diff --git "a/sukanz.jsonl" "b/sukanz.jsonl" new file mode 100644--- /dev/null +++ "b/sukanz.jsonl" @@ -0,0 +1,3578 @@ +{"url": "https://sukanz.com/202219305/", "headline": "\nMFL Salur RM100,000 Kepada Pemain & Pegawai Sarawak United – 4 Bulan Gaji Tertunggak\n", "content": ["Dua hari lalu, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) memaklumkan telah menerima laporan daripada beberapa orang pemain Sarawak United FC mengenai isu tunggakan gaji yang sudah memasuki 4 bulan.", "Perkembangan mendukacitakan itu membuatkan badan pengendali, Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan untuk menyalurkan sejumlah RM100,000 bagi membantu pemain dan pegawai pasukan berkenaan yang terkesan dengan isu tersebut.", "Menerusi satu kenyataan, keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL Ke-4 yang dipengerusikan oleh presidennya, Dato’ Ab Ghani Hassan semalam bagi meringankan beban pemain dan pegawai yang terlibat.", "A post shared by PFA Malaysia (@pfamalaysia)", "“Berdasarkan laporan yang MFL terima daripada PFAM, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam bersetuju sebulat suara untuk mengambil tindakan segera memotong dana hak penyiaran Sarawak United sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada pemain dan pegawai yang mengalami masalah tunggakan gaji.", "“Pembayaran kepada pemain Sarawak United FC yang terlibat akan disalurkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).” katanya.", "Tambah Ab Ghani lagi, pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji sebegini dan telah mengarahkan Sarawak United menyelasaikannya dalam tempoh dua minggu bermula hari ini.", "Kegagalan berbuat demikian, MFL akan membuat tindakan susulan dimana kemungkinan slot bertanding dalam saingan Piala Malaysia tahun ini tidak akan diberikan kepada Sarawak United.", "Featured Image: Sarawak United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111655/", "headline": "\nAustralia Mahu Bida Piala Dunia FIFA 2030 Atau 2034\n", "content": ["Badan induk bola sepak Australia, Football Australia sedang merangka perancangan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2030 atau 2034.", "Sebelum ini, mereka telah cuba untuk membida bagi menganjurkan kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 namun ianya menemui kegagalan selepas tewas satu undi kepada Qatar.", "Menurut laporan CNA yang memetik akhbar berpangkalan di Australia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Football Australia, James Johnson percaya ianya masa yang sesuai untuk mereka mencuba sekali lagi. ", "Ianya selepas Australia berjaya menjadi hos bersama New Zealand bagi kejohanan Piala Dunia Wanita FIFA 2023 selain diberikan hak untuk menganjurkan temasya Sukan Olimpik 2032 di Brisbane.", "Untuk makluman semua, ketika ini sebanyak tiga pakatan negara dan sebuah negara tunggal telah disahkan melakukan bidaan untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia pada tahun 2030.", "Mereka ialah pakatan Argentina, Chile, Paraguay dan Uruguay dari benua amerika selatan. Keduanya ialah Portugal dan Sepanyol serta Bulgaria, Greece, Romania dan Serbia dari benua eropah. Terakhir ialah Maghribi satu-satunya negara tunggal dari benua afrika.", "Johnson seperti mengakui tuan rumah bagi Piala Dunia 2030 akan dianjurkan di benua eropah memandangkan edisi 2022 dan 2026 masing-masing diadakan di asia dan amerika utara.", "Justeru beliau melihat peluang untuk Australia untuk memenangi bidaan Piala Dunia itu lebih cerah pada edisi 2034."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111271/", "headline": "\nBojan Harap Tuah Laman Sendiri Bantu KL City Kutip 3 Mata Menentang Selangor\n", "content": ["Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengharapkan tuah beraksi di laman sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dapat menyebelahinya apabila turun bertemu Selangor pada malam esok.", "Jurulatih kelahiran Croatia ini menjangkakan pertembungan Klang Valley Derby ini akan berlangsung sengit. Malah Bojan turut melihat masing-masing KL City dan Selangor tidak dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan pada kali ini.", "Namun di pihaknya, Bojan mempunyai lebih pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama selepas menandatangani beberapa pemain baharu pada jendela perpindahan kedua, baru-baru ini.", "“Untuk saya, kali ini tiada pasukan yang patut kita lihat pasukan pilihan atau pasukan bukan pilihan, semuanya sama sahaja kerana semua pasukan ada melakukan perubahan.", "“Kami beraksi di laman sendiri malam esok, jadi saya harap ia akan lebih membawa tuah kepada kita untuk mengutip tiga mata nanti.", "“Secara keseluruhan, saya gembira dengan pasukan saya dan saya juga ada lebih ramai pilihan untuk diletakkan dalam kesebelasan utama di mana mereka semuanya berada dalam keadaan yang baik sekarang,” jelasnya.", "Pada perlawanan pusingan pertama Liga Super lalu, kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 1-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain KL City iaitu Dominique da Sylva dan Giancarlo Gallifuoco (gol sendiri) pada minit ke-80 dan ke-90."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217212/", "headline": "\nPiala Uber: Malaysia Tidak Pulang Tangan Kosong, Kutip 1 Mata Menentang Mesir\n", "content": ["Skuad wanita negara disahkan gagal layak ke saingan kalah mati selepas tumpas dua perlawanan berturut-turut menentang Denmark dan Thailand pada peringkat Kumpulan C saingan Piala Uber 2022.", "Namun begitu, Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong selepas berhasil merakamkan kemenangan menentang Mesier pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, semalam.", "Perlawanan dan kemenangan pertama dimulakan oleh Myisha Mohd Khairul dengan menumpaskan Doha Hany secara “straight set” dengan skor 21-5 dan 21-19 . Kemenangan itu diteruskan pada perlawanan kedua menerusi Tan Zhing Yi yang mengalahkan Nour Ahmed Youssri dengan skor 21-12 dan 21-14.", "Pemain berusia 17 tahun yang melakukan debut di kejohanan ini, Chan Wen Tse turut meneruskan rentak kemenangan dengan menumpaskan Hana Tarek Zaher juga menerusi “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-16.", "Pada perlawanan keempat, pasangan beregu Low Yeen Yuan dan Valeree Siow turut sama merekodkan kemenangan. Mereka meraih pungutan mata 21-6 dan 21-10 mengatasi lawannya, Jana Ashraf dan Jana Abdelkader.", "Perlawanan ini ditutup dengan pertarungan antara Teoh Mei Xing-Anna Cheong dan Nor Ahmed Youssri-Hana Tarek Zaher. Beregu negara memastikan kemenangan bersih 5-0 menjadi milik Malaysia dengan skor 21-5 dan 21-4.", "Malaysia menamatkan saingan Kumpulan C ini menduduki tempat ketiga dan Mesir di tangga keempat. Sementara itu, skuad tuan rumah, Thailand muncul juara kumpulan dan Denmark pula menjadi naib juara.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114418/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Perjalanan Soon Huat-Shevon Ditamatkan Beregu Thailand Pada Suku Akhir\n", "content": ["Persembahan pasangan beregu campuran Thailand yang menghuni ranking nombor satu dunia ternyata tidak mampu dicabar oleh beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.", "Itu menyebabkan gandingan Soon Huat-Shevon terpaksa akur tumpas kepada Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai sekaligus menyekat kemaraan mereka ke pentas separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2021.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021XD – Quarter final 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅15 13 🇲🇾Soon Huat GOH 🇲🇾Shevon Jemie LAI🕗 in 44 minutes https://t.co/iFVeLgIP40", "Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-14 dunia tumpas secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 21-13 dalam pertarungan yang memakan masa 44 minit.", "Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut Soon Huat-Shevon di tangan Dechapol-Sapsiree sepanjang mereka bertemu pada tahun ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207466/", "headline": "\nTips Minit-Minit Akhir FPL GW4 – Bayar Harga Salah!\n", "content": ["Bagaimanakah keadaan pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda selepas tiga minggu? Sudahkan anda menggunakan wildcard atau salah satu daripada tiga chip yang ditawarkan?", "Kami berharap keadaan pasukan dan kumpulan mata anda sepanjang tiga gameweek sebelum ini dalam keadaan baik sahaja. Jom kita lihat pemain-pemain yang patut anda pilih menjelang Gameweek 4.", "Penjaga gol – Bernd Leno (Arsenal, 5.0 juta)", "Leno berada dalam tahap terbaik selepas melakukan beberapa ‘saves’ penting dalam kedua-dua perlawanan terakhir berdepan Liverpool. Telah memungut satu ‘clean sheet’ daripada tiga perlawanan Premier League sebelum ini, Leno menjadi pilihan utama penjaga gol kami minggu ini.", "Pilihan alternatif – Alex McCarthy (Southampton, 4.5 juta)", "Pertahanan – Andrew Robertson (Liverpool, 7.0 juta)", "Robbo belum gagal dalam memberikan mata dalam kesemua tiga perlawanan sebelum ini. Jika tidak kerana penglibatan dalam sesebuah gol, beliau memberikan mata clean sheet. Bakal berdepan Aston Villa selepas ini, beliau sepatutnya tidak berdepan sebarang masalah dalam menyumbangkan mata sekali lagi.", "Pertahanan – Lucas Digne (Everton, 6.1 juta)", "Apabila bercakap tentang pertahanan yang mampu memberikan mata dalam penglibatan gol, Lucas Digne merupakan salah satu pemain dalam topik tersebut. Antara pemain yang menjadi punca utama kebangkitan Everton kali ini, dan Brighton seharusnya berjaga-jaga dengan pemain ini.", "Pilihan alternatif – Reece James (Chelsea, 5.1 juta)", "Pemain Tengah – Mohamed Salah (Liverpool, 12.1 juta)", "Salah telah melakukan 13 percubaan dari dalam kotak penalti dalam tiga perlawanan sebelum ini – lebih banyak berbanding mana-mana pemain Premier League lain. Beliau juga merupakan pilihan yang baik untuk jangka masa panjang. Minggu ini, Salah turun berdepan Aston Villa, seterusnya bertemu Everton dan Sheffield United.", "Pemain Tengah – Riyad Mahrez (Man City, 8.4 juta)", "Pilihan yang baik untuk slot pemain tengah ‘kelas kedua’, Mahrez terlibat dalam kedua-dua gol City ketika mereka tewas 2-5 kepada Leicester. Mahrez juga antara calon ‘differential’ yang mantap dengan kurang 5 peratus daripada pemain FPL seluruh dunia yang memiliki beliau ketika ini.", "Pilihan alternatif – Harvey Barnes (Leicester, 7.0 juta)", "Penyerang – Dominic Calvert-Lewin (Everton, 7.5 juta)", "Anda tidak perlu bertanya soalan mengapa kita semua perlu memiliki DCL ketika ini. Pemain England ini telah menjaringkan gol dalam semua tiga perlawanan sebelum ini dengan jumlah 5 gol, turut menjaringkan hatrik dalam perlawanan Carabao Cup. Wajib beli!", "Penyerang – Raul Jimenez (Wolves, 8.6 juta)", "Jimenez mungkin tidak terlibat secara langsung dalam semua 4 gol Wolves ketika membelasah West Ham minggu lalu, tetapi harus diingat, beliau berjaya memberi mata dalam dua perlawanan sebelumnya.", "Bakal berdepan Fulham, Leeds, Newcastle dan Crystal Palace selepas ini, Jimenez antara pilihan yang baik untuk permainan jangka masa panjang.", "Pilihan alternatif – Danny Ings (Southampton, 8.4 juta)", "Selamat maju jaya buat semua pembaca Sukanz pada gameweek kali ini!"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214840/", "headline": "\nTerbuka India: Beregu No.2 Dunia ‘The Daddies’ Sekat Yew Sin-Ee Yi Ke Final\n", "content": ["Beregu berpengalaman Indonesia merangkap pasangan No.2 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan berhasil menyekat kemaraan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi ke pentas final Terbuka India 2022.", "Ahsan-Setiawan yang turut dikenali sebagai ‘The Daddies’ melakar kemenangan secara ‘straight set’ ke atas Yew Sin-Ee Yi untuk memastikan tiket ke pentas final kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini menjadi milik mereka.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MD – Semi final 🇮🇩Mohammad AHSAN🏅21 21 🇮🇩Hendra SETIAWAN🏅15 18 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 30 minutes https://t.co/xMAv9qlke5", "Di dalam perlawanan tersebut, Ahsan-Setiawan meraih kemenangan dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan keempat membabitkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa. Mereka telah bertemu sebanyak 3 kali sebelum ini dimana satu perlawanan dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi manakal Ahsan-Setiawan mencatatkan dua kemenangan.", "Sebagai tambahan, di pentas final kelak, ‘The Daddies’ akan turun menentang samada beregu Perancis, Fabien Delrue dan William Villeger (ranking 55) atau beregu tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty (ranking 10).", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110871/", "headline": "\nKontrak Penjaga Gol Kedah, Ifwat Akmal Bakal Tamat Hujung Tahun Ini\n", "content": ["Kontrak penjaga gol Kedah Darul Aman (Kedah), Ifwat Akmal Chek Kassim difahamkan bakal tamat pada penghujung musim ini.", "Bagaimanapun, hal kontrak tidak mahu difikirkannya lagi buat masa ini dan Ifwat mahu mencurahkan sepenuh tumpuan untuk memberikan yang terbaik buat skuad Hijau Kuning.", "Untuk makluman, musim ini, Ifwat hanya tampil sekali sahaja ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sumbangsih. ", "Malangnya, selepas daripada itu, dia ditimpa kecederaan di bahagian lutut kiri dan memaksanya berehat panjang.", "“Kontrak saya dengan Kedah sampai hujung tahun ini sahaja, sebab itu penting untuk saya membuktikan sesuatu kepada pasukan bahawa saya juga mampu.", "“Tengok la nanti macam mana, saya kena buat yang terbaik dahulu untuk pasukan ini, selepas itu barulah saya akan fikirkan untuk musim depan bagaimana,” katanya.", "Ketiadaan Ifwat memberi peluang kepada pemain senior, Shahril Sa’ari untuk mengisi posisi penjaga gawang Kedah. ", "Bukan sahaja berperanan sebagai pengganti, Shahril dilihat menampilkan persembahan yang konsisten sebagai penjaga gol utama dan memainkan peranan meletakkan Kedah menduduki tangga ke-3 Liga Super pada ketika ini.", "Walaupun dilihat sukar untuk merebut kembali posisi tersebut, Ifwat tampil positif dan sedia untuk bekerja dengan lebih keras bagi meraih kepercayaan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak untuk menyenaraikannya pada perlawanan liga yang akan datang.", "“Persaingan itu saya lihat secara sihat kerana masing-masing pasti akan mendapat peluang dan semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.", "“Sasaran saya adalah supaya peluang saya untuk kembali beraksi lebih cerah selepas liga bersambung kerana sudah lama saya terlepas perlawanan pada musim ini.", "“Memandangkan Piala AFC belum bermula, jadi saya kena rebut peluang ini dengan segera supaya nanti perlawanan penting juga saya dapat diberi kepercayaan untuk diturunkan.", "“Sekarang pun, saya sudah betul-betul pulih dan tiada masalah sekiranya untuk beraksi, jadi saya percaya peluang saya akan ada sebaik sahaja perlawanan kembali bersambung,” katanya lagi.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206789/", "headline": "\nGara-Gara Cium Bola, Sergio Lopez Didenda $1200 Langgar SOP Pencegahan Covid-19\n", "content": ["Hanya disebabkan mencium bola, seorang pemain bola sepak di Ecuador, Sergio Lopez telah didenda sebanyak $1200.", "Pemain tengah kelab Aucas berusia 31 tahun itu menjadi pemain pertama yang dihukum atas kesalahan tersebut oleh jawatankuasa liga utama Ecuador, Liga Pro.", "Lopez yang merupakan pemain kelahiran Argentina melakukan kesalahan berkenaan ketika pasukannya berjaya menumpaskan Macara, 1-0 pada jumaat lalu.", "Kesalahan tersebut di bawah peraturan kebersihan pencegahan Covid-19 yang diperkenalkan sejak kembalinya saingan liga bola sepak negera tersebut pada ogos lalu setelah ditunda selama lima bulan.", "Selain itu, lima pemain turut didenda sebanyak $1200 seorang kerana bertukar jersi – salah satu peraturan yang dilarang – selepas daripada perlawanan yang berlangsung pada 16 ogos lalu.", "Manakala dua pasukan iaitu Liga de Portoviejo didenda kerana tidak menyediakan kit bantuan awal dan Barcelona SC pula tidak menyediakan cecair pembasmi kuman.", "Untuk rekod, Ecuador telah mencatatkan 114,000 jangkitan dan hampir 6,600 kematian disebabkan oleh pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215864/", "headline": "\nSelangor MAC Pertahankan Kejuaraan MPFL Buat Kali Kedua Berturut-Turut\n", "content": ["Saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim ini menyaksikan juara bertahan, Selangor MAC berjaya mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan Shah Alam City pada perlawanan ke-13 di Kompleks Sukan Panasonic, malam tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, skuad yang dikendalikan oleh Addy Shairullyzam itu meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Matheus Vasconcelos Silva pada babak pertama. Lebih manis, Selangor MAC mengesahkan kejuaraan musim ini dengan berbaki satu lagi perlawanan.", "Keputusan CUCKOO MPFL 2022Sirkit 8 | Ahad, 6 Mac 2022SHAH ALAM CITY 0-1 SELANGOR MAC⚽️ Matheus Vasconcelos Silva 16' 🏆 Selangor MAC telah sah bergelar juara biarpun berbaki satu perlawanan pada Sirkit 9, 11-13 Mac 2022#FAM #HarimauMalaya #Futsal #CUCKOOMPFL2022 pic.twitter.com/tZKLmvpulg", "Untuk perlawanan terakhir MPFL musim ini, Selangor MAC dijadualkan menentang pencabar terdekatnya, Pahang Rangers FC, Ahad depan, pada Sirkit ke-9 kelak. Ketika ini, Pahang Rangers yang dibimbing oleh Gerard Casas itu turut mengesahkan statusnya sebagai naib juara dengan mengutip 32 mata daripada 13 perlawanan.", "Sebagai rekod, Selangor MAC merupakan juara sulung bagi saingan MPFL (dahulunya dikenali sebagai Liga Futsal Kebangsaan) yang dianjurkan pada tahun 2019. Bagaimanapun, dua edisi berikutnya 2020 dan 2021 tidak dapat dijalankan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara.", "Featured Image: Football Association of Malaysia & Selangor MAC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113245/", "headline": "\nRating Sukanz: Kemasukan Quentin Cheng Bantu Malaysia B-22 Raih Kemenangan Ke Atas Laos \n", "content": ["Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) berjaya memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada peringkat Kumpulan J dengan langkah kanan.", "Kemenangan ini diraih setelah skuad Harimau Muda kendalian Coach Brad ini berhasil menumpaskan skuad Laos B-22 dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar, Mongolia pada hari ini.", "Gol tunggal tersebut dijaringkan oleh Azfar Fikri pada separuh masa kedua setelah menyudahkan hantaran lintang cantik oleh wing back kanan, Quentin Cheng pada minit ke-68.", "Kemenangan 1-0 ini memberikan Malaysia 3 mata yang sangat berharga. Ia membolehkan Malaysia mendahului Kumpulan J setelah perlawanan melibatkan dua lagi pasukan, Thailand dan Mongolia berakhir dengan keputusan seri pada tengah hari tadi.", "Berikut adalah rating pemain-pemain Harimau Muda ketika menentang Laos:", "Berjaya memastikan ‘clean sheet’ buat Malaysia dan Azri juga tidak berhadapan dengan ujian getir memandangkan Laos kurang efektif dalam melakukan serangan.", "Melakukan tugasan bertahan dengan baik bersama dua orang lagi pertahanan dalam sistem bek bertiga. Disebabkan kerja-kerja bertahan yang baik, penjaga gol Malaysia tidak berhadapan dengan ancaman yang berbahaya. ", "Harith menjadi ‘ball playing defender’ dan dia turut memainkan peranan sebagai titik permulaan kepada pembinaan permainan Malaysia dari bawah. Tugas-tugas bertahannya turut dilakukan dengan baik.", "Sepertimana dua rakan sepasukannya di bahagian pertahanan, Azrin turut memastikan serangan-serangan Laos dapat dipatahkan sekaligus melindungi gawang Malaysia daripada dibolosi.", "Persembahannya di sebelah kanan tidak begitu signifikan terutamanya dalam membantu bahagian serangan Malaysia. Dia dikeluarkan pada separuh masa kedua oleh Coach Brad.", "Agak bergelut untuk Nik Akif menampilkan persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini. Selain itu, dia juga sentiasa diasak oleh pemain-pemain Laos untuk membantutkan serangan Malaysia.", "Pada separuh masa pertama Mukhairi juga bergelut untuk merancang bahagian tengah Malaysia. Namun pada separuh masa kedua, setelah kemasukan beberapa pemain baharu, permainan Mukhairi bertambah baik dan membolehkan bahagian tengah lebih dikuasai oleh Malaysia.", "Beraksi sebagai wing back kiri dan ada beberapa gerakannya berhasil menerpa berdekatan kotak penalti Laos. Akan tetapi hantaran yang dilakukannya tidak begitu membantu barisan serangan negara untuk mendapatkan gol. Separuh masa kedua, Umar dikeluarkan oleh Coach Brad.", "Tidak mendapat suapan bola dan sokongan yang baik daripada rakan sepasukan menyebabkan dia sedikit terasing di bahagian atas. Beberapa gerakannya juga dapat dipatahkan oleh pertahanan lawan. Separuh masa kedua Syafik dikeluarkan.", "Selain berperanan sebagai penyerang tengah, Luqman turut turun ke bawah untuk mendapatkan bola namun tiada rezeki buatnya untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Bagaimanapun, Luqman turut memainkan peranan dalam gerakan yang menghasilkan gol buat Malaysia. ", "Pada separuh masa pertama dia mendapat beberapa suapan daripada rakan sepasukan namun tidak dapat menyempurnakannya. Babak kedua, satu hantaran lintang oleh Quentin Cheng berjaya disudahkannya untuk menghasilkan jaringan tunggal perlawanan dan memberikan 3 mata berharga buat Malaysia.", "Masuk pada minit ke-65 menggantikan Umar Hakeem di posisi wing back kiri. Ada beberapa larian menyerang yang berhasil dilakukannya serta hantaran lintang ke dalam kotak penalti Laos. ", "Masuk pada minit ke-65 menggantikan Azam Azmi di posisi wing back kanan. Selepas 3 minit kemasukannya, Quentin menghasilkan satu assist penting yang membantu Malaysia menjaringkan gol tunggal perlawanan.", "Dimasukkan pada minit ke-67 menggantikan Syafik Ismail. Beraksi sebagai penyerang kiri dan beberapa kali kepantasannya digunakan untuk melakukan serangan.", "Masuk pada minit ke-78 menggantikan Azfar Fikri dan banyak beraksi di bahagian midfield. Selain daripada membantu penguasaan Malaysia di bahagian tengah, tidak banyak yang disumbangkannya sehingga ke tamat permainan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217971/", "headline": "\nRanking FIFA: Skuad Bola Sepak Wanita Berada Di No.85 Dunia – Meningkat 3 Anak Tangga\n", "content": ["Skuad bola sepak wanita senior kebangsaan atau dikenali dengan julukan Malayan Tigress merekodkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam, skuad bola sepak wanita merekodkan peningkatan sebanyak tiga anak tangga sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-85 daripada 181 pasukan di seluruh dunia.", "Sebagai perbandingan, ranking terakhir yang diduduki oleh mereka setakat Mac lalu adalah di tangga ke-88 dunia. Sementara itu, Malayan Tigress turut menempat diri mereka di kelompok 18 pasukan terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan benua asia.", "Untuk rekod, ranking terbaik yang pernah diduduki oleh pasukan bola sepak wanita senior kebangsaan adalah di tangga ke-69 dunia sekitar tahun 2003.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218260/", "headline": "\nKejuaraan AFF Wanita: Malaysia Seri Tanpa Jaringan Dalam Perlawanan Pertama Menentang Singapura\n", "content": ["Skuad wanita senior kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan AFF Wanita 2022 dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan dalam perlawanan sulung peringkat Kumpulan A, semalam.", "Keputusan tersebut diraih ketika menentang pasukan dari negara seberang tambak, Singapura bertempat di Stadium Memorial Rizal, Manila. ", "Kejuaraan Wanita AFF 2022 | Isnin, 4 Julai 2022", "SINGAPURA 🇸🇬 0-0 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #AFFWomen2022 pic.twitter.com/TU1WG1fDCF", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 4, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, skuad berjulukan Malayan Tigress bimbingan Jacob Joseph ini menurunkan Azurin Mazlan (penjaga gol), Nur Lyana, Ji Fedallah, Jaciah Jumilis, Jessica Susanne, Steffi Kaur, Fatin Shahida, Henrietta Justine, Andrea Lee, Malini Nordin dan Nurfatin Rozani.", "Keputusan yang diraih ini membolehkan Malayan Tigress memungut satu mata daripada perlawanan ini dan meletakkan mereka di tangga ketiga dalam Kumpulan A.", "Untuk perlawanan berikutnya, Malayan Tigress akan bertemu Indonesia pada hari esok (6 Julai).", "Featured Image: Football Association of Singapore"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218933/", "headline": "\nKompleks Sukan Bukit Merbau Bakal Miliki Stadium Berkapasiti 20,000 Penonton – Peruntukan RM256 Juta\n", "content": ["Pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau yang bakal menjadi salah satu venue Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kelantan akan bermula awal tahun 2023.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menerusi laman sosialnya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan yang terletak di Pasir Puteh, semalam.", "Berdasarkan perkongsiannya, kompleks sukan ini akan memiliki enam komponen kemudahan yang utama seperti berikut:", "Selain itu, Mustapa memberitahu bahawa ianya turut mempunyai kemudahan seperti ruang pejabat, bilik persalinan, bilik rawatan, bilik media, bilik doping, surau dan gimnasium.", "Menurutnya, kompleks tersebut akan dibina di atas tanah berkeluasan 160 ekar. Ketika ini, ianya berada di peringkat pra-perlaksanaan dan tender bagi kompleks sukan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut komponen-komponen.", "Ianya akan dimulakan dengan tender bagi pembinaan stadium yang akan dikeluarkan pada Ogos 2022. Untuk makluman semua, kompleks ini dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2025.", "Pelaksanaan pembinaan kesemua projek infrastruktur ini akan dipantau dengan rapat oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan pembinaannya mengikut jadual yang ditetapkan.", "Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi Kompleks Sukan Bukit Merbau – salah satu venue SUKMA 2026 – sebanyak RM256 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).", "Ianya merupakan satu komitmen di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam membangunkan kemudahan yang mengutamakan aspek gaya hidup sihat, sosial dan sukan di negeri Kelantan.", "Featured Image: Facebook Wan Roslan Wan Hamat"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220887/", "headline": "\nMalaysia Dipilih Hos Jelajah BWF Super 100 Bagi Tahun 2023-24\n", "content": ["Malaysia menjadi salah satu daripada tiga hos baharu bagi kejohanan Jelajah BWF (BWF Tour) Super 100 bagi kalendar pertandingan 2023 dan 2024.", "Dua lagi hos baharu turut sama dipilih bersama-sama Malaysia ialah Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "Perkembangan ini dimaklumkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawangnya, semalam.", "Check out the lineup of BWF Tour Super 100 tournaments for 2️⃣3️⃣ / 2️⃣4️⃣.https://t.co/QkV94vEcIP", "— BWF (@bwfmedia) December 1, 2022", "Kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung bermula 31 Oktober hingga 5 November bagi tahun 2023. Manakala untuk tahun berikutnya, ianya bakal berlangsung pada 15 hingga 20 Oktober.", "Bagaimanapun, BWF belum mengesahkan secara rasmi venue bagi kejohanan Malaysia Super 100 tersebut.", "Untuk makluman semua, kejohanan bertaraf Super 100 ini menawarkan 5,500 mata bagi setiap pemenang. Dan pungutan mata ini boleh dibawa untuk pengiraan Ranking Jelajah Dunia (World Tour Ranking) serta kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.", "Selari dengan pengumuman ini, Malaysia bakal menganjurkan tiga kejohanan badminton antarabangsa di bawah kawal selia BWF iaitu Terbuka Malaysia Super 1000, Malaysia Masters Super 500 dan Malaysia Super 100."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323384/", "headline": "\nRanking BWF: Aaron-Wooi Yik Jatuh Satu Anak Tangga, Yew Sin-Ee Yi Kekal No.8 Dunia\n", "content": ["Juara Kejohanan Dunia BWF merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terlepas kedudukan No.2 dunia setelah 14 minggu berturut-turut menghuni tangga berkenaan dalam Ranking Dunia.", "Kemaskini terbaru oleh badan induk, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan Aaron-Wooi Yik terjatuh satu anak tangga sekaligus menghuni ranking ketiga dunia pada minggu ke-18.", "Sementara itu, mengisi kedudukan No.2 dunia itu pada minggu ini adalah gandingan yang terkenal dengan julukan “The Daddies” dari Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohamad Ahsan.", "Mereka merampas kedudukan tersebut selepas mengumpul 80,405 mata daripada sepuluh kejohanan terbaiknya – melebihi 882 mata berbanding yang dimiliki Aaron-Wooi Yik.", "Pada masa yang sama, sepasang lagi beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kekal menghuni tangga kelapan dunia. ", "Biarpun mara ke perlawanan akhir dan muncul naib juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 pada Ahad lalu ianya masih tidak mencukupi untuk merampas kedudukan ketujuh dunia yang dihuni gandingan China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.", "Namun begitu, perbezaan antara kedua-dua beregu tersebut itu semakin mengecil iaitu 730 mata berbanding 3,030 mata pada minggu lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322667/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Osaka: Beregu Lelaki Negara Tersangkut Berjemaah Di Pusingan 32\n", "content": ["Kesemua beregu lelaki Malaysia yang mengambil bahagian dalam Cabaran Antarabangsa Osaka terkandas secara berjemaah pada pusingan awal sekaligus menyaksikan tiada wakil negara akan beraksi pada peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16.", "Terdahulu, saingan badminton bertaraf Gred 3 di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ini menyaksikan penyertaan seramai lima wakil negara yang terdiri daripada gandingan Choong Hon Jian-Goh Sze Fei, Muhammad Haikal-Nur Izzuddin, Arif Junaidi-Yap Roy King, Lwi Sheng Hao-Jimmy Wong dan Low Hang Yee.", "Bagaimanapun, kelima-lima beregu ini tumpas kepada lawan masing-masing dalam perlawanan peringkat Pusingan 32 yang berlangsung hari ini.", "R32#JPN🇯🇵 Tori Aizawa-Yuto Noda def. #MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Choong Hon Jian(6) 21-16 16-21 21-13#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/uxjF6pIQlH", "— BAM (@BA_Malaysia) March 30, 2023", "Hon Jian-Sze Fei yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan menjadi yang terawal mengalami kekalahan ketika bertemu wakil tuan rumah, Tori Aizawa dan Yuto Noda menerusi skor yang berkesudahan 21-16, 16-21 dan 13-21.", "Ianya diikuti dengan Sheng Hao-Jimmy yang tumpas secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 18-21 di tangan beregu Korea, Kim Young-hyuk dan Wang Chan. Tidak lama kemudian, kedukaan yang sama turut menimpa Haikal-Izzuddin apabila kalah kepada wakil Taiwan, Chen Zhi-Ray dan Lu Chen menerusi skor 21-13, 22-24 dan 21-17.", "R32#TPE Chen Zhi Ray-Lu Chen def. #MAS🇲🇾 Izzuddin Rumsani-Haikal Nazri 21-13 22-24 21-17#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/1NjTaxgBOh", "— BAM (@BA_Malaysia) March 30, 2023", "Kemudiannya, Arif-Roy King yang turut bertemu sepasang lagi wakil tuan rumah, Hiroki Midorikawa dan Kyohei Yamashita pula tersingkir selepas melalui satu pertarungan sengit yang berkesudahan dengan pungutan mata 20-22, 21-18 dan 24-22.", "Akhir sekali, gelanggang di Gimnasium Bandar Moriguchi ini menjadi saksi wakil terakhir negara dalam kategori beregu lelaki turut sama tumbang setelah ditundukkan oleh beregu Taiwan, Ming Che Lu dan Tang Kai Wei menerusi tiga set permainan yang berskor 23-25, 21-11 dan 21-13."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218312/", "headline": "\nMalaysia Masters: Tang Jie-Valeree Cipta Kejutan Singkir Beregu No.12 Dunia\n", "content": ["Pasangan campuran yang bergandingan sejak awal Jun lalu, Chen Tang Jie dan Valeree Siow mencipta kejutan menyingkirkan beregu Jerman yang menghuni ranking ke-12 dunia daripada saingan Malaysia Masters 2022.", "Walaupun mereka berada di ranking ke-150 dunia pada saat ini, Tang Jie-Valeree berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” ke atas Mark Lamsfuss dan Isabel Lohau di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Valeree meraih kemenangan dengan keputusan 21-17 dan 21-11 dalam tempoh masa 33 minit permainan bertempat di Gelanggang 1, Axiata Arena Bukit Jalil.", "R32Lamsfuss/Lohau 🇩🇪17-21, 11-21Tang Jie/Valeree Siow 🇲🇾", "Padu beregu negara ini. Permainan dominan daripada awal perlawanan untuk meraih kemenangan ke atas pilihan ke-8 kejohanan & lawan di ranking ke-12 dunia! #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/5e6XyLxdWx", "— Team Malaysia (@TeamMsia) July 6, 2022", "Kemenangan ini membolehkan Tang Jie-Valeree mara ke peringkat Pusingan 16 dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah beregu Thailand yang menduduki ranking ke-22 dunia, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran.", "Pasangan ini meraih kemaraan ke Pusingan 16 selepas menyingkirkan beregu Indonesia, Zachariah Sumanti dan Hediana Julimarbela secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-16 di Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217224/", "headline": "\nSanusi: Pihak Sebar KDA FC Merudum Berpunca Masalah Tunggakan Gaji Akan Disaman\n", "content": ["Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor menegaskan pihak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak teragak-agak untuk menyaman pihak yang menyebarkan fitnah aksi hambar skuad Sang Kenari berpunca daripada masalah tunggakan gaji.", "Memetik perkongsian oleh laman Urus Setia Penerangan Kedah Darul Aman (UPDA) pada hari ini, Sanusi turut berkongsikan bahawa beliau dimaklumkan oleh KDA FC tidak berhadapan dengan sebarang tunggakan gaji terhadap para pemain seperti dicanang oleh sebahagian pihak.", "Katanya, penyebar fitnah bakal berhadapan tindakan mahkamah akibat daripada perbuatan ‘gatal tangan’ mereka sendiri.", "Untuk makluman semua, KDA FC hanya meraih satu kemenangan serta satu seri daripada lima perlawanan terakhir bagi saingan Liga Super. ", "Walaupun masih kekal di tangga kedua liga, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak ini menghadapi satu masalah kronik iaitu bolos terlalu banyak gol. Selepas mengharungi lapan perlawanan liga, KDA FC merekodkan 17 bolos – terbanyak dalam saingan Liga Super musim ini.", "Kedudukan Carta Liga Super 2022", "Selepas 8 perlawanan, KDA FC berada ditangga kedua namun pasukan lain masih berbaki beberapa perlawanan. Aksi seterusnya menentang Negeri Sembilan FC, 17 Mei ini. pic.twitter.com/HYGOgAwKcA", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 11, 2022", "Pada masa yang sama, Sanusi turut meluahkan perasaan tidak gembiranya terhadap persembahan hambar KDA FC pada ketika ini. Bagaimanapun beliau tidak masuk campur dan menyerahkan kepada barisan jurulatih serta para pemain untuk menentukan prestasi mereka.", "“Sebagai Presiden KFA saya tidak akan masuk campur, saya juga seperti peminat yang lain, kita mahu Kedah menang.", "“Saya difahamkan akan ada rundingan dengan pemain. Mungkin pemain-pemain yang cedera dan lambat pulih akan dipertimbangkan kedudukannya,” katanya lagi.", "Featured Image: Unit Penerangan Kedah Darul Aman – UPDA"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111790/", "headline": "\nReal Chukai Mulakan Pembinaan Kafe, Penambahan Satu Lagi Sumber Pendapatan Kelab\n", "content": ["Kelab yang bakal beraksi dalam saingan Liga M3, Kelab Bola Sepak Real Chukai (Real Chukai) memaklumkan telah memulakan pembinaan kafenya yang tersendiri.", "Kafe tersebut bakal dibina di sebelah kiri grandstand gelanggang rasminya, Stadium Mak Chili yang bertempat di Kemaman, Terengganu.", "Pembinaan kafe tersebut, kelab yang mendapat nama julukan The Achors itu bakal menambahkan satu lagi sumber pendapatannya bagi meneruskan agendanya di masa akan datang.", "“Pembinaan sebuah Cafe di Mak Chili Stadium telahpun bermula dan dijangka siap dan mula beroperasi pada bulan oktober ini.", "“Dengan adanya cafe ini dijangka mampu menambah lagi pendapatan kelab dan meneruskan perancangan lain yang dimasa akan datang.” tulis kenyataan kelab terbabit pada hari ini.", "Menerusi kemaskini tersebut, Real Chukai turut menyertakan beberapa ilustrasi bagaimana keadaan kafe miliknya apabila siap sepenuhnya kelak.", "Rekaan kafe dua tingkat tersebut cukup ringkas namun disertakan dengan ruangan makan untuk para peminat serta bakal menempatkan kedai rasmi yang akan menjual barangan kelab."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112328/", "headline": "\nLiga Premier 2022 Disertai 10 Pasukan Sahaja Selepas Perak II ‘Diturunkan Pangkat’ Ke Liga M3\n", "content": ["Malaysian Football League (MFL) mengumumkan hanya 10 pasukan yang bakal bertanding dalam divisyen kedua bola sepak Malaysia, Liga Premier 2022.", "Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. ", "Dimaklumkan keputusan itu dibuat berikutan reserve team (pasukan simpanan), Perak FC II tersingkir secara automatik ke saingan Liga M3 selepas parent club (pasukan induk), Perak FC turun pangkat bermain di Liga Premier musim 2022.", "Kata Stuart, Perak FC menamatkan kempen di posisi ke-11 Liga Super 2021 sekaligus tersingkir ke Liga Premier 2022. ", "Manakala pasukan berstatus reserve team secara automatik akan tersingkir daripada pertandingan sekiranya parent club mereka jatuh liga berdasarkan Manual Liga Malaysia Artikel 3.19.6 Peraturan Reserve Team.", "Jelasnya lagi, Amateur Football League (AFL) juga telah membuat pengumuman pembatalan Liga M3 pada 14 September 2021 menyaksikan tiada pasukan daripada liga berkenaan dapat dipromosikan ke Liga Premier 2022 secara merit pertandingan.", "Baca: Majoriti Pasukan Bersetuju Liga M3 Musim Ini Dibatalkan", "Justeru, MFL membuat keputusan untuk menganjurkan Liga Premier dengan jumlah 10 pasukan sahaja pada tahun hadapan.", "Dengan ketiadaan Perak FC II, Liga Premier 2022 akan menampilkan Kuching City FC, Johor Darul Ta’zim II, Terengganu FC II, Selangor FC 2, PDRM FC, Kelantan United FC, Kelantan FC, Skuad Projek FAM-MSN diikuti pendatang dari Liga Super, Perak FC dan UiTM FC.", "Sementara itu, dua pasukan teratas Liga Premier, Sarawak United FC dan Negeri Sembilan FC telah pun mengesahkan kemaraan mereka bertanding dalam kempen Liga Super 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322975/", "headline": "\nBAC 2023: Aaron-Wooi Yik Buat Perhitungan Dengan Juara Indonesia Masters Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan memulakan kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 dengan menentang juara Indonesia Masters, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.", "Pasangan No.3 Indonesia terbabit menjadi lawan buat Aaron-Wooi Yik di Pusingan 32 BAC kali ini selepas keluarnya hasil undian, pada hari ini.", "Kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak empat kali sebelum ini. Tiga daripadanya berhasil dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik melainkan pertemuan terakhir yang berlangsung pada Pusingan 32 di All England baru-baru ini.", "Sementara itu, beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pula akan memulakan kejohanan ini menentang pasangan India yang menghuni ranking ke-27 dunia, M. R. Arjun dan Dhruv Kapila.", "Manakala Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula akan berhadapan dengan wakil Thailand yang berada di ranking ke-37 dunia, Chaloempon Charoenkitamorn dan Nanthakarn Yordphaisong.", "Akhir sekali, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong akan berentap dengan beregu No.6 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216034/", "headline": "\nLee Zii Jia Melangkah Ke Separuh Akhir Terbuka Jerman Buat Pertama Kali Dalam Karier\n", "content": ["Pemain perseorangan bebas (independent) negara, Lee Zii Jia berhasil melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka Jerman – Jelajah Dunia Super 300 BWF – buat pertama kali dalam kariernya.", "Kemaraan itu dirakamkan selepas pemain yang berada di ranking ketujuh dunia ini berjaya menumpaskan lawannnya, pemain China, Zhao Jun Peng pada peringkat suku akhir, sebentar tadi. ", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia yang merupakan pilihan kelima untuk menjuarai saingan ini meraih kemenangan ke atas pemain yang menghuni ranking ke-38 dunia itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-12 dan 21-18.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Quarter final21 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅12 18 🇨🇳Jun Peng ZHAO🕗 in 40 minutes https://t.co/cwBop0Epdf", "Sebagai rekod, ini merupakan pertarungan julung kalinya melibatkan Zii Jia dan Jun Peng di pentas antarabangsa.", "Dengan kemenangan ini, Zii Jia akan bertemu samada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn (ranking ke-20) atau pemain Jepun, Kenta Nishimoto (ranking ke-19) di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada malam esok (waktu Malaysia).", "Untuk makluman semua, ketika menyertai saingan Terbuka Jerman 2019 yang lalu, pemain badminton kelahiran Alor Setar, Kedah ini hanya mara setakat peringkat suku akhir sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215962/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Yew Sin-Ee Yi Hampir Terkandas Di Pusingan 32\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melepasi cabaran oleh beregu India di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Jerman, hari ini.", "Namun, Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-11 dunia terlebih dahulu diberikan tentangan sengit oleh M. R. Arjun dan Dhruv Kapila yang menduduki ranking ke-39 dunia sebelum meraih kemenangan.", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi merangkap beregu pilihan keenam untuk menjuarai kejohanan ini berhasil memenangi set pertama dengan merekodkan kemenangan selesa 21-13.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 20 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅13 22 19 🇮🇳M.R. ARJUN 🇮🇳Dhruv KAPILA🕗 in 59 minutes https://t.co/tH8qNxX1Kp", "Bagaimanapun, Arjun-Kapila bangkit pada set kedua dengan mencatatkan kemenangan 22-20 sekaligus mengheret Yew Sin-Ee Yi ke ‘rubber set’.", "Perlawanan set ketiga berlangsung dengan sengit, namun di penghujungnya, Yew Sin-Ee Yi berjaya menamatkannya dengan keputusan 21-19.", "Untuk makluman semua, pertembungan antara kedua-dua pasangan beregu ini berlangsung dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam. ", "Dengan kemenangan ini, Yew Sin-Ee Yi berhasil melangkah ke Pusingan 16 di kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 ini. Pencabar mereka seterusnya ialah beregu England, Ben Lane dan Shane Vendy."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324751/", "headline": "\nSafawi Rai Gol Sulung Untuk Isteri, Raih Perhatian Media Antarabangsa\n", "content": ["Penyerang sensasi negara, Safawi Rasid menjaringkan gol sulungnya pada tahun ini buat Malaysia. Sejurus jaringan tersebut, pemain berusia 26 tahun meraikan jaringan tersebut dengan satu keraian yang unik dalam aksi persahabatan menentang Kepulauan Solomon, malam tadi. ", "Keraian tersebut merupakan simbolik kepada isterinya, Syifa Melvin yang kini sarat hamil mengandung selama enam bulan dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ingin ‘menghadiahkan’ jaringan itu kepada isterinya.", "“Gol itu hadiah kepada isteri saya (yang mengandung). Doakan kami semoga selamat semua. (Kandungan) dah masuk enam bulan,” jelasnya menerusi video yang dikongsikan Flash Sukan. ", "⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 3-1 🇸🇧 KEPULAUAN SOLOMON#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/vx9MgzbITO", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2023", "Jaringan Safawi terhasil dengan gerakan yang cukup cantik setelah menerima hantaran tepat Lee Tuck. Ianya disambut cemerlang pemain tersebut diikuti dengan satu sungkitan melepasi pertahanan sebelum disudahkan dengan sepakan voli deras sebelum sempat jatuh ke tanah menewaskan penjaga gol lawan, Philip Mango. ", "Gol tersebut bukan sahaja menggamit 12,265 penyokong yang hadir ke stadium malahan mendapat perhatian orang ramai termasuk media antarabangsa, B/R Football yang berpangkalan di Amerika Syarikat.", "Ketika artikel ini ditulis, ciapan dengan kapsyen “adds Malaysia’s Safawi Rasid to the Puskas list” daripada akaun media berkenaan merekodkan lebih 600,000 tontonan, hampir 9,000 likes serta sekitar 4,500 ulang ciap (retweet) di platform Twitter.", "*adds Malaysia's Safawi Rasid to the Puskas list* ", "— B/R Football (@brfootball) June 14, 2023", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) itu turut menyaksikan Malaysia berhasil mencetak kemenangan bergaya 4-1 hasil jaringan tiga pemain lain lagi iaitu Paulo Josue, Arif Aiman dan Lee Tuck. Bagaimanapun, skuad kendalian Kim Pan-gon bermula dengan langkah kiri apabila ketinggalan satu gol pada minit ke-11 permainan. ", "Untuk rekod, pemain kelahiran Terengganu itu telah menjaringkan 19 gol daripada 53 penampilannya bersama skuad senior kebangsaan dan jaringannya semalam menamatkan kemarau jaringan bagi musim 2023.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207568/", "headline": "\nMampukah Pahang Sekat Terengganu FC Tanpa Nwakaeme, Carlos, Goulon & Dinesh?\n", "content": ["Pahang bakal berhadapan dengan tugas sukar apabil turun menentang Terengganu FC pada aksi terakhir saingan CIMB Liga Super 2020.", "Perlawanan tersebut akan berlangsung di gelanggang lawan, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu pada ahad ini.", "Hal ini kerana mereka tidak dapat menurunkan empat pemain utamanya iaitu penyerang Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, pertahanan Herold Goulon dan R. Dinesh.", "Menurut ketua jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh berkata tiga pemainnya iaitu Nwakaeme, Goulon dan R. Dinesh tidak dapat diturunkan kerana dihimpit dengan masalah kecederaan. ", "Manakala penyerang Brazil, Carlos pula digantung perlawanan.", "“Saya akui ketiadaan mereka amat dirasai ketika pasukan mahu menyenaraikan kesebelasan utama sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia.", "“Seperti Goulon, dia mengalami kecederaan pada sesi latihan semalam dan dijangka tidak sempat pulih manakala Nwakaeme dan Dinesh mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Perak.", "“Tapi, saya percaya barisan pemain lain dapat menggantikan kekosongan itu terutama melakar kemenangan ke atas Terengganu FC,” kata jurulatih berusia 56 tahun itu seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Sementara itu, skuad Terengganu FC kendalian Nafuzi Zain masih segar dengan kemenangan besar 3-0 ke atas Felda United dalam aksi terdahulu hasil jaringan Dominique da Sylva, Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219970/", "headline": "\nPernah Beraksi di Stadium Hang Tuah Antara 5 Perkara Menarik Mengenai PSPS Riau\n", "content": ["Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman terus melebarkan sayapnya dalam industri bola sepak apabila diumumkan secara rasminya menjadi pemilik pasukan Liga 2 Indonesia, PSPS Riau.", "Beliau yang merupakan pelabur dan ahli perniagaan diumumkan sebagai pemilik baharu skuad yang dikenali sebagai Askar Bertuah atau Lucky Warrior selepas menandatangani satu memorandum di Pekanbaru, Riau, semalam.", "Dimaklumkan oleh pegawai media PSPS Riau menerusi satu laporan media negara dari seberang, difahamkan Norizam memegang majoriti saham kelab tersebut namun bukanlah memiliki 100% pegangan. Bagaimanapun, nilai pembambilalihan tidak didedahkan kepada media.", "⚪️ERA BAHARU SEPAKBOLA PSPS RIAU🔵Selamat datang Presiden baru PSPS Riau, Bapak Norizam Tukiman, efektifnya tanggal 3 Mei 2021. Dengan pengalaman di sepakbola, Klub menantikan pembaharuan PSPS Riau di masa yang akan datang.SELAMAT DATANG BAPAK NORIZAM TUKIMAN! pic.twitter.com/mClOxxhg3I", "Sehubungan dengan pengambilalihan tersebut, Norizam turut diumumkan sebagai presiden PSPS Riau. Pada masa yang sama, nama julukan kelab yang berpangkalan di wilayah Riau itu bakal ditukar kepada nama yang hampir sama dengan The Red Warrior iaitu The Riau Warrior (TRW).", "Selain itu, Norizam turut memaklumkan, pengambilalihan ini juga membuka ruang kerjasama antara Kelantan FC dan PSPS Riau memandangkan kedua-duanya dimiliki olehnya.", "Berikut kami tampilkan 5 perkara menarik mengenai pasukan baharu yang dimiliki oleh Norizam Tukiman ini:", "Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1955 dan kini sudah menjengah usia 66 tahun. Sebelum ini, PSPS Riau dikenali sebagai PSPS Pekanbaru atau nama panjangnya Persatuan Sepakbola Pekanbaru dan Sekitarnya.", "Pada ketika ini, PSPS Riau beraksi dalam saingan divisyen dua bola sepak Indonesia iaitu Liga 2. Pasukan ini berpangkalan di wilayah Riau atau lebih tepat lagi di bandar Pekanbaru. Mereka menjadikan sebuah stadium serbaguna yang berkapasiti 30,000 tempat duduk, Stadium Kaharudin Nasution sebagai ‘home’. ", "Menariknya, semasa dikenali sebagai PSPS Pekanbaru, pasukan ini pernah menjadikan Stadium Hang Tuah sebagai ‘home’ mereka untuk beraksi dalam saingan bola sepak Indonesia.", "Namun jangan tersalah sangka, ini bukanlah Stadium Hang Tuah yang terletak di Bandar Melaka seperti kita semua kenali. Stadium Hang Tuah ini terletak di Pekanbaru, Riau. Bagaimanapun, stadium ini telah dirobohkan sekitar tahun 2000 untuk memberikan ruang kepada pembesaran Masjid Agung An-Nur.", "Selepas majlis menandatangani memorandum selama, Norizam turut melakukan kunjungan ke Stadium Utama Riau untuk melihat keadaan stadium tersebut. Diramalkan stadium tersebut bakal menjadi ‘home’ baharu buat PSPS Riau pada masa akan datang.", "Siapa sangka, pasukan yang baru sahaja dibeli oleh Norizam ini pernah mendapat bimbingan daripada jurulatih kelahiran Malaysia iaitu Coach Raja Isa pada tahun 2019-2020.", "Coach Raja mungkin tidak begitu terkenal dalam kalangan peminat tempatan memandangkan khidmat kejurulatihannya dalam saingan bola tanah air hanya bersama UiTM antara tahun 2015 dan 2016.", "Namun Coach Raja merupakan satu nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak di Indonesia. Beliau mula berkelana di negara jiran tetangga itu pada tahun 2007 dengan menjadi pembantu kepada Irfan Bakti di Persipura Jayapura.", "Selepas daripada itu, Coach Raja telah berhijrah ke beberapa pasukan di Indonesia. Terkini, jurulatih berusia 55 tahun ini sedang membimbing sebuah pasukan yang berpangkalan di Bangladesh.", "Semua peminat bola sepak tempatan pastinya kenal akan kelibat pemain import baharu Terengganu pada musim ini, Makan Konate. Pemain tengah menyerang itu telah mengumpul 4 ‘assist’ pada ketika ini.", "Untuk makluman, ketika pemain kelahiran Mali ini mula sampai di Indonesia, PSPS Pekanbaru (nama lama) menjadi pasukan pertama buat Makan Konate di sana. Dia sempat beraksi selama dua musim di pasukan tersebut sebelum berpindah ke Barito Putera pada tahun 2013 dan Persib Bandung pada tahun 2014.", "Tahun 2016, Makan Konate tiba buat pertama kali dalam saingan Liga Malaysia dengan menyertai T-Team.", "Selain daripada mempunyai kaitan dengan Coach Raja dan Makan Konate, PSPS Riau ini juga mempunyai kaitan dengan ketua jurulatih Sabah pada saat ini, Kurniawan Dwi yulianto.", "Kurniawan pernah beraksi bersama pasukan ini sekitar tahun 2001-2003. Dimaklumkan oleh rakan wartawan kami di Indonesia, pada awal 2000-an PSPS Pekanbaru (nama lama) sedang merancang untuk membina projek ‘Galacticos’ mereka yang tersendiri.", "Projek ini khusus membina pasukan yang terdiri daripada pemain-pemain bintang sepertimana pasukan Real Madrid pada 2000-an. Namun di PSPS Pekanbaru, mereka mengumpulkan pemain-pemain daripada kalangan skuad kebangsaan Indonesia.", "Akan tetapi, projek ini dikatakan gagal, dan Kurniawan pula meninggalkan pasukan dan menyertai Persebaya Surabaya pada tahun 2003."