[{"title": "Tema_Novel_Chot", "content": "Tema novel Chot ialah kasih sayang sesama makhluk ciptaan Tuhan. Kasih sayang ini jelas terpancar melalui watak Alias yang amat menyayangi ibunya yang lumpuh. Alias menjaga danmenyara ibunya yang mehidap lumpuh dengan penuh kasih sayang. Setelah kematian ayahnya, Alias meneruskan kehidupan dengan berdikari. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapi kepada orang lain dan sebaliknya berusaha mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan. Selain itu, kasih sayang antaramanusia dengan haiwan iaitu Alias dengan Chot juga amat kuat. Ini dapatterbukti kerana Alias sanggupberusaha mencari Chot di sekeliling kampung apabila Chot hilang walaupun menyedari dia sudah lewat ke sekolah. Alias mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh Chot. Alias juga menjaga Chot dengan rapi termasuklah memberi makan dan minum, menjaga kesihatan dan memberi kasih sayang kepada Chot. Chot juga amat menyayangi Alias. Ketika Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias yang bernanah, Chot merasakan Cikgu Sunan mahu mengapa-apakan Alias menyebabkan Chot menerkam dan menggigit lengan guru itu. Tema Kasih sayang juga digambarkan dalam hubungan antara Alias dengan kawan baiknya, iaitu Som. Alias tidak teragak-agak membantu Som yang lemah dalam mata pelajaran Matematik, sebagai tanda kasih sayangnya terhadap sahabatnya itu. Som juga mengambil berat dan simpati terhadap Alias yang hidup dalam kesusahan dan sering dimarahi oleh cikgu Sunan.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Persoalan_Novel_Chot", "content": "Kemiskinan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalamanAlias dan ibunya, Puan Leha tinggal di pondok buruk. Mereka bergantung belas ihsan jiran yang memberi makanan dan bergantung pada upah yang diterima hasil kerja memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk peliharaannya. Persoalan kanak-kanak yang berdikariAlias yang berusia 11 tahun meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya dengan berdikari. Dia mencari rezeki dengan memetik buah kelapa yang dilakukan oleh beruk kesayangannya, Chot. Dia tidak menghebahkan keadaan kemiskinan yang dihadapi kepada orang lain, termasuk keadaan ibunya yang lumpuh, sebaliknya berusaha mencari wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan. Penduduk kampung yang mengamalkan semangat bermasyarakatPenduduk Kampung Dingin suka membantu jiran tetangga. Buktinya, Mak Su Kiah akan menyediakan makanan tengah hari untuk ibu Alias, Puan Leha. Pak Din pula selalu menjenguk ke rumah Alias untuk membantu keluarga itu dan seterusnya mengupah Alias memetik buah kelapa di kebunnya. Kebijaksanaan manusia yang bertindak secara rasionalAlias amat menyayangi beruknya, Chot dan dia juga menyayangi Cikgu Sunan. Ketika Chot mengamuk dan menggigit lengan guru itu, Alias terpaksa mengambil tindakan segera dengan merodok perut Chot menggunakan lembing. Akhirnya, Cikgu Sunan selamat tetapi Chot pula mati. Persoalan sikap manusia yang memiliki cara hidup berhemah tinggiAlias melayan ibunya dengan baik. Dia tidak pernah membantah kata-kata ibunya. Dia bertanggungjawab menyediakan keperluan ibunya tanpa rasa terbeban. Dia juga akan berbaring di sisi ibunya sambil bertasbih dan ibunya pula akan berzikir.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Sinopsis_Novel_Chot", "content": "Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor beruk bernama Chot. Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias amat mengharapkan Chot untuk membantunya menyara kehidupannya dan ibunya. Ibu Alias mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima tahun yang lalu akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan peninggalan arwah ayahnya yang telah dilatih untuk memetik buah kelapa. Alias tinggal dan membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang sangat usang kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya pula sudah dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu dan tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati dan selalu menghantar makanan untuk mereka. Som ialah jiran dan sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka bersekolah di sekolah yang sama. Cabaran hidup Alias bertambah rumit apabila Cikgu Sunan, iaitu guru mata pelajaran Matematiknya telah menengkingnya sehingga membuatkan Alias terkejut dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena pada bucu meja rakannya. Akibatnya, telinga Alias bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias mengambil keputusan untuk tidak datang ke sekolah kerana berasa malu. Chot pernah hilang sebanyak dua kali. Alias mencarinya di sekeliling kawasan kampung kerana dia amat sayang akan beruknya itu. Alias dan Chot mengambil upah dengan memetik buah kelapa di kebun Pak Din, iaitu ayah Som. Upah memetik buah kelapa itu telah digunakan oleh Alias untuk membeli barangan dapur bagi menyara kehidupannya dan ibunya. Alias dan Chot selalu diusik oleh Budin, Kamal, dan Talib semasa memetik buah kelapa. Pada masa yang sama, Chot telah dituduh menceroboh kebun Miah dan merosakkan setandan pisang miliknya. Pak Din berusaha untuk mententeramkan keadaan dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Rupa-rupanya beruk yang merosakkan kebun pisang Miah itu bukanlah Chot. Cikgu Sunan berasa bertanggungjawab atas tindakannya yang menyebabkan Alias jatuh terlentang sehingga telinganya bengkak dan bernanah. Dia telah meminta bantuan Som untuk menunjukkan lokasi rumah Alias. Kehadiran Cikgu Sunan ke rumah Alias adalah untuk bertanyakan sebab Alias tidak datang ke sekolah sedangkan peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi. Chot yang berada di atas pokok langsat berasa kurang senang akan kehadiran Cikgu Sunan. Alias yang baru pulang sambil membawa dua biji buah kelapa bersalaman dengan Cikgu Sunan. Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias yang bengkak dan bernanah itu. Semasa Cikgu Sunan melihat telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menerkam dan menggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan lengan Cikgu Sunan daripada gigitan Chot tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya lalu merodok perut Chot hingga menyebabkan Chot terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih kerana beruk yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati dan dia tidak dapat ke sekolah lagi. Cikgu Sunan menenangkan Alias dan berjanji akan menanggung segala kos persekolahannya sehinggalah dia memasuki universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang tertulis \u201cTunggu aku di pintu universiti, Chot\u201d. Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Watak_perwatakan_Novel_Chot", "content": "Watak Utama: Alias Murid yang pintar dalam mata pelajaran MatematikAlias menjadi rujukan Som untuk membuat latihan Matematik. Anak yang taat akan nasihat ibunyaAlias patuh akan suruhan dan teguran ibunya supaya menunaikan solat dan membaca al-Quran. Anak yang bertanggungjawabAlias mengambil alih peranan bapanya. Dia membeli barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama. Seorang yang berjiwa lembutAlias berkecil hati dengan sikap Som yang menegur bau telinga yang busuk. Seorang yang GigihAlias membawa buku latihan ke mana-mana sahaja dia pergi walaupun ketika memetik kelapa. Seorang yang tidak berdendamAlias melayan Cikgu Alias dengan ramah ketika kunjungan guru kelas itu ke rumahnya sekalipun Cikgu Alias menengkingnya sehingga dia jatuh terlentang di dalam kelas sehingga telinganya terkena bucu meja murid. Watak Sampingan: Chot Watak Sampingan: Som Watak Sampingan: Cikgu Sunan Seorang yang tegas.Seorang guru yang rajin.Seorang