url
stringlengths 39
43
| headline
stringlengths 0
101
| content
sequence |
---|---|---|
https://www.malaysiakini.com/news/406183 | Turki kenakan 'tempoh terhad' bagi pemohonan visa oleh rakyat AS | [
"Turki kini mengenakan \"tempoh terhad\" bagi permohonan visa oleh rakyat Amerika Syarikat (AS) di misi diplomatiknya selepas Washington mengambil langkah untuk menggantung prosiding visa dengan negara itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri Turki, Recep Akdag, pada hari Rabu.",
"Kenyataan Akdag dibuat sehari selepas Kedutaan AS di Turki mengumumkan bahawa tarikh paling awal janji temu visa bagi pemohon bukan imigran di misi diplomatiknya di Turki ialah pada Januari 2019.",
"\"Hal ini perlu diperbetul sepenuhnya. Pendirian AS turut mendatangkan kesulitan kepada rakyatnya sendiri,\" katanya sambil menambah \"kami juga mempunyai tempoh terhad bagi visa.\"",
"Akdag berkata bagaimanapun, pendekatan tidak bermakna itu \"harus segera diketepikan.\"",
"Pada bulan Oktober, kedutaan AS telah mengumumkan penggantungan perkhidmatan visa bukan imigran kepada rakyat Turki.",
"Langkah itu berikutan penahanan seorang pekerja tempatan yang bertugas di Konsulat AS di Istanbul, yang mendorong tindak balas dari Ankara.",
"Pada 4 November, Kedutaan AS di Turki mengumumkan bahawa permohonan visa sekali lagi diproses secara terhad di misi diplomatiknya di Turki.",
"Susulan langkah AS itu, kedutaan Turki di Amerika Syarikat turut memproses permohonan visa rakyat AS di misi diplomatiknya di AS \"secara terhad.\"",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/344647 | ‘Hangman’ permainan Najib ketika bosan bermesyuarat | [
"\nWalaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sentiasa mempunyai aturcara ketat dan mesyuarat yang panjang, beliau mengakui mempunyai cara tertentu bagi mengatasi kesibukan dan kebosanan itu.",
"",
"Pada sesi soal jawab selama 30 minit, selepas sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group, Patrick Grove di Persidangan Wild Digital di Kuala Lumpur, hari ini, Najib ketika ditanya jenis permainan telefon mudah yang akan dimain sekiranya bosan berkata:",
"“Hangman,” katanya sambil ketawa. ",
"Beliau juga sempat berkongsi mengenai muzik kegemarannya iaitu ‘Motown’ dan mengakui turut meminati Bruno Mars dan Lionel Richie.",
"Katanya, beliau mendengar lagu-lagu itu melalui aplikasi I-tunes.",
"\"Saya mempunyai lagu-lagu dari 70-an yang saya sering mendengarnya. Tetapi saya juga menyukai lagu baru seperti Bruno Mars. Saya suka Bruno Mars.",
"\"Saya juga seperti orang lain, yang sukakan artis seperti Lionel Richie dan Stevie Wonder dan Motown,\" katanya.",
"Bagaimanapun Najib berkata secara peribadi muzik kegemarannya adalah Motown.",
"\"Saya memang peminat muzik Motown. Saya suka muzik Motown. Saya suka cara mereka bergerak, mereka mendapat irama. Saya suka melihat orang-orang dengan irama,\" katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/499221 | Pemuda MIC hairan Zuraida rasmi kedai pajak gadai 'drive-thru' | [
"Pemuda MIC melahirkan rasa hairan terhadap sokongan diberikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin terhadap sebuah syarikat pajak gadai berkonsepkan pandu lalu (Drive Through).",
"Exconya, Arvind Krishnan berkata, ini selepas tular di media sosial gambar-gambar sekitar majlis pembukaan kedai berkenaan yang dirasmikan oleh Zuraida.",
"Katanya, syarikat itu dikatakan menjadi perintis konsep “drive thru” dalam industri pajak kedai tempatan dan menerima sokongan penuh menteri berkenaan.",
"\"Perkembangan industri pajak gadai secara drastik hanya membuka peluang untuk lebih banyak rakyat, khususnya dari kumpulan “Bottom 40” dan “Middle 40” untuk terus terjemurus dalam gejala pajak gadai akibat tekanan ekonomi yang semakin meningkat,\" kata Arvind dalam satu kenyataan.",
"Kata Arvind berdasarkan statistik rasmi dari portal Data.Gov.My, terdapat barangan bernilai kira-kira RM1,261,891.70 yang dibiarkan di bawah penguasaan broker pajak gadai tanpa tuntutan bermula dari tahun 2013 hingga 2017.",
"\"Malah seperti mana yang kita semua tahu dan sedar, industri pajak gadai mempunyai pelbagai kelemahan yang jelas bertujuan untuk memanipulasi dan membebankan pengguna.",
"\"Antaranya adalah kadar bunga dan lain-lain caj yang boleh mencapai 24 peratus setahun, kaedah penilaian dan ukuran yang masih belum jelas dan monopoli broker terhadap barang-barang yang tidak dituntut.",
"\"Dalam keadaan sebegini, adalah sangat tidak wajar bagi seseorang yang bergelar menteri untuk memberi sokongan secara terbuka terhadap sebuah industri yang meraih keuntungan dari kesusahan rakyat biasa,\" katanya.",
"Sehubungan itu beliau meminta menteri berkenaan agar fokus kepada usaha lebih penting seperti pembinaan lebih banyak rumah mampu milik selaras dengan janji Pakatan Harapan atau berusaha menurunkan harga rumah mampu milik sedia ada.",
"\"Saya harap YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin dapat memberi penjelasan kepada masyarakat umum tentang penglibatan dan sokongan beliau terhadap industri pajak gadai, sehinggakan beliau sanggup turun sendiri merasmikan premis tersebut,\" katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/619591 | Awang Adek pengerusi baru SC | [
"Kementerian Kewangan melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025. ",
"Beliau menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar yang meletak jawatan dan akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.",
"“Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 Nov 2018 hingga 30 Mei 2022.",
" Syed Zaid Syed Jaffar Albar",
" Syed Zaid Syed Jaffar Albar",
"",
" Syed Zaid Syed Jaffar Albar",
"“Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, Kementerian Kewangan telah melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini. ",
"Pelantikan Awang Adek selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]. Beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam. ",
"Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat. Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia, bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Pesisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.",
"Berbekalkan pengalaman yang ada, Kementerian Kewangan yakin Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/539014 | Wan Fayhsal pertahan janji keluarkan surat sokongan | [
"Kira-kira seminggu lalu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ,Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerima kritikan setelah satu rakaman video menunjukkan dia berjanji menggunakan jawatannya bagi mengeluarkan surat sokongan sebagai pertukaran mendapatkan undi dalam pemilihan Bersatu.",
"Ketika ditanya hari ini, Ketua Pemuda Bersatu (Armada) yang baru dipilih itu berkata dia percaya tidak melakukan sebarang kesalahan.",
"Fayhsal mendakwa janji itu dibuat dalam konteks bahawa dia ingin menolong para belia, terutama di luar bandar untuk mendapatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi golongan terbabit.",
"\"Konteks yang berlaku adalah ketika mana saya bertemu dengan akar umbi. Saya turun bukan sekadar sebagai calon ketua Armada nasional untuk berkempen, tapi sebagai timbalan menteri ketika turun bersama dengan anak muda di akar umbi.",
"\"Saya lihat sendiri bagaimana pemuda-pemudi di kampung, di luar bandar, terputus maklumat-maklumat dan pengumuman yang kerajaan buat dalam (program) Prihatin dan Penjana.",
"\"Mereka tak tahu bagaimana mereka ingin dapatkan bantuan yang begitu banyak sekali, kerana mereka mungkin kurang celik IT, terputus dengan bekalan maklumat yang penting.",
"\"Jadi konteks saya bercakap sebegitu adalah untuk memastikan jentera-jentera kami di bawah Armada ini ada di akar umbi, di setiap parlimen, di setiap Dun dan mereka menyantuni anak muda di bawah,\" katanya dalam sidang awal hari ini.",
"Difahamkan, video itu dirakam ketika Senator berkenaan mengadakan pertemuan dengan anggota Armada di Pahang, menjelang pemilihan sayap tersebut yang berakhir Sabtu lalu (15 Ogos).",
"Fayhsal memenangi jawatan ketua Armada dengan menewaskan pesaingnya, Mohd Muzzammil Ismail.",
"Video tersebut menunjukkan Fayhsal mengatakan dia boleh mengeluarkan surat sokongan atas kapasitinya sebagai timbalan menteri, dan bahkan membuat salinan kepada perdana menteri Muhyiddin Yassin untuk membantu memperkuatkan dokumen tersebut.",
"\"Jadi insya-Allah, saya rasa perkara itu tak menjadi masalah, kerana saya tidak melakukan apa-apa yang bersalahan dengan undang-undang,\" tambahnya.",
"Fayhsal juga menafikan kemenangannya dalam pemilihan sayap parti itu ada kaitan dengan janji yang dibuatnya. ",
"Sebaliknya, katanya, ia disebabkan kerana kempennya yang turun ke setiap bahagian Armada.",
"Ditanya mengenai laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fayhsal berkata dia masih menunggu siasatan dijalankan.",
"\"Saya tunggu siasatan tersebut berjalan dan saya yakin saya tidak bersalah,\" katanya.",
"Sementara itu, bagi barisan exco Armada yang baru dipilih untuk penggal 2020-2022, Fayhsal berkata mereka akan memberi tumpuan memperkuat parti dan membantu Bersatu dalam pilihan raya kecil Slim di Perak dan pilihan raya negeri Sabah yang akan datang.",
"Fayshal juga berkata mereka mensasarkan pertambahan jumlah penyertaan belia dalam parti itu terutama dari kalangan pelajar universiti."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/256432 | Pakatan boikot sidang Parlimen 11 Mac | [
"\nPakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Parlimen pada 11 Mac ini sebagai tanda bantahan terhadap salah guna badan kehakiman dan solidariti untuk Karpal Singh yang dituduh bawah Akta Hasutan.\n",
"\nKenyataan bersama dari ketiga-tiga setiausaha agung parti anggota Pakatan, memaklumkan bahawa ahli parlimen Pakatan juga akan bersama calon mereka pada hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kajang, yang berlangsung pada hari yang sama.\n",
"\nBagaimanapun, mereka menyatakan ahli Parlimen Pakatan akan menghadiri majlis perasmian sidang Parlimen dan Titah Yang di-Pertuan Agong yang akan berlangsung sehari sebelum itu.\n",
"\nKetetapan tersebut diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini.\n",
"\n\"Tindakan mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan keputusan yang bakal dikenakan terhadap Karpal Singh di bawah Akta Hasutan merupakan bukti terang bagaimana Umno-Barisan Nasional terus menyalah guna institusi kehakiman.\n",
"\n\"Umno-Barisan Nasional tidak pernah belajar daripada hukuman rakyat bermula sejak peristiwa 1998, justeru mereka mengulangi kesilapan tersebut ke atas kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat ini,\" kata mereka dalam satu kenyataan tersebut.\n",
"\nSemalam Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar yang juga ketua umum PKR bersalah dalam kes liwat II dan dihukum penjara lima tahun dan dikenakan ikatjamin RM10,000.\n",
"\nManakala pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Karpal bersalah membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.\n",
"\nKarpal, 74, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Jika hukuman itu dijatuhkan, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimennya.\n",
"\nDalam kenyataan bersama itu, mereka Berkata enam tahun selepas 8 Mac 2008, Umno-BN kehilangan sokongan rakyat dan Pakatan muncul sebagai kuasa mengancam hegemoni mereka.\n",
"\nKata mereka, walaupun Umno-BN terus hilang sokongan, namun keangkuhan dan kedegilan parti itu berterusan, melalui keengganan mereka melakukan reformasi tulen ke atas institusi penting negara termasuklah institusi kehakiman.\n",
"\n\"Hal ini kerana ianya satu-satunya jalan yang menjamin kelangsungan Umno-BN untuk kekal berkuasa.\n",
"\n\"Kami yakin pengorbanan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan sia-sia.\n",
"\n\"Pengorbanan ini akan membuka mata rakyat, menyemarakkan semangat dan melonjakkan sokongan segenap lapisan masyarakat untuk bersama Pakatan Rakyat demi melakukan perubahan,\" katanya..\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/91158 | Isu karung undi dijumpai di sungai | [
"\nKarung undi pos di dalam sebatang sungai di Menggatal, Sabah yang ditemui Julai lepas tidak melibatkan kertas undi pos bagi pilihanraya umum Mac tahun ini kerana tiada sebarang kertas undi\n",
"\nyang ditemui.\n",
"\n\"Ia disebabkan oleh kegagalan petugas-petugas pilihan raya mengembalikan semua peralatan pilihan raya yang tidak digunakan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Sabah,\" kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjawab soalan Datuk Ir Edmund Chong Ket Wah (BN-Batu Sapi) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.\n",
"\nKatanya berdasarkan kepada semakan yang dibuat, didapati sampul plastik yang dijumpai tersebut adalah sampul-sampul plastik yang digunakan semasa pilihanraya umum Sabah pada 1999.\n",
"\n\"Oleh sebab terdapat keraguan ke atas dokumen-dokumen tersebut dan memandangkan tempoh masa yang agak lama, maka pihak polis akan membuat pemeriksaan forensik bagi mengesan usia karung berkenaan,\" katanya, seperti laporan\n\nBernama\n\n.\n",
"\nBernama\n",
"\nBagaimanapun, Mohamed Nazri berkata sehngga kini pihak polis belum memaklumkan hasil pemeriksaannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).\n",
"\nMenurut beliau, hanya selepas disahkan, sampul-sampul plastik berkenaan boleh dimusnahkan mengikut peruntukan Peraturan 25 E Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.\n",
"\nPada 24 Julai lepas, dilaporkan satu karung berwarna perang yang digunakan untuk undi pos telah ditemui di Sungai Tebobon.\n",
"\nKarung berkenaan tertera perkataan \"undi pos\" dan \"Suruhanjaya Pilihan Raya\".\n",
"\nIa mengandungi 10 beg plastik biru ketika ditemui oleh seorang petani yang memotong rumput di kawasan berhampiran.\n",
"\nMenurut agensi berita itu lagi, hasil siasatan awal polis bagaimanapun mendapati karung berkenaan hanya mengandungi beg-beg plastik kosong.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/112060 | ADUN BN T'ganu setia pada Umno | [
"\nTimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak sebarang kemungkinan beberapa pemimpin Umno akan meninggalkan parti itu kerana mereka ini setia kepada parti.\n",
"\n\"Bukan saja pemimpin tetapi penyokong-penyokong Umno di Terengganu setia kepada parti,\" katanya kepada pemberita di Putrajaya bagi mengulas ura-ura kononnya beberapa ADUN Terengganu akan menyertai PKR.\n",
"\nMuhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau akan melawat Terengganu hari ini dan akan menemui pemimpin dan anggota Umno di negeri itu.\n",
"\nKatanya, ada pihak akan cuba mempengaruhi sesetengah pemimpin Umno untuk meninggalkan parti itu tetapi beliau yakin mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka ini cukup berpengalaman.\n",
"\nMuhyiddin juga berkata beliau berharap keadaan di Terengganu akan menjadi lebih baik di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu.\n",
"\n\"Saya harap bulan puasa ini akan menjadi titik permulaan bagi kita untuk terus bersatu,\" katanya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/544724 | KP SPRM: Kes rasuah ketirisan perolehan kerajaan makin 'kritikal' | [
"Kes rasuah melibatkan ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam dilihat semakin kritikal, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.",
"Tanpa mendedahkan statistik berkenaan, beliau berkata hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku melibatkan agensi-agensi kerajaan.",
"“Saya boleh katakan ketirisan pada analisa SPRM banyak berlaku di sektor awam, dengan mereka (pihak pimpinan tertinggi agensi kerajaan) yang berkuasa dalam memutuskan sesuatu perkara itu (perolehan kerajaan) terlibat penyelewengan dan salah guna kuasa.",
"“Apabila berlakunya ketirisan perolehan kerajaan, siasatan kami menunjukkan terdapatnya elemen rasuah yang menyebabkan sesuatu nilai perolehan kerajaan turut naik,” katanya kepada Bernama dalam temu bual sempena Ulang Tahun SPRM ke-53, hari ini.",
"Bernama",
"Menjelaskan perkara itu, Azam memberi contoh jika sesuatu perolehan kerajaan bernilai RM1 juta maka nilai rasuah juga akan naik berbanding nilai asas.",
"“Ia bukan hanya nilai rasuahnya naik malah kualiti projek juga tidak berkualiti. Saya ingin memberi contoh kes terbaru melibatkan projek naik taraf jalan di Sarawak. ",
"\"Projek jalan ini dikurangkan kualiti pembuatannya sehingga menyebabkan jalan terlibat cepat rosak lalu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan,” katanya.",
"Azam berkata pihaknya perlu ada pakar dalam perkara berkenaan dan perlu bekerjasama dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat penilaian semula.",
"Pada awal September lepas, Bernama melaporkan SPRM telah menahan dua pengarah syarikat berpangkat Datuk disyaki terlibat rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu bernilai puluhan juta ringgit berhubung pelaksanaan 10 projek menaik taraf jalan di Sarawak bernilai RM800 juta.",
"Bernama",
"Ditanya sama ada sektor swasta turut berlaku ketirisan, Azam berkata pihaknya ada menerima kes ketirisan melibatkan sektor swasta, namun jumlahnya tidak membimbangkan seperti dalam sektor awam.",
"“Hasrat SPRM adalah untuk menyiasat kedua-dua pihak ini (sektor awam dan swasta) jika terlibat ketirisan perolehan kerajaan, kami akan bawa ke mahkamah untuk pendakwaan,” katanya.",
"Pendidikan antirasuah murid tahun 5",
"Pendidikan antirasuah murid tahun 5",
"Pendidikan antirasuah murid tahun 5",
"Sementara itu, mengulas usaha menjadikan negara ini bebas rasuah, Azam berkata SPRM yang telah memasuki usia melebihi lima dekad, menuntut kematangannya dalam semua tindakan sama ada melibatkan penguatkuasaan, pencegahan mahupun pendidikan masyarakat dalam membanteras rasuah.",
"“Sekarang ini, kita hidup dalam norma baru berhadapan dengan wabak Covid-19 untuk beberapa tahun akan datang dan ia memberi cabaran kepada SPRM untuk mencapai sifar rasuah atau mewujudkan masyarakat bebas rasuah.",
"“Sebelum Covid-19, SPRM banyak turun padang beri taklimat dan membuat kempen banteras rasuah kepada masyarakat, namun sejak ada Covid-19, SPRM banyak menggunakan pendekatan video dan media sosial untuk berinteraksi dengan masyarakat,” katanya.",
"Selain itu, Azam berkata SPRM turut memasukkan elemen pendidikan antirasuah dalam buku teks sekolah rendah tahun lima yang akan berkuat kuasa, tahun 2021.",
"“Selain tindakan pencegahan, pendidikan masyarakat juga merupakan agenda utama SPRM dalam meningkatkan integriti individu terutama melibatkan masa depan sektor awam,” katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/551046 | Pekerja Top Glove Klang 'ketakutan' wabak Covid-19 di kilang | [
"Top Glove, syarikat pembuatan sarung tangan terbesar yang memainkan peranan penting dalam membekalkan sut perlindungan diri untuk memerangi Covid-19 kini terjejas ekoran wabak tersebut.",
"Kluster Teratai, yang berkait dengan syarikat itu di Meru, Klang kini menyaksikan 53 kes baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 214 kes. ",
"Data kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan kluster tersebut tidak terhad di Meru, di mana terdapat 20 kilang Top Glove dan asrama pekerjanya, yang juga merangkumi daerah lain seperti Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat.",
"Bagaimanapun, data tersebut tidak memperincikan jumlah kes yang berkaitan secara langsung dengan pekerja kilang.",
"Bagi pekerja yang menggerakkan pengeluaran kilang itu, mereka melangkah masuk ke kawasan tersebut pada setiap hari dengan membawa sama rasa gentar.",
"Pekerja yang enggan dinamakan memberitahu Malaysiakini mereka sangat takut untuk pergi ke kerja, bimbang dijangkiti wabak tersebut. ",
" Malaysiakini ",
"",
"",
"",
"",
"",
"Tetapi, syarikat tersebut pantas dalam melakukan proses pembersihan dan basmi kuman.",
"Walaupun begitu, pekerja tetap bimbang setelah melihat rakan sekerja mereka kerap dihantar ke hospital atau ke pusat kuarantin. ",
"“Saya rasa mereka patut hentikan operasi. Keadaan tak okay.",
"okay.",
"“Setakat ini, ramai dah dibawa ke pusat kuarantin, tetapi masih ada mereka yang perlu ke kerja. Ia sukar (untuk kami) kerana kami takut sekarang,” kata pekerja itu. ",
"Ratusan pekerja kilang Top Glove telah menjalankan kuarantin di hotel sekitar daerah Klang, menurut pekerja yang bercakap dengan Malaysiakini. ",
"Beberapa pekerja mendakwa, 300 pekerja telah dibawa menaiki bas dan van ke hotel daerah Klang, yang kini digunakan sebagai pusat kuarantin. ",
"Ia salah satu hotel yang digunakan untuk meletakkan pekerja yang perlu menjalani ujian saringan Covid-19.",
"Salah seorang pekerja berkata terdapat satu lagi hotel di Kapar yang dijadikan pusat kuarantin. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"Dengan ramai pekerja yang terpaksa menjalani kuarantin, banyak yang terpaksa dipanggil untuk bekerja ekoran kekangan tenaga kerja. ",
"Mereka berkata ia bukan satu perkara janggal kerana ia telah menjadi hal biasa bagi pekerja kilang untuk menukar tempat operasi kerja. ",
"\"Beberapa operasi pengeluaran kilang hanya dalam separuh kapasiti, kerana kekurangan tenaga kerja,\" kata pekerja itu.",
"Menurutnya, ramai yang telah dikuarantin kerana Top Glove telah mengasingkan mereka yang adaa kontak rapat dengan kes positif. ",
"“Jika kamu bekerja dengan kawasan sesak dan seorang pekerja diuji positif, mereka akan menghantar pesakit positif ke hospital dan mengkuarantin pekerja yang lain,” katanya. ",
"Penduduk dalam ketakutan",
"Penduduk dalam ketakutan",
"Penduduk dalam ketakutan",
"Ketakutan ini bagaimanapun tidak hanya dirasai pekerja kilang tetapi penduduk kawasan sekitar juga. ",
"Anggota Dewan Undangan Negeri Adun (Meru) Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, berkata persatuan penduduk dan NGO telah mula membuat laporan polis dan menandatangani petisyen supaya kilang tersebut ditutup. ",
"“Penduduk di Meru sangat sangat takut sekarang. Saya juga sokong tindakan persatuan penduduk dan NGO yang menggesa kilang itu tutup operasi. ",
"“Kerana kita tidak patut tolak ansur bila melibatkan keselamatan,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi. ",
"Malaysiakini",
"",
"",
"",
"",
"",
"Fakhrulrazi (gambar, atas) menambah, pihaknya telah berbincang dengan pengurusan syarikat Top Glove minggu lalu, di mana dia meminta syarikat itu mengehadkan pergerakan pekerja bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 terhadap orang awam. ",
"(gambar, atas) ",
"“Kita mahu mereka hadkan pergerakan pekerja. Tetapi lagi elok jika mereka tutup sementara,” jelasnya. ",
"Sabtu lalu, satu berita tentang kematian di kawasan tersebut telah mencetuskan permintaan supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan proses sanitasi. ",
"Tiada maklumat jelas sama ada kematian itu ada hubungan dengan Covid-19 atau tidak, tetapi ia masih membimbangkan penduduk sekitar itu. ",
"Mengikut data KKM, Klang adalah kawasan paling terjejas di Selangor dengan 840 kes positif sejak 14 hari lalu. ",
"Ia diikuti daerah Hulu Langat (816), Petaling (422), Sepang (320), Kuala Langat (163) dan Gombak (111).",
"Top Glove ambil langkah kekang penularan",
"Top Glove ambil langkah kekang penularan",
"Top Glove ambil langkah kekang penularan",
"Sementara itu, syarikat Top Glove, ketika dihubungi berkata bahawa pihaknya telah memastikan kawasan persekitaran kerja yang selamat dalam keadaan wabak. ",
"“Operasi kami di Malaysia sangat tegas dengan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan Malaysia. ",
"“Kita akan terus menekankan kepentingan kawasan kerja yang selamat, termasuk semua pekerja akan menggunakan PPE,” katanya pada satu kenyataan semalam. ",
"Syarikat tersebut telah meningkatkan SOP pada 12 Nov lalu, termasuk mengehadkan pergerakan pekerja yang hanya penting untuk bekerja. ",
"Hal itu juga disahkan oleh pekerja yang bercakap dengan Malaysiakini, berkata kini para pekerja tidak dibenarkan keluar dan hanya boleh keluar ke tempat kerja sahaja. ",
"Malaysiakini",
"Top Glove juga telah mewujudkan pusat kuarantin untuk pekerjanya yang terpaksa menjalani kuarantin diri. ",
"[Baca laporan asal]",
"[Baca laporan asal]",
"",
"",
"",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"laman penjejak",
"\n",
"\n\n",
"",
"",
" ",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/555114 | Bung Moktar dilantik pemangku presiden SAFA | [
"Ahli-ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini sebulat suara melantik Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pemangku presiden baharu persatuan berkenaan.",
"Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SAFA di Kota Kinabalu, hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden SAFA Datuk Abdul Rahman Zakaria yang juga memangku jawatan presiden persatuan berkenaan sebelum ini. ",
"Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Abdul Rahman berkata pelantikan Bung Moktar dilakukan selepas perbincangan kedua-dua pihak dilakukan sebelum ini. ",
"\"Kita telah berjumpa dengan beliau (Bung Moktar) dan beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang,\" katanya. ",
"Beliau berkata pelantikan Bung Moktar diyakini dapat membawa SAFA maju ke hadapan. ",
"\"Kita tahu beliau (Bung Moktar) mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas,\" tambahnya. ",
"Diminta mengulas mengenai Sabah FC, Abdul Rahman berkata Datuk Verdon Bahanda masih menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pasukan berkenaan dan kerjasama itu berjalan lancar.",
"\"Kita serahkan Verdon untuk mengurus Sabah FC dan kita SAFA mengurus di bahagian induk kerana sekiranya induk bermasalah pasukan Sabah FC juga akan bermasalah,\" tambahnya. ",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/307481 | Polis masih runding bebaskan dua mangsa culik | [
"\nPesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya masih berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran dua rakyat negara ini yang diculik kumpulan itu pada 14 Mei lalu di Restoran Ocean King, Jalan Batu Sapi, Sandakan.\n",
"\n\"Kita masih berbincang secara baik dan terperinci. Keluarga mangsa tidak berkemampuan untuk membayar sejumlah wang yang diminta kumpulan penculik ini,\" katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.\n",
"\nJalaluddin berkata, kumpulan penculik itu pada awalnya telah meminta wang tebusan RM60 juta sebagai pertukaran kedua-dua mangsa culik namun selepas beberapa kali rundingan dijalankan jumlah sebenar wang tebusan itu dapat dikurangkan sehingga lebih 50 peratus.\n",
"\n\"Bagi saya ini tidak adil dan kumpulan penculik ini perlu ada sifat perikemanusiaan. Pihak kita juga tidak sewenang-wenangnya membenarkan perkara sedemikian berlaku,\" katanya lagi.\n",
"\nBeliau berkata, kedua-dua tebusan yang diculik kumpulan penceroboh itu berada dalam keadaan selamat dan berdasarkan panggilan telefon kepada keluarga, mangsa dipercayai berada di pedalaman selatan Filipina, bersempadan dengan Sabah.\n",
"\nDalam perkembangan berkaitan, polis Filipina turut bekerjasama membantu Malaysia untuk membantu serta mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kes penculikan itu.\n",
"\n\"Kita minta kerjasama pihak Filipina untuk kenal pasti kumpulan penculik ini dan menyerahkan (mangsa culik) secara profesional,\" katanya lagi.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/347454 | Lelaki serang wanita di jejantas Bank Negara ditahan polis | [
"Seorang lelaki yang disyaki menendang seorang wanita di jejantas di sini Khamis lalu seperti yang terakam dalam kamera\nlitar tertutup (CCTV) ditahan polis malam tadi.\n\nAksi lelaki itu di jejantas Bank Negara yang menjadi viral menjadi topik perbualan hangat dan dikecam para netizen.\n\nKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata suspek berusia 33 itu ditahan pada pukul 11.30 malam di Jinjang.\n\n\"Suspek pernah ditangkap kerana cuba menceroboh masuk ke kawasan Bank Negara dengan bersenjatakan parang dan kes itu telah dituduh di mahkamah,\" katanya dalam satu kenyataan.\n\nBeliau berkata suspek sebelum ini dipercayai pernah menyerang seorang wanita berhampiran Bank Negara namun mangsa tidak membuat laporan polis.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Dalam kejadian Khamis itu, mangsa yang bertugas di Bank Negara sedang berjalan di jejantas berkenaan apabila dia tiba-tiba ditendang dari arah belakang oleh seorang lelaki.\n\nAkibat serangan itu mangsa cedera di pipi kanan akibat terjatuh dan dirawat di Hospital Pantai, Bangsar.\n\nDalam rakaman CCTV berdurasi 36 saat itu yang tersebar di media sosial menunjukkan wanita berkenaan tersungkur di lantai jejantas itu.",
