifik:\n\nBagaimanapun artikel ini tidaklah mengatakan bahawa nisbah emas ini tidak benar atau sebaliknya. Cuma ingin mengongsikan memes. Troll yang paling mahal adalah troll akademik." "Nisbah keemasan (Golden ratio) dianggap sebagai nisbah kecantikan alam yang dapat ditemui dalam pelbagai hasil seni agung sepanjang sejarah, dan kajian demi kajian menemui nisbah tersebut dalam begitu banyak elemen alam.\n\nIa dikatakan ditemui pada struktur Parthenon, cangkerang laut, Piramid, biji bunga matahari dan lukisan manusia Da Vinci.\n\nTerbaru, kajian mendapati bahawa nisbah keemasan ini wujud pada tengkorak manusia, dan tidak pada tengkorak haiwan lain. \n\nSebelum itu, apa itu nisbah emas?\n\nNisbah Emas (the Golden Ratio) adalah suatu nilai yang diperoleh apabila satu garisan panjang yang mempunyai dua bahagian, a dan b di mana a adalah lebih panjang berbanding b; dan sekiranya a/b adalah sama dengan (a+b)/a. Nilai tersebut adalah 1.61803. \n\nNisbah emas ini diwakili oleh simbol phi ? atau ? .\n\nMenariknya, nisbah emas ini miliki hubungan istimewa dengan urutan fibonacci:\n\n 0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, . \n\nNombor \u2013 nombor ini diperoleh dengan menambah 2 nombor sebelumnya \n\nDidapati, semakin besar nisbah antara dua nombor bersebelahan dalam aturan fibonacci, semakin hampir ia dengan nilai nisbah keemasan.\n\nNisbah ini boleh digambarkan dalam bentuk lengkungan di bawah, (yang kita biasa lihat).\n\nAtas motivasi untuk mengorek lebih banyak rahsia \u2013 rahsia alam dan dorongan untuk mencari \u2018kuantiti penyatuan\u2019 untuk fizik, biologi dan fisiologi manusia, sekumpulan saintis melakukan kajian untuk meneliti nisbah keemasan pada tengkorak haiwan.\n\nDalam kertas kajian \u2018Mammalian Skull Dimensions and the Golden Ratio\u2019 itu, penyelidik mengkaji 100 tengkorak manusia dan 70 tengkorak daripada 6 spesis mamalia lain termasuk singa, harimau, monyet, anjing dan arnab.\n\nDua nisbah kemudian diukur: lengkung nasioiniac dibahagikan dengan lengkungan parietooccipital, dan parietooccipital dibahagikan dengan lengkungan hadapan.\n\nHasilnya, didapati bahawa pada tengkorak manusia, nisbah kedua \u2013 dua menghasilkan jumlah 1.6 iaitu hampir dengan nisbah emas 1.618. Bagaimanapun, spesis lain tidak menghasilkan keputusan demikian. \n\nKajian ini menguatkan hujah keistimewaan penciptaan struktur dan pembinaan manusia yang direka dengan menuruti formula dan perancangan matematik." "Ada satu soalan menarik yang dapat perhatian ramai netizen.\n\nSoalan itu berbunyi: \n\nDalam sebuah majlis, setiap orang bersalaman dengan yang lain. Kesemuanya 325 salam tangan.\n\nSoalannya, berapa orang yang ada dalam majlis tersebut?\n\nSoalan ini sendiri agak menarik sebenarnya. Sebab kebiasaannya hal ini tak pernah difikirkan oleh mana \u2013 mana manusia dalam majlis bersalaman. Biasanya kuantiti yang diketahui adalah berapa bilangan orang, bukan berapa bilangan salam tangan. Buat apa nak tahu bilangan salam tangan pun?\n\nTapi tak apa lah, itu lah soalan matematik.\n\nJadi untuk menjawab soalan ini, kita bentangkan dahulu logik ringkas sebagai asas. Kita fikirkan dahulu situasi ringkas melibatkan orang yang sedikit, kemudian kita fahami bagaimana bilangan salam tangan ini berlaku.\n\n... Buat lawak ya? \n\nOk, bahagian ini menarik dan menjadi \u2018kunci konsep\u2019 bagi soalan ini. Jawapannya adalah 0, kerana walau forever alone bagaimanapun anda, anda tak boleh bersalaman dengan diri sendiri. Jadi perlu ingat konsep asas ini.\n\nSetiap seorang berjabat sekali. Jadi 1\n\n3 kali.\n\n6 bilangan salam tangan.\n\nSekarang kita perasan satu corak, bahawa bilangan salam tangan adalah bersamaan dengan 1 + 2 + 3 + . + bilangan orang tolak 1. \n\nAtau cara lain untuk faham, adalah kita bayangkan ada 10 orang dalam masjid baru habis solat. Mereka berselawat lepas tu buat barisan. Orang pertama salam 9 orang, orang kedua salam 8 orang, orang ketiga salam 7 . Jadi bilangan salam adalah 9 + 8 + 7 + 6 + 5 + 4 + 3 + 2 + 1. \n\nJadi sekarang kita dah fahami sedikit konsepnya, sekarang kita ada bilangan salam (325), macam mana nak cari bilangan orang??\n\nAda beberapa cara:\n\nCara ini adalah dengan kita tambah di kalkulator banyak kali sampai dapat jawapan 325. Rasanya majoriti netizen yang dapat jawapan buat cara ini (yang tak cilok jawapan di komen).\n\nJika perasan, bilangan akhir adalah 25. Tapi ini bukan jawapan yang betul! Sebab anda perlu tambah lagi seorang yang tak dapat bersalam dengan dirinya. \n\nMaka jawapannya 26 lah.\n\nCara ini lebih mudah kerana anda cuma masukkan formula, kemudian drag saja sampai dapat jawapan 325. Jawapan ini lebih jelas bahawa jumlah yang betul adalah 26 tanpa perlu anda ingat dalam kepala untuk tambah seorang lagi. \n\nTapi untuk kumpulan \u2013 kumpulan Gamers Squad, cara yang paling baik adalah dengan menggunakan formula. Kenapa terbaik? Sebab katakan bilangan salam yang diberi adalah 5050. Penat lah jari nak menekan kalkulator satu satu. Formula dapat menyelesaikannya dengan efisien. \n\nTapi apa formulanya? Kalau anda pelajar SPM mungkin dapat ingat (pelajar SPM pun banyak ingat), tapi jika tidak ingat, sebenarnya anda boleh datangkan sendiri. \n\nBayangkan anda perlu kira 1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10. Susah bukan? Tapi dengan sedikit helah, anda boleh kira cepat. Kalau kita pecahkan siri tersebut kepada dua kumpulan (kumpulan nombor menaik dan kumpulan nombor menurun), dan tambahkan, kita akan dapati jumlah sentiasa 11.\n\n1 + 10 = 11\n\n2 + 9 = 11\n\n3 + 8 = 11\n\n4 + 7 = 11\n\n5 + 6 = 11\n\nMaka jumlah penambahan keseluruhan cumalah 11 x 5 = 55. Dari itu, kita dapat hasilkan rumusnya sebagai:\n\nJadi dengan rumus (n/2)(n+1) tersebut, kita samakan dengan bilangan salam.\n\nKemudian kita kembangkan persamaan:\n\nKita perasan bahawa ini merupakan persamaan kuadratik, maka untuk mencari puncanya, kita gunakan formula kuadratik\n\nMaka kita peroleh puncanya sebagai 25 atau -26. \u2013 26 kita tolak kerana mustahil bilangan orang negatif (ke jin??). Maka n = 25.\n\nTapi ingat! n = x -1\n\nJadi x = n + 1 = 25 +1 \n\nx = 26.\n\nJadi itulah jawapannya . 26.\n\nTapi jawapan abang ni masuk akal juga." "Pada bulan Oktober setiap tahun, para saintis\nakan menunggu pengumuman bagi pemenang anugerah Nobel. Anugerah Nobel dianggap\nsebagai anugerah tertinggi dalam bidang sains seperti Fizik, Kimia, Fisiologi\ndan Perubatan. \n\nPada 8 Oktober 2019, anugerah Nobel telah dimenangi oleh seorang ahli kosmologi dan dua ahli astronomi. Pemenangnya ialah James Peebles atas sumbangannya dalam bidang kosmologi, Michel Mayor dan Didier Queloz atas sumbangan mereka yang menemukan planet luar suria yang mengorbit sebuah bintang jenis suria. \n\nJames Peebles telah banyak menyumbang dalam bidang kosmologi bermula tahun 1960-an sehingga kini. \n\n2019 #NobelPrize laureate James Peebles took on the cosmos, with its billions of galaxies and galaxy clusters. His theoretical framework, developed over two decades, is the foundation of our modern understanding of the universe\u2019s history, from the Big Bang to the present day. pic.twitter.com/fly4alndv9\n\nKosmologi ialah satu bidang yang mengkaji tentang kejadian alam semesta ini, bermula dari awal kelahiran sehinggalah kepada kematian alam semesta. Teori letupan besar, pengembangan alam semesta, jirim gelap dan tenaga gelap kesemuanya dibincangkan oleh ahli kosmologi. \n\nAntara bukti yang menyokong teori letupan besar ialah sinaran kosmik latar belakang gelombang mikro (cosmic microwave background radiation). Sinaran ini terhasil ketika alam semesta berumur sekitar 400 ribu tahun. Oleh itu, dengan mengkaji sinaran ini, kita dapat memahami keadaan alam semesta pada awal kelahirannya. \n\nSinaran kosmik latar belakang gelombang mikro telah ditemukan secara tidak sengaja oleh dua orang jurutera iaitu Arno Penzias dan Robert Woodrow Wilson pada tahun 1964. Penjelasan bagi penemuan sinaran ini telah dilakukan oleh beberapa ahli kosmologi termasuklah James Peebles pada tahun 1965.\n\nNamun James Peebles memainkan peranan yang lebih besar kerana beliau secara bersendirian telah menyediakan teori yang menjelaskan sinaran kosmik itu.\n\nAnugerah Nobel kepada James Peebles telah tertangguh selama 54 tahun iaitu dari 1965 sehinggalah 2019. Penangguhan ini merupakan rekod baharu bagi \u2018penangguhan anugerah Nobel terpanjang\u2019. Rekod baharu James Peebles ini telah memecahkan rekod lama yang dipegang oleh Subrahmanyan Chandrasekhar yang mengambil masa 53 tahun (1930 \u2013 1983).\n\nPeebles bukan sahaja menerangkan berkenaan sinaran kosmik, malah beliau juga telah banyak menyumbang kepada pengetahuan mengenai jirim gelap, tenaga gelap dan struktur alam semesta. \n\nSelain Peebles, anugerah Nobel ini dikongsi dengan dua orang ahli astronomi iaitu Michel Mayor dan Didier Queloz. Mayor dan Queloz berjaya menemukan planet luar suria yang mengorbit sebuah bintang jenis-suria pada tahun 1995. \n\nThe discovery by 2019 #NobelPrize laureates Michel Mayor and Didier Queloz started a revolution in astronomy and over 4,000 exoplanets have since been found in the Milky Way. Strange new worlds are still being discovered, with an incredible wealth of sizes, forms and orbits. pic.twitter.com/nqhJcJGJTv\n\nPlanet luar suria ialah planet yang wujud di luar sistem suria, dan mengorbit bintang yang lain. Penemuan oleh Mayor dan Queloz ini bukanlah penemuan planet luar suria yang pertama kerana Aleksander Wolszczan and Dale Frail telah pun menemukan planet luar suria terlebih dahulu pada tahun 1992. Namun penemuan Wolszczan dan Frail terhad kepada bintang jenis pulsar. \n\nPenemuan oleh Mayor dan Queloz pula menggunakan teknik yang berbeza, yang boleh digunakan bagi bintang yang serupa dengan Matahari.\u00a0 Selepas penemuan ini, pelbagai usaha telah digerakkan untuk mencari lebih banyak planet luar suria. Setakat hari ini, telah lebih 4000 buah planet luar suria ditemui, dan sedang bertambah." "Anugerah Nobel mula dikurniakan sejak 1901, sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh pencipta dinamit, Alfred Nobel. Berdasarkan wasiat Alfred Nobel, anugerah Nobel akan diberikan kepada sesiapa yang telah memberikan jasa tertinggi kepada manusia. \n\nAnugerah ini dibahagikan kepada lima bidang iaitu fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, sastera dan keamanan. Pada tahun 1968, bidang Sains Ekonomi dimasukkan sebagai bidang keenam anugerah Nobel. Jawatankuasa yang memilih pemenang anugerah Nobel dikenali sebagai jawatankuasa Nobel. Mereka ini dipilih berdasarkan syarat tertentu, bergantung kepada bidang yang dianugerahkan.\n\nAnugerah Nobel\ndianggap sebagai anugerah tertinggi dalam kesemua enam bidang di atas.\nMemenangi anugerah Nobel merupakan impian bagi hampir kesemua saintis, ahli\nekonomi dan sasterawan. Pada bulan oktober setiap tahun, para ahli akademik\nakan menunggu pengumuman pemenang anugerah Nobel. Sebahagiannya menunggu\nderingan telefon daripada jawatankuasa Nobel kerana mereka menjangka akan\nmenang pada tahun tersebut.\n\nWalaupun anugerah\nNobel dianggap sebagai anugerah tertinggi, ia tetap dibelenggu pelbagai\nmasalah. Di bawah ini, saya sertakan masalah-masalah dalam anugerah Nobel.\n\nSebahagian anugerah Nobel dalam bidang sains merupakan hasil kerja berkumpulan dan bukan hanya 3 saintis sahaja. Contohnya dalam bidang fizik pada tahun 2011, 2013 dan 2017. Anugerah Nobel dalam bidang fizik pada 2011 dianugerahkan kepada Saul Perlmutter, Adam Reiss dan Brian Schmidt. Saul Perlmutter merupakan ketua penyelidik bagi sebuah kumpulan penyelidikan Supernova Cosmology Project, manakala Adam Reiss dan Brian Schmidt mengetuai kumpulan High-z Supernova Search Team . \n\nKedua-dua kumpulan ini terdiri lebih 40 penyelidik, namun anugerah Nobel hanya diberikan kepada 3 penyelidik sahaja. Anugerah pada tahun 2013 hanya diberikan kepada 2 ahli fizik iaitu Francois Englert dan Peter Higgs walaupun lebih tiga ribu penyelidik terlibat. Begitu juga dengan tahun 2017 yang diberikan kepada 3 ahli fizik, walaupun lebih seribu penyelidik terlibat.\n\nSyarat yang diletakkan oleh jawatankuasa Nobel ini telah banyak menimbulkan kontroversi. Banyak calon anugerah Nobel tidak dianugerahkan walaupun pencapaian mereka telah mengubah hala tuju manusia. \n\nAntara nama popular yang tidak dianugerahkan anugerah Nobel ialah Mahatma Gandhi (keamanan). Mahatma Gandhi cukup popular sebagai seorang aktivis kemanusiaan. Beliau berjuang bagi penyatuan masyarakat berlainan agama di India tanpa mempromosi keganasan. Mahatma Gandhi telah dicalonkan bagi anugerah Nobel sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1937, 1938, 1939, 1947 dan akhirnya pada januari 1948, beberapa hari sebelum beliau dibunuh. Namun Mahatma Gandhi terlepas kelima-lima anugerah tersebut. \n\nJawatankuasa Nobel telah dikritik kerana tegas tidak mahu menganugerahi Mahatma Gandhi selepas kematian beliau.\n\nPencalonan anugerah Nobel dipilih berdasarkan beberapa kriteria. Setelah nama calon-calon telah dikemukakan kepada jawatankuasa Nobel, jawatankuasa Nobel ini akan bermesyuarat bagi memilih pemenang. \n\nProses pemilihan ini telah banyak dikritik kerana pemilihan akhir dibuat oleh jawatankuasa Nobel dan bukan pencalonan tertinggi. Sebagai contoh, Arnold Sommerfeld telah dicalonkan sebanyak 82 kali sepanjang selama 25 tahun, dan mendapat pencalonan tertinggi pada 1927, namun langsung tidak memenangi anugerah Nobel.\n\nAnugerah Nobel dalam bidang sains telah didominasi oleh kaum lelaki. Hal ini menunjukkan bias dalam keputusan jawatankuasa Nobel bagi memilih pemenang. Bagi bidang fizik, setakat tahun 2019 hanya 3 saintis wanita sahaja yang pernah memenangi anugerah Nobel iaitu Marie Curie (1903), Maria Goeppert Mayer (1963) dan Donna Strickland (2018) . Anugerah Nobel juga banyak diberikan kepada negara-negara maju seperti USA, Canada, negara-negara Eropah, Jepun, China dan Rusia.\n\nAnugerah Nobel dalam bidang sains akan diberikan berdasarkan tajuk kajian tertentu. Namun, terdapat banyak kes penganugerahan diberikan kepada penyelidik berdasarkan 1 kertas kajian, namun terdapat penyelidik lain yang melakukan penyelidikan yang sama pada kertas kajian lain dan tidak dianugerahkan. \n\nSebagai contoh, pemenang Nobel bidang fizik bagi tahun 2013 dianugerahkan kepada Peter Higgs dan Francois Englert . Namun, terdapat 4 lagi penyelidik lain yang menerbitkan kertas kajian berkenaan tajuk yang sama iaitu Robert Brout, Gerald Guralnik, Hagen dan Tom Kibble tidak memenangi anugerah Nobel ." "Setelah 20 bulan baru ditemui mengorbit Zuhal, pertandingan telah dibuka untuk membantu saintis menamakan objek \u2013 objek angkasa tersebut.\n\nHi friends! I'm back with a new handle, because we've got a whopping 20 newly discovered moons of Saturn to name. Please help us! https://t.co/DisqBWBZ0D\n\nDan seperti yang dah dijangka, reaksi netizen sememangnya cukup \u2018kelakar\u2019.\n\nDengar saja mengenai pertandingan menamakan sesuatu di internet ini, netizen terus menyambar peluang untuk meneruskan tradisi lagenda \u2018Boaty McBoatface\u2019, lantas mencadangkan nama \u2018Moony McMoonface\u2018 untuk diterima kumpulan saintis tersebut.\n\nBagi yang mungkin tidak tahu menahu langsung mengenai lagenda moden terhebat Boaty McBoatface ini, pendeknya ia adalah nama yang mendapat undian tertinggi dalam pertandingan menamakan kapal kajian milik United Kingdom.\n\nNamun, dengan mencabuli prinsip demokrasi secara kejamnya, cadangan tersebut ditolak mentah \u2013 mentah dan kapal tersebut dinamakan dengan panggil RRS\u00a0Sir David Attenborough. Buat apa buat pertandingan undian ye tak kalau tak terima pilihan majoriti?\n\nFormat nama Boaty McBoatface yang menang di hati netizen ini bagaimanapun terus hidup dalam pelbagai undian penamaan alam maya.\n\nNamun, sebenarnya terdapat satu lagi trend yang mencabar Moony McMoonface, iaitu menamakan bulan \u2013 bulan tersebut dengan nama artis \u2013 artis Kpop.\n\nwho wanna name a moon after namjoon?We gotta trend it Competition ends December#NameSaturnsMoons pic.twitter.com/qlq1DfikVA\n\nHi I would like moon to be named after Namjoon\u2019s solo mixtape called \u201cMono.\u201d Namjoon, BTS\u2019s leader and rapper, has been using the metaphors of moon in both BTS songs and his solo songs. He even has a song called Moonchild! #NameSaturnsMoons @BTS_twt pic.twitter.com/qC2DlAHRh6\n\nPlease name one of your moons, Moon Taeil because he shines as bright as the moon. He is extremely talented and has amazing vocals. #NameSaturnsMoons pic.twitter.com/LGoLCzs9If\n\nUm.\n\nJadi adakah nama \u2013 nama tersebut berkemungkinan diterima? Tidak, kerana format nama yang diusulkan oleh Carnegie Science hanyalah daripada asal usul Inuit, Norse dan Gallic.\n\nTapi, entah. Kalau anda spam banyak \u2013 banyak nama tersebut mungkin boleh diterima?" "Turun takhtamu, Musytari, Zuhal kini adalah raja planet yang paling banyak bulan.\n\n20 bulan baru telah ditemui mengorbit Zuhal, menjadikan jumlah keseluruhan bulan planet tersebut kepada 82, yang mengalahkan jumlah \u2018juara\u2019 sebelum ini iaitu Musytari dengan jumlah sebanyak 79.\n\nSetiap daripada bulan baru yang ditemui itu berukur lilit sebanyak hampir 5 kilometer. \n\nMenariknya, 17 bulan baru Zuhal itu mengelilingi planet tersebut secara terbalik, bermakna pergerakannya berlawanan dengan putaran planet pada paksinya (retrograde). 3 lagi bulan berputar sama arah dengan putaran Zuhal (prograde).\n\nBulan \u2013 bulan ini berkemungkinan merupakan cebisan daripada bulan yang lebih besar yang berkecai lama dahulu, sama ada bertembung sesama sendiri, atau dihentam objek asing seperti asteroid atau komet.\n\nAnda juga berpeluang untuk menyertai pertandingan menamakan kesemua 20 bulan tersebut! \n\nThanks to @CarnegiePlanets' Scott Sheppard discovering 20 new moons of Saturn, it has surpassed Jupiter for the most moons in our Solar System! (And you can help name them!) https://t.co/SBjXdZZ7qI pic.twitter.com/n1Fln9OmWs\n\n. Tapi nama tersebut mestilah berdasarkan mitologi Norse, Inuit dan Gallic. Dan ya, nama Moony McMoonface tak diterima. \n\n.. Dan nama Kpop pun tak diterima .\n\n#NameSaturnsMoons Namjoon, Joon, Joonie, Jooniper\n\nDengan menggunakan teleskop \u2013 teleskop terbesar di dunia, saintis kini sedang melengkapkan senarai bulan \u2013 bulan kecil yang mengelilingi planet \u2013 planet gergasi.\n\nMengkaji orbit bulan \u2013 bulan ini dapat mendedahkan asal usul mereka, termasuklah juga maklumat tentang keadaan di sekeliling Zuhal pada masa mereka terbentuk" "Sebuah soalan daripada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam tular di media sosial.\n\nSoalannya berbunyi:\n\nPQQPPQQQPPXXXQQPPPPQQQQQ . Apakah XXX\n\nSoalan ini tular kerana membingungkan sebahagian netizen:\n\nSekali imbas, soalan tersebut memang agak menyentap akal, kerana kelihatan begitu pelik. Jika ditambah dengan stres menjawab ujian, mungkin termenung lama jawabnya.\n\nBagaimanapun, sebenarnya soalan tersebut mudah saja dijawab dengan mencerakinkan siri tersebut dan memerhatikan corak kekerapan setiap huruf.\n\nPQQ\n\nPPQQQ\n\nPPXXXQQ\n\nPPPPQQQQQ\n\nApabila dipersembah sebegini, kita lebih mudah mengesan corak pada setiap siri. P dan Q sebenarnya bertambah satu huruf.\n\nMaka siri yang ketiga adalah:\n\n PPPQQQQ\n\nJadi jawapannya a) PQQ . Mudah saja!" "Astronomi ialah satu bidang yang mengkaji pergerakan-pergerakan objek samawi di alam semesta. Bidang astronomi merupakan bidang terawal yang dikaji oleh peradaban manusia. \n\nPada abad ke-21 ini, sudah banyak yang kita ketahui berkenaan angkasa lepas. Bahkan, jika dibandingkan pengetahuan pelajar sekolah menengah dengan sarjana Greek dahulu, pelajar menengah sekarang lebih banyak pengetahuan tentang alam semesta berbanding sarjana Greek.\u00a0\n\nDalam artikel ini, kita akan berkongsi penemuan-penemuan astronomi terpenting yang berlaku pada zaman dahulu.\n\nApabila kita lihat ke angkasa lepas pada waktu malam, kita dapat lihat ribuan objek yang tersebar di serata langit. Jika kita perhatikan langit malam setiap hari selama setahun, kita akan dapati bahawa terdapat perubahan kedudukan bintang-bintang di langit. Penemuan ini juga telah direkodkan oleh manusia pada zaman silam.\u00a0\n\nMelalui pemerhatian selama bertahun-tahun, manusia mendapati bahawa terdapat 7 objek yang bergerak pada orbit tersendiri iaitu Matahari, Bulan, Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal. Hari ini kita tahu bahawa kesemua 7 objek ini merupakan objek-objek yang berada di dalam sistem suria. Manakala bintang-bintang berada sangat jauh daripada sistem suria, dan sebab itulah bintang-bintang ini kelihatan tidak bergerak pada waktu malam.\n\nPada awalnya, manusia melihat bahawa Bumi ini seluas mata memandang, dan seolah-olah tidak ada penghujung. Maka manusia menyimpulkan bahawa Bumi ini berbentuk datar. Namun selepas penemuan-penemuan baharu dan penguasaan dalam ilmu trigonometri, manusia mendapati bahawa Bumi bukanlah berbentuk datar, tetapi berbentuk sfera.\u00a0\n\nAntara bukti yang menyokong Bumi berbentuk sfera ialah gerhana bulan. Ketika berlakunya gerhana bulan, manusia mendapati bahawa terdapat bayang-bayang yang melindungi cahaya bulan. Apabila dihitung fasa bulan, manusia mendapati bahawa bulan berada pada fasa penuh, dan bayangan bumi yang sedang menutupi bulan.\u00a0\n\nPasang surut merupakan satu fenomena yang berlaku setiap hari sejak dari zaman dahulu lagi. Fenomena ini telah pun difahami bahawa ia berpunca daripada fasa bulan. Fasa bulan tertentu akan menyebabkan fenomena pasang surut yang berlainan seperti pasang surut anak dan pasang surut perbani. Apabila fenomena ini difahami, manusia dapat melakukan aktiviti di laut berdasarkan waktu yang sesuai.\u00a0\n\nPada hari ini, kita tahu bahawa fenomena pasang surut ini berpunca daripada tarikan graviti Bulan dan juga matahari.\u00a0\n\nSelama beribu-ribu tahun, pemerhatian manusia mengenai alam semesta terhad kepada semua yang dapat dilihat oleh mata kasar. Ribuan bintang dapat dilihat. Kemudian, penciptaan teleskop telah membuka ruang baharu dalam penerokaan angkasa lepas. Selepas penciptaan teleskop, pelbagai objek ditemui seperti planet Uranus dan Neptun. Malah, penciptaan teleskop juga telah membawa kepada revolusi daripada geosentrik kepada heliosentrik.\u00a0\n\nPada hari ini, teleskop-teleskop semakin besar dicipta. Malah, teleskop-teleskop juga telah dihantar ke angkasa lepas seperti Teleskop Hubble dan Teleskop Spitzer.\u00a0\n\nGalileo Galilei merupakan antara manusia pertama yang menggunakan teleskop untuk melihat ke langit. Beliau telah banyak menemukan fenomena-fenomena baharu seperti bulan-bulan di planet Musytari. Galileo mendapati terdapat 4 buah bulan yang mengorbit planet Musytari. Pada hari ini, bulan-bulan tersebut diberi nama Io, Europa, Ganymede dan Callisto. Keempat-empat bulan ini dikenali sebagai bulan-bulan Galileo. Impak daripada penemuan ini, model geosentrik mula dipersoalkan dan model heliosentrik mula mendapat sokongan.\u00a0\n\nSelain daripada penemuan 4 bulan Musytari, Galileo juga mendapati bahawa planet Zuhrah mempunyai fasa-fasa yang mirip dengan fasa Bulan. Zuhrah mempunyai fasa sabit, fasa separa dan fasa hampir purnama. Hasil daripada penemuan ini, berserta dengan data-data cerapan sedia ada, model heliosentrik mula diterima, dan Zuhrah diletakkan sebagai planet ke-dua yang mengelilingi Matahari\n\nPergerakan planet-planet sudah direkodkan selama beribu-ribu tahun. Namun penjelasan bagi pergerakan planet-planet ini masih belum diketahui sehinggalah Johannes Kepler mengutarakan 3 Hukum Pergerakan Planet, yang pada hari ini dikenali sebagai Hukum Kepler. Sebelum kemunculan Kepler, para ahli astronomi percaya bahawa kesemua planet berada pada orbit yang berbentuk bulat, dan mengelilingi Bumi. Kepler pula menyatakan bahawa orbit planet berbentuk elips dan mengelilingi Matahari. Kenyataan ini dikenali sebagai Hukum Kepler pertama. Selain itu, Kepler juga mengusulkan 2 lagi hukum lain yang membolehkan manusia untuk meramal kedudukan planet pada masa akan datang." "Kalau anda diberi peluang sertai pertandingan hasilkan video pendidikan, konsep bagaimana yang anda akan buat?\n\nMungkin idea yang tak terfikir orang oleh orang adalah menggabungkan cerita seram dengan topik matematik (macam tak masuk!). Tapi itulah yang dihasilkan oleh Politeknik Merlimau Melaka sehingga mereka dinobat juara bagi kategori eMicro Content Competition (eMCC) dan meraih dua lagi anugerah sempena Cidos Inspiring Learning Awards (eDOLA) 2019. \n\nDalam video tersebut, apa yang ingin diajarkan adalah cara mengira sektor bulatan, tapi jalan ceritanya seolah \u2013 olah cerita seram Friday the 13th.\n\nKisah bermula dengan watak jahat menakutkan yang mencari mangsa di tengah malam sambil menghunus parang.\n\nSeorang mangsa wanita kemudian ditangkap dan nampaknya seperti ditetak kejam?\n\nMangsa \u2013 mangsa si topeng ganas itu kemudian diheret dan dihumban ke gudang terbiar. Apa agaknya yang dia mahukan??\n\nDia mahu tanya soalan matematik tentang pizza ... Dia suka pizza, jadi dia nak tahu berapakah luas kawasan sektor pizza sekiranya jejarinya 12cm dengan sudut 45\u00b0 ? Mungkin sebab dia nak maksimakan jumlah pizza yang masuk dalam perut dengan duit yang terbatas (iya lah, penjahat pun mana boleh curi duit orang buat beli pizza. Haram tu masuk perut jadi darah daging).\n\nOh . ok.\n\nMaka kemudian diterangkanlah cara menyelesaikan masalah matematik tersebut:\n\nMaka setelah diselesaikan masalah tersebut adakah penjahat tersebut membebaskan tawanan \u2013 tawanan dan kemudian menghilangkan diri dalam kegelapan. Lebih baik dari itu, dia kemudian berkongsi pizza tersebut dan dapat tawaran untuk bertanya apa \u2013 apa soalan matematik lain. Sungguh mengharukan .\n\n eDOLA 2019 adalah pertandingan tahunan anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi memberi pengiktirafan kepada pensyarah dan pelajarnya menunjukkan kepakaran pembangunan bahan dan penggunaan teknologi untuk aktiviti pengajaran serta pembelajaran. \n\nKita perlukan lebih banyak usaha untuk menghasilkan bahan pendidikan secara kreatif ini!" "Ramai dari kita sudah tentu pernah menonton animasi Doraemon. Doraemon boleh mengeluarkan pelbagai alat ajaib dari poketnya. Antara alatan yang sering dikeluarkan ialah doko demo doa ataupun lebih dikenali dalam bahasa Melayu sebagai pintu ke mana saja. Pintu ke mana sahaja membolehkan Doraemon, Nobita dan rakan-rakan mereka yang lain untuk mengembara ke tempat yang jauh dalam sekelip mata sahaja. Secara fizikal, pintu ke mana sahaja ini mirip dengan lohong cecacing atau wormhole.\n\nLohong cecacing ialah satu terowong yang menghubungkan dua kawasan yang terpisah dalam ruang-masa. Ia dihipotesiskan pada tahun 1935 oleh Albert Einstein dan muridnya Nathan Rosen. Pada awalnya, hipotesis ini dikenali sebagai jambatan Einstein-Rosen dan kemudian dipopularkan sebagai lohong cecacing .\n\nBayangkan jika kita mampu menggunakan jalan pintas untuk menjelajah ke London atau mengembara merentas galaksi dalam sekelip mata. Walaupun kita telah menemui banyak objek yang menakjubkan di angkasa seperti planet luar suria atau planet ekso, pengetahuan kita hanya terhad kepada kaca mata teleskop kita. \n\nKita belum mampu mengkaji objek-objek ini dengan lebih dekat. Satelit angkasa lepas buatan kita yang paling jauh pun belum melepasi 1 tahun cahaya dari kita. Jika wujud lohong cecacing, bukan sahaja kita boleh mengkaji objek-objek di angkasa dengan lebih mendalam, tetapi kita juga mampu menggunakan jalan pintas untuk ke tempat yang berjuta-juta tahun cahaya. Namun persoalannya, apakah wujud lohong cecacing? \n\nBagi\nmenghubungkan dua ruang-masa yang terpisah, ruang-masa perlu dilengkungkan. Berdasarkan\nteori kerelatifan am yang diperkenal oleh Albert Einstein, sesuatu objek yang\nmempunyai ketumpatan tinggi akan melengkungkan ruang-masa. Antara objek yang\nmempunyai ciri ini ialah lohong hitam. Lohong hitam merupakan tinggalan bintang\nberjisim tinggi. Jisim tersebut ditumpu pada satu ruang kecil, sehingga\nmenghasilkan lohong hitam yang sangat tumpat. Oleh sebab itu, lohong hitam\nmelengkungkan ruang-masa dengan lengkungan yang dalam.\n\nSalah satu lohong hitam yang kita ketahui dengan agak mendalam ialah lohong hitam supermasif di pusat galaksi kita. Lohong hitam ini dikenali sebagai Sagittarius A* atau dengan singkatan Sgt A*. Adakah lohong hitam Sgt A* merupakan lohong cecacing? Sekumpulan ahli fizik mengesyaki bahawa Sgt A* mungkin merupakan sebuah calon lohong cecacing yang menghubungkan dua lokasi dan masa yang berbeza di alam semesta kita, atau mungkin menghubungkan alam semesta kita dengan alam semesta yang lain.\n\nDengan melihat kepada pergerakan bintang-bintang yang mengorbit Sgt A*, ahli-ahli fizik ini dapat meramal sama ada Sgt A* merupakan lohong cecacing atau bukan. Bintang yang menjadi tumpuan ahli-ahli fizik ini ialah bintang S2 yang mengorbit pada 17 jam cahaya dari Sgt A*. Jika bintang ini menunjukkan orbit yang diramalkan, maka Sgt A* disyaki ialah sebuah lohong cecacing. Namun setakat ini, teknologi teleskop pada hari ini belum mampu mencerap pada kejituan yang diperlukan.\n\nJika lohong\ncecacing benar-benar wujud, akan muncul pula persoalan baharu seperti\npengembaraan masa, pengembaraan melebihi halaju cahaya dan sebagainya.\nPersoalan-persoalan ini akan membuka ruang kepada kajian yang berterusan dalam\nbidang fizik." "Sebuah saluran Youtube bernama Beka Melayu agak istimewa kerana menghasilkan kumpulan istilah Bahasa Melayu seharian yang bebas daripada pengaruh bahasa asing.\n\nBeka Melayu adalah Bahasa Melayu sekiranya tiada pengaruh asing di mana perkataan Inggeris, Arab, Sanskrit, Hokkien, Tamil dan sebagainya digantikan dengan inovasi Melayu Jati dan seumpanya seperti Minangkabau, Iban, Jawa, Tagalog dan sebagainya.\n\nMenurut Beka Melayu:\n\nDan fahamkah anda dengan ayat di bawah?\u201d\n\nPenempur Sesana adalah orang yang bergarap untuk menularkan gumbar keampuan di jejaring terjulungnya dalam Sarana Lingkung.\n\nMaksudnya menurut bahasa moden adalah \u201cLasykar Siber adalah orang yang bekerja untuk memviralkan propaganda politik di Internet terutamanya dalam Media Sosial\u201d>\n\nSaluran Youtube yang baru dibangunkan ini memuat naik frasa \u2013 frasa tertentu dengan kekerapan 2 ke 3 video seminggu.\n\nUntuk rujukan lanjut tentang beka Melayu: https://www.thepatriots.asia/beka-melayu-lumpuk-ujar-dalam-pemerintahan/" "Ramai yang anggap fizik kuantum ini pelik. Tok syeikh dalam fizik sendiri, Richard Feynmann, mengatakan bahawa \u201cKalau anda rasa anda faham fizik kuantum, anda sebenarnya tak faham fizik kuantum.\u201d Uh oh. \n\nDalam artikel kali ini, kita akan menyingkap beberapa fenomena aneh dan ganjil dalam Fizik Kuantum, dan melihat apa sebenarnya beza Fizik Kuantum ni dengan konsep Fizik yang kita jumpa dalam kehidupan seharian kita.\n\nBuat sekian lama, sebelum saintis mencipta teori kuantum, perpindahan tenaga boleh dilihat dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama adalah dalam bentuk gelombang, dan keadaan yang kedua adalah dalam bentuk partikel. \n\nSelepas\nbermulanya revolusi Kuantum pada awal abad ke 20, sempadan partikel-gelombang\nini kelihatannya telahpun diganggu. Bermula dengan Albert Einstein yang\nmengusulkan bahawa cahaya yang secara klasikalnya dikenali bersifat gelombang,\nmampu bertindak seperti partikel, yang dipanggil foton, saintis kemudiannya\nmula sedar bahawa tidak wujud pun sebenarnya pengkelasan gelombang-partikel\npada tahap kuantum.\n\nSebaliknya,\nkesemua entiti partikel yang kita kenal ada memiliki sifat gelombang, dan\nkesemua entiti gelombang yang kita kenal, ada memiliki sifat partikel.\n\nSecara\numumnya, berikut adalah nama bagi gelombang-partikel yang kita tahu:\n\nI\n\u2013 Gelombang cahaya @ Foton (Partikel bagi cahaya)\n\nIi\n\u2013 Gelombang graviti @ Graviton (Partikel bagi graviti, belum ditemui)\n\nIii \u2013 Gelombang elektron @ Elektron (Elektron adalah partikel, dan elektron mempunyai sifat sebagai\u00a0 gelombang)\n\nSekejap,\nnanti dulu.\n\nKalau\nsemua benda ada sifat gelombang dan zarah, bukankah ini bermakna manusia juga,\nyang terdiri dari atom dan zarah ni, akan mempunyai sifat gelombang?\n\nBetul,\nmanusia pun sebenarnya ada sifat gelombang. Tetapi, apabila kira-kira dibuat\noleh saintis, nilai gelombang yang wujud untuk manusia itu teramat-amatlah\nkecil, kerana manusia sendiri teramat-amat besar kalau nak dibandingkan dengan\nsistem kuantum. \n\nDalam\nerti kata lain, sifat dualiti zarah-gelombang ini hanya akan menunjukkan\ndirinya kalau berada dalam keadaan kuantum, iaitu keadaan yang teramat-amat\nkecil.\n\nSatu\nkeganjilan yang biasa akan dikaitkan dengan fizik kuantum adalah superposisi\nkuantum (Quantum Superposition). Dalam kes superposisi kuantum, penggabungan\ndua keadaan sistem kuantum (quantum state) akan menghasilkan satu persamaan\nsistem baharu yang linear (ini sekadar sembang matematik).\n\nUntuk pemahaman yang mudah, katakan kita ada sebiji elektron. Elektron mempunyai satu sifat yang dipanggil sebagai spin, dan spin elektron boleh wujud dalam bentuk up (atas) atau down (bawah). \n\nMaka, sekiranya seorang ahli fizik meletakkan elektron tersebut dalam satu kotak (sebagai contoh), maka elektron tersebut berkebarangkalian untuk wujud dalam kotak tersebut dalam bentuk spin up, atau spin down. Secara matematiknya pula, kita boleh tulis sistem elektron tersebut sebagai \u00bd kebarangkalian spin up, dan \u00bd kebarangkalian spin down.\n\nPerkara\nmenarik mengenai fizik kuantum terlahir di sini.\n\nSepatutnya,\nmenurut akal kita yang rasional, kita akan cakap bahawa elektron itu hanya\nboleh wujud dalam satu daripada dua keadaan, sama ada up atau down. Tetapi\nuntuk sistem kuantum, apabila berlaku pertambahan sistem kuantum seperti yang\ndibincangkan tadi, sistem kuantum tersebut wujud sebagai kombinasi kedua-dua\nkebarangkalian tadi, atau dalam erti kata lain, sistem elektron kita tadi wujud\ndalam keadaan up dan down secara serentak.\n\nHal ini telahpun didebatkan oleh ramai ahli saintis dan ahli falsafah, antaranya pencipta fizik kuantum sendiri, Erwin Schroedinger.\n\nSchroedinger membayangkan elektron ditukarkan menjadi kucing, di mana kucing tersebut diletakkan di dalam satu kotak yang berisi racun atau apa-apa yang berkebarangkalian 50% mampu membunuh kucing itu. \n\nMenurut Schroedinger, adalah ganjil sekiranya kita ingin mengatakan bahawa kucing didalam kotak itu wujud dalam dua keadaan, hidup dan mati dalam keadaan serentak. Maka, kalau kucing kita rasa mustahil untuk wujud dalam keadaan sedemikian rupa, kenapa kita mampu rasa benda yang sama boleh terjadi kepada elektron? Hal ini dipanggil sebagai ekperimen minda \u2013 Schroedinger\u2019s Cat.\n\nTernyata\nidea bahawa mampu wujud dalam dua keadaan ini, meskipun ganjil, namun ia adalah\nbenar. Antara teknologi terkini yang sedang dibangunkan yang menggunakan\nprinsip elektron mampu wujud dalam keadaan up dan down secara serentak, sama\nseperti kucing mampu hidup dan mati secara serentak,\u00a0 adalah Komputer Kuantum (Quantum Computer).\n\nKomputer kuantum menggunakan konsep bit computer klasik yang terdiri dari arus on-off yang berada dalam keadaan 0-1, 0 untuk arus off, dan 1 untuk arus off. Disebabkan sistem kuantum boleh berada dalam keadaan superposisi, ia mampu wujud dalam dua keadaan serentak, maka computer kuantum mampu menghasilkan apa yang dipanggil sebagai bit kuantum (Quantum Bit atau Qbit) yang merupakan bit computer dalam keadaan 0 dan 1 serentak.\n\nApa beza bit kuantum dengan bit computer biasa? Disebabkan Bit Kuantum merupakan gabungan bit biasa dalam keadaan bercampur, maka komputasi atau pengiraan yang mampu dilakukan oleh Komputer Kuantum sepatutnya adalah pengiraan yang lebih pantas berbanding komputer biasa. Jadi, ayuhlah kita tunggu perkembangan komputer kuantum ini di masa akan datang.\n\nSatu lagi misteri yang wujud dalam fizik kuantum adalah penerowongan kuantum (Quantum Tunelling). Dalam contoh kehidupan seharian, katakan kita ada sebiji bola, dan satu dinding yang memisahkan kita dengan dunia luar. Kita disini berada di bahagian dalam, dan dunia luar merupakan bahagian yang berada di sebalik dinding tersebut.\n\nBayangkan kita baling bola. Jika tenaga balingan kita tak cukup, bola itu akan terbang rendah dan dihalang oleh dinding. Jika kita gunakan tenaga untuk baling bola lebih tinggi daripada dinding saja barulah bolah itu boleh ke seberang sana. \n\nHal\nini adalah analogi mudah menggunakan objek sehari-hari.\n\nNamun begitu, berbeza pula dengan situasi di skala kuantum, sekiranya kita memberi tenaga yang kurang dari tenaga yang diperlukan untuk melepasi dinding tersebut, masih ada kebarangkalian untuk bola kita melepasi dinding tersebut (huh?). Fenomena ini dinamakan sebagai penerowongan kuantum. Istilah penerowongan ini seolah-olah memberi gambaran bahawa bola tersebut menerowongi (tak pasti istilah ni wujud atau tak) dinding tersebut, walaupun pada asalnya jumlah tenaga adalah tidak mencukupi untuk melepasi dinding tersebut.\n\nFenomena penerowongan kuantum ini dipercayai menjadi asas kepada proses pelakuran nuklear (nuclear fusion) dalam bintang-bintang. Dalam kes Matahari yang merupakan bintang sistem solar kita, tenaga dalam Matahari sebenarnya tidak mencukupi untuk melawan rintangan Coulomb, satu bentuk rintangan elektrostatik dalam atom.\n\nKebergusutan kuantum merujuk kepada satu\nkeadaan di mana partikel yang berada dalam keadaan superposisi berinteraksi\ndengan satu lagi partikel dalam keadaan superposisi yang lain. Kalau sebelum ni\nkita ada partikel yang mempunyai keadaan atas ataupun bawah (elektron dengan\nspin up dan down serentak), dalam kes ini, kita ada dua elektron dengan situasi\nyang sama (kedua-duanya up dan down secara serentak).\n\nApa yang ingin kita lakukan kepada elektron\ntersebut adalah: kita ingin membuat kedua-dua elektron tu saling bergusutan\nantara satu sama lain (berinteraksi antara satu sama lain), dan kemudiannya\nkita asingkan kedua-dua elektron tersebut.\n\nPerkara yang ganjil setelah interaksi ini terjadi adalah: sekiranya kita melakukan pemerhatian terhadap satu elektron (satu elektron tu kita ukur sebagai up), elektron yang satu lagi akan menunjukkan sifat yang berbeza (satu lagi elektron akan mempunyai sifat down). Dalam kes ini, kebanyakan ahli fizik berpandangan bahawa berlakunya penghantaran maklumat (information transfer) dari satu elektron ke satu elektron yang lain, ala-ala kalau satu elektron kita semak dalam keadaan up, elektron terbabit akan \u2018memberitahu\u2019 elektron lagi satu bahawa dia perlu berada dalam keadaan down, untuk mengikut prinsip ekslusi Pauli (Pauli Exclusion Principle).\n\nFizik Kuantum, di sebalik semua\nkeganjilan yang wujud, sebenarnya merupakan satu bentuk sindiran kepada kita\nmanusia bahawa ada beberapa perkara yang kita masih lagi belum mampu untuk\nteroka. Sepertimana yang diperkatakan dalam salah satu video Ajar mengenai\nfizik kuantum, proses membina fizik kuantum ini sebenarnya terhasil daripada\nsatu bentuk patch and do yang\nberterusan, dimulakan oleh saintis lama seperti Max Planck, Einstein dan\nSchroedinger, dan diteruskan sehingga ke generasi sekarang.\n\nSalah satu kelompongan yang nyata\nwujud dalam fizik kuantum, seperti yang kita bincangkan di atas, adalah apabila\ndalam beberapa keadaan, objek-objek makroskopik mampu disebut sebagai wujud\ndalam dua keadaan yang berbeza, yang, pada akal fikiran kita, tidak masuk akal.\nMacam mana seekor kucing boleh berada dalam keadaan hidup dan mati serentak?\n\nNamun, keadaan superposisi itu\nditerima pakai dalam apa yang dipanggil sebagai Interpretasi Kopenhagen, salah\nsatu interpretasi standard dalam fizik kuantum. Dalam kes Interpretasi\nKopenhagen, ahli sains berpandangan bahawa tidak wujud pun sebenarnya keperluan\nuntuk kita member justifikasi kenapa sesuatu sistem kuantum mampu berada dalam\nkeadaan superposisi, sebaliknya hal ini perlu diterima sebagai satu bentuk\nformulasi matematik.\n\n\u201cIt is just a mathematical conundrum.\u201d\n\nSaintis yang mengikut pandangan\nKopanhagen juga selalunya diajar untuk memiliki pandangan seperti ini dalam\nberhadapan dengan masalah fizik kuantum \u2013 \u201cshut up and calculate.\u201d\n\nNamun perlu diingatkan, bukan semua\norang suka dengan interpretasi \u201cbiasa\u201d ini. Interpretasi Kopenhagen sendiri\npernah diserang berkali-kali, dan sekarang, telah banyak interpretasi lain yang\nwujud dan dibuat sebagai interpretasi alternative kepada interpretasi\nKopenhagen. \u201cApa? Kucing boleh hidup dan mati? Jangan nak bergurau lah.\u201d\nMungkin sebenarnya kucing itu hidup pada satu reality, dan mati pada suatu\nreality yang lain. Siapa kita untuk cakap bahawa kucing itu perlu mati dalam\nreality kita, tanpa mengambil kira reality yang berlainan, di mana kucing itu\nberkemungkinan hidup?\n\nHal ini dipanggil sebagai Interpretasi\nPelbagai Alam (Many World Interpretation), yang diusulkan oleh Hugh Everett.\n\nAda juga interpretasi lain yang\nmencadangkan bahawa kucing tersebut pada asalnya tidak wujud pun dalam keadaan\nhidup dan mati. Sifat hidup dan mati \u2013 sifat superposisi ini hanya terjadi\nkerana kita mengambil sesuatu objek sebagai zarah dan gelombang serentak. Tapi,\nbagaimana pula kalau sebenarnya, zarah dan gelombang itu wujud dalam keadaan\nyang berasingan?\n\nTafsiran ini pula dipanggil sebagai\nInterpretasi Bohmian.\n\nSebenarnya, banyak lagi interpretasi,\ndan formulasi matematik yang wujud untuk membincangkan situasi-situasi ganjil\ndalam fizik kuantum. Saintis-saintis pada zaman sekarang kebanyakannya mencari\nalternative baharu kerana rasa tidak puas hati dengan kesemua \u201ckeganjilan\u201d yang\nkita perkatakan dalam artikel ini.\n\nAkhir kata, proses mencarik keganjilan dan mencari kebenaran, lebih-lebih lagi dalam bidang yang seganjil fizik kuantum ini bergantung kepada sejauh mana kita sebagai umat manusia ingin terus mengkaji dan terus mencari tanpa rasa jemu.\n\nBacaan lanjut:\n\n\u201cEven Physicist Don\u2019t Understand\nQuantum Mechanics\u201d, Sean Carroll (2019). The New York Times. https://www.nytimes.com/2019/09/07/opinion/sunday/quantum-physics.html\n\n\u201cHow Do Quantum Computers Work?\u201d,\n(2019). Science Alert. https://www.sciencealert.com/quantum-computers\n\n\u201cHow The Sun Works: Fusion and Quantum\nTunelling\u201d, Minutephysics (2011). https://www.youtube.com/watch?v=gS1dpowPlE8\n\n\u201cIt\u2019s The Power of Quantum Mechanics\nthat Allows the Sun to Shine\u201d, Ethan Siegel (2015). Forbes. https://www.forbes.com/sites/ethansiegel/2015/06/22/its-the-power-of-quantum-mechanics-that-allow-the-sun-to-shine/#327e573743f7\n\n\u201cWhat is Quantum Entanglement?\u201d, Amar\nVutha (2019). Cosmos. https://cosmosmagazine.com/physics/what-is-quantum-entanglement\n\n\u201cThe Many Interpretations of Quantum\nMechanics\u201d, Graham Collins (2007). Scientific American. https://www.scientificamerican.com/article/the-many-interpretations-of-quantum-mechanics/" "Golongan yang mungkin paling jarang didengari dalam masyarakat mungkin adalah saintis. \n\nBiasanya golongan saintis terkenal dengan sikap suka mengurung diri dalam makmal, mengumpul data. Mereka juga biasanya bencikan wartawan sebab selalu menceritakan benda yang salah tentang kajian mereka. \n\nJadi kebiasaannya amat sukar untuk masyarakat mendengar cerita \u2013 cerita daripada golongan saintis ini. Ditambah dengan kewartawanan sains Malaysia yang masih suam \u2013 suam kuku, maka jadilah masyarakat marhaen kita berbincang tentang bentuk bumi bulat atau leper, antivaksin, sedang saintis \u2013 saintis hebat kita mengkaji lohong hitam supermasif.\n\nTapi kali ini, nampaknya saintis \u2013 saintis kita mula tampil ke hadapan mengongsikan kisah \u2013 kisah mereka yang penuh inspirasi kepada masyarakat melalui akaun \u2018100 Scientists of Malaysia\u2019 di Facebook dan juga Instagram. \n\nAntara kisah menarik adalah seorang ahli fizik partikel eksperimental yang bekerja di CERN untuk mengkaji tentang Higgs Boson atau juga dipanggil \u2018God Particle\u2018.\n\nAnda berminat dengan gunung berapi, ambil inspirasi daripada volcanologis Malaysia ini!\n\nAkaun 100 Scientists of Malaysia tersebut miliki misi murni untuk\n\nUsaha seperti ini membuktikan bahawa sebenarnya terdapat banyak saintis Malaysia yang hebat di luar sana, yang seharusnya lebih dicontohi masyarakat daripada model \u2013 model Instagram dan Tik Tok segera." "\u2018Nombor Fibonacci\u2019 adalah antara konsep matematik yang paling popular yang mungkin diketahui oleh mana \u2013 mana pelajar yang meminati ilmu matematik.\n\nSejarah yang biasa didengari adalah, nombor Fibonacci mula diperkenalkan pada tahun 1202 oleh Leonardo of Pisa, yang lebih dikenali hari ini sebagai Fibonacci, dalam bukunya Liber abaci, buku teks matematik yang paling berpengaruh yang dihasilkan di Eropah pada ketika itu. Nombor ini muncul apabila Fibonacci cuba menyelesaikan masalah bilangan arnab. \n\nUrutan nombor Fibonacci adalah seperti berikut:\n\n 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144...\n\nIa diperoleh dengan menambahkan jumlah dua nombor yang terdahulu dalam urutan, contohnya 1 + 1 = 2, 1 + 2 = 3, 2 + 3 = 5, dan seterusnya untuk memuaskan formula;\n\n F(0) = 0 \n\nF(1) = 1 \n\nF(n) = F(n ? 1) + F(n ? 2) n > 1 . \n\nUrutan nombor ini begitu istimewa kerana nisbah antara dua kembar dalam urutan nombor Fibonacci rupa \u2013 rupanya menghasilkan nilai nisbah emas , 1.618. \n\nContoh; \n\n 55 / 34 = 1.618 .\n\nMalah, semakin besar kembar tersebut dalam urutan nombor Fibonacci semakin hampir tepat nilainya dengan nisbah emas.\n\nNombor Fibonacci ini kemudian memainkan peranan penting dalam dunia keilmuan seperti antara lain digunakan oleh Johannes Kepler untuk mendatangkan Hukum Kepler. \n\nNamun begitu, nama \u2018nombor Fibonacci\u2019 yang disandarkan penemunya kepada Leonardo of Pisa itu sebenarnya tidak padan dan menggambarkan bias Eurosentrik kerana hakikatnya nombor tersebut telah pun ditemui lama oleh tamadun lain. Nombor tersebut pun tidak lah dipandang penting dan diiktiraf sehinggalah dinaikkan oleh ahli matematik Perancis Edouard Lucas pada abad ke 19. \n\nMenurut para pengkaji dari Universiti Aachen, German dalam kertas mereka \u2018On the Origin of the Fibonacci Sequence\u2018, Fibonacci memperoleh konsep tersebut daripada hasil usaha sarjana matematik Islam seperti al Khwarizmi (780 \u2013 850M) Abu Kamil dan Omar al Khayyam (1048 \u2013 1131 M).\n\nBuku Liber Abaci itu sendiri meminjam 22 masalah algebra daripada buku Al-jabr wa\u2019l muqabala al Khwarizmi dan 53 daripada buku Kitab fi al-jabr wa\u2019l-muqabala Abu Kamil.\n\nMalah, sumbangan Fibonacci dalam matematik sebenarnya ketinggalan zaman berbanding sumbangan sarjana matematik Islam, menurut kertas tersebut.\n\n\u201cBukan saja Fibonacci berhutang kepada al Khwarizmi dan Abu Kamil, kerja matematik beliau sezaman dengan matematik Muslim pada abad 9 dan 10, walaupun Fibonacci sendiri hidup pada tahun 1200 Masihi\u201d\n\nBegitu juga, apabila pengkaji meneliti lanjut, permasalahan bilangan arnab yang melahirkan nombor Fibonacci tidaklah begitu penting dan mendapat perhatian istimewa dalam buku Liber Abaci. Soalan yang dikemukakan dalam buku tersebut adalah:\n\nSeorang lelaki meletakkan pasangan arnab jantan dan betina di sebuah padang. Arnab mengambil masa satu bulan untuk matang sebelum boleh mengawan. Sebulan setelah mengawan, arnab betina melahirkan pasangan anak arnab jantan \u2013 betina, sebelum ia mengawan lagi. Tiada arnab yang mati. Berapa jumlah pasangan arnab setelah satu tahun?\n\nJawapan kepada masalah itu adalah:\n\nMenurut pengkaji tersebut, asal usul kepada soalan ini sebenarnya adalah daripada kitaran reproduksi lebah. Nombor Fibonacci padan sempurna dengan reproduksi lebah.\n\nPada ketika itu pula, Afrika Timur dan Sepanyol pula berada dalam zaman keemasan. Bejaia di Afrika Utara menjadi satu pusat yang mengumpulkan golongan elit intelektual di samping menjadi tempat komersial madu lebah. \n\nLebah pula mendapat tempat yang istimewa dalam Islam menerusi ayat al Quran Al Nahl 69:\n\n Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: \u201cHendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu\u201d. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. \n\nMaka berikut adalah rumusan teori asal usul Nombor Fibonacci seperti yang diusulkan oleh pengkaji:\n\nMaka daripada bukti \u2013 bukti sejarah yang dikemukakan, berikut adalah kesimpulan akhir asal usul nombor Fibonacci menurut pengkaji:\n\nNombor Fibonacci berasal daripada kitaran reproduksi lebah daripada budaya ilmiah dan perdagangan Bejaia di Afrika Utara. Fibonacci bekerjasama dengan penterjemah Scotus untuk menterjemah hasil intelek Muslim kepada Latin. \n\nBagaimanapun, sungguhpun nombor Fibonacci amat berkemungkinan dikemukakan oleh Fibonacci hasil interaksinya dengan aktiviti keilmuan peradaban Islam, nombor Fibonacci sebenarnya telah wujud dalam ketamadunan yang berbeza sepanjang sejarah.\n\nNombor Fibonacci telah ditemui di:" "Waktu kita kecil, bila kita baru saja belajar tentang bentuk bumi sebagai sfera (atau oblate sferoid, untuk jenis yang nerd sikit), kita terus terbayang apa akan jadi bila kita korek bumi tanpa henti.\n\nMesti kita akan keluar ke mana \u2013 mana negara lain di bahagian bertentangan bukan? Contohnya kalau kita mulakan projek mengorek di Rawang, dan katakan kita miliki kekebalan Superman untuk tahan kepanasan dan tekanan di pusat bumi, di hujung korekan kita itu pasti kita akan keluar di . Amerika?\n\nTapi malangnya imaginasi keanak \u2013 anakan kita untuk membina terowong pintas yang merentasi bumi itu mungkin tidak akan tercapai kerana 1) ada halangan \u2018kecil\u2019 berupa suhu teras bumi yang panasnya 6,000 C dan tekanannya 3.5 juta kali ganda permukaan, dan 2) mana nak sedut duit bang, ingat ini Minecraft ke?\n\nSekarang persoalan besar kita waktu kecil itu boleh dijawab, dengan melayari antipodesmap.com ini. \n\nAntipode adalah titik di atas permukaan bumi yang bertentangan secara garis pusat (diameter) merentasi satu garis lurus yang melalui pusat bumi. Contohnya, Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah antipod.\n\nCara penggunaan laman web ini mudah saja, kita masukkan alamat kita, dan kita tengok ke mana kita akan keluar kalau kita korek ke bawah tanah.\n\nContoh kalau kita masukkan Rawang, antara tempat paling ajaib di Malaysia;\n\nKita berkemungkinan timbul di Ecuador.\n\nMacam mana pula dengan negara asal Doraemon, Jepun?\n\nAlamak, keluar di tengah lautan pula.\n\nKalau tempat admin belajar dulu, Sheffield?\n\nAduh, air juga.\n\nJadi itulah, disebabkan bumi ini hampir 71% air, maka berkemungkinan besar percubaan \u2013 percubaan kita akan membawa ke kebiruan yang tidak berkesudahan. Juga bermakna projek terowong pusat bumi kita juga tidaklah bermanfaat sangat kalau kita cuma keluar di tengah \u2013 tengah lautan.\n\nJadi apa yang kita nak buat dengan maklumat ini? Tak tahu. Mungkin kita nak ziarah jiran antipod kita suatu hari nanti? Boleh mula mesej di FB dulu." "Masalah troli (the Great Trolley Problem) adalah antara masalah falsafah dan etika klasik yang popular yang mencabar prinsip moral seseorang.\n\nMasalahnya berbunyi sebegini:\n\nAnda melihat sebuah troli yang menuju ke arah 5 orang yang terikat di atas landasan. Di tepi anda adalah sebatang tuil yang boleh mengubah landasan troli tersebut. Jika anda tarik tuil tersebut, troli itu akan menukar arahnya ke landasan yang satu lagi dan kelima \u2013 lima orang yang terikat tersebut akan terselamat. Namun pada landasan satu lagi tersebut adalah 1 orang yang turut terikat.\n\nAnda ada dua pilihan:\n\nSoalannya, apakah pilihan yang lebih beretika? Tindakan mana yang betul?\n\nPilihan yang pertama menganggap bahawa seorang saja yang mati lebih baik daripada lima yang mati (utilitarianisme). Jadi bukan saja menarik tuil itu harus, malah ia pilihan yang lebih bermoral.\n\nPilihan kedua pula menganggap keadaan sudah pun salah secara moralnya (oleh orang yang mengikat mangsa). Maka dengan kita melibatkan diri dengan keadaan yang telah sedia salah itu, kita secara langsung bersubahat membunuh nyawa manusia. Kita asalnya tidak bertanggungjawab pun dengan kejahatan orang lain. Jadi biarkan saja tuil itu.\n\nDilema ini menghantui ahli falsafah dan pengkaji moral dari dulu. Tapi anak kecil 2 tahun ini punyai solusi yang menarik terhadap masalah ini:\n\nApa yang budak 2 tahun ini buat apabila dipersembahkan dengan masalah ini? \n\n. Dia mengalihkan orang di landasan yang satu lagi dan meletakkannya bersama satu lagi rakannya.\n\nWah, mendalam sekali tindakan ini. Memang tidak lain pilihan ini hanya boleh lahir daripada jiwa anak yang suci. Mengapa perlu bincangkan berapa orang yang perlu mati jika anda miliki kuasa untuk selamatkan semuanya? Inilah jawapan paling baik untuk dilema ini yang .\n\nEh jap Nicholas awak buat apa tu?\n\nNicholas JANGANNNNN\n\nAnda minat dengan masalah falsafah ini? Pasti anda minat juga dengan troll troll yang disediakan internet yang mempermainkannya." "Minggu ini, saya berkesempatan mengikuti ceramah yang dijalankan oleh Kelab Fizik UKM. Ceramah yang bertajuk \u201cHidupan di Angkasa Lepas \u2013 Fakta atau Fiksyen ?\u201d ini disyarahkan oleh Encik Wan Mohd Aimran, yang merupakan pensyarah Astrofizik di UKM, serta calon PhD di UTM. \n\nBagi saya, tajuk ini adalah satu tajuk yang amat menarik, kerana kewujudan makhluk di luar sana, selain kita, adalah satu benda yang amat menarik untuk difikirkan. Perlu diberi perhatian bahawa makhluk asing yang dibicarakan sewaktu syarahan ini adalah hidupan di luar bumi, dan ia bukan makhluk-makhluk ghaib seperti jin dan syaitan, kerana sains tidak memasukkan itu semua sebagai makhluk fizikal.\n\nPada permulaan syarahan, Encik Wan memberi sedikit maksud ringkas akan apa yang akan dibicarakan sepanjang syarahan beliau. Beliau mengambil perkataan campuran hidup dan angkasa lepas sebagai mukadimah, seperti \u2013 apa perlunya kita meneroka angkasa lepas, dan kalau angkasa lepas ada hidupan, hidupan seperti apa yang kita mungkin jumpa? Adakah kita akan berjumpa Ewok, atau mungkin ET? Apakah wujud Alien seperti dalam filem Alien Vs Predator, dan kenapa kebanyakan filem menggunapakai plot Alien datang dan ingin menakluk Bumi?\n\nMenurut En Aimran, sifat ingin tahu sememangnya sedia wujud dalam diri manusia. Mungkin sebab itulah, manusia, sejak dari zaman ketamadunan Yunani lagi, telahpun mula berfikir mengenai angkasa lepas. Encik Aimran menjelaskan mengenai kepercayaan orang zaman dahulu, bahawa Bumi ini merupakan tempat tengah alam semesta (Geocentric), dan pelbagai objek samawi seperti Bulan, Matahari dan planet lain mengelilingi Bumi. Menurut kepercayaan mereka lagi, di luar dari alam cakerawala inilah tempat bersemayamnya para tuhan, dan ini sejajar dengan kepercayaan mereka yang mempercayai kewujudan dewa-dewa.\n\nDari situ, kita boleh lihat bahawa manusia\nmempunyai imaginasi yang tinggi untuk membayangkan penerokaan ke tempat yang\nlain, meskipun duduknya kita di Bumi. Maka sejajar dengan perkembangan zaman,\nEncik Wan membuka peluang bagi para pelajarnya untuk berfikir apa yang ada\nuntuk kita di masa hadapan, nasib kita sebagai umat akhir, sebagai contoh,\nmungkin dengan membina kapal angkasa bergraviti tiruan, dan mula meneroka\nangkasa lepas, seperti dalam filem Interstellar. Mungkin juga kita akan mula\nmengkoloni Marikh atau Bulan, dan pada waktu itu, makhluk asing sebenar lahir dari\nbaka manusia, cuma menetap di Bulan @ Marikh. Siapa tahu?\n\nProjek kolonisasi Marikh sebenarnya semakin mendapat perhatian media sejak akhir-akhir ini, lagi-lagi dengan penglibatan Elon Musk, pemilik syarikat Tesla dan Space X. Projek kolonisasi Marikh sebenarnya merupakan satu idea yang masuk akal, kerana kita ada menemui kesan kewujudan air di Marikh. Dan sekiranya kita benar ingin melakukan proses kolonisasi di Marikh, pilihan utama kita pastinya adalah menjadi penduduk bawah tanah, kerana Marikh tiada medan magnet yang boleh melindungi kita dari radiasi Matahari seperti di Bumi.\n\nDari aspek \u201cmencari\u2019 hidupan di angkasa lepas pula, menurut Encik Wan, kita berhadapan dengan beberapa masalah utama yang agak besar. Masalah pertama, sekiranya kita ingin mencari satu hidupan di angkasa lepas, kita sebenarnya tidak tahu bentuk apakah hidupan yang ingin kita cari. Adakah kita nak cari satu lagi planet yang menyamai Bumi, yang ada manusia di dalamnya? Ataupun, kita nak cari planet dengan kucing di dalamnya? Jadi, soalan utamanya adalah, apa makhluk asing tu sebenarnya, dan macam mana kita nak tau bentuk makhluk asing, kalau kita tak pernah jumpa makhluk asing?\n\nUntuk kes ini, kita mungkin boleh meletakkan beberapa spesifikasi, berdasarkan apa yang kita tahu berkenaan hidupan di Bumi. Bidang ini selalunya dirujuk sebagai Astrobiology. Hidupan yang kita akan cari, menggunakan idea hidupan di Bumi, hidupan itu sepatutnya merupakan Carbon-based organism, maksudnya ia sepatutnya dibuat dari elemen Carbon. Kenapa? Sebab kebanyakan sel benda hidup; manusia, haiwan dan tumbuhan, adalah berdasarkan kepada atom Karbon. Maka, kalau kita nak cari planet yang berkemungkinan ada hidupan, kita kena pastikan planet tersebut ada elemen Karbon di dalamnya.\n\nMasalah kedua yang kita hadapi, apabila\nberbicara mengenai nak cari makhluk asing ni adalah: angkasa tu AMAT LUAS. Luas\nangkasa sekarang ni (menurut anggaran ahli Astrofizik) adalah lingkungan 46\nbillion tahun cahaya. Jauh tu! Jadi, kita nak halakan pencarian kita ke mana?\nKe arah utara? Selatan?\n\nHakikat bahawa kita mempunyai satu kawasan\nmencari yang luas, dengan teknologi yang terhad ini saling tak tumpah dengan\nsituasi seorang pengembara yang tersesat di tengah Gurun Sahara. Nak ke kiri\npun pasir, nak ke kanan pun pasir. Jadi apa kita boleh buat? Dalam kes mencari\nmakhluk asing ni, kita boleh terlebih dahulu membuat anggaran kasar \u2013\nberdasarkan pemerhatian kita terhadap bintang dan planet yang mengelilingi\nbintang tersebut.\n\nSatu trivia menarik; kajian terhadap\nbintang dan planet yang mengelilingi bintang merupakan sebahagian kajian yang\nmendapat hadiah Nobel tahun ini. Sepertimana sistem suria kita, sistem bintang\nyang lain juga terdiri dari bintang dengan planet yang mengorbit bintang\ntersebut. Maka, apabila wujud planet yang mengorbit bintang mereka, akan wujud\nbeberapa zon seperti zon panas (planet terletak berhampiran dengan bintang,\nmenyebabkan air tidak mampu wujud dalam bentuk cecair, sebaliknya menyejat\ndalam bentuk gas). Sekiranya planet tersebut terletak terlampau jauh dari\nbintang mereka pula, berkemungkinan besar planet tersebut akan jadi terlampau\nsejuk (air akan wujud dalam bentuk ais). Planet yang boleh didiami pula,\nmenurut takrifan saintis, adalah planet yang terletak dalam Zon Selesa (Goldilock\nZone) di mana air boleh wujud dalam keadaan cecair, sama seperti di Bumi.\nPlanet-planet ini dipanggil sebagai Exoplanet.\n\nSelain itu, terdapat pelbagai kriteria yang diperlukan oleh sesebuah planet untuk menampung hidupan yang sama seperti Bumi. Perlunya ada medan magnet untuk melindungi hidupan dari radiasi, suhu dan kelembapan yang sesuai, banyak sangat faktor yang diperlukan untuk sesebuah planet menjadi Habitable Planet.\n\nJadi, oleh sebab usaha kita untuk mencari hidupan lain di alam semesta ini agak payah dan leceh, manusia juga telah bertindak dengan menyiarkan kewujudan kita kepada alam semesta ini (meskipun mendapat tentangan dari saintis terkenal seperti Stephen Hawking). Antara cubaan kita menghantar mesej kepada dunia luar adalah dengan menghantar Probe Angkasa yang diisi dengan bahan yang mempamerkan tamadun manusia, sebagai contoh Cakera Emas yang diletak pada Voyager 1 dan Voyager 2.\n\nTerdapat beberapa kesan yang perlu kita\nfikir sekiranya perhubungan antara makhluk ini terjadi. Pertama, apakah bentuk\nbahasa yang perlu kita gunakan untuk berinteraksi dengan makhluk asing tersebut?\nAdakah kita perlu mengkhatamkan filem Arrival sebelum mula berinteraksi dengan\nmereka? Kedua, adakah kita perlu takut dengan mereka? Sejarah mengajar bangsa\nmanusia bahawa apabila berlakunya pertembungan antara dua ketamadunan, tamadun\nyang lebih maju akan sentiasa membawa kehancuran kepada tamadun yang lagi satu\n(contoh Red Indian dan sejarah Amerika Syarikat). Maka perlukah kita takut\ndengan teknologi mereka? Perkara yang ketiga ditimbulkan sewaktu syarahan\nadalah, sekiranya makhluk asing tersebut wujud dan mampu berinteraksi dengan\nkita, adakah kita perlu meneruskan dakwah keagamaan terhadap mereka? Maklumlah,\nmanusia merupakan khalifah.\n\nJadi, apa pandangan anda? Wujudkah hidupan\nlain di luar sana?\n\nSlide syarahan boleh diambil pada link di sini:\nhttps://docs.google.com/presentation/d/1IjcU4feQlDiqi_YElzu0gAgqKz5IqIjxzR3P6q6BRH0/mobilepresent" "Ramai orang yang terinspirasi dengan filem \u2013 filem dan animasi pendek Pixar. Bukan saja kualiti animasi dan grafik mereka menawan, tetapi jalan cerita mereka kebiasaannya sangat menginspirasikan dan meruntun perasaan.\n\nSiapa sangka rupanya ada animasi pendek buatan Malaysia yang berjaya merakam perasaan seolah menonton animasi Pixar!\n\n(Anda perlu tekan link untuk tonton di Youtube)\n\nAnimasi yang dihasilkan oleh Brainy Bones Studio itu menceritakan tentang kegigihan Cikgu Suraya mendidik seorang murid istimewa yang sentiasa gagal dalam matematik.\n\nEntah mengapa, murid tersebut tak dapat menulis nombor tetapi sebaliknya dia menghasilkan lukisan \u2013 lukisan \u2018misteri\u2019 yang tiada kaitan dengan matematik.\n\nPerangai ini menjadikan Cikgu Suraya tertekan dan berputus asa kerana seolah tiada harapan murid itu untuk lulus.\u00a0\n\nTapi ternyata murid tersebut bukanlah berniat jahat sengaja bermain \u2013 main dan gagal, sebaliknya dia memang berhati suci. Dan cikgu Suraya kemudian menyedari sesuatu yang istimewa berkenaan lukisan \u2013 ukisan murid tersebut.\u00a0\n\nDi samping animasi dan grafik yang cukup menawan, segala \u2013 galanya tentang animasi ini menyentuh hati dan memberi inspirasi. Animasi ini bagaimanapun agak ketinggalan daripada sasaran radar masyarakat, dan memerlukan bantuan anda untuk mengongsikannya.\u00a0\n\nMana tahu, kita mungkin mendapat sambungan dalam bentuk siri baru?" "Siapa yang tidak kenal dengan permainan \u2018Tic Tac Toe\u2019 ? Dari zaman sekolah rendah lagi kita sudah didedahkan dengan permainan ini kerana tidak memerlukan bahan yang banyak dan permainan ini hanya mengambil masa sekitar 30 ke 60 saat sahaja. \n\nJika kita lihat, kebanyakan permainan yang ada di dunia ini bersifat adil. Maksud adil di sini adalah setiap pemain mempunyai peluang meraih kemenangan yang sama sebagai contoh permainan catur, dam haji, backgammon, malah sukan-sukan seperti bola sepak, badminton dan lain-lain juga tergolong dalam permainan yang adil. Akan tetapi kita akan lihat bahawa permainan \u2018Tic Tac Toe\u2019 ini sebenarnya tidak adil. Mengapa ?\n\nBerdasarkan kajian, peratusan kemenangan bagi pemain pertama adalah sebanyak 44.7% dengan 534 cara bagi memenangi permainan ini. Manakala peratusan bagi pemain kedua adalah sebanyak 39.4% dengan 471 cara bagi memenangi permainan ini. Sebanyak 15.9% lagi adalah keputusan seri bagi kedua-dua pemain. \n\n Pemain pertama lebih berkemungkinan memenangi tic tac toe berbanding pemain kedua.\n\nTetapi kenapa ? \n\nPokok permainan bagi \u201cTic Tac Toe\u201d 3\u00d73 dibina\nsehingga gerakan keenam dan kemudian jadual kemungkinan dibina bagi tiga\ngerakan terakhir. Peraturan biasa akan digunakan bagi pembinaan pokok permainan\n\u201cTic Tac Toe\u201d dengan grid 3\u00d73 iaitu setiap pemain akan membuat gerak langkah\nsecara bergilir, masing-masing dengan tanda \u2018X\u2019 dan \u2018O\u2019. Pemain yang memenuhi 3\ntanda serupa sepanjang barisan menegak, melintang ataupun mengufuk dikira\npemenang.\n\nKonsep simetri akan diguna pakai bagi setiap gerakan permainan yang masih belum mempunyai pemenang. Bagi pembinaan pokok permainan, gerakan pertama hanya mempunyai 3 gerakan sahaja daripada 9 gerakan kerana mengambil kira kedudukan gerakan yang sama apabila gerakan pada grid tersebut diputar atau dipantulkan seperti dalam rajah 3.1. Nombor bucu ditulis berhampiran dengan setiap gerakan dan nombor yang ditulis di dalam kurungan mewakili pemain pertama atau pemain A dan nombor yang ditulis tanpa kurungan mewakili pemain kedua atau pemain B.\n\nKonsep simetri terpakai apabila kedudukan gerakan oleh kedua-dua pemain adalah serupa apabila bentuk permainan tersebut dipantul atau diputarkan. Rajah di 3.2 pula menunjukkan contoh model yang mempunyai simetrinya apabila dipantulkan atau diputarkan.\n\nSetelah pokok permainan bagi gerakan ketiga dan keempat dibina, terdapat sebanyak 9 gerakan kemungkinan bagi pemain pertama pada gerakan ketiga dan sebanyak 387 gerakan kemungkian bagi pemain kedua pada gerakan keempat dengan pengaplikasian simetri. Rajah 3.3 menunjukkan salah satu bucu bagi gerakan ketiga dan keempat.\n\nBagi gerakan kelima dan keenam, didapati terdapat sebanyak 186 bucu setelah pengaplikasian konsep simetri. Terdapat juga beberapa bucu yang telah memberikan kemenangan kepada pemain A pada gerakan kelima dan ada juga yang memberikan kemenangan kepada pemain B pada gerakan keenam. Sebagai contoh, kemenangan diraih oleh pemain A pada bucu (73) bagi gerakan kelima dalam Rajah 3.4 di bawah bucu 13. Simbol \u2018W\u2019 digunakan bagi mewakili menang(win) kepada pemain A. Dalam Rajah 3.4 di bawah bucu 13 juga dapat diperlihatkan kemenangan kepada pemain B bagi gerakan keenam pada bucu 401. \n\nSimbol \u2018L\u2019 digunakan bagi mewakili kalah(lose) kepada pemain A ataupun kemenangan telah berpihak kepada pemain B. Terdapat sebanyak 54 bucu yang memberi kemenangan kepada pemain A pada gerakan kelima dan sebanyak 205 bucu yang memberi kemenangan kepada pemain B pada gerakan keenam. Meskipun terdapat bucu-bucu kemenangan yang mempunyai hasil kedudukan gerakan yang serupa, namun konsep simetri tidak diaplikasikan kerana konsep ini hanya diguna pakai pada peringkat bucu yang masih belum menemukan hasil permainan sama ada menang, kalah atau seri. Hal ini demikian kerana analisis akan dijalankan kepada bentuk bucu yang hampir memberi kemenangan kepada mana-mana pemain sahaja tanpa mengambil kira bentuk kemenangan tersebut. \n\nDalam permainan \u201cTic Tac Toe\u201d ini ingin dianalisis mengenai peratusan kemenangan bagi pemain A, peratusan kemenangan bagi pemain B dan peratusan untuk beroleh keputusan seri. Untuk 3 gerakan terakhir bagi bucu-bucu daripada rajah di atas, bucu-bucu berikut akan disenaraikan peluang bagi beroleh kemenangan, kekalahan dan seri. Bucu 400 diambil sebagai contoh seperti dalam Rajah 2.5 di bawah.\n\nSekarang\ndapat diketahui dengan jelas mengenai jumlah hasil permainan yang memberikan\nkemenangan kepada pemain A, kemenangan kepada pemain B dan jumlah hasil\npermainan yang memberi keputusan seri dengan pengaplikasian konsep simetru\nterhadap bucu permainan yang bukan bucu terminal. Daripada pokok permainan\ntersebut, diperoleh jumlah kemenangan kepada pemain A adalah 534. Jumlah\ntersebut diperoleh dengan menambahkan jumlah kemenangan kepada pemain A pada\ngerakan kelima iaitu sebanyak 54 dan jumlah kemenangan kepada pemain A pada 3\ngerakan terakhir iaitu sebanyak 480.\n\nSeterusnya\npengiraan yang sama dikenakan pada pemain B dan memperoleh jumlah kemenangan\nsebanyak 471. Jumlah diperoleh dengan menambahkan jumlah kemenangan kepada\npemain B pada gerakan keenam iaitu sebanyak 205 dan jumlah kemenangan kepada pemain\nB pada 3 gerakan terakhir iaitu sebanyak 266. Jumlah bagi hasil permainan yang\nmemberikan keputusan seri pula adalah sebanyak 190. Daripada maklumat berikut,\nadalah tidak benar bahawa hasil permainan \u201cTic Tac Toe\u201d menjurus kepada seri\nkerana kedudukan gerakan yang memberikan hasil seri adalah paling sedikit\nberbanding dengan hasil permainan yang memberikan kemenangan. Permainan \u201cTic\nTac Toe\u201d dengan grid 3\u00d73 juga dapat dibuktikan bahawa pemain A mempunyai\npeluang kemenangan yang lebih tinggi berbanding pemain B meskipun bentuk\nkedudukan gerakan telah diaplikasikan konsep simetri bagi setiap bucu yang\nbukan bucu terminal. Rahsia pertama telah dapat dirungkai daripada pemainan\n\u201cTic Tac Toe\u201d dengan peratusan kemenangan kepada pemain A sebanyak 44.7%, peratusan\nkemenangan kepada pemain B sebanyak 39.4% dan peratusan keputusan seri adalah\n15.9%. \n\nDaripada Jadual 4.1, dapat dilihat antara bucu-bucu dengan 3 gerakan terakhir yang memberikan jaminan kemenangan kepada pemain A adalah 409,411,420,423, 447, 450 ,453, 502, 511, 708, 710, 714, 730, 734, 818, 1124, 1126, 1475, 1510, 1551 dan 2022. Dapat dilihat bahawa gandingan gerakan pada bucu dan tengah memberikan peluang kepada pemain A selaku pemain pertama untuk mengawal permainan. Hal ini demikian kerana pemain A yang membuat gerakan pertama atau boleh ditafsirkan sebagai penyerang. Maka terbukti gerakan pertama sama ada di bahagian tengah grid atad di bucu grid adalah yang terbaik berbanding membuat gerakan pertama di bahagian sisi grid.\n\nKemudian, bagi menjamin kemenangan kepada\npemain B pula dapat dilihat daripada bucu-bucu dengan 3 gerakan terakhir\nantaranya adalah 820,879,1042 dan 1731. Sekali lagi, gerakan pada bahagian\ntengah grid dan bahagian bucu grid mampu memberi jaminan kemenangan kepada\npemain B. Memandangkan pemain B adalah pemain dengan membuat gerakan genap,\nmaka pemain B perlu memastikan pemain A tidak membuat gerakan di bahagian\ntengah dan di bahagian bucu untuk mengelakkan jaminan kemenangan kepada pemain\nA.\n\nSetelah dijalankan analisis terhadap setiap\nmodel permainan, didapati bahawa peratusan bagi meraih kemenangan kepada pemain\nA dengan pengaplikasian konsep simetri adalah sebanyak 44.7% dan peratusan bagi\nmeraih kemenangan kepada pemain B dengan pengaplikasian konsep simetri adalah\nsebaganyak 39.4%. Dapat ditunjukkan bahawa pemain A mempunyai kadar peratusan\nyang lebih tinggi dengan jumlah kemenangan keseluruhan dengan pengaplikasian\nkonsep simetri sebanyak 534 berbanding pemain B yang hanya dengan jumlah\nkemenangan keseluruhan dengan pengaplikasian konsep simetri sebanyak 471.\nTernyata pemain A mempunyai peluang yang lebih tinggi dari pemain B dan dapat\ndisimpulkan bahawa permainan \u201cTic Tac Toe\u201d ini adalah bias. \n\nSeterusnya,\nperatusan bagi meraih hasil seri dalam permainan \u201cTic Tac Toe\u201d dengan\npengaplikasian konsep simetri adalah sebanyak 15.9% dengan jumlah bucu\nkeseluruhan sebanyak 190. Maka andaian kita bahawa permainan ini lebih banyak\nmenghasilkan keputusan seri adalah tidak tepat kerana analisis di atas\nmenunjukkan peratusan seri adalah lebih rendah berbanding peratusan untuk\nperoleh kemenangan bagi pemain A dan pemain B dengan syarat strategi yang\ndigunakan oleh kedua-dua pemain mestilah strategi tulen.\n\nHal ini\ndemikian kerana grid-grid \u2018Tic Tac Toe\u2019 bagi 3\u00d73 mempunyai 9 kotak kesemuanya.\nJika diandaikan bahawa kotak-kotak tersebut dimainkan sehingga tiada lagi ruang\nkosong, maka sebenarnya pemain pertama mempunyai 5 gerakan manakala pemain\nkedua mempunyai 4 gerakan sahaja. Ini memang tidak adil. Tetapi, kenapa pula\nrealitinya kita sering meraih keputusan seri sedangkan peratusan bagi meraih\nkeputusan seri hanya 15.9% ?\n\nIni pula\nkerana terdapat konsep \u2018complete information\u2019 di mana setiap pemain tahu akan\nakibatnya jika mereka membuat langkah demi langah dalam permainan tersebut.\nOleh kerana kita sering memainkan permainan ini, maka kita sudah tahu apa akan\nterjadi seterusnya. Maka pemain pertama sudah memiliki strategi yang terbaik\niaitu dengan mengatur langkah awal sama ada di kotak tengah atau kotak bucu,\nmanakala pemain kedua hanya akan membuat langkah untuk tidak membenarkan pemain\npertama memenangi permainan tersebut. Akhirnya, keputusan akan menjadi seri.\n\nPeratusan di atas hanya akan diperoleh jika kedua-dua pemain tidak pernah atau pertama kali memainkan permainan ini. Berkemungkinan juga jika kedua-dua pemain tersebut pernah main tetapi hilang ingatan, maka pastinya pemain yang membuat langkah pertama akan meraih kemenangan. Kesimpulannya, permainan \u201cTic Tac Toe\u201d bagi\n3\u00d73 bersifat tidak adil kerana memberi kelebihan gerakan kepada pemain pertama\nberbanding pemain keduan. Namun, ada tak cara untuk menjadikan permainan ini\nadil ? sebab itulah kita pernah melihat \u2018Tic Tac Toe\u2019 dengan bentuk 4\u00d74 yang\nakhirnya memberikan pemain pertama sebanyak 12 langkah dan pemain kedua juga\nsebanyak 12 langkah dan ini adalah salah satu solusi bagi menjadikan permainan\nini lebih adil." "PRK datang lagi! Antara perkara yang menarik pada PRK Tanjung Piai kali ini adalah apabila seorang calon memegang gelaran Dato\u2019 Ir. Ts. Dr.\n\nTapi, satu gelaran yang jarang kita dengar adalah gelaran Ts. Apakah ia?\n\nTs. adalah gelaran Teknologis Profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Ia tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768).\n\nIni merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara. \n\nUntuk menjadi seorang Ts. anda terlebih dahulu perlu tamatkan ijazah sarjana muda (sekurang \u2013 kurangnya) dalam bidang yang diiktiraf Lembaga, dan mendaftar sebagai Teknologis Berijazah.\n\nSeterusnya, seorang teknologis berijazah boleh memohon untuk menjadi Teknologis Profesional setelah memperoleh pengalaman praktikal yang ditentukan oleh Lembaga (minimum 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan Teknologi), membayar yuran dan mematuhi kriteria yang ditentukan lembaga.\n\nSeorang Teknologis Berijazah perlu mengambil penilaian dalam bidang teknologi berkaitan dan membayar RM600 untuk setiap kali percubaan.\n\nSetelah lulus penilaian profesional, Teknologis Berijazah perlu memohon sebagai Teknologis Profesional dengan bayaran RM350.\n\nSetelah diterima oleh Lembaga, barulah seorang Teknologis Profesional boleh menggunakan gelaran Ts. pada awal nama atau P.Tech selepas nama.\n\nBagi Teknologis Profesional, pembaharuan perlu dilakukan setiap tahun dengan bayaran RM200 dengan syarat memenuhi 30 jam CPD yang disahkan oleh MBOT.\n\nPerbezaan Ts dan Ir\n\nJika Ts. di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Ir. pula diiktiraf di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)\n\nTs. tertakluk di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik sedangkan Ir. tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Jurutera. \n\nSudah pasti, Ir. miliki carta alir permohonan yang tersendiri:" "Rasanya kita semua tahu tentang anugerah saintifik yang paling berprestij iaitu anugerah Nobel, anugerah tertinggi dalam bidang sains yang diberikan kepada saintis \u2013 saintis dan pengkaji sains yang paling hebat pencapaian dan sumbangan mereka. \n\nTapi rasanya tak ramai antara kita yang tahu tentang jiran kelas sebelah anugerah nobel iaitu Ig Nobel. Jika anugerah Nobel diberi kepada kajian yang paling kompleks, berimpak tinggi dan mengubah lanskap ilmu manusia, Ig Nobel diberi kepada kajian sains yang kelakar dan \u2018merepek\u2019. \n\nKertas \u2013 kertas kajian sains ini pula bukanlah dibuat main \u2013 main atau palsu, sebaliknya memang kertas kajian sebenar menggunakan format yang sah dan metodologi kajian yang standard. Cuma topik dan skopnya saja yang buat orang tertawa. Majlis pemberian hadiah pula diadakan di Universiti Harvard setiap tahun.\n\nContohnya, pada tahun 2017, pemenang Ig Nobel adalah kajian yang mengkaji sifat cecair kucing. \n\nPada tahun 2011, seorang doktor dapat anugerah Ig Nobel apabila mengambil masa 6 bulan untuk mengajar kura \u2013 kura menguap.\n\nJadi berikut adalah pemenang Ig Nobel untuk tahun 2019:\n\nKertas kajian \u2018In-vivo\u00a0biomagnetic characterisation of the American cockroach\u2019 ini (canggih namanya) nak tahu apa jadi kalau kita memagnetkan bangkai lipas. Didapati medan magnet pada lipas mati berkurangan dengan lebih cepat berbanding lipas hidup. Lipas tersebut pula mungkin boleh ditampal pada peti sejuk?\n\nAnda suka pizza? Apa kata anda salurkan obsesi anda menjadi kajian saintifik berkaitan kesan memakan pizza terhadap penyakit barah? Kajian \u2018Does pizza protect against cancer?\u2018 tersebut mendapati pizza mungkin boleh melindungi badan kita daripada barah, hanya jika ia dihasilkan di Itali. \n\nKertas kajian \u2018 The pleasurability of scratching an itch: a psychophysical and topographical assessment\u2018 ini menganalisis variasi topografikal dan keberkesanan garuan pada tempat yang gatal. Didapati semakin tinggi rasa gatal, semakin tinggi kesedapannya apabila menggaru. \n\nKertas kajian psikologi ini dapati kalau kita gigit pen, kita akan tersenyum, maksudnya kita gembira. Tapi kemudian didapati bahawa rupanya kita tak gembira pun. \n\nJika anda belajar kejuruteraan bendalir (fluid dynamics), kajian terhadap najis mungkin benda terakhir yang anda fikirkan anda buat di makmal. Tapi kertas kajian \u2018How do wombats make cubed poo?\u2019 \u00a0ini mengenalpasti struktur dan mekanik usus wombat untuk mengetahui kenapa najis yang dihasilkan berbentuk kiub." "Pelajar matematik UKM pernah ditanya satu soalan yang membuatkan mereka menggaru kepala. Soalannya berbunyi begini:\n\nBayangkan anda dalam rancangan realiti tv. Terdapat 3 buah pintu tertutup, satu daripadanya menyembunyikan hadiah sebuah kereta mewah manakala dua lagi menyembunyikan kambing. Misi anda adalah untuk memilih pintu yang mengandungi kereta, supaya anda boleh bawa balik sebagai hadiah! \n\nAnda diminta untuk memilih satu pintu. Maka anda pun pilih, katakan pintu A. Anda tidak tahu apa ada disebalik pintu A.\n\nKemudian hos tv membuka pula pintu selain daripada pilihan anda (katakan pintu B) yang mengandungi kambing. Maka sekarang anda tahu bahawa pintu B mengandungi kambing, tapi anda tak tahu pintu A (yang anda pilih) dan pintu C mengandungi kambing atau kereta.\n\nMaka hos tv pun bertanya kepada anda jika ingin mengubah pintu. \n\nPersoalannya, adakah anda perlu ubah pilihan ataupun kekal dengan pilihan pertama ?\n\nEh jap, ada beza ke kalau kita ubah pintu kita? .. Hah?\n\nMasalah Monty Hall\n\nPermainan ini turut dikenali sebagai \u2018Monty Hall Problem\u2019 dan masalah ini sangat terkenal pada suatu ketika dahulu sehingga dijadikan sebuah rancangan tv. Jika anda berada dalam rancangan tersebut, adakah anda memilih untuk mengubah pilihan atau anda ingin kekalkan dengan pilihan pertama ?\n\nSatu ujian dijalankan terhadap pelajar Matematik UKM mengenai masalah ini dan seramai lebih 80% menjawab salah kerana jawapan yang sebenar adalah. Sebelum kita tahu jawapan, kita perlu fahami situasi persoalan di atas.\n\nAndaikan bahawa pintu tersebut disusun mengikut turutan A,B dan C dan hadiah tersebut disembunyikan di belakang pintu A.\n\nPada pilihan pertama anda memilih A, kemudian hos memilih pintu B (yang mengandungi kambing). Jika anda memilih untuk kekal dengan pintu A, maka anda telah menerima ganjaran kereta mewah tersebut. Jika anda ubah fikiran, anda rugi.\n\nPada pilihan pertama anda memilih B, kemudian hos pasti akan memilih pintu C (yang mengandungi kambing) kerana pintu itu sahaja yang tidak mempunyai kereta di sebaliknya. Jika anda kekal dengan pilihan anda, maka anda rugi. Tetapi jika anda ubah pilihan kepada pintu A, anda akan menerima ganjaran.\n\nPada pilihan pertama anda memilih C, kemudian hos pasti akan memilih pintu B (yang mengandungi kambing) kerana pintu itu sahaja yang tidak mempunyai kereta di sebaliknya. Jika anda kekal dengan pilihan anda, maka anda rugi. Tetapi jika anda ubah pilihan kepada pintu A, anda akan menerima ganjaran. \n\nJadi . Tukar!\n\nMaka jawapan yang tepat adalah \n\nAnda mesti mengubah pilihan anda berbanding anda kekalkan dengan pilihan pertama anda. \n\nHal ini kerana kemungkinan untuk raih ganjaran jika kekal dengan pilihan pertama adalah sebanyak 1/3 manakala kemungkinan untuk raih ganjaran jika anda ubah pilihan adalah sebanyak 2/3. Rasa macam tak yakin dengan jawapan ini ? Mari kita lihat analogi yang lebih jelas.\n\nBayangkan terdapat 100 buah pintu, satu daripadanya tersembunyi sebuah kereta mewah disebaliknya. Kebarangkalian anda untuk memilih pintu yang mengandungi kereta adalah 1 /100.\n\nAnda pilih satu pintu, kemudian hos tv akan membuka 98 buah pintu yang tidak terdapat kereta di sebaliknya, dan meninggalkan satu pintu terakhir yang tertutup. Maka adakah anda mahu memilih untuk kekal dengan pintu pertama yang anda pilih secara rawak dengan kebarangkalian 1/100 untuk betul, ataupun anda mahu pilih pintu yang telah ditapis daripada 98 pintu lain?\n\nMaka anda perlu ubah pilihan pertama anda kerana kita boleh ibaratkan bahawa hos tv telah memberikan petunjuk kita kita bahawa sebuah pintu yang tidak dibukanya itulah yang tersembunyi ganjaran di sebaliknya.\n\nMasih tak percaya? Cuba anda mainkan sendiri simulasi Monty Hall pada pautan ini.\n\nMenyalahi Intuisi\n\nBerbalik kepada pelajar UKM tadi, 80% pelajar memilih untuk tidak mengubah kerana merasakan tiada keperluan untuk mengubah. Kerana majoriti mereka menyangka bahawa pilihannya tetap sama , 50 \u2013 50, antara pintu yang dipilih awal \u2013 awal dan pintu yang tinggal.\n\nMaka soalan ini juga dikenali sebagai satu paradoks, iaitu:\n\nParadoks adalah satu kenyataan yang seolah \u2013 olah mencanggahi dirinya sendiri, atau tak mampu diselesaikan dengan logik dan tak masuk akal.\n\nKerana penjelasannya dianggap semacam tidak masuk akal dan menyalahi intuisi. Tetapi ini bukanlah satu paradoks yang tidak boleh diselesaikan, sebaliknya cumalah satu paradoks veridikal, iaitu paradoks yang pada mulanya mendatangkan kejutan dan tak masuk akal, tapi sebenarnya boleh diselesaikan kalau kita fikir panjang.\n\nKalau anda mungkin tidak faham dan bingung, jangan risau, apabila penjelasannya \u2018klik\u2019 saja di kepala, anda sendiri tidak faham kenapa dahulu anda tidak faham! Hehe.\n\nUntuk lebih faham tentang paradoks, tontoni:" "Audit terbaru daripada breakfreefromplastic.org telah berjaya mengenal pasti syarikat \u2013 syarikat gergasi yang \u2018menyumbang\u2019 paling banyak pencemaran plastik dalam dunia. \n\nSebanyak 8000 jenama telah dianalisa membabitkan 51 negara dan 1800 organisasi untuk menggesa entiti \u2013 entiti syarikat ini bertanggungjawab terhadap jenayah yang mereka telah lakukan terhadap alam sekitar. \n\nBanyak negara di Selatan Glob telah dipersalahkan atas pencemaran plastik. Tapi audit tersebut mendedahkan negara \u2013 negara Eropah dan US lah yang bertanggungjawab hasilkan jumlah plastik yang besar dan menyebarkannya ke serata dunia. \n\nMaka, syarikat \u2013 syarikat gergasi tersebut bersalah secara langsung ke atas krisis kesihatan, iklim dan kemiskinan dunia.\n\nSebelum ini, negara pernah dikecohkan apabila sampah plastik daripada Eropah dan Amerika dihantar ke Indonesia, Thailand dan Malaysia kerana kos yang murah.\n\nBerikut adalah jenama pencemar plastik terbesar di dunia.\n\nDan pemenangnya, sekali lagi, adalah Coca Cola. Tahniah!" "Alam semesta ini besar. Sangat besar. Terlampau besar sampai otak kita mungkin tak dapat bayangkan pun betapa besar saiznya. Perkataan \u2018besar\u2019 itu sendiri hilang maknanya bila kita fikirkan tentang kebesaran alam semesta.\n\nSebab apa tak terbayang? Kita mulakan dengan jarak antara bumi dengan matahari, iaitu 149.6 juta kilometer jauhnya. Jauh kan? Rasanya iya lah, sebab nombor tersebut terlampau besar untuk unit kilometer yang kita biasa gunakan. Macam mana kalau kita tukar daripada kilometer kepada panjang ikan paus? Membantu tak kalau kita tahu jarak antara matahari dengan bumi adalah jumlah panjang 5,003,344,481 ikan paus? Tak?\n\nBagaimana kalau kita kira berapa lama masa yang diambil untuk benda paling laju dalam alam semesta, cahaya, untuk mengembara daripada matahari ke bumi? Tempohnya adalah lebih kurang 8 minit. Sekarang bunyinya sudah tak lah berapa membingungkan. 8 minit je.\n\nTapi bagaimana kalau kita kira jarak kepanjangan galaksi kita? Jarak kepanjangan galaksi kita adalah sejauh 105,000 tahun cahaya. Maksudnya cahaya perlukan 105,000 tahun untuk mengembara pada jarak sejauh itu. Otak kita mula mencair.\n\nRingkasnya, sangat tak mudah untuk bayangkan skala saiz objek \u2013 objek gergasi di alam semesta ini. Tapi laman web sizeofspace ini menghulurkan bantuan untuk membantu kita cuba membandingkan objek \u2013 objek terbesar alam semesta dalam bentuk pengembaraan slaid.\n\nLaman web yang dihasilkan oleh Neal Agarwal ini bermula dengan membandingkan objek \u2013 objek ciptaan manusia.\n\nKemudian ternyata objek \u2013 objek tersebut kerdil jika dibandingkan Asteroid Bennu.\n\nKemudian apabila kita sampai kepada matahari, otak kita mula sakit. Planet bumi cumalah setompok piksel kecil yang tidak relevan langsung.\n\n.. Dan mata kita jadi putih bila kita sampai kepada lohong hitam supermasif yang sebelum ini menggemparkan dunia manusia. Matahari tidak langsung kelihatan, manusia mungkin cumalah sebesar atom jika dibandingkan dengan skala saiz lohong hitam ini.\n\nJadi apakah objek yang paling besar di alam semesta? Anda boleh cuba sendiri! \n\nKlik pautan ini." "Bahasa wechat adalah antara masalah yang menimpa generasi masa ini. Dengan berleluasanya bahasa yang mencampuradukkan Inggeris Melayu, salah guna kata, sengaja menyalahejakan kata, dan pelbagai lagi \u2018jenayah\u2019 bahasa yang dirangkum dalam satu label \u2018Bahasa Wechat\u2019, tindakan perlu diambil untuk memahami dan mungkin mengurangkan gejala ini.\n\nBagi menyambut pencapaian 100 ribu subscriber di Youtube, pemilik saluran AJAR, Haziq Rahim mengambil cabaran membetulkan 100 bahasa Wechat yang dikumpulkan seantero dunia internet, dengan rangka untuk cuba memahami dan sebagai kesedaran kepada penonton untuk tidak menggunakan bahasa Wechat ini.\n\nBerikut adalah hasil usaha beliau selama hampir 3 jam +." "Ahh SPM. Sakit Paling Maksimum, Susah Payah Membingungkan, atau Saya Perit Menjawab merupakan antara waktu yang paling mencabar bagi seorang pelajar di Malaysia.\n\nSudah pasti, seperti biasa, banyak perkara yang dihafal malam sebelum peperiksaan tidak masuk, tersangkut 10 minit pada soalan pertama, dan idea tidak kunjung \u2013 kunjung tiba merupakan lumrah situasi peperiksaan sebesar SPM.\n\nNamun, antara subjek yang paling digeruni dan mendapat banyak tumpuan setiap kali SPM sudah pasti adalah topik kesayangan ramai orang, Matematik Tambahan. \n\nPada tahun ini, soalan matematik tambahan SPM dikritik. Dikatakan bahawa soalan \u2013 soalan kali ini terlalu susah sehingga ramai pelajar yang keluar dewan menangis dan kemurungan memikirkan masa depan yang gelap.\n\nAntara gambar soalan matematik tambahan yang berlegar di internet dan mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesusahannya adalah seperti berikut:\n\nSeorang guru matematik tambahan yang juga merupakan pemilik saluran tutor matematik Y=mx+c meluahkan pandangan beliau yang menganggap soalan \u2013 soalan tersebut tidak adil terhadap pelajar.\n\n\u201cSaya sedar semakin banyak soalan STPM yang muncul dalam SPM, untuk menunjukkan piawai SPM tinggi dan mencabar. Jika demikian, kita sepatutnya menyuruh saja guru \u2013 guru kita mengajar silibus Tingkatan 6 kepada pelajar Tingkatan 5.\n\nPermutasi tidak sepatutnya miliki nombor berulang dan tan (x/2) sepatutnya dalam silibus STPM\u201d\n\nGuru tersebut juga meluahkan rasa tersedih terhadap pelajar yang mencurah begitu banyak usaha dalam matematik tambahan, tapi tidak mampu menjawab soalan. \n\nRamai yang mengatakan bahawa kertas soalan yang susah menyebabkan pelajar semakin menjauhi matematik, yang kemudian memberi kesan kepada kerjaya mereka.\n\nNamun begitu, terdapat juga pandangan yang mengatakan hal ini tidak patut dibesar \u2013 besarkan kerana ia berlaku saban tahun. Pada tahun lepas juga, heboh cerita pelajar membakar buku matematik tambahan kerana terlalu susah. \n\nSeorang pengguna FB memberikan pandangan berikut:\n\n\u201cSoalan tersebut dipiawaikan di seluruh negara. Setiap pelajar mendapat soalan yang sama, secara adil. Markah boleh disesuaikan kemudian.\n\nJika terlampau susah pun, apa masalahnya? Dah namanya penilaian, untuk menguji kemampuan pelajar\u201d\n\nApa pandangan anda tentang isu ini? Tuliskan dalam bahagian komen!" "Cahaya merupakan antara entiti paling penting dalam kehidupan. Selain daripada menjadi penerang dunia daripada kegelapan yang tiada berpenghujung, cahaya juga banyak digunakan sebagai simbol falsafah dan keagamaan.\n\nDalam sains, terdapat banyak perkara menarik tentang cahaya yang masih tidak diketahui ramai. Berikut 9 perkara menarik tentang cahaya yang kita patut tahu.\n\nKelajuan cahaya mengikut standard antarabangsa adalah 299,792,458 m/s. Dalam km/h pula, kelajuan cahaya adalah 1,079,000,000 km/h atau 1.079 x 109 km/h. Untuk rekod, kelajuan objek buatan paling laju adalah Helios 2, sebuah probe angkasa buatan NASA dengan kelajuan 252,792.5 km/h, yang dibina dengan tujuan untuk mengkaji matahari. \n\nDua entiti yang diketahui boleh mengejar kelajuan cahaya adalah kelajuan gelombang graviti dan juga kelajuan kegelapan.\u00a0 Kelajuan gelombang graviti boleh didapati berdasarkan Teori Kenisbian Umum (General Relativity Theory), manakala kegelapan pula adalah manifestasi kelajuan cahaya, maka adalah tidak aneh sekiranya ia memiliki kelajuan cahaya. \n\nCahaya merupakan sebahagian daripada \u2018keluarga\u2019 Gelombang Elektromagnet (Elektromagnetic Spectrum). Gelombang Elektromagnet ini terdiri daripada gelombang radio, gelombang mikro, sinaran inframerah, cahaya tampak, sinaran ultralembayung, sinaran-X dan sinaran Gamma. Beza antara ahli keluarga Gelombang Elektromagnet ini secara umumnya adalah dari segi tenaga mereka, dengan gelombang radio mempunyai tenaga yang paling lemah, manakala sinaran gamma mempunyai tenaga paling kuat. \n\nWarna pink tidak wujud dalam spectrum Gelombang Elektromagnet, namun ia wujud dalam carta warna yang sering digunakan dalam kehidupan seharian. \n\nMenurut Teori Kenisbian Khusus, masa akan menjadi lebih perlahan apabila kita bergerak lebih laju (Hal ini dipanggil sebagai Pengembangan Masa atau Time Dilation). Apabila kita bergerak pada kelajuan yang sama dengan cahaya pula, masa akan berhenti. Menggunakan argument ini, saintis berpandangan, adalah tidak mustahil sekiranya kita bergerak melebihi kelajuan cahaya, masa akan bergerak ke arah yang bertentangan (masa akan mengundur atau pengembaraan masa boleh berlaku). .\n\nMeskipun Teori Kenisbian Khusus mengatakan bahawa masa akan bergerak lebih perlahan apabila anda menjadi semakin laju, satu bahagian lain dari Teori Kenisbian Khusus juga melarang objek dari mampu bergerak menghampiri kelajuan cahaya. Sekiranya anda cuba untuk bergerak meghampiri kelajuan cahaya, semakin banyak tenaga yang anda gunakan untuk menjadi semakin laju, tenaga itu akan ditukarkan menjadi jisim. Hal ini adalah berdasarkan persamaan Tenaga-Jisim (Mass-Energy Equation), salah satu persamaan terkenal dari Einstein.\n\nDisebabkan cahaya merupakan objek terpantas dalam alam semesta, ia mempunyai fungsi pelbagai dalam bidang penghantaran informasi dan telekomunikasi, sebagai contoh kabel gentian optik (Fibre-optic cable) yang digunakan untuk menghantar informasi menggunakan cahaya. Bidang Astrofizik dan kaji bintang juga menggunakan cahaya sebagai sumber maklumat utama untuk mereka mengkaji satu-satu bintang di angkasa. \n\nJames Clerk Maxwell, seorang ahli fizik matematik, merupakan salah seorang tokoh utama dalam mengkaji bidang Gelombang Elektromagnet. Maxwell mengusulkan Persamaan Maxwell, persamaan pertama yang berjaya menggabungkan fenomena Elektrik dan fenomena Magnetime, dan hasil dari persamaan beliau, Maxwell berjaya mengira kelajuan cahaya, dan berjaya membuat kesimpulan bahawa cahaya merupakan salah satu spectrum Gelombang Elektromagnet. Bayangkan. Hanya dengan matematik, Maxwell berjaya menggabungkan tiga bidang besar dalam Fizik! \n\nTentang Teori Relativiti Khusus / Teori Kenisbian Khusus (Special Relativity Theory) \n\nIni merupakan bahagian tambahan yang menerangkan tentang antara teori fizik moden yang begitu menarik berkaitan cahaya.\n\nTeori Relativiti Khusus\n/ Teori Kenisbian Khusus (Special\nRelativity Theory) merupakan salah satu cabang utama bidang Fizik Moden\nhari ini. Merupakan hasil kerja berterusan dari era Hendrik Lorentz, seorang\nahli fizik Belanda, Albert Einstein kemudiannya mengembangkan idea ini pada\ntahun 1905.\n\nKonsep Teori Kenisbian\nKhusus sebenarnya agak mudah untuk difahami oleh orang awam. Terdapat beberapa\ntaakulan utama dalam Teori Kenisbian Khusus, yang sekiranya taakulan ini\nberjaya dibuktikan tidak benar, segala apa yang kita fahami tentang Kenisbian\nKhusus akan turut musnah.\n\nAntara taakulan yang\ndiusulkan oleh Einstein adalah \u2013 cahaya merupakan kelajuan paling laju dalam\nalam semesta. Tidak ada objek dengan jisim lain yang boleh mengatasi kelajuan\ncahaya.\n\nKesan dari taakulan ini\nadalah agak menarik.\n\nBayangkan anda berada di\nsebuah pondok bas, sedang menunggu bas. Tiba-tiba, menara jam berhampiran\nlokasi anda berbunyi, menunjukkan jam 3 petang. Bas anda kemudiannya sampai.\n\nSekarang, disebabkan ini\nadalah satu eksperimen bayangan (juga dikenali sebagai Gedanken Experiment\ndalam bahasa Jerman), anda boleh menetapkan kelajuan bas yang anda naiki sesuka\nhati anda. Maka, anda tetapkan kelajuan bas anda sebagai sama dengan kelajuan\ncahaya, dan anda pun mula bergerak.\n\nSekiranya hal di atas\nberlaku, anda akan menaiki bas anda, dan sekiranya anda toleh semula ke\nbelakang, menara jam yang anda lihat tadi akan hilang dari pandangan anda, dan\nbahkan, jika anda toleh ke belakang, anda hanya akan nampak kegelapan!\n\nIni adalah logik kepada\npernyataan di atas.\n\nSekiranya anda bergerak\npada kelajuan cahaya menuju ke arah hadapan, dan andainya anda menoleh semula\nke belakang, cahaya dari objek di belakang, dari Menara Jam tadi contohnya,\ntidak akan sampai ke mata anda. Cahaya dari Menara Jam tadi akan sentiasa cuba\nuntuk sampai ke mata anda, namun disebabkan anda sendiri bergerak sama laju\ndengan kelajuan cahaya, cahaya tersebut tidak akan pernah sampai ke mata anda.\n\nSituasi ini menjadi penanda aras dalam dunia moden \u2013 sekiranya kita mampu mengatasi kelajuan cahaya, maka informasi akan mampu sampai kepada pengguna lebih laju dari imej informasi itu sendiri, dan hal ini akan memberikan kesan besar kepada konsep kesan-akibat (causality) yang kita fahami.\n\nSekian sahaja trivia menarik untuk kali ini. Sekiranya anda mempunyai idea menarik untuk diketengahkan, anda dijemput untuk menyertai Pertandingan Commercialization Innovation and Idea Competition (comic) i-IDEA yang bakal berlangsung di UiTM Cawangan Perlis. Pertandingan dibahagikan kepada peringkat sekolah dan universiti, dan pemenang bakal memenangi hadiah wang tunai. Layari laman web http://comiic.i-idea.org/ untuk maklumat lanjut." "Sebelum ini sebuah petisyen tular apabila mendesak agar Kementerian Pendidikan menurunkan markah lulus matematik tambahan SPM tahun ini kepada 5% dan 50% untuk peroleh A+. \n\nNamun tidak lama setelah itu, petisyen baru pula dilancar yang meminta supaya gred tambahan diwujudkan untuk kertas SPM Matematik Tambahan.\n\nPetisyen tersebut dibuat oleh golongan pelajar \u2013 pelajar bijak yang risau sekiranya markah 50% untuk A+ itu diluluskan oleh KPM, ini bermakna markah mereka yang dijangka mencapai 90%+ itu tidak lagi akan bermakna kerana gred yang diperoleh sama saja dengan mereka yang mendapat markah 50%.\n\n\u201cIni tidak adil kepada pelajar yang telah berusaha lebih dalam Matematik Tambahan untuk hanya mengetahui bahawa markah (A+) mereka hanyalah melebihi 50% apabila mengambil keputusan.\n\nMaka saya melancarkan petisyen ini untuk mendesak KPM menilai masalah ini. Pandangan saya, menambah beberapa gred lebih tinggi daripada A+ seperti S atau SS adalah idea yang baik kerana bukan saja pelajar A+ dapat peroleh markah tersebut melebihi 50%, Pelajar 90% juga dapat dipuaskan\u201d\n\nMenurut pelancar petisyen itu, beliau rasa risau terhadap sistem pendidikan dan masa depan negara. \n\n\u201cSaya tak nampak harapan negara jika calon SPM kita meminta markah yang begitu rendah untuk peroleh A+. Ia tidak bermakna apa \u2013 apa\u201d" "Sebuah petisyen telah dilancarkan di laman change.org yang mendesak agar Kementerian Pendidikan menurunkan markah lulus matematik tambahan SPM tahun ini kepada 5% dan 50% untuk peroleh A+.\n\n\u201cTahun ini soalan matematik tambahan terlalu sukar dan kerajaan telah menambah soalan yang begitu susah sehingga guru juga terpaksa habiskan satu jam untuk menyiapkan 2 soalan. Batch pelajar yang mengambil kertas tersebut meminta agar kerajaan menurunkan markah lulus bagi subjek tersebut\u201d\n\nPada ketika artikel ini ditulis, petisyen tersebut telah mendapat lebih daripada 23 ribu tandatangan. \n\nSebelum ini, telah tular berita tentang soalan Matematik Tambahan SPM yang terlalu sukar sehingga membingungkan guru \u2013 guru dan menyebabkan pelajar \u2013 pelajar menangis keluar dari dewan. \n\nPelajar \u2013 pelajar yang menurunkan tandatangan digital rata \u2013 rata bersepakat bahawa jumlah peratusan lulus tersebut sememangnya wajar.\n\n\u201cSaya menandatangan kerana peperiksaan matematik tambahan ini begitu sukar dan kerja keras kami selama ini sia sia\u201d\n\n\u201cSoalannya begitu susah, tolong benarkan pelajar tahun ini lulus\u201d\n\n\u201cSaya menandatangan kerana setiap calon SPM merasakan kemurungan dan ketakutan setelah mengambil kertas matematik tambahan\u201d\n\nMenurut Pengarah Lembaga Peperiksaan, Tuan Haji Adzman Talib berkata, kesemua soalan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kurikulum yang telah pun diajar kepada semua pelajar disekolah. \n\nPetisyen ini mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen, ada yang mengatakan ini sebagai petanda belasan ribu pelajar tahun ini begitu manja.\n\nAda yang mengatakan bahawa sistem penilaian berdasarkan bell curve sememangnya akan merendahkan markah lulus berdasarkan gred purata pelajar seluruh Malaysia.\n\nBagaimanapun, petisyen ini mungkin isyarat satu reaksi balas pelajar yang tertekan dan memerlukan penelitian yang lebih telus berkenaan sistem pendidikan negara kita secara lebih menyeluruh." "Bilik Masa Hiperbolik atau Hyperbolic Time Chamber merupakan antara konsep yang menarik dalam siri animasi Dragon Ball. \n\nDalam Dragon Ball (atau anime Jepun secara umum), semua watak boleh menjadi kuat dengan berlatih.\n\nApabila timbul watak jahat yang berkali \u2013 kali ganda lebih kuat muncul dari segenap pelusuk alam, hero \u2013 hero kita kemudian akan berlatih di\u00a0Hyperbolic Time Chamber, di mana 1 tahun di dalam bersamaan 1 hari di luar. \n\nDengan dilasi masa ini, hasilnya, mereka boleh luang bertahun \u2013 tahun untuk berlatih untuk menumpaskan lawan selang beberapa hari saja di dunia nyata.\n\nDan ini satu konsep yang penting dalam dunia Dragon Ball, kerana kebiasaannya watak jahat miliki senggang masa tertentu sebelum memulakan serangan (sebulan, setahun). Jika mereka tidak sempat berlatih dalam tempoh yang lama, mereka tidak mampu menjadi cukup kuat untuk melawan watak jahat tersebut.\n\nDi dunia nyata, konsep sebegini bagaikan mimpi. Bayangkan jika kita miliki satu tempat khas di atas muka bumi yang kita boleh luangkan lebih masa untuk ulangkaji subjek SPM hari esok. Tempoh deadline tidak lagi menakutkan! Kita boleh berlatih lebih masa untuk menang apa \u2013 apa pertandingan! Hyperbolic time chamber memang satu impian buat para penangguh masa.\n\nTapi sudah pasti, ini adalah satu khayal kosong yang mustahil wujud. Kan?\n\nTidak. Ruang Masa Hiperbolik ini sememangnya wujud. Tapi ia bukan dalam keadaan yang kita jangka, dan bukan untuk manusia.\n\nKecerdasan Buatan (AI) sebelum ini telah mencipta rekod baru yang cukup menggemparkan apabila berjaya\u00a0menumpaskan manusia dalam permainan Go, sebuah permainan yang dianggap lebih kompleks daripada catur (yang juga kita manusia telah ditumpaskan).\n\nItu sudah cukup menyedihkan bagi manusia, tapi kumpulan di belakang kecerdasan buatan\u00a0AlphaStar\u00a0nampaknya tidak puas melihat manusia kalah, dan kemudian menghasilkan pula AI yang lebih canggih sehingga mampu memenangi permainan StarCraft II.\n\nStarCraft II adalah antara permainan Real Time Strategy (RTS) yang paling mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan antara permainan yang memerlukan kemampuan strategi, kepantasan berfikir dan kelajuan tindakan per minit (Action per minute) yang seolah \u2013 olah hanya mampu dibuat manusia super (superhuman). \n\nBukan saja mereka perlu mengawal unit dengan pantas dan optimal, mereka juga perlu merancang pengurusan makro, iaitu pemain perlu menguruskan membina markas, menguruskan sumber, membina unit, dan menjaga bekalan. \n\nWalaupun AI sudah \u2018khatam\u2019 dalam permainan seperti\u00a0Atari,\u00a0Mario,\u00a0Quake III, dan\u00a0Dota 2, ia sangat susah menguasai kerumitan permainan StarCraft. \n\nTapi kini AI sudah pun melangkah ke tahap yang menggerunkan, apabila mereka kini menggunakan Bilik Masa Hiperbolik untuk mengalahkan musuh manusia mereka.\n\nIa telah dilatih untuk bermain StarCraft, dalam tempoh masa menyamai\u00a0200 tahun permainan di dunia sebenar. \n\nPada mulanya, rangkaian neural itu dilatih dengan belajar daripada pemerhatian terhadap cara permainan manusia. Maka AlphaStar kemudian boleh belajar, dengan cara meniru, strategi \u2013 strategi yang digunakan oleh pemain di tangga permainan StarCraft. \n\nAgen yang awal kemudian berjaya menumpaskan AI tahap \u2018elit\u2019, iaitu lebih kurang tahap emas bagi pemain manusia.\n\nAgen \u2013 agen AI ini kemudian disimulasikan untuk berentap sesama sendiri dan setiap pemenang akan mendaki anak tangga. Maka mesin tersebut mempelajari sendiri strategi \u2013 strategi yang berkesan, pematah strategi tersebut, cara permainan mana yang sesuai untuk melawan cara permainan lain, semuanya dalam \u2018otak\u2019 mesin tersebut.\n\nApatah lagi, beribu \u2013 ribu permainan StarCraft dimainkan serentak dalam masa 14 hari, dan segala data daripada simulasi tersebut menyamai\u00a0200 tahun masa permainan StarCraft dunia sebenar.\n\nPemain manusia\u00a0paling lama\u00a0dalam Esport StarCraft pun hanya belasan tahun.\n\nMaka apabila AlphaStar dihadapkan dengan pemain profesional TLO,\u00a0manusia tumpas\u00a05 \u2013 0 dengan sebuah permainan mencatat masa yang sangat pendek, hanya 17 minit.\n\nKemudian manusia tidak berpuas hati, dan menghantar pula\u00a0MaNa, salah seorang pemain StarCraft paling hebat dalam dunia. Sekali lagi, kita kalah 5 \u2013 0.\n\nBagaimanapun, pemain terbaik dunia, Serral berjaya menumpaskan Alphastar dalam permainan yang cukup tidak ortodoks, sebelum versi baru Alphastar menumpaskan beliau dengan menyapu bersih 3 \u2013 0 menentang pemain terbaik dunia.\n\nJadi, ketika pelajar \u2013 pelajar sedang sibuk berpetisyen minta markah SPM diturunkan, musuh (harapnya tidak) kita sang AI sedang meluangkan masa beratus \u2013 ratus tahun belajar dan berlatih cara terbaik untuk menumpaskan pencipta mereka." "Tahun 2019 menjadi tahun filem animasi 3D Malaysia,\ndimulakan dengan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, kemudian Boboiboy The Movie 2\ndan penutup tahun 2019 kita dipersembahkan pula dengan Filem Ejen Ali The\nMovie.\n\nArtikel ini bukan ingin membandingkan filem mana lebih baik,\ncuma ingin menyentuh aspek realiti filem-filem ini. Antara 3 filem ini, penulis\nmerasakan Animasi Ejen Ali lebih hampir kepada Realiti Dunia yang sebenar.\n\nBoboiboy sudah tentu cerita rekaan kerana besar kemungkinan\ntidak wujud makhluk asing yang merebut Sfera Kuasa, ia jauh daripada realiti.\nUpin Ipin jika dalam siri animasi tv ia adalah tentang senario kehidupan\nmasyarakat di Malaysia, tapi Filemnya lebih kepada cerita khayalan.\n\nTetapi tidak bagi Ejen Ali (Penulis menulis berdasarkan Siri Animasi TV musim 1 dan musim2, bukan berdasarkan filem terbaru). Bagi yang pernah menonton siri animasi Ejen Ali pasti tahu tentang I.R.I.S, iaitu satu peranti yang memberikan persepsi komputer kepada pemakainya, iaitu Ali.\n\nI.R.I.S menggabungkan keupayaan manusia dengan keupayaan\nKecerdasan Buatan (Artificial Intelligent, A.I) menjadikan Ali daripada seorang\nbudak biasa kepada seorang ejen yang hebat.\n\nKonsep yang dibawa dalam siri animasi Ejen Ali bukanlah fiksyen rekaan semata, ia sememang suatu realiti yang boleh dicapai dan juga masa depan manusia yang kita sedang menuju kepadanya.\n\nSemestinya integrasi otak manusia dengan \u2018otak\u2019 komputer\nataupun A.I. Di masa depan mungkin kita semua akan memiliki otak yang telah digabungkan\ndengan A.I yang akan mempercepatkan pelbagai proses dalam kehidupan. Contohnya\nproses pembelajaran mungkin akan menjadi lebih cepat dan manusia akan ada kemampuan\nuntuk belajar banyak perkara.\n\nBetul ke wujud benda macam tu?\n\nJika ditanya sekarang, memang belum ada, tetapi langkah-langkah kepada penggabungan ini telah lama wujud. Terbaharu Syarikat Neuralink, yang merupakan salah satu syarikat usahawan teknologi terkenal Elon Musk telah mengumumkan pada tahun hadapan (2020) ujian implan peranti ke atas otak manusia akan dijalankan bagi fasa pertama.\n\nNeuralink adalah sebuah syarikat yang menjalankan kajian dan\nmembangunkan peranti yang akan di implan ke dalam otak (bunyi menakutkan) yang membolehkan\nperanti tersebut membaca isyarat aktiviti otak dan seterusnya mentafsir isyarat\ntersebut dengan algoritma matematik. Isyarat tersebut boleh digunakan sebagai\ninput arahan kepada komputer dan seterusnya komputer boleh melaksanakan arahan\ntersebut.\n\nWow macam kompleks saja, bagi mudah sikit.\n\nContohnya, kita hanya perlu fikir sahaja, nanti komputer yang akan buat. Contohnya kita nak taip \u201cvideo ajar\u201d, kita tak perlu taip, kita hanya fikir, nanti komputer akan tolong taipkan. Menarik kan?\n\nJadi di fasa pertama, Neuralink telah mencipta bebenang elektrod yang akan diimplan ke dalam otak. Bebenang ini saiznya 10 kali lebih halus daripada rambut manusia. Elektrod ini disambungkan kepada peranti pengesan (Sensor) yang akan menghantar isyarat yang dibaca daripada otak ke komputer secara tanpa wayar (wireless).\n\nNeuralink juga telah mencipta mesin yang akan digunakan untuk mengimplan bebenang elektrod ini ke dalam otak. Dengan mesin ini, proses implan hanyalah seperti rawatan LASIK, dan bukannya pembedahan otak yang rumit. Jadi proses implan ini tidak terlalu menakutkan.\n\nDi fasa ini, Neuralink menyasarkan untuk membantu pesakit\nlumpuh mengawal telefon dan komputer. Fokus mereka adalah pada kawalan tetikus\ndan papan kekunci. Dengan ini pesakit lumpuh boleh berkomunikasi dengan\nmenggunakan telefon pintar.\n\nDan Hasrat Elon Musk lebih jauh lagi iaitu ingin menggabungkan\notak manusia dengan A.I. Elon Musk adalah antara orang yang risau dengan dengan\nkecanggihan A.I dan meramalkan jika A.I tidak dikawal, A.I mungkin akan\nmenakluk manusia (Dah macam filem Terminator pula). Jadi di kala kemampuan\nmanusia semakin ditinggal jauh oleh A.I, maka untuk memintas A.I, manusia perlu\nbergabung dengan A.I. Itu idea Elon Musk.\n\nJadi peranti IRIS dalam siri Animasi Ejen Ali bukanlah suatu\nkhayalan, ia adalah suatu visi dan masa depan ketamadunan manusia. Mungkin\ndimasa hadapan, akan wujud peranti seperti I.R.I.S. dan digunakan oleh kita\nsemua. Mungkin.\n\nSebenarnya, penggabungan otak manusia dengan computer\nbukanlah perkara baharu. Kajian tentang perkara ini telah bermula sejak tahun\n1970-an dan ia semakin berkembang. Ia dikenali juga sebagai \u2018Brain-Computer\nInterface (BCI)\u2019 ataupun \u2018Brain-Machine Interface (BMI)\u2019.\n\nSelain Neuralink, NeuroLife oleh Battelle juga telah\nmenjalankan kajian dengan mengimplan peranti ke otak pesakit bernama Ian\nBurkhart yang lumpuh akibat kecederaan tulang belakang. Hasilnya, pesakit ini\nboleh menggerakkan tangan dengan bantuan alat yang dipasang dalam otaknya.\n\nMaka tema peranti IRIS dalam siri animasi Ejen Ali adalah\nsesuatu yang realistik dan nyata.\n\nSelain itu, Ejen Ali juga menyentuh isu keruntuhan sifat\nkemanusiaan apabila manusia terlalu mengejar kemajuan.\n\nDalam Episod Analog, dipaparkan bagaimana teknologi telah menjadikan manusia asyik dengan teknologi. Watak Antagonis Analogman juga ada menyebut tentang masyarakat yang tinggal dipinggir Cyberaya yang hidup jauh daripada kemajuan dan hidup dalam kemiskinan.\n\nSatu dialog yang sepatutnya kita ambil perhatian adalah \n\n\u201cDalam sibuk mengejar kemajuan, kamu lupa pada nilai\nkemanusiaan\u201d \u2013 Analogman\n\nIa adalah suatu mesej yang kuat dalam siri ini, selain\nmemaparkan kecanggihan teknologi, satu perkara yang kita tidak boleh tinggalkan\nadalah nilai kemanusiaan.\n\nTapi sayangnya dalam siri animasi, mesej tidak begitu diberi\npenekanan. Sedikit disentuh tentang Pinggir Cyberaya semasa memaparkan sejarah\nhidup Uno dan Rudy. Tapi, mungkin ini isu yang dibawa dalam Filem Ejen Ali yang\nmana memaparkan kehidupan masyarakat pinggir Cyberaya, atau mungkin di musim\nketiga.\n\nRasanya 2 noktah ini sudah cukup untuk memberi kita gambaran\nbahawa Siri Animasi Ejen Ali adalah karya yang unik yang sangat hampir dengan\nrealiti semasa. Tema ini penting kerana untuk menjadikan rakyat Malaysia ini\nprogressif dan tidak ketinggalan, kita perlu didedahkan dengan realiti semasa\ndan menjadi sebahagian daripada penyumbang kemajuan dan dalam masa yang sama,\nmembangunkan nilai kemanusiaan yang sebenarnya sangat akrab dengan nilai-nilai\nketimuran.\n\nSebagaimana yang disebut oleh Ibnu Khaldun\n\n\u201cMasyarakat yang tiada daya untuk kehadapan, dengan\nsendirinya akan tertolak kebelakang\u201d\n\nSemoga lebih ramai penggiat seni yang berani membawa tema\nsains fiksyen yang hampir dengan realiti bukan sekadar fantasi." "Ini satu cabaran untuk anda. Bolehkah anda memasukkan cakera bulat yang besar ke dalam lubang petak yang kecil?\n\nNaluri kita mungkin secara pantas akan menyebut tidak. Kecuali jika dikoyakkan kertas itu lah. Tapi jika anda tonton video ini oleh Tadashi Tokieda daripada Universiti Stanford, sememangnya ia boleh dilakukan. Cakera bulat besar itu sememangnya boleh melepasi lubang petak yang kecil. \n\nCaranya, adalah dengan melipat kertas itu dengan suatu teknik lipatan yang tertentu.\n\nSaya potong lubang berbentuk petak pada sehelai kertas dan ambil sekeping cakera bulat. Saya lipat kertas dengan cara yang misteri, dan cakera ini kemudian mampu melepasi lubang. Saya tak menarik kertas, apatah lagi koyak. Bagaimana ini berlaku?\n\nHelahnya, atau strateginya, (sebab penjelasan beliau terlalu cerdik untuk dipanggil helah), adalah berkait rapat dengan penukaran dimensi kertas tersebut.\n\n\u201cIa disebabkan oleh dimensi dalaman atau intrinsik helaian kertas tersebut, yang berbentuk 2D, berevolusi di persekitaran 3D. Terdapat ruang sesiku\u201d\n\nErr hah.\n\nDengan kata lain, dalam dimensi kedua, iaitu dimensi rata, lubang petak itu sememangnya terlalu kecil untuk dimasuki oleh cakera. \n\nTapi apabila kita melipat kertas menjadi 3D, kita boleh menjadikan lubang itu selebar hasil tambah dua sisi petak, lantas menjadikannya lebih panjang daripada panjang lubang yang asal.\n\nHal ini kerana, hasil tambah dua sisi petak lebih panjang lebih kurang 40% daripada panjang pepenjuru lubang.\n\nUntuk menjadikan magis ini lebih meyakinkan menantu anda, anda boleh memotong panjang pepenjuru supaya ia pendek sedikit saja berbanding cakera tersebut. \n\nSiapa kata Pythagoras yang kita belajar di sekolah tak berguna?\n\nKalau anda masih tidak kekaburan pada dimensi ketiga, jangan risau, penjelasan Tokieda lebih baik daripada artikel ini." "Apabila kita meneliti gambar \u2013 gambar klasik daripada tamadun Eropah, mungkin ada antara kita yang terperasan suatu perkara yang agak janggal pada gambar \u2013 gambar tersebut.\n\nIaitu, banyak golongan Monarki dan pemerintah Eropah miliki rahang yang lebar dan besar, di samping bibir bawah yang membonjol.\n\nKeluarga Habsburg yang memerintah kawasan yang besar di Eropah Tengah dari abad ke 16 hingga abad ke 18, berkongsi bukan saja nama keluarga yang sama \u2013 bahkan banyak ahli keluarga mereka juga turut memiliki rahan bawah yang besar yang lebar yang dipanggil \u2018rahang Habsburg\u2018.\n\nMengapa fenomena rahang Habsburg yang unik ini boleh terjadi? Kajian terbaru oleh saintis telah mengesahkan sebabnya. \n\nRahang tersebut merupakan akibat perkahwinan sesama ahli keluarga terdekat yang berabad lamanya. \n\n\u201cDinasti Habsburg merupakan antara dinasti yang paling berpengaruh di Eropah\u201d kata Roman Vilas, profesor genetik di University of Santiago de Compostela. \u201d Tapi dinasti tersebut kemudian dikenali dengan amalan inbreeding (perkahwinan ahli keluarga terdekat) yang akhirnya mengakibatkan kejatuhannya\u201d.\n\nIni kerana pertalian darah diraja bagi dinasti Sepanyol tersebut tamat pada tahun 1700 dengan kematian King Charles II yang tidak dapat melahirkan zuriat, besar kemungkinan akibat amalan inbreeding. \n\nRekod menunjukkan raja \u2013 raja Habsburg kerap terlibat dalam perkahwinan sesama ahli keluarga biologi yang turut melibatkan perkahwinan bapa saudara \u2013 sepupu dan perkahwinan sepupu pertama.\n\nTujuan perkahwinan sesama ahli keluarga terdekat ini adalah untuk memelihara warisan keturunan sesama mereka\n\nKajian genetik terbaru telah menemukan perkaitan positif yang jelas antara amalan inbreeding dengan susuk muka rahang Habsburg.\n\nDalam kajian yang diterbitkan di Annals of Human Biology , para pengkaji merekrut 10 pakar bedah muka pakar yang menggunakan 66 potret untuk mendiagnosa 15 orang ahli dinasti Habsburg.\n\nDidapati, rahang Habsburg itu tidak kelihatan pada awal keturunan, dan menjadi semakin ketara dan tampak di generasi yang terbawah.\n\nBagaimanapun pengkaji mengatakan mereka tidak boleh menolak kemungkinan bahawa muka Habsburg itu tidak lain hanyalah merupakan sifat yang diperturunkan secara warisan dan kajian tersebut merupakan anggaran pertama struktur genetik muka manusia dengan saiz sampel yang kecil." "Dr. Wan Wardatul Amani\u00a0baru \u2013 baru ini mendapat perhatian media sosial yang meluas apabila kisah penglibatan beliau dengan NASA tular di Facebook.\n\nBagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan fakta yang menjejaskan reputasi beliau dan perlu diperbetulkan.\n\nDalam hantaran di Facebook, Dr Wan Amani mengemukakan beberapa pembetulan terhadap kisah yang berlegar tentang beliau.\n\nAntara pembetulan yang dikemukakan adalah:\n\n\u201cApabila anda menularkan maklumat yang salah, anda merosakkan perhubungan, menyebarkan maklumat yang palsu, merosakkan reputasi saya dan NASA sebagai organisasi yang dihormati, dan anda mereka cipta satu ilusi apa yang anda mahu percaya tentang diri saya tapi anda tidak kenali siapa diri saya yang sebenar dan sumbangan saya kepada SporeSat\u201d.\n\nUntuk biografi yang lebih tepat mengenai Dr Amani, pembaca boleh merujuk laman web seperti majalahsains.com." "Tempoh hari penulis berkesempatan turun melihat Boboiboy Galaxy Card Tournament di Putrajaya. Ia adalah kali pertama penulis hadir dalam pertandingan kad sepanjang hidup, dan ia sedikit sebanyak mengimbau kenangan bermain kad Pokemon dan Yu Gi Oh sewaktu sekolah dulu.\n\nSudah pasti, penulis bukan datang bukan untuk bertanding kerana ia hanya terbuka kepada kanak \u2013 kanak sahaja dan kerana sudah pasti malu besar kalau orang dewasa kalah dengan anak 10 tahun.\n\nTerdapat sesuatu yang menarik perhatian penulis berkaitan dengan sistem permainan kad kumpul (collectible card game) hasilan syarikat tempatan ini yang wajar diketengahkan kepada masyarakat umum.\n\nIaitu bagaimana ia membuang langsung elemen perjudian yang selama ini menjadi identiti asas permainan kad kumpul. \n\nSebelum kita menyentuh lebih lanjut tentang sistem kad kumpul dan kaitannya dengan perjudian, kita berkenalan dulu dengan lanskap permainan video moden yang semakin kritikal kerana hampir segenap aspek industri tersebut mula dijangkiti barah perjudian.\n\nIndustri gaming mula berubah bentuk apabila ia mengguna pakai sistem pembelian dalam permainan. Jika dahulu pengguna hanya mengeluarkan duit untuk membeli CD dan perisian permainan satu kali untuk peroleh akses kepada keseluruhan isi permainan video, kini dengan sistem transaksi mikro, pembayaran menggunakan wang sebenar boleh berlaku waima dalam permainan video itu sendiri.\n\nPada mulanya sistem pembelian dalam permainan ini cumalah ditawarkan kepada fail tambahan yang boleh dimuat turun untuk menambah isi kepada permainan sedia ada (Downloadable content \u2013 DLC), aksesori permainan, sistem permata untuk mempercepat proses naik level, atau sistem bayar untuk menang. Aspek \u2013 aspek pembelian ini sendiri mendatangkan banyak kritikan kerana terdapat banyak ruang eksploitasi. Namun secara umum ia masih dipandang secara \u2018adil\u2019.\n\nNamun sistem kapitalis ini kemudian berevolusi lagi apabila syarikat \u2013 syarikat gaming gergasi mula mengimplementasikan elemen perjudian yang ketara di dalam permainan video secara berleluasa, menerusi konsep seperti \u2018lootbox\u2018. \n\nRingkasnya, lootbox adalah suatu unit dalam permainan yang perlu dibeli menggunakan duit nyata, tetapi pemain tidak mengetahui apa kandungan di dalamnya. Boleh jadi ia adalah watak istimewa, perkakasan, senjata, atau aksesori permainan. Setiap item ini dikelaskan menurut tahap rarity, semakin rare, semakin sukar ia ditemui. Maka pemain perlu membeli banyak lootbox menggunakan duit sebenar untuk meningkatkan kebarangkalian memperoleh item yang unik yang mereka kehendaki.\n\nSama seperti perjudian, sistem loot box merangsang pemain untuk terus berminat dengan permainan tersebut dan mencetus ketagihan sama seperti perjudian. Disebabkan ia menyasarkan semua golongan pemain tanpa mengira umur termasuk kanak \u2013 kanak, maka beberapa agensi dan kerajaan telah mengusulkan agar sistem ini diharamkan. \n\nBagaimanapun, konsep lootbox ini sebenarnya telah berakar lebih awal daripada permainan yang lebih dikenali ramai, iaitu permainan kad kumpul.\n\nRasanya pembaca rata \u2013 rata tahu dan miliki pengalaman bermain kad kumpul yang menjadi kegilaan suatu ketika dahulu (dan sekarang, tapi dalam bentuk yang lebih moden).\n\nPermainan kad kumpul seperti Pokemon, Digimon, Yugioh, Magic the Gathering dan lain \u2013 lain menerobos masuk ke dalam lingkungan kegemaran anak \u2013 anak sekolah. Secara dasar, permainan kad itu sendiri tidak lah bermasalah (asalkan tiada elemen tidak beretika seperti watak separa lucah, keganasan melampau), tetapi sistem ekonomi industri kad kumpul hakikatnya berunsurkan perjudian.\n\nSewaktu membeli pek di kedai \u2013 kedai depan sekolah, pembeli tidak mengetahui kandungan pek tersebut. Kad \u2013 kad yang diperoleh menerusi pembelian pek yang buta tersebut adalah rawak. Boleh jadi ia mengandungi kad Wargreymon 5 bintang yang menjadi kegilaan kanak \u2013 kanak, boleh jadi ia mengandungi kad bertaraf rendah yang sudahpun dimiliki 5 salinan daripada pembelian \u2013 pembelian lepas.\n\nUntuk peroleh kebarangkalian yang lebih tinggi mendapat kad yang dikehendaki, pemain perlu membeli lebih banyak pek atau membeli pakej pek booster yang menjanjikan lebih banyak kad yang rare. Harganya sudah pasti lebih mahal berbanding pek biasa.\n\nBagi setiap sesi pembukaan pek, pemain (kanak \u2013 kanak) akan dirangsang dopamine untuk berasa seronok dan ketagih apabila memperoleh kad yang rare dan berasa kecewa dan ingin membeli lebih banyak pek apabila mereka tidak peroleh apa yang dikehendaki.\n\nYa, sistemnya sama seperti Lootbox yang kini mula dipersoal dan mendapat perhatian meluas kerana berunsurkan perjudian. Bezanya, sistem kad kumpul ini datang lebih dahulu dan kurang mendapat perhatian dari segi perbahasan etika.\n\nHasil daripada sistem kerawakan yang dimanipulasi ini, di samping syarikat pengeluar kad memperoleh lebih banyak keuntungan daripada pembelian berkali \u2013 kali oleh seorang pemain, ia juga menghasilkan pasaran kedua di mana pemain dan syarikat boleh menjual kad \u2013 kad tertentu yang rare dengan harga yang ditetapkan berdasarkan rarity artifisial. Pemain \u2013 pemain perlu membida harga untuk peroleh kad tersebut yang mereka tidak peroleh walaupun telah berhabis duit membeli ratusan pek rawak.\n\npermainan kad Boboiboy Galaxy Card yang baharu keluaran syarikat tempatan pula unik kerana ia berjaya keluar daripada elemen perjudian yang sekian lama membarah dalam permainan kad kumpul.\n\nIa membuang elemen kerawakan dengan menayangkan kad yang terkandung di dalam pek.\n\nApabila membeli sebuah pek, pembeli boleh menyemak kad yang terkandung di dalam bungkusan tersebut di bahagian belakang pek, lantas memansuhkan elemen kerawakan dan guessing serta kejutan apabila membuka pek. \n\nMaka untuk memperoleh kad yang dikehendaki, pengumpul cuma perlu menyelak bahagian belakang pek untuk mencari kad mana yang masih belum ada dalam koleksi. Iya, boleh jadi pek yang mengandungi kad tersebut tiada di kedai berdekatan yang dicari, maka pengumpul cuma perlu mencari di kedai atau lain atau menunggu kemas kini kedai berdekatan tersebut.\n\nBoboiboy Galaxy Card bagaimanapun masih menggalakkan pengumpul untuk mendapatkan sebanyak mungkin kad kerana kad \u2013 kad tertentu yang diperoleh menghasilkan satu set poster. Elemen galakan itu ada, tetapi bukan bercirikan rangsangan dopamine atas kejutan dan guessing.\n\nPenulis bukanlah ingin membuat promosi atau hard selling terhadap Boboiboy Galaxy Card, artikel ini pun bukanlah dibayar.\n\nNamun, galakan penulis adalah bagi ibu bapa yang miliki anak \u2013 anak yang suka bermain kad kumpul, adalah untuk menukar alternatif daripada jenama luar yang mungkin menerapkan elemen perjudian, kepada jenama tempatan yang lebih beretika." "Persamaan kuadratik merupakan antara igauan terawal ramai pelajar yang memilih (dan dipilih) untuk menjejakkan kaki ke dunia subjek matematik tambahan. Kebiasaannya, topik persamaan kuadratik ini menjadi satu petanda aras awal sama ada pelajar tersebut boleh berkawan dengan subjek matematik tambahan, atau ia bakal mencetuskan permusuhan dengan matematik buat selama \u2013 lamanya (tak lah, melebih \u2013 lebih je ni).\n\nSetelah berkenalan dengan bentuk asas persamaan kuadratik, ax2\u00a0+\u00a0bx\u00a0+\u00a0c\u00a0= 0 , di mana a tidak bersamaan 0 , pelajar kemudian diajar pula dengan cara untuk mencari punca bagi persamaan tersebut, iaitu ialah nilai yang memuaskan persamaan kuadratik itu. \n\nSelama puluhan, mungkin ratusan tahun sejak dari zaman al Khwarizmi dan Descartes lagi, cara mencari punca bagi persamaan kuadratik yang dikenal pasti adalah:\n\nA) Pemfaktoran\n\nB) Penyempurnaan Kuasa dua \n\nC) Formula Kuadratik\n\nDalam pengajaran dan pembelajaran kuadratik, kebiasaannya pelajar cumalah disuap dengan formula dan mengulang skema jawapan untuk contoh soalan tanpa memahami sepenuhnya bagaimana formula tersebut didatangkan. \n\nMalah, sesetengah proses memerlukan kaedah meneka (dipanggil kaedah cuba jaya) untuk memperoleh jawapan yang betul. Masalah bagi kaedah adalah kadangkala walaupun setelah diteka berkali \u2013 kali, jawapannya masih tidak kunjung tiba.\n\nWalaubagaimanapun seorang ahli matematik. Dr Po Shen Loh menemui satu proses yang lebih mudah dan lebih intuitif untuk menyelesaikan persamaan tersebut, di samping menawarkan jalan kerja yang lebih pendek. \n\nVideo ringkas yang menerangkan proses tersebut diterangkan menerusi video di bawah:\n\nMenariknya menurut Dr Po, beliau amat terkejut kerana penemuan tersebut tidak dikesan oleh peradaban manusia selama beralaf lamanya walaupun berbilion orang telah menemui dan menyelesaikan persamaan kuadratik. \n\nDr Loh menemui \u2018helah\u2019 untuk menyelesaikan persamaan kuadratik ini dengan cara yang berbeza secara tidak sengaja pada satu malam. Dalam proses yang diterangkan secara lebih terperinci dalam laman web beliau, beliau dapati dua punca persamaan kuadratik boleh diselesaikan dengan cara bermula daripada hasil tambah;\n\n\u201cDalam kaedah ini, disebabkan ia menyelesaikan masalah dengan bermula dengan hasil tambah, maka ia boleh digunakan untuk menyelesaikan mana \u2013 mana persamaan kuadratik\u201d\n\nSudah pasti, apabila diterangkan seperti di atas, kedengarannya seperti sukar difahami. Tetapi jika anda berminat, cuba luangkan masa mendengar penerangan secara terperinci oleh Dr Loh tentang kaedah alternatif ini, beserta dengan contoh \u2013 contohnya." "Pada 26 Disember\n2019, sebuah fenomena alam akan berlaku iaitu gerhana matahari. Lebih menarik\nlagi, fenomena ini dapat dilihat di keseluruhan Malaysia! Sebelum kita fikir\napa yang perlu dilakukan, mari kita ulang kaji semula berkenaan fenomena ini.\n\nFenomena gerhana\nmatahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari pada satu\ngaris lurus. Oleh sebab bulan berada di tengah, maka bayang-bayang bulan akan\nmenutupi sebahagian Bumi. Daripada bayang-bayang inilah yang kita namakan\nsebagai gerhana Matahari. \n\nGerhana matahari hanya berlaku pada waktu siang, iaitu waktu antara matahari terbit dengan matahari terbenam. Hemisfera bumi yang berada pada waktu malam, tidak akan dapat melihat gerhana matahari di bahagian hemisfera siang. \n\nGerhana matahari\nberlaku sekitar 2 kali setahun. Namun gerhana matahari boleh berlaku lebih\ndaripada 2 kali setahun, tetapi kebarangkaliannya adalah kurang. Gerhana\nmatahari yang paling tinggi kekerapannya adalah pada tahun 1935 dengan 5 kali\ngerhana pada tahun tersebut.\n\nTerdapat 4 jenis\ngerhana matahari iaitu gerhana matahari penuh, gerhana matahari separa, gerhana\nmatahari cincin dan\u00a0 gerhana matahari\nhibrid. \n\nGerhana matahari\npenuh berlaku apabila keseluruhan matahari ditutupi oleh bulan. Gerhana\nmatahari separa berlaku apabila sebahagian matahari ditutupi bulan. Gerhana\nmatahari cincin pula berlaku apa bila keseluruhan bulan menutupi matahari,\nnamun tidak menutupi keseluruhan matahari. Gerhana matahari hibrid pula berlaku\ndengan gabungan matahari cincin dan matahari penuh.\n\nAda beberapa\nkaedah untuk melihat fenomena ini. \n\ni) Melalui live\nstreaming di media sosial.\nii) Menggunakan penapis matahari khusus. Jangan gunakan spek hitam pula! \niii) Ambil kertas, tebuk satu lubang dengan apa-apa bentuk, dan lihat pada\nbayang-bayang yang terhasil. Cahaya matahari yang menembusi lubang ini akan\nmenunjukkan gerhana matahari\n\nGerhana matahari\npada 26 Disember akan datang ialah gerhana matahari cincin. Namun hanya\nbahagian selatan johor dan sebahagian sarawak sahaja yang dapat melihat gerhana\nmatahari cincin. Manakala kawasan lain hanya dapat lihat gerhana matahari\nsepara.\n\nRujukan: \n\nhttps://www.esa.int/Science_Exploration/Space_Science/What_is_an_eclipse, \n\nhttps://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEcat5/SE1901-2000.html, \n\nhttp://falakonline.net/semesta/2019/09/informasi-umum-gerhana-matahari-cincin-26-disember-2019/" "Pada tahun 2000, ada beberapa perkara besar yang menggoyahkan tamadun manusia.\n\nYang pertama adalah ketakutan besar \u2013 besaran bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2000 yang dipanggil Y2K. Struktur dunia moden disangka akan runtuh, kapal terbang akan jatuh secara serentak di seluruh dunia, perang nuklear akan terletus, dan Nabi Isa akan turun sebagai tanda akhir zaman.\n\nTapi yang lebih besar daripada itu, pada tahun 2000 pernah berlaku satu peperangan antara umat manusia. Satu pertelingkahan besar \u2013 besaran antara dua kelompok Homo Sapien. \n\nIaitu perdebatan sama ada alaf baru ni bermula tahun 2000 ke tahun 2001, sebenarnya?\n\nTak sangka, pejam celik, pejam celik, kita sudah pun (hampir) memasuki tahun 2020, suatu angka yang dianggap agak istimewa bagi rakyat sebuah negara yang bernama Malaysia.\n\nSelama berpuluh tahun kita diterapkan dengan satu wawasan bahawa 2020 adalah waktu keramat di mana Malaysia akan mencapai satu status negara maju. Dulu kita terbayang bandar kita dilingkari lebuh raya terapung, menara yang dua kali ganda lagi tinggi daripada KLCC, kita boleh parkir kereta guna lif!\n\nNamun realiti sebenar adalah . tak berapa . sama dengan imaginasi kita dulu \u2013 dulu.\n\nHei, tapi sekurang \u2013 kurangnya kita dah ada kereta terbang kan?\n\nSelain daripada wawasan 2020, perkara lain yang rancak dibincangkan mengenai tahun 2020 adalah sama ada ia sebenarnya dekad yang baru ataupun tidak. \n\nUntuk mengulangkaji, dekad adalah tempoh masa sepuluh tahun, abad 100 tahun, alaf 1000 tahun. Rata \u2013 rata sudah bersedia menyambut 2020 sebagai dekad yang baru, tapi ada juga golongan yang mengatakan dekad baru bermula tahun 2021. Menariknya, pandangan kedua ini sering dianggap janggal dan minoriti.\n\nKesnya samalah macam perubahan alaf baru yang ditulis pada awal artikel.\n\nKenapa boleh berlaku perselisihan begini, siapa yang betul?\n\nKekeliruan Kalendar.\n\nApabila kita menyebut tahun 2020, apa yang kita rujuki sebenarnya? \n\nKita hakikatnya merujuk kepada kalendar Masihi (atau dikenali sebagai kalendar Gregorian), yang secara tradisionalnya, dirangka bermula daripada kelahiran Nabi Isa, atau Jesus Christ. Masihi merujuk kepada Isa al \u2013 Masih. \n\nJadi tahun 2020, adalah 2020 tahun setelah kelahiran Nabi Isa. 2020 itu bukan umur bumi kita (harap tak ada yang percaya sebegini).\n\nDan asal usul konsep tahun 2020 ni berasal daripada seorang rahib yang bernama Dionysius Exiguus yang lahir pada tahun 470 Masihi di Romania. Dialah yang pertama mencadangkan supaya pengiraan tahun ni dimulakan daripada tarikh kelahiran Jesus. Maka terciptalah istilah anno Domini A.D, yang bermaksud \u2018Tahun Tuan Kami\u2019.\n\nTapi bermula dari sinilah beberapa kekeliruan mula timbul:\n\nRingkasnya, sebab kita tak bermula dengan tahun 0 dalam kalendar, tahun pertama sebenarnya berakhir pada akhir tahun 1 Masihi, bukan permulaannya.\n\nMaka, dekad pertama dalam kalendar tamat pada akhir 10 Masihi. Abad pertama tamat pada penghujung 100 Masihi, dan Alaf pertama tamat pada penghujung tahun 1000 Masihi.\n\nJadinya, penghujung dekad kita sebenarnya adalah pada 31 Disember 2020, bukan 31 Disember 2019. Dekad baru bermula pada 1 Januari 2021.\n\nKalau nak sambut jugak dekad baru macam mana?\n\nKalau nak sambut dekad baru juga, dah janji dengan kawan nak datang sambutan besar \u2013 besaran dekad baru, atau dah beli cermin mata \u20182020 DEKAD BARUUU\u2019 ke, jawapannya.\n\nBoleh je, tak ada masalah. Suka hati kita la kot.\n\nSebab kalendar ni adalah satu konstruk sosial yang bergantung kepada tetapan masyarakat berdasarkan sejarah, agama, dan berdasarkan pilihan masyarakat.\n\nSudah pasti, pergaduhan ini hanyalah berlaku bagi mereka yang menuruti kalendar Gregorian yang berdasarkan kelahiran Nabi Isa (yang sebenarnya tak tepat pun, kalau ikutkan sekarang mungkin sepatutnya tahun 2025+ menurut tarikh kelahiran sebenar Nabi Isa).\n\nIa tak menjadi masalah bagi orang yang menuruti kalendar Hijrah contohnya yang berdasarkan tarikh Hijrah Nabi Muhammad SAW.\n\nJadi terpulanglah pada kita nak memilih kalendar yang mana untuk mentarikhkan hidup kita .." "Seorang sains Muslimah kelahiran Turki telah menemui sebuah galaksi yang baru, dan kini galaksi tersebut dinamakan dengan nama beliau. Galaksi tersebut, yang dikenali sebagai Galaksi Burcin, dinamakan sempena nama ahli astrofizik Dr. Bur\u00e7in Mutlu-Pakdil.\n\nBeliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Istanbul, Turki kemudian berpindah ke Ankara untuk mempelajari Fizik di Universiti dan menjadi salah seorang daripada sejumlah kecil pelajar wanita yang mengambil jurusan tersebut.\n\nSebagai seorang saintis Muslimah muda yang menemui sebuah Galaksi Cincin Dua yang sangat sukar ditemui, pencapaian beliau sangat mengagum dan menginspirasikan. \n\nDaripada hidup biasa \u2013 biasa, menjadi luar biasa.\n\nDatuk dan nenek Dr Bur\u00e7in datang daripada kampung yang kecil dan mereka tidak pandai membaca dan menulis. Ibu bapa beliau juga tidak berjaya menamatkan persekolahan kerana terpaksa ibu bapa mereka. \n\nKecintaan beliau pada subjek fizik mula bertunas apabila di sekolah menengah, beliau membuat kajian tentang Einstein. Menurut kakaknya, Einstein adalah orang yang paling bijak dalam dunia.\n\nDisebabkan impian ibu bapanya tidak tercapai, beliau diberikan kebebasan untuk meneruskan cita \u2013 cita akademik di Ankara dalam bidang fizik. Asalnya, keputusan untuk berjauhan daripada keluarga ini dibantah oleh saudara \u2013 maranya, melihatkan beliau seorang wanita daripada keluarga tradisional.\n\nBeliau juga diperlekeh dan diherdik kerana memilih untuk mempelajari fizik. Profesor beliau sendiri malah menyindir beliau kerana memilih laluan akademik sedemikian.\n\nBagaimanapun, cabaran \u2013 cabaran ini cumalah menjadikan Bur\u00e7in semakin bersemangat untuk belajar dan berusaha bersungguh \u2013 sungguh untuk berjaya. Sebagai seorang saintis Muslimah di Turki, beliau sentiasa menjulang impian untuk menjadi model ikutan Muslimah yang lain.\n\nDetik kejayaan\n\nKetika beliau menyambung pengajian beliau pada tahap PhD, beliau menemui sebuah galaksi yang baru. Galaksi ini bukan saja baru saja ditemui pada tahun 2017, tapi ia juga miliki ciri \u2013 ciri yang unik. \n\nGalaksi Bur\u00e7in \n\nPada mulanya, galaxy ini disangkakan merupakan sebahagian daripada Objek Hoag yang ditemui pada tahun 1950 oleh seorang saintis bernama Arthur Hoag. Objek Hoag adalah sebuah galaksi di mana cincin terang bintang biru yang muda mengelilingi badan pusat simetri yang dibentuk oleh bintang \u2013 bintang yang lebih tua, tanpa sebarang hubungan tampak antara mereka. Namun, setelah kajian lanjut terhadap galaksi ini, didapati bahawa ia sesuatu yang berbeza.\n\nGalaksi tersebut unik di mana ia miliki dua cincin simetri mengelilingi badan pusatnya dan tidak bercantum dengan badan pusat. Ia malah memiliki cincin dalaman berwarna merah yang mengelilinginya badan pusat. Galaksi yang normal miliki cincin tidak simetri dengan hubungan yang tampak dengan badan pusat.\n\nDr Bur\u00e7in adalah inspirasi kepada kita semua untuk tidak tewas dengan tekanan masyarakat untuk mengkaji kehebatan alam ciptaan Tuhan." "Ejen Ali The Movie, sebuah filem animasi terbitan Wau\nAnimation merupakan kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.\n\nGrafik dan animasi yang cemerlang, pembinaan karakter yang amat dekat dengan para penonton, jalan cerita dan plot twist yang sangat menarik, serta diadun kemas dengan pelbagai emosi telah berjaya menawan hati bukan sahaja golongan kanak-kanak, malah golongan dewasa juga turut berasa kagum dengan pencapaian cemerlang filem animasi Ejen Ali.\n\nPelbagai reaksi dan respon positif telah diberikan oleh para\npenonton filem Ejen Ali The Movie.\n\nBerikut merupakan antara sebab mengapa Ejen Ali The Movie\nmenjadi kebanggaan rakyat Malaysia:\n\nSelain daripada sebab-sebab yang telah dinyatakan di atas, ada satu lagi sebab mengapa filem dan animasi Ejen Ali ini jauh lebih hebat daripada animasi-animasi lain iaitu disebabkan oleh kehebatan struktur organisasi M.A.T.A. itu sendiri.\n\nPembinaan Struktur Organisasi M.A.T.A yang Mengagumkan\n\nM.A.T.A. (akronim bagi Meta Advance Tactical Agency)\nmerupakan sebuah agensi perisikan yang diasaskan oleh Dato\u2019 Othman untuk\nmelindungi keselamatan bandar dan penduduk Cyberaya. \n\nTerdapat empat (4) teras dalam organisasi M.A.T.A. yang\ndiketuai oleh Ejen Zain, Ejen Dayang, Ejen Ganz dan Ejen Djin (bekas ejen\nM.A.T.A.) seperti berikut:\n\nBerasal daripada perkataan neurologi iaitu sebuah ilmu sains\nperubatan berkaitan otak dan sistem saraf. Ejen Teras NEURO merupakan ejen yang\nberpengetahuan tinggi serta berperanan untuk menyusun strategi dalam setiap\nmisi yang diamanahkan.\n\nAntara Ejen NEURO yang terkenal ialah Ejen Alicia, General\nRama (beliau memakai sut berwarna kuning dalam pertempuran melawan Niki) dan\nEjen Zain yang telah terkorban dalam Misi Legasi.\n\nBerasal daripada perkataan combat yang bermaksud\npertempuran. Ejen Teras KOMBAT merupakan ejen yang mahir dalam pertempuran\njarak dekat dan sederhana serta berperanan melindungi keselamatan rakan-rakan\nsepasukan sewaktu menjalankan misi mereka.\n\nEjen Bakar dan Ejen Iman (seorang muslimah bertudung)\nmerupakan antara ejen Teras KOMBAT yang dikenali ramai.\n\nBerasal daripada perkataan teknologi menjadikan ejen dalam\nTeras TEKNO sangat berkemahiran dan berpengetahuan tinggi dalam bidang\nteknologi. Peranan ejen Teras TEKNO ialah untuk mencipta dan mengendali\nperalatan-peralatan canggih bagi menjayakan misi.\n\nEjen Teras TEKNO yang terkenal ialah Ejen Ali, Ejen Aliya dan\nEjen Dayang.\n\nBerasal daripada perkataan invisible atau halimunan\nmenjadikan ejen Teras INVISO sangat licik dan tangkas dalam tindakan mereka.\nPeranan utama ejen Teras INVISO ialah mencipta helah dan penyamaran bagi\nmenumpaskan pasukan musuh.\n\nDua ejen Teras INVISO yang dikenali ramai ialah Ejen Comot\ndan Ejen Rizwan.\n\nSekarang, perhatikan semula warna-warna yang diwakili oleh\nsetiap teras dalam organisasi M.A.T.A.\n\nMerah, kuning, biru dan putih. Keempat-empat warna yang digunapakai bagi mewakili setiap teras dalam organisasi M.A.T.A. merupakan warna-warna bagi Jalur Gemilang!\n\nDari segi hierarki pula, setakat yang didedahkan sehingga\nhari ini, Dato\u2019 Othman yakni pengasas M.A.T.A. berada pada peringkat tertinggi,\ndiikuti oleh ketua-ketua teras (Ejen Zain, Ejen Dayang, Ejen Ganz dan Ejen\nDjin), General Rama, mentor-mentor bagi setiap teras (Ejen Leon, Ejen Geetha, Ejen\nBakar dan Ejen Karya) dan seterusnya ejen-ejen muda M.A.T.A.\n\nNah, hebat bukan organisasi M.A.T.A. dalam animasi Ejen Ali?\n\nTeori Pengurusan Organisasi M.A.T.A\n\nSelain daripada pelbagai teori dan falsafah yang dipamerkan\ndalam Ejen Ali The Movie seperti falsafah deontologi (suatu sistem moral yang\nmengukur baik buruk tindakan seseorang berdasarkan niat si pelaku), utilitarianism\n(berpaksikan matlamat menghalalkan cara), cengkaman sistem kapitalisme ke atas golongan-golongan\nmiskin dan lemah, sebenarnya banyak juga teori pengurusan yang dapat kita\npelajari daripada animasi Ejen Ali, khususnya melalui struktur organisasi M.A.T.A.\n\nSebagai contoh, kepentingan rantaian perintah (chain of command) di mana para ejen akan menerima arahan melaksanakan misi yang telah disusun dan diagihkan oleh General Rama serta beberapa misi khas lain yang terus disampaikan oleh ketua-ketua teras sebagai pemimpin tertinggi dalam organisasi.\n\nSelain itu, setiap kapasiti dan kelebihan para ejen adalah dinilai terlebih dahulu sebelum ditugaskan dalam kumpulan teras yang sesuai dengan kemahiran masing-masing sama ada Teras NEURO, INVISO, KOMBAT mahupun TEKNO. Dalam melaksanakan misi pula, setiap ejen dalam teras yang berbeza perlu bekerjasama, saling melengkapi dan menghormati peranan masing-masing bagi mencapai objektif misi.\n\nDalam kebanyakan keputusan yang diputuskan dalam M.A.T.A., kita dapat lihat berlakunya musyawarah sama ada di antara ketua-ketua teras mahupun sesama ahli pasukan dalam sesebuah misi. Konsep musyawarah ini adalah amat penting bagi memastikan tidak berlakunya conflict of interest dalam kalangan ejen M.A.T.A. dan semuanya bersatu demi merealisasikan matlamat agensi.\n\nPun begitu, apabila berlaku kes-kes kecemasan, kita dapat lihat pemimpin tertinggi dalam organisasi M.A.T.A. atau dalam sesebuah misi telah menggunakan autoriti yang dimilikinya melangkaui konsep musyawarah seperti mana yang telah dilakukan oleh Ejen Zain yang mengorbankan dirinya setelah mengarahkan ejen-ejen muda melaksanakan Protokol Gegas pada episod akhir Ejen Ali musim kedua.\n\nAkhir sekali, tidak dapat tidak, setiap organisasi memerlukan pelapis yang terlatih bagi memastikan misi dan visi organisasi terus berjalan dan diwarisi oleh generasi seterusnya. Disebabkan semangat inilah, Akademi M.A.T.A. ditubuhkan bagi melatih ejen-ejen muda yang bakal memegang tampuk kepimpinan M.A.T.A. pada masa akan datang.\n\nOh ya, seperkara lagi dan tidak kurang pentingnya dalam sesebuah organisasi, apatah lagi bagi organisasi perisikan berteknologi tinggi seperti M.A.T.A., prinsip menjaga kerahsiaan dan hal-hal sulit organisasi adalah amat dititikberatkan. Disebabkan menjaga kerahsiaan inilah Ejen Bakar telah menggunakan kod identiti rahsia ejen untuk memasuki ibu pejabat M.A.T.A. melalui Restoran Mamak Maju seperti berikut:\n\n\u201cNak nasi goreng kampung telur mata, 3, tak nak telur\u201d yang\nmempunyai maksud tersirat \u201cNak masuk ke ibu pejabat M.A.T.A., 3 orang ejen, tak\nnak orang lain tahu.\u201d Menarik bukan?\n\nSiapa kata animasi Ejen Ali ini hanya untuk kanak-kanak sahaja, kerana sungguh, banyak pengajaran dan falsafah yang dapat kita pelajari daripada animasi kebanggaan rakyat Malaysia ini.\n\nSekarang, sebahagian daripada maklumat penting organisasi\nM.A.T.A. telah berada dalam pengetahuan anda. Sekiranya anda direkrut sebagai\nsalah seorang ejen M.A.T.A., teras manakah yang akan menjadi pilihan utama\nanda?\n\nEjen Eqhwan\nTeras INVISO\n\nBerapa\nbintang untuk Ejen Ali The Movie? Sudah tentu 10/10.\n\nFacebook: https://www.facebook.com/pemimpin.bersaudara\n\nTwitter: https://mobile.twitter.com/Eqhwan94\n\nRujukan:\n\n1. https://ejenali.fandom.com/ms/wiki/M.A.T.A.\n\n2. Ejen Ali The Movie dan siri animasi Ejen Ali.\n\n3. https://www.thepatriots.asia/terlupa-makan-popcorn-dalam-wayang-sebab-ejen-ali/\n\n4. Twitter M.A.T.A. HQ: https://mobile.twitter.com/EjenAlidetail" "Amat sukar kita temui video hasilan tempatan yang mengulas tentang astronomi, apatah lagi yang dihasilkan oleh murid sekolah.\n\nBagaimanapun, sebuah video yang dimuatnaik di Youtube ternyata amat istimewa apabila ia menampilkan seorang anak kecil yang berusia 7 tahun mengulas tentang model angkasa lepas.\n\nVideo tersebut memperlihatkan adik Omar Shahnaz yang memberi komentar simulasi angkasa lepas menggunakan perisian Universe Sandbox, sebuah permainan simulasi angkasa lepas interaktif.\n\nNak tau tak? DekatJupiter, di dalam dia, ada gas! Dalam Jupiter juga ada red spot, lepas tu ada habuk, ribut taufan kuat!\n\nOmar juga memberi komentarnya terhadap planet \u2013 planet di Sistem Suria, sambil jelas menampilkan kegembiraan meneroka simulasi tersebut.\n\nMenurut bapa Omar, Muhammad Khalid Muzappa Yakub, Omar telah pun menunjukkan minat terhadap astronomi sejak umur 5 \u2013 6. Beliau juga banyak menyokong minat anaknya dengan membeli teleskop murah secara atas talian.\n\n \u201cAda beberapa kali bawa dia ke balai cerap dan ikuti program di planetarium negara. Memang dari kecik pun selalu nyanyi lagu nursery rhyme nama2 planet\u201d \n\nDiharapkan supaya adik Omar terus menonjol minatnya yang istimewa ini dan menjadi ikutan kanak \u2013 kanak lain untuk minat mempelajari alam semesta ciptaan Tuhan." "Terdapat beberapa percubaan orang untuk mencabar teori Einstein yang mengatakan bahawa \u201ctiada apa yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya\u201d. Antaranya adalah teori gunting superluminal yang boleh mengatasi kelajuan cahaya.\n\nAndaikan kita mencipta gunting yang sangat panjang. Rakan anda bernama Izzat, duduk di sebelah pangkal pertemuan dua bilah gunting, manakala Peah duduk di sebelah hujung gunting tersebut. Panjang bilah gunting tersebut ialah 1 tahun cahaya. Kemudian anda menutup gunting tersebut dalam masa sesaat. Haa! titik pertemuan dua bilah gunting telah bergerak ke hujung gunting dalam masa 1 saat! Ini bermakna, Izzat telah bergerak menemui Peah dengan kelajuan 1 tahun cahaya per saat! \n\nEhh. Tapi bukankah had laju maksimum ialah had laju cahaya? Izzat dan Peah hanya mampu bergerak dengan halaju 1 tahun cahaya per tahun. Jadi, apa yang berlaku? Adakah Izzat dan Peah bergerak mengatasi kelajuan cahaya?\n\nJawapan ringkasnya ialah tidak. Mengapa tidak? \n\nTeori Kerelatifan\nKhas telah menyatakan bahawa halaju cahaya merupakan had laju paling tinggi di\nalam semesta. Ini bermaksud, segala interaksi di alam semesta ini dihadkan pada\nhalaju cahaya.\n\nGunting tersebut\nadalah satu objek fizikal yang terdiri daripada atom-atom. Maka atom-atom ini\njuga mematuhi teori kerelatifan khas; atom-atom pada gunting tersebut\nberinteraksi pada had laju maksimum cahaya. Interaksi antara atom-atom ini adalah\nmelalui daya elektromagnet. Atom-atom ini \u2018melekat\u2019 antara satu sama lain disebabkan\noleh daya coulomb (sebahagian daya elektromagnet). Anda mungkin pernah tahu\nmengenai daya ini, iaitu daya antara dua cas positif akan menolak, manakala cas\npositif dan cas negatif akan menarik. Daya antara atom ini menarik antara satu\nsama lain dengan had laju maksimum bersamaan dengan had laju cahaya.\n\nApabila anda\nmenutup bilah gunting tersebut, atom-atom pada gunting di tangan anda akan berinteraksi\ndengan atom-atom di sebelahnya, dan atom tersebut juga akan menghantar maklumat\nkepada atom yang seterusnya untuk bergerak dan bercantum dengan bilah gunting\npasangannya. Penghantaran maklumat ini terhad kepada halaju cahaya. \n\nSecara mudahnya, jika\nanda menutup gunting tersebut sepantas 1 saat, bahagian muncung bilah gunting\nmasih lagi terbuka. Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu tahun untuk tutup.\nIni bermakna, gunting tersebut akan melentur sepanjang bilahnya. Malah,\nlenturan ini mungkin membentuk seakan-akan sebuah \u2018gelombang\u2019 yang merambat ke\nmuncung gunting tersebut.\n\nAdakah Izzat dan Peah berjaya memecah halaju cahaya? Nampaknya tidak. Cuba lagi ya!" "Cahaya adalah sesuatu yang amat unik. Menurut Albert Einstein, cahaya merupakan polis alam semesta \u2013 tiada apa yang boleh bergerak lebih laju dari cahaya. Hal ini kerana cahaya \u2013 sekiranya bergerak dalam keadaan vaakum, memiliki kelajuan sebesar 299,792,458 m/s (1,079,252,848.8\u00a0 km/h). Untuk rekod, probe angkasa NASA, Helios 2 memegang rekod objek buatan manusia terpantas di dunia, dengan kelajuan 252,792.5 km/h, hanyalah 0.02% dari kelajuan cahaya.\n\nJadi, kalau betul lah cahaya ni sebenarnya benda paling laju dekat dalam alam semesta, adakah apa-apa benda yang lagi laju dari cahaya?\n\nJawapannya: ada.\n\nDi sini penulis akan senaraikan beberapa fenomena fizikal di mana\nkelajuan cahaya ini dapat dipecahkan, dan perkara ini merupakan antara fenomena\nmenarik dalam fizik.\n\nCahaya Cherenkov.\n\nPerkara pertama yang perlu kita perjelaskan adalah, cahaya mempunyai\nnilai kelajuan paling tinggi apabila ia bergerak dalam medium vakuum. Sekiranya\ncahaya bergerak dalam medium lain, dalam medium air, sebagai contoh, cahaya\nakan bergerak lebih perlahan, dan hal ini akan membolehkan objek lain untuk\nbergerak lagi laju dari cahaya.\n\n\u201cEh, apa ni. Ni bukan gerak lagi laju dari cahaya, ni cahaya yang\njadi lagi perlahan!\u201d\n\nEh, saya tak cakap pun perkara macam ni tak dibenarkan. (senyum)\n\nDi dalam air, cahaya bergerak dengan \u00be kelajuan asalnya. Hal ini\nmembolehkan partikel-partikel tercas bergerak lebih laju daripada cahaya. Hal\nini pertama kali disedari oleh Pamel Cherenkov, seorang saintis Russia sewaktu\ndalam makmal melakukan kajian PhD beliau. Dia terperasan bahawa air dalam\ntangki radioaktifnya mengeluarkan cahaya biru, dan dia kemudian bertanya kepada\ndua orang rakannya, Igor Tamm dan Ilya Frank mengenai perkara berkenaan. \n\nMereka kemudian berusaha bersama menerangkan fenomena tersebut dalam kerangka Teori Relativiti dan mendapat anugerah Nobel pada tahun 1958. Secara mudahnya, Radiasi Cherenkov ini terhasil apabila partikel bercas bergerak di dalam air dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya di dalam air, dan cahaya radiasi yang terhasil selalunya dalam lingkungan warna biru yang terang.\n\n Bayang-bayang. \n\nBayangkan anda ada satu lampu suluh, dan anda suluhkan lampu anda ke\nbulan. Sekarang, anda halakan lampu anda ke satu bahagian bulan, dan kita tanda\nbahagian itu dengan jari kita sebagai titik A. Sekarang, kita gerakkan jari\nkita dari titik A ke satu lagi tempat di permukaan bulan, dan kita panggil\ntempat ini sebagai titik B. Sekarang, gerakkan jari anda dari titik A ke titik\nB berkali-kali, dan bayang-bayang anda akan bergerak melalui permukaan Bulan\nberkali-kali dari titik A ke titik B, dengan kelajuan melebihi kelajuan cahaya!\n\nEh, macam mana benda ni boleh terjadi?\n\nApabila saintis mengatakan bahawa tiada apa yang boleh bergerak\nmelebihi kelajuan cahaya, saintis secara asasnya memaksudkan perkataan \u201ctiada\napa\u201d itu dengan informasi atau jirim \u2013 tiada informasi atau objek yang boleh\nbergerak melebihi kelajuan cahaya. Dalam kes ini, bayang-bayang jari kita tidak\ntermasuk dalam mana-mana kategori yang dinyatakan \u2013 ia bukan satu bentuk\ninformasi, dan ia juga bukanlah objek yang mempunyai jirim dan jisim.\n\nSebenarnya, dalam kes ini, apa yang berlaku adalah lebih kepada\nilusi perspektif kita.\n\nKita seringkali menyangka bayang-bayang merupakan satu bentuk objek fizikal, namun hakikatnya, bayang-bayang (ataupun kegelapan secara amnya) merupakan manifestasi ketiadaan cahaya. Justeru, kegelapan antara jari kita dengan bulan itu sebenarnya sentiasa wujud. Bentuk informasi yang sedang bergerak pula sebenarnya adalah pergerakan cahaya dari bumi ke tangan kita, dan dari jari kita ke bulan. Pergerakan itu akan sentiasa berada dalam kelajuan cahaya (sebab yang bergerak tu adalah cahaya), jadi tiada hukum fizik pun yang dilanggar sebenarnya.\n\nGunting Superluminal.\n\nDalam kertas kajian yang diterbitkan oleh Neerav Kaushal dan Robert\nJ Nemiroff bertajuk \u201cAnalyses of Scissors Cutting Paper at Superluminal\nSpeeds\u201d, mereka berdua membuat beberapa kajian teoretikal terhadap beberapa\nsituasi memotong menggunakan gunting dan berjaya membuktikan bahawa ia boleh\ndilakukan.\n\nSituasi pertama adalah dengan menggunakan gunting yang berbentuk\nbiasa. Dalam kertas kajian ini, mereka berdua menunjukkan bahawa apabila\ngunting ditutup, belahan gunting tersebut akan bergerak lebih laju dari\npergerakan keseluruhan gunting itu. Hal ini boleh menjadi fenomena\nFaster-Than-Light (FTL) sekiranya kita mempunyai gunting yang mempunyai\nkepanjangan bilah sepanjang 299,792,458 meter, dan sekiranya kita menutup\ngunting tersebut dengan kelajuan kurang dari 1 saat, kita akan memiliki gunting\nyang bergerak melebihi kelajuan cahaya.\n\nSituasi lain yang ditulis dalam kertas kajian ini adalah dengan\nmenggunapakai Guillotine, satu bentuk alat hukuman pemenggal yang sering\ndigunapakai oleh orang Perancis. Mekanisma yang sama dengan gunting tadi,\npemenggal Guillotine akan membenarkan bilah pisau turun dari ketinggian\ntertentu, dan kelajuan bilahnya sewaktu tiba di permukaan adalah lebih laju\ndari pergerakan Guillotine itu sendiri. Menurut pengiraan yang ditunjukkan oleh\nlaman youtube Because Science, sekiranya kita inginkan Guillotine itu mempunyai\nbilah yang memiliki kelajuan FTL, ia perlu mempunyai bilah yang mempunyai darjah 1.2 x 10-6, dengan\nlebar Guillotine itu perlu dalam 14,500 km.\n\nFenomena-fenomena ini amat menarik untuk dikaji, kerana sepertimana yang telahpun diterangkan, tiada berlakunya maklumat atau jisim yang dihantar melebihi kelajuan cahaya, sebaliknya yang berlaku adalah pergerakan bilah yang terhasil akibat pergerakan asal gunting atau Guillotine itu tadi.\n\nKebergusutan Kuantum.\n\nKebergusutan Kuantum adalah satu fenomena kuantum yang melibatkan\npenghantaran maklumat (information transfer) antara dua system yang bergusutan\nantara satu sama lain. Perkara ini pertama kali dipertikaikan oleh Albert\nEinstein, dan ia turut membawa kepada EPR Paradoks, satu bentuk\nketidaksenambungan antara Teori Kuantum yang wujud pada zaman tersebut dengan\nsatu lagi teori yang dibina oleh Einstein, Teori Relativiti.\n\nKebergusutan Kuantum, secara mudahnya, merujuk kepada dua objek\n(atau sistem) yang saling bergusutan, dengan pemerhatian yang dibuat pada satu\nsistem akan mengakibatkan sistem yang satu lagi turut terkesan akibat\npemerhatian tersebut.\n\nFenomena ini sekarang dikaji dengan mendalam, dengan pasukan\npenyelidik dari China dan Austria pada tahun lepas mengeluarkan kertas kajian\nyang mengatakan bahawa mereka telahpun berjaya melakukan pemindahan cahaya\n(photon) atau turut dipanggil sebagai Quantum Teleportation oleh pihak media.\nBaru-baru ini juga, penyelidik dari China mengumumkan bahawa mereka telahpun berjaya\nmelakukan Teleportasi Kuantum pada cip silicon dengan menggunakan cahaya, satu\nkejayaan yang amat menarik.\n\nKebergusutan Kuantum merupakan topik menarik kerana ia masih menjadi perdebatan sama ada penghantaran informasi antara sistem kuantum berlaku lebih laju dari cahaya atau tidak, namun kebanyakan saintis sekarang yakin bahawa Teori Relativiti Einstein masih belum digagalkan lagi dengan pembuktian dari fenomena ini.\n\nSebenarnya terdapat beberapa lagi fenomena yang memiliki kelajuan FTL, seperti pengembangan alam semesta dan galaksi, namun mungkin cukup buat setakat ini.\n\nBacaan lanjut:\n\n\u201cIs Faster-Than-Light Travel or\nCommunication Possible?\u201d, http://math.ucr.edu/home/baez/physics/Relativity/SpeedOfLight/FTL.html\n\n\u201cAn Introduction to Cherenkov Radiation\u201d, http://large.stanford.edu/courses/2014/ph241/alaeian2/\n\n\u201cAnalyses of Scissors Cutting Paper at\nSuperluminal Speeds\u201d, https://arxiv.org/abs/1907.04885\n\n\u201cChip-to-chip quantum teleportation and\nmulti-photon entanglement in silicon\u201d, https://www.nature.com/articles/s41567-019-0727-x\n\n\u201cComplex quantum teleportation achieved for\nthe first time\u201d https://phys.org/news/2019-08-complex-quantum-teleportation.html" "Manusia sentiasa cuba mengenali dan merekodkan makhluk \u2013 makhluk lain yang menjadi penghuni di muka bumi dengan harapan untuk berkenalan, memahami atau menggunakan mereka untuk kegunaan manusia.\n\nNamun begitu, satu kejutan bagi spesis manusia adalah apabila mereka mendapati terdapat begitu banyak spesis makhluk yang mereka belum temui dan tak pernah lihat kewujudan mereka. Terlampau. Banyak.\n\nBilangan spesis mikrob yang hidup di Bumi dianggarkan lebih banyak daripada jumlah bintang di galaksi!\n\nDan yang lebih menyukarkan keadaan, adalah kita tak dapat nak tengok pun sebilangan besar hidupan seni tersebut sebab mereka terlampau kecil, kita tak nampak dengan mata kasar. Kita perlukan alatan khas seperti mikroskop untuk melihat dunia makhluk mikro / makhluk seni walaupun mereka hakikatnya memenuhi setiap sel tubuh kita.\n\nDaripada makhluk \u2013 makhluk mikro yang ditemui pula, terdapat beberapa yang agak . pelik dan lain macam.\n\nBerikut adalah antara 5 makhluk seni paling pelik yang direkodkan oleh saintis.\n\n Sel Rumput Yang Tersenyum \n\nGambar di atas bukanlah alien yang kegembiraan apabila berjaya menculik manusia, sebaliknya ia adalah keratan rentas rumput Marram yang ditemui di padang pasir. \n\nKeratan rentas daun rumput tersebut diberikan sentuhan fluorochromes Calcofluor M2R dan auramine O lantas menghasilkan imej yang bercahaya seperti di atas.\n\nMuka pelik yang nampak seakan tersenyum ni adalah jaringan pengangkut pada daun rumput tersebut, mata itu adalah xylem yang mengangkut air, mulut itu pula adalah phloem yang mengangkut makanan.\n\nCuma walaupun gambar di atas kelihatan begitu gembira dan menyeronokkan, tidak semua senyuman rumput tersebut berimej riang.\n\n Cacing Polychaete \n\nRakaman cacing Polychaete ini merupakan antara pemenang rakaman dunia mikroskopi Canon pada tahun 2018.\n\nTindak tanduk pelik haiwan tersebut sebenarnya adalah aksi memakan buruannya.\n\nDisebabkan tubuhnya lutsinar, maka kita dapat lihat organ \u2013 organ dalamannya siap dengan benda yang dimakan itu.\n\nBakteria yang Sentiasa Menghadap Utara \n\nAda seorang ahli mikrobiologi yang tengah tengok sampel bawah mikroskop. Dia perasan suatu bakteria yang sentiasa bergerak ke satu arah tertentu pada slaid. Mulanya dia sangkakan bakteria tu respon pada cahaya, tapi bila diubah cahaya tu, tak ada beza.\n\nAkhirnya setelah siri \u2013 siri eksperimen dilakukan, satu\nkesimpulan dibuat, bakteria tu memang sentiasa ke arah Utara.\n\nKenapa? Antara teorinya adalah bakteria tu memang suka ikut\nmedan magnet bumi, macam mana setengah bakteria berenang ke arah lumpur, kutub\nutara tu adalah lumpur mereka.\n\nDan kemungkinan besar mereka tak akan mungkin sampai ke Kutub Utara idaman mereka tu, sedihnya.\n\nBacteriophage \u2013 Makhluk Asing Planet Bumi\n\nManusia hidup dalam ketakutan memikirkan kita mungkin ada\ndiserang oleh alien daripada angkasa lepas pada bila \u2013 bila masa.\n\nTapi tak ramai yang sedar bahawa sebenarnya alien ini sudahpun wujud di muka bumi.\n\nBacteriophage yang nampak macam kapal angkasa alien ini adalah mesin pembunuh paling ganas di muka bumi yang bertanggungjawab membunuh trilion hidupan setiap tahun.\n\nTapi jangan risau, dia bukan bunuh manusia, tapi bakteria. Cuma bakteria. Setakat ini.\n\nPhage ini melekat pada bakteria sasarannya dengan cara mencengkam menggunakan kakinya, kemudian menyuntik mangsa dengan jarum pada badannya. Melepaskan DNA dari kepalanya masuk ke dalam bakteria.\n\nDNA itu melahirkan lebih banyak Bacteriophage, dan bakteria\nitu meletup, melepaskan keturunan bacteriophage baru untuk menyerang bakteria\nlain.\n\nYa, dengar memang sangat menakutkan tapi bacteriophage, makhluk pembunuh paling bahaya di dunia ini tengah berganding bahu dengan makhluk kedua paling berbahaya bumi \u2013 kita manusia, untuk melawan pasukan superbug \u2013 bakteria yang kebal antibiotik yang mungkin membunuh manusia lagi banyak daripada kanser pada masa depan.\n\nJadi mungkin lepas ni kita akan suntik kapal angkasa alien ni masuk dalam badan kita. Fuh..\n\nBeruang Air, Makhluk Paling Kebal di Muka Bumi.\n\nTardigrade, atau beruang air mungkin kelihatan comel dan boleh dibuat bantal peluk, tetapi kebolehannya sangat mengejutkan, seperti superman dunia sebenar!\n\nTardigrade adalah makhluk yang paling kebal di muka bumi.\n\nDia boleh hidup di angkasa lepas, dalam gunung berapi, ais antartika, dan tempat bertekanan paling tinggi, di dasar laut terdalam!\n\nTardigrade merupakan haiwan paling kebal haba yang mampu hidup di kawasan sepanas 150\u00b0C atau sesejuk -200\u00b0C. Ia malah mampu hidup setelah dibekukan selama 32 tahun!\n\nDia boleh tahan radiasi 1000 kali ganda daripada manusia,\nboleh hidup tanpa air selama berpuluh \u2013 puluh tahun\n\nEncik beruang air ini juga sudah wujud sejak 500 juta tahun lepas, bermakna mereka terselamat daripada 5 kepupusan besar dalam sejarah muka bumi.\n\nJangan pandang rendah pada makhluk comel!" "Penulis masih\nteringat kali pertama menggunakan mikroskop di sekolah rendah. Perasaan\nmeneroka dunia makhluk seni, melihat sel kulit, meneliti gambaran besar struktur\nbadan nyamuk sememangnya seakan ajaib. \n\nTak sangka, pada badan kita terdapat satu \u2018bumi\u2019 lain yang dipenuhi berbilion penghuni \u2013 penghuni dengan sistem hidup masing \u2013 masing seakan \u2013 akan bandaraya KL malah mungkin lebih rumit! Yang lebih menakjubkan adalah, kita tak tahu menahu langsung tentang segala macam penghuni \u2013 penghuni ini, apa nama mereka, apa mereka buat dalam badan kita?\n\nPengalaman inilah\nyang mula mencampakkan rasa minat untuk meneroka dunia ciptaan Ilahi. Sains\nmula menjadi subjek kegemaran. Inilah bidang untuk kita mengenal alam dan segala\nmacam jiran \u2013 jiran yang menetap dalam tubuh kita!\n\nTapi untuk mengkaji dunia mikro ini tak senang. Walaupun lebih hebat daripada sekalian kamera di atas muka bumi, Tuhan jadikan mata kita ini terhad, tidak mampu melihat sang bakteria dan sel kecil di dunia mikro. Kita perlukan mikroskop.\n\nMikroskop pula\nmahal, besar dan berat. Untuk gunakannya perlu tunggu giliran di makmal\nsekolah. Sukar nak dibawa ke mana \u2013 mana. Bagaimana nak jadi pengembara alam\nmikro jika hanya boleh gunakan mikroskop dua kali seminggu, di makmal saja?\n\nMenariknya, semua\nmasalah ini berjaya diselesaikan oleh satu ciptaan hebat Foldscope.\n\nFoldscope merupakan ciptaan mikroskop yang diperbuat daripada . jangan terkejut . kertas! Ya, rupa \u2013 rupanya mikroskop tidak semestinya mesti dalam bentuk besi yang kita biasa lihat.\n\nFoldscope\ndihasilkan oleh Manu Prakash dan Jim Cybulski sewaktu menyambung pengajian PhD\ndi Stanford Universiti. Mereka dapati mikroskop tradisional begitu berat, besar\ndan mahal. Ini menyebabkan banyak komuniti di kawasan pedalaman tidak dapat\nmenggunakannya lantas menyukarkan mereka untuk menjadi pengkaji dunia makhluk\nseni. \n\nRasa\ningin tahu manusia untuk mengkaji sains tidak sepatutnya terhalang atas sebab\nkemiskinan!\n\nKemudian\ntimbullah satu idea untuk menghasilkan mikroskop yang bukan saja murah, tetapi\nringan dan boleh dibawa ke mana \u2013 mana dan digunakan sesiapa saja. Maka\nterlahirlah Foldscope, mikroskop origami yang membuka pintu eksplorasi sains\nkepada keseluruhan komuniti di dunia.\n\nDisebabkan foldscope ini diperbuat daripada kertas, maka pemasangannya sememangnya sama seperti proses menghasilkan origami. Dan rasanya ramai orang bersetuju bahawa menghasilkan origami sememangnya seronok!\n\nSatu\nset foldscope datang dengan kit pemasangan dan arahan untuk menyiapkan sebuah\nfoldscope.\u00a0 Setiap bahagian kertas telah\nditandakan dengan jelas, dan menariknya, tiada gunting diperlukan. \n\nSesi pemasangan foldscope sememangnya sangat disukai oleh kanak \u2013 kanak. Anak kecil berumur 7 tahun juga boleh menghasilkan mikroskop origami sendiri!\n\nSudah tentu, terdapat banyak bahan rujukan di internet yang disediakan untuk membantu pemasangan, andai kita anda alami kesulitan. \n\nDisebabkan\nharganya yang murah dan pemasangan yang mudah, maka mungkin ada yang menganggap\nbahawa kualiti pembesaran imejnya rendah.\n\nSebenarnya\ntidak! Foldscope miliki kualiti optik yang sama dengan mikroskop kajian\nkonvensional (dengan pembesaran sebanyak 140X dan resolusi 2 mikron). Imej\nmakhluk seni yang boleh dilihat adalah sama dengan mikroskop biasa di pasaran.\n\nMaka peneroka boleh mengambil apa \u2013 apa saja spesimen yang mereka mahu di mana \u2013 mana saja (termasuk bulu kucing, tapi minta izin dulu, kasihan dia). Spesimen kemudian boleh diletakkan pada slaid yang disediakan dan dilihat menerusi kanta. \n\nLebih menarik, adalah imej organisma mikro yang dilihat menerusi kanta tersebut boleh dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar. Dekatkan kanta kamera telefon pintar anda pada kanta foldscope (perlu ada sumber cahaya), dan anda boleh merakam, dan zoom pada imej tersebut seraya mempamerkannnya pada ibu bapa dan guru!\n\nTerdapat\njuga satu komuniti khas pengguna foldscope bernama microcosmos. Anda boleh muat\nnaik rakaman makhluk seni anda dan lihat dapatan ribuan pengguna lain di\nseluruh dunia.\n\nOh,\nantara cabaran terbesar bagi setiap pengguna foldscope adalah untuk mencari\nberuang air (tardigrade) yang merupakan si comel kecil paling kebal dalam dunia.\nJika anda jumpa, pastikan anda memuat naik dan kongsikan pada pengguna lain!\n\nFoldscope\nboleh didapati pada harga serendah RM20 dan terdapat banyak aksesori lain yang\nanda boleh dapatkan.\n\nBagi pengedar rasmi di Malaysia, anda boleh dapatkan Foldscope menerusi laman web foldscope.com.my." "Ramai orang yang miliki pengalaman menjawab soalan ujian kecerdasan. Kebiasaannya, kita akan bertemu dengan suatu soalan yang membuat kita tersekat lama kebingungan walaupun telah berkali \u2013 berkali membaca soalan, mengenyit mata dan menggaru kepala.\n\nBagaimanapun, kebiasaannya walau sesusah manapun soalan IQ tersebut, ia dapat dianalisa untuk ditentukan corak yang logika dan seragam lantas membolehkan jawapan untuk dideduksikan.\n\nNamun sebuah soalan tular daripada peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam pegawai kawalan trafik udara membuatkan ramai orang menggaru kepala.\n\nSoalannya berbunyi:\n\nDalam sebuah perlawanan bola sepak Liga Inggeris, Saiful menyokong pasukan Liverpool tetapi bukan Chelsea, Ain menyokong Everton dan Southampton tetapi bukan Leicester. Manakala Suhaila menyokong Aston Villa tetapi bukan Manchester United. Apakah pasukan yang disokong oleh Shahrizam?\n\nPilihan jawapan yang disediakan adalah:\n\nSoalan ini mendorong kebingungan netizen kerana: \n\nWalaubagaimanapun, terdapat jawapan yang dianggap paling tepat daripada \u2018maklumat\u2019 yang disediakan dalam soalan. Iaitu dengan mengenal pasti bahawa pasukan yang dipilih oleh individu \u2013 individu di dalam soalan adalah selari dengan huruf terakhir nama individu tersebut.\n\nSaifuL -> LiverpooL\n\nAiN -> EvertoN\n\nSuhailA -> Aston VillA\n\nMaka disebabkan ShahrizaM berakhir dengan huruf M, satu \u2013 satunya pasukan yang perlu dipilih yang berakhir dengan huruf M adalah TottenhaM.\n\nJawapan ini dianggap \u2018paling logik\u2019. Bagaimanapun, formulasi soalan ini memiliki beberapa masalah:\n\nMungkin jawapan yang sebenar adalah dengan tidak menjawab soalan." "Monopoli merupakan satu mainan berpapan (board game) yang amat terkenal. Konsep permainan monopoli yang\nmenerapkan unsur tempat-tempat menarik di negara yang berlainan menjadikan ia\nsatu medium untuk mengajak generasi muda mengenali tempat-tempat baru, di\nsamping sedikit asas berkenaan dunia perniagaan \u2013 dan apa ertinya Monopoli \u2013\nmengumpul hartanah sebanyak mungkin dan menghancurkan kedudukan kewangan pihak\nlawan. Mungkin sebab itu juga Monopoli diambil (dalam bentuk jenaka) sebagai\npermainan yang merosakkan hubungan kekeluargaan.\n\nDalam tulisan kali ini, kita akan meninjau sedikit asas permainan Monopoli, dan tips untuk anda menang melawan ahli keluarga dan rakan anda yang lain.\n\nFahami Kebarangkalian Dadu.\n\nSelalunya, orang akan membeli hartanah dalam permainan Monopoli\ntanpa sebarang stratergi khusus. Sekiranya anda merupakan salah seorang dari\npemain seperti ini, jangan bimbang. Ini adalah saat untuk anda mula merangka\nstratergi berdasarkan statistik, dengan memahami konsep kebarangkalian dadu\nberfungsi.\n\nDalam permainan Monopoli, pemain selalunya akan diberi dua biji\ndadu. Mungkin agak memeranjatkan, namun dua biji dadu ini sebenarnya akan\nmengikut graf kebarangkalian Binomial (Binomial Distrubition).\n\nSecara mudahnya, apabila anda memiliki dua biji dadu, kebarangkalian anda untuk mendapat nombor 7 sebenarnya adalah lebih tinggi berbanding nombor 2, kerana terdapat hampir enam susunan untuk mendapat nombor 7 dari dua dadu, iaitu gabungan (1+6), (2+5) dan (3+4), manakala untuk mendapat nombor 2 pula hanya ada satu susunan, iaitu (1+1). Maka, sekiranya anda membeli hartanah di tapak kedua dan tapak ketujuh, hartanah di tapak ketujuh adalah berkemungkinan tinggi memberi anda pulangan yang lebih besar.\n\nFahami Kebarangkalian Lorong. \n\nLorong disini\nmerujuk kepada lorong tempat pemain bergerak. Dalam kes monopoli, terdapat\nempat lorong iaitu bermula dari \u201cGo\u201d sehingga \u201cJail\u201d yang meletakkan nilai\nhartanah yang rendah, dari \u201cJail\u201d hingga ke \u201cFree Parking\u201d, yang meletakkan\nnilai hartanah yang rendah dan sederhana, dari \u201cFree Parking\u201d sehingga ke \u201cGo\nTo Jail\u201d, yang meletakkan hartanah bernilai sederhana, dan lorong dari \u201cGo To\nJail\u201d sehinggalah \u201dGo\u201d, yang meletakkan hartanah dengan harga agak mahal.\n\nMaka di sini,\napa stratergi yang perlu anda gunakan?\n\nKalau anda ambil\nsatu pusingan penuh dari tapak \u201cGo\u201d pusing sehinggalah kembali ke tapak \u201cGo\u201d,\nsebenarnya ada satu tapak yang mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk dilawati\nberbanding tapak lain. Tapak apakah itu?\n\nTapak \u201cJail\u201d\nataupun penjara.\n\nHal ini kerana, sekiranya anda melihat kembali keseluruhan tapak dalam permainan, tapak \u201cJail\u201d akan anda lawati sekurang-kurangnya sekali dalam setiap pusingan, manakala anda juga mempunyai kebarangkalian untuk \u2018terkena\u2019 tapak \u201cGo To Jail\u201d yang akan menangkap anda dan mengembalikan anda ke tapak \u201cJail\u201d. Selain dari tapak \u201cGo To Jail\u201d, anda juga sebenarnya berkebarangkalian untuk dipenjara akibat dari kad \u201cChance\u201d dan \u201cCommunity Chest\u201d yang masih lagi berkebarangkalian untuk menghantar anda ke penjara.\n\nDi sini, sekiranya anda bijak, anda akan perasan bahawa tapak \u201cJail\u201d adalah tapak paling berkebarangkalian dilawati oleh pemain Monopoli, maka lorong dari \u201cJail\u201d sehinggalah ke \u201cFree Parking\u201d adalah lorong paling banyak dilawati, dan mendapatkan hartanah di kawasan ini pastinya mempunyai peluang tinggi untuk memberi pulangan lumayan kepada anda.\n\nBerapa banyak rumah nak buat? \n\nSalah satu cara\nuntuk anda membuat duit dalam permainan Monopoli adalah apabila pihak lawan\nanda sampai ke tapak hartanah yang anda miliki. Sekiranya mereka datang\n\u201cmenyinggah\u201d, mereka perlu membayar kepada anda sedikit bayaran, yang ditulis\ndalam kad hartanah anda. Satu cara untuk menambah nilai yang perlu dibayar ini\nadalah dengan membeli hartanah dengan sama warna, di mana hartanah dengan sama\nwarna selalunya akan meningkatkan nilai bayaran sekali ganda dari nilai asal.\n\nSelain dari itu,\nanda juga boleh membuat rumah di tapak anda, dengan syarat anda telahpun\nmemiliki kesemua hartanah dengan warna yang sama. Dan sekiranya anda Berjaya\nmemiliki hartanah dengan sama warna dan terfikir untuk membina rumah, berapa\nbanyak rumah yang \u2018optimum\u2019 untuk anda bina \u2013 harga rumah tidak terlalu mahal\nnamun memberi untung yang lumayan?\n\nJawapannya\nadalah tiga biji rumah.\n\nTiga biji rumah adalah nilai yang berbaloi sekiranya anda ingin membina rumah, kerana nilai yang perlu dibayar oleh pelawat kepada anda berubah dengan agak drastik dari dua buah rumah ke tiga buah rumah. Kos bagi pembinaan tiga buah rumah juga selalunya di bawah harga \u2018gaji\u2019 yang anda selalunya dapat apabila melepasi petak \u2018Go\u2019, maka anda masih ada baki dalam tangan yang anda boleh gunakan untuk kecemasan.\n\nSelain dari itu, membina empat buah rumah atau hotel meletakkan anda\ndalam risiko rugi, kerana dalam syarat umum Monopoli yang dikeluarkan oleh\nHasbro, pemain tidak dibenarkan membeli hotel sekiranya tapak hartanah mereka\nyang lain tidak memiliki empat biji rumah bagi tiap-tiap tapak sama warna. Hal\nini menyusahkan kerana anda perlu berbelanja besar untuk membina hotel (kesemua\ntapak sama warna perlu ada 4 biji rumah sebelum hotel boleh dibina).\n\nSelain itu, rumah dan hotel yang banyak juga boleh menjadi liability kerana dalam dek \u201cCommunity Chest\u201d dan \u201cChance\u201d, terdapat kad yang akan memaksa anda membayar wang berdasarkan jumlah rumah dan hotel yang anda miliki. Maka semakin banyak harta yang anda miliki, makin besar jumlah yang perlu anda bayar, dan ini meletakkan tiga buah rumah untuk setiap hartanah sebagai harta optimum berdasarkan konsep \u2018trade-off\u2019.\n\nPerlu ke beli Lapangan Terbang atau utilities?\n\nSelain tapak hartanah biasa, tapak hartanah lain yang turut wujud dalam permainan Monopoli adalah tapak lapangan terbang (versi Malaysia) atau tapak landasan keretapi (versi UK). Dari aspek keuntungan, tapak lapangan terbang memberi anda keuntungan paling besar sekiranya anda Berjaya mengumpul keempat-empat lapangan terbang, dengan nilai bayaran selalunya empat kali ganda nilai biasa bagi satu tapak lapangan terbang, dan ia memberi keuntungan kadar rata bagi semua pusingan. Jadi anda mungkin boleh masukkan lapangan terbang sebagai antara benda pertama yang anda ingin beli dalam permainan Monopoli.\n\nUtilities pula\nmerujuk kepada syarikat yang membekalkan tenaga (air dan elektrik). Utilities\nmempunyai cara bayaran yang unik kerana sekiranya anda \u2018tersinggah\u2019 ke tapak\nini, anda perlu melontar dadu dan mendarab nilai dadu itu dengan pekali yang\nspesifik. Bagi edisi UK, nilai pekali ini adalah 4 bagi satu utility, dan 10\nkali ganda bagi dua utility. Ini bermakna sekiranya anda mendapat nilai dadu 7,\nanda perlu membayar $28 ($7 x 4) sekiranya orang yang memiliki utility itu\nmempunyai hanya satu utiliti dan $70 ($7 x 10) sekiranya dia memiliki dua\nutiliti.\n\nDari aspek\nkebarangkalian, kebarangkalian untuk pemain singgah ke salah satu tapak\nlandasan kapal terbang adalah 4 daripada 40 tapak atau 10% kebarangkalian,\nmanakala kebarangkalian untuk singgah di utilities pula adalah 2 daripada 40\ntapak atau 5% kebarangkalian. \n\nSelain dari aspek memberi pulangan yang agak menarik, pemain monopoly juga mengumpul utilities dan landasan kapal terbang kerana ia amat berguna dalam proses tawar menawar antara hartanah. Bak kata orang, kalua ada sekadar satu landasan kapal terbang, kita tidak mampu membuat untung. Namun apa akan jadi sekiranya kita menukar landasan kapal terbang dengan hartanah sama warna milik lawan kita? Hal ini menjadikan Monopoli satu permainan perniagaan yang memerlukan kebolehan tawar menawar, dan memiliki utilities dan lapangan terbang membolehkan anda mempunyai \u2018upper hand\u2019 dalam prose negosiasi tersebut.\n\nTapak paling selamat. \n\nBayangkan anda\nsedang berada dalam permainan penuh intensif. Sudah 40 minit berlalu, dan\nkesemua pemain telah memiliki rumah dan hotel dalam kawasan hartanah milik\nmereka. Anda pula, akibat baru pertama kali bermain Monopoli, tidak membeli\nbanyak hartanah pada awal permainan. Hal ini menyebabkan anda dalam dilema. \n\n\u201cAduh, kalau\nlontar dadu, nanti masuk tempat orang ni kena bayar. Kalau tak pun masuk tempat\norang tu. Ada hotel lagi. Ah macam mana ni?\u201d\n\nTahukah anda,\ntempat paling selamat bagi anda sewaktu perlawanan telah berlangsung lama\nsebenarnya adalah di \u2013 penjara. \n\nHal ini kerana\nbayaran keluar dari penjara sebenarnya agak murah berbanding bayaran tapak\ndengan rumah, lebih-lebih lagi kalau di saat semua pemain sudahpun ada rumah\nmasing-masing. Dalam kes ini, taktik paling berkesan yang anda mampu buat,\nsekiranya anda ingin melarikan diri dari kebarangkalian membayar wang yang\nbanyak adalah sekiranya anda dihantar ke penjara, minta peluang untuk keluar\npenjara dengan mendapat doubles dari\nlontaran dadu. \n\nMenurut syarat\nyang dikeluarkan oleh Hasbro, pemain yang masuk ke penjara boleh keluar penjara\ndengan tiga kali peluang lontaran dadu. Maksudnya, dalam pusingan pertama anda\ndi penjara, anda boleh melontar dadu dan sekiranya anda mendapat doubles (dua\nnombor sama), anda boleh keluar penjara tanpa bayaran. Anda cuma diberi peluang\nsebanyak tiga kali, dan andainya kali ketiga anda masih tidak mendapat doubles, anda wajib membayar denda\nkeluar penjara (kadangkala dua kali ganda nilai akibat tidak mendapat doubles).\n\nDalam erti kata lain, di akhir permainan, duduk sahajalah di penjara dengan tenang. Sekian sahaja tips bermain Monopoli dari perspektif matematik, statistik dan kebarangkalian.\n\nVideo dan Bacaan\nlanjut: \n\n\u201cThe Mathematics\nof Winning Monopoly\u201d https://www.youtube.com/watch?v=ubQXz5RBBtU\n\n\u201cAll About\nHouses and Hotels in Monopoly\u201d https://www.thesprucecrafts.com/when-can-i-buy-houses-hotels-411891\n\n\u201cBinomial Distribution\u201d StackExchange\n(Matematics) https://math.stackexchange.com/questions/1204396/why-is-the-sum-of-the-rolls-of-two-dices-a-binomial-distribution-what-is-define\n\n\u201cHow to Win at Monopoly \u2013 a Surefire\nStratergy\u201d http://www.amnesta.net/monopoly/\n\n\u201cHow to Win at Monopoly, According to\nProfessional Monopoly Players\u201d https://www.thrillist.com/entertainment/nation/how-to-win-at-monopoly-every-time-according-to-experts" "Spesis burung cenderawasih (bird-of-paradise, Lophorina superba ) ini terkenal dengan bulu sehitam \u2018vantablack\u2019nya yang menyerap 99.95 peratus cahaya lantas menjadikannya tersangat hitam. \n\nVantablack merupakan bahan ciptaan manusia yang dianggap paling hitam dalam dunia kerana mampu menyerap 99.965 peratus cahaya menggunakan teknologi nano pemerangkap cahaya. Penemuan hidupan yang sehitam bahan berteknologi nano ciptaan manusia di alam semula jadi mendatangkan kejutan kepada pengkaji. \n\nBurung cenderawasih Vogelkop ini dapat ditemui di Papua Barat Indonesia.\n\nBurung berwarna hitam yang kita biasa temui (seperti gagak) sebenarnya tidaklah sepenuhnya hitam. Bulu mereka menyerap kebanyakan cahaya tampak yang menghentam tubuh mereka, tetapi masih memantulkan 3 ke 5 peratus cahaya tersebut.\n\nNamun bulu burung Vogelkop ini menyerap cahaya dengan sangat banyak sehingga ia kelihatan seperti lubang hitam dalam realiti kita. Mereka lebih hitam daripada hitam.\n\nKehitaman ini dapat diterangkan menerusi struktur mikroskopi pada bulunya. Bulu burung hitam yang biasa miliki satu gandar utama yang dipanggil rachi. Ranting \u2013 ranting bulu nipis, barb, bertunas daripada rachi, dan ranting yang lebih nipis bertunas daripada barb yang dipanggil barbule. Kebiasaannya struktur ini mendatar. Tetapi bulu burung cenderawasih super hitam ini melengkung ke atas dan berceracak.\n\nApabila serbuk emas ditabur pada bulu burung hitam yang biasa, ia kelihatan keemasan. Namun apabila serbuk emas ditabur pada burung cenderawasih super \u2013 hitam, ia masih kelihatan hitam.\n\nApabila burung Vogelkop jantan ingin menarik perhatian burung Vogelkop betina, ia mengembangkan tubuhnya yang miliki corak neon turquioise, lantas menghasilkan ilusi seolah wajah yang muram dikelilingi kehitaman." "Sebuah saluran Youtube gergasi Indonesia, Calon Sarjana akhirnya dipadam Youtube setelah laman web tersebut menerima pelbagai laporan mengadu bahawa saluran tersebut memplagiat content mereka.\n\nCalon Sarjana sebelum ini merupakan antara saluran Youtube terbesar daripada negara jiran dengan jumlah subscriber sebanyak lebih 12 juta, dan merupakan sebahagian daripada jenama produk syarikat penghasil content kreatif dan hiburan Infia. \n\nChannel ini lebih bercorak infotainment, di mana ia menghasilkan video \u2013 video dengan tajuk \u2013 tajuk yang begitu menarik perhatian pengguna Youtube dan dipersembahkan dalam bentuk montaj sambil diikuti oleh audio penerangan. Pada mulanya contentnya lebih berkisar kepada fakta separa pendidikan, namun kemudian ia bertambah variasi apabila saluran itu lebih berkembang mencecah jutaan langganan.\n\nFormula kejayaan saluran ini adalah pada tajuk yang menarik, thumbnail yang menangkap perhatian, dan jumlah produksi yang begitu aktif. Dalam satu hari, sebanyak 2 atau 3 video boleh dihasilkan, lantas memenangi pertandingan algoritma Youtube.\n\nBagaimanapun, \u2018rahsia kejayaan\u2019 saluran ini kemudian terbongkar apabila seorang pemilik saluran berbahasa Inggeris mendedahkan bahawa contentnya dicuri oleh Calon Sarjana.\n\nDalam video tersebut didedahkan bahawa Calon Sarjana memplagiat content yang dihasilkan oleh JT, menempel suara dan logo mereka, serta menggunakan thumbnail yang sama, cuma diletakkan emoji sahaja.\n\nMalang buat Calon Sarjana, mereka mengambil content daripada sebuah saluran yang contentnya khusus \u2018mengantoikan\u2019 pencuri \u2013 pencuri content di Youtube. \n\nPendedahan ini kemudian mencetuskan letupan di media sosial Indonesia dan semakin banyak pendedahan dibuat terhadap saluran ini yang ternyata wujud hanya dengan mengambil content tular / trending di Youtube, menjenamakan dengan jenama mereka, dan dilatarsuarakan dengan bahasa Indonesia. Itulah rahsia bagaimana mereka dapat menghasilkan content menarik yang begitu banyak selama ini.\n\nTambah jelik, mereka menggunakan thumbnail yang sama daripada video asal, dan kemudian mengkaburkan atau menempel logo mereka pada logo asal content yang diambil.\n\nSetelah pendedahan ini meletus di media sosial, Akaun Youtube Calon Sarjana telah digantung selama sebulan. Mereka juga membuat permohonan maaf kepada pemilik saluran JT atas kekhilafan yang dilakukan. Namun segala video yang pernah dihasilkan sebelum ini masih lagi berada pada saluran mereka.\n\nSetelah sebulan, Calon Sarjana kembali memuatnaik content. Bezanya, kali ini mereka memuatnaik content original dengan animasi tersendiri dan tidak mengambil langsung daripada saluran trending yang lain.\n\nBagaimanapun, malang buat Calon Sarjana, pemilik saluran JT tetap menggerakkan usaha menjatuhkannya di belakang tabir. \n\nSetelah beliau menghubungi pemilik \u2013 pemilik saluran yang pernah diambil contentnya oleh Calon Sarjana, laporan beramai \u2013 ramai kemudian kepada syarikat Youtube dibuat sehingga akhirnya terpadamlah saluran Indonesia tersebut daripada perkhidmatannya.\n\nKisah yang menimpa Calon Sarjana ini menjadi pengajaran buat semua penghasil content supaya tidak berwenang \u2013 wenang memplagiat content." "Bagi pelajar, terutama pelajar kolej dan universiti, terdapat beberapa persoalan besar yang perlu ditanyakan setiap hari: 1) Apakah impak sistem pendidikan moden terhadap pembinaan rohani manusiawi, 2) Sejauh mana konsep plagiarisme ini perlu dilaksanakan memandangkan ilmu itu hakikatnya milik Allah dan soalan yang paling penting: 3) Eh kat mana nak belajar hari ni?\n\nKadang kala pengembaraan untuk mencari tempat terbaik belajar ini begitu membingungkan pelajar. Boleh pada satu malam mereka mengambil 20 minit mengemas buku dan fail untuk dibawa, 15 minit bergerak ke perpustakaan, 30 minit merayau \u2013 rayau di perpustakaan mencari tempat duduk, mendapati perpustakaan penuh sebab 3 hari lagi hari hantar FYP, ambil keputusan pulang ke bilik maka lagi 15 minit dihabiskan, kemudian rasa lapar pula maka buat maggi .. tahu \u2013 tahu 2 jam telah habis dan buku belum lagi dibuka.\n\nDan biasanya produktiviti malam tersebut ditamatkan dengan pelajar tersebut berehat sebentar di atas katil.. rehat yang mengambil masa 6 jam..\n\nMaka antara trend terbaru pelajar adalah mencari tempat belajar di ruangan awam. Tetapi mereka tak memilih mamak, sebab mamak tempat berkumpul main Mobile Legends. Antara tempat yang popular untuk dijadikan perpustakaan kedua pelajar, menariknya, adalah McDonalds.\n\nRata \u2013 rata memilih McDonalds atas beberapa faktor:\n\nBagaimanapun, trend menjadikan McDonalds ini sebagai tempat belajar baru \u2013 baru mula dipertikai oleh netizen yang merasakan tidak wajar restoran makanan segera itu \u2018dirampas\u2019 daripada pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan makanan.\n\nTular di media sosial gambar seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah restoran makanan segera popular bersama sebuah kadbod besar yang bertulis \u2018Mcd tempat makan, bukan tempat study\u2019. \n\nDi Twitter, seorang pengguna mengongsikan kisah pelajar memarahi pengunjung McDonald yang lain kerana berbuat bising di hadapan mereka yang sedang belajar.\n\nI saw this pic , i ade story sikit, that time i dgn my friend ke mcd sec26.. tgh que nk order nmpk la ade 1family ni ber5 ade ank kecik 4-7 tahun 2 org & another 1 umur 12 tahun cmtu Chinese* pic.twitter.com/OnANpM0vUr\n\nTweet yang tular tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang lain.\n\nBagaimana pandangan anda? Wajar atau tidak McDonald dijadikan tempat belajar?" "Tiada siapa yang tahu bila tarikh hari kiamat. Tiada. Itu adalah satu rahsia yang hanya diketahui oleh Allah.\n\nTetapi ada beberapa\nwaktu dalam lembaran sejarah manusia di mana suatu tarikh tertentu dianggap\nsebagai tarikh bakal berlakunya kiamat. Setakat ini, semua tarikh yang\ndikemukakan itu ternyata salah (melainkan kita semua dah mati lah sebenarnya\ntanpa sedar).\n\nAntara beberapa tarikh yang pernah dikatakan bakal berlakunya kiamat yang kemudian ternyata gagal semuanya:\n\nDengan rekod ramalan\ntarikh tamat dunia yang berderetan salah, walaupun melibatkan tokoh dan\nperadaban terbesar dalam sejarah, kita jangkakan tiada lagi cadangan tarikh\nkiamat yang bakal dikemukakan.\n\nTetapi sebenarnya terdapat beberapa tarikh lagi yang disebut bakal menyebabkan \u2018sesuatu yang besar\u2019 pada masa depan. Antara yang menarik adalah tarikh 2038 (Y2K38 Problem)\n\n\u2018Tarikh kiamat\u2019 pada\ntahun 2038 dapat diramal dengan sangat tepat. Iaitu pada pukul 03:14:07 tarikh\n19 Januari 2038. \n\nDetik tersebut adalah waktu tamatnya masa . bagi sistem komputer 32 bit.\n\nSama dengan masalah Y2K, masalah 2038 adalah berkaitan dengan masalah menayangkan masa pada sistem digital, yang diakibatkan oleh muatan yang tidak mencukupi bagi jenis data yang dipilih.\n\nSistem pemproses 32 bit dalam komputer hanya dapat mengendalikan nilai sebanyak 2^32, iaitu sebanyak 4,294,967,295 nilai. Kita bahagi dengan dua untuk nilai positif dan negatif, maka jumlah nombor maksimum yang dapat dikendalikan oleh sistem 32 bit adalah sebanyak 2,147,483,648 nilai, tolak satu untuk nombor 0 maka kita dapat 2,147,483,647 nilai.\n\nDalam sistem komputer kita pula terdapat jam yang tertanam yang kerjanya adalah mengira setiap saat yang berlalu. Jam ini ditentukan bermula pada 1 Januari 1970 pukul 12 a.m UTC (Coordinated Universal Time \u2013 Waktu Universal Selaras) dengan nilai 0. Ia kemudian terus mengira setiap saat tanpa henti. Pengiraan masa digital ini dipanggil Masa Unix yang digunakan secara meluas pada sistem digital seluruh dunia.\n\nDan disebabkan jam itu mengira dengan nombor 32 bit, ia miliki satu titik tamat. Ia akan tamat setelah ia mencapai nilai 2,147,483,647 saat daripada titik mulanya pada tahun 1970, iaitu pada 19 Januari 2038.\n\nHad pengiraan ini seperti mengira nombor 6 dengan menggunakan sebelah\ntangan. Bilangan jari tidak cukup untuk mengira nombor 6.\n\nApa akan berlaku seterusnya? Dijangkakan jam itu akan beranjak kepada nilai negatif, iaitu ia akan melompat ke belakang kepada tahun 1901. Sudah pasti, ini akan mengakibatkan masalah besar pada sistem komputer (dan masalah pada kita, sebab kita terpaksa menghadap Perang Dunia 1 dan 2 semula).\n\nMasalah dengan had pengiraan 32 bit ini pernah dibuktikan berlaku oleh\nartis Korea yang menari seakan menunggang kuda \u2013 Psy (dah macam tak dengar\nberita dah sekarang).\n\nPada tahun 2012 (Ya Allah dah dekat 8 tahun dah rupanya) seluruh dunia\ndigegarkan dengan video muzik tular Gangnam Style yang digilai waima di ceruk \u2013\nceruk perkampungan orang Asli.\n\nBegitu ramai orang yang menonton, sehingga video ini menjadi video pertama yang mencecah 1 bilion tontonan di Youtube. Namun kemudian perkara yang pelik berlaku setelah jumlah tontonan mencecah \u2018nombor magis\u2019 2,147,483,647, nombor itu tersekat dan tidak bertambah.\n\nHal ini kerana jumlah tontonan itu telah pun mencapai had jumlah nombor integer 32 bit. Ketika Youtube dibangunkan belasan tahun lalu, mereka tidak terbayang pun sebuah video pada platform mereka akan mencapai jumlah tontonan melebihi had 32 bit! Bagi menyelesaikan masalah ini, Youtube terpaksa menaiktaraf sistem pengiraan tontonan mereka kepada 64 bit. Platform ini kini mampu menampung jumlah tontonan sebanyak 9,223,372,036,854,775,808 atau 9 quintillion tontonan. \n\nPepijat (bug) Y2K38 ini jika tidak diselesaikan akan memberi kesan buruk kepada semua sistem, aplikasi, dan kebanyakan sistem dalaman yang menggunakan format 32 bit untuk menunjukkan masa. Sistem \u2013 sistem ini akan kehabisan masa lantas gagal berfungsi dengan betul.\n\nDisebabkan kita semua\nhidup dikelilingi oleh teknologi digital, maka glitch ini dijangka akan memberi\nkesan buruk, jika tidak malapetaka besar kepada kita. Apa yang mungkin berlaku\nadalah catuan elektrik besar \u2013 besaran, kegagalan sistem sokongan hidupan\nhospital, masalah sistem perbankan, satelit tumbang daripada orbit dan lain \u2013\nlain. Mungkin.\n\nSistem yang paling\nterkesan adalah sistem dalaman yang direka untuk bertahan seumur hidup mesin.\nSistem \u2013 sistem ini biasanya cuma disimpan di ceruk \u2013 ceruk mesin, bank,\nhospital, lapangan terbang, dan dibiarkan berjalan tanpa penyelenggaraan, kemas\nkini, dan dilupakan begitu saja. Sangat tidak mustahil menjelang tahun 2038,\nmasih terdapat sistem 32 bit yang digunakan untuk melakukan proses pengiraan\nkritikal seperti di bank dan hospital.\n\nNamun jika pengalaman mengajar kita, kemungkinan besar tiada apa yang besar bakal terjadi pada tarikh 19 Januari 2038 itu. Sewaktu panik melanda dunia pada ketika Y2K, ternyata masalah \u2013 masalah yang berlaku cumalah kecil. Loceng kecemasan di kilang nuklear Onagawa berbunyi dua minit setelah tengah malam tanpa sebab, mesin tiket bas di Australia gagal beroperasi, 150 slot kasino rosak. Kesan terbesar adalah apabila penilaian Down Syndrome dihantar kepada 154 wanita mengandung di Sheffield, UK sehingga mengakibatkan dua bayi digugurkan. Tiada kapal terbang yang jatuh.\n\nTerdapat beberapa\npenyelesaian bagi masalah ini, tapi penyelesaian sejagat masih belum ditemui.\n\nPenyelesaian paling\nketara, seperti yang dilakukan Youtube, adalah dengan menaiktaraf sistem\npengiraan kepada 64 bit, yang mampu menampung sebanyak 18 quintillion nilai\ninteger. Dengan sistem 64-bit ini, jam digital mampu mengira dengan lebih lama\nsebelum temui hadnya, iaitu ia akan tamat pada pukul 3:30:08 pm pada tarikh 4\nDisember, Tahun 292,277,026,596. 292 bilion tahun dari sekarang. Hmm cukup lah\ntu kot.\n\nPenyelesaian lain adalah menggunakan integer 32 bit tanpa tanda. Ini dapat memanjangkan tempoh pengiraan kepada tahun 2106. Tetapi ini akan memberi kesan kepada program yang menyimpan, mengambil atau memanipulasikan nombor sebelum tahun 1970, kerana tarikh tersebut dinyatakan dengan nombor negatif.\n\nSekarang masih terdapat\n18 tahun sebelum tahun 2038, jadi berkemungkinan besar penyelesaian bakal\nditemui sebelum itu, masih banyak masa lagi.\n\nAdapun, sekali lagi,\ntiada siapa yang dapat meneka tarikh kiamat. Sebenarnya di samping tarikh\nkiamat besar yang bakal menghancurkan dunia, kita juga perlu takuti kiamat\nkecil iaitu kematian kita yang sama juga, tidak kita ketahui waktunya. Jadi\nsama \u2013 samalah kita beramal." "Bidang fizik terdiri daripada pelbagai cabang. Cabang yang menerangkan tentang zarah, atom dan pergerakannya dikenali sebagai Medan Fizik Kuantum (Quantum Field Theory atau QFT)\n\nMedan Fizik Kuantum\n\nMedan Fizik Kuantum menyatakan bahawa zarah-zarah bukanlah terdiri daripada atom berbentuk bulat seperti yang kita lihat dalam buku-buku sains tetapi zarah ini sebenarnya hasil daripada pengujaan (excitation) pada medan zarah tersebut. Sebagai contoh, elektron terhasil disebabkan pengujaan pada medan elektrik, foton (cahaya) terhasil disebabkan pengujaan pada medan elektromagnet. \n\nTeori medan ini berasal daripada prinsip kedualan zarah-gelombang (Wave-particle duality) yang menyatakan bahawa setiap zarah mempunyai ciri-ciri gelombang, dan setiap gelombang mempunyai ciri-ciri zarah.\n\nModel Piawai Fizik Zarah\n\nKita pernah belajar dalam Kimia peringkat SPM bahawa kesemua unsur yang ada seperti Hidrogen dan Helium terdiri daripada pecahan yang lebih kecil iaitu proton, neutron dan elektron. \n\nNamun, ahli-ahli fizik zarah tidak berhenti setakat itu. Mereka bertanya, adakah proton, neutron dan elektron merupakan model paling asas yang membentuk alam semesta kita?\n\nPertanyaan ini telah memulakan pelbagai kajian berkenaan zarah dan pelbagai penemuan telah diterokai. Pertanyaan ini juga melahirkan bidang Medan Fizik Kuantum.\n\nHasilnya, ahli fizik zarah mendapati bahawa proton dan neutron bukanlah zarah terkecil, namun ia terdiri daripada zarah yang lebih kecil lagi iaitu Kuark. Sebagai contoh, proton ialah gabungan 3 kuark iaitu 2 kuark atas + 1 kuark bawah. Selain itu, ahli fizik juga mendapati bahawa gabungan kuark bagi membentuk zarah yang lebih besar seperti proton memerlukan satu pengikat bagi mengikat kuark-kuark ini. Pengikat ini dikenali sebagai gluon. \n\nSelain daripada kuark dan gluon, ahli fizik zarah mendapati bahawa terdapat zarah-zarah asas lagi iaitu lepton yang terdiri daripada neutrino dan selainnya. Neutrino ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu neutrino tau, neutrino muon dan neutrino elektron. Elektron juga merupakan sebahagian daripada kumpulan lepton.\n\nDaya-daya asas dalam fizik\n\nAntara persoalan yang ditanya dalam bidang fizik ialah bagaimana zarah-zarah di alam semesta berinteraksi antara satu sama lain? Jawapannya ialah Daya. \n\nSeperti yang kita belajar dalam fizik atau sains peringkat SPM, daya menyebabkan perubahan halaju sesuatu objek. Jika kaki kita mengenakan daya pada sebiji bola, bola tersebut akan bergerak. Kaki kita dan bola tersebut berinteraksi antara satu sama lain.\n\n1) Daya graviti\n\nDaya antara bumi dan bulan menyebabkan bulan mengelilingi bumi. Ini ialah daya graviti iaitu interaksi antara dua zarah disebabkan jisim kedua-dua zarah tersebut.\n\nDaya graviti dijelaskan oleh Albert Einstein dalam teori Kerelatifan Am. Daya graviti tidak diambil kira dalam Medan Fizik Kuantum.\n\nSelain graviti, terdapat 3 daya lain iaitu daya elektromagnet, daya nukleus lemah, daya nukleus kuat\n\n2) Daya elektromagnet.\n\nDaya elektromagnet ialah interaksi antara dua zarah hasil daripada cas elektrik dan cas magnet kedua-dua zarah tersebut.\n\n3) Daya nukleus kuat\n\nDaya nukleus kuat terbahagi kepada dua iaitu interaksi dalam sesebuah atom antara proton dan neutron. Yang kedua, daya nukleus kuat ialah interaksi antara kuark-kuark dalam proton, neutron dan zarah besar lain. \n\nNukleus sesebuah atom terdiri daripada proton yang bercas positif dan neutron yang tak bercas. Daya elektromagnet menyebabkan proton-proton ini menolak antara satu sama lain. Namun bagaimana atom masih wujud? Mengapa ia tidak terpisah dan hanya terdiri daripada sebuah proton sahaja? Ini kerana wujud daya nukleus kuat yang mengikat proton dan neutron dalam nukleus sesebuah atom.