yang memandang hina terhadap orang lain.Seorang yang menghargai jasa orang lain. Seorang yang garangCikgu Sunan cepat melenting apabila murid-murid tahun lima tidak dapat menjawab soalan Matematik dan kerja rumah pelajaran Matematik tidak siap. Seorang yang sedar akan kesilapanMenyesal atas perlakuannya yang tidak memberi layanan sebaiknya kepada Alias. Watak Sampingan: Leha Ibu yang menitik beratkan pendidikan agamaLeha menegur Alias apabila terdapat kesalahan membaca doa qunut dan kesalahan dalam solat-solat lain. Malahan, selalu mengingatkan Alias tentang kewajipan menunaikan solat. Ibu yang menitikberatkan pendidikan sekularLeha mengingatkan Alias tentang kepentingan ilmu pengetahuan apabila Alias ponteng sekolah terlalu lama.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Binaan_Plot_Novel_Chot", "content": "Permulaan Pada bahagian permulaan, pembaca diperkenalkan dengan Alias, seorang kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan tinggal bersama-sama ibunya yang lumpuh. Selepas mandi, Alias telah bersembahyang subuh bersama-sama ibunya kerana dia masih belum lancar membaca doa qunut. Sebelum pergi ke sekolah, Alias menapis air ketul-ketul ubi kayu. Jika tidak membawa bekalan, dia hanya membawa air kopi sahaja. Kehidupan Alias sangat miskin. Dia hanya memiliki sebuah beg yang telah koyak dan lusuh yang dihadiahkan oleh Tok Penghulu tiga tahun yang lalu. Alias memiliki seekor beruk kesayangan yang bernama Chot. Perkembangan Pada bahagian perkembangan novel Chot, Alias hendak pergi ke sekoalah tetapi dia mendapati Chot hilang dari tempatnya ditambat iaitu di atas dahan pokok langsat. Keadaan ini amat merisaukan Alias dan Alias mengambil keputusan untuk mencari Chot di sekeliling kampung. Dia menyedari bahawa dia akan lewat datang ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan. Usahanya untuk mengesan Chot pada pagi itu telah gagal. Perumitan/Konflik Peristiwa bermula semasa Alias berada di sekolahnya. Oleh sebab Alias lewat datang ke sekolah, dia telah dipanggil oleh Cikgu Sunan yang bertanyakan sebab kelewatannya itu. Semasa ditanya, Alias hanya mendiamkan diri kerana takut untuk menjawab pertanyaan Cikgu Sunan. Namun setelah didesak, Alias mengatakan bahawa dia mencari beruknya yang hilang. Jawapan tersebut telah menyebabkan Cikgu Sunan berasa sangat marah dan menengking Alias. Alias yang terkejut telah terjatuh dan telinga kanan Alias terkena bucu meja rakannya sebelum dia jatuh terlentang di atas lantai. Cerita semakin rumit apabila Alias tidak mahu datang ke sekolah kerana tidak mahu diejek oleh rakan-rakan akibat telinganya bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias menghadapi dugaan apabila bekalan barangan dapur di rumahnya semakin habis dan ibunya mengalami batuk. Hasil pendapatannya memetik buah kelapa di kebun Pak Din telah digunakan untuk membeli beras, gula, kopi, ikan gelama dan ubat batuk untuk ibunya. Miah dan Budin telah datang ke rumah Alias dan menuduh Chot telah merosakkan setandan pisang miliknya. Pak din telah bersetuju untuk membayar ganti rugi bagi meredakan kemarahan mereka. Klimaks Cikgu Sunan datang ke rumah Alias denganmeminta bantuan Som. Cikgu Sunan berasa amat bersalah kerana telah menyebabkan telinga Alias bengkak dan bernanah sehingga dia tidak mahu ke sekolah. Semasa sedang memeriksa telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta hingga rantainya putus. Chot menerkam danmenggigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan gigitan chot pada lengan Cikgu Sunan tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya kemudian merodok perut chot hinggga chot terkuai dan mati dalam pelukan Alias. Peleraian Pada bahagian peleraian, Cikgu Sunan berjanji untuk membiayai kos persekolahan Alias sehingga ke universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang tertulis, \u201cTunggu aku di pintu universiti, Chot\u201d. Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Teknik_Plot_Novel_Chot", "content": "DialogContoh: Perbualan antara Alias dengan ibunya yang mengadu Chot, iaitu beruk peliharaannya hilang ketika Alias ingin ke sekolah. Ibu Alias menasihatinya agar dia tidak risau akan beruknya itu dan segera pergi ke sekolah sebelum terlewat. Ibunya juga bimbang Som akan menunggunya lama di persimpangan jalan. MonologContoh: Alias bermonolog sewaktu dia tidak mahu ke sekolah kerana berbelah bahagi untuk memberitahu ibunya tentang telinganya yang sakit selepas peristiwa dia dimarahi oleh Cikgu Sunan. Alias membatalkan niatnya untuk memberitahu perkara itu kerana bimbang ibunya akan mengatakan bahawa dia murid yang nakal dan malas. Imbas kembaliContoh: Alias teringat semula tentang pesanan yang disampaikan oleh Som pada tiga hari lalu, iaitu Pak Din menyuruhnya memetik buah kelapa sebanyak yang mungkin. Imbas mukaContoh: Som membayangkan perkara yang akan dilakukan oleh rakan-rakan sekelasnya kepada Alias apabila tamatnya waktu rehat selepas peristiwa Alias ditengking oleh Cikgu Sunan. SaspensContoh: Peristiwa seekor beruk yang merosakkan kebun pisang Budin telah ditembak mati. Badan Alias menjadi lemah kerana menyangkakan beruk yang ditembak mati itu ialah Chot. Pembaca tertanya-tanya sama ada beruk yang ditembak itu Chot ataupun bukan. KejutanContoh: Peristiwa Alias yang lewat datang ke sekolah kerana mencari beruknya yang hilang. Cikgu Sunan telah menengking Alias kerana berasa marah apabila Alias memberikan alasan bahawa dia mencari beruknya yang hilang hingga dia lewat datang ke sekolah. Pembaca tidak menyangka bahawa Cikgu Sunan akan menengking Alias sehingga menyebabkan Alias terjatuh dan telinganya terkena bucu meja rakannya.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Latar_Novel_Chot", "content": "", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Novel_Chot", "content": "Bahasa ArabContoh: qunut; al-Quran; al-Kafirun; assalamualaikum; waalaikumussalam. Bahasa InggerisContoh: jeans; netball. PeribahasaContoh: berat mulut; naik minyak; besar hati. SimileContoh: Jiwa Cikgu Sunan tersentak bagai ditikam lembing yang berkarat. SinkopeContoh: \u201cKenapa kamu tak datang kelmarin?\u201d herdik Cikgu Sunan. PersonifikasiContoh: Angin malam di kampung itu bagaikan mati.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Nilai_Novel_Chot", "content": "Nilai Kasih sayangContoh: Alias sanggup datang lewat ke sekolah dan dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana mencari Chot yang hilang pada pagi itu. Nilai BertanggungjawabContoh: Alias merupakan seorang anak yang bertanggungjawab. Dia mencari rezeki dengan mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Wang yang diperoleh digunakan untuk membeli barang dapur seperti beras, kopi dan ikan. Nilai SimpatiContoh: Mak Su Kiah amat simpati akan nasib keluarga Alias. Nilai KesabaranContoh: Alias sabar apabila diherdik oleh Cikgu Sunan dan diejek oleh rakan-rakannya. Nilai RasionalContoh: Pak Din bertindak secara rasional dalam menyelesaikan masalah Miah dan Budin yang menuduh Chot merosakkan setandan pisang mereka. Nilai KebijaksanaanContoh: Alias seorang pelajar yang bijak terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Selepas mengaji, Som akan meminta bantuan Alias untuk menjawab soalan Matematik yang tidak diketahuinya. Nilai BerdikariContoh: Alias mencari duit untuk membeli barangan dapur, ubat batuk ibunya, dan pisang untuk Chot dengan bekerja sebagai pemetik buah kelapa. Nilai JujurContoh: Alias bercakap benar kepada Cikgu Sunan sebab dia datang lewat ke sekolah. Taat kepada perintah agamaContoh: Alias dan ibunya menunaikan kewajipan sebagai hamba-Nya dengan mendirikan solat dan membaca al-Quran. Nilai KeikhlasanContoh: Som ikhlas berkawan dengan Alias tatkala rakan-rakan lain mengejek Alias. Som juga bersusah hati sekiranya Alias dimarahi oleh Cikgu Sunan kerana lewat ke sekolah. Nilai Baik hatiContoh: Mak Su Kiah memberi makanan tengah hari, iaitu nasi dengan semangkuk gulai atau sayur kepada Alias dan Leha. Nilai KeinsafanContoh: Cikgu Sunan insaf atas kesilapannya yang tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepada Alias.