"",
"",
"",
"",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/221406 | Polis P Pinang sahkan ada cubaan ancam nyawa Psy | [
"\nKetua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan berlakunya cubaan mengancam nyawa Psy apabila penyanyi tersebut tiba di Pulau Pinang pada kira-kira jam 7 pagi Isnin lalu.\n",
"\nAbdul Rahim berkata beliau menerima maklumat daripada Bukit Aman pada 10 Februari bahawa wujud ancaman ke atas nyawa penyanyi tersebut.\n",
"\nEkoran itu, pasukannya meningkatkan kawalan dan mengiringi Psy semenjak penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hinggalah beliau beredar, katanya kepada\n\nMalaysiakini\n\n.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\n\"Anda tahu bila dia berangkat meninggalkan Pulau Pinag? Pada dinihari jam 2 pagi. Kami memastikan beliau selamat dan kami mengiringi beliau ke lapangan terbang. Beliau meninggalkan negara ini dengan selamat selepas itu,\" katanya lagi.\n",
"\nAbdul Rahim bagaimanapun tidak menjelaskan cubaan berkenaan dan juga identiti individu yang didakwa cuba mengancam penyanyi berkenaan, yang tiba ke negara ini dengan penerbangan selama 20 jam dari Brazil.\n",
"\nAbdul Rahim mengulas dakwaan oleh pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berhubung cubaan tersebut.\n",
"\nTeng mendakwa, perkara itu menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin lain segera meninggalkan pentas selepas acara menggaul\n\nyee sang\n\n.\n",
"\nyee sang\n",
"\n\n\n[Baca berita penuh]\n\n\n",
"\n\n[Baca berita penuh]\n\n",
"\n[Baca berita penuh]\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/419614 | Seorang calon wanita BN disah bertanding di T'ganu | [
"Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengesahkan seorang calon wanita akan mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).",
"Beliau yang juga pengerusi BN negeri berkata siapa dan di mana kawasan calon tersebut akan bertanding masih dirahsiakan sehinggalah pengumuman rasmi dibuat.",
"Katanya, keputusan itu sebagai menghargai perjuangan wanita dan ia telah mendapat persetujuan daripada pihak kepimpinan pusat.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran manifesto BN Terengganu dan jentera pilihan raya Parlimen Hulu Terengganu yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.",
"Menerusi manifesto BN Terengganu, terdapat lima teras akujanji yang bertemakan ‘Masa Hadapan Kita Bina Bersama’ yang turut menyenaraikan penglibatan aktif golongan wanita dalam pelbagai bidang.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/498535 | Takiyuddin: Tindakan speaker alih mikrofon MP memalukan | [
"Seorang wakil rakyat PAS membidas Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof yang mengarahkan agar mikrofon di meja ahli parlimen (MP) pembangkang yang telah digantung selama dua hari, dialihkan.",
"",
"Meskipun menyifatkan ia sebagai isu kecil, Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) berkata ia sesuatu yang memalukan dan speaker tidak mematuhi Perintah Mesyuarat Dewan Rakyat.",
"\"Kita nampak mikrofon Pasir Salak (Ahli Parlimen Tajuddin Abdul Rahman) dialihkan daripada meja dia.",
"\"Saya minta nasihat sekiranya speaker sendiri mengarahkan supaya mikrofon dialihkan? Adakah ini praktis (amalan) baru speaker atau kerajaan?\" soal setiausaha agung PAS itu ketika sesi parlimen pagi tadi.",
"Beliau berkata bahawa peraturan mesyuarat tidak ada menyebut apa-apa mengenai mengalihan mikrofon dari meja ahli parlimen.",
"Kemudian, Ariff mengakui memberi arahan untuk mengalihkan mikrofon Tajuddin.",
"\"Sekiranya yang berhormat boleh memberi jaminan bahawa (Ahli Parlimen) akan keluar setelah diberitahu berbuat demikian, maka tidak akan ada pengalihan mikrofon,\" katanya.",
"Ariff juga mengatakan bahawa ia tertakluk budi bicara speaker untuk membuat keputusan itu, dan tidak semua keputusan disenaraikan secara hitam dan putih.",
"\"Ini berdasarkan budi bicara. Bukan semua perkara berhubung ditulis (dalam peraturan mesyuarat). Sama seperti (speaker) memberi arahan seorang ahli parlimen supaya duduk,\" katanya.",
"Bagaimanapun, Takiyuddin tidak setuju dengan penjelasan speaker.",
"Katanya, tindakan tersebut perlu berdasarkan peraturan mesyuarat.",
"\"Ini memalukan parlimen. Adakah ini tempat kita mempertahankan kebebasan dewan? \"kata Takiyuddin.",
"Ariff membalas: \"Kalau sesiapa degil, kemudian mikrofon akan dialihkan lagi.\"",
"Khamis lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menggantungkan Tajuddin selama dua hari selepas pertikaman lidah berhubung isu Kampung Baru.",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/605991 | 'Kalau anda terkejut, kami pun sama' | [
"Penyanyi, ahli perniagaan dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi mengakui yang dia seakan tidak percaya bahawa dirinya kini sudah bergelar seorang isteri.",
"Memanjatkan rasa syukurnya itu, Heliza berkongsi perasaannya di Instagram malam tadi.",
"“Kun Fa Ya Kun. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah SWT menghendaki sesuatu, maka apa pun akan terjadi.",
"“Maka dengan izin dan kekuasaan Allah, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. Allahuakbar. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama,” katanya.",
"Terdahulu, imej Heliza, 35, yang tular diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya mengejutkan banyak pihak.",
"Suami Heliza, Mahadi Badrul Zaman merupakan pengasas dan presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan.",
"Pada masa sama, Heliza turut berterima kasih kepada suaminya itu kerana sudi memperisterikannya.",
"“Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi meZaujahkan diriku,” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/232518 | Mustafa Ali: MP PAS akan hadir sidang Parlimen | [
"\nPAS menolak gesaan beberapa NGO yang mahu ahli parlimen Pakatan Rakyat memulaukan sidang Parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini.\n",
"\nSetiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata, MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa, kecuali taklimat Parlimen, esok.\n",
"\nMustafa dalam satu laporan\n\nSinar Harian\n\nberkata, tindakan itu selari dengan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum ini.\n",
"\nSinar Harian\n",
"\n\n\"Dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan baru-baru ini, kita telah putuskan untuk tidak menghadiri taklimat Parlimen. Pendirian PAS adalah berdasarkan keputusan ini.\n",
"",
"\n\"Semua MP PAS akan tetap menghadiri sidang Dewan Rakyat seperti biasa. Tidak mungkin kita akan boikot Parlimen, hanya taklimat saja kita tidak pergi,\" katanya seperti dipetik dalam laporan itu.\n",
"\nKatanya lagi, sesi taklimat itu hanya untuk memperkenalkan muka baru dan bukannya sebahagian daripada sidang Dewan Rakyat.\n",
"\nKumpulan NGO yang meragui ketelusan pilihan raya umum hari ini sekali lagi menggesa MP Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun itu.\n",
"\nJurucakapnya Badrul Hisham Shaharin berkata, wakil rakyat terbabit masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain.\n",
"\nKumpulan itu pada 6 Jun lalu mengumumkan akan memulakan kempen pemulauan majlis angkat sumpah dan menyerahkan memorandum kepada pemimpin politik berkaitan supaya mengambil langkah itu pada minggu itu juga.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/656408 | Zambry umum bertanding naib presiden Umno | [
"Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Zambry Abdul Kadir semalam mengumumkan dia menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti bagi penggal 2023-2026. ",
"Zambry yang juga Menteri Luar memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook malam tadi.",
"“Saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk calon naib presiden Umno bagi pemilihan Umno penggal 2023-2026.",
"Saya mohon sokongan dan dukungan sahabat-sahabat semua,” katanya. ",
"Pemilihan Umno diadakan bermula 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan Umno Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Feb.",
"Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac. ",
"Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. ",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/490423 | Laporan: Subsidi petrol bersasar ditangguh kerana kurang data | [
"Kerajaan menangguhkan pelaksanaan skim subsidi petrol bersasar kerana kekurangan data mengenai kumpulan sasaran selain data isi rumah kumpulan berpendapatan rendah (B40).",
"Kekurangan data itu menyebabkan kerajaan tidak dapat menentukan sistem pembayaran untuk kumpulan sasaran, lapor The Insight Malaysia hari ini.",
"The Insight Malaysia",
"“Walaupun KPNDHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) sudah bersedia, kerajaan tak boleh teruskan kerana sistem subsidi kekurangan data kumpulan M40,” kata sumber.",
"Laporan sebelum ini menyebut kaedah pembayaran yang dicadangkan KPDNHEP adalah pemberian tunai secara terus kepada kumpulan B40 dengan menggunakan data program Bantuan Sara Hidup (BSH).",
"Data itu kemudiannya akan disemak dengan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan jumlah kenderaan dalam sesuatu isi rumah.",
"Gabungan data itu membolehkan kementerian menentukan berapa banyak perlu dibayar kepada isi rumah yang layak, berdasarkan jumlah dan jenis kenderaan dimiliki mereka.",
"Subsidi petrol bersasar dicadangkan dalam Belanjawan 2020 dan hanya terpakai kepada kereta di bawah kuasa 1,500cc dan motosikal di bawah 125cc.",
"Setiap pemilik kereta hanya layak mendapat RM30 manakala motosikal sebanyak RM12 dengan maksimum untuk dua buah kereta dan dua motosikal bagi setiap isi rumah.",
"Seorang lagi sumber berkata terdapat cadangan kepada kabinet supaya kumpulan M40 diberikan subsidi menggunakan sistem kad.",
"“Tetapi, pembekal minyak tidak bersetuju untuk memasang sistem bayaran kad tambahan di stesen,” kata sumber itu.",
"Kata sumber berkenaan, pelaksanaan sistem kad juga sukar dilaksanakan di kawasan luar bandar kerana penduduk cenderung membeli petrol dari kedai runcit atau peniaga di tepi jalan kerana tiada kemudahan stesen minyak.",
"Kerajaan kini memberi subsidi harga minyak RON95 manakala harga RON97 diapungkan pada setiap minggu."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/518363 | AGC masih belum jawab representasi anak Najib semak tuduhan | [
"Jabatan Peguam Negara (AGC) masih belum menjawab representasi yang dikemukakan Riza Shahriz Abdul Aziz untuk menyemak semula pertuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 billion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.",
"Riza, 43, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menghantar representasi itu kepada AGC pada 18 Nov tahun lepas.",
"Peguam Riza, Datuk Hariharan Tara Singh berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil representasi itu. ",
"“AGC masih belum menjawab permohonan representasi anak guam saya,” katanya melalui mesej WhatsApp hari ini. ",
"Beliau juga berkata Mahkamah Sesyen telah menangguhkan prosiding pengurusan kes itu pada 5 Mei yang pada asalnya ditetapkan pada 6 April berikutan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.",
"“Pihak pembelaan menerima surat dari mahkamah hari ini, memaklumkan mahkamah menetapkan 5 Mei, pada 9 pagi untuk prosiding pengurusan kes itu,” katanya. ",
"Pada 9 Ogos tahun lepas, Hakim Rozina Ayob menetapkan perbicaraan pada Januari iaitu 6 hingga 9 dan 13 hingga 16, bagaimanapun tarikh itu dilapangkan kerana menunggu keputusan representasi tersebut.",
"Pada 5 Julai lalu, Riza, 43, pemilik syarikat Red Granite Pictures, mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan.",
"Bagi pertuduhan pertama, penerbit filem Wolf of The Wall Street itu didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah US$1.173,104 melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Good Star Limited di RBS Coutts, Zurich, Switzerland ke akaun City National Bank, Los Angeles, Amerika Syarikat milik Red Granite Productions Inc.",
"Wang berkenaan didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.",
"Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 April dan 12 Mei 2011 di City National Bank, Los Angeles Main, Amerika Syarikat.",
"Riza, anak Datin Seri Rosmah Mansor hasil perkahwinan terdahulu, dituduh melakukan kesalahan sama melibatkan AS$9 juta melalui transaksi pemindahan wang daripada akaun serupa pada 10 Sept, 2012 dan 10 Okt 2012 di tempat sama.",
"Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, dia didakwa melakukan perbuatan sama membabitkan jumlah AS$133 juta dan AS$60 juta melalui satu transaksi pemindahan wang daripada akaun milik Aabar Investment PJS Limited di BSI SA, Lugano, Switzerland ke akaun BSI Bank Limited Singapura milik Red Granite Capital Ltd.",
"Dia dituduh melakukan kesalahan itu di BSI Ltd, Singapura pada 18 Jun 2012 dan 23 Okt 2012.",
"Mengikut pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kesalahan serupa berjumlah AS$45 juta di tempat sama pada 14 Nov 2012.",
"Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.",
"Jika sabit kesalahan, Riza boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/442157 | Dakwaan mahu pisahkan semenanjung: Hanif temberang, kata Lim | [
"Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi tempoh selama 48 jam kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Hanif Omar untuk membuktikan beliau mencadangkan supaya semenanjung Malaysia dibahagi dua dengan Pantai Barat diserahkan kepada kaum Cina.",
"Lim berkata, dakwaan Hanif bahawa beliau membuat kenyataan itu selepas berlaku rusuhan kaum pada 1969 hanya sekadar rekaan bekas ketua polis itu dan merupakan agenda untuk memburukkan beliau dan DAP.",
"\"Saya minta supaya Hanif memetik bab dan rangkap, tarikh dan masa, di mana saya membuat cadangan mengarut seumpama itu. Jika maklumat itu diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, maka ia harus dinyahkan daripada status itu.",
"\"Saya memberi Hanif tempoh selama dua hari untuk memberi respons terhadap cabaran ini atau rakyat Malaysia akan membuat kesimpulan bahawa beliau sudah nyanyuk atau mempunyai agenda tersembunyi untuk memburuk-burukkan saya dan DAP dengan penipuan sebegitu.",
"\"Saya akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas tamat tempoh dua hari tersebut,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Anggota Parlimen Iskandar Puteri itu menegaskan beliau tidak berada di Kuala Lumpur antara 10 Mei 1969 sehingga pada hari penahanannya.",
"Menurut Lim, beliau merupakan pemimpin politik yang paling banyak dimomokkan sepanjang separuh abad lalu termasuk dituduh menjadi komunis, dalang rusuhan 13 Mei, anti-Melayu dan anti-Islam.",
"\"Namun semua pembohongan, kepalsuan dan tindakan memburuk-burukkan ini tidak terbanding dengan cerita temberang Hanif yang mendakwa kononnya saya mahu Malaysia terbahagi kepada dua bahagian selepas PRU Mei 1969,\" katanya.",
"Lim menjawab laporan sebuah akhbar yang memetik Hanif sebagai berkata bahawa beliau terpaksa memenjarakan Lim demi menjaga keharmonian negara selepas berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.",
"Hanif bukan IGP ketika itu",
"Hanif bukan IGP ketika itu",
"Bagaimanapun, Hanif (gambar) tidak secara khusus menamakan Lim sebagai individu yang mencadangkan agar semenanjung Malaysia dibahagi dua selepas tragedi hitam itu.",
"“Masa itu Parti Perikatan bentuk Barisan Nasional sebab pada masa itu negara kita hampir hancur. DAP pula minta Malaya dibahagi kepada dua.",
"",
"“Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada Cina. Jadi jawapan saya macam mana? Saya masukkan Lim Kit Siang dalam penjara.",
"“Dua tahun dia dalam tu. Itu cara dia, cara Hanif ambil tindakan semasa menjadi ketua polis negara,” ujar Hanif seperti dilapor Sinar Harian.",
" Sinar Harian.",
"Lim dalam kenyataannya mempersoalkan dari sumber mana Hanif mendapat maklumat tersebut.",
"Kata Lim, Hanif bukan ketua polis negara ketika beliau ditahan buat pertama kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 18 Mei 1969.",
"Hanif berkhidmat sebagai ketua polis negara dari tahun 1974 hingga 1994, manakala Lim dibebaskan pada tahun 1970. BN pula hanya dibentuk pada tahun 1973.",
"\"Ini kali pertama saya dengar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap penahanan saya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.",
"\"Ini juga adalah kali pertama saya mendengar mengenai cadangan untuk memisahkan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian.",
"\"Jika saya pernah membuat cadangan sebegitu, ia tidak akan terperap lama sehingga separuh hampir abad, kerana sudah pasti akan digunakan oleh musuh saya untuk memburuk-burukkan saya,\" kata Lim.",
" "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/631891 | Salinan surat beranak MP Labuan, bapa dan adik diberi kepada SPRM | [
"Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Sabah telah membekalkan salinan sah daftar kelahiran Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli, bapa dan adik lelakinya, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).",
"Penolong pegawai pendaftaran di Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, JPN Penampang, Sabah Christine Pamela Eyong , 39, berkata salinan itu diserahkan kepada SPRM selepas menerima permohonan untuk dibekalkan salinan itu pada 12 Feb 2020.",
"“Saya telah membuat semakan melalui sistem berkomputer, Sistem Informasi Rekod Penduduk Negara (SIREN), dan saya telah membekalkan maklumat cabutan kelahiran tersebut kepada pihak SPRM pada 16 Mac 2020,” kata saksi pendakwaan ketiga itu.",
"Beliau berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada hari kedua perbicaraan kes Rozman, yang berdepan pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM), yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan.",
"",
"",
"",
"Tiada pemeriksaan balas daripada pihak peguam dan juga pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan, selepas saksi membacakan pernyataan saksinya pada prosiding hampir setengah jam itu.",
"Rozman, 57, dituduh sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan, telah menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan itu di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018.",
"Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.",
"Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi, manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili tertuduh.",
"Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 4 Okt ini.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/34084 | Asas: Kedah gagal mengekalkan ekologi | [
"\nAngkatan Sahabat Alam Sekitar (Asas) Merbok sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kedah kecewa dengan penerokaan dan kemusnahan hutan simpanan yang menjadi kawasan tadahan yang sedang berlaku di negeri tersebut.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/498417 | Zuraida mahu rakyat tukar sampah jadi duit | [
"",
"Dasar Kebersihan Negara perlu bermula dengan rakyat yang bertanggungjawab memastikan kebersihan kawasan sekitar dijaga dengan baik, Kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.",
"Beliau berkata, dasar itu dilancar bagi memastikan semua jenis sampah dan pengurusan pelupusan di negara ini diurus dengan cara yang baik agar negara ini lebih sejahtera, bersih dan nyaman.",
"“Dasar Kebersihan Negara ini juga memberi tumpuan kepada program kitar semula yang mana kita hendak penduduk di PPR Tehel ini menjadikan sampah sebagai sumber pendapatan tambahan iaitu ‘Trash to cash’.",
"“Ketika ini KPKT mengadakan program ‘Trash To Cash’ di seluruh negara yang akan dilancarkan di enam tempat termasuk di Melaka bagi membimbing penduduk agar menjadikan sampah kepada duit dan sumber pendapatan,“ katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Dasar Kebersihan Negara sempena Hari Habitat Sedunia 2019 peringkat Malaysia dan Hari Kitar Semula Kebangsaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel Melaka hari ini.",
"Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah dan Setiausaha KPKT, Datuk Seri Mohammad Mentek.",
"Zuraida memberitahu sidang media, pihaknya tidak mampu menjalankan Dasar Kebersihan Negara secara bersendirian dan ia memerlukan sokongan dan kerjasama daripada rakyat.",
"“Saya rasa tidak mungkin kita sendiri boleh buat tanpa sokongan daripada rakyat, sebab itu tadi kita baharu lancarkan ‘bumbung komuniti’ dan persatuan penduduk kawasan ini agar mereka dapat menjadi ejen yang memastikan bahawa kawasan ini dapat dijaga dengan baik.",
"“Mereka akan diberikan taklimat dan sebagainya untuk memastikan kitaran semula di kawasan ini berjalan dengan lancar dan menjadi pemantau bagi memastikan penduduk di kawasan ini tidak membuang sampah merata-rata,” katanya.",
"Manakala di peringkat kebangsaan pula, pihaknya akan mengadakan kempen-kempen untuk memperingatkan rakyat agar mereka tidak membuang sampah merata-rata seperti kempen ‘Berani Tegur’ dengan memberi galakan kepada rakyat Malaysia berani menegur kepada sesiapa sahaja yang tidak pandai membuang sampah di dalam tong sampah.",
"Ramai penduduk di Melaka yang ditemui Bernama menyokong dasar baharu kerajaan ini dan berpendapat ianya perlu bermula dari peringkat paling asas iaitu dalam setiap keluarga sebelum ianya menjadi satu budaya dalam masyarakat.",
" Pesara kerajaan, Jamali Basirin, 59, berkata usaha menyemai kesedaran menjaga kebersihan dalam kalangan masyarakat perlu bermula dari bawah iaitu di peringkat keluarga terlebih dahulu.",
"“Jika semua ketua keluarga dari awal telah mula menyemai kesedaran menjaga kebersihan bukan hanya pada diri sendiri dan dalam rumah malah mengambil tahu atau ambil peduli kawasan sekitaranya… saya yakin bahawa lama-lama ianya akan menjadi satu budaya atau nilai murni dalam masyarakat,” katanya dari Benbam, Jasin.",
"Bapa kepada empat orang anak itu berkata beliau mula mendidik kesedaran menjaga kebersihan kepada anaknya sejak dari kecil dengan meminta anaknya membuang sampah ke dalam tong sampah agar mereka tidak memandang remeh akan perkara ini atau meletakkan tanggungjawab itu kepada orang lain seperti kepada pemungut sampah.",
"Turut berkongsi pendapat yang sama, Norfitriha Mohd Said, 34, dari Bukit Katil berkata, beliau seorang yang teliti dalam soal kebersihan sejak kecil hasil didikan kedua-dua ibu bapanya.",
"“Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak… saya terapkan nilai peka menjaga kebersihan kepada keluarga dan tidak ‘berat mulut’ menegur mereka yang membuang sampah merata-rata kerana bagi saya ia satu nilai yang perlu dijaga yang melambangkan peribadi seseorang,” kata ibu kepada tiga anak yang bekerja sebagai peniaga.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/606796 | Majlis Daerah Batu Gajah: Tulisan Jawi tak wajib tapi digalakkan | [
"Majlis Daerah Batu Gajah menjelaskan bahawa arahan terbaru untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda bukanlah perintah wajib, tetapi dasar untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi di kawasan pentadbiran mereka.",
"Penjelasan itu hadir berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Kampar Thomas Su mengenai rasional pihak berkuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian.",
"Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Malaysiakini hari ini, majlis daerah itu berkata arahan itu dikeluarkan pada 31 Dis tahun lepas berikutan kelulusan semasa mesyuarat bulanan, dengan tujuan mempertingkatkan penggunaan tulisan Jawi pada papan iklan dan papan tanda di Batu Gajah, Perak .",
"Malaysiakini ",
"\"Objektif pelaksanaan polisi ini adalah sebagai mekanisma bagi memperkasakan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran selain memelihara warisan tulisan Jawi yang pernah digunakan sebagai penulisan dalam lingua franca suatu masa dahulu.",
"lingua franca",
"\"Pentadbiran ini tidak meletakkan penggunaan tulisan Jawi di papan iklan premis perniagaan sebagai syarat wajib pengeluaran lesen perniagaan sebaliknya menggalakkan dan mempromosi penggunaan tulisan Jawi dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah,\" katanya.",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"Ahli Parlimen Kampar Thomas Su",
"Ahli Parlimen Kampar Thomas Su",
"",
"Sebelum ini, bahagian \"tidak wajib\" arahan itu hanya didedahkan oleh MCA dan DAP selepas notis dikeluarkan tahun lepas.",
"Berdasarkan notis yang dilihat oleh Malaysiakini, majlis daerah itu mengumumkan bahawa semua pemegang lesen perniagaan hendaklah memasukkan tulisan Jawi dalam papan tanda komersial mereka mulai 1 Jan dan seterusnya.",
"Malaysiakini,",
"“Bermula 1 Januari 2022, semua urusan berkaitan permohonan baru dan pembaharuan Lesen Premis Perniagaan dan iklan di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah dikehendaki mematuhi peraturan berkenaan penggunaan tulisan Jawi bagi keterangan aktiviti perniagaan pada visual papan iklan atau papan tanda premis perniagaan masing-masing,” kata notis itu.",
"Notis itu dikeluarkan oleh yang dipertua majlis daerah, yang menggesa semua pemegang lesen supaya bersedia dan mengikut arahan mengikut Seksyen 10(1)(a) undang-undang kecil pengiklanan MDBG 2013.",
"Awal hari ini, Su mempersoalkan keperluan majlis daerah mengeluarkan notis itu sekiranya arahan berkenaan penggunaan Jawi tidak diwajibkan.",
"Dia menggesa majlis daerah menarik balik pengumuman itu dan menghormati hak peniaga tempatan untuk membuat pilihan.",
"“Menteri Besar Perak (Saarani Mohamad) juga perlu menjelaskan sama ada majlis daerah dan bandaraya lain perlu mengikutinya,” kata Su dalam satu kenyataan pagi ini.",
"Ketika dihubungi Malaysiakini, Su menyifatkan ia boleh dianggap. sebagai arahan.",
"Malaysiakini",
"“Apabila notis sedemikian dihantar, kemungkinan ia akan dilaksanakan. Ia tidak sepatutnya dihantar sama sekali,” katanya.",
"Dia juga mendedahkan bahawa majlis daerah hanya memaklumkan kepadanya bahawa arahan itu sebenarnya \"tidak wajib\" melalui perbualan telefon apabila dihubungi oleh pasukannya.",
"Sementara itu, media sebelum ini melaporkan ahli majlis daerah MCA Batu Gajah Leong Chee Wai berkata arahan itu telah berubah daripada \"wajib\" kepada \"digalakkan\" selepas bantahan oleh MCA dan BN.",
"Menurut Sin Chew Daily pada 30 Dis, Leong berkata cadangan untuk memasukkan tulisan Jawi pada papan tanda datang daripada parti dalam Perikatan Nasional, tetapi MCA menentang keras idea itu dalam mesyuarat berkenaan.",
"Sin Chew Daily ",
"“Batu Gajah mempunyai lebih 80 peratus bukan Islam. Dasar ini tidak boleh diluluskan. Kami tidak menentang tulisan Jawi, tetapi kami berpandangan bahawa rakyat berhak memilih,” katanya.",
"Bagaimanapun, menurut kenyataan Leong pada 27 Nov tahun lepas, beliau mendakwa cadangan itu datang daripada PAS.",
"“Walaupun cadangan itu belum dibawa ke mesyuarat majlis daerah, MCA Batu Gajah akan menolak sekeras-kerasnya sebarang dasar yang bertentangan dengan kebebasan beragama dan budaya di negara ini.",
"“(MCA) akan mempertahankan hak orang bukan Islam dan bersedia meletak jawatan sebagai protes,” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/548592 | Insiden kapal MV Dayang Topaz: Petronas jalankan penilaian struktur pelantar | [
"Siasatan berhubung punca kejadian yang melibatkan kapal MV Dayang Topaz melanggar struktur pelantar di medan Baram, 14 batu nautika dari Miri, pada Selasa lepas sedang dijalankan, menurut Petronas.",
"Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.",
"“Petronas komited dalam mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memastikan struktur pelantar kekal selamat dan terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Petronas berkata siasatan awal oleh pihaknya mendapati kejadian itu tidak mendatangkan sebarang kesan ke atas alam sekitar.",
"Ia juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa relevan untuk memantau situasi tersebut dan melakukan penilaian lebih lanjut untuk memastikan segala kemungkinan ditangani dengan segera, katanya.",