\n\n4) Daya nukleus lemah\n\nDaya nukleus lemah pula ialah interaksi dalam proses pereputan radioaktif bagi sesebuah atom (Radioactive decay)\n\nPembawa daya\n\nDalam Medan Fizik Kuantum, interaksi bagi ketiga-tiga daya ini diterangkan melalui kewujudan \u2018pembawa daya\u2019 atau boson. \n\nBoson bagi daya elektromagnet ialah foton (photon).\n\nBoson bagi daya nukleus kuat ialah gluon\n\nBoson bagi daya nukleus lemah ialah W dan Z boson\n\nHasil daripada kajian di atas, ahli fizik menghasilkan model piawai fizik zarah yang terdiri daripada Kuark, Lepton dan Boson. \n\nBoson Higgs\n\nNamun wujud sebuah masalah iaitu model ini menjangkakan bahawa boson tidak mengandungi jisim, namun hasil eksperimen mendapati bahawa hanya foton tidak mengandungi jisim manakala boson lain mengandungi jisim. \n\n6 orang ahli fizik kemudiannya mengusulkan penyelesaian iaitu dengan kewujudan boson Higgs. Boson Higgs ini boleh menjelaskan kewujudan jisim bagi zarah-zarah asas seperti gluon, W dan Z boson, Kuark dan Lepton. \n\nKesemua zarah dalam model piawai fizik zarah telah ditemukan sejak 1970-an kecuali zarah boson Higgs. Selepas beberapa dekad, akhirnya zarah Higgs ditemukan di LHC pada tahun 2012. Maka lengkaplah keseluruhan model piawai fizik zarah.\n\nBagaimana jisim\nkita terhasil?\n\nAdakah boson Higgs atau medan Higgs yang menghasilkan keseluruhan jisim kita? \n\nJawapannya tidak.\nHiggs boson hanya menghasilkan jisim bagi zarah-zarah\nasas iaitu jisim bagi kuark, lepton dan boson. Sepeti yang disebut sebelum\nini, zarah-zarah ini ialah pengujaan pada medan. Boson Higgs juga hasil\ndaripada pengujaan pada medan Higgs. Apabila zarah asas lain bergerak dalam\nmedan Higgs, zarah ini menerima jisim daripada interaksi dengan medan Higgs.\n\nBagaimana pula dengan jisim atom dan zarah? \n\nSedangkan proton dan neutron bukanlah zarah asas. Jika\nditambah kesemua jisim kuark dalam proton, ia hanya bersamaan dengan 1% sahaja\njisim proton. Jadi, darimanakah datangnya jisim proton, neutron, dan\ngabungannya yang membentuk atom hidrogen, helium dan selainnya?\n\nJawapannya ialah pada daya nukleus kuat. Interaksi antara\nkuark, dan antara atom menghasilkan tenaga yang sangat tinggi. Tenaga ini pula\nmenghasilkan baki 99% jisim proton dan jisim-jisim atom lain.\n\nAdakah penemuan boson Higgs menerangkan segala-galanya\ntentang alam kita? \n\nJawapannya tidak. Ini kerana model piawai fizik tidak\nmampu menerangkan kewujudan daya graviti serta bagaimana keadaan alam semesta\nkita sejurus berlakunya big bang.\n\nKajian perlu diteruskan." "Ada sebuah gambar tular yang kelakar di mana seorang abang solat di atas satah condong masjid yang cerun, mungkin kerana hari itu solat Jumaat dan masjid sudah terlalu penuh.\n\nDitulis pada gambar tersebut: \u201cEnggan melawan hukum Allah, pria ini berani melawan hukum Newton\u201d.\n\nNamun jika diperhatikan, terdapat beberapa elemen lain yang menarik berkenaan gambar ini. Di bawah satah tersebut adalah seorang budak yang nampaknya sudah jatuh dan pasrah solat di bahagian kasut. Manakala terdapat seorang budak yang berada di transisi kejatuhan tetapi masih cuba berpaut pada saf condong itu.\n\nPersoalannya, kenapa pemuda berbaju hijau itu berjaya melawan daya tarikan graviti? Adakah kerana terdapat tolakan iman yang tidak dapat diperhatikan? Kenapa pula budak \u2013 budak itu tewas?\n\nDaya Geseran\n\nApabila sebuah objek diletak pada suatu satah condong, ia tidak akan jatuh meluncur selagi mana daya yang disebabkan oleh graviti ke atas objek kurang daripada rintangan daya geseran.\n\nDaya rintangan tersebut dipanggil daya geseran statik, kerana objek tidak bergerak. Persamaannya adalah:\n\nFss\u00a0= \u00b5 ssN\n\nDi mana\n\nSituasi ini dapat difahami apabila kita mengenal pasti daya \u2013 daya yang terlibat.\n\nDaripada rajah tersebut, kita dapat lihat bahawa daya daripada graviti ke atas objek, F2 pada satah condong itu adalah berat objek darab sinus darjah kecondongan.\n\nF2\u00a0= mg*sin( \u00f8 )\n\nDi mana\n\nMaka kenapa abang itu tidak jatuh meluncur?\n\nAbang itu tidak jatuh meluncur apabila daya geseran statik melebihi daya graviti yang menarik beliau turun satah.\n\n Fss > F2 \n\nAdik \u2013 adik itu pula jatuh tergolek kerana daya geseran statik mereka kurang daripada daya graviti yang menarik mereka jatuh dari satah.\n\n Fss < F2 \n\nMaka apa pula yang mempengaruhi daya geresan statik? Menurut persamaan berikut:\n\n Fss\u00a0= \u00b5 ssN \n\nDaya geresan statik dipengaruhi oleh pekali geseran statik \u00b5 ss .\n\nTerdapat dua faktor yang mempengaruhi geseran :\n\nPENTING!! Daya geseran TIDAK dipengaruhi luas permukaan dan kelajuan permukaan. \n\nMaka, disebabkan abang baju hijau itu lebih berat daripada adik \u2013 adik kecil itu, daya geserannya lebih besar dan mampu menahan daya tarikan graviti yang menarik beliau jatuh pada satah condong.\n\nNilai \u00b5 ss pula berubah \u2013 ubah berdasarkan permukaan mana yang bersentuhan. Berikut adalah beberapa jadual pekali geseran yang direkodkan." "Kuning?\n\nMana? Mana ada warna kuning?\n\nIni? Ini bukan kuning.\nBukan.\n\nEh jap. Adakah korang\npun tertipu? Tertipu dengan penipuan yang terbesar dalam dunia ni.\n\nAlamak.\n\nHanya Merah Biru dan Kuning\n\nOk, ok sebab apa ini\nbukan kuning.\n\nSebab kalau kita tengok betul \u2013 betul pada skrin kita, kita fokus, kita akan dapati bahawa ia terdiri daripada unit asas yang dipanggil piksel.\n\nDan piksel ini terdiri daripada beberapa subpiksel warna. Ia adalah tiga warna yang anda perhatikan di atas.\n\nSoalan saya pada anda . Mana warna kuning? Kalau skrin anda cuma terdiri daripada 3 warna, merah biru hijau, macam mana boleh ada warna kuning??? \n\nJadi sebenarnya, kita\nni manusia, memang senang kena tipu. Ada sesetengah penipuan tu dah terlampau\nbiasa, kita lalu tak anggap pun diri kita ditipu.\n\nContohnya macam ilusi pergerakan digital. Sebenarnya pergerakan yang kita nampak dalam video tu cumalah siri \u2013 siri gambar statik yang dipamerkan secara berturut \u2013 turut dengan laju.\n\nDia tak bergerak pun,\nsebenarnya, tapi sebab mata dengan otak kita cuma boleh proses 10 ke 12 imej\nsesaat, dan diorang mengekalkan imej tu selama 1/15 saat, kita yang alami ilusi\nsemacam dia bergerak.\n\nTapi antara ilusi lain yang paling banyak menipu kita sehari \u2013 hari adalah ilusi warna. \n\nSkrin digital kita ni sebenarnya terdiri daripada 3 warna cahaya utama pada setiap sub piksel, iaitu merah hijau dan biru. Dalam model yang dipanggil model warna RGB. Itu ja, tiga warna tu ja. Dan pada skrin, terdapat beribu \u2013 ribu piksel.\n\nTapi kita tak nampak piksel \u2013 piksel kecil ni pada satu jarak yang jauh. Kita tak perasan pun tiga unit warna tersebut.\n\nDan dengan kita mainkan keamatan (intensiti) bagi setiap 3 cahaya tu, kita sebenarnya boleh hasilkan semua warna tampak.\n\nJadi bila kita tengok warna kuning pada skrin kita, memang sebenarnya, itu bukan kuning. Ia cumalah warna merah, hijau, biru pada keamatan yang berbeza, yang dipersembahkan oleh piksel pada skrin.\n\nPeliknya.\n\nFenomena ni boleh jadi dan dimanipulasi bila kita dapati bahawa pada mata kita terdapat kon yang sensitif pada tiga jenis warna, biru, hijau dan merah.\n\nJadi bila kita tengok\nskrin kita yang warnanya \u2018kuning\u2019, apa yang kita lihat sebenarnya adalah ribuan\nsubpiksel yang berwarna merah dan hijau dinyalakan serentak. Warna biru tu\ndipadam.\n\nKedua \u2013 dua kon merah dan\nhijau pada retina mata kita kemudian teraktivasi. Jadi otak kita anggap eh ini\nbenda yang biasa jadi bila tuan aku tengok warna kuning. Jadi skrin tu pun otak\nkita anggap kuninglah.\n\nDan rupa \u2013 rupanya tak\nsusah mana untuk buat mata kita menyangkakan mereka tengah melihat warna.\n\nContohnya tengok gambar ni. \n\nKita tengok dia macam\nberwarna betul?\n\nSebenarnya tak, tengok betul \u2013 betul.\n\nGambar asalnya adalah\nhitam putih, tapi ia ditempel dengan grid garisan berwarna, lantas mata kita\ntertipu dengan menyangkakan keseluruhan gambar sebagai berwarna.\n\nDan kita boleh manipulasi grid tersebut untuk tengok sejauh mana kita boleh tertipu dengan ilusi grid ni.\n\nBukan saja gambar, ilusi grid warna pada latar hitam putih juga berlaku pada video. Video ini keseluruhannya hitam dan putih. Tapi dengan beberapa grid garisan berwarna, kita melihat seolah ia berwarna sepenuhnya.\n\nJadi kesimpulannya konsep\nwarna ni memang pelik. Tapi yang lagi pelik adalah bagaimana satu ilusi ini\nboleh dimanipulasi sampai ia mempengaruhi berbilion manusia selama ratusan\ntahun. Dan soalan yang lagi penting adalah, sejauh mana lagi agaknya mereka boleh\nmemanipulasikan otak manusia supaya kita terus tertipu, dan mungkin selepas\nini, kita tak akan sedar lagi bahawa kita ditipu." "Di sini ada satu soalan yang menarik. Matahari itu panas, bukan? Jadi, kalau matahari tu panas, dan semakin kita hampir kepada matahari, kita akan terasa semakin panas, betul? \n\nTetapi, kalau anda pernah bercuti di tempat-tempat peranginan di atas bukit, di Cameron Highland misalnya, anda mungkin perasan bahawa tempat-tempat di atas bukit adalah lebih sejuk berbanding dengan kawasan di tanah rata seperti KL dan kawasan sekitarnya.\n\nEh? Kata makin\ndekat dengan matahari makin panas. Kenapa dekat tempat tinggi, bukit bukau\nmisalnya, kita rasa sejuk pula?\n\nDefinasi\nAltitud\n\nPertama sekali,\nkita perlu bezakan dua situasi. Situasi pertama adalah apabila kita berada di\nBumi, semakin tinggi pergerakan kita ke atas (mendaki bukit misalnya), kita\nakan menjadi semakin sejuk. Hal ini adalah benar, sehinggalah sampai kepada\nsatu tahap, di mana kita berada di luar Bumi, dengan erti kata lain, kita\nberada di angkasa lepas. Sekiranya kita berada di angkasa lepas (ini untuk\nsituasi kedua), semakin hamper kita dengan matahari, maka kita akan terasa\nsemakin panas.\n\nJadi, kita akan bincangkan situasi pertama, dengan pertamanya memberi definasi kepada altitud. Altitud, dalam istilah sains, merujuk kepada ketinggian. Sekiranya kapal terbang bergerak pada altitud 20,000 meter, ini bermakna kapal terbang tersebut sedang bergerak pada ketinggian 20,000 meter dari paras laut. Laut selalunya akan dijadikan rujukan utama atau altitud 0 meter bagi rujukan ahli sains.\n\nSekiranya anda pernah belajar subjek termodinamik, anda mungkin tahu bahawa tekanan udara (pressure) adalah berkait, semakin tinggi tekanan udara, semakin panas objek tersebut. Hal ini dipanggil sebagai Hukum Tekanan (Pressure Law). Hukum Tekanan ini boleh dibayangkan dengan sebuah bekas yang tidak boleh diubah bentuk yang mengandungi udara. Sekiranya kita memanaskan udara di dalam bekas tersebut, molekul udara di dalam bekas tersebut akan bergerak lebih laju, dan tekanan udara dalam bekas tersebut akan meningkat.\n\nJadi, menurut\nHukum Tekanan, sekiranya semakin bertambah suhu, tekanan akan semakin\nbertambah. Untuk kes altitud yang tinggi pula, kita tahu bahawa semakin tinggi\naltitud, semakin berkurang tekanan udara. Maka, sekiranya tekanan udara semakin\nberkurang, apa akan jadi kepada suhu udara di altitud tinggi menurut Hukum\nTekanan? Betul, semakin tinggi altitud, tekanan akan semakin berkurang, dan\nsuhu juga, akan turut berkurang.\n\nTapi kenapa sebenarnya tekanan udara makin\nberkurang pada altitud tinggi, in the\nfirst place?\n\nGraviti.\n\nHukum graviti adalah berkenaan dengan dua objek berjisim yang saring menarik antara satu sama lain. Meskipun udara di sekeliling kita ni rasa macam tak ada jisim, tapi udara ini memenuhi ruang, jadi ia sebenarnya mempunyai jisim yang tersendiri. Jadi jisim udara ini sebenarnya akan berinteraksi dengan Bumi, dan tarikan graviti Bumi sebenarnya akan menarik molekul-molekul udara ke arah Bumi, mengakibatkan udara akan lebih tertumpu ke Bumi, dan semakin berkurang apabila menjauhi Bumi. Hal ini sepertimana yang digambarkan dalam Rajah 3.\n\nWalaupun kelihatan mudah, namun suhu tidaklah kekal menurun pada altitud yang lebih tinggi secara amnya. Hal ini kerana terdapat beberapa lapisan atmosfera yang mengandungi kandungan udara yang berbeza, dan interaksi udara dengan persekitaran (Bumi dan Matahari) akan menyebabkan tiap-tiap lapisan atmosfera ini memiliki perubahan suhu yang berbeza (Rujuk Rajah 4).\n\nUntuk kes yang kedua, di mana kita telah melepasi lapisan atmosfera Bumi (dalam erti kata lain di angkasa lepas), suhu akan bertambah apabila kita semakin hampir dengan matahari. Hal ini sudah pastinya terjadi kerana semakin bertambah jarak antara kita dengan matahari, radiasi matahari akan lebih banyak dan suhu kita akan menjadi lebih tinggi.\n\nBacaan lanjut:\n\n\u201cAdapting to High Altitude.\u201d https://www2.palomar.edu/anthro/adapt/adapt_3.htm\n\n\u201cIf heat rises, why does the temperature\ndecrease at higher elevations?\u201d https://www.scientificamerican.com/article/if-heat-rises-why-does-th/\n\n\u00a0\u201cLayers\nof the Atmosphere.\u201d https://courses.lumenlearning.com/geophysical/chapter/layers-of-the-atmosphere/\n\n\u201cWhy Is It Colder at the Top of a Mountain\nThan It Is at Sea Level?\u201d https://science.howstuffworks.com/nature/climate-weather/atmospheric/question186.htm\n\n\u00a0\u201cWhy\nis it colder at higher altitudes?\u201d https://www.thenakedscientists.com/articles/questions/why-it-colder-higher-altitudes\n\n\u201cVertical Distribution of Air Pressure.\u201d http://www.iupui.edu/~g107/mod08/lecture03.htm\n\n\u201cWhy Does Altitude Affect Temperature?\n|James May\u2019s Q&A | Earth Lab\u201d https://www.youtube.com/watch?v=cimgIhtN-AU" "Mungkin ada sesetengah daripada kita pernah tertanya kenapa keropok Pringles itu bentuknya pelik? Kenapa tak bentuk rata saja?\n\nDan mungkin lebih aneh, bagaimana keropok tersebut boleh muat dengan begitu cantik di dalam tin Pringles yang berbentuk silinder?\n\nHal ini dijelaskan oleh seorang pelajar PhD dalam ciapan Twitternya:\n\nThe reason Pringles fit so nicely in a cylindrical tube is because they're hyperbolic paraboloids plotted over a circular domain pic.twitter.com/BUzjPw7e17\n\nMenurut Berger Dillon, keropok Pringles sebenarnya berbentuk paraboloid hiperbolik yang diplot pada domain berbentuk bulat.\n\nParaboloid hiperbolik adalah bentuk dua permukaan yang melengkung yang menyerupai pelana kuda. Ia miliki bentuk cekung (concave) pada satu paksi, dan bentuk cembung (convex) pada paksi lain.\n\nJuga, Dillon mendapati bahawa kawasan sokongan Pringles sebenarnya agak bujur, bukan bulat sepenuhnya.\n\nVarying the semi-major axis of the Pringles' support region pic.twitter.com/ZotI1Fwlxp\n\nSeorang pengguna lain kemudian mengira parameter tepat Pringles menggunakan Kalkulator Graf dan Realiti Buatan.\n\nChallenge accepted! I set out to measure the precise parameters of @Pringles using my Graphing Calculator and #AugmentedReality. #edtech #grapherapp pic.twitter.com/kxMj7AOv8o\n\nMenurut bebenang tersebut, sebab utama mengapa Pringles dibentuk sedemikian adalah untuk memudahkan ia dipegang dan diambil keluar daripada tin.\n\nBegitu juga, bentuk ruangan kosong dalam mulut kita antara lidah dengan lelangit mulut juga berbentuk paraboloid hiperbolik.\n\nTapi kenapa pula tangan kita (sesetengah orang) tidak muat untuk masuk ke dalam tin silinder Pringles?\n\nJawapannya adalah keratan rentas berbentuk bulatan yang paling kecil pada kelebaran tangan kita adalah lebih besar daripada tiub.\n\nMelihat bebenang ini, akaun Pringles rasmi kemudian mencelah:\n\nWe fixed it for you: https://t.co/xKSyIeoAhE pic.twitter.com/47rYyB6NYf\n\nDan sebagai penghargaan kerana memikirkan Pringles secara matematik, Dillon kemudian memperoleh stok keropok tersebut secara percuma daripada Pringles.\n\nJadi lepas ni kita perlu bawa kalkulator sambil makan mana \u2013 mana makanan segera. Mana tahu." "Oleh: Azri May \n\nKetika anda menonton filem Jurassic Park dulu, anda pernah terfikir ke apa maksud Jurassic sebenarnya? Takde pon nama dinosaur Jurassic Rex atau Jurassicsaurus dalam filem tu? Tuan-tuan dan puan-puan, nama tersebut lahir daripada tahun Jurassic iaitu 199.6 ke 145.5 juta tahun yang lepas (Ma). Sebelum itu, kita mulakan dengan dengan pengenalan kepada sistem skala masa geologi atau geological time scale (GTS). \n\nGTS merupakan satu sistem pentarikhan kronologi Bumi yang dikaitkan dengan lapisan batu-batuan (strata) kepada masa. GTS ini kebanyakannya digunakan oleh mana-mana saintis yang mengkaji Bumi Kuno misalnya ahli geologi, pengkaji iklim dan berbagai lagi saintis ahli kaji bumi untuk menandakan waktu-waktu dan perkaitan yang penting dalam sejarah Bumi. Orang Arab kuno juga pernah menggunakan kaedah yang lebih kurang sama untuk menentukan tarikh-tarikh yang penting misalnya Tahun Gajah. Bezanya saintis menggunakan kaedah saintifik seperti pemerhatian dan pengkaitan, seterusnya meletakkan tarikh yang agak tepat berbanding orang Arab kuno yang tidak mempunyai sistem tarikh yang bernombor. Kalau Malaysia pula menamakan zaman guna nama Perdana Menteri misalnya Zaman Mahathir dan Zaman Najib.\n\nGTS secara rasminya disediakan dalam bentuk jadual oleh International Commission on Stratigraphy (ICS) di mana tarikh-tarikh geologi diberikan masa, warna dan tata nama yang sesuai. Jadual ini juga bukan mutlak dan sentiasa diperbaharui dengan penemuan baharu. Jadual di atas merupakan jadual GTS versi ke-5 (2013) keluaran tahun 2020. \n\nSiapa kata kita tahu semuanya tentang alam semula jadi?\n\nPembahagian Jadual\n\nGTS\nmempunyai beberapa terminologi bagi pembahagian masa iaitu:\n\nTapi yang best sekali period, epoch dan age dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai zaman. Suka betul menyusahkan diri orang Barat ni.\n\nJap bro, aku tengok jadual ni, kenapa nama-nama yang diberikan pada tahun yang tidak tetap? Misalnya, kenapa nama tersebut tidak diberikan pada setiap 1 juta tahun atau 1 penggal 5 tahun atau sebagainya, tetapi pada tahun-tahun yang rawak? \n\nIni adalah kerana, seperti yang dibincangkan di atas, tarikh-tarikh ini diberikan atas dasar perubahan yang drastik dalam sistem Bumi yang dikaji melalui catatan kimia yang ada di dalam rekod batuan (rock record) melalui teknik geokronologi seperti pentarikhan isotop stabil dan tak stabil (isotope dating \u2013 bukan maksiat eh), palaeomagnetokoronologi dan penalaan astronomi kitaran mendapan. Kalau nak kita akan bincangkan hal-hal ini pada artikel-artikel yang akan datang. \n\nApa-apa pun sebagai rakyat marhaen, bagus sekiranya jika kita mampu menambahkan ilmu tentang masa dalam kaca mata sains supaya kita tidak mudah ditipu seperti filem populis Jurassic Park. Mana ada T-rex hidup pada zaman Jurassic, semua dinosaur besar gedabak hidup pada zaman Cretaceous kerana masa tu oksigen terlalu banyak lalu mengembangkan saiz organisma pada zaman tersebut. Kalau guna Cretaceous Park tak best bunyi dia, macam nama restoran makanan laut. \n\nKita juga mampu menginsafi bahawa\nmasa untuk kita berada di dunia yang fana ini teramatlah singkat, jika\ndibandingkan dengan umur Bumi yang telah mencecah 4.6 Billion. \n\nLihatlah pada batu-batuan di\nsekeliling kita, Allah telah meletakkan pelbagai petunjuk dan klu-klu tentang\nBumi pada masa silam untuk menunjukkan betapa hebatnya, betapa mudahnya bagi\nAllah untuk memanipulasikan kandungan Bumi ini, dan akhirnya menjadikan Bumi\ntempat tinggal yang sesuai bagi manusia untuk hidup.\n\nWallahua\u2019lam.\n\nRujukan:" "Kisah Dr. Khair Razlan Othman yang memakai tanjak ketika menerima Ijazah Doktor Falsafah di majlis graduasi universiti terkenal dunia, Universiti Oxford, United Kingdom mula tular sejak semalam. \n\n\u201cSaya mahu beritahu betapa hebatnya bangsa kita pada orang\u201d kata Dr Khair dalam temuramah bersama wartawan.\n\nKisah beliau sebelum ini turut tular apabila beliau mengenakan tanjak dalam sesi Viva di Oxford\n\nBeliau kemudian berhasrat meneruskannya pada majlis graduasi.\n\nPemakaian tanjak ini mungkin kali pertama semenjak penubuhan Oxford.\n\nMenurut Dr Khair Razlan, pilihan beliau bukanlah dibuat kerana populariti:\n\n\u201cKerna bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Samada malu atau memang tidak mahu. Samada ragu atau memang dalam keliru.\n\nBisa mungkin setiap orang salahkan pemimpin yang rajin kelahi, atau pengikut yang hilang jati diri.\n\nNamun aku lebih suka memilih menjadi pelopor. Menerobos jalan yang unik. Kerana massa perlukan qudwah hidup yang berjalan di bawah tataan nan tinggi. Apa lagi di bumi Tanah Melayu yang sedak bergolak hari ini. Harus ada sosok manusia yang berani mengorek keluar khazanah peradaban bangsa yang sudah lama tertimbus. Mengangkat identiti bangsa\u00a0hebat\u00a0yang kian\u00a0hebat\u00a0dipersoalkan ini serta memberikan takrifan sewajarnya\u201d\n\nTahniah!" "Nak tau umur orang boleh tanya je. Walaupun usia seseorang wanita itu merupakan suatu misteri dunia, namun korang boleh semak IC atau sijil kelahiran mereka. Tapi, Bumi ni ada IC ka?\n\nArtikel ini ialah artikel susulan bagi menjawab soalan-soalan yang diyakini menghantui minda pembaca artikel yang lepas: Kalendar bumi jutaan tahun dahulu \n\nJadi, macam mana\nkita nak tahu usia Bumi sebenarnya. Sebelum tu, kita belajar sejarah manusia\ncuba nak teka usia bumi dulu.\n\nJom kita start. *ala Khairul Aming*\n\nSejarah Pentarikhan Bumi\n\nAntara orang yang pertama sedar bahawa bumi ini telah berusia lama ialah Aristotle (384-322 BC) apabila beliau mendapati bahawa terdapat cengkerang tertanam di dalam gunung batu kapur. Lantas, beliau mengeluarkan satu kesimpulan bahawa gunung tersebut pernah berada di lautan pantai dan akhirnya diangkat menjadi gunung. Ye la, siapa rajin sangat nak tanam kerang atas gunung. Proses yang terjadi ini tidak mungkin terhasil dalam suatu hari, namun pada masa yang lama fikirnya.\n\nSetelah lama dunia geologi sunyi sepi tak diperbaharui, polymath dunia Islam Ibnu Sina menukilkan perihal geologi dalam kitabnya \u201cKitab Ash-Shifa\u201d yang diterbitkan pada tahun 1027. Pada Bahagian 2, Seksyen 5, kitab ini menggariskan beberapa asas-asas geologi yang menganjakkan kefahaman manusia tentang Bumi yang mereka pijak ini, terutamanya hakikat bahawa Bumi ini teramatlah tua dan lapisan batu yang berada di bawah mestilah lebih tua daripada lapisan yang atas. Asas-asas yang bernas dan menjangkau waktunya ini walaupun hebat namun masih tidak mampu memberikan usia bernombor pada Bumi.\n\nPercubaan Mengangkakan Tarikh\n\nLeonardo Da Vinci (1452-1519) memerhatikan batu-batuan yang berada\ndi gunung merupakan mendapan yang dibawa oleh laluan bendalir seperti sungai.\nHasil daripada kerja kejuruteraan pada terusan dan sungai di Sungai Po, dia\nmengira bahawa mendapan-mendapan di situ berusia lebih kurang 200,000 tahun\nlantas menyimpulkan bahawa usia Bumi seharusnya lebih tua.\n\nAda beberapa saintis barat termasuk Sir Isaac Newton\nmenggunakan sebuah kitab utama agama mereka, untuk menentukan berapa usia bumi\nsebenarnya dan mereka mendapati bahawa bumi ini berusia lebih kurang 6,000\ntahun. Ini juga menjadi asas mengapa sesetengah orang sukar untuk\nmempercayai dinosaur itu wujud kerana usia fosil dinosaur ialah ratusan ke puluhan\njuta tahun.\n\nLord Kelvin @ Sir William Thomson (ye, yang absolute temperature atau \u00b0K tu) pada tahun 1862 juga mencuba try test dalam mengira usia Bumi melalui formula kecerunan haba (thermal gradient) dan menjumpai bahawa usia Bumi ialah lebih kurang 100 juta tahun. Beliau menganggap bahawa Bumi lahir sebagai satu bebola cecair secara keseluruhan dan mengira berapa lama masa untuk bebola tersebut mengeras sehingga ke lapisan yang paling luar. Namun begitu, pengiraan tersebut salah kerana beliau tidak mengambil kira haba yang terhasil melalui pereputan radioaktif (radioactive decay) dan yang paling penting perolakan (convection) yang dialami oleh mantel, yang menyebabkan penahanan haba yang berpanjangan.\u00a0 \n\nPenemuan Radioaktif\n\nPada tahun 1898, Marie dan Pierre Curie\nmenemui elemen radioaktif polonium dan radium dan pada 1903, Pierre Curie dan\nAlbert Laborde mengumumkan bahawa radium menghasilkan haba yang cukup melalui\npereputan radioaktif bagi mencairkan ais yang sama beratnya di bawah masa\nsejam. Selepas penemuan ini, ahli geologi sedar bahawa banyak perkiraan yang\ntelah dilakukan oleh saintis-saintis sebelum ini tersilap anggap. Radioaktif\nmembuka satu jalan baru dalam merungkaikan misteri umur Bumi dan menguburkan\nsegala teknik lapuk. Ini dilakukan melalui teknik pentarikhan radiometrik\n(radiometric dating \u2013 sekali lagi, bukan maksiat). Ernest Rutherford berjaya membuktikan bahawa atom mereput dan membentuk atom yang lebih ringan pada masa yang tertentu. Untuk memudahkan hidup saintis-saintis yang lain, beliau mengadakan suatu konsep iaitu konsep separuh hayat (half-life, bukan game Valve) iaitu masa yang diambil bagi sesuatu elemen untuk berkurang menjadi separuh. Dia hampir gaduh dengan Lord Kelvin sebab dia nak bagitau Kelvin ni silap, tetiba dia dapat ilham lalu berkata \u201cLord Kelvin ni telah mengehadkan umur Bumi, sebab kita tak cukup maklumat dan tiada penemuan baru. Jadi wahyu baru yang kita tengah ambil kira ada di depan saya sekarang malam ni, Radium!\u201d. Smooth bruh.\n\nCuba korang\nbayangkan, akaun bank korang, tapi kalau korang disiplin untuk belanja separuh\nsetiap tahun. Jadi kalau tahun pertama ada RM40,000 dan separuh hayat bank\nakaun korang ialah setahun, tahun kedua akaun akan jadi RM20,000. Banyaknya\nbelanja, nikah ke bang? Tahun ketiga akan jadi RM10,000 dan keempat RM5,000 dan\nseterusnya akan jadi separuh. Ini contoh je ye. Sebenarnya,\nahli geologi tak berapa suka pada teknik ini sebab mula-mula diorang guna\nhelium tapi tak menjadi-jadi dan ramai jugak yang menyerah kalah dengan teknik\nini. Namun seorang anak muda yang bernama Arthur Holmes bekerja menggunakan\npentarikhan plumbum (lead dating) pada seketul batu daripada Ceylon, Sri Lanka\nwalaupun teknik yang beliau gunakan agak berat sebelah dan tersilap anggap\nbeberapa perkara misalnya menganggap bahawa keseluruhan batu mengandungi\nuranium sahaja tanpa plumbum yang telah terjadi. Namun begitu, saintis-saintis\nyang baru mampu untuk menempel kebanyakan kelemahan teknik Holmes. Kerja\n\u201ccikai\u201d Holmes telah menginspirasikan teknik-teknik pentarikhan radioaktif\nseperti:\n\nUsia Bumi\n\nPanjang-panjang\nbaca akhirnya sampai dekat isi yang paling penting. Sabau ye, nak habis dah. \n\nUsia Bumi\npada mulanya ditentukan melalui batu meteorit Canyon Diablo yang dianggarkan\njatuh ke bumi 50,000 tahun dahulu. SIKIJAPPPPPP! Kalau nak kira umur Bumi\nkenapa kena guna meteorit yang bukan daripada Bumi!? Ini tanah, Bumi yang\npunya! \n\nKalau kita fikir balik, batu-batu dekat Bumi ni semua telah melalui proses-proses geologi yang telah sama ada mentohorkan atau telah membuang banyak kandungan-kandungan penting pada batu tersebut. Carlson & Tera (1998) menyatakan meteorit boleh diguna pakai kerana meteorit yang jatuh ke Bumi merupakan serpihan-serpihan yang belum jatuh ke Bumi ketika kejadiannya, jadi, meh. Pakai je.\n\nMelalui\npentarikhan isotop plumbum-plumbum meteorit tersebut pada tahun 1956, setahun\nsebelum Malaysia Merdeka, Patterson menyatakan bahawa Bumi ini berumur 4.55 \u00b1\n0.07 bilion tahun. Beberapa kajian lain terhadap meteorit yang lain turut\nmengeluarkan umur yang hampir sama. \n\nAkhir sekali,\nyang terbaru, pada tahun 1999, Valley et al. (et al. = dan kawan-kawan)\nmelaporkan bahawa mineral Zircon, ZrSiO4 , boleh dijadikan mineral\nrujukan untuk menentukan usia bumi kerana kebolehannya menumpukan kandungan\nuranium dan mengasingkan plumbum di samping merekod pertumbuhan mineral yang\ntahan lasak dan tahan lama. Pada tahun 2001, Wilde et al. melaporkan bahawa\nmereka telah menjumpai mineral Zircon yang paling tua iaitu di Jack Hills,\nAustralia yang berusia 4.404 \u00b1 0.008 bilion tahun dan umur inilah yang diguna\npakai oleh kesemua ahli geologi dan saintis kaji Bumi pada zaman moden. \n\nTapi nota yang penting, ini ialah umur Bumi mula mengeras menjadi pepejal lalu menjadi batu! Umur sebenar kelahiran Bumi ketika ianya gas, kemudian bebola cecair, masih lagi tidak dikenal pasti secara tepat dan takkan dibincangkan. Penat tulis panjang-panjang.\n\nBeberapa\niktibar yang kita boleh ambil daripada kisah macam mana nak tahu umur Bumi ni:\n\nWallahua\u2019lam\n\nRujukan:" "Rasanya kita semua ingat waktu kali pertama kita bertemu dengan huruf \u2018X\u2019 dalam matematik. Ia adalah satu titik kepelikan di sekolah.\n\n\u201cEh jap. Matematik ni bukan patutnya pasal nombor ke? Kenapa tiba \u2013 tiba disuruh cari nilai huruf?\u201d\n\nTapi mulanya kita tak kisah sangat, sebab iyalah, apa sangatlah ada satu huruf saja dalam satu persamaan. Ia masih boleh difahami dan diselesaikan.\n\nTapi kemudian semakin lama, huruf menjadi semakin banyak, dicampak pula simbol Latin, simbol Greek, nombornya entah ke mana. Dalam satu persamaan panjang berjela tu boleh jadi hanya ada satu saja nombor. Aduh sakit kepala.\n\nCuma, ada satu persoalan yang menarik yang mungkin jarang difikirkan orang:\n\nKenapa matematik suka guna \u2018X\u2019? Kenapa tak huruf G ke, B ke, A ke.\n\nHuruf X sekarang amat sinonim untuk dirujuk kepada sesuatu yang tidak diketahui (anu). Katakan ada seorang lelaki X. Kita letak bahan kimia X. Ada X jumlah benda.\n\nSebenarnya, asal usul mengapa huruf X ini begitu popular adalah agak menarik.\n\nAsal Usul Mengapa Huruf X Menjadi Anu\n\nPenjelasan mengenai kenapa huruf X dipilih oleh masyarakat dunia sebagai huruf yang melambangkan ketidakpastian diterangkan oleh pengkaji Terry Moore dalam TedTalk beliau\n\nBeliau dapati, bahasa Arab ini merupakan bahasa yang sangat logika. Untuk mereka dan menghasilkan sebuah ayat dalam bahasa Arab adalah seperti menghasilkan persamaan matematik, kerana setiap bahagian adalah sangat terperinci dan bermaklumat.\n\n\u201cItulah antara sebabnya mengapa apa yang kita anggap sebagai sains dan kejuruteraan dan matematik Barat, sebenarnya terhasil daripada abad terawal oleh orang Parsi, Arab dan Turki\u201d\n\nMenurut beliau, ini termasuklah satu sistem matematik yang dipanggil al Jabr, yang kemudian dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai algebra.\n\nTeks Arab yang mengandungi pengajaran matematik ini kemudian sampai ke dunia Eropah, iaitu di Sepanyol pada abad ke 11 dan 12.\n\nApabila ilmu ini sampai, orang Barat sangat berminat untuk menterjemahkannya kepada bahasa Eropah.\n\nTapi ada masalah. Antaranya adalah ada beberapa bunyi \u2013 bunyian Arab yang tidak dapat disebut oleh orang Eropah. Bukan itu saja, bunyi \u2013 bunyian tersebut tak dapat dirakamkan oleh huruf \u2013 huruf dalam bahasa orang Eropah.\n\nContohnya adalah huruf \u2018shin\u2019 . \n\nYang disebut dengan bunyi \u2013 \u2018sh\u2019. Ini begitu susah disebut orang Eropah.\n\nMasalahnya adalah huruf yang banyak digunakan dalam algebra adalah al \u2013 shai\u2019 , \n\nyang bermaksud benda yang tidak diketahui.\n\nJadi ini agak bermasalah bagi sarjana \u2013 sarjana Sepanyol Zaman Pertengahan yang disuruh menterjemahkan tulisan \u2013 tulisan Arab ini, sebab huruf shin dan perkataan al-shai\u2019 tak dapat diterjemah kepada bahasa Sepanyol, sebab mereka tiada bunyi \u2018sh\u2019.\n\nJadi mereka pun mencipta peraturan di mana mereka meminjam bunyi \u2018ck\u2019 daripada bahasa Yunani klasik, dalam bentuk huruf \u2018kai\u2019 .\n\nKemudian apabila bahan \u2013 bahan yang diterjemah ini dialih pula bahasanya dalam bahasa Latin yang digunakan ramai orang Eropah.\n\nLambat laun, orang Eropah mula menukar huruf Yunani Kai ini kepada huruf X Latin.\n\nMaka apabila bahan yang diterjemah asalnya daripada bahasa Arab ini diguna pakai dalam bahasa Latin, ia kemudian menjadi asas semua buku teks matematik selama 600 tahun.\n\nMaka kita sekarang temui jawapan bagi soalan kita: Kenapa huruf X mewakili yang tak diketahui?\n\nSebab orang Sepanyol tak dapat sebut bunyi \u2018sh\u2019" "Orang selalu tertanya-tanya, dekat mana kapal nabi Nuh berlabuh setelah banjir yang menyelubungi Bumi pada suatu ketika dulu. Ada orang cakap kat Afreka la, kat Turki la, Iran la, aku pulak tak berminat sangat dengan semua tu sebab dia ada bukti sekerat-sekerat je. Sama macam kalau kau jumpa tapak kaki, lepas tu claim tapak kaki tersebut berasal dari Indonesia. Lebih kurang la. Ni namanya pseudosains atau pseudoarkeologi, google sendiri apa maksud.\n\nApa yang aku minat ialah nak tahu kenapa terjadinya banjir besar Nabi Nuh. Ye tau, jawapan korang tak lain tak bukan, \u201ckuasa Allah\u201d. Selain daripada jawapan clich\u00e9 \u201ckuasa Allah\u201d, korang tau tak Allah juga meletakkan tanda-tanda kat Bumi ni bagi memanifestasikan \u201ckuasa Allah\u201d tersebut? Aku cadangkan korang baca artikel ni sampai habis supaya takda yang meroyan \u201cAzRi nI mENgaroWt!\u201d atau ingat aku buat artikel yang khurafat. \n\nPara Pencabar! \n\nTerdapat dua nama besar dalam dunia kajian ini iaitu Ryan & Pitman dari US dan Chepalyga dari Russia. \n\nKedua-dua pengkaji ini bersetuju bahawa berkemungkinan besar bahawa\numat nabi Nuh hidup di Tasik Neoeuxinian yang sekarangnya dikenali sebagai Laut\nHitam. Air bah (banjir) telah menenggelamkan tasik tersebut lebih kurang\nsetinggi 100m (bangunan ~30 tingkat atau 1/3 daripada ketinggian Menara KL) dan\nkawasan seluas 100,000 km2 (Semenanjung Malaysia ialah 130,000 km2\n). Rekod batuan dan ekologi kuno juga digunakan dalam kajian-kajian\nmereka.\n\nHipotesis-hipotesis mereka adalah seperti berikut:\n\nKenapa Laut Hitam?\n\nLaut Hitam ialah\nsuatu laut yang agak istimewa kerana laut ini separa-terpisah daripada lautan\nglobal. Ini menyebabkan laut ini mengalami rejim tenaga yang rendah (contoh\nrejim tenaga tinggi monsoon, ombak besar dan sebagainya) dan mengandungi\nekosistem spesis yang agak terhad, menjadikan Laut Hitam sebagai pencatat\nperubahan iklim yang sangat sensitif.\n\nTerdapat juga\nbeberapa penememuan artifak yang ditemui di Laut Hitam, lalu mengadakan satu hipotesis\nbagi masyarakat saintis dunia terdapat penghijrahan orang Neoeuxinian ke Eropah\nakibat daripada \u201cbanjir besar\u201d ni.\n\nHujah-hujah mereka ini telah ditelitikan melalui tiga faktor iaitu: (1) tahap kemasinan tasik Neoeuxinian sebelum peningkatan air dunia (terutamanya Mediterranean), (2) perpindahan organisma kepada Laut Hitam dan (3) saluran kemasukan air masin ke Laut Hitam.\n\nHipotesis Ryan & Pitman\n\nRyan et al. pada\ntahun 1997 telah mencadangkan bahawa Tasik Neoexonian merupakan sebuah tasik\nair tawar yang akhirnya di isi dengan air masin atas sebab peningkatan air laut\nglobal melalui Laut Mediterranean. Peningkatan Mediterranean inilah yang\nmencemarkan lalu menjadikan tasik air tawar tersebut menjadi sebuah laut.\nBerdasarkan profail seismic berdefinisi tinggi (umpama x-ray untuk Bumi), dan\nbeberapa inti mendapan (sedimentary cores) pendek di terusan Kerch. Mereka\nmendapati bahawa, air yang menceroboh ke Tasik Neueoxonian berkelajuan 50 batu\nsejam, 15 cm tinggi sehari. Hal ini berjaya meningkatkan ketinggian air\nsebanyak 100m dan menenggelamkan kawasan sebesar 100,000km2 dalam\nmasa dua tahun! Banyak gila tu uolls, see my (water) level. \n\nNamun begitu, kerja Ryan & Pitman disangkal pada tahun 2002 oleh Major et al. Major dan rakan-rakan mengkaji semula inti mendapan yang berdefinisi tinggi dan menyemak semula kadar pemendapan, mineralogi tanah liat, kandungan kalsium karbonat, dan isotop oksigen dan karbon. Dapatan mereka adalah penenggelaman tersebut mengambil masa paling kurang 1000 tahun, bukan 2 tahun. \n\nHipotesis Chepalyga\n\nKalau Ryan & Pitman mengandaikan bahawa air datang daripada laut dunia melalui Laut Mediterranean, Chepalyga menganggap bahawa air tersebut sebenarnya datang daripada Laut Kaspian. Ketika LGM, seluruh glasier di Bumi termasuk lapisan ais Skandinavia mengalami pencairan secara besar-besaran.\u00a0 Pencairan ini telah menghasilkan beberapa banjir mega dan telah melalui beberapa siri takungan seperti pada rajah di bawah. Kajian Sidorchuk (2003) pada makrolingkungan (macromeanders) pada lembah sungai juga menyokong hipotesis Chepalyga. \n\nMelalui pola perubahan pada tanah liat coklat, tanah loam dan pasir, yang mengandungi organisma seperti moluska Caspian dan foraminifera, Chepalyga menganggarkan kemasukan air ke Tasik Neueoxinian pada 1000 km3 setahun. Pada pendapat aku sendiri, (cheh nak jugak), kemasukan air yang mempunyai rejim tenaga yang sebesar ni susah memeliharakan rekod mendapat yang elok. Jadi aku sendiri gak skeptikal dengan perolehan data Chepalyga. \n\nKerana saintis suka bergaduh, maka hujah pakcik Chepalyga pun disanggah oleh Svitoch pada tahun 2009, menyatakan bahawa Chepalyga kurang bukti pada penyaliran air daripada Laut Aral dan glasier-glasier yang lain. Dalam erti kata lain, dia bagi bukti camne air masuk dari Kaspian ke Neueoxinian, tapi tidak pada bagaimana air glasier masuk ke Kaspian. \n\nHipotesis siapa yang betul? \n\nBerbalik kepada soalan asal, macam mana banjir\nbesar nabi Nuh terjadi? Melalui kajian-kajian di atas, jawapannya adalah: *drum\nroll*\n\nTakda siapa pun tahu! Ye, tiada siapa pun\ntahu. \n\nTinggi mana pun nilai saintifik kajian-kajian oleh saintis-saintis ini termasuk lah yang saya senaraikan dalam rujukan penulisan artikel ini di bawah kelak, satu pun tak dapat membuktikan bahawa Peningkatan Mediterranean atau Khvalynian merupakan penyebab banjir besar nabi Nuh. \n\nKalau ikut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, banjir besar tu 150 hari sedangkan Ryan & Pitman kata 2 tahun dan Chepalyga pulak entahla berapa tempoh dia, dia tak letak pun secara terperinci. Pada masa yang sama, takda pulak apa-apa peninggalan nabi Nuh yang boleh diselaraskan bersama dengan kejadian-kejadian ni. Apa-apa pun, bagi aku yang lebih penting kita mendapatkan pengajaran dalam kisah nabi Nuh adalah lebih penting daripada mengetahui macam mana banjir berlaku. \n\nAkhirul kalam,\nselamat bagi semua untuk menyatakan bahawa jawapan yang paling selamat untuk\nmenerangkan kenapa banjir besar nabi Nuh adalah kuasa Allah. Sesiapa yang jawab\ntu boleh la celebrate kat KFC en? (KFC tolong sponsor Ajar) \n\nWallahualam." "Pada waktu wabak penyakit pandemik Covid -19 sedang melanda seluruh dunia, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan, termasuklah mengikuti segala langkah pencegahan yang telah disenaraikan badan kesihatan, menjauhkan diri daripada himpunan awam, serta memperbanyak doa.\n\nNamun inilah juga masa yang baik untuk kita menyemak lembaran sejarah untuk meneladani kisah \u2013 kisah hitam wabak maut yang pernah melanda manusia. Boleh jadi terdapat pelbagai pengajaran yang kita boleh pelajari daripada generasi yang lebih awal.\n\nBerikut adalah 5 wabak maut yang paling menakutkan dalam sejarah.\n\nTaun / Kolera\n\nTaun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk. \n\nPenyakit ini bermula di Sungai Ganges di India pada tahun 1817 dengan skala yang sangat besar. Apabila sambutan festival tamat, peserta membawa jangkitan taun balik ke rumah mereka dan menyebarkan ke tempat \u2013 tempat lain sekitar India. Ratusan ribu orang India kemudian mati akibat jangkitan tersebut.\n\nTaun seterusnya berjangkit daripada pelabuhan ke pelabuhan. Kuman itu merebak dari tong air yang tercemar ataupun sisa kumbahan pesakit, yang selanjutnya dibawa pula oleh mereka yang lalu lalang.\n\nPada tahun 1820, taun merebak ke Thailand, Indonesia sehingga membunuh 100 000 orang di kepulauan Jawa sahaja. Wabak ini kemudian merebak ke China, Jepun dan Eropah.\n\nSesampainya penyakit itu di Britain, rakyat umum telah pun mengalami panik sehingga tersebar berita bahawa lebih ramai orang mati di hospital berbanding di rumah \u2013 rumah mereka. Orang ramai percaya bahawa pesakit dibawa ke hospital untuk dibunuh dan dibedah siasat, sehingga akhirnya menyebabkan mogok besaran di Liverpool.\n\nPandemik kolera telah berlaku sebanyak tujuh atau lapan kali sepanjang sejarah, dan walaupun kita kini miliki perubatan moden, ia tetap merupakan wabak pembunuh yang digeruni.\n\nAIDS\n\nAcquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) telah membunuh lebih daripada 25 juta orang sejak ia pertama kali dikenal pasti pada tahun 1981.\n\nAIDS disebarkan oleh Virus HIV ( human immunodeficiency virus) yang menyerang imuniti manusia, secara spesifiknya, sel CD4. \n\nVirus tersebut merebak melalui pemindahan cecair badan seperti darah, air mani, cecair faraj, cecair anus dan susu badan. Kes terbanyak adalah penyebaran HIV menerusi hubungan kelamin yang tidak selamat, perkongsian jarum dan melahirkan anak.\n\nSetelah beberapa tempoh, HIV membunuh begitu banyak sel CD4 sehingga tubuh manusia tidak lagi mampu melawan jangkitan dan penyakit, selanjutnya membawa kepada fasa paling teruk jangkitan iaitu AIDS. Pesakit AIDS terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.\n\nAsal usul AIDS dianggap berpunca daripada monyet di Afrika. Berkemungkinan darah daripada monyet yang dijangkiti virus masuk ke dalam rongga luka pemburu, atau apabila pemburu memakan monyet tersebut. Sesetengah teori konspirasi mengatakan ia berpunca daripada hubungan kelamin manusia dengan monyet.\n\nKetika penyakit tersebut pertama kali meletus di Amerika Syarikat, ia dipanggil GRID atau gay \u2013 related immune deficiency, kerana kebanyakan jangkitannya adalah oleh lelaki homoseks. \n\nSehingga kini, masih tiada ubat yang boleh mengubati AIDS. Epidemik AIDS telah meragut lebih kurang 35 juta orang seluruh dunia, dan kini dianggarkan 70 juta orang menghidap penyakit tersebut.\n\nBlack Death (Maut Hitam)\n\nMaut Hitam, atau Wabak Hitam, merupakan antara pandemik maut paling dahsyat dalam sejarah manusia. \n\nIa bermula di Asia Tengah dan merebak ke Eropah pada akhir tahun 1340. Sebanyak 75 juta nyawa dianggarkan mati akibat wabak maut ini. Di Eropah saja, satu pertiga populasi manusia temui ajal mereka sehingga ia mengubah lanskap sejarah benua tersebut hingga sekarang.\n\nNama wabak itu datang daripada bintik \u2013 bintik hitam pada kelasi yang mengembara pada laluan Sutera dan singgah di pelabuhan Sicilian.\n\nMereka yang dijangkiti wabak ini mengalami simptom yang dipanggil \u2018buboes\u2019. Ia tumbuh di bahagian kulit sekitar leher, ketiak dan kelamin yang kemudian bernanah dan mengeluarkan darah. Kulit pesakit kemudian ditutupi tempelan \u2013 tempelan hitam. Kebanyakan pesakit mati empat ke lima hari setelah jangkitan, dengan kadar kematian setinggi 30 hingga 75 peratus.\n\nKeseluruhan populasi bandar mati disinggahi wabak hitam dan dikatakan warga Eropah menghabiskan masa mereka menanam orang mati. \n\nSelesema Sepanyol\n\nSelesema Sepanyol adalah antara insiden paling ngeri dalam sejarah manusia, yang malangnya, dilupakan ramai orang.\n\nPandemik Selesema Sepanyol membunuh lebih ramai orang daripada Hitler, senjata nuklear, dan segala pengganas dalam sejarah, digabungkan sekali.\n\nWalaupun namanya wabak Sepanyol, ia bukanlah berasal daripada Sepanyol. Ia dinamakan demikian kerana Sepanyol adalah negara neutral dalam Perang Dunia Pertama (1914 \u2013 1918) yang bermaksud ia bebas melaporkan tahap keterukan pandemik ini.\n\nMereka yang menghidap penyakit ini kelemasan dan batuk tanpa henti kerana paru \u2013 paru mereka dipenuhi cecair. Muka mereka berubah daripada biru, kepada ungu dan kaki mereka menjadi hitam. Mereka yang bernasib baik cumalah mati lemas akibat paru \u2013 paru mereka.\n\nOrang ramai dinasihatkan untuk tidak berjabat tangan, tinggal di rumah, dan dilarang meludah.\n\nPada ketika Selesema 1918 melanda, doktor dan saintis tidak pasti apa penyebabnya, dan bagaimana merawatnya. Ia kemudian lesap secepat ia timbul, tanpa penjelasan yang memuaskan.\n\n Sungguhpun ia merupakan antara wabak maut paling dahsyat dalam sejarah, tetapi ia juga dianggap \u2018dilupakan\u2019, kerana Selesema Sepanyol ini berlaku ketika Perang Dunia Pertama sudahpun meletus. Berita tentang penyebaran wabak ini dicensor oleh tentera yang juga bukan saja terbunuh dek peluru, tetapi juga wabak ini. 1918 bukanlah tahun yang menyenangkan untuk penduduk global.\n\n Cacar Air (SmallPox)\n\nCacar air merupakan penyakit yang menghantui manusia sejak dari zaman Empayar Mesir pada abad ke tiga Masihi. Asal \u2013 usulnya tidak diketahui.\n\nIa merupakan penyakit yang sangat menakutkan. Tiga daripada sepuluh orang yang menghidapnya mati. Mereka yang terselamat diselaputi kulit mereka dengan parut. Buku \u2013 buku sejarah dipenuhi dengan kes kematian cacar air.\n\nTamadun seperti Aztec dan Orang Asli Amerika tumbang akibat penyakit ini sehingga populasi mereka berkurangan sebanyak 90 peratus yang akhirnya membuat mereka ditawan orang putih. Raja \u2013 raja Eropah juga tewas akibat penyakit cacar.\n\nSebab kenapa cacar air begitu bahaya dan mendatangkan maut adalah kerana ia disebarkan melalui udara. Kadar penyebarannya sangat cepat. \n\nKulit pesakit dipenuhi dengan bintil \u2013 bintil di muka, tangan dan lengan. Selang dua hari, bintik \u2013 bintik itu dipenuhi cecair dan nanah, yang kemudian pecah.\n\nCacar air kemudian akhirnya berjaya ditewaskan apabila manusia menemui vaksin." "Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu penularan wabak penyakit yang digelar Covid-19 di Wuhan, China. Bukan itu sahaja, malah wabak ini telah mengakibatkan beberapa kesan domino (domino effect) kepada pelbagai industri ekonomi dunia terutamanya di China. \n\nContohnya, rakyat Wuhan tak boleh keluar kerap menyebabkan kurangnya penggunaan kenderaan di samping teramat kurangnya kilang-kilang di China; sebuah negara pengilang terbesar di dunia; menyebabkan kurangnya pembakaran bahan api fosil dan akhirnya menyebabkan pengurangan yang terlalu teramat sangat sungguh banyak sekali kandungan gas pencemar udara di China. Sampaikan di Beijing dan banyak lagi bandar-bandar yang lain, yang dahulunya diselubungi kabus pencemaran kelabu nan tebal, sekarang ni menikmati langit yang biru nian!\n\nJames Lovelock \n\nPada tahun 1972, Lovelock (dalam BM \u2013 Lolok) telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk \u201cGaia as seen through the atmosphere\u201d.\n\nDalam buku tersebut, Lolok memberikan suatu teori ataupun prinsip\nyang dipanggil Gaia, di mana Bumi ialah suatu sistem kompleks yang mengawal\natur sendiri (self-regulating) merangkumi biosfera (zon di mana\norganisma hidup), atmosfera (zon gas), hidrosfera (zon air) dan pedosfera (zon\ntanah; jangan fikir bukan-bukan eh, Ajar ialah family-friendly) di mana\nsemua ini sangat berkait rapat dalam menjadikan sebuah sistem yang berkembang\n\nNak mudah sikit, organisma hidup (manusia & haiwan) berinteraksi\nbersama dengan alam inorganik (batu & sungai) dalam Bumi untuk menghasilkan\nsebuah sinergi dan sistem kompleks yang mengawal atur sendiri untuk memastikan\nkondisi di Bumi mampu dikekalkan.\n\nNak mudah lagi Bumi ni mampu untuk mengawal diri sendiri supaya\nsegala apa kandungan di Bumi ni supaya berada dalam keadaan yang seimbang. \n\nJadi, Bumi ni benda hidup (sentient) ke? Jom kita tengok secara ringkas macam mana Pakcik Lolok ni sampai kepada konklusi bahawa Bumi ni boleh mengatur diri sendiri (dengan izin Allah), lain untuk mengembalikan keseimbangan dunia.\n\nPengawalan suhu global Tahukah anda Bumi pernah mengalami beberapa\nsiri penurunan dan kenaikan suhu yang mendadak? Ini tidak berlaku dalam setahun\ndua, namun puluhan hingga ratusan ribu tahun lamanya untuk berubah. Namun, Bumi\nmelalui hasil beberapa kajian, diperhatikan melakukan beberapa lingkungan\ntindak balas (feedback loop) bagi menyeimbangkan semula mana-mana\nkandungan yang tidak stabil. \n\nBumi pernah mengalami zaman rumah ais\n(Icehouse) yakni berbeda dengan rumah hijau, rumah ais ialah apabila\nBumi mempunyai ais di kedua-dua kutubnya, seperti zaman yang kita hidup\nsekarang. Pernah terjadi ketika Bumi bukan sahaja dilitupi ais di kutub utara\ndan selatan, tetapi hingga ke garisan khatulistiwa! Zaman ini dipanggil zaman\nSnowball Earth (Bumi Bebola Salji). \n\nBumi mengalami beberapa tindak balas\nyang memanaskan permukaan Bumi, mencairkan ais tersebut lantas berlakunya\npemanasan global. Gas-gas rumah hijau seperti metana dilepaskan melalui\npencairan metana hidrat (methane hydrate) di dalam Lautan Arktik di mana\ngas ini mengekalkan haba supaya tidak terkeluar daripada atmosfera Bumi. Seperti\ncoklat cair yang melimpah ke ladang gandum, glasier-glasier Bumi pun cair\nlantas menyebabkan Bumi mempunyai suhu yang sesuai didiami oleh organisma.\n\nKalau nak dengar teori yang lebih ekstrim, pencairan glasier ini juga berkemungkinan melepaskan pathogen dan virus yang beku di dalam glasier untuk mengawal bilangan organisma yang hidup di muka Bumi sekiranya organisma-organisma tersebut merembeskan terlalu banyak gas rumah hijau. Macam pernah dengar tak? *uhuk Covid uhuk* Tapi tak semestinya Covid ni daripada glasier ye. Datang daripada kelawar, yang datang daripada tuhan saja yang tahu (only God knows where).\n\nPengawalan kemasinan laut\n\nLaut masinkan? Perasan tak korang peratus kemasinan laut hanyalah dalam lingkungan 3.5% sahaja? Memang korang tak perasan, korang tau mandi je. \n\nTapi kan, peratusan garam ni sangat-sangatlah penting sebab kebanyakan sel organisma memerlukan kemasinan yang sekata dan tidak boleh melebihi 5% kemasinan. \n\nBenda ni susah sikit nak terangkan sebab ianya memerlukan kefahaman geologi yang agak tinggi dan ramai geosaintis berpendapat agak mustahil kalau nak proses ini berlaku kerana geologi semata-mata. Tapi aku mudahkan, bakteria pun memainkan peranan penting bagi menolong Bumi mengekalkan tahap kemasinan laut pada paras optimum.\n\nPengawalan kandungan oksigen di\natmosfera Ahhhh..\nOksigen. Satu benda yang kita selalu pandang enteng, tetapi tanpanya tidak\ndapat diriku, dirimu bernafas, hidup di atas Gaia yang geoid (bentuk Bumi) ini.\nDengan adanya organisma hidup seperti aku dan korang, Bumi akan mampu untuk\nmengekalkan tahap oksigen yang berpatutan pada atmosfera iaitu dalam lingkungan\n20% di atmosfera. Sekiranya lebih, akan menyebabkan kebakaran hutan yang sangat\nbanyak misalnya pada zaman Carboniferous. Pada masa yang sama mengurangkan\njumlah oksigen dan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida (CO2).\n\nPemprosesan karbon dioksida CO2,\nmolekul yang dinikmati oleh tumbuhan pula untuk hidup. Mungkin selalunya keluar\ndaripada ekzos ereta anda, tapi Bumi juga kekadang mengeluarkan kandungan CO2\nyang teramat banyak ketika letusan gunung berapi. Kalau ada banyak sangat\nCO2 macam mana Bumi nak seimbangkan? Bakteria\ndan pepohon akan cuba menyimpanCO2 sebagai makanan atau\ndi dalam tanah atau mendakan CO2 oleh terumbu karang lantas\nmenghasilkan batuan kapur pada masa yang akan datang. Contohnya, algae\ncocolithospore menghasilkan tebingan kapur yang putih nan indah di Cliffs of\nDover, United Kingdom. Ketika zaman yang mempunyai influks CO2 yang\nlebih tinggi, kebanyakan organisma yang menjadikan karbonat CO3\nsebagai cengkerang mempunyai cengkerang yang lebih tebal. Boleh baca tentang kitaran karbon dengan lebih mendalam kalau berminat. \n\nBumi ini rumah kita\n\nJadi,\npersoalannya sekarang, apakah Bumi itu suatu benda yang hidup? Macam manusia\nkalau ada virus masuk, badan kita akan cuba sedaya upaya untuk menormalisasikan\nbadan kita kepada kondisi asal sama sahaja seperti Bumi. \n\n\u00a0Hidup tak hidup tu wallahua\u2019lam, tapi rasanya\nkita boleh setuju bahawa Bumi merupakan suatu makhluk Allah, dan satu-satunya\nrumah kita. Kalau anda nak hidup di Marikh dipersilakan, tapi anda nak beli KFC\npun mintak mak ayah (tolong sponsor kami KFC), jadi tak perlu la nak jadi macam\nElon Musk dulu ye. \n\nBetapa cantiknya\nsifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Allah, Ia programkan pada sistem Bumi\nuntuk menyeimbangkan apa yang tidak seimbang dan mencukupkan apa yang tidak\ncukup bagi keselesaan hamba-hambanya.\n\nNamun begitu,\nakhirnya manusia yang bijak pandai ni jugaklah yang menjahanamkan muka Bumi ni\ndengan pelbagai cara sebab tamak dan tak bersyukur atas pemberian Allah. Umat\nIslam seharusnya terkehadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan penjahanaman\nBumi kerana Allah meletakkan kita sebagai Khalifah di muka Bumi. Kita dah buat\ntak? Tepuk dada tanya diri. \n\nKalau tanya aku\napakah virus Covid merupakan tindak balas Bumi bagi menyeimbangkan\nkandungannya? \n\n\u201cTelah timbul\nberbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang\ntelah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah\nhendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk\nmereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)\u201d Ar-Ruum,\n30:41.\n\nMungkin.\nWallahua\u2019lam." "Daripada cakera pertumbuhan hingga ke\nplanet kesayangan!\n\nKorang tau tak korang semua sebenarnya berasal daripada satu sel daripada ayah korang yang dipanggil sperma? Lepas mak ayah korang berkahwin, sel sperma melalui proses persenyawaan akan bercantum bersama sel ovum mak, lepas tu korang jadi embryo, janin dan jadi bayi yang sempurna.\u00a0 \n\nBumi kita ni pun lebih kurang je. Tapi Bumi takda mak ayah, yatim piatu la kiranya. Jom kita tengok bagaimana proses Bumi ni lebih kurang 16 billion tahun yang lepas dan akhirnya menjadi Bumi yang kita diami, sayangi, peluk dan pijak. \n\nLedakan Dahsyat (Big Bang)! Seluruh\nalam ini dimodelkan bermula daripada satu ledakan yang amat dahsyat dan kuat.\nLedakan tersebut teramat sangatlah kuat sehingga mewujudkan partikel-partikel\ndan tenaga haba yang amat hebat! Setelah beberapa ketika, apabila alam mulai\nmenyejuk, barulah partikel-partikel tersebut mula bercantum dan akhirnya\nmelahirkan atom-atom baharu. Walaupun sejuk, seluruh alam semesta pada ketika\nitu (lebih kurang 1 juta tahun setelah Big Bang) diselubungi awanan panas yang\nhanya mengandungi 98% atom hidrogen dan 2% atom helium. \n\nMengapa ledakan ini terjadi masih diperdebatkan secara hebat dalam kalangan ahli astronomi global, namun belum ada seorang pun yang telah menjumpai dan mungkin takkan jumpa pun alasan yang mutlak mengapa ledakan ini berlaku. Tapi itu bukan tujuan artikel ni ditulis jadi kita akan pergi kepada seterusnya.\n\nDaripada suatu\ntitik atom yang menjadi nukleus, gas-gas tadi mula berkumpul dan berputar pada\ntitik tersebut dan ini dipanggil nebula. Mengikut konsep \u201cyang kaya\nsemakin kaya\u201d, titik yang mempunyai lebih banyak jisim akan mempunyai lebih\nkuat daya tarikan graviti, lantas mengumpulkan lebih banyak gas. \n\nKorang pernah pusing-pusing setempat tak? Ala, lepas korang pusing tu kepala korang jadi pening tu, selalunya korang depakan (buka) tangan en? Perasan tak kalau korang letak balik tangan kat badan atau memeluk badan sendiri setelah berpusing tu korang jadi semakin laju? Camni lah kejadian suatu planet atau bintang, semaking banyak gas di tengah nukleus, semakin laju ia berputar. \u00a0\n\nKemudian setelah berpusing dengan terlalu laju, terdapat suatu lagi daya yang dipanggil sentrifugal. Okay, jom bayangkan korang masih main pusing-pusing setempat tadi, tapi ni kawan korang pulak. Kalau dia tak jaga keseimbangan, mesti dia terhoyong-hayang dan terbabas en? Selalunya orang jatuh dah masa ni sebab tak seimbang. Lepas tu korang gelak, sebab kelakar, tapi korang tak tahu betapa sakitnya diri pabila dirinya jatuh tersungkur di tanah dan ditertawakan orang.\n\nOkay, terlari topik pulak, kawan yang terhoyong-hayang tadi adalah diakibatkan oleh daya sentrifugal ini dan kerana adanya daya ni, gas-gas tadi bertebaran membentuk cakera (macam CD) bersama teras bintang yang bulat. Inilah yang kita panggil, cakera pertumbuhan (accretionary disk)! Oleh kerana atom-atom yang ringan lebih susah dikeluarkan daripada tengah-tengah cakera pertumbuhan tersebut, maka, yang lebih banyak pada cakera yang leper adalah daripada atom-atom yang berat seperti besi dan emas dan pada bebola di tengah-tengah cakera tersebut adalah daripada hydrogen dan helium. Cuba baling kertas yang dironyokkan supaya berbentuk bola dan lepas tu baling batu pulak. Mana lebih jauh? Batu en? Begitulah konsepnya.\n\nPercantuman jisim\n\nPada jisim yang sudah stabil, ia akan mula berlanggar antara satu sama yang lain, lantas menghasilkan gumpalan debu yang dipanggil planetesimal. Planetesimal ini berbentuk lebih kurang seperti kentang (geoid) atau asteroid, dan akhirnya gumpalan-gumpalan yang bercantum akan menjadi besar lebih besar, berlanggar lagi, besar lagi dan berlanggar lagi sedikit demi sedikit dan pada hujungnya menjadi sebuah kentang \u00a0yang teramat besar yang dipanggil proto-planet (proto bermaksud yang paling awal). \n\nTapi, kenapa masa kecik-kecik Baby Bumi (proto-Bumi) berbentuk kentang. Kenapa dalam buku cakap Bumi tu bulat? \n\nPernah nampak kerikil-kerikil batu tepi jalan? Keraskan? Kalau belum, cuba suruh kawan baling kat hang, baru tahu batu tu keras! TOLONG JANGAN BUAT, ini selingan lawak supaya korang tak tidur je baca artikel ni. \n\nIni adalah sebab batu tersebut bersuhu sejuk dan susah nak dibentuk, menjadikan ia berbentuk kentang. Setelah proto-planet ini membesar, lebih besar sedikit seperti bulan (saiz kritikal), Baby Bumi menjadi Bumi Junior (Gaia) dan mempunyai teras yang panas suhunya, lantas membenarkan graviti untuk membentuknya menjadi sfera. Sebab itulah Bumi itu sfera dan bukan leper ye kawan-kawan? \n\nPada zaman Gaia telah terhasil, terdapat Bumi Junior 2 (Theia) yang lebih kecil juga yang terhasil berhampiran dengan Gaia. Orang tua-tua ada kata, kalau nak rapat dengan seseorang tu jangan terlalu rapat. Malang tidak berbau, akibat tidak mempunyai orang tua, Gaia berada terlalu rapat dengan Theia, mereka berlanggar dan hentaman Theia kepada Gaia teramat la hebat sehingga menusukkan terus ke dalam teras Gaia, melayangkan puing-puing (debris) isi Bumis yang berlanggar tadi. \n\nFasa move on Bumi Baru\n\nSetelah\nperlanggaran tersebut berlaku, haba yang sangat kuat mencairkan\nkandungan-kandungan Gaia dan Theia lantas mengasimilasikan kedua-dua kandungan\nyang ada pada kedua-dua buah planet. \n\nPuing-puing Gaia yang terkeluar daripada Bumi tadi melakukan apa yang jisim sentiasa lakukan di angkasa lepas, iaitu, berputar, menghasilkan cincin yang mengelilingi Bumi Baru, dan akhirnya bergumpal dan terhasillah Bulan. Puing-puing yang tidak menjadi bulan atau Bumi Baru, kekal berada di angkasa lepas dan inilah yang kita gelar asteroid. Sekiranya asteroid ini cukup berat dan ditarik oleh graviti Bumi maka ia akan menghujani Bumi dan berasimilasi pula dengan Bumi.\n\nSetelah lama panas dengan perlanggaran tersebut, Bumi Baru pun mula menyejuk, lantas mengeras pada keraknya dan mineral yang pertama mengeras ialah yang dijumpai di Australia Barat, bernama Zircon (boleh rujuk artikel macam mana kira umur Bumi ), dan Bumi ini mula mengeras pada zaman Hadean (4.5 billion tahun yang lepas). \n\nLetusan gunung\nberapi yang ada pada zaman tersebut mengeluarkan gas-gas yang menghasilkan\natmosfera Bumi, lalu menyebabkan kondensasi dan hujan akhirnya menjadi lautan\nyang luas terbentang. Kehidupan mula berkembang dan anda pula membaca artikel\nni di Ajar untuk melihat semula sejarah Bumi daripada awal sampai ke hari ini\ndi atas Bumi. \n\nKonklusi Sudah menjadi lumrah dijadikan segala benda yang ada di alam ciptaan Allah ini untuk melalui suatu proses dan tingkatan-tingkatan yang tertib. Bersyukurlah, dan kajilah tentang kejadian alam ciptaan Allah disekeliling anda, dan anda akan menjumpai betapa menakjubnya Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana mencipta dan mereka proses-proses yang sungguh cantik sekali dan tidak menzalimi mana-mana makhluknya sekali pun. Wallahua\u2019lam.\n\nRujukan:" "Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh Ibn Khallikan, tentang pencipta permainan catur.\n\nHikayatnya, sang maharaja sangat suka dengan permainan catur dan mahu memberi hadiah kepada sang pencipta permainan catur. \n\nRaja itu pun bertanya kepada sang pencipta \u201cHadiah apa kamu mahu? Jangan malu, jangan segan! Minta saja kepada Beta raja kamu!\u201d\n\nLalu sang pencipta catur mengemukakan sebuah permintaan yang aneh. Pintanya:\n\n\u201cPatik minta supaya Tuanku berikan sebutir beras pada kotak pertama papan catur. Kemudian pada kotak kedua, Tuanku gandakan menjadi dua. Teruskan mengganda hingga tamat kotak yang terakhir papan catur, iaitu kotak ke 64\u201d\n\nMendengar permintaan ini, sang Raja menjadi hairan.\n\n\u201cAik, itu saja yang kamu mahu? Butir beras? Bukan guni beras pun? Emph tak apa lah jika itu permohonannya Beta perkenan walaupun kecil\u201d\n\nJadi proses pemberian butir beras pun dimulakan. Pada petak pertama diletak sebutir, petak kedua dua butir, kemudian 4, 8, 16, 32 ..\n\nPada petak ke 17, butir beras telah mencapai 65 ribu butir dan meja catur telah dipenuhi beras.\n\nPada petak ke 42, butir beras telah mencapai 2 trillion butir (2 000 000 000 000) dan istana kini telah dipenuhi dengan beras.\n\nRaja mula menjadi cemas. Ini baru petak ke 42, ada lagi 22 petak! Tampaknya beliau tersalah pengiraan! Lalu dipanggil bendahari istana untuk mengira berapa sebenarnya jumlah beras pada akhir petak ke 64?\n\nPengiraaan dibuat dan didapati bahawa \n\nPada petak ke 64, jumlah beras adalah sebanyak 18,446,744,073,709,551,615 yang akan memenuhi keseluruhan negara mereka pada kedalaman 5 tingkat!\n\nDan jika setiap butir beras disusun membentuk satu garisan panjang, ia akan memanjang dari bumi ke matahari, melintasi orbit planet jauh ke galaksi yang didiami Alpha Centauri 4 tahun cahaya jauhnya, balik ke bumi, balik ke Alpha Centauri dan balik ke bumi semula.\n\nMenyedari bahawa sang raja tidak akan mungkin membayar jumlah beras sebanyak itu, dan tidak mahu meletakkan kerajaannya dalam hutang yang mustahil besarnya, si pencipta catur kemudian dilantik menjadi penasihat raja (dalam versi lain dia dibunuh kerana mempermainkan raja, terpulang versi mana satu anda nak cerita pada anak anda).\n\nPengembangan Eksponen\n\nKisah di atas memberikan kita pengajaran tentang pengembangan eksponen.\n\nEksponen adalah berapa banyak kali kita mendarabkan suatu nombor. Contohnya 28 bermaksud 2 didarab 8 kali = 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 = 256 \n\nUntuk mengetahui berapa banyak bilangan beras pada petak ke 64, kita boleh saja mengira satu persatu:\n\nDi mana T64 merupakan jumlah keseluruhan butir beras. \n\nAtau ia boleh diselesaikan dengan lebih mudah menggunakan \n\nApabila digrafkan, fungsi 2x ini mempamerkan satu situasi yang menarik.\n\n Graf tersebut bermula landai. Pada mulanya menaik sedikit, tetapi apabila nilai x semakin membesar ia kemudian meroket naik.\n\nApabila nilai x lebih meningkat ia naik dengan lebih laju sehingga seperti satu garisan tegak!\n\nIni menunjukkan satu pengembangan eksponen meningkat mendadak dengan sangat ekstrim.\n\nPengembangan Ekstrim Pasti Akan Terbatas\n\nTapi pengembangan ekstrim eksponen ini sukar dicapai di dunia nyata, sebab ia tidak dapat ditampung. \n\nSi pencipta catur itu sudahnya tetap tidak akan dapat dibayar jumlah beras yang dikehendaki kerana beras sudah lama habis! Ia telah mencapai had batasan matematiknya, jadi pengembangan itu akan perlahan, atau berhenti mendatar.\n\nMacam tu jugalah dengan kisah pengembaraan udara. Pada tahun 1900 alat pengangkutan udara masih belum dicipta. Tapi apabila alat penerbangan dihasilkan, manusia mula berlumba \u2013 lumba untuk memecahkan rekod kelajuan penerbangan.\n\nPada mula era penerbangan, kelajuan meningkat secara linear. Tapi kemudian pada tahun 1950 \u2013 an, graf meningkat secara eksponen! Wah ini mengujakan, mungkin kita akan berjaya cipta pengangkutan selaju teleportasi! Tapi kemudian graf tersebut menurun dan mendatar, dan mencapai kemuncak pada tahun 1976.\n\nIya, betul, rekod kelajuan udara oleh SR \u2013 71 Blackbird masih belum dipecahkan sehingga kini. Dahsyat kan?\n\nPenyebaran Wabak Secara Eksponen\n\nAntara kerisauan yang melanda adalah penyebaran wabak penyakit juga boleh berkembang dengan sangat cepat sehingga membentuk graf eksponen.\n\nKatakan seorang pesakit dijangkiti wabak X. Dia kemudian menjangkiti seorang lagi. 2 orang itu menjangkiti 2 orang lagi. 4 orang itu kemudian menjangkiti lagi 4, 8 orang menjangkiti 8 dan penyebaran terus tersebar laju secara eksponen.\n\nTapi secara realitinya, penyebaran wabak tidaklah secepat itu. Ada yang imun, mungkin minggu itu pesakit tidak keluar rumah.\n\nJadi bagaimana jika kadar penyebaran tersebut adalah 20% setiap hari? Katakan bilangan orang yang dijangkiti meningkat sebanyak 20% setiap hari, iaitu kadar penyebaran sebanyak 0.2.\n\nMaksudnya jika hari ini bilangan kes adalah 1000, esoknya 200 lagi akan dijangkiti. Jika hari ini bilangan kes 10 000, esoknya 2000 lagi akan dijangkiti.\n\nSekarang, katakan dalam satu bandar kecil ada 10 000 orang. Pada hari 0, ada seorang yang dijangkiti satu penyakit misteri berjangkit, ini graf yang dihasilkan.\n\n Anda semua nampak masalahnya? Pada hari ke 30 risikonya nampak kecil, dan tak ada siapa yang ikut nasihat Kementerian Kesihatan untuk duduk di rumah. \n\nTapi kemudian, tanpa apa \u2013 apa perubahan pada kadar jangkitan, jumlahnya meletus naik secara mendadak. Itulah pengembangan eksponen. Situasi rasa macam elok sehinggalah segalanya terlambat.\n\nTapi bagaimana jika kita berjaya mengurangkan kadar penyebaran kepada 0.19? Ia kecil saja berbanding dengan 0.2 sebelum ini. \n\nTapi setelah 45 hari, perbezaannya adalah sebanyak 2645 orang! Itulah pengajaran dengan pengembangan eksponen, setiap perubahan walaupun sedikit sangat membantu. Lambat laun, graf tersebut akan mendatar semula apabila pesakit mulai pulih beransur \u2013 ansur.\n\nMoralnya adalah usaha setiap orang, terutama sekali pada awal \u2013 awal penyebaran wabak adalah sangat membantu. Anda basuh tangan, menjarakkan diri adalah tindakan superhero yang menyelamatkan dunia!" "Bagi membantu rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melancarkan kempen \u2018Sila Duduk Di Rumah Dan Baca Buku\u2019.\n\nBerikut adalah cara meminjam buku digital secara percuma daripada laman web Perpustakaan Negara Malaysia.\n\nBuka Laman Web pnm.elib.com.my\n\nDaftar\n\nSemak emel, aktivasikan akaun anda\n\nPilih buku\n\nKlik reserve / tempah\n\nTunggu notifikasi emel, boleh baca\n\nSelamat membaca! Manfaatkan waktu di rumah!\n\nKredit: Ummu Faqih" "Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang berjumlah RM 250 billion yang dikatakan mampu memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Pakej rangsangan dengan cara pemberian baucer tunai ini, yang pertama kali dipelopori oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato Seri Najib Razak ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat.\n\nTapi pernah tak anda semua terfikir, kenapa kerajaan bagi duit dalam bentuk tunai? Apa kesan pemberian ini kepada ekonomi, sebenarnya?\n\nMenggunakan idea Makcik Kiah yang meniaga goreng pisang dan tinggal di rumah PPR di Desa Tun Razak. Pendapatan bulanan Makcik Kiah, di waktu musim wabak dan ketikamana orang ramai sedang berkurung di rumah ini sudah pastinya terjejas, maka Makcik Kiah layak mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM1,600, kerana pendapatan keluarganya kurang dari RM4,000 sebulan.\n\nMaka sekarang, kita bermula dengan wang yang diberikan oleh kerajaan kepada Makcik Kiah, yang berjumlah RM1,600.\n\nKatakan Makcik Kiah berniat untuk menyimpan 40% dari wang yang dia dapat, dan menggunakan 60% lagi baki wang yang diberikan kepadanya untuk membeli barang keperluan. Maka soalan saya : Berapa banyak jumlah wang yang telahpun digunakan oleh Makcik Kiah?\n\nJawapannya, 60%\ndaripada RM1,600 adalah RM960. Makcik Kiah telahpun membelanjakan RM960 dari\nwang yang dia perolehi, dan dia belanjakan ke kedai Pak Man.\n\nKini, Pak Man\nmendapat pendapatan RM960 hasil daripada perbelanjaan Makcik Kiah itu tadi.\nKatakan, sama seperti Makcik Kiah, Pak Man juga menyimpan 40% dari\npendapatannya, dan membelanjakan 60% pendapatannya ke dalam ekonomi tempatan.\nIni bermakna, 60% dari RM960 tadi akan disuntik semula ke dalam ekonomi, dan\nnilai wang ini adalah RM576 yang akan dibelanjakan.\n\nUntuk kes yang\nseterusnya, Pak Man membelanjakan RM576 ini ke kedai Uncle Muthu, dan wang ini\nkemudiannya bertukar menjadi pendapatan Uncle Muthu. Kini, Uncle Muthu\nmeneruskan idea yang sama seperti Makcik Kiah dan Pak Man, menyimpan 40% wang\npendapatannya dan menggunakan 60% untuk berbelanja, hal ini akan menjadikan\nperbelanjaan Uncle Muthu sebanyak 60% dari RM576, iaitu RM345.60.\n\nJika anda dapat menangkap contoh yang telah saya berikan, contoh ini mempunyai satu corak yang konsisten. Katakan wang yang diterima pada asalnya berjumlah RM1,600, dan kemudian digunakan secara konsisten sebanyak 60% untuk perbelanjaan, kita boleh menulis perbelanjaan ini dalam bentuk matematik\n\ndan sekiranya trend ini diteruskan oleh orang-orang selepas mereka, dengan konsisten menyimpan 40% dari pendapatan dan 60% dari pendapatan itu mereka gunakan untuk berbelanja, kita boleh mengira jumlah transaksi wang yang terhasil, atau wang yang telah \u201cberpindah tangan\u201d.\n\nJumlah wang yang telah digunakan oleh ahli masyarakat\n\n=RM960+RM576+RM345.60+?\n\nSekiranya\nanda pernah belajar Matematik Tambahan sewaktu di tingkatan 5, anda mungkin perasan\nbahawa \u201cJumlah wang yang telah digunakan\noleh ahli masyarakat\u201d ini\u00a0 sebenarnya\nmerupakan sebahagian daripada Turutan (Series),\ndan ia merupakan satu Turutan Geometrik (Geometric\nProgression) dengan nisbah, r (ratio) antara terma adalah 0.6 dan terma\npertama, a adalah RM960.\n\nMenggunakan formula Turutan Geometrik, saya mampu mengira jumlah wang yang telah digunakan,\n\nPerbandingan\n\nBaiklah. Sekiranya anda sedar, wang yang mula-mula diberi kepada Makcik Kiah adalah sebanyak RM1,600, namun hasil dari perbelanjaan Makcik Kiah dan orang ramai yang konsisten menggunakan 60% dari wang yang mereka terima, jumlah wang yang telah digunakan dan dipusingkan dalam putaran ekonomi setempat telah bertambah menjadi RM 2,400. Eh, apa ni? Silap mata ke?\n\nDalam\nekonomi, fenomena ini dipanggil sebagai Pengganda Pendapatan (Income Multiplier). Dalam bidang\nMakroekonomi, pengganda pendapatan ini merujuk kepada kebolehupayaan wang\n(dalam kes ini RM1,600) untuk berfungsi dengan nilai yang lebih besar dari\nnilai asalnya (dalam kes ini RM800 lebih dari nilai asalnya) dalam aktiviti\nekonomi.\n\nPengganda\nPendapatan ini pertama kali diperkenalkan oleh Richard Kahn pada tahun 1930,\ndan merupakan salah satu tunjang utama kepada salah satu model teori ekonomi\nyang dipanggil Ekonomi Keynasian (Keynesian Economics Theories). Secara\numumnya, pengganda Keynasian (Keynasian\nMultiplier) ini bertujuan untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi,\nsekaligus merancakkan dan memacu ekonomi setempat. \n\nMungkin\nmodel Keynasian ini adalah model sama yang sedang digunakan oleh Perdana\nMenteri kita dalam menangani masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat \u2013\npeniaga tidak mampu berniaga, orang ramai sendiri sedang takut untuk\nberbelanja, dan lebih tertumpu untuk menyimpan wang buat jaminan masa depan.\n\nHal\nyang baru diperkatakan ini juga sebenarnya menunjukkan salah satu kelemahan\nyang wujud dalam model ekonomi Keynasian. Dalam kes yang telah kita bincangkan,\nkita melihat peri pentingnya orang ramai untuk terus menggunapakai wang \u2013 bagi\nmembolehkan wang tersebut bergerak dalam pusingan ekonomi tempatan. Sekiranya\npergerakan wang tersebut terputus (salah seorang ahli masyarakat bertindak\nmenyimpan 100% wang yang dia dapat), wang tersebut tidak dapat membawa nilai\nyang lebih kepada aktiviti ekonomi masyarakat setempat, dan ini mungkin\nmenjejaskan hasrat awal kerajaan menyuntik wang tersebut.\n\nSatu\nlagi kelemahan dalam model ini adalah putaran wang yang dianggap akan berlaku\n100% dalam komuniti tempatan. Hal ini adalah dalam situasi ideal, sedangkan\nsekiranya kita bersikap realistic, suka atau tidak, wang kita akan \u201cterkeluar\u201d\ndari putaran ekonomi tempatan, sama ada apabila kita membeli barangan luar\nnegara (dalam kes ini, duit tersebut akan \u201cbocor\u201d ke luar negara) ataupun\napabila warga asing mendapat wang tersebut dalam transaksi jual beli dan\nkemudian menghantar wang tersebut ke luar negara (sekali lagi, duit kita\n\u201cbocor\u201d ke luar negara).\n\nDalam\nkes ini, antara nasihat yang perlu kita amalkan adalah jangan berhenti\nberbelanja secara drastik, kerana dalam rezeki anda mungkin ada rezeki orang\nlain. Sebaliknya siapkan sebahagian dari pendapatan anda untuk simpanan, dan\nsebahagian lagi untuk perbelanjaan, dan sewaktu berbelanja, belilah barangan\nbuatan Malaysia. Anda akan membantu bukan hanya seorang dua masyarakat\nMalaysia, bahkan anda juga sebenarnya sedang membantu Malaysia sendiri, dari\nsegi ekonomi.\n\nSekian.\n\nP/s:\nTulisan ini adalah sekadar oversimplification\nkepada Teori Ekonomi yang sebenar. Artikel ini sesuai dibuat bacaan umum\nsahaja, dan bukan diambil sebagai satu kerja yang layak dibuat sebagai rujukan\nkhusus.\n\nRujukan:\n\nPakej Rangsangan Ekonomi ke-2 oleh Perdana\nMenteri Malaysia YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin \u2013 https://www.facebook.com/watch/?v=262613064737421&external_log_id=ffe8b298227bda2a6d9fc00ab303fe8e&q=muhyidin\n\n\u201cWhat is the Keynesian multiplier?\u201d, oleh\nThe Economist https://www.economist.com/the-economist-explains/2016/09/07/what-is-the-keynesian-multiplier\n\n\u00a0\u201cWhat is an Income Multiplier?\u201d, oleh Steve\nLander \u2013 https://finance.zacks.com/income-multiplier-10007.html\n\n\u201cWhat is Keynesian Multiplier?\u201d, oleh\nAndrew Beattie \u2013 https://www.investopedia.com/ask/answers/09/keynesian-multiplier.asp\n\n\u00a0\u201cGeometric\nProgression, Series & Sums.\u201d \u2013 http://mathematics.laerd.com/maths/geometric-progression-intro.php" "Menyoroti artikel bagaimana Bumi menjadi Bumi yang kita kenali sekarang, korang pernah tertanya tak, macam mana hidupan pertama muncul di atas Bumi? Dalam artikel kali ini, kita akan kembara semula ke Bumi kuno berusia 3.4 Billion tahun dahulu untuk mengenali kehidupan yang pertama menawan Bumi.\n\nBukti hidupan awal\n\nKalau korang dah baca artikel-artikel sebelum ni (kalau belum baca pi la baca dulu), Australia semestinya tidak asing penemuan geologi kuno misalnya mineral zircon dan juga kali ini di Strelley Pool, Australia Barat, hidupan yang kelihatan seperti tergumpal, bebola dan bebatang disyaki merupakan antara bakteria kuno yang menjadi permulaan episod penaklukan Bumi oleh organisma hidup. Penemuan ini ialah oleh Martin Brasier seorang ahli palaeobiologi (palaeo = kuno) daripada University of Oxford, UK, di mana fossil ini dijumpai di dalam batu \u201cchert\u201d pada tahun 2011.\n\nPenemuan ini telah menggembirakan sangat ramai pengkaji hidupan awal kerana telah lama tiada kajian baru yang menggegarkan dunia palaeobiologi. Namun begitu, soalan yang lebih menarik untuk kita jawab ialah bagaimana sebenarnya organisma ini muncul di muka Bumi dan kenapa hidupan wujud. \n\nSel proto Dalam\ndunia biologi, semua bersetuju bahawa organisma yang hidup seharusnya diperbuat\ndaripada suatu komponen yang dikenali sebagai protein. Protein ini pula\ndiperbuat daripada asid amino. Untuk menghasilkan asid amino pula, asid\ndeoxyribonucleic (DNA) & asid ribonucleic (RNA) pula diperlukan. Jadi untuk\nmenjawab soalan bagaimana organisma pertama muncul di atas muka bumi, kita\nseharusnya menjawab bagaimana DNA & RNA dapat dihasilkan lantas\nmenghasilkan sel proto (sel pertama).\u00a0\u00a0 \n\nEksperimen Miller-Urey\n\nPada tahun 1952, Stanley Miller dengan bantuan Harold Urey daripada University of Chicago telah melakukan suatu eksperimen untuk membuktikan teori-teori yang dahulunya digembar-gemburkan oleh para pengkaji. Tak macam penggembar-gembur tersebut, Miller-Urey mengambil keputusan untuk \u201cWalk the talk\u201d. \n\nMereka\nmenggunakan gas dan molekul yang sepatutnya wujud sebaik sahaja Bumi ini sesuai\nkeadaannya iaitu ammonia, metana, wap air, dan hydrogen. Tambahkan haba,\ntambahkan cas elektrik dan voila! Terhasillah suatu molekul yang dipanggil asid\namino.\n\nDengan\nberjayanya eksperimen Miller-Urey ini, telah membuktikan bahawa teori-teori\ndulu bukan sekadar sembang. Terdapat dua teori yang terkenal dan diterima, yang\nmenggunakan konsep \u201cprimordial soup\u201d atau sup purbakala iaitu: Seperti\nyang Miller-Urey telah buktikan, untuk menghasilkan asid amino kita memerlukan\nhaba, bahan-bahan organik dan cas elektrik. Di beberapa kolam hydrothermal\ndunia, kita dapat menyaksikan terdapat pelbagai jenis bakteria wujud\ndisekelilingnya. Kolam-kolam ini mendapat haba daripada gunung berapi\nberdekatan dan bahan organik daripada kandungan Bumi. Macam mana nak dapat cas\nelektrik? Benda ni saintis hanya menduga-duga, mungkin daripada guruh dan petir\nyang akhirnya memancar ke kolam ini dan akhirnya, semua terletak kepada\nkebarangkalian dan nasib. Memang\nzaman dahulu berbeza sedikit kondisi dengan zaman sekarang, tetapi mengikut\nprinsip Charles Lyell, \u201cThe present is the key to the past\u201d atau zaman sekarang\nadalah kunci kepada zaman lampau merupakan prinsip yang terbaik mampu para\nsaintis pegang. Tambahan pula, air kolam cetek hydrothermal yang mampu untuk\nmenghalang sinaran ultra-violet (UV) mampu untuk memelihara asid amino yang\nsangat mudah dinyahaslikan (denature) oleh UV dan oksigen.\n\nTau tak, dekat\nbawah laut, ada terdapat beberapa cerobong yang menghubungkan kandungan Bumi\ndan laut? Kalau tak tau ni sebab korang banyak sangat tengok Spongebob.\nTolonglah hidup dalam reality okay? Tapi takpe, sebab cerobong ni pun baru\nditemukan pada abad ke-20. Jadi aku maafkan korang. \n\nCerobong ni\nmempunyai haba dan molekul yang penting bagi mencukupkan resipi untuk hadirnya\nkehidupan. Tapi, satu jawapan yang tak dapat dijawab ialah dari mana datangnya\ncas elektrik? Ini belum dapat dijawab dengan konkrit oleh para saintis.\n\nNamun begitu,\njawapan ini adalah lebih disukai oleh para saintis kerana kebanyakan fossil\nyang dijumpai adalah berasal daripada laut. \n\nEh? Tadi cakap\nada dua jawapan, kenapa hang tetiba bagi yang ketiga??\n\nHaaa, jawapan di atas tu semua yang muncul DARI Bumi. Sekarang ni muncul dari angkasa lepas. Ada je saintis yang skeptikal dengan jawapan-jawapan di atas, jadi mereka kata nak selamat, asid amino yang datang semua daripada angkasa lepas, sama seperti semua elemen yang terdapat di muka Bumi. TAPI *amboi besaqnya tapi dia*, jawapan yang paling selamat ni pun tak lagi menjawab soalan pokok yang kita semua ternanti-nanti:\n\nMacam mana\nsebenarnya kehidupan sebenaqnya terhasil? *lagu x-files*\n\nKonklusi Pada\ntahun 2019, Dr. Sean Jordan daripada Genetik, Evolusi dan Alam Sekitar\nUniversity College London telah menyatakan bahawa sokongannya terhadap teori\nkehidupan muncul daripada cerobong hidrothermal. Namun begitu, pada hujungnya,\nbeliau sendiri pun mengaku bahawa, tiada siapa di dunia ini tahu secara mutlak\nbagaimana kehidupan berlaku walaupun eksperimen Miller-Urey berjaya, kerana\ntiada siapa pun yang boleh menunjukkan bahawa apa yang berlaku dalam eksperimen\nMiller-Urey berlaku pada zaman pertama kali asid amino tercipta. Apa-apa\npun, kita haruslah belajar daripada kesungguhan saintis-saintis ini untuk\nmenemukan kebenaran *sebut macam Papazola*. Tapi satu yang kena ingat! Diorang\nni carik kenapa hidup ni terjadi untuk menjawab persoalan \u201cApa tujuan aku\nhidup?\u201d. \n\nIslam dah menjawab soalan ini dengan jelas:\n\n\u201cDan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman\nkepada Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di Bumi.\nMereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di Bumi itu orang yang akan\nmembuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan\nmemuji dan mensucikanMu? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu\ntidak tahu.\u201d Al-Baqarah, 2:30\n\n\u201cDan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan\nmanusia melainkan untuk menyembah kepada-Ku\u201d \u2013 Adz-Dzariyat\u00a0 51:56\n\n\u00a0\u201cYang\nmenciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang\npaling baik amalannya.\u201d Al-Mulk 67:2\n\nWallahua\u2019lam.\n\nRujukan:" "Kalau korang (pernah) main videogame, korang pasti pernah mengalami keadaan di mana nilai FPS perisian tersebut menjadi rendah, seperti 12 FPS, 8 FPS. Pergerakan dalam game tersebut menjadi perlahan, tersekat \u2013 sekat, tak responsif, korang kalah game tersebut, komputer korang mula berbunyi macam menjerit, sebelum akhirnya ia mati dan korang sedar korang tak save lepas dah main dua jam.\n\nTapi bila korang naiktaraf komputer korang, nilai FPS itu kini tinggi setinggi 60 FPS, dan kini semuanya bergerak dengan sangat licin dan responsif.. Sebelum korang kemudian tetap kalah berkali \u2013 kali dan akhirnya sedar bukan salah FPS, memang korang tak pandai main.\n\nFPS\n\nJadi FPS ni apa? Mudahnya FPS, Frame per second ataupun bingkai per saat adalah jumlah bingkai gambar yang ditunjukkan dalam masa satu saat. Lantas, sama dengan namanya.\n\nAnimasi digital yang kita lihat adalah satu ilusi, di mana pergerakan yang kita lihat dalam skrin sebenarnya bukanlah pergerakan, tetapi merupakan siri \u2013 siri gambar yang dimainkan begitu cepat dalam masa satu saat.\n\nMata kita dapat mengecam pergerakan apabila siri \u2013 siri gambar tersebut dipamerkan sebanyak paling kurang 12 kali dalam masa satu saat. Lagi kurang daripada itu, kita cuma akan melihat siri gambar berasingan yang terputus \u2013 putus. \n\nLagi tinggi nilai FPS, lagi licin pergerakan yang kita akan lihat, sebab lagi banyak bingkai gambar yang dipamerkan dalam masa satu saat. \n\nBerikut adalah nilai \u2013 nilai FPS dan penggunaannya:\n\nMenangkap Pergerakan\n\nSelain daripada memaparkan ilusi pergerakan yang licin pada skrin, FPS juga digunakan untuk kita menangkap dan merakam pergerakan dalam kamera.\n\nPada selang setiap bingkai / frame pada rakaman video, akan terdapat \u2018jurang\u2019 pergerakan. Contohnya, cuba lihat rakaman orang berjalan di bawah:\n\nSekarang kita tetapkan video tersebut pada FPS yang berbeza, 1 FPS, 10 FPS dan 30 FPS. Kemudian kita lihat jarak jurang selang satu bingkai pergerakan.\n\nJadi kita dapat perhatikan jurang jarak untuk satu bingkai adalah jauh bagi 1 FPS, tetapi lebih rapat untuk 10 FPS dan 30 FPS. Hal ini kerana dalam kadar 1 FPS, selang antara satu bingkai adalah sebanyak 1 saat dan pak cik itu dah bergerak jauh, manakala bagi 10 FPS selang antara satu bingkai adalah cumalah sebanyak 0.1 saat dan untuk 30 FPS selang antara satu bingkai adalah cumalah sebanyak 0.03 saat, pakcik itu cuma dapat bergerak dalam jarak yang kecil.\n\nNilai FPS yang tinggi adalah penting bagi merakam objek yang laju. Contohnya, siri orang berlari di bawah:\n\nDengan nilai FPS yang rendah seperti 1FPS, subjek telahpun keluar daripada pandangan pada bingkai kedua. Jadi semakin laju objek, semakin besar nilai FPS yang diperlukan untuk merakam pergerakan objek tersebut.\n\nJadi dunia kita berapa FPS?\n\nSetelah diterangkan mengenai konsep FPS, maka sekarang satu soalan yang menarik timbul.\n\nDunia kita berapa FPS?\n\nHm. Pertama sekali, pertanyaan ni mungkin tak berapa kena, sebab dunia kita bukanlah dunia digital (kita bukan hidup dalam dunia matrix . kan?). Dunia kita bukan terdiri daripada frames, jadi anggapan bahawa konsep FPS terpakai dalam dunia kita adalah tidak masuk akal.\n\nJika difikirkan, setiap pergerakan dalam dunia kita mana boleh ada jurang \u2013 jurang pergerakan macam rakaman digital. \n\nBayangkan kita gerakkan jari dari kiri ke kanan. Jari kita bergerak, dan mengisi ruangan udara sepanjang pergerakannya. Dari kiri ke kanan, pergerakan jari tersebut mestilah licin dan tiada jurang pergerakan. Sebab tak mungkin jari itu \u2018teleport\u2019 dan meninggalkan ruang yang tak diisi oleh jari. \n\nJadi sekarang apa kata kita ubah soalan? Memandangkan pergerakan di dunia sebenar mestilah licin dan tiada jurang pergerakan macam rakaman digital;\n\nBerapa nilai FPS paling tinggi yang kita perlukan untuk merakam sepenuhnya pergerakan di dunia sebenar tanpa ada langsung jurang pergerakan?\n\nBayangkan kita ada teknologi yang bolehkan kita bina kamera dengan nilai FPS yang sangat \u2013 sangat tinggi. Setakat ini, nilai FPS tertinggi oleh sebuah kamera adalah sebanyak 10 Trillion FPS ( \u00a010,000,000,000,000 FPS)! oleh kamera T-CUP yang membolehkannya merakam cahaya laser pada kelajuan slow \u2013 mo dengan skala sekecil femtosaat (1/1,000,000,000,000,000 saat) !\n\nJadi dengan nilai FPS yang lebih besar kita boleh kecilkan lagi jurang pergerakan:\n\nOk. pergerakan semakin licin dan jurang pergerakan tampaknya semakin kecil. Tapi masih ada jurang pergerakan. Sekali lagi, takkan jari kita \u2018teleport\u2019 dan tak mengisi ruang tersebut?\n\nMaka kita menambahkan lagi bilangan FPS untuk merakam pergerakan. Ini dengan FPS yang lebih, lebih tinggi.\n\nHmmm dengan nilai FPS yang lebih, lebih tinggi pun. masih ada .. jurang pergerakan.\n\nLalu kita sedari bahawa walau kita menaikkan FPS kamera setinggi mana pun, masih tetap akan berlaku jurang pergerakan walaupun sekecil atom. Dan ketika itu, mungkin ketika nilai FPS telahpun mencapai quadrillion FPS, dan kos kamera tersebut telahpun setinggi hutang dunia, kita akan tertanya:\n\n\u201cEh jap, ada ke pergerakan yang paling kecil dalam dunia ni? Ada ke had batasan FPS untuk aku rakam keseluruhan pergerakan mudah jari gerak dari kiri ke kanan?\u201d\n\nUntuk soalan ini ada dua kemungkinan:\n\nJadi yang mana satu? Malangnya untuk setiap pilihan ini terdapat masalah besar. Terdapat paradoks pergerakan yang menghantui manusia selama ribuan tahun, iaitu Paradoks Zeno. Oh tidak, malang bagi mereka yang terpaksa berkenalan dengan paradoks ini.\n\nParadoks Pergerakan ini pernah dikemukakan oleh ahli falsafah zaman Yunani, Zeno of Elea, yang ada orang kata memang gila. Dan sememangnya dia terkenal kerana mengemukakan pemikiran \u2013 pemikiran pelik yang rasanya hanya difikirkan orang yang otaknya weng. Masalahnya. orang tak dapat bantah pemikiran Zeno ni walaupun oleh kepala \u2013 kepala yang paling bijak dalam sejarah.\n\nDalam satu paradoksnya, Zeno membuktikan bahawa \u2018pergerakan dan kelajuan cumalah ilusi yang sebenarnya tak wujud\u2019. Err hah? Itu merepek dan tak masuk akal! .. Jadi jom kita dengar apa hujahnya.\n\nMari kita semak pilihan yang ada, dan nilai mana yang mungkin betul.\n\nPilihan 1: Ada Pergerakan Paling Kecil! Tapi.\n\nKatakan. kita anggap dunia ni sememangnya miliki satu jarak paling kecil yang merupakan had batasan terakhir untuk kita zoom in. Lebih kecil daripada itu, tiada pergerakan yang boleh didaftarkan.\n\nApa agaknya jarak paling kecil tersebut? Calon yang paling berkemungkinan boleh jadi adalah Panjang Planck, yang dinamakan sebagai unit kepanjangan paling kecil oleh Guinness World Records, iaitu sekecil 1.6 x10-35\u00a0m. Kecil macam tu? Sangat sangat kecil. Kita susah nak bayangkan pun. Kalau kita ambil sebiji atom, dan besarkannya sebesar alam semesta tampak, panjang planck adalah sebesar sebuah pokok.\n\nHukum fizik runtuh apabila kita mengembara ke alam yang lebih kecil daripada Panjang Planck, jadi mungkin inilah jarak paling kecil yang boleh dilalui oleh semua benda dalam alam semesta?\n\nTapi .. kalau betullah memang ada pergerakan yang paling kecil, dan tak ada jurang pergerakan yang lagi kecil daripada ini walaupun kita zoom in, ada satu masalah ..\n\nMaksudnya pergerakan dan kelajuan ni tak wujud.\n\nHah?\n\nJika betul Panjang Planck adalah jarak paling kecil, maksudnya setiap objek yang bergerak sebenarnya cuma bergerak dengan melompat dari satu Panjang Planck kepada panjang planck yang lain. Panjang Planck ni jadi macam satu bingkai gambar dalam perisian animasi kita. Bermakna, dunia kita pun terdiri daripada siri \u2013 siri gambar yang dimainkan dengan jarak satu panjang Planck sebagai keyframe pergerakan. \n\nDan seperti yang kita bincangkan awal tadi . animasi bukanlah pergerakan.. Ia cumalah satu ilusi kerana hakikatnya ia terdiri daripada gambar \u2013 gambar yang dimainkan dengan kelajuan FPS yang cepat. Setiap gambar itu tidak bergerak. Tidak bergerak + tidak bergerak + tidak bergerak = tidak bergerak. \n\nJadi jika pada setiap panjang planck setiap objek sebenarnya tidak bergerak, maka kesimpulannya tiada apa sebenarnya yang bergerak dalam dunia ini.\n\nTak Ada Pergerakan Paling Kecil! Dunia Kita Infiniti Kecil!\n\nSatu lagi anggapan yang kita boleh ambil tentang dunia kita adalah tak ada benda yang paling kecil. Setiap kali kita zoom in, akan sentiasa ada benda yang lebih kecil yang kita boleh zoom tanpa batasan.\n\nJadi ini mungkin boleh menyelesaikan masalah tiada pergerakan daripada pilihan pertama. \n\nTapi ini membuka pada satu paradoks baru . yang lebih memeningkan. Bersedia ya.\n\nJika kita menganggap bahawa dunia kita infiniti kecil, maka tak ada benda yang boleh bergerak dalam dunia.\n\nOk sabar \u2013 sabar, jangan bergerak keluar daripada artikel ni dulu. Agak menarik ni.\n\nSekali lagi, masalah ini dikemukakan oleh Zeno dalam Paradoks yang dipanggil Paradoks Dichotomy. Paradoks ini ada dua versi , satu yang dipanggil progresif, dan satu lagi regresif.\n\nParadoks Dichotomy Progresif.\n\nBayangkan korang dikehendaki berlari dari garisan mula sehingga garisan penamat. Sebelum korang sampai ke garisan penamat, korang kena berlari 1/2 trek dulu. Kemudian korang berlari separuh lagi trek yang tinggal, iaitu 1/4 daripada jarak ke garisan penamat. Kemudian korang kena bergerak separuh lagi trek yang tinggal (1/8), separuh lagi (1/16), separuh lagi (1/32), separuh lagi (1/64). Dan disebabkan ada seinfiniti jarak yang boleh dibahagi separuh, korang takkan boleh sampai ke garisan penamat walaupun korang berlari selamanya.. HAAHHHHH????\n\nParadoks Dichotomy Regresif. \n\nParadoks ini terbalik dengan Progresif. Sebelum korang sampai pada garisan penamat, korang kena berlari 1/2 trek dulu. Sebelum korang lari 1/2 trek, korang kena lari 1/4 trek dulu. Sebelum itu, korang kena lari 1/8 trek , dan korang kena lari dulu lagi separuh, lagi separuh. Dan disebabkan ada infiniti separuh jarak yang korang kena lalui untuk mulakan pergerakan, korang tak boleh mula bergerak pun!\n\nDan inilah masalah kalau kita anggap dunia kita seinfiniti kecil!\n\nPenyelesaian Paradoks Milenia Ini\n\n.. Rasanya ramai antara anda yang mungkin menggaru kepala tak sabar melempar telefon pintar (atau pc) keluar tingkap.\n\n\u201cDah apa gilanya mamat ni kata pergerakan tak wujud, tak boleh lari ke garisan penamat bagai? Hang pergi je la lari, confirm la sampai! Selesailah masalah pergerakan ni!\u201d\n\nYa benar, memang \u2018paradoks\u2019 ini merepek dan tak masuk akal. Jadi pastilah senang saja ia dibantah dan dibuktikan salah betul?\n\n.. Masalahnya tidak. Otak \u2013 otak terhebat dalam sejarah tak mampu memberi penyelesaian memuaskan terhadap masalah pergerakan yang dikemukakan Zeno. Macam mana kita boleh melengkapkan seinfiniti jarak dalam satu masa? Kalau ketika anak panah dilepaskan, ia terdiri daripada waktu \u2013 waktu (moments) yang ia tak bergerak, jadi macam mana ia bergerak?\n\nTidaklah sehingga 2000 tahun selepas paradoks ini dikemukan barulah jawapan yang konklusif berjaya diketengahkan. Iaitu tidak lain tidak bukan dengan menggunakan matematik moden, dengan senjata ampuh yang diberi nama kalkulus. \n\nKesalahan Zeno adalah dengan menganggap 1/2 + 1/4 + 1/8 + 1/16 .+ (1/2)^n + .. sehingga infiniti adalah . infiniti. Pada zaman dulu, matematik belum cukup dikembangkan untuk menjawab pengiraan ini.\n\nNamun dengan kalkulus yang dibangunkan pada akhir abad ke 17, akhirnya kita mendapati bahawa hasil tambah siri tak terhingga ini sebenarnya mencapah kepada satu nilai iaitu 1. Ia dinamakan sebagai siri geometrik menumpu.\n\nHasil tambah siri tak terhingga geometrik yang menumpu ini ditunjukkan dengan persamaan di bawah:\n\nDengan jarak kepanjangan sebenar siri geometrik ini jelas menumpu kepada nilai 1.\n\nBermakna dengan kita berlari separuh trek + separuh lagi + separuh lagi sehingga infiniti kali, kita akhirnya akan dapat melengkapkan panjang satu trek larian! Bukan infiniti! Ini dibuktikan dengan matematik!\n\nItu penyelesaian bagi tanggapan bahawa dunia kita terdiri daripada infiniti kecil jarak. Bagaimana kalau kita anggap dunia ini terdiri daripada jarak yang paling kecil (pilihan pertama)? Adakah kelajuan tetap tak wujud sebab kita cuma terdiri daripada momen \u2013 momen yang tidak bergerak?\n\nJawapannya pilihan pertama juga tetap dapat dijawab dengan menggunakan fizik moden dan kalkulus.\n\nIaitu dengan kita memahami konsep kelajuan seketika (instaneous speed). Biasanya kelajuan dikira dengan jarak dibahagi masa. Tapi untuk dapatkan kelajuan seketika, masa itu kita kecilkan sehingga menghampiri 0. Dan ini diperoleh juga dengan kalkulus.\n\nBermakna, dengan tanggapan fizik moden, satu objek itu sebenarnya miliki kelajuan pada setiap momen, pada setiap snapshot masa. Kelajuan ini terkandung pada setiap objek dalam bentuk kelajuan seketika. \n\nMaka walaupun kita anggap dalam dunia ini kita bergerak semacam animasi, dari satu keyframe kepada satu keyframe, kelajuan tetap wujud!\n\nTugasan Super \u2013 Buat Infiniti Benda Dalam Satu Masa\n\nJadi itu sajalah penyelesaiannya bukan? Tertumpaslah Paradoks Pergerakan Zeno?\n\nEm.. Lebih kurang . Tidak juga. Sebab kita kini berhadapan dengan satu masalah baru. Ia kita kini beranggapan bahawa bagi setiap pergerakan yang kita lakukan, aktiviti yang kita buat, kita sebenarnya melakukan seinfiniti tugasan pada satu masa.\n\nHal ini dipanggil sebagai supertask \u2013 tugasan super.\n\nApabila kita menepuk tangan pada jarak 10 cm dalam masa satu saat, kita pertama kali perlu menggerakkan tapak tangan kita 5 cm, kemudian 7.5 cm, kemudian 9.9 cm, kemudian, 9.99 cm, kemudian 9.99999999999 cm, kemudian 9.999999999999999999... cm sebelum akhirnya entah macam mana kita berjaya melengkapkan tugasan infiniti tersebut dalam masa 1 saat.\n\nSesetengah ahli matematik dan ahli falsafah mengatakan bahawa inilah realitinya, memang kita sebenarnya membuat seinfiniti benda dalam satu masa.\n\nTapi ada juga yang mengatakan pemikiran macam ini tak masuk akal. Mustahil kita buat seinfiniti tugasan! Antara contoh menarik yang dikemukakan untuk menampilkan betapa tak masuk akalnya pemikiran ini adalah Lampu Thomson.\n\nBayangkan kita ada lampu yang tak menyala. Setelah 1 minit kita tekan suis menyala. Setelah 1/2 minit kita tutup suis. 1/4 minit kemudian kita hidupkan suis. 1/8 minit lagi kita matikan pula. Dan ini membentuk satu siri geometrik tak terhingga yang akhirnya tertumpu tamat pada minit ke 2. \n\nSoalannya, pada minit ke 2, lampu itu menyala atau tutup?\n\nJawapannya adalah, kita tak tahu. Sebab lampu itu akan terus menyala dan tutup secara infiniti kali, dan untuk tahu sama ada ia menyala atau tidak pada akhir siri infiniti itu, kita kena tahu apa bilangan terakhir pada siri infiniti itu. Jika bilangannya genap, maka ia tertutup, jika bilangannya ganjil, maka ia menyala. Masalahnya infiniti adalah tidak terhingga, tiada penamat, jadi kita tak tahu apa status lampu pada \u2018akhirnya\u2019 (tapi ia kena berakhir juga pada minit ke 2)..\n\nKesimpulan?\n\nJadi berbalik pada soalan asal: \u201cDunia kita berapa FPS?\u201d\n\nJawapannya .. kita tak tahu. Kita pertama kali kena tahu sama ada \n\nDan kita tak tahu jawapannya. Bagi setiap andaian, ada masalah masing \u2013 masing yang mencabar kefahaman kita terhadap realiti. Dan ini bukan masalah moden, ia adalah persoalan yang telah dikemukakan beribu \u2013 ribu tahun yang telah menghantui pemikiran manusia, waima sampai sekarang.\n\nTapi mungkin satu pengajaran yang kita boleh ambil adalah, akal manusia terhad. Apabila diperhalusi, kita sukar nak menerangkan waima benda yang paling mudah dalam hidup kita, macam mana sebenarnya kita bergerak daripada titik A kepada titik B? Adakah kita meloncat \u2013 loncat macam dalam perisian suntingan video, atau kita melengkapkan seinfiniti tugasan dalam satu masa?\n\nSudah pasti, boleh jadi tak perlu pun fikirkan benda ni. Membazir masa pening \u2013 pening fikir benda pelik macam ni. Lain lah kalau masa kau banyak kena kuarantin dalam rumah. Eh.\n\nDan satu pengajaran terbesar adalah, sebenarnya korang tak malas. Apabila korang baring atas dan bergolek dari kini ke kanan, korang sebenarnya telah menyempurnakan seinfiniti tugasan pada satu masa. Korang lah orang paling rajin dalam dunia!" "Ada satu cerita yang cukup popular yang buatkan ramai orang garu kepala, termasuk ahli matematik! Malah cerita ini dikatakan menggoyahkan dan mengorek lubang pada keseluruhan subjek matematik!\n\n\u201cKatakan dalam satu pekan hanya ada seorang tukang gunting. Tukang gunting tersebut mencukur semua lelaki dalam pekan tersebut yang tidak mencukur diri mereka, dan hanya mereka.\n\nJadi siapa yang cukur tukang gunting?\n\nCerita ini macam mudah dan ringkas, sehinggalah kita fikir lebih mendalam sikit.\n\nBila tukang gunting rambut itu cukur masalah, bila tak cukur pun masalah, maka dah pasti ini kedengaran seperti satu paradoks!\n\nHal ini dipanggil sebagai Paradoks Tukang Gunting (Barber Paradox), dan ia merupakan satu alternatif yang disandarkan kepada Paradoks Russell berkenaan teori set dalam matematik pada abad ke 20.\n\nBoleh ke satu set mengandungi dirinya sendiri?\n\nKatakan korang ada koleksi buah \u2013 buahan yang banyak. Ada epal, oren, pisang. sebab anda suka makan buah.\n\nSekarang depan anda ada beberapa kotak ; ada kotak yang dilabel \u2018buah warna merah\u2018, \u2018buah yang bukan bentuk bulat\u2018, \u2018buah tempatan\u2018.\n\nUntuk setiap kotak, ada buah yang layak masuk ke dalamnya, dan ada yang tak layak. Epal, rambutan layak masuk ke kotak \u2018buah warna merah\u2018, tapi buah oren tak layak (dah nama pun oren). Buah pisang tak layak masuk ke kotak \u2018buah yang bukan bentuk bulat\u2018 tapi buah limau layak.\n\nTapi kalau ada satu kotak yang dilabel \u2018buah\u2019, maka semua buah layak masuk ke kotak tersebut.\n\nKotak tersebut adalah dianggap satu set yang mengumpulkan koleksi benda \u2013 benda yang memenuhi peraturan tertentu.\n\nDalam matematik, set adalah antara asas utama yang membentuk apa yang kita panggil matematik. Kita ada set untuk segala nombor yang lebih besar dari 0, set untuk nombor bulat, set untuk nombor negatif..\n\nSemua benda dan konsep dianggap boleh dikategorikan dan dimasukkan dalam set.\n\nTapi boleh ke kita setkan set? Atau boleh ke satu set mengandungi dirinya sendiri? Jawapannya boleh!\n\nKatakan ada satu set yang mengandungi segala benda yang bukan buah. Set tersebut bukan buah, jadi set itu mengandungi dirinya sendiri. Atau dengan kata ahli, set itu adalah ahli untuk dirinya sendiri. \n\nTapi kemudian teori set ini runtuh apabila seorang ahli falsafah, Bertrand Russell mengemukakan satu masalah dan lubang besar teori set ini dalam bentuk satu persoalan:\n\n \u201cKatakan ada satu set yang mengandungi semua set yang tidak mengandungi dirinya. \n\nAdakah set itu merupakan ahli untuk dirinya sendiri?\u201d\n\nCuba anda fikir:\n\nPerkara terakhir yang kita mahu adalah satu benda yang merupakan asas utama matematik sebenarnya mengandungi percanggahan fatal! \n\nSoalan ini begitu menggegar dunia matematik sehingga ahli falsafah yang menghabiskan hidupnya mengembangkan teori set pengsan dan masuk ke hospital setelah mengetahui satu soalan ini \u2018membunuh\u2019 keseluruhan kefahamannya terhadap matematik.\n\nSekarang, paradoks ini telah miliki jawab balas yang menyelamatkan teori set. Antara lain adalah kita hanya boleh menggunakan dan menganggap wujud sesuatu objek yang terhad, pasti, dapat didefinisikan dan dapat dibina dengan prosedur yang jelas.\n\nJadi Apa Penyelesaian Paradoks Tukang Gunting?\n\nWalaupun asalnya paradoks tukang gunting dianggap merupakan alternatif kepada paradoks Russell, namun sebenarnya ia . bukan paradoks. \n\nMudahnya, cerita tukang gunting itu mengarut. Kita disuruh percaya bahawa ada satu pekan yang hanya ada satu tukang gunting yang hanya mencukur orang yang tak mencukur dirinya. Tukang gunting itu entah kenapa tak suruh orang lain cukur dirinya, atau pergi ke kedai gunting rambut pekan lain, atau tak membiarkan saja jambangnya tumbuh segar bugar tanpa dicukur!\n\nParadok hasil daripada cerita tukang gunting itu adalah satu bukti bahawa mustahil wujud situasi seperti yang diceritakan, ini dipanggil sebagai reductio ad absurdum. Disebabkan jika kita menerima premis awal cerita itu akan membawa kepada kesimpulan yang tak masuk akal, maka ia bukti bahawa premis asal itu salah.\n\nRujukan" "Melayu sememangnya terkenal dengan kelembutan dan kedalaman bahasa. Tak ramai yang sedar, tapi sebenarnya kehebatan dan kecerdasan pemikiran Melayu banyak dipantulkan dalam peribahasa, sehingga ia dianggap sebagai satu cabang ilmu yang genius. \n\nBanyak kajian bahasa moden terhadap peribahasa Melayu telah menemui mutiara kebijaksanaan tamadun Melayu terdahulu. Bagi satu peribahasa, terdapat banyak lapisan yang menghasilkan makna yang mendalam. Berikut adalah beberapa peribahasa yang setelah dibuat penilaian secara mendalam, ternyata menampilkan sisi genius orang Melayu.\n\nBagai Dedalu Api Hinggap Ke Pohon Kayu\n\nPeribahasa ini membawa maksud \u201corang jahat, ke mana pergi, akan menyusahkan orang baik\u201d.\n\nKenapa maksudnya begitu? Sebenarnya ini adalah hasil daripada pemerhatian orang Melayu terhadap alam, dan pengetahuan mereka tentang ilmu biologi yang kemudian diterjemahkan menjadi peribahasa yang bermakna. \n\nDedalu merupakan sebuah tumbuhan parasit. Bermakna ia mengambil makanan daripada tumbuhan lain, serta bergantung hidup kepada tumbuhan lain. Sudahlah ia hidup menumpang, ia akan menyebabkan tumbuhan yang ditumpangnya pula yang kekurangan tenaga kerana berebut makanan.\n\nPokok dedalu parasit ini sering menumpang pada pokok buah \u2013 buahan seperti pokok rambutan, pokok jering, pokok jambu, mempelam dan pulasan. Akarnya masuk ke dalam lapisan floem dan xilem yang ditumpangnya sehingga banyak pokok yang mati.\n\nJadi orang Melayu zaman dahulu telahpun faham tentang konsep organisme parasit yang menumpang. Ini tidaklah dikatalogkan sepertimana jurnal saintifik, tetapi diterjemahkan dalam bentuk peribahasa yang langsung menyentuh memberi pelajaran kehidupan.\n\nPengajarannya, bila ada orang jahat seperti parasit yang hinggap pada orang baik, hidup menumpang, akhirnya akan rosaklah orang baik itu, sedangkan orang jahat si parasit itu pula membesar dan hidup senang. Maka perlulah dijauhi perangai seperti dedalu. (dan kena musnahkan dan bakar dedalu ini \u2013 bagaimana hendak diaplikasikan dalam dunia sebenar terpulang pada anda)\n\nSekerat Ular Sekerat Belut\n\nAda yang biasa dengar peribahasa ini? Ia bermaksud \u2018seseorang yang tidak tentu pihak mana yang harus diikuti; atau juga munafik\u2019 \n\nKenapa ular dan belut dipilih? Apa kaitannya dengan orang munafik?\n\nMenurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Malaysia, pemilihan belut itu untuk dikolokasikan kepada ular dalam peribahasa tersebut bukanlah dibuat secawa wewenang oleh masyarat Melayu dahulunya melainkan bersebab\n\nPertama sekali, dari segi fizikalnya (gambar atas), belut dengan ular tak banyak beza.\n\nBelut sawah atau nama saintifiknya Monopterus albus Zuiew merupakan sejenis ikan dari keluarga Synbranchidea yang tidak mempunyai sirip atau sebarang anggota tambahan lain untuk bergerak. Ada pandangan umum yang melihat belut itu sebagai bangsa ular berikutan faktor fizikalnya yang persis menyerupai ular. \n\nSelain itu, pemilihan belut sebagai haiwan yang diperikan sifat munafik adalah kerana keadaan fisiologinya yang boleh berubah-ubah.\n\nBelut itu bersifat hermafrodit, iaitu haiwan yang miliki dua kelamin, dan mampu melakukan penggantian kelamin. \n\nBelut mengalami fasa hidup awalnya sebagai betina dan berubah menjadi jantan setelah dewasa. Apa yang menariknya, belut jantan boleh menukarkan jantinanya menjadi belut betina apabila populasi belut betina menurun di sesebuah habitat.\n\nBagaimanapun, ketika berlangsungnya proses penggantian kelamin, belut akan menjadi agresif dan mempamerkan ciri-ciri kanibalisma dengan memakan sesama sendiri selama proses tersebut berlangsung.\n\nOrang Melayu tahu sifat fisiologi belut ini itulah sebab haiwan ini dipilih, lalu mereka kaitkan dengan ular yang kita maklum biasa dikaitkan dengan sifat negatif lantas terlahirlah sebuah peribahasa yang terbaik yang menyampaikan mesej orang munafik.\n\nMenanam Tebu di Bibir\n\nIni pun satu peribahasa yang agak \u2018aneh\u2019 jika kita fikirkan lebih mendalam.\n\nMenanam tebu di bibir bermaksud \u2018memberi janji \u2013 janji manis, orang yang bercakap dengan baik tetapi hatinya bermaksud jahat\u2019.\n\nKenapa orang Melayu gunakan tebu untuk gambarkan sifat negatif? Bukankah tebu itu satu tumbuhan yang baik lagi manis? Kenapa dikaitkan dengan bibir pula untuk gambarkan janji palsu?\n\nJika kita teliti struktur tebu, kita akan dapat jawapannya. \n\nApabila dilihat pada struktur tebu itu sendiri, tebu mempunyai daun yang tajam, kasap dan miang, kulit yang keras dan liat. Ia mempunyai ruas-ruas keras namun begitu menghasilkan air yang manis dan enak rasanya. Tebu mempunyai rasanya yang manis dan sedap tetapi strukturnya mempunyai ciri yang tajam yang pada masa sama akan menyakiti orang lain. \n\nBegitulah juga dapat difahami dengan janji-janji yang ditaburkan, manis didengar dan enak untuk ditelan tetapi ciri janji itu ada mempunyai ciri tajam, keras, miang dan liat. Kemanisan itu miliki durinya yang tersendiri. \n\nBermakna, daripada contoh yang dikemukakan kita dapat lihat betapa halusnya akal budi Melayu yang diterjemahkan dalam bentuk peribahasa. Apabila dikaji, semakin banyak mutiara pemikiran yang dapat dikorek. Usahlah kita memandang rendah dan memomokkan bangsa kita sebagai malas, tidak saintifik, inovatif dan sebagainya." "Bila bercakap tentang jantan alpha, kita\nmesti membayangkan seekor haiwan yang ganas, besar, gagah dan berani. Malah\nsifat-sifat yang lain seperti pembuli, menindas, kejam dan diktator juga boleh\ndikaitkan dengan jantan alpha. Sifat-sifat ini selalu dikemukakan di dalam\ndunia haiwan yang sangat mencabar dan boleh dikatakan \u2018savage\u2019. Kalau kita\nlihat rantaian makanan di kawasan sekolah seperti daun dimakan ulat, ulat\ndimakan oleh burung, burung dimakan ular, ular dimakan orang (eh), kita tidak\nakan nampak dunia haiwan ni begitu ganas.\n\nTetapi kalau kita lihat di Benua Afrika,\nbarulah kita boleh membayangkan seekor singa yang membaham rusa gazelle dengan\nganas dan berlumuran darah. Ataupun melihat buaya membaham dengan ganas kepala\nwildebeest ke dalam sungai. Ini barulah kategori ganas. Dan semestinya yang\nmenjuarai rantaian makanan adalah jantan alpha pada setiap spesies haiwan\ntersebut*.\n\nJadi berbalik kepada persoalan asal, apakah\nperkara asal yang perlu dilakukan oleh jantan alpha?\n\nMungkin anda pernah mendengar singa jantan\ntidur selama 16 jam sehari [1]. Ia adalah benar, hal ini disebabkan mereka\naktif pada waktu malam. Malah mungkin anda juga sangka senangnya hidup sebagai\njantan alpha, tidur banyak boleh terus layak. Sebenarnya tidak begitu, tugasn\nsebenarnya lagi berat. Jantan alpha boleh didefinisikan sebagai seekor jantan\nyang menguasai kawanan, dan betina alpha adalah seekor betina yang menguasai\nkawanan. Hanya seekor sahaja ketua yang berkuasa dalam satu kawanan.\n\nFrans de Waal, seorang pengkaji kelakuan\nchimpanzee di Amerika telah menterjemahkan semula terma jantan alpha dengan\nciri-ciri yang sebenar. Beliau berkata dalam Ted Talk beliau pada tahun 2017\nberkenaan tajuk \u2018alpha male\u2019 [2]. Beliau menunjukkan 2 ciri utama seekor\nchimpanzee jantan alpha;\n\nSeperti gambar di bawah, ada beberapa kesimpulan kecil yang dapat dibuat. (1) jantan alpha dalam gambar tersebut bukanlah yang paling besar dalam kumpulan beliau, tetapi antara yang paling handal bergaduh. (2) Beliau ada pakatan sendiri yang terdiri dari kelas yang lain seperti Izaki (rambut kuning) dari kelas C. Kedua-dua ciri ini adalah contoh jelas pada seorang jantan alpha.\n\nKemudian kita nak kenalpasti apakah lagi yang menjadikan seseorang itu jantan alpha. Frans de Waal menjelaskan lagi bahawa, jantan alpha adalah seorang yang pemurah. Mereka akan cuba berbaik-baik dengan semua pihak untuk mendapat sokongan sebelum dan semasa menjadi jantan alpha. Gambar dibawah menjelaskan secara menyeluruh tentang ciri-ciri jantan alpha. Contohnya Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak kelihatan memegang bayi dan terlihat agak kekok dalam gambar tersebut, namun ia memberi petunjuk bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-6 ini sedang prihatin kepada rakyat. Beliau sedang membina hubungan baik kepada semua rakyat. Ia adalah ciri jantan alpha untuk memimpin kawanan dan dalam gambar ini memimpin rakyat.\n\nApa manfaat jadi jantan alpha?\n\nKalau dalam dunia haiwan, alpha male dapat\nmengawan dengan betina yang lebih ramai. Kelebihan mengawan ini akan melahirkan\nanak, dan pengukuran kepada kejayan kepada haiwan adalah keberjayaan melahirkan\nanak dan mengekalkan genetic individu jantan alpha dalam kawanan dan spesies.\nItu adalah pengukur kepada kejayaan dalam dunia haiwan. Kemudian dapat menguasa\nsumber makanan, jantan alpha akan ditakuti oleh jantan dan betina yang lain,\nmaka eksploitasi sumber makanan akan lebih mudah bagi jantan alpha tersebut.\nYang ketiga adalah kawasan rayau. Jantan alpha seperti harimau, singa dan\npemangsa yang lain memerlukan kawasan rayau yang luas mengikut spesies. Menjadi\njantan alpha akan memberi kelebihan untuk mencari makanan pada kawasan yang\nlebih luas.\n\nTapi apa je tanggungjawab jantan alpha ni?\n\nAda 2 tanggungjawab besar iaitu; (1) mengawal kawanan dan (2) menjadi empati. Ini dibuktikan oleh Frans de Waal dalam kajian chimpanzee, yang mana jantan alpha akan meleraikan sebarang konflik yang wujud dalam kawanannya. Penyelesaian konflik akan mengukuhkan lagi jawatan jantan alpha dalam kawanan. Bukan sahaja perlu menyelesaikan konflik, tetapi perlu mengkucar-kacirkan pakatan yang ada dalam kawanan anda. Sebarang pakatan lain dalam kawanan akan menjadi ancaman kepada jawatan jantan alpha. \n\nBagi bahagian menjadi empati pula, ia bertujuan untuk meraih populariti dalam kawanan dan disukai ramai. Malah ia adalah tanggungjawab kepada jantan alpha untuk kekal iaitu menjaga kepentingan ahli kawanan.\u00a0 Chimpanzee jantan alpha akan lebih kerap menyisir bulu chimpanzee betina, bergerak bersama mantan jantan alpha dan lebih kerap bermain dengan bayi chimpanzee.\u00a0 Dua perkara ini akan menjadikan jantan alpha itu lebih lama kekal dalam kawanan dan disayangi sehingga ia mati.\n\nDitulis oleh:\n\nNajmuddin Bin Mohd Faudzir\n\nPelajar PhD (Primatologi),\n\nUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia\n\n*Terdapat pengecualian bagi spesies haiwan yang diketuai betina alpha seperti dubuk dan bonobo.\n\nSumber:" "Korang tau tak? Pada tahun 2016, seorang saintis sosial barat yang\ntelah menukilkan perihal kegigihan ataupun \u201cGrit\u201d. Dia ialah Angela Lee\nDuckworth, seorang Professor Ulung Universiti Pennsylvania yang mengkaji dalam\nbidang psikologi dan sains sosial. \n\nDalam bukunya iaitu Grit: The power of passion and perseverance dia membincangkan perihal betapa kegigihan bukan sekadar kepintaran otak dan ketinggian IQ sahaja yang membuahkan kejayaan seseorang. Buku ni hebatnya mampu bertahan pada carta buku terlaris (best seller) atau laku keras The New York Times selama 21 minggu! Yang lagi menarik ialah Duckworth telah berjaya meletakkan perkataan \u201cGrit\u201d sebagai satu trend dalam dunia polisi Pendidikan di Amerika Syarikat. \n\nDuhhh! Bukan ke benda ni suatu common sense yang semua orang tahu? Amende la omputeh ni benda remeh pon nak diperbesar-besarkan lepaih tu buat duit melalui jualan buku. \n\nPada mula karier pendidikannya sebagai seorang guru, Duckworth mendapati bahawa ketinggian markah ujian dalam kelasnya bukanlah bergantung kepada IQ pelajar-pelajar di dalam kelasnya. Yang mempunyai IQ yang paling tinggi tidak semestinya mencapai markah yang elok dalam ujian dan sebaliknya pada yang mempunyai IQ beshe-beshe. \n\nJadi dia\nmengeluarkan satu persoalan yang baginya agak penting untuk dijawab. Apakah\nkebolehan seseorang manusia untuk mempelajari dengan cepat dan mudah itu akan\nmenjadikan seseorang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan? Dalam erti kata\nlain, adakah sekiranya kita mampu menghafal dan memahami sesuatu konsep dalam\nmasa yang singkat akan menjadikan anda seorang insan yang mampu menerobosi\nkehidupan yang fana ini dengan jayanya? \n\nJadi apa dia\nbuat, dia pergi sambung pengajian dalam bidang psikologi, mengkaji kanak-kanak\ndan dewasa daripada latar yang adi sukar (super challenging) bagi\nmenjawab satu persoalan yang asas:\n\n\u201cSiapa yang\nberjaya di sini dan kenapa?\u201d\n\nDuckworth dan teman-teman melakukan kajian terhadap akademi askar dan kaji siapa yang akan kekal dalam latihan dan siapa yang akan menarik diri. Mereka juga melakukan kajian terhadap peserta \u201cNational Spelling Bee\u201d dan mengkaji peserta mana yang akan pergi ke pusingan yang paling jauh. Tak cukup lagi, mereka juga pergi ke kawasan yang mempunyai sekolah-sekolah yang bermasalah dan mengkaji cikgu mana yang akan bertahan di tempat-tempat tersebut dan mampu meningkatkan pembelajaran pelajar dan pelbagai lagi kajian yang telah dilakukan. \n\nPenamatan\nlatihan ketenteraan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di UK. Perlukan banyak\ngrit ni!\n\nDalam konteks-konteks yang berbeza tadi, Duckworth perasan bahawa intelek sosial, kehenseman dan kecantikan, kesadoan dan yang paling penting IQ tidaklah menjadi penyebab utama mengapa seseorang itu berjaya. \n\nSatu persamaan yang\nada pada semua subjek kajian yang berjaya ada ialah \u201cGrit\u201d. Jadi apa itu Grit? Grit ialah kesungguhan (passion) dan ketabahan (perseverance) untuk matlamat jangka masa lama. Grit ialah stamina untuk menghadapi hari-hari bukan hanya untuk minggu yang akan datang, bulan yang akan datang malah tahun yang akan datang. Ini juga ditambah dengan pembantingan tulang yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan masa depan dan matlamat anda menjadi realiti. Dalam Bahasa Melayu orang cakap gigih. Kan senang gitu. Duckworth dan rakan-rakan sekali lagi melakukan kajian terhadap beribu-ribu pelajar di sekolah-sekolah awam Chicago. Mereka dikehendaki untuk menjawab soal selidik grit dan setelah setahun, data mereka diambil sekiranya mereka berjaya menamatkan persekolahan ataupun tidak. Ye, diorang amik kira tentang status lain yang objektif contohnya pendapatan keluarga, markah peperiksaan, malah betapa mereka rasa selamat di sekolah (alah sekolah US kan suka tembak-menembak. Haha \u201cFirst World Country\u201d. Korang rasa takut nak pi sekolah kat Malaysia ni pun sebab cikgu disiplin dan demerit.) Dapatan mereka ialah, pelajar yang tinggi markah gritnya akan berjaya menamatkan sekolah dengan jumlah yang ketara. \n\nKonklusi\nDuckworth ialah, tidak kisahlah siapa anda, seorang youtuber, pembakar biskut,\npelajar anyaman bakul, grit anda akan menentukan betapa jauh anda akan\npergi dalam kehidupan. Jadi kalau grit ni merupakan faktor yang paling penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya macam mana kita nak tingkatkan grit kita? \n\nJawapannya\nialah: Duckworth sendiri pun tak tahu.\n\nDuckworth\nsendiri mengakui banyak lagi sains tak tahu pasal grit ni. Yelah, camne\nnak tau seseorang tu gigih ke tak. Kalau tanya asyik dapat jawapan, hanya Tuhan\nyang layak judge usaha aku.\n\nApa yang pasti\ndaripada kajian Duckworth ialah bakat (talent) anda takkan menjadikan\nanda seorang yang gritty. Ramai je orang yang berbakat dalam kajian ni\ntetapi tak komited dan akhirnya tak berjaya dalam sesuatu perkara. Malahan,\nlagi menariknya dapatan kajian menunjukkan grit mempunyai persamaan\nsongsang (inversely related) dengan bakat! \n\nSetakat ini,\nidea yang paling menarik Duckworth boleh terima untuk meningkatkan grit\nialah dengan \u201cGrowth Mindset\u201d (Mindset Tumbesaran). Idea bahawa\nkebolehan anda untuk belajar bukanlah kaku dan tetap, tetapi berubah-ubah\nmengikut usaha dan daya yang kita letak. Dalam kajian ini, sekumpulan\nkanak-kanak yang telah diajar bahawa otak akan berkembang sekiranya dicabar\ndengan onak duri, adalah lebih tabah menghadapi cabaran apabila mereka gagal.\nIni kerana mereka percaya bahawa kegagalan bukan selama-lamanya!\n\nJadi, sekiranya\nkita ingin menjadi gritty berjaya dalam kehidupan, kita seharusnya\nbersedia untuk gagal, membuat kesilapan, memulakan semula DENGAN SYARAT kita\nbelajar daripada kesilapan-kesilapan tersebut! Lepas ni jangan mengada pergi\nlanggar PKP merentasi negeri dan cakap kat abam pulis, Azri cakap nak dapatkan grit\nkena melakukan kesalahan! \n\nAnda tahu\ntak, umat Islam telah diajar dengan konsep teguh mengikuti suatu jalan 1441\ntahun yang lepas. Bukan sekadar teguh untuk mencapai matlamat sesuatu, tetapi\njuga dengan harapan agar Allah meredhai perjuangan kita melakukan sesuatu.\nSeseorang muslim itu juga akan tetap kekal dengan perjuangannya mencapai\nmatlamat kerana ia memahami bahawa tiada suatu ujian pun yang Allah telah\nberikan kepadanya melainkan dengan kemampuan dan dayanya dan sekiranya ia\nmenghadapi kesukaran ia tahu bahawa Allah ada bersamanya.\n\n\u201cAllah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan\ndengan apa yang terdaya olehnya\u201d (Al-Baqarah, 2:286) \n\n\u201cSesungguhnya\norang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: \u201cTuhan kami ialah\nAllah\u201d, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, maka tidak\nada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.\n(Al-Ahqaf, 46:13)\n\nDekat sini\nperlu ditekankan bahawa, kita tidak boleh mengetepikan kajian-kajian sains,\nnamun belajar daripadanya, malah bekerja keras lebih daripada dapatan kajian\nkerana matlamat duniawi punyai pengakhirannya. Selepas anda memperolehi markah\n100 then what\u2019s next? Selepas anda dapat biasiswa MARA then what\u2019s\nnext? Selepas anda menjadi Hokage what\u2019s next? Adakah anda akan\nberhenti menjadi gritty?\n\nNamun\nmatlamat seorang muslim adalah untuk masuk syurga dan mendapat redha Allah dan\nkita takkan mencapainya sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. Maka\nbukankah sepatutnya seorang muslim itu adalah seorang yang gritty sampai\nmati?\n\nBest gak\nboleh buat tagline, gritty sampai mati!" "Masa berlalu begitu cepat, kadang \u2013 kadang kita tak sedar sesuatu itu begitu jauh selang masanya daripada sangkaan kita.\n\nBila disebut tahun 90 \u2013 an, kita masih miliki persepsi ia cumalah belasan tahun lepas, tapi sebenarnya selang masanya adalah 30 tahun yang lalu. Wah lamanya. Tua dah anak \u2013 anak 90 an sebenarnya. \n\nDan apabila kita dipertontonkan dengan beberapa figura dan fakta sejarah, kadang \u2013 kadang kita miliki persepsi masa yang salah. Kita ingat satu hal sejarah itu tak lah lama sangat, tapi sebenarnya ia lebih lama daripada sangkaan kita, begitulah sebaliknya. \n\nJadi berikut adalah beberapa fakta \u2013 fakta sejarah yang merosakkan tanggapan masa kita.\n\n1. Dari masa Pluto ditemui sampai waktu ia hilang gelaran planet dia, dia tak sempat pun habiskan satu lingkaran keliling matahari.\n\nKesian Pluto, planet kecil yang jauh terpinggir itu ditemui dan dinamakan sebagai planet yang rasmi adalah pada tahun 1930. Tapi tak lama kemudian, manusia menarik balik gelaran planetnya kepada planet kerdil ja, pada tahun 2006, 76 tahun setelah itu. Belum sempat pun dia habiskan satu lingkaran keliling matahari, sebab dia perlukan 248 tahun. Belum sempat dia sambut birthday sebagai planet dia dah jatuhkan dia.\n\n2. Ada paus yang hidup lagi lama dari Istana Seri Menanti\n\nIstana Seri Menanti ni adalah satu istana lama tanah Melayu yang merupakan warisan sejarah penting negara. Istana ni dibuat lama dah seratus tahun lepas pada tahun 1902 di Negeri Sembilan dan jadi tempat tinggal rasmi Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.\n\nBangunan ni kita anggap lama dah, dan lebih kurang pembina \u2013 pembina asal yang membina istana ni mungkin semua dah tak ada dah. Tapi boleh jadi ada paus yang dah hidup waktu Istana tu baru dibina dan masih hidup sampai sekarang sebab panjang hidup paus Bowhead adalah hampir 200 tahun.\n\n3. Cleopatra hidup lagi dekat dengan Iphone berbanding piramid pertama\n\nCleopatra adalah antara pemimpin perempuan yang paling terkenal dalam sejarah. Dia memerintah Mesir pada abad pertama SM dan jugak dianggap sebagai antara pemerintah wanita tercantik dalam sejarah, sehingga berjaya menawan hati Marc Antony, general Rome. \n\nSebab Cleopatra ni hidup di Mesir, jadi orang memang biasa kaitkan dia dengan sejarah piramid, tapi sebenarnya cleopatra hidup lagi dekat dengan penciptaan Iphone berbanding dengan penciptaan piramid pertama.\n\nPiramid Giza siap tahun 2560 SM, 2500 tahun sebelum Cleopatra. Iphone diperkenalkan\u00a0 2007, 2037 tahun selepas Cleopatra. Hah?\n\n4. Bila Piramid Giza dibina, gajah mamot masih lagi hidup\n\nEh jap, bukan gajah mamot yang dah pupus ni ni tinggal sekali dengan dinosaur ke? Habis cerita Ice Age 3 tu apa? \n\nRupa \u2013 rupanya gajah mamot tinggal sekali berkongsi planet dengan manusia satu ketika dulu. Populasi terakhir gajah mamot adalah di Pulau Wrangel, Rusia dan tak pupus sampailah tahun 2000 SM. Pembinaan Piramid Giza berlaku cuma 100 tahun sebelum tu.\n\n5. Al Azhar dah wujud beratus tahun sebelum empayar Aztec\n\nKat mana pernah dengar empayar Aztec ni ek? Oh empayar yang buat ritual korbankan orang atas altar tu ek? Yang buat pyramid ni? Yang ada pawang sihir pelik \u2013 pelik tu? Mesti diorang dah wujud beribu \u2013 ribu tahun kan?\n\nSebenarnya empayar Aztec ni wujud lamaa selepas Universiti al Azhar. Universiti al Azhar dibina tahun 970 M sedangkan empayar Aztec ni diasaskan di Mexico tahun 1428 M sampailah dijajah oleh kuasa Sepanyol pada tahun 1521. Oh pahlawan2 mereka hebat \u2013 hebat, tapi semua kalah sebab penyakit cacar air dah menjangkiti empayar tu.\n\n6. Hukum Bunuh Gilotin terakhir adalah waktu filem Star Wars mula ditayangkan.\n\nHukuman gilotin adalah hukuman bunuh yang menggunakan kerangka kayu tinggi untuk menjatuhkan pisau, lantas memenggal kepala tahanan. Kita biasa tengok ni dalam cerita \u2013 cerita empayar Inggeris klasik zaman pertengahan, dan ia sangat popular penggunaannya sewaktu revolusi Perancis 1792.\n\nHukuman mati gilotin ini kemudian diharamkan ye lah, sebab tak sesuai la kot untuk zaman moden ni. Bayangkan orang letak gilotin ni tengah \u2013 tengah Aeon, sambil beli belah sambil tengok benda lain masuk dalam bakul. Tapi ia tak diharamkan lamaa ratusan tahun dulu, sebaliknya hukuman ini ditamatkan pada tahun 1977, 3 bulan lepas Star Wars pertama ditayangkan.\n\n7. Nintendo diasaskan pada waktu sama dengan Hitler lahir\n\nIni mungkin paling meletupkan otak. \n\nNintendo adalah syarikat gaming Jepun yang popular dengan watak Mario, tukang paip Itali yang cakap bahasa Inggeris dan nampak macam orang Mexico. Wow multicultural betul. \n\nKita ingat dia wujud paling awal pun tahun 1960 tapi sebenarnya dia dah ada sejak tahun 1889 tahun kelahiran Hitler. Dan dia terselamat zaman World War 1 dan WW2. Sebenarnya, bom atom US patut dilepaskan di Kyoto, tempat operasi Nintendo. Tapi kemudian ditukar kepada Nagasaki. Maksudnya kalau bom atom tu tak jadi ditukar destinasinya, kita mungkin tak ada Nintendo sekarang." "Dari dulu, pembelajaran sains kita di sekolah \u2013 sekolah sentiasa dilatari dengan nama \u2013 nama penemuan dan teori saintifik orang Barat. Nama \u2013 nama seperti Newton\u2019s Law, Lenz\u2019s law, Boolean, Gauss, Einstein\u2019s theory of relativity, nombor Planck, Bohr model, Boyle\u2019s law, Hubble constant, Heisenberg uncertainty principle, dan lain lain adalah penemuan dan teori saintifik yang ditampal dengan nama \u2013 nama Barat, lantas memberi konotasi bahawa sains seolah \u2013 olah hanya dimiliki oleh mereka.\n\nMengapa agaknya? Mungkin sebab yang biasa dijelaskan adalah kerana mereka memang banyak bereksperimen, banyak terlibat dengan sains sejak dari 500 tahun lepas, iaitu setelah mereka mencapai zaman pencerahan.\n\nNamun begitu, boleh jadi juga kerana sebab lain. Boleh jadi juga kita asyik mendengar teori \u2013 teori dan penemuan saintifik yang ditempel dengan nama orang Barat adalah kegiatan mereka meng\u2019klaim\u2019 nama, walaupun pada penemuan \u2013 penemuan yang ditemui orang lain.\n\nDalam sejarah, terdapat banyak contoh penemuan saintifik yang diberikan nama bukan kepada empunya penemu yang asal, antaranya:\n\nMalah ada satu peraturan yang mengatakan bahawa tak ada penemuan saintifik yang sebenarnya diberi nama kepada penemu yang asal. Law of eponymy.\n\nJadi yang akan tentukan nama siapa yang melekat pada satu teori atau penemuan adalah masyarakat. Masyarakat yang pilih nama siapa yang diorang yang tempel walaupun penemuan tu semua orang dah lama dah, dan nama yang ditempel tu tak ada sorang pun kenal (seperti Dunning Kruger Effect yang hakikatnya sama seperti peribahasa \u2018jadi resmi padi, makin tunduk makin berisi\u2019 atau kata \u2013 kata imam Syafi\u2019e \u201cmakin aku belajar, makin aku rasa diri ku bodoh\u201d)\n\nKesimpulannya, kitalah yang perlu menaikkan penemuan saintifik bangsa kita sendiri. Maka, berikut adalah beberapa teori \u2013 teori saintifik yang ditemui orang Melayu yang kita tak ketahui.\n\nFungsi Permukaan Said Ball\n\nKonsep ini diperkenalkan oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato\u2019 Dr. Hassan bin Said dan digunapakai dalam Reka Bentuk Geometri Dengan Bantuan Komputer (Computer Aided Geometric Design)\n\nProf Hassan Said telah berjaya mengitlakkan (generalize) fungsi asas Ball kubik kepada polinomial darjah yang lebih tinggi untuk permukaan.\n\nFungsi permukaan Said Ball ini digunakan dalam teknik untuk mengubah saiz imej digital. Masalah apabila kita mengubah saiz adalah ia akan kelihatan terpecah \u2013 pecah, tak licin dan memakan kuasa pemprosesan yang besar.\n\nFungsi Said Ball boleh mengisi ruangan pada maklumat piksel yang hilang dalam imej yang dihasilkan sehingga boleh mendatangkan ketepatan pada kualiti imej.\n\nAerofracturelastic\n\nAerofracturelastic adalah kaedah penilaian penyebaran rekahan pada sayap pesawat akibat daya angin, menggunakan Extended Finite Element Modeling.\n\nKaedah ini diperkenalkan oleh Dr Nur Azam Abdullah, PhD di fakulti kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield yang sekarang merupakan Pensyarah kanan di jabatan kejuruteraan mekanikal- aeroangkasa.\n\nBeliau mendapati bahawa angin yang datang secara tiba -tiba ketika penerbangan boleh menyebabkan sayap kapal terbang bergetar secara membengkok dan terpulas. Disebabkan daya tarikan yang boleh mengakibatkan perkembangan rekahan, maka Dr Nur Azam membuat kajian untuk meramal sifat rekahan tersebut.\n\nIni adalah teknik terbaru untuk meramal penyebaran rekahan pada sayap pesawat yang belum pernah dibuat sebelum ini. Menurut pengkaji, kaedah ini dianggap maju melangkaui 5 tahun berbanding kaedah sedia ada yang belum digunapakai oleh industri kapal terbang termaju.\n\nNombor Fawzal\n\nNombor Fawzal merupakan\u00a0kuantiti nirdimensi\u00a0(dimensionless quantity) yang menerangkan\u00a0nisbah pemindahan haba perolakan\u00a0atau\u00a0kapasiti penyejukan\u00a0dengan kuasa yang digunakan oleh reka bentuk tersebut. Pada awalnya ia dikenali dengan\u00a0Indeks Prestasi Penyejukan Rotor.\n\nKuantiti tersebut telah diperkenalkan Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Aid Fawzal) Istilah kuantiti tersebut kemudiannya ditukar kepada Nombor Fawzal (Fa) yang mengambil nama sempena nama bapa beliau iaitu Ahmad Fawzal.\n\nNombor tersebut digunakan untuk membantu menentukan prestasi penyejukan apabila parameter reka bentuk berubah terutama apabila mengendalikan kajian parametrik. Secara umumnya, semakin tinggi nombor Fawzal, semakin baik prestasi penyejukan.\n\nKini produk ciptaan mereka telah diguna pakai oleh beberapa pengeluar supercar dan hypercar bersama dengan \u201cteknologi sistem penyejukan\u201d yang telah beliau hasilkan. Dr Ahmad Syahid juga adalah antara pencipta sulung dalam \u201cteknik penyejukan rotor\u201d untuk mesin elektrik berkuasa tinggi." "Bayangkan, tengah PKP ni, tetiba kerajaan mengumumkan \u201csemua restoran boleh beroperasi seperti sedia kala dan pelanggan boleh makan di restoran\u201d. Anda dengan keterujaan dua bulan tak makan luar, bergegas ibarat mercun roket untuk ke kedai nasi kandar yang berada 200 meter di depan rumah anda.\n\nAnda yang begitu kempunan tak makan luar, memesan nasi kandar ayam goreng berempah xtra spesel yang umami, juicy, pedas dan kaw. Huffff berasap-asap ayam dia. Ketika anda sedang menggigit dan menikmati krap-krup rangup drumstick, anda terfikir macam mana kedai-kedai makan yang lain mampu memenuhi permintaan orang yang kebulur macam anda untuk senantiasa menikmati ayam, daging yang paling versatile Allah ciptakan?\n\nDi Twitter, seorang pengurus syarikat pembekal dan penternak ayam yang bernama Aiman Syafiq (@aiman_997; baru berusia 22 tahun tau!) telah berkongsi bersama para warga net fasal rantaian bekalan (supply chain) ayam segar sehingga ke restoran kegemaran anda mahupun kedai menjual daging ayam.\u00a0\n\nAnak laa ayamm\n\nOrang selalu bergaduh tentang apa yang datang dahulu, ayam atau telur? Itu semua persoalan yang memeningkan kepala, yang anda perlu tahu, permulaan ayam segar pun daripada pusat tetasan, dan pusat tetasan ini berbeza daripada pusat penternakan.\n\nPusat tetasan hanya membekalkan anak ayam kepada para penternak, dan menurut Aiman, mereka membeli ayam berumur 1 hari (Day Old Chicken; DOC) pada setiap hari. Baka ayam yang digunakan ialah ayam broiler (ayam pedaging; Gallus gallus domesticus). Ayam baka ini merupakan hasil pembiakan silang yang dilakukan lebih kurang 100 tahun lepas. Pada mulanya yang dibiaksilangkan ialah daripada baka ayam Cornish dan Plymouth Rock atas faktor pembiakan yang mudah, banyak dan daging yang lebih lumayan. Namun, ayam pedaging yang moden adalah sangat berbeza dengan baka silang Cornish-Rock yang asal, kerana terdapat baka lain juga digunakan untuk kepelbagaian dan menguatkan sifat baka.\n\nSeperti norma kehidupan, anak-anak memang banyak songeh, dan anak ayam tidak terkecuali. Mereka memerlukan suasana yang optimal bagi menjalani tumbesaran yang terbaik seperti suhu, makanan malah kelembapan suasana broiler room (reban besar).\n\n2 minggu yang terawal ayam adalah saat-saat yang terpenting bagi membenarkan anak ayam mencapai cita-citanya untuk menjadi ayam segar yang berjaya. Hal ini kerana, ini merupakan zaman mereka belum lagi mampu untuk mengawal proses metabolik badan, lantas menyukarkan mereka untuk mengawal suhu badan.\n\nMasalah ini dihadapi kerana ketiadaan ibu ayam untuk memeluk mereka dan keadaan reban yang tertutup, tanpa matahari. Oleh itu, di reban, mereka akan dipancarkan dibawah cahaya lampu yang agak panas bagi menggantikan dakapan ibu ayam yang hangat.\n\nSuhu reban seharusnya dijaga rapi supaya berada sekitar 34-35\u00b0C. Sekiranya suhu terlebih, anak ayam panting (mencungap-cungap) untuk mengeluarkan haba. Ini bukan sahaja menyebabkan anak ayam akan kekurangan air, tapi juga menyebabkan mereka tidak lalu untuk makan lantas menyusutkan berat badan mereka.\n\nSelepas lebih kurang 4 minggu, ayam yang telah selamat bergraduasi daripada perindukan, akan menjadi ayam yang sihat, berjaya dan sedia untuk dihantar ke tempat-tempat yang sepatutnya.\n\nLogistik\n\nSebelum nak naik \u201cflight\u201d ke institusi-institusi gastronomi yang seterusnya, ayam-ayam ini perlu ditangkap dan dibakulkan. Dalam dua jam, ladang Encik Aiman boleh membakulkan 4416 ayam bersamaan 368 bakul ataupun satu lori penuh. Kemudian, ayam-ayam ini akan dihantar ke pusat penyembelihan di mana ayam tersebut akan diproses untuk menjadi daging yang akan disulam indah dengan ramuan oleh chef, tukang masak yang pakar mahupun anda sendiri di dapur.\n\nSetiap pusingan proses yang berlaku daripada mula sehingga akhir di ladang ternakan Encik Aiman akan mengambil masa dua bulan, dan menghasilkan 600,000 ribu ekor ayam. Ini bermakna ladang Encik Aiman mampu menghasilkan 3.6 juta ekor ayam setahun. Satu ladang sahaja sebenarnya tak cukup memandangkan orang Malaysia memakan 1.8 juta ekor ayam SEHARI!\n\nPertaniaan ialah perniagaan dan ilmu\n\nKami di Ajar sangat berterima kasih atas kesudian Encik Aiman Syafiq untuk membenarkan kami berkongsi ciapan miliknya bagi menyediakan artikel ini. Seperti yang anda telah baca, pertanian bukan sahaja satu perniagaan yang mampu untuk menguntungkan ummah, namun juga memerlukan ilmu yang luas supaya ayam-ayam ini mampu diternak dengan optimal, rahmah dan berperikemanusiaan.\n\nBerikut ialah saluran Youtube Encik Aiman di mana beliau berkongsi mengenai ladangnya, jemput subscribe dan belajar daripada beliau: https://t.co/PSETfjRleK?amp=1 .\n\nKami mendoakan agar lebih ramai umat Islam mencebur bidang perniagaan dan membuang stigma masyarakat bahawa pertaniaan hanya melayakkan seseorang itu terporok di kampung. Tanpa penternak macam Encik Aiman, awak tak makan tau!\n\nRujukan" "Rasanya hampir setiap orang pernah ditanyakan warna kegemaran masing \u2013 masing.\n\nBanyak yang memilih biru kerana ia menenangkan, merah kerana warna yang melambangkan cinta, dan hijau untuk kesihatan, atau hitam kerana ia bermisteri.\n\nTapi apa agaknya warna yang paling hodoh? Wujud ke warna tersebut?\n\nMaka ayuh kita berkenalan dengan warna Pantone 448C yang dinobatkan sebagai warna paling hodoh dalam dunia. \n\nWarna tersebut adalah sejenis warna dalam sistem pewarnaan Pantone, yang dipanggil juga sebagai warna \u2018coklat gelap menjemukan\u2019.\n\nPemilihan warna tersebut bukanlah dibuat sesuka hati oleh seorang dua ahli politik yang ada isu peribadi dengan warna itu. Mana tahu, mungkin warna dinding restoran tempat mereka berpisah dengan kekasih lama.\n\nSebaliknya ia dipilih berdasarkan kajian agensi di Australia yang mahu mengurangkan galakan untuk orang membeli paket rokok.\n\nMisinya adalah \u2013 pilih satu warna yang punyalah hodoh sampai orang rasa tak teringin untuk membeli paket rokok. Lebih kurang seperti tindakan meletak gambar kanser pada kotak rokok.\n\nAgensi di Gfk Bluemoon memilih warna yang tidak berapa menawan ini setelah membuat kaji selidik ke atas ribuan perokok berkenaan warna mana yang paling tidak disukai mereka. Pantone 448C ini mendapat undian paling tinggi kerana responden rata \u2013 rata mengaitkannya dengan \u2018kotoran\u2019, \u2018kematian\u2019 dan \u2018tar\u2019.\n\nWarna ini kemudian digunakan pada paket rokok di Perancis, UK, Norway, New Zealand, Slovenia, Arab Saudi dan Turki." "Mesti anda tertanya-tanya kenapa monyet penting kat bumi ini. Kenapa monyet, beruk, kera, gorilla, chimpanzee, lemur, lutung dan segala keturunannya penting kat muka bumi ini? Selain daripada tercatat bagaimana sebilangan kaum bani israil yang disumpah menjadi monyet dalam Al-Quran dan bagaimana teori Darwin digembar-gemburkan bahawa manusia datang daripada monyet, apa sebenarnya fungsi monyet atau lebih tepat primat dalam muka bumi ini?\n\nSebagai pengenalan, primat adalah salah sebuah order dalam taksonomi mammalia. Ia diteorikan berevolusi dari order Scandentia (seperti tupai) kira-kira 82.8 juta tahun dahulu (Eizirik et al. 2004). Order primate boleh dicirikan sebagai mammalia berplasenta, berkuku, dengan orbit dikelilingi tulang, mempunyai 3 jenis gigi yang sekurang-kurang sekali tumbuh dalam kitaran hidup, otaknya mempunyai lob hadapan dan calcarine sulcus, mempunyai sepasang jari yang bertentangan dengan jari lain, mempunyai kuku rata, mempunyai caecum (pangkal usus besar), penis, testis scrotal dan dua pectoral mammae (Mivart 1873). Ini adalah definisi klasik untuk mencirikan primat atau lebih sinonim dengan nama monyet.\n\nKepelbagian primat ini boleh didapati sekecil-kecil lemur tikus (Microcebus berthae) seberat 31g dan sebesar-besar gorilla (Gorilla gorilla) seberat 195kg. Ia boleh didapati di benua Amerika tengah, Amerika Selatan, Afrika, Eropah Selatan, Pulau Madagascar, Asia tengah, Asia Selatan, Asia Timur, dan Asia Tenggara. Haiwan ini amat unik dari segi kemajuan perkembangan kepintaran dan struktur social kerana menghampiri manusia. Apatah lagi dari persamaan jujukan DNA chimpanzee menghampiri 98% sama seperti manusia.\n\nNamun apa kepentingan mereka terhadap alam sekitar, manusia, mahupun kepada cabang-cabang ilmu yang lain?\n\nMari kita mulakan kepentingan monyet ini dengan yang paling signifikan kepada mereka; kepentingan ekologi. Primat adalah pemangsa, mangsa dan pesaing dalam rantaian makanan di habitat mereka dimana peranan ini akan mengukuh struktur, fungsi dan kebolehtahanan ekosistem. Umumnya, monyet merupakan pemakan buah dan tumbuhan yang lain. Dalam kajian kami, monyet didapati memakan buah, biji, dedaun, pucuk, kulit kayu dan bunga. Aktiviti pemakanan ini membantu secara terus untuk penyebaran benih pokok-pokok hutan dan pendebungaan. Bahkan pemakanan dedaun akan menggalakkan tumbesaran pokok-pokok hutan yang tak diganggu manusia. Khususnya pokok hutan yang bersaiz besar seperti buah mangga, ara, yang memerlukan penyebar benih yang besar seperti ungka tangan putih (Hylobates lar). Strategi bagi pokok hutan untuk menyebar benih akan menjadikan buah-buahan mereka semenarik mungkin untuk primat dan burung untuk makan. Melalui cara ini, mereka akan lebih berjaya bermandiri apabila benih mereka tersebar jauh.\n\nPrimat pula membantu pokok ini dengan empat strategi berdasarkan kumpulan masing-masing. Orangutan dari kumpulan primat besar (great ape) menyebar benih dengan kawasan rayau yang luas dan kapasiti perut yang besar. Dengan cara ini, benih yang terdapat dalam perut orangutan akan berpeluang bercambah lebih jauh dari pokok induk. Ungka, mampu mencapai pokok hutan yang tinggi dan bergerak menelusuri pokok hutan dengan pantas selaju 40 km/h. Dengan cara ini, pokok hutan yang tinggi akan mampu dicapai ungka dan disebar benih oleh ungka dengan berjaya. Kera adalah primat yang bergerak dalam kawanan yang ramai yang boleh mencecah sehingga 50 individu. Mereka membantu menyebar benih dengan membawa kawanan yang besar dan meningkatkan peluang percambahan benih pokok dengan lebih tinggi. Lutong, dari kawanan primat pemakan daun spesifik meminati kulit buah dan tidak memakan biji buah. Maka ia tidak akan mencederakan biji buah untuk biji tersebut bercambah menjadi anak pokok yang baru. Begitulah pentingnya primat kepada ekosistem sekitarnya selain daripada memangsa serangga, dan menjadi mangsa untuk pemangsa yang lebih besar seperti helang dan kucing pemangsa (harimau, kucing hutan, anjing).\n\nDalam menilai kepentingan mereka yang kedua, kita boleh lihat pada aspek perubatan dan haiwan model. Primat telah menjadi model bagi menguji vaksin, antivirus, ubatan dan model bagi pelbagai penyakit lagi. Sebagai contoh adalah virus COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, primat seperti kera (Macaca fascicularis) dan kera Rhesus (Macaca mulatta) telah dijadikan model haiwan untuk menguji antivirus dan vaksin. Mereka juga telah menjadi model bagi penyakit HIV/AIDS, atherosclerosis, penyakit pernafasan, dadah psikoaktif, kesihatan mental, endokrinologi dan immunologi. Struktur sosial mereka yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia menjadikan mereka model untuk memahami struktur sosial, kasta, pengurusan konflik, keibubapaan, kognitif, pembelajaran dan memori, dan evolusi penggunaan alatan dan Bahasa. Mereka telah menyumbang kepada pemahaman yang tinggi dan mendalam terhadap ilmu-ilmu yang tidak dapat diteroka sebelum ini. Bahkan model badan mereka telah menjadi salah satu asbab kepada kemajuan vaksin dan perubatan dunia moden ketika ini. Bahkan menurut petua di hutan, apa yang kera makan, kita boleh makan melalui penilaian awal. Mereka adalah guru yang kita boleh contohi di dalam hutan mahupun dunia moden.\n\nKepentingan terakhir ini adalah berkaitan dengan kemasyarakatan dan kebudayaan manusia. Primat telah menjadi haiwan penting dalam kebudayaan manusia secara global. Sebagai contoh, lutong Hanuman (Semnopithecus entellus) adalah salah satu dewa dalam agama Hindu. Primat juga telah disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 65 yang mafhumnya:\n\n\u201cDan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, \u2018Jadilah kamu kera yang hina\u2019,\u201d (QS. Al-Baqarah: 65).\n\nDalam hikayat sang kancil juga disebut kisah sang kancil dan monyet yang menunjukkan kepentingan sosiobudaya haiwan ini dalam peradaban dunia melayu. Walaupun kepentingan ini tidak dilihat darurat dalam erti kata fizikal, ia tetap salah satu item dari keseluruhan hidup manusia.\n\nSebagai penutup, jika anda lihat primat ini sebagai makhluk pengacau sebelum ini, percayalah ia lebih daripada itu dan mempunyai kepentingan yang besar pada kehidupan anda secara amnya. Mereka juga makhluk yang diciptakan oleh Allah dan semestinya mempunyai manfaat di dunia ini. Wallahu\u2019alam.\n\n*Artikel ini diolah dari makalah ulasan Impending extinction crisis of the world\u2019s primates: Why primates matter oleh Estrada et al. 2017.\n\nDitulis oleh:\n\nNajmuddin Bin Mohd Faudzir\n\nPelajar PhD (Primatologi) UTHM,\n\nRujukan:\n\nEizirik, E., Murphy, W. J., Springer, M. S., & O\u2019Brien, S. J. (2004). Molecular phylogeny and dating of early primate divergences. In Ross C. F. & Kay, R. F. \u00a0Anthropoid Origins. Boston, MA: Springer. 45-64.\n\nEstrada, A., Garber, P.A., Rylands, A.B., Roos, C., Fernandez-Duque, E., Di Fiore, A., Nekaris, K.A.I., Nijman, V., Heymann, E.W., Lambert, J.E. and Rovero, F., 2017. Impending extinction crisis of the world\u2019s primates: Why primates matter.\u00a0Science advances,\u00a03(1), p.e1600946.\n\nMivart, St. G., (1873). On Lepilemur and Cheirogaleus, and on the zoological rank of the Lemuroidea. Proc. Zool. Soc. Lond. 1873. 484\u2013510." "Seingat saya dulu, bahkan kini, kecoh bahawa ayam yang kita makan di pasaran itu semuanya adalah ayam yang disuntik dengan hormon supaya membesar dengan cepat dan gemuk. Pada masa yang sama, ada juga yang berkonspirasi bahawa suntik-menyuntik ayam ini ialah agenda untuk merosakkan kehidupan manusia.\n\nSekali lagi, encik Aiman daripada artikel kami tentang hikayat ayam minggu lepas berkongsi sedikit ilmu beliau berkenaan dengan ayam suntik. Persoalan pertama yang kita perlu jawab ialah, benarkah bahawa ayam yang terdapat di pasaran telah disuntik?\n\nJawapannya: Ya. Tetapi bukan pada ayam yang anda makan dan bukan dengan hormon, tetapi vaksin. Amalan suntikan hormon pada ayam telah diberhentikan pada tahun 80-an (FLFAM). \u00a0\n\nAyam pun perlu diimunisasikan\n\nSebelum kita pergi kepada apa yang disuntik ke dalam ayam, kita perlu ketahui terdapat tiga ayam (poultry) yang mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza:\n\nAyam baka ni tak lain tak bukan, kerjanya bertelur sahaja dan harus dipasang-pasangkan untuk mengawan. Ayam betina akan menghasilkan telur kuning (yolk) yang seterusnya akan mengembara melalui tiub ovari. Ayam jantan diperlukan bagi mempersenyawakan telur kuning tersebut lalu menghasilkan embrio. Setelah disenyawakan selama lebih kurang 24 jam, terhasillah telur yang akan menetaskan anak ayam. \u00a0\u00a0\n\nAyam penelur pula lebih kurang sama, tetapi tidak dipasangkan dengan ayam jantan. Hal ini adalah untuk menghasilkan telur yang tidak berembrio. Ni telur yang korang makan hari-hari tu. Jadi, tak perlulah rasa bersalah dan bermonolog \u201ckalau makan telur aku makan anak ayam yang cumilsz :\u2019( \u201d.\n\nKedua-dua ayam ini disuntik dengan vaksin. Seperti manusia, ayam pun tidak kebal dengan pelbagai penyakit dan memerlukan suntikan vaksin. Suntikan yang dilakukan pada ayam adalah seperti di leher, dada, kepak, kaki dan bontot.\n\nSekiranya tidak disuntik, ayam tersebut mungkin terdedah dengan beberapa penyakit seperti:\n\nAyam yang anda makan\n\n\u201cTaPi sAYa TawRqZ SuWker DEngaNs SunTiK-mENyuNtiK nI\u201d. Aduhai. Jangan risau ye, ayam yang anda makan tu, iaitu ayam pedaging, tidak disuntik. Ayam ni masih lagi diberikan vaksin, tetapi melalui minuman dan yang digunakan secara meluas ialah untuk Infection Bursal Disease (IBD). Ye la, takkan nak makan ayam yang berpenyakit dan murung kan?\n\nKebajikan ayam itu satu rahmah\n\nVaksin yang diberikan kepada ayam-ayam baka ini merupakan tanggungjawab penternak seperti encik Aiman menunjukkan rahmatan lil alamin manusia kepada alam di samping memastikan ayam yang sampai di pinggan anda nanti ialah ayam yang tidak berpenyakit.\n\nBukankah Allah menurunkan kita sebagai khalifah yang akan menjaga kebajikan alam? Anda tak kesian ke ayam kena kemurungan kalau tak divaksin? L\n\nBegitu juga, dengan ura-ura mahupun tohmahan yang diberikan pada ayam, kita kena kaji sebelum kita menerima dan mentaklid secara buta dan bulat-bulat.\n\nPertaniaan ialah perniagaan dan ilmu\n\nKami di Ajar sangat berterima kasih atas kesudian Encik Aiman Syafiq untuk membenarkan kami berkongsi ciapan miliknya bagi menyediakan artikel ini. Seperti yang anda telah baca, pertanian bukan sahaja satu perniagaan yang mampu untuk menguntungkan ummah, namun juga memerlukan ilmu yang luas supaya ayam-ayam ini mampu diternak dengan optimal, rahmah dan berperikemanusiaan.\n\nBerikut ialah saluran Youtube Encik Aiman di mana beliau berkongsi mengenai ladangnya, jemput subscribe dan belajar daripada beliau: \n\nKami mendoakan agar lebih ramai umat Islam mencebur bidang perniagaan dan membuang stigma masyarakat bahawa pertaniaan hanya melayakkan seseorang itu terporok di kampung. Tanpa penternak macam Encik Aiman, awak tak makan tau!\n\nRujukan" "0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9\n\nInilah 10 angka yang kita gunakan setiap hari dalam kehidupan kita untuk mewakili sebarang nilai, bilangan dan nombor. 10 angka ini dikenali sebagai Sistem Angka Hindia-Arab (Hindu-Arabic Numerals System). Sistem Angka Hindia-Arab adalah sistem angka asas 10, juga dikenali sebagai perpuluhan (decimal). Dengan menyusun angka-angka ini, kita boleh membentuk sebarang nombor dengan mudah dan ringkas. Sebagai contoh, seribu boleh ditulis dengan angka 1000 dan tiga puluh lapan ribu enam ratus dua puluh lima boleh ditulis sebagai 38625.\n\nSistem Angka Hindia-Arab adalah istimewa kerana sistem ini mempunyai angka \u20180\u2019 dibaca sifar, kosong atau zero. Tahukah anda, angka \u20180\u2019 adalah angka yang terakhir dicipta dalam sistem angka ini. Menurut sejarah, angka sifar hanya dicipta di antara abad ke-7 hingga abad ke-9. Sebelum daripada itu, angka sifar tidak mempunyai symbol untuk mewakilinya. Walaupun konsep kosong atau tiada memang sudah lama wujud. Tetapi untuk mewakilkan simbol kepada sesuatu yang tidak ada masih belum dapat digarap sebelum abad ke-7.\n\nSebagai contoh, sistem angka Roman yang tidak mempunyai angka sifar. Apabila nilai sesuatu bilangan mejadi semakin besar, simbol baharu akan diperkenalkan. Sebagai contoh, V adalah symbol bagi bilangan 5, X bagi 10, L bagi 50, C bagi 100 dan M bagi 1000. Ini menjadikan sistem angka Roman mempunyai banyak symbol yang perlu diingat. Dan sistem angka ini tidak mudah digunakan terutamanya untuk mencatat bilangan yang besar.\n\nDi Eropah, Sistem Angka Hindia-Arab hanya mula di adaptasi pada abad ke-12 melalui buku t Tokoh Matematik Islam, Al-Khwarizmi yang bertajuk Kitab al-Jam\u2019 wal Tafriq bi hisab al-hind diterjemahkan ke Bahasa Latin bertajuk Algoritmi de Numero Indorum masuk ke Eropah. Disebabkan inilah Sistem Angka yang digunapakai secara meluas diseluruh dunia ini kenali sebagai Sistem Angka Hindia-Arab kerana ia dating dari Arab dan India.\n\nKemudian hamper semua sistem Angka di dunia ini mengadaptasi dan memasukkan angka sifar kedalam sistem angka masing-masing. Dan kebanyakan Sistem angka yang lin masih mengekalkan bentu asal angka sifar sama ada bulatan atau titik.\n\nSistem angka mengekalkan bentuk sifar sebagai bulatan atau titik\n\nSiapa Pencipta Sistem Angka Perpuluhan dan Angka Sifar?\n\nNamun, diantara Arab dan India, siapakah yang paling awal mencipta sistem ini yang ada angka sifar di dalamnya?\n\nInilah persoalan yang selalu menjadi perdebatan ahli matematik. Untuk menjawab persoalan ini, kita mestilah merujuk kepada tinggalan sejarah yang ada tercatat padanya angka sifar. Untuk itu, kita akan membuat carta kedudukan berdasarkan Tarikh yang paling lewat kepada yang paling awal. Maka tinggalan sejarah yang bertarikh paling awal itulah bukti pencipta sistem angka perpuluhan dan angka sifat\n\nNota: Prasasti adalah sama maksud dengan Batu Bersurat.\n\nPrasasti Gwalior, Kuil Chaturbhuj, India (876 Masihi) Di wilayah Gwalior, India, terdapat sebuah kuil tinggalan Dinasti Gurjara-Pratihara yang di dalamnya ditemui sebuah batu bersurat yang tercatat angka sifar. Prasasti Gwalior mencatatkan keluasan ladang masyarakat disitu berukuran 187 hasta kali 270 hasta. Pada angka 270 terdapat angka sifar yang berbentuk bulatan. Inilah bukti sejarah angka sifar yang terdapat di India.\n\nBuku Al-Khwarizmi (Kitab al-jam\u2019 wal tafriq bi hisab al-hind) 825 Masihi Tokoh matematik islam, Al-Khwarizmi telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Kitab al-jam\u2019 wal tafriq bi hisab al-hind yang bermaksud Buku tentang pengiraan berdasarkan angka Hindia. Di dalam buku ini, terdapat angka sifar (???) shifr. Walaupun Salinan asal buku ini telah hilang, tetapi terjemahan Latin kepada buku ini masih wujud bertajuk Algoritmi de numero indorum. Terjemahan Latin inilah yang sampai ke eropah dan angka sifar diterjemahkan sebagai zipherum dan kemudian menjadi zero. Inilah bukti sejarah yang menunjukkan angka sifar digunakan di tanah Arab.\n\nPrasasti Batu Kapur, Sriwijaya, 686 Masihi Prasasti Batu Kapur adalah batu bersurat tinggalan zaman kerajaan Melayu Sriwijaya. Pada batu bersurat ini tercatat angka 608 yang terdapat angka sifar berbentuk titik bulatan. 608 adalah merujuk kepada Tarikh prasasti ini iaitu 608 Saka, bersamaan 686 Masihi. Batu bersurat ini ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava. Prasasti ini jauh lebih awal berbanding Prasasti Gwalior dan Buku Al-Khwarizmi.\n\nPrasasti Talang Tuwo, Sriwijaya, 684 Masihi Satu lagi batu bersurat tinggalan Kerajaan Melayu Sriwijaya ditemui di Palembang. Pada batu bersurat ini tercatat angka 606 yang mempunyai angka sifar berbentuk titik bulatan. 606 pada batu ini merujuk kepada Tarikh batu bersurat ini iaitu 606 Saka bersamaan dengan 684 Masihi. Batu bersurat ini juga ditulis dalam Bahasa Melayu Kuno dalam tulisan Pallava.\n\nPrasasti Sambor, Khmer Lama, 683 Masihi Di Sambor, Kemboja yang dahulunya adalah Kerajaaan Khmer Lama, ditemui satu batu bersurat yang tercatat angka sifar. Pada batu bersurat ini tercatat angka 605 yang merujuk kepada Tarikh prasasti ini iaitu 605 Saka bersamaan dengan 683 Masihi. Batu bersurat ini telah ditemui pada tahun 1931 namun dikatakan termusnah oleh regim Pol Pot. Tetapi pada tahun 2013, kerajaan Kemboja mengumumkan Prasasti tersebut telah ditemui semula.\n\nPrasasti Kedukan Bukit, Sriwijaya, 682/683 Masihi\n\nInilah satu lagi batu bersurat tinggalan kerajaan Melayu Sriwijaya dan juga yang tertua di dunia. Pada Prasasti ini, tercatat angka 605 atau 604 yang mempunyai angka sifar sama seperti Prasasti Talang Tuwo dan Batu Kapur. Ahli sejarah berbeza cara membaca tulisan pada batu ini kerana angka ketiga pada prasasti ini tidak begitu jelas sama ada 4 atau 5.\n\n605 atau 604 pada batu bersurat itu adalah Tarikh prasasti ini iaitu 605 atau 604 Saka yang bersamaan dengan 682 atau 683 Masihi. Maka Prasasti Kedukan Bukit adalah lebih tua atau sama Tarikh dengan Prasasti Sambor. Namun berdasarkan Kajian Prof. Emeritus Shahahir Mohd Zain, tokoh matematik Malaysia dalam kajian beliau. Prasasti Kedukan Bukit lebih awal berbanding Prasasti Sambor. Ini menjadikan Prasasti Kedukan Bukit adalah bukti tertua angka sifar di dunia. Pada tahun 2019, Prof. Emeritus Dr Shaharir Mohd Zain telah menghasilkan satu kajian tentang Sistem Angka Perpuluhan yang Diketahui Tertua di Dunia dan membuktikan sarjana Melayu dari Malayonesia (Istilah bagi Kepulauan Melayu) dari Sriwijaya adalah pencipta asli sistem itu. Ini menunjukkan orang Melayu mempunyai ketamadunan yang tinggi dari segi ilmu. Bagi yang berminat untuk membaca jurnal kajian Prof Shaharir, pautan jurnal tersebut boleh didapatkan disini. Namun dunia tidak begitu berminat dengan penemuan ini. Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyebar luaskan maklumat ini kepada masyarakat agar lebih ramai yang mengetahui fakta ini dan kita sedar nilai sejarah disebalik penemuan ini. Semoga ia menjadi pemangkin kepada kita untuk lebih gigih mengkaji tinggalan sejarah kita." "Bila dah ada rumah sendiri ni, tak dapat la nak mengharapkan orang lain untuk mengemas rumah. Ada suatu perkara yang penulis dapati menjengkelkan ketika mengemas rumah ni, habuk dan debu. Baru je penulis sapu rumah, bersihkan rak dan para semalam dah rasa benda yang melekat-lekat di kaki dan salji debu meliputi para. Dekat setiap hari kemas tak hilang-hilang jugak. Kalau menyapu boleh kuruskan badan dan bagi enam ketulan di perut takpe la jugak.\n\nUntuk menumpaskan sindiket habuk yang tidak pernah kehabisan stok habuk, penulis pun melakukan sedikit kajian. Namun, jawapan yang ditemui sangat-sangat mengejutkan dan menakutkan.\n\nHabuk memang takkan pernah habis Adalah sangat mengejutkan diri yang rajin menyapu ini apabila mendapat tahu bahawa dalang sindiket habuk yang terbesar ialah manusia sendiri! Habuk adalah satu gumpalan agregat yang diperbuat daripada serat benang, kertas, rambut, cebisan kulit manusia, tanah-tanah, debu dan pelbagai lagi benda-benda yang halus. Warna gumpalan habuk pula adalah berasal daripada bahan yang membuatkan habuk, kebanyakannya warna kelabu sebab serat kain kalau satu-satu dan kulit manusia yang dah mati memang warna kelabu.\n\nMekanisma gumpalan habuk\n\nJika anda perasan, sekiranya terdapat suatu cahaya menyinari bilik yang gelap anda akan mampu melihat partikel-partikel halus berterbangan di udara dan percayalah ianya akan kekal di udara untuk masa yang lama. Hal ini kerana mengikut Hukum Stoke, saiz partikel habuk yang kecil akan dipaksakan daya geseran yang tinggi berbanding daya graviti, menyebabkan habuk hanya akan mendarat di lantai pada masa lebih kurang 5 hari.\n\nHabuk-habuk sangat mudah tergumpal antara satu sama lain. Ini menghasilkan gumpalan kelabu yang menjengkelkan dan sekiranya anda alergik kepada habuk seperti aku, ternyata akan menyebabkan tindak balas bersin seperti mesingan. Gumpalan ini ialah kerana habuk mengandungi cas statik dipol-dipol (Matthews & Hyde, 2009), hasil interaksi antara habuk dan udara.\n\nApabila habuk bergeser dengan udara yang berfungsi sebagai bendalir, cas positif habuk akan berhijrah ke suatu sudut dan akan menjadi tertumpu. Hal ini akan menyebabkan perbezaan cas yang ketara dan membahagikan habuk kepada dua bahagian, bahagian yang tinggi cas positif dan bahagian yang tinggi cas negative.Kedua-dua bahagian yang berbeza ini adalah tertarik antara satu sama yang lain lantas menjadi satu gumpalan yang menjengkelkan. \u00a0\n\nCara untuk menangani sindiket habuk\n\nKetakutan yang amat besar dirasakan olehku ketika diri mendapat tahu bahawa aku harus mengemas rumah setiap hari sehinggalah aku pergi daripada dunia yang berhabuk ini. Sekiranya ada manusia atau barangan seperti karpet dan tekstil yang wujud sahaja di sesuatu tempat, minta maaf, habuk akan senantiasa dihasilkan.\n\nAda orang kata boleh gunakan air purifier. Tapi kalau tengok artikel-artikel dalam talian pula, kata kotak angin tu tipu je. Ada yang kata kalau HEPA ok je. Entah la, aku pun tak pernah pakai. Kalau korang ada pengalaman pakai air purifier cuba kongsi sikit dengan kami.\n\nYang pastinya, untuk mengelakkan debu ni banyak sangat dalam rumah kena la bersihkan setiap hari. Tak boleh malas eh. Kalau tak, satu lagi makhluk yang menghantui dan membawa penyakit dalam kehidupan anda, kutu hama. Betul lah kata orang, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, rumah berkutu hama. Eh?\n\nRujukan:" "Bayangkan anda tengah menjawab soalan peperiksaan. Tiba-tiba, waktu anda bukak kertas soalan peperiksaan anda, anda terjumpa soalan macam soalan dekat atas. Apa jawapan anda?\n\nRajah di atas menunjukkan empat watak karekter fiksyen, iaitu Goku (Dragonball), Mako (Avatar Korra), Superman dan Green Lantern. Kesemua mereka ini kelihatannya sedang memancarkan satu bentuk sinaran, dan soalan tersebut kemudiannya ditulis dengan berbunyi;\n\nDengan menggunakan Hukum Termodinamik Pertama, jelaskan mengapa anda tidak boleh melakukan perkara (seperti yang dilakukan oleh watak tersebut).\n\nSebelum kita pergi lebih jauh dan menyelidik detail setiap watak, mungkin elok kiranya kalau kita kenal terlebih dahulu apa bendanya Hukum Termodinamik Pertama ni, dan kenapa ia dikaitkan dengan situasi di atas?\n\nHukum Termodinamik Pertama\n\nHukum Termodinamik Pertama sebenarnya adalah satu bentuk olahan kepada idea Prinsip Keabadian Tenaga (Conservation of Energy). Menurut prinsip ini, tenaga tidak boleh dicipta mahupun dimusnahkan, dan ia hanyalah mampu berubah bentuk, dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Hukum Termodinamik Pertama bertindak dengan mengkhususkan \u2018bentuk perubahan\u2019 tenaga tersebut \u2013 perubahan tenaga dalaman (Internal Energy) terhasil akibat daripada perubahan tenaga haba (Heat Energy) dan juga kerja yang dilakukan oleh sistem tersebut (Work Done).\n\nSekarang, pergi kepada watak Goku dalam cerita Dragonball. Kamehameha merupakan salah satu nama serangan yang amat popular dalam cerita Dragonball. Ia merujuk kepada situasi dimana penyerang mengumpulkan tenaga dalaman, atau dipanggil Qi dalam dunia mereka. Tenaga dalaman yang dikumpul itu kemudiannya dilepaskan kepada pihak lawan, menghancurkan mereka sama sekali.\n\nKonsep Qi dalam cerita Dragonball ini sebenarnya merujuk kepada konsep Qi dalam bangsa Cina, satu bentuk tenaga dalaman atau life force, ala-ala The Force dalam cerita Star Wars, dan ia merupakan sebahagian daripada tenaga alam semulajadi.\n\nAda teori peminat seperti teori The Film Theorists yang mengatakan bahawa qi dalam setiap watak Dragonball berfungsi menghasilkan plasma, yang merupakan salah satu keadaan jirim, selain pepejal, cecair dan gas. Dengan kemampatan plasma inilah yang kemudiannya menghasilkan satu bentuk tekanan tenaga plasma yang mampu dikawal, ia kemudian boleh dilancarkan kepada pihak musuh sebagai satu bentuk serangan untuk menewaskan mereka.\n\nJadi, apa kaitan serangan Kamehameha tadi dengan konsep Hukum Termodinamik Pertama? Menolak ketepi konsep Qi atau tenaga dalaman yang tidak mampu dibuktikan dengan sains, sebenarnya konsep serangan Kamehameha agak masuk akal kalau dijelaskan dengan Hukum Termodinamik Pertama. Hal ini adalah kerana, sewaktu Goku menggunakan teknik Kamehameha, tenaga dalamannya berkurang (perubahan pada ), dan pada masa yang sama, dia sedang melakukan kerja (perubahan pada ).\n\nJadi, mengambil Goku sebagai satu bentuk sistem termodinamik, Goku sebenarnya tidak melanggar Hukum Termodinamik Pertama (itu pun kalau betul Qi tu wujud lah). Hujah ini mungkin boleh dikuatkan dengan hakikat bahawa mereka yang mampu melakukan Kamehameha ini sebenarnya perlu makan jumlah kalori yang banyak, iaitu 18 kali ganda orang biasa (dalam 34 000 calories atau dalam lingkungan 142 juta Joule!)\n\nPergi pula kepada watak Mako, seorang firebender (dalam gambar merujuk kepada lightning bending) dari cerita Avatar Korra. Bending merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengawal elemen di sekelilingnya. Selalunya, orang yang mengawal perlu turut sama mempelajari skil dan teknik kawalan untuk membuat bending. Terdapat 4 jenis bending utama dalam Avatar, iaitu mengawal air, api, tanah dan udara.\n\nSelain dari mampu mengawal elemen-elemen tersebut, satu kelebihan ada pada Avatar, yang diberi kebolehan mengawal kesemua elemen, ditambah dengan kelebihan mampu melakukan Energy Bending (sepertimana dalam pertarungan Ang dengan Fire Lord Ozai dalam episode terakhir Avatar). Justeru bolehlah dikatakan bahawa bending adalah konsep \u201cmengawal\u201d benda di sekeliling kita, dalam keadaan yang diluar batas kemampuan sains.\n\nMelihat pula kepada keadaan Mako, dia merupakan seorang firebender yang mampu untuk mengawal kilat. Menurut Uncle Iroh sewaktu mengajar Putera Zuko teknik untuk melakukan lightning bending dalam Avatar, Uncle Iroh memberitahu bahawa \u201cDi sekitar kita ada tenaga ying dan yang, tenaga positif, dan tenaga negatif. Hanya segelintir sahaja firebender yang mampu memisahkan kedua-dua tenaga ini, dan menghasilkan ketakseimbangan. Tenaga akan ingin kembali menjadi seimbang, dan pada detik tenaga positif dan tenaga negatif itu bertemu, ia akan menghasilkan kilat (lightning).\u201d\n\nMelihat kepada konsep yang diperkenalkan dalam siri Avatar ini, boleh dirumuskan bahawa ia tersasar dari Hukum Termodinamik Pertama. Hal ini adalah kerana dalam kes ini, \u201ctenaga\u201d dapat dipisahkan tanpa melalui apa-apa proses yang valid dalam sains. Perlu diingatkan bahawa dalam situasi kilat yang sebenar, anggaran purata tenaga yang dihasilkan oleh kilat adalah sebanyak lima billion Joule. Banyak tu!\n\nPersamaan \u00a0 juga kelihatan dilanggar kerana tiada apa-apa perubahan pada tenaga dalaman berlaku (sekadar pemisahan tenaga) dan tiada pertambahan atau pengurangan tenaga haba terjadi. Jadi, tanpa berlaku perubahan pada tenaga dalaman dan tenaga haba, bagaimana kerja mampu dilakukan? (Dalam kes ini, kerja merujuk kepada pemecahan tenaga dan kebolehan mengawal aliran arus kilat)\n\nSeterusnya, watak Superman. Melihat kepada gambar, Superman dilihat sedang mengeluarkan satu bentuk radiasi daripada matanya. Soalan pertama perlu ditanya adalah, radiasi apa yang dipancarkan tu?\n\nMenurut laman web peminat Superman, Superman memiliki beberapa keupayaan istimewa dari matanya, antaranya adalah pancaran haba (heat vision) dan kebolehan penglihatan sinar-X (X-ray vision). Melihat kepada gambar, pancaran haba kelihatan lebih munasabah jika dibandingkan dengan sinaran-X, kerana Superman diketahui mampu memancarkan haba dan \u201cmenembak\u201d pihak lawannya.\n\nAsalnya, kuasa Superman hanyalah terdiri dari sinaran-X, di mana kebolehan mencairkan besi dalam kisah Superman dirujuk kepada \u201cthe heat of his X-ray\u201d, tanpa ada apa-apa penerangan mengenai bagaimana ia mampu terhasil. Namun apabila kisah Superman berkembang, elemen saintifik dimasukkan ke dalam perbincangan, dengan pancaran haba diasingkan daripada sinaran-X.\n\nSalah seorang penulis bagi siri Superman, Elliot S. Maggin cuba untuk menerangkan idea pancaran cahaya ini tanpa lari jauh dari Hukum Termodinamik Pertama, dalam novel Starwinds Howl. Menurut Elliot, pancaran haba Superman terhasil akibat dari kebolehan Superman untuk mengumpul dan menyimpan tenaga suria, dan ia kemudiannya dilepaskan dalam bentuk pancaran tertumpu (berkemungkinan dalam gelombang inframerah).\n\nMelihat perkara ini hanya dari aspek Hukum Termodinamik Pertama (sebab konsep bagaimana nak stor tenaga suria tu sebenarnya agak gila), kuasa Superman juga sebenarnya tidak melanggar hukum keabadian tenaga. Sebaliknya, kalau difikirkan semula, kebolehupayaan Superman terhasil apabila dia mampu memanipulasi tenaga sewaktu dia mengumpul tenaga suria (haba, Q, diserap, jadi menambahkan tenaga dalaman, ), dan dia kemudiannya mengeluarkan semula tenaga tersebut dalam bentuk haba (haba dibuang, tenaga dalaman berkurang).\n\nHmm. Patutlah Superman kena selalu pergi cas diri dia dekat Matahari. Eh, ke tu Ultraman?\n\nBerlainan dengan ketiga-tiga watak sebelumnya, di mana mereka sama ada makhluk asing (Goku dan Superman adalah makhluk asing) dan hidup di dunia dimana manusia mampu mengawal elemen (Mako), Hal Jordan (Green Lantern dalam gambar) satu-satunya manusia tulen dalam rajah di atas. Justeru, sebagai manusia, pastinya sukar untuk dia bersaing dengan watak sebelumnya. Jadi apa kelebihan Hal?\n\nHal Jordan dikurniakan satu bentuk \u201ccincin kuasa\u201d yang menjadikan beliau salah seorang ahli kepada Green Lantern Corps, satu bentuk pasukan polis angkasa. Kesemua ahli dikenali sebagai Green Lantern, dan memiliki cincin mereka yang tersendiri. Cincin ini unik kerana ia mampu dikawal menggunakan \u201cTenaga Kemahuan\u201d, salah satu entiti tenaga fiksion yang wujud dalam dunia DC. Selain dari warna hijau, terdapat warna-warna lain yang mewakili emosi berbeza, sebagai contoh Red Lantern yang terdiri dari emosi amarah.\n\nBerbalik kepada bagaimana Hal Jordan mampu mengeluarkan pancaran cahaya dari cincinnya, menurut konsep yang digunapakai dalam tema Green Lantern, kuasa Green Lantern terhasil daripada cincinnya, yang dipanggil \u201cCincin Kuasa\u201d.\n\nCincin Kuasa ini berfungsi dengan cara berikut: ia perlu dicaskan dari tenaga yang diberikan oleh Power Battery, satu bentuk bateri magis yang mampu memberikan Pure Energy kepada cincin tersebut. Tenaga itu kemudiannya mampu dimanipulasi oleh individu yang memakai cincin tersebut, bergantung kepada tenaga keinginan yang dia miliki, dan juga kreativitinya. Antara bentuk serangan yang mampu dilakukan dengan menggunakan kuasa cincin tersebut adalah tembakan tenaga (energy blast) dan juga pembentukan senjata (apa-apa senjata) yang boleh digunakan seperti pedang, pistol dan juga peluru berpandu.\n\nJadi, adakah cincin Green Lantern melanggar Hukum Termodinamik Pertama? Mengambilkira (secara mudah) kes bahawa cincin kuasa ini tak ubah seperti telefon bimbit yang perlu dicas untuk digunakan (walaupun sumber tenaganya agak merepek), ia kelihatannya seperti masih lagi tidak melanggar Hukum Termodinamik Pertama. Hakikat bahawa tenaga dalaman cincin tersebut (Internal Energy, ) yang mampu bertambah dan berkurang dan perlu sentiasa dicas mungkin menjadi titik tolak kenapa cincin tersebut agak scientifically logical.\n\nJadi Sebenarnya Boleh lah?\n\nEh kejap. Soalan tu suruh tulis kenapa kita tak boleh buat benda-benda macamtu, tapi kenapa jawapan dia jadi macam boleh pulak ni? Soalan salah ke?\n\nPertama sekali perlu difahamkan bahawa kesemua karakter tersebut merupakan karakter fiksyen yang mampu memanipulasi tenaga secara terus, sedangkan secara saintifiknya, kita manusia tidak mampu mengawal tenaga secara terus.\n\nSelain itu, perkara yang perlu diberi perhatian adalah Hukum Tremodinamik Pertama hanya terpakai untuk satu sistem yang terasing (isolated system; system that cannot exchange either energy or matter outside the boundaries of the system).\n\nKalau dilihat kepada maksud sistem terasing itu, kesemua karakter kita sebenarnya memang melanggar Hukum Termodinamik Pertama, kerana perubahan tenaga mereka terhasil akibat daripada pertukaran tenaga antara dua sistem yang berbeza (Goku dengan makanan dia, Superman dengan Matahari, Power Ring dengan Battery).\n\nJadi jangan risau adik-adik, tiada hukum fizik yang dilanggar!\n\nReference:\n\n\u201cFrom Physics to Science Fiction.\u201d C. A. Higgins (2016). Scientific Americana. https://blogs.scientificamerican.com/guest-blog/from-physics-to-science-fiction/\n\n\u201cFilm Theory: What IS the Dragon Ball Z Kamehameha Wave?\u201d The Film Theorists (2015). https://www.youtube.com/watch?v=Zq1aPOunsFA\n\n\u201cGreen Lantern Ring.\u201d DC Fandom. https://dc.fandom.com/wiki/Green_Lantern_Ring\n\n\u201cIs there a way to harness electricity from lightning?\u201d Sarah Jensen (2015). MIT. https://engineering.mit.edu/engage/ask-an-engineer/is-there-a-way-to-harness-electricity-from-lightning/\n\n\u201cPhotonucleic Effect.\u201d Superman Wiki. https://superman.fandom.com/wiki/Photonucleic_Effect\n\n\u201cThe Real Science Behind Superman\u2019s Super Powers.\u201d Ben Kendrick (2016). ScreenRant. https://screenrant.com/superman-powers-scientific-explanation/#:~:text=Since%20Superman\u2019s%20powers%20are%20derived,as%20directed%20beams%20of%20focused\n\n\u201cWhy can\u2019t we extract electricity from lightning?\u201d, Payam Adlparvar (2015). Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/why-cant-we-extract-electricity-from-lightning-10162498.html" "Ramai yang tahu bahawa lohong hitam atau \u2018black hole\u2019 ialah satu \u2018benda\u2019 yang menyedut semua benda termasuklah cahaya. Sebab itu ia dinamakan sebagai lohong \u2018hitam\u2019. \n\nOleh sebab lohong hitam ini menyedut cahaya, persoalannya, bagaimana kita boleh tahu lohong hitam ini wujud? Atau lohong hitam ini sebenarnya konspirasi para ahli fizik yang nak minta dana penyelidikan berlebihan untuk mengkaji sesuatu yang tak wujud pun? Jom kita belajar bagaimana kita dapat mengesan kewujudan lohong hitam berdasarkan sains!\n\nSecara ringkasnya, terdapat 4 kaedah untuk mengesan kewujudan lohong hitam. 4 kaedah ini ialah \n\nKesan graviti lohong hitam kepada jasad-jasad di sekelilingnya\n\nKaedah yang pertama ialah dengan melihat kepada pergerakan jasad-jasad seperti bintang yang mengelilingi lohong hitam. Lohong hitam mempunyai tarikan graviti yang sangat tinggi menyebabkan bintang-bintang ditarik ke arah lohong hitam tersebut. Apabila bintang-bintang ini hanyut dalam medan graviti yang tinggi, maka bintang-bintang ini akan berpusing mengelilingi lohong hitam dengan orbit tertentu. \n\nPergerakan bintang-bintang ini dapat dicerap oleh teleskop-teleskop sedia ada terutamanya bagi bintang-bintang yang berada berhampiran dengan pusat galaksi. Apabila ahli astronomi menghalakan teleskop kepada pusat galaksi kita, mereka mendapati bahawa bintang-bintang di situ bertawaf mengelilingi suatu kawasan yang gelap, yang seolah-olah tiada apa-apa di situ. Kita dapat lihat pergerakan bintang-bintang ini pada video di bawah yang dirakam oleh Very Large Telescope di Chile selama 20 tahun.\n\n Berdasarkan pergerakan bintang ini, ahli astronomi menyimpulkan bahawa bintang-bintang ini sedang mengorbit lohong hitam yang mempunyai jisim lebih 4 juta kali ganda jisim matahari. Besar tu! Lohong hitam raksasa!\n\nPancaran gelombang elektromagnet (sinar-X dan gelombang radio) yang sangat padu\n\nKaedah yang kedua pula lebih mudah berbanding yang pertama iaitu dengan melihat pada pancaran sinar-X dan gelombang radio yang sangat tinggi daripada bintang yang berdekatan dengan lohong hitam. \n\nPada kaedah pertama, bintang-bintang mengorbit lohong hitam pada jarak selamat dan tidak disedut masuk oleh lohong hitam itu. Namun, apabila suatu bintang berada terlalu dekat dengan lohong hitam, gas-gas pada bintang tersebut akan mula ditarik masuk dengan ganas ke dalam lohong hitam. \n\nDalam perjalanan masuk ke lohong hitam, gas-gas ini akan berpusar-pusar mengelilingi lohong hitam seperti puting beliung. Pusaran ini sangat rancak sehingga menyebabkan suhu gas ini mencanak naik dan memancarkan sinar-X. Antara lohong hitam yang memancarkan sinar-X ini ialah Cygnus X-1. \n\nPada mulanya, apabila ahli astronomi mencerap Cygnus X-1, mereka terkebil-kebil mencari punca sinar-X yang sangat kuat. Teori-teori sains tidak dapat menjelaskan punca sinar-X ini melainkan ia terhasil daripada lohong hitam yang menelan bahan-bahan bakar daripada bintang malang yang berada terlalu hampir dengannya. Anda boleh lihat lakaran lohong hitam ini di bawah. Memang betul-betul pemusnah bintang!\n\nPancaran gelombang kegravitian\n\nKaedah yang ketiga pula lebih maju dan sukar dikesan iaitu dengan melihat pada kesan riak (ripple) daripada gelombang kegravitian yang terhasil apabila lohong hitam berlanggar dan bergabung. \n\nGelombang kegravitian? Apa tu? Kita mungkin pernah lihat gelombang dengan membayangkan gelombang air yang berombak di tepi pantai. Sebenarnya, graviti juga begitu! Albert Einstein mengusulkan bahawa graviti sebenarnya bukanlah suatu daya, tetapi graviti ialah lengkungan pada ruang dan masa di alam semesta kita yang terbentuk oleh jasad-jasad yang wujud di dalamnya (termasuklah tenaga). \n\nOleh sebab lohong hitam mempunyai jisim yang tinggi, ia melengkungkan ruang masa dengan lebih ketara. Lihat pada gambaran di bawah tentang lengkungan ruang masa oleh lohong hitam. Okey, sekarang kita dah tengok bahawa lohong hitam ini melengkungkan ruang masa.\n\n Jadi, apa yang akan berlaku jika kita ada dua lohong hitam yang beradu tenaga dan menelan satu sama lain? Gelombang kegravitian akan terhasil! Apabila gelombang kegravitian ini dihasilkan, ia dapat dikesan di Bumi apabila gelombang ini tiba. Namun, pengesanan gelombang kegravitian ini sukar kerana gelombang ini sangat lemah setelah merambat jauh dan tersebar ke alam semesta sebelum menuju ke Bumi. Melalui kaedah ketiga ini, lebih 60 perlanggaran lohong hitam telah dikesan.\n\nPengimejan secara terus\n\nKaedah keempat lebih mudah difahami iaitu dengan terus mengambil gambar lohong hitam. Kaedah-kaedah sebelum ini adalah kaedah mencerap lohong hitam secara tidak terus (indirect) dan kita tak dapat nak tengok gambar lohong hitam yang sebenar. Hanya kesan-kesannya saja. \n\nNamun dengan teknologi yang berkembang, dan berbilion-bilion duit dihabiskan untuk kajian sains, kita berjaya merakam gambaran sebenar lohong hitam. Pada 10 April 2019, satu kerjasama antarabangsa para ahli sains berjaya merakamkan satu gambar lohong hitam gergasi di galaksi M87 menggunakan banyak gabungan teleskop radio di Bumi. Gambar lohong hitam ini boleh dilihat di bawah. \n\nKalau dilihat pada gambar ini, kita dapati bahawa di tengah-tengah gambar adalah gelap sahaja dan dikelilingi oleh cahaya berwarna oren di sekelilingnya. Yang ditengah ialah lohong hitam, manakala yang mengelilinginya ialah gas-gas yang berpusar ke dalamnya. Bukan senang nak tangkap gambar lohong hitam! Kalau tak ada gas-gas di sekeliling tu, kita hanya dapat lihat satu gambar yang hitam saja. Setakat ini, hanya satu saja lohong hitam yang berjaya ditangkap gambarnya.\n\nGambar lohong hitam M87: https://www.nationalgeographic.com/science/2019/04/first-picture-black-hole-revealed-m87-event-horizon-telescope-astrophysics/\n\nHaa, itulah dia 4 kaedah yang digunakan untuk mencari kewujudan lohong hitam. Namun begitu, pencarian lohong hitam tidak terhad kepada 4 kaedah ini kerana masih terdapat kaedah lain untuk menentukan kewujudan lohong hitam.\n\nSemoga tulisan ini menambahkan minat kita untuk menceburi bidang sains dan terus mengkaji khazanah di alam semesta!" "Sewaktu kita di sekolah rendah, kita pernah belajar tentang ahli-ahli dalam sistem suria seperti planet, komet, meteor dan bulan. Berdasarkan ilmu sains sekolah rendah yang kita pelajari, terdapat 9 planet dalam sistem suria (8 planet untuk silibus baharu) iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto (Pluto tidak disebut dalam silibus baharu). \n\nKesemua planet ini mengorbit Matahari pada orbit masing-masing dengan jarak tertentu dari Matahari. Kita juga belajar tentang tertib susunan planet ini berdasarkan jarak masing-masing daripada Matahari bermula dengan Utarid, diikuti oleh Zuhrah dan seterusnya sehingga planet Pluto.\n\nOleh itu, jika kita ditanya soalan yang berbunyi \u2018planet manakah paling hampir dengan Matahari?\u2019. Sudah tentu jawapannya ialah planet Utarid. Planet Utarid mempunyai orbit paling kecil di antara planet-planet dalam sistem suria. Jawapan yang logik dan masuk akal. Soalan pun agak senang.\n\nPlanet Sebelah Bumi Bukan yang Paling Hampir dengan Kita?\n\nBagaimana pula dengan soalan ini \u2018planet manakah paling hampir dengan Bumi?\u2019. Jawapan yang mungkin kita akan congak ialah Zuhrah atau Marikh. Oleh sebab Bumi ialah planet ketiga dari Matahari, Zuhrah dan Marikh pula masing-masing ialah planet kedua dan keempat dari Matahari, sudah tentu salah satunya ialah planet terdekat dengan Bumi. \n\nBerdasarkan simulasi astronomi (SkySafari 6), jarak Zuhrah daripada Matahari ialah 108 juta km manakala jarak Marikh daripada Matahari pula ialah 228 juta kilometer. Jarak Bumi ke Matahari pula ialah 150 juta km. Dengan menggunakan sedikit matematik, kita akan membuat rumusan bahawa Zuhrah ialah planet paling hampir dengan Bumi. Jaraknya ialah 42 juta km dari Bumi sedangkan Marikh ialah 78 juta km dari Bumi.\n\nNamun berdasarkan kajian 3 saintis yang diterbitkan dalam Physics Today, mereka mendapati bahawa kedua-dua planet ini bukanlah planet paling hampir dengan Bumi tetapi planet Utarid ialah planet paling hampir dengan Matahari. Eh? Kenapa pula?\n\nSecara purata, jarak Utarid ke Matahari ialah 63 juta km. Kalau dibuat kira-kira, sepatutnya jarak Bumi ke Utarid ialah 87 juta km. Tapi mengapa pula Utarid lebih hampir dengan Bumi? Bahkan menurut laman web NASA (sebelum kertas kajian ini diterbitkan), planet Zuhrah adalah planet paling hampir dengan Bumi. Jadi, di mana salahnya?\n\nBerdasarkan pengiraan kita tadi, kita mengandaikan Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh berada dalam satu garis lurus dari Matahari. Namun secara realiti, kesemua planet bergerak mengelilingi Matahari dalam orbit masing-masing dengan tempoh pusingan yang berbeza. Ini bermaksud, ada waktu, Zuhrah berada \u2018di belakang\u2019 Matahari dan Utarid berada \u2018di hadapan\u2019 Matahari seperti dalam simulasi 1 di bawah. Pada waktu lain pula, Zuhrah berada dekat dengan Bumi manakala Utarid berada di sebalik Matahari seperti dalam simulasi 2.\n\nJika diperhatikan, pada waktu tertentu, Utarid lebih dekat dengan Bumi berbanding Zuhrah dan pada waktu lain, Zuhrah lebih dekat dengan Bumi berbanding Utarid. Begitu juga dengan Marikh. Kadang-kadang, Marikh lebih dekat dengan Bumi berbanding Utarid dan Zuhrah seperti dalam simulasi 3.\n\nHaa. Maksudnya, Zuhrah bukanlah secara mutlak berada pada jarak paling dekat dengan Bumi. Daripada pemerhatian ini, 3 orang saintis tersebut mula menulis beberapa rumus fizik dan menjalankan simulasi pergerakan planet-planet dalam sistem suria. Mereka menghitung planet manakah yang berada paling hampir dengan Bumi dalam waktu yang paling lama. Mengikut perhitungan mereka, Utarid ialah planet yang paling lama berada paling hampir dengan Bumi. Zuhrah berada di tempat kedua dan Marikh berada di tempat ke tiga. Secara purata, jarak ke Bumi bagi Utarid ialah 1.039 AU, Zuhrah ialah 1.136 AU dan Marikh ialah 1.701 AU. (1 AU = 150 juta km).\n\nManakala purata masa paling hampir dengan Bumi berdasarkan simulasi 10 ribu tahun, Utarid berada sekitar 4.6 ribu tahun (46%) paling hampir dengan Bumi, Zuhrah 3.6 ribu tahun (36%), Marikh 1.8 ribu tahun (18%).\n\nBagaimana hal ini boleh berlaku?\n\nPlanet mengorbit Matahari disebabkan oleh tarikan graviti. Berdasarkan Hukum Kegravitian Semesta Newton, lebih kecil jarak antara planet dengan Matahari, lebih kuat tarikan graviti. Apabila tarikan graviti lebih kuat, maka planet akan mengorbit Matahari dengan lebih pantas. Planet yang lebih hampir dengan Matahari mempunyai tempoh yang lebih singkat berbanding planet yang lebih jauh daripada Matahari. Hal ini juga disebut oleh Johannes Kepler dalam hukum Kepler ketiga.\n\nBerdasarkan hukum graviti di atas, Utarid akan berpusing mengelilingi Matahari dengan lebih laju berbanding planet Zuhrah dan planet-planet lain. Anda boleh gunakan simulasi di bawah untuk melihat pergerakan planet dalam sistem suria.\n\nSimulasi: https://www.solarsystemscope.com/\n\nSelepas mendapatkan keputusan di atas, para saintis ini menghitung pula planet yang paling dekat dengan planet-planet lain. Sebagai contoh Musytari, kita mungkin meneka bahawa Marikh atau Zuhal ialah yang paling hampir. Namun berdasarkan simulasi, Utarid ialah planet paling hampir dengan kesemua planet dalam sistem suria! Menakjubkan!\n\nAnaloginya, merujuk semula kepada situasi Bumi tadi, kita boleh andaikan Utarid, Zuhrah dan Marikh ialah jiran rumah bagi Bumi. Zuhrah dan Marikh masing-masing tinggal di sebelah kanan dan kiri Bumi. Tapi Utarid yang paling kerap menjenguk Bumi! Zuhrah dan Marikh pula selalu keluar jauh dari rumah. Rajin-rajinlah kita bertanya khabar dengan jiran-jiran kita. Jangan duduk terperap saja!\n\nRujukan:" "Sejak zaman Greek purba lagi, sarjana Greek telah mula berbahas tentang keadaan alam semesta. Mereka ingin tahu di manakah kedudukan manusia yang sebenar, bukan lokasi di Bumi, tetapi lokasi Bumi di alam semesta. Zaman mereka banyak berbeza dengan zaman kita. Zaman mereka tiada lampu LED, lampu-lampu jalan, dan lampu dari bangunan yang menyumbang kepada pencemaran cahaya di waktu malam. Mereka hanya berbekalkan lilin yang tak berapa terang untuk menerangi malam mereka. Di sebabkan teknologi lampu mereka tidak sehebat kita, di waktu malam, mereka dapat menikmati pemandangan langit yang dipenuhi oleh bintang-bintang, gugusan bintang atau buruj, galaksi-galaksi, nebula dan sebagainya. Hasil daripada keindahan alam ini, tercetus dalam minda sarjana-sarjana mereka untuk mengkaji tentang keadaan alam semesta.\n\nAntara model yang diperkenalkan ialah model geosentrik oleh Aristotle dan kemudiannya diperbaiki oleh Ptolemy. Model Aristotle meletakkan Bumi (sfera) sebagai pusat alam semesta, dikelilingi oleh Matahari, Bulan, 5 buah planet yang dapat dilihat dengan mata kasar iaitu Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal, dan objek samawi lain. Model Aristotle ini meletakkan Bulan sebagai lapisan pertama, diikuti oleh Utarid, kemudian Zuhrah, Matahari, Marikh, Musytari, Zuhal dan objek-objek lain yang kelihatan tidak bergerak pada lapisan terakhir. Model ini popular dalam kalangan sarjana Greek kerana ia menghubungkan alam semesta dengan keindahan simetri dalam matematik iaitu bentuk orbit objek-objek samawi ini ialah bulat. Bulat mempunyai simetri yang tak terhingga. \n\nSetelah beberapa abad kemudian, Ptolemy menambahbaik model ini berdasarkan pemerhatian baharu berkenaan dengan gerakan songsang sebahagian planet (retrograde motion). Ptolemy menambah epikitar (epicycle) bagi sebahagian planet untuk menjelaskan pemerhatian tersebut.\n\nModel Ptolemy ini bertahan lebih seribu tahun sebelum dicabar oleh Copernicus yang mengusulkan model heliosentrik. Model heliosentrik meletakkan Matahari sebagai pusat bagi alam semesta manakala Bumi hanyalah satu planet daripada planet-planet lain di sistem suria. Pada mulanya, model ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak kerana membawakan satu perubahan terhadap model Ptolemy yang telah kukuh diterima. Namun setelah ahli-ahli astronomi terkemudian menghalakan teleskop mereka ke lapangan angkasa, mereka dapat memberikan bukti-bukti pemerhatian yang menyokong model baharu daripada Copernicus. Pada abad-abad seterusnya, model geosentrik mula digantikan oleh model heliosentrik kerana semakin banyak bukti yang menyanggah model geosentrik oleh Ptolemy.\n\nModel Copernicus ini mula diperbaiki dengan penemuan-penemuan baharu seperti hukum Kepler, penemuan planet Uranus dan Neptun dan hukum graviti. Model Matahari sebagai pusat alam semesta diterima agak lama sehinggalah dicabar oleh penemuan baharu oleh ahli astronomi. Selepas beberapa ratus tahun penciptaan teleskop, teknologi teleskop semakin maju dengan penciptaan teleskop yang lebih besar yang dapat melihat gambar-gambar dengan lebih jelas. Dengan bantuan alat teleskop ini, ahli astronomi dapat melihat pergerakan sebahagian bintang dia angkasa dan mereka mendapati bahawa bintang-bintang ini tidak bergerak mengelilingi Matahari, tetapi mengelilingi pusat Bima Sakti. Bintang-bintang yang bertaburan diangkasa adalah sebahagian daripada isi kandungan galaksi Bima Sakti, malah Matahari hanyalah sebutir bintang daripada jutaan bintang-bintang ini.\n\nMaka model alam semesta bertukar dengan meletakkan Galaksi Bima Sakti sebagai keseluruhan alam semesta dan bintang-bintang di dalamnya mengelilingi pusat galaksi ini.\n\nNamun model ini tidak bertahan lama. Kefahaman tentang alam semesta berubah secara drastik apabila cerapan oleh Edwin Hubble mendapati bahawa terdapat galaksi-galaksi lain selain dari galaksi Bima Sakti dan kebanyakan galaksi-galaksi ini bergerak menjauhi galaksi kita. Dalam masa yang sama, teori kerelatifan oleh Einstein ditambah baik oleh beberapa ahli fizik lain untuk menerangkan keadaan sebenar alam semesta ini.\n\nTeori kerelatifan memberitahu bahawa alam semesta ini terdiri daripada ruang masa dan ruang masa ini berasal daripada satu titik ketunggalan (singularity) pada 14 bilion tahun lalu. Titik ini berkembang dalam satu proses dentuman besar (Big Bang) dan membentuk alam semesta kita pada hari ini. Sebagai analogi, bayangkan ruang masa ini diwakili oleh sebiji belon. Kemudian belon ini ditiup dan berkembang. Alam semesta juga begitu. Alam semesta secara keseluruhannya berkembang dari satu titik. Semua yang terkandung dalam alam semesta berasal dari titik tersebut termasuklah ruang masa.\n\nBerdasarkan model terbaru ini, semua tempat adalah pusat alam semesta, atau pusat pengembangan alam semesta. Bumi adalah pusat alam semesta. Matahari adalah pusat alam semesta. Setiap bintang adalah pusat alam semesta. Malah setiap ruang di alam semesta ini adalah pusat alam semesta kerana segalanya berasal dari titik yang sama.\n\nBagi penulis, persoalan yang lebih menarik ialah adakah alam semesta ini tak terhingga (infinite) atau terdapat sempadan alam semesta. Inilah persoalan yang masih belum terjawab oleh ilmu sains pada hari ini. Kita tak tahu penghujung alam semesta. Adakah alam semesta tiada penghujung, atau ada sempadan alam semesta yang masih di luar ilmu pengetahuan kita. Hanya Allah yang tahu. Kita sebagai manusia, teruskanlah mengkaji khazanah yang terkandung dalam alam semesta ini." "Adakah graviti wujud di angkasa lepas?\n\nPernah tak anda tonton tayangan berkaitan angkasa lepas seperti Gravity(2013), Interstellar(2014) dan Star Trek? Pernah tak anda tonton video angkasawan ISS yang terapung-apung? Pernah tak tonton video Dr. Sheikh Muszapharr Shukor di ISS?\n\nDalam video atau tayangan-tayangan ini, anda dapat perhatikan pergerakan angkasawan yang berbeza dengan kita di Bumi. Mereka dapat terapung-apung sedangkan kita sentiasa jatuh ke arah Bumi? Mengapa situasi ini berlaku?\n\nJawapan yang terlintas di fikiran anda pastinya ialah graviti! Bumi mempunyai graviti yang menarik kita ke arahnya. Sebab itu kita sentiasa jatuh ke arah Bumi. Jika kita lontarkan buah epal ke atas, ia akan jatuh semula ke Bumi kerana ia ditarik ke arah Bumi. Bumi menghasilkan graviti yang menarik benda yang berjisim ke arahnya. Ok, jadi kita tak boleh terapung adalah disebabkan oleh graviti Bumi.\n\nBerbalik semula kepada cerita angkasawan tadi. Kenapa angkasawan boleh terapung? Antara jawapan yang kita dengar ialah kerana di angkasa lepas, graviti tidak wujud. Atau di ISS, graviti terlalu lemah. Sebab itu angkasawan boleh terapung dan tak ditarik ke bawah. Mereka tidak dapat rasa tarikan graviti seperti kita di Bumi.\n\nHmmm. Betulkah jawapan tu? Betulkah graviti tak wujud di angkasa lepas? Betulkah graviti tak wujud di ISS?\n\nUntuk artikel ini, kita akan rungkaikan persoalan \u2018adakah graviti wujud di angkasa lepas dan di ISS\u2019.\n\nHukum Kegravitian Semesta Newton\n\nGraviti ialah satu daripada 4 daya asas di alam semesta kita. 3 yang lain ialah daya lemah nukleus, daya kuat nukleus dan daya elektromagnet. Bagi setiap daya ini, ada hukum fizik yang menjelaskan daya-daya ini.\n\nHukum kegravitian semesta Newton digunakan untuk menjelaskan daya graviti. Hukum ini dirumuskan oleh Isaac Newton beberapa abad lalu. Berdasarkan hukum ini, graviti akan meningkat apabila jisim suatu jasad itu meningkat. Sebagai contoh, Matahari mempunyai graviti yang lebih tinggi berbanding Bumi disebabkan oleh jisim Matahari yang lebih besar berbanding Bumi. Selain jisim, graviti juga bergantung kepada jarak antara dua jasad. Lebih besar jarak antara dua jasad, lebih kecil daya graviti. Sebagai contoh, kita di Bumi tidak dapat rasa kesan graviti daripada Matahari sebab jarak kita ke Matahari adalah terlalu jauh berbanding dengan jarak kita ke Bumi.\n\nBagi yang ambil Fizik di peringkat SPM (silibus baharu KSSM), anda pasti tahu rumus bagi daya graviti iaitu\u00a0Rumus ini menyatakan bahawa daya graviti akan bertambah apabila jisim antara dua jasad bertambah, dan daya graviti berkurang jika jarak antara dua jasad bertambah. G\u00a0pula ialah pemalar kegravitian Newton dengan nilai yang sangat kecil iaitu. Jika anda gantikan nilai jisim anda, jisim Bumi, jarak anda dengan Bumi (sama dengan jejari Bumi), dan pemalar kegravitian, anda akan dapat berat anda dalam unit Newton. Jika jisim anda ialah 70 kg, daya graviti yang tarik anda ke Bumi adalah sekitar 686.7 Newton.\n\nSekarang kita lihat semula kepada persoalan awal tadi. Adakah graviti wujud di angkasa lepas? Adakah graviti wujud di ISS?\n\nAngkasa lepas adalah ruang yang sangat luas. Kalau kita lihat pada gambar-gambar galaksi yang diambil oleh teleskop-teleskop angkasa seperti Hubble, kita akan dapati bahawa bintang-bintang dalam galaksi-galaksi ini kelihatan seperti butir-butir pasir yang bertaburan. Seolah-olah galaksi ini penuh dan mampat dengan bintang. Namun kalau kita perhatikan sistem suria kita, jarak antara Bumi dengan Bulan pun sudah lebih 300 ribu kilometer. Sangat jauh! Jarak kita ke planet Zuhrah pula lebih 50 juta kilometer! Jarak kita ke Matahari lagi lah jauh, 150 juta kilometer! Lebih menakjubkan, jarak kita dengan bintang yang terdekat dengan kita selepas Matahari ialah 4 tahun cahaya! Lebih 3 trillion kilometer! Jadi, walaupun galaksi kelihatan penuh dengan bintang, jarak antara bintang-bintang ini sangatlah besar. Galaksi ini penuh dengan ruang kosong. Jarak antara galaksi lagilah jauh.\n\nJika kita terperangkap di ruang-ruang kosong di angkasa lepas, bolehlah mengucap siap-siap. Bintang atau planet paling dekat pun dah bertahun cahaya. Mungkin cicit kita yang ke 10 baru dapat sampai ke bintang tu.\n\nOk, jadi kita dah tahu bahawa angkasa lepas ini penuh dengan ruang kosong. Dan jika kita berada jauh daripada bintang-bintang, kita tak dapat rasakan tarikan graviti sebab daya graviti terlalu lemah. Penerangan ini adalah betul jika kita jauh (bertahun-tahun cahaya) dari apa-apa jasad yang besar seperti bintang atau planet.\n\nBagaimana pula dengan ISS? Adakah ISS cukup jauh dari Bumi sehingga daya graviti dari Bumi ini terlalu lemah?\n\nKita mungkin berikan jawapan yang sama seperti di atas; daya graviti di ISS adalah terlalu lemah, sebab itu angkasawan boleh terapung-apung di dalamnya. Jawapan ini sebenarnya kurang tepat.\n\nBagi menjawab dengan lebih tepat, kita lihat pada daya graviti antara ISS dengan Bumi. ISS mengorbit Bumi pada altitud sekitar 400 km daripada permukaan Bumi. Kita gantikan nilai ini ke dalam rumus graviti tadi. Jika seorang angkasawan berjisim 70 kg berada di ISS, dia akan rasa tarikan graviti sekitar 600 Newton. Ini bermaksud, di ISS, tarikan graviti masih lagi wujud dan kuat. Sekitar 90% daripada tarikan graviti di Bumi.\n\nGraviti masih wujud di ISS, tapi mengapa angkasawan dapat terapung-apung di ISS? Mengapa ISS tidak menghentam Bumi?\n\nSebelum kita jawab persoalan di atas, kita lihat pada situasi di bawah. Andaikan kita ada sebuah meriam. Apabila kita tembak peluru daripada meriam tersebut, peluru itu akan meluncur keluar dan jatuh semula ke Bumi disebabkan tarikan graviti. Jika kita tambahkan lagi kekuatan meriam, peluru itu akan meluncur dengan lebih jauh daripada titik asal tadi. Sekarang, kita gunakan meriam yang sangat kuat. Peluru yang ditembak keluar, akan jatuh ke arah Bumi, namun ia terlepas daripada mencapai Bumi kerana Bumi ini sfera dan melengkung. Setiap kali peluru itu nak jatuh ke Bumi, Bumi melengkung menyebabkan peluru itu terlepas daripada mencapai Bumi.\n\nSituasi ini adalah sama dengan ISS. ISS sentiasa ditarik ke Bumi, namun disebabkan Bumi melengkung, ISS sentiasa terlepas daripada menghentam Bumi.\n\nBagi angkasawan di dalam ISS, mereka juga akan ditarik ke arah Bumi dan terlepas daripada menghentam Bumi seperti ISS. Mereka akan sentiasa jatuh ke Bumi. Dalam situasi ini, graviti masih lagi menarik mereka, namun mereka tak dapat rasa \u2018berat\u2019 sebab mereka berada dalam keadaan \u2018jatuh bebas\u2019. Jatuh bebas inilah yang menyebabkan angkasawan tak dapat rasa \u2018berat\u2019 mereka menyebabkan mereka terapung-apung di angkasa.\n\nSebenarnya kita tidak perlu naik ke ISS untuk rasa situasi \u2018jatuh bebas\u2019. Kita dapat rasa berat disebabkan oleh lantai yang kita pijak ini, mengenakan daya yang sama dengan berat kepada kaki kita. Bagi menghilangkan daya daripada lantai ini, kita perlu buang lantai tersebut daripada dipijak oleh kaki kita. Macam mustahil kan? Tapi kita boleh cipta situasi ini dengan berada dalam lif. Perasan tak, kalau lif mula turun ke bawah, kita dapat rasa lebih ringan dari biasa. Kalau lif tu memecut ke bawah dengan pecutan yang sama dengan graviti, kita akan dapat rasa terapung-apung seolah-olah tiada graviti yang bertindak.\n\nRumusannya, graviti wujud di ISS dan di kawasan yang berdekatan dengan jasad yang besar seperti planet dan bintang. Graviti sangat lemah di kawasan yang jauh daripada jasad-jasad ini." "Astronomi adalah satu bidang sains yang paling tua bagi peradaban manusia. Sejak awal peradaban manusia, kita telah mula melihat ke angkasa bagi mempelajari tentang khazanah-khazanah alam semesta yang ada. Di malam hari, kita dapat lihat pergerakan planet, bintang dan galaksi merentasi langit malam. Di siang hari pula, kita dapat lihat Matahari yang banyak memberi manfaat kepada kita. Apabila kita mendongak ke langit, banyak persoalan yang bermain di fikiran kita. Kita ingin tahu di manakah kedudukan sebenar kita di alam semesta? Bintang apa yang paling besar? Dan banyak lagi persoalan-persoalan lain di fikiran. Jika anda ada soalan yang berkaitan, bolehlah tulis di ruangan komen.