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Pengajaran_Novel_Chot", "content": "Kita haruslah bersikap jujur supaya tidak berlakunya salah fahamContoh: Alias berterus-terang kepada Cikgu Sunan dengan mengatakan bahawa dia mencari beruknya yang hilang sehingga menyebabkan dia lewat datang ke sekolah. Kita tidak sepatutnya bertindak mengikut kata hati dan perlulah mengawal emosiContoh: Cikgu Sunan telah memarahi Alias di hadapan rakan-rakan Alias apabila dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya terhadap Alias. Kita hendaklah insaf apabila menyedari kesilapan yang telah dilakukanContoh: Cikgu Sunan sedar dan insaf atas tindakannya yang telah memarahi Alias sehingga menyebabkan Alias tidak mahu ke sekolah kerana telinganya bernanah dan berbau busuk. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan dalam kehidupanContoh: Ibu Alias mahu anaknya lebih mengutamakan pelajaran walaupun menyedari Alias perlu memetik buah kelapa untuk menyara kehidupan mereka. Kita tidak seharusnya menyimpan perasaan dendamContoh: Alias tidak berdendam dengan Cikgu Sunan. Alias melayan gurunya itu dengan ramah walaupun Cikgu Sunan pernah mengherdik dan menengkingnya. Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu dengan yang lainContoh: Mak Su Kiah selalu menolong Alias dan ibunya dengan menghantar makanan ke rumah mereka pada waktu tengah hari. Kita hendaklah berdikari dan tidak mengharapkan belas ihsan daripada orang lainContoh: Alias telah mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din untuk menyara kehidupannya dan ibunya yang lumpuh. Kita hendaklah mendengar nasihat ibu bapaContoh: Alias mendengar nasihat ibunya supaya menunaikan solat. Kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah takdir hidupContoh: Alias belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pengetahuan penting untuk mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Contoh_Soalan_Novel_Chot", "content": "Soalan Watak Utama Novel Chot Tingkatan 3. Watak utama dalam novel Chot ialah Alias. Alias merupakan seorang yang bijak dalam mata pelajaran Matematik. Contohnya, Alias selalu membantu Som dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, Alias juga seorang yang sanggup berkorban. Contohnya, Alias sanggup tidak makan nasi asalkan beruk kesayangannya dapat makan. Seterusnya, Alias merupakan seorang yang menghormati guru. Buktinya, Alias tetap menghormati gurunya dengan mengucapkan terima kasih meskipun Cikgu Sunan telah menengkingnya. Persoalan merupakan elemen penting dalam sesebuah karya sastera. Nyatakan contoh peristiwa yang terlibat dengan \u201cPersoalan Ketabahan menghadapi dugaan\u201d dan \u201cPersoalan Kepentingan ilmu dalam kehidupan\u201c yang terkandung dalam sebuah daripada novel di atas. Novel yang saya kaji semasa tingkatan tiga ialah novel Chot. Contoh peristiwa yang berkaitan dengan persoalan ketabahan menghadapi dugaan ialah Alias tetap tabah menjalankan tugasnya memetik kelapa walaupun sakit pada bahagian telinganya semakin menjadi-jadi. Sementara itu, persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan pula dapat digambarkan melalui peristiwa Alias yang membawa buku pelajarannya semasa pergi memetik kelapa. Alias akan mengulang kaji pelajarannya pada masa rehat. Jelaskan latar masyarakat di bawah berserta dengan contoh peristiwa yang berkaitan.\u2013 \u201cMasyarakat yang gigih berusaha.\u201d\u2013 \u201cMasyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.