"\"Kami juga memberikan semua sokongan yang diperlukan kepada DESB Marine Services Sdn Bhd dalam perkara ini,” menurutnya.",
"Dalam kejadian Selasa lepas, kapal itu berlanggar dengan struktur pelantar berikutan kabel sauhnya terputus semasa cuaca buruk melanda.",
"Kapal itu, yang dimiliki anak syarikat milik penuh Dayang Enterprise Holdings Bhd, DESB Marine Services, sedang menjalankan kerja-kerja operasi di platform Baram untuk Petronas Carigali Sdn Bhd.",
"- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/238417 | 'Mustapha bertanggungjawab ubah demografi Sabah' | [
"\n\nRCI SABAH\n\nBekas Ketua Menteri Sabah Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah seorang orang yang memulakan idea mengubah demografi pengundi Sabah dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui PBS, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang diberitahu hari ini.\n",
"\nRCI SABAH\n",
"\n\nMat Swadi Awi memberi keterangan di Kompleks Mahkamah Kota\n",
"",
"\nKinabalu petang ini bahawa Mustapha (kiri) telah menugaskannya untuk mengagihkan pengundi baru di kawasan di mana Usno lemah bagi mengukuhkan parti itu.\n",
"\n\"Tugas saya ialah untuk meningkatkan bilangan undi orang Islam di kawasan-kawasan di mana Usno lemah.\n",
"\n\"Tidak semua mereka adalah pendatang, ada pengundi tentera, polis atau guru-guru dari Semenanjung Malaysia,\" kata Swadi yang ketika itu bekerja di Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Sabah.\n",
"\nUsno memerintah Sabah dari tahun 1967 sehingga 1975 sebelum disingkirkan oleh parti serpihannya, Berjaya, yang berkuasa sehingga tahun 1985.\n",
"\nBagaimanapun, PBS, yang dilihat sebagai sebuah parti bukan majoriti Islam, memerintah pada tahun 1985, yang mengecewakan kedua-dua Berjaya dan Usno.\n",
"\n\"Mustapha mengadu bahawa Berjaya dan Usno telah berpecah (di kalangan pengundi Islam), jadi bagi meningkatkan undi untuk Usno adalah dengan 'menasionalisasikan' pendatang,\" kata Swadi.\n",
"\n\nSwadi berkata pada tahun 1987, Mustapha memberitahunya rancangannya itu dan telah memaklumkannya kepada menteri dalam\n",
"",
"\nnegeri ketika itu, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (kiri), yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.\n",
"\nBagaimanapun, Swadi mengakui bahawa ini hanyalah berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh Mustapha dan dia tidak mempunyai bukti bahawa Megat Junid sebenarnya telah mendapat kelulusan daripada Mahathir.\n",
"\nSepanjang operasi sehingga 1990, Swadi berkata, beliau sentiasa berhubungan dengan Mustapha dan Megat Junid.\n",
"\nSwadi menjelaskan bahawa beliau berpangkalan di sebuah hotel di Kuala Lumpur di mana beliau menerima kira-kira 20,000 salinan kad pengenalan biru.\n",
"\n\"Saya memasukkan maklumat ini ke dalam pangkalan data dan dianalisis di mana kawasan mereka hendak diagihkan.\n",
"\n\"Selepas itu, saya akan menyerahkan maklumat ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)(untuk mereka didaftar sebagai pengundi di kawasan pilihan raya berkenaan),\" katanya.\n",
"\nDitanya oleh pegawai pengendali, Jamil Aripin sama ada dia mempunyai bukti bahawa kad pengenalan biru sememangnya pendatang haram, Swadi menegaskan dia boleh mengenali mereka melalui nombor kad pengenalan berkenaan.\n",
"\nBagaimanapun, Swadi berkata, beliau menarik diri daripada projek tersebut apabila dia mendapati ia telah meningkat kepada mengeluarkan nombor kad pengenalan yang sama kepada orang yang berbeza.\n",
"\n\"Satu hari, saya dipanggil oleh Setiuasaha SPR ketika itu, Datuk Abdul Rashid (Abdul Rahman), beliau menunjukkan kepada saya satu nombor kad pengenalan (pada komputer) dan apabila dia mengkliknya, terdapat 20 nama yang keluar.\n",
"\n\"Dia klik yang lain dan terdapat 10 nama ... dia meminta saya menjelaskan yang mana satu yang tulen,\" katanya.\n",
"\nMenurut Swadi, beliau terkejut dan tidak dapat menjawab dan berkata, \"jika ini yang berlaku, saya akan menghentikannya\".\n",
"\nSwadi kemudian memaklumkan kepada Mustapha bahawa beliau tidak mahu terbabit dengan projek itu pada tahun 1990.\n",
"\nSwadi sebelumnya mendakwa dirinya sebagai orang yang di belakang 'Projek IC'.\n",
"\nBagaimanapun, Jamil memperbetulkan Swadi, dengan berkata Projek IC khusus merujuk kepada pemberian kad pengenalan biru secara haram kepada warga asing.\n",
"\nSwadi kemudian bersetuju bahawa beliau tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan biru tetapi hanya mengagihkan pengundi baru ke kawasan terpilih untuk Usno.\n",
"\nUsno kemudian bergabung dengan Berjaya pada tahun 1990 untuk membentuk Umno Sabah, sebelum merampas kuasa daripada PBS yang telah lemah pada tahun 1994 akibat lompat parti.\n",
"\n\n\n\n\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n[Baca berita penuh]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/363786 | Tajuddin, sila minta maaf pada Kok - NGO | [
"Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela wanita hari ini mendesak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman supaya henti mengeluarkan kenyataan berunsur seksis terutamanya kepada ahli parlimen wanita.",
"Ia berkaitan kenyataan Tajuddin menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.",
"Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang, Loh Cheng Kooi berkata, hampir setiap tahun pihaknya menerima aduan mengenai kenyataan seksis yang dikeluarkan.",
"“Masyarakat tidak lagi boleh bertoleransi dengan kenyataan sedemikian rupa. Setiap tahun kita dapat aduan macam ini (lebih-lebih lagi) beliau adalah timbalan menteri.",
"“Dalam parlimen, ada protokol dan standing order (peraturan tetap). Sudah tentu beliau boleh dikeluarkan dari Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu. Speaker perlu gunakan kuasa secara profesional untuk ambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini.",
"standing order",
"Malaysiakini",
"Jelas beliau lagi, baik lelaki dan wanita, kenyataan sebegitu tidak harus dikeluarkan lebih-lebih lagi dalam Parlimen.",
"Semalam, Dewan Rakyat menyaksikan kekecohan selepas Tajuddin menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.",
"Tajuddin menggelar Teresa",
"Tajuddin berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5.",
"Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak Tajuddin menarik balik kenyataan itu.",
"Sebutan nama Kok mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.",
"Bagi Pegawai Komunikasi Pergerakan Semua wanita (AWAM), Evelynne Gomez pula terkejut dengan kenyatan Tajuddin terhadap Teresa.",
"Katanya, pada tahun 2012, kenyataan berunsur seksis telah dilarang dalam Parlimen di bawah pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dalam Rang Undang-undang.",
"“Oleh itu, kita tidak boleh diterima kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh Tajuddin Abdul Rahman selaku anggota Parlimen.",
"“Kami menjangka (kenyataan) yang lebih baik dari pegawai awam terutamanya dalam ruang awam.",
"“Kami menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada beliau terhadap Teresa Kok,” kata Evelynne dalam kenyataan, hari ini.",
"Sementara itu, aktivis wanita Hayati Kaprawi pula berkata kenyataan itu hanya mencerminkan mentaliti kelas bawahan seorang ahli Parlimen.",
"Malah, kata Hayati, kenyataan itu hanya menunjukkan Tajuddin tidak boleh memberi komen bernas tentang isu yang dibahaskan.",
"“Yang beliau (Tajuddin) mampu cakap hanyalah kata-kata kotor kelas longkang.",
"“Gesaan pada speaker Parlimen untuk bertegas dan ambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen seperti Tajuddin ini yang mengeluarkan kenyataan seksis dan mendiskriminasi,” katanya.",
"Tambahnya lagi, Parlimen seharusnya bersih dari ucapan yang menghina dan mendiskriminasi kaum wanita."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/634504 | 2,244 kes baru Covid-19, sembilan kematian | [
"Sebanyak 2,244 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul jangkitan wabak berkenaan meningkat kepada 4,789,552 kes.",
"Kes aktif kini berjumlah 30,197, turun 22.4 peratus berbanding 14 hari lalu.",
"Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:",
"Selangor (679)",
"Kuala Lumpur (466)",
"Perak (224)",
"Sabah (187)",
"Negeri Sembilan (112)",
"Melaka (95)",
"Pahang (78)",
"Pulau Pinang (74)",
"Sarawak (74)",
"Kedah (61)",
"Johor (60)",
"Putrajaya (45)",
"Kelantan (42)",
"Terengganu (36)",
"Perlis (6)",
"Labuan (5)",
"Sebanyak sembilan lagi kematian direkodkan semalam, dengan dua daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).",
"Sepanjang minggu lalu, purata tujuh orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak berkenaan berbanding purata lapan orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.",
"Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,243 kematian direkodkan.",
"Johor mencatatkan tiga kematian diikuti Sarawak (2), Melaka (1), Pahang (1), Perak (1), Selangor (1), .",
"Sebanyak 1,251 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 75 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).",
"Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (98) diikuti Sabah (81) dan Johor (53).",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/669926 | Insiden latihan menembak: Jurulatih TUDM cedera dalam keadaan stabil | [
"Seorang jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbabit dalam insiden kemalangan ketika menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam dilaporkan stabil.",
"TUDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (Instar), Pangkalan Udara Sendayan, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor dan berada dalam pemantauan rapi.",
"Terdahulu, dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, dua anggota turut maut iaitu penuntut Instar Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi, 22, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala jurulatih Koperal Udara Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada 5.45 petang ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di Hospital Segamat.",
"Kenyataan itu menyebut waris anggota yang terlibat telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan semua urusan kebajikan keluarga mangsa yang terlibat diutamakan serta urusan pengebumian disempurnakan dengan sebaik-baiknya.",
"“Panglima Tentera Udara Jen Mohd Asghar Khan Goriman Khan serta pucuk pimpinan tertinggi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian berkenaan dan merakamkan salam takziah kepada waris anggota yang meninggal dunia yang merupakan kehilangan besar kepada TUDM,” menurut kenyataan itu.",
"Semua waris anggota yang terlibat juga diharap bersabar, tabah dan reda menghadapi ujian yang berlaku, katanya.",
"Pihak TUDM turut meminta supaya semua pihak tidak menyebarkan sebarang spekulasi dan berita tidak sahih sehingga proses siasatan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia selesai, tambah kenyataan itu.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/169279 | BERSIH cabar keputusan k'jaan isytiharnya haram | [
"\nGabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pagi ini mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.\n",
"\nPemohonan itu difailkan di bahagian pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi peguam mereka, Tetuan Azzat & Izzat.\n",
"\n\nSeramai 14 ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang diketuai oleh pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai reponden dalam permohonan semakan kehakiman setebal 46 halaman itu.\n",
"",
"\nAwal bulan ini, Hishammuddin mengisytiharkan BERSIH sebagai sebuah pertubuhan haram tetapi Ambiga menafikan perkara itu.\n",
"\nSsemua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.\n",
"\nMereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.\n",
"\n\nPara anggota itu juga memohon perintah mandamus yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri dan KPN untuk memulangkan semula baju-t, pelekat, surat khabar, sepanduk dan apa-apa dokumen lain atau objek kepunyaan mereka yang dirampas.\n",
"",
"\nMereka mendakwa perintah yang mengisytiharkan gerakan BERSIH sebagai pertubuhan haram kerana ia didakwa \"digunakan untuk tujuan memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam\".\n",
"\nMereka menegaskan bahawa BERSIH 2.0 adalah secara substantif berlainan dengan gerakan yang dikenali sebagai Bersih, yang dilancarkan pada 2007 dan dianggotai parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat.\n",
"\n\nSedangkan BERSIH 2.0 adalah hanya terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat tanpa disertai parti-parti politik sama sekali dan dilancarkan pada November 2010, kata mereka.\n",
"",
"\n\"Dengan yang demikian, perintah itu daripada segi undang-undang tidak boleh digunakan untuk menghadkan atau menjadikan aktiviti BERSIH 2.0 haram dan dengan itu, pengumuman yang dilakukan oleh responden pertama (Menteri Dalam Negeri) adalah tidak sah kerana ia salah daripada segi undang-undang,\" kata mereka.\n",
"\nMereka juga mendakwa tidak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan mereka sebelum Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah berkenaan.\n",
"\n\n\n\n\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/287120 | Artis: Penyebaran video penyanyi bawa aib | [
"\nPenggiat seni dan artis menyifatkan perbuatan menyebarkan video seorang penyanyi lelaki sedang menyanyikan sebuah lagu popularnya, sebagai tidak adil kepada golongan artis.\n",
"\nPresiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave berkata, hal ini disebabkan seluruh insan seni turut terkena tempiasnya, lapor\n\nBernama\n\n.\n",
"\nBernama\n",
"\n \n",
"\n\"Jangan buat begitu kerana artis juga manusia biasa. Soal penglibatannya dengan dadah biar undang-undang yang menentukan sama ada dia bersalah atau tidak,\" katanya.\n",
"\nBeliau mengulas penyebaran video berdurasi satu minit 23 saat itu di laman Facebook antara lain memaparkan penyanyi lelaki sedang menyanyikan lagu dan disifatkan sebagai tindakan membuli serta menjatuhkan maruah penyanyi terbabit.\n",
"\nPenyanyi itu dan teman wanitanya ditahan semalam kerana dipercayai memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Keramat, sementara polis menemui bungkusan disyaki mengandungi heroin seberat kira-kira 1.2 gram.\n",
"\nMereka direman selama empat hari.\n",
"\nSementara itu, agensi berita itu juga melaporkan, penyanyi Zainal Abidin Mohamad atau Zainal Headwind\n\n(bawah)\n\npula berkata, video itu amat memalukan golongan artis kerana sebagai orang yang dikenali, artis itu tidak patut didedahkan dengan cara yang menjatuhkan maruahnya.\n",
"\n(bawah)\n",
"\n \n",
"\n\"Itu satu deraan yang mengaibkannya. Lupakah mereka kepada keluarga penyanyi itu yang turut menanggung malu akibat perbuatan mereka,\" katanya .\n",
"\n \n",
"\nBeliau berkata individu yang menyebarkan video itu patut dikenakan tindakan tegas agar menjadi pengajaran kepada orang lain yang turut mempunyai minat yang sama untuk merakam dan memuat naik video bagi tujuan menjatuhkan maruah seseorang individu yang belum dihukum.\n",
"\nSementara itu,\n\nBernama\n\nturut melaporkan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata empat orang saksi termasuk dua anggota polis telah dipanggil memberi keterangan.\n",
"\nBernama\n",
"\n \n",
"\nBeliau berkata dua lagi saksi yang memberi keterangan adalah penyanyi itu dan teman wanitanya.\n",
"\n \n",
"\n\"Keterangan diambil hari ini. Kita akan menjalankan siasatan secara dalaman dan kita percaya ia dilakukan lebih daripada seorang,\" katanya.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/580280 | Covid-19: Sejauh mana kejayaan k'jaan? 'Soalan ini boleh naikkan darah' - Annuar | [
"Sejauh manakah kejayaan kerajaan dalam mengawal wabak Covid-19, soal moderator program bual bicara dalam talian kepada Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.",
"\"Nampaknya soalan yang boleh menaikkan suhu dan naikkan darah. ",
"\"Sebab di luar sana saya lihat banyak juga komen-komen kerajaan gagal dan khususnya gagal menangani Covid-19,\" jawab Annuar dalam forum anjuran Harakah Daily malam tadi.",
"Harakah Daily",
"Menurut Annuar antara petunjuk kerajaan berjaya mengawal pandemik adalah apabila orang ramai sudah tidak lagi takut terhadap Covid-19.",
"\"Bila orang tidak takut ertinya bagi sesetangah orang ini tidak wabak. Larang pun dia buat, jangan rentas sempadan dia buat, dia tidak takut.",
"\"Sampai kita terpaksa menggunakan kuasa-kuasa kepolisan.",
"\"Sepatutnya bila wabak masing-masing orang akan pertahan diri sendiri.",
"\"Pada saya itu adalah indication bahawasanya kita berjaya mengawal wabak sehingga dia tidak dianggap wabak oleh sesetengah orang...",
"indication",
"\"Itu tanda kejayaan,\" kata Annuar.",
"RM100 satu suntikan vaksin",
"RM100 satu suntikan vaksin",
"RM100 satu suntikan vaksin",
"",
"Ahli parlimen Ketereh itu juga membangkitkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebagai petunjuk kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik.",
"",
"\"Bagaimana nak kata kita gagal? Dalam keadaan sekarang tiap-tiap empat hari sejuta rakyat diberi suntikan percuma.",
"\"Setiap empat hari, berapa negara yang buat begitu?",
"",
"Pemvaksinan melalui program trak vaksin bergerak di Kuala Lumpur.",
"Pemvaksinan melalui program trak vaksin bergerak di Kuala Lumpur.",
"",
"Pemvaksinan melalui program trak vaksin bergerak di Kuala Lumpur.",
"",
"",
"\"Kiralah RM100 satu suntikan. Berapa banyak kita boleh berbelanja. Adakah itu tanda kita gagal,\" jelasnya.",
"Menjawab lanjut soalan moderator forum Harakah Daily itu, Annuar yang juga ahli parlimen Ketereh meminta orang ramai membandingkan keadaan di Malaysia dengan negara lain, khususnya negara yang lebih maju teknologi dan sains perubatannya.",
" Harakah Daily",
"Memetik beberapa contoh, dia berkata Amerika Syarikat setakat ini telah mencatatkan hampir 35 juta kes positif termasuk 615,232 kematian, manakala United Kingdom mencatat lebih 4.5 juta kes dengan 127,000 kematian.",
"Ini, menurut Annuar, merupakan satu lagi petunjuk prestasi Malaysia yang baik berbanding negara-negara lain.",
"\"Kalau tanya Malaysia berjaya atau tak, kita patut bersyukur ke hadrat Allah Taala.",
"\"Kita tidak nafikan ancaman besar (wabak terhadap) negara kita, tetapi secara relatif kita sudah cukup berjaya,\" katanya.",
"Untuk rekod, penduduk Malaysia pada 2020 dianggarkan berjumlah 32.69 juta orang, menurut Jabatan Perangkaan.",
"Sementara itu, AS memiliki populasi seramai 331 juta orang, manakala UK 67.8 juta orang, menurut data PBB untuk 2020.",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/209133 | PPMM rancang pusat mediasi kes syariah | [
"\nPersatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) merancang menubuhkan Pusat Mediasi Islam yang akan dikendalikan pihak swasta dalam usaha menyelesaikan kes-kes pertikaian membabitkan orang Islam secara lebih efektif, cepat dan murah.\n",
"\nPresidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata penubuhan pusat itu kelak diharap dapat menyelesaikan pertikaian berhubung kes-kes syariah dan perbankan Islam selain menjimatkan kos pihak-pihak yang bertikai.\n",
"\n\"Kita sudah pun mempunyai pegawai sulh (mediator kerajaan) di Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan pertikaian orang Islam dengan lebih profesional dan tersusun tetapi tidak mempunyai mediator swasta untuk berbuat demikian.\n",
"\n\"Pegawai sulh pula terikat dengan peraturan seperti tempat dan waktu kerja dan ada yang kurang berpengalaman serta tidak diakreditasi oleh badan profesional.\n",
"\n\"Justeru, penubuhan Pusat Mediasi Islam ini dapat melengkapi tugasan pegawai sulh dalam menangani segala pertikaian,\" katanya kepada Bernama di Shah Alam.\n",
"\nZainul Rijal berkata melalui pusat mediasi itu, penyelesaian berhubung sesuatu pertikaian dapat dicapai atas dasar keperluan sebenar pihak-pihak bertikai di atas situasi menang-menang iaitu maksudnya tiada pihak yang kalah.\n",
"\n\"Kalau penyelesaian dicapai secara sepakat melalui mediasi, maka tidak akan ada orang mempertikai keputusan yang dibuat pihak-pihak bertikai secara sukarela,\" katanya yang memberitahu bahawa sebuah universiti tempatan berminat bekerjasama dengan PPMM menubuhkan pusat mediasi itu.\n",
"\nMediasi ialah proses bagi menyelesaikan suatu pertikaian tanpa melalui proses perbicaraan yang panjang di mahkamah.\n",
"\nIa antara cabang 'Alternative Disputes Resolution' (ADR) iaitu kaedah penyelesaian tanpa merujuk pertikaian ke mahkamah yang sejak kebelakangan ini merupakan trend penyelesaian pertikaian.\n",
"\nSementara itu, Zainul berkata lebih 60 anggota persatuan itu merupakan mediator bertauliah manakala 24 anggota lagi telah mendapat sijil dalam Mediasi Lanjutan.\n",
"\nBeliau berkata PPMM, yang mempunyai keanggotaan seramai 1,200 orang, telah menubuhkan Kelab Peguam Muda di Jordan dan Mesir bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa syariah Malaysia di timur tengah mengenai sistem perundangan syariah di Malaysia.\n",
"\n-\n\nBernama\n\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/652426 | TPM: Formula pemberian khas pada S'wak, Sabah masih diperinci | [
"Formula pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sarawak dan Sabah masih di peringkat perincian, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.",
"Beliau berkata dengan adanya satu formula khusus nanti, pembayaran secara tahunan itu dapat dilakukan dengan lebih jelas.",
"Katanya pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menentukan formula itu termasuk pandangan Premier Sarawak Abang Johari Openg.",
"“Premier (Abang Johari) ada kemukakan formula berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan persekutuan, jika kedudukan kewangan baik maka bayaran perlu lebih. Senang sama-sama, susah juga sama-sama, itu prinsip yang Sarawak pegang.",
"“Formula belum dapat dimuktamadkan tetapi buat masa ini prinsip dan mekanisme sudah ada dan kita akan cuba muktamadkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan untuk Komuniti Tiong Hua di Kuching, hari ini. ",
"Semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas kepada Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.",
"Perdana menteri berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan oleh kerajaan persekutuan dan Sarawak.",
"Anwar berkata prinsip pemberian itu diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia yang dilihat lebih mundur ketika itu.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/529505 | 'Dakwaan 4 MP Warisan akan keluar parti hanya mainan persepsi PN' | [
"Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua menyangkal dakwaan bahawa empat anggota parlimen parti itu akan keluar parti dan menyokong Perikatan Nasional (PN).",
"Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata dakwaan itu \"tidak benar sama sekali\" dan menyatakan ia hanya \"permainan persepsi\" oleh PN kerana bimbang dengan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang kini dikenali sebagai 'PH Plus'.",
"\"Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus. ",
"\"Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. ",
"\"Mereka sudah ketandusan. Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat,\" katanya.",
"Loretto mengulas laporan Harian Metro hari ini yang mengatakan empat anggota parlimen Warisan akan keluar parti dan menyokong PN.",
"Harian Metro",
"Bagaimanapun, semakan mendapati laporan tersebut telah dipadamkan.",
"",
"",
"",
"Kenyataan itu dikeluarkan ketika PH dan sekutunya mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan calon perdana menteri mereka.",
"calon perdana menteri"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/229346 | TNB: Tiada gangguan elektrik waktu kira undi | [
"\nTenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada pilihan raya umum ke-13, semalam.\n",
"\nSehubungan itu, TNB dalam kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi meminta semua pihak supaya menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar dalam media sosial.\n",
"\n\"Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.\n",
"\n\"Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut,\" menurut kenyataan itu.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/187604 | 'Hasan Ali sepatutnya 'tempur' Kelab Taat Suami' | [
"\nDewan Muslimat PAS Selangor menyindir bekas exco hal ehwal Islam Selangor Datuk Dr Hasan Ali supaya 'bertempur' dengan Kelab Taat Suami (KTS), dalam usahanya mempertahankan akidah.\n",
"\n\"Saya rasa (ia) medan Dr Hasan Ali sepatutnya bertempur dengan Kelab Taat Suami, bukannya dia hentam PAS sebab dari sudut ini, kita tengok dari segi penyelewangan akidah itu.\n",
"\n\"(Beliau) nak memperjuangkan akidah,\" sindir ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan dalam sidang media di Shah Alam.\n",
"\nWan Hasrina berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai pendirian PAS negeri berhubung\n\n\nserbuan\n\n\nJabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terhadap Kelab Taat Suami yang menganjurkan forum Rasullullah Tokoh Seks Suci Islam baru-baru ini.\n",
"\n\nserbuan\n\n",
"\nserbuan\n",
"\nDilaporkan jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah di Ipoh di mana kelab tersebut menganjurkan forum kempen itu menyebabkan lima puluh hadirin dari KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd dilaporkan tergamam dengan serbuan 10 anggota penguatkuasa JAIPk.\n",
"\nPresiden KTS, Fauziah Ariffin, bagaimanapun dilapor menegaskan kempen itu tidak salah kerana menurutnya, setiap aspek kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dicontohi semua pasangan Islam.\n",
"\nTurut hadir dalam sidang media PAS Selangor hari ini ialah barisan kepimpinan PAS negeri antaranya pesuruhjaya Dr Abd Rani Osman, timbalannya Khalid Samad, setiausaha Mohd Khairuddin Othman, ketua penerangan Saari Sungib dan ketua pemuda Hasbullah Mohd Ridzwan.\n",
"\nSebelum itu, pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan kelab berkenaan menjadikan Rasulullah SAW sebagai tokoh seks.\n",
"\n\"Adakah diletakkan imej Rasulullah SAW itu, imej yang bersih, diletakkan sebagai tokoh seks. Ianya mengarut,\" katanya yang juga ADUN Meru.\n",
"\nBeliau juga berharap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memainkan peranan menangani isu ini dengan, jika ianya berlangsung di negeri itu.\n",
"\nSementara itu, Dr Abd Rani bersetuju dengan kenyataan setiausaha menteri besar Selangor Faekah Hussin yang mempertikaikan kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berhubung perlantikan exco baru kerajaan negeri itu.\n",
"\nDr Abd Rani berkata kenyataan Ibrahim itu seolah-olah mempertikaikan perkenan sultan berhubung rombakan portfolio exco kerajaan negeri itu.\n",
"\nBagaimanapun, Dr Abd Rani enggan mengulas cadangan Faekah supaya Ibrahim dilarang memasuki negeri itu.\n",
"\n\n\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/583252 | Polis siasat kes kandungan wanita hamil gugur lepas dilarang jumpa doktornya | [
"Polis melancarkan siasatan terhadap kejadian seorang wanita hamil mengalami keguguran janin kandungan selepas dia tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktornya.",
"Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata mereka menerima laporan polis daripada suami wanita itu, yang tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang melarang isterinya meninggalkan kawasan berkenaan untuk pergi ke klinik pada 6 Julai.",
"\"Hasil semakan mendapati pada 6 Julai 2021, lelaki tersebut telah memohon kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang sedang hamil. ",
"\"Lelaki tersebut dinasihatkan oleh anggota polis yang bertugas untuk merujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di kawasan PKPD tersebut dan dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.",
"\"Susulan dari laporan Polis yang dibuat oleh pengadu, siasatan yang terperinci dijalankan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak polis,\" kata Beh pada satu kenyataan hari ini.",
"Pun begitu, masih belum dapat ditentukan lagi sekiranya menangguhkan usaha mendapatkan rawatan boleh membawa keguguran terhadap wanita itu.",