\n\nPengetahuan manusia semakin berkembang selari dengan perkembangan teknologi. Semakin besar teleskop yang dibina, semakin banyak bintang dan galaksi dapat dicerap, semakin banyak persoalan yang timbul. Khazanah ilmu di alam semesta ini luas. Tak dapat kita kuasai dalam umur kita yang singkat ini. Namun, jangan kita tinggalkan kesemuanya. Oleh itu, artikel ini akan berkongsi kepada anda tentang 10 fakta astronomi yang kita patut tahu.\n\nBumi yang didiami oleh manusia adalah satu-satunya planet yang pernah didiami oleh manusia. Planet kita ini pula terletak dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem suria. Sistem suria ini boleh kita anggap sebagai satu keluarga yang terdiri daripada Matahari sebagai bintang di tengah-tengah, dikelilingi oleh 8 planet, planet-planet kerdil, komet, asteroid dan batuan-batuan lain yang mengelilingi Matahari.\n\nSistem suria kita mempunyai 8 jasad yang dikategorikan sebagai planet. Planet mengikut urutan jarak terdekat dari Matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Namun daripada 8 planet ini, hanya 6 yang dapat dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari dan Zuhal. Planet Uranus dan Neptun pula memerlukan bantuan teropong atau teleskop untuk dicerap.\n\nAnda pasti pernah dengar fenomena gerhana matahari dan gerhana bulan kan? Gerhana Matahari berlaku apabila bulan melintasi antara Bumi dan Matahari dalam satu garis lurus. Gerhana Matahari hanya dapat disaksikan pada waktu siang. Gerhana bulan pula berlaku apabila Bumi melintasi antara Bulan dan Matahari dalam satu garis lurus, dan hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Gerhana ini mungkin dianggap jarang berlaku. Namun pada hakikatnya, gerhana berlaku setiap tahun. Cuma hanya sebahagian tempat yang dapat saksikan gerhana untuk satu-satu tahun.\n\nApabila kita lihat langit yang tak berawan pada waktu malam, kita dapat saksikan banyak bintang yang bertaburan di angkasa. Bintang-bintang ini bercahaya disebabkan berlakunya pelakuran hidrogen yang membentuk helium dan melepaskan tenaga cahaya dan haba. Bintang-bintang ini hanya dapat dilihat pada waktu malam. Namun, kita sebenarnya dapat lihat bintang pada waktu siang. Ya, bintang itu adalah matahari kita! Matahari juga bercahaya dan panas disebabkan proses pelakuran hidrogen. Jika kita berada jauh dari Matahari, Matahari akan kelihatan seperti sebutir bintang sahaja seperti bintang-bintang yang kita lihat pada waktu malam.\n\nAnda pasti pernah lihat gambar-gambar galaksi yang indah di internet. Tahukah anda, kita juga berada dalam sebuah galaksi yang dikenali sebagai galaksi Bima Sakti atau Milky Way. Kita dapat lihat galaksi kita pada waktu malam di bahagian selatan langit. Galaksi kita ini berbentuk pilin berpalang (barred spiral galaxy), dan sistem suria berada pada satu bahagian lengan galaksi kita.\n\nDalam sistem suria, ada ahli-ahlinya yang terdiri daripada Matahari, planet, planet kerdil, asteroid, komet dan batuan-batuan lain. Begitu juga dengan galaksi. Galaksi terdiri daripada kumpulan bintang-bintang yang diikat antara satu sama lain disebabkan graviti. Dalam sesebuah galaksi, terdapat ratusan bilion bintang di dalamnya! Galaksi kita ini mengandungi lebih 250 bilion bintang yang membentuknya.\n\nGalaksi kita mempunyai 250 bilion bintang. Sebahagian galaksi lain mempunyai lebih 1 trilion bintang, manakala sebahagian lain mempunyai bilangan yang kurang dari itu. Namun yang lebih menakjubkan, alam semesta kita ini mengandungi ratusan bilion galaksi di dalam nya. Bahkan mungkin lebih dari itu! Dalam setiap galaksi ini mempunyai berbilion bintang. Dan kebanyakan bintang mempunyai sistem planet tersendiri seperti sistem suria. Banyaknya khazanah ilmu di alam semesta ini!\n\nSetiap yang hidup, pasti ada permulaannya. Manusia biasanya hidup sekitar 60 hingga 80 tahun. Namun bagi jasad-jasad samawi, nilai ini hanyalah sekelip mata. Jika diperhatikan, umur sistem suria kita adalah sekitar 4.6 bilion tahun! Kalau nak faham dengan lebih jelas, 4 bilion tahun adalah 4 000 000 000 tahun! Fuh lama tu! Ini juga bermaksud matahari dan planet-planet di sistem suria ini terbentuk kira-kira 4.6 bilion tahun lalu.\n\nJika sistem suria berumur 4.6 bilion tahun, bagaimana pula dengan alam semesta? Sudah tentu alam semesta lebih tua. Berdasarkan ilmu sains hari ini, dan cerapan-cerapan oleh teleskop, umur alam semesta adalah sekitar 14 bilion tahun! Sistem suria kita ini hanyalah lebih kurang 1/3 daripada umur alam semesta. Tua kan? Setiap yang hidup, pasti akan mati.\n\nWalaupun teknologi hari ini berkembang pesat, khazanah-khazanah alam semesta dikorek hari-hari, namun rahsia yang terkandung di alam semesta ini sangatlah sedikit yang kita ketahui. Daripada keseluruhan isi kandungan alam semesta, kita hanya dapat lihat dan cerap 4 peratus sahaja daripada kandungan alam semesta. Baki 96 peratus alam semesta ini terdiri daripada jirim-jirim dan tenaga-tenaga yang tak dapat kita lihat dan cerap. 70 peratus terdiri daripada tenaga gelap (dark energy) manakala 26 peratus terdiri daripada jirim gelap (dark matter). Yang kita dapat cerap, hanya 4 peratus yang dikenali sebagai jirim nampak (visible matter). 4 peratus ini pun kita tak dapat faham sepenuhnya.\n\nSesungguhnya alam semesta ini penuh dengan rahsia-rahsia tentang kehebatan Penciptanya. Kita ditugaskan untuk menggunakan khazanah alam semesta ini untuk beribadah kepada-Nya. Marilah sama-sama kita mengkaji alam semesta ini dan merungkai ilmu-ilmu yang ada. Namun kita harus ingat, ilmu kita ini sangatlah terbatas. Semakin banyak kita kaji, semakin banyak persoalan yang timbul. 1 soalan terjawab, timbul lagi 100 soalan lain. Begitulah hakikat manusia yang lemah ini." "Mengapa masa bergerak ke hadapan sahaja?\n\nSetiap dari kita pasti dapat ingat apa yang berlaku semalam kan? Ada yang ke sekolah, ada yang ke kelas-kelas kuliah di universiti, ada yang bekerja, ada yang tidur makan tidur makan. Dalam memori kita, kita dapat ingat apa yang telah berlaku. Kita ada ingatan tentang peristiwa di masa lepas. Cuba perhatikan gambar di bawah.\n\nRamai dari kalangan kita yang tidak menyaksikan peristiwa ini. Mungkin ada sebahagian yang hidup ketika ini. Namun satu perkara yang kita semua bersetuju, peristiwa ini memang telah berlaku pada 31 Ogos 1957. Kita tahu ia berlaku dengan 100% keyakinan. Sekarang perhatikan pula gambar di bawah.\n\nApabila kita perhatikan gambar di atas, pasti kita terbayang akan masa hadapan. Mungkin berlaku 50 tahun lagi, 100 tahun lagi atau mungkin tidak akan berlaku. Kita dapat meneka gambar ini menggambarkan suasana masa akan datang. Namun ia tidak wujud dalam memori kita. Kita tidak pernah melaluinya. Bahkan tiada seorang pun di muka Bumi ini yang pernah mengingati suasana di atas.\n\nDaripada kedua-dua gambar di atas, kita dapat lihat tentang perubahan atau perjalanan masa. Setiap masa yang berdetik, akan membawa kita menjelajah daripada masa lampau, ke masa hadapan. Kita sentiasa bergerak ke hadapan. Masa sentiasa menuju ke hadapan. Tidak pernah berlaku lagi dalam ingatan kita, masa ini tidak bergerak atau patah balik ke belakang. Anak panah masa sentiasa menghala ke hadapan bagi kita.\n\nPersoalan ini mungkin pernah terlintas dalam fikiran kita. Mengapa masa hanya bergerak ke hadapan dan tidak berhenti atau ke belakang? Pergerakan masa yang hanya bergerak dalam satu arah menyebabkan ahli-ahli fizik dan falsafah mencari-cari jawapan tentang persoalan ini.\n\nDari sudut hukum fizik, perjalanan masa ini berbeza dengan perjalanan masa dalam kehidupan seharian kita. Kebanyakan hukum fizik mempunyai simetri masa. Maksudnya, hukum fizik tidak menetapkan arah pergerakan masa. Masa bergerak ke hadapan, atau ke belakang, hukum fizik masih lagi dipatuhi.\n\nKita ambil contoh sebuah kotak yang penuh dengan bola-bola kecil yang bergerak. Bola-bola ini berlanggar antara satu sama lain mengikut hukum Newton. Cuba perhatikan. Adakah animasi ini dimainkan ke hadapan, atau ke belakang? Dapatkah anda membezakan pergerakan ke hadapan atau ke belakang bagi bola-bola ini? \n\nSukar untuk kita bezakan kedua-duanya kerana perlanggaran antara bola ini tak bergantung kepada arah gerakan masa. Ke hadapan, atau ke belakang, kedua-duanya masih mematuhi hukum fizik.\n\nSebahagian ahli fizik melihat bahawa terdapat kaitan antara arah gerakan masa dan satu kuantiti fizikal yang dikenali sebagai entropi. Biasanya entropi ini dikaitkan dengan keserabutan atau bilik yang bersepah. Lebih tepat lagi, entropi ini adalah susunan suatu sistem yang ada bagi sistem tersebut. Saya lebih suka kaitkan entropi dengan air milo yang dibancuh. Apabila air milo siap dibancuh, susu pekat akan berada di bawah manakala campuran air milo berada di atas susu pekat tersebut. Keadaan ini mempunyai entropi yang rendah kerana susunan molekul susu pekat dan air milo hanya 1, iaitu molekul susu pekat di bawah, dan air milo di atas. Apabila kita kacau air tersebut dengan sudu, entropinya akan meningkat kerana terdapat banyak susunan yang mungkin bagi susu pekat dan air milo tersebut.\n\nBerdasarkan hukum termodinamik kedua, entropi sentiasa bertambah dengan masa, atau paling kurang pun, entropi kekal pada nilai asal. Entropi tidak akan sekali-kali berkurang. Analoginya dengan air milo tadi, susunan susu pekat di bawah dan air milo di atas hampir mustahil untuk kita perolehi semula setelah dikacau.\n\nJadi adakah arah gerakan masa boleh dijelaskan melalui entropi? Memang benar entropi dapat menjelaskan beberapa fenomena arah gerakan masa. Apabila ais cair menjadi air, ia tidak kembali semula menjadi ais. Apabila telur pecah, ia tidak akan kembali semula menjadi telur yang asal. Begitu juga dengan air milo tadi. Kesemua contoh di atas adalah contoh yang mematuhi hukum termodinamik kedua. Entropi rendah menjadi tinggi mengikut peredaran masa. Selesai.\n\nNamun, hukum termodinamik masih lagi belum dapat menyelesaikan misteri perjalanan masa. Ia hanya memberitahu kita bahawa entropi suatu sistem sentiasa meningkat dengan masa. Ia tak menjelaskan kepada kita mengapa masa hanya bergerak pada satu arah. Ia tak menjawab mengapa hukum-hukum fizik lain tidak memerlukan masa bergerak pada satu arah. Kalau ikutkan hukum fizik, telur yang pecah, masih lagi boleh dicantumkan semula. Bahkan jika kita hidup dalam alam semesta yang mempunyai telur pecah yang bercantum dengan sendiri, masa masih lagi beredar ke hadapan. Persepsi kita terhadap masa berbeza dengan perubahan entropi bagi suatu sistem.\n\nApa sebenarnya masa ini?\n\nBerdasarkan situasi di atas, ada dua jenis masa iaitu masa termodinamik yang berkait dengan peningkatan entropi, dan masa persepsi iaitu masa yang kita alami. Namun, ada lagi beberapa jenis masa lain seperti masa biologi yang berkait dengan perubahan biologi dengan masa, masa sebab akibat (causal time) iaitu masa yang mengaitkan suatu akibat yang berlaku adalah daripada satu sebab sebelumnya, masa kuantum iaitu masa apabila suatu fungsi gelombang musnah (wave function collapse) dan masa kosmologi iaitu masa yang berkait dengan pengembangan alam semesta.\n\nBerbalik semula kepada hukum termodinamik kedua, ia secara tak langsung mengaitkan alam semesta ini dengan entropi. Jika entropi sentiasa meningkat dengan masa, ini bermaksud entropi alam semesta pada suatu ketika dahulu adalah sangat rendah. Hipotesis ini disokong oleh teori Dentuman Besar (Big Bang) yang menyatakan bahawa alam semesta ini bermula dari satu titik yang panas. Alam semesta kita berkembang dan menjadi lebih kompleks dengan pembentukan planet, bintang, galaksi, lohong hitam dan selainnya yang mempunyai entropi yang lebih tinggi.\n\nInilah yang kita perhatikan daripada data-data teleskop. Persoalan seterusnya timbul, mengapa alam semesta ini bermula dalam keadaan entropi yang rendah. Sedangkan ia boleh sahaja bermula dengan entropi yang sangat tinggi. Banyak persoalan yang muncul apabila kita mengkaji tentang khazanah-khazanah alam semesta ini. Mengapa alam semesta bermula dalam keadaan entropi rendah? Kita belum tahu. Allah masih belum memberikan jawapan ini kepada hamba-hambaNya.\n\nJadi, mengapa masa hanya bergerak pada satu arah? Mengapa kita boleh ingat perkara yang berlaku semalam, tapi bukan perkara yang berlaku esok? Tiada manusia yang tahu. Hukum fizik masih tak dapat memberikan jawapannya lagi. Marilah kita teruskan berfikir dan mengkaji khazanah ilmu yang terbentang luas. InsyaAllah suatu hari nanti, usaha kita ini dapat memberi manfaat kepada umat akan datang." "Sistem suria adalah sebuah rumah yang kita tinggal di dalamnya sejak dari awal peradaban manusia. Setakat hari ini, masih belum ada manusia yang keluar dari sistem suria dan melawat ke sistem bintang yang lain. Dalam sistem suria inilah terletaknya planet yang didiami oleh manusia iaitu Bumi. Bumi yang penuh dengan kehijauan pokok-pokok dan kebiruan langit yang kita saksikan setiap hari. Bumi ini lah yang penuh dengan rezeki untuk kita, dari sudut makan minum, tempat tinggal, dan khazanah-khazanah ilmu. Bumi ini terletak dalam sistem suria.\n\nSistem suria kita ini ada sejarahnya. Berdasarkan kajian tentang batu-batuan di Bumi, Bulan dan meteor, kita dapat menyimpulkan bahawa sistem suria kita ini berumur dalam lingkungan 4.6 bilion tahun. Ini termasuklah ahli-ahli yang mendiami sistem suria kita seperti Matahari, planet-planet, bulan, komet, asteroid, meteor dan batuan-batuan kecil lain. Matahari berumur sekitar 4.6 bilion tahun, begitu juga dengan planet-planet yang ada.\n\nPluto Bukan Lagi Planet\n\nSetakat hari ini, ada 8 buah planet yang telah ditemukan dalam sistem suria kita. Dahulu 9 planet, namun planet yang kesembilan iaitu Pluto telah dikeluarkan daripada senarai planet kerana ia tidak memenuhi kriteria baharu untuk planet. Bagi sesebuah jasad dikategorikan sebagai planet, ia perlu 3 kriteria berikut:\n\nBerdasarkan kriteria-kriteria baharu ini, pluto tidak lagi dikira sebagai planet kerana ia tidak menepati syarat yang ketiga. Selain pluto, terdapat jasad-jasad lain yang dikenali sebagai plutino yang mendiami orbit yang sama dengan pluto.\n\nHanya 8 jasad sahaja yang menepati kriteria planet ini iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Namun, berdasarkan kajian terbaharu berkenaan dengan pergerakan objek-objek di kawasan lingkaran Kuiper[1], ahli astronomi menghipotesiskan kewujudan planet kesembilan yang masih belum ditemukan. Lingkaran Kuiper ialah kawasan batuan yang terletak selepas orbit planet Neptun. Planet kesembilan ini dijangka mengorbit Matahari pada orbit yang lebih jauh daripada Pluto dan mengambil masa lebih kurang 15 ribu tahun untuk membuat satu pusingan lengkap mengelilingi Matahari (Pluto hanya mengambil masa sekitar 248 tahun). Planet kesembilan ini juga dijangka mempunyai jisim yang lebih besar dari Bumi iaitu sekitar 5 hingga 10 kali ganda jisim Bumi[2].\n\nPlanet kesembilan ini mula dihipotesiskan pada awal tahun 2016. Namun setelah 4 tahun teleskop-teleskop besar yang ada hari ini mencerap langit, masih belum ada yang menemukan planet kesembilan ini. Pencarian planet kesembilan ini tidak mudah. Disebabkan planet ini berada pada jarak yang sangat jauh iaitu lebih kurang 13 hingga 26 kali ganda saiz orbit Neptun, ia akan kelihatan sangat kecil. Neptun yang lebih besar dan dekat pun sukar untuk dicerap, dan hanya kelihatan seperti sebuah titik kecil dalam teleskop. Bukan itu sahaja, planet juga tidak memancarkan cahaya. Kita hanya dapat mencerap planet kesembilan ini jika cahaya yang dipantulkan oleh planet tersebut mempunyai kecerahan yang cukup tinggi untuk dikesan oleh teleskop-teleskop di Bumi. Jadi, di manakah planet kesembilan ini?\n\nKita masih belum tahu dengan tepat. Kiraan demi kiraan telah dilakukan bagi menentukan kedudukan sebenar planet kesembilan. Namun setelah dihalakan teleskop ke kawasan persembunyian planet kesembilan, kita masih gagal menemukannya.\n\nBagi yang berminat dalam bidang astronomi, bolehlah terjun dalam bidang ini dan bekerja untuk mencari planet kesembilan ini. Masih banyak ilmu berkaitan sistem suria kita yang belum kita ketahui lagi.\n\nAhli astronomi yang terlibat dalam menghipotesiskan kewujudan planet kesembilan ini mempunyai sejarah yang menarik tentang diri beliau. Sejak 2006 sehingga kini, banyak ahli astronomi profesional dan amatur yang tidak berpuas hati dengan perlucutan gelaran planet bagi Pluto. Antara punca kriteria planet ini diusulkan adalah disebabkan oleh penemuan planet-planet lain di lingkaran Kuiper seperti Sedna dan Eris oleh kumpulan ahli astronomi yang diketuai oleh Michael Brown daripada California Institute of Technology (Caltech). Beliau adalah antara orang yang terlibat dalam melucutkan Pluto daripada senarai planet. Ironinya, beliau juga menghipotesiskan kewujudan planet kesembilan berdasarkan analisis beliau terhadap pergerakan jasad-jasad \u2018planet kerdil\u2019 yang beliau temukan.\n\nRujukan" "Antara sumber tenaga yang kita manfaatkan dalam kehidupan kita adalah sumber tenaga daripada Matahari. Matahari bukan sahaja diciptakan untuk memancarkan cahaya dan tenaga, tetapi ia juga berperanan memastikan Bumi, serta planet-planet lain bergerak dalam orbit masing-masing. Jika Bumi berada pada orbit yang terlalu jauh dari Matahari, ia akan menjadi terlalu sejuk untuk kehidupan. Begitu juga jika ia terlalu dekat dengan Matahari, ia akan menjadi terlalu panas untuk kehidupan. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, ada manfaat darinya.\n\n.\n\nBagaimana pula dengan lohong hitam? Bukti kewujudan lohong hitam semakin banyak. Beberapa dekad lalu, lohong hitam hanyalah spekulasi berdasarkan teori yang tertulis di atas kertas. Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lohong hitam telah pun dikesan oleh para saintis melalui pelbagai kaedah seperti melihat kepada gelombang kegravitian (gravitational waves) dan juga pergerakan bintang-bintang yang mengorbit lohong hitam tersebut. Yang terbaharu, pada 10 April 2019, gambar pertama lohong hitam berjaya direkodkan oleh satu kerjasama para ahli astronomi, jurutera, pakar sains komputer dan ahli fizik di peringkat antarabangsa. Gambar ini menambahkan lagi keyakinan dan bukti tentang kewujudan lohong hitam. Ia bukan hanya wujud pada teori di kertas, ia terbukti wujud di alam semesta.\n\nJadi, apakah manfaat lohong hitam ini diciptakan?\n\nManfaat Lohong Hitam\n\nBanyak manfaat yang kita dapat daripada penciptaan lohong hitam ini. Yang pertama, kewujudan lohong hitam ini telah mengesahkan sebahagian teori fizik yang sedia ada seperti teori kerelatifan am. Oleh itu, kajian seterusnya boleh menggunakan teori ini sebagai satu rujukan untuk mengembangkan teori-teori fizik baharu. Jika teori baharu yang dikemukakan menjangkakan sesuatu yang bertentangan dengan teori yang telah dibuktikan, maka ia perlu diubahsuai supaya bertepatan dengan data-data yang diterima.\n\nYang kedua, lohong hitam ini dapat digunakan sebagai \u2018mesin masa\u2019 jika manusia mempunyai teknologi penjelajahan angkasan lepas nanti. Lohong hitam mempunyai graviti yang sangat kuat apabila kita berada berhampiran dengannya. Berdasarkan teori kerelatifan am, semakin kuat medan graviti, semakin perlahan masa akan berlalu. Jika kita berada berhampiran dengan lohong hitam, maka masa kita akan berlalu dengan lebih perlahan berbanding rakan-rakan kita yang berada di Bumi.\n\nYang terakhir dan mungkin lebih praktikal, lohong hitam boleh digunakan sebagai penjana tenaga yang sangat cekap (efficient). Lohong hitam mempunyai ciri-ciri yang sangat sesuai untuk teknologi manusia yang terhad. Walaupun lohong hitam mempunyai graviti yang sangat tinggi, ia mempunyai saiz yang sangat kecil. Kita ambil contoh Matahari. Jika sebuah lohong hitam mempunyai jisim yang sama dengan Matahari, jejari lohong hitam tersebut hanyalah sekitar 3 kilometer sahaja! Sedangkan Matahari mempunyai jejari 700 ribu kilometer! Jika Bumi menjadi lohong hitam, ia hanya sebesar duit 50 sen saja!\n\nDengan saiz yang kecil, kita mampu menjadikan lohong hitam ini sebagai penjana tenaga yang sangat cekap melalui proses Penrose tanpa perlu menggali sumber-sumber yang terlalu banyak. Proses Penrose ialah satu proses untuk mengeluarkan tenaga daripada lohong hitam dengan menghantar masuk objek ke dalamnya. Huh. Macam mana tu?\n\nLohong hitam secara teorinya, akan berputar. Ini disebabkan oleh keabadian momentum sudut (conservation of angular momentum). Lohong hitam wujud apabila bintang yang besar memusnah dan meninggalkan teras yang menjadi lohong hitam. Oleh sebab kebanyakan bintang berputar pada paksinya, maka apabila ia mengecut menjadi lohong hitam, lohong hitam ini akan berputar dengan lebih laju.\n\nApabila lohong hitam berputar, ia akan menyebabkan ruang di sekeliling lohong hitam itu diputarkan juga selari dengan putaran lohong hitam tersebut. Jika kita mempunyai lohong hitam yang tak berputar, apa-apa objek yang dilontarkan padanya akan terus kekal di dalamnya jika ia melintasi ufuk peristiwa (event horizon). Namun bagi lohong hitam yang berputar, ia mempunyai bentuk fizikal yang berbeza berbanding lohong hitam yang statik.\n\nLohong hitam berputar (juga disebut sebagai lohong hitam Kerr) mempunyai satu ruang di luar ufuk peristiwanya yang disebut sebagai ergosfera (ergosphere). Di ruang ini lah kita boleh \u2018mencuri\u2019 tenaga daripada lohong hitam tersebut untuk kita manfaatkan. Caranya ialah dengan menghantar masuk apa-apa objek ke dalam ergosefera, kemudian objek tersebut berpecah kepada dua. Satu ditarik masuk ke dalam lohong hitam, manakala satu lagi dipecut keluar daripada ergosfera tersebut. Hasilnya, objek yang dipecut keluar itu akan mempunyai tenaga yang lebih tinggi berbanding tenaga asalnya sebelum ia dilontar masuk. Tenaga ini diperoleh dengan mengurangkan tenaga putaran lohong hitam tersebut.\n\nBagi menghasilkan penjana yang lebih praktikal, kita boleh gunakan cahaya, dan satu cermin sfera yang menutupi lohong hitam tersebut. Dengan memancarkan cahaya ke arah lohong hitam, dan menutup cermin sfera tersebut, cahaya akan terus dipantul dan tenaganya terus bertambah hasil \u2018mencuri\u2019 tenaga daripada lohong hitam. Kita boleh gunakan cahaya ini untuk menjana tenaga yang sangat banyak.\n\nBila baru kita boleh gunakan kaedah penjanaan tenaga ini? Wallahualam. Kita tidak tahu dimanakah lohong hitam yang paling dekat dengan kita. Namun ada kemungkinan lohong hitam wujud dalam sistem suria kita. Boleh rujuk artikel lepas. Semoga tulisan ini memberi semangat kepada pembaca untuk menceburi bidang sains.\n\nBacaan tambahan:" "Umur alam semesta adalah antara persoalan yang menjadi misteri bagi kita sejak Edwin Hubble menemukan bahawa alam semesta ini berkembang. Sebelum penemuan oleh Edwin Hubble, kita menyangka bahawa alam semesta ini adalah statik dan tidak berubah. Dalam erti kata lain, alam semesta kita ini telah wujud tanpa permulaan.\n\n Inilah juga kepercayaan awal Albert Einstein sehingga beliau mengubahsuai teori kerelatifan beliau bagi menjelaskan alam semesta yang statik. Kita sebagai orang islam, percaya bahawa alam semesta pasti mempunyai permulaan kerana alam ini juga adalah mahkluk. Selepas Edwin Hubble menemukan bahawa galaksi-galaksi lain bergerak menjauhi kita, para saintis yakin bahawa alam semesta kita mempunyai permulaannya dan kita mula bertanyakan tentang umur alam semesta ini.\n\nUmur alam semesta ditentukan berdasarkan teori Big Bang iaitu alam semesta kita bermula daripada satu titik dan kemudian mengembang menjadi alam semesta yang kita lihat seperti hari ini. Oleh itu, kita hanya perlu \u2018undurkan\u2019 masa sehinggalah kesemua galaksi bercantum pada satu titik. Kaedah nak \u2018undurkan\u2019 masa ini bukanlah satu kerja yang mudah. Ada beberapa kaedah yang digunakan oleh ahli astronomi untuk melihat keadaan alam semesta kita ketika ia lebih muda.\n\nSalah satu kaedah bagi menentukan umur alam semesta ialah dengan melihat kepada sejenis fenomena yang berlaku dalam galaksi iaitu supernova jenis-IA (disebut satu A). Fenomena ini berlaku apabila bintang kerdil putih meletup kerana mencapai jisim tertentu yang menyebabkannya tidak stabil. Letupan ini akan menghasilkan kecerahan yang hampir sama bagi setiap letupan supernova jenis-IA. Oleh sebab kecerahan letupan supernova ini hampir sama, ahli astronomi dapat menggunakan letupan ini sebagai kayu ukur bagi menentukan jarak ke letupan tersebut.\n\nMelalui kaedah ini, ahli astronomi dapat menhitung pengembangan alam semesta melalui pencerapan letupan supernova jenis-IA di dalam galaksi-galaksi yang jauh. Semakin jauh galaksi yang dicerap, semakin muda umur alam semesta ketika itu kerana cahaya yang tiba ke teleskop kita adalah cahaya galaksi tersebut ketika ia dipancarkan. Berdasarkan pemerhatian galaksi-galaksi yang jauh ini, ahli astronomi mendapati bahawa galaksi-galaksi ini bergerak menjauhi kita pada halaju 74 kilometer per saat per megaparsec. Ini bermaksud bagi satu objek yang berada pada jarak 1 megaparsec (lebih kurang 3.26 juta tahun cahaya) dari kita akan bergerak menjauhi kita pada halaju 74 kilometer sejam. Jika galaksi tersebut berada pada jarak 2 megaparsec, ia akan menjauhi kita pada halaju 148 kilometer sejam.\n\nKuantiti 74 kilometer sejam ini dikenali sebagai pemalar Hubble dan ia digunakan bagi menentukan kelajuan alam semesta berkembang dan seterusnya umur alam semesta. Berdasarkan pemalar Hubble daripada pencerapan letupan supernova jenis-IA, umur alam semesta adalah dalam lingkungan 13.2 bilion tahun.\n\nKaedah kedua ialah dengan mencerap sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik (Cosmic Microwave Background Radiation). Sinaran ini dipancarkan ketika alam semesta berumur sekitar 400 ribu tahun, umur yang agak muda dibandingkan dengan 13 bilion tahun.\n\nBanyak teleskop telah digunakan bagi memetakan sinaran ini seperti teleskop Cosmic Background Explorer (COBE), Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) dan Planck. Yang terbaharu ialah Atacama Cosmology Telescope (ACT).\n\nSebelum data-data daripada Planck dan ACT diterbitkan, ahli astronomi mendapati bahawa nilai pemalar Hubble yang dihitung daripada COBE dan WMAP adalah agak jauh daripada nilai yang dihitung melalui supernova jenis-IA. Namun, nilai ini mempunyai bar ralat yang besar dan bertindih dengan bar ralat daripada hitungan pemalar Hubble dariapda supernova jenis-IA.\n\nDisebabkan bar ralat yang dihasilkan agak besar, teleskop Planck dan ACT dilancarkan bagi mengurangkan bar ralat ini. Apabila data-data dari teleskop Planck dapat diakses dan dianalisis oleh ahli astronomi, suatu kejutan besar berlaku. Bar ralat ini tidak lagi bertindih. Nilai pemalar Hubble yang diperoleh oleh kedua-dua kaedah ini adalah berbeza dan ini menyebabkan ahli astronomi menggaru kepala bagi mencari jawapannya.\n\nPada tahun ini, data daripada teleskop ACT pula dianalisis dan mengesahkan data daripada teleskop Planck. Berdasarkan analisis terbaharu oleh teleskop ACT, nilai pemalar Hubble ialah 67.6 kilometer per saat per megaparsec. Umur alam semesta yang diperoleh ialah 14.5 bilion tahun. Nilai yang besar dibandingkan dengan umur alam semesta yang dihitung menggunakan kaedah letupan supernova.\n\nPerbezaan antara kedua-dua kaedah ini mendapat komentar yang berbeza daripada ahli-ahli astronomi. Sebahagian mereka menunding jari ke arah kejituan peralatan yang digunakan. Sebahagian lagi menjadikan misteri ini sebagai satu lompong dalam ilmu astronomi yang masih belum kita ketahui.\n\nBanyak misteri yang ada di alam semesta ini. Kita sebagai khalifah di muka Bumi, kaji dan manfaatkanlah segala khazanah yang terkandung di alam semesta ini." "Hari ini kita digemparkan dengan satu tragedi yang sangat menyedihkan dan juga mengerikan iaitu letupan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat di Beirut, Lebanon. Menurut laporan berita, ammonium nitrat tersebut disimpan di dalam stor yang berada di bandar, di mana terdapat kebakaran yang berlaku. Kebakaran tersebut lantas menjilat gudang yang mengandungi ammonium nitrat tersebut dan terjadilah letupan.\n\nKami di Ajar bersimpati atas tragedi yang Beirut dan kami doakan yang terbaik bagi saudara seIslam kami di sana.\n\nAllahummaghfirlahum warhamhum, waa\u2019fihi, wa\u2019fua\u2019nhum. Inalillah wa inna ilaihi rojiun. Atas kesempatan ini juga, tanpa ada niat untuk memperolokkan tragedi ini, kami ingin merungkaikan dari segi saintifik, bagaimana letupan ammonium nitrat berlaku dan mengapa ianya teramat kuat.\n\nAmmonium Nitrat \n\nAmmonium Nitrat ialah suatu kompaun yang terdiri daripada ion ammonium dan ion nitrat terhasil daripada tindak balas asid-alkali daripada kompaun ammonia dan asid nitrik. Antara kegunaan ammonium nitrat dalam kehidupan manusia adalah:\n\nNamun begitu, manusia memang senang mendengar bisikan syaitan lalu menjadi perosak di muka bumi. Ada yang menggunakan bahan ini untuk mencipta bahan letupan dan menggugat ketenteraman awam.\n\nAmmonium Nitrat sebenarnya bukanlah suatu kompaun yang mudah terbakar, namun ia merupakan suatu bahan oksida, yakni akan melepaskan oksigen sekiranya ia diletupkan. Oksigen yang terhasil tersebutlah sebenarnya yang menjadi bahan makan letupan, lantas menjadikan ledakan yang lebih besar. Tambahan, proses penguraian (decomposition) kompaun ini juga merupakan suatu reaksi eksotermik, di mana haba dirembeskan kepada alam persekitaran.\n\nTenaga yang terhasil melalui penguraian Ammonium Nitrat\n\n bermaksud ia terdiri daripada 2 atom nitrogen, N, 4 hidrogen, H dan 3 oksigen, O. penguraian reaksi letupan adalah seperti berikut.\n\nIni bermaksud, letupan untuk dua molar (lebih kurang macam unit kepekatan) akan menghasilkan 2 gas nitrogen, , 1 gas oksigen, , dan 4 air, . Untuk mengukur tenaga, kita harus mengira enthalpy unit tenaga setiap molekul:\n\nIni juga bermaksud untuk setiap 2 mol reaksi letupan terjadi akan terhasillah 408 kJ ataupun 204 kJ bagi setiap mol. \n\n1 mol ammonium nitrat pula bersamaan dengan lebih kurang 0.08kg, dan menurut berita, NH4NO3 yang tersimpan di Beirut ialah 2,750 tan ataupun, 2,750,000 kg.\n\nDi sini kita dapat mengira molarity dan tenaga letupan Beirut iaitu:\n\nOh wow!! 7 billion kJ tenaga tu!!!\n\nMungkin kalian tak boleh bayangkan berapa banyak tenaga tu, jom kita lihat contoh:\n\nKalau tak boleh bayangkan Mike Tyson, letupan 1kg TNT ialah 4,600kJ dan ini bermaksud letupan Beirut sama seperti 1.5 juta kg TNT!\n\nTeman-teman, kami di Ajar berharap agar teman-teman semua menggarab ilmu yang Allah kurniakan kepada manusia tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan satu-satunya rumah yang Allah kurniakan kepada kita. Kita belum lagi tahu sekiranya tragedi ini ialah angkara teroris totok yang suka carik pasal nak masuk neraka dan kami doakan ini hanyalah kemalangan semata-mata.\n\nAllah mengurniakan kita akal, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin dan peliharalah keamanan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, namun kebanyakan masa, manusialah yang merosakkan sesama manusia.\n\nKami doakan yang membaca akan menjadi khalifah Allah yang akan menggunakan ilmu Allah dengan betul dan penuh dengan keadilan!" "Sejak dari bangku sekolah lagi kita telah di ajar tentang nombor. Bermula dengan konsep \u201csa\u201d, \u201cpuluh\u201d dan \u201cratus\u201d, kita kemudiannya berkenalan dengan pelbagai jenis nombor lain, seperti nombor bundar, pecahan, nombor perpuluhan, nombor negatif dan nombor tak rasional yang tak boleh ditulis sebagai nombor biasa (seperti pi dan nombor euler).\n\nKesemua nombor ini, pada satu tahap, kelihatan seperti sudah mencukupi untuk memuatkan segala ilmu matematik yang kita ada, kan?\n\nDengan mengetahui konsep tambah, tolak, darab dan bahagi antara nombor-nombor yang kita ada, kita boleh mengira hampir kesemua topik dalam matematik asas. Justeru, ahli matematik pada zaman dahulu percaya, selepas kelahiran pelbagai jenis nombor yang telahpun disebutkan tadi, tiada lagi keperluan lain untuk menambah jenis nombor yang baharu.\n\nTernyata mereka silap.\n\nBercakap mengenai Matematik, topik kira-kira bukanlah satu-satunya cabang utama dalam Matematik. Selain dari operasi asas Matematik (iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi), Algebra juga merupakan salah satu cabang utama Matematik yang diajarkan kepada kita apabila kita mula melangkah masuk ke sekolah menengah.\n\nAlgebra, pada dasarnya, merujuk kepada cabang Matematik yang berkaitan dengan manipulasi persamaan dan simbol (yang ramai orang cakap mereka tak suka Matematik sebab dia dah mula takde nombor, dia ada huruf je. Ini semua salah Algebra!). Dengan kemahiran asas Algebra, kita boleh mula memahami persamaan-persamaan asas, persamaan fizikal seperti luas bulatan (Luas Bulatan = pi x jejari2) atau luas segi empat (Luas Segi Empat = Lebar x Tinggi). Dengan pemahaman persamaan fizikal ini pula, kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.\n\nSalah satu idea utama dalam algebra adalah untuk mencari nilai bagi pembolehubah (contohnya x dan y). Sebagai contoh, sekiranya 3x \u2013 2 = 4, dengan menggunakan konsep asas dari algebra,\n\nkita boleh mengira bahawa nilai bagi x sebenarnya adalah 2. Kira-kira ini agak mudah, bukan?\n\nNilai yang \u2018tidak wujud\u2019\n\nNamun ahli Matematik, sewaktu mengkaji algebra, terjumpa dengan beberapa situasi di mana nilai pembolehubah tersebut tidak dapat ditemukan. Sebagai contoh, cuba anda selesaikan persamaan di bawah ini:\n\nMelihat kepada persamaan di atas, mungkin naluri awal anda akan mengatakan \u201cJawapan dia mesti 3, sebab 3 kuasa 2 adalah 9\u201d.\n\nKalau itu adalah jawapan anda, jawapan anda sebenarnya.. adalah salah. Hal ini kerana 3 kuasa 2 boleh ditulis semula sebagai 3 darab 3, dan 3 darab 3 adalah 9, sedangkan jawapan yang di sebelah kanan adalah \u20139 (nombor negatif).\n\nBegitu jugalah kalau anda menganggap bahawa nilai bagi y adalah -3, hal ini juga adalah salah kerana -3 darab -3 akan membawa kepada 9, yang masih lagi merupakan satu angka yang positif.\n\nMaka, dalam usaha ahli Matematik untuk mencari jawapan bagi soalan Algebra seperti ini, mereka telah mencipta satu sistem nombor baru, iaitu nombor yang kini lebih dikenali sebagai nombor khayalan (imaginary number). Nombor khayalan diberikan definasi seperti berikut:\n\nDan dengan kemunculan nilai khayalan inilah baru kita mampu menyelesaikan masalah yang kita ada tadi.\n\nPerlu diberi perhatian bahawa pada asalnya, ahli Matematik kurang senang dengan idea memberi nilai punca kuasa 2 kepada nombor -1 sebagai satu nombor yang wujud.\n\nHal ini kerana, salah satu aplikasi awal kepada kuasa dua adalah luas segi empat tepat (lebar darab panjang) yang selalunya wujud sebagai formula . Sekiranya anda mengambil nilai nombor khayalan sebagai satu bentuk nombor yang betul wujud, maka anda juga perlu fikirkan apa akibatnya sekiranya kita ada satu segi empat dengan sisi , yang akan mengakibatkan luas kepada segi empat kita mempunyai luas sebanyak -1.\n\nEh, segi empat apa pula ada luas negatif satu?\n\nJusteru, apabila idea nombor khayalan ini diusulkan, ramai ahli Matematik yang menolak idea itu. Antara yang mahsyur menolaknya adalah Rene Descartes, antara individu pertama yang menggunakan istilah \u201cKhayalan\u201d untuk nombor ini kerana dia kurang senang dengan konsep nombor ini.\n\n\u00a0\u201c[.] sometimes only imaginary, that is one can imagine as many as I said in each equation, but sometimes there exists no quantity that matches that which we imagine.\u201d \u2013 Descartes\n\nMeskipun kurang senang, masih ramai ahli Matematik yang menggunakan idea nombor khayalan ini dalam pengiraan mereka, terutamanya dalam bidang Trigonometry yang melibatkan pengiraan sudut.\n\nAntara ahli Matematik terkenal yang memahsyurkan penggunaan nombor khayalan adalah Abraham De Moivre yang memperkenalkan formula DeMoivre, dan Leonhard Euler yang memperkenalkan persamaan Euler. Persamaan Euler kini dianggap salah satu persamaan paling cantik dalam Matematik, dan sangat besar aplikasinya dalam trigonometri.\n\nIndividu yang menjadikan nombor khayalan sebagai satu nombor yang diterima pakai oleh ahli Matematik ialah Caspar Wessel pada tahun 1799, yang mengusulkan satu cabang Matematik baharu, yang dipanggil nombor kompleks (terdiri dari nombor nyata dan nombor khayalan).\n\nCarl Friedrich Gauss, seorang lagi ahli Matematik ternama pada zaman itu, turut menyambung kerja Wessel, dengan komentarnya yang tersendiri mengenai nama \u201ckhayalan\u201d yang baginya agak menyeleweng.\n\nIf one formerly contemplated this subject from a false point of view and therefore found a mysterious darkness, this is in large part attributable to clumsy terminology. Had one not called +1, ?1, ??1 positive, negative, or imaginary (or even impossible) units, but instead, say, direct, inverse, or lateral units, then there could scarcely have been talk of such darkness. \u2013 Gauss\n\nKegunaan Nombor Khayalan\n\nMeskipun namanya agak menyeleweng kerana memberi gambaran bahawa nombor ini seperti tidak wujud dan sekadar khayalan, nombor khayalan sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dalam bidang Matematik, Fizik dan Kejuruteraan. Terdapat satu bidang khusus yang dicipta untuk mempelajari nombor khayalan, yang dipanggil Analisis Kompleks (Complex Analysis).\n\nNombor khayalan paling banyak digunapakai dalam pemprosesan signal (signal processing), di mana signal yang ditukarkan kepada signal digital selalunya akan melalui Analisis Fourier, salah satu bentuk analisis matematik bersandarkan kepada konsep trigonometri.\n\nSelain dari Analisis Fourier, nombor khayalan juga digunapakai dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik, di mana ia digunakan bagi menganalisa voltan dan arus bagi sesuatu litar, terutamanya dalam litar arus bolak-balik (alternating current).\n\nSelain dari kejuruteraan, nombor khayalan juga turut muncul dalam budang fizik, seperti bidang Dinamik Bendalir bagi menerangkan aliran cecair (potential flow). Satu lagi bidang yang menggunapakai nombor khayalan adalah bidang Fizik Kuantum, di mana nombor ini tiba-tiba muncul dalam salah satu persamaan asas Fizik Kuantum, iaitu Persamaan Schroedinger.\n\nRujukan:\n\n\u201cA brief history to imaginary numbers\u201d, (June 2019). Science Focus. \n\n\u201cWhat is Algebra?\u201d, (March 2016). Live Science\u201c\n\n\u201cAn Imaginary Tale: The Story of ??1\u201d, (2007). Princeton University Press.\n\n\u201cImaginary AC Circuits aren\u2019t really Complex\u201d, (2017). HACKADAY\u201d" "Baru-baru ini, hangat diperkatakan kemunculan virus penyebab COVID-19 dari jenis baru, yang dikenali sebagai D614G. Ianya mungkin baru di negara kita dengan penemuan sampel yang diperoleh dari kluster Sivaganga tetapi dari sudut global virus dari jenis ini sudah berada di dalam kitaran jangkitan diketahui bermula sejak pada hujung Januari 2020 yang lalu. Kemunculan di Malaysia bukanlah suatu perkara yang mengejutkan kerana lambat laun, virus baru yang bermutasi ini tetap akan mendominasi dunia selagi mana tiada vaksin yang berkesan. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang virus dari jenis baru ini, kita perlu memahami apakah itu yang dimaksudkan dengan mutasi D614G yang sering diperkatakan oleh media mahupun pihak KKM.\n\nAda apa dengan mutasi D614G?\n\nD614 ini ialah singkatan kepada kedudukan tepat amino acid ataupun juga disebut sebagai kodon (bahasa saintifik). Amino acid merupakan sejenis elemen protin paling ringkas yang membentuk struktur protin yang lebih besar. Setiap amino acid dibentuk oleh tiga digit DNA yang disebut sebagai kodon. Sekiranya berlaku pertukaran pada salah satu daripada tiga digit DNA ini, maka codon atau amino acid juga akan bertukar. Inilah yang dinamakan mutasi secara pertukaran.\n\nSetiap amino acid memiliki sistem pengabjadannya. Dalam kes ini, D614 merujuk kepada kedudukan amino acid dari jenis D, iaitu aspartic acid pada lokasi amino acid ke-614. Maka, mutasi D614 bermaksud telah berlaku mutasi pada amino acid ke-614 ini dan dalam kes virus penyebab COVID-19 ini ianya telah berubah kepada amino acid dari jenis G, iaitu glycine. Dari sudut saintifik, perubahan genetik ini (mutasi) biasanya akan disebut sebagai D614G atau sesetengah laporan akan merujuk jenis virus asal dengan D614 dan jenis virus yang telah berubah melalui mutasi sebagai G614. G614 dan D614G adalah sama, hanya cara ditulis berbeza, jadi jangan pening-pening fikir.\n\nVirus D614 VS virus G614\n\nJadi, adakah wujud perbezaan antara virus dari jenis D614 dengan virus dari jenis G614 ini? Secara ringkasnya, populasi virus pada awal kes pandemik kebanyakannya didominasi oleh virus dari jenis D614 yang pertama kali dijumpai di Wuhan, China. Kemunculan virus yang bermutasi kepada jenis G614 pula hanya mula dijumpai sekitar pada hujung Januari 2020 di negara Eropah.\n\nOh ya, virus dari jenis D614G bukanlah satu-satunya jenis virus yang bermutasi, bahkan terlalu banyak mutasi telah berlaku. Cumanya, virus dari jenis D614G ini satu-satunya telah mula mendominasi jangkitan pada peringkat global.\n\nSama ada virus G614 ini datang daripada China atau dari negara lain seperti Eropah itu belum dipastikan namun virus dari jenis G614 kini mula mendominasi kes jangkitan di pelusuk dunia menenggelamkan jumlah jangkitan oleh virus dari jenis D614.\n\nAdakah virus dari jenis D614G atau G614 ini lebih mudah berjangkit?\n\nDari aspek kebolehjangkitan, virus dari jenis G614 dikatakan memiliki tahap yang jauh lebih tinggi, iaitu 10 kali ganda berbanding virus dari jenis D614. Hal ini telah dilaporkan oleh Korber et al., (2020) dan Li et al., (2020) yang masing-masing mengaitkan dengan peningkatan kadar muatan virus (viral load) pada pesakit dan 10 kali ganda kemampuan menjangkiti sel-sel lain. Namun, harus difahami juga bahawa kedua-dua kajian ini hanya tertakluk kepada beberapa tanggapan (assumptions) berikut:\n\n1. Peningkatan kadar muatan virus tidak menggambarkan kemampuan transmisi bagi virus tersebut. Kebanyakan penyebaran wabak berlaku semasa fasa pre-asimtomatik tetapi kajian oleh Korber et al., (2020) hanya mengambil kira pesakit pada fasa simtomatik.\n\n2. Kajian yang dilakukan oleh Li et al., (2020) pula hanya mengambil kira tanggapan melalui in vitro (sel-sel dalam petri dish) tetapi bukanlah secara in vivo (interaksi sesama hos dan protein).\n\nJadi adakah virus D614G (atau G614) ini memiliki kebolehjangkitan yang jauh lebih tinggi? Secara mudah, kajian Sains masih tiada kata putus yang jelas (baca sebagai tiada data yang jelas dan mencukupi). Namun, adalah lebih baik untuk sesiapa sahaja sentiasa berwaspada.\n\nAdakah virus D614G atau G614 ini lebih berbahaya (baca membunuh)?\n\nUntuk mengatakan virus D614G lebih berbahaya disebabkan oleh peningkatan kadar muatan virus (viral load), ianya tiada hubung kait dengan kadar bahayanya penyakit COVID-19 ini. Hal ini telah dilaporkan oleh Lorenzo-Redondo (2020) telah mendapati kadar muatan virus (viral load) tidak memainkan peranan terhadap kadar keterukan jangkitan tersebut tetapi lebih membantu kepada kadar kebolehjangkitan virus tersebut.\n\nLogiknya, dari sudut evolusi sesuatu virus, adalah penting untuk memastikan hos atau perumah yang ingin dijangkiti itu terus hidup. Tanpa hos, virus tidak boleh bercambah. Maka, secara amnya, virus yang ingin terus bermandiri tidak akan membunuh hosnya (manusia) atau paling tidak, tidak akan menyebabkan simtom jangkitan yang teruk sehingga tidak mampu bergerak dan aktif. Pergerakan hos yang aktif dan keadaan yang sihat diperlukan oleh coronavirus untuk terus bermandiri dan berkitar dalam komuniti manusia.\n\nOleh itu, adalah logik mutasi yang terhasil itu mungkin mewujudkan virus yang memiliki kadar keterukan jangkitan yang lebih rendah bagi meningkatkan kadar kebolehjangkitan. Hal ini boleh berlaku melalui proses tekanan selektif (selective pressure), di mana hanya virus yang memiliki sifat kebolehjangkitan yang tinggi dengan kadar keterukan jangkitan yang rendah sahaya dipilih untuk terus berkitar dan bercambah dalam sesuatu komuniti. Manakala virus-virus asal seperti D614 yang memiliki kadar keterukan jangkitan akan dihilangkan dari kitaran jangkitan melalui saringan proaktif pihak jabatan kesihatan.\n\nMaka, virus D614G ini mungkin tidak jauh lebih atau sama bahaya dengan virus asal D614 tetapi mungkin lebih mudah berjangkit.\n\nDari sudut pandang yang lain pula, dengan meningkatnya kadar kebolehjangkitan juga bererti pengawalan jangkitan COVID-19 akan menjadi lebih susah. Mungkin, sesetengah pihak boleh mentafsirkan \u2013 virus dari jenis baru ini mungkin lebih berbahaya kerana tahap ketersampaiannya terhadap pesakit berisiko juga akan meningkat, lantas boleh meningkatkan kadar kematian. Sejauhmanakah ianya akan menyebabkan kematian, kita tidak pasti. Yang kita pasti \u2013 jangkitan pada kluster Sivaganga serba sedikit memberi kita isyarat bahawa virus daripada jenis ini tidak boleh dipandang enteng.\n\nApa impak mutasi D614G ini terhadap aspek rawatan terapeutik dan pembangunan vaksin?\n\nSudah pasti ramai tertanya-tanya, apakah impak dengan wujud virus dari jenis D614G atau G614 ini?\n\nAda dua sudut yang boleh saya sampaikan: (1) Dari sudut rawatan terapeutik (ubat-ubatan) dan (2) dari aspek pembangunan vaksin.\n\n2) Impak terhadap pembangunan vaksin\n\nMutasi pada amino acid D614G tersebut kemungkinan besar tidak akan memberikan apa-apa impak terhadap keberkesanan vaksin yang akan muncul di pasaran kelak. Hal ini kerana mutasi D614G itu berlaku pada struktur spike protein sahaja dan kebarangkalian besar tidak akan memberi sebarang kesan terhadap tahap immunogenik yang dimiliki oleh epitope receptor binding domain (RBD), iaitu domain protein yang berperanan besar dalam berinterkasi dengan angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2). Hal ini disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan bahawa perubahan genetik pada D614G tidak menghalang peranan antibodi dalam menyahkan virus, bererti antibodi tetap boleh berfungsi pada virus dari jenis D614G.\n\nIanya sudah pasti satu berita yang melegakan bagi kita kerana mutasi pada D614G tidak mungkin akan menghampakan usaha pembangunan vaksin yang sedang dijalankan, yang mana sesetengah vaksin tersebut sememangnya dibuat untuk mensasarkan RBD. Berdasarkan asas ini, tiada keperluan untuk membangunkan vaksin yang kedua pada ketika ini.\n\nNamun, para saintis tidak menolak kemungkinan mutasi pada D614G ini boleh memberi kelebihan kepada virus tersebut untuk lebih mudah \u2018melekat\u2019 pada sel hos. Hal ini berdasarkan kepada kajian model struktur protin yang mendapati mutasi tersebut memberi ruang kepada spike protein untuk berada dalam keadaan sentiasa bersedia untuk melekat pada sel hos, lalu meningkatkan kadar kebolehjangkitan.\n\nKesimpulan\n\nPenularan virus dari jenis D614G baru-baru ini benar-benar memberi satu tamparan dan cabaran hebat terhadap barisan hadapan. Virus D614G secara pemerhatiannya ternyata memiliki kapasiti kebolehjangkitan yang tinggi berbanding daripada virus jenis asal. Walaupun kadar keterukan jangkitannya mungkin tidak jauh lebih berbahaya daripada virus asal, tahap penularannya agak membimbangkan dan boleh membantutkan proses pengawalan wabak ini secara berkesan. Mutasi yang berlaku dijangkakan tidak akan memberi kesan yang besar terhadap keberkesanan vaksin yang sedang dibangunkan. Namun, ianya mungkin akan menjejaskan ubat-ubatan yang mensasarkan spike protein.\n\nMasyarakat khususnya orang awam perlu lebih berwaspada dan lebih tegas dalam mengikuti SOP yang sedia ada. Tanpa kerjasama orang awam, usaha membanteras penularan melalui contact tracing oleh pihak KKM akan menjadi lebih mencabar dan sia-siap. Kes kluster Sivaganga memberi pengajaran baru kepada kita bahawa usaha pematuhan SOP bukanlah untuk menyusahkan rakyat tetapi untuk kebaikan bersama.\n\nRujukan:(Senarai rujukan sila ke pautan\u00a0http://www.aminrukaini.com/./covid-19-ada-apa-dengan-mutasi.)\n\nDitulis oleh:\n\nAmin Rukaini Bin MustafaBSc in Biological Sciences (Biotechnology) (The University of Edinburgh, UK)MSc in Biotechnology (The University of Edinburgh, UK)Pelajar PhD, Biotechnology (Molecular Microbiology) (University of Cambridge, UK)" "Apabila anda membeli buku, anda pasti akan melihat nama penulis buku tersebut bukan? Apakah reaksi anda apabila mengetahui yang penulis buku tersebut sebenarnya tidak wujud? \n\nMungkin reaksi pihak American Mathematical Society (AMS) sama seperti anda apabila mereka menerima permohonan untuk menjadi ahli daripada Nicolas Bourbaki. Nicolas Bourbaki merupakan antara ahli matematik terhebat abad ke-20. Bourbaki berkemungkinan ahli matematik terakhir yang menguasai hampir semua aspek dalam bidang matematik. Namun wujud satu masalah, Nicolas Bourbaki sebenarnya tidak wujud!\n\nSiapakah Nicolas Bourbaki?\n\nNicolas Bourbaki tidak wujud sebagai seorang individu namun Bourbaki merupakan nama samaran sekumpulan ahli matematik, terutamanya alumni daripada \u00c9cole Normale Sup\u00e9rieure(ENS). Walaupun bekas-bekas anggotanya secara terbuka membincangkan penglibatan masa lalu dengan kumpulan itu, ahli-ahli Bourbaki mempunyai kebiasaan untuk merahsiakan keahlian semasa mereka masih lagi aktif sebagai anggota Bourbaki.\n\nPerang Dunia Pertama telah mengorbankan ramai ahli intelektual Perancis. Akibatnya, buku-buku teks kalkulus standard universiti yang ditulis lebih dari dua setengah dekad sebelumnya sudah ketinggalan zaman. Mereka berpendapat buku teks standard pada masa itu tidak mencukupi untuk penyelidikan. Oleh itu, mereka memutuskan untuk mengambil inisiatif untuk menulis buku teks yang terkini namun mereka tidak ingin mendedahkan identiti sebenar mereka. Sebagai jenaka, mereka menamakan diri mereka bersempena nama seorang jeneral Perancis, Charles Bourbaki yang tewas dalam perang Franco-Prusia. Selepas perang tamat, beliau cuba membunuh diri namun juga gagal seperti di medan perang. Jadi beliau benar-benar seorang yang selalu gagal dan ahli-ahli matematik Perancis ini terutamanya Andre Weil, yang menyukai jenaka dan ejekan, memilih namanya untuk kumpulan mereka.\n\nHenri Cartan, Claude Chevalley, Jean Delsarte, Jean Dieudonn\u00e9, Ren\u00e9 de Possel dan Andr\u00e9 Weil merupakan pengasas Bourbaki. Mereka akan bertemu sekali-sekala di Caf\u00e9 Capoulade untuk perbincangan. \u00a0Mereka tidak ada pemimpin. Semua terbitan mereka mesti mendapat persetujuan sebulat suara daripada setiap ahli. Pada awal penubuhan Bourbaki, mereka masih muda, bersemangat dan penuh dengan idea.\n\nMereka menyatakan yang Bourbaki ditubuhkan untuk menghasilkan buku dalam bidang analisis matematik. Kalkulus merupakan antara topik dalam bidang analisis.\n\nCara kerja Bourbaki\n\nMesyuarat Bourbaki pertama diadakan pada bulan Julai 1935. Sekiranya ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan sesuatu draf, kebiasannya draf tersebut akan terus dibuang. Perbincangan mereka yang bersemangat dan hangat hanya mencari bukti formal (formal proof) yang kukuh(rigor). Tidak ada tempat untuk perkara seperti \u2018intuisi\u2019! Untuk Bourbaki, pengabstrakan dan kegunaan diperlukan untuk kesempurnaan.\n\nBourbaki percaya pada matematik abstrak dan berkeras menolak untuk menangani apa sahaja yang berkaitan dengan fizik matematik, kombinatorik atau logik matematik. Mereka tidak menyukai angka dan menolak untuk bekerja dalam bidang matematik gunaan seperti persamaan pembezaan separa gunaan (applied partial differential equations). Malah karya-karya mereka turut jarang mempunyai sebarang contoh bagi setiap topik. Ahli matematik berpengaruh seperti Benoit Mandelbrot terpaksa meninggalkan Perancis kerana ideanya hanya berdasarkan gambar. Mereka juga tidak menyukai intuisi(intuition). Karya Bourbaki tidak mempunyai angka, intuisi atau aplikasi tetapi karya mereka mencari kefahaman dan struktur yang dipercayai.\n\nSumbangan Bourbaki\n\nSumbangan agung Bourbaki kepada matematik adalah penghasilan buku \u00c9l\u00e9ments de math\u00e9matique (Elemen Dalam Matematik) yang mana mempunyai ketebalan melebihi 6000 muka surat dan dibahagikan kepada beberapa jilid dan buku. Ketika pengasas-pengasas Bourbaki mula bekerja untuk menghasilkan \u00c9l\u00e9ments, mereka pada awalnya merancang untuk menjadikan buku tersebut sebagai karya tentang analisis dan memilih Trait\u00e9 d\u2019analyse sebagai tajuk buku mereka. Bahagian permulaan adalah secara komprehensif mengenai topik-topik matematik sebelum analisis, dan disebut sebagai \u201cPaket Abstrak\u201d. Seiring berjalannya waktu, ahli kumpulan Bourbaki mengembangkan \u201cbahagian permulaan\u201d karya yang dicadangkan ini sehingga ia mempunyai beberapa jilid dan merangkumi sebahagian besar karya yang merangkumi teori set(set theory), aljabar abstrak(abstract algebra), dan topologi. Setelah ruang lingkup projek berkembang jauh melebihi tujuan asalnya, tajuk buku Trait\u00e9 d\u2019analyse ditukar menjadi \u00c9l\u00e9ments de math\u00e9matique. \u00a0\n\nBourbaki turut memperkenalkan simbol set kosong (empty set) yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Set kosong merupakan satu set yang tidak mempunyai sebarang elemen.\n\nSelain itu, Bourbaki turut memperkenal konsep injektif(injective), surjektif(surjective) & bijektif(bijective).\u00a0\n\nSebagai contoh, jika kita mempunyai dua set iaitu A dan B. Injektif ialah apabila kesemua elemen dalam set A dipetakan kepada sebahagian set B dan setiap elemen dipetakan kepada hanya satu elemen yang lain. Surjektif pula berlaku apabila kesemua elemen set A dipetakan kepada semua elemen set B tetapi ada elemen set B yang dipetakan kepada lebih daripada satu elemen set A. Bijektif pula apabila setiap elemen dalam set A dipetakan kepada satu elemen set B dan ini dipanggil sebagai fungsi satu-kepada-satu.\n\nKritikan terhadap Bourbaki\n\nWalaupun Bourbaki memberikan banyak sumbangan dalam bidang matematik, namun mereka juga tidak terlepas daripada kritikan daripada ahli matematik malah mereka turut menerima kritikan daripada bekas ahli mereka sendiri. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Bourbaki cendurung untuk melakukan matematik secara abstrak. Cara kerja ini mengundang kritikan kerana karya-karya mereka mempunyai kesukaran untuk difahami oleh pelajar-pelajar yang baru ingin mempelajari matematik. Walaupun karya mereka bertujuan untuk menyediakan asas matematik, namun ia sangat sukar untuk difahami. Malah bekas ahli Bourbaki seperti Claude Chevalley menyatakan \u00c9l\u00e9ments adalah tidak berguna untuk seseorang yang baru ingin mempelajari matematik.\n\nBourbaki turut menerima kritikan kerana tidak mempedulikan bidang matematik gunaan dalam karya-karya mereka. Mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang matematik tulen tanpa\u00a0 membuat sebarang sumbangan dalam bidang matematik gunaan. Walaupun bidang analisis mempunyai beberapa cabang yang boleh dianggap sebagai cabang matematik gunaan seperti keberangkalian(probability) dan persamaan pembezaan(differential equations), mereka tidak pernah memasukkan topik-topik tersebut dalam karya mereka.\n\nKesimpulan\n\nTidak ada keraguan bahawa Bourbaki mengangkat kepentingan \u201cbukti rasmi\u201d. Konsep \u201cRigor\u201d, pengabstrakan dan keaslian memperoleh status mereka dalam dunia matematik kerana karya Bourbaki. Mungkin ada berbagai pendapat mengenai bagaimana Bourbaki memilih untuk bekerja, tetapi tidak ada percanggahan bahawa Bourbaki berjaya mengubah cara matematik dilakukan.\n\nRujukan" "Tidak dinafikan, penciptaan plastik merupakan suatu \u201c8th wonder of the world\u201d ataupun antara ciptaan ulung manusia. Terlalu banyak kegunaan dan kelebihan plastik yang menyebabkan penggunaan yang meluas di sekeliling barangan harian anda. Namun begitu, plastik bukanlah suatu ciptaan yang sempurna dan mempunyai ciri-ciri buruk yang menyebabkan plastik dipersetankan pada abad ke-21 ini.\n\nAntara sebab terbesar mengapa plastik dibenci ialah:\n\nMalangnya, kita baharu sahaja mengetahui kesan buruk plastik terhadap alam sekitar, dan sudah terlewat menangisi bubur. Lebih mengerikan lagi, pencemaran plastik kini adalah di luar kawalan di laut Bumi dan sehinggakan terdapat pulau yang diperbuat daripada plastik.\n\nRupa plastik yang seakan-akan makanan bagi hidupan laut menyebabkan plastik dimakan oleh hidupan tersebut. Akhirnya, yang memakan hidupan laut seperti ikan, ketam dan udang ini ialah manusia yang membuang sampah plastik merata-rata.\n\nBerapa Banyak Plastik dalam Makanan Laut?\n\nPada 9 Julai 2020, Riberio et al. (2020) (et al. = dan rakan-rakan) daripada The University of Queensland, Australia telah menerbitkan artikel yang melakukan analisis terhadap nilai kandungan plastik mikro yang terkandung di dalam makanan laut komersial di Australia. \n\nIni merupakan suatu kerja yang agak baru dan berimpak besar dalam bidang kualitatif plastik mikro. Riberio et al. (2020) menggunakan teknik kromatografi gas di mana bahan uji kaji tersebut akan dibakar dan segala molekul akan terurai lalu dibaca oleh mesin kromatografi. Makanan laut yang di uji kaji oleh Riberio et al. ialah:\n\nKajian kromatografi gas tersebut telah menemui beberapa molekul plastik berserta contoh produk asal yang agak mengejutkan iaitu:\n\nDapatan Analisis\n\nBerikut pula merupakan gambar rajah yang menunjukkan kandungan plastik untuk setiap gram makanan:\n\nMenurut rajah di atas, setiap makanan laut yang telah diuji kaji mengandungi plastik yang di mana sotong dan udang merupakan makanan yang paling kurang; pada 0.04 dan 0.07 mg per g tisu; dan ikan sardin mempunyai kuantiti plastik yang agak membingungkan iaitu 2.9mg perg tisu. Lagi mengejutkan ialah,kandungan PE dalam ikan sardin adalah sangat tinggi, lebih kurang 2.5 mg per g tisu. Dengan dapatan ini Roberio et al, berikut merupakan potensi penelanan plastik melalui pemakanan makanan laut ialah seperti di dalam kotak merah pada jadual di bawah:\n\nMelalui kajian analisis biologikal, fisiologikal, anatomi dan habitat setiap haiwan yang telah diuji kaji, beberapa hipotesis telah dikeluarkan bagi menerangkan mengapa kandungan plastik mikro berbeza-beza.\n\nKesan memakan plastik mikro\n\nJadi, adakah bahaya untuk manusia memakan plastik? Setakat ini, tiada kajian yang mempunyai jawapan yang konklusif. Namun, plastik mengandungi bahan kimia yang toksik yang akan mengganggu sistem badan manusia sekiranya diambil dengan kadar yang terlalu banyak. Mungkin anda boleh kaji sendiri tentang kesan buruk plastik terhadap manusia kerana agak mengerikan dan hiperbolik\u00a0 untuk kami menyatakan bahawa ia akan berlaku terhadap anda.\n\nBumi ini rumah kita\n\nJadi, persoalannya sekarang, apakah seharusnya kita lakukan? Kita tidak dapat mengelakkan daripada memakan plastik mikro kerana kajian telah menunjukkan sama ada makanan liar mahupun ternak, kandungan plastik bergantung kepada jenis makanan yang anda makan.\n\nApa yang kita boleh lakukan sekarang ialah dengan menjalani kehidupan yang kurang bergantung kepada plastik yang tidak boleh diurai (non-biodegradable) dan sebagai seorang muslim dan khalifah Allah yang bertanggung jawab, jaga kebersihan dan jangan buang plastik merata-rata di samping melakukan lebih kitar semula.\n\nMaha Pemurah dan Maha Mengasihani Allah, Ia mengurniakan pelbagai kemudahan dan kesenangan buat hamba-hambanya. Namun, akhirnya manusia yang bijak pandai ni jugaklah yang menjahanamkan muka Bumi ni dengan pelbagai cara sebab tamak dan tak bersyukur atas pemberian Allah. Umat Islam seharusnya terkehadapan dalam menangani isu-isu yang melibatkan penjahanaman Bumi kerana Allah meletakkan kita sebagai Khalifah di muka Bumi.\n\n\u201cTelah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)\u201d Ar-Ruum, 30:41.\n\nAmbillah masa ini untuk bermuhasabah dan lakukan perubahan dalam komuniti! Wallahua\u2019lam." "Kebersihan memberi kesan besar terhadap kesihatan individu. Kebersihan merangkumi keadaan sekeliling dan diri sendiri. Apabila kebersihan tidak dijaga atau kotor ini akan menghasilkan bau yang busuk dan keadaan yang tidak selesa bagi masyarakat sekeliling. Bagi sesetengah individu ini bukanlah masalah besar. Tapi kebanyakkan orang ini mengambarkan sikap malas, pengotor dan membahayakan diri dan orang lain.\n\nKeadaan sekeliling dan diri yang kotor akan menarik minat organisma yang terlibat dengan proses pereputan. Mereka ini memakan dan mengurai sisa-sisa makanan. Antara paling jelas muncul ialah lalat. Lalat sendiri terdapat pelbagai jenis dan spesies. Ada lalat rumah(houseflies), langau hijau(blowflies), lalat daging(fleshflies) yang memakan sisa sampah. Mereka juga bertelur pada sisa-sisa makanan. Telur ini akan menetas menjadi ulat yang akan memakan sisa-sisa makanan ini. Keadaan ini akan menambahkan populasi bilangan lalat disebabkan ulat-ulat ini akan membesar, memasuki fasa pupa dan keluar sebagai lalat dewasa. Populasi lalat yang bertambah pastinya akan menganggu penduduk setempat. Lalat juga merupakan vektor pembawa penyakit yang cukup terkenal dalam menyebabkan keracunan makanan.\n\nSelain lalat yang disebut diatas, ada satu jenis lalat yang lagi bahaya dan mengerikan. Ini kerana lalat ini tidak bertelur di sisa-sisa makanan tetapi bertelur di badan haiwan atau manusia yang masih hidup. Masalah ini selalu berlaku pada haiwan ternakan seperti lembu, kuda, kambing dan pelbagai lagi. Lalat ini dipanggil lalat cacing skru.\n\nLalat cacing skru ini terdapat dua spesies yang terkenal iaitu lalat cacing skru dunia baru (Cochliomyia hominivorax) dan lalat cacing skru dunia lama (Chrysomya bezzinana). Nama dunia baru dan lama ini lebih merujuk kepada taburan spesies lalat ini dijumpai. Dunia lama merujuk kepada ketamadunan dunia yang lama seperti Mesir, Eropah, Iraq, Asia, Afrika manakala dunia baru lebih kepada benua Amerika yang sejarahnya lebih baru berbanding dunia lama.\n\nKawasan luka pada badan haiwan atau manusia akan menarik minat lalat betina dewasa untuk bertelur berhampiran kawasan itu. Lalat betina juga akan menghisap dan mengambil semua keperluan nutrien dari kawasan luka bagi memenuhi keperluan pembentukkan telurnya selepas proses mengawan dengan lalat jantan. Berbeza dengan lalat betina, lalat jantan cacing skru pula lebih memilih nektar pada bunga sebagai makanan harian.\u00a0\n\nLalat betina juga berpotensi besar bertelur di tepi mulut, gusi, tepi hidung dan telinga. Tempat-tempat ini mempunyai daging atau tisu yang lembut dan mudah dilukakan oleh ulat dari lalat ini. Selepas menjumpai tempat yang sesuai untuk bertelur mereka akan bertelur dalam jumlah 100 hingga 200 biji telur pada kawasan tersebut. Telur ini akan mengambil masa 12 hingga 24 jam sebelum menetas menjadi larva atau ulat. Ulat ini bewarna putih dan kelihatan sama dengan ulat sampah yang selalunya mudah dijumpai pada sampah yang penuh dengan sisa makanan.\n\nApabila menetas dan menjadi ulat, ulat ini akan bergerak ke kawasan luka atau [email\u00a0protected] pada badan haiwan, manusia yang lembut. Jika ulat ini bergerak ke kawasan luka, luka itu akan menjadi lebih dalam hasil korekan ulat-ulat ini menggunakan cangkuk yang ada pada mulut mereka. Jika ulat bergerak ke kawasan daging yang lembut seperti di dalam hidung dan telinga atau gusi, ulat akan menggunakan cangkuknya untuk melukakan kawasan tersebut. Proses pemakanan akan dimulakan. Semakin lama ulat cacing skru ini berada pada kawasan daging itu semakin besar dan dalam luka yang akan terbentuk.\n\nProses pemakanan mengambil masa 5 hingga 7 hari sehingga ulat cukup besar dan mengandungi semua keperluan nutrien sebelum memasuki fasa pupa. Sebelum fasa pupa bermula, ulat yang telah cukup keperluan nutrien akan bergerak keluar dari kawasan luka. Ulat ini akan menjatuhkan dirinya ke tanah. Apabila jatuh ke tanah, ulat ini akan menimbus dan menyembunyikan badannya dibawah tanah. Pupa akan mengambil masa 7 hari hingga 2 bulan sebelum keluar dari pupa sebagai lalat cacing skru dewasa.\n\nUlat cacing skru ini selalunya menajdi masalah bagi haiwan ternakan kerana kesukaran haiwan ternakan untuk mencuci luka pada belakang badan dan kepala. Jika tidak dirawat oleh pemilik, keadaan haiwan ternakan ini akan menjadi semakin teruk. Selain itu, terdapat juga kes-kes dimana ulat ini infestasi badan manusia seperti di gusi dan di dalam hidung. Telur lalat ini mengambil masa 12 hingga 24 jam untuk menetas maksudnya jika manusia itu tidak mandi atau membersihkan kawasan kritikal kegemaran lalat ini bertelur potensi sangat besar ulat ini infestasi bahagian badan manusia itu. Kita di Malaysia terutamanya, pasti tidak mempunyai masalah ini kerana secara purata orang Malaysia mandi dua kali sehari. Jika disabun dengan betul lagila berkurang potensi diinfestasi ulat lalat ini. Mungkin ada yang bertanya bagaimana lalat ini boleh bertelur dalam mulut di gusi. Lalat ini boleh bertelur di dalam mulut apabila kita tidur. Pastinya kita tidak sedar samada kita tidur mulut terbuka atau tertutup. Bagi orang yang tersumbat hidungnya pasti mulutnya akan terbuka untuk bernafas. Inilah peluang terbaik lalat untuk bertelur di dalam mulut. Oleh itu, gigi perlu digosok dan dibersihkan setiap hari.\n\nBagi umat Islam pula yang solat wajib lima waktu lagila kurang potensi infestasi disebabkan kita mencuci semua bahagian yang disukai oleh lalat-lalat ini. Ini kerana apabila solat kita akan mengambil wuduk dan akan menggunakan air mencuci bahagian tangan, mulut, hidung, telinga dan kaki. Oleh itu sangat bertepatan kebersihan itu tuntutan agama yang mahukan keadaan terbaik bagi umatnya.\n\nRujukan" "Ya, anda tak salah baca tajuk. Ramai orang sebenarnya tak tahu bahawa Bumi yang kita diami ni sebenarnya mempunyai bukan sahaja dua kutub, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan, bahkan Kutub Utara kita sendiri sebenarnya wujud di beberapa lokasi yang berbeza.\n\nBaiklah, untuk definasi Kutub Utara yang pertama, kita boleh anggapkan Bumi ini berbentuk seperti sebiji bola (kalau anda golongan flat earth mungkin tak perlu baca artikel ni). Maka, bahagian bola kita, sama seperti Bumi, akan ada bahagian paling atas, dan bahagian paling bawah. Berdasarkan pemetaan dunia, bahagian paling atas Bumi dikenali sebagai Kutub Utara secara geografi (Geographic North Pole), dan bahagian paling bawah dikenali sebagai Kutub Selatan secara geografinya (Geographic South Pole).\n\nJadi itu je lah kan? Mana ada Kutub Utara yang lain, kan?\n\nNanti dulu.\n\nKutub Utara Bukan Kutub Utara dan Kutub Selatan Bukan Kutub Selatan\n\nKalau anda pernah bermain dengan kompas, anda pasti akan perasan bahawa bahagian Utara kompas anda akan sentiasa menghadap ke satu arah Utara. Maka, dalam minda kita, seringkali kita sangka bahawa Utara yang ditunjukkan oleh kompas itu adalah Kutub Utara Geografi Bumi.\n\nSebenarnya, andaian anda ini adalah salah.\n\nBaik, ayuh kita lihat kepada sifat kompas anda. Kompas anda yang menunjukkan arah Utara itu sebenarnya berpunca daripada bar magnet. Magnet, sama seperti Bumi, memiliki dua medan, iaitu Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kajian para saintis telahpun menonjolkan beberapa sifat magnet, seperti dua kutub yang sama akan saling menolak, dan dua kutub yang berlawanan akan saling menarik.\n\nNah, di sinilah sangkaan orang selalunya silap.\n\nKalau anda fikir semula, bar magnet di dalam kompas anda (Kutub Utara) sedang tertarik ke arah Kutub Utara Bumi. Eh, tapi tadi baru je kita cakap yang dua kutub yang sama akan saling menolak? Kenapa pulak Kutub Utara dalam kompas kita tertarik kepada Kutub Utara Bumi?\n\nHa? Peliknya?\n\nSebenarnya, Kompas kita bukanlah tertarik kepada Kutub Utara Bumi tu, sebaliknya, wujud satu kawasan yang memiliki kekutuban Kutub Selatan di bahagian Utara Bumi kita. Kawasan ini dipanggil sebagai Kutub Utara Magnet (Magnetic North Pole).\n\nKalau anda rasa macam pening, jangan risau. Benda ni memang dibuat untuk memeningkan orang pun. Pada asalnya orang dulu telahpun tersedar bahawa mereka tersilap sebab mereka menyangkan bahawa kompas mereka sentiasa menunjuk ke arah Utara, sebelum mereka faham bagaimana magnet berfungsi.\n\nJusteru, selepas saintis memahami sifat magnet, mereka tersedar bahawa Kutub yang selama ini mereka sangka Utara adalah sebenarnya Kutub Selatan secara magnetiknya, kerana Kutub Utara dan Kutub Selatan lah yang sepatutnya saling menarik, bukan Kutub Utara dengan Kutub Utara.\n\nDisebabkan konvension (sebab semua orang melakukan kesilapan yang sama), jadi ahli saintis yang mengkaji sifat medan magnet Bumi terus menggunakan gelaran Medan Magnet Utara Bumi (North Magnetic Pole) yang sebenarnya berkutub Selatan.\n\nBagaimana medan magnet Bumi ni terhasil?\n\nBuat masa sekarang, disebabkan kita tidak mempunyai kepakaran untuk pergi meneroka lebih dalam dari bahagian Teras Bumi (Earth Crust), maka kita sebenarnya tidak ada fakta sebenarnya bagaimana Medan Magnet Bumi boleh terjadi.\n\nTeori utama yang kita ada dipanggil Geo-Gynamo, di mana apabila kita pergi ke bahagian Bumi kita yang lebih dalam, suhu akan meningkat dan lebih panas, menjadikan batuan besi di bahagian Teras Luar (Outer Core) akan berada dalam keadaan cecair. Besi yang cair, ditambah dengan putaran Bumi, akan menyebabkan cas dalam bahagian Teras Luar untuk bergerak, dan menurut salah satu konsep asas dalam Magnetisme, cas yang bergerak mampu menghasilkan arus elektrik, dan sekaligus arus elektrik tersebut menghasilkan Medan Magnet.\n\nWayar yang mengalirkan arus eletrik akan menghasilkan medan magnet (boleh dilihat dari corak serbuk besi disekeliling). Menggunakan hujah yang sama, arus dalam Teras Bumi juga mampu menghasilkan Medan Magnet.\n\nDisebabkan pergerakan cecair dalam Teras Luar Bumi ini adalah bersifat tidak sekata, maka Medan Magnet Bumi juga sebenarnya adalah tidak sekata. Intuisi kita mungkin menyangka bahawa Medan Magnet Bumi, sama seperti Medan Magnet berbentuk bar, akan wujud dalam bentuk bertentangan (180 darjah), namun hakikatnya ia tidaklah 180 darjah antara satu sama lain (rujuk rajah).\n\nKalau anda pernah dengar atau baca mengenai topik Pemutaran Kutub (Magnetic Reversal), ketahuilah bahawa putaran kutub terlahir dari perubahan Kutub Magnet ini. Disebabkan pergerakan cecair besi dalam Bumi yang sentiasa berubah, lokasi letaknya Kutub Utara Magnet dan Kutub Selatan Magnet ini juga sentiasa berubah. Objek samawi lain pun sebenarnya ada fenomena perubahan kutub ini, seperti Matahari yang berubah Kutub Medan Magnetnya dianggarkan setiap 11 tahun.\n\nSekiranya kita inginkan satu Kutub Utara dan Kutub Selatan yang saling bertentangan dari segi kekutuban mereka, hal ini adalah apa yang dinamakan sebagai Kutub Geomagnet Bumi (Geomagnetic North dan Geomagnetic South). Kutub Geomagnet ini adalah satu bentuk anggaran bagi bagaimana bentuk umum Medan Magnet Bumi kita ini, lebih-lebih lagi kalau dilihat dari luar Bumi.\n\nDisertakan gambar bagi ketiga-tiga lokasi Kutub Utara kita; Kutub Utara secara geografi, Kutub Utara melalui definasi medan magnetnya, dan Kutub Geomagnet yang merupakan satu bentuk anggaran nilai Kutub Utara.\n\nAnda boleh menonton video dari MinutePhysics ini untuk maklumat lanjut.\n\nSekian.\n\nPenulis merupakan seorang pensyarah Fizik dan Matematik dari HELP University. Sila hantarkan email kepada [email\u00a0protected] sekiranya ada sebarang soalan ataupun komen.\n\nRujukan dan bacaan lanjut:\n\n\u201cNorth Pole\u201d, National Geographic. https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/north-pole/\n\n\u201cReversals: Magnetic Flip\u201d, British Geological Survey. http://www.geomag.bgs.ac.uk/education/reversals.html\n\n\u201cMagnetic north just changed. Here\u2019s what that means.\u201d, National Geographic. https://www.nationalgeographic.com/science/2019/02/magnetic-north-update-navigation-maps/\n\n\u201cExplained: Dynamo Theory\u201d, MIT News. https://news.mit.edu/2010/explained-dynamo-0325" "Apabila disebut manga, belimbing, betik dan kemanisan buah-buah ini pastinya mengiurkan. Malangnya buah-buah ini apabila dibeli dan dipotong terdapat makhluk-makhluk kecil berwarna putih menggeliat ke kiri dan ke kanan cuba melarikan diri dari gerakan tangan yang memotong buah-buah yang baru dibeli itu. Dari mana datangnya ulat-ulat putih ini? Bagaimana mereka ini boleh berada di dalam buah-buah ini? Apabila buah dipilih kulit luarnya kelihatan elok dan tiada rosak tetapi malangnya ada makhluk perosak rupanya sedang berpesta buah-buahan di dalam.\n\nUlat ini datang dari lalat buah. Lalat yang datang ke buah-buah yang sedang membesar menyuntik telur-telur mereka ke dalam isi buah-buah ini. Telur ini akan menetas menjadi ulat-ulat yang bakal merosakkan isi buah-buahan. Seekor lalat betina berkeupayaan bertelur sehingga 500 biji telur sepanjang hayatnya. Telur ini akan mengambil masa minimum sehari untuk menetas. Larva akan keluar dari telur. Menggunakan cangkuk yang ada pada mulut larva, proses memakan buah akan berlaku. Sebab inilah lalat buah telah disenarai oleh 64 buah negara dunia sebagai perosak utama tanaman.\n\nMalaysia pastinya tidak terkecuali. Kita sendiri selalu mengalami masalah ini. Ulat-ulat telah dahulu memakan buah-buah yang dibeli kita. Sebagai contoh lalat buah dari Bactrocera papayae terkenal sebagai perosak bagi buah betik, jambu batu, manga, belimbing dan banyak lagi.\n\nTerdapat satu lagi jenis serangga yang berkait rapat dengan lalat buah iaitu dipanggil penyengat atau \u201cwasp\u201d. Serangga ini diguna dibeberapa tempat sebagai kawalan biologi lalat buah. Kawalan biologi ini penting bagi mengelak penggunaan racun serangga yang bukan sahaja membunuh lalat buah tetapi haiwan lain dan semestinya beracun kepada manusia. Contohnya penggunaan malathion yang boleh mengganggu sistem saraf manusia. Kawalan biologi ini selalunya melibatkan penggunaan musuh semulajadi perosak. Penyengat ini merupakan musuh semulajadi lalat buah.\n\nPenyengat mempunyai satu struktur badan yang panjang dan tajam. Struktur ini berkeupayan menyucuk atau menyuntik telur penyengat ke dalam ulat lalat buah. Struktur ini dipanggil ovipositor. Ovipositor ini akan digerak-gerak sehingga dapat menembusi badan ulat. Apabila dicucuk telur penyengat akan dimasukkan ke dalam ulat. Telur ini akan menetas menjadi ulat di dalam ulat lalat buah.\n\nUlat penyengat akan bertindak sebagai parasit memakan semua nutrient dalam badan ulat lalat buah. Ulat lalat buah akan meneruskan fasa kitar hidup yang ada sehingga ke fasa pupa. Sepatutnya lalat buah dewasa yang akan keluar dari pupa tetapi yang keluar dari pupa adalah penyengat dewasa. Penyengat ini juga digelar parasitoid yang merujuk kepada serangga yang ulatnya menjadi parasit bagi perumah(serangga lain).\n\nSecara sejarahnya, seawal tahun 1912, Hawai telah menggunakan penyengat dari spesies Psyttalia humilis dan Diachasmimorpha tyroni dalam kaedah kawalan biologi lalat buah. Begitulah rantaian kehidupan dua jenis serangga ini. Satu serangga memakan buah-buahan, satu lagi hidup memakan serangga itu dari dalam. Inilah ciptaan Tuhan, mereka dicipta merosak memusnah yang lain demi kelangsungan kehidupan spesiesnya. Telah dicipta dan acuannya begitu.\n\nPastinya manusia itu berbeza dengan haiwan yang tidak mempunyai kod-kod moral, etika dan agama. Bukanlah kehidupan ini, kita hidup atas musnahnya orang lain.\n\nRujukan" "Bendera Malaysia yang juga dikenali sebagai Jalur Gemilang telah direka oleh Mohamed Hamzah merupakan lambing kedaulatan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menghormati Jalur Gemilang dan mengenalinya.\n\nTapi tahukah anda cara-cara untuk melukis Jalur Gemilang dengan tepat dan betul menggunakan set geometri?\n\nJom, sediakan Kertas, alat tulis seperti pensil, pembaris dan set geometri.\n\nKita lukis bersama-sama Jalur Gemilang dengan mengikut panduan seperti dibawah. Video juga disediakan dibawah untuk memahami cara pembinaan bendera ini dengan lebih jelas.\n\nLangkah 1: Persediaan\n\nLangkah ini adalah persediaan untuk melukis Bendera Malaysia dan ukuran-ukuran ini diperlukan semasa proses pembinaan Jalur Gemilang\n\na. Bina garisan yang ditetapkan sebagai 1 unit\n\nb. Bina garisan berukuran 2 \u00bd unit\n\nc. Bina garisan 2 2/3 unit\n\nLangkah 2: Melukis Bahagian 14 Jalur\n\nLangkah 3: Persediaan Melukis Bulan Sabit dan Bintang\n\nTitik persilangan S, T, U dan V ditanda\n\nLangkah 4: Melukis Bulan Sabit\n\nLangkah 5: Melukis Bintang 14 Bucu\n\nBintang 14 bucu yang akan dihasilkan ini hanyalah anggaran sahaja, bukan 100% tepat. Jadi bintang yang terhasil mungkin akan kelihatan sedikit tidak seragam. Teknik yang digunakan disini adalah yang paling ringkas dan mudah untuk dihasilkan.\n\nKemaskan, maka siaplah Jalur Gemilang anda untuk diwarnakan\n\nSelamat Mencuba" "Kita tahu bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang besar dibandingkan dengan negara-negara seperti China, Rusia dan USA. Namun kita juga tahu bahawa jiran-jiran terdekat kita adalah lebih kecil berbanding dengan Malaysia. \n\nNegara jiran kita seperti Singapura dan Brunei adalah sangat kecil dibandingkan dengan negara kita. Malah, Singapura (721.5 km persegi) adalah lebih kecil berbanding dengan negeri terkecil di negara kita iaitu Perlis (819 km persegi). Namun, masih wujud negara yang lebih kecil berbanding Singapura. Malah, Singapura tak termasuk pun dalam senarai 10 negara terkecil di dunia! Jom kita kenali negara-negara terkecil di dunia ini.\n\nMalta\n\nMalta adalah sebuah kepulauan di selatan Eropah dan berada di Laut Mediterranean. Negara yang kesepuluh terkecil ini mempunyai keluasan sekitar 316 kilometer persegi dan ibu kotanya, Valletta merupakan ibu kota terkecil dalam Kesatuan Eropah dengan keluasan 0.8 kilometer persegi. Malta mempunyai sejarah yang panjang disebabkan oleh kedudukan geografinya yang berada di Laut Mediterranean. Kepulauan ini telah mula didiami lebih 7 ribu tahun lalu dan telah diterokai oleh berbagai tamadun seperti tamadun Greek, Rom, Arab dan British. Oleh sebab itu, terdapat banyak tinggalan bersejarah di negara ini sehingga mendapat pengiktirafan daripada UNESCO.\n\nMaldives\n\nMaldives adalah sebuah kepulauan kecil di selatan Asia dan terletak di Lautan Hindi. Negara ini mempunyai keluasan 300 kilometer persegi menjadikannya negara kesembilan terkecil di dunia. Dengan pantai yang menarik dilengkapi dengan kemudahan yang sangat baik, pelancongan merupakan sektor kedua terpenting dalam menjana ekonomi di negara ini selepas perikanan. Maldives adalah antara negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.\n\nSaint Kitts and Navies\n\nSejujurnya, penulis belum pernah mendengar nama negara ini kecuali setelah mencarinya di Google. Saint Kitts and Navies merupakan sebuah kepulauan yang terletak di Hindia Barat dan termasuk dalam Antillen Kecil. Kepulauan Saint Kitts and Navies ini adalah antara tempat pertama di Carribean yang dijajah oleh penjajah dari Eropah. Negara ini menduduki tempat kelapan negara terkecil dengan keluasan sekitar 261 kilometer persegi.\n\nMarshall Island\n\nMarshall Island adalah sebuah kepulauan yang terletak di tengah Lautan Pasifik dengan keluasan 181 kilometer persegi. Disebabkan kedudukannya yang jauh di tengah Lautan Pasifik, Marshall Island hanya menerima kurang daripada 5 ribu pengunjung setiap tahun. Oleh itu, negara ini perlu bergantung kepada sumber lain untuk menjana ekonomi tempatan seperti perikanan dan penjanaan tenaga melalui sumber yang boleh diperbaharui seperti cahaya matahari dan angin. Walaupun saiznya yang kecil, pulau ini sebenarnya adalah negara yang mempunyai peratus lautan yang terbesar iaitu 97.87% negara ini terdiri terdiri daripada lautan. \u00a0\n\nLiechtenstein\n\nLiechtenstein adalah sebuah negara di Eropah yang terletak di antara negara Switzerland dan Austria. Negara kecil ini hanya berkeluasan 160 kilometer persegi namun kecantikannya tiada bandingan. Liechtenstein terdiri daripada kawasan pergunungan dan lembah menjadikannya seolah-olah seperti sebuah tempat dari kayangan.\n\nSan Marino\n\nSan Marino adalah sebuah negara di Eropah dan dikelilingi sepenuhnya oleh negara Itali. Namun negara ini bukanlah satu-satunya negara yang dikelilingi oleh Itali. Kita akan lihat sebentar lagi negara mana yang juga dikelilingi oleh Italy. San Marino hanya mempunyai keluasan 61 kilometer persegi! Namun ia merupakan antara negara yang mempunyai kekayaan yang tak terbanding. Negara ini adalah satu-satunya negara yang mempunyai pemilikan kereta yang lebih banyak berbanding bilangan rakyatnya sendiri.\n\nTuvalu\n\nTuvalu adalah satu lagi kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik dengan keluasan 26 kilometer persegi. Negara ini terdiri daripada beberapa pulau dan pulau terbesarnya ialah Funafuti. Disebabkan kedudukan geografinya yang sangat terasing, negara ini tidak dikunjungi pelancong seperti negara-negara lain. Tidak banyak benda yang boleh dilakukan di negara ini. Malah banyak penduduk di sini keluar bekerja di negara lain seperti New Zealand dan Australia.\n\nNauru\n\nNauru adalah sebuah negara yang berjiran dengan negara yang keempat dalam senarai ini namun mempunyai keluasan 21 kilometer persegi. Nauru mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia kaya dengan sumber alam semula jadi iaitu fosfat. Sekitar tahun 1950-an, Nauru mula menggali sumber fosfat dengan agresif dan mula memperoleh kekayaan dengan cepat. Namun sumber ini tidak berkekalan. Sekitar 1980-an, sumber fosfat di Nauru mula berkurang dan tidak mampu lagi menampung negara ini selain kegagalan menguruskan harta negara. Akhirnya, negara ini mula mengalami kemerosotan ekonomi.\n\nMonaco\n\nMonaco kerap kali disalah anggap bahawa ia adalah sebahagian daripada Perancis. Ini kerana Monaco dikelilingi oleh Perancis pada setiap sempadan kecuali di bahagian pesisir pantai yang bersempadan dengan Laut Mediterannean. Negara kecil ini mempunyai keluasan hanya 2.1 kilometer persegi. Walaupun kecil, negara ini adalah antara yang terkaya di dunia. Hampir 30 peratus daripada rakyat negara ini adalah jutawan!\n\nVatican City\n\nVatican adalah tidak asing lagi bagi mereka yang belajar tentang sejarah Islam dan Eropah kerana Vatican adalah tempat tinggal bagi pemerintah tertinggi dalam agama Kristian Katolik, Pope. Negara ini terletak betul-betul di tengah kota Rom dan hanya bersaiz 0.44 kilometer persegi. Di sinilah tempat Pope dipilih dan juga tempat Pope memberi arahan ke seluruh masyarakat Kristian sejak zaman empayar Rom dahulu.\n\nRujukan" "Saya pasti kita semua mempunyai telefon pintar dalam poket. Malah sebahagian anda mungkin membaca artikel ini menggunakan telefon pintar anda. Seperti yang kita sudah tahu, telefon pintar ini dapat mengakses internet melalui rangkaian yang sedia ada pada hari ini seperti 4G LTE. Apabila telefon kita menunjukkan simbol \u20183G\u2019, \u2018H\u2019, atau \u2018E\u2019, kita pasti akan hampa, atau kita akan mencari-cari kawasan yang mempunyai isyarat 4G. Teknologi 4G telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013 dan kini liputannya telah mencapai hampir ke semua kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna telefon pintar yang tinggi. Teknologi 4G ini mempunyai kelajuan maksimum muat turun sekitar 100 megabit per saat (Mbps) dan kelajuan muat naik sekitar 50 Mbps.\n\nTeknologi 4G ini mula diganti oleh teknologi 5G pada tahun 2019. Dengan perkembangan Internet Kebendaan (IoT), kereta tanpa pemandu, permainan servis awan (cloud-service games) dan realiti maya mudah alih, keperluan untuk internet yang lebih pantas mula timbul. Teknologi 4G tidak mampu menampung keperluan ini dan harus diganti (malah nak tengok video YouTube pun masih tersekat-sekat). Dengan kelajuan maksimum 10 gigabit per saat (10 Gbps), iaitu seratus kali ganda berbanding kelajuan 4G, teknologi 5G dijangka akan memenuhi keperluan pasaran hari ini.\n\nNamun persoalan yang sering ditimbulkan oleh sebahagian orang ialah sama ada teknologi 5G ini selamat atau tidak.\n\nSeperti 4G, 5G juga menggunakan gelombang elektromagnet untuk menghantar dan menerima data. Namun teknologi 5G menggunakan lebar jalur (bandwidth) yang lebih luas iaitu dari frekuensi yang digunakan oleh 4G (600 MHz hingga 2.5 GHz) hingga 100 GHz dan ke atas.\n\nDengan frekuensi yang lebih tinggi, lebih banyak data yang dapat dihantar dan diterima serta kependaman (latency) yang sangat rendah.\n\nSeperti yang dijelaskan di atas, teknologi 5G menggunakan gelombang elektromagnet untuk penghantaran dan penerimaan data. Gelombang elektromagnet ini mempunyai pelbagai spektrum dari spektrum radio hingga sinaran gama bergantung kepada frekuensi gelombang ini. Spektrum radio mempunyai frekuensi yang rendah iaitu sekitar 300 MHz dan ke bawah. Frekuensi ini adalah sama dengan frekuensi yang kita lihat pada radio dalam kereta tu. Spektrum gelombang elektromagnet yang digunakan oleh teknologi 5G terletak pada spektrum gelombang mikro (600 MHz \u2013 100 GHz).\n\nSinaran gelombang elektromagnet terbahagi kepada dua iaitu sinaran mengion dan tidak mengion (ionizing & non-ionizing radiation). Sinaran mengion ini boleh memberi kesan pada sel-sel dalam badan seperti merosakkan molekul protein, DNA dan RNA. Contoh sinaran mengion ialah sinar-X yang digunakan untuk melihat tulang dalam badan kita. Jika dikenakan dos yang banyak, ia boleh membunuh banyak sel dalam badan kita. Sebab itu pengimejan sinar-X mempunyai had tertentu untuk digunakan. Begitu juga dengan sinaran daripada sumber radioaktif di loji-loji nuklear. Pekerja-pekerja di loji nuklear perlu dipantau kadar pendedahan mereka terhadap sinaran mengion.\n\nSinaran tidak mengion pula terdiri daripada spektrum-spektrum yang mempunyai frekuensi yang lebih rendah seperti spektrum radio dan gelombang mikro. Teknologi 5G, 4G dan sebelumnya, serta wifi dan komunikasi radio kesemuanya menggunakan sinaran tidak mengion. Sinaran tidak mengion juga mempunyai kesan buruk seperti boleh menyebabkan kulit terbakar jika didedahkan secara berlebihan pada dos yang tinggi. Contohnya adalah ketuhar gelombang mikro (microwave oven) yang digunakan untuk memanaskan makanan. Ketuhar ini memancarkan sinaran tak mengion (gelombang mikro) menyebabkan molekul pada makanan tersebut bergetar dengan pantas dan memanaskan makanan tersebut.\n\nTeknologi 5G tidak menggunakan sinaran mengion untuk penghantaran dan penerimaan maklumat. Jadi sepatutnya ia adalah selamat digunakan. Inilah yang disebutkan oleh pelbagai badan berautoriti seperti World Health Organization (WHO) dan United Nation (UN). Namun disebalik itu, terdapat juga bukti yang menunjukkan sebaliknya iaitu sinaran tidak mengion ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada manusia seperti peningkatan risiko kanser. Banyak kertas kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk penggunaan sinaran tidak mengion ini kepada badan manusia.\n\nKita masih belum tahu secara pasti sama ada teknologi ini selamat atau tidak dalam jangka masa panjang kerana teknologi ini baru sahaja diperkenalkan. Kajian terhadap penggunaan teknologi tanpa wayar seperti 2G, 3G, Wifi telahpun menunjukkan kesan buruk bagi pengguna yang kerap seperti peningkatan risiko kanser. Hanya masa serta sokongan dana terhadap kajian ini dapat memberikan jawapan jelas kepada kita." "Kepupusan adalah apabila suatu spesis itu hilang dan lenyap secara keseluruhan dari muka Bumi ini. Kita sedia tahu bahawa banyak spesis telah pupus sepanjang zaman semenjak dahulu lagi. Antara kepupusan yang diketahui umum ialah kepupusan dinosaur jutaan tahun lalu. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa dinosaur ini sebenarnya hidup dalam beberapa era dan setiap era ini, mempunyai peristiwa kepupusan atau \u2018kiamat kecil\u2019nya yang tersendiri yang menghapuskan hampir keseluruhan hidupan yang hidup pada era tersebut. Keseluruhannya, terdapat sebanyak lima peristiwa kepupusan besar yang telah melenyapkan lebih 3 per 4 spesis yang hidup pada sesuatu era tersebut. Jom kita lihat 5 peristiwa kepupusan yang telah berlaku dan juga 1 tambahan yang menarik untuk dihayati.\n\nPengakhiran era Ordovician ini berlaku kira-kira 444 juta tahun lalu dan telah mengorbankan sekitar 85 peratus spesis laut yang wujud ketika itu. Peristiwa kepupusan Ordovician atau Ordovician-Silurian ini diteorikan berlaku dalam dua kali \u2018pukulan\u2019. Kedua-dua pukulan ini dikaitkan dengan pengglasieran atau penghasilan glasier di Gondwana (benua utama di Bumi ketika itu). Pukulan pertama yang membunuh hidupan ketika itu dikaitkan dengan penurunan suhu Bumi disebabkan glasier dan penurunan paras laut. Selepas pukulan pertama berakhir, hidupan yang masih ada terus beradaptasi dengan norma baharu. Namun tidak lama kemudian, paras laut semakin meningkat dan perubahan iklim berlaku sekali lagi, kehidupan-kehidupan mula mati dan tidak sempat beradaptasi dengan perubahan yang ketara ini.\n\nKepupusan terbesar yang kedua ialah pada penghujung era Devonian iaitu sekitar 370 juta tahun lalu. Pengakhiran era ini telah membunuh 50 peratus genus ketika itu dan sekitar 70 hingga 82 peratus spesis telah pupus. Namun, tidak seperti kepupusan lain, kepupusan Devonian ini tidak disepakati akan sebab ia berlaku. Malah, tempoh peristiwa kepupusan ini juga agak panjang berbanding kepupusan lain iaitu selama tiga juta tahun. Oleh itu, banyak teori yang diusulkan tentang akibat berlakunya kepupusan Devonian ini. Antaranya ialah sinaran daripada letupan supernova yang berdekatan, letusan gunung berapi dan pelepasan magma yang berterusan.\n\nKepupusan Permian-Triassic ini berlaku pada penghujung era Permian dan awal era Triassic iaitu kira-kira 250 juta tahun lalu. Peristiwa ini merupakan peristiwa kepupusan yang paling buruk pernah berlaku berbanding 4 peristiwa yang lain kerana ia telah mengorbankan 95 peratus daripada spesis yang melata di daratan dan yang berenang di lautan. Terdapat dua sebab yang diusulkan oleh para ahli paleontologi iaitu hentaman oleh asteroid dan letusan gunung-gunung berapi secara besar-besaran. Hasilnya ialah peningkatan suhu global sebanyak 6 darjah Celcius dan pengeluaran gas rumah hijau yang ketara dan seterusnya membunuh kebanyakan hidupan yang hidup.\n\nEra Triassic telah menyaksikan dinosaur pertama muncul dan melata di Bumi setelah peristiwa Kepupusan Permian-Triassic sebelum itu. Dalam era Triassic, Bumi ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Pangea dan Panthalessa. Pangea ialah sebuah benua super gergasi dan satu-satunya benua yang wujud pada ketika itu yang merupakan gabungan benua-benua yang ada hari ini. Manakala lautan pada waktu tersebut pula ialah Panthalessa dan merangkumi seluruh Bumi kecuali benua Pangea. Hidupan ketika ini merupakan saki baki spesis yang terselamat daripada kepupusan sebelum itu. Namun mereka tidak hidup lama. Selepas 50 juta tahun daripada peristiwa Kepupusan Permian-Triassic, benua Pangea mula merekah dan terpisah. Kemudian aktiviti letusan gunung berapi semakin meningkat di seluruh benua Pangea. Pelepasan gas karbon dioksida telah menyebabkan pemanasan global dan juga telah menyebabkan air laut menjadi berasid. Akibatnya, banyak hidupan daratan dan lautan telah terkorban. Namun, tidak semua pupus dan ada yang berjaya mengharungi malapetaka ini.\n\nSelepas peristiwa kepupusan Triassic-Jurassic, kebanyakan hidupan yang melata di muka Bumi ialah dinosaur manakala hidupan di lautan didominasi oleh Mosasaur. Era Jurassic dan Cretaceous ini adalah era dinosaur yang biasa kita kenal melalui filem seperti Jurassic Park dan Jurassic World. Tyrannosaurus Rex atau lebih dikenali sebagai T-Rex, Titanosaurus dan Brachiosaurus yang berleher panjang, Stegosaurus yang mempunyai plat tajam di belakang, kesemua dinosaur ini hidup pada era Jurassic dan Cretaceous. Pada era ini juga, benua-benua mula bergerak dan membentuk 7 benua yang ada pada hari ini. Pengakhiran dinosaur ini berlaku sekitar 66 juta tahun lalu iaitu apabila sebuah asteroid sebesar 11 hingga 81 kilometer menghentam Bumi dan mengakibatkan malapetaka yang berganda-ganda seperti tsunami yang besar, peningkatan suhu yang ketara, kemusnahan hutan dan debu asap yang melitupi langit. Keadaan ini telah mengorbankan majoriti dinosaur di daratan, hidupan di lautan serta tanam-tanaman.\n\nDemikianlah 5 peristiwa kepupusan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah Bumi kita. Namun, ia masih belum berakhir. Para saintis berpendapat bahawa kita sedang melalui fasa kepupusan ke 6 dan peristiwa ini bukanlah disebabkan oleh asteroid, letusan gunung berapi atau gempa Bumi, tetapi disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang melenyapkan banyak spesis yang ada di Bumi ini. Jadi, marilah kita berusaha memelihara flora dan fauna yang ada daripada berlakunya kepupusan. Kurangkan penggunaan kereta atau motosikal dan banyakkan menggunakan basikal atau bas untuk bergerak bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, elakkan pembakaran terbuka, kurangkan penggunaan plastik dan cuba berusaha semampu mungkin untuk memelihara khazanah yang ada hari ini.\n\nRujukan" "Kehidupan kita pada dekad yang baru ini dipenuhi dengan pelbagai teknologi moden seperti rangkaian internet yang luas, ribuan model telefon pintar di pasaran dan jam-jam tangan pintar yang merekodkan kesihatan kita. Banyak syarikat berlumba-lumba untuk menembusi pasaran tekonologi hari ini kerana permintaan yang tinggi. Berbagai lagi idea yang ditransformasikan dalam bentuk peranti telah dicipta. Namun, tidak semua teknologi ini berjaya mendapat tempat dalam kalangan warga Bumi era baru ini. Ada yang gagal pada peringkat awal, ada yang tersungkur mencari pelabur dan penjana malah ada juga yang berjaya tetapi tidak mampu mengekalkan kejayaan mereka. Dalam artikel ini, saya kongsikan 6 teknologi (dan juga syarikat) yang cuba membawa idea-idea baharu namun gagal dalam mencapai sasaran mereka.\n\nVine merupakan sebuah platform sosial yang berasaskan video berulang 6 saat. Aplikasi Vine mula dilancarkan pada tahun 2013 dan meraih kemuncak popularitinya pada tahun 2014 apabila 200 juta pengguna menggunakan Vine untuk berkongsi video mereka. Banyak selebriti yang ada pada hari ini memulakan kerjaya mereka dari Vine seperti Zach King dan Logan Paul. Namun, Vine sudah tidak lagi dikenali pada hari ini seperti Instagram dan Facebook. Kejatuhan Vine ini sebenarnya bermula sebelum pelancaran Vine lagi. Vine telah dibeli oleh Twitter pada tahun 2012 sebagai sebuah platform video bagi laman Twitter dan juga sebagai sebuah serang balas terhadap Facebook yang telah membeli Instagram pada tahun yang sama. Kejatuhan Vine berpunca dari Twitter sendiri kerana Twitter tidak mempunyai halatuju yang jelas untuk Vine. Pada tahun 2015, Twitter telah melancarkan sokongan video bagi platform mereka sendiri yang tidak menggunakan Vine. Masalah halatuju ini telah menyebabkan pengasas Vine meninggalkan Vine pada tahun 2014 dan diikuti pula oleh pengurusan lain. Masalah pentadbiran Vine ini berlarutan, dan Vine gagal untuk menumpukan bakat mereka untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan untuk para pengguna. Akhirnya pada tahun 2016, platform Vine telah ditamatkan oleh Twitter.\n\nSyarikat Blockbuster LLC ini pasti diketahui ramai terutamanya bagi mereka yang sentiasa menantikan filem-filem Hollywood yang baharu. Syarikat ini merupakan pengeluar utama filem-filem ini melalui sewaan kaset video di kedai-kedai mereka. Pada penghujung abad ke 20, syarikat ini mula meraih populariti dan berjaya menembusi pasaran dunia. Kaset-kaset video ini memberikan platform kepada para penonton untuk menonton filem-filem yang diminati di rumah mereka tanpa perlu ke panggung wayang. Apabila masuk ke abad baru, internet mula popular dan digunakan dalam kalangan masyarakat. Pengenalan teknologi 3G telah membolehkan penstriman video melalui internet di mana-mana sahaja. Namun, Blockbuster LLC tidak mahu berinovasi dan mengambil manfaat teknologi ini. Akibatnya, Blockbuster LLC mula kehilangan pelanggan mereka kepada syarikat lain seperti Netflix. Pada 2010, Blockbuster terpaksa memfailkan bankrap dengan mempunyai hutang lebih 1 billion dollar. Suatu ketika dahulu, syarikat ini mempunyai lebih 9000 kedai penyewaan video. Kini hanya satu sahaja kedai Blockbuster yang tinggal.\n\nMasyarakat di Malaysia pasti pernah mendengar tentang Segway beberapa tahun lalu. Mana tidaknya, pengangkutan dua tayar yang dapat mengimbangi badan penggunanya ini kelihatan seperti datang dari masa hadapan. Pengguna dapat bergerak dengan pantas dengan hanya menggerakkan badan ke hadapan dan kebelakang sahaja. Berbagai model Segway telah dikeluarkan ke seluruh dunia dan menjadi popular apabila selebriti mula menggunakannya. Namun, Segway tidak bertahan lama. Banyak peristiwa yang membawa kepada pengakhiran ini. Yang paling utama ialah dari sudut peraturan jalan raya. Segway ini masih lagi tidak dapat diketegorikan sama ada ia adalah pengangkutan yang hanya boleh digunakan di jalan raya atau ia boleh digunakan di laluan pejalan kaki. Pada Julai 2020, Segway telah mengumumkan bahawa mereka akan berhenti mengeluarkan model baharu.\n\nMasyarakat Malaysia mungkin tidak pernah mendengar nama Juicero ini namun ia pernah hangat dan tular di dunia barat. Juicero merupakan sebuah produk yang bertujuan memudahkan semua orang untuk menghasilkan jus buah-buahan di rumah. Kebiasaannya, kita perlu membasuh dan memotong buah-buahan, dan kemudian memasukkan buah-buahan tersebut kedalam mesin jus. Selepas jus siap diperah, kita perlu membasuh semula mesin jus dan membuang lebihan serat buah tadi. Juicero cuba menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan mesin Juicero dan pek jus buah-buahan. Mesin Juicero ini dapat menghasilkan jus dengan memerah pek tersebut. Pengguna hanya perlu memasukkan pek tersebut ke dalam mesin, imbas kod pek tersebut pada telefon dan tunggu mesin Juicero menghasilkan jus. Konsep ini telah menarik banyak pelabur kerana menggunakan teknologi Internet Kebendaan. Namun, produk ini tidak bertahan lama kerana mesin Juicero tersebut dijual pada harga yang sangat mahal iaitu sekitar RM 3000. Kemudian, terdapat pendedahan bahawa pek Juicero tersebut dapat menghasilkan jus dengan kualiti yang sama tanpa memerlukan mesin yang mahal itu. Akibatnya, penjualan mesin Juicero menjunam dan akhirnya syarikat Juicero terpaksa menutup operasi pada tahun 2017.\n\nJenama Kodak sangat popular suatu ketika dahulu kerana ia mendominasi pasaran fotografi. Kodak telah diasaskan pada tahun 1888 oleh George Eastman dan Henry A. Strong dengan visi membawa peluang fotografi kepada semua orang. Kodak berjaya merevolusi teknologi fotografi dengan pelaburan yang banyak dalam bidang teknologi fotografi filem dan bahan-bahan kimia yang berkaitan dengan filem. Banyak kilang dan makmal kimia yang dihasilkan bagi meningkatkan lagi kualiti kamera Kodak ini. Pada tahun 1975, Steven Sasson, seorang jurutera Kodak berjaya menghasilkan kamera digital pertama yang tidak lagi perlu menggunakan filem dan kartrij (cartridge). Namun, Kodak tidak mengambil peluang memajukan lagi ciptaan baharu ini kerana mereka telah banyak melabur dalam teknologi filem dan terlalu banyak kilang filem mereka di serata dunia. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat mula mencuba teknologi ini seperti Canon, Nikon dan Fujifilm. Penghasilan kamera digital sangat murah, ringan dan lebih berkualiti berbanding kamera filem. Walaupun Kodak cuba untuk meneroka semula bidang kamera digital ini, mereka tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lain kerana masih lagi mengandaikan bahawa teknologi kamera filem tetap akan laku dalam pasaran. Akhirnya pada tahun 2012, Kodak jatuh bankrap setelah gagal bersaing dan berinovasi dalam fotografi yang mereka sendiri telah mendominasi berdekad-dekad sebelumnya.\n\nJika anda lahir pada tahun 90-an atau sebelumnya, pasti anda pernah mendengar jenama Nokia. Mana tidaknya, hampir semua orang mempunyai telefon bimbit Nokia. Malah ada juga dalam kalangan pelajar sekolah yang mencuri-curi bawa masuk telefon Nokia mereka ke asrama. Antara model yang popular ialah Nokia \u2018tiga-tiga sekupang\u2019 atau Nokia 3310. Ini kerana telefon ini berdering dengan sangat kuat serta getarannya boleh menusuk ke tulang! Permainan \u2018Snake\u2019 juga popular disebabkan telefon ini. Jenama Nokia, telah mendominasi dan menguasai pasaran telefon bimbit pada dekad yang lalu. Namun hari ini, hampir tiada orang yang menggunakan jenama Nokia lagi. Kejatuhan Nokia bermula apabila iPhone dan Android mula memasuki pasaran telekomunikasi. Nokia pernah mencuba telefon yang mempunyai skrin berwarna, dan berkamera seperti model N95 dan N96. Nokia juga telah membawa servis permainan mudah alih Ngage pada tahun 2008. Namun dengan sistem pengendalian Symbian (Symbian OS) yang tidak mesra pengguna, ramai pengguna meninggalkan Nokia dan menggunakan telefon pintar lain seperti iPhone dan Samsung Galaxy.\n\nPengajaran\n\nBegitulah 6 syarikat teknologi yang popular serta mendapat perhatian ramai, namun disebabkan kegagalan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam berinovasi, mereka tersungkur ke Bumi. Pada hari ini, kita sangat kenal pada jenama besar seperti Apple, Samsung, Netflix, Microsoft, Facebook dan Google. Namun, kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Mereka mungkin akan terus mendominasi. Namun mereka juga mungkin gagal jika tersalah langkah. Sama juga dengan kehidupan kita. Pastikan kita merancang kehidupan kita dengan baik. Jika kita gagal merancang dengan baik, kita sebenarnya merancang untuk gagal." "Bumi kita ini adalah satu-satunya planet yang didiami oleh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sejak ribuan tahun lalu. Ratusan juta tahun lalu, dinosaur-dinosaur mendiami planet ini dan kemudian selepas era dinosaur berakhir, kita pula yang hidup di sini. Planet ini ialah tempat kehidupan kita. Rumah kita. Segala urusan kehidupan kita, dilakukan di Bumi. Semakin kita melata di Bumi, semakin kita kagum dengan segala yang ada di Bumi. Namun, sebanyak mana yang kita ketahui tentang Bumi kita ini? Dalam artikel ini, kita akan lihat 10 fakta yang menarik tentang Bumi kita ini.\n\nBumi kita ini terletak dalam sebuah sistem bintang yang dikenali sebagai sistem suria. Di dalam sistem suria ini, Matahari berada di pusatnya, dan terdapat 8 planet yang mengelilingi Matahari pada jarak masing-masing. Bumi merupakan salah satu planet ini dan ia merupakan planet ketiga daripada susunan jarak planet ke Matahari dengan purata jarak 150 juta kilometer dari Matahari.\n\nBumi sebenarnya bukanlah sebuah sfera yang betul-betul sfera tetapi Bumi ini terbonjol sedikit disebabkan oleh putaran Bumi. Bagi sfera yang unggul, ia akan mempunyai jejari yang sama di semua lokasi. Jarak dari permukaan ke pusat sfera adalah sama panjang. Bumi berbentuk sfera oblat iaitu sfera yang \u2018dipenyekkan\u2019 pada kawasan kutub utara dan selatan. Oleh itu, jarak dari kutub utara dan selatan ke pusat Bumi adalah lebih hampir berbanding jarak dari khatulistiwa ke pusat Bumi.\n\nKita tahu bahawa 1 hari adalah bersamaan dengan 24 jam dan kita juga tahu bahawa Bumi ini berputar pada paksinya. Namun, satu putaran 360\u00b0 Bumi adalah lebih kecil daripada 24 jam iaitu hanya sekitar 23 jam 56 minit dan 4 saat. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh kesan gerakan Bumi pada orbitnya. Bumi bukan sahaja berputar, tetapi ia juga mengorbit Matahari. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh membuat carian perbezaan hari sidereus dan hari suria.\n\nBumi kita pada hari ini terdiri daripada 7 benua dan 4 lautan. Namun, keadaan Bumi jutaan tahun lalu berbeza dengan keadaan pada hari ini. Sekitar 300 juta tahun lalu, Bumi hanya terdiri daripada 1 benua gergasi yang diberi nama Pangea serta 1 lautan gergasi yang diberi nama Panthalessa. Dinosaur yang ada pada ketika ini dapat melata ke seluruh kawasan daratan di Bumi. Benua Pangea ini tidak kekal lama. Benua ini melalui beberapa proses pemisahan sepanjang ratusan juta tahun sehinggalah kepada keadaan pada hari ini.\n\nSegala makhluk yang ada di alam semesta ini mempunyai tarikh lahir masing-masing. Begitu juga dengan Bumi. Bumi kita berumur sekitar 4.5 bilion tahun (atau 4500 juta tahun). Umur ini dapat ditentukan berdasarkan kajian mengenai Matahari, Bulan dan juga batu-batuan yang wujud di Bumi. Kelahiran Bumi ini berlaku serentak dengan kelahiran sistem suria. Oleh sebab itu, Matahari dan planet-planet di dalam sistem suria mempunyai umur yang hampir sama iaitu sekitar 4.5 bilion tahun.\n\nBumi kita ini dipenuhi oleh lautan. Jika kita pergi ke lautan, berapa dalam kita boleh pergi sebelum mencapai dasarnya? Kalau di tepi pantai, sudah pasti dasarnya tidaklah begitu dalam. Tak sampai 10 meter pun. Namun apabila kita pergi ke tengah-tengah laut, dasar laut tersebut akan menjadi sangat dalam. Dasar laut yang paling dalam di muka Bumi ini adalah di suatu kawasan peparit yang dinamakan sebagai peparit Mariana. Kawasan ini terletak di barat Lautan Pasifik dan 200 kilometer timur dari pulau Mariana.\n\nAntara sebab Bumi kita ini dapat didiami oleh manusia adalah sebab atmosferanya yang selamat untuk manusia. Seperti yang kita sedia maklum, manusia memerlukan oksigen untuk bernafas. Namun, sebenarnya udara atau atmosfera di Bumi kita ini bukanlah oksigen sepenuhnya. Udara yang kita hirup ini mengandungi 78% nitrogen, 20% oksigen dan 2% gas-gas lain. Pecahan udara ini yang membolehkan kita bernafas. Jika peratus oksigen terlalu tinggi, kita boleh mengalami keracunan oksigen dalam darah kita.\n\nEh, bukankah nitrogen yang paling banyak seperti pada nombor 4? Ya, nitrogen merupakan unsur paling banyak dalam atmosfera, namun dalam kerak Bumi, unsur yang paling banyak ialah oksigen yang merangkumi 46.4% daripada jisim Bumi diikuti oleh silikon (28.2%) dan aluminium (8.3%).\n\nSistem suria kita terdiri daripada 8 buah planet. 2 daripadanya tidak mempunyai bulan iaitu planet Utarid dan Zuhrah. Manakala 6 planet lain mempunyai bulan masing-masing yang mengelilingi planet tersebut termasuklah Bumi. Bumi ialah satu-satunya planet dengan hanya 1 bulan yang mengelilinginya.\n\nBumi kita berputar pada paksinya dan juga mengelilingi Matahari. Putaran Matahari menyebabkan perubahan siang dan malam. Manakala pusingan orbit Bumi mengelilingi Matahari pula menyebabkan berlakunya 4 musim. Kejadian 4 musim ini adalah disebabkan kecondongan Bumi pada paksinya iaitu sebanyak 23.5\u00b0 daripada satah orbitnya. Disebabkan kecondongan ini, pada bulan tertentu, sebahagian Bumi akan menerima cahaya Matahari dengan lebih lama berbanding bahagian Bumi yang lainnya." "Alam semesta ini sangatlah besar dan tak terjangkau dek akal memikirkannya. Ia dipenuhi oleh berbilion-bilion bintang, galaksi, lohong hitam, dan segala jenis objek yang wujud di angkasa. Banyak khazanah alam semesta ini dikaji oleh ahli-ahli fizik dan astronomi yang kita tidak tahu. Oleh itu, jom kita baca artikel ini berkenaan dengan 10 fakta menarik tentang alam semesta yang anda mungkin tidak tahu!\n\nLebih 100 tahun lalu, ahli fizik dan astronomi menyangka bahawa alam semesta ini adalah statik dan tidak berubah termasuklah Albert Einstein. Kemudian pada tahun 1929, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi British mendapati bahawa hampir kesemua galaksi bergerak menjauhi galaksi kita, Bima Sakti. Daripada penemuan ini, ahli fizik dan astronomi mengusulkan sebuah model kelahiran alam semesta iaitu model Letupan Besar (Big Bang). Berdasarkan model ini, alam semesta ini bermula dari sebuah titik kecil dan mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini.\n\nAlam semesta kita ini mempunyai permulaannya sama seperti manusia. Namun manusia yang hidup hari ini, paling tua pun lahir sekitar awal abad ke 20. Sudah tiada lagi manusia yang hidup sebelum tahun 1900. Namun alam semesta kita lebih tua dari segala yang terdapat di dalamnya. Berdasarkan kajian mengenai taburan dan pergerakan galaksi, para ahli astronomi menghitung umur alam semesta pada nilai 13.7 billion tahun! Ini bermakna, peristiwa Letupan Besar berlaku pada 13.7 bilion tahun lalu.\n\nJadi, umur alam semesta kita ialah 13.7 bilion tahun. Bagaimana pula dengan saiznya? Ini juga menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli astronomi. Lalu mereka pun menghalakan teleskop mereka ke angkasa untuk melihat pergerakan galaksi-galaksi yang dapat dilihat. Berdasarkan pencerapan ini, ahli astronomi menganggarkan bahawa saiz diameter alam semesta yang dapat dilihat ialah 93 bilion tahun cahaya atau 880 septilion meter iaitu 880 diikuti oleh 24 kosong dibelakangnya. Fuh. Besar tu!\n\nGalaksi dan bintang yang dapat dilihat oleh teleskop-teleskop di Bumi, datang dalam bentuk cahaya. Malah, semua yang kita lihat ini, adalah disebabkan oleh cahaya yang masuk ke mata kita. Kita mungkin sangka bahawa cahaya ini adalah sekelip mata. Namun pada hakikatnya, cahaya juga mempunyai kelajuannya yang tersendiri iaitu 300 juta meter sesaat. Oleh sebab itu, bintang-bintang yang kita lihat di angkasa sebenarnya adalah keadaan bintang-bintang tersebut di masa lampau. Semua yang kita lihat adalah masa lampau.\n\nApabila kita mendongak ke langit malam yang jauh dari pencemaran cahaya dan tanpa gangguan awan, kita dapat lihat beribu-ribu bintang bertaburan di langit. Bintang-bintang ini terdiri daripada pelbagai gas, namun lebih 90% daripada gas di dalam bintang ialah unsur hidrogen dan helium. Kedua-dua unsur hidrogen dan helium ini wujud ketika kelahiran alam semesta iaitu ketika peristiwa Letupan Besar.\n\nSalah satu deria daripada lima deria manusia ialah pendengaran. Di kawasan bandar, telinga kita dapat mendengar bunyi-bunyi kereta yang meluncur di jalan raya. Di kawasan kampung pula, kita dapat mendengar bunyi-bunyi burung bersiul. Bagaimana pula dengan bunyi di alam semesta? Sebenarnya, alam semesta ini sangatlah sunyi. Jika kita ke angkasa, kita tak dapat mendengar apa-apa pun. Ini kerana bunyi dihasilkan oleh getaran pada udara. Disebabkan angkasa ini ialah vakum, maka bunyi tidak dapat dipindahkan di angkasa.\n\nTeleskop-teleskop yang ada pada hari ini mempunyai saiz yang sangat besar. Malah ada yang mencecah 10 meter saiz cerminnya. Namun, tidak semua yang ada di alam semesta, dapat dicerap oleh teleskop-teleskop ini walaupun saiznya sebesar Bumi. Ini kerana alam semesta kita dipenuhi oleh 2 entiti yang tidak diketahui oleh ahli astronomi iaitu tenaga gelap dan jirim gelap. Kedua-dua entiti ini hanya diketahui kewujudannya melalui kesan graviti kepada objek yang dapat dilihat. Dengan melihat pada kesan graviti ini, ahli astronomi menyimpulkan bahawa semua yang dapat kita lihat melalui teleskop hanyalah 4 peratus daripada keseluruhan isi kandungan alam semesta! 96 peratus lagi masih misteri.\n\nPermukaan matahari mempunyai suhu sekitar 5 ribu darjah Celcius. Bumi pula mempunyai suhu purata 15 darjah Celcius. Bagaimana pula dengan alam semesta? Alam semesta juga mempunyai suhunya yang tersendiri iaitu sekitar -270 darjah Celcius. Namun suhu ini bukanlah malar. Ketika alam semesta mula lahir daripada letupan besar, suhunya mencecah jutaan darjah Celcius. Setelah ia berkembang, suhu ini mula menurun sehinggalah suhu -270 darjah Celcius sekarang.\n\nTanpa cahaya matahari, kita dapat lihat kegelapan langit di malam hari yang dihiasi oleh cahaya-cahaya kerdipan bintang. Apabila kita meneroka ke angkasa, meninggalkan galaksi kita, alam semesta ini dipenuhi oleh ruang kosong yang langsung tidak mempunyai apa-apa. Beginilah keadaan alam semesta kita pada skala yang besar. Sebahagiannya dipenuhi oleh galaksi dan kluster galaksi. Manakala sebahagian lain pula hanyalah ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa pun. Jika anda tiba-tiba terperangkap di sini, hanya kegelapan yang ada!\n\nEh? Fakta nombor 3 mengatakan bahawa alam semesta mempunyai saiz diameter 93 bilion tahun cahaya. Maksudnya ia ada penghujung lah kan? Jawapannya ialah saiz 93 bilion tahun cahaya tersebut merujuk kepada alam semesta yang dapat dilihat. Cahaya yang sampai ke mata teleskop-teleskop di Bumi, paling jauh ialah 93 bilion tahun cahaya. Jadi, apa yang ada di sebalik itu? Jawapannya ialah kita tidak tahu. Namun berdasarkan model Letupan Besar, kemungkinannya ialah disebalik \u2018penghujung\u2019 alam semesta ini ialah galaksi-galaksi juga. Alam semesta kita tidak berpenghujung.\n\nBegitulah serba sedikit maklumat berkenaan alam semesta yang mungkin kita tidak tahu. Namun ini bukanlah segala-galanya. Alam semesta ini mengandungi terlalu banyak khazanah untuk ditulis dalam sebuah artikel. Sama-samalah kita berfikir dan mengkaji betapa banyaknya khazanah yang belum diteroka." "Ketika kita sekolah rendah dahulu, kita pernah belajar dalam subjek sains mengenai graviti. Graviti yang menyebabkan objek-objek ditarik ke Bumi. Namun, graviti bukan hanya menyebabkan objek-objek ditarik ke Bumi, malah banyak lagi perkara menarik berkenaan graviti. Oleh itu, jom kita belajar tentang 10 perkara menarik mengenai graviti!\n\nGraviti wujud disebabkan oleh jisim dan sentiasa menghala ke arah jisim tersebut. Bumi mempunyai jisim yang sangat besar. Oleh itu, tarikan graviti Bumi sentiasa menghala ke arah pusat Bumi. Semua yang ada di Bumi, dan juga yang berdekatan dengan ruang angkasa Bumi, akan sentiasa di tarik ke arah Bumi. Air laut, kereta, bangunan, semuanya ditarik ke Bumi. Begitu juga dengan Bulan!\n\nJasad-jasad yang besar seperti Matahari dan Bumi, mempunyai tarikan graviti yang sangat besar. Ini disebabkan oleh besarnya jisim Matahari dan Bumi. Antara Matahari dengan Bumi, Matahari mempunyai jisim yang lebih besar. Jadi, tarikan graviti Matahari lebih besar berbanding tarikan graviti Bumi. Sebab itu Matahari mampu menarik semua planet mengelilinginya tetapi Bumi hanya mampu menarik Bulan sahaja.\n\nSebenarnya, graviti ini bukan sentiasa wujud. Ia bergantung kepada kewujudan jisim. Dalam perkara nombor 9, semakin besar jisim, semakin besar graviti. Namun, graviti bukan sahaja bergantung pada jisim, ia juga bergantung kepada jarak dengan jisim tersebut. Semakin jauh jarak kita dengan sesuatu jisim seperti Bumi, semakin kecil tarikan graviti Bumi tersebut.\n\nEh, macam teori konspirasi pulak. Graviti tidak wujud di ISS? Sebelum kita menjawab persoalan ini, kita kenal pasti dahulu serba sedikit berkenaan ISS. ISS ialah Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa yang terletak kira-kira 400 kilometer daripada permukaan Bumi. Dengan jarak ini, graviti Bumi di ISS ialah sekitar 90% daripada tarikan graviti di permukaan Bumi. Jadi, jika graviti wujud di ISS, mengapa angkasawan di ISS terapung di dalamnya? Adakah ini suatu penipuan guna skrin hijau? Jawapannya boleh di dapati dalam artikel ini [1].\n\nIni pun pelik juga. Macam mana graviti boleh wujud di ISS, tapi tak ada di pusat Bumi? Begini. Apabila kita berada di pusat Bumi, kesemua jisim Bumi ini sedang \u2018melitupi\u2019 kita dari semua arah. Setiap jisim Bumi ini, mengenakan tarikan graviti terhadap kita ke arah Bumi (yang melitupi kita). Apabila dicampurkan kesemua tarikan ini, hasilnya ialah sifar. Tidak ada langsung tarikan graviti Bumi di pusatnya!\n\nJika berat anda yang ditimbang di Bumi ialah 60 kg (sebenarnya 600 Newton), berat anda jika ditimbang di Marikh pula hanyalah 20kg! Perbezaan ini adalah disebabkan oleh tarikan graviti di planet Marikh. Tarikan graviti di Bumi mempunyai nilai 3 kali ganda lebih kuat berbanding di planet Marikh. Oleh sebab berat ialah hasil darab jisim dengan graviti, lebih besar graviti, lebih besarlah berat anda!\n\nHal ini mungkin menghairankan kita terutamanya yang pernah belajar fizik di Tingkatan 4. Dulu kita belajar, daya ini ialah F = ma. Daya sama dengan jisim darab pecutan. Graviti pula ialah jisim darab pecutan graviti, F = mg. Jadi, kenapa graviti ini bukan daya pula? Kaitan graviti dengan kelengkungan ruang masa inilah yang menjadikan Albert Einstein seorang genius. Beliau menteorikan bahawa graviti ini sebenarnya disebabkan kelengkungan ruang masa oleh tenaga dan jisim dan bukanlah sejenis daya. Teori beliau telah berjaya disahkan banyak kali, dan pada hari ini, kita juga memanfaatkan daripada teori kerelatifan am oleh Einstein.\n\nSeperti yang kita sedia maklum, cahaya tidak mempunyai jisim. Kita suluhlah lampu stadium pun, bacaan penimbang tetap menunjukkan 0 kilogram. Jadi, kita mungkin membuat kesimpulan bahawa cahaya tidak mempunyai jisim, berat dan juga tidak dipengaruhi oleh tarikan graviti. Namun sebenarnya, cahaya boleh ditarik oleh graviti! Berdasarkan perkara nombor 4, graviti melengkungkan ruang masa. Maka, apabila cahaya menghampiri kelengkungan ini, ia akan turut terbengkok dan mengikuti bentuk ruang masa di situ. Pembengkokkan cahaya ini telah pun dibuktikan melalui banyak imej galaksi-galaksi yang dirakam oleh teleskop.\n\nGraviti bukan sahaja dapat membengkokkan cahaya, malah ia juga bergerak pada halaju cahaya. Untuk faham dengan lebih mendalam, kita perlu lihat semula berkenaan dengan graviti dan ruang masa. Graviti daripada sesuatu jisim menyebabkan ruang masa melengkung. Apabila jisim ini bergerak, meletup, atau berlanggar, ia akan menyebabkan pergerakan pada ruang masa di sekelilingnya. Pergerakan atau \u2018alunan\u2019 ruang masa ini dinamakan sebagai gelombang kegravitian dan gelombang inilah yang bergerak pada halaju cahaya. Gelombang kegravitian ini telahpun ditemui berpuluh-puluh kali sejak tahun 2015.\n\nAnda pasti pernah mendengar tentang black hole atau lohong hitam kan? Lohong hitam ini sebenarnya terjadi disebabkan oleh amukan graviti yang tersangat kuat. Apabila tiada daya lain menghalang graviti, maka graviti akan menarik segalanya sehinggalah terbentuknya satu entiti yang dinamakan sebagai lohong hitam. Lohong hitam diketahui wujud melalui proses kematian sesebuah bintang apabila bintang tersebut kehabisan segala tenaga untuk melawan graviti. Lohong hitam ini sangat misteri dan banyak kajian dihabiskan untuk mencerap dan melihat apa yang berlaku di dalam lohong hitam. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan lohong hitam, bolehlah baca artikel-artikel ini. [2][3][4][5]" "Ilmu falak ialah satu ilmu yang mengkaji tentang pergerakan jasad-jasad di langit seperti Bulan, Matahari dan bintang. Perkataan falak itu kadang-kadang di tukar kepada astronomi. Kedua-dua bidang ini mempunyai kaitan yang rapat, namun ada sedikit perbezaan antara kedua-duanya iaitu dari sudut aplikasi. Dalam artikel ini, kita akan gunakan kedua-duanya dengan maksud yang sama. Ilmu falak biasanya dikaitkan dengan ilmu yang dikembangkan pada zaman keemasan Islam di Baghdad pada era Abbasiah. Kajian tentang pergerakan objek-objek samawi ini telah pun bermula sebelum itu. Malah, tidak diketahui bilakah ilmu ini bermula. Apabila umat Islam mencapai kegemilangan, ilmu ini berkembang dengan sangat pantas. Ini kerana banyak perkara ibadah dalam Islam, memerlukan ilmu ini untuk disempurnakan. Perkara-perkara ibadah ini juga penting untuk kita hari ini terutamanya yang beragama Islam. Oleh itu, saya akan berkongsi 5 perkara penting dalam ilmu falak ini.\n\nSejak sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab di Semenanjung Arab, banyak mengembara di padang pasir bagi urusan perniagaan. Begitu juga dengan masyarakat dalam tamadun-tamadun lain. Pengembaraan memerlukan arah petunjuk yang betul sebelum perjalanan dimulakan. Bagi menentukan arah ini, seseorang pengembara perlu memahami petunjuk-petunjuk yang berkaitan seperti kedudukan lokasi tempatan, kedudukan Matahari, dan kedudukan bintang. Pelayaran telah pun wujud sebelum kedatangan islam terutamanya di Laut Meditterannean. Namun apabila Islam tersebar, para pendakwah Islam mula berlayar ke laut lepas seperti ke India dan Asia Tenggara. Pelayaran di laut lepas lebih mencabar berbanding di daratan kerana petunjuk arah hanya boleh dikenal pasti melalui kedudukan bintang, sebelum penciptaan kompas. Ahli-ahli falak lah yang membantu menghasilkan panduan bagi memastikan pelayaran ini berjaya sampai ke destinasi. \u00a0\u00a0\n\nKegunaan pertama ilmu falak ialah untuk menentukan waktu berlakunya kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan. Gerhana Matahari berlaku apabila bulan berada betul-betul di antara Matahari dan Bumi. Cahaya Matahari yang menimpa Bumi, dihalang oleh Bulan. Kejadian gerhana matahari ini hanyalah berlaku ketika fasa bulan baru iaitu ketika \u2018ijtimak\u2019 atau \u2018conjunction\u2019 antara Matahari dan Bulan seperti yang dilihat oleh pemerhati di Bumi. Gerhana Bulan pula berlaku apabila Bumi berada betul-betul di antara Matahari dan Bulan. Kekerapan berlakunya gerhana ini boleh dikira dan dihitung menggunakan ilmu falak ini.\n\nApabila kita hendak merancang sesuatu aktiviti, kita perlukan dua perkara iaitu tempat, dan juga waktu. Waktu. Bagaimana ia ditentukan? Waktu ini boleh dibahagikan kepada tarikh, dan juga masa. Masa boleh ditentukan dengan jam, dan perbincangan mengenainya tidak akan disentuh di sini. Tarikh pula, ditentukan menggunakan kalendar. Terdapat pelbagai jenis kalendar yang digunakan. Secara umumnya, ada 3 jenis kalendar iaitu kalendar bulan, kalendar Matahari, dan kalendar matahari-bulan. Bagi sarjana falak muslim, sistem kalendar ini menjadi motivasi untuk mengkaji bidang falak ini kerana ia melibatkan ibadah seperti waktu puasa dan waktu raya. Kalendar Hijri yang digunakan, adalah berdasarkan kitaran Bulan. Pada akhir bulan, para ahli falak akan mencerap anak bulan untuk menentukan bulan baru.\n\nSeseorang muslim, wajib baginya melengkapkan 5 rukun Islam. Salah satunya ialah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Kewajiban melaksanakan solat ini adalah suatu yang baharu yang tidak diwajibkan kepada tamadun-tamadun sebelum itu. Oleh itu, para ilmuan falak dalam kalangan umat Islam menghabiskan masa mereka mengkaji berkenaan waktu-waktu solat supaya waktu-waktu ini dapat dihitung dengan lebih tepat. Pada hari ini, kita tidak begitu menghargai penentuan waktu solat ini kerana semuanya telah terpampang dalam aplikasi telefon, atau takwim hijri. Semuanya tersedia. Namun penentuan waktu solat ini, memerlukan kajian yang teliti terhadap pergerakan Matahari setiap hari, sepanjang tahun. Kajian mengenai waktu solat ini sentiasa berterusan dan dapat dilihat pada tahun 2019 apabila berlakunya perubahan waktu Subuh hasil dapatan kajian mengenainya.\n\nApabila kita berbicara mengenai solat, kita tidak akan terlepas berkenaan dengan isu arah kiblat. Antara syarat sah solat ialah menghadap ke arah kiblat. Arah kiblat pula merujuk kepada arah ke Kaabah dari kedudukan tempatan mengikut jarak terpendek. Arah kiblat tidak begitu menjadi isu ketika penyebaran Islam masih lagi dalam lingkungan semenanjung Arab. Apabila Islam mula berkembang ke serata dunia terutamanya di Eropah dan Asia, penentuan arah kiblat ini mula dibincangkan. Bagaimana kita nak tentukan arah kiblat ini di tempat yang jauh dari Makkah? Haa. Ahli-ahli falak sudahpun mengkaji mengenai kedudukan Makkah berdasarkan geometri dan juga kedudukan Matahari dan bintang. Kita akan lihat dengan lebih lanjut dalam artikel yang mendatang, InsyaAllah.\n\nKesimpulan\n\nIlmu falak ini bukan sahaja merangkumi 5 perkara di atas, malah ia lebih luas dari itu. Pada hari ini, ilmu falak dan astronomi telah merevolusikan teknologi yang ada pada hari ini. Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), sistem telekomunikasi, dan banyak lagi teknologi moden hari ini adalah berdasarkan perkembangan ilmu-ilmu ini. Jika kita perhatikan sejarah, tamadun yang menguasai dunia seperti Greek, Rom, tamadun Islam dan tamadun barat hari ini, mereka semua menguasai ilmu matematik dan ilmu astronomi. Oleh itu, marilah kita kuasai kedua-dua ilmu ini supaya kita dapat mendominasi." "Arah kiblat ialah arah dari lokasi tempatan ke Kaabah mengikut jarak terpendek dari kedua-dua lokasi ini. Mengetahui arah kiblat sangat penting kerana ia merupakan salah satu syarat sah solat. Sejarah arah kiblat ini bermula selepas kedatangan Islam. Pada mulanya, kiblat umat Islam adalah ke Bait Al-Maqdis di Palestin. Kemudian pada tahun ke-2 hijrah, dengan arahan Allah SWT, kiblat berubah kepada Masjid Al-Haram di Makkah. Pada era awal Islam ini, pencarian arah kiblat tidak begitu menjadi masalah kerana lokasi yang berhampiran dengan Makkah. Namun, apabila Islam berkembang ke seluruh dunia termasuklah ke Malaysia, penentuan arah kiblat menjadi permasalahan dalam ilmu astronomi atau ilmu falak. Dalam artikel ini, kita akan lihat berkenaan 5 kaedah penentuan arah kiblat yang digunakan hari ini.\n\nKita mungkin biasa dengan kaedah matahari terbenam ini di Malaysia. Kadang-kadang, kita dengar bahawa arah kiblat ialah arah barat. Oleh sebab Matahari terbenam di Barat, maka arah kiblat adalah pada arah Matahari terbenam. Arah kiblat adalah arah Matahari terbenam ini ada asasnya. Namun kita perlu tahu bahawa tempat terbenam Matahari sentiasa berubah. Perubahan tempat terbenam Matahari ini adalah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi dengan satah orbit, dan juga pusingan Bumi mengelilingi Matahari. Di Malaysia, arah kiblat adalah sekitar sudut azimut 291\u00b0 hingga 293\u00b0 dari arah utara. Jadi, kita perlu hitung sudut perbezaan antara Matahari terbenam dan azimut kiblat. Di bawah ini adalah jadual perbezaan sudut ini secara kasar.\n\nSetiap hari, Matahari akan melintasi langit pada siang hari. Kedudukan Matahari yang berubah-ubah ini akan menghasilkan panjang bayang yang berbeza pada sudut yang berbeza. Perubahan arah bayang ini boleh membantu memberi nilai arah kiblat yang sebenar. Langkah pertama ialah menentukan azimut Matahari pada waktu yang dikira. Maklumat azimut Matahari boleh diperoleh daripada berbagai aplikasi, antaranya ialah Daff Moon Phase dan SkySafari 6. Daripada maklumat azimut Matahari, hitung perbezaan sudut antara azimut Kaabah (291\u00b0-293\u00b0) dan azimut Matahari dengan menggunakan bayang-bayang yang dihasilkan oleh Matahari. Kemudian, dapatkan arah kiblat dengan mengikut perbezaan sudut ini, beserta kedudukan Matahari\n\nSebelum kita pergi kepada kaedah ini, kita kena kenal dahulu dengan istilah \u2018istiwa\u2019. Istiwa ini bukanlah yang berkaitan dengan ayat istiwa dalam Al-Quran, tetapi berkaitan dengan arah kedudukan di langit. Sesuatu objek itu dikatakan \u2018istiwa\u2019 apabila ia berada betul-betul di atas sesuatu objek lain. Tongkat istiwa pula ialah tongkat yang berdiri pada sudut tegak (90\u00b0) dengan tanah. Pergerakan bayang tongkat ini akan memberikan arah timur dan barat. Bagi mendapatkan arah ini, kita hanya perlu tandakan ketinggian bayang tongkat ini dalam selang masa beberapa jam. Apabila kita sambungkan kesemua tanda tadi, kita akan dapat arah timur (ke arah terbit matahari) dan arah barat (ke arah terbenam matahari) dengan sangat tepat (lebih tepat berbanding kompas). Apabila kita tahu arah barat, kita hanya perlu pusing sebanyak 21\u00b0-23\u00b0 ke kanan dari arah barat untuk mendapatkan arah kiblat.\n\nPada hari ini, hampir semua orang mempunyai telefon pintar dalam poket masing-masing. Malah sebahagian daripada pembaca artikel ini juga sedang membaca menggunakan telefon pintar. Biasanya telefon pintar pada hari ini mempunyai banyak pengesan (sensor) di dalamnya termasuklah kompas. Bagi menentukan arah kiblat menggunakan aplikasi telefon, terdapat banyak aplikasi yang ada di playstore/appstore namun tidak semuanya memberikan bacaan yang tepat. Aplikasi yang menggunakan kompas telefon (biasanya anda diminta membuat bentuk 8 sebelum menggunakannya) akan terdedah kepada gangguan interferens daripada alat-alat elektrik dan elektronik di sekeliling terutamanya di dalam bangunan. Jadi, saya tidak mengesyorkan aplikasi seperti ini melainkan dalam keadaan terdesak. Namun, ada aplikasi yang menawarkan penentuan arah kiblat dengan lebih tepat seperti Easy Qibla 3in1 (Arah Kiblat). Aplikasi ini menggunakan Google Maps untuk menunjukkan garisan arah kiblat, dan juga arah Matahari dan Bulan. Anda hanya perlu mengetahui arah Matahari, atau Bulan, atau apa-apa struktur disekeliling yang kelihatan dalam gambar Google Maps, dan terus dapatkan arah kiblat.\n\nKaedah yang ini merupakan kaedah yang paling tepat dan boleh digunakan di mana-mana lokasi yang menerima cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku. Istiwa a\u2019dzam merujuk kepada kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah yang berlaku 2 kali setiap tahun. Peristiwa Istiwa A\u2019dzam berlaku pada 28 Mei sekitar jam 5:16 petang dan 16 Julai sekitar jam 5:28 petang waktu Malaysia. Pada waktu ini, anda hanya perlu melihat pada bayang-bayang objek yang tegak. Arah kiblat boleh diukur dengan arah bayang-bayang tersebut yang menuju ke Matahari.\n\nPenentuan arah kiblat ini sangat penting bagi umat Islam bagi memastikan kesempurnaan solat kita. Ia juga telah membantu umat islam untuk maju dalam bidang ilmu falak. Maka, marilah kita berusaha memastikan solat kita sempurna, dan juga banyakkan belajar ilmu-ilmu baharu pada hari ini.\n\nGunakan kaedah-kaedah ini di tempat-tempat perseorangan yang tidak pasti arah kiblatnya. Bagi rumah yang berdekatan dengan surau atau masjid, boleh rujuk pada arah kiblat surau atau masjid tersebut. Jangan ubah arah kiblat di surau atau masjid yang telahpun disahkan arah kiblatnya." "Waktu malam hari yang tiada awan, kita dapat lihat ribuan bintang di langit. Kita mungkin bertanyakan soalan ini. Adakah hidupan di Bumi, satu-satunya hidupan yang wujud dalam alam semesta ini? Suatu ketika dahulu, manusia menganggap bahawa Bumi ini ialah satu tempat yang \u2018special\u2019 dan merupakan pusat alam semesta. Bintang-bintang pula adalah tempat para tuhan (mengikut tamadun Greek dan Rom). Namun, selepas kedatangan Islam dan kemudiannya diikuti oleh perkembangan teknologi yang pesat telah mengubah perspektif kita terhadap angkasa. Teleskop dicipta untuk melihat objek-objek di langit dengan lebih dekat.\n\nSelepas teleskop angkasa mula menghantar maklumat ke Bumi, kita dapat tahu bahawa alam semesta yang dapat dilihat ini mempunyai diameter 90 bilion tahun cahaya! Di dalamnya terdapat lebih 100 bilion galaksi, dan dalam setiap galaksi ini terdapat lebih 100 bilion hingga 1 000 bilion bintang di dalamnya. Beberapa tahun kebelakangan ini pula, kita dapat tahu bahawa banyak bintang mempunyai planet-planet yang mengorbitnya; seperti sistem suria. Jadi, kita dapat menyimpulkan bahawa terdapat banyak planet yang sesuai untuk didiami oleh hidupan di alam semesta ini. Mungkin melebihi 1 trillion calon planet! Dengan bilangan planet yang sangat banyak ini, persoalan kita tentang kewujudan hidupan lain selain di Bumi menjadi semakin menarik. Kita ingin tahu wujudkah \u2018alien\u2019 atau tidak? Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tentang 5 perkara tentang pencarian alien.\n\nParadoks Fermi ini memerihalkan tentang satu \u2018kepelikan\u2019 dalam alam semesta hari ini. Kita tahu bahawa alam semesta ini sangat besar dan luas, di dalamnya terdapat trillion planet yang boleh didiami, namun di mana hidupan \u2018alien\u2019 di luar sana? Paradoks ini mula diusulkan oleh Enrico Fermi, seorang ahli Fizik dari Itali. Antara kenyataan yang berkaitan dengan paradoks ini ialah hidupan luar Bumi tidak dapat dikesan pun di Bumi, segala hidupan di Bumi, memang lahir di sini. Banyak pandangan ahli-ahli fizik dan astronomi mengenai hal ini. Antara jawapan yang diberikan untuk paradoks ini adalah memang tamadun yang sangat-sangat maju di luar sana tidak wujud. Dalam erti kata lain, alien tidak wujud. Namun, jawapan ini juga menerima kritikan kerana ia tidak mempunyai \u2018bukti\u2019. Sesuatu yang masih belum dijumpai, tidak semestinya tidak wujud. Selain itu, ada jawapan-jawapan lain bagi paradoks ini seperti berikut:\n\nPerbincangan mengenai paradoks Fermi ini masih terbuka dan tidak mempunyai jawapan yang memuaskan.\n\nSelepas paradoks Fermi popular dalam kalangan saintis, seorang lagi ahli astronomi iaitu Frank Drake membuat satu persamaan bagi menerangkan kebarangkalian berkenaan bilangan tamadun yang boleh berkomunikasi dengan kita di Bumi. Persamaan ini tidaklah seperti persamaan kerelatifan Am Einstein, atau persamaan daya Newton, tetapi ia hanyalah satu tekaan secara matematik tanpa data yang mencukupi. Persamaan ini mengambil kira 7 faktor iaitu\n\nPersamaan Drake menyatakan bahawa bilangan tamadun yang boleh berkomunikasi dengan kita adalah hasil darab kesemua faktor ini. Namun, masalah besar bagi persamaan ini ialah maklumat bagi setiap faktor ini hanya ada satu, iaitu Bumi. Kita tidak mempunyai data yang cukup untuk mendapatkan maklumat ini.\n\nSalah satu elemen penting dalam pencarian tamadun luar atau \u2018Alien\u2019 ialah air. Bumi kita dipenuhi oleh air. Bahkan 70% daripada Bumi adalah air dan air merupakan satu elemen penting dalam kehidupan sejak ratusan juta tahun dahulu lagi. Dinosaur-dinosaur, kebanyakannya hidup berdekatan dengan sumber air seperti laut dan sungai. Haiwan-haiwan juga begitu. Banyak tumbuh-tumbuhan hidup dengan mekar di kawasan yang kaya dengan sumber air. Bagi mencari kewujudan air di planet-planet lain, ahli astronomi meletakkan satu kriteria bagi planet yang memungkinkan kewujudan air iaitu di kawasan \u2018goldilock\u2019. Planet yang berada dalam kawasan \u2018goldilock\u2019 ini, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengandungi atmosfera dan suhu yang sesuai bagi kehidupan. Malah, dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang perihal kehidupan dan air dalam surah Al-Anbiya ayat 30.\n\nPada hari ini, komunikasi antara kita adalah sangat mudah dan pantas. Kita mempunyai telefon pintar yang mampu menghantar mesej dengan sekelip mata sahaja melalui rangkaian internet. Kita juga boleh menelefon rakan-rakan kita melalui rangkaian internet dan juga radio. Oleh itu, kaedah komunikasi kita ini juga tentu boleh digunakan untuk menghubungi alien. Pada tahun 1974, satu isyarat radio yang mengandungi maklumat tentang Bumi dan isi kandungannya telah dihantar ke gugusan bintang M13 melalui teleskop radio Arecibo. Isi kandungan isyarat radio ini kini dikenali sebagai Mesej Arecibo (Arecibo Message). Isyarat ini dijangka akan tiba di M13 sekitar 25 ribu tahun lagi kerana jaraknya ialah 25 ribu tahun cahaya. Jika alien wujud di M13 dan mampu membaca dan memahami Mesej Arecibo ini, kemudian mereka membalas isyarat ini dengan mesej mereka pula, mesej ini akan mengambil masa lagi 25 ribu tahun untuk kembali ke Bumi. Lama lagi nampaknya nak kena tunggu.\n\nApabila kita bercerita tentang alien, kita perlu lihat pada satu kategori penting iaitu kecerdasan sesuatu kehidupan. Kita sebagai manusia, mampu melakukan banyak perkara termasuklah mencipta berbagai-bagai teknologi. Kita juga mampu berfikir mengenai kehidupan lain di luar Bumi, dan mencari mereka. Namun, kehidupan lain di Bumi seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan, tidak dapat melakukan banyak perkara yang boleh dilakukan oleh manusia. Jadi, apabila kita mencari kehidupan lain di luar sana, kita perlu bezakan kecerdasan ini. Salah satu ukuran ini ialah Skala Kardashev yang diperkenalkan oleh Nikolai Kardashev pada tahun 1964. Skala ini mengukur tahap teknologi sesuatu tamadun berdasarkan kuantiti tenaga yang mereka dapat gunakan. Secara umumnya, skala ini terbahagi kepada tiga iaitu:\n\nPada ketika ini, tamadun manusia tidak termasuk pun dalam mana-mana tahap kerana kita masih belum mampu menggunakan segala tenaga yang ada di Bumi ini. Carl Sagan, seorang ahli astronomi yang popular meletakkan manusia sebagai tamadun tahap 0. Michio Kaku, seorang ahli fizik menjangkakan manusia akan mencapai tamadun tahap 1 dalam 100 hingga 200 tahun akan datang.\n\nKesimpulan\n\nKita tidak tahu sama ada \u2018alien\u2019 wujud ataupun tidak di luar sana. Bagi umat Islam, kita juga tidak tahu secara yakin sama ada \u2018alien\u2019 ini pernah diisyaratkan ataupun tidak dalam sumber wahyu. Sebahagian ayat al-Quran mungkin hanya dapat difahami apabila sesuatu penemuan dilakukan yang selari dengan Al-Quran. Begitulah maksud mukjizat sepanjang zaman. Walaupun status kewujudan \u2018alien\u2019 tidak diketahui, kita wajib beriman dengan alam ghaib kerana ia disebut dalam nas wahyu. Namun, paling penting sekali ialah kita perlu sedar bahawa kita ini hanyalah satu makhluk kerdil dalam trillion-trillion makhluk Allah lain yang diciptakan.\n\nRujukan" "Semasa di bangku persekolahan, kita pernah belajar mengenai nombor perdana(prime number). Nombor perdana merupakan nombor yang mempunyai hanya dua faktor iaitu hanya boleh dibahagi dengan nombor 1 dan dirinya sendiri sahaja. Sebagai contoh 2,3,5,7 merupakan beberapa nombor perdana. Nombor yang mempunyai lebih daripada dua faktor dipanggil sebagai nombor gubahan (composite number). Sebenarnya terdapat banyak fakta menarik mengenai nombor perdana yang mungkin tidak pernah diceritakan oleh guru anda.\n\nNombor perdana dikaji sejak 3500 tahun dahulu\n\nKajian mengenai nombor perdana bermula sejak Zaman Mesir Purba lagi iaitu kira-kira 3500 tahun dahulu. Ahli matematik Yunani, Euclid berjaya membuktikan nombor perdana mempunyai bilangan tak terhingga. Satu lagi penemuan Yunani iaitu Saringan Eratosthenes (Sieve of Eratosthenes) masih digunakan sebagai kaedah untuk mencari senarai nombor perdana. Kaedah ini merupakan kaedah terawal untuk mencari nombor perdana.\n\nDengan menggunakan kaedah ini, anda dapat mengetahui nombor perdana dalam lingkungan tertentu. Sebagai contoh, kita ingin mengetahui apakah nombor perdana dari 1-100. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:\n\n2 merupakan satu-satunya nombor perdana yang genap.\n\nPernahkah anda terfikir jika terdapat nombor perdana yang genap selain nombor dua? Dua merupakan nombor perdana kerana ia hanya mempunyai dua faktor iaitu satu dan dua sahaja. Ia juga merupakan satu-satunya nombor perdana yang genap kerana kesemua nombor genap selain daripada dua dapat dibahagikan dengan dua. Dua juga merupakan nombor perdana yang paling kecil.\n\n73,939,133 merupakan nombor perdana yang sangat pelik\n\n73,939,133 merupakan nombor perdana yang pelik kerana setiap kali digit terakhir dibuang, nombor tersebut tetap menjadi nombor perdana.\n\nNombor perdana digunakan dalam kriptografi\n\nNombor perdana digunakan dalam algoritma RSA iaitu antara sistem kriptografi. Algoritma RSA dinamakan bersempena nama tiga orang ahli matematik yang memperkenalkan konsep tersebut pada 1977 iaitu Ron Rivest, Adi Shamir dan Leonard Adleman.\n\nApabila anda membeli sesuatu barangan menggunakan kad kredit anda di portal atas talian, nombor perdana akan digunakan. Sebelum nombor kad kredit anda dihantar melalui internet, ia mesti dienkripsi untuk tujuan keselamatan, dan setelah diterima oleh pihak peniaga, ia mesti didekripsi. Algoritma RSA menggunakan konsep \u201ckunci awam\u201d (public key) iaitu maklumat yang tersedia untuk umum, dan \u201ckunci peribadi\u201d (private key), sesuatu yang hanya diketahui oleh pihak penyahkod. Secara kasarnya, kunci awam merupakan nombor besar yang merupakan hasil darab dua nombor perdana, manakala kunci peribadi terdiri daripada dua nombor perdana itu sendiri. Algoritma RSA sangat berkesan kerana adalah sangat sukar untuk menfaktor nombor yang sangat besar kepada dua nombor perdana walaupun dengan menggunakan teknologi yang terkini.\n\nPermasalahan mengenai nombor perdana\n\nWalaupun nombor perdana telah dikaji selama ribuan tahun, namun masih terdapat banyak permasalahan mengenai nombor perdana yang belum diselesaikan. Salah satu masalah yang terkenal mengenai nombor perdana yang terkenal adalah Tekaan Nombor Perdana Berkembar (Twin Prime Conjecture). Nombor perdana dikenali sebagai Nombor Perdana Berkembar jika jarak antara satu nombor perdana dengan nombor perdana yang lain adalah dua. Sebagai contoh, (3,5), (11,13), (41,43). Persoalan sama ada bilangan nombor perdana berkembar adalah tidak terhingga telah menjadi salah satu persoalan terbuka dalam teori nombor selama bertahun-tahun.\n\nSebenarnya, terdapat banyak fakta menarik mengenai nombor perdana. Walaupun konsep nombor perdana nampak agak membosankan namun ia mempunyai banyak fakta-fakta menarik dan mempunyai aplikasi dalam kehidupan seharian." "Setiap makhluk yang hidup, pasti mempunyai tarikh kelahirannya sama seperti kita. Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, semuanya mempunyai permulaan. Begitu juga dengan Bumi, Matahari dan Sistem Suria, ketiga-tiga ini lahir bersama-sama sekitar 4.6 billion tahun lalu. Bagaimana pula dengan langit yang dipenuhi bintang-bintang ini? Bagaimana dengan alam semesta kita? Adakah ia juga mempunyai tarikh kelahiran?\n\nJawapannya sudah tentulah ya. Kesemua yang disebutkan di atas adalah makhluk Allah, dan setiap makhluk mempunyai tarikh kelahiran masing-masing. Berdasarkan maklumat terkini daripada cerapan-cerapan langit, alam semesta kita ini bermula sekitar 14 billion tahun yang lalu. Permulaannya dijelaskan oleh satu teori yang ramai pernah mendengarnya iaitu teori Letupan Besar atau lebih popular dengan nama teori \u201cBig Bang\u201d.\n\nTeori Letupan Besar ini walaupun popular, ia sering disalah tafsir oleh masyarakat. Ada yang menentangnya kerana mempunyai teori lain, ada yang menentangnya kerana faktor tafsiran agama dan ada yang menentangnya kerana bunyinya yang tidak logik. Oleh itu, dalam artikel ini, saya akan jelaskan berkenaan salah faham umum berkenaan teori Big Bang.\n\nBig Bang ialah satu letupan yang menghasilkan alam semesta\n\nInilah salah faham yang paling utama berkenaan teori Letupan Besar. Apabila kita dengar perkataan \u201cLetupan\u201d Besar atau Big \u201cBang\u201d, kita akan terbayang keadaan alam semesta ini pada mulanya meletup dengan besar sehingga membentuk alam semesta kita hari ini. Kita juga terbayang letupan besar ini mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Namun pada hakikatnya, letupan besar ini sangat berlainan daripada tanggapan umum. Pada kelahiran alam semesta, keseluruhan alam semesta ini termasuklah bintang, galaksi, dan juga ruang-masa berasal dari satu titik yang dikenali sebagai \u2018kesinggularan\u2019 (singularity). Titik ini kemudian mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Pengembangan inilah yang dikenali sebagai \u201cBig Bang\u201d.\n\nBig Bang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat\n\nLetupan yang kita faham seperti letupan mercun dan bom akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Jadi, apabila permulaan alam semesta dikatakan sebagai letupan besar, maka kita anggap bahawa ia mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Namun pada hakikatnya, letupan besar atau lebih tepat lagi pengembangan awal alam semesta ini, langsung tidak mengeluarkan bunyi. Penjelasan ini mudah sahaja untuk difahami. Oleh sebab letupan besar ini sebenarnya ialah pengembangan, maka tidak ada yang \u2018meletup\u2019 untuk menghasilkan bunyi.\n\nBig Bang berlaku di satu kawasan khusus\n\nApabila kita fikirkan tentang letupan mercun, mercun tersebut meletup ke persekitaran. Asal-usul letupan itu adalah daripada mercun tersebut. Jadi, menjadi kebiasaan jika kita bertanya \u2018di manakah berlakunya letupan besar?\u2019. Adakah wujud satu titik khusus di angkasa yang merupakan titik asal-usul letupan besar atau alam semesta?. Jawapannya tidak. Letupan besar ini adalah pengembangan keseluruhan alam semesta. Pada asalnya, kesemua alam semesta ini adalah satu dan kemudian terpisah kepada semua yang kita lihat hari ini. Ruang dan masa itu sendiri adalah satu sebelum ia mengembang. Antara persoalan seterusnya yang akan ditanya ialah \u2018jika alam semesta itu mengembang, ia mengembang kepada apa?\u2019 dan \u2018apakah \u2018disebalik\u2019 alam semesta ini?\u2019. Persoalan ini mungkin akan dikongsi dalam artikel akan datang, InsyaAllah.\n\nBig Bang hanyalah sebuah teori tanpa pembuktian\n\nIni satu lagi salah tanggap yang popular terutamanya dalam kalangan mereka yang langsung tidak pernah mengkaji sedikitpun berkaitan teori ini. Teori letupan besar ini bukanlah satu teori atas kertas sahaja dan ia bukan juga teori konspirasi tertentu. Sebelum tahun 1920-an, ahli astronomi menyangka bahawa alam semesta ini sebenarnya adalah statik dan tidak bergerak. Malah mereka juga menyangka alam semesta ini tidak mempunyai umur (umurnya infiniti). Inilah pegangan ahli-ahli astronomi, fizik dan lain-lain pakar dalam bidang ini termasuklah Albert Einstein. Namun pada tahun 1920-an, ahli astronomi Edwin Hubble mendapati bahawa alam semesta ini berkembang dan bukan statik. Kemudian pada era 1950-an, teori letupan besar dikukuhkan lagi dengan penemuan isyarat gelombang mikro dari langit yang dikenali sebagai Sinar Latar Belakang Gelombang Mikro Kosmik (Cosmic Microwave Background Radiation). Selepas teleskop-teleskop dihantar ke angkasa untuk mencerap, banyak lagi penemuan baharu yang menyokong teori letupan besar ini.\n\nBig Bang menerangkan sepenuhnya asal-usul alam semesta\n\nAsal-usul alam semesta boleh diterangkan oleh teori letupan besar merupakan salah tanggap yang paling \u2018akademik\u2019 kerana mereka yang pernah mengkaji bidang ini pun terperangkap dengan salah tanggap ini. Teori letupan besar ini menyatakan bahawa alam semesta ini asalnya ialah satu, dan termampat kesemuanya dalam titik kesinggularan, kemudian ia mengembang kepada keadaan hari ini. Teori ini tidak menerangkan \u2018apa yang mencetuskan titik kesinggularan ini mengembang\u2019 atau \u2018dari mana munculnya titik kesinggularan yang mengandungi keseluruhan alam semesta ini\u2019 atau \u2018apa yang wujud sebelum letupan besar\u2019.\n\nTeori letupan besar ini kerapkali kita dengar dalam program-program sains, dan kadang-kala kita juga mungkin pernah bertanyakan soalan ini. Bagi yang muslim, kita percaya bahawa semua makhluk ini ada awalnya. Jadi, teori Big Bang ini adalah salah satu bukti bahawa alam semesta ini juga ada awalnya. Yang tiada awal dan tiada akhir, hanyalah Allah SWT, yang menciptakan segala-galanya." "Kita sedia tahu bahawa alam semesta adalah sangat luas. Pada malam hari, kita dapat lihat kegelapan malam yang dipenuhi oleh cahaya bintang-bintang di angkasa. Ada bintang-bintang ini yang berada pada jarak ratusan tahun cahaya dan ada juga yang berada pada jutaan tahun cahaya. Luas alam semesta ini. \n\nKeluasan ini menyebabkan kita menjadi ingin tahu akan apa yang ada di langit itu. Maka banyaklah program penjelajahan angkasa untuk mengkaji tentang segala khazanah di angkasa. Antara program yang dijalankan ialah Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (International Space Station) dan program koloni planet Marikh. Setakat artikel ini ditulis, 12 angkasawan telah mendarat di Bulan, dan beratus-ratus angkasawan telah pergi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa. Kesemuanya selamat mendarat di Bumi. \n\nTimbul persoalan dalam diri kita, bagaimana jika angkasawan mati di angkasa? Apa yang akan berlaku kepada mayat mereka? Persoalan ini akan kita bincangkan dalam artikel ini.\n\nSebelum itu, mari kita terokai dulu perbezaan antara angkasa dan muka bumi kita.\n\nTarikan Graviti\n\nAngkasa ini cukup berbeza dengan Bumi. Di ruang angkasa, tarikan graviti adalah sangat kecil dibandingkan dengan keadaan di Bumi. Graviti datang daripada jisim yang ada. Bumi mempunyai jisim yang besar, maka tarikan gravitinya sangat kuat berbanding dengan kawasan di angkasa yang jauh daripada sebarang jisim seperti bintang dan planet.\n\nAtmosfera\n\nKemudian, di Bumi ini dilitupi oleh atmosfera yang terdiri daripada 78 peratus nitrogen, 21 peratus oksigen dan baki gas-gas lain. Gas-gas ini diperlukan oleh manusia untuk bernafas dengan sempurna. Berbeza dengan alam semesta yang hampir vakum iaitu hampir tiada gas di dalamnya. Namun di sesetengah kawasan di alam semesta, terdapat debuan gas yang biasanya terdiri daripada gas hidrogen dan oksigen.\n\nSuhu\n\nSuhu juga berbeza. Suhu di permukaan Bumi adalah sekitar 15 darjah Celcius. Di kawasan berdekatan khatulistiwa, suhunya lebih tinggi iaitu sekitar 25 darjah Celcius. Ada juga kawasan di Bumi dengan suhu melebihi 35 darjah Celcius dan adaa yang di bawah takat beku. Suhu di Bumi ini sesuai untuk kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Di angkasa pula, suhunya jauh berbeza. Suhu purata angkasa adalah sekitar 3 Kelvin, iaitu -270 darjah Celcius! Suhu ini sangat-sangat rendah dibandingkan dengan Bumi.\n\nTekanan\n\nOleh sebab Bumi kita ini mempunyai atmosfera, maka ia juga mempunyai tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera ini. Secara purata, atmosfera Bumi adalah sekitar 101 kilo Pascal. Tekanan ini cukup untuk kewujudan air dalam bentuk cecair pada suhu purata Bumi. Di angkasa pula, disebabkan ia adalah ruang hampir vakuum, maka tekanannya sangatlah rendah dibandingkan dengan tekanan di Bumi.\n\nSinaran berbahaya\n\nDi Bumi, kita ada lapisan-lapisan atmosfera yang melitupinya. Atmosfera ini bukan sahaja memberikan udara, oksigen dan tekanan untuk kita hidup, ia juga menjadi pelindung daripada sinaran-sinaran berbahaya seperti sinaran ultraungu daripada Matahari, sinar-X, sinar gama dan sinar kosmik daripada angkasa. Di angkasa, sinar-sinar berbahaya ini dapat bergerak bebas tanpa sebarang halangan.\n\nJadi kita sudah lihat perbezaan antara keadaan di angkasa lepas dan keadaan di Bumi. Seterusnya kita ingin tahu pula apa yang akan terjadi jika kita berada di angkasa lepas?\n\nPerlindungan Sut Angkasawan\n\nSemua angkasawan yang berlepas ke angkasa, akan dilengkapi dengan sut angkasawan. Sut-sut ini ada berbagai jenis tetapi kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyediakan perlindungan buat angkasawan-angkasawan daripada bahaya angkasa lepas. Sut-sut ini bukan hanya dilengkapi dengan tangki oksigen, ia juga mempunyai tekanan yang sesuai dengan manusia dan juga lapisan-lapisan sut ini melindungi angkasawan daripada sinaran berbahaya di angkasa.\n\nPerlindungan stesen angkasa\n\nSut angkasawan membolehkan angkasawan bergerak bebas di angkasaraya. Namun bekalan oksigen yang ada di dalam sut ini adalah terhad. Oleh itu, biasanya angkasawan akan berada di dalam stesen angkasa yang dilengkapi dengan segala jenis perlindungan. Stesen angkasa ini mempunyai semua perlindungan yang ada pada sut angkasawan, dan dilengkapi juga dengan tandas, makanan dan minuman. Oleh itu, biasanya angkasawan akan berada di dalam stesen ini sepanjang keberadaan mereka di angkasa.\n\nKita berbalik semula kepada persoalan asal. Cuma sebelum itu, kita lihat dahulu apa yang akan berlaku jika kita masih hidup, tetapi berada di angkasa dalam keadaan tanpa sebarang perlindungan.\n\nSinaran Berbahaya menghancurkan DNA\n\nTanpa apa-apa sut yang melindungi badan kita, kita akan terdedah kepada sinaran-sinaran berbahaya seperti sinaran kosmik dan sinar gama. Sinaran berbahaya ini akan merosakkan DNA-DNA dan membakar sel-sel badan jika terdedah kepada kuantiti yang banyak seperti dedahan terus Matahari.\n\nSuhu badan akan menurun\n\nKemudian, suhu yang sangat rendah (-270 darjah Celcius) akan menurunkan suhu badan kita perlahan-lahan. Namun, suhu yang sejuk ini bukan musuh utama kita.\n\nTiada oksigen untuk organ berfungsi\n\nKebanyakan organ dalaman kita berfungsi apabila cukup bekalan oksigen dalam darah kita. Oksigen-oksigen ini diperoleh melalui pernafasan kita. Tanpa udara dan oksigen untuk bernafas, kita akan kehilangan bekalan oksigen untuk organ-organ dalaman kita berfungsi. Kita mampu sedar sekitar 15 saat selepas ketiadaan oksigen dan seterusnya akan pengsan (blackout). Beberapa minit kemudian, semua organ dalaman akan mati, dan kita juga akan mati.\n\nTekanan rendah merosakkan paru-paru\n\nTekanan yang rendah di angkasa, akan menyebabkan gas-gas dalam paru-paru kita mengembang. Jika kita menahan nafas di angkasa, gas-gas ini akan mengembang dan boleh merosakkan paru-paru kita. Paru-paru kita boleh meletup jika gas-gas ini tidak dibebaskan ke luar. Jadi, sebaiknya kita kosongkan paru-paru kita secepat mungkin\n\nAir dalam badan akan menyejat\n\nDi bumi, air dapat wujud dalam bentuk cecair kerana tekanan yang tinggi oleh atmosfera. Apabila tiada tekanan yang mencukupi di angkasa, air akan mula menyejat dalam badan kita. Ini akan menyebabkan kulit-kulit kita membengkak. Namun kulit kita cukup kuat untuk mengelakkan daripada meletup. Jika kita sempat masuk semula ke tempat yang mempunyai tekanan yang mencukupi, kita akan beransur pulih seperti sediakala.\n\nKita sudah lihat jika kita terlepas ke angkasa, kita akan mempunyai beberapa saat untuk menyelamatkan diri. Bagaimana pula jika seseorang angkasawan mati di angkasa? Apa yang akan berlaku kepada jasad angkasawan tersebut?\n\nSebenarnya, tidak banyak perubahan yang akan berlaku. Di Bumi, bakteria-bakteria dalam badan kita akan makan sel-sel badan kita yang telah mati. Bakteria-bakteria dalam tanah juga akan menghancurkan badan kita. Namun di angkasa, bakteria-bakteria ini tidak dapat hidup kerana keadaan yang kurang sesuai. Mereka juga akan mati seperti kita. Jadi, di angkasa, proses pereputan itu tidak berlaku dengan cepat seperti di Bumi. Malah, kita akan seolah-olah di\u2019mumia\u2019kan jika mayat kita berada di angkasa. Badan kita tidak berubah. Barangkali, alien yang akan menjumpai jasad kita suatu hari nanti atau mungkin juga generasi manusia akan datang nanti, berjaya memperoleh mayat kita dan memberikan pengebumian yang sempurna." "Malaysia telah merdeka lebih kurang 63 tahun yang lepas. Namun, terdapat satu ruang di rumah anda, yang berkemungkinan, masih dijajah, dilapah dan dirobek dengan sewenang-wenangnya. Anda mungkin sedar, mahupun tidak, penjajah tersebut tidak akan mengendahkan kewujudan anda selagi mana mereka dapat habuan emas putih yang dicintai oleh semua rakyat Malaysia; beras.\n\nSekiranya anda sedar, anda akan buat tak endah dan berkata di dalam hati \u201calah, benda kecik tu? Lepas cuci beras nanti, tak sampai seminit hilang la\u201d. Ya, itu mungkin apa yang anda rasa sekarang. Dalam masa sebulan, benda kecik itulah yang akan membesar, dalam nombor kewujudannya. Sepasukan menjadi sekumpulan, sekumpulan menjadi sekampung, sekampung menjadi sebandar dan sebandar menjadi senegara. Akhirnya, bekas simpanan beras anda menjadi jajahan takluk oleh ribuan kutu beras yang merampas beras anda sewenang-wenangnya.\n\nPada masa itu, masa cucian seminit telah pun menjadi lima belas minit ke setengah jam. Sekiranya dalam masa setengah jam itu anda mencuci secara acuh tak acuh, nasi yang anda makan akan mengandungi butiran hitam yang akan meremangkan bulu roma anda. Kutu beras.\n\nKutu Beras\n\nKutu beras ataupun nama saintifiknya Sitophilus oryzae ialah suatu makhluk kumbang yang berasal daripada:\n\nKutu beras selalunya 3-4.5mm panjang, dan berwarna coklat (kalau rasa coklat tak wujud kita sebut oren gelap) ataupun hitam. Berbeza dengan kutu, kutu beras menjamah nutrisi daripadi beras dan tidak menyedut darah manusia yang tak menjaga kebersihan.\n\nKutu beras dewasa mampu terbang, namun tak bermaksud ia perlu untuk terbang jauh dan mampu hidup untuk lebih kurang 7 bulan. Yang betina mampu untuk bertelur sebanyak 2-6 sehari dan lebih 300 telur dalam satu kehidupan.\n\nKutu beras ini berasal daripada saat beras dituai. Apabila pengilang membersihkan dan membungkus beras dengan pek vakum, kutu beras dewasa mungkin mati atau tidak aktif, tetapi telurnya tetap hidup. Sekiranya beras ini disimpan di suatu bekas yang tidak kedap udara, maka berkemungkinan besar telur tersebut akan menetas dan melahirkan generasi penjajah kutu beras yang baru.\n\nKesan Kepada Beras Sekiranya kutu-kutu beras ini dapat menguasai bekas beras anda, maka mereka akan memakan beras anda dan meninggalkan satu jasad beras yang lompong dan rapuh menjadi debu sekiranya dipicit. Ini akan menghilangkan nutrisi dan menghilangkan tekstur beras yang telah ditebuk tadi. Beras anda juga akan berkemungkinan mengandungi telur atau pupa. Oleh itu, beras anda harus dibersihkan, dan beras yang ringan dan lompong akan terapung dan anda boleh membuang beras yang rosak tersebut.\n\nCara-Cara Menghalang Penjajahan Kutu Beras\n\n\u00a0\u00a0Ada beberapa cara untuk menghalang ataupun memberhentikan aktiviti kutu beras di dalam bekas beras anda." "Baru-baru ini tular di media sosial satu soalan uji minda yang sangat mengelirukan.\n\nSoalan ini menimbulkan kekeliruan kerana pencuri tersebut membeli di kedai yang sama. Kenapalah pencuri itu pergi beli dekat kedai sama? Kan dah menyusahkan orang nak kira kerugian yang dialami oleh tuan kedai. Jadi berapakah sebenarnya kerugian tuan kedai? Soalan cuma tanya kerugian yang dialami dan tidak tanya sama ada kerugian dari segi wang tunai ataupun keseluruhan. Kita akan kira kerugian untuk dua kategori. Pertama, kerugian dari segi wang tunai dan kedua, kerugian keseluruhan yang dialami oleh tuan kedai. Kerugian keseluruhan termasuk kerugian dari segi barang yang \u201cdibeli\u201d oleh pencuri tersebut.\n\nKerugian wang tunai.\n\nMula-mula pencuri \u201cmengambil\u201d RM300 di kaunter kedai kemudian dia menggunakan wang dicuri tersebut untuk membeli barangan sebanyak RM210. Kemudian tuan kedai memulangkan baki RM90 kepada pencuri tersebut. Jadi berapakah jumlah kerugian? Mari kita kira.\n\nWang diambil oleh pencuri\n\n-RM300\n\nWang dibayar oleh pencuri\n\n+RM300\n\nBaki diberikan oleh tuan kedai\n\n-RM90\n\nJumlah\n\n-RM90\n\nJumlah kerugian yang ditanggung oleh tuan kedai adalah sebanyak :\n\n-RM300 + RM300 \u2013 RM90 = -RM90\n\nJadi, tuan kedai mengalami kerugian wang tunai sebanyak RM90.\n\nKerugian keseluruhan.\n\nJadi, bagaimana pula dengan kerugian keseluruhan yang dialami oleh tuan kedai? Seperti yang telah dijelaskan di bahagian atas, kerugian keseluruhan termasuk nilai barangan yang diambil oleh pencuri.\n\nWang diambil oleh pencuri\n\n-RM300\n\nWang dibayar oleh pencuri\n\n+RM300\n\nHarga barangan yang dibeli pencuri\n\n-RM210\n\nBaki diberikan oleh tuan kedai\n\n-RM90\n\nJumlah\n\n-RM300\n\nMaka, jumlah kerugian yang ditanggung oleh tuan kedai adalah sebanyak :\n\n-RM300 + RM300 \u2013 RM210 \u2013 RM90 = -RM300\n\nJadi, jawapan kepada soalan ini adalah B iaitu RM300." "Kalau ternampak ada botol-botol kosong di rumah, jangan dibuang begitu sahaja. Jangan pula dibiarkan ia bersepah-sepah tanpa dimanfaatkan. Sebelum ibu yang tercinta mengangkat intonasi suara supaya cepat-cepat buang ke tong kitar semula, baik kita kutip segera untuk buat satu cabaran ini.\n\nPernah dengar tak cabaran buat botol terapung dengan menggunakan pensel?\n\nPercaya tak yang kita boleh buat botol terapung dengan hanya menggunakan sebatang pensel sahaja?\n\nEh, macam mana tu? Guna kuasa apa pula ya?\n\nCuba lihat gambar di atas. Hebatnya adik tu berjaya mengangkat botol tersebut. Tinggi pulak tu ya?\n\nYa, sebenarnya memang kita boleh buat. Ini bukan magis.\n\nTak sabar dah ke nak cuba buat? Jom, kita buat sama-sama. Kita tengok samada anda berjaya atau tidak.\n\nSyarat cabaran ini adalah anda perlu mengangkat botol yang benar-benar kering dengan menggunakan pensel tanpa menyentuh dinding dan lantai botol itu.\u00a0\n\nLihat gambar di bawah ini, dari kiri bahan tersebut adalah beras, kacang hijau dan chacha Anda perlu pilih salah satu bahan untuk menjadi isi yang akan memenuhi botol.\n\nKatakan anda memilih beras.\n\nSekarang penuhkan botol itu dengan beras tersebut sehingga ke leher botol. Eh sekejap, tapi macamana pula nak masukkan bahan-bahan melalui mulut botol yang sempit? Haa jom kita tengok kaedah adik-adik ni masukan bahan mereka ke dalam botol.\n\nYang ini \u00a0menggunakan kaedah corong kertas. Caranyanya ambil sehelai kertas, gulungkan sehingga membentuk kon dan tampalkan dengan pelekat. Kemudian letak sahaja di mulut botol, dan tuangkan kacang hijau dengan mudah!\n\nCara kedua, masukkan menggunakan tangan. Berapa lama agaknya masa diperlukan untuk memenuhkan chacha ke dalam botol ini?\n\nCara terakhir, menggunakan cawan plastik dan kemudian tekan sedikit bagi membentuk muncung.\n\nAntara ketiga-tiga kaedah ini, mana satukah kaedah yang dapat memasukkan bahan paling cepat dan paling sedikit bahan yang tertumpah?\n\nTada.. dah siap isi beras ke dalam botol. Sekarang kita ambil pensel dan masukkan melalui mulut botol. Kemudian, cubalah angkat! Tengok adik-adik ni, gembiranya dapat berlumba dengan kawan buat cabaran ini.\n\nKalau anda telah berjaya, tahniah diucapkan. Sekiranya tidak berjaya jangan putus asa sila cuba lagi ya sampai dapat.\n\nWah, kali ini botol berjaya diangkat! Syabas!\n\nSekarang cuba tukarkan bahan yang diisi ke dalam botol dengan bahan-bahan lain yang terdapat di rumah seperti biji sagu, kacang tanah, jagung kering, dan sebagainya.\n\nYang mana satukah bahan yang membolehkan botol diangkat lebih mudah? Dan yang paling penting apakah sains yang menyebabkan botol boleh diangkat menggunakan pensel apabila diisikan dengan bahan-bahan tersebut? Memang magis atau cuma helah sains?\n\nIni sebab botol berjaya diangkat secara \u2018magis\u2019.\n\nSebenarnya apa yang membantu kita untuk menjayakan cabaran ini adalah dengan adanya daya geseran.\n\nDaya geseran adalah penjelasan sains yang menyebabkan botol dapat diangkat apabila diisikan dengan bahan seperti beras dan lain-lain. Daya geseran merupakan salah satu daya yang wujud di sekeliling kita. Daya geseran dapat memperlahankan objek dan akhirnya memberhentikannya.\n\nGeseran dikatakan berlaku apabila dua permukaan bersentuhan di antara satu sama lain dan sentiasa menentang arah gerakan objek. Daya ini dipengaruhi oleh jenis permukaan dan jisim objek.\n\nTahukah anda apabila semakin kasar jenis sesuatu permukaan itu, semakin besar daya geserannya?\n\nSelain itu, apabila bertambahnya jisim sesuatu objek, semakin besar pula daya geserannya.\n\nBerbalik kepada cabaran mengapungkan botol dengan pensel tadi,sebenarnya bahan-bahan yang dipenuhkan di dalam botol menjadi tersusun dengan rapat dan bergeser antara satu sama lain dengan sedikit ruang udara yang wujud. Tindakan menarik pensel yang berada di dalam butiran bahan-bahan tidak bergerak di dalam botol, mampu untuk mengangkat botol daripada permukaan meja. Daya geseran dapat melekatkan pensel dengan butiran bahan yang berada di dalam botol tersebut.\n\nSememangnya kita mendapat manfaat daripada daya geseran yang wujud di sekeliling kita. Walaubagaimanapun, daya geseran juga mempunyai kesan mudarat seperti dapat menyebabkan kehausan sesuatu objek (tapak kasut dan tayar), memberikan bunyi yang tidak diingini (seperti geseran gigi atau dua objek logam), menghasilkan haba dan menjadi panas (seperti gosokan tangan), serta menyukarkan menarik atau menolak objek yang berat.\n\nAda sesuatu yang menarik untuk kita renungkan jika kita menyemak maksud geseran di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pergeseran membawa maksud \u2018perbezaan pendapat\u2019.\n\nSepertimana kesan daya geseran boleh merosakan peralatan dan perkakas, pergeseran sesama manusia pula boleh menyebabkan permusuhan. Di dalam kehidupan kita, sekiranya berlaku pergeseran atau perselisihan pendapat dengan orang lain, kita perlu mengawal keadaan itu agar keadaan tidak menjadi lebih buruk seperti pergaduhan dan sebagainya. Kerana antara akhlak mulia orang beriman ialah meninggalkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sengketa dan permusuhan, seperti bergaduh dan mencela. Rasulullah SAW pernah berkata yang bermaksud,\n\n\u201cAku menjamin dengan sebuah istana di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan pertengkaran, meskipun dia di pihak yang benar, sebuah istana di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan pendustaan meskipun ia bergurau, sebuah istana di atas syurga bagi orang yang memperbaiki akhlaknya\u201d \u2013 (Hadis Riwayat Imam Abu Daud)\n\nJom kita syukuri rahmat daya geseran dalam kehidupan serta kita menjauhi pergesaran lalu mendapat jaminan syurga!\n\n*Sebahagian gambar daripada sumber program FantaSains\n\nBawakan pengalaman FantaSains ke tempat anda serta dapatkan majalah FantaSains untuk pembelajaran sains yang menarik dan menyeronokan. FantaSains \u2013 Celik sains, celik jiwa. Hubungi 019-2542109 atau email [email\u00a0protected].\n\n***" "Beberapa hari yang lepas, Ajar telah menerbitkan satu artikel berkenaan dengan \u201csoalan Matematik viral\u201d. Dalam soalan tersebut, situasi yang diberikan adalah seorang lelaki yang mencuri duit sebanyak RM300, dan duit tersebut kemudiannya digunapakai untuk membeli barangan. Jawapan menurut perkiraan saya, asalnya adalah dalam RM600, namun artikel tersebut menjelaskan bahawa jumlah kerugian yang ditanggung oleh Tuan Kedai adalah RM300.\n\nSetelah melakukan sedikit kajian, saya bersetuju dengan jawapan RM300 tersebut, namun atas alasan yang agak berbeza dari yang dinyatakan dalam artikel berkenaan.\n\nPenjelasan\n\nUntuk memahami jawapan ini dengan lebih jelas, kita perlu memecahkan situasi ini kepada dua situasi yang berbeza. Situasi pertama yang perlu diperhalusi adalah situasi kecurian, dan situasi kedua adalah situasi pembelian barangan.\n\nDalam situasi kecurian tersebut, telah berlaku kehilangan wang tunai dalam simpanan Tuan Kedai. Dalam erti kata lain, wang tunai telah bertukar tangan dari Tuan Kedai kepada Pencuri, sebanyak RM300.\n\nSoalan saya, duit RM300 ini sebenarnya dikategorikan sebagai apa?\n\nDalam istilah ekonomi, duit tunai RM300 ini dikategorikan sebagai Wang Gelap (Black Money).\n\nWang Gelap merujuk kepada apa-apa nilai wang yang terhasil dari transaksi yang menyalahi undang-undang (dalam kes ini mencuri).\n\nJusteru, untuk menjawab soalan dalam artikel tersebut, jumlah kerugian sebenar yang ditanggung oleh Tuan Kedai adalah RM300, dan ia adalah kerana RM300 tersebut telahpun dicuri.\n\nTransaksi yang berlaku seterusnya adalah satu transaksi perniagaan yang biasa, maka secara matematiknya;\n\nTuan Kedai: Rugi RM300; Transaksi normal: RM300; Pencuri: Mendapat untung RM300dalam bentuk barangan (RM210) dan wang tunai RM90).\n\nSekiranya anda masih keliru, bayangkan, sekiranya pencuri itu tidak menggunakan wang curiannya di kedai yang sama, namun menggunakannya di kedai yang lain. Transaksi perniagaan di kedai yang lain akan berlaku sepertimana transaksi biasa, bukan?\n\nAwas: Mencuri adalah satu kesalahan jenayah!\n\nWang Haram dan Macau Scam\n\nSituasi yang terjadi tadi (pencuri menggunakan wang yang dicuri tadi), dalam terma ekonomi, boleh dikategorikan sebagai Pengubahan Wang Haram. Wang Haram yang diperoleh dari aktiviti jenayah seperti kecurian, rompakan, penjualan dadah dan bahan larangan serta pelacuran misalnya, adalah antara wang yang wujud dalam ekonomi setempat, namun tida dapat dikawal oleh pihak berkuasa (no regulation of money).\n\nSelain dari itu, Wang Gelap atau Wang Haram juga boleh diterbitkan dari aktiviti seperti rasuah dan mengelak dari pembayaran cukai. Rasuah, seperti yang kita tahu, tidak melibatkan nilai yang kecil, dan transaksi rasuah juga akan menerbitkan wang dari sumber yang tidak diketahui asalnya.\n\nMengelak dari membayar cukai pula menerbitkan Wang Haram, sebagai contoh nilai hartanah sebuah rumah adalah RM200,000, namun transaksi yang direkodkan adalah RM100,000 (untuk mengelak dari membayar cukai yang tinggi), nilai lebihan sebanyak RM100,000 itu kini menjadi satu bentuk Wang Gelap/Wang Haram kerana ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.\n\nKewujudan Wang Gelap/Wang Haram ini kemudian akan mewujudkan satu sektor ekonomi bawah tanah (underground economy), yang mana ini merupakan tempat di mana Wang Haram ini boleh digunakan sesama penjenayah. Dengan kecanggihan teknologi, banyak kumpulan jenayah kini telahpun menukar modus operasi mereka dari menyimpan wang fizikal kepada menyimpan matawang digital (digital currency) kerana ia lebih selamat dan tidak memakan banyak ruang.\n\nSituasi Wang Gelap ini agak menarik sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini terdapat beberapa kes Macau Scam yang telah pun berjaya dijatuhkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).\n\nTapi, apa pulak Macau Scam ni?\n\nMacau Scam merujuk kepada situasi di mana orang awam diperdaya untuk menyerahkan sebahagian besar wang mereka kepada individu yang menipu (ditulis Penipu) atas alasan-alasan yang melibatkan badan-badan kerajaan atau urusan perbankan.\n\nTerdapat laporan (seperti dalam gambar) di mana seorang wanita dari Kedah kehilangan lebih dari RM100,000 apabila dia dihubungi oleh pihak Polis dari IPD Seremban kerana disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram. Dia telahpun diminta untuk memasukkan sejumlah wang untuk perlindungan insurans andainya berlaku apa-apa masalah.\n\nPerkara yang menarik untuk diperhatikan dalam kes ini adalah bagaimana wang yang didapati secara haram ini kemudiannya \u201cdiubah\u201d menjadi bersih (money laundering).\n\nKebanyakan wang haram ini kemudiannya dilaburkan untuk menghasilkan suatu \u201ctransaksi halal\u201d, seperti pelaburan dalam perniagaan (kes pelaburan gerai minuman Boba) dan orang yang memiliki wang hasil penipuan itu juga mengamalkan gaya hidup yang mewah (pembelian secara tunai, namun sumber wang tidak dapat dikenalpasti).\n\nDalam kes Macau Scam yang ditahan pihak berkuasa, dalang sindiket tersebut pada asalnya adalah dari China, namun beberapa orang ejen dari Malaysia dilantik untuk \u201cmenguruskan pelaburan\u201d tersebut dengan mencari ahli perniagaan yang berpotensi \u201cmencuci\u201d wang haram tersebut.\n\nDalam kes ini, tanggungjawab berat dipikul oleh pihak berkuasa dan institusi perbankan seperti PDRM, SPRM dan LHDN, kerana dalam proses untuk menyemak semula wang-wang haram yang dibersihkan ini, mereka perlu penyiasatan yang menyeluruh, seperti rekod asset, transaksi yang dibuat dan sebagainya.\n\nRumusan\n\nSebagai rumusan, pengubahan wang haram merujuk kepada situasi di mana wang yang diperoleh dari sumber yang haram atau tidak dicukai, kembali dialirkan kepada kitaran ekonomi (disucikan). Dalam soalan yang viral tadi, jumlah rugi yang ditanggung oleh Tuan Kedai adalah RM300 kerana wang yang telah dicuri, namun transaksi yang berlaku antara Tuan Kedai dan Pencuri itu adalah satu transaksi yang sah, dan ia tidak menghasilkan apa-apa kerugian.\n\nKerugian yang sebenar adalah Pencuri itu sendiri, kerana dia telah menanggung dosa mencuri, dan hendaklah dia bertaubat atas segala kesalahan yang telah dia lakukan.\n\nRujukan:" "Alam semesta mengandungi segala macam perkara menakjubkan seperti planet, bintang dan galaksi. Masing-masing bergerak mengikut hukum-hukum fizik tertentu seperti hukum kerelatifan Am oleh Einstein. Dengan menggunakan hukum ini, kita dapat meramal pergerakan setiap galaksi yang ada di alam semesta ini, serta pengembangan alam semesta dari bermulanya letupan besar (big bang). Selain daripada hukum kerelatifan ini, terdapat satu lagi hukum fizik yang asas iaitu Mekanik Kuantum. Jika kerelatifan menerangkan pergerakan jasad-jasad besar seperti galaksi dan bintang, mekanik kuantum pula menerangkan tentang pergerakan jasad-jasad kecil seperti atom.\n\nKedua-dua hukum ini dibina berdasarkan beberapa pemalar (constant) seperti laju cahaya c, pemalar kegravitian G, pemalar Planck h bar, dan pemalar Boltzmann k. Kesemua pemalar ini mempunyai nilai tertentu dengan unit masing-masing. Sebagai contoh, laju cahaya ialah 299 792 458 meter per saat.\n\nApabila hukum-hukum asas ini terbina berdasarkan beberapa pemalar ini, satu persoalan yang mungkin timbul ialah adakah pemalar ini sebenarnya malar? Adakah nilai laju cahaya sememangnya 299 792 458 meter per saat dan bukan nilai lain?\n\nAdakah pemalar ini sebenarnya malar?\n\nBagi menjawab persoalan ini, kita perlu semak semula bagaimana kita memberikan nilai kepada setiap pemalar ini.\n\nLaju cahaya, didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya dibahagikan dengan masa yang diambil. Namun definisi ini tidak menyeluruh. Kita perlukan satu kayu ukur bagi jarak dan masa sebelum kita dapat menentukan nilai laju cahaya.\n\nUnit asas yang kita gunakan bagi jarak ialah meter dan satu meter didefinisikan sebagai jarak yang dilalui oleh cahaya dalam 1/299 792 458 saat. Hal ini langsung tidak membantu kita mendefinisikan cahaya kerana kayu ukur kita tetap cahaya. Begitu juga dengan masa.\n\nSatu saat bergantung kepada sinaran daripada atom caesium yang berubah daripada keadaan teruja kepada keadaan yang lebih stabil. Sinaran ini adalah sinaran cahaya.\n\nSeperti yang kita dapat lihat, untuk menentukan nilai laju cahaya, kita perlu tentukan kayu ukur jarak dan masa yang tidak bergantung kepada cahaya, namun kita tidak dapat berbuat demikian kerana tidak ada kaedah lain yang wujud secara asas dalam alam semesta ini melainkan cahaya.\n\nBegitu juga dengan pemalar yang lain. Puncanya adalah kerana kesemua pemalar ini mempunyai unit atau \u2018dimensi\u2019 masing-masing. Apabila pemalar ini mempunyai unit, maka kita perlu definisikan unit itu pula, maka kerja kita tidak selesai kerana definisinya berpatah balik pula kepada pemalar.\n\nTimbul pula lagi satu persoalan, adakah wujud pemalar yang tidak mempunyai unit atau dimensi?\n\nPemalar tanpa unit\n\nSelain pemalar-pemalar di atas yang memenuhi segala formula dalam hukum-hukum fizik, wujud 26 pemalar \u2018utama\u2019 yang membentuk keadaan alam semesta kita hari ini. Kesemua 26 pemalar ini lebih asas daripada pemalar-pemalar yang disebutkan di atas kerana kesemuanya tidak mempunyai unit atau dimensi.\n\nKita tidak akan berbincang mengenai kesemua 26 pemalar ini, kecuali satu iaitu pemalar struktur halus (fine structure constant). Seterusnya kita akan lihat berkenaan pemalar struktur halus ini dan apa yang berlaku jika nilainya berubah.\n\nNombor paling asas dalam alam semesta\n\nPemalar struktur halus ini penuh misteri kerana maksud sebenar bagi pemalar ini tidak diketahui secara pasti. Penemuan pertama yang melibatkan pemalar ini ialah nisbah antara tenaga antara dua elektron dengan jarak d, dan tenaga foton dengan panjang gelombang d. Namun ini bukannya satu-satunya kemunculan pemalar struktur halus dalam hukum fizik. Pemalar ini juga menerangkan kekuatan interaksi antara elektron dan foton.\n\nKeunikan pemalar ini adalah kerana ia tidak mempunyai dimensi. Ini bermaksud nilainya adalah malar dan tidak perlu kayu ukur seperti laju cahaya. Nilai bagi pemalar struktur halus ini adalah sekitar 1/137 tidak kira kita gunakan sistem imperial atau sistem metrik. Nilai yang diberikan sentiasa sekitar 1/137.\n\nSebab itu nilai ini adalah salah satu nilai yang ahli fizik cadangkan untuk dihantar ke angkasa. Jika sebuah tamadun alien yang sudah menguasai ilmu kuantum menerima isyarat berkenaan 1/137 dari Bumi, mereka akan faham bahawa kita juga telah menguasai ilmu kuantum. Begitu juga sebaliknya, jika kita mendapat isyarat 1/137 dari langit, maka kita boleh mengandaikan bahawa berkemungkinan tamadun alien yang menguasai ilmu kuantum telah menghantar isyarat kepada kita.\n\nPerubahan kecil pemalar, perubahan besar alam semesta\n\nNilai pemalar ini sekitar 1/137. Persoalan yang kita mungkin tanya adalah apa yang akan berlaku jika nilai ini berubah?\n\nLihat semula kepada maksud pemalar ini sebagai kekuatan interaksi antara elektron dan foton. Jika nilai pemalar ini berubah, maka kekuatan interaksi ini juga akan berubah. Apabila kekuatan interaksi antara elektron dan foton berubah, maka keseluruhan hukum fizik dan hukum kimia akan berubah!\n\nBahkan, jika nilai ini berubah sedikit, berkemungkinan alam semesta tidak akan wujud seperti yang kita lihat hari ini.\n\nBegitulah serba sedikit berkenaan satu nombor \u2018pemalar\u2019 yang boleh mengubah alam semesta keseluruhannya dengan perubahan kecil nilainya." "Untuk kalini, saya fokuskan kepada ilmu Matematik memandangkan Matematik ni dah dianggap musuh tradisi kebanyakan manusia. Meh kita toleh jap belakang, tengok semula faktor utama asal terbitnya ilmu ini.\n\nPerkara pertama perlu difahami bahawa Matematik itu bercabang. Dan cabang utama Matematik asas yang digariskan oleh ahli Matematik terdahulu ialah Mantik, Aritmetik, Geometri, Astronomi, dan Muzik. Adapun cabang yang lain, seperti ilmu Optik, Mekanik, dan lain-lain berkembang selari dengan keperluan manusia.\n\nEh, muzik pun termasuk dalam Matematik? Serius ah?!\n\nHaa, ni nak terang satu-satu. Kita mula dengan mantik dulu. Mantik ialah unsur matematik yang penting kerana matematik itu dianggap sebagai ilmu sains pasti; maka, kaedah pembuktian dan hasilnya adalah benar dan tepat relatif terhadap premis pembinaannya sama ada premis yang berbentuk aksiom, postulat, proposisi atau seumpamanya.\n\nMaka, kaedah mantik yang sahih digunakan untuk membimbing ahlinya berfikir secara bersistem, analitis, kritis serta membuat keputusan tepat dalam keadaan yang terhad untuk mendapatkan hasil yang terbaik. \u00a0Jadi, kita boleh lihat apabila sesuatu soalan matematik itu dijawab, yang dititikberatkan ialah pengaplikasian kefahaman dan konsep dengan cara tulis yang teratur dan bersistematik.\n\nApabila mantik sahih yang digunakan, maka, kita akan menghampiri jawapan yang sebenarnya. Sebab itu pakar matematik terdahulu sangat mementingkan cara penulisan dan cara pertuturan. Keterkaitan satu huruf ke satu huruf, satu ayat ke satu ayat menggambarkan tahap mantik seseorang yang menggambarkan kecerdasan akal dan kebenaran si penulis/ si pertutur.\n\nDalam beberapa kitab agama terulung, disebut oleh beberapa ulama seperti Imam al-Syafie, Imam al-Ghazali dan Syeikh al-Islam bahawa ilmu mantik dalam Matematik berperanan dengan baik dan dibincangkan oleh mereka yang dianugerahkan akal cergas. Dan peranan paling utama ilmu ini dalam kalangan ahli matematik terdahulu adalah untuk berhujah tentang pembuktian ketuhanan dengan penciptaan dunia.\n\nKedua, aritmetik. Cabang ini berkait rapat dengan pengiraan nombor. Wujudnya cabang ini kerana ahli matematik menghasilkan nombor untuk membuat pengiraan berkenaan hal berkaitan astronomi. Orang Babylon dan Yunani menggunakan sistem 60 dalam sistem nombor untuk menentukan saat, minit, jam, hari dalam setahun dan sudut. Sistem ini lah menerangkan kepada kita 60 minit sejam, 60 saat seminit, 360 hari setahun dan 360 darjah untuk satu bulatan. Lalu, al-Khawarizmi memudahkan lagi pengiraan dengan memperkenalkan sistem 10 atau disebut sebagai sistem syariah yang kemudiannya disebarkan ke seluruh dunia oleh Paus Sylvester II dan Fibonacci apabila sistem ini dipindahkan ke Eropah. Dan sistem inilah yang digunapakai dalam sistem nombor sekarang.\n\nKetiga, geometri. Geometri dianggap sebagai bahasa alam yang indah. Semua objek ciptaan Ilahi dalam alam ini hakikatnya ialah ciptaan berbentuk geometri. Geometri menggambarkan hakikat alam semesta. Keratan kon merupakan contoh bentuk asas geometri. Apabila keratan kon dikerat rentas melalui pelbagai sudut, maka terhasillah bentuk-bentuk lain. Dan disebut bahawa garis lurus itu tidak wujud, tetapi, hanyalah satu bentuk bulatan yang khusus dengan jejari yang tak terhingga. Macam mana kita sangkakan kita bergerak lurus di muka bumi, tetapi, hakikatnya kita bergerak mengikut bulatan bumi.\n\nKeempat, astronomi. Astronomi ialah ilmu tentang bintang atau ilmu yang mengkaji berkenaan jasad-jasad di langit. Dalam tamadun Islam, ilmu ini digunakan untuk hal ibadah seperti sembahyang, puasa dan haji.\n\nKelima, muzik. Asal kelahiran ilmu ini adalah melalui alunan fenomena alam seperti tiupan angin, aliran air, kicauan unggas dan seumpamanya. Muzik juga boleh lahir daripada susunan intonasi suara dan alat yang mengeluarkan bunyi. Lalu, digubah menggunakan susunan nisbah dalam teori nombor. Muzik yang baik disusun berdasarkan siri harmonik, siri geometri atau siri aritmetik. Syair juga dikategorikan dalam ilmu ini dengan melakukan penggubahan berbentuk suara. Al-Farabi dikenali sebagai salah seorang penggubah muzik yang agung kerana mampu mensintesiskan alunan muzik sehingga mempengaruhi perasaan manusia.\n\nSecara umumnya, kelima-lima cabang ini wujud dalam tamadun awal kerana dua faktor :\n\nTamadun awal tersebut ialah tamadun Mesir, tamadun Yunani, tamadun Islam, tamadun Hindu, tamadun China dan tamadun Eropah. Tamadun besar manusia telah mencatatkan kegemilangan dalam ilmu Matematik. Dunia seluruhnya mewarisi sejarah silam secara silih-berganti.\n\nPersoalannya, macam mana boleh timbul ilmu ni? Konfem ahli sihir ni! Hermes lah ahli sihirnya!\n\nSebelum menghukum, kita telusuri dulu kisah awal Hermes seperti yang ditulis oleh beberapa ahli sejarawan berdasarkan kajian-kajian mereka.\n\nMengikut penulisan barat, kewujudan Hermes dianggap sebagai satu mitos. Tetapi, terdapat peninggalan bukti daripada penulisan ahli Sejarah terdahulu bahawa Hermes itu wujud dan digelar \u201cThe powerful magician\u201d.\n\nManakala, mengikut kajian primer Prof. Mat Rofa Ismail menerusi penulisannya (2004), Hermes itu wujud, dan menurut ahli Sejarah tamadun Islam, Hermes merupakan pengasas ilmu matematik, astronomi dan beberapa ilmu sains yang lain.\n\nHermes ialah gelaran bagi pelopor ilmu yang agung dalam tamadun Yunani. Dan tercatat sekurang-kurangnya tiga Hermes dalam sejarah silam tamadun Yunani. Berdasarkan daripada beberapa kajian, dipercayai bahawa salah seorang daripada Hermes ialah Nabi Idris.\n\nKita percaya melalui firman Allah S.W.T bahawa setiap kaum pasti ada Rasul yang diutuskan untuk membawa petunjuk dan ilmu. Maka, Lembah Nil dipercayai ada hubungan dengan Nabi Idris a.s. yang dikenali sebagai Hermes dalam sejarah Yunani. Namun masyarakat Yunani tidak menghubungkan Hermes dengan kenabian, tetapi hanyalah rangkaian ilmuwan atau ahli hikmah agung dalam masyarakat Mesir dan Yunani. Sebab itu jika diperhatikan sejarah hidup tokoh ilmuwan Yunani terawal seperti Thales, Socrates, Aristotles, Pithagoras dan rangkaian pemikir-pemikir mereka mempercayai kewujudan Tuhan serta kebangkitan pada hari akhirat walaupun dalam pelbagai versi kepercayaan.\n\nMalah disebut oleh ahli Sejarah tentang perjalanan Pithagoras, seorang ahli matematik Yunani yang mengakui peranan Hermes dan para Rasul dalam matematik Yunani. Pengembaraan beliau ke timur termasuk Lembah Tigris, Parsi dan India untuk mempelajari ilmu matematik dan falsafah telah mempertemukan Pithagoras dengan pengikut-pengikut para nabi, dan dipercayai juga berlaku pertemuannya bersama murid Nabi Daud a.s (King David) dan murid Nabi Sulaiman a.s (Solomon) di Syam. Yang akhirnya diadun pemikirannya dan penemuannya dalam teori aritmetiknya yang kemudian dikembangkan oleh Tamadun Arab.\n\nMaka, sihir yang didakwa itu, dipercayai bahawa wahyu Allah kepada Nabi Idris a.s. Baginda dianugerahi pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah ilmu tentang pengiraan masa, kalendar dan musim di sekitar Laut Mediterranean, dan kemudiannya ilmu ini dikembangkan di Lembah Nil oleh anak Baginda, Misr bersama seorang lagi nabi seperti yang disebut dalam kitab terdahulu, iaitu nabi Daniel a.s. Hal ini menjadikan Mesir (sempena nama anak Baginda, Misr) muncul sebagai sebuah tamadun yang mempunyai warisan Matematik teragung di dunia. Buku Matematik paling agung dalam sejarah dunia yang bertajuk The Elements, telah ditulis oleh Euklid dalam tamadun Mesir, dan dipercayai merupakan sebahagian daripada warisan para nabi sebelumnya.\n\nIlmu ini terus berkembang ke tamadun-tamadun lain, sehingga melahirkan beberapa nama ahli Matematik agung yang lain.\n\nKesimpulannya, setiap ilmu yang bermanfaat itu datangnya daripada Allah. Malah, fakta ilmu sains dan matematik itu sendiri jelas terkandung dalam beberapa firmanNya.\n\nOleh itu, Allah tekankan dalam al-Quran supaya manusia itu perlu menjadi seperti golongan ulul albab, yang sentiasa berfikir dan berzikir. Dalam erti kata lain, mereka melihat dunia, memikirkan manfaatnya, dan kembalikan pujian kepada Allah dengan memanifestasikan kesyukuran dalam kesungguhan ibadah dan menunaikan tanggungjawabnya dengan baik di dunia.\n\nBerfikir tanpa zikir, ibarat mereka yang hanya mementingkan dunia tanpa memikirkan hak Pencipta.\n\nBerzikir tanpa fikir, ibarat mereka yang hanya semata-mata beribadah, tanpa melihat manfaat dunia kepada akhiratnya. Lalu diabaikan hak keluarga, masyarakat, dan negaranya yang perlu dia tunaikan.\n\nJadilah manusia yang berzikir dan berfikir!\n\nOleh:\n\nNur Asmila Syahmah bt Ahmad Sukri\n\nPelajar postgrad di Institut Mathematical Research (INSPEM), UPM dalam Master Sains Penyelidikan dalam Pendidikan Matematik.\n\n1. Buku Sejarah Aritmetik dan al-Jabar Islam (1995), Mat Rofa Ismail.\n\n2. Buku Matematik Merentas Tamadun (2004), Mat Rofa Ismail.\n\n3. https://arnemancy.com/articles" "Ramai yang merasakan matematik antara subjek yang sukar kerana subjek ini dianggap \u2018kering\u2019, tiada roh dan membosankan. Satu habuk tak faham! Itu sebabnya masih ramai yang tidak menguasai ilmu ini kerana ketakutan yang melanda. Kalau tak, takdela istilah \u201cMathematical Anxiety\u201d(Keresahan Bermatematik) dan \u201cMathemaphobia\u201d dalam ilmu psikologi kan. \n\nKERESAHAN BERMATEMATIK\n\nJika ditinjau kajian-kajian semasa berkenaan masalah utama pelajar Malaysia untuk menguasai ilmu ini adalah kerana satu persepsi telah menguasai pemikiran mereka. Matematik hanyalah bersifat kuantitatif dan tiada erti. Hanya beberapa perkara sahaja yang berguna dalam kehidupan.\n\nTetapi, tahu tak, ilmu matematik muncul kerana nilai dan roh yang terletak padanya.\n\nNILAI MATEMATIK\n\nAik? Macam mana pula tu?\n\nYa. llmu matematik itu bukan hanya bersifat kuantitatif (hanya melibatkan nombor dan pengiraan) tetapi, asas sifatnya ialah kualitatif. Ahli matematik terdahulu menganalisa keadaan sekitar dan diterjemahkan melalui ilmu matematik untuk mendapatkan satu pembuktian nyata. Maka, barulah terhasil teori, formula, konsep, postulat dan sebagainya.\n\nMacam kita lah kan. Bila nak sesuatu, baru kita bina satu strategi atau cara untuk dapatkan benda tu. Tapi, permulaannya mesti sebab keinginan dan pemerhatian kita. Mustahil tiba-tiba pula boleh wujud strategi tu dalam pemikiran kita. Iye dok?\n\nPerkara yang sama juga berlaku pada ilmu Matematik. Ada sebab dan nilai mengapa wujudnya ilmu ini.\n\nCuba kita baca beberapa contoh kat bawah ni.\n\nDan banyak lagi. Jenuh nak tulis semua. Kita kongsi sikit-sikit dulu nak bagi buka minda.\n\nNampak tak bukti bahawa ilmu matematik ni sebenarnya sarat dengan nilai, budaya dan agama. Dan asasnya kerana ingin mencari Sang Pencipta. Tapi, fakta ini hilang bila ilmu ini mula dikembangkan di Eropah.\n\nHILANGNYA NILAI MATEMATIK\n\nPeringkat awal ilmu ini dibawa ke Eropah daripada tamadun Islam oleh Fibonacci sewaktu Eropah baru berkembang daripada Zaman Kegelapan kepada Zaman Pembaharuan Renaissance. Nilai dan budaya masih ada pada ilmu ini sehingga ke era Newton. Tetapi, selepas era Newton, ilmu matematik telah dipisahkan daripada nilai dan agama.\n\nFaktor pertembungan institusi gereja dan perkembangan matematik menyebabkan masyarakat Eropah tidak selesa mengaitkan Matematik dan agama atau ketuhanan. Dan dipercayai, faktor utama menyumbang kepada permasalahan ini ialah kewujudan falsafah Rene Descartes, yang merupakan seorang sarjana matematik Eropah.\n\nBeliau telah membangunkan sistem falsafah mekanisme, yang menghakis nilai-nilai agama dan budaya pada ilmu matematik. Lalu, ilmu Matematik dikembangkan dengan kefahaman bahawa alam ini hanyalah mesin besar yang dipenuhi zarah bergerak bebas dan merdeka daripada kewujudan Tuhan. Yang relevan hanyalah sekadar mematematikkan \u2018mesin\u2019 di hadapan mereka kerana tidak ada kewujudan lain di samping \u2018mesin\u2019 itu.\n\nPERTUKARAN NAMA TOKOH ASAL PENEMUAN ILMU\n\nMaka, sejarah telah diolah. Nilai itu dicantas dan ditempek cerita berkenaan nilai budaya mereka. Nama-nama tokoh digantikan dengan nama mereka. Antaranya,\n\nMalah, pencapaian tamadun India dan Cina turut diubah. Oleh sebab itu, ilmu matematik yang dipelajari kini tiada nilai, kerana yang menulisnya juga adalah yang menolak nilai. Lalu, diolah mengikut kehendak mereka. Mereka juga yang dipandang tinggi akhirnya. Hakikatnya, hampir keseluruhan ilmu hanyalah disalin lalu ditempek nama. Mudah betul kerja.\n\nMATEMATIK UNTUK KENAL ALLAH\n\nJadi semua, kita perlu buka semula minda kita dan fahami nilai serta asas utama ilmu matematik supaya minat kita mekar bak bunga terhadap ilmu ini. Ceh!\n\nIlmu matematik bukan hanya sembarangan ilmu yang tidak penting, tetapi, ilmu inilah yang paling penting sehinggakan ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa ilmu matematik ibu kepada semua ilmu.\n\nPentingnya kita memahami konsep matematik ini bukanlah hanya semata-mata kerana kehendak sistem, tetapi, demi pembentukan diri kita sendiri untuk belajar sampai kepada Sang Pencipta. Barulah kita nampak kepentingan STEM bukan sekadar dalam konteks materialistik, tetapi, mungkin suatu keperluan untuk memenuhi kehendak dan keperluan semasa manusia. Jadi, bila dah faham, pasti lebih ramai golongan cerdik pandai mampu dilahirkan dalam bidang STEM ini.\n\nMalah, dalam kitab-kitab ulama banyak disebut berkenaan Matematik sebagai satu keperluan asas kehidupan. Sehinggakan Imam Syafie\u2019 menyebut bahawa \u201cSesiapa yang mempelajari ilmu matematik, akalnya cemerlang.\u201d\n\nJom kembalikan nilai dan roh pada matematik. Konfem seronok belajar kan!" "Ada satu soalan yang telah lama saya pendam. Saya telah bertanya kepada ramai orang, bahkan saya telah merujuk kepada pakar ilmuan segala benda, Syeikh al-Google, namun persoalan saya masih belum berjawab, sehingga ke hari ini.\n\nJadi, untuk memahami intipati soalan saya, izinkan saya terlebih dahulu memperjelaskan beberapa perkara.\n\nAlam ini dicipta dengan amat unik. Bumi, sebagai contoh, dibina dengan satu sistem pertahanan dari serangan ribut solar, yang kita panggil sebagai medan geomagnet. Medan geomagnet berfungsi sebagai \u201cpelindung\u201d andaikata matahari tiba-tiba mengeluarkan radiasi yang amat besar, jadi ia melindungi manusia di dalamnya dari terkena sinaran radiasi merbahaya.\n\nBumi juga mempunyai air, yang merupakan salah satu pembentuk utama hidupan organik di alam semesta. Bahkan sehingga kini, sekiranya kita meneroka planet-planet lain, perkara utama yang kita akan cari adalah sumber air \u2013 kerana dengan adanya sumber air, kita tahu bahawa kita (hidupan Bumi) boleh hidup di planet tersebut, dan ada kebarangkalian besar bahawa planet tersebut memiliki hidupannya yang tersendiri.\n\nApa yang ingin saya tanyakan bukanlah berkenaan dengan sesuatu yang fizikal, tetapi berkenaan dengan sesuatu yang. matematikal.\n\nTidak seperti medan geomagnet dan air yang melambangkan keunikan Bumi, sebenarnya, dalam bidang Fizik dan Matematik, kita memiliki beberapa angka unik yang lebih misteri asal usulnya. Angka misteri ini saya akan kategorikan kepada dua bahagian: Pemalar Matematikal, dan Pemalar Fizikal. Saya akan berikan beberapa contoh bagi kedua-dua pemalar ini, dan saya akan nyatakan soalan saya di akhir bahagian artikel ini.\n\nPi merupakan satu angka tidak rasional yang terhasil daripada bulatan. Pi dapat dikira sekiranya anda mengambil nisbah ukur lilit (circumference) suatu bulatan penuh (full circle), dan anda bahagi ukur lilit tersebut dengan nilai diameter bulatan tersebut. \n\nFun fact: apa-apa bulatan akan memberi nilai yang sama, yang maksudnya sekiranya anda mengambil satu bulatan sekecil duit syiling kita, dan satu lagi bulatan sebesar saiz Bulan, dan anda cari nisbah antara ukur lilit dan diameter, anda akan mendapat nilai yang sama!\n\nNah, sekarang tidakkah anda berasa sedikit ganjil, bagaimana bulatan kecil dan bulatan besar mampu memberi satu nilai yang serupa?\n\nKita mungkin telah belajar semenjak sekolah menengah bahawa cara untuk mencari nilai x bagi formula quadratik adalah dengan mengambil punca kuasa (root) bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, x2 = 4 boleh dipermudahkan dengan mengambil punca kuasa bagi 4, iaitu +2 dan -2. Ini bererti bahawa x adalah bersamaan dengan 2, atau -2.\n\nSekarang, katakan kita mengubah sedikit struktur soalan. Apakah nilai x bagi persamaan quadratik x2 = -4?\n\nSekiranya anda ada asas yang kukuh dalam matematik, anda pasti sedar bahawa tiada nilai nombor nyata yang mampu menyelesaikan permasalahan tersebut. x = -2? Bukan, sebab -2 \u00d7 -2 adalah 4 (positif), tapi dalam soalan ini kita ada nilai 4 adalah negatif.\n\nJeng jeng jeng.\n\nBagi menyelesaikan permasalahan ini, ahli matematik telah menyelesaikan soalan tersebut dengan memperkenalkan nombor khayalan, i, yang diberi tafsiran . Untuk maklumat lebih berkenaan nombor khayalan, anda boleh tekan link ini.\n\nNombor Euler (e = 2.718.) merupakan antara nombor yang jarang sekali didendangkan di kalangan orang awam. Nombor Euler mula dikaji oleh Jacob Bernoulli apabila beliau mula mengkaji mengenai bunga atau faedah dari Bank (compound interest).\n\nDalam asas perbankan, bunga atau faedah (compounding interest) akan diberikan berdasarkan kepada bagaimana pengiraan faedah dilakukan, sama ada secara tahunan (annually), dua kali setahun (semi-annually), setiap bulan (monthly), setiap minggu (weekly) atau setiap hari (daily). Pengiraan faedah ini dipanggli sebagai n. Menurut Bernoulli, semakin besar nilai n, nilai faedah tidak akan bertambah menjadi infiniti, sebaliknya ia akan menghampiri nilai e, iaitu nilai Nombor Euler (rujuk rajah).\n\nSehingga ke hari ini, nombor Euler adalah amat berguna dalam menerangkan bagaimana sesuatu graf berkembang, terutamanya dalam graf sains yang melibatkan model pertumbuhan penduduk (population growth model).\n\nCahaya merupakan kelajuan yang paling laju dalam alam semesta. Perkara ini merupakan idea asal kepada hasil kerja Albert Einstein dalam hasil kerja Teori Relativiti Khususnya (Special Relativity), dan sekiranya ada apa-apa dapat dibuktikan melebihi kelajuan cahaya, sama ada kita berjaya membuktikan bahawa Einstein salah, atau kita telahpun menemui satu cabang fizik yang belum pernah diteroka.\n\nKelajuan cahaya, menurut definasi fizik, adalah berkadaran dengan 2.99 juta km per saat (tepatnya 299 792 458 m/s). Salah satu keistimewaan laju cahaya ini adalah, kelajuan cahaya merupakan satu bentuk had limitasi kepada konsep causality, satu konsep besar dalam sains yang memberi makna sebab dan akibat (cause and effect).