[{"title": "Sinopsis_Drama_Mahkamah", "content": "Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, hakim memulakan perbicaraan. Kes pertama ialah Bulat bin Gentel. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Menurut pendakwa raya, nenek itu terpijak kulit pisang yang dibuang oleh Bulat lalu terjatuh dan mati dalam perjalanan ke hospital. Bulat bin Leper memahami pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya tersebut. Pendakwa raya mendesak Bulat bin Leper supaya mengaku bahawa pernyataan tersebut benar. Namun begitu, dia tidak mengaku bersalah. Peguam bela dipanggil masuk ke ruang perbicaraan untuk membela Bulat bin Leper. Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Peguam bela menerangkan fakta bahawa Bulat membuang kulit pisang itu ke dalam tong sampah. Walau bagaimanapun, seekor kambing yang lapar datang menyelongkar tong sampah itu menyebabkan kulit pisang tercampak ke jalan raya. Ketika itulah nenek tersebut terpijak kulit pisang dan terjatuh. Peguam bela berpendapat pemilik kambinglah yang harus didakwa kerana membiarkan kambingnya berkeliaran. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Pendakwa raya pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat terhadap Bulat bin Leper. Pendakwa raya menyatakan bahawa mahkamah adalah untuk manusia, bukan untuk binatang. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah dan dibebaskan daripada dakwaan. Selepas itu mahkamah kembali bersidang dengan tertuduh II iaitu kes Ajinomoto yang dituduh mencuri seekor beruk subsidi dalam stor JKK Ulu Dungun. Tertuduh II tidak pandai berbahasa Melayu. Seisi mahkamah kecuali hakim ketawa apabila Tertuduh II mengangkat sumpah dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh II, iaitu Akinomoto. Pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya memperincikan istilah beruk subsidi tersebut. Pendakwa Raya memberi penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan Bahasa Inggeris seperti yang tercatat dalam kamus The Advance Dictionary of the Modern English for the Malaysian World. Akinomoto menyatakan bahawa dia semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Hakim bersetuju bahawa bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan seharusnya digunakan di dalam mahkamah tersebut. Beliau meminta pendakwa raya menghuraikan istilah beruk subsidi tersebut dalam bahasa Melayu. Akinomoto memahami penjelasan tentang istilah beruk subsidi itu dan mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Akinomoto turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu memulangkan beruk yang sedang hamil itu. Namun, dia ingin memelihara anak beruk yang bakal lahir itu. Mahkamah memerintahkan beruk hamil berkenaan dipelihara oleh Ajinomoto sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya, Akinomoto perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan anak beruk itu menjadi tuannya. Kemudian mahkamah bersidang untuk kes ketiga iaitu kes Bujang bin Senang yang didakwa memukul isterinya Siti Payung. Bujang tidak mengaku bersalah. Siti mendakwa suaminya menipu ketika mendapatkan keizinan untuk berkahwin lain. Siti telah mendedahkan keburukan suaminya di mahkamah itu. Siti meminta suaminya menceraikan isteri keduanya, sebaliknya suaminya salah faham dan menceraikan Siti pula. Siti mengamuk setelah mendengar lafaz talak daripada Bujang.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Tema_Drama_Mahkamah", "content": "Tema Drama Mahkamah ialah keadilan dan kebenaran membuat perbicaraan di mahkamah. Hakim tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman, sebaliknya beliau mendengar terlebih dahulu hujah-hujah dari kedua-dua belah pihak, iatu pendakwa raya dan peguam bela. Dalam kedua-dua kes tersebut, hakim mengambil kira aspek kepentingan awam dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Persoalan_Drama_Mahkamah", "content": "Mahkamah merupakan tempat untuk menegakkan keadilan.Contoh: Setelah hakim meneliti hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dalam kes Bulat bin Gentel, mahkamah mendapati dia tidak bersalah dan dibebaskan. Perkara remeh perlu diselesaikan secara baik tanpa melibatkan urusan mahkamah.Contoh: Kes seorang nenek tua yang mati kerana terpijak kulit pisang yang jatuh di jalan raya sepatutnya tidak perlu diperbesar dan dibawa ke mahkamah. Kepentingan mempertahankan diri jika tidak bersalah.Contoh: Bulat tidak mengaku bersalah menyebabkan kematian nenek tua. Dia meminta khidmat peguam bela untuk menyelesaikan kesnya. Keberanian mengakui kesalahan sendiriContoh: Ajinomoto mengaku bersalah di hadapan hakim atas tuduhan mencuri seekor beruk subsidi. Keberanian seorang isteri mempertahankan diri setelah suaminya berpoligami.Contoh: Siti Payung telah mengkritik suaminya yang gagal berlaku adil setelah berpoligami. Kesedaran sivikContoh: Tertuduh I mempunyai kesedaran sivik kerana membuang sampah ke dalam tong sampah dan tidak membuang di merata-rata tempat. Persoalan tanggungjawab bersamaContoh: Pihak berwajib juga bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku kerana tidak membaiki pintu tong sampah. Begitu juga pemilik kambing yang tidak menjaga kambing dengan baik sehingga kambing itu menyelongkar tong sampah. Sifat bekas kasihan dan kasih sayang kepada haiwan.Contoh: Tertuduh II mempunyai sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya. Orang miskin tidak mampu mengupah peguam untuk membela dirinya.Contoh: Bulat bin Leper ialah orang miskin. Dia telah menggunakan khidmat peguam bela yang disediakan untuk membela dirinya di mahkamah. Keadilan mesti ditegakkan dalam apa-apa cara sekalipun.Contoh: Peguam bela bersungguh-sungguh mengemukakan pelbagai hujah untuk membebaskan Bulat bin Leper daripada pertuduhan. Kehidupan golongan mahkamah sama seperti kehidupan golongan biasa.Contoh: Hakim dan peguam bela gemar menonton rancangan gusti sama seperti orang biasa. Selain itu, hakim juga gemar akan colek kelubi dan pisang. Denda akan dikenakan terhadap pihak yang bersalah.Contoh: Tertuduh II dikenakan denda supaya menjaga anak beruk yang baru lahir itu sehingga mencapai umur akil baligh serta dia dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk sebagai tuannya. Isu bahasa Melayu di mahkamah.Contoh: Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah masih belum meluas lagi. Hakim sendiri masih bercakap dalam bahasa Melayu dengan bunyi Inggeris.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Binaan_Plot_Drama_Mahkamah", "content": "PERMULAAN Setelah semua hadir di dalam mahkamah itu, Hakim memulakan perbicaraan. Pegawai meminta Tertuduh I masuk. Tertuduh I mengangkat sumpah. Pendakwa raya membaca pertuduhan terhadap Tertuduh I, Bulat bin Leper. Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian Mek Teh binti Jali berumur, 99 tahun di Taman Gagak Putih. Dia telah dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua, iaitu Mek Teh binti Jali yang berumur 99 tahun di Taman Gagak Putih. Bulat bin Leper mengaku tidak bersalah. Peguam bela percuma dipanggil untuk membela Bulat bin Leper. Mereka diberi masa untuk berunding selama seminit. PERKEMBANGAN Bulat bin Leper mengaku bahawa dia berada di Taman Gagak Putih ketika itu. Dia telah makan sebiji pisang dan membuang kulitnya. Namun begitu, dia tidak mengaku bahawa dia yang menyebabkan kematian Mek Teh. Pendakwa raya dan peguam bela saling berbalas hujah. Peguam bela membangkitkan isu tentang seekor kambing yang sangat kurus dan lapar. Kambing itu telah makan sisa buangan di dalam tong sampah itu dengan rakusnya. Akibatnya, kulit pisang yang dibuang oleh Bulat bin Leper tercampak ke jalan raya. Ketika nenek tua melalui jalan itu, dia terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Seterusnya, nenek tua itu meninggal dunia. Dengan itu, jelaslah bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. Peguam bela merayu agar mahkamah membebaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan membunuh secara tidak sengaja, tanpa syarat. Setelah meneliti hujah pendakwa raya dan peguam bela, Hakim membuat keputusan bahawa Bulat bin Leper tidak bersalah. KLIMAKS Tertuduh II (Akikino-komokotoko) dipanggil masuk. Akinomoto mengangkat sumpah. Dia tidak pandai berbahasa Melayu dan berbicara dalam bahasa yang tidak difahami. Hakim menyuruh pegawai memanggil penterjemah. Pendakwa raya membaca pertuduhan bahawasanya pada 20 Mac 1988, Akinomoto telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. Akinomoto tidak faham akan istilah beruk subsidi. Oleh itu, hakim meminta pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi dalam bahasa Inggeris. Pendakwa raya memberikan penjelasan tentang istilah tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris. Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah pendakwa raya menjelaskan istilah beruk subsidi itu dalam bahasa Melayu,Akinomoto dapat memahami tentang istilah beruk subsidi dan ketuduhan tersebut. Dia juga mengaku bersalah terhadap tuduhan. Namun begitu, dia turut menyatakan bahawa ibu beruk itu sudah hamil. Dia mahu mengembalikan ibu beruk itu kepada yang berhak dan dia inginmemelihara anaknya. PELERAIAN Setelah hakim mempertimbangkan kes tersebut dengan adil dan saksama, hakim memerintahkan Akinomoto supaya memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anak. Sebagai dendanya pula, dia perlu menjaga anak beruk itu sehingga mencapai umur akil baligh. Akinomoto juga dipaksa memanjat pokok kelapa dengan menjadikan anak beruk itu sebagai tuannya.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Teknik_Plot_Drama_Mahkamah", "content": "Teknik pemerianContoh: Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya. ( hal.92) Teknik KejutanContoh: Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela penguam percuma tetapi memberikan mereka tampoh seminit sahaja untuk berunding ( hal.84) Teknik DialogContoh: Dialog antara hikim, pendakwa raya, peguam bela, dan tertuduh di mahkamah Kes tertuduh sedang dibicarakan.HAKIM: Siapa nama kamu?TERTUDUH I: Bulat bin Leper, tuan.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Watak_Perwatakan_Drama_Mahkamah", "content": "Hakim Seorang yang adilContoh: Hakim mengarahkan supaya Bulat bin Leper yang miskin dibela oleh seorang peguam percuma. Hal ini supaya Bulat bin Leper diberi perbicaraan yang adil. Seorang yang rasionalContoh: Hakim mendengar hujah-hujah pendakwa raya dan peguam bela sebelum membuat keputusan. Seorang yang prihatinContoh: Dia mengarahkan Akinomoto untuk memulangkan ibu beruk setelah tempoh pantang 40 hari. Hakim prihatin terhadap keadaan ibu beruk yang akan melahirkan anak. Seorang yang bertanggungjawabContoh: Dia menjalankan tugas sebagai seorang hakim dengan penuh tanggungjawab di mahkamah. Beliau memastikan keadaan di mahkamah tidak kecoh. Pendakwa raya Seorang yang bertanggungjawabContoh: Bertanggungjawab mendakwa Bulat bin Leper dan Akinomoto di mahkamah berdasarkan bukti yang diperoleh. Seorang yang berilmu pengetahuanContoh: Boleh menerangkan maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang berasas. Seorang yang bijakContoh: Dipuji oleh hakim setelah berjaya menerangkan maksud beruk subsidi di mahkamah. Peguam bela Seorang yang tidak menepati masaContoh: Agak lambat masuk ke runang perbicaraan Bulat bin Leper. Seorang yang bijak dan licikContoh: Berjaya melepaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan menyebabkan kematian nenek tua. Seorang yang tegasContoh: Beberapa kali mengingatkan pendakwa raya supaya tidak menganggunya brhujah dan tidak menganggu perjalanan mahkamah. Hal ini telah menyebabkan hakim mengeluarkan kad kuning kepada pendakwa raya. Seorang yang baik hatiContoh: Dia sanggup menjadi peguam percuma kepada Bulat bin Leper yang miskin. Tertuduh I (Bulat bin Leper) Tertuduh II (Akikino-komokotoko)", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Gaya_Bahasa_Drama_Mahkamah", "content": "SimilePegawai: ( Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jekahan HAKIM tadi ) hal.92 ImejanHAKIM mengeluarkan kad kuning. ( hal.88 ) Bahasa percakapan harianPEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. ( hal.83) Diksi Bahasa InggerisHAKIM: Well done\u2026well done\u2026 Apakah kamu sudah faham Akinomoto\u2026 ( hal.94) SinkopeHAKIM: Tak habis-habis dengan gusti\u2026 ( hal.83) RepetisiHAKIM: Cakap\u2026cakap\u2026apakah kamu sudah \u2026 ( hal.95)", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Latar_Drama_Mahkamah", "content": "", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Nilai_Drama_Mahkamah", "content": "Nilai KeadilanContoh: Hakim membuat keputusan terhadap tertuduh dengan adil dan saksama. Nilai TanggungjawabContoh: Bulat bin Leper membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. Nilai KetegasanContoh: Hakim tegas ketika membuat keputusan terhadap tertuduh. Nilai KeyakinanContoh: Peguam bela begitu yakin ketika berhujah untuk menyelamatkan Tertuduh I daripada pertuduhan yang dihadapinya. Nilai KeprihatinanContoh: Tertuduh II prihatin terhadap keadaan beruk subsidi yang sedang hamil itu.