[{"title": "Tema_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "Kesedarangenerasi muda untuk memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui pelibatan mereka dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Contohnya Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN dengan memberi pelbagai alasan agar dia dikecualikan daripada menyertai PLKN.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Persoalan_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "Persoalan sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negaraContoh: Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah. Persoalan kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaanContoh: Aiman sentiasa berasa sunyi kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia, pula sibuk dengan tugasannya di universiti. Persoalan sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak Contoh: Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang berpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara. Persoalan peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan muridContoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Sinopsis_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "Aiman tidak mengendahkan surat yang memintanya menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Baginya, program tersebut membuang masa kerana keluarganya boleh menyediakan apa-apa sahaja yang diminta. Namun demikian, posmen yang menghantar surat tersebut menjelaskan faedah-faedah menyertai program dengan mengambil contoh anak jirannya daripada seorang yang pemalas, kini rajin menolong keluarga. Oleh sebab tidak berminat, masuk sahaja di dalam biliknya, surat tersebut dicampakkan sahaja oleh Aiman. Nek Sinah, pembantu rumahnya menjemput Aiman makan tetapi Aiman menolaknya kerana dia belum lapar. Apabila dimaklumkan bahawa kakaknya, Kak Dapnia tidak dapat balik untuk makan tengah hari kerana tugasan di universiti dan ibunya pula pulang lewat malam menyebabkan Aiman berasa bosan tinggal bersendirian di rumah. Ketika di sekolah, Nora memaklumkan bahawa nama Aiman terpilih untuk menyertai PLKN tetapi Aiman bersikap tidak peduli menyebabkan Nora berkecil hati. Sundarani dengan rasa gembira menyatakan bahawa dia akan menyertai PLKN di Kem Be Bana. Ah Tua pula di Kem Paya Indah Wetland, Hulu Langat. Aiman hanya mengetahui tempat programnya terletak di Kem Teluk Sari, Mersing apabila dimaklumkan oleh Syuhada. Cikgu Dahari yang terlibat dalam PLKN sebagai jurulatih Program Penghayatan Sastera dan Budaya menjelaskan faedah menyertai PLKN. Menurutnya, PLKN mampu membina dan mengukuhkan semangat patriotik, memupuk perpaduan kaum, dan membentuk perwatakan positif. Menurut Cikgu Dahari lagi, peserta program dipilih secara rawak dan mereka yang mempunyai masalah boleh meminta surat penangguhan. Peserta juga tidak perlu risau akan soal keselamatan. Apabila Aiman pulang, dia mendapati ayahnya, Khir Ghazali sudah berada di rumah. Dia memberitahu ayahnya bahawa namanya telah terpilih menyertai PLKN. Khir Ghazali mengharapkan anaknya berfikir seperti orang dewasa dan menjadi manusia yang sentiasa dahaga akan ilmu dan pengalaman. Aiman berharap agar ayahnya mendapatkan pengecualian untuk dirinya kerana dia tidak menyukai program tersebut. Ayahnya tidak dapat menunaikan hasrat anaknya itu kerana ayahnya tidak mahu Aiman menjadi anak yang manja. Apabila hal itu diluahkan kepada ibunya, Masnah, ibu Aiman mahu suaminya menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan Aiman daripada menyertai program tersebut. Sebagai ayah, Khir Ghazali bertegas bahawa dia mahu anakya menyertai PLKN daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah sepanjang cuti persekolahan kelak. Kemudian, Aiman masuk ke biliknya. Dia menghadap komputer riba. Menerusi komputer riba, dia terlihat beberapa orang rakannya telah berubah setelah menyertai PLKN. Perubahan sikap rakannya itu menyedarkan Aiman akan keistimewaan PLKN. Akhirnya dia bersetuju menyertai PLKN.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Binaan_Plot_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "Permulaan/Eksposisi Permulaan drama ini mengisahkan watak Aiman yang menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara sebagai pelatih baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Perkembangan Cerita berkembang apabila Aiman menunjukkan berbagai-bagai reaksi setelah menerima surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen itu. Perumitan Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila berlaku konflik dalam diri Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Klimaks Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Aiman cuba meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan itu untuk mengecualikannya daripada pelatih baharu Program Latihan Khidmat Negara. Namun begitu, bapanya menolak kemahuannya itu. Bapa Aiman bertegas kepada Aiman agar mengikuti PLKN itu kerana program itu banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya. Namun begitu, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Peleraian Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN itu selepas membaca berita tentang kejayaan senior-seniornya semasa mengikuti kursus PLKN. Aiman berjanji kepada dirinya untuk mengikuti kursus PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh hidup berdikari, seterusnya menyahut seruan untuk berbakti kepada tanah air yang tercinta.