\n\nHal ini adalah kerana menurut relativiti khusus (special relativity), apabila objek bergerak semakin laju, masa akan bergerak semakin perlahan, dan sekiranya objek bergerak pada kadar yang sama dengan kelajuan cahaya, masa akan berhenti.\n\nMengambil hipotesis ini dan meletakkan limitasi pada had laju cahaya, sekiranya apa-apa objek mampu bergerak lebih laju dari cahaya, diteorikan bahawa masa akan bergerak mengundur bagi mereka.\n\nPemalar fizikal kedua ini merujuk kepada nilai 1 cas elektron, yang bersamaan dengan 1.602 \u00d710-19 C. Sekiranya anda tidak mengetahui sifat cas elektron, rasanya cukup sekiranya anda tahu bahawa cas ini bererti bahawa sekiranya anda memiliki satu elektron, maka cas elektrik yang akan anda perolehi adalah bersamaan dengan nilai -1.602 \u00d7 10-19 C.\n\nUntuk mendapatkan cas sebanyak -1 C pula (atau -1 Coulomb), anda memerlukan sebanyak hampir 6 juta juta juta elektron (ya, ada tiga kali juta, ataupun 1018).\n\nCas elektron ini merupakan satu perkara yang penting dalam bidang elektrikal, kerana arus elektrik terhasil akibat daripada pergerakan elektron yang menghasilkan arus. Arus elektrik yang terhasil (electrical current) kemudian akan digunakan untuk membuat kerja dan digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik.\n\nCuba teka pemalar graviti ni nilainya berapa? 10 m/s2, 9.8 m/s2, atau 9.81 m/s2? Jawapannya, kesemua angka yang diberikan tadi adalah salah. Nilai sebenar bagi pemalar graviti adalah 6.67 \u00d7 10-11 m3/kgs.\n\n\u201cHaaa? Tapi, tapi bang, cikgu saya cakap nilai dia 9.8 m/s2 bang.\u201d\n\nHa meh abang betulkan balik persepsi tersebut. 9.8 m/s2 atau nilai yang berkadaran sama dengan itu sebenarnya adalah nilai yang dipanggil tarikan graviti Bumi (Earth\u2019s Gravitational Acceleration), dan bukan nilai bagi pemalar Bumi. Ia dipanggil tarikan graviti Bumi atas beberapa faktor, iaitu pertama, nilai tersebut hanya berfungsi di permukaan planet Bumi, dan ia akan berubah andaikata kita berada di planet lain, atau Bulan, sebagai contoh.\n\nKedua, ia dipanggil tarikan graviti, kerana ia merupakan satu bentuk kadar tarikan hanya di atas permukaan muka Bumi. Nah sekarang bayangkan kalau anda berada di bahagian dalam Bumi (bukan dekat permukaan Bumi lagi), maka anda tidak boleh menggunakan nilai 9.8 m/s2 atau seumpamanya lagi.\n\nNilai Pemalar Graviti yang sebenar adalah 6.67 \u00d7 10-11 m3/kgs, dan nilai ini pertama sekali dikaji oleh Bapa Graviti Klasikal, iaitu Sir Isaac Newton.\n\nSewaktu Newton sedang mengkaji graviti, Newton berjaya menghasilkan rumus graviti yang melibatkan daya, jarak dan jasad sesuatu objek. Nilai 9.8 m/s2 juga sebenarnya diambil berdasarkan kepada hasil kerja Newton, dengan mengkhususkan salah satu objek dalam persamaan tersebut dengan Bumi (berat Bumi dan ukur jarak jejari Bumi).\n\nSekarang, berbalik kepada soalan asal artikel ini tadi, kita telah diperkenalkan kepada beberapa nilai pemalar dalam matematik dan fizik. Menurut sains, sekiranya salah satu dari nilai pemalar ini berubah, sebagai contoh nilai pi berubah dari 3.1412 menjadi 3, sebagai contoh, atau nilai pemalar graviti berubah, dari 6.67 \u00d7 10-11 m3/kgs menjadi 1 m3/kgs sebagai contoh, maka alam kita akan berubah sepenuhnya, dan tidak akan menjadi alam yang kita kenali hari ini. Bahkan ada juga saintis yang lebih pesimistik yang mengatakan bahawa sekiranya nilai tersebut berubah, alam tidak mungkin terjadi!\n\nDalam konsep fizik, hal ini adalah apa yang dikenali sebagai Fine-Tuning Argument, yang mana saintis mempercayai bahawa dalam prospek konsep Hipotesis Pelbagai Alam (Multiverse/Many World Hypothesis), kita menjadi alam yang mampu dicerap atas asbab alam ini telah dilampaskan (fine-tuned) untuk menghasilkan alam ini.\n\n(Anda boleh baca artikel \u201cJika satu nombor ini berubah, maka alam semesta akan berlainan sepenuhnya!\u201d yang membincangkan mengenai pemalar dengan lebih lagi)\n\nJadi sekarang soalan saya, kenapa kesemua nilai-nilai pemalar ini, memiliki nilai yang mereka ada sekarang?\n\nSehingga ke hari ini, tiada siapa pun yang ada jawapan yang kukuh untuk menjawab persoalan tersebut. Paul Dirac, salah seorang pemenang hadiah Novel Fizik, telah bertanyakan soalan tersebut dalam majalah sains Nature, dan sehingga ke hari ini, saintis masih menggaru kepala mencari \u201cpunca\u201d kenapa pemalar ini mampu terhasil. Antara usaha mereka sehingga ke hari ini adalah dengan sentiasa menyemak, adakah pemalar fizikal dan matematikal ini sentiasa malar (is it always constant under all conditions?).\n\nBagi kita pula sebagai umat Islam, selain mengambil perkara ini sebagai \u201cAllah takdirkan ia terjadi begitu\u201d, kita juga disuruh untuk berfikir, sepertimana suruhan dalam al Quran supaya kita sentiasa menjadi kaum yang berfikir.\n\nDan Dia telah menundukan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) dari padanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar terdapat tanda tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir. (Al-Quran Surah Al-Jathiyah: 13)" "Menurut Sun Tzu dalam karyanya, The Art of War, salah satu faktor utama untuk memenangi sesebuah peperangan adalah dengan mengetahui kekuatan diri sendiri dan kekuatan lawan. Perkara ini turut dibuktikan oleh Rasulullah S.A.W dalam peperangan Badar.\n\nSecara amnya, kita mengetahui bahawa faktor utama kemenangan umat Islam dalam peperangan Badar adalah disebabkan oleh bantuan Allah s.w.t.. Tetapi, usaha dan strategi umat Islam ketika itu juga antara faktor kemenangan dalam peperangan ini. \u00a0\n\nEh jap. Perang Badar yang mana ek?\n\nJom kita ingat semula secara ringkas kisah perang Badar Kubra yang dianggap sebagai satu peperangan yang agung dalam sejarah Islam. Sebab utama berlakunya peperangan ini kerana umat Islam ingin menawan kafilah perniagaan Quraisy yang tiba dari Syam di bawah kelolaan Abu Sufyan. Hal ini bagi merampas apa yang dibawa bagi menggantikan sebahagian harta umat Islam yang ditinggalkan di Kota Makkah sebelum itu. Peperangan ini terkandung kisah mukjizat yang mengkagumkan kerana pertolongan Allah dihantar bersama 1000 Malaikat (boleh rujuk Surah al-Anfal ayat 9 dan ayat 10), untuk memberi ketenangan ke dalam hati umat Islam supaya semangat berjihad di jalan Allah terus berkobar-kobar biarpun dari aspek kuantiti tentera dan persiapan peralatan tentera muslimin sudah kalah pada awalnya.\n\nSebelum bantuan ini datang, pelbagai strategi telah dibina oleh Baginda Rasulullah S.A.W.. Dan yang nak difokuskan dalam penulisan ini adalah bagaimana konsep Matematik telah diaplikasikan oleh Baginda S.A.W dalam memperkukuhkan lagi strategi peperangan ketika itu.\n\nBerbalik kepada teori peperangan Sun Tzu seperti yang sudah dinyatakan di atas, di sinilah kebijaksanaan Baginda Rasulullah S.A.W mengaplikasikan konsep matematik bagi merisik kekuatan tentera Musyrikin.\n\nKONSEP PERTAMA\n\nDalam kitab Al Sirah al Nabawiyah yang dikarang oleh Ibnu Hisyam, beliau menceritakan bahawa sebelum berlakunya kemuncak peperangan Badar, Rasulullah S.A.W telah mengutus Zubair bin Awwam dan Sa\u2019ad bin Abi Waqqash untuk mengintip musyrikin Quraisy. Ketika menjalankan misi itu, mereka telah berjaya menangkap dua orang daripada pasukan Quraisy, lalu di bawa ke markas tentera Islam.\n\nRasulullah S.A.W terus meminta kedua-duanya menceritakan perihal tentera musyrikin. Lalu, mereka memberitahu keberadaan tentera musyrikin di balik bukit pasir yang dilihat di pinggiran paling jauh.\n\nKemudian, Baginda S.A.W bertanyakan mengenai jumlah tentera musyrikin dan kekuatan mereka. Namun, tidak dijawab dengan tepat oleh kedua-duanya. Maka, Rasulullah mencari satu kaedah bagi mendapatkan anggaran yang tepat tentang jumlah bilangan tentera musyrikin.\n\nLalu, Baginda S.A.W bertanyakan mengenai jumlah ekor unta yang disembelih setiap hari. Maka, djawab oleh kedua-duanya, \u201cKadang-kadang sehari sembilan ekor, kadang-kadang sepuluh ekor.\u201d\n\nDari jawapan tersebut, Rasulullah S.A.W terus menganggarkan bahawa anggaran tentera musyrikin adalah antara 900 hingga 1000 orang.\n\nKenapa sebegitu ya?\n\nSecara logiknya, seekor unta dianggarkan boleh dimakan oleh seratus orang. Jadi, bagi menyelesaikan permasalahan di atas :-\n\n1 unta : 100 orang ;\n\n9 unta : 900 orang & 10 unta : 1000 orang\n\nMaka, anggaran yang terhasil adalah 900 ke 1000 orang tentera. Dan ternyata anggaran itu adalah tepat!\n\nKONSEP KEDUA\n\nSoalan ketiga yang ditanya oleh Baginda S.A.W kepada kedua-dua musyrikin Quraisy yang ditangkap adalah berkenaan siapa tokoh musyrikin yang bersama mereka. Lalu, dijawab kedua-duanya semua nama tokoh mereka.\n\nBagi kita, mungkin itu hanya sekadar nama. Tetapi, tidak pada Baginda S.A.W. Itu merupakan maklumat penting untuk Baginda mengira dengan tepat tentang kekuatan tentera Islam. Baginda perlu membuat perbandingan kekuatan bagi memutuskan siapa dalam kalangan tentera Islam yang mampu menandingi pihak musuh apabila bermulanya perlawanan satu lawan satu.\n\nMaka, apabila bermulanya peperangan, di saat perlawanan satu lawan satu, majulah tiga orang ahli perang tentera Quraisy. Mereka ialah Utbah bin Rabi\u2019ah, Syaibah bin Rabi\u2019ah dan Al-Walid bin Utbah. Manakala, di pihak tentera Islam, pada mulanya akan dikeluarkan pemuda Ansar. Tetapi, tidak dipersetujui oleh tentera musyrikin kerana dianggap tidak sekufu. Lalu, daripada perkiraan matematik Baginda Rasulullah S.A.W, dikirimlah Ubaidah, Hamzah dan Ali\u00a0 bagi mewakili tentera Islam. Dan ternyata perkiraan Rasulullah S.A.W itu benar apabila ketiga-tiga sahabat telah memenangi pertarungan itu.\n\nJadi di mana terletaknya konsep matematik tu?\n\nKonsep tersebut terletak pada hitungan Rasulullah S.A.W mengenai ketangkasan para sahabat bermain pedang, kelincahan dalam pergerakan, dan kekuatan menghunus pedang. Dan daripada hitungan ini, Baginda S.A.W menisbahkan kepada kekuatan tokoh tentera musyrikin berdasarkan nama yang telah disebut tadi. Saat tiga orang tentera musyrikin mara ke pertarungan, Baginda S.A.W telah memutuskan dengan tepat, siapa yang akan mewakili tentera Islam berdasarkan anggaran awal yang telah dibuat.\n\nSirah ini telah memperlihatkan kepada kita betapa bergunanya konsep matematik bagi memenangkan tentera Islam dalam peperangan yang begitu penting sekali dalam sejarah peradaban Islam. Tanpa diketepikan faktor utama kemenangan adalah daripada Allah S.W.T.. Dan sesungguhnya, ilmu ini juga antara bentuk bantuan Allah melalui kecerdikan Baginda Rasulullah S.A.W untuk mencapai kemenangan ini.\n\nTapi, apa fungsi kita tahu kisah ini?\n\nFungsi utama kita perlu tahu kisah ini supaya kita sedar, kita sedang berperang dengan benda yang salah.\n\nBerperang dengan apa?\n\nBerperang dengan matematik lah. Hakikatnya, matematik ni perlu dibuat kawan dan bukannya lawan.\n\nFungsi utamanya adalah supaya kita tahu bahawa hakikatnya ilmu matematik ini sangat diperlukan dalam kehidupan dan telah digunakan awal lagi ketika zaman para Nabi. Dan mungkin ketika itu tiada istilah jelas mengenai nama ilmu tersebut, tetapi, telah lahir secara tidak langsung dalam pemikiran manusia yang waras.\n\nTapi, masalahnya, bukan kita guna semua yang belajar kat sekolah dengan universiti pun. Certain je yang guna.\n\nHaa. Untuk penerangan ni, korang boleh toleh balik ke artikel ni ek :\n\nNak tinggal korang dengan satu kata-kata Archimedes :\n\n\u201cMathematics reveals its secrets only to those who approach it with pure love, for its own beauty.\u201d" "Konjektur Collatz: Mudah Difahami, Sukar dibuktikan\n\nJom kita main satu permainan. Cara permainannya mudah sahaja:\n\nSebagai contoh, kita pilih nombor 12 .\n\nJika kita teruskan proses ini, 4 akan menjadi 2 kemudiannya menjadi 1 dan ia akan berulang pada 4, 2, 1 dan seterusnya. Ini bermaksud permainan ini akan tamat pada nombor 1 .\n\nMaka\n\nBermaksud 12 akan menjadi kepada 1 \n\n\nOk, apa kata kita cuba nombor lain pula. Katakan kita pilih nombor 7 .\n\nJika kita buat proses jujukan tadi, kita akan dapat hasil seperti berikut:\n\nJadi 7 pun akan menjadi 1 .\n\nAnda boleh pilih apa-apa nombor, dan cuba buat proses ini, pasti akhirnya nombor tersebut akan menumpu menjadi 1.\n\nMasalah ini dikenali sebagai Konjektur Collatz (Collatz Conjecture) ataupun Terkaan Collatz.\n\nKonjektur Collatz (Terkaan Collatz)\n\nPenyataan Masalah\n\nJika \boldsymbol{n} adalah positif integer, nombor berikutnya diperolehi melalui proses berikut:\n\nProses ini diulang sehingga mencapai 1.\n\nTerkaan Collatz (Konjektur)\n\nBagi sebarang integer positif \boldsymbol{n} yang dipilih, semuanya akan menjadi 1.\n\nPersoalannya, benarkah SEMUA nombor yang dipilih akan menjadi 1?\n\nSebelum kita pergi lebih jauh, kita berkenalan dulu dengan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan masalah ini, iaitu Lothar Collatz\n\nLothar Collatz\n\nLothar Collatz adalah seorang ahli matematik Jerman. Beliau lahir pada 6 Julai 1910 di Arnsberg, Westphalia.\n\nNama Konjektur Collatz diambil sempena nama beliau, apabila beliau memperkenalkan masalah ini pada tahun 1937, dua tahun selepas beliau menerima kedoktoran.\n\nMasalah yang belum dapat diselesaikan\n\n\u201cAdakah SEMUA nombor integer positif yang melalui proses jujukan Collatz ini akan menjadi 1\u2033\n\nMasalah ini adalah masih belum dapat dibuktikan sehingga hari ini. Walaupun ahli matematik telah mencuba jujukan ini kepada nombor sebesar 500 digit dan memang nombor-nombor tersebut menjadi 1. Tetapi wujudkah nombor yang tidak akan menjadi 1?\n\nKonjektur Collatz adalah satu masalah yang disifatkan oleh ahli matematik sebagai masalah matematik yang paling susah untuk dibuktikan. Semua berpendapat, pengetahuan sedia ada tentang matematik masih belum cukup untuk membuktikan konjektur ini.\n\nAda yang berpendapat, Konjektur ini tidak akan diselesaikan di zaman ini kerana kita masih belum bersedia.\n\nWalaupun Konjektur Collatz ini susah untuk dibuktikan, tetapi untuk memahami masalah ini tidaklah terlalu sukar. Jadi Collatz adalah masalah yang mudah difahami, tetapi sangat susah untuk dibuktikan.\n\nPokok Collatz (Collatz Tree)\n\nAntara teknik yang biasa digunakan oleh ahli matematik untuk membuktikan suatu terkaan adalah dengan mengenalpasti corak (pattern) sesuatu masalah. Adakah masalah tersebut mempunyai suatu corak yang berulang-ulang? Jika ya, mungkin pembuktian boleh dihasilkan daripada corak tersebut.\n\nJadi, dalam usaha ahli matematik menyelesaikan masalah ini melalui corak, maka terhasillah apa yang dikenali sebagai pokok Collatz. Pokok Collatz adalah sebuah graf yang menunjukkan laluan untuk \u2018setiap\u2019 nombor sebelum ia menjadi 1. Ada nombor yang laluan singkat sebelum menjadi 1 dan ada yang panjang. Sebagaimana contoh di atas, nombor 12 hanya memerlukan 10 langkah sebelum menjadi 1, tapi bagi nombor 7, ia memerlukan 17 langkah sebelum menjadi 1.\n\nJika diperhatikan, laluan bagi 7 dan 12 akan menjadi 10 dan seterusnya proses akan menjadi 1. (gunakan mode lanscape untuk paparan penuh)\n\nMaka laluan bagi 7 boleh di sambung pada laluan 12 kerana kedua-duanya akan menjadi 10 dan seterusnya menjadi 1. Ini membentuk pokok Collatz. (gunakan mode lanscape untuk paparan penuh)\n\nKemudian, anda boleh menyambung pokok ini dengan laluan-laluan bagi nombor yang lain dan anda akan dapati banyak laluan-laluan yang boleh disambung. Ini adalah contoh pokok Collatz yang dihasilkan, anda juga boleh hasilkan pokok Collatz anda sendiri.\n\nHampir dibuktikan\n\nPada tahun 2019, seorang ahli matematik terkenal yang juga pemenang Field Medals 2006, Terence Tao telah menerbitkan \u2018bukti\u2019 bahawa Konjektur Collatz adalah benar bagi \u2018kebanyakan\u2019 nombor (pautan pembuktian beliau). Walaupun pembuktian beliau bukanlah pembuktian yang menyeluruh, tapi ia adalah satu pencapaian yang besar dalam masalah Konjektur Collatz.\n\nWalaupun Konjektur Collatz merupakan masalah popular dalam bidang matematik, namun pembuktiannya tidak mempunyai aplikasi. Namun begitu, banyak penerokaan baharu yang wujud disebabkan oleh Konjektur Collatz ini. Mungkin tidak berguna walaupun dibuktikan, tetapi perjalan membuktikannya membuka ruang kepada terbinanya idea baharu matematik.\n\nJadi, kalau tak ada apa-apa nak dibuat dimasa lapang, bolehlah cuba buat pokok Collatz. Mana tahu, tiba-tiba dapat ilham untuk selesaikannya. Boleh penulis tumpang bangga.\n\nVideo Penerangan Tentang Konjektur Collatz\n\nRujukan:" "Semua manusia tercipta dengan latar belakang, pengalaman dan intuisi berbeza. Tidak hairanlah apabila variasi pandangan dan pendapat itu berlaku. Dan perkara ini merupakan satu perkara yang baik kerana satu kelompok itu dapat membantu membuka satu dimensi pemikiran yang baru kepada kelompok yang lainnya.\n\nDalam konteks negara kita sekarang yang dihujani pelbagai isu, terlalu ramai netizen-netizen yang berani dan lantang melontarkan hujah serta pendapat masing-masing. Sehinggakan aktiviti kecam-mengecam turut berlaku dengan jayanya. Al-maklumlah fasa PKP kan. Inilah masanya untuk memanfaatkan penggunaan media sosial dengan baik.\n\nHabis tu, salah ke? (soalan tak puas hati)\n\nUish. Tak salah. Silakan selagi mana boleh membuka mata manusia-manusia lain dengan lebih luas, dan selagi mana tidak melebihi batas syariat.\n\nSebab itu juga wujudnya penulisan ini. Saya nak dedahkan satu konsep matematik untuk kita jadi lebih bijak dalam membuat sebarang kecaman, komen dan menghukum sesuatu isu. (Angkat kening)\n\nBukan main tajuk kali ini. Serius arr nak kecam pun, guna konsep matematik?\u00a0\n\nYa serius!\u00a0 Jom kita lihat buktinya.\n\nPENAAKULAN LOGIK\n\nKonsep yang dimaksudkan ialah penaakulan logik. Kalau bahasa omputihnya, kita sebut Logical Reasoning. Kita belajar waktu tingkatan 4. Haa, ingat tak? Bagi yang dah lama belajar,mesti terimbau kenangan manis dengan tajuk ni kan. Rasa senang sangat nak score. Betul ke? (Angkat kening)\n\nLogik ni apa?\n\nLogik ini sebenarnya perkataan lain bagi mantik. Dan mantik ini merupakan satu cabang dalam matematik kerana peranannya yang utama bagi memastikan kesahihan pembuktian dalam setiap kajian.\n\nPada akhir 1980-an, mantik telah dijadikan satu tajuk dalam matematik KBSM selepas kesedaran dalam kalangan penggubal kurikulum terhadap peri pentingnya ilmu mantik dalam aliran sains dan teknologi kini, terutamanya bidang matematik dan komputer. Hal ini bagi membuka fikiran dan minda pelajar supaya lebih kritis, rasional, bersistem dan analitis. Maka, terciptalah satu topik yang dipanggil logik dalam sistem pembelajaran sehingga kini.\n\nPemikiran logik adalah satu cara fikir untuk mencari jawapan atau membuat keputusan kepada suatu permasalahan. Terdapat enam konsep asas dalam pemikiran logik. Antaranya ialah konsep andaian, premis, konsep pernyataan umum, konsep pernyataaan khas, konsep kelayakan dan konsep menyangkal. Ilmu ini turut menjadi konsep asas kepada ilmu tauhid dan ilmu agama yang lain bagi menetapkan sesuatu hukum.\n\nSeperti yang dinyatakan oleh Prof. Mat Rofa Ismail (2013), sebuah hadis riwayat Ath-Thabrani ada menyatakan bahawa \u201cBanyak bicara, maka banyak salahnya, banyak salah, maka banyak dosanya, banyak dosa, maka tempatnya di neraka.\u201d Dengan menggunakan kaedah transitif dalam ilmu logik, hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, apabila kita banyak bicara, maka, kesimpulannya tempat kita di neraka.\n\nDi bawah konsep ini, terdapat pelbagai kaedah yang dapat diaplikasikan dalam membuat sesuatu penghujahan. Tetapi, untuk penulisan kali ini, saya kemukakan dua kaedah penting dalam penaakulan logik yang sesuai dengan konteks semasa masyarakat kita, iaitu kaedah implikasi dan kaedah induksi.\n\nKaedah Implikasi\n\nSecara tulisan logiknya,\n\np ialah antejadian/ hipotesis,\u00a0\n\nq ialah akibat.\n\nDalam kaedah ini, satu pernyataan asal akan menghasilkan tiga keadaan bersyarat, yang disebut dengan istilah akas, songsangan dan kontrapositif. Secara matematiknya, sekiranya pernyataan itu betul, maka ayat kontrapositif juga akan betul. Manakala, sekiranya ayat akas itu betul, maka ayat songsangan juga betul. Tetapi, perlu kepada satu pembuktian. Sebagai asas untuk penggunaan kaedah ini :\n\nPernyataan : Jika p, maka q.\n\nAkas : Jika q, maka p.\n\nSongsangan : Jika bukan p, maka bukan q.\n\nKontrapositif : Jika bukan q, maka bukan p. Untuk lebih memahami aplikasikannya, kita cuba uji dalam satu contoh kes. Kesnya berbunyi begini :\n\n\u201c Oyen telah didakwa melakukan satu perbuatan yang tidak senonoh ke atas Comot. Maka, tuan Comot telah membuat laporan ke atas salah laku Oyen. Maka, Oyen telah direman bagi membantu siasatan.\u201d\n\nMaka, daripada fakta kes ini, kaedah implikasi akan membantu menerangkan andaian-andaian yang mungkin berlaku.\u00a0 \u00a0\n\nPernyataan : Jika Oyen melakukan perbuatan tidak senonoh itu, maka dia didapati bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman.\n\nAkas : Jika Oyen didapati bersalah dan perlu dijatuhkan hukuman, maka, dia melakukan perbuatan itu.\n\nSongsangan : Jika Oyen tidak melakukan perbuatan itu, maka dia didapati tidak bersalah dan tidak perlu dijatuhkan hukuman.\n\nKontrapositif\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 : Jika Oyen tidak didapati bersalah dan tidak dijatuhkan hukuman, maka, dia\n\ntidak melakukan perbuatan itu.\n\nLangkah seterusnya ialah kita perlu menguji kebenaran tiga kenyataan bersyarat yang telah dinyatakan, barulah hukuman itu dapat dijatuhkan dengan adil.\n\nBagaimana ingin dinilai kebenarannya?\n\nKalau rajin, boleh cuba buat pengiraan di bawah ini.\n\nTeori Bayes/ Bayes Theorem\n\nTeori ini antara kaedah untuk mendapatkan solusi dan tekaan kebarangkalian yang berlaku dalam sesuatu jenayah. Antara item yang diperlukan dalam pengiraan ini ialah kebarangkalian masa dan tempat berlaku, nama penjenayah, dan\u00a0 kenalan penjenayah. Berikut antara model sistem yang digunakan dalam teori ini :\n\nDan di bawah ni, saya tempek terus gambar formulanya.\n\nFuh! Dahsyatkan. Macam mana nak kira ni? Maklumat pun tak cukup.\n\nJawapannya, tidak perlu kira. Biar mereka yang berautoriti sahaja bergerak untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dan membuat pengiraan ini. Kita tak perlu pening-pening kepala.\n\nJadi, apa tindakan kita?\n\nKita doakan supaya urusan pihak berautoriti dipermudahkan dan kebenaran segera dibentangkan. Baik Oyen, mahupun Comot, bukti kukuh diperlukan untuk menentukan pihak yang teraniaya supaya penjenayah sebenar diheret ke muka pengadilan.\n\nKaedah Induksi\n\nKaedah ini menghasilkan hujah induktif, iaitu satu kesimpulan umum yang dibuat daripada kes-kes khusus. Sebelum kesimpulan itu dibuat, kita perlu hadirkan dahulu premis-premisnya.\n\nMari kita lihat contoh kes ini:\n\n\u201cOyen dan Yoyo dikatakan melakukan perbuatan sumbang. Malah, kedua-duanya mempunyai bulu di badan yang berwarna oren.\u201d\n\nEh, bulu? Kucing rupanya.\n\nPremis pertama :\u00a0\u00a0\u00a0 Oyen didakwa melakukan perbuatan sumbang.\n\nPremis kedua :\u00a0\u00a0\u00a0 Yoyo didakwa melakukan perbuatan sumbang.\n\nKesimpulan :\u00a0\u00a0\u00a0 Semua kucing yang berbulu oren didakwa melakukan perbuatan sumbang.\n\nTetapi, adakah kesimpulan ini benar?\n\nDalam konsep taakulan logik, satu perkara yang perlu diketahui ialah kesimpulan hujah induktif tidak semestinya benar kerana hujah ini boleh dipengaruhi intuisi dan pengalaman sebelum. Premis atau kesimpulan yang dihadirkan boleh dipertikaikan kebenarannya selagi mana tiada satu bukti atau hujah kukuh yang membenarkan kesimpulan tersebut.\n\nMaka, dalam isu ini, seseorang itu lebih memegang kepada kepercayaan dan pengalamannya, berbanding hujah manusia lain. Ini juga diterangkan oleh falsafah Falibilism, iaitu satu prinsip manusia yang mungkin salah berdasarkan kepercayaan, sangkaan dan kefahamannya, tetapi, masih dianggap betul selagimana tiada bukti kukuh lain yang dikemukakan.\n\nKESIMPULAN\n\nSecara kesimpulannya, dua kaedah ini saya dedahkan kepada anda bagi memperjelaskan kaedah matematik yang rasional dalam menyedarkan manusia berkenaan pentingnya kebenaran sesuatu perkara untuk mendapatkan satu kesimpulan yang jelas. Hal ini kerana hakikat logik dalam matematik hanyalah untuk mencari kebenaran dan perlukan kepada pembuktian jelas sebelum menjatuhkan hukuman ke atas sesuatu perkara atau peristiwa.\n\nBerdasarkan pembuktian kaedah yang pertama, ilmu ini mengajar kita supaya bersikap rasional dalam membuat andaian dan tidak menjatuhkan hukuman selagi mana belum dikemukakan satu bukti yang kukuh.\n\nManakala, berdasarkan pembuktian kaedah yang kedua, ilmu ini mengajar kita bahawa sifat manusia ini mudah membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman-pengalaman dan kes-kes khusus yang pernah dialaminya, walaupun firasat dan rasanya itu mungkin salah.\n\nOleh yang demikian, dalam konteks bersuara dan mengecam di media sosial, jadikanlah konsep ini sebagai asas untuk membuat satu kesimpulan dan menjatuhkan hukuman. Sebelum dikemukakan bukti yang jelas, usahlah berlebihan dalam menyalahkan, dan usahlah berlebihan dalam mempertahankan. Cukuplah berbicara sekadar untuk memahamkan masyarakat dan mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Bimbang sekiranya hasil siasatan membuktikan sebaliknya dengan tanggapan dan tindakan kita, maka, kita termasuk dalam golongan yang menyebarkan fitnah dan yang merugikan.\n\nDan yang paling penting, jagalah perilaku dan akhlak dengan sebaiknya. Setiap manusia membawa identiti dan nama yang perlu dijaga. Janganlah hanya kerana kekhilafan dan ketamakan kita, habis semua manusia yang bersama kita terkena tempias yang sama.\n\nInilah yang kita sebut, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga! Kerana Oyen dan Yoyo, merana semua kucing oren di dunia! Kesian Yaya.\n\nYaya mana pula ni? (Garu kepala)\n\nAkhir kalam, sentiasalah beringat pada hadis Rasulullah S.A.W, agar kita sentiasa berwaspada dan tidak tergolong dalam keadaan yang disebutkan.\n\nDaripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; \u201cAkan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)\u201d.\n\nNau\u2019zubillahiminzalik!\n\nRUJUKAN :" "Dalam sejarah pengenalan ilmu falsafah dan Matematik kepada dunia, nama Pithagoras sudah tidak asing lagi dengan sekalian manusia. Tetapi, siapa pula Milo? Apa kaitannya dengan Pithagoras? Yang tahu, minuman malt coklat Milo saja.\n\nTahu tak, nama Milo pada malt coklat tu sebenarnya diambil daripada nama seorang manusia yang kuat dan gagah pada zaman Yunani dahulu. Pada zaman yang sama juga, hidupnya seorang insan yang hebat intelektualnya, iaitu Pithagoras. Maka, di sinilah berlakunya pertemuan dua orang yang menggegar sejarah dunia dengan kisah kehebatan masing-masing.\n\nPERJALANAN KEHIDUPAN PITHAGORAS\n\nPithagoras dilahirkan di Pulau Samos pada sekitar tahun 582 SM dan meninggal dunia pada tahun 507 SM. Beliau merupakan seorang ahli Falsafah Yunani yang mempunyai pemikiran unik dalam falsafah pengajian matematik serta berjaya mempengaruhi generasi yang datang selepasnya. Kisah sebenar kehidupan beliau masih kekal misteri sehingga ke saat ini kerana Pithagoras telah mengamalkan sikap kerahsiaan tentang kehidupan dan kegiatan ilmuwannya. Namun demikian, beberapa kajian telah dibuat berdasarkan kepada beberapa sumber dan bukti yang ditemui oleh ahli sejarawan dan falsafah.\n\nPenulisan ini hanya akan berfokuskan tentang kehidupan dan kegiatan ilmu beliau.\n\nPithagoras dipercayai telah mengembara untuk tujuan ilmu. Beliau telah mengembara dari tempat beliau, menuju ke sekitar Laut Mediterranean. Sepanjang pengembaraannya itu, beliau telah menemui ramai ilmuwan yang pelbagai latar belakang dan kepercayaan. Dalam pengembaraan di sekitar Laut Mediterranean yang dipercayai rantau para nabi, terdapat kajian yang menyatakan bahawa beliau telah bertemu dan berguru dengan sahabat serta pengikut para Nabi. Ketika beliau mengembara ke Parsi, beliau telah bertemu dengan pengikut Zoeraster dan seterusnya bertemu dengan pengikut Khrisna ketika pengembaraannya di India.\n\nBeliau telah memperoleh banyak ilmu Timur sepanjang pengembaraannya yang bercampur baur antara kebenaran dengan mitos. Antaranya ialah, beliau berpendapat bahawa bumi berputar mengelilingi matahari, manakala matahari pula berputar mengelilingi api. Pandangan beliau yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari diperoleh menerusi Rasul dan pandangan ini sudah tentu di luar dugaan insan ketika itu. Manakala, pandangan bahawa matahari mengelilingi api pula mungkin merupakan warisan majusi Parsi.\n\nJika dilihat dalam penulisan-penulisan Pithagoras yang diriwayatkan oleh generasi kemudian, telah dinyatakan bahawa beliau banyak menyebut hubungan beliau dengan ajaran yang bersumberkan wahyu. Dinyatakan juga bahawa teorem matematik serta rumus siri misalnya, adalah salinan daripada pengikut para rasul. Begitu juga teorem Pithagoras dan rajah segi empat ajaib berdimensi tinggi yang mungkin diperoleh menerusi pengikut Hermis di kalangan masyarakat Yunani, yang dipercayai bahawa salah seorang Hermis ialah Nabi Idris A.S..\n\nBerkenaan agama Pithagoras, tiada maklumat yang cukup untuk menyatakan kepercayaannya dengan tepat. Hal ini disebabkan oleh tabii ajaran Pithagoras yang rahsia dan tertutup. Hanya golongan yang terpilih sahaja yang boleh menjadi muridnya. Pithagoras telah mengasaskan Persaudaraan Pithagoras yang melibatkan 600 ahli dengan ikrar dan janji untuk berpegang teguh pada kerahsiaan ajaran, dan sesiapa yang membuka rahsia akan dihukum mati dengan hukuman diselam di dalam air. Terdapat satu kisah dicatatkan bahawa seorang ahli pernah diselam sampai mati kerana membuka rahsia tentang struktur bongkah dodekahedron yang dibina dengan menggunakan 12 bongkah pentagon sekata. Fuh, dahsyat!\n\nApabila mereka berjaya membuktikan teorem Pithagoras, mereka telah merayakan kejayaan itu dengan menyembelih seratus ekor lembu jantan walau pada hakikatnya Pithagoras bukanlah orang pertama yang menggunakan teorem tersebut, tetapi orang China dan Babylon telah mendahului beliau selama seribu tahun awal. Di China, teorem ini dikenali sebagai Gou-gu.\n\nPithagoras menyelidiki rahsia alam untuk menyampaikan dirinya kepada rahsia kebenaran. Alam dicipta oleh Tuhan dalam nisbah yang teratur mengikut kadar dan nisbah yang tepat. Empat unsur utama alam ialah tanah, air, api dan angin yang menggabungkan semua makhluk mengikut nisbah yang telah ditentukan. Andainya nisbah itu diubah, maka pincanglah alam ini. Menurut beliau, nisbah berkaitan dengan nombor. Manakala nombor ialah asas matematik. Matematik ialah asas falsafah dan falsafah pula ialah asas atau tapak mencari kebenaran. Pithagoras telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli falsafah kerana kecintaannya kepada ilmu yang begitu mendalam.\n\nBila yang nak jumpa Milonya?\n\nSabar jap. Jom kita kenal pula dulu siapa Milo.\n\nPERJALANAN KEHIDUPAN MILO\n\nMenurut beberapa catatan sejarah, Milo merupakan seorang penguasa Croton. Croton ialah sebuah bandar kecil yang terletak di Tenggara Itali, yang juga merupakan kawasan tamadun Yunani. Saban tahun, Sukan Olimpik akan dirayakan di Croton. Croton terkenal dengan kejayaannya melahirkan atlet yang hebat dan mendominasi Sukan Olimpik. Milo antara nama yang terbesar kerana telah memenangi Sukan Olimpik sebanyak 6 kali, dan ada yang mengatakan bahawa 12 kali.\n\nTurut tercatat dalam kajian bahawa Milo telah memenangi banyak lagi pertandingan lain yang berprestij, termasuklah 32 kali kemenangan dalam acara gusti.\n\nUntuk membina kekuatan dirinya, Milo telah berlatih dengan cara yang unik, tetapi telah diperlekehkan oleh ramai orang sehinggalah terbukti kekuatan Milo dan terlihat postur badannya yang tegap dengan otot. Setiap hari selama empat tahun, beliau akan mengangkat anak lembu di belakangnya sehinggalah anak lembu tersebut besar. Hari demi hari, beliau menjadi semakin kuat dan gagah. Dan apabila lembu tersebut sudah tersangat besar dan tua, beliau memakan lembu tersebut dan mencari alternatif lain untuk mengasah lagi bakat dan kekuatan beliau.\n\nPERTEMUAN MILO DAN PITHAGORAS\n\nSuatu masa, Pithagoras meninggalkan Samos dan berpindah ke Croton. Di sinilah beliau telah mengasaskan kumpulan beliau dengan pengikut yang ramai bercirikan seperti yang telah disebut di atas. Pithagoras dipercayai telah berkahwin dengan Theano, yang juga merupakan pelajar beliau dan antara yang menempa nama dalam sejarah falsafah dan matematik. Menurut kajian, dipercayai bahawa Milo merupakan salah seorang pengikut beliau.\n\nPertemuan mereka bermula apabila Milo telah menyelamatkan kehidupan Pithagoras daripada ditimpa bumbung yang hampir jatuh mengenai beliau. Malah, ada catatan yang menyatakan bahawa Milo telah berkahwin dengan anak perempuan Pithagoras iaitu Myia.\n\nPada tahun 510 SM, bandar Croton telah diserang oleh musuh dan dipercayai bahawa Pithagoras telah membantu Milo mempertahankan bandar Croton dalam serangan itu sehingga mencapai kemenangan. Kemudian, pada tahun 508 SM, akademi Pithagoras telah diserang dan ramai pengikutnya telah mati. Tetapi, faktor kematian Pithagoras yang sebenar tidak dapat dikenal pasti apabila ada kajian yang menyatakan bahawa kebarangkalian beliau berjaya melarikan diri dan meninggal di Metapontium, dan ada yang menyatakan bahawa beliau membunuh diri selepas serangan yang berlaku sehingga mengakibatkan kematian ramai pengikutnya. Walaupun begitu, pengaruhnya telah berkembang kemudiannya di kalangan dukungan ajarannya yang dikenali sebagai mazhab Pithagoras. Penulisan-penulisan beliau telah disusun kembali oleh ramai penulis, termasuklan Nikomakhus dan Ikhwan al-Safa.\n\nApa yang berlaku pada Milo?\n\nKetika Milo sudah tua, beliau ingin menguji semangat dan kekuatannya. Kemudian, dia terjumpa satu batang pokok yang sumbing ketika melalui sebuah hutan. Lalu, beliau membelahnya dengan menggunakan tangan. Malang tidak berbau apabila tangannya telah terperangkap di batang pokok itu dan beliau tidak dapat melepaskan diri sehinggalah beliau dimakan oleh serigala. \u00a0\n\nGEGAR DUNIA?\n\nSetelah dilihat daripada keseluruhan kisah, mungkin kisah hubungan antara Pithagoras dan Milo tidak begitu signifikan untuk diketengahkan. Tetapi, fakta dan sejarah itu masih relevan untuk diceritakan kerana nilai yang terkandung padanya jika dilihat dalam satu pemerhatian yang lebih luas. Kedua-dua individu ini memberi nilai kekuatan yang berbeza untuk tatapan kita, iaitu kekuatan mental dan kekuatan fizikal.\n\nKehadiran Pithagoras dalam kehidupan Milo dipercayai sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan kejayaan Milo. Tetapi, pengkaji Barat masih menyatakan bahawa Milo tidak berjaya mempelajari kepintaran Pithagoras dengan mendalam apabila kisah kematiannya seperti tidak masuk akal.\n\nKEHEBATAN MILO DAN KISAH KHABIB\n\nWalau bagaimanapun, kehebatan dan kekuatan Milo tidak wajar dipersoal dan direndahkan. Semangat dan kesungguhan beliau membina kekuatan biarpun ditertawakan perlu dicontohi. Kisah beliau yang berlatih dengan seekor anak lembu sehingga menjadi seekor lembu yang begitu besar mengajar kita untuk memahirkan diri pada perkara asas dahulu, dan perlahan-lahan membina kekuatan dan keyakinan diri. Jika difikirkan semula, sejarah ini persis sekali dengan kisah Khabib Nurmagomedov. Sejarah telah berulang dan terbukti melalui kisah kekuatan dan kejayaan beliau yang juga memulakan latihannya sedari kecil dengan seekor anak beruang sehinggalah besar.\n\nNILAI FALSAFAH PITHAGORAS\n\nManakala, kisah kehidupan Pithagoras sangat memberi nilai dan pengajaran yang banyak kepada kita untuk memainkan peranan sebagai hambaNya yang bertaqwa dan penuntut ilmu yang mendambakan Syurga. Pithagoras memerhatikan alam ini sebagai satu temasya yang besar, bagaikan sebuah pentas yang luas. Dengan menggunakan segala keupayaan yang telah dianugerahkan Ilahi, ahli Falsafah memerhati dan merenung secara mendalam bagi memahami dan menganalisa setiap peristiwa yang berlaku. Seperti dalam sebuah lakonan, ahli falsafah tidak melihat dan terpegun dengan pelakon, tetapi, ahli falsafah lebih melihat dan terpegun dengan penulis skrip dan pengarah lakonan tersebut. Menurut Pithagoras lagi,\n\n\u201cAhli falsafah cintakan hikmah untuk menyelidiki rahsia alam semesta ini. Aritmetik ialah ilmu asas untuk menyelidiki rahsia tersebut.\u201d\n\nMalah, tercatat dalam satu kajian tentang kisah pertanyaan Putera Leon mengenai maksud falsafah menurut Pithagoras ketika mereka menghadiri Sukan Olimpik. Lalu, Pithagoras menjelaskan :\n\n\u201cWahai Putera Leon, kehidupan ini bolehlah dibandingkan dengan Sukan Olimpik ini. Ada yang datang untuk kemenangan, ada pula yang datang untuk kemasyhuran nama, tetapi hanya sebahagian kecil daripada mereka yang datang untuk memerhati, mengkaji, memahami apa yang berlaku di sini. Golongan terakhir inilah yang dinamai ahli falsafah.\u201d\n\nKESIMPULAN\n\nSelain daripada mempelajari nilai dan pengajaran, mengetahui fakta dan sejarah juga merupakan satu disiplin ilmu. Hal ini supaya kredit ilmu itu diberikan kepada yang benar dan berhak. Oleh sebab itu, jika dilihat dalam kitab-kitab terdahulu, di bahagian pengenalan sahaja telah dihurai panjang mengenai pengasas sebenar sesuatu ilmu demi mendapat keberkatan dan keredhaan ke atas ilmu yang telah diperoleh. Inilah adab seorang pelajar yang perlu kita contohi dan ketengahkan semula pada zaman ini. Bukan hanya membuta tuli menulis dan berkongsi idea orang lain, lalu diletak nama sendiri tanpa segan-silu. Semoga kita semua menjadi penuntut ilmu yang berhemah dan berhikmah! \n\nRujukan dan Bacaan Lanjut :" "Setiap yang hidup pasti akan mati. Kematian ini pula tidak mengira usia. Ada yang masih bayi sudah dijemput Illahi. Tambah lagilah yang sudah berusia. Jika kita ini seseorang yang penuh perasaan ingin tahu mungkin kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada tubuh badan kita selepas kita mati. Maka penulisan ini secara ringkas cuba selami secara sains apa yang berlaku pada tubuh kita selepas kematian. \n\nTerdapat lima fasa selepas kematian iaitu \n\nFasa Segar\n\nFasa segar merupakan fasa sejurus kematian sehingga tubuh badan mulai mengembung. Beberapa perkara dapat dilihat pada tubuh badan. Semasa masih hidup tubuh badan masih mempunyai peredaran darah. Jantung masih berdegup memaksa darah mengalir ke seluruh tubuh badan. Apabila kematian berlaku, semua fungsi badan terhenti. Termasuklah peredaran darah. Darah yang berhenti bergerak ini mulai jatuh ke bahagian paling bawah disebabkan tarikan graviti. Ini menyebabkan berlakunya perubahan warna pada bahagian bawah badan tersebut. Selalunya perkara ini dapat dilihat 1 jam selepas kematian. Pembentukan penuh perubahan dapat dilihat 3 hingga 4 jam selepas kematian. Perubahan ini terus berlaku sehingga 12 jam dan akan kekal begitu. Bahagian tubuh badan yang terdapat tekanan padanya disebabkan oleh pakaian atau apa-apa tekanan tidak akan menunjukkan perubahan warna pada kulit jika kulit tersebut dibahagian bawah. Perubahan suhu tubuh badan mulai berlaku dan\u00a0 dipengaruhi oleh suhu persekitaran.\n\nDi samping itu, terdapat perubahan kimia yang menyebabkan otot pada tubuh badan menjadi keras. Sejurus selepas kematian, tubuh badan masih mudah dibengkokkan. Ini disebabkan terdapatnya proses penghasilan asid laktik. Pengumpulan asid laktik yang banyak akan menyebabkan keasidan sel bertambah. Ini menyebabkan kekejangan otot pada tubuh badan yang boleh dilihat pada 2 hingga 6 jam pertama dan akan terus berlaku sehingga 12 jam selepas kematian. Kekejangan otot ini bermula pada bahagian otot muka dan merebak ke otot yang lain untuk 4 hingga 6 jam seterusnya. Kekejangan ini akan bertahan sehingga 24 hingga 84 jam. Selepas itu, otot akan kembali ke asal dan tidak lagi kejang. \n\nWalaubagaimanapun, terdapat dua faktor primer yang mempengaruhi keadaan kekejangan tubuh badan ini. Faktor pertama ialah suhu persekitaran. Jika suhu persekitaran rendah potensi kekejangan akan bertambah cepat dan memanjangkan masa kekejangan. Manakala jika suhu yang tinggi akan menyebabkan sebaliknya. Faktor primer kedua adalah keadaan metabolik badan. Sekiranya seseorang itu terlibat dengan aktiviti yang berat, kekejangan tubuh badan akan bertambah cepat.\n\nTerdapat perubahan warna kulit ke arah kehijauan pada bahagian abdomen, lebam dan rekahan pada kulit dan \u201ctache noir\u201d pada mata.\u00a0 Pembentukan warna hijau ini adalah disebabkan oleh pembentukan gas hydrogen sulfide oleh abdomen dan tubuh badan. Gas ini merupakan molekul yang kecil dan senang meresap ke bahagian tubuh badan yang lain. Apabila gas ini bertindakbalas dengan heamoglobin yang terdapat pada sel darah merah, sulfhemoglobin akan terbentuk. Pigment ini akan berubah warna daripada merah\u00a0 menjadi hijau dan akan kelihatan dari dalam salur darah.\n\nManakala \u201ctache noir\u201d pula adalah suatu perubahan pada bahagian mata yang terbuka sewaktu kematian dan tidak ditutup. Mata yang tidak ditutup ini akan menyebabkan bahagian berdekatan kornea yang dipanggil sklera menjadi kering. Keadaan ini mengakibatkan pembentukan warna kekuningan pada bahagian tersebut kemudian terbentuk garis tebal kehitaman.\n\nBeberapa jenis serangga mulai menghampiri kawasan bukaan pada tubuh badan. Bukaan ini termasuklah rongga hidung, telinga, mulut, anus, kemaluan dan luka jika ada. Antara serangga yang datang ini adalah lalat daging (Sarcophagidae) dan langau hijau (Calliphoridae). Lalat betina akan tiba dan meneroka terlebih dahulu tempat-tempat berpotensi untuk bertelur. Antara spesies langau hijau yang terkenal dan mudah didapati di Malaysia ialah Chrysomya megacephala. Satu lagi spesies yang selalunya ada bersama Chrysomya megacephala ialah Chrysomya rufifacies.\n\nLalat betina ini selalunya akan mencari bukaan-bukaan badan dan masuk ke arah dalam sedikit untuk bertelur. Seekor langau hijau boleh bertelur daripada 200 biji telur hingga 300. Walaupun begitu kawasan kesukaan lalat ini adalah tempat atau bukaan pada badan yang disebabkan oleh luka. Telur lalat ini akan menetas menjadi ulat atau larva instar pertamar. Larva ini akan mula memakan luka dan tisu tubuh badan.\n\nBagi kematian yang melibatkan tempat yang lembap dan berair. Bahagian kulit yang dipanggil epidermis mulai terpisah dengan bahagian dalamnya dermis. Keadaan ini menyebabkan kulit mudah dipisahkan dengan tubuh badan. Antara tempat yang boleh berlaku pemisahan ini adalah bahagian kulit tangan. Keadaan ini menyebabkan keadaan tangan seperti memakai sarung tangan.\n\nFasa Kembung\n\nBakteria mempunyai kaitan rapat dengan tubuh badan manusia. Terdapat bakteria yang diluar badan dan bakteria yang di dalam badan. Semasa hidup, tubuh badan mempunyai sistem yang rumit dalam melindungi dirinya daripada diganggu bakteria penyebab penyakit. \n\nSelain itu, terdapat juga bakteria baik yang membantu sistem badan sebagai contoh bakteria yang terdapat di dalam usus besar yang membantu proses pencernaan makanan. Bakteria ini selagi berada di usus besar tidak akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan manusia. Masalahnya, apabila tubuh badan berhenti berfungsi bakteria ini tiada lagi halangan untuk bergerak ke tempat lain di dalam tubuh badan. Di tambah lagi keadaan tubuh badan yang hilang keupayaan mengawal bakteria-bakteria ini menjadikan tubuh badan medium paling bagus untuk pembiakan dan pertumbuhan bakteria.\u00a0 Bakteria-bakteria ini tanpa dikawal akan mencernakan sel-sel dan tisu-tisu tubuh badan. \n\nPercernaan dan pemecahan sel, tisu dan organ tubuh badan banyak berlaku di usus disebabkan kuantiti bakteria yang banyak disitu. Proses tindakbalas bakteria ini menyebabkan penghasilan gas. Gas yang terkumpul menyebabkan bahagian tubuh badan mengembung. Waktu ini, suhu tubuh badan akan lebih tinggi berrbanding suhu sekeliling. Bau ammonia juga sangat kuat. Cecair alkali yang terhasil dari pemecahan sel, tisu dan organ mula mendak ke bawah badan. Disebabkan ini tanah di persekitaran bawah badan berubah menjadi lebih alkali. Pada waktu ini, lalat menjadi sangat tertarik pada tubuh badan yang mengembung.\u00a0\n\nFasa pereputan aktif\n\nProses pereputan aktif ini dapat dilihat jelas apabila pembusukkan tubuh badan mulai berlaku disebabkan pelepasan gas hasil tindakbalas bakteria. Pada waktu ini juga, larva iaitu ulat daripada penetasan telur lalat dewasa mulai memakan bahagian tubuh terutama kulit dengan aktif. Daripada keadaan mengembung tubuh badan mulai mengempis akibat kehilangan gas ke udara. Proses pemakanan oleh larva begitu banyak di dalam dan luar tubuh badan sehingga ada yang jatuh ke tanah.\n\nWaktu ini juga beberapa kumbang mulai bertambah. Di penghujung proses ini, kebanyakkan larva ini akan bertukar menjadi pupa dan mulai bergerak menjauhi tubuh badan dan jatuh ke tanah.\n\nFasa pos pereputan\n\nFasa ini tubuh badan akan tinggal kulit, tulang rawan dan tulang sahaja. Lalat dan larva akan berkurang dan banyak diganti oleh kumbang. Kumbang ini akan terus menjalankan aktiviti memakan apa yang tinggal di tulang. Proses memakan ini melibatkan bahagian daging dan tulang rawan sehingga yang tinggal adalah bahagian tulang.\n\nFasa tulang\n\nFasa ini bermula apabila tubuh badan hanya tinggal tulang dan rambut.\n\nApabila disebut tentang kematian pastinya terngiang-ngiang lagu Selimut Putih. Antara liriknya:\n\n\u201cJasad terbujur di pembaringan\u201d, \u201cTerbujur badan dan kedinginan\u201d.\n\nInilah yang pasti akan berlaku. Kita akan tinggalkan semua yang kita ada di dunia. Yang dibawa amal bakti sepanjang hayat.\n\nMoga Tuhan rahmati, kasihani dan ampuni kita semua. Amin." "Dunia serangga mempunyai seribu satu keunikan yang pastinya mengujakan apabila diketahui. Antara keunikan ini adalah tingkah laku kumbang dalam kehidupan seharian mereka. Sesuatu tingkah laku kumbang ini ditonjolkan selalunya bertujuan untuk proses adaptasi dengan persekitaran dalam memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dan terus ada kelangsungan hidup dari satu generasi ke generasi seterusnya. Disini saya ingin berkongsi sedikit keunikan tingkah laku kumbang untuk bacaan semua.\n\n1. Kumbang Merah Palma\n\nKumbang merah palma boleh dijumpai banyak di kawasan ladang kelapa sawit. Kumbang ini merupakan kumbang perosak banyak jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa, kurma dan pelbagai lagi.\n\nTingkah laku pembiakan jantan boleh dikatakan sangat unik kerana terdapat kes-kes dimana kumbang jantan ini didapati mengawan dengan kumbang betina yang sudah mati. Ditambah pelik lagi bukan seekor mayat kumbang betina yang si jantan mengawan tetapi dua ekor. Kumbang jantan akan menerbalikkan badan kedua-dua betina dan naik ke atasnya. Si jantan akan mengeluarkan zakarnya yang dipanggil aedagus dan memasukkan ke dalam organ pembiakan kumbang betina. Proses ini berlangsung selama 1 minit sebelum bergerak ke kumbang betina yang lagi satu. Selalunya kumbang jantan yang masih muda melakukan tingkah laku ini.\n\nSatu lagi tingkah laku pembiakan yang sangat pelik bagi kumbang merah palm aini adalah terdapatnya \u201cMultiple Male Mounting\u201d yang mana kumbang jantan cuba memasukkan zakarnya ke kumbang jantan yang lain. Ini pastinya menunjukkan ciri homoseksual di kalangan serangga terutama kumbang [1].\n\n2. Kumbang Atlas\n\nKumbang Atlas ini boleh dijumpai di kawasan hutan dan selalunya tinggal di kawasan kayu yang telah mati. Kumbang sendiri merupakan serangga holometabolus yang mengalami metamorfosis lengkap. Maksudnya fasa pramatang serangga sangat berbeza dengan dewasa. Selalunya fasa pramatang serangga mereka berada dalam bentuk ulat atau larva.\n\nLarva kumbang atlas terkenal dengan tingkah laku menakutkan dan kejam terhadap adik beradiknya atau haiwan lain. Larva boleh menggigit menggunakan rahangnya kuat apabila disentuh. Larva ini pastinya tidak tinggal bersendirian, mereka akan menyerang dan lawan adik beradik mereka sendiri sehingga mati. Persaingan dan konflik yang terjadi semua disebabkan untuk mendapatkan penguasaan mutlak ruang dan makanan yang terhad.\n\n3. Kumbang Canthon virens\n\nKumbang Canthon virens dewasa sangat terkenal dengan teknik menangkap mangsa mereka iaitu permaisuri semut Atta. Ada kumbang akan terbang dalam bentuk zigzag dan cuba menangkap belakang permaisuri semut Atta. Cubaan menangkap ini bukan dilakukan oleh seekor kumbang sahaja tetapi beberapa ekor. Apabila kumbang ini berjaya memposisi dirinya di atas badan permaisuri semut Atta terutama bahagian toraks dan dengan cepat kumbang ini memenggal kepala permaisuri semut Atta. Yang menariknya kumbang betina yang melakukan proses memenggal ini [2].\n\nSelepas itu, kumbang jantan yang lain akan menolong untuk memotong bahagian badan permaisuri semut Atta seperti bahagian kaki bagi memudahkan proses mengguling mayat permaisuri semut Atta ke tempat penanaman. Mayat ini akan ditanam berhampiran dengan tempat kumbang betina bertelur supaya apabila telur kumbang menetas, larva akan ada sumber makanan.\n\n4. Kumbang Tahi\n\nKumbang betina dari jenis kumbang tahi sangat terkenal dengan ciri keibuan yang terbaik dan cemerlang dalam dunia serangga disebabkan komitmen mereka membesarkan dan menjaga anak masing-masing. Mereka akan selalu berhampiran, mengasuh dan memberi makan anak-anak mereka sehingga lebih dari 2 bulan. Kumbang ini juga terkenal dengan kekuatan dan keupayaan mereka menarik berat yang 1,140 kali ganda dari berat badan. Najis ini dikatakan boleh sebesar bola tenis.\n\n5. Kumbang Tanah\n\nKumbang tanah merupakan kumbang yang mempunyai sepasang kelenjar pygidial pada bahagian belakang badan yang boleh mengeluarkan bahan kimia dalam bentuk cecair yang mempunyai ciri menyengat. Bau cecair ini seolah-olah bau plastik yang terbakar dan berfungsi untuk menghalau manusia serta pemangsa seperti katak, dan burung. Kumbang ini akan menyembur cecair ini ke arah musuh.\n\nAda beberapa jenis kumbang tanah menghasilkan cecair berasid yang disembur dalam keadaan suhu yang panas. Mereka ini seperti pengebom disebabkan semburan cecair panas ini disembur dengan disertai dengan bunyi \u201cpop\u201d yang kuat. Kumbang tanah jenis ini juga dikenali sebagai kumbang pengebom [3].\n\nDunia serangga terutama kumbang kelihatan begitu ekstrem dan mungkin melampau bagi kita. Dengan adanya tingkah laku seks dengan mayat, homoseksual, dan pembunuhan adik beradik menunjukkan alam haiwan ini mempunyai kepelbagaian tingkah laku yang diluar pemikiran manusia. Pastinya bukanlah sesuatu yang baik hendak didasarkan hujah bahawa jika alam haiwan berperangai sedemikian maka tidak pelik sebenarnya manusia juga berperangai sedemikan.\n\nKita sebagai manusia dikurniakan akal dan pemikiran, ditambah pula moral agama pastinya tidak meletakkan haiwan sebagai penanda aras bagaimana mahu hidup di atas muka bumi Tuhan ini." "Kita sering terdengar tentang gandaan pahala sekiranya mengamalkan sesuatu sunnah, selawat dan zikir. Tetapi, pernah tak kita terfikir sekiranya kita tiada kefahaman logik Matematik, bagaimana kita boleh fahami maksud-maksud hadis Rasulullah S.A.W berkenaan dengan amalan-amalan tersebut?\n\nJurusan Hadis Memerlukan Matematik\n\nMalah, diceritakan oleh Habiburrahman El-Shirazy, seorang sasterawan Indonesia, berkenaan kehidupan beliau yang melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Hadis bahawa kesedaran pentingnya ilmu Matematik telah subur dalam dirinya ketika itu. Beliau menyatakan bahawa Matematik ini tidak terpisah daripada ilmu-ilmu syariat yang termaktub dalam al-Quran dan Hadis. Malah, pemahaman yang baik tentang logik Matematik akan menjadikan seseorang itu seolah-olah memiliki satu \u2018mukjizat\u2019 dalam menyelesaikan kehidupan seharian.\n\nMungkin inilah faktor utama mengapa ilmu ini dianggap satu magik dan sihir. Hmmm.\n\nMatematik Rasulullah Tingkatkan Kualiti Ibadah\n\nBerpandukan wahyu daripada Allah S.W.T dan kurniaan kecerdasan serta ketinggian pemikiran, Rasulullah S.A.W \u00a0telah mendidik para sahabat untuk menjadi lebih produktif dalam urusan harian, tanpa mengetepikan zikrullah kepada Sang Pencipta, tetapi tidak juga dengan menfokuskan kepada zikir dan mengabaikan urusan harian serta tanggungjawab yang lain. Malah, jika ditelusuri sirah-sirah Baginda S.A.W dan para sahabat, kehidupan mereka terlalu padat dengan urusan Negara, masyarakat, dakwah dan keluarga. Terlalu banyak hak yang perlu ditunaikan. Maka, dalam menunaikan hak Allah S.W.T, dengan berpandukan wahyu, logik Matematik telah diajarkan dan digunakan untuk meningkatkan kualiti ibadah manusia seharian.\n\nKisah Juwairiyah\n\nCuba kita renungi satu hadis dan kisah Baginda S.A.W dan isteri Baginda, Juwairiyah binti Al-Harits. Antara hadis masyhur yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.\n\nDaripada Juwairiyah r.a, Nabi S.A.W keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika dia sedang mendirikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian Baginda S.A.W pulang selepas masuknya waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih di tempat solatnya. Baginda bertanya : \u201cEngkau masih lagi dalam keadaan sepertimana aku pergi tadi.\u201d Juwairiyah menjawab : \u201c Ya.\u201d\u00a0 Nabi S.A.W pun bersabda : \u201cSesungguhnya aku telah menyebut empat kalimah sebanyak tiga kali. Seandainya ditimbang kalimah yang aku sebut itu dengan kalimah yang engkau sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut. (Kalimah-kalimah yang aku sebut ialah)\n\n\u201cMaha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengkut redhaNya kepada diriNya, menurut berat arsyNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya.\u201d\n\nDaripada kisah ini, Juwairiyah telah berzikir sedari waktu Subuh sehinggalah waktu Dhuha. Jika dikira jumlahnya, mungkin logiknya sudah mencecah ribuan. Lalu, Baginda S.A.W mengajarkan zikir yang apabila dibaca hanya 3 kali, mampu menyamai jumlah ribuan zikir Juwairiyah.\n\nPenerangan Konsep Matematik\n\nCuba kita jelaskan dalam konteks konsep Matematik yang kita belajar di bangku sekolah.\n\nWAKTU DHUHA = WAKTU SYURUK + 1/3 (WAKTU SYURUK \u2013 WAKTU SUBUH)\n\nSudah tentu hasil waktunya perlu mengikut masa dan tempat. Tetapi, secara puratanya, waktu Dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk. Dan anggaran masa Subuh ke Dhuha, menghampiri 2 jam.\n\nAnggaran 2 jam = 7,200 saat\n\nBerdasarkan anggaran ini, zikir Juwairiyah mungkin mencecah 7,200 kali dengan masa yang diambil hampir 2 jam.\n\nMaka, dengan hanya mengambil masa yang tidak sampai 10 saat, empat kalimah yang diajarkan oleh Baginda S.A.W telah mampu menyeimbangi sebanyak 7,200 zikir Juwairiyah yang memakan masa 2 jam. Dan bayangkan sekiranya masa 2 jam itu, dibacakan empat kalimah tersebut, maka anggaran jumlahnya telah menyamai sebanyak 51,840 kali. Semakin bertambah kuantiti dan kualitinya. \u00a0Subhanallah!\n\nKesimpulan\n\nSecara logiknya, agak sukar bagi kita mengamalkan zikir sebanyak puluhan ribu sehari. Sekiranya capai, Alhamdulillah.\n\nTetapi, dengan logik Matematik canggih yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, tidak mustahil untuk kita capai angka sebesar itu. Malah, tiada alasan lagi untuk kita katakan tiada masa untuk kita berzikir dalam sehari kita bekerja dan mengendalikan kehidupan. Rasulullah S.A.W telah mengajar kepada kita sesuatu yang mudah dan mampu diterima oleh akal setiap umatnya.\n\nHakikatnya, ilmu ini adalah ajaran Allah untuk memudahkan manusia melalui wahyu kepada Rasulullah S.A.W untuk disampaikan kepada umat manusia. Kerana Allah S.W.T Maha Mengetahui tahap setiap hambaNya. Mana mungkin Sang Pencipta tidak mengenal ciptaanNya. Cuma kita yang masih sombong dan bongkak untuk berusaha mengenali Sang Pencipta dengan sebenar-benar kecintaan.\n\nOleh yang demikian, kisah ini antara contoh yang menjelaskan kepada kita bagaimana konsep Matematik menjadi teras oleh Allah untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia sehingga mampu mengimbangi dunia dan akhiratnya.\n\nTapi kan, bila difikir-fikir balik. Adakah Allah yang telah menggunakan ilmu Matematik, atau manusia yang menggunakan ilmu Allah ini lalu diistilahkan dengan ilmu Matematik?\n\nSudah tentulah, manusia yang mengkaji dan mengambil ilmu ini daripada sebahagian ilmu Allah berdasarkan sumber-sumber yang disediakan oleh Allah S.W.T, lalu diistilahkan kepada ilmu Matematik. Malah, istilah tersebut juga adalah ilham daripada Allah kerana tiada satupun di dunia ini terlahir tanpa bantuan daripadaNya. Allahuakbar!\n\nAkhir kata, jom sama-sama kita ambil masa beberapa saat untuk lazimi empat kalimat di atas setiap hari. Lagi lama, lagi bagus. Kalau berjam-jam kita mampu habiskan untuk memenuhi tanggungjawab kepada insan yang tersayang, mengapa tidak hanya beberapa saat untuk memenuhi tanggungjawab kita kepada Dia yang paling layak disayang. Kan?\n\nRUJUKAN/ BACAAN LANJUT :\n\n1. Tuhan Pasti Ahli Matematika, Hadi Susanto\n\n2. https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/12/12/pengiraan-waktu-dhuha-berdasarkan-formula-falak/\n\n3. https://web.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/sahihkah-kelebihan-zikir-seperti-di-dalam-gambarjawapanassalamualaikumzikir-ini-/1967889293238561/?_rdc=1&_rdr\n\n4. https://www.hmetro.com.my/addin/2018/08/373114/pemberat-neraca-amal" "Setiap hari kita makan dan minum. Di Malaysia, acara makan-makan luar (eating out) sudah sebati dalam kehidupan orang kita bahkan boleh dipanggil sebagai budaya kita. Selain untuk memberikan kita tenaga dan nutrisi yang mencukupi untuk badan, ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama kita. Ada yang suka lepak mamak, ada yang dah dibiasakan menjamah di kafe-kafe mahal, dan ada juga beli di gerai-gerai tepi jalan dan lepak di taman. Ada juga yang elakkan diri daripada ikut rakan-rakan, keluarga mahupun rakan sekerja keluar makan kerana ingin diet dan kuruskan badan. Dalam kalangan mereka ini, pasti ada beberapa orang pernah terjumpa gambar di bawah ini.\n\nGambar ini boleh dikatakan betul dan mampu memberi impak kepada orang-orang yang ingin mengurangkan berat badan namun dalam artikel ini, ada beberapa perkara perlu diperbetulkan tentang kalori makanan yang masuk dalam badan, pembakaran kalori badan setiap hari, dan perkaitan antara dua itu. Satu perkara yang harus diketahui semua ialah untuk menambah berat badan (tidak kira dalam bentuk otot atau lemak), seseorang haruslah mengambil kalori (makanan dan minuman) melebihi daripada jumlah yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dan mengekalkan berat badan sekarang, dan untuk mengurangkannya, ambil kalori kurang daripada itu. Sebagai contoh, seorang lelaki berumur 26 tahun berketinggian 169 cm, berat 65 kilogram dan hanya buat sedikit aktiviti fizikal dalam seminggu memerlukan dalam 1900 kcal sehari untuk kekalkan berat badannya. Untuk mengurangkan berat badan, dia haruslah kurangkan kalori sebanyak 250 kalori setiap hari untuk sebulan untuk mengurangkan 1 kilogram berat badan. Gambarajah contoh ada di bawah:\n\nNamun begitu, topik tentang kalori dan fisiologi manusia adalah lebih kompleks daripada itu. Sebagai contoh, badan kita akan menggunakan tenaga dan kalori untuk kita meneruskan hidup tanpa kita sedari. Penggunaan kalori oleh badan kita adalah berdasarkan formula berikut:\n\n% Jumlah penggunaan kalori sehari = [% Kadar dasar metabolik (BMR)] + [% Penghasilan haba bukan aktiviti (NEAT)] + [% Penghasilan haba daripada aktiviti (EAT)] + [% Kesan pembakaran daripada makanan (TEF)].\n\nIni adalah kadar paling standard di mana ini adalah kadar tenaga yang digunakan badan untuk melakukan proses badan untuk hidup seperti pernafasan, pengaliran darah, penghadaman, suhu badan dan sistem imun.\n\nIni termasuklah apapa pergerakan badan dibuat dalam sehari seperti berjalan ke dapur sebab lapar, melompat-lompat untuk menangkap rama-rama di taman, mengangkat barang runcit yang disuruh oleh mak dan juga menaiki tangga sambil termengah-mengah.\n\nSama seperti NEAT, tapi yang dilakukan dengan sengaja untuk kekal aktif seperti bermain badminton, berjogging, mengangkat dumbbell dan juga apapa aktiviti mengeluarkan peluh.\n\nThermic effect of foods (TEF) adalah kadar di mana setiap makanan yang kita makan akan membakar kalori semasa dihadam. Sebagai contoh, badan kita akan membakar lebih banyak kalori semasa menghadam makanan berprotein tinggi berbanding karbohidrat dan lemak. Justeru, makanan berprotein adalah digalakkan untuk diambil untuk kuruskan badan. Untuk lelaki berumur 26 tahun tadi hanya perlu kekalkan pengambilan 1900 kcal sahaja sehari untuk kekalkan berat badan. Jadi apa perkaitan dengan gambar pertama tadi tentang kuih? Sebenarnya tiada kaitan sangat cuma nak bagitahu yang topik kalori ini lebih rumit daripada apa yang kita fahami. Betul, untuk orang yang sangat conscious tentang kalori dan berat badan, mereka harus fahami apa yang dimasukkan dalam badan mereka namun harus diketahui juga, tiada masalah pun makan kuih ketayap, seri muka, cendol, karipap dan bubur pulut hitam (terliur pula) asalkan kekal dalam jumlah kalori yang lebih rendah daripada sepatutnya. Jangan lupa juga aktiviti fizikal, senaman atau bersukan untuk mempercepatkan lagi proses pengurangan berat badan itu, selain menambah jisim otot.\n\nOleh: Naim Sufi\n\nPakar Nutrisi, Graduan University of Leeds" "Ditulis oleh: Hayani Mirza binti Kamaruddin, Lavniah & Marryam Nornabila binti Muhammad\n\nAdakah anda pernah dengar tentang seorang bayi mempunyai 3 genetik dari 2 orang ibu dan seorang ayah? Ya, penemuan baharu lagi aneh ini telah dijumpai di Mexico, Amerika Syarikat. Penemuan ini menjadi berita tergempar di kalangan para saintis di serata dunia. Pelbagai artikel saintifik dan penemuan antara para saintis dilakukan untuk membincangkan mengenai teknik ini.\n\nThree-parents baby ialah hasil persenyawaan genetik dari 2 orang ibu dan seorang ayah. Proses persenyawaan ini menggunakan teknologi memanipulasikan dan penggantian mitokondria yang lebih dikenali sebagai Mitochondrial Replacement Technology (MRT). Untuk menggabungkan genetik dari tiga individu ini, kaedah persenyawaan in vitro (IVF) diguna pakai. Teknik MRT ini juga telah diluluskan di United Kingdom dan ianya dikenali sebagai pemindahan pro-nuklear.\n\nTeknik ini melibatkan persenyawaan antara telur ibu yang mempunyai penyakit DNA mitokondria dan sperma ayah, di mana ianya dikendalikan di dalam makmal. Setelah telur ibu dan sperma ayah disenyawakan, nuklei yang mengandungi data genetik ibu dan ayah akan dikeluarkan. Kemudian, telur ibu kedua yang tidak mempunyai penyakit DNA mitokondria akan dibuang nukleinya, lalu digantikan dengan nuklei yang disenyawakan tadi. Setelah itu, embrio yang telah diubahsuai ini akan dimasukkan ke dalam uterus ibu pertama semula.\n\nTeknik penggantian mitokondria ini bertujuan untuk mengurangkan kesan mutasi terhadap DNA, mengatasi masalah kemandulan di kalangan wanita serta dapat mengelakkan berlakunya penyakit genetik yang berpotensi untuk berlaku dalam keturunan keluarga.\n\nIsu ini bermula dimana seorang wanita berusia 32 tahun, berbangsa Jordan mempunyai sindrom leigh iaitu penyakit mutasi genetik menyebabkan dia sukar untuk mendapatkan anak. Wanita ini dan suaminya mempunyai dua orang zuriat sebelum ini, namun, kedua-duanya sudah meniggal dunia berpunca daripada masalah mutasi genetik tersebut.\n\nOleh itu, pasangan suami isteri tersebut bertekad untuk mendapatkan pertolongan daripada John Zhang seorang doktor pakar di New Hope Fertility Center di Bandar New York. Bayi pasangan suami isteri itu telah selamat dilahirkan pada bulan April 2016 hasil daripada teknik tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa isu berkaitan dengan penggunaan teknik MRT ini. Para saintis sendiri risau akan potensi sekiranya ibu penderma DNA mitokondria dan DNA milik ibu tidak serasi. Ketidakserasian ini akan mengakibatkan penyakit diabetes atau parkinson pada anak tersebut. Justeru itu, tiada kepastian bahawa teknik ini seratus peratus menjamin zuriat yang sihat.\n\nOleh yang demikian, para saintis dari serata dunia masih mencari cara penyelesaian untuk menangani masalah DNA yang tidak serasi pada kedua-dua ibu ini. Pelbagai kajian dan penemuan dilakukan bagi menjayakan teknik Three-parents baby mampu digunakan dengan lebih efisen dikalangan pasangan suami isteri yang mempunyai masalah untuk melahirkan anak. Para saintis juga berpendapat bahawa dengan teknik ini, lebih ramai zuriat dapat diselamatkan dan penyakit mitokondria juga dapat dikurangkan di kalangan populasi manusia.\n\nGonz\u00e1lez Santos, S. P., Stephens, N., & Dimond, R. (2018). Narrating the First \u201cThree-Parent Baby\u201d: The Initial Press Reactions From the United Kingdom, the United States, and Mexico. https://journals.sagepub.com/doi/full/10.1177/1075547018772312\n\nHamzelou, J. (2016). Exclusive: World\u2019s first baby born with new \u201c3 parents\u201d technique. https://www.newscientist.com/article/2107219-exclusive-worlds-first-baby-born-with-new-3-parent-technique/\n\nReardon, S. (2017). Genetic details of controversial \u2018three-parent baby\u2019 revealed. https://www.nature.com/news/genetic-details-of-controversial-three-parent-baby-revealed-1.21761\n\nRogers, K. (2019). Three-parent baby. https://www.britannica.com/science/three-parent-baby" "Pemburuan haram, pemakanan eksotik, pemerdagangan hidupan liar, haiwan perosak dan kemalangan jalan raya yang membabitkan hidupan liar adalah simptom kepada konflik antara hidupan liar dan manusia. Pembangunan dan kemusnahan hutan seringkali menjadi punca utama kepada permasalahan ini selain daripada permintaan yang tinggi untuk mengekstrak hidupan liar di hutan untuk kegunaan manusia.\n\nKerapkali apabila kajian yang ingin dilaksanakan terhadap hidupan liar selalu berkisar tentang topik asas (fundamental) atau lebih terperinci lagi mengenai topik populasi, taburan, evolusi dan kepelbagian spesies hidupan liar di suatu kawasan. Kesemua topik ini secara umumnya boleh dikategorikan dalam topik ekologi.\n\nManakala kajian kemasyarakatan banyak mengambil sudut sosio-ekonomi, pendapatan isi rumah, persepsi masyarakat, dan kajian-kajian yang tertumpu pada kehidupan seorang manusia. Kajian-kajian ini boleh dikategorikan dalam bidang antropologi dan sosiologi. Etnozoologi pula menggabungkan kedua-dua bidang ini untuk memahami dengan lebih lengkap tentang interaksi dan hubungan antara manusia dan haiwan disekeliling mereka.\n\n\u2018Etno\u2019 dalam bahasa latin bermaksud bangsa, orang atau budaya, \u2018zoo\u2019 pula bermaksud haiwan dan \u2018logi\u2019 bermaksud kajian. Secara lengkapnya Ethnozoologi adalah kajian lepas dan terkini mengenai interaksi antara budaya manusia dan haiwan di persekitaran mereka. Ia termasuk dalam penamaan haiwan, pengetahuan masyarakat dan penggunaan haiwan dalam persekitaran mereka.\n\nAhli etnozoologi selalunya terdiri dari sekumpulan pengkaji dari latar belakang ekologi, sains sekitaran dan sosiologi. Mereka akan datang ke suatu tempat untuk mengkaji ekologi haiwan yang ada di suatu tempat contohnya populasi mamalia besar (tapir, gajah, banteng, seladang, babi) dalam suatu hutan simpan. \n\nMereka akan melakukan kajian menggunakan kaedah kamera jebak (camera trap), pemasangan kolar haiwan, dan Analisa GIS (geographic information system) untuk mengetahui kawasan rayau haiwan-haiwan tersebut. Dan dalam masa yang sama, mereka juga menemuramah masyarakat yang hidup di dalam dan pinggiran hutan itu untuk mendapatkan maklumat lebih dan pengetahuan lepas tentang hidupan liar di kawasan itu. Orang melayu, orang asli, orang india, orang cina, dan pendatang asing masing-masing mempunyai persepsi, pengetahuan, dan interaksi tersendiri apabila ditanya mengenai hidupan liar di sekeliling mereka. Seterusnya data dari kesemua kajian itu akan dirangkumkan untuk ahli etnozoologi memahami lebih mendalam tentang haiwan dan manusia dalam suatu kawasan.\n\nAhli etnozoologi sebenarnya dapat mendatangkan kepentingan yang serba lengkap kepada pemuliharaan hutan dan hidupan liar. Hal ini demikian kerana, mereka bukan sahaja dapat mengumpul data asas hidupan liar di suatu kawasan, tetapi dapat mengenalpasti punca sekumpulan haiwan bertindak sedemikian rupa hasil aktiviti manusia di sekitar mereka. Mereka juga dapat mengenalpasti ancaman yang menimpa kepada hidupan liar dari dulu hingga kini melalui temuramah masyarakat.\n\nBahkan dalam masa yang sama, ahli etnozoologi juga berpeluang mendidik masyarakat tentang status hidupan liar yang diancam kepupusan ekstrem. Mereka mampu menerapkan nilai menyayangi alam sekitar dengan menunjukkan bukti yang jelas kepada masyarakat. Pendidikan secara langsung seperti ini diharap dapat membuka masyarakat yang kurang akses ke Pendidikan formal dan capaian internet yang baik untuk belajar tentang isu alam sekitar.\n\nYang paling penting, hasil kajian ahli etnozoologi dapat membantu usaha kerajaan dalam membentuk polisi pemuliharaan alam semulajadi dan hidupan liar secara holistik tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat yang ada di sekitar habita hidupan liar dan kawasan hitan simpan. Bidang ini masih belum cukup ahlinya di Malaysia dan keilmuannya juga masih belum matang di kalangan ahli akademik di Malaysia. Justeru itu, penulis menggalakkan para pencinta hidupan liar untuk terjun sama ke dalam bidang etnozoologi bagi membangunkan cabang ilmu yang bermanfaat ini di Malaysia lagi-lagi mereka yang berkemahiran dalam penggunaan teknologi terkini." "Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Walaupun kita rasa kawan kita itu baik sebab selalu tolong kita, tanya khabar kita, tapi ada kalanya, merekalah yang akan menikam kita di belakang tanpa diduga. Kawan makan kawan. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. \n\nJusteru itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam berkawan. Samalah dengan apa yang kita makan dan minum ni, kita anggap apa yang kita makan semuanya akan diserap dengan baik dan menjadi kawan kita, namun ada juga \u201cpihak\u201d yang sanggup mengganggu penyerapan nutrients kita dan akhirnya menjadi lawan kita.\n\nHaaa \u201cpihak\u201d ini kita panggil anti-nutrients atau anti-nutritional factors. Untuk memudahkan pembacaan, kita panggil AN saja. AN ni ialah sejenis molekul yang akan melekat pada minerals, protein atau zat tertentu yang akhirnya akan menyebabkan penyerapan separa terbantut atau sepenuhnya. \n\nWow ada pula macam itu kan. Kenapa ada pula bahan yang akan ganggu penyerapan nutrients? Ada pakar menyatakan bahawa AN ini yang ada banyak dalam sesetengah bijirin, kekacang, dan kebiasaanya dalam sumber tumbuhan adalah untuk mengelakkan daripada binatang memakan mereka dalam kuantiti yang banyak.\n\nContoh AN yang biasa kita jumpa ialah:\n\nJadi, kalau macam tu, kita patut kurangkan pengambilan makanan yang ada AN ni ke? Sebab nanti penyerapan nutrients terbantut? Tidak juga. Apa yang menarik ialah AN ni juga ada baiknya juga. Jadi, adakah AN ni kawan atau lawan? Sebenarnya dua-dua. Rumit kan?\n\nContoh kebaikan AN:\n\nSetelah diteliti dari pelbagai sudut, kebaikannya melebihi keburukannya. Jadi, makan jelah kacang-kacang kegemaran korang tu. Tapi masih perlu lakukan beberapa langkah untuk mengurangkan kandungan AN dalam tu. Macam mana tu? Kita boleh cuba:\n\nAntara fakta menarik tentang AN:\n\nAkhir kata, pelbagaikan jenis makanan dalam seharian untuk dapatkan nutrients yang pelbagai sekaligus dapat banyak jenis kebaikan dari pelbagai sumber. Elakkan daripada makan daripada satu sumber sahaja. Dan, jangan lupa makan sayur dan buah juga ya!" "Siapa tak kenal Albert Einstein bukan? Saintis terhebat abad ke 20. Sebahagian dari kita mungkin pernah belajar tentang sumbangan Einstein seperti E=mc2 yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan bom atom, dan juga tenaga nuklear. Namun, sumbangan Einstein yang merevolusikan bidang fizik merupakan teori kerelatifan beliau iaitu kerelatifan khas dan kerelatifan am. Kedua-dua teori beliau ini memang betul-betul perlu berfikir luar kotak lah, tak terjangka dek fikiran manusia. Namun, ini tidak bermakna kita tak boleh memahami sumbangan beliau. Bahkan, pelajar sekolah menengah pun mampu belajar teori kerelatifan khas!\n\nDalam artikel ini, kita akan menumpu pada teori kerelatifan beliau yang pertama iaitu teori kerelatifan khas. Secara asasnya, terdapat dua asas penting teori ini iaitu hukum fizik adalah sama dalam semua kerangka inersia, dan halaju cahaya adalah malar dalam semua kerangka inersia. Penerangan tentang asas ini saya telah terangkan dalam video berikut [1].\n\nDaripada dua asas ini, pelbagai fenomena luar biasa yang diramalkan, antaranya ialah dilasi masa. Ringkasnya berkaitan dilasi masa, semakin pantas sesebuah objek bergerak, semakin perlahan masanya berlalu jika dilihat oleh orang yang tidak bergerak. Jika seseorang bergerak menghampiri halaju cahaya, masanya akan bergerak sangat-sangat perlahan dibandingkan dengan orang yang tidak bergerak. [2]\n\n\nFenomena dilasi masa ini dibayangkan berlaku kepada sepasang kembar. Seorang bernama Haziq, dan kembarnya bernama Peah. Andaikan kedua-dua mereka ialah 27 tahun. Kemudian, Peah menaiki kapal angkasa yang bergerak sangat pantas, dan kemudian kembali semula ke Bumi selepas 10 tahun. Maknanya, Haziq berumur 37 tahun, tetapi bagaimana pula dengan Peah? Kalau ikutkan fenomena dilasi masa, umur Peah sepatutnya lebih muda berbanding Haziq, mungkin Peah hanya 30 tahun! Jadi wujud paradoks antara umur Peah dan Haziq!\n\nContoh Haziq dan Peah di atas biasa digunakan untuk menerangkan tentang paradoks kembar. Walaupun contoh di atas menerangkan hakikat fenomena dilasi masa, tetapi ia tidak menerangkan tentang \u2018paradoks\u2019 yang berlaku. Paradoks ni bila ada percanggahan dua kenyataan, namun situasi di atas, tiada percanggahan pun kalau kita menerima teori kerelatifan khas bukan?\n\nJadi, di mana paradoksnya?\n\nParadoksnya adalah pada kerelatifan halaju. Macam mana tu? Begini. Bayangkan kita berada dalam kereta sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Pernahkan kita tiba-tiba rasa macam kereta kita bergerak ke belakang? Tapi bila tengok balik, sebenarnya kereta sebelah yang bergerak ke hadapan. Inilah yang dimaksudkan dengan halaju itu relatif. Jika kita nampak seseorang bergerak ke hadapan, orang tersebut juga boleh nampak kita yang sebenarnya bergerak ke belakang.\n\nBerbalik semula kepada situasi Haziq dan Peah di atas, Haziq di Bumi dan Peah naik kapal angkasa. Apa yang Haziq nampak adalah Peah naik kapal dan bergerak sangat pantas dan kembali ke Bumi. Disebabkan Peah yang bergerak laju, maka jam Peah sepatutnya bergerak perlahan dan Peah sepatutnya lebih muda.\n\nParadoksnya adalah disebabkan laju itu relatif. Dari perspektif Peah, beliau melihat Haziq dan Bumi yang sebenarnya bergerak menjauhi beliau, sebelum kembali ke arah beliau. Jadi, dari sisi pandang Peah, disebabkan Haziq yang bergerak, maka sepatutnya jam Haziq yang perlahan, dan Haziq yang sepatutnya lebih muda!\n\nKita ada paradoks! Siapa yang lebih muda sepatutnya? Haziq atau Peah? Jawapan lengkap bagi paradoks ini memerlukan sedikit matematik, tapi kita akan cuba faham tanpa matematik. Apabila Peah naik ke kapal angkasa, beliau perlu melakukan beberapa kali pecutan (perubahan laju), iaitu ketika berlepas, berpatah balik, dan mendarat. Ketika pecutan ini, Peah tidak lagi berada dalam kerangka inersia (laju malar). Jadi, apabila Peah mendarat semula ke Bumi, Peah yang sebenarnya lebih muda disebabkan beberapa kali pecutan yang dilakukan oleh Peah.\n\nBegitulah cerita sebenar mengenai paradoks kembar, dan penyelesaiannya." "Terma antioksidan sudah sinonim dengan pemakanan sihat lebih-lebih lagi dengan topik buah-buahan dan sayur-sayuran (BDS). Terdapat lambakan dan letusan (dibaca: explosion) jenama dan produk yang mengetengahkan penggunaan jus atau ekstrak BDS di pasaran yang mengeksploitasi terma \u201cantioksidan tinggi\u201d, \u201cmeningkatkan keanjalan kulit\u201d, \u201cmengurangkan kesan penuaan\u201d dan \u201cmenurunkan risiko kanser\u201d, dan kebiasaannya dipasarkan kepada golongan tua khususnya. Hal ini ditambah lagi dengan gimik \u201cproduk ini menggunakan makanan Sunnah\u201d yang dicampur dengan ekstrak buah kurma, habbatussauda, buah delima dan madu. Namun, adakah benar kesemua dakwaan itu? Apakah pula antioksidan?\n\nSebelum kita pergi ke topik saranan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjamah BDS sebanyak lima hidangan setiap hari, kita harus tahu apa itu antioksidan yang ada dalam BDS itu, dan apa kaitannya dengan kesihatan.\n\nAntioksidan ialah sesuatu molekul yang mampu meneutralkan dan menukar radikal bebas kepada bahan yang lebih stabil, dan kebiasaannya didapati dalam BDS yang berwarna-warni. Contoh antioksidan yang selalu kita dengar ialah vitamin C, vitamin E, beta-karotina dan juga glutathione. Selain boleh didapati daripada makanan, badan kita juga mampu menghasilkan antioksidan yang tersendiri. Ia mempunyai lebihan elektron, dan inilah sebabnya struktur antioksidan ini kebiasaannya ada satu atau lebih ikatan berganda (double bond).\n\nApakah itu pula radikal bebas? Radikal bebas ialah sesuatu molekul yang terhasil dari dalam badan manusia, daripada sekeliling kita dan melalui pemakanan. Molekul ini tidak stabil disebabkan ketiadaan satu elektron atau lebih di gegelang luar molekul itu, menyebabkannya \u201cmenyerang\u201d molekul lain demi menyeimbangkan kembali molekul itu. Hal ini sangat berbahaya kerana kebiasaannya radikal bebas yang terdiri daripada spesies oksigen reaktif (ROS) dan spesies nitrogen reaktif (RNS) ini sangat reaktif dalam \u201cmencuri\u201d elektron daripada lemak, protein dan DNA sel-sel badan kita, seterusnya merosakkan dan mengurangkan fungsi mereka. Namun begitu, radikal bebas bukanlah sesuatu molekul yang jahat sepenuhnya kerana tanpa mereka, sistem imun kita akan lumpuh kerana sel-sel imun kita seperti makrofaj, sel-T dan neutrophil menggunakan radikal bebas untuk \u201cmeracuni\u201d pathogen, mikroorganisma dan bendasing.\n\nRadikal bebas ini dihasilkan daripada:\n\nTahap radikal bebas dan antioksidan dalam badan seharusnya berada dalam keseimbangan untuk kesihatan dan fungsi badan yang efisien. Hal ini disebabkan interaksi antara kedua-dua molekul itu, di mana radikal bebas yang kekurangan elektron akan dapat elektron daripada antioksidan. Baik kan Encik antioksidan ini? Diibaratkan radikal bebas ini dihasilkan oleh sel otot semasa bersenam, datang pula Encik Glutathione untuk bagi satu eletron kepadanya, sekali gus menjadikan radikal bebas kepada radikal stabil.\n\nNamun, jika tahap radikal bebas melebihi tahap antioksidan, akan berlaku satu situasi dinamakan stress oksidasi (oxidative stress). Radikal bebas akan bebas (hehe) untuk \u201cmenyerang\u201d dan \u201cmencuri\u201d elektron daripada sel-sel yang berdekatan. Jika dibiarkan berlanjutan, situasi ini (long-term oxidative stress) akan menyumbang kepada proses inflamasi yang berlanjutan (long-term inflammation) dan pembentukan beberapa penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, Alzheimer\u2019s, arthritis, kanser, sakit jantung dan mempercepat proses penuaan.\n\nJika dilihat kepada struktur antioksidan, kita boleh nampak dengan jelas ikatan berganda (double bond) yang berada di merata tempat. Ikatan berganda ini bermaksud kehadiran lebihan elektron yang boleh pergi ke mana sahaja dalam ruangan struktur molekul itu sendiri. Apabila antioksidan ini bertemu jodoh dengan radikal bebas, akan berlaku ikatan kasih antara dua itu; jika tidak, radikal bebas ini akan berjodoh dengan sel-sel badan. Kita tidak mahu situasi itu berlaku. Pemberian dan pencurian elektron haruslah serentak, dan dengan persetujuan kedua-dua pihak. Sel-sel badan tidak rela diperlakukan begitu.\n\nOleh itu, apa perlu kita buat demi menghubungkan ikatan kasih antara antioksidan dan radikal bebas ini, sekaligus mengurangkan kebarangkalian berlakunya stress oksidasi?" "Salah satu elemen penting yang menjadikan sesebuah filem sains fiksyen itu menarik ialah perjalanan merentas masa atau time travel. Banyak filem yang menggunakan elemen pengembaraan masa untuk membina jalan cerita yang lebih menarik. Antaranya ialah Interstellar (2014), Predestination (2014) dan yang terbaru, Tenet (2020). \n\nKita juga mungkin biasa membaca komik Doraemon waktu kita kecil. Cerita Doraemon juga terbina dengan konsep merentasi masa iaitu Doraemon merupakan robot kucing pintar yang telah pergi ke masa lampau untuk menjadi peneman Nobita.\n\nSatu persoalan yang mungkin kita tertanya selepas menonton filem-filem ini ialah adakah perjalanan merentasi masa ini suatu yang menepati hukum sains atau ia sebenarnya mustahil? Adakah wujud teori sains yang menerangkan konsep ini? \u00a0\n\nBagi soalan \u2018adakah perjalanan merentasi masa ini suatu yang mematuhi hukum sains?\u2019, jawapannya ialah Ya dan Tidak.\n\nYa jika kita merentas ke masa hadapan. Tidak jika kita merentas ke masa lampau.\n\nBagaimana kita nak merentas ke masa hadapan? Mudah saja! Sekarang ini pun kita sedang bergerak ke masa hadapan! Tak perlu buat apa-apa, duduk saja, masa sentiasa bergerak ke hadapan.\n\nHuh, tak best nya. Bagaimana nak lompat ke 20 tahun akan datang tanpa perlu menunggu 20 tahun? Boleh ke?\n\nYa jawapannya boleh! Berdasarkan teori Kerelatifan Khas oleh Albert Einstein, semakin pantas sesuatu objek bergerak, semakin perlahan masanya berlalu. Jika anda bergerak menghampiri laju cahaya, maka masa anda akan menjadi perlahan sangat-sangat dibandingkan dengan orang lain.\n\nJadi, kalau nak terus ke 20 tahun akan datang, anda boleh bina sebuah roket, kemudian naik dan pecut roket tersebut sampai menghampiri laju cahaya. Jelajah dalam roket tu beberapa hari dan kemudian patah balik ke Bumi. Anda akan dapati masa di Bumi telah berlalu berpuluh-puluh tahun!Ini satu kaedah. Cuma kaedah ini agak sukar juga sebab susah untuk kita pecut menghampiri laju cahaya.\n\nAda kaedah lain tak? Ya! Ada kaedah kedua iaitu menggunakan teori Kerelatifan Am oleh Albert Einstein juga. Berdasarkan teori ini, semakin kuat graviti, semakin perlahan masa berlalu. Jadi, kalau kita nak pecut ke masa depan, kita naik roket, kemudian pergi berhampiran mana-mana lohong hitam dan duduk di situ beberapa hari. Cuma kena pastikan tak terjun masuk lohong hitam ya. Kemudian, kita patah balik ke Bumi, dan kita akan dapati masa di Bumi telah berlalu beberapa puluh tahun! Kaedah inilah yang digunakan dalam filem Interstellar.\n\nOkay. Nak pergi ke depan memang boleh, tapi bagaimana nak pergi ke masa lepas?\n\nJika diikutkan teori Einstein di atas, memang mustahil untuk kita berpatah balik ke masa lepas. Bagaimana pula dengan teori lain? Setakat ini, belum ada teori yang membolehkan kita ke masa lepas. Cuma, ada satu kaedah untuk kita bergerak ke masa lepas, tetapi dengan had-had tertentu.\n\nKaedah ini adalah dengan menggunakan lohong cecacing atau \u2018wormhole\u2019. Lohong cecacing adalah satu lohong yang menghubungkan dua ruangmasa yang berlainan. Contohnya, jika satu pintu lohong ini berada di Bumi, dan satu lagi berada di galaksi Andromeda (2.5 juta tahun cahaya), apabila kita masuk ke lohong ini, kita boleh melalui jalan pintas untuk ke Andromeda.\n\nKaedah ini adalah dengan menggunakan lohong cecacing atau \u2018wormhole\u2019. Lohong cecacing adalah satu lohong yang menghubungkan dua ruangmasa yang berlainan. Contohnya, jika satu pintu lohong ini berada di Bumi, dan satu lagi berada di galaksi Andromeda (2.5 juta tahun cahaya), apabila kita masuk ke lohong ini, kita boleh melalui jalan pintas untuk ke Andromeda.\n\nLohong ini membolehkan kita bergerak ke masa lepas dengan menggerakkan salah satu pintu lohong dengan pantas. Berdasarkan teori kerelatifan khas Einstein yang dijelaskan di atas, masa di pintu ini akan berjalan perlahan. Jadi, kalau tahun kita adalah 2021, kita boleh pergi ke Andromeda, yang berada pada tahun 1990, sebagai contoh. Namun, kita tidak boleh pergi ke masa lampau sejauh-jauhnya. Kita hanya boleh pergi, paling awalpun adalah pada waktu lohong ini dihasilkan. Jadi, kalau kita mencipta lohong cecacing pada tahun 2020, kita tidak boleh pergi ke masa sebelum 2020. Namun, jika kita tunggu 30 tahun kemudian, 2050, kita boleh berpatah balik ke tahun 2020.\n\nPengembaraan merentasi masa ke masa lampau mempunyai masalahnya yang tersendiri. Ia bukan sahaja tidak dibolehkan melalui hukum Fizik, malah, ia juga bertentangan dengan logik akal. Ini kerana beberapa paradoks muncul jika merentas ke masa lampau boleh dilakukan, seperti paradoks datuk, paradoks tali kasut dan paradoks Fermi.\n\nNamun, sebaiknya kita habiskanlah masa kita ini sebaiknya. Jangan terlalu dikenang masa lalu. Kita seharusnya cuba untuk menjadi lebih baik di masa kini, dan di masa akan datang." "Rasanya semua orang tahu kebaikan buah-buahan untuk badan. Seringkali kita dinasihatkan untuk makan buah-buahan setiap hari demi kulit yang cantik, kurangkan risiko demam, senangkan membuang air besar dan banyak lagi kebaikannya. Tapi adakah kita rakyat Malaysia makan buah-buahan setiap hari dengan mencukupi? \n\nSatu kajian dibuat pada tahun 2015 berdasarkan Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) 2014 menunjukkan hanya 3.7% daripada penduduk Malaysia menjadikan buah-buahan sebagai makanan tambahan setiap hari. Hal ini sangat membimbangkan kerana buah-buahan adalah antara makanan yang sihat yang harus dijadikan amalan semua orang, apatah lagi terdapat jurang perbezaan pemakanan buah-buahan antara masyarakat kampung dan penduduk bandar. Dalam kalangan kita yang makan buah-buahan pula, ada yang makan begitu sahaja, potong dan masukkan dalam peti ais dimakan sejuk-sejuk dan ada juga yang mengisar dan dibuat jus. Namun, adakah terdapat perbezaan khasiat antara buah-buahan yang masih ada bentuk dan yang dijadikan jus?\n\n\u00a0Jus buah-buahan atau kalori cecair (liquid calories) sebenarnya kurang menyihatkan berbanding jika dimakan begitu sahaja kerana buah-buahan segar (whole fruits):\n\nHal ini juga berkait rapat dengan gula buah itu sendiri yang terdiri daripada gula ringkas yang sangat mudah untuk diserap oleh badan, dan ketersediaan (availability) gula itu. Jika kita lihat kepada buah-buahan yang tidak dijuskan, kita akan dapat rasa sukarnya untuk kita gigit dan makan berbanding jika kita hirup sahaja jus itu. Kehadiran serat dan integriti struktur (structural integrity) buah itu sendiri membuatkan kita sukar ambil dalam kuantiti yang banyak kerana ianya sangat mengenyangkan. Struktur matriks buahan itu membuatkan gula buah itu akan diserap dengan lebih perlahan ke dalam darah kita, berbanding dengan jus yang sangat mudah diserap. Justeru, kita dapat buat kesimpulan di mana jus buah-buahan:\n\nSama seperti buah-buahan, ada juga yang mengambil ikhtiar untuk mengisar sayur-sayuran dan dijadikan amalan seharian, ada juga yang campur antara keduanya. Jika ingin dibandingkan, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara makanan yang mesti diambil oleh semua orang demi khasiatnya tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, cuma antara kedua bentuk itu, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam bentuk asli tanpa dikisar adalah lebih baik berbanding dalam bentuk jus. Topik ini kemungkinan tiada masalah sangat untuk mereka yang tiada isu kesihatan, namun untuk orang yang ingin kurangkan berat badan dan pesakit kencing manis, hal ini harus diambil dengan lebih serius kerana betapa mudahnya untuk mencapai kalori harian dengan kalori cecair (liquid calories) berbanding kalori pepejal (solid calories), serta hal berkaitan dengan indeks glisemik. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa minuman manis dan bergula." "Untuk yang sudah berkeluarga, pernahkah anak-anak anda susah nak makan, bagi itu tak mahu, ini tak mahu, sudahnya badannya kurus dan beratnya sampai tahap yang membimbangkan. Dan pernahkah juga, semasa dalam situasi itu, setelah pelbagai usaha telah dibuat, anda pergi ke farmasi untuk mencari supplement untuk tambah selera? Saya 99% yakin pekerja farmasi akan cuba jual supplement yang berasaskan lysine, dan akan cuba yakinkan kita bahawa lysine adalah bagus untuk tambah selera makan, kebiasannya untuk budak-budak. Tapi benarkan lysine ini terbukti berkesan untuk tambah selera makan sekaligus naikkan berat badan anak-anak kecil?\n\nLysine ialah satu asid amino yang diperlukan namun tidak boleh dihasilkan oleh badan dan harus datang daripada diet. Sebagai panduan, terdapat sembilan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan (essential amino acid), manakala 11 lagi boleh dihasilkan dalam badan (non-essential amino acids). Kesemua asid amino ni adalah bahan binaan untuk membuat protein di mana protein berlainan akan menggunakan asid amino berlainan dan berlainan pula cara pembinaannya. Protein- protein ini sangat penting untuk pelbagai fungsi badan seperti penghadaman, pengaliran darah, detoksifikasi di hati, pembuatan hormone dan sistem imun. Lysine ini boleh didapati dalam kebanyakan makanan berprotein seperti ayam, daging lembu, kambing, ikan, udang, telur dan produk tenusu.\n\n\u00a0Antara fungsi asas lysine ialah:\n\nPelbagai kertas kajian, journal dan artikel demi pencarian perkaitan lysine dengan selera makan (untuk manusia) tidak membuahkan hasil. Kebanyakannya lebih kepada fungsi asid amino itu sendiri kepada badan, hampir serupa dengan fungsi asid amino yang lain \u2013 lebih kepada pembuatan dan pembaikan sel-sel badan. Supplemen lysine untuk menambah selera makan anak-anak adalah dusta semata-mata dan mitos. Namun, jika masih ingin meningkatkan selera makan anak-anak, ibu bapa boleh cuba untuk memberikan supplement yang mengandungi zink kepada mereka. Hal ini kerana, selain daripada pelbagai fungsi lain zink, ia juga terlibat dalam pemberian rasa dan bau (sense of smell and taste) manusia (untuk orang dewasa juga). Zink terlibat sebagai \u201cpembantu\u201d kepada enzim yang memberikan deria rasa untuk manusia, sekali gus akan membuatkan anak-anak mahu makan apa-apa yang diberikan kepada mereka. Selain itu, zink juga menyokong pembuatan protein dan tumbesaran badan serta penting untuk sistem imun. Zink boleh didapati dalam makanan berprotein tinggi juga, sama seperti lysine. Bagi mereka yang amalkan veganism atau vegetarian adalah dalam kesusahan kerana zink dalam sumber tumbuh-tumbuhan adalah sukar untuk diserap oleh badan. Ibu bapa juga boleh cuba mempelbagaikan lagi cara penyediaan makanan yang membolehkan anak-anak makan dan tanya mereka apa yang mereka suka makan.\n\nBeberapa tips lagi untuk meningkatkan berat badan mereka: (Penulis adalah bekas ahli nutrisi di sebuah farmasi dan mempunyai pengalaman dalam pengendalian pelanggan terutamanya ibu bapa yang datang untuk supplemen lysine)" "Menelusuri sejarah panjang sehingga berlakunya pengiktirafan 8 Mac sebagai sambutan Hari Wanita Sedunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1977, akan menampakkan kepada kita betapa wanita itu kuat dan menjadi luar biasa apabila dirinya mempunyai kesedaran dalam mentafsirkan erti kehidupan yang sebenar. Sehinggakan Mahatma Gandhi menyebut bahawa,\n\n\u201cWoman is the companion of man, gifted with equal mental capacity.If by strength is meant moral power, then woman is immeasurably man\u2019s superior.If non-violence is the law of our being, the future is with women.\u201d\u00a0\u2013 Mahatma Gandhi\n\nKedatangan Islam kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad S.A.W telah mengangkat martabat wanita sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran. Melangkaui beberapa generasi selepas kewafatan Baginda S.A.W, dunia kembali merendahkan martabat wanita serta mengetepikan hak-hak yang telah digariskan. Maka, telah berlaku gerakan-gerakan radikal yang dipimpin oleh wanita yang semakin sedar dek tekanan yang diberikan, khususnya di kalangan wanita kelas pekerja. Semangat memperjuangkan kesamarataan gender dan menentang kapitalisme ketika itu telah melahirkan satu sejarah yang panjang.\n\nBERMULANYA GERAKAN RADIKAL\n\nPermulaan gerakan atas dasar kesedaran ini telah bermula dengan watak seorang tokoh kiri Jerman yang bernama Clara Zetkin. Beliau telah memimpin satu biro wanita dalam Parti Demokratik Sosial Jerman (SPD) di Eropah bagi menggerakkan tuntutan hak wanita akibat tekanan dan pemerasan tenaga kerja terhadap pekerja-pekerja wanita untuk keuntungan pemodal besar dengan perluasan sistem ekonomi kapitalis yang semakin pesat pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ketika itu juga, wanita dilarang menghadiri mesyuarat politik atau menyertai mana-mana parti politik.\n\nDengan pimpinan Clara Zetkin, gerakan wanita pekerja di Jerman telah berkembang dengan pertambahan keanggotaan wanita daripada 10,500 orang pada tahun 1907 kepada 150,000 orang pada tahun 1913. Clara Zetkin juga telah menentang penglibatan negara Jerman dalam perang imperialis dan menganjurkan persidangan antarabangsa wanita sosialis anti-perang pada tahun 1915 di Berlin sehingga beliau pernah ditangkap beberapa kali ketika Perang Dunia pertama disebabkan pendiriannya itu.\n\nPada tahun 1908, 30,000 orang pekerja kilang baju di New York telah bermogok dan berarak dengan tujuan untuk menuntut pengurangan jam bekerja, gaji yang setimpal dan hak mengundi untuk wanita. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Nasional Wanita yang ditubuhkan oleh Parti Sosialis Amerika (SPA) menetapkan satu hari kempen untuk bergerak secara massa dalam menuntut hak mengundi wanita sehinggalah mereka berjaya menganjurkan aksi \u201cHari Wanita Kebangsaan\u201d pada 28 Februari 1909.\u00a0 Aksi massa inilah yang telah mengilhamkan pemimpin sosialis di Eropah untuk menganjurkan Hari Wanita Antarabangsa selepas itu.\n\nPada 26 \u2013 27 Ogos 1910, Luise Zietz yang merupakan seorang tokoh sosialis Jerman telah mencadangkan usul sambutan \u201cHari Wanita Antarabangsa\u201d setiap tahun. Usul ini telah dibuat dalam satu Persidangan Wanita Sosialis Antarabangsa di Copenhagen, Denmark. Usul ini disokong oleh Clara Zetkin dan 100 orang aktivis wanita kiri dari 17 buah negara yang hadir dalam persidangan itu. Usul tersebut dilihat sebagai satu strategi untuk memperjuangkan kesamarataan dan hak mengundi untuk semua termasuk wanita. Slogan yang diangkat ketika itu ialah \u201cUndi untuk wanita akan menyatukan kekuatan kita dalam perjuangan untuk sosialisme.\u201d\n\nSetahun selepas itu, Hari Wanita Antarabangsa telah disambut kali pertama pada 19 Mac 1911 kerana, tarikh tersebut pada tahun 1948 merupakan peristiwa raja Prusia menghadapi pemberontakan bersenjata rakyat Jerman dan telah menjanjikan banyak perubahan dalam aspek sosial, termasuklah hak mengundi wanita. Sambutan ini telah diraikan oleh lebih sejuta orang di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland dengan perarakan mengemukakan tuntutan wanita.\n\nPada tahun 1917, Hari Wanita Antarabangsa di Rusia telah disambut dengan mengadakan mogok kerja dan demonstrasi besar-besaran sebagai bantahan terhadap penglibatan Empayar Tsar Rusia dalam Perang Dunia pertama dan dek masalah ekonomi yang telah dilakukan oleh pemerintahan Tsar ketika itu. Protes besar-besaran ini telah mencetuskan satu revolusi yang akhirnya menjatuhkan pemerintahan Tsar sebagai satu pemerintahan Empayar Rusia. Peristiwa ini telah menampakkan kepada dunia tentang kehebatan perjuangan kaum wanita dalam menentang sistem Negara.\n\nRevolusi yang tercetus telah menjatuhkan kekuasaan golongan oligarki dan merangsang kebangkitan pekerja. Dengan bermatlamatkan perjuangan menuntut hak mengundi wanita di kebanyakan negara, sambutan Hari Wanita Sedunia telah diteruskan sebagai satu hari solidariti antarabangsa bagi wanita dalam perjuangan untuk kesamarataan ekonomi, sosial dan politik.\n\n8 Mac disambut secara rasminya oleh Rusia selepas Revolusi Oktober 1917 dengan pengisytiharan Hari Wanita Antarabangsa sebagai hari cuti oleh pemimpin Revolusi Rusia pada tahun 1922. Begitu juga di Sepanyol dan China yang turut mengisytihar 8 Mac sebagai hari cuti rasmi.\n\nPada tahun 1960-an, telah tercetus gelombang kedua gerakan feminism di Barat kerana golongan wanita giat memperjuangkan isu diskriminasi seks dan mencabar susunan seksis dalam masyarakat patriarki. Gerakan-gerakan ini sehingga mewajahkan bahawa usaha menegakkan hak wanita telah menjadi sebahagian daripada politik arus perdana di peringkat antarabangsa.\n\nPENGIKTIRAFAN PBB\n\nPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengumumkan bahawa tahun 1975 merupakan Tahun Wanita Antarabangsa. Manakala, pada tahun 1977, PBB mengiktiraf secara rasmi tanggal 8 Mac sebagai Hari Wanita Antarabangsa.\n\nPada tahun 1979, Perhimpunan Agung PBB telah menerima Konvensyen tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) yang merupakan satu dokumen antarabangsa menggariskan hak-hak wanita. CEDAW telah diangkat sebagai batu penanda sejarah yang penting untuk perlindungan hak wanita.\n\nSetelah itu, Persidangan Wanita Sedunia telah dilaksanakan secara berkala bagi memperincikan lagi hak-hak wanita yang perlu digariskan dan diberi perhatian sehinggalah diluluskan Deklarasi Beijing pada tahun 1995 dalam persidangan keempat. Deklarasi tersebut merupakan satu resolusi PBB yang menggariskan prinsip-prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita. Satu pelan tindakan telah dipersetujui oleh 189 buah kerajaan di dunia, termasuklah Malaysia.\n\nKONVENSYEN PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP WANITA (CEDAW) DI MALAYSIA\n\nCEDAW mempunyai tiga prinsip utama yang harus dipatuhi untuk mewujudkan kebebasan yang ingin dicapai. Tiga prinsip tersebut ialah prinsip kesetaraan substantif, prinsip tidak mendiskriminasi dan prinsip kewajipan negara yang meratifikasikannya.\n\nDalam konteks Malaysia sebagai negara Islam, kesamarataan yang dibawa adalah berbeza dalam konteks tertentu. Oleh yang demikian, pengamal undang-undang Negara memberi tafsiran yang luas pada perkataan \u201cdiskriminasi\u201d sehingga tiada suatu penetapan yang mengikat kita mengikuti keputusan Konvensyen CEDAW. Islam tidak mendiskriminasi manusia melalui gender, tetapi, Islam itu adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Perbezaan fungsi antara gender tidak bermakna peninggian kepada satu jantina serta pengasingan kepada satu jantina yang lain. Bagi mengetahui lanjut mengenai kajian pengimplementasian CEDAW di Malaysia, kalian boleh buka kajian ini. public_view.php (um.edu.my)\n\nDalam konteks Malaysia hari ini, tema yang dibawakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2021 sangat bertepatan dengan keadaan semasa. \u201cWanita Bangkit Mendepani Cabaran\u201d dan \u201cWanita Waja Negara\u201d memberikan makna dan nilai yang begitu tinggi kepada diri seorang wanita. Beberapa usaha telah dilaksanakan dan dipersembahkan kepada masyarakat oleh KPWKM seperti yang telah dinyatakan oleh YB. Dato\u2019 Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff dalam temubual bersama dengan TV Al-Hijrah baru-baru ini. Boleh lihat di pautan ini.\n\nhttps://www.facebook.com/100050312087009/posts/266008781752856/\n\nSekarang adalah masa kita sebagai wanita untuk lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran untuk bangkit mendepani pelbagai cabaran sekarang. Sekarang adalah masa kita untuk bangkit menerima huluran daripada pihak kementerian, NGO atau mana-mana individu sebagai kekuatan bersama mengharungi setiap mehnah di hadapan.\n\nYang paling penting, kekuatan utama untuk melahirkan kekuatan-kekuatan lain adalah melalui keteguhan Iman yang menjadi nilaian utama antara gender di sisi Allah S.W.T.\n\nSedarilah wanita,\n\nAkalmu senipis bilahan rambut,\n\nTebalkan ia dengan limpahan ilmu.\n\nHatimu bak kaca yang rapuh,\n\nKuatkanlah ia dengan iman yang teguh.\n\nSemoga kita terus diberi kekuatan untuk memaknai frasa \u201cWanita Waja Negara\u201d dengan terjemahkannya kepada tindakan sebaiknya sebagai seorang wanita remaja, pekerja, ibu, isteri dan warga Malaysia berlandaskan kefahaman dan semangat juang yang benar.\n\nSelamat Hari Wanita Sedunia!\n\nRujukan\n\n1. Hari Wanita Antarabangsa \u2013 satu sejarah ringkas \u2013 Sosialis 2. Jurnal Ratifikasi CEDAW di Malaysia, public_view.php (um.edu.my)\n\n3. Women\u2019s Day History \u2013 Origin and History of Women\u2019s day (womensdaycelebration.com)\n\n4. Ketahui Sejarah Hari Wanita Sedunia \u2013 Verst Bae & Beauty" "Sebelum diperkenalkan sistem-10 dalam sistem nombor, pelbagai bentuk nombor lain telah digunakan dalam masyarakat silam dengan diwakilkan simbol huruf bahasa masing-masing.\n\nPada zaman Yunani, mereka menggunakan tanda alfa untuk menunjukkan nombor satu, beta untuk nombor dua, gama untuk nombor tiga dan delta untuk nombor seratus.\n\nPada zaman Rom, simbol dibawah menggambarkan sistem nombor mereka :\n\nDalam sistem ini, satu, lima, sepuluh, lima puluh, seratus dan seribu merupakan nombor rujukan untuk menentukan penambahan dan penolakan. Andainya simbol satu diletakkan di sebelah kiri lima, hal ini bermaksud 5 \u2013 1. Dan apabila diletakkan simbol satu di sebelah kanan, maka, hal ini bermaksud 5 + 1. Fuh! Sakit otak fikir.\n\nDalam tradisi China, mereka menggunakan rod pembilang untuk menyatakan sistem angka. Rod pembilang menunjukkan digit dengan jumlah batang, dan setiap batang serenjang mewakili lima. Menurut para pengkaji, sistem China menggunakan asas 10 dalam penulisan nombor.\n\nSistem Arab silam menggunakan sistem angka Ahli Kitab yang diwarisi daripada kaum Yahudi, yang dinamai sistem abjad hawwaz seperti yang tertera di bawah.\n\nBegitu juga dengan orang-orang Babylon, Mesir, Rom dan India yang turut menggunakan huruf-huruf mereka untuk menyatakan nombor. Tetapi, semua sistem ini tidak menggunakan sistem nilai tempat yang menyebabkan pengiraan melibatkan nombor besar tidak dapat dilakukan.\n\nHabis tu, mana datangnya nombor-nombor besar sekarang?\n\nHubungan Islam-India\n\nPada kurun ke-9, Kerajaan Abbasiyyah menjadikan aktiviti penterjemahan dan mempelajari ilmu luar Arab sebagai agenda utama kerajaan. Maka, buku Yunani, India dan Parsi telah dibawa masuk ke tamadun Islam ketika itu, lalu diterjemahkan kepada bahasa Arab. Antara buku yang telah diterjemahkan ialah buku astronomi India yang bertajuk Sindhinda atau Sindhanta. Buku tersebut telah mengetengahkan penggunaan sembilan huruf awal bahasa Sanskrit bagi menggambarkan sistem nombor. Simbol angka asas tersebut ialah ;\n\nEh, macam pernah tengok je! Ni nombor Arab kan?\n\nYa. Itu sekarang. Dulu, asalnya daripada kitab astronomi India yang disebut di atas. Dalam satu kajian Prof. Mat Rofa Ismail, tercatat bahawa terdapat penegasan oleh Al-Biruni dalam karya-karya beliau mengenai simbol nombor yang digunapakai sekarang adalah berasal daripada jenis angka yang terbaik di sisi tamadun India.\n\nTerdapat satu lagi simbol yang digunakan di dalam buku tersebut untuk menandakan kegagalan/ kehampaan tidak memperoleh data bagi jadual astronomi. Simbol ini disebut Sunya, yang bermaksud kosong atau hampa, dan ditanda dengan titik atau bulatan kecil.\n\nBermulalah hikayat si Hero\n\nAsal kandungan kitab tersebut sebenarnya bukanlah untuk menerangkan berkenaan aritmetik, tetapi merupakan buku tentang jadual falak, yang memperkenalkan simbol-simbol sembilan angka utama. Simbol-simbol ini kemudiannya dijadikan asas pembentukan sistem-10 oleh al-Khawarizmi. Beliau telah menjadikan simbol Sunya sebagai penentu nilai tempat. Tetapi, nama Sunya telah ditukarkan kepada sifr (sifar) yang memberi sama erti, iaitu hampa atau kosong.\n\nTapi, mai mana pulak dah perkataan ni? (loghat Kedah)\n\nPerkataan sifar ini diambil oleh al-Khawarizmi daripada sebuah hadis Qudsi yang terkenal ketika itu, yang bermaksud :\n\n\u201cAllah s.w.t. segan untuk menghampakan permintaan hamba-Nya, yakni pulang dengan tangan sifar apabila hamba telah menadah tangannya berdoa\u201d. (HR Abu Dawud)\n\nDaripada perkataan ini, dunia mengenali sifar menerusi karya-karya ahli matematik Arab. Perkataan sifar telah diubahsuai menjadi zero, zefro, ziffer, cipher atau cephirum.\n\nMaka, bermulalah peranan sifar dalam sistem nombor bagi memberikan nilai kepada nombor-nombor lain. Sehinggakan sebesar-besar nombor juga sudah dapat dinilaikan dengan kehadiran sifar walaupun hakikatnya, simbol sifar itu sendiri ialah kosong dan tiada nilai.\n\nBegitulah hikayat hero sejati. Kehadirannya memberi nilai besar kepada orang ramai, walaupun dirinya tiada nilai. Walau besar pengorbanannya, dirinya masih kosong. Inilah yang kita katakan pejuang tanpa nama.\n\nSiapa Hero Sebenar\n\nBerbalik kepada realiti manusia, dunia melihat Muhammad bin Musa al-Khawarizmi lah merupakan hero sebenar kepada sistem nombor dalam Matematik. Beliau yang memperkenalkan penggunaan sifar ini sebagai asas kepada sistem-10. Nilai simbol sifar ini yang pada asalnya disebut sebagai Sunya dalam kitab astronomi India, Sindhinda hanyalah untuk menandakan tiada data yang diperoleh untuk sesuatu data.\n\nTetapi, al-Khawarizmi telah mentakrifkan simbol sifar ini dengan takrifan yang lebih bermakna, sehingga membawa matematik kepada satu dimensi pengiraan yang begitu mudah dan berkesan. Perkara ini tanpa diketepikan hakikat bahawa sembilan simbol angka terbaik yang digunakan adalah berasal daripada India. Oleh sebab itu, angka ini disebut sebagai angka al-Hind oleh penulis Islam, atau yang masyhurnya disebut sebagai Hisab al-Hind. Manakala, di Barat, angka ini dikenali sebagai angka Arab-Hindu.\n\nKemudiannya, aksara-aksara ini telah diubahsuai oleh ahli matematik Islam Sepanyol sebagai versi kedua sistem nombor tersebut, yang dikenali sebagai sistem Arab-Sepanyol, iaitu 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 0. Versi inilah yang telah digunakan di seluruh dunia sehingga kini.\n\nSimbol \u20180\u2019 telah digunakan dahulu oleh bangsa Melayu?\n\nTetapi, pada tahun 2019, satu kajian telah dibuktikan oleh Prof. Shaharir bahawa simbol \u2018kosong\u2019 ini telah lama digunakan sebelum India. Dalam kajian ini, dapatan menunjukkan bangsa Melayulah hero sebenar. Korang boleh baca artikel lanjut pada pautan ini :\n\nhttps://ajar.com.my/2020/06/04/nombor-0-ciptaan-agung-manusia-yang-sebenarnya-dicipta-orang-melayu/\n\nWalaupun demikian, beberapa pengkaji dan ahli matematik negara masih merasakan perlu kepada kajian yang lebih mendalam berkenaan ini. Daripada bukti yang ditunjukkan, jelas kepada kita bahawa bangsa Melayu telah mendahului dalam penggunaan \u20180\u2019. Tetapi, sejarah turut mencatat kemunculan tamadun India seawal penciptaan Nabi Adam, iaitu manusia pertama di muka bumi ini. Adapun konsep \u2018sifar\u2019 yang disebut oleh al-Khawarizmi ada falsafahnya tersendiri, antaranya seperti yang tercatat di atas.\n\nKESIMPULAN\n\nPenggunaan sifar atau sistem-10 dalam ilmu Matematik merupakan satu penemuan yang begitu penting. Bayangkan sekiranya tidak diperkenalkan sistem ini, bertambah peninglah semua nak belajar Matematik.\n\nBetapa besar sumbangan ahli matematik terdahulu kepada perkembangan ilmu sekarang. Tidak kira latar tamadun, pegangan dan kepercayaan, tetapi, kecintaan mereka kepada ilmu dan kebenaran itulah yang membuka jalan ilmu yang lebih mudah kepada kita sekarang.\n\nApakah kita juga mencintai ilmu seperti mereka?" "27 Rejab adalah tanggal berlakunya mukjizat Rasulullah S.A.W yang sehingga kini masih dipertikaikan dan diperbahaskan oleh manusia yang tiada keimanan dan kepercayaan kepada kekuasaan Tuhan dalam urusan kehidupan. Tetapi, sebagai umat Islam yang mengimani setiap sifat Allah, tiada yang mustahil apabila Allah mengatakan \u201cKun Fayakun\u201d yakni \u201cJadilah ia\u201d maka, jadilah sesuatu itu mengikut kehendakNya. Demikian juga hal yang melibatkan mukjizat Isra\u2019 Mikraj ini, yang tiada langsung keraguan padanya kerana apabila Allah mengkehendaki sesuatu, maka, berlakulah ia mengikut perintah Allah biarpun tidak tercapai dek logik akal manusia kerana itulah bukti Allah Maha Berkuasa.\n\nMalah, ratusan teori telah diciptakan oleh manusia didorong dengan semangat saintisme, menghasilkan pembuktian yang dirasakan mampu menandingi kekuasaan Allah dan membuktikan ketidakwujudan Allah menerusi kehebatan sains dan teknologi ciptaan manusia. Tetapi, walau hebatnya seseorang itu, walau terulungnya beliau sehingga digelar manusia paling cerdik di muka bumi ini, masih tidak dapat menyaingi dan mencabar kekuasaan Allah.\n\nDemikianlah dibuktikan oleh beberapa kajian mengenai teori Einstein yang mungkin terbatal jika dibuktikan dengan perjalanan mikraj Rasulullah S.A.W.. Meskipun ilmu Einstein mampu meruntuhkan geometri Euklidean yang telah diagungkan selama 2000 tahun lamanya dan menghukum kepalsuan teori Newton, tetapi keupayaan itu tidak dapat dipraktiskan untuk menyaingi hukum Allah S.W.T..\n\nSebelum kita pergi lebih jauh, jom kita telusuri secara ringkas perjalanan Isra\u2019 Mikraj Rasulullah S.A.W..\n\nPERJALANAN ISRA\u2019 MIKRAJ RASULULLAH S.A.W\n\nPeristiwa Isra\u2019 Mikraj merupakan satu mukjizat Rasulullah S.A.W yang melibatkan satu perjalanan panjang yang hanya berlaku pada satu malam sahaja. Perjalanan ini dibahagikan kepada dua fasa.\n\n1. Isra\u2019 iaitu perjalanan mulia Rasulullah S.A.W dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di al-Quds, Palestin.\n\n2. Mikraj iaitu perjalanan Rasulullah S.A.W dari Masjid al-Aqsa naik ke lapisan langit tertinggi, Sidratil Muntaha dan bertemu dengan Allah Rabbul Jalil.\n\nKisah pengembaraan ini telah dijelaskan secara lengkap oleh Imam Bukhari dan Muslim. Mengambil ringkasannya daripada buku Fiqh al-Sirah pertama, malam bersejarah ini telah menyaksikan \u201cBuraq\u201d sebagai tunggangan Rasulullah S.A.W. dalam perjalanan Isra\u2019. \u201cBuraq\u201d merupakan sejenis binatang besar sedikit dari keldai dan kecil sedikit dari baghal (dikatakan sejenis haiwan hasil kacukan kuda betina dan keldai jantan). Binatang ini melangkah kakinya sejauh mata memandang.\n\nApabila Baginda S.A.W tiba di Masjid al-Aqsa, Baginda S.A.W menunaikan solat dua raka\u2019at dan setelah itu didatangi Malaikat Jibril bersama dua biji gelas untuk dipilih oleh Baginda S.A.W.. Satu gelas itu berisi arak, manakala yang satu lagi berisi susu. Lalu, Rasulullah S.A.W memilih susu dan disebut oleh Malaikat Jibril kepada Baginda S.A.W mengenai pilihannya itu bahawa \u201cEngkau telah memilih yang fitrah dan semulajadi.\u201d\n\nSetelah itu, Rasulullah S.A.W dibawa naik ke langit pertama, ke-dua, ke-tiga dan sehinggalah tiba di \u201cSidratul Muntaha\u201d. Di sinilah Baginda S.A.W bertemu dengan Allah S.W.T dan berbicara perihal solat 5 waktu.\n\nPada keesokan pagi, Baginda S.A.W menceritakan setiap perkara yang berlaku dan dilihat oleh mata kepalanya kepada masyarakat umum. Namun, cerita itu hanya mengundang gelak tawa orang musyrikin, malah, Baginda S.A.W turut dicabar untuk menceritakan dan membuat gambaran mengenai \u201cBaitul Muqadddis\u201d sekiranya Rasulullah S.A.W benar-benar bersembahyang di dalamnya. Ketika itu, Baginda S.A.W agak menghadapi kesukaran untuk menyahut cabaran tersebut kerana kekurangan ingatan Baginda S.A.W untuk meneliti sehalusnya tentang binaan \u201cBaitul Muqaddis\u201d. Lalu, Allah S.W.T menampakkan di mata kasar Rasulullah S.A.W akan gambar dan pemandangan \u201cBaitul Muqaddis\u201d secara terperinci dengan tiga dimensinya yang akhirnya membuatkan Baginda S.A.W mampu menjawab setiap pertanyaan masyarakat.\n\nMelalui riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda, \u201cPuak Quraisy telah mendusta segala cakapku, kemudian akupun bangun ke anjung (Saidina Ismail). Lepas itu, Allah pun menampakkan kepadaku \u201cBaitul Muqaddis\u201d. Ini membolehkan aku menceritakan segala-galanya tentang tempat-tempat dan tanda-tanda keistimewaan pemandangan Baitul Muqaddis yang dipaparkan oleh Allah S.W.T.\u201d\n\nBeberapa orang Musyrikin yang telah mendengar cerita Isra\u2019 dan Mikraj Rasulullah S.A.W itu berkejar menemui Sayyidina Abu Bakar dan menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W yang dikatakan telah pergi ke Baitul Muqaddis dan naik ke langit dengan harapan Sayyidina Abu Bakar akan terperanjat dan kebingungan, tetapi sebaliknya yang berlaku. Dengan tenang Sayyidina Abu Bakar menjawab,\u201dSekiranya itu yang diceritakan oleh Baginda, maka semuanya adalah benar belaka. Sebenarnya aku telah mempercayai Nabi Muhammad S.A.W tentang perkara-perkara lain yang lebih dari itu.\u201d\n\nDan pada subuh pagi hari Isra\u2019 itu, Malaikat Jibril telah mendatangi dan mengajar Baginda S.A.W mengenai cara-cara, rukun-rukun dan setiap satu perkara yang berkait dengan fardhu sembahyang dan waktu-waktunya. Diriwayatkan bahawa sebelum diturunkan syariat sembahyang kepada Rasulullah S.A.W, Baginda telah melakukan sembahyang dua raka\u2019at pagi dan petang mengikut perlakuan yang diajarkan oleh Sayyidina Ibrahim \u2018alaihissalam.\n\nTEORI RELATIF MASA EINSTEIN\n\nSeksyen ini hanya akan menyentuh secara ringkas mengenai konsep teori ini yang berkaitan dengan isi penulisan. Untuk dapatkan penerangan secara terperinci, korang boleh baca di sini ya. Apa Itu Teori Kerelatifan Khas? | AJAR\n\n\u00a0Pada tahun 1905, Einstein telah mengemukakan dua postulat.\n\nDaripada kedua-dua postulat ini, dapat disimpulkan bahawa setiap pergerakan adalah relatif dan kelajuan cahaya dalam vakum adalah sama pada semua pemerhati. Perkara ini telah membawa kepada berlakunya dilasi masa.\n\nDilasi masa merupakan satu konsep yang menyebabkan masa seseorang pemerhati itu bergerak lebih perlahan berbanding pemerhati lain. Dan apabila seseorang pemerhati itu bergerak, masanya bergerak pada kadar yang lebih perlahan berbanding pemerhati yang pegun. Semakin laju pemerhati itu bergerak, semakin perlahan masanya berlalu.\n\nDaripada beberapa pengiraan yang telah dikeluarkan, Einstein telah menyatakan bahawa cahaya mempunyai kelajuan tertinggi. Menurut teori relativiti Einstein juga, sekiranya terdapat perkara yang melebihi kelajuan cahaya, maka masa akan undur ke belakang dan setiap jarak di hadapan akan terpadam. Tetapi, sekiranya seseorang itu bergerak dengan kelajuan kurang daripada kelajuan cahaya, maka masa akan bergerak seperti biasa.\n\nDaripada pernyataan Einstein ini, dapat dilihat bahawa ianya hanya terpakai pada objek yang bergerak dengan kelajuan tinggi yang menghampiri kelajuan cahaya. Sedangkan pergerakan seharian kita yang sangat perlahan jika dibandingkan cahaya sukar untuk membuktikan atau mematahkan perkara ini walaupun dilihat sukar diterima akal. Oleh sebab itu, dunia masih menerima teori ini selagimana tiada pembuktian yang menolak teori ini dengan penemuan saintifik yang baru dan lebih signifikan.\n\nTetapi, dalam dunia Islam, telah terlakar mukjizat Nabi Muhammad S.A.W menerusi perjalanan Baginda S.A.W dalam peristiwa Isra\u2019 Mikraj yang menyanggahi teori ini dengan kekuasaan Allah S.W.T.\n\nLOGIK EINSTEIN DAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W\n\nPada tahun 2020, satu kajian telah dibuat untuk membuktikan teori Einstein tidak mampu menandingi Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra\u2019 Mikraj. Dalam teori relativiti masa Einstein, kelajuan tertinggi ialah kelajuan cahaya. Tetapi, Al-Quran menyatakan bahawa peristiwa Isra\u2019 Mikraj melebihi kelajuan cahaya.\n\nPeristiwa ini dikatakan sangat luar biasa kerana berlaku pada waktu 2/3 malam dan Baginda S.A.W telah melepasi alam semesta yang memerlukan kepada 13.7 bilion tahun cahaya mengikut kajian saintis, serta Baginda S.A.W telah memecahkan rekod melebihi jarak itu.\n\nPertama, kita kaitkan teori Einstein dengan Surah al-Ma\u2019arij ayat 4, yang disebutkan oleh Allah bahawa jalan para malaikat naik menghadap Tuhan dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun. \u00a0\n\nKelajuan ini menunjukkan kelajuan yang mungkin digunakan oleh Malaikat untuk naik menghadap Allah dengan menggunakan persamaan yang dikemukakan oleh Einstein. Dan nilai ini menghampiri kelajuan cahaya dan sepertimana kita tahu, sesungguhnya Malaikat juga dicipta daripada cahaya (nur). Maka, perjalanan Baginda S.A.W juga akan dinisbahkan demikian. Oleh yang demikian, terdapat tiga perkara utama yang telah dipersoalkan mengikut kepada teori Einstein.\n\n1. Kelajuan ini terpakai pada cahaya. Tetapi, Rasulullah S.A.W bergerak bersama jasadnya yang bukan tercipta daripada cahaya.\n\n2. Sekiranya perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W berlaku dengan kelajuan cahaya iaitu 300,000 KM per saat, jarak yang akan dicapai hanyalah 4,320 juta KM, yang mungkin hanya sampai ke planet Neptun. Manakala, untuk tiba di bintang terhampir, Alfa Centauri, mengambil masa selama 4.4 tahun dengan kelajuan cahaya. Maka, mustahil Baginda S.A.W hanya mengambil masa satu malam untuk bertemu Allah di langit tertinggi dengan kelajuan yang sama dengan cahaya. Dan perjalanan Baginda S.A.W juga berlaku secara dua hala iaitu pergi dan pulang. Sudah tentu masa dan jaraknya akan digandakan. Ini bermakna, kelajuan Baginda S.A.W adalah melebihi kelajuan cahaya.\n\n3. Mengikut kepada teori Einstein juga, sekiranya seseorang bergerak dengan kelajuan cahaya, badannya akan musnah. Dan perkara ini boleh dikaitkan dengan persoalan pertama. Tetapi, Rasulullah S.A.W tidak mengalami perkara sedemikian.\n\nOleh yang demikian, teori relatif Einstein tidak mampu untuk menerangkan peristiwa ini biarpun pelbagai lagi teori lain dikeluarkan setelah itu oleh pengikut-pengikut Einstein bagi menerangkan peristiwa Isra\u2019 Mikraj dalam kerangka masa yang dikemukakan oleh Einstein. Sehinggakan terdapat juga pandangan bahawa Baginda S.A.W terkeluar daripada ruang masa sepanjang peristiwa ini berlaku.\n\nKESIMPULAN\n\nDemikianlah hebatnya kekuasaan Allah yang tidak mampu ditandingi oleh logik akal manusia. Hakikatnya, logik akal manusia itu juga adalah sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya untuk hanya memikirkan kerangka keperluan diri manusia, bukanlah untuk menandingi kekuasaanNya. Kerana inilah hukum akal yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Adapun wujudnya istilah berfikir di luar kotak, tiada manusia yang mampu berfikir melebihi kerangka sepatutnya kerana bagi manusia yang beriman, yang membatasi otak dan akalnya ialah iman.\n\nSesungguhnya, ilmu sains dan teknologi itu juga tercipta daripada cebisan ilmu Allah yang ditetapkan olehNya untuk membantu proses kehidupan umat manusia. Malah, ilmu ini juga adalah alat bantu utama Allah kepada hambaNya untuk menstabilkan fitrah manusia dalam mencari Sang Pencipta. Maka, bagi mereka yang memanfaatkannya dengan kebenaran, jadilah mereka itu hamba yang begitu patuh kepadaNya. Tetapi, bagi mereka yang sombong menggunakan pinjaman ilmu Allah ini untuk memuaskan nafsu semata, maka, mereka sedang menuju satu keruntuhan. \u00a0\n\nAdapun pada peristiwa Isra\u2019 dan Mikraj ini tercipta banyak kebaikan dan kemuliaan. Malah, kisah-kisah yang dipertontonkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W sepanjang perjalanan yang agung ini adalah satu bentuk peringatan dan kasih sayang kepada semua hambaNya.\n\nFirman Allah di dalam Surah al-Isra\u2019 ayat 1,\n\n\u201cMaha Suci Allah yang telah memperjalanan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.\u201d\n\nSebagai hamba yang beriman, wajib untuk kita mengimani mukjizat ini dan mengambil ibrah pada setiap peristiwa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dan berusaha menambahkan keimanan kepadaNya setiap hari.\n\nAyuh lazimi doa ini secara harian,\n\n\u201dYa Allah, Tolong aku untuk menyebut nama-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah yang baik untuk-Mu.\u201d\n\n.\n\n.\n\nRUJUKAN DAN BACAAN LANJUT\n\n1. View of Study of Relativity Theory of Einstein: The Story of Ashabul Kahf and Isra\u2019 Mi\u2019raj (scie-journal.com)\n\n2. The Journey of Isra\u2019 and Mi\u2019raj in Quran and Science Perspective, 7587-18529-1-SM.pdf\n\n3. Einstein mencadangkan Teori Relativiti (eferrit.com)\n\n4. Apa Itu Teori Kerelatifan Khas? | AJAR\n\n5. Fiqh al-Sirah 1, Syeikh Ramadhan al-Buti" "Matematik merupakan satu bidang ilmu yang sangat tua dan bernilai merentas pelbagai bidang lain. Seharusnya perlu ada pengiktirafan kepada ilmu ini oleh masyarakat sedunia kerana ilmu inilah yang menjadi tunjang dan asas kepada kehidupan kita dalam aspek kecil kehidupan sehinggalah aspek besar yang melibatkan negara dan dunia. Tetapi, kesukaran bidang ilmu ini telah membuatkan ia dilupai, malah tidak digemari oleh ramai orang.\n\nMaka, UNESCO telah berinisiatif untuk mengiktiraf 14 Mac sebagai Hari Matematik Sedunia sebagai tanda penghargaan dan galakan kepada komuniti untuk kembali memperingati sumbangan Matematik dalam memperbaiki kualiti kehidupan dan peningkatan kemajuan dunia.\n\nJadi, takkanlah sehari pun kita tak boleh luangkan sekejap untuk menghargai Matematik setelah 364 hari kita berkalut benci? (Ambil sapu tangan lap mata)\n\nTapi, apa kita nak buat sebenarnya dengan Hari Matematik Sedunia ni? Takkanlah 24 jam dalam 14 Mac ni nak selesaikan masalah Matematik atas kertas? Takkanlah 24 jam tu nak hafal sifir je? Takkanlah 24 jam tu nak meratib perkataan Matematik di bibir? Ke nak kena beli kek, kemudian \u2018upload\u2019 di media sosial sempena sambutan Hari Matematik Sedunia?\n\nMakanya, kita perlu jelas dahulu faktor utama Hari Matematik Sedunia ini diiktiraf. Barulah kita faham apa definisi \u2018menghargai\u2019 dan \u2018mengingati\u2019 itu sebenarnya.\n\nPENGIKTIRAFAN HARI MATEMATIK SEDUNIA OLEH UNESCO\n\nPada November 2019, UNESCO telah mengiktiraf 14 Mac sebagai Hari Matematik Sedunia ketika persidangan mereka kali ke-40. Faktor utama pengiktirafan ini adalah disebabkan oleh UNESCO berpandangan bahawa perlunya kepada satu kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan matapelajaran Sains Matematik dalam sektor-sektor mencabar yang menjadi keperluan dunia sekarang seperti kecerdasan buatan (AI), perubahan klimaks, tenaga dan pembangunan lestari dan penambahbaikan kualiti hidup dalam pembangunan diri, negara dan dunia.\n\nSebelum pengiktirafan ini dilakukan, banyak negara telah meraikan 14 Mac sebagai Hari Pi (Pi Day), yang merupakan nilai pemalar Matematik yang mempunyai keunikan tersendiri dan terkenal serata dunia dengan pembundaran nilai kepada 3.14. Oleh yang demikian, hari Pi disambut pada 14.3 ataupun 14 Mac. Dan kini disambut pula sebagai Hari Matematik Sedunia.\n\nSetiap tahun, Hari Matematik Sedunia akan disambut dengan anjuran pelbagai aktiviti yang melibatkan bidang Sains Matematik oleh pihak UNESCO dan Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU) dengan kerjasama organisasi-organisasi Sains Matematik lain seluruh dunia.\n\nPENGERUSI SAMBUTAN HARI MATEMATIK SEDUNIA\n\nIMU ialah sebuah pertubuhan saintifik antarabangsa berstatus bukan kerajaan dan mempromosikan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains matematik di semua peringkat merentasi dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke universiti, dari rumah sehinggalah ke kilang industri pembuatan, dan dari pasar sehinggalah ke kawasan perladangan. IMU juga merupakan ahli Majlis Sains Antarabangsa (ISC) yang berprinsipkan kebebasan serta bertanggungjawab ke atas pensejagatan ilmu sains.\n\nIMU bertindak sebagai pengerusi kepada sambutan Hari Matematik Sedunia dengan melaksanakan semua usaha yang bertujuan untuk meletakkan bidang Matematik di tempat sebenarnya dalam kalangan masyarakat.\n\nSetiap tahun, tema sambutan adalah berlainan. Bagi tahun 2021, tema yang ditetapkan ialah \u201cMathematics for a Better World\u201d. Hal ini bertepatan dengan keadaan dunia yang dilanda Pandemik Covid-19 yang memerlukan kepada ilmu Matematik dalam setiap pemodelan dan pembangunan alat bagi memahami, memantau dan mengawal penyebaran virus. Selain itu, tema ini juga bertepatan dengan kepentingan bidang Sains Matematik dalam kelancaran sistem dunia.\n\nUntuk mengetahui lebih lanjut perihal tema dan sambutan tahun ini, korang boleh layari web ini Mathematics for a Better World | International Day of Mathematics 2021 (idm314.org)\u00a0\n\nHARI MATEMATIK SEDUNIA DI MALAYSIA\n\nMalaysia turut komited untuk menjadi negara maju, khususnya dalam industri pembuatan dan perkhidmatan berasaskan kepada teknologi tinggi. Peranan Matematik sebagai satu pemandu kuasa di sebalik pelbagai perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi perlu diketengahkan.\n\nDalam perspektif Islam, ilmu Matematik juga jelas tertera dalam kitab suci al-Quran menerusi penerangan-penerangan alam, perkisahan sirah, aspek hukum-hakam dan perihal muamalat. Justeru, Akademi Ilmuwan Sains Matematik Malaysia (AISMM) telah ditubuhkan bagi menghubungjalinkan bidang ilmu ini dengan masyarakat. Ahli-ahli dalam akademi ini terdiri daripada golongan profesor Negara dan cendekiawan Matematik yang perlu memasyarakatkan keilmuannya.\n\nMaka, AISMM telah bekerjasama dengan IMU untuk mengadakan sambutan Hari Matematik Sedunia dan mewakili IMU sebagai badan penganjur yang bertanggungjawab mengkoordinasi perayaan ini di Malaysia.\n\nSAMBUTAN HARI MATEMATIK SEDUNIA\n\nMatlamat sambutan ini adalah sangat murni iaitu bagi menggalakkan komuniti terlibat dalam ilmu Matematik, mendedahkan penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian, menyuburkan minat Matematik dalam kalangan murid, membentuk pemikiran logik dan analisis dalam kalangan murid serta menyedarkan manusia bahawa Matematik itu wujud dalam kehidupan seharian.\n\nIlmu Matematik merupakan satu ilmu yang akan sentiasa berkembang dan kekal relevan sepanjang zaman. Hal ini kerana manusia tidak pernah berhenti bekerja untuk memperbaiki ilmu ini dengan berterusan mencari jawapan kepada persoalan apa itu Matematik. Malah, ilmu ini unik kerana menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan manusia yang telah terbangun sejak lebih 5,000 tahun dahulu. Sejarah mencatat bahawa kehidupan manusia itu sering mengukur dan berkomunikasi tentang masa, kuantiti, kualiti, dan jarak yang menjadi komponen utama dalam pembelajaran ilmu Matematik.\n\nSuatu hal yang menarik, menurut seorang pengkaji tamadun berkaliber, George Sarton, bahawa pencapaian sesuatu tamadun itu mempunyai kaitan dengan perkembangan Matematik. Manakala, ulama\u2019 terdahulu menganggap Matematik sebagai ilmu alat yang mesti dikuasai secara fardu kifayah bagi tujuan pengiraan ummah, sama ada mengenai urusan kehidupan seharian ataupun melibatkan hukum-hakam agama.\n\nAPA SUMBANGAN MATEMATIK KAT AKU?\n\nSekiranya kita memahami makna Matematik itu dalam perspektif yang lebih luas tanpa dihadkan hanya pada nombor dan pengiraan, kita akan dapati hampir segenap kehidupan kita adalah sumbangan daripada ilmu Matematik.\n\nNak faham lanjut, boleh baca balik artikel ni ya Kenapa Orang Takut Matematik? | AJAR.\n\nDan kalau nak tahu dari aspek falsafah dan sejarah ilmu ini, boleh baca artikel ini Ilmu Sains dan persamaaan Matematik dikatakan ilmu sihir? Hermes Trismegistus ahli sihir? | AJAR.\n\nPanjang pula kalau nak hurai dalam artikel ni. Tambahan lagi huraian-huraian tersebut sudah ditulis dalam artikel khas sebelum ni. Maka, rajinlah untuk buka kembali ya! (Senyum penuh harapan)\n\nSecara ringkas dan mudahnya, kehidupan harian kita memerlukan kepada masa dan waktu, pengiraan wang, pemutusan keputusan, pemilihan muzik, pemanduan kereta, pergerakan koordinasi badan, penggunaan media elektronik, pertuturan bersama manusia lain, efisien dalam membuat kerja dan sistematik dalam pengurusan. Semuanya memerlukan kepada ilmu Matematik untuk menjayakannya.\n\nMalah, dalam aspek ibadah juga melibatkan ilmu Matematik. Solat, zikir, selawat, sedekah harian, doa harian dan sebagainya. Haa, macam mana tu? Cuba fikir celah mana ilmu Matematik ini berperanan. Kalau tak dapat idea juga, boleh buka artikel ni Konsep Matematik Rasulullah S.A.W Untuk Tingkatkan Kualiti Ibadah Manusia | AJAR\n\nMaka, tidak perlu dibayangkan penggunaan formula-formula yang sukar untuk memahami penggunaan Matematik dalam kehidupan kerana ilmu ini tidak hanya terbatas kepada perkara itu.\n\nKESIMPULAN\n\nSecara spesifiknya, sambutan ini mungkin lebih ditekankan kepada organisasi-organisasi dan institusi-institusi pendidikan dan para pelajar di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti, untuk menghidupkan persekitaran yang cemerlang dalam bidang ilmu ini. Namun, masih menjadi satu kepentingan kepada masyarakat seluruhnya untuk turut mengetahui dan memahami perihal sambutan ini walaupun secara ringkas.\n\nMaka, kaedah menyambut hari istimewa ini tidaklah sehingga menuntut kepada satu sambutan yang besar sepertimana sambutan hari sedunia yang lain. Tetapi cukuplah kepada usaha untuk kembali membetulkan persepsi negatif terhadap ilmu ini dan menimbulkan kesedaran dalam diri tentang peranan dan nilai sebenarnya, di samping membantu memupuk penghayatan ini kepada anak-anak dan masyarakat sekitar.\n\nUsaha ini boleh dibuat melalui pembacaan-pembacaan ringan dan mengikuti beberapa penerangan daripada cendekiawan-cendekiawan Matematik negara mengenai ilmu ini. Usaha anda membaca artikel ini juga antara langkah untuk membantu anda menghargai ilmu ini. Tahniah!\n\nSelamat Hari Matematik Sedunia!\n\nRUJUKAN :\n\n1. International Day of Mathematics, International Day of Mathematics (unesco.org)\n\n2. International Day of Mathematics, Mathematics for a Better World | International Day of Mathematics 2021 (idm314.org)\n\n3. Hari Matematik Sedunia pupuk minat subjek tertua, Prof. Dr. Zuhaimy Ismail di pautan Hari Matematik Sedunia pupuk minat subjek tertua (malaysiagazette.com)\n\n4. Matematik Merentas Tamadun, Mat Rofa Ismail." "Oleh: Azad Shidee\n\nSemua orang pernah dengar tentang DNA, betul? Adakah kita tahu maksud akronim DNA itu? Sebutan sebenar DNA adalah deoxyribonucleic acid, iaitu satu jujukan panjang yang terdapat di dalam nucleus kesemua organisma hidup. \n\nDNA juga boleh dirujuk sebagai cetakan biru (blueprint) kehidupan kerana didalamnya terdapat pelbagai maklumat tentang organisma tersebut seperti jantina, penyakit, sintesis protein dan banyak lagi. Terdapat versi lain untuk DNA iaitu RNA yang merujuk kepada ribonucleic acid. RNA adalah DNA yang pendek dan digunakan untuk proses menterjemah maklumat daripada DNA bagi tindak balas kimia dalam tubuh badan (cth : penghasilan insulin). RNA juga terdapat di dalam organisma hidup termasuk bakteria dan virus. \n\nBerikut adalah beberapa fakta menarik tentang DNA :\n\nStruktur dan ketahanan DNA.\n\nDNA hanya dibina oleh empat (4) jenis blok (disebut sebagai nitrogenous base) utama iaitu adenine (A), guanine (G), cytosine (C) dan thymine (T). Kesemua blok tersebut dihubungkan oleh kumpulan phosphate dan terbinalah tulang belakang phosphate. Dikatakan ketahanan tulang belakang phosphate ini mengambil masa 6.8 juta tahun untuk diputuskan kesemuanya (dibawah kondisi sesuai). DNA berbentuk dua rantaian panjang nucleotide (double helix structure) yang dihubungkan dengan ikatan hydrogen.\n\nPanjang dan berat DNA\n\nDNA sangat panjang sehinggakan kita mampu mengelilingi galaksi jika kesemua DNA dalam badan kita direntangkan! Satu DNA di dalam satu\u00a0 sel panjangnya 6 kaki (1.83 meter). Jika kita mengukur berat semua DNA dalam badan seorang individu, berat tersebut akan mencapai sebanyak 500g sahaja. DNA mampu memuatkan data sebanyak 7 terabyte jika disamakan dengan sistem simpanan memori.\n\nChromosome : Bentuk DNA yang boleh dilihat.\n\nAda satu lagi perkara yang menarik tentang \u2018bentuk\u2019 adalah struktur chromosome. Chromosome sebenarnya adalah bebenang DNA yang dipadatkan semasa proses pembahagian sel sedang berlaku. Kita dapat melihat DNA semasa ia berada dalam bentuk chromosome. Manusia mempunyai 46 bentuk chromosome manakala Chimpanzi dan Orang Utan mempunyai 48 bentuk chromosome.\n\nPerbezaan maklumat DNA antara manusia.\n\nSetiap manusia mempunyai hubungan genetik secara terus daripada nenek moyang kita iaitu Nabi Adam (kepercayaan dalam Islam). Setiap individu mempunyai persamaan jujukan (sequence) dalam DNA sebanyak 91%. Namun, kita hanya dibezakan sebanyak 9% sahaja. Malah, manusia juga dikatakan dihubungkan secara genetic dengan chimpanzi sebanyak 99% (bonobos (Pan paniscus) dan\u00a0 chimpanzee (Pan troglodytes). Tetapi jangan risau, hubungkait secara genetic ini tidak menjadikan kita adalah beruk secara alami. Sebagai umat islam kita menolak teori evolusi \u2018manusia berasal dari chimpanzi\u2019. Selain itu, kita juga berkongsi maklumat DNA sebanyak 40% dengan kubis.\n\nDNA menyebabkan proses \u2018aging\u2019\n\nSatu penemuan yang masih menjadi topik panas untuk dikaji adalah pemendekkan DNA yang menyebabkan proses penuaan berlaku. Selalunya kita mendengar proses penuaan disebabkan oleh pemakanan, cuaca setempat dan gaya hidup. Saintis menemui setiap kali proses replikasi DNA, akan terjadi pemotongan hujung DNA iaitu di kawasan telomere. Apabila pemendekan DNA berlaku, maka banyak maklumat-maklumat penting dalam DNA juga akan hilang mengikut arus masa. Proses ini berlaku secara semulajadi. Sesungguhnya ajal maut ditangan tuhan.\n\nKesimpulannya, DNA adalah satu keajaiban ciptaan Allah SWT yang boleh dilihat dan dikaji dimuka bumi. Hanya dengan molekul kecil seperti DNA ini sahaja, Allah mampu menjadikan manusia berbeza setiap seorang dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri" "Siapa tak kenal Hiro Hamada, seorang remaja genius dalam sebuah filem animasi \u2018Big Hero 6\u2019. Kalini, kita bercakap tentang realiti \u2018Hiro Hamada\u2019 versi muslim di Malaysia.\n\nPada tahun 2020, Ajar sudah \u2018review\u2019 satu video mengenai seorang kanak-kanak Malaysia berumur 10 tahun yang sudah pandai mencipta roket. Lebih mengejutkan apabila roket yang dihasilkan bukannya daripada botol biasa yang selalu dipertandingkan di sekolah-sekolah. Tetapi, kanak-kanak ini yang bernama Khawarizmi telah bijak menggunakan perisian CAD Fusion 360 yang telah dipelajarinya pada usia 9 tahun, untuk merekabentuk model roket bahan api pepejalnya sendiri.\n\nCAD Fusion 360 ni pula bukanlah perisian main \u2013 main. Kebiasaannya perisian ini akan digunakan oleh pelajar universiti untuk membentuk model 3D sebelum dijadikan model yang sebenar. Malah, kanak-kanak 10 tahun ini juga pandai memasang dan menggunakan 3D printer untuk mencetak model roket sendiri. Untuk pengetahuan semua juga, 3D printer ini juga kebiasaannya baru digunakan oleh pelajar kejuruteraan ketika di universiti. Subhanallah.\n\nKepakaran Khawarizmi merekabentuk, memasang dan melancarkan sendiri model roket bahan api pepejal ini sendiri menyebabkan Khawarizmi digelar sebagai Rocketeer Termuda Malaysia!\n\nKe\u2019genius\u2019an Khawarizmi tidak hanya terhenti di situ. Baru-baru ini, ayahnya telah memuat naik satu \u2018posting\u2019 di laman muka buku milik beliau mengenai perkembangan anaknya dalam fasa pandemik Kovid-19. Rupanya Khawarizmi telah memanfaatkan masa pandemik ini untuk mempelajari perisian \u2018Unreal Engine\u2019 dan membina permainan pelancaran roket maya. Dahsyat semangat anak muda ini!\n\nDan sudah tentu setiap semangat dan kisah ada pencetus dan pemangkinnya. Dalam kisah adik Khawarizmi ini, ayahnya lah individu yang mengajar dan mendokong anaknya sehingga setara ini.\n\nKisah adik Khawarizmi ini seharusnya diketengahkan dan disebarluaskan lagi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja supaya dijadikan sebagai satu suntikan motivasi dan inspirasi untuk berani melaksanakan sesuatu yang luarbiasa walaupun skeptik masyarakat merasakan perkara tersebut mustahil untuk dilaksanakan oleh seorang budak. Segalanya terpulang kepada keinginan, usaha dan \u2018mindset\u2019 diri sendiri.\n\nPerkara ini juga memerlukan kepada peranan ibu bapa untuk sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk menceburi bidang yang diminati selagimana hal tersebut berlandaskan kebaikan dan bermanfaat dalam kehidupan.\n\nBagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui dan mempelajari ilmu asas merekabentuk struktur model roket ini, kalian boleh kunci masa korang pada 3 April 2021 ini, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam untuk mendengar terus perkongsian daripada adik Khawarizmi kita ni, dan bersama ayahnya juga.\n\nMereka akan bersiaran langsung di saluran berikut :\n\n1. Website : https://minggusainsnegara2021.com.my/\n\n2. Facebook : https://www.facebook.com/roketstem\n\n3. Facebook (peribadi) : https://www.facebook.com/kamarulzamankimia/\n\n4. Youtube : https://www.youtube.com/SPACESTEMMALAYSIA/\n\nInilah masanya untuk jadikan diri anda, atau anak anda sebagai \u2018Hiro Hamada\u2019 Malaysia yang seterusnya! Atau Ibnu Firnas abad ke-21!" "Oleh: Azad Shidee\n\nDalam banyak-banyak serangga, lipas adalah makhluk Allah yang paling digeruni, menggelikan dan menakutkan. Sebab apa ramai sangat orang takut kepada lipas? Persoalan yang sering ditanya oleh orang yang berani kepada orang yang penakut lipas. Aduhhh, penulis sendiri pun tak tahu nak jawab soalan tu. Mungkin sebab kaki yang panjang, badan hitam yang berkilat atau sebab membawa banyak bakteria. Wallahu \u2018alam.\n\nDalam ruangan kali ini, penulis akan berkongsi beberapa fakta yang menarik atau mungkin menakutkan dengan menggunakan fakta sains. Ya, fakta sains yang sebenar, bukannya fakta orang dulu-dulu.\n\n1. Kemampuan Hidup di Semua Tempat.\n\nLipas boleh dijumpai di seluruh dunia kecuali antartika. Hal ini menjadikan lipas antara serangga yang mampu dijumpai di setiap negara. Ciri-ciri kawasan yang selalu jadi \u2018port lepak\u2019 lipas seperti persekitaran yang lembap, suam dan gelap. Contohnya, saluran paip rumah, bawah almari dan sebagainya. Selain kawasan urban dan rumah, lipas juga boleh ditemui tinggal di dalam gua, dalam tanah, celahan kayu dan pinggir paya. Persoalan tambahan, kenapa kita selalu nampak lipas keluar waktu malam? Haa, perkara ini tejadi kerana lipas adalah spesies nocturnal iaitu lebih banyak aktif pada waktu malam.\n\n\u00a0Peta dibawah adalah contoh taburan lipas german (Blatella germanica)\n\n2. Kepelbagaian Spesies dan Morfologi\n\nSecara umumnya, lipas yang rakyat Malaysia kenal warna hitam, perang dan mempunyai sayap. Disini saya tambahkan tiga spesies lipas (roaches) untuk memberikan gambaran kepelbagaian spesies.\n\ni. Periplaneta Americana\n\nNama mudahnya, lipas amerika. Spesies ini kita selalu jumpa di kawasan rumah. Warnanya agak merah keperangan dan mempunyai garisan kucing di belakang kepala. Inilah lipas yang paling orang kita tak suka masa dia terbang.\n\nii. Lipas Madagascar\n\nLipas Madagascar dikategorikan antara lipas bersaiz besar di dunia dan tidak bersayap. Lipas ini mempunyai bentuk yang panjang dan lapisan kulit yang seakan-akan perisai kulit. Kadang kala manusia membela spesies ini untuk dijadikan haiwan peliharaan. Hobi masing-masing kan, apa nak dikisahkan.\n\niii. Catara rugosicollis\n\nSpesies ini memang lain macam sikit. Bentuk badan yang hitam dan seakan-akan perisai perang yang telah dibom. Lipas ini boleh ditemui di kawasan hutan gunung. Entomologist Malaysia telah menemui spesies ini wujud di kawasan hutan Gunung Gading, Sarawak.\n\n3. Ketahanan terhadap radiasi nuclear.\n\nSatu lagi penemuan yang mengagumkan ialah beberapa jenis lipas diketahui mampu bertahan terhadap dos radiasi yang tinggi. Kajian menujukkan beberapa spesies serangga termasuk lipas mampu bertahan pada dos radiasi 10x ganda berbanding manusia bergantung kepada keadaan dan jenis radiasi. Namun penyelidik masih berdiskusi berkaitan kemampuan ketahanan ini, adakah kesan ini berkaitan survival individua atau kemampuan menghasilkan telur yang tidak mati." "Rakyat Malaysia perlu merasa bersyukur kerana kerap kali terlepas daripada bencana alam yang besar seperti tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Semua bencana ini selalunya terjadi di negara berdekatan dengan Malaysia seperti Indonesia dan Filipina. Jadi, persoalannya,\n\n\u201cKenapa Malaysia tak diancam?\u201d\n\nUntuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat beberapa faktor penting yang menjadikan Malaysia terselamat daripada bencana alam tersebut. Sebelum itu,\u00a0 mari kita belajar tentang lapisan bumi yang memainkan peranan penting kepada semua bencana tersebut.\n\nBumi mempunyai empat lapisan utama iaitu kerak bumi, mantel, teras luar dan teras dalam. Setiap lapisan mempunyai ciri-ciri tertentu. Tidak semua lapisan bumi ini keras membatu, ada juga yang mempunyai ciri-ciri separa-solid. Manusia telah banyak melakukan projek menebuk bumi semata-mata ingin mengetahui keadaan dalam bumi mahupun mencari kehidupan bawah tanah.\n\n1. Kerak Bumi (Crust)\n\nKetebalan kerak bumi dianggarkan kurang daripada 100 km. Setiap tempat dibumi akan mempunyai ketebalan kerak berbeza. Kerak bumi kita boleh andaikan sebagai nipis dan mudah retak (macam kulit telur bila diketuk). Serpihan retak itu geologist menggelarkan sebagai tectonic plates. Perglanggaran antara plat tektonik mampu menyebakan pelbagai jenis bencana alam dan perubahan bentuk benua. Lapisan kerak bergerak lebih kurang 5 cm setiap tahun.\n\n2. Mantel\n\nLapisan ini adalah yang paling tebal (<3000km ke dalam). Unsur utama mantel adalah iron (Fe), magnesium (Mg), dan silicon (Si). Suhu dalamnya juga sangat padat dan wujud sebagai semi-solid. Seperti lapisan kerak, mantel juga bergerak di terasnya tetapi kelajuan yang lebih perlahan.\n\n3. Teras luar\n\nTeras ketiga ini terdiri daripada unsur iron (Fe) dan nikel (Ni). Dianggarkan jarak kedalamanya adalah 5180 hingga 2880 kilometers dari permukaan. Teras ini wujud dalam bentuk cecair yang sangat panas dan terjadi arus pergolakkan (turbulent currents) yang menghasilkan arus eletrik. Suhu teras ini sangat panas kerana terdapat aktiviti pelakuran nuclear daripada unsur uranium (U) dan thorium (Th).\n\n4. Teras dalam\n\nBayangkan di dalam bumi, terdapat bebola kecil yang mempunyai suhu hampir sama dengan permukaan matahari. Itulah gambaran teras dalam. Teras keempat ini adalah sebuah bola besi yang padat dengan radius 1220km (lebih kurang panjang Phuket ke Johor Bharu).Tediri daripada unsur iron (Fe) dan nikel (Ni). Jarak daripada permukaan bumi adalah kurang daripada 6400km. Sama seperti lapisan lain yang bergerak, teras dalam mempunyai pergerakkan yang lebih pantas daripada yang lain.\n\nMalaysia Terlepas daripada Lingkaran Api Pasifik\n\nMalaysia sebenarnya berada diluar lingkaran api pasifik. Indonesia, Jepun dan beberapa negara lain berada diatas lingkaran api pasifik. Oleh sebab itu mereka mempunyai banyak aktiviti gunung berapi yang aktif.\n\nSeperti kita sebut diatas, plat tektonik mampu bergerak sebanyak 5cm setahun.Walaupun pergerakkanya sangat perlahan, namun aktiviti ini mampu menyebabkan gempa bumi dan tsunami. Pergerakkan tektonik yang terjadi pada lantai laut akan menghasilkan gempa bumi serta tsunami. Selain itu, negara yang berada pada kerak bumi juga turut akan berubah tempat sehingga mampu memasuki lingkaran api ini.\n\n\u201cOk, sekarang mari kita cuba kaitkan lapisan bumi, pergerakkan tektonik dan kenapa Malaysia terselamat.\u201d\n\nLingkaran api pasifik inilah punca sebenar kejadian gunung berapi. Disebabkan Malaysia telah melepasi kawasan ini, maka zaman sekarang, negara Indonesia pula telah berada di atas lingkaran api tersebut. Kerana itulah Indonesia menghadapi letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami dengan sangat banyak. Apabila plat tektonik ini bergerak dan bertembung antara satu sama lain, secara tidak langsung tekanan di bawah tanah akan meningkat sehingga menyebabkan gunung-gunung meletuskan gas beracun dan lava panas. Lava datang daripada ruang Magma yang berada di permukaan atas mantel dan akan ditolak keluar daripada gunung sebagai cecair pekat dan panas (dipanggil lava).\n\nMenurut sejarah, ahli geologi telah memberitahu bahawa kedudukan Malaysia sebenarnya pernah berada di kawasaln lingkaran ini. Maknanya, Malaysia pernah menghadapi letusan gunung berapi pada zaman dahulu. Bukti arkeologi telah mengesahkan fakta ini melalui penemuan batuan gunung berapi di Kuantan, Segamat,Grik, Gua Musang, Tawau dan Semporna.\n\nAndaikata suatu hari nanti plat tektonik ini bergerak dan Malaysia memasuki semula lingkaran api, maka Malaysia berpotensi melihat aktiviti gunung berapi dan gempa bumi sama seperti Indonesia. Namun berjuta tahun lagi-lah baru merasa.\n\nRujukan\n\n1. Explainer: Earth layer by layer. https://www.sciencenewsforstudents.org/article/explainer-earth-layer-layer\n\n2. Seven hot fact about the pacific ring of fire. https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geology/ring-of-fire.htm\n\n3. Magma role in the rock cycle. https://www.nationalgeographic.org/article/magma-role-rock/\n\n4. Volcanoes: How often do they erupt and what happens when they do? https://www.abc.net.au/news/science/2017-11-22/volcanoes-heres-what-happens-when-they-erupt/8997014\n\n4. Kredit disemak oleh\u00a0 : Hidayah Nizar, Bsc in Mineral Resources Engineering, USM." "Sesiapa yang pernah pergi berkhemah, masuk hutan dan tinggal dekat dengan kawasan hutan, mesti akan selalu dengar bunyi riang-riang. Spesies serangga ini sangat terkenal di Malaysia sehingga ada yang menjadikan riang-riang sebagai haiwan peliharaan. Tak kurang juga ada yang jadikan kudap-kudap. Kita akan berkenalan dengan riang-riang dan kemudian siasat macam proses riang-riang menjerit.\n\n1. Tatanama\n\nSelain dipanggil riang-riang, nama antarabangsanya adalah Cicada (Si-ka-da). Hal ini kerana riang-riang berasal daripada order Hemiptera, keluarga Cicadidae. Dianggarkan lebih kurang 3000 spesies yang ditemui dan masih terlalu banyak kekal misteri. Cicada di Malaysia umumnya dilihat berwarna hijau muda dan hijau gelap. Nama saintifik untuk riang-riang Malaysia adalah,\n\ni. Tacua speciosa\n\nii. Dunbua vaginata\n\niii. Orientopsaltria beaudouini\n\niv. Kepelbagaian Spesies (gunakan link di rujukan untuk zoom spesies pada quality tertingggi) http://www.cesarebrizio.it/Ento_Boxes/CICADIDAE_01.html\n\n2. Kitar Hidup\n\nCicada adalah spesies kumbang yang mempunyai kitar hidup yang tidak lengkap iaitu tidak melalui fasa larva.\n\nDekat mana telur Cicada dilepaskan? Jawapannya adalah di ranting dan dahan. Kemudian apabila telur menetas, Cicada kecil akan menembusi tanah dan menghisap sap sel akar pokok. Cicada bukan pemangsa yang makan serangga kecil yang lain walaupun rupanya agak brutal sikit. Tempoh hidup Cicada adalah berbeza, rekod menujukkan tempoh lama spesies ini boleh hidup adalah 2-5 tahun mengikut faktor tertentu.\n\n3. Komunikasi\n\nBagaimana Cicada mengeluarkan bunyi yang bising? (https://youtu.be/b3PRkwixQnQ). Serangga ini mampu mengeluarkan bunyi sehingga 100 decibel. Bunyi yang dihasilkan datangnya daripada organ Tymbal, iaitu sejenis set tulang rusuk di bawah bahagian sayap. Setiap set tulang rusuk tersebut bersambungan dengan otot tymbal. Apabila otot mengendur dan mengecut, tulang rusuk tersebut akan melengkung dan menghasilkan bunyi \u2018klik\u2019. Disebabkan oleh aktiviti otot tersebut berlaku dengan pantas (~300klik/saat), maka kita akan mendengar satu bunyi yang tidak putus-putus. Tambahan pula, tulang tersebut terletak di dalam sebuat ruang kosong berdekatan abdomen, maka bunyi klik bertambah kuat.\n\nSetiap spesies akan mengeluarkan bunyi yang unik antara satu sama lain. Bunyi tersebut kitab oleh dengar disiang hari.\n\nPeristiwa Menarik Cicada di Malaysia\n\nOrang Malaysia dan ilmu mistik memang tidak dapat dipisahkan. Pada tahun 2019, terjadi satu peristiwa pokok petai menangis. Maka viral-lah kejadian tersebut. Ramai juga yang menadah air kononnya menyembuhkan penyakit.\n\nSelepas beberapa orang pakar mengkaji kejadian tersebut, mereka mendapati air yang keluar datangnya daripada Cicada yang mendiami pokok tersebut. Persoalannya, macam mana air itu banyak sangat dikeluarkan?\n\nHal ini disebabkan oleh kuantiti air yang diambil oleh Cicada daripada sap sel tumbuhan adalah banyak dan menyebabkan Cicada tersebut terpaksa mengeluarkan air yang lebih daripada salur pembuangannya. Pendek kata, \u201csesedih pokok petai menagis, sedih lagi orang yang meminumnya\u201d.\n\nRujukan\n\n1. Malaysia-Cicada Mania : https://www.cicadamania.com/cicadas/category/locations/malaysia/\n\n2. Cicadidae, Entomoly Box 1: http://www.cesarebrizio.it/Ento_Boxes/CICADIDAE_01.html\n\n3. https://www.britannica.com/animal/cicada\n\n4. life cycle and sound produce : https://youtu.be/zRxkZWzFRCY\n\n5. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-pokok-petai-menangis-terjawab-penduduk-tadah-air-kencing-serangga-197252" "Fizik boleh dibahagikan kepada dua bahagian \u2013 fizik klasikal dan fizik moden. Tahun 1900 selalunya diambil sebagai tahun yang menjadi titik pemisah antara dua cabang fizik ini, apabila pada tahun 1905, Albert Einstein memperkenalkan teori Relativiti kepada dunia, dan Max Planck mula meneroka konsep Fizik Kuantum dan pengkuantaan tenaga sekitar hujung tahun 1900, dan teori Kuantum mula ditambah baik pada tahun-tahun seterusnya. Sebelum kewujudan dua bidang fizik moden ini, wujud bidang fizik yang klasikal dan lebih lama dibicarakan ahli sains, antaranya adalah Mekanik Newton, Teori Elektromagnet Klasik yang diterbitkan oleh James Clerk Maxwell, hukum objek samawi bersandarkan idea Kepler dan Newton, serta cabang bidang Termodinamik hasil dari sumbangan ramai ahli sains.\n\nPada satu tahap, ahli fizik merasakan seperti mereka telah memahami segala-galanya. Untuk memahamkan pergerakan, kita hanya perlu memahamkan idea Hukum Pergerakan Newton. Untuk memahami bagaimana enjin berfungsi, kita perlu memahami idea Carnot dalam bahagian Termodinamik. Untuk faham bagaimana litar elektrik berfungsi, cukup sekadar memahami hasil kerja Maxwell. Kesemua idea dari manusia-manusia genius ini dilihat mampu digunapakai untuk menerangkan segala perkara yang berlaku dalam alam semesta kita.\n\nREVOLUSI SAINTIFIK\n\nNamun hasil dari revolusi saintifik, hasil dari beberapa \u2018kelompongan\u2019 yang wujud, saintis pada zaman tersebut dihentak oleh realiti yang dibawa oleh beberapa orang revolusioner yang memberontak melawan saintis lama \u2013 Albert Einstein yang memegang idea bahawa masa dan ruang bukanlah bersifat mutlak sepertimana yang didakwa oleh Newton dalam Principia-nya, Planck yang ragu-ragu dengan idea bahawa tenaga itu sifatnya \u2018setongkol-setongkol\u2019, meminjam unsur Bahasa dari Prof Shaharir. Dua revolusi besar dalam fizik ini, Relativiti dan Teori Kuantum, kemudiannya memacu lebih banyak revolusi yang baharu, seperti kelahiran cabang Fizik Nuklear, Fizik Keadaan Pepejal (Solid State Physics) dan Fizik Zarah atau Fizik Tenaga Tinggi (High Energy Physics/Particle Physics).\n\nHasil dari bertahun-tahun kajian, sebahagian idea relativity (Relativiti Khusus) berjaya digabungkan bersama dengan Teori Kuantum. Cabang ini, yang kini digelar Teori Medan Kuantum (Quantum Field Theory) membincangkan apa yang akan berlaku sekiranya objek-objek pada skala yang amat kecil (skala Kuantum) mampu bergerak pada kelajuan yang amat laju (skala Relativiti Khusus, atau menghampiri kelajuan cahaya).\n\nDari Teori Medan Kuantum ini pula, satu model baharu yang menggambarkan alam ini dicipta. Model ini terdiri dari dua kelas benda \u2013 Fermion dan Boson.\n\nFIZIK MODEN\n\nPada satu tahap, kita belajar di sekolah bahawa atom adalah entiti paling kecil dalam alam semesta. Ternyata selepas kelahiran fizik moden, pelbagai entiti yang lebih kecil dari atom berjaya ditemui. Elektron adalah entiti dalam atom yang paling kecil. Proton dan neutron pula, yang merupakan sebahagian dari atom, ternyata sebenarnya tercipta dari entiti yang lebih kecil, iaitu quark. Terdapat beberapa jenis quark yang berbeza, iaitu up, down, charm, strange, top dan bottom, yang apabila dicampurkan, akan menghasilkan partikel yang lebih besar. Selain quark, ada juga muon dan tau serta neutrino mereka, dan kesemua partikel ini, Quark, Elektron, Muon, Tau dan Neutrino mereka (Neutrino Elektron, Neutrino Muon dan Neutrino Tau) kini dianggap sebagai partikel paling kecil dalam kategori Fermion.\n\nUntuk Boson pula, Boson boleh dianggap sebagai partikel yang terhasil sewaktu interaksi berlaku. Sebagai contoh, interaksi antara partikel bercas akan menghasilkan daya elektromagnet, dan zarah yang berfungsi sebagai pengantara (mediator) antara partikel bercas itu adalah foton (photon), yang boleh dianggap sebagai tongkolan-tongkolan cahaya (atau bentuk partikel bagi cahaya). Gluon pula bertindak sebagai \u201cgam\u201d yang melekatkan quark untuk menghasilkan neutron dan proton (nama gluon diambil sempena perkataan \u2018glue\u2019 yang merujuk kepada gam). Jika ingin dijelaskan dengan mudah, mengambil contoh proton, proton sebenarnya dibina dari quark up, up dan down. Nilai cas elektrik bagi quark up adalah +2/3 cas elektrik, manakala nilai cas bagi quark down adalah -1/3. Sekiranya ditambah, ia akan menghasilkan proton yang mempunyai jumlas cas bersamaan dengan 1.\n\nMasalah utama untuk proton adalah \u2013 cas bagi quark up adalah positif, dan dua quark up tidak boleh bergabung kerana mereka memiliki cas yang sama (cas positif bertemu cas positif akan menyebabkan mereka saling menolak antara satu sama lain). Dalam kes ini, gluon menjadi gam yang mengikat quark-quark ini, jadi meskipun mereka akan saling menolak, gluon akan menarik mereka.\n\nTerdapat juga boson W dan Z yang turut berfungsi untuk interaksi lemah. Dan model di atas tamat selepas saintis berjaya menjumpai Higgs Boson pada tahun 2012 di CERN, dan kesemua partikel ini kini dimasukkan sebagai satu bentuk Model Piawai (Standard Model) yang dipersetujui oleh ahli fizik teori dan eksperimen dalam bidang fizik zarah.\n\nSatu-satunya perkara membanggakan dalam kes Model Piawai ini adalah bagaimana ahli fizik teori dan eksperimen berjaya menggembleng usaha, dari memodelkan dan menghasilkan teori bersandarkan matematik dari gabungan Fizik Kuantum dan Relativiti, sehinggalah penciptaan Large Hadron Collider semata-mata untuk mencari kesemua partikel-partikel ini. Model Piawai ini dilihat amat berkuasa, sehingga ia dilihat sebagai salah satu model paling tepat dalam bidang sains, dan ia merupakan cubaan terbaik manusia bagi memahami alam semesta.\n\nNamun, kita nampaknya masih belum berjaya.\n\nJALAN MATI\n\nDisebabkan kejayaan Model Piawai ini, saintis kelihatannya seperti berada dalam satu jalan mati. Segala teori yang dihasilkan berjaya ditentusahkan, dan ia akhirnya membosankan saintis dalam bidang fizik zarah itu sendiri. Secara semulajadinya, sains tidak boleh mengalami revolusi jika segala yang kita tahu dibuktikan betul. Langit itu biru? Betul. Rumput itu hijau? Betul. Air itu jernih? Betul. Perkara ini membosankan minda yang sentiasa penuh dengan tanda tanya, maka apabila tiba-tiba langit bertukar merah, rumput menjadi kering, dan air menjadi keruh, maka kita sekali lagi mula menggerakkan minda kita, segala apa yang kita faham mengenai alam ini ternyata \u2018lain\u2019 dalam beberapa situasi yang berbeza.\n\n7 April lalu adalah waktu itu \u2013 waktu di mana tiba-tiba sahaja langit yang sentiasa biru bertukar merah \u2013air yang sentiasa jernih tiba-tiba bertukar keruh \u2013 rumput yang sentiasa hijau bertukar kering.\n\nModel Piawai yang selama ini menjadi kebanggaan komuniti fizik zarah kini diganggu gugat kerana salah satu teori yang dicipta ternyata tidak selari dengan hasil eksperimen yang dilakukan di Fermilab. Eksperimen ini memfokuskan kepada momen magnet, dan eksperimen itu bertujuan untuk mengukur momen magnet bagi muon (salah satu partikel asas tadi). Momen magnet (selalunya disebut dalam bentuk faktor g) untuk electron dan muon adalah dalam anggaran g = 2.00. Bagi electron, hasil eksperimen mendapati nilai g bagi electron adalah g = 2.00232, jadi faktor g bagi elektron dikira sebagai dipersetujui antara teori dan eksperimen.\n\nMasalahnya sekarang, bagi muon, nilai yang diperoleh Fermilab dapat adalah g = 2.00233183620, sedangkan nilai teori yang dikira adalah g = 2.00233184080. Perbezaan nilainya bermula pada angka ke 7 selepas titik perpuluhan (dalam skala 0.00000001).\n\nKita, sebagai orang biasa, pastinya merasa aneh. \u201cEh, takkan nilai sekecil itu boleh dikira satu nilai yang berbeza?\u201d\n\nDi sinilah beza ahli sains dan orang awam bermula. Untuk bidang seperti bidang fizik zarah, ketepatan pada setiap titik perpuluhan adalah perlu, kerana mereka bermain dengan \u2018objek\u2019 yang teramat kecil, yang lebih halus dari debu. Sebarang bentuk pemerhatian eksperimen dan data akan dianalisis dengan titik perpuluhan yang amat besar.\n\nEksperimen mereka bukan dibuat dengan cara masuk lab dan buat eksperimen, tidak.\n\nEksperimen mereka dibuat dengan perancangan yang teliti bertahun-tahun lamanya sebelum eksperimen itu mampu dibuat.\n\nParticle physics and high energy physics are the center of high precision science.\n\nBerbalik kepada eksperimen muon g-2 (dibaca muon g tolak dua) tadi, gambaran momen magnet yang digunapakai selalunya adalah seperti gasing yang terliuk. Gambaran yang ada di minda saya ketika ini adalah satu gasing yang sedang berputar. Disebabkan adanya geseran dengan udara, maka gasing tersebut akan berhenti.\n\nBagi muon pula, beberapa penambahan diperlukan.\n\nPertama, pergerakan muon itu akan dikawal dengan menggunakan medan magnet. Ini rasanya mudah difahami, sebab medan magnet muon akan berinteraksi dengan medan magnet luaran (external magnetic field). Selain itu, muon akan diletakkan di dalam vakum (supaya tiada gangguan dari benda lain). Meskipun muon diletakkan dalam ruang vakum, namun menurut Teori Medan Kuantum, ruang kosong (vakum) masih lagi mempunyai partikel khayalan (virtual particle). Partikel khayalan ini akan berinteraksi dengan muon, sama gambarannya dengan interaksi gasing dan udara tadi.\n\nPelik juga kalau difikirkan semula. Gasing berinteraksi dengan udara, akan memperlahankan gasing, dan muon, berinteraksi dengan partikel khayalan (yang wujud dari ruang kosong), akan mengubah momen magnetnya.\n\nJadi, apa yang akan berlaku sekarang?\n\nSekarang, saintis akan mula membina teori baru bagi menerangkan kenapa adanya perbezaan antara nilai teori dan eksperimen. Ramai yang berpandangan bahawa ini adalah indikasi bentuk \u201cFizik Baru diluar Model Piawai\u201d (New Physics Beyond the Standard Model), namun ada juga kertas yang terbit pada hari yang sama yang mengatakan bahawa percanggahan ini masih lagi tertakluk di bawah Model Piawai.\n\nJadi, adakah Model Piawai masih kukuh atau perlukan pembaharuan?\n\nMungkin. Melihat kepada respons dari ahli fizik dalam bidang ini, kebanyakan dari mereka kelihatan teruja dengan perkembangan terbaharu ini. Mungkin mereka sendiri sudah muak dengan \u201ckeberjayaan\u201d Model Piawai, dan bagaimana ia terlampau betul sehingga menghilangkan perasaan asal sains \u2013 perasaan ingin menerokai sesuatu yang baru.\n\nRUJUKAN" "Terkini, dalam fasa transisi ke arah kenderaan emisi sifar, kereta hibrid yang rendah karbon merupakan pilihan terbaik yang ada. Kereta hibrid ini menggunakan kombinasi lebih daripada satu enjin untuk menggerakkan kenderaan seperti contoh pengunaan petrol dan juga elektrik.\n\nPenggunaan kereta hibrid tidak begitu meluas di Malaysia dengan hanya kira-kira 52,500 kenderaan didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada 2010 hingga 2019 dengan purata pendaftaran kereta hibrid sebanyak 5500 buah kenderaan setiap tahun. Jumlah ini sangatlah kecil jika dibandingkan dengan hampir 500,000 kenderaan yang didaftar oleh JPJ setiap tahun.\n\nKenderaan elektrik (EV) digerakkan oleh tenaga daripada pengecasan bateri manakala kereta \u00a0elektrik sel fuel (FCEV) adalah kereta yang menggunakan tindakbalas gas hidrogen dan oksigen melalui medium sel bahan api untuk penghasilan tenaga elektrik bagi pengecasan bateri sebelum digunakan untuk menggerakkan motor elektrik.\n\nJenama kereta yang terkenal dengan kereta elektrik seperti Audi, BMW, Mercedes Benz serta Tesla menawarkan model kereta dengan jarak perjalanan bermula sekitar 200 hingga 500 km bagi setiap kali pengecasan bateri. Manakala kereta hidrogen yang komersil pula dikeluarkan seperti Toyota Mirai (2015), Honda Clarity (2016) dan Hyundai Nexo (2018).\n\nJarak perjalanan bagi kereta hidrogen pula adalah sekitar 300 hingga 500 km bagi setiap kali pengisian penuh gas hidrogen. Sebagai perbandingan, jumlah masa yang diperlukan pengisian semula bahan api bagi kereta hidrogen hanyalah 2 hingga 3 minit manakala kereta elektrik memerlukan masa daripada 30 minit sehingga 12 jam bergantung kepada kapasiti pengecasan dan juga kapasiti bateri pada kereta.\n\nWalau bagaimanapun, pemilikan kereta elektrik adalah jauh lebih murah daripada kereta hidrogen serta memerlukan kos penyenggaraan yang lebih rendah kerana kurang komponen mekanikal yang bergerak.\n\nSelain itu, cabaran pertama bagi adaptasi oleh pengguna di Malaysia adalah kos perolehan dan pemilikan kereta elektrik atau hidrogen itu sendiri.\n\nDi Malaysia, harga kereta elektrik dijual bermula dengan harga sekitar RM 180,000 bagi kereta model Nissan Leaf. Kereta hidrogen seperti Toyota Mirai dan Honda Clarity tidak dijual di Malaysia.\n\nSebagai perbandingan, harga bagi Toyota Mirai di Amerika Syarikat bermula sekitar RM 243,900 tidak termasuk duti import, duti eksais, cukai jualan, insuran, kos pengangkutan dan lain-lain. Daripada aspek kos pemilikan dan penyelenggaraan; kereta hidrogen adalah 70 peratus lebih mahal daripada kereta elektrik dan lebih 700 peratus lebih tinggi daripada kereta petrol.\n\nCabaran sebenar bagi pemilik kenderaan elektrik adalah jumlah stesen pengecasan elektrik dan juga masa yang diambil bagi pengecasan bateri. Sehingga Mei 2020, terdapat lebih 271 stesen pengecasan EV di 195 lokasi di 9 negeri seluruh Malaysia. Kebanyakan stesen pengecasan EV ini diletakkan dikawasan strategik seperti di Pusat Rawat & Rehat (R&R), stesen minyak dan juga hotel. Lokasi stesen pengecasan EV tidak menjadi masalah dikawasan bandar terutamanya di Lembah Klang. Tetapi pengecasan kereta elektrik agak sukar dilakukan dikawasan luar daripada Lembah Klang dan juga bandaraya besar seperti Johor Bahru, Ipoh dan Georgetown. Disebabkan itu, pengguna di Malaysia masih selesa menggunakan kereta yang menggunakan petrol dan diesel.\n\nSetakat ini, kesesuaian penggunaan kereta elektrik adalah dikawasan bandar dengan jarak perjalanan sekitar 100 hingga 200 km. Begitu juga dengan kereta hidrogen, setakat ini hanya ada 6 stesen bersepadu pengeluaran dan pengisian semula gas hidrogen yang masing-masing berada di Kuching (2), Sri Aman (1), Sibu (1), Bintulu (1) dan Miri (1). Stesen ini dibangunkan oleh syarikat Linde dengan kerjasama Kerajaan Sarawak melalui anak syarikat kerajaan negeri, Sarawak Energy Berhad. Setakat ini masih belum ada stesen bersepadu pengeluaran dan pengisian semula gas hidrogen di Semenanjung Malaysia.\n\nRakyat Malaysia masih lagi selesa dengan menggunakan kereta konvensional yang menggunakan petrol atau diesel disebabkan kekangan kos pemilikan dan penyenggaraan. Ini disebabkan terdapat jurang perbezaan yang signifikan (sehingga 6 kali ganda) dalam kos pemilikan kereta elektrik (paling asas) sekitar RM 180,000 dengan kereta petrol Proton Saga atau Perodua Bezza sekitar RM 30,000 \u2013 RM 40,000.\n\nSelain itu, pemilikan kereta hidrogen pula adalah sangat jauh daripada jangkauan disebabkan kos pemilikan yang terlalu tinggi. Walau bagaimanapun, usaha penyelidikan dan pembangunan dalam aplikasi teknologi EV dan FCEV tetap perlu diteruskan oleh penyelidik tempatan dalam melahirkan pakar rujuk yang berkemahiran tinggi.\n\nImpaknya akan dapat menurunkan kos pemilikan dan penyenggaraan kereta elektrik dan kereta hidrogen serta menjadikannya mampu milik oleh seluruh warga Malaysia pada masa akan datang.\n\nDisamping itu, penggunaan kereta elektrik dan kereta hidrogen ini akan dapat mengawal pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera seterusnya mengekang impak perubahan suhu dan iklim dunia.\n\nDisediakan oleh;\n\nMohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin\n\nPegawai Penyelidik Kanan,\n\nInstitute of Future Energy, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),\n\nUniversiti Teknologi Malaysia,\n\n81310 UTM Johor Bahru, Johor.\n\nRujukan:\n\nSims, R., Creutzig, F., Cruz-N\u00fa\u00f1ez, X., D\u2019Agosto, M., Dimitriu, D., Josefina, M., Meza, F., Fulton, L., Kobayashi, S., Lah, O., McKinnon, A., Newman, P., Ouyang, M., Schauer, J. J., Sperling, D., & Tiwari, G. (2014). Transport; Climate Change 2014: Mitigation of Climate Change. Contribution of Working Group III to the Fifth Assessment Report of the Intergovern- mental Panel on Climate Change.\n\nBall, M., & Weeda, M. (2015). The hydrogen economy \u2013 Vision or reality? International Journal of Hydrogen Energy, 40(25), 7903\u20137919.\u00a0https://doi.org/10.1016/j.ijhydene.2015.04.032\n\nHydrogen fuel cell vs electric car; What you need to know?\n\nhttps://www.euronews.com/./hydrogen-fuel-cell-vs-electric-c.\n\nAmbrose, A. F., Al-Amin, A. Q., Rasiah, R., Saidur, R., & Amin, N. (2017). Prospects for introducing hydrogen fuel cell vehicles in Malaysia. International Journal of Hydrogen Energy, 42(14), 9125\u20139134.\u00a0https://doi.org/10.1016/j.ijhydene.2016.05.122\n\nGambar:\n\nhttps://www.toyota.com/mirai/\n\nhttps://www.tesla.com/en_sg?redirect=no\n\nhttps://automobiles.honda.com/clarity-fuel-cell#\n\nhttps://www.nissan.com.my/vehicles/all-new-nissan-leaf/overview" "Bila disebut kisah cinta yang tragis pasti terlintas kisah Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, atau Laila dan Majnun. Kisah cinta yang tidak kesampaian. Membawa Sang Pencinta duka, derita dan lara hingga akhir usia. Ini kisah-kisah tentang manusia. Haiwan juga ada kisah-kisahnya yang tersendiri. Kisah tentang Sang Pasangan mencari-cari Sang Pelengkap hidup agar kehidupan yang dilalui lebih bermakna. Dibawah merupakan kisah ikan paus dan mentadak dalam mencari cinta dan berakhir dengan tragedi.\n\nPada tahun 1989, pasukan tentera laut Amerika Syarikat cuba merekod bunyi dalam lautan yang dalam. Dengan harapan dapat mengumpul maklumat tentang pergerakan kapal selam musuh terutama Rusia tetapi mereka telah merekod bunyi dalam laut yang sangat unik. Bunyi ini didengar lagi pada tahun 1990 dan 1991. Dengan berakhirnya perang dingin pada tahun 1991, maka tahun 1992 bunyi ini mulai tidak lagi menjadi rahsia tentera laut Amerika Syarikat. Bunyi ini ialah bunyi pada frekuensi 52 Hz. Hasil kajian Woods Hole Oceanographic Institution bunyi ini dihasilkan oleh seekor ikan paus biru yang sedang memanggil atau menarik pasangan dari jantina berlainan untuk mengawan. Masalahnya spesies ikan paus biru semuanya menghasilkan bunyi dalam laut dengan frekuensi bunyi antara 10 hingga 39 Hz.\n\nMemang sesuatu yang pasti dalam dunia ikan paus, spesies tertentu hanya akan menjawab panggilan ikan paus yang lain jika panggilan dan bunyi itu dihasilkan pada frekuensi yang tertentu sahaja. Jika tidak pada frekuensi itu, ikan paus tidak akan menjawab. Oleh itu, panggilan 52 Hertz ikan paus biru ini tidak dijawab oleh mana-mana ikan paus. Sejak dari 2014, setiap tahun, bunyi 52 hertz ini direkod. Ikan paus 52 hertz ini kelihatan tidak berputus asa mencari pasangan saban tahun. Disebabkan perkara ini, ikan paus ini dipanggil ikan paus paling sunyi dalam dunia.\n\nApabila sampai usia matang, mentadak betina akan membengkokkan badannya menyebabkan bahagian abdomen mentadak meninggi. Mentadak betina kemudian akan menghasilkan feromon (bahan kimia) yang menarik dan menjerat sang jantan untuk mendekat. Mentadak jantan akan mulai datang mendekat dari depan untuk melihat jelas sang betina. Pada waktu ini, mentadak betina akan kaku tidak bergerak. Ada jenis spesies mentadak jantan akan melakukan tarian mengawan dimana mentadak jantan akan bergerak dengan cepat dalam keadaan bulatan untuk menunjukkan kepada sang betina mereka layak untuk menjadi pasangan mengawan. Tanpa mentadak jantan ini sedar mungkin ini tarian yang terakhir. Mentadak jantan kemudian akan naik ke atas badan sang betina. Bahagian organ pembiakan mentadak betina dan jantan kini sudah bercantum di mana sperma mulai masuk ke dalam organ pembiakan sang betina.\n\nMentadak jantan akan cuba memegang bahagian badan mentadak betina tanpa dia sedar sang betina mulai memusingkan badan dan kepalanya, dan mulai menggigit kaki depan mentadak jantan. Kemudian mentadak betina mulai menyerang leher mentadak jantan, cuba untuk diputuskan bahagian kepala. Mentadak jantan cuba menolak untuk melepaskan diri tetapi sang betina yang lebih besar, kuat dan rakus menggagalkan usaha mentadak jantan. Dalam cubaan ini, mentadak jantan kini mulai digigit dari bahagian kepala pula. Dari gigitan mentadak betina ini, dia mulai mengunyah dan memakan daging bahagian tangan dan kepala mentadak jantan. Untuk menguatkan lagi penguasaan terhadap mentadak jantan, sang betina menggunakan kaki depan berupa sepit untuk menghalang sang jantan melepaskan diri. Akhirnya, mentadak jantan putus bahagian kepalanya. Ajaibnya sperma dari mentadak jantan masih mengalir masuk ke dalam sang betina. Di sini mentadak betina selain memperoleh sperma, dia juga memperoleh makanan dari tingkahlaku kanibalnya memakan mentadak jantan.\n\nInilah sedikit dari kisah jutaan haiwan yang diciptakan Tuhan. Penuh keunikan dan misteri. Pasti kita pernah mendengar kisah ini, sedikit sebanyak sama dengan kisah manusia. Ada yang masih tercari-cari cinta hati tetapi tidak dijumpai. Ada juga sudah dijumpai tetapi terjerat, dijerat oleh kesengsaraan sepanjang hayat.\u00a0 Begitulah kehidupan yang singkat ini, Tuhan uji dalam melihat selayak mana kita untuk ditempatkan dalam kalangan para Nabi, syuhada dan golongan beriman." "Kita mungkin biasa dengar gas hidrogen semasa belajar subjek Sains atau Kimia semasa di sekolah bukan? Terkini, dengan adanya teknologi moden kereta hidrogen yang dihasilkan dapat bergerak sejauh lebih 500 km tanpa mengeluarkan sebarang pencemaran selain hanyalah air sebagai produk sampingan (by-product).\n\nHidrogen kebiasaannya dikaitkan sebagai gas ringan, mudah terbakar, meletup dan berbahaya jika tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Walaupun gas hidrogen ini adalah ringan, tetapi gas ini tidak sesuai digunakan untuk mengisi belon acara perasmian atau keramaian. Gas yang lebih sesuai untuk digunakan bagi belon acara seperti ini adalah gas helium, walaupun lebih mahal kosnya kerana sifatnya yang lengai dan tidak mudah meletup atau terbakar.\n\nBerikut adalah beberapa fakta menarik tentang hidrogen.\n\nHidrogen adalah sejenis gas yang tidak berwarna, tidak berbau, tiada rasa dan bahan mudah terbakar yang merupakan unsur pertama didalam jadual berkala dengan nombor atom 1 yang merupakan unsur teringkas dan terbanyak di bumi ini. Walau bagaimanapun, hidrogen tidak wujud secara atom tunggal (H) atau pun molekul hidrogen (H2) di dalam keadaan semulajadi. Hidrogen mendidih pada suhu -252.879 \u00b0C dan mempunyai ketumpatan gas pada 0.082 kg m-3 pada suhu bilik (25 \u00b0C, 1 atm). Sifat kimia hidrogen yang paling awal diketahui adalah hidrogen yang dibakar bersama oksigen akan menghasilkan air. Perkataan hidrogen sendiri berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud pembuat air (water-maker).\n\nHidrogen dihasilkan daripada pelbagai proses kimia seperti kaedah pembaharuan metana stim (steam methane reforming), gasifikasi arang (coal gasification), elektrolisis dan juga melalui kaedah biologi. \n\nSebanyak 97 peratus daripada hidrogen yang terhasil sekarang ini dihasilkan melalui proses pembentukan hidrogen berasaskan bahan api hidrokarbon. Walau bagaimanapun, proses penghasilan hidrogen ini menghasilkan gas rumah hijau (GHG) yang mencemarkan udara, menipiskan lapisan ozon serta menyebabkan peningkatan suhu secara global seterusnya memberi impak kepada perubahan iklim global.\n\nHasil usaha dan kajian para penyelidik dan saintis, mereka kini berupaya menghasilkan gas hidrogen hijau (green hydrogen) daripada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui serta tidak melepaskan gas rumah hijau. Contoh sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah daripada hidroelektrik, solar, geothermal, angin, ombak, dan tenaga haba lautan (ocean thermal energy).\n\nHidrogen digunakan untuk menukarkan minyak sayuran kepada produk minyak pepejal atau separa pepejal. Sebagai contoh dalam industri makanan, gas hidrogen digunakan untuk menghasilkan minyak sayuran yang terhidrogenasi seperti marjerin dan mentega.\n\nMinyak sayuran akan menghasilkan produk berlainan mengikut tahap penghidrogenan yang dikenakan terhadapnya. Sebagai contoh, produk yang terhasil apabila minyak sayuran mengalami penghidrogenan bermula daripada marjerin separa cecair, marjerin lembut sehinggalah terhasilnya lelemak (shortening). \u00a0Lelemak banyak digunakan dalam penyediaan pastri seperti kek, biskut dan merupakan penyumbang sumber asid lemak trans yang tinggi.\n\nLemak trans atau asid lemak trans ini merupakan suatu bentuk lemak tidak tepu. Lemak trans ini wujud dalam bentuk semulajadi dan juga bentuk buatan. Walau bagaimanapun, lemak trans buatan atau dikenali sebagai lemak trans industri atau lemak separa terhidrogenasi ini amatlah membahayakan kesihatan dan boleh menjadi punca penyakit berkaitan kardiovaskular.\n\nHidrogen boleh digunakan sebagai bahan api dalam kereta hidrogen melalui tindak balas gas oksigen dan hidrogen di dalam sel fuel untuk menghasilkan tenaga elektrik dan juga air.\n\nDi dalam kenderaan fuel cell electic vehicle (FCEV) ataupun lebih dikenali dengan panggilan kereta hidrogen, sel fuel ini dipasang secara bersiri dan tersusun untuk mendapatkan keluaran voltan dan arus yang sesuai bagi kegunaan motor elektrik kenderaan hidrogen untuk membolehkannya bergerak.\n\nHidrogen cecair (liquid hydrogen) telah memainkan peranan yang sangat penting dalam penjelajahan angkasa lepas oleh National Space Agency (NASA) sejak permulaan program Apollo. Hidrogen cecair mempunyai kelebihan yang tidak ditawarkan oleh bahan bakar lain seperti berat molekul yang rendah and keluaran tenaga yang sangat tinggi semasa dibakar bersama dengan oksigen cecair (liquid oxygen). Bahan bakar cecair selalu digunakan sebagai daya tujahan tambahan untuk pelepasan roket daripada tarikan graviti bumi setelah menggunakan bahan bakar pepejal.\n\nSebelum terhasilnya baja, gas hidrogen ini diproses dan bertukar bentuk kepada gas ammonia (NH3) melalui proses Haber-Bosch. Proses ini melibatkan kombinasi antara gas hidrogen dan nitrogen dibawah tekanan dan suhu yang ditetapkan dengan pemangkin keluli.\n\nGas ammonia yang diperolehi, digunakan pula untuk menghasilkan ammonium nitrat sejenis baja yang digunakan bagi menambahkan kesuburan tanah bagi tujuan penanaman pokok dan sayur-sayuran. Selain itu, ammonia juga banyak digunakan sebagai produk pembersih rumah.\n\nKesimpulannya, banyak lagi kegunaan hidrogen dalam kehidupan kita hari ini termasuklah sebagai agen pengeluaran asid hidroklorik, gas penyejuk, penghasilan metanol dan lain-lain. Setiap ciptaan Allah SWT ini dijadikan sebaiknya untuk dikaji serta digunakan bagi manfaat manusia sejagat jika diuruskan dengan baik. Apa sahaja ilmu yang baik haruslah dikongsi untuk manfaat bersama seperti peribahasa Melayu yang mengatakan, membaca itu jambatan ilmu.\n\nDisediakan oleh:\n\nMohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin (P. Tech, AMIChemE) \n\nPegawai Penyelidik Kanan,\n\nInstitute of Future Energy,\n\nJabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),\n\nUniversiti Teknologi Malaysia,\n\n81310 UTM Johor Bahru, Johor.\n\nPelajar Tahun Akhir Doktor Falsafah (PhD) \u2013\u00a0Hydrogen Production\n\nJabatan Kejuruteraan Kimia & Alam Sekitar,\n\nFakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia,\n\n43400 UPM Serdang, Selangor." "Sifar merupakan angka atau nombor yang kita pelajari sejak kecil lagi. Kita sering menggunakan angka sifar dalam kehidupan seharian. Misalnya, sifar sentiasa muncul pada wang kertas yang kita gunakan. Namun begitu, terdapat satu persoalan yang sering dilontarkan. Adakah sifar nombor genap atau nombor ganjil?\n\nSifar mula diketahui oleh Tamadun Sumeria kira-kira 5000 tahun yang lalu. Mereka memperkenalkan sistem pengiraan bagi memudahkan mereka mencatat bilangan haiwan ternakan mereka. Tamadun Sumeria menggunakan simbol tertentu bagi mewakili nilai sifar.\n\nSekitar tahun 650 M, Brahmagupta yang merupakan seorang ahli matematik India menjadi orang pertama yang memformalkan operasi aritmetik menggunakan sifar. Dia menggunakan simbol titik di bawah nombor untuk mewakili angka sifar.\n\nPada abad kesembilan, Muhammad ibn-Musa al-Khawarizmi merupakan orang yang pertama menyelesaikan persamaan yang sama dengan sifar, atau aljabar sepertimana yang kita ketahui sekarang. Al-Khawarizmi menyebut sifar sebagai \u2018sifr\u2019 dan menjelang tahun 879 M, sifar ditulis dalam bentuk yang hampir seperti yang kita ketahui sekarang iaitu berbentuk lonjong. Simbol ini kekal dan digunakan sehingga ke hari ini.\n\nSebelum kita membahaskan sama ada sifar merupakan nombor genap atau ganjil, eloklah sekiranya kita mendefinisikan apa itu nombor genap dan ganjil.\n\nNombor genap merupakan nombor yang boleh dibahagi dengan dua atau dengan erti kata lain, nombor yang tidak akan memberikan baki apabila dibahagi dengan dua. Sebagai contoh 2,4,6,8,..\n\nNombor ganjil pula merupakan nombor yang tidak boleh dibahagi dengan dua iaitu nombor-nombor yang akan mempunyai baki apabila dibahagi dengan dua. Sebagai contoh, nombor 1,3,5,7,. .\n\nSekarang, mari kita pelajari apa yang akan berlaku apabila kita melakukan operasi tambah, tolak, darab ke atas nombor ganjil dan nombor genap.\n\nDalam jadual-jadual di atas, kita dapat lihat apabila satu nombor genap ditambah ke satu nombor genap, kita akan mendapat nombor genap semula. Manakala sekiranya nombor ganjil ditambah ke nombor genap, kita akan mendapat nombor ganjil. Namun, untuk operasi pendaraban pula, mana-mana nombor yang didarabkan dengan nombor genap akan menghasilkan nombor genap dan hanya hasil darab dua nombor ganjil akan menghasilkan nombor ganjil.\n\nSekarang mari kita bahaskan topik utama artikel ini iaitu sifar, nombor genap atau nombor ganjil?\n\nSebagaimana yang kita tahu, nombor genap merupakan nombor yang boleh dibahagikan dengan 2. Jadi, mari kita bahagikan nombor 0 dengan 2.\n\n\u00a00 apabila dibahagikan dengan 2, hasilnya adalah 0. Jadi, berdasarkan definisi nombor genap di atas, maka sifar sebenarnya merupakan nombor genap!" "Sejak dari kecil lagi kita mempelajari matematik. Operasi-operasi matematik seperti tambah, tolak, darab sering digunakan dalam kehidupan seharian. Namun begitu, tahukah anda bagaimana wujudnya simbol-simbol yang kita sering gunakan tersebut? Bagaimana boleh terbentuk simbol-simbol tersebut? Mari kita teruskan.\n\nOperasi tambah dan tolak mungkin merupakan operasi matematik terawal yang kita pelajari. Perkataan \u201cadd\u201d berasal daripada perkataan Latin iaitu \u201cet\u201d yang bermaksud dan.\n\nTamadun Mesir Purba kira-kira beribu-ribu tahun yang lalu telah menggunakan operasi tambah. Mereka menggunakan sepasang kaki yang berjalan mengikut arah penulisan mereka sebagai simbol tambah malah mereka turut menggunakan simbol kaki terbalik bagi mewakili operasi tolak.\n\nPada tahun 1489, simbol tambah dan tolak pertama kali dicetak di dalam buku Mercantile Arithmetic karya Johannes Widmann.\n\nPenampilan pertama simbol + dan \u2013 dalam bahasa Inggeris adalah dalam buku The Whetstone of Witte \u00a0yang ditulis oleh ahli matematik Inggeris, Robert Recorde pada tahun 1551.\n\nSimbol darab pertama kali diperkenalkan oleh William Oughtred, seorang ahli matematik yang berasal dari England kira-kira pada abad yang ke 16. Oughtred dikreditkan dengan menggunakan 150 simbol yang berbeza dalam karyanya, namun hanya beberapa simbol yang terselamat dan salah satunya adalah \u201cx\u201d yang mewakili pendaraban.\n\nNamun begitu, tidak semuanya berjalan lancar untuk Oughtred kerana beliau mendapat tentangan dari Leibniz yang tidak setuju dengan penggunaan simbol \u2018x\u2019 oleh Oughtred. Beliau berpendapat yang penggunaan simbol \u2018x\u2019 akan mudah dikelirukan dengan x.\n\nSebenarnya, terdapat simbol lain untuk pendaraban. Sebagai contoh, ahli matematik Switzerland, Johann Rahn, (1622-1676), menggunakan tanda bintang * dalam karyanya Teutsche Algebra (1659). Simbol ini juga masih digunakan di zaman sekarang. Dalam bidang pengaturcaraan misalnya, simbol * digunakan sebagai simbol darab.\n\nAhli matematik Jerman, Gottfried W. Leibniz, memperkenalkan simbol titik bertindih bagi mewakili (:). Simbol : digunakan bagi mewakili nisbah atau \u201cratio\u201d dalam bahasa inggeris. Ia merupakan antara simbol yang paling banyak digunakan sekarang. Bagi Leibniz, kelebihan menggunakan simbol ini ialah pembahagian dapat dikekalkan di sepanjang garisan yang sama dan hubungan antara pembahagian dengan pendaraban juga dapat dikekalkan.\n\nSimbol obelus atau simbol bahagi yang selalu digunakan sekarang, \u00f7 turut diperkenalkan oleh Johann Rahn dalam buku Teutsche Algebra. Simbol itu kemudian diperkenalkan ke London melalui hasil kerja ahli matematik Inggeris Thomas Brancker yang menterjemah karya Rahn.\n\nDalam buku \u00a0Mercantile Arithmetic, Robert Recorde turut memperkenalkan simbol sama dengan iaitu \u2018=\u2019. Simbol tersebut diperkenalkan kerana beliau penat mengulang perkataan sama dengan banyak kali dalam buku tulisannya. Sebelum itu, beliau telah menulis perkataan sama dengan lebih daripada 200 kali pada 200 muka surat pertama. Jadi, beliau menggantikan perkataan \u2018sama dengan\u2019 dengan 2 garis melintang yang sama panjang iaitu \u2018=\u2019.\u00a0 Robert Recorde menyatakan yang beliau memilih simbol tersebut kerana pada pendapat beliau, tiada dua benda yang lebih setara berbanding simbol \u2018=\u2019.\n\n1. Guardian News and Media. (2014, May 21). Notation, notation, notation: a brief history of mathematical symbols | Joseph Mazur. The Guardian. https://www.theguardian.com/science/alexs-adventures-in-numberland/2014/may/21/notation-history-mathematical-symbols-joseph-mazur.\n\n2. Karpinski, L. C. (1917). Algebraical Developments Among the Egyptians and Babylonians. The American Mathematical Monthly, 24(6), 257. https://doi.org/10.2307/2973180\n\n3. Livio, M. (2017, December 7). Where and When Did the Symbols \u201c+\u201d and \u201c\u2013\u201d Originate? HuffPost. https://www.huffpost.com/entry/where-and-when-did-the-sy_b_2860100.\n\n4. Cajori, F. (2015). A history of mathematical notations. CosimoClassics." "Adakah anda tahu, pada tahun 2020, lebih 80% sumber tenaga bagi penjanaan tenaga elektrik di Malaysia adalah daripada sumber bukan diperbaharui (non-renewable resources)?\n\nMenurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga, penjanaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga bukan diperbaharui Malaysia pada tahun 2020 berada pada tahap 42% bagi arang batu dan 40% sumber gas asli, manakala daripada sumber tenaga diperbaharui (renewable resources) hanyalah 9% selain penjanaan tenaga daripada sumber hidroelektrik sebanyak 8%.\n\nMelalui Pelan Pembangunan Penjanaan Tenaga (2020 \u2013 2030) seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Tenaga, pada tahun 2030, penjanaan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui di Malaysia akan meningkat kepada 23% manakala sumber arang batu menurun kepada 29%.\n\nIni akan mengurangkan kebergantungan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber bukan diperbaharui seperti arang batu seterusnya dapat mengurangkan perlepasan gas rumah hijau ke atmosfera di bumi Malaysia.\n\nKerajaan Malaysia amat komited untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui daripada 2% pada tahun 2019 kepada 20% pada tahun 2025. Ini adalah suatu komitmen besar kerajaan untuk mencapai lonjakan hampir 10 kali ganda (1000%) daripada status sumber tenaga boleh diperbaharui pada tahun 2019.\n\nSalah satu cara untuk menjana sumber tenaga boleh diperbaharui adalah melalui penghasilan tenaga elektrik menggunakan fotovoltaik solar. Dengan perkembangan teknologi terkini, kos pemasangan bagi kegunaan domestik sistem fotovoltaik solar telah dapat diturunkan dengan banyak kepada hanya RM 4,000 \u2013 5,000 bagi setiap 1 kWp sistem yang dipasang.\n\nSelaras dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penghasilan tenaga elektrik boleh diperbaharui daripada solar, kerajaan telah memperkenalkan empat (4) fasa Stesen Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) yang dibuka untuk bidaan bermula daripada tahun 2016. Inisiatif ini adalah langkah penawaran kompetitif bagi menurunkan kos tenaga boleh diperbaharui daripada tenaga solar.\n\nJumlah sasaran tenaga elektrik boleh diperbaharui yang telah ditetapkan adalah sebanyak 1,000 MW atau pun 1 GW dengan beberapa syarikat yang telah memenangi bidaan dan berjaya mendapatkan kelulusan kerajaan bagi pembinaan LSSPV sehingga berkapasiti 50 MW bagi setiap stesen.\n\nTahniah dan syabas diucapkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana telah berjaya mengoperasikan dua (2) stesen janakuasa fotovoltik solar berskala besar di Gambang, Pahang dan Pasir Gudang, Johor.\n\nStesen ini mula beroperasi pada bulan April 2019 dengan dimiliki dan dioperasikan oleh UEFSB melalui Special Purpose Vehicle (SPV), UiTM Power Sdn. Bhd. Kos pembangunan UiTM Solar Park I ini sebanyak RM 278 juta dengan 80% pembiayaan melalui terbitan sukuk. Melalui projek ini, UiTM telah diiktiraf sebagai universiti pertama di dunia yang membiayai projek hijau melalui penerbitan ASEAN Green SRI Sukuk.\n\nMula beroperasi pada November 2020, stesen janakuasa fotovoltaik solar Solar ini mempunyai kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 25 MW dan merupakan stesen kedua terbesar selepas UiTM Solar Park I (50 MW). Stesen janakuasa solar ini dijangkakan akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 11,000 ton setiap tahun.\n\nDengan adanya UiTM Solar Park I 50 MW and UiTM Solar Park II 25 MW, UiTM berupaya menjana tenaga hijau (green energy) daripada sumber tenaga boleh diperbaharui sebanyak 75 MW. Ini belum lagi mengambil kira kapasiti penjanaan tenaga melalui projek \u201cSolar Rooftop\u201d yang telah atau dirancang untuk dipasang di lokasi lain di kampus cawangan UiTM di seluruh negara.\n\nDengan kapasiti penjanaan tenaga elektrik melalui fotovoltik solar sebanyak 75 MW melalui UiTM Solar Park I dan II, secara rasminya, UiTM telah diiktiraf sebagai universiti awam pertama di Malaysia dengan kemudahan penjanaan tenaga solar terbesar serta universiti awam pertama di Malaysia yang mengoperasikan stesen janakuasa fotovoltaik solar secara komersil. Kedua-dua LSSPV milik UiTM ini telah mendapat kelulusan bagi konsesi pembelian tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) selama 30 tahun.\n\nSebanyak tujuh (7) perjanjian pembelian tenaga (PPA) telah ditandatangani bagi tujuan pemasangan fasiliti fotovoltaik solar bagi projek \u201cOn-Campus Energy Optimization and Solar Rooftop\u201d untuk kampus UiTM di Dungun, Permatang Pauh, Jengka, Kuala Pilah, Alor Gajah, Segamat dan Bertam.\n\nProjek fotovoltaik solar yang lain seperti LSS TNB 50 MW di Sepang (2018), Quantum Solar Park Malaysia, 50 MW di Pendang, Kedah serta beberapa lagi stesen LSS berkapasiti 50 MW bertempat di Gurun, Kuala Ketil di Kedah, Merchang di Terangganu, Jasin di Melaka dan Rembau di Negeri Sembilan.\n\nSemoga perancangan dan pelaksanaan LSSPV di Malaysia dapat berjalan dengan lancar bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Dengan itu, import arang batu dapat dikurangkan secara langsung manakala kesan jejak karbon (carbon footprint) dapat diminimumkan secara tidak langsung, seterusnya diharapkan langkah ini dapat membantu dalam mitigasi perubahan iklim secara global.\n\nDisediakan oleh:\n\nMohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin (P. Tech, AMIChemE)\n\nPegawai Penyelidik Kanan, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia\n\nPelajar Tahun Akhir Doktor Falsafah (PhD) \u2013\u00a0Hydrogen Production\n\nFakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia" "Kutu merupakan spesies organisma yang kecil tetapi tidak dikategorikan sebagai serangga.\n\nYa, benar. Kutu bukan serangga kerana ciri-ciri serangga tidak ada pada fizikal seekor kutu.\n\nKutu datang daripada filum Arthropoda, iaitu satu kluster kumpulan besar dimana terdapat juga pecahan kumpulan dalaman seperti insecta (serangga), crustachea (udang) dan araknida (labah-labah).\n\nUmumnya, kutu yang berinteraksi dengan manusia diketahui sebagai binatang yang hidup di kawasan rerambut tebal seperti di kepala dan di badan haiwan yang berbulu. Namun, terdapat juga kutu tinggal di kawasan kulit mamalia yang lain dan lebih tepatnya dikawasan liang roma muka.\n\nDemodex spesies adalah kutu yang telah lama hidup bersama dengan spesies mamalia. Terdapat dua spesies Demodex yang ada pada manusia iaitu Demodex folliculorum dan Demodex brevis. Spesies Demodex diketahui sebagai spesies arthropoda yang paling kecil pernah dijumpai dan dikesan sebagai \u2018parasitic mites\u2019.\n\nKedua-dua spesies ini sangat umum dijumpai di sekitar muka manusia. Penemuan spesies ini pula telah terjadi pada tahun yang berbeza iaitu Demodex folliculorum (1842) dan Demodex brevis (1963). D. folliculorum dijumpai tinggal di dalam liang-liang roma (fair follicle) manakala D. brevis tinggal di kawasan kelenjar sebum yang berhubung dengan liang roma.\n\nKutu muka kelihatan agak \u2018alien\u2019 berbanding spesies kutu lain yang kita jumpa. Badannya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mempunyai lapan pasang kaki dan juga kepala. Bahagian kedua pula sangat panjang. Saiz badan Demodex hanya antara 0.3-0.5 mm sahaja.\n\nSelain itu, warna tubuh badan pula agak lut cahaya sehinggakan kutu ini memilih untuk bergerak hanya pada waktu malam bagi mengelakkan terkena cahaya matahari. Kelajuan pergerakan pula hanyalah 8-16 cm per jam.\n\nApakah yang dimakan oleh kutu muka untuk hidup?\n\nKutu muka bukanlah spesies alien yang akan makan jantung manusia semasa kita tidur. Spesies ini hanya makan minyak dan sel-sel muka. Antara kawasan \u2018hot spot\u2019 di muka adalah bulu mata, pipi, kening dan dahi. Ada juga bukti bahawa kutu ini boleh berada di tempat lain seperti tengkuk, bulu badan dan kawasan kemaluan.\n\nDalam aspek pembiakan, Kutu Demodex mampu bertelur 15-20 biji telur sepanjang hidup. Ini kerana, kutu yang dewasa hanya hidup lebih kurang 3 minggu sahaja. Kawasan bersalin kutu ini adalah di dalam liang roma. Apabila terlalu banyak sisa-sisa telur yang menetas di kawasan liang roma, maka kawasan tersebut akan tersumbat.\n\nManusia dilahirkan tanpa kutu namun kita mewarisi kutu muka ini sejak 3 juta tahun terdahulu lagi. Boleh dikatakan kita semua mempunyai hubungan kekeluargaan melalui kutu muka. Apabila seorang bayi lahir, kutu daripada ibu, ayah, saudara mara akan dipindahkan melalui sentuhan kepada bayi tersebut.\n\nTerdapat pelbagai industri kosmetik yang dilihat mengeluarkan pelbagai produk untuk membasmi kutu muka. Adakah ini bermaksud kutu muka sangat berbahaya dan kita wajib membeli produk tersebut?\n\nKehadiran kutu muka tidak merbahaya kepada manusia. Kalau berbahaya, sudah lama kita menghadapi \u2018Pandemik Kutu Muka\u2019. Kutu muka hanya akan memberikan ancaman kepada kita apabila populasinya terlalu banyak dan apabila seseorang itu mempunyai jenis kulit sensitif.\n\nKesan umum apabila terjadi serangan Demodex adalah kulit kemerah-merahan, kegatalan pada kulit dan ekzima. Jika terdapat banyak aktiviti Demodex dikawasan bulu mata, pesakit akan merasai kegatalan disitu dan kelihatan cecair yang mengeras (keratinization) di sekitar bulu mata.\n\nCara umum untuk menghalang muka kita dijajah oleh Demodex adalah dengan membasuh muka dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang lembut. Kita juga boleh menggunakan \u2018Tea tree oil\u2019 pada kawasan yang mengalami kegatalan. Gunakan produk yang sesuai seperti direkomendasi oleh syarikat kosmetik. Jika terdapat serangan yang lebih teruk, segeralah bertemu dengan pakar kulit. Anda juga digalakkan membasuh bantal, selimut, penutup mata dan tuala muka dengan kerap.\n\n1. https://www.healio.com/news/optometry/20120225/demodex-infestation-requires-immediate-aggressive-treatment-by-doctor-patient\n\n2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3884930/\n\n3. https://www.sciencemag.org/news/2015/12/what-mites-your-face-say-about-where-you-came\n\n4. https://www.medicalnewstoday.com/articles/321831#treatment" "Anda akan ketawa apabila melihat persamaan di atas. Tidak masuk akal. Dari sudut sains, unitnya sahaja tidak sama. Ibarat 3 kg + 4\u00b0C = 10 m. Kita tinggalkan sebentar kisah ayam, itik dan angsa tersebut. Sekarang kita cuba lihat satu istilah sains, iaitu Kehomogenan Dimensi (Dimensional Homogeneity). \n\nKehomogenan Dimensi adalah istilah merujuk pada persamaan yang mana unit di sebelah kanan dan di sebelah kiri adalah sama. Sebagai contoh mari kita lihat persamaan yang biasa kita lihat, iaitu persamaan gerakan linear.\n\nSepertimana yang diketahui, \u2018v\u2019 di sini merujuk pada halaju sebelum dan \u2018u\u2019 merujuk halaju selepas di dalam unit m/s. Manakala, \u2018a\u2019 merupakan pecutan di dalam unit m/s2 dan \u2018s\u2019 adalah sesaran di dalam unit m.\n\nTerbukti persamaan di atas termasuk di dalam kategori persamaan yang Dimensinya homogen. Iaitu kuasa meter dan saat di sebelah kanan sama dengan sebelah kiri. Dan ya, anda boleh pergi jauh dengan melihat pelbagai persamaan lain seperti persamaan yang biasa kita lihat, Hukum Newton kedua, persamaan Bernoulli atau persamaan yang lebih rumit, persamaan Navier-Stokes. Kesemuanya persamaan ini mematuhi konsep Kehomogenan Dimensi.