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216726/", "headline": "\nTerbuka Korea: Perseorangan Wanita Ranking Ke-20 Sekat Jin Wei Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Perjalanan sulung perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei selepas ‘berehat’ hampir setahun, dalam saingan Terbuka Korea 2022 tamat setakat di peringkat suku akhir sahaja. ", "Jin Wei yang menghuni ranking ke-128 dunia terpaksa akur beraksi di peringkat itu apabila tumpas kepada perseorangan tuan rumah yang yang menduduki ranking ke-20 dunia, Kim Gaeun.", "Korea Open Badminton Championships 2022WS – Quarter final21 21 🇰🇷Gaeun KIM🏅15 18 🇲🇾Jin Wei GOH", "🕗 in 35 minutes https://t.co/Y4e6Uydva7", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022", "Kim yang berjaya menumpaskan pemenang Olimpik 2020 semalam menewaskan Jin Wei secara ‘straight set’ dengan skor 15-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan ketiga mereka di pentas antarabangsa. Dua pertemuan terdahulu berakhir dengan Jin Wei dan Gaeun meraih satu kemenangan masing-masing.", "Sementara itu, Kim yang mara separuh akhir bakal menentang pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong yang berada di ranking ke-10 dunia pada hari esok.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216911/", "headline": "\nACL 2022: Penjaga Gol Piala Dunia, Jo Hyeon-woo Gagal Sekat Kemenangan JDT\n", "content": ["Dua jaringan gagal disekat oleh penjaga gol Ulsan Hyundai, Jo Hyeon-woo menyebabkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mencipta kemenangan kedua dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.", "Jo yang pernah beraksi dalam kancah Piala Dunia 2018 bersama skuad kebangsaan Republik Korea bolos dua gol yang dijaringkan oleh Fernando Forestieri dan Bergson da Silva pada minit ke-3 dan minit ke-79 masing-masing.", "Kelab pendahulu Liga Korea pada ketika ini merangkap juara ACL 2020 hanya menyumbat satu gol hasil sumbangan Um Won-sang pada minit ke-52 untuk mengikat skuad Harimau Selatan buat seketika waktu.", "Bagaimanapun, selepas jaringan yang dilakukan oleh Bergson, pemain-pemain Ulsan seakan-akan ‘mati akal’ untuk mencari satu lagi gol bagi menyamakan kedudukan agar dapat mengutip sekurang-kurangnya satu mata – gagal sama sekali.", "FT | 🇰🇷 Ulsan Hyundai 1-2 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾", "🐾 A couple of stunning strikes from JDT's star duo 🐅🐅 Fernando Forestieri and Bergson sees them come out on top in the battle of the tigers! #ACL2022 | #UHDvJDT pic.twitter.com/rbgeDscYby", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 18, 2022", "Jaringan 2-1 itu kekal sehingga tamat masa permainan sekaligus memberikan skuad JDT bimbingan Benjamin Mora tiga mata yang kedua. Ia menjadikan JDT mempunyai enam mata dan menduduki tangga pertama dalam Kumpulan I selepas dua perlawanan.", "Menduduki tangga kedua dalam Kumpulan ini adalah juara bertahan Liga Jepun, Kawasaki Frontale dengan empat mata selepas dua perlawanan.", "Pasukan dari Jepun ini akan turun menentang JDT pada perlawanan ketiga. Ia dijadualkan berlangsung pada Khamis ini (21 April) dengan sepak mula pada jam 10 malam.", "Untuk makluman semua, Jo Hyeon-woo yang berusia 30 tahun pernah menarik perhatian ramai peminat bola sepak dunia selepas menampilkan aksi cemerlang di pentas Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.", "Ketika itu, dia beraksi di dalam ketiga-tiga perlawanan dalam Kumpulan F menentang Sweden, Mexico dan paling diingati merekodkan ‘clean sheet’ ketika menentang pasukan juara bertahan,  Jerman.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Ulsan Hyundai"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207041/", "headline": "\nNeymar Menyesal Tak Tumbuk Muka Alvaro Selepas Kena Kad Merah\n", "content": ["Bintang Brazil, Neymar merupakan salah seorang daripada lima pemain yang dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dalam pertemuan Ligue 1 di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Olympique Marseille, awal pagi tadi.", "Penyerang berusia 28 tahun itu dilayangkan kad merah selepas disahkan oleh video assistant referee (VAR) terlibat secara langsung dalam pergaduhan dengan pertahanan tengah Marseille, Alvaro Gonzalez pada hujung perlawanan.", "Wondering how the 5 red cards in the PSG vs Marseille game came about? Watch 14 yellow cards and 5 red cards in the game, could’ve been more too!Neymar also got a red #PSGOM https://t.co/3NfrTsrs6W", "Pada awalnya dia hanya dilayangkan kad kuning oleh oleh pengadil perlawanan, Jerome Brisard. Pertembungan hangat yang digelar Le Classique itu turut diwarnai dengan 14 layangan kad kuning.", "Difahamkan Neymar bertindak sedemikian kerana Alvaro melemparkan kata-kata berunsur perkauman (racism) ke atasnya sebelum daripada perebutan bola di udara dan akhirnya mencetuskan pergaduhan besar-besaran di antara para pemain kedua-dua pasukan.", "Único arrependimento que tenho é por não ter dado na cara desse babaca", "“Perkara yang paling saya menyesal adalah tidak menumbuk muka pemain itu,” tulisnya dengan nada penuh geram di laman sosialnya sejurus perlawanan tersebut.", "Selain Neymar, dua pemain PSG iaitu Layvin Kurzawa dan Leandro Peredes turut diarahkan meninggalkan padang oleh pengadil. Manakala Jordan Amavi dan Dario Benedetto yang merupakan pemain Marseille turut menerima nasib yang sama.", "Perlawanan tersebut berkesudahan dengan pasukan pelawat kendalian Andre Villas-Boas meraih kemenangan 1-0 ke atas PSG hasil jaringan Florian Thavin pada separuh masa pertama. ", "Mereka kini berada di kedudukan kelima selepas mencatatkan dua kemenangan dalam saingan Ligue 1.", "Anda boleh tonton highlights penuh perlawanan di antara PSG dan Olympique Marseille pada pautan video di bawah:", "Featured Image: Bleacher Report Football"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206473/", "headline": "\nMaguire Anggap Pasukan Terbaik Tersingkir Saingan Liga Europa 2019/20\n", "content": ["Kapten dan pemain pertahanan, Harry Maguire menganggap Manchester United merupakan pasukan yang beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan menentang Sevilla FC, dalam saingan separuh akhir Liga Europa pada awal pagi tadi.", "Sevilla bangkit menjaringkan dua gol menerusi Suso (26’) dan Luuk de Jong (78’) sekaligus memadamkan jaringan pendahuluan penalti oleh Bruno Fernandes seawal minit ke-9.", "Red Devil terpaksa menerima hakikat ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Liga Europa. Impian mereka untuk mengulangi kejayaan merangkul anugerah yang sama seperti musim 2016/17 terkubur sama sekali di Cologne, Jerman.", "“Kami telah mencipta banyak peluang. Kami perlu menang perlawanan ini. Pasukan terbaik tewas dan mereka menghukum kami kerana terlepas peluang (menjaringkan gol). Kami tajam di hadapan gol sepanjang tahun ini tetapi tidak pada malam ini.” katanya kepada BT Sport.", "🔴 19 attempts for Manchester United so far…#UEL pic.twitter.com/JSnKkVO9pD", "Merujuk kepada statistik, Manchester United merekodkan sebanyak 19 percubaan ke arah gawang lawan berbanding Sevilla yang hanya merekodkan 9 percubaan. Manchester United juga memiliki 4 sepakan penjuru melebihi satu sepakan berbanding Sevilla.", "Bagaimanapun, kesilapan Manchester United dalam perlawanan ini adalah mereka naik tinggi ke atas untuk memberikan tekanan kepada Sevilla dalam usaha untuk mendapatkan gol.", "Leka berada di garisan yang tinggi dan membenarkan pihak lawan menguasai sekitar 53% pegangan bola menyebabkan Sevilla berjaya mengambil peluang untuk menjaringkan gol walaupun memiliki peluang yang kurang daripada Manchester United.", "Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga skuad berpangkalan di Kota Manchester disingkirkan pada saingan separuh akhir sepanjang musim ini. Sebelum ini mereka ditendang keluar oleh Manchester City dalam saingan Piala Liga dan Chelsea dalam saingan Piala FA."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112175/", "headline": "\nIrfan Bakti Berpandangan Nafuzi Perlu Kekal Bimbing Terengganu Tahun 2022\n", "content": ["Jurulatih muda dan berbakat, Nafuzi Zain perlu dikekalkan untuk membimbing Terengganu FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia pada tahun hadapan.", "Menurut laporan Bernama, itulah pandangan yang dilontarkan oleh jurulatih berpengalaman yang kini membimbing skuad Liga Premier, Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim.", "Pandangan tersebut dinyatakan oleh Irfan yang juga bekas ketua jurulatih Terengganu mengulas mengenai kritikan bertalu-talu yang dilontarkan ke atas Nafuzi oleh para penyokong pasukan tersebut. ", "Kritikan itu berpunca daripada kekalahan tiga kali berturut-turut Terengganu dalam tiga aksi terakhir Liga Super sehingga menyempitkan peluang untuk meraih kedudukan naib juara Liga Super bagi mendapatkan tiket ke saingan Piala AFC 2022 secara automatik.", "“Saya kenal Nafuzi kerana dia pernah menjadi pembantu saya dan kami sentiasa berhubung. Saya selalu menasihatkan dia supaya bersabar dan kurangkan gangguan luar padang yang boleh menjejaskan perancangan pasukan.", "“Bola sepak ada turun naiknya. Lagipun TFC bukan di zon penyingkiran, sebaliknya masih di kelompok atas bagi perebutan tangga kedua liga,��� katanya seperti dipetik daripada Bernama.", "Sementara itu, Irfan turut memaklumkan bahawa beliau tetap mengikuti rapat perkembangan pasukan berpangkalan di pantai timur ini walaupun telah berpisah hampir dua tahun dan setengah.", "Beliau yang pernah mengemudi Terengganu sebanyak dua kali iaitu pada musim 2010-2011 dan musim 2017-2019 turut bangga dengan pencapaian yang diraih oleh Nafuzi pada ketika ini.", "Sebagai rekod, Nafuzi, 42 tahun, mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih ‘interim’ Terengganu pada pertengahan tahun 2019 setelah Irfan meninggalkan pasukan ini.", "Sekitar penghujung tahun 2019, Nafuzi dilantik secara sah sebagai ketua jurulatih Terengganu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2020. ", "Untuk makluman semua, Terengganu sedang berada di kedudukan ke-4 Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim, Kedah Darul Aman dan Penang selepas mengharungi 21 perlawanan, pada ketika ini.", "Hujung minggu ini, skuad bimbingan Nafuzi ini akan bertandang ke Stadium Bandaraya, Pulau Pinang untuk menentang Penang pada perlawanan terakhir liga.", "Terengganu masih berpeluang untuk menduduki tangga kedua Liga Super 2021 dengan meraih kemenangan ke atas Penang dan pada masa yang sama mengharapkan Kedah Darul Aman tumpas kepada Melaka United, Ahad nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220436/", "headline": "\nRayuan Melaka United & Sarawak United Gagal, Hanya 16 Pasukan Sertai Liga Super Musim Depan\n", "content": ["Sebanyak 16 pasukan sahaja yang akan beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak tanah air, Liga Super 2023. Perkembangan ini hadir selepas rayuan Melaka United (MUFC) dan Sarawak United (SUFC) memohon Lesen Kebangsaan ditolak.", "Badan pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Perlesenan Kelab MFL (AB) melibatkan kedua-dua pasukan terbabit, sebentar tadi.", "“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan pada hari ini oleh Mohamad Yasin Abdullah melalui pemakluman rasmi sekaligus menyaksikan MUFC dan SUFC tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.” tulis kenyataan rasmi di laman sesawang MFL.", "Terdahulu, First Instance Body (FIB) – badan bebas yang dilantik oleh MFL – mengumumkan Melaka United dan Sarawak United gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi membolehkan mereka bertanding dalam saingan Liga Super 2023.", "Selaras dengan kegagalan mendapatkan Lesen Kebangsaan itu, kedua-dua kelab diberikan masa selama seminggu untuk mengemukakan rayuan.", "Sebagai tambahan, 16 pasukan yang akan menyerikan saingan Liga Super musim hadapan ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan, Penang, PJ City, Sri Pahang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur City, Sabah, Kelantan, Kuching City, Kelantan United, Perak, PDRM dan UiTM.", "Penyertaan sebanyak 16 pasukan ini bermakna setiap pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan perlu menghadapi 30 perlawanan semusim.", "Sebagai perbandingan, saingan musim ini yang disertai oleh 12 pasukan menyaksikan setiap pasukan menghadapi 22 perlawanan semusim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112516/", "headline": "\nKejohanan Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus & Fadhil Zonis Bakal Sertai 3 Acara\n", "content": ["Dua pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang dipilih untuk beraksi di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 akan menyertai tiga acara.", "Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, kedua-dua pelumba yang berumur 25 dan 23 tahun masing-masing itu akan mengambil bahagian dalam acara pecut, keirin dan ujian masa 1 kilometer (km).", "Ketua jurulatih basikal trek kebangsaan, John Beasley mengharapkan kejohanan ini memberikan pengalaman berguna buat kedua-dua pelumba tersebut dalam karier mereka.", "“Saya menaruh harapan yang tinggi terhadap dua pelumba ini, tetapi ianya akan menjadi proses pembelajaran yang buat mereka untuk meraih lebih keyakinan,” kata Beasley seperti dipetik daripada NST.", "Artikel berkaitan: Shah Firdaus & Fadhil Zonis Sah Sertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021", "Kejohanan ini akan berlangsung pada penghujung Oktober nanti di Roubaix, Perancis. Kedua-duanya akan terbang ke repulcik berkenaan pada 10 Oktober kelak.", "Sementara itu, Beasley turut memaklumkan jaguh berbasikal negara yang memenangi pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang tidak akan menyertai kejohanan ini kerana ingin berehat sehingga ke penghujung tahun ini.", "Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu kembali ke Australia untuk bertemu dan meluangkan masa bersama keluarganya.", "Featured Image: Instagram Shah Firdaus & Fadhil Zonis"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207251/", "headline": "\nTempah Jersi Baharu Kelantan FC Secara Online di Shopee – Harga Bermula RM69\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, TRW Kelantan FC melancarkan jersi edisi terhad keluaran syarikat tempatan, Fitech Fitwear untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2020.", "Jersi tersebut dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok, Kelantan pada malam tadi. Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman turut hadir dalam majlis tersebut.", "Jersi edisi terhad The Red Warrior ini hadir dalam dua warna iaitu merah (Home) dan hitam (Away). Ia juga didatangkan dalam dua versi iaitu Fans Editon dan Player Edition.", "Antara perubahan yang ketara pada jersi ini adalah bahagian ruangan penaja utama dihiasi oleh logo Zamburger. Di lengan kanannya pula, tertera logo Zamsaham.", "Harga jersi edisi Fans Edition adalah bermula semurah RM69 manakala edisi Player Edition pula diletakkan tanda harga RM95. ", "Bagi yang menginginkan Nameset di bahagian belakang, anda hanya perlu menambah RM30 sahaja.", "Lebih menarik, peminat dan penyokong The Red Warrior tidak perlu tercari-cari kedai manakah yang akan menjual jersi ini kerana anda boleh menempah jersi baharu ini secara dalam talian menerusi platform membeli-belah, Shopee.", "Klik link di bawah untuk membeli samada jersi TRW Kelantan FC Home atau Away:", "Jersi Fitech x TRW Kelantan FC – Official Limited Edition Red Home", "Jersi Fitech x TRW Kelantan FC – Official Limited Edition Black Away"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324474/", "headline": "\nJuara Liga Pro Saudi Ikat Karim Benzema Selama 3 Tahun\n", "content": ["Selepas kedatangan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali ke Al Nassr iaitu Cristiano Ronaldo, kancah Liga Pro Saudi dihiasi seorang lagi pemain bola sepak bertaraf bintang iaitu Karim Benzema.", "Penyertaan penyerang Perancis berusia 35 tahun dalam saingan bola sepak Arab Saudi itu disahkan selepas kelab yang menjuarai Liga Pro Saudi 2022-23, Al Ittihad mengumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Dimaklumkan, Benzema yang membantu Real Madrid menjuarai Copa Del Rey serta naib juara La Liga musim ini diikat oleh skuad berjulukan Al Numoor (The Tigers) selama tiga tahun iaitu sehingga tahun 2026.", "— Ittihad Club (@ittihad_en) June 6, 2023", "Sepanjang musim lalu, Benzema turut memberikan impak yang tinggi bersama Real Madrid. Berdasarkan rekod, pemenang Ballon d’Or 2022 ini mencetak 31 gol serta mencipta enam bantuan gol daripada 43 penampilannya dalam pelbagai kejohanan.", "Untuk makluman semua, kelab baharu yang disertai Benzema ini dikendalikan oleh bekas pengurus Tottenham Hotspur kelahiran Portugal iaitu Nuno Espirito Santo.", "Sebagai tambahan, kelab yanh ditubuhkan sejak 1927 ini berpangkalan di Jeddah dan beraksi di King Abdullah Sport City Stadium sebagai halaman utamanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111460/", "headline": "\nOlimpik 2020: Aaron Chia-Wooi Yik Sumbang Kilauan Pingat Pertama Buat Malaysia\n", "content": ["Jaguh regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik muncul atlet pertama yang menyumbangkan pingat buat Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Aaron Chia-Wooi Yik meraih pingat gangsa selepas menampilkan aksi cemerlang menumpaskan regu No.2 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan yang terkenal dengan julukan The Daddies pada perlawanan penentuan, hari ini.", "Badminton – Beregu Lelaki Penentuan Pingat Gangsa 🏸🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik17-21, 21-17, 21-14🇮🇩 Mohammad Ahsan-Hendra SetiawanSATU PINGAT GANGSA PULANG KE MALAYSIA! 🥉#Badminton#Bronze#Tokyo2020#SokongMalaysia", "Perlawanan yang berlangsung dengan penuh sengit di Musashino Forest Sport Plaza ini dimenangi terlebih dahulu oleh Ahsan-Hendra 21-17 pada set pertama.", "Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik dengan semangat yang tidak putus asa bangkit pada set kedua untuk meraih kemenangan 21-17 bagi mengheret Ahsan-Hendra ke ‘rubber set’.", "Di set ketiga, Aaron-Wooi Yik yang menduduki ranking ke-9 dunia meneruskan momentum kecemerlangan dan menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-14.", "* BRONZE!! Aaron-Wooi Yik capped their impressive Olympics debut by capturing the bronze medal through defeating the reigning world champions in the third place play-off. Congrats! We are proud of you bros! 🇲🇾#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kelapan melibatkan kedua-dua regu ini. ", "Rekod sebelum ini memperlihatkan Aaron-Wooi Yik tumpas sebanyak enam kali termasuk ketika beraksi di peringkat Kumpulan D, baru-baru ini.", "Akhirnya mereka membuat kejutan dengan merekodkan kemenangan kali kedua ke atas gandingan The Daddies sekaligus merangkil pingat gangsa Olimpik buat kali pertama dalam karier mereka.", "TAHNIAH Aaron Chia dan Soh Wooi Yik!"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111045/", "headline": "\nOlimpik 2020: Zii Jia Diundi Dalam Kumpulan M, Soniia Cheah Kumpulan N\n", "content": ["Pemain badminton negara, Lee Zii Jia akan memulakan cabaran dalam acara badminton perseorangan kategori lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Kumpulan M.", "Bintang muda berusia 23 tahun ini turun selaku pilihan juara ke-9 dan diundi bertemu wakil Perancis, Brice Leverdez dan Ukraine, Artem Pochtarov dalam satu majlis undian yang diadakan, hari ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penampilan pertama atlet kelahiran Alor Setar, Kedah ke temasya Sukan Olimpik.", "Pencapaian terbaiknya adalah juara All England yang dimenanginya pada bulan Mac lalu serta merupakan pemain badminton yang menduduki tangga ke-8 dunia, pada saat ini.", "Sementara itu, pemain badminton wanita negara pula telah diundi dalam Kumpulan N.", "Atlet berusia 28 tahun ini bakal berhadapan dengan wakil Thailand, Ratchanok Intanon dan Hungary, Laura Sarosi.", "Pencapaian terbaik Soniia adalah meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan kini merupakan pemain badminton wanita yang menduduki tangga ke-35 dunia.", "Kedua-dua acara perseorang lelaki dan wanita akan bermula pada 24 Julai bertempat di Musashino Forest Sport Plaza."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206531/", "headline": "\nPenuh Dengan Pemain Tua.. – Koeman Kenal Pasti Masalah Barcelona\n", "content": ["Setahun yang lalu, ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman telah mengenal pasti beberapa masalah yang melanda skuad FC Barcelona.", "Antaranya skuad Blaugrana tersebut merupakan skuad menua (ageing), tiada pelan transisi pemain untuk jangka masa panjang serta tidak mempromosikan graduan akademi untuk menggantikan pemain senior.", "“(Luis) Suarez lebih 30 tahun, (Lionel) Messi lebih 30 tahun, (Gerard) Pique lebih 30 tahun, (Sergio) Busquets lebih 30 tahun…” kata Koeman dalam satu temu ramah bersama Esports3 pada tahun 2019.", "“Mereka mampu (bermain) beberapa tahun lagi, sudah tentu, tetapi selepas itu… bagaimana?”", "“Kamu perlu buat perubahan kerana mereka (mengisi) posisi utama pasukan – kesemua pemain tonggak. Kamu mempunyai penjaga gol (muda), tetapi kamu hilang bek tengah, pemain tengah, penyerang tengah atau Messi.", "Untuk menyelesaikan masalah ini, Koeman mencadangkan untuk menggunakan pemain-pemain muda daripada akademi La Masia. Baginya, pemain-pemain akademi mempunyai DNA corak permainan yang mahu dimainkan oleh Barcelona.", "Dan sekiranya tiada pemain-pemain akademi yang dapat mengisi sesuatu posisi, barulah membuat keputusan untuk membeli pemain daripada kelab lain. Tetapi keutamaannya adalah memainkan pemain-pemain daripada akademi sendiri.", "Jurulatih berusia 57 tahun itu turut menambah bahawa menurunkan pemain-pemain muda akademi adalah perkara yang biasa dilakukan di Belanda dan perkara itu akan memanfaatkan pasukan untuk masa hadapan. ", "Setahun kemudian, Barcelona menerima tamparan hebat apabila kejuaraan La Liga 2019/20 jatuh kepada seteru mereka, Real Madrid dan minggu lalu, mereka dimalukan oleh Bayern Munich 8-2 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara UEFA.", "Masalah-masalah yang diperkatakan oleh Koeman setahun yang lalu menjadi bualan peminat dan pengulas bola sepak sedunia. Malah pemain-pemain senior mereka sendiri telah memberi bayangan untuk meninggalkan Barcelona untuk memberi laluan kepada pemain-pemain muda.", "Berikutan itu, pengurusan tertinggi Barcelona telah membuat keputusan untuk memecat pengurus, Quique Setien dan mereka bakal melantik Koeman selaku pengganti dalam masa terdekat menurut wartawan terkenal, Fabrizio Roman."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219884/", "headline": "\nKalendar Jelajah Dunia BWF Dipendekkan – 2 Kejohanan Di China Dibatalkan\n", "content": ["Kalendar kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) pada tahun ini dipendekkan dengan dua kejohanan yang sepatutnya berlangsung di China dibatalkan.", "Menurut makluman badan induk sukan berkenaan, dua kejohanan yang dibatalkan itu ialah Terbuka China (Super 1000) dan Terbuka China Fuzhou (Super 750).", "Kedua-dua kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada 29 November-4 Disember dan 6-11 Disember masing-masing.", "Pembatalan tersebut menjadikan kejohanan Terbuka Australia (15-20 November) sebagai penutup bagi kalendar Jelajah Dunia musim 2022. ", "Ini juga menjadi pentas terakhir buat para pemain atau pasangan untuk mengutip mata bagi melayakkan diri ke kejohanan Jelajah Akhir Dunia BWF 2022.", "Untuk makluman, hanya lapan pemain atau pasangan terbaik sahaja bagi setiap kategori layak untuk menyertai kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF ini bagi merebut hadiah terkumpul bernilai 1.5 juta dolar amerika.", "Setakat ini, Lee Zii Jia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menjadi wakil negara yang berada dalam kelompok lapan pemain/pasangan terbaik dalam kategori masing-masing untuk layak ke kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Dalam kenyataan yang sama, BWF turut mengesahkan Stadium Tianhe yang terkenal dengan gelanggang merah di Guangzhou, China menjadi hos bagi Jelajah Dunia Akhir kali ini. Kejohanan ini akan berlangsung bermula 14 hingga 18 Disember kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216201/", "headline": "\nVideo: Zii Jia Singkir Bekas Pemain No.1 Dunia, Mara Ke Separuh Akhir All England 2022\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan negara merangkap juara bertahan, Lee Zii Jia berhasil menumpaskan bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota sekaligus melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.", "Dalam perlawanan suku akhir tersebut, Zii Jia yang menghuni ranking ketujuh dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor yang cukup selesa 21-7. Namun, Momota bangkit pada set kedua untuk merekodkan kemenangan dengan skor 21-13 sekaligus mengheret Zii Jia ke set penentuan.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Quarter final21 13 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅 7 21 11 🇯🇵Kento MOMOTA🕗 in 64 minutes https://t.co/67TrFpCRIM", "Semasa di set penentuan, pertembungan antara Zii Jia dan Momota berlangsung dengan cukup sengit. Akan tetapi, selepas daripada ‘interval’ Zii Jia mendapat rentaknya dan berhasil menamatkannya dengan skor 21-11 sekaligus menyingkirkan Momota daripada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan ketiga daripada sebelas perlawanan dicatatkan Zii Jia ke atas Momota yang kini menghuni ranking No.2 dunia.", "Sebagai tambahan, kali pertama Zii Jia beraksi di kejohanan badminton tertua di dunia ini adalah pada tahun 2020 dan pencapainnya di edisi tersebut adalah mara ke peringkat separuh akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208064/", "headline": "\nKetua Jurulatih Senaraikan Safawi Untuk Menentang Porto FC\n", "content": ["Penyerang sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan disenaraikan ketua jurulatih, Paulo Sergio untuk menyertai skuad Portimonense SC untuk menentang Porto FC pada awal pagi isnin nanti (waktu Malaysia).", "Perasaan gembira dan terharu tidak dapat disembunyikan Safawi setelah mendengar makluman itu lebih-lebih lagi kerja kerasnya semasa sesi latihan sejak tiba di bumi Portugal sekitar ogos lalu sudah mula mendapatkan hasil awal.", "Perkhabaran penuh gembira itu dikongsikan Safawi melalui satu hantaran mesej menerusi aplikasi Whatsapp dan dilaporkan oleh Utusan Malaysia, sebentar tadi.", "“Alhamdulillah dah tersenarai untuk ke Porto. Main atau tidak itu keputusan jurulatih.", "“Sudah tentu saya terharu, perasaan amat gembira dapat menyertai pasukan utama menentang Porto. Insya-Allah saya akan bagi yang terbaik jika diturunkan.", "“Dalam latihan saya sentiasa berikan yang terbaik, alhamdulillah akhirnya diberi kepercayaan,” kata penyerang berusia 23 tahun itu.", "Untuk rekod, Porto yang terkenal di seluruh dunia sebagai salah sebuah pasukan gergasi di Portugal sedang menghuni tangga kelima Liga Primeira 2020/21 selepas enam perlawanan.", "Sehubungan itu, dia mengharapkan semua peminat bola sepak tanah air untuk mendoakannya menjelang perlawanan yang akan berlangsung di tempat lawan iaitu Estadio do Dragao agar mendapat keputusan yang positif.", "“Doakanlah yang terbaik untuk perlawanan menentang Porto,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217935/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Singkir Beregu Belanda & Melangkah Ke Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Indonesia 2022 selepas menyingkirkan beregu Belanda, sebentar tadi.", "Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking ketujuh dunia mara selepas merekodkan kemenangan ke atas Ruben Jille dan Ties Van Der Lecq menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 16-21 dan 21-6 dalam tempoh masa 44 minit.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 16 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅17 21 6 🇳🇱Ruben JILLE 🇳🇱Ties VAN DER LECQ", "🕗 in 44 minutes https://t.co/FlmUDtBmmE", "— BWFScore (@BWFScore) June 16, 2022", "Kemenangan di Pusingan 16 ini menjadikan Aaron-Wooi Yik meneruskan rentak kemenangan kedua berturut-turut bertemu beregu yang berada di ranking ke-44 dunia ini.", "Pertembungan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini turut memihak kepada Aaron-Wooi Yik dengan kemenangan secara “straight set” 21-17 dan 21-9 dalam tempoh masa 23 minit di saingan Terbuka Denmark 2021.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Aaron-Wooi Yik bakal berhadapan samada beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rembitan atau beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219773/", "headline": "\nSSI Menjadi Tuan Rumah Spartan Stadion Yang Pertama di Malaysia\n", "content": ["Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbangga dan berbesar hati kerana Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang serba canggih akan menjadi tuan rumah Spartan Stadion yang pertama di Malaysia pada 3 & 4 September 2021.", "Dilancarkan pada Februari 2020, ‘Home of the Southern Tigers’ yang ikonik ini telah membuktikan daya tarikannya dengan anugerah ‘Stadium of the Year’ oleh StadiumDB.com yang terus meningkatkan jenama JDT di peringkat antarabangsa.", "Kini, gelanggang  pasukan JDT tersenarai antara beberapa stadium terpilih di seluruh dunia yang menjadi tuan rumah acara Spartan Stadion yang terkenal di peringkat antarabangsa pada suku ketiga tahun 2021.", "Ini benar-benar menunjukkan kemampuan JDT untuk menarik minat dan kolaborasi dengan jenama antarabangsa. Antara jenama antarabangsa lain yang turut bekerjasama dengan JDT termasuk UNICEF, NIKE, HUBLOT, SWAG Electric Vehicle dan Subway.", "Kerjasama dengan jenama antarabangsa memperluaskan lagi nilai dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global, dan ini menjana pendapatan diperolehi melalui penajaan kerana semakin besar jenama JDT, semakin besar pulangan pelaburan bagi penaja.", "Jangkauan luar biasa JDT melalui media sosial — antara yang terbaik di Asia Tenggara — juga memberikan lebih banyak perhatian kepada jenama antarabangsa.", "Harimau Selatan memberi contoh yang baik kepada kelab-kelab lain di rantau ini mengenai bagaimana pengurusan yang progresif dengan visi yang jelas dapat membantu memperkembangkan jenama di peringkat antarabangsa.  ", "Menariknya, JDT baru berusia lapan tahun.", "Berkaitan Spartan Stadion, ia akan menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara. Walaupun penyertaan antarabangsa akan bergantung pada situasi Covid-19, namun ia tetap akan memberikan JDT lebih banyak pendedahan bertaraf antarabangsa dan akan mengukuhkan lagi lokasi SSI di peta dunia.", "Ditubuhkan pada tahun 2007 di Amerika Syarikat, Spartan Race telah berkembang ke lebih dari 30 buah negara dengan pelbagai jenis acara. Spartan Stadion adalah perlumbaan sejauh 5 km dengan 20 rintangan yang diadakan di stadium sukan pro yang terkenal di seluruh dunia.", "Daftar untuk Stadium Sultan Ibrahim STADION di sini: https://www.spartanrace.my/en/race/detail/7448/overview"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111130/", "headline": "\nSiaran Langsung PPV Pasukan Kelantan Kembali Dibenarkan\n", "content": ["Awal musim lalu, pasukan Kelantan yang dimiliki oleh Norizam Tukiman menyiarkan sendiri perlawanan melibatkan pasukannya dalam saingan Liga Premier menerusi penstriman langsung (live streaming) secara pay-per-view (PPV).", "Peminat serta penyokong setia boleh menonton aksi melibatkan pasukan kesayangan mereka itu dengan membeli pas PPV ‘live streaming’ yang dijual oleh sendiri oleh pasukan.", "Inisiatif yang dilakukan oleh skuad yang terkenal dengan julukan The Red Warriors (TRW) ini bukan sahaja dapat mendekatkan lagi penyokong dan pasukan kesayangan mereka namun turut memberikan pendapatan tambahan kepada pasukan,", "Bagaimanapun, beberapa ketika selepas itu, perkara tersebut dihentikan dan difahamkan ia tidak dibenarkan oleh penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) atas beberapa sebab.", "Namun begitu, satu perkembangan positif telah dikongsikan oleh pemilik pasukan Kelantan, Norizam menerusi laman sosialnya, pada hari ini.", "“Alhamdulillah, TRW Kelantan FC akan siarkan sendiri perlawanan secara LIVE macam biasa. Terima kasih MFL.” kongsinya menerusi satu hantaran di ZAMSAHAM.", "Makluman ini juga memberikan ruang buat Kelantan untuk menjana kembali pendapatan tambahan menerusi PPV. ", "Selain daripada pasukan Kelantan, beberapa pasukan lain dalam saingan Liga Premier turut menyiarkan sendiri perlawanan melibatkan pasukan mereka secara ‘live streaming’.", "Antaranya, Terengganu II, Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarawak United dan beberapa pasukan lagi.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325391/", "headline": "\nKejohanan Karate Asia Edisi Ke-19 Di Melaka Tanpa Kelibat Shamendran\n", "content": ["Kelibat Jaguh karate negara, Sharmendran Raghonathan tidak akan kelihatan di Kejohanan Karate Asia Edisi Ke-19 yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula 21-23 Julai hadapan.", "Pengesahan ini hadir menerusi Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad dalam sidang media kejohanan yang berlangsung di Auditorium Majlis Sukan Negara (MSN), pada hari ini.", "Atlet berusia 30 tahun terlepas peluang beraksi di kejohanan ini ekoran mengalami kecederaan semasa sesi latihan pusat di Mesir, bulan lalu. Difahamkan, Institut Sukan Negara (MSN) telah memberi “lampu hijau” buat Sharmendran bertanding namun Azmi mahu “menyimpan” atlet berusia 30 ini agar benar-benar bersedia untuk beraksi di temasya Sukan Asia kelak.", "“Kecederaannya tidak begitu serius, tetapi saya perlukan dia di Sukan Asia. Kami akan gantikan dia dengan Syafiq. Kalau Syafiq berjaya dapatkan pingat emas, ini menjadi cabaran kepada Sharmendran kerana kami akan pilih yang terbaik untuk ke Sukan Asia,” katanya. ", "Dalam sidang media yang sama, Azmi turut meletakkan sasaran buat 22 atlet karate negara yang akan bertanding di kejohanan ini dapat memperbaiki pencapaian mengutip dua pingat gangsa di Kejohanan Karate Asia pada penghujung tahun lalu di Uzbekistan dengan merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas.", "“Saya sasarkan 1 pingat emas sebab itu adalah target (sasaran) yang saya letak semasa mula-mula memegang jawatan (presiden) dahulu. Ini adalah ‘kerja rumah’ untuk mereka. ", "“Tujuan kita nak dapat pingat emas sebab beri manfaat kepada negara, selain kejayaan untuk atlet itu sendiri, bahkan MAKAF juga membantu Malaysia membutirkan pingat. Saya sebagai presiden beri apa yang mereka perlu, mereka juga perlu beri saya satu pingat emas,” ulasnya.", "Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini bakal mempertandingkan sejumlah 17 kategori secara keseluruhan iaitu 11 kategori individu lelaki dan wanita dalam acara Kata dan Kumite mengikut kelas berat masing-masing. Sementara itu, baki enam lagi kategori adalah berpasukan Kata dan Kumite bagi lelaki dan wanita.", "Seramai lebih 500 atlet karate dari 32 negara bakal menyemarakkan kejohanan kejohanan kali ini termasuk atlet No.1 dunia dari Jepun, Kakeru Nishiyama dalam acara Kata lelaki serta atlet No.3 dunia dari Jordan, Abdul Rahman Almasatfa dalam acara Kumite lelaki.", "Dalam pada itu, Kejohanan Para Karate Asia Ke-2 akan turut berlangsung serentak dengan Kojohanan Karate Asia Ke-19 di venue yang sama bagi memastikan atlet para menerima  tumpuan yang sama ketika kejohanan itu nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206596/", "headline": "\nVIDEO: Gol ‘chip’ Dominique kejutkan PJ City\n", "content": ["Dua gol daripada penyerang Mauritania, Dominique da Sylva memastikan Terengganu FC mengejutkan Petaling Jaya City (PJ City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.", "Gol pertama hadir pada separuh masa pertama apabila Dominique mengambil peluang hasil daripada kesilapan Mahali Jasuli melakukan ‘backpass’ gagal sampai kepada rakan sepasukannya.", "Dominique pantas merampas bola tersebut dan melakukan larian solo dari garisan tengah padang sebelum menewaskan penjaga gol The Pheonix, Ahmad Syihan pada minit ke-31.", "31' | GOL DA SYLVA!@FCTerengganu kini mendahului PJ City FC menerusi jaringan Dominique Da Sylva. #CIMBLigaSuper2020#PJCTER#MFLLive pic.twitter.com/Ypc3uiJRBg", "Pada minit ke-73 Dominique sekali lagi menjaringkan gol buat Terengganu FC untuk memastikan mereka mendahului dengan lebih selesa, dua gol dihadapan.", "Menerusi satu lorongan cantik oleh Faiz Nasir kepada penyerang tinggi lampai itu, Dominique melakukan larian melepasi tiga pertahanan PJ City kemudiannya melakukan ‘chip’ terus ke dalam gol.", "73' | GOL DA SYLVA!@FCTerengganu menggandakan kedudukan selepas Dominique Da Sylva mencatat gol kedua beliau di Stadium Bandaraya Petaling Jaya. #CIMBLigaSuper2020#PJCTER#MFLLive pic.twitter.com/C4ik3kJn6w", "Kedudukan 2-0 kekal sehingga pengadil, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim meniup wisel menandakan tamatnya perlawanan.", "Ketika ini Dominique yang merupakan bekas penyerang yang beraksi di Liga Vietnam telah mengumpul enam gol dalam saingan sulung di CIMB Liga Super 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216176/", "headline": "\nAll England 2022: Juara Dunia Perlukan Lebih Sejam Tundukkan Beregu Muda Wei Chong-Kai Wun\n", "content": ["Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun melakukan debut di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 dengan menentang juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Di atas kertas, Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking ke-45 dunia dilihat beregu yang mudah untuk ditewaskan oleh beregu dari Jepun yang menduduki ranking ke-4 dunia itu.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 18 23 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅17 21 21 🇲🇾Wei Chong MAN 🇲🇾Kai Wun TEE🕗 in 65 minutes https://t.co/idK8ZXuMXC", "Namun begitu, perlawanan yang berlangsung pada awal pagi tadi menyaksikan pemain berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini tumpas pada set pertama dengan skor 17-21 berhasil bangkit untuk meraih kemenangan di set kedua dengan skor 21-18 sekaligus membawa kepada set penentuan.", "Di set penentuan, Wei Chong-Kai Wun memberikan tentangan sengit sehingga mata ‘deuce‘ sebelum Hoki-Kobayashi memenanginya dengan skor 23-21. Untuk makluman semua, perlawanan ini berlangsung dalam tempoh 65 minit permainan.", "Sebagai tambahan, pertarungan antara Wei Chong-Kai Wun menentang Hoki-Kobayashi ini merupakan yang pertama di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Hoki-Kobayashi yang berjaya mara ke Pusingan 16 bakal menentang beregu tuan rumah, Ben Lane dan Sean Vendy.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217490/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Lee Zii Jia Tumpaskan Jurulatih Sendiri Untuk Ke Pentas Final\n", "content": ["Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menempah tiket ke pentas akhir saingan Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – selepas menumpaskan penolong jurulatihnya sendiri, Liew Daren.", "Daren yang juga merupakan “sparring partner” di bawah kelab naungannya, Lee Zii Jia Badminton Club ditumpaskan dengan skor 21-16, 13-21 dan 21-14 di peringkat separuh akhir yang berlangsung hari ini.", "Pertarungan melibatkan pemain bebas (independent) berusia 24 dan 34 tahun masing-masing ini berlangsung dalam tempoh masa hampir satu jam permainan di atas gelanggang.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MS – Semi final21 13 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅16 21 14 🇲🇾Daren LIEW", "🕗 in 51 minutes https://t.co/avGzjZl1cW", "— BWFScore (@BWFScore) May 21, 2022", "Selain itu, kemenangan ini menjadikan Zii Jia melebarkan rekod pertemuan menentang Daren kepada dua kemenangan berturut-turut daripada dua pertembungan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Pada masa yang sama, ini juga menjadi kemaraan sulung Zii Jia ke pentas akhir kejohanan Jelajah Dunia (World Tour) pada tahun ini.", "Sementara itu, Zii Jia yang mara ke pentas akhir akan berentap samada dengan pemain Jepun, Kodai Naraoka (ranking ke-48) atau pemain China, Li Shi Feng (ranking ke-49) di pentas akhir, esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218013/", "headline": "\nKhairul Izuan Mahu Bantu ‘Polis’ Sertai Liga Super 2023 \n", "content": ["Penyerang baharu PDRM FC, Khairul Izuan Rosli tidak sangka peluangnya untuk beraksi masih ada pada baki saingan Liga Premier selepas sukar mendapat tawaran sejak awal musim ini.", "Pemain berusia 31 tahun itu bersyukur apabila masih diberi kepercayaan untuk mempertaruhkan aksi selepas diikat oleh PDRM meskipun telah menanti agak lama apabila musim ini hanya sempat beraksi di pentas Liga M3 bersama Tok Janggut Warriors FC.", "Sudah pasti, Izuan enggan mensia-siakan peluang yang diberi dan ini adalah masa yang tepat untuk membuktikan kudratnya masih berbisa untuk membantu PDRM pada baki saingan musim ini.", "“Saya rasa amat bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan untuk beraksi sebab sebelum ini belum mendapat apa-apa tawaran.", "“Saya juga masih belum puas dan walaupun pada awal musim tidak beraksi, saya tidak berputus asa untuk cuba mendapat tempat dan akhirnya dapat juga bersama PDRM.", "“Saya telah dipanggil oleh pihak pengurusan untuk ujian percubaan selama tujuh hari dan Alhamdulillah rezeki masih ada untuk musim ini,” katanya.", "Sebelum ini, bekas penyerang Kelantan itu fokus kepada perniagaan kedai makan bersama isterinya selepas berakhir tugas bersama UiTM FC.", "Dia telah melakukan 12 penampilan dalam kesebelasan utama menyaksikan pasukan itu berada di tangga tercorot saingan Liga Super 2021.", "Justeru, musim ini amat penting untuk Izuan terus mempamerkan aksi cemerlang dalam usaha membantu PDRM layak ke pentas Liga Super, musim depan.", "“Misi saya ke PDRM adalah untuk membawa pasukan ini ke Liga Super, jadi saya perlu bekerja lebih keras sebab ini bukan tugas mudah.", "“Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik untuk kita ke Liga Super dan di sini juga saya teruja sebab turut dibantu oleh sahabat lama saya, Azmi Muslim,” tambahnya.", "PDRM ketika ini menghuni tangga keenam Liga Premier dengan 11 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221241/", "headline": "\nIzham Tarmizi, Azrif Nasrulhaq Sertai Sri Pahang Secara Pinjaman Selama Semusim\n", "content": ["Selepas mendapatkan dua pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC turut mengikat dua orang lagi pemain daripada kelab yang sama iaitu penjaga gol dan bek kanan.", "Dua individu yang menyertai skuad berjulukan Tok Gajah itu ialah Izham Tarmizi dan Azrif Nasrulhaq yang berusia 31 tahun masing-masing.", "Kemasukan kedua-dua pemain itu diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, pada hari ini.", "Rekrut seterusnya, Azrif Nasrulhaq yang menyertai Sri Pahang juga sebagai pinjaman selama semusim dari JDT. pic.twitter.com/pOwwpkjlel", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) December 29, 2022", "Dimaklumkan, Izham serta Azrif menyertai Sri Pahang dengan kontrak pinjaman selama setahun.", "Bagi Izham, ruang untuk penjaga gol kelahiran negeri Terengganu ini merebut posisi No.1 dalam skuad Tok Gajah dilihat sedang terbuka luas pada saat ini.", "Ianya berikutan Sri Pahang bertindak tidak menyambung kontrak dan melepaskan penjaga gol utamanya, Mamadou Samassa baru-baru ini.", "Semalam, Sri Pahang telah mengumumkan mengikat khidmat pertahanan tengah, Fadhli Shas secara tetap dengan kontrak selama dua tahun dan pertahanan kiri, Syazwan Andik secara pinjaman selama setahun daripada JDT.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217955/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Tang Jie-Valeree Kandas Di Suku Akhir, Disingkirkan Beregu No.4 Dunia\n", "content": ["Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Valeree Siow terpaksa menerima hakikat kandas di peringkat suku akhir saingan Terbuka Indonesia 2022.", "Pasangan yang bergandingan sejak minggu lalu ini kandas selepas ditumpaskan oleh beregu China yang menghuni ranking keempat dunia, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping, sebentar tadi.", "Dalam pertembungan tersebut, Tang Jie-Valeree tumpas secara “straight set” dengan keputusan 12-21 dan 14-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan di Gelanggang 2, Istora Senayan.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022XD – Quarter final 🇨🇳Yi Lyu WANG🏅21 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅12 14 🇲🇾Tang Jie CHEN 🇲🇾Valeree SIOW", "🕗 in 33 minutes https://t.co/DYcnur55A0", "— BWFScore (@BWFScore) June 17, 2022", "Dengan kekalahan ini, tumpuan Tang Jie-Valeree akan beralih kepada kejohanan seterusnya iaitu Terbuka Malaysia 2022 yang akan berlangsung bermula 28 Jun kelak di Kuala Lumpur.", "Di kejohanan tersebut, Tang Jie-Valeree akan berhadapan cabaran pertama daripada pasangan Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo di Pusingan 32.", "Sementara itu, Yi Lyu-Dong Ping yang berhasil meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir Terbuka Indonesia akan bertemu rakan senegaranya, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong pada hari esok untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112723/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: Pemain-Pemain ‘Power’ Cedera, Pasukan England Umum Tarik Diri\n", "content": ["Pasukan England mengumumkan menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas 2020 yang akan berlangsung dalam masa 3 hari sahaja lagi di Aarhus, Denmark.", "Perkembangan mengejutkan itu diumumkan oleh badan induk negara bagi sukan terbabit iaitu Badminton England menerusi laman sesawang dan pelbagai platform media sosialnya, tengah malam tadi.", "🗞️ News | England team withdrawn from Thomas Cup🔽 More 🔽https://t.co/FxU0m1Crnx pic.twitter.com/oMyT5XSILu", "Difahamkan, alasan mereka menarik diri daripada kejohanan berpasukan lelaki ini disebabkan oleh kecederaan yang dialami oleh pemain-pemain ‘top-ranked’ mereka.", "Hal ini menyebabkan Badminton England tidak dapat mempertaruhkan pasukan yang kompetitif dan disebabkan itu, England yang diundi di dalam Kumpulan D terpaksa membuat keputusan yang sukar menarik diri daripada kejohanan ini.", "Artikel Berkaitan – Undian Piala Thomas & Uber 2020: Kedua-Dua Pasukan Malaysia Dalam Kumpulan D", "Penarikan diri ini menyebabkan Kumpulan D hanya tinggal tiga pasukan sahaja iaitu Jepun, Malaysia dan Kanada.", "Featured Image: Badminton England / Badminton Photo"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324563/", "headline": "\nJames Salah Seorang Pertahanan Terbaik Liga Super Musim Ini – Azzmi\n", "content": ["Pengendali PDRM FC, Azzmi Ab Aziz memuji pertahanan import skuad berjulukan Sang Saka Biru, James Okwuosa yang menampilkan aksi cemerlang dalam membantu benteng pertahanan mereka musim ini. ", "Azzmi turut menyifatkan James sebagai salah seorang pertahanan terbaik di liga musim ini selepas menyaksikan pemain berusia 32 tahun tersebut beraksi baik menentang lawan-lawan yang jauh lebih hebat seperti Pahang dan Sabah. ", "“James, saya boleh cakap dia, mungkin kalau ada dua pertahanan tengah (terbaik), dia salah satu yang terbaik di Liga Malaysia tahun ini, musim ini. Saya boleh katakan begitu.”", "“Bagusnya untuk pemain muda, mereka boleh belajar dengan dia. Pembacaannya terhadap permainan, ketenangannya. Saya boleh kata kalau ada dua pertahanan tengah (terbaik), dia salah seorang daripadanya.” ujar Azzmi dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sabah.", "We welcome former Nigeria international, James Okwuosa as our centerback for this season! Now, let’s play for real! 