[{"title": "Sinopsis_Pantai_Kasih", "content": "Novel Pantai Kasih menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas\u00a0 menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya\u00a0 menerima pelawaan\u00a0 mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka\u00a0 masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.\u00a0 Anehnya,\u00a0 yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.\u00a0 Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan\u00a0 dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang.\u00a0 Padahal sebelum itu,\u00a0 Doktor Uwang adalah\u00a0 guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya.\u00a0 Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya. Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang\u00a0 dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.\u00a0 Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa\u00a0 aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana. Sinopsis Novel Pantai Kasih Mengikut Bab", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Tema_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Tema Novel Pantai Kasih ialah ketabahan seorang wanita dalam menghadapi rintangan dan cabaran hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui fikirannya. Tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggal Raiha itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu \u2018down sinDoktorom\u2019. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu. Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau \u2018down sinDoktorom\u2019. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu. Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Tabah menerima tugas membedah Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu. Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih. Tabah menghadapi penceroboh Apabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas. Tabah menerima berita punca kematian anaknya. Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakatContoh Peristiwa: Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga. Sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tanggaContoh Peristiwa: Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap \u2018isteri tidak sah\u2019 menjadikan dia seorang yang pemilih. Persoalan TanggungjawabContoh Peristiwa: Raiha menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh\u00a0tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut. Sikap berani mengaku kesalahanContoh Peristiwa: Felecia mengaku kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya keranatakut. Reda dengan ketentuan tuhanContoh Peristiwa: Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha redadengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhandan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya\u00a0reda menerima berita tersebut. Persoalan tentang kasih sayang seorang ibuContoh Peristiwa: Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Plot_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Peristiwa dalam novel Pantai Kasih disusun secara kronologi. Permulaan Novel Pantai Kasih bermula apabila pembaca diperkenalkan dengan watak Raiha yang mengalami konflik setelah meneliti sinar-X terbaharu milik pesakit Unong Siron. Raiha tidak percaya dan mengeluh apabila Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul sebanyak lima kali di bawah pengawasan Doktor Uwang. Raiha turut mengalami konflik jiwa akibat kematian anak tunggal kesayangannya. Perkembangan Felicia Landosi, ketua jururawat di PRPK teringat akan ikrar yang pernah dilafazkan di hadapan Raiha dan sumpah yang dibuatnya di hadapan Doktor Uwang. Felicia berasa resah disebabkan peristiwa hitam yang sering kali menghantui perasaannya sehingga mendorongnya mengambil ubat batuk secara curi-curi. Doktor Uwang berjaya membangunkan PRPK, namun belum mendapat pengiktirafan daripada bapanya sendiri, iaitu Datu Ontong. Perumitan Doktor Uwang berasa terpukul dan tidak puas hati kerana Raiha mempertikaikan kewibawaannya sebagai seorang pakar bedah. Doktor Uwang melihat seolah-olah seorang kanak-kanak perempuan sedang memeluk isterinya, menyeringai aneh, dan menjuihkan bibir kepadanya. Isteri jelita Uwang memaklumkan tentang panggilan telefon yang diterima daripada Raiha yang ingin berbincang dengannya tentang pesakit bernama Unong Siron. Raiha menerima panggilan telefon daripada Felicia yang memintanya segera datang ke PRPK. Doktor Alex Ng kehairanan apabila melihat Raiha tiba-tiba muncul di PRPK. Raiha berbincang dengan Emma Yong, jururawat bertugas di wad hunian itu agar pembedahan yang dilakukan itu merupakan pembedahan yang terakhir untuk Unong Siron. Raiha masih tertanya-tanya sebab kelima-lima pembedahan terdahulu menemui kegagalan sementelah pula dilakukan sendiri oleh Doktor Uwang. Klimaks Apabila Ariana secara tiba- tiba datang untuk meminta pertolongan Raiha. Menurut Ariana, Felicia telah ditahan oleh orang asing, penceroboh yang pernah menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Ibu Unong Siron telah menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu kerana pemuda itu tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Pemuda kurang siuman itu berjaya dipujuk dan dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan lanjut. Doktor Uwang mengalami kecederaan parah akibat terbabas lalu melanggar tembok garaj PRPK itu. Doktor Uwang telah menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak. Peleraian Felicia memanggil Raiha yang ketika itu sedang melangkah ke garaj kereta PRPK. Felicia menangis tersedu-sedan dan meminta maaf daripada Raiha atas kesilapannya terjebak dalam kes kematian anak Raiha, Rohayu. Felicia memohon maaf sekali lagi daripada Raiha kerana takut untuk menceritakan hal sebenar di mahkamah. Raiha reda dan pasrah dengan kematian anaknya.