\n\nTetapi tahukah anda ada beberapa persamaan di bidang kejuruteraan yang konsepnya seperti ayam, itik dan angsa tadi? Dalam erti kata lain persamaan yang tidak mematuhi Kehomogenan Dimensi.\n\nSebagai contoh persamaan Hazen-William. Persamaan ini digunakan untuk mengira perbezaan tekanan dalam paip air. Persamaan ini diberikan oleh,\n\nDi mana Q merupakan kadar alir di dalam m3/s, D adalah diameter paip, dp/dl adalah perbezaan tekanan per unit panjang. Tanpa perlu melihat jauh, disebabkan terdapat kuasa \u2018pelik\u2019 iaitu 2.63 dan 0.54, dapat diketahui persamaan ini tidak homogen dari segi dimensi.\n\nJadi persamaan ini salah. Mungkin itu yang terlintas di fikiran anda. Sebelum kita membuat kesimpulan, kita lihat satu lagi contoh persamaan lain, persamaan Manning. Persamaan ini digunakan untuk mencari halaju air bagi sistem aliran saluran terbuka (Open channel flow).\n\nDi mana C merupakan pemalar rintangan aliran, R adalah jejari di dalam meter, dan S adalah kecerunan saluran (tiada unit). Manning membentangkan hasil kajiannya pada tahun 1889. Persamaan Manning ini hampir sama dengan apa yang telah dikemukakan oleh Gauckler pada 1868. Disebabkan hal ini terkadang persamaan ini juga dikenali dengan Persamaan Gauckler-Manning. Terdapat beberapa analisis penting terhadap persamaan ini dilakukan oleh Strickler pada 1923. Oleh yang demikian di Eropah persamaan ini lebih dikenali dengan Persamaan Gauckler-Manning- Strickler.\n\nSekarang mari kita lihat bentuk yang paling kerap digunakan untuk menggambarkan persamaan Manning ini. Di mana C di tukar kepada 1/n atau kepada K menurut Strickler.\n\nPersamaan di atas ini adalah persamaan yang pelik. Ini kerana untuk menjadikan ia sebagai persamaan yang mematuhi konsep kehomogenan dimensi, pemalar n perlu mempunyai unit s/m1/3. Sedangkan n adalah pemalar tanpa unit seperti mana tercatat dalam buku dan jurnal. Jika diterima n dengan unit yang demikian, ianya juga susah untuk dihadam kerana unitnya yang agak pelik.\n\nKatakanlah pemalar n ini mempunyai unit s/m1/3, jadi apabila persamaan di atas digunakan untuk mengira halaju aliran mengikut sistem Imperial, iaitu halaju di dalam unit kaki/saat (ft/s), sepatutnya nilai n ini ditukar kepada s/ft1/3. Namun ini amatlah menyukarkan kerana nilai n perlu ditukar untuk setiap kali pengiraan.\n\nTerdapat pula cadangan bahawa unit s/m1/3 ini bukanlah untuk n, tetapi untuk nilai 1 di dalam persamaan tersebut. Inilah cadangan yang kelihatan terbaik meskipun masih membingungkan kerana 1 hanyalah nombor dan bukan sebarang parameter. Terdapat pelbagai cara lain turut dikemukakan namun, hakikatnya ianya tidak menutup kecacatan yang ada pada persamaan ini.\n\n.\n\nJadi berbalik kepada isu asal, adakah persamaan-persamaan ini salah? Secara matematiknya boleh dikatakan salah, tetapi hakikatnya persamaan ini tidaklah salah secara keseluruhan. Apatah lagi persamaan-persamaan ini telah menunjukkan keputusan yang baik.\n\nPersamaan Hazen-William misalnya, digunakan secara meluas di dalam reka bentuk sistem perpaipan seperti sistem pemercik (fire sprinkler systems), sistem pengagihan air (water supply networks)\u00a0 dan sistem pengairan (irrigation systems). Manakala persamaan Manning pulasangat popular digunakan untuk permasalahan sistem aliran terbuka.\n\nPersamaan-persamaan ini lebih dikenali dengan istilah persamaan empirikal, di mana ianya dihasilkan dengan membandingkan data-data uji kaji. Sebagai contoh, Manning telah menghasilkan persamaan tersebut dengan membandingkan data-data dari 170 uji kaji yang telah dilakukan.\n\nMaka secara ringkasnya persamaan-persamaan ini hendaklah digunakan dengan berhati-hati dengan mengambil kira kekangan yang telah di nyatakan. Sebagai contoh Persamaan Hazen-William hanya boleh digunakan untuk air sahaja. Ia juga tidak mengambil kira kesan suhu dan kelikatan air tersebut.\n\nJadi adakah TIGA EKOR AYAM + TUJUH EKOR ITIK = 10 EKOR ANGSA itu benar? Jawapannya tidak. Kerana tiada data dari hasil uji kaji menyatakan sedemikian, kecuali jika para pembaca dapat membuktikannya.\n\nDisediakan oleh,\n\nNurudin Abdul Settar\n\nPensyarah Bidang Kejuruteraan." "17 Ramadan telah dipilih oleh jumhur ulama\u2019 sebagai hari Nuzul al-Quran. Terdapat juga beberapa ulama\u2019 yang berpendapat bahawa peristiwa ini berlaku pada tanggal 7 Ramadan, 18 Ramadan, 21 Ramadan atau 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, perbezaan-perbezaan ini mempunyai ijtihad tersendiri di kalangan ulama\u2019 dan hanya Allah sahaja Maha Mengetahui kebenarannya. Walaupun demikian, kita perlu mengimani kalam Allah yang menyatakan bahawa al-Quran ini diturunkan dalam bulan Ramadan sebagaimana firman-Nya di dalam surah al-Baqarah ayat 185:\n\nMaksudnya : \u201cBulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara haq dan batil).\u201d\n\nNuzul al-Quran merupakan peristiwa penurunan Al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir dengan melalui dua tahap utama.\n\n1. Al-Quran diambil oleh Malaikat Jibril di Lauh Mahfuz dengan perintah dan keizinan Allah, lalu diturunkan ke langit dunia (Baital-Izzah) secara sekaligus.\n\n2. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur selama 23 tahun dari langit dunia melalui Malaikat Jibril dalam beberapa cara, antaranya ialah Malaikat Jibril memasukkan ayat ke dalam hati Nabi S.A.W ketika Baginda S.A.W tidak terkesan oleh panca indera, tetapi, Baginda S.A.W merasa bahawa wahyu itu berada di dalam hatinya, dan Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan menyampaikan ayat kepada Baginda S.A.W sehingga Baginda S.A.W menghafaz ayat yang diturunkan itu sebelum disampaikan kepada sahabat-sahabat Baginda S.A.W.\n\nAl-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai wasilah utama penyampaian kalam Allah kepada umat manusia seluruhnya sebagai satu panduan kehidupan. Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Sad, ayat 29 :\n\nMaksudnya:\u00a0\u201c(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.\u201d\n\nAl-Quran merupakan kitab yang begitu istimewa dan tidak tertanding dengan mana-mana kitab. Terlalu banyak keistimewaan yang terkandung dalam Kitabullah ini. Tetapi, pada artikel kali ini, saya ingin menekankan satu sisi dalam salah satu keistimewaannya iaitu mukjizat.\n\nFirman Allah S.W.T dalam Surah al-Isra\u2019 ayat 88 :\n\nMaksudnya:\u00a0\u201cKatakanlah (hai Muhammad) sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan al-Quran, mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu.\u201d\n\nDalam kitab al-I\u2019jaz al-Ilmi oleh Yusuf al-Haj Ahmad menyebut bahawa : \u201cTidak diragukan lagi bahawa sudut kemukjizatan Al-Quran al-Karim begitu pelbagai dan tepat. Dari aspek kepelbagaiannnya antara lain kemukjizatan saintifik, kemukjizatan legislatif, kemukjizatan retorik, kemukjizatan metafisik, kemudian yang terakhir kemukjizatan artistik-ilustratif. Sementara dari ketepatannya, kita boleh melihat sejumlah amaran yang dibuktikan kebenarannya oleh sains moden dari waktu ke waktu. Fakta-fakta alamiah (bahanal) mahupun\u00a0imbahanal\u00a0ini semakin menegaskan dan mendukung isyarat yang diberitakan al-Quran.\u201d\n\nAl-Quran tidak hanya terbatas pada sesuatu perkara sahaja, tetapi meliputi keseluruhan pengetahuan yang \u2018haq\u2019 atau benar, dan diterima bersama oleh fitrah, akal, dan wahyu. Syed Muhammad Naquib al-Attas pernah menyebut bahawa Al-Quran harus dilihat bukan semata-mata sebagai sebuah kitab suci yang hanya dibaca dengan tertib, tetapi sebagai sumber ilmu, sama ada ilmu pengetahuan ataupun ilmu pengenalan.\n\nAl-Quran sebagai satu mukjizat mampu mencabar akal manusia untuk mencari dan meyakini kebesaran Allah yang Maha Hebat dalam setiap penciptaan dan aturan sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Keunikan yang terdapat dalam penyusunan kandungan Al-Quran merupakan satu daripada pelbagai bentuk keunikan dan kehebatan yang terdapat dalam mukjizat Al-Quran.\n\nBeberapa pengkaji telah berusaha untuk meneliti, mendalami dan mengkaji isi kandungan Al-Quran bagi melihat keunikan dan kehebatan susunannya. Antara kajian perihal ini telah dijalankan oleh Mohd Arip Kasmo pada tahun 2010 kerana usaha beliau bagi membidas pertikaian-pertikaian orientalis Barat dan penyebar agama Kristian terhadap kebenaran Al-Quran. Manakala, bagi penulisan ini, saya merujuk kepada dapatan kajian oleh Hazwani Che Ab Rahman, Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian dan Nazri Muslim, yang telah dilakukan pada tahun 2016.\n\nKajian ini terlaksana melalui kaedah pemasukan maklumat nombor-nombor daripada penyusunan Al-Quran yang melibatkan bilangan ayat, kronologi diturunkan surah, dan kedudukan nama surah (nombor surah) ke dalam perisian Microsoft Excel dan seterusnya mengarahkan graf taburan yang diinginkan.\n\nKajian ini adalah lanjutan daripada dapatan kajian Mohd Arip Kasmo dengan dapatan yang sangat menakjubkan!\n\nGraf taburan pertama yang dibentuk ialah suatu graf yang melibatkan nombor atau kedudukan nama surah dan bilangan ayat bagi setiap surah dalam Al-Quran. Pemasukan maklumat pada Microsoft Excel dalam sel seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.\n\nPemasukan nama surah yang bermula dengan surah terakhir ini dilakukan bertujuan untuk membentuk hasil yang lebih jelas kelihatan pada kedudukan yang sepatutnya. Seterusnya, Microsoft Excel diarah untuk membina suatu graf taburan berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disenaraikan dengan paksi-x mewakili kedudukan nama surah dan paksi-y mewakili bilangan ayat bagi surah masing-masing.\n\nBerikut merupakan hasil graf taburan tersebut :\n\nGraf taburan yang terhasil menunjukkan surah an-Nass merupakan suatu titik yang menghampiri asalan, manakala surah al-Fatihah mewakili titik yang paling jauh kerana kedudukan surah al-Fatihah yang diletakkan dalam sel yang berada di kedudukan ke-114 dalam Microsoft Excel.\n\nGraf taburan ini kemudiannya digunakan untuk proses seterusnya iaitu proses penyambungan titik-titik yang terlibat seperti pada rajah di bawah.\n\nKalimah yang terbentuk hasil daripada penyambungan titik-titik koordinat ini ialah Allah dengan ejaan jawi.\n\nPada sudut pandang yang sedikit berbeza, cantuman titik-titik koordinat pada graf yang sama dapat membentuk satu perkataan lain, iaitu kalimah nama pemilik junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dalam tulisan jawi.\n\nJusteru, dua kalimah yang terhasil daripada cantuman taburan titik-titik koordinat untuk graf pertama ini merupakan dua kalimah yang terdapat pada kunci agama Islam, iaitu Syahadah.\n\nGraf taburan yang kedua adalah dibentuk melalui pemasukan kedudukan nama surah (nombor surah) dan kronologi penurunan surah-surah tersebut. Pemasukan maklumat pada Microsoft Excel pada sel seperti yang ditunjukkan dalam rajah tersebut.\n\nPada bahagian ini, hasil penelitian yang berulang kali membawa pengkaji kepada satu lagi penemuan kalimah jawi.\n\nPandangan kalimah yang muncul dari sudut ini masih tidak jelas seperti yang ingin digambarkan, lalu dilakukan putaran rajah 5 mengikut arah lawan jam sebanyak 90 darjah.\n\nNampak tak apa yang saya nampak? Subhanallah!\n\nPenemuan-penemuan ini merupakan bukti bahawa Al-Quran bukan kitab rekaan manusia, tetapi, ia milik Allah Yang Maha Mengatur dan Membentuk segala sesuatu. Mustahil bagi manusia untuk melakar kalimah yang amat bermakna ini, sedangkan ketika penurunan Al-Quran selengkapnya, masih belum wujud sistem nombor Muslim, kertas, atau graf taburan seperti yang wujud pada hari ini. Malah, pembangunan sistem graf ini memerlukan kepada sistem penomboran yang menunjukkan susunan dan ketepatan sesuatu perkara.\n\nAbdul Latif Samian menyatakan bahawa penomboran kepada surah dan bilangan ayat di dalam Al-Quran menunjukkan peranan nombor yang penting bagi memastikan Al-Quran berada dalam keadaan tersusun di mana nombor merupakan makhluk Tuhan dan setiap sesuatu di alam ini semestinya boleh dinomborkan.\n\nSesungguhnya Allah S.W.T bersifat Maha Merancang, Maha Menghitung, Maha Membentuk dan Maha Hebat dalam setiap perkiraan yang dilakukan.\n\nSelain itu, penemuan ini juga membuktikan bahawa Al-Quran merupakan mukjizat yang bukan semata-mata menjadi pegangan dan mentauhidkan Allah, malah merangkumi sains matematik dan penomboran yang memenuhi kehendak manusia berilmu. Malah, dalam ilmu pengkomputeran yang menguasai dunia moden hari ini turut terhasil asasnya daripada Al-Quran melalui pembuktian ahli sejarawan bahawa tokoh ilmuwan Islam, Al-Biruni merupakan pencipta komputer pertama di dunia apabila beliau menemui \u201c0\u201d dan angka \u201c1\u201d dalam formula matematiknya yang berasaskan Al-Quran.\n\nSesungguhnya ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitab ini sudah cukup membuktikan maha luasnya ilmu Allah. Allahuakbar!\n\nMaksudnya : \u201cKatakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)\u201d. \u2013 Surah al-Kahfi : 109\n\nOleh yang demikian, Al-Quran merupakan kitab yang perlu dipercayai dan diimani sepenuhnya walaupun penerangan ayat-ayat Al-Quran secara rasional dan mantiknya bertentangan dengan pemikiran seseorang yang lain. Dan beriman dengan\u00a0 Al-Quran merupakan salah satu daripada rukun Iman.\n\nSeperkara lagi perkara yang perlu kita sedar bahawa di Mahsyar nanti hanya dua amalan sahaja yang akan berani berkata-kata di hadapan Allah bagi membela tuannya, iaitu puasa dan membaca Al-Quran. Maka, bagi mereka yang mengimpikan keredhaan Allah dan Syurga-Nya, sudah pasti mereka akan merebut peluang yang diberikan Allah pada saat ini di bulan Ramadan untuk berpuasa dengan erti ibadah yang sebenar dan memperbanyakkan bacaan Al-Quran bagi mendapatkan dua syafaat utama ini untuk membantu mereka bersuara di hadapan Allah tika mana semua makhluk termasuklah para Nabi dan Rasul ketika itu hanya mampu diam membisu dan tunduk ketakutan akan kedahsyatan kemurkaan Allah S.W.T.\n\nApakah kita termasuk dalam golongan \u2018mereka\u2019 ini? Jawablah sendiri. Muhasabah.\n\n1. IMAN-2016-0403-05.pdf (ukm.my)\n\n2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan \u2013 BAYAN LINNAS SIRI KE-28: NUZUL AL-QURAN DAN PERPADUAN UMMAH (muftiwp.gov.my)\n\n3. TARIKH NUZUL AL-QUR\u2019AN: SATU PERBINCANGAN \u2013 Abu Anas Madani" "Haziq dan Peah telahpun menjadi penjenayah!\n\nMula berkenalan pada 18 Jun 2019, Haziq dan Peah telah berkomplot untuk merompak Bank Nilapor yang terletak di daerah Value 3, di negara District 9. Mereka merancang rompakan mereka dengan penuh teliti, bagaimana wang akan dibawa keluar, kereta apa yang akan mereka gunakan. Mereka yakin mereka akan berjaya.\n\nTapi ternyata, pasukan polis di daerah Value 3 lebih hebat. Tak sampai 15 minit rompakan di Bank Nilapor berlaku, Haziq dan Peah telah ditangkap, dan mereka berdua dikurung dalam dua lokasi yang berbeza.\n\nMenurut hukum negara District 9, mereka yang ditahan kerana merompak akan dipenjara selama maksimum 5 tahun lamanya. Ini bermakna, Haziq dan Peah akan dipenjara dan masing-masing akan menerima hukuman untuk tempoh 5 tahun penjara.\n\nNamun pihak peguam memberikan pilihan kepada Haziq dan Peah.\n\nPilihannya adalah:\n\nSekiranya anda menjadi Haziq atau Peah, adakah anda akan membelot rakan anda?\n\nSituasi di atas merupakan salah satu contoh konsep matematik yang dipanggil sebagai Teori Permainan (Game Theory), salah satu cabang pemodelan matematik yang melibatkan beberapa orang pemain (dalam kes ini Haziq dan Peah) yang dianggap sebagai orang yang rasional.\n\nTeori matematik ini ada banyak aplikasinya dalam dunia sebenar, terutamanya dalam bidang ekonomi, kerana selain menganggap ekonomi sebagai satu isu yang bersifat kebarangkalian, pemain dalam bidang ekonomi (seperti pengeluar dan pembeli) boleh dimodelkan sebagai pemain yang rasional.\n\nOrang pertama yang meneroka konsep Teori Permainan ini ialah John von Neumann, seorang ahli matematik dan juga polymath (pakar pelbagai bidang) dalam makalahnya On the Theory of Games of Strategy pada tahun 1928. Orang pertama yang menghuraikan dengan lebih mendalam tentang perkara ini ialah John Nash, ahli matematik dan juga pemenang Anugerah Nobel dalam bidang ekonomi pada tahun 1994.\n\nBerbalik kepada situasi Haziq dan Peah tadi, adakah anda telah membuat keputusan sama ada mereka patut membelot rakan mereka atau tidak?\n\nMenurut John Nash (dan model matematik beliau), mereka sepatutnya membelot antara satu sama lain.\n\nMenurut John Nash, dalam konsep situasi seperti ini, apabila wujud dua pemain yang saling mempunyai kepentingan mereka sendiri, maka akan wujud satu bentuk stratergi dominan yang berpaksikan kepada Keseimbangan Nash (Nash Equilibrium), satu bentuk keseimbangan yang hadir dari model matematik tadi.\n\nJadi, ayuh kita modelkan situasi Haziq dan Peah tadi menjadi satu model matematik dengan angka.\n\nKita akan letakkan angka berdasarkan kepada berapa tahun mereka akan dipenjara, dan kita akan memberi nilai negatif kerana penjara adalah suatu yang buruk (negatif).\n\nPerlu ditekankan juga bahawa mereka tidak mampu berinteraksi antara satu sama lain, jadi mereka tidak tahu sama ada mereka dikhianati atau tidak, sampailah ke tarikh kes dibicarakan. Perlu diingatkan juga bahawa Haziq dan Peah bukan kekasih atau kawan baik. Maka, tiada masalah pun untuk mereka saling mengkhianati antara satu sama lain.\n\nSituasi 1: Haziq dan Peah saling menuduh antara satu sama lain. Mereka (kedua-duanya) akan dipenjara selama 3 tahun. (Haziq: -3 / Peah: -3)\n\nSituasi 2: Haziq menuduh Peah, dan Peah diam. Maka Haziq akan bebas, namun Peah akan menerima penjara maksimum 5 tahun. (Haziq: 0 / Peah: -5)\n\nSituasi 3: Peah menuduh Haziq, dan Haziq diam. Maka Peah akan bebas, dan Haziq akan dipenjara maksimum 5 tahun. (Haziq: -5 / Peah: 0)\n\nSituasi 4: Peah dan Haziq sama-sama diam. Pihak pendakwaan akan menghukum berdasarkan bukti yang ada, dan mereka berdua akan dihukum penjara selama 2 tahun. (Haziq: -2 / Peah: -2)\n\nDi bawah adalah satu matriks yang kita dapat keluarkan berdasarkan situasi di atas.\n\nMungkin jawapan kepada soalan adakah mereka akan membelot antara satu sama lain akan memeranjatkan anda. Namun, jawapan paling rasional untuk soalan ini adalah mereka perlu membelot atau mengkhianati rakan mereka sendiri.\n\nHal ini adalah kerana dengan mengkhianati rakan mereka, mereka akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi (ingat, pada asalnya mereka adalah penjenayah, dan mereka memang mengejar ganjaran sahaja).\n\nSekiranya mereka memahami situasi mereka, sudah tentu mereka inginkan ganjaran tempoh penjara paling pendek, iaitu 2 tahun jika mereka tidak saling menuduh, namun terdapat ganjaran yang lebih baik dari dipenjara 2 tahun, iaitu tidak dipenjarakan langsung. Maka dengan berkhianat, mereka akan mempunyai kebarangkalian sama ada tidak dipenjara (0) atau dipenjara (-3), sedangkan sekiranya mereka diam, mereka mempunyai kebarangkalian dipenjara selama 2 tahun (-2) atau 5 tahun (-5).\n\nDalam kes ini, situasi di mana Haziq khianat dan Peah khianat adalah apa yang kita panggil sebagai Keseimbangan Nash (Nash Equilibrium) kerana pada situasi ini terletaknya penyelesaian yang stabil bagi setiap pemain (dengan anggapan bahawa setiap pemain adalah rasional dan objektif).\n\nModel di atas adalah salah satu model yang bagus untuk diteroka, namun dalam dunia yang sebenar, akan berlakunya \u2018personal bias\u2019 yang akan mengurangkan kerasionalan pemain.\n\nSebagai contoh, mungkin kedua-dua pemain mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap satu sama lain, jadi mereka mungkin tidak akan mengkhianati rakan mereka. \n\nAntara contoh lain adalah mungkin Haziq merupakan seorang yang berpengaruh di daerah Value 3. Maka, Peah takut untuk mengkhianati Haziq.\n\n Justeru, model ini berguna hanya dalam keadaan ideal sahaja.\n\nModel Prisoner\u2019s Dilemma ini sebenarnya boleh diaplikasikan dalam situasi semasa kita. \n\nSemenjak COVID-19 menyerang negara kita, kita telah menempuh PKP, PKPD, PKPP dan PKPB. Ramai yang takut dengan ancaman keselamatan kesihatan yang dibawa oleh COVID-19. Namun, ramai juga yang berpandangan bahawa kita perlu membuka semula sektor ekonomi kita kerana ramai yang sengsara akibat daripada ketiadaan duit kerana tiada pekerjaan dapat dilakukan sewaktu PKP berlangsung.\n\nMaka, kita ada situasi yang hampir sama dengan situasi di atas. Objektif utama kita adalah untuk mengurangkan jumlah kes dan penularan wabak COVID-19. \n\nSama seperti contoh tadi, kita akan memberi nilai matematik kepada setiap situasi. Untuk situasi yang mengekang penularan COVID-19, kita akan memberi nilai positif (+1), dan untuk situasi yang mungkin akan menambah bilangan kes COVID-19, kita akan memberi nilai negative (-1).\n\nPilihan kita adalah:\n\n1. Membuka sektor ekonomi, namun ia akan meningkatkan risiko penularan wabak COVID-19 (-1).\n\n2. Tidak membuka sektor ekonomi, dan tiada interaksi antara pekerja, tiada kluster tempat kerja, dan risiko penularan wabak COVID-19 adalah rendah (+1).\n\n3. Membuat Perintah Kawalan Pergerakan, dan ini akan mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 (+1). \n\n4. Tidak membuat Perintah Kawalan Pergerakan, dan ini akan menambah risiko penularan wabak COVID-19 (-1).\n\nSekiranya dilihat dari sudut kesihatan melawan ekonomi, maka matriks kita akan menjadi seperti berikut :\n\nMelihat kepada matriks yang sama secara objektifnya, salah satu cara yang paling berkesan sebenarnya adalah dengan mengadakan PKP semula dengan sektor ekonomi ditutup (+1,+1) bagi mengekang wabak COVID-19.\n\nInilah Keseimbangan Nash kita, dan merupakan satu strategi yang dominan. Namun, hal ini hanyalah wujud dalam satu dunia yang ideal.\n\nDi alam realiti, pemain utama bagi perlawanan menentang COVID-19 terdiri daripada pelbagai pihak seperti orang ramai, penguatkuasa, pihak kerajaan, petugas barisan hadapan dan juga pihak industri ekonomi sendiri.\n\nUntuk orang ramai, menurut World Economic Forum, terdapat beberapa fasa yang akan kita lalui apabila terjadinya sesuatu tragedi. Untuk tragedi pandemik dalam jangkamasa yang panjang ini, kita sebenarnya telahpun melepasi fasa \u201choneymoon\u201d, dan kita sekarang sebenarnya dalam fasa \u201csecond disaster\u201d, kerana kita sekarang sedang berhadapan dengan gelombang keempat COVID-19.\n\nLockdown itu sendiri merupakan satu bebanan jiwa, kerana sifat manusia bukanlah untuk berterusan mengurungkan diri mereka sendiri. Mereka memerlukan interaksi sosial dan sentuhan manusia.\n\nJusteru, adalah dapat difahami sekiranya berlaku banyak kecelaruan jiwa pada waktu ini, kerana kita semua sedang berada dalam situasi yang sama \u2013 tertekan dan terus berharap agar situasi kita akan lebih sejahtera. Kerajaan juga boleh membantu, sekiranya membuat apa-apa PKP di masa hadapan, dengan menyediakan bantuan bersasar kepada golongan yang terjejas akibat PKP.\n\nSektor ekonomi pula perlu faham bahawa perkembangan ekonomi juga akan terjejas akibat pertambahan bilangan kes, dan kita sendiri tidak mahu mengikut jejak langkah India yang menjadi neraka COVID-19 kerana tidak mampu mengekang wabak COVID-19.\n\nDengan keupayaan sektor kesihatan yang terhad, untuk kesekian kalinya, kita perlu mencuba untuk melandaikan lekukan akibat dari kes terbaru COVID-19. Kita berada dalam persimpangan \u2013 \u2018The COVID Dilemma\u2019, kerana menurut The Edge Market, ekonomi Malaysia akan runtuh sekiranya kita mengadakan PKP sekali lagi. Pada masa yang sama, katil-katil hospital semakin penuh dan petugas barisan hadapan kita semakin penat dalam menempuh gelombang baharu ini.\n\nKita doakan yang terbaik buat mereka, dan buat kita semua.\n\n(Gelombang Pertama: Pelancong China. Gelombang Kedua: Kluster Tabligh. Gelombang Ketiga: PKP Sabah. Gelombang Keempat: Sekarang)\n\n\u201cPrisoner\u2019s Dilemma\u201d. Elvis Picardo, Investopedia (2021). https://www.investopedia.com/articles/investing/110513/utilizing-prisoners-dilemma-business-and-economy.asp\n\n\u201cNash Equilibrium\u201d. James Chen, Investopedia (2021). https://www.investopedia.com/terms/n/nash-equilibrium.asp#:~:text=The%20Nash%20equilibrium%20is%20a%20decision%2Dmaking%20theorem%20within%20game,the%20decisions%20of%20other%20players.\n\n\u201cLockdown is the world\u2019s biggest psychological experiment \u2013 and we will pay the price\u201d. E. V. Hoof, World Economic Forum (2020). https://www.weforum.org/agenda/2020/04/this-is-the-psychological-side-of-the-covid-19-pandemic-that-were-ignoring/\n\n\u201cCovid: Lockdown loneliness could leave people \u2018stuck\u2019, charity warns\u201d. A. Moss, R. England, BBC (2021). https://www.bbc.com/news/uk-england-56808885\n\n\u201cThink-tank: Total lockdown would bring Malaysia to brink of economic collapse\u201d. A. C. Shankar, The Edge Market (2021). https://www.theedgemarkets.com/article/thinktank-total-lockdown-would-bring-malaysia-brink-economic-collapse" "Bayangkan anda adalah seorang ibu yang mengandung, dan di dalam uri anda terdapat satu bahan asing yang anda tidak tahu datang dari mana. Para saintis pula tertanya-tanya bagaimana plastik-mikro ini mampu menembusi dinding darah merah dan berkumpul di dalam uri-uri tersebut.\n\nPada Januari 2021, Jurnal Environment International, volume 146 di laman web Science Direct telah menerbitkan satu artikel yang penting kepada bidang kesihatan iaitu Plasticenta: First evidence of microplastics in human placenta.\n\nKeseluruhan artikel ini menerangkan tentang penemuan pertama plastik-mikro di dalam uri-uri manusia serta memberikan andaian proses plastik-mikro itu mampu memasuki saluran darah manusia. Partikel ini hanyak bersaiz besar sedikit daripada sel darah merah iaitu sekitar 5-10 mikrometer sahaja. Sumber plastik-mikro juga ditemui pula sangat rapat dengan aktiviti harian seorang wanita.\n\nMemandangkan eksperimen ini telah melibatkan manusia, jawatankuasa eksperimen telah menyatakan bahawa segala protokol telah dipatuhi mengikut kesesuaian Ethical Committee Lazio 1 (Protocol N. 352/CE Lazio 1; March 31th, 2020), dan Code of Ethics of the World Medical Association (Declaration of Helsinki).\n\n1. Pemilihan ibu mengandung.\n\nDalam proses sains, ini dipanggil sebagai pemilihan sampel kajian. Eksperimen ini telah memilih enam orang wanita yang dalam proses bakal melahirkan anak. Oleh kerana eksperimen ini menggunakan sampel manusia, para ibu telah diterangkan dengan jelas segala protokol dan syarat-syarat di dalam eksperimen.\n\nApa yang menariknya, para ibu ini telah di pantau selama berbulan-bulan bagi mengelakkan kontaminasi plastik-mikro sepanjang tempoh mereka mengandung. Pelbagai pantang larang eksperimen telah disenaraikan untuk mereka.\n\nAntara larangannya adalah bebas penyakit, tidak mengambil mana-mana ubat sepanjang tempoh pengawasan, tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat dan pelbagai lagi. Kawalan ini sangat penting untuk mengelakkan keraguan terhadap hasil kajian yang akan diperoleh.\n\n2. SOP semasa melahirkan bayi\n\nSebelum proses melahirkan bayi, doktor telah menetapkan SOP yang penting bagi meminimumkan segala kemungkinan kontaminasi silang yang akan terjadi. Memandangkan admin belum pernah masuk ke labour room, jadi admin kurang mendapat gambaran kelengkapan alat di tempat bersalin.\n\n3. Analisis partikel di dalam Uri\n\nSetelah proses bersalin selesai, uri diambil dan dipotong kepada beberapa bahagian seperti bahagian uri ibu, bahagian uri janin dan bahagian membrane chorio amnio. Uri tersebut disimpan pada tahap beku -20\u00b0C. Partikel di dalam uri dianalisis menggunakan Raman Microscopy dan hasilnya diterangkan pada bahagian hasil kajian.\n\nKeputusan yang agak mengejutkan telah ditemui. Saintis telah menemui sebanyak 1 jenis partikel halus (plastik-mikro) di dalam 4 uri daripada 6 sampel yang ada. Saiz bagi setiap partikel pula telah melebihi daripada 5 mikrometer.\n\nUntuk pengetahuan anda, salur darah manusia terbina daripada dinding sel yang hanya setebal satu sel. Sel darah merah pula berdiameter 6 mikrometer dan tebal 2 mikrometer. Bahan merentas melalui dinding kapilari darah tidak mungkin terjadi jika saiznya sebesar 5 mikrometer. Malah, banyak juga komponen bahan mineral tidak mampu menembusi dinding kapilari darah.\n\nApakah jenis plastik-mikro yang dijumpai?\n\n\u2018Polypropylene dan Iron Hydroksida Oksida Kuning\u2019\n\nPolypropypene adalah jenis polimer yang kita boleh temukan pada bahan membungkus, bahan industri serta pembuatan tekstil. Manakala, Iron Hydroksida Oksida Kuning pula banyak digunakan di dalam perawatan air akuarium. Antara bahan lain yang telah mereka nyatakan adalah,\n\n1. bahan mengecat\n\n2. bahan salutan cat\n\n3. plaster\n\n4. gam\n\n5. bahan kosmetik\n\n6. bahan penjagaan peribadi\n\nSemua bahan-bahan diatas adalah peralatan yang sering kita gunakan. Wanita sering menggunakan peralatan plastik, kosmetik serta alat penjagaan peribadi. Manakala, bahan mengecat, plaster dan gam berkemungkinan disebabkan oleh aktiviti suami ataupun melalui kawasan-kawasan bengkel.\n\nPersoalan yang besar disini adalah bagaimana bahan sintetik yang agak besar itu mampu memasuki salur darah dan seterusnya sampai ke kawasan uri-uri. Persoalan ini belum terjawab secara saintifik lagi tetapi saintis cuba memberikan andaian bebas dan logik terhadap kejadian ini.\n\nSaintis mengandaikan bahawa mustahil bahan plastik tersebut memasuki melalui rentas bahan melalui dinding salur darah, malah mustahil juga melalui aktiviti respirasi. Hal ini kerana salur darah yang wujud di dalam paru-paru adalah sangat sensitif dan hanya bahan gas seperti Oksigen dan Karbon dioksida yang mampu meresap masuk ke dalam darah.\n\nPenemuan bahan polimer di dalam sistem badan haiwan ini bukanlah sesuatu yang baru. Micropartical ini mampu dijumpai di dalam banyak sistem pemakanan hidupan laut seperti sotong, ikan dan moluska (seperti kerang).\n\nKehadiran bahan plastik-mikro ini mampu mengganggu sistem pertahanan badan untuk uri-uri, signal tumbesaran kepada janin, jangkitan patogen, gangguan fisiologi dan sebagainya. Tetapi perkara yang disebut ini hanyalah andaian kerana tiada data yang sahih diperolehi lagi buat masa sekarang.\n\nBagi wanita mengandung, cuba kurangkan;\n\nDan yang terakhir, jangan mengidam sesuatu pada jam 3 pagi. Masa tu 7 Eleven pun dah tutup kerana PKP ni.\n\n1. Plasticenta: First evidence of microplastics in human placenta https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0160412020322297\n\n2. https://www.creativemechanisms.com/blog/all-about-polypropylene-pp-plastic\n\n3. https://www.sciencedirect.com/topics/earth-and-planetary-sciences/iron-hydroxide" "Sekali lagi Haziq bergaduh dengan Peah. Peah telah berjaya mencipta skala suhu yang baharu dan dinamakan dengan darjah Peah. Haziq rasa tercabar dan kemudian turut mencipta skala suhu yang baharu. Hasilnya mereka bergaduh, skala suhu manakah yang lebih baik.\n\nMungkin kita dapat membantu menyelesaikan permasalahan ini, namun sebelum itu mungkin kita patut lihat skala-skala suhu yang wujud setakat ini.\n\nSaintis terkenal Isaac Newton (1642-1727) telah mencipta skala suhunya pada tahun 1701. Beliau menetapkan suhu rujukan 0 sebagai suhu di mana pembekuan air mula berlaku dan suhu rujukan kedua adalah suhu badan manusia iaitu pada 12. Simbol yang digunakan untuk suhu ini adalah \u00b0N.\n\nSkala suhu ini pula dicipta oleh Ole Christensen R\u00f8mer (1644\u00a0-1710) seorang ahli astronomi Denmark pada tahun 1701. Beliau menetapkan\u00a0 suhu 0 kepada suhu di mana Brine (campuran air-garam) membeku dan suhu 60 untuk suhu air mendidih. Simbol yang digunakan adalah \u00b0Rf, namun terkadang simbol untuk suhu ini juga ditulis sebagai \u00b0R, namun simbol ini tidak digunakan kerana untuk mengelakkan kekeliruan dengan simbol suhu Rankine.\n\nSkala suhu ini diperkenalkan oleh seorang ahli fizik, \u00a0Daniel Gabriel Fahrenheit (1686-1736) pada tahun 1724. Beliau mengadaptasi Skala Romer ke sistem skalanya. Beliau melakukan beberapa perubahan suhu rujukan kepada sistem skala beliau namun yang rujukan terakhir yang ditetapkan adalah suhu 32 untuk suhu di mana pembekuan bermula dan 212 suhu di mana air mula mendidih. Skala suhu ini masih digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Simbol \u00b0F digunakan untuk merujuk suhu ini.\n\nSkala ini dicipta oleh Ren\u00e9 Antoine Ferchault de R\u00e9aumur (1683-1757) pada tahun 1730. Suhu 0 ditetapkan kepada suhu air membeku dan 80 untuk suhu air mendidih. Skala suhu ini pernah digunakan secara meluas di Eropah sebelum ianya kini hampir pupus. Simbol \u00b0R\u00e9, \u00b0Re dan \u00a0\u00b0r digunakan untuk merujuk pada suhu ini.\n\nSkala ini dicipta oleh Joseph Nicolas Delisle (1688 -1768), seorang ahli astronomi Perancis. Skala ini dicipta pada 1732 dengan menggunakan suhu 0 untuk suhu air mendidih sebagai suhu rujukan. Tiada suhu rujukan untuk takat suhu bawah. Pada tahun\u00a0 1738, \u00a0seorang profesor bidang perubatan dan anatomi, Josias Weitbrecht (1702\u00a0-1747) membuat sedikit perubahan pada skala Delisle dengan menambah suhu 150 untuk suhu air mula membeku. Skala ini berbeza dengan skala yang sebelum ini. Ini kerana makin panas sesuatu benda, suhunya makin mengecil, begitu pula makin sejuk sesuatu benda suhunya makin meninggi. Simbol \u00b0D digunakan untuk suhu ini.\n\nSkala ini dicipta oleh Anders Celsius (1701 \u2013 1744) seorang ahli astronomi dari Sweden. Pada tahun 1742, beliau mereka skala ini dengan menetapkan suhu 100 sebagai suhu air membeku dan suhu 0 sebagai suhu air mendidih. Ya, skala ini sama dengan pendekatan oleh Delisle pada skalanya. Namun pada tahun 1743, seorang ahli fizik\u00a0Jean Pierre Christin telah menerbalikkan sistem skala ini dengan menetapkan suhu 0 sebagai suhu air membeku dan 100 sebagai suhu air mendidih. Skala ini menggunakan simbol \u00b0C. \u00a0Jadi, skala Celsius yang dipakai sekarang bukanlah skala yang asli dari encik Celsius.\n\nSkala ini dicipta oleh William Thomson (1824\u00a0\u20131907) seorang ahli matematik, saintis dan jurutera British. Skala ini adalah skala sifar mutlak (Absolute zero). Ini bermakna suhu paling rendah ialah 0. William Thomson membuat pengiraan titik sifat mutlak dan mendapati suhu tersebut adalah pada -273.15\u00b0C. Mana tiada nilai negatif pada skala Kelvin. Menariknya lagi skala ini, skala ini tidak diawali dengan perkataan darjah. Memadai menyebut 3 K sahaja (disebut tiga Kelvin).\n\nSkala ini dicipta oleh Macquorn Rankine (1820 \u20131872) seorang ahli fizik dan jurutera. Dengan menggunakan konsep yang sama seperti skala Kelvin, beliau menggunakan titik sifar mutlak dengan membandingkannya dengan suhu Fahrenheit. Dengan itu suhu sifar mutlak adalah pada ?459.67\u00a0\u00b0F. Simbol\u00a0 \u00b0R digunakan untuk sistem skala ini.\n\nBagaimana ingin menukar unit di antara suhu tersebut? Jika kita bayangkan lapan buah termometer yang mengandungi cecair yang sama, tetapi skala yang berbeza. Maka, kadar perubahan ketinggian adalah sama\u00a0 dengan tetapi skala mereka yang berbeza. Maka konsep nisbah boleh digunakan untuk mendapatkan suhu pada skala yang berbeza. Untuk memendekkan cerita, rumus di bawah boleh digunakan secara umum untuk kesemua unit pertukaran.\n\nDi mana TB adalah suhu skala baharu, TA adalah suhu skala lama, SDB adalah suhu didih skala baharu, SBB adalah suhu beku skala baharu, SDA adalah suhu didih skala lama, SBA adalah suhu beku skala lama, Jadi berbalik kepada skala Peah dan skala Haziq, apakah rujukan kepada skala-skala tersebut?\n\nMenurut Peah, skala Peah merupakan skala sifar mutlak yang berasaskan skala R\u00e9aumur. Ini bermakna suhu sifar mutlak (-218.52\u00b0Re) menurut skala R\u00e9aumur dianggap setara dengan suhu 0 di skala Peah. Ini menjadikan hubungan di antara skala Peah dan skala R\u00e9aumur adalah seperti berikut.\n\nHaziq pula mengatakan bahawa skala Haziq adalah ditetapkan dengan suhu rujukan 0 sebagai suhu di mana air membeku dan 250 suhu di mana air mendidih (Jangan tanya kenapa 250, mungkin nombor ini ada nilai sentimental di sisi Haziq). Maka hubungan antara skala Haziq dan skala Celcius adalah seperti di bawah.\n\nPerbandingan diantara skala Celcius, R\u00e9aumur, Peah dan Haziq pula digambarkan oleh rajah di bawah.\n\nJadi, untuk menjawab persoalan skala suhu mana yang lebih baik antara skala Peah dan skala Haziq, saya semestinya memilih skala Peah dengan alasan Peah comel. Namun bagi sisi pembaca, saya serahkan pada anda semua untuk menilai skala mana yang lebih baik.\n\nDisediakan oleh,\n\nNurudin Abdul Settar.\n\nPensyarah Bidang Kejuruteraan.\n\n.\n\n." "Nama ubat terdiri daripada beberapa nama iaitu :\n\n1. Nama kimia\n\n2. Nama generik\n\n3. Nama dagangan\n\nContoh :\n\nNama kimia : N-(4-hydroxyphenyl)acetamide atau N-(4-hydroxyphenyl)ethanamide\n\nNama generik (non-proprietary name) : paracetamol atau acetaminophen (in USA) Nama dagangan (proprietary name / brand name): Panadol, Calpol, Tylenol, Biogesic, Cetamol, dan macam-macam lagi mengikut jenama syarikat yang mengeluarkannya.\n\nPenamaan ubat-ubat yang baru terhasil dilaksanakan mengikut garis panduan penamaan ubat-ubatan dari The European Medicines Agency, atau Australia\u2019s Therapeutic Goods Administration serta lain-lain garis panduan (guidelines) berhubung pemilihan dan kelulusan nama-nama bagi ubat atau drug yang baharu.\n\nPenamaan drug adalah sesuatu yang sangat kompleks dan rumit. Penamaan sesuatu drug sama ada nama generik atau nama proprietary direka sedemikan rupa supaya dapat meminimumkan kesilapan pemberian drug kepada pesakit.\n\nBanyak drug mempunyai nama-nama yang direka khusus untuk memberikan maklumat kepada\u00a0 pengguna atau pesakit tentang apakah sifat/jenis drug tersebut\u00a0 dan bagaimana ia bertindak.\n\nSebagai contoh drug untuk menahan sakit dari kumpulan perencat COX-2. Nama drug yang\u00a0 berakhir dengan \u2018-xib\u2019 akan memberitahu pesakit bahawa drug itu adalah jenis perencat COX-2 (COX-2 inhibitor). Contoh drug adalah seperti Celecoxib, Valdecoxib, Rofecoxib\n\nContoh lain \u2013 kumpulan drug untuk menurunkan tekanan darah menggunakan mekanisme perencatan reseptor beta salur darah \u2013 dikenali sebagai drug perencat beta (dalam Bahasa Inggeris \u2013 beta blockers agents). Secara umumnya, drug ini akan mempunyai nama yang berakhir dengan \u2018-lol\u2019.\n\nContoh drug: Propranolol, Acebutolol, Bisoprolol\n\nContoh lain pula \u2013 Rituximab hujung nama diakhiri dengan \u2018-mab\u2019 merujuk kepada drug itu adalah sejenis monoclonal antibody {singkatan diambil dari \u2013 (m)onoclonal (a)nti(b)ody.}\n\nContoh lain: antibiotik Vancomycin\n\nNama kimia vancomycin : (1S,2R,18R,19R,22S,25R,28R,40S)-48-[(2S,3R,4S,5S,6R)-3-[(2S,4S,5S,6S)-4-amino-5-hydroxy-4,6-dimethyloxan-2-yl]oxy-4,5-dihydroxy-6-(hydroxymethyl)oxan-2-yl]oxy-22-(2-amino-2-oxoethyl)-5,15-dichloro-2,18,32,35,37-pentahydroxy-19-[[(2R)-4-methyl-2-(methylamino)pentanoyl]amino]-20,23,26,42,44-pentaoxo-7,13-dioxa-21,24,27,41,43-pentazaoctacyclo[26.14.2.23,6.214,17.18,12.129,33.010,25.034,39]pentaconta-3,5,8(48),9,11,14,16,29(45),30,32,34(39),35,37,46,49-pentadecaene-40-carboxylic acid.\n\nDan nama kimia memang sukar untuk disebut, terseliuh atau \u2018terkolap\u2019 lidah, maka diberikan nama generik iaitu vancomycin. Kebanyakan antibiotik mempunyai nama yang berakhir dengan\u00a0 \u2018-mycin\u2019. Mycin ini selalunya adalah merujuk kepada antibiotik yang usul asalnya dihasilkan oleh bakteria.\n\nLain-lain contoh antibiotic mycin \u2013 neomycin, tobramycin, azithromycin, erythromycin\n\nDan ada banyak lain lagi jenis nama drug. Tapi, secara keseluruhannya nama-nama yang diberikan kepada drug bukanlah hanya sebuah nama biasa saja, akan tetapi ia mengandungi maklumat kumpulan drug tersebut serta bagaimana drug tersebut bertindak.\n\nDisediakan oleh,\n\nTengku Azlan Shah\n\nPensyarah Kanan\n\nFakulti Farmasi dan Sains Kesihatan,\n\nUniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh.\n\n." "Melalui sidang media khas Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin yang telah disiarkan secara langsung hari ini, beliau telah memaklumkan bahawa Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan selama 25 hari persekolahan bermula 13 dan 14 Jun mengikut kumpulan masing-masing.\n\nBagi negeri kumpulan A yang akan bermula pada 13 Jun membabitkan Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala, bagi negeri kumpulan B yang akan bermula pada 14 Jun membabitkan Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.\n\nKetetapan ini berkuatkuasa untuk semua sekolah termasuklah sekolah swasta, sekolah antarabangsa, dan sekolah ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).\n\n\u201cKita sedia maklum bahawa pada waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.\u201d\n\n\u201cKemudian, murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.\u201d\n\n\u201cDaripada tarikh tersebut bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A.\u201d\n\n\u201cJadi, itulah takwim atau jadual penggal persekolahan yang ada dan berkuatkuasa pada hari ini,\u201d katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.\n\nKatanya lagi, \u201cAda yang akan bertanya apa akan berlaku selanjutnya selepas ini iaitu selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal itu.\u201d\n\n\u201cJadi, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula mengenai pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi pada waktu itu,\u201d katanya.\n\nBertabahlah wahai adik-adikku. Teruskan berdoa supaya dunia kembali sembuh seperti sedia kala dan adik-adik dapat menikmati pembelajaran di sekolah kembali seperti biasa. Keep pray and stay positive, okay!" "Sasaran kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19 adalah dengan membentuk imuniti kelompok dengan liputan vaksin 82.8 %.\n\nMelalui portal rasmi COVID-19, KKM menerang lanjut perihal Imuniti Kelompok/ Herd Imunity.\n\n\u201cImuniti kelompok ialah keadaan penularan jangkitan penyakit tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan penyakit itu. Imuniti atau daya tahan itu diperoleh hasil imunisasi. Menurut WHO, dianggarkan 60 hingga 70% populasi dunia perlu mempunyai daya tahan terhadap #COVID19 bagi membolehkan \u2018imuniti kelompok\u2019 dapat dicapai dan penularan #COVID19 dapat dikawal.\u201d\n\nKKM telah mengeluarkan senarai golongan yang berisiko tinggi dengan jangkitan virus ini.\n\n1. Warga emas.\n\n2. Kanak-kanak.\n\n3. Wanita mengandung.\n\n4. Pesakit kronik (diabetes, hipertensi, jantung, asma)\n\n5. Pesakit imuniti rendah (Kanser, HIV)\n\nPada 2 Jun lalu, Tan Sri Dato\u2019 Seri Dr. Noor Hisham Abdullah telah memuatnaik kenyataan di Facebook beliau perihal peningkatan kes jangkitan di kalangan kanak-kanak sehingga mencecah angka 82,341 kes.\n\n\u00a0Manakala, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut memohon kepada orang ramai dalam hantaran di \u2018tweeter\u2019 semalam supaya mendaftarkan warga emas untuk menerima suntikan vaksin.\n\n\u201cWarga emas merupakan antara golongan yang berisiko dan terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk COVID-19. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu ibu bapa, datuk dan nenek bagi mendaftar program vaksinasi dalam usaha mencapai imuniti kelompok.\u201d\n\nHal ini kerana, gelombang ketiga yang melanda Malaysia tika ini sudah tidak sama dengan gelombang sebelum ini.\n\n\u201cSejak 1 Mei 2021, 80% daripada jumlah kes di Malaysia adalah kes sporadik yang tidak diketahui punca jangkitannya, tidak dapat dikaitkan dengan kes atau kluster lain dan ia berlaku secara rawak.\u201d \u2013 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).\n\nMalah, dalam kenyataan akhbar KPK 6 Jun 2021 yang melaporkan situasi harian COVID-19, telah dilaporkan bahawa negara sedang berhadapan dengan tren peningkatan mendadak kes baharu dan ini adalah amat membimbangkan.\n\n\u201cJusteru, KKM ingin menyeru masyarakat untuk mengambil serius situasi ini di mana penularan COVID-19 adalah di dalam komuniti termasuklah tempat beli-belah, tempat kerja, dan sebagainya. Masyarakat perlu faham bahawa sesiapa sahaja boleh dijangkiti COVID-19 tidak kira di mana mereka berada. Akibatnya, kita dapat melihat peningkatan kes-kes sporadik dan kematian akibat kes-kes sporadik ini di dalam komuniti.\u201d\n\nOleh yang demikian, sama-samalah kita menjalankan amanah dan tanggungjawab kita demi membantu menyekat penularan wabak ini. Jagalah SOP, amalkan 3W (Wash, Wear, Warn) dan elakkan 3S (Sesak, Sempit, Sembang). Dan yang paling utama, daftarkan diri dan orang tersayang, terutamanya golongan yang berisiko tinggi untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 . Semoga dunia kembali sembuh daripada wabak ini, inshaAllah!" "Pada 4 Jun lalu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin telah mengumumkan tarikh keluarnya keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 iaitu pada 10 Jun 2021. Eh, esok!\n\nSemakan keputusan bagi calon sekolah dan calon persendirian boleh dibuat bermula pada jam 10 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga jam 6 petang pada 17 Jun 2021. Terdapat dua kaedah untuk membuat semakan.\n\n1. Kaedah dalam talian di pautan\u00a0myresult1.moe.gov.my\u00a0atau\u00a0myresult2.moe.gov.my\u00a0untuk mendapatkan keputusan penuh.\n\n2. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886.\n\nBagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu dan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.\n\nManakala, bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan memaklumkan kaedah sesuai untuk memperoleh keputusan peperiksaan.\n\nMenurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, slip keputusan peperiksaan hanya akan diserahkan kepada pelajar selepas keadaan mengizinkan. Sementara itu, pelajar yang ingin membuat rayuan bagi keputusan SPM 2020, mereka tidak perlu ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah, sebaliknya setiap permohonan, pembayaran dan keputusan rayuan dapat dilakukan dalam talian.\n\nSeramai 401,105 calon SPM 2020 yang telah menduduki peperiksaan itu selepas bertangguh beberapa kali akibat penularan wabak COVID-19.\n\nTeruskan berdoa dan jangan lupa sarapan dulu sebelum semak keputusan esok. Semoga adik-adik beroleh keputusan yang cemerlang. Selamat maju jaya!" "Seramai 401,105 orang calon SPM 2020 telah menerima keputusan mereka. Walaupun dilanda pelbagai cabaran dek faktor pandemik COVID-19, adik-adik telah membuktikan itu bukan penghalangnya.\n\nSebentar tadi, Menteri Kanan Pendidikan telah mengesahkan bahawa keputusan SPM 2020 telah mencatatkan pencapaian calon yang terbaik sejak tahun 2016 dengan Gred Purata Nasional (GPN), 4.80. Tahniah!\n\nJadi, sekarang nak kena buat apa pula?\n\nAdik-adik perlu tahu hala tuju selepas ini. Ke mana adik-adik nak pergi. Berikut merupakan beberapa info yang dikongsikan oleh laman facebook Apa Khabar Semua. \n\n1. Di Malaysia, bukan hanya ada asasi, matrikulasi dan STPM/ STAM, masih banyak peluang lain yang disediakan. Malah, adik-adik boleh terus memilih pengkhususan yang adik-adik minat tanpa perlu mempelajari bidang-bidang lain. Adik-adik boleh rujuk penerangan lanjut di link ini, https://www.infoupu.com/halatuju-pendidikan-selepas-spm/\n\n2. Untuk 41 buah kursus asasi, adik-adik boleh rujuk di sini, https://www.upuonline.com/program-asasi-ipta.jsp\n\n3. Untuk ke luar negara, ini langkah-langkah penting yang perlu dilakukan https://edubestari.com/panduan-belajar-luar-negara/\n\n4. Nak terus bekerja, boleh mohon dalam sektor swasta ataupun sektor Perkhidmatan Awam. Terus ke laman ini untuk penerangan lanjut., http://kakipromo.com/permohonan-spa-online-lepasan-spm./\n\n5. Nak buka bisnes sendiri, perlu bijak merancang dan manfaatkan peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk ilmu pasaran semasa boleh rujuk di FB Tuan Nik Akmal, https://web.facebook.com/akmal.nik?_rdc=1&_rdr\n\nIni link lain untuk bacaan lanjut adik-adik.\n\n1. Halatuju Pendidikan Selepas SPM | Facebook\n\nhttps://web.facebook.com/groups/halatuju?_rdc=1&_rdr\n\n2. Karnival Pendidikan Tinggi Negara (2021) | Facebook\n\nhttps://web.facebook.com/groups/infoIPTs\n\n3. Info Pembiayaan Pendidikan | Facebook\n\nhttps://web.facebook.com/groups/infopembiayaanpendidikan\n\n4. 7 Pilihan Hala Tuju Lepasan SPM | Nik Faiz, The Career Expert\n\n5. mustaffabdullah \u2013 Perunding Halatuju Pendidikan (002186479-K)\n\nhttp://halatuju.com/mustaffabdullah/\n\n6. HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM \u2013 digerakkan oleh perunding halatuju pendidikan\n\nhttp://halatuju.com/selepasspm/\n\n7. Laluan Kerjaya Bagi Lepasan SPM 2021\n\n8. http://www.upnm.edu.my/./mm28_buku_syarat_2021_2022.\n\nDan sebenarnya, terlalu banyak cabang dan peluang lain yang adik-adik boleh terokai yang tak tertulis di sini. Adik-adik perlu rajin lagi mencari dan bertanyakan kepada mereka yang lebih berpengalaman. Tambah-tambah di fasa PKP 3.0 ini, adik-adik boleh manfaatkan masa yang ada bersama telefon untuk mencari info-info yang boleh membantu adik-adik membuat keputusan yang terbaik untuk masa hadapan.\n\nPaling penting, Solat Istikharah jangan pernah tinggal. Solat Istikharah bukan hanya untuk mencari jodoh tau. Solat Istikharah ini untuk membantu kita membuat pilihan dalam kehidupan, tidak kira apa sahaja situasinya. Maka, kita memohon supaya Allah menenangkan hati kita kepada perkara yang terbaik untuk kita dan menjauhkan kita daripada perkara yang tidak ditakdirkan untuk kita.\n\nTeruskan berusaha mencari, berdoa dan buat keputusan yang terbaik ya. Selamat menempuh alam dewasa!\n\nKredit info : Laman Facebook Apa Khabar Semua" "Pada 24 Mei 2021 lalu, Negara kita telah digemparkan dengan berita kemalangan yang sangat jarang berlaku, iaitu kemalangan yang melibatkan pertembungan dua LRT. Mengikut laporan-laporan yang dikeluarkan, ini merupakan kemalangan kali pertama sejak LRT ini memulakan operasinya sejak 23 tahun lalu.\n\nKemalangan ini melibatkan pertembungan LRT 81 dengan 213 penumpang yang bergerak dalam \u2018auto mode\u2019 dari Stesen KLCC ke Stesen Kampung Baru, dan LRT 40 tanpa penumpang yang bergerak dalam \u2018manual mode\u2019 dari Stesen Kampung Baru menuju ke Gombak untuk diselenggara. Kedua-duanya bergerak ke arah bertentangan dengan LRT 181 berkelajuan 40 km/j dan LRT 240 berkelajuan 20km/j.\n\nPertembungan ini berlaku dalam terowong antara Stesen KLCC dan Stesen Kampung Baru, dan telah mengakibatkan 47 penumpang cedera parah, manakala 166 penumpang lain alami cedera ringan.\n\nBaru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah melaporkan bahawa punca insiden ini berlaku disebabkan pengabaian prosedur operasi standard (SOP) kritikal oleh pemandu tren bernombor 40 dan pengawal pusat kawalan operasi (OCC) LRT ketika mengendalikan gerabak.\u00a0 Beliau memaklumkan bahawa kegagalan komunikasi antara OCC dengan pemandu tren 40 pada ketika itu sedang berada dalam pengendalian \u2018time out\u2019 dan pelepasan tren 81 mengakibatkan berlakunya pelanggaran.\n\nTetapi, kenapa pertembungan ini boleh berlaku? Bukan boleh \u2018brake\u2019 ke? Dan kenapa sampai bagi kesan teruk kepada penumpang-penumpang dalam? Kelajuan pun, tak delah laju mana.\n\nSebagai orang awam, mungkin macam-macam persoalan yang kita terfikir kan, cumanya tiada jawapan yang tepat untuk menjawabnya. Kalau adapun, semuanya hanyalah andaian dan menggunakan hujah logik.\n\nJadi, jom kita cuba fahami penyelesaian melalui konsep fizik dan kaedah Matematik daripada Dr. Aid Fawzal untuk dapatkan gambaran yang lebih tepat tentang realiti yang berlaku dalam kemalangan ini.\n\nMenurut Dr. Aid, LRT ini merupakan model Bombardier Innovia Metro dengan maksimum kelajuan 80 km/j.\n\n\u201cTetapi, boleh jadi disebabkan reka bentuk jalan dan sifat yang berlaku di Malaysia, standardnya diubah dengan kelajuan 40 km/j bila automatik.\u201d \n\nManakala untuk LRT yang tiada penumpang berada dalam \u2018manual mode\u2019, mempunyai satu sistem yang hanya meletakkan pergerakannya dengan kelajuan 20 km/j sahaja.\n\n\u00a0Menurut Dr. Aid, \u201cSebenarnya susah dia nak bertembung. Sebab train yang automatik dia ada sistem yang mana sepatutnya boleh perlahankan kenderaannya.\u201d\n\nDaripada data yang telah dikeluarkan oleh Railvolution tentang LRT Innovia Metro, Dr. Aid menggunakannya sebagai nilai dalam pengiraan.\n\nGambar berikut menunjukkan secara jelas jalan pengiraan lengkap yang dilakukan oleh Dr. Aid Fawzal.\n\nSecara kesimpulan, kita dapat memahami bahawa, tren yang berkelajuan 40 km/j memerlukan 4.63 saat sebelum berhenti sepenuhnya dengan mengambil jarak lajak sebanyak 25.7 m. Hal ini kerana, momentumnya yang dipengaruhi oleh berat sebanyak 21 tan memerlukan lajak yang lebih panjang dalam masa 4.63 saat untuk betul-betul berhenti.\n\n\u201cCuba bayangkan 21 tan bergerak dengan kelajuan 40 km/j, kita nak suruh dia berhenti, kan susah. Motorsikal nak berhenti dalam 4 saat, lajaknya hanya pendek. Kereta nak berhenti dalam 4 saat pun, pendek sahaja lajak. Tapi, semakin besar, lori, bas, dan sampai ke tren, nak berhenti, makin jauh dia, dalam masa 4 saat nak berhenti, makin jauh dia sebenarnya, berapa lajak dia ambik. Kenapa makin jauh dia tu, sebab berat dia.\u201d- Dr. Aid Fawzal.\n\n\u201cJadi, kalau pemandu bas, pemandu lori, beragak-agak sikit. Jangan rasa macam kita bawa kereta.\u201d \u2013 Dr. Aid Fawzal\n\nSelain penerangan ini, Dr. Aid juga berkongsi secara terperinci realiti yang berlaku melalui graf-graf tersebut.\n\nUntuk penerangan dengan lebih terperinci, bolehlah menonton video penerangan Dr. Aid Fawzal secara penuh di pautan berikut ya.\n\nhttps://fb.watch/634gfCjv99/\n\nDalam sesi perbincangan ini juga, Dr. Aid telah menjawab dua soalan penting. Maka, admin olahkan jawapan yang telah disebut.\n\n\u201cBila tren bertembung, kenapa tren tak kena pakai seatbelt?\u201d\n\nTujuan tali pinggang diwujudkan kerana keperluan sebagai langkah keselamatan kepada kenderaan yang kerap berlakunya kesilapan. Maka, untuk tren, perjalanan hanya melibatkan satu hala dan kurang berlakunya kesilapan. Kejadian tidak diingini hanya berlaku apabila terdapat sebuah tren lagi yang melintang arus. Malah, tren sudah mempunyai \u2018detection system\u2019 yang akan mengesan benda di hadapan. Untuk isu ini, sistem ini tidak berfungsi ketika dalam mod manual. Manakala, halaju tren dengan 40 km/j dan 20 km/j tidak memerlukan kepada tli pinggang. Selain itu, fakta tren ini sebagai LRT iaitu \u2018Light Transit\u2019 yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam tempoh yang pendek memerlukan proses pertukaran keluar dan masuk penumpang. Maka, tali pinggang akan menyusahkan proses pertukaran ini berlaku dengan lancar.\n\n\u201cBagaimana daya hentam tu pindah ke penumpang? Adakah badan gerabak tu, atau penumpang tu terpelanting?\u201d\n\nUntuk menjawab persoalan ini, kita perlu memahami konsep inersia. Secara saintifiknya, Inersia bermaksud kecenderungan suatu objek untuk mengekalkan keadaan asalnya sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak.\n\nMaka, pemindahan daya ini telah berlaku kerana sebelum tren ini berhenti, halaju badan penumpang telah sama dengan halaju tren iaitu 40 km/j. Maka, ketika tren dipaksa berhenti, maka badan juga perlu dipaksa berhenti, tetapi, inersia badannya menyebabkan ingin terus bergerak. Hal ini juga berkait dengan kehadiran momentum badan. Inilah yang menyebabkan penumpang terpelanting atau tercampak ketika tren berhenti.\n\nSebagai saranan solusi untuk memastikan isu ini tidak berulang, Dr. Aid Fawzal mengemukakan dua cadangan.\n\n1. Tren LRT itu perlu ditambahkan sifat \u2018autonomous\u2019 iaitu setiap tren perlu mempunyai AI tersendiri bagi mengenal pasti halangan di hadapan.\n\n2. Tren LRT juga sepatutnya dilengkapi dengan \u2018Adaptive Braking System\u2019 untuk mengira jarak pelanggaran dan kadar \u2018Emergency Braking\u2019 yang sesuai. Maka, halaju dapat diperlahankan tanpa membuatkan penumpang terlompat atau tercampak dengan mudah.\n\nSemoga penerangan ini dapat membantu kita lebih memahami situasi sebenar yang berlaku. Marilah sama-sama kita doakan kesembuhan buat para penumpang yang terlibat dan mengalami kecederaan dalam kemalangan ini." "Mesti ramai adik-adik lepasan SPM 2020 tercari-cari biasiswa yang sesuai untuk dimohon kan? Ini kami kongsikan senarai biasiswa daripada portal www.BiasiswaMalaysia.com.\n\nProgram Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021 merupakan program penajaan JPA berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.\n\n\u2022Tarikh Buka : 10 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 23 JUN 2021\n\nPautan : https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-jpa-jkpj/ \n\nProgram Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021 merupakan penajaan kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2020 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.\n\n\u2022Tarikh Buka : 10 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 23 JUN 2021\n\nPautan: https://biasiswa.co/biasiswa-jpa-program-khas-jpa-mara-pkjm/\n\nPETRONAS telah menawarkan biasiswa kepada lebih 37,000 orang pelajar yang layak dengan pencapaian cemerlang dan berani untuk terus ke hadapan dengan minda dan kepimpinan yang baik. PETRONAS mempelawa pelajar yang mempunyai pencapaian SPM 2020 yang bagus untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan \u2018oil and gas\u2019. Calon yang berjaya disenarai pendekkan akan dipanggil ke temuduga untuk keputusan akhir.\n\n\u2022Tarikh Buka : 10 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 20 JUN 2021\n\nPautan: https://biasiswa.co/biasiswa-petronas-education-sponsorship-programme-pesp/\n\nBank Negara Malaysia (BNM) komited untuk memupuk bakat muda dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang disediakan.\u00a0 Penerima biasiswa akan mendapat pengalaman belajar terbaik di univeristi teratas yang diluluskan oleh BNM. Biasiswa Kijang diberikan kepada individu yang layak untuk mengikuti kursus pra-universiti di kolej pra-universiti yang diluluskan oleh BNM.\n\n\u2022Tarikh Buka : 11 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 27 JUN 2021\n\nBiasiswa berprestij kepada mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di universiti-universiti tempatan yang terpilih dan terkemuka.\n\n\u2022Tarikh Buka : 11 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 30 JUN 2021\n\nPautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-khazanah-watan/\n\n\u2022Tarikh Buka : 10 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 25 JUN 2021\n\nPautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-yayasan-uem-scholarship-programme/\n\nYayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa pelajar berkelayakan untuk memohon biasiswa pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam bidang kejuruteraan dan perakaunan.\n\n\u2022Tarikh Buka : 10 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 20 JUN 2021\n\nPautan: https://biasiswa.co/biasiswa-yayasan-tenaga-nasional-ytn/\n\nBiasiswa berprestij kepada mereka yang berbakat dan berkelayakan untuk menyambung pengajian di universiti-universiti tempatan yang terpilih dan terkemuka.\n\n\u2022Tarikh Buka : 11 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 30 JUN 2021\n\nPautan: https://biasiswa.co/biasiswa-khazanah-global-scholarship/\n\nMenawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan, sains dan komersial.\n\n\u2022Tarikh Buka : 14 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 30 JUN 2021\n\nPautan: https://biasiswa.co/biasiswa-shell-malaysia-scholarship/\n\nPermodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan biasiswa kepada pelajar berkelayakan untuk menyambung pengajian ke universiti swasta dan awam yang terpilih dan terkemuka di dunia.\n\n\u2022Tarikh Buka : 10 JUN 2021\n\n\u2022Tarikh Tutup : 25 JUN 2021\n\nPautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-permodalan-nasional-berhad-pnb/\n\nYayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. Antara mandate yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.\n\nTarikh Tutup : 25 JUN 2021\n\nPautan: https://www.biasiswamalaysia.com/biasiswa-biasiswa-yayasan-peneraju-pendidikan-bumiputera/\n\nSemoga berjaya!" "Terbaru ini, satu akaun Tik Tok dengan nama @markie telah memuat naik satu video berkenaan soalan Matematik yang menyebabkan 50 peratus daripada pelajar Universiti Harvard gagal menjawab dengan betul.\n\nHaa. soalan apa tu? Korang rasa-rasa kalau setengah daripada pelajar Universiti Harvard pun dah gagal, korang pula macam mana? Mampu ke jawab?\n\nJom kita tengok soalannya.\n\nKayu pemukul dan bola berharga $1.10. Kayu pemukul berharga $1 lebih banyak daripada bola. Berapakah kos bola?\n\nMacam mudah kan soalannya. Tapi, macam mana ramai boleh gagal untuk menjawab dengan betul? Rata-rata yang komen pun tak dapat terima jawapan sebenarnya. Ramai yang mempercayai jawapannya $0.10. Sedangkan jawapan sebenarnya ialah $0.05.\n\nHaa, macam mana dapat tu?\n\nJika lihat logiknya, ramai menjangkakan jawapannya $0.10 kerana soalan menyebut bahawa harga kayu pemukul ialah $1 lebih daripada harga bola.\n\nTapi, bila kita masukkan dalam pengiraan matematik, itu bukanlah jawapannya. Ini solusinya :\n\nUntuk menjawab soalan ini, teknik persamaan serentak dengan kaedah penggantian akan digunakan.\n\nPertama, kita jadikan kayu pemukul sebagai A, dan bola sebagai B. Maka, kita keluarkan ayat matematik daripada soalan.\n\nA + B = $1.10 (1)\n\nA = $1 + B (2)\n\nSeterusnya, kita bentukkan persamaan ketiga dengan menggantikan nilai A di persamaan kedua dalam nilai A di persamaan pertama. Maka,\n\n$1 + B + B = $1.10\n\nAkhirnya, selesaikan nilai B. Hasilnya,\n\n2B = $1.10 \u2013 $1\n\n2B/2 = $0.10/2\n\nB = $0.05\n\nInilah jawapannya!\n\nBila difikir logik akal, susah kan nak terima? Tapi, inilah matematik. Selagimana dapat dibuktikan dengan hujah dan konsep yang bersesuaian, maka itulah jawapannya. Jawapannya tidak lahir daripada sangkaan dan perasaan semata. Pembuktian itu mesti ada kerana sifat matematik itu sendiri jitu, yakin dan pasti!\n\nIni pautan asal video kalau korang nak tengok sendiri.\n\nhttps://vt.tiktok.com/ZSJX2U3v1/" "Jawapannya boleh. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Untuk menjawab persoalan ini dengan lebih mendalam, beberapa istilah perlu kita ketahui dahulu, iaitu istilah air, cecair dan bendalir.\n\nCecair adalah salah satu fasa jirim selain pepejal dan gas (dan juga plasma). Maka dengan ini air, minyak, darah dan air kencing, merupakan cecair. Air pula adalah salah satu daripada jenis cecair yang ada.\n\nGas dan cecair mempunyai sifat yang sama, iaitu mengikut bentuk bekas yang diisinya. Bendalir adalah istilah lain yang digunakan untuk merujuk kepada sifat ini, iaitu merujuk kepada cecair dan gas.\n\nDalam bahasa Inggeris, cecair adalah liquid manakala air adalah water dan bendalir adalah fluid. Maka berjalan di atas cecair dan di atas air adalah berbeza. Untuk memahami isu ini, satu parameter penting perlu kita ketahui, iaitu kelikatan (viscosity).\n\nKelikatan adalah geseran di dalam suatu bendalir. Simbol yang selalu digunakan adalah \u00b5 (dipanggil sebagai miu). Untuk memahami konsep kelikatan dengan lebih mudah, kita bayangkan ada dua cecair yang berbeza, pertama adalah air dan kedua adalah madu. Apabila kita membaling cecair tersebut ke dinding, air akan lebih cepat mengalir ke bawah berbanding dengan madu (Pun begitu jangan cuba membaling madu, mungkin anda akan dibaling keluar rumah kerana madu mahal harganya).\n\nJika kita ingat kembali untuk sesebuah graf y lawan x, satu garis linear tersebut mempunyai kecerunan m atau kita akan tulis persamaan tersebut sebagai\n\nBegitu juga untuk kes kelikatan, hanya sahaja paksi y dan x mewakili hal yang berbeza. Di sini y diwakili oleh tegasan ricih, t (disebut dengan tau) dan x diwakili oleh kadar deformasi, du/dy. Jadi persamaan di atas boleh juga ditulis untuk mewakili kelikatan,\n\nBentuk graf ini seperti ditunjukkan di bawah. Perbezaan kecerunan ini yang membezakan nilai kelikatan sebuah bendalir. Bendalir yang mematuhi hukum ini dipanggil bendalir Newtonan (Newtonian fluids) yang dinamakan sempena Encik Isaac Newton yang mengutarakannya sekitar abad ke 17.\n\nJika ada yang bertanya: \u201cMana cerita mengenai jalan di atas cecair ni? Tak habis-habis cerita mengenai kelikatan..\u201d Sabar, sikit sahaja lagi.\n\nPerlu diingatkan, terdapat bendalir yang tidak mematuhi hukum ini. Ianya\u00a0 dipanggil bendalir bukan Newtonan. Bendalir jenis ini, hubungan antara tegasan ricih dan kadar deformasi tidak linear, dalam erti kata lain nilai kelikatan tidak malar.\n\nTerdapat tiga jenis bendalir bukan Newtonan, iaitu plastik Bingham, bendalir pseudoplastik dan bendalir dilatan.\n\nPlastik Bingham dinamakan berdasarkan seorang Profesor Eugene C. Bingham yang banyak membuat kajian mengenai bendalir ini. Bendalir ini bersifat seperti pepejal namun akan berubah menjadi cecair apabila tegasan alah bendalir tersebut dilampaui. Ubat gigi, mayones dan mustard adalah contoh bendalir jenis ini.\n\nBendalir kedua adalah bendalir Pseudoplastik atau turut dipanggil dengan istilah bendalir penipisan ricih (shear thinning fluid). Bendalir jenis ini akan menjadi kurang likat dengan peningkatan kadar deformasi. Cat, darah dan sos tomato adalah contoh bendalir jenis ini.\n\nManakala bendalir dilatan juga dipanggil bendalir penebalan ricih (shear thickening fluid). Kelikatan bendalir ini akan meningkat dengan kadar deformasi. Contoh bendalir dilantan adalah seperti campuran antara tepung jagung dan air. Inilah jawapan kepada soalan utama pada isu ini kerana bendalir inilah yang memungkinkan untuk kita berjalan di atasnya.\u00a0 Jika kurang berpuas hati, mungkin video di bawah boleh membuktikan hal tersebut.\n\nPerlu difahami juga bahawa bendalir ini bukanlah menyebabkan mustahil untuk kita tenggelam. Bahkan apabila kita sudah tenggelam di dalam bendalir jenis ini, ianya lebih sukar untuk dikeluarkan berbanding bendalir Newtonan.\n\nMungkin ada yang masih bertanya, \u201cTiadakah kemungkinan untuk berjalan di atas air dan bukan cecair?\u201d Jawapannya, tidak. Mustahil. Melainkan manusia menggunakan bantuan alat untuk membantu mereka berjalan di atas air.\n\nJadi suatu perkara yang menakjubkan apabila ada makhluk ciptaan tuhan, iaitu ayak-ayak (water strider) yang tidak mempunyai masalah untuk duduk di atas air bahkan untuk berjalan di atas air.\n\nKagum? Sewajarnya kita perlu kagum. Betapa sedikitnya ilmu yang kita ketahui berbanding dengan ilmu Sang Pencipta alam semesta ini.\n\nDisediakan oleh,\n\nNurudin Abdul Settar.\n\nPensyarah Bidang Kejuruteraan.\n\n.\n\n." "Jika kita biasa dengan bacaan-bacaan mengenai teknologi blockchain, nama yang sering dikaitkan dengan teknologi ini adalah Bitcoin. Namun, blockchain tidak terhad kepada bitcoin sahaja, tetapi penggunaannya boleh merangkumi pelbagai aspek seperti kewangan, logistik, pilihanraya, penyimpanan data malah politik sekalipun.\n\nArtikel ini merangkumi subtopik-subtopik utama mengenai teknologi blockchain ini iaitu:\n\nWalaupun teknologi blockchain merangkumi pelbagai aspek, terdapat persamaan antara ciri-ciri teknologi blockchain yang digunakan. Ciri-ciri ini adalah seperti berikut:\n\nAplikasi blockchain pertama iaitu Bitcoin mula diperkenalkan oleh seorang individu tak dikenali, Satoshi Nakamoto sekitar tahun 2008. Namun, sejarah blockchain bermula sebelum daripada tahun 2008. [1]\n\n\nSekitar tahun 1980-an dan 1990-an, telah wujud usaha untuk memperkenalkan sistem kewangan elektronik yang tidak bergantung kepada mana-mana institusi kewangan seperti bank. Namun, kebanyakan sistem ini mengalami masalah yang sukar dielakkan. Masalah terbesar ialah perbelanjaan dua-kali (double spending). [2]\n\n\nPada tahun 1991, Stuart Haber dan W. Scott Stornetta telah menerbitkan sebuah artikel mengenai kaedah untuk mencap waktu (time-stamping) sesuatu dokumen digital. Pengecapan waktu bagi sesuatu dokumen adalah penting untuk mengetahui tarikh wujud sesuatu dokumen digital itu. Jika sesuatu dokumen digital itu tiada tarikh wujud, maka sesiapa pun boleh mendakwa bahawa dialah yang menghasilkan dokumen itu. Ini boleh menimbulkan masalah berkenaan hak cipta sesuatu dokumen digital. [3]\n\n\nPada tahun 1998, Wei Dai telah memperkenalkan b-money sebagai satu matawang/aset digital yang tidak diselia oleh mana-mana institusi kewangan. Namun, b-money tidak berjaya direalisasikan kerana tiada kaedah perlaksanaan yang dipersetujui oleh pemain-pemain yang terlibat. [4]\n\n\nPada tahun yang sama, Nick Szabo telah memperkenalkan Bit Gold, satu jenis aset digital yang menjadi pelopor kepada Bitcoin. Bit Gold mempunyai pelbagai elemen yang serupa dengan Bitcoin, namun Bit Gold tidak dimulakan seperti Bitcoin. Ia hanya kekal sebagai satu konsep pada kertas. Szabo merupakan pelopor teknologi blockchain. [5]\n\n\nPada tahun 1997, Adam Back telah memperkenalkan satu elemen penting yang memacu teknologi blockchain dalam bitcoin, iaitu hashcash. Hashcash pada asalnya adalah satu mekanisma untuk mengelakkan daripada berlakunya serangan nafi khidmat (Denial of Service/DoS) pada e-mel spam. Dalam bitcoin, ia digunakan sebagai bukti kerja dilaksanakan (proof of work) atau lebih popular dikenali sebagai penggalian (mining).\n\nPada tahun 2005, Hal Finney telah memperkenalkan konsep bukti kerja boleh dilaksanakan guna semula (reusable proof of work). Konsep ini juga memperkenalkan matawang/aset kripto, namun ia tidak berjaya direalisasikan kerana masih memerlukan satu pusat utama untuk beroperasi.\n\nAkhirnya, pada tahun 2008, seorang individu yang tidak diketahui identiti sebenarnya telah menerbitkan satu kertas putih (whitepaper) yang membawa konsep bitcoin, satu matawang/aset kripto yang tidak berpusat, bebas daripada inflasi, dan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud daripada usaha-usaha sebelumnya. Individu tersebut adalah Satoshi Nakamoto. [1]\n\n\nDalam kehidupan bermasyarakat, ada pelbagai interaksi yang dilakukan antara seseorang individu, dengan individu lain dalam masyarakat tersebut. Interaksi-interaksi ini adalah seperti perbualan, pemberian barang, pengundian, transaksi jual-beli dan media sosial.\n\nSecara kita tidak sedari, sebahagian daripada interaksi ini memerlukan pihak ketiga yang dipercayai oleh kedua-dua belah pihak. Lihat sahaja pada badan-badan kerajaan dan swasta yang ada seperti institusi kewangan, institusi kehakiman, suruhanjaya pilihanraya, syarikat kiriman barang, pembekal internet dan pelbagai contoh lain yang ada di sekeliling kita.\n\nKewujudan pihak ketiga ini bukanlah suatu yang negatif secara mutlak. Malah, tanpa kewujudan pihak ketiga, manusia tidak dapat maju seperti keadaan hari ini. Namun, kewujudan pihak ketiga juga boleh membawa masalah jika kepercayaan yang diberikan, dikhianati oleh pihak ini. Masalah korupsi, salah guna kuasa, penyeludupan dan penjualan data peribadi adalah antara contoh yang berkait dengan pihak ketiga.\n\nDalam interaksi yang memerlukan pihak ketiga, ada dua elemen penting yang terlibat iaitu pemindahan barang/maklumat dan kepercayaan. Kita ambil dua contoh yang mudah, penghantaran barang, dan sistem pilihanraya.\n\nDalam penghantaran barang jarak jauh, wujud tiga pihak, iaitu pemilik asal, pemilik baharu dan pihak pengirim barang(syarikat pos). Pemilik asal memberikan barang kepada pihak pengirim, dan pihak pengirim menghantar barang tersebut kepada pemilik baharu. Dalam proses penghantaran, kedua-dua pemilik asal dan pemilik baharu meletakkan kepercayaan kepada syarikat yang mengirimkan barang untuk menghantar barang tersebut.\n\nDalam sistem pilihanraya pula, tiga pihak yang terlibat ialah pengundi, calon, dan institusi pilihanraya. Pengundi memilih calon berdasarkan undian. Undian tersebut diselia oleh institusi pilihanraya, dan keputusan undian dibuat oleh institusi pilihanraya.\n\nDalam kedua-dua contoh di atas, pihak ketiga boleh melakukan pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan.\n\nTeras utama dalam teknologi blockchain ialah menghapuskan sepenuhnya atau mengurangkan peranan pihak ketiga, dan mengagihkan kuasa tersebut secara adil kepada semua individu yang terlibat.\n\nBlockchain bukanlah suatu blok fizikal yang dirantai. Namun, gambaran fizikal tersebut adalah satu analogi yang sesuai dengan konsep blockchain itu sendiri.\n\nPertama, dalam sesebuah blok tersimpan segala maklumat berkaitan interaksi antara dua pihak yang terlibat. Maklumat ini seperti transaksi wang, undian, lokasi barang kiriman dan data individu. Blok yang dimaksudkan boleh terdiri dalam bentuk pangkalan data umum (public database)\n\nKedua, bagi menjamin integriti sesebuah blok, data di dalam blok tersebut perlu disahkan dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat. Pengesahan dan persetujuan ini dibuat secara umum melalui tandatangan digital yang tidak boleh dipalsukan.\n\nKetiga, pengesahan dan persetujuan bersama antara semua pihak ini direkodkan dalam satu tandatangan digital yang unik (istilah teknikal ialah Hash). Tandatangan ini kemudiannya diumumkan kepada semua pihak dan didaftarkan sebagai tandatangan unik bagi keseluruhan maklumat dalam blok tersebut. Jika mana-mana pihak cuba mengubah maklumat asal, maka tandatangan unik tersebut akan berubah, dan semua pihak akan menyedari perubahan tersebut, dan boleh bertindak menafikan perubahan itu.\n\nKeempat, apabila maklumat dalam sesebuah blok telah lengkap, ia akan dirantai kepada blok sebelumnya. \u2018Rantai\u2019 ini dibuat dengan menggabungkan tandatangan blok sebelumnya, dengan tandatangan unik dalam blok yang terbaru. Gabungan kedua-dua tandatangan ini, menjadi tandatangan utama bagi blok tersebut.\n\nIntegriti maklumat yang wujud di dalam sesebuah blok, tidak memerlukan mana-mana pihak ketiga untuk menjaga blok tersebut. Semua pihak yang terlibat, berperanan mengesahkan integriti maklumat yang disimpan, dan membuat persetujuan bersama.\n\nIntegriti ini diperkukuhkan lagi dengan merantai sesebuah blok, dengan blok sebelumnya. Jika maklumat di dalam sesebuah blok diubah, maka keseluruhan tandatangan pada blok itu, dan blok-blok yang dirantai selepasnya, akan berubah. Oleh yang demikian, apa-apa pengkhianatan terhadap maklumat di dalam sesebuah blok, dapat dikesan oleh semua pihak yang terlibat, dan bukan pihak ketiga.\n\nDalam interaksi yang memerlukan pihak ketiga, sesuatu serangan boleh dilakukan dengan menyerang pihak ketiga tersebut. Serangan ini boleh dilaksanakan oleh mana-mana individu, termasuklah pihak ketiga sendiri. Antara contoh serangan yang telah berlaku adalah pencerobohan data dan korupsi pihak ketiga. Serangan-serangan ini dapat dielakkan dengan menetapkan undang-undang tertentu bagi menghukum penyerang. Namun sistem ini juga masih terdedah kepada masalah sama kerana undang-undang itu dilaksanakan oleh pihak ketiga.\n\nAdakah blockchain ini terbukti selamat daripada apa-apa serangan?\n\nWalaupun integriti blockchain itu dipelihara melalui persetujuan bersama, ia masih terdedah kepada serangan. Antara serangan yang boleh berlaku ialah serangan 51% dan serangan komputer kuantum.\n\nSerangan 51% berlaku apabila majoriti daripada pihak yang terlibat, merancang untuk mengubah maklumat yang tersimpan pada blok. Serangan ini sukar berlaku kerana sukar bagi majoriti sesebuah masyarakat itu untuk menyerang maklumat yang melibatkan majoriti masyarakat itu sendiri.\n\nSerangan daripada komputer kuantum boleh berlaku dengan menembusi keselamatan pada tandatangan digital setiap blok. Piawaian keselamatan yang digunakan hari ini adalah berdasarkan daripada SHA-256 (Secure Hash Algorithm) dan ECC (Elliptic curve cryptography). Algoritma Grover tidak mampu menembusi SHA-256. Ia hanya mampu mengurangkan kesukarannya daripada O(N) penilaian, kepada O(N1/2)\u00a0penilaian menggunakan serangan hentam kromo (brute force attack). Algoritma ini berbeza dengan algoritma Shor yang menyerang terus kepada algoritma ECC dan RSA, dan mengurangkan masa penilaian secara eksponen (daripada masa eksponen kepada masa polinomial).\n\nPernahkah anda tertanya, apabila anda menggunakan e-wallet TnGo, apa yang menghalang anda daripada membuat 2 pembayaran sekaligus pada satu-satu masa? Andaikan ada dua pengimbas yang mengimbas kod QR anda pada satu-satu masa. Adakah anda berjaya membuat 2 transaksi sekaligus?\n\nBayangkan situasi ini pula: Andaikan anda mempunyai RM 100 dalam dompet elektronik yang tidak diselia oleh mana-mana institusi kewangan. \u00a0Anda boleh menciplak duit anda sesuka hati, daripada RM100 menjadi RM200, menjadi RM400 dan seterusnya. Kemudian, anda boleh membelanjakan wang anda ini di kedai. Maka, nilai duit ini sudah tidak boleh dikawal dan terdedah kepada inflasi.\n\nSesuatu blok pada satu rantaian blokchain, mempunyai tandatangan masing-masing yang unik. Tandatangan ini datang dalam bentuk Hash yang terhasil daripada beberapa gabungan maklumat lain. Istilah teknikal yang digunakan ialah Hash dan saya akan gunakan istilah ini bagi menerangkan pendetilan tandatangan tersebut.\n\nApabila sesuatu maklumat didaftarkan pada blok, ia bukanlah datang dalam bentuk sebenar seperti \u2018Identiti A mengundi calon 1, Identiti B mengundi calon 2, .\u2019. Tetapi, maklumat ini didaftarkan dalam bentuk Hash yang menggunakan algoritma SHA-256.[13] Hash ini unik bagi setiap maklumat yang tersimpan didalamnya. Anda boleh gunakan pautan berikut untuk mencuba: https://andersbrownworth.com/blockchain/blockchain \u00a0\n\nApabila maklumat pada sesebuah blok telah lengkap, ia akan dirantai dengan blok sebelumnya dengan menggabungkan Hash daripada blok sebelumnya dengan segala maklumat di dalamnya untuk membentuk Hash bagi blok tersebut. Lihat pada gambar sebelum ini, andaikan pihak daripada calon 1 ingin mengubah undian pada blok pertama. Ia akan mengubah Hash bagi blok tersebut, dan blok-blok seterusnya. Dalam bahasa mudah, rantaian tersebut telah putus, dan kesemua pihak dapat mengesan perbuatan calon 1 tersebut. Keseluruhan proses ini berlaku tanpa kewujudan pihak ketiga.\n\nBukti kerja dilaksanakan adalah satu komponen utama dalam teknologi blockchain, terutamanya bitcoin. Istilah yang lebih kerap digunakan ialah penggalian (mining). Pihak-pihak yang terlibat dalam penggalian ini menunjukkan bukti kerja dilaksanakan dengan mencari nonce pada sesuatu blok yang menghasilkan Hash dengan permulaan beberapa digit 0. Dalam rajah di atas (blok berwarna hijau), setiap blok mempunyai Hash yang bermula dengan 4 digit kosong.\n\nApabila maklumat baharu dimasukkan dan lengkap dalam sesuatu blok, pihak yang terlibat perlu mencari nonce yang baharu supaya Hash yang dihasilkan, bermula dengan beberapa digit 0 yang telah ditetapkan. Hash yang terhasil itu mengandungi 3 maklumat iaitu maklumat pada blok, maklumat Hash daripada blok sebelumnya, dan nonce bagi blok tersebut.\n\nBagi bitcoin, kesukaran mencari nonce ditetapkan pada kadar 10 minit setiap blok. Ini bermaksud, segala transaksi melibatkan bitcoin, akan disahkan dalam masa 10 minit sahaja, iaitu apabila blok tersebut telah dirantai dengan blok sebelumnya." "Pernah terfikir tak tentang bagaimana bulan islam itu terbentuk dan siapa pengasasnya?\n\nSecara umumnya kalendar membahagikan satu tahun kepada 12 bulan dan satu bulan kepada empat minggu.\n\nKalendar islam juga dikenali sebagai kalendar Hijrah. Kalendar Islam mula digunakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Perkataan \u2018Hijrah\u2019 merujuk kepada perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah.\n\nApabila Baginda S.A.W tiba di Madinah, Baginda S.A.W telah memerintahkan para sahabat untuk menggunakan sistem Tarikh. Baginda memperkenalkan permulaan Muharram yang diambil daripada kalendar lama masyarakat Arab Jahiliah. Dikatakan bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu para sahabat\u00a0 dan menyuruh mereka menulis Tarikh. Tetapi, Baginda S.A.W tidak menetapkan satu sistem kalendar Islam.\n\nPada zaman Saidina Umar al-Khattab, barulah bermulanya satu sistem kalendar yang benar-benar tersusun. Saidina Umar\u00a0 al-Khattab telah mewujudkan asas penetapan kalendar hijrah apabila beliau mengutus surat kepada Gabenor Basrah iaitu Abu Musa al-Asy\u2019aridan. Beliau menulis dalam surat tersebut bulan Syaaban. Namun, Abu Musa al-Asy\u2019ari tidak pasti adakah bulan Syaaban yang dimaksudkan oleh Saidina Umar ialah bulan Syaaban yang telah lepas atau yang akan datang. Maka, Saidina Umar al-Khattab memanggil dan mengumpulkan para sahabat untuk membincangkan masalah tersebut.\n\nBincang punya bincang, akhirnya mereka sebulat suara bersetuju mengambil Tarikh hijrah Rasulullah SAW. Hal ini kerana Tarikh itu diingati oleh ramai orang dan tidak ada pertikaian. Maka, bermulanya saat itu, awal bulan Islam dimulakan dengan bulan Muharram dan permulaan tahun dimulakan dengan hijrah Rasulullah.\n\nBerikut adalah nama bulan-bulan Islam dan asal-usulnya. Tahukah anda bahawa setiap nama diambil sempena keadaan cuaca ataupun sesuatu peristiwa yang besar.\n\nBulan ini mengambil perkataan \u2018haram\u2019 yang bermaksud terlarang. Hal ini disebabkan oleh budaya atau tradisi Arab yang mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas kedatangan Islam, budaya tersebut masih diteruskan.\n\nPerkataan ini bermaksud tiupan angin. Ketika nama \u2018Safar\u2019 mula digunakan, mungkin ketika itu adalah waktu berangin.\n\nPerkataan ini bermaksud bulan pertama musim bunga.\n\nPerkataan ini bermaksud bulan kedua musim bunga.\n\nErti perkataan ini ialah bulan pertama musim panas. \u2019Jumada\u2019 bermaksud kering.\n\nMaksud perkataan ini ialah bulan kedua musim panas.\n\nRejab juga ialah bulan suci yang mengharamkan peperangan. Bulan ini juga dikenali sebagai Rajab al-Fard. \u2019Fard\u2019 bermaksud keseorangan kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab yang berada di tengah-tengah.\n\nKata ini berasal dari perkataan syu\u2019ba yang bermaksud berpecah atau menyimpang. Hal ini kerana masyarakat Arab sering keluar dan berpecah untuk mencari air.\n\nPerkataan \u2018Ramadan\u2019 diambil dari perkataan \u2018ramda\u2019 .Maksudnya ialah batu yang panas kerana pada ketika itu cuaca amat panas.(sekarang pun lagi panas)\n\nPerkataan ini diambil daripada perkataan yang membawa maksud \u2018unta betina bunting\u2019. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina sedang bunting.\n\nPerkataan ini berasal daripada perkataan \u2018qa\u2019ada\u2019 bermaksud \u2018untuk duduk\u2019. Bulan ini bulan suci yang ketiga. Oleh sebab itu, ramai orang menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk bersedia menunaikan Haji.\n\nDalam bulan ini, haji dilaksanakan. Oleh sebab itu, perkataan \u2018haji\u2019 digunakan sebagai namanya. Bulan ini merupakan bulan suci terakhir dalam setahun dan sebarang pertempuran adalah dilarang.\n\nDitulis oleh,\n\nSaudara Akmal Ridha, Pelajar Diploma UiTM." "Mesti semua pernah dengarkan kata-kata ni, \u201cJangan benci sangat, nanti yang tu yang kita kena hadap selalu.\u201d Ataupun, \u201cBencilah, nanti mesti suka.\u201d\n\nHah. Pernahkan? Percaya tak yang ayat tu sedang jadi kenyataan sekarang? Agak ramai yang tidak suka memeningkan kepala dengan konsep Matematik, tapi sekarang hampir seluruh rakyat Malaysia mempraktiskan kefahaman Matematik itu.\n\nSetiap hari kita perlu hadap graf R-naught untuk faham kadar kebolehjangkitan COVID-19 sekarang. Setiap hari kita ambil tahu tentang angka jangkitan harian. Setiap hari kita kira, berapa hari lagi nak dapat vaksin dan boleh nak keluar dine-in selepas selesai dua dos. Setiap hari kita baca berita dan cuba memahami isu semasa dengan menggunakan logik matematik secara tidak sedar. Setiap hari kita disiplinkan diri dan ahli keluarga di rumah dalam aspek penggunaan elektrik, air dan seangkatan dengannya menggunakan konsep matematik. Dan banyak lagi keadaan lain sebenarnya.\n\nPerasan tak hampir semua keadaan semasa kita berkait rapat dengan ilmu Matematik, walaupun konsep yang ringkas. Perasan tak? Perasan tak? (nada excited)\n\nMesti ada yang tak perasankan. Jadi, bila dah perasan ni, amacam? Rasa bijak sikit tak?\n\nMaka, satu fakta yang kita kena terima bahawa ilmu matematik itu penting dan sedang teraplikasi di sekitar kita secara sedar ataupun tidak sedar.\n\nUntuk huraian selanjutnya, saya nak bawa satu kajian aplikasi matematik yang mungkin agak pelik dan langsung tak terlintas di minda kita. Tapi, kebanyakan daripada kita mengaplikasinya, terutamanya golongan yang bekerja dan golongan anak muda. Tidak mustahil akan ada yang berfikir,\n\n\u201cIni pun nak fikir. Pelik-pelik betul orang Matematik ni.\u201d.\n\nJom sama-sama kita tengok tahap kepelikannya.\n\nBerikut merupakan masalah awal kajian ini.\n\n\u201cKetika kita meletakkan laptop di atas meja, kita pasti meletakkannya dengan hati-hati supaya tidak jatuh. Tetapi, kekadang meja kita pasti dipenuhi dengan barang-barang lain. Lalu, apakah minimum luas meja yang diperlukan supaya laptop tersebut dapat diletak dengan seimbang tanpa perlu menurunkan barang-barang tersebut?\u201d\n\nMasalah ini ditimbulkan oleh Burkard Polster, salah seorang ahli matematik di Universiti Monash, Australia. Disebabkan beliau berhadapan dengan masalah ini hampir setiap hari, maka, beliau cuba mendapatkan solusinya dan telah menerangkannya dengan terperinci dalam sebuah artikel yang telah dikeluarkan pada tahun 2018.\n\nBerikut sedikit petikan awal daripada artikel beliau,\n\nI often work on my laptop in bed. When needed, I park the laptop on the bedside table, where the computer has to share the small available space with a lamp, books, notes, and heaven knows what else. It often gets quite squeezy.\n\nBeing regularly faced with this tricky situation, it finally occurred to me to determine once and for all how to place the laptop on the bedside table so that its \u201cfootprint\u201d \u2013 the area in which it touches the bedside table \u2013 is minimal. In this note I give the solution of this problem, using some very pretty elementary mathematics.\n\nSebagai seorang manusia di luar bidang ini, sudah tentu kita hanya cuba sahaja meletakkan laptop tersebut di sisi mana yang dilihat sesuai dan stabil. Paling mudah, alihkan sahaja barang-barang tersebut. Tak perlu penat-penat fikir. Kan?\n\nLalu, bagaimana Burkard Polster selesaikan masalah ini secara matematiknya? Jom kita tengok.\n\nTerdapat tiga langkah utama yang dilakukan oleh pengkaji :\n\nPertama sekali, pengkaji membuat tiga anggapan. Pertama, bentuk laptop dan meja adalah segi empat tepat. Kedua, pusat graviti laptop adalah di titik tengahnya.\u00a0 Ketiga, lebar laptop itu ialah 1 unit.\n\nKemudian, pengkaji mempertimbangkan semua kawasan yang apabila diletakkan laptop tidak menjatuhkan meja, inilah kawasan tepat di mana titik tengah laptop juga merupakan titik meja.\n\nSeterusnya, pengkaji cuba menentukan antara kawasan tersebut, yang manakah kawasan \u201cfootprint\u201d laptop yang mempunyai keluasan minima. \u201cFootprint\u201d di sini bermaksud, kawasan yang meliputi laptop dan meja.\n\nRajah 1 ini menunjukkan jawapan optimum bagi masalah ini kerana titik tengah laptop akan bertepatan dengan salah satu bucu meja dan menghasilkan \u201cfootprint\u201d berbentuk segi tiga sama kaki.\n\nPembuktian dilakukan dengan dua keadaan. Pertama, pengkaji mempertimbangkan kawasan yang mana titik tengah laptop bertepatan dengan salah satu sudut meja, dan membuktikan bahawa antara kawasan tersebut terdapat kawasan yang mempunyai luas \u201cfootprint\u201d terkecil. Kemudian, pengkaji memanjangkan hujah, membuktikan bahawa mana-mana kawasan yang titik tengah laptop bukan di titik sudut meja mesti mempunyai luas \u201cfootprint\u201d yang lebih besar.\n\nRajah 2 ini menunjukkan keadaan di mana pengkaji memotong segi empat sama kepada empat kepingan kongruen yang menunjukkan luas \u201cfootprint\u201d akan sentiasa \u00bc sekiranya laptop berbentuk segi empat sama diletakkan di bucu sebuah meja yang besar, tidak kisah bagaimana keadaan orientasinya.\n\nKemudian, Rajah 3 menunjukkan keadaan laptop berbentuk segi empat tepat dengan titik tengahnya di bucu sebuah meja besar. Kawasan \u201cfootprint\u201d ditandakan dua warna iaitu biru dan merah. Seperti keadaan sebelum ini, apabila laptop tersebut diputarkan, maka kawasan biru akan kekal wujud, tetapi kawasan merah akan hilang di sesetengah kawasan seperti dalam rajah di belah kanan. Maka, pengkaji menyimpulkan bahawa keadaan simetri laptop ini secara unik telah menghasilkan \u201cfootprint\u201d dengan luas yang paling minimum.\n\nHujah-hujah ini terpakai selagimana apabila bentuk segi empat sama itu diputar dan tidak akan mengenai sisi meja yang lain. Memandangkan sisi pendek laptop mempunyai panjang 1, maka paling pendek jarak sisi meja perlulah sekurang-kurangnya1/ seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.\n\nSekarang, pengkaji cuba meyakinkan bahawa \u201cfootprint\u201d paling minima mesti di satu kawasan di bucu meja. Maka, pengkaji memulakan dengan sebuah meja yang sekurang-kurangnya mempunyai lebar yang sama dengan pepenjuru segi empat sama seperti yang ditunjukkan di rajah 5. Meja ini mempunyai panjang sisi . Dengan meletakkan laptop di mana sahaja di atas meja tersebut, kemudian pengkaji cuba mendapatkan kawasan yang menunjukkan dua garis berserenjang yang memotong kawasan segi empat sama laptop itu selari dengan sisi meja.\n\nSeperti yang kita lihat, dua garis berserenjang itu memotong segi empat sama laptop kepada 4 kepingan kongruen. Walaubagaimana orientasinya dan di mana kawasan laptop itu ditempatkan, sekurang-kurangnya satu daripada kepingan kongruen itu akan menjadi sebahagian daripada kawasan \u201cfootprint\u201d. Melainkan jika titik tengahnya berada di sudut meja, kawasan segi empat sama suku-persegi ini jelas tidak menjadi sebahagian daripada \u201cfootprint\u201d secara penuh.\n\nSeterusnya, pengkaji cuba berhujah dengan menggunakan meja yang mempunyai sisi sekurang-kurangnya I unit lebar yang akhirnya menghasilkan satu teorem. (Teorem dikekalkan dalam Bahasa Inggeris supaya pembaca lebih jelas dengan makna asal pengkaji.)\n\nTheorem 1 Consider a laptop that is 1 unit wide and a table that is at least 1 unit wide. If the laptop is not a square, then the placement of the laptop on the table that gives the smallest footprint is shown in Figure 1. If the laptop is a square, then the minimal area footprints are for placements for which the midpoint of the laptop coincides with a corner of the table.\n\nWah, meletup otak! Nak selesaikan masalah ni pun, bukan main kompleks solusinya. Patutlah ramai ahli matematik atau geng genius ni botak. (Eh, apa kena-mengena? Tiberr)\n\nHaa. Pelik tak? Sebenarnya taklah pelik mana kan. Cumanya, pelik bila benda mudah, buat apa nak fikir susah-susah. Inipun saya tak lanjutkan kepada pembuktian penuh yang lebih kompleks. Kalau korang nak fahami dengan lebih terperinci, boleh dapatkan PDF kajian ini di google. Tajuknya saya lampirkan di bahagian rujukan.\n\nKalau korang nak tahu, daripada kajian permasalahan seringkas inilah yang membawa kepada kajian-kajian lain yang lebih besar dan diperlukan untuk kecanggihan teknologi sekarang demi memenuhi keperluan kehidupan manusia.\n\nOleh yang demikian, Prof. Hadi Susanto menyebut di dalam bukunya \u201cTuhan Pasti Ahli Matematika\u201d bahawa,\n\n\u201cSelama manusia masih berpikir dan kehidupan masih berkembang, akan selalu ada yang baru dari matematika.\u201d\n\nHebat kan siapa ahlinya? Tanpa kita kenali diri mereka, biarpun yang hidup ratusan tahun dahulu mahupun sekarang, jasa dan ilmu mereka terus mengalir dan diaplikasikan oleh manusia seluruh dunia dan setiap zaman.\n\nDan sudah tentu, kehebatan ini merupakan cebisan ilmu Dia Yang Maha Hebat. Sesungguhnya Allah yang menganugerahkan ilmu ini kepada manusia untuk terus memakmurkan dunia ini dengan kebaikan dan kebijaksanaan.\n\nMaka, berhati-hatilah dan jangan pernah sombong dengan ilmu yang kita ada. Terus bersyukur dan memanfaatkan setiap ilmu yang dimiliki dengan sebaiknya." "Fuh! Bukan biasa-biasa minda inovasi dan kreatif gadis 24 tahun ini.\n\nBeberapa hari yang lalu, Malaysia digemparkan dengan kejayaan seorang mahasiswi Universiti Sains Malaysia, Saudari Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah dalam pertandingan reka bentuk antarabangsa, James Dyson Awards 2021. Beliau yang merupakan pemenang tempat kedua dalam pertandingan tersebut telah mengejutkan dunia dengan hasil ciptaannya yang menginovasikan sisa sampah kepada beg mini sebagai pembungkus set produk penjagaan kulit wajah.\n\nMenurut laporan Bernama, produk bahan \u201cbio leather\u201d ini menggunakan sepenuhnya kulit buah-buahan sitrus terutama kulit limau nipis dan bahan semula jadi lain, yang bukan sahaja bersifat lebih mesra alam, malah mampu menjadi bahan pembungkusan pelbagai produk menggantikan plastik.\n\nHebatnya lagi apabila ciptaan ini masih berada di peringkat awal kajian, tetapi telah memenangi pertandingan berprestij ini sekaligus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.\n\nLanjutan daripada laporan Bernama dan beberapa berita lain, gadis 24 tahun ini telah mendapat ilham ciptaan ini apabila melihat lambakan sampah kulit buah-buahan di kafe dan restoran semasa beliau menyiapkan projek semester tahun lalu.\n\nMenurut Saudari Menlin Ng, \u201c\u201dSaya percaya semua sisa makanan boleh diproses menjadi bahan atau barangan berguna sekali gus\u00a0dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Saya mahu menukarkan bahan yang dilihat tidak bernilai ini\u00a0menjadi barangan berguna dan berharga.\u201d\n\n\u201cSelain membantu mengurangkan penjanaan sampah, bahan kulit bio\u00a0yang menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya ini juga melibatkan kos lebih rendah,\u201d katanya yang mengambil masa 10\u00a0bulan bagi menyiapkan projek tersebut.\u00a0\n\nMenerusi ujian\u00a0yang dijalankan, Menlin Ng menggunakan kira-kira 30 kulit limau purut bagi\u00a0menghasilkan dua helai material berukuran 20 sentimeter panjang dan\u00a0lebar.\n\n\u201cSaya mendapatkan stok kulit limau dari\u00a0beberapa restoran. Antara proses terlibat termasuk pengekstrakan, pengasingan kulit dan biji buah, rebus\u00a0bagi mengelakkan kulat\u00a0dan\u00a0mencampurkan dengan bahan pelekat semula jadi sebelum dikeringkan sehingga menjadi produk akhir,\u201d katanya.\u00a0\n\nMenurut laporan Bernama lagi, Saudari Menlin Ng telah menceritakan kekangan yang dihadapi.\n\nDitanya tentang cabaran yang dihadapi, Menlin Ng berkata beliau perlu berdepan dengan kekangan menjalankan ujian di makmal susuli sekatan\u00a0pergerakan\u00a0dan penularan pandemik COVID-19.\u00a0\n\n\u201cDalam tempoh itu, pertemuan bersemuka dengan penyelia tidak dapat dilakukan. Terkurung di asrama kampus juga membuat saya beberapa kali hilang motivasi,\u201d katanya.\u00a0\n\nPelajar jurusan Reka Bentuk Produk itu juga berharap inovasi yang masih di peringkat penyelidikan awal itu dapat dikembangkan dan dimanfaatkan di peringkat profesional sekali gus membuka jalan kepada penghasilan bahan mesra alam.\u00a0\n\n\u201cSaya perlu membuat lebih banyak kajian dan eksperimen bagi mendapatkan bahan terbaik dalam meningkatkan kualiti material\u00a0ini pada masa akan datang.\n\n\u201cMalaysia adalah antara pengeksport buah dan sayur terbesar. Jadi secara tidak langsung, menyumbang kepada penghasilan sampah yang boleh dijadikan sumber kepada penghasilan produk pembungkusan daripada material semula jadi,\u201d katanya.\n\nSubhanallah! Sesungguhnya akal dan fikiran merupakan anugerah-Nya kepada manusia yang begitu berharga dan akan menatijahkan kejayaan luar biasa andai dimanfaatkan sebaiknya. Semoga kisah Saudari Menlin Ng Aniathul Fitria Ismail Ng Abdullah ini menjadi motivasi dan inspirasi buat semua anak muda di Malaysia untuk terus berjaya dalam kehidupan biarpun terpaksa berhadapan dengan ujian pandemik COVID-19.\n\nSumber :" "Sekitar beberapa dekad sekali, Bumi dihentam oleh ribut suria (solar storm) yang menyebabkan gangguan elektrik di Bumi.\n\nRibut suria yang berlaku pada tahun 1882 dan 1921 telah mengakibatkan perkhidmatan telegraf tidak berfungsi & banyak perkakas elektrik terbakar.\n\nBumi mempunyai medan magnet yang melindungi penghuninya daripada angin solar berbahaya. Tanpa medan ini, Bumi akan kering kontang & tidak dapat dihuni seperti Marikh. Marikh pun pada asalnya berkeadaan seperti Bumi tetapi kehilangan medan magnetnya menjadikannya seperti hari ini.\n\nAngin suria bertukar menjadi ribut apabila jumlah tompok Matahari tinggi kerana ia melepaskan plasma yang banyak dan laju bersama-sama dengan medan magnet matahari.\n\nKejadian ini ganggu medan magnet Bumi dan kejadian ribut geomagnet tercetus, kemudian mencetuskan Geomagnetically Induced Currents (GIC). Seterusnya ganggu bekalan kuasa & elektrik di Bumi.\n\nRibut suria paling dahsyat pernah berlaku adalah ketika tahun 1859. Tetapi pada masa itu kita belum ada rangkaian komunikasi, belum ada bekalan dan grid kuasa elektrik. Kalau kejadian ini berlaku pada zaman ini, bekalan elektrik di seluruh dunia akan putus, internet pun putus.\n\nBeberapa kejadian ribut suria dahsyat pernah berlaku sebelum ini. Pada tahun 1972, ribut solar telah mengakibatkan gangguan elektrik, rangkaian komunikasi & satelit di seluruh Amerika utara serta mengakibatkan meletupnya beberapa peranti letupan.\n\nKetika Perang Vietnam, terdapat beberapa kapal perang Amerika Syarikat meletup tidak diketahui punca. Rupa-rupanya ada peranti letupan yang meletup akibat daripada ribut suria. Pada tahun 1989, ribut suria mengakibatkan 6 juta penduduk tiada bekalan kuasa selama 9 jam. Perkakas-perkaras elektronik tidak berfungsi. Aurora muncul menghampiri kawasan khatulistiwa (pelik sebab aurora hanya muncul di kutub utara dan selatan).\n\nSekiranya kita perhatikan kejadian ini, ia berlaku sewaktu bilangan tompok Matahari tinggi pada kitaran tersebut. Ada waktu Bumi terlepas dari dihentam ribut suria seperti pada tahun 2012. Kesannya tidak seragam di seluruh dunia. Negara yang tinggi latitud lebih berisiko.\n\nWalaupun ia hanya berlaku pada sesetengah kawasan, zaman dulu mungkin tidak terkesan sangat. Amerika Syarikat terkesan, Malaysia mungkin masih selamat. Tambah lagi, sistem elektrik di zaman sekarang telah dicipta dengan persediaan untuk berhadapan dengan ribut ini. Tetapi masih perlu bersedia dan berjaga-jaga kerana kita masih belum biasa menghadapi ribut ini di dunia yang semuanya digital.\n\nTambah lagi, teknologi kabel internet kita pun masih belum ada persediaan untuk berhadapan dengan ribut ini.\u00a0 Kabel ini pula berhubung dengan banyak negara.\n\nPada tahun 2008, kabel internet pernah terganggu dan mengakibatkan gangguan dan internet putus di seluruh Timur Tengah, India hinggalah ke Singapura dan Indonesa.\n\nTidak mustahil apabila ribut suria dahsyat berlaku pada masa mendatang, rangkaian internet di seluruh dunia terganggu. Bagi orang-orang kecil macam kita, internet terputus mungkin kesannya kecil. Tetapi untuk industri-industri besar, pengangkutan, hospital, bank, tentera dan sebagainya akan terkena impak yang dahsyat.\n\nBanyak operasi tidak dapat berfungsi dengan baik. Rantaian bekalan (supply chain) akan putus. Air dan sumber bekalan penting tidak dapat dibekalkan dengan baik dan lancar. Kesannya akan sampai ke orang-orang kecil macam kita juga. Impaknya ibarat diserang pandemik hingga sukar untuk beroperasi. Amerika Syarikat pernah kerugian hingga 2.6 trilion dolar akibat daripada serangan ribut suria.\n\nGambar di bawah adalah gambar daripada filem Jepun, Survival Family (2016) yang menayangkan kemandirian dan kelangsungan hidup apabila bekalan kuasa, elektrik dan internet tiba-tiba terputus.\n\n*Penulisan di ambil daripada facebook Saudara Zamir Mohyedin dengan keizinan. Beliau merupakan ahli di Institut Fizik Malaysia." "Dalam internet ada satu video yang membuat ramai orang bingung. Video apa tu? Haa, ini videonya. (pautan)\n\nKalau korang nak tahu, inilah salah satu muslihat Matematik di antara banyak lagi muslihat-muslihat lain yang memeningkan kepala manusia biasa. Huhu.\n\nJadi, apa sebenarnya yang berlaku? Macam mana asal ruang segi tiga itu dapat dipenuhi, kemudian terkurang satu kawasan apabila disusun kali kedua? Magik apakah ini?\n\nIni bukanlah magik seperti filem \u2018Now You See Me\u2019. (Eh, tiberr)\n\nIni merupakan satu keadaan yang dilihat magik dan helah dalam matematik oleh masyarakat umum, tetapi sebenarnya satu fenomena yang berlaku dengan logik dan pembuktian. Seperti yang kita sedia maklum, ilmu matematik ini merupakan ilmu yang pasti dan logik. Pasti akan ada pembuktian dan penerangan pada setiap kejadian.\n\nDalam konteks helah ini, ianya berlaku kerana faktor ilusi optik.\n\nIlusi optik berlaku apabila\u00a0 sesuatu objek yang dilihat itu, berbeza daripada keadaannya yang sebenar. Otak kita tidak dapat mentafsir dengan tepat tentang objek tersebut. Ditambah dengan pandangan manusia yang berbentuk perspektif dan dimensi iaitu ada jauh dan dekat, serta berbentuk 2D dan 3D antara yang memberi kekeliruan mempengaruhi tafsiran minda dan fikiran manusia, selain faktor gangguan sekitar objek.\n\n\u00a0Dan inilah yang terjadi.\n\nSegi tiga yang kita lihat ini bukanlah segi tiga yang sebenar, kerana sisinya yang bengkok itu. Otak kita telah tersalah tafsir pada kesempurnaan keadaan bengkok sisi itu. Pada susunan awal, hipotenus(garis terpanjang segi tiga) segi tiga ini sebenarnya bengkok ke dalam. Manakala, dalam susunan kedua, hipotenus ini bengkok sedikit keluar.\n\nMaka, perbezaan kawasan kedua-dua lengkuk tersebut telah membentuk satu petak berukuran 1\u00d71. Oleh sebab itulah, kita dapat lihat di susunan kedua, terdapat kelopongan satu petak kecil tersebut.\n\nMaka, hasil pergerakannya seperti yang ditunjuk di bawah.\n\nHakikatnya, lubang petak itu bukanlah hilang, tetapi ianya hanya berlaku kerana satu helah ilusi optik yang memberi tafsiran kurang tepat pada mata kita apabila melihat pada sisi bengkok hipotenus segi tiga tersebut. Perubahan susunan itu telah menatijahkan \u2018kehilangan\u2019 satu lubang petak bagi menampung perbezaan lengkuk segi tiga tersebut.\n\nTonton penjelasan helah ini di video di bawah:\n\nFuh! Menarik kan?\n\nSebab itulah setiap perkara itu perlu ada pembacaan dan kajian yang mendalam supaya kita lebih memahami hakikat sebenar sesuatu peristiwa. Pandangan mata manusia itu selalu menipu, maka, gunakan akal fikiran kurniaan Allah untuk membenarkannya.\n\nBila difikirkan semula, helah ini juga ibarat mata kita yang melihat dunia kan? Apabila melihat dunia, terlihat dan terasa keseronokannya sehingga langgar dosa pahala demi memuaskan nafsu manusia. Hakikatnya, keseronokan itu hanyalah ilusi yang sedang membawa manusia ke lembah sengsara di akhirat sana. Nau\u2019zubillah.\n\nMoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sentiasa mencari kebenaran dan keredhaan-Nya sepanjang hayat di dunia ini.\n\n1. 3 Magis Matematik meletupkan otak, https://youtu.be/6tBY3_Bi39E\n\n2. Open Minda: Misteri Ilusi Optik (baca-blogspot.blogspot.com)" "Kerengga ini sedang merancang sesuatu yang sangat jahat. Mereka tidak ada pilihan. Mereka tidak boleh mencari makanan sendiri.\n\nMereka bukan hendak mencuri makanan yer.\n\nTapi mereka mencuri anak-anak kerengga dari keluarga yang lain. Mereka adalah kerengga penculik.\n\nApabila matahari mulai menyingsing jatuh, kerengga ini mulai keluar beramai-ramai dari sarang di bawah tanah mereka. Mereka mulai mencari kerengga yang sama sekali berbeza spesies dari spesies mereka. Yang mereka cari ialah kerengga hitam dari spesies Formica accreta. Kerengga hitam ini pun tahu bahawa kerengga penculik ini tengah merancang untuk menculik anak-anak mereka. Disebabkan itulah, setiap petang mereka akan menutup setiap pintu masuk ke sarang mereka.\n\nTetapi kadang-kadang kerengga hitam telah terlambat. Kerengga penculik telah dapat melihat mereka. Dengan tergesa-gesa kerengga penculik meluru masuk ke sarang kerengga hitam melalui pintu yang masih terbuka tidak tertutup. Apabila telah memastikan kedudukan dan keadaan sarang itu bagaimana, kerengga penculik ini bergegas keluar untuk pergi mencari semua ahli keluarganya untuk memberitahu lokasi penculikan di mana.\n\nGerombolan kerengga penculik, apabila mengetahui lokasi kerengga hitam ini, meluru dengan cepat beramai-ramai ke sarang kerengga hitam. Sampai di sarang kerengga hitam, mereka menyerbu masuk beramai-ramai. Kerengga hitam cuba sedaya mampu untuk melawan kerengga penculik tetapi tidak mampu. Mereka terlampau banyak.\n\nKerengga penculik mulai menggali sarang kerengga hitam. Apabila kerengga penculik berjaya ceroboh masuk ke dalam sarang kerengga hitam, mereka tahu apa yang mereka hendak ambil. Mereka meluru ke arah anak-anak kerengga hitam yang masih berada di dalam fasa pupa. Menggunakan mulut, mereka angkat pupa kerengga hitam dan meluru keluar dari sarang dan pergi membawa pupa itu pulang ke sarang mereka.\n\nKerengga hitam yang diculik ini akan meneruskan fasa pembesaran sehingga mereka keluar dari pupa sebagai kerengga hitam dewasa. Walaupun mereka berlainan spesies dan mempunyai warna badan yang berbeza dengan kerengga penculik tetapi kerengga penculik telah memanipulasi keadaan menyebabkan mereka tidak sedar keadaan ini. Oleh itu, apabila kerengga hitam membesar mereka fikir mereka berada di dalam rumah mereka sendiri dengan keluarga masing-masing.\n\nKerengga-kerengga hitam ini kemudian akan keluar mencari makanan dan makanan itu akan dibawa balik ke sarang kerengga penculik. Mulut kerengga hitam ini lebih istimewa berbanding dengan kerengga penculik kerana mulut mereka yang lebih bagus dalam mengunyah makanan berbanding kerengga penculik yang hanya bagus menggangkat pupa kerengga hitam. Disebabkan ini kerengga penculik akan memaksa kerengga hitam yang berada di dalam sarang mereka untuk memuntahkan semula makanan yang dimakan dan memakan muntahan kerengga hitam itu.\n\nBukan setakat mencari makanan, memberi makanan ke kerengga penculik, kerengga hitam juga menjaga sarang dan menjaga anak-anak kerengga penculik. Disini kita dapat lihat kerengga hitam telah menjadi hamba kepada kerengga penculik. Kerengga penculik hanya akan duduk berehat sepanjang hari dan menunggu masa untuk melakukan penculikan anak-anak kerengga hitam." "Lebah terkenal sebagai agen pendebungaan yang mendebungakan hampir 75% buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok kekacang. Kita akan sangat bermasalah jika lebah ini tidak ada. Tetapi bila ditanya pada setiap orang yang ada di Malaysia apa yang mereka tahu tentang lebah pasti jawapannya \u201cmadu\u201d.\n\nPeladang yang terlibat dengan perusahaan madu lebah boleh dapat lebih kurang 50 kg madu dari satu sarang lebah setahun. Madu dibuat daripada nektar bunga. Tetapi perlu diingat madu itu sama sekali tidak sama dengan nektar.\n\nLebah akan mencari bunga-bunga yang berhampiran dengan sarangnya. Apabila dijumpai bunga ini, lebah akan meluru ke bunga dan menjunamkan kepalanya terlebih dahulu. Dengan menggunakan lidah yang panjang, lebah akan menyedut nektar bunga dan menelan nektar ini, masuk ke salah satu dari dua perut yang dimiliki lebah. Perut ini dipanggil perut madu. Seekor lebah berkemungkinan perlu menyedut lebih daripada seribu bunga untuk memenuhkan perut madu ini.\n\nSesudah menyedut seberapa banyak nektar yang boleh, lebah akan pulang ke sarangnya. Sepanjang perjalanan pulang, enzim pencernaan mulai dirembes perut madu lebah dan mulai menukarkan nektar menjadi bendalir melekit dan manis yang berwarna keemasan ataupun dipanggil madu.\n\nApabila sampai di sarang, lebah ini akan memuntahkan semula madu ke dalam mulut lebah pekerja yang berada di dalam sarang. Seperti satu rantaian. Madu ini akan dimuntahkan pula oleh lebah pekerja ke lebah pekerja yang lain. Proses memuntah dan menelan dari satu lebah pekerja ke satu lebah pekerja sangat penting dalam menambah lagi enzim pencernaan yang akan menukarkan rantaian panjang gula kompleks kepada gula yang lebih ringkas seperti glukosa dan fruktosa.\n\nSelepas sampai di ruang simpanan madu di dalam sarang lebah, lebah pekerja akan memuntahkan madu di tempatnya. Walaupun selepas mengalami proses muntah, telan dan muntah, madu ini masih berair. Untuk memekatkan dan menghilangkan kuantiti air pada madu, lebah akan mengibaskan sayapnya untuk meningkatkan kadar penyejatan air pada madu. Kuantiti air yang kurang dan keasidan yang ada pada madu menyebabkan madu bukanlah tempat yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Ini sekaligus, menyebabkan madu tahan lama.\n\nUntuk menghasilkan 1 kg madu memerlukan lebih 20,000 lebah yang perlu hinggap pada 8 juta bunga. Ini memerlukan dedikasi, kerjasama dan komunikasi yang bagus di antara lebah pekerja." "Pagi ini ribuan bangsa lebah tergesa-gesa keluar dari sarang. Ada musuh sedang berdiri tegak di atas angin diluar sarang sedang menunggu. Musuh itu memandang setiap ribuan lebah yang keluar dengan penuh berani. Seolah-olah tiada langsung rasa gerun nak menghadapi ribuan bangsa-bangsa lebah ini. Musuh ini seperti pahlawan unggul walaupun kuantitinya tidak sampai seratus mereka percaya dengan yakin, perang hari ini meraka akan menang dengan mudah. Musuh ini ialah bangsa tebuan gergasi.\n\nPerang bermula. Tebuan gergasi mulai terbang meluru ke arah lebah. Seperti pahlawan hebat ditangkap seekor lebah kemudian digigit menggunakan mulut dan rahangnya yang kuat dan tajam. Dikunyah mati lebah itu. Diserang pula lebah yang lain. Mati lebah tersebut. Diserang pula lebah yang lain. Mati lebah tersebut. Makin garang dan hebat serangan tebuan gergasi. Dalam masa seminit, seekor pahlawan tebuan gergasi dapat bunuh sebanyak 40 ekor lebah.\n\nSerangan diterus bertubi-tubi oleh tebuan gergasi. Tebuan gergasi juga mulai bergendang perang dengan memanggil rakan-rakan seperjuangan yang lain dengan merembeskan bahan kimia. Gugusan tebuan gergasi mulai terbang meluru dan menyertai perang. Ada tebuan gergasi menangkap lebah yang sedang terbang di udara dan digigit dengan kuat sambil menyengat menggunakan penyengat tajam berbisa yang berada pada hujung badannya.\n\nAda juga lebah cuba melawan dengan menggigit tebuan gergasi tetapi dia kemudiannya dipegang kuat oleh tebuan gergasi menggunakan kaki, mulut dan tebuan gergasi mulai membengkokkan badannya, menikam sengatnya ke daging-demaging lebah itu bertubi-tubi tanpa belas kasihan sehingga lebah itu mati. Ada juga lebah yang cuba menyerang tebuan gergasi dengan cara berkumpulan tetapi tebuan gergasi cuba mengelak dengan terbang naik turun di udara dan cuba memposisikan dirinya di atas semua lebah-lebah itu. Tanpa membuang lebih banyak masa tebuan gergasi terus membunuh seekor demi seekor lebah dari atas. Dalam masa sejam 10,000 ribu lebah telah terkorban.\n\nMayat-mayat lebah mulai menimbun di bawah sarang membentuk bukit-bukit mayat. Perang berjalan selama tiga jam. 30,000 lebah telah mati. Mereka dibunuh oleh 30 ekor tebuan gergasi sahaja. Maksudnya seekor tebuan gergasi telah membunuh 3,000 lebah. Menjelang tengahari barisan pertahanan bagi kota sarang lebah telah pecah. Pahlawan-pahlawan tebuan gergasi seekor demi seekor masuk ke dalam sarang lebah. Sebelum masuk ke dalam sarang ada beberapa tebuan gergasi berkongsi cecair tenaga dengan tebuan gergasi yang teruk terkesan dari perang selama tiga jam itu.\n\nTempat-tempat dimana terletaknya pupa lebah mulai dibongkar tebuan gergasi. Pupa lebah yang terkenal dengan kekayaan pelbagai nutrient telah ditarik keluar dan akan dibawa pulang bagi menjadi santapan ratu dan anak-anak bangsa tebuan gergasi.\n\n\u201cAsian giant hornet\u201d . Wikipedia. https://en.wikipedia.org/wiki/Asian_giant_hornet" "Semakin ramai anak Malaysia menempa nama di peringkat dunia. Sepertinya, kehadiran pandemik COVID-19 tidak menjadi penghalang untuk mereka ini terus memajukan diri melakar kejayaan melangkah beribu batu ke hadapan.\n\nBeberapa hari lepas, kita digemparkan dengan kejayaan seorang anak cilik Pahang, berumur 11 tahun yang meraih tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta Antarabangsa Kanada ke-6 (iCAN 2021), di Toronto, Kanada pada bulan lalu. Pertandingan ini merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara.\n\nKejayaannya ini sehinggakan disebut oleh pengacara televisyen terkenal di Amerika Syarikat iaitu James Corden dalam rancangannya, The Late Late Show with James Corden.\n\nMenurut beliau, kejayaan Maryam mencipta sejenis makanan haiwan yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut adalah sangat luar biasa dan mengagumkan.\n\n\u201cMaryam Muzamir, seorang pelajar sekolah berusia 11 tahun di Malaysia. Dia menemui fungsi baru untuk sisa makanan biasa iaitu kerang makanan laut dan mengolahnya menjadi makanan ternakan baru (livestock feed) yang berkhasiat. Dia baru berusia 11 tahun. Ya, di Malaysia.\u201d\n\nLanjutnya lagi, \u201cDia telahpun memenangi tiga anugerah antarabangsa untuk inovasi luar biasa ini.\u201d\n\n11-year-old Maryam Muzamir found a use for seafood shells by creating a sustainable livestock feed. Go, Maryam, go! #ClimateNight pic.twitter.com/93cUAX5f61\n\nManakala, pada awal bulan September, British Council iaitu organisasi antarabangsa United Kingdom (UK) dalam hubungan budaya dan peluang pendidikan, telah mengumumkan empat orang wanita Malaysia yang berjaya memenangi program biasiswa wanita dalam STEM global.\n\nProgram biasiswa pascasiswazah bersifat global ini telah dilancarkan oleh British Council dengan kerjasama 19 buah universiti di UK untuk memberi manfaat kepada wanita dari Asia Selatan, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat menceburi kursus STEM dengan pembiayaan penuh.\n\nMenurut data daripada Organisasi Pendidikan dan Kebudayaan Ilmiah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kurang daripada 30% penyelidik di seluruh dunia terdiri daripada kalangan wanita, dan hanya 30% pelajar perempuan sahaja yang memilih bidang berkaitan STEM di peringkat pendidikan tinggi. Maka, program biasiswa ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan lagi peningkatan penglibatan golongan wanita dalam bidang STEM.\n\nNurimanina Najwa Shahrin yang akan belajar Patobiologi Akuatik di University of Stirling berkata,\n\n\u201cTerlalu banyak wanita di Malaysia terhalang kerana bias, norma sosial dan harapan yang dipengaruhi oleh stereotaip gender. Mereka kurang diberi perhatian dalam pendidikan dan kerjaya STEM. Saya ingin memotivasikan wanita, tanpa mengira bangsa atau agama, untuk meneroka bidang yang biasanya dikuasai oleh lelaki.\u201d\n\n\u201cBakat ada di mana-mana, seseorang itu hanya memerlukan peluang. Saya sangat berterima kasih kepada British Council kerana membuka pintu ini kepada saya. Saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada wanita Malaysia untuk meneruskan cita-cita, semangat dan impak mereka dengan berani melalui STEM, \u201d kata Debbie Ann Loh yang mengikuti Master dalam Kesihatan Awam Antarabangsa di Liverpool John Moores University.\n\nKesemua penerima biasiswa telah berjaya melalui proses tapisan yang ketat bersama-sama ribuan pemohon yang lain.\n\nMereka akan berangkat ke UK pada musim luruh tahun 2021 bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).\n\nBerikut merupakan empat orang wanita pemenang anugerah ini :\n\n1. Debbie Ann Loh \u2013 MSc Kesihatan Awam Antarabangsa\n\n2. Jaiswarry Sundaram \u2013 MSc Bioteknologi Industri\n\n3. Nurimanina Najwa Shahrin \u2013 MSc Aquatic Pathobiology\n\n4. Ilyana Hassya Azmannizam \u2013 Masa Depan Bumi MSc : Persekitaran, Komuniti, Hubungan\n\nSubhanallah. Jutaan tahniah diucapkan kepada adik-adik yang berjaya.\n\nIni baru beberapa kisah daripada ribuan kisah kejayaan anak Malaysia yang lain. Min yakin, sudah ramai anak Malaysia berjaya menempa nama di pelbagai bidang dan Negara. Biarpun nama kalian tidak memenuhi ruang media, teruskan menginspirasi manusia sekitar dengan pelbagai medium yang ada.\n\nTahniah lagi sekali! \n\nSUMBER :\n\nhttps://www.thestar.com.my/news/education/2021/09/26/four-msians-win-stem-scholarships\n\nEmpat rakyat Malaysia terpilih terima biasiswa wanita STEM British Council \u2013 GPS Bestari (sinarharian.com.my)" "Baru-baru ini, Akademi Sains Malaysia (ASM) telah mengiktiraf 22 penerima \u2018Top Research Scientist Malaysia\u2019 (TRSM)) 2021 atas sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE). Mereka telah mengubah lanskap penyelidikan Negara dan menyumbang kepakaran sebagai penasihat dalam bidang STIE di Malaysia.\n\nBuat mereka yang berminat menjadi saintis, wajarlah untuk kalian mengenali minda terunggul Malaysia ini sebagai motivasi dan inspirasi untuk mencapai cita-cita tersebut. Memetik daripada akhbar Utusan Malaysia, berikut merupakan sedikit pengenalan setiap penerima anugerah \u2018Top Research Scientist Malaysia\u2019 (TRSM)) 2021.\n\n1. Profesor Ir. Dr. Abu Bakar Sulong\n\nDr. Abu Bakar Sulong terkenal dengan hasil kajian beliau dalam bidang bahan komposit, metalurgi serbuk, dan interaksi antara bahan yang berbeza. Beliau merupakan Jurutera Profesional dengan Praktik di bawah\u00a0Board of Engineer Malaysia\u00a0(BEM) dan sedang menjalankan kajian dalam pembuatan aditif bagi titanium dan polimer komposit.\n\n2. Profesor Madya Dr. Ammar Zakaria\n\nDr. Ammar Zakaria mempunyai misi untuk membangunkan infrastruktur inovatif dan berdaya saing bagi mempromosikan perindustrian lestari. Beliau bekerjasama dengan NanoMalaysia Berhad (NMB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dalam usaha menangani wabak COVID-19 dengan membangunkan bilik saringan yang telah ditempatkan di sekurang-kurangnya 10 hospital di Malaysia. Bilik saringan ini memberikan perlindungan serta keselesaan kepada barisan hadapan dalam memerangiCovid-19.\n\n3. Profesor Dr. Azlan Abdul Aziz\n\nDr. Azlan Abdul Aziz merupakan penyelidik yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang bahan nano dan peranti nano. Penyelidikannya memberi tumpuan kepada pembentukan, sintesis, dan sifat bahan nano bagi tujuan perubatan dan kesihatan. Beliau komited untuk menjalankan penyelidikan bersumber rendah dan terus menyumbang dalam bidang penyelidikan di Malaysia.\n\n4. Profesor Madya Ts. Ir. Dr. Chan Yee Kit\n\nDr. Chan Yee Kit telah menyumbang dalam pembangunan alat penderiaan jarak jauh (remote sensing instruments).\u00a0Ground Based Synthetic Aperture Radar\u00a0yang dihasilkan beliau berkos rendah dan boleh digunakan untuk memantau kawasan tanah runtuh berisiko tinggi agar amaran awal dapat dikeluarkan bagi menyelamatkan nyawa.\n\n5. Profesor Dr. Che Hassan Che Haron\n\nTerkenal dengan sumbangan beliau dalam bidang proses pemesinan lestari, Dr. Che Hassan Che Haron menggunakan teknik penyejukan kriogenik dan pelinciran dalam kuantiti minima untuk mengurangkan suhu yang dihasilkan semasa proses pemesinan dijalankan. Beliau telah berjaya membangunkan teknik yang baharu, lestari, dan ekonomik seperti penyejukan kriogenik bagi meningkatkan produktiviti dan mewujudkan persekitaran yang mesra pengguna.\n\n6. Profesor Madya Dr. Chong Meng Nan\n\nDr. Chong Meng Nan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan dan pelaksanaan sistem air lestari dan nanoteknologi persekitaran untuk menyelesaikan masalah tenaga dan alam sekitar. Hasil kerja penyelidikannya membantu penggubal dasar untuk merancang dan melaksanakan sistem air alternatif dengan berkesan, dan membantu industri tempatan menggunakan pendekatan saintifik dalam pengembangan produk mereka.\n\n7. Profesor Ir. Dr. Hazlie Mokhlis\n\nDiiktiraf sebagai salah seorang di antara 2 peratus Saintis Terbaik Dunia 2020 (World\u2019s Top 2 peratus Scientist) oleh Stanford University, kajian Dr. Hazlie Mokhlis tertumpu pada sistem tenaga elektrik. Kajian beliau memastikan tenaga elektrik yang bersih, lestari, dan berkualiti tinggi dapat dihasilkan sekali gus menjimatkan kos serta kemampuan menyesuaikan sistem tersebut untuk keperluan masa hadapan.\n\n8. Profesor Dr. Ooi Boon Seng\n\nPenyelidikan Dr. Ooi Boon Seng bertumpukan kepada pemulihan sumber bumi terhad seperti ion logam, zat dan air bersih daripada air sisa dengan menggunakan teknologi gabungan membran. Usaha ini dapat memastikan kelestarian industri yang akan mendatangkan manfaat kepada alam sekitar dan membawa kesan positif kepada sosioekonomi Malaysia.\n\n9. Profesor Dr. Lim Phaik Eem\n\nMempunyai minat dalam alga, penyelidikan Dr. Lim Phaik Eem tertumpu kepada sains rumpai laut. Dengan penglibatan beliau dalam GlobalSeaweedSTAR, sebuah geran yang dibiayai oleh\u00a0Global Challenge Research Fund of UK Research and Innovation\u00a0(UKRI), beliau berharap dapat mencari strategi dan penyelesaian untuk untuk mengembangkan potensi Malaysia sebagai pengeluar rumpai laut dan produk rumpai laut terkemuka dunia.\n\n10. Profesor Madya Dr. Lim Po Teen\n\nDr. Lim Po Teen merupakan pakar terkemuka dalam penyelidikan alga bahaya (Harmful Algal Blooms, HABs). Sebagai Naib Pengerusi Persatuan Penyelidikan HABs dan program UNESCO IOC GLOBALHAB, beliau merancang halatuju penyelidikan dan mengeratkan kerjasama antarabangsa dalam usaha mengurangkan impak HABs ke atas keselamatan makanan laut dan sektor akuakultur.\n\n11. Profesor Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban\n\nMerupakan pakar dalam kecerdasan buatan (AI) dan robotik, sumbangan Dr. Mohammad Hamiruce Marhaban dalam aplikasi kecerdasan buatan dalam pemprosesan mineral telah mengubah industri tersebut sejajar dengan Revolusi Industri Keempat (4 IR). Kini, beliau terlibat dalam Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan teknologi robotik baharu bagi misi mencari dan menyelamat.\n\n12. Profesor Dr. Mohd. Rafie Johan\n\nDr. Mohd. Rafie Johan terkenal di peringkat antarabangsa dalam bidang nanoteknologi. Merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Nanoteknologi dan Pemangkinan (NANOCAT), beliau juga dilantik sebagai panel untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong dan COMSTECH untuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi penilaian kertas kerja saintifik terbaik untuk saintis muslim.\n\n13. Profesor Ir. Dr. Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman\n\nDr. Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan elektronik, khususnya bidang sistem komunikasi optik. Beliau suka berkongsi mengenai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi mendorong minat generasi muda kepada ilmu sains dan teknologi. Melalui usaha seperti Profesor ke Desa, Kem Rahsia Alam dan FKAB4Orphans, beliau memberi inspirasi kepada generasi muda untuk membawa perubahan positif kepada dunia.\n\n14. Profesor Dr. Roslinda Mohd. Nazar\n\nDr. Roslinda Mohd. Nazar membanggakan nama Malaysia dengan mewakili komuniti matematik gunaan di peringkat antarabangsa. Bidang penyelidikan utama beliau adalah pemodelan masalah aliran lapisan sempadan dan pemindahan haba dalam beberapa jenis bendalir. Beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa.\n\n15. Profesor Ir. Dr. Sevia Mahdaliza Idrus\n\nDr. Sevia Mahdaliza Idrus merupakan antara penerima anugerah antarabangsa\u00a051 Most Impactful Smart Cities Leaders 2019 Award. Beliau juga mengetuai projek kerjasama antarabangsa Jepun-Malaysia bagi sistem pengesanan bendasing di landasan berfrekuensi tinggi 90-100GHz yang sedang diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang telah meletakkan KLIA sebagai tumpuan dunia bagi teknologi keselamatan lapangan terbang termaju.\n\n16. Profesor Dr. Tang Thean Hock\n\nProfesor dalam biologi molekul, Dr. Tang Thean Hock, mengenal pasti RNA kecil bakteria patogen, pengasingan aptamer asid nukleik, dan penerapannya dalam diagnostik molekul. Beliau mempelopori kajian aptamer dan RNA di Malaysia dan memegang beberapa paten dalam biopenanda molekul (molecular biomarkers) dan aptamer asid nukleik (nucleic acid aptamer).\n\n17. Profesor Madya Dr. Tang Tong Boon\n\nDr. Tang Tong Boon memfokuskan penyelidikan dalam bidang neuroteknologi dan aplikasi bagi penjagaan kesihatan mental. Penerima Pingat Mountbatten Institut Kejuruteraan dan Teknologi (IET) ini berperanan dalam penciptaan sistem latihan kognitif dalam diagnosis dan pencegahan penyakit Alzheimer.\n\n18. Profesor Ir. Dr. Wan Azlina Wan Ab. Karim Ghani\n\nKajian Dr. Wan Azlina Wan Ab. Karim Ghani menfokuskan penggunaan biomas sebagai alternatif tenaga yang boleh diperbaharui untuk mendorong pertumbuhan ekonomi, serta memelihara iklim dunia. Kini, beliau aktif dalam membangunkan piawaian untuk penggunaan biomas sebagai bahan api pepejal di Malaysia yang dapat menjadi nilai tambah untuk pengurusan sumber biomas secara lestari.\n\n19. Profesor Dr. Wong Tin Wu\n\nDr. Wong Tin Wu memberi fokus kepada bidang perubatan kepersisan (precision medicine) khusus untuk rawatan kanser, diabetes dan penyakit berjangkit. Beliau menginovasi perubatan menggunakan nanoteknologi dan sains zarah melalui penggunaan ubat yang dikhususkan kepada individu, sekaligus menjadikannya rawatan yang berkesan untuk pesakit.\n\n20. Profesor Dr. Zahriladha Zakaria\n\nDidorong oleh minat terhadap tenaga gelombang mikro, Dr. Zahriladha Zakaria menubuhkan kumpulan penyelidikan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang memfokuskan kepada teknologi kejuruteraan radio dan gelombang mikro. Hasil usaha ini, beliau dan pasukan telah berjaya membangunkan teknologi yang digunakan dalam komunikasi dan penderiaan tanpa wayar yang diiktiraf dunia.\n\n21. Profesor Dr. Zainovia Lockman\n\nDr. Zainovia Lockman merupakan seorang sainstis bahan (Material Scientist) yang sangat suka berkongsi ilmu pengetahuan. Sebagai Pengerusi bersama Badan Bertindak ASM, beliau turut membantu dalam pembangunan Dasar dan Strategi Nanoteknologi Nasional 2021-2030 yang menyentuh kepada keselamatan dan peraturan berkaitan nanoteknologi.\n\n22. Profesor Ir. Ts. Dr. Zuhailawati Hussain\n\nSebagai seorang profesor dalam bidang metalurgi, Dr. Zuhailawati Hussain telah banyak menyumbang dalam kemajuan implan ortopedik dan pembangunan logam baharu. Penyelidikan beliau membolehkan penawaran perkhidmatan perubatan berprestasi tinggi kepada masyarakat dan menjadikan industri pembuatan logam lebih ekonomi dan lestari.\u00a0\n\nSubhanallah! Siapa kata Malaysia ketandusan golongan ilmuwan dan intelek? Ini baru sebahagian. Masih ramai lagi ilmuwan-ilmuwan Malaysia yang tidak disebutkan. Malah, ada yang namanya langsung tidak dikenali masyarakat, tetapi, sumbangannya pada Negara begitu hebat sehingga dikenali di persada dunia.\n\nBoleh dah berhenti berbangga dengan negara luar. Sekarang masanya untuk kita berbangga dengan Malaysia dan jadikan mereka ini sebagai motivasi untuk melahirkan lebih ramai minda unggul sebegini di masa hadapan.\n\nMajulah demi Malaysia! **Semangat betul min ni.\n\nSumber :https://www.utusan.com.my/nasional/2021/09/top-research-scientists-malaysia-2021-mengubah-landskap-stie-di-malaysia/" "Sejak azali lagi bahan kimia wujud di sekeliling kita.\n\nApa itu bahan kimia?\n\nBahan kimia ialah bahan-bahan yang terdapat di alam semesta atau sekitar kita, dan akan berinteraksi antara satu sama lain sehingga membentuk sesuatu bahan yang lain. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat dari segi tenaga, jisim, warna, dan sebagainya. Bahan kimia boleh hadir dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Contoh bahan kimia yang diketahui umum seperti gas oksigen, air dan garam.\n\nTetapi, tahukah anda bahawa di industri, semua bahan kimia wajib mempunyai surat beranak.\n\nJangan ingat manusia sahaja memerlukan surat beranak ya. Bahan kimia juga perlu.\n\nSurat beranak bahan kimia ini dikenali sebagai helaian data keselamatan atau dalam Bahasa inggeris dikenali sebagai safety data sheet.\n\nJadi apakah sebenarnya helaian data keselamatan ini? Adakah seperti surat beranak yang kita punyai sejak lahir lagi?\n\nSeperti surat beranak, helaian data keselamatan juga mempunyai maklumat berkaitan kejadian bahan kimia tersebut. Menurut Peraturan Pengelasan, Penlabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya 2013, helaian data keselamatan bermaksud suatu helaian maklumat yang dikemas kini yang dikehendaki di bawah bahagian V yang mengandungi maklumat berkaitan dengan bahan kimia berbahaya.\n\nDalam System of Classification and Labelling of Chemical under Global Harmonize System yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, helaian data keselamatan dapat memberi maklumat yang komprehensif berkaitan sesuatu bahan, campuran untuk digunakan di tempat kerja.\n\nJadi apakah maklumat yang terdapat di dalam helaian data keselamatan ini?\n\nBerdasarkan Global Harminized System, terdapat 15 perkara yang wajib disertakan bagi sesuatu bahan kimia yang berbahaya. Perkara tersebut adalah seperti berikut.\n\nTujuan helaian ini adalah sebagai panduan atau satu metod komunikasi kepada pengguna untuk mengetahui apakah kandungan yang terdapat di dalam bahan kimia tersebut. Selain itu, pengguna juga boleh mengetahui jenis bahaya yang boleh terdedah kepada manusia seperti mudah menghakis, carcinogenic dan masalah mutasi. Tambahan lagi pengguna dapat mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri dan orang lain daripada terdedah kepada bahaya bahan kimia tersebut.\n\nSecara konklusinya, helaian data keselamatan ini merupakan satu helaian yang komprehesif kepada pekerja di tempat kerja bagi mengetahui apakah jenis bahan kimia yang digunakan dan apakah kebarangkalian bahaya yang mungkin ada pada bahan tersebut. Dengan mengetahui perihal helaian ini, pekerja di tempat kerja dapat memastikan diri sendiri dan orang lain selamat dan sihat.\n\nDisediakan oleh,\n\nSaudara Asmi Syamim, Health, Safety & Environment (HSE) Practitioner." "Siapa yang mengenali drama Korea pada zaman terkenalnya siri Stairway to Heaven, Winter Sonata dan lain-lain, mesti kalian pun tahu kewujudan cerita Summer Scent yang menceritakan tentang seorang wanita A menerima jantung daripada seorang wanita lain, B.\n\nAkibat daripada pemindahan jantung ini, telah berlaku perubahan watak dan emosi pada wanita A. Jantungnya juga akan berdegup apabila bertemu dengan tunangan lelaki wanita B itu.\u00a0\u00a0\n\nJika kita lihat dari sisi hiburan, mungkin kita tidak terlalu fikir fakta kebenarannya. Apakah benar hal sebegini boleh berlaku? Bagaimana mungkin pemindahan jantung mampu memberi memori kepada seseorang?\n\nTahukah anda, di alam realiti, situasi yang sama pernah berlaku pada beberapa individu yang pernah menerima jantung manusia lain.\n\nHal ini menyebabkan beberapa orang pengkaji psikoanalisis cuba menganalisa secara mendalam dan terperinci bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang kejadian ini.\n\nSebelum kita masuk ke hasil kajian tersebut, kita cuba hayati beberapa kisah benar di bawah.\n\nKisah ini pernah di paparkan dalam akhbar harian Daily Mail di United Kingdom pada 10 April 2008, di mana, seorang pesakit jantung bernama Sonny Graham telah menerima jantung seorang pemuda yang telah meninggal kerana membunuh diri dan Sonny Graham beransur pulih seperti biasa selepas itu. Penyembuhan itu menyebabkan Sonny Graham mencari keluarga si penderma untuk memberi penghargaan dan membawa beliau kepada pertemuan bersama balu si penderma. Pertemuan itu telah membawa kepada perkahwinan kerana Sonny Graham secara tiba-tiba jatuh cinta kepada balu tersebut dan merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya, serta berharap dapat tinggal bersama.\n\nKemudian, sikap Graham semakin berbeza daripada dirinya sebelum berlaku pemindahan jantung. Beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat, termasuklah isterinya. Beliau juga telah berubah menjadi seorang yang bengis dan tidak bertimbang rasa. Menurut isterinya, sikap Graham ini sama seperti sikap bekas suaminya yang meninggal dunia itu. Perkara buruk yang digemari oleh bekas suaminya, semuanya diikuti oleh Graham. Akhirnya, Graham mengakhiri kehidupannya dengan mengambil pistol dan menembak dirinya sendiri, sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya.\n\nSeorang profesor di Universiti Hawaii yang bernama Paul Peasall pernah melaporkan kisah seorang pemuda yang gemar menggubah muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya. Lalu, jantungnya telah didermakan kepada seorang pemudi yang sebaya dan menyebabkan pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu secara tiba-tiba. Lebih menakjubkan, lagu yang tidak sempat diselesaikan oleh pemuda penderma jantung tersebut telah disempurnakan oleh pemudi penerima jantung tersebut.\n\nSatu kes pernah dilaporkan dalam Washinton Post bertarikh 11 Ogos 2007 tentang Peter Houghton, seorang penerima jantung tiruan yang digerakkan dengan bateri telah menyatakan kepada wartawan akhbar tersebut bahawa selepas menerima organ tiruan tersebut, beliau telah hilang perasaan sama sekali yang menyebabkan beliau tidak merasai perasaan sayang atau benci lagi terhadap cucunya sendiri.\n\nSeorang wanita bernama Claire Sylvia telah menjalani pemindahan jantung dan paru-paru pada tahun 1970 daripada seorang penderma lelaki berumur 18 tahun yang telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan motosikal. Setelah itu, Sylvia berubah menjadi seorang yang ketagih kepada minuman bir dan nugget ayam. Perubahan ini dan sebuah mimpi luar biasa yang dialami Sylvia telah menyebabkan dia mencari keluarga remaja yang menderma jantung dan paru-paru kepadanya. Setelah itu, dia menjangkakan bahawa terdapat dua roh di dalam satu badan yang sama. Keadaan yang menakjubkan ini menyebabkan Claire Sylvia menulis sebuah buku bertajuk \u2018A Change of Heart\u2019 untuk menceritakan kejadian luarbiasa yang berlaku kepada dirinya.\n\nKisah ini antara yang paling menakjubkan, diterima daripada hasil temubual Dr. Paul Peasall bersama pesakit penerima jantung. Seorang budak perempuan berumur lapan tahun telah menerima jantung daripada seorang budak perempuan berumur sepuluh tahun. Semenjak itu, budak itu diganggu dengan sebuah mimpi tentang pembunuhan seorang budak perempuan. Setelah dirujuk ke pakar psikiatri, mimpi itu dipercayai sebagai satu memori asal dan berlaku di alam nyata. Ternyata, budak perempuan sepuluh tahun itu telah dibunuh. Daripada mimpi ini, budak lapan tahun itu telah membantu siasatan dengan menceritakan secara jelas setiap gambaran yang dilihat dalam mimpi tersebut sehinggalah pihak polis berjaya memberkas pembunuh tersebut.\n\nKesemua peristiwa ini telah menimbulkan persoalan para saintis psikoanalisis perihal memori si penderma yang wujud dalam diri si penerima setelah berlakunya pemindahan jantung. Setelah kajian dijalankan, para saintis psikoanalisis berasa sungguh kagum dan takjub dengan hasil yang ditemukan sehinggakan kajian ini dibukukan dalam sebuah jurnal oleh Paul Peasall, yang bertajuk \u2018The Heart\u2019s Code\u2019 terbitan Broadway.\n\nApa penemuannya?\n\nKAJIAN PSIKOLOGI\n\nAntara dua nama besar yang mengkaji kejadian ini ialah Dr. Rollin MacCarty, seorang pakar psikologi dari Institut Jantung Matematik (Institut HeartMath) Amerika Syarikat dan Dr. Paul Peasall, pakar psikologi dari University of Hawaii.\n\nMereka menemui sejenis sel yang dikenali sebagai sel ganglia dalam jantung manusia yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak dengan kapasitinya seperti memori sebuah komputer dengan simpanan maklumat lebih kekal berbanding otak.\n\nMenurut penerangan Prof. Mat Rofa Ismail mengenai hasil yang dikeluarkan oleh para pengkaji kejadian ini, rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu dengan yang lainnya membentuk apa yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart. Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan melalui edaran darah. Penemuan ini mendedahkan juga kepada para pengkaji bahawa darah manusia membawa memori dalam kapasiti tertentu kerana dicetuskan oleh sel ganglia tersebut. Kemudian, kajian menunjukkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks melalui tindak balas kimia, asid amino dan gelombang elektrik. Penemuan-penemuan ini memberitahu satu hakikat kepada manusia bahawa pusat berlakunya aktiviti berfikir adalah di jantung.\n\nSelama 25 tahun lamanya, para pengkaji di Institut HeartMath mencipta dan menginovasikan alat dan kaedah untuk mengukur ketepatan hubungan jantung dan otak. Dengan pendedahan fakta menerusi kajian dan pemodelan saintifik, pengkaji-pengkaji ini telah menghasilkan lebih 300 kajian tentang keberkesanan setiap teknik dan teknologi yang digunakan bagi mengkaji hasil peristiwa ini.\n\n\u201cWe found that from the body perspective, the heart is the first to receive these non-local signals or intuitions, then they are passed to the brain. It\u2019s a result I wouldn\u2019t have predicted. The heart has access to information outside the boundaries of time and space. It\u2019s been proven beyond a shadow of a doubt.\u201d \n\n\u201cThe heart is, in fact, a highly complex, self-organized information processing center with its own functional \u201cbrain\u201d that communicates with and influences the cranial brain via the nervous system, hormonal system and other pathways. These influences profoundly affect brain function and most of the body\u2019s major organs, and ultimately determine the quality of life.\u201d \n\nManakala, buat peneliti lain seperti John dan Beatrice Lacey telah mengambil masa selama 20 tahun untuk menemukan fakta bahawa jantung berkomunikasi dengan otak melalui cara-cara yang signifikan dan mempengaruhi pemikiran serta perilaku seseorang. \n\nMenurut satu laporan lain, pada tahun 1991, Dr. J. Andrew Armour telah memperkenalkan konsep \u201cotak jantung\u201d bagi menggambarkan hasil kajiannya yang menyatakan bahawa jantung memiliki sistem saraf intrinsik yang rumit bertindak ke atas otak sehinggakan dikatakan bahawa jantung mempunyai \u201cotak kecil\u201d tersendiri.\n\nKEBENARAN ISLAM\n\nSebagai umat Islam, kita berpegang kepada dua rujukan utama kita iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Termasuklah rujukan mengenai manusia dan ilmu-ilmu sains. Semuanya telah diceritakan oleh Allah di dalam kitabullah dan hanya mereka yang berfikir sahaja akan diberi hikmah kefahaman oleh-Nya. \u00a0Dalam kejadian ini, ayuh kita renungi sepotong ayat Al-Quran di dalam surah al-Hajj ayat 46 :\n\nMaksudnya : \u201cApakah mereka tidak berjalan pada permukaan bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya, atau telinga mereka mendengar dengannya. Maka sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada.\u201d\n\nDalam satu bab buku \u2018Etnosains dan Etnomatematik Alam Melayu\u2019, saya memetik satu petikan daripada Prof. Mat Rofa Ismail untuk menerangkan secara lanjut perkaitan ayat di atas dengan kajian yang sedang dibincangkan.\n\n\u201cDalam ayat di atas disebut \u201cQulub ya\u2019qilun biha\u201d yakni jantung hati yang berfikir dengannya (yakni jantung). Indikasi bahawa jantung (atau kalbu) yang berfikir tidak pernah disebut dalam mana-mana pemikiran manusia, akan tetapi al-Quran menyatakan bahawa jantung hati yang berfikir. Para saintis sebelum ini berpendapat aktiviti berfikir hanya dilakukan oleh otak, bukan organ lain, khususnya jantung. Namun, al-Quran menegaskan bahawa berfikir yang mendalam secara renungan dilakukan oleh jantung kalbu.\u201d\n\nMengikut kepada fahaman positivisme Barat, hal ini mustahil dan tidak benar kerana jantung hanyalah satu organ biasa yang tidak berkait dengan sebarang aktiviti dalam pemikiran dan memori.\n\nTetapi, kebenaran yang dibawa oleh Al-Quran tidak dapat disangkal oleh mana-mana makhluk. Ayat yang sudah tercatat pada 1,400 tahun lalu ini, biarpun ditolak oleh beberapa ahli pemikir yang memegang fahaman positivisme pada masa lalu, telah terbukti kebenarannya kini menerusi kajian saintifik moden abad ke-20.\n\nSehinggakan satu artikel dalam portal Discover Healing yang turut menceritakan perihal kajian ini membuat kesimpulan betapa malangnya kita kerana baru mengetahui kebenaran ini, sedangkan nenek moyang kita terdahulu sudah tahu perihal ini dan hanyut dengan \u2018kekuatan jantung\u2019 mereka serta mempercayai setiap mesej yang disampaikan melalui jantung.\n\n\u201cThe heart has always been regarded as an essential part of the body, and it has been said to be where the Inner Being and Love reside. The spiritual men of the indigenous societies all over the world pray without words. They center themselves in their hearts and they feel in it the prayer already done. These prayers are amazingly effective. Ironically, we are only now, in \u201cthe first world,\u201d starting to understand the strength and the nature of the heart, something that our ancestors knew about, maybe because they trusted the messages from their hearts, and the communication with the Inner Being was open.\u201d \u2013 Estela Davila, author of \u2018The Brain of the Heart\u2019 in Discover Healing portal.\n\nKESIMPULAN\n\nSubhanallah. Hebat betulkan Allah!\n\nSetiap jawapan sudah dijawab oleh-Nya di dalam Al-Quran. Hanya kita yang gagal untuk cuba memahami ayat-ayat-Nya. Kita lebih mudah untuk membaca dan memahami penulisan makhluk-Nya daripada \u2018penulisan\u2019 Dia Sang Pencipta.\u00a0 Kita lebih menantikan dan mengagungkan kajian Barat berbanding kajian ayat-ayat Al-Quran oleh ulama\u2019 Islam.\n\nOleh itu, firman Allah dalam ayat 46, surah al-Hajj ini perlu kembali direnungi dan bermuhasabah. Betapa gagalnya kita selama ini apabila terus meletakkan pandangan manusia mengatasi ayat-ayat Allah.\n\nDi dalam Al-Quran jelas Allah mengulangi perkataan Qulub atau Qalbu, sebagai kunci untuk berjaya. Makna kata jika seseorang ingin berjaya, perhatikan setiap kejadian-Nya dan berfikirlah dengan sedalam-dalamnya menggunakan Qalbu (jantung). Tetapi, kita lebih memilih untuk berfikir menggunakan otak sepertimana yang dibawa oleh golongan bukan Islam, sehinggakan pemikiran kita yang hanya terbatas pada logik manusia menolak setiap kebenaran yang diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis Baginda S.A.W. kerana kebenaran tersebut dilihat tidak logik dan tak tercapai dek akal seorang manusia biasa.\n\nDemikianlah ruginya manusia yang tidak tergolong dalam golongan berfikir menggunakan Qalbu. Semoga Allah jauhkan saya dan para pembaca daripada kerugian ini." "Bila kita menyebut perihal figura lelaki bijak terutamanya dalam bidang Sains dan Matematik, pasti minda kita terbayang seorang yang botak, ataupun hanya botak di bahagian tertentu. Betul tak?\n\nMungkin lah tak semua berfikiran sedemikian. Tapi, kebanyakan. Kan?\n\nSeolah-olah botak itu sudah sinonim dengan seseorang yang bijak. Kalau seseorang itu belum botak, mungkin dia belum mencapai tahap kebijakan yang cukup. Kononnya lah.\n\nSehinggakan seorang profesor Matematik di Indonesia, iaitu Dr. Hadi Susanto menceritakan dalam bukunya bagaimana ketika beliau kecil, beliau ingin menjadi seorang yang bijak, tetapi takut menjadi botak. Stereotaip ini telah menjatuhkan motivasinya ketika itu.\n\nBukan itu sahaja, selain daripada anggapan \u2018botak\u2019, masyarakat kita juga sering membayangkan satu ciri khusus tentang seseorang yang dianggap bijak, atau mungkin genius.\n\nAntaranya, mereka ini seorang yang sombong, sukar didekati, terdedah kepada gangguan mental kerana terlebih menggunakan otak untuk berfikir, terdedah kepada penyakit jiwa, tidak pandai bersosial dan mereka ini sudah bijak sejak kecil lagi.\n\nSebenarnya, stereotaip ini tidak hanya melanda Negara kita, tetapi juga Negara-negara luar, terutamanya Barat. Hakikat ini dapat dilihat menerusi beberapa filem mereka yang membawa penceritaan sosok genius.\n\nPersoalannya, apakah ini sebuah kebenaran atau hanyalah stereotaip masyarakat?\n\nSehingga kini, tiada kajian khusus yang membuktikan bahawa seseorang yang bijak itu akan botak. Mungkin kita melihat beberapa figura yang botak, tetapi masih ramai yang tidak botak sebenarnya.\n\nJika kita lihat dari aspek pembuktian saintifik, botak atau nama lainnya ialah androgenetic alopecia sebenarnya berkait rapat dengan faktor keturunan dan persekitaran.\n\nSedap pula namanya. Huh!\n\nAndrogenetic alopecia ialah keadaan bilamana seseorang itu kehilangan rambut. Menurut kajian kesihatan, antara faktor yang membuatkan seorang lelaki mengalami keadaan ini adalah disebabkan oleh faktor genetik dan hormon androgen. Hormon ini terdapat dalam badan lelaki dan perempuan, tetapi jumlahnya lebih tinggi pada lelaki memandangkan hormon ini merupakan komponen utama dalam pembentukan ciri-ciri fizikal dan seksual lelaki setelah akil baligh.\n\nTerdapat tiga jenis Alopecia, iaitu :\n\nJenis kebotakan yang sering dialami oleh kebanyakan orang ialah alopecia areata.\n\nSebelum tu, jom kita ketahui dahulu tentang kitaran pertumbuhan rambut manusia.\n\nDalam kitaran pertumbuhan rambut, terdapat tiga fasa iaitu anagen, catagen dan telogen.\n\nFasa anagen merupakan fasa pertumbuhan aktif folikel rambut. Sel-sel di akar rambut akan membahagi dengan cepat, menambah batang rambut dan rambut di kepala akan kekal selama dua hingga enam tahun. Jumlah tempoh masa folikel rambut berada di fasa anagen ditentukan secara genetik. Terdapat mereka yang secara semulajadi mempunyai fasa anagen yang lebih lama dan pertumbuhan rambut berlaku dengan sangat lama.\n\nKemudian, fasa ini akan masuk ke fasa seterusnya tanpa kita sedar.\n\nFasa catagen merupakan tahap peralihan pendek yang berlaku pada akhir fasa anagen, menandakan berakhirnya pertumbuhan rambut yang aktif. Rambut akan terlepas daripada bekalan darah dan berlangsung selama dua hingga tiga minggu sementara terbentuknya rambut kelab, ataupun rambut mati kerana selepas itu rambut tidak lagi akan bertambah panjangnya dan kekal dalam bentuk asal.\n\nSetelah selesai, folikel rambut akan memasuki fasa telogen, iaitu fasa rehat.\n\nDi fasa telogen, rambut akan berehat di dalam folikel sehinggalah bermula semula kitaran pertama, anagen. Dalam fasa inilah berlakunya keguguran rambut kerana rambut kelab mudah untuk luruh yang menyebabkan kebiasaannya kita kehilangan 50 hingga 100 helai rambut setiap hari. Selepas tiga bulan, folikel akan kembali ke fasa anagen dan memula semula pertumbuhan rambut yang baru.\n\nBerbalik kepada perbahasan utama artikel mengenai faktor berlakunya kebotakan ataupun alopecia adalah berkait dengan hormon androgen.\n\nKat mana yang kait tu?\n\nMenurut beberapa kajian, peningkatan penghasilan androgen (tahap penghasilan hormon ini bergantung kepada genetik) dalam folikel rambut boleh memendekkan kitaran pertumbuhan rambut yang mengakibatkan fasa anagen menjadi pendek. Hal ini bermakna fasa pertumbuhan rambut hanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan juga membawa kepada kelewatan dalam pertumbuhan rambut baru bagi menggantikan helai yang telah gugur. Dalam keadaan ini, folikel rambut melalui proses \u2018follicular miniaturization\u2019 yang mengakibatkan rambut menyusut dan menghasilkan batang rambut yang pendek dan nipis.\n\nSituasi inilah antara yang menjadi faktor alopecia, ataupun kebotakan.\n\nJika dibaca beberapa kajian lain, sebenarnya ini adalah salah satu hasil kajian mengenai faktor kebotakan, tetapi mungkin ada faktor-faktor lain yang belum ditemui sehingga kini.\n\nTetapi, yang pasti, kebijaksanaan ataupun ke\u2019genius\u2019an mungkin bukan salah satu faktornya. Kalau benarlah kebijaksanaan menjadi faktor kebotakan, pasti sudah ada kajian saintifik yang dijalankan bagi membuktikan kebenarannya. Kan? Logiknya begitulah.\n\nCumanya, terdapat kajian yang mendapati bahawa lelaki botak itu memang dilihat lebih bijak dan menarik buat kaum wanita, berbanding lelaki yang berambut.\n\nDr. Frank Muscarella daripada Florida\u2019s Barry University telah menjalankan satu kajian sosial ke atas beberapa orang responden yang akhirnya menunjukkan hasil bahawa lelaki yang botak itu kelihatan lebih jujur, bijak dan kuat.\n\nKajian ini, kemudiannya dibuktikan lagi dengan susulan kajian selepas itu oleh seorang pakar psikologi di Universiti Pennsylvania dan beberapa pengkaji dari Universiti Saarland yang menganalisa data berdasarkan pandangan 20,000 orang menerusi kaedah pengundian.\n\nWalaubagaimanapun, kajian ini bukanlah hujah bahawa seseorang yang bijak itu akan menjadi botak kerana ini hanyalah kajian sosial berdasarkan kepada pemerhatian kebanyakan manusia secara kasar. Boleh jadi, minat mereka pada beberapa artis Hollywood yang botak dan dianggap kacak seperti Jason Statham, Bruce Wills dan Dwayne Johnson mempengaruhi keputusan mereka. Mungkinlah.\n\nAdapun untuk sikap-sikap yang lain yang dilihat sinonim dengan orang bijak, itu bergantung kepada keperibadian dan kehidupan masing-masing. Sebenarnya ramai saja mereka yang bijak, tapi peramah, mudah didekati dan suka untuk mendekati. Kita dapat lihat profesor-profesor dan pengkaji di Malaysia yang tergolong dalam golongan intelek, bijak dan mungkin genius. Mereka tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu dan menyambut sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengan mereka.\n\nPaling utama, kebanyakan daripada mereka adalah tidak botak!\n\nMaka, jangan pernah takut untuk menjadi bijak hanya kerana bimbangkan kebotakan ya.\n\nSesungguhnya menjadi orang yang bijak merupakan tuntutan agama. Dengan kebijaksanaan, barulah kebenaran dapat tertegak. Teruskan menuntut ilmu selagimana masih diberi peluang bernyawa di dunia. Jangan pernah merasa cukup dengan ilmu yang kita ada. Jika kita merasa kita sudah tahu semua, hakikatnya kita hanyalah tahu tidak sampai satu peratus daripada ilmu Allah yang Allah sediakan untuk hamba-Nya.\n\nAllah SWT jelaskan hal ini di dalam al-Quran bermaksud: \u201cKatakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.\u201d (Surah al-Kahfi, ayat 109)\n\nAllah sebut juga dalam Surah al-Israk, ayat 85 : \u201c. dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.\u201d\u00a0\n\nMemang mustahil untuk kita mengetahui semua ilmu Allah yang begitu luas ini, tetapi berusahalah mencari sebanyaknya ilmu yang diizinkan-Nya untuk pengetahuan seorang manusia biasa, sepanjang berada di muka bumi Allah ini." "\u2018Fireflies\u2019 merupakan satu spesies serangga yang sangat terkenal dan cantik. Secara litralnya, mungkin boleh ditafsir sebagai \u2018penerbang berapi\u2019. Tetapi, nama tempatannya ialah kelip-kelip atau kunang-kunang.\n\nKelip-kelip dikelaskan sebagai Class Insecta, order Coleoptera (kumbang), keluarga Lampyridae. Di Malaysia sendiri, kelip-kelip yang banyak ditemui berasal daripada genus Pteroptyx.\n\nKita dapat menemui kelip-kelip di kawasan pinggir sungai, paya bakau dan juga di daratan. Terdapat spesies kelip-kelip yang gemar kepada pokok-pokok tertentu untuk dijadikan rumah seperti pokok berembang.\n\nSelain pokok berembang, terdapat juga kelip-kelip yang hidup di sekitar tumbuhan tepi sungai seperti pokok nipah. Pokok durian dan bachang pun kadang-kadang ada juga kumpulan kelip-kelip yang jadikan tempat persinggahan.\n\nKelip-kelip mengalami kitar hidup metamorphosis yang lengkap dimana bentuk anak dan dewasa spesies ini berbeza. Fasa metamorphosis tersebut ialah telur, larva, pupa dan dewasa.\n\nLarva kelip-kelip berbentuk sangat unik dan menarik. Badan larvanya agak nipis, kulit luar seakan lapisan perisai yang berlapis. Larva juga mengamalkan mod pemakanan yang jauh berbeza dengan dewasa. Kelip-kelip dewasa mengambil nutrien daripada madu tumbuhan, malah ada juga yang tidak makan sepanjang menjadi dewasa. Manakala larva kelip-kelip pula menjadi \u2018hunter\u2019 dengan memakan spesies siput kecil di atas tanah.\n\nSpesies larva akan masuk ke dalam tanah untuk menjadi pupa selama lebih kurang 9 \u2013 12 hari. Kemudian, apabila sudah menjadi dewasa, kelip-kelip ini akan terbang ke atas kawasan pokok dan mula mengawan.\n\nKebanyakan kelip-kelip tidak aktif pada waktu siang, oleh itu spesies ini digelar sebagai serangga nocturnal (aktif waktu malam).\n\nCahaya yang keluar daripada badan kelip-kelip terletak di abdomen bawah. Tindakan kimia yang menghasilkan cahaya berkelip disebut sebagai bioluminescene. Apabila kalsium + oksigen, adenosine triphosphate dan luciferin bertindak balas dengan kehadiran enzim luciferase, maka terhasillah sebuah cahaya di bahagian abdomen tersebut.\n\nCahaya yang dihasilkan oleh kelip-kelip hanya mengeluarkan haba sebanyak 5% sahaja. Hal ini menjadikan cahaya dihasilkan digelar \u2018cold light\u2019. Penghasilan haba yang rendah juga mengelakkan badan kelip-kelip terbakar.\n\nFungsi cahaya yang dihasilkan dikatakan perlu untuk tiga aktiviti kelip-kelip. Pertama, menarik perhatian pasangan, kedua untuk mengawan dan ketiga sebagai tanda amaran.\n\nTerdapat satu keajaiban dalam cahaya yang dihasilkan oleh populasi kelip-kelip. Saintis tidak dapat merungkaikan lagi bagaimana individu kelip-kelip yang banyak ini mampu menunjukkan aktiviti berkelip secara serentak ataupun berirama.\n\nHal ini kerana, tindak balas berkelip dalam kelip-kelip adalah automatic, tetapi hasil yang dilihat pada populasi kelip-kelip seakan-akan dikawal daripada satu suis. Sama seperti lampu raya yang berkelip serentak dan ada masa berirama.\n\nBayangkan lima tahun lagi kita tidak akan nampak kerlipan cahaya di tepi sungai-sungai. Anak cucu kita pun tak akan tahu bagaimana kecantikan kerlipan kelip-kelip diwaktu malam.\n\nPopulasi kelip-kelip sedang diancam kepupusan akibat pencerobohan kepada habitat mereka. Pelbagai kawasan pinggir sungai kini diganggu ekosistemnya sehingga banyak pokok berembang ditebang. Malah, kawasan-kawasan kampung yang dulu mudah untuk kita melihat kelip-kelip kini menjadi semakin sukar.\n\nPelbagai pihak kini berusaha memulihara habitat kelip-kelip daripada rosak dan terus hilang. Antara syarikat yang membantu aktiviti ini adalah Tenaga Nasional Berhad. Mereka telah memperuntukkan sejumlah dana besar bagi aktiviti pemuliharaan kelip-kelip di seluruh Malaysia\n\nJika anda\u00a0 ingin melihat kelip-kelip dalam jumlah yang banyak, boleh pergi ke\u00a0 Sungai Timun, Negeri Sembilan, Kampung Dew, Perak, dan Kampung Kuantan, Selangor." "\u201cWomen In Space\u201d\n\n\u201cWanita di Angkasa\u201d\n\nTahukah anda, ayat di atas merupakan tema yang dipilih oleh MOSTI dan Planetarium Negara bagi satu inisiatif Big Bang Astronomy yang bertujuan untuk menyemarakkan pembudayaan dan pengaplikasian Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di Malaysia, serta untuk mengikut teras kelima Dasar Sains, Teknologi, Inovasi Negara (DSTIN) 2021 \u2013 2030.\n\nInisiatif ini telah bermula sejak 27 Ogos yang lalu dan dijangka tamat pada 30 November 2021.\n\nTema ini dipilih kerana untuk memberi inspirasi dan galakan kepada generasi muda, terutamanya di kalangan wanita untuk melibatkan diri dalam industri astronomi dan astrofizik, selain bertujuan memberi pengiktirafan kepada sumbangan wanita dalam bidang astronomi dan sains angkasa.\n\nOleh itu, salah satu acara fizikal di bawah Program Big Bang Astronomy ialah pameran maya Srikandi Angkasa yang memperkenalkan 13 orang ahli astronomi wanita Malaysia.\n\nBukan itu sahaja, terdapat pelbagai lagi acara-acara lain yang bersesuaian untuk masyarakat umum keseluruhannya telah tersedia demi merakyatkan astronomi Negara dalam usaha memupuk minat \u2018Keluarga Malaysia\u2019 untuk meneroka, mendalami dan terus menerajui industri astronomi dan sains angkasa.\n\nDengan sokongan oleh 21 rakan trategik dan penggiat ekonomi serta 21 orang ahli astronomi profesional Malaysia, Planetarium Negara telah menganjurkan 15 aktiviti utama yang berkaitan.\n\nDalam majlis pelancaran Big Bang Astronomy semalam, YB Menteri telah mengumumkan pembukaan semula Planetarium Negara pada 12 November 2021 dan kemasukan adalah percuma untuk tiga hari awal.\n\n\u201cSempena hari pelancaran Big Bang Astronomy 2021, MOSTI akan membuka semula Planetarium Negara secara percuma bermula 12 hingga 14 November 2021,\u201d \n\n Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Adham Baba.\n\nMaka, rakyat Malaysia boleh mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak melawat Planetarium Negara dengan kemasukan secara percuma pada 12 hingga 14 November ini bagi merasai dan meneroka sendiri setiap aktiviti yang telah tersedia.\n\nSelain kita membawa ahli keluarga melancong di kawasan peranginan, bawalah juga mereka ketempat-tempat tarikan intelektual sebegini, terutamanya keluarga yng mempunyai anak-anak kecil. Hal ini sangat baik sebagai pendedahan awal untuk membuka minda mereka mencorak masa hadapan dengan lebih baik.\n\nUntuk mendapatkan info lanjut dan semasa mengenai program ini, para pembaca boleh terus mendapatkannya melalui laman muka buku Planetarium Negara.\n\nhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=242948954527434&id=100064369942037" "Sesiapa yang waras akalnya mestilah nakkan penjimatan. Dan kalaulah enjin kenderaan boleh guna air mestilah jimat kan? Air ni merata-rata kita boleh jumpa. Murah pula tu. Tak macam minyak (fuel), prosesnya rumit dan kosnya mahal.\n\nTapi kenapa sampai hari ni, tak ada lagi kereta yang \u2018jalan guna air\u2019 eh? Padahal kajian berkenaan kereta \u2018jalan guna air\u2019 ni telah dijalankan berabad lamanya.\n\nCharles Garrett dah patentkan sejak 1932 dengan nama \u201cElectrolytic carburettor\u201d (US2006676A). Peminat tegar teori konspirasi pula akan suka dengan kisah Stanley Meyer yang dakwa telah mencipta \u201cfuel-cell\u201d pertama yang menggunakan air pada 1980-an.\n\nSebelum kita teruskan, saya nak pembaca faham bahawa kereta \u2018jalan guna air\u2019 BUKAN.\n\n\u2022 Bukan kereta dengan enjin hidrogen (macam Toyota Mirai atau Honda FCX Clarity). Enjin hidrogen ni BMW dah pasarkan sejak 2005 lagi.\n\n\u2022 Juga BUKAN teknologi semburan air dalam kebuk pembakaran. Kereta perlumbaan saya sendiri kami guna semburan water-methanol untuk tingkatkan prestasi.\n\nTetapi kereta \u2018jalan guna air\u2019 ialah kereta yang gunakan air sebagai bahan bakar utama, atau bahan tambahan (additive) dalam bentuk oxihidrogen; HHO.\n\nMolekul air terdiri daripada gabungan hidrogen dan oksigen; H2O. Hidrogen pada zahirnya mudah terbakar dengan membentuk letupan. Manakala oksigen juga bahan mudah terbakar apabila dalam kepekatan yang tinggi. Dalam kepekatan rendah, oksigen adalah bahan wajib dalam penghasilan api juga letupan.\n\nDisebabkan asas atomnya mudah terbakar, molekul air (H2O) ni perlu dipisahkan, barulah ia dapat digunakan sebagai minyak (fuel). Caranya adalah dengan proses elektrolisis.\n\nDengan elektrolisis, air akan menjadi gas HHO (Oxihidrogen):\n\n2 H2O -> 2 H2 + O2\n\nUniknya, apabila HHO terbakar, ia akan kembali menjadi air (H2O):\n\n2 H2 + O2 -> 2 H2O\n\nKerana teori inilah, ramai merasakan alangkah indahnya kalau kita boleh gunakan bahan HHO ini sebagai bahan bakar enjin kenderaan. Asalnya air, dipecahkan jadi HHO. Bila bakar jadi air balik. Wah, indahnya dunia!!\n\n1. Dari sudut pandang kimia, air (H2O) adalah stabil. Nak pecahkan molekul yang stabil seperti air perlukan tenaga yang banyak. Sebelum ni kita dah sebut, untuk pecahkan molekul air kita gunakan proses elektrolisis. Jadi tenaga elektrik lah yang diperlukan dengan banyak.\n\nAda dua sumber elektrik untuk kenderaan, sama ada bateri, ataupun alternator.\n\n1a. Jika perlu kuasa elektrik yang banyak, perlu tambah saiz bateri.\n\n\u2022 Bateri ni berat. Jika ditambah, ini akan membuatkan kenderaan lebih susah untuk mula berjalan; baca inersia. Kemudian nak berhentikan juga susah, perlu kemampuan brek yang besar juga.\n\n\u2022 Lagi besar kuasa bateri, lagi lama masa mengecas diperlukan.\n\n1b. Pilihan lain adalah bergantung harap kepada alternator.\n\n\u2022 Alternator ni mengubah kuasa mekanikal daripada putaran enjin kepada kuasa elektrikal. Lagi banyak kuasa elektrik diperlukan, lebih banyak kuasa mekanikal akan gunakan.\n\nSeterusnya,\n\n2. Air yang digunakan bukan air sembarangan, sebaliknya perlu guna air suling (distilled water).\n\n\u2022 Air suling adalah air yang bersih/suci daripada sebarang bahan cemar dan mineral.\n\n3. Perlukan elektrolit juga.\n\n\u2022 Air suling sahaja tidak cekap (efficient) dalam menyalurkan elektrik. Jadi penambahan elektrolit (seperti: potassium hydroxide, baking soda, dll) diperlukan. Lebih banyak elektrolit penjanaan HHO lebih baik, tetapi ini akan menyebabkan elektrod menjadi cepat haus.\n\n4. Penjana HHO\n\n\u2022 Kecekapan penjana HHO akan berkurangan setiap kali digunakan. Sampai satu masa elektrodnya perlu ditukar.\n\nDaripada 4 point yang saya bawakan di atas, bayangkan kalau sekarang nak jalan, kita hanya isi minyak je. Tapi kalau ada kereta \u2018jalan guna air\u2019 kita kene bancuh air suling dengan elektrolit, cas bateri dan tukar elektrod penjana HHO secara berkala. Praktikal tak??!?\n\nIni belum masuk lagi kiraan berapa kuasa berguna (useful power) yang sistem ini dapat hasilkan. Cuba bayangkan, nak pecahkan molekul air je dah guna banyak tenaga. Nanti bila dh meletup/terbakar, tenaga tadi akan guna balik untuk jadi tenaga elektrik bagi memecahkan molekul tersebut. Dah tu banyak mana tenaga yang boleh pengguna gunakan untuk gerakkan kenderaan??!?\n\nApa yang saya sebutkan di atas belum lagi menyentuh hal-hal berkaitan automotif tau.\n\nKita belum cerita tentang ketirisan gas HHO yang bocor dicelah-celah piston ring, kesan HHO pada minyak pelincir yang melekat pada dinding silinder, suhu pembakaran dan bagaimana ia terbakar serta kesan-kesannya.\n\nAbang-abang teksi pasti tau pedihnya kesan NGV kepada enjin. Inikan pula HHO.\n\nAkan tetapi!!! Jangan lah terus kata teknologi HHO ni tak berguna.\n\nDalam dunia saintifik, kajian pengguna HHO ni masih giat dijalankan. Contoh terbaru kajian Khan et al (2021) menunjukkan pembakaran spontan HHO membantu dalam penyerebakan api dan tingkatkan kuasa & tork bagi enjin diesel & biodiesel. Namun, atas sebab HHO menyala dengan cepat, ia mengurangkan kecekapan haba enjin.\n\nA. Isu kereta pakai air ni adalah \u2018scam\u2019 teknologi yang popular di serata dunia. Dari USA, India, Pakistan, Sri Lanka, Philippines ada saja mereka yang mengaku dah jumpa penyelesaiannya; tapi hanya pseudosains & \u2018scam\u2019 semata-mata.\n\n\u2022 Jika seseorang dakwa dia jumpa penyelesaiannya, minta bukti gas yang terjana adalah HHO, berapa penjimatan bahan api, berapa kenaikan kuasa & tork, apa keputusan gas-gas buangan (emission). Bukan hanya dakwaan berapa lama dah pakai dengan testimoni panjat gunung.\n\nB. HHO sendiri boleh jadi bahan bakar untuk enjin, akan tetapi sistem sedia ada tak mesra pengguna. Terlalu banyak pengguna perlu fikirkan.\n\nC. Kit yang tersedia di pasaran juga tidak \u2018proven\u2019. Banyak pengamal industri automotif dan pengemar/enthusiast kereta telah mencuba dan tak dapat seperti yang penjual dakwakan.\n\nD. Dan kalau ia \u2018proven\u2019, kenapa tak dijual kepada syarikat-syarikat kereta? Semua pengeluar kereta berlumba-lumba untuk hasilkan enjin cekap tenaga dengan pengguna bahan api yang rendah. Kan lebih untung jual kepada syarikat-syarikat besar daripada pengguna?\n\nTerakhir,\n\nE. Jika anda sedang membuat kajian berkenaan ini, teruskan. Ada dua sudut yang perlu anda perhatikan :\n\n(i) Cuba cipta penjana HHO yang perlukan kuasa elektrik yang rendah dengan \u2018packaging\u2019 yang kecil, dan\n\n(ii) Semak keberkesanan HHO dalam menjadi bahan bakar. Apa kesan kepada blok dan komponen enjin terutama yang berasaskan besi. Jangan dilupa, besi kan alah dengan air, dan hasil pembakaran HHO adalah air." "Api merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang memberi manfaat kepada manusia. Dari zaman dahulu, api digunakan untuk membantu masyarakat menjalankan kehidupan seharian. Aktiviti seperti memasak, mengeringkan pakaian dan lampu pelita merupakan antara manfaat daripada api.\n\nNamun, penghasilan api yang besar memberi kesan buruk kepada manusia. Hal ini kerana, api yang besar akan menyebabkan kebakaran boleh berlaku.\u00a0 Seringkali kita mendengar kes-kes kebakaran yang meragut nyawa di kaca-kaca televisyen dan di dada-dada akhbar. Kebakaran ini bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah memusnahkan harta benda.\n\nKes kebakaran yang paling sensasi pernah berlaku di Malaysia, telah melibatkan satu pusat tahfiz dan mengorbankan sejumlah besar mangsa. Pada tahun 2020 juga merekodkan beberapa kes kebakaran hutan yang ekstrim di negara Korea Selatan dan Australia yang merugikan negara. Persoalannya bagaimanakah api terjadi?\n\nTerdapat dua konsep yang menerangkan penghasilan api iaitu segitiga api dan \u2018fire tetrahedron\u2019.\n\nSegitiga api (Fire triangle) menerangkan bahawa api boleh terhasil apabila hadirnya tiga faktor utama iaitu bahan bakar (fuel), oksigen (O2) dan haba (heat). Manakala, konsep \u2018fire terahedron\u2019 menerangkan bahawa kebakaran boleh berlaku apabila wujudnya ketiga-tiga faktor (fuel, oksigen dan haba) dan berlakunya tindak balas kimia antara ketiga-tiga faktor tersebut.\n\nBahan bakar (fuel) merupakan bahan yang mempunyai kebolehupayaan untuk terbakar apabila hadirnya oksigen dan haba. Bahan bakar boleh hadir dalam bentuk pepejal dan cecair.\u00a0 Contoh bahan bakar yang boleh didapati dalam bentuk pepejal adalah seperti kayu, kertas dan kain.\n\nManakala, tinner, cat dan bahan organik merupakan contoh bagi bahan bakar jenis cecair.\n\nContoh mudah bagi memahami bagaimana ketiga-tiga elemen ini bertindak adalah apabila kita menyalakan pemetik api. Kebiasaannya \u2018butane\u2019 menjadi bahan mudah terbakar yang diletakkan di dalam pemetik api. Apabila kita menekan pemetik api, berlaku geseran pada pemetik tersebut menyebabkan haba terhasil. Tindak balas antara \u2018butane\u2019, haba hasil geseran, dan oksigen di sekeliling menghasilkan tindak balas yang membentuk api dan mengeluarkan haba ke sekeliling.\n\nPenerangan bagaimana kebakaran boleh berlaku dapat difahami dengan melihat situasi kebakaran yang berlaku di Australia ketika musim panas pada tahun 2019-2021. Pada musim panas tahun tersebut merekodkan suhu harian tertinggi iaitu 50\u2019C dan telah menjadikan hari tersebut merupakan hari paling panas yang pernah dihadapi di sana. Di tambahkan lagi dengan musim kemarau yang teruk.\n\nSuhu sekitar yang panas merupakan keadaan yang ideal untuk kebakaran berlaku.\n\nPada musim yang kering, pokok bertindak sebagai bahan bakar (fuel) yang baik di samping oksigen di sekitar, memudahkan untuk kebakaran berlaku. Kehadiran ketiga-tiga faktor ini beserta kehadiran angin yang kencang memangkinkan tindak balas antara kesemuanya sehingga menyebabkan kebakaran terhasil dan merebak di seluruh hutan. Keadaan ini telah menjadikan kebakaran yang maha dahsyat sehinggakan musim panas pada tahun tersebut dikenali sebagai \u201cBlack Summer\u201d.\n\nKesimpulannya, api boleh terhasil apabila berlaku tindak balas antara haba, bahan bakar dan oksigen.\n\nKehadiran api dalam kehidupan dapat memudahkan manusia melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah dan selesa. Namun, api juga mampu memberi kesan buruk kepada manusia tika mana api tersebut menjadi terlalu besar sehinggakan tidak dapat dikawal dan terjadilah kebakaran sehingga menyebabkan berlakunya kehilangan dan kemusnahan yang sangat dahsyat.\n\nDitulis oleh,\n\nSaudara Asmi Syamim, Health, Safety & Environment (HSE)\n\nhttps://study.com/academy/lesson/facts-about-fire-lesson-for-kids.html\n\nhttps://www.kompas.com/skola/read/2021/01/08/173811469/mengapa-api-sangat-penting-dalam-kehidupan-manusia?page=all\n\nhttp://my.corten-steel.net/fire-pit/bbq-fire-pit/cooking-fire-table-for-barbecuing.html\n\nhttps://www.thesun.co.uk/news/10670141/what-started-australian-fires-spreading/\n\nhttps://www.sciencefocus.com/news/australian-wildfires-is-there-anything-that-can-be-done-to-stop-the-world-burning/" "Sekumpulan pengkaji dari Delft University of Technology di Netherlands telah mengemukakan kajian mereka yang agak menakjubkan kepada dunia baru-baru ini.\n\nMengambil semula satu petikan ringkas daripada portal SciTechDaily yang melaporkan perihal kajian ini, sekumpulan pengkaji ini berjaya merekabentuk salah satu mikrocip deria yang paling tepat di dunia serta dapat berfungsi dalam suhu bilik yang mana keadaan ini merupakan satu penemuan sangat berguna dalam bidang teknologi kuantum dan penderiaan.\n\nLebih menakjubkan apabila hasil ini yang merupakan gabungan teknologi nano (nanotechnology) dan pembelajaran mesin (machine learning) telah diinspirasikan oleh sarang labah-labah. Inspirasi ini akhirnya membawa kepada satu kajian yang menghasilkan dapatan besar kepada industri Sains sehinggakan artikel kajian ini diterbitkan dalam satu portal global yang menghimpunkan dapatan kajian luar biasa daripada para pengkaji seluruh dunia.\n\nKorang boleh tekan pautan ini untuk membaca artikel kajian tersebut. https://doi.org/10.1002/adma.202106248\n\nMembaca huraian lanjut di portal SciTechDaily, kajian yang diketuai oleh Richard Norte dan Miguel Bessa ini telah menimbulkan persoalan \u201cBagaimana mereka boleh terfikirkan idea untuk menggunakan sarang labah-labah sebagai model?\u201d\n\nLalu, Richard Norte menceritakan bahawa pencetus inspirasi ini bermula ketika fasa \u2018lockdown\u2019 baru-baru ini ketikamana beliau melihat banyak sarang labah-labah di teresnya. Pemerhatian beliau pada keadaan ini menyebabkan beliau sedar bahawa sarang labah-labah dapat mengesan getaran dengan sangat baik apabila mereka ingin mengukur getaran di dalam sarang untuk mencari mangsa mereka, tetapi bukan di luar sarangnya.\n\nMemandangkan kumpulan mereka tiada pengetahuan mengenai kerumitan sarang labah-labah, maka, mereka membiarkan pembelajaran mesin (machine learning) membuat proses penemuan-penemuan tersebut.\n\n\u201cSaya dah buat kerja ini dengan lamanya, dan apabila fasa kawalan pergerakan, saya dapati terdapat banyak sarang labah-labah di teres saya. Saat itu saya sedar bahawa sarang labah-labah merupakan pengesan getaran yang sangat baik, di mana labah-labah ingin mengukur getaran di dalam sarang untuk mencari mangsa, dan bukannya di luar. Jadi, mengapa tidak menjalani jutaan tahun evolusi dan menggunakan sarang labah-labah sebagai permulaan model untuk sebuah peranti ultra-sensitif?\u201d \u2013 Richard Norte\n\n\u201cKami tahu bahawa eksperimen dan simulasi ini memerlukan perbelanjaan yang besar dan penggunaan masa yang banyak. Maka, kumpulan kami memutuskan untuk menggunakan algoritma \u2018Bayesian optimization\u2019 untuk mencari satu reka bentuk yang baik dengan beberapa kali percubaan.\u201d \u2013 Miguel Bessa\n\nSubhanallah! Demikianlah manfaatnya buat mereka yang sentiasa berfikir dan mencari hikmah dalam sesuatu kejadian dan peristiwa.\n\nBiarpun para pengkaji ini bukan Muslim, kesungguhan mereka memikirkan kejadian Allah ini telah menatijahkan sesuatu. Maka, Maha Adilnya Allah, Dia memberikan hasil kepada seluruh manusia berdasarkan kepada kesungguhan mereka. Yang membezakan dengan golongan Muslim hanyalah dapatan keredhaan-Nya.\n\nTiada salah untuk kita mengambil ilmu dan dapatan daripada mereka bukan Muslim. Kerana sesungguhnya setiap ilmu bermanfaat merupakan cebisan ilmu Allah.\n\nYang salahnya apabila kita terlalu mengkagumi dan mengagungkan si pengkaji yang dilihat hebat, tanpa mengambil iktibar dan motivasi untuk kita bangkit mencapai kejayaan yang sama demi mengharumkan nama Agama.\n\nOleh itu, mulai detik ini, ayuh manfaatkan akal, penglihatan dan pendengaran yang Allah kurniakan untuk mencari kebenaran dan merenungi setiap kejadian Allah sehingga menghadirkan rasa syukur kepada-Nya." "\u201cKenapa banjir teruk ni? Selalunya tak banjir macam ni di Selangor walaupun musim tengkujuh. Ni mesti banjir kilat.\u201d\n\nPasti ramai yang tertanya-tanya dengan situasi semasa banjir di Negeri Selangor kan. Jom kita cuba dapatkan sedikit pencerahan daripada beberapa dapatan di bawah.\n\nBerdasarkan penerangan pakar Meteorologi Negara, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah di Astro Awani semalam, seorang pengguna Facebook, iaitu Saudara Arif Atan telah menyimpulkannya dalam satu penulisan di Facebook beliau.\n\nSatu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan hujan dan banjir di Selangor ialah curahan hujan kali ini yang dikatakan empat kali ganda lebih banyak daripada biasa disebabkan oleh tekanan rendah di tengah Semenanjung. Tekanan rendah ini telah menjana hujan secara besar-besaran, yang berlaku di Banjaran Titiwangsa. Kemudian, air hujan ini telah masuk ke sungai-sungai utama di Selangor yang menyebabkan sebahagian besar sungai di paras bahaya. Sungai Selangor yang mengalir dari Kubu Bharu di Timur, dan masuk ke Selat Melaka di Kuala Selangor pun berada di paras bahaya. Lebih memburukkan lagi apabila kawasan Klang berhadapan dengan air pasang besar.\n\nFenomena banjir kali ini di Selangor dikatakan bukan banjir kilat, tetapi menyamai banjir besar yang pernah melanda Pantai Timur pada tahun 2014. Menurut Prof. Azizan lagi, jumlah hujan terlalu lebat ini memang tidak mampu ditampung oleh Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Lebuhraya SMART).\n\nBoleh dengar penerangan lanjut di pautan berikut : https://www.astroawani.com/video-malaysia/banjir-terburuk-aspek-dari-sudut-pakar-meteorologi-1940461\n\nSusulan penerangan ini, Saudara Arif Atan telah membuat penambahan info untuk mencerahkan lagi tahap kritikal keadaan sekarang. Menurut beliau, lebuhraya SMART ini bukan calang-calang dengan ukuran panjangnya 9.7 KM itu. Ini merupakan terowong lecongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Dengan keadaan Lebuhraya SMART sudah tidak mampu menampung jumlah hujan kali ini, maka, dapat dibayangkan bagaimana impak tekanan rendah beserta curahan hujan empat kali ganda telah berlaku di kawasan tulang belakang Semenanjung-Banjaran Titiwangsa sekarang ini.\n\nPenerangan lanjut juga dibuat oleh dua halaman Facebook iaitu Mat Geo dan Omen Necrofis, yang kemudiannya disimpulkan oleh seorang pengguna Facebook, Puan Marhalis Hasan.\n\nMenurutnya, kehadiran taufan telah membawa kepada banjir besar yang berlaku ketika ini. Kebiasaannya, hujan monsun di akhir tahun hanyalah memberi impak kepada Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang. Tetapi, keadaan di Lembah Klang yang turut terkesan adalah kerana hujan yang berlaku sekarang bukannya hujan monsun biasa.\n\nTaufan Rai yang berkelajuan sehingga 260 km/j yang membadai bahagian Selatan Filipina pada tiga hari yang lepas telah menolak pusaran angin laut China Selatan menghampiri Semenanjung membentuk sebuah sistem depresi tropika DT29, iaitu satu bentukan gangguan cuaca dalam musim taufan Pasifik Barat. DT29 ini telah terperangkap di tengah Selat Melaka kerana kekuatannya belum mencukupi untuk bergerak laju, yang menyebabkan ia berlegar lama di perairan luar Selangor. Hal ini telah menyebabkan hujan lebat silih berganti dengan angin kencang di laut dan berpanjangan di kawasan ini. Keadaan ini menyebabkan empangan utama seperti Langat, Semenyih dan Klang Gates perlu melepaskan air bagi mengelakkan strukturnya terlalu lama menampung beban yang melebihi kapasiti. Sekiranya keadaan ini berterusan, ia bakal mengakibatkan gerakan gempa dan pecah.\n\nBoleh baca penerangan lanjut di pautan berikut :\n\nBerkenaan fakta Taufan Rai ini, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah juga ada menyebut perihal taufan ini yang menjadi punca kepada bencana yang berlaku di Selangor sekarang.\n\nMembaca pantauan dan perkembangan lanjut tentang situasi semasa di Selangor, seorang pengguna Facebook, saudara Muhammad Syafiq menyatakan bahawa kedudukan sel tekanan rendah yang menjadi faktor utama hujan berterusan di kebanyakan kawasan yang sebelum ini berada di perairan Selat Melaka berhampiran Perak dan Selangor, kini telah bergerak ke arah utara Selat Melaka berpandukan kepada unjuran model ramalan. Kedudukan pusat sistem dikatakan berada di perairan Perak dan Pulau Pinang yang menyebabkan hujan lebat kini lebih tertumpu di Perak dan negeri-negeri utara yang lain serta negeri Pantai Timur. Menjelang esok, keadaan cuaca dijangkakan akan beransur pulih seperti sediakala di kebanyakan kawasan.\n\nBoleh baca lanjut tentang penulisan beliau di pautan berikut :\n\nhttps://www.facebook.com/groups/3023712334585054/permalink/3149153398707613/\n\nWalaubagaimanapun, perubahan situasi semasa akan sentiasa berlaku. Semua rakyat Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dan kekal waspada dengan keadaan semasa.\n\nSebagai seorang muslim, kita beriman bahawa setiap sesuatu kejadian itu berlaku dengan kehendak-Nya. Maha Kuasa Allah, tiada sesiapa dapat mengatasinya. Maka, teruslah berdoa memohon kepada-Nya agar dihentikan musibah ini.\n\nDatuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengajarkan kepada kita dalam postingnya baru-baru ini di laman Facebook beliau tentang satu kisah yang berlaku pada zaman Baginda Rasulullah S.A.W. Dalam kisah tersebut, seorang lelaki telah mendatangi Rasulullah S.A.W dan memohon doa daripada Baginda S.A.W agar Allah SWT menghentikan hujan yang sudah berlarutan selama seminggu sehingga berlaku kerosakan pada jalan dan harta.\n\nMaka, Rasulullah S.A.W berdoa :\n\nMaksudnya : \u201cYa Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung-ganang dan bukit-bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.\u201d\n\nLalu, berhentilah hujan dan keluarlah matahari.\n\nOleh itu, ayuh perbanyakkan doa, istighfar, dan memohon ampun daripada-Nya di kala ini.\n\nSemoga Allah redakan musibah ini dan berikan kekuatan serta kesabaran buat mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia. Sesungguhnya setiap kejadian itu, pasti terselit hikmah-Nya. Maka, teruslah positif dengan Allah dan bertawakal kepada-Nya. Sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Esa berkuasa untuk menyembuhkan sesuatu di dunia ini.\n\nKredit : Facebook Saudara Arif Atan, Saudara Muhammad Syafiq dan Puan Marhalis Hasan." "Pejam celik pejam celik. Dah nak sampai hujung semester dah. Buat pelajar pascasiswazah, waktu nilah kelajuan paling maksimum digunakan bagi memastikan garis masa kajian atas landasan yang benar. Objektif utama untuk \u2018grad on time\u2019 mesti dicapai!\n\nTapi, macam mana kalau kerja semua dah setel, tersekat pula di peringkat penyelia? Macam mana ni?!\u00a0\n\nJom kita baca satu perkongsian oleh Dr. Aid Fawzal mengenai situasi ini.\n\nDalam satu perkongsian Dr. Aid baru-baru ini untuk menjawab aduan seorang rakan follower yang DM beliau menceritakan permasalahannya dengan penyelia persis seperti yang dibangkitkan di awal penulisan ini, beliau telah berkongsi perkara utama yang perlu difahami oleh setiap pelajar pascasiswazah dan satu tips untuk menghadapi situasi ini.\n\nPelajar perlu faham bahawa tanggungjawab seorang penyelia bukan hanya bersyarah kepada pelajar. Tetapi, mereka juga mempunyai lambakan tugasan lain yang perlu diselesaikan.\n\nAntara tugasannya ialah\u00a0\n\n1. Mereka bertanggungjawab untuk menyediakan modul, soalan peperiksaan dan kertas cadangan (proposal).\n\n2. Mereka bertanggungjawab untuk menjalankan kajian akademik.\n\n3. Sebahagiannya bertanggungjawab untuk menjadi penasihat/konsultan industri .\n\nTerdapat juga tugasan-tugasan lain yang perlu diselesaikan oleh mereka, tetapi tidak disebutkan dengan terperinci.\n\nDalam hal menyelia projek para pelajar, tugasan ini hanyalah salah satu tugas daripada tugas-tugas penting yang lain. Malah, seliaan tidak hanya berlaku pada seorang pelajar kerana kebiasaannya seorang penyelia itu akan ada beberapa orang lagi pelajar lain yang diselia dalam masa yang sama.\n\nLalu, bagaimana ingin meraih perhatian mereka?\n\nKaedah yang paling utama untuk mendapatkan perhatian penyelia adalah dengan mengajak mereka untuk mengadakan pertemuan (meeting).\n\nDr. Aid Fawzal telah berkongsi pengalamannya ketika beliau masih bergelar pelajar. Kaedah inilah yang telah digunakan dan sangat berkesan.\n\nBeliau menyatakan bahawa, mereka hanya mengadakan satu pertemuan santai di kedai kopi. Ketika itulah, beliau mengambil kesempatan untuk meminta penyelianya menyemak kerja-kerjanya, sementara beliau pergi membeli kopi. Usai beliau membeli kopi, kerjanya pun sudah selesai disemak.\n\nBeliau amalkan kaedah ini sedari beliau di peringkat ijazah Sarjana Muda sehinggalah ke peringkat Doktor Falsafah. Amalan ini tidak hanya memudahkan kerjanya sebagai seorang pelajar, tetapi juga mengukuhkan hubungan yang baik antara beliau dan penyelia.\n\nZAMAN KERJA DARI RUMAH\n\nNamun, di fasa pandemik ini, pergerakan kita semakin terbatas untuk ke sesuatu tempat atau mengadakan sebarang pertemuan. Oleh itu, pelajar perlu memanfaatkan teknologi yang ada sebagai medium utama pertemuan secara maya dan menyelesaikan setiap tugasan dengan lancar.\n\nSudah tentu sepanjang berurusan bersama penyelia, adab dan batas itu perlu dijaga. Setelah selesai sesi, jangan lupa untuk sebutkan kata keramat \u2018terima kasih\u2019 kepada penyelia atas kesudian meluangkan masanya. Malah, mesej atau emelkan juga ucapan \u2018terima kasih\u2019 kepada penyelia setiap kali berhubung untuk sebarang urusan.\n\nKESIMPULAN\n\nDr. Aid menutup perkongsiannya dengan menitipkan satu pepatah yang perlu dititikberatkan oleh para pelajar.\n\n\u201cYang tua dihormati, yang muda disayangi.\u201d\n\nPepatah ini memberi satu mesej bahawa penghormatan yang diberikan kepada penyelia, pasti akan menatijahkan disayangi oleh mereka.\n\nAmacam? Semangat tak lepas baca ni? Mesti semangatkan! Terus bergerak, jangan tangguh-tangguh. Paling utama, teruskan berdoa kepada Allah supaya penyelia dibukakan hati untuk utamakan kerja korang untuk disemak. Jangan sedih-sedih okay! (sambil senyum dengan semanis-manisnya).\n\nSemoga korang terus berjaya di lapangan masing-masing!" "Perubahan iklim adalah fenomena global yang berlaku secara ketara dalam tiga dekad yang lalu. Ia merujuk kepada perubahan besar yang berlaku terhadap suhu, hujan, salji atau corak angin yang terjadi sejak dahulu lagi. \n\nPerubahan iklim ini berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu faktor semula jadi dan tindakan manusia itu sendiri. Aktiviti seperti penebangan hutan, pertambahan jumlah kenderaan, pelepasan gas rumah hijau, pembangunan industri yang tidak terancang dan pembangunan yang tidak lestari adalah antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim.\n\nPeningkatan pelepasan gas rumah hijau terutamanya dalam bentuk karbon dioksida (CO2), metana (CH4), nitrus oksida (N2O) dan gas seperti klorofluorokarbon (CFC) dan lain-lain boleh menyebabkan perubahan suhu persekitaran, cuaca yang melampau dan kenaikan paras air laut. Perubahan iklim yang terlalu ekstrem juga mengakibatkan bencana alam seperti banjir yang bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah kepada kehidupan biodiversiti seperti flaura dan fauna.\n\nKenaikan paras laut akan memburukkan lagi tahap dan tempoh banjir di sesebuah kawasan.\n\nDengan menidakkan kejadian bencana yang berlaku di kawasan luar bandar, bencana banjir yang disebabkan oleh perubahan iklim memberi kesan yang amat mendalam kepada penduduk di kawasan bandar. Ramai sarjana mendapati kawasan bandar adalah sumber utama kepada pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan berlakunya pemanasan global. Perubahan iklim juga memberi cabaran yang jauh lebih serius kepada negara kerana pendekatan kapitalistik terhadap penggunaan sumber asli, pengeluaran, penggunaan, dan juga pelupusan sisa yang semakin meningkat.\n\nKesan perubahan iklim lebih ketara berlaku di kawasan bandar disebabkan oleh kepadatan penduduk dan nilai infrastruktur, aset dan ekonomi yang tinggi.\n\nSenario perubahan iklim berupaya meningkatkan kebolehubahan dan peningkatan jumlah hujan yang boleh mengakibatkan bencana banjir yang lebih besar dan kerap.\n\nBanjir di beberapa negeri baru-baru ini menunjukkan jangkaan manusia yang mengatakan banjir besar akan berlaku setiap seratus tahun perlu disangkal. Hal ini kerana, dengan perubahan iklim yang berlaku dan keadaan bumi yang semakin menua merungsingkan pakar untuk meramal bila dan di mana banjir besar itu akan berlaku walaupun kini pelbagai teknologi dibangunkan. Selagi teknologi itu dicipta oleh manusia, selagi itulah ia terlepas daripada kesempurnaan.\n\nBencana alam seperti banjir tetap terus berlaku pada masa akan datang. Namun, manusia boleh melakukan pencegahan, mitigasi, kesiapsiagaan menghadapi bencana demi mengurangkan dampak sesuatu bencana itu. Abad ke-21 dikenali sebagai\u00a0century of the city\u00a0dan ramai sarjana sudah mula menyeru dunia untuk melakukan perubahan dalam perancangan bandar untuk menangani perubahan iklim yang menjejaskan kelestarian bandar.\n\nMalaysia adalah antara negara yang menandatangani Rangka Kerja untuk Tindakan Hyogo 2005\u20132015 dan Rangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana 2015\u20132030. Ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan risiko bencana, kelemahan dan kos kerugian bencana ke arah menjadi negara yang lebih selamat, berdaya tahan dan berdaya huni.\n\nOleh itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mengurangkan risiko bencana. Perkara ini perlu bermula dengan usaha ke arah pembangunan lestari yang boleh mengurangkan keberangkalian berlakunya bencana alam seperti banjir. Agak klisye seruannya, tetapi apa lagi yang boleh dikatakan kalau itu sahaja yang benar?\n\nPihak berkuasa tempatan yang mempunyai kuasa dalam perancangan bandar perlu meneliti semula kawasan yang dirasakan tidak sesuai untuk pembangunan. Kerjasama dengan agensi kerajaan lain perlu disinergikan agar perancangan bandar mengambil kira konsep pembagunan lestari. Pendidikan berkaitan langkah mitigasi perubahan iklim dan kesiapsiagaan rakyat menghadapi banjir perlu diperhebatkan dengan mendapatkan kerjasama pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, universiti awam dan swasta, syarikat swasta dan orang awam.\n\nUsaha yang dimainkan oleh pertubuhan dan badan bukan kerajaan harus dipuji kerana mereka selama ini turut membantu kerajaan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada rakyat berkenaan isu yang melibatkan perubahan iklim dan wilayah polar.\n\nYayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) yang bakal menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya telah banyak menjalankan program dan aktiviti kolaborasi bersama universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada orang awam berkaitan isu perubahan iklim dan wilayah polar. Usaha YPASM bukan sahaja dapat memberi kesedaran orang awam terutamanya belia terhadap isu berkaitan perubahan iklim dan wilayah polar, malah ia dapat menarik minat golongan muda dalam aspek pendidikan sains.\n\nKini, dunia tidak mempunyai masa yang banyak untuk memastikan perubahan iklim tidak berlaku secara drastik. Orang awam adalah golongan majoriti dan seharusnya memainkan peranan masing-masing dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata untuk mengubah segalanya. Ia bermula dengan tindak-tanduk manusia itu sendiri dalam penjagaan alam sekitar seperti tidak membuang sampah merata-rata, tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan lain-lain. Selain itu, semua pihak termasuk orang awam perlu mempersiapsiagakan diri menghadapi bencana banjir dengan cara mendapatkan maklumat berkaitan dengan banjir, menyelamatkan diri dan ahli keluarga, menyediakan pelampung atau bot, menyediakan peralatan kit perubatan, meletakkan kenderaan di kawasan tinggi sebelum banjir, menyediakan stok makanan yang mencukupi dan sebagainya.\n\nSemua yang dinyatakan ini bukan boleh menghalang banjir tetapi setidak-tidaknya mengurangkan penderitaaan manusia apabila bencana banjir itu tiba tanpa diduga.\n\nPenulis Pensyarah Dasar Awam di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub" "\u201cSaya tak kenal siapa yang saya tikam. Saya cuma nak timbulkan kekacauan dan mati sebab belakangan ini saya jadi tak berapa bagus dalam pembelajaran. Saya sedang persiapkan diri ke Universiti Tokyo untuk menjadi doktor. Tetapi, gred saya semakin merudum dan saya hilang keyakinan diri. Sekiranya saya tidak berjaya menjadi doktor, saya fikir akan membunuh seseorang dan menanggung rasa bersalah ini sementara melakukan Seppuku (budaya bunuh diri di Jepun sebagai tanda maaf dan menebus maruah atas kegagalan).\u00a0 \u201d\n\nDemikianlah alasan yang diberikan oleh seorang pelajar di Jepun yang berumur 17 tahun setelah dia menikam tiga orang yang tidak dikenalinya di Universiti Tokyo baru-baru ini.\n\nSetelah membaca berita ini, min teringat juga satu kes pembunuhan berprofil tinggi yang pernah menggegarkan India pada tahun 2017. Kes pembunuhan ini sangat misteri dan melibatkan seorang pelajar sekolah rendah berumur 7 tahun yang dikelar lehernya di dalam tandas sekolah. Setelah beberapa bulan penyiasatan dijalankan, akhirnya tertangkap seorang pelajar sebagai suspek utama pembunuhan tersebut yang akhirnya dia sendiri mengaku bahawa pembunuhan itu dilaksanakan tanpa niat ingin membunuh mangsa tetapi hanyalah kerana dia ingin menimbulkan tragedi yang boleh menundakan hari peperiksaan dan mesyuarat guru bersama ibu bapa di sekolah itu. Ketakutan pada prestasinya yang merudum telah mendorong dia melakukan pembunuhan itu.\n\nKejadian ini telah didokumentarikan dalam siri Netflix, \u201cA Big Little Murder\u201d.\n\nAllahu rabbi. Kerana prestasi sendiri, manusia lain yang tidak bersalah telah menjadi mangsa tanpa mereka sedari.\n\nSebenarnya, bukan hanya dua kes yang berlaku berpunca daripada hal sebegini. Tetapi, sudah banyak kes yang sama pernah berlaku di Negara-negara luar, apatah lagi di Negara Jepun. Semangat ingin berjaya dan tekanan ingin mencapai cita-cita telah mendorong mereka melakukan sesuatu di luar kewarasan tika mana yang dihasratnya itu tidak tercapai.\n\nYang membunuh tidak kenal siapa yang dibunuh. Yang dibunuh tidak kenal siapa yang membunuh. Semuanya berlaku secara rawak dan mengikut nasib seseorang. Kekejaman ini terjadi demi kepuasan peribadi. Sadis, sungguh sadis.\n\nJika ditenung lebih dalam mengenai iktibar daripada kejadian-kejadian sebegini, hakikatnya kerana tiada pergantungan dan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa menjadi penyumbang kepada perilaku-perilaku ini. Tikamana manusia semakin hanyut dalam ombak kehidupan dan tiada tempat untuk berpaut, tika itulah manusia akan bertindak melulu demi menyelamatkan diri dan memenuhi kepentingan diri.\n\nDi Malaysia, mungkin kita tidak pernah dikejutkan dengan kes pembunuhan kerana kegagalan peperiksaan dan seumpamanya. Tetapi, sebenarnya tanpa kita sedar, berapa ramai di kalangan kita yang cuba membunuh diri kerana merasakan diri tidak berguna dan gagal menyesuaikan diri dengan ahli masyarakat yang ada. Buktinya, kita dapat lihat bagaimana fenomena bunuh diri rakyat Malaysia menggegarkan kita ketika fasa PKP sebelum ini. Faktor kegagalan dalam mendapatkan pendapatan, dibuang pekerjaan, dan stres dengan kehidupan semasa telah menyumbang kepada niat dan tindakan membunuh diri sebahagian rakyat Malaysia.\n\nIslam mengajar setiap umat manusia untuk bersungguh-sungguh mengejar kejayaan. Oleh sebab itulah, dalam laungan azan, Allah hadirkan kalimah \u201chayya a\u2019lal falah\u201d iaitu \u201cMarilah menuju kejayaan\u201d sebagai tanda seruan utama Allah kepada kita semua. Tetapi, Islam tidak mengajar kita untuk terlalu ekstrem dalam tindakan sehingga melanggar batas syariat, apatah lagi sehingga mencederakan manusia lain apabila tidak dicapai apa yang diinginkan.\n\nAllah mengajar konsep doa, usaha dan tawakal kepada-Nya dalam usaha kita meraih kejayaan. Teruskan berusaha sehabis baik dengan kudrat yang kita ada, di samping itu perbanyakkan ibadah dan doa kepada-Nya. Akhir sekali, hadirkan rasa tawakal kita kepada Allah kerana sesungguhnya hanya Dia penentu segala dapatan akhir dalam kehidupan hamba-Nya.\n\nOleh itu, wahai adik-adikku, belajarlah tanpa culas dengan niat kejayaan hanya kerana Dia Yang Maha Esa. Sentiasa tingkatkan pergantungan kepada Dia dan balikkan aduan kepada Dia Yang Maha Besar sekiranya sesuatu yang diharapkan itu tidak tercapai. Pasakkan sentiasa dalam hati dan fikiran bahawa Allah takkan pernah mensia-siakan usaha hamba-Nya. Pasti ada hikmah dan kejayaan yang lebih besar sedang Dia rencanakan untuk kita kerana sesungguhnya perancangan Allah itu berasaskan kasih sayang-Nya yang Agung.\n\nSemoga kita semua sentiasa dibimbing sepanjang menjadi pelajar di bumi Allah yang luas ini. InshaAllah.\n\nJadi, korang jangan stres-stres ya. Kalau stres sangat, ambil sekejap masa dan buat apa-apa aktiviti yang korang suka. Lepas tu, mula balik kerja dan sesi pembelajaran korang. Okay!\n\nSumber :\n\n1. Student, 17, arrested after three people stabbed near University of Tokyo ahead of entrance exam | The Japan Times\n\n2. Netflix\u2019s Murder Documentary \u201cA Big Little Murder\u201d Streaming Restrained In India \u2013 The Tennessee Tribune (tntribune.com)" "Sekali lagi saintis wanita Malaysia ini mengharumkan nama negara dengan anugerah yang dirangkul baru-baru ini. Namanya yang mula dikenali pada tahun 2017 kerana satu penemuan yang begitu menakjubkan ketika penyelidikan doktor falsafahnya dalam bidang astrofizik, sehingga mendapat liputan meluas media di seluruh dunia.\n\nProf. Madya Dr. Nur Adlyka binti Ainul Annuar.\n\nTiga hari lepas, beliau telah menerima anugerah kategori sains, teknologi, dan digital daripada \u2018Women of the Future Awards South East Asia\u2019 kerana sumbangannya yang luar biasa dalam ilmu sains dan perlu diangkat sebagai contoh kepada anak muda supaya gigih mengejar cita-cita.\n\n\u2018Women of the Future Awards South East Asia\u2019 merupakan sebuah inisiatif untuk menyokong dan menyambut kejayaan wanita muda yang luar biasa, dimulakan di United Kingdom pada tahun 2006 oleh Pinky Lilani CBE DL. HRH The Countess of Wessex.\n\nSiapa Prof. Madya Dr. Nur Adlyka binti Ainul Annuar sebenarnya? Jom kita kenali siapa beliau.