"Kenyataan itu dikeluarkan selepas suami wanita berkenaan memperincikan kisah mereka di sebuah laman web In Real Life, yang menerbitkan pengakuan orang ramai.",
"Untuk rekod, pihak berkuasa mula melaksanakan PKPD di Bandar Baru Sentul pada 3 Julai, berikutan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di kawasan itu.",
"Dihantar ke klinik lain",
"Dihantar ke klinik lain",
"Dihantar ke klinik lain",
"Menurut laman web itu, suami, yang hanya dikenali sebagai Ayie, berkata isterinya mengalami pendarahan pada bulan Jun dan dia diberi ubat oleh doktornya.",
"Dia berkata doktor juga menasihati isterinya, yang berada pada fasa pertama tempoh satu pertiga kehamilan(13 hingga 14 minggu) untuk segera kembali ke klinik itu sekiranya pendarahan berlaku lagi pada masa akan datang.",
"Pada hari kejadian, isterinya dikatakan mengalami pendarahan lain sekitar tengah hari.",
"Hal ini mendorong lelaki itu memohon izin daripada polis untuk membawanya berjumpa doktor, tetapi permintaan ini telah ditolak.",
"Dia mendakwa seorang pegawai polis wanita telah melarang mereka pergi ke klinik berkenaan, berkata perkara itu bukan kes kecemasan.",
"Pegawai itu juga didakwa mengarahkan mereka menghubungi Pasukan Perubatan Bergerak yang bersiap sedia di kawasan PKPD terbabit.",
"Pasangan berkenaan didakwa perlu menunggu selama beberapa jam sebelum ambulans membawanya ke sebuah klinik kerajaan lebih dari dua jam kemudian.",
"Wanita hamil itu telah diperiksa oleh seorang doktor, yang kemudian membenarkan pasangan tersebut pulang dengan tablet Asid Folik dan menasihati mereka untuk menghubungi 999 jika si isteri tiba-tiba \"merasa banyak darah atau pendarahan keluar\".",
"\"Kami dihantar pulang dengan tablet Asid Folik dan MC (sijil cuti sakit). Tidak ada pemeriksaan ultrasound yang dilakukan di Klinik Kesihatan itu untuk memastikan keadaan bayi kami baik-baik saja.",
"\"Kami pulang ke rumah, bimbang dan bingung dengan apa yang baru saja terjadi. Kami tidak diizinkan untuk melakukan pemeriksaan bayi dan kami juga tidak diberi ubat tambahan yang telah habis,\" katanya seperti yang dilaporkan.",
"Pasangan itu hanya mengetahui bahawa isterinya keguguran beberapa hari kemudian ketika mereka dibenarkan pergi ke klinik swasta untuk pemeriksaan lanjutan. Ketika itu, pasukan polis yang lain bertugas.",
"Suami wanita itu juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenai kejadian tersebut. Jurucakap EAIC mengesahkan pihaknya telah menerima aduan berhubung kejadian itu pada 11 Julai.",
"'Birokrasi, pegawai tidak terlatih'",
"'Birokrasi, pegawai tidak terlatih'",
"'Birokrasi, pegawai tidak terlatih'",
"Ketika ditanya apakah keguguran itu berkaitan dengan polis yang tidak membenarkan ibu mendapatkan rawatan tepat pada waktunya, ketua polis daerah Sentul berkata pihaknya percaya itu bukan penyebab langsungnya.",
"\"Bukan macam itu. Dipercayai ada kaitan tetapi bukan disebabkan masalah tersebut,\" kata Beh.",
"Sementara itu, seorang pakar perubatan ketika dihubungi oleh Malaysiakini menunjukkan bahawa apa yang berlaku dalam kes tersebut campuran kekurangan latihan dan kerenah birokrasi prosedur.",
" Malaysiakini",
"Perunding sakit puan Obstetrik dan Ginekologi Dr NKS Tharmaseelan berkata tindakan anggota polis melarang pasangan itu kerana dia barisan hadapan bukan perubatan dan oleh itu tidak dilatih untuk membezakan masalah perubatan kecemasan dan bukan kecemasan.",
"\"Memiliki kelebihan pengalaman yang lalu, tidak adil bagi saya untuk memberi komen isu-isu di lapangan yang bersifat situasional.",
"\"Yang paling penting, barisan hadapan bukan perubatan harus dilatih untuk mengetahui apa itu kecemasan. Yang bertambah adalah tekanan tambahan dan bilangan (keadaan) yang harus mereka hadapi,\" katanya.",
"",
"Dia menjelaskan bahawa polis wanita itu, bagaimanapun, telah melakukan tindakan wajar dengan nombor kontak pasukan perubatan yang bertugas kepada si suami.",
"Mengenai kejadian wanita itu dibawa ke klinik kerajaan dan bukannya ke doktornya yang biasa, Tharmaseelan berkata ini berpunca oleh protokol yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, di mana ambulans tidak dibenarkan membawa pesakit ke klinik swasta.",
"Ini berlaku walaupun ambulans dibenarkan membawa pesakit dari klinik swasta ke hospital awam.",
"\"Kementerian Kesihatan perlu memperbaiki hal ini (menunda khidmat ambulans) dengan memiliki prosedur memudahkan mengenai ambulans, yang akan digunakan dalam keadaan kecemasan. ",
"\"Ini adalah keadaan kecemasan dan penundaan selama hampir empat jam itu tidak masuk akal.",
"\"Terlalu banyak kerenah birokrasi. Mengapa ambulans tidak dapat membawa pesakit ke kemudahan swasta apabila ambulans dibenarkan untuk membawa pesakit dari klinik swasta? Ia adalah paradoks.",
"\"Apa yang paling penting dalam kes ini, pesakit seharusnya dibenarkan menggunakan pengangkutan sendiri ke klinik GP sekiranya ambulans tidak dapat melakukannya,\" katanya.",
"Menurut Tharmseelan, sama ada berjumpa doktor lebih awal akan menjamin kelangsungan hidup janin wanita itu atau tidak ia masih lagi diperdebatkan.",
"Sebelum ini, wanita berkenaan juga dilapor penah mengalami keguguran.",
"\"Tetapi tentu saja, pasangan itu akan memiliki peluang yang lebih baik. ",
"\"Kes ini dengan keguguran sebelumnya adalah kes berisiko tinggi tetapi anggota polis terbabit tidak terlatih (mengendalikan keadaan perubatan sebegini),\" jelasnya lagi.",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/529612 | Peraturan PKPP diwartakan | [
"Peraturan-peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuat kuasa hari ini telah diwartakan sebagai Warta Kerajaan Persekutuan.",
"Mengikut warta berkenaan yang kini boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Peguam Negara, aktiviti yang dilarang dalam tempoh penguatkuasaan PKPP sehingga 31 Ogos ini ialah: ",
"Penganjuran acara dan pertandingan sukan.",
"Penganjuran acara dan pertandingan sukan.",
"Sukan sentuh.",
"Sukan sentuh.",
"Aktiviti taman tema air dan taman air.",
"Aktiviti taman tema air dan taman air.",
"Aktiviti kolam renang (selain aktiviti kolam renang di rumah persendirian dan di kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.",
"Aktiviti kolam renang (selain aktiviti kolam renang di rumah persendirian dan di kolam renang untuk kegunaan persendirian di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482]) kecuali untuk latihan atlet negara yang menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.",
"Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.",
"Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.",
"Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan keluarga.",
"Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli-belah dan pusat hiburan keluarga.",
"Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.",
"Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.",
"Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai.",
"Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai.",
"Aktiviti refleksologi dan urut di pusat kesihatan dan kecantikan.",
"Aktiviti refleksologi dan urut di pusat kesihatan dan kecantikan.",
"Aktiviti kapal persiaran.",
"Aktiviti kapal persiaran.",
"Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.",
"Apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.",
"Menurut warta itu, peraturan-peraturan berkenaan hendaklah terpakai bagi kawasan tempatan jangkitan yang diisytiharkan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 [PU (A) 87/2020] sebagaimana yang dilanjutkan dari semasa ke semasa.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Seperti fasa Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini, di bawah pewartaan PKPP ini, orang ramai tidak dibenarkan keluar masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, kecuali yang memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan atau yang diberikan kebenaran oleh pegawai diberi kuasa.",
"Peraturan tersebut juga melarang sebarang aktiviti perarakan, manakala perhimpunan, termasuk bagi aktiviti keagamaan di tempat-tempat ibadat adalah tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.",
"Begitu juga dalam isu pengangkutan awam, jumlah maksimum kapasiti penumpang yang boleh dibawa menaiki sama ada pengangkutan darat, laut atau udara adalah tertakhluk kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.",
"Seperti yang diumum kerajaan, di bawah peraturan ini, mana-mana warganegara, pemastautin tetap, ekspatriat, kor diplomatik, atau mana-mana orang asing yang dibenarkan Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba, sebelum diberi pelepasan imigresen.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Mereka juga hendaklah mematuhi apa-apa arahan pegawai diberi kuasa dan sekiranya mereka diarahkan menjalani kuarantin di rumah, individu tersebut harus memakai gelang tangan yang disediakan.",
"Pegawai yang diberi kuasa juga boleh meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.",
"Di bawah peraturan berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa jua cara kepada sesiapa sahaja yang melakukan, menganjurkan, mengusahakan, atau yang terlibat dalam aktiviti selain aktiviti yang dilarang, supaya mengambil langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.",
"Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan atau arahan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/473385 | PM dijangka bangkitkan isu Laut China Selatan di Beijing | [
"",
"Dr Mahathir Mohamad dijangka menegaskan pendirian berkaitan keperluan Laut China Selatan kekal bebas daripada kegiatan ketenteraan dalam pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Beijing minggu ini.",
"Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, perdana menteri akan menegaskan keperluan supaya perairan itu kekal bebas.",
"Malaysiakini",
"Mahathir akan berucap dalam dua acara pada forum Belt and Road untuk kerjasama antarabangsa bersama 40 pemimpin, termasuk 10 dari Asean.",
"Kali terakhir mesyuarat itu berlangsung pada 2017.",
"\n",
" ",
" ",
" ",
"",
"",
" ",
"",
"Selain Xi Jinping, Perdana Menteri China Li Keqiang juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Mahathir.",
"Pertikaian di Laut China Selatan dijangka antara tajuk penting akan disentuh dalam pertemuan itu.",
"Sejak mula-mula mengambil alih pentadbiran negara, Mahathir telah beberapa kali mengulangi pendirian supaya lautan itu bebas dari kapal perang.",
"Beliau tidak menyebut secara khusus pihak mana tetapi ia dipercayai merujuk kepada China dan Amerika Syarikat yang menunjukkan minat pada laluan di perairan Malaysia.",
"Mahathir juga berkata pendtabirannya berpuas hati dengan kawalan terhadap beberapa pulau dalam perairan dipertikaikan, yang kaya dengan ikan dan mungkin mempunyai hasil minyak.",
"Sementara itu, Mahathir juga dijangka mengucapkan terima kasih kepada pemimpim-pemimpin China kerana bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk mengurangkan kos Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/634225 | Tolak PH: Rakan komponen tahu pendirian PAS, kata Tuan Ibrahim | [
"PAS yakin rakan komponennya dalam Perikatan Nasional (PN) sedar pendirian parti itu yang tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU ke-15.",
"Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS telah menoktahkan pendiriannya berhubung perkara itu dan akan berunding dalam kerangka Muafakat Nasional (MN) bersama PN.",
"\"PAS dah buat keputusan takkan bekerjasama dengan PH, titik. Perundingan kita, lihat dalam kerangka MN bersama PN.",
"\"...Pendirian PAS mengenai kerjasama dengan PH telah dikeluarkan oleh setiausaha agung. Jadi saya fikir rakan komponen tahu pendirian PAS,\" katanya dalam sidang media di Alor Setar, Kedah, hari ini.",
"setiausaha agung",
"Dua hari lalu, PAS menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU ke-15 termasuk cadangan mewujudkan \"khemah besar\".",
"Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata PAS tetap berpegang kepada konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional.",
"Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin baru-baru yang membayangkan hasrat untuk bekerjasama dengan pembangkang.",
"Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, MN masih belum terkubur dan ia perlu dikekalkan demi kepentingan Islam.",
"\"MN belum dibubar ya, bagi kita, kita perlu kekalkan platform ini kerana kepentingan Islam, dan kepentingan Melayu demi masa depan negara walaupun bukan dalam konteks politik. ",
"\"Jadi platform itu kena ada, dalam pilihan raya Umno buat keputusan dalam BN, kita pun sedia, kita terpaksa lawan, kita lawanlah,\" katanya lagi.",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/375246 | 'Jangan dera penerima BR1M kerana PRU makin hampir' | [
"Tindakan kerajaan mengagihkan BR1M secara manual (baucar) dan bukan melalui sistem perbankan menerima pelbagai bidasan.",
"pelbagai bidasan",
"Terbaru, Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir mempersoalkan jika perubahan secara tiba-tiba adalah disebabkan oleh pilihan raya umum yang semakin hampir.",
"“Jika tindakan ini benar ia merupakan satu tragedi di mana kerakusan politik Umno BN yang sanggup memanipulasi rakyat miskin bagi meraih keuntungan politik mereka?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Akmal mengulas laporan bahawa ada warga emas yang terpaksa melupakan bantuan itu kerana tidak sanggup untuk mengharungi perjalanan jauh dan terpaksa berbaris panjang menunggu giliran untuk mendapatkan baucar BR1M.",
"Antara contoh, adalah Chan Gan, yang berusia 73 tahun. Wanita dari Sitiawian itu diminta ke Ipoh yang terletak kira-kira 80 kilometer dari rumahnya untuk mengumpul baucar tersebut.",
"contoh",
"Akmal mengingatkan kerajaan bahawa tujuan utama BR1M adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan bukan sebagai alat pilihan raya.",
"“Inisiatif ini adalah untuk meringankan beban sara hidup mereka namun jika berlaku kesulitan untuk mendapatkan bantuan berkenaan, ia kembali menyusahkan rakyat.",
"“Harus diingat seluruh rakyat terkesan dengan keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, kos sara hidup yang meningkat, harga minyak petrol dan diesel juga mengalami peningkatan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus,” katanya.",
"Sehubungan itu, Akmal mendesak kerajaan kembali kepada kaedah sebelum ini dengan mendebitkan BR1M ini ke dalam akaun penerima.",
"Katanya, kaedah itu dilihat lebih menyenangkan di mana penerima tidak perlu beratur panjang dan berdiri lama semata-mata untuk mendapatkan baucar."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/351539 | Pemuda AMANAH rayu Agong titah Najib letak jawatan | [
"Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, menyarankan Seri Paduka untuk menitahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung isu 1MDB.",
"Ini sementara menunggu tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadian (DOJ) Amerika untuk menyita dan merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1MDB.",
"Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan berkata, Seri Paduka boleh menitahkan Najib untuk meletak jawatan, mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan.",
"“Memandangkan perdana menteri turut terkait secara langsung dalam skandal tersebut, Ke Bawah Duli Paduka Tuanku sebagai pemerintah bagi persekutuan selaras dengan peruntukan Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan dapat menitahkan perdana menteri supaya meletakkan jawatan,” katanya dalam memorandum itu.",
"Menurutnya, Seri Paduka juga boleh melantik seorang perdana menteri sementara selaras dengan peruntukan Perkara 40 (2) (a) dan 43 sehingga pilihanraya umum yang akan datang.",
"“Kami melihat dan percaya bahawa peranan Ke Bawah Duli Paduka Tuanku tersebut adalah amat penting bagi memulihkan kembali imej negara dan mengembalikan semula keyakinan pelabur demi masa depan negara Malaysia yang gemilang.",
"“Ia juga bagi menyelamatkan maruah dan integriti negara demi masa depan negara dan rakyat jelata.",
"“Hanya Ke Bawah Duli Paduka Tuanku dan Duli-duli Tuanku Raja-raja Melayu yang menjadi payung rakyat dan kedaulatan negara mampu untuk bertindak demi menyelamatkan harta negara daripada terus diseleweng serta meletakkan semula pemerintahan yang adil dan berdemokrasi sebagai asas pentadbiran negara,” katanya.",
"Mohd Sany juga menggesa Yang di-Pertuan Agong suapaya mengarahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengkaji semula keputusan dalam kes-kes yang berkaitan dengan 1MDB.",
"“Ke Bawah Duli Paduka Tuanku dapat menitahkan untuk memanggil peguam negara dan mengarahkan supaya siasatan berkenaan skandal 1MDB kembali dijalankan berdasarkan laporan penuh DOJ tersebu selaras dengan peruntukan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan dengan kerjasama sepenuhnya daripada Polis Di-Raja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.",
"Perkara 145 (2) menyatakan peguam negara mempunyai tanggungjawab untuk menasihati Agong dan kabinet mengenai perkara-perkara berkaitan undang-undang dan boleh, dari semasa ke semasa, diberikan tugas berkaitan undang-undang oleh Baginda.",
"Apandi, Januari lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung wang RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi peribadi perdana menteri dan wang RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, yang juga berada di akaun Najib.",
"Apandi berkata wang RM2.6 bilion itu adalah sumbangan daripada keluarga diraja Saudi, tetapi beliau tidak menjelaskan mengapa beliau membersihkan Najib mengenai isu SRC International.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/341429 | MP Jelebu masuk wad lepas rebah di rumah | [
"Anggota parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan di rumahnya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, hari ini.",
"Anggota parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan di rumahnya di Kuala Klawang, Negeri Sembilan, hari ini.",
"Menurut portal berita BNBBC, Zainuddin, 57, dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke HKL petang ini.",
"BNBBC",
"\"Setakat ini (4 petang), saya difahamkan bahawa beliau masih tidak sedarkan di wad kecemasan HKL.",
"\"Doktor sedang menjalankan ujian lanjut untuk menentukan punca,\" Ketua Umno Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias dipetik sebagai berkata oleh portal itu.",
"The Star bagaimanapun memetik seorang pembantu Zainudin sebagai berkata ahli Parlimen Umno telah sedar.",
"The Star "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/490662 | ‘Najib arah saya ke UAE untuk elak isu hutang IPIC dibawa ke ICJ’ | [
"KES 1MDB NAJIB l Bekas pegawai khas kepada Najib Razak mendedahkan bahawa bekas majikannya mengarahkannya berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mubadala di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khaldoon Mubarak bagi kerja sulit untuk membincangkan hutang bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijamin International Petroleum Investment Company (IPIC) tanpa perlu di bawa ke Mahkamah Antarabangsa.",
"KES 1MDB NAJIB l",
"Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, berkata Najib memaklumkan perkara itu kepadanya ketika beliau pergi ke kediaman bekas perdana menteri berkenaan pada 2016. ",
"\"Pada tahun 2016, saya tidak ingat bulan berapa, saya telah dipanggil oleh Datuk Seri Najib ke rumahnya di Jalan Langgak Duta pada sebelah malam. Setiba di situ, saya telah berjumpa Datuk Seri Najib di sofa di ruang tamu dan beliau telah mengarahkan saya untuk berjumpa Khaldoon sebagai pemudahcara supaya Kerajaan Malaysia dan Abu Dhabi tidak membawa isu pembayaran IPIC ke Mahkamah Antarabangsa. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"\"Ini kerana dalam masa terdekat pihak Abu Dhabi mahu membawa isu 'Binding Term Sheet' (BTS) antara IPIC dan 1MDB ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa,\" katanya ketika membaca penyataan saksinya pada hari keempat perbicaraan kes Najib yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.",
"Saksi pendakwaan kelapan itu berkata Najib turut menerangkan kepadanya bahawa jika Malaysia ke Mahkamah Antarabangsa kerana gagal membayar hutang bon yang dijamin IPIC, ia akan mengeruhkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan mempunyai risiko politik kepada pilihanraya akan datang kerana pada masa tersebut cerita dana 1MDB masih lagi tidak lenyap-lenyap dan diperkatakan di seluruh dunia.",
"\"Datuk Seri Najib berkata saya perlu pergi untuk mengesahkan dengan pihak Abu Dhabi bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini tanpa ke Mahkamah Antarabangsa. Ini merupakan salah satu gerak kerja sulit oleh Datuk Seri Najib kepada saya oleh kerana pada masa itu isu hutang 1MDB terhadap IPIC sedang hangat diperkatakan,\" katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib. ",
"Amhari Efendi berkata 'Settlement Agreement' merupakan perjanjian antara kedua-dua negara berikutan timbang tara antarabangsa yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat tidak terjadi manakala 'Binding Term Sheet' (BTS) merupakan satu perjanjian yang telah wujud sebelum ini. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"\"Saya tahu bahawa BTS ini telah ditandatangani sebelum itu lagi. Apabila perjanjian BTS ini gagal dipatuhi, maka pihak IPIC ingin membawa isu ini ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa. Oleh sebab itu, Jho Low telah merancang satu lagi perjanjian iaitu 'Settlement Agreement' bagi mengelak Kerajaan Malaysia disaman ke Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa,\" katanya.",
"Saksi penting pendakwaan itu berkata beliau telah mendapat mesej Blackberry daripada Jho Low yang memaklumkan bahawa beliau perlu ke Abu Dhabi untuk berjumpa Khaldoon dan Khaldoon menjangkakan seseorang dari Malaysia akan menghubunginya. ",
"\"Jho Low kata bahawa dia akan menghantar email nota maklumat perjumpaan saya dengan Khaldoon dalam masa terdekat. Saya telah diberi alamat email Khaldoon oleh Jho Low bagi memaklumkan hajat Malaysia untuk berbincang mengenai perbicaraan Mahkamah Antarabangsa. ",
"\"Datuk Seri Najib tahu masalah tentang bayaran hutang IPIC ini dan begitu juga Jho Low. Mereka berdua terlibat secara langsung dalam memastikan saya berunding dengan Khaldoon. Sekarang ini, baru saya faham bahawa tindakan ini adalah sebagai langkah 'damage control',\" katanya.",
"Menceritakan pertemuannya dengan Khaldoon, Amhari Efendi berkata beliau telah bertolak ke Abu Dhabi seorang diri dan berjumpa Khaldoon di pejabat Mubadala. ",
"\"Saya diterima dengan baik dan saya menggunakan apa yang saya ingat dari 'talking points' yang diberi oleh Jho Low. Khaldoon memberitahu saya bahawa sebelum ini mereka telah dijanjikan 'bermacam-macam' oleh Malaysia tetapi tidak dikotakan. Mereka mahu melihat satu perjanjian baru, jika termeteri, yang betul dan bayaran berkala kepada mereka. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"\"Pada ketika itu, saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan 'bermacam-macam janji'. Sekarang ini baru saya tahu bahawa ia kemungkinan besar merujuk kepada perjanjian BTS yang telah ditandatangani terlebih dahulu tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya. Dalam pertemuan itu, hanya saya dan Khaldoon sahaja yang membincangkan hal ini di pejabatnya,\" jelas saksi itu lagi.",
"Menurut Amhari Efendi, hasil daripada pertemuan berkenaan, beliau dan Khaldoon bersetuju bahawa mereka akan menjadi pemudahcara bagi kedua-dua negara secara 'back channel' untuk tidak ke Mahkamah Antarabangsa sekiranya perjanjian dapat dipersetujui dan Malaysia membuat bayaran yang paling dekat (next payment). ",
" ",
"\"Ini adalah tugas khas sulit yang saya buat sendiri atas arahan Datuk Seri Najib dan Jho Low. Perbincangan perjanjian untuk keluar daripada timbang tara ini diuruskan seterusnya oleh 1MDB dengan IPIC serta peguam-peguam mereka. Saya ada terima status daripada kedua-dua belah pihak namun Jho Low akan sentiasa memberi rumusan dan cadangan penyelesaian kedua-dua belah pihak secara keseluruhannya. ",
"\"Saya juga dihubungi Khaldoon dan peguam utama IPIC iaitu Martin Edelman yang saya panggil sebagai Marty dari semasa ke semasa untuk menjelaskan lagi kedudukan mereka.",
"“Perjanjian itu yang sepatutnya ditandatangani sebelum penghujung 2016 akhirnya gagal dicapai kerana kedua-dua negara tidak dapat bersetuju ke atas beberapa klausa dan pada tempoh akhir perjanjian itu perlu ditandatangani, Datuk Seri Najib telah menelefon saya beberapa beberapa kali untuk meminta saya merumuskan perbincangan terkini antara kedua-dua belah pihak,\" katanya.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Bagaimanapun, Amhari Efendi berkata sekitar April 2017 beliau telah menerima satu email dan juga panggilan telefon daripada Marty Edelman yang memaklumkan bahawa rundingan sedang berjalan. ",
"\"lni mengejutkan saya kerana saya beranggapan rundingan yang dijalankan sebelum ini telah gagal dan dihentikan seperti yang diberitahu oleh Khaldoon. Saya berpendapat sudah pasti ada indvidu-individu lain (saluran baru) yang membantu meneruskan rundingan ini termasuk Jho Low. ",
"\"Saya kemudiannya dihubungi oleh Arul Kanda Kandasamy yang ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dan diberi status terkini rundingan berkenaan. Selepas saya mengetahui mengenai rundingan itu, Jho Low telah mengarahkan saya untuk memudahcara rundingan tersebut dengan persetujuan Datuk Seri Najib. Akhirnya, IPIC dan 1MDB berjaya menandatangani perjanjian 'Settlement Agreement' pada pertengahan 2017,\" katanya.",
"Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.",
"Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.",
"Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/607352 | Pemuda Amanah sedia gerakkan 1,000 ahli sertai demo #TangkapAzamBaki | [
"Pemuda Amanah akan menggerakkan lebih 1,000 ahlinya untuk menyertai demonstrasi pada Sabtu ini bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.",
"Mereka juga akan menyediakan sekitar 10 hingga 20 peguam pada hari demonstrasi sebagai pemerhati.",
"“Pemuda Amanah dan peguamnya menyokong penuh demonstrasi aman #TangkapAzamBaki yang akan diadakan Sabtu ini (22 Jan 2022) di Sogo, anjuran sekumpulan belia.",
"“Kami bukan sahaja menyatakan komitmen untuk menggerakkan seramai mungkin anggota Pemuda Amanah ke Sogo tetapi kami juga akan komited untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10 peguam pada hari tersebut.",
"“Peguam-peguam ini akan menjadi pemerhati dan untuk memastikan tiada sebarang tindakan yang melanggar undang-undang serta demonstrasi aman ini dapat dijalankan dengan teratur, aman dan mengikut SOP yang ditetapkan,” peguam Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda pada sidang media di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur hari ini.",
"Turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Ketua Pemuda Amanah Zubair Rahim, pengarah mobilisasinya Abbas Azmi, serta Pengarah Biro Ekonomi Ammar Atan.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Katanya, Amanah juga mengambil maklum bahawa tindakan intimidasi telah pun dimulakan terhadap kumpulan penganjur #TangkapAzamBaki apabila aktivis Adam Adli telah pun dipanggil untuk siasatan oleh pihak Polis pada hari Khamis ini.",
"Justeru, katanya peguam Pemuda Amanah menawarkan khidmat guaman secara probono kepada mana-mana anak muda tidak kira penganjur mahupun mereka yang hanya menyebarkan apa-apa poster berkenaan #TangkapAzamBaki.",
"Mereka juga mendesak supaya tindakan intimidasi seperti ini dihentikan segera. ",
"Semalam polis berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, pada Sabtu ini.",
"Polis juga memberi amaran bahawa mengadakan perhimpunan akan melanggar SOP semasa untuk membendung wabak Covid-19.",
"",
"Mengulas lanjut, Fadhli Umar menegaskan hari ini bahawa hak kebebasan untuk berhimpun termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.",
"",
"Justeru, dia menggesa golongan belia supaya tidak gentar dan hadir beramai-ramai pada perhimpunan Sabtu ini.",
"Beberapa hari lalu, sebuah poster yang menyeru rakyat untuk menyertai protes itu mula tular di media sosial.",