🔵🔴#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops https://t.co/1zZvYzNpL4 pic.twitter.com/VQWgUS3oIB", "— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) February 3, 2023", "Mengulas lebih lanjut berkenaan corak taktikalnya yang dilihat sangat defensif, Azzmi mengakui lebih berminat untuk bermain dengan lebih menyerang tetapi kualiti skuad yang dimilikinya menyebabkan dirinya perlu beraksi dengan lebih berdisiplin.", "Pada masa yang sama, pengendali berusia 48 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan seorang lagi penyerang asing yang dapat membantu pasukan ketika melakukan serangan balas. ", "Dalam perlawanan tersebut, Nabil Ahmad Lapti menjadi wira buat The Cops menerusi jaringan tunggal perlawanan dalam memastikan tiga mata penuh dimiliki mereka dalam aksi menentang Sabah. ", "Ketika ini, PDRM FC berada di tangga kelapan liga dengan 19 mata dan meraih status ‘pembunuh gergasi’ selepas menewaskan Kedah, Selangor dan yang terbaharu, Sabah. ", "Featured Image: PDRM Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114449/", "headline": "\nKhidmat Tomas Trucha Dikekalkan, Manzoor Azwira Kemudi Penang 2023\n", "content": ["Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2021 di tempat ketiga iaitu Penang FC mengumumkan mengekalkan khidmat ketua jurulatihnya, Tomas Trucha untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Sebelum ini, terdapat spekulasi yang mengatakan jurulatih kelahiran Republik Czech ini akan ‘dinaikkan pangkat’ menjadi pengarah teknikal pada tahun 2022 sekaligus mengosongkan kerusi ketua jurulatih skuad Haria Penang Haria itu.", "Bagaimanapun, pengumuman rasmi oleh pelbagai laman sosial pasukan Penang semalam telah menutup spekulasi tersebut dengan Tomas disambung perkhidmatannya sebagai ketua jurulatih.", "Antara perkembangan lain, Penang turut memaklumkan Manzoor Azwira yang akan mengikuti kursus kejurulatihan AFC Pro Diploma dikekalkan sebagai Penolong Ketua Jurulatih 1 sebagai persediaan untuk mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pada tahun 2023 setelah selesai kursus terbabit.", "Sementara itu, Penang juga mengumumkan bekas pengendali Perak FC, Chong Yee Fatt turut dilantik sebagai Penolong Ketua Jurulatih II. Perkara ini dilakukan susulan pihak mereka menerima perkhabaran awal berhubung kemungkinan setiap pasukan dikenakan syarat untuk mempunyai dua orang jurulatih dengan kelayakan lesen AFC Pro Diploma.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112432/", "headline": "\nVideo: Pengadil Liga Rusia Suruh Pemain ‘Osom’ Ganti Lambungan Syiling\n", "content": ["Satu perlawanan dalam saingan Liga Perdana Rusia melibatkan Krylia Sovetov menentang FC Rostov pada sabtu lalu menyaksikan satu perkara menarik dan di luar kebiasaan dilakukan sebelum sepak mula.", "Kebiasaannya, sebelum sepak mula perlawanan, pengadil bersama kapten daripada kedua-dua pasukan akan bertemu di tengah padang bagi menentukan pasukan manakah akan memilih untuk memulakan perlawanan atau memilih bahagian padang menerusi lambungan syiling.", "Bagaimanapun, dalam perlawanan kelapan liga melibatkan kedua-dua pasukan tersebut, difahamkan, pengadil perlawanan tertinggal duit syiling itu dalam bilik persalinan.", "Justeru dia membuat keputusan menentukannya dengan meminta kedua-dua kapten pasukan untuk bermain permainan tangan ‘rock, paper & scissors’ atau lebih dikenali sebagai ‘osom’ di Malaysia.", "Hasilnya, selepas empat percubaan, kapten Krylia Sovetov, Aleksandr Soldatenkov memenangi permainan tersebut mengalahkan kapten FC Rostov, Makism Osipenko.", "Perlawanan tersebut berkesudahan dengan pasukan tuan rumah, Krylia Sovetov menumpaskan lawanya 4-2 di Samara Arena. Ini merupakan kemenangan ketiga yang diraih oleh Krylia Sovetov dan ketika ini mereka menghuni tangga kesepuluh liga.", "Sementara itu, FC Rostov pula berada di kedudukan ke-14 daripada 16 pasukan bertanding selepas mengharungi 8 perlawanan pada musim ini.", "Anda boleh menonton ‘osom’ yang dilakukan oleh kedua-dua kapten pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114412/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Aspek Bertahan Indonesia Ke-2 Terbaik Kumpulan B – Mampukah Dibolosi Penyerang Malaysia?\n", "content": ["Selepas mengharungi tiga perlawanan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020, Indonesia yang akan menjadi lawan Malaysia pada Ahad nanti meletakkan diri mereka sebagai pasukan kedua terbaik daripada segi aspek bertahan.", "Berdasarkan statistik, Indonesia bukan sahaja merekodkan bolos kurang berbanding Malaysia tetapi turut mengungguli dalam beberapa aspek bertahan seperti ‘tackles won’ dan ‘duels won’. ", "Baca: Bahagian Serangan Indonesia Paling Tajam Kalangan Kumpulan B", "Persembahan terbaik Indonesia ketika bertahan dapat dilihat semasa mereka menentang Vietnam baru-baru ini. Skuad garuda yang dibimbing oleh Shin Tae-yong berhasil mengekang Vietnam daripada menjaringkan sebarang gol.", "Perkara ini perlu diambil serius oleh barisan serangan Malaysia memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini tidak mempunyai pilihan selain menang ketika menentang Indonesia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B sekiranya mahu layak ke saingan kalah mati.", "Mampukah pemain-pemain di barisan serangan seperti Safawi, Luqman Hakim, Arif Aiman, Shahrel Fikri, Syafiq Ahmad, Guilherme de Paula serta Faisal Halim menembusi benteng seterusnya merobek gawang Indonesia?", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321867/", "headline": "\nFIFA Club World Cup 2023 Bakal Berlangsung Di Arab Saudi\n", "content": ["FIFA kini telah mengumumkan FIFA Club World Cup 2023 akan berlangsung di Arab Saudi pada tahun ini. Acara kejohanan tersebut bakal diadakan pada 12 hingga 22 Disember 2023 kelak.", "FIFA Club World Cup 2023 merupakan kejohanan yang diadakan mempertandingkan pemenang daripada pelbagai kejohanan melibatkan kelab bolasepak dari pelbagai rantau seluruh dunia.", "Mengikut format sedia ada, ia memperlihatkan pertandingan melibatkan tujuh pasukan.", "Arab Saudi dipilih sebagai negara ke-6 yang menganjurkan kejohanan ini, sejak ia diperkenalkan pada 2000 lepas.", "Selain kejohanan ini, Arab Saudi juga akan menjadi negara hos untuk kehonan AFC Asian Cup 2027 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321380/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Pearly-Thinaah Tersingkir Awal, Tumpas Kepada Adik Beradik Stoeva\n", "content": ["Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menjadi wakil negara yang pertama tersingkir daripada kejohanan Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Gandingan yang menjuarai saingan Terbuka Perancis pada Oktober tahun lalu itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan ini setelah tumpas pasangan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva seawal Pusingan 32.", "Lebih tragis dan memilukan, Pearly-Thinaah tumpas kepada adik beradik itu secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 14-21 dalam tempoh 31 minit permainan di Gelanggang 2, sebentar tadi.", "Untuk makluman, kemenangan yang diraih adik beradik Stoeva pada hari ini menjadikan rekod “head-to-head” antara kedua-dua pasangan menjadi seimbang iaitu satu kemenangan masing-masing.", "Pada pertemuan sulung yang berlangsung pada tahun 2021 lalu, ianya berpihak kepada Pearly-Thinaah dengan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-12 di kejohanan Terbuka Swiss.", "Sementara itu, adik beradik Stoeva yang merekodkan kemenangan dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Menanti mereka di sana adalah samada beregu India, Treesa Jolly-Gayatri Pullela atau beregu Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220990/", "headline": "\nPiala AFF: Josep Ferre Ganti Thomas Dooley Kemudi Filipina\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Filipina akan turun beraksi dalam saingan Piala AFF 2022 dengan bimbingan ketua jurulatih baharu.", "Menerusi makluman rasmi di laman sosial milik pasukan kebangsaan negara itu, Josep Ferré Ybarz berusia 39 tahun dan berasal dari Barcelona, Sepanyol menjadi ketua jurulatih baharu buat skuad berjulukan The Azkals itu.", "Walaupun berasal jauh di benua eropah sana, Josep atau dikenali sebagai Coach Coco tidak begitu asing dengan kancah bola sepak asia atau lebih spesifiknya di rantau asia tenggara.", "Josep pernah berkelana di Hong Kong dan Thailand dengan berperanan sebagai pengarah akademi bagi Kitchee SC dan Buriram United. Kemudiannya, dia dilantik sebagai ketua jurulatih kepada Ratchaburi FC, Bangkok Glass FC dan FC Bayamon di Puerto Rico.", "A post shared by The Philippine Azkals (@theazkalsph)", "Selain itu, Josep juga pernah menyertai kelab yang berpangkalan di India iaitu East Bengal FC sebagai penolong ketua jurulatih pada tahun 2019.", "Di negara kelahirannya, Josep mempunyai pengalaman terlibat bersama skuad remaja FC Barcelona.", "Untuk makluman semua, kehadiran Josep ini secara langsungnya menggantikan Thomas Dooley yang merupakan ketua jurulatih Filipina sebelum ini.", "Filipina yang diundi dalam Kumpulan A bagi saingan Piala AFF edisi kali ini akan memulakan kempen dengan menentang Kemboja pada 20 Disember kelak.", "Sebelum bertemu Kemboja, Josep akan membawa pasukannya menentang Vietnam terlebih dahulu dalam satu perlawanan antarabangsa yang berperanan sebagai aksi pemanas badan sebelum saingan Piala AFF."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218387/", "headline": "\nRanking BWF: ‘Patatimo Boys’ Daki 11 Anak Tangga Selepas Mara Ke Suku Akhir Malaysia Masters\n", "content": ["Beregu lelaki negara yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri merekodkan peningkatan yang ketara dalam ranking dunia, minggu ini.", "Menerusi kemaskini badan induk, Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Arif-Haikal mendaki sebanyak 11 anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-69 dunia, pada hari ini.", "Peningkatan tersebut disumbangkan oleh kemaraan mereka ke peringkat suku akhir Malaysia Masters – Jelajah Dunia Super 500 BWF – minggu lalu.", "Bagaimanapun, perjalanan pemain berusia 20 dan 19 tahun masing-masing ini terhenti di peringkat tersebut ekoran tumpas kepada beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.", "Namun begitu, kemaraan ini telah memberikan pemain kelahiran Terengganu dan Kelantan masing-masing ini pertambahan 5,040 mata.  ", "Secara keseluruhan, Arif-Haikal telah mengumpul 28,370 mata secara keseluruhan.", "Sementara itu, tiga lagi beregu negara dikesan merekodkan peningkatan yang ketara iaitu gandingan Nur Mohd Azriyn-Lim Khim Wah, Chang Yee Jun-Yap Roy King dan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci.", "Kedua-dua beregu ini meraih peningkatan sebanyak 12, 23 dan 11 anak tangga masing-masing. Ini menjadikan mereka menghuni ranking ke-84, ke-98 dan ke-128 pada ketika ini.", "Featured Image: Petronas Brands Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207356/", "headline": "\nStadium Baharu Kelantan Akan Mula Dibina Tahun Hadapan\n", "content": ["Sebuah stadium utama, stadium tertutup, pusat renang dan velodrom akan mula dibina di negeri Kelantan bermula tahun hadapan.", "Keempat-empat infrastruktur tersebut dibina sebagai persediaan untuk menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 kelak.", "Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat berkata akan turut memberikan perhatian kepada beberapa infrastruktur asas yang lain.", "Ianya termasuk litar-litar sukan bermotor dengan piawaian bertaraf antarabangsa, asrama dan juga Pejabat Perbadanan Stadium.", "“Kita telah melawat negeri-negeri khususnya Johor yang kini sedang menguruskan Sukma ke-20 dan kita baru selesai buat ‘value management’ melibatkan lokasi-lokasi dan infrastruktur yang kita akan bina di Kelantan.", "“Bila siap nanti kita akan majukan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan jawapan balas berkenaan jumlah peruntukan yang boleh kerajaan beri kepada Kelantan dalam persiapan membina infrastruktur tersebut,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Difahamkan infrastruktur-infrastruktur tersebut akan dibina di atas tanah seluas 60.7 hektar di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan beberapa kawasan lain sekitar Kota Bharu dan Jeli.", "“Kerajaan negeri telah membelanjakan RM10 juta untuk membayar tanah rakyat di kawasan Bukit Merbau itu sebagai langkah awal untuk pembinaan kompleks sukan tersebut. Insya-ALLAH semuanya akan berjalan lancar nanti,” tambahnya lagi.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324538/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Beregu Campuran No.1 Negara Dikejutkan Pasangan Hong Kong\n", "content": ["Gandingan campuran No.1 negara, Goh Soon Huat and Shevon Jemie Lai dikejutkan wakil Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau selepas tewas dalam aksi Pusingan 16 Terbuka Singapura, sebentar tadi. ", "Sebelum ini, kedua-dua beregu pernah bertemu buat julung kalinya di Terbuka Thailand minggu lalu. Namun, pertarungan pada ketika itu menyaksikan Soon Huat-Jemie Lai melakar kemenangan ke atas gandingan di tangga ke-24 dunia itu menerusi skor 19-21, 21-15 dan 21-15. ", "Bagaimanapun, perlawanan hari ini memperlihatkan beregu negara terlebih dahulu mendahului pada set pertama dengan skor 21-14. Akan tetapi pasangan Hong Kong tersebut berhasil bangkit pada set kedua dengan skor 21-16 sekaligus menyamakan semula kedudukan dan mengheret permainan ke set penentuan. ", "Singapore Open 2023XD – R16 🇭🇰LEE Chun Hei Reginald🏅14 21 21 🇭🇰NG Tsz Yau🏅 🇲🇾GOH Soon Huat21 16 9 🇲🇾LAI Shevon Jemie", "— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023", "Chun Hei-Tsz Yau memastikan kemenangan milik mereka pada set ketiga dengan skor 21-9 memihak kepada wakil asia timur itu dalam perlawanan yang berlangsung selama 50 minit di Stadium Tertutup Singapura. ", "Untuk rekod, kali terakhir gandingan No.1 negara itu mara ke peringkat suku akhir adalah pada Januari lalu di Indonesia Masters yang menyaksikan mereka tewas ‘straight set’ kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue.", "Sebagai tambahan, Chun Hei-Tsz Yau akan bertemu pemenang di antara pertembungan melibatkan satu lagi gandingan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216629/", "headline": "\nTerbuka Korea: Kidambi Berjaya Rekodkan Kemenangan Pertama Ke Atas Liew Daren\n", "content": ["Pemain India, Srikanth Kidambi belum pernah menumpaskan perseorangan senior negara, Liew Daren dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum daripada ini.", "Bagaimanapun, rekod itu berjaya diubah oleh pemain yang menghuni ranking ke-12 dunia tersebut apabila berhasil menumpaskan Daren buat pertama kali di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea, sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Round of 3222 21 🇮🇳Srikanth KIDAMBI🏅20 11 🇲🇾Daren LIEW", "🕗 in 40 minutes https://t.co/gpRveeboC3", "— BWFScore (@BWFScore) April 6, 2022", "Lebih manis, kemenangan tersebut dicetak oleh Kidambi ke atas pemain yang menduduki ranking ke-35 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 20-22 dan 11-21 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "Untuk makluman semua, Daren dan Kidambi pernah berentap sebanyak tiga kali sebelum ini di Kejohanan Dunia BWF 2018, Malaysia Grand Prix Gold 2013 dan Malaysia Open GP Gold 2012 dimana ketiga-tiganya memihak kepada Daren.", "Sementara itu, kemenangan Kidambi ini membolehkannya mara ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain Israel, Misha Zilberman.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208076/", "headline": "\nFC Barcelona Kekal Pamer Logo Rakuten Pada Jersi Sehingga 2022\n", "content": ["Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona kekal mempamerkan logo syarikat servis internet Jepun, Rakuten di hadapan jersi mereka untuk tempoh sekitar dua tahun lagi.", "Ini berikutan Barcelona dan Rakuten bersetuju untuk melanjutkan kerjasama yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2021 kepada tempoh satu tahun lagi iaitu pada 30 Jun 2022 menurut makluman rasmi oleh kedua-dua pihak.", "🤝 FC Barcelona & @RakutenTodayhttps://t.co/gfsSNQPTov", "Kerjasama ini mengekalkan Rakuten sebagai Rakan Utama Inovasi & Hiburan Global FC Barcelona sekaligus akan meneruskan kerjasama dalam menjalankan program baharu dan inovatif yang memberikan impak global di masa hadapan.", "Untuk rekod, kedua-dua entiti mula melakukan kerjasama sekitar tahun 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208725/", "headline": "\n5 Kelab Bola Kemboja Sumbang Lebih RM4 Juta Kepada Kerajaan Bantu Beli Vaksin Covid-19\n", "content": ["Lima buah kelab bola sepak berpangkalan di Kemboja dilaporkan menyumbang dana lebih daripada RM4 juta kepada kerajaannya untuk membantu membeli vaksin Covid-19.", "Di antara yang memberikan sumbangan ialah pengasas pasukan Phnom Penh Crown FC, Oknha Kok An berjumlah 1 juta dolar amerika (RM1 juta) dan diikuti oleh Visakha FC yang mengumumkan sumbangan sebanyak 10,000 dolar amerika (RM40,000).", "“Saya mengambil peluang ini, menyeru kepada orang ramai yang mampu untuk bersama-sama menyumbang bagi melawan Covid-19 untuk kesejahteraan rakyat Kemboja,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab.", "Sebuah lagi pasukan iaitu Preah Khan Reach Svay Rieng (PKRSR) FC turut berikrar untuk menyumbang 10,000 dolar amerika (RM40,000) selain daripada pasukan Tiffy Army FC dan Boeung Ket FC.", "Sehingga kini kerajaan Kemboja telah menerima lebih daripada 18 juta dolar amerika (RM72 juta) hasil sumbangan orang ramai di pelbagai peringkat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322282/", "headline": "\nAstro Arena Siar Siri Dokumentari ‘Little Legends’ Oleh Nicol David Bermula 18 Mac\n", "content": ["Sebuah siri dokumentari yang berjudul ‘Little Legends’ akan disiarkan menerusi saluran sukan tempatan, Astro Arena pada setiap Sabtu bermula 18 Mac nanti.", "Siri dokumentari ini mengisahkan tentang usaha bekas pemain skuasy No.1 dunia, Datuk Nicol David yang membuat program ‘Little Legends’ melalui pertubuhan bukan berasaskan keuntungan miliknya yang diasaskan bersama Mariana de Reyes, Nicol David Organisation (NDO) bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak melalui sukan dan pendidikan.", "Program selepas sekolah (after-school) yang mensasarkan kanak-kanak berusia mulai 8 tahun dan bersama mereka sehingga 12 tahun ini merangkumi latihan skuasy dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.", "Setakat ini, ‘Little Legends’ yang disertai oleh kanak-kanak dari empat buah sekolah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sudah mempunyai 60 orang peserta. Pada Mei kelak, mereka akan menerima tambahan 60 peserta lagi menjadikan 120 perserta secara keseluruhan.", "Untuk makluman semua, siri dokumentari ini mempunyai lima episod dan ianya turut menghidangkan kepada penonton kisah Nicol sewaktu kecil, permulaan kariernya serta perkongsian melalui ibu bapanya sebelum bercerita mengenai mengapa Nicol memulakan NDO yang dilancarkan pada Jun 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113724/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pang Ron-Yee See Bakal Berhadapan Pilihan Pertama Kejohanan Di Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See bakal menempuh cabaran sebenar setelah berjaya mara ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.", "Pang Ron-Yee See yang berusia 23 dan 26 tahun masing-masing akan berhadapan dengan pasangan beregu campuran yang diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai ", "Untuk makluman semua, beregu campuran ini juga berada di tangga ke-2 ranking dunia.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)XD – Round of 16 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅21 16 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅17 21 17 🇲🇾Tang Jie CHEN 🇲🇾Yen Wei PECK🕗 in 60 minutes https://t.co/l3tCzqYEoD", "Pasangan beregu campuran Thailand ini pula mara ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan pasangan beregu campuran bebas (independent) Malaysia, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei dengan keputusan 21-17, 16-21 dan 21-17.", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak dua kali semasa beraksi di Terbuka Thailand 2021 dan Terbuka HYLO 2021. Namun, kedua-dua perlawanan tersebut berpihak kepada pasangan beregu campuran Thailand ini.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)XD – Round of 16 🇲🇾Pang Ron HOO🏅21 21 🇲🇾Yee See CHEAH🏅14 19 🇩🇪Jones Ralfy JANSEN 🇩🇪Linda EFLER🕗 in 40 minutes https://t.co/RMfLq8KsvN", "Untuk makluman semua, Pang Ron-Yee See berhasil mara ke pentas suku akhir selepas menumpaskan pasangan Jerman, Jones Ralfy Jansen dan Linda Efler secara ‘straight set’ 21-14 dan 21-19 pada Pusingan 2.", "Di Pusingan 1, pasangan beregu campuran yang menduduki tangga ke-17 dunia ini mara selepas pasangan Jepun, Yujiro Nishikawa dan Saori Ozaki tidak sempat menghabiskan permainan dan menarik diri (retired).", "Featured Image: Badminton Photo & Badminton World Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217034/", "headline": "\nBAC 2022: Tang Jie-Yen Wei Singkir Beregu Filipina Mara Ke Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei menjadi wakil negara pertama yang mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-30 dunia itu mara selepas berjaya menundukkan beregu Filipina, Solomon Jr. Padiz dan Eleanor Christine Inlayo secara ‘straight set’ pada Pusingan 32 yang berlangsung, sebentar tadi.", "R32#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Peck Yen Wei def. #PHI🇵🇭 Solomon Padiz-Eleanor Inlayo 21-10 21-16", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie dan Yen Wei berhasil merekodkan kemenangan dengan skor 21-10 dan 21-16 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam iaitu 27 minit.", "Dengan kemenangan ini, Tang Jie dan Yen Wei bakal berhadapan samada beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong dan Chasinee Korepap (ranking 398) atau beregu China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping (ranking 4) merangkap pilihan ketiga kejohanan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321822/", "headline": "\nFAM Dalam Perancangan Lantik Jurulatih Luar Negara Kemudi Skuad Futsal Kebangsaan\n", "content": ["Skuad futsal kebangsaan bakal mendapat bimbingan ketua jurulatih baharu dipercayai didatangkan dari luar negara.", "Perkembangan tersebut hadir menerusi makluman daripada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman kepada para pengamal media dalam majlis pengumuman kerjasama FAM dan Joma Malaysia, semalam.", "“Memang ada dalam perancangan kami untuk mengambil orang luar sebagai ketua jurulatih futsal yang baharu dan kita sudah mengenalpasti tiga nama dan akan dipilih selepas sesi temuduga yang akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Futsal Kebangsaan.” katanya.", "Bagaimanapun, Noor Azman tidak berkongsikan sebarang bayangan mengenai negara mahupun latar belakang calon jurulatih-jurulatih terbabit. ", "Sebagai rekod, jawatan ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan sebelum ini dipegang oleh bekas pemain futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong sejak September 2016.", "Penggunaan kepakaran ketua jurulatih dari luar negara bukanlah sesuatu yang asing bagi skuad futsal kebangsaan. Antaranya, Marcelo Serpa, Silvio Sergio Machado (Brazil) dan Victor Hermans (Belanda).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219520/", "headline": "\nPremier League, EFL Tunda Perlawanan Minggu Ini – Menghormati Kemangkatan Elizabeth II\n", "content": ["Semua perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) pada minggu ini diumumkan ditunda oleh kedua-dua badan penganjurnya.", "Penundaan ini dilakukan bagi memberi penghormatan terhadap kemangkatan Ratu Elizabeth II – monarki Britain yang paling lama bertakhta dalam sejarah negara tersebut.", "The Premier League is deeply saddened to hear of the passing of Her Majesty The Queen, Elizabeth II. Our thoughts and condolences are with The Royal Family and everyone around the world mourning the loss of Her Majesty. pic.twitter.com/UlaLXEOdke", "— Premier League (@premierleague) September 8, 2022", "Menerusi satu kenyataan oleh Istana Buckingham, baginda disahkan mangkat tengah hari semalam (waktu UK) di kediamannya, Istana Balmoral (Scotland) pada usia 96 tahun.", "Perkembangan ini menyaksikan perlawanan tumpuan EPL minggu ini, Manchester City bertemu Tottenham Hotspur serta perlawanan-perlawanan lain akan dimainkan pada satu waktu yang akan diumumkan kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113798/", "headline": "\nIndonesia Masters: Yew Sin-Ee Yi Turut Terkandas Di Peringkat Separuh Akhir\n", "content": ["Tiada pemain Malaysia di pentas akhir kejohanan Indonesia Masters selepas beregu lelaki bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut terkandas di peringkat separuh akhir, hari ini,", "Walaupun Yew Sin-Ee Yi yang turun menentang beregu nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo bermula dengan langkah kanan menenangi set pertama namun mereka terpaksa akur tumpas dua set berikutnya. ", "Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-14 dunia terpaksa menerima kekalahan dengan keputusan 21-18, 17-21 dan 11-21 yang berlangsung dalam tempoh 58 minit.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MD – Semi final 🇮🇩Marcus Fernaldi GIDEON🏅18 21 21 🇮🇩Kevin Sanjaya SUKAMULJO🏅21 17 11 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 58 minutes https://t.co/mVqt5KXjRe", "Indonesia Masters: Aaron Chia-Wooi Yik Terlepas Peluang Mara ke Pentas Final", "Untuk makluman semua, kekalahan pada hari ini menjadikan rekod pertemuan Yew Sin-Ee Yi bertemu Marcus-Kevin kepada enam kali kekalahan berturut-turut.", "Walaupun tidak dapat mara ke pentas akhir, Yew Sin-Ee Yi masih boleh tersenyum dengan pungutan sebanyak 7,700 mata hasil daripada kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan ini.", "Kutipan mata ini dijangka akan memberikan peningkatan kepada kedudukan ranking dunia beregu ini pada kemaskini seterusnya oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111201/", "headline": "\nMajoriti Graduan AMD ‘Batch’ 1 & 2 Berjaya Sertai Kelab Profesional – 37 Daripadanya Bersama Selangor\n", "content": ["Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai AMD merupakan sebuah akademi elit yang dijelmakan menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).", "Menurut NFDP, setakat 30 Jun 2021, keseluruhan graduan AMD adalah 74 orang dimana ‘batch’ pertama adalah seramai 34 orang. Manakala bagi ‘batch’ kedua pula adalah seramai 40 orang.", "Pada masa yang sama, NFDP turut mendedahkan hampir keseluruhan graduan-graduan akademi yang berpangkalan di Gambang, Pahang tersebut telah berjaya menyertai kelab-kelab profesional bagi mengembangkan karier masing-masing.", "*PECAHAN GRADUAN AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI (AMD) BERSAMA KELAB-KELAB BOLA SEPAK PROFESIONAL*Berikut disertakan pecahan graduan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) bersama Kelab-Kelab Bola Sepak Profesional. pic.twitter.com/gWQNxpeka7", "Berdasarkan perkongsian oleh NFDP, Selangor merupakan pasukan yang paling ramai disertai oleh graduan-graduan AMD. Seramai 37 orang dilaporkan menyertai pasukan yang mendapat julukan Red Giants tersebut.", "Manakala, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi destinasi kedua teramai disertai kalangan graduan-graduan AMD. Seramai 13 orang pemain direkodkan menyertai pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air ini.", "Sementara itu beberapa graduan yang lain memilih untuk menyertai UiTM (6 orang), Terengganu (5 orang), Skuad Projek FAM-MSN (5 orang), Sabah (2 orang), Kedah Darul Aman (1 orang), Perak (1 orang), Sri Pahang (1 orang) dan Kelantan United (1 orang).", "Luqman Hakim yang merupakan kelompok ‘batch’ pertama menjadi satu-satunya graduan AMD yang dapat menyertai kelab profesional berpangkalan di luar negara iaitu KV Kortrijk.", "Hanya seorang sahaja yang tidak menyertai kelab profesional namun pihak NFDP memaklumkan graduan AMD tersebut telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran secara sepenuh masa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324842/", "headline": "\nFormula 1: Max Verstappen Menyamai Rekod 30 Tahun Ayrton Senna\n", "content": ["Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen kini telah menyamai rekod kemenangan Grand Prix (GP) yang dicatatkan bekas pelumba legenda kelahiran Brazil, Ayrton Senna menerusi kemenangan di GP Kanada, awal pagi tadi. ", "Pelumba kelahiran Belanda itu menjuarai perlumbaan di Litar Gilles-Villenueve dengan catatan masa 1 jam, 33 minit dan 58.34 saat sekaligus mencatatkan kemenangan ke-41 di dalam kariernya setakat ini.", "Kemenangannya itu meletakkan Verstappen berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Senna di tangga kelima kedudukan pelumba dengan kemenangan GP terbanyak sepanjang masa, dibezakan dengan 10 kemenangan dengan Alain Prost (51). ", "Max's ascent continues 📈#CanadianGP #F1 pic.twitter.com/yMNdckePzG", "— Formula 1 (@F1) June 19, 2023", "Rekod kemenangan GP terbanyak masih lagi dipegang pelumba United Kingdom, Lewis Hamilton yang kini memiliki 103 kemenangan. Pelumba Mercedes itu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga bagi saingan GP Kanada.", "Dalam pada masa yang sama, kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan GP ke-100 di Formula 1 buat Red Bull Racing serta meneruskan rentak kemenangan keempat sejak di Miami, Amerika Syarikat pada awal Mei lalu.  ", "Untuk makluman, Max Verstappen merupakan juara bertahan Formula 1 buat dua musim berturut-turut sejak 2021 dan kini mendahului saingan musim ini dengan 195 mata, dibezakan sebanyak 69 mata dengan Sergio Perez di tempat kedua. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110848/", "headline": "\nSangat ‘Rare’ Sesebuah Pasukan Dapat 3 Penalti Dalam Satu Perlawanan – Benjamin Mora\n", "content": ["Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora mengatakan jarang-jarang sekali berlaku sesebuah pasukan dihadiahkan sepakan penalti sebanyak 3 kali dalam satu perlawanan.", "Namun itulah yang terjadi apabila pasukan bimbingannya turun menentang wakil Republik Korea, Pohang Steelers pada aksi ketiga dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Isnin lalu.", "Pohang diberikan 3 sepakan penalti dan menyebabkan skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini terpaksa akur tumpas dengan jaringan 4-1 sekaligus membuatkan mereka tergelincir ke tangga ketiga Kumpulan G selepas 3 perlawanan.", "FT | 🇰🇷 Pohang Steelers 4-1 Johor Darul Ta’zim 🇲🇾3️⃣ penalties for Pohang prove the difference as The Steelers take the points and move into second in Group G!#ACL2021 | #POHvJDT pic.twitter.com/lLZTPMQeoU", "“Kekalahan 4-1 ketika menentang Pohang sangat tidak adil terhadap kami. Jarang-jarang berlaku untuk sesebuah pasukan mendapat tiga sepakan penalti dalam satu perlawanan, tetapi kami komited untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahan ini lagi apabila bertemu mereka esok.” katanya seperti dipetik daripada laman AFC.", "Untuk makluman, JDT bakal bertemu Pohang sekali lagi bagi aksi keempat saingan ACL pada hari esok. Sepak mula kedua-dua pasukan dijadualkan pada jam 6 petang, waktu Malaysia.", "Mengulas mengenai persiapan menentang Pohang, Mora memaklumkan para pemain JDT telah menjalani sesi pemulihan. Secara fizikalnya, hampir kesemua pemain sedia diturunkan.", "Bagaimanapun, dua pemain pertahanan JDT iaitu Mauricio dos Santos dan Azrif Nasrulhaq tidak dapat diturunkan kerana perlu menjalani penggantungan ekoran mengumpul dua kad kuning.", "“Kami telah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan seterusnya kerana kami mahu mendapatkan mata. Kami mahu memenangi perlawanan dan kami datang untuk berikan yang terbaik. ", "“Tiada pengecualian dimana kami akan berikan segala-galanya yang kami ada dan membalas dendam terhadap kekalahan kami.” ujarnya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324121/", "headline": "\nPiala Remaja Asia: Hatrik Shahmie Bantu Malaysia Lakar Kemenangan Kedua Pool B\n", "content": ["Selepas T. Perabu, kini giliran Shahmie Irfan menjaringkan hatrik dalam aksi kedua Piala Remaja Asia menentang Bangladesh yang menyaksikan Malaysia terus mencatatkan kemenangan di Oman. ", "Dalam perlawanan tersebut, skuad hoki remaja negara selesa mendahului dengan keputusan tiga gol tanpa bolos pada separuh masa pertama sebelum menamatkan perlawanan kedua Kumpulan B dengan skor 5-1. ", "Lebih menarik, ketiga-tiga jaringan Shahmie terhasil menerusi pukulan sudut penalti yang dihadiahkan buat Malaysia. Selain Shahmie, dua lagi penjaring Malaysia dalam perlawanan tersebut ialah Syafiq Ikhmal dan Syamim Naim.", "Jaringan tunggal negara Tanah Bengal itu dihasilkan Md Abdullah pada minit ke-37 perlawanan seolah-olah mahu mencipta kebangkitan pada separuh masa kedua. Namun, skuad kendalian Amin Rahim meneruskan rentak cemerlang menuju ke wisel penamat.", "Keputusan 5-1 di Kompleks Belia Kebudayaan dan Hiburan Sultan Qaboos itu sekaligus menghadiahkan kemenangan bergaya kedua buat Malaysia yang kini berada di tempat kedua Kumpulan B. ", "Malaysia sedang berkongsi enam mata dengan pendahulu kumpulan, Korea Selatan tetapi dipisahkan dengan perbezaan satu jaringan yang memihak kepada negara Asia Timur itu. ", "Kedua-dua negara tersebut bakal bertemu satu sama lain dalam perlawanan seterusnya yang bakal menentukan kedudukan akhir di kumpulan tersebut untuk layak ke separuh akhir bertemu dua pasukan teratas Kumpulan A. ", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113981/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Tewaskan Afrika Selatan Untuk Tempah Tiket Suku Akhir\n", "content": ["Setelah mengharungi tiga perlawanan tanpa kalah, skuad hoki remaja kebangsaan bimbingan Wallace Tan berjaya menempah tiket ke peringkat kalah mati iaitu suku akhir dalam kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021.", "Kejayaan mara ke peringkat tersebut terhasil selepas menumpaskan Afrika Selatan dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan terakhir yang cukup sengit pada peringkat Pool A, sebentar sahaja tadi.", "Keempat-empat jaringan tersebut disumbangkan oleh Muhammad Fahmi Khalid (PC), Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin (PC), Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul (FG) dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook (PC) masing-masing pada minit ke-29, ke-41, ke-49 dan ke-56.", "Manakala jaringan oleh pasukan Afrika Selatan pula dihasilkan oleh Guy Morgan (PC) serta dua jaringan oleh Jared Campbell (FG) masing-masing pada minit ke-34, ke-48 ke-54.", "Malaysia mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir setelah mengumpul 7 mata daripada tiga perlawanan di peringkat Pool A. bagaimanapun, Malaysia perlu menunggu keputusan perlawanan antara Belgium dan Chile untuk menentukan samada muncul juara kumpulan atau tidak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217727/", "headline": "\nKenapa Penang FC Gagal Musim Ini? Zainal Beri Bayangan Sedia Rombak Barisan Pemain\n", "content": ["Setelah dilantik secara rasmi selaku ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan, tidak mahu menunggu terlalu lama bagi mencari kelemahan dan masalah yang dialami pasukan.", "Beliau sudah membayangkan akan membuat rombakan pemain namun semuanya bergantung selepas membuat ‘post mortem’ dengan semua pihak.", "“Paling penting yang saya kena lakukan sekarang ini ialah kena duduk semeja dengan pegawai teknikal bagi mengetahui kenapa Penang gagal untuk musim ini.", "“Adakah sebab pemain atau ada faktor-faktor lain, itu perkara pertama yang saya akan buat selain berjumpa dengan pemain.", "“Tindakan drastik bakal dibuat dan saya akan berbincang dengan pengurusan jika kemungkinan besar perlu buat perubahan pada senarai pemain.", "“Namun segalanya bergantung selepas saya buat post mortem dan mendapat satu jawapan terhadap masalah sebenar pasukan,” katanya.", "Ini adalah kali kedua Zainal kembali bersama Penang selepas pernah mengendalikan pasukan pada pertengahan musim 2017 hingga 2018 sebelum ke Melaka.", "Zainal tidak dapat menyelamatkan Penang pada musim 2017 apabila menduduki tangga terakhir Liga Super selain menamatkan cabaran di tempat ke-10 Liga Premier pada musim berikutnya.", "Bagaimanapun, situasi kali ini berbeza buat Zainal yang dilihat semakin mendapat sentuhan selepas membawa Melaka mara ke separuh akhir Piala Malaysia, musim lalu.", "Sementara itu, Zainal akui jangkaan serta harapan yang diberikan oleh semua pihak pasti tinggi kali ini memandangkan Penang belum mencapai sebarang kemenangan di pentas Liga Super.", "“Saya ucapkan terima kasih dengan kepercayaan pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah yang telah beri kepercayaan untuk saya kendalikan Penang sekali lagi.", "“Sudah pasti saya akan cuba jalankan tugas sebaik mungkin kerana jangkaan dari pengurusan serta penyokong kali ini sangat tinggi.", "“Belum ada kemenangan selepas lapan perlawanan dan berada di tempat terakhir, kemenangan pertama sudah pasti amat dinanti-nantikan oleh semua,” katanya.", "Tugas pertama Zainal bersama Penang ialah pada 18 Jun ini apabila berdepan PJ City FC di Stadium Bandaraya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113098/", "headline": "\nPiala Asia 2023: AFC Tukar Format Menjadi 3 Perlawanan Sahaja Pada Pusingan Kelayakan Terakhir\n", "content": ["Saingan sengit bakal berlaku dalam kalangan 24 pasukan asia pada pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2023, tahun hadapan.", "Hal ini kerana, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini mengumumkan menukar format pusingan kelayakan tersebut daripada beraksi 6 perlawanan kepada 3 perlawanan sahaja pada setiap kumpulan.", "Dalam bahasa mudahnya, ianya akan dijalankan secara ‘single round robin’ berbanding ‘double round robin’ pada edisi yang terdahulu. Tiga perlawanan tersebut akan dilangsungkan pada 8, 11 dan 14 Jun 2022.", "Untuk makluman semua, 24 pasukan tersebut termasuk Malaysia yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe akan diundi dan dibahagikan kepada enam kumpulan.", "Setiap kumpulan akan terdiri daripada 4 buah pasukan. Hanya juara setiap kumpulan serta 5 naib juara terbaik sahaja akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang berlangsung di China.", "Selain itu, dalam kenyataan yang sama, AFC turut memaklumkan pusingan kelayakan ketiga tersebut akan diadakan secara berpusat (centralised venue).", "Justeru, AFC turut membuka peluang kepada mana-mana ahli gabungan (members association) yang menyertai pusingan kelayakan ini untuk melakukan bidaan bagi menjadi hos kepada kumpulan masing-masing kelak.", "AFC menjelaskan keputusan ini dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran-cabaran yang disebabkan oleh Covid-19 disamping memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113738/", "headline": "\nIndonesia Masters: Dua Beregu Lelaki Malaysia Berentap Sesama Sendiri di Suku Akhir\n", "content": ["Saingan suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2021 menyaksikan dua beregu lelaki negara akan berentap sesama sendiri bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.", "Pasangan beregu yang menduduki ranking ke-19 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dijadualkan bertemu pasangan beregu bebas (independent) Malaysia yang menghuni ranking ke-14 dunia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi, pada hari esok.", "Sze Fei-Izzuddin mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan pasangan beregu Indonesia, Shohibul Fikri dan Bagas Maulana secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-18 dan 22-20.", "Manakala Yew Sin-Ee Yi pula menempah tiket ke peringkat suku akhir juga menumpaskan pasangan beregu Indonesia iaitu Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani dengan skor 21-17 dan 21-12.", "Berdasarkan rekod pertembungan terdahulu, Sze Fei-Izzuddin dan Yew Sin-Ee Yi hanya pernah bertemu sekali iaitu pada kejohanan Terbuka Perancis, bulan Oktober lalu.", "Perlawanan tersebut dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi dengan keputusan 22-24, 22-20 dan 21-17.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219899/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Cabaran Pertama Low Juan Shen-Goh Liu Ying Berakhir Di Suku Akhir\n", "content": ["Penampilan pertama bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying bersama rakan gandingan baharunya, Low Juan Shen di kejohanan Terbuka Vietnam tamat setakat peringkat suku akhir.", "Ini selepas Juan Shen-Liu Ying terpaksa akur tumpas kepada beregu Indonesia, Zachariah Sumanti-Hediana Julimarbela pada hari ini. Dalam perlawanan tersebut, Juan Shen-Liu Ying tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 9-21 dalam tempoh tidak sampai setengah jam.", "Sebelum itu, Juan Shen-Liu Ying memulakan kempen saingan Jelajah Super 100 BWF ini dengan kaki kanan apabila menumpaskan dua beregu tuan rumah di peringkat Pusingan 32 dan Pusingan 16 masing-masing.", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022XD – Quarter final 🇮🇩Zachariah Josiahno SUMANTI🏅21 21 🇮🇩Hediana JULIMARBELA🏅18 9 🇲🇾Juan Shen LOW 🇲🇾Liu Ying GOH", "🕗 in 24 minutes https://t.co/Wytc1TjRwE", "— BWFScore (@BWFScore) September 30, 2022", "Setakat ini, tidak dapat dipastikan kejohanan manakah yang akan disertai oleh Juan Shen-Liu Ying selepas terkeluar daripada saingan Terbuka Vietnam ini. ", "Sebagai rekod, ini merupakan pemain lelaki ketiga yang bergandingan bersama Liu Ying selepas dia berpisah dengan Chan Peng Soon, pada tahun lalu.", "Bermula Mac lalu, Liu Ying bergandingan bersama Ong Yew Sin dan sempat mengambil bahagian dalam tiga kejohanan. Selepas itu, dia menukar gandingannya dengan berpasangan dengan pemain perseorangan, Soong Joo Ven bermula Jun lalu dan bertanding dalam lima kejohanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215750/", "headline": "\nRagbi Dunia Turut Ambil Keputusan Gantung Rusia & Belarus\n", "content": ["Badan pentadbir ragbi antarabangsa, Ragbi Dunia (World Rugby) bertindak menggantung Rusia dan Belarus daripada aktiviti antarabangsa termasuk peringkat kelab dalam sukan berkenaan sehingga diberitahu.", "Selain itu, badan itu selepas daripada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif turut mengumumkan menggantung keanggotaan Kesatuan Ragbi Rusia daripada Ragbi Dunia sehingga diberitahu kelak.", "World Rugby confirms sporting sanctions for Russia and Belarus:1. Suspension of Russia & Belarus from international & cross border rugby 2. Suspension of Russia from World Rugby membership (Belarus is not a World Rugby member)Effective immediately https://t.co/l3xRNgsMQa", "Dimaklumkan, ianya berkuat kuasa serta merta sepertimana diberitahu menerusi satu kenyataan media yang disiarkan oleh Ragbi Dunia, pada hari ini.", "Kedua-dua tindakan itu diambil atas gesaan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ekoran ‘operasi tentera’ Rusia ke atas Ukraine. ", "Dengan tindakan ini, peluang untuk Rusia layak ke Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 tertutup sama sekali.", "Terdahulu, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah menggantung pasukan kebangsaan dan kelab-kelab Rusia daripada sebarang aktiviti bola sepak antarabangsa.", "Manakala Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pula membatalkan kejohanan badminton yang diiktirafnya di Rusia dan Belarus."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113182/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Ketepikan Zii Jia di Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam kejohanan Terbuka Denmark 2021 nampaknya berakhir di peringkat suku akhir sahaja.", "Ini kerana Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia terpaksa akur tumpas kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen.", "Tambahan pula, Viktor yang merupakan pemain kelahiran Denmark mendapat sokongan padu penyokong sendiri memandangkan kejohanan ini berlangsung di tanah airnya. Ia bagaikan tonik tambahan buat Viktor untuk mengetepikan Zii Jia secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-19.", "Dengan mengatasi Zii Jia di peringkat suku akhir, Viktor berhasil mara ke saingan separuh akhir dan menantinya adalah pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu. ", "Untuk makluman semua, kemenangan Viktor ke atas Zii Jia pada hari ini merupakan yang keempat daripada enam pertemuan mereka secara keseluruhan.", "Featured Image: Badminton Photo / BAM"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208652/", "headline": "\nKetahui 4 Perkara Mengenai Jurulatih Baharu Penang FC, Tomas Trucha\n", "content": ["Juara Liga Premier, Penang FC secara rasminya memperkenalkan ketua jurulatih baharunya, Tomas Trucha yang akan memimpin skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super 2021, pada hari ini.", "Penang FC membuat keputusan untuk melantik Trucha di atas faktor beliau memiliki lesen kejurulatihan tahap tertinggi eropah iaitu UEFA Pro yang setaraf dengan lesen Pro Diploma AFC – kelayakan wajib untuk melatih mana-mana pasukan Liga Super.", "Baca: Pulau Pinang Cari Jurulatih Baharu Yang Boleh Kekalkan Corak ‘Tiki-Taka’", "Di sini kami kepilkan empat perkara menarik untuk pengetahuan para penyokong Penang FC dan peminat tempatan mengenai Tomas Trucha:", "Trucha dilahirkan pada 17 Oktober 1971 dan kini berusia 49 tahun. Merupakan warganegara Republik Czech dan dia dikatakan memulakan karier kejurulatihannya sejak zaman mudanya lagi. Selain daripada melatih dan menguruskan pelbagai kelab, Trucha pernah membimbing skuad kebangsaan bawah 16 tahun (B-16) negaranya. ", "Antara pengalaman mahal dalam karier kejurulatihan Trucha adalah ketika menjadi penolong pengurus kepada Roman Pivarnik bersama salah sebuah kelab terkenal negaranya, Viktoria Plzen. Selain daripada membimbing pasukan tersebut meraih naib juara liga, Trucha turut memainkan peranan ketika pasukan tersebut bersaing dalam kancah Liga Europa 2016/17. Bagaimanapun, jodohnya bersama Viktoria Plzen hanya bertahan semusim.", "Selepas bersama Viktoria Plzen, Trucha berhijrah ke pasukan lain yang turut berpangkalan di negaranya iaitu FC Zbrojovka Brno selama semusim. Selepas itu, Trucha mula membuka lembaran baharu dengan berkelana di benua afrika. Antara pasukan yang dilatihnya di sana adalah Orapa United FC, Township Rollers (Negara Botsuana) dan AFC Leopards (Negara Kenya).", "Semasa menjadi pengurus kelab berpangkalan di Kenya iaitu AFC Leopard, pengerusinya, Dan Shikada pernah meletakkan Trucha setaraf dengan pengendali ternama eropah seperti Pep Guardiola, Jose Mourinho dan Jurgen Klopp. Dilaporkan oleh portal berita bola sepak terkenal, Shikada terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian untuk memujuk para penyokong tentang kualiti yang dimiliki oleh Trucha.", "Featured Image: Township Rollers FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321784/", "headline": "\nRTM Siar 30 Perlawanan Liga Hoki Malaysia 2023 Secara Langsung\n", "content": ["Peminat hoki tempatan akan dapat menyaksikan 30 perlawanan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 secara langsung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM serta secara penstriman langsung melalui platform RTM Klik.", "Perkembangan ini hadir setelah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjalin kerjasama dengan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sekaligus diangkat menjadi Rakan Penyiar Rasmi bagi kejohanan hoki tempatan seperti MHL, Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).", "“Matlamat utama jalinan kolaborasi KHM-RTM dibentuk adalah untuk memainkan peranan RTM dalam menjalankan tanggungjawab sosial, selaku stesen milik kerajaan untuk memberi siaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.”", "KHM dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan rakan Penyiaran Rasmi bagi Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia 2023", "Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM Dato’ Sri Dr Anil Sandhu pada sidang media tadi pic.twitter.com/XnLEfBt2qk", "— MHC (@hockeymalaysia) February 8, 2023", "“Kerjasama di antara KHM dan RTM akan memberi manfaat kepada pembangunan sukan hoki di Malaysia juga peminat sukan hoki tanah air,” demikian makluman pihak RTM menerusi satu kenyataan rasmi.", "Untuk makluman, dua perlawanan pertama yang akan disiarkan secara langsung oleh RTM pada musim ini adalah melibatkan Perlawanan Sumbangsih bagi kategori wanita dan lelaki.", "Perlawanan bagi kategori wanita menemukan KPT Uniten dan Negeri Sembilan bermula jam 6 petang. Manakala, kategori lelaki pula menemukan antara TNB dan Terengganu Hockey Team bermula jam 8.30 malam.", "Sebagai tambahan, siangan MFL musim ini bermula dari 9 Februari dan menutup tirainya pada 19 Mac."