\n\nKini, Prof. Madya Dr. Nur Adlyka binti Ainul Annuar merupakan seorang Associate Professor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau yang merupakan anak kelahiran Muar, Johor ini telah ditawarkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2008 untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains di United Kingdom dan memperoleh kelas pertama dalam bidang yang diceburi iaitu bidang Fizik dan Astrofizik daripada University of Sheffield, UK.\n\nKemudian, beliau meneruskan pengajian ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Astrofizik di Pusat Astronomi Ekstragalaktik, Jabatan Fizik, Universiti Durham, UK dengan tajaan oleh Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA). Ketika pengajiannya itu, beliau juga merupakan salah seorang saintis teleskop X-ray NASA (National Aeronautics and Space Administration, USA).\n\nKetika pengajian doktor falsafahnya, beliau menjalankan penyelidikan berkaitan \u201cactive supermassive black holes\u201d di alam semesta, yang merupakan lohong-lohong hitam yang sekurang-kurangnya sejuta kali lebih berat daripada matahari kita dan aktif \u2018memakan\u2019 objek yang berada di sekitarnya.\n\nTumpuan penyelidikannya adalah untuk mencari \u201cactive supermassive black holes\u201d yang tersembunyi kerana ditutupi gas dan habuk yang tebal. Pencarian ini amat penting bagi membantu manusia memahami bagaimana lohong-lohong hitam di alam semesta mengembang, kemudian memberi kesan kepada galaksi yang mereka duduki. Beliau yang merupakan ketua penyelidik telah menggunakan NuSTAR (Nuclear Spectroscopic Telescope Array), iaitu teleskop yang dapat mengesan sinaran-X daripada objek-objek dan berupaya menembusi gas dan habuk tebal tersebut.\n\nHasilnya, sebuah galaksi berdekatan dengan bumi yang mengandungi \u201cactive supermassive black holes\u201d berjaya ditemui, iaitu Galaksi NGC 1448. Lohong hitam tersebut ditemui berada di tengah-tengah galaksi tersebut, dalam jarak 38 juta tahun cahaya daripada galaksi kita. Biarpun secara nombor kasarnya kelihatan jauh daripada kita. Hakikatnya, dalam dunia astronomi, jarak ini dikira sangat dekat kerana keadaan saiz alam semesta kita yang sangat besar.\n\nSubhanallah! Hebat!\n\nDua perkara yang min dapat simpulkan di sini.\n\nOleh itu, jangan pernah merasa bangga diri dan melupakan Dia Yang Maha Esa. Sesungguhnya, pengetahuan kita sangatlah terbatas. Masih banyak perkara tersembunyi yang tidak kita ketahui. Dan sudah pasti itulah peranan kita untuk terus terokainya dan mencari mesej cinta-Nya dalam setiap pertemuan tersebut.\n\nMaka, ambillah kejayaan Prof. Madya Dr. Nur Adlyka binti Ainul Annuar ini sebagai semangat dan motivasi untuk kita membentuk kejayaan penerokaan kita dalam bidang yang diceburi. Selamat maju jaya!\n\n1.https://www.majalahsains.com/penemuan-supermassive-black-holes-temubual-khas-bersama-nur-adlyka-ainul-annuar/\n\n2. https://ukmsarjana.ukm.my/main/lihat_profil/SzAyMjI1NA==" "SANTIAGO, 9 Februari 2022 \u2013 Malaysia dan Chile terus mengukuhkan hubungan dua hala melalui kerjasama saintifik dalam Penyelidikan Polar. Kerjasama antara penyelidik Polar Malaysia dan Chile ini telah bermula sejak tahun 2006 dan terus berkembang apabila institusi penyelidikan kedua-dua negara menandatangani Memorandum Persefahaman pada tahun 2014, dengan pertambahan kerjasama saintifik dan penerbitan kertas kerja saintifik secara bersama. Lebih daripada sepuluh penyelidik dan pelajar pasca siswazah daripada Malaysia telah menjalankan ekspedisi penyelidikan saintifik menggunakan stesen penyelidikan milik negara Chile. Lebih istimewa, pada tahun 2014 seramai lapan orang delegasi Malaysia telah dijemput secara rasmi oleh Kedutaan Besar Chile di Malaysia, untuk menyertai satu ekspedisi ke Antartika bersempena dengan sambutan Ekspedisi Saintifik Chile ke Antartika kali ke-50.\n\nTerkini untuk tahun 2022, Dr. Siti Aqlima Ahmad, Profesor Madya dari Makmal Teknologi Eco-Remediasi, Jabatan Biokimia, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia telah berangkat ke Santiago, Chile sebelum meneruskan ekspedisi saintifik ke Antartika dengan kerjasama Universidad de Megallanes. Beliau akan menetap di pangkalan milik negara Chile iaitu Stesen Bernardo O\u2019Higgins, Antartika bagi menjalankan penyelidikan selama 40 hari bermula 24 Februari sehingga 4 April 2022. Dr. Siti Aqlima akan menjalankan penyelidikan berkaitan pembangunan teknologi hijau di Antartika bagi membendung masalah perubahan iklim. Beliau menggunakan mikrob tanah dan air Antartika yang berpotensi untuk menyerap tumpahan minyak di lautan dan daratan jika berlaku kemalangan. Di samping itu, beliau juga menjalan pemantauan biodiversiti mikroplastik di dalam air di lautan Antartika.\u00a0\u00a0\u00a0\n\nDana untuk menjalankan ekspedisi ini telah diterima oleh Dr. Siti Aqlima melalui Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). YPASM yang akan menyambut sambutan ulang tahun kesepuluh penubuhan pada 2022. YPASM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menggalakkan program penyelidikan saintifik di wilayah Polar, sehingga kini YPASM telah memberikan dana penyelidikan bernilai lebih daripada RM 6 Juta kepada penyelidik-penyelidik tempatan. Sebelum berangkat ke Antartika, satu perjumpaan telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Chile pada 9 Februari 2022 antara Dr. Siti Aqlima dan Encik Francisco Bergu\u00f1o, Pengarah dan Ketua Bahagian Antartika, Kementerian Luar Negeri Chile. Turut hadir, Tuan Yang Terutama Abu Bakar Mamat, Duta Besar Malaysia ke Chile dan Prof. Madya Dr. Claudio Gomez, Pengarah Center for Research and Antarctic Environmental Monitoring (CIMAA), University of Magallanes.\n\nDalam perbincangan tersebut, Duta Besar menzahirkan kepada Kerajaan Chile, komitmen Malaysia terhadap pemuliharaan sumber Antartika dan kerjasama institusi penyelidikan antara kedua-dua negara untuk terus aktif dalam ekspedisi penyelidikan saintifik di benua tersebut. Malaysia turut yakin dengan kerjasama erat ini, lebih banyak program penyelidikan berimpak tinggi dapat dijalankan terutamanya dalam isu-isu berkaitan perubahan iklim dan ancaman biodiversiti.\n\nKedutaan Besar Malaysia di Chile turut bersedia untuk memberi kerjasama penuh dalam memudahcara tiga ekspedisi penyelidikan saintifik oleh saintis-saintis Malaysia di bawah tajaan YPASM ke benua Antartika pada tahun ini.\n\n-Siaran Media \u2018Sultan Mizan Research Foundation\u2019 11 Februari 2022\n\nSumber gambar : FB \u2018The Travel Store Malaysia\u2019." "Setelah melihat kesusahan anak muridnya untuk melukis pola jahitan, maka terciptalah \u2018D\u2019Athirah Magic Ruler\u2019 pada tahun 2016. Demikianlah, ilham yang Allah berikan kepada anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berusia 39 tahun ini, iaitu Nur \u2018Athirah Razali.\n\nMenurut laporan Bernama, sebanyak 15 jenis pembaris pola telah berjaya dihasilkan oleh Nur \u2018Athirah antaranya untuk\u00a0 jahitan pakaian wanita, seluar lelaki, pakaian tradisional Melayu dan pakaian kanak-kanak dengan lebih 1,000 pembaris pola telah dijual pada harga antara RM95 hingga RM160 untuk setiap pembaris.\n\nMenyingkap sedikit latar belakang Nur \u2018Athirah Razali, beliau pernah mempunyai akademi jahitannya sendiri di Shah Alam, Selangor dan berjaya melahirkan lebih 200 orang tukang jahit setakat ini. Kebanyakan daripada pelajarnya sudah mempunyai perniagaan sendiri setelah mempelajari penggunaan kaedah inovasi \u2018Athirah iaitu Magic Ruler yang menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.\n\nPenginovasian beliau ini telah melayakkan beliau merangkul beberapa anugerah peringkat negara, antaranya juara pertandingan Yayasan Inovasi Malaysia pada tahun 2016 dan pemenang emas Anugerah Harta Intelek Negara (Rekabentuk Perindustrian) pada tahun 2018. Terbaru, beliau telah memenangi Pertandingan Inovasi dan Rekacipta (IRC) 2021 anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Yayasan Inovasi Malaysia.\n\nMenarik lagi apabila inovasinya ini turut digunakan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutamanya pelajar sekolah pendidikan khas. Menurut \u2018Athirah, lebih 10 sekolah di sekitar ibu negara menggunakan Magic Ruler ini sebagai bahan silibus, termasuklah pelajar yang \u2018mild-autism\u2019. Beliau berhasrat untuk melebarkan lagi potensi Magic Ruler ini ke pasaran Singapura, Indonesia dan Brunei, selain bercadang untuk menginovasikan lagi Magic Ruler dengan menggunakan tulisan Braille atas pembaris bagi membolehkan golongan OKU penglihatan mendapat manfaat melaluinya.\n\nSubhanallah, hebat!\n\nBukan mudah untuk seseorang itu hasilkan satu inovasi yang sebegini biarpun banyak mana permasalahan terbentang di hadapan mata sekiranya tiada ilmu di dada. Menerusi perbualan Nur \u2018Athirah bersama Bernama baru-baru ini, beliau memaklumkan bagaimana pengetahuan Matematik menjadi asas ilmu untuk beliau hasilkan pembaris ini.\n\n\u201cPola merupakan acuan badan seseorang untuk penghasilan pakaian dan ia memerlukan pengiraan berdasarkan beberapa formula untuk menghasilkan sesuatu pakaian yang sesuai dengan bentuk badan. Melalui inovasi yang ada pada pembaris ini, tukang jahit mampu menghasilkan pola dengan mudah dan tepat kerana terdapat arahan berabjad, formula sedia ada dan bahagian lengkungan berkenaan,\u201d \u2013 Nur \u2018Athirah Razali.\n\nSumber rujukan : Berita Bernama, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2052676" "Seringkali kita terdengar bahawa mereka yang bijak dalam ilmu Matematik, pasti lemah dalam seni Bahasa. Mereka yang bijak seni Bahasa, pasti lemah ilmu Matematik. Teori otak kiri otak kanan, katanya.\n\nPersoalannya, apakah kenyataan ini benar dan apakah ada kajian yang membuktikan teori ini?\n\nMenurut teori ini, dua sisi hemisfera otak mempunyai fungsi tertentu dan salah satu akan mendominasi pemikiran manusia.\n\nPunca terlahirnya teori ini adalah apabila seorang profesor Psikobiologi di California, Roger W. Sperry yang merupakan pemegang anugerah Nobel pada era 60-an, melakukan satu uji kaji ke atas pesakit yang mengalami epilepsi ataupun sawan. Dalam uji kaji ini, beliau telah membedah satu bahagian di tengah otak, Corpus Callosum yang menghubungkan kedua-dua bahagian otak. Setelah dibedah, Dr. Sperry menemui bahawa kedua-dua bahagian otak itu bertindak secara bersendiri dan menjalankan proses yang berbeza.\n\nHasil uji kaji ini telah disalahertikan oleh pihak media dan telah diterbitkan dalam satu artikel bertajuk \u201cWe are Left Brained or Right Brained\u201d pada tahun 1973 di New York Times. Di sinilah pencetus penyebaran mitos ini.\n\nSedangkan, uji kaji itu hanyalah hasil awal pengujian Dr. Sperry ke atas otak yang dibedah dan dipotong bahagian yang menghubungkan dua hemisfera otak.\n\nRealitinya, sebagai seorang manusia yang sihat dan normal, kedua-dua hemisfera otak ini dihubungkan oleh Corpus Callosum dan bertindak sebagai jambatan antara hemisfera untuk kedua-duanya bergerak seiringan dan merentas informasi. Oleh itu, susulan penyebaran teori ini, ramai saintis cuba untuk menjalankan ujikaji untuk membuktikan kebenaran teori ini, tetapi gagal.\n\nMalah, Dr. Sperry sendiri pernah menegaskan bahawa tanggapan pengasingan fungsi otak yang mampu mengawal personaliti adalah karut.\n\nFaktanya ialah, kedua-dua bahagian otak kita bergerak dengan seimbang dan serentak. Adalah mustahil untuk bahagian otak berfungsi dengan sendirian. Apatah lagi kita tiada keupayaan untuk memilih bahagian mana yang akan digerakkan secara dominan. Fakta ini telah dibuktikan menerusi satu kajian pada tahun 2013 oleh University of Utah.\n\nWalaupun begitu, mungkin berlakunya kecenderungan seseorang untuk menguasai satu fungsi tertentu otak yang disebut sebagai lateralization. Tetapi, hujah ini tidak cukup kuat untuk membuktikan kebenaran mitos ini dan hakikatnya penggunaan otak pada kedua-dua hemisfera adalah seimbang.\n\nTahukah anda, puisi dan Matematik dahulu digabungkan oleh ilmuwan-ilmuwan Islam dan amat ketara dalam penulisan-penulisan mereka pada kurun-kurun yang lepas. Malah, kebanyakan ahli Matematik terdahulu merupakan seorang penyair.\n\nHal ini kerana, syair dan puisi memerlukan kata-kata yang indah, ringkas, harmoni susunannya, tepat dan penuh erti. Matematik juga memerlukan bahasanya tersendiri untuk mengungkapkan sesuatu pernyataan. Menurut Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail, Matematik dan puisi mempunyai sifat sepunya iaitu ketetapan ungkapan terhadap maudu\u2019 masing-masing, ringkas dan menarik.\n\n\u201cSuatu ciri puisi yang indah ialah pemilihan perkataan yang tepat, indah dan harmoni dalam bait-baitnya di samping mengandungi makna yang dalam. Demikian juga suatu ciri pembuktian yang baik dalam Matematik memerlukan penggunaan perkataan yang tepat, ringkas dan susunan yang menarik.\u201d \u2013 Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail.\n\nUmar Khayyam antara sosok ahli Matematik yang terkenal dengan syairnya yang dibukukan dalam Rubaiyyat, buku syair beliau dan Al-Jabr wa\u2019l-Muqabalah iaitu buku Matematik yang beliau lanjutkan dan kembangkan lagi teori al-jabar al-Khawarizmi.\n\nIbnu Yasamin, seorang ahli al-jabar dan seorang penyair terkenal. Kedua-dua bidang ini telah digabungkan dan ditulis dalam sebuah buku bertajuk al-Arjuzah al-Yasaminiyyah. Syair-syair beliau ini telah banyak dipetik oleh Ahmad Al-Khatib, seorang ahli Matematik nusantara yang bertaraf ulama\u2019 untuk penulisan-penulisannya di dalam Raudah al-Hussab.\n\nZurqa Al-Yamamah Al-Nabighah, seorang penyair wanita yang turut banyak menggubah masalah-masalah Matematik dalam karya syairnya.\n\nManakala, Al-Khawarizmi sering berpuisi dalam mentakrifkan sesuatu konsep al-jabar. Begitu juga ilmuwan-ilmuwan Islam yang lain kerana telah menjadi kelaziman takrifan konsep menggunakan ayat-ayat ringkas berupa puisi.\n\nSecara lebih spesifik, Al-Qahtani pernah menggubah serangkap syair untuk menunjukkan pembahagian pusaka dalam masalah faraidh memerlukan ilmu hisab.\n\nAbu Hujjaj Al-Turtusi pula merangkapkan dua bait syair untuk menggambarkan peranan ilmu Hisab dalam urusan perniagaan.\n\nDaripada definisi perkataan al-Jabr oleh Al-Khawarizmi, Ibnu Yasamin telah mentafsirkan menerusi ungkapan pantunnya.\n\nTANGGAPAN ZAMAN KINI\n\nTidak banyak contoh penggabungan dua ilmu ini pada masa kini. Bahkan kedua-duanya dilihat amatlah bertentangan antara satu sama lain buat sekelompok besar masyarakat. Amatlah jarang untuk kita temui mereka yang digelar seorang ahli Matematik, juga merupakan seorang penyair atau pakar bahasa dan seumpamanya.\n\nMungkin ada, tetapi tidak terlalu dikenali ramai.\n\nMengapa?\n\nMungkin kerana budaya ilmu ini yang sudah terpisah selepas melalui beberapa fasa dan zaman menyebabkan kita menganggap tiada hubungan dan kaitan antara dua kemahiran ini. Tambahan pula, teori otak kiri dan kanan yang menjadi pegangan sebahagian ahli masyarakat menyumbang lagi kepada pemikiran bahawa adalah mustahil untuk seseorang itu menguasai dua ilmu yang berlainan tempat di hemisfera otaknya. Katanya.\n\nMakanya, penerangan-penerangan di atas telah membuktikan bahawa teori ini hanyalah mitos dan tercetus daripada tindakan pihak media yang melaporkan dalam konteks yang salah. Hebatnya tularan mitos ini sehinggakan pengkaji sendiri menafikan, sudah tidak diendah oleh orang ramai.\n\nDemikianlah kebenaran itu sukar untuk memenangkan kebatilan yang telah tersebar, sehingga memberi kesan kepada beberapa generasi bertahun lamanya.\n\nBahaya. Sangat bahaya.\n\nMakanya, teori ini sudah boleh disingkirkan daripada pemikiran masing-masing ya. Risau juga bila ada segelintir manusia yang tidak mahir dalam sesuatu ilmu, digunanya teori ini sebagai hujah. Hakikatnya, pegangannya pada teori inilah yang menyebabkan dia percaya yang dirinya tidak boleh melakukan sesuatu perkara yang lain. Sedangkan dia belum mencuba.\n\n1. Buku Mantik, Matematik, dan Budaya Ilmu, Mat Rofa Ismail (1994)\n\n2. Mitos \u2013 Teori Dominan Otak Kiri atau Otak Kanan Perlulah Dihapuskan (2017), https://iluminasi.com/bm/mitos-teori-dominan-otak-kiri-atau-otak-kanan-perlulah-dihapuskan.html\n\n3. Why the Left-Brain Right-Brain Myth will probably never die (2012), https://www.psychologytoday.com/intl/blog/brain-myths/201206/why-the-left-brain-right-brain-myth-will-probably-never-die\n\n4. There is no left brain/ right brain divide (2013), https://ideas.time.com/2013/11/29/there-is-no-left-brainright-brain-divide/" "Baru-baru ini, penyelidik Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia telah berjaya menginovasikan bekas makanan biodegradasi berasaskan sabut kelapa.\n\nMenurut ketua penyelidik, Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani, fokus utama penginovasian ini adalah untuk memastikan ia mudah terurai dan cepat dibiodegradasi sebagai alternatif terbaik kepada polisterin dan plastik.\n\nMenurut beliau lagi, penggunaan plastik yang berterusan dalam kuantiti yang banyak boleh mengakibatkan isu pemanasan global dan pengumpulan gas rumah hijau kerana jangka hayat yang diambil begitu lama untuk dilupuskan sehingga menjangkau tempoh 10 hingga ke 50 tahun untuk proses pereputan. Selain itu, penggunaan plastik juga mengancam keseimbangan ekosistem negara serta kepupusan haiwan akuatik kerana menganggap plastik yang terdampar di lautan adalah bahan makanan hidupan laut.\n\nMaka, penginovasian ini dapat menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar serta menyokong dasar kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik sepertimana yang ditetapkan pada tahun 2018 dalam Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna.\n\nMenurut Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani, penghasilan bekas makanan mesra alam ini menawarkan pelbagai kelebihan, antaranya mudah dileraikan, murah, efektif, dan menawarkan daya ketahanan yang tinggi sehingga boleh menampung berat makanan 1kg.\n\nDengan mengetengahkan konsep \u201cFrom Waste to Wealth\u201d, bekas makanan ini akan menjadi daya penarik pengguna.\n\n\u201cKonsep yang diterapkan ternyata memberi kelebihan tentang perhatian yang diberikan dengan menukarkan sisa terbuang menjadi bahan penting komponen bekas makanan demi memastikan kelestarian alam sekitar dan pengurangan sisa tanaman sabut kelapa dapat dicapai.\u201d \u2013 Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani.\n\nHasil inovasi yang telah dipatenkan ini dijangka menerima sambutan hangat daripada pengusaha makanan kerana faedah yang ditawarkannya.\n\nSementara itu, Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengkomersilan Inovasi), Putra Science Park, UPM, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, mengalukan kolaborasi pihak industri bagi memastikan manfaat bekas makanan ini diperluaskan." "Tahukah anda, pembinaan konsep operasi asas aritmetik bermula pada kurun ke-9 oleh Al-Khawarizmi. Beliau telah menulis sekurang-kurangnya dua judul buku untuk menerangkan operasi asas ini, iaitu Kitab al-Jam\u2019 wa al-Tafriq dan Hisab al-Hind.\n\nMenurut huraian Algoritmi de numero Indorum yang dipercayai terjemahan Kitab al-Jam\u2019 wa al-Tafriq dalam Bahasa Latin, operasi ini melibatkan penambahan, penolakan, pembahagian dua, gandaan dua, pendaraban dan pembahagian. Permulaan penggunaan konsep ini adalah menggunakan penulisan nombor dalam sistem sepuluh dengan pendekatan operasi polinomial.\n\nPenambahan dua integer bermaksud penambahan dua polinomial.\n\nBegitu juga dengan operasi penolakan, pendaraban dan pembahagian, menggunakan konsep yang sama. Contohnya, teknik pendaraban antara 123 dan 24 dilakukan dengan pendaraban polinomial,\n\nKemudian, pada kurun ke-14, Jamshid al-Kasyi telah memperkenalkan satu kaedah pendaraban yang mengabaikan semua monomial, dan hanya menuliskan pekali polinomial.\n\nKaedah ini menjadi paling popular dalam tamadun Islam, dan seterusnya menjadi popular di Eropah setelah matematik Islam diperkenalkan ke benua itu. Kaedah ini jugalah yang dikembangkan sehingga ke era ini.\n\nBagi menerangkan perihal operasi penambahan, al-Uqlidisi memberikan contoh penambahan 3426 terhadap 19857, yang mana nombor kecil biasanya ditambah kepada nombor yang lebih besar.\n\nAl-Uqlidisi menerangkan kaedah ini seperti berikut :\n\n\u2018Kita memulakan penambahan 3 kepada 9; 3 dan 9 ialah 12, kita masukkan 2 di tempat 9 dan tambahkan 10 terhadap 1 lalu terhasilkan 2. Kita tambahkan 4 kepada 8, 2 kepada 5 dan 6 terhadap 7. Hasilnya ialah 23283.\u2019\n\nNombor pertama disebut sebagai al-mazid \u2018alaihi (nombor yang ditambah ke atasnya) dan nombor kedua disebut sebagai al-mazid (nombor yang ditambah). Mengikut penerangan Al-Uqlidisi, proses penambahan dilakukan dari kiri ke kanan.\n\nProses ini kemudiannya terus ditambahbaik oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang lain, seperti Kusyar (kurun 11M) dan Nasir al-Din al-Tusi (kurun 12M) sehinggalah perkembangan seterusnya memperlihatkan proses penambahan yang dimulakan dari kanan ke kiri lebih terkenal kerana prosesnya lebih ringkas. Penambahan kanan ke kiri ini telah dicatatkan oleh Al-Uqlidisi dalam karyanya, al-Fusul.\n\nKonsep penolakan melibatkan nombor kecil yang ditolak daripada nombor yang besar. Jika martabat nombor tertentu digit nombor yang kecil lebih besar, maka, konsep peminjaman daripada martabat yang lebih tinggi dilakukan. Al-Uqlidisi cuba menerangkan kaedah ini untuk penolakan 3457 daripada 5746 seperti berikut :\n\n\u2018Kita mulakan dengan menolak 3 daripada 5, tempat 5 tinggal 2; kita tolak 4 daripada 7, tempat 7 tinggal 3; kita ingin menolak 5 daripada 4 tetapi ini tidak mencukupi; 5 lebih besar daripada 4, kita pinjam 1 daripada nombor selepas 4, di situ kita dapati 3 dan di tempat 3 tinggal 2. Nilai 1 tadi ialah 10 berbanding dengan 4; 10 tolak 4 dan masukkan hasil ini di tempat 4 maka tempat 4 menjadi 9; kemudian kita mahu tolak 7 daripada 6; ulang proses tadi, ambil 1 daripada 9 yang merupakan 10 berbanding terhadap 6 dan ditolak 7 dan tambahkan baki 10 kepada 6, terhasillah 9 di tempat 6.\u2019\n\nFuh! Pinar mata baca.\n\nPerkembangan kaedah ini juga membawa kepada penemuan penolakan kanan ke kiri yang lebih mudah dan digunakan oleh ahli matematik mutakhir.\n\nKaedah ini melibatkan penambahan sesuatu nombor dengan dirinya sendiri beberapa kali. Sebelum memulakan operasi ini, al-Uqlidisi dan al-Tusi menyarankan para pelajarnya menghafal sifir pendaraban nombor 1 hingga 9 seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.\n\nKemudian, proses pendaraban dikembangkan kepada beberapa cara yang semuanya digunakan sehingga kini. Antaranya, pendaraban melibatkan nombor perpuluhan, pendaraban puluhan dengan puluhan, pendaraban melibatkan sifar, pendaraban ratusan dengan ratusan, pendaraban cara menegak dan pendaraban cara kotak.\n\nKaedah \u2018Lattice\u2019 ataupun kaedah kekisi yang digunakan dalam silibus sekolah rendah sekarang juga telah diperkenalkan dan disebut sebagai kaedah jaringan oleh ilmuwan Islam. Kaedah ini menjadi popular selepas kurun ke-13M dan digunakan oleh al-Kasyi di dalam karyanya, Miftah al-Hisab dan al-\u2018Amili di dalam Khulasah al-Hisab.\n\nKemudian, kaedah ini dikembangkan lagi sehinggalah mencapai tahap kaedah yang diterima umum sepertimana kaedah lazim yang kita gunakan sekarang.\n\nProses pembahagian ditakrifkan oleh al-Tusi sebagai proses yang bersetentangan dengan pendaraban.\n\nProses ini merupakan proses yang sangat sukar kerana melibatkan salingan polinomial. Kemudian, al-Khawarizmi cuba untuk memudahkan lagi pekali polinomial yang terlibat, yang akhirnya al-Khawarizmi menemui satu kaedah pembahagian yang bersistem, dan telah diguna sehingga ke hari ini. Kaedah ini ditunjukkan dalam rajah dibawah.\n\nDaripada penemuan-penemuan ini, jelaslah kepada kita bagaimana al-Khawarizmi dan pengikut-pengikutnya menempa sejarah dunia dalam memainkan peranan penting memudahkan konsep asas ilmu matematik yang digunakan sehingga ke zaman kini." "Baru-baru ini, sekumpulan anak tempatan daripada syarikat penyedia solusi robotik Ideasparq Robotics Sdn Bhd telah berjaya mencipta robot pembersihan lantai buatan Malaysia yang pertama di Malaysia. Tenaga kerja tempatan ini melibatkan 20 siswazah universiti pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, reka bentuk dan teknologi maklumat.\n\nMatlamat ciptaan ini adalah untuk memastikan proses pembersihan dan pencucian serta sanitasi di hospital berjalan dengan lebih selamat memandangkan robot ini bergerak secara automatik, lebih-lebih lagi di fasa penularan COVID-19.\n\nKetua Pegawai Eksekutif Ideasparq Robotics, Tuan Asyraf Abdul Rahman menyatakan bahawa kejayaan ini seiring dengan pembangunan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan berjaya memberi pelbagai faedah kepada pengguna.\n\n\u201cIa mengurangkan penglibatan pekerja, sekali gus risiko pendedahan terhadap penularan virus COVID-19 juga rendah apabila robot ini boleh menjalankan pembersihan lebih efisien di hospital, selain mudah dikendalikan menerusi teknologi dan perisian tersendiri. Sememangnya kita sudah ke arah IR4.0 dan ia memberi nilai tambah kepada modal inan itu sendiri. Jika dahulu pekerja menggunakan tenaga sendiri untuk mencucui, kini taraf kemahiran mereka dipertingkatkan apabila mampu menguruskan dan menyelenggara robot tersebut.\u201d \n\nPenghasilan robot yang mempunyai fungsi empat dalam satu ini, iaitu cuci, mop, sapu, dan vakum menjalankan pembersihan dengan efisien bersama kualiti pembersihan yang meningkat sebanyak 60% berbanding proses pembersihan secara manual, di samping telah berlaku penjimatan sehingga 60 peratus bahan kimia yang digunakan.\n\nMenurut Tuan Asyraf, penghasilan robot ini mengambil masa enam bulan untuk disiapkan dengan kos keseluruhan RM 600,000 bagi sebuah robot termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Projek ini telah bermula sejak tahun 2020 dan berjaya dilaksanakan di tiga hospital iaitu Hospital Tampin, Hospital Jasin, dan Hospital Sultan Ismail di Johor.\n\n\u201cKita telah bekerjasama dengan syarikat konsesi perkhidmatan sokongan hospital Medivest Sdn Bhd, iaitu membekalkan mereka dua hingga tiga unit robot pembersihan lantai di tiga hospital iaitu Hospital Tampin, Hospital Jasin, dan Hospital Sultan Ismail di Johor.\u201d \n\nDalam pada itu, robot pembersihan lantai ini juga telah diperkenalkan di hotel, hentian Rehat dan Rawat (R&R) dan tempat awam lain, malah telah digunakan di Pasar Ayam Amanjaya, Ipoh, Perak pada Nov 2020. Tetapi, sasaran utamanya adalah di hospital. Maka, penggunaan robot ini akan diperluaskan lagi penggunaannya ke hospital-hospital lain dengan sasaran 19 hospital menerusi fasa kedua sebelum akhir tahun ini\n\nSyabas anak muda!\n\nSumber : Bernama, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2053780" "Semua antara kita pasti biasa merasai kemanisan madu. Rasa manis yang unik dan mempunyai seribu satu khasiat ini menaikkan lagi nilai dan harga madu. Tetapi tidak banyak yang sedar, di sebalik penghasilan madu ini terdapatnya suatu ekosistem lebah yang bekerja keras mengumpul dan menyimpan madu-madu ini di dalam sarangnya.\n\nDua belas ekor lebah pekerja akan mengambil masa sepanjang hayatnya untuk mengumpul madu sebanyak satu sudu teh. Selain lebah pekerja, di dalam sarang lebah, ada seekor ratu lebah yang betul-betul dijaga rapi oleh lebah pekerja. Lebah pekerja ini akan menyediakan tempat dan makanan kepada ratu lebah. Tugas utama ratu lebah adalah bertelur dan memastikan populasi lebah sentiasa pada kadar yang maksimum antara 10,000 hingga 50,000 mengikut kepada spesies lebah itu.\n\nApabila ratu lebah mulai kurang bertelur, hal ini sangat merisaukan semua lebah pekerja yang ada di koloni itu. Keadaan ini bermakna populasi lebah untuk sarang itu akan mulai merosot dan kemudiannya akan menyebabkan kemusnahan kepada koloni tersebut. Selalunya, ratu lebah yang mulai kurang bertelur ini, ialah ratu lebah yang sudah tua. Jangka hayat seekor ratu lebah adalah antara tiga hingga ke lima tahun. Manakala usia lebah pekerja hanyalah 38 hari. Disebabkan jangka hayat lebah pekerja yang pendek, ratu lebah perlu bertelur lebih kurang 2000 telur sehari untuk menggantikan lebah pekerja yang telah mati.\n\nLebah pekerja mengetahui ratu lebah sudah tidak se-efisien seperti sebelumnya dengan kaedah mengesan feromon atau isyarat kimia yang rendah kandungannya, dirembes oleh ratu lebah.\u00a0 Tika \u00a0ini, lebah pekerja akan memilih 10 sehingga 20 larva lebah betina dan mulai memberi jeli raja untuk dimakan oleh lebah-lebah ini. \u00a0Jeli raja ini akan membantu untuk membentuk sistem pembiakan lebah kepada sistem pembiakan betina.\n\nApabila larva ratu lebah yang baru ini sudah bersedia memasuki fasa pupa, lebah pekerja akan menutup sel tempat pupa ratu lebah yang baru ini. Selepas 15 hari, ratu lebah dara yang baru ini berubah sepenuhnya kepada ratu lebah dara yang dewasa. Ratu lebah dara ini akan mulai mengunyah sel dengan bantuan lebah pekerja. Ratu dipanggil ratu lebah dara kerana belum mengawan dengan lebah jantan.\n\nApabila ratu lebah dara ini keluar, ratu lebah dara ini akan membunuh semua adik-beradik perempuannya yang diberi makan jeli raja oleh lebah pekerja. Cara pembunuhannya ialah ratu lebah dara ini akan mendengung dengan nada yang tinggi. Ratu lebah dara yang lain juga akan mendengung dengan nada yang tinggi. Kedua-dua ratu lebah dara yang baru ini akan mencari antara satu sama lain sehingga mereka berjumpa dan mulai bertarung sehingga hayat yang terakhir. Senjata utama yang digunakan oleh ratu lebah dara untuk membunuh satu sama lain adalah penyengat yang berada pada hujung bawah badan. Terdapat juga ratu lebah dara yang baru ini tidak sempat lagi keluar dari selnya tetapi sudah menjawab degungan ratu lebah dara yang sudah keluar. Ratu lebah dara yang di luar ini akan pergi mencari ratu lebah dara yang masih berada di dalam selnya dan akan menyengat ratu lebah dara ini dari luar sehingga ratu lebah dara ini mati.\n\nPERTARUNGAN RATU LEBAH\n\nSelesai pertarungan hidup dan mati ini, ratu lebah dara yang menang akan mulai terbang untuk mengawan dengan lebah jantan. Apabila ratu lebah ini selesai mengawan, ratu lebah ini akan pulang semula ke sarangnya. Di sini akan bermula lagi satu pertarungan antara ratu. Kali ini ratu lebah yang baru akan menyerang ratu lebah yang lama. Ataupun ibu kepada ratu lebah yang baru ini. Ratu lebah yang baru ini akan memanjat dan cuba memegang ratu lebah yang lama atau ibunya daripada atas badan. Kemudian ratu lebah yang baru ini akan mencucuk berkali-kali sengatnya yang berada pada bahagian bawah hujung badannya ke badan ratu lebah yang lama. Ratu lebah yang lama akan cuba melarikan diri. Tetapi, ratu lebah yang baru ini akan memegang dan mengikut daripada belakang badan ratu lebah yang lama. Tidak kira di mana ratu lebah yang lama cuba bergerak, ratu lebah yang baru akan terus menyengat ratu lebah yang lama sehingga mati. Apabila ratu lebah yang lama telah mati, lebah pekerja akan menguruskan bangkai ratu lebah yang lama ini. \n\nTerdapat juga peristiwa dimana lebah pekerja sendiri yang membunuh ratu yang lama dengan mengepung secara padat ratu lebah yang lama ini secara beramai-ramai. Hal ini akan menyebabkan suhu badan ratu lebah lama ini meningkat secara mendadak dan akhirnya mati.\n\nInilah sedikit daripada kisah-kisah alam haiwan, bagaimana tingkah laku permasuri lebah dalam memastikan kelangsungan hidupan lebah dari generasi ke generasi yang seterusnya. Kita sebagai manusia apabila melihat pertarungan inipasti merasakan seolah-olah sangat kejam. Adik beradik berbunuhan demi memastikan satu sahaja ratu lebah yang menang. Begitu juga pembunuhan ratu lebah yang baru terhadap ibunya untuk memastikan koloni lebah itu hanya ada seekor ratu. \n\nHakikatnya, kisah ini adalah sangat tidak asing dalam kalangan manusia. Kita dapat analogikan dalam kehidupan kita bahawa tanpa pegangan agama dan moral yang kuat, seseorang manusia itu sanggup melakukan apa sahaja bentuk kezaliman demi meraih kuasa, harta dan pangkat.\n\nWikipedia , Queen bee, https://en.wikipedia.org/wiki/Queen_bee" "Antara diet pemakanan tebuan gergasi ialah pupa lebah. Pupa lebah ini pastinya banyak di dalam sarang lebah. Disebabkan ini tebuan gergasi lebih suka mencari sarang lebah kerana mereka tahu di dalam sarang itu terdapat beribu pupa lebah yang pastinya lebih daripada cukup untuk menjadi makanan bagi sang ratu dan anak-anak tebuan gergasi.\n\nLebah Jepun pastinya amat berbeza dengan lebah Eropah kerana mereka lebih sensitif terhadap perubahan persekitaran menyebabkan peladang tidak beberapa menyukai untuk menternak lebah Jepun. Tetapi, lebah Jepun juga mempunyai kelebihan yang tidak ada pada lebah Eropah. Kelebihan tersebut ialah strategi pertahanan mereka yang lebih bagus dalam mengalahkan tebuan gergasi.\n\nApabila tebuan gergasi menjumpai sarang lebah Jepun, lebah Jepun tidak seperti lebah Eropah yang akan keluar cuba melawan tebuan gergasi. Sebaliknya, mereka terus menyorok di dalam sarang. Manakala, terdapat beberapa ekor lebah Jepun kelihatan teragak-agak dan berhati-hati cuba mengumpan tebuan gergasi untuk masuk ke dalam sarang lebah Jepun. Hal ini menyebabkan tebuan gergasi memberanikan diri memasuki sarang lebah Jepun untuk cubaan membunuh.\n\nTanpa tebuan gergasi sedar, sebenarnya dia sedang diperhatikan dengan berhati-hati oleh semua lebah Jepun. Apabila tebuan gergasi masuk ke dalam sarang belum ada sebarang reaksi diberikan oleh lebah Jepun. Lebah Jepun hanya melihat tebuan gergasi perlahan-perlahan masuk ke sarang.\n\nApabila tebuan gergasi itu mulai menerkam seekor lebah Jepun yang berhampiran dengannya dan cuba membunuh lebah Jepun tersebut, inilah yang menjadi titik mula bagi lebah Jepun untuk bertindak.\n\nSemua lebah Jepun yang berada dalam sarang dengan berani terbang ke arah tebuan gergasi yang menyerang rakan mereka itu. Beribu lebah Jepun mengerumuni setiap sisi tebuan gergasi. Tebuan gergasi kini terkepung sepenuhnya sehingga tidak nampak sedikit pun tubuh badannya. Tebuan gergasi pastinya cuba berhempas pulas melawan tetapi lebah Jepun terlampau banyak.\n\nSerangan berkumpulan lebah Jepun ini menyebabkan suhu badan tebuan gergasi meningkat sehingga mencecah 46\u00b0C. Keadaan ini mengakibatkan tebuan gergasi kini seolah-olah dipanggang hidup-hidup oleh lebah Jepun. Maka, berakhirlah riwayat tebuan gergasi." "Kebelakangan ini, kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja telah menjadi bualan dalam kalangan pekerja. Kesedaran berkaitan hal ini amat penting bagi memastikan semua pekerja menyedari hak mereka dalam aspek kesihatan dan keselamatan di tempat kerja.\n\nTahukah anda di Malaysia sebenarnya tumpuan berkaitan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja telah sekian lama dititikberatkan oleh kerajaan. Kewujudan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengawal selia situasi keselamatan dan kesihatan industri-industri di Malaysia.\n\nSejak akhir abad ke 19 lagi, peranan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia telah diperkenalkan. Pada ketika itu, penggunaan dandang stim telah diperkenalkan bagi memudahkan proses melombong bijih timah di lombong-lombong sekitar tanah air. En. William Givan merupakan orang pertama yang telah dilantik sebagai Pemeriksa Jentera pada tahun 1878 untuk memeriksa keselamatan dandang stim.\n\nSelepas itu, kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sistem yang mana mesin ini diperiksa oleh orang perseorangan yang dikenali sebagai boiler surveyor. Ketika ini, semua enakmen dandang stim bersifat kenegerian. Setiap negeri Melayu Bersekutu mempunyai undang-undang tersendiri. Namun, pada tahun 1914 enakmen-enakmen dandang di setiap negeri Melayu Bersekutu telah dimansuhkan dan perundangan baru telah diperkenankan. Enakmen ini dikenali sebagai Machinery Enactment 1913. Tujuan utama kerajaan ketika itu memperkenalkan enakmen ini adalah untuk meluaskan lagi tanggungjawab pemeriksa untuk memeriksa bukan sahaja dandang stim tetapi juga pemeriksaan ke atas jentera-jentera lain termasuklah turbin air dan enjin pembakaran dalam. Ketika pengenalan undang-undang ini, jawatan boiler surveyor telah dimansuhkan dan jawatan baru telah diperkenalkan iaitu Inspector of Machinery and Assistant Inspection of Machinery.\n\nTahun-tahun berikutnya telah merekodkan beberapa kali undang-undang berkaitan telah dimansuhkan dan ditambah baik. Pada tahun 1953, Machinery Ordinance 1953 telah diperkenankan di seluruh tanah air. Dalam penguatkuasaan ordinan ini, peranan Pemeriksa sekali lagi telah diperluaskan yang meliputi keselamatan pekerja di kilang-kilang yang menggunakan jentera.\n\nNamun, terdapat kekurangan apabila aspek kesihatan tidak dititikberatkan walaupun terdapat klausa berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Bagi menyelesaikan masalah ini, pada tahun 1967 parlimen telah meluluskan satu akta yang dikenali sebagai Akta Kilang dan Jentera. Dalam akta ini terdapat satu akta ibu dan lapan peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan pada tahun 1970. Melalui undang-undang ini, skop liputan ke atas pekerja telah diperluaskan iaitu pekerja di tempat kerja yang tiada penggunaan jentera juga dilindungi. Selain itu, penumpuan terhadap kesihatan industri juga dititikberatkan.\n\nPengenalan Akta Kilang dan Jentera pada tahun 1967 hanyalah meliputi sektor perkilangan, perlombongan dan penguarian, serta pembinaan. Akta ini tidak meliputi sektor-sektor lain seperti industri perkhidmatan, logistik dan lain-lain. Akta Kilang ini hanyalah meliputi 24% tenaga kerja yang ada ketika itu. Tiada akta telah diperkenankan bagi mengawal selia aspek kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja \u00a0kepada sektor-sektor lain. Hal ini menyebabkan tenaga-tenaga kerja ini terdedah kepada diskriminasi berkaitan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Bagi menyelesaikan masalah ini, pada tahun 1993 kerajaan telah meluluskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) dan diwartakan pada tahun 1994. Dengan pengenalan akta ini, 90% tenaga kerja mendapat perlindungan seperti yang tertakluk dalam akta tersebut. Hal ini kerana akta ini telah mengecualikan tenaga kerja yang bekerja di atas kapal dan Angkatan tentera. Akta yang baharu diperkenalkan ini sedikit berbeza dengan akta sebelumnya kerana akta ini menumpukan pengaturan kendiri berbeza dengan akta kilang dan jentera yang menumpukan penguatkuasaan.\n\nDalam akta 1994, tiga prinsip telah diperkenankan iaitu pengaturan kendiri (Self-regulation), perundingan (consultation) dan Kerjasama (co-operation). Akta ini memberi kuasa kepada majikan untuk membangunkan sistem pengurusan KKP mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul di tempat kerja. Majikan dan pekerja juga perlu bekerjasama untuk menjaga dan meningkatkan mutu KKP di tempat kerja. Dengan kewujudan akta ini, JKKP telah ditubuhkan dan Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.\n\nPada tahun 2021, Parlimen telah membentangkan bil Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 2020 bagi mengukuhkan lagi akta sedia ada. Antara tujuan pengenalan bil ini adalah untuk memansuhkan akta kilang dan jentera 1967 yang lama.\n\nDiharapkan dengan pengenalan bil baharu ini, dasar kesihatan dan keselamatan pekerjaan di Malaysia dapat menuju ke alaf baru dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai pekerja, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui akta-akta yang melindungi hak kita dalam aspek KKP.\n\nDitulis oleh Saudara Asmi Syamim, Pengamal Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Pelajar Sarjana Kejuruteraan Keselamatan Kebakaran." "Cuaca belakangan ini yang tidak menentu menyebabkan tiada siapa jangka Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain bakal mengalami banjir yang agak dahsyat.\u00a0\n\nPilu apabila melihat keadaan rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana ini sehingga mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Kereta-kereta marhain dan mewah, semuanya terkesan.\n\nTapi, ada juga min tengok satu video, kereta Myvi selamba redah air sebelah Mustang. Fuh! Memang king of the road betul! Jangan main-main dengan buatan Malaysia ya!\u00a0\n\nTapi, apa faktor yang menyumbang kepada keadaan ini? Jom kita tengok tiga faktor utama, ulasan Prof. Dr Fredolin Tangang yang merupakan Pengerusi Pusat Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ulasan ini telah dipetik daripada Berita Harian.\n\nMenurut Prof, terdapat tiga faktor utama yang mengakibatkan fenomena cuaca ekstrim dan menghasilkan hujan lebat dan banjir kilat di empat negeri khususnya Lembah Klang.\n\n1. Pantai Barat ketika ini mula memasuki musim peralihan monsun.\n\n2. Peralihan keadaan angin di bahagian atas semasa musim peralihan monsun serta fenomena La Nina yang masih aktif.\n\n3. Faktor perubahan iklim.\n\nKetiga-tiga ini sebenarnya berkait dan menjadi pendorong utama berlakunya banjir. Menurut Prof, banjir yang melanda Lembah Klang bukanlah mustahil berlaku kerana kebiasaannya hujan dan ribut petir akan terjadi pada musim peralihan monsun apabila sistem perolakan berlaku setelah peralihan keadaan angin di bahagian atas menjadi lemah, dan mungkin akan berterusan sehingga bulan Mei sebelum beralih ke Monsun Barat Daya.\n\n\u201c\u201dProses ini memerlukan haba diserap permukaan bumi dan terkumpul dari sebelah pagi hingga ke petang. Udara panas di sebelah petang akan mengembang dan menjadi lebih ringan serta teranjak ke atas bersama kelembapan tinggi yang menjana perolakan serta pembentukan awan, lalu menjana ribut petir dan hujan yang lebat. Ia juga memerlukan haba dan kelembapan,\u201d \n\nProf. Dr Fredolin Tangang\n\nSelain itu, fenomena La Nina yang masih aktif dan berkategori sederhana di bahagian tengah serta timur Lautan Pasifik turut memainkan peranan apabila keadaan ini menyebabkan penurunan suhu permukaan laut yang lebih rendah berbanding normal sehingga membawa kepada pengukuhan angin timuran yang bertiup ke rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pengukuhan ini telah meningkatkan kelembapan dan kebarangkalian berlakunya fenomena ribut petir dan hujan lebat semasa musim peralihan monsun.\n\nFaktor ketiga ialah faktor perubahan iklim disebabkan pemanasan global yang turut menyumbang kepada perubahan cuaca yang dahsyat apabila kejadian tersebut memperkukuhkan lagi kesan fenomena La Nina di Malaysia dengan meningkatkan jumlah kelembapan di udara akibat peningkatan suhu dunia.\n\nMenurut Prof, kajian di Kuala Lumpur telah menunjukkan bahawa kekerapan dan intensiti hujan ekstrim meningkat 30 peratus sejak 30 tahun lalu ini berkemungkinan besar disebabkan pemanasan global yang bukan sahaja meningkatkan haba, tetapi juga kelembapan diperlukan untuk pembentukan perolakan dan ribut petir.\n\nKalau kita lihat, ketiga-tiga faktor ini merupakan fenomena alam semula jadi. Tetapi, benarkah banjir yang dahsyat sekarang berlaku hanya semata-mata kerana ini?\n\nSebenarnya, banjir ini berlaku juga kerana tangan manusia. Prof. ada menyebut bahawa banjir ini berlaku bukan hanya kerana curahan hujan, tetapi disebabkan oleh infrastruktur yang tidak terancang dan sistem saliran lemah.\n\n\u201cBagaimanapun banjir mungkin juga dipengaruhi faktor lain, bukannya sekadar curahan hujan. Apabila hujan lebat melanda di lokasi yang pesat membangun dan tidak mempunyai infrastruktur terancang seperti sistem saliran lemah, tipikalnya banjir kilat akan berlaku,\u201d \n\nProf. Dr Fredolin Tangang\n\nMakanya, kita ingat kembali firman Allah SWT bermaksud:\n\n\u201cDan apa juga yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.\u201d (Surah ash-Shura, ayat 30)\n\nOleh itu, bencana ini sebenarnya sebuah teguran Allah kepada manusia. Bermuhasabahlah dan renungi hikmah-Nya.\n\nhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/931581/3-faktor-hujan-lebat-banjir-landa-negara" "Satu artikel yang menarik oleh Tim Oates daripada Cambridge Assessment membongkar beberapa kisah \u2013 kisah dongeng yang selalu digembar \u2013 gemburkan mengenai sistem pendidikan Finland.\n\nMenariknya, kisah \u2013 kisah dongeng ini menurut beliau sering datang daripada \u2018pelancong \u2013 pelancong pendidikan\u2019 yang datang melawat Finland, lihat apa yang mereka ingin lihat, tanpa mereka hiraukan masalah yang dialami oleh sistem pendidikan negara tersebut.\n\nSistem \u2013 sistem pendidikan Finland yang dikagumi oleh pelancong \u2013 pelancong luar ini termasuklah \u2018murid tiada komitmen berpusat\u2019, \u2018pelajaran berteraskan autonomi murid\u2019, waktu mula yang lewat, kurang kerja sekolah, murid kurang beban dan tanggungjawab, murid tak stres, kurangnya sistem peperiksaan.\n\nDi Finland juga selalu diceritakan tiada sekolah private, murid \u2013 murid juga tidak perlu memilih sekolah sendiri.\n\n\u2018Merepek\u2019 \u2013 ujar Tim Oates. Persaingan markah gred, peperiksaan \u2013 peperiksaan penting, pemilihan sekolah, semua ini ada, tapi tak selalu diceritakan oleh orang yang memuji \u2013 muji negara Finland.\n\nMenurut beliau lagi, suatu faktor yang mesti dinilai oleh semua orang adalah Finland, seperti mana negara berprestasi tinggi lain seperti Hongkong dan Singapura, adalah negara yang kecil. Semua negara ini jumlah populasi mereka adalah antara 5 \u2013 7 juta orang sahaja.\n\nMalah hakikatnya, prestasi pendidikan Finland sebenarnya semakin merosot. Menurut pengkaji Heller Sahlgren dari Centre for the Study of Market Reform of Education, \u2018sistem pendidikan ajaib\u2019 yang diguna pakai Finland inilah punca kejatuhannya.\n\nMenurut beliau, kehebatan pencapaian pendidikan Finland hakikatnya berlaku sebelum daripada kebanyakan polisi pendidikan Finland yang baru ini diperkenalkan. Setelahnya, barulah pencapaian mereka merosot.\n\n\u201cBukti \u2013 bukti baru menunjukkan kejayaan Finland dalam pendidikan adalah berpunca daripada faktor ekonomi, sejarah dan budaya dan bukan sistem pendidikan yang diguna pakai oleh negara tersebut\u201d ujar Heller.\n\nMungkin yang agak ironi adalah, melihat kepada kegagalan sistem pendidikan Finland, kini Asia pula yang menjadi sasaran lantaran kejayaan mereka.\n\nSeorang rakyat Finland yang belajar di Hong Kong, Hannamiina Tanninen dalam Tedtalk beliau menggariskan beberapa tindakan yang mesti diambil oleh pelajar Finland untuk kekal relevan (Pencapaian PISA Hong Kong lebih tinggi daripada Finland)\n\n1) Murid di Asia mula belajar lebih awal, mereka belajar lebih keras dan kerja lebih panjang.\n\n2) Sistem pendidikan Finland merendahkan piawai mereka untuk merangkumi murid yang lebih lemah. Sistem Asia Timur menghendaki semua murid berusaha mencapai piawai universal yang tinggi.\n\n3) Sistem pendidikan Asia Timur menyuruh murid bersaing untuk berjaya. Di Finland mereka tak suka bersaing.\n\n4) Sistem pendidikan Finland perlu sentiasa membuat pengajaran mereka seronok. Tapi menurut Hannamiina ini adalah satu masalah kerana pencapaian pendidikan mereka terpaksa pula menurut perasaan dan kehendak murid, bukan pencapaian objektif.\n\n5) Di Finland, mereka sering kali diajar \u201csudah cukup la tu, anda dah bagus\u201d. Tapi di Hong Kong Professor sentiasa menyuruhnya buat lebih baik, pergi lebih jauh.\n\nMenariknya, mungkin banyak daripada saranan ini sudah pun diamalkan dalam sistem pendidikan Malaysia.\n\nMaka, adakah boleh jadi ketika Malaysia sedang melihat untuk bermigrasi kepada sistem pendidikan Finland, Finland lambat laun mengadaptasi pula sistem pendidikan Malaysia / Asia? Jadi apakah sebenarnya solusi masalah sistem pendidikan kita?\n\n*Ramai kata guru di Finland adalah terbaik di dunia. Admin mungkin susah nak percaya apabila pengalaman guru di Malaysia, mereka sanggup mengajar sehingga 1 pagi atas pengorbanan sendiri.\n\nSumber:1)\u00a0https://www.cambridgeassessment.org.uk/./207376-finnish-fai.2)\u00a0https://cps.org.uk/./real-finnish-lessons-the-true-story-o./3)\u00a0https://bigthink.com/t./finland-education-system-criticisms/" "Tular di laman sosial Twitter mengenai fenomena Aurora atau cahaya indah di langit yang dikatakan bakal berlaku pada malam semalam (14 Mac). Ciapan daripada pengguna twitter tersebut memetik sumber daripada akhbar Kosmo bahawa ribut matahari bakal melanda Bumi pada hari yang sama, yang bakal mengakibatkan berlakunya fenomena Aurora.\n\nBenarkah dakwaan tersebut?\n\nAurora merupakan fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, dan selalunya berlaku di kawasan berhampiran kutub Bumi (samada Kutub Utara atau Kutub Selatan). Aurora selalunya menjadi tarikan pelancongan, kerana fenomena Aurora pada waktu malam memancarkan keindahan yang tersendiri, lebih-lebih lagi apabila langit malam yang gelap dihiasi dengan cahaya berwarna warni.\n\nAurora boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu Aurora Borealis atau Cahaya Utara (Teja Utara), dan juga Aurora Australis atau Cahaya Selatan (Teja Selatan). Nama bagi aurora ini diberi berdasarkan kutub yang berhampiran dengan tempat fenomena itu terjadi.\n\nFenomena Aurora terhasil apabila terdapat dua benda, iaitu cas yang bergerak di angkasa, serta medan magnet bagi sesuatu planet.\n\nMengambil contoh mudah (iaitu planet Bumi), fenomena Aurora boleh terjadi apabila Matahari mengeluarkan zarah bercas. Zarah bercas ini akan memiliki tenaga yang tinggi, dan akan bergerak ke Bumi (contoh).\n\nApabila zarah bercas ini menghampiri Bumi, lapisan perlindungan Bumi yang pertama akan berfungsi. Zarah-zarah bercas dengan tenaga tinggi ini akan bertembung dengan Medan Magnet Bumi, dan zarah bercas tadi akan kehilangan tenaga mereka dan kemudiannya bergerak mengikut medan magnet Bumi, menuju ke bahagian Kutub Bumi (sama ada Kutub Utara atau Kutub Selatan).\n\nSetelah bergerak masuk ke lapisan atmosfera Bumi, zarah tercas akan mula berinteraksi dengan molekul yang berada di lapisan atmosfera Bumi.\n\nJusteru, warna yang terhasil adalah bersandarkan komposisi atmosfera Bumi serta interaksi kimia di kawasan tersebut pada waktu itu. Sebagai contoh, ada sesetengah Aurora berwarna merah yang terhasil kerana interaksi antara molekul nitrogen, manakala warna hijau terjadi kerana interaksi antara molekul oksigen di udara.\n\nMereka bercahaya kerana mereka masih mempunyai tenaga yang tinggi, meskipun ketika sudah memasuki atmosfera Bumi. Cahaya yang terlihat adalah manifestasi saki-baki tenaga yang dimiliki oleh cas-cas yang bergerak dari Matahari tadi.\n\nJawapan mudah: Harapnya tak boleh.\n\nMeskipun Aurora merupakan fenomena alam yang cantik. namun kita kena ingat yang Aurora merupakan hasil daripada \u201cRibut Suria\u201d. Bagi membentuk Aurora di Malaysia, Aurora perlu bergerak jauh \u2013 dari Kutub Utara, melangkaui hampir separuh Bumi, sebelum sampai ke Malaysia.\n\nSekarang bayangkan, kalau Ribut Suria tersebut mampu menghasilkan Aurora yang mampu sampai ke Malaysia, bukankah itu maknanya Ribut Suria itu teramat kuat tenaganya?\n\nSekiranya Aurora mampu sampai ke Malaysia dan garisan khatulistiwa, secara amnya, demikian merupakan petanda yang buruk.\n\nRibut Suria yang amat besar perlu menghentam Bumi untuk membolehkan Aurora sampai ke Malaysia, dan sekiranya Ribut Suria yang amat besar tenaganya menghentam Bumi, sebenarnya akan memberi kesan kepada sistem satelit di Bumi. Satu lagi kesan ketara daripada Ribut Suria yang kuat adalah akan terhasilnya arus teraruh (induced current) akibat daripada fluks magnet yang dibawa oleh Ribut Suria tersebut. Arus teraruh ini akan mengganggu sistem grid kuasa (macam yang dikawal oleh TNB).\n\nOleh itu, bersyukurlah kalau kita di Malaysia tak nampak Aurora!\n\nhttps://twitter.com/kuhaf/status/1503256599648907265\n\n\u201cRibut Matahari diramal landa Bumi esok\u201d, KOSMO! (Mac 2022). https://www.kosmo.com.my/2022/03/13/ribut-matahari-diramal-landa-bumi-esok/\n\n\u201cNorthern lights (aurora borealis): What they are & how to see them\u201d, Space.com (Mac 2022). https://www.space.com/15139-northern-lights-auroras-earth-facts-sdcmp.html\n\n\u201cSpace Weather Prediction Center, National Oceanic and Atmospheric Administration\u201d, (Mac 2022). https://www.swpc.noaa.gov/products/alerts-watches-and-warnings" "Sejak dahulu lagi, ilmu matematik dipertikaikan punca kewujudannya. Terdapat dua kemungkinan faktor wujudnya pertikaian ini.\n\nPertama, tahap kesukarannya menyebabkan orang ramai mencari punca dan kegunaannya dalam kehidupan.\n\nKedua, tahap keindahan dan kehebatannya menyebabkan sesetengah manusia mencari punca atas dasar kekaguman.\n\nZaman sekarang, pertikaian ini tidak hanya berlegar di kalangan rakyat Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain, malah mungkin sehingga melibatkan seluruh dunia.\n\nDi era pemerkasaan STEM dan IR 4.0, segelintir manusia masih mempertikai dua persoalan asas mengenai ilmu Matematik yang menjadi salah satu ilmu wajib dalam pembelajaran STEM dan IR 4.0.\n\n\u201cDari mana Matematik datang?\u201d dan \u201cApa itu matematik?\u201d\n\nDalam satu artikel di laman web https://theconversation.com/au/technology, bertajuk \u201cPythagoras\u2019revenge : humans didn\u2019t invent mathematics, it\u2019s what the world is made of.\u201d, penulis yang merupakan Associate Professor di Australian Catholic University menyebut bahawa kebanyakan manusia menganggap matematik ini merupakan invensi manusia, seperti satu bahasa yang mungkin mentakrifkan alam nyata, tetapi, tidak wujud di luar pemikiran orang yang menggunakannya. Kemudian, beliau menyatakan bahawa matematik merupakan komponen penting alam semula jadi yang memberi struktur kepada dunia fizikal berdasarkan dua pembuktian kejadian alam.\n\nSarang lebah berbentuk heksagon\n\nMengikut konjektur \u201choneycomb\u201d dalam matematik, bentuk heksagon merupakan bentuk paling efisien untuk memenuhi setiap ruang secara maksimum dengan mengekalkan jumlah panjang perimeter pada tahap minimum.\n\nMaka, lebah dikatakan berevolusi menggunakan bentuk ini untuk menghasilkan ruang terbesar bagi menyimpan madu.\n\nSerangga Cicadas dan nombor perdana\n\nTerdapat dua subspesies serangga cicadas di Utara Amerika yang hidup di tanah hampir sepanjang hayat mereka. Kemudian, setiap 13 dan 17 tahun, serangga ini muncul dalam kawanan besar untuk tempoh sekitar dua minggu. Hal ini telah menimbulkan persoalan mengapa 13 dan 17 yang dipilih. Hujahnya adalah kerana serangga ini memilih selang tahun dengan nombor perdana, besar kemungkinan kerana ingin mengelak daripada bertemu pemangsa yang hidup dengan kitaran hidup berbeza panjang tempohnya dan tidak akan keluar pada setiap 13 dan 17 tahun.\n\nDaripada contoh-contoh ini, penulis menyatakan bahawa matematik bukanlah ciptaan manusia kerana banyak perkara sekeliling kita dapat dijelaskan secara matematik. Sebenarnya, fakta matematik hanyalah ditemui, bukan oleh manusia semata-mata, tetapi juga oleh serangga, enjin dan planet.\n\nBeliau kemudiannya menerangkan gagasan Plato perihal ini yang menganggap bahawa objek termasuk nombor dan bentuk geometri benar-benar wujud di dunia dan di luar ruang dan masa. Hal ini kerana sekiranya matematik wujud di alam selain dunia yang kita diami, objek tersebut tidak mampu untuk dikaitkan secara fizikal. Gagasan ini turut dipersetujui oleh pengikut Pitagoras, tetapi sedikit berbeza apabila mereka tidak menganggap bahawa objek matematik ini wujud di luar ruang dan masa. Malah, mereka mempercayai bahawa objek matematik tercipta sama seperti penciptaan atom. Rentetan beberapa pembahasan, penulis akhirnya menyimpulkan bahawa objek matematik menyediakan rangka kerja struktur untuk dunia fizikal.\n\nLalu, bagaimana pula tanggapan ilmuwan Islam? Bukankah ilmu ini turut merentasi tamadun Arab suatu ketika dahulu sehingga terlahirnya beberapa nama besar yang memberi sumbangan dalam penemuan-penemuan konsep matematik seperti Al-Khawarizmi dan Omar Khayyam.\n\nBagi menjawab persoalan ini, hakikatnya adalah tidak mudah kerana berkait rapat dengan kefahaman falsafah, epistemologi, mantik dan bahasa. Oleh sebab itu, terlahirnya empat mazhab pemikiran yang membahaskan perihal ilmu ini, iaitu logikisme, formalism, intuisisme dan kuhnisme. Fahaman inilah yang mendasari ajaran para ilmuan dan pendidik dalam menyampaikan dan mempelajari ilmu Matematik.\n\nDi akhir perbahasan, paradigma ilmu ini akan dikembalikan kepada kebenaran Al-Quran oleh para ilmuwan Islam.\n\nKita boleh bersetuju bahawa ilmu Matematik bukan ilmu manusia. Tetapi, kita tidak bersetuju untuk menyatakannya sebagai ilmu sedia ada. Sebagai seorang Muslim, kepercayaan dan pegangan kita melebihi batasan itu bahawa sesungguhnya ada kuasa Yang Maha Besar atas segalanya. Secara umumnya, semua yang diciptakan Allah ada aturan dan ketetapan tersendiri. Aturan dan ketetapan inilah yang kemudiannya dipelajari, dikaji dan diambil hikmahnya oleh manusia.\n\n\u201cDan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar mengingkari pertemuan dengan Tuhannya.\u201d- Surah Ar-Rum ayat 8.\n\nRUJUKAN : https://scitechdaily.com/pythagoras-revenge-humans-didnt-invent-mathematics-its-what-the-physical-world-is-made-of/" "Sebagai umat Islam, kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber utama rujukan kehidupan. Daripada sekecil-kecil perkara, sehinggalah sebesar-besar perkara, pasti ada petunjuk daripada Allah menerusi sumber ini. Oleh sebab itulah, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :\n\n\u201cAku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur\u2019an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).\u201d (Hadis Riwayat Imam Malik)\n\nCatatan sejarah menceritakan kepada kita bagaimana ilmuwan Islam terdahulu mempunyai ilmu yang komprehensif dan mantap dalam pelbagai bidang melebihi tamadun-tamadun yang lain biarpun pada peringkat awal, ilmu-ilmu tersebut diserap daripada tamadun-tamadun terdahulu seperti tamadun Yunani dan tamadun Rom. Berinspirasikan daripada Al-Quran sebagai pusat kegiatan ilmu, penerokaan-penerokaan baharu telah dijalankan dan pelbagai penyelidikan baharu telah terhasil.\n\nHal ini turut mendapat perhatian cendekiawan-cendekiawan Negara bukan Islam yang mengakui bahawa terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang mempunyai perkaitan dengan ilmu-ilmu sains seperti proses kejadian manusia, bumi, langit, tumbuhan, haiwan dan lain-lain.\n\nTahukah anda, penerangan konsep matematik tidak terkecuali daripada petunjuk sumber ini. Saya yakin, sudah ramai yang mengkhatam Al-Quran berkali-kali sepanjang hidupnya sehingga ke hari ini dan menyedari bahawa terdapat kalam Allah yang menerangkan tentang ilmu ini.\n\nDaripada satu jurnal Sains dan Matematik yang dikeluarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia bertajuk \u201cPendidikan dan Penyelidikan Matematik Berinspirasikan Al-Quran\u201d, jom kita cuba lihat beberapa bukti yang telah ditunjukkan.\n\nAritmetik merupakan cabang ilmu matematik yang melibatkan nombor, manakala aljabar ialah cabang ilmu nombor yang tujuan penulisan asalnya mengikut al-Khawarizmi adalah untuk menyediakan satu perkaedahan rapi dalam masalah nilai anu disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat harian dalam permasalahan wasiat, pusaka, mua\u2019malat dan mutarahat (perbahasan berbentuk soal jawab masalah). Al-Khawarizmi telah menyebut bahawa aljabar merupakan ilmu untuk masyarakat. Dalam menemukan penyelesaian ini, beberapa ayat al-Quran telah dijadikan rujukan. Antaranya, surah an-Nisaa (4:11-12) bagi menentukan kadar pembahagian harta pusaka setiap waris.\n\nSelain itu, istilah-istilah berkaitan perhitungan seperti \u2018nombor-nombor\u2019 dalam surah Yusuf (12:43), \u2018per\u2019 bagi pecahan dan perpuluhan dalam surah Saba\u2019 (34:45), \u2018kali ganda\u2019 dalam surah al-An\u2019am (6:160), \u2018lebih\u2019, \u2018kurang\u2019 dan pelbagai lagi istilah matematik yang lain.\n\nLogik merupakan salah satu elemen penting dalam memberi hujah saintifik yang mempengaruhi perkembangan ilmu-ilmu sains dan matematik hingga kini, termasuklah dalam bidang perkomputeran. Dalam bahasa tamadun terdahulu, logik ini disebut sebagai mantik dan menjadi aspek penting dalam menzahirkan kebenaran dan menolak kepalsuan. Prof. Mat Rofa menerangkan hasil penemuannya berkenaan mantik dalam buku \u2018Mantik, Matematik dan Budaya Ilmu\u2019 bahawa mantik membimbing kaedah berfikir secara bersistem dan membuat penaakulan dan penghujahan yang sahih seperti contoh yang sering dikemukakan, \u201cAlam berubah, setiap yang berubah adalah baharu, maka alam adalah baharu.\u201d\n\nMenerusi surah Al-Imran (3:185) yang membawa maksud, \u201dSetiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian.\u201d, cendekiawan Islam seperti al-Kindi dan al-Khawarizmi telah mendapat ilham untuk membuktikan satu teori matematik. Selaras dengan penggunaan matematik yang lebih moden, pernyataan logik \u2018jika\u2019 dan \u2018maka\u2019 menjadi asas kepada pembuktian teorem-teorem matematik dalam pelbagai bentuk permasalahan.\n\nPermodelan matematik boleh ditakrifkan sebagai prosedur untuk mengkaji keadaan atau fizikal sesuatu sistem atau peristiwa dengan menganalisis data-data berkaitan menggunakan kaedah-kaedah matematik yang tertentu.\n\nDalam al-Quran, konsep permodelan matematik dapat diperhatikan melalui penggunaan secara tidak langsung nombor-nombor untuk mewakili sesuatu objek atau peristiwa. Seperti satu kajian yang menyebut bahawa penelitian secara terperinci akan Surah al-Qadr akan mendapati surah tersebut terbina dengan 114 huruf dan 30 patah perkataan mewakilkan sebahagian ciri-ciri al-Quran itu sendiri yang mempunyai 30 juzuk dan 114 surah berpadanan dengan sebab penurunan dan isi kandungan surah tersebut. Dalam satu kajian yang lain menyebut bahawa perkataan yang bermaksud bulan dan hari masing-masing diulang sebanyak 12 dan 365 kali dalam ayat-ayat al-Quran bertepatan dengan ukuran bulan dan hari secara umum dalam kalendar-kalendar manusia.\n\nDalam surah Yasin (36:36), Allah menyebut bahawa makhluk dicipta secara berpasangan. Hal ini juga terpakai pada nombor sepertimana yang ditunjukkan pada jujukan Fibonacci yang telah digunakan secara meluas dalam teori nombor, serta dijadikan sebagai satu kaedah pelaburan ahli-ahli ekonomi. Selain itu, konsep pasangan tertib bagi sesuatu nombor telah diperkenalkan untuk mewakilkan unsur-unsur dalam sesuatu set secara tersusun yang mana menjadi konsep penting dalam geometri, teori graf, dan juga permasalahan dalam bidang kejuruteraan.\n\nTerdapat firman Allah S.W.T yang menerangkan konsep songsangan secara tidak langsung dalam menerangkan penciptaan alam semesta dan hukum hakam. Sebagai contoh, surah al-A\u2019raf (7:8-9) menyatakan ciri orang yang berjaya dan gagal. Selain itu, penciptaan pasangan malam-siang dalam surah al-Israa\u2019 (17:12), langit-bumi dalam surah al-Anbiyaa\u2019 (21:30) dan syurga-neraka dalam surah al-Imran (3:131-133).\n\nKita mengetahui bahawa bahasa Al-Quran ini adalah tidak mudah untuk ditafsir secara terus dan memerlukan kepada bacaan tafsiran yang lebih mendalam oleh ulama\u2019-ulama\u2019 Islam yang diiktiraf ilmunya. Malah, peranan hadis juga adalah untuk menghuraikan secara terperinci tentang apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran. Oleh yang demikian, amalan mentadabbur selepas membaca Al-Quran amatlah diperlukan bagi memahami makna tersirat setiap ayat Allah dengan lebih mendalam.\n\nPenerangan-penerangan di atas telah dibuat oleh pengkaji dalam jurnal ini secara umum dan hanya dibahaskan secara ringan perkaitannya setelah pengkaji membaca beberapa kajian lain dengan mendalam. Kita dapat lihat beberapa contoh bagaimana Allah menerangkan konsep matematik dalam Al-Quran dan dijadikan panduan para cendekiawan terdahulu sehinggalah kini untuk menyelesaikan permasalahan manusia.\n\nUntuk mengetahui lanjut tentang konsep matematik dalam mukjizat mulia ini, tadabburlah ayat-ayat al-Quran dengan sedalamnya menerusi bacaan-bacaan tafsir oleh ulama\u2019 muktabar. Beberapa hari lagi nak masuk Ramadan, eloklah kita ambil semangat di bulan Syaaban ini untuk memulakan momentum dan konsistensi membaca dan mentadabbur ayat al-Quran dengan sebaiknya." "Berikutan isu kenaikan harga minyak, dua orang pensyarah dari Universiti Teknologi Sydney berkongsi lima tips untuk membuatkan minyak kereta dapat bertahan lama. Perkongsian ini telah dilakukan menerusi satu artikel di laman web The Conversation.\n\nJom kita tengok tips yang dikongsikan.\n\nSeperti satu peraturan am menyatakan, semakin besar dan berat kereta anda, semakin banyak tenaga dan minyak digunakan untuk setiap kilometer. Oleh demikian, kereta yang kecil sudah pasti mengurangkan kos minyak anda.\n\nTerdapat juga kajian yang menyatakan bahawa untuk setiap pertambahan berat kenderaan sebanyak 100 kg, maka penggunaan bahan api akan meningkat kira-kira 5% hingga 7% untuk kereta bersaiz sederhana. Biarpun menggunakan kereta yang kecil, adalah lebih baik mengurangkan bebanan dalam dan elakkan memandu kenderaan anda dengan berat yang berlebihan.\n\nTeknik pemanduan juga memainkan peranan penting dalam keadaan ini. Eco-driving melibatkan kesedaran anda untuk mengambil kira setiap penggunaan bahan api dan mengambil tindakan untuk mengurangkannya.\n\nSetiap kali anda berhenti, anda akan memecut mengikut kelajuan yang diinginkan. Maka, pecutan itu memerlukan banyak tenaga dan bahan api. Untuk menjimatkan minyak, anda perlu pandu dengan lancar tanpa terus memecut. Anda perlu sedar akan keadaan lalu-lintas untuk bijak mengawal kelajuan kenderaan serta tidak menekan brek sekiranya tidak perlu.\n\nTerdapat juga keadaan minoriti iaitu bagi empunya kereta manual, memerlukan kepada pemanduan dengan gear yang tinggi bagi mengurangkan bebanan enjin dan penggunaan minyak. Tetapi, sekiranya anda ialah pemandu kenderaan auto, gunakan \u2018eco setting\u2019 sekiranya ada.\n\nSekiranya kereta sedang berhenti atau diparkir, matikan enjin. Sebuah kereta kecil kebiasaannya menggunakan satu liter minyak per jam ketika dalam keadaan tersebut, yang mana menghampiri dua liter per jam bagi sebuah kereta SUV bersaiz besar.\n\nPenggunaan penyaman udara akan menambahkan antara 4% dan 8% daripada penggunaan keseluruhan bahan api. Pengunaan kipas lebih menjimatkan, atau terus mendapatkan angin daripada luar ketika pemanduan.\n\nHal ini juga dapat memastikan tayar anda kembung dan menjimatkan penggunaan bahan api antara 2% dan 4%.\n\nDaripada lima tips ni, mungkin terdapat beberapa yang dapat diaplikasikan. Semoga bermanfaat dan selamat beramal! \n\nSekiranya anda ingin membaca lanjut penulisan ini, anda boleh rujuk sini ya.\n\nhttps://theconversation.com/5-tips-to-make-your-fuel-tank-last-longer-while-prices-are-high-180134" "UMT terus mengungguli kajian-kajian sains marin setelah sekumpulan pengkaji berjaya mengusahakan pembenihan karang (Coral Seeding Effort) dengan menghasilkan sebanyak 600,000 benih di Pulau Bidong baru-baru ini.\n\nMenurut seorang pengkaji UMT, Associate Professor Dr Tan Chun Hong menyatakan bahawa dapatan ini merupakan kejayaan pertama di Malaysia. Kajian yang sama turut dijalankan oleh pengkaji-pengkaji sains marin di serata dunia, seperti di Australia dan Pulau Carribbean.\n\nProses ini memerlukan sepasang batu karang yang matang untuk bertelur. Batu karang ini dikeluarkan daripada laut untuk menjalankan proses persenyawaan ex-situ. Tiga pasang batu karang spesies acropora gemmifera telah berjaya menghasilkan 600,000 benih dengan mengambil masa selama lima hari.\n\nDr Tan menyatakan harapannya agar kejayaan ini menjadi pemangkin pemulihan terumbu karang pada masa hadapan memandangkan kadar kelangsungan hidup bagi larva karang yang terhasil secara semulajadi adalah sangat rendah. Hal ini kerana kebiasaannya mereka akan dimakan oleh ikan atau dibawa arus ke pantai sebelum sempat menjalani fasa akhir proses metamorfosis, iaitu proses perubahan struktur fizikal si anak untuk menjadi matang dan dewasa.\n\nMaka, Seeding Effort ini amat diharapkan dapat memulihkan saiz populasi karang di Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa kajian ini memerlukan tenaga dan kos yang tinggi. Maka, sukarelawan dan pihak yang sanggup memberi sumbangan dan tajaan adalah sangat diperlukan bagi memastikan kesinambungan usaha ini di Malaysia.\n\nSemoga kepentingan usaha ini mendapat perhatian pihak kerajaan dan pihak berkaitan untuk memastikan ekosistem marin di Malaysia terus terpelihara. Sesungguhnya terumbu karang ini bukan sekadar penghias lautan, tetapi berfungi untuk menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan bumi kita.\n\nAkhir sekali, tahniah UMT!\n\nSumber : Bernama" "Terbaru, Bernama telah melaporkan kejayaan Prof Madya Dr Zahiraniza Mustaffa dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang meraih Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Pengajaran (Kelompok Kejuruteraan) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan tertinggi Negara kepada cendekiawan Malaysia yang komited memberi sumbangan besar dalam penemuan-penemuan serta pembangunan ilmu untuk Negara.\n\nAnugerah ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam Anugerah Akademik Negara ke-14 baru-baru ini.\n\nProf Madya Dr Zahiraniza Mustaffa begitu berbesar hati menerima anugerah ini dan menceritakan pengalaman beliau dalam bidang pengajaran sejak 10 tahun lepas serta sokongan pengurusan UTP dan bahagian akademik yang terus membimbing beliau dalam kerjaya dan pembangunan diri.\n\nMenerusi bual bicara bersama wakil Bernama, beliau menceritakan perihal UTP sebagai sebuah institusi yang begitu menyokong kakitangannya dalam pelbagai cara. Justeru, menjadi aspirasi beliau untuk meletakkan universiti tersebut setanding dengan institusi lain dalam mengetengahkan usaha yang dilakukan oleh Petronas dan UTP untuk pembangunan manusia.\n\nSelain itu, kejayaan meraih anugerah ini juga menjadi medium untuk beliau menyebarkan fahaman dan aspirasi keguruan dalam mendidik generasi muda dengan pendekatan pedagogi yang betul, bukan sahaja menekankan kepada kecekapan teknikal tetapi juga keupayaan untuk mereka berfikir secara rasional dalam membuat keputusan kejuruteraan. Langkah ini diharapkan dapat melahirkan ramai jurutera yang berperikemanusiaan.\n\nTahniah Prof Madya Dr Zahiraniza Mustaffa! Tahniah UTP! \n\nJutaan tahniah juga diucapkan kepada semua ahli akademik penerima anugerah dalam Anugerah Akademik Negara ke-14. Semoga lebih ramai cendekiawan berkualiti dilahirkan oleh institusi-institusi pengajian di Malaysia demi pembangunan manusia dan peradaban Negara.\n\nSumber : Berita Bernama." "Bagi memahami bagaimana bangkai penguin mereput ketika cuaca ekstrem Antartika, Dr. Heo Chong Chin, pakar entomologi forensik dari Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA telah menyertai satu ekspedisi tajaan Yayasan Penyelidikan Antartik Sultan Mizan (YPASM) untuk Stesen King Sejong (stesen penyelidikan Antartika milik kerajaan Korea Selatan), Semenanjung Barton, Pulau King George, Antartika pada 16 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020. Perjalanan ini bermula dari Kuala Lumpur, kemudian Punta Arenas (sebuah bandar di wilayah paling selatan Chile) dan akhirnya ke Semenanjung Antartika, iaitu menghampiri 1,000 km dari benua Amerika Selatan.\n\nSemasa ekspedisi itu, Dr. Heo telah melawat koloni penguin di ASPA 171 (Kawasan Perlindungan Khas Antartika 171) dan beliau telah mengumpul sampel bangkai-bangkai penguin termasuklah swab, tanah, dan tulang-tulang penguin. Tujuan pengumpulan sampel-sampel ini adalah untuk penganalisaan mikrobiologi (bakteria, kulat, protozoa, virus), kimia tanah, dan kajian ketumpatan tulang.\n\nPenyelidikan kolaboratif inter-disiplin ini telah melibatkan penyelidik-penyelidik merentas jabatan dan universiti yang berbeza di negara ini. Penyelidik bersama dalam projek ini ialah Prof. Dr. Jamal Hussaini (ahli mikrobiologi perubatan, Fakulti Perubatan, UiTM), En. Mohd Hafizi Mahmud (juru radiografi perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, UiTM), Dr. Lucas Low Van Lun (pakar genetik, Pusat Penyelidikan dan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya) dan Dr. Siti Sofo Ismail (ahli kimia tanah, Jabatan Sains Kimia, Universiti Malaysia Terengganu). Seorang pelajar doktor falsafah turut diambil bersama menerusi projek ini dan ketika ini sedang menganalisis keputusan-keputusan daripada sampel-sampel biologi tersebut.\n\nMatlamat utama penyelidikan ini adalah untuk memahami bagaimana bangkai penguin terurai dalam persekitaran Antartika. Pasukan penyelidik bertekad untuk mengenal pasti jenis bakteria dan arthropoda (e.i. nekrobiom) yang terlibat dalam proses penguraian bangkai penguin, apakah perubahan yang berlaku kepada nutrient tanah (e.g., nitrat, fosfat, ammonium, dll) di bawah bangkai penguin, dan bagaimana ketumpatan tulang penguin berubah dari semasa ke semasa di Antartika. Persoalan kajian ini amat penting dalam memahami bagaimana kitaran nutrien berlaku dalam persekitaran yang ekstrem di Antartika. Banyak planet lain (e.g., Marikh) mungkin mempunyai keadaan yang agak serupa seperti Antartika (i.e., suhu sejuk dan kering). Oleh itu, Antartika merupakan makmal semula jadi yang ideal untuk kajian simulasi lapangan tentang planet-planet lain dalam sistem suria kita.\n\nSepanjang tiga minggu kerja lapangan, sebanyak 25 bangkai penguin telah dikesan oleh Dr. Heo dan telah dibawa pulang ke Malaysia. Pada masa ini, sampel-sampel itu disimpan di Institut Bioteknologi Molekul dan Perubatan (IMMB), Fakulti Perubatan, UiTM kampus Sungai Buloh. Bangkai penguin terdiri daripada dua spesies iaitu penguin Gentoo (Pygoscelis papua) dan penguin Chinstrap (Pygoscelis antarticus). Terdapat dua peringkat penguraian penguin telah perhatikan:- peringkat segar dan peringkat kering/ peringkat kekal. Kebanyakan bangkai penguin ialah penguin dewasa diikuti oleh anak penguin. Punca kematian penguin yang utamanya disebabkan pemangsa semulajadi mereka seperti skua, petrel gergasi, dan anjing laut.\n\nDr. Heo sangat berterima kasih kepada Ketua Stesen King Sejong, Dr. Hung Jung-Kuk, dan rakan kerjasamanya, Dr. Lee Won Young (seorang penyelidik berkenaan penguin) atas bantuan dan layanan yang diberikan sepanjang penginapan. Tindakan seterusnya adalah untuk membina hubungan kerjasama yang lebih erat dalam penyelidikan saintifik antara Malaysia dan Korea Polar Research Institute (KOPRI). Dr. Heo dan rakan-rakan penyelidiknya menghargai peluang yang diberikan oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) untuk menjalankan kajian di Antartika dan besar harapan semoga hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada manusia dan komuniti saintifik secara amnya.\n\nDR. HEO CHONG CHIN\n\nPAKAR ENTOMOLOGI FORENSIK FAKULTI PERUBATAN,\n\nUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)" "Di Malaysia, topik Teori Graf masih belum diperkenalkan di peringkat sekolah sehinggalah pada tahun 2020. Rangkaian dalam Teori Graf telah dimasukkan sebagai satu topik dalam silibus Matematik KSSM Tingkatan 4 bawah bidang pembelajaran sukatan dan geometri.\n\nSaya agak terkejut apabila satu topik yang baru saya belajar di peringkat Ijazah dalam bidang Matematik dahulu, sudah diperkenalkan pada adik-adik di peringkat sekolah sekarang. Sewaktu peringkat ijazah itupun, subjek ini diambil mengikut pilihan pelajar dan bukannya satu keperluan.\n\nMantap adik-adik sekarang. Advanced! Adalah satu kelebihan apabila adik-adik diperkenalkan kepada topik ini dengan lebih awal sebenarnya.\n\nBagi adik-adik sesi persekolahan tahun 2020 dan 2021, mesti tertanya-tanya jugakan, \u201cApa itu Teori Graf?\u201d \u201cKenapa perlu belajar?\u201d, \u201cAla, pasal garis dan bucu saja.\u201d Kan? Ke tak? Haha (gelak hambar).\n\nSebenarnya, di sebalik topik ini, terdapat satu sejarah yang panjang dan menarik tentang bagaimana terhasilnya topik atau cabang ini dalam Matematik. Daripada satu masalah, kemudian penyelesaiannya telah menjadi solusi yang diaplikasikan dalam kehidupan manusia dalam pelbagai perkara sehinggalah ke saat ini.\n\nSejarah terciptanya Teori Graf tercatat pada kurun ke-18 apabila Sir Leonhard Euler mengkaji tentang satu masalah yang berlaku di tapak rekreasi Konigsberg, bandar Prussia. Masalah ini terkenal dengan nama \u2018K\u00f6nigsberg Bridge Problem\u2019.\n\nDiceritakan bahawa masyarakat di situ sering memanfaatkan masa petang mereka dengan bersiar-siar sekitar bandar mereka yang cantik. Bandar ini mempunyai empat kawasan yang dipisahkan dengan sungai Pregel. Kawasan-kawasan ini dihubungkan dengan tujuh jambatan; \u2018Blacksmith\u2019s bridge\u2019, \u2018Connecting bridge\u2019, \u2018High bridge\u2019, \u2018Green bridge\u2019, \u2018Honey bridge\u2019, \u2018Merchant\u2019s bridge\u2019, dan \u2018Wooden bridge\u2019.\n\nMasalah yang ditimbulkan oleh masyarakat ketika itu ialah, boleh ke untuk mereka bermula di mana-mana antara empat kawasan itu, kemudian melalui setiap jambatan sebanyak sekali sahaja dan kembali ke titik asal?\n\nKemudiannya, masalah ini disampaikan kepada Euler. Mengikut pengkaji, bagaimana Euler mengetahui permasalahan ini pada awalnya tidak diketahui dengan tepat. Tetapi, mereka menemui beberapa surat daripada koleksi arkib di Akademi Sains St Petersburg yang menunjukkan beberapa bukti perbincangan mengenai permasalahan ini antara Euler dan Kuhn, seorang profesor Matematik tempatan, dan komunikasi tersebut dibantu oleh seorang orang tengah iaitu Ehler, yang merupakan Datuk Bandar ketika itu.\n\nPada tahun 1735, dikatakan bahawa Euler membentangkan solusi kepada masalah ini dengan pernyataan masalah berikut : \u201cApa sahaja penyusunan dan pembahagian sungai tersebut, dan berapa pun jambatan yang digunakan, boleh ke seseorang melalui setiap satu jambatan hanya sekali sahaja?\u201d\n\nPada tahun 1736, Euler menulis solusinya dalam satu kertas bertajuk \u2018Solutio problematis ad geometriam situs pertinentis\u2019 dan rajah di bawah telah muncul dalam kertas tersebut.\n\nMengikut catatan satu kajian, biarpun kertas ini bertarikh pada tahun 1736, tetapi belum diterbitkan sehinggalah tahun 1741, yang kemudiannya dikeluarkan semula dalam edisi terbaru yang baru muncul pada tahun 1752.\n\nDalam menyelesaikan masalah ini, Euler mempercayai bahawa wujudnya kaitan dengan geometri. Tetapi, geometri yang dimaksudkan bukanlah konsep yang telah ditemui dan diperkenalkan ketika zamannya yang melibatkan ukuran dan pengiraan. Tetapi, Euler mengaitkan masalah ini dengan konsep geometri yang pernah disebut oleh Leibniz, iaitu \u2018Geometry of Position\u2019.\n\nDalam kertasnya itu, Euler menyebut bahawa bidang ini hanyalah melibatkan penentuan posisi dan ciri-ciri, tanpa melibatkan jarak, mahupun sebarang pengiraan. Kemudian, Euler telah mengeluarkan teorem yng membawa kepada cabang Teori Graf.\n\nSecara asasnya, cabang ini mengajar kita mengenai sebuah graf yang terdiri daripada set bucu (atau nod) yang terhingga dan satu set garis tepi. Setiap garis tepi mempunyai satu atau dua bucu yang dikaitkan dengannya, dipanggilnya titik akhir(endpoint). Garis tepi itu menghubungkan titik-titik akhirnya.\n\nKurang lebih seratus tahun setelah lahirnya tulisan Euler, tidak berlaku sebarang perkembangan pada teori graf sehinggalah pada tahun 1874, G.R. Kirchoff dikatakan berhasil mengembangkan teori pohon yang digunakan dalam persoalan jaringan listrik. Sepuluh tahun kemudian, A. Coyley menggunakan konsep pohon ini untuk menjelaskn permasalahan kimia yang melibatkan hidrokarbon.\n\nPada tahun 1859, teori graf dikaitkan dengan sebuah permainan yang memerlukan kepada pencarian laluan melalui sisi-sisi dari dodecahedron sehingga tiap kota dari 20 kota terkenal dunia yang ada dapat dilalui tepat hanya satu kali. Namun, tiada seorangpun yang berjaya menyelesaikannya.\n\nPada tahun 1920, hasil-hasil pemikiran para ahli matematik tentang teori graf telah dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1936. Buku ini dianggap sebagai buku pertama tentang cabang ilmu matematik ini.\n\nKemudian, penggunaan teori graf ini terus berkembang dalam permasalahan yang melibatkan jaringan dan titik-titik yang disambungkan. Sejumlah besar kajian telah dijalankan, ribuan artikel telah diterbitkan dan buku-buku mengenai teori graf juga sudah banyak di pasaran berikutan perkembangan semasa yang memperlihatkan kegunaan cabang ini amat penting dalam pembangunan Negara seperti industri digital dan pengangkutan.\n\nFuh! Menarikkan!\n\nBila tenung semula permulaan kisah permasalahan jambatan Konigsberg yang dibangkitkan, dapat dilihat bagaimana bijaknya cara fikir ahli masyarakat dan hebatnya sikap inkuiri mereka sehinggakan masalah sebegitu terus dibawa dan diterjemahkan kepada pakar dalam bidangnya untuk menyelesaikannya. Kemudian, sekecil-kecil masalah itu telah menjadi punca sumbangan ilmu yang bermanfaat sehinggalah ke generasi kini.\n\nPatutlah Allah berulang kali sebut dalam Al-Quran supaya manusia itu memerhati dan berfikir kerana dalam dua tindakan inilah akan menghasilkan solusi kepada masalah kehidupan, baik di dunia apatah lagi akhirat.\n\nSebenarnya keadaan ini tidaklah baru kerana hakikat kewujudan setiap ilmu di dunia ini adalah bermula dengan sikap memerhati dan inkuiri manusia-manusia terdahulu yang membawa kepada pengkajian demi pengkajian sehingga terhasillah ilmu-ilmu yang kita pelajari sekarang. Bagi ilmuwan-ilmuwan Islam, Al-Quran dan Hadis menjadi sumber utama pengkajian bagi setiap ilmu. Manakala, ilmuwan-ilmuwan dalam tamadun bukan Arab juga menghasilkan ilmu dan pandangan daripada cara yang sama dan meletakkan kebenaran serta aspek ketuhanan sebagai paksinya.\n\nKeadaan ini terus diwarisi oleh generasi-generasi setelah itu merentas tamadun dan benua sehingga dunia dimajukan dan disesuaikan dengan perubahan keadaan semasa manusia.\n\nDi penghujungnya, hakikat utama yang perlu kita sedar bahawa semua ini merupakan cebisan ilmu Allah yang begitu luas tanpa bertepi sehinggakan Allah sebut dalam Al-Quran bahawa ilmu-Nya ini takkan pernah habis ditulis walaupun semua pohon di bumi dan air di lautan-lautan menjadi tinta (dakwat).\n\nSubhanallah!\n\nSesungguhnya selagi manusia itu berfikir, selagi itulah akan tersingkap ilmu-Nya dengan izin-Nya untuk dipelajari dan diambil iktibar oleh semua makhluk.\n\nFirman Allah dalam Surah Al-Jasiyah ayat 13 yang bermaksud,\n\n\u201cDan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) dari-Nya. Sungguh, dalam hal yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.\u201d\n\nhttps://www.gss.ucsb.edu/sites/secure.lsit.ucsb.edu.germ.d7/files/sitefiles/news/conferences/euler/Hopkins1.pdf\n\nhttps://www.ime.usp.br/~yw/2016/grafinhos/aulas/Paper-Euler-Letters.pdf\n\nhttp://www.math.utah.edu/mathcircle/notes/MC_Graph_Theory.pdf\n\nhttp://www.kurims.kyoto-u.ac.jp/EMIS/journals/DMJDMV/vol-ismp/16_groetschel-martin-yuan-ya-xiang.pdf\n\nhttp://eprints.binadarma.ac.id/536/1/TEORI%20GRAPH%20MATERI%202.pdf" "Berita Utusan TV pada 9 April 2022 melaporkan perbincangan Majlis Sains Negara berkenaan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara 2021-2025 yang berlangsung secara hibrid dan turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.\n\nSelari dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Perdana Menteri menyatakan bahawa pembangunan produk nanoteknologi seperti vaksin, ubat terapi kanser, peranti perubatan, teknologi sensor, baja nano, biojisim, panel solar serta pemanis dan perasa dalam produk halal yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran global akan melonjakkan ekonomi negara.\n\nPelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara ini dikatakan bakal memberi banyak faedah sosioekonomi kepada Negara, termasuk mencipta 33,391 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun yang merangkumi pekerja berkemahiran tinggi sebanyak 5,968, separuh mahir sebanyak 24,755 dan kurang mahir sebanyak 2,668 orang.\n\nMemandang serius akan peratusan kemasukan pelajar dalam bidang STEM yang masih sedikit, mesyuarat juga membincangkan penawaran modal insan dan permintaan pasaran pekerjaan dalam sektor STEM, yang memerlukan penyelesaian secara tuntas untuk meningkatkan daya saing dalam bidang ini.\n\nSelain itu, pengkomersialan hasil inovasi tempatan yang berpaksikan kemampanan sosioekonomi negara juga akan dipergiatkan dan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara (PTKPN) yang bertujuan untuk memastikan Malaysia selangkah di hadapan menangani isu kesihatan manusia dan alam semula jadi, biodiversiti dan perubahan iklim secara holistik, akan digubal.\n\nSemoga perancangan ini dapat dijayakan sebaiknya!\n\nSumber : UtusanTV,\n\nhttps://utusantv.com/2022/04/09/majlis-sains-negara-bincang-pelan-hala-tuju-teknologi-dan-produk-nano-pm/" "Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaporkan kejayaan seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Tun Fatimah, iaitu adik Sofea Khadijah bt. Mohd Hanafi, yang berjaya meraih tempat kedua dalam kategori pembentangan poster terbaik di 28th International Conference of Young Scientist (ICYS) 2022. Konferens ini telah diadakan di Belgrade pada 7 \u2013 13 April 2022.\n\nTujuan utama penganjuran konferens ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan muda berpotensi meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang sains bermula di bangku sekolah lagi.\n\nKonferens ini merupakan pertandingan individu untuk mereka yang berumur 14 tahun sehingga 18 tahun dalam bidang fizik, matematik, sains komputer dan ekologi. Setiap peserta perlu menyediakan satu laporan kajian mengenai satu subjek sains yang dipilih. Bahasa yang perlu digunakan ialah Bahasa Inggeris dan dinilai oleh juri antarabangsa. Melalui pertandingan ini, pelajar didedahkan dengan cara untuk membuat kajian, cara membentang dan membincangkan hasil dapatan, cara membuat laporan kajian, dan cara memberi penerangan dalam bahasa asing. Maka, peluang ini diharapkan menjadi pemangkin kejayaan masa depan pelajar dalam bidang sains.\n\nInisiatif ini telah bermula pada tahun 1994 dengan cetusan idea oleh seorang wakil di E\u00f6tv\u00f6s Lor\u00e1nd University, Budapest dan State University of Belarus, Minsk pada tahun 1993. Tujuan mereka adalah untuk menganjurkan sebuah pertandingan yang melibatkan pelajar sekolah menengah dengan kaedah kajian saintifik. Konferens ini telah dilaksanakan di serata dunia, seperti Hungary, Belarus, Netherlands, Poland, Georgia, dan Prague. Konferens ini telah disertai oleh hampir seluruh negara di dunia.\n\nPencapaian ini seharusnya dibanggakan dan dijadikan contoh kepada semua bakal saintis Malaysia. Keadaan semasa yang memperlihatkan kemerosotan golongan muda dalam bidang sains perlu dinyalakan semula semangat mereka dengan pencapaian-pencapaian sebegini.\n\nTahniah adik Sofea Khadijah dan Sekolah Tun Fatimah! Semoga sekolah-sekolah di Malaysia berjaya melahirkan lagi bakal saintis yang menempa nama dan jasa di Malaysia dan persada dunia." "Tahukah anda, pada 6 April 2022, lebih 1000 orang saintis seluruh dunia mengadakan protes untuk memberi kesedaran akan bahaya perubahan iklim yang sedang berlaku sekarang.\n\nTujuan protes ini adalah bagi menyampaikan mesej secara meluas sehingga ke peringkat antarabangsa mengenai krisis ekologi dan menyatakan bahawa tindakan \u2018revolusi iklim\u2019 hanyalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan daripada berlakunya ancaman besar disebabkan perubahan iklim ini.\n\nProtes ini dianjurkan oleh Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) yang berkongsi kelemahan kerajaan dan organisasi di seluruh dunia dalam mengehadkan pemanasan global sebanyak 1.5\u2019C.\n\nMenurut mereka, pendidikan dan kesedaran telah gagal untuk menggerakkan kerajaan dan syarikat kepada perubahan yang sepatutnya. Maka, para saintis perlu mengambil pendekatan yang berbeza. Pada hari Rabu lalu, mereka telah merantai diri di pintu bank mesra minyak, memenuhi ruang-ruang tangga di bangunan kerajaan, dan menyekat jambatan dengan harapan amaran mereka diambil serius.\n\nKata seorang saintis, Dr.Rose Abramoff, \n\n\u201cSaya mengambil tindakan ini untuk menggesa pihak kerajaan dan masyarakat untuk berhenti mengabaikan kolektif hasil penemuan penyelidikan berdekad lamanya. Ayuh jadikan krisis ini sebagai suatu yang mustahil untuk diabaikan.\u201d\n\nDi Los Angeles, terdapat penunjuk perasaan yang bersama bertindak bagi menyatakan sokongan kepada ahli-ahli saintis ini dengan mengikat diri mereka di JPMorgan Chase, pembiaya swasta terbesar bagi inisiatif minyak dan gas di seluruh dunia. Seorang saintis di L.A., Peter Kalmus manyatakan bahawa, \n\n\u201cSaya bertindak kerana berasa terdesak. Ini adalah jam ke-11 dari segi kerosakan bumi, dan saya berasa takut untuk anak-anak saya, dan manusia. Pemimpin dunia masih mengembangkan industri bahan api fosil secepat yang mereka boleh, tetapi ini adalah gila. Bukti sains jelas menunjukkan bahawa semua yang kita sayangi itu berisiko, termasuk tamadun itu sendiri dan kehidupan yang indah. Saya sebenarnya tidak faham bagaimana mana-mana saintis yang memahami kenyataan ini boleh kekal di luar tidak bersuara pada ketika ini.\u201d\n\nBukan hanya di L.A. yang menyaksikan protes besar ini, tetapi juga di Washington D.C. yang mengikat diri mereka di pagar White House. Manakala, di Madrid, cat merah telah dilempar ke atas tangga Congress of Deputies, dan di Berlin, mereka menyekat jambatan berhampiran bangunan parlimen.\n\nDemonstrasi ini merupakan demonstrasi terbesar yang pernah digerakkan oleh para saintis dan dianggap sebagai kempen yang menyalahi etika. Mengikut kepada laporan pihak penganjur, berpuluh-puluh aktivis telah ditangkap kerana tindakan ini. Tetapi, harapan mereka supaya protes ini dapat memberi impak dan perubahan sepertimana tindakan Pergerakan Hak Sivil yang lalu pernah digerakkan menerusi demonstrasi yang berapi-api yang akhirnya membawa perubahan besar dalam masyarakat ketika itu.\n\nKempen kesedaran ini juga telah tular di media sosial, terutamanya Tik Tok.\n\nThe Optimist daily, https://www.optimistdaily.com/2022/04/globally-demonstrators-gathered-for-the-biggest-scientist-led-protest-ever/" "Tahukah anda, idea lohong hitam bukanlah idea yang baru wujud dalam sains moden. Sebaliknya, idea lohong hitam telah wujud sejak zaman mekanik klasik (era Newton) lagi.\n\nIni adalah idea bagaimana \u201clohong hitam versi klasikal\u201d berfungsi.\n\nSekiranya anda ada meriam dan menembak meriam tersebut secara menegak, anda akan dapati bahawa peluru meriam tersebut akan kembali semula ke Bumi akibat graviti.\n\nApa akan jadi sekiranya anda menembak meriam, dengan tenaga yang lebih besar?\n\nDengan tenaga yang lebih besar, peluru meriam tersebut akan bergerak dengan lebih tinggi, namun ia masih lagi akan jatuh kembali ke Bumi.\n\nApa akan jadi kalau anda terus menerus menambahkan tenaga kepada meriam anda?\n\nJawapannya, pada satu tahap, apabila tenaga pergerakan meriam itu mencukupi, ia akan membenarkan peluru meriam melawan tarikan graviti, dan sekaligus keluar dari Bumi.\n\nDalam fizik klasik, sesuatu objek perlu mencapai satu \u201chalaju lepas\u201d (escape velocity) sebelum ia mampu melepasi tarikan graviti Bumi (atau mana-mana objek samawi).\n\nJohn Michell (1783) merupakan orang pertama yang menyedari bahawa idea \u201cpeluru meriam\u201d ini ada masalahnya yang tersendiri.\n\nSekiranya disusun semula persamaan di atas, akan wujud satu situasi di mana halaju lepas akan menjadi lebih tinggi dari kelajuan cahaya, dan situasi ini akan membawa masalah yang unik.\n\nMenggunakan analogi meriam tadi, sekiranya anda berada di Bumi, dan anda menghalakan satu lampu suluh ke langit, lampu suluh tersebut akan mampu keluar dari Bumi menuju ke angkasa lepas. Namun, sekiranya anda berada dalam satu planet dengan halaju lepas yang lebih besar dari kelajuan cahaya, sekiranya anda menghalakan lampu suluh anda ke langit, cahaya dari lampu suluh tersebut akan bergerak ke langit dan kembali semula ke Bumi (kes sama dengan Meriam tadi).\n\nPlanet atau bintang dengan halaju lepas yang lebih besar dari kelajuan cahaya ini tidak akan mampu mengeluarkan radiasi dan cahayanya sendiri, dan dari pandangan pemerhati dari luar bintang itu, bintang tersebut akan kelihatan gelap, malap dan hitam. Nama yang diberi untuk situasi ini adalah Bintang Gelap (Dark Star).\n\nPierre-Simon Laplace, beberapa tahun selepas Michell, juga mengusulkan perkara yang sama (dia dapat konklusi ini sendiri, tanpa merujuk hasil kerja Michell).\n\nSaintis pada waktu tersebut tidak begitu berminat dengan idea Bintang Gelap ini, kerana sesuatu yang tidak mampu dicerap tidak mempunyai apa-apa manfaat buat mereka.\n\nNamun begitu, selepas konsep graviti diolah oleh Einstein pada 1915 dengan kewujudan Relativiti Umum, Karl Schwarzschild merupakan orang pertama yang menggunakan teori graviti Einstein untuk objek sfera yang tak bergerak.\n\nHasil kerja Schwarzschild menghidupkan idea Bintang Gelap ini semula.\n\nDalam kerja yang Schwarzschild lakukan, dia dapati bahawa wujud persamaan dengan konsep mathematical singularity (fungsi 1/x), di mana pada satu bahagian khusus, ketunggalan matematik pada persamaan itu tidak boleh dihilangkan. (at r = 0, 1\u00f70 blows to infinity)\n\nSchwarzschild merupakan orang pertama yang \u2018menjumpai\u2019 lohong hitam secara Matematik. Nama lohong hitam lebih baik dari bintang gelap, sebab secara teknikalnya, apa yang Schwarzschild jumpa bukan lagi \u201cbintang\u201d, tapi merupakan titik ketunggalan ruang masa.\n\nBeza antara Bintang Gelap (Newton) dengan Lohong Hitam (Einstein) adalah pada konsep graviti yang digunapakai. Michell menganggap sesuatu bintang itu gelap kerana hanya cahaya yang \u2018ditarik semula\u2019 ke dalam Bintang Gelap, sedangkan Schwarzschild mendapati bahawa fabrik ruangmasa turut \u2018ditarik\u2019 sama.\n\nSelepas Schwarzschild, saintis lain turut menggunakan teori Einstein bagi melihat ciri dan sifat lohong hitam. Antara yang terkenal adalah Hans Reissner, Gunnar Nordstr\u00f6m, Roy Kerr (kiri) dan Ezra T. Newman (kanan).\n\nSetiap sifat lohong hitam yang kita teroka disandarkan pada Hukum Keabadian.\n\nLohong Hitam Schwarzschild \u2013 lohong hitam statik tidak bergerak.\n\nLohong Hitam Kerr \u2013 lohong hitam berputar. (Hukum Keabadian Momentum Sudutan)\n\nLohong Hitam Reissner\u2013Nordstr\u00f6m \u2013 lohong hitam bercas. (Hukum Keabadian Cas Elektrik)\n\nLohong Hitam Kerr\u2013Newman \u2013 lohong hitam berputar dan bercas. (Gabungan Hukum Keabadian Momentum Sudutan dan Cas Elektrik)\n\nBerdasarkan data dari Event Horizon Telescope (EHT), lohong hitam M87 yang ditangkap gambarnya baru-baru ini \u2018dilihat\u2019 sebagai mempunyai momentum sudutan serta cas elektrik. Cara \u2018melihat\u2019 lohong hitam ini adalah dengan memadankan data dari EHT dengan model Matematik sedia ada yang kita buat di Bumi.\n\n\u201cConstraints on black-hole charges with the 2017 EHT observations of M87*\u201d \u2013 https://arxiv.org/pdf/2105.09343.pdf\n\n\u201cMeasurement of the spin of the M87 black hole from its observed twisted light\u201d \u2013 https://arxiv.org/pdf/1904.07923.pdf\n\n\u201cDark Star\u201d \u2013 https://www.chemeurope.com/en/encyclopedia/Dark_star.html\n\n\u201cBlack Holes or Dark Stars\u2014What Follows from the General Relativity Theory\u201d \u2013 https://www.scirp.org/journal/paperinformation.aspx?paperid=76926" "Projek penciptaan robot ular yang telah bermula pada tahun 2010, dilaporkan bahawa robot itu kini sudah berjaya di peringkat skala makmal. Robot ini dikatakan bakal menjadi produk tempatan pertama robot ular untuk dikomersialkan.\n\nEmpat orang pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekatronik Kuliyyah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah terlibat dalam projek ini, iaitu Prof. Dr. Amin Akramin Shafie, Prof. Dr.Raisuddin Khan, Dr. Abd Halim Embong dan Prof.Madya Dr. Siti Fauziah Toha @ Tohara.\n\nTujuan robot ini dicipta adalah untuk digunakan di ruang sempit yang sukar ditembus. Secara aplikasinya, robot ini adalah sangat sesuai digunakan sekiranya berlaku kejadian gempa yang mengakibatkan keruntuhan. Selain itu, robot ini dapat melihat keadaan kawasan bencana dan mengukur kedalaman tanah kerana kawasan itu menjadi bahaya kepada manusia, serta hidupan liar, termasuklah berfungsi di tempat bahaya lain melibatkan radioaktif.\n\nMemetik laporan Bernama, Prof. Dr. Amin Akramin Shafie menyatakan bahawa fungsi penggunaan robot ini bergantung kepada keperluan.\n\n\u201cRobot ular ini akan digunakan bergantung kepada keperluan. Kelebihan robot ini adalah kebolehan dalam membawa muatan mengikut keperluan berdasarkan reka bentuk modular, sama ada boleh bawa kamera, sensor untuk radar, tengok suhu dan melihat perbezaan tahap radioaktif, selain kepalanya boleh berputar.\u201d \u2013 Prof. Dr. Amin Akramin Shafie\n\nBukan itu sahaja, robot ini boleh diubah suai mengikut keperluan penggunanya seperti tujuan kesihatan, robot yang menggunakan material dan saiz bersesuaian akan dimasukkan ke dalam badan manusia.\n\nProf. Dr. Amin Akramin memaklumkan bahawa projek yang asalnya daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini sangat memerlukan rakan komersial untuk mereka mengorak langkah seterusnya. Sambungnya lagi, tidak banyak maklumat yang dapat didedahkan buat masa ini, tetapi penggunaan komersial pertama produk ini dijangka pada penghujung tahun ini." "Akademi Sains Malaysia (ASM) dilaporkan kini dalam usaha menyediakan sebuah platform perkongsian data mentah penyelidikan. Inisiatif ini disifatkan bakal menghubungkan lima universiti penyelidikan Negara di bawah projek rintis Platform Sains Terbuka Malaysia (MOSP).\n\nMenurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), inisiatif ini dapat memberi dua manfaat utama kepada para penyelidik dan Negara.\n\nMelihat kepada pencapaian semasa MOSP, sehingga kini lebih 200 orang penyelia data berjaya dilatih di peringkat nasional. Latihan Pengawasan Data untuk Sains Terbuka ini dikatakan berjaya meningkatkan kemahiran pustakawan dan penyelidik daripada pelbagai IPT dan institut penyelidikan negara. MOSP juga telah mencatat lebih 2 juta capaian untuk program kesedaran Sains Terbuka di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, MOSP giat bekerjasama dengan organisasi dan platform Sains Terbuka antarabangsa dan menjadi ahli dalam inisiatif global seperti Global Open Science Cloud (GOSC).\n\nInisiatif ini dapat dikatakan sebagai satu berita baik kepada para penyelidik Negara untuk terus menjalankan kajian dan kerja-kerja penyelidikan dengan lebih sistematik dan efektif. Oleh itu, adalah penting untuk inisiatif ini diusahakan dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya supaya Malaysia terus maju menerajui penyelidikan-penyelidikan tempatan dan antarabangsa.\n\nSumber :\n\nhttps://www.mosti.gov.my/siaran-kenyataan-media/perkongsian-data-mentah-penyelidikan-menerusi-platform-sains-terbuka-malaysia-mosp/" "Satu kajian terbaru telah mendedahkan bahawa perubahan paras ozon di lapisan atas dan bawah atmosfera bertanggungjawab untuk hampir satu pertiga daripada pemanasan yang dilihat di perairan lautan yang bersempadan dengan Antartika pada separuh kedua abad ke-20.\n\nPemanasan yang mendalam dan pantas di Lautan Selatan menjejaskan peranannya sebagai salah satu kawasan utama untuk menyerap haba yang berlebihan semasa planet menjadi panas.\n\nSebahagian besar pemanasan ini adalah hasil daripada peningkatan ozon di lapisan bawah atmosfera. Ozon, yang merupakan salah satu komponen utama asap, sudah berbahaya sebagai bahan pencemar, tetapi kajian menunjukkan ozon juga mungkin memainkan peranan penting dalam memacu perubahan iklim pada tahun-tahun akan datang.\n\nDr. Michaela Hegglin, seorang Profesor Madya dalam kimia atmosfera dan juga merupakan salah seorang penulis kajian berkata : \u201cOzon yang berhampiran dengan permukaan Bumi adalah berbahaya kepada manusia dan alam sekitar, tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ozon juga mempunyai kesan besar terhadap keupayaan lautan untuk menyerap lebihan haba daripada atmosfera.\n\n\u201cPenemuan ini adalah sebagai pembuka mata dalam memahami kepentingan mengawal pencemaran udara untuk mengelakkan peningkatan paras ozon dan suhu global terus meningkat.\u201d\n\nPenyelidikan baharu oleh pasukan saintis antarabangsa, dan diketuai oleh University of California Riverside, diterbitkan dalam Nature Climate Change.\n\nPasukan itu menggunakan model untuk mensimulasikan perubahan dalam paras ozon di atmosfera atas dan bawah antara tahun 1955 dan 2000, untuk mengasingkan mereka daripada pengaruh-pengaruh lain dan meningkatkan pemahaman mereka yang lemah pada masa ini tentang kesannya terhadap penyerapan haba Lautan Selatan.\n\nSimulasi ini menunjukkan bahawa penurunan ozon di atmosfera atas dan peningkatan di atmosfera bawah yang berlaku, kedua-duanya menyumbang kepada pemanasan yang dilihat di 2km atas perairan lautan pada latitud tinggi dengan peningkatan gas rumah hijau keseluruhan.\n\nMereka mendedahkan bahawa peningkatan ozon di atmosfera yang lebih rendah menyebabkan 60% daripada keseluruhan pemanasan yang disebabkan oleh ozon yang dilihat di Lautan Selatan sepanjang tempoh yang dikaji \u2013 jauh lebih daripada yang difikirkan sebelum ini. Hal ini adalah mengejutkan kerana peningkatan ozon troposfera yang utamanya dianggap sebagai iklim memaksa di hemisfera Utara kerana di situlah pencemaran utama berlaku.\n\nPada tahun 1980-an, ozon telah menjadi topik utama apabila sebuah lubang ditemui pada lapisan ozon tinggi di atmosfera di Kutub Selatan, disebabkan kerosakan yang berpunca daripada klorofluorokarbon (CFC), \u00a0iaitu gas yang digunakan dalam industri dan produk pengguna.\n\nLapisan ozon adalah penting kerana fungsinya menapis sinaran ultraungu berbahaya daripada sampai ke permukaan bumi. Penemuan ini membawa kepada Protokol Montreal, perjanjian antarabangsa untuk menghentikan pengeluaran CFC.\n\nDr Hegglin berkata: \u201cKami telah lama mengetahui bahawa penipisan ozon yang tinggi di atmosfera telah menjejaskan iklim permukaan di Hemisfera Selatan. Penyelidikan kami telah menunjukkan bahawa ozon meningkat di atmosfera yang lebih rendah disebabkan oleh pencemaran udara, yang berlaku terutamanya di Hemisfera Utara dan \u2018kebocoran\u2019 ke Hemisfera Selatan, yang merupakan satu masalah yang serius juga.\n\n\u201cAda harapan untuk mencari penyelesaian, dan kejayaan Protokol Montreal mengurangkan penggunaan CFC menunjukkan bahawa tindakan antarabangsa adalah mungkin untuk mengelakkan kerosakan pada planet ini.\u201d\n\nOzon tercipta di atmosfera atas melalui interaksi antara molekul oksigen dan sinaran UV daripada matahari. Di atmosfera yang lebih rendah, ozon terbentuk akibat tindak balas kimia antara bahan pencemar seperti asap ekzos kenderaan dan pelepasan lain.\n\nPerubahan kepekatan ozon di atmosfera menjejaskan angin barat di Hemisfera Selatan serta menyebabkan paras garam dan suhu yang berbeza hampir dengan permukaan di Lautan Selatan. Kedua-duanya mempengaruhi arus laut dengan cara yang berbeza, sekali gus menjejaskan penyerapan haba lautan.\n\nArtikel diterjemahkan daripada ScienceDaily, \u201cOzone may be heating the planet more than we realize\u201d, https://www.sciencedaily.com/releases/2022/03/220331121243.htm" "Setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini, pasti ada pemulanya, melainkan Allah Azzawajalla yang tiada awal dan tiada akhir.\n\nDalam urusan ilmu, fakta ini pasti dikaji bagi para ilmuwan memahami gambaran yang benar akan keseluruhan fakta yang ditemui. Malah, ilmu itu mesti dikreditkan kepada individu yang benar dan tidak terkandung biased yang mungkin merosakkan disiplin ilmu itu sendiri.\n\nTetapi, fakta yang perlu diketahui bahawa segala ilmu adalah daripada Allah, yang kemudiannya Dia masukkan dalam sanubari sesiapa yang Dia kehendaki untuk mengembangkan dan memakmurkan dunia-Nya. Fakta kedua yang perlu kita imani ialah Dia mengutuskan setiap kaum dengan Nabi yang diberikan ilmu demi membawa kebenaran kepada seluruh umat manusia.\n\nFirman Allah S.W.T di dalam Surah an-Nahl ayat 36 yang bermaksud :\n\n\u201cDan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), \u201cSembahlah Allah, dan jauhilah tagut\u201d, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).\u201d\n\nBagaimana pula halnya dengan ilmu Matematik?\n\nDaripada bacaan-bacaan kertas kajian dan buku-buku sejarah yang diterbitkan, kita sudah maklum bahawa empat tamadun terbesar dunia terdahulu merupakan era kegemilangan pengembangan ilmu saintifik mahupun bukan saintifik.\n\nMelalui penceritaan tamadun India, kita mengenali nama tokoh Matematik seperti Aryabhata, Varahamira, Bhaskara I, dan Brahmagupta.\n\nMelalui penceritaan tamadun China, kita mengenali nama Liu Hui, Qin Jiushao, Li Zhi, Yang Hui, Zhu Shijie dan Jia Xian.\n\nMelalui penceritaan tamadun Yunani, kita mengenali nama Thales, Socrates, Aristotles, Pithagoras dan Euklid.\n\nMelalui penceritaan tamadun Arab, kita mengenali nama Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Karaji, Al-Kindi, Umar Khayyam dan Abu Kamil.\n\nMelalui penceritaan zaman Eropah yang agak lewat bermula pada kurun ke-15, kita mengenali nama Fibonacci, Cardano, Maclaurin, Newton dan Leibnitz.\n\nLalu, siapa pelopornya?\n\nMengikut Prof Mat Rofa Ismail dalam bukunya (2004), lintasan sejarah yang panjang ini merupakan peristiwa penting bagi permulaan matematik, yang bermula dengan pengutusan para rasul, lalu disalin oleh tokoh kemudian termasuklah Pithagoras, Euklid, Batlamius, Apollonius, Nikomakhus dan lain-lain.\n\n\u201cSistem nilai matematik para rasul kemudiannya diwarnakan dengan sistem budaya pewaris dari tamadun Yunani terkemudian. Sistem ini telah berubah dengan berlalunya masa. Namun, aspek kuantitatif matematik tetap kekal, cuma yang berubah ialah aspek kualitatif.\u201d \n\nProf. Mat Rofa Ismail\n\nDi sinilah ahli sejarah menemukan perkaitan ilmu Matematik dan Nabi Idris. Kisahnya yang lebih terperinci, saya pernah terangkan dalam penulisan sebelum ini. Boleh rujuk semula artikel tersebut di sini https://ajar.com.my/2020/11/27/ilmu-sains-dan-persamaaan-matematik-dikatakan-ilmu-sihir-hermes-trismegistus-ahli-sihir/\n\nBagaimana pula dengan catatan kebenarannya dalam Al-Quran?\n\nDalam Al-Quran, nama Nabi Idris hanyalah disebut sebanyak dua kali, iaitu pada ayat 56 Surah Maryam, dan ayat 85 Surah al-Anbiyaa\u2019.\n\nDi dalam Tafsir al-Qurthubi telah disebutkan bahawa Nabi Idris ialah manusia yang mula-mula menulis dengan qalam, menjahit dengan jarum, mengetahui ilmu bintang dan mengetahui ilmu hisab, yakni ilmu pengiraan. Idris ini ertinya belajar kerana Nabi Idris telah mempelajari banyak sekali Kitab Allah, yang mana disebut bahawa telah diturunkan kepadanya sebanyak tiga puluh shuhuf.\n\nManakala, di dalam Tafsir Jawahir oleh Syekh Thanthawi, Idris dikaitkan dengan Oziris atau Azoris sepertimana Isa disebut Yesoa atau Yesus. Menurut Syekh Thanthawi, Oziris ini seorang Nabi yang diutus Allah kepada bangsa Mesir purbakala yang membawa ajaran dan perubahan yang besar-besar. Dia yang merupakan tokoh agama, juga merangkap raja memandangkan zaman purbakala bangsa Mesir menyatukan kerajaan dan Agama. Namanya yang ternama sehinggakan dia dimuliakan biarpun setelah mati kerana jasa-jasanya yang begitu besar.\n\nSayyid Quthub dalam Fi Zhilalil Quran turut memberatkan pandangannya kepada pendapat Syekh Thanthawi Jauhari bahawa besar kemungkinan Idris ialah Oziris yang ternama dalam sejarah Mesir purbakala itu.\n\nMenurut Hamka di dalam buku tafsirnya, kemungkinan hal ini tidak ditemui dalam tafsir-tafsir lama sejak Thabari, ar-Razi, al-Qurthubi, Ibnu Katsir dan yang sezaman dengan mereka. Tetapi, hal ini baru ditemui pada sekitar tahun 1928 dalam tafsir Syekh Thanthawi dan selepas tahun 1955 dalam tafsir Sayyid Quthub. Hal ini kerana, para sarjana baru dapat mengetahui rahsia huruf Hieroglif, huruf bangsa Mesir Kuno itu pada permulaan abad ke-19. Melalui hasil penyelidikan inilah baru dapat diketahui tentang orang besar Mesir bernama Oziris itu dan didapati ajaran-ajarannya itu bertemu dengan pokok ajaran tauhid.\n\nKesimpulan\n\nDaripada keseluruhan penulisan ini, sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui akan kebenarannya. Adapun kajian para sarjana adalah berdasarkan Al-Quran, hadis dan dapatan-dapatan catatan lampau\u00a0 yang kemudiannya cuba dicari kaitan dan diolah dengan sistematik bagi membentuk hasil dengan akal yang terbatas. Selebihnya, kita bertawakal kepada Allah dan mengharapkan dapatan ilmu ini menjadi asbab kita meraih redha-Nya.\n\nKita meyakini sesungguhnya ilmu segala lapangan di dunia ini, termasuklah ilmu Matematik terkandung di dalam Al-Quran. Firman Allah di dalam Surah as-Sad ayat 29 yang bermaksud :\n\n\u201cKitab (Al-Qur\u2019an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sehat mendapat pelajaran.\u201d\n\nOleh itu, para ilmuwan Islam terdahulu bersahabat dengan Al-Quran demi mendalami dan menggali ilmu fizik, astronomi, falak, pengiraan, biologi, muzik, dan lain-lain. Begitu juga dalam hal mengadili hak manusia mengikut jantina, umur dan keadaan, penetapan hukum-hakam yang mengharmonikan hidup manusia telah lengkap di\u2019formula\u2019kan oleh-Nya.\n\nTanpa mukjizat ini, manusia akan terus meraba dalam kegelapan dan hidup dalam kebodohan.\n\nOleh itu, syukurilah pemberian mukjizat Agung ini dengan perbanyakkan membacanya mengikut tartil dan menggali ilmunya demi mencari kebenaran-Nya." "Katakan terdapat beberapa syiling di atas meja di hadapan anda. Jika bilangannya kecil, anda boleh tahu dengan segera berapa jumlahnya. Anda tidak perlu mengiranya \u2014 sekali pandang sudah memadai. Cichlid dan pari adalah serupa dengan kita dalam hal ini: mereka boleh mengesan kuantiti yang kecil dengan tepat \u2014 dan mungkin tanpa mengira. Sebagai contoh, mereka boleh dilatih untuk membezakan dengan tepat bagi kuantiti tiga daripada kuantiti empat.\n\nFakta ini telah diketahui sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Vera Schluessel dari Institut Zoologi di Universiti Bonn kini telah membuktikan bahawa kedua-dua spesies ini boleh mengira. \u201cKami melatih haiwan untuk melakukan penambahan dan penolakan mudah, \u201d jelas Schluessel. \u201cDengan berbuat demikian, mereka terpaksa menambah atau menurunkan nilai awal sebanyak satu.\u201d\n\nTetapi bagaimana anda meminta cichlid untuk memutuskan jawapan \u201c2+1\u201d atau \u201c5-1\u201d?\n\nPara penyelidik ini menggunakan kaedah yang telah berjaya digunakan oleh kumpulan penyelidikan lain untuk menguji kebolehan matematik pada lebah, iaitu mereka menunjukkan ikan koleksi bentuk geometri \u2014 contohnya, empat segi empat sama. Jika objek ini berwarna biru, ini bermakna \u201ctambah satu\u201d untuk diskriminasi berikut. Kuning, sebaliknya, bermaksud \u201ctolak satu.\u201d\n\nSelepas menunjukkan rangsangan asal (cth. empat petak), haiwan ini ditunjukkan dua gambar baharu \u2014 satu dengan lima dan satu dengan tiga petak. Jika mereka berenang ke gambar yang betul (iaitu ke lima petak dalam tugas aritmetik \u201cbiru\u201d), mereka diberi ganjaran makanan. Jika mereka memberikan jawapan yang salah, mereka berlalu dengan tangan kosong. Dari masa ke masa, mereka belajar untuk mengaitkan warna biru dengan peningkatan satu dalam jumlah yang ditunjukkan pada mulanya, dan nombor kuning dengan penurunan.\n\nTetapi, bolehkah ikan menggunakan pengetahuan ini untuk tugas-tugas baru? Adakah mereka benar-benar menghayati peraturan matematik di sebalik warna tersebut?\n\n\u00a0\u201cUntuk mendapat kepastian akan hal ini, kami sengaja meninggalkan beberapa pengiraan semasa latihan,\u201d jelas Schluessel. \u201cIaitu, 3+1 dan 3-1. Selepas fasa pembelajaran, haiwan dapat melihat kedua-dua tugas ini buat kali pertama. Tetapi walaupun dalam ujian itu, mereka sering memilih jawapan yang betul.\u201d\n\nHal ini benar walaupun apabila mereka terpaksa membuat keputusan antara memilih empat atau lima objek selepas ditunjukkan 3 biru \u2014 iaitu, dua hasil yang kedua-duanya lebih besar daripada nilai awal. Dalam kes ini, ikan memilih empat daripada lima, menunjukkan mereka tidak mempelajari peraturan \u2018memilih jumlah terbesar (atau terkecil) yang dibentangkan\u2019 tetapi peraturan \u2018sentiasa tambah atau tolak satu\u2019.\n\nPencapaian ini telah mengejutkan para penyelidik sendiri \u2014 terutamanya kerana tugasan tersebut adalah lebih sukar dalam realiti daripada yang sekadar diterangkan.\n\nIkan tidak ditunjukkan objek yang sama bentuk (cth. empat segi empat sama), tetapi gabungan bentuk yang berbeza. \u201cEmpat\u201d, sebagai contoh, boleh diwakili oleh bulatan kecil dan lebih besar, segi empat sama dan segi tiga, manakala dalam pengiraan lain boleh diwakili oleh tiga segi tiga yang berbeza saiz dan segi empat sama.\n\n\u201cJadi haiwan itu perlu mengenali bilangan objek yang digambarkan dan pada masa yang sama menyimpulkan peraturan pengiraan daripada warna mereka, \u201d kata Schluessel. \u201cMereka terpaksa menyimpan kedua-duanya dalam memori kerja apabila gambar asal ditukar dengan dua gambar hasil. Dan mereka terpaksa memutuskan keputusan yang betul selepas itu. Secara keseluruhannya merupakan satu kejayaan yang memerlukan kemahiran berfikir yang kompleks.\u201d\n\nBagi sesetengah orang, hal ini mungkin mengejutkan kerana ikan tidak mempunyai neokorteks \u2014 bahagian otak yang juga dikenali sebagai \u201ckorteks serebrum\u201d yang bertanggungjawab untuk tugas kognitif yang kompleks dalam mamalia. Selain itu, kedua-dua spesies ikan ini tidak kita diketahui akan kepentingannya mempunyai kebolehan berangka yang sangat baik di alam liar. Spesies lain mungkin memerlukannya bagi memberi perhatian kepada kiraan jalur pasangan seksual mereka atau jumlah telur dalam cengkaman mereka. \u201cWalau bagaimanapun, hal ini tidak diketahui bagi keadaan ikan pari dan cichlid,\u201d tegas profesor zoologi di Universiti Bonn.\n\nBeliau juga melihat hasil eksperimen itu sebagai pengesahan bahawa manusia cenderung memandang rendah terhadap spesies lain \u2014 terutamanya spesies yang bukan milik keluarga terdekat atau mamalia secara amnya. Selain itu, ikan tidak begitu comel dan tidak mempunyai bulu atau bulu yang menggemaskan. \u201cOleh itu, mereka agak jauh daripada perhatian kita \u2014 dan tidak membimbangkan apabila mati dalam amalan kejam industri perikanan komersial,\u201d kata Vera Schluessel.\n\nArtikel diterjemahkan daripada ScienceDaily,\u00a0\u201cStudy shows : Fish can calculate\u201d https://www.sciencedaily.com/releases/2022/04/220401122240.htm\n\nV. Schluessel\u00a0et al. 2022. Cichlids and stingrays can add and subtract \u2018one\u2019 in the number space from one to five.\u00a0Sci Rep\u00a012, 3894; doi: 10.1038/s41598-022-07552-2" "Kemajuan saintifik pada abad ke-20 dan ke-21 telah membawa kepada evolusi besar dalam pemahaman tentang kematian. Pada masa yang sama, selama beberapa dekad, mereka yang terselamat daripada berhadapan dengan kematian, telah mengingati memori yang tidak dapat diterangkan yang melibatkan kesedaran yang tinggi. Hal ini telah dilaporkan dengan menggunakan istilah terkenal, yang belum dapat didefinisikan secara saintifik, iaitu, \u201cpengalaman hampir mati\u201d.\n\nSebuah pasukan pelbagai disiplin di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah menerbitkan \u201cGaris Panduan dan Piawaian Untuk Kajian Kematian dan Pengalaman Kematian yang Diingati.\u201d, iaitu sebuah kenyataan konsensus pelbagai disiplin dan mencadangkan hala tuju untuk masa depan. Pasukan ini terdiri daripada penyelidik-penyelidik pelbagai disiplin perubatan, termasuklah neurosains, penjagaan kritikal, psikiatri, psikologi, sains sosial dan kemanusiaan, dan mewakili banyak institusi akademik terhormat di dunia termasuklah Universiti Harvard, Universiti Baylor, Universiti California Riverside, Universiti Virginia, Universiti Komanwel Virginia, Kolej Perubatan Wisconsin, dan Universiti-universiti Southampton dan London.\n\nKajian ini meneliti bukti saintifik yang terkumpul sehingga kini, dan para penyelidik membuat kesimpulan berikut :\n\n1. Disebabkan penjagaan kritikal perubatan yang maju, ramai orang berjaya hidup setelah berhadapan dengan kematian. Mereka ini yang yang dianggarkan terdiri daripada ratusan juta orang di seluruh dunia berdasarkan kajian populasi sebelum ini, telah secara konsisten menerangkan pengalaman-pengalaman yang diingati ketika hampir dengan kematian, yang mana melibatkan satu set ingatan mental yang unik.\n\n2. Pengalaman-pengalaman menghampiri kematian yang diingati tidak konsisten dengan halusinasi, ilusi atau pengalaman akibat dadah psychedelic, menurut beberapa kajian yang diterbitkan sebelum ini. Sebaliknya, mereka mengikuti arka naratif khusus yang melibatkan persepsi tentang: (a) pemisahan dari badan dengan kesedaran yang tinggi dan luas serta pengiktirafan kematian; (b) perjalanan ke destinasi; (c) kajian semula kehidupan yang bermakna dan bermatlamat, yang melibatkan analisis kritis terhadap semua tindakan, niat dan pemikiran terhadap orang lain; persepsi (d) berada di tempat yang terasa seperti \u201crumah,\u201d dan (e) kembali ke kehidupan.\n\n3. Pengalaman kematian memuncak kepada subtema berasingan yang tidak dikenal pasti sebelum ini dan dikaitkan dengan transformasi dan pertumbuhan psikologi jangka panjang yang positif.\n\n4. Kajian yang menunjukkan kemunculan aktiviti gamma dan pancang elektrik \u2014 lazimnya merupakan tanda tahap kesedaran yang tinggi pada elektroensefalografi (EEG) \u2014 berhubung dengan kematian, menyokong lagi dakwaan berjuta-juta orang yang telah melaporkan mengalami kejernihan dan kesedaran yang tinggi berhubung kematian.\n\n5. Pengalaman yang menakutkan atau menyedihkan berkaitan kematian selalunya tidak berkongsi hal yang sama, mahupun naratif yang sama, kualiti transenden, tidak dapat diungkapkan, dan kesan transformatif yang positif.\n\n\u201cTangkapan jantung (Cardiac Arrest) bukanlah serangan jantung, tetapi mewakili peringkat akhir sesuatu penyakit atau peristiwa yang menyebabkan seseorang mati, \u201d jelas penulis utama Parnia. \u201cKemunculan resusitasi kardiopulmonari (CPR) menunjukkan kepada kita bahawa kematian bukanlah keadaan mutlak, sebaliknya, adalah proses yang berpotensi diterbalikkan (hidup kembali) pada sesetengah orang walaupun selepas proses itu bermula.\n\n\u201cApa yang membolehkan kajian saintifik tentang kematian dilakukan, adalah sel-sel otak tidak rosak dalam beberapa minit selepas kekurangan oksigen apabila jantung berhenti. Sebaliknya, mereka \u2018mati\u2019 dalam beberapa jam. Keadaan ini membolehkan saintis untuk mengkaji secara objektif perihal kejadian fisiologi dan mental yang berlaku berhubung dengan kematian.\u201d\n\nSetakat ini, kata para penyelidik, bukti menunjukkan bahawa baik proses fisiologi mahupun kognitif tidak berakhir dengan kematian dan walaupun kajian sistematik tidak dapat membuktikan secara mutlak tentang realiti atau makna pengalaman dan dakwaan kesedaran pesakit berhubung kematian, namun hat tersebut tetap mustahil untuk dinafikan.\n\n\u201cBeberapa kajian telah meneroka apa yang berlaku apabila kita mati dengan cara yang objektif dan saintifik, tetapi penemuan ini menawarkan pandangan yang menarik tentang bagaimana kesedaran masih wujud dalam diri manusia ketika itu dan mungkin membuka jalan untuk penyelidikan lanjut,\u201d tambah Parnia.\n\nSebagai seorang Muslim yang mempercayai takdir-Nya, keadaan seperti ini tidak lain hanyalah tanda keagungan dan kekuasaan Allah dalam menentukan kehidupan dan pengakhiran seseorang. Adapun peristiwa \u2018menghampiri kematian\u2019 itu dilihat oleh para saintis bahawa mati tidak bersifat mutlak dan boleh diterbalikkan dengan keupayaan manusia dan teknologi canggih, perkara tersebut hanyalah kesimpulan oleh akal manusia yang terbatas dan tidak melihat kebenaran melalui kaca mata hamba-Nya. Biar beribu kajian dibuat untuk memahami kematian, hal tersebut tidak akan merubah ketetapan-Nya soal detik kematian setiap manusia. Oleh itu, kita tidak dituntut untuk berlebihan memikirkan kerja Allah, tetapi berusahalah memikirkan kerja kita untuk memulihkan keadaan tikamana detik akhir kematian tiba, apakah kita dijemput-Nya dalam golongan beriman dan diredhai-Nya ataupun sebaliknya.\n\n\u201cDan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala (dunia) itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala (akhirat) itu, dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.\u201d \u2013 Surah Ali-Imran ayat 145.\n\nArtikel diterjemahkan dan diolah daripada Sciencedaily.com,\u201cRecalled experiences surrounding death : More than hallucinations?\u201d\n\nSam Parnia, Stephen G. Post, Matthew T. Lee, Sonja Lyubomirsky, Tom P. Aufderheide, Charles D. Deakin, Bruce Greyson, Jeffrey Long, Anelly M. Gonzales, Elise L. Huppert, Analise Dickinson, Stephan Mayer, Briana Locicero, Jeff Levin, Anthony Bossis, Everett Worthington, Peter Fenwick, Tara Keshavarz Shirazi.\u00a0Guidelines and standards for the study of death and recalled experiences of death\u2013\u2013a multidisciplinary consensus statement and proposed future directions.\u00a0Annals of the New York Academy of Sciences, 2022; DOI:\u00a010.1111/nyas.14740" "Seorang pelajar Malaysia yang tular baru-baru ini kerana kejayaannya yang luar biasa setelah menduduki tempat pertama, mengalahkan hampir 10,000 graduan di sebuah universiti di Amerika Syarikat adalah menakjubkan. Beliau yang merupakan pelajar di Universiti Virginia Tech, Amerika Syarikat perlu dijadikan inspirasi kebanyakan anak muda Malaysia.\n\nBerikutan itu, Cik Irdina Shahriman telah menerima anugerah khas kecemerlangan graduan senior, Phi Kappa Phi oleh Kolej Kejuruteraan Virgina Tech. Anugerah tersebut istimewa diberikan kepada graduan yang benar-benar cemerlang dalam keputusan akademik dan beliau telah membuktikan kecemerlangannya sepanjang mendalami kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrikal bermula tahun 2018 sehinggalah tahun 2021 di universiti tersebut.\n\nMenurut Cik Irdina, ketabahan dan sikap percayakan diri telah membantu dirinya melalui kesukaran kehidupan dan cabaran di Virginia Tech. Beliau mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang genius, tetapi beliau berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam pembelajarannya.\n\nPada awalnya, beliau berjuang dek tidak biasa dengan sistem pendidikan di sana yang menekankan aspek penyampaian pendapat, kreativiti, dan berfikir di luar kotak.\n\nManakala, peperiksaan akan dijalankan sebanyak dua kali seminggu sepanjang semester.\n\nBiarpun beliau begitu bekerja keras, beliau juga memastikan dirinya terjaga, dengan menjalani gaya hidup yang seimbang dan mengelakkan daripada keletihan badan.\n\nAntara kejayaan hebatnya ialah beliau merupakan pemegang biasiswa Yayasan Tenaga Nasional. Selain itu, beliau telah dianugerahkan senarai dekan kerana mencapai GPA 4.0 untuk semua semester. Pada sesi 2018-2019 dan 2019-2020, beliau telah meraih kedudukan pertama di peringkat universiti, kolej dan kedudukan utama. Manakala, pada tahun 2017/2018, Cik Irdina telah menerima Anugerah Ketua Eksekutif (Chief Executive\u2019s Award) di Kolej Pendidikan INTEC.\n\nMalah, beliau turut terlibat aktif dengan kerja-kerja sukarelawan ketika di Amerika Syarikat yang melibatkan khidmat masyarakat dan santuni anak-anak yatim.\n\nKini, Cik Irdina telah kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya di\u00a0 Tenaga Nasional Berhad.\n\nNasihatnya, \u201cTerimalah dan yakini proses pembelajaran, itulah yang amat penting. Sentiasa tetapkan niat yang betul dan terjemahkannya dalam tindakan.\u201d\n\nSubhanallah! Tahniah Cik Irdina. Semoga kejayaan ini dapat menginspirasikan lebih ramai anak muda untuk memartabatkan ilmu dan melakar kecemerlangan dalam kehidupan demi agama, bangsa dan Negara.\n\nKredit : Facebook Richard Ker." "Buat pertama kalinya, penyelidik telah memantau secara visual, dalam resolusi tinggi, mengenai masa dan lokasi penyimpanan lemak dalam sel utuh lalat buah. Alat pengimejan optik baharu daripada makmal profesor kejuruteraan bio Lingyan Shi di University of California San Diego telah pun digunakan untuk menguraikan kaitan yang sering dibincangkan namun misteri, iaitu hubungan antara diet dan perkara seperti obesiti, diabetes dan penuaan.\n\nPlatform mikroskop optik yang dibangunkan oleh kejuruteraan bio UC San Diego adalah unik. Ia membolehkan para penyelidik mengesan secara visual, dengan resolusi tinggi dalam sel lemak, bagaimana perubahan diet tertentu mempengaruhi cara lalat menukar tenaga daripada makanan mereka kepada lemak. Alat ini juga membolehkan para penyelidik memantau proses terbalik menukar lemak kembali menjadi tenaga. Di samping itu, para penyelidik kini boleh memantau secara visual akan perubahan saiz dalam \u201cbekas\u201d simpanan lemak individu dalam kelas sel lalat buah iaitu yang serupa dengan sel lemak (adiposa) mamalia.\n\nDalam kertas kajian baru Aging Cell, para penyelidik menunjukkan keupayaan untuk mengesan secara visual tentang perubahan dalam metabolisme lemak (lipid) pada lalat selepas mereka menggunakan pelbagai jenis diet yang berbeza. Diet tersebut termasuklah diet terhad kalori, diet protein tinggi, dan diet yang menggunakan dua kali, empat kali dan sepuluh kali gula daripada diet kebiasaannya.\n\n\u201cDengan sistem mikroskop optik baharu kami, kami dapat melihat di mana dan bila lemak dimasukkan ke dalam simpanan dan dibawa keluar dari simpanan,\u201d kata Shi, profesor kejuruteraan bio di UC San Diego yang turut terlibat dalam penulisan kertas kajian ini. \u201cIni adalah teknologi pengimejan pertama yang boleh menggambarkan metabolisme lemak pada resolusi tinggi dalam kedua-dua ruang dan masa dalam sel-sel lemak individu. Kami telah menunjukkan bahawa kami boleh melihat di mana dan bila metabolisme lipid berubah dalam sel-sel badan lemak lalat buah individu sebagai tindak balas kepada perubahan diet.\u201d\n\n\u201cMinat untuk mengoptimumkan diet manusia adalah sengit, \u201d Shi meneruskan. \u201cOrang ramai mahukan jawapan kepada soalan seperti, \u2018Apakah diet terbaik untuk melambatkan penuaan? Apakah diet terbaik untuk menurunkan berat badan? Apakah diet terbaik untuk memanjangkan tempoh kesihatan?\u2019 Saya masih belum mempunyai jawapan kepada soalan-soalan ini, tetapi dalam makmal saya, kami membangunkan teknologi baharu yang membawa kami lebih dekat untuk menjawab beberapa soalan besar mengenai \u2018diet\u2019 di luar sana.\u201d\n\nDalam kerja baharu Aging Cell, sebagai contoh, penyelidik melaporkan cara baharu untuk menjawab soalan seperti:\n\nSejauh manakah diet tertentu, seperti diet tinggi protein, atau diet tinggi gula, atau diet terhad kalori, mengubah proses lalat buah menukar tenaga daripada makanan kepada lemak? Dan sejauh manakah diet yang sama ini mempengaruhi proses lalat buah menukarkan semula lemak kepada tenaga?\n\n\u201cKami membangunkan alat ini untuk membantu kami menguraikan hubungan antara diet dan fenomena seperti obesiti, diabetes, penuaan dan umur panjang,\u201d kata Shi.\n\nMengesan saiz titisan lemak dalam sel lalat buah yang utuh ialah satu contoh perkara yang boleh dilakukan dengan platform visualisasi baharu.\n\n\u201cSaiz titisan ialah satu cara untuk mengesan berapa banyak lemak yang disimpan \u2018terbalik\u2019 atau ditukar kembali kepada tenaga. Ini adalah aspek penting metabolisme lipid, dan kami kini mempunyai alat yang membolehkan kami menjejaki perubahan dalam saiz titisan lipid tertentu dalam sel individu lalat buah,\u201d kata Yajuan Li, MD. PhD, yang merupakan penyelidik pasca doktoral di makmal Shi di UC San Diego dan pengarang pertama pada kertas dalam Aging Cell.\n\nPlatform visualisasi baharu dibina berdasarkan beberapa kerja Shi yang terdahulu menggunakan variasi pada air biasa, dipanggil heavy water atau (D2O). Air berat, secara literal, lebih berat daripada air biasa. Molekul air berat mengandungi satu atom oksigen seperti air biasa. Tetapi sebagai ganti pasangan atom hidrogen \u2014 \u201cH2\u201d dalam \u201cH20\u201d \u2014 air berat mengandungi sepasang atom deuterium yang lebih berat.\n\nSeperti air \u201cbiasa\u201d, air berat secara bebas dimasukkan ke dalam sel organisma hidup. Oleh itu, apabila penyelidik memberikan air berat kepada lalat buah, dan kemudian lalat buah itu mula menukar tenaga daripada makanannya kepada molekul lemak untuk disimpan, beberapa molekul lemak tersebut mengandungi deuterium. Dengan cara ini, kelaziman atom deuterium dalam lipid yang disimpan dalam sel lemak lalat buah menjadi cara untuk mengukur berapa banyak lemak yang disimpan oleh lalat itu.\n\nMemperkenalkan air berat ketika kita menukar diet lalat dalam masa yang sama, kita dapat memantau bagaimana diet mengubah perolehan lipid. Butiran lanjut tentang cara sistem berfungsi, Shi berkata, \u201cApabila kami membangunkan teknologi baharu, alat baharu, ia pasti akan memberi inspirasi kepada kami untuk bertanya soalan biologi baharu.\u201d\n\nApabila ia datang untuk memahami hubungan antara komposisi diet dan metabolisme lipid, soalan biologi baharu membawa penyelidik kembali kepada beberapa soalan tertua dan paling menarik tentang hubungan antara diet dan obesiti, diabetes, penuaan dan umur panjang.\n\nArtikel diterjemahkan dari\u00a0 :\n\nUniversity of California \u2013 San Diego. \u201cBioengineers visualize fat storage in fruit flies.\u201d ScienceDaily. ScienceDaily, 19 April 2022. .\n\nJurnal kajian :\n\nYajuan Li, Wenxu Zhang, Anthony A. Fung, Lingyan Shi.\u00a0DO?SRS imaging of diet regulated metabolic activities in Drosophila during aging processes.\u00a0Aging Cell, 2022; 21 (4) DOI:\u00a010.1111/acel.13586" "Media sosial kembali digemparkan dengan gambar satu kejadian di langit yang berlaku beberapa hari lepas sebelum waktu berbuka puasa di sebuah lokasi di Malaysia.\n\nPada tahun 2020, fenomena ini menggemparkan masyarakat di Pendang, Kedah. Manakala, pada tahun 2021, fenomena ini telah dilihat oleh masyarakat Bintulu, Sarawak dengan dakwaan bahawa fenomena tersebut dilihat seperti satu letupan di ruang angkasa yang mengeluarkan cahaya merah seperti api dengan bentuk yang tidak konsisten.\n\nBeberapa penerangan telah dikeluarkan oleh beberapa pihak dan pakar bagi menerangkan kesalahfahaman rakyat Malaysia yang terus mengaitkannya dengan perkara-perkara yang mengelirukan.\n\nApa sebenarnya fenomena ini?\n\nBerikutan penularan berita fenomena ini di Sarawak, Agensi Angkasa Malaysia telah menjawab persoalan masyarakat melalui hantarannya di facebook.\n\nMenurut hantaran tersebut, kejadian tersebut ialah fenomena \u2018light pillars\u2019 (tiang cahaya) yang berlaku apabila di permukaan bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air. Kemudian, ketika kejadian, suhu atmosfera sangat sejuk sehingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Manakala, suhu di permukaan bumi pula sangat panas. Pertembungan kedua-dua keadaan ini menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit. Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub/ polar. Fenomena ini juga boleh berlaku di mana-mana sahaja, sepertimana pada tahun 2017 menyaksikan fenomena ini berlaku di Kudat, Sabah.\n\nMalah, agensi ini juga mengatakan bahawa cahaya yang dipantul daripada bot-bot nelayan juga boleh mencetuskan fenomena ini sepertimana yang pernah dirakam pada tahun 2014 ketika musim mencandat sotong.\n\nBagi dakwaan terbaru mengenai fenomena ini, facebook Astronomi & Sains turut menerangkan hal yang sama yang memaklumkan bahawa ini merupakan kejadian \u2018light pillars\u2019.\n\nMenurut hantaran tersebut, fenomena\u00a0 tiang cahaya yang merupakan fenomena paling indah dan menakjubkan pernah berlaku di dunia ini merupakan sekumpulan cahaya menegak yang muncul daripada satu sumber cahaya. Fenomena atmosfera optik ini terhasil oleh refleksi cahaya daripada Kristal ais kecil yang banyak terdapat pada awan. Selain itu, sebahagian besar cahaya ini juga berpunca daripada cahaya matahari, bulan ataupun cahaya daratan yang lain. Menurutnya lagi, adakalanya fenomena ini boleh terjadi kerana cuaca sejuk bersalji yang ekstrem, sepertimana yang berlaku di beberapan negara seperti Norway dan Finland.\n\nUntuk penerangan dan gambaran lanjut, kalian boleh menonton video ini. https://fb.watch/cwkUiTyLF9/\n\nMakanya, penerangan-penerangan ini sudah jelas dan dibuktikan secara ilmiah melalui kajian-kajian pakar. Namun, biarpun hebatnya teori-teori dan hukum yang disebutkan, akhirnya kita berbalik kepada Allah dan mensyukuri kejadian-kejadian yang menakjubkan ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :\n\n\u201cAllah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: \u201cJadilah engkau!\u201d Lalu menjadilah ia.\u201d\u00a0(Al-Baqarah: 117)\n\nBukan itu sahaja, kita juga dituntut untuk berfikir dan merenungi hikmah-Nya bagi menghadirkan rasa keinsafan dalam diri dan menambahkan keimanan.\n\n\u201cSesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): \u201cYa Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.\u201d\n\n(Aal Imran: 190-191)\n\n1. Facebook Agensi Angkasa Malaysia-MYSA, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159327133656203&id=85784241202\n\n2. Facebook Astronomi & Sains, https://www.facebook.com/groups/3023712334585054/permalink/3237551399867812/\n\n3. Facebbok PenMerahdotcom, https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3352311755054249&id=1504464443172332\n\n4. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1236-irsyad-al-fatwa-ke-129-penciptaan-langit-bumi" "Tahukah anda, bahawa planet Neptun ditemui oleh saintis dengan menggunakan matematik?\n\nSegalanya bermula apabila Johannes Kepler, seorang ahli astronomi Jerman menghasilkan 3 Hukum Pergerakan Planet. Hukum pergerakan ini mampu menerangkan pergerakan objek samawi dengan agak tepat pada waktu itu.\n\nKajian Kepler terhadap objek samawi kemudian diteruskan pula oleh Sir Isaac Newton, dengan Newton mencipta Hukum Kegravitian Semesta (Newton\u2019s Law of Universal Gravitation). Menurut Newton, semua objek dengan jisim akan tertarik antara satu sama lain, termasuklah jasad samawi.\n\nSebelum Neptun dijumpai, ahli astronomi telah terlebih dahulu menjumpai planet Uranus. Status planet Uranus ni pada awalnya diragui, sama ada ia adalah planet atau sekadar komet. Namun, analisa menunjukkan bahawa pergerakan Uranus mengikut hukum pergerakan planet Kepler, justeru ahli astronomi mengkategorikan Uranus sebagai planet. Kredit terjumpanya Uranus diberikan kepada William Herschel (1781).\n\nMasalah bermula apabila analisa lebih lanjut dilakukan terhadap Uranus, saintis mendapati bahawa terdapat sedikit perbezaan (discrepancies) antara pemerhatian fizikal menggunakan teleskop dengan hukum Kepler.\n\nAda sebahagian saintis berpandangan bahawa mungkin Hukum Kepler dan Hukum Graviti Newton berubah sifatnya apabila planet semakin jauh dari Matahari. Ada pula idea bahawa wujud jasad samawi lain yang berada di sekitar planet Uranus, menghasilkan daya graviti antara mereka. Keadaan jadi bertambah menarik apabila komet Halley muncul pada tahun 1835.\n\nApa yang menarik?\n\nKomet Halley tersebut telah hadir lambat sehari dari tarikh yang dijangka oleh ahli astronomi.\n\nHal ini menguatkan naluri ahli astronomi pada waktu itu bahawa memang ada jasad samawi lain yang wujud di sekitar Uranus. Cuma masalahnya, dekat mana perlu kita halakan teleskop kita? Royal Academy of Sciences siap bagi ganjaran wang tunai untuk siapa yang dapat jumpa planet ni.\n\nDua orang ahli matematik, John Couch Adams (British, kiri) dan Urbain Le Verrier (France) telah berjaya untuk mengira orbit pergerakan planet baharu ini secara berasingan.\n\nAdam sebenarnya telah terlebih dahulu dapat mengira orbit Neptun, namun disebabkan beliau berasa ragu-ragu dengan hasil kerjanya, beliau mengambil masa yang lebih lama dari Le Verrier untuk menerbitkan hasil kerja tersebut.\n\nCubaan untuk membuktikan wujudnya planet Neptun ini (meskipun orbitnya telah ditemui) juga merupakan satu drama yang panjang. Hal ini kerana kedua-dua ahli matematik ini dari negara yang berbeza. Jadi berlaku perebutan antara Akademi Sains British dan France.\n\nBritish (diketuai oleh George Biddell Airy) cuba untuk menang. Dengan menggunakan data dari kedua-dua ahli matematik tadi, Airy telah berjaya menjumpai Neptun pada tanggal 23 September 1846.\n\nNamun, ternyata mereka sebenarnya kalah apabila mereka sebenarnya terlambat. Johann Gottfried Galle (Jerman) telah bekerjasama dengan Le Verrier dan telah terlebih dahulu menjumpai planet Neptun pada tanggal 8 dan 12 Ogos. Ternyata Airy terlewat hampir sebulan lamanya.\n\n\u201cThe Brits Stole Neptune\u201d.\n\nItu adalah antara kata-kata yang keluar apabila diketahui bahawa Airy cuba untuk mendapatkan kredit daripada penemuan Neptun. Hari ini, kredit penemuan Neptun masih lagi menjadi kontroversi, kerana Galle orang pertama melihat Neptun secara fizikal, sedangkan Adams dan Le Verrier adalah orang pertama yang mengira dan memberi maklumat kepada Galle untuk melihat Neptun. Namun, Adams memberi kredit kepada Le Verrier dan mengakui bahawa Le Verrier menang kerana hasil kerjanya telah terbit terlebih dahulu.\n\nhttps://owlcation.com/stem/The-Drama-of-Neptunes-Discovery" "Seorang wanita di twitter dengan nama @anisssurayaaa telah berkongsi cara untuk dapatkan semula semua jenis salinan sijil exam secara online, tanpa perlu bersusah-payah pergi beratur di pejabat.\n\nCiapan tersebut telah mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia sehingga beliau mendapat 29.4k kesukaan, dan 14.8k diciap semula bersama hampir 300 orang meninggalkan komen.\n\nBerikut merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat.\n\nBagi sesiapa yang hilang sijil-sijil peperiksaan penting, bolehlah cuba cara ni. Tak perlu dah panjat tangga Putrajaya, beratur panjang di kaunter dan berurusan dalam masa yang lama. Cukup luangkan masa di hadapan komputer.\n\nLepastu boleh simpan baik-baik di rumah. Sijil-sijil ni penting tau untuk masa depan dan kerjaya. Selamat mencuba!" "Dunia Islam kaya dengan perpustakaan. Yang biasa didengar ialah perpustakaan Baytul Hikmah di Baghdad yang tidak lagi perlu diperkenalkan dengan kehebatannya suatu masa dahulu. Namun, jarang sekali didengari perpustakaan lain yang tidak ketinggalan juga merupakan perpustakaan hebat di dunia islam ini.\n\nAdakah kita kenal perpustakaan-perpustakaan tersebut?\n\nPerpustakaan Qarawiyyin merupakan salah satu perpustakaan tertua di dunia. Diasaskan pada tahun 859 di Fez, Morocco. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan tertua di Afrika dan perpustakaan ini diiktiraf perpustakaan tertua yang masih berfungsi dari awal pembinaan sehingga kini. Antara manuskrip yang agak nadir di perpustakaan ini adalah seperti manuskrip Muqaddimah Ibn Khaldun yang ditulis pada abad ke-14, Quran kaligrafi kufi abad ke-9 dan manuskrip penulisan Ibn Rushd. Perpustakaan ini memainkan peranan penting dalam perpindahan ilmu dari dunia islam ke Eropah ketika dunia Eropah masih di zaman kegelapan.\n\nPerpustakaan Mustansiriyya merupakan antara perpustakaan yang terselamat daripada serangan Mongol pada 1258 yang menghancurkan Baghdad. Perpustakaan ini dibina pada tahun 1227 berdekatan sungai Tigris. Disebutkan bahawa terdapat kira-kira 80,000 manuskrip yang disimpan di sini dan pada tahun 1393 perpustakaan ini digabungkan bersama Madrasah Nizamiyah.\n\nPerpustakaan ini terletak di dalam istana Topkapi, Istanbul dan mengumpulkan warisan manuskrip yang luas, hasil daripada wilayah di bawah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Terdapat kira-kira 14,000 manuskrip dan pelbagai kesenian yang tersimpan di dalam istana Topkapi ini. Penulisan dan album daripada dunia arab, Seljuk, Mamluk, Mongol, Timurid, Uzbek, Turkmen dan Safavid, kesemuanya dikumpulkan di dalam istana ini dan boleh dijumpai sehingga ke hari ini.\n\n\u2013 Andalus pernah menjadi pusat kepada kecemerlangan keilmuan dunia islam suatu masa dahulu yang mana pernah disebut sebagai sebab kepada kebangkitan dunia Eropah dari sudut keilmuan. Terdapat kira-kira 380 masjid, 800 madrasah, 70 perpustakaan awam dan banyak lagi perpustakaan peribadi yang berada didalam bandar Cordoba di Andalus itu. Masjid Cordoba merupakan universiti terbesar di Eropah ketika zaman Islam dan mempunyai hampir 4000 pelajar dalam satu masa.\n\n\u2013 Rheinhart Dozy berpendapat bahawa hampir setiap orang boleh membaca dan menulis. Apabila dibandingkan dengan Eropah ketika itu yang hanyalah Priest dan aristokrat sahaja yang boleh menulis dan membaca.\n\n\u2013 Di sini juga terletak hasil terjemahan penulisan-penulisan seperti Plato dan Aristotle yang telah diterjemah ke dalam bahasa arab. Malah penulisan Ibn Sina dan Ibn Rushd juga disimpan di dalam perpustakaan ini suatu masa dahulu.\n\nPerpustakaan pertama di dalam Mughal ditubuhkan oleh Raja Zaheer al-Din Babur pada 1526. Terdapat hampir 24,000 tajuk buku di dalam perpustakaan ini. Di sini juga terdapat perpustakaan khas untuk wanita. Di dalam perpustakaan ini tersimpan pelbagai manuskrip berkaitan astronomi, astrologi, matematik, tafsir, hadis, muzik dan perubatan. Perpustakaan ini menjadi tempat perkumpulan para ilmuan, ulama\u2019 dari pelbagai negara seperti Samarkand, Khurasan dan Herat yang dibawa masuk ketika zaman Zaheer Al-Din Babur.\n\nBantu kami bangunkan perpustakaan Astaka Fikir :\u00a0https://bit.ly/AstakaFikirAJ\n\nSumbangan diperlukan untuk bangunkan perpustakaan Astaka Fikir. Bantu kami membangunkan perpustakaan komuniti untuk menggalakkan pembangunan intelek masyarakat dipergiatkan.\n\nAstaka Fikir ini akan berfungsi sebagai:\u2013 Ruang selamat anak muda sebagai alternatif kafe, McD atau mamak.\u2013 Alternatif hiburan melampau generasi muda\u2013 Ruang kajian, penyelidikan, studi dan wacana ilmiah\u2013 Kelas Quran, tafsir, sejarah untuk semua usia.\n\nUntuk menyumbang:\n\nhttps://bit.ly/AstakaFikirAJhttps://bit.ly/AstakaFikirAJhttps://bit.ly/AstakaFikirAJ" "1. Gelaran Tan Sri wujud pada asalnya bagi membezakan gelaran Dato\u2019 yang dikurniakan di peringkat persekutuan dengan negeri-negeri.\n\n2. Gelaran ini mula digunakan pada 12 April 1966, kepada penerima darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang sebelum ini menggunakan gelaran Dato\u2019.\n\n3. Sebelum gelaran Tan Sri diperkenal, hanya Tun dan Dato\u2019 sahaja yang digunakan sebagai gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.\n\n4. Bermula tahun yang sama juga, darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) diperkenalkan, dengan penerimanya turut bergelar Tan Sri. Selain P.S.M, darjah Seri Setia Mahkota (S.S.M. \u2013 yang membawa gelaran Tun) dan Johan Setia Mahkota (J.S.M.) turut diperkenalkan.\n\n5. Bermaksud, gelaran Tan Sri dikurniakan kepada penerima darjah P.M.N. dan P.S.M.. Ia terus digunakan sehingga hari ini.\n\n6. Pada awalnya, gelaran Tan sahaja (tanpa Sri) dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk penggantian kepada Dato\u2019. Ia menimbulkan beberapa perbahasan daripada kalangan penggiat bahasa.\n\n7. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mendakwa \u2013 ketika mengusulkan cadangan gelaran Tan \u2013\u00a0 beliau mengambil gelaran Tan hasil kajiannya daripada buku-buku hikayat asli Melayu semasa pembikinan filem \u201cRaja Bersiong\u201d \u2013 filem yang ditulis leh beliau.\n\n8. Penggiat-penggiat bahasa secara umumnya bersetuju agar diwujudkan gelaran lain bagi membezakan Dato\u2019 di peringkat persekutuan dan negeri, tetapi istilah Tan dianggap janggal dan seperti ada yang tidak kena.\n\n9. Menurut Pendeta Za\u2019ba, beliau tidak pernah menemui istilah Tan, tetapi hanya ejaan Jawi huruf Ta dan Nun yang disebut Tun sahaja.\n\n10. Menurut Syed Nasir Ismail, perkataan Tan muncul mungkin disebabkan kekhilafan penulisan buku Melayu lama (bertulisan Jawi) dalam mengeja perkataan Tun. Sebagai contoh dalam buku klasik, At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang ada menulis Tun dengan ejaan ta+nun sahaja, ada juga yang menulis ta+wau+nun.\n\n11. Prof Ungku Aziz juga pernah mengesyorkan kepada kerajaan untuk membuat penyelidikan berkenaan istilah Tan ini.\n\n12. Menurut beliau, istilah tersebut diakui sememangnya wujud dalam masyarakat Melayu. Sebagai contoh, ia digunakan oleh pembesar adat di Johol, Dato\u2019 Baginda Tan Mas.\n\n13. Gelaran Tan juga digunakan oleh seorang tokoh komunis era perjuangan kemerdekaan Indonesia, Tan Malaka. Perkataan Tan tersebut ialah kependekan kepada Sultan atau Sutan.\n\n14. Gelaran Sutan pula suatu masa dahulu kebiasaannya menjadi gelaran kepada raja bagi sesebuah daerah kecil di Sumatera Timur.\n\n15. Gelaran Sutan juga diberikan kepada anak orang baik-baik di Minangkabau.\n\n16. Dalam kamus Melayu-Perancis (Dictionnaire Malais-Francais) yang diterbitkan pada tahun 1875 oleh Abbe P. Favre, ada dimasukkan lema \u201cta nun\u201d dalam ejaan Jawi. Ia boleh disebut dengan pelbagai sebutan seperti Tan, Ton dan Tun, walaupun kamus tersebut menganjurkan sebutan \u201cTun\u201d.\n\n17. Mustapha Albakri, seorang ahli adat istiadat Melayu (menjadi Dato Paduka Maharaja Lela pertama), menyatakan gelaran Tan sememangnya wujud dalam alam Melayu. Namun, kebiasaannya ia tidak digunakan secara sendirinya.\n\n18. Perkataan Tan kebiasaannya bersandar dengan perkataan lain, sebagaimana di Perak terdapat gelaran Dato\u2019 Tan Dewa dan pelbagai Dato\u2019 Tan yang lain yang dikurnia oleh Sultan Perak.\n\n19. Akhirnya, gelaran Tan Sri diguna pakai oleh kerajaan persekutuan. Walaupun terdapat persoalan ejaan mana yang sepatutnya; sama ada Sri atau Seri (mengikut hukum bahasa, sepatutnya Seri), pihak Jabatan Perdana Menteri telah memuktamadkan penggunaan rasmi gelaran tersebut sebagai Tan Sri.\n\n20. 8 orang tokoh telah menerima gelaran Tan Sri pertama selepas dikuatkuasakan pertukaran. Seorang menerima P.M.N, manakala 7 yang lain menerima P.S.M. Mereka ialah:\n\nP.M.N.\n\n\u2013 Tan Sri Saw Seng Kew, Yang di-Pertua MCA Pulau Pinang.\n\nP.S.M.\n\n\u2013 Tan Sri Abdul Aziz bin Yeop, Setiausaha Tetap Kementerian Pelajaran Malaysia.\n\n\u2013 Tan Sri Abdul Hamid bin Mustapha, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Port Swettenham\n\n\u2013 Tan Sri Dr. Foo Ting Chiew, Pengerusi Syarikat Permodalan Perusahaan Tanah Melayu\n\n\u2013 Tan Sri C.M. Hashim (Noor Mohamed Hashim bin Che Din), bekas Yang di-Pertua UMNO Pulau Pinang\n\n\u2013 Tan Sri Khoo Teck Puat, Pengarah Urusan Malayan Banking\n\n\u2013 Tan Sri Tan Seng Kee, pelombong terkemuka\n\n\u2013 Tan Sri Yaacob bin Abdul Latiff, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Bersatu di Kaherah\n\nItu sahaja perkongsian kali ini. Sekadar menghimpunkan beberapa laporan akhbar lama dalam satu penulisan.\n\nKredit : FB Zahirul Nukman." "Apabila dua orang bertemu, sudah pasti masing-masing akan serta-merta membuat penilaian pantas sesama sendiri tentang segala-galanya seperti melibatkan umur sehinggalah kepada kecerdasan atau kebolehpercayaan berdasarkan penampilan semata-mata. Tanggapan pertama itu, walaupun selalunya tidak tepat, tetapi boleh menjadi sangat berkesan dalam membentuk hubungan dan membuat keputusan dalam sesuatu hal, seperti daripada keputusan pengambilan pekerja sehinggalah kepada hukuman jenayah.\n\nPenyelidik di Institut Teknologi Stevens, dengan kerjasama Universiti Princeton dan Universiti Chicago, kini telah mengajar algoritma AI untuk memodelkan tanggapan pertama ini dan meramalkan dengan tepat cara seseorang itu akan dilihat atau dinilai berdasarkan gambar wajah mereka.\n\n\u201cTerdapat banyak kajian yang menumpukan kepada pemodelan penampilan fizikal wajah orang,\u201d kata Jordan W. Suchow, seorang saintis kognitif dan pakar AI di Sekolah Perniagaan di Stevens. \u201cKami membawanya bersama-sama dengan pertimbangan manusia dan menggunakan pembelajaran mesin untuk mengkaji tanggapan pertama yang berat sebelah antara satu sama lain.\u201d\n\nSuchow dan pasukan, termasuk Joshua Peterson dan Thomas Griffiths di Princeton, dan Stefan Uddenberg dan Alex Todorov di Chicago Booth, telah meminta beribu-ribu orang untuk memberikan tanggapan pertama mereka terhadap lebih 1,000 gambar wajah yang dijana komputer, yang mana gambar-gambar wajah tersebut telah disusun berdasarkan beberapa kriteria, antaranya kepintaran dan kewibawaan. Hasil-hasil tanggapan itu kemudiannya digunakan dalam melatih rangkaian saraf untuk membuat pertimbangan pantas yang serupa tentang manusia lain berdasarkan gambar wajah mereka semata-mata.\n\n\u201cDengan memandang foto wajah anda, kami boleh menggunakan algoritma ini untuk meramalkan tanggapan pertama orang terhadap anda, dan stereotaip yang mereka akan tunjukkan kepada anda apabila mereka melihat wajah anda,\u201d jelas Suchow.\n\nKebanyakan penemuan algoritma sejajar dengan gerak hati biasa atau andaian budaya. Dikatakan bahawa seseorang yang tersenyum cenderung dilihat sebagai seorang yang lebih boleh dipercayai, contohnya, manakala orang yang berkaca mata cenderung dilihat sebagai seorang yang lebih bijak. Dalam kes lain, agak sukar untuk memahami dengan tepat tentang faktor algoritma mengaitkan sifat tertentu kepada seseorang.\n\n\u201cAlgoritma ini tidak memberikan maklum balas yang diharapkan atau menjelaskan mengapa imej tertentu membangkitkan dan mengaitkan kepada sesuatu pertimbangan tertentu,\u201d kata Suchow. \u201cNamun begitu, ia boleh membantu kami memahami cara kami dilihat \u2014 kami boleh menyusun satu siri foto mengikut yang mana satu menjadikan anda kelihatan paling boleh dipercayai, dan membolehkan anda membuat pilihan tentang cara anda mempersembahkan diri anda.\u201d\n\nWalaupun pada asalnya algoritma dibangunkan untuk membantu penyelidik psikologi menjana imej muka untuk digunakan dalam eksperimen tentang persepsi dan kognisi sosial, algoritma baharu ini boleh juga mencari kegunaan dunia sebenar. Orang ramai mengatur persona awam mereka dengan berhati-hati, contohnya, berkongsi hanya foto yang mereka fikir membuatkan mereka kelihatan paling bijak atau yakin atau menarik, dan hal ini mudah untuk melihat bagaimana algoritma boleh digunakan untuk menyokong proses itu, kata Suchow. Hal ini kerana sudah menjadi satu norma sosial untuk menunjukkan diri sentiasa dalam sisi positif, biarpun mengetepikan beberapa isu etika yang mengelilingi teknologi, tambahnya.\n\nLebih merisaukan, algoritma ini juga boleh digunakan untuk memanipulasi foto untuk menjadikan subjek mereka kelihatan seperti cara tertentu \u2014 mungkin menjadikan calon politik kelihatan lebih boleh dipercayai, atau menjadikan lawan mereka kelihatan tidak bijak atau mencurigakan. Walaupun alat AI sudah digunakan untuk mencipta video \u201cdeepfake\u201d yang menunjukkan peristiwa yang tidak pernah berlaku, algoritma baharu boleh mengubah imej sebenar secara halus untuk memanipulasi pendapat penonton tentang subjek mereka.\n\n\u201cDengan teknologi tersebut, adalah mungkin untuk mengambil gambar dan mencipta versi diubah suai yang direka untuk memberikan kesan tertentu,\u201d kata Suchow. \u201cAtas sebab yang jelas, kita perlu berhati-hati tentang cara teknologi ini digunakan.\u201d\n\nUntuk melindungi teknologi mereka, pasukan penyelidik telah memperoleh paten dan kini mencipta permulaan untuk melesenkan algoritma untuk tujuan etika yang telah diluluskan terlebih dahulu. \u201cKami mengambil semua langkah yang kami boleh untuk memastikan algoritma ini tidak akan digunakan untuk hal yang memudaratkan,\u201d kata Suchow.\n\nWalaupun algoritma semasa memfokuskan pada tindak balas purata kepada wajah tertentu merentas sekumpulan besar penonton, Suchow seterusnya berharap untuk membangunkan algoritma yang mampu meramalkan cara seseorang individu akan bertindak balas terhadap wajah orang lain. Hal ini boleh memberikan cerapan yang jauh lebih mendalam tentang cara penilaian pantas dalam membentuk interaksi sosial kita, dan berpotensi membantu orang ramai mengenali dan melihat melangkaui tanggapan pertama mereka apabila perlu membuat satu keputusan penting.\n\n\u201cAdalah penting untuk diingati dan difahami bahawa pertimbangan yang kami modelkan tidak mendedahkan apa-apa tentang personaliti atau kecekapan sebenar seseorang,\u201d jelas Suchow. \u201cApa yang kami lakukan di sini adalah mengkaji stereotaip manusia, dan hal itu adalah sesuatu yang perlu diusahakan oleh setiap insan dalam memiliki pemahaman yang lebih baik mengenai diri manusia lain.\u201d\n\nArtikel diterjemahkan daripada laman web ScienceDaily.com, artikel \u201cThis algorithm has opinions about your face\u201d.\n\nJurnal kajian :\n\nJoshua C. Peterson, Stefan Uddenberg, Thomas L. Griffiths, Alexander Todorov, Jordan W. Suchow.\u00a0Deep models of superficial face judgments.\u00a0Proceedings of the National Academy of Sciences, 2022; 119 (17) DOI:\u00a010.1073/pnas.2115228119\n\nSumber :\n\nhttps://www.sciencedaily.com/releases/2022/04/220421181212.htm" "Menurut satu kajian terbaru yang dijalankan di \u2018University of East Anglia\u2019, United Kingdom, buah kranberi mampu untuk membantu meningkatkan daya ingatan, mengelakkan penyakit dementia iaitu sejenis penyakit otak progresif yang boleh membawa kepada penurunan kadar keaktifan menjalankan aktiviti harian, dan mengurangkan kolestrol \u2018jahat\u2019. Kajian ini dijalankan dengan harapan hasil penemuan ini dapat memberi implikasi dalam pencegahan penyakit neurodegeneratif seperti dementia. Menerusi kajian ini, para pengkaji meneliti manfaat pengambilan secawan kranberi sehari di kalangan sampel kajian berumur 50 sehingga ke 80 tahun.\n\nKetua penyelidik Dr David Vauzour, dari Sekolah Perubatan Norwich UEA, berkata: \u201cDementia dijangka memberi kesan kepada kira-kira 152 juta orang menjelang tahun 2050. Tiada penawar yang diketahui, oleh itu adalah penting untuk kita mencari campuran gaya hidup yang boleh diubah suai, seperti diet, yang boleh membantu mengurangkan risiko dan beban penyakit.\n\n\u201cKajian lepas menunjukkan bahawa pengambilan flavonoid diet yang lebih tinggi dikaitkan dengan kadar penurunan kognitif dan dementia yang lebih perlahan. Dan makanan yang kaya dengan anthocyanin dan proanthocyanidins, yang memberikan buah beri warna merah, biru, atau ungu, didapati dapat meningkatkan kognisi. Kranberi kaya dengan mikronutrien ini dan telah diiktiraf untuk sifat antioksidan dan anti-radangnya. Kami ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana kranberi boleh membantu mengurangkan neurodegenerasi yang berkaitan dengan usia.\u201d\n\nOleh itu, pasukan penyelidik menyiasat kesan makan kranberi selama 12 minggu pada fungsi otak dan kolesterol di kalangan 60 peserta yang sihat secara kognitif. Separuh daripada peserta mengambil serbuk kranberi kering beku, bersamaan dengan secawan atau 100 g kranberi segar setiap hari. Manakala, separuh lagi menggunakan plasebo (kadangkala dipanggil \u2018sugar pill\u2019).\n\nHasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan kranberi secara signifikan dalam meningkatkan ingatan peserta tentang peristiwa harian (ingatan episodik visual), fungsi saraf dan penghantaran darah ke otak (perfusi otak).\n\nDr Vauzour berkata: \u201cKami mendapati bahawa peserta yang mengambil serbuk kranberi menunjukkan prestasi memori episodik yang meningkat dengan ketara dalam kombinasi dengan peredaran nutrien penting seperti oksigen dan glukosa yang lebih baik ke bahagian penting otak yang menyokong kognisi \u2013 khususnya penyatuan dan pengambilan memori. Kumpulan kranberi juga menunjukkan penurunan ketara dalam paras kolesterol LDL atau \u2018jahat\u2019, yang diketahui menyumbang kepada aterosklerosis \u2014 penebalan atau pengerasan arteri yang disebabkan oleh pembentukan plak pada lapisan dalam arteri. Hal ini menyokong idea bahawa kranberi boleh meningkatkan kesihatan vaskular dan mungkin sebahagiannya menyumbang kepada peningkatan dalam perfusi otak dan kognisi.\u201d\n\n\u201cMenunjukkan kepada manusia bahawa suplemen kranberi boleh meningkatkan prestasi kognitif dan mengenal pasti beberapa mekanisme yang bertanggungjawab adalah langkah penting untuk bidang penyelidikan ini. Penemuan kajian ini amat memberangsangkan, terutamanya apabila memandangkan intervensi kranberi selama 12 minggu yang agak singkat mampu menghasilkan peningkatan ketara dalam ingatan dan fungsi saraf manusia. Hal Ini mewujudkan asas penting untuk penyelidikan masa depan dalam bidang kranberi dan kesihatan neurologi.\u201d tambahnya.\n\nKesimpulan\n\nSubhanallah! Benarlah sesungguhnya setiap ciptaan Allah ini terdapat rahsia dan bukti keagungan-Nya.\n\nAllah berfirman di dalam Al-Quran Surah Al-An\u2019am ayat 99 yang bermaksud:\n\n\u201cDan Dialah (Allah) yang menurunkan hujan dari langit. Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuhan, kemudian kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau. Kami keluarkan pula dari tanaman itu buah-buah yang bergugus-gugus, dan dari pohon-pohon tamar, dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik, dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan juga yang tidak bersamaan. Perhatikanlah oleh kamu akan buah-buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang merujuk kepada kekuasaan Kami) bagi mereka yang beriman.\u201d\n\nArtikel ini diterjemahkan dan diolah daripada artikel asal, \u2018How cranberries could improve memory and ward off dementia\u2019, portal ScienceDaily di pautan; https://www.sciencedaily.com/releases/2022/05/220519081109.htm\n\nJurnal kajian :\n\nEmma Flanagan, Donnie Cameron, Rashed Sobhan, Chloe Wong, Matthew G. Pontifex, Nicole Tosi, Pedro Mena, Daniele Del Rio, Saber Sami, Arjan Narbad, Michael M\u00fcller, Michael Hornberger, David Vauzour. Chronic Consumption of Cranberries (Vaccinium macrocarpon) for 12 Weeks Improves Episodic Memory and Regional Brain Perfusion in Healthy Older Adults: A Randomised, Placebo-Controlled, Parallel-Groups Feasibility Study. Frontiers in Nutrition, 2022; 9 DOI: 10.3389/fnut.2022.849902\n\nRujukan foto : \n\nhttps://ms.womanexpertus.com/kak-vkusno-prigotovit-mors-iz-klyukvy-svezhej-i-zamorozhennoj/" "Perubahan iklim yang semakin ketara kini berpunca daripada peningkatan gas rumah hijau terutamanya karbon dioksida.\u00a0 Penyerap karbon dioksida yang sering dikenali adalah tumbuh-tumbuhan. Namun, kita sering terlepas pandang bahawa dua pertiga daripada bumi kita diliputi air. Laut, tasik dan sungai kita dipenuhi dengan organisma yang sama pentingnya dengan tumbuhan yang ada di daratan. Namun, disebabkan organisma ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kita alpa dan sering mengabaikannya.\n\nAlga merupakan organisma yang memainkan peranan penting seperti tumbuhan yang mampu berfotosintesis menggunakan cahaya matahari untuk menukarkan molekul bukan organik (karbon dioksida, nutrien dan air) kepada glukosa dan oksigen. Terdapat dua kumpulan utama alga iaitu alga mikroskopik dan alga makroskopik. \u2018Mikro\u2019 bermaksud kecil, iaitu organisma ini hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop manakala \u2018Makro\u2019 bermaksud besar dan boleh dilihat dengan mata kasar, sebagai contoh, rumpai laut. Mikroorganisma kecil yang memenuhi permukaan lautan ini menyumbangkan kira-kira 75% daripada pengeluaran oksigen untuk kegunaan manusia. Tanpa alga sesaklah nafas kita!\n\nMikroalga juga adalah pengeluar utama yang memulakan rantaian makanan di dalam lautan dan menyokong semua hidupan laut. Bayangkan kehidupan tanpa \u2018shellout\u2019, ikan bakar, sotong celup tepung dan pelbagai makanan laut yang lazat akibat ketiadaan alga di lautan. Amat mengerikan kerana makanan laut adalah sumber protein yang penting dan utama untuk kira-kira 3 bilion penduduk dunia. Sebahagian besar penduduk di dunia, terutamanya di negara miskin juga bergantung kepada tangkapan daripada lautan sebagai sumber utama pendapatan mereka.\n\nSaya mula mengkaji alga semasa menyertai ekspedisi ke Antartika pada tahun 2004. Benua yang paling ekstrem di dunia dengan 98% daripada kawasan daratannya dilitupi ais dipenuhi tompokan berwarna hijau, merah dan jingga pada salji dan ais. Hamparan berwarna juga ditemui di atas daratan dan tasik yang menunjukkan mikroalga merupakan organisma penting untuk benua ekstrem ini. Saya mula membandingkan corak taburan alga di Antartika dengan alga di kawasan temperat dan tropika. Memandangkan mikroalga adalah organisma mikroskopik yang boleh diterbangkan angin serta melekat pada haiwan dan manusia, fragment atau spora (akinetes) alga dapat dipindahkan dengan mudah ke mana-mana sahaja. Spora alga mampu kekal dalam keadaan dorman (tidak aktif) untuk tempoh masa yang lama sehingga mencecah 70 tahun.\u00a0 Apabila keadaan persekitaran menjadi sesuai, pertumbuhan alga boleh berlaku seawal 48 jam. Memandangakn ekosistem Antartika merupakan ekosistem yang ringkas, perubahan kepada komuniti alga mikroskopik yang menyokong rantaian makanan dan merupakan habitat untuk mikroorganisma lain adalah sesuatu yang membimbangkan. \u00a0\n\nDengan peningkatan suhu global kini, saya mula meletakkan fokus kajian saya kepada kewujudan alga toksik di Antartika. Fenomena ledakan alga toksik bukanlah sesuatu yang baru, malah telah direkodkan seawal tahun 1878 di Tasik Alexandrina, Australia. Kajian alga toksik telah didokumentasikan dengan baik di kawasan temperat dan tropika berbanding Antartika. Banyak kajian telah menunjukkan kesan serius akibat alga toksik ke atas haiwan dan manusia. Pada tahun 1996, sebanyak 116 daripada 130 pesakit di pusat dialisis di Caruaru, Brazil, mengalami gangguan penglihatan, loya dan muntah, manakala 26 orang lagi maut akibat kesan alga toksik daripada air empangan yang tidak diproses dengan sempurna.\n\nWalaupun laporan pertama mengenai alga toksik di Antartika telah dibuat pada tahun 2000, tidak ada sebab untuk mengandaikan bahawa ketoksikan adalah fenomena baharu di Antartika. Kajian yang kami lakukan telah mengenalpasti kewujudan alga toksik daripada sampel berusia 43 tahun melalui kolaborasi bersama saintis di New Zealand. Penemuan alga toksik daripada sampel berusia 100 tahun turut dilaporkan oleh saintis Britain. Persoalannya kini, dengan keadaan suhu yang semakin meningkat, adakah ledakan alga toksik akan berlaku di Antartika?\u00a0 Apakah implikasi terhadap ekosistem Antartika sekiranya ini berlaku? Yang pasti, ledakan alga toksik adalah sesuatu yang perlu dielakkan daripada berlaku di Antartika bukan sahaja kerana kesan negatif pada organisma lain yang bergantung pada alga sebagai makanan,\u00a0 tetapi juga kesannya ke atas simpanan air tawar terbesar di dunia.\n\nPeningkatan suhu juga telah menyebabkan lebih banyak kawasan yang dahulunya dilitupi ais kini menjadi kawasan tanah terdedah yang memudahkan pertumbuhan alga dengan lebih pesat. Di kawasan bersalji pula, peningkatan nutrien daripada ledakan populasi haiwan termasuk penguin dan singa laut telah menyebabkan salji bertukar daripada putih ke hijau, merah dan jingga. Salji berwarna ini semestinya kelihatan cantik dan menarik untuk sesi fotografi. Pertumbuhan alga yang pesat di atas hamparan salji\u00a0 juga dapat membantu menyerap lebih banyak gas karbon dioksida dari atmosfera. Namun, jika dilihat dari sisi yang berbeza, pertukaran warna pada permukan salji yang putih akan menyebabkan pencairan salji berlaku dengan lebih pantas akibat kesan albedo. Warna yang gelap akan menyerap lebih banyak haba dan mengakibatkan salji yang berwarna mencair dengan lebih pantas. Fenomena ini telahpun dibuktikan dengan pencairan ais yang\u00a0 lebih cepat di Alaska akibat pertumbuhan alga yang pesat di atas permukaan salji. Perkara yang sama boleh berlaku di Antartika.\n\nKesan pencairan ais akan menyumbang kepada peningkatan paras air laut seperti yang sedang berlaku kini.\u00a0 Sebagai contoh, di Tamil Nadu, India, para petani di persisiran pantai kehilangan kawasan pertanian mereka akibat\u00a0 ditenggelami air laut. Data daripada empat pelabuhan India pada tahun 1993 sehingga 2012 menunjukkan peningkatan paras laut sebanyak 4.8 cm, iaitu kira-kira 3.2 mm setahun. Dijangkakan peningkatan air laut sebanyak 16 ke 32 cm boleh berlaku menjelang 2050-2100. Keadaan yang sama juga telah direkodkan di Bangladesh, China dan Indonesia. Dengan populasi penduduk yang tinggi di kawasan persisiran pantai Asia, implikasi kenaikan paras laut ini akan menyebabkan masalah penempatan penduduk yang serius (climate refugees). Nasihat saya, jauhi pembelian hartanah berdekatan kawasan pantai untuk mengelakkan rumah anda ditenggelami air sebelum sempat menjelaskan pinjaman perumahan!\n\nBanyak yang dapat dipelajari daripada tindak balas yang ditunjukkan oleh organisma mikro ini. Perubahan diversiti, pengeluaran toksin dan ledakan alga dapat digunakan sebagai penunjuk biologi terhadap perubahan persekitaran yang sedang berlaku di Antartika. Kajian alga Antartika yang telah saya jalankan ditaja oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan sokongan Univeristi Sains Malaysia khususnya [email\u00a0protected]. YPASM sentiasa menggalakkan program penyelidikan saintifik di benua Artik dan Antartika. Dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh pihak YPASM, saintis Malaysia dapat melibatkan diri secara aktif dalam kajian polar dan turut menyumbang dalam inisiatif pemeliharaan kawasan kutub untuk kepentingan sejagat.\n\nSokongan daripada YPASM juga telah berjaya melahirkan kumpulan Eco-Rem Tech yang terdiri daripada sebahagian penerima geran. Penubuhan kumpulan ini telah berjaya memvariasikan penggunaan alga Antartika dalam aplikasi teknologi hijau sebagai salah satu usaha dalam memastikan kelestarian benua ini. Kesedaran tentang kepentingan benua Antartika perlu disebarkan kepada semua demi menjaga keseimbangan alam sekitar untuk generasi akan datang.\n\n\u201cIf not us, then who? If not now, then when?\u201d\n\nArtikel ditulis oleh Dr. Faradina Merican Mohd. Sidik Merican, Penyelidik Alga Antartika, Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia." "Mengalami peristiwa yang menakutkan berkemungkinan sesuatu yang anda tidak akan lupa. Tetapi mengapa memori ini kekal bersama anda apabila jenis peristiwa lain menjadi semakin sukar untuk diingati dengan peredaran masa?\n\nSatu pasukan saintis saraf dari Sekolah Sains dan Kejuruteraan Universiti Tulane dan Sekolah Perubatan Universiti Tufts telah mengkaji pembentukan memori ketakutan di hab emosi otak\u2014amigdala\u2014dan berpendapat ia mempunyai satu mekanisme.\n\nSecara ringkasnya, para penyelidik mendapati bahawa neurotransmitter tekanan norepinephrine, juga dikenali sebagai noradrenalin, memudahkan pemprosesan ketakutan didalam otak dengan merangsang populasi tertentu neuron perencatan dalam amigdala untuk menghasilkan corak pelepasan elektrik yang berulang.\n\nCorak aktiviti elektrik yang meletus ini mengubah kekerapan ayunan gelombang otak dalam amigdala daripada keadaan berehat kepada keadaan terangsang yang menggalakkan pembentukan memori ketakutan.Hasil kajian ini telah diterbitkan baru-baru ini dalam Nature Communications.\n\nTasker, ketua penyelidik menggunakan contoh rompakan bersenjata bagi mengaitkan dengan keadaan ini. \u201cJika anda ditahan dengan todongan senjata, otak anda merembeskan sekumpulan neurotransmiter tekanan norepinephrine, serupa dengan adrenalin,\u201d katanya.\n\n\u201cKeadaan ini mengubah corak pelepasan elektrik dalam litar tertentu dalam otak emosi anda, berpusat di amigdala, yang seterusnya mengalihkan otak kepada keadaan rangsangan yang lebih tinggi yang memudahkan pembentukan ingatan, ingatan takut, kerana ia menakutkan. Ini adalah proses yang sama, kami fikir, yang menjadi salah dalam PTSD dan menjadikannya supaya anda tidak dapat melupakan pengalaman yang traumatik.\u201d\n\nArtikel ini diterjemah dan diolah daripada artikel \u201cWhy the Memory of Fear is Seared Into Our Brains\u201d di portal Neuroscience News.com, https://neurosciencenews.com/fear-memory-amygdala-20695/\n\nKajian asal :\n\n\u201cGq neuromodulation of BLA parvalbumin interneurons induces burst firing and mediates fear-associated network and behavioral state transition in mice\u201d by Xin Fu et al. Nature Communications" "\u2018Alice in the Wonderland and Through the Looking Glass\u2019, sebuah cerita fantasi yang pada hematnya tidak logik di akal, tetapi masih menjadi kegemaran ramai kerana latarnya dan jalan cerita yang menarik setelah diangkat oleh Tim Burton ke layar sutradara.\n\nKisah pengembaraan Alice ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel Lewis Carroll. Tetapi, tidak semua kisah yang diceritakan diangkat ke skrip Tim Burton. Namun, asasnya masih sama yang mana tidak logiknya filem tersebut berdasarkan idea asal Lewis Carroll.\u00a0\n\nLebih menarik lagi apabila beberapa ahli matematik dan ahli bahasa mengkaji penulisan Lewis Carroll, mendapati bahawa setiap idea yang dianggap tidak logik ini adalah berkait dengan cabang matematik, iaitu algebra yang menjadi asas penceritaan ini ditulis oleh Lewis Carroll. \n\nTahukah anda bahawa Lewis Carroll merupakan seorang ahli Matematik?\u00a0\n\nJadi, apa sebenarnya konsep Matematik yang tersembunyi di sebalik penceritaan ini? Sebelum itu, kita kenali dahulu siapa Lewis Carroll.\n\nLewis Carroll ialah nama samaran kepada seorang ahli Matematik di Christ Church College, Oxford iaitu Charles Lutwidge Dodgson. Beliau dikatakan seorang ahli matematik yang konservatif dan sangat berhati-hati serta teliti dalam menghasilkan sebarang kerja. Asas pemahaman matematik beliau berdasarkan kerja Euklid, seorang ahli matematik Yunani yang terkenal dengan satu bukunya yang menjadi rujukan ahli cendekiawan iaitu \u2018Elements\u2019.\n\nSecara umumnya, buku ini membahaskan perihal asas geometri, trigonometri dan garis selari melalui beberapa aksiom yang kukuh, dan hujah yang rumit melalui beberapa langkah logik yang mudah. Selama berabad-abad, pendekatan Euklid telah menjadi asas penaakulan dunia matematik dan logik.\n\nSehinggalah pada abad ke-19, munculnya pemikiran baharu matematik yang tidak sepenuhnya menggunakan pendekatan Euklid sebagai asas, malah dilihat tidak logik oleh Dodgson kerana banyaknya idea-idea abstrak diperkenalkan. Kemunculan pemikiran ini telah mengecewakan Dodgson yang sangat berpegang kuat kepada pendekatan Euklid dalam dunia disiplin matematiknya. Baginya, cabang algebra hanyalah melibatkan nombor. Tetapi, pada abad itu, berkembangnya konsep algebra baru yang pelik-pelik. Antaranya, \u2018x darab y bukanlah sama dengan y darab x\u2019.\n\nKerana kekecewaan inilah, terlahirnya kisah \u2018Alice in the Wonderland and Through the Looking Glass\u2019.\u00a0\n\nAbad ke-19 merupakan era perkembangan ilmu matematik di dunia Eropah. Menerusi \u2018Alice in the Wonderland and Through the Looking Glass\u2019, Dodgson telah menempelak beberapa konsep baru yang pada hematnya adalah tidak masuk akal dan mengarut. Beliau menggunakan beberapa teknik Euklid, membuktikan premis dengan logik yang ekstrem.\n\nWatak ulat beluncas, si kucing, arnab, dan Hatter yang ditemui Alice dalam siri pengembaraannya membawa mesej penting tentang kemengarutan algebra yang didakwa Dodgson.\u00a0\n\nPermulaan cerita asal Dodgson, pertemuan Alice dan ulat beluncas menggambarkan parodi terhadap sistem simbolik algebra yang diutarakan oleh Augustus De Morgan, seorang profesor matematik di London. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan banyak pendekatan matematik yang moden dan didakwa sah selagi mengikut logik dalaman. Fahaman inilah yang melahirkan nombor khayalan (imaginary number) yang membolehkan berlakunya punca kuasa nombor negatif, biarpun menurut De Morgan sendiri, konsep ini adalah mengarut dan tidak dapat difahami.\n\nSetelah Alice jatuh ke lubang arnab dan memakan kek, saiz badan Alice mengecil kepada tiga inci. Kemudian, Alice bertemu dengan si ulat beluncas bersama hookah(paip tembakau dengan tiub yang panjang dan fleksibel) menunjukkan cendawan kepada Alice yang boleh mengembalikan Alice kepada saiz asalnya.\u00a0\n\nPemulihan dan pengurangan saiz yang berlaku terhadap Alice menggambarkan konsep pemulihan dan pengurangan berdasarkan konsep yang diterjemahkan daripada Arab iaitu \u201cal jabr el mokabala\u201d.\u00a0\n\nBerlakunya perubahan saiz ini menyebabkan Alice merasa konfius dan risau kerana di dunia aritmetik konvensionalnya, saiz perlu kekal dan tidak berubah-ubah. Lalu, si ulat beluncas menyatakan bahawa keadaan ini biasa di dunia Wonderland yakni menurutnya dunia yang penuh kegilaan dan mengarut. Kemudian Alice dinasihatkan oleh ulat beluncas agar bersabar (keep temper).\n\nKetika zaman Dodgson, para intelektual memahami \u201ctemper\u201d sebagai kadaran dalam kualiti yang bercampur sepertimana \u201ctempered steel\u201d iaitu sejenis keluli unik dengan kadaran nisbah besi dan karbon. Maka, ulat beluncas memberitahu Alice supaya tidak marah dan kekal dalam kadar emosi yang seimbang.\n\nKeadaan ini sekali lagi mencerminkan kecintaan Dodgson kepada geometri Euklid yang mana magnitud mutlak adalah tidak penting. Yang penting ialah nisbah dan keseimbangan. Untuk hidup di Wonderland, Alice perlu bertindak persis geometer Euklidean dengan mengekalkan nisbah emosi dalamannya, biarpun berubah saiz.\n\nDi bab 6, Alice kembali kecilkan badannya untuk memasuki sebuah rumah di Wonderland. Di dalam rumah tersebut, Alice bertemu dengan Duchess di dapur yang sedang menyusukan bayinya, manakala tukang masaknya sedang menambahkan terlalu banyak lada hitam ke dalam sup sehingga menyebabkan semua terbersin, kecuali kucing Cheshire. Kemudian, Alice membawa keluar bayi Duchess dan entah bagaimana bayi tersebut bertukar menjadi khinzir.\u00a0\n\nMesej Dodgson melalui kejadian ini ialah prinsip kesinambungan dalam geometri unjuran yang diperkenalkan dalam tengah abad ke-19. Sehingga kini konsep ini menjadi aspek penting dalam bidang topologi moden. Prinsip ini melibatkan idea bahawa satu bentuk boleh dibengkokkan dan diregangkan, dengan syarat mengekalkan sifat asas yang sama sepertimana sebuah bulatan adalah sama dengan sebuah bulatan elips dan parabola seperti lengkung senyuman kucing Cheshire. Selain itu, apa-apa rajah yang ditayangkan ke satu permukaan yang lain masih dianggap sama dengan prinsip kesinambungan.\n\nContoh mudahnya seperti dua bulatan yang bersilang di dua titik berbeza dan masih akan kekal sifat asasnya yang bersilang di dua titik biarpun berlaku transformasi peralihan kepada pusat bulatan. Sekiranya titik pusat mereka terlalu jauh, maka, penyelesaiannya akan menggunakan nombor khayalan yang tidak dapat difahami secara fizikal.\n\nDengan tanggapan yang melampau, Dodgson merasakan apa yang berlaku kepada bulatan juga berlaku kepada bayi dengan mengekalkan banyak ciri yang sama biarpun berubah.\n\nKemudian, Alice melepaskan khinzir itu ke hutan. Setelah itu, kucing Cheshire menunjuk kepada Alice ke arah Mad Hatter dan March Hare, dan berkata, \u201cLawatilah mereka sekiranya anda suka. Mereka gila.\u201d\u00a0\n\nAlice menyertai pesta teh Mad Hatter yang secara tidak langsung menerokai kerja ahli matematik Ireland, William Rowan Hamilton. Hamilton meninggal dunia pada tahun 1865, sejurus selepas terbitnya penulisan kisah Alice ini. Penemuannya tentang kuaternion pada tahun 1843 telah diangkat dan dipuji sebagai peristiwa penting dalam algebra abstrak kerana membuktikan putaran dikira secara algebra. Kuaternion ialah konsep baru aritmetik dan kurang digemari Dodgson. Konsep ini melibatkan sistem nombor yang tidak melibatkan pengiraan, tetapi hanyalah untuk memahami tentang putaran.\n\nHamilton dikhabarkan menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja dengan tiga terma untuk setiap satu dimensi ruang, tetapi hanya mampu membuat putaran dalam satah. Apabila terma keempat ditambah, Hamilton telah mendapat putaran tiga dimensi yang dicari dan terma keempat itu mestilah masa.\u00a0\n\nPersamaan akan pesta teh ini, Hatter, Hare dan Dormouse telah tersangkut berputar-putar di meja teh dengan Masa dijadikan terma keempat, tetapi tidak hadir ke meja kerana kesal setelah berlakunya pertengkarannya dengan Hatter. Oleh sebab itu, Hatter, Hare, dan Dormouse dipaksa berputar mengelilingi meja tanpa dibiarkan Hatter menggerakkan jam melepasi enam.\n\nMenurut Hamilton, sekiranya parameter masa dikeluarkan, kemudian nombor-nombor itu akan terus berputar. Oleh itu, biarpun Alice menyertai parti itu, dia tidak dapat menghentikan putaran tersebut kerana dia tidak termasuk dalam unit ruang tambahan seperti Masa.\u00a0\n\nSetelah Alice meninggalkan pesta itu, Hatter dan Hare cuba untuk meletakkan Dormouse ke dalam teko teh. Tindakan ini mungkin membebaskan mereka daripada perlu berputar selamanya di meja setelah hanya wujud dua terma secara bebas sebagai nombor kompleks setelah membuang satu lagi parameter. Mereka berharap kehidupan mereka kembali normal.\n\nSeorang pengkaji menafsirkan peristiwa ini sebagai mesej tersirat Dodgson untuk membuang semua kerumitan dan kembali ke konsep geometri lama Euklid.\n\nKemudian, Alice meneruskan perjalanan dan menemui \u201cRatu Hati\u201d yang dikenali sebagai seorang yang suka marah buta-buta tanpa tujuan. Menurut pengkaji, watak \u201cRatu Hati\u201d ini mungkin mewakili nombor tidak rasional.\u00a0\n\nBiarpun Dodgson kurang setuju dengan pemikiran baharu matematik yang melanda pada era itu, namun, beliau tidak menolak sepenuhnya idea-idea tersebut. Menurut beliau, pemikiran matematik yang baharu ini mungkin menarik kepada ahli matematik lanjutan (advanced mathematician), tetapi agak mustahil untuk diajar kepada para pelajar.\n\nSelain itu, setiap huraian di atas merupakan analisa para pengkaji terhadap karya asal Lewis Carroll atau Dodgson dan sikapnya ketika itu. Realitinya Dodgson tidak pernah menerangkan dengan jelas akan simbolik ceritanya ini. Tetapi, beliau jarang menulis kisah-kisah fantasi kanak-kanak, yang ditulis hanyalah humor yang ditujukan kepada orang dewasa.\u00a0\n\nTambahan kepada kisah Alice ini, Dodgson telah menghasilkan dua risalah lucu untuk rakan-rakan sekerjanya, dalam gaya kertas matematik yang mempersendakan kehidupan di Oxford.\n\nDi samping itu, setelah diteliti analisa-analisa kisah matematik di sebalik pengembaraan Alice ini, satu lagi fakta menarik yang boleh didapati, iaitu \u201cal jabr e al mokabala\u201d merupakan karya utama Al-Khawarizmi yang menjadi rujukan seluruh tamadun Arab dan menjadi perintis pemikiran baru dan kritikal dalam dunia intelek Eropah kemudiannya. Jangan lupa bahawa abad ke-9 sehingga abad ke-15 merupakan era kegemilangan orang Islam dalam bidang intelektual yang kemudiannya jatuh setelah berlakunya konflik luar dan dalam termasuklah penglibatan orang Eropah sebagai dalang.\n\nMaka, tidak hairanlah pada abad ke-19, karya utama ini dibawa pula ke Eropah dan menjadi rujukan untuk memulihkan peradaban dan pemikiran mereka ketika itu. Walaubagaimanapun, satu hal yang perlu kita jelas ialah karya asal \u201cal jabr e al mokabala\u201d atau \u201cal-Jabr wal-Muqabalah\u201d tidak diambil sepenuhnya oleh orang Eropah, tetapi telah ditapis mengikut nilai logik mereka. Hal ini juga mungkin menjadi faktor kemengarutan yang melanda disiplin matematik mereka dan berkembang sehingga kini." "Setiap hari, manusia seluruh dunia akan menghasilkan sampah, baik dalam bentuk cecair, pepejal, bahan kimia, besi, radiasi, patogen atau dalam bentuk lain. Sekiranya tidak diurus dengan baik, sampah atau sisa buangan ini akan menjejaskan kehidupan manusia dalam aspek kesihatan dan keselesaan.\n\nPada bulan Mac lalu, \u2018Global Waste Index 2022\u2019 melaporkan bahawa telah berlaku perbezaan yang ketara pada jumlah penghasilan sisa buangan di Negara-negara dunia dan kaedah pengurusannya. Negara Turki menduduki tangga teratas sebagai negara yang persekitarannya mesra pengurusan sisa buangan. Manakala, USA dikatakan Negara yang paling banyak menghasilkan sisa buangan, lebih-lebih lagi di sepanjang fasa pandemik tetapi menghadapi risiko rendah dalam pencemaran kerana pengurusan sisa yang baik.\n\nPada tahun 2015, data pernah menunjukkan bahawa negara-negara yang memiliki masalah dalam pengurusan sampah-sampah terletak di kawasan Asia Timur dan Tenggara, terutamanya China dan Indonesia yang menduduki posisi kedua, di bawah China.\n\nDi Malaysia, pada tahun lalu, angka tahunan penjanaan sampah menunjukkan sekitar 13 juta tan melibatkan pelbagai kategori sisa buangan.\n\nTahukah anda, setiap kategori sisa buangan itu mempunyai tahap bahaya masing-masing dan memberi mudarat besar kepada manusia apabila dibiarkan begitu sahaja. Mari kita lihat lima jenis sampah atau sisa buangan paling bahaya dalam dunia.\n\nSisa elektronik ialah komponen dan alat elektronik yang sudah rosak atau usang seperti televisyen, PC, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk.\n\nSisa elektronik dikategorikan sebagai sisa yang tersenarai dalam Jadual Pertama (First Schedule) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005 bawah Kod SW110. Kod ini didefinisikan sebagai sisa buangan daripada alat elektronik yang mengandungi komponen-komponen seperti penumpuk (accumulators), suis merkuri, kaca daripada tiub sinar katod dan kaca teraktif lain atau kapasitor bifenil terpoliklorin (polychlorinated biphenyl-capacitors) , atau tercemar dengan kadmium, merkuri, plumbum, nikel, kromium, kuprum, litium, perak, mangan atau bifeni berklorin I (polychlorinated biphenyl). Kandungan kimia berbahaya dalam alat elektronik ini akan memberi ancaman kepada hidupan laut dan darat, terutamanya manusia sekiranya proses pelupusannya tidak diurus dengan baik dan mesra alam.\n\nBerdasarkan kajian, data anggaran menunjukkan Malaysia bakal menghasilkan sebanyak 24.5 juta unit sisa elektronik menjelang tahun 2025.\n\nMinyak terpakai merupakan sisa yang memberi ancaman paling serius kepada alam sekitar sehinggakan pelupusannya dikawal ketat oleh perundangan Poland dan Eropah.\n\nUndang-undang Sisa 14 Disember 2012 mentakrifkan minyak terpakai sebagai sebarang minyak pelincir atau sintetik yang tidak lagi sesuai untuk tujuan asalnya, khususnya minyak terpakai untuk enjin pembakaran dalaman dan minyak gear, minyak pelincr, minyak turbin dan minyak hidraulik. Undang-undang ini melarang keras untuk pembuangan sisa minyak ke dalam air dan tanah. Kegagalan mematuhi undang-undang ini akan memberi ancaman kepada kesihatan dan kehidupan makhluk hidup serta mengakibatkan berlakunya degradasi tanah dan pencemaran.\n\nSelain itu, minyak enjin lama yang terbakar di dalam dapur boleh membunuh penghuni rumah dengan pengudaraan yang rosak.\n\nBarangan plastik sepertinya sudah menjadi \u2018darah daging\u2019 rakyat Malaysia kerana kelebihannya yang tahan lama, kalis air, cantik dan murah menyebabkan barangan plastik sentiasa menjadi pilihan masyarakat dan membantu memudahkan banyak urusan harian. Hakikatnya, plastik merupakan musuh \u2018senyap\u2019 yang boleh \u2018membunuh\u2019.\n\nProf. Dr Mustafa Ali Mohd, Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pernah menerangkan perihal bahaya plastik kepada manusia dan alam sekitar.\n\nTiga bahan asas yang terkandung dalam pembuatan plastik iaitu phthalate, bisphenol A (BPA) dan polybrominated diphenyl ethers (PBDEs) serta bahan-bahan toksik lain yang dicampur akan mendedahkan manusia kepada bahaya apabila plastik ini dibuang dan terurai menjadi monomer. Antara bahaya yang bakal terjadi kepada manusia ialah berlakunya gangguan sistem badan, obesiti dan gangguan terhadap organ pembiakan. Bukan itu sahaja, sekiranya para ibu banyak terdedah kepada phthalate, bahan ini akan mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungan dan kemungkinan lainnya ialah bayi tersebut akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila besar.\n\nDalam satu kajian lain dilaporkan bahawa plastik juga berkait dengan kanser yang mana kesannya hanya dapat dilihat selepas 40 tahun. Kebarangkalian berlakunya peningkatan pesakit kanser mutakhir ini adalah disebabkan penggunaan plastik secara berleluasa dan berterusan sejak sekian lama.\n\nManakala, plastik yang terurai di dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik yang mencemari plankton dan tumbuhan laut. Setelah kedua-duanya dimakan oleh hidupan laut, maka akan berlakunya satu rantaian bahaya apabila bahan kimia ini memasuki badan ikan dan mengganggu sistem dalaman sehingga menyebabkan kematian. Kemudian, manusia yang memakan ikan tersebut turut akan diracuni dengan bahan kimia tersebut.\n\nBateri mengandungi bahan kimia beracun dan memberi impak kepada alam sekitar. Pembuangan yang tidak betul akan menyebabkan toksik plumbum tersebar secara meluas di permukaan bumi. Sekiranya plumbum memasuki badan manusia, toksik ini akan menyingkirkan logam-logam lain yang berguna dalam tubuh manusia lalu menyebabkan mudarat tertentu, termasuklah menjejaskan pembentukan sel darah merah normal.\n\nSelain itu, laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia memaklumkan bahawa plumbum yang tersebar boleh mengakibatkan kembung dan senak perut, sembelit, kurang selera makan, sakit kepala serta lesu. Mankala, kadmium di dalam bateri boleh merosakkan paru-paru, buah pinggang, tulang dan risiko penyakit kanser. Litium pula dikhabarkan mampu menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, loya, muntah dan ketidaklancaran pertuturan serta kesukaran untuk berjalan. Sementara, raksa pula akan memudaratkan sistem saraf, buah pinggang, dan menimbulkan masalah kepada penglihatan, pendengaran dan hilang ingatan.\n\nRacun kimia sudah menjadi alat kebiasaan dalam industri pertanian bagi memberikan kesan yang lebih cepat terhadap masalah yang dihadapi petani berbanding penggunaan racun organik biarpun kesannya memberi bahaya kepada manusia dan alam sekitar sekiranya diaplikasikan secara berlebihan dan tidak terkawal. Pelupusan racun kimia yang tidak betul akan menyebabkan sisa racun ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai atau parit sehingga mengakibatkan pencemaran air bersih. Bukan itu sahaja, sekiranya sisa racun ini diserap oleh tanah, kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia tersebut.\n\nDalam aspek gangguan makhluk hidup dan ekosistem yang lebih luas, curahan sisa racun kimia ini ke saluran pembuangan atau tong sampah akan memudaratkan apabila berlakunya proses peruapan bahan-bahan kimia tersebut ke udara dan tersebar ke serata tempat sehingga memasuki sistem dalaman makhluk hidup.\n\nSetiap sisa berbahaya ini telah ditetapkan kaedah pelupusannya yang benar dan perlu dipatuhi oleh semua manusia. Kegagalan mematuhi ketetapan kaedah tersebut akan memberi mudarat kepada seluruh ekosistem dunia kerana rantaian yang bakal berlaku. Lebih-lebih lagi,\u00a0 terdapat banyak sisa toksik terhasil daripada pelbagai aktiviti manusia seperti pengilangan, perkebunan, sistem pembaikan air, pembinaan, automotif, makmal-makmal, hospital-hospital dan pelbagai industri lain. Sekiranya sisa-sisa ini dibuang ke tanah, di dalam sungai, atau dibiarkan terserap ke udara, semua hidupan di dunia akan terkesan dan masalah-masalah tentang pencemaran, konflik kesihatan dan lain-lain akan berlanjutan sehingga bertahun lamanya.\n\nOleh itu, kenali jenis-jenis sampah atau sisa buangan sebaiknya supaya kita tidak sewenang-wenangnya memukul rata semua sampah adalah sama dan boleh dibuang di merata-rata. Sekiranya berlaku pelbagai penyakit di dunia, sedarilah bawah kegagalan kita mengurus pelupusan sisa-sisa buangan ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit-penyakit tersebut.\n\nFirman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:\n\n\u201cTelah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).\u201d\u00a0(Surah ar-Rum, ayat 41)\n\n1. https://ewaste.doe.gov.my/index.php/what-is-e-waste/\n\n2. https://www.recycling-magazine.com/2022/03/17/global-waste-index-2022-released/\n\n3. https://dpu.kulonprogokab.go.id/detil/77/produksi-sampah-dunia\n\n4. https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022\n\n5. https://www.merdeka.com/trending/11-jenis-jenis-sampah-berdasarkan-sifat-bentuk-dan-sumbernya-kln.html\n\n6. https://www.nationalgeographic.com/environment/article/toxic-waste\n\n7. https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/12/399888/bahaya-plastik-terhadap-kehidupan\n\n8. https://ukkp.usm.my/index.php/maklumat-kkp/petikan-berita/85-bateri-mampu-undang-malapetaka-dahsyat\n\n9. https://myagri.com.my/2017/09/4739/\n\n10. https://avtotachki.com/ms/chem-opasny-masla-dlya-okruzhayuschey-sredy-chto-delat-esli-pereutomlyaesh-svoe/" "Sesiapa yang pernah berjalan dengan anjing pasti tahu bahawa anjing mereka biasanya boleh mengetahui dari jauh sama ada anjing lain yang menghampiri adalah kawan atau musuh. Apabila ragu-ragu ketika bertemu antara satu sama lain, dengan berhati-hati kedua-dua anjing itu mungkin menghidu satu sama lain sebelum memutuskan sama ada untuk bermain bersama atau bergaduh. Peranan dominan yang dimainkan oleh deria bau dalam interaksi sosial telah didokumentasikan secara meluas dalam semua mamalia darat kecuali manusia. Adakah ini kerana manusia tidak menggunakan hidung mereka dalam tetapan sosial seperti yang dilakukan oleh semua mamalia darat yang lain? Atau adakah tingkah laku ini tersembunyi, bukannya terang-terangan, pada manusia?\n\nPelajar siswazah Inbal Ravreby, di makmal Prof. Noam Sobel di Jabatan Sains Otak Weizmann, membuat hipotesis bahawa manusia menggunakan hidung untuk interaksi sosial dalam keadaan tersembunyi. Beliau bergantung kepada dua pemerhatian sebelumnya.\u00a0\n\nPertama, beberapa pembuktian menunjukkan bahawa manusia sentiasa menghidu diri sendiri biarpun secara tidak sedar.\u00a0\n\nKedua, manusia sering menghidu orang lain secara tidak sedar.\u00a0\n\nDi samping itu, umum mengetahui bahawa manusia cenderung untuk berkawan dengan orang lain yang serupa dengan diri mereka dalam aspek rupa, latar belakang, nilai dan juga dalam ukuran seperti aktiviti otak. Ravreby membuat hipotesis bahawa apabila seseorang itu secara tidak sedar menghidu diri sendiri dan orang lain, kemungkinan perbandingan subliminal akan dibuat, dan kemudiannya berlaku daya tertarik kepada mereka yang baunya sama dengan bau diri sendiri.\n\nUntuk menguji hipotesisnya, Ravreby merekrut sepasang rakan klik: rakan bukan romantik sejenis jantina yang persahabatan mereka pada asalnya terbentuk dengan sangat cepat. Beliau membuat hipotesis bahawa kerana persahabatan sedemikian muncul sebelum kenalan yang mendalam, mereka mungkin dipengaruhi terutamanya oleh ciri fisiologi seperti bau badan. Kemudian, beliau mengumpul sampel bau badan daripada rakan klik ini dan menjalankan dua set eksperimen untuk membandingkan sampel tersebut dengan sampel lain yang dikumpul daripada pasangan rawak individu.\u00a0\n\nDalam satu set eksperimen, Ravreby melakukan perbandingan menggunakan satu alat yang dinamakan\u00a0 eNose, yang menilai tanda kehadiran kimia bau. Di sisi lain, beliau meminta beberapa sukarelawan untuk menghidu dua kumpulan sampel bau badan untuk menilai persamaan yang diukur oleh persepsi manusia. Dalam kedua-dua jenis eksperimen, rakan klik didapati mempunyai bau yang lebih serupa antara satu sama lain berbanding individu dalam pasangan rawak.\n\nSeterusnya, Ravreby ingin menolak kemungkinan bahawa persamaan bau badan adalah akibat daripada persahabatan klik, dan bukannya penyebab yang menyumbang. Sebagai contoh, bagaimana jika rakan-rakan mempunyai bau yang sama kerana mereka makan jenis makanan yang sama atau berkongsi pengalaman hidup lain yang mempengaruhi bau badan? Untuk menangani isu ini, Ravreby melakukan satu set eksperimen tambahan, di mana beliau menggunakan eNose untuk \u201cmenghidu\u201d beberapa sukarelawan yang benar-benar asing antara satu sama lain, dan kemudian meminta mereka untuk terlibat dalam interaksi sosial bukan lisan secara berpasangan.\u00a0\n\nSelepas setiap interaksi berstruktur sedemikian, para peserta menilai individu lain dari segi betapa mereka menyukai orang itu dan kemungkinan mereka menjadi kawan. Analisis seterusnya mendedahkan bahawa individu yang mempunyai interaksi yang lebih positif sememangnya berbau lebih sama seperti satu sama lain, seperti yang ditentukan oleh eNose.\u00a0\n\nMalah, apabila Ravreby dan ahli statistik Dr. Kobi Snitz memasukkan data ke dalam model pengiraan, mereka dapat meramalkan dengan ketepatan 71 peratus yang mana dua individu akan mempunyai interaksi sosial yang positif, berdasarkan data eNose sahaja. Dengan kata lain, bau badan nampaknya mengandungi maklumat yang boleh meramalkan kualiti interaksi sosial antara orang yang tidak dikenali.\n\n\u201cKeputusan ini membayangkan bahawa, seperti kata pepatah, terdapat kimia dalam kimia sosial, \u201d Ravreby menyimpulkan. Sobel menawarkan kata-kata berhati-hati: \u201cIni bukan untuk mengatakan bahawa kita bertindak seperti kambing atau cerut \u2014 manusia mungkin bergantung pada isyarat lain yang jauh lebih dominan dalam membuat keputusan sosial mereka. Namun begitu, keputusan kajian kami menunjukkan bahawa hidung kita memainkan peranan-peranan yang lebih besar daripada yang difikirkan sebelum ini dalam aspek pemilihan kawan kita.\u201d\n\nArtikel ini diterjemahkan daripada artikel ScienceDaily bertajuk, \u201cScent of a friend : Similarities in body odor may contribute to social bonding\u201d, di pautan https://www.sciencedaily.com/releases/2022/06/220627125010.htm\n\nRujukan Jurnal Kajian" "Apabila menyebut nama Al-Battani, hanya segelintir sahaja yang kenal dan mengkagumi sosok ini. Tetapi, lain pula keadaannya apabila disebut nama Copernicus, Newton dan Galilie Galileo.\n\nSayang sekali apabila kita tidak mengenali sosok hebat dan genius Islam ini untuk dijadikan inspirasi dan tauladan.\n\nSiapa Al-Battani?\n\nAl-Battani ialah seorang ahli astronomi dan ahli matematik Muslim yang hebat dan dikenali para intelektual dunia kerana sumbangannya yang luar biasa dalam kedua-dua bidang.\n\nNama penuh Al-Battani ialah Mohammed ibn Jabir ibn Sinan Al-Harrani Al-Battani. Beliau dilahirkan pada tahun 858 M di Harran berhampiran dengan Urfa yang mana sekarang namanya Turki. Beliau telah tinggal dan bekerja di Al-Raqqah, iaitu sebuah bandar di Syria. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 929 M di Qasr Al-Jiss, Iraq.