"Identiti penganjurnya masih tidak jelas, tetapi poster itu telah dikongsi oleh ramai termasuk beberapa ahli politik.",
"Walaupun lokasi demonstrasi pada mulanya dirahsiakan, ia kemudiannya didedahkan bahawa perhimpunan akan diadakan di Sogo di Kuala Lumpur.",
"",
"",
"",
"",
"",
"Azam mencuri tumpuan baru-baru ini susulan dakwaan mengenai mengenai pemilikan saham dalam dua syarikat pada 2015 yang melebihi had yang dibenarkan.",
"Menurut laporan tahunan 2015 Excel Force Bhd, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat itu pada 21 Mac 2016. Ketika itu, dia adalah ketua bahagian siasatan SPRM.",
"Bagaimanapun, pada sidang media pada 5 Januari lalu, Azam berkata dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana saham itu dibeli oleh adiknya yang hanya menggunakan namanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/356899 | Malaysia Dragons akhiri Piala Merlion di tempat keenam | [
"Perjalanan kali ini di Piala Merlion berakhir dengan suatu pengajaran buat Westports Malaysia Dragons.",
"Walaupun kalah dalam ketiga-tiga perlawanan dalam kejohanan ini, Dragons harus berbangga kerana mampu memberi saingan kepada pasukan lain yang telah bersama berbulan-bulan, malah ada yang telah berlatih sejak lima tahun lalu.",
"Malaysia Dragons kecundang dalam persaingan tempat kelima kepada pasukan dari Taiwan, Kinmen Kaoliang Liquor sebanyak 8 mata, 84-76.",
"Satu-satunya pemain import Dragons, Joel Dwyane Wright menyumbang 28 mata dan 7 rebound, manakala Wong Yi Hou pula mendapat 20 mata.",
"Melvin Marcus dari Kinmen Kaolin Liqour mendapat 25 mata dan 17 rebounds manakala Chien Wei-Ju menyumbangkan 23 mata dan 3 rebound.",
"Ketua jurulatih Dragons, Christopher Thomas yang baru bersama dengan pasukan Malaysia selama enam hari, menyifatkan kejohanan kali ini di Singapura sangat berjaya.",
"\"Saya tahu bunyinya terlalu optimistik dan lain daripada komen kebanyakan orang, tetapi saya hanya bersama pasukan ini selama enam hari.",
"\"Ini merupakan peluang yang baik untuk Dragons mempelajari kelebihan dan kelemahan mereka dalam pertandingan berbanding dengan latihan di gelanggang sahaja,\" kata Thomas.",
"Walaupun berdepan pasukan yang lebih bersedia, Thomas merasakan pasukan Dragons yang belum lagi menyesuaikan diri antara satu sama lain, memberi sedaya upaya dalam memberi saingan kepada lawan.",
"Dalam suku pertama, Kinmen bermula dengan serangan bertubi-tubi tetapi benteng pertahanan Dragons mempu bertahan.",
"Wong Yi Hou pula mengembalikan serangan dengan 6 mata untuk akhiri suku pertama dengan Kinmen mengatasi Dragons sebanyak 7 mata, 22-15.",
"Dragons masih belum lagi dapat menyaingi jaringan mata dengan Kinmen, dan strategi pihak lawan untuk mengehadkan Kuek pula mengurangkan peluang Dragons mengutip mata. Dragons masih ketinggalan pada akhir suku kedua, 43-32.",
"Kinmen mendominasi ritma permainan dalam separuh masa kedua dengan perbezaan sebanyak 18 mata, 70-52 dalam suku keempat tetapi Dragons kembali mengurangkan jurang mata dalam minit-minit terakhir.",
"Joel Dwyane Wright menjaringkan mata terakhir dengan 'dunk' dan mengakhiri perlawanan dengan 84-76.",
"Kinmen Kaoliang Liquor menduduki tempat kelima manakala Westports Malaysia Dragons menduduki tempat keenam."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/363966 | Rohingya: Mufti Perlis sedih negara Islam membisu | [
"Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dan amat sedih apabila negara-negara Islam membisu tentang keganasan dilakukan terhadap umat Islam di Arakan, Myanmar.",
"Katanya, keadaan di negara itu semakin teruk apabila golongan wanita dan gadis dirogol sementara lelaki dan kanak-kanak dibunuh setiap hari tanpa mengenal perikemanusiaan.",
"Beliau turut mempersoalkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terhadap isu kesengsaraan yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar termasuk kuasa-kuasa besar lain yang sering melaungkan keamanan sejagat.",
"\"Umat Islam di negara itu cuba dihapuskan secara kejam iaitu dibunuh dan kediaman mereka dibakar setiap hari,\" katanya semasa menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Alwi di Kangar malam tadi.",
"Beliau berkata jika orang bukan Islam dianiaya sedemikian, masyarakat di seluruh dunia termasuk umat Islam pasti membantah, inikan pula apabila sesama Islam yang menjadi mangsa.",
"Jika ada laungan simpati terhadap kekejaman itu yang kedengaran ketika ini, ia hanya di peringkat badan-badan bukan kerajaan (NGO) sahaja.",
"Sehubungan itu, Mohd Asri berkata pihaknya telah mengedar surat kepada semua masjid di negeri ini meminta diadakan qunut nazilah setiap kali selepas solat fardu memohon diselamatkan umat Islam di Myanmar daripada kekejaman tentera di negara tersebut.\n\n- Bernama",
"",
"",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/346416 | Lebih ramai akan sisih teksi jika serang Uber, Grabcar - SPAD | [
"Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menasihatkan supaya pemandu teksi tidak mengambil tindakan sendiri dan mengikut perasaan.",
"Malah, menurutnya, sekiranya pemandu teksi berterusan mengambil tindakan sendiri, ia akan menyebabkan orang ramai memilih untuk menggunakan perkhidmatan kereta Uber berbanding teksi.",
"\"Kira kena fikir sebelum ambil tindakan. Jangan bertindak ikut perasaan. Lagi kita mogok lagi orang nak guna Uber, Grabcar. Sebab ia hanya perlu menggunakan aplikasi sahaja.",
"\"Saya harap kita jangan guna emosi dan ambil tindakan bertentangan dengan undang-undang,\" katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Bukit Kiara, hari ini.",
"Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan mengenai dakwaan kejadian pemandu teksi menyerang pemandu Uber di KL Sentral yang turut melibatkan pelancong asing pada Isnin lalu.",
"Bagaimanapun, pihak polis menafikan kejadian tersebut.",
"Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pemandu teksi agar menjaga nama baik mereka serta tidak menjejaskan nama baik negara.",
"\"Orang akan takut untuk naik. Bila saya dengar melibatkan pelancong asing, saya takut. Amat mustahak sekali kita tidak menjejaskan imej nama baik negara kita terhadap pelancong.",
"\"Paling penting, Malaysia terkenal dengan kemesraan kita, adab kita. Jangan ambil tindakan undang-undang di tangan kita sendiri dan lakukan perkara bertentangan,\" katanya lagi.",
"Sementara itu, ketika berucap semasa majlis berbuka puasa tersebut, bekas menteri kabinet itu menyarankan supaya tidak merungut dan bersyukur dengan keadaan negara kini.",
"Katanya, berbanding negara-negara lain, Malaysia sebuah negara yang terbaik dalam struktur penduduknya yang majmuk.",
"Malah, jelasnya, kerajaan yang ada bukan dipimpin oleh malaikat sebaliknya oleh manusia biasa.",
"\"Kita perlu bersyukur negara ini penduduknya majmuk. Jadi jangan merungut terlalu banyak mengenai negara kita. Ini negara terbaik yang kita boleh tinggal.",
"\"Saya rasa anda semua perlu bersyukur. (Negara) ini bukan sempurna. Ini bukan kerajaan dipimpin malaikat tetapi manusia.",
"\"Ia kesilapan manusia. Jadi, terima seadanya,\" katanya lagi."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/534428 | Guru maut terjatuh dari bangunan semasa buat persediaan sekolah | [
"Seorang guru lelaki berusia 54 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Kebangsaan Batu Gajah dekat Tanah Merah, Kelantan ketika sedang memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan untuk menerima kemasukan pelajar esok.",
"Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusuf berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari semasa guru yang sedang memijak kerusi plastik itu tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh dari balkoni.",
"Guru terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala kerana terkena bucu longkang.",
"Zainuddin berkata siasatan awal mendapati guru yang hampir 17 tahun mengajar matematik di sekolah berkenaan terjatuh pada ketinggian tiga meter.",
"\"Ketika kejadian, terdapat dua guru lain yang hanya mampu melihat kejadian tetapi tidak sempat memberi pertolongan kerana kejadian berlaku dengan pantas,\" katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah.",
"Zainuddin berkata lelaki itu meninggalkan seorang balu yang juga seorang guru di sebuah sekolah lain di Tanah Merah. Pasangan terbabit memiliki lima orang anak.",
"- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/246252 | Kebaya Perlis terbesar masuk rekod M'sia | [
"\nKolej Komuniti Arau mencatat sejarahnya tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan baju kebaya Perlis terbesar.\n",
"\nKebaya itu yang dipersembah dalam 'Program Kebaya Fest Road to Milan' bersaiz 8.5 kali ganda saiz 'M', menggunakan 341 meter kain dan disiapkan oleh pelajar dan pensyarah kolej dalam tempoh 15 hari.\n",
"\nPengiktirafan itu disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records Zulhairi Md Zin di Kangar malam tadi.\n",
"\nProgram yang julung kali diadakan itu disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.\n",
"\nSebanyak 124 pasang kebaya diperaga dalam program yang disertai oleh 15 kolej komuniti yang menawarkan pengajian fesyen dari seluruh negara itu.\n",
"\nSementara itu Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Amir Md Noor dalam ucapannya berkata program berkenaan bukti kualiti kursus yang ditawarkan oleh kolej komuniti.\n",
"\nRaja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat ke majlis. Hadir sama isteri menteri besar Perlis, Nor Aswana Omar.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/506252 | 25 kedai kena kompaun kerana gagal pamer papan tanda jawi | [
"Sebanyak 25 pemilik premis perniagaan di daerah ini masing-masing dikompaun RM250 kerana gagal mempamerkan tulisan Jawi pada papan perniagaan mereka. ",
"Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Norkamawati Kamal berkata kompaun itu melibatkan premis di sekitar bandar dan kawasan perindustrian Batu 3 serta Padang Lalang di Kuantan.",
"\"Tindakan kompaun dibuat selepas arahan memasang papan tanda tulisan jawi mula berkuat kuasa pada 1 Jan lepas dan tindakan itu diharap memberi kesedaran kepada pemilik premis untuk mematuhi arahan yang diberikan. ",
"\"Malah, tempoh masa yang sewajarnya sudah diberi kepada pemilik premis untuk menambah tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka iaitu selama setahun,\" katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.",
"Norkamawati berkata antara alasan yang sering diterima berhubung kegagalan mematuhi arahan itu adalah tempoh yang diberikan terlalu singkat selain belum menerima tulisan jawi yang sudah ditempah.",
"Premis perniagaan yang dikompaun pada hari ini juga diberikan tempoh selama tiga bulan untuk mempamerkan tulisan jawi pada papan perniagaan mereka atau berdepan tindakan yang lebih tegas, katanya.",
"\"MPK memohon semua pemilik premis perniagaan untuk bekerjasama dengan mematuhi arahan itu. Jika mereka masih gagal memasang tulisan jawi, mereka bukan hanya boleh dikenakan kompaun, tetapi lesen perniagaan juga boleh dibatalkan,\" katanya.",
"Arahan memasang papan tanda bertulisan Jawi pada premis perniagaan di Pahang berkuat kuasa pada 1 Jan lepas, selepas tempoh persediaan yang pada awalnya dijadualkan tamat pada Jun 2019 dilanjutkan sehingga 31 Dis tahun lepas.",
"Arahan itu juga selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang supaya penggunaan tulisan jawi diperkasakan di negeri ini.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/513481 | 'Kembali ke KKM? Risiko juga tinggi untuk saya' | [
"Beberapa pihak, termasuk daripada kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Dr Dzulkefly Ahmad kembali memegang jawatan menteri kesihatan.",
"Ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, pemimpin Amanah itu enggan memberi respons lanjut.",
"",
"\"Saya mahu menunggu surat rasmi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang maklum balas.",
"\"Saya perlu melihat terma dan syarat terlebih dahulu, sama ada ia benar-benar 'khidmat negara'.",
"\"Risiko juga tinggi untuk saya,\" katanya kepada Malaysiakini dalam mesej WhatsApp hari ini, dipercayai merujuk bahawa partinya, Amanah merupakan parti komponen PH, yang ditumbangkan baru-baru ini. ",
"Malaysiakini ",
"",
"Dzulkefly, yang merupakan pengarah strategi Amanah, berkata demikian selepas ditanya mengenai cadangan agar beliau kembali ke kabinet, terutamanya dengan wabak Covid-19 yang berterusan.",
"Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa setakat ini cadangan itu hanyalah khabar angin dan dia tidak pernah mendengar cadangan rasmi.",
"Malaysia kini tidak mempunyai menteri, termasuk di Kementerian Kesihatan krisis kemelut politik minggu lalu menyaksikan pembentukan kerajaan baru di bawah Perikatan Nasional.",
"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin belum lagi menubuhkan kabinet barunya.",
"Prestasi Dzulkefly sebagai menteri kesihatan sebelum ini mendapat pujian, terutama dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini.",
"Malaysia kini berdepan gelombang kedua penyebaran Covid-19 selepas jumlah kes yang disahkan di negara ini baru-baru ini melonjak kepada 55 kes.",
"Bekas senator Umno, Khairul Azman Harun, berkata bahawa prestasi Dzulkefly mungkin lebih baik berbanding menteri sebelumnya di Kementerian Kesihatan sekiranya beliau berkhidmat lebih lama.",
"Khairul kemudian menyatakan harapannya agar Muhyiddin melantik semula Dzulkefly memegang jawatan itu.",
"Setiausaha Agung Umno Annuar Musa pula mencadangkan agar Dzulkefly diberi peluang untuk bersama pasukan kementerian untuk menangani Covid-19.",
"",
"\"Rasanya tidak salah Dzulkefly, sebagai seorang wakil rakyat diberi peluang untuk terus bersama team pengurusan kawalan Covid-19..kepentingan awam perlu di dahulukan dari kepentingan kelompok politik. Saya secara peribadi cadangkan Dzulkefly terus bersama membantu,\" katanya dalam kenyataan di Twitter.",
"Sebelum ini, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng juga menggesa Muhyiddin untuk melantik semula Dzulkefly sebagai menteri kesihatan.",
"Ahli Parlimen PKR itu menyifatkan bahawa Dzulkefly, yang memegang PhD dalam toksikologi, memainkan peranan penting dalam menyediakan kepimpinan yang sangat diperlukan dalam respons awal terhadap wabak Covid-19."
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/332568 | Mad Max 'berdosa' di padang pasir tertua dunia? | [
"\nSelepas tiba-tiba berlaku hujan luar biasa di kawasan padang pasir Australia penerbit filem\n\nMad Max: Fury Road\n\nterpaksa memindahkan lokasi penggambaran ke Namibia.\n",
"\nMad Max: Fury Road\n",
"\nUntuk menjayakan filem itu mereka memerlukan landskap gersang dan kering kontang.\n",
"\nHujan menukar kawasan padang pasir di Australia sebaliknya menjadikan kawasan berkenaan 'hijau'.\n",
"\nJusteru Taman Negara Dorob berhampiran bandar Swakopmund dipilih sebagai lokasi gantian filem dengan latar zaman serba kacau itu.\n",
"\nNamun hakikatnya kawasan kontang itu mempunyai ekosistem yang rapuh.\n",
"\nPenggambaran\n\nMad Max: Fury Road\n\n- kata penduduk tempatan dan pencinta alam sekitar - telah merosakkan persekitaran semula jadi kawasan berkenaan.\n",
"\nMad Max: Fury Road\n",
"\nAntara yang dikhuatiri terjejas atau terancam ialah sejumlah reptilia kecil dan pokok kaktus langka yang hidup di kawasan berkenaan.\n",
"\nMax Max: Fury Road mencatat kejayaan besar pada anugerah Oscar ke-88 minggu lalu.\n",
"\nTanpa banyak publisiti diberikan filem arahan George Miller itu dicalonkan untuk 10 kategori dan memenangi enam daripadanya iaitu suntingan terbaik, reka bentuk produksi terbaik, rekaan kostum terbaik, mekap dan gaya rambut terbaik, adunan bunyi terbaik dan suntingan bunyi terbaik.\n",
"\n\nKebanyakan penggambaran filem berkenaan - pada 2012 - dijalankan di Taman Negara Dorob yang pernah menjadi petempatan masyarakat Jerman di Namibia suatu ketika dulu.\n",
"",
"\nMedia tempatan pernah melaporkan rungutan pemandu pelancong bahawa kru filem berkenaan menjalankan penggambaran di kawasan sensitif membabitkan rangkaian gumuk (bukit pasir).\n",
"\nMereka juga didakwa meninggalkan kesan tayar di kawasan yang sebelumnya tidak pernah terusik.\n",
"\nKawasan itu adalah sebahagian daripada Padang Pasir Namib yang dianggap tertua di dunia dengan anggaran kewujudannya bermula antara 50 hingga 80 juta tahun silam.\n",
"\nIa terbentang dari utara Afrika Selatan hingga ke Angola.\n",
"\nDi lokasi paling gersang, ia hanya menerima kurang daripada 1.3 sentimeter hujan setahun, mendorong hidupan di situ bergantung kepada kabus yang dibawa angin dari Lautan Atlantik.\n",
"\nJika sesuatu kesan ditinggalkan - misalnya tayar kenderaan - ia boleh mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lenyap.\n",
"\nPemandu pelancong Tommy Collard berkata apa yang lebih memburukkan keadaan ialah kru penggambaran\n\nMad Max: Fury Road\n\nmenggunakan jaring untuk menghapuskan kesan tayar kenderaan masing-masing.\n",
"\nMad Max: Fury Road\n",
"\n\"Ia hanya memburukkan keadaan kerana jaring itu akan mencabut tumbuh-tumbuhan yang ada,\" katanya kepada AFP.\n",
"\nBagaimanapun di pihak kerajaan mereka tidak merungut apa-apa pun.\n",
"\nSuruhanjaya Perfileman Namibia malah menerbitkan iklan satu muka surat dalam akhbar tempatan untuk 'membersihkan' kesalahan kru filem berkenaan.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/392417 | Skuad bola jaring negara ke separuh akhir | [
"Skuad bola jaring negara gah menempatkan diri ke separuh akhir apabila dengan mudah menewaskan Filipina di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.",
"Kemenangan bergaya 96-11, skuad negara bimbingan jurulatih dari Australia, Tracey Robinson itu menyaksikan mereka bakal membuat perhitungan di pentas separuh akhir esok.",
"Pada minit pertama permainan, penjaring berbisa gandingan Norashikin Kamal Zaman dan L Karishma dengan gaya bersahaja mendapatkan gol awal melalui beberapa gerakan menembusi benteng pasukan lawan.",
"Dalam suku kedua perlawanan, skuad negara yang dibarisi pemain tinggi lampai terus menampilkan aksi bertenaga dengan mengekalkan rentak permainan, sekali gus menamatkan permainan babak kedua dengan menambah 24 mata tambahan berbanding dua mata oleh Filipina.",
"Seolah-olah mula mendapat rentak selepas itu, Malaysia terus menggandakan asakan dan hasilnya mereka memperoleh 25 mata tambahan pada suku ketiga manakala Filipina sekadar menambah tiga mata tambahan.",
"Malaysia terus menyerang untuk memburu mata tambahan pada suku terakhir permainan apabila jauh meninggalkan pasukan lawan sejak suku pertama permainan.",
"Akhirnya, skuad negara yang juga pemegang pingat perak edisi 2015, melengkapkan kemenangan bergaya selepas tamat suku terakhir.",
"\"Saya sangat gembira dengan kombinasi mereka (Norashikin dan Karishma) hari ini. Mereka bermain dengan hebat sekali.",
"“Saya sangat bangga dan gembira mengemudi pasukan ini. Saya mahu yang terbaik untuk mereka,” kata Robinson kepada pemberita selepas perlawanan itu.",
"Sementara itu, pemain posisi tengah, Nur Fariha Abdul Razak memuji semangat rakan sepasukan dan berharap dapat merealisasikan hasrat menggenggam emas negara untuk acara itu.",
"\"Setiap kali perlawanan kami pastikan aksi terbaik namun dalam masa sama, kami sesekali tidak memandang rendah kemampuan pihak lawan,\" katanya.",
"Empat pasukan teratas akan mara ke peringkat separuh akhir esok.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/637660 | Bapa rogol, seks luar tabii, cabul anak tak dibenarkan ikat jamin | [
"Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak perempuannya, dua minggu lepas.",
"Pemandu lori berusia 55 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.",
"Tertuduh didakwa merogol anak kandungnya berusia 23 tahun 10 bulan di tempat duduk belakang sebuah lori di Jalan Sungai Besi di Kuala Lumpur antara 2.30 petang sehingga 3.30 petang pada 18 Sept lepas.",
"Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.",
"Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan persetubuhan aturan tabii serta mencabul kehormatan mangsa pada tempat, masa dan tarikh sama.",
"Bagi kesalahan persetubuhan aturan tabii, dia dituduh mengikut Seksyen 377C KK yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan manakala untuk kesalahan mencabul, pendakwaan mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan bersalah.",
"Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed (rpt:Muhmmed) Ayub tidak menawarkan jaminan atas alasan mangsa dikatakan tinggal bersama isteri kedua tertuduh (bukan ibu mangsa), namun jika jaminan diberikan ada risiko tertuduh akan mendekati anaknya kerana mereka tinggal di Kuala Lumpur. ",
"“Dalam pertuduhan hari ini, ada kesalahan merogol anak kandung dan untuk keselamatan mangsa, jaminan tidak ditawarkan,” katanya.",
"Peguam Mona Anak Leonard Lubon yang mewakili tertuduh memohon jaminan diberikan kepada anak guamnya kerana tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri selain memberi kerjasama dengan pihak polis sejak ditahan Sabtu lepas. ",
"“Anak guam saya berjanji tidak akan mengganggu anak kandungnya itu dan dia juga setuju jika ada syarat lain dikenakan seperti melaporkan diri di balai polis setiap bulan,” kata peguam.",
"Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Okt ini untuk sebutan kes.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/342911 | Sg Besar: Bolehkah PAS dapat undi Cina, tanya PERKASA | [
"Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menjangkakan pertemuan antara PKR dan BN di pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dilihat lebih sengit dan menarik jika dibandingkan dengan parti politik pembangkang yang lain.",
"Kata beliau, sekiranya kerusi itu ditandingi PAS, beliau khuatir sekiranya undi masyarakat Cina di Sekinchan tidak memihak kepada parti Islam itu.",
"“Ia pertandingan yang bagus kalau PKR lawan BN. Masa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), PAS masih bersama Pakatan Rakyat, PAS meletakkan calon PAS waktu itu dan pengundi-pengundi Cina yang tinggal di Sekinchan mengundi PAS.",
"\"Tapi dalam pilihan raya kecil sekarang, adakah pengundi-pengunci Cina akan undi PAS.",
"“Saya percaya kalau PAS bertanding, PAS tak dapat undi Cina. PAS juga tak dapat sokongan ahli PAS yang sokong AMANAH.",
"“Ada ahli PAS yang tolak pimpinan ulama, PAS akan hilang dua punca undi. Jadi bukan sahaja penting untuk satu lawan satu tetapi mesti parti yang betul,” kata bekas ahli parlimen Pasir Mas itu.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat PERKASA di Kuala Lumpur, petang ini.",
" Bagaimanapun, pendapatnya berbeza pula di PRK Parlimen Kuala Kangsar apabila beliau melihat PAS lebih sesuai meletakkan calon mereka di situ.",
"“Kalau di Kuala Kangsar kalau satu lawan satu PAS dengan BN dan parti-parti lain tak masuk ia akan jadi sangat menarik dan rakyat pun boleh buat pilihan yang terbaik,” katanya.",
"Bagaimanapun Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang masing-masing mahu meletakkan calon, ia hanya akan memberikan kelebihan kepada BN.",
"“Kalau pembangkang semua nak bertanding ia akan beri kelebihan kepada BN.",
"“Ingat tak kita bagaimana keputusan di PRK Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding (satu lawan satu) walaupun by election tapi PKR menang besar,” katanya.",
"by election "
] |
https://www.malaysiakini.com/news/624448 | Kerajaan stabil, tak perlu desak bubar parlimen - Annuar Musa | [
"Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.",
"Justeru, beliau berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.",
"\"Soal pembubaran ini kalau kita tengok pilihan raya umum sebelum ini pun bukan berdasarkan desakan. Kabinet kena buat keputusan kalau rasa dapat mandat serta rasa dah cukup masa nak bubar, Kabinet serta Perdana Menteri cuma boleh menasihatkan namun Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mutlak.",
"\"Setakat ini, Yang di-Pertuan Agong titah kita (kerajaan) suruh kerja, Yang di-Pertuan Agong tidak titah kita (kerajaan) suruh ‘politiking’ malah Yang di-Pertuan Agong sebut kurangkan ‘politiking.’ Kerajaan ini akan junjung titah Yang di-Pertuan Agong,\" katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga Jabatan Penerangan Kelantan hari ini.",
"Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika ini mahu terus memberi tumpuan melaksanakan banyak agenda kepada rakyat.",
"\"Tetapi cuba digambarkan kerajaan ini tidak stabil, kerajaan ini perlu dibubarkan, adakan pilihan raya umum dan sebagainya sedangkan ini dua dunia berbeza, ini adalah sebuah kerajaan yang cukup stabil.",
"“Jangan lupa kerajaan ini turut ditadbir berasaskan memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan dan pembangkang, MoU tentang kestabilan dan transformasi,\" katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/248051 | BBC sokong MB dalam kenaikan gaji | [
"\nWalaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan di kalangan anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, BBC malam tadi mengesahkan yang ia menyokong cadangan kenaikan gaji wakil rakyat yang diusulkan menteri besar Selangor.\n",
"\nPengerusi BBC, Azmin Ali yang menentang kenaikan gaji daripada RM6,000 kepada RM11,250 itu bagaimanapun tidak hadir sewaktu ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat di antara BBC dan Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi.\n",
"\n\nTimbalan Pengerusi BBC, Dr Abdul Rani Osman berkata Abdul Khalid\n",
"",
"\nmemaklumkan kenaikan itu tetap akan diteruskan walaupun dikritik.\n",
"\nMenurutnya, anggota dewan undangan negeri yang hadir semalam menyokong perkara itu.\n",
"\n\"Tiada masalah (dengan kenaikan gaji), kita terima. Naik gaji ini kita tahu dari sumber yang halal.\n",
"\n\"Kita bukan nak ambil dari sumber tak betul atau rasuah.\n",
"\n\"Dari segi Islam kita dalam Islam tak pernah dihalang jadi jutawan pun asalkan dapat dengan cara yang betul,\" kata Dr Rani yang merupakan ADUN Meru. \n",
"\nMenurutnya, sebahagian besar daripada gaji ADUN akan kembali kepada orang ramai juga kerana mereka membelanjakannya untuk berkhidmat kepada orang ramai.\n",
"\nMenurutnya lagi, Abdul Khalid akan mengeluarkan satu kenyataan Selasa depan untuk menjawab kritikan terhadap kenaikan itu.\n",
"\nJelasnya lagi, ketiadaan Azmin adalah kerana Azmin menghadiri satu program di Lumut, Perak malam tadi.\n",
"\nSementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata kenaikan itu dipandang serong sebelum ini kerana kenyataan daripada anggota BBC sendiri.\n",
"\n\"Ada segelintir yang cuba jadi hero sehingga semuanya berserabut.\n",
"\n\"Hakikatnya, kenaikan gaji ini menerima sokongan dwipartisan termasuklah dari pembangkang dari BN,\" katanya.\n",
"\nJelasnya, BBC juga sudah bersetuju untuk tidak mengeluarkan kenyataan peribadi kepada orang ramai berkenaan kenaikan itu.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/434835 | Najib, BN tak tolong Melayu, kalau ada cuma Ali Baba, kata DPMM | [
"Pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib tidak membantu orang Melayu dan jika adapun ia dalam bentuk Ali Baba, jelas Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Fauzi Hassan.",
"Fauzi memberikan contoh pemberian projek-projek balak sebelum ini.",
"“Tanya menteri-menteri besar Umno dan PAS, berapa banyak projek balak diberi kepada Melayu?",
"“Yang memberi balak ini adalah kuasa menteri besar, selama 60 tahun mereka memerintah di Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain berapa banyak pembalak Melayu? Kalau ada pun (cara) Ali Baba sahaja,” katanya menjawab soalan mengenai nasib Melayu tertindas di bawah kerajaan HARAPAN seperti yang didakwa sesetengah pemimpin Umno.",
"Mengulas lanjut isu perniagaan Ali Baba ini, Fauzi juga mendakwa pemimpin Umno sebelum ini bijak dalam memperdayakan orang Melayu untuk dipergunakan sebagai proksi pihak yang membuat keuntungan sebenar.",
"“Ini cara pemimpin Umno. HARAPAN baru pimpin 65 hari dah dipertikai, kenapa mereka yang pimpin 60 tahun tak dipertikai?\" Soal Fauzi.",
"Siapa dapat tanah di Johor?",
"Siapa dapat tanah di Johor?",
"Siapa dapat tanah di Johor?",
"Bekas Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas juga bersetuju bahawa dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menindas Melayu adalah tidak benar.",