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Watak utama \u2013 RaihaWatak sampingan \u2013 Doktor Sadiz, Doktor Uwang, Felicia Landosi, Ariana Abdullah, bapa Raiha, Unong Siron, Datu Ontong, Rohayu/Ayu, ibu Unong Siron, Kartini Borhan, Lisa Chung, Doktor Mohammad, Doktor Alex Ng, dan sebagainya.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Latar_Tempat_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih Apartment Raiha Rumah Tumpangan Rumah Doktor Uwang Mahkamah Keluarga Wad Super VVIP Daerah Inanam Hospital Kinabalu", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Latar_Masa_Novel_Pantai_Kasih", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan\u00a0Contoh: Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya. Latar masyarakat yang takut berterus terang\u00a0Contoh: Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha. Latar masyarakat yang ego\u00a0Contoh: Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada di situ disambar api tersebut. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi\u00a0Contoh: Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu\u00a0 menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan\u00a0Contoh: Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas\u00a0Contoh: Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya. Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upayasehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya\u00a0Contoh: Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya. Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih. Masyarakat yang berdedikasi dalam menjalankan tugasContoh: Raiha sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya sebagai doktor pakar pembedahan di Pusat Rawatan tersebut sehingga disegani dalam kalangan pesakit di situ. Masyarakat yang penyayangContoh: Raiha amat sayang akan anaknya, Rohayu atau Ayu. Dia berasa amat sedih atas kematian tragis anaknya yang terkorban akibat kebakaran kereta suaminya, Doktor Sadiz. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluargaContoh: Ibu Unong Siron sanggup menggunakan insuransnya untuk membiayai operasi pembedahan penggatian send pinggul Unong Siron. Masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga berjaya dalam hidup.Contoh: Raiha dan Unong Siron digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Nilai_Novel_Pantai_Kasih", "content": "PersonifikasiContoh: Raiha terpukul bisu, dan Alangkah letihnya jiwaku. SimileContoh: Bagaikan cuba membaca isi hati dan mendengar degupan jantungnya, Felicia menyentak sedikit, merasai seperti tersengat kala jengking. MetaforaContoh: Jauh di lubuk hatinya, Kecut tali perutnya. PeribahasaContoh: anak kandung dan air muka. SinkopeContohnya, \u201cAwak terhidu tak bau itu?\u201d, dan\u201cFelicia, saya terfikir-fikir saja tentang jawatanmu di PRPK itu.\u201d Kata-kata istilah sains perubatanPenulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.\u00a0 Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis Perkataan masyarakat setempatLatar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Novel_Pantai_Kasih", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.\u00a0Contoh Peristiwa: Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi. Kita hendaklah menghormati hak orang lain\u00a0Setiap orang\u00a0 mempunyai hak.\u00a0 Contoh Peristiwa: Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan\u00a0Contoh Peristiwa: Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Begitu jugalah dengan Doktor Alex Ng, Doktor Muhammad, dan Doktor Razak yang bertanggungjawab merawat pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.\u00a0Contoh Peristiwa: Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.\u00a0Contoh Peristiwa: Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.\u00a0Contoh Peristiwa: Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupanContoh Peristiwa: Raiha amat menyayangi anak tunggalnya, Rohayu walaupun anaknya itu merupakan orang kelainan upaya yang menghidap sindrom Down. Kita perlulah berhemah tinggi terhadap orang lain. Contoh Peristiwa: Raiha melayan kerenah pesakit, iaitu Unong Siron dan ibu Unong Siron dengan begitu sopan dan berbudi bahasa. Kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lainContoh Peristiwa: Raiha pernah beberapa kali menumpangkan Felicia balik ke rumahnya di Inanam sebelum Felicia memiliki kereta sendiri. Kita hendaklah rajin menimba ilmu demi kesenangan masa depan.Contoh Peristiwa: Raiha rajin belajar hingga dia berjaya mengikuti jurusan perubatan di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan akhirnya berjaya menjadi doktor. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas. Contoh Peristiwa: Raiha bijak menangani peristiwa pemuda kurang siuman yang telah menyamar sebagai seorang doktor dan telah menahan Felicia Landosi di bilik bedah dengan membenarkan ibu Unong Siron memujuk pemuda itu. Kita perlulah tegas ketika menentukan satu-satu tindakanContoh Peristiwa: Raiha mempertahankan haknya dengan tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang kedoktoran walaupun dibantah oleh bapanya. Kita mestilah berani bertindak jika berada di pihak yang benarContoh Peristiwa: Raiha berani mendakwa suaminya di mahkamah keluarga dengan menyatakan secara tegas bahawa suaminya yang telah menyebabkan kematian anak tunggal mereka walaupun mendapat tentangan daripada anggota keluarganya.