[{"title": "Sinopsis_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Cerita dimulakan dengan kisah sepasang suami isteri yang miskin telah berjalan-jalan mengelilingi negeri lalu pergi berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Setelah dilihat oleh orang ramai akan pasangan yang memakai pakaian carik itu, mereka telah melemparkan kayu dan batu ke arah pasangan miskin tadi hingga menyebabkan tubuh suami isteri itu bengkak-bengkak dan berdarah. Betara Angkasa Indera Dewa telah mengarahkan mereka mengusir pasangan miskin itu. Hal ini telah menyebabkan pasangan miskin tadi melarikan diri ke dalam hutan. Dalam perjalanan pulang, pasangan itu telah terjumpa tempat orang membuang sampah. Takdir Allah telah menentukan mereka untuk berjumpa dengan sebiji ketupat basi dan buku tebu lalu dimakannya. Pasangan miskin ini mengambil keputusan untuk tidur di sana. Pada hari yang berikutnya, pasangan ini mencuba nasib lagi untuk meminta makanan tetapi masih gagal. Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja. Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu. Kehidupan pasangan ini menjadi senang apabila sering diberi barangan keperluan oleh orang ramai. Pada malam empat belas haribulan, isteri Si Miskin telah melahirkan seorang bayi lelaki lalu dinamakan Marakarma. Pasangan ini akhirnya berpindah ke sebuah pondok. Pada suatu hari, si suami telah menggali tanah untuk mendirikan tiang rumah. Dia telah terjumpa tajau yang mengandungi emas. Emas itu dibawa oleh Si Miskin kepada saudagar di negeri Anta Beranta. Si Miskin hanya mahukan saudagar di negeri Anta Beranta itu memberikannya sepasang kasut, tetapi apabila melihat emas yang terlalu banyak saudagar itu meminta tempoh selama tujuh tahun untuk menunaikan permintaan Si Miskin. Kemudian, Si Miskin pergi berjumpa dengan saudagar lain lalu meminta mereka membelikan tongkat, payung, pedang, otar-otar, keris, pelana kuda dan kain. Si Miskin balik ke rumah lalu mandi. Kemudian dia memangku anaknya itu sambil menyeru jika benar anaknya itu ialah anak dewa, maka dia mahu dibinakan sebuah negeri di dalam hutan itu yang lengkap dengan sebuah kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Dengan takdir Allah Taala, jadilah sebuah negeri yang lengkap lalu dia menjadi Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi. Tidak lama selepas itu. Ratna Dewi telah mengandung lagi lalu melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Sambutan kelahiran secara besar- besar telah dilakukan selama empat puluh hari empat puluh malam mengikut adat istiadat istana.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Tema_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Tema prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita ialah ketabahan hidup sepasang suami isteri yang miskin tinggal di negeri Anta Beranta. Mereka menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kehidupan dengan kesabaran dan kecekalan. Hal ini digambarkan melalui peristiwa pasangan suami isteri yang miskin berusaha untuk mendapatkan makanan daripada penduduk dan Maharaja Indera Dewa. Mereka telah dilemparkan kayu dan batu sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh mereka. Selain itu, ketabahan pasangan ini diuji lagi apabila mereka terpaksa tinggal di kawasan pembuangan sampah dan hanya makan ketupat basi dan buku tebu. Penemuan tajau emas telah mengubah kehidupan pasangan suami isteri yang dahulunya miskin kini menjadi kaya-raya serta mempunyai kerajaan mereka sendiri.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Persoalan_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Kecekalan hati dalam menghadapai cabaranContoh: Pasangan suami isteri yang miskin telah diketawakan, diusir dan dilemparkan kayu serta batu oleh para pembesar di istana semasa mereka mahu berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa. Sikap memandang hina terhadap orang miskinContoh: Penduduk kampung telah mengusir pasangan miskin semasa mereka mencari rezeki. Persoalan tanggungjawab suami terhadap keluarga.Contoh: Si Miskin berusaha mendapatkan makanan untuk isterinya yang kelaparan sehingga terpaksa masuk ke hutan dan ke tempat pembuangan sampah. Kasih sayang seorang suami terhadap isteriContoh: Si suami sanggup berusaha untuk menunaikan permintaan isterinya yang sedang hamil dengan meminta buah mangga dan nangka daripada Maharaja Indera Dewa walaupun dia mengetahui perkara itu sukar untuk dicapai. Kesetiaan isteri terhadap suami.Contoh: Isteri si miskin sentiasa berada di sisi suaminya pada waktu susah dan senang. Dia sanggup lari ke dalam hutan dan tinggal di kawasan pembuangan sampah bersama-sama dengan suminya. Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin.Contoh: Si suami pergi ke pasar untuk meminta buah yang telah buruk dan dibuang oleh peniaga di sana. Namun, atas dasar simpati mereka telah memberikan pelbagai jenis buah, juadah, nasi dan kain kepadanya. Kehebatan kuasa seorang dewa.Contoh: Si miskin telah menyeru sekiranya Marakarma ialah seorang anak dewa, dia mahu didirikan sebuah kota yang lengkap dengan istana serta menteri-menteri, hulubalang dan rakyat. Permintaan itu akhirnya termakbul.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Binaan_Plot_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "PermulaanPasangan suami isteri yang miskin telah mencari rezeki dengan meminta sedekah di negeri Anta Beranta. PerkembanganPasangan ini pergi ke istana Maharaja Indera Dewa. Namun begitu, mereka telah diusir oleh Betara Angkasa Indera Dewa dan dilempar dengan batu serta kayu oleh orang di istana itu hingga menyebabkan badan pasangan itu bengkak dan berdarah. Mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami isteri itu akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pembuangan sampah. Mereka makan ketupat basi dan buku tebu sahaja. KlimaksMaharaja Indera Dewa telah memberi setangkai buah mangga dan sebiji buah nangka kepada Si Miskin itu. Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang lain telah banyak memberi barangan keperluan harian kepada pasangan itu. Semasa membina pondok, Si Miskin telah menjumpai tajau berisi emas. Setelah Marakarma lahir, dia telah menyeru kuasa anaknya itu untuk membina kota yang lengkap. Si Miskin telah menjadi raja dan digelar Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya Tuan Puteri Ratna Dewi. PeleraianKehidupan pasangan ini amat bahagia dan lahir pula seorang puteri, iaitu Tuan Puteri Nila Kesuma. Baginda telah mengadakan acara keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Teknik_Plot_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Dialog Maka titah baginda,\u201dApakah yang digemparkan di luar itu?\u201dMaka sembah segala raja-raja,\u201dYa ,Tuanku Syah Alam,orangmelempari Si Miskin,Tuanku.\u201dMaka titah baginda,\u201dSuruh usir jauh-jauh.\u201d Imbas kembali Adapun akan Si Miskin itu asalnya daripada raja keinderaan kena sampah Betara Guru sebab ia turun ke dunia membawa isterinya tiada memberitahu Betara Guru.Itulah maka demikian rasanya. Monolog Setelah sudah maka diambilnya anaknya itu seraya dipangkunya, demikian katanya, \u201dJikalau sungguh engkau anak dewa turun hendak menerangkan muka ayahanda kepada segala alam ini, jadilah negeri di dalam hutan rimba ini lengkap dengan kota paritnya dan istananya serta dengan segala menteri, hulubalang, rakyat, segala raja-raja yang di bawah aku betapa adat segala raja-raja yang besar-besar.\u201d Pemerian Setelah sudah itu ada selang tiga hari antaranya maka isterinya pun menangis pula hendak makan buah nangka yang di dalam taman raja itu pun.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Bahasa ArabContoh: masyhur; Allah Taala; Wallahualam. Bahasa istanaContoh: baginda; titah; kakanda; patik; berputeralah. Bahasa klasikContoh: hatta; cetera; adapun. Kata gandaContoh: Berdarah-darah dan bengkak-bengkak SimileContoh: \u2026rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya. SinkopeContoh: Kehendakmu , Jangan anakku bercerai RepetisiContoh: Maka ada yang memberi buah, ada yang memberi juadah;ada yang memberi nasi,ada yang memberi kain,ada yang memberi buah-buahan. HiperbolaContoh: Ia pun menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Maharaja Indera Angkasa Seorang yang tabah mengharungi dugaan dalam hidup Dia sanggup meminta sedekah daripada Maharaja Indera Dewa dan penduduk kampung walaupun sering diusir serta dilemparkan dengan batu dan kayu. Seorang yang sayang akan isteriDia sanggup ke istana untuk meminta buah mangga dan nangka dari taman Maharaja Indera Dewa semamsa isterinya mengidam. Seorang yang bijakDia hanya meminta buah yang buruk daripada peniaga hingga menyebabkan peniaga itu belas kasihan kepadanya. Tuan Puteri Ratna Dewi Seorang yang tabah mengharungi dugaanDia sanggup hidup dalam kemiskinan bersama suaminya. Seorang setia akan suaminyaDia sanggup tinggal di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah bersama- sama dengan suaminya setelah dihalau oleh penduduk kampung. Seorang yang mementingkan diri sendiri Semasa hamil, dia mengidam hendak makan buah mangga dan nangka dalam taman Maharaja Indera Dewa sedangkan perkara itu adalah mustahil dilakukan oleh suaminya. Maharaja Indera Dewa Raja di negeri Anta Beranta. Seorang yang berhati muliaDia mengarahkan orangnya agar memberikan