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110432/", "headline": "\nTiga Kelab Australia Tarik Diri Daripada Kejohanan ACL 2021\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ambil maklum mengenai penarikan diri 3 buah pasukan dari Australia menarik diri daripada kejohanan AFC Champions League (ACL) 2021, pada hari ini.", "Tiga buah pasukan tersebut ialah Sydney, Melbourne City dan Brisbane Roar. Sydney FC merupakan ahli Kumpulan H sementara Melbourne City dan Brisbane Roar masing-masing berada di peringkat ‘play-off’ dan ‘preliminary round’.", "🚨 BREAKING🚨 🇦🇺 Sydney FC, Melbourne City FC and Brisbane Roar withdraw from #ACL2021!https://t.co/YioaDSRniw", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh AFC menerusi satu siaran media yang dikeluarkan tengah hari tadi.", "Badan induk bola sepak asia ini berkata akan merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa AFC dan akan memaklumkan sebarang keputusan lanjut dalam masa terdekat.", "Untuk makluman, wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di Kumpulan G bersama-sama Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Ratchaburi.", "Featured Image: AFC Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215969/", "headline": "\nTMJ Mahu ‘Sponsor’ Kos Penukaran Rumput SNBJ Kepada Jenis Zeon Zoysia\n", "content": ["Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat keputusan untuk menaja kos penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Perkara tersebut dikongsikan baginda menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosial pasukannya, hari ini. Tambah baginda, stadium yang menjadi ‘home’ buat skuad Harimau Malaya itu akan ditukar kepada rumput jenis ‘zeon zoysia’.", "I have decided to sponsor the cost for a new pitch as a gift to the Bukit Jalil National Stadium. It will be the Zeon Zoysia type grass, like at Johor Darul Ta'zim FC's Sultan Ibrahim Stadium.[1/3] pic.twitter.com/iaqV0tbAbK", "Baca: Stadium Larkin, Pasir Gudang & Pusat Latihan PSG Akan Dinaik Taraf Guna Rumput Zeon Zoysia", "Ianya rumput jenis yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri yang menjadi gelanggang rasmi skuad Harimau Selatan.", "“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional tersebut mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.”", "“Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi dan semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak.” tulis kenyataan di media sosial pasukan berkenaan.", "Untuk makluman semua, pada ketika ini, padang di SNBJ menggunakan rumput jenis ‘cow grass’.", "Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia / HRH Crown Prince of Johor / JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111037/", "headline": "\nOlimpik 2020: Badminton Beregu Wanita Bakal Hadapi Jepun, Indonesia & Great Britain\n", "content": ["Pasangan badminton beregu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean telah diundi dalam Kumpulan A dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Mei Kuan dan Meng Yean yang menduduki tangga ke-11 dunia ini diundi menentang pasangan daripada negara Jepun (Sayaka Hirota, Yuki Fukushima), Indonesia (Apriyani Rahayu, Greysia Polii) dan Great Britain (Chloe Birch, Lauren Smith) hasil undian yang diadakan pada hari ini.", "Pasangan wanita negara ini dijangka menempuh laluan yang berliku untuk mara ke pusingan seterusnya kerana perlu berhadapan dengan beregu Jepun dan Indonesia yang merupakan gandingan No.1 dan No.6 dunia buat masa ini.", "Manakala beregu wanita Great Britain pula menduduki tangga ke-14 dunia dalam ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Saingan peringkat kumpulan ini akan bermula pada 24 Julai bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.", "Untuk makluman, gandingan Mei Kuan dan Meng Yuan ini merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara beregu wanita di temasya Sukan SEA Filipina 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114307/", "headline": "\nPertahanan JDT II, Adib Zainuddin Jawapan Kepada Kekosongan Ditinggalkan Muhammad\n", "content": ["Penghijrahan bek tengah tempatan, Muhammad Mohd Faudzi ke pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City (KL City) sedikit sebanyak telah meresahkan sebahagian penyokong Terengganu FC.", "Walaupun bukan berstatus tonggak utama di barisan pertahanan namun kehadiran Muhammad atau dikenali sebagai Amad memberikan variasi kepada ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk membarisi barisan pertahanan skuad berpangkalan di pantai timur tersebut.", "Bagaimanapun, para penyokong dan peminat skuad Hitam Putih tidak perlu lagi khuatir akan kehilangan pemain tersebut kerana Terengganu telah mengumumkan kemasukan pemain baharu bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Muhammad.", "Menerusi makluman terbaru oleh kelab pada hari ini, pertahanan Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Adib Zainuddin, 26 tahun, disahkan menjadi pemain yang akan mengisi kekosongan tersebut.", "Adib pemain tempatan pertama yang ditandatangani bagi saingan musim 2022 🏴🏳️Baca selanjutnya⬇https://t.co/16Bc0jUcGj", "Difahamkan, pemain kelahiran Mersing, Johor yang menjadi tonggak kepada kejayaan JDT II menamatkan saingan Liga Premier 2021 di tangga keempat ini mengikat kontrak selama dua tahun bersama Terengganu. ", "Kedatangan Adib merangkap bekas kapten skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) ini merupakan kemasukan pemain tempatan baharu yang pertama ditandatangani oleh Terengganu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323870/", "headline": "\nInter Milan Ke Perlawanan Akhir UCL Buat Pertama Kali Selepas 13 Tahun\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam kancah Serie A, Inter Milan mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) buat kali pertama selepas 13 tahun.", "Kemaraan itu dilakar setelah mencatatkan kemenangan 3-0 secara agregat ke atas seteru setempat, AC Milan setelah meraih kemenangan 1-0 dalam perlawanan timbal balik separuh akhir UCL, pada awal pagi tadi Malaysia.", "Kemenangan skuad bimbingan Simone Inzaghi itu hasil sumbangan jaringan tunggal oleh Lautaro Martinez pada babak kedua.", "— Inter (@Inter) May 16, 2023", "Sebelum itu, Inter mengungguli perlawanan separuh akhir pertama pada minggu lalu dengan kemenangan 2-0 hasil gol cetakan Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan pada babak pertama.", "Sebagai rekod, perlawanan akhir UCL 2009-10 menjadi penampilan terakhir Inter dalam saingan elit dan berprestij bola sepak eropah. ", "Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid itu turut menjadi saksi kepada skuad Inter bimbingan Jose Mourinho pada ketika itu menjulang trofi UCL buat kali ketiga dalam sejarah. ", "Sementara itu, Inter akan mengetahui lawannya di pentas akhir kelak pada awal pagi esok. Skuad berjulukan Nerrazzuri ini akan menantikan cabaran samada daripada Manchester City bimbingan Pep Guardiola atau Real Madrid pimpinan Carlo Ancelotti untuk merebut gelaran Raja Bola Sepak Eropah pada musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322910/", "headline": "\nSon Tempa Sejarah Pemain Asia Pertama Cetak 100 Gol Di EPL\n", "content": ["Pertembungan antara Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion pada aksi ke-30 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan satu sejarah dan rekod baharu ditempa oleh pemain asia.", "Jaringan oleh penyerang sayap Spurs serta skuad kebangsaan Korea, Son Heung-min pada minit ke-10 telah mengangkatnya menjadi pemain asia pertama mencetak 100 gol dalam kancah bola sepak tertinggi di England. ", "Gol ke-100 oleh pemain berusia 30 tahun itu turut terhasil dengan penuh bergaya menerusi satu sepakan lencong melalui kaki kanannya yang menuju ke bahagian bucu gol dari luar kotak – menumpaskan penjaga lawan, Jason Steele.", "Welcome to the 100 club, Heung-Min Son 👏 pic.twitter.com/Mz9vbxD65B", "— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) April 8, 2023", "Selain itu, jaringan itu juga menjadikan bekas pemain Hamburg dan Bayer Leverkusen ini sebagai pemain ke-34 yang mempunyai 100 gol dalam sejarah EPL.", "Sementara itu, gol tersebut merupakan yang ke-142 dari Son sejak menyertai Spurs pada tahun 2015. Jumlah jaringan terbabit meletakkannya sebagai penjaring ketujuh terbanyak Tottenham Hotspur sepanjang zaman.", "Untuk makluman, pemain asia kedua yang memiliki jaringan terbanyak dalam kancah EPL adalah bekas bintang Manchester United, Park Ji-sung (19 gol) sambil diikuti oleh Ki Sung-yeung (15 gol) ditempat ketiga.", "Menariknya, kedua-dua pemain ini turut berkongsi kewarganegaraan yang sama seperti Son iaitu Republik Korea. ", "Welcome to the #PL 100 Club, Son Heung-min! ✨ pic.twitter.com/25ldVBxSAW", "— Premier League (@premierleague) April 8, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220047/", "headline": "\nVoltra Lanjut Kerjasama Bekal Kit Buat Real Chukai Sehingga 2024\n", "content": ["Pasukan bola sepak amatur yang beraksi dalam kancah Liga M3, Real Chukai FC akan terus memperagakan dan menyarung jersi perlawanan, latihan mahupun pakaian perjalanan berjenama tempatan, Voltra sehingga akhir musim 2024.", "Ini selepas kedua-dua entiti tersebut telah mengumumkan bersetuju untuk melanjutkan kerjasama menerusi satu perjanjian baharu bagi sepertimana dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang diedarkan, pada hari ini. ", "Jumlah penajaan pada kali ini tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak namun kontrak perjanjian selama setahun yang ditandatangani pada 2021 lalu dilaporkan bernilai kira-kira RM50,000.", "Penajaan ini turut mengangkat Voltra selaku Rakan Kongsi Pakaian Teknikal Rasmi bagi skuad berjulukan The Anchor ini. Peranan ini digunakan oleh Voltra untuk mengetengahkan skuad lelaki dan akademi serta kakitangan kejurulatihan kelab.", "Melalui perjanjian ini juga, Real Chukai akan meningkatkan tumpuan mereka kepada akademi akar umbi kelab yang dijangka berkembang dengan lebih baik. ", "Sebagai tambahan, perjanjian lanjutan ini akan menyaksikan Voltra akan bekerjasama dengan Real Chukai dalam penyelidikan dan pembangunan bahan dan reka bentuk, serta pemilihan barangan pakaian berkonsepkan “streetwear” untuk peminat Real Chukai. ", "Sebagai rekod, kedua-dua entiti ini mula mengumumkan kerjasama bermula Mei tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217405/", "headline": "\nSukan SEA: Malaysia Raih Perak, Shun Yang Tak Dapat Kekang Thailand Pungut Mata Ketiga\n", "content": ["Pasukan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan kilauan pingat perak dalam acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA 2021.", "Ianya setelah perseorangan kedua (MS2), Lee Shun Yang (ranking ke-276) tumpas pada perlawanan ketiga di tangan pemain yang menghuni ranking lebih tinggi daripadanya, ranking ke-45, Khosit Phetpradab.", "Dalam perlawanan yang berlangsung dengan cukup sengit tersebut, Shun Yang tumpas dengan skor 21-16, 13-21 dan 19-21.", "Kekalahan itu membolehkan Thailand memungut mata ketiga berturut-turut sekaligus menumpaskan Malaysia dengan skor 3-0 untuk merangkul pingat emas dalam acara ini.", "Sebelum itu, Thailand berhasil merekodkan kemenangan pada pertarungan pertama dan kedua menerusi perseorangannya, Kunlavut Vitidsarn dan beregunya, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.", "Kedua-dua wakil Thailand itu menang ke atas Jacky Kok Jing Hong dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216658/", "headline": "\nSukan SEA: Harimau Muda Diundi Bersama-Sama Pemenang Pingat Emas 2017\n", "content": ["Majlis undian untuk kejohanan bola sepak lelaki di temasya Sukan SEA 2021 Vietnam telah berlangsung pada hari ini, dan skuad bawah 23 (B-23) negara telah diundi di dalam Kumpulan B.", "Salah satu paskan yang diundi bersama-sama skuad B-23 negara atau Harimau Muda di dalam kumpulan tersebut adalah pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur iaitu Thailand.", "Baki tiga pasukan lain yang melengkapkan Kumpulan B ini ialah Kemboja, Singapura dan Laos.", "Keputusan Undian Bola Sepak Lelaki Sukan SEA Vietnam 2021", "Skuad B-23 kebangsaan kendalian Brad Maloney diundi bersama Thailand, Kemboja, Singapura & Laos dalam Kumpulan B.", "Kumpulan A dibarisi Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina & Timor-Leste.#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/obctsap9n2", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 6, 2022", "Sementara itu, Kumpulan A menyaksikan ianya dihuni oleh dua finalis temasya Sukan SEA edisi terdahulu iaitu Vietnam dan Indonesia. Selain itu, ia dilengkapkan dengan kehadiran Myanmar, Filipina dan Timor Leste.", "Untuk makluman semua, skuad B-23 negara yang dibimbing oleh Brad Maloney akan mengharungi temasya Sukan SEA bermula 6 hingga 23 Mei kelak.", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas di temasya dwitahunan ini adalah sekitar 11 tahun yang lalu di Sukan SEA 2011 Indonesia.", "Ketika itu, Malaysia muncul juara selepas berjaya mengalahkan skuad tuan rumah 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 selepas 120 minit permainan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112090/", "headline": "\nIfedayo Yakin Selangor Boleh Meneruskan Konsistensi di Piala Malaysia\n", "content": ["Prestasi Selangor dalam enam perlawanan terakhir ini sememangnya sangat memberangsangkan. Skuad kendalian Karsten Neitzel ini berhasil merekodkan lima kemenangan serta satu seri.", "Tidak sebagaimana pada awal musim, prestasi dan persembahan skuad Red Giants ini boleh dikatakan agak ‘yo-yo’. ", "Justeru, Selangor dijangka meneruskan rentak kecemerlangan ini pada perlawanan akhir Liga Super menentang Petaling Jaya City (PJ City) pada penghujung minggu nanti.", "Tidak mustahil persembahan konsisten sebegini dapat diteruskan pada kejohanan Piala Malaysia yang akan berlangsung selepas daripada tamatnya saingan liga nanti.", "Malah penyerang prolifik mereka, Ifedayo Olusegun turut mempunyai keyakinan tinggi pasukannya dapat mengekalkan prestasi ini dalam kejohanan tersebut.", "“Kenapa tidak? Saya rasa kami boleh konsisten di Piala Malaysia cuma berdasarkan pengalaman saya, Piala Malaysia adalah satu pertandingan berbeza kerana suasananya tidak sama semasa bersaing di liga.", "“Ada kalanya pasukan bukan pilihan boleh menghadirkan kejutan dan kami perlu meningkatkan prestasi sedia ada jika mahu melakar sesuatu di pentas Piala Malaysia.", "“Kami tidak boleh tewas dalam mana-mana perlawanan di Piala Malaysia dan sudah tentu penyokong mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada pasukan,” katanya.", "Sementara itu, penyerang kelahiran Nigeria yang mempunyai pasport Bahrain ini turut berkongsikan perasaannya selepas memecahkan rekod penjaring terbanyak dalam semusim Liga Super yang dipegang oleh Mohamad Ghaddar dan Bergson da Silva sebelum ini.", "Ifedayo berjaya memecahkan rekod tersebut selepas menjaringkan hatrik ketika pasukannya menumpaskan Sabah 6-0 di Stadium Likas, semalam. Hatrik tersebut membolehkannya mengumpul 25 gol setakat ini.", "“Perasaan dapat menjadi pemain pertama pecahkan rekod jaringan ini sukar untuk saya gambarkan, saya mahu berikan penghargaan khas kepada rakan sepasukan kerana ini adalah usaha bersama.", "“Begitu juga dengan peminat Selangor yang sentiasa menyokong saya biarpun ada hari saya tidak menjadi dan saya mahu jelaskan di sini, kami semua yang memecahkan rekod ini, bukannya saya.", "“Musim lalu saya menjaringkan 12 gol daripada 11 perlawanan dan secara purata keseluruhannya seperti 24 gol jika dijalankan secara dua pusingan.", "“Jadi sejak permulaan musim ini, saya telah meletakkan sasaran untuk cuba mengatasi rekod jaringan itu dan saya gembira mampu melakukannya dengan angka 25 jaringan setakat ini, ” katanya lagi.", "Adakah Ifedayo bakal menambahkan rekod jaringannya ketika menentang PJ City, Ahad nanti?"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110416/", "headline": "\nGol Isaac Angking Bantu Puerto Rico Benam Bahamas 7-0 Dalam Kelayakan Piala Dunia\n", "content": ["Pemain berdarah kacukan Puerto Rico-Malaysia, Isaac Angking berhasil menyumbang satu gol ketika Puerto Rico mencatatkan kemenangan besar 7-0 ke atas Bahamas dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022, hari ini.", "Lebih manis, jaringan tersebut merupakan gol pertamanya sejak melakukan debut bersama skuad kebangsaan Puerto Rico dalam aksi perlawanan persahabatan, januari lalu.", "Jaringan pemain berusia 21 tahun ini hadir pada minit ke-31. Gol tersebut tercipta apabila Isaac dengan mudahnya merembat masuk bola hantaran lintang rendah oleh pemain sayap, Ricardo Rivera sekaligus memberikan pasukannya mendahului 3-0 pada waktu itu.", "¡Victoria para Puerto Rico 🇵🇷!Nos medimos a Guyana el próximo 8 de junio en el cierre de las clasificatorias al @fifaworldcup_es Catar 2022. pic.twitter.com/Qf1hfFtg10", "Kemenangan 7-0 ke atas Bahamas ini membolehkan pasukannya menduduki tangga ke-2 Kumpulan F selepas 3 perlawanan bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 peringkat Konfederasi Bola Sepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF).", "Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kelima buat Isaac bersama skuad kebangsaan Puerto Rico. Sebelum ini dia telah bermain ketika menentang Trinidad dan Tobago, Saint Kitts dan Nevis (kelayakan Piala Dunia), Guatemala dan Republik Dominika (perlawanan persahabatan).", "Sebelum ini, Isaac merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan bawah umur iaitu Amerika Syarikat B-20 sebelum membuat keputusan untuk mewakili Puerto Rico.", "Untuk makluman, skuad kebangsaan Puerto Rico berada di ranking ke-178 dunia. Kedudukan tersebut jauh lebih rendah berbanding skuad kebangsaan Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe yang kini berada di tangga ke-153 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219977/", "headline": "\nKL City Raih Sekitar RM7 Juta Jika Bergelar Juara Piala AFC 2022\n", "content": ["Skuad ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City) akan meraih wang tunai sebanyak 1,525,000 amerika dolar (RM7,062,275) sekiranya bergelar juara Piala AFC 2022.", "Pasukan bimbingan Bojan Hodak berjaya menempatkan diri ke perlawanan akhir saingan bola sepak asia tier 2 tersebut setelah menumpaskan wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh pada perlawanan inter-zone, semalam.  ", "Berdasarkan Peraturan Pertandingan Piala AFC 2022, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan membayar hadiah wang tunai berjumlah 1,500,000 amerika dolar kepada juara dan 750,000 amerika dolar naib juara.", "Sementara itu, juara bagi peringkat zon pula akan diberikan wang tunai sebanyak 100,000 amerika dolar. Untuk makluman, KL City merupakan juara bagi peringkat zon ASEAN setelah menumpaskan PSM Makassar, pada 24 Ogos lalu.", "Bagaimanapun, sebanyak 5% hadiah kemenangan samada daripada milik juara atau naib juara akan dipotong untuk disalurkan kepada aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) menerusi tabung AFC Dream Asia Foundation.", "Ini menjadikan KL City akan meraih sebanyak 1,525,000 amerika dolar sekiranya dapat menumpaskan wakil Oman, Al-Seeb dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 22 Oktober kelak.", "Sekiranya mereka menamatkan saingan selaku naib juara, skuad yang terkenal dengan julukan The City Boys ini akan meraih 812,500 amerika dolar atau sekitar RM3.8 juta secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214984/", "headline": "\nBAM ‘Gantung’ Pemain No.7 Dunia Sehingga Tahun 2024\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan keputusan tidak akan mendaftarkan jaguh badminton negara merangkap pemain No.7 dunia, Lee Zii Jia daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun.", "Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden 2 BAM, Dato’ Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam satu sidang media yang diadakan pada hari ini.", "Lagi menurut Dato' Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Timbalan Presiden 2 BAM, mereka tidak menggantung tetapi tidak mendaftar Lee Zii Jia di sebarang kejohanan. #KamiTeamMalaysia https://t.co/zt5Gs2UxZc", "Baca: Pemenang Olimpik ‘Sokong’ Keputusan Lee Zii Jia Bergerak Secara Bebas", "Keputusan ini dibuat setelah pemain berusia 23 tahun itu menghantar surat untuk meletakkan jawatan sebagai pemain di bawah naungan BAM pada 11 Januari lalu kerana ingin bergerak secara persendirian (independent).", "Difahamkan tindakan oleh BAM ini akan bermula pada 18 Januari 2022 dan tamat pada 18 Januari 2024 kelak.", "Untuk makluman, semua pemain perlu mendapatkan kelulusan badan induk bagi menyertai mana-mana kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). ", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208015/", "headline": "\nMinggu Ini Lawan Porto, Saya Akan Beritahu Jika Ada Berita Baik\n", "content": ["Pasukan Portimonense SC yang diwakili oleh penyerang sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid akan bertemu gergasi Portugal, Porto FC bagi aksi ketujuh saingan Liga Primeira.", "Safawi yang kini berlatih bersama skuad senior masih belum membuat debut bersama Portimonense SC. Malah namanya tidak memasuki senarai 18 pemain dalam dua aksi terdahulu ketika menentang Santa Clara dan Tondela.", "Ketika ini pasukannya sedang giat berlatih untuk mengharungi perlawanan tersebut bagaimanapun Safawi mengakui belum mendapat sebarang makluman samada dia akan disertakan sekali oleh ketua jurulatih, Paulo Sergio.", "“Sekarang ini kita tengah training untuk perlawanan seterusnya, kita belum dapat lagi siapa yang main atau tidak main,", "“Jika ada apa-apa (sebarang) kemungkinan yang saya akan main bagitahu, sebab minggu ini kita akan lawan pasukan besar di sini iaitu Porto FC,", "“Jadi (kepada) peminat-peminat di Malaysia saya harap bawa bersabar, jika ada sebarang berita baik, insya-Allah saya akan bagitahu di Instagram atau di mana-mana, ", "“Insya-Allah untuk korang saya akan buat yang terbaik untuk pastikan korang gembira,” katanya ketika temu bual bersama Nadi Arena.", "Várias mexidas ⬆️⬇️ e um novo líder 🦁O que tens a dizer da classificação #LigaNOS ao fim de seis jornadas? #LigaPortugal #criatalento #futebolcomtalento pic.twitter.com/UOiqhfyyXV", "Porto FC menduduki tangga ke-4 Liga Primeira selepas enam perlawanan dengan mengutip 10 mata. Safawi mengakui Porto FC sebagai sebuah pasukan yang besar namun menurutnya, rakan sepasukannya di sana bersemangat tinggi untuk menghadapi perlawanan ini.", "“Sekarang ni semangat tengah membara sebab minggu ni lawan Porto, mana tahu kita ada rezeki (boleh) menang dan kutip tiga mata.” kongsinya lagi.", "Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di gelanggang Porto FC iaitu Estadio do Dragao pada hari Isnin hadapan dengan sepak mula pada jam 1.30 pagi waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322057/", "headline": "\nLuqman Dijangka Melakukan Debut Bersama Njardvik Pada Mac\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dijangka akan membuat penampilan pertamanya bersama Njardvik FC dalam pertandingan kompetitif pada perlawanan seterusnya yang akan berlangsung Mac nanti.", "Biarpun sudah menyertai pasukan berpangkalan di Iceland sekitar tiga minggu lalu, Luqman tidak dapat diturunkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini kerana menantikan pengesahan visa atau pendaftarannya daripada kerajaan negara kepulauan terbabit.", "Njardvik berkongsikan perkembangan terbabit menerusi satu hantaran di pelbagai laman sosialnya sekitar tengah malam tadi. Difahamkan situasi tersebut turut terjadi kepada seorang lagi pemainnya iaitu Joao Ananias.", "Pada masa yang sama, hantaran terbabit turut mengepilkan satu klip video yang memaparkan dua jaringan yang dilakukan oleh penyerang negara yang berusia 20 tahun tersebut.", "Dua jaringan tersebut disempurnakan oleh Luqman ketika menentang Haukar dalam satu perlawanan persahabatan tidak rasmi pada minggu lalu.", "Untuk makluman semua, Luqman menyertai Njardvik secara pinjaman daripada KV Kortrijk dengan kontrak bertempoh selama semusim."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207585/", "headline": "\nSambung Belajar Peringkat Ijazah, Hariss Mahu Beri Inspirasi Kepada Pemain Muda\n", "content": ["Kapten Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun mengumumkan akan menyambung pelajaran peringkat ijazah bersama Coventry University.", "Beliau yang juga pemain tengah skuad kebangsaan Singapura telah ditawarkan biasiswa oleh PSB Academy. ", "Sementara itu, Hariss juga memaklumkan akan kekal bermain bersama skuad Harimau Selatan.", "Ia sekaligus menafikan beberapa khabar angin bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan meninggalkan pasukan juara tujuh kali Liga Super Malaysia.", "“Saya sudah hampir ke kemuncak kerjaya bola sepak dan saya berharap dapat beraksi banyak tahun lagi, tetapi saya harus menyediakan diri untuk kehidupan selepas sukan.”", "“Oleh demikian, saya membuat persiapan awal dengan membuat keputusan penting untuk mendapatkan pendidikan.”", "“Saya harap dapat memberikan inspirasi kepada atlet muda untuk melanjutkan pelajaran semasa bergelar pemain lagi.” katanya menerusi satu makluman di laman sosialnya.", "Semalam, satu hantaran di media sosialnya telah mencetus sensasi apabila dia mengumumkan telah menandatangani bersama Coventry. Ramai menganggap Hariss telah menandatangani bersama kelab yang bersaing dalam Liga Kejuaraan Inggeris, Coventry City FC.", "Featured Image: AFC Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219822/", "headline": "\nMFL Tutup Peluang Perak Bimbingan Lim Teong Kim Beraksi Di Piala Malaysia\n", "content": ["Hasrat untuk melihat Perak FC yang mendapat bimbingan ketua jurulatih baharu, Lim Teong Kim untuk beraksi seawal saingan Piala Malaysia terkubur.", "Ini selepas badan penganjur, Malaysian Football League (MFL) dalam kenyataannya pada hari ini mengumumkan kesemua pasukan dalam kancah Liga Super layak menyertai saingan Piala Malaysia musim ini kecuali Melaka United FC.", "Skuad berjulukan Hang Tuah itu dikekang daripada beraksi dalam saingan Piala Malaysia ekoran mengalami masalah tunggakan gaji melibatkan para pemain dan pegawainya walaupun berada di tangga kesembilan pada ketika ini.", "Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kesemua pasukan Liga Super akan mengisi slot TM Piala Malaysia 2022 selepas satu daripadanya telah ditinggalkan oleh Melaka United FC (MUFC).#TMPialaMalaysia2022", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 27, 2022", "Justeru, pasukan yang menamatkan saingan di tempat tercorot Liga Super dibenarkan menyertai saingan Piala Malaysia bagi mencukupkan kuota 11 pasukan daripada saingan liga tersebut.", "Sebagai rekod, edisi-edisi yang lalu menyaksikan pasukan yang berada di tempat tercorot Liga Super tidak layak menyertai saingan Piala Malaysia yang melibatkan 16 pasukan kesemuanya.", "Sementara itu, baki lima slot lagi akan diisi oleh lima pasukan terbaik (kecuali feeder team) daripada kancah Liga Premier. Setakat ini, lima pasukan tersebut ialah Kelantan, Kuching City, Kelantan United, PDRM FC dan UiTM FC.", "Pengumuman oleh MFL menjadikan Perak yang berada di tangga kesembilan Liga Premier – pasukan keenam bukan feeder team – tidak dapat beraksi dalam kancah Piala Malaysia.", "Untuk makluman, Perak hanya boleh beraksi sekiranya MFL mengumumkan pasukan di tangga terakhir Liga Super kekal tidak dapat bertanding disamping menggantung penyertaan Melaka United.", "Featured Image: Perak Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216592/", "headline": "\nBeregu Kidal ‘Patatimo Boys’ Sasar Pecah Masuk Kelompok 50 Terbaik Dunia Tahun Ini\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki kidal, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri meletakkan sasaran untuk menembusi kelompok ranking 50 terbaik dunia pada tahun ini, lapor akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times.", "Beregu yang mendapat julukan ‘Patatimo Boys’ dek kerana berasal dari Terengganu dan Kelantan masing-masing ini mencuri perhatian peminat badminton tanah air selepas mengejutkan beregu No.30 dunia, Christo Popov dan Toma Junior Popov pada pusingan pertama saingan Orleans Masters, Selasa lalu.", "Dan kecemerlangan beregu berusia 19 tahun masing-masing ini diteruskan dengan kemaraan ke pusingan kedua, peringkat suku akhir, separuh akhir sehingga berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir dalam saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF itu.", "“Sejujurnya, kami tidak meletakkan jangkaan yang tinggi apabila menentang calon pilihan kejuaraan (Christo Popov-Toma Junior Popov) pada pusingan pertama.", "“Bagaimanapun, kami tahu ianya berada dalam diri kami apabila kami tewaskan mereka. Kami sangat bangga dan gembira untuk mara sejauh ini.", "Bagaimanapun, gandingan ini tidak dapat beraksi di pentas final apabila Haikal dimaklumkan dijangkiti Covid-19 dan lawan mereka, beregu Belanda, Ruben Jille-Ties van der Lecq diberikan kemenangan percuma sekaligus bergelar juara kategori beregu lelaki Orleans Masters 2022.", "Baca: ‘Patatimo Boys’ Antara Yang Tersenarai Dalam Skuad Lelaki Sukan SEA 2021", "“Sasaran kami tetap sama iaitu memecah masuk dalam kelompok (ranking) 50 terbaik dunia pada tahun ini. Kami juga dipilih untuk menyertai skuad Sukan SEA, harapnya, kami dapat mengekalkan prestasi ini di Vietnam bulan hadapan.” kata Arif seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini mula bergandingan bersama sejak di peringkat remaja lagi. Tahun lalu, Arif-Haikal mula beraksi sebagai pemain senior dan mengambil bahagian dalam beberapa saingan Gred 3 BWF di eropah.", "Daripada lapan kejohanan yang disertai, Arif-Haikal berhasil meraih tiga kejuaraan, (Terbuka Austria, Kejohanan Antarabangsa Hellas dan Kejohanan Antarabangsa Ukraine) serta dua pingat perak selaku naib juara Kejohanan Antarabangsa Latvia dan Terbuka Scotland.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216240/", "headline": "\nFilipina Tidak Dapat Turunkan Penyerang Bundesliga Hadapi Malaysia\n", "content": ["Skuad kebangsaan Filipina terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat penyerang yang beraksi dalam kancah Bundesliga, Gerrit Holtmann ketika menentang Malaysia, pertengahan minggu ini.", "Ianya disebabkan pemain berusia 26 tahun yang mempunyai pertalian darah Filipina menerusi ibunya ini dimaklumkan oleh kelabnya semalam, Vfl Bochum, dijangkiti virus Covid-19.", "Ekoran itu, Holtmann bersama-sama dua rakan sepasukannya yang turut dijangkiti Covid-19 di kelab terbabit terpaksa menjalani isolasi sejak beberapa hari lalu.", "ℹ️ Three more Covid cases at #meinVfL. #Lampropoulos, #Holtmann and #Weilandt have all tested positive for Covid-19. Gerrit has to postpone his national team debut for the Philippines again. Have a good and speedy recovery! 🙏 pic.twitter.com/NvJILsr4uz", "Baca: Filipina Panggil 5 Pemain Liga Super Untuk Hadapi Malaysia & Singapura", "Bagaimanapun, Holtmann dan dua rakannya berada dalam keadaan yang baik dan dijangkan akan menyertai kembali latihan bersama pasukan Vfl Bochum pada penghujung minggu ini sekiranya tidak mengalami sebarang simpton.", "Menerusi kemaskini di laman sosial kelabnya, ekoran daripada dijangkiti Covid-19 ini, Gerrit terpaksa menunda debut bersama skuad The Azkals yang sepatutnya diraihnya ketika menentang Malaysia di National Stadium, Singapore Sports Hub pada 23 Mac ini.", "Untuk pengetahuan semua, Holtmann telah merekodkan 27 penampilan secara keseluruhan bersama Vfl Bochum pada musim ini. Disamping itu, dia juga telah menjaringkan 4 gol serta mencetak 6 ‘assist’ dalam saingan Bundesliga.", "Selain itu, pemain yang lahir Bremen, Jerman ini turut mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad bawah 20 tahun (B-20) Jerman. Antara pasukan yang ditentangnya semasa bersama Jerman B-20 ialah Turki B-20, Belanda B-20, England B-20, Itali B-20 dan Poland B-20. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217117/", "headline": "\nBAC 2022: Beregu No.5 Indonesia Kecewakan Aaron-Wooi Yik Di Final\n", "content": ["Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kempunan untuk meraih kejuaraan pertama pada tahun ini apabila dikejutkan oleh pasangan No.5 Indonesia di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022. ", "Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking kesembilan dunia terpaksa akur tumpas kepada Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berada di ranking jauh lebih rendah iaitu ke-22 dunia, sebentar tadi. ", "Bertambah memilukan, dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 tumpas secara ‘straight set’ dengan skor  21-23 dan 21-10.", "FINAL#INA🇮🇩 Pramudya Kusumawardana- Yermia Rambitan def. #MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) 23-21 21-10", "* Aaron-Wooi Yik came close to ending Malaysia’s MD title drought at the BAC. Well done, bounce back bros 🇲🇾", "— BAM (@BA_Malaysia) May 1, 2022", "Untuk rekod, ini merupakan pertarungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sebagai tambahan, pasangan Pramudya-Yeremia ini berusia 21 dan 22 tahun masing. Di Indonesia, mereka berada di belakang beregu ‘The Minions’ (No.1 dunia), ‘The Daddies’ (No.2 dunia), Fajar Alfian-Rian Ardianto (No.8 dunia), Shohibul Fikri-Bagas Maulana (No.20 dunia).", "Dengan kemenangan di BAC 2022 yang diletakkan setaraf dengan kejohanan Super 1000 ini, beregu muda Indonesia ini akan membawa pulang 12,000 mata sementara Aaron-Wooi Yik mendapat 10,200 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322075/", "headline": "\nSkuad Kebangsaan Korea Guna Khidmat Jurgen Klinsmann Sehingga Piala Dunia 2026\n", "content": ["Kekosongan kerusi ketua jurulatih bagi skuad bola sepak kebangsaan Republik Korea kini diisi dengan khidmat jurulatih kelahiran Jerman, Jurgen Klinsmann.", "Jurulatih berusia 58 tahun terbabit akan membimbing skuad berjulukan Taeguk Warriors bagi tempoh kira-kira 3 tahun dan 5 bulan atau bermula Mac 2023 sehingga berlangsungnya kejohanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.", "Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) memaklumkan perlantikan Jurgen secara rasmi menerusi laman sesawangnya serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "🇰🇷대한민국 축구국가대표팀 위���겐 클린스만 감독 선임!", "✔️마이클 뮐러 국가대표전력강화위원장 감독 선임 기자회견📆 02.28 (화) 14:00 📺 #KFATV_대한민국 축구 국가대표팀 유튜브 생중계#대한민국 #축구국가대표팀 #감독선임 #기자회견 pic.twitter.com/wUd1OzjwDN", "— theKFA (@theKFA) February 27, 2023", "Difahamkan, ada beberapa jurulatih akan menyertai barisan kejurulatihan bimbingan Jurgen ini. Namun begitu, ianya akan ditentukan selepas Jurgen dan KFA mengadakan perbincangan kelak.", "Perlawanan pertama yang akan dikendalikan oleh Jurgen adalah membimbing Korea bertemu Colombia pada 24 Mac kelak.", "Klinsmann bukanlah nama yang asing dalam dunia kejurulatihan bola sepak antarabangsa.", "Beliau pernah membimbing dua buah skuad kebangsaan iaitu Jerman dan Amerika Syarikat serta dua buah kelab, Bayern Munich dan Hertha BSC.", "Untuk makluman semua, kerusi ketua jurulatih skuad kebangsaan Korea kosong selepas jurulatih sebelumnya, Paulo Bento mengumumkan meletakkan jawatan sejurus tumpas 1-4 kepada Brazil dalam Pusingan 16 di Piala Dunia 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207886/", "headline": "\nKV Kortrijk Sedang Latih Luqman Untuk Ikuti ‘Tempo’ Permainan Eropah\n", "content": ["Susulan daripada kejayaan Luqman Hakim melakukan debut bersama skuad senior KV Kortrijk ketika menentang RSC Anderlecht pada minggu lepas, ketua jurulatihnya, Yves Vanderhaeghe kini mempunyai perancangan yang lebih besar.", "Mengakui penyerang muda negara itu seorang yang sangat berbakat dan ketika ini barisan kejurulatihan Kortrijk sedang melatih Luqman untuk meningkatkan tempo permainannya agar sesuai dengan corak permainan di benua eropah.", "Ini bagi memastikan Luqman dapat beraksi dengan lebih baik apabila diturunkan dalam mana-mana perlawanan bersama skuad senior Kortrijk kelak.", "Another debut boy! Keep working hard Luqman! 🙌🇲🇾🔴⚪️ #TheJourneyOfLuqie #KVKAND pic.twitter.com/UpaACstMmH", "“Saya sangat pasti Luqman berbakat besar.”", "“Kami perlu memainkannya pada masa yang tepat dan melatihnya untuk mengikuti tempo di sini. Tempo di eropah, lebih tinggi berbanding di Malaysia.” katanya dalam satu teaser  dokumentari The Journey of Luqie yang akan dikeluarkan pada ahad ini.", "Dalam perlawanan menentang Anderlecht yang dibimbing oleh Vincent Kompany pada minggu lepas, Luqman dimasukkan oleh jurulatihnya pada minit ke-74 untuk memburu gol setelah ketinggalan 3-0.", "Namun tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Luqman untuk membantu pasukannya. Berdasarkan pemerhatian, dia kelihatan bergelut untuk menyesuaikan diri dan persembahannya kurang memberangsangkan. ", "Bagaimanapun, menerusi satu gerakan, Luqman berhasil membantu pasukannya mendapatkan sepakan penalti sekaligus memberikan gol saguhati buat pasukannya.", "Untuk makluman, perlawanan seterusnya buat pasukan KV Kortrijk dalam saingan Liga Pro Belgium adalah bertemu Zulte Waregem di gelanggang lawan. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada awal pagi selasa waktu Malausia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216184/", "headline": "\nAll England 2022: Pearly-Thinaah Bangkit Di Set Kedua & Penentuan Untuk Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Wakil tunggal negara dalam kategori beregu wanita di Pusingan 16, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir.", "Beregu yang menghuni ranking ke-15 itu berjaya melangkah ke peringkat tersebut dengan menumpaskan beregu Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi yang berada di kedudukan ke-25 dunia.", "Bagaimanapun, kemaraan tersebut tidak diraih dengan mudah oleh pasangan yang berusia 22 dan 24 tahun masing-masing ini. Mereka terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 18-21.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022WD – Round of 16 🇲🇾Pearly TAN🏅18 21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅21 19 16 🇯🇵Rin IWANAGA 🇯🇵Kie NAKANISHI🕗 in 74 minutes https://t.co/9IaW8vXWkD", "Namun begitu, Pearly-Thinah bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 21-19 sekaligus mengheret Iwanaga-Nakanishi ke set penentuan sebelum memenanginya dengan skor 21-16. ", "Untuk makluman semua, ini bukanlah pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini. Mereka pernah berentap di kejohanan Antarabangsa Sydney 2019 dimana Pearly-Thinaah turut berjaya menewaskan mereka secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-16.", "Sementara itu, Pearly-Thinaah bakal berhadapan samada beregu Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong (ranking ke-64) atau beregu Thailand, Supissara Paewsampran dan Puttita Supajirakul (ranking ke-17) di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung bermula malam esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216604/", "headline": "\nPemain JDT & Kedah Dominasi Carta Lima ‘Top Passer’ Liga Super\n", "content": ["Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (Kedah) mendominasi carta lima pemain yang melakukan hantaran paling banyak setakat dua perlawanan Liga Super yang berlangsung bulan lalu.", "Berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh Data Sukan, tiga pemain skuad Harimau Selatan serta dua pemain Sang Kenari mengisi carta lima pemain yang melakukan hantaran terbanyak itu.", "Pemain tengah JDT, Natxo Insa mengetuai carta tersebut dengan 168 hantaran direkodkan ketika beraksi menentang Penang FC dan Sarawak United FC. ", "Ianya diikuti oleh pemain tengah import Kedah, Dechi Marcel yang dibezakan dengan enam hantaran sahaja iaitu 162 hantaran secara keseluruhan ketika turun menentang Sarawak United dan Kuala Lumpur City FC.", "Tiga pemain yang melengkapkan carta ini adalah pertahanan import JDT, Shane Lowry (124 hantaran), pertahanan tengah Kedah, Rodney Celvin (113 hantaran) dan seorang lagi pertahanan import JDT, Carli de Murga (106 hantaran).", "Selain daripada aspek hantaran terbanyak, kelima-kelima pemain ini turut mendominasi aspek hantaran yang berjaya disudahkan.", "Bagaimanapun, senarai ini hanya melibatkan pemain-pemain yang beraksi pada perlawanan pertama dan kedua Liga Super yang berlangsung pada Mac lalu.", "Terdapat beberapa pasukan yang belum melengkapkan saingan pertama dan kedua seperti Negeri Sembilan, Selangor, Sri Pahang dan Terengganu.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113784/", "headline": "\nIndonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Singkirkan Pemenang Olimpik Dengan Mudah\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.", "Kemaraan itu hasil daripada menumpaskan pasangan beregu lelaki Chinese Taipei yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.", "Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa pada temasya sukan yang sama meraih kemenangan dengan mudah ke atas Lee Yang-Chi Lin secara ‘straight set’ dengan skor 21-13 dan 21-15.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅13 15 Yang LEE Chi-Lin WANG🕗 in 31 minutes https://t.co/w3ayKW5LB7", "Lebih manis, ini merupakan kemenangan sulung Aaron-Wooi Yik ke atas pasangan yang menduduki ranking ke-3 dunia itu. Untuk makluman semua, tiga pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasangan ini berpihak 100% kepada Lee Yang-Chi Lin.", "Sementara itu, menanti Aaron-Wooi Yik di peringkat separuh akhir adalah pasangan beregu lelaki Jepun yang menghuni ranking ke-10 dunia, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak lima kali namun pertembungan lalu menyaksikan kemenangan memihak kepada pasangan Jepun sebanyak tiga kali berbanding pasangan Malaysia, dua kali.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112847/", "headline": "\nPiala Uber 2020: Kenali Anggota Skuad Malaysia Yang Dibarisi Pemain Muda & Remaja\n", "content": ["Tanggal 9 Oktober 2021 akan bermulanya kejohanan berpasukan wanita yang iaitu Piala Uber di Aarhus, Denmark. Kejohanan dwitahunan ini sepatutnya berlangsung pada tahun lalu tetapi terpaksa ditunda ke tahun ini dek pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia.", "Malaysia turut serta dalam kejohanan yang melibatkan 16 pasukan ini dan telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama semi finalis edisi lalu, China sambil ditemani oleh tuan rumah, Denmark serta Kanada.", "Artikel Berkaitan: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber", "Bercakap mengenai format kejohanan, pada setiap perlawanan, pasukan akan menurunkan 3 pemain perseorangan dan 2 regu untuk menentang lawan masing-masing. Mana-mana pasukan yang meraih 3 kemenangan akan dikira sebagai pemenang.", "Tanpa berceloteh dengan lebih panjang, berikut adalah anggota skuad Malaysia yang muda & remaja dipertaruhkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengharungi Piala Uber 2020:", "Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021", "Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021", "Pencapaian Terakhir: Naib Juara President Cup Nepal Junior International Series 2020", "Pencapaian Terakhir: Pusingan 16 Austrian Open 2021", "Artikel Berkaitan: BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta", "Umur: 27 & 19 Tahun", "Pencapaian Terakhir: Peringkat Kumpulan Sukan Olimpik Tokyo 2020", "Umur: 21 & 23 Tahun", "Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021", "Umur: 24 & 21 Tahun", "Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Piala Sudirman 2021", "Sebagai penutup, skuad Malaysia yang diketuai oleh Lee Meng Yean akan memulakan cabaran peringkat Kumpulan D, Piala Uber 2020 menentang tuan rumah, Denmark pada hari esok (9 Oktober) bermula 7.30 malam waktu Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111033/", "headline": "\nOlimpik 2020: Badminton Beregu Campuran Negara Diundi Bersama China, Jerman & Hong Kong\n", "content": ["Pasangan badminton beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin bakal memulakan saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam Kumpulan D.", "Pasangan yang menduduki ranking ke-7 dunia itu telah diundi bersama-sama wakil negara China (Wang Li Yiu, Huang Dong Ping), Jerman (Mark Lamsfuss, Isabel Herttrich) dan Hong kong (Tang Chun Man, Tse ying Suet) dalam majlis undian yang berlangsung pada hari ini.", "Cabaran paling sukar pastinya datang daripada pasangan China yang kini menduduki ranking ke-3 dunia. Sementara itu, pasangan beregu campuran Jerman dan Hong Kong masing-masing menduduki tangga ke-15 dan ke-13 dunia.", "Saingan peringkat kumpulan beregu campuran akan memulakan saingannya pada 24 Julai 2021 bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.", "Untuk makluman, pasangan beregu negara ini merupakan pemenang pingat perak semasa dalam acara badminton beregu campuran dalam temasya Sukan Olimpik Rio 2016."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208169/", "headline": "\nJesus: Brazil Telah Tunjukkan Mampu Bermain & Menang Tanpa Neymar\n", "content": ["Skuad kebangsaan Brazil pernah menunjukkan kepada peminat bola sepak dunia bahawa mereka mampu meraih kemenangan walaupun tanpa kehadiran pemain bintang, Neymar Jr.", "Skuad Selecao pernah menunjukkannya ketika dalam saingan Copa America 2019 di mana mereka berjaya muncul juara di tempat sendiri walau tanpa kehadiran Neymar.", "Dan kali ini penyerang Brazil, Gabriel Jesus yakin mereka mampu membuktikannya sekali lagi dengan Neymar yang cedera pangkal peha disahkan tidak dapat menyertai pasukan untuk menentang Venezuela dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022, sabtu ini.", "FinalBrasil 🇧🇷 3×1 🇵🇪 PeruUma partida que fez o Maraca vibrar! Everton e Gabriel Jesus colocaram o Brasil em vantagem no placar – sacramentado por Richarlison, que passou por uma caxumba durante o torneio e fechou com chave de ouro!🏆 É CAMPEÃO! NOVE VEZES! pic.twitter.com/7cVPY7y5vx", "“Sangat jelas kami bercakap mengenai kepentingan Neymar kepada kelabnya dan pasukan kami, berapa banyak yang telah dia berikan dan sumbangkan setiap hari.” ", "“Tetapi apabila bermain untuk skuad kebangsaan, semua pemain perlu memikul tanggungjawab, tidak boleh letakkan ke atas (bahu) Neymar sahaja.” ", "“Semua orang dipanggil ke sini bersebab.”", "Alegria por estar de volta. 