\n\nBeliau merupakan anak kepada Jabir ibn Sinan al-Harrani yang juga merupakan seorang saintis terkemuka Islam. Jabir mempunyai kemahiran membuat alatan astronomi dan kemahiran ini turut diwarisi oleh Al-Battani.\n\nMenurut riwayat masyhur, Al-Battani mula mempelajari dan mendalami bidang astronomi ketika beliau di kota Al-Raqqah sehingga beliau bergelar sarjana di bawah pemerintahan Harun al-Rashid, khalifah kelima zaman Abbasiyah, bersama-sama dengan cendekiawan-cendekiawan Islam yang lain kerana era tersebut merupakan era kegemilangan intelektual Islam. Lebih 40 tahun lamanya, beliau bekerja dan mengkaji tanpa jemu. Malah, beliau juga telah menghasilkan buku-buku bagi menceritakan hasil penemuan beliau dalam bidang astronomi dan matematik, selain membetulkan kajian Ptolemy tentang bulan dan bintang.\n\nDalam sebuah buku yang dikumpulkan karya-karya Arab oleh Ibn An-Nadim, iaitu The Fihrist, Al-Battani telah digambarkan dengan kata-kata berikut :\n\n\u201cBattani merupakan seorang pengkaji yang terkenal dan bapa geometri, ilmu teori dan praktikal dalam astronomi, dan astrologi. Beliau telah menghasilkan kerja-kerja astronomi dengan jadual-jadual yang mengandungi hasil pencerapannya sendiri tentang matahari dan bulan, malah penerangannya itu lebih tepat daripada hasil kerja Ptolemy dalam \u2018Almagest\u2019. Dalam jadual tersebut juga, beliau telah menunjukkan pergerakan lima planet, dengan pencerapan yang ditambah baik, dan juga membuat penambahbaikan dalam beberapa pengiraan astronomi. Sebahagian daripada pencerapannya telah disebut dalam bukunya. Tiada siapa lagi dalam kalangan orang Islam yang pernah menghampiri kesempurnaan seperti beliau dalam mencerap bintang-bintang dan meneliti pergerakan-pergerakannya. Selain itu, Battani telah menunjukkan minat dalam bidang astrologi, yang kemudiannya membawa kepada beberapa sumbangan beliau dalam bidang tersebut. Menurut beberapa gubahannya dalam bidang ini, saya telah menyebut ulasan-ulasan yang dibuat oleh beliau tentang Tetrabiblos yang dihasilkan oleh Ptolemy.\u201d\n\nKepakarannya dalam bidang ini telah menyebabkan Al-Battani mendapat julukan \u201cPtolemy Arab\u201d, iaitu menyamai Claudius Ptolemaeus, cendekiawan yang hidup pada abad kedua Masihi dan juga menembusi kemasyhuran dalam bidang Astronomi.\n\nMenariknya lagi, seperti yang telah disebutkan di atas, Al-Battani telah membetulkan hasil kajian Claudius Ptolemaeus setelah beliau mengkaji buku Ptolemaeus atau Ptolemy, iaitu \u2018Almagest\u2019.\n\nBerikut merupakan sumbangan masyhur beliau dalam bidang astronomi.\n\nBerbanding kiraan moden tahun suria yang diambil sebagai kiraan sebenar adalah berjumlah 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 22 saat, maka, kiraan al-Battani adalah lebih tepat dan menghampiri kiraan sebenar ini. Malah, kiraan Copernicus beberapa abad kemudian masih tidak dapat pengiraan yang lebih tepat sebegini.\n\nOleh itu, Copernicus telah meluahkan kekagumannya kepada al-Battani menerusi bukunya \u2018De Revolutionibus Orbium Clestium\u2019.\n\nDalam cerapan dan penemuan astronomi Al-Battani, beliau telah mengasaskan satu cabang matematik secara tidak langsung bagi membuat pengiraan yang tepat berkaitan peristiwa alam semesta.\n\nAl-Battani telah mengasaskan ilmu trigonometri dengan takrifan tan(x) = sin(x) / kos(x) dan menerbitkan rumus berikut :\n\nsin(x) = tan(x) / ((tan^2)(x) + 1)\n\nSelain itu, beliau menjadi orang pertama yang menyusun jadual tangen bagi mencerap peristiwa matahari tergelincir di ufuk dan waktu rembang.\n\nKerja-kerjanya ini telah ditulis dalam Kitab al-Zij yang mengandungi 57 bab keseluruhannya.\n\nPada kurun ke-12, kitab ini diterjemahkan ke bahasa latin oleh Plato Tiburtinus dengan tajuk terjemahannya ialah \u2018De scientia stellarum\u2019 dan memperkenalkan kalimah sinus pertama kalinya di Eropah.\n\nKemudian, sekali lagi pemindahan ilmu Al-Battani ke Eropah berlaku pada kurun ke-15 oleh Rogiomontanus menerusi karya adaptasinya bertajuk \u2018De triangulis omnimodis\u2019\u00a0 yang menyebabkan Eropah mendakwa bahawa beliaulah pengasas sebenar trigonometri.\n\nPerkembangan ilmu ini terus terlaksana dan mempengaruhi ilmuwan Kristian dan Yahudi Eropah abad pertengahan seperti Robertus Cestrensis (Retinensis) yang membuat jadual pergerakan angkasa untuk meridian di London pada tahun 1150. Selain itu, antara tokoh besar lain dari Eropah yang mengkagumi penemuan Battani ialah Albertus Magnus, Alphonso X, Nicolas Cusanus, Copernicus dan Tycho Brahe.\n\nPenemuan-penemuan beliau ini telah menjadi asas kepada kajian-kajian besar selepas itu dan menghasilkan ilmu-ilmu baru antaranya seperti kaedah penghampiran secara interpolasi berangka bagi menyelesaikan persamaan aljabar (algebra) yang sukar diselesaikan secara analisis. Selain itu, ilmu geometri dikembangkan dan hukum logaritma diterbitkan.\n\nDalam aspek aplikasi kehidupan, kiraan-kiraan dan penemuan ini membantu manusia menentukan ketepatan dalam banyak ilmu dan kemahiran seperti ilmu pelayaran dan ilmu falak bagi umat Islam menentukan arah kiblat dan waktu solat dengan tepat. Kini, ilmu ini terus menjadi asas pengetahuan bidang-bidang industri dan dunia kajian akademia." "SHAH ALAM, 30 JUN: Seramai 63 penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan lapan produk makanan sempena Hari Pengenalan Produk Baharu 2022 semalam.\n\nProduk makanan itu adalah marjerin bawang cili putih, Lado La Tien, kentang goreng jagung, isi jagung MaizeMerize, teh kiub tembikai wangi (rock melon), serbuk chutney tembikai wangi, teh sos tembikai dan jus tembikai dengan susu soya.\n\nDekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) berkata makanan baharu itu dihasilkan pelajar tahun tiga ijazah sarjana Sains dan Teknologi, FSTM selari dengan tema penyelesaian inovasi bagi mengurangkan kehilangan makanan.\n\n\u201cPembangunan produk baharu adalah proses menukar idea yang baru kepada produk menarik dan memuaskan hati pengguna di pasaran.\n\n\u201cPrototaip makanan dipersembahkan berasaskan tembikai, tembikai susu, cili dan jagung yang dipersembahkan kepada juri pakar dari sektor kerajaan, swasta, dan wakil khas Fakulti Sains dan Teknologi Makanan,\u201d kata Prof Madya Dr Anis Shobirin Meor Hussin.\n\nBeliau berkata tema dipilih pula memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat pembangunan mampan.\n\nKredit berita : Portal Rasmi Berita Selangorkini\n\nSumber foto : Portal Rasmi UPM\n\nhttps://upm.edu.my/berita/63_pelajar_dari_fakulti_sains_dan_teknologi_makanan_hasilkan_8_produk_makanan-67523" "Siapa tidak kenal dengan Beethoven, penggubah muzik teragung dalam sejarah yang hidup sekitar tahun 1770 \u2013 1827.\n\nDemi menyatakan suara hati dan perasaannya, muzik menjadi medium utama sehingga terhasilnya gubahan-gubahan yang luar biasa. Sehingga kini, muzik-muziknya terus dimainkan di seluruh dunia baik di dalam filem, drama, ataupun secara santai.\u00a0\n\nTetapi, tahukah anda bahawa Beethoven telah mengalami masalah pendengaran ketika beliau di usia 20-an dan hilang sepenuhnya pendengaran ketika beliau berumur 40-an. Walaupun begitu, gubahannya tetap diteruskan dan hasilnya masih harmoni dan lunak di pendengaran umum.\n\nBagaimana keharmonian not muziknya dapat dipastikan sedangkan deria pendengarannya tidak berfungsi?\n\nSebelum kita menjawab persoalan ini, kita dalami dahulu kisah kehidupan Beethoven.\n\nKehidupan Beethoven\n\nLudwig van Beethoven dilahirkan pada tahun 1770 di Jerman dan merupakan anak kepada seorang ahli muzik abad ke-18. Namun begitu, masa kecilnya agak terseksa dengan keadaan keluarga yang tidak stabil dan ayahnya merupakan kaki arak setelah kematian datuknya pada tahun 1773. Yang kemudiannya beliau terpaksa memelihara dan menyara keluarganya dengan pendapatan sebagai pengajar dan pemain biola.\u00a0\n\nDalam aspek pendidikan, ayahnya cuba membentuk dirinya menjadi seperti Mozart setelah melihat bakat Beethoven dalam memainkan piano. Beethoven telah diajar sendiri oleh ayahnya dan beberapa orang guru yang diupah untuk mengasah keupayaannya seawal berumur lima tahun. Dikatakan juga bahawa beliau pernah bertemu dengan Mozart ketika beliau berumur enam belas tahun dan Mozart memperakui bahawa Beethoven bakal terserlah bakatnya suatu hari nanti.\n\nKetika di Vienna, beliau berguru dengan Haydn dan membentuk dirinya sebagai seorang pemain piano berbanding menjadi komposer. Pada tahun 1795, pertama kali Beethoven keluar sebagai pemain piano dengan muzik konserto keduanya.\u00a0\n\nPerjalanan kehidupannya dalam arena muzik berlaku di era transisi Klasik ke era Romantik (moden). Beethoven telah menggubah irama-irama mengikut keadaan semasa dengan begitu kreatif. Di perawalan era klasik, karyanya masih sama dengan konsep yang dibawa oleh Haydn dan Mozart. Setelah itu, karyanya terus diinovasi dan simfoni-simfoni yang terhasil tidak pernah sama dengan hasil-hasil yang sebelumnya apatah lagi setelah berlakunya era Revolusi.\n\nKetika umurnya 30 tahun, Beethoven berjaya menggubah beberapa muzik piano dan simfoni pertamanya.\n\nDetik hilangnya deria pendengaran\n\nKetika pertengahan umur 20 tahun, Beethoven mula merasakan sesuatu berdesing di telinganya setelah beliau berjaya membina reputasi sebagai seorang ahli muzik dan komposer. Punca penyakitnya ini tidak dapat dikenalpasti dengan tepat.\u00a0\n\nKetika beliau berumur 30 tahun, beliau telah mengutus satu surat kepada teman kecilnya yang merupakan seorang doktor, bagi menceritakan keadaan penderitaannya itu.\n\nBeethoven memaklumkan bahawa deria pendengarannya semakin merosot sejak tiga tahun lepas dan apabila beliau berada di teater, beliau perlu berdiri berhampiran dengan orkestra bagi mendengar dengan jelas setiap muzik yang dimainkan dan nyanyian yang dipersembahkan. Kadangkala, beliau sukar mendengar perbualan yang menggunakan suara perlahan. Namun, sekiranya ada yang menjerit, telinganya akan sakit. Malah, selama dua tahun beliau mengelak daripada terlibat dalam aktiviti sosial kerana mustahil untuk beliau memaklumkan bahawa beliau sudah pekak. Apatah lagi hal tersebut akan memberi kesan kepada pekerjaannya.\n\nPernah sekali Beethoven ke luar bandar bersama rakan komposernya, Ferdinand Ries dan terlihat sekelompok manusia bermain alat muzik. Daripada reaksi wajah Ries, Beethoven boleh mengagak bahawa muzik yang dimainkan itu adalah indah, tetapi beliau tidak dapat mendengarnya. Dan inilah detik pertama beliau hilang sepenuhnya deria pendengaran.\n\nSudah pasti sebelum itu beliau telah berikhtiar pelbagai cara perubatan, namun tidak memberi kesan. Kemudian, beliau berputus asa dengan kaedah perubatan dan hanya menggunakan alat bantuan pendengaran istimewa.\u00a0\n\nNamun begitu, penyakitnya ini tidak menghentikan Beethoven daripada terus berkarya dan berjaya dalam bidangnya. Dalam kerja awalnya dapat didengar penggunaan frekuensi dengan not yang tinggi. Semakin lama gubahannya menggunakan not-not rendah seperti \u2018Moonlight Sonata\u2019 bagi menyesuaikan kejelasan not di telinganya. Karya pianonya terkenal, \u2018Fur Elise\u2019 digubah ketika beliau hampir pekak sepenuhnya.\u00a0\n\nKetika deria pendengarannya hilang sepenuhnya, beliau memilih untuk memencilkan diri dan hanya rakan-rakan terpilih sahaja yang boleh melawatnya dengan berbicara menerusi penulisan atas kertas.\n\nKetika ini, Beethoven terus menggubah karya agungnya dalam diam dengan gaya gubahannya juga berubah kepada nada yang lebih gelap, mencerminkan kehidupannya yang berbeza dalam keadaan pekak. Irama tersebut yang menggambarkan ketenangan luar bandar iaitu Simfoni Keenam atau Simfoni Pastoral. Namun, terdapat juga gubahannya yang menggunakan not yang tinggi kerana kerjanya ini terhasil menerusi imaginasinya sahaja.\n\nMengikut catatan, baginya muzik merupakan satu bahasa dengan syarat. Apabila semua syarat itu dipenuhi, maka, Beethoven boleh menghasilkan irama tanpa perlu mendengar dan hanya membayangkan komposisi bunyi yang bakal terhasil.\n\nTerdapat juga catatan yang menceritakan tentang orang suruhan di rumahnya mendedahkan keadaan Beethoven menggubah lagu ketika deria pendengarannya semakin merosot. Menurutnya, Beethoven akan menggunakan sangkakala telinga untuk mengarang di piano dan menggunakan batang pensil di celah-celah giginya untuk merasai getaran ketika bermain.\n\nKemampuan beliau ini masih menimbulkan tanda tanya beberapa ahli cendekiawan. Biarpun kemahirannya ini kerana sudah terasah selama hampir separuh kehidupannya, tetapi pasti ada unsur lain yang perlu diselidiki yang menjadikan hasil gubahan Beethoven terus baik dan harmoni.\n\nBeberapa ahli matematik cuba mengaitkan keadaan ini dengan konsep aritmetik dan siri geometri.\n\nMungkinkah Beethoven mengira dan membayangkan not-not muzik dengan nisbah dan kadaran aritmetik di dalam fikirannya untuk menghasilkan keharmonian dalam hasilnya sepertimana penemuan Pithagoras tentang perkaitan muzik dan matematik?\n\nMatematik dan Muzik\n\nMengikut catatan Abdul Latif (1992), pada abad keenam Masihi, seorang ahli falsafah Rom iaitu Boethius telah menceritakan detik permulaan Pithagoras mengkaji tentang irama muzik apabila Pithagoras mendengar bunyi pukulan tukul besi yang berlainan ke atas pelapik.\n\nSangkaan awal beliau ialah bunyi yang berirama itu telah terhasil disebabkan kekuatan pekerja, tetapi, setelah diulangi semula proses pukulan oleh pekerja yang ditukar tukul masing-masing, beliau menyimpulkan bahawa bunyi tersebut kesannya daripada hasil pukulan tukul besi, bukannya disebabkan kekuatan pekerja.\u00a0\n\nKemudian, Pithagoras menimbang berat setiap tukul dan mendapati berat setiap tukul itu berbeza dan menghasilkan nisbah nombor-nombor 12, 9, 8, dan 6. Tetapi, berat tukul kelima tidak mengenai nisbah tukul-tukul yang lain, lalu tukul tersebut diketepikan dan proses pukulan dilakukan semula. Hasilnya, kesan irama muzik semakin meningkat dan nada muzik ini digelar sebagai nada yang keempat.\n\nLanjutan penelitian dibuat oleh Pithagoras ke atas panjang tali dan gelombang nada pula. Hasil kajian tersebut mendapati jika seutas tali dipendekkan kepada tiga perempat daripada panjang asalnya, maka nada yang dihasilkan ialah nada yang keempat daripada nada asal (maksudnya iramanya semakin tinggi). Lalu, Pithagoras menyimpulkan bahawa muzik yang keluar daripada tali pada nisbah tertentu akan menghasilkan bunyi berkadar songsang dengan panjang tali tersebut.\n\nKemudian, Pithagoras menyatakan bahawa nombor 6, 8, 9, dan 12 mempunyai kelainan keupayaan mengeluarkan nada muzik yang menawan dan memiliki kelainan berbentuk matematik. Nisbah 12 : 9 : 8 : 6 terus dikembangkan dengan rangkap standard dalam alunan muzik berirama lembut, keras atau patriotik.\n\nMenurut catatan Mat Rofa (2004), pelbagai konsep matematik digunakan untuk menggubah sebuah lagu yang baik, iaitu yang utamanya melibatkan konsep jujukan siri harmonik, siri geometri atau siri aritmetik. Pithagoras dikatakan seorang tokoh terawal yang memulakan penalaan (tuning) dalam skala D yang kemudiannya digubah kepada skala C dengan memperkenalkan jujukan nisbah diatonik yang baru.\u00a0\n\nHasil skala C ini telah diguna pakai oleh semua ahli muzik seluruh dunia sehingga ke saat ini.\n\nKajian ini terus berkembang merentas zaman dan muzik dimasukkan sebagai salah satu cabang di bawah ilmu matematik sehinggalah berlakunya peralihan ilmu ke Eropah yang kemudiannya muzik dan matematik telah diasingkan sepenuhnya sebagai dua bidang yang berbeza.\n\nKesimpulan\n\nBerbalik kepada kisah Beethoven, tidak ditemui catatan yang menyatakan bahawa Beethoven pernah mendalami ilmu matematik untuk penghasilan kerja-kerjanya. Namun, catitan sejarah yang membuktikan matematik sebagai asas gubahan keharmonian nada tidak boleh diketepikan.\u00a0\n\nMalah, kisah Beethoven ini menjadi bukti bahawa gubahan lagu tidak semata-mata terhasil daripada bunyi, tetapi ada unsur lain yang perlu diselidik lagi dan tidak mustahil elemen kemahiran matematik ada dalam diri Beethoven yang menjadi faktor keharmonian muziknya melalui imaginasinya tanpa perlu beliau mendengar.\n\nSeorang ahli falsafah dan ahli matematik Jerman, Gottfried Wilhelm Leibniz pernah menyatakan bahawa muzik adalah perlakuan aritmetik yang tersembunyi dilakukan oleh jiwa yang tidak sedar bahawa ia sedang menghitung.\n\nRUJUKAN" "Wah, kagum dengan kejayaan anak perempuan pelakon Zulkifli Ismail! Mana tidaknya, dalam usia muda dah ada kerjaya kukuh dan berjaya genggam PhD. Lebih istimewa, Dr Zulfati Izazi Zulkifli juga baru bergelar isteri dan suami tercinta juga merupakan graduan PhD. Memang sepadan pasangan suami isteri muda ini.\n\nTerinspirasi dengan kisah kejayaan wanita ini, Nona menghubungi Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi. Teruja berkongsi pengalaman, dia mengharapkan agar perkongsian ini dapat menjadi suntikan semangat buat kaum wanita lain untuk menggapai impian.\n\nMengulas perkhabaran gembira pada majlis graduasi Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini, Izazi yang bakal meniti usia 30 tahun pada Ogos depan menzahirkan rasa syukur kerana pengorbanannya selama ini berbaloi.\n\nTamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Seri Bintang Selatan, Dr Izazi kemudian melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution hingga tahun 2011 sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).\n\n\u201cSelepas tamat ijazah sarjana muda, saya lanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Bahasa dari tahun 2015 hingga 2017. Beberapa bulan bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya pada tahun 2017, saya mendaftar pula sebagai pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistik di USM dan telah tamat pengajian pada awal tahun 2021. Sekarang saya sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan. Saya mengajar kursus-kursus berkaitan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di sini.\u201d\n\nDitanya mengapa memilih bidang linguistik, ini jawapan jujur Dr Izazi.\u00a0\n\n\u201cSaya ada banyak minat, jadi pada awalnya agak sukar untuk saya pilih bidang pengajian yang bakal diambil. Kemudian saya sedar bahawa minat saya terhadap bahasa sebenarnya telah mula mendalam sejak saya kecil lagi. Saya sentiasa ada rasa ingin tahu tentang bahasa, kerana itu saya buat keputusan untuk mendalami ilmu tentang bahasa melalui bidang linguistik.Tentang masa yang diambil untuk tamat pengajian, jika dikira bermula daripada sarjana muda sehingga PhD, kesemuanya mengambil masa kira-kira 9 tahun. Satu perjalanan yang panjang tapi cukup bermakna. Saya percaya, seperti mana-mana ibu bapa lain, ibu bapa saya juga gembira dan bersyukur dengan kejayaan saya. Pelukan dan ucapan tahniah daripada mereka sangat bernilai untuk saya.\u201d\n\nBerstatus anak selebriti, Izazi yang merupakan anak sulung kepada pelakon Zulkifli Ismail dan Umi Salbiah Abdul Rahman ini mengakui kedua-dua ibu bapa memberi peluang kepadanya untuk memilih bidang kerjaya dan pendidikan yang diinginkan.\n\n\u201cIbu bapa saya tidak terlalu tegas tentang keputusan peperiksaan. Bahkan mereka tak pernah marah kalau saya dapat C atau D sekalipun dalam peperiksaan, tetapi mereka sangat menyokong setiap proses pembelajaran. Sejak zaman sekolah lagi mereka sentiasa sokong minat saya, aktiviti kebudayaan, kesenian, projek sains, aktiviti luar, apa sahaja yang membantu perkembangan minda dan pembentukan sahsiah saya, mereka akan sokong. Pendekatan mereka ini juga menyebabkan saya sendiri rasa lebih terdorong untuk terus belajar dan menerokai minat saya.\u201d\n\nBertuah Dr Izazi kerana dikurniakan ibu bapa yang sentiasa menyokong minat anak-anak. Berkongsi sisi peribadi pula, pendidik ini tanpa berselindung mendedahkan status dirinya sebagai isteri kepada Dr. Md Yushalify Misro kira-kira tiga bulan lalu.\n\n\u201cSaya baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira 3 bulan lepas, setelah tamat pengajian dan ketika sudah bekerja. Buat masa ini, saya dan suami berjauhan kerana saya masih di Korea dan suami yang merupakan seorang pensyarah matematik di USM pula sedang berkhidmat sebagai penyelidik jemputan di Shizuoka University, Jepun. Jika ada rezeki, saya merancang untuk kekal berada dalam akademia dan terus menjadi seorang pendidik, inshaAllah.\u201d\n\nSemoga usaha murni dan kejayaan Dr Izazi mendidik anak bangsa menjadi sumber inspirasi buat semua wanita!\n\nKredit artikel asal : Portal My Media Maya\n\nKredit gambar : https://news131media.com/jadi-pensyarah-di-korea-baru/" "Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan Islam yang paling dimuliakan Allah, tetapi tidak semua umat Islam menyedari ini.\n\nKita sering tertumpu kepada kemuliaan bulan-bulan Islam yang lain terutamanya Ramadan, tetapi tidak pada Zulhijjah.\n\nKita mengetahui bahawa dalam bulan Zulhijjah ini terkandungnya Raya Aidiladha, korban, dan ibadah Haji dan umrah buat yang berkemampuan. Namun, masih ada yang tidak menyedari bahawa kemuliaan bulan Zulhijjah ini bukan hanya pada insan yang mengerjakan Haji, bahkan pada semua umat Islam yang mengerjakan ibadah apa sahaja yang mengagungkan-Nya di sepuluh hari awal bulan ini.\n\nRasulullah S.A.W merakamkan kebenaran ini dalam sabdanya :\u00a0\n\nAl-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda yang bermaksud :\n\n\u201cTiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.\u201dPara sahabat bertanya, \u201cWahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?\u201dBaginda bersabda,\u201dWalaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang\u00a0 lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.\u201d\n\n(Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757))\n\nOleh itu, jom kita tengok matematik mudah di bawah untuk memahami ukuran keistimewaan yang Allah sediakan buat semua umat Islam seluruh dunia.\n\nDaripada hadis di atas, Baginda S.A.W menyebut bahawa amalan soleh di sepuluh hari terawal Zulhijjah, tidak dapat ditandingi jihad manusia di jalan Allah, melainkan sekiranya manusia yang berjihad itu syahid. Masih, syahid merupakan tingkatan dan kemuliaan tertinggi di sisi Allah.\n\nKita mengetahui bahawa adalah tidak mudah untuk seseorang itu berjihad di jalan Allah tanpa semangat juang dan pengorbanan yang besar. Jihad di jalan Allah merupakan antara tuntutan terbesar-Nya kepada hamba-Nya bagi menguji keimanan dan ketaqwaan, melepaskan dunia sementara menuju alam akhirat yang kekal fana. Allah menjanjikan ganjaran luar biasa buat mereka yang berjihad di jalan Allah dalam kehidupannya.\u00a0\n\nSudah pasti definisi jihad ini adalah sangat luas dan bergantung kepada kehidupan masing-masing. Contohnya, seorang lelaki yang bekerjaya, tetapi langkahnya hanya kerana Allah dan menolak sebarang kemaksiatan yang berlaku di tempat kerjanya serta menggunakan kuasa yang ada untuk mengekang kemaksiatan tersebut.\n\nAsasnya ialah setiap perbuatan itu dilaksanakan hanya kerana Allah, mengikut hukum-hukum Allah dan bertunjangkan ketaqwaan kepada Allah. Tetapi, tidak semua umat manusia mampu melakukan jihad ini. Oleh itu, dapat dilihat terlalu banyak kepincangan dan masalah sosial yang melanda orang Islam dalam urusan kehidupan.\n\nMulialah mereka yang berjaya mengharungi jihad dalam kehidupan dengan sebaiknya.\n\nLalu, kita nisbahkan kemuliaan ini kepada kemuliaan kejayaan kita melakukan amalan soleh di sepuluh hari awal bulan Zulhijjah.\n\nJom kita renungi hadis ini.\n\n\u201cDari Abu Hurairah menyebutkan, \u201cSeorang laki-laki datang menemui Rasulullah S.A.W dan berkata, \u201cYa Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amal yang menyamai jihad? Beliau menjawab, \u201cAku tidak mendapatkannya\u201d Beliau bersabda lagi, \u201cApakah kamu sanggup, apabila seorang mujahid keluar berjihad lalu kamu masuk ke dalam masjidmu kemudian kamu solat tanpa berhenti dan berpuasa tanpa berbuka? Ia menjawab, \u201cSiapa yang sanggup melakukan itu wahai Rasulullah?\u201d\u201d\n\nSecara amalannya, tidak semua manusia sanggup mengharungi kepayahan dan kesusahan berjihad di jalan-Nya. Lalu, kasihnya Allah mengurniai kita peluang dengan mudah untuk mendapatkan kemuliaan jihad di jalan-Nya malah melebihi lagi, di sepuluh hari awal bulan Zulhijjah. Nikmat apa lagi yang engkau dustakan, wahai manusia?\n\nUmum mengetahui bahawa puasa antara ibadah yang sangat disukai Allah dan sesiapa yang ikhlas melakukan puasa, puasanya hanya untuk Allah. Hal ini kerana, ibadah lain dapat dikesan manusia apakah kita melaksanakannya ataupun tidak.\u00a0 Tetapi, lain pada ibadah puasa yang tidak mudah untuk dikesan apakah benar seseorang itu berpuasa. Maka, sesiapa yang benar-benar puasa, disebut bahawa puasanya itu ikhlas dan hanya untuk-Nya. Oleh itu, amalan puasa begitu sinonim dengan taqwa.\u00a0\n\nDalam sepuluh hari awal Zulhijjah ini, puasa antara ibadah terbaik yang dianjurkan untuk dilaksanakan. Malah, Baginda S.A.W bersabda kemuliaan lebih bagi yang berpuasa pada 9 Zulhijjah.\n\nDari Abu Qatadah, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:\n\n\u201cPuasa Arafah (9 Zulhijjah), dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.\u201d (Hadis Riwayat Muslim)\n\nDapat dilihat disini, nisbah sehari berpuasa kepada penghapusan dua tahun dosa (yang lalu dan akan datang). Bagaimana pula apabila ditambah dengan lapan hari awal berpuasa, pasti ganjarannya berlipat ganda. Subhanallah!\n\nDalam surah Muzammil, Allah menyeru kita, hamba-Nya bangun sepertiga malam untuk bertahajjud.\n\n\u201cDari Abu Hurairah R.A, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya, \u201c.Solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.\u201d (Hadis Riwayat Muslim)\n\nPesan Jibril kepada Nabi S.A.W, \u201cKetahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang Mukmin itu terletak pada qiamulailnya dan kehebatannya apabila ia tidak bergantung kepada orang lain tetapi hanya kepada Allah S.W.T.\u201d\n\nLogiknya di sini ialah, apabila manusia bertahajud, maka, dia akan dimuliakan dan diangkat darjat. Begitu kasih-Nya Allah bagi hamba-Nya yang menyambut seruan-Nya di kala masih ramai hamba-Nya yang tidak mengendahkan panggilannya dan meneruskan dengkuran demi menyahut cabaran manusia keesokan harinya.\n\nOleh sebab itu, satu riwayat menceritakan tentang seorang anak murid Abdullah bin Abbas yang bersungguh-sungguh melaksanakan solat malam pada malam sepuluh awal Zulhijjah sehingga disebutnya, \u201cJangan kalian matikan lampu-lampu kalian pada malam 10 awal Zulhijjah kerana amalan di waktu ini sangat dicintai Allah S.W.T.\u201d\n\nZikir bukan sahaja dituntut pada bulan Zulhijjah, tetapi seluruh detik kehidupan. Zikirnya kita kepada Allah melambangkan ingatan sentiasa kita kepada-Nya.\n\nNamun begitu, terdapat pengkhususan zikir yang dituntut Allah kepada mereka yang mengerjakan ibadah Haji kerana Arafah merupakan hari berdoa, berzikir dan mengingati Allah. Kemudian, terdapatnya pengampunan dan hidayah buat mereka. Lalu, umat manusia yang tidak mengerjakan Haji turut dituntut untuk perbanyakkan zikir di sepuluh hari awal Zulhijjah ini kerana keindahan dan kemuliaannya. .\n\nTerdapat juga sabdaan Baginda S.A.W yang khusus menyebut perihal ini.\n\n\u201cTidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih dicintai oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid.\u201d (Hadis Riwayat Al Tabrani)\n\nMaka, logiknya apabila manusia itu berzikir mengingatinya, Allah turut mengingatinya dengan cinta-Nya yang luar biasa sepertimana yang disebut oleh Baginda S.A.W dalam sebuah sabdanya yang lain bahawa mujahidin yang paling besar pahalanya ialah mereka yang paling banyak zikirnya.\n\nKemuncak kemuliaan bulan Zulhijjah ialah pada 10 Zulhijjah sehinggalah 13 Zulhijjah yang menyaksikan umat manusia memenuhi syariat penyembelihan.\n\nSyariat ini dituntut Allah bukanlah semata-mata meraikan manusia dengan berkenduri-kendara dan menikmati daging kurniaan-Nya tanpa hala tuju. Tetapi, syariat korban dan penyembelihan ini hanyalah sebuah perlambangan kepada erti kesyukuran seorang hamba kepada Tuhan-Nya.\n\nDan Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:\u00a0\n\n\u201cOleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).\u201d (Al Khausar: 2)\n\nAllah S.W.T menyebut lagi dalam firman-Nya yang bermaksud :\n\n\u201cDaging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.\u201d (Al Hajj: 37)\n\nBagi memaknai lagi erti kesyukuran ini, kita perlu merenung ibrah sirah pengorbanan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana besarnya cinta mereka kepada Allah S.W.T.\u00a0\n\nYang disebut ini hanyalah sebahagian ibadah besar yang dianjurkan untuk diberi perhatian bagi merasai kemuliaan bulan Zulhijjah. Adapun untuk ibadah-ibadah yang lain seperti membaca Al-Quran, bersedekah, menjaga perkataan dan apa sahaja kebaikan yang dilakukan kerana-Nya turut mendapat pahala berlipat ganda dan kemuliaan dari-Nya.\n\nOleh itu, bersegeralah mengaut keuntungan akhirat ini yang tiada tandingnya. Sedarlah bahawa matematik Akhirat itu lebih menguntungkan dan membahagiakan berbanding matematik dunia. Jangan dilepaskan peluang mendapat diskaun-Nya di bulan Zulhijjah ini. Semoga redha-Nya bersama kita semua setiap masa." "Baru-baru ini media melaporkan dakwaan NASA yang kononnya China bakal tuntut bulan mereka punya.\u00a0\n\nMenurut NASA, program angkasa lepas China merupakan program ketenteraan dan China telah mencuri idea serta teknologi negara-negara lain. Selain itu, China dikatakan juga bakal membina pangkalan di bulan dan mengkaji kemungkinan menembak jatuh satelit negara lain.\n\nChina telah membidas dan menolak dakwaan yang dikatakan tidak bertanggungjawab itu. China memaklumkan bahawa kadar program angkasa lepas mereka sedang ditingkatkan dan sekarang bulan sedang menjadi fokus utama. Mereka berhasrat untuk melancar roket yang cukup kuat untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang akhir dekad ini. Tetapi, tidak berkait dengan sebarang aktiviti persenjataan dan China sering mempelawa pembinaan masa depan bersama di angkasa lepas.\n\nSebenarnya, NASA pun mempunyai misi yang sama pada tahun 2024 dan 2025 ini di bawah Program Artemis. Eh?\n\nFuh, bukan main-main peperangan dua buah negara besar ini. Di saat negara-negara lain sibuk dengan urusan di bawah, mereka sibuk dengan urusan di atas.\u00a0\n\nNamun, perkara ini bukanlah baru kerana misi-misi angkasa ini telah lama dilaksanakan demi kajian-kajian di ruang angkasa yang unik. Secara umumnya, matlamat misi-misi ini adalah untuk mengkaji keadaan geologi di bulan selain berlawan antara negara untuk meraih posisi kuasa besar di angkasa.\n\nSaya cuba berkongsi secara ringkas dapatan mengenai misi mereka ini di bawah.\n\nPada tahun 2013, China berjaya mendarat di bahagian terang bulan dalam misi Chang\u2019e-3.\n\nPada awal tahun 2019, NASA mengumumkan kejayaan New Horizon tiba di objek paling jauh pernah diteroka di angkasa. Kemudian, China mengumumkan kejayaan kapal angkasa robotiknya, Chang\u2019e-4 mendarat di bahagian gelap bulan yang begitu berisiko dan kompleks kerana keadaan permukaannya lebih tebal, pejal serta lebih banyak kawah, termasuklah tiada hubungan langsung komunikasi radio dengan Bumi. Kapal angkasa itu dikatakan membawa 3 kilogram kentang dan benih tumbuhan, serta telur ulat sutera bagi tujuan eksperimen.\n\nBeberapa hari kemudian, berita melaporkan perancangan NASA dan China untuk berganding bahu meneroka misi ke bulan.\n\nPada hujung tahun 2020, sekali lagi China mengumumkan pendaratannya di bulan dengan kapal angkasa Chang\u2019e-5. Matlamat misi kali ini adalah untuk mengutip sampel batu dan tanah dari bulan bagi membantu penyelidikan saintis berhubung asal usul bulan, formasi serta aktiviti gunung berapi di permukaannya. Misi ini dikatakan sebagai percubaan pertama untuk membawa pulang sampel dari bulan selepas Kesatuan Soviet melaksanakannya pada tahun 1976.\n\nDalam misi yang lain, pada tahun 2021, China telah menghantar tiga angkawasan buat pertama kali dalam tempoh lima tahun menerusi misi Shenzhou-12 yang merupakan misi ketiga daripada sebelas misi untuk menyiapkan stesen angkasa lepas China menjelang tahun 2022. Perancangan besar mereka adalah untuk menjadi kuasa utama dalam penerokaan angkasa lepas menjelang tahun 2030 setelah mereka berjaya menjadi negara kedua meletakkan rover peneroka di Marikh pada bulan Mei 2021. Selain itu, China sedang merancang kaedah untuk mendaratkan lebih ramai manusia di bulan pada masa hadapan.\n\nMenurut laporan, China telah menjadikan misi ruang angkasa sebagai keutamaan buat masa ini dengan pelbagai perancangan lanjutan yang tidak hanya terhenti di bulan. Tetapi juga melibatkan planet-planet dan kandungan lain yang terdapat di ruang angkasa.\u00a0\n\nProgram ini merupakan misi NASA untuk menghantar semula manusia ke bulan setelah misi Apollo 17 mereka pada 50 tahun yang lalu. Kira nak buat \u2018comeback\u2019 ke bulan la ni.\n\nMenurut laporan NASA, sebuah roket paling berkuasa telah dibina iaitu \u2018Space Launch System(SLS)\u2019 untuk menjalankan misi ini. Menariknya lagi, misi kali ini juga akan menghantar wanita pertama dan orang kulit berwarna ke permukaan bulan.\n\nMisi ini akan dijalankan secara berperingkat dengan peringkat pertama dijadualkan pada Ogos 2022 yang melibatkan pengujian penerbangan tanpa kru, dan pada misi kedua barulah bersama kru. Pendaratan di bulan disasarkan pada peringkat ketiga iaitu pada tahun 2025. Kemudian, peringkat seterusnya adalah misi untuk masuk ke bulan dan menghantar lebih ramai angkasawan ke bulan untuk penyelidikan lanjut.\n\nSelain mendaratkan manusia ke bulan, misi ini juga bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi robotik di sana.\n\nDalam sidang kongres Mei 2021, kemampuan dan kelajuan luar angkasa China telah disebut sebagai ancaman kepada NASA. Lebih-lebih lagi apabila China mencatat sejarah baru dengan menjadikan Wang Yaping sebagai angkasawan pertama berjalan di luar angkasa semasa misi enam bulan mereka, dalam usaha membina stesen angkasa sendiri.\u00a0\n\nPertangguhan misi NASA yang sepatutnya dilancarkan pada tahun 2023 telah dicantas oleh mereka. Disebutkan bahawa faktor pembiayaan dana, perancangan dan pandemik telah melambatkan misi NASA. Namun, mereka akan kembali agresif dengan cara yang aman untuk mengalahkan China.\n\nSebenarnya, bukan hanya China dan NASA yang menjalankan misi ini. Terdapat juga perlumbaan dari negara-negara lain dan agensi-agensi lain yang turut mengumumkan modul dan perancangan ke bulan bagi tujuan pelancongan dan perlombongan.\u00a0\n\nTetapi, setakat ini hanya tiga buah negara sahaja yang dikhabarkan benar-benar berjaya ke bulan.\n\nDalam kesibukan mereka meneroka bulan di angkasa dengan menghabiskan berbilion-bilion wang, ayuh kita meneroka bulan dengan meneliti kalam-Nya di dalam Al-Quran.\n\nAl-Quran telah menyebut perihal bulan sebanyak 27 kali.\n\nMenurut tafsiran Hamka, secara keseluruhan Al-Quran membahaskan tentang bulan dalam kerangka penciptaan yang tepat perhitungannya dalam aspek kejadian fizikal dan fungsinya yang berkait rapat dengan bumi dan matahari.\n\nKetepatan ini telah menatijahkan keharmonian yang tidak membawa mudarat kepada makhluk-Nya yang lain. Ketaatan bulan dan semua ciptaan-Nya di ruang angkasa terhadap Dia Sang Pencipta menyebabkan sistem-sistem kompleks di seluruh dunia dapat terlaksana dengan baik.\u00a0\n\nAllah tidak suka hamba-Nya yang hanya beribadah dan bekerja, tanpa berfikir. Berulang kali di dalam Al-Quran, Allah menyebut perihal golongan yang berjaya iaitu golongan ulul albab, yakni golongan yang sentiasa melihat alam dan dunia ini, kemudian berfikir dan mensyukuri kebesaran-Nya. Dalam kerangka berfikir dan memerhati ini adalah berkait rapat dengan aktiviti pengkajian.\n\nMaka, aktiviti mengkaji merupakan tuntutan dalam Agama. Tetapi, matlamatnya harus jelas.\n\nMenurut Prof. Osman Bakar, di dalam bukunya, \u2018Tauhid dan Sains\u2019, beliau menerangkan sepertimana yang terakam dalam dua ayat Allah, iaitu Surah Ghafir, ayat 82 dan Surah Fussilat, ayat 53, kajian perlu dilaksanakan berlandaskan dua matlamat.\u00a0\n\nMatlamat pertama adalah bagi mengamati tanda-tanda kebesaran Tuhan yang termanifestasi di alam semesta, dalam jiwa-jiwa manusia, dan pada lembaran-lembaran sejarah.\n\nMatlamat kedua adalah bagi membuktikan semua klaim kebenaran dan pengetahuan dalam memastikan keadilan tertegak, serta membuka jalan keyakinan bagi sebarang keraguan.\u00a0\n\nDi samping matlamat itu, berlaku intervensi kesedaran Agama kerana sistem kepercayaan orang Islam mengajarkan bahawa wujudnya fenomena-fenomena dan realiti-realiti di luar jangkauan kemampuan pancaindera, sekalipun mendapat bantuan instrumen-instrumen kajian canggih. Kuasa dan kebenaran yang tertingginya hanyalah Allah Yang Maha Berkuasa.\u00a0\n\nBerbalik kepada misi-misi negara luar yang begitu ghairah meneroka ruang angkasa, adalah manfaat dari sisi kajian untuk membuktikan kehebatan penciptaan-Nya. Tetapi, matlamat yang hanya berlandaskan material semata-mata hakikatnya membawa kerugian.\n\nSikap ingin tahu yang tidak berpandukan kebenaran tidak akan ada batasan dan pencariannya tiada kesudahan. Seandainya berlebihan, bimbang akan membawa kerosakan dan kemurkaan Tuhan.\n\nSebagai seorang Muslim, kita harus jelas hala tuju dan makna kehidupan kita di muka bumi ini. Melihat kepada kerosakan umat di era perkembangan teknologi kini, umat Islam perlu melengkapkan diri dengan kepakaran bersesuaian bagi menyebarkan kefahaman kebenaran yang sebenar-benarnya." "Tahukah anda api boleh terhasil apabila bahan bakar berinteraksi dengan haba dan oksigen di persekitaran. Apabila hadirnya tiga-tiga unsur ini, tindak balas akan berlaku menyebabkan api terhasil.\n\nApi dapat memberi manfaat kepada manusia, namun api juga boleh menjadi musibah kepada manusia. Kebakaran boleh berlaku di mana-mana sahaja, jadi perlu kita sebagai pengguna mengetahui kelas-kelas api. Dengan cara ini kita dapat memadam api dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.\n\nBerdasarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, api boleh dikelaskan kepada Api Kelas A, B, C, D, E dan K. Sangat penting untuk kita mengetahui jenis api dan cara memadamkannya supaya apabila berlaku kebakaran kita dapat mengambil langah yang tepat dan mengurangkan kesan kemusnahan akibat daripada kebakaran tersebut.\n\nJadi apakah kelas ini dan bagaimanakah cara untuk memadamkan api tersebut?\n\nSebelum kita mengenali kelas api, ayuh kita kenali alat/media pemadaman api yang sering digunakan oleh bomba. Antara alat/media pemadaman api yang sering digunakan untuk memadam api ialah alat pemadam api jenis air, jenis buih, jenis debu kering dan menggunakan air secara semburan.\n\nSelain itu, alat pemadam api jenis karbon dioksida, pasir kering dan asbestos grafit juga merupakan medium pemadaman api untuk jenis api tertentu.\n\nApi kelas A terdiri daripada kebakaran yang melibatkan bahan hidrokarbon pepejal seperti kertas tekstil, sampah-sarap dan sebagainya. Apabila bahan pepejal dipanaskan, ia akan membebaskan wap/gas mudah terbakar pada tahap suhu nyalaan dan wap ini akan terbakar apabila bercampur dengan oksigen. Media pemadaman yang sesuai untuk memadam api kelas A ialah alat pemadaman api jenis air, jenis debu kering atau menggunakan air secara semburan.\n\nApi Kelas B terdiri daripada kebakaran melibatkan cecair hidrokarbon ataupun cecair yang mengandungi hidrogen dan karbon. Contoh api kelas B ialah minyak petrol, gasoline, minyak tanah dan lain-lain. Media pemadaman api yang sesuai bagi memadam api kelas ini ialah alat pemadam api jenis buih, jenis debu kering, jenis karbon dioksida atau menggunakan air secara semburan.\n\nApi kelas C terdiri daripada kebakaran melibatkan gas atau cecair mudah terbakar. Gas ini apabila bercampur dengan oksigen hanya memerlukan percikan api yang sedikit sahaja untuk memulakan kebakaran dan biasanya kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas dan kadangkala boleh mengakibatkan letupan. Sebagai contoh, metana, propane, butana, hidrogen, acetylene dan lain-lain mudah terbakar adalah tergolong dalam api kelas C. Cara memadamkan api jenis ini adalah dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering dan jenis karbon dioksida.\n\nBagi api kelas D pula merupakan kebakaran yang melibatkan bahan-bahan jenis logam. Selalunya bahan logam ini terdiri daripada logam alkali kumpulan 1 dalam jadual berkala kimia. Contoh logam adalah seperti kalium, natrium, magnesium dan kalsium. Logam-logam ini sangat reaktif dan mudah bertindak balas apabila hadirnya oksigen menyebabkan proses pembakaran berlaku dengan pantas. Penggunaan asbestos grafit, soda ash, pasir kering atau pemadam api jenis debu kering dapat memadam api jenis ini dengan efektif.\n\nApi yang terhasil apabila bahan-bahan peralatan elektrik terbakar dikelaskan sebagai api kelas E. Contoh kebakaran api kelas E ini adalah seperti kebakaran pada kotak panel elektrik, mesin dan lain-lain. Bagi memadamkan api jenis E, kita hanya boleh menggunakan alat pemadam api jenis karbon dioksida atau jenis debu kering kerana kedua-dua media ini sahaja yang efektif dalam memadamkan api hasil daripada peralatan elektrik.\n\nKebakaran hasil daripada sisa-sisa minyak masak atau semua jenis bahan yang berbentuk lemak terutamanya yang berlaku di kawasan kantin, dapur dan lain-lain dikelaskan sebagai api kelas K. Untuk memadam api jenis ini, kita boleh menggunakan alat pemadam api jenis debu kering dan jenis buih.\n\nSecara tuntasnya, kebakaran dapat dikelaskan kepada 6 kelas iaitu A, B, C, D, E dan K. Setiap jenis kelas ini mempunyai medium yang spesifik bagi memadamkan api yang terhasil. Oleh itu, sebagai pengguna, perlulah kita cakna akan jenis-jenis api dan cara pemadaman api. Hal ini dapat membantu kita sekiranya berlakunya kebakaran di masa hadapan.\n\nPenulis ialah Saudara Asmi Syamim, Pengamal Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan Pelajar Sarjana Sains Kejuruteran Keselamatan Kebakaran." "Kesusahan dan kerumitan mempelajari matematik tidak hanya membelenggu pelajar-pelajar di Malaysia, tetapi seluruh dunia.\n\nTerbaru, University of South Australia mengeluarkan kajiannya tentang kemerosotan pelajarnya dalam mempelajari matematik.\u00a0\n\nJika 20 tahun lalu, Australia berada di kedudukan ke-11 dunia dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) OECD untuk matematik, statistik terbaru menunjukkan kedudukan terkini Australia merosot di tempat ke-29 daripada 38 buah negara.\n\nHal ini telah mengundang perdebatan soal perubahan kurikulum yang perlu dilaksanakan. Namun, satu kertas antarabangsa baharu yang dikarang bersama oleh ahli psikologi kognitif Universiti South Australia Dr Fernando Marmolejo-Ramos boleh dijadikan sebagai sebahagian solusi.\n\nDiterbitkan dalam Psikologi Integratif dan Sains Tingkah Laku, kertas ini menyelam awal ke dalam beberapa konsep psikologi dan kajian tingkah laku terdahulu yang telah melihat menggunakan gerakan tangan dan gerak isyarat untuk meningkatkan penglibatan kognitif peringkat tinggi bagi mendapatkan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan kefahaman itu, kajian mencadangkan kaedah memindahkan dan menterjemah konsep dan penemuan tingkah laku ini untuk mengajar kanak-kanak sekolah rendah konsep asas matematik seperti bentuk, isipadu, dan kuantiti.\n\nPenyelidik bersama daripada China, Iran dan Australia mencadangkan untuk menggunakan gerak isyarat dan pergerakan tangan dalam membantu penglibatan pelajar dan meningkatkan pemahaman mereka dalam pembelajaran matematik.\u00a0\n\nMenurut Dr. Marmolejo-Ramos, ramai pelajar yang bergelut untuk mempelajari matematik dan telah wujud banyak keresahan disebabkan topiknya yang abstrak. Kita boleh melihat nombor, persamaan dan graf, tetapi sukar untuk difahami sekiranya tidak digabungkan dengan kemahiran motor dan deria manusia. Malah, untuk mempelajari matematik, umpama kita mempelajari bahasa baru.\n\nOleh itu, untuk memahami konsep matematik, adalah penting untuk menggabungkan bahasa, intonasi pertuturan, mimik muka dan gerak isyarat tangan, terutamanya yang terakhir, kata para penyelidik.\n\n\u201cMenggunakan tangan untuk mencipta bentuk segi tiga, sfera, bulat dan garis lurus, mencerminkan formula yang hendak cuba terangkan, adalah penting. Hal ini dapat membantu otak kita memahami konsep dengan lebih baik dan memasukkannya ke dalam ingatan.\u201d\n\nSejak bayi, gerak isyarat adalah pergerakan badan yang dipelajari, biasanya sebelum bercakap. Maka, ia sudah sebati dalam diri manusia sebagai cara memproses dan memperoleh pengetahuan baru.\u00a0\n\nKini, belajar matematik bukan sekadar belajar tentang bentuk. Untuk topik yang lebih maju seperti statistik, Dr. Marmolejo-Ramos menyedari kesukaran dan tidak cukup menggunakan gerak isyarat dan pembelajaran sentuhan dalam memahami dan mengajarnya. Walaubagaimanapun, beliau menekankan bahawa perkara itu tidak mustahil. Menurutnya, perkara itu memerlukan pemikiran yang teliti untuk mencipta bentuk tugas.\u00a0\n\nLangkah seterusnya untuk penyelidik adalah menjalankan kajian sebenar dalam beberapa kumpulan kanak-kanak dari negara yang berbeza untuk menguji kaedah pengajaran yang dicadangkan ini. \u201cMatlamat besar untuk fasa seterusnya adalah untuk mengujinya dalam tetapan yang berbeza,\u201d kata Marmolejo-Ramos.\n\nArtikel diterjemah dan diolah daripada artikel ScienceDaily dan Asian Scientist.\n\nRujukan Jurnal :\n\nOmid Khatin-Zadeh, Zahra Eskandari, Fernando Marmolejo-Ramos. Gestures Enhance Executive Functions for the Understating of Mathematical Concepts. Integrative Psychological and Behavioral Science, 2022; DOI: 10.1007/s12124-022-09694-4" "Pelepasan gas rumah hijau di peringkat global telah meningkat.\u00a0\n\nBaru-baru ini, Agensi Tenaga Antarabangsa melaporkan bahawa pelepasan karbon dioksida secara global telah meningkat sehingga mencecah 36.3 bilion tan pada tahun 2021 berbanding 33 bilion tan pada tahun 2019. Dengan peningkatan pelepasan gas ini yang telah menyebabkan suhu meningkat, maka, banyak langkah mitigasi sedang dilaksanakan.\u00a0\n\nLangkah-langkah tersebut adalah sama ada berbentuk mengurangkan pelepasan gas atau menangkap dan mengeluarkan gas rumah hijau daripada alam sekitar.\n\nBaru-baru ini, penyelidik di Jepun mendakwa telah membangunkan satu sistem penangkapan karbon yang lebih pantas dan efektif bagi menghilangkan karbon dioksida terus daripada udara.\n\nDalam kajian yang diterbitkan di ACS Environmental Au, penyiasat utama iaitu Dr Seiji Yamazoe dan pasukannya dari Tokyo Metropolitan University mensintesis dan menguji pelbagai bahan kimia untuk menyerap karbon dioksida menggunakan sistem yang dipanggil Direct Air Capture (DAC).\n\nUsaha menangkap karbon dioksida daripada udara adalah tidak mudah. Terdapat kira-kira 400ppm karbon dioksida dalam udara ambien \u2013 iaitu 0.04% daripada jumlah isipadu udara. Untuk mengasingkan sejumlah kecil karbon dioksida, medium kimia cecair yang sangat kuat adalah diperlukan untuk mengasingkan karbon dioksida daripada udara sebelum diasingkan pula menggunakan haba yang tinggi.\n\nPenggunaan bahan kimia sedemikian dan penjanaan tenaga yang diperlukan untuk sistem berfungsi memerlukan kepada sejumlah kos yang tinggi. Kebanyakan sistem DAC memerlukan sekitar $600 untuk menangkap satu tan karbon dioksida. Selain itu, kebanyakan sistem DAC adalah tidak cekap. Manakala, bahan kimia yang digunakan untuk menangkap karbon dioksida daripada udara akan kehilangan kecekapannya sekiranya tindak balas berterusan untuk jangka masa yang panjang.\n\nOleh itu, pasukan Yamazoe menangani cabaran ini dengan membangunkan sistem pemisahan fasa pepejal-cecair. Selain mengekstrak karbon dioksida daripada udara sebagai cecair atau gas, bahan kimia cecair yang digunakan dalam medium bertindak balas dengan karbon dioksida dan menghasilkan kristal tidak larut. Kristal ini kemudiannya diasingkan daripada medium cecair dan seterusnya dipanaskan untuk membebaskan gas karbon dioksida secara perlahan. Maka, gas karbon dioksida boleh disimpan di tempat lain.\n\nPara penyelidik mengoptimumkan sistem pemisahan fasa pepejal-cecair dengan mencari medium kimia yang cekap dalam menangkap dan membebaskan karbon dioksida. Mereka mensintesis pelbagai bahan kimia yang berbeza dan mengukur kadar pembentukan kristal tidak larut selama 10 jam dan juga jumlah akhir kristal yang terbentuk. Salah satu bahan kimia diuji oleh mereka dipanggil isophorone diamine (IPDA) boleh menukar hampir 99% karbon dioksida daripada udara ambien pada kadar dua kali ganda daripada media kimia konvensional lain yang digunakan dalam kebanyakan sistem DAC.\n\nUjian seterusnya dengan IPDA juga mendedahkan bahawa kristal yang terhasil membebaskan gas karbon dioksida sepenuhnya melalui pemanasan perlahan pada 60 darjah celsius. Bukan sahaja suhu ini jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang digunakan dalam sistem DAC semasa, tetapi juga IPDA boleh dipulihkan sepenuhnya \u2013 IPDA boleh digunakan semula dengan serta-merta untuk tindak balas yang lain.\n\nDengan penemuan ini, Yamazoe dan pasukannya berharap sistem ini dapat ditingkatkan dan digunakan untuk penyingkiran karbon dioksida yang berlebihan daripada udara dengan cekap. Menurut mereka, perkara ini kelak boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada senjata dunia untuk mencapai masa depan yang karbon sifar-bersih.\n\nArtikel diterjemah dan diolah daripada artikel Asian Scientist.\n\nRujukan asal kajian :\n\nKredit gambar :\n\nhttps://www.environmentalleader.com/category/sustainability/pollution/" "Kisah kejayaan Dr. Muhammad Syahrul Fitri Zawawi, atau lebih mesra dipanggil Syahr Musafir begitu menginspirasikan.\n\nAnak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Adelaide, Australia pada umur 19 tahun dari peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat PhD. Lebih mengkagumkan apabila beliau berjaya memperolehi dua Ijazah Sarjana Muda dalam dua bidang berbeza iaitu Sains Bioteknologi dan Sains Kesihatan sepanjang empat tahun di Adelaide.\n\nBiarpun beliau berumah tangga pada tahun ketiga pengajian Ijazah Sarjana Muda ketika berumur 22 tahun, perjalanan pengajian beliau terus berjalan dengan lancar. Kejayaannya mendapat Kepujian Kelas Pertama seterusnya melayakkan beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian terus ke peringkat PhD tanpa Ijazah Sarjana (Masters) dengan beberapa tawaran tajaan universiti luar negara. Tetapi, beliau telah memilih untuk meneruskan pengajian di universiti yang sama dengan biasiswa daripada Malaysia iaitu biasiswa Rancangan Latihan Kakitangan Akademik (RLKA), USM).\n\nKejayaan luar biasanya diteruskan lagi di peringkat PhD apabila beliau berjaya menyiapkan PhD perubatan dalam tempoh yang singkat dan hanya mengambil masa tiga bulan sahaja untuk menyelesaikan penulisan tesis dengan kelulusan cemerlang. Di hari majlis konvokesyen, beliau telah diberi penghormatan oleh Universiti Adelaide sebagai pembawa cokmar mengetuai perarakan para pegawai utama universiti berkenaan dan menjadi wakil seluruh graduan dalam memberikan ucapan.\u00a0\n\nDalam satu perkongsian beliau yang dimuat naik dalam portal berita Malaysia dateline, beliau telah berkongsikan butiran dan resipi kejayaannya secara lanjut.\n\nMenurut beliau, kejayaannya dalam penulisan tesis hanya dalam masa tiga bulan dengan kelulusan cemerlang adalah kerana konsistensi beliau menulis bermula ketika hari awal pendaftaran PhD lagi sehinggalah detik akhir penghantaran perlu dibuat. Setiap perancangan dan \u2018milestone\u2019 yang dirancang perlu diikut dengan disiplin yang tinggi.\u00a0\n\nKemudian, beliau telah berkongsi satu faktor sebenar kejayaan beliau iaitu keberkatan bakti terhadap ibu bapa dan keluarga.\n\nBeliau mengimbau semula kejayaan-kejayaan beliau yang luar biasa, langsung tidak terdetik di hati. Beliau pernah gagal eksperimen dan hadapi masalah-masalah teknikal kajian, tetapi beliau tidak terasa itu sebagai satu masalah dan dapat selesaikannya dengan baik setelah dinasihati ibunya, \u201cJangan risau, Allah akan bantu.\u201d\n\nSelain itu, beliau telah menghadiri konferens di beberapa buah negara dan membawa pulang bersama beberapa anugerah tempat pertama. Malah, tidak cukup dengan kejayaan penulisan tesisnya dalam masa yang singkat, beliau berjaya mendapat anugerah-anugerah lain dan berjaya merangkul sijil PhD di usia 27 tahun.\u00a0\n\nDaripada kejayaan-kejayaan ini, beliau sedar bahawa segala kemudahan perjalanan pengajian akademiknya bukanlah disebabkan beliau itu bijak, tetapi kerana barakah bakti terhadap ibu bapa dan keluarga.\n\nBeliau sangat menyayangi ibu bapa dan keluarganya. Duit biasiswa beliau di Malaysia telah diberikan sepenuhnya kepada mereka, iaitu RM2800/bulan selama tiga tahun. Tetapi, beliau di Australia melakukan pelbagai kerja bersama isterinya\u00a0demi menampung kos sara hidup di sana dan mencari tambahan wang kepada biasiswa beliau di Australia.\n\nSetelah tamat pengajian PhD, beliau pulang ke Malaysia dan menjaga ibunya yang sakit biarpun terpaksa bekerja pada waktu siang dan bersengkang mata menemani ibunya di waktu malam. Pada Feb 2020, ibunya telah dijemput Ilahi.\u00a0\u00a0\n\nKini, beliau merupakan pensyarah di Jabatan Ortopedik, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM).\u00a0\n\nNasihat beliau, \u201cJika benar mahu berjaya, berbaktilah kepada ibu bapa dan keluarga, bukan sekadarnya tetapi sehabis kadar, sehabis baik, sehabis daya, dan sehabis mampu. Allah telah membuktikan hakikat bahawa apabila seorang anak berbuat baik kepada ibu bapa, Allah akan memudahkan jalan untuk anak itu capai kejayaan dalam pengajian. Contohnya saya, sebuah kisah benar seorang anak. Redha ibu bapa, redha Allah. Baiknya Allah kan.\u201d\n\nSubhanallah. Hebat!\u00a0\n\nKejayaan tidak akan hadir tanpa usaha. Kejayaan luar biasa tidak akan hadir tanpa keberkatan ibu bapa.\n\nSumber dan kredit maklumat kepada Portal Malaysia dateline di pautan, https://malaysiadateline.com/boleh-siap-tulis-tesis-phd-3-bulan-ini-bukti-hasil-berbakti-pada-ibu-bapa-sehabis-daya/\n\nArtikel di muat naik dengan keizinan Tuan Syahr Musafir." "Baru-baru ini, NASA telahpun mengeluarkan imej angkasa raya yang ditangkap oleh teleskop terbaru mereka, teleskop angkasa James Webb (JWST). Pengumuman itu telah dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada 11 Julai, dan keesokan harinya, NASA telah mengeluarkan lebih banyak gambar yang diperoleh daripada data JWST.\n\nSebelum JWST, NASA telah terlebih dahulu mendapat pelbagai data daripada teleskop angkasa Hubble (Hubble Space Telescope), dan JWST boleh dianggap sebagai penerus legasi teleskop Hubble menangkap gambar kawasan yang pernah ditangkap oleh Hubble, namun dalam bentuk yang lebih menarik.\n\nTeleskop angkasa Hubble secara umumnya berfungsi untuk \u201cmelihat\u201d dalam spektrum ultralembayung (ultraviolet) dan cahaya nampak, dengan sedikit kebolehan untuk melihat radiasi inframerah. Yang menjadikan JWST berbeza dengan Hubble ialah JWST mampu melihat gelombang lebih panjang dalam julat radiasi inframerah sehinggalah ke sedikit bahagian cahaya nampak.\n\nEh kejap, saya tak faham. Kenapa ada banyak sangat julat dan spektrum ni?\n\nJulat dan spektrum ini merujuk kepada spektrum gelombang elektromagnet. Gelombang elektromagnet merupakan gabungan gelombang elektrik dan magnet yang bergerak pada kelajuan cahaya di dalam vakum (atau ruang kosong).\n\nTerdapat pelbagai jenis gelombang elektromagnet, dan bezanya pada umumnya disandarkan kepada panjang gelombang tersebut serta tenaga gelombang tersebut. Gelombang yang lebih panjang selalunya membawa tenaga yang lebih rendah (seperti gelombang radio), manakala gelombang yang lebih pendek selalunya adalah lebih bertenaga, sehingga kadangkala mampu mengionkan atom dan menyebabkan kanser (seperti radiasi gamma).\n\nMata kita hanya boleh melihat dalam spektrum cahaya nampak, namun terdapat pelbagai lagi spektrum \u201ccahaya tak nampak\u201d yang wujud di luar sana. Di sinilah teleskop angkasa sepert JWST dan Hubble berfungsi. Merujuk gambar di atas, Hubble \u201cmelihat\u201d dalam julat \u201ccahaya ultralembayung\u201d, manakala JWST melihat dalam julat \u201ccahaya inframerah\u201d, yang mana kedua-duanya adalah jenis \u201ccahaya\u201d yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.\n\nDisebabkan Hubble dan JWST mempunyai spektrum yang berbeza, JWST (yang lebih baharu) mempunyai kelebihan kerana fungsinya mampu mencerap gelombang yang lebih panjang dan tenaga yang lebih rendah.\n\nBerikut merupakan perbandingan antara imej yang dikeluarkan oleh Hubble dan JWST.\n\nNGC 3132, atau dikenali sebagai Gegelung Nebula Selatan (Southern Ring Nebula) ialah kepulan gas yang sedang mengembang, terhasil daripada kematian satu bintang kira-kira 2,500 juta tahun cahaya dari Bumi.\n\nImej di sebelah kiri ialah imej daripada teleskop angkasa Hubble, manakala imej di sebelah kanan ialah imej daripada JWST. Dari sini kita mampu melihat dengan lebih jelas isi kandungan di dalam gegelung tersebut.\n\nNama asalnya ialah NGC 3324, yang turut dipanggil sebagai Nebula Carina atau Tebing Kosmik (kerana terletak di penjuru Nebula Carina). Di bahagian atas adalah tangkapan gambar daripada spektrum ultralembayung Hubble, manakala dengan JWST, bahagian di sebalik tebing ini (pelbagai bintang dan galaksi baru) dapat dilihat di gambar bawah.\n\nIni merupakan gambar bagi lima kluster galaksi, atau Stephen\u2019s Quintet, di mana terdapat lima galaksi yang dapat dilihat dalam gambar ini. Gambar ini amat menarik kerana kita dapat melihat dan meneroka kawasan di tengah-tengah galaksi tersebut. Seperti yang kita tahu, lohong hitam wujud di tengah-tengah kebanyakan galaksi, dan disebabkan lohong hitam tidak dapat dilihat (kerana ia tidak mengeluarkan cahaya), maka mengkaji gas dan objek di sekeliling lohong hitam adalah perlu dalam kajian lohong hitam.\n\nSelain itu, kita juga dapat melihat percantuman dua galaksi dengan lebih jelas dalam gambar JWST di sebelah kanan.\n\nGambar di atas merupakan gambar pertama yang dikeluarkan oleh JWST. Ia merupakan gambar Medan Dalam (Deep Field) bagi kluster galaksi SMACS 0723. Dikatakan bahawa gambaran bagi saiz angkasa dalam gambar ini adalah \u201cseumpama mengambil sebutir pasir, dan menghalakannya ke langit\u201d. Itu adalah saiz cebisan angkasa dalam gambar ini.\n\nDi sebelah kiri, kita mampu melihat angkasa raya yang agak malap dan tidak dipenuhi galaksi, namun di sebelah kanan, kita mampu melihat pelbagai galaksi yang wujud, yang sebelum ini tidak kelihatan di pandangan Hubble.\n\nPeminat fizik juga mampu melihat kesan pengkantaan graviti (gravitational lensing) dalam gambar ini. Hal ini terjadi kerana cahaya yang terherot akibat graviti objek yang tinggi di kawasan tersebut.\n\nGambar-gambar yang telah dikeluarkan oleh NASA ini pastinya mengagumkan kita. Hal ini sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran, surah al Hijr ayat 16 yang bermaksud :\n\n\u201cDan sungguh, Kami telah menciptakan gugusan bintang di langit dan men-jadikannya terasa indah bagi orang yang memandang(nya).\u201d\n\nSemoga kita dapat mengambil iktibar daripada gambar-gambar ini dan turut terdorong untuk meneroka angkasa lepas.\n\nNASA di pautan :\n\nhttps://www.nasa.gov/webbfirstimages\n\nhttps://www.nasa.gov/press-release/nasa-reveals-webb-telescope-s-first-images-of-unseen-universe\n\nBritannica di pautan :\n\nhttps://www.britannica.com/science/electromagnetic-spectrum\n\nwiser.my di pautan :\n\nhttps://wiser.my/ini-adalah-teleskop-paling-berkuasa-abad-ini-bakal-beroperasi-1-5km-juta-dari-bumi" "Diketuai oleh pakar evolusi virus Universiti Arizona iaitu Michael Worobey, pasukan penyelidik antarabangsa telah mengesan permulaan wabak itu di pasar Wuhan, China, yang mana musang, anjing rakun dan mamalia hidup lain yang terdedah kepada virus itu dijual secara langsung sebelum wabak itu bermula. Penemuan mereka diterbitkan dalam dua kertas jurnal Sains, selepas dikeluarkan sebelum ini dalam versi pracetak pada bulan Februari.\n\nSelain itu, penulis menyimpulkan bahawa penyebaran pertama kepada manusia daripada haiwan mungkin berlaku dalam dua peristiwa penghantaran berasingan di pasar Huanan pada akhir November 2019.\n\nSatu kajian meneliti lokasi kes COVID-19 pertama yang diketahui, serta sampel swab yang diambil dari permukaan di pelbagai lokasi di pasar tersebut. Yang lain memfokuskan pada jujukan genomik SARS-CoV-2 daripada sampel yang dikumpul daripada pesakit COVID-19 semasa minggu pertama pandemik berlaku di China.\n\nKertas pertama, diketuai oleh Worobey dan Kristian Andersen di Institut Penyelidikan Scripps di San Diego, California, meneliti corak geografi kes COVID-19 pada bulan pertama wabak, Disember 2019. Pasukan itu dapat menentukan lokasi hampir kesemua 174 kes COVID-19 yang dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada bulan itu, 155 daripadanya berada di Wuhan.\n\nAnalisis menunjukkan bahawa kes-kes ini berkumpul di sekitar pasar Huanan, manakala kes-kes kemudian tersebar secara meluas di seluruh Wuhan \u2014 sebuah bandar dengan 11 juta orang. Terutamanya, penyelidik mendapati bahawa peratusan ketara pesakit COVID awal yang tidak diketahui hubungannya dengan pasar tersebut \u2014 bermakna mereka tidak bekerja di sana atau membeli-belah di sana \u2014 ternyata tinggal berhampiran pasar. Hal ini menyokong idea bahawa pasar tersebut merupakan pusat wabak, kata Worobey, dengan vendor dijangkiti terlebih dahulu dan mencetuskan rantaian jangkitan dalam kalangan ahli masyarakat di kawasan sekitar.\n\nKesimpulan ini disokong oleh penemuan lain: Apabila mereka melihat taburan geografi pada kes COVID kemudian, sejak Januari dan Februari 2020, mereka mendapati corak \u201cpolar opposite\u201d, kata Worobey. Walaupun kes-kes dari Disember 2019 dipetakan \u201cseperti bullseye\u201d di pasar, kes-kes kemudiannya bertepatan dengan kawasan kepadatan penduduk tertinggi di Wuhan.\n\n\u201cHal ini memberitahu kami bahawa virus itu tidak beredar secara samar,\u201d kata Worobey. \u201cVirus tersebut benar-benar berasal dari pasar itu dan tersebar dari sana.\u201d\n\nSebagai tambahan penting kepada penemuan awal mereka, Worobey dan rakan usaha samanya menimbulkan persoalan bahawa pihak berkuasa kesihatan telah menemui kes di sekitar pasar semata-mata kerana hanya di situlah yang dikesan oleh mereka.\n\n\u201cAdalah penting untuk menyedari bahawa semua kes ini, mangsanya yang dikenal pasti kerana mereka dimasukkan ke hospital,\u201d kata Worobey. \u201cTiada kes ringan yang mungkin dikenal pasti dengan mengetuk pintu orang yang tinggal berhampiran pasar dan bertanya sama ada mereka berasa sakit. Dalam erti kata lain, pesakit ini direkodkan kerana mereka berada di hospital, bukan kerana tempat mereka tinggal. \u201c\n\nUntuk menolak sebarang kemungkinan berat sebelah, pasukan Worobey mengambil satu langkah selanjutnya: Bermula di pasar, mereka mula mengeluarkan kes daripada analisis mereka, pergi lebih jauh dari pasar semasa mereka pergi, dan menjalankan statistik semula. Hasilnya: Walaupun dua pertiga daripada kes telah dikeluarkan, penemuannya adalah sama.\n\n\u201cWalaupun dalam senario itu, dengan majoriti kes dikeluarkan, kami mendapati bahawa yang selebihnya tinggal lebih dekat dengan pasar daripada apa yang dijangkakan jika tiada korelasi geografi antara kes COVID terawal ini dan pasar,\u201d kata Worobey.\n\nKajian itu juga melihat sampel swab yang diambil dari permukaan pasar seperti lantai dan sangkar selepas pasar Huanan ditutup. Sampel yang diuji positif untuk SARS-CoV-2 dikaitkan dengan ketara dengan gerai yang menjual hidupan liar hidup.\n\nPara penyelidik menentukan bahawa mamalia yang kini diketahui terdedah kepada SARS-CoV-2, termasuk musang merah, luak babi dan anjing rakun, dijual secara langsung di pasar Huanan pada minggu-minggu sebelum kes COVID-19 yang pertama direkodkan. Para saintis membangunkan peta terperinci pasar dan menunjukkan bahawa sampel positif SARS-CoV-2 yang dilaporkan oleh penyelidik China pada awal 2020 menunjukkan perkaitan yang jelas dengan bahagian barat pasar, di mana haiwan-haiwan tersebut hidup atau yang baru disembelih dijual pada akhir 2019 .\n\n\u201cPeristiwa asal masih tidak jelas, tetapi analisis kami terhadap bukti yang ada jelas menunjukkan bahawa wabak itu wujud akibat jangkitan awal manusia daripada haiwan yang dijual di Pasar Borong Makanan Laut Huanan pada akhir November 2019,\u201d kata Andersen, yang merupakan pengarang kanan bersama kedua-dua kajian dan merupakan profesor Jabatan Imunologi dan Mikrobiologi di Scripps Research.\n\nKajian kedua, analisis data genomik SARS-CoV-2 daripada kes awal, diketuai bersama oleh Jonathan Pekar dan Joel Wertheim di University of California, San Diego dan Marc Suchard dari University of California Los Angeles, serta Andersen dan Worobey.\n\nPara penyelidik menggabungkan pemodelan wabak dengan analisis evolusi awal virus berdasarkan genom sampel terawal. Mereka menentukan bahawa wabak itu, yang pada mulanya melibatkan dua garis keturunan SARS-CoV-2 yang berbeza secara halus, berkemungkinan wujud daripada sekurang-kurangnya dua jangkitan berasingan manusia daripada haiwan di pasar Huanan pada November 2019 dan mungkin pada Disember 2019. Analisis juga mencadangkan bahawa, dalam tempoh ini, terdapat banyak penularan virus haiwan ke manusia lain di pasar tersebut yang gagal ditunjukkan dalam kes COVID-19 yang direkodkan.\n\nPenulis menggunakan teknik yang dikenali sebagai analisis jam molekul, yang bergantung pada kadar semula jadi mutasi genetik berlaku dari semasa ke semasa, untuk mewujudkan rangka kerja bagi evolusi garis keturunan virus SARS-CoV-2. Mereka mendapati bahawa senario pengenalan tunggal virus ke dalam manusia dan bukannya berbilang pengenalan akan tidak konsisten dengan data jam molekul. Kajian terdahulu telah mencadangkan bahawa satu keturunan virus \u2014 bernama A dan berkait rapat dengan saudara-mara virus dalam kelawar \u2014 melahirkan keturunan kedua, bernama B. Kemungkinan besar, menurut data baharu, adalah senario di mana kedua-duanya keturunan melompat daripada haiwan kepada manusia pada masa yang berasingan, kedua-duanya di pasar Huanan, kata Worobey.\n\n\u201cJika tidak, keturunan A mesti berkembang dalam gerakan perlahan berbanding virus keturunan B, yang tidak masuk akal secara biologi,\u201d kata Worobey.\n\nKedua-dua kajian itu memberikan bukti bahawa COVID-19 berpunca daripada lompatan daripada haiwan ke manusia di pasar Huanan, mungkin berikutan penularan kepada haiwan tersebut daripada kelawar pembawa coronavirus di alam liar atau di ladang di China. Untuk kajian lanjut, para penyelidik mengesyorkan kepada para saintis dan pegawai awam untuk mencari pemahaman yang lebih baik tentang perdagangan hidupan liar di China dan di tempat lain, serta menjalankan ujian yang lebih komprehensif terhadap haiwan hidup yang dijual di pasaran untuk mengurangkan risiko wabak pada masa depan.\n\nArtikel diterjemah dan diolah daripada artikel ScienceDaily.\n\nUniversity of Arizona. \u201cStudies link COVID-19 to wildlife sales at Chinese market, find alternative scenarios extremely unlikely.\u201d ScienceDaily. ScienceDaily, 26 July 2022. .\n\nRujukan asal kajian :" "Kecoh di media sosial apabila tular berita berkenaan 72.1 peratus anak muda yang memilih untuk tidak sambung belajar selepas SPM. Dapatan ini merupakan hasil kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019.\n\nPada sesetengah pihak, keadaan ini dilihat sebagai satu masalah besar kerana keadaan ini akan memberi impak kepada produktiviti negara dan mengurangkan peratusan pakar dalam sesebuah industri. Tetapi, terdapat mereka yang merasakan hal ini bukanlah suatu masalah kerana hakikat dunia sekarang yang menawarkan banyak kaedah untuk menjana pendapatan, dengan syarat anak muda tersebut rajin dan proaktif mempelajari skil-skil baru.\u00a0\n\nBiarpun begitu, hal ini masih perlu menjadi satu kerisauan kerana semakin ramai anak muda dilihat menceburkan diri dalam industri perniagaan yang menjanjikan skim cepat kaya dan industri yang lara seperti hiburan dan seumpamanya.\n\nTidak dinafikan, tekanan keadaan semasa untuk meneruskan kehidupan seperti permasalahan sistem pendidikan, peningkatan kadar pengangguran setelah tamat pengajian dan keperluan wang segera bagi menyara kehidupan, ditambah pula dengan dunia populariti yang menggila semakin mempengaruhi jiwa anak-anak muda.\n\nDalam hal ini, tidak mudah untuk kita menyalahkan mana-mana pihak. Banyak hal yang perlu diteliti dan dibaiki.\n\nTidak mahu olah panjang perihal ini, saya nak ajak kita telusuri seketika matlamat budaya ilmu dalam peradaban zaman lalu.\n\nIslam sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Penurunan wahyu pertama dengan perkataan \u2018iqra\u2019\u2019 yakni \u2018bacalah\u2019 menguatkan lagi bukti bahawa menuntut ilmu merupakan satu tuntutan Agama kerana \u2018bacalah\u2019 merupakan kunci kepada gedung ilmu yang membawa manusia kepada era kemajuan dan peradaban.\n\nNama-nama besar orang terdahulu yang terkenal sehingga kini semuanya kerana kebijaksanaan mereka dalam kepelbagaian ilmu pengetahuan yang menyumbang kepada kemajuan banyak aspek kehidupan manusia. Bermulanya era kajian dan galian ilmu telah membawa kepada sebuah peradaban dunia yang luar biasa.\n\nBaik di zaman Yunani, Rom, Cina, India, Arab, mahupun Eropah, semuanya meletakkan ilmu sebagai asas kemajuan kehidupan.\n\nBermula dengan manusia pertama, iaitu Nabi Adam, Allah telah mengajarkan beberapa ilmu kepadanya sehingga berlakunya perkembangan manusia yang kemudiannya beralih ke zaman nabi-nabi seterusnya yang dibekalkan wahyu dan ilmu daripada Allah demi memakmurkan kehidupan dunia dengan kebenaran.\n\nSemakin berkembang populasi manusia, semakin berkembanglah minda dan pemikiran. Maka, terlahirlah kepelbagaian adat dan budaya berdasarkan kepercayaan dan logik akal masing-masing.\n\nTetapi, ilmu masih terus dicari dan digali demi menjawab persoalan \u2018kenapa manusia diwujudkan\u2019 dan \u2018siapa yang mencipta manusia\u2019, yang seterusnya mencetuskan lagi ilmu-ilmu pengetahuan baru.\n\nMenurut Imam al-Ghazali, ilmu dapat dikategorikan kepada dua iaitu ilmu syariah dan bukan syariah.\n\nIlmu syariah ialah ilmu yang diperoleh menerusi wahyu. Manakala, ilmu bukan syariah ialah ilmu yang terlahir daripada sumber akal, pemerhatian, percubaan, dan pengalaman manusia.\n\nAntara ilmu yang terkandung bawah ilmu bukan syariah ialah matematik, perubatan, bahasa, kimia, fizik, geologi, dan seumpamanya yang terlahir bersumberkan indera dan akal.\n\nPengelasan-pengelasan ilmu ini telah dibincangkan dan dibahaskan secara meluas oleh para ilmuwan Islam termasuklah al-Khawarizmi, al-Farabi, al-Ikfani dan Ibnu Khaldun. Ilmu-ilmu ini kemudiannya telah disebarkan dengan meluas dalam halakah pengajian di masjid atau di kolej. Dalam masa satu kurun pembukaan balai ilmu Baitul Hikmah, kegiatan ilmu menjadi satu kegiatan yang sangat besar di seluruh wilayah Islam yang membawa kepada pembinaan tamadun agung umat Islam dalam pemikiran ilmiah.\n\nWahyu pertama iaitu \u201cBacalah dengan nama Tuhan-mu\u201d menjadi prinsip asas perkembangan ilmu dalam budaya Islam sejak zaman berzaman. Ilmu dituntut dan dikaji dengan ikhlas demi memenuhi perintah Ilahi. Kecintaan terhadap ilmu telah membawa kepada terasasnya perpustakaan yang banyak di seluruh wilayah Islam.\u00a0\n\nAntara perpustakaan yang awal terbina ialah perpustakaan Darul Hikmah dan Nizamiyyah Baghdad, perpustakaan Cordova dan perpustakaan Darul Ilmi Kaherah.\n\nTercatat bahawa lebih daripada 10,000 koleksi pelbagai kitab tersimpan di perpustakaan Nizamiyyah Baghdad yang dibina dalam kurun ke-5 hijrah. Manakala, perpustakaan awam Cordova mengandungi koleksi 400,000 buku yang dikatalog dalam 44 katalog dan setiap katalog mempunyai 50 lembaran, dengan 20 katalog dikhususkan kepada ilmu syariah sahaja. Perpustakaan Darul Ilmi pula yang dibina pada tahun 1005 Masihi dikatakan mempunyai 2,000,000 koleksi pelbagai ilmu pengetahuan.\n\nAktiviti penterjemahan, penghasilan karya, penyelidikan, penulisan, dan sumbangan kepada kekayaan bahan keperpustakaan terus dipergiat.\n\nBaitul Hikmah di kota Baghdad telah menjadi pusat kegiatan ilmu. Dewan kuliah, bilik perbincangan, ruang rehat, masjid, tempat penginapan, ruang penyelidikan dan beberapa kemudahan lain tersedia kepada para pengunjung.\u00a0\n\nKhalifah al-Makmun yang memerintah ketika itu sangat mencintai ilmu. Beliau telah mengumpulkan para ilmuan di Baitul Hikmah baik Islam mahupun bukan Islam, baik Arab, mahupun bukan Arab, yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang untuk terus menggerakkan perbincangan-perbincangan ilmiah termasuklah perihal maslahah umat Islam, ketamadunan manusia, dan kajian falsafah.\n\nPengumpulan manuskrip-manuskrip dalam pelbagai bidang yang diwarisi dari tamadun silam seperti buku falsafah dan matematik Yunani, buku perubatan Farsi serta astronomi India dibawa ke pusat kajian lalu diterjemah, disalin, dibahas, dan dikembangkan mengikut pengetahuan semasa dan agama.\n\nMaka, terlahirlah tokoh-tokoh ilmu hebat dan terkenal seperti Imam Abu Jaafar al-Tabari yang dikatakan seorang ilmuwan yang meninggalkan paling banyak kitab dan tulisan menjadi bahan kajian utama sepanjang zaman.\n\nKita juga mengenali Abu Bakar Al-Razi, tokoh saintis kimia silam yang menghasilkan 220 karya dalam pelbagai bidang sehinggakan 30 jilid karyanya menjadi rujukan universiti Eropah selama ratusan tahun.\n\nAl-Jahiz, seorang sasterawan dan ahli zoologi Islam yang menulis 300 judul karya dan terkenal juga kisah kematiannya apabila punca kematiannya disebabkan beliau tertimbus dengan karya-karyanya sendiri.\n\nAl-Biruni, karya agungnya dalam astronomi dan fizik membawa manusia mengenali alam sejagat termasuklah di dalam dan di luar ruang bumi.\n\nAl-Farabi yang mempelajari puluhan bahasa untuk menggali khazanah silam dan ditapis mengikut acuan pemikirannya, kemudian disumbangkan kepada peradaban manusia.\n\nIbnu Sina, al-Razi,al-Khawarizmi, dan ramai lagi.\n\nSeperti yang diterangkan di atas, manuskrip-manuskrip lama dari tamadun silam menjadi rujukan utama dalam perkembangan dan perbahasan ilmu umat Islam.\n\nHal ini menunjukkan kepada kita bahawa tamadun Yunani, Farsi, dan India turut menjadikan ilmu sebagai asas kehidupan. Tidak terkecuali tamadun Cina.\n\nSetiap tamadun ini turut melahirkan tokoh-tokoh ilmuwan yang hebat dan sumbangannya besar dalam memajukan kehidupan manusia.\n\nAntaranya Aristotle, Socrates, Euklid, Plato, Aryabhata, Varahamira, Brahmagupta, Li Ye, Qin Jiushao, Yang Hui, Zhu Shijie, dan ramai lagi.\n\nBegitu juga dalam ajaran-ajaran lain seperti Konfusius yang merupakan seorang ahli falsafah dan ilmuwan Cina yang mengasaskan ajaran Konfusianisme turut meletakkan ilmu sebagai hal utama.\n\nTidak terkecuali Taoisme, Buddhisme, dan Kristian.\n\nUniversiti terawal dibina dalam sejarah Islam ialah Universiti Al-Qarawiyyin di kota Fez, Moroko pada tahun 859 Masihi. Menakjubkan lagi, pengasasnya ialah seorang wanita iaitu Fatima al-Fihri, seorang yang berketurunan bangsawan. Universiti-universiti lain termasuklah Universiti al-Azhar diasaskan pada tahun 975 Masihi, Universiti Muntansiriyyah yang dibina pada tahun 1233 Masihi, Universiti Timbukti Mali yang dibina pada tahun 1327 Masihi, dan Universiti Uthmaniyyah di Istanbul yang dibina pada 1453 Masihi.\n\nSetiap universiti dibina bersama perpustakaan yang besar untuk rujukan para pelajar dan pensyarah.\n\nPada tahun 711, Islam telah sampai di Sepanyol dan menyebarkan kegemilangan ilmunya di Semenanjung Iberia selama lebih 700 tahun. Antara bandar Islam utama di Sepanyol ialah Almeria, Malaga, Cadiz, Huelva, Seville, Cordoba, Jaen, dan Granada. Dalam sejarah Islam, bumi ini dikenali sebagai Andalusia.\n\nKetika Andalusia menempa nama serata dunia kerana kegemilangan ilmunya, seluruh Eropah masih berada dalam Zaman Kegelapan iaitu pada abad ke-4 hingga abad ke-12 Masihi kerana dikatakan masyarakatnya yang beku minda serta tiada kegiatan ilmu yang tinggi dapat menerangi pemikiran mereka. Mereka hanya dibelenggu dengan tradisi dan kepercayaan tahayul serta khurafat untuk meneruskan kehidupan.\n\nKemudian, bandar-bandar Islam Andalusia telah dikunjungi oleh para pelajar Eropah dan dikatakan ramai yang berhijrah ke Andalusia untuk mendalami pelbagai bidang ilmu. Tidak terkecuali tokoh-tokoh gereja Eropah yang telah menerima ilmu di universiti Andalusia. Kemudiannya, mereka menterjemah ilmu-ilmu tersebut dan mencetuskan gelombang ilmu di Eropah pula.\n\nDalam kurun ke-13, ilmu tamadun Islam terus disebarkan dan dikembangkan dengan pengaruh raja Eropah ketika itu yang turut berminat dengan ilmu-ilmu tersebut. Sehinggalah universiti pertama Eropah terbina iaitu di Paris dan Oxford, yang menggunakan kurikulum universiti Islam Sepanyol sebagai asas rujukan.\n\nKemudian, semakin ramai tokoh-tokoh ilmuwan dilahirkan dengan setiap daripada mereka mahir berbahasa Arab demi mendapatkan ilmu pengetahuan kerana bahasa Arab merupakan bahasa intelek dan ilmiah ketika itu. Manakala, bahasa Latin merupakan bahasa ilmu yang kedua.\u00a0\n\nKemunculan tokoh-tokoh yang aktif menyebarkan ilmu Arab ke Eropah ini telah membuka dimensi baru kehidupan masyarakat mereka ke arah sinar kehidupan yang lebih gemilang. Sepertimana yang berlaku di kota Baghdad, begitu juga yang berlaku di Eropah. Kegiatan-kegiatan ilmu terus dipergiat, termasuklah penulisan, penyelidikan, dan cetakan.\n\nPenemuan-penemuan ilmu ini telah merubah era kegelapan Eropah kepada era keemasan.\n\nDemikianlah sejarah mencatatkan hakikat ilmu menjadi faktor utama kegemilangan sesebuah kehidupan. Tanpa ilmu, manusia buta meraba dalam kegelapan. Tanpa ilmu, mudah-mudahnya seseorang itu akan diperbodohkan oleh manusia lain demi keuntungan manusia tersebut.\n\nMelihat hakikat keadaan sekarang, sudah terlalu banyak kemajuan dan kehebatan ilmu dicapai kerana sumbangan orang-orang terdahulu. Mungkin kerana keadaan inilah, perkara inovasi dan penyelidikan ilmu secara mendalam tidak lagi mendapat tempat di hati manusia kerana semuanya sudah ada. Mungkinlah.\n\nBiar apapun keadaannya, tanggungjawab menuntut ilmu jangan pernah diabaikan. Kita perlu kembali memahami matlamat utama kita menuntut ilmu. Dan kaedah menuntut ilmu ini luas. Baik kaedah formal atau tidak formal, kedua-duanya menjadi medium kita meraih ilmu.\n\nYang utama kita fahami ialah ilmu yang bagaimana yang dituntut. Iaitu ilmu yang bermanfaat, terutamanya ilmu agama.\n\nIngatlah sabda Baginda S.A.W mengenai kelebihan orang yang menuntut ilmu.\n\nDaripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :\n\n\u201cBarangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur\u2019an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya\u201d. [Riwayat Muslim (4867)]\n\nBiar apapun alasan kalian yang tidak mahu sambung belajar, semoga kalian bijak memilih cara hidup yang sesuai dengan tuntutan Islam yang terus mengajarkan kalian ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.\n\nWalaubagaimanapun, pilihan untuk tidak sambung belajar bukanlah satu tindakan yang tepat kerana sistem pendidikan formal negara ini akan lebih memberi jaminan kepada masa depan adik-adik. Apa-apapun, selamat maju jaya ya!" "Al-Quran telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W menerusi Malaikat Jibril a.s sebagai panduan utama kehidupan.\n\nMukjizat agung ini terkandungnya petunjuk (huda), nasihat (mauizhah), dan sumber informasi (al-bayan). Keasliannya kekal terpelihara sejak awal permulaannya diturunkan sehinggalah masa akan datang. Isi kandungannya menjadi sumber inspirasi ilmu untuk dihafal, ditulis, dan dikaji sehingga menjadi kunci pengetahuan kepada rahsia-rahsia alam yang berada di dalam ruang bumi dan di luar ruang bumi. Hasil kajian maklumat-maklumatnya menatijahkan kemajuan dan peradaban di zaman dahulu sehinggalah kini merentasi benua seluruh dunia.\n\nSepertimana yang disebutkan oleh Profesor Sayyid Husain Nasr bahawa Al-Quran merupakan sumber peradaban. Dengan semangat al-Quran, umat Islam merintis peradaban besar yang kemudiannya disumbangkan kepada peradaban dunia.\n\nNamun, kenyataan ini tidaklah bererti al-Quran itu mengandungi ilmu khusus seperti teori-teori sains dan formula-formula matematik, tetapi al-Quran mengajar prinsip-prinsip dasar tentang ilmu pengetahuan dan peradaban yang menginspirasikan dan memotivasikan pada cendekiawan untuk terus berfikir, meneliti, mencari, dan menggali maklumat-maklumat dengan lebih mendalam. Tetapi, kata kuncinya yang utama telah diperkenalkan oleh Allah dalam kalam-kalam-Nya yang agung itu, yakni al-Quran.\n\nMerujuk hal di atas, maka, maklumat asas tentang ilmu hitungan adalah tidak terkecuali. Ayat-ayat implisit Allah mengenai hitungan menginspirasikan manusia untuk mendalami ilmu ini sehingga terlahirnya sebuah ilmu matematik yang terkandung bawahnya banyak ilmu melibatkan hitungan.\u00a0\n\nAntaranya dapat dilihat dalam ayat kelima\u00a0 surah Yunus, yang bermaksud :\n\n\u201cDia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang yang mengetahui.\u201d\n\nDalam aspek bilangan, menurut kajian Muhammad Mas\u2019ud, al-Quran telah menyebut 38 bentuk bilangan yang tersebar dalam beberapa surah dan ayat yang mana terdiri daripada beberapa bentuk pecahan dan angka bulat positif.\n\nKajian bilangan dalam al-Quran dikatakan satu dimensi baru bagi manusia memahami ayat-ayat Allah dengan lebih tepat dan terperinci. Sehinggakan unsur bilangan menjadi salah satu aspek yang dibahaskan dalam kajian kemukjizatan al-Quran iaitu kemukjizatan bilangan (i\u2019jaz al\u2019adadi).\n\nKajian ini telah bermula sejak abad ke-5 hijrah sehinggalah kini. Tetapi, dapatan kajian sering menimbulkan perdebatan kerana para penulis atau pengkaji akan menyesuaikan kajiannya dengan latar belakang kajian dan kepakaran masing-masing. Sungguhpun begitu, matlamatnya masih sama iaitu bagi menyerlahkan lagi tanda kemukjizatan al-Quran.\u00a0\u00a0\n\nSatu tinjauan literatur tentang kajian-kajian mengenai kajian bilangan dalam al-Quran telah dibuat oleh beberapa pengkaji yang mana hasilnya telah diterbitkan dalam satu jurnal antarabangsa pada tahun 2021. Menurut dapatan mereka, beberapa bentuk penemuan dapatan kajian mukjizat bilangan dan kajian bilangan yang telah dilakukan oleh para pengkaji lalu dikategorikan kepada lima perkara.\n\nUntuk penulisan ini, tidak akan menyentuh dan menerang dengan terperinci untuk setiap satu bentuk di atas, tetapi hanyalah ingin menyenaraikan 38 angka yang tercatat dalam al-Quran.\n\nMenurut kajian Muhammad Masu\u2019d, 38 angka dalam al-Quran dikelompokkan kepada tujuh.\n\nBerikut jadual terperinci tentang hasil penelitian yang dikemukakan.\n\nSetiap sebutan nombor ini mempunyai maksud tersurat menunjukkan tujuan tertentu yang berkait rapat dengan hukum ketetapan Allah S.W.T dalam urusan kehidupan manusia. Dan secara tersirat menjadi asas maklumat kepada ilmu-ilmu hitungan lain termasuklah yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi sepertimana terkandung dalam beberapa firman Allah.\n\nTerdapat lima ayat Allah yang mengandungi operasi tambah, antaranya ayat 196 dalam surah al-Baqarah yang bermaksud :\n\n\u201c...tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali.\u201d\n\nAyat ini menjelaskan tentang denda ibadah haji dan umrah yang memerlukan kepada sepuluh hari berpuasa iaitu tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari apabila telah kembali, bagi mereka yang tidak dapat menemukan haiwan.\u00a0\n\nTerdapat tiga ayat Allah yang perlu difahami dengan asas pengetahuan dengan konsep tolak, iaitu antaranya ayat 14 dalam surah al-Ankabut, yang bermaksud :\n\n\u201cDan sesungguhnya kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.\u201d\n\nMaka, 1000 tahun \u2013 50 tahun = 950 tahun.\n\nUsia Nabi Nuh ialah 950 tahun.\n\nDalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :\n\n\u201cPerumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa butir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus butir.\u201d\n\nMaka, 1biji x 7 tangkai x 100 biji = 700 biji.\n\nDalam surah al-Anfal ayat 65 yang bermaksud :\n\n\u201cJika ada dua puluh orang yang sabar di antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh.\u201d\n\nMaka, 20 bahagi 200, pembilangnya disederhanakan menjadi 1/10, atau dalam erti kata lain 1:10.\n\nDemikianlah Al-Quran yang merupakan kitab utama, menjadi sumber ilmu kepada manusia dalam segenap hal kehidupan.\n\nKeajaibannya akan terus mengagumkan para pengkaji dan peneliti al-Quran baik orang Islam, mahupun orang bukan Islam.\n\nAdapun begitu, adalah penting untuk kita menggali ilmu yang telah dimuat dalam al-Quran dengan penuh adab dan disiplin. Adalah dilarang sama sekali untuk kita membuat tilikan dan andaian tanpa perbahasan kerangka ilmu yang benar dan tepat, apatah lagi mengaitkan kandungan al-Quran dengan sesuatu peristiwa yang di luar ilmunya. Dapatan yang hanyalah demi mendapat pengaruh dan keuntungan dunia semata-mata merupakan tindakan yang hina.\n\nHal ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA sabda Baginda S.A.W yang bermaksud :\n\n\u201cDan barang siapa yang menyebut (sesuatu) berkenaan al-Quran dengan pendapatnya sendiri, maka sedialah tempatnya di dalam neraka\u201d (Riwayat al-Tarmizi : 3205)\n\nSemoga kita sentiasa menjadi manusia yang berdisiplin dan beradab dalam menuntut ilmu, terutamanya ilmu al-Quran.\n\nhttps://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4419-irsyad-al-fatwa-siri-ke-487-hukum-mengaitkan-ayat-al-quran-berdasarkan-angka-dengan-sesuatu-kejadian" "Bila disebut tentang pengajian peringkat Doktor Falsafah, pasti ramai yang kagum, dan mungkin juga takut.\n\n\u201cGayat sebab tinggi sangat!\u201d, katanya.\n\nMungkin juga ada yang terus membayangkan gambaran seorang lelaki sedikit botak atau mungkin bagi wanita seorang yang tidak berhias, berkaca mata, pendiam, dan ditemani buku-buku. Mungkinlah ada.\n\nHal ini kerana pengajian Doktor Falsafah ini dirasakan satu perjalanan yang sukar dan payah, yang mungkin mengambil masa yang lama. Masalah kewangan dan kesihatan, terutamanya melibatkan mental pasti akan melanda para penuntut. Tidak calang-calang orang yang boleh menempuhinya.\u00a0\n\nNamun, situasi ini tidak sepenuhnya tepat dan tidak wajar dijadikan perkara yang menakutkan kita. Hakikatnya, setiap pekerjaan mempunyai budaya kerjanya tertentu dan memerlukan kepada pengorbanan.\n\nSaya nak kongsi satu kajian tentang aspek positif dalam pengajian Doktor Falsafah yang telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji Eropah.\u00a0\n\nMemandangkan masyarakat terlalu pandang negatif terhadap pengajian peringkat Doktor Falsafah ini, maka sekumpulan pengkaji yang sedang bekerja di Eropah cuba membuat satu analisa terhadap 90,000 ciapan di laman \u2018twitter\u2019 tentang pengalaman mereka yang berjaya mengambil sijil tertinggi ini.\n\nMenurut dapatan mereka, hampir separuh daripada ciapan-ciapan itu mengatakan hal positif mengenai pengalaman mereka bergelar pelajar sarjana Doktor Falsafah. Manakala, hanya sedikit sahaja yang menciap pandangan yang negatif. Tetapi, sayangnya ciapan-ciapan berbaur negatif itu lebih mendapat banyak \u2018like\u2019 dan \u2018retweet\u2019 daripada warga net. Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi informasi yang salah apabila kenyataan-kenyataan negatif ini lebih disebarluaskan dan seterusnya mempengaruhi para pembaca yang lain.\u00a0\u00a0\n\nKemudian, para pengkaji ini telah berkongsi tiga manfaat utama dalam pengajian Doktor Falsafah.\n\nMenjadi seorang \u2018expert\u2019\n\nSepanjang fasa menyiapkan projek kajian, para pelajar akan membina pelbagai skil sebagai seorang penyelidik yang berdikari, termasuklah membina pemikiran kritis, disiplin dan tersusun, daya tahan tinggi, dan keupayaan membentuk serta mengetuai projek dengan jayanya. Ditambah pula dengan masa sepenuhnya yang fleksibel dapat diperuntukkan untuk menjalankan kajian atau projek dengan sebaiknya, dan kebebasan ini menjadikan pengalaman seseorang itu lebih unik.\n\nBukan itu sahaja, perjalanan menyempurnakan kajian ini memerlukan kepada banyak langkah untuk mencapai kejayaan. Seperti menguasai pelbagai teknik, melengkapkan siri kajian atau aktiviti lapangan, dan menyiapkan rangka awal manuskrip. Maka, perasaan menjalani kesemua perkara ini perlu menjadi satu kebanggaan oleh para pelajar akan keupayaan diri keluar daripada kepompong hidup yang santai dan alpa.\n\nBekerja dalam persekitaran kolaboratif\n\nDalam proses menyempurnakan sijil Doktor Falsafah, bekerja bersama pengkaji-pengkaji lain adalah sangat penting. Hubungan bekerjasama ini perlu dijaga dengan baik. Terutama sekali hubungan bersama penyelia kerana hubungan yang baik bersama penyelia menjadi faktor utama kejayaan seseorang dalam meraih pengalaman dan kejayaan kehidupan sebagai seorang penuntut PhD.\u00a0\n\nDalam beberapa keadaan, kebanyakan pelajar PhD berpeluang untuk berkolaborasi bersama rakan-rakan kajian dalam makmal dan kumpulan yang sama, atau mungkin bersama dengan pengkaji-pengkaji daripada komuniti yang lebih luas.\n\nBekerja bersama projek-projek atau kajian-kajian lain akan membantu pelajar untuk mengaplikasikan dapatan-dapatan tersebut dalam projek sendiri, malah meningkatkan lagi produktiviti dan kreativiti pelajar itu. Malah, pelajar mungkin berpeluang menempa nama sebagai penulis bersama dalam kertas-kertas kajian milik pengkaji lain, ditambah pula dengan menyelia pelajar ijazah sarjana muda, akan meningkatkan lagi skil pengurusan dan ilmu pelajar PhD tersebut.\n\nSelain itu, konferens dan seminar menjadi kaedah lain untuk para pelajar berinteraksi bersama para pengkaji lain. Melalui medium ini, mereka berpeluang untuk menemui dapatan baru, membincangkan dapatan-dapatan tersebut, dan terinspirasi oleh para saintis lain. Malah, kajian-kajian baru mungkin tercetus hasil daripada perbincangan tersebut.\n\nKolaborasi bukan hanya dapat dilakukan secara fizikal. Era teknologi kini, pelbagai medium tersedia secara maya, seperti \u2018Global PhD Server\u2019 yang membolehkan para pelajar berbincang, bertukar pendapat, dan meminta bantuan. Selain itu, \u2018@PhDForum\u2019 membantu dalam meningkatkan skil pelajar mengendalikan penulisan dan \u2018Stack Overflow\u2019 membantu dalam perkara kod dan statistik.\n\nPembinaan Skil Komunikasi\n\nBagi seorang penuntut PhD, komunikasi adalah sangat penting untuk memastikan kajiannya selari dengan objektif.\u00a0\n\nPembentangan, perbincangan, dan perbahasan dua hala adalah aktiviti yang sinonim bagi menjayakan projek. Malah, perkongsian-perkongsian dapatan hasil kajian turut akan dilaksanakan sebagai perkongsian tentang bidang tertentu dan menyumbangkan dapatan tersebut untuk kegunaan industri serta mendidik masyarakat.\n\nSetiap perkara ini akan melatih para penuntut Doktor Falsafah untuk lebih berani mengekspresikan pandangan, bijak menyusun kata bersesuaian dengan demografi pendengar, dan secara tidak langsung meningkatkan skil komunikasi mereka.\n\nMenerusi Pelan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Malaysia komited untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) menjelang tahun 2023 dengan inisiatif kerajaan menawarkan geran penyelidikan dan tajaan kepada para penuntut.\n\nPada tahun 2017, seramai 22,343 pemegang PhD warganegara dari IPT dalam negara telah berjaya dilahirkan.\n\nPada awal tahun 2022, Majlis Profesor Negara memaklumkan bahawa setakat ini, hanya 28,000 graduan Doktor Falsafah yang berjaya dilahirkan.\n\nDaripada peratusan di atas, sasaran 60,000 pemegang Ijazah Doktor Falsafah mungkin masih memerlukan masa untuk dicapai. Tambahan pula dengan keadaan semasa yang menekan dalam pelbagai aspek, terutamanya aspek kewangan. Hal ini memperlihatkan kepada kita bahawa semakin berkurangnya minat anak muda untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.\n\nWalaubagaimanapun, perjalanan kehidupan kita masih panjang. Dan menuntut ilmu itu merupakan tugas hakiki, biarpun dalam bentuk formal ataupun tidak formal.\n\nTetapi, sistem negara kini memerlukan pakar dalam bidang-bidang tertentu dan hal ini memerlukan kita untuk menempuh sistem yang formal demi meraih kepercayaan dan lesen kepakaran itu. Mungkin kita boleh \u2018bermimpi\u2019 untuk menjadi salah seorang daripada 60,000 orang itu.\n\nKata orang, \u201cMimpi itukan percuma\u201d.\u00a0\n\nOleh itu, biarpun usia semakin tua, jangan pernah padamkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin bukan sekarang masanya. Mungkin beberapa tahun hadapan adalah detiknya.\n\nBuat masa ini, kita betulkan dahulu pandangan negatif kita terhadap kehidupan seorang penuntut Doktor Falsafah dan tanam azam untuk menempuh juga hidup sedemikian demi membantu menyelesaikan masalah umat yang kian berleluasa sekarang.\u00a0\n\nInsyaAllah, dengan azam dan niat yang betul, masa kita akan tiba suatu hari nanti.\n\nArtikel \u201cResearch Culture : Highlighting the Positive Aspects of Being a PhD Student\u201d, di pautan https://elifesciences.org/articles/81075" "Apabila nyamuk betina mencari manusia untuk digigit, mereka terhidu bau unik bau badan yang kita keluarkan ke udara. Bau ini kemudiannya merangsang reseptor dalam antena nyamuk. Para saintis telah cuba menyingkirkan reseptor ini dalam percubaan untuk menjadikan manusia tidak dapat dikesan oleh nyamuk.\n\nWalau bagaimanapun, selepas menyingkirkan seluruh keluarga reseptor pengesan bau daripada genom nyamuk, nyamuk masih mencari cara untuk menggigit manusia. Terbaru, sekumpulan penyelidik, yang menerbitkan hasil dalam jurnal Cell pada 18 Ogos, mendapati bahawa nyamuk telah mengembangkan struktur dalam sistem olfaktori-nya (olfactory system) yang memastikan mereka sentiasa dapat menghidu bau manusia.\n\nMenurut Margo Herre yang merupakan seorang saintis di Universiti Rocketfeller dan salah seorang penulis kertas kajian ini, nyamuk telah melanggar hukum asal haiwan menghidu.\n\nHal ini kerana, dalam kebanyakan haiwan, neuron olfaktori hanya bertanggungjawab untuk mengesan satu jenis bau.\n\n\u201cJika anda seorang manusia dan anda kehilangan satu reseptor bau, semua neuron yang berkait dengan reseptor itu akan kehilangan keupayaan untuk menghidu bau itu,\u201d kata Leslie Vosshall dari Institut Perubatan Howard Hughes dan seorang profesor di Universiti Rockefeller serta pengarang kanan kertas kajian ini.\u00a0\n\nTetapi, hal ini tidak berlaku pada nyamuk.\n\n\u201cAnda perlu bekerja lebih keras untuk menghapuskan nyamuk kerana dengan menyingkirkan satu reseptor tidak mempunyai kesan terhadap mereka,\u201d kata Vosshall. \u201cSebarang percubaan masa depan untuk mengawal nyamuk dengan penghalau atau apa-apa ubatan lain perlu mengambil kira betapa kita tidak dapat memecahkan tarikan mereka kepada kita.\u201d\n\n\u201cProjek ini benar-benar bermula tanpa diduga apabila kami melihat bagaimana bau manusia dikodkan dalam otak nyamuk, \u201d kata Meg Younger, seorang profesor di Universiti Boston dan salah seorang pengarang utama kertas kajian ini.\n\nSelain itu, mereka mendapati bahawa neuron yang dirangsang oleh bau manusia 1-octen-3-ol juga dirangsang oleh amina, satu lagi jenis nyamuk kimia yang digunakan untuk mencari manusia. Keadaan ini adalah luar biasa kerana mengikut semua peraturan sedia ada tentang cara haiwan berbau, neuron mengkodkan bau dengan khusus, menunjukkan bahawa neuron 1-octen-3-ol tidak seharusnya mengesan amina.\n\n\u201cYang mengejutkan adalah neuron untuk mengesan manusia melalui reseptor 1-octen-3-ol dan amina bukanlah populasi yang berasingan, \u201d kata Younger. Perkara ini mungkin membenarkan semua bau yang berkaitan dengan manusia untuk mengaktifkan \u201cbahagian pengesan manusia\u201d pada otak nyamuk walaupun beberapa reseptor hilang.\n\nDalam proses kajian ini, kumpulan ini juga menggunakan penjujukan RNA nukleus tunggal untuk melihat apa yang bakal ditunjukkan oleh neuron olfaktori daripada nyamuk lain.\u00a0\n\n\u201cHasilnya memberi kita satu sudut pandang yang luas tentang bagaimana reseptor bertindak dalam nyamuk, \u201d kata Olivia Goldman, seorang lagi pengarang utama kertas itu.\n\nVosshall berpendapat bahawa terdapat serangga lain mungkin mempunyai mekanisme yang sama. Kumpulan penyelidikan Christopher Potter di Universiti Johns Hopkins baru-baru ini melaporkan bahawa lalat buah mempunyai ekspresi bersama reseptor yang serupa dalam neuron mereka. \u201cIni mungkin strategi umum bagi serangga yang sangat bergantung pada deria bau mereka,\u201d kata Vosshall.\n\nCell Press. \u201cMosquitoes have neuronal fail-safes to make sure they can always smell humans.\u201d ScienceDaily. ScienceDaily, 18 August 2022. .\n\nBMC, \u201cReceptors that help mosquitoes smell us.\u201d, https://blogs.biomedcentral.com/bugbitten/2019/04/19/receptors-help-mosquitoes-smell-us/\n\nAdi Channel, \u201cInilah Sebabnya Kenapa Anda Kerap Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain\u201d, https://www.adichannel.com/2021/01/Kerap-digigit-nyamuk.html" "Anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorak sebaiknya oleh para ibu bapa supaya kehidupan mereka dijamin kebahagiaan dunia dan akhirat.\n\nPada zaman milenia kini, cabaran-cabaran dunia yang semakin membaham manusia menuntut kita untuk terus mendidik anak-anak dengan kebenaran, seterusnya mempersiapkan mereka dengan ilmu sebagai kalis godaan dunia yang keterlaluan.\n\nBerikut 10 perkara yang dikongsikan oleh Puan Norita Kamaruddin di laman Facebooknya, ulasan daripada hasil pembacaan beliau. Menurutnya, 10 perkara ini mungkin nampak remeh, tapi sangat penting untuk didedahkan kepada anak-anak.\n\n10 perkara yang kita kena bagitahu anak kita walau kita nampak kecil dan remeh :\n\n1. Bagitahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan \u2018mental self image\u2019 anak kita.\n\nAnak yang tak rasa diri dia hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa.\n\n2. Bagitahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya.\n\nKalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.\n\n3. Bagitahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu\n\nBarulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata mata ( receiving mindset ).\n\n4. Bagitahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint.\u00a0\n\nCheckpoint 1 \u2013 mati\n\nCheckpoint 2 \u2013 barzakh\n\nCheckpoint 3 \u2013 mahsyar\n\nCheckpoint 4 \u2013 mizan\n\nCheckpoint 5 \u2013 sirat\n\nDan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan.\n\n5. Bagitahu anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata.\n\nAl-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu \u2018take action\u2019 selepas membaca dan memahaminya\n\n6. Bagitahu anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibubapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta.\n\nAnak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih.\n\n7. Bagitahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya.\n\nAnak yang tahu dia dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki \u2018sense of responsibility\u2019\u00a0.\n\n8. Bagitahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa.\n\nBekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.\n\n9. Bagitahu anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia.\n\nAnak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada.\n\n10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya.\n\nPelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibubapanya yang sudah meninggal dunia." "Pada 30 Jun 2022, pihak Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan statistik kemalangan dan penyakit pekerjaan negara bagi tahun 2021.\u00a0\n\nBerdasarkan statistik tersebut, sebanyak 21,534 kes kecederaan pekerjaan telah dilaporkan dengan mencatatkan kadar kecederaan kemalangan sebanyak 1.43. Daripada jumlah kecederaan tersebut, sebanyak 5330 kes dilaporkan disebabkan oleh mangsa memijak, terlanggar atau terkena objek, diikuti dengan 4,094 kes disebabkan jatuh.\u00a0\n\nStatistik kemalangan juga menunjukkan industri pengilangan sebagai penyumbang utama kemalangan di tempat kerja dengan mencatatkan kes sebanyak 7,994 kes.\u00a0\n\nPersoalannya, bagaimanakah kemalangan-kemalangan ini boleh berlaku?\n\nKemalangan boleh berlaku seandainya wujud tindak balas antara perbuatan manusia dan keadaan sekeliling yang boleh membahayakan seseorang. Konotasi hazard sering kali digunakan untuk mengenal pasti sumber atau perkara yang boleh membahayakan seseorang di tempat kerja.\u00a0\n\nMaka, apakah sebenarnya maksud hazard?\u00a0\n\nMenurut Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, hazard bermaksud sumber atau situasi yang boleh mendatangkan kecederaan, membahayakan kesihatan atau merosakkan harta benda dan alam sekitar. Kita dapat mengkelaskan hazard ini kepada tiga berdasarkan kesannya iaitu hazard kepada kesihatan (health hazard), hazard kepada keselamatan (safety hazard) dan hazard kepada alam sekitar (environmental hazard).\u00a0\n\nMari kita fahami lanjut perihal hazard-hazard ini.\n\nHazard kepada kesihatan merupakan apa-apa agen yang boleh menyebabkan seseorang menghidapi sesuatu penyakit dengan peranan hazard ini mungkin memberi kesan secara serius atau secara akut. Hazard ini juga boleh memberi masalah yang berpanjangan (kronik).\u00a0\n\nHazard ini boleh memberi kesan kepada semua bahagian badan seperti paru-paru, jantung, kulit dan lain-lain. Selalunya, kita sukar mengenal pasti simptom secara langsung kerana selalunya mengambil masa untuk hazard ini memberi kesan kepada target organ. Sebagai contoh, pekerja yang bekerja di tempat bising secara berpanjangan akan mengalami gangguan pendengaran berkaitan kebisingan pekerjaan, namun selalunya pekerja akan menyedari bahawa dia mempunyai masalah pendengaran selepas beberapa tahun dia bekerja di kawasan tersebut.\u00a0\n\nSelain itu, contoh lain bagi hazard kesihatan adalah pendedahan kepada bahan kimia berbahaya seperti penggunaan tinner dan gasolin, dan juga pendedahan kepada hazard biologi seperti terdedah kepada virus, bakteria dan binatang pembawa penyakit. Di samping itu, ejen fizikal yang boleh memberi kesan kepada badan seperti radiasi juga boleh dikategorikan dalam kumpulan ini. Sebagai contoh radiasi dikategorikan sebagai karsinogen yang mampu menganggu genetik dalam badan sehingga menyebabkan berlakunya perubahan pada badan seseorang.\n\nHazard keselamatan pula merupakan sebarang sumber mempunyai daya yang boleh menyebabkan kecederaan atau kemusnahan harta benda. Selalunya kesan daripada hazard ini dapat dikenal pasti oleh mata kasar kerana kesannya berlaku secara langsung. Sebagai contoh, seorang pekerja memotong kayu dan pisau tersebut terkena pada jarinya menyebabkan luka.\u00a0\n\nSelalunya hazard ini berbahaya kerana langkah kawalan tidak diambil secara mencukupi. Contoh lain bagi hazard dalam kategori ini adalah kes tersadung dan terjatuh, kebakaran, bahagian mesin yang bergerak, bekerja di tempat yang tinggi dan bekerja di tempat yang bertekanan tinggi. Kemalangan yang berlaku disebabkan hazard ini boleh menyebabkan luka kecil sehinggalah menyebabkan kematian.\n\nSeringkali kita terlepas pandang dalam membincangkan isu alam sekitar. Menurut JKKP Malaysia, hazard alam sekitar ialah pelepasan ke alam sekitar yang boleh menyebabkan mudarat atau kesan yang merosakkan. Selalunya kesan pelepasan ini tidak ketara kerana mengambil masa yang lama dalam memberi kesan pencemaran ke sekeliling.\u00a0\n\nSebagai contoh, seorang pekerja mencuci cat dalam sistem perparitan mungkin tidak akan menyedari kesan cat tersebut kepada alam sekitar. Contoh lain bagi kategori ini ialah pelepasan gas-gas beracun ke udara secara langsung oleh kilang pemprosesan bahan kimia tanpa ditapis. Perlepasan gas ini boleh memberi kesan kepada udara kita dan lapisan ozon bumi.\n\nSecara tuntasnya, hal ini menjadi satu kepentingan bagi kita untuk mengetahui bahaya-bahaya yang terdapat di tempat kerja. Pengetahuan yang jelas berkaitan jenis hazard yang terdapat di sekeliling dapat membantu kita menjadi lebih sensitif terhadap bahaya yang wujud di sekitar, maka secara langsung kita boleh mengambil langkah kawalan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Dengan mengetahui dan cakna akan bahaya di tempat kerja kita dapat mengurangkan jumlah kemalangan seterusnya dapat merealisasikan sifar kemalangan di tempat kerja." "Pada tanggal 26 September 2022, dunia Islam diselubungi kedukaan berhubung pemergian seorang ulama\u2019 tersohor, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang akhirnya menemui Sang Kekasih Abadi pada umurnya 96 tahun.\n\nSumbangan dan jasanya cukup besar dan luar biasa untuk kehidupan umat manusia. sehinggakan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah disenaraikan antara 500 Muslim yang paling berpengaruh di seluruh dunia.\n\nKehebatan beliau ini adalah disebabkan terapan roh Islam ke dalam dirinya sedari kecil dan semangatnya membawa kebenaran Islam yang terus membara sepanjang kehidupannya. Hal ini kerana suasana keluarganya dan persekitaran tempat tinggalnya yang sangat mementingkan ilmu agama telah berjaya membentuk peribadi dan aspirasi Islam yang begitu utuh dalam diri beliau.\n\nSubhanallah!\n\nSyeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, atau nama sebenarnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf, telah dilahirkan pada 9 September 1926 di sebuah perkampungan Desa Shafat at-Turab, Mesir. Beliau hidup dalam sebuah keluarga yang sederhana hartanya, tetapi kaya ilmu agamanya. Ayah beliau merupakan seorang petani. Manakala, ibunya merupakan seorang peniaga.\u00a0\n\nNamun, nikmat mempunyai ibu dan ayah tidak dirasai lama apabila ayah beliau dijemput Ilahi ketika beliau berumur dua tahun. Kemudian, ibunya pula pergi ke Negara Abadi ketika beliau berumur lima belas tahun. Setelah itu, beliau telah dipelihara oleh bapa saudaranya.\n\nSyeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah didedahkan dengan pendidikan agama ketika beliau berumur lima tahun. Sebelum usianya mencecah 10 tahun, beliau telah berjaya menghafal semua ayat suci al-Quran dan kitab al-Tuhfat, serta menguasai ilmu tajwid dengan baik. Kerana kebolehannya ini, beliau telah digelar sebagai \u2018Syeikh Yusuf\u2019 ketika berumur 10 tahun lagi dan diberi kepercayaan oleh masyarakat untuk menjadi imam.\u00a0\n\nSetelah Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menamatkan pengajian peringkat menengah di Maahad Rendah Tanta dan Madrasah Thanawiyah dengan pencapaian yang sangat cemerlang, beliau melanjutkan pengajiannya ke Universiti al-Azhar, Mesir dalam kuliah Usuluddin dan terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan.\n\nKemudian, beliau teruskan jihad pengajiannya dalam pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab sehingga memperolehi Ijazah Sarjana dan Diploma Pendidikan dengan pangkat kelas pertama.\n\nSelain itu, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi juga memperolehi Diploma Bahasa Arab dan Sastera daripada Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi.\n\nPada tahun 1960, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadis.\n\nPengajian beliau tidak terhenti di situ apabila penangguhan 13 tahun pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah dek kegawatan politik Mesir ketika itu membuahkan hasil akhirnya apabila beliau berjaya meraih ijazah Doktor Falsafah dengan kepujian pada tahun 1973 melalui tesisnya yang bertajuk Fiqh al-Zakat, yang menjadi rujukan dalam perihal zakat oleh seantero dunia.\u00a0\n\nPada tahun 2013, satu jurnal tentang sumbangan pemikiran Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah ditulis oleh Tuan Zulkifli Hasan daripada Universiti Sains Islam Malaysia. Daripada hasil dapatan kajian kualitatif beliau, saya cuba ringkaskan untuk bacaan kita semua.\n\nSyeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sering memperuntukkan masanya untuk aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Dalam hal mendidik masyarakat dengan ilmu agama, beliau berperanan sebagai penyampai kuliah dan khutbah di masjid, menjadi imam, menjadi pengetua Maahad Agama, dan pengasas kuliah pendidikan dan pengajian Islam di universiti.\n\nSyeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menguasai pelbagai cabang keilmuan Islam terutamanya dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam.\n\nBeliau telah melahirkan lebih daripada 100 buah buku dalam bidang-bidang tersebut untuk rujukan umat manusia. Pernah diceritakan bahawa beliau sering memanfaatkan sehingga 14 jam sehari untuk menelaah ilmu dan menulis di perpustakaan rumahnya. Setiap penulisannya itu berkualiti tinggi dan mendapat perhatian ilmuan di seluruh Negara sehinggakan hampir kesemua karyanya telah diterjemah ke bahasa-bahasa lain.\n\nAntara bidang pengkhususan bagi karya beliau ialah fiqh dan usul fiqh, ekonomi Islam, pemahaman al-Quran dan al-Hadith, gerakan Islam dan Tauhid.\n\nAntara buku-buku tulisan beliau yang hampir kesemuanya telah diterjemah ialah;\u00a0\n\nDan banyak lagi.\n\nMalah, beliau juga banyak membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.\n\nSyeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah melibatkan diri dengan gerakan Ikhwanul Muslimin sejak di peringkat sekolah menengah. Sepanjang penglibatannya dalam gerakan ini, beliau telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ancaman termasuklah ancaman bunuh.\n\nBeliau pernah dipenjarakan beberapa kali;\n\nSelain itu, beliau pernah didera dan diseksa sehingga kesannya mempengaruhi kesihatan beliau setelah itu.\u00a0\n\n(Boleh rujuk penulisan di pautan ini untuk mendapatkan gambaran bagaimana seksaan yang dikenakan kepada Syeikh dan rakan-rakan Ikhwanul Muslimin dalam tahanan.\u00a0\n\nhttp://muhannadjamil.blogspot.com/2011/06/kenangan-di-penjara-dr-yusuf-al.html )\n\nWalaubagaimanapun, keadaan ini tidak menggentarkan jiwa dan mematahkan semangat berjuang beliau dalam membawa kebenaran Islam. Buktinya, beliau menyatakan impiannya untuk mati syahid di tangan musuh Islam, dalam satu wawancara beliau bersama al-Jazeera. Allahu rabbi!\n\nDalam aspek dakwah, beliau begitu komited dengan pelbagai inisiatif dakwah di lapangan dan media.\n\nProgram televisyen beliau dikatakan mendapat sambutan jutaan umat di seluruh dunia. Selain itu, beliau telah mengasaskan laman sesawang \u2018Islam Online\u2019 untuk gerak kerja dakwahnya.\n\nSyeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menyandang beberapa jawatan di peringkat lokal mahupun dunia, antaranya;\n\nBukti lain sosok hebat ini diiktiraf oleh dunia apabila beliau mendapat beberapa anugerah;\n\nSecara umumnya, mujaddid ini bersandarkan kepada hadis Baginda S.A.W yang bermaksud ;\n\n\u201cSesungguhnya Allah akan mengutuskan pada umat ini setiap awal 100 tahun seorang mujaddid yang memperbaharui urusan agamanya.\u201d\n\nAntara mujaddid kontemporari abad ke-20 yang diiktiraf oleh Ulama\u2019 dalam aspek Islam ialah Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rashid Rida, Hassan al-Banna (Ikhwanul Muslimin), Abul A\u2019la al-Mawdudi (Jamaat Islami), dan Badiuzzaman Said Nursi (Risalat al-Nur).\n\nSelain itu, pembaharuan ini (tajdid) turut diperlukan dalam aspek-aspek lain, seperti;\n\nBerdasarkan sumbangan dan pemikiran yang begitu signifikan kepada umat Islam seluruh dunia, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga turut tergolong dalam kalangan ini.\n\nGagasan beliau seperti konsep wasatiyyah, maqasid syariah, fiqh khomsah, dan sebagainya bersama anjuran pendekatan yang berhikmah secara jelas telah merubah perspektif ramai dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat dan umat manusia.\n\nNafas baru oleh beliau dalam penulisan-penulisan fiqh dan manhaj telah memudahkan kefahaman orang ramai dan lebih berkesan. Hampir tidak sempurna pembelajaran fiqh kontemporari sekiranya tidak merujuk dan membaca buku-buku beliau.\n\nZaman milenia yang menyaksikan manusia semakin jauh daripada ilmu, apatah lagi ilmu agama semakin ketandusan sosok sehebat Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.\u00a0\n\nWalaubagaimanapun, pemergian Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bukanlah tanda pengakhiran umat Islam. Ilmu-ilmunya yang ditinggalkan perlu terus dibugarkan dalam kehidupan umat, lebih-lebih lagi keadaan semasa yang parah dengan pelbagai permasalahan masyarakat, baik dalam bidang sosial, ekonomi, mahupun politik Negara.\n\nSemoga ilmu amal Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi diterima di sisi Allah Azza Wajalla dan beliau ditempatkan bersama para Anbiya\u2019.\u00a0 Al-Fatehah." "Baru-baru ini, Izmir Yamin yang merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Independence-X Aerospace, sebuah syarikat teknologi angkasa lepas tempatan, telah memuat naik pengumuman di hantaran facebooknya mengenai satelit buatan Independence-X Aerospace iaitu satelit kelas femtostat yang dikenali sebagai GerhanaSAT telah disahkan oleh pakar industri angkasa lepas sebagai satelit terkecil di dunia.\n\nSatelit ini berjaya dicipta pada tahun lalu yang berfungsi sebagai pembekal perkhidmatan komunikasi satelit secara percuma yang dikenali sebagai Telemetri Ringan dan pautan Tele-arah kepada dron dan Internet segala benda (IoT) sekitar khatulistiwa untuk dilancarkan ke angkasa lepas sebagai buruj di Orbit Rendah Bumi (Low Earth Orbit). Projek ini mendapat kolaborasi bersama Agensi Angkasa Malaysia-MYSA, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dan turut disokong oleh pihak SIRIM.\n\nSatelit ini telah diperakui oleh pakar industri angkasa lepas sebagai satelit terkecil di dunia, malah lebih kecil daripada Pocket Cube dan CubeSat dengan ukuran panjang tepi kubus ialah 30mm bagi Versi Angkasa (SV) dan 32mm bagi Versi Pengguna (CV).\n\nPada 25 September 2022, Izmir telah memperlihatkan demonstrasi satelit itu di hadapan penonton secara langsung. Kemudian, beberapa komen daripada pakar-pakar aeroangkasa telah diterima mengenai saiznya yang sangat kecil. \n\nMenurut wakil daripada Agensi Angkasa Perancis (CNES) Monsieur Dr Patrick Castillan dan Monsieur Dr. Alan Gleyzes yang merupakan timbalan pengarah CNES, GerhanaSAT adalah satelit paling kecil dunia yang mereka pernah lihat setakat ini.\n\nMenurut Izmir, pihaknya telah menerima banyak tempahan bagi kedua-dua versi dari pelbagai negara terutamanya dari Eropah dan Amerika Syarikat, termasuklah beberapa negara Timur Tengah dan Afrika. Ini merupakan kali pertama buatan tempatan produk Teknologi Angkasa Lepas (Space Tech) dieksport keluar.\u00a0\n\nBukan itu sahaja, satu memorandum perjanjian kontrak ruang komersial bernilai lebih USD1 juta telah berjaya ditandatangani antara syarikat tempatan ini dan syarikat SpaceBorn United B.V dari Belanda.\n\nSubhanallah, hebat!\n\nAspirasi mereka adalah ingin menjadi perintis dalam teknologi angkasa lepas seperti pembuatan satelit femto, Kenderaan Kapsul Kemasukan Semula dan juga Kenderaan Pelancar Sifar-Karbon pada masa akan datang.\n\nDimaklumkan juga syarikat tempatan ini bakal membangunkan dan membekalkan Kenderaan Kemasukan Semula Angkasa (MERCAP, Kapsul Kemasukan Semula Eksperimen Mikrograviti) untuk penggunaan penyelidikan Bio-Teknologi Angkasa Lepas berasaskan Eropah dan produksi di orbit angkasa.\n\nSemoga syarikat tempatan ini terus maju dan menghasilkan ciptaan-ciptaan yang bermanfaat untuk kehidupan manusia seluruhnya, seterusnya mengharumkan nama negara dalam industri angkasa lepas kelak.\n\nSumber :" "Masa kini, kopi telah mendapat sambutan luar biasa daripada manusia seluruh dunia tanpa mengira jantina, bangsa, dan agama.\n\nDi Malaysia sahaja, merata dapat dilihat kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis kopi. Biarpun harga mahal seperti di Starbuck, masih ramai yang akan masuk membeli.\n\nAwal tahun ini, satu kajian daripada Australia telah melaporkan bahawa tabiat meminum kopi setiap hari bakal mengurangkan risiko kematian dan kecederaan buah pinggang.\n\nWalau bagaimanapun, sebelum-sebelum ini, lebih daripada 75 peratus golongan profesional perubatan telah menasihati pesakit kardiovaskular (penyakit jantung dan strok) untuk menghidari kopi.\n\nNamun, baru-baru ini telah dikeluarkan pula laporan satu kajian yang mencabar tanggapan ini dengan membincangkan kesan sebenar pengambilan kafein terhadap aritmia dan penyakit kardiovaskular.\n\nBerita baik buat penggemar kopi!\n\nBerikutan limitasi maklumat tentang kesan pengambilan pelbagai jenis kopi terhadap kesihatan jantung, penyelidik-penyelidik \u2018Baker Heart and Diabetes Research Institute\u2019 di Melbourne, Australia terdorong untuk menjalankan kajian bagi mendapatkan beberapa pandangan tentang kesan kafein terhadap kardiovaskular dengan melakukan perbandingan antara kopi berkafein dan kopi tanpa kafein.\n\nAntara 1 Januari 2006 dan 31 Disember 2010, mereka merekrut peserta dari UK Biobank yang berumur 40 hingga 69 tahun. Kajian ini telah melibatkan seramai 449,563 peserta yang tidak didiagnosis dengan masalah kardiovaskular. Median umur bagi peserta ialah 58 dengan 55.3 peratus ialah wanita.\n\nMenerusi soal selidik, para penyelidik meminta mereka melaporkan jumlah cawan kopi yang diminum pada setiap hari dan jenis kopi yang sering diambil. Hasilnya mendapati seramai 44.1 peratus peserta sering mengambil kopi segera. Manakala, 18.4 peratus mengambil kopi tanah (kisar) dan 15.2 peratus mengambil kopi tanpa kafein.\n\nSelebihnya, iaitu 22.4 peratus daripada peserta dilaporkan tidak meminum kopi dan dijadikan sebagai kumpulan pembanding. Bagi setiap jenis kopi, para penyelidik membahagikan para peserta kajian kepada enam kategori dengan bergantung kepada pengambilan cawan harian iaitu 0, kurang 1, 1, 2 sehingga 3, 4 sehingga 5, dan lebih 5.\u00a0\n\nSeterusnya, para penyelidik membuat pemerhatian lanjutan terhadap status kesihatan para peserta selama 12.5 tahun dan menentukan tahap kesihatan mereka kemudiannya dengan merujuk kepada kod ICD (Pengkelasan Penyakit Antarabangsa) pada rekod perubatan dan kematian.\n\nKajian ini mengambil kira faktor lain yang mempengaruhi risiko masalah kardiovaskular, termasuk umur, jantina, pengambilan alkohol, pengambilan teh, obesiti, kencing manis, tekanan darah tinggi, apnea tidur obstruktif, dan status merokok.\n\nHasilnya melaporkan bahawa mereka yang biasa meminum kopi yang dikisar, segera atau tanpa kafein mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan kematian awal berbanding mereka yang bukan peminum kopi.\n\nBerdasarkan pemerhatian, pengambilan dua sehingga tiga cawan kopi sehari, tanpa mengira jenis kopi, secara konsisten dapat mengurangkan risiko terbesar dalam penyakit kardiovaskular, jantung koronari, lemah jantung, dan kematian akibat sebarang sebab.\n\nSelain itu, para penyelidik mendapati bahawa kopi tanah dan kopi segera, dikaitkan juga dengan risiko aritmia yang lebih rendah termasuklah fibrilasi atrium buat mereka yang mengambil dua ke tiga cawan kopi setiap hari.\n\nAritmia ialah keadaan apabila jantung berdegup terlalu perlahan, terlalu cepat, atau tidak teratur. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), fibrilasi atrium ialah jenis aritmia jantung yang kebiasaannya dirawat.\n\nSecara normanya, jantung perlu berdegup secara berirama untuk melancarkan urusan peredaran darah ke seluruh badan. Tempoh jantung berehat antara degupan dipanggil refraktori. Kemudian, penghasilan reseptor adenosin yang terdapat pada sel jantung akan memendekkan tempoh refraktori yang menyebabkan meningkatnya risiko aritmia.\n\nKajian sebelum ini pernah mencadangkan bahawa kafein berjaya menyekat reseptor adenosin dengan berkesan dan menyebabkan jantung terlindung daripada kesan adenosin. Oleh itu, hasil kajian ini turut menunjukkan hasil yang sama terhadap kopi berkafein dan kesan sebaliknya bagi kopi tidak berkafein.\n\nSecara umum, Prof. Peter Kistler, yang merupakan pengarang kajian dan ketua institut di Melbourne, Australia ini menjelaskan bahawa,\n\n\u201cRealiti sebenarnya ialah kopi harus dianggap sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Orang ramai tidak sepatutnya berhenti meminum kopi jika mereka menghidap sebarang bentuk penyakit berkaitan dengan jantung, termasuklah gangguan irama jantung, melainkan sekiranya mereka merasakan secara peribadi kesan tertentu apabila meminum kopi dengan gejala penyakit mereka. Selain itu, kajian ini tidak menunjukkan bahawa jika anda mempunyai penyakit jantung, anda harus mula minum kopi. Tetapi, jika anda sudah menjadi peminum kopi, anda perlu yakin bahawa tindakan ini bukan sahaja selamat, tetapi juga melindungi diri anda.\u201d\n\nSusulan artikel kajian ini dikeluarkan, seorang pakar jantung, iaitu Dr. Eric Topol telah menciap di ruang twitternya seperti berikut :\n\nKESIMPULAN\n\nWalaubagaimanapun, setiap kajian pasti ada limitasinya. Bagi kajian ini, para penyelidik telah mengesan beberapa kekangan ketika menilai hasil kajian.\u00a0\n\nPertama, tidak semua peserta, data mereka digunakan kerana faktor ketirisan data iaitu data tidak lengkap.\n\nKedua, terdapat risiko pelaporan berat sebelah kerana kebarangkalian sepanjang tahun-tahun peserta dipantau, terdapat segelintir yang meminum lebih daripada satu jenis kopi setiap hari.\n\nKetiga, para penyelidik mengakui bahawa sistem yang digunakan untuk mengesan kesihatan peserta terdedah kepada ralat.\n\nKeempat, biarpun pengambilan alkohol dan teh oleh para peserta dipertimbangkan dalam analisis, tetapi komponen-komponen lain dalam diet peserta mungkin telah memberi kesan kepada hasil kesihatan mereka.\n\nKelima, kajian ini mungkin hanya terpakai kepada mereka yang sama ciri dengan populasi kajian.\n\nSumber olahan dan rujukan :" "Apabila berkunjung ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan kesihatan, pasti akan dibekalkan ubat-ubatan.\n\nTahukah anda, individu yang membekalkan ubat-ubatan itulah digelar sebagai ahli farmasi dan hanya petugas barisan hadapan ini sahaja yang dibenarkan untuk berbuat demikian.\n\nHal ini kerana mereka sudah ditauliahkan dalam bidang berkenaan, jadi mereka sudah sedia maklum dan pakar dalam selok-belok produk kesihatan yang dibenarkan mengikut piawaian.\n\nJusteru, minggu ini,\u00a0Sinar Bestari\u00a0menghubungi Guru Cemerlang Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Krubong, Melaka, Mohd Raimi Rahim, 36, untuk membincangkan topik kerjaya sebagai ahli farmasi.\n\nMenurutnya, jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang farmasi adalah lebih baik jika memilih aliran Sains Tulen apabila memasuki Tingkatan Empat.\n\n\u201cSememangnya, Sains merupakan subjek utama yang menjadi asas kepada seorang ahli farmasi.\n\n\u201cIni kerana mata pelajaran seperti Biologi dan Kimia yang dipelajari di dalam bilik darjah menjadi satu batu asas kepada pelajar-pelajar untuk mendalami bidang penghasilan ubat-ubatan yang menggunakan bahan kimia terkawal.\n\n\u201cTanpa pemahaman yang kukuh dalam subjek ini, mana mungkin pelajar-pelajar mampu menamatkan pengajian dalam bidang farmasi,\u201d katanya.\n\nMohd Raimi berpesan kepada adik-adik yang menyimpan impian untuk menjadi ahli farmasi agar berusaha secara konsisten dalam pelajaran.\n\n\u201cMemang sudah menjadi lumrah untuk berjaya, pasti akan ada banyak cabaran, dugaan dan halangan.\n\n\u201cYang penting belajar bersungguh-sungguh dan rajin menelaah semua subjek termasuk Biologi dan Kimia.\n\n\u201cKebolehpasaran graduan dalam bidang ini sangat tinggi, jadi saya yakin tidak akan ada graduan dalam bidang farmasi akan menganggur pada masa hadapan,\u201d ujarnya.\n\nUntuk itu, disertakan tujuh panduan untuk menjadi seorang ahli farmasi yang berjaya. Jom kita lihat.\n\nAsas kepada ilmu farmasi ini telah diajar sejak pelajar berada di Tingkatan Dua dalam mata pelajaran Sains, Bab 2: Kesihatan Manusia dan diteruskan semasa di peringkat menengah atas dalam mata pelajaran Biologi serta Kimia dalam Bab 5: Bahan Kimia Untuk Pengguna. Semua pengetahuan ini diperlukan semasa pengajian di peringkat ijazah dalam bidang farmasi. Mereka akan mempelajari secara meluas mengenai topik berkaitan Sains, Kimia perubatan dan Biokimia kepada farmakologi dan imunologi.\n\nPreskripsi adalah satu dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pakar perubatan ataupun doktor bertujuan membekalkan ubat terkawal kepada pesakit. Semua ubat-ubatan yang perlu diambil oleh pesakit di klinik atau hospital akan ditulis di atas preskripsi tersebut. Ia amat penting bagi memastikan rawatan kepada pesakit dapat diberikan dengan betul dan tepat.\n\nDi Malaysia, perubatan tradisional yang menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi telah diamalkan sejak turun-temurun. Ahli farmasi perlu menjadi seorang yang berfikiran terbuka dan tidak menolak keberkesanan ubat-ubatan ini sebagai salah satu alternatif untuk merawat penyakit. Contohnya, lidah buaya untuk merawat kulit terbakar, penggunaan halia dapat mengurangkan angin dalam badan dan daun bunga raya untuk rawatan sakit kepala.\n\nKemahiran komunikasi secara berkesan amat penting dalam segala bidang pekerjaan. Di samping itu, seorang ahli farmasi perlu mempelajari ilmu psikologi dan kaunseling untuk meyakinkan pesakit mengenai penggunaan ubat mengikut preskripsi yang betul, pada masa sama memahami situasi pesakit dengan membina hubungan emosi yang bagus.\n\nSejak di bangku sekolah, kemahiran ini perlu diasah dengan pembabitan aktif dalam kelab, persatuan dan badan beruniform. Ahli farmasi perlu menjadi pendengar aktif kerana perlu memberi reaksi yang sesuai terhadap segala tindak balas pesakit secara lisan ataupun bahasa badan. Ahli farmasi juga perlu memberikan respon melalui isyarat bukan lisan seperti membuat hubungan mata, mengangguk, senyuman dan ekspresi muka untuk benar-benar mendalami emosi pesakit.\n\nDaya tahan dan stamina yang kuat mampu membantu ahli farmasi untuk kekal aktif bagi jangka masa yang panjang dan tidak mudah berasa letih semasa menjalankan tugas. Ini disebabkan pesakit hadir untuk mendapatkan rawatan ke klinik atau hospital tanpa mengira masa.\n\nMenurut Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, setiap graduan dalam bidang farmasi ini perlu menjadi ahli farmasi yang berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia. Setelah tamat pengajian di IPT akan diikuti dengan program \u2018housemanship\u2019 selama setahun. Latihan wajib ini boleh dilakukan di institusi-institusi seperti hospital, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan syarikat farmaseutikal atau kedai farmasi komuniti yang dibenarkan oleh Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan (KKM).\n\nSumber gambar : https://sumberkini.my/persatuan-ahli-farmasi-malaysia-puji-usaha-kj/" "\u2018Big Miracle\u2019 ialah drama pada tahun 2012 berdasarkan peristiwa sebenar \u2018Operation Breakthrough\u2019, usaha antarabangsa untuk menyelamatkan sekumpulan ikan paus kelabu yang terperangkap dalam ais Alaska. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita mengenai kaedah altruistik tentang bagaimana manusia mampu berinteraksi dengan ikan paus untuk menyelamatkan nyawa secara literal. Kebanyakan masa, ikan paus tidak memerlukan bantuan manusia. Ikan-ikan paus telah berjaya mengevolusi berjuta-juta tahun lamanya dan membiak di dalam air.\n\nSementara ikan-ikan paus terbesar tidak mempunyai banyak pemangsa semulajadi, ikan-ikan paus masih menghadapi ancaman tekanan air di paras kedalaman air yang diselami.\n\nTerbaru, sekumpulan saintis daripada Universiti British Columbia mungkin telah menyelesaikan misteri biologi ikan paus dalam persoalan bagaimana ikan paus berjaya berenang pada kedalaman yang hebat selama berjam-jam pada satu masa tanpa mengalami kerosakan otak.\n\nPara saintis telah lama tertanya-tanya tentang rangkaian kompleks arteri dan urat mengelilingi otak dan tulang belakang ikan paus yang dipanggil retia mirabilia, atau jaring yang indah.\u00a0\u00a0\n\nApabila mamalia darat berusaha berlari, memburu, atau berjuang untuk hidup, mamalia darat akan mengalami lonjakan tekanan darah di otak yang dipanggil pulses. Hal ini menyebabkan tekanan dalam arteri mungkin menjadi berbeza secara drastik daripada dalam vena dan mengakibatkan kerosakan pada otak. Dipercayai juga bahawa perbezaan tekanan seperti ini pada manusia boleh mengakibatkan demensia.\n\nMelihat kepada perbezaan yang berlaku pada mamalia, kita boleh menjangkakan mamalia-mamalia ini akan menghadapi kerosakan otak. Hakikatnya, tidak. Keadaan ini adalah disebabkan oleh mamalia darat telah berupaya mengawal denyutan tekanan melalui pernafasan. Keadaan yang sama turut berlaku pada ikan paus ketika mereka selam di dalam air.\u00a0\n\nMenurut saintis utama dalam kajian ini, Dr. Lillie, ikan paus menahan nafas apabila menyelam dan berenang, sekaligus memperlihatkan kepada kita bahawa ikan paus tidak menggunakan sistem pernafasan untuk tangani tekanan ini, berbeza dengan mamalia darat. Ikan-ikan paus mempunyai kaedah lain untuk hidup di dalam tekanan.\u00a0\u00a0\n\nBayangkan kita berlari di sekitar kawasan kejiranan selama berjam-jam lamanya pada satu masa, sambil menahan nafas. Ketika itu, denyutan tekanan ada tetapi keupayaan untuk mengawalnya melalui pernafasan tidak. Dalam keadaan yang sama, maka, ikan paus terpaksa menggunakan kaedah lain dan detik inilah melibatkan retia mirabilia.\n\nDr. Lillie dan kumpulan penyelidiknya mencadangkan bahawa saluran khusus di otak disesuaikan sebagai kaedah baru untuk ikan paus mengawal denyutan tekanan semasa ikan paus menyelam. Dikatakan bahawa tindakan ini dikenali sebagai mekanisma pemindahan nadi. Daripada bertindak melegakan tekanan, retia bertindak memindahkan tekanan dalam arteri, melalui jaringan kompleks dan masuk ke dalam vena.\n\nPara saintis ini telah menguji hipotesis dengan menggunakan model berdasarkan morfologi retia daripada 11 spesis ikan paus yang berbeza.\u00a0\n\nDalam setiap kes, mereka mendapati struktur itu mencukupi untuk melindungi otak daripada denyutan tekanan 97 peratus pada masa itu. Manakala, tiga peratus yang berlarutan itu boleh mewakili beberapa struktur atau proses lain yang belum dikenal pasti, atau ia boleh menjadi anomali pemodelan.\n\nHal ini bergantung kepada keyakinan para saintis pada data yang didapati, tanpa beroperasi pada ikan paus hidup. Menurut para saintis tersebut, mereka tidak berminat untuk melakukannya atas sebab moral dan etika, sepertimana yang disiarkan dalam akhbar dari Universiti British Columbia.\n\nNamun, itu tidak bermakna pencarian ilmu telah berakhir. Kumpulan penyelidik itu kini berminat untuk meneroka bagaimana toraks mengawal tekanan air pada paru-paru semasa menyelam.\u00a0\n\nOlahan dan terjemahan daripada artikel di portal syfy.com, \u201cNOW WE KNOW WHY WHALES DON\u2019T GET BRAIN DAMAGE WHILE DIVING\u201d, di pautan https://www.syfy.com/syfy-wire/now-we-know-why-whales-dont-get-brain-damage-while-diving.\n\nM. A. Lillie, A. W. Vogl, S. G. Gerard, S. Raverty, R. E. Shadwick. Retia mirabilia: Protecting the cetacean brain from locomotion-generated blood pressure pulses. Science, 2022; 377 (6613): 1452 DOI: 10.1126/science.abn3315\n\nSumber foto : Laman Edisi Viral" "Pada 4 Oktober 2022, Hadiah Nobel dalam bidang Fizik telah dianugerahkan kepada tiga orang tokoh utama dalam bidang Fizik Quantum, iaitu Alain Aspect, John Clause dan Anton Zeilinger.\n\nNama-nama ini mungkin tidak pernah didengari masyarakat umum, namun bagi mereka yang berada dalam bidang Fizik Quantum, rata-rata mengatakan bahawa hadiah Nobel untuk mereka bertiga adalah sesuatu yang \u201clong overdue\u201d \u2014\u00a0mereka sememangnya layak untuk mendapat anugerah paling berprestij dalam sains hasil dari eksperimen yang mereka lakukan.\n\nHadiah Nobel pada tahun ini terasa dekat di hati saya. Hal ini adalah kerana hasil kajian mereka merupakan antara bahan bacaan utama sewaktu saya membuat Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).\n\nPada waktu itu, saya ingin fokus kepada satu subtopik yang dipanggil \u201cBohmian Mechanics\u201d, satu interpretasi lain bagi matematik yang lahir dari Fizik Quantum. Idea ini bermula dari zaman Ijazah Sarjana Muda lagi, sewaktu saya mempelajari idea bahawa Fizik Quantum itu sifatnya adalah kebarangkalian (probabilistic), dan saya tidak menyukai idea itu.\n\nSaya mula melihat kepada interpretasi lain yang wujud dalam Mekanik Quantum, dan saya kira Mekanik Bohmian adalah apa yang paling hampir dengan apa yang saya faham (atau ingin fahamkan) tentang alam dan fizik.\n\nTernyata masih banyak yang perlu saya pelajari, apabila saya sedar bahawa tiada Interpretasi Quantum yang sebenar-benarnya boleh memuaskan hati kita.\n\nInterpretasi yang diterimapakai oleh ahli fizik moden (dan yang tidak saya senangi) sekarang adalah Interpretasi Copenhagen, yang bukanlah sebenarnya satu interpretasi, namun lebih kepada\u00a0semangat\u00a0orang-orang di Copanhagen, bahawa Fizik Quantum itu sifatnya adalah kebarangkalian, dan tiada keperluan untuk pergi lebih jauh dari itu.\n\nDari Interpretasi Copenhagen-lah wujudnya perkataan \u201cshut up and calculate\u201d yang mahsyur dalam Fizik Quantum itu sendiri.\n\nMungkin saya terpengaruh dengan Einstein, atau mungkin\u00a0bias\u00a0saya sendiri, namun apabila alam sudah sering dipertontonkan kepada saya wujud dalam bentuk yang deterministik, cubaan untuk menggambarkan alam dalam bentuk kebarangkalian adalah teramat janggal bagi saya.\n\nAdakah bulan akan kekal berada di atas sana, sama ada kita memerhatikannya atau tidak, atau adakah ia\u00a0\u201cmungkin ada, mungkin tiada\u201d? Mustahil Bulan itu\u00a0\u201cmungkin ada dan mungkin tiada\u201d.\n\nMustahil!\n\nIa akan tetap berada di atas sana, tidak kisahlah sama ada kita sedang memerhatikannya atau tidak.\n\nNamun dalam Fizik Quantum, sifat sesuatu partikel itu wujud dalam bentuk kebarangkalian.\n\nElektron, sebagai contoh, mempunyai sifat quantum yang istimewa, iaitu\u00a0spin. Spin suatu elektron boleh diterangkan dalam dua arah, selalunya dalam bentuk atas dan bawah (up and down state).\n\nMasalah utama dalam Fizik Quantum adalah, selagi mana pencerapan (measurement) belum dibuat ke atas elektron tersebut, spin elektron tersebut akan wujud dalam bentuk kebarangkalian, dan elektron itu sendiri dikatakan wujud dalam bentuk Superposisi Quantum \u2014 ia memiliki kedua-dua spin, atas dan bawah secara serentak.\n\nIni merupakan idea awal yang diajarkan dalam kelas Fizik Quantum, dan walau bagaimana ganjil sekalipun kita memikirkan satu elektron mempunyai dua spin berlainan arah serentak, elektron dalam bentuk quantum ini wujud, dan ia dipanggil Qubit \u2014 singkatan kepada Quantum Bit.\n\nKembali kepada saya, pencarian saya dalam Mekanik Bohmian menemukan saya kepada hasil kerja ketiga-tiga\u00a0Nobel Laureate\u00a0tahun ini, dan yang lebih penting, orang yang mengasaskan teori kepada kerja mereka, iaitu John Stewart Bell.\n\nJohn Bell tertarik dengan hujahan EPR yang dibuat oleh kumpulan Einstein. Dalam makalah EPR, Einstein menyatakan bahawa Fizik Quantum pada waktu itu masih lagi belum sempurna \u2014 masih lagi ada perkara lain yang diperlukan, satu \u201cpunca tersorok\u201d, atau\u00a0hidden variable,\u00a0yang diperlukan\u00a0untuk melengkapkan Fizik Quantum.\n\nBell juga pada waktu itu tertarik dengan Mekanik Bohmian, kerana Mekanik Bohmian adalah teori punca tersorok yang tak setempat (non local hidden variable theory).\n\nPada masa yang sama, John von Neumann, seorang ahli matematik ternama, turut mengeluarkan pembuktian matematik bahawa kewujudan punca tersorok dalam Fizik Quantum adalah mustahil.\n\nMeskipun berminat dengan idea punca tersorok, Bell mendapati bahawa teori tersebut bermasalah. Bell menerbitkan makalah \u201cOn the Problem of Hidden Variables in Quantum Mechanics\u201d (1966) bagi membincangkan masalah ini, dan menyerang pembuktian von Neumann.\n\nUjikaji makmal mula dibuat untuk menyemak matematik yang dihasilkan oleh John Bell. Pemenang hadiah Nobel tahun ini, kesemuanya berkaitan dengan pembuktian Bell dan asas binaan Fizik Quantum yang melibatkan punca tersorok.\n\nClauser etc (1969) memperkenalkan idea eksperimen bagi menyemak idea John Bell, dan Stuart Freedman (1972) melaksanakan eksperimen itu serta membuktikan bahawa berlaku kontradiksi antara Teorem Bell dan Mekanik Quantum.\n\nAlain Aspect (1982) pula menutup kelompongan kajian Clauser, dan Anton Zeilinger serta pasukannya membuat banyak eksperimen yang mengaplikasikan Kebergusutan Quantum (Quantum Entanglement) untuk teleportasi quantum. Kesemua eksperimen ini bermain dengan Teorem Bell.\n\nPembuktian mereka ini menghasilkan revolusi dalam Fizik Quantum, kerana kebanyakan penganut mazhab Copenhagen mengambil pencabulan Teorem Bell ini sebagai petanda bahawa sememangnya tiada keperluan untuk mengetahui realiti sebenar yang sedang berlaku sewaktu cerapan sedang dibuat, i.e:\u00a0anti-realist view.\n\nSelagi belum dicerap, tiada keperluan untuk kita tahu sama ada spin elektron itu adalah ke atas atau ke bawah. Elektron wujud dengan spin ke atas dan ke bawah serentak? Tiada masalah.\n\nBagi kumpulan punca tersorok pula, pembuktian Teorem Bell ini telah membunuh teori punca tersorok setempat (local hidden variable theory), tetapi ia menjadi petanda bahawa mungkin alam semesta ini bersifat tidak setempat.\n\nTeori punca tersorok tak setempat (non local hidden variable theory) pula, sekiranya benar, membawa implikasi bahawa alam semesta membenarkan informasi untuk bergerak lebih laju dari cahaya, sekaligus melanggar aksiom asas Teori Relativiti Khusus (tiada apa yang bergerak lebih laju dari cahaya), serta melawan Einstein secara terus.\n\nMelawan Teori Relativiti Khusus juga pada dasarnya melahirkan semula fenomena tindakan sesaujana (action at a distance), serta menghapuskan makna sebab-akibat (causality).\n\nMengakhiri tulisan ini, saya pernah ditanya oleh sahabat saya, setelah menghabiskan Ijazah Sarjana saya.\n\n\u201cEilham, hang rasa Bohmian Mechanics tu betul ka?\u201d\n\n\u201cHang pernah dengar pasal sekumpulan orang buta cuba melihat gajah dak?\u201d\n\n\u201cPernah. Orang buta tu semua pegang gajah tu pada lain-lain bahagian, dan dema bagi ciri yang ada pada bahagian tu, tapi semua salah.\u201d\n\n\u201cItulah jugak yang aku fikir pasal Fizik Quantum ni. Lepas belajar Bohmian Mekanik, aku cenderung cakap yang kita (manusia) sekarang adalah dalam keadaan orang buta tu. Aku semak banyak interpretasi lain, tapi aku rasa macam kita ni tengah sesat.\n\nSatu-satunya cara untuk kita nampak bentuk gajah (Quantum) tu sekarang adalah dengan matematik dan eksperimen. Selagi mana belum ada orang yang celik yang mampu lihat keseluruhan gajah tu, kita akan kekal dalam keadaan sekarang.\u201d\n\nNobel Prize 2022 \u2014\u00a0https://www.nobelprize.org/prizes/physics/2022/press-release/\n\nMax Planck: The Reluctant Revolutionary \u2014\u00a0https://dept.math.lsa.umich.edu/~krasny/math156_article_planck.pdf\n\nIs the moon there when nobody looks? Reality and the quantum theory \u2014\u00a0https://physicstoday.scitation.org/doi/pdf/10.1063/1.880968\n\nHistory: Shut up and Calculate! \u2014\u00a0https://www.researchgate.net/publication/259653570_History_Shut_up_and_calculate\n\nOn the Einstein Podolsky Rosen Paradox \u2014\u00a0https://cds.cern.ch/record/111654/files/vol1p195-200_001.pdf\n\nOn the Problem of Hidden Variables in Quantum Mechanics \u2014\u00a0https://csiflabs.cs.ucdavis.edu/~gusfield/Bell-Von-Neuman.pdf\n\nExperimental Test of Local Hidden-Variable Theories \u2014\u00a0https://escholarship.org/content/qt2f18n5nk/qt2f18n5nk.pdf\n\nProposed Experiment to Test Local Hidden-Variable Theories \u2014\u00a0https://journals.aps.org/prl/pdf/10.1103/PhysRevLett.23.880\n\nBell\u2019s Theorem without inequalities \u2014\u00a0https://www.physik.uni-bielefeld.de/~yorks/qm12/ghsz.pdf\n\nExperiment and the foundations of quantum physics \u2014\u00a0https://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.710.5489&rep=rep1&type=pdf\n\nExperimental Realization of Einstein-Podolsky-Rosen-Bohm Gedankenexperiment: A New Violation of Bell\u2019s Inequalities \u2014\u00a0https://journals.aps.org/prl/pdf/10.1103/PhysRevLett.49.91" "Demi mencabar diri lebih berdikari, seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil mengambil keputusan menyambung pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Psikologi Dengan Pembangunan Manusia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.\n\nNur Hanis Zainalabidin, 19, penghidap pseudoachondroplasia iaitu gangguan pertumbuhan tulang atau kerdil sejak dilahirkan berkata kepercayaan yang diberikan ibu dan bapanya menjadi pembakar semangat sekali gus mengetepikan soal kekurangan dirinya untuk berjaya.\n\n\u201cIni kali pertama saya masuk asrama dan berjauhan dari keluarga, saya rasa boleh berdikari. Kalau tidak sekarang, bila lagi (berdikari)?\u201d \n\nGadis berasal dari Parit Sulong, Batu Pahat dengan berketinggian 121 sentimeter (cm) itu berkata pergerakannya adalah terhad dan perlu menggunakan tongkat selain mudah berasa penat jika berjalan lebih daripada 200 meter (m) sehingga kadangkala boleh menyebabkan dirinya mengalami demam.\n\nBagaimanapun, Nur Hanis berkata keadaan itu tidak menjadi halangan bagi dirinya yang berazam mendapatkan keputusan cemerlang selain bercita-cita untuk berkhidmat dalam bidang sumber manusia.\n\nSementara itu, Nur Billahizzah Razib, 20, OKU penghidap cerebral palsy kerana gangguan saraf tulang belakang pula teruja serta tidak sabar untuk memulakan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia.\n\nAnak kedua daripada tiga beradik berasal dari Seri Medan, Batu Pahat itu berkata dia boleh berjalan dengan normal, namun mudah berasa penat dan berharap dapat menjalani pengajian di universiti berkenaan dengan lancar.\n\n\u201cKebiasaannya, saya akan berasa sakit jika terlalu penat seperti lenguh di bahagian belakang badan. Syukur saya dapat melanjutkan pengajian di sini kerana setiap tahun saya perlu menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),\u201d katanya.\n\nTerdahulu, Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata universiti itu menerima 3,558 pelajar Sarjana Muda Sepenuh Masa bagi sesi akademik 2022/2023.\n\nBeliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,401 pelajar akan mendaftar pengajian di kampus UTM di sini dan 157 pelajar pula di UTM Kuala Lumpur.\n\nAhmad Fauzi berkata sebanyak 567 pelajar antarabangsa dari 35 negara antaranya Bangladesh, Brunei Darussalam, China, Ekuador, Indonesia, Mesir, Pakistan dan Yemen juga mendapat tawaran mengikuti pengajian di UTM untuk sesi akademik baharu kali ini. \u2013 Bernama\n\nKredit : Bernama" "SEJAK minggu lalu bermulalah pendaftaran pelajar baharu ke universiti. Kampus yang agak suram sebelum ini akan kembali meriah dengan pelbagai rupa dan gaya pelajar.\n\nKeadaan ini tentu sahaja menggembirakan apatah lagi peluang menjadi seorang pelajar universiti perlulah dihargai. Malah, ia tidak dimiliki oleh semua orang. Sejak di bangku sekolah, kita sentiasa dimotivasikan untuk belajar hingga ke menara gading.\n\nJadi, hargai dan syukurilah saat anda mendaftar sebagai pelajar universiti. Berapa ramai di luar sana yang mengimpikan kad pelajar yang tertera nombor dan gambar mereka. Berapa ramai yang bercita-cita untuk berpeluang masuk ke dewan kuliah dan konsultasi bersama pensyarah.\n\nPeluang ini perlu digunakan oleh pelajar dengan sebaik mungkin. Kehidupan sebagai mahasiswa hanya akan dirasai sekali seumur hidup dan tidak akan sama pengalamannya, walaupun nanti berpeluang melanjutkan pelajaran pada peringkat pasca siswazah.\n\nPelajar perlu memasang niat yang tulus untuk benar-benar berusaha untuk menuntut ilmu. Perkataan menuntut ilmu sangat sesuai digunakan kerana itu menggambarkan kesungguhan yang perlu ada dalam diri seorang pelajar.\n\nPengalaman berada di universiti juga perlu digunakan untuk mengasah bakat dan kemahiran yang ada. Seawal semester baharu ini semangat juang yang tinggi perlu dipasak.\n\nMalaysia tidak mampu lagi untuk melahirkan kelompok pelajar 3K (kelas, kafe, kamar) yang rutin hariannya hanya ke kelas untuk menanda kehadiran, pergi ke kafe untuk mengisi perut seterusnya pulang ke kamar untuk rehat dan tidur. Mungkin juga perlu ditambah K yang keempat, iaitu K-pop.\n\nSebaliknya, pelajar perlu berpegang teguh dengan 3K yang baharu, iaitu pengetahuan (knowledge), kemahiran dan kerjaya. Ilmu pengetahuan adalah perkara utama yang harus menjadi agenda selama di kampus.\n\nIlmu ini perlu dilihat menembusi bukan hanya dimensi hafalan informasi dan teori, tetapi kemahiran mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian untuk manfaat sejagat.\n\nPerancangan kerjaya juga diperlukan supaya pelajar jelas kursus mana yang lebih sesuai dengan kerjaya bakal diceburi pada masa hadapan.\n\nTidak salah untuk bekerja di bidang berlainan selepas bergraduasi, tetapi andai ada peluang untuk terus membuat perancangan kerjaya sejak di universiti lagi, ini boleh mencambahkan minat yang mendalam dalam kerjaya.\n\nMinat disulami dengan kemahiran yang mantap bakal melahirkan graduan yang tahu selok belok kerjaya. Andai gagal merancang ia adalah kegagalan yang pertama.\n\nPelajar juga perlu sentiasa mengingati jasa, pengorbanan dan harapan tinggi ibu bapa. Ini adalah azimat yang perlu dipegang oleh pelajar supaya tidak terleka dengan kebebasan yang ada di alam kampus. Janganlah diri terbawa-bawa dengan hedonisme yang melampau atau gaya hidup hipster penuh tipu daya.\n\nHarapan ibu bapa dan pensyarah perlu sentiasa menjadi pegangan supaya pelajar tidak tenggelam dalam menghadapi kehidupan di alam kampus. Sesungguhnya kejayaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada bilangan A atau tinggi rendah markahnya, namun seseorang itu berjaya andai sudah berusaha dan tidak pernah mengalah.\n\nAdalah diharapkan universiti bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu, malah medan membentuk diri menjadi insan yang lebih baik.\n\nDoa rakyat perlu ada untuk generasi muda yang bakal memimpin negara suatu hari nanti adalah mereka yang berilmu, berdisiplin dan bertakwa.\n\nBuktikan anda adalah generasi harapan kami.\n\nDr Mashitah Abdul Mutalib, Universiti Sains Islam Malaysia\n\nKredit : Berita Harian\n\nKredit gambar : https://www.w2ssolutions.com/blog/the-best-practices-and-ensure-our-efforts-are-successful-in-providing-a-best-app-that-adds-value-for-your-business/" "Kuala Lumpur: Faktor usia bukan penghalang untuk menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada usia 80 tahun. Yeop Ali Mohd Dobi yang memulakan pengajian di peringkat PhD sejak 10 tahun lalu pada usia 70 tahun, terus komited untuk menjayakan walaupun berdepan pelbagai cabaran.\n\nHasrat bekas Pengurus Besar sebuah bank tempatan ini untuk melanjutkan pengajian PhD bagi memastikan masanya sentiasa terisi ketika usia emasnya, untuk mempelajari perkara baharu.\n\n\u201cKetika tempoh persaraan saya 15 tahun lalu, saya pernah diserang strok ringan (mild stroke) dan pada ketika itu saya nekad untuk melakukan sesuatu bagi untuk mengisi hari-hari persaraan saya. Selepas pulih, saya terus lanjut pengajian PhD pada usia 70 tahun dan pada usia 80 tahun saya berjaya menamatkannya,\u201d katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.\n\nDalam majlis Konvokesyen Asia E University (AeU) di ibu negara pada Sabtu, kajian Yeop Ali berkaitan perniagaan Pos Malaysia Bhd dan perkhidmatan pelanggan penghantaran Pos Laju turut dinobatkan sebagai Kajian Terbaik 2022.\n\nMenceritakan pengalaman 10 tahun yang begitu bermakna bagi menamatkan pengajian PhD ini, Yeop Ali sentiasa menghabiskan masanya di perpustakaan dan berdiskusi bersama rakan serta penyelia pengajian.\n\n\u201cSaya seorang old-fashioned, saya jarang gunakan internet untuk cari maklumat, banyak informasi yang saya dapat dari perpustakaan, di situ saya banyak meluangkan masa. Pada permulaan pengajian, seramai 200 rakan berjuang untuk tamatkan PhD, namun hanya 10 sahaja yang tamat, ada rakan-rakan seusia saya tidak sempat tamatkan kerana uzur dan ada yang meninggal dunia,\u201d katanya.\n\nMinatnya terhadap ilmu dan pengajian akademik sejak muda lagi apabila turut memegang dua Ijazah Sarjana iaitu Sarjana Sains dan Perniagaan dan Sarjana Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan dari University of Strathclyde, United Kingdom.\n\nMengenang kembali keputusannya di peringkat sekolah tidaklah membanggakan, namun ketika sudah bekerja, beliau akui hanya pendidikan mampu untuk mengembangkan kerjaya. \n\n\u201cKetika di bangku sekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAS) Alor Setar, saya hanya dapat Gred ketiga sahaja, kemudian saya bekerja. Hasil pendapatan itu saya simpan dan gunakan untuk sambung pengajian di United Kingdom tanpa sebarang tajaan dan saraan daripada keluarga,\u201d jelasnya.\n\nJelas beliau, sebilangan besar pendapatannya ketika bekerja banyak digunakan untuk menimba ilmu dan melakukan kajian akademik.Anak sulung kepada tujuh adik beradik yang berasal dari Pengkalan Pegoh, Ipoh ini akui, usaha untuk tamatkan pengajian tidak akan terhasil tanpa sokongan daripada keluarga.\n\nKetika ini, beliau giat menjadi panel forum serta seminar bagi memberi inspirasi kepada golongan muda yang masih punyai keupayaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.\n\nYeop Ali juga kini aktif menjadi penyelidik akademik bersama penyelia pengajiannya Prof Oo Yu Hock dan berharap jika diberikan peluang untuk menjadi tenaga pengajar di mana-mana institusi pengajian tinggi.\n\nSumber : Berita Awani" "Dalam dua bulan lalu, Apple, Google dan Samsung telah melancarkan telefon pintar baru dan peranti lain dengan matlamat bahawa para pengguna akan menaik taraf telefon pintar dan peranti mereka menjelang cuti. Tetapi dalam proses itu, syarikat-syarikat ini dan syarikat seumpama mereka mungkin juga menambah masalah yang sudah meningkat, iaitu sisa elektronik.\n\nJangka hayat yang terhad bagi alat-alat berteknologi ditambah pula dengan beberapa pilihan untuk membaiki peranti yang lebih lama, telah menyebabkan isu e-sisa meningkat saban tahun. Data United Nation menunjukkan bahawa dunia telah menghasilkan 53.6 juta tan metrik e-sisa pada tahun 2019, dan hanya 17.4% daripadanya telah dikitar semula.\n\nOleh itu, hari Jumaat yang menandakan hari E-Sisa Antarabangsa menjadi peluang tahunan untuk memikirkan kesan sisa elektronik dan bertindak ke arah membaiki atau mengitar semula sisa-sisa ini. Sebuah organisasi yang berpangkalan di Brussels yang menerajui Forum Waste Electrical and Electronic Equipment (WEE) sejak 2018, meletakkan fokus tahun ini pada tindakan menguruskan e-sisa kecil yang mungkin disimpan oleh ramai orang secara tidak sengaja, termasuk telefon bimbit lama, fon kepala, alat kawalan jauh dan tetikus komputer.\n\nIsu e-sisa ini adalah lebih daripada sekadar membersihkan ruang dalam laci sampah anda.\n\nAgensi Perlindungan Alam Sekitar AS berkata sebahagian besar e-sisa dihantar ke negara membangun yang tidak mempunyai keupayaan untuk menolak proses import atau infrastruktur ini untuk mengitar semulanya dengan selamat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga memberi amaran bahawa kanak-kanak sering menggunakan tangan kecil mereka untuk memproses e-sisa ini untuk mencari unsur-unsur berharga seperti tembaga, perak dan banyak lagi. WHO menyatakan bahawa lebih 18 juta kanak-kanak terdedah kepada pelbagai kesan kesihatan negatif apabila mereka terlibat dalam industri pemprosesan e-sisa tidak formal ini.\n\nMaka, berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurus telefon lama, komputer riba dan pengecas yang anda simpan di rumah untuk meringankan beban e-sisa.\n\nJika anda tinggal di kawasan yang menawarkan perkhidmatan pelupusan e-sisa (sama ada melalui tarikh pengambilan tertentu atau di lokasi penghantaran), pakar mengatakan bahawa hal itu antara cara paling mudah dan paling intuitif untuk mengosongkan alat lama.\n\nPelbagai pihak telah muncul dalam beberapa tahun belakangan ini untuk memberi pilihan kepada pengguna dalam hal melupuskan peranti secara bertanggungjawab. Kumpulan e-Stewards dan Sustainable Electronics Recycling International masing-masing menawarkan perisian dalam talian untuk mencari pusat kitar semula yang telah diperakui oleh mereka.\n\nKesan kolektif kitar semula e-sisa boleh mengejutkan kita. Bagi setiap 1 juta telefon bimbit yang dikitar semula, EPA mengatakan bahawa 35,000 paun tembaga, 772 paun perak, 75 paun emas dan 33 paun paladium boleh diperolehi semula.\n\nJika anda tidak menemui pusat kitar semula berdekatan, senarai peruncit utama yang semakin meningkat, turut mempunyai program yang membolehkan pelanggan membawa masuk e-sisa untuk dikitar semula. Malah, banyak pengeluar, termasuk Apple (AAPL), mempunyai program yang menawarkan kredit atau kitar semula percuma sebagai pertukaran untuk alat dagangan terpakai. Google (GOOG), sebagai contoh, menawarkan pilihan untuk meminta label penghantaran percuma untuk mel dalam beberapa alat dan elektronik terpakai untuk dikitar semula.\n\nPenyokong alam sekitar berkata langkah paling penting untuk menangani masalah e-sisa yang semakin meningkat adalah dengan mencuba untuk menggunakan elektronik anda selama mungkin.\n\nSementara pengeluar teknologi mendapat kecaman kerana taktik yang bertujuan untuk membuat anda menaik taraf alat elektronik anda, penggubal dasar baru-baru ini telah membuat perubahan untuk mendorong syarikat memudahkan pelanggan membaiki alat elektronik pengguna dan menyokong kebangkitan pergerakan Hak-untuk-Baiki.\n\nAwal tahun ini, Apple dan Samsung melancarkan kedai pembaikan layan diri mereka, yang menawarkan alat ganti untuk pengguna yang mencari pembaikan-buat-sendiri untuk telefon pintar mereka. Google juga mengumumkan akan menawarkan bahagian Pixel tulen untuk DIY di kedai dalam talian tahun ini.\n\nArtikel diterjemahkan daripada artikel \u201cWhat to do with your old phones, gadgets and other e-waste\u201d di portal CNN Business di pautan https://edition.cnn.com/2022/10/14/tech/e-waste-tips/index.html\n\nSumber gambar : Akhbar The Star" "Di celah-celah kehangatan perdebatan rakyat Malaysia tentang kesukaran silibus Matematik sekarang, jom kita tengok apa pandangan Dr. Aid Fawzal atau nama panjangnya \u00a0Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal yang merupakan penemu Nombor Fawzal dengan formulanya tersendiri.\n\nPandangan ini, beliau telah kongsikan di laman facebook peribadinya.\n\nMenurut beliau, matematik ini menarik kerana fungsinya sebagai bahasa sains yang menceritakan keadaan alam. Setiap yang dilihat, boleh sahaja diceritakan dengan matematik, baik dalam aspek rupa bentuk, pergerakan, keadaan, dan kejadian. Kesemuanya mampu diterangkan dengan bahasa matematik. Jika anak-anak kecil dididik dengan baik untuk memahami alam menerusi bahasa matematik, pasti mereka akan suka matematik.\n\nWalau bagaimanapun, Dr. Aid menyatakan bahawa adalah tidak mudah untuk sains alam ini dibawa ke atas kertas kerana beratnya matematik dek konsep-konsep yang perlu dipelajari. Maka, anak-anak ini memerlukan masa, bimbingan dan ketabahan. Berikutan itu, Dr. Aid menyatakan tiga pendapatnya,iaitu ;\n\nSambungannya, Dr. Aid memberikan contoh berdasarkan gambar berikut :\n\nGambar di atas menunjukkan soalan-soalan matematik kejuruteraan yang ringkas dan tidak berbelit. Maka, para pelajar dapat menyelesaikannya dengan mudah dan tidak pening.\n\nKemudian, beliau bawakan pula contoh kedua yang menceritakan kisah jerih-payahnya untuk mempelajari ilmu matematik sejak di bangku sekolah sehinggalah kegigihannya itu membawa beliau melangkah jauh dan mencipta kejayaan yang menakjubkan apabila terhasilnya Nombor Fawzal daripada kiraan formulanya tersendiri. Terkini, beliau memaklumkan bahawa dua lagi formulasi baru berjaya ditemui. Subhanallah, hebat!\n\nKredit : Facebook Dr. Aid Fawzal.\n\nSumber gambar : Laman Funtasticko.nethttps://www.funtasticko.net/mesti-baca-dr-ahmad-syahid-ahmad-fawzal-pencipta-konsep-nombor-fawzal-yang-digunakan-oleh-pengeluar-supercar-dan-hypercar-terkemuka/#jp-carousel-37679" "Petroleum dan gas merupakan sumber tenaga utama dunia. Dianggarkan penggunaan minyak petroleum sehari adalah sebanyak 708,000 barel di Malaysia. Sumber minyak dan gas ini sangat penting kepada manusia kerana ia merupakan sumber utama tenaga dunia.\u00a0\n\nPernahkah anda melihat keadaan atau gambar di bawah? Gambar di bawah menunjukkan satu proses di mana nyalaan api atau \u201cgas flare\u201d terhasil dari corong asap yang dikenali sebagai Flare Stack.\n\nJadi apakah itu \u201cflare stack\u201d dan \u201cgas flare\u201d? Dan mengapakah keadaaan ini berlaku?\u00a0\n\nTahukah anda ketika proses penggalian minyak dan gas di Sektor Upstream, gas asli akan dipisahkan daripada minyak dan dialirkan ke menara terakhir iaitu \u201cflare stack\u201d untuk dibakar. Tujuan utama pembakaran gas asli adalah untuk mengelakkan pengumpulan gas berbahaya. Praktis ini telah dijalankan sejak 160 tahun yang lalu dalam industri petroleum dan gas di seluruh dunia.\n\nGas metana merupakan komponen utama gas asli terhasil daripada proses penggalian bahan mentah. Gas metana ini merupakan komponen utama gas rumah hijau yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Pada tahun 2021, dianggarkan sebanyak 144 billion meter padu gas telah dibakar di tempat penghasilan minyak jika mengambil kira kecekapan pembakaran sebanyak 98%. Hasil daripada pembakaran tadi menukarkan gas asli kepada gas karbon dioksida di udara. Dianggarkan pembakaran pada tahun itu menghasilkan persamaan gas karbon dioksida sebanyak\u00a0 400 million ton, namun gas karbon dioksida ini lebih selamat berbanding gas metana.\u00a0\n\nNamun, tedapat satu kajian baru yang dikeluarkan oleh jurnal sains yang menyatakan bahawa proses pembakaran ini tidak menghapuskan sebanyak mana metana yang kita anggapkan selama ini. Kajian ini telah dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari University of Michigan. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa pembakaran menyebabkan gas metana terbebas ke udara lima kali daripada apa yang dianggapkan sebelum ini. Secara amnya, dianggapkan proses pembakaran ini mampu menghapuskan sebanyak 98% metana daripada udara. Bagi membuktikan anggapan ini, pihak pengkaji daripada universiti tersebut membuat kajian lapangan dari tahun 2020 dan 2021 dengan mengambil sampel sebanyak 300 di tiga kawasan utama penghasilan minyak dan gas di Amerika Syarikat. Kajian ini menunjukkan hanya 91% gas metana telah berubah menjadi kompoun yang lain, selebihnya terbebas ke udara.\n\nHasil kajian ini sangat penting kepada kita kerana penghasilan gas rumah hijau ini mampu membahayakan alam sekitar. Penghasilan gas metana ke udara boleh menyebabkan peningkatan suhu bumi dan memberi kesan yang sangat besar kepada manusia dan sekitarnya. Kerjasama semua pihak terutamanya pemain industri minyak dan gas serta penggumbal undang-undang sangatlah diperlukan bagi menghasilkan proses yang lebih efektif dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar. Usaha Bank Negara dan PBB dalam melancarkan inisiatif sifar pembakaran rutin 2030 (Zero Routine Flaring by 2030 (ZRF) initiative) perlulah disambut baik oleh kerajaan dan industri bagi menyelamatkan alam sekitar untuk generasi seterusnya.\u00a0\n\nSebagai orang awam, kita boleh menyumbangkan kepada penjagaan alam sekitar dengan cara menggunakan sumber tenaga dengan cermat dan berhemah. Tutup lampu dan kipas jika tidak digunakan merupakan antara langkah mudah yang boleh diambil bagi membantu penjagaan alam sekitar. Dengan usaha kecil kita ini dapat mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar, secara tidak langsung kita dapat memberi peluang kepada generasi masa hadapan untuk merasai udara yang bersih dan sihat." "Perubahan iklim (Climate Change) di seluruh dunia semakin membimbangkan saban tahun dan memberi kesan secara langsung bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada keseluruhan alam. Tahun ini menyaksikan kesan daripada perubahan iklim yang ekstrim. Antara isu seperti kilat yang berlaku di Afrika, Malaysia dan Korea, kemarau panjang yang berlaku di Brazil merupakan kesan daripada perubahan iklim yang ekstrim disebabkan tindakan manusia.\n\nBerdasarkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah keadaan perubahan pola cuaca dan suhu pada jangka masa yang panjang. Perubahan ini boleh berlaku secara natural atau disebabkan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Pada hari ini, antara akitiviti yang memberi kesan kepada perubahan cuaca di dunia ialah pembebasan gas rumah hijau yang terbebas ke udara dan mengelilingi bumi. Gas ini akan meliputi bumi dan memerangkap haba menyebabkan suhu bumi meningkat.\n\nAntara penyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau di dunia ialah proses pembakaran (flaring) gas natural yang terbebas ketika pengekstrakan minyak dan gas daripada bumi. Pembakaran gas ini memberi impak kepada alam sekitar melalui pembebasan karbon dioksida (CO2), karbon dan bahan pencemaran yang lain.\u00a0\n\nBank Dunia telah menyenaraikan tujuh negara pengeluar minyak dunia yang menyumbang kepada proses ini iaitu Rusia, Iraq, Iran, Amerika Syarikat, Algeria, Venezuela dan Nigeria. Proses pembakaran (flaring) ini telah menjadi satu kebiasaan sejak 160 tahun lalu, namun unjuran bank dunia menunjukkan penurunan kadar pembakaran gas sebanyak 14% sejak tahun 1996. Walaupun begitu, penurunan ini masih tidak mencukupi bagi menjamin alam sekitar yang selamat.\u00a0\n\nPihak Bank Dunia telah mengambil langkah untuk memperkenalkan inisiatif \u201cZero Routine Flaring by 2030\u201d. Inisiatif ini diperkenalkan pada tahun 2015 dan tujuannya adalah untuk mengadakan kerjasama antara kerajaan, syarikat pengeluar minyak dan institusi pembangunan dalam menghapuskan proses flaring rutin pada tahun 2030. Hal ini kerana proses flaring ini tidak mapan dari aspek pengurusan sumber dan alam sekitar.\u00a0\n\nInisiatif ini memfokuskan kepada proses rutin yang sering dilakukan ketika operasi normal pengeluaran minyak. Bank negara menyatakan, \u201cRoutine flaring of gas is flaring during normal oil production operations in the absence of sufficient facilities or amenable geology to re-inject the produced gas, utilize it on-site, or dispatch it to a market\u201d. Inisiatif ini ditadbir urus bawah Global Gas Flaring Reduction Partnership. Sebanyak 87 buah kerajaan dan syarikat telah menyokong inisiatif ini.\u00a0\n\nDengan menyokong inisiatif ini, semua pihak yang terlibat menyokong bahawa penghapusan routine flaring adalah signifikan dan penting bagi melawan perubahan iklim dan memastikan sumber tenaga yang bernilai tidak dibazirkan.\u00a0\n\nKerajaan yang menyokong inisiatif ini perlu memperkenalkan undang-undang, pelaburan dan medium operasi yang kondusif kepada pelaburan upstream dan pembangunan pasaran berdaya maju bagi penggunaan gas dan infrastuktur yang diperlukan untuk menggunakan gas-gas ini di pasaran. Hal ini mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam penghapusan proses flare di pelantar/medan minyak masing-masing.\u00a0\n\nKerajaan juga perlu untuk menggariskan panduan kepada mana-mana syarikat yang bakal membina pelantar minyak atau medan minyak (oil field) bagi membina infrastruktur yang menggabungkan penggunaan atau pemuliharaan mampan gas terhasil ketika penggalian minyak tanpa proses rutin flaring.\u00a0\n\nSelain itu, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi memastikan pada tahun 2030 tiada proses rutin flaring di pelantar-pelantar minyak atau oil fields di negara masing-masing.\u00a0\n\nBagi syarikat yang menyokong inisiatif ini, mereka perlu membangunkan pelantar minyak/medan minyak baru menggabungkan penggunaan atau pemuliharaan mampan gas terhasil ketika penggalian minyak tanpa proses rutin flaring. Bagi medan minyak/pelantar minyak sedia ada, syarikat pengusaha perlu mengambil langkah yang ekonomik bagi menghapuskan proses ini secepat mungkin dan selewatnya tahun 2030. Kerajaan dan syarikat yang meng\u2019endorse\u2019 inisiatif ini perlu melaporkan kepada Bank Dunia berkaitan proses flaring dan tindakan bagi mencapai inisiatif ini tahunan.\u00a0\n\nPada Jun yang lepas, Amerika Syarikat dengan Kerjasama Kesatuan Eropah (EU) telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan Global Methane Pledge Energy Pathway. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pengeluaran metana dalam sektor minyak dan gas. Dalam sidang media tersebut, $4 million akan diberikan kepada Gas Flaring Reduction Partnership (GGFR) bagi mencapai Hasrat ZRF pada tahun 2030.\n\nInisiatif Zero Routine Flaring by 2030 (ZRF) merupakan langkah proaktif\u00a0 yang diambil oleh Bank Dunia dalam menyatukan semua negara dan pemain industri dalam mengawal pengeluaran gas rumah hijau di dunia. Dengan melaksanakan inisiatif ini kita dapat mengurangkan kesan perubahan iklim dunia seterusnya menjadikan alam sekitar selamat kepada semua." "Dalam artikel yang lalu, kita membincangkan berkaitan kategori hazard berdasarkan kesannya iaitu hazard keselamatan, hazard kesihatan dan hazard alam sekitar. Tahukah anda, hazard juga boleh diklasifikasi kepada kumpulan berdasarkan punca adanya hazard tersebut. Sebelum kita membicarakan tentang jenis-jenis hazard ini, haruslah kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan hazard.\n\nHazard ini bukanlah nama kepada pemain bola sepak terkemuka Eropah Eden Hazard, namun bermaksud sumber atau situasi yang boleh mendatangkan kecederaan, membahayakan kesihatan atau merosakkan harta benda dan alam sekitar. Berdasarkan definisi ini, kita dapat mengembangkan jenis hazard kepada beberapa kumpulan sumber. Secara umumnya, hazard seringkali diklasifikasikan kepada enam kumpulan utama berdasarkan sumbernya. Ayuh kita tahu dan cakna dengan jenis hazard yang berada di sekeliling kita:\n\nHazard biologi juga seringkali dikenali sebagai biohazard, merupakan hazard yang berpunca daripada bahan biological atau bahan organik yang boleh membahayakan kesihatan kepada benda hidup terutamanya kepada manusia. Virus, bakteria, organisma mikro dan toksin merupakan contoh biohazard yang mampu memberi kesan kepada tubuh badan manusia. COVID-19 merupakan contoh mudah bagi kategori ini.\u00a0 Selalunya pekerja yang bekerja di hospital, di makmal-makmal kajian dan terlibat dalam spesimen biologi mempunyai risiko yang tinggi terdedah kepada bahaya hazard ini. Tahap bahaya adalah berbeza mengikut :\n\nSelain daripada itu, haiwan dan tumbuhan juga boleh dikategorikan sebagai hazard biologi seandainya kehadiran mereka menjadi punca bahaya kepada pekerja/manusia. Sebagai contoh, ular merupakan hazard biologi kepada pekerja yang bekerja di ladang kelapa sawit dan sawah padi.\n\nHazard kimia merupakan sebarang bahan berbentuk gas, pepejal atau cecair yang mempunyai keupayaan untuk memberi kesan secara fizikal atau masalah kesihatan kepada manusia atau boleh membahayakan alam sekitar. Kesan kulit terbakar, masalah kesihatan jangka panjang, kemusnahan alam sekitar berpanjangan dan kebakaran serta letupan merupakan kesan yang sering dikaitkan kepada hazard kimia. Bahan kimia merupakan sumber utama hazard ini dan mudah dijumpai bukan sahaja di tempat kerja malah di sekeliling kita. Pelarut cat seperti thinner, minyak pelincir seperti WD-40, gasoline, bahan pencuci merupakan contoh bahan berbentuk cecair. Gas argon, LPG dan gas metana merupakan hazard kimia berbentuk gas. Hazard kimia juga boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kesannya kepada manusia dan alam sekitar.\n\nHazard ergonomik seringkali berkait dengan pendedahan tubuh manusia kepada persekitaran kerjanya. Ketidaksesuaian manusia dalam melakukan sesuatu kerja disebabkan keadaan tempat kerja yang direka bentuk tidak berdasarkan tubuh badan seseorang. Keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badan menyebabkan seseorang itu boleh mendapat masalah musculoskeletal jika terdedah kepada keadaan tersebut secara berpanjangan.\u00a0\n\nFaktor risiko ergonomik boleh dipecahkan kepada postur badan yang awkward, pergerakan berulang, postur badan statik atau berkekalan, vibration, contract stess dan forceful and sustained exertion. Sebagai contoh, pekerja yang bekerja menaip secara berulang atau pekerja yang mengangkat barang yang terlalu berat secara berulang. Contoh masalah musculoskeletal yang boleh berlaku adalah carpel tunnel syndrome, sakit tulang belakang dan lain-lain.\n\nHazard fizikal adalah antara penyebab kecederaan yang sering berlaku di industri. Hazard ini merupakan apa-apa keadaan atau sumber yang boleh menyebabkan bahaya secara fizikal. Contoh hazard fizikal ialah bunyi bising yang keterlaluan, bekerja di ruang terkurung (confined space), ergonomic hazard, radiasi, haba dan lain-lain. Hazard ini juga boleh memberi bahaya yang besar kepada pekerja, sebagai contoh apabila pekerja bekerja di tempat yang bising boleh mengurangkan kebolehan mendengar dan akhirnya boleh menyebabkan pekak disebabkan pekerjaan.\n\nSecara mudahnya, jazad psikososial boleh didefinisikan sebagai aspek atau keadaan pengurusan kerja, konteks organisasi dan sosial di tempat kerja yang berpotensi menyebabkan bahaya kepada psikologi atau fizikal. Hazard psikologi boleh memberi kesan kepada kesejahteraan psikososial pekerja termasuk keupayaan mereka untuk berinteraksi dengan orang lain di tempat kerja. Contoh hazard psikologi adalah seperti tempat kerja yang toksik, gangguan seksual di tempat kerja, buli di tempat kerja, kerja shif dan lain-lain. Keadaan-keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesejahteraan psikologi seseorang.\n\nHazard keselamatan merupakan keadaan atau situasi yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam kemalangan dan boleh menyebabkan kecederaan. Hazard ini boleh terhasil disebabkan keadaan tempat kerja atau faktor mesin yang berada di tempat kerja. Keadaan tersadung dan jatuh, mesin rosak, lantai licin, mesin guard tidak di pasang dengan betul merupakan contoh hazard keselamatan. Hazard ini mudah dijumpai di tempat kerja dan seringkali di laporkan sebagai \u201cnear miss\u201d.\n\nMengetahui punca-punca hazard sangat penting agar kita dapat mengambil langkah-langkah yang proaktif bagit mengurangkan risiko bahaya dan mengelakkan daripada kemalangan berlaku di tempat kerja. Pengetahuan ini sangat penting supaya negara dapat melahirkan pekerja yang cakna dengan keadaan sekeliling seterusnya mewujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat." "Saya percaya ramai dalam kalangan kita pernah membaca novel atau menonton filem bergenre bukan fiksyen tentang senjata biologi, memanipulasi genetik sesuka hati atau rawatan membaiki genetik. Sebenarnya, kaedah memanipulasi genetik ini boleh dilaksanakan dan sudah ada kajian dan rawatan yang dijalankan bagi mengubah suai genetik. Salah satunya ialah terapi gen.\n\nTerapi gen ialah kaedah rawatan penyakit dengan mengubah suai genetik individu. Selalunya bagi rawatan penyakit yang disebabkan oleh keturunan seperti anemia sel sabit, terapi gen digunakan untuk membaiki mutasi pada DNA pesakit itu menjadi normal. Terapi gen tradisional mula diperkenalkan pada tahun 1980-an. Ia menggunakan mekanisma virus untuk menghantar gen atau DNA yang telah diubah suai ke dalam nukleus sel untuk merawat penyakit (rujuk Rajah 1).\n\nAkan tetapi, terapi gen tradisional menimbulkan kerisauan pada penyelidik dahulu dan kini yang disebabkan oleh kebergantungan terapi itu pada vektor virus untuk membawa transgen yang diubahsuai (diperbaiki) ke sel yang ditargetkan. Kebergantungan terapi pada vektor virus dapat meningkatkan risiko sisipan onkogenesis dan ketoksikan immuniti. Tetapi, penggunaan vektor virus masih menjadi kunci penghantaran rawatan itu. Selain itu, keberkesanan terapi gen tradisional adalah rendah dan banyak ujian klinikal membuktikan peserta ujian klinikal yang mendapatkan terapi gen menunjukkan simptom yang lebih teruk sehingga maut. Pernah ada satu kes yang melibatkan seorang belia yang mempunyai penyakit genetik kekurangan ornithine transcarbamylase (OTC) tahap sederhana. Dia menjalani ujian klinikal terapi gen menggunakan vektor adenovirus yang telah diubah suai genetiknya. Akan tetapi, belia itu meninggal dunia empat hari selepas rawatan kerana vektor adenovirus merangsang tindak balas imun badan yang berlebihan sehingga menyebabkan kegagalan banyak organ.\n\nNamun begitu, kita beruntung kerana kini, teknologi pengubah suai genetik baru dikenali sebagai clustered regularly interspaced short palindromic repeats (CRISPR) (sebutannya \u2018krisper\u2019) telah dibangunkan. Terima kasih kepada perintis yang membangunkan teknologi CRISPR ialah Jennifer Doudna dan Emmanuelle Charpentier, penerima hadiah Nobel Kimia 2020. CRISPR pada awal penemuannya ialah sistem immunisasi mikrob di mana prokariot seperti bakteria dan arkea yang menggunakannya untuk mencegah serangan daripada virus khususnya bacteriophage. CRISPR membolehkan prokariot mengenal pasti susunan gen dengan tepat yang sepadan dengan bacteriophage atau virus lain dan kemudian melenyapkan susunan gen itu dengan enzim khusus. Penemuan dan perkembangan CRISPR dan protein pemadan CRISPR atau CRISPR-associated protein (Cas) telah meluaskan penggunaan penyelidikan genetik secara global terutamanya dalam terapi gen.\n\nSistem pengubahsuaian DNA dengan CRISPR/Cas ialah kaedah terkini yang dapat membetulkan mutasi DNA yang mengakibatkan penyakit secara terus tanpa memberi risiko onkogenesis. Berbanding dengan kaedah pengubahsuaian genetik lain, sistem pengubahsuaian genetik dengan CRISPR/Cas sangat tepat, efisien, senang digunakan dan lebih murah dari segi kos. Namun, kaedah penghantaran protein CRISPR/Cas masih menggunakan vektor adenovirus. Maka, risiko komplikasi berkaitan dengan vektor virus masih tidak dapat dielakkan\n\nSecara ringkasnya, sistem pengubahsuaian DNA dengan CRISPR/Cas9 menggunakan tiga perkara (rujuk Rajah 2):\n\nSetelah CRISPR/Cas9 berjaya memecahkan ikatan dua bebenang DNA (double stranded breaks), sel akan dirangsang untuk membaiki ikatan dua bebenang DNA yang telah dipecahkan. Melalui proses membaik pulih ikatan DNA, pengubahsuaian DNA berlaku melalui sama ada penukargantian bes DNA, penghapusan atau penambahan. Dengan ini, mutasi pada DNA dapat diperbaiki.\n\nAntara masalah penggunaan CRISPR/Cas9 bagi terapi gen ialah impak sasaran tersimpang (off-target) di mana CRISPR/Cas9 tidak dapat mengenal pasti dan mengikat pada DNA yang perlu diperbaiki. Namun, antara kaedah untuk mengatasi masalah ini, para saintis mengubah suai Cas9 supaya lebih tepat dalam mengenal pasti DNA yang perlu dibaiki. Selain itu, CRISPR/Cas9 memerlukan PAM untuk mengikat pada DNA yang perlu dibaiki dengan tepat. Jujukan PAM menjadi masalah kerana ia perlu dicari oleh CRISPR/Cas9 dan ukuran jujukan PAM bergantung pada jenis protein Cas9. Di samping itu, pemecahan ikatan dua bebenang DNA secara lazimnya mengakibatkan sel apoptosis. Seterusnya, penggunaan CRISPR/Cas9 di dalam sel badan manusia dapat mengakibatkan ketoksikan immunogenik dengan mengaktifkan sel imun untuk menghasilkan antibodi untuk memusnahkan CRISPR/Cas9, tetapi secara tidak langsung menyerang sel-sel yang lain.\n\nAntara masalah penggunaan CRISPR/Cas9 bagi terapi gen ialah impak sasaran tersimpang (off-target) di mana CRISPR/Cas9 tidak dapat mengenal pasti dan mengikat pada DNA yang perlu diperbaiki. Namun, antara kaedah untuk mengatasi masalah ini, para saintis mengubah suai Cas9 supaya lebih tepat dalam mengenal pasti DNA yang perlu dibaiki. Selain itu, CRISPR/Cas9 memerlukan PAM untuk mengikat pada DNA yang perlu dibaiki dengan tepat. Jujukan PAM menjadi masalah kerana ia perlu dicari oleh CRISPR/Cas9 dan ukuran jujukan PAM bergantung pada jenis protein Cas9. Di samping itu, pemecahan ikatan dua bebenang DNA secara lazimnya mengakibatkan sel apoptosis. Seterusnya, penggunaan CRISPR/Cas9 di dalam sel badan manusia dapat mengakibatkan ketoksikan immunogenik dengan mengaktifkan sel imun untuk menghasilkan antibodi untuk memusnahkan CRISPR/Cas9, tetapi secara tidak langsung menyerang sel-sel yang lain.\n\nPenggunaan CRISPR/Cas9 telah diaplikasikan dalam pelbagai jenis industri, antaranya: hasil tanaman dan serangga yang diubahsuai genom, model genetik bagi tujuan kajian dan pelbagai eksperimen terapi manusia. Penggunaan sistem CRISPR/Cas9 sekarang sedang menjalani ujian klinikal untuk merawat anemia sel sabit, kanser dan penyakit genetik lain seperti buta keturunan.\n\nNamun, penggunaannya ke atas sel manusia ialah satu kontroversi yang amat besar lebih-lebih lagi pada November 2018 ketika seorang saintis dari China telah menggunakan teknologi CRISPR/Cas9 ke atas embrio yang kini menjadi bayi kembar dengan tujuan untuk mencegah HIV. Hal ini menimbulkan soal etika dalam penggunaan teknologi pengubahsuaian genetik ke atas manusia kerana tindakan saintis tersebut dapat mendatangkan kemudaratan ke atas bayi kembar itu di samping tiada bukti kukuh yang meyakinkan teknologi ini tidak mendatangkan kesan buruk lebih besar. Oleh sebab kontroversi itu, panel antarabangsa diketuai oleh persatuan saintifik US dan UK menyimpulkan teknologi CRISPR/Cas9 belum sesuai digunakan di dalam embrio manusia.\n\nKesimpulannya, perkembangan dalam bidang kejuruteraan genetik amat pesat dan CRISPR dapat dikatakan kaedah yang murah kosnya dengan keberkesanan yang amat memuaskan dalam mengubah suai genetik dengan risiko komplikasi yang tidak diingini lebih rendah. Etika dalam penggunaan teknologi amat penting kerana jika disalahguna, ia boleh mengakibatkan kezaliman terhadap seseorang individu atau boleh juga merosakkan ekosistem semula jadi. Maka, perkembangan teknologi sehebat ini perlu disertai dengan etika yang betul dan selamat.\n\nVektor: Pembawa bagi suatu molekul seperti gen atau DNA\n\nEx vivo: Uji kaji yang dilakukan bagi sesuatu tisu organisma di persekitaran luar dengan perubahan keadaan yang minimum\n\nOnkogenesis: Perkembangan tumor\n\nRNA: Asid ribonukleik\n\nApoptosis: Program dalaman terkawal untuk mematikan sesuatu sel\n\nImmunogenetik: Proses yang dapat mengaktifkan tindak balas imun\n\nSumber gambar : https://www.biotechacademy.dk/undervisning/gymnasiale-projekter/crispr-cas9/" "Ubi kayu rebus merupakan satu makanan yang tidak asing bagi masyarakat Malaysia.\n\nUbi kayu rebus makan bersama kelapa parut digaul sedikit gula memang begitu menyelerakan untuk minum petang selepas pulang dari kerja atau ketika berehat di petang hari minggu.\n\nMenurut petua dan resepi orang dulu-dulu, ubi kayu perlu dikupas kulitnya, dipotong kecil dan kemudian dibiarkan direndam dalam air pada suatu jangka masa, dan selepas itu ubi kayu yang direndam itu dibilas, dibasuh bersih-bersih kemudian direbus dalam periuk dengan air yang agak banyak sehingga ubi itu benar-benar lembut atau empuk.\n\nRupanya petua dan tatacara pemprosesan ubi kayu yang sebegitu ada sebab-sebabnya demi menjaga keselamatan orang yang memakan ubi kayu.\n\nUbi kayu mengandungi kanji dengan begitu banyak. Ia boleh menjadi sumber karbohidrat yang diperlukan untuk penghasilan tenaga manusia. Selain itu, ubi kayu juga mengandungi fiber, protein, vitamin seperti vitamin C dan B, serta mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan lain-lain bahan lagi. Ubi kayu juga sebenarnya mengandungi satu bahan kimia yang dikenali sebagai cyanogenic glycosides yang terbentuk secara semulajadi di dalam ubi kayu.\n\nBahan cyanogenic glycoside ini tidak bersifat toksik asalnya, namun apabila dimakan, enzim dalam perut dan usus, dan juga mikro-organisma perut akan menyebabkan berlakunya proses hidrolisis terhadap cyanogenic glycoside oleh enzim beta-glycosidase dan akhirnya terhasil satu bahan iaitu hydrogen cyanide yang begitu toksik kepada manusia dan haiwan.\n\nTanda-tanda keracunan cyanide boleh dilihat antaranya pernafasan menjadi laju, degupan jantung lebih pantas, tekanan darah menjadi rendah, pening, muntah, sakit kepala, cirit birit, kekeliruan fikiran, sawan dan akhirnya kematian jika paras cyanide dalam darah terlalu tinggi.\n\nCyanogenic glycoside terdapat dengan banyaknya di dalam kulit ubi kayu berbanding dalam isi ubi. Oleh itu, mengupas dan membuang kulit ubi kayu akan menghilangkan sejumlah besar cyanogenic glycoside.\n\nMerendam ubi kayu dalam air buat beberapa ketika akan membantu mengeluarkan bahan toksik daripada ubi iaitu cyanogenic glycoside akan larut dan masuk ke dalam air. Merendam hirisan nipis ubi kayu dalam air selama 4 jam akan menghilangkan sekitar 20% daripada bahan cyanide bebas yang terdapat dalam ubi. Sekiranya air rendaman itu ditukar kerap, lebih banyak bahan cyanide yang dapat disingkirkan daripada ubi. Merendam selama 3-5 hari, dengan air yang kerap ditukar akan turut membantu menurunkan paras cyanide dengan signifikan.\n\nMerebus pula akan menyebabkan kehilangan ketara cyanide dengan pantas daripada ubi. Sekitar 90% bahan cyanide bebas akan disingkirkan selepas hirisan nipis ubi kayu direbus selama 15 minit.\n\nOleh itu, pastikan jangan makan ubi kayu mentah. Serta pastikan ubi kayu dikupas kulitnya, dibasuh dan direndam terlebih dahulu selama beberapa jam dan kemudian direbus hingga benar-benar empuk, baru lah selamat untuk dimakan.\n\nDitulis oleh,\n\nTengku Azlan Shah bin Tengku MohamadPensyarah KananFakulti Farmasi dan Sains Kesihatan,UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh\n\nTewe, O.O. (1991). Detoxification of cassava products and effects of residual toxins on consuming animals. In: Proceedings of the FAO Expert Consultation, FAO Animal Production And Health Paper 95. Accessed November 10, 2022 from: https://www.fao.org/3/t0554e/t0554e06.htm\n\nKwok, J. (2008). Cyanide Poisoning and Cassava. Food Safety Focus (19th Issue, February 2008) \u2013 Incident in Focus. Accessed November 10, 2022 from:\u00a0 https://www.cfs.gov.hk/english/multimedia/multimedia_pub/multimedia_pub_fsf_19_01.html\n\nSumber gambar : https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.remaja.my%2Fbukan-sebab-angin-ini-cara-buang-toksin-berbahaya-penyebab-koma-dalam-ubi-kayu%2F&psig=AOvVaw3l5bowgFDSDeHTrlznZ21x&ust=1668419706284000&source=images&cd=vfe&ved=0CBAQjRxqFwoTCNiA_ovyqvsCFQAAAAAdAAAAABAJ" "Boleh dikatakan kebanyakan masyarakat di Malaysia gemar makanan pedas. Ada dalam kalangan masyarakat kita suka mengambil makanan pedas dalam diet setiap hari. Tetapi, \u00a0bagaimanakah individu itu mampu mempunyai ketahanan terhadap pedas yang tinggi?\n\nSebelum itu, kita perlu tahu ejen penyebab rasa pedas dan reseptor yang mengesan ejen tersebut.\n\nEjen tersebut ialah kapsaisin (kap-sai-sin), sebatian aktif yang selalunya terkandung dalam cili dan lada. Kapsaisin akan mengikat dan merangsang reseptor-reseptor yang bertanggungjawab memberikan persepsi sakit dan panas iaitu reseptor transient receptor potential vanilloid (TRPV1). Reseptor TRPV1 ialah protein saluran ion pada permukaan sel kulit, lidah dan organ lain termasuk sel saraf yang membenarkan kemasukan ion kalsium dan ion sodium ke dalam sel saraf untuk menghasilkan impuls. Impuls tersebut akan dihantar ke saraf tunjang dan ke otak untuk ditafsirkan sebagai rangsangan panas dan sakit.\n\nSebenarnya, para saintis mendapati bahawa tujuan utama sel kita menghasilkan reseptor TRPV1 adalah untuk bertindak sebagai termoreseptor atau reseptor yang menerima rangsangan suhu yang tinggi (lebih tinggi daripada suhu 43\u00b0C). Hal ini bermaksud fungsi utama reseptor TRPV1 untuk melindungi daripada benda panas yang dapat melecurkan anggota badan kita. Namun, reseptor TRPV1 juga dapat diaktifkan oleh kapsaisin.\n\nMaka, hal ini menerangkan sebab-sebab makanan yang pedas (mengandungi kapsaisin) menyebabkan individu itu berpeluh dan terasa panas atau sensasi terbakar. Reseptor TRPV1 juga dapat diaktifkan oleh keadaan berasid atau makanan yang mempunyai rasa yang kuat seperti wasabi dan mustard. Sebenarnya, sensasi panas atau terbakar adalah ilusi yang dihasilkan oleh neuron otak kita yang tersalah tafsir rangsangan daripada kapsaisin sebagai benda yang panas.\n\nSelalunya individu yang kepedasan digalakkan minum susu atau aiskrim untuk mengurangkan rasa pedas kerana kapsaisin ialah hidrofobik dan susu atau aiskrim mengandungi kesin, molekul yang larut lemak yang dapat melarutkan kapsaisin yang terikat pada reseptor TRPV1.\n\nKetahanan terhadap pedas sebenarnya boleh disebabkan oleh faktor genetik atau dipupuk dengan pengamalan kapsaisin secara kerap. Bagi faktor genetik, kajian mendapati bahawa faktor genetik mempengaruhi sebanyak antara 18% hingga 58% bagi individu dalam ketahanan terhadap pedas. Mereka yang mempunyai ketahanan terhadap pedas yang tinggi mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk mempunyai jumlah reseptor capsaicin yang lebih rendah.\n\nNamun begitu, saintis juga mendapati ketahanan terhadap pedas bagi individu dapat dipupuk. Rangsangan pedas yang berterusan terhadap reseptor TRPV1 menyebabkan protein saluran TRPV1 tertutup dan tidak dapat menghantar isyarat pedas ke saraf tunjang. Reseptor TRPV1 di lidah yang dirangsangkan dengan kapsaisin berterusan akan memberi isyarat kepada saraf yang terdapat di lidah untuk mengurangkan jumlah reseptor TRPV1 yang terdapat pada membran sel saraf lidah.\n\n\u00a0Hal ini menyebabkan saraf pada lidah menjadi kurang sensitif terhadap rangsangan pedas. Hal ini menerangkan sebab-sebab individu yang suka makanan pedas dapat terus memakan makanan pedas tanpa menunjukkan simptom kepedasan yang teruk (berpeluh dan penghasilan mukus berlebihan) berbanding mereka yang kurang kerap makan makanan pedas. Akan tetapi, jika kapsaisin tidak diambil dalam jangka masa yang lama, reseptor TRPV1 akan dihasilkan kembali di lidah dan menyebabkan individu itu kembali sensitif terhadap makanan pedas.\n\nJadi, bagi mereka yang tidak tahan pedas dan ingin menikmati makanan pedas boleh mengamalkan makanan yang mengandungi kapsaisin dalam kuantiti sedikit dan berterusan.\n\nSebenarnya, kapsaisin telah lama digunakan sebagai analgesik lebih-lebih lagi dalam merawat sakit kronik dan sakit saraf. Penggunaan kapsaisin dalam rawatan tersebut dapat menggantikan ubat-ubatan opiods seperti morfin yang dapat menyebabkan ketagihan dan maut jika terlebih dos.\n\nBagi rawatan tersebut, para penyelidik menghasilkan ubat kapsaisin yang berkepekatan tinggi iaitu 8% dalam bentuk krim. Terdapat juga ubat kapsaisin yang berkepekatan tinggi yang dihasilkan dalam bentuk tampalan (patch). Kajian mendapati tampalan kapsaisin lebih berkesan dalam merawat sakit kronik atau sakit saraf kerana kapsaisin dalam bentuk tampalan mempunyai jumlah kapsaisin yang dihantar ke bahagian anggota badan yang sakit dengan lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan ketoleransian (tolerability) pada saraf terhadap rangsangan panas atau sakit.\n\nSebenarnya, rawatan sakit kronik atau sakit saraf dengan kapsaisin agak menakjubkan kerana penggunaan kapsaisin secara berterusan dengan kepekatan tinggi (8%) dapat mengurangkan rasa sakit dengan menurunkan sensitiviti reseptor TRPV1. Hal ini berlaku kerana rangsangan daripada kapsaisin secara berterusan pada TRPV1 menyebabkan sel saraf mengurangkan jumlah reseptor TRPV1 yang ada pada permukaan sel saraf dan seterusnya mengurangkan pembentukan persepsi sakit. Pengurangan sensitiviti TRPV1 dengan rawatan kapsaisin berkepekatan tinggi dapat bertahan dalam jangka masa yang lama. Mekanisma ini sama dengan mekanisma dalam meningkatkan ketahanan terhadap pedas.\n\nOleh sebab itu, kita boleh mengambil iktibar daripada manfaat sifat kapsaisin ciptaan Allah SWT, ejen penyebab rasa pedas yang juga berfungsi membantu melegakan sakit kronik dan sakit saraf yang menyebabkan hyperalgesia dan allodynia. Benda yang selalu kita makan juga ada manfaatnya dalam teknologi perubatan.\n\nReseptor: protein yang terdapat pada permukaan membran sel untuk mengesan rangsangan\n\nHyperlagesia: Peningkatan sensitiviti yang melampau sehingga memberikan rasa sakit yang ektrem walaupun hanya sedikit rangsangan sakit diberikan\n\nAllodynia: Rasa sakit disebabkan oleh rangsangan yang secara normalnya tidak memberikan rasa sakit\n\nHidrofobik: Sifat bahan yang tidak larut dalam air\n\nImpuls: Isyarat yang dihasilkan oleh saraf untuk dihantar ke saraf tunjang dan otak\n\nMartin, A., Sanshool Seduction: The Science of Spiciness.\n\nArora, V., Campbell, J.N. and Chung, M.K., 2021. Fight fire with fire: Neurobiology of capsaicin-induced analgesia for chronic pain.\u00a0Pharmacology & Therapeutics,\u00a0220, p.107743.\n\nDerry, S., Rice, A.S., Cole, P., Tan, T. and Moore, R.A., 2017. Topical capsaicin (high concentration) for chronic neuropathic pain in adults.\u00a0Cochrane Database of Systematic Reviews, (1).\n\nhttps://www.wired.com/2010/09/why-does-spicy-food-taste-hot/\n\nhttps://www.keanhealth.com/blog/is-spice-tolerance-genetic\n\nSumber gambar : https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F2020%2F81867%2Fterlalu-pedas-7-makanan-ini-dapat-hilangkan-rasa-pedas-yang-melampau%2F&psig=AOvVaw1ksFFKDJCKIqhNSrgzzMxC&ust=1668418095101000&source=images&cd=vfe&ved=0CBAQjRxqFwoTCNDm1vHrqvsCFQAAAAAdAAAAABAE" "Sudah lebih dua minggu berlalu berkaitan kes rempuhan pada malam halloween yang berlaku di Itaewon, Korea Selatan. Kes ini telah mengorbankan 156 nyawa yang terdiri daripada pelbagai warganegara. Direkodkan juga sebanyak 198 orang telah mengalami kecederaan. \n\nKebanyakan mangsa yang terlibat dalam rempuhan ini adalah terdiri daripada remaja dan anak muda yang ingin turut serta merayakan halloween yang akhirnya menjadi mangsa kepada rempuhan disebabkan kehadiran khalayak yang ramai dan tiada kawalan lalu lintas bagi menjamin keselamatan orang awam.\u00a0 Kes ini telah diklasifikasikan sebagai antara yang terteruk selepas tragedi feri Sewol yang mengorbankan pelajar sekolah Korea pada tahun 2014.\n\nKetika insiden ini, viral video di laman sosial yang mana mangsa diberikan bantuan Cardiopulmonary recuscitation (CPR) disebabkan oleh jantung terhenti (cardiac arrest) kesan daripada ditimpa antara satu sama lain. Bukan sahaja pekerja kesihatan malahan orang awam juga dipanggil untuk membantu dalam melakukan CPR bagi menyelamatkan semua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Sebagai orang awam, kita perlu tahu bagaimana cara untuk bertindak seandainya terdapat orang di sekitar kita tiba-tiba rebah dan terkena cardiac arrest.\n\nMenurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), cardiac arrest adalah kehilangupayaan fungi jantung secara mengejut pada seseorang sama ada dia menghidapi penyakit jantung atau tidak. Cardiac arrest ini boleh berlaku kepada semua peringkat umur tanpa mengira faktor kesihatan tubuh badan. Kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba ini berlaku disebabkan pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu (ketidaktekalan). Ketika keadaan ini berlaku, mangsa akan terus tumbang, tiada nadi dan gagal bernafas kerana darah yang beroksigen tidak dapat dialirkan kepada organ yang penting seperti otak dan jantung. Jika intervansi tidak dilakukan, kematian pasti akan berlaku. Oleh itu, keadaan ini seringkali dikaitkan sebagai pembunuh senyap.\n\nSeandainya ada mangsa di sekitar kita menghadapi serangan jantung terhenti mengejut, perlu kita tahu bagaimana cara untuk menyelamatkan mangsa tersebut. Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah bantuan kecemasan pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang yang berada berdekatan dengan mangsa bagi mengembalikan ritma denyutan jantung dan memastikan darah terus dipam ke seluruh badan.\n\nCardiopulmonary resuscitation atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai resutasi kardiopulmonari merupakan satu prosedur kecemasan yang diberikan kepada mangsa yang jantungnya terhenti berdegup. Tindakan ini sebagai usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan.\u00a0\n\nTujuan utama CPR dilakukan kepada mangsa adalah bagi memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. Dengan cara ini dapat menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpa kerosakan otak yang berkekalan. Hal ini kerana apabila tisu otak mati, maka nyawa mangsa sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Pelaksanaan CPR melibatkan proses menekan dada dengan kedalaman sekurang-kurangnya 5 cm dengan kadar tekanan sebanyak 100 kali setiap minit. Dengan kedalaman dan tekanan yang mencukupi mampu menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani.\n\nSebagai orang awam yang tidak terlatih dalam melaksanakan CPR, pihak Persatuan Jantung Amerika telah menggalakkan mempelajari kaedah CPR mampatan sahaja. Kaedah CPR mampatan sahaja ini hanya menggunakan tangan bagi melaksanakan CPR kepada mangsa sehingga bantuan kesihatan tiba di tempat kejadian.\u00a0\n\nLangkah di bawah merupakan cara-cara melakukan CPR mampatan kepada mangsa cardiac arrest :\n\nCardiac arrest merupakan pembunuh senyap bagi rakyat Malaysia. Kegagalan orang sekeliling melakukan bantuan kecemasan dengan cepat boleh menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Maka, perkara ini menjadi tanggungjawab kita untuk mengetahui cara melakukan CPR dengan baik. Pelaksanaan CPR sangatlah mudah dan manfaatnya sangat besar kepada mangsa. Oleh itu, ayuhlah kita cakna dan ambil tahu langkah-langkah melakukan CPR dengan betul." "Lalat buah atau dikenali sebagai lalat Drosophila ialah serangga kecil yang menghinggap di buah. Dalam kalangan lebih daripada 1500 spesies Drosophila yang telah dikenalpasti, spesies Drosophila melanogaster merupakan spesies yang banyak dikaji di seluruh dunia. Sehinggakan sebanyak 6 anugerah Nobel telah diberikan kepada penyelidikan berkaitan Drosophila melanogaster.\n\nAntara fakta tentang lalat buah atau Drosophila melanogaster ialah mereka mempunyai kitaran hidup sepanjang dua minggu.