setangkai buah mangga dan sebiji nangka kepada Si miskin. Betara Angkasa Indera Dewa Salah seorang raja di negeri Anta Beranta. Seorang yang tidak berperikemanusiaanBaginda telah menyuruh pembantunya menghalau pasangan miskin semasa meraka ingin berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Latar_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Nilai_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Nilai Kasih sayangContoh: Si Miskin sanggup pergi ke istana Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mangga dan buah nangka kerana isterinya mengidam hendak makan buah tersebut. Nilai KegigihanContoh: Pasangan miskin telah pergi ke merata-rata tempat untuk meminta simpati daripada penduduk negeri Anta Beranta. Nilai Baik hatiContoh: Penjaga di pasar telah memberikan buah,juaah,nasi,dan kain kepada Si Miskin. Nilai KetabahanContoh: Si Miskin dan isterinya sabar apabila mereka dihina, diusir, diketawakan, dan dilemparkan dengan batu serta kayu oleh orang ramai. Nilai KetaatanContoh: Isteri Si Miskin taat kepada suaminya apabila sanggup tinggal di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah. Nilai BerdikariContoh: Si suami masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan setelah mereka dihalau oleh penduduk kampung. Nilai Belas kasihanContoh: Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin yang meminta buah mangga dan buah nangka di taman istananya. Nilai TanggungjawabContoh: Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Pengajaran_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatuContoh peristiwa: Pasangan miskin sanggup pergi ke sekeliling negeri untuk meminta makanan walaupun telah banyak kali diusir oleh penduduk kampung. Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susahContoh: Maharaja InderaDewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka. Kita hendaklah taat akan suami walaupun hidup dalam kesukaranContoh peristiwa: Isteri Si Miskin sanggup mengikut suaminya tinggal di dalam hutan dan kawasan pembuangan sampah kerana mereka tiada tempat tinggal. Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lainContoh peristiwa: Para peniaga di pasar berasa kasihan kepada Si Miskin lalu memberikan bua-buahan, juadah, nasi dan kain. Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang terhadap isteriContoh peristiwa: Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup pergi ke istana dan berjumpa dengan Maharaja Indera dewa untuk meminta buah mangga dan buah nangka yang didamkan oleh isterinya. Kita janganlah memandang hina terhadap orang lainContoh peristiwa: Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Contoh_Soalan_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Apakah dua hajat isteri yang dipenuhi oleh Si Miskin? Dua hajat isteri yang dipenuhi oleh Si Miskin adalah dengan mendapatkan buah mempelam dan buah nangka dari taman raja. Nyatakan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan prosa? Dua latar masayarakat yang terdapat petikan prosa ialah masyarakat yang mudah berasa simpati terhadap orang lain. Terdapat juga masyrakat miskin yang terpaksa bergantung pada orang lain. Apakah cara-cara yang dapat dilakukan oleh seorang isteri untuk menghargai pengorbanan suaminya? Antara cara yang dapat dilakukan oleh seorang isteri adalah dengan menjaga makan minum suami dan anaknya dengan baik. Selain itu, seorang isteri juga perlu setia dan taat terhadap suaminya. Nilai kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia.Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya nilai kasih sayang tidak wujud dalam kalangan masyarakat di negara kita ? \u2013 Persengketaan /perselisehan faham mudah berlaku/tercetus\u2013 Hilang rasa ingin membantu/menolong orang yang susah\u2013 Wujud masyarakat yang mementingkan diri sendiri sahaja\u2013 Hilang sikap hormat menghormati antara satu sama lain\u2013 Keharmonian hidup bermasyarakat tidak akan wujud\u2013 Negara akan menjadi huru-hara dan keamanan sukar diwujudkan\u2013 Nasib golongan miskin tidak akan terbela Nyatakan dua perwatakan Si Miskin yang terdapat dalam prosa tersebut. Sebelum menjadi seorang raja, Si Miskin seorang yang bertanggungjawab. Dia juga seorang yang penyayang danpenyabar. Selepas menjadi raja, diaseorang raja yang adil dan pemurah. Dia juga tabah menghadapi ujian dan dugaan. Apakah yang berlaku kepada Si Miskin apabila dia dilempari batu dan kayu oleh orang-orang di pasar? Apabila Si Miskin dilempari batu dan kayu oleh orang di pasar, dia lari dengan tubuhnya bengkak-bengkak berlumuran darah. Si Miskin menangis dan berseru-seru sepanjang jalan kerana sangat lapar dan dahaga seperti akan mati rasanya. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata suruh usir jauh-jauh? Perintah pergi sejauh mungkin. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata diusirnyalah dengan kayu? Dihalau dengan menggunakan kayu. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derit. Cabaran kemiskinan untuk menempuh hidupContoh: Si Miskin mencari makanan di dalam sampah yang bertimbuntimbun. Sikap masyarakat yang memandang rendah terhadap golongan miskinContoh: Orang di pasar memandang rendah terhadap Si Miskin dan bertindak membaling batu serta kayu kepadanya. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam prosa tradisional Bahagia Sesudah Derita. Pemerintah haruslah tidak bersikap zalim kepada rakyat.Contoh: Maharaja Indera Dewa mengusir pasangan suami isteri yang miskin. Pemerintah haruslah berbaikbaik dengan negara jiran.Contoh: Setiap tahun raja bawah taklukan menghantar ufti kepada Maharaja Indera Dewa. \u201cPemimpin yang adil akan disanjung, pemimpin yang zalim akan disanggah.\u201dSekiranya anda ialah Maharaja Indera Dewa, apakah tindakan-tindakan yang akan anda ambil terhadap penduduk yang melemparkan batu kepada pasangan suami isteri yang miskin itu? \u2013 Meminta rakyat menghentikan dengan sertamerta tindakan melemparkan batu kepada pasangan suami isteri yang miskin itu.\u2013 Menghukum rakyat yang melemparkan batu kepada pasangan suami isteri yang miskin itu.\u2013 Memberikan bantuan perubatan kepada pasangan suami isteri yang tercedera itu.\u2013 Memberikan bantuan pakaian dan makanan kepada pasangan suami isteri yang miskin itu. \u201cSeiring dengan kemajuan negara, golongan miskin tegar perlu dibasmikan dengan segera.\u201dPada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat? \u2013 Kerajaan memberikan bantuan kebajikan.\u2013 Kerajaan menyediakan pakej istimewa untuk pemilikan rumah kos rendah.\u2013 Kerajaan menawarkan latihan kemahiran serta keusahawanan kepada mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar.\u2013 Kerajaan memberikan subsidi makanan seperti beras kepada golongan miskin tegar.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Latar_Masa_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Tiga bulanPeristiwa: Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung. Empat puluh hari empat puluh malamPeristiwa: Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma. Waktu petangPeristiwa: Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah. Waktu malamPeristiwa: Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Latar_Tempat_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Negeri Anta BerantaPeristiwa: Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki. Negeri Puspa SariPeristiwa: Negeri yang asalnya hutan rimba dan telah diperintah oleh Si Miskin dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa. HutanPeristiwa: Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung. PasarPeristiwa: Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu. Tempat pembuangan sampahPeristiwa: Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Bahagia_Sesudah_Derita", "content": "Masyarakat yang memandang hina terhadap orang miskinContoh: Penduduk kampung dan orang-orang istana telah melemparkan kayu dan batu kepada pasangan miskin semasa mereka meminta simpati orang ramai. Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayangContoh: Si miskin sanggup pergi ke istana Maharaja Indera Dewa semata-mata untuk menunaikan permintaan isterinya yang mengidam hendak makan buah mangga dan buah nangka. Masyarakat yang setia terhadap pasanganContoh: Isteri Si Miskin sanggup mengikut suaminya ke mana-mana sahaja termasuklah tidur di dalam hutan dan di kawasan pembuangan sampah. Masyarakat yang percaya akan kuasa saktiContoh: Si Miskin telah menyeru kekuasaan anaknya agar menjadikan sebuah negeri yang lengkap dengan kota, istana, menteri, hulubalang dan rakyat. Masyarakat yang suka berhiburContoh: Setelah Tuan Puteri Nila Kesemua dilahirkan, Maharaja Indera Angkasa telah mengadakan majlis keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam. Masyarakat yang berani menhadapi sebarang kemungkinan.Contoh: Si miskin berani menghadapi dengan Maharaja Indera Dewa untuk meminta buah mempelam dan buah nangka yang terdapat di taman baginda walaupun sebelum ini baginda pernah mengusirnya apabila dia masuk ke istana untuk mendapatkan makanan. Masyarakat yang bersyukur terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Tuhan.Contoh: Si Miskin bersyukur kerana dikurniakan seorang putera yang diberi nama Marakarma dan seorang puteri yang diberi nama Puteri Nila Kesuma.", "url": "https://karangan.net/bahagia-sesudah-derita/"}]