🇧🇷⚽️ pic.twitter.com/oP3ZDxALUb", "“Dengan (kehadiran) Neymar, kami sangat dekat dengan kemenangan, tetapi skuad Selecao telah menunjukkan mereka boleh bermain tanpanya.”", "“Kami sentiasa mahukannya di sini, memandangkan dia sentiasa menjaringkan gol, mencipta bantuan gol.” ", "Tite comanda primeiro treino da #SeleçãoBrasileira com o elenco completo! Veja como foi 🇧🇷⚽🎥: Leandro Lopes / CBF pic.twitter.com/0ppJnHWcI0", "“Tetapi jika dia tidak dapat bermain tatkala kami sedar akan kepentingannya, kami harus memikul tanggungjawab bersama.”", "“Sesiapa pun di sini mempunyai kualiti untuk memastikan skuad Selecao menang.” katanya seperti dilaporkan oleh Goal.", "Untuk rekod, Neymar telah terlepas tiga perlawanan dalam semua pertandingan bersama kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), sebelum ini ekoran kecederaan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324375/", "headline": "\nSam Allardyce Undur Diri Selepas Leeds United Tersingkir Daripada EPL\n", "content": ["Selepas mengemudi empat perlawanan, jurulatih berpengalaman, Sam Allardyce sah tidak akan bersama Leeds United.", "Menurut laporan media antarabangsa, GOAL yang memetik The Telegraph, keputusan pengurus yang lebih mesra dikenali sebagai ‘Big Sam’ itu dibuat selepas berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Angus Kinnear.", "Ini bermakna skuad berjulukan The Whites itu perlu mencari pengendali baharu untuk menghadapi Liga Kejuaraan musim depan. ", "Pada awal Mei lalu, Leeds United telah menekan butang panik apabila melantik “survival specialist”, Sam Allardyce untuk membantu The Whites itu untuk keluar dari zon penyingkiran.", "Bagaimanapun, takdir sudah tertulis buat pasukan yang berpengkalan di Elland Road itu untuk kembali ke Liga Kejuaraan selepas tiga musim berada di Liga Perdana Inggeris. ", "Leeds United tersingkir ekoran menamatkan musim di tangga ke-19 liga dengan mengutip 31 mata.", "Untuk makluman, Sam Allardyce merupakan pengurus ketiga yang dilantik Leeds United pada musim ini selepas Jesse Marsch dan Javi Garcia meninggalkan pasukan pada Februari dan Mei masing-masing.", "Featured Image: Leeds United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110413/", "headline": "\nUndian Rasmi Piala AFF 2020 Dijadualkan Pada 10 Ogos\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengesahkan akan mengadakan Majlis Undian Rasmi bagi kejohanan Piala AFF 2020 pada hari selasa, 10hb ogos 2021.", "Bagaimanapun, lokasi majlis undian serta maklumat lanjut mengenai penganjurannya akan diumumkan oleh badan induk terbabit pada julai hadapan.", "𝑴𝒂𝒓𝒌 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒄𝒂𝒍𝒆𝒏𝒅𝒂𝒓𝒔, the Official Draw for the #AFFSuzukiCup2020 will be held on 𝟭𝟬𝘁𝗵 𝗔𝘂𝗴𝘂𝘀𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟭 📅 pic.twitter.com/hRf9J6VN0D", "Dalam makluman yang sama, Presiden AFF, Khiev Sameth turut memaklumkan AFF merancang untuk mengadakan kejohanan dwi tahunan tersebut mengikut format ‘home’ dan ‘away’ di peringkat kumpulan sepertimana edisi yang lalu.", "Bagaimanapun, dengan situasi semasa pandemik Covid-19, beliau berkata pihaknya turut melihat kemungkinan untuk mengadakan kejohanan ini di venue berpusat bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat.", "Untuk makluman, edisi kejohanan Piala AFF kali ini dijadualkan bermula 5hb disember sehingga 1hb januari 2022 selepas ditunda beberapa kali ekoran pandemik Covid-19.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207110/", "headline": "\nAubameyang Tidak Pernah Merungut Semasa Perlawanan – Bagaimanakah Sikap Itu Dibentuk?\n", "content": ["Penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang telah sah melanjutkan kontraknya bersama Arsenal bagi tempoh tiga tahun lagi. Ia sekaligus menutup spekulasi penyerang berusia 31 tahun itu berhijrah ke pasukan lain.", "Berita itu mendapat reaksi yang positif buat peminat dan penyokong The Gunners seluruh dunia. Manakan tidaknya, Aubameyang merupakan penggempur utama buat Arsenal dengan menjaringkan 72 gol daripada 111 penampilan sejak tiba di Stadium Emirates pada tahun 2018.", "Every @Aubameyang7 goal. Right here. All 72* of them! 🔥* 𝘚𝘰 𝘧𝘢𝘳… 😉 pic.twitter.com/2CqoJqcSfk", "Selain daripada rekod jaringannya, corak permainan dan gaya penyudah terutamanya rembatan ‘trademark’ Aubameyang ke arah kanan pintu gol bukan sahaja memukau ramai peminat malah penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris (EPL), Alan Shearer.", "Satu lagi perkara yang menarik terdapat pada Aubameyang adalah sikap dan mentalitinya. Dia tidak pernah merungut di atas padang walaupun kadangkala rakan sepasukan tidak melakukan hantaran kepadanya.", "“Alan Shearer sangat menyukai kamu, dia kagum (dengan) gaya penyudah kamu, (wajah) sentiasa senyum, sentiasa gembira dan tidak pernah merungut kepada pemain-pemain lain apabila mereka tidak melakukan hantaran dan lain-lain lagi.” beritahu legenda Arsenal, Ian Wright dalam satu temubual.", "Menurut Aubameyang, sikap tidak merungut itu dibentuk ketika bermain bola sepak bersama bapaknya sejak zaman remajanya lagi.", "“Kami bermain bersama ayah dan (waktu itu) saya berusia 15 atau 16 tahun dan dia selalu berkata, kamu jangan merungut.” ", "“Kami main beberapa perlawaan, dan ayah berkata, ‘tiada fouls di sini jadi awak tak boleh merungut. Saya boleh tarik baju, saya boleh buat macam-macam, tiada fouls.’ Inilah mentaliti yang ada pada saya.” katanya kepada Wright.", "3️⃣ points + 3️⃣ goals + 1️⃣ clean sheet = A happy manager😄 @m8arteta #FULARS pic.twitter.com/GmX8s8wUdB", "Pada masa yang sama, dia amat memahami tugas sebagai seorang penyerang. Sekiranya Lacazette atau mana-mana pemain lain tidak melakukan hantaran kepadanya, kemungkinan pemain itu melihat peluang untuk menjaringkan gol.", "Justeru, tiada masalah buatnya apatah lagi mahu merungut berkenaan hal itu. Apa yang penting buat Aubameyang adalah menikmati permainan setiap kali turun bermain bola sepak.", "Sementara itu, Aubameyang turut meletakkan sasaran untuk menjaringkan lebih gol untuk saingan EPL berbanding musim 2019/20. Untuk rekod, sebanyak 22 gol dijaringkan oleh Aubameyang sepanjang musim lalu.", "Hanya pemenang Kasut Emas, Jamie Vardy daripada Leicester City yang mempunyai lebih gol daripadanya iaitu 23 gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111720/", "headline": "\n“Susah Nak Menang Piala Thomas Kerana Kita Tiada Pasukan Seimbang”\n", "content": ["Kejuaraan Piala Thomas 2020 sukar untuk dimenangi oleh skuad negara kerana Malaysia tidak mempunyai sebuah pasukan yang seimbang.", "Perkara itu diungkapkan oleh bekas anggota skuad Malaysia yang memenangi kejuaraan tersebut pada edisi 1992 yang diadakan di Kuala Lumpur, Datuk Rashid Sidek.", "Daripada skuad yang terdiri daripada 3 pemain perseorangan dan 2 pasangan beregu, Malaysia hanya bergantung kepada Lee Zii Jia dan regu Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mengharungi kejohanan yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark pada 9 hingga 17 Oktober kelak.", "Bagaimanapun, disebalik ketidakseimbangan barisan pada kali ini, Rashid berkeyakinan Malaysia mampu menamatkan saingan di peringkat kumpulan selaku dua pasukan teratas sekaligus layak ke aksi suku akhir.", "“Pada pandangan saya, mereka tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir tetapi untuk menang memang susah kerana kita tiada pasukan yang seimbang.", "“Ada dua pemain sahaja yang boleh dijadikan sandaran, kalau kalah satu kita habis. Selebih­nya agak susah, lawan 60 kita 40.", "“Selain pemain sedia ada, saya rasa ini masa sesuai untuk beri peluang kepada Nur Izzuddin (Rumsani) dan Goh Sze Fei sebagai beregu kedua.” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Untuk makluman semua, hasil undian yang dijalankan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Malaysia telah diundi bersama-sama Jepun, Kanada dan England dalam Kumpulan D.", "Sebagai rekod, kejuaraan Piala Thomas 1992 merupakan yang terakhir dimenangi oleh skuad Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112610/", "headline": "\nRekod Pertemuan Juara All England, Zii Jia vs Pemain No.1 Dunia, Kento Momota\n", "content": ["Saingan Piala Sudirman 2021 bagi peringkat Kumpulan D bakal memasuki perlawanan terakhir. Pasukan Malaysia yang diketuai oleh Lee Zii Jia bakal turun berentap dengan Jepun bagi menentukan juara bagi kumpulan, malam ini.", "Bercakap mengenai perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam nanti, pertemuan melibatkan kategori perseorangan lelaki yang dijangkakan melibatkan juara Kejohanan All England 2021, Lee Zii Jia menentang pemain No.1 dunia, Kento Momota bakal menjadi pertarungan paling dinantikan oleh seluruh peminat badminton tanah air.", "Jika dibandingkan prestasi ketika di temasya Olimpik baru-baru ini, Zii Jia yang berumur 23 tahun dilihat lebih menyerlah apabila berhasil mara sehingga ke peringkat pusingan 16 sebelum ditumpaskan oleh juara bertahan pada ketika itu, Chen Long.", "Artikel Berkaitan: Lepas Ni Cari Tempat ‘Training’ Kat Melaka, Pesan Chong Wei Kepada Zii Jia", "Manakala Momota yang berusia 27 tahun pula dikejutkan oleh pemain Republik Korea, Heo Kwang-hee sekaligus menyaksikan Momota terkandas di peringkat kumpulan dan gagal mara ke saingan kalah mati di temasya berkenaan, Ogos lalu.", "Sementara itu, jika dilihat berdasarkan rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu sebanyak tujuh kali. ", "Namun begitu, sekitar 86% pertemuan memihak kepada pemain badminton kelahiran negara matahari tersebut. Bertambah menarik, 86% kemenangan yang diraih sejak pertemuan kali pertama pada tahun 2017 dimenangi secara ‘straight set’ oleh Momota.", "Rekod pertemuan melibatkan Lee Zii Jia menentang Kento Momota adalah seperti berikut:", "Kejohanan: Yonex All England Open Badminton Championships 2021", "Keputusan: 21-16, 21-19 (Zii Jia Menang)", "Kejohanan: PERODUA Malaysia Masters 2020", "Keputusan: 10-21, 19-21 (Momota Menang)", "Kejohanan: Fuzhou China Open 2019", "Keputusan: 9-21, 3-11 Retired (Momota Menang)", "Keputusan: 15-21, 19-21 (Momota Menang)", "Kejohanan: TOTAL BWF World Championships 2019", "Keputusan: 12-21, 8-21 (Momota Menang)", "Kejohanan: TOTAL BWF Sudirman Cup 2019", "Keputusan: 18-21, 16-21 (Momota Menang)", "Kejohanan: LI-NING Czech Open 2017", "Keputusan: 8-21, 10-21 (Momota Menang)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325499/", "headline": "\nTerbuka Korea: Tze Yong Singkir Anak Didik Choong Hann Dengan Bergaya\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong tidak mempunyai masalah untuk melepasi cabaran di Pusingan 16 sekaligus meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Korea 2023.", "Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-23 dunia melakar kemaraan tersebut selepas menyingkirkan Ng Ka Long Angus yang kini mendapat bimbingan daripada bekas Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) BAM, Wong Choong Hann yang kini berperanan sebagai jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong.", "Bukan itu sahaja, Tze Yong turut melakar kemaraan tersebut dengan penuh bergaya apabila berhasil menumpaskan Angus yang berada di ranking lebih tinggi daripadanya iaitu ke-14 dunia secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa 50 minit permainan.", "Korea Open 2023MS – R1621 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇", "18 17 🇭🇰NG Ka Long Angus", "— BWFScore (@BWFScore) July 20, 2023", "Kemenangan itu sekaligus menjadikan Tze Yong kini meraih dua kemenangan daripada tiga pertemuan ke atas Angus di peringkat antarabangsa.", "Terdahulu, Tze Yong mara ke Pusingan 16 selepas menumpaskan pemain India yang berada di rangking ke-56 dunia, Mithun Manjunath di Pusingan 32.", "Manakala Angus pula mara selepas menyingkirkan jaguh perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia. ", "Sementara itu, di peringkat suku akhir bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 ini kelak, Tze Yong akan berhadapan samada pemain Singapura, Loh Kean Yew merangkap pilihan keempat kejohanan atau pemain China, Zhao Jun Peng.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324830/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Pentas Separuh Akhir 2 Minggu Berturut-Turut\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil mengulangi pencapaian mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Indonesia 2023 sama seperti dilakukannya dalam Terbuka Singapura pada minggu lalu. ", "Pasangan yang menghuni ranking ketiga dunia ini mengulangi konsistensi tersebut selepas menumbangkan gandingan dari negara matahari terbit, Akira Koga dan Taichi Saito dalam aksi suku akhir yang bertempat di Istora Gelora Bung Karno, Senayan, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang turun selaku pilihan kedua kejohanan melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh 41 minit permainan.", "Sebagai rekod, kemenangan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik menyamai rekod kemenangan menjadi 3-3 di pentas antarabangsa bertemu pasangan yang berada di ranking ke-23 dunia terbabit.", "Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu samada beregu China merangkap pilihan keenam kejohanan, Liang Wei Keng dan Wang Chang atau beregu tuan rumah, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan untuk merebut slot ke perlawanan akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219789/", "headline": "\nHarimau Malaya Duduki Ranking 146 Dunia Selepas Muncul Naib Juara King’s Cup\n", "content": ["Malaysia berhasil menamatkan Saingan King’s Cup Kali Ke-48 anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebagai naib juara setelah tumpas dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan, semalam.", "Walaupun terlepas gelaran juara, skuad Harimau Malaya berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas bertemu Tajikistan dan Thailand.", "Laman sosial yang memberikan perkembangan terkini mengenai ranking bola sepak negara-negara asia, Footy Rankings meletakkan Malaysia menghuni tangga ke-146 – meningkat dua anak tangga berbanding kedudukan pada saat ini.", "2022 King's Cup🇹🇯 Tajikistan 0-0 (3-0 pen) Malaysia 🇲🇾", "FIFA Rankings points after match:🇹🇯 1185.70 (+ 1.34)🇲🇾 1062.32 (+ 1.16)", "Rankings after match:🇹🇯 108🇲🇾 146 (+ 1)#FIFARankings", "— Footy Rankings (@FootyRankings) September 26, 2022", "Peningkatan itu terhasil selepas Malaysia meraih tambahan 1.16 mata dan 3.57 mata selepas seri menentang Tajikistan (kalah penalti) dan Thailand (menang penalti) masing-masing.", "Untuk makluman, kedudukan dunia tangga ke-146 dan ke-147 dunia pada ketika ini dihuni oleh Botswana dan Hong Kong masing-masing.", "Sementara itu, rehat antarabangsa FIFA pula masih berlangsung sehingga ke hari esok (27 September). Masih terdapat beberapa negara yang akan melakukan perlawanan antarabangsa dan boleh memberikan kesan terhadap kedudukan ranking Malaysia.", "Sebagai tambahan, FIFA akan melakukan kemaskini berikutnya pada 6 Oktober kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321910/", "headline": "\nBotak Terjah Stadium – Antara 13 Rancangan Sokongan Astro Bagi Memeriahkan Liga Malaysia\n", "content": ["Astro selaku Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia bukan sahaja bakal menyiarkan sejumlah 244 perlawanan bola sepak tempatan secara definisi tinggi (HD) yang merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.", "Sebelum ini, stesen televisyen berbayar terbabit turut mengumumkan menambah dua saluran sukan baharu yang mengkhususkan kepada kandungan bola sepak tempatan iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2 disamping saluran sukan tempatan sedia ada miliknya, Arena dan Arena 2.", "Baca: Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2", "Terbaru, bagi memeriahkan lagi kancah bola sepak tempatan buat para penonton, Astro mengumumkan akan menerbitkan 13 program sokongan yang terbahagi kepada Hari Praperlawanan, Hari Perlawanan dan Hari Pascaperlawanan.", "Antara program yang akan diterbitkannya adalah seperti berikut:", "Rancangan berdurasi setengah jam ini akan memberikan pengalaman kepada penonton menyaksikan reaksi daripada jurulatih-jurulatih dan para pemain dalam sidang media secara langsung. Ianya akan memberikan perkembangan terkini terhadap pemain dan pasukan.", "Rancangan ini turut berdurasi selama setengah jam akan memberikan peluang kepada para penonton untuk menyaksikan pemain dan pasukan kegemaran masing-masing menjalani latihan sehari sebelum perlawanan.", "Saluran: Arena 801 & Astro Arena Youtube", "Sesi temubual perseorangan bersama pemain atau jurulatih daripada pasukan Liga Super yang akan memberikan pendedahan tentang apa yang terjadi di dalam bilik persalinan dan semasa sesi latihan termasuk perspektif peribadi masing-masing.", "Setengah jam sebelum sepak mula perlawanan, para penonton dapat menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing melakukan aksi pemanas badan selama 30 minit.", "Sekitar setengah atau sejam sebelum sepak mula, menerusi rancangan ini, Astro membawakan barisan pundit legenda untuk memberikan liputan meluas daripada pra-perlawanan, analisis separuh masa dan reaksi pascaperlawanan.", "Satu rancangan dihoskan oleh Nafis Abdullah atau terkenal dengan julukan Abang Botak yang akan turun ke stadium untuk berinteraksi dengan para penyokong, bercakap mengenai pasukan masing-masing atau melahirkan kekecewaan di hadapan kamera! Kesemua ini akan dimuat naik di Astro Arena Youtube dengan durasi antara 10 hingga 15 minit. ", "Liputan hari perlawanan diteruskan dengan dengan disudahkan dengan reaksi daripada para jurulatih dan pemain daripada kesemua perlawanan pada jam 11.30 malam menerusi Nadi Arena atau Nadi Weekend.", "Saluran: Astro Arena Youtube dan Astro GO", "Bagi yang terlepas perlawanan melibatkan pasukan kegemaran masing-masing atau perlawanan hangat pada minggu tersebut, penonton tidak perlu resah dan gelisah kerana anda boleh menyaksikan sorotannya kira-kira 30 minit selepas pengadil meniup wisel menamatkan permainan. Dimaklumkan, Astro bakal menyiarkan soroton perlawanan berdurasi 5-6 minit bagi setiap video.", "Bagi yang suka mendapatkan perkembangan mengenai pasukan masing-masing atau pelbagai topik melibatkan Liga Malaysia itu sendiri melalui pembacaan, laman sesawang Stadium Astro menjadi tawaran Astro kepada anda.", "Rancangan berdurasi 30 minit ini akan memaparkan kompilasi Abang Botak bersuka-ria dan berinteraksi dengan para peminat di stadium. Ianya akan disiarkan dua hari selepas perlawanan.", "Sebuah rancangan berdurasi satu jam yang akan membicarakan topik bola sepak secara mendalam oleh gandingan yang cukup ikonik, Keesh Mat Stats dan Faiz Gurun. Ianya akan disiarkan setiap Rabu pada jam 9 malam. ", "Sebuah rancangan berita sukan selama setengah jam oleh Astro yang melaporkan perkembangan terkini Liga Malaysia dan pelbagai sukan antarabangsa.", "Tidak cukup dengan itu, setiap hari Isnin bermula jam 8.30 malam, Astro membawakan rancangan Nindia Bola yang dihoskan oleh Hafizal Hamad atau mesra dengan panggilan Pak Long untuk menganalisis bola sepak tempatan selama satu jam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323105/", "headline": "\nBrazil Para Badminton: Cheah Liek Hou Sapu Emas Perseorangan & Beregu SU5\n", "content": ["Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou bertindak menyapu bersih dua pingat emas dalam dua acara yang disertainya iaitu perseorangan SU5 dan beregu lelaki SU5 di kejohanan Brazil Para Badminton International 2023.", "Dalam acara perseorangan lelaki, Liek Hou berhasil memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas menumpaskan rakan senegara, Muhammad Fareez Anuar secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19.", "Kemenangan ini juga sekaligus mempertahankan kejuaraan dirangkulnya pada edisi tahun lalu.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan kedua diraih Liek Hou dalam acara perseorangan daripada tiga pentas perlawanan akhir yang dijejakinya pada tahun ini.", "Menurut pemain berusia 35 tahun ini, setiap kejohanan mula menjadi semakin sukar kerana kelayakan ke Paralimpik Perancis 2024 telah bermula.", "Sementara itu, bagi kategori beregu lelaki pula, Liek yang bergandingan bersama Fareez muncul juara dengan menundukkan pasangan India, Chirag Baretha dan Raj Kumar dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan skor 21-13 dan 21-18.", "Dan ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut diraih gandingan Liek Hou-Fareez pada tahun 2023 selepas menjuarai Spanish Para Badminton International pada penghujung Februari lalu.", "Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218316/", "headline": "\nMalaysia Masters: Jin Wei Bertembung Pemain No.2 Dunia Di Pusingan 16\n", "content": ["Pemain perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berjaya melayakkan dirinya ke Pusingan 16 saingan Malaysia Masters 2022.", "Kemaraan itu dirakamkan selepas berhasil menumpaskan pemain Amerika Syarikat yang berada di ranking ke-16 dunia, Beiwen Zhang di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Jin Wei memenangi pertarungan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-18 dalam tempoh 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1 di Axiata Arena Bukit Jalil.", "R32Goh Jin Wei 🇲🇾21-19, 21-18Zhang Beiwen 🇺🇸", "Dalam 35 minit Jin Wei menewaskan lawannya untuk mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan straight sets! #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/AJ9WnRY9rg", "— Team Malaysia (@TeamMsia) July 6, 2022", "Kemenangan ini juga menjadikan Jin Wei merekodkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas Beiwen di pentas antarabangsa. Ketika bertemu buat pertama kali dalam saingan Terbuka Jerman 2019, Jin Wei mengalahkan Beiwen dengan skor 21-19, 19-21 dan 21-16.", "Sementara itu, dengan kemenangan yang diraih pada hari ini, Jin Wei akan berentap menentang pemain No.2 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying di Pusingan 16, esok.", "Tzu Ying mara ke peringkat ini setelah menumpaskan pemain Korea, Sim Yu-jin di Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113868/", "headline": "\nTerengganu Perlu Ikut Rentak Yang Sama Dengan JDT, Kata Nafuzi\n", "content": ["Pasukan tuan rumah, Terengganu FC beraksi dengan baik pada separuh masa pertama ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, semalam.", "Malah, penguasaan yang baik oleh skuad Hitam Putih pada babak pertama sambil disaksikan penyokong di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) itu turut membolehkan mereka meraih gol seawal minit ke-8 sekaligus mendahului 1-0.", "Bagaimanapun, memasuki separuh masa kedua, penguasaan tersebut beralih kepada pasukan pelawat dan perkara tersebut telah memaksa skuad kendalian Nafuzi Zain lebih banyak bertahan sebelum menamatkan perlawanan dengan terikat 1-1.", "“Secara keseluruhan, separuh masa pertama kita bermain dengan baik dan punyai dua ke tiga peluang untuk menjaringkan gol cuma di babak kedua, segalanya berubah apabila kita tidak dapat mengawal permainan.", "“Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah dan sememangnya kita tahu, bukan mudah untuk rampas penguasaan bola dari JDT tetapi kita dapat bertahan dengan baik.” kata Nafuzi dalam sidang media selepas perlawanan.", "Sementara itu, jurulatih berusia 43 tahun ini tetap merasakan pasukannya berkeyakinan dan berpeluang untuk mengatasi JDT pada perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Akan tetapi, Nafuzi menegaskan anak-anak buahnya perlu mengikuti rentak permainan yang sama selain mengekang JDT daripada menjaringkan gol di gelanggangnya nanti.", "“Sekarang peluang masih terbuka dan kita perlu menjaringkan gol di sana kerana mereka ada gol di laman lawan namun dalam masa sama kita kena elakkan dibolosi.", "“Saya tidak rasa JDT akan main secara bertahan kerana mereka sememangnya dikenali sebagai pasukan yang menyerang dan kita juga kena tampil dengan rentak sama,” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, perlawanan timbal balik antara JDT dan Terengganu akan dilangsungkan pada Jumaat nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113289/", "headline": "\nKetum PSSI, Mochamad Iriawan Sasar Indonesia Atasi Ranking Skuad Malaysia & Singapura\n", "content": ["Kemaskini ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan ini menyaksikan pasukan bola sepak jiran tetangga, Indonesia meraih peningkatan sebanyak 10 anak tangga.", "Ini menjadikan Indonesia atau skuad Garuda berada di kedudukan ke-165 dunia berbanding ke-175 pada bulan lalu. Peningkatan memberangsangkan ini dibantu oleh kemenangan mereka ke atas Chinese Taipei dalam perlawanan play-off Pusingan 3 Kelayakan Piala Asia 2023, baru-baru ini.", "Walaupun gembira dengan peningkatan positif tersebut, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mahukan skuad Garuda terus memperbaiki kedudukan mereka.", "Baca: Shin Tae-yong Anggap Vietnam & Malaysia Pasukan Yang Kuat", "Dalam masa yang terdekat, Mochamad atau dikenali sebagai Iwan Bule berharap Indonesia dapat meraih peningkatan sebanyak 15 anak tangga sekaligus menghuni kedudukan ke-150 dunia.", "“Seperti cita-cita saya, paling tidak kalau bisa ke peringkat 150, ya. Ini kan baru naik 10 peringkat menjadi 165, ini kan luar biasa ya,” katanya seperti dipetik daripada portal detikSport.", "Untuk mencapai sasaran tersebut, difahamkan PSSI sudah mengatur perlawanan antarabangsa ketika rehat antarabangsa FIFA pada November kelak. Namun, maklumat mengenai pasukan negara mana yang akan ditentang oleh Indonesia belum dimaklumkan secara rasmi.", "Sebagai tambahan, sekiranya sasaran ke-150 dunia yang diletakkan oleh Ketum PSSI ini dapat dicapai, skuad Garuda akan mengatasi dua pasukan di rantau asia tenggara (ASEAN) yang merupakan jiran tetangganya iaitu Malaysia (ranking ke-155) dan Singapura (ranking ke-160)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219862/", "headline": "\nMount Tebu Climbathon Challenge Tarik Penyertaan Hampir 600 Pendaki Seluruh Negara\n", "content": ["Perlumbaan mendaki gunung yang akan dilangsungkan di Taman Eko-Rimba Lata Belatan, Besut, Terengganu pada 1 Oktober telah menarik penyertaan seramai 552 peserta dari seluruh negara.", "Angka itu dimaklumkan oleh penganjur perlumbaan yang dinamakan sebagai Mount Tebu Climbathon Challenge ini setelah pendaftaran ditutup pada 14 September lalu.", "Perlumbaan anjuran Kelab Kembara Terengganu ini mempertandingkan sebanyak tiga kategori iaitu Cengal (21 kilometer), Meranti (21 kilometer) dan Nyatoh (5 kilometer).", "Juara, naib juara dan tempat ketiga bagi kategori Cengal akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM800, RM600 dan RM500 masing-masing berserta trofi dan pelbagai barangan.", "Sementara itu, kategori Meranti pula yang terbuka buat peserta kelahiran Terengganu atau penduduk negeri Terengganu sahaja menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM500, RM300 dan RM200 bagi juara, naib juara serta pemenang tempat ketiga.", "Difahamkan, acara larian mendaki Gunung Tebu yang berketinggian 1,038 meter dari paras laut ini yang pertama dianjurkan di semenanjung tanah air pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "Sebagai tambahan, perlumbaan ini turut mendapat sokongan penuh pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Terengganu dan Tourism Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114304/", "headline": "\nBAM Tetap Pendirian Hantar Pemain Pelapis di Sukan SEA Vietnam 2021\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mengubah pendirian untuk menghantar barisan pemain pelapis bagi beraksi di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 yang akan berlangsung pada 12-23 Mei tahun hadapan.", "Menurut laporan akhbar Berita Harian, pendirian itu diulangi oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menjawab mengenai penganjuran temasya Sukan SEA dan kejohanan Piala Thomas/Uber 2022 yang turut berlangsung pada bulan yang sama.", "“Untuk Sukan SEA kita akan membariskan muka baharu. Perkara ini sudah diumumkan dulu sebelum Sukan SEA ditangguhkan lagi.", "“Selain daripada skuad pelapis, kita juga akan melihat pemain remaja yang berpotensi untuk disenaraikan bagi membawa cabaran negara di temasya berkenaan.", "“Jadi, saya fikir ia tidak akan memberikan kesan kepada pelan kita. Untuk saingan Piala Thomas/Uber ia akan dibarisi pemain elit negara,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Sebagai rekod, temasya Sukan SEA 2019 yang lalu menyaksikan Malaysia meraih tiga pingat emas hasil sumbangan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Kisona Selvaduray (perseorangan wanita) dan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219116/", "headline": "\nBina Clubhouse di Kuantan, Perkukuhkan ‘Fan Base’ Antara Tumpuan Sri Pahang Tahun Ini\n", "content": ["Tumpuan Kelab Bola Sepak Sri Pahang (Sri Pahang FC) bukan sahaja terarah kepada pembentukan sebuah pasukan yang mampu mencabar pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia 2021.", "Sesuai dengan perubahan daripada entiti ‘Football Association’ kepada ‘Football Club’ yang bermula pada tahun ini, Sri Pahang sudah merancang beberapa perkara untuk memperkasakan pasukannya terutamanya melibatkan hal-hal di luar padang.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang, beliau berkata, antara perancangan yang akan dilakukan adalah membina sebuah clubhouse berserta tempat latihan baharu buat pasukan berpangkalan di pantai timur ini.", "“Selain daripada membentuk pasukan yang mantap dan boleh mencabar kelab-kelab yang lain, kita juga merancang untuk membina atau mencari tempat latihan yang baru, dan juga membina (sebuah) clubhouse yang lebih baik, itu menjadi impian kita.” kata Suffian kepada Sukanz.", "Difahamkan clubhouse dan tempat latihan yang baharu buat skuad yang terkenal dengan julukan Tok Gajah ini akan dibina di Kuantan sesuai dengan lokasinya yang menempatkan Stadium Darul Makmur serta ibu negeri Pahang.", "Ianya akan dilengkapi dengan beberapa buah padang yang memadai untuk kegunaan latihan buat sebuah kelab bola sepak profesional. Perancangan ini bertujuan untuk memberikan kemudahan yang lebih baik buat para pemain dan pengurusan Sri Pahang.", "Selain daripada memberikan tumpuan kepada pembinaan fasiliti dan kemudahan, Suffian turut berkongsikan bahawa Sri Pahang mahu menggemblengkan tenaga untuk memperkukuhkan ‘fan base’.", "Untuk menjalankan usaha ini, sebuah pasukan media yang mantap daripada segenap posisi akan dibina agar dapat meningkatkan penglibatan dan mendekatkan para penyokong Tok Gajah bersama pasukan.", "“Kita akan membentuk satu pasukan media yang mantap, dan kita juga mengalu-alukan komen membina daripada (pihak) media untuk membangunkan pasukan media ini.", "“(Pasukan) media ini kita perkukuhkan daripada segi keterlibatan dengan pengurusan.” katanya.", "Buat masa ini, segala usaha untuk memperkukuhkan ‘fan base’  akan dicurahkan menerusi platfrom atas talian (online) memandangkan pandemik Covid-19 yang masih menular dalam negara.", "Berdasarkan pemerhatian, skuad Tok Gajah mempunyai hampir 400,000 pengikut secara keseluruhan di platfom media sosialnya yang merangkumi Facebook, Instagram dan Twitter.", "Segala sesi bertemu para peminat dan penyokong pula sukar untuk diadakan buat masa ini memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan di hampir seluruh negara serta larangan untuk berkumpul secara beramai-ramai.", "Sementara itu, Suffian amat mengharapkan sokongan daripada penyokong serta semua pihak untuk memberikan masa kepada Sri Pahang bagi menjalankan usaha-usaha ini. ", "“Jangka masa untuk melakukan sesuatu benda itu tidak boleh disiapkan dalam masa sehari, ianya memerlukan perancangan dan sebagainya,”", "“Untuk maju ke hadapan dalam bola sepak kita perlukan perancangan, itu matlamat kelab dan saya sendiri,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219553/", "headline": "\n“Enjoy The Game & Pergi Agresif” – Ini Kata-Kata TMJ Yang Dipegang Arif Aiman Setiap Perlawanan\n", "content": ["Penyerang sayap muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi bukan sahaja berhasil menyumbang satu gol bagi memastikan kemenangan pasukannya dalam saingan Piala FA.", "Bahkan kecemerlangan persembahannya dalam perlawanan akhir menentang Terengganu FC turut mengangkatnya selaku pemain terbaik perlawanan (Man Of The Match), semalam.", "Disebalik kecemerlangan itu, pemain berusia 20 tahun kelahiran Pahang ini berkongsikan satu nasihat daripada pemilik Johor Darul Ta’zim, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang sentiasa menjadi pengangannya.", "“Dia (TMJ) selalu cakap enjoy the game (dan) pergi agresif. Dia selalu bercakap macam itu. Setiap perlawanan saya berpegang kepada kata-kata (itu),” kata Arif semasa dalam sidang media selepas perlawanan.", "Selain itu, Arif turut berkongsikan bahawa TMJ sering memberikan motivasi dan kepercayaan kepadanya untuk bermain dalam skuad utama pasukan yang berjulukan Harimau Selatan ini.", "Tambahnya lagi, ketika mula dapat menyertai skuad utama, dia sendiri tidak menyangka akan perkara tersebut serta tidak berkeyakinan dapat merebut tempat dalam kesebelasan utama.", "Pada masa yang sama, walaupun telah berhasil menjulang Piala FA dan meraih anugerah MOTM dalam perlawanan semalam, ianya belum cukup memuaskan dirinya selaku pemain bola sepak.", "Arif yang juga pemain skuad kebangsaan memasang impian untuk memburu lebih banyak kejuaraan bersama JDT termasuk di pentas antarabangsa seperti Liga Juara-juara AFC (ACL).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322257/", "headline": "\nAFA Community Lancar Super App Bagi Memacu Pendigitalan Aktiviti Sukan Di Malaysia\n", "content": ["Bagi memacu pendigitalan aktiviti-aktiviti sukan dalam komuniti sukan tanah air, AFA Community tampil melancarkan sebuah aplikasi yang bernama AFA Super App. ", "Ianya merupakan sebuah platform komuniti sukan yang membolehkan pengguna membuat dan mencari aktiviti, menguruskan RSVP dalam kumpulan, menempah venue dan membayar secara mudah, mengumpul dan menebus mata ganjaran serta menikmati tawaran daripada rakan kongsi – kesemuanya di hujung jari.", "Selain ciri-ciri yang dinyatakan, aplikasi ini direka khusus bagi menyelesaikan kesukaran yang dihadapi oleh penganjur aktiviti atau pemilik venue sukan yang menggunakan kaedah tempahan secara tradisional.", "Setakat Mac ini, aplikasi yang dibangunkan secara bersama dengan SegWitz telah mengumpulkan lebih 150,000 pengguna, mendapat tempahan lebih 500,000 jam bermain di 90 venue merentasi 11 negeri – Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Malacca, Penang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.", "Difahamkan, AFA Community merupakan salah satu “startups” (syarikat pemula) teknologi sukan yang muncul dimana Institut Sukan Negara (ISN) mempunyai pegangan saham dan terlibat secara aktif di dalamnya.", "Usaha pendigitalan sukan ini turut menyokong strategi teras yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Institut Sukan Negara (ISN) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara aktif menjelang 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220889/", "headline": "\nIngin Kembali Bersama OKS Faktor Irfan Zakaria Sertai Sabah FC\n", "content": ["Ingin meraih pengalaman baharu serta kembali bekerjasama dengan Datuk Ong Kim Swee (OKS) menjadi antara faktor utama buat Irfan Zakaria memilih menyertai Sabah FC.", "Pertahanan dan pemain tengah bertahan berusia 27 tahun ini diperkenalkan sebagai pemain baharu Sabah menerusi makluman di pelbagai platform media milik kelab itu, semalam.", "Pengumuman kedatangan Irfan itu sekaligus menoktahkan hubungannya dengan skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City).", "“Dua tahun di Kuala Lumpur, saya rasa telah mendapatkan banyak kejayaan besar seperti tahun lalu memenangi Piala Malaysia pada usia 100 tahun dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Cheras.", "“Musim ini, kami layak ke perlawanan akhir Piala AFC walaupun tanpa bajet yang besar,rahsianya semangat kekeluargaan yang menjadi kekuatan KL City dan saya tidak pernah ada masalah dengan pasukan.", "“Mungkin bila dilihat faktor ini semua, saya tidak ada sebab untuk keluar dari pasukan namun keputusan saya ke Sabah adalah didorong kerana mahu mencari pengalaman baharu demi kemajuan karier.", "“Bukan mudah saya buat keputusan ini malah dalam minggu lepas baharu saya memuktamadkan untuk ke Sabah kerana dalam masa sama turut berbincang dengan Bojan Hodak tentang perancangan KL City musim depan,” katanya.", "🏆 Pemenang Piala Malaysia yang bermain di posisi bek tengah & defensive midfielder. ", "🦏 Selamat datang ke Negeri Di bawah Bayu @irfannzakaria!#sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/m6I6O21E2v", "— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) December 1, 2022", "Kim Swee bukanlah individu yang asing buat Irfan. Kedua-duanya pernah bekerjasama bermula daripada skuad bawah 23 tahun negara (B-23) dan skuad Harimau Muda pada suatu masa dahulu. Perkara itu sedikit sebanyak meyakinkannya untuk bersama Sabah di bawah kendalian jurulatih berusia 51 tahun terbabit.", "“Saya sendiri pernah bekerjasama dengan Kim Swee semasa beraksi di skuad Bawah 23 tahun dan untuk ke sini, saya ada berbincang dengan beliau serba sedikit tentang taktikal musim depan.", "“Jadi, mengenalinya sejak dahulu, saya dan sebahagian besar rakan-rakan lain yang pernah bersama-sama semasa Harimau Muda dan skuad Bawah 23, kami tahu cara dia bekerja sama ada dalam atau luar padang.", "“Sedikit sebanyak kami mungkin boleh ikuti perancangan taktikal terbaharu yang beliau inginkan bagi harungi musim depan,” katanya.", "Sebagai rekod, Irfan memulakan karier secara profesional bersama Harimau Muda sebelum berpindah ke pasukan Kuala Lumpur dari 2016 hingga 2019. ", "Selepas itu, Irfan beralih angin dengan menyertai Kedah pada musim 2020 sebelum kembali semula bersama ke ibu kota dengan menyertai KL City pada tahun 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321815/", "headline": "\nSooka Tawar ‘Pas Single Match’ Liga Malaysia Pada Harga Pengenalan RM4.90\n", "content": ["Bagi para peminat bola sepak tempatan yang tidak melanggan Astro serta tidak berniat untuk melanggan Astro mahupun NJOI, saingan Liga Malaysia 2023 juga boleh ditonton menerusi servis dan aplikasi penstriman, sooka.", "Menerusi siaran akhbar yang diedarkan, terdapat empat empat tawaran buat para peminat bola sepak tempatan untuk menonton saingan Liga Malaysia 2023 menerusi servis dan aplikasinya. ", "Pertamanya, sooka menawarkan Pas Single Match pada harga pengenalan RM4.90 bagi setiap perlawanan.", "Keduanya, sooka menawarkan pakej bulanan yang diberi nama Pas Liga Malaysia dengan harga RM28.90 bagi setiap bulan.", "Seterusnya, terdapat pakej langganan VIP+Sports yang berharga RM41.90 setiap bulan. Pakej ini membolehkan pelanggan untuk mengakses semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan semua kandungan hiburan melalui telefon mudah alih.", "Akhir sekali, sooka turut menawarkan pakej TV VIP dengan harga langganan sebanyak RM62.90 bagi setiap bulan. Melalui pakej ini, pelanggan akan diberikan akses sooka melalui TV skrin besar serta satu akses mudah alih terhadap semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia dan juga hiburan.", "Sebagai tambahan, pihaknya memaklumkan kandungan Liga Malaysia sedia untuk dibeli bermula pada 23 Februari kelak – sehari sebelum berlangsungnya Perlawanan Sumbangsih merangkap perlawanan pertama Liga Super melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.", "Baca: Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214954/", "headline": "\nDua ‘Pemain Sepanyol Miliki Pasport Filipina’ Sertai JDT\n", "content": ["Dua orang pemain kelahiran Sepanyol namun memiliki pasport negara Filipina menyertai pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Dua pemain tersebut adalah penyerang, Bienvenido Maranon dan pertahanan tengah, Carli De Murga yang merupakan kelahiran El Puerto de Santa Maria (Pelabuhan Saint Mary) di wilayah Cadiz.", "Kemasukan pemain yang berusia 35 dan 33 tahun masing-masing ini dimaklumkan oleh JDT menerusi satu video berdurasi 48 saat di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "WELCOME TO THE HOME OF THE SOUTHERN TIGERS! #NewSigning#BienvenidoMaranon #CarliDeMurga#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/X7hnV1Pfw4", "Untuk makluman semua, Bienvenido mempunyai pengalaman sekitar 10 tahun dalam saingan Liga Sepanyol sebelum berhijrah menyertai kelab dalam saingan Liga Filipina, United City (dahulu dikenali sebagai Ceres-Negros) pada tahun 2015.", "Bersama United City, Bienvenido merekodkan 85 penampilan dan menjaringkan 65 gol serta mencipta 24 ‘assist’ termasuk di peringkat Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC. ", "Selain itu, Bienvenido yang mendapat kewarganegaraan Filipina pada Julai 2021 mempunyai 4 penampilan dan merekodkan 4 gol bersama skuad The Azkals dengan melakukan debut ketika saingan Piala AFF 2020 lalu.", "Sementara itu, Carli merupakan nama yang tidak asing lagi buat peminat bola sepak tempatan. Dia merupakan bekas pemain Terengganu FC pada musim 2021.", "Memulakan karier bola sepaknya di Sepanyol sekitar 2006 sebelum terbang ke Filipina untuk menyertai Global FC pada tahun 2012. Carli beraksi sekitar 8 tahun di negara itu sebelum menyertai Chonburi di Liga Thailand pada tahun 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214685/", "headline": "\nJurulatih Kelab EPL, Southampton Akan Latih Pemain Cyberlynx FC\n", "content": ["Pemain-pemain kelab amatur, Kelab Bola Sepak Cyberlynx (Cyberlynx FC) bakal menerima bimbingan daripada jurulatih-jurulatih kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), pada pertengahan tahun kelak.", "Peluang ini hadir selepas Cyberlynx FC yang dimiliki oleh Kolej Antarabangsa Cyberlynx telah memeterai kerjasama dengan Southampton FC sebagai ‘International Academy Partner’, pada minggu lalu.", "“Kerjasama strategik ini bakal membuka ruang kepada ramai pemain-pemain untuk meningkatkan mutu permainan, kemahiran bola sepak dan peluang untuk beraksi di peringkat domestik dan juga antarabangsa.", "Baca: Akademi Bola Sepak Cyberlynx Platform Kembangkan Karier Selepas SPM", "“Pemain-pemain Cyberlynx juga bakal berlatih di bawah bimbingan jurulatih-jurulatih dari Southampton yang akan berkunjung ke Malaysia pertengahan tahun ini.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "Seperti kita sedia maklum, akademi Southampton cukup terkenal dengan melahirkan pemain-pemain berbakat yang terkenal seantero dunia seperti Alan Shearer, Theo Walcott, Gareth Bale, Alex-Oxlade Chamberlain, Luke Shaw, Kevin Philips, Wayne Bridge dan Ben White.", "Untuk makluman semua, kolej ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan menawarkan Diploma Pengajian Bola Sepak sebagai program utama di kolej tersebut. ", "Selain itu, kolej ini turut mempunyai program ‘Student Athlete’ di mana semua pelajar di Cyberlynx diberi keahlian pelajar percuma dan akses kepada program pembangunan bola sepak profesionalnya dalam Cyberlynx FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112400/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos\n", "content": ["Majlis undian kejohanan bola sepak dwitahunan asia tenggara, Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe diundi dalam Kumpulan B.", "Malaysia yang diletakkan dalam Balang 2 telah diundi bersama-sama juara bertahan iaitu Vietnam dan diiringi oleh rival nusantara, Indonesia serta Kemboja dan Laos.", "Sementara itu, Kumpulan A pula terdiri daripada juara edisi 2014 dan 2016 iaitu Thailand dan ditemani oleh Myanmar, Filipina, Singapura serta pemenang pusingan kelayakan antara Brunei Darussalam atau Timor Leste.", "Pada masa yang sama, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth memaklumkan tuan rumah atau negara hos sedang berada di fasa akhir untuk ditentukan dan akan diumumkan dalam masa beberapa minggu lagi.", "Baca: Kemboja Intai Peluang Jadi Tuan Rumah Piala AFF 2020", "Untuk makluman semua, kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.", "Sebagai tambahan, sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1996, jiran tetangga, Thailand muncul selaku juara paling banyak iaitu 5 kali sementara Singapura pula sebanyak 4 kali. ", "Manakala Vietnam pula telah memenanginya sebanyak 2 kali dan akhir sekali, Malaysia sebanyak sekali.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324453/", "headline": "\nFAM Dapat Tajaan Pengeluar Minuman Bertenaga Indonesia Selama Setahun\n", "content": ["Badan induk bola sepak tanah air, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tajaan terbaru dan ianya daripada sebuah syarikat pengeluar minuman bertenaga, PT Toedjoe dari negara jiran tetangga iaitu Indonesia selama setahun.", "Perkembangan itu hadir menerusi makluman daripada FAM sendiri selepas menandatangani perjanjian di antara FAM dengan salah satu jenama produk yang dikeluarkannya, Extra Joss di Wisma FAM, Kelana Jaya pada petang tadi.", "“Seperti yang kita tahu, Extra Joss merupakan antara jenama minuman tenaga terkenal dan menerusi kerjasama yang dimeterai hari ini, ia bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi pemain Harimau Malaya beraksi, malah mampu menjadi jambatan persahabatan antara dua negara.", "“Mewakili Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM dan seluruh warga kerja FAM, saya amat mengalu-alukan kedatangan Extra Joss sebagai rakan minuman tenaga rasmi FAM dan mengharapkan kerjasama ini akan mendatangkan manfaat buat skuad bola sepak kebangsaan serta Extra Joss,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaa FAM, Dato’ Sri Shahril.", "Siaran Media: FAM Jalin Kerjasama Bersama Extra Joss", "Baca berita penuh di https://t.co/lSWYqO0wRC#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/BpRauVQzMe", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 6, 2023", "Sementara itu, wakil Extra Joss, Fanny Kurniati cukup teruja untuk memulakan kolaborasi bersama FAM lebih-lebih lagi menjelang perlawanan antarabangsa Tier 1 pada 14 dan 20 Jun kelak di Terengganu.", "“Kolaborasi bersama FAM amat istimewa buat kami di Extra Joss kerana kami tahu jenama Harimau Malaya adalah cukup signifikan buat peminat-peminat bola sepak di Malaysia.", "“Kami juga melihat kolaborasi ini sebagai peluang keemasan buat kami untuk memperluaskan lagi serta menembusi pasaran tempatan selain mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif menerusi Extra Joss.", "“Extra Joss mempunyai visi untuk menjadi pakar tenaga nombor satu di Asia Tenggara.  Tujuan Extra Joss untuk memberi tenaga kepada orang ramai untuk mencapai prestasi yang luar biasa dan berkembang maju dalam dunia yang kompetitif. Extra Joss menyediakan penggalak tenaga segera dan fokus untuk bekerja lebih jauh dan menjadi juara,” ujar Ibu Fanny.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207155/", "headline": "\nEPL Tandatangan Perjanjian Penyiaran Baharu Bersama Tencent Sports di China\n", "content": ["Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan telah menandatangani perjanjian baharu melibatkan hak penyiaran bagi perlawanan-perlawanan liga berkenaan di negara China bersama platform digital, Tencent Sports.", "Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi satu hantaran di laman sosial mereka, semalam. Ia sekaligus menggantikan perjanjian lama yang telah dibatalkan bersama syarikat televisyen, PPTV ekoran tunggakan pembayaran.", "The Premier League has today agreed a partnership with China’s leading digital sports media platform Tencent Sports, which will bring #PL action to fans in China for the remainder of the 2020/21 season More: https://t.co/CYygiNWfUH pic.twitter.com/39bkkmP1ke", "Dengan perjanjian penyiaran bersama Tencent Sports, para peminat EPL di China dapat mengikuti berita dan perkembangan terbaru kelab-kelab kesayangan mereka menerusi WeChat, QQ.com, Tencent Video, Penguin Live App, Tencent News App, Tencent Sports App dan Kan Dian.", "Mereka boleh mula menonton baki siaran langsung kesemua perlawanan-perlawanan EPL musim ini bermula sabtu ini, 19 september 2020.", "Sehubungan itu, mereka juga mengumumkan separuh daripada baki perlawanan musim ini akan disiarkan percuma bagi yang melanggan servis Tencent Sports."