[{"title": "Tema_Cerpen_Bawod", "content": "Tema cerpenBawod ialah persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya. Beluntung bersahabat baik dengan kambing (Bawod) dan kerbau(Tuyog) peliharaannya. Beluntung memiliki dua ekor haiwan peliharaan yang dianggap seperti sahabatnya, iaitu Bawod, seekor kambing dan Tuyog, seekor kerbau. Dia sangat menyayangi dan sering bersamasama binatang itu. Dia membawa binatang itu ke sekolah dan berasa risau apabila binatang itu tidak kelihatan. Melalui hubungannya dengan kedua-dua ekor haiwan ini, Beluntung belajar erti kehidupan dan pengorbanan daripada sahabat.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Persoalan_Cerpen_Bawod", "content": "Kekuatan kasih sayang pengikat kebahagiaan sesebuah keluargaContoh Peristiwa: Ibu Beluntung melarang anaknya turun dari rumah kerana dia bimbang akan keselamatan Beluntung apabila hujan lebat dan tiupan angin kencang. Kegigihan seorang murid dalam mengejar impianContoh Peristiwa: Beluntung gigih menuntut ilmu untuk mencapai impiannya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam yang bakal ditempuhinya dengan sanggup berhujan dan menunggang kerbau untuk ke sekolah. Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugasan.Contoh Peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran Ilmu Alam dengan penuh rasa tanggungjawab. Rasa Bersyukur terhadap kerajaan yang diperolehContoh Peristiwa: Bapa mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan cemerlang Beluntung dalam peperiksaan darjah enam yang dianggap kejayaan yang memecahkan rekod bagi Kampung Layong Rajin menimba ilmu pengetahuan walaupun menimpa pelbagai halanganContoh Peristiwa: Beluntung amat rajin ke sekolah walaupun hujan lebat kerana keinginannya untuk berjaya dalam peperksaan darjah enam. Dia terpaksa menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras dengan Tuyog dijadikan kenderaan untuk ke sekolah Persoalan berdikariContoh Peristiwa: Beluntung tidak mahu menyusahkan kedua-dua orang tuanya sebaliknya dia bersendirian ke sekolah dengan bantuan Tuyog yang digunakan sebagai kenderaan dalam menempuh jalan yang berlumpur dan air sungai yang deras Amalan hidup bermasyarakat dalam kalangan penduduk kampungContoh Peristiwa: Penduduk Kampung Layoung menghadiri majlis kenduri kesyukuran sempena meraikan kecermelangan Beluntung dalam peperiksaan darjah enam dan mereka bergotong-royong menyediakan makanan tersebut.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Sinopsis_Cerpen_Bawod", "content": "Cerpen Bawod mengisahkan hubungan yang akrab antara Beluntung dengan dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog yang merupakan seekor kerbau dan Bawod yang merupakan seekor kambing. Cerita bermula apabila pada suatu petang hujan lebat telah turun di kampung Beluntung menyebabkan air Sungai Layong telah melepasi paras tebing dan menenggelamkan rumput-rumput di halaman rumah Beluntung yang terletak berhampiran sungai itu. Keadaan ini mengundang keresahan di jiwa Beluntung kerana memikirkan keselamatan nyawa dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog dan Bawod. Dalam keadaan hujan yang lebat dan angin yang kencang, Beluntung turun dari rumah untuk mencari dan menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaannya itu daripada mati lemas walaupun tindakannya itu dilarang oleh ibunya. Namun, dia berasa kecewa apabila pencariannya itu tidak berhasil. Keesokan harinya, pada awal-awal pagi, Beluntung telah turun ke tanah mencari haiwan-haiwan peliharaannya berbekalkan lampu suluh. Namun, Beluntung berasa sedih kerana dia masih gagal menemukan haiwannya itu dan menyangkakan haiwannya itu telah mati lemas. Setelah dia selesai membasuh kakinya di sungai, dia akhirnya menemukan haiwan-haiwan peliharaannya itu berdekatan dengan pokok nangka yang rimbun. Beluntung berusaha memanaskan badan kambingnya, Bawod yang kesejukan dengan menyalakan unggun api dan memberikan kambingnya itu makan pucuk ubi kayu. Akhirnya, kambingnya dapat diselamatkan daripada mati kesejukan. Beluntung menggunakan khidmat kerbaunya, Tuyog yang ditungganginya setiap hari untuk ke sekolah. Dia terpaksa menggunakan khidmat kerbaunya untuk meredah air sungai yang agak dalam. Sesampainya di sekolah, Beluntung akan menambat kerbaunya, Tuyog pada pohon kelapa di halaman sekolahnya. Beluntung gigih ke sekolah memandangkan dia akan menghadapi peperiksaan darjah enam yang tinggal dua bulan sahaja lagi. Beluntung tekun belajar tatkala Cikgu Rambayut mengajarkan mata pelajaran Ilmu Alam di