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Teknik_Plot_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "PemerianPengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang manja dan malas. Imbas kembaliPosmen menceritakan sikap negatif anak jirannya dan adiknya sendiri berubah menjadi baik setelah mengikuti PLKN SaspensPembaca tertanya-tanya tentang keputusan yang bakal dibuat oleh Khir Ghazali apabila anaknya, Aiman bercadang untuk menggunakan kedudukan dan pengaruh bapanya untuk mengecualikan dirinya daripada menyertai PLKN. MonologAiman berfikir sesuatu secara bersendirian sambil menanyakan dirinya tentang tindakan yang perlu dibuat dengan surat tawaran PLKN yang diterimanya. KejutanPembaca dikejutkan dengan tindakan Datuk Khir Ghazali yang tidak mahu menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikan penyertaan anaknya, Aiman daripada PLKN. Imbas MukaAiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi. Teknik konflikKonflik yang berlaku antara Aiman dengan Nek Sinah. Aiman kurang menyenangi kata gelaran yang digunakan oleh Nek Sinah kepadanya. Monolog DalamanAiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar. Teknik dialogContohnya, dialog antara Aiman dengan posmen yang menghantar surat tawaran PLKN ke rumahnya. POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazal di rumah ini?AIMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini? POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Watak_dan_Perwatakan", "content": "Watak Utama: Aiman Seorang yang bersifat agresifContoh: Aiman membuang sampul surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Seorang yang malasContoh: Segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah , dia akan tidur. Seorang yang sombong dan suka bermegah-megah dengan kemewahan hidupContoh: Aiman tidak mahu menyertai PLKN kerana menganggap program tersebut tidak berfaedah. Seorang yang tidak mempunyai semangat patriotikContoh: Aiman memandang remeh tentang PLKN yang dianjurkan oleh kerajaan. Seorang yang berfikiran sempit dan negatifContoh: Aiman mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman. Seorang yang tidak menghormati orang lainContoh: Aiman menengking Nek Sinah kerana memanggilnya. Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat.Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar negara. Watak Sampingan: Cikgu Dahari Seorang yang bertanggungjawabContoh: Cikgu Dahari menerangkan kebaikan PLKN kepada murid-muridnya Seorang yang berpengetahuan luasContoh: Cikgu Dahari mampu menjelaskan tentang maksud logo PLKN, objektif, dan kebaikan menyertai PLKN. Seorang yang penyabar Contoh: Cikgu Dahari tidak memarahi Aiman walaupun Aiman bersikap kurang ajar dan meremehkan PLKN sebaliknya sabar menasihati pelajarnya. Seorang yang berfikiran positifContoh: Cikgu Dahari menerangkan kepada Aiman apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden Seorang yang sentiasa memberikan galakan kepada anak muridContoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara. Watak Sampingan: Khir Ghazali Seorang yang bertanggungjawab Contoh: Khir Ghazali menasihati anaknya, Aiman untuk menyertai PLKN supaya anaknya lebih berdikari dan mempunyai kesedaran kendiri. Seorang yang penyayang Contoh: Khir Ghazali mengambil berat akan pelajaran anak-anaknya. Seorang yang berpendirian tegas Contoh: Khir Ghazali tegas dengan keputusannya, iaitu Aiman wajib menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan isterinya. Seorang yang berpandangan jauh Contoh: Khir Ghazali menjelaskan manfaat yang diperoleh oleh Aiman melalui PLKN Seorang yang mempunyai kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat Contoh: Anaknya meminta pertolongan ayahnya supaya menggunakan pengaruhnya untuk mengecualikannya daripada menyertai PLKN. Watak Sampingan: Masnah Seorang ibu yang terlalu memanjakan anakContoh: Masnah menurut kehendak anaknya, Aiman supaya tidak menyertai PLKN. Seorang yang berfikiran sempit dan negatifContoh: Masnah mengatakan bahawa PLKN membahayakan nyawa Aiman. Seorang yang mengakui kesilapan diriContoh: Masnah memohon maaf kepada suaminya atas tindakan terburu-buru menyebelahi anaknya, Aiman. Watak Sampingan: Nek Sinah Pembantu rumah. Seorang yang penyabarContoh: Nek Sinah sabar terhadap sikap Aiman yang kurang ajar Seorang yang bertanggungjawabContoh: Nek Sinah menyediakan makan minum Aiman.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "InversiContoh: memang bagus program itu; Tak fahamlah saya, bang. Repetisi atauPerulangan kataContoh: \u201cAku tak suka, tak suka SinkopeContoh: tak; dulu; saja. Metafora Contoh: Buta sejarah; air panas SimileContoh: Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. Pengaruh bahasa ArabContoh: Assalamualaikum, Waalaikumussalam. Pengaruh bahasa InggerisContoh: mummy, daddy. PeribahasaContoh: hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lurus bendul, bodoh sombong, besar panjang.