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206455/", "headline": "\nYakult dan The Sekolah Bola Jalin Kerjasama Untuk Pembangunan Akar Umbi\n", "content": ["Yakult (M) Sdn. Bhd. telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama The Sekolah Bola selama setahun, semalam. MoU tersebut bertujuan untuk memupuk bakat kanak-kanak dan remaja dalam sukan bola sepak bermula dari kategori akar umbi. Dalam persefahaman ini, pemain bola sepak berumur 12 tahun dan ke bawah dari The Sekolah Bola berpeluang mendaftar untuk menghadiri kem latihan bola sepak bersama kelab bola sepak di Jepun apabila situasi Covid-19 menjadi optimistik. Mekanisme untuk pemilihan pemain sedang ditubuhkan dan akan diumumkan selepas ia ditentukan. ", "Pada majlis ini, Yakult Malaysia diwakili oleh Pengarah Urusan, En. Hiroshi Hamada dan The Sekolah Bola diwakili oleh Pengasas, En. Muhamad Yazid Yahaya. Majlis menandatangani MoU turut dihadiri oleh En. Halim Bin Saad, Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, dari Kementerian Pendidikan Malaysia, wakil dari Bolabros, En. Paul Raj Thurairaj, Tigre Football, En. Norikhzan Ahmad Yahaya, dan pihak pengurusan Akademi Bola Sepak Brainy Bunch, En. Azmir Suria. ", "Menurut Hiroshi Hamada, “Misi syarikat kami adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai dan salah satu cara yang boleh kami lakukan adalah melalui sukan. Mungkin anda tidak dapat mengaitkan minuman probiotik seperti Yakult dengan sukan, tetapi terdapat kajian saintifik yang telah menunjukkan kepentingan pengambilan probiotik ketika bersukan atau pun ketika menjalankan aktiviti fizikal yang berat. ", "Ini kerana selepas bersukan, imunisasi badan kita akan menjadi lemah untuk sementara dan ini akan menyebabkan kita terdedah dengan risiko selsema. Minum Yakult selepas aktiviti sukan akan meningkatkan imunisasi kita dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan. Ini terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan di UK oleh Prof. Michael Gleeson dari Universiti Loughborough terhadap sekumpulan atlet yang menjalani latihan sukan yang intensif. Sudah tentu, seperti yang diketahui umum, pengambilan Yakult juga dapat membantu meningkatkan fungsi usus kita dan ini telah diakui dalam Akta Makanan dan Peraturan sejak 2017.” ", "“Sebagai Perintis Probiotik, Yakult bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan kesihatan sistem pencernaan yang baik dan imunisasi yang kuat, kepentingan mikrobiota usus yang sihat dan seimbang serta peranan faktor pemakanan terutamanya probiotik. Ketika kita sedang menghadapi penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan influenza, kita perlu menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjaga sistem imun mereka dan salah satu caranya adalah dengan mengamalkan pengambilan Yakult secara berterusan. ", "Kami menjangkakan lebih banyak kajian akan dijalankan yang dapat menyingkap lebih banyak maklumat mengenai manfaat kesihatan probiotik dan kesan positifnya terhadap mikrobiota usus, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhannya pada masa yang akan datang”, tambahnya lagi. ", "Seperti yang dilaporkan dalam suatu kajian yang terbaru oleh Prof. Madya Dr. Mahenderan Appukutty dari UiTM Shah Alam, pengambilan minuman probiotik Yakult secara berterusan dapat merangsang gelombang otak Theta (relaksasi) dan Delta (perhatian) dalam kalangan pemain bola sepak. Ini berpotensi untuk menyumbang kepada latihan yang lebih bagus, fungsi kognitif dan peningkatan psikologikal dalam senaman dalam kalangan atlet. ", "Rakan kerjasama, Pengasas The Sekolah Bola, Muhamad Yazid Yahaya berkata “Kami ingin merealisasikan impian anak-anak menjadi pemain bola sepak profesional melalui penggabungan sukan dan pendidikan. Selain daripada latihan sukan, kami juga memberi bekalan minuman probiotik Yakult kepada pemain-pemain di akademi kami selepas setiap sesi latihan untuk meningkatkan imuniti dan fungsi usus mereka”. Sebagai rekod, program-program The Sekolah Bola juga mendapat sokongan dari Kementerian Pendidikan sejak 2 tahun yang lalu. ", "Sesi pertukaran jersi telah berlangsung selepas majlis rasmi menandatangani persefahaman. Semua tetamu jemputan turut berpeluang menikmati minuman susu kultur probiotik Yakult sebelum majlis bersurai. ", "Aktiviti ini adalah sejajar dengan falsafah syarikat Yakult iaitu mencegah adalah lebih baik dari mengubati, usus yang sihat membawa kepada panjang umur dan untuk menyampaikan kesihatan yang baik kepada seramai orang yang boleh.  ", "Minuman susu kultur probiotik Yakult dinikmati secara harian oleh 40 juta orang di 40 buah negara seluruh dunia kerana kebaikan bakteria probiotiknya bernama strain Shirota, yang terbukti secara saintifik dapat melancarkan pergerakan usus, meningkatkan imuniti dan melindungi daripada jangkitan. Minuman Yakult dibuat sepenuhnya di Malaysia di sebuah kilang berteknologi canggih di Seremban, Negeri Sembilan dan disahkan Halal oleh JAKIM."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325513/", "headline": "\nTerbuka Korea: Langkah Sze Fei-Izzuddin Terhenti Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin nampaknya tidak dapat mengulangi kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu dalam saingan Terbuka Korea pada minggu ini.", "Ianya berikutan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ke-46 dunia tumpas pada peringkat suku akhir di tangan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan terbabit, Sze Fei-Izzuddin tumpas secara “straight set” dengan skor 9-21 dan 21-23 dalam tempoh masa 38 minit permainan.", " QF#INA🇮🇩 Fajar Alfian-Rian Ardianto(1) def. #MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani 21-9 23-21", "— BAM (@BA_Malaysia) July 21, 2023", "Kekalahan itu sekaligus menjadikan Sze Fei-Izzuddin telah tumpas sebanyak lapan kali daripada sembilan pertemuan menentang Fajar-Rian di pentas antarabangsa.", "Pada masa yang sama, kekalahan ini hadir selepas Ng Tze Yong yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki turut tumpas di peringkat suku akhir.", "Ianya sekaligus menyaksikan tiada sebarang kelibat wakil negara dalam mana-mana kategori bermula peringkat separuh akhir, esok.", "Perkara ini sama sekali berbeza berbanding saingan Terbuka Korea pada tahun lalu yang menyaksikan sekurang-kurangnya satu wakil negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir iaitu gandingan campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jin yang akhirnya berjaya merangkul kejuaraan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208523/", "headline": "\nPahang Sah Ikat Lee Tuck Tapi Kedudukan Dollah Belum Pasti\n", "content": ["Pahang mengesahkan telah mendapatkan khidmat bekas kapten Terengganu Football Club (TFC), Lee Tuck untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Perkembangan menarik itu disahkan sendiri oleh pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang menerusi satu laporan media tempatan, semalam.", "“Lee Tuck sudah sah bersama Pahang (musim depan).” katanya seperti dipetik daripada Stadium Astro.", "Baca: Usia Bukan Penghalang, Cheng Hoe ‘Setuju’ Naturalisasikan Lee Tuck & Cabrera", "Walaupun telah melakukan kerja awal dengan mendapatkan salah seorang pemain import terbaik dalam saingan Liga Malaysia pada ketika ini, perancangan kem Pahang dilihat sedikit ‘tempang’ apabila belum mengesahkan kedudukan jurulatih mereka, Dollah Salleh.", "Ketika ini, Pahang sedang membuat pertimbangan samada mahu mengekalkan Dollah yang telah berkhidmat sebagai ketua jurulatih sejak 2017 atau membawa masuk individu baharu.", "“(Tentang jurulatih) masih belum ada keputusan,”", "“Jika kepimpinan Pahang selepas ini mahu mengekalkan jurulatih Dollah dan saya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kami mahu mencari jurulatih baru, ia akan jadi tidak bagus.” ", "“Tidak bagus untuk jurulatih Dollah dan pasukan ini.” jelasnya.", "Where is Dollah Salleh headed to next? He hopes to stay on, but it is up to the management to keep him. It is rumoured that Pahang is linked to Nidzam Jamil and Yusri Che Lah, but we shall wait and see. #MFLTransfer2021 #MSL2021 https://t.co/ryYRs7WWxR", "Sekiranya khidmat Dollah tidak dilanjutkan, khabar angin bertiup kencang bahawa Pahang mahu mempertimbangkan dua jurulatih muda iaitu Nidzam Jamil (bekas ketua jurulatih Felda United FC) dan Yusri Che Lah (bekas ketua jurulatih Kelantan).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216771/", "headline": "\nMora Tak Bohong, Akui Terengganu Sebuah Pasukan Yang Mantap\n", "content": ["Walaupun berhasil merekodkan kemenangan, ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui lawannya merupakan sebuah pasukan yang mantap.", "Perlawanan yang berlangsung pada malam tadi itu menyaksikan skuad Harimau Selatan meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan berganda oleh Bergson da Silva pada separuh masa pertama.", "Manakala jaringan tunggal oleh Terengganu yang dibimbing oleh Nafuzi Zain pula disumbangkan oleh Kpah Sherman pada minit ke-31.", "“Saya tidak boleh berbohong yang Terengganu merupakan sebuah pasukan yang mantap dan punyai ramai pemain baik selain kekuatan di bahagian tengah.", "“Mereka juga begitu baik semasa situasi memegang bola malah sering kali dapat mencari kombinasi yang dimahukan selain penyerang, Kpah Sherman cukup kuat serta berbahaya.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Pada masa yang sama, jurulatih berusia 42 tahun kelahiran Mexico itu turut memberikan pujian kepada ketua jurulatih Terengganu kerana tidak menggunakan taktikal ‘membuang masa’ semasa di dalam permainan.", "“Pujian kepada jurulatih Nafuzi Zain dan saya hormat kepada pasukan yang mahu bermain bola sepak dan tidak membuang masa dalam permainan.", "“Mereka melawan dengan penuh bermaruah dan kalah 1-2, mereka sangat hampir untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini dan tuah menjadi milik kami.", "“Sherman tidak bernasib baik kerana terdapat dua situasi untuk menjaringkan gol selain kami berjaya berada di situ untuk berikan tekanan, di akhirnya kami tahu bagaimana mahu dapatkan tiga mata,” katanya.", "Hasil daripada kemenangan ini, JDT dapat mengekalkan kedudukannya di puncak Liga Super dengan 12 mata hasil daripada empat perlawanan.", "Perlawanan seterusnya, JDT yang merupakan juara bertahan dijadualkan menentang PJ City pada 6 Mei kelak.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321895/", "headline": "\nLiga Malaysia Dapat Tajaan Jenama Air Mineral Semula Jadi Beroksigen Selama 1 Tahun\n", "content": ["Saingan bola sepak tempatan, Liga Malaysia yang dikelolakan oleh Malaysian Football League (MFL) terus-menerus mendapat sokongan dalam bentuk penajaan daripada syarikat-syarikat perniagaan.", "Terbaru, MFL mengumumkan menerima tajaan daripada jenama air semula jadi beroksigen iaitu BubbleO2 selama setahun sekaligus diangkat menjadi Rakan Rasmi Air Mineral Semulajadi Beroksigen Liga Malaysia.", "Penajaan BubblesO2 kepada MFL termeterai secara rasmi selepas Stuart Ramalingam dan Ain Azizah Ariffin merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang mewakili kedua-dua entiti terbabit masing-masing menandatangani kontrak penajaan bertempat di Hilton Petaling Jaya, pada hari ini.", "Bagaimanapun, jumlah panajaan daripada BubblesO2 kepada MFL tidak didedahkan kepada umum.", "Dimaklumkan, ini merupakan kali pertama buat BubblesO2 yang mengambil punca air jenis bawah tanah bertempat di Rantau, Negeri Sembilan terlibat dalam penajaan bola sepak. ", "Akan tetapi, ini bukanlah penajaan pertamanya dalam arena atau aktiviti sukan tanah air. Sebelum ini, BubblesO2 sudah bekerjasama serta menaja pelbagai sukan lain seperti bersama pasukan Petronas Yamaha Sprinta-CKJ Racing untuk Kejohanan CubPrix Kebangsaan (2018-2020), kontinjen Majlis Sukan Wilayah Persekutuan semasa SUKMA 2022, pasukan besbol kebangsaan 2022 serta Kejohanan Silat Dunia 2022. ", "Untuk makluman semua, produk BubblesO2 ini boleh didapati di rangkaian 7-Eleven,kedai Mesra Petronas di semenanjung Malaysia, AeonBIG Hypermarket, AeonMall Store, rangkaian EMart 24 serta Express Mart.", "Selain itu, ianya turut ditempatkan untuk pembelian para pengembara di lapangan terbang seperti KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2, kedai serbaneka dan farmasi di hospital-hospital awam dan swasta di Lembah Klang serta kawasan R&R di sepanjang lebuhraya PLUS."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216670/", "headline": "\nTerbuka Korea: Gandingan Yew Sin-Liu Ying Mara Ke Peringkat Suku Akhir Buat Pertama Kali\n", "content": ["Selepas mendapat ‘bye’ di Pusingan 32, beregu campuran bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying meraih pula kemenangan percuma di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Korea 2022, hari ini.", "Mereka sepatutnya menentang beregu tuan rumah merangkap pilihan pertama kejohanan, Seo Seung-jae dan Chae Yujung. Bagaimanapun, beregu ini tidak beraksi dan Yew Sin-Liu Ying diberikan ‘walkover’ atau kemenangan tanpa bertanding.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan pertama Yew Sin-Liu Ying ke pentas suku akhir sejak bergandingan bermula sekitar awal tahun ini.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Yew Sin-Liu Ying bakal menantikan cabaran samada daripada beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han (pilihan kelapan kejohanan) atau beregu Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun (ranking ke-247).", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Facebook Goh Liu Ying"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219405/", "headline": "\nHakimi Pemain Laju, Kuat & Mempunyai Tendangan Yang Padu\n", "content": ["Pada jendela perpindahan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2021, Terengganu FC membuat keputusan untuk menandatangani beberapa orang pemain muda berbakat.", "Salah seorang daripadanya adalah penyerang berkaki kidal, Mohamad Hakimi Abdullah yang beraksi bersama skuad Liga Premier, Kelantan, pada tahun lalu.", "Dalam aksi pembukaan Liga Super, pemain berusia 21 tahun ini dimasukkan sebagai pemain gantian untuk mengisi posisi ‘flank’ kiri oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain ketika Terengganu ketinggalan kepada pasukan tuan rumah, UiTM FC.", "Percaturan Nafuzi nyata membuahkan hasil apabila kehadiran Hakimi memberikan ancaman kepada barisan pertahanan UiTM di bahagian kiri. Dia berjaya mencetak gol kemenangan dengan penuh bergaya menerusi satu rembatan kencang kaki kirinya di minit-minit akhir.", "“Hakimi merupakan pemain yang mempunyai kelajuan, kekuatan dan tendangan yang padu tetapi masih banyak yang perlu dipertingkatkan,” ujarnya sambil berkongsikan kemasukan Hakimi kerana mahukan pasukannya mempunyai lebih ‘pace’ ketika melakukan serangan.", "Ternyata Nafuzi amat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain muda kelahiran Kelantan ini namun beliau melihat Hakimi perlu memburu lebih banyak minit permainan selain daripada meningkatkan lagi kemampuan diri.", "“Hakimi ni masih pemain yang muda, memerlukan lebih banyak pengalaman, untuk dapatkan pengalaman, awak perlu lebih minit permainan. Jadi, setiap pemain akan mendapat peluang (untuk bermain),” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, selain daripada Hakimi, Terengganu turut menandatangani pemain tengah Nik Akif Syahiran, pertahanan Shahrul Nizam dan pemain sayap lincah Faisal Halim dimana kesemuanya berumur di bawah 24 tahun.", "Pada masa yang sama, mereka turut menaikkan pangkat beberapa pemain muda daripada pasukan simpanan, Terengganu II dan pasukan pembangunan bawah umur, Terengganu III. ", "Antaranya penyerang Isa Raman, pemain tengah menyerang Engku Nur Shakir, pertahanan Alif Zakaria dan penjaga gol Syed Nasrulhaq.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217396/", "headline": "\nSukan SEA: Thailand Mendahului Setelah Kunlavut Tewaskan Jacky Di Perlawanan Pertama\n", "content": ["Skuad Thailand berhasil mendahului 1-0 dalam perlawanan akhir acara badminton berpasukan lelaki menentang Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2021. ", "Pendahuluan itu berhasil dicetak oleh Thailand setelah perseorangan pertamanya (MD1), Kunlavut Vitidsarn berjaya menumpaskan wakil Malaysia, Jacky Kok Jing Hong pada pertarungan pertama secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15.", "RESULTS: #SEAGames2021 FINALS (Men’s Team)", "Kunlavut Vitidsarn def. Kok Jing Hong 21-10 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/zdPUzgdI7b", "— BAM (@BA_Malaysia) May 18, 2022", "Berdasarkan rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan Jacky yang berada di ranking ke-199 dan Kunlavut yang menghuni ranking ke-18 dunia di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, perebutan pingat emas bagi acara ini antara Malaysia dan Thailand diteruskan ke pertarungan kedua yang menemukan beregu Man Wei Chong-Tee Kai Wun (ranking ke-34) dengan Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong (ranking ke-196).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219101/", "headline": "\nSri Pahang FC Sedang Nilai Calon Penyerang Tipikal No.9\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC sedang dalam penilaian akhir terhadap beberapa nama bagi mengisi baki dua slot pemain importnya untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, salah satu daripada slot pemain tersebut akan diisi dengan penyerang tengah tipikal No.9 ", "Manakala satu lagi slot akan diisi dengan pemain pertahanan yang mempunyai kemampuan untuk beraksi sebagai pemain tengah bertahan jika diperlukan.", "“Yang pertamanya, kami (mahu) dapatkan khidmat centre forward (penyerang tengah) tipikal No.9 dan mempunyai saiz yang baik untuk berhadapan dengan barisan pertahanan terutamanya kalangan import.”", "“Ada satu striker ni bagus, tapi saiznya antara 5 kaki 6 inci, macam mana nak hadapi pertahan import yang rata-ratanya bersaiz lebih besar daripada pasukan lain?”", "RUMOURS! Striker Arema FC, Kushedya Hari Yudo (27) dikabarkan diminati oleh klub Malaysia, 🇲🇾Sri Pahang FC.🇲🇾SPFC memang santer dikabarkan bakal mendatangkan pemain Indonesia guna mengisi kuota ASEAN utk 🇲🇾MSL 2021. [Bolacom] pic.twitter.com/WzgCo0MLl2", "“Kemudiannya, kami mahu pertahanan yang mampu bermain di posisi defensive midfield (tengah bertahan) supaya dapat dimainkan dalam pelbagai taktikal sebagai contoh ketika bertahan.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Menurut Suffian lagi, setakat ini beberapa pemain daripada rantau asia tenggara terutamanya Indonesia menawarkan diri untuk menyertai pasukan Sri Pahang memandangkan ketidaktentuan aksi Liga Indonesia.", "Namun begitu, terdapat juga beberapa pemain dari negara di rantau asean yang lain seperti Filipina, Vietnam serta Thailand menawarkan diri untuk mengisi kedua-dua posisi tersebut.", "Untuk makluman, kedua-dua slot ini akan diisi oleh pemain dari kelompok negara asia atau asean memandangkan Sri Pahang telah mengikat khidmat pertahanan Herold Goulon (Perancis), pemain tengah Lee Tuck (England) dan pemain tengah menyerang Sergio Aguero (Argentina).", "“Keutamaan kami pada masa ini mendapatkan pemain yang mementingkan semangat berpasukan dan mampu serasi bersama rakan pasukan di dalam dan luar padang, menjadi satu keluarga.” tambahnya lagi sambil mendedahkan ianya sebahagian daripada penerapan jurulatih baharu, Thomas Dooley.", "Bagi kalangan pemain tempatan, Sri Pahang akan dikuatkan dengan 21 orang pemain dimana hampir 85% daripadanya merupakan anak jati negeri Pahang Darul Makmur. Antara muka baharu yang dibawa masuk oleh Sri Pahang ialah Hafiz Ramdan, Ezanie Mat Salleh, Zharif Irfan, Malik Mat Arif, Shahrul Aizad, dan Baqiuddin Shamsudin."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218780/", "headline": "\nSukan Komanwel: Juara Dunia, Pusarla Berhempas-Pulas Atasi Goh Jin Wei\n", "content": ["Pertarungan kedua bagi perlawanan akhir acara badminton berpasukan di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 antara India dan Malaysia menemukan Pusarla Venkata Sindhu dan Goh Jin Wei.", "Pusarla yang menghuni ranking ketujuh dunia merangkap juara dunia 2019 menepati ramalan mencetak kemenangan dalam perlawanan ini namun ianya tidak datang dengan mudah.", "Pemain berusia 27 tahun ini terpaksa berhempas-pulas mengerahkan kudratnya sebelum berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” 22-20 dan 21-17 ke atas Jin Wei yang berada di ranking ke-60 dunia.", "RESULTS: #Birmingham2022 FINAL#MAS🇲🇾 1-1 #IND🇮🇳 ", "Pusarla Sindhu def. Goh Jin Wei 22-20 21-17#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gBYiuaBVK1", "— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2022", "Untuk rekod, kemenangan yang diraih pada hari ini menjadikan Pusarla melebarkan rekod kemenangan ke atas Jin Wei kepada tiga kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.", "Sebelum ini, Pusarla telah berhasil menewaskan Jin Wei sebanyak dua kali di kejohanan Piala Sudirman 2019 dan saingan Indonesia Masters 2018.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini membolehkan pasukan India menyamakan kedudukan 1-1 dengan Malaysia dalam acara perebutan kilauan pingat emas Sukan Komanwel ini.", "Bagi perlawanan seterusnya yang melibatkan pertemuan perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang mewakili Malaysia akan turun menentang taruhan India, Srikanth Kidambi.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114348/", "headline": "\nKetinggian 1.94m Papé Diakité Solusi Terengganu Untuk Rebut Bola Di Udara\n", "content": ["Semifinalis Piala Malaysia 2021, Terengganu FC mengumumkan kedatangan pemain import baharu keduanya yang merupakan seorang pertahanan berketinggian 1.94 meter (m), Papé Diakité, pada hari ini.", "Dimaklumkan, pemain kelahiran Dakar, Senegal yang berusia 28 tahun ini diikat kontrak selama setahun bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu khusus untuk menggantikan pemergian pertahanan import musim lalu, Carli de Murga.", "Selamat Datang PAP'E DIAKIT'E! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/5Bk6nZfk2K", "Sementara itu, ketua jurulatih, Nafuzi Zain melihat kedatangan bekas pemain Liga Belgium dan Vietnam ini bukan sahaja untuk mengukuhkan benteng pertahanan skuad Hitam Putih untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Malahan, kelebihan fizikal terutamanya ketinggian 1.94m yang dimilikinya itu akan menjadi solusi kepada kekurangan yang dihadapi oleh Terengganu pada musim lepas iaitu perebutan bola di udara.", "Pada masa yang sama, Nafuzi turut mengharapkan Papé dapat menyesuaikan diri bersama pasukan termasuk corak permainan Terengganu dengan cepat. ", "Untuk makluman semua, Papé bakal menyarung jersi bernombor 44 bersama Terengganu kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218378/", "headline": "\nMesut Ozil Berpisah Dengan Fenerbahce, Kini Berstatus Ejen Bebas\n", "content": ["Bekas pemain tengah skuad kebangsaan Jerman, Mesut Ozil kini tidak terikat dengan mana-mana kelab serta bergelar ejen bebas (free agent).", "Ianya berikutan pemain berusia 33 tahun ini dilaporkan oleh beberapa agensi media di Turki  telah berpisah dengan kelabnya, Fenerbahce secara persetujuan bersama, semalam.", "Untuk makluman semua, Fenerbahce mengumumkan menggugurkan Ozil daripada skuadnya pada penghujung Mac lalu tanpa sebarang penjelasan kepada umum.", "Selain daripada tidak dapat beraksi ekoran pengguguran tersebut, Ozil juga tidak dibenarkan menyertai latihan rasmi pasukan utama Fenerbahce bersama rakan sepasukannya yang lain. ", "Turkish German football star Mesut Özil parts ways with Istanbul giant Fenerbahçe after mutually terminating contract, 18 months after move from Premier Leaguehttps://t.co/O8DqdqkoEa", "— DAILY SABAH (@DailySabah) July 11, 2022", "Difahamkan, menurut satu laporan yang lain, pengguguran Ozil itu berpunca daripada insiden pertengkarannya bersama ketua jurulatih sementara Fenerbahce pada ketika itu, Ismail Kartal.", "Namun begitu, setelah hadirnya ketua jurulatih yang baharu, Jorge Jesus, sebuah saluran televisyen di Turki, NTV Spor melaporkan Ozil tidak berada dalam perancangannya untuk musim baharu kelak.", "Pada masa yang sama, laporan itu turut menyatakan Ozil sedang berunding dengan sebuah kelab lain yang turut berpangkalan di Istanbul iaitu Istanbul Basaksehir – pasukan yang menamatkan saingan Superlig di tangga keempat, musim lalu.", "Baca: 5 Perkara Menarik Mengenai Pasukan Yang Mengalahkan Man Utd, Istanbul Basaksehir", "Malahan terdapat juga khabar angin tentang kebarangkalian Ozil berpindah ke kancah bola sepak Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS).", "Sebagai tambahan, Ozil diumumkan menyertai Fenerbahce pada awal tahun 2021 yang lalu setelah berpisah dengan Arsenal. Sepanjang bersama Fenerbahce, dia sempat melakukan 36 penampilan, menjaringkan 8 gol serta mencerak 3 “assist”."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219025/", "headline": "\nLion City Sailors & Kim Do-hoon Berpisah Selepas Setahun Bersama\n", "content": ["Pendahulu Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors FC mengumumkan mereka berpisah dengan ketua jurulatihnya dari Korea, Kim Do-hoon.", "Walaupun jurulatih yang membawa Ulsan Hyundai menjuarai Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 ini mempunyai kontrak bersama skuad The Sailors sehingga 2023, penamatan kontraknya itu diumumkan secara rasmi menerusi satu kenyataan media kelab, semalam.", "Kesepakatan penamatan kontrak antara kedua-dua pihak ini hadir sehari selepas Do-hoon dikenakan hukuman gantung 3 perlawanan SPL dan denda sekitar 2,000 Dolar Singapura oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).", "Lion City Sailors and Head Coach Kim Do-hoon have reached a mutual agreement to part ways. We thank him for his service, and we wish him the best in his future endeavours. ", "— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) August 11, 2022", "Hukuman itu dikenakan atas alasan kelakuan ganas iaitu menanduk penolong ketua jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin di penghujung perlawanan SPL pada 24 Julai lalu di Stadium Jalan Besar.", "Untuk rekod, Do-hoon diumumkan menyertai Lion City Sailors pada Mei 2021. Sekitar setahun bersama kelab kaya raya berpangkalan di Singapura ini, Do-hoon yang berusia 52 tahun ini telah membantu The Sailors memenangi saingan SPL 2021 dan Community Shield 2022.", "Sebagai tambahan, dalam kenyataan yang sama, kekosongan yang ditinggalkan Do-hoon digantikan dengan Pengarah Teknikal Kelab, Luka Lalic selaku ketua jurulatih sementara (interim).", "Featured Image: Lion City Sailors"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219739/", "headline": "\nMTA Anjur Malaysian Teqball Grand Prix Bermula Januari Hingga November 2023\n", "content": ["Bagi mencapai sasaran untuk mengembangkan atlet teqball kebangsaan dari peringkat akar umbi, Persatuan Teqball Malaysia (MTA) akan hadir dengan satu kejohanan ulungnya – Malaysia Teqball Grand Prix pada tahun hadapan.", "Menerusi satu kenyataan rasmi badan induk terbabit, kejohanan tersebut dijadualkan bermula Januari hingga November serta dilangsungkan di lapan buah lokasi berbeza di seluruh negara.", "Pada masa yang sama, MTA turut mendedahkan akan berbincang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenai kebarangkalian membentuk kerjasama untuk penganjuran kejohanan tersebut.", "Selain itu, MTA juga sedang meneliti prospek untuk memperbadankan kejohanan ini sebagai sebuah syarikat – mencontohi penswastaan yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) bagi saingan bola sepak tempatan Malaysia.", "Untuk pengetahuan semua, teqball merupakan sejenis sukan yang menggabungkan elemen bola sepak dan ping pong. Pemain perlu memainkan bola tersebut seperti bermain ping pong menggunakan mana-mana anggota badan kecuali tangan dan lengan. Dan ianya dimainkan di atas meja melengkung khas (teq table). ", "Permainan ini bermula pada tahun 2014 di Budapest, Hungary dan berkembang ke seluruh dunia selepas daripada itu. Di Malaysia sendiri, MTA ditubuhkan bermula tahun 2018 dan dipimpin oleh Siva Kumar Jakarathan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110881/", "headline": "\nVideo: Pemain Malaysia-Finland, Nooa Laine Raih Gol Sulung Dalam Kancah Veikkausliiga\n", "content": ["Pemain tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine meraih jaringan sulung dalam liga utama Finland, Veikkausliiga ketika mewakili pasukannya, SJK Seinäjoki menentang IFK Mariehamnin.", "Pemain yang bakal menginjak usia 19 tahun ini berhasil meletakkan namanya selaku penjaring pada minit ke-15 setelah pantas mengambil peluang daripada pemain lawan yang gagal mengawal bola dengan baik.", "MAALI ⚽️Nooa Laine ja uran ensimmäinen Veikkausliigamaali 🔥#SJKIFKM pic.twitter.com/MQw0l28BiS", "Jaringan tersebut telah membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 3-0 serta melonjakkan pasukannya menduduki tangga keempat dalam carta liga selepas mengharungi 10 perlawanan.", "Bukan itu sahaja, Nooa turut dinobatkan selaku ‘Man of The Match’ (MOTM) atas aksi yang memberangsangkan dalam perlawanan yang berlangsung di halaman sendiri, OmaSP Stadion, semalam.", "Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketujuh Nooa dalam saingan liga utama Finland. Pemain yang turut berkemampuan untuk beraksi di belakang penyerang dan sayap ini mencatatkan penampilan pertamanya ketika aksi keempat liga.", "Untuk pengetahuan semua, Nooa yang diumumkan menyertai SJK Seinäjoki pada Januari lalu mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga penghujung tahun 2022.", "Selain itu, pemain yang mewarisi darah Malaysia menerusi bapanya pernah bermain bersama skuad kebangsaan Finland Bawah 17 Tahun (B-17) dan merekodkan sebanyak 9 penampilan.", "Saksikan sorotan penuh perlawanan antara SJK Seinäjoki menentang IFK Mariehamnin pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218281/", "headline": "\nMalaysia Masters: Aaron-Wooi Yik Rekod Kemenangan Ke-2 Berturut-Turut Ke Atas Koga-Saito\n", "content": ["Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tiada masalah untuk mengulangi kemenangan ke atas beregu Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada hari ini.", "Minggu lalu, Aaron-Wooi Yik berhasil merekodkan lawan yang sama di Pusingan 32, Terbuka Malaysia. Kemenangan itu sekali lagi diulangi di peringkat Pusingan 32, saingan Malaysia Masters.", "Dalam perlawanan tersebut, beregu negara yang menghuni ranking keenam dunia ini menumpaskan Koga-Saito secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 43 minit permainan.", "R32#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) def. #JPN🇯🇵 Akira Koga-Taichi Saito 21-16 21-19#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/8X2JipAL3u", "— BAM (@BA_Malaysia) July 5, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketiga melibatkan Aaron-Wooi Yik dan Koga-Saito di pentas antarabangsa. Setakat ini, Akira-Saito hanya meraih kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik ketika bertemu buat julung kalinya dalam saingan Terbuka Denmark 2021.", "Sementar itu, kemenangan yang diraih ke atas Koga-Saito ini membolehkan Aaron-Wooi Yik menempah tiket kemaraan ke Pusingan 16 saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah beregu Korea yang menduduki tangga ke-98 dunia, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang. Untuk makluman, pasangan ini mara selepas menyingkirkan beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Pro-hsuan, petang tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215773/", "headline": "\nFarah Ann Masih Disenaraikan Untuk Mewakili Malaysia Di Sukan SEA Vietnam\n", "content": ["Walaupun heboh mengenai desas-desus persaraan melibatkan ratu gimnastik negara, nama Farah Ann Abdul Hadi masih disenaraikan oleh Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) untuk mewakili Malaysia ke Sukan SEA Vietnam 2021 pada Mei kelak.", "Menurut laporan Bernama, Setiausaha Agung MGF, Afrita Ariany berkata pihaknya turut mendengar desas-desus berkenaan namun tiada sebarang surat persaraan dihantar oleh atlet berusia 27 tahun itu, sehingga kini. Oleh demikian, pihak MGF tetap menyenaraikan namanya.", "“Kami hanya mengetahui rancangan beliau untuk bersara semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama jurulatihnya dan Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini. (Menurut jurulatihnya) beliau dikatakan akan bersara. Malah, Farah juga memaklumkan (perkara itu) kepada beberapa orang yang rapat dengannya.", "“Saya masih menunggu hitam putih. Bagaimanapun, beliau masih dalam senarai kami untuk Sukan SEA,” katanya seperti dipetik daripada portal milik agensi berita nasional itu.", "Terdahulu, ketua jurulatih artistik wanita kebangsaan, Ng Shu Wai tidak menolak kemungkinan atlet kelahiran Subang, Selangor itu akan bersara daripada sukan ini. Tambahan pula, Farah sudah dua minggu tidak mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan.", "Sebagai tambahan, di temasya dwitahunan berkenaan, MGF meletakkan sasaran untuk memungut empat pingat emas dalam acara gimnastik termasuk daripada acara berpasukan.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323097/", "headline": "\nShereen Vallabouy Pecah Rekod Acara 400m Berusia Tiga Dekad\n", "content": ["Atlet olahraga yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Shereen Samson Vallabouy kini meletakkan dirinya selaku wanita terpantas dalam acara 400 meter (m) bagi peringkat kebangsaan.", "Ianya hadir selepas atlet berusia 25 tahun ini berhasil menamatkan larian dalam tempoh 51.80 saat (s) dalam peringkat saringan di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC ke-63 di California, awal pagi Sabtu waktu Malaysia.", "Bagaimanapun, catatan masa terbabit meletakkan Shereen di tempat kelima dalam perlumbaan terbabit.", "A post shared by WinonaStateTF (@winonastatetf)", "Akan tetapi, catatan masa oleh atlet Winona State University itu sekaligus meleburkan rekod 52.56s yang berusia tiga dekad dipegang oleh Allahyarhamah Rabia Abdul Salam.", "Untuk makluman, rekod kebangsaan tersebut dicipta Rabia pada tahun 1993 di Filipina.", "Sebelum ini, Shereen telah mencipta sensasi apabil menempa rekod baharu kebangsaan bagi acara larian 400m dalam dewan dengan catatan masa 52.27s sekaligus meraih pingat emas di Kejohanan Trek & Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA pada bulan lalu.", "Sebagai tambahan, Shereen menjadi taruhan buat Kontinjen Malaysia untuk beraksi di temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja bagi acara 400m dan 4x400m.", "Featured Image: Instagram Shereen Vallabouy"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111193/", "headline": "\nJuara Sepanyol Minat Dapatkan Khidmat Jesse Lingard\n", "content": ["Khidmat pemain tengah Manchester United dan England, Jesse Lingard dikhabarkan sedang diintai oleh juara liga Sepanyol, Athletico Madrid.", "Perkembangan tersebut dilaporkan secara eksklusif oleh laman sesawang 90min sekitar awal pagi tadi.", "Nama Lingard menjadi sebutan setelah dia tampil cemerlang ketika beraksi bersama West Ham United secara pinjaman, musim lalu.", "The run 😍The finish 🎯Your @SkyeCloudLTD Goal of the Month goes to this beauty from Jesse Lingard! pic.twitter.com/sjEtHD8UYY", "Bersama skuad yang dibimbing oleh David Moyes itu, Lingard telah menjaringkan sembilan gol daripada 16 penampilan yang dilakukan di kelab yang berpangkalan di London tersebut.", "Bagi penyokong-penyokong West Ham, mereka turut berharap Lingard kembali bersama mereka untuk saingan musim 2021/2022 yang akan membuka tirainya tidak lama lagi.", "Ketika ini, pemain berusia 28 tahun ini masih mempunyai baki kontrak selama semusim lagi bersama Red Devils."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217832/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pemain No.1 Tuan Rumah Singkir Zii Jia Di Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan No.1 tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting menunjukkan Lee Zii Jia jalan keluar daripada saingan Indonesia Masters 2022.", "Pemain No.6 dunia yang beraksi di hadapan majoriti penyokongnya sendiri itu berhasil menumpaskan Zii Jia di peringkat suku akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Ginting terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor  18-21 kepada Zii Jia.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022MS – Quarter final18 21 21 🇮🇩Anthony Sinisuka GINTING🏅21 16 15 🇲🇾Zii Jia LEE", "🕗 in 69 minutes https://t.co/YyBukP2yed", "— BWFScore (@BWFScore) June 10, 2022", "Akan tetapi, Ginting berhasil bangkit dalam dua set seterusnya dengan skor 21-16 dan 21-15 sekaligus mengesahkan kemenangannya dalam perlawanan ini.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan yang keenam melibatkan Ginting dan Zii Jia di pentas antarabangsa. Namun begitu, dengan kemenangan ini, Ginting menjadikan rekod kemenenangannya ke atas Zii Jia lima berbalas satu daripada keseluruhan.", "Sementara itu, Ginting selaku pemenang akan bertemu samada pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen atau pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208719/", "headline": "\n‘Rusuhan’ di GBK Pengalaman Tidak Dapat Dilupai Jurugambar Berpengalaman, Khairil Jaafar\n", "content": ["Huru-hara yang berlaku ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) bukan sahaja tidak dapat dilupakan penyokong yang ke sana malahan jurugambar yang bertugas membuat liputan, Khairil Ajhar Jaafar.", "Perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3-2 memihak kepada skuad Harimau Malaya itu dicemari dengan insiden beberapa penyokong Indonesia cuba menyerang kelompok penyokong Malaysia semasa perlawanan berlangsung.", "“Tidak boleh dilupakan, tahun lepas semasa bertandang ke Indonesia kena baling batu oleh penyokong Indonesia di GBK.", "“Kita duduk tepi (padang) tu berhampiran dengan (tempat duduk) penyokong Malaysia, rusuhan yang terjadi tu dekat dengan kita,” katanya ketika berkongsi pengalamannya kepada Sukanz.", "Selepas tamatnya perlawanan, sekelompok penyokong Indonesia telah bertindak mengepung dan ‘menunggu’ penyokong Malaysia di luar. Ini memaksa penyokong dan juga pengamal media Malaysia ‘bermalam’ atas faktor keselamatan sehingga ke awal pagi di stadium menantikan mereka bersurai.", "Itu menjadi pengalaman paling diingati oleh Khairil sejak berkecimpung sebagai jurugambar sukan lebih kurang sedekad ini. Di Malaysia pula, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya adalah ketika bertugas membuat liputan dalam sebuah perlawanan melibatkan saingan piala.", "“Perselisihan penyokong yang paling teruk adalah antara Kedah dan Perak di Stadium Perak pada tahun 2014, masa tu kena baling air dengan penyokong sampai basah habis kamera. Mujurlah semuanya (peralatan) tidak mengalami (sebarang) kerosakan.” ujarnya.", "Bercerita mengenai pengalamannya sebagai jurugambar, Khairil mula berjinak dalam bidang fotografi sekitar tahun 2007. Ketika itu, dengan sedikit modal yang terkumpul di tangan, dia bermula dengan kamera filem.", "Pada tahun 2010, barulah dia mula menggunakan kamera digital dan menceburi bidang fotografi sukan bersama pasukan bola sepak kesayangannya, Kedah.", "“Bermula sebagai jurugambar sukan ini (pada) tahun 2010, bersama kelab penyokong (fans club) Kedah, hijaukuning.com, masa tu ikut kelab penyokong untuk (buat liputan) menangkap gambar dan sebagainya.”", "Ketika zaman awal pembabitannya dalam fotografi sukan, memang diakui dirinya sangat noob. Namun dengan passion, kecekalan dan perkongsian daripada ramai rakan-rakan jurugambar yang lain, Khairil berhasil meningkatkan skil dan kualiti hasil kerjanya dari semasa ke semasa.", "“Tahun 2012 diberi peluang untuk sertai (organisasi media) Dunia Sukan, ketika ini masih lagi bekerja dan makan gaji, manakala pekerjaan sebagai jurugambar hanyalah sebagai separuh masa atau freelance.” katanya.", "Khairil mula mengambil keputusan untuk menjadi jurugambar sukan secara sepenuh masa bermula pada tahun 2015. Itupun selepas syarikat dia bekerja terpaksa membuang pekerja disebabkan oleh masalah kewangan.", "Tanpa menoleh ke belakang lagi, Khairil mula menumpukan sepenuh perhatian sebagai jurugambar sukan. Selain itu, Khairil juga menjadi jurugambar rasmi buat pasukan bola Kedah dan Malaysia.", "Antara penglibatan tertinggi Khairil adalah terlibat membuat liputan bagi tiga edisi Piala AFF Suzuki iaitu 2014, 2016 dan terbaharu edisi 2018 di mana Malaysia menjadi naib juara. Manakala untuk temasya Sukan SEA pula, Khairil turut terlibat membuat liputan sebagai jurugambar sebanyak 3 kali.", "Tahun ini, dia sepatutnya terbang ke bumi matahari terbit untuk bertugas sebagai jurugambar di temasya Sukan Olimpik 2020 Tokyo. Malangnya, pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun ini dan menyebabkan ianya ditunda pada tahun hadapan.", "Cita-cita terbesar Khairil adalah untuk membuat liputan sebagai jurugambar di kejohanan Piala Dunia sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.", "Sambil ketawa Khairil menjawab, “Kaya dengan kawan-kawan dan kaya dengan sokongan.”", "“Bidang fotografi ini merupakan bidang yang memerlukan pelaburan yang mahal disebabkan oleh peralatan-peralatannya yang mahal.", "“Dia punya pulangan tu lambat, contohnya macam sekarang, disebabkan oleh pandemik Covid-19, segala acara-acara sukan tidak boleh dilangsungkan dan pendapatan terjejas.”", "Tambahnya lagi, “Nak kaya tu tak dapat tapi boleh untuk menyara kehidupan dan dapat (juga) bermewah sekali-sekala.”", "Namun dengan kerjaya sebagai jurugambar sukan telah memberikannya peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan jurugambar-jurugambar tempatan dan luar negara sekaligus dapat belajar banyak perkara daripada mereka.", "Dan sebagai bonus, kerjaya ini memberikan peluang buatnya untuk ‘pusing’ ke semua stadium di seluruh Malaysia untuk membuat liputan dalam saingan bola sepak tempatan. Selain itu, semua stadium di setiap ibu negara ASEAN serta Korea Selatan, India dan Australia telah dilawatinya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206636/", "headline": "\nUcap ‘bye-bye’ Kepada Sukan Permotoran – Ini Penjelasan Hafiz Syahrin\n", "content": ["Baru-baru ini pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin membuat satu hantaran menerusi Intagram Story memberikan bayangan untuk meninggalkan sukan permotoran selepas tamatnya tahun 2020.", "Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu menegaskan mahu meneruskan karier dalam sukan permotoran dan Instagram Story yang dibuat sekitar dua minggu lalu hanya untuk meluahkan kesamaran mengenai masa depannya.", "Pada masa yang sama, pelumba Aspar Team yang berazam untuk kembali ke saingan kelas premier, MotoGP pada tahun hadapan memohon orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk terus menyokong kariernya.", "Selain itu, Hafizh mendedahkan ada pihak yang bermain politik untuk menghalang pelumba tempatan sepertinya daripada berjaya dalam arena permotoran di peringkat antarabangsa.", "“Sebenarnya tiada kata putus cuma saya nak kongsikan selama 13 tahun dalam sukan permotoran, tanpa sokongan yang cukup kuat mungkin agar sukar untuk teruskan perjuangan ini, kalau boleh saya tidak mahu ada politik. ", "“Saya tidak tahu lagi (sama ada akan beraksi dalam MotoGP musim depan), tapi saya ingin terus berlumba tetapi saya tidak berapa minat dengan politik dalam sukan permotoran ini apabila ada pihak yang ingin melihat pelumba Malaysia tidak berjaya (gagal). ", "“Kita tidak boleh berdengki, bersikap tikam belakang sedangkan sama-sama bawa nama Malaysia tetapi ada orang dalam sukan permotoran ingin (lihat) saya jatuh,” katanya seperti dipetik daripada Stadium Astro.", "OH MY GOD!Enea Bastianini suffers a major crash in the middle of the traffic in Turn 1 and another rider collides with his bike! 😱#MotoGP #MotoMad #AustrianGP #Moto2 pic.twitter.com/GNcWn6illV", "Dalam perlumbaan Austria GP yang berlangsung pada 16 ogos lalu, Hafizh menerima nasib malang apabila terlibat dalam satu kemalangan yang mengerikan sehingga tidak dapat meneruskan perlumbaan tersebut.", "Mujurlah tiada sebarang kecederaan serius menimpanya namun Hafizh terpaksa berjalan menggunakan cruthces selama beberapa hari. Dia disahkan tidak cergas untuk mengharungi perlumbaan berikutnya, Styria GP, ahad lalu.", "Ketika ini, Hafizh atau nama gelarannya, El Pescao berada di tanah air. Dia semakin pulih dan sudah mula mengatur sesi latihannya supaya dapat kembali ke litar untuk mengharungi perlumbaan Moto2 seterusnya, di San Marino.", "“Sebenarnya saya sudah boleh berjalan tanpa tongkat dan beberapa hari lagi, Insya-Allah saya boleh mula mengadakan latihan di kediaman seperti awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.", "“Saya akan minta isteri hantar peralatan latihan ke hotel ini untuk saya membolehkan berkayuh agar dapat melonggarkan otot.", "“Saya akan beraksi dalam GP San Marino sebab yakin boleh menunggang semula. ", "“Cuma ketika di Austria minggu lalu, dua doktor menekan terlalu kuat di tempat tercedera dan kalau sesiapa pun yang diperlakukan begitu, pasti akan kata sakit,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207026/", "headline": "\nAdakah Ini Merupakan Logo Baharu TRW Kelantan FC?\n", "content": ["Laman sosial TRW Kelantan FC pada hari ini dilihat memuat naik logo baharu bagi pasukan tersebut setelah diambil alih oleh usahawan tempatan, Norizam Tukiman.", "Berdasarkan pengamatan secara terperinci, keseluruhan logo kelihatan sama seperti versi sedia ada dengan mengekalkan kijang, lambang dan warna merah pada bendera negeri kelantan serta perkataan The Red Warrior.", "Namun terdapat perubahan kecil iaitu pertukaran perkataan ‘Kelantan FA’ kepada ‘Kelantan FC’. Ia diyakini menjadi simbolik kepada pasukan berpangkalan di pantai timur itu telah bertukar status menjadi sebuah pasukan swasta, pada masa ini.", "Di ruangan komen, perubahan kecil pada logo TRW Kelantan FC ini mendapat reaksi yang pelbagai dalam kalangan para penyokong dan peminat. ", "“Logo sedia ada ini (berada) dalam kelas tersendiri. Cukup ramuan serba serbi. Ado identiti, ado budaya, ado aura… Yang paling penting, ianya sarat menyimpan memori gemilang zaman jadi raja bola sepak Malaysia.. Kekalkan logo sedia ada.” tulis Syafiq Zulkiflee di ruang komen.", "“Comel doh ni…” Tulis Awang secara ringkas menyokong pengekalan logo dengan perubahan kecil tersebut.", "Sementara itu, beberapa penyokong menyuarakan pandangan agar pemilik TRW Kelantan FC membuat logo baharu dengan rekaan yang lebih ringkas dan kemas. Mereka turut menjadikan rekaan logo Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu Football Club (TFC) sebagai contoh.", "“Mungkin, TRW Perlu logo yang baru sesuai dengan imej dan pengurusan baharu.” tulis Shawal A. Hj Mohamed.", "“Buat logo macam JDT dan TFC, ringkas tapi comel.” kata Abe Kakashi TRW.", "“Nampok serabut sangat…TRW perlu logo baru…” kata Irwan yang tidak ketinggalan menyuarakan padangan buat pasukan kegemarannya.", "“Rambu-ramba ni serabutlah. Dah tahun 2020 ni orang nak (rekaan) minimalis… Jersey collector pun suka nak beli. Lambang biar simple.. Jersey buat la warna batik Kelantan atau warna-warna wayang kulit.” tulis Amir Yusoff yang turut mengatakan logo sedia ada ini merupakan insiprasi daripada logo 125 tahun Arsenal ketika di bawah pengurusan presiden terdahulu, Tan Sri Annuar Musa.", "Berdasarkan muat naik oleh laman sosial TRW Kelantan FC, tiada sebarang makluman dibuat namun logo tersebut dijadikan Profile Photo untuk akaun rasmi pasukan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214944/", "headline": "\nPersefahaman Kumaahran-Darren Lok Masih Boleh Dipertaruhkan PJ City\n", "content": ["Pemain sayap baharu Petaling Jaya City FC (PJ City), S. Kumaahran percaya persefahaman dan keserasiannya bersama penyerang kacukan, Darren Lok masih berbaki.", "Justeru, pemain berusia 25 tahun ini yakin gandingannya bersama Darren yang pernah dijelmakan ketika bersama Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dapat membantu skuad The Pheonix untuk mencapai sasaran lima terbaik dalam saingan Liga Super, musim ini.", "Bagaimanapun, sebagai pemain baharu yang menyertai PJ City, tumpuan utama Kumaahran buat masa ini adalah merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan P. Maniam terlebih dahulu. ", "“Saya pernah bermain dengan Darren ketika dengan JDT II, jadi persefahaman dan keserasian dalam padang itu saya percaya masih ada.", "“Yang penting sekali saya kena dapatkan tempat dahulu untuk bermain dan kalau bergandingan dengan Darren, saya akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk pasukan terutamanya untuk capai sasaran kedudukan lima terbaik.", "“Musim lepas mungkin sasaran mereka tidak tercapai apabila berada di tangga ketujuh, jadi tahun ini dengan kehadiran beberapa lagi pemain baharu, kami semua akan cuba membantu pasukan sebaik mungkin untuk raih sasaran itu”, jelasnya.", "Musim lalu, Kumaahran dipinjamkan oleh JDT kepada Melaka United. Persembahannya menyerlah bersama skuad Hang Tuah dan mendapat pujian ramai peminat tempatan. Dia berhasil merekodkan 15 penampilan dan menjaringkan 4 gol.", "Prestasi Darren bersama PJ City tidak kurang hebatnya pada musim lalu. Namun, persembahan penyerang berusia 30 tahun ini tidak berlanjutan apabila dia mengalami kecederaan di bahagian fibula pada pertengahan musim yang memaksanya berehat panjang.", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini  pernah beraksi bersama di skuad simpanan Harimau Selatan sekitar tahun 2018 hingga 2019.