kelasnya. Sewaktu rehat, Beluntung akan pergi mendapatkan kerbaunya, Tuyog yang tertambat pada pohon kelapa. Beluntung sering menjadi bahan ejekan kawan- kawannya seperti Basil kerana tindakannya membawa kerbau yang ditungganginya, Tuyog ke sekolah. Beluntung tidak mengendahkan usikan dan ejekan kawan-kawannya kerana sememangnya dia amat memerlukan khidmat kerbaunya untuk membawanya ke sekolah disebabkan jalan berlumpur dan beberapa batang sungai perlu diharungi. Seperti biasa, suatu pagi dalam keadaan masih hujan renyai-renyai, Beluntung tekad ke sekolah dengan menunggang kerbaunya, Tuyog dengan memakai baju hujan. Tetapi, pada kali ini, kambingnya, Bawod turut mengekorinya hingga ke sekolah walaupun terpaksa meredah hujan yang lebat dan mengharungi air sungai. Kegigihan Bawod menyuntik suatu semangat kepada Beluntung untuk belajar bersungguh-sungguh demi peperiksaan darjah enam yang kian hampir. Pada waktu rehat, Beluntung menuju ke tempat Bawod dan Tuyog ditambat namun dia melihat kambingnya telah tiada. Rupa-rupanya, kambingnya telah masuk ke dalam bilik darjahnya sehingga menyebabkan dia diusik lagi oleh kawan-kawan sekelasnya. Beluntung menambat kambingnya, Bawod pada sebatang pohon. Ketika di dalam kelas, Beluntung mendengar suara kerbaunya menguak dan disusuli dengan suara kambingnya. Dia menyangkakan kerbaunya diganggu oleh anjing, tetapi sangkaannya meleset apabila dia mendapati leher kerbaunya telah terjerut tali. Setelah membuka ikatan tali yang melilit leher Tuyog, Beluntung kembali ke kelasnya. Beluntung berasa kesabarannya tercabar apabila Basil telah membuang buku-bukunya ke lantai. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Cikgu Rambuyat meminta Basil memungut buku Beluntung semula dan memohon maaf. Beluntung tidak mahu berkelahi dengan Basil kerana dia bertekad untuk fokus dalam pelajarannya dan menjadi salah seorang pelajar terbaik di SRK Timbang Pasir. Pada suatu pagi, Beluntung telah menyertai Pesta Lumba Kerbau peringkat Kampung Layong. Dia menunggangi Tuyog ketika menyertai perlumbaan itu. Dia berjaya memenangi perlumbaan itu dengan memperoleh hadiah sebanyak RM10.00. Dia memutuskan untuk membeli seekor kambing lain dengan menggunakan wang kemenangannya itu supaya kambingnya, Bawod mempunyai kawan. Sebelum dia pergi ke Pesta Lumba Kerbau, bapanya berpesan kepadanya agar menambat Bawod pada pohon nangka. Pagi itu, bapa dan ibunya tidak turut pergi ke pesta itu hingga mengundang pertanyaan di hati Beluntung. Beluntung mengenang kembali peristiwa yang berlaku pada seminggu yang lalu. Bapanya berasa amat girang apabila Beluntung berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Lebih membanggakan bapanya, hanya dua orang anak Kampung Layong yang mempunyai sijil darjah enam tetapi mereka sekadar lulus sahaja berbanding dengan Beluntung yang lulus dengan cemerlang. Beluntung turut teringat akan kata-kata bapanya perihal dirinya boleh menjadi seorang guru apabila besar kelak. Beluntung berasa hairan apabila melihat banyak orang kampung berada di rumahnya dan di sungai berhampiran dengan rumahnya selepas dia pulang dari Pesta Lumba Kerbau. Beluntung mencari ibunya di dapur dan mendapati ibunya sedang memasak sambil tertawa riang bersama jiran. Selepas memeluk ibunya, dia mencari bapanya dan mendapati bapanya duduk tenang sahaja sambil sesekali tergelak mendengar perbualan rakan- rakannya di halaman rumah. Beluntung tersenyum apabila bapanya memaklumkan kehadiran ramai orang kampung ke rumah mereka kerana bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran. Namun begitu, Beluntung terkejut hingga menyebabkan dia tersungkur dan pengsan buat seketika akibat tersadung tunggul kayu sewaktu berlari mendapatkan kambingnya. Bawod sudah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri bagi meraikan kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan darjah enam. Beluntung menangis apabila kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabat baiknya itu telah mati disembelih. Orang kampung memujuk Beluntung. Begitu juga dengan bapanya yang memeluk Beluntung dan berasa kesal atas tindakannya yang tidak berbincang lebih dahulu dengan anaknya itu.