\u201d Novel yang saya kaji waktu tingkatan tiga ialah novel Chot. Contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang gigih berusaha ialah Alias gigih memetik buah kelapa untuk menyara kehidupannya dengan ibunya yang lumpuh. Alias mengambil keputusan untuk tidak ke sekolah apabila mengenangkan bekalan makanan di rumahnya hampir kehabisan. Sementara itu, contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan ialah Alias yang menyedari kepentingan ilmu pengetahuan telah membawa buku ketika pergi memetik kelapa dan mengulang kaji pelajarannya ketika rehat. Kekuatan penceritaan dalam sesebuah novel berkait rapat dengan binaan plot. Bincangkan puncak penceritaan yang anda pelajari. Novel yang saya kaji semasa tingkatan 3 ialah Novel Chotkarya Azizi Haji Abdullah. Puncak bagi novel ini ialah Cikgu Sunan ke rumah Alias dengan bantuan Som. Chot melompat-lompat dan menyeringaikan giginya apabila melihat Cikgu Sunan. Alias yang sangat terkejut melihat kedatangan Cikgu Sunan telah mencium tangan Cikgu Sunan dan melayani Cikgu Sunan dengan baik. Cikgu Sunan menarik Alias duduk dekat dengannya. Cikgu Sunan menekan kepala Alias untuk memastikan telinga Alias yang bernanah itu akibat perbuatannya. Chot yang melihat tindakan Cikgu Sunan semakin kuat melompat dan melonjak hingga rantainya putus. Chot menerkam Cikgu Sunan yang sedang menekan kepala tuannya. Chot menggigit lengan Cikgu Sunan dengan bengisnya. Demi menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mengambil lembing berkarat di bawah rumah lalu merodok perut Chot. Dada Chot berlumuran darah dan akhirnya tidak bernyawa lagi. Alias meraung kuat sambil mendakap Chot dengan erat dan meminta maaf kepada Chot. Terdapat peristiwa dalam novel yang memberikan teladan kepada pembaca. Berdasarkan beberapa peristiwa daripada novel yang anda baca, jelaskan teladan yang telah peroleh. Novel yang saya kaji ialah Chot. Terdapat beberapa peristiwa yang memberikan teladan dalam novel ini. Antaranya termasuklah peristiwa Alias berterus terang kepada ibunya tentang kelewatannya datang ke sekolah kerana mencari Chot. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap jujur agar dipercayai oleh orang lain. Di samping itu, Mak Su Kiah sering menghantar makanan kepada Alias dan ibunya. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan semangat kejiranan demi kebaikan hidup bermasyarakat. Antara lain, Alias selalu membantu Som dalam mata pelajaran Matematik. Peristiwa ini memberikan teladan kepada kita, iaitu kita haruslah mengamalkan sikap saling membantu demi kebaikan semua pihak. Nyatakan nilai murni novel dengan contoh peristiwa. Novel yang saya kaji ialah novel Chot. Terdapat beberapa nilai yang dikemukakan oleh penulis dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Alias amat sayang akan Chot, iaitu beruknya. Dengan gopoh-gapah dia mencium Chot sekali walaupun Chot berbau hapak dan kemudian menuju ke perigi untuk mandi. Nilai kedua ialah baik hati. Sebagai contoh, Mak Su Kiah baik hati kerana sering bersusah-payah menghantar makanan kepada Alias dan ibunya. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga perwatakan watak sampingan yang berkaitan. Novel yang saya kaji ialah novel Chot. Watak sampingan dalam novel ini ialah Chot. Antara perwatakan Chot ialah seekor beruk yang bertanggungjawab. Contohnya, Chot bertanggungjawab untuk mengawasi keselamatan rumah tuannya. Chot marah apabila melihat orang yang tidak dikenalinya berada di depan rumah tuannya. Selain itu, Chot juga merupakan seekor beruk yang patuh terhadap arahan. Misalnya, Chot patuh terhadap arahan yang diberikan oleh tuannya untuk memulas buah kelapa yang sudah masak. Antara lain, Chot merupakan seekor beruk yang takut akan air. Contohnya, Chot yang takut akan air mengeraskan tubuhnya apabila tiba di tepi sungai. Berdasarkan novel di atas, jelaskan latar tempat yang berkaitan. Novel yang saya baca semasa tingkatan tiga ialah Novel Chotkarya Azizi Haji Abdullah. Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kampung Dingin. Contohnya, Alias tinggal bersamasama ibunya di Kampung Dingin. Latar kedua adalah di Bilik Guru Besar. Misalnya, Cikgu Tapa meminta Cikgu Sunan menyiasat punca Alias tidak hadir ke sekolah lebih daripada seminggu di bilik Guru Besar. Latar seterusnya adalah di kebun Pak Din. Chot dan Alias memetik buah kelapa di kebun Pak Din. Nota Komsas tingkatan satu hingga lima", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Waktu Pagi Tengah hariMak Su Kiah menghantar nasi bersama gulai kepada Alias dan ibunya serta bertanya khabar sebelum pulang ke rumah. Waktu Petang", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "Kampung DinginSebuah kampung tepi hutan yang sangat terpencil, tempat Alias dilahirkan. Rumah AliasSom belajar mengaji al-Quran. Som juga belajar membuat latihan Matematik yang diberikan oleh Cikgu Sunan daripada Alias \u2212 Mak Su Kiah menghantar makanan kepada Alias dan ibunya. Halaman perhimpunanKetika Som tiba lewat kerana menunggu Alias, perhimpunan sekolah diadakan. Guru pengawas pada minggu itu ialah Cikgu Sunan. Cikgu Sunan menyentuh beberapa isu, iaitu kenakalan murid yang mencalarkan kereta guru dan sampah sarap yang dibuang merata-rata. Bilik darjah limaCikgu Sunan, iaitu guru kelas tahun lima mengajar Matematik menengking Alias kerana Alias seperti menyindirnya ketika datang lewat ke sekolah dengan alasan beruk. Rumah Pak DinAlias meminta tolong Pak Din membeli ubat batuk ibunya di samping memberitahu Pak Din tentang bilangan biji kelapa yang dipetik serta bertanya kepada Som akan hal di sekolah. Sungai Alias membawa Chot mandi di sungai. Kebun kelapa Pak DinAlias dan Chot memetik kelapa. Kedai Ah ChaiAlias membeli pisang untuk Chot.", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Novel_Chot", "content": "Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidupAlias tidak pernah merungut hidup dalam kemiskinan. Masyarakat yang berdikariAlias berusaha menyara yuran persekolahannya dengan mengambil upah memetik buah kelapa. Masyarakat ibu bapa yang mengimpikan kejayaan anak-anak Leha ingin melihat kejayaan Alias. Oleh hal demikian, Leha mengingatkan kepentingan pendidikan agama dan pendidikan sekular. Masyarakat kampung yang hidup dalam kemiskinanHidup Alias dan ibunya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Alias mencari wang untuk menampung keperluan harian dengan mengambil upah memetik kelapa di kebun Pak Din. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agamaIbu Alias, Leha mengajar anaknya membaca al-Quran dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh Alias dalam bacaan solat. Masyarakat yang mementingkan pendidikan sekular Ibu Alias menegur Alias yang tidak ke sekolah terlalu lama. Masyarakat yang bertanggungjawabAlias mengambil alih tugas arwah bapanya yang meninggal lima tahun lalu kerana jatuh pokok kelapa. Dia membeli barang keperluan dapur seperti beras, gula, kopi dan ikan gelama. Masyarakat yang jujurAlias memberitahu perihal sebenar kelewatan ke sekolah berpunca daripada mencari beruk kesayangannya yang hilang. Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuanAlias membawa sahaja ke mana-mana buku latihan. Masyarakat yang berprasangkaMiah menuduh Chot merosakkan kebun pisang miliknya. Masyarakat yang gigih berusaha mencapai kejayaanSom berusaha belajar Matematik daripada Alias. Masyarakat yang baik hatiMak Su Kiah mengambil tahu kebajikan Alias dan Leha. Masyarakat yang tidak menyimpan dendamAlias tidak pernah menyimpan dendam terhadap cikgu Sunan yang mdenyebabkan telinganya bengkak dan bernanah, malahan Alias menyambut kedatangan cikgu Sunan ke rumahnya dengan sopan santun dan rahmahnya .", "url": "https://karangan.net/novel-chot/"}]