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322179/", "headline": "\nMenteri: Tawaran Peruntukan Naik Taraf Rumput Padang Setiap Negeri Oleh KBS Idea TMJ\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengakui tawaran peruntukan melalui dana geran padanan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menaik taraf padang bola sepak terpilih setiap negeri kepada penanaman rumput jenis zeon zoysia adalah idea daripada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).", "Menerusi laporan media semalam, Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut mengesahkan tawaran itu telah dibuat ketika mesyuarat pertama KBS bersama Exco setiap negeri pada Januari lalu. Ketika ini, pihaknya sedang menunggu maklum balas setiap wakil negeri yang dijangka akan disampaikan dalam mesyuarat kedua akan datang.", "“Betul ini idea DYAM Tuanku @hrhcrownprinceofjohor untuk mencadangkan lebih banyak stadium di seluruh Malaysia mempunyai padang rumput yang berkualiti.” tulis Hannah yang membalas komen Tunku Ismail pada sebuah hantaran di laman sosial, Instagram.", "Sebelum itu, TMJ meninggalkan komen mengenai realiti mentaliti pemilik dan presiden kelab-kelab bola sepak tanah air yang tidak mahu memperuntukkan belanja terhadap padang biarpun berbelanja puluhan juta untuk pasukan masing-masing setiap tahun.", "“Kalau nak tunggu owner (pemilik) atau president club (presiden kelab), sampai bila-bila rumput lembu. Boleh belanja berpuluh juta setiap tahun tetapi padang 900k tak boleh buat.” ", "“Baru-baru ni saya ada beri cadangan ke seorang owner club (pemilik kelab). Saya cakap buat masa menunggu stadium baru siap, tukar padang stadium yang pakai sekarang. At least (sekurang-kurangnya), apabila stadium baru siap anda mempunyai 2 padang quality (berkualiti).”", "“Dia jawab FAM kena bantu.”", "“Semenjak bila badan induk yang bertanggungjawab atas infra club kita? Tetapi inilah akibatnya apabila ada owner (pemilik) atau president (presiden) yang tak minat bola tetapi mengguna bola sepak demi agenda lain.” ", "Bagaimanapun, Hannah berkata, setiap negeri perlu menyelenggara padang yang dipilih terlebih dahulu untuk pastikan saliran air dalam keadaan baik sebelum pihak KBS memberikan peruntukan bagi menanam rumput jenis zeon zoysia tersebut.", "Sementara itu, penyelenggaraan tahunan padang berkenaan itu pula akan menjadi tanggungjawab negeri masing-masing sekiranya mereka memilih untuk menerima tawaran itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321386/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin ‘Berpeluh’ Sebelum Melepasi Pusingan 32\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin terpaksa berhempas pulas terlebih dahulu sebelum dapat melepasi Pusingan 32 di kejohanan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Lawan mereka iaitu beregu China yang menghuni ranking ke-27 dunia, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang berhasil memberikan tentangan sengit dengan mengheret Ee Yi-Yew Sin beraksi tiga set permainan sebelum dapat dapat merekodkan kemenangan. ", "Pertarungan di sengit itu berlangsung di Gelanggang 1 itu berlanjutan melebihi satu jam permainan dan sebelum Ee Yi-Yew Sin yang berada di ranking ketujuh dunia menyudahkannya dengan skor 21-13, 20-22 dan 21-15.", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Ee Yi-Yew Sin yang dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan berhadapan beregu lelaki No.2 Taiwan iaitu Lu Ching Yao dan Yang Po Han pada hari Khamis kelak.", "Untuk makluman semua, pasangan Taiwan ini bukanlah lawan yang asing di pentas antarabangsa buat Ee Yi-Yew Sin dimana kedua-duanya pernah bertemu sebanyak empat kali. ", "Berdasarkan rekod pertemuan tersebut, Ching Yao-Po Han bukanlah lawan yang mudah buat Ee Yi-Yew Sin memandangkan tiga daripada empat pertarungan berakhir dengan kekalahan.", "Kekalahan terakhir dialami Ee Yi-Yew Sin adalah di kejohanan Terbuka Singapura yang berlangsung sekitar pertengahan Julai, tahun lalu.   ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217510/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Lee Zii Jia Bergelar Juara Selepas Kalahkan Pemenang Olimpik Remaja 2018\n", "content": ["Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia berhasil merangkul gelaran juara Terbuka Thailand 2022 selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di pentas final, hari ini.", "Zii Jia yang berada di tangga keenam dunia berjaya menumpaskan Li Shi Feng dari China menerusi tiga set pertarungan yang memakan masa 70 minit permainan di atas gelanggang.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MS – Final17 21 23 🇲🇾Zii Jia LEE🏅21 11 21 🇨🇳Shi Feng LI", "🕗 in 70 minutes https://t.co/15nP0X5QJc", "— BWFScore (@BWFScore) May 22, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Shi Feng yang berada ranking ke-49 dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-17. Namun begitu, Zii Jia bangkit mengatasi pemain berusia 22 tahun itu dengan skor 21-11 sekaligus mengheret permainan ke “rubber set”.", "Di set terakhir, pertarungan berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain beberapa kali “deuce point”. Akan tetapi, Zii Jia berjaya mengharungi “deuce point” tersebut dan tamatkannya dengan skor 23-21 sekaligus merangkul gelaran Jelajah Dunia Super 500 BWF yang pertamanya, pada tahun ini.", "Lee Zii Jia comes back in style to save match point! 👀", "Follow the LIVE action: https://t.co/TjoFnU4PnB@HSBC_Sport#ThailandOpen2022 #BWFWorldTour pic.twitter.com/kSrvAXgiET", "— BWF (@bwfmedia) May 22, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan keduanya menentang Shi Feng di pentas kejohanan antarabangsa. Untuk makluman semua, Zii Jia tumpas ketika bertarung buat pertama kali menentang Shi Feng dalam saingan China Masters 2018. ", "Sebagai tambahan, kemenangan yang diraih pada hari ini merupakan kejuaraan keenam diraih dalam karier individu peringkat senior. ", "Antara kejuaraan yang dirangkulnya sebelum ini adalah Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, All England 2021 (Super 1000), Terbuka Taiwan 2018 (Super 300), pingat emas Sukan SEA 2019 dan kejohanan Antarabangsa Poland 2017.", "Featured Image: VICTOR Facebook & Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217581/", "headline": "\nHoki Piala Asia: Speedy Tigers Tundukkan Korea 5-4, Raih Kemenangan Kedua Kumpulan B\n", "content": ["Pasukan hoki lelaki kebangsaan meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan kedua Kumpulan B, saingan Hoki Piala Asia 2022 dengan menumpaskan Republik Korea.", "Skuad yang mendapat julukan Speedy Tigers kendalian Arul Selvaraj ini merekodkan kemenangan dengan 5-4 ke atas Korea hasil jaringan Norsyafiq Sumantri (minit ke-11, ke-27), Muhammad Razie Abd Rahim (minit ke-17, ke-52) dan Mohamad Ashran Hamsani (minit ke-32).", "Manakala jaringan-jaringan oleh Korea pula disumbangkan oleh Yang Ji-hun (minit ke-25, ke-56), Jang Jong-hyun (minit ke-34) dan Kim Sung-hyun (minit ke-40).", "Kemenangan yang diraih ini membolehkan Malaysia memungut tiga mata sekaligus mengumpul enam mata daripada dua perlawanan. Ia juga membolehkan Malaysia mengungguli saingan Kumpulan B.", "Bagaimanapun, Malaysia belum dapat mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya. Pencabar terdekat, Korea dan Bangladesh berpeluang untuk menafikan kemaraan Malaysia sekiranya mereka merekodkan kemenangan dengan jumlah jaringan yang besar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.", "Untuk perlawanan terakhir, Malaysia akan membuat perhitungan dengan Bangladesh. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang (waktu Malaysia) pada Khamis nanti.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217078/", "headline": "\nBAC 2022: Jonatan ‘Comeback’ Saat Akhir Singkirkan Daren Di Pusingan 16\n", "content": ["Pemain senior negara, Liew Daren kempunan untuk mara ke pentas suku akhir selepas lawannya, Jonatan Christie berhasil bangkit pada saat-saat akhir memenangi pertarungan di peringkat Pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Sebelum itu, Jonatan yang merupakan pemain No.2 Indonesia merangkap pemain kelapan dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-14. Dan di set kedua, Daren pula berhasil merekodkan kemenangan 21-13 untuk mengheret Jonatan ke set penentuan.", "Semasa bertarung di set ketiga, Daren dilihat acap kali mendahului sambil Jonatan mengejar dan menyamakan kedudukan. Namun, di saat-saat akhir, Jonatan berhasil memungut mata demi mata sekaligus mengesahkan kemenangan dengan skor 21-19.", "R16#INA🇮🇩 Jonatan Christie(4) def. #MAS🇲🇾 Liew Daren 21-14 13-21 21-19", "— BAM (@BA_Malaysia) April 28, 2022", "Hasil daripada keputusan ini, Daren terpaksa akur terkandas di Pusingan 16 sementara Jonatan dapat meloloskan diri ke peringkat suku akhir.\n", "Pada masa yang sama, kemenangan ini turut menjadikan Jonatan dapat melebarkan rekod kemenangannya ke atas Daren kepada empat perlawanan daripada lima pertembungan secara keseluruhan.", "Untuk makluman semua, di peringkat suku akhir kelak, Jonatan bakal berhadapan dengan juara Kejohanan Dunia 2021 dari Singapura, Loh Kean Yew – penghuni ranking kesepuluh dunia.", "Pemain ini mara selepas menumpaskan pemain Jepun, Koki Watanabe yang menghuni ranking ke-46 dunia di Pusingan 16, pagi tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325591/", "headline": "\nBAM, Misbun Berpisah Selepas 1 Ogos\n", "content": ["Pengarah Pembangunan Remaja Negara, Datuk Haji Misbun Sidek akan meneruskan tugasnya bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) setakat 1 Ogos sahaja.", "Selepas daripada tarikh berkenaan, Misbun dan BAM akan membawa haluan masing-masing sekaligus menoktahkan kerjasama kedua-dua pihak buat kali kedua sejak tahun 2017.", "Perkembangan ini hadir setelah Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam memaklumkan menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini bahawa badan induk badminton negara dan Misbun mencapai kata sepakat untuk berpisah biarpun mempunyai kontrak sehingga hujung tahun ini.", "BAM & Datuk Haji Misbun Sidek, the National Junior Development Director, have mutually agreed to part company after working together for the past 6 years. Misbun, who rejoined BAM for a second stint in 2017,- pic.twitter.com/IV68U91GRX", "— BAM (@BA_Malaysia) July 28, 2023", "Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa khas yang diketuai Subramaniam mengadakan perbincangan mendalam dengan kesemua jurulatih perseorangan, jurulatih beregu termasuk para pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Indonesia baru-baru ini.", "Untuk makluman, jawatankuasa khas yang turut dibantu Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh itu diadakan susulan daripada penurunan mendadak prestasi para pemain remaja Malaysia khususnya di kejohanan terbabit.", "Dalam sidang media yang sama, jawatankuasa khas turut mencadangkan para pemain remaja melakukan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Remaja Dunia di Amerika Syarikat (AS) bermula 25 September hingga 8 Oktober kelak dengan berlatih bersama skuad senior.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206934/", "headline": "\nSiapakah Jamal Yang Dibeli NUFC Pada Harga £13.5 Juta?\n", "content": ["Newcastle United Football Club (NUFC) mengumumkan mendapatkan pemain muda berusia 22 tahun iaitu Jamal Lewis daripada Norwich City pada harga £13.5 juta dan diberikan kontrak selama lima tahun.", "Jamal merupakan pertahanan kiri yang mempunyai potensi besar. Sebelum ini, dia dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool bagi menjadi pilihan kepada Robertson sebelum The Kop membuat keputusan untuk mendatangkan Kostas Tsimikas.", "Hal itu berdasarkan prestasi yang dipamerkan Jamal sepanjang musim 2019/20 walaupun dia gagal membantu Norwich City kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.", "HOWAY THE LADS ! Delighted to have signed with this great Football club ready to go ⚪️⚫️ pic.twitter.com/4etBzjTUq6", "Ketua jurulatih NUFC, Steve Bruce menggambarkan Jamal sebagai prospek yang sangat menarik dan berharap pemain muda itu dapat mengisi posisi full-back dengan konsisten untuk tahun-tahun yang mendatang.", "Merupakan graduan akademi The Canaries, sepanjang menyarung jersi Hijau Kuning, Jamal telah merekodkan 100 penampilan selain daripada menjaringkan dua gol dan mencipta empat bantuan gol.", "Pada mac 2018, Jamal telah meraih debut bersama skuad kebangsaan Northen Ireland dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Korea Selatan. Pasukannya berjaya meraih kemenangan 2-1."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322810/", "headline": "\nRezal Tidak Cukup Kelayakan Jadi Jurulatih Liga Super \n", "content": ["Pengendali sementara Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya menegaskan skuad The Red Warriors (TRW) masih memerlukan seorang ketua jurulatih dan kehadirannya bukan untuk kekal menggantikan Choi Moon-sik yang direhatkan. ", "Menurut Rezal, status semasa dirinya yang tidak memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan pengelola liga, Malaysia Football League (MFL) antara sebab Kelantan memerlukan seorang ketua jurulatih lain.", "“Sudah semestinya, saya tidak mencukupi requirement untuk menjadi seorang jurulatih Liga Super yang memerlukan Lesen Pro. Jadi, saya sebagai caretaker sehingga Kelantan FC dapat mencari seorang ketua jurulatih”, ujar Rezal dalam sidang media selepas perlawanan menentang Terengganu. ", "Tambah pengendali berusia 44 tahun itu, Moon-sik yang beraksi di Piala Dunia hanya sedang direhatkan. Pihak pengurusan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan situasi semasa melibatkan pasukan dan jurulatih berusia 52 tahun itu kelak.", "Sebagai rekod, Rezal merupakan pengendali TRW dalam saingan Liga Premier 2022 sebelum diturunkan pangkat sebagai penolong ketua jurulatih berikutan lesen kejurulatihan yang dimilikinya hanya bertaraf FAM A sahaja. ", "Perlawanan pertama Rezal sebagai pengendali sementara Kelantan bermula tragis selepas pasukan itu tewas 5 jaringan tanpa balas menentang Terengganu menerusi Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Hakimi Abdullah dan jaringan berganda Ivan Mamut.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219786/", "headline": "\nPelari Maraton Kipchoge Catat Masa 2:01:09 – Pecah Rekod Dunia Milik Sendiri\n", "content": ["Pelari kelahiran Kenya, Eliud Kipchoge, 37 tahun, berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri apabila memenangi acara Maraton Berlin dengan catatan masa 2:01:09, semalam.", "Catatan masa itu adalah 30 saat lebih cepat berbanding yang direkodkannya ketika menyertai perlumbaan yang sama iaitu 2:01:39 pada tahun 2018 lalu.", "— World Athletics (@WorldAthletics) September 25, 2022", "Sementara itu, tempat kedua pula diraih oleh rakan senegaranya, Mark Korir, 37 tahun, yang tiba 4:49 saat lewat daripada Kipchoge. Ini menjadikan Korir menamatkan larian tersebut dalam tempoh masa 2:05:58.", "Selang 30 saat kemudian, pelari Ethiopia, Tadu Abate, 25 tahun, pula melintasi garisan penamat dengan catatan masa larian 2:06:28 sekaligus merangkul tempat ketiga bagi acara larian berjarak 42 kilometer (km) ini.", "Untuk makluman semua, selain memegang rekod dunia bagi acara maraton, Kipchoge merupakan pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik bagi acara ini. ", "Featured Image: Twitter Eliud Kipchoge"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217793/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Harimau Malaya Kutip 3 Mata Pertama Tumpaskan Turkmenistan\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan memulakan kempen peringkat Kumpulan E dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila berhasil mengutip tiga mata pertama. ", "Skuad berjulukan Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon ini mengutip tiga mata itu menerusi kemenangan 3-1 yang direkodkan ke atas pasukan yang menghuni ranking ke-134 dunia, Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Safawi Rasid dan Faisal Halim mengejutkan pasukan asia tengah ini bermula di awal babak permainan lagi dengan menjaringkan gol pada minit 11’ dan minit 16’.", "Sebelum tamatnya babak pertama, pertahanan kiri, Corbin Ong menambah satu lagi jaringan buat skuad negara apabila berhasil melakukan jaringan pada minit 45+2’ setelah melakukan larian solo.", "Turkmenistan hanya membawa pulang sebiji gol saguhati menerusi penyerang mereka, Annadurdyyev Altymyrat yang berjaya mengambil kesempatan atas kelalaian benteng pertahanan Malaysia pada minit 38′.", "Sementara itu, Bahrain yang merupakan ahli Kumpulan E turut meraih kemenangan dengan keputusan 2-0 ke atas Bangladesh sekaligus memungut tiga mata dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi.", "Ini menjadikan Bahrain dan Malaysia mempunyai tiga mata masing-masing selepas mengharungi perlawanan pertama peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan ini akan turun berentap dalam perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun (Sabtu) nanti.", "Featured Image: Khairil Ajhar Jaafar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220491/", "headline": "\nAnugerah Penjaring Terbanyak Tempatan Dipertandingkan Kali Terakhir Di ABK22 \n", "content": ["Penganjur saingan domestik, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan acara kemuncak Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) akan berlangsung secara virtual pada hujung Disember kelak.", "Acara tahunan berprestij ini diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia.", "Menariknya, MFL memaklumkan acara pada tahun ini bakal menyaksikan Anugerah Penjaring Tempatan bagi saingan Liga Super dan Liga Premier akan dipertandingkan buat kali terakhir di pentas ABK.", "Selain itu, edisi kali ini juga bakal menyaksikan satu pembaharuan dimana Anugerah Kasut Emas akan diberikan kepada semua pemain yang merangkul anugerah penjaring terbanyak keseluruhan atau tempatan, saingan Liga Super dan Liga Premier.", "Sebagai perbandingan, Anugerah Kasut Emas di acara ABK21 lalu diberikan kepada pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam semua pertandingan Liga Malaysia.", "Sementara itu, satu anugerah baharu diperkenalkan MFL pada edisi ABK22 iaitu Gol Terbaik Liga Malaysia 2022 yang mana keputusan akan ditentukan berdasarkan undian daripada para penyokong.", "Secara keseluruhan, ABK22 akan mempertandingkan 16 anugerah seperti berikut:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112141/", "headline": "\nSambal Bilis Dapat Sambutan Menggalakkan, Bekas Pemain Harimau Malaya Perkenal 3 Produk Baharu\n", "content": ["Selain daripada terkenal dengan aksi di atas padang, bekas penyerang, Hairuddin Omar dan bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya, Badhri Radzi tidak kurang hebatnya terlibat dalam bidang perniagaan.", "April lalu, kedua-duanya yang lebih dikenali sebagai Hai-O dan Piya bergandingan di luar padang dengan mengeluarkan produk yang sedia dimakan (ready to eat) tersendiri iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai.", "Setelah lima bulan di pasaran, sambal yang dipasarkan di bawah jenama Sambal DuoBotak itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan memikat selera orang ramai dari dalam dan luar negara. ", "Dek kerana sambutan yang menggalakkan itu, Hai-O dan Piya membuat keputusan untuk memperkenalkan tiga produk baharu di bawah jenama yang sama iaitu Sambal Bilis Hijau, Sambal Tempoyak Bilis Petai dan Bawang Goreng.", "Tiga produk tersebut dilancarkan oleh kedua-dua bekas pemain skuad kebangsaan tersebut selaku duta jenama berkenaan di Pejabat Urusan Adeqsue Resources Sdn Bhd di Kuala Nerus, Terengganu dan turut disiarkan menerusi Facebook Live, semalam.", "Selain melancarkan tiga produk berkenaan, Hai-O dan Piya turut melancarkan Promosi Combo Jimat dimana pembeli akan diberikan potongan sebanyak RM20 untuk pembelian kelima-lima jenis produk berkenaan.", "Pembelian menerusi promosi ini juga akan layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000. ", "Untuk makluman semua, promosi ini berlangsung sehingga 7 Oktober 2021.", "Untuk yang berminat untuk membeli dan mencuba produk-produk keluaran DuoBotak dan menyertai cabutan bertuah tersebut, anda boleh ke laman Facebook mereka, FB Sambal DuoBotak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111075/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: 11 Pemain Yang Boleh Membarisi Skuad Malaysia B-20 \n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan memaklumkan akan menghantar skuad Malaysia Bawah 20 Tahun (B-20) untuk mengharungi pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2022.", "Menurut Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan tujuan utama menghantar skuad negara B-20 ini adalah untuk memberikan pendedahan dan mempersiapkan kelompok pemain ini bagi melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "Baca: Malaysia Hantar Skuad B-20 Untuk Harungi Kelayakan Piala Asia B-23, kata Ong Kim Swee", "Ini bermakna, hanya pemain yang lahir pada dan selepas Januari 2001 sahaja yang akan diberikan perhatian oleh FAM untuk disenaraikan di dalam skuad yang akan dibimbing oleh jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney.", "Di sini, Sukanz senaraikan 11 pemain berdasarkan formasi kegemaran Coach Brad iaitu 3-4-3 yang boleh menjadi sandaran untuk menghadapi pusingan bertemu Laos, Mongolia dan Thailand yang akan berlangsung dari 23 hingga 31 Oktober kelak:", "Penjaga gol yang tidak asing lagi bersama skuad Malaysia B-18. Sikh mula beraksi secara profesioanl bersama skuad simpanan/reserved, Selangor 2. Akan tetapi pemain kelahiran Pulau Pinang ini sudah mula menempatkan namanya selaku penjaga gol ketiga skuad senior Selangor, musim ini.", "Firdaus Ramli antara muka yang sering membarisi skuad Brad Maloney. Dia juga merupakan sebahagian skuad kebangsaan yang muncul sebagai naib juara Kejohanan Piala AFF B-18 2019. Ketika ini beraksi bersama JDT II dan baru-baru ini Firdaus merupakan antara pemain yang turut serta dibawa oleh JDT ke saingan Liga Juara-Juara AFC. ", "Juga merupakan antara muka yang sering bersama skuad B-18 kendalian Brad Maloney. Ketika ini, dia antara pemain ‘regular’ yang beraksi bersama skuad simpanan/reserved, Selangor 2 dalam saingan Liga Premier.", "Namanya mula mencuri perhatian ketika bersama PKNP FC pada tahun 2018. Selepas PKNP FC digabungkan bersama pasukan Perak, Aidil disambar oleh Selangor 2. Juga antara tonggak penting Selangor 2 dalam saingan Liga Premier pada ketika ini.", "Merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pernah hangat selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan bersama skuad Malaysia B-18. Selain itu, Hakeem turut mempunyai pengalaman beraksi di pentas Sukan SEA 2019 di Filipina. Ketika ini, dia beraksi bersama JDT II.", "Buat anda yang tidak tahu, Wan Kuzri merupakan adik kepada Wan Kuzain. Lahir di Amerika Syarikat namun ibu dan bapanya merupakan orang Malaysia. Ketika ini, Wan Kuzri beraksi bersama skuad Akademi Saint Louis FC Bawah 19 Tahun (B-19). Tahun lalu, dia telah dipanggil untuk menyertai latihan pusat kendalian Brad Maloney.", "Sepertimana Aidil Azuan, pemain tengah yang sedang meningkat naik ini juga mencuri tumpuan ketika beraksi bersama PKNP FC pada tahun 2018 yang lalu. Selepas daripada itu, dia menjadi antara watak utama dalam skuad Brad Maloney. Saat ini, Mukhairi secara perlahan-lahan cuba merebut peluang beraksi bersama skuad senior Selangor.", "Selain daripada menjadi pemain penting buat skuad Brad Maloney dalam saingan Kejohanan AFF B-18 dan Kelayakan Piala Asia B-19, Mukhairi juga menjadi tonggak utama Terengganu di pentas Liga Super musim ini. Pemain kelahiran Pulau Pinang ini mampu beraksi di mana-mana posisi di sebelah kanan. ", "Tidak perlu diperkenalkan lagi, pemain yang disebut-sebut sebagai penyerang masa hadapan negara. Walaupun belum memecah kesebelasan utama kelabnya, KV Kortrijk secara tetap pada saat ini, nama Luqman sudah mula tersenarai dalam skuad senior kebangsaan.", "Nama yang kurang menonjol berbanding Luqman Hakim namun Muslihuddin antara penyerang yang sering dipanggil Brad Maloney untuk membarisi skuad B-18 sebelum ini. Ketika ini, dia merupakan pemain skuad simpanan/reserved Terengganu II yang beraksi dalam saingan Liga Premier.", "Pemain yang mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan pada musim ini. Walaupun bertubuh kecil, kelincahan, kelajuan dan keberaniannya telah membuatkan ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora memberikan kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan. Baru-baru ini, dia juga turut meraih caps bersama skuad senior kebangsaan. ", "Apa pendapat anda mengenai kesebelasan utama ini? Atau ada cadangan pemain lain yang berusia 20 tahun dan ke bawah untuk membarisi skuad ini? Boleh tinggalkan di ruangan komen Facebook dan Twitter Sukanz."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220289/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Zii Jia Mara Ke Pentas Final Selepas 5 Bulan\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia kembali merasai nikmat kemaraan ke pentas perlawanan akhir yang pertama selepas lima bulan. Kemaraan itu dicetak dalam saingan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Ianya selepas pemain berusia 24 tahun ini berjaya menumpaskan lawannya, Loh Kean Yew dari Singapura di peringkat separuh akhir kejohanan itu.", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-18 dan 21-15 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORMS – Semi final21 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅18 15 🇸🇬Kean Yew LOH", "🕗 in 40 minutes https://t.co/c7LOzc9QmL", "— BWFScore (@BWFScore) October 22, 2022", "Untuk makluman, kemenangan ini juga bermakna Zii Jia telah merekodkan lima kemenangan daripada tujuh pertembungan ke atas Kean Yew di semua kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, di peringkat akhir kelak, Zii Jia akan berhadapan samada pemain China, Shi Yu Qi atau pemain Jepun, Kodai Naraoka untuk merebut gelaran juara.", "Sebagai tambahan, saingan Terbuka Thailand pada Mei lalu merupakan pentas akhir yang dijejaki oleh Zii Jia. Pentas itu juga menyaksikan kali terakhir Zii Jia bergelar juara bagi kejohanan yang dipertandingkan pada tahun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214928/", "headline": "\nSyed Modi 2022: Tze Yong Tarik Diri Pusingan 32 Ekoran Tidak Sihat\n", "content": ["Pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong, 21 tahun, terpaksa melupakan hasrat untuk mara jauh dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 di Lucknow, India. ", "Hal ini kerana pemain yang menguni ranking ke-47 dunia tersebut dimaklumkan oleh BAM tidak sihat dan membuat keputusan menarik diri daripada perlawanan peringkat Pusingan 32, hari ini.", "Oleh demikian, lawannya yang merupakan pemain Thailan merangkap pemain berada di ranking ke-143 dunia, Adulrach Namkul, diberikan kemenangan percuma dan mara ke Pusingan 16 secara automatik.", "Sementara itu, Adulrach yang meneruskan kemaraan bakal menentang pemain Ireland kelahiran Vietnam, Nhat Nguyen yang berada di ranking ke-44 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113983/", "headline": "\nTerbuka Scotland: Mei Xing-Anna Cheong Bertemu Pasangan Ranking Ke-22 Dunia di Final\n", "content": ["Pasangan beregu wanita yang menghuni ranking ke-22 dunia, Rachel Honderich dan Kristen Tsai bakal menjadi lawan buat beregu negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong di pentas akhir kejohanan Terbuka Scotland 2021.", "Ia bakal menjadi cabaran yang sengit buat beregu negara memandangkan Rachel-Kristen yang datangnya dari Kanada itu juga merupakan pasangan pilihan pertama yang diletakkan menjuarai kejohanan bagi kategori ini.", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pasangan ini belum pernah berentap sesama sendiri. Bagaimanapun, Mei Xing pernah menentang pasangan ini semasa bergandingan bersama Yap Ling suatu masa lalu dan kemenangan berpihak kepada pasangan Kanada tersebut.", "Sebagai tambahan, Mei Xing-Anna Cheong mara perlawanan akhir selepas menumpaskan beregu Belanda yang turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, Debora Jille dan Cheryl Seinen dengan skor 11-21, 21-10 dan 21-10 di peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman semua, perlawanan akhir melibatkan Mei Xing-Anna Cheong menentang Rachel-Kristen dijangka berlangsung pada jam 11.20 malam nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207714/", "headline": "\nAnwar Ibrahim Dan Beberapa Pemain Senior Digugurkan Kem Selangor\n", "content": ["Pertahanan muda, Muhammad Anwar Ibrahim dan beberapa pemain berstatus senior digugurkan oleh kem Selangor menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia 2020.", "Selain daripada pertahanan berusia 21 tahun tersebut, pertahanan kacukan Nick Swirad (29 tahun), penyerang senior Khyril Muhymeen (33 tahun) dan penjaga gol berpengalaman Farizal Harun (34 tahun) antara yang turut digugurkan menurut satu pendedahan oleh wartawan Astro Arena.", "Difahamkan antaranya Farizal Harun, Khyril Muhymeen, Nick Swirad dan Anwar Ibrahim. Semua adalah signing bekas jurulatih B. Satianathan. https://t.co/bTiAh0KBP0", "Kesemua pemain ini tiada dalam percancangan ketua jurulatih interim Selangor, Michael Feichtenbeiner untuk saingan Piala Malaysia dan juga musim depan.", "Tambahnya lagi, kesemua pemain ini dilepaskan untuk memberi ruang kepada pemain-pemain muda terutamanya daripada skuad simpanan, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini.", "“Buat masa ini, ada beberapa pemain yang sudah diberitahu bahawa mereka tiada dalam perancangan saya kerana kami memerlukan ruang untuk pemain muda.", "“Jika kesemua pemain yang sudah berumur masih ada dalam pasukan, ditambah pula dengan enam atau tujuh pemain baru, anda akan memiliki terlalu banyak pemain dalam pasukan, jadi ia perlu dilakukan.", "“Kami sudah berbincang dengan mereka, pihak pengurusan sudah berbincang dengan pemain, jadi saya fikir kami sudah mendapatkan penyelesaian terbaik buat semua pihak.", "“Sudah pasti pemain yang terlibat berasa kecewa tetapi dalam bola sepak, adakalanya perkara seperti ini diperlukan,” kata Feichtenbeiner seperti dipetik daripada Stadium Astro.", "Difahamkan kesemua pemain tersebut dilepaskan secara persefahaman bersama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214602/", "headline": "\nNafuzi Harap Kombinasi ‘KKM’ Beri Impak Kepada Terengganu\n", "content": ["Menjelang saingan baharu Liga Malaysia, pasukan berpangkalan di pantai timur iaitu Terengganu FC dilihat menaik taraf bahagian serangan mereka dengan mendatangkan dua penyerang import prolifik disamping mengekalkan penyerang import musim lalu.", "Dua penyerang baharu yang didatangkan oleh Terengganu ialah Kpah Sherman dan Tchetche Kipre daripada Kedah Darul Aman FC manakala penyerang yang dikekalkan pula ialah Jordan Mintah.", "Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengharapkan dengan keberadaan tiga penyerang ini, ianya dapat memberikan impak yang lebih baik kepada pasukan untuk mengharungi saingan musim 2022.", "“Kita boleh nampak bagaimana Terengganu telah menambahbaik kualiti pasukan terutamanya di bahagian serangan di mana kita ada tiga pemain ini (Kpah, Kipre, Mintah) dan saya memang berharap kombinasi mereka dapat memberi impak kepada pasukan.", "“Mengenai persaingan antara mereka, saya ingin tegaskan kita akan ada musim yang panjang, jadi apa sahaja boleh berlaku dan saya teruja apabila kita akan sentiasa ada pemain yang bersedia untuk diturunkan dan pilihan yang lebih luas kali ini.", "“Kita akan tengok daripada segi keperluan, cara bermain daripada mereka dan semestinya masing-masing akan ada peluang mereka sendiri untuk beraksi berdasarkan prestasi semasa nanti”, jelasnya.", "Bahagian serangan Terengganu pada musim lalu dilihat agak bergelut apabila penyerang utamanya, David Da Silva ditimpa kecederaan dan menghadapi isu kecergasan. ", "Bercakap mengenai sasaran yang ingin dicapai pada musim 2022, jurulatih berusia 43 tahun ini mahu memastikan Terengganu dapat mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding musim lalu.", "Sebagai rekod, Terengganu menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat manakala dalam saingan Piala Malaysia, skuad ‘Black and White’ ini mara ke peringkat separuh akhir pada musim lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219780/", "headline": "\nSUKMA XX: Perseorangan Lelaki No.3 & No.6 Negara Rebut Pingat Emas\n", "content": ["Kilauan pingat emas bagi acara badminton perseorangan lelaki di temasya SUKMA XX akan direbut oleh pemain No.3 dan No.6 negara, dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.", "Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao yang mewakili kontinjen Johor serta Wilayah Persekutuan masing-masing.", "Tze Yong yang berada di ranking ke-36 dunia berhasil mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain Selangor, Aidil Sholeh secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-15 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Manakala wakil Wilayah Persekutuan, Leong Jun Hao pula mara wakil selepas mencatatkan kemenangan ke atas wakil Kedah, Jacky Kok Jing Hong menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-12 dan 21-12.", "Sebagai rekod, Tze Yong dan Jun Hao yang menghuni ranking 86 dunia saat ini pernah bertemu sebanyak dua kali di pentas antarabangsa. Dan kedua-dua pertemuan yang berlangsung di Terbuka Poland dan Terbuka Czech tahun lalu itu berpihak kepada Tze Yong.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114172/", "headline": "\nAngkatan 142kg Berikan Aniq Kasdan Pingat Perak di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021\n", "content": ["Sebutir pingat perak berjaya dibawa pulang oleh atlet angkat berat muda negara, Mohamad Aniq Kasdan di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021. Malahan, Aniq turut meraih pingat emas dalam Kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang diadakan bersekali dengan kejohanan dunia yang dilangsungkan Tashkent, Uzbekistan ini.", "Pingat perak diraih oleh atlet berusia 19 tahun kelahiran Johor ini menerusi kategori 55 kilogram lelaki dalam acara ‘clean & jerk’ setelah berjaya melakukan angkatan terbaiknya seberat 142kg pada percubaan ketiga.", "Sementara itu, bagi acara ‘snatch’ dalam kategori yang sama, Aniq melakukan angkatan terbaiknya dengan berat 107kg. Secara keseluruhannya, Aniq merekodkan angkatan seberat 249kg sekaligus meletakkannya di tangga kelima dalam carta kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) ini.", "Bagaimanapun, kedudukan kelima itu sudah memadai buat Aniq untuk membawa pulang pingat emas dalam Kelayakan Sukan Komanwel 2022 serta meletakkan Malaysia di ranking yang pertama untuk layak ke temasya yang akan diadakan di Birmingham, tahun hadapan.", "Hal ini kerana, empat peserta yang berada di atasnya bukan daripada kalangan negara-negara komanwel iaitu Arli Chontey (Kazakhstan), Thada Somboonuan (Thailand), Hriskov Russell Angel (Bulgaria) dan Josue Brachi Garcia (Sepanyol).", "Menurut perkongsian oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, beliau berkata ini merupakan kali pertama atlet Malaysia berjaya memenangi pingat dalam sejarah penyertaan Kejohanan Angkat Berat Dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208478/", "headline": "\nPertahanan UiTM FC, Victor Nirennold Punyai Pengalaman Mahal Hadapi Liverpool\n", "content": ["Siapa sangka pertahanan import, Victor Nirennold yang beraksi bersama UiTM FC musim ini mempunyai pengalaman mahal beraksi menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool FC.", "Pengalaman mahal itu diraih oleh Victor semasa bermain bersama pasukan divisyen tiga Liga Inggeris iaitu Fleetwood Town FC sekitar empat tahun lalu.", "Ketika itu, Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp mengadakan perlawanan menentang Fleetwood Town dalam aksi persahabatan untuk mempersiapkan pasukan sebelum bermulanya saingan baharu EPL musim 2016/17.", "Dalam perlawanan tersebut, Victor diturunkan oleh pengurusnya sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dalam sistem 4-4-2 klasik dan menyarung jersi bernombor 15.", "Manakala Klopp menurunkan sebahagian besar pemain-pemain skuad utama seperti Sadio Mane, Danny Ings, Roberto Firmino, Lucas Leiva, Alberto Moreno, Dejan Lovren, Joe Matip, Jon Flanagan dan Loris Karius.", "Sesuai dengan status Liverpool sebagai salah sebuah gergasi EPL, pasukan yang diwakili oleh Victor terpaksa akur tewas 5-0 hasil jaringan Marko Grujic, Ben Woodburn, Lucas Leiva dan Roberto Firmino.", "Untuk rekod, Victor bermain dalam kancah Liga Inggeris dari 2015 sehingga 2018 sebelum berhijrah ke pasukan FK Senica yang beraksi dalam saingan Liga Slovakia.", "Victor yang berumur 29 tahun pada ketika ini berhijrah daripada pasukan SHB Da Nang FC dan menyertai UiTM FC kendalian Frank Bernhardt pada awal januari lalu. ", "Kecemerlangannya di benteng pertahanan dan kepimpinannya telah membantu UiTM FC yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Liga Super menduduki tangga ke-6 liga mengatasi sasaran awal mereka iaitu tangga ke-8.", "Tonton aksi Victor bersama UiTM FC dalam saingan Liga Super 2020 pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325059/", "headline": "\nJuara La Liga Tambat Pemenang UCL Secara Percuma – Klausa Pembelian €400 Juta\n", "content": ["Belum genap sebulan meraikan kejayaan menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL) bersama Manchester City, pemain tengah merangkap kapten, Ilkay Gundogan disahkan menyertai kelab berpangkalan di Catalonia, FC Barcelona.", "Barcelona bimbingan legendanya, Xavi turut mengesahkan pemain tengah Jerman itu menyertai juara La Liga secara percuma setelah kontraknya bersama Manchester City – kelab disertainya selama tujuh tahun – tamat pada 30 Jun nanti.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial milik kelab berkenaan. Ianya sekaligus menjawab segala desas-desus melibatkan pemain berusia 32 tahun tersebut akhir-akhir ini. ", "💙❤ @IlkayGuendogan is CULER! pic.twitter.com/DrbOOIMSLe", "— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 26, 2023", "Kelab yang terkenal dengan jersi Blaugrana ini memaklumkan mengikat Gundogan dengan kontrak selama dua tahun yang menyaksikan pemain Jerman itu kekal sehingga Jun 2025. ", "Selain itu, kontrak tersebut turut disertakan dengan pilihan lanjutan selama setahun serta klausa pembelian bernilai €400 juta buat mana-mana kelab lain berminat untuk mendapatkan Gundigon sepanjang tempoh itu.", "Untuk makluman semua, karier pemain berdarah Turki-Jerman itu bermula di VfL Bochum II dan FC Nurnberg. Namun begitu, namanya mula ‘meletup’ ketika bersama Borussia Dortmund yang bimbingan Jurgen Klopp setelah menjuarai Bundesliga serta DFB-Pokal bagi musim 2011-12. ", "Biarpun terlepas memenangi Piala Dunia pada 2014, kehadirannya dalam skuad Pep Guardiola menyaksikan Gundogun menjadi salah seorang tonggak skuad berjulukan The Citizens dan membantu memenangi segala kejuaraan di England termasuk kejuaraan yang paling mereka idamkan, UCL pada awal Jun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321662/", "headline": "\nMFL Lancar Logo Baharu Bagi Pertandingan Liga Malaysia\n", "content": ["Enam logo pertandingan dalam kancah Liga Malaysia musim ini tampil dengan wajah baharu.", "Penganjur dan pengelola pertandingan bola sepak tanah, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pelancaran logo baharu bagi pertandingan-pertandingan dalam Liga Malaysia bermula musim 2023, pada hari ini.", "Keenam-enam logo pertandingan di bawah kelolaan mereka yang terdiri daripada Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Challenge Cup dan Piala MFL dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosialnya.", "“Logo yang dipaparkan untuk enam pertandingan ini sebagai usaha MFL untuk menyuntik nafas baharu kepada saingan Liga Malaysia.” tulis kenyataan MFL di laman sosialnya.", "Difahamkan perubahan logo pertandingan-pertandingan ini juga selari dengan penstrukturan Liga Malaysia ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220021/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Juara Kumpulan B, Malukan Musuh Tradisi Indonesia\n", "content": ["Malaysia mengesahkan kemaraan ke saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) pada tahun hadapan apabila berhasil menamatkan kempen kelayakan selaku juara Kumpulan B.", "Kejuaraan itu muncul apabila skuad kendalian Osmera Omaro ini berjaya menundukkan tuan rumah merangkap musuh tradisi, Indonesia dengan jaringan besar 5-1 dalam perlawanan terakhir di Stadium Pakansari, Bogor, sebentar tadi.", "Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia mengumpul 10 mata selepas mengharungi 4 perlawanan sekaligus memintas kedudukan Indonesia untuk merangkul gelaran juara bagi Kumpulan B.", "Terlebih dahulu, skuad negara yang terdiri daripada majoriti pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) serta dua orang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT B-16) ini meraih kemenangan ke atas Palestin (2-0) dan Emiriah Arab Bersatu (3-2) serta seri dengan Guam (1-1).", "Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia B-17 2023 ", "INDONESIA 🇮🇩 1-5 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Arkhan Kaka Putra 90'+3'⚽️ Zainurhakimi Zain 17' Arami Wafiy 20' 38' (P) Anjasmirza 23' Afiq Danish Z. 26'#FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/5nEhmVBov5", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 9, 2022", "Untuk makluman semua, hos serta 10 juara kumpulan bagi peringkat kelayakan mara secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-17. Menemani 11 pasukan ini adalah 5 naib juara kumpulan terbaik.", "Selain Malaysia, Jepun (Kumpulan A), Qatar (Kumpulan C), Iran (Kumpulan I), Uzbekistan (Kumpulan J), Australia (Kumpulan G) dan Vietnam (Kumpulan F) turut disahkan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 ini setelah muncul juara bagi kumpulan masing-masing.", "Sementara itu, Indonesia pula terpaksa akur menamatkan saingan kelayakan ini selaku naib juara Kumpulan B walaupun menampilkan aksi cemerlang, melakar tiga kemenangan berturut-turut sebelum bertemu Malaysia. ", "Namun begitu, Indonesia memiliki 6 mata selepas ditolak 3 mata menentang pasukan di tangga tercorot Kumpulan B, Guam, (format untuk memilih naib juara terbaik), berkemungkinan besar dapat menempatkan diri dalam kelompok yang dapat melayakkan diri ke pusingan akhir.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110382/", "headline": "\nFAM Sedia Menerima Mana-Mana Pemain Kacukan Berkualiti Termasuk Wan Kuzain\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menerima pemain-pemain berdarah kacukan atau warisan berkualiti yang lain seperti Wan Kuzain untuk menyertai skuad kebangsaan. Ianya bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk membentuk kesebelasan terbaik Harimau Malaya.", "Semalam, pemain kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal dilihat memberikan reaksi terhadap penyertaan Dion Cools. Dia mengulangi ciapan akaun twitter rasmi FAM tersebut dengan meninggalkan emoji ‘thinking face’.", "Tindakan pemain tengah berusia 22 tahun yang bermain bersama Rio Grande Valley FC tersebut seakan-akan memberikan satu isyarat mahu membuat pertimbangan untuk turut sama menyertai kem skuad kebangsaan sekiranya dipanggil berbuat demikian.", "Malahan ciapan tersebut turut mendapat perhatian Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.", "“Masih banyak lagi pemain (berdarah kacukan dan warisan), mungkin Wan Kuzain yang kita dapat tahu hari ini (semalam) ada tweet dalam twitter-nya macam berminat (sertai skuad kebangsaan),”", "“Kita pun pernah follow up sebelum ini, pada setahun dua tahun lepas,”", "“Bagi kita mana-mana pemain yang berkualiti, kita sedia menerima untuk beri peluang kepada coach memilih ke skuad kebangsaan,”", "“Apabila kita dapat (pemain berdarah kacukan lain) tu, kita sama-sama berdoa agar pasukan ini berjaya.” kata Hamidin semasa turun meninjau latihan skuad kebangsaan di Dubai.", "Untuk makluman, walaupun lahir di negara Uncle Sam, Wan Kuzain boleh beraksi bersama skuad kebangsaan kerana merupakan dia merupakan anak kepada pasangan suami isteri kelahiran Malaysia.", "Sebelum ini, Wan Kuzain telah menyertai kem latihan skuad Malaysia B-22 untuk persediaan ke temasya Sukan SEA 2019 kendalian Dato’ Ong Kim Swee. Bagaimanapun, dia tidak dapat dibawa ke Manila, Filipina kerana masalah dokumentasi.", "Selain itu, adik kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kuzri juga pernah menyertai kem latihan skuad kebangsaan B-19 di bawah bimbingan Brad Maloney pada tahun 2020.", "Selain dua pemain ini, terdapat beberapa lagi pemain berdarah kacukan atau warisan yang boleh dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan seperti Isaac Angking, Jaami Qureshi, Nathaniel Shio Hong Wan dan Kobe Jae Chong."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219695/", "headline": "\nPark Hang-seo Tidak Mahu Ikut Jejak Langkah Naturalisasi Cara Malaysia & Indonesia\n", "content": ["Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo hanya akan mengambil pemain yang mempunyai pertalian darah dengan negara itu sahaja untuk beraksi bersama skuad kendaliannya.", "Jurulatih kelahiran Korea itu menolak untuk menaturalisasikan pemain yang langsung tidak mempunyai darah negara tersebut sepertimana Malaysia menaturalisasikan Guilherme de Paula atau Indonesia menaturalisasikan Beto Goncalves.", "Bagaimanapun, Hang-seo termasuk majikannya, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) tidak mempunyai banyak informasi mengenai pemain berdarah Vietnam yang beraksi di luar negara. Justeru, sukar buatnya untuk mencari pemain kacukan atau berdarah Vietnam untuk dinaturalisasikan bagi beraksi bersama skuadnya.", "“Jika pemain itu mempunyai pertalian darah Vietnam dan mempunyai kewarganegaraan Vietnam, mereka boleh menjadi pemain skuad kebangsaan Vietnam.", "“Saya tidak tahu berapa banyak pemain seperti itu yang bermain di luar. VFF tidak memiliki banyak informasi untuk diberikan. Jika ada, saya akan mencari sendiri di internet.” katanya seperti dipetik daripada Soha oleh CNN Indonesia dalam sidang media menjelang kejohanan tiga penjuru anjuran VFF, hari ini.", "Hang-seo berkata dia hanya mengetahui mengenai seorang penjaga gol yang mempunyai darah Vietnam, Filip Nguyen yang beraksi di Republik Czech. Selain itu, Hang-seo berkongsikan pernah ke Norway untuk melihat aksi penyerang, Alexander Dang, kelahiran pasangan Vietnam dan Norway.", "Tambahnya lagi, beberapa pasukan (asia tenggara) giat menaturalisasikan pemain. Pada pendapatnya, menaturalisasikan pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Hang-seo tidak mengatakan setuju atau membangkang perkara tersebut dan ianya bergantung kepada undang-undang negara (dalam memberikan kerakyatan).", "Untuk makluman, Vietnam akan menghadapi Singapura (21 September) dan India (27 September) dalam VFF Tri-Nations Series 2022 bersempena dengan rehat antarabangsa FIFA, minggu ini.", "Sementara itu, Vietnam juga menjadi lawan buat skuad negara di peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF yang akan berlangsung hujung tahun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112300/", "headline": "\nKos RM10 Juta Bukan Untuk Stadium Nasional Bukit Jalil Sahaja – Menteri Belia & Sukan\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan kos naik taraf padang bernilai RM10 juta bukanlah untuk di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sahaja.", "Jelasnya keseluruhan kos tersebut adalah termasuk baik pulih dan penambahbaikan padang-padang stadium di seluruh negara.", "Beliau menjelaskan perkara berkenaan selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan dalam rancangan [email protected] bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapat tawaran untuk menaik taraf padang di SNBJ dengan kos yang tidak masuk akal iaitu RM10 juta.", "“Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor termasuk untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara, bukan saja di Bukit Jalil.", "\"Padang yang berkualiti, kosnya 1.5 Juta. Macam mana boleh jadi 10 Juta?\" [email protected] Istimewa bersama TMJ pic.twitter.com/nb9U5pNwoc", "“Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.", "“Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaik taraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Dalam temu bual itu juga, Tunku Ismail merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut berkongsikan kos membina padang yang menggunakan rumput jenis zeon zoysia termasuk sistem saliran serta beberapa jenis lapisan tanah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hanya RM1.4 juta.", "Sementara itu, Tunku Ismail turut menambah bahawa kos untuk selenggara padang-padang milik pasukannya yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu pula hanya berjumlah RM300,000 setahun.", "Pada masa yang sama, Tunku Ismail menggesa semua stadium di Malaysia tidak lagi menggunakan rumput jenis ‘cow grass’ supaya dapat meningkatkan lagi mutu permainan bola sepak para pemain dan pasukan-pasukan yang beraksi dalam negara ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220604/", "headline": "\nPiala Malaysia: Sabah Ulangi Pencapaian 2018, Bertemu JDT Di Separuh Akhir\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC berjaya menyamai pencapaian empat tahun dalam saingan Piala Malaysia dengan mara ke peringkat separuh akhir.", "Pada edisi kali ini, pencapaian itu diulangi skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee setelah berhasil menumpaskan Kuching City FC menerusi agregat 2-1 di peringkat suku akhir.", "Agregat itu dilakar setelah mereka menamatkan perlawanan timbal balik di Stadium Likas dengan keputusan seri 1-1. ", "Jaringan skuad The Rhinos hadir menerusi pemain importnya, Taiki Kagayama pada minit ke-94 pada masa tambahan. Sebelum itu, Kuching City mendahului menerusi jaringan sendiri pemain Sabah, Ummareng Bacok pada minit ke-84.", "94’ GOL | Taiki Kagayama menjaringkan gol penyamaan dan meletakkan Sabah FC di depan secara agregat!@sabahfcofficial 1-1 @officialkcfc#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/xGy8ocrNdc", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 11, 2022", "Ketika aksi suku akhir pertama di Stadium Negeri pada 5 November lalu, Sabah merekodkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Baddrol Bakhtiar.