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Pengajaran_Drama_Mahkamah", "content": "Kitaperlulah menyelesaikan masalah yang didepani dengan adil dan saksama supaya semua pihak berasa puas hati. Kitaharuslahbersimpati dan membantu golongan miskin dengan menawarkan perkhidmatan percuma kepada mereka. Kitamestilah bersikap rasional dan berfikir betul-betul semasa menjalankan tugas. Kita hendaklah meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat meberi hujah-hujah berasas dan pendapat yang bernas. ita mestilah menggunakan bahasa Melayu terutamanya dalam urusan rasmi. Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan. Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Soalan_Drama_Mahkamah", "content": "Baca drama \u2018Mahkamah\u2019 halaman 81\u201397 dalam \u2018Antologi Baik Budi Indah Bahasa\u2019, Tingkatan 2, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Apakah kes yang sedang dibicarakan dalam mahkamah tersebut? \u2013 Kes Bulat bin Leper yang didakwa melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas.\u2013 Kes melibatkan seorang warga Jepun, Akinomoto yang didakwa mencuri beruk subsidi milik penguasa tempatan. Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam drama tersebut? \u2013 Kita hendaklah bersikap rasional ketika menjalankan tugas.\u2013 Kita mestilah menghormati bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan terutamanya dalam urusanurusan rasmi. Pada pendapat anda, mengapakah kesedaran sivik perlu dipupuk dalam diri setiap masyarakat? \u2013 Dapat meningkatkan rasa kasih sayang dan hormatmenghormati antara satu sama lain.\u2013 Dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang negatif. Baca drama \u2018Mahkamah\u2019 halaman 85 dalam \u2018Antologi Baik Budi Indah Bahasa\u2019, Tingkatan 2, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Apakah yang telah berlaku kepada nenek pada halaman tersebut? Nenek yang terpijak kulit pisang tergelincir jatuh dan menyebabkan pinggangnya patah akhirnya mati dalam perjalanan ke hospital. Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam drama tersebut. \u2013 Masyarakat intelektual.\u2013 Masyarakat yang hidup miskin. Pada pendapat, mengapakah perbicaraan di mahkamah selalunya mengambil masa yang lama? \u2013 Memerlukan masa yang panjang untuk mengumpulkan bukti-bukti yang kukuh.\u2013 Tugas menjatuhkan hukuman terhadap seseorang itu bukanlah mudah.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Latar_Tempat_Drama_Mahkamah", "content": "MahkamahTempat berlangsungnya sidang perbicaraan Taman Gagak PutihTempat Bulat bin Leper makan sebiji pisang berangan dan tempat Mek Teh bin Jali berjoging. Stor JKK Ulu DungunTempat Tertuduh II mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Latar_Masa_Drama_Mahkamah", "content": "Waktu pagiSidang perbicaraan dijalankan pada waktu pagi. Pada 10 januari 1988, antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagiKematian Mek Teh bin Jali dan waktu Bulat bin Leper berada di Taman Gagak Putih. Pada 20 Mac 1988Tertuduh II telah dituduh mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dari stor JKK Ulu Dungun. 1 minitHakim memberikan tempoh seminit kepada peguam bela dan Tertuduh I untuk berunding. 2 minitMahkamah mengambil masa untuk berehat selama dua minit sebelum kembali bersidang dan tempoh masa untuk pendakwa raya merujuk kamus.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}, {"title": "Latar_Masyarakat_Drama_Mahkamah", "content": "Masyarakat intelektualPeristiwa: Hakim, pendakwa raya, dan peguam bela merupakan masyarakat intelektual. Masyarakat yang hidup miskinPeristiwa: Tertuduh I merupakan masyarakat yang miskin kerana dia tiada wang untuk mengupah peguam bagi membela dirinya di mahkamah. Masyarakat yang baik hatiPeristiwa: Peguam bela bersungguh-sungguh mempertahankan Tertuduh I agar anak guamnya itu terlepas daripada pertuduhan yang dihadapinya. Masyarakat hakim yang adil dan saksama.Peristiwa: Hakim tidak menjatuhkan hukuman ke atas Bulat bin leper kerana sebenarnya dia telah membuang kulit pisang ke dalam tong sampah dan bukannya di atas jalan raya. Masyarakat peguam yang bertanggungjawab.Peristiwa: Pendakwa raya bertanggungjawab mensabitkan orang yang dituduh dengan kesalahan yang telah dilakukan dan peguam bela memastikan Tertuduh tersebut dibela dengan adil. Masyarakat tertuduh yang jujurPeristiwa: Akinomoto mengaku bersalah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.", "url": "https://karangan.net/drama-mahkamah/"}]