[{"title": "Sinopsis_Menuai_Emas", "content": "Kisah bermula apabila Alif teringgat akan ayahnya sewaktu melihat sawah padi yang sedang menguning. Alif teringat akan kata-kata ayahnya yang dia akan menuai emas. Alif berbisik bahawa tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula. Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja menuai padi pun akan dimulakan esok. Alif menyusuri permatang sawah yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu. Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut. Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu. Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Emak Alif menangis. Alif memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua petak sawah berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu, Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka. Wajah Abang Man muncul dalam benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya. Alif teringat akan perbualannya dengan seorang pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan sungguh-sungguh. Kata- kata motivasi pegawai pertanian itu terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman padi. Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi. Projek estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Tema_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Tema Cerpen Menuai Emas ialah Kemajuan dalam bidang pertanian, iaitu penanaman padi. Bidang penanaman padi sering diperkecil oleh masyarakat sebagai suatu aktiviti yang kecil nilai ekonominya. Tanggapan ini mereset sama sekali. Dengan ilmu dan sikap positif yang dimiliki oleh Alif dan keluarganya, kemajuan dalam bidang penanaman padi tersebut dapat dicapai.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Perjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.Contoh: Abang Man dan pemilik-pemilik tanah sawah di kampung Alif hendak menjual tanah sawah mereka kepada syarikat perumahan. Ilmu, kegigihan dan ketekunan yang diiringi denagn doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.Contoh: Alif sentiasa yakin, berdoa, bersabat dan bekerja kuat dalam mengusahakan penanaman padi tersebut. Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji sahaja.Contoh: Walaupun Alif berkelulusan universiti dalam bidang ekonomi, dia lebih suka bekerja sendiri dengan menjadi petani moden. Muafakat membawa berkat.Contoh: Alif, Tuk Ketua dan beberapa orangpemilik sawah padi telah bersepakat dan bersetuju untuk memajukan penanaman padi menggunakan teknologi moden di kampung mereka. Pengaruh pembangunanContoh: Atas nama pembangunan, tanah-tanah dijual kepada pemaju perumahan sehingga menjejaskan keindahan desa. Kegigihan anak muda dalam mengejar impianContoh: Alif gigih mengusahakan tanah sawah di kampungnya demi mencapai impiannya untuk menjadi petani moden, sekali gus membawa kemajuan kepada kampungnya. Kegigihan anak muda yang mempertahankan tanah sawah miliknyaContoh: Alif tidak mahu menjual tanah kerana mahu menanam padi yang berkualiti tinggi. Tindakannya menimbulkan kemarahan penduduk kerana menghalang projek pembangunan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Permulaan Alif meniti permatang sawah yang diusahakannya. Tuk Ketua menegurnya lalu mengucapkan tahniah kepada Alif yang berjaya mengusahakan sawah padi walaupun menghadapi kesukaran sebelum itu. Tuk Ketua mengekori Alif yang berjalan menyusur permatang. Konflik Anak-anak muda sudah berpindah ke bandar. Tanah sawah terbiar. Kebanyakan pemilik tanah sawah, terutama Abang Man hendak menjual tanah kepada pemaju perumahan. Alif enggan menjual tanah sawah kerana dia ingin mengusahakan sawah padi. Klimaks Abang Man amat marah dan hampir memarang Alif kerana beberapa orang penduduk kampung yang lain, iaitu Tuk Ketua , Pak Nik dan Mak Lang Munah juga enggan menjual tanah. Abang Man menuduh Alif menghasut mereka. Pemaju perumahan membatalkan rancangan membeli tanah sawah dan membina rumah kos rendah. Peleraian Alif mencadangkan supaya membuka estet padi di atas tanah sawah yang terbiar. Alif mendapat bimbingan dan motivasi daripada pegawai pertanian. Alif menambahkan pengetahuan tentang tanaman padi dengan membuat lawatan ke kawasan padi di Seberang Perak. Alif dan pemilik tanah sawah yang menyertai projek estet padi menanam padi jenis kacukan MR220 CL1 dan MR22 CL2 yang mampu menghasilkan 8480 kilogram bagi sehektar tanah. Penyelesaian Kawasan estet padi seluas 58,609 hektar dengan 15 orang pemilik sudah menunjukkan kejayaan. Padi akan mula dituai pada hari esok. Alif dan Tuk Ketua mengucapkan syukur kepada Allah atas kejayaan itu.