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir kelak, Sabah akan membuat perhitungan dengan naib juara edisi lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Skuad berjulukan Harimau Selatan itu mara selepas menumpaskan Kelantan FC dengan agregat 8-0 di peringkat suku akhir.", "Mereka meraih kemenangan 3-0 pada aksi suku akhir pertama. Manakala perlawanan timbal balik yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi pula berkesudahan dengan keputusan 5-0.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111687/", "headline": "\nKhabib Sertai Kelab Divisyen 3 Rusia, FK Legion Dynamo Makhachkala\n", "content": ["Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov dilaporkan menyertai sebuah kelab bola sepak berpangkalan di tempat kelahirannya, Dagestan iaitu FK Legion Dynamo Makhachkala.", "Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh laman sosial kelab yang beraksi dalam saingan Liga Bola Sepak Profesional Rusia (divisyen 3), semalam. Ianya turut dilaporkan oleh saluran berita Russia Today. ", "Khabib has signed his first professional football contract with FC Legion Dynamo. How well will he do as a footballer 🤔 pic.twitter.com/uhXX2C8ubf", "Menerusi muat naik tersebut, Khabib, 32 tahun, yang terkenal dengan julukan The Eagle dilihat berjabat tangan bersama presiden kelab, Shamil Lakhiyalov berserta beberapa helaian kertas di atas meja yang dipercayai merupakan dokumen berupa kontrak untuk kedua-dua pihak.", "Muat naik tersebut turut disertakan dengan kapsyen, “Pertarungan hebat menanti Legion kami, di mana kami memerlukan pahlawan yang hebat. Kami sedia untuk mengucapkan selamat datang kepada semua pasukan Liga Perdana Rusia bersama Khabib Nurmagomedov.”", "Bagaimanapun, sehingga saat ini tiada sebarang butiran jelas mengenai kemasukan Khabib samada selaku pemain atau mengisi mana-mana jawatan di dalam kelab tersebut.", "Untuk makluman semua, selain daripada terlibat dalam seni bela diri campuran (MMA) sejak sekian lama, Khabib turut mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak.", "Beliau pernah mengakui meminati pasukan Real Madrid dan mempunyai hubungan yang baik bersama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.", "Januari lalu, beliau turut terlibat dalam satu perlawanan bola sepak bertemu pasukan yang turut dibarisi oleh legenda AC Milan, Clarence Seedorf di Dubai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217158/", "headline": "\nSukan SEA: Vietnam Kejutkan Indonesia Pada Aksi Sulung Kumpulan A\n", "content": ["Paskan tuan rumah, Vietnam bawah 23 tahun (B-23) memulakan kempen temasya Sukan SEA 2021 peringkat Kumpulan A dengan cukup bergaya.", "Pada perlawanan pertama yang berkesudahan sebentar tadi, Vietnam yang dibimbing oleh jurulatih Korea, Park Hang-seo berhasil mengejutkan Indonesia B-23 dengan keputusan tiga jaringan tanpa berbalas.", "Babak pertama berlangsung dengan seimbang dan kedua-duanya terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Namu begitu, Vietnam B-23 tampil lebih garang pada babak kedua dan berhasil menerobos gawang lawan bermula minit ke-54 menerusi Nguyen Tien Linh.", "Selang 20 minit kemudiannya, Vietnam B-23 berhasil menggandakan jaringan menerusi kaptennya, Do Hung Dung setelah menerima satu lorongan bijak daripada rakan sepasukan. ", "Dan pada minit ke-88, satu kesilapan daripada pertahanan Indonesia membolehkan Vietnam mencetak gol ketiga hasil rembatan jarak jauh oleh Le Van Do.", "Setelah wisel ditiup oleh pengadil perlawanan, Vietnam B-23 tersenyum lebar dan menarik nafas lega bukan sahaja kerana merekodkan kemenangan bahkan turut mengutip tiga mata pertama dalam temasya ini.", "Sementara itu, satu lagi perlawanan melibatkan Kumpulan A menyaksikan Filipina B-23 berhasil merangkul kemenangan dengan keputusan 4-0 ke atas Timor Leste B-23 dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi.", "Perkembangan ini menyaksikan Filipina B-23 mendahului carta Kumpulan A dan Vietnam B-23 mengikuti di tangga kedua selepas tamatnya aksi pertama buat kedua-dua pasukan dalam kumpulan ini. Indonesia B-23 pula berada di kedudukan ketiga sementara Timor Leste B-23 di tangga tercorot.", "Featured Image: Facebook Vietnamese Football"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208245/", "headline": "\nPelumba Suzuki, Joan Mir Raih Kejuaraan Dunia MotoGP 2020\n", "content": ["Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir muncul juara dunia saingan MotoGP 2020 setelah menamatkan perlumbaan GP Valencia di tempat ketujuh, sebentar tadi.", "Walaupun menamatkan perlumbaan yang berlansung di Litar Ricardo Tomo di kedudukan ketujuh, ia sudah memadai untuk memberikannya pungutan mata berjumlah 171.", "HE'S DONE IT!!! 🏆@JoanMirOfficial IS THE 2020 #MotoGP WORLD CHAMPION!!! 🥇#M1R | #ValenciaGP 🏁 pic.twitter.com/8Dff90W1r4", "Pungutan mata tersebut tidak dapat dikejar lagi oleh mana-mana pelumba lain dengan baki satu perlumbaan sahaja lagi untuk saingan musim ini.", "Kejuaraan yang diraih pelumba berusia 23 tahun, kelahiran Sepanyol ini merupakan kejuaraan dunia sulung dalam kariernya sepanjang beraksi dalam saingan MotoGP sejak 2019.", "Como Español y Mallorquín que soy muy orgulloso de @Joanmir36 !!Además se ser campeón de @motogp entrará en la historia por conseguir:-Ganar con @suzukimotogp después de 20 años.-Ganar en su 2o año.-Ser el 3er Español en ganar en MotoGP.¡Te lo mereces Joan, disfrutalo! 🥂 pic.twitter.com/AYJnIdY4IS", "Selain itu, ia juga merupakan kejuaraan pertama yang diraih oleh pasukan pengeluar berpangkalan di Jepun, Suzuki dalam saingan MotoGP selepas tempoh 20 tahun.", "Thank you @FrankyMorbido12 and @jackmilleraus for a SENSATIONAL last lap! 👏#MotoGP at its absolute best! 🔥🔥🔥#ValenciaGP 🏁 pic.twitter.com/EOcIbktFWa", "Sementara itu, pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli meraih kedudukan pertama sambil diikuti rapat oleh pelumba Ducati, Jack Miller. Menduduki tempat ketiga adalah pelumba KTM, Pol Espargaro.", "Untuk rekod, kejuaraan dunia MotoGP sejak tahun 2016 didominasi oleh pelumba Honda, Marc Marquez. ", "Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu tidak dapat beraksi baki saingan MotoGP 2020 ekoran kecederaan yang menimpanya pada awal-awal musim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218644/", "headline": "\nBenjamin Mora Pulang Ke Mexico, JDT Tiada Ketua Jurulatih\n", "content": ["Pengendali kelahiran Mexico, Benjamin Mora dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya berpisah.", "Ini selepas kelab berkenaan memaklumkan jurulatih berusia 43 tahun tersebut meminta untuk membenarkannya pulang ke negaranya bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.", "JDT selaku majikannya menghormati permintaan tersebut dan membenarkan pemergian Mora.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to thank Benjamin Mora for his services.", "Benjamin had requested JDT to allow him to return to Mexico due to unavoidable personal matters, and JDT respects the request and will always leave the door open for a return in the future.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 27, 2022", "Sebelum ini, ketiadaan Mora dalam dua perlawanan liga telah menimbulkan tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan peminat skuad Harimau Selatan malahan kebanyakan pendukung saingan bola sepak tempatan.", "Bagaimanapun, tiada sebarang makluman mengenai pengganti Mora selaku ketua jurulatih diumumkan JDT setakat ini.", "Untuk makluman semua, Mora menjadi ketua jurulatih yang paling berjaya bersama JDT dengan mengemudi skuad berkenaan memenangi empat gelaran Liga Super, empat trofi Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia serta merekodkan kemaraan ke peringkat kalah mata Liga Juara-Juara AFC buat pertama kali.", "Sebagai rekod, Mora telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugas bersama skuad senior JDT sejak tahun 2017 dan memenangi 102 perlawanan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219944/", "headline": "\nRanking BWF: Aaron-Wooi Yik Jadi Beregu No.4 Dunia, ‘Patatimo Boys’ Lonjak Ke Tangga Ke-44\n", "content": ["Juara dunia merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merekodkan kedudukan tertinggi yang baharu dalam karier apabila menghuni kelompok 4 pasangan terbaik buat kali pertama, pada hari ini.", "Kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi, Aaron-Wooi Yik memasuki kelompok berkenaan apabila melonjak satu anak tangga berbanding kedudukannya, pada minggu lalu. Lonjakan itu membolehkan mereka memintas gandingan pemain senior, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan. ", "Sementara itu, takhta beregu No.1 dunia masih dipegang pasangan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi diikuti dengan pasangan Indonesia, Marcus Gideon dan Kevin Sukamuljo selaku beregu No.2 dunia. Manakala beregu No.3 dunia pula menjadi milik pasangan Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin.", "Dalam perkembangan yang lain, beregu muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri turut merekodkan peningkatan yang ketara dengan melonjak sebanyak enam anak tangga.", "Lonjakan itu meletakkan pasangan berjulukan “Patatimo Boys” ini di tangga ke-44 dunia – tertinggi dalam karier mereka setakat ini. Peningkatan itu terhasil selepas mereka berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF, baru-baru ini.", "Selepas ini, Arif-Haikal berpeluang untuk meningkatkan lagi kedudukan ranking dunia dengan mara lebih jauh dalam kedua-dua kejohanan, Cabaran Antarabangsa Indonesia dan Indonesia Masters (Super 100) yang mereka sertai pada Oktober ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114116/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Yew Sin-Ee Yi Terkandas Di Separuh Akhir\n", "content": ["Hajat para peminat badminton tanah air untuk melihat beregu lelaki bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mara ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF nampaknya tidak kesampaian.", "Ini kerana beregu yang menghuni ranking ke-12 dunia terkandas di peringkat separuh akhir setelah tewas kepada beregu lelaki Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Walaupun memberi tentangan yang sengit sepanjang perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur dikalahkan secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-15 dalam masa tidak sampai 40 minit.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MD – Semi final 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅18 15 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 39 minutes https://t.co/5Wq6evjbH4", "Untuk rekod, perlawanan ini merupakan pertembungan ulangan. Semalam, Yew Sin-Ee Yi telah menentang beregu ini pada perlawanan akhir pada peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka turut mengalami kekalahan dengan skor 21-19, 12-21 dan 21-10.", "Secara keseluruhan, mereka telah merekodkan 5 pertemuan sesama sendiri. Kini, rekod semasa menjadikan Takuro-Yugo mencatatkan 4 kemenangan sementara Yew Sin-Ee Yi kekal dengan 1 kemenangan.", "Sebagai tambahan, kemaraan ke peringkat separuh akhir merupakan pencapaian terbaik dalam karier pasangan bebas ini di pentas Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207145/", "headline": "\nKelantan FC Selesai Tunggakan Gaji Melibatkan 15 Bekas Pemain Dan Pegawai\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, TRW Kelantan FC mengumumkan telah menyelesaikan segala tunggakan gaji melibatkan 15 bekas pemain dan pegawai pasukan.", "Perkara itu dimaklumkan menerusi satu siaran media yang diedarkan pada hari ini.", "Tunggakan itu melibatkan bekas pemain tempatan dan juga luar negara. Antaranya Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan, Mohd Nor Farhan Mohamad, Mohd Badhri Mohd Radzi, Amiridzwan Taj Tajudin, Falvio Beck Junior, L’Iman Seydi dan beberapa lagi.", "Selain itu, pasukan yang diambil alih oleh pemilik baharu, Norizam Tukiman turut melangsaikan hutang-hutang melibatkan bekas pegawai-pegawai pasukan termasuk ketua jurulatih pada ketika ini, Yusri Che Lah.", "Sebagai tambahan, mereka turut memaklumkan melangsaikan tunggakan enam bulan lalu melibatkan pemain-pemain sedia ada yang beraksi bersama Kelantan FC dalam saingan Liga Premier 2020.", "Pada masa yang sama, TRW Kelantan FC komited untuk menjaga kebajikan para pemain dan pegawai bagi memastikan pasukan sentiasa bersemangat tinggi dan berprestasi tinggi.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323638/", "headline": "\nPenang FC Berpisah Dengan 2 Pemain Import – Curt Dizon & Ann Sae-hee\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC kini kehilangan khidmat dua pemain importnya iaitu An Sae-hee dan Curt Dizon yang merupakan pertahanan dan penyerang masing-masing.", "Difahamkan kedua-dua pemain mencapai persetujuan untuk berpisah dengan kelab berjulukan Harimau Kumbang itu.", "Makluman mengenai perpisahan dengan pemain dari Korea dan Filipina masing-masing itu dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab, pada hari ini.", "A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)", "Sae-hee dan Dizon yang berusia 32 dan 29 tahun masing-masing menyertai Penang pada jendela perpindahan pramusim Liga Malaysia, baru-baru ini.", "Setakat ini, kedua-duanya hanya tampil sebanyak satu kali disamping memanaskan bangku simpanan buat Penang dalam saingan Liga Super.", "Dengan perkembangan ini, Penang mempunyai baki tujuh pemain import yang terdiri daripada Rafael Vitor (Brazil), Zaw Min Tun (Myanmar), Ryu Yamaguchi (Jepun), Ousmane Fane (Perancis), Sonny Saad (Lubnan), Adriano (Brazil) dan Giovane Gomes (Brazil).", "Adakah Penang yang kini mendapat bimbingan Manzoor Azwira akan menggantikan kekosongan dua slot pemain import tersebut dengan pemain baharu pada jendela perpindahan pertengahan musim kelak? Sama-sama kita nantikan.", "A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321529/", "headline": "\nPeluang Bergambar Dengan Trofi Piala FA Di Shah Alam Pada 25 Januari\n", "content": ["Peminat bola sepak tempatan berpeluang untuk melihat dengan dekat serta bergambar dengan trofi kejohanan kalah mati tertua di dunia, Piala FA Inggeris.", "Buat pertama kalinya dalam sejarah, trofi itu akan dibawa untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai di Central i-City, Shah Alam pada 25 Januari (Rabu) kelak.", "Pihak penganjur menetapkan dua tempoh iaitu jam 10 hingga 11.30 pagi serta 1 petang hingga 9 malam untuk tontonan serta peluang orang ramai mahupun para peminat untuk merakamkan gambar kenangan bersama trofi tersebut. ", "Untuk pengetahuan semua, Malaysia menjadi salah satu lokasi penyinggahan bagi Jelajah Trofi Asia Pasifik yang berlangsung dari 25 hingga 29 Januari.", "Jelajah itu bermula di Sydney, Australia (23 Januari) sebelum dibawa ke Malaysia (25 Januari). Kemudiannya, trofi tersebut akan melintasi Tambak Johor untuk ke Singapura (26 Januari) sebelum mengakhiri jelajah ini di Seoul, Republik Korea (28-29 Januari)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217393/", "headline": "\nSukan SEA: Tiada Kilauan Emas Buat Malaysia Dalam Acara Pecut 100m Lelaki\n", "content": ["Dua temasya Sukan SEA terdahulu menyaksikan dua pelumba negara, Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi memenangi pingat emas dalam acara pecut 100 meter (m) pada edisi 2017 dan 2019 masing-masing.", "Hafiz memenangi larian tersebut di ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan catatan masa 10.37 saat sementara Haiqal pula menang ketika beraksi di Filipina dengan rekod masa 10.35 saat.", "Bagaimanapun, Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Vietnam pada ketika ini, tiada lagi kilauan emas terbutir daripada acara riben biru ini termasuk kilauan perak mahupun gangsa.", "Hal ini selepas wakil tunggal negara, Muhammad Arsyad Md Saat, 20 tahun, menamatkan larian di tempat keenam pada larian pusingan akhir, petang tadi.", "Untuk makluman semua, acara 100m lelaki bagi kategori lelaki pada kali ini dimenangi oleh pelari remaja Thailand, Puripol Boonson, 16 tahun yang menamatkan larian dengan catatan masa 10.44 saat.", "Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 18 tahun, tidak dapat mara ke pusingan akhir apabila dia disingkirkan selepas dikatakan melakukan “false start” ketika mengambil bahagian dalam pusingan saringan (Heat 1).", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324157/", "headline": "\nMalaysia Masters: Wei Chong-Kai Wun Cipta 2 Sejarah – Baham ‘The Daddies’ & Mara Semi-Final Super 500\n", "content": ["Gandingan beregu muda lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berhasil mencipta dua sejarah baharu dalam karier badminton mereka, pada hari ini. ", "Pertamanya, pasangan yang menghuni ranking ke-26 dunia ini melakar kemaraan sulung ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500.", "Kemaraan itu tercipta selepas mereka berhasil mencetak kemenangan ketika turun beraksi pada peringkat suku akhir saingan Malaysia Masters 2023 di Axiata Arena, sebentar tadi.", "Keduanya, Wei Chong-Kai Wun mencipta satu kejutan menumpaskan lawannya, gandingan ‘otai’ yang terkenal dengan gelaran ‘The Daddies’ iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam pertarungan tersebut.", "Lebih manis, kemenangan ke atas Ahsan-Hendra itu berakhir dengan skor “straight set” iaitu 23-21 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar 40 minit permainan.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan kedua melibatkan Wei Chong-Kai Wun menentang Ahsan-Hendra di peringkat antarabangsa.", "Pertembungan pertama melibatkan kedua-dua gandingan ini berlangsung di kejohanan Terbuka Singapura tahun lalu dimana ia berpihak kepada Ahsan-Hendra dengan skor 21-14 dan 21-15 dalam tempoh 25 minit permainan.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir kelak, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu samada beregu senegara merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atau beregu Indonesia, Leo Carnando dan Daniel Marthin untuk merebut tiket ke pentas akhir.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – QF 🇲🇾MAN Wei Chong🏅23 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅 🇮🇩Mohammad AHSAN21 17 🇮🇩Hendra SETIAWAN", "— BWFScore (@BWFScore) May 26, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217818/", "headline": "\nTMJ Berundur & Serah Urusan Harian JDT Kepada Pengurusan Tertinggi Kelab\n", "content": ["Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim membuat kejutan dengan mengumumkan keputusan untuk berundur daripada kelabnya.", "Pengumuman tersebut dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial milik pasukan berjulukan skuad Harimau Selatan itu pada hari ini.", "Difahamkan keputusan tersebut dilakukan oleh baginda merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu dilakukan atas faktor tanggungjawab dan komitmennya yang lain.", "Due to my other responsibilities and commitments, I have decided to take a step back and handover the control of JDT FC to the top management of the club. ", "I wish the club and everyone all the best.", "HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor pic.twitter.com/SHMNsFg9DP", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 9, 2022", "Pada masa yang sama, baginda turut memaklumkan menyerahkan urusan harian pasukan tersebut kepada pengurusan tertinggi kelab serta mendoakan yang terbaik untuk kelab dan semua.", "Sebagai rekod, TMJ mula mengambil alih bola sepak di negeri Johor dengan mencantumkan Johor FA dan Johor FC dan mentransformasikannya menjadi JDT pada musim 2012.", "Sejak mengambil alih kelab ini, TMJ telah memimpin skuad Harimau Selatan ini bukan sahaja memenangi pelbagai gelaran di dalam dan luar negara seperti menjuarai saingan Liga Super sebanyak lapan kali dan Piala AFC.", "Bahkan baginda turut membawakan pembaharuan dengan terbinanya pusat latihan serba lengkap di Padang Seri Gelam serta sebuah stadium bola sepak moden dan canggih, Stadium Sultan Ibrahim.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216632/", "headline": "\nTerbuka Korea: Joo Ven Belum Dapat Atasi Perseorangan No.2 Indonesia\n", "content": ["Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven belum mampu mengatasi pemain badminton No.2 Indonesia, Jonatan Christie.", "Terbaru, Joo Ven yang berusia 26 tahun tumpas buat kali kedua di tangan Jonatan pada Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea yang berlangsung sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Round of 3221 21 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🏅13 18 🇲🇾Joo Ven SOONG", "🕗 in 39 minutes https://t.co/G3WzrueZEZ", "— BWFScore (@BWFScore) April 6, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Joo Ven tumpas secara ‘straight set’ kepada Jonatan dengan skor 13-21 dan 18-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri 40 minit.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua Joo Ven turun menentang Jonatan di pentas antarabangsa. Kedua-duanya bertemu buat pertama kali di saingan Terbuka Thailand 2017 dimana Jonatan turut mencetak kemenangan ‘straight set’ 21-9 dan 21-18.", "Sementara itu, Jonatan yang merupakan pilihan ketiga kejohanan mara ke Pusingan 16 akan menghadapi cabaran daripada pemain Jepun, Kodai Naraoka.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111708/", "headline": "\nKewangan JDT Tidak Kukuh Untuk ‘Ikat’ Radamel Falcao – Martin Prest\n", "content": ["Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berada dalam keadaan kewangan yang kukuh untuk menandatangani ‘marquee player’ seperti Radamel Falcao.", "Keadaan kewangan terbabit disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun 2020 yang lalu, demikian penjelasan daripada Pengarah Sukan JDT, Martin Prest.", "🦁 Malezya'nın en popüler kulübü Johor, Galatasaray'dan Radamel Falcao'yu istedi.Kulübün Başkanı Prens Tunku İsmail İdris'in bizzat transferi üstlendiği ve Malezya futbol liginin en büyük transferini yapmak istediği iddia edildi. pic.twitter.com/RlgqJGoVfY", "Baru-baru ini, sebuah portal sukan yang berpangkalan di Turki mendedahkan skuad Harimau Selatan membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Manchester United dan Chelsea tersebut bagi beraksi di Liga Malaysia.", "Menerusi satu makluman oleh Martin menerusi laman sosial kelab pada hari ini, beliau turut menegaskan bahawa berita tersebut hanyalah bersifat khabar angin semata-mata.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to clarify that contrary to media reports, the club have not made an offer to Radamel Falcao. Such news are purely rumours.[1/3] pic.twitter.com/KGTBGxLgqN", "Akan tetapi, Martin berkeyakinan kedudukan kewangan kelab akan berada pada tahap yang lebih baik dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.", "Pada ketika itu, pemain-pemain sebegitu mampu diikat oleh pasukan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut tersebut.", "“Kami perlu lebih berhemah dalam perbelanjaan ketika ini dan memberikan keutamaan kepada infrastruktur yang boleh membawa kebaikan kepada pembangunan.” jelasnya lagi.", "Untuk rekod, JDT pernah mengikat pemain berstatus ‘marquee player’ pada awal kemunculan kelab sekitar tahun 2012 hingga 2014.", "Antaranya bekas penyerang Sepanyol, Dani Guiza dan bekas pemain tengah menyerang Argentina, Pablo Aimar."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207683/", "headline": "\nSafawi Alami Kecederaan Selepas Menentang Sporting CP B-23\n", "content": ["Penyerang sayap kebangsaan, Safawi Rasid dilaporkan mengalami kecederaan selepas daripada perlawanan menentang Sporting CP Bawah 23 Tahun (B-23) dalam aksi Liga Revelacao, sabtu lalu.", "Bagaimanapun, kecederaan yang dialami oleh Safawi tidak begitu serius dan akan pulih dalam tempoh yang singkat.", "Dalam perlawanan tersebut, Safawi diturunkan dalam kesebelasan utama dan bermain hampir 60 minit sebelum digantikan oleh pemain muda Brazil, Felipe Dini.", "Pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini mengakui ianya merupakan satu pengalaman baharu dan berbeza bermain di pentas eropah walaupun hanya membuat penampilan dalam siangan liga simpanan mereka.", "“Mereka bermain cukup laju dengan fizikal yang agak besar namun itu adalah pengalaman bagus untuk saya memahami corak permainan pemain Eropah.", "“Walaupun mengalami sedikit kecederaan, situasi terbabit tidaklah membimbangkan kerana akan pulih dalam tempoh terdekat ini,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Sementara itu, Safawi berkata saingan untuk merebut kesebelasan utama sangat sukar bersama Portimonense SC tidak kiralah dalam skuad senior atau skuad simpanan.", "Apa yang boleh digambarkan, sebaik sahaja sesi latihan bermula rakan sepasukan akan berubah 360° menjadi ‘musuh’ demi memikat dan meraih perhatian barisan kejurulatihan.", "“Sebelum latihan, kami boleh bergurau dan gelak bersama namun sebaik melangkah ke padang boleh diibaratkan tidak mengenali antara satu sama lain.", "“Apa yang boleh saya katakan, tiada istilah budak emas atau istimewa kerana semuanya sama saja dengan matlamat untuk dipilih mengisi kesebelasan utama.", "“Jika kita lemah atau gagal menunjukkan prestasi diinginkan, jangan mimpi untuk bermain bersama skuad utama,” katanya lagi.", "Untuk rekod, Safawi diikat oleh pasukan Portimonense SC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) selama setahun. Ia turut disertakan dengan klausa mendapatkan khidmat Safawi secara tetap pada penghujung musim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215515/", "headline": "\nAFF B-23: Buntu Di Hadapan Gol, Malaysia Tumpas Lagi Kepada Laos\n", "content": ["Sekali lagi skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) merekodkan kekalahan di tangan Laos dalam saingan Kejuaraan AFF B-23.", "Kali ini, skuad bimbingan Brad Maloney tumpas denga keputusan 0-2 kepada Laos hasil jaringan Bounpachan Bounkong dan Souksakhone Bouaphaivanh.", "Jaringan oleh kedua-dua pemain tersebut hadir pada separuh masa pertama dan kedua masing-masing.", "Perlawanan yang sepatutnya menjadi titik kebangkitan skuad Malaysia untuk merekodkan kemenangan dan mengintai peluang untuk ke saingan separuh akhir nampaknya tidak menjadi kenyataan.", "Paling mengecewakan, bahagian serangan Malaysia pula dilihat buntu sepanjang permainan sekaligus menyaksikan mereka gagal merekodkan sebarang jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo ini.", "Kekelahan ini menjadikan Malaysia gagal mengutip sebarang mata dalam saingan Kejuaraan AFF B-23 kali ini sekaligus terpaksa melupakan saingan peringkat separuh akhir.", "Jumaat lalu, skuad Harimau Muda ini tumpas di tangan Laos dengan keputusan 1-2 pada perlawanan peringkat Kumpulan B.", "Featured Image: Lao Football Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217732/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Malaysia Langkah Kiri, Kalah 1-4 Kepada Korea\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) memulakan saingan Kumpulan C dalam kempen Piala Asia B-23 dengan langkah kiri apabila tumpas kepada Republik Korea.", "Skuad negara bimbingan Brad Maloney tumpas dengan keputusan 1-4. Jaringan oleh Korea merangkap juara bertahan ini disumbangkan oleh Lee Sang-min (31’), Kim Tae-hwan (48’) dan jaringan berganda Cho Young-wook (89’, 90+2’).", "Manakala jaringan tunggal Malaysia pula dihasilkan oleh kapten pasukan, Mukhairi Ajmal pada minit ke-83.", "FT | 🇰🇷 Korea Republic 4-1 Malaysia 🇲🇾", "💪 An impressive performance has the holders off to a winning start in Group C!", "— #AFCU23 (@afcasiancup) June 2, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, skuad negara berjulukan Harimau Muda turut dilihat tidak dapat menyaingi corak permainan yang ditampilkan oleh Korea dimana mereka mendominasi sebahagian besar permainan.", "Selain itu, serangan demi serangan yang dilancarkan mereka memaksa Malaysia beraksi dengan corak permainan bertahan hampir sepanjang perlawanan. Mujurlah penjaga gol tinggi lampai, Rahadiazli Rahalim beraksi dengan baik dan mengekang Korea berkenduri gol dalam perlawanan ini.", "Dengan kekalahan ini, Malaysia gagal memungut sebarang mata daripada perlawanan pertama peringkat kumpulan ini. Buat masa ini, Malaysia berada di dasar Kumpulan C.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219417/", "headline": "\nOppo Tawar Tiket Perlawanan UCL Dengan Sertai Kempen “Inspirational Games”\n", "content": ["Sekitar pertengahan Julai lalu, syarikat peranti pintar dari China iaitu Oppo diumumkan menjadi salah satu daripada penaja bagi kejohanan bola sepak elit eropah, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) sehingga tahun 2024.", "Sejajar dengan kedudukannya selaku penaja serta Rakan Rasmi Global bagi kejohanan UCL, Oppo melancarkan satu kempen yang dinamakan “Inspirational Games” buat saingan peminat bola sepak di seluruh dunia.", "Kempen ini mengajak para peminat untuk memilih satu perlawanan UCL yang cukup menginspirasikan daripada pilihan yang diberikan oleh Oppo. Anda boleh menyertakan sebab mengapa pilihan itu dibuat.", "Sekiranya pilihan perlawanan yang diberikan Oppo itu tidak begitu menginspirasikan, anda boleh mencadangkan perlawanan lain di dalam ruangan komen.", "Selepas pilihan dibuat, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah yang ditawarkan adalah berupa tiket perlawanan UCL, pelbagai cenderamata UCL (t-shirt, topi & botol air) serta beg galas.", "Tarikh tutup bagi cabutan bertuah ini adalah pada 11:59 malam CET (26 September) atau 5.59 pagi waktu Malaysia (27 September). "]} +{"url": "https://sukanz.com/20206958/", "headline": "\nLiverpool Tak Perlu Ikut Cara Chelsea ‘Borong’ Pemain – Jurgen Klopp\n", "content": ["“Kita (Liverpool) adalah sebuah pasukan yang berbeza.” jelas pengurus pasukan, Jurgen Klopp kepada para penyokong The Kop yang begitu risau apabila kelab mereka tidak begitu aktif pada jendela perpindahan kali ini.", "Antara pasukan paling aktif di bursa perpindahan pemain musim ini adalah Chelsea. Kelab berpangkalan di London itu telah membawa masuk enam pemain baharu iaitu Timo Werner, Hakim Ziyech, Thiago Silva, Malang Sarr, Ben Chilwell dan Kai Havertz.", "Chelsea's attack has UPGRADED this summer 💪 pic.twitter.com/xGSDHnfJpr", "Sebagai perbandingan, skuad Liverpool bimbingan Klopp hanya memuktamadkan perpindahan seorang pemain iaitu pertahanan kiri, Kostas Tsimikas daripada pasukan Olympiacos, setakat ini.", "Aksi kurang bermaya dan kekalahan Liverpool di tangan Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti minggu lalu menambahkan lagi resah para penyokong. Bermula saat itu, sebahagian penyokong mahukan Klopp mendatangkan pemain-pemain baharu ke dalam kem Liverpool. ", "Ianya wajar dalam usaha untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.", "🗣 \"We're a different kind of club\"🔴 #LFC manager Jurgen Klopp defends the club's caution in the transfer market compared to title rivals \"owned by countries and oligarchs\".📲⚽ https://t.co/QfaBGi407M#bbcfootball pic.twitter.com/NYKYUkRMkN", "Bagaimanapun, Klopp dengan tenang memberikan penjelasan dalam satu temu bual bersama Radio BBC, “Kita mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UEFA) dua tahun lalu, kita memenanginya tahun lepas dan meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu dengan jadi diri kita sendiri, dengan mengikut cara kita.”", "Bagi pengendali berusia 53 tahun ini, membawa masuk ramai pemain ketika jendela perpindahan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kekurangannya adalah pemain-pemain yang di bawa masuk itu belum terbukti dapat menyesuaikan diri di dalam pasukan. ", "Setelah merekrut ramai pemain, pengurus Chelsea, Frank Lampard mempunyai tugasan yang besar untuk memupuk keserasian dalam tempoh yang singkat sebelum saingan liga bermula.", "The boss with some final words of encouragement for @tammyabraham and @masonmount_10… 👊#BAYCHE pic.twitter.com/6Ue2e21ozV", "“Kita tidak boleh ubah dalam satu malam dan berkata, kita mahu ikut seperti Chelsea, ikut macam mereka. Sekarang, mereka menandatangani ramai pemain (baru). Itu menjadi satu kelebihan buat mereka, sudah pasti, tetapi ini juga bermakna mereka perlu (dapatkan) keserasian secepat yang mungkin,”", "“Ini bukan sahaja mengenai membawa (pemain) berkualiti ke dalam pasukan. Kamu tidak boleh membawa sebelas pemain terbaik dunia dan hanya mengharapkan seminggu kemudian, mereka bermain (corak) bola sepak terbaik yang pernah mereka mainkan. Semuanya (perlu) diusahakan secara bersama ketika sesi latihan.” jelasnya.", "Preparation for '20/21 continues 👊🔴 pic.twitter.com/53i1iu1Ato", "Buat masa ini, Klopp masih menaruh harapan tinggi kepada pemain-pemain sedia ada di dalam skuad Liverpool untuk mengharungi saingan baharu bola sepak, musim 2020/21. Baginya, apa yang dilakukan Liverpool pada jendela perpindahan kali ini tidak banyak bezanya seperti jendela perpindahan musim lalu.", "“Itu menjadi kelebihan buat kami (Liverpool). Kami telah berkerja bersama dalam tempoh yang agak lama, tetapi saya tahu penyokong tidak mahu dengar! Tetapi, kamu telah perkara yang hampir sama musim lepas. Alasan kelab (berikan), kami sentiasa mahu memperbaiki skuad, tetapi ada cara-cara yang berbeza.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112099/", "headline": "\nPemilik TRW Kelantan FC Tarik Minat Pelabur Baharu Untuk Bangunkan Pasukan?\n", "content": ["Para peminat dan penyokong skuad Liga Premier, TRW Kelantan FC bakal menyaksikan kemasukan pelaburan baharu oleh sekumpulan individu ke dalam pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, pemilik pasukan berkenaan, Norizam Tukiman memaklumkan telah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan individu yang berminat untuk membangunkan skuad yang mendapat julukan The Red Warrior tersebut.", "Difahamkan minat sekumpulan individu tersebut untuk melabur ke dalam pasukan Kelantan hadir selepas menyaksikan perancangan yang telah dijalankan oleh Norizam selepas mengambil alihnya setahun yang lalu.", "Baca: Pemilik Zamburger Beli Pasukan Kelantan Dengan Harga RM6.8 Juta", "Bagaimanapun, identiti atau latar belakang mengenai sekumpulan pelabur tersebut kekal misteri dan disimpan kemas oleh Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham setakat ini.", "“Apa yang boleh kongsikan setakat ini kepada penyokong setia TRW, saya sudah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan pelabur yang berminat untuk bersama-sama membangunkan pasukan. ", "“Saya gembira bila ada pihak mula yakin dengan perancangan yang telah dibuat oleh TRW sebelum ini. Ia membuktikan pengorbanan yang dibuat bagi memulihkan pasukan Kelantan oleh saya sebelum ini bukanlah cakap kosong,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Baca: TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT", "Baca: TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta", "Baru-baru ini, Norizam turut berkongsikan mengenai perancangannya terhadap TRW Kelantan dalam masa terderkat dan juga musim hadapan menerusi akaun laman sosialnya.", "Antara perancangan yang sedang diusahakannya adalah untuk mengadakan padang latihan yang lebih berkualiti untuk para pemainnya menjalani latihan.", "Selain itu, Norizam turut berkongsikan bahawa beliau sedia untuk mengeluarkan ‘pitih’ untuk mendapatkan pemain-pemain bintang bagi menguatkan lagi pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Premier 2022.", "Sebagai tambahan, selain daripada menjadi pemilik TRW Kelantan FC, Norizam juga merupakan pemilik pasukan yang berpangkalan di Indonesia iaitu PSPS Riau.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322511/", "headline": "\n5 Sebab Bayern Munich Pilih Thomas Tuchel\n", "content": ["Bayern Munich telah memperkenalkan Thomas Tuchel bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Julian Nagelsmann setelah diumumkan berpisah dengan kelab itu menerusi pengumuman yang disiarkan melalui laman web rasmi mereka. ", "Perlantikan Thomas Tuchel bagi menggantikan Julian Nagelsmann ini berkemungkinan  didorong oleh beberapa faktor untuk memastikan Bayern Munich kekal dominan di Jerman. Berikut kami hidangkan sebab-sebab mengapa Tuchel menjadi pilihan Der FCB:", "Melihat kepada trend beberapa musim yang lalu, Bayern Munich gemar melantik pengurus kelahiran Jerman seperti Hansi Flick dan Julian Nagelsmann sejak kali terakhir melantik Niko Kovac daripada Croatia pada musim 2019/20.", "Malahan Tuchel yang turut lahir di Bavaria, Jerman sudah masak dengan saingan Bundesliga menerusi pengalamannya melatih beberapa kelab seperti FC Augsburg II, Mainz 05 dan Borussia Dortmund menjadikannya sebagai pengurus yang cukup berpengalaman untuk melatih Bayern Munich.", "Thomas Tuchel telah memenangi pelbagai piala bermula di Borussia Dortmund apabila beliau membantu kelab itu menjulang DFB Pokal pada musim 2016/17 sebelum membantu Paris Saint-Germain (PSG) memenangi quadruple (empat trofi semusim) pada musim 2019/20.", "Bersama Chelsea pula, Tuchel menjulang piala idaman para pengurus dan pasukan di Eropah – UEFA Champions League pada musim 2020/21 yang membawa kepada gelaran juara FIFA Club World Cup pada musim seterusnya. ", "Sebagai salah satu kelab yang dominan di Jerman, Bayern Munich memerlukan seorang pengendali yang boleh mengawal suasana di bilik persalinan memandangkan mereka mempunyai beberapa pemain ternama dunia seperti Dayot Upamecano, Alphonso Davies dan Benjamin Pavard.", "Tuchel dilihat mempunyai kewibawaan itu dengan pernah melatih PSG yang dipenuhi pemain bintang seperti Thiago Silva, Kylian Mbappe, Neymar dan Angel di Maria dan berjaya membawa mereka menjulang piala dengan konsisten di Ligue 1. ", "Menurut CEO Bayern Munich, Oliver Kahn, permainan kelab itu di bawah kendalian Julian Nagelsmann itu semakin kurang menarik selepas saingan liga bermula sejurus tamat Piala Dunia FIFA tempoh hari.  ", "Oleh itu, Bayern Munich memerlukan seorang pengurus yang mampu mengubah cara Bayern Munich bermain dan Thomas Tuchel telah membuktikan kemampuannya dalam menampilkan falsafah menyerang dalam bola sepak yang menarik sejak mengendalikan Mainz 05 lagi.", "Biarpun tidak melatih mana-mana kelab selepas dipecat Chelsea, kredibiliti Thomas Tuchel sebagai pengurus berwibawa tidak boleh dipertikaikan lagi selepas meraih pelbagai anugerah individu yang memungkinkan Bayern Munich tertarik dengan beliau.", "Pengendali berusia 50 tahun ini pernah memenangi anugerah UEFA Men’s Coach of the Year bagi musim 2020/21 dan juga dipilih sebagai German Manager of the Year serta The Best FIFA Football Coach bagi tahun 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324204/", "headline": "\nShereen Terus Raih Emas 400 Meter Di Amerika Syarikat\n", "content": ["Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy terus melakar kecemerlangan apabila mengekalkan kejuaraan acara 400 meter bagi kedua-dua musim sejuk dan bunga untuk dua tahun berturut-turut di negara Uncle Sam.", "Terbaru, pelari berusia 24 tahun itu berjaya meraih emas dalam acara 400 meter (m) di Kejohanan Trek & Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Colorado sekaligus turut membantu universitinya memenangi tempat keempat secara keseluruhannya.", "Shereen mewakili Winona State University (WSU) menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan mencatatkan masa 52.74 saat (s) dan menghadiahkan pingat emas buat universiti Minnesota tersebut. ", "Kemenangan tersebut diikuti pelari Azusa Pacific University, Alayna Verner di tempat kedua dengan catatan masa 52.78s dan gangsa milik Corrssia Perry dari West Texas A&M University yang merekodkan catatan masa 53.39s. ", "Sebelum ini, nama Shereen Samson Vallabouy mula meniti di bibir peminat sukan tempatan selepas meraih emas buat kontinjen Malaysia bagi acara 400m di Sukan SEA 2023 sekaligus mengulangi pencapaian ibunya, Josephine Mary. ", "Shereen juga merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 400m dengan catatan masa 51.80s di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California yang menamatkan rekod yang dipegang pelari legenda negara, Allahyarhamah Rabia Abdul Salam di Manila iaitu 52.56s."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324496/", "headline": "\nBank Islam Sumbang RM2 Setiap Fi Pengeluaran, Tahunan & Penggantian Kad Debit-i Kepada FAM\n", "content": ["Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menaja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak tahun 2013 tampil memperbaharui kerjasamanya dengan badan induk tersebut pada hari ini bagi menyokong skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.", "Kerjasama antara kedua-dua entiti ini terjalin sekitar sepuluh tahun lalu melalui pelancaran kad debit-i jenama bersama iaitu Team Harimau.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, kini, pemegang kad debit-i Team Harimau telah mencecah lebih 2.1 juta. Manakala, bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak lebih 200,000 kad ini telah dikeluarkan kepada para pelanggannya.", "Menerusi kerjasama ini, Bank Islam telah serta terus menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan sukan bola sepak negara dengan menyumbangkan RM2 setiap fi pengeluaran, tahunan dan penggantian Kad Debit-i Bank Islam Visa Team Harimau kepada FAM.", "Tambah Muazzam lagi, Kad Debit-i Team Harimau tersebut turut mendapat pengiktirafan di peringkat dalam dan luar negara seperti The Highly Commended award for Best Debit Card Offering (Unidebit) for the Cards & Electronic Payments International (CEPI) Asia Summit Wards 2015 dan The Largest Debit Co-Brand Partnership in 2019.", "Susulan rekod yang memberangsangkan, Bank Islam dan FAM mengumumkan meneruskan kerjasama strategik ini demi manfaat pihak terlibat bagi tempoh dua tahun melibatkan dua dokumen berasingan ditandatangani oleh wakil kedua-dua pihak dalam majlis yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini. ", "Salah satunya melibatkan lanjutan kerjasama melibatkan pembaharuan kad debit tersebut manakala satu dokumen lagi berkenaan aktiviti promosi Bank Islam bersama FAM.", "Selain itu, Muazzam dalam ucapannya turut mendedahkan Bank Islam telah menjadi penaja kepada FAM dengan jumlah keseluruhan setakat ini berjumlah RM6 juta sejak tahun 2015.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219950/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Lee Zii Jia Buat Perhitungan Semula Dengan Shesar Di Pusingan 32\n", "content": ["Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia akan membuat perhitungan semula dengan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dalam kejohanan Terbuka Perancis pada hujung bulan ini.", "Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan dijadualkan bertemu pemain ranking ke-23 dunia ini pada Pusingan 32 dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF terbabit selepas berlangsungnya majlis undian semalam.", "Berdasarkan rekod pertemuan, mereka pernah berentap sebanyak lapan kali di pentas antarabangsa dan kedua-duanya pernah meraih sebanyak 4 kemenangan masing-masing.", "Bagaimanapun, pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain menyaksikan ianya dimenangi oleh Shesar ketika Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia pada 30 Jun lalu.", "Sudah pasti kekalahan tersebut mengekang Zii Jia ke peringkat suku akhir. Namun lebih memeritkan, ianya berlaku di Axiata Arena, Bukit Jalil dimana turut disaksikan oleh penyokong dan peminat badminton tanah air.", "Untuk makluman semua, saingan Terbuka Perancis ini akan dilangsungkan di Stade Pierre de Coubertin, Paris bermula dari 25 hingga 30 Oktober."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114219/", "headline": "\nAtlet Angkat Berat Kategori 61Kg, Aznil Raih Pingat Emas Kelayakan Sukan Komanwel\n", "content": ["Selepas atlet angkat berat kategori 55 kilogram (kg), Mohamad Aniq Kasdan melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, seorang lagi atlet negara mengikuti jejak langkahnya.", "Jejak langkah itu diikuti oleh Muhamad Aznil Bidin yang merupakan atlet angkat berat kategori 61kg selepas muncul pemenangan pingat emas dalam kategori tersebut dalam kelayakan Sukan Komanwel 2022 yang dianjurkan bersama-sama Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021.", "Baca: Angkatan 142kg Berikan Aniq Kasdan Pingat Perak di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021", "Atlet berusia 27 tahun ini memenangi pingat emas dalam kejohanan kelayakan ini selepas berhasil merekodkan angkatan terbaik seberat 120kg dan 153kg bagi kategori ‘snatch’ dan ‘clean & jerk’ masing-masing menjadikannya melakukan angkatan seberat 273kg secara keseluruhan.", "Rekod 273kg itu meletakkan namanya menerajui carta keputusan keseluruhan dalam kalangan atlet-atlet negara komanwel sekaligus melayakkannya ke temasya Sukan Komanwel pada tahun hadapan. ", "Sementara itu, Aznil meraih kedudukan di tempat kelima bagi kejohanan dunia anjuran Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) yang bertempat di Tashket, Uzbekistan.", "Menurut Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat memaklumkan seorang lagi atlet angkat berat negara iaitu Muhammad Erry Hidayat, 22 tahun, akan beraksi untuk menempah tiket ke temasya yang sama, pada malam ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215532/", "headline": "\nKembar Ryan Lambert Sertai Pasukan Juara Piala Malaysia 2021\n", "content": ["Adik-beradik kembar kepada Ryan Lambert iaitu Declan Lambert diumumkan menyertai pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) secara rasmi.", "Penyertaan pemain berusia 23 tahun itu disahkan oleh KL City menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, pada hari ini.", "The wait is now over. Welcome to The City, Declan Lambert 🔴⚪A versatile and agile player who can play as a right back and also as a centre midfield. #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/6dEtmLUJmR", "Posisi utama Declan adalah bek kanan namun dia juga merupakan seorang pemain yang versatil dengan keupayaan untuk beraksi sebagai pemain tengah.", "Untuk makluman semua, Declan merupakan pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia yang lahir di di ibu negara, Kuala Lumpur. Walaupun lahir di ini, Declan memulakan karier bola sepaknya di Australia bersama Richmond Soccer Club bermula tahun 2016.", "Tidak lama kemudian, Declan berhijrah ke Belanda dengan menyertai sebuah pasukan liga bawahan negara terbabit. Pada tahun 2018, Declan berhasil mengikat kontrak bersama pasukan yang beraksi dalam divisyen dua Belanda iaitu, FC Den Bosch.", "Dengan statusnya sebagai pemain kacukan yang lahir di sini serta datang daripada negara kuasa besar bola sepak di eropah dan dunia, Declan berkemungkinan besar akan menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Bojan Hodak untuk mengisi posisi bek kanan KL City sepanjang musim ini.", "Dijangka kelibat Declan akan dapat dilihat oleh peminat skuad ibu kota pada perlawanan Piala Sumbangsih 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), pada Sabtu ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110302/", "headline": "\nSkuad Malaysia Yang Mengikat Bahrain 1-1 Pada Tahun 2013, Dimanakah Mereka Ketika Ini?\n", "content": ["Tanggal 15 oktober 2013 skuad kebangsaan Malaysia turun ke Stadium Shah Alam untuk melayan kunjungan Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015. Ketika itu, Malaysia yang berada di kedudukan ke-161 dunia berhasil mengikat pasukan pelawat yang berada di kedudukan lebih baik iaitu ranking ke-121 dengan keputusan 1-1.", "Penyokong Malaysia perlu berterima kasih kepada jaringan penyamaan oleh penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha yang dihasilkan pada babak kedua. Norshahrul atau Matyo mengambil peluang yang terhidang dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti selepas kesilapan pertahanan lawan yang gagal mengeluarkan bola daripada kawasannya. ", "Sebelum daripada itu, Bahrain yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran England, Anthony Hudson mendahului 1-0 menerusi pertahanannya, Abdulla Saleh Aman berpunca daripada situasi sepakan penjuru pada masa kecederaan babak pertama.", "Itu merupakan keputusan positif kedua yang diraih oleh Malaysia selepas menumpaskan Yaman 2-1 pada aksi kedua peringkat Kumpulan D. Lapan tahun telah berlalu, menarik untuk kita jejaki dimanakah kesemua barisan pemain pada perlawanan tersebut berada pada ketika ini.", "Ayuh kita lihat senarai di bawah:", "Tarikh Lahir: 10 Julai 1956", "Jawatan Pada Waktu Itu: Ketua Jurulatih Malaysia", "Jawatan/Status Semasa: Ketua Jurulatih Brunei", "K. Rajagobal atau King Gobal merupakan satu-satunya jurulatih yang berjaya membimbing Malaysia meraih kejuaraan Piala AFF setakat ini. Bagaimanapun, jodohnya bersama skuad Harimau Malaya hanya bertahan sehingga ke penghujung tahun 2013. Beliau kemudiannya beralih melatih pasukan dalam saingan Liga Malaysia seperti Sarawak dan PKNS FC. Terkini, King Gobal merupakan ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei.", "Tarikh Lahir: 7 Januari 1989", "Pasukan Pada Waktu Itu: Kelantan", "Semasa tahun 2013, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek masih bersama Kelantan. Bagaimanapun, anak jati kelahiran negeri Kelantan ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Melaka United pada tahun 2018 dan kekal bersama pasukan itu sehingga ke hari ini. Masih lagi aktif bermain secara profesional. Posisinya sebagai penjