[{"title": "Tema_Sajak_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus", "content": "Sajak \u201cPesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus\u201d bertemakan nasihat ibu bapa kepada anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Maksud_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus", "content": "Rangkap 1 Kuhantar\u00a0 kau mengecapi angin baruudara lain dari kampung bendang kuningmubumantara asing dari yang sering kaumesraiyang sama sekali berbezadengan suasana suntimukau nikmatilah angin dan udara ilmu itumemesrai azimat dan tangkaldari tangga gading. Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana.\u00a0 Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar.\u00a0 Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti Rangkap 2 Kulepaskan kau menjadi burung putihdengan sayap berkembangmenongkah awan perak dan kabut dinginmengenal kalimat hujan dan bilah petirmenyelit antara sembilu nasibdan waras akal. Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya.\u00a0 Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri.\u00a0 Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada\u00a0 masa\u00a0 hadapan. Rangkap 3 Di awan kampus yang sarat ilmuhadir sihir angin bernafas apidi pohon kampus yang tegar statusberceracak selumbar noda mengabur fikirdi padang kampus yang hijau pertimbangantumbuh gunung ego menghalau pekerti. Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif\u00a0 juga tersebar luas di sana.\u00a0 Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong. Rangkap 4 Pandai-pandailah kau terbangmenongkah awan mulus dan kabus dinginjangan kau pulangdengan percikan duka dan balutan lukadi sayapmu yang patah Penyajak\u00a0 menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Persoalan_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus", "content": "(a) \u00a0Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus.Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung tempat asal anaknya menetap. Beliau berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar tersebut. (b) \u00a0Harapan bapa supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk menimba ilmu di menara gading.Contoh: Penyajak mengharapkan anaknya menjadi lebih matang dan seorang yang bijaksana. (c) \u00a0Keberanian bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu di menara gading.Contoh : Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan. (d) \u00a0Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.Contoh: Penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar serta banyak perkara negatif akan berlaku jika anaknya tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik. (e) \u00a0Keegoan yang mengetepikan pekerti. (f) \u00a0Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran dan dugaan di kampus.Contoh: Penyajak\u00a0\u00a0beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif \u00a0apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya dan \u00a0media massa. Penulis berharap agar anaknya dapat membuat keputusan yang waras agar dapat mengelakkan sikap negatif dalam menjalani kehidupan di bandar.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Bentuk_Sajak_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus", "content": "(a) Terdiri daripada empat rangkap. (b) Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama, iaitu\uff1arangkap pertama: lapan baris, rangkap kedua: enam baris, rangkap ketiga: enam baris,rangkap keempat: lima baris. (c) Jumlah patah kata dalam setiap baris antara tiga hingga enam patah kata dalam satu baris. (d) Bilangan suku katanya antara lima hingga lima belas suku kata. (e) Rima akhirnya ialah\uff1arangkap pertama: aabcaade, rangkap kedua: abcdef, rangkap ketiga: abcdeb, rangkap keempat: abacd.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_dan_Keindahan_Bunyi", "content": "", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nada_Sajak", "content": "Sajak \u201cPesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus\u201d bernada melankolik.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Sajak_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus", "content": "", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Pengajaran_Pesan_Lelaki_Kecil_kepada_Gadis_Kampus", "content": "Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita akan mendapat manfaat. Kita mestilah memberikan kebebasan kepada anak-anak kita agar mereka mampu untuk berdikari dan demi masa depan mereka. Kita mestilah membenarkan anak-anak kita melanjutkan pelajaran di tempat lain agar mereka dapat menambahkan pengalaman dalam hidup. Kita haruslah cekal menghadapi segala cabaran untuk mencapai matlamat. Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Kasih_sayang", "content": "Penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Kesungguhan", "content": "Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Kegigihan", "content": "Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Ketabahan", "content": "Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Ketaatan", "content": "Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Hemah_tinggi", "content": "Penyajak menasihati anak gadisnya supaya\u00a0\u00a0\u00a0menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}, {"title": "Nilai_Kebijaksanaan", "content": "Penyajak menasihati anak gadisnya supaya\u00a0pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita .", "url": "https://karangan.net/pesan-lelaki-kecil-kepada-gadis-kampus/"}]