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Binaan_Plot_Cerpen_Bawod", "content": "Pengenalan CerpenBawod dimulakan dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan- haiwan peliharaannya, seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong. Perkembangan Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggang kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam kian hampir. Perumitan Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, kawan sekelasnya, iaitu Basil telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai hingga menyebabkan tercetus pertengkaran kecil. Klimaks Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan kenduri kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam. Peleraian Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod menjerit-jerit. Ketika dia menuju ke arah Bawod itu, kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung menangis semahu-mahunya apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Cerpen_Bawod", "content": "Beluntung Bawod Bersifat gigihContoh: Bawod gigih apabila sanggup meredah air sungai dan memijak lumpur ketika mengekori Tuyog yang membawa Beluntung ke sekolah Tuyog GigihContoh: Tuyog gigih apabila sanggup meredah air sungai dan lumpur ketika membawa Beluntung ke sekolah. Gagah dan pantas berlariContoh: Seekor kerbau yang gagah dan pantas berlari apabila berjaya memenangi perlumbaan kerbau pada peringkat Kampung Layong. Ibu Beluntung Seorang yang penyayangContoh: Dia melarang anaknya, Beluntung turun dari rumah ketika hujan lebat dan angin kencang kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu. Seorang yang berhemah tinggi. Contoh: Dia melayani jiran-jiran yang datang ke rumahnya dengan begitu mesra dan baik. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Dia selalu berpesan dan menasihati anaknya, Beluntung agar belajar bersungguh-sungguh ketika di sekolah. Seseorang yang bersyukur akan anugerah Tuhan.Contoh: Dia dan suaminya mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan cemerlang Beluntung dalam peperiksaan darjah enam.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Latar_Cerpen_Bawod", "content": "", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Cerpen_Bawod", "content": "PersonifikasiContoh: Cahaya itu merayapi kawasan sekitar. SimileContoh: Dia memandang kecewa ke halaman rumah yang sudah kelihatan seperti tasik kecil. SinkopeContoh: \u201cHisyy\u2026,asyik tanya saja,\u201d bisik budak gemuk\u2026 InversiContoh: Di hadapannya, Tuyog tertambat pada pohon nangka. RepetisiContoh: Bawod takut akan air, takut akan hujan. PeribahasaContoh: Bapa tentu senang hati.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Nilai_Cerpen_Bawod", "content": "Nilai KeberanianContoh Peristiwa: Beluntung berani menyertai Pesta Lumba Kerbau perngkat kampung Layong walaupun mendapat saingan daripada peserta-peserta lain. Nilai TanggungjawabContoh Peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Nilai KegigihanContoh Peristiwa: Beluntung gigih ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa kebasahan akibat hujan lebat dan terpaksa menunggang kerbaunya akibat jalan kerbau. Nilai PenyayangContoh Peristiwa: Ibu Beluntung melarang anaknya turun dari rumah kerana dia bimbang akan keselamatan Beluntung apabila hujan lebat dan tiupan kencang.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Pengajaran_Cerpen_Bawod", "content": "Kita mestilah bersifat penyayang sesama insan terutamanya kepada ahli keluarga sendiri Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Kita hendaklah gigih dalam menempuh sebarang cabaran dan rintangan demi kejayaan masa depan. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan yang diperoleh. Kita perlulah rajin dan gigih dalam menuntut ilmu demi kejayaan masa depan. Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti yang boleh memberikan manfaat kepada diri. Kita mestilah berhemah tinggi dan berbuat baik terhadap jiran sekampung. Sebagai seorang anak, kita mestilah patuh dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa. Kita mestilah mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Latihan_Cerpen_Bawod", "content": "Pada pendapat anda, apakah cara-cara menyayangi haiwan peliharaan kita? \u2013 memberikan makanan khasiat dan secukupnya.\u2013 menyediakan tempat tinggal yang bersesuai.\u2013 mendapatkan rawatan sekirangnya sakit. Nyatakan tindakan Beluntung apabila beberapa ekor semut merah menggigit-gigit badan Bawod? \u2013 Beluntung menyapu-nyapu badan Bawod dengan pucuk ubi kayu.\u2013 Beluntung memicit-micit seekor dua semut itu sehingga hancur. Nyatakan dua tekad Beluntung dalam cerpen ini. \u2013 Beluntung ingin lulus peperiksaan darjah enam.\u2013 Menjadi pelajar terbaik SRK Timbang Pasir. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata tergigil-gigil kesejukan? Menggeletar kedinginan. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen tersebut. Masyarakat yang penyayangContoh: Beluntung menyayangi kedua-dua haiwan peliharaannya, Bawod dan Tuyog. Masyarakat yang gigih berusahaContoh: Bawod gigih membiasakan dirinya dengan air. \u201cSemua orang ingin menjadi murid yang pandai.\u201dPada pendapat anda, mengapakah Beluntung ingin menjadi murid yang pandai? \u2013 Supaya dia dapat mencapai impiannya.\u2013 Supaya dia dapat membantu keluarganya.\u2013 Supaya dia tidak akan diejek oleh rakan-rakannya lagi.\u2013 Supaya dia dapat membuktikan bahawa kedaifan hidup di luar bandar bukan penghalang untuk berjaya. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata menekup hidung? Menutup hidung. Jelaskan dua perwatakan Beluntung yang terdapat dalam petikan tersebut. Seorang yang berfikiran rasionalHuraian: Beluntung mengelakkan dirinya daripada bergaduh kerana tindakan itu adalah sia-sia. Seorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggiHuraian: Beluntung berdiri dan bertanya kepada gurunya sebab kerbau suka makan garam. \u201cPerbuatan mengejek merupakan salah satu daripada unsur buli.\u201dPada pendapat anda, wajarkah tindakan rakan-rakan sekelas Beluntung mengejeknya? Tidak wajar. Tidakan ini boleh menjatuhkan maruah Beluntung. Perbuatan mengejek ini juga boleh menimbulkan kemarahanBeluntung dan berlakunya pergaduhan. Selain itu, tindakan rakan-rakan sekelas Beluntung akan menyebabkan rakan-rakan lain menjauhkan diri.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Latar_Masa", "content": "Waktu awal pagi.Contoh Peristiwa: Beluntung mendahului ayam turun ke tanah untuk mencari kambing dan kerbaunya yang dikhuatiri mati lemas. Waktu rehatContoh Peristiwa: Beluntung segera keluar darri kelas untuk mendapatkan kerbaunya, Tuyog yang ditambat pada pohon kelapa. Waktu siangContoh Peristiwa: Beluntung telah menyertai pertandingan lumba kerbau peringkat Kampung Layong dan dia berjaya menjuarainya. Seminggu yang laluContoh Peristiwa: Bapa Beluntung gembira atas kejayaan Beluntung yang memperoleh 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam. Dalam tempoh 2 bulanContoh Peristiwa: Beluntung gigih ke sekolah sebagai persediaannya sebelum menghadapi peperiksaan darjah enam.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Latar_Tempat", "content": "Rumah BeluntungTempat ibu melarang Beluntung turun dari rumah kerana hujan lebat serta pancaran kilat. Sekolah Rendah Kerajaan Timbang PasirTempat Guru Besar sekolah itu memerhatikan keadaan murid-muridnya dan halaman sekolah Bawah pohon nangkaTempat Beluntung menambat kambingnya, Bawod. SungaiTempat Beluntung melihat ibu-ibu separuh umur sedang mencuci pinggan-mangkuk dan anak-anak muda sibuk mengangkat air Dapur rumah BeluntungTempat Beluntung mendapati ibunya sedang memasak sambil tertawa riang bersam-sama dengan jiran-jiran. Di Pesta Lumba KerbauTempat Beluntung menjuarai perlumbaan kerbau yang telah diadakan di padang Kampung Layong.", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}, {"title": "Latar_Masyarakat", "content": "Masyarakat yang penyayang.Contoh Peristiwa: Ibu bapa Beluntung amat menyayangi Beluntung sebagai anak tunggal mereka. Masyarakat yang patut dan taat akan suruhan kedua-dua ibu bapa.Contoh Peristiwa: Beluntung patuh akan arahan bapanya supaya menambat kambingnya, Bawod pada pokok nangka sebelum dia pergi ke Pesta Lumba Kerbau. Masyarakat yang menghormati dan melayani tetamu dan jiran.Contoh Peristiwa: Ibu bapa Beluntung melayani kehadiran jiran-jiran ke rumah mereka dengan begitu mesra dan baik. Masyarakat yang masih mengekalkan budaya tradisi. Contoh Peristiwa: Ketua kampung Layong yang memeaki pakaian serba hitam memalu gong sebagai menandakan perlumbaan kerbau di kampungnya bermula. Masyarakat pendidik yang amanah dan bertanggungjawab dalam memikul tugas.Contoh Peristiwa: Cikgu Rambuyat mengajar murid-murid darjah enam dalam mata pelajaran Ilmu Alam dengan penuh dedikasi. Masyarakat yang berani menyertai pertandingan walaupun berdepan dengan saingan yang kuatContoh Peristiwa: Beluntung berani menyertai pesta tersebut walaupun usianya masih muda . Masyarakat kampung yang bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatanContoh Peristiwa: Penduduk Kampung Layong datang bekerjasama bagi meraikan kenduri kesyukuran di rumah Beluntung . Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmuContoh Peristiwa: Beluntung gigih ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa kebasahan akibat hujan lebat .", "url": "https://karangan.net/cerpen-bawod/"}]