"Sebaliknya, beliau mendakwa pihak yang menindas kaum Melayu adalah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.",
"“Yang menindas adalah Datuk Seri Najib dan kumpulan menterinya.",
"“Di Johor, siapa yang dapat tanah? Projek pasang papan tanda, siapa dapat? Seorang Melayu pun tak dapat dan jangan haraplah, kena marah pula lagi ada.",
"“Ahli saya, orang Melayu datang ke majlis perbandaran kena marah, bukan kata nak beri tender kena galah pula lagi. Siapa yang dapat?\" Tanya beliau dalam sidang media di Ampang, Selangor, hari ini.",
"",
"",
"Bahkan, Syed Ali (gambar, atas) berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti mereka yang mendapat tender kerajaan.",
"gambar, atas",
"“Kita juga akan senaraikan nama-nama peniaga yang dapat dan malukan mereka, siapa pun mereka dan dari atas hingga akar umbi kita akan namakan mereka,” katanya.",
"Sebelum ini, Najib yang juga bekas perdana menteri mendakwa Melayu menjadi mangsa penindasan kerajaan baru Pakatan Harapan.",
"Malah, Najib yang juga bekas presiden Umno menyifatkan, orang Melayu kini menjadi terbangsat di negara sendiri, sejak parti itu kehilangan kuasa pada pilihan raya umum ke 14 lalu.",
"Dalam perkembangan lain, Syed Ali yang juga pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM (YKPD) memaklumkan Kongres Ekonomi Bumiputera kali ketujuh akan diadakan pada 25 Ogos ini yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.",
"Pelancaran Tabung Untuk Negara Malaysia",
"Pelancaran Tabung Untuk Negara Malaysia",
"Pelancaran Tabung Untuk Negara Malaysia",
"Malah, Syed Ali juga berkata YDKP juga akan mengadakan satu majlis makan malam perdana pada 2 September ini bagi meraikan kemenangan Tun Mahathir dalam PRU14.",
"Kata Syed Ali, pada majlis makan malam itu juga YDKP akan melancarkan Tabung Untuk Negara Malaysia atau TUNM.",
"Menurut Syed Ali, setakat ini pihaknya telah mengumpulkan sejumlah RM500,000 dalam tabung tersebut dan melalui TUNM pihaknya akan menyalurkan RM125,000 kepada Tabung HARAPAN.",
"Manakala baki tiga perempat jumlah tabung tersebut akan dibahagi kepada fakir miskin, tabung dana pendidikan dan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/201182 | JAJ: Fahaman Irshad Manji tidak menular ke Johor | [
"\nJabatan Agama Johor (JAJ) setakat ini tidak menerima aduan mengenai penjualan dan penerbitan buku \"Allah, Liberty and Love\" karya penulis kontroversi Irshad Manji di negeri itu.\n",
"\n \n",
"\nPengerusi Jawatankuasa Agama Datuk Zainal Abidin Osman berkata pemantauan yang dilakukan JAJ di kedai-kedai buku juga mendapati tidak ada buku berkenaan dijual di Johor.\n",
"\n \n",
"\n\"Penulis juga tidak menjalankan aktiviti penyebaran fahamannya di negeri ini dan kami juga tidak menerima sebarang aduan berkenaan penyebaran fahaman ini secara terbuka oleh mana-mana kumpulan,\" katanya.\n",
"\nBeliau berkata demikian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika menjawab soalan Jaafar Hashim (BN-Senggarang) yang mahukan penjelasan sejauhmana penularan ajaran dan fahaman songsang Irshad Manji di negeri Johor.\n",
"\n \n",
"\nMenjawab soalan Datuk Abdullah Md Ali (BN-Bukit Naning) mengenai langkah yang telah diambil JAJ untuk membendung fahaman liberalisme dan 'Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT), Zainal Abidin berkata JAJ mengambil langkah proaktif mengadakan siri seminar dan program penerangan kepada masyarakat mengenai bahayanya fahaman itu.\n",
"\nBeliau berkata setakat ini enam program seumpama itu diadakan yang disertai guru-guru sekolah termasuk guru agama, warga kerja kerajaan, dan pegawai penyelidik daerah-daerah.\n",
"\n \n",
"\nKatanya selepas ini JAJ bercadang mengadakan seminar dan bengkel penerangan seumpama itu untuk menjelaskan pula tentang buku yang ditulis Irshad Manji. \n",
"\n \n",
"\nMengenai cadangan Jaafar supaya diperluas program penerangan itu ke sekolah-sekolah melalui kelas pengajian Islam, beliau berkata ia satu cadangan yang baik dan akan dipertimbang oleh kerajaan negeri.\n",
"\nMenjawab soalan tambahan Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani) mengenai pertambahan bilangan golongan lelaki yang berpakaian lelaki dan 'menjalankan kerja malam' di negeri ini terutama di daerah Muar, beliau berkata JAJ telah pun mengambil langkah untuk menangani masalah itu.\n",
"\nTindakan diambil mengikut Seksyen 28 Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang memperuntuk hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.\n",
"\n-\n\nBernama\n\n",
"\nBernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/440448 | Skuad badminton gagal sumbang pingat | [
"Skuad badminton negara menamatkan kempen Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang dengan rekod buruk selepas gagal menyumbang sebarang kilauan pingat buat kontinjen Malaysia.",
"Mengakhiri cabaran negara adalah dua pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas kedua-duanya kecundang di tangan pasangan Indonesia pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan di Jakarta, Indonesia hari ini.",
"V Shem-Wee Kiong tewas tipis 22-20, 21-19 dalam aksi selama 33 minit kepada gandingan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya sementara Yew Sin-Ee Yi gagal menyaingi kehabatan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.",
"“Tiada apa lagi yang kami ingin katakan kerana kami sudah berikan yang terbaik. Kami berusaha keras di luar dan di dalam gelanggang, namun keputusan kali ini tidak berpihak kepada kami.",
"“Kami ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan mendoakan kejayaan kami di sini. Kami tahu keputusan ini bukan apa yang semua inginkan tetapi kami telah berjuang sedaya upaya,” kata Wee Kiong kepada media Malaysia selepas tamat perlawanan.",
"Terdahulu, Malaysia yang menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat tanpa mengira warna memulakan cabaran dengan langkah kiri selepas tewas 0-3 kepada Jepun pada pusingan pertama acara lelaki berpasukan.",
"Kem badminton negara terus mempamerkan aksi buruk dalam acara beregu campuran selepas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying-Chang Peng Soon dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai terkandas seawal pusingan kedua.",
"Prestasi hambar itu diteruskan dalam acara beregu wanita dan perseorangan lelaki apabila gandingan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta dua pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan Lee Zii Jia gagal melangkah ke pusingan suku akhir.",
"- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/94040 | PKR bertegas kembalikan kuasa raja | [
"\nMengembalikan semula kekebalan Raja-raja Melayu bukan bermaksud institusi itu berkuasa mutlak, sebaliknya mengukuhkan lagi konsep Raja Berperlembagaan, kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n",
"\n\"Konsepnya bukan kuasa mutlak seperti mana kuasa sistem kerajaan beraja yang pernah wujud. Negara ini telah memilih (sistem) Raja Berperlembagaan, demokrasi berparlimen.\n",
"\n\"Maknanya, Raja yang tunduk kepada prinsip perlembagaan dan undang-undang, tetapi kemuliaan dan darjat Raja-raja harus dipelihara,\" katanya ketika menyampaikan ucapan di penghujung kongres nasional kelima PKR petang tadi.\n",
"\n\"Maka, sebab itulah kekebalan harus diberikan semula, (dalam bentuk) terikat dengan perlembagaan dan undang-undang yang ditetapkan.\"\n",
"\nBeliau membuat penjelasan itu sebagai susulan kenyataan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam yang ringkas dan, akibatnya, mengundang bermacam-macam pandangan, termasuk kritikan.\n",
"\nDalam ucapan dasarnya, bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata:\n",
"\n\"Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa.\"\n",
"\nMengulas isu itu, dengan merujuk pindaan perlembagaan pada 1983 dan 1993, Anwar berkata:\n",
"\n\"Apa yang dilakukan dulu (oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) adalah satu keterlanjuran.\n",
"\n\"Yang dihebahkan (kepada umum), kuasa raja dikembalikan kepada kuasa rakyat. Yang (sebenarnya) berlaku, kuasa Raja pulang kepada perdana menteri. Maka kita harus betulkan.\"\n",
"\nKonsep kekebalan Raja-raja, tambah Anwar, turut diamalkan di negara-negara yang mengamalkan sistem republik seperti Amerika Syarikat yang memberikan status seumpama itu kepada presidennya.\n",
"\nMantan timbalan perdana menteri itu berkata, pakar undang-undang PKR akan meneliti bagaimana isu kekebalan Raja-raja boleh diketengahkan supaya tidak berlaku ketegangan antara istana dan eksekutif.\n",
"\n\"Kita jelaskan, kita menerima prinsip kekebalan (Raja) yang tertakluk kepada prinsip perlembagaan,\" katanya di hadapan kira-kira seribu perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.\n",
"\nSementara itu, mengulas bakal calon Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu, Anwar berkata, perkara itu akan dibawa dalam rundingan bersama ketiga-tiga parti gabungan itu.\n",
"\nBagaimanapun, katanya, berdasarkan penyertaan PAS di kawasan itu dalam pilihanraya umum lalu, PKR akan akur dan memberikan sokongan padu sekiranya calon PAS dipilih.\n",
"\nKerusi parlimen itu kosong selepas penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia kelmarin.\n",
"\nAllahyarham selama dua penggal menguasai kerusi itu menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam pilihanraya umum lalu dengan majoriti tipis, 628 undi.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/569265 | Patuhi SOP: KBS puas hati usaha JDT, MFL | [
"",
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji kejayaan Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam memastikan segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penonton dapat dilaksanakan dengan baik semasa perlawanan pasukan itu bertemu Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, di Iskandar Puteri, malam tadi. ",
"Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana berdasarkan tinjauan dibuat, JDT didapati telah melakukan pelbagai persediaan termasuk menyediakan seramai 260 petugas keselamatan untuk memantau pematuhan SOP.",
"Selain itu, di pihak MFL, beliau berkata mereka berjaya membuktikan telah mengurus pembelian tiket secara dalam talian dengan berkesan.",
"“Hari ini (malam tadi) JDT dan penonton JDT telah membuktikan bahawa mereka benar-benar disiplin patuh SOP dan ini akan menjadi pembuka laluan yang mudah untuk stadium-stadium lain meneruskan perlawanan dengan menyaksikan kehadiran penonton,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.",
"Reezal berkata beliau akan meminta MFL dan JDT mendokumentasikan segala perjalanan SOP penonton di Stadium Sultan Ibrahim untuk dikemukakan kepada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya dapat meyakinkan mereka berhubung kesiapsiagaan kelab bola sepak dalam mengendalikan pematuhan SOP digariskan.",
"Dalam pada itu, ditanya seawal bila KBS dijangka mengumumkan kebenaran semua penonton untuk masuk ke stadium, Reezal berkata secara kelulusannya, perkara itu sudah boleh dilakukan. ",
"“Cuma dari segi FC (kelab bola sepak) itu sendiri, kami (kementerian) hendak lihat keupayaan mereka kerana ini juga melibatkan elemen penambahan kos namun dalam mesyuarat yang dilakukan MFL bersama semua pasukan, pada umumnya telah mempunyai persediaan namun persediaan mereka akan dipantau dari semasa ke semasa supaya apabila berlangsungnya perlawanan mereka boleh patuh,” katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/252463 | T'ganu peruntuk RM3.3j 'program Trenglish' | [
"\nKerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM3.3 juta untuk melaksanakan 'Program Trenglish' yang memberi fokus kepada penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan dua hingga empat di negeri ini.\n",
"\n \n",
"\nPengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib berkata peruntukkan itu telah diluluskan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Terengganu minggu lepas.\n",
"\n \n",
"\n\"Program yang mendapat kerjasama Yayasan Terengganu dan Jabatan Pendidikan negeri itu akan dilaksanakan pada waktu pembelajaran dalam aktiviti berbentuk kokurikulum serta pelbagai pendekatan dengan bahasa pertuturan utama ialah Bahasa Inggeris.\n",
"\n \n",
"\n\"Sekarang ini kami mula bergerak dengan membina satu pasukan yang dianggotai 10 orang yang kami panggil pasukan Trenglish dengan makmal-makmal yang kami buat. Kami juga akan merangka modul untuk melaksanakan program ini,\" katanya kepada pemberita di Majlis Mesra Bersama Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.\n",
"\n \n",
"\nBeliau berkata pada Februari ini, pasukan Trenglish akan ke Singapura bagi melihat program yang dilaksanakan di negara itu untuk dijadikan model program itu.\n",
"\n \n",
"\n\"Kami juga akan mengambil guru-guru TESL untuk mengajar di sekolah-sekolah dan guru-guru ini akan diberi elaun.\n",
"\n \n",
"\n\"Kita bermula dengan memilih sekolah-sekolah yang prestasi peperiksaannya rendah, sekolah yang ramai murid dan sekolah-sekolah di pedalaman supaya mereka tidak ketinggalan jauh ke belakang,\" katanya sambil memberitahu bahawa program itu akan dimulakan di 32 sekolah iaitu satu sekolah di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).\n",
"\n \n",
"\nGhazali berkata melalui program itu, kerajaan negeri berharap sekurang-kurangnya 80 peratus individu dapat berbahasa Inggeris sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.\n",
"\n\"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat secara menyeluruh, sekarang ini hampir 80 peratus rakyat negeri ini lemah dari segi penguasaan bahasa Inggeris,\" katanya.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/149999 | Chegubard: Istana beri lampu hijau terima memo | [
"\nBekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.\n",
"\n\nLagipun, katanya perhimpunan itu juga terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan ‘precedent’.\n",
"",
"\n\"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.\n",
"\n\"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.\n",
"\n“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.\n",
"\nBeliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.\n",
"\n\"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.\n",
"\n\n\"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.\n",
"",
"\nSementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.\n",
"\n\"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.\n",
"\n\n“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu.\" kata beliau di siaran\n\nTV Selangor\n\ndi Shah Alam hari ini.\n",
"",
"\nTV Selangor\n",
"\nPerhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.\n",
"\nKerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/378901 | FAM uji teknologi VAR tahun ini | [
"Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menguji penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) pada aksi separuh akhir dan final Piala Malaysia tahun ini.",
"Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amim berkata langkah itu adalah bagi menentukan keberkesanan teknologi berkenaan, sebelum ia diguna pakai sepenuhnya dalam saingan Liga Super musim depan.",
"\"Saya sudah bincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan FAM, Subkhiddin Mohd Salleh, dan kemungkinan kita akan segera laksanakan projek perintisnya pada aksi Piala Malaysia.",
"\"Pelaksanaan sepenuhnya pula pada musim depan, dengan kos teknologi ini dianggarkan di bawah RM10 juta,\" katanya kepada pemberita selepas taklimat penggunaan VAR dan pengadilan di Johor Bharu, semalam.",
"Sementara itu, Subkhiddin berkata VAR diperlukan bagi meningkatkan mutu pengadilan, selain untuk mengurangkan kontroversi berhubung keputusan sesuatu perlawanan.",
"\"Saya tidak kata pengadil kita tidak bagus, cuma perlu ada sistem yang dapat memperkemaskan keputusan, sekaligus meningkatkan keyakinan pemain serta penyokong,\" katanya.",
"Beliau berkata teknologi berkenaan dibangunkan oleh syarikat Hawk-Eye yang berpangkalan di London.",
"Sehingga kini, terdapat beberapa negara sudah mengadaptasikan teknologi berkenaan termasuk Belanda, Jerman, Perancis, Australia dan Qatar, manakala Malaysia pula negara pertama di Asia Tenggara bakal menggunakannya.",
"\"VAR menumpukan empat perkara iaitu mengesahkan jaringan, menentukan layangan kad merah dan kuning kepada pemain, menentukan pemberian sepakan penalti serta mengelak kesilapan identiti pemain.",
"\"Setiap keputusan mengambil masa antara 14 hingga 15 saat untuk dikeluarkan dan mana-mana pasukan dan pengadil perlawanan tidak berhak membantah keputusan,\" kata Subkhiddin.",
"Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata FAM sudah mengenal pasti antara 14 dan 20 pengadil yang akan dinaik taraf sebagai pengadil profesional pada saingan Liga Malaysia musim depan.",
"Beliau berkata kesemuanya yang berusia 23 hingga 35 tahun, dijangka menjalani kursus di Wisma FAM di Kelana Jaya, dalam tempoh terdekat.",
"\"Ini adalah inisiatif Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu pengadil di negara ini mempunyai taraf tinggi.",
"\"Bagaimanapun, kita bermula dengan jumlah kecil dahulu dan jika kita memiliki kewangan kukuh, kita akan tambah lagi,\" katanya sambil menambah setakat ini, skala gaji dan elaun untuk pengadil terbabit belum dimuktamadkan.",
"-Bernama",
"-Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/447040 | BERSATU nafi dakwaan Mukhriz akan jadi menteri dalam negeri | [
"Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan mesej yang tersebar di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didiagnosis menghidap kanser pankreas, sebagai menteri dalam negeri.",
"Terdahulu, BERSATU berkongsi tangkap layar mesej berkenaan dengan tertera perkataan \"Fitnah\" di Facebook rasminya.",
"Menurut mesej itu, Anggota Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul akan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar Kedah.",
"Mesej itu juga mendakwa Muhyiddin bakal meletakkan jawatan kerana faktor kesihatannya.",
"Bagaimanapun, Muhyiddin, yang juga merupakan presiden BERSATU, hadir berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson, semalam.",
"Sebelum itu, Muhyiddin juga sempat mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet sebagai menggantikan Dr Mahathir yang tidak dapat hadir kerana berada di Bali menghadiri persidangan antarabangsa.",
"Sementara itu, sumber BERSATU berkata, Muhyiddin yang membuat kemunculan mengejut di Port Dickson semalam dilihat \"steady\".",
"Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, itu merupakan kali pertama beliau berucap di tempat awam selama tiga bulan kerana faktor kesihatannya.",
"Sementara itu, Johari mengakui mengadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sabtu lalu.",
"\"Ya, saya ada mengadap Sultan Kedah, tapi ia untuk berbincang pelbagai isu berhubung pentadbiran negeri dan bukan saja tentang jawatan menteri besar.",
"\"Tentang jawatan menteri besar, kalau ada rezeki, jadilah,\" katanya kepada Utusan Online.",
"Utusan Online",
"Seteru politik Dr Mahathir sering menuduh perdana menteri itu mahu membuka jalan untuk anaknya, Mukhriz menjadi perdana menteri dan ia merupakan sebab hubungan beliau dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi keruh.",
"Dr Mahathir kini adalah pengerusi BERSATU, sementara Mukhriz pula timbalan presiden.",
"[Baca berita asal]",
"[Baca berita asal]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/547909 | Agong harapan terakhir halang 'darurat' - DAP | [
"Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah harapan terakhir untuk menghalang sebarang langkah ke arah pengisytiharan darurat yang \"tidak wajar\", kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.",
"Menurut Lim, langkah yang didakwa dirancang kerajaan Persekutuan itu adalah usaha Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyelamatkan diri dengan \"mengorbankan rakyat, demokrasi berparlimen dan ekonomi\".",
"'Rakyat memohon dan mendoakan untuk satu keputusan di mana suara rakyat biasa dapat didengar,\" katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Mesyuarat khas Kabinet semalam mencetuskan spekulasi bahawa kerajaan berhasrat ke arah darurat.",
"Istana Negara juga telah memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong akan berunding dengan Raja-raja Melayu berhubung cadangan yang disampaikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.",
"Kenyataan Istana Negara itu tidak menjelaskan apakah cadangan yang dibawa Muhyiddin.",
"Lim berkata rancangan itu tiada kaitan dengan penularan wabak Covid-19, berdasarkan penilaiannya terhadap satu laporan akhbar The Star yang dimiliki MCA.",
"The Star",
"\"(Laporan itu) secara terbuka mengakui pengisytiharan darurat untuk mengelakkan Belanjawan 2021 dikalahkan dan menghentikan seketika 'aktiviti politik'. ",
"\"Kesan darurat adalah ia akan memusatkan kuasa kepada perdana menteri dengan mengorbankan Parlimen, merosakkan ekonomi dan menyebabkan kehilangan keyakinan yang teruk,\" katanya lagi.",
"Laporan \"eksklusif\" The Star hari ini memetik sumber yang mendakwa kerajaan Persekutuan menimbang untuk mengisytiharkan darurat bagi menggantung Parlimen.",
"The Star",
"Sidang Dewan Rakyat dijadual bermula 2 November. Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 6 November dengan pengundian pada 17 November.",
"Pada masa ini tidak jelas sama ada Muhyiddin masih memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat.",
"Umno sebelum ini juga menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagaimanapun presidennya Ahmad Zahid Hamidi kemudian mengumumkan “gencatan politik” dan menegaskan sokongannya terhadap gabungan itu."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/476263 | Mufti nasihat kaki ponteng puasa supaya bertaubat | [
"",
"Mufti Kedah, Syeikh Fadzil Awang menasihatkan golongan yang sering ‘ponteng puasa’ dengan sengaja agar bertaubat bagi menghindar kemurkaan Allah SWT.",
"Katanya, lebih menyedihkan ada dalam kalangan umat Islam memilih restoran bukan Islam untuk berkumpul dan menikmati makanan tanpa rasa segan dan tidak mengendahkan kesucian makanan yang dijamah.",
"“Allah beri kita 11 bulan untuk makan bila-bila masa sahaja siang dan malam dan Allah minta kita puasa pada Ramadan ini untuk ibadat dan kesihatan diri sendiri, tapi amat malang dan menyedihkan apabila ada yang ditahan di restoran orang bukan Islam seperti operasi yang dijalankan pihak berkuasa agama sebelum ini, katanya.",
" Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pembayaran Agihan Balik Zakat Sekolah Fasa Pertama 2019 di Alor Setar, hari ini.",
"Fadzil berkata beliau begitu sedih apabila di zaman moden ini, masih ramai yang tidak mahu menunaikan ibadat puasa selain ada yang menjual makanan kepada ‘kaki ponteng’ puasa sebelum 3 petang.",
" “Saya hairan kenapa senario ini berlaku sedangkan orang kita makin berilmu dengan maklumat yang diterima dari media-media elektronik yang sering memperkatakan soal kewajipan berpuasa,” katanya.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/276381 | 'Beku akaun kawasan Khalid bukan arahan MB' | [
"\nTatkala seorang bekas setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa menteri besar baru Selangor berdendam ke atas bosnya, seorang lagi bekas setiausaha politik Khalid menafikan dakwaan itu.\n",
"\nAzman Abidin menyatakan dakwaan Faekah Hussin bahawa kerajaan negeri mengarahkan bank membekukan akaun bantuan negeri kepada kawasan bekas menteri besar itu sebagai tidak tepat.\n",
"\n\"Dakwaan bahawa (Menteri Besar) Azmin (Ali) balas dendam tak betul. Memang sekarang ni Akaun SMUE (Skim Mesra Usia Emas) dibekukan betul tetapi bukan atas arahan menteri besar,\" kata beliau kepada\n\nMalaysiakini\n\n.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\nAzman (\n\nkiri\n\n) yang juga ketua cabang PKR Bandar Tun Razak berkata akaun SMUE DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak dibekukan kerana Khalid bukan lagi ahli parti dan menteri besar.\n",
"\nkiri\n",
"\nBeliau berkata akaun bank SMUE dipegang oleh ADUN, ADUN angkat serta penyelaras DUN PKR dan Pakatan Rakyat.\n",
"\nDan Khalid, katanya, bukan lagi termasuk orang yang dibenarkan memegang akaun tersebut selepas dipecat sebagai ahli PKR dan meletakkan jawatan sebagai menteri besar sebelum ini.\n",
"\n\"Bila bukan lagi ahli parti maka tiada lagi hak.\n",
"\n\"Akaun (SMUE) itu dibekukan dan beri kepada penyelaras DUN Pelabuhan Klang dan untuk kes Bandar Tun Razak, ADUN angkat dari Selangor.\n",
"\n\"Jadi, tak ada timbul itu arahan menteri besar,\" kata beliau.\n",
"\n\nFaekah: Politik dendam\n\n",
"\nFaekah: Politik dendam\n",
"\nDalam kenyataan semalam, Faekah mendakwa Azmin mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank SMUE bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.\n",
"\nFaekah (\n\nkanan\n\n) menganggap tindakan itu sebagai \"tindakan keras dan politik dendam\" kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.\n",
"\nkanan\n",
"\nSMUE diperkenalkan oleh pentadbiran Khalid pada 2008 sebagai bantuan dan khairat kematian kepada keluarga warga tua yang meninggal dunia bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga.\n",
"\nIa terbuka kepada semua warga Selangor atau rakyat yang lahir di Selangor termasuk Kuala Lumpur sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1974.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/131445 | Laporan polis pada Nik Aziz, Guan Eng | [
"\nPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKAS) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.\n",
"\n\nLaporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.\n",
"",
"\nAbdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.\n",
"\nBercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.\n",
"\n\nTindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.\n",
"",
"\n\"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,\" katanya.\n",
"\nKatanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.\n",
"\n\n- Bernama\n\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/564819 | Mapim: Politik negara sangat jijik, rakyat tak boleh buat apa-apa | [
"Politik negara kini, kata Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), sudah merudum teruk sehingga berada pada tahap yang sangat jijik.",
"Menurut Mapim, hal itu berlaku kerana demokrasi dipermainkan dan rakyat pula dipaksa untuk memerhatikan gelagat ahli politik tanpa boleh berbuat apa-apa.",
"Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid juga berkata titah Yang di-Pertuan Agong agar ahli politik mengurangkan politiking berlebihan kini nampaknya tidak dipedulikan. ",
"\"Ahli politik lebih ghairah bersiap untuk pilihan raya, membahagi- bahagikan kerusi, tawar-menawar jawatan dalam keadaan rakyat tercungap-cungap menghadapi kesempitan hidup.",
"\"Sedangkan ratusan juta wang rakyat dibelanjakan untuk mengendalikan pilihan raya yang berakhir dengan ahli politik mengkhianati mandat rakyat,\" katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Ia dibuat sehari selepas dua anggota parlimen PKR mengumumkan mereka meninggalkan parti itu untuk menjadi penyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.",
"Terdahulu tiga Adun Amanah Johor mengumumkan tindakan mereka meninggalkan parti berkenaan dan menjadi anggota PKR.",
"Kata Mohd Azmi Mapim menganggap langkah politik melompat parti, selar-menyelar dan ugut-mengugut antara pemimpin parti ketika ini sangat memualkan.",
"\"Politik serang-menyerang dalam dan antara parti ketika rakyat menghitung kes tinggi Covid-19 dan kematian bertambah setiap hari menandakan 'politik rakyat' hanya slogan kosong.",
"\"Kini rakyat lapisan bawah menunggu suntikan vaksin Covid-19 sementara pemimpin politik atasan sudah menerimanya untuk melindungi diri mereka daripada Covid-19. ",
"\"Rakyat bawahan pula terpaksa menunggu atas alasan bekalan vaksin terhad,\" katanya.",
"Menurut Mohd Azmi lagi ada sebab kenapa rakyat semakin bosan dengan ahli politik yang membuat keputusan tanpa mengambil kira perasaan pengundi.",
"Katanya pengundi ditaburkan pelbagai janji dalam pilihan raya dan meyakinkan rakyat bahawa merekalah yang paling layak dipilih.",