\n\nDrosophila melanogaster bukan suatu ancaman kepada kesihatan manusia kerana makanan utama mereka hanya bijirin, ragi, buah yang sedang masak dan gula. Kitaran hidup yang singkat memudahkan para saintis menjalankan pelbagai kajian berkaitan penyakit dan perkembangan organisma lain. Selain itu, morfologi lalat buah dikatakan amat istimewa kerana 60% daripada DNA lalat buah adalah sama dengan DNA manusia.\n\nSelain itu, Drosophila melanogaster mempunyai empat pasang kromosom sahaja berbanding manusia yang mempunyai.23 pasang kromosom. Jumlah kromosom Drosophila melanogaster yang amat sedikit menjadi keistimewaan yang amat bermanfaat. Hal ini kerana genetik Drosophila melanogaster lebih senang untuk dimanipulasi dan kajian tentang fungsi gen dan cara-cara gen bertindak balas dengan gen yang lain mudah dilakukan. Seterusnya, Drosophila melanogaster dipilih sebagai model organisma dalam kajian adalah kerana kos penyelidikan lebih murah berbanding yang lain.\n\nDi samping itu, gen Drosophila melanogaster mempunyai kadar bermutasi amat tinggi yang menjadikan gen Drosophila melanogaster senang diubah suai dan sangat berguna untuk dikaji, lebih-lebih lagi dalam memahami evolusi dan perkembangan sesuatu spesies. Maka, dalam penyelidikan genetik, para saintis memilih lalat buah sebagai model organisma berbanding tikus atau manusia yang lebih sukar untuk dijejak dan dikaji tentang cara-cara genetiknya berevolusi atau bermutasi. Kadar bermutasi Drosophila melanogaster yang tinggi membolehkan Thomas Hunt Morgan (penerima anugerah Nobel) menyaksikan perwarisan trait genetik lalat buah dari satu generasi ke satu generasi. Hal ini juga membuktikan kromosom dan gen dapat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi baru.\n\nSalah satu penemuan besar hasil daripada kajian tentang Drosophila melanogaster ialah Drosophila melanogaster mempunyai ciri-ciri mekanisme yang mengawal ritma sirkadian (circadian rhythm) yang hampir sama dengan alam haiwan (animal kingdom). Secara tidak langsung, penemuan ini membantu para saintis untuk memahami kepentingan pola jam badan 24 jam (24-hour body clock) yang mengawal kehidupan haiwan termasuk manusia.\n\nSelain itu, terdapat kajian penerima anugerah Nobel yang mengeksperimentasikan Drosophila melanogaster yang berjaya mengubah sudut pandang pada bidang genetik. Kajian yang mengeksperimentasikan lalat buah menerangkan bahawa gen-gen yang bertanggungjawab untuk menghasilkan protein-protein asas terletak pada bahagian khusus di kromosom. Gen-gen tersebut dapat diwariskan dan sebahagian daripada gen-gen tersebut berkait rapat dengan gen-gen yang lain dalam menjalankan kawalan dalaman setiap sel. Menurut ahli biologi USA, Thomas Morgan, penemuan besar dalam bidang genetik ini telah membuka ruang kepada Sains Moden. Selain itu, Bruce Beutler telah menemui gen Toll dalam Drosophila melanogaster. Gen Toll ialah gen yang bertanggungjawab dalam mengaktifkan keradangan dan sistem imun semula jadi (innate immune system). Yang mengejutkan ialah gen Toll dalam Drosophila melanogaster adalah sama dengan gen Toll mamalia.\n\nKajian tentang genetik Drosophila melanogaster semakin meluas sehingga kini dan pelbagai penemuan lain telah dibuat. Antaranya, sekarang para saintis menyimpulkan sebanyak 75% gen manusia yang mengakibatkan penyakit telah dikenal pasti dan sepadan dengan gen Drosophila melanogaster. Gen-gen tersebut ialah Sindrom Down, Alzheimer, autism, diabetes dan semua jenis kanser. Penemuan gen lalat buah yang sepadan dengan gen manusia seolah-olah lalat buah dicipta untuk membantu para saintis untuk memahami penyakit tersebut.\n\nBerbincang tentang kajian bagi penyakit Alzheimer, morfologi lalat buah amat sesuai untuk dikaji dalam memahami akson sel saraf. Antara eksperimen yang dibuat pada lalat buah dalam memahami penyakit Alzheimer ialah sel saraf atau neuron Drosophila melanogaster dikembangkan di dalam kultur dan sel saraf itu diuji dengan pelbagai bahan tindak balas bagi memahami sebab-sebab neuron itu menjadi rosak.\n\nMekanisme apoptosis sel telah ditemui melalui kajian pada Drosophila melanogaster yang menjadi salah satu tiitk permulaan dalam memahami kanser. Hal ini kerana apoptosis ialah kaedah kawalan dalaman yang amat penting apabila sel-sel sudah tidak berfungsi atau rosak dengan membunuh dan menghapuskan sel itu. Kaedah itu dikenali program sel untuk membunuh diri yang penting dalam memastikan kesihatan tisu dan organ. Melalui pemahaman apoptosis menggunakan Drosophila melanogaster, para saintis dapat mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan sel kanser terus \u2018kebal\u2019 dan tidak dapat dihapuskan. Antara faktornya ialah sel kanser mengelakkan program sel mati dengan meningkatkan molekul-molekul dikenali sebagai protein perencat apoptosis atau inhibitor of apoptosis protein (IAP). Melalui dapatan kajian itu, para saintis dapat membangunkan ubat yang dapat melawan tindak balas IAP supaya proses apoptosis sel kanser dapat berjalan lancar.\n\nRingkasan Tahun Penerimaan Anugerah Nobel dan Kajiannya Yang Berkaitan Drosophila melanogaster:\n\n1933\u00a0\u00a0 Thomas Hunt Morgan menggunakan Drosophila melanogaster untuk menemui peranan kromosom dalalm perwarisan.\n\n1946\u00a0\u00a0 Hermann Joseph Muller menggunakan radiasi sinaran X untuk meningkatkan kadar bermutasi dalam lalat buah.\n\n1995\u00a0\u00a0 Edward B Lewis, Christiane Nusslein-Volhard dan Eric F Wieschaus mengeksperimentasi Drosophila melanogaster untuk memahami kawalan genetik dalam perkembangan embrio.\n\n2004\u00a0\u00a0 Richard Axel mengkaji receptor bau dan organisasi sistem deria bau.\n\n2011 Jules A Hoffmann mengkaji pengaktifan sistem imun semula jadi menggunakan Drosophila melanogaster\n\n2017 Jeffrey C Hall, Michael Rosbash dan Michael W Young menemui mekanisme secara molekul yang mengawal ritma sirkadian.\n\nKesimpulannya, ingin ditegaskan bahawa walaupun lalat yang sering mengganggu hidup kita dan yang selalu dianggap sebagai pembawa kotoran pada makanan kita mempunyai faedah-faedah dan keistimewaan-keistimewaan yang sungguh meletupkan otak jika dikaji dengan mendalam dan menghubung kait dengan penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh manusia seperti kanser.\n\nSesungguhnya Allah SWT telah menyatakan dalam Surah Al Hajj ayat 73 yang bermaksud \u2018\u2019 Hai, manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tidaklah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya.\u201d. Demikianlah ayat Al Quran sebagai renungan dan muhasabah untuk kita supaya sentiasa berasa hamba yang kerdil terhadap Allah SWT dan marilah kita mengambil iktibar daripada lalat ciptaan Allah SWT yang menakjubkan.\n\nArtikel ini diolah dengan bantuan rujukan berikut:" "Penulisan sebelum ini kita menyentuh tentang serangan jantung mengejut atau juga dikenali sebagai \u2018sudden cardic arrest (SCA)\u2019. Seandainya terdapat mangsa diserang cardiac arrest dan langkah kecemasan tidak diambil serta merta ia boleh membawa kematian kerana di saat serangan berlaku, jantung berhenti berdenyut menyebabkan aliran darah yang beroksigen tidak mengalir ke otak. Mengetahui cara melakukan bantuan CPR yang betul mampu menyelamatkan mangsa yang diserang penyakit ini. Namun, tidak semua dapat melakukan bantuan CPR yang sempurna disebabkan faktor-faktor yang mungkin ada pada diri penyelamat. Bagi memastikan bantuan CPR yang diberikan itu dapat menyelamatkan mangsa, satu alat yang dikenali sebagai \u2018Automated External Defibrillator\u2019 telah dihasilkan.\n\nApakah itu \u2018Automated External Defibrillator\u2019? \u2018Automated External Defibrillator\u2019 atau selalunya disingkatkan sebagai AED merupakan suatu peranti mudah alih bantuan kecemasan yang mampu menganalisis denyutan jantung dan memberi nasihat kepada penyelamat sama ada untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa atau tidak. Alat ini digunakan bagi membantu penyelamat sementara bantuan kesihatan tiba di tempat kejadian. Alat ini sangat mudah digunakan dan digalakkan untk diletakkan di tempat-tempat awam supaya masyarakat boleh mengakses alat ini ketika mahu menyelamatkan pesakit diserang sakit jantung secara tiba-tiba di tempat awam. \n\nDi negara maju seperti di Korea Selatan dan Jepun, masyarakat awam dapat mengakses dengan mudah peralatan tersebut kerana terdapat di tempat-tempat awam seperti taman dan stesen kereta api. Di Malaysia, negeri Pulau Pinang merupakan pelopor utama yang memperkenalkan AED di tempat awam dan direkodkan terdapat 163 unit AED telah di pasang disekitar kawasan tumpuan ramai supaya mudah diakses apabila perlu.\n\nKetika seseorang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberikan bantuan pernafasan dengan menggunakan teknik CPR. AED membantu sebagai peranti yang memberikan nasihat kepada penyelamat terhadap keperluan untuk menyampaikan arus kejutan kepada mangsa dengan menganalisis denyutan jantung mangsa. Pada peranti ini terdapat satu pad elektrik yang ditampalkan kepada dada mangsa. Pad inilah yang berfungsi untuk menganalisis denyutan jantung dan menghasilkan arus kejutan bagi membantu mangsa kembali sedar. Sesetengah peranti ini mampu mengenal pasti keberkesanan CPR yang diberikan kepada mangsa, oleh itu penggunaan AED semasa CPR dilakukan dapat meningkatkan peluang mangsa untuk terus hidup.\n\nPenggunaan AED ini sangatlah mudah, pengguna hanya perlu mengaktifkan peranti tersebut dan mengikuti arahan yang diberikan oleh peranti itu. Di bawah disertakan cara penggunaan peranti AED semasa kecemasan:\n\nKetika sesorang mangsa jatuh disebabkan oleh serangan jantung tiba-tiba (sudden cardiac arrest), pemberian CPR yang berkesan menjamin kelangsungan mangsa untuk hidup. Penggunaan AED semasa menyelamatkan mangsa dapat memanjangkan hayat mangsa. Tambahan lagi, bantuan ambulan dan peranti kesihatan dari hospital terdekat mungkin mengambil masa yang lama untuk tiba di tempat kejadian, maka keberadaan AED dapat meyelamatkan mangsa sehingga bantuan tiba.\n\nWalau bagaimanapon, di Malaysia hanya sesetengah kawasan awam seperti lapangan terbang sahaja mempunyai peranti ini. Bagi menambahbaik keadaan ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil inisiatif seperti kerajaan Pulau Pinang dengan memperkenalkan peranti AED di tempat-tempat awam seperti taman,\u00a0 tempat kerja dan lain-lain. Selain itu, kempen kesedaran berkaitan kepentingan AED dalam kalangan rakyat Malaysia juga perlu dilaksanakan bagi memastikan usaha kerajaan memperkenalkan AED di tempat awam tidak sia-sia.\n\nhttps://skincode.my/articles/automated-external-defibrillator-apakah-fungsinya\n\nhttps://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/how-aeds-public-places-can-restart-hearts\n\nhttps://www.redcross.org/take-a-class/organizations/purchase-aeds\n\nhttps://www.heart.org/en/health-topics/cardiac-arrest/emergency-treatment-of-cardiac-arrest\n\nhttps://zulletin.com/cara-terbaik-untuk-meningkatkan-kesehatan-setelah-serangan-jantung/" "Baru-baru ini dilaporkan terdapat satu kes kebakaran berlaku melibatkan lima buah rumah di Seremban. Kesemua rumah telah musnah dan menurut ketua Balai Bomba Seremban, didapati 3 buah rumah telah musnah sebanyak 100 peratus manakala 2 buah rumah lagi terbakar 80 peratus. Kebakaran boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila masa jika wujudnya elemen-elemen pembakaran. Kebakaran bukan sahaja boleh menyebabkan kemusnahan harta benda malahan mampu meragut nyawa penghuni bangunan. \n\nMenurut statistik kematian dan kecederaan akibat kes Kebakaran dan Menyelamat 2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyatakan pada tahun 2020 sebanyak 38,865 kes kebakaran dilaporkan, sebanyak 118 kematian disebabkan kebakaran berlaku dan 413 kes kecederaan.\n\nSesungguhnya kebakaran dapat dielakkan dan pelbagai persediaan boleh diambil bagi menyelamatkan diri dan orang tersayang seandainya kebakaran berlaku. Di sini beberapa alat kebakaran yang boleh disediakan di rumah atau di dalam kenderaan bagi memudahkan diri dan orang lain seandainya terlibat dalam kemalangan :\n\nAlat pemadam api mudah alih merupakan salah satu ciptaan manusia yang berguna dalam melawan api kebakaran. Alat ini seringkali dapat dilihat di bangunan-bangunan dan tempat awam seperti di hospital, hotel, bangunan kerajaan dan lain-lain. Sebenarnya kita juga boleh menyimpan alat pemadam api mudah alih di rumah. Di pasaran terdapat pelbagai saiz alat pemadam api seperti 1kg, 5kg dan 10kg. Alat pemadam api mudah alih ini juga boleh disimpan di dalam kenderaan dan amat disarankan oleh pihak bomba. Alat ini dapat membantu pengguna untuk memadam api kecil dan menyelamatkan diri sehingga bomba tiba di tempat kejadian.\u00a0 Cara penggunaan alat ini juga mudah dan semua orang mampu menggunakannya.\n\nSelimut api (Fire blanket) merupakan salah satu alat yang boleh digunakan seandainya kebakaran berlaku. Selimut ini dihasilkan daripada bahan khusus bagi memadamkan kebakaran. Metode pemadamannya adalah dengan menyelimuti api. Dengan cara ini, bekalan oksigen yang menyebabkan kebakaran berlaku terhenti menyebabkan api terpadam. Contoh penggunaan selimut ini adalah apabila kita ingin menyelamatkan diri daripada api, kita boleh menyelimuti seluruh badan supaya badan terlindung daripada api yang merebak. Selain itu, selimut ini juga boleh digunakan untuk menyelimuti tubuh badan seseorang yang terbakar. Alat ini juga dapat membantu jika kebakaran berlaku ketika memasak.\n\nSelain itu, memasang penggera kebakaran mudah alih di rumah juga dapat menyelamatkan nyawa diri dan orang tersayang. Alat ini dapat mengesan kebakaran seterusnya menghasilkan penggera bagi memberi amaran kepada penghuni. Alat ini sangat membantu terutamanya ketika tengah malam di mana semua penghuni sedang nyenyak tidur dan kebakaran berlaku.\n\nKesimpulannya, peribahasa \u201csediakan payung sebelum hujan\u201d sangatlah dekat dengan persediaan dalam menghadapi kebakaran. Persediaan yang proaktif dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kemusnahan harta benda. Sebagai rakyat yang cakna, kita perlu bersiap-siaga dalam menghadapi apa-apa kecemasan yang boleh meragut nyawa diri dan orang tersayang. Malahan, pada hari ini kita boleh membeli peralatan-peralatan di atas dengan mudah melalui online. Jadi, apa yang menghalang kita sekarang demi orang tersayang? Ayuh siap-siaga meghadapi kecemasan dan cakna degan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga." "Pada 20.12.2022 berita harian melaporkan satu kemalangan melibatkan tiga pekerja warga Indonesia yang mati lemas ketika bekerja di dalam ruang terkurung (confined space). Kemalangan itu berlaku ketika ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja melibatkan kabel bawah tanah di Taman Sains 2, Cyberjaya Selangor. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. \n\nKemalangan melibatkan ruang terkurung tidaklah asing dalam dunia pembinaan. Contoh kemalangan lain melibatkan ruang terkurung seperti berlaku pada tahun 2018 dilaporkan dua pekerja warga Nepal maut ketika membersihkan tangki berudara bagi pemasangan loji rawatan sisa buangan di sebuah kilang di Yong Peng. Selain itu, kemalangan pada tahun 2019 yang mengorbankan seorang warga Bangladesh di tempat kejadian ketika dia sedang bekerja di dalam ruang terkurung membabitkan saluran paip gas di Jalan Ipoh-Lumut. Persoalannya apakah itu ruang terkurung? Adakah kita boleh mendefinisikan apa-apa ruang yang tertutup sebagai ruang terkurung?\n\nMenurut Tata amalan Industri Bekerja Selamat di Dalam Ruang Terkurung 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia telah mendefinisikan ruang terkurung sebagai ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera semasa dihuni dan tidak disediakan satu reka bentuk untuk digunakan terutamanya sebagai tempat kerja dan\n\nUntuk mengkelaskan sesuatu ruang itu sebagai ruang terkurung, kita perlu memastikan ruang tersebut mempunyai ciri-ciri yang termaktub di dalam tata amalan ini. Selalunya pihak industri akan melantik mana-mana konsultan bagi mendapatkan khidmat mereka menganalisis ruang-ruang yang berkemungkinan sebagai ruang terkurung yang berada di premis atau kilang. Konsultan ini akan menghasilkan satu laporan yang dipanggil sebagai \u201cConfined Space Risk Assessment Report\u201d. Antara contoh ruang terkurung adalah seperti tangki penyimpanan, tangka di atas lori, dandang, silo, terowong dan lain-lain. Selain daripada itu, bekas tangki yang mempunyai lubang untuk orang masuk juga boleh dikategorikan sebagai ruang terkurung.\n\nPersoalannya apakah hazard ketara yang boleh membahayakan nyawa orang yang bekerja di dalam ruang terkurung? Kebanyakan kes kematian di dalam ruang ini adalah disebabkan hazard atmosfera. Hazard atmosfera merujuk keadaan gas di dalam udara atau persekitaran yang boleh membahayakan nyawa manusia. Contohnya adalah apabila kandungan oksigen kurang daripada 19.5% di dalam ruang terkurung boleh menyebabkan mangsa mati kerana tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi, manakala jika kandungan oksigen melebihi 23.5% boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Selain itu, contoh hazard atmosfera lain adalah terkumpulnya gas-gas toksik melebihi had yang dibenarkan. Contoh gas toksik adalah seperti Karbon Monoksida (CO) dan Hidrogen Sulfida(H2S). Gas mudah terbakar juga boleh terhasil di dalam ruang terkurung.\n\nSelain hazard atmosfera, pekerja juga terdedah kepada hazard lain seperti hazard fizikal seperti bunyi bising atau suhu yang tinggi/rendah, hazard biologi seperti binatang perosak atau binatang berbahaya yang berada di dalam ruang tersebut , hazard ergonomik seperti ruang yang terlalu sempit dan hazard psikososial. Bagi memastikan keselamatan pekerja yang bekerja di dalam Kawasan ini, pihak JKKP telah menggariskan keperluan bagi setiap pekerja perlu di latih oleh jurulatih bertauliah sebelum mereka di benarkan bekerja di dalam ruang terkurung. Hanya mereka yang lulus ujian sahaja dibenarkan untuk masuk dan bekerja di dalam ruang ini. Selain itu, pekerja perlu mengikuti 10 prosedur kemasukan ke ruang terkurung yang telah diwartakan di dalam Tataamalan Industri Bekerja Selamat di Dalam Ruang Terkurung 2010 ini. Pemakaian alat kelengkapan perlindungan diri dan kelengkapan tambahan seperti alat penguji gas juga perlu bagi memastikan pekerja selamat ketika berada.\n\nKesimpulannya, bekerja di dalam ruang terkurung merupakan satu kerja yang mempunyai risiko tinggi. Menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja bawah seliaan mereka mematuhi prosedur kerja selamat. Selain itu, majikan perlu menyediakan sistem kerja yang selamat bagi pekerjaan melibatkan ruang terkurung seperti yang ditulis di dalam tata amalan ini. Kegagalan menyediakan sistem kerja selamat boleh menyebabkan pihak majikan dikenakan kompoun oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.\n\nhttps://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/514164/2-warga-nepal-maut-ketika-bersihkan-tangki-berudara\n\nhttp://www.niosh.com.my/images/Publication/Brochure/RuangTerkurung.pdf\n\nhttps://www.dosh.gov.my/index.php/legislation/codes-of-practice/industrial-hygiene\n\nhttps://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/568557/siasat-pelanggaran-sop-kerja-ruang-terkurung" "Pada 22 Disember 2022 yang lalu Utusan Malaysia telah melaporkan terdapat satu kemalangan maut di tempat kerja melibatkan seorang warga Nepal yang berusia 30 tahun di sebuah kilang pembuatan produk pembungkusan di Klang. Kemalangan ini berlaku apabila lelaki tersebut cuba membetulkan hos yang tertanggal pada mesin di kawasan acuan lalu tersepit. Menurut berita tersebut, mangsa telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.\u00a0\n\nKemalangan di tempat kerja tidaklah asing di mana-mana industri dan negara. Merujuk statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, dari Januari sehingga Ogos 2022, kira-kira 5366 kes kemalangan di tempat kerja telah dilaporkan kepada pihak mereka dimana 5034 kes melibatkan kemalangan bukan cacat kekal, 175 kes melibatkan kemalangan cacat kekal dan 157 kes kematian.\n\nMenurut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, kemalangan di tempat kerja bermaksud suatu\u00a0 kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut dan kecederaan tidak maut. Manakala, menurut International Labor Organization (ILO), kemalangan di tempat kerja boleh didefinisikan suatu kejadian yang tidak disangka dan tidak dirancang termasuk tindakan ganas yang diakibatkan daripada atau berkaitan dengan kerja di mana mengakibatkan seorang atau lebih pekerja mengalami kecederaan, penyakit atau mati. Secara mudahnya kita boleh menyimpulkan kemalangan di tempat kerja merujuk kepada apa-apa perbuatan atau tindakan yang berlaku di mana-mana tempat kerja atau ketika masa bekerja yang menyebabkan seseorang pekerja mengalami kecederaan atau maut. Contoh kemalangan seperti terperangkap di ruang terkurung, terjatuh dari tempat tinggi, terkena bahan kimia yang berbahaya dan lain-lain.\n\nKemalangan di tempat kerja boleh berlaku bila-bila masa jika kita tidak mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelak daripada ia berlaku. Persoalannya, bagaimanakah sesuatu kemalangan boleh berlaku di tempat kerja? Pelbagai teori telah dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik bagi memahami bagaimana kemalangan boleh berlaku di tempat kerja. Antara teori yang popular adalah The Domino Theory, Multiple Causation Theory, Biased Liability Theory, The Pure Chance Theory dan Accident Proneness Theory. Dalam teori-teori ini para penyelidik telah mencadangkan pelbagai faktor yang menyebabkan kemalangan boleh berlaku. Namun dalam penulisan ini kita akan melihat bagaimana kemalangan boleh berlaku berdasarkan teori domino yang diketengahkan oleh W.H Heinrich (1931). Walaupon teori ini mendapat kritikan kerana terlalu simplisitik dalam membincangkan faktor kemalangan, namun teori ini boleh digunakan sebagai asas dalam memahami bagaimana kemalangan berlaku.\n\nMenurut Heinrich, 88% kemalangan disebabkan oleh perbuatan tidak selamat (Unsafe Act), 10% daripada keadaan tidak selamat (Unsafe Condition) dan baki 2% disebabkan oleh \u201cact of God\u201d. Dalam teori ini Heinrich telah memperkenalkan \u201cfive domino model\u201d penyebab kemalangan.\u00a0 Teori ini menyatakan bahawa urutan kemalangan sebagai satu rantaian peristiwa mewakili domino yang jatuh dalam satu rantaian. Domino pertama jatuh menyebabkan domino kedua jatuh diikuti ketiga dan seterusnya. Menurut Heinrich, kemalangan boleh dielakkan dengan cara menghapuskan salah satu faktor dalam rantaian peristiwa tersebut.\u00a0\n\nBayangkan beberapa domino disusun secara turutan, jika kita menolak jatuh domino yang pertama, ia akan jatuh dan menghempap domino yang kedua dan bersambung sehingga kesemua domino tumbang. Namun seandainya, kita membuang satu domino di antara domino kedua dan keempat, kita dapat elakkan kesemua domino jatuh. Berdasarkan situasi ini, Heinrich percaya bahawa dengan mengganggu rantaian penyebab kemalangan, kecederaan dapat dielakkan. Berdasarkan Heinrich, 5 faktor yang diperkenankan oleh beliau dalam bentuk domino tersebut merujuk kepada :\n\nDomino 1 : Social environment \u2013 keadaan persekitaran yang memberi kesan kepada skil pekerja, kepercayaan dan sikap pekerja seperti kecuaian dan kedegilan.\n\nDomino 2: Kesilapan seseorang (Fault of Person) \u2013 penyebab kepada pekerja tidak memberi tumpuan yang mencukupi kepada tugas\n\nDomino 3: Perbuatan tidak selamat & tindakan tidak selamat \u2013 kesilapan pekerja atau masalah daripada peralatan\n\nDomino 4: Kemalangan\n\nDomino 5: Kecederaan\n\nDalam rajah 4 di bawah, menerangkan bagaimana kemalangan dapat dielakkan. Seandainya kita menghapuskan perbuatan tidak selamat atau keadaan tidak selamat yang berada di tengah-tengah rantaian kemalangan, menyebabkan kemalangan tidak berlaku seterusnya mengelakkan kecederaan kepada pekerja tersebut.\u00a0\n\nPerbuatan tidak selamat (unsafe act/unsafe behavior) merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pekerja yang menyebabkan dirinya, orang lain atau harta benda dalam risiko kecederaan atau kerosakan. Contoh perbuatan tidak selamat seperti tidak memakai alat perlindungan diri ketika melakukan kerja, menggunakan telefon ketika mengendalikan mesin di tempat kerja, dan bermain-main ketika bekerja.\u00a0\n\nManakala keadaan tidak selamat (unsafe condition) adalah risiko atau hazard yang wujud di tempat kerja yang boleh membawa kemudaratan kepada pekerja. Sebagai contoh lantai licin, hazard elektrik, hazard biologi, hazard mekanikal dan lain-lain bahaya.\n\nSecara mudahnya, bagi mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja, kita boleh menghapuskan tindakan tidak selamat (unsafe act/unsafe behavior) dan keadaan tidak selamat (unsafe condition). Memakai alat perlindungan diri yang betul, mematuhi prosedur selamat di tempat kerja merupakan contoh perbuatan yang selamat. Manakala, menyediakan tempat kerja yang selamat dan kondusif dapat mengurangkan keadaan tidak selamat di tempat kerja. Oleh itu, sebagai pekerja adalah menjadi tanggungjawab kita memantau tempat kerja dan diri sendiri supaya tidak terlibat dalam kemalangan." "Bunyi bising di tempat kerja merupakan salah satu hazard yang perlu dikawal supaya ia tidak memberi kesan kepada pekerja di sekitarnya. \n\nStatistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Negara tahun 2021 yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia telah melaporkan sebanyak 3,648 kes disebabkan gangguan pendengaran berkaitan kebisingan pekerjaan dan merupakan kes yang paling banyak direkodkan bawah Statistik Jenis Penyakit dan Keracunan Pekerjaan yang disahkan Tahun 2021. Daripada maklumat ini kita dapat simpulkan bahawa ramai pekerja terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja. \n\nPersoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bising? Berapakah kadar kebisingan yang dikategorikan bunyi bising di tempat kerja? Atau apakah kategori bunyi bising yang ada di tempat kerja?\n\nBunyi bising atau kebisingan adalah bunyi yang menggangu dan tidak dikehendaki. Selalunya ia terhasil daripada persekitaran atau aktiviti manusia. Bunyi bising ini boleh dilihat dalam dua aspek iaitu bunyi bising persekitaran dan kebisingan pekerjaan. Kebisingan pekerjaan merujuk kepada bunyi yang terhasil daripada proses atau mesin yang terdapat di tempat kerja. Contoh pekerjaan yang terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja adalah seperti kerja-kerja mengimpal, pekerja di lapangan terbang, pekerja kuari dan pekerja mengendalikan mesin yang menghasilkan bunyi bising yang berlebihan. Kebisingan ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis antaranya:\n\na. Bising yang berterusan \u2013 bising yang mempunyai perbezaan paras intensiti bising antara maksimum dan minimum yang kurang dari 3dB(A).\n\nb. Bising fluktuasi \u2013 bunyi bising yang mempunyai perbezaan paras antara intensiti yang tinggi dengan yang rendah daripada 3dB(A)\n\nc. Bising impuls \u2013 bunyi yang mempunyai intensiti yang sangat tinggi dalam seperti tembakan senjata api, lagaan besu dan sebagainya. Bunyi yang terjadi dalam jangka masa tertentu sahaja serta berulang. Contohnya bising ketika memotong besi berhenti apabila gergaji itu dihentikan. Terdapatnya kombinasi jenis bunyi di atas, contohnya kebisingan berterusan dan bersela boleh berlaku serentak.\n\nAkta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) telah menggariskan satu peraturan berkaitan bunyi bising yang dikenali sebagai Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019. Peraturan ini telah diwartakan sebagai garis panduan kepada majikan di tempat kerja untuk mengawal bunyi bising di tempat kerja. Majikan wajib mematuhi semua klausa yang tertakluk dalam peraturan ini.\u00a0 Berdasarkan peraturan ini, terdapat beberapa definisi yang perlu diketahui apabila membincangkan tentang bunyi bising iaitu:\n\n\u00b7\u00a0 Bising berlebihan \u2013 paras pendedahan bising harian melebihi 82dB(A), dos bising diri harian melebihi lima puluh peratus, paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) pada bila-bila masa, atau paras tekanan bunyi puncak 140dB(C).\n\n\u00b7\u00a0 Dos Bising Harian \u2013 pendedahan bising kumulatif bagi seseorang pekerja yang dibetulkan bagi hari kerja biasa selama lapan jam.\n\n\u00b7\u00a0 Paras Pendedahan bising harian \u2013 paras tekanan bunyi berterusan setara yang dibetulkan bagi hari kerja biasa selama lapan jam.\n\nDalam peraturan ini, majikan wajib mengenal pasti semua pekerja yang berkemungkinan terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja. Setelah mengenalpasti Kawasan yang bising ini, majikan perlu melakukan penaksiran risiko bunyi bising dengan melantik penaksir risiko bising. Majikan perlu memastikan bahawa pekerja di bawah selian tidak terdedah kepada\n\na) Paras pendedahan bising harian melebihi 85dB(A) atau dos bising diri harian melebihi seratus peratus;\n\nb) Paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115dB(A) pada bila-bila masa; atau\n\nc) Paras tekanan bunyi puncak melebihi 140dB(C).\n\nSelain itu, menjadi tanggungjawab majikan memberi maklumat yang mencukupi berkaitan kesan pendedahan bunyi bising di tempat kerja. Alat perlindungan diri perlulah diberikan kepada pekerja dan latihan penggunaan alat tersebut perlu dilaksanakan dan direkodkan. Sekiranya perlu, ujian pendengaran (ujian audiometrik) perlulah dilakukan bagi mengukur kadar pendengaran pekerja. Pihak majikan juga perlu untuk melaksanakan langkah kawalan bagi mengurangkan bunyi bising di tempat kerja.\n\nKESAN PENDEDAHAN BUNYI BISING KEPADA PEKERJA \n\nMengapa kita perlu mengawal bunyi bising di tempat kerja? \n\nBunyi bising boleh memberi kesan kepada fisiologi manusia dan psikologi manusia. Antara kesan kebisingan kepada pekerja adalah seperti kehilangan pendengaran disebabkan bising (Noise Induce Hearing Loss (NIHL)), kecacatan pendengaran pekerjaan, anjakan ambang standard kekal pekerjaan. Selain itu, bunyi bising juga boleh menggangu tumpuan pekerja ketika melakukan kerja, dan menyebabkan pekerja sukar mendengar arahan atau berkomunikasi. Tambahan lagi, jika pekerja yang mengandung terdedah kepada bunyi bising, kebisingan ini akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. \n\nOleh itu kita perlu mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengurangkan atau menghapuskan bunyi bising di tempat kerja." "Dahulu sewaktu kecil, admin menyangkakan hampir MUSTAHIL negara kita untuk menyaingi kehebatan filem animasi Hollywood.\n\nDi sebalik keterujaan menonton animasi \u2013 animasi klasik hebat seperti Pixar, Disney dan Dreamworks, admin menyimpan harap, walaupun impian ini bagai mimpi di siang hari, dapat menyaksikan Malaysia menghasilkan animasi setanding Hollywood.\n\nDan jujur admin fikir, tak mungkin negara yang tiada budaya animasi boleh capai impian itu. Baik berhenti saja. Bangsa lain lebih berbakat melukis dan mengawal keyframe. bukan bangsa kita..Namun kini dalam hanya 20 tahun lebih, kita di ambang sejarah. Animasi kita mendominasi kutipan di layar perak.\n\nDan paling mengujakan, Mechamato yang masih lagi ditayangkan, telah menumbangkan kesemua animasi Hollywood yang lain seperti Minions, Big Hero 6, Kung Fu Panda, How To Train Your Dragon, Incredibles dll.Kini, Mechamato sikit lagi hendak MENUMBANGKAN filem animasi antarabangsa paling tinggi kutipan di panggung wayang negara, Frozen 2!\n\nBermakna, negara kita kini hampir mengikut jejak langkah Jepun. Di Jepun, filem tertinggi kutipannya adalah animasi hasilan mereka sendiri iaitu Demon Slayer, kemudian Spirited Away, barulah diikuti filem Hollywood Titanic. Filem Avenger dikalahkan oleh Detective Conan. Dan filem Avatar 2 dikalahkan oleh filem Slam Dunk.Inilah ciri \u2013 ciri negara yang maju. Mereka menghasilkan produk \u2013 produk berkualiti tinggi, dan mereka sendiri yang menyokong serta memartabatkannya! Mereka bangga dengan hasilan animasi yang terlahir daripada gerak fikir budaya masyarakat mereka.\n\nMalah yang lebih membanggakan, Jepun pulak kini yang sangat berminat dan suka dengan animasi kita! Mereka terkejut siri seperti Mechamato boleh berjaya di kaca TV tanpa perlu pertarungan berdarah \u2013 darah sampai putus kepala. Mereka tak sangka animasi yang bersahaja dan sarat dengan nilai murni boleh popular tanpa perlu adegan \u2013 adegan menggiurkan atau mencolok mata, yang malangnya telah menguasai DNA animasi Jepun.\n\nAda rakyat Jepun yang sanggup terbang beribu \u2013 ribu kilometer semata \u2013 mata demi animasi keluaran syarikat Malaysia\n\nDi zaman yang kini seluruh ibu bapa sedang risau dengan kartun animasi hasilan Barat yang giat berdakyah, mahukan minda anak \u2013 anak kecil lebih \u2018open-minded\u2019 dengan menerima agenda seksual songsang, tentang dewa dan tuhan mereka (Thor, Hercules dll.). Iya, kita boleh saja menggerakkan usaha sendiri dengan memboikot atau \u2018censoring\u2019.\n\nTETAPI BANGSA MAJU YANG BERMINDA MENANG akan menggantikan konten \u2013 konten Barat dengan produk hasilan sendiri yang bukan saja setanding, malah lebih baik dan tersendiri.\n\nDi kala Barat menyuruh jangan menyanjung ibu, kita memartabatkan kemuliaan emak, di kala mereka menyanjung seks bebas dan kecelaruan gender, kitalah yang mengangkat institusi keluarga.\n\nDan ia adalah tanggugjawab kita untuk menyokong dan mengangkat hasil konten kita, ke persada yang lebih tinggi." "Menjelang masuknya tahun 2023, kita dikejutkan dengan laporan beberapa kes kebakaran yang melibatkan rumah persendirian dan bangunan komersial. Di dada akhbar melaporkan kebakaran di sebuah rumah di Gombak yang melibatkan dua beradik rentung selepas ditinggalkan oleh kedua ibubapa bersendirian di rumah. \n\nSelain itu kita juga dikejutkan dengan kebakaran yang melibatkan bangunan sebuah syarikat tekstil terkemuka di Malaysia iaitu Jakel yang terletak di Shah Alam. Juga dilaporkan satu kemalangan yang melibatkan kebakaran blok rumah pekerja di Pontian yang mana bomba mengambil masa hampir lima jam untuk memadam kebakaran tersebut. \n\nPunca kebakaran bagi setiap kes ini masih belum diketahui dan masih lagi dalam penyiasatan pihak bomba. Kebakaran di rumah dan bangunan komersial bukan sahaja mengorbankan nyawa malahan kemusnahan bangunan itu yang mencecah jutaan ringgit.\n\nApakah punca yang menyebabkan kebakaran boleh berlaku di rumah? \n\nKebakaran boleh berlaku dengan pelbagai cara, namun secara tipikalnya penyebab kebakaran boleh dikategorikan kepada dua iaitu kebakaran disebabkan haba menyalakan bahan mudah terbakar (heat igniting combustible materials) atau kebakaran disebabkan oleh tindak balas kimia (caused by chemical reaction). Di bawah merupakan beberapa punca kebakaran berlaku di rumah :\n\nKebakaran ketika memasak merupakan salah satu faktor penyebab kebakaran di rumah. Kira-kira 49% kebakaran yang dilaporkan berlaku di rumah adalah disebabkan oleh proses memasak di rumah. Penyebab utama adalah disebabkan oleh kelalaian ketika memasak menjadi punca kebakaran berlaku. Selain itu, dapur juga menjadi tempat yang mempunyai punca api yang paling banyak di rumah. Penggunaan tong gas, peralatan elektrik dan peralatan memasak menyebabkan dapur merupakan kawasan yang mempunyai risiko paling tinggi boleh menyebabkan kebakaran berlaku di rumah.\n\nSelain itu, punca kebakaran di rumah adalah disebabkan oleh peralatan pemanasan (heating) dan penyejukan (cooling) mejadi terlalu panas (overheating). Penggunaan peralatan elektrik seperti water purifier, Cuckoo dan Coway akan menjadi panas semasa penggunaannya dan jika kita tidak mematuhi garis panduan penggunaan yang betul, peralatan ini akan menjadi terlalu panas dan menghasilkan haba yang berlebihan (overheating). Ditambah pula dengan kehadiran bahan mudah terbakar berdekatan peralatan-peralatan ini boleh membuatkan kebakaran bermula dan akhirnya merebak ke seluruh bangunan/rumah.\n\nMenurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pada tahun 2021 direkodkan 7,447 kes kebakaran melibatkan struktur. Direkodkan 60 peratus daripada jumlah kebakaran ini berpunca oleh elektrik. Antara punca kebakaran disebabkan elektrik adalah kerosakan pada pendawaian elektrik di rumah. Hal ini boleh berlaku disebabkan oleh pendawaian yang salah, pendawaian lama atau terdapat kerosakan disebabkan oleh persekitan atau haiwan perosak. Selain itu, overload extension juga boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Overload bermaksud kita menggunakan peralatan elektrik berlebihan pada sesuatu plug di rumah. Sebagai contoh kita memasang plug microwave, air fryer dan dapur elektrik pada satu masa pada wire extension boleh menyebabkan overheating berlaku dan peralatan menjadi terlalu panas sehingga mengakibatkan litar pintas.\n\nTahukah anda bahawa putung rokok jika tidak dipadam secara betul boleh menyala dalam beberapa jam. Tindakan membuang putung rokok di merata-rata tempat tanpa sedar boleh menyebabkan kebakaran berlaku jika terdedah kepada bahan mudah terbakar seperti kotak, kayu dan cecair mudah terbakar.\n\nPada hari ini, lilin wangi telah menjadi trend popular di mana kita akan memasang lilin wangi ini untuk menaikkan bau harum dalam rumah. Namun, jika lilin ini tidak diawasi dengan betul ia boleh menyebabkan kebakaran berlaku. Lilin yang diletakkan berdekatan dengan bahan mudah terbakar akan mengambil masa tiga minit untk kebakaran merebak ke seluruh ruang.\n\nMenurut National Fire Protection Agency (NFPA), kira-kira 14000 kes kebakaran berlaku disebabkan bahan kimia setiap tahun. Bahan kimia seperti gasoline, minyak tanah dan thinner adalah bahan kimia yang mudah terbakar dan seandainya terdedah kepada sumber haba ia boleh menyalakan api.\n\nKurang dari 30 saat masa diambil untuk api yang kecil membesar dengan pantas dan dalam masa seminit asap mula merebak ke seluruh ruang bilik dan kurang 3 minit masa untuk asap mula memenuhi seluruh rumah dan suhu mencapai 500\u2019F. Pada suhu ini tiada manusia dapat selamat daripada menjadi mangsa kebakaran. Oleh itu, kita perlu cakna apakah punca yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku di rumah. Dengan itu, kita dapat mengambil langkah-langkah proaktif supaya kebakaran tidak berlaku disebabkan kecuaian kita." "Satu hari di Bumi ditafsirkan sebagai tempoh masa yang diperlukan untuk Bumi berputar sekali putaran pada paksinya. Tempoh masa ini, menurut saintis, adalah 23 jam, 56 minit, dan 4 saat, dan ia seringkali digenapkan sebagai 24 jam. Justeru, untuk kita yang berada di Malaysia, dan bahkan berada di garisan Khatulistiwa, kita boleh membahagikan masa sebagai 12 jam siang dan 12 jam malam secara khusus. Jadi, andaikata Matahari terbit pada pukul 6.30 pagi, kita boleh jangka yang Matahari akan terbenam pada 6.30 petang.\n\nLogik, bukan?\n\nCuma masalahnya, pukul 6.30 petang, dekat Sabah mungkin Matahari dah terbenam, tapi dekat KL, Selangor dan kawasan Semenanjung Malaysia yang lain, Matahari dah terbenam ke?\n\nWaktu Min Greenwich (atau Greenwich Mean Time) adalah sistem waktu yang digunapakai oleh British sejak tahun 1880 lagi. Waktu GMT ini dibuat berpaksikan kepada longitude negara, dengan Greenwich dipilih sebagai GMT+0, dan negara yang berada di sebelah timur Greenwich mendapat nilai tambah (GMT+) dan negara di barat Greenwich akan mendapat nilai tolak (GMT-).\n\nTanah Melayu yang merupakan jajahan British pada waktu itu telah menggunapakai nilai GMT+06:46:46, yang maksudnya kalau waktu di Greenwich adalah pukul 12 tengah hari, pada masa yang sama, waktu di Kuala Lumpur adalah pukul 6.46 petang. Dalam pada masa yang sama, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang memiliki kawasan cerapan mereka sendiri, mempunyai waktu min tempatan mereka sendiri (dipanggil Local Mean Time). Terdapat perbezaan beberapa minit antara masa negeri-negeri ini, menjadikan masa pada waktu itu adalah tidak seragam.\n\nKeadaan ini berterusan sehingga tahun 1901, di mana pihak British mula sedar keperluan untuk menyeragamkan masa antara negeri-negeri di semenanjung. Maka British memilih untuk menggunakan masa tempatan Singapura, iaitu GMT+06:55:25 untuk seluruh Tanah Melayu, bagi membolehkan jadual keretapi dan penghantaran pos dan telegram dapat diseragamkan. Waktu ini kemudian digenapkan kepada GMT+07:00 pada tahun 1905, membolehkan waktu di Tanah Melayu menjadi sekata dengan waktu di Greenwich.\n\nPada tahun 1920, Sistem Jimat Waktu Siang (Daylight Saving Time) mula digunapakai di Tanah Melayu, menjadikan masa di Tanah Melayu berubah dari GMT+07:00 menjadi GMT+07:30, memanjangkan waktu siang selama 30 minit.\n\nMenurut British, hal ini dibuat untuk membolehkan pekerja mempunya masa yang lebih untuk berhibur. Namun perubahan ini dibantah masyarakat pada waktu itu, kerana menurut mereka, 30 minit tambahan adalah tempoh yang lama. Jadi pada tahun 1933, 10 minit dikurangkan dari masa Tanah Melayu, menjadikan Tanah Melayu memakai waktu GMT+07:20.\n\nBagi Sabah dan Sarawak pula, masing-masing menggunakan waktu tempatan, dengan waktu min Kuching dipilih sebagai waktu Sarawak, iaitu GMT+07:21:20, dan waktu min Jesselton dipilih sebagai waktu Borneo Utara. Waktu kedua-duanya diselaraskan kepada GMT+07:30 pada tahun 1926. Tambahan masa 30 minit yang diberi kepada Semenanjung juga turut diberi pada Sabah dan Sarawak, menjadikan GMT+08:00 sebagai waktu rasmi Sabah dan Sarawak.\n\nPenjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu memperlihatkan perubahan sistem masa yang amat ketara \u2013 masa di Semenanjung dan Sabah Sarawak telah diubah mengikut waktu piawai Tokyo, iaitu GMT+09:00. Ini adalah sejam lebih awal dari Sabah Sarawak, dan sejam setengah lebih awal dari Semenanjung.\n\nApabila Jepun kalah Perang Dunia Kedua, British mengambil alih Tanah Melayu dan memperkenalkan semula sistem masa sebelum perang, GMT+07:30 bagi Semenanjung, dan GMT+08:00 bagi Sabah dan Sarawak.\n\nSetelah negara Malaysia terbentuk pada tahun 1963, Malaysia Timur dan Malaysia Barat masih lagi menggunapakai sistem masa yang berbeza, dengan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) adalah GMT+8, dan Malaysia Barat adalah GMT+7:30. Orang yang bertanggungjawab mengubah sistem ini adalah Tun Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-Empat.\n\nPada 21 Disember 1981, Dr Mahathir telah membawa usul untuk menyelaraskan waktu Malaysia. Usul tersebut adalah cadangan untuk mengubah masa Malaysia Timur dari GMT+7:30 kepada GMT+8, mengikut kepada waktu Malaysia Barat. Perubahan ini dicadangkan berlaku pada awal tahun baru, iaitu 1 Januari 1982.\n\nSewaktu usul ini dibahaskan, terdapat bangkangan dari beberapa pihak, antaranya dicadangkan supaya perubahan ini dibuat secara berperingkat dalam masa satu tahun, dan ada juga ahli dewan yang menggesa supaya Sabah dan Sarawak yang mengikut waktu di Semenanjung.\n\nDr. Mahathir menegaskan bahawa penggunaan waktu piawai ini adalah bagus untuk negara. Menggunakan satu sistem waktu yang sama mampu menyatukan rakyat Malaysia.\n\nSebagai contoh, sekiranya ada urusan yang perlu disegerakan pada pukul 8 pagi yang memerlukan penglibatan Kuala Lumpu dan Sabah/Sarawak, orang di Kuala Lumpur perlu menunggu 30 minit sebelum orang di Sabah/Sarawak mula bertugas.\n\nPelancong juga kerap bertanya mengenai waktu Sabah dan Sarawak kerana mereka yang menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuching pada pukul 10 pagi akan sampai pada pukul 12.20 tengahari, sedangkan perjalanan hanyalah memakan masa sejam 50 minit.\n\nSelain bagus untuk Dasar Pandang ke Timur negara pada waktu itu. Hal ini kerana kuasa besar ekonomi pada waktu itu seperti Hong Kong, Taiwan dan Macau juga menggunakan zon masa yang sama, dan ini membolehkan pasaran perniagaan dibuka pada waktu yang sama.\n\nUsul yang dibawa oleh Dr. Mahathir itu tidak mendapat sebarang bantahan dari wakil kerajaan mahupun pembangkang, dan pada 31 Disember 1981, semua jam di Malaysia Barat pada pukul 11.30 malam telah dipercepatkan sebanyak 30 minit, menjadikan jam di Malaysia Barat dan Malaysia Timur tepat 12 malam.\n\nMelihat semula kepada sejarah zon masa Malaysia, mungkin kita sedar sekarang bahawa Malaysia sepatutnya ada dua zon masa yang berbeza \u2013 zon masa untuk Malaysia Timur adalah GMT+8:00, dan zon masa untuk Malaysia Barat adalah GMT+7:00. Ini bermakna apabila Matahari terbit di Sabah pada pukul 6.30 pagi, Matahari akan terbit di Kuala Lumpur satu jam kemudian, pada pukul 7.30 pagi.\n\nBagi kebanyakan warga Kuala Lumpur pula, kebanyakan mereka pastinya akan setuju sekiranya penulis mengatakan bahawa warga Kuala Lumpur akan bangun seawal 5.30 pagi / 6.00 pagi untuk bersiap dan bergegas ke pejabat. Dengan perjalanan yang mungkin memakan masa sejam atau lebih, apabila mereka pulang ke rumah, hari masih lagi cerah, dengan waktu Maghrib sekitar pukul 7.30 malam.\n\nIni bermakna sebenarnya untuk warga Kuala Lumpur, waktu \u201csiang\u201d mereka bermula pada 5.30 pagi, dan ia cuma berakhir pada 7.30 malam, menjadikan jumlah waktu \u201csiang\u201d yang mereka rasa sebenarnya adalah 14 jam, 2 jam lebih panjang dari yang sepatutnya!\n\nTingkah-laku tidur kita pula sebenarnya dikawal oleh jam biologi badan kita, yang turut dipanggil Kitaran Circadian. Menurut kajian Osea Giuntella dari Universiti Pittsburgh dan Fabrizio Mazzonna dari Universit\u00e0 della Svizzera Italiana, kelainan zon masa ini membawa kepada apa yang dipanggil sebagai \u201csocial jet lag\u201d.\n\nIdea mereka adalah pada zaman moden, jom biologi kita kini berada dalam masalah besar. Dengan berada pada zon waktu yang salah, badan kita tidak dapat menyelaraskan siang dan malam berpandukan kepada terbit-tenggelamnya Matahari. Hal ini menjelaskan kenapa orang yang berkerja dalam persekitaran penggiliran malam (night shift) mempunyai kualiti tidur yang kurang berbanding orang yang tidur pada waktu malam.\n\nKeadaan ini diparahkan lagi dengan elektrik dan lampu-lampu yang turut memberi impak kepada Kitaran Cicardian kita, sekaligus menjejaskan kualiti tidur kita. Giuntella dan Mazzonna mendapati bahawa masyarakat US yang berada pada zon waktu yang salah mempunyai risiko lebih besar untuk mendapat penyakit kritikal.\n\nOleh kerana kebanyakan dapatan kajian sekarang masih lagi belum konklusuif, masih ada pelbagai kajian baru yang sedang dibuat di serata dunia bagi mencari hubungkait antara zon masa dengan kitaran circadian manusia.\u00a0 Sekiranya satu hari nanti, dapat dibuktikan bahawa zon masa yang salah memberi impak negatif kepada masyarakat, mungkinkah satu hari nanti Malaysia akan kembali mempunyai dua zon masa?" "\u201cTabung lava dan gua akan menjadi tempat tinggal yang sempurna untuk angkasawan kerana anda tidak perlu membina struktur; anda dilindungi daripada radiasi kosmik yang berbahaya, jadi yang perlu anda lakukan hanyalah menjadikannya cantik dan selesa,\u201d kata Wolfgang Fink, seorang profesor pengajian kejuruteraan elektrik dan komputer di Universiti Arizona.\n\nFink merupakan pengarang utama kertas kerja terbaru dalam Advances in Space Research yang menghuraikan rangkaian komunikasi yang akan menghubungkan rover, pendarat dan bahkan kenderaan selam melalui rangkaian topologi mesh, yang membolehkan mesin-mesin tersebut bekerja bersama sebagai satu pasukan, secara bebas tanpa campur tangan manusia. Menurut Fink dan co-pengarangnya, pendekatan ini dapat membantu dalam menangani salah satu Cabaran Besar Teknologi Luar Angkasa NASA dengan membantu mengatasi keupayaan teknologi semasa untuk melalui persekitaran dengan selamat pada komet, asteroid, bulan dan badan-badan planet. Sebagai penghormatan kepada dongeng \u201cHansel dan Gretel,\u201d para penyelidik menamakan konsep mereka yang masih menunggu paten sebagai paradigma \u201cJaringan Komunikasi Terkini Terapung Gaya \u2018Breadcrumb'\u201d atau DDCN.\n\n\u201cJika anda ingat kisah Hansel dan Gretel, anda tahu bagaimana mereka menjatuhkan serpihan roti untuk memastikan mereka menemui jalan kembali,\u201d kata Fink, pengasas dan pengarah Visual and Autonomous Exploration Systems Research Laboratory di Caltech dan UArizona. \u201cDalam senario kami, \u2018serpihan roti\u2019 ialah sensor-sensor miniatur yang berada di belakang rover, yang dikerahkan saat melintasi gua atau lingkungan subpermukaan yang lain.\u201d\n\nTerus memantau lingkungan mereka dan sedar tentang keberadaan mereka di ruang angkasa, rover-rover tersebut melanjutkan misi mereka sendiri, dalam keadaan terhubung antara satu sama lain melalui penghubung data nirkabel, dan mengerahkan nod-nod komunikasi sepanjang jalan. Setelah rover merasakan signal sedang semakin malap tetapi masih dalam jangkauan, rover tersebut akan menjatuhkan nod komunikasi, tanpa mempedulikan jarak yang sebenarnya telah dilalui sejak meletakkan nod terakhir.\n\n\u201cSalah satu aspek baru adalah apa yang kami sebut sebagai pengerahan yang berkesempatan \u2013 gagasan bahawa anda mengerahkan \u2018serpihan roti\u2019 ketika anda harus melakukannya dan tidak sesuai dengan jadual yang telah dirancang sebelumnya,\u201d kata Fink.\n\nSementara itu, tidak ada keperluan untuk input daripada rover induk; setiap rover subordinat akan menentukan itu sendiri, tambah Fink. Sistem ini dapat bekerja dengan salah satu daripada dua cara, kata Fink. Dalam satu cara, rover induk bertindak sebagai penerima pasif, mengumpulkan data yang dikirim oleh rover-rover yang melakukan eksplorasi. Dalam cara lainnya, rover induk bertindak sebagai pengatur, mengendalikan gerakan rover seperti seorang dalang.\n\nKonsep baru ini berkait rapat dengan paradigma pengintipan bertingkat-skala yang direka oleh Fink dan rakan sekerja pada awal tahun 2000-an. Idea ini membayangkan satu pasukan robot yang beroperasi pada tahap perintah yang berbeza \u2013 misalnya, satu pengorbit mengawal sebuah belon udara, yang pada gilirannya mengawal satu atau lebih pendarat atau rover di permukaan. Misinya di luar angkasa telah menerima konsep ini, beberapa dengan penyertaan penyelidik dari UArizona. Sebagai contoh, di Marikh, rover Perseverance mengawal Ingenuity, sebuah helikopter robotik. Satu konsep untuk misi lain, yang akhirnya tidak dipilih untuk pembiayaan, mengusulkan penghantaran satu pengorbit yang membawa balon dan pendarat tasik untuk mengkaji salah satu laut hidrokarbon di bulan Saturnus, Titan. Pendekatan breadcrumb mengambil satu langkah lebih jauh dengan menyediakan platform yang kukuh dalam membolehkan pemburu harta karun robotik beroperasi di bawah tanah atau dalam persekitaran cecair. Kumpulan robot individu yang bebas dan autonomus seperti itu juga boleh membantu dalam usaha mencari dan menyelamat dalam bangunan runtuh atau bencana alam di Bumi, kata Fink.\n\nFink berkata bahawa cabaran terbesar, selain daripada memasukkan rover ke dalam persekitaran bawah tanah pada mulanya, adalah untuk mengambil data yang direkodkan oleh mereka di bawah tanah dan membawanya kembali ke permukaan. Konsep DDCN membolehkan satu pasukan rover untuk menavigasi persekitaran bawah tanah yang rumit tanpa pernah kehilangan hubungan dengan \u201crover ibu\u201d mereka di permukaan. Dilengkapi dengan sistem pengesanan cahaya dan jarak jauh, atau lidar, mereka boleh memetakan lorong gua dalam tiga dimensi, tidak berbeza dengan pesawat tanpa pemandu yang dapat dilihat menjelajahi kapal angkasa asing dalam filem \u201cPrometheus\u201d.\n\n\u201cSetelah dikerahkan, sensor kami secara automatik membentuk rangkaian mesh tidak terarah, yang bermaksud setiap nod mengemaskini tentang setiap nod di sekelilingnya,\u201d kata Fink, yang pertama kali menghuraikan konsep DDCN dalam satu cadangan kepada NASA pada tahun 2019.\n\n\u201cMereka boleh bertukar-tukar di antara satu sama lain dan menampung tempat mati dan kematian isyarat,\u201d tambah Mark Tarbell, rakan penyelidikan dan saintis penyelidikan kunci di makmal Fink. \u201cJika sesetengah daripadanya mati, masih ada hubungan melalui nod yang masih hidup, maka rover ibu tidak pernah kehilangan hubungan dengan nod yang berada jauh dalam rangkaian.\u201d\n\nRangkaian nod komunikasi yang kukuh memastikan semua data yang dikumpulkan oleh pemburu penjelajah robotik kembali ke rover induk di permukaan. Oleh itu, tidak perlu mengambil semula robot selepas mereka menyelesaikan tugas mereka, kata Fink, yang menerbitkan idea menggunakan kumpulan pengesan permukaan robotik yang boleh dibazirkan pada tahun 2014.\n\n\u201cMereka direka untuk dibazirkan,\u201d katanya. \u201cDaripada membazirkan sumber untuk memasukkan robot ke dalam gua dan kembali keluar, lebih bijak untuk membiarkan mereka pergi sejauh yang mungkin dan meninggalkan mereka selepas mereka menyelesaikan misi mereka, kehabisan kuasa atau terdedah kepada persekitaran yang musuh.\u201d\n\n\u201cPendekatan jaringan komunikasi yang diperkenalkan dalam kertas baru ini berpotensi untuk memperkenalkan era baru penemuan planet dan astrobiologi,\u201d kata Dirk Schulze-Makuch, presiden German Astrobiological Society dan pengarang banyak penerbitan mengenai kehidupan ekstraterestrial. \u201cAkhirnya, ia membolehkan kita untuk meneroka gua tiub lava Marikh dan lautan subpermukaan bulan-bulan berbaldinya \u2013 tempat di mana kehidupan ekstraterestrial mungkin hadir.\u201d\n\nKonsep yang dicadangkan \u201cmempunyai keajaiban\u201d, menurut Victor Baker, Profesor Regents UArizona dalam Hidrologi dan Sains Atmosfera, Geosains dan Sains Planet. \u201cPenemuan yang paling menakjubkan dalam sains berlaku apabila kemajuan dalam teknologi memberikan akses kepada sesuatu atau tempat dan sarana untuk berkomunikasi tentang apa yang telah ditemui kepada minda kreatif yang mencari pemahaman,\u201d kata Baker.\n\nDalam tempat-tempat yang memerlukan robot selam, sistemnya boleh terdiri daripada pendarat yang mengambang di atas tasik, seperti yang mungkin terjadi di Titan, atau duduk di atas ais di samudra sub permukaan seperti di Europa, yang terhubung ke kapal selam, misalnya melalui kabel panjang. Di sini, nod komunikasi akan bertindak sebagai penguat signal dalam interval yang teratur untuk mencegah penurunannya. Paling penting, nod tersebut memiliki kemampuan untuk mengumpulkan data sendiri, seperti mengukur tekanan, salinitas, suhu, dan parameter fisik dan kimia lainnya, dan memasukkan data ke dalam kabel yang terhubung kembali ke pendarat.\n\n\u201cBayangkan anda berhasil ke Europa, anda mencairkan jalan anda melalui mil ais, mencapai samudra sub permukaan, yang mana anda menemukan diri anda dikelilingi oleh kehidupan asing, tetapi anda tidak memiliki cara untuk mendapatkan data untuk cara kembali ke permukaan,\u201d katanya. \u201cItulah senario yang perlu kita hindari.\u201d\n\nSetelah mengembangkan rover dan teknologi komunikasi, kelompok Fink sekarang sedang bekerja untuk membangunkan mekanisme sebenarnya yang dapat digunakan oleh rover untuk mengerahkan nod komunikasi.\n\n\u201cPada dasarnya, kami akan mengajarkan \u2018Hansel\u2019 dan \u2018Gretel\u2019 kami cara menjatuhkan serpihan roti sehingga mereka menjadi jaringan komunikasi mesh yang berfungsi,\u201d kata Fink.\n\nSecara kesimpulannya, artikel ini membincangkan tentang bagaimana teknologi komunikasi rangkaian mesh yang diilhamkan oleh cerita dongeng Hansel dan Gretel dapat digunakan untuk menjalankan misi eksplorasi robotik di gua-gua planet Marikh dan mungkin di tempat-tempat lain di luar angkasa. Rangkaian mesh ini membantu untuk menjaga komunikasi antara robot dan pusat kendali, serta dapat digunakan untuk menjelajahi tempat-tempat yang mungkin tidak dapat dijangkau oleh manusia atau tidak dapat dijangkau dengan mudah. Artikel ini turut mengemukakan bahawa teknologi ini mempunyai potensi untuk membawa kepada penemuan baru dalam bidang sains planet dan astrobiologi.\n\nUniversity of Arizona. \u201cHansel and Gretel\u2019s breadcrumb trick inspires robotic exploration of caves on Mars and beyond.\u201d ScienceDaily. ScienceDaily, 1 March 2023. ." "Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Antartika Chile (Instituto Ant\u00e1rtico Chileno, INACH) buat julung kalinya akan menganjurkan ekspedisi penyelidikan musim sejuk pertama Malaysia ke benua Antartika tahun ini.\u00a0\u00a0\n\nSebelum cerita lanjut tentang ekspedisi ini, jom kita kenal dahulu tentang yayasan ini.\n\nPenubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Jun 2012. Seterusnya, pada 18 Julai 2012, YPASM telah didaftarkan sebagai Syarikat Berhad dengan Jaminan dan tidak mempunyai modal saham, di bawah Akta Syarikat, 1965.\n\nPenubuhan YPASM sebagai sebuah agensi bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah dilancarkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al -Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu pada 19 Julai 2012 di Kuala Terengganu. Baginda, dalam titah baginda, dengan berbesar hati menerima peranan sebagai Penaung yayasan itu. Yayasan itu bertujuan untuk melibatkan lebih ramai saintis Malaysia dalam penyelidikan Antartika dan untuk mengekalkan kehadiran Malaysia di Antartika.\n\nSejak penubuhannya, YPASM telah menyediakan 41 geran penyelidikan polar, 13 beasiswa dan 14 sokongan dermaga Antartika kepada stesen penyelidikan di Antartika bernilai RM8,018,780 terutamanya kepada saintis muda Malaysia. Kebanyakan projek penyelidikan yang dibiayai oleh yayasan itu disasarkan untuk menyumbang kepada pemahaman kita tentang cara planet ini berfungsi dan dalam meramalkan bagaimana ia akan berubah.\n\nMenyedari keperluan untuk mengekalkan penglibatan Malaysia dalam penyelidikan polar, YPASM memperkenalkan Inisiatif Perkongsian Pintar YPASM dengan kerjasama lapan universiti tempatan \u2013 Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Malaysia Pahang.\n\nYayasan ini juga menganjurkan program pendidikan dan jangkauan seperti kem sains kutub, sesi perkongsian, pertandingan, dan pameran untuk pelajar dan orang ramai. Selain memberi pendedahan kepada belia tentang penglibatan Malaysia di wilayah Kutub (Antartik dan Artik), program ini disasarkan untuk memupuk minat dalam pendidikan sains dan perubahan iklim global serta meneroka penyelesaian mengenai isu tersebut. Melalui pembelajaran secara langsung, belia boleh lebih memahami dan menghormati sejarah, budaya, dan kepelbagaian ekologi di wilayah Kutub.\n\nEkspedisi semasa musim sejuk dengan cuaca ekstrem di Antartika ini akan dijalankan selama enam bulan antara Mac hingga September 2023.\n\nPenyelidik terpilih, Prof. Dr. Justin Sentian dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah bakal melakar sejarah selaku rakyat Malaysia pertama menyertai ekspedisi ini, sekaligus menjadikannya penyelidik Malaysia paling lama berada di benua paling sejuk dunia itu. Sepanjang di Antartika, Prof. Dr. Justin akan tinggal dan melakukan kajian di stesen Profesor Julio Escudero milik negara Chile yang terletak di Pulau King George, Antartika.\n\nProf. Dr. Justin telah menerima geran penyelidikan khas bernilai RM150,000 daripada YPASM untuk projek berkaitan perubahan iklim bertajuk \u2018Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika Dalam Keadaan Cuaca Melampau\u2019.\n\nKajian tiga tahun yang dijalankan dengan kerjasama INACH dan University of Santiago ini akan mengkaji peranan halokarbon reaktif terhalogen dalam kimia ozon permukaan dan keadaan meteorologi di bawah keadaan cuaca musim sejuk yang melampau. Halokarbon merupakan gas rumah hijau yang boleh menyumbang kepada perubahan iklim, dan ia juga bertanggungjawab terhadap kehilangan ozon stratosfera sejak beberapa dekad kebelakangan ini.\n\nSemasa berucap di sidang media yang diadakan di pejabat YPASM hari ini, Tan Sri Dato\u2019 Dr. Salleh Mohd Nor, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPASM berkata, \u201cUmum mengetahui bahawa Antartika adalah \u201clitmus\u201d kepada kesan perubahan iklim dunia, lohong lapisan ozon yang pertama telah ditemui di Antartika walaupun tiada penempatan kekal di benua ini yang membuktikan betapa sensitif benua ini kepada kesan perubahan iklim.\n\n\u201cJusteru, adalah amat penting untuk penyelidik Malaysia terus aktif menjalankan penyelidikan di Antartika bersama-sama penyelidik dunia yang lain untuk terus menyumbang kepada kefahaman proses perubahan iklim yang berlaku di benua ini. Maklumat berfakta daripada saintis-saintis seluruh dunia termasuk Malaysia adalah amat penting dalam proses membuat dasar berkaitan perubahan iklim.\u201d\n\nSementara itu dalam majlis yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPASM, En Nasaruddin Abd Rahman menyatakan, \u201cSelain aspek penyelidikan, YPASM juga berharap agar ekspedisi ini akan dapat menonjolkan semangat \u2018Malaysia Boleh\u2019 melalui Prof. Dr. Justin yang akan menguji ketahanan diri dengan tinggal di Antartika dalam keadaan cuaca melampau dan waktu malam yang panjang selama enam bulan di stesen ini.\n\n\u201cSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Chile melalui rakan kerjasama INACH yang telah sudi menjadi hos kepada Prof Justin di stesen Profesor Julio Escudero selama enam bulan. Semoga kerjasama penyelidikan Polar antara dua negara ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang,\u201d ujar beliau lagi.\n\nProf. Dr. Justin akan bertolak ke Antartika dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023 dan dijangka tiba di Antartika pada 21 Mac 2023. Prof. Dr. Justin Sentian ialah seorang saintis atmosfera yang kini mengetuai Kumpulan Penyelidikan Perubahan Iklim di Fakulti Sains dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau juga merupakan felo penyelidik di Pusat Kajian Bencana dan Unit Penyelidikan Air UMS. Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Pengurusan EcoCampus UMS (2014-2017) dan Pusat Jaringan Industri dan Komuniti UMS (2017-2018). Pada 2009, beliau menerima Anugerah Biasiswa Komanwel untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam sains atmosfera di Universiti East Anglia (UK). Beliau juga merupakan pemegang biasiswa Kerajaan Malaysia ke Lancaster University (UK) yang membolehkannya memperoleh ijazah kedoktoran pada 2009 dengan pengkhususan bidang kimia atmosfera dan perubahan iklim. Sebelum pelantikannya di UMS, beliau bertugas sebagai Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar Persekutuan selama tujuh tahun.\n\nKebanyakan sumbangan penyelidikan dan penerbitan beliau adalah dalam bidang kimia atmosfera, perubahan iklim, kualiti udara, meteorologi, pemodelan pencemaran alam sekitar serta penilaian kesan alam sekitar. Beliau telah membentangkan lebih daripada 60 kertas kerja di persidangan, seminar dan bengkel antarabangsa dan nasional. Beliau telah dijemput untuk memberi syarahan tentang kerja penyelidikannya dalam beberapa syarahan pleno. Setakat ini, beliau telah menerbitkan lebih daripada 80 kertas penyelidikan dalam jurnal dan prosiding antarabangsa serta kebangsaan.\n\nPenyelidikan semasa beliau memfokuskan kepada lima projek: a) Perubahan iklim serantau resolusi tinggi di Asia Tenggara/Malaysia; b) Kesan perubahan iklim, kelemahan, dan penyesuaian; c) Fluks gas rumah hijau merentasi kecerunan hutan tropika, yang merupakan penyelidikan kerjasama dengan Pusat Ekologi dan Hidrologi, Universiti Edinburgh dan dibiayai sepenuhnya oleh NERC, UK; d) Pelepasan halokarbon reaktif jangka pendek dari persekitaran pantai tropika, yang merupakan kerjasama penyelidikan dengan konsortium penyelidikan daripada beberapa universiti Eropah dan dibiayai sepenuhnya oleh Kesatuan Eropah dan NERC, UK; e) pertukaran troposfera-stratosfera (STE) ozon di latitud lebih tinggi (Antartika), yang merupakan penyelidikan kerjasama yang dibiayai oleh Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini beliau telah dilantik oleh Asian Development Bank sebagai pakar perubahan iklim untuk Malaysia dalam penyiasatan kerentanan perubahan iklim dan penyesuaian di pantai timur Sabah. Beliau juga dilantik sebagai ketua projek dalam beberapa kerja perundingan \u2013 Yayasan Asia untuk mengkaji keterangkuman dasar ekonomi hijau di Sabah; WWF untuk mengkaji potensi biofuel dalam sektor agroforestry; dan lebih daripada 20 perundingan EIA berfungsi sebagai ketua projek untuk pelbagai projek. Beliau juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah khususnya kualiti udara dan perubahan iklim.\n\nHebat! Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita doakan agar ekspedisi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.**Sumber gambar artikel : https://www.thepatriots.asia/wujudkah-piramid-binaan-alien-di-antartika/" "\u201cMakhluk rumpai laut berukuran 5,000 batu persegi sedang menuju ke Amerika Utara dan boleh menimbulkan kekacauan di pantai seluruh Florida, Mexico dan Caribbean\u201d, mengikut laporan Denise Chow daripada NBC News.\u00a0\n\nKumpulan rumpai laut yang tebal \u2013 yang dikenali sebagai Great Atlantic Sargassum Belt \u2013 bukanlah sesuatu yang baru, dan saintis mengatakan bahawa saiznya sangat besar sekarang. Sargassum bersaiz raksasa seperti selimut terapung di Lautan Atlantik nampaknya tiba di pantai beberapa bulan lebih awal daripada kebiasaan pada tahun ini, yang mana dikatakan \u201ctidak menjanjikan musim panas dengan pantai yang bersih pada 2023,\u201d oleh Brian Lapointe, seorang ahli ekologi di Florida Atlantic University, kepada Livia Albeck-Ripka dan Emily Schmall daripada The New York Times.\n\n\u201cSargassum biasanya tiba di pantai pada bulan Mei, kemudian mencapai puncaknya pada bulan Jun dan Julai. Tetapi kini, rumpai laut ini sudah mulai terkumpul di pantai di Key West, Florida dan juga di Cancun, Mexico serta Playa del Carmen dan Tulum.\u00a0\n\n\u201cRumpai-rumpai ini semakin besar dan besar, dan tahun ini kelihatan seperti saiz terbesar yang pernah direkodkan,\u201d kata Lapointe kepada The Times.\n\nSecara umumnya, rumpai laut Sargassum mengapung di antara Afrika Barat dan Teluk Mexico. Di tengah-tengah Lautan Atlantik, rumpai ini memberikan beberapa manfaat, seperti menyerap karbon dioksida dan memberikan perlindungan kepada pelbagai haiwan marin, termasuk beberapa ikan, krustasea dan penyu laut.\n\nTetapi apabila kusut rumpai laut ini tiba di pantai, mulalah berlakunya masalah. Rumpai ini akan terkumpul di pantai dan mulai membusuk, melepaskan gas hidrogen sulfida yang beracun ke udara. Dikenali sebagai \u201cgas kumbahan\u201d atau \u201cgas rawa\u201d, gas tidak berwarna ini berbau seperti telur busuk sehingga menyebabkan wujudnya masalah pernafasan dan neurologi kepada manusia.\u201d\n\nKehadiran Sargassum ini telah menjauhkan para pelancong dan menyebabkan impak negatif pada ekonomi hotel, restoran dan perniagaan lain yang bergantung pada pelancong untuk kehidupan mereka. Tahun ini, ketibaannya yang awal telah menjadi masalah pada industri pelancongan di Pantai Teluk Florida kerana sudah berhadapan dengan kesan merbahaya gelombang pasang merah.\n\n\u201cKeadaan ini tidak menyenangkan,\u201d kata Melinda Simmons, seorang saintis marin di Universiti Jacksonville, kepada Robert Speta daripada First Coast News. \u201cSama ada anda berenang atau berjalan di dalamnya, pasti akan berbau busuk. Kemudian orang tidak mahu datang ke pantai.\u201d\n\nSelain itu, Sargassum boleh menyukarkan pelayaran bot melalui perairan pantai. Rumpai ini boleh menyumbat injap hisap loji penapisan air laut dan loji pembekal kuasa, yang boleh menyebabkan kekurangan air dan masalah lain. Rumpai ini juga boleh menghalang cahaya mengenai tumbuhan dan haiwan yang berada di bawah permukaan air dan menyukarkan penyu laut merangkak ke habitat tempat bertelur mereka atau ke laut.\n\nWalaupun komuniti dan pihak tempat peranignan cuba mengeluarkan sebanyak mungkin rumpai laut daripada pantai, proses tersebut adalah mahal dan memerlukan tenaga kerja yang banyak. Dan setelah mereka mengeluarkan sargassum, mereka kemudian harus mencari jalan untuk membuangnya. Sargassum mengandungi logam berat, termasuk arsenik, yang boleh membuatnya berbahaya jika digunakan sebagai baja atau kompos. Usahawan cuba mencari penyelesaian inovatif untuk masalah sargassum \u2013 seperti menenggelamkannya ke dasar laut atau menggunakannya untuk bahan bangunan \u2013 tetapi sejauh ini mereka masih berjuang untuk menjadikannya komersial.\n\nSaintis telah mengesan rakit sargassum Atlantik selama bertahun-tahun. Tetapi pada tahun 2011, mereka mula menyedari bahawa ia semakin bertambah besar setiap tahun. Blok coklat ini kini begitu besar sehingga boleh dilihat dari angkasa, dan penyelidik menggunakan imej satelit untuk mengawalinya.\n\nPara saintis tidak pasti apa yang menyebabkan pertumbuhan Sargassum yang semakin pesat, tetapi mereka menduga aktiviti manusia mungkin sebahagian puncanya. Menerusi pemerhatian, kumpulan Sargassum cenderung berkembang secara bermusim, pada waktu yang sama apabila sungai-sungai utama seperti Congo, Mississippi, dan Amazon mengalir ke Lautan Atlantik. Daripada pola ini, mereka telah menyimpulkan bahawa sisa terbuang daripada baja, pembalakan hutan, dan pembakaran biojisim secara tidak sengaja telah mengaktifkan rumpai laut tersebut. Selain itu, peningkatan suhu laut disebabkan oleh perubahan iklim kerana kegiatan manusia juga mungkin salah satu penyebabnya.\n\n\u201cSaya telah menggantikan kegelisahan perubahan iklim dengan kegelisahan Sargassum,\u201d kata Patricia Estridge, seorang pengasas bersama dan CEO Seaweed Generation, sebuah syarikat yang berpusat di Scotland yang bertujuan menggunakan rumpai laut untuk mengeluarkan pelepasan karbon, kepada Guardian\u2018s Zan Barberton.\n\nArtikel \u201cA 5,000-Mile-Wide Mass of Seaweed Is Heading for Florida and Mexico\u201d oleh Sarah Kuta di pautan https://www.smithsonianmag.com/smart-news/a-5000-mile-wide-mass-of-seaweed-is-heading-for-florida-and-mexico-180981795/\n\nSumber gambar artikel : https://www.itv.com/news/2023-03-16/concern-as-5000-mile-long-mass-of-seaweed-heads-to-florida" "Pada awal minggu ini, pentadbiran Biden telah meluluskan salah satu pembangunan minyak terbesar di tanah persekutuan, yang mana dikenali sebagai projek Willow yang dikatakan akan merosakkan usaha AS untuk menghapuskan bahan api fosil di seluruh dunia.\n\nSelama beberapa minggu, pembangunan minyak di Alaska ini yang lebih daripada 4,000 batu dari White House telah menjadi tumpuan perdebatan negara tentang perubahan iklim.\u00a0\n\nHal ini menarik perhatian aktivis dan anak muda yang bersatu dalam talian untuk mencuba menghalangnya. Bagi pemimpin dan penduduk Alaska, ini adalah keputusan persekutuan yang paling penting yang dihadapi negara mereka, dengan ramai yang menuntutnya sebagai kesejahteraan ekonomi. Pemimpin industri minyak berkata ia adalah kunci kepada hubungan masa hadapan mereka dengan Presiden Biden.\n\nApa sebenarnya projek ini? Inilah yang anda perlu tahu tentang Willow.\n\nWillow ialah sebuah rizab minyak di Arctic Alaska yang dikawal oleh syarikat minyak ConocoPhillips yang terletak di North Slope, Alaska, kurang daripada 30 batu dari Lautan Arctic.\n\nKawasan ini terletak di National Petroleum Reserve-Alaska atau NPR-A, tanah awam terbesar negara. Kawasan ini, yang kira-kira saiz Indiana, telah dikenal pasti oleh Presiden Warren G. Harding pada tahun 1923 dan ditetapkan khusus untuk pembangunan minyak dan gas oleh Akta Pengeluaran Rizab Petroleum Laut Tentera Laut pada tahun 1976. Undang-undang tersebut mewujudkan peraturan khusus untuk pengeluaran minyak dan gas serta menetapkan beberapa kawasan untuk \u201cperlindungan maksimum\u201d alam sekitar. Hari ini, kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang paling menjanjikan di AS untuk minyak baru, tetapi juga menjadi habitat penting untuk beruang kutub serta puluhan ribu rusa migrasi dan burung air.\n\nWillow kini merupakan projek minyak terbesar yang sedang dipertimbangkan di negara ini, menurut firma perunding Wood Mackenzie. ConocoPhillips menjangkakan kosnya antara $8 bilion hingga $10 bilion.\n\nHal ini menjadikannya sebagai satu keutamaan penting untuk aktivis iklim. Mereka berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil sebagai cara untuk mengurangkan emisi yang menyebabkan perubahan iklim, dan telah mencuba menghentikan pelaburan besar seperti ini sebagai cara untuk mendorong dunia jauh daripada minyak. Terutamanya projek ini yang dilihat rentan terhadap campur tangan awam kerana ia berada di tanah persekutuan dan memerlukan permit persekutuan untuk terus maju, apatah lagi Biden telah berjanji untuk mengakhiri pengeboran minyak (oil drilling) baru di tanah persekutuan.\n\nConocoPhillips telah memegang lesen untuk membangunkan minyak bagi kawasan itu sejak akhir 1990-an dan telah menemui Willow dengan dua sumuran pengesan yang digali pada tahun 2016. Setelah kira-kira lima tahun permit dan perlawanan melalui undang-undang, pentadbiran Biden meluluskan projek untuk mempunyai sehingga tiga tapak pengeboran dengan 199 sumuran secara keseluruhan. Keadaan ini memperkecilkan projek daripada lima tapak yang awalnya dicadangkan oleh ConocoPhillips yang telah mengikuti cadangan semakan kerajaan untuk mengekalkan pembangunan luar daripada tapak sarang loon kuning dan laluan migrasi rusa.\n\nBiro Pengurusan Tanah menjangkakan bahawa Willow boleh menghasilkan 576 juta tong minyak selama 30 tahun.\n\nKerja pertambangan kerikil dan pembinaan jalan telah bermula untuk pembangunan ini, yang akan mempunyai kesan seluas 499 ekar, mengikut keputusan akhir pentadbiran. Untuk perbandingan, luas itu dua setengah kali lebih besar daripada kawasan yang baru-baru ini diperoleh oleh pasukan bola sepak Washington Commanders untuk membina stadium baru mereka. Rancangan Willow termasuklah beratus-ratus batu jalan dan paip, landasan kapal terbang, perlombongan kerikil, dan fasiliti pemprosesan baru di tengah tundra dan kawasan basah Arctic yang terjaga.\n\nPembakaran minyak Willow juga akan melepaskan karbon dioksida dengan anggaran 239 juta metrik tan semasa tempoh 30 tahun projek \u2013 atau bersamaan dengan memandu 1.7 juta kereta berkuasa petrol setiap tahun.\n\nMenurut anggaran pentadbiran Biden, walaupun Willow tidak dibina, Amerika Syarikat dan seluruh dunia masih akan membakar sejumlah besar bahan bakar fosil. Pilihan yang lebih bersih, menurut anggaran, hanya akan menyumbang kira-kira separuh daripada permintaan tenaga yang akan dipenuhi oleh Willow.\n\nPerlanjutan Willow akan mencipta sekitar 70 juta metrik tan CO2 tambahan daripada projek pelepasan gas rumah hijau di Amerika Syarikat \u2013 dan 60 juta tan lagi di peringkat antarabangsa \u2013 yang bersamaan dengan hanya 0.03 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau Amerika Syarikat pada tahun 2021, menurut anggaran tersebut.\n\nPenyokong projek Willow menyatakan bahawa minyak baru daripada Alaska akan membantu memastikan AS mempunyai bekalan tenaga domestik yang dapat dipercayai. Hal ini penting untuk mengurangkan kebergantungan negara dan sekutunya pada pembekal minyak yang sering dikendalikan oleh rejim autoritarian dan peraturan alam sekitar yang lemah. Willow juga dianggarkan akan menghasilkan bilion dolar dalam aktiviti ekonomi dan pendapatan cukai di Alaska, yang mana pemimpin negeri dan banyak penduduk asli Alaska mengatakan mereka memerlukan peningkatan ekonomi.\n\nNamun, akses kepada minyak seperti itu juga akan memanjangkan kebergantungan negara pada bahan bakar fosil, tanpa jaminan teknologi akan tersedia untuk menghentikan impaknya terhadap perubahan iklim. Oleh kerana pentadbiran Biden meluluskannya, projek ini juga boleh menggugat kredibiliti presiden dalam mempromosikan negara-negara lain untuk mengembangkan alternatif yang lebih bersih daripada minyak dan gas asli. Namun, kebanyakan penduduk tempatan kurang berasa bersemangat tentang pendapatan minyak dan lebih bimbang akan projek ini mungkin akan merosakkan populasi haiwan tempatan yang penting untuk komuniti, merosakkan kualiti udara kawasan, dan menyebabkan tumpahan minyak, kebocoran, dan letupan yang boleh berlaku dengan pembangunan minyak besar.\n\nAktivis-aktivis melancarkan protes yang agresif terhadap projek Willow kerana sebahagian besarnya mengharapkan pada janji-janji Biden untuk memberi keutamaan kepada perlindungan alam sekitar, perubahan iklim dan mengakhiri pengeboran di tanah awam. Pegawai-pegawai pentadbiran mengatakan bahawa isu-isu tersebut mempengaruhi keputusan mengenai projek tersebut, tetapi tidak mencukupi untuk menghalangnya.\n\nMereka mengatakan bahawa mereka terbatas dengan undang-undang yang mentadbir NPR-A dan kontrak sewa yang dipegang oleh ConocoPhillips sebelum pentadbiran Biden mengambil alih. Undang-undang tersebut memberikan hak kepada syarikat yang memegang kontrak sewa seperti itu untuk mengembangkan projek dan juga memberi kedudukan undang-undang yang kuat untuk menentang kerajaan jika cuba untuk menghalang kerja tersebut. Jika ditolak, ConocoPhillips boleh menuntut dan berpotensi memenangi berbillion-bilion dolar pada kos pembayar cukai, dan masih boleh mengembangkan projek tersebut, menurut pakar-pakar undang-undang.\n\nFaktor-faktor lain juga mungkin memainkan peranan. Antaranya, Biden telah banyak ditekan oleh pegawai-pegawai Alaskan dalam isu ini selama menjadi Presiden, dan beliau memerlukan dua orang daripada mereka iaitu Senator Lisa Murkowski (R-Alaska) yang moderat dan Wakil Rakyat Mary Peltola (D-Alaska) \u2013 untuk meluluskan penama-penama dan agenda beliau melalui Kongres. Beliau juga telah berjanji kepada pengundi-pengundinya bahawa beliau akan memperjuangkan harga minyak dan petrol yang tinggi, dan mengakui dalam beberapa bulan terakhir bahawa minyak mungkin masih memainkan peranan penting dalam ekonomi jauh ke masa hadapan. Dasar-dasar iklim terbesarnya sejauh ini lebih memberi tumpuan kepada membina dan menggalakkan pengguna untuk menggunakan tenaga yang lebih bersih daripada membatasi pengeluaran bahan api fosil.\n\nArtikel diterjemahkan daripada artikel asal oleh Timothy Puko, The Washington Post bertajuk \u201cWhat is Willow? How an Alaska oil project could impact the environment?\u201d di pautan https://www.washingtonpost.com/climate-environment/2023/03/17/willow-project-alaska-oil-drilling-explained/\n\nSumber gambar artikel : https://edition.cnn.com/2023/03/14/politics/inside-willow-project-approval-biden-haaland-climate/index.html" "PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) ialah sebuah institusi terbaik Malaysia secara keseluruhan, dan tertinggi dalam senarai Peringkat Universiti Dunia QS mengikut subjek bagi tahun 2023.\n\nDalam senarai tersebut, UM berjaya mendapatkan kedudukan bagi 36 subjek, termasuk 15 berada dalam kategori 100 teratas di dunia (turun dua subjek berbanding dengan 17 pada tahun lalu), dan universiti ini turut menghasilkan beberapa penyelidikan berkualiti tinggi dan merupakan universiti yang paling banyak kolaboratif bagi penyelidikan antarabangsa.\n\nDua subjek UM iaitu Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat, dan Kajian Teologi, Kepastian dan Agama berjaya mendapat tempat dalam 50 teratas di dunia.\n\nSubjek Kimia di UM pula telah menjadi subjek yang paling meningkat prestasinya di Malaysia, dengan menaiki 33 tempat dan mencapai tempat ke-104.\n\nDua subjek lain di universiti ini yang mencapai peningkatan prestasi terbesar ialah Perubatan, yang menaiki 16 tempat ke posisi yang ke-128, dan Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan, menaiki lapan tempat ke posisi yang ke-52.\n\nNaib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor menyatakan keyakinannya bahawa universiti tersebut akan terus meningkatkan prestasinya.\n\nBeliau berkata, pelaksanaan pelan strategik universiti akan membawa UM menjadi universiti yang mampan dan dinamik yang mampu menghasilkan pemimpin, memberikan ilmu pengetahuan, dan menyediakan penyelesaian yang akan memberi impak kepada negara.\n\n\u201cSaya gembira apabila komuniti UM terus menempatkan Malaysia di pentas global melalui dedikasi, komitmen, dan kerja keras dalam berkhidmat kepada negara dan memberi impak kepada dunia.\u201d\n\nDalam aspek jumlah mata pelajaran yang dinilai, UM diikuti oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang mana masing-masing mempunyai 24 mata pelajaran yang dinilai.\n\nDikeluarkan pada 6 petang Rabu (22 Mac), penilaian ini menawarkan data bebas mengenai prestasi program-program di universiti-universiti Malaysia.\n\nDaripada 210 program, 56 meningkat, 53 menurun, dan 90 tidak berubah, manakala 11 program dinilai untuk kali pertama.\n\nDengan peningkatan keseluruhan sebanyak 82%, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) merupakan institusi yang paling banyak mencatat peningkatan di dunia. Tidak ada mata pelajaran yang dinilai menurun dalam kedudukan tahun ini, menjadikan UTP sebagai salah satu daripada hanya lapan universiti di dunia dengan 10 atau lebih subjek yang mencapai pencapaian ini.\n\nNaib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, kedudukan tersebut mengungkapkan keberkesanan strategi komprehensif universiti untuk menjadi universiti yang mampan, dinamik, dan digital.\n\n\u201cKami akan terus berusaha untuk mengungguli pencapaian akademik, penyelidikan dan pengalaman pelajar. Dalam penyelidikan dan inovasi, kami akan menyokong inisiatif transisi tenaga PETRONAS menuju sifar karbon dalam usaha kami menuju keunggulan global yang mampan,\u201d tambah Prof Mohamed Ibrahim.\n\nUniversiti Taylor juga meningkat sebanyak 42% dalam kedudukan dan mempunyai tiga program teratas dalam kategori 100 teratas, iaitu Pengurusan Hospitaliti & Perlancongan, Seni & Reka Bentuk, dan Pengajian Perniagaan & Pengurusan. Universiti ini juga merupakan salah satu daripada 20 institusi yang paling banyak meningkat dengan 10 atau lebih mata pelajaran yang dinilai.\n\nNaib Canselor dan Presiden Taylor\u2019s University, Prof Michael Driscoll mengaitkan kejayaan institusi ini dengan pendekatan inovasi kurikulum dan kebolehupayaan mengadaptasi terhadap lanskap pendidikan yang berubah-ubah. Beliau berkata universiti ini sentiasa memperbaharui program-programnya untuk memastikan graduan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri yang dinamik dan sentiasa berubah.\n\nUniversiti UCSI pula mengekalkan status sebagai universiti teratas di Malaysia bagi muzik dan seni persembahan dengan program Performing Arts-nya yang menduduki tempat ke-21 di peringkat global. Naib Canselor UCSI, Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, kedudukan terbaru ini menunjukkan bahawa universiti ini membawa impak dalam bidang akademik dan industri.\n\n\u201cMenjaga trajektori bagi tahun demi tahun bukanlah perkara yang mudah dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan, pelajar dan pihak berkepentingan UCSI atas usaha mereka yang berterusan.\u201d\n\n\u201cDalam keadaan banyak perkara yang mendorong, kami masih fokus untuk berkembang dan memenuhi keperluan ekonomi yang sentiasa berubah. Kami tidak mahu graduan kami hanya menyesuaikan diri dengan perubahan \u2013 kami mahu mereka memacu perubahan itu.\u201d\n\n\u201cMaju ke hadapan, kami akan melakukan lebih banyak perkara dalam bidang penyelidikan, kerjasama antarabangsa, perkongsian industri dan kepimpinan pemikiran.\u201d\n\nKedudukan-kedudukan ini telah dikompilasi oleh pengkaji pendidikan tinggi global QS, menyediakan analisis bandingan bebas mengenai prestasi lebih daripada 15,700 program universiti individu, yang diambil oleh pelajar di 1,594 universiti yang terdapat di 93 lokasi di seluruh dunia, meliputi 54 disiplin akademik dan lima bidang fakulti yang meliputi Sastera dan Kemanusiaan, Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Hayat, Sains Semulajadi dan Sains Sosial.\n\nMenurut QS, kedudukan subjek ini adalah yang terbesar dan memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana kecemerlangan dan daya saing global dalam pendidikan tinggi dicapai.\n\nBen Sowter, Naib Presiden Kanan di QS berkata universiti Malaysia telah mengalami pertumbuhan dan kejayaan yang pesat.\n\n\u201cMalaysia kini menikmati skor yang lebih tinggi daripada purata dalam semua penunjuk QS kecuali Reputasi Akademik. Oleh itu, pelaburan dan penswastaan yang lebih besar diperlukan untuk menyokong peringkat pembangunan negara yang seterusnya, termasuklah pelaburan berorientasikan penyelidikan yang berterusan untuk memastikan komuniti akademik antarabangsa mengiktiraf kemajuan ini.\u201d\n\nhttps://www.thestar.com.my/news/nation/2023/03/22/um-leads-m039sian-varsities-in-qs-world-university-rankings\n\nSumber gambar : https://sacbu.com/news/2023-qs-world-university-rankings-top-universities" "Sewaktu sedang membaca email peribadi, saya terjumpa satu email menarik. Email ini merupakan satu pertanyaan yang dihantar oleh seorang pelajar sekolah dalam tulisan saya yang lain, \u201c4 Fenomena Lebih Laju dari Cahaya\u201d. Soalan pelajar ini berbunyi begini:\n\n\u201cHi, saya Gerrad, saya Seorang pelajar dari SMK XXXXX.\n\nPada masa ini, saya rasa masa lebih laju dari cahaya. Sebab sebelum cahaya bergerak masa juga turut bergerak kerana kita mengukur mengunakan masa. (teori saya) kalau tidak ada masa maka kita jugak tidak tahu berapakah masa untuk mengukur cahaya tersebut. Tapi bagaimana dengan jarak pula, apakah mengukur cahaya dan masa tapi jarak sejauh manakah kita ingin mengukur jarak.\n\nSebagai intiha, soalan saya adalah manakah yang lebih laju di antara kedua-dua benda ini \u201cdetik masa atau cahaya \u201d?\u201d\n\nSoalan ini sebenarnya adalah satu soalan yang amat menarik, dan untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat kepada salah satu idea besar dalam Fizik Moden, iaitu Teori Relativiti.\n\nApabila berbicara tentang masa, pada asalnya, terdapat dua sudut pandang tokoh pemikir kita mengenai masa. Sudut pandang pertama adalah pandangan bahawa masa itu adalah sesuatu yang subjektif \u2013 ia hanya mempunyai nilai apabila wujudnya sesuatu yang memberikan nilai kepadanya. Pandangan yang kedua pula adalah pandangan bahawa masa ini wujud secara hakiki, dalam erti kata lain, adanya masa yang sentiasa berdetik di sebalik tabir alam ini semenjak dari permulaan alam semesta.\n\nAristotle merupakan antara pemikir utama yang cuba memahami masa. . Menurut Aristotle, masa ini wujud sebagai manifestasi satu bentuk korelasi (atau kesan-akibat) apabila suatu peristiwa terjadi. Masa hanya wujud apabila berlakunya perubahan, dan tanpa perubahan, tanpa kesan dan akibat, maka masa itu tidak dapat memanifestasikan dirinya sendiri.\n\nIdea Aristotle ini membawa kepada perlunya pemerhati bagi mencerap masa. Hal ini kerana masa menjadi satu benda yang subjektif bagi Aristotle, tidak ubah seperti benda subjektif yang lain, seperti \u201ccantik\u201d. Cantik adalah satu sifat yang subjektif, yang disandarkan semula kepada pemerhati. Sebagai contoh, bagi mereka yang pernah melihat aurora di Kutub Utara, mereka pastinya merasakan bahawa Aurora adalah fenomena alam yang cantik dan indah. Namun, bagi beruang kutub yang tinggal di Kutub Utara pula, aurora hanyalah sekadar cahaya langit \u2013 tidak cantic dan tidak buruk di mata mereka, kerana mereka tidak mampu memahami konteks \u201ccantik\u201d dari sudut pandang manusia.\n\nMasa sebagai satu benda yang relatif dan hanya terbit hasil dari persepsi minda kita dipanggil sebagai Masa Relatif (English: Relative time). Sudut pandang ini ralativisme ini dipegang oleh orang ramai dari zaman Aristotle (abad ke-4) sehinggalah ke zaman Newton (abad ke-17), apabila Newton berani mencabar idea Aristotle itu dengan penciptaan ideanya sendiri.\n\nDalam karya agungnya Philosophi\u00e6 Naturalis Principia Mathematica (atau dipanggil Principia), Newton membahaskan tentang keperluan konsep Masa Mutlak (absolute space) dan Ruang Mutlak (absolute time). Kedua-dua konsep ini penting dalam penciptaan Mekanik Newtonian yang menerangkan mengenai pergerakan objek.\n\nDiambil dari Principia :\n\nAbsolute, true, and mathematical time, of itself, and from its own nature flows equably without regard to anything external, and by another name is called duration: relative, apparent, and common time, is some sensible and external (whether accurate or unequable) measure of duration by the means of motion, which is commonly used instead of true time; such as an hour, a day, a month, a year.\n\nIdea yang dibawa Newton ini mungkin lebih dekat kepada pemahaman masyarakat moden mengenai masa. Menurut Newton, wujud satu bentuk masa mutlak yang sering berdetik di sebalik tabir alam semesta, dan detik masa ini adalah berkadar sama bagi semua pemerhati (absolute time tick at a constant rate for all observer).\n\nKonsep masa mutlak ini ternyata penting bagi Newton sewaktu dia mencipta Kalkulus, kerana Kalkulus adalah kajian tentang kadar perubahan (study of rate of change), dan untuk wujudnya perubahan, maka masa diperlukan. Keperluan matematik terhadap masa yang tekal ini menyebabkan Newton yakin bahawa sifat masa bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Aristotle, namun sebaliknya masa itu adalah entiti yang sentiasa berdetik secara sekata di balik tirai alam semesta (a continuous ticking entity that tick behind the veil of the cosmos).\n\nPerdebatan antara yang mana satu betul \u2013 masa itu relatif atau masa itu mutlak mula berlaku selepas era Newton. Antara perdebatan yang hangat adalah perdebatan antara Samuel Clarke, salah seorang penyokong idea Newton dan Gottfried Leibniz, seorang saintis masyhur pada era Newton yang yakin pada konsep masa yang relatif. Mereka berdua sering berutus surat dan surat-surat mereka kini disimpan sebagai sebahagian koleksi saintifik Leibniz-Clarke Correspondence.\n\nEinstein muncul dalam perdebatan \u201cmasa\u201d ini apabila dia bejaya membawa satu hujahan baru yang menyanggah pandangan Newton. Hujah Einstein ini menghasilkan apa yang dipanggil sebagai Teori Relativiti Khusus, di mana Einstein menggunakan cahaya sebagai titik bagi memahami sifat ruang dan masa.\n\nMenurut Einstein, masa dan ruang adalah satu entiti yang sama, dan yang mutlak itu adalah kelajuan cahaya. Mutlak di sini bermaksud bahawa kelajuan cahaya itu tidak akan berubah berdasarkan pemerhati \u2013 mereka semua akan mendapati bahawa cahaya memiliki kelajuan yang sama. Ini bermakna bahawa tak kiralah sama ada anda sedang duduk diam, atau berada dalam kereta yang bergerak, atau dalam kapal terbang, dalam kesemua situasi ini, kelajuan cahaya yang anda ukur adalah sama.\n\nDari idea inilah perkataan \u201cNisbi\u201d atau \u201cRelatif\u201d muncul \u2013 cahaya itu tidak bergantung kepada pemerhati (atau cahaya itu mutlak dan tidak bernisbi). Ketaknisbian cahaya ini memerlukan Einstein untuk mengkaji semula makna ruang dan masa, kerana seperti yang kita tahu, sekiranya kelajuan cahaya itu kekal malar (constant), maka ia akan memberi kesan kepada ruang dan masa, kerana formula kelajuan adalah:\n\nKetakvarian cahaya menyebabkan keperluan kita untuk memahami semula maksud ruang dan masa, dan hasilnya, Einstein memberi revolusi baru dalam Fizik apabila dia memperkenalkan konsep Pengecutan Ruang (Length Contraction) dan Pengembangan Masa (Time Dilation). Pengembangan Masa adalah fenomena yang terjadi apabila dua pemerhati \u201cmerasai masa pada kadar yang berbeza\u201d. (Topik Pengembangan Masa dan Pengecutan Ruang ini akan dikupas dalam tulisan akan datang)\n\nBerbalik kepada soalan adik Gerrard tadi, \u201cYang manakah lebih laju, detik masa atau cahaya?\u201d, jawapan kepada soalan ini menurut teori santifik moden adalah cahaya lebih laju, kerana cahaya itu sifatnya adalah mutlak (invariance) tanpa disandarkan kepada pemerhati, sedangkan masa pula adalah disandarkan kepada pemerhati. Dua orang pemerhati mungkin merasai dua senggang masa yang berbeza, namun mereka akan bersetuju pada kelajuan cahaya." "JABATAN\u00a0Perkhidmatan Awam (JPA) tahun ini tidak menawarkan tajaan bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi.\n\nTajaan itu hanya untuk mereka yang melanjutkan pengajian ijazah pertama di universiti awam, politeknik premier dan universiti berkaitan kerajaan yang telah dipilih oleh jabatan untuk pinjaman.\n\n\u201cBidang yang tidak ditaja ialah kursus perubatan, pergigian, farmasi, pendidikan dan yang memerlukan pelajar mengambil lesen seperti juruterbang dan menyelam, program francais universiti awam, dan program ijazah berkembar atau pengajian dengan kerjasama luar negara.\n\n\u201cKursus lain yang tidak ditaja ialah program kejururawatan, program para-perubatan dan pra-perkhidmatan, pensijilan profesional seperti ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah) dan program separuh masa, dalam talian atau jarak jauh tanpa subsidi,\u201d kata jabatan itu dalam satu kenyataan.\n\nSyarat untuk biasiswa itu termasuk purata nilai gred kumulatif minimum 3.30 dan pemohon perlu mempunyai baki 12 bulan pengajian, tidak termasuk semester semasa.\n\n\u201cBidang yang telah dipohon mestilah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau diiktiraf oleh badan profesional,\u201d kata JPA.\n\nPermohonan dibuka pada 20 Mac dan akan ditutup pada 2 April manakala permulaan bagi sesi tajaan akan bermula pada September.\n\nDi bawah terma pinjaman, ia boleh ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.\n\nBagi mereka yang berkhidmat di syarikat berkaitan kerajaan selepas kursus mereka tamat, kadar bayaran balik ialah 25%, manakala bagi mereka yang bekerja di sektor swasta di negara ini, adalah 50%.\n\nMereka yang tidak termasuk dalam tiga kategori berkenaan akan dikehendaki untuk membuat bayaran penuh.\n\nSehingga 31 Disember 2022, terdapat seramai 6,985 doktor, 52,666 pegawai perubatan dan 69,608 jururawat berkhidmat dengan kerajaan.\n\nKerajaan menyasarkan untuk mencapai nisbah seorang pegawai perubatan bagi setiap 400 orang menjelang 2025.\n\nPada 2021, nisbah pegawai perubatan dalam sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta kepada penduduk adalah bersamaan seorang pegawai perubatan bagi setiap 420 individu. \u2014\u00a0Majoriti\n\nKredit : https://majoriti.com.my/berita/2023/03/25/tiada-tawaran-biasiswa-jpa-kursus-perubatan-pergigian-dan-farmasi\n\nSumber gambar berita : http://infopendidikanborneo.blogspot.com/p/biasiswa.html" "Baru-baru ini StackOverflow mengharamkan ChatGPT kerana robot AI dianggap berisiko untuk memberi jawapan salah, yang mana purata jawapan betul terlalu rendah dan berbahaya apabila pengguna ingin mendapatkan maklumat sahih. Kesannya, maklumat palsu akan tersebar dengan meluas jika penggunaan ChatGPT ini tidak dikawal dengan sebaiknya. Selain itu, data latihan terkini yang digunakan dalam perisian tersebut pada September 2021 dan pelbagai informasi baharu telah dikemaskini dan berubah. Ini bermakna data latihan yang digunakan agak lama bagi dunia teknologi yang bergerak pantas. Antara perkara yang paling bahaya zaman kini, penulisan kod malware juga senang dijana melalui perisian ini untuk digunakan sebagai bahan penipuan yang berkemungkinan akan menjadi senjata siber terbesar dunia.\n\nSecara ringkasnya, ChatGPT ialah satu program komputer yang direka untuk berbual dengan manusia, persis kita berbual dengan seseorang. Program ini beroperasi dengan cara melihat set data besar perbualan yang pernah dimiliki orang dan menggunakan maklumat tersebut untuk menjana respons yang sesuai dan berkaitan dengan perbualan. Sebagai contoh, jika anda bertanya soalan chatGPT, ia akan melihat perkataan yang anda gunakan dan cuba memahami apa yang anda tanya. Ia kemudian akan menggunakan maklumat tersebut untuk menjana respons yang sesuai dan masuk akal dalam konteks perbualan. Oleh itu, lebih banyak maklumat yang anda berikan, lebih baik respons AI. ChatGPT boleh \u2018belajar\u2019 daripada apa yang anda masukkan, serta daripada pernyataan kelayakan dan soalan susulan.\n\nDi sebalik membantu individu mendapatkan maklumat dan mengumpul data dalam masa yang singkat, ChatGPT tidak terkecuali dengan kesan negatif yang akan ditinggalkan dalam dunia akademia. Sejak pelancarannya pada November 2022, berjuta pelanggan mula memberikan sokongan terhadap perisian yang dibangunkan oleh OpenAI ini membantu menjawab sebarang pertanyaan dan boleh digunakan dalam pelbagai bahasa. Namun kesan penggunaan dalam bidang akademia hangat dibahaskan. Jabatan Pelajaran New York baru-baru ini telah menyekat penggunaan ChatGPT untuk mengelakkan plagiat dalam tugasan pelajar. Perkara ini dikhuatiri akan menjejaskan tahap kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar di samping mengehadkan idea asli daripada pelajar pada masa hadapan.\n\nRisiko penipuan dalam kalangan pelajar juga akan semakin meningkat jika penggunaan ChatGPT tidak dikawal dalam bidang akademik. Sama ada ChatGPT bakal menjadi pengganti pangkalan data terbesar dunia, Google mahupun pendidik, tidak dinafikan teknologi seumpama ini bakal menjadi kegunaan utama dalam pelbagai bidang pada masa hadapan. Sebaiknya penggunaan perisian ini secara tambahan perlu digalakkan namun penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu diperhalusi sebelum kaedah pendidikan tradisional digantikan dengan teknologi AI pada masa hadapan.\n\nTerdapat peningkatan bilangan aplikasi pendidikan berasaskan AI yang tersedia secara komersial. Contohnya, PhotoMath ialah matematik berasaskan AI untuk pembelajaran Matematik dan AIDA ialah aplikasi pembelajaran kalkulus dipacu AI. Blue Canoe ialah aplikasi untuk pelajar mempelajari kemahiran bahasa Inggeris pertuturan, manakala Amira direka untuk mempercepatkan pemahaman bacaan. Selain itu, aplikasi Quizlet yang popular menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu pelajar mempelajari set pembelajaran.\n\nDigunakan dengan cara yang betul, ChatGPT boleh menjadi rakan kepada bilik darjah dan alat yang menakjubkan untuk pelajar, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.\n\nKita bertanyakan bagaimana ChatGPT boleh membantu dalam pendidikan?\n\nPersoalan di hadapan kita ialah bagaimana kita boleh menggunakan ChatGPT secara produktif untuk membantu pelajar kita meningkatkan pengetahuan? Seorang penulis, seorang guru dan seorang pensyarah semuanya mencadangkan analogi daripada kalkulator dan matematik kepada ChatGPT dan penulisan.\n\nSama seperti kalkulator menjadi alat penting untuk pelajar dalam kelas matematik, ChatGPT berpotensi menjadi alat penting untuk penulis yang ingin mengasah kemahiran berfikir kritis mereka bersama-sama dengan kemahiran komunikasi mereka. Para pendidik bertindak balas dengan pendekatan yang berharga. Pelajar boleh memberi respons awal kepada komen pensyarah kemudian pertimbangkan cara untuk memperbaikinya melalui semakan. Guru-guru lain yang dipetik dalam laporan baru-baru ini mengenai ChatGPT untuk Ed Week menyokong pendekatan yang sama dan menggunakan program untuk memberi tumpuan kepada proses penulisan. Dalam pendidikan tinggi, kita secara terbuka boleh membenarkan pelajar menggunakan ChatGPT untuk tugasan kelas mereka, dan juga menggunakan bot dalam kelas untuk menjana draf pertama. Pelajar kemudiannya boleh belajar bagaimana untuk melepasi draf pertama untuk membuat esei mereka lebih baik. Selain itu, ChatGPT juga dapat membantu guru dalam merencanakan dan mengajar pelajaran dengan menyediakan sumber daya pendidikan yang berstruktur dan dikuras dengan baik. ChatGPT dapat menjadi alat yang berguna untuk mengurangi beban kerja guru dan memberikan dukungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.\n\nSeperti yang dikatakan oleh Adam Stevens, ChatGPT hanya menjadi ancaman jika sistem pendidikan kita terus \u201cmengejar mata rubrik dan bukan pengetahuan.\u201d Kita harus mengajar untuk menggunakan ChatGPT dengan cara yang betul. Seperti yang telah dinyatakan oleh Lawrence F. Katz dari Harvard University, teknologi dan pendidikan terlibat dalam perlumbaan yang berterusan. Robot dan automasi, sebenarnya, menggantikan berjuta-juta ahli pekerja industri. Pengkomputeran menghapuskan sebahagian besar pekerjaan pengurusan kelas pertengahan. Ancaman sekarang adalah kepada pekerja berpengetahuan yang ramai menganggap mereka kebal terhadap perubahan teknologi. Jika kita gagal menanamkan dalam diri pelajar kita kemahiran dan kepakaran lanjutan yang mereka perlukan dalam landskap persaingan yang pesat berubah hari ini, mereka juga akan kalah dalam persaingan yang tidak berkesudahan antara inovasi teknologi dan pendidikan.\n\nOleh karena itu, penting untuk memperhatikan cara penggunaan teknologi chatbot seperti ChatGPT dalam pendidikan di Malaysia. Teknologi chatbot harus digunakan dengan bijak dan disertai dengan upaya untuk mempromosikan interaksi sosial dan pengembangan keterampilan kritis dan analitis. Jika digunakan dengan tepat, ChatGPT dapat menjadi kawan dan sekutu yang berharga bagi pendidikan di Malaysia. Penting juga untuk mempertimbangkan implikasi positif dan negatif daripada penggunaan ChatGPT dalam pendidikan di Malaysia.\n\nKREDIT : https://news.uthm.edu.my/ms/2023/03/penggunaan-teknologi-chatgpt-dalam-pendidikan-kawan-atau-lawan/\n\nSUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://www.statenavi.com/" "Bermula abad ke 8, dunia Islam dari Spain, sehingga Baghdad telah mula mencipta dan menggunakan teknologi air yang paling maju di dunia ketika itu dalam pengurusan air kepada masyarakat. Islam sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kehidupan seharian komuniti. Pentingnya air ini sehinggakan ditulis buku khas dengan tajuk Kitab al-Ma\u2019a (Kitab Air) yang ditulis oleh Ibn Al-Thahabi.\n\nAntara pelopor kepada inovasi air ini ialah Al-Jazari yang mencipta beberapa ciptaan terkenal seperti jam air gajah dan pam selingan air . \n\nTapi tahukah di sana ada beberapa lagi inovasi menarik yang dilakukan di dunia Islam? Antaranya :\n\nNoria atau dalam bahasa Arab asalnya ialah Na\u2019urah iaitu kincir air. Kincir air ini yang dibangunkan dan dikembangkan di Andalus oleh Ibn Bassal. Kemudian al-Jazari memperbaharui dan memperkenalkan teknik yang lebih efesien. Norias ini berfungsi dengan membawa air ke bandar dan ladang-ladang melalui aqueducts. Di Abad ke-10, Muhammad Bin Zakaria al-Razi menggambarkan bahawa satu kincir air di Iraq ketika itu mampu mengalirkan kira-kira 153,000 ribu liter sejam ! Ini hampir kepada teknologi kincir air zaman moden ini iaitu mampu membawa 288,000 ribu liter air. Cukup hebat teknologi dan inovasi di abad tersebut!\n\nWalaupun terowong air bawah tanah ini merupakan satu teknik yang diwarisi oleh dunia islam, tetapi ketika bawah era Islam dahulu teknik ini dibangunkan dengan lebih maju dan hebat selari dengan pembangunan ilmu matematik yang membolehkan hidrologi dan mesin ini direvolusikan. Qanat tertua terletak di Parsi dan ilmu pembinaan terowong air bawah tanah ini dibangun dan dibawa ke Cordoba membolehkan kawasan Andalusia mempunyai saluran air yang hebat. Bayangkan sebuah padang pasir yang panas seperti Mesir mampu disuburkan dan hidupkan melalui sistem pengairan bawah tanah ini ketika zaman dahulu ! Sehinggakan di dunia Islam diwujudkan Tribunal Air bagi menyelesaikan pergaduhan atau pergaduhan berkenaan air. Begitu penting air ini dihargai.\n\nMungkin kita berasa tandas awam sebagai tempat biasa-biasa dan pernah menjadi tempat tidak bermoral di Rom. Di dunia Islam dahulu disebabkan oleh Islam mengangkat kepentingan kebersihan manusia, maka salah satu inovasi yang dikembangkan oleh dunia Islam dahulu terutama di zaman Mamluk dan Uthmaniyyah ialah Hammam (tandas awam). Hammam ini merupakan tempat mandi, sosial masyarakat Islam yang mana merupakan satu tempat rehat dan juga tempat pertemuan masyarakat dalam menghidupkan hubungan sesama mereka. Tetapi Hammam ini bukan sekadar menjadi tempat bersosial, juga disini bakal pengantin dibawa ke hammam, untuk dimandikan, dibersihkan dan dipakaikan inai sebelum perkahwinan. Hammam di dunia Islam sangat menjaga batasan moral yang mana kaum lelaki tidak dibenarkan masuk ketika wanita menggunakan hammam dan juga sebaliknya. Malah lelaki dikehendaki memakai pakaian menutup aurat untuk masuk mandi. Begitu tinggi sekali budaya Islam memuliakan manusia.\n\nSumber gambar artikel : https://science.howstuffworks.com/environmental/earth/geophysics/h2o.htm" "Sejumlah penyelidik Kecerdasan Buatan (AI) yang terkenal \u2013 termasuk Elon Musk \u2013 telah menandatangani surat terbuka yang meminta makmal AI di seluruh dunia untuk menghentikan pembangunan sistem AI besar-besaran, dengan merujuk kepada ketakutan terhadap \u201crisiko yang mendalam terhadap masyarakat dan kemanusiaan\u201d yang dikatakan pembawaan perisian ini.\n\nSurat tersebut, yang diterbitkan oleh sebuah badan \u2018Future of Life Institute\u2019, mencatat bahawa makmal AI sedang terlibat dalam \u201cperlumbaan di luar kawalan\u201d untuk membangunkan dan melaksanakan sistem pembelajaran mesin \u201cyang tidak seorang pun \u2013 termasuk penciptanya sendiri \u2013 dapat memahami, meramal, atau mengawal dalam keadaan yang dipercayai.\u201d\n\n\u201cOleh itu, kami menyeru semua makmal AI untuk segera menghentikan selama sekurang-kurangnya 6 bulan latihan sistem AI yang lebih kuat daripada GPT-4,\u201d kata surat tersebut. \u201cJeda ini haruslah bersifat awam dan boleh disahkan, serta melibatkan semua individu utama. Jika jeda seperti itu tidak dapat dilaksanakan dengan segera, kerajaan harus campur tangan dan menetapkan moratorium.\u201d\n\nTandatangan-tandatangan tersebut termasuk penulis Yuval Noah Harari, pengasas Apple Steve Wozniak, pengasas Skype Jaan Tallinn, ahli politik Andrew Yang, dan sejumlah penyelidik AI dan CEO yang terkenal, termasuk Stuart Russell, Yoshua Bengio, Gary Marcus, dan Emad Mostaque.\u00a0\n\nSurat tersebut sepertinya tidak akan mempunyai sebarang kesan terhadap keadaan semasa dalam penyelidikan AI, yang mana syarikat teknologi seperti Google dan Microsoft sentiasa bergegas untuk melaksanakan produk baru, seringkali mengabaikan kebimbangan terdahulu tentang keselamatan dan etika. Tetapi ini merupakan tanda persaingan yang semakin meningkat terhadap pendekatan \u201chantarkan sekarang dan perbaiki kemudian\u201d; sebuah persaingan yang dapat berpotensi masuk ke dalam domain politik untuk dipertimbangkan oleh ahli perundangan yang sebenar.\n\nSeperti yang dinyatakan dalam surat itu, OpenAI sendiri telah menyatakan keperluan untuk \u201culasan bebas\u201d terhadap sistem AI masa hadapan untuk memastikan mereka memenuhi tahap keselamatan. Para penandatangan menyatakan bahawa masanya telah tiba.\n\n\u201cMakmal AI dan pakar-pakar bebas harus menggunakan jeda ini untuk bersama-sama membangunkan dan melaksanakan satu set protokol keselamatan untuk reka bentuk dan pembangunan AI yang lebih canggih yang dikaji secara ketat dan diawasi oleh pakar-pakar luaran bebas,\u201d tulis mereka. \u201cProtokol ini harus memastikan bahawa sistem yang mematuhi mereka adalah selamat tanpa sebarang keraguan yang munasabah.\u201d\n\nBaca surat terbuka yang lengkap di sini : Pause Giant AI Experiments: An Open Letter \u2013 Future of Life Institute\n\nArtikel diterjemah dan diolah daripada portal \u2018The Verge\u2019 :\u00a0\n\nElon Musk and top AI researchers call for pause on \u2018giant AI experiments\u2019 \u2013 The Verge\n\nSumber gambar artikel : https://medium.com/generative-ai/urgent-call-to-pause-ai-experiments-beyond-gpt-4-what-it-means-and-why-it-matters-6d4ca098da2ff" "\u201cBayangkan anda bersama kawan dalam satu kabin di sebuah kapal di laut, dan ada bersama anda dalam bilik tersebut lalat, rama-rama dan serangga terbang yang lain. Bawa juga satu tangki air berisi ikan di dalamnya, dan gantungkan satu botol berisi air yang menitis ke satu bekas di bawahnya.\n\nApabila kapal itu tidak bergerak, perhatikan bahawa serangga itu semua terbang dengan seragam ke seluruh penjuru kabin, dan air akan menitis ke bawah secara terus, dan ikan di tangki berenang dengan mudah.\n\nDan kemudian perhatikan bahawa apabila kapal itu bergerak dalam kelajuan yang sekata, tidak akan berlaku apa perubahan di dalam bilik itu. Serangga tetap terbang dengan seragam, air menitis terus menerus, dan ikan berenang tanpa halangan.\n\nKita sebenarnya tidak mampu membezakan antara kapal yang bergerak sekata, dengan kapal yang sedang duduk diam di pelabuhan.\u201d\n\n\u2013 Galileo Galilei, Galileo\u2019s Ship Experiment.\n\nPetikan di atas merupakan sebahagian daripaada idea Eksperimen Kapal Galileo, salah satu eksperimen minda yang diperkenalkan oleh Galileo Galilei. Ini merupakan antara idea pertama yang memperkenalkan kosep \u201cRelativiti\u201d, yang mana Galileo di sini menceritakan bahawa objek yang sedang bergerak seragam (constant motion) itu akan menghasilkan perspektif yang sama sifatnya dengan objek yang tidak bergerak.\n\nIdea yang lahir pada abad ke-16 ini kemudiannya diteruskan oleh Sir Isaac Newton, yang mana Newton memperkenalkan Hukum Pergerakan dan Hukum Gravitinya yang terkenal. Menggabungkan pandangan Galileo dan juga Aristotle, Newton berjaya menunjukkan bahawa pergerakan itu sebenarnya boleh difahami dengan menggunakan matematik, dan hasilnya, Newton percaya dan yakin bahawa ruang dan masa itu bersifat mutlak (absolute) dan wujud sendiri dengan bebas (independent).\n\nApa maksudnya ruang dan masa itu bersifat mutlak?\n\nMutlak di sini bererti bahawa ruang dan masa menurut Newton, mampu wujud tanpa perlu kepada pemerhati. Dalam pandangan Newton, masa adalah satu entiti yang berdetik secara seragam, dan dirasai oleh semua orang secara serentak, dan ruang pula ada satu sistem 3-dimensi di mana kesemua aktiviti fizikal berlaku.\n\nHal ini adalah berlawanan dengan pandangan ilmuan terdahulu, kerana ilmuan besar seperti Aristotle mengatakan bahawa entiti seperti masa itu tidak bebas, sebaliknya perlu kepada pemerhati (observer-dependent).\n\nNewton percaya bahawa ruang dan masa yang mutlak itu perlu bagi memberi makna kepada pergerakan dan perubahan, dan dengan kemutlakan ruang dan masa ini, pergerakan dan interaksi objek fizikal dapat diperhatikan mengikut hukum matematik yang tetap dan boleh diduga (deterministic).\n\n\u201cKepercayaan\u201d Newton ini dipegang oleh saintis agak lama, dari sekitar abad ke-17 sehinggalah abad ke-19, dan ia mula \u201cdicabar\u201d dengan penerokaan teknologi baru, iaitu elektrik.\n\nPenemuan elektrik tidak boleh dikreditkan kepada seorang individu, namun ia adalah hasil kajian berterusan saintis pada abad ke 18 dan 19. Sebagai contoh, Benjamin Franklin dan layang-layangnya (1752) menunjukkan bahawa kilat itu adalah satu bentuk elektrik, penciptaan bateri oleh Alessandro Volta dan penggunaan elektrik secara praktikal oleh Edison dan Tesla.\n\nHasil kajian yang pelbagai ini kemudian dikumpulkan oleh James Clerk Maxwell dalam bentuk persamaan matematik pada abad ke-19, dan dipermudahkan dalam empat persamaan yang asas, yang harini terkenal sebagai Maxwell\u2019s Equation.\n\nUntuk tidak memeningkan kepala, kita tidak akan melihat persamaan Maxwell satu persatu.\n\nNamun, salah satu benda yang orang awam tidak tahu adalah, persamaan Maxwell ini merupakan salah satu \u201cramuan\u201d utama yang diperlukan dalam pembikinan rangka Teori Relativiti yang kita ada pada hari ini. Lebih khusus lagi, Persamaan Maxwell ini menceritakan sifat gelombang elektromagnet dan berapa laju ia bergerak.\n\nPada waktu ini, saintis telah sedar bahawa cahaya merupakan sejenis gelombang elektromagnet. Bagaimanapun, masih tersemat dalam minda saintis bahawa gelombang elektromagnet ini perlu untuk bergerak dalam satu medium ghaib, yang dipanggil \u201cluminiferous aether\u201d (translation: aether yang membawa cahaya). Hal ini sama seperti gelombang bunyi yang memerlukan udara untuk bergerak, atau gelombang air yang menggunakan air sebagai medium.\n\nPersamaan Maxwell ternyata menyanggah pandangan ini. Menurut Persamaan Maxwell, gelombang elektromagnet seperti cahaya dapat bergerak di dalam vakum (tanpa apa-apa medium) dan masih lagi mengekalkan kelajuannya. Hal ini mencabar status quo saintis pada zaman itu. Mereka mula mengkaji dan mencari bukti kewujudan aether.\n\nAlbert Michelson dan Edward Morley merupakan antara saintis yang terkenal dalam hal ini, bukan kerana mereka berjaya membuktikan kewujudan aether, namun kerana kegagalan eksperimen mereka.\n\nPada asalnya, Michelson dan Morley yakin dengan kewujudan aether. Jadi, mereka merangka eksperimen bagi mengkaji kewujudan aether menggunakan interferometer dan cahaya, dengan harapan bahawa akan ada cahaya yang terseret (dragging effect) sewaktu eksperimen tersebut berlangsung. Sekiranya ada cahaya yang terseret, maka mereka berjaya membuktikan kewujudan aether, namun sebaliknya berlaku. Mereka gagal, dan eksperimen mereka menjadi \u201ceksperimen gagal paling mahsyur dalam sains\u201d (the most famous failed experiment in science).\n\n\u201cThe Experiments on the relative motion of the earth and ether have been completed and the result decidedly negative.\u201d\n\nBeberapa tahun selepas eksperimen ini berlaku, muncul Albert Einstein. Semua benda yang Einstein perlukan telah tersedia. Konsep Relativiti Galileo, Hukum Pergerakan Newton, Teori Elektromagnet Maxwell, dan kegagalan pencarian luminiferous aether memaksa Einstein untuk mempertaruhkan Teori Relativitnya sebagai \u201cusul penyelesaian\u201d kepada bagaimana alam berfungsi \u2013 aether sebenarnya tidak diperlukan, sebaliknya yang diperlukan adalah pembetulan pada hukum fizik klasik itu sendiri.\n\nDengan konsep Galileo, hukum fizik adalah sama bagi dua pemerhati, tak kiralah sama ada mereka sedang bergerak secara seragam, ataupun mereka tidak bergerak. Idea ini dipanggil Galilean Transformation. Einstein setuju dengan pernyataan ini, namun, menurut Einstein, selain hukum fizik itu sama bagi semua pemerhati, kelajuan cahaya juga perlu sama antara dua pemerhati. Hal ini membolehkan Galilean Transformation untuk mengambil kira kesan dari Persamaan Maxwell tadi.\n\nUntuk membolehkan cahaya bergerak di dalam vakum tanpa perlunya aether serta semua pemerhati menncerap kelajuan cahaya yang sama, Galilean Transformation perlu diubah bentuknya. Ini melahirkan apa yang dipanggil sebagai Lorentz Transformation, satu bentuk matematik khusus* untuk objek yang bergerak dengan amat laju, menghampiri kelajuan cahaya.\n\nKesan daripada Transformasi Lorentz tadi melahirkan Teori Relativi Khusus (Special Theory of Relativity), dengan kesan daripada Teori Relativiti ini adalah ketakvarianan halaju cahaya antara ramai pemerhati (invariance of speed of light), pengembangan masa (time dilation) dan pengecutan ruang (length contraction).\n\nPengembangan masa merujuk kepada situasi di mana dua pemerhati merasai masa yang berbeza apabila mereka berada dalam dua kelajuan yang berbeza, dengan pemerhati yang bergerak laju akan merasa masa menjadi lebih perlahan berbanding pemerhati yang tidak bergerak.\n\nPengecutan ruang pula berlaku apabila dua pemerhati dengan kelajuan yang berbeza mengukur satu panjang dengan dua ukuran yang berbeza, dengan pemerhati yang lebih laju mendapat ukuran yang lebih pendek berbanding pemerhati yang tidak bergerak.\n\nAntara eksperimen yang \u201cmembuktikan\u201d pengecutan ruang dan pemanjangan masa ini adalah eksperimen pereputan muon. Muon merupakan salah satu zarah asas, sama seperti elektron, namun ia lebih kurang stabil berbanding elektron. Muon juga sering dijumpai di lapisan atmosfera atas hasil dari sinaran kosmikdan selalunya bergerak pada kelajuan yang amat pantas, dan sepatutnya mereput dengan cepat (2.2 \u00b5s).\n\nNamun, perkara yang memeranjatkan saintis adalah terdapat muon yang mampu bergerak dengan lebih jauh dengan jangka hayat lebih lama sebelum ia mereput. Hal ini boleh diterangkan denga Relativiti Khusus, di mana pemerhati di Bumi akan melihat muon tersebut mampu hidup lebih lama sebelum mereput (kerana pengembangan masa), dan dari perspektif muon itu pula, jarak yang ia lalui adalah lebih pendek (pengecutan ruang).\n\nEksperimen muon ini merupakan salah satu eksperimen yang membuktikan bahawa pengembangan masa itu berlaku dengan keputusan yang konsisten. Lebih banyak muon yang kita perhatikan sampai ke lantai Bumi, meskipun jangka hayat muon itu sebenarnya adalah amat pendek.\n\n*Lorentz transformation merupakan nama dari Henrik Lorentz, salah seorang ahli matematik sezaman dengan Einstein. Meskipun mencipta transformasi Lorentz, satu bentuk matematik yang betul, namun Lorentz yakin kepada Teori Aether, menyebabkan dia tidak berjaya menjumpai Teori Relativiti sebelum Einstein (walaupun matematiknya sudah wujud).\n\nSumber gambar artikel : https://newsroom.ucla.edu/releases/einstein-general-relativity-theory-questioned-ghez" "Albert Einstein pernah cakap yang masa lalu, sekarang dan masa hadapan tu adalah ilusi. Korang faham tak apa yang Einstein maksudkan dengan ayat ni?\n\nPertama sekali, Einstein terkenal disebabkan oleh Teori Relativiti dia. Teori Relativiti ni mencabar pemahaman kita terhadap bagaimana ruang dan masa tu wujud. Antara yang terkenal tentulah konsep \u201cTime Dilation\u201d, situasi di mana dua orang pemerhati merasa masa yang berbeza.\n\nSatu idea daripada Relativiti yang kita nak bincang adalah bagaimana Einstein meletakkan masa sebagai satu dimensi matematik yang sama sifatnya dengan ruang.\n\nKata Einstein, kita ada 3 dimensi ruang, dan 1 dimensi masa. Gabungan ruang dan masa ni menghasilkan ruangmasa (spacetime). Bila kita ambil dimensi masa ni secara literal, maka kita boleh mula buat macam-macam dengan idea ni. Antaranya adalah gabungkan ruang dan masa dalam dua satah berbeza, menghasilkan idea \u201cAlam Bongkah\u201d (Block Universe).\n\nBongkah disini merujuk kepada benda bentuk kiub tu ya.\n\nDalam idea Alam Bongkah ni, sama macam konsep semua ruang wujud secara serentak, semua masa (masa lampau, sekarang dan masa hadapan) juga wujud secara serentak.\n\nGambar kat bawah ni boleh bagi lebih gambaran macamana \u201cpast, present and future exist simultaneously\u201d ni.\n\nPandangan ni juga dipanggil sebagai eternalism, sebab teori Alam Bongkah ni cakap yang masa hadapan tu memang dah tercipta sejak terciptanya ruang masa lagi.\n\nCuma sebab kita ni makhluk yang hidup dalam ruang masa, maka kita tak mampu nak bergerak ke seluruh alam bongkah ni.\n\nBagi aku sendiri, Alam Bongkah ni macam satu DVD filem yang dah siap dibikin. Kau tahu bahawa filem yang dah siap dibikin tu ada permulaan, pengembangan, klimaks dan pengakhiran. Semua \u201cperistiwa\u201d yang ada, wujud serentak dalam DVD tu.\n\nTahun 2009 yang lepas, Hrvoje Nikoli? cakap yang dia berjaya gunakan idea Alam Bongkah ni untuk menyelesaikan masalah paradoks informasi Lohong Hitam. Ni link paper dia: https://t.co/phlmkCTgNl\n\nRamai jugak saintis yang tak suka dengan Teori Alam Bongkah ni sebenarnya.\n\nContoh macam Einstein sendiri. Einstein kalau ikutkan lagi suka pada pandangan bahawa masa yang real cumalah \u201csekarang\u201d, masa lalu dan masa hadapan tu semua tu tak real.\n\nPandangan ni disebut presentism.\n\nPresentism ni bagi aku satu idea yang asing lah, tapi bila aku baca-baca balik, al-Ghazali pun berpegang dengan idea Presentism ni sebenarnya.\n\nMenurut al-Ghazali, Tuhan memperbaharui alam setiap detik, dan masa lalu serta masa hadapan tu lain sifatnya dengan \u201csekarang\u201d.\n\nTapi sebab argumen al Ghazali bersifat metafizikal, maka aku tak masukkan dalam ni lah sebab aku tak mahir.\n\nTeori akhir melawan Presentism dan Block Universe tadi adalah Alam Bongkah yang Berkembang (Evolving Block Universe).\n\nAlam Bongkah Berkembang ni beza sikit je dari Alam Bongkah tadi.\u00a0\n\nDalam Alam Bongkah Berkembang ni, cuma masa lalu dan sekarang je yang dianggap real. Masa hadapan pula belum wujud lagi.\n\nAda saintis yang suka dengan idea Alam Bongkah Berkembang ni sebab wujudnya kebarangkalian masa hadapan atau \u201cfree-will\u201d untuk manusia.\n\nAlam Bongkah Berkembang ni pun intuitive, sebab dalam kes ni, sebab tak mampu terjadi sebelum akibat (cause does not happen before effect).\n\nSo, tldr version: Ada tiga versi \u201cspacetime\u201d atau ruangmasa yang kita tahu \u2013 Alam Bongkah, Alam Bongkah Berkembang dan Presentism.\n\nMana satu yang betul? Entahlah.\n\nSaintis tengah saling berdebat antara mereka.\n\nSUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://www.fiziklah.com/2016/12/kisah-si-kerani/" "Wang kertas merupakan mata wang kertas rasmi negara yang diedarkan untuk transaksi yang terlibat dalam urusan jual beli barangan atau perkhidmatan. Percetakan wang kertas biasanya dikawal oleh bank pusat negara untuk mengekalkan aliran dana selaras dengan dasar monetari negara.\n\nPenggunaan wang kertas ini berasal dari negara China sejak wujudnya Dinasti Tang, yang memerintah antara abad 618 hingga 907. Dinasti ini telah menggunakan mata wang ini untuk jangka masa yang lama sebelum penggunaannya \u201cmerebak\u201d ke negara lain.\n\nPada tahun 1700-an, wang kertas mula berkembang di Eropah. Pada masa itu, bank rasmi kerajaan Perancis mula mengeluarkan kertas yang bertindak sebagai wang. Idea ini datang dari melihat tindakan tukang emas, yang memberi orang resit untuk emas yang mereka simpan. Orang ramai boleh menukar resit untuk emas di kemudian hari.\n\nDi Amerika Syarikat, wang kertas dianggap sebagai wang fiat. Ini bermakna ia tidak mempunyai nilai sebenar kecuali sebagai medium pertukaran. Sebelum tahun 1971, ini tidak berlaku; wang kertas Amerika Syarikat disokong oleh sejumlah emas, yang ditentukan oleh Rizab Persekutuan negara terbabit. Dalam erti kata lain, wang fiat ini adalah matawang yang tidak disandarkan pada komoditi.\n\nAntara kelemahan wang kertas yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:\n\nDalam erti kata lain, jumlah bahan menjana wang tidak sepadan dengan nilai muka wang. Atas sebab ini, percetakannya mewujudkan ketidakstabilan dalam ekonomi. Dan ini mengakibatkan kelemahan seperti dibawah ini.\n\nNilai wang kertas tertakluk terhadap perubahan yang kadangkala drastik, maka terdapat ketidakstabilan dalam nilainya. Turun naik dalam nilai wang kertas menjana suasana ketidakpastian dalam ekonomi yang seterusnya menggalakkan aktiviti spekulatif. Kestabilan nilai yang kurang, juga, atas sebab ia hanya mempunyai satu penggunaan, iaitu, penggunaan kewangannya. Terlalu banyak wang dicetak akan mengurangkan nilainya dan boleh menyebabkan inflasi (iaitu, kenaikan paras harga) dan terlalu sedikit wang pula akan menaikkan nilainya tetapi mengakibatkan deflasi (iaitu, kejatuhan tahap harga).\n\nMencetak terlalu banyak wang kertas lebih daripada apa yang diperlukan walaupun untuk mengekalkan pertumbuhan sederhana juga boleh membawa kepada kadar inflasi yang tinggi. Sekiranya inflasi tidak terkawal, ia boleh membawa kepada hiperinflasi pula. Logam, sebaliknya mempunyai penggunaan yang sama atau lebih besar dalam seni, yang mana permintaannya agak berterusan. Oleh itu, jumlah permintaan untuk logam adalah lebih luas daripada permintaan untuk wang kertas, dan nilainya stabil. Untuk makluman, perubahan dalam bekalan wang boleh dibuat atas kehendak kerajaan.\n\nBidang peredaran wang kertas sangat terhad; emas akan diterima di peringkat antarabangsa tetapi wang kertas hanya diterima di negara yang mengeluarkannya; ia tidak boleh digunakan dalam penempatan antarabangsa. Oleh itu, nilainya bergantung pada kekangan kawasan yang terhad, manakala sebagai contoh, turun naik daripada nilai emas, adalah lebih baik kerana mempunyai kecenderungan nilai yang hampir sama pada kawasan yang luas. Hanya mata wang kertas yang dipilih sebagai mata wang utama dalam urusan perdagangan antarabangsa mendapat kelebihan dari manfaat ini.\n\nWang kertas dinilai oleh warganegara sesebuah negara hanya jika semua warganegara bersetuju untuk mempunyai keyakinan yang sama terhadap mata wang itu untuk mewakili nilai yang dinyatakan di atasnya. Sekiranya keyakinan orang ramai pudar, sama ada kerana hutang negara yang tinggi atau kemelut politik, huru-hara boleh berlaku dan wang kertas boleh menjadi tidak berguna. Ini berlaku di Republik Weimar di Jerman pada tahun 1920-an dan berlaku di Zimbabwe pada tahun 2008, di mana inflasi berjalan pada kadar tahunan sebanyak 89%.\n\nApabila kita jelas bahawa wang fiat hampir tidak mempunyai nilai \u201ckekayaan\u201d didalamnya, walaupun kita mendapatkannya sebagai gaji atau peninggalan harta. Maka lebih mudah untuk kita mencari solusi yang lebih baik, salah satunya melabur secara bertauliah untuk membenarkan wang kita \u201cbekerja\u201d untuk kita, dan bukan sebaliknya.\n\nDitulis oleh Azah Atikah Anwar Batcha\n\nSumber gambar : https://www.mohdzulkifli.com/2014/11/5-risiko-besar-simpan-wang-kertas.html" "Kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kita adalah sebahagian daripada kesihatan mental kita. Ia mempengaruhi pemikiran, emosi, dan tingkah laku kita.\n\nSelain itu, ia mempengaruhi cara kita bertindak balas terhadap tekanan, berinteraksi dengan orang lain dan membuat keputusan yang baik.\n\nMenurut kajian sebelum ini oleh Bankrate dan Psych Central, 42% rakyat Amerika merasakan keadaan kewangan mereka mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental mereka. 2,457 orang dewasa ditanya dalam kajian tentang kesan wang terhadap kesihatan mental mereka.\n\n70% peserta kajian, tekanan terhadap wang adalah tindak balas utama. Kesukaran kesihatan mental dan masalah wang saling berkait rapat. Keadaan kewangan yang buruk sering mengakibatkan tekanan dan kebimbangan, yang boleh menjejaskan kewangan, menurut Institut Dasar Wang dan Kesihatan Mental.\n\nMenurut institusi itu, 46% daripada mereka yang berhutang juga mempunyai diagnosis kesihatan mental.\n\nSalah satu penyebab kepada perkara ini adalah kerana kebimbangan mengenai wang boleh mengganggu tidur. Ia juga mungkin berlaku kerana risau tentang ketidakmampuan untuk membeli keperluan untuk kesejahteraan diri.\n\nUntuk menjaga isu mental sedikit sebanyak memerlukan jaringan keselamatan kewangan. Kesejahteraan kewangan bukan sahaja memberi anda rasa tahap kewangan anda terkawal, tetapi ia juga mempengaruhi hubungan, kesihatan dan pekerjaan kita secara langsung.\n\nMempunyai tahap kewangan yang baik dan kesihatan mental yang baik dikatakan bergerak seiring. Apabila satu hilang, satu lagi akan sedikit sebanyak terpalit secara automatik. Kedua-duanya berkait bagi seseorang maju dalam kedua-dua aspek kehidupan peribadi dan profesional mereka.\n\nAda juga pihak yang cenderung untuk melihat isu wang dan kesihatan mental ini tanpa melibatkan pengaruh agama, juga terdapat segelintir pihak yang melihat isu ini dan penyelesaian sepenuhnya dari sudut agama.\n\nNamun begitu, buat umat Islam, hanya penghayatan terhadap agama yang benar dapat membezakan cara kita hadapi kedua-dua cabaran wang mahupun kesihatan mental ini dengan lebih baik dan menyeluruh.\n\nDitulis oleh Azah Atikah Anwar Batcha.\n\nSumber gambar artikel : https://surayasulatin.blogspot.com/2018/05/apa-nak-buat-kalau-jumpa-duit-tercicir.html" "Hidrogen merupakan unsur yang paling banyak di muka bumi dan mempunyai potensi yang sangat besar sebagai sumber tenaga bersih. Di Malaysia, teknologi bahan api hidrogen digunakan sebagai alternatif terkini kepada bahan api fosil dengan kos yang lebih tinggi. Hidrogen boleh digunakan dalam sel fuel (fuel cell) untuk menghasilkan tenaga elektrik, dengan satu-satunya hasil sampingan tindak balas tersebut adalah air. Ini menjadikan hidrogen sebagai alternatif yang menarik berbanding bahan api fosil yang menghasilkan gas rumah hijau dan menyumbang kepada pemanasan global.\n\nSalah satu kelebihan utama teknologi selfuel hidrogen adalah boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi. Selfuel hidrogen boleh digunakan untuk menggerakkan kereta, trak, dan bas. Di Malaysia, sektor pengangkutan adalah salah satu punca utama emisi karbon. Dengan menggunakan hidrogen sebagai bahan api alternatif menggantikan petrol atau diesel, Malaysia akan dapat mengurangkan jejak karbonnya serta meningkatkan kualiti udara.\n\nKelebihan lain teknologi hidrogen adalah ia boleh digunakan sebagai medium untuk menyimpan tenaga. Ini penting kerana sumber tenaga boleh diperbaharui seperti kuasa angin dan solar adalah tidak stabil, berubah-ubah mengikut keadaan cuaca serta mengikut perubahan masa siang atau malam. Dengan menukarkan lebihan tenaga yang terhasil daripada penjanaan elektrik menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui kepada hidrogen, jaminan keselamatan tenaga bagi Malaysia akan lebih tinggi dan boleh dipercayai.\n\nPEC ialah teknologi terkini yang sedang dikaji dan diuji di Centre of Hydrogen Energy, Institute of Future Energy, Universiti Teknologi Malaysia untuk menghasilkan tenaga hidrogen bersih. PEC menggunakan cahaya matahari untuk memisahkan molekul air kepada hidrogen dan oksigen menerusi satu langkah penukaran (one step conversion) tenaga solar kepada hidrogen (Solar to Hydrogen, STH). Proses ini menyamai dengan proses fotosintesis, di mana tumbuhan menggunakan cahaya matahari untuk mengubah karbon dioksida dan air menjadi oksigen dan karbohidrat.\n\nPEC terdiri daripada dua elektrod yang diletakkan dalam larutan air beserta pemangkin yang melekap kepada permukaan semikonduktor. Apabila cahaya matahari mengenai elektrod, ia mengaktifkan elektron dalam pemangkin (catalyst), yang kemudian memecahkan air menjadi hidrogen dan oksigen. Hidrogen yang terhasil diklasifikasikan sebagai sumber tenaga bersih.\n\nSalah satu kelebihan PEC ialah ia boleh dihasilkan daripada bahan yang murah serta mudah didapati. Ini menjadikan PEC sebagai salah satu alternatif yang menarik berbanding sel solar tradisional, yang dibuat daripada bahan yang lebih mahal dan sukar didapati.\n\nPEC juga mempunyai potensi untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi. Sebagai contoh, PEC boleh digunakan untuk menghidupkan lampu serta peralatan dan kelengkapan rumah, kawasan perniagaan, serta seluruh komuniti. Ini sangat penting serta amat berpotensi di Malaysia memandangkan banyak kawasan luar bandar yang berada beratus kilometer daripada bandar tidak mempunyai akses kepada sumber elektrik yang boleh dipercayai.\n\nTeknologi hidrogen dan PEC masih dalam peringkat awal pembangunan di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat banyak potensi untuk teknologi ini untuk mengubah cara tenaga dihasilkan dan digunakan di negara ini.\n\nSalah satu cabaran yang dihadapi bagi penerimaan Teknologi hidrogen ini adalah kurangnya infrastruktur. Sebagai contoh, terdapat hanya satu stesen pengisian hidrogen di Malaysia, yang menjadikan sukar untuk menggunakan kenderaan bertenaga hidrogen dalam skala besar.\n\nCabaran lain ialah kos teknologi ini. Walaupun kos teknologi hidrogen dan PEC telah menurun dalam beberapa tahun terkini, ia masih lebih mahal daripada bahan api fosil tradisional. Selain itu, kos pembelian dan pemilikan kereta sel fuel juga menjadi batu penghalang untuk Teknologi hidrogen ini berkembang lebih pesat dan cepat. Walau bagaimanapun, apabila teknologi meningkat dan skala ekonomi dicapai, kos teknologi ini dijangka akan turun dan lebih mampu milik.\n\nKesimpulannya, masa depan tenaga bersih hidrogen di Malaysia amat berpotensi untuk dibangunkan walaupun terdapat banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan diatasi. Teknologi hidrogen dan PEC menawarkan cara untuk memenuhi keperluan tenaga negara sambil mengurangkan jejak karbonnya. Dengan pelaburan yang betul dalam infrastruktur dan teknologi, Malaysia boleh menjadi pemimpin dalam penggunaan dan penjanaan tenaga bersih di rantau ini.\n\nDisediakan oleh: Ts. Dr. Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin, Prof. Dr. Aishah AbdulJalil dan Dr. Tuan Amran Tuan Abdullah\n\nSUMBER GAMBAR ARTIKEL : https://rootofscience.com/blog/2021/kimia/hidrogen-definisi-sifat-sejarah-dan-kegunaan/" "KOTA BHARU: Penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui rangka manusia prasejarah yang lengkap bersama beberapa artifak lain di Gua Keledung Kecil, dekat Gua Musang.\n\nKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata, penemuan pada November tahun lalu itu hasil daripada kerja Ekskavasi Arkeologi Menyelamat untuk Projek Hidroelektrik Nenggiri, di Lembah Nenggiri yang diketuai Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Prof Madya Dr Zuliskandar Ramli.\n\nKatanya, rangka manusia prasejarah adalah antara penemuan penting kepada warisan arkeologi negara.\n\n\u201cIa secara tidak langsung dapat menyumbang kepada dapatan fakta baharu berkait amalan pengebumian dan evolusi sosiobudaya kehidupan zaman prasejarah khususnya di Lembah Nenggiri.\n\n\u201cRangka manusia berada dalam kedudukan melipat sepenuhnya iaitu posisi yang hampir sama dengan kedudukan janin dalam kandungan ibu yang sedang mengandung dan menghadap ke arah barat daya.\n\n\u201cTapak tangan kanan rangka memegang mineral hematit manakala tapak tangan kiri pula memegang lutut kaki kanan,\u201d katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.\n\nMenurut kenyataan MOTAC itu, di sekeliling rangka terdapat alat batu yang dikebumikan bersama-sama, antaranya batu pelandas dengan alat grind-pounding, kapak genggam dan alat repeh yang diperbuat daripada batu sabak serta kristal kuarza yang sering digunakan dalam ritual pengebumian masyarakat prasejarah.\n\nKatanya, cara pengebumian rangka manusia yang ditemui itu adalah amalan masyarakat prasejarah yang terawal mendiami Lembah Nenggiri semenjak 14,000 tahun yang lalu.\n\n\u201cSampel gigi dan cengkerang siput akan dihantar ke Beta Lab di Amerika Syarikat untuk memperoleh pentarikhan kronometrik.\n\n\u201cSebagai langkah awal, rangka manusia prasejarah ini akan dibawa keluar dan ditempatkan di makmal konservasi Jabatan Warisan Negara untuk kerja pemuliharaan secara menyeluruh.\n\n\u201cMOTAC melalui Jabatan Warisan Negara dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan akan memastikan penemuan ini dapat dijadikan rujukan sejarah dan warisan negara serta dapat dikongsi kepada orang ramai,\u201d katanya.\n\nMenurut MOTAC, sebuah galeri mini akan dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhampiran dengan Empangan Nenggiri bagi menempatkan segala jumpaan arkeologi di Lembah Nenggiri termasuk rangka yang ditemui di Gua Keledung Kecil.\n\n\u201cKewujudan galeri itu pasti akan menjadi aset atau produk pelancongan berasaskan warisan dan budaya untuk menarik pelancong ke Lembah Nenggiri.\n\n\u201cKesannya amat positif kepada rantaian sektor perkhidmatan kerana akan memberi limpahan ekonomi yang boleh dinikmati oleh rakyat tempatan,\u201d katanya.\n\nSUMBER FOTO : \u00a0Foto ihsan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) & twitter Samudera.my\n\nPautan Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1108605/penyelidik-ukm-temui-rangka-manusia-prasejarah-di-gua-keledung-kecil" "Apabila anda bangun di pagi hari, mencuci muka anda, gunakan losyen kulit, minum air, membersihkan gigi anda dan keluar untuk berjalan-jalan di pantai, badan anda kemungkinan besar \u2018menyerap\u2019 mikroplastik sepanjang masa, melalui mulut, hidung dan kulit anda.\n\nTiada jalan keluar.\n\nPerkara ini sudah cukup berbahaya apabila kita mengambil mikroplastik dalam makanan dan air kita. Tetapi, mikroplastik ini juga \u2013 secara harfiah \u2013 masuk ke bawah kulit kita. Mikroplastik telah dilaporkan sebagai kandungan dalam produk pengguna seperti krim muka, pencuci muka dan pelbagai produk kosmetik lain, dalam bentuk manik-manik mikro yang digunakan secara meluas dalam produk kesihatan dan kecantikan.\n\nManik-manik kecil ini \u2013 kurang daripada 5mm \u2013 membawa pelbagai bahan kimia, yang paling biasanya ialah polietilena, yang mana telah dikaitkan dengan kesan kesihatan yang serius termasuk kanser, penyakit jantung dan perkembangan janin yang buruk.\n\nKajian menunjukkan bahawa mikroplastik daripada kosmetik dan ubat gigi boleh diserap oleh kulit sehingga boleh menyebabkan kerosakan sel pada permukaan luar kulit (the epidermis). Para penyelidik sedang menyiasat sama ada bahagian-bahagian plastik ini boleh menembusi lapisan yang lebih dalam pada kulit kita.\n\nPenyerapan mikroplastik melalui kulit dan kesan berbahaya yang mungkin wujud daripada pendedahan kulit yang meluas kepada partikel plastik (contohnya, daripada debu, microbeads dan pembersih tangan cecair) kini menjadi fokus bagi penyelidik.\n\nKita juga menyedut banyak mikroplastik ketika bernafas. Apabila mikroplastik ini berkumpul di dalam sistem pernafasan akan berpotensi boleh bergerak ke otak melalui aliran darah. Partikel mikroplastik telah ditemui dalam tisu paru-paru manusia. Komposisi kimia partikel-partikel ini boleh menyebabkan masalah pernafasan akut dan kronik.\n\nWalaubagaimanapun, sebahagian besarnya dikeluarkan oleh mekanisme pembersihan diri melalui saluran pernafasan kita. Tetapi, masih terdapat sesetengah yang mungkin bertahan di paru-paru, memicu tindak balas tempatan, termasuk keradangan, terutamanya pada mereka yang mempunyai sistem pernafasan yang terjejas.\n\nKajian ini menunjukkan bahawa kepekatan mikroplastik pada udara dalaman adalah sehingga 28 kali lebih tinggi berbanding persekitaran luar. Keadaan ini menunjukkan penekanan keperluan untuk tindakan pencegahan yang lebih ketat di rumah dan pejabat. Mikroplastik dalam atmosfera berasal daripada pelbagai sumber termasuk tekstil sintetik dan produk polyvinyl chloride (PVC) harian di sekeliling kita.\n\nManakala, melangkah keluar untuk udara segar tidak semestinya merupakan cara untuk melarikan diri. Angin laut dan semburan laut juga boleh menjadi sumber yang konsisten mikroplastik di udara. Satu kajian menganggarkan bahawa kira-kira 136,000 tan mikroplastik dikeluarkan dari air laut ke atmosfera sebagai semburan laut setiap tahun.\n\nPartikel-partikel ini mudah dibawa ke kawasan berhampiran. Sebagai contoh, kajian laluan massa udara mendedahkan mikroplastik boleh bergerak sehingga 95 km melalui atmosfera.\n\nPartikel mikroskopik bahan padat atau cecair yang digantung di udara sering mengandungi mikroplastik ini yang pada gilirannya membawa bahan kimia beracun seperti polietilena (PE), polistiren (PS), dan polietilen terephthalate. (PET).\n\nWalau bagaimanapun, tiada maklumat yang mencukupi mengenai nasib dan risiko mikroplastik di udara sekitar kita.\n\nDengan bukti peningkatan penggunaan plastik sekali pakai, terutamanya pelitup muka semasa pandemik Covid-19, adalah penting untuk mendorong dan melabur dalam penyelidikan yang lebih terperinci mengenai kesan mikroplastik pada kesihatan kita.\n\nWalaupun plastik telah mendapat populariti yang luar biasa dalam kehidupan moden sejak pertengahan 1950-an, sisa plastik yang dihasilkan dan pengurusan yang salah dalam pembuangan telah menyebabkan masalah ekologi. Plastik yang ditinggalkan dalam persekitaran cenderung merosakkan, yang membawa kepada pengeluaran mikroplastik dan nanoplastik yang menganggu kehidupan laut, haiwan dan kemudiannya manusia.\n\nUntuk mengkaji pengumpulan partikel toksik ini pada manusia melalui rantaian makanan di pelbagai kawasan memerlukan perancangan dan koordinasi teliti yang melibatkan ahli ekologi, ahli patologi, dan ahli epidemiologi.\n\nData pendedahan yang boleh dipercayai juga penting untuk penilaian dan pengurusan risiko. Pembuat dasar boleh mula daripada sekarang untuk melaksanakan dasar pengurangan sisa plastik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa." "Kuantan \u2013 Calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, yang memperoleh keputusan cemerlang 8A1B bercita-cita untuk menjadi sejarawan.\n\nMuhammad Aziq Asri, 18, yang menghidap autisme daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin mengakui tidak menyangka memperoleh keputusan cemerlang sekali gus menjadi dirinya antara pelajar terbaik di Pahang.\n\n\u201cSaya gembira kerana pada percubaan SPM, saya hanya dapat 6A 2B 1C, tapi dengan sokongan cikgu dan rakan di sekolah, ia banyak membantu.\n\n\u201cSebenarnya saya hanya fokus di dalam kelas dan jika tidak faham, saya akan bertanyakan kepada cikgu. Kelas tuisyen juga hanya di sekolah dan lebih banyak membuat latihan di rumah bermula petang hingga malam,\u201d katanya ketika ditemui pemberita majlis keputusan SPM 2022 Pahang di SMK Bukit Rangin pada Khamis.\n\nMuhammad Aziq antara tiga calon CBPK SPM yang cemerlang selain Harith Zakwan Hazlan dari SMK Mengkarak, Bera yang memperoleh 8A dan Muhammad Mukhriz Mustafa dari SMK Karak Setia, Bentong (8A).\n\nAnak bongsu daripada dua beradik itu mahu menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mencapai cita-citanya itu.\n\nMenurutnya, keputusan menyambung pengajian ke peringkat STPM dibuat adalah atas nasihat guru kaunselingnya sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah.\n\n\u201cCita-cita saya hendak jadi ahli sejarah. Jadi saya berhasrat untuk menyambung pelajaran ke tingkatan enam selepas ini mengikut nasihat guru.\n\n\u201cApa yang baik daripada ibu bapa atau guru saya akan ikuti asalkan cita-cita dan harapannya saya tercapai. Insha-ALLAH,\u201d jelasnya.\n\nDia yang menetap di Indera Mahkota 16 bersama ibu bapa, Asri Mohd Din, 54 dan Marlia Thaalmudin, 48, memberitahu mula minat Sejarah ketika di darjah empat dan memperoleh markah yang baik dalam Sejarah ketika peperiksaan tersebut.\n\n\u201cSejak dari itu, saya suka membaca tentang Sejarah. Kemudian ketika di sekolah menengah, saya suka bermain permainan video tentang perang dan dari situ, saya mula minat mendalami sejarah tentang Perang Dunia,\u201d ujarnya lagi\n\nSementara itu, Marlia tidak menjangkakan anak lelakinya itu memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.\n\n\u201cSaya tidak sangka kerana pada usia lima tahun, Aziq disahkan autisme kerana ketika itu kami dapati dia tidak boleh bercakap.\n\n\u201cNamun, saya bersyukur kerana Aziq mampu untuk belajar dan memperoleh keputusan baik dalam pelajaran bersama rakannya di sekolah rendah dan menengah,\u201d ujarnya yang tidak menghantar ke sekolah pendidikan khas kerana dia boleh mengikut pembelajaran di sekolah harian." "Sejak belakangan ini, unsur \u2018nadir bumi\u2019 ataupun Rare Earth Element (REE) menjadi topik \u2018panas\u2019 dibincangkan sebagai salah satu usaha memacu pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.\u00a0\n\nKatanya, penerokaan unsur ini akan memberi keuntungan yang luar biasa.\n\nBaru-baru ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan dalam Parlimen bahawa Malaysia mengandungi kira-kira 16.1 juta tan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang memberi nilai lebih RM 809 bilion.\n\nFuh! Biar betul?!\n\nApa sebenarnya unsur nadir bumi ni???\n\nUnsur nadir bumi merupakan rangkaian unsur kimia yang terdapat di dalam kerak bumi. 17 elemen yang dianggap sebagai nadir bumi iaitu 15 unsur dalam siri lantanida (La), dan 2 unsur tambahan yang mempunyai sifat kimia serupa iaitu Scandium (Sc) dan Ytrium (Y). Unsur-unsur ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu unsur nadir bumi ringan (Light Rare Earth Element, LREE) dan unsur nadir bumi berat (Heavy Rare Earth Element, HREE).\u00a0\n\nKorang boleh tengok kedudukannya dalam Jadual Berkala di bawah ni.\u00a0\n\nHaa ingat lagi tak Jadual Berkala belajar dulu???\n\nMeh nak peringat balik. Jadual berkala ni ialah jadual susunan unsur-unsur kimia yang diketahui. Penyusunan ini mengikut nombor atom dan sifat-sifat kimianya. Dengan adanya jadual ni, mudah untuk kita mengingati sifat kimia dan sifat fizik semua unsur dengan lebih sistematik. Sebab tu dulu boleh score waktu SPM. Kan???\n\nSetakat ini, terdapat 118 unsur kimia yang diketahui. Setiap satunya ada kegunaan dan manfaatnya.\u00a0\n\n\u2018Unsur nadir\u2019 bermaksud unsur-unsur yang jarang ditemui ataupun wujud dalam peratusan yang sedikit, sepertimana scandium dan yttrium. Unsur nadir bumi dikatakan suatu logam yang berkilau dan mempunyai sifat konduktif elektrik yang tinggi. Disebutkan juga bahawa logam ini bersifat lembut secara relatif dan kekuatannya meningkat apabila nombor atomnya meningkat. Kebanyakan sebatian unsur ini mempunyai sifat paramagnet yang tinggi.\n\nSejak beberapa tahun ini, usaha merancakkan semula industri mineral dalam mengeksplorasi unsur ini giat dijalankan. Hal ini dinyatakan dalam Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 yang merupakan satu kerangka komprehensif untuk membangunkan industri mineral negara secara menyeluruh merangkumi peringkat huluan, pertengahan dan hiliran sebagai sumber kekayaan baharu negara dengan pengurusan sumber asli yang cekap.\n\nTetapi, apa manfaatnya \u2018unsur nadir\u2019 ini diteroka?\n\nSebelum-sebelum ini, unsur nadir bumi tidak terlalu diberi perhatian oleh industri. Sejak 10 tahun belakangan ini sahaja, permintaan dunia terhadap unsur ini telah melonjak dua kali ganda. Kenapa?\n\nKerana kepesatan teknologi.\n\nMenurut Prof. Madya IR. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim yang merupakan Dekan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia, unsur ini sangat penting dalam pembangunan industri yang berteknologi moden seperti peranti elektronik, komputer dan rangkaian \u201cnetworks\u201d, tenaga bersih, komunikasi, pengangkutan berteknologi tinggi, perubatan dan banyak lagi. Unsur nadir bumi ini merupakan komponen penting dalam teknologi bersih (hijau) seperti turbin kuasa angin, kenderaan elektrik, pencahayaan cekap-tenaga dan penukar pemangkin.\n\nSekarang, Malaysia mendokong pembangunan teknologi hijau iaitu produk atau sistem yang mesra alam, selamat kepada pengguna, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar. Komitmen ini dibuktikan dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada tahun 2009 sehinggalah kelulusan jumlah pelaburan industri teknologi hijau sekitar RM 2.23 billion pada tahun 2020.\u00a0\n\nDengan adanya unsur nadir bumi ini, pengeluaran dan pembuatan produk moden yang mesra alam dapat dihasilkan.\u00a0\n\nEra moden ini, teknologi semakin pesat bagi memenuhi keperluan semasa manusia menerusi industri yang pelbagai. Paling penting, industri yang menghasilkan gajet-gajet elektronik. Tak kisahlah telefon pintar ke, ipod ke, ipad ke, komputer riba ke, macam-macam inovasi dibuat sehinggakan tercetusnya bermacam-macam \u2018trend\u2019 tentang kecanggihan dan jenama sesebuah peranti. Dahsyat!\n\nSeiring arus permodenan ini, kesan negatifnya pasti ada. Seperti pencemaran yang membawa kepada pelbagai bahana. Sebab itulah pentingnya teknologi hijau. Tak hairanlah apabila permintaan dunia terhadap unsur nadir bumi semakin meningkat demi terus menghasilkan kehidupan yang mudah dan selesa kepada manusia seluruh dunia melalui penciptaan teknologi yang lebih selamat.\n\nMenurut kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), unsur ini kebanyakannya terletak di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.\u00a0\n\nUnsur nadir bumi ini tersebar secara meluas di permukaan bumi terutamanya di kawasan batuan granitik terluluhawa. Oleh itu, Malaysia sedang mengusahakan jenis deposit sisa atau lebih dikenali sebagai deposit jenis lempung jerapan ion. Deposit jenis ini terhasil daripada proses luluhawa terhadap batuan yang kaya dengan mineral nadir bumi, yang menyebabkan ion nadir bumi menjerap kepada mineral lempung. Proses ini dapat berlaku secara semula jadi kerana geografi Malaysia yang terletak di garis khatulistiwa, selain dibantu faktor-faktor lain seperti tindakbalas redoks, perubahan tekanan, suhu serta aktiviti hidroterma yang membantu proses pengayaan ion unsur nadir bumi.\u00a0\n\nTernyata unsur nadir bumi ini memberi manfaat besar kepada manusia dalam menjalani kehidupan yang lebih selesa. Namun, sebagai seorang muslim, jangan kita terlalu ghairah dengan penemuan ini dan tersalah meletakkan matlamat untuk menerokainya demi material semata. Bukankah penemuan dan penerokaan ini adalah janji Allah yang telah dirakamkan di dalam Surah al-Jathiyah ayat 13 yang bermaksud :\n\n\u201cDan Dia menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi untukmu semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya dalam hal yang demikian, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.\u201d\n\nAyat ini telah menjelaskan bahawa Allah telah mencipta semua yang ada di langit dan di bumi untuk manfaat manusia dalam melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di bumi.\n\nBagi pihak berkaitan, semoga penerokaan ini tidak dieksploitasi dan disalahgunakan sewenang-wenangnya kerana kerakusan dan ketamakan diri.\u00a0\n\nIngat, pemberian Allah ini bila-bila sahaja boleh ditarik. Jangan terlalu ghairah dan megah seolah-olah semua ini kita punya. Hasbunallah wanikmal wakil.\n\nSumber gambar : https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2020/12/Rare-Earths-Neodymium-Minerals-Mining-2-e1599642745232.jpg" "Baru-baru ini, The Guardian telah melaporkan hasil kajian sekumpulan penyelidik dari Kolej Universiti London dan Universiti Republik di Uruguay yang membuktikan bahawa amalan tidur siang adalah baik untuk otak.\n\nAmalan tidur ini dikatakan berkait dengan perkembangan dan saiz otak.\n\nKajian ini melibatkan pengambilan data seramai 35,080 daripada kajian Biobank United Kingdom yang mengumpulkan maklumat mengenai genetik, gaya hidup dan kesihatan bagi usia 40 hingga 69 tahun. Hal ini bagi mengkaji sama ada gabungan varian genetik yang sebelum ini dikaitkan dengan tabiat tidur seketika pada waktu siang, turut mempunyai kaitan dengan isipadu otak, kognisi dan aspek kesihatan otak yang lain. Pendekatan ini membantu para penyelidik mengurangkan impak faktor gaya hidup dalam mempengaruhi dapatan kajian.\n\nHasilnya, mereka mendapati adanya hubungan antara amalan tidur siang dan isipadu otak. Yang mana, mereka menyatakan bahawa amalan tidur siang boleh membantu melindungi otak daripada mengecut. Maka, hal ini membantu menyihatkan otak apabila semakin berusia.\n\nMenurut mereka, \u201cStruktur otak mengalami perubahan termasuk mengecut apabila semakin tua.\u201d\n\n\u201cKami dapati pengecutan itu berlaku lebih cepat pada individu yang mengalami masalah kognitif dan penyakit neurodegeneratif. Beberapa kajian mencadangkan situasi itu mungkin berkaitan dengan masalah tidur.\u201d\n\nKajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Sleep Health.\u00a0\n\nWah! Macam sama saja dengan saranan Baginda S.A.W beberapa ratus tahun dahulu. Iya dok? Cumanya, kita guna istilah bahasa arab iaitu \u2018Qailulah\u2019.\u00a0 Jom kita baca pasal \u2018Qailulah\u2019 pula.\n\nQailulah bermaksud tidur sebentar di pertengahan hari yang disertai dengan niat, sama ada antara pukul 12 tengah hari hingga masuk waktu zuhur, ataupun selepas waktu zuhur jika mengikut sesetengah pendapat. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa qailulah bermaksud berehat sebentar walaupun tidak tidur.\n\nAmalan Qailulah ini bukannya saja-saja untuk menghabiskan masa. Tetapi, tidur ini merupakan sunnah Baginda S.A.W sebagai persiapan untuk bangun beribadat pada waktu malam, ataupun berqiamullail. Tempoh untuk tidur ini adalah sekejap sahaja, iaitu selama beberapa minit dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja.\u00a0\n\nAmalan ini merupakan satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama\u2019 berdasarkan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud :\u00a0\n\n\u201cLakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.\u201d\n\nAllah juga jelas menyebut dalam firman-Nya, ayat 23 Surah Ar-Rum yang bermaksud :\u00a0\n\n\u201cDan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).\u201d\n\nTetapi, kenapa mesti tidur yang ditekankan sebagai satu amalan istirehat?\n\nSebagai seorang Muslim, kita mengimani bahawa setiap sesuatu yang disebut oleh Allah dan Baginda S.A.W pasti terkandung hikmah dan kebaikannya.\n\nMenurut Kitab Pedoman Pengobatan Nabi oleh Agus Rahmadi dan M. Biomed, lebih daripada 10 kali perkataan \u2018tidur\u2019 disebut di dalam al-Quran.\n\nAllah telah mengisyaratkan bahawa tidur merupakan salah satu hak penjagaan tubuh badan yang perlu dipenuhi manusia.\u00a0\n\nSaidatina Aisyah R.A pernah meriwayatkan sabda Baginda S.A.W yang bermaksud :\u00a0\n\n\u201cJika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk, berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.\u201d\n\nMenurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, tidur merupakan satu keadaan yang mana perasaan dan kekuatan jiwa meresap ke dalam tubuh untuk mencari ketenangan. Dr As-Sayyid Salaamah As-Saqa pula menyatakan bahawa tidur adalah tanda kekuasaan Allah pada makhluk ciptaan-Nya. (Abdullah al-Qari, 2009; Syeikh Hilmi al-Khuldy, 2010).\n\nBagi satu kenyataan lain, Abdullah al-Qari (2009) menyebut bahawa sekiranya tidur tidak dipenuhi, hidup seseorang itu akan rosak dan akhirnya menyebabkan kematian.\n\nPada tahun 1999, saintis daripada Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur menyebabkan berlakunya gangguan dalam proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan pelbagai penyakit. Manakala, mereka yang tidur kurang daripada kadar tidur sepatutnya akan mudah mengalami tekanan perasaan, dan mudah dijangkiti kuman setelah sistem pertahanannya menjadi lemah.\n\nSebenarnya amalan ini bukan sahaja dibuat oleh orang Islam. Orang bukan Islam pun buat tau. Cuma mereka istilahkan dengan \u2018nap\u2019 bagi orang Barat, ataupun \u2018siesta\u2019 bagi masyarakat Sepanyol yang mana mereka ini tidur seketika pada awal tengahari, iaitu kebiasaannya selepas makan tengah hari.\n\nKajian tentang tidur siang pun dah dijalankan oleh ramai penyelidik seluruh dunia bagi memperlihatkan manfaatnya yang cukup besar kepada tubuh badan manusia. Antara dapatan kajian yang dilaporkan tentang manfaat tidur siang :\u00a0\n\nBesarnya manfaat tidur siang ini sehinggakan di Jepun, pekerja yang tidur sekejap dianggap sebagai seorang yang berdedikasi. Fuh!\n\nDi Malaysia pun, terdapat sekolah yang memperuntukkan masa untuk tidur siang seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Julau No. 2 di Sarawak. Di tadika-tadika seperti Little Caliph dan PASTI pun dah didik anak-anak kecil untuk ber-qailulah.\n\nBaginda S.A.W telah dahulu mengajak kita untuk mengamalkan tidur siang, yakni qailulah. Kaedahnya sama sepertimana yang dibuktikan dalam kajian-kajian saintifik oleh orang-orang Barat.\u00a0\n\nBiarpun sama kaedah, hakikatnya cukup berbeza amalan kedua-duanya. Bezanya adalah pada niat dan matlamat.\u00a0\n\nBagi orang bukan Muslim, mereka beramal berdasarkan bukti saintifik yang menunjukkan sesuatu itu baik bagi kehidupan mereka.\n\nBagi seorang Muslim, kita perlu kembali kepada niat asal dianjurkan \u2018qailulah\u2019 iaitu bagi mendapatkan tenaga untuk bangun beribadat di waktu malam. Adapun manfaat-manfaat lain itu hanyalah kesan sampingan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada mereka yang melaksanakan amalan dan perbuatan yang baik ini.\u00a0\n\nOleh itu, qailulah ini merupakan amalan yang perlu dilaksanakan oleh semua umat Islam supaya ibadah di waktu malam dapat dijaga sebaiknya, sekaligus dapat menjaga kesihatan tubuh badan yang telah diamanahkan oleh Allah kepada kita selama mana hidup di atas muka bumi ini.\u00a0\n\nJom pakat-pakat amalkan qailulah!\n\nSUMBER GAMBAR : How to Power Nap Like a Pro: Our 5-Point Guide | Sleep Cycle" "Pasti ramai tak sangka kan Bahasa Melayu antara bahasa yang diberi kepentingan di Negara China.\u00a0\n\nJom kita baca artikel yang dilaporkan oleh BERNAMA.com baru-baru ini.\u00a0\n\n...\n\nDisapa oleh warga asing dalam bahasa Melayu ketika berada di luar negara\u00a0sentiasa mengujakan penulis, dan itulah yang dirasai apabila pertanyaan \u201capa khabar\u201d menerjah pendengaran sebaik penulis menjejakkan kaki di Universiti Minzu, Yunnan, China lewat tahun lepas.\u00a0\n\nTinggi lampai dan berkaca mata, yang menyapa adalah seorang lelaki tempatan dan\u00a0memperkenalkan dirinya \u2013 dalam bahasa Melayu yang fasih\u00a0\u2013 sebagai Zhao Ran, 36, seorang daripada pensyarah bahasa Melayu di universiti itu.\n\nPenulis terkejut dan kagum dengan kelancaran Zhao bertutur dalam bahasa Melayu \u2013 tidak ubah seperti rakyat Malaysia \u2013 kerana tidak dimaklumkan oleh penganjur Program China Asia Pasific Press Centre 2022, bahawa ada warga\u00a0\u00a0universiti yang terletak di Kunming, ibu kota Yunnan itu boleh berbahasa Melayu.\u00a0\u00a0\u00a0\n\nZhao yang kelihatan teruja menyambut kedatangan kami \u2013 peserta program yang rata-rata berasal dari Asia Tenggara \u2013 turut memberitahu bahawa pihak universiti telah menyediakan pelbagai acara kebudayaan bagi meraikan lawatan kami pada hari berkenaan.\u00a0\n\nBarangkali berbangga\u00a0dapat menunjukkan kemahirannya kepada penulis, Zhao rancak bercerita, terutama tentang\u00a0pensyarah, pelajar serta senario pembelajaran di Sekolah Pengajian Bahasa-bahasa dan Budaya Asia Tenggara dan Asia Selatan yang disertainya sejak 13 tahun lepas.\n\n\u201cKebanyakan pensyarah dan pelajar di sekolah ini mempunyai nama Melayu. Nama Melayu saya ialah\u00a0\u2018Bulan\u2019, diterjemahkan daripada nama bahasa Inggeris saya, iaitu Moon,\u201d ujarnya, mencuit hati penulis, serta menambah nama Melayu itu bertujuan menyuntik semangat warga fakulti dalam menguasai\u00a0bahasa Melayu.\u00a0\n\nBeliau kemudian memperkenalkan penulis kepada seorang pelajar wanita yang nama Melayunya ialah \u2018Humairah\u2019.\n\nKami dibawa oleh Zhao ke bangunan utama universiti, dan di sepanjang perjalanan itu kami rancak berbual.\u00a0Di kiri dan kanan jalan pula lebih 100 pelajar berpakaian tradisional etnik\u00a0mewakili kesemua 56 suku kaum yang diiktiraf oleh kerajaan China, berdiri sederet, menyambut kedatangan kami.\n\nSambil menguntum senyuman manis, mereka menari dan menyanyikan lagu \u201cselamat datang\u201d.\n\nSepintas lalu, pakaian tradisional yang dipakai oleh pelajar terbabit seakan busana suku kaum Kadazandusun di Sabah dan etnik Iban di Sarawak.\n\nPenulis yang berketurunan Bisaya,\u00a0\u00a0tidak pernah menyangka ada etnik di luar Malaysia yang mempunyai pakaian tradisional\u00a0hampir sama dengan satu daripada busana warisan budaya negeri kelahiran, iaitu Sabah, membuatkan penulis berasa begitu dekat dengan mereka.\n\nLebih-lebih lagi kesemua pelajar terbabit begitu ramah, sekali gus mengubat kerinduan penulis yang telah berada di negara Tembok Besar itu\u00a0sejak Julai 2022, mengikuti program enam bulan hingga Disember, anjuran China Public Diplomacy Association menerusi China International Press Communication Center.\n\n\u201cJurusan bahasa Melayu ditubuhkan pada 2010, dan sekarang kita ada lebih kurang 80 pelajar yang mengikuti pengajian selama empat tahun.\n\n\u201cAda empat orang pensyarah bahasa Melayu, kesemuanya warga China, dan kebanyakan kami adalah lulusan Beijing Foreign Studies University,\u201d ujar Zhao, mengalih\u00a0perhatian penulis yang tertumpu pada kumpulan pelajar terbabit.\u00a0\u00a0\n\nUniversiti Minzu yang ditubuhkan pada 1 Ogos 1951, adalah antara universiti untuk minoriti yang terawal negara itu dan terkenal dengan penekanan terhadap pendidikan, penyelidikan dan pemeliharaan budaya etnik minoriti mereka.\n\n\u201cSekolah ini bertujuan memupuk bakat profesional berorientasikan bahasa yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa dari rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara. Kami telah membangunkan program pembelajaran 15 bahasa rasmi kesemua 14 negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.\n\n\u201cBahasa-bahasa tersebut\u00a0ialah\u00a0Thai, Burma, Vietnam, Lao, Kemboja, Melayu, Indonesia, Hindi, Bengali, Filipina, Tamil, Pashto, Sinhala, Nepal dan Urdu. Penguasaan bahasa-bahasa ini akan menghapuskan halangan\u00a0bahasa, menggalakkan interaksi budaya\u00a0dan merapatkan hubungan rakyat dengan rakyat,\u201d kata Presiden universiti Zhang Qiaogui semasa menyambut kedatangan kami.\n\nInstitut pengajian tinggi ini mempunyai lebih 15,000 pelajar peringkat sarjana muda dan siswazah. Majoriti pelajar adalah daripada lebih 50 kumpulan etnik yang ada di China\u00a0selain segelintir pelajar asing,\u00a0mengikuti pelbagai program pengajian bahasa dan budaya suku kaum minoriti serta kursus-kursus lain di bawah bidang antropologi.\u00a0\u00a0\n\n\u201cSaya sudah belajar bahasa Melayu selama setahun setengah dan saya sangat teringin ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di sana,\u201d kata Liu Zhi Hui, penuntut tahun dua jurusan bahasa Melayu ketika ditanya tentang faktor dia mempelajari bahasa itu.\u00a0\n\nLiu atau nama Melayunya Zarif,\u00a0adalah daripada etnik Va, turut memberitahu\u00a0yang\u00a0dia akan mengikuti program pertukaran pelajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pada Oktober ini.\n\n\u00a0Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di China bermula pada 1960-an dengan Beijing Foreign Studies University (BFSU) menjadi universiti pertama menawarkan kursus bahasa Melayu di negara itu menerusi usaha perintis Prof. Wu Zongyu.\u00a0\u00a0\u00a0\n\nSementara itu, menurut Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan yang dihubungi Bernama di sini,\u00a0\u00a0susulan persetujuan antara kerajaan Malaysia dan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya pengajaran bahasa Melayu\u00a0di China, sebuah pusat pengajian ditubuhan di BFSU pada 1997.\n\nDikenali sebagai Pusat Bahasa Melayu, institusi itu kemudian dinaik taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China pada 2005, dan secara rasmi\u00a0menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China, kata beliau\u00a0yang dilantik ke jawatan itu pada April lepas.\u00a0\n\nMengulas lebih lanjut, Awang yang juga\u00a0Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, berkata pada masa ini terdapat 13 universiti di China yang menawarkan program pengajian bahasa Melayu peringkat ijazah dan sebuah kolej dengan program diploma.\n\n\u201cUniversiti dan kolej terbabit\u00a0terletak di kota Beijing, Tianjin,\u00a0Kunming, Guangzhou, Nanning, Xian, Luoyang, Hainan. Pada masa sama, ada beberapa buah universiti lain yang menawarkan bahasa Melayu sebagai kursus elektif seperti\u00a0di Hebei dan Sichuan,\u201d katanya.\n\nPada tahun lepas,\u00a0China melancarkan Ujian Pengiktirafan Penterjemahan Bahasa Cina-Bahasa Melayu (CATTI BC-BM), iaitu ujian kelayakan vokasional peringkat negara yang dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia dan Sekuriti Sosial China\u00a0 menerusi\u00a0Jabatan Komunikasi Antarabangsa China.\n\nCATTI dilancarkan bagi\u00a0mengukuhkan pengurusan industri penterjemahan, menyeragamkan pasaran kerja penterjemahan, meningkatkan mutu penterjemah dan jurubahasa,\u00a0sekali gus menyaksikan pendidikan bahasa Melayu berkembang pesat di China sejak akhir-akhir ini.\n\nDuta Besar China ke Malaysia\u00a0Ouyang Yujing dilaporkan berkata melalui ujian itu, pendidikan modal insan dalam bidang penterjemahan bahasa akan dipermudah, di samping mendorong persefahaman antara rakyat China dan\u00a0Malaysia.\n\nSumber gambar : https://www.bbc.co.uk/bitesize/topics/zydk4xs/articles/zk9h6g8" "Seluruh dunia sedang tertumpu kepada tragedi sebuah kapal selam Titan yang meletup sehingga meragut lima nyawa penumpangnya.\n\nKapal selam ini telah hilang di dasar Lautan Atlantik pada Ahad lalu (18/6/2023) ketika ekspedisi melawat bangkai kapal Titanic yang terletak di kedalaman 3,800 meter.\n\nEkspedisi ini diurus oleh sebuah syarikat swasta di Washington DC, iaitu OceanGate. Syarikat ini dikatakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pelancongan bawah laut untuk mencari bangkai Titanic di dasar Lautan Atlantik menggunakan kapal selam.\n\nSyarikat ini diasaskan pada tahun 2009 oleh Stockton Rush yang juga merupakan CEO bagi syarikat ini. Beliau merupakan bekas usahawan berjaya yang berkait dengan industri aeroangkasa dan teknologi.\u00a0\n\nSyarikat OceanGate telah terlibat dalam beberapa aktiviti penerokaan laut seperti ekspedisi Azores, Bahamas dan Bespoke. Dikatakan bahawa syarikat ini telah menyelesaikan lebih daripada 14 ekspedisi dan 200 menyelam ke kedalaman 4,000 meter di Lautan Atlantik, Pasifik dan Teluk Mexico. Sewaan kapal selam daripada syarikat ini adalah bertujuan untuk komersial, penyelidikan dan ketenteraan.\n\nKapal selam OceanGate dinamakan Titan dan dikatakan sebuah kapal selam penyelidikan dan tinjauan berkapasiti lima orang penumpang yang biasanya terdiri daripada seorang kapten dan empat anak kapal. Reka bentuknya adalah dibina khas tidak dikelaskan. Badannya diperbuat daripada filamen gentian titanium dan karbon yang berupaya untuk melengkung, dilengkapi dengan empat tujahan elektrik dan menggunakan teknologi satelit Starlink milik Elon Musk. Saiznya mencecah 22 kaki panjang, 9.2 kaki lebar dan 8.3 kaki tinggi. Manakala, beratnya ialah 23,000 paun dan boleh membawa beban sehingga 1,510 paun.\n\nTitan direka dengan keupayaan menyelam ke dasar laut pada kedalaman maksimum 4,000 meter dan menyimpan bekalan oksigen selama 96 jam. Kapal selam ini dilengkapi sistem Pemantauan Kesihatan Badan Hull Masa Nyata (RTM) untuk pengesanan awal oleh kapten tentang situasi di lautan, seterusnya mengawal turun dan naik kapal dengan selamat.\n\nBagi mengemudi kapal selam ini, kapten menggunakan alat kawalan permainan video yang telah diubah suai, bersama komputer skrin sentuh khas untuk menyesuaikan lampu, udara, mengukur kedalaman dan alat berkomunikasi.\n\nPenyesuaian-penyesuaian pada Titan ini telah dilihat mencukupi untuk mengupayakan kapal selam ini meneroka lautan dalam, mencipta memori mahal bersama bangkai kapal Titanic yang berpuluh tahun lamanya bersemadi di dasar lautan, menjadi kisah paling ikonik dalam sejarah maritim dunia.\n\nSekali lagi, \u2018Titanic\u2019 mengejutkan dunia dengan kisahnya.\n\nEkspedisi ke bangkai Titanic bukanlah baru dilaksanakan pada tahun ini oleh syarikat OceanGate. Hakikatnya ekspedisi ini telah bermula sejak tahun 2021, dan sudah ada beberapa lawatan sebelum ini yang berjaya dilaksanakan. Terdapat sumber yang melaporkan perkongsian pengalaman oleh penumpang-penumpang ini.\n\nAgak menakutkan apabila membaca kisah perjalanan mereka. Biarpun mereka tiba di lokasi bangkai Titanic, cabaran mengerikan perlu ditempuhi sehinggakan mereka memanggil pelancongan mereka itu sebagai misi bunuh diri. Lebih mengejutkan apabila mereka mendedahkan bahawa sebelum mereka menjalani ekspedisi tersebut, mereka perlu menandatangani sijil kematian terlebih dahulu.\n\n\u201cIni adalah misi bunuh diri.\u201d \u2013 Arthur Loibl (Ekspedisi 2021).\n\nAntara keadaan-keadaan yang mengerikan perlu ditempuhi adalah terputusnya komunikasi dengan kapal pengangkut di permukaan laut sepanjang masa dan berisiko mati di bawah permukaan gelap, serta terputusnya bekalan elektrik dan masalah keseimbangan lebih lima jam yang mana para penumpang terpaksa duduk bersila dalam ruang yang sempit, tiada tempat duduk dan tiada tandas. Malah, terdapat juga kisah pelanggaran kapal Titan dan Titanic sehingga mengambil masa selama satu jam untuk melepaskan kapal daripada keadaan panik tersebut.\n\nPada tahun 2022, Alan Estrada yang merupakan seorang YouTuber Mexico menyertai ekspedisi ini dan mendokumentasikan kisah perjalanan \u2018mahal\u2019 ini. Beliau menyatakan bahawa semua penumpang mengetahui risiko besar tentang ekspedisi tersebut.\n\n\u201cKami tahu bahawa kami tidak akan pergi ke taman hiburan.\u201d \u2013 Alan Estrada (Ekspedisi 2022).\n\nPada tahun 2023, lima orang lagi individu yang berani menyertai ekspedisi ini dengan bayaran yang sangat mahal. Mereka ini merupakan golongan jutawan dan orang kenamaan, yang mana salah seorangnya ialah CEO syarikat OceanGate sendiri iaitu Stockton Rush. Manakala, empat orang lagi ialah Hamish Harding yang merupakan jutawan Britain dan penerima tiga anugerah Rekod Dunia Guinness kerana aktiviti penjelajahannya ke angkasa dan lautan terdalam, Shahzada Dawood yang merupakan ahli perniagaan terkemuka di Pakistan, bersama anaknya Suleman Dawood. Akhir sekali, Paul-Henri Nargeolet iaitu seorang penyelam Perancis dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam meneroka bangkai Titanic.\n\nSetelah melihat profil mereka ini yang bukan calang-calang orang dan sebahagiannya adalah sangat berpengalaman, tidak hairanlah mereka begitu berani untuk mengalami sendiri ekspedisi ini.\u00a0\n\nTetapi, malang tidak berbau. Siapa tahu bahawa ekspedisi ini bakal menjadikan mereka sebahagian daripada sejarah \u2018Titanic\u2019.\u00a0\n\nApa yang berlaku kepada kapal selam Titan?\n\nPada 18 Jun 2023 (Ahad), selepas 1 jam 45 minit kapal Titan menyelam, perhubungannya terputus dan langsung tidak dapat dikesan. Pasukan penyelamat menggerakkan usaha pencarian dan meninjau lautan seluas 10,000 batu persegi itu pada 19 Jun 2023 (Isnin) sehinggalah keesokan harinya, tanpa ada tanda kapal selam tersebut akan muncul. Lebih membimbangkan apabila bekalan oksigen di dalam kapal selam tersebut semakin habis.\n\nKemudian, pada 22 Jun 2023 (Khamis), tentera laut Amerika Syarikat menyatakan pengesanan bunyi letupan pada hari Ahad selepas perhubungan kapal selam Titan terputus.\n\nPenemuan serpihan kapal Titan termasuklah kon ekor yang terletak di kira-kira 488 meter dari bangkai Titanic di perairan Atlantik Utara telah menyimpulkan bahawa kapal selam ini mengalami bencana letupan yang amat dahsyat ataupun disebut sebagai \u2018Catastrophic Implosion\u2019.\n\n\u2018Catastrophic Implosion\u2019 ialah bencana yang merujuk kepada kemusnahan kapal secara tiba-tiba setelah berada di bawah tekanan yang luar biasa dan tidak mampu ditanggung oleh struktur kapal. Keadaan ini dikatakan berlaku dengan cepat dan semuanya akan musnah tanpa sempat disedari oleh para penumpang. Kebarangkalian untuk menemui mayat penumpang juga adalah kecil.\n\nMenurut seorang bekas pegawai kapal selam nuklear AS, Dave Corley, apabila kapal selam mengalami keadaan ini, pergerakannya adalah kira-kira 1,500 mph (2,414 km/j), bersamaan 2,200 kaki (671 m) persaat. Masa untuk kehancuran sepenuhnya adalah kira-kira satu milisaat bersamaan seribu saat. Bagi otak manusia untuk bertindak balas secara semula jadi terhadap rangsangan adalah kira-kira 25 milisaat, manakala tindak balas rasional manusia untuk bertindak mengambil masa dalam 150 milisaat. Ketika ini, udara di dalam mempunyai kepekatan wap hidrokarbon yang agak tinggi, dan ketika badan kapal ditekan, udara menyala secara automatik mengakibatkan letupan dahsyat berlaku serta-merta. Tubuh manusia di dalamnya terbakar sehingga bertukar menjadi habuk dan abu.\n\nJika dilihat kepada penyesuaian struktur-struktur kapal selam Titan, sepatutnya keadaan ini tidak berlaku kerana pembinaannya dikatakan memang mengikut spesifikasi untuk menahan tekanan di bawah 4,000 meter kedalaman laut. Persoalannya, mengapakah masih terjadi? Persoalan inilah yang membawa kepada beberapa kontroversi dan tersingkapnya beberapa kejadian sebelum bermulanya ekspedisi ini.\n\nBiarpun dikatakan kapal selam Titan sudah berjaya turun ke kedalaman bangkai Titanic beberapa kali sebelum ekspedisi ini sehingga memberikan keyakinan kepada CEO OceanGate yang juga merupakan mangsa bagi kejadian ini untuk meneruskan ekspedisi ini, ternyata tahap keselamatannya telah dipersoalkan oleh beberapa pakar industri dan bekas pekerja syarikat itu sejak tahun 2018 lagi. Ditambah pula kapal selam ini tidak mendapat pengesahan daripada Biro Kapal Amerika atau Kumpulan DNV dari Eropah yang bertindak sebagai pengurus insurans dan risiko bencana bagi kapal selam. Agensi inilah yang menetapkan piawaian keselamatan bagi reka bentuk sesebuah kapal selam bagi hadapi tekanan bawah laut.\n\nDilaporkan bahawa wakil Persatuan Teknologi Maritik (MTS) pernah menghantar surat, seterusnya mengadakan satu perbincangan yang serius bersama Rush mengenai keselamatan Titan yang melibatkan kecacatan reka bentuk tunggal, ketiadaan sijil yang diiktiraf industri, fabrikasi, dan ujian kapal selam.\n\nManakala, seorang pekerja OceanGate, David Lochridge pernah menyerahkan laporan kejuruteraan kepada pihak tertinggi syarikat dan mengkritik proses penyelidikan dan pembinaan Titan yang tidak menggunakan bahan sepatutnya, ditambah kekurangan ujian untuk melihat keupayaan struktur tersebut untuk menahan tekanan kuat di laut dalam. Oleh itu, Lochridge tidak membenarkan Titan untuk beroperasi sebelum pengujian dijalankan ke atasnya. Namun, hal ini telah mengakibatkan beliau dipecat oleh OceanGate kerana dituduh menyebarkan maklumat sulit syarikat.\n\nBukan itu sahaja, Stockton Rush turut dikatakan mengabaikan amaran pakar penyelidikan laut dalam terkemuka, Rob McCallum mengenai ciri-ciri keselamatan kapal selam Titan yang dilihat mengancam nyawa penumpang-penumpangnya, dan diminta untuk berhenti menggunakannya sehinggalah Titan mendapat sijil pengiktirafan daripada badan bebas. Namun begitu, jawapan yang diberikan oleh Rush ialah, beliau letih dengan pemain industri yang cuba menggunakan hujah keselamatan untuk menghentikan inovasi.\n\nStruktur utama badan Titan diperbuat daripada serat karbon dan titanium. Kapal selam untuk menahan tekanan air kebiasaannya dibina daripada logam yang kuat seperti titanium dan dibentuk dalam sfera bagi menyebarkan tekanan besar dan sama di sekitar ruang penumpang. Tetapi, pembinaan badan Titan berbentuk silinder bagi memuatkan lebih ramai orang di dalamnya, dengan menggunakan tiub gentian karbon antara penutup akhir titanium. Yang mana, tiub gentian karbon ini merupakan bahan plastik yang diperkuat dengan serat karbon dan dikatakan mudah hancur apabila dikenakan tekanan luar biasa.\n\nSatu kesimpulan yang dibuat oleh seorang pakar daripada Virginia Tech Center, Profesor Stefano Brizzolara ialah bahannya yang tidak berstrukturkan paduan logam memudahkan Titan meledak dengan dahsyat kerana sifat bahan mempengaruhi keadaan ini.\n\nBerlaku kontroversi baru-baru ini apabila terdapat maklumat yang mengesahkan bahawa kawalan kapal selam ini adalah menggunakan \u2018game controller\u2019 berjenama Logitech.\u00a0\n\nOrang ramai mempersoalkan, bagaimana kapal Titan ini dikawal oleh sebuah alat kawalan permainan video kuno, iaitu Logitech F710 versi tahun 2010?\n\nPersoalannya, salah ke guna \u2018game controller\u2019?\n\nMenurut satu artikel, sebenarnya dalam dunia maritim bagi pengkendalian kapal selam dalam kedalaman yang dalam, adalah tidak pelik alat kawalan ini digunakan. Malah, keadaan ini menjadi perkara biasa bagi anggota tentera untuk menggunakan alat kawalan Xbox yang diubah suai untuk mengawal daripada kereta kebal ke kapal selam. Hal ini kerana alat kawalan permainan adalah lebih selesa dan ergonomik di tangan, serta mempunyai fungsi yang mencukupi dan fleksibel untuk penggunaan yang berbeza mengikut situasi. Sebelum ini juga, syarikat milik Elon Musk pernah memuat naik video di twitter yang menunjukkan seorang pekerja mengawal peralatan gerudi besar-besaran menggunakan alat kawalan Xbox One.\n\nDalam satu artikel lain, dilaporkan tentang seorang saintis, Peter Girguis yang menyatakan bahawa, lagi dalam sesebuah kapal pergi, lagi ringkas perkakas yang digunakan adalah lebih baik. Menurutnya, kapal selam yang digunakan oleh Jepun, China dan Perancis juga menggunakan komponen yang mudah untuk mengawal dan memastikan aspek keselamatan penumpang.\n\nWalau bagaimanapun, kes-kes ini masih tidak kuat untuk menyokong penggunaan Logitech F710, sebuah aksesori yang hanya berharga RM160 di Shopee dan edisinya keluar sudah lama untuk digunakan bersama Windows 7 dahulu. Malah, terdapat juga ulasan-ulasan negatif berkenaan model ini di Amazon yang mendakwa bahawa sambungannya sering terputus dan butang-butang analognya gagal digunakan sejurus pembelian oleh pengguna.\n\nKita nantikan hasil lanjutan siasatan pihak berkuasa di sana ya.\n\nSetelah meneliti semula kisah-kisah sebelum dan kebarangkalian punca peristiwa ini berlaku, sesungguhnya manusia itu perlu sedar bahawa tidak semestinya ilmu yang ada pada diri kita ini sudah mencukupi untuk dijadikan hujah dalam membenarkan sesuatu perkara. Pandangan pakar dan orang sekeliling perlu ditimbang tara dalam memutuskan tindakan terutamanya hal yang melibatkan nyawa dan ekspedisi berbahaya seperti ini.\u00a0\n\nOleh itu, kisah ini perlu dijadikan ibrah kepada kita yang masih hidup untuk jalani kehidupan ini tanpa rasa bongkak dan meletakkan kekuasaan Allah Yang Maha Besar mengatasi segalanya. Manusia hanyalah meminjam kudrat daripada-Nya dan setiap yang berlaku atas keizinan-Nya. Adapun punca dan faktor sekeliling hanyalah sebab-musabab dan perlu dimuhasabah oleh kita semua.\n\nApa-apapun, kita mendoakan agar keluarga-keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi berita ini, seterusnya siasatan-siasatan lanjutan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.\n\nSesungguhnya sepertimana Buya Hamka pernah menyebut bahawa, \u201cTiada \u2018seandainya\u2019 di dunia ini kerana Allah telah memilih cara kematian yang terbaik untuk hamba-Nya.\u201d\n\nSemoga Allah berikan pengakhiran yang baik kepada kita, dalam keadaan diredhai-Nya.\n\nSUMBER GAMBAR : The Titanic in our collection | Royal Museums Greenwich (rmg.co.uk)" "Dah berbotol-botol makan ubat batuk yang beli di pasaran, tetapi masih batuk malah lebih teruk?\n\nDah cuba makan madu?\n\nTahukah anda, madu antara ubat mujarab untuk batuk dan sakit tekak. Walau bagaimanapun, madu kurang sesuai untuk anak-anak bawah satu tahun.\n\nJom kita baca satu artikel yang ditulis oleh seorang ahli medik di San Francisco, California.\n\n...\n\nMenggunakan madu, mungkin tidak akan menghilangkan batuk sepenuhnya. Tetapi, terdapat beberapa bukti menunjukkan satu dos madu yang diberikan kepada kanak-kanak ketika ingin tidur boleh membantu melegakan batuk.\n\nMadu akan menyelubungi tekak dan melegakan membran mukus yang meradang, menenangkan batuk dan meredakan gejala yang berkaitan.\n\nMalah, beberapa kajian mencadangkan bahawa madu mungkin berkesan dalam melegakan batuk pada waktu malam pada kanak-kanak seperti ubat dextromethorphan, yang terdapat dalam sirap batuk kanak-kanak.\u00a0\n\nMadu ialah ubat yang telah lama digunakan untuk merawat sakit tekak dan batuk pada kanak-kanak dan orang dewasa. Madu boleh diberikan dengan sudu teh atau diputar ke dalam secawan teh atau air lemon suam. Walau bagaimanapun, madu mesti dielakkan untuk kanak-kanak bawah umur 1 tahun.\n\nPada tahun 2010, sebuah kajian telah menguji kesan madu, ubat batuk (dextromethorphan) dan antihistamin (diephenhydramine) pada batuk 139 orang kanak-kanak yang berlaku setiap malam akibat jangkitan saluran pernafasan atas. Dapatan kajian menunjukkan madu mempunyai kesan yang lebih efektif dalam mengubati batuk, berbanding dua ubat batuk tersebut.\n\nKemudian, pada tahun 2012, satu kajian lain menguji pula keberkesanan tiga jenis madu (eucalyptus, citrus, dan labiatae) pada batuk yang mana menunjukkan ketiga-tiga jenis madu membantu dalam melegakan kekerapan dan sakit batuk. Kanak-kanak dan ibu bapa mereka telah melaporkan bahawa tidur malam mereka lebih baik apabila mengambil madu.\n\nMadu boleh digunakan bersama dengan ubat batuk lain, ataupun secara sendiri. Selain mudah dicari dan murah, madu tidak menimbulkan sebarang risiko berkait dengan dadah (seperti yang mungkin menjadi kerisauan atas beberapa ubat yang digunakan untuk tujuan yang sama). Hampir semua orang dewasa boleh mengambil madu untuk meredakan batuk. Tetapi, madu tidak boleh diberikan kepada bayi yang berumur bawah 12 bulan kerana risiko botulisme, iaitu sejenis keracunan yang jarang berlaku disebabkan oleh toksin yang menyerang saraf.\n\nMadu boleh mengandungi Clostridium botulinum, sejenis bakteria yang berada dalam tanah. Walaupun kebanyakan sistem pencernaan orang dewasa boleh mengendalikan spora ini, tetapi sistem pencernaan bayi adalah tidak matang. Sekiranya diberikan madu, maka akan mengakibatkan pertumbuhan bakteria dan penghasilan toksin di dalam saluran usus. Keadaan ini boleh menyebabkan kelemahan otot dan masalah pernafasan yang memerlukan rawatan segera.\u00a0\n\nJawatankuasa penasihat Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat mengesyorkan bahawa kanak-kanak bawah umur 6 tahun tidak boleh mengambil sebarang ubat batuk atau selesema kerana tidak terbukti berkesan dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada 12 bulan, madu boleh dijadikan sebagai pengganti yang efektif.\n\nUntuk sukatan pengambilan madu, anda boleh mencuba 1 hingga 2 sudu teh madu sama ada sendiri, disapu pada roti bakar, atau dicampur dalam secawan teh dan air suam. Namun, harus diingatkan bahawa madu perlu diambil mengikut keperluan kerana madu bakal menambah gula dan kalori kepada diet anda. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan untuk mengehadkan gula tambahan kepada kira-kira 30 gram sehari. Maka, anda perlu pastikan pengambilan madu harian adalah kurang daripada 6 sudu teh.\n\nMadu merupakan salah satu cara untuk menyembuhkan batuk. Selalunya, batuk disebabkan jangkitan pada saluran pernafasan atas dapat diredakan dengan kekal terhidrasi dan memperbanyak rehat. Sekiranya batuk masih berlarutan selama lebih tiga minggu, ditambah dengan gangguan pernafasan atau demam, maka anda perlu segera menemui doktor.\n\nARTIKEL DITERJEMAHKAN DARIPADA PORTAL VERYWELL HEALTH DI PAUTAN :\u00a0\n\nhttps://www.verywellhealth.com/honey-for-coughing-1298405\n\nSUMBER GAMBAR : https://obatbatukalamia.blogspot.com/2016/02/cara-mengobati-batu-dengan-resep-obat.html" "Inilah 10 individu yang maut kerana ciptaan dan inovasi sendiri. Yang terakhir itu adalah kisah terkini!\n\nSiapa tak tahu kapal ikonik yang mencipta sejarah dan terus diingati berpuluh tahun lamanya, Titanic. Kapal ini telah disifatkan sebagai \u201ckapal yang tidak boleh ditenggelamkan\u201d oleh si pereka kapal iaitu Thomas Andrews. Sayangnya, kapal tersebut menemui pengakhiran seawal pelayaran sulungnya setelah terlanggar sisi bongkah ais yang berada di tengah lautan Atlantik. Pelanggaran itu telah merosakkan komponen kedap airnya, sehingga menyebabkannya tenggelam.\n\nThomas Andrews pernah menyatakan bahawa kapal ini tidak akan tenggelam kerana mempunyai 16 petak kedap air. Sayangnya, pelanggaran tersebut merosakkan lima daripada 16 petak tersebut yang mengakibatkan kapal Titanic mempunyai masa selama tiga jam sahaja untuk bertahan.\n\nBullock ialah seorang editor akhbar yang merevolusikan dunia percetakan dengan menginovasikan akhbar percetakan putar yang diperkenalkan oleh Richard March Hoe pada tahun 1874.\n\nDaripada menggunakan tangan, paten ini memungkinkan gulungan kertas berterusan dicetak sebanyak 8,000 hingga 10,000 helai perjam, dengan secara eksponen meningkatkan lagi kelajuan percetakan.\n\nMalang tidak berbau, suatu hari semasa Bullock sedang memasang mesin cetak, kakinya tersangkut di dalam mesin sehingga menghancurkan kakinya dan mengakibatkan jangkitan yang membunuhnya beberapa hari kemudian. Terdapat juga rekod yang menyatakan bahawa ketika itu, Bullock menendang mesin semasa cuba memasang akhbar yang mengakibatkan kakinya tersepit.\n\nCocking merupakan seorang pelukis cat air yang terpesona dengan pengembaraan melalui udara yang membawa beliau kepada rekaan payung terjun pada tahun 1837 dan didebutkan kepada orang awam di Vauxhall Gardens, London.\n\nDalam penggunaan sulungnya, Cocking melepaskan rekaannya itu daripada belon udara panas, tetapi segera jatuh beberapa ratus kaki yang akhirnya membawa maut.\n\nTerdapat laporan kejadian yang melaporkan Cocking ditemui di sebuah ladang oleh buruh dan masih hidup selama beberapa saat setelah sampai di atas tanah. Dalam laporan lainnya menyebut bahawa ketika jasad Cocking ditemui, jam tangan, kotak snuff dan kaca mata kepunyaannya telah diambil oleh pengunjung.\n\nCocking menjadi insan pertama yang mati disebabkan oleh payung terjun.\n\nReichelt yang dikenali sebagai tukang jahit terbang, cuba menguji payung terjun yang direkanya dengan melompat dari puncak Menara Eiffel.\n\nKetika itu, sebuah Aero-Club de France telah mengadakan pertandingan untuk reka bentuk payung terjun dan pemenang terbaik akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak 10,000 euro.\n\nReichelt ialah seorang tukang jahit yang pakar dalam pakaian. Dia telah mereka bentuk payung terjunnya sendiri, tetapi ditolak oleh organisasi aeronautik. Walaubagaimanapun, Reichelt menegaskan akan keyakinannya yang reka bentuknya itu akan berfungsi dengan baik.\n\nReichelt memohon kebenaran daripada pihak kerajaan untuk melompat dari puncak Menara Eiffel kerana dia mempercayai bahawa kegagalan percubaan-percubaannya sebelum itu adalah kerana ketinggiannya yang tidak mencukupi. Selepas setahun berulang alik, akhirnya Reichelt mendapat kebenaran bersyarat iaitu ujian itu akan dijalankan dengan dummy.\u00a0\n\nNamun ketika hari kejadian, Reichelt mengumumkan bahawa dia sendiri yang akan jalani ujian itu dan mengejutkan pihak berkuasa. Malangnya, dia telah menjunam hingga mati dan meninggalkan lubang di tempat dia mendarat.\n\nSmolinski dan Blake cuba membuat kereta terbang pertama di dunia, yang akhirnya meragut nyawa mereka biarpun beberapa percubaan awal menunjukkan kejayaan.\n\nKedua-dua jurutera ini menamakan ciptaan mereka sempena bintang di Big Dipper, dan mereka menggabungkan Cessna Skymaster dan Ford Pinto untuk menciptanya.\n\nDalam percubaan awal telah menemui kejayaan-kejayaan kecil. Kemudian, mereka memulakan ujian penerbangan bersama Mizar pada 11 September 1973 di lapangan terbang Venture County, California. Tidak lama setelah berlepas, asap hitam dilihat keluar daripada kereta dan akhirnya terhempas, membunuh kedua-dua jurutera itu.\n\nMidgley Jr. mencipta petrol plumbum dan bahan sintetik yang digunakan di dalam penyaman udara dan penyejukan, polio kontrak, dan mati di ruang yang diciptanya bagi membolehkan dia bergerak masuk dan keluar daripada katil.\n\nUmum dimaklumkan bahawa kematiannya merupakan satu kemalangan. Tetapi secara peribadi, kesnya adalah bunuh diri menurut The New York Times Magazine.\n\nJimenez, seorang pengukir di sebalik kerja yang dikenali sebagai \u201cBlucifer\u201d di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, telah meninggal dunia setelah kepingan arcanya jatuh ke atasnya.\n\nJimenez telah bekerja secara kontrak untuk membuat arca itu dan mengusahakannya selama hampir satu dekad.\u00a0\n\nArca seberat 9,000 paun dengan 32 kaki tinggi itu longgar daripada pemegangnya ketika dipindahkan dan Jimenez tersangkut di besi keluli arca tersebut, mengakibatkan kakinya cedera teruk di bahagian arteri. Dia mati sebelum sempat tiba di hospital.\n\nCurie meninggal dunia disebabkan \u201caplastic pernicious anemia\u201d iaitu suatu keadaan ganjil melibatkan gangguan penghasilan sel-sel darah yang serius setelah tulang sum-sum rosak. Curie meninggal 31 tahun selepas memenangi Hadiah Nobel pertamanya. Penyakit ini berpunca daripada bahan radioaktif yang digunakan sepanjang beliau bekerja.\n\nRush adalah tambahan terkini kepada senarai pencipta yang maut kerana ciptaan sendiri.\n\nRush bersama empat yang lain di atas kapal selam Titan telah hilang pada 18 Jun 2023 ketika dalam pelayaran ke bangkai kapal Titanic. Kehilangan sub ini melancarkan misi mencari dan menyelamat telah berlangsung selama lima hari sehinggalah pada 22 Jun, pegawai pengawal pantai mengumumkan bahawa kapal tersebut telah meletup di 1,600 kaki dari bangkai kapal Titanic.\n\nTitan, telah dicipta oleh Rush untuk meneroka bangkai kapal Titanic sebagai sebahagian daripada usaha pelancongan pengembaraan yang besar.\n\nNamun, bukti-bukti menunjukkan Rush mungkin telah mengabaikan nasihat daripada orang sekeliling mengenai ciri-ciri penting Titan yang perlu diambil perhatian sebelum berlepas.\n\nKarl Stanley, seorang rakannya yang merupakan pemilik sebuah syarikat penerokaan laut dalam menyatakan bahawa dia bersama dengan Rush telah melakukan ujian menyelam bersama Titan pada tahun 2019. Tetapi menurutnya, amaran telah diberikan kepada Rush tentang bahaya sekiranya Rush tidak sabar. Bukti menunjukkan adanya kecacatan pada Titan, tetapi belum diketahui secara terperinci apa kecacatannya.\n\nNamun, Rush tidak mengendahkan amaran tersebut.\n\nhttps://www.businessinsider.com/inventors-killed-by-died-from-their-own-inventions-2023-6#william-bullock-3" "Satu berita mengejutkan semalam (5/7/2023), seorang wanita berumur 69 tahun maut dibunuh oleh seekor aligator di Florida ketika sedang mengambil angin petang bersama anjingnya berhampiran sebuah lagun yang bersempadan dengan sebuah taman golf.\n\nJasad wanita tersebut ditemui terbaring di pinggir lagun sambil diawasi reptilia itu menyebabkan usaha menyelamat sukar dijalankan.\n\nKejadian ini merupakan kes kedua di daerah tersebut yang melibatkan serangan maut oleh aligator.\n\nSebelum itu, seorang wanita tua berumur 85 tahun turut maut kerana cuba menyelamatkan anjingnya yang diterkam seekor aligator sepanjang tiga meter yang secara tiba-tiba muncul daripada air berhampiran. Enam pegawai hidupan liar telah berjaya menangkap reptilia tersebut daripada terus mengancam penduduk setempat.\n\nTetapi, tahukah anda, kemunculan-kemunculan reptilia ini di Florida adalah perkara biasa? Dan antaranya adalah di kawasan padang golf.Mengapa begitu?\n\nBayangkan anda sedang berdiri, menikmati kehijauan padang golf yang luas terbentang sambil disinari cahaya matahari. Ataupun sambil bersedia untuk menghirup kopi di tangan. Tiba-tiba, anda terlihat seekor aligator sedang bergerak-gerak di dalam air berhampiran. Haa, seram ke, teruja? Mesti seram kan? Tu tak ambil kira saiz badannya yang sama saiz dengan badan kita, atau mungkin lebih besar.\n\nSituasi inilah yang sering dihadapi oleh para pemain golf di sana. Sehinggakan ada warga di sana memuatnaik status di Facebook dengan mengucapkan selamat datang ke Florida, rumah bagi Jurassic Park. Fuh!\n\nStatus ini dimuat naik berikutan satu kes viral yang pernah berlaku pada bulan Februari tahun ini.\n\nTerdapat seekor aligator raksasa berjalan-jalan di padang golf dengan ukuran yang tidak jelas, tetapi aligator yang terpanjang pernah tercatat di Florida adalah berukuran 4.3 meter dengan 470 kilogram berat. Menurut seorang warga yang berada di tempat kejadian menyatakan bahawa aligator yang dilihat itu adalah aligator terbesar yang pernah dilihatnya sepanjang hidup di sana.\n\nPercaya atau tidak, padang golf adalah antara destinasi utama bagi aligator \u2018melepak\u2019 di Florida.\u00a0\n\nMenurut Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida, terdapat kira-kira 1.3 juta aligator di Florida, dan kebanyakannya boleh didapati di padang golf.\n\nIni kisah terbaru. Kita cuba amati kisah tahun-tahun sebelumnya.\n\nPada hujung tahun 2020, situasi yang sama juga mengejutkan warga Florida apabila aligator gergasi sepanjang 10 kaki dilihat berjalan di sepanjang padang golf Naples, Florida.\n\nPada bulan Mei 2020, sekumpulan pemain golf di Hilton Head, South Carolina merakamkan pergaduhan antara dua aligator besar yang berlangsung kira-kira selama dua jam.\n\nPada bulan Ogos 2019, aligator setinggi 7 kaki dilihat bersama pemain golf di Florida. Kemudian pada April 2019, seekor aligator diduga terpisah daripada kumpulannya apabila terlihat di lapangan lain di Hilton Head yang berlari laju, menimbulkan kekecohan antara pemain golf.\n\nPersoalannya, kenapa reptilia ini boleh melepak di sini?\n\nHal ini kerana reptilia adalah berdarah sejuk, yang bermaksud mereka bergantung kepada matahari untuk mengawal suhu badan. Padang golf menyediakan persekitaran yang sempurna untuk reptilia ini dengan adanya kolam dan tasik dengan air cetek, yang membolehkan mereka berjemur di bawah sinar matahari dan mengawal suhu badan mengikut keperluan.\n\nAligator suka tinggal di habitat air tawar dengan banyak tumbuhan dan terbuka kepada matahari. Malangnya, pembandaran telah memusnahkan banyak habitat semula jadi mereka dan meninggalkan pilihan yang terhad kepada mereka. Biarpun wujudnya usaha pemuliharaan untuk melindungi reptilia ini dan habitat mereka, namun masih tidak mencukupi untuk memerangi kesan negatif kegiatan pembandaran.\n\nOleh itu, tindakan manusia yang sering mengganggu habitat semulajadi mereka mengakibatkan mereka mencari padang golf sebagai alternatif mudah untuk teruskan kehidupan. Dengan banyak air, kawasan berumput, dan mangsa yang berpotensi. Ditambah pula, ruangan yang luas terbentang amat diperlukan oleh reptilia ini untuk berkembang maju.\n\nHarus diingatkan bahawa aligator merupakan sejenis makhluk reptilia yang agresif, lebih-lebih lagi dalam mempertahan ruang mereka. Di Florida, aligator merupakan haiwan pemangsa utama.\u00a0\n\nAligator merupakan crocodilians dalam genus Alligator keluarga Alligatoridae. Terdapat dua spesies aligator iaitu Amerika dan Cina.\n\nAligator dan buaya (crocodile) adalah daripada keluarga berbeza. Bentuknya juga adalah berbeza. Aligator mempunyai muncung lebih lebar dan bulat. Manakala, buaya (crocodile) mempunyai muncung berbentuk V yang lebih runcing.\n\nBagi kawasan habitat, buaya (crocodile) lebih menggemari air masin, manakala aligator lebih menyukai air tawar. Hanya di Florida Selatan, kedua-dua jenis reptilia ini wujud bersama.\n\nAligator Amerika mendiami di sebahagian besar tenggara Amerika Syarikat, terutamanya di Louisiana, Florida, dan Georgia. Mereka tinggal di kawasan air tawar, tasik, dan paya. Satu perempat daripada populasi mereka terdapat di Florida.\n\nSecara puratanya, reptilia ini boleh membesar sehingga 800 paun dengan 13 kaki panjang. Aligator betina mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih kecil daripada aligator jantan. Manakala, purata jangka hayat hidup mereka adalah 35-50 tahun di alam liar, dan 60-80 tahun sekiranya dalam jagaan manusia.\n\nTetapi, aligator ni makan manusia tak?\n\nTak. Manusia bukan makanan mereka. Manusia diserang hanya kerana reptilia ini berasa diancam dan menimbulkan ketakutan semulajadi mereka kepada manusia.\n\nMakanan reptilia ini ialah ikan, burung, penyu, pelbagai mamalia, dan haiwan reptilia lain. Sekiranya saiznya cukup besar, maka mereka akan memakan mangsa yang lebih besar seperti rusa atau beruang.\u00a0\n\nApabila aligator menangkap sesuatu yang terlalu besar untuk dimakan, maka setelah mengenakan satu gigitan, aligator akan menenggelamkan mangsanya dengan ganas dan memutarnya di dalam air. Tindakan ini disebut sebagai \u2018pusingan kematian\u2019. Kemudian, mangsa yang mati akan disimpan beberapa hari untuk membolehkan berlakunya proses penguraian dan mudah dimakan setelah itu."