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Latar_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Nilai_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "NilaiPatriotisme / Cinta akan negaraContoh: Kawan-kawan Aiman sangat teruja dan berbangga apabila mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Sundarani juga menegur Aiman bahawa kita perlu menghargai tanah air kita. Nilai tanggungjawabContoh: Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman. Nilai kegigihanContoh: Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada wira dan wirawati dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Nilai keinsafanContoh: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan bertekad menyertai PLKN. Nilai kesabaranContoh: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya. Nilai Kasih sayangContoh: Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu agar menjadi insan yang berguna kepada nusa dan negara. Nilai Hemah tinggiContoh: Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan. Nilai Berpandangan jauhContoh: Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping memupuk semangat patriotrik dalam jiwa anaknya itu. Nilai AmanahContoh: Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Pengajaran_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik dancinta akan negaraContoh: Aiman akhirnya menyahut seruan berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkanContoh: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya.Contoh: Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah Kita haruslah gigih dalam melaksanakan tugasContoh: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya. Kita hendaklah insaf atas kesilapan diriContoh: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan bertekad menyertai PLKN. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab.Contoh: Nek Sinah sabar menghadapi karenah Aiman yang biadap terhadapnya Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Contoh: Aiman biadab terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri Kita perlulah memberi sokongan kepada program kerajaan.Contoh: Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Soalan_Drama_Berkhidmat_untuk_Negara", "content": "Mengapakah Aiman tidak berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara? Aiman tidak berminat menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana baginya program ini hanya menyusahkannya. Dia juga berbangga dengan kekayaan yang dimiliki oleh ayahnya / menganggap program seperti ini membuang masa dan tenaga sahaja / PLKN hanya sesuai untuk orang susah sahaja. Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak kerajaan boleh menarik minat generasi muda menyertai Program Latihan Khidmat Negara? Pihak kerajaan boleh menarik minat generasi muda bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah dengan mengiklankan kepentingan program ini di media massa dan menyediakan peruntukan yang besar bagi pelaksanaan progran ini. Selain itu, kerajaan mewajibkan PLKN disertai oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpilih / mengiktiraf penglibatan PLKN sebagai penglibatan peringkat kebangsaan dalam kokurikulum. Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu nilai lain daripada drama yang tidak terdapat dalam petikan. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah baik hati. Sebagai contoh, Posmen menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut. Manakala nilai lain yang tidak terdapat dalam petikan ialah cinta akan negara. Sebagai contoh, rakan-rakan Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ai Tiau dan Sundrani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "Rumah AimanContoh: Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara. Persitiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN. Rumah Khir GhazaliContoh: Ayah dan ibu Aiman bertelagah pendapat tentang PLKN Sekolah MenengahContoh: dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau, dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan. Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan. Perkarangan rumah Khir GhazaliContoh: Posmen menghantar surat tawaran PLKN kepada Aiman", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Cuti hujung mingguContoh: Aiman duduk di rumah sahaja pada hujung minggu dan ketika itulah posmen datang dengan membawa sepucuk surat Waktu pagiContoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka Waktu tengah hariContoh: Selepas sesi rehat selesai, murid-murid berpeluang menemui Cikgu Dahari dan guru tersebut menerangkan kebaikan PLKN. Waktu petangContoh: Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat yang penyayangContoh:Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri. Masyarakat yang berintegriti dan amanah semasa menjalankan tanggungjawab.Contoh: Cikgu Dahari bertanggungjawab menjelaskan manfaat PLKN kepada murid-muridnya Masyarakat yang gigihContoh: Cikgu Dahari gigih membimbing wira dan wirawati dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya Masyarakat yang insafContoh: Aiman insaf akan kesilapannya setelah membaca berita PLKN di laman sesawang dan bertekad menyertai PLKN Masyarakat yang penyabarContoh: Nek Sinah sabar menghadapi kerenah Aiman yang biadap terhadapnya Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.Contoh: Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit Masyarakat yang berfikiran positif.Contoh: Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negative mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara. Masyarakat bandar yang sibuk bekerja .Contoh: Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.", "url": "https://karangan.net/drama-berkhidmat-untuk-negara/"}]