[{"title": "Maksud_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "Rangkap 1 Aku selalu didatangimalam sepibagai kalungyang melingkari leherkutidak berubah keesokan harisiapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi. Penyajak sentiasa kesunyian kerana malam yang dilalui begitu sepi.\u00a0 Bagi orang tua tersebut tiada sesiapa akan menziarahinya pada keesokan harinya dan keadaan itu akan berterusan Kesunyian hidup pada usia tua Ketabahan. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya yang sudah tua. Rangkap 2 Keheningan tasikkehijauan rumputhanya menjadi bayangandi penjuru ruang zamancinta dalam rahim dilupaidari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidupmenderita mengerang sakitberdiri tanpa ruang. Penyajak membayangkan ketenangan hidup yang pernah dilaluinya pada usia muda. Pada usia tua, penyajak meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anak yang kian melupakan ibu yang pernah mengandungkannya. Anak-anak tidak mahu bertanggungjawab menjaga ibu yang sudah tua sebaliknya menghantar dari rumah seorang anak ke rumah seorang anak yang tidak mahu menjaganya dengan lama. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinyamenanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Rangkap 3 Aku bagi merekatiada maknaanakku bakakubaik setia mahupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati embun cinta atasi angina dingin jangan terpegunada yang matiada yang hiduptiada yang kekal kecuali Tuhan. Penyajak berasa bahawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknyawalaupun mereka merupakan anak kandungnya sendiri. Namun, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan atas kesilapan yang dilakukan oleh mereka agar tidak terus menjadi anak derhaka supaya duka dihatinya terubat. Penyajak turut berharap agar dapat hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Penyajak juga mengingatkan supaya manusia jangan leka kerana dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Tema_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "Sajak \u201cErti Hidup Bererti\u201d bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh golongan warga tua. Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Walau bagaimanapun anak-anak tidak mengendahkan dan melaksanakan tanggungjawab menjaganya. Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri. Jauh di sudut hati ibu tua ini masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Persoalan_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Bentuk_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi", "content": "Sajak \u201cErti Hidup Bererti\u201d bernada melankolik.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Pengajaran_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "Kita hendaklah sentiasa menyayangi ahli keluarga Contoh: Penyajak mengharapkan belaian kasih sayang daripada anak-anak pada penghujung usianya. Kita perlu tabah menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan terutamanya ketika usia tua. Contoh: Penyajak tabah menjalani kehidupannya yang diabaikan oleh anak-anak dengan mencari kehidupannya sendiri serta menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. Kita haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menggembirakan ibu bapa walaupun tinggal berjauhan Contoh: Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka. Kita haruslah sedar dan insaf bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan hanya Tuhan sahaja yang kekal. Contoh: Penyajak sedar dan insaf bahawa dalam kehidupan ini tidak ada yang kekal kecuali Tuhan.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Soalan_Sajak_Erti_Hidup_Bererti", "content": "", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Kasih_sayang_seorang_ibu", "content": "Seorang ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil sehinggalah anak-anaknya dewasa.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nasib_warga_tua_yang_dipinggirkan_oleh_anak-anak", "content": "Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Kebahagiaan_hidup_merupakan_impian_setiap_individu", "content": "Seorang ibu berharap agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Tanggungjawab_seorang_anak_terhadap_ibu_bapa", "content": "Anak-anak perlu sedar terhadap tanggungjawab untuk menjaga kebajikan ibu kandung/ ibu bapa dan memberikan kebahagian kepadanya/ mereka.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Keyakinan_terhadap_kekuasaan_Tuhan", "content": "Penyajak mengingatkan pembaca bahawa dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali hanya Tuhan yang kekal.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_Kasih_sayang", "content": "Ibu bapa mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan mendapat berkat. Penyajak tetap menyayangi anak-anaknya walaupun dipinggirkan misalnya penyajak tetap mendoakan anaknya agar Tuhan memberikan keinsafan terhadap anak-anaknya.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_Tanggungjawab", "content": "Anak-anak hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga ibu bapa semasa tua agar mendapat keredaan Tuhan. Anak-anak penyajak seharusnya bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu mereka walaupun telah berkeluarga dan tinggal berjauhan.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_Ketabahan", "content": "Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa putus asa. Penyajak tabah menjalani kehidupan yang sunyi akibat diabaikan oleh anak-anaknya.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_Berjasa", "content": "Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka. Penyajak berasa kecewa kerana jasanya yang membesarkan anak-anaknya tidak dihargai.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_Keinsafan", "content": "Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa\u00a0kehidupan di dunia hanya sementara\u00a0dan\u00a0Tuhan sahaja yang kekal. Penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal hanyalah Tuhan.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}, {"title": "Nilai_keikhlasan", "content": "Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagian anak-anak agar mereka sedar bahawa kasih saying ibu bapa tetap ikhlas. Penyajak mendoakan kesejahteraan hidup anak-anaknya walaupun mereka tidak mengenang jasanya yang melahirkan mereka.", "url": "https://karangan.net/sajak-erti-hidup-bererti/"}]