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Latihan_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Huraikan peristiwa dalam bahagian permulaan novel yang menarik minat anda dalam sebuah novel yang anda pelajari. Novel yang saya pelajari ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik minat saya dalam bahagian permulaan novel yang saya pelajari ini. Pada bahagian permulaan novel, peristiwa yang menarik minat saya ialah semasa Dr Raiha bersimpati dengan nasib Unong Siron yang telah dibedah oleh Dr Uwang sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui sebab Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan tulang sendi pinggul sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh. Saya juga ingin mengetahui nasib Unong Siron sama ada akan sembuh atau tidak pada penghujung cerita novel ini. Peristiwa yang menarik minat saya pada bahagian permulaan novel Pantai Kasih juga memaparkan peristiwa Felicia Landosi yang menyelinap ruang farmasi Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) untuk mengambil ubat batuk dan meminumnya. Peristiwa ini menarik minat saya untuk mengetahui tujuan Felicia Landosi minum ubat batuk bagi menghilangkan tekanan yang dihadapinya. Saya ingin mengetahui punca tekanan yang dialami oleh Felicia Landosi sehingga mengambil jalan singkat untuk mengatasi masalah tersebut dengan minum ubat batuk. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai murni yang anda peroleh. Novel yang saya pelajari semasa tingkatan 4 ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat beberapa nilai murni yang saya belajar dalam novel ini. Nilai yang pertama ialah nilai kerajianan. Nilai ini boleh diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi. Raiha sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi. Nilai yang seterusnya ialah nilai kasih sayang. Raiha menyayangi anaknya Rohayu dan menghabiskan masa dengan anak. Dia bertegas untuk memeliharaRohayu kerana tidak sanggup berpisah denganRohayu yang dimintaagar dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Teknik_Plot_Pantai_Kasih", "content": "Teknik pemerianContoh: Pengarang memerihalkan sikap baik hati Raiha yang mahu menumpangkan Felicia balik dengan keretanya disebabkan mereka tinggal di daerah yang sama. Teknik dialogContoh: Dialog Raiha dengan bapanya ketika mereka berbincang tentang kerjaya yang dipilih oleh Raiha. Teknik imbas kembaliContoh: Raiha teringat kembali waktu dia menjadi siswi tahun pertama dalam bidang pengajian spesifikasi ortopedik, di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Waktu itu, Doktor Uwanglah yang mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri atau pembedahan. Teknik saspensContoh: Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Raiha sering mendengar suara-suara aneh yang sering menghantuinya siang dan malam. Teknik KejutanContoh: Pembaca tidak menyangka bahawa Raiha dengan lantangnya berani menuduh suaminya, Doktor Sadiz yang telah menyebabkan kematan anak tunggal kesayangan mereka walaupun mahkamah syariah telah mengisytiharkan bahawa Doktor Sadiz didapati tidak bersalah dalam kes tersebut.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Konflik_Novel_Pantai_Kasih", "content": "Konflik dengan diri sendiri Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya.Peristiwa: Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.Peristiwa: Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa. Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinyaPeristiwa: Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu. Konflik Doktor Uwang dengan AyuPeristiwa: Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan\u00a0 sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu. Konflik dengan orang lain Konflik antara Raiha dengan Doktor SadizPeristiwa: Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar. Konflik antara Sister Felicia dan RaihaPeristiwa: Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut. Konflik antara Raiha dengan ayahnyaPeristiwa: Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak UnongPeristiwa: Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya. Konflik antara Sister Felicia dengan Emak UnongPeristiwa: Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi. Konflik antara Sister Felicia\u00a0 dengan Doktor UwangPeristiwa: Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Doktor_Raiha", "content": "Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugasContoh: Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Doktor_Uwang", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Unong_Siron", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Doktor_Sadiz", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Ayah_Raiha", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Felicia_Landosi", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Malam_Hari", "content": "Kemalangan Doktor Uwang Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Waktu_Senja", "content": "Pembedahan keenamPembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Kerajinan", "content": "Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Ketekunan", "content": "Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel Pantai Kasih melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Keberanian", "content": "Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Bertanggungjawab", "content": "Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Keprihatinan", "content": "Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang\u00a0 bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}, {"title": "Nilai_Ketabahan", "content": "Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.", "url": "https://karangan.net/novel-pantai-kasih/"}]