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Teknik_Plot_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Teknik pemeriana. Pagi-pagi lagi Alif sudah berada di kawasan bendang, menikmati keindahan sawah yang padi sedang menguning.b. Alif berazam untuk mengisi kemajuan negara dengan caranya sendiri, iaitu memajukan bidang pertanian.c. Alif yakin bahawa sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh membuat sesuatu pasti akan beroleh kejayaan. Allah akan permudahkan urusan mereka. Teknik imbas kembalia. Alif teringat akan kata-kata ayahnya tentang balasan baik jika berbudi kepada tanah.b. Alif hampir diparang oleh Abang Man yang menuduh Alif menghasut penduduk kampung supaya tidak menjual tanah sawah kepada pemaju perumahan.c. Alif hampir membatalkan hasratnya untuk mengusahakan tanah sawah apabila terus didesak oleh penduduk kampung supaya menjual tanah sawahnya. Teknik menologAlif berterima kasih kepada emak kerana mendidiknya dengan nilai kesabaran, kesyukuran dan reda dengan ketentuan Allah. Teknik dialog(Perbualan antara Alif dengan abah )\u201cCantik, ya abah!\u201d\u201cMemang cantik.\u201d\u201cKuningnya seperti emas, kan, abah?\u201d\u201cInilah hasilnya berbudi kepada tanah. Kita akan menuai emas nanti!\u201d", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Watak Utama \u2013 Alif \u2013 Graduan ekonomi dari universiti tempatan\u2013 Anak yatim dan anak tunggal dalam keluarga\u2013 Tinggal bersama emaknya di kampung\u2013 Seorang yang gigih berusaha\u2013 Seorang yang berani dan mempunyai pendirian hidup\u2013 Bercita-cita untuk menjadi petani moden\u2013 Mengusahakan tanaman padi secara kacukan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik Mak Wan \u2013 Ibu Alif\u2013 Teguh Pendirian\u2013 Seorang yang penyabar\u2013 Sangat menyokong usaha anaknya yang mahu berbudi kepada tanah\u2013 Sayang akan tanah milik keluarga mereka Abang Man \u2013 Salah seorang penduduk kampung\u2013 Umurnya lebih tua daripada Alif\u2013 Mudah berang dan sukar untuk dibawa berbincang\u2013 Curiga dengan kelayakan ijazah yang dimiliki oleh Alif\u2013 Memusuhi Alif kerana menghalang projek perumahan di kampung itu Tuk Ketua \u2013 Ketua kampung Alif\u2013 Seorang yang tenang\u2013 Sangat mengambil berat akan anak-anak buahnya\u2013 Menyokong usaha Alif yang mahu mengerjakan tanah sawah penduduk kampung", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "SimileContoh: Semua orang tiba-tiba bagaikan disua bahang api. (pg 70) Inversi (ayat songsang)Contoh: Datang pula suara emak melantun \u2013 lantun di telinga. (pg 68) SinkopeContoh: Dia seorang saja yang tak beri kata putus.Contoh: Anak Mak Wan seorang saja yang tolak tuah. MetaforaContoh: pita ingatan (pg69), pisau kata-kata (pg 71), ufuk batin (pg 72) PerlambanganContoh: permaidani hujan \u2013 melambangkan tanah sawah yang terbentangContoh: hutan batu \u2013 melambangkan bangunan PeribahasaContoh: tersenyum-senyum kambing (pg 70); bendera putih (pg 72) PersofinikasiContoh:(a) Wajah Abang Man datang mendadak menyerang benak (pg72)(b) Dalam dingin yang mencengkam, dia merasai nikmat yang sukar diterjemah dengan Bahasa kata.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Nilai KegigihanContoh: Alif gigih mengusahakan tanah sawah miliknya. Nilai KesabaranContoh: Alif dan emaknya bersikap sabar walaupun dicemuh dan dimarahi oleh orang kampung. Nilai KeberanianContoh: Alif berani berhadapan dengan Abang Man yang menuduhnya telah menghasut orang kampong Nilai KesyukuranContoh: Alif sentiasa bersyukur kepada Allah. Nilai BerdikariContoh: Alif mengambil keputusan untuk bekerja sendiri walaupun dia berkelulusan universiti. Nilai KeyakianContoh: Alif yakin dengan kebolehan dirinya bahawa dia mampu mengusahakan sebuah estet padi di kampungnya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Kita hendaklah rajin berusaha untuk mendapatan hasil yang yang diinginkan. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa kepada Allah apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Kita hendaklah berusaha mendalami ilmu pengetahuan agar setiap yang kita kerjakan akan memperoleh hasilnya. Kita janganlah bertindak terburu-buru sehingga boleh mendatangkan kerugian. Kita janganlah bersikap agresif untuk melakukan sesuatu perkara. Kita hendaklah yakin dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu ilmu atau pengalaman. Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga terutamanya dalam hal tanah. Kita hendaklah berkongsi ilmu dan memberikan semangat kepada golongan yang ingin memajukan sesuatu bidang. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan kepada kita. Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Soalan_Cerpen_Menuai_Emas", "content": "Apakah konflik yang dihadapi oleh Aliff dan penduduk kampung? Konflik yang dihadapi oleh Aliff dan penduduk kampung adalah apabila tanah sawah di kampung mereka mahu dibeli dan dibangunkan sebagai tapak kawasan perumahan. Nyatakan tema bagi cerpen ini. Cerpen ini bertemakan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara akan menghasilkan kejayaan. Huraikan sinopsis bagi cerpen ini. Alif hampir berputus asa apabila didesak untuk mengorbankan tanah sawahnya untuk tujuan pembangunan. Salah seorang penduduk, iaitu Abang Man mempertikaikan kelulusan Alif yang memperoleh ijazah ekonomi. Dia mengesyaki Alif bersunggguh- sungguh hendak mengerjakan tanah sawah itu kerana gagal mendapat pekerjaan. Alif melihat emak menangis ingin berputus asa. Tetapi kata-kata emak bahawa emak teringat arwah abah Alif menjadi semangat Alif. Seorang pegawai pertanian turut memberikan semangat kepada Alif supaya tidak memandang rendah kepada potensi bidang pertanian. Oleh kerana projek perumahan itu dibatalkan, Alif mengambil peluang meminta izin untuk membina sebuah estet padi mini di situ. Setahun sudah berlalu, padinya sudah mula mengeluarkan hasilnya dan Alif berasa bangga. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. \u2013 Penjualan tanah sawah untuk dijadikan projek perumahan.\u2013 Lulusan universiti tidak semestinya bekerja makan gaji. Berdasarkan cerpen Menuai Emas, nyatakan dua perwatakan Alif. \u2013 Seorang anak muda yang berwawasan tinggi\u2013 Berani menghadapi cabaran serta yakin akan kebolehan diri sendiri\u2013 Seorang anak yang menghormati ibu bapa Nilai-nilai murni sangat penting pada seseorang insan. Berikan nilai yang boleh dicontohi berdasarkan petikan cerpen tersebut. Bersyukur, kesabaran, keberanian, berdikari Pada pendapat anda, apakah pengajaran yang dapat kita peroleh daripada cerpen tersebut? \u2013 Kita hendaklah yakin dengan kebolehan sendiri.\u2013 Kita hendaklah tabah dalam menghadapi segala dugaan untuk memperoleh kejayaan. \u201cOrang muda seperti kamulah yang patut ambil bahagian kerana masa depan negara di tangan kamu. (hal. 73)\u201dPada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat golongan muda melibatkan diri dalam sektor pertanian moden? \u2013 Pendedahan melalui kempen tentang kelebihan atau pertanian moden.\u2013 Menyediakan kemudahan pinjaman untuk memulakan pertanian. \u201cSetiap murid disarankan agar berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai impian.\u201dPada pendapat anda, apakah kesan-kesan positif jika kita berjaya menggapai impian tersebut? \u2013 Boleh menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa.\u2013 Menggubah nasib seseorang kea rah yang lebih baik.\u2013 Dipandang mulia oleh ibu bapa.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Pada Waktu Awal PagiAlif menyusuri permatang sawah lalu disapa oleh Tuk Ketua yang sedang menunggang motosikal pada waktu tersebut. Setahun Yang LaluSetahun yang lalu, Abang Man dan beberapa orang pemilik tanah datang ke rumah Mak Wan bertujuan untuk meminta Mak Wan dan Alif melepaskan dua petak tanah milik keluarga mereka.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "Petak BendangTempat Alif disapa oleh Tuk Ketua ketika sedang menyusuri permatang sawah. Anjung Pumah Mak WanTempat beberapa orang pemilik tanah membuat perbincangan. Petak-petak Sawah di Seberang PerakTempat yang pernah dikunjungi Alif dalam usaha mengumpulkan pengalaman dan maklumat untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampong.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat PetaniContoh: Alif dan penduduk kampungnya merupakan masyarakat yang menjalankan aktiviti penanaman padi. Masyarakat Yang Mempunyai Azam Yang TinggiContoh: Alif merupakan golongan muda yang berazam tinggi untuk memajukan aktiviti penanaman padi di kampungnya dengan menggunakan teknologi moden. Masyarakat Yang AgresifContoh: Abang Man bercakap kasar terhadap Alif disebabkan Alif disebabkan Alif tidak mahu melepaskan tanah milik keluarganya untuk tujuan pembangunan. Masyarakat Yang Bersikap PositifContoh: Emak Alif sentiasa mendidiknya dengan mengamalkan sifat syukur,sabar dan reda dalam kehidupan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-menuai-emas/"}]