[{"title": "Cara_Semakan_keputusan_SPM_2022_secara_online", "content": "Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan diumumkan pada 16 June 2022. Murid dan Ibu bapa dapat menyemak keputusan SPM 2021 bermula 16 Jun 2022 tepat jam 10:00 pagi hingga 24 Jun 2022 jam 6:00 petang. Calon Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2021 boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara atas talian di portal atau menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Pelajar juga boleh dapatkan keputusan peperiksaan SPM dari sekolah masing-masing. Cara semakan keputusan SPM: Slip Keputusan SPM tahun 2021Check SPM result 2021: My Result SPM 2021 Slip keputusan boleh dimuat turun melalui laman web secara dalam talian di pautan. Semakan lain: Semakan SPM dan SPMU", "url": "https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/"}, {"title": "Semak_Slip_Keputusan_Peperiksaan_Pelajar_tahun_2022", "content": "Sistem ini memudahkan ibu bapa untuk semak Keputusan Peperiksaan Pelajar bagi anak mereka. Keputusan dan markah peperiksaan akan diumumkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia. \u25cf Semakan keputusan peperiksaan secara online Cara Semak Keputusan Peperiksaan Pelajar", "url": "https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/"}, {"title": "Cara_memohon_Salinan_Keputusan_SPM_dll", "content": "Sekiranya sijil peperiksaan anda telah hilang, anda boleh memohon salinan keputusan peperiksaan di Lembaga Peperiksaan atau secara atas talian. Permohonan Salinan Keputusan dan terjemahan secara atas talian telah dibuka bermula 1 Februari 2021. Salinan sijil yang baru boleh didapat bagi peperiksaan peringkat SPM, PMR dan lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, SRP, LCE). Anda juga boleh memohon salinan keputusan terjemahan. Setakat ini, pemohonan sijil bagi peperiksaan UPSR dan PT3 belum dibuka lagi. \u25cf Perkhidmatan Salinan Keputusan SPM / PMR Semak keputusan SPM yang lama secara online belumdibuka lagi. Tetapi anda boleh memohon salinan keputusan dekat laman webLembaga Peperiksaan. Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut:1) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 \u2013 satu (1) jam. 2) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 \u2013 tujuh (7) hari bekerja. 3) Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 \u2013 satu (1) jam. 4) Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 \u2013 tujuh (7) hari bekerja. 5) Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) \u2013 tujuh (7) hari bekerja. Setiap permohonan salinan keputusan, bayaran proses sebanyak\u00a0RM30.00\u00a0dikenakan. Sekiranya memilih kaedah penghantaran dengan Pos Laju, tambahan RM10 dikenakan.", "url": "https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/"}, {"title": "Kaedah_Semakan_Keputusan_SPM_dengan_perkhidmatan_SMS", "content": "Semakan Ringkasan Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) bermula pada 16 Jun 2022, 10.00 pagi sehingga 22 Jun 2022, 6.00 petang. Cara Semakan SMS: menaip SPMNo KPAngka Giliran dan hantar ke 15888.Contoh: SPM 021001105620 WB001A001 Pastikan No.KP dan Angka Giliran seperti yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi. Perkhidmatan ini tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX & Unifi. Caj Penghantaran RM0.15. Caj Penerimaan adalah RM0.20. Sekira anda menghadapi masalah mengenai mySMS. Sila E-mel pertanyaan mySMS kepada [email\u00a0protected]", "url": "https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/"}, {"title": "Penyemakan_Semula_Keputusan_SPM_2021", "content": "Selain itu, rayuan untuk semakan semula keputusan SPM boleh dimohon dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2021 iaitu dari 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022. Calon peperiksaan SPM tahun 2021 yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan dikenakan bayaran RM100.00 bagi setiap mata pelajaran yang dimohon. Calon boleh mengemukakan permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan secara dalam talian sepenuhnya di https://elp.moe.gov.my dengan memilih menu semak semula. \u25cf Permohonan Semak Semula Calon peperiksaan SPM tahun 2021 yang hadir dan menduduki peperiksaan tetapi mendapat keputusan peperiksaan \u201cT\u201d, boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes \u201cT\u201d. Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan Kes \u201cT\u201d TIDAK DIKENAKAN BAYARAN. SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) merupakan peperiksaan semasa di Tingkatan 5. Ini merupakanpeperiksaan terakhir dalam pendidikan menengah di Malaysia. SPM juga merupakan syarat sebagai pelajar menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti di Malaysia. Selepas pembelajaran atau peperiksaan SPM, pelajar boleh mengambil ujian STPM, Matrikulasi, kursus asas universiti atau A-level (kursus luar negara).", "url": "https://karangan.net/cara-semak-keputusan-spm-pmr/"}]