"Namun menurut Mohd Azmi tiba-tiba wakil rakyat terbabit dengan mudah melompat parti tanpa merujuknya kepada pengundi sedangkan tindakan paling wajar dibuat ialah meletakkan jawatan dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka mahu.",
"Pada pandangan Mapim, katanya, politik kepartian di negara ini semakin buruk dengan sikap ahli politik yang menjadi individu murahan menjual diri kepada pihak yang sanggup membayar dengan harga tertinggi.",
"\"Politik matang, politik penyatuan semuanya hanya retorik. ",
"\"Atas nama politik Melayu-Islam, politik reformasi, politik antikleptokrasi dan antirasuah, mereka lupa bahawa rakyat telah bosan dengan tabiat ahli politik beretorik dan berslogan kosong,\" katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/sukan/312348 | WWE: Mysterio umum persaraan | [
"\nBekas juara heavyweight dunia, Rey Mysterio mengejutkan dunia gusti profesional apabila mengumumkan persaraan dari arena WWE melalui akuan Twitter miliknya pagi semalam.\n",
"\nMenurut laporan\n\nInquisitr\n\n, Mysterio sebenarnya telahpun mencapai kata persetujuan dengan pihak WWE mengenai hasratnya untuk bersara seawal 2014.\n",
"\nInquisitr\n",
"\nBagaimanapun Pengerusi WWE Vince McMahon menolak hasrat Mysterio ketika itu atas dasar untuk terus menjual barangan komersial atlet berkenaan sekaligus memutuskan untuk memperbaharui kontraknya setahun lagi.\n",
"\nDalam temuramah\n\nVoice of Wresting\n\nbersama Dan Hales, Mysterio mendakwa dia kurang puas hati dengan layanan WWE yang menolak sebarang kos rawatan dialaminya.\n",
"\nVoice of Wresting\n",
"\nMengikut kontrak WWE, jika Mysterio cedera ketika beraksi di gelanggang kos rawatan perlu ditanggung sendiri.\n",
"\n\nKerana saiz badan\n\n",
"\nKerana saiz badan\n",
"\nHasil perbincangan berterusan antara Mysterio dan WWE akhirnya mereka mencapai kata sepakat November lalu.\n",
"\nBagaimanapun dalam temu bual dengan\n\nSports Illustrated\n\npada Ogos lalu Mysterio mengakui dia mendapat layanan baik daripada WWE.\n",
"\nSports Illustrated\n",
"\n\"Dan saya bersyukur dengan pihak syarikat yang menjadikan Rey Mysterio diiktiraf di seluruh dunia.\n",
"\n\"Saya tidak terfikir untuk menjadi sebahagian dari WWE akibat halangan saiz badan, tetapi McMahon memutuskan untuk membawa saya ke arena gusti profesional.\n",
"\n\"Tiada siapa yang tahu bagaimana untuk memasarkan saya seperti Vince McMahon,\" katanya.\n",
"\nMysterio adalah juara WCW Cruiserweight sebanyak lima kali. Atlet yang memiliki nama sebenar Oscar Gutierrez itu juga berjaya sebagai penggusti berpasangan dengan Lucho Underground.\n",
"\nMysterio kini bersama Johnny Mundo, Matt Cross, Konnan, El Patron, ADR dan ramai lagi dalam siri jelajah dunia.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/518920 | 'Surat Hadi fitnah untuk gambarkan PH musuh Islam' | [
"Amanah kesal dan terkilan dengan kandungan surat yang dikatakan ditulis Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kepada pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia baru-baru ini.",
"Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, kandungan surat berkenaan mengandungi tohmahan, palsu, mengelirukan dan berunsur fitnah dengan cuba menggambarkan parti-parti komponen Pakatan Harapan sebagai memusuhi Islam .",
"",
"\"Jelas di dalam surat tersebut Abdul Hadi cuba memberikan gambaran yang\nsalah tentang kedudukan dan suasana politik di Malaysia. ",
"\"Abdul Hadi juga secara tidak bertanggungjawab dengan sengaja melabel parti komponen Pakatan Harapan dengan istilah yang buruk supaya dilihat menyeleweng dan memusuhi Islam,\" katanya dalam satu kenyataan.",
"Beliau merujuk kepada sepucuk surat dalam bahasa Arab yang dikatakan ditulis Abdul Hadi kepada pemimpin gerakan Islam seluruh dunia baru-baru ini.",
"Bagaimanapun pemimpin PAS mengambil sikap berdiam diri berhubung surat yang tular di media sosial itu.",
"sikap berdiam diri",
"Khalid berkata, Abdul Hadi dalam surat berkenaan mendakwa PH dikuasai golongan bukan Islam, berada di bawah pengaruh Komunis dan Kristian serta disokong Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan gerakan Freemason.",
"Selain itu, katanya, Abdul Hadi juga menuduh Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai seorang ‘sekular pragmatik yang berbahaya’ dan buruk karakter peribadi dan akhlaknya. ",
"\"Anwar juga difitnah sebagai pemimpin kepada golongan yang memusuhi Islam dan beliau disokong oleh DAP yang digambarkan sebagai parti Kristian.",
"\"Terhadap Amanah pula, Abdul Hadi telah menuduh parti ini sebagai sebuah parti Islam liberal dan sekular yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP.",
"\"Beliau turut menggelar mereka yang bersama Amanah sebagai kelompok yang tergesa-gesa dan juga oportunis yang telah keluar daripada PAS.",
"\"Kesemua tuduhan ini dibuat bagi menegakkan hujah Abdul Hadi dan meyakinkan penerima surat kononnya Pakatan Harapan merupakan musuh dan ancaman kepada Islam,\" kata anggota parlimen Shah Alam itu.",
"Selain itu beliau juga membidas dakwaan Abdul Hadi bahawa wujud konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan golongan anti-Islam berkuasa sehingga PAS dan sekutunya mengambil alih kerajaan.",
"\"Hakikatnya, kerajaan Pakatan Harapan berdiri teguh bersama kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan tegas mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan,\" tegasnya.",
"Justeru itu, Khalid menyeru rakyat Malaysia untuk menolak 'politik fitnah, permusuhan dan adu domba yang tidak berakhlak' dilakukan presiden PAS itu.",
"\"Sikap dan kelakuan Abdul Hadi boleh dinamakan 'gutter politics\" atau politik longkangdan tidak lagi layak dilayani apatah lagi diikuti,\" katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/127458 | Zahrain akan saman Guan Eng | [
"\nAhli parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim telah memutuskan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.\n",
"\nBercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Zahrain berkata, peguamnya akan menyerahkan notis tuntutan kepada Lim di pejabat ketua menteri itu di Pulau Pinang esok.\n",
"\n\n\n[Berita lanjut menyusul]\n\n\n",
"\n\n[Berita lanjut menyusul]\n\n",
"\n[Berita lanjut menyusul]\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/522489 | Benarkan perniagaan beroperasi semula secara bertahap - Khaled | [
"Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin meminta kerajaan merangka strategi keluar yang jelas untuk Malaysia berdepan keadaan ekonomi sebaik sahaja pandemik Covid-19 dapat dikawal dan perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan.",
"\"Minggu lalu memberi semangat kepada Malaysia dengan penurunan kes baru Covid-19.",
"\"Oleh itu, diharapkan kerajaan mula menimbang untuk memberi kebenaran perjalanan rentas negeri bagi membolehkan rakyat dapat kembali bekerja setelah PKP berakhir,\" kata bekas menteri besar Johor itu dalam kenyataan hari ini.",
"Bagaimanapun beliau berkata kerajaan tidak perlu menjadikan perkara itu sebagai keutamaan sehingga mengalihkan tumpuan daripada kebimbangan lain yang lebih mendesak.",
"\"Pertama, ada keperluan segera untuk 'strategi keluar' yang jelas dan dapat dilaksanakan untuk menghadapi keadaan ekonomi Malaysia sekarang.",
"\"Kerajaan harus mempertimbangkan dan menyediakan rancangannya mengenai bagaimana memperbaharui ekonomi negara. Ini tidak boleh ditunggu lagi.",
"\"Semakin kita melambatkannya, semakin kita tidak akan dapat mengekalkan sistem penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat,\" katanya lagi.",
"Mengulas lanjut, Khaled berkata sebagai permulaan, sementara PKP masih berjalan, sektor ekonomi dan perniagaan tertentu perlu dibenarkan beroperasi.",
"\"Kebenaran bekerja untuk pekerja di sektor berisiko rendah harus dipertimbangkan dengan serius dan bukan hanya perkhidmatan penting.",
"\"Langkah Jerman bergerak secara beransur-ansur membenarkan operasi sekolah dan kedai berkeluasan sehingga 800 meter persegi adalah diikuti,\" katanya lagi.",
"Justeru, Khaled menyeru kerajaan memberi kebenaran untuk sektor perniagaan beroperasi semula secara berperingkat, di mana sekatan dapat dilonggarkan sedikit demi sedikit tetapi pada masa sama tetap mematuhi penjarakan sosial.",
"\"Kedua, kerajaan harus mempertimbangkan untuk menghapuskan beberapa sekatan untuk perniagaan dan kegiatan ekonomi di kawasan zon hijau di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Perlis.",
"\"Dengan syarat mereka yang menjalankan perniagaan perlu mengikut pematuhan ketat terhadap jarak fizikal dan kebersihan diri,\" katanya lagi.",
"",
"",
"",
"Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.",
"laman penjejak ini",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/519580 | Lelaki hilang lepas hantar bantuan makanan ke rumah panjang | [
"Seorang penghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terputus bekalan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Ulu Julau, dekat Sibu semalam.",
"Ketua Polis Daerah Julau DSP Ismuni Umar berkata lelaki tersebut, Masing Seliong, 35, dipercayai dibawa arus sungai selepas perahu yang dinaikinya bersama Apai Kiroh dan Laki Anchi karam dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang.",
"“Perahu itu dikatakan karam berdekatan kawasan Nanga Senyuruk (di Ulu Julau)… dua mangsa (Apai dan Laki) berjaya menyelamatkan diri, pulang ke rumah panjang mereka di Sungai Ensiring (kemudian) mendapati Masing hilang seterusnya melaporkan kejadian itu (kepada pihak polis) hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.",
"Bernama",
"Ismuni berkata sebelum kejadian itu, ketiga-tiga lelaki terbabit menyertai rombongan Adun Meluan, Rolland Duat Jubin, untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk di lapan rumah panjang di sepanjang sungai itu. ",
"“Di rumah panjang terakhir, mereka diajak penduduk untuk bermalam di sana namun menolak dan meneruskan perjalanan balik sebelum kejadian perahu karam itu berlaku,” katanya.",
"Beliau berkata pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk telah memulakan gerakan mencari mangsa.",
"- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/334906 | Lebuh raya Dash dijangka mula dibina Ogos ini | [
"\n\nProjek Lebuh Raya Damansara- Shah Alam (DASH) dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada Ogos ini, kata menteri kerja raya.\n\n",
"\nProjek Lebuh Raya Damansara- Shah Alam (DASH) dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada Ogos ini, kata menteri kerja raya.\n",
"\nIa sekarang masih dalam peringkat reka bentuk terperinci.\n",
"\nManakala tender prakelayakan untuk pemilihan kontraktor pula masih sedang dinilai oleh pemegang konsesi.\n",
"\nMenurut jawapan bertulis menteri di parlimen, sehingga kini kerajaan Selangor telah meluluskan pengambilan tanah bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang diwartakan pada 23 Julai 2015.\n",
"\nJelasnya pelaksanaan projek ini melibatkan kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).\n",
"\nKata kementerian itu lagi, sesi pendengaran awam dari pihak MBSA dan MBPJ telah diadakan kepada orang awam.\n",
"\n“Pada masa kini kementerian ini masih menunggu pewartaan MBPJ untuk projek ini dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2.\n",
"\n“Berdasarkan perancangan jika tiada halangan projek DASH ini akan memulakan kerja-kerja pembinaan pada bulan Ogos 2016 ini,” katanya yang menjawab soalan dari Tanjong Karang (BN) Datuk Seri Noh Omar.\n",
"\nNoh meminta kementerian itu menyatakan status terkini projek Lebuhraya DASH dan adakah terdapat sebarang kekangan dari kerajaan Selangor.\n",
"\nKerajaan Selangor tahun lalu diselar pemimpin Umno sebagai tidak menunaikan janji pemansuhan tol apabila meluluskan pembinaan lebuh raya baru, termasuk Dash.\n",
"\nAzmin bagaimanapun berkata ia\n\ntidak\n\ndiluluskan ketika beliau menjawat jawatan menteri besar.\n",
"\ntidak\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/423888 | BERSATU hantar SOS, rayu pengundi keluar | [
"BERSATU merayu rakyat negara ini yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini supaya keluar secara besar-besaran.",
"Hantaran di laman Facebook parti itu petang tadi berkata jumlah pengundi masih kurang berbanding dengan pilihan raya umum 2013.",
"“Semua rakyat Malaysia.",
"\"Kita perlukan angka 85 peratus turun mengundi untuk memastikan BN tumbang!\"",
"",
"",
"Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang adalah 69 peratus.",
"Sementara itu, bekas pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa SPR untuk melanjutkan tempoh pengundian di sebalik jam 5 petang kerana ramai yang berbaris panjang di pusat mengundi.",
"Mereka mengulas kenytaaan SPR yang menafikan akan ada lanjutan masa dalam jawapan kepada soalan dari wartawan Astro Awani.",
"\"Sebenarnya SPR perlu melanjutakan masa hingga 6 petang.",
"\"Saya percaya SPR mempunyai budi bicara kerana setiap orang mempunyai hak perlembagaan untuk mengundi selagi mereka tiba pada jam 5 petang. Sebagai alternatif lanjutkan masa. Ini dibenarkan, \" coiap Ambiga di Twitter."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/453039 | MCA: Kata dua kepada universiti milik MCA adalah dendam politik | [
"Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon berkata kata dua Menteri Kewangan Lim Guan Eng kepada dua institusi pengajian tinggi swasta milik MCA adalah satu bentuk dendam politik terhadap parti itu.",
"Mah berkata pelajar di dua institusi itu akan menjadi mangsa ekoran laporan tuntutan Lim supaya Kolej Universiti Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)memutuskan hubungan dengan MCA sebagai satu syarat untuk layak mendapatkan bantuan kerajaan pada 2020.",
"\"Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat ugutan terbuka dan mengkompromi hak pelajar Cina pada masa bila dia berkata untuk membolehkan TAR UC dan UTAR mendapatkan bantuan kerajaan pada tahun 2020, mereka tidak boleh dimiliki oleh MCA.",
"\"Kenyataan ugutan beliau itu di Parlimen bahawa MCA mesti memutuskan hubungan dengan kedua-dua institusi itu sebelum kerajaan dapat pertimbangkan sebarang peruntukan adalah tidak lain daripada dendam politik dan kali ini, mangsanya adalah pelajarUTAR dan TAR UC sendiri,\" kata Mah dalam satu kenyataan.",
"Beliau seterusnya mendakwa Lim menutup mata terhadap nasib pelajar berkenaan, ramai daripadanya datang dari keluarga yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah dan mendapat faedah daripada yuran yang berpatutan yang ditawarkan oleh kedua-dua institusi tersebut.",
"Mah, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Perak, menegaskan bahawa kedua-dua institusi itu telah menghasilkan puluhan ribu graduan berbakat sejak penubuhannya, terutamanya selepas TAR UC mendapat status kolej universiti pada tahun 2013.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]",
"",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/408240 | Erra minta doa semua dalam cintanya | [
"Sedar terhadap keprihatinan pelbagai pihak kepada dirinya, tidak ada apa yang dapat dibuat Erra Fazira selain menghargai sikap itu sepenuh hati sambil berdoa agar diberi yang terbaik dalam hidupnya.",
"Salah satu keinginan peminat serta orang yang mengasihinya ialah melihat dia kembali berumahtangga.",
"Lebih daripada itu mereka mahu orang yang mendampinginya adalah lelaki yang benar-benar sepadan.",
"Enggan mengeruhkan keadaan, Erra berkata dia menganggap perhatian mereka itu berniat ikhlas, seperti kasih ibu bapa terhadap anak-anak.",
"\"Apa yang saya minta ialah doakan yang terbaik buat saya kerana kita tidak tahu bagaimana penghujung sesuatu hubungan.",
"\"Mungkin akhirnya apa yang mendatang itu adalah lebih baik daripada yang dijangka oleh semua orang,\" katanya.",
"",
"",
"Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Check, 44, ditemui pada sidang pengumuman khas di Petaling Kaya sebentar tadi.",
"Nama pelakon filem Sembilu itu menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini apabila sering dikaitkan dengan penyanyi Shahir Zawawi, 29.",
"Erra mengikat tali perkahwinan dengan penyanyi dan pelakon, Yusri KRU pada 2003, sebelum rumahtangga mereka berakhir tiga tahun selepas itu.",
"Dia sekali lagi menjadi isteri orang apabila bernikah dengan Engku Emran. Namun rezeki mereka untuk bersama hanya bertahan tujuh tahun.",
"Tak mahu berbohong",
"Tak mahu berbohong",
"Tak mahu berbohong",
"Terkini Erra yang mendapat jolokan primadona itu diramal beberapa kali oleh media bakal menamatkan status bujangnya dengan Shahir.",
"Bagaimanapun, hingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu malah mereka menegaskan hubungan yang terjalin tidak lebih sekadar berkawan.",
"\"Saya boleh jawab perkara sama setiap kali ditanya. Saya tidak mahu menipu dengan bercakap lain di belakang dan lain di depan.",
"\"Sesuatu tarikh yang disebut-sebut tentang kami pun bukan dari mulut saya,\" katanya.",
"",
"",
"Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu turut menegaskan penyebab utama beralih arah pihak pengurusan bukan kerana Shahir.",
"Yang Terindah Hanya Sementara",
"Erra berkata, sepanjang 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni selama itulah juga dia tidak pernah terpalit sebarang masalah di tempat kerja.",
"Katanya, 2018 dianggap sebagai tahun untuknya menimba pengalaman di persekitaran baru.",
"\"Apa kena-mengena saya dengan Shahir? Apa saja hal berkaitan karier tidak membabitkan dia sepanjang kira-kira 25 tahun berkecimpung dalam industri.",
"\"Sudah sampai masanya untuk saya mengorak langkah,\" katanya.",
"Erra kini secara rasmi bernaung di bawah syarikat MindOrder Management.",
"Erra menandatangani kontrak pengurusan bersama syarikat berkenaan bermula awal Januari untuk tempoh dua tahun."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/366008 | Ahok dibicarakan atas tuduhan hina agama Islam | [
"Gabenor Jakarta yang beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnama hari ini dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghina agama ekoran mengeluarkan kenyataan yang dianggap menghina Islam.",
"Beliau yang lebih popular dengan panggilan Ahok dituduh 'menyatakan secara umum permusuhan kepada, menyalah guna dan menghina\" agama yang boleh dikenakan hukuman sehingga lima tahun penjara di Indonesia.",
"Tahap keselamatan dikawal ketat di Mahkamah Daerah Jakarta Utara dengan ratusan umat Islam konservatif yang berpakaian putih berkumpul di luar mahkamah untuk menuntut Ahok dipenjarakan.",
"\"Saya faham pertuduhan tetapi saya tidak faham kenapa dituduh menghina agama,\" kata Ahok selepas pendakwa raya membacakan pendakwaan ke atas beliau, memetik laporan dpa.",
"dpa",
"Mengikut undang-undang Indonesia, defendan tidak perlu membuat rayuan pada permulaan sesi perbicaraan.",
"Ahok didakwa menghina al-Quran selepas mempertikaikan penggunaan sepotong ayat dalam surah al-Maidah yang dijadikan alasan untuk menolak kepimpinan beliau.",
"Ayat itu berkaitan status bukan Islam sebagai pemimpin bagi orang Islam.",
"Ketegangan meningkat di Jakarta selepas lebih 100,000 umat Islam berhimpun pada 4 November yang lalu bagi menuntut pendakwaan ke atas Ahok.",
"Himpunan anti-Ahok kedua berlaku pada 21 Disember dengan kehadiran lebih daripada 200,000 peserta.",
"Ahok menjadi gabenor Jakarta yang pertama beragama Kristian dalam tempoh 50 tahun apabila beliau mengambil alih dari Joko Widodo yang kini menjadi presiden Indonesia pada tahun 2014.",
"Apa yang berlaku terhadap Ahok turut mendapat perhatian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada anggota parlimen dan ahli politik bukan Islam supaya tidak berkelakuan seperti beliau berhubung Akta 355.",
"“Suka saya menjelaskan betapa perlunya perbahasaan usul ini di tangguh walaupun usul ini mengikut proses demokrasi mewakili ahli parlimen Islam sama ada PAS, Umno dan lain-lain.",
"“Usul ini berkait dengan agama Islam sahaja iaitu perkara agama Islam bawah bidang Duli Yang Maha Mulia, yang tidak sepatutnya diganggu oleh kalangan bukan Islam.",
"“Namun terdapat ahli-ahli politik bukan Islam yang saya percaya mereka tidak mewakili masyarakat bukan Islam sepenuhnya, (ia) lebih untuk mendapat keuntungan politik daripada kepentingan awam.",
"“Saya beri peringatan pada mereka jangan berlagak seperti Ahok di Jakarta,” tegasnya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/359075 | ‘Tiada hak asasi manusia jika rasuah sebahagian landskap negara’ | [
"Hak asasi manusia tidak boleh subur jika rasuah diterima menjadi sebahagian daripada landskap negara, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.",
"Suruhanjaya itu berkata demikian ketika mengulas penangkapan beberapa pegawai kanan Jabatan Air Sabah atas dakwaan menyeleweng jutaan ringgit daripada dana persekutuan yang diperuntukkan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat negeri itu.",
"\"Rasuah memusnahkan masyarakat dan institusi negara. Suhakam risau bahawa kejadian itu berlaku. Ini memberi gambaran bahawa terdapat persekitaran yang membolehkan ia berlaku.",
"\"Oleh itu, mesti wujud mandat institusi yang jelas bagi meletakkan akauntabiliti ke dalam sistem tadbir urus air,\" kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail.",
"",
"Suruhanjaya itu turut memuji tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tepat pada masanya kerana tangkapan itu bukan sahaja memperkukuhkan keyakinan orang ramai terhadap usaha anti-rasuah, tetapi membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai.",
"Suhakam menegaskan bahawa memerangi rasuah adalah teras daripada matlamat pembangunan lestari (SDG) dan meletakkan akauntabiliti hak asasi manusia sebagai paksi SDG adalah penting dalam memastikan bahawa komitmen Malaysia pada peringkat antarabangsa ditunaikan.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/649207 | PTVM gesa Fahmi lakukan reformasi RTM | [
"Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menyuarakan kebimbangan mereka berhubung penurunan ketara jumlah perolehan rancangan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun ini.",
"Menegaskan perubahan itu berkurangan melebihi 50 peratus, PTVM berkata, apa yang berlaku itu memberi kesan buruk kepada ratusan syarikat tempatan.",
"Presidennya Jurey Latiff Rosli berkata lebih memeritkan mereka, perolehan yang sepatutnya dilakukan dua hingga tiga kali pada tahun ini hanya dapat diselesaikan melalui satu perolehan.",
"“PTVM memandang berat isu ini. Denga sekali saja perolehan setakat ini mengakibatkan banyak syarikat yang tiada projek dan hilang pendapatan.",
"“Perkara ini berlaku adakah kerana peruntukan yang diberi Kementerian Kewangan berkurangan atau peruntukan RTM dipotong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital?” katanya.",
"Jurey turut berkongsi data perolehan rancangan di RTM sejak 2018 hingga hingga sekarang dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.",
"Menurut Jurey pada 2018 sebanyak 2,900 permohonan dipilih daripada 342 syarikat dan menurun kepada 2,860 permohonan daripada dipilih 361 pada tahun 2019.",
"Setahun kemudian katanya jumlah permohonan yang diterima ialah sebanyak 2,555 yang dipilih daripada 482 syarikat.",
"\"Pada 2021, 4,528 permohonan dipilih daripada 343 syarikat namun pada tahun ini 1,500 permohonan dipilih daripada 133 syarikat,\" katanya.",
"Jurey pada masa sama turut mempertikaikan peruntukan perolehan yang semakin berkurangan itu dan melontarkan soalan jika ia digunakan untuk tujuan berkempen pihak tertentu sempena PRU lalu.",
"\"PTVM berharap Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membuat kajian menyeluruh bagi menyediakan peruntukan yang mencukupi, atau lakukan reformasi bagi menjadikan RTM entiti yang mampu menjana pendapatan sendiri, bukan hanya bergantung harap pada peruntukan kerajaan,\" katanya.",
"Menurut Jurey sejak sekian lama RTM menjadi punca pendapatan beribu-ribu syarikat.",
"“Harapan kami RTM mempunyai peruntukan secukupnya bagi menampung perolehan rancangan di enam stesen mereka agar badan itu dapat terus memberikan peluang pekerjaan kepada lebih banyak syarikat dan penggiat seni,” katanya."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/632114 | ULASAN | Di FB Najib serba tahu, di mahkamah serba tak ingat | [
"ULASAN | Saya berdoa supaya kebenaran akhirnya ditegakkan apabila perbicaraan akhir kes SRC bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan.",
"ULASAN ",
"Inilah tempat terbaik untuk Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta, bukannya di Facebook seperti yang dia buat selama ini. Di mahkamah ada peraturan yang mengatur penghujahan kita mengikut undang-undang, supaya kita tidak boleh berbohong dan putar alam ikut suka kita.",
"Saya selalu turun naik mahkamah semasa Najib berkuasa dan diteruskan pula semasa PH berkuasa. Saya menang semua kes-kes saya (14 kes semuanya) berdasarkan hujah perundangan mengikut fakta.",
"Sebab itu bagi saya, bila ke mahkamah ini kita akan berani jika kita benar.",
"Semua kes saya melibatkan pembongkaran skandal-skandal kewangan kerajaan bermula NFC, 1MDB, Tabung Haji, MARA dan LTAT. Malah, Najib dan Rosmah sendiri menarik balik saman mereka berhubung dakwaan saya yang dana negara diselewengkan sedang Rosmah bermewah membeli barang kemas mahal.",
"Jika kita ada fakta, maka mudah bila kita berdepan di mahkamah.",
"Cuma keadaan saya tidak sama dengan kes-kes Najib. Saya diheret ke mahkamah oleh kerajaan yang ingin menutup penyelewengan mereka yang menyebabkan berbilion wang rakyat hangus. Satu dunia tahu, siap dengan bukti fizikal seperti kondo-kondo, hartanah di Australia, keterangan pesara tentera yang lewat dibayar pencen dan pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang hancur.",
"Kes Najib bersabit pencurian wang pencen rakyat dari KWAP yang masuk ke akaun banknya, lalu dia berjoli sakan membeli barang kemas mewah, membayar kad kredit dan sebagainya. Bukti dari segi “money trail” cukup jelas dan dakwaan wang itu datang dari penderma Arab telah dibuktikan di mahkamah hanyalah pembohongan saja.",
"Sebab itu saya malu bila ada bekas pemimpin negara sebegini.",
"Kepada anggota Umno, dia beri arahan menjawab dan membalas setiap pendedahan saya dalam masa 3 jam. Sebab itu akhirnya semua pendedahan saya yang terbaru tidak dijawab, sebaliknya diputar dengan pelbagai tuduhan yang kononnya saya Raja Fitnah (supaya rakyat menolak mentah-mentah tanpa berfikir).",
"",
"",
"",
"Di mahkamah pula, Najib mencari segala alasan untuk melambatkan kesnya. Di FB tangkas dalam 3 jam, di mahkamah kalau boleh 30 tahun pun lagi mahu dipanjangkan.",
"Di FB, dia serba tahu dan serba benar. Di mahkamah dia serba tidak tahu dan serba tidak ingat.",
"Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku sejak 2018, antara yang saya paling banggakan ialah kehadiran hakim-hakim yang bukan saja jujur tetap CERDIK seperti YA Datuk Nazlan.",
"Beliau senior saya di MCKK dahulu (walaupun 10 tahun lebih senior dari saya), anak pengetua MCKK yang dikenali seorang yang pendiam dan cerdik dari zaman sekolah.",
"Beliau diterima dan lulus dari Oxford University, seterusnya mempunyai kerjaya yang cukup baik pada umur yang muda.",
"",
"",
"",
"Tokoh yang begini sepatutnya kita sanjung dan jadi inspirasi kepada anak-anak muda, bahawa kita boleh berjaya dan dihormati tanpa perlu rasuah di negara ini.",
"Najib yang selalu memainkan sentimen Melayu, bila kantoi di mahkamah, menggerakkan kempen fitnah menuduh YA Dato’ Nazlan sebagai seorang yang terpalit dengan rasuah.",
"Ia diulang-ulang oleh anggota Umno yang mengundang dosa kering setiap hari.",
"Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.",
"Memfitnah YA Datuk Nazlan, anak Melayu terbilang yang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah satu perbuatan terkutuk.",
"Saya berdoa supaya Allah melindungi hakim-hakim kita yang jujur dan adil. Sama-sama kita doakan supaya hakim-hakim yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini.",
"Najib pula, apa lagi yang kamu mahu #SayaPutarJib kali ini di mahkamah tertinggi negara? Alasan apa lagi yang kamu fikirkan untuk disebarkan cyber trooper kamu?",
"Allah telah tetapkan segala-galanya dan Insya Allah ada hikmah dalam setiap yang berlaku.",
"",
"RAFIZI RAMLI ialah timbalan presiden PKR.",
"RAFIZI RAMLI",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.",
"Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini."
] |
https://www.malaysiakini.com/columns/67428 | Runtuh rantah | [
"\nKebelakangan ini kita membaca laporan media tentang bangunan yang baru sahaja selesai didirikan tiba tiba runtuh. Saya pernah menulis untuk meramalkan tentang 'runtuh runtuh' yang akan berlaku. Nampaknya ramalan saya tidak tepat. Saya meramalkan dalam masa lima tahun lagi barulah banyak bangunan akan runtuh-rantah. Belumpun lima tahun berlalu, tapi semakin banyak binaan runtuh rantah dan bocor. Apa yang sebenanrnya berlaku?\n",
"\nApa yang ingin saya tulis ini bukan sesuatu yang baru. Ianya telah menjadi rahsia umum. Malah rahsia umum ini yang pada awalnya agak sulit dan tersorok. Tetapi kerana ianya amat sering dilihat, didengar dan dialami, maka yang sulit ini telah menjadi loya lagi meloyakan.\n",
"\nTiga tahun dahulu kita mendengar sekolah yang baru di bina runtuh di Pahang. Media heboh sebentar. Kemudian kita membaca pula tentang jejambat lebuhraya retak. Media heboh sebentar. Kita juga terbaca dalam akhbar arus perdana tentang hospital di Johor yang mula bercendawan. Ini juga heboh sebentar.\n",
"\nKemudian semuanya senyap.\n",
"\nTidak berapa lama dahulu, atap bangunan parlimen runtuh dan bocor. Menteri yang bertanggungjawab mula bertikam lidah. Dana dikeluarkan untuk memperbaiki bangunan. Hasilnya, kes ini senyap semula. Tiba tiba tebing tanah runtuh di Putrajaya. Saya melihat gambar di mana banyak kereta yang terkambus. Seperti biasa pihak berwajib bersilat lidah tuduh menuduh.\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/360355 | Mahasiswa, MP Kapar merungut cuti Deepavali singkat | [
"Mahasiswa India yang beragama Hindu merungut bahawa cuti Deepavali kali ini adalah begitu singkat.",
"Perayaan Deepavali tahun ini jatuh pada Sabtu ini - bermakna tidak ada cuti tambahan yang diberikan.",
"Kerana mahu cuti lebih panjang, mereka melancarkan petisyen di talian yang setakat ini mendapat sokongan lebih 1,400 orang, termasuk Melayu dan Cina.",
"Ahli Parlimen Kapar G Manivannan membangkitkan perkara itu pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, dan meminta pelajar universiti berkenaan diberikan cuti selama seminggu.",
"\"Mereka hanya mempunyai hujung minggu untuk bersama keluarga. Satu hari bersama keluarga dan satu hari lagi dihabiskan untuk perjalanan pulang ke universiti.",
"\"Ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pelajar,\" kata Manivannan.",
"Pesta cahaya, Deepavali adalah cuti umum sehari di Malaysia.",
"[Baca berita penuh]",
"[Baca berita penuh]"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/100754 | Najib: Cara pemilihan Umno mesti dikaji semula | [
"\nTimbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan bahawa peruntukan perlembagaan parti mungkin dipinda sebagai antara strategi penting bagi proses pembaharuan dan pemulihan Umno.\n",
"\n\nBeliau berkata perubahan mesti berlaku dalam Umno supaya persepsi negatif rakyat dapat dikikis.\n",
"",
"\n\"Sebab itu cara pemilihan pemimpin Umno mesti dikaji semula. Kita harus lakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh, dan berani buat perubahan. Saya yakin sekiranya kita berani buat perubahan, sokongan kepada Umno dan BN akan kembali dan kita boleh pulih semula kedudukan kita seperti sediakala.\n",
"\n\"Jadi soal dalaman Umno ini kita perlu lakukan perubahan dan selepas itu dasar-dasar kerajaan serta pendekataan kita dalam hala tuju terhadap penekanan yang kita berikan. Apakah yang diutamakan oleh rakyat sebenarnya. Ini (jawapan) yang mesti kita cari,\" katanya dalam program wawancara [email protected] di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, lapor Bernama.\n",
"[email protected]",
"\nBeliau menjangka pindaan perlembagaan parti tersebut dapat dilaksanakan sebelum pemilihan Umno pada tahun-tahun akan datang.\n",
"\nNajib yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata struktur organisasi dan dasar Umno juga perlu dirombak bagi memposisikan hala tuju parti dengan keperluan rakyat negara.\n",
"\nMengenai perhimpuan agung Umno selama lima hari bermula Selasa ini, Najib berkata, beliau mahu para perwakilan ke pemilihan parti minggu depan supaya hanya memilih pemimpin yang berwibawa dan berkhidmat kepada rakyat berdasarkan prinsip integriti, kredibiliti dan loyalti.\n",
"\n\"Saya harap mereka akan memilih perwakilan berdasarkan apa yang baik dan penting untuk parti, bukannya kepentingan diri.\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n\nPerkongsian kuasa\n\n",
"\nPerkongsian kuasa\n",
"\n\"Kalau kita pilih ciri-ciri tersebut, saya pasti itulah titik permulaan proses pembaharuan untuk Umno,\" katanya.\n",
"\nDalam pada Umno memperbaharui dirinya, katanya, Umno yang juga\n\nlynchpin\n\nkepada Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk memberi ruang kepada komponen parti BN yang lain untuk mengetengahkan pandangan dan keperluan mereka atas dasar konsep perkongsian kuasa.\n",
"\nlynchpin\n",
"\n\"Dalam proses pemulihan, Umno mesti beri ruang kepada rakan Umno yang lain untuk berfikir apa yang terbaik untuk kumpulan dan kaum mereka. Umno juga perlu bersedia untuk memberi pertimbangan kepada perkara-perkara yang mereka rasakan penting untuk pembelaan masyarakat ini.\n",
"\n\"Kalau mereka tak dapat deliver, jikalau mereka tidak dapat membuat sesuatu, mereka akan hilang kredibiliti di kalangan kumpulan etnik yang mereka wakili,\" katanya.\n",
"\nNajib yang akan mengambil alih pucuk kepimpinan negara dalam suasana politik negara dan kesan ekonomi global yang tidak memuaskan tidak lama lagi, juga melihat dirinya tidak ada masa untuk tempoh \"berbulan madu\".\n",
"\nKatanya beliau sedar kepimpinannya akan diperhati dan diuji khususnya pada hari-hari awal pentadbirannya.\n",
"\n\"Saya percaya rakyat akan beri peluang kepada saya untuk tunjukkan apa yang boleh saya lakukan,\" katanya.\n",
"\nBeliau turut menggariskan dua perkara yang akan menjadi ujian rakyat kepadanya iaitu, keputusan sususan jemaah menteri yang dipilihnya serta ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri.\n",
"\n\n\n",
"\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/100474 | Najib tidak terhutang apa-apa pada saya... | [
"\n\nEksklusif\n\nSelepas Tan Sri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno, maka peluang untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memenangi jawatan tersebut dianggap semakin cerah.\n",
"\nEksklusif\n",
"\n\nSemalam, bakal Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan beliau lebih menyenangi Muhyiddin sebagai timbalannya.\n",
"",
"\nBercakap di satu majlis di Institut Integriti Malaysia semalam, katanya, beliau lebih suka memilih seseorang yang menunjukkan 'integriti dan berkemampuan, daripada 'taat setia'.\n",
"\n\"Jika seseorang itu taat kepada bos tetapi tidak mempunyai integriti dan kemampuan, maka bos boleh jatuh kerananya,\" katanya.\n",
"\nIni dianggap sebagai satu isyarat bahawa Najib menyenangi menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) itu menjadi timbalannya.\n",
"\nMohd Ali sebelum ini dilaporkan berkata Muhyiddin tidak boleh menjadi timbalan yang baik kerana beliau (Muhyiddin) mensasarkan jawatan presiden pada masa terdekat ini.\n",
"\nSeorang lagi calon, Tan Sri Muhammad Muhd Taib - yang sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak bercita-cita untuk menjadi perdana menteri - juga mengingatkan bahawa timbalan yang kuat boleh mengancam bosnya.\n",
"\n\nBagaimanapun, Muhyiddin menegaskan beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa lebih awal daripada 2010, bukan kerana Najib.\n",
"",
"\n\"Saya tidak fikir bahawa apa yang telah saya lakukan, telah meletakkan Najib di mana beliau berada sekarang. Saya tidak fikir ianya adil dan saya mahu memperbetulkan (tanggapan tersebut),\" katanya dalam wawancara dengan\n\nMalaysiakini\n\ndi pejabatnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur minggu lalu.\n",
"\nMalaysiakini\n",
"\n\"Beliau tidak terhutang apa-apa pada saya. Saya lakukannya demi kerana parti, dan kerana negara,\" katanya.\n",
"\n\n\n\n\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\nBaca berita penuh\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/469833 | MH17 antara perbincangan Menteri Luar Malaysia, Belanda esok | [
"Menteri Luar Malaysia dan Belanda akan bertemu di Putrajaya esok, antara lain akan membincangkan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh.",
"Menteri Luar Belanda Stef Blok akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Malaysia esok dan beliau dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah, menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.",
"Selain MH17, kedua-dua menteri dijangka membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan bersama termasuk minyak sawit, Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (PCA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU), ASEAN dan Brexit, katanya.",
"\"Lawatan ini dijangka dapat mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan mencerminkan hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Belanda,” katanya dalam kenyataan itu.",
"Pesawat MAS itu yang dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh pada 17 Julai, 2014, di ruang udara timur Ukraine. Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.",
"Menurut Wisma Putra, Malaysia dan Belanda juga menyasar untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang baharu.",
"Pada 2018, jumlah perdagangan dan pelaburan dua hala antara Malaysia dan Belanda masing-masing pada RM32.57bilion (US$7.82 bilion) dan RM8.4bilion (US$2.06 bilion). ",
"",
"",
"-- Bernama",
"Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/154133 | K'jaan pastikan prinsip keadilan sosial terus subur | [
"\nKerajaan akan memastikan prinsip keadilan sosial terus subur di Malaysia bagi memberi peluang kepada semua golongan mengecapi kemakmuran negara.\n",
"\nPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata melalui prinsip itu golongan tidak berkemampuan akan terus mendapat pembelaan dan menikmati kehidupan dengan adil dan saksama.\n",
"\n\n\"Mereka yang mempunyai kemampuan, mampu menyara hidup dan memberi kemudahan kepada anak-anak mereka.\n",
"",
"\n\"Tetapi kalau (kerajaan) tidak menampung daripada usaha-usaha tertentu untuk golongan tidak berkemampuan, sistem kita akan tempang kerana tidak memberi keadilan sosial kepada semua,\" katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin kawasan parlimen Pekan hari ini.\n",
"\nSeramai 300 pelajar menerima sumbangan wang tunai masing-masing berjumlah RM200, basikal, beg dan pakaian sekolah sumbangan Amanah Raya Berhad dan Persatuan Warga Cinta Negara (Pencinta).\n",
"\nNajib berkata, kerajaan bukan hanya membantu golongan miskin tegar dan mereka yang berada dalam senarai e-kasih, malah mencakupi golongan berpendapatan rendah.\n",
"\nBagaimanapun, katanya, apa yang dilakukan kerajaan tidak mencukupi memandangkan bilangan mereka yang memerlukan bantuan amat besar dan pihak swasta, institusi tertentu seperti Amanah Raya Berhad dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan membantu meneruskan prinsip tersebut.\n",
"\n\nNajib berkata, keadilan sosial juga memberi kelebihan dalam bidang pendidikan negara ini yang mewujudkan mobiliti sosial dan pemerkasaan individu.\n",
"",
"\nBeliau berkata, mobiliti sosial membolehkan anak daripada kalangan rakyat berpendapatan rendah berjaya ke tahap lebih tinggi.\n",
"\n\"Kebanyakan negara termasuk negara maju, di kawasan yang didiami golongan berpendapatan rendah, peluang untuk mereka naik dalam tangga sosial amat tipis sekali.\n",
"\n\"... tetapi di Malaysia banyak disebut cerita kejayaan yang menyayat hati daripada golongan serba kekurangan latar belakangnya, seperti nelayan dan petani tetapi dalam masa satu generasi saja, anak-anak mereka menjadi golongan profesional, ahli korporat dan akademik,\" katanya.\n",
"\nSementara itu, dalam majlis penyampaian limau mandarin 1Malaysia menjelang sambutan Tahun Baru Cina selepas itu, Najib berkata, kemakmuran yang dikecapi ketika ini hasil sumbangan semua kaum yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.\n",
"\n\n\"Semasa mencapai kemerdekaan, orang Melayu yang memimpin perjuangan itu juga disokong pemimpin-peminpin daripada kaum Cina dan India,\" katanya.\n",
"",
"\nBeliau berkata, kini kerjasama semua kaum amat penting bagi mencapai kejayaan sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.\n",
"\n\"Ikatan itu serasi dan melepasi batas kaum. Batas kaum yang tidak ada halangan untuk sama-sama mempertahankan negara ini dan mencapai kejayaan sebagai sebuah negara yang maju,\" katanya.\n",
"\nPada majlis itu, lebih 6,000 kotak limau mandarin diagihkan kepada penduduk sekitar Pekan.\n",
"\n\n\n",
"\n",
"\n- Bernama\n"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/33339 | Pemuda PAS mahu Jawi teruskan serbuan ke kelab malam | [
"\n\nDewan Pemuda PAS pusat hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menggesanya supaya meningkatkan serbuan ke kelab malam.\n",
""
] |
https://www.malaysiakini.com/news/655974 | Cukai vape boleh dilaksanakan selepas KKM teliti isu perundangan | [
"PARLIMEN l Pencukaian ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong.",
"PARLIMEN l ",
"“KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023).",
"“Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.",
"Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.",
"",
"",
"",
"Menjawab soalan asal Wan Saifulruddin mengenai anggaran kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol, Sim berkata berdasarkan pengiraan rampasan, kerugian dianggarkan RM353 juta pada 2021 dan RM364 juta (2022).",
"“Namun mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion setahun.",
"Beliau berkata kerajaan komited dalam mempertingkatkan lagi usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesai atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut.",
"Menurutnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya mengehadkan aktiviti transhipment (pemindahan kapal) rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan penggunaan kontena yang berstandard ISO sahaja dan melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit.",
"- Bernama",
"- Bernama"
] |
https://www.malaysiakini.com/news/600012 | Peratus keluar mengundi rendah, Anwar mengaku bimbang | [
"Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengaku bimbang dengan peratusan kadar keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang sedang berlangsung hari ini.",
" ",
"Katanya, menilai pada kadar turun mengundi lalu, sepatutnya peratusannya sudah melebihi separuh menjelang tengah hari. ",
"“Selalunya setakat jam 1 (pm), sudah lebih 50 atau 60 peratus. Ia sangat rendah. Itu sudah tentunya membimbangkan kami. ",
"",
"",
"",
"",
"",
"“Sukar untuk nilai, kerana bila kamu pergi (ke Melaka), orangnya santun-santun, tetapi kamu tak boleh berkempen, tak boleh berkumpul ramai-ramai, ia menyalahi SOP,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Jentera Pilihan Raya PKR di Hotel Imperial di Kuching, hari ini.",
"Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kadar turun mengundi adalah seramai 57 peratus setakat jam 3 petang tadi, manakala peratusan untuk jam 1 petang hanya pada 43 peratus. ",
"\n",
"\nAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang.?? Peratus keseluruhan: 57%Sumber: SPR— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 20, 2021 \n",
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang.?? Peratus keseluruhan: 57%Sumber: SPR— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 20, 2021 ",
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang.?? Peratus keseluruhan: 57%Sumber: SPR— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 20, 2021",
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang.?? Peratus keseluruhan: 57%Sumber: SPR",
"",
"",
"",
"",
"",
"",
"November 20, 2021",
"Ditanya tentang peluang PH setakat ini, Anwar menyifatkannya sebagai “baik” menilaikan sambutan yang diterima daripada penduduk Melaka ketika dia turun ke negeri itu, namun pada masa sama, menegaskan keputusan sukar untuk diramalkan.",
"",
"“Baik, tetapi saya tidak tahu, ia sangat sukar bagi kami untuk menilainya. Apa yang saya yakin, orangnya (Melaka) baik-baik, peramah. Tak ada perbalahan kesat. ",
"“Yang lebih kesat (berbalas kenyataan) adalah antara Umno dan Bersatu. Kami bersih,” katanya lagi.",
"",
"",
"",
"",
"",
"PRN Melaka kali ini menyaksikan tiga gabungan utama bertarung di Melaka - BN, PN dan PH. ",
"Pengundian akan ditutup pada jam 5 petang."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/357160 | Zakat: Benarkah senang masuk susah keluar? | [
"ULASAN Jika wang terkumpul mencecah jutaan ringgit saja sudah mendebarkan hati kebanyakan orang, apa lagi jika ia dilaporkan mencapai nilai bilion. Ia bukan wang sembarangan.",
"ULASAN",
"Ia bukan wang derma, tapi zakat - sejenis 'kekayaan' yang dikumpul daripada orang yang berasa dia berkewajipan membayarnya.",
"Wang itu pula bukan untuk disimpan atau dilaburkan, sebaliknya diagih-agihkan. Di negara ini ada entiti khusus ditubuhkan untuk mengelola hal berkaitan zakat.",
"Dalam keadaan begitulah pelbagai cerita muncul. Biasalah, biasanya cerita yang 'busuk' dan negatif yang lebih menarik perhatian.",
"Antara cerita yang paling popular ialah badan pengurusan zakat gagal melaksanakan tanggungjawab mereka membantu asnaf seperti sepatutnya.",
"Tidak ketinggalah pelbagai kisah sedih bagaimana pemohon zakat berdepan kerenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan.",
"Ada juga yang berpendapat zakat itu sejenis makhluk yang \"senang masuk susah keluar\".",
"Di sisi bertentangan badan pengurusan zakat menjelaskan bagaimana mereka mencuba sedaya upaya mengelolakan zakat itu supaya memanfaatkan golongan sasaran.",
"Selain dibentangkan sekian juta ringgit kutipan mereka turut menjelaskan bagaimana dana berkenaan diagih-agihkan.",
"Mualaf rasa dikhianati",
"Mualaf rasa dikhianati",
"Mualaf rasa dikhianati",
"Dalam keadaan bertentangan begitulah cerita orang susah, merempat, kedana, atau pelajar di luar negara terpaksa mengikat perut demi pengajian yang harus ditamatkan serta pekerja peringkat bawahan terpaksa meminjam ke sana sini untuk mencukupkan keperluan muncul dari semasa ke semasa.",
"Cerita itu menjadi lebih menarik dan 'mendebarkan' apabila dikisahkan ada gereja yang memberikan bantuan kewangan dengan cara yang cukup mudah dan bebas birokrasi.",
"Bagaimana hati tidak berdebar mendengar perkhabaran itu. Sudahlah orang Islam yang fakir atau terdesak itu dibantu oleh badan bukan Islam, gereja pula.",
"Di negara yang kuat wasangka antara kaum dan agama ini, ia sangat mencabar maruah dan memalukan.",
"Ada pula kisah mualaf yang berasa seolah-olah dikhianati apabila tidak dibela selepas mereka membuat keputusan besar dalam hidup kerana menukar agama.",
"Sebenarnya mualaf yang 'disabotaj' itu bukan oleh agensi pengurusan zakat semata-mata. Ada banyak. Dalam kes tertentu pasangan mereka sendiri - yang biasanya memang sudah beragama Islam - menjadi faktor kekecewaan berkenaan.",
"",
"Namun agensi pengurusan zakat juga dikecam. Memanglah sebab mereka adalah pihak yang bertanggungjawab mengelola pengagihan zakat. Dan zakat itu diuar-uarkan bernilai berjuta-juta ringgit.",
"Jika bukan pusat atau lembaga zakat sesebuah negeri siapa lagi yang boleh dipersalahkan? Tentu sekali bukan Jabatan Kerja Raya.",
"Cuma kecaman dan kritikan itu haruslah adil. Ketika agensi itu mempunyai kaedah, prosedur dan piagam yang tertentu, mungkin di peringkat pelaksanaannya masih lemah.",
"Ia kira-kira sama dengan beberapa dasar kerajaan juga. Prinsip dan falsafah yang dirangka mungkin cukup bagus namun penyampaian dan pelaksanaannya mengalami ketirisan kronik di sana sini.",
"Unta depan masjid",
"Unta depan masjid",
"Unta depan masjid",
"Aktiviti mencari golongan asnaf yang layak dibantu juga perlu dipergiatkan - jika ia memang sudah dilakukan. Jika belum, mungkin pihak yang berkenaan tidak berasa apa-apa dengan kritikan masyarakat terhadap institusi agama yang penting itu.",
"Begitu juga dengan komunikasi antara badan pengelola zakat dan masyarakat. Benar juga kata pengkritik: Jika semasa mengutip zakat mereka boleh membuat kaunter sementara di tempat-tempat tumpuan awam, mengapa tidak kaedah sama dibuat bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada pihak yang memerlukan?",
"Jika memang sudah dilakukan, apa sebenarnya yang berlaku apabila masih ada asnaf mengadu betapa nasib mereka tidak terbela, atau sekurang-kurangnya sudah dibela agensi zakat?",
"Islam itu sendiri sukakan sesuatu dipermudahkan. Alih-alih kita mendengar rungutan prosedur bantuan dipenuhi birokrasi. Siapa yang salah?",
"Isu ini juga berkait dengan masalah persepsi dan imej. Barangkali amalan menguar-uarkan perolehan atau kutipan zakat perlu dikurangkan sedikit.",
"Tindakan itu kadang-kadang boleh disalah tanggap sebagai menunjuk-nunjuk. Memanglah pihak yang berkenaan akan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan begitu. Hanya agensi agama yang tidak waras mahu mengakui mereka bermegah-megah dengan wang yang dikumpul.",
"Niat asalnya mungkin baik tetapi ia mesti diiringi dengan praktik yang cerdik juga. Samalah seperti ahli politik. Berperibadi baik dan jujur saja tidak memadai. Mereka perlu lincah dan lihai membaca gerak-geri sekeliling untuk berjaya.",
"Kecualilah ahli politik itu - atau partinya - memang berpolitik untuk sentiasa tewas.",
"Ia kira-kira sama seperti membiarkan begitu saja seekor unta di depan masjid kerana pemiliknya perlu bersolat di situ. Niat yang baik mesti disertakan dengan perbuatan yang cerdik."
] |
https://www.malaysiakini.com/hiburan/629995 | Adi Putra letak 'mahar' tinggi demi kebajikan penggiat industri | [
"Ada sebab mengapa Adi Putra menetapkan 'mahar' yang tinggi untuk setiap kemunculannya di layar lebar dan ia bukanlah semata-mata untuk dirinya.",
"Sebaliknya kata pelakon terkenal itu, ia juga adalah demi kemaslahatan kru perfileman secara menyeluruh.",
"Menurut pelakon berasal dari Singapura itu, dia meletak harga agar secara tidak langsung boleh menguntungkan industri terutamanya dalam meningkatkan kadar gaji artis veteran dan kru.",
"“Saya sentiasa (letak harga) mahal. Bukan apa, saya meletak kadar bayaran tinggi kerana saya fikir, nilai macam tu bukan untuk diri sendiri saja.",
"“Kita sedia maklum bagaimana kadar bayaran untuk seniman dan seniwati serta kru produksi macam mana. Jadi mengapa tidak 'maharnya' ditingkatkan?” jelasnya.",
"Kata pemilik nama penuh Mohamed Hadi Putera Halim itu, tidak salah untuk seseorang pelakon berpengalaman meletak kadar bayaran tinggi bagi persembahan yang diberikan.",
"",
"",
"",
"Hal itu, katanya, memang wajar sekiranya ia berpatutan dengan mutu kerja yang dihasilkan.",
"“Saya pernah terpalit kontroversi suatu ketika dulu kerana dikatakan seorang pelakon yang demand (menuntut kadar bayaran tinggi). Namun secara peribadi, demand itu penting.",
"demand",
"demand",
"“Perlu demand bayaran sebab kita tahu apa kita mahu. Jika asyik tarik tali, tak ada demand, bermaksud kita masih terkapar-kapar dalam lautan (tidak tahu mutu lakonan sendiri).",
"demand",
"demand",
"“Kita mahal sebab komitmen diberikan, kerja keras siang dan malam. Terutama untuk pelakon yang sudah lama bekerja ada value added (nilai tambahan). Mahal bukan satu stigma,” tuturnya.",
"Tergelak saksi aksi spontan",
"Tergelak saksi aksi spontan",
"Tergelak saksi aksi spontan",
"Adi Putra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Jerangkung Dalam Almari, di di Petaling Jaya malam tadi.",
"Jerangkung Dalam Almari",
"Filem mendapat arahan Shadan Hashim itu berkisahkan tiga adik-beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela dalam dada mereka sehingga berdendam dan berprasangka sesama sendiri.",
"Selain Adi Putra, filem itu turut dijayakan Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Isaac Iman, Zaidi Omar, Amerul Affendi dan Fazlina Ahmad Daud. Ia dijadual menjengah pawagam pada 4 Ogos ini.",
"Untuk rekod, Adi Putra, 41, sebelum ini dihimpit kontroversi kerana meletak bayaran tinggi. Pelakon KL Gangster itu bagaimanapun mengakui terkilan dituduh mementingkan diri sebaliknya mendakwa dia sekadar ingin membantu rakyat yang susah menggunakan duit gajinya itu.",
"KL Gangster",
"",
"",
"",
"Mengulas Jerangkung Dalam Almari, Adi Putra berkata, walaupun filem itu memaparkan genre seram, ada beberapa babak lucu tercetus hasil daripada lakonan spontannya bersama Hasnul.",
"Jerangkung Dalam Almari",
"Menurutnya, apabila menonton filem berkenaan semasa sesi pratonton, dia tidak menyangka lakonan spontan itu membuahkan hasil yang tidak dijangka.",
"“Ada geli-geli di perut yang bercampur baur sebab anggapan kita kalau tonton filem seram, sepatutnya jadi seramlah. Perubahan babak bersama Hasnul tu memang berlaku secara spontan.",
"“Dan pengarah 'membeli' selepas kami 'menjualnya'. Kami pun tergelak sendiri bila melihat aksi dalam babak kakak dirasuk.",
"“Sepatutnya kami berusaha menenangkan keadaan, tapi boleh pula berlaku pergaduhan tak semena-mena,” ujarnya berseloroh."
] |
https://www.malaysiakini.com/news/370620 | Saiful dakwa keluarga Anwar minta tolong, Nuha nafi | [
"Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuannya bagi pihak keluarga bekas ketua pembangkang itu.",
"Saiful mendakwa, keluarga Anwar minta beliau memohon pengampunan diraja bagi Anwar tanpa menukar pengakuan beliau diliwat oleh bekas majikannya itu.",
"Bagaimanapun anak kedua Anwar, Nurul Nuha menafikan perkara itu.",
"“Oh satu lagi fitnah, keluarga kami tidak pernah hubungi Saiful,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.",
"Malaysiakini",
"Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang kini mungkin sudah insaf atas perbuatannya.",
"Katanya lagi, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.",
"“Dan jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada, kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut, ada locus standi.",
"locus standi",
"“Kata beliau (teman Anwar), dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” kata Saiful.",
"Dalam tulisan itu, Saiful turut berkata beliau masih belum membuat apa-apa keputusan.",
"“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.",
"Anwar, 68, menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara padanya.",
"Beliau bagaimanapun secara konsisten menafikan dakwaan itu dan mendakwa menjadi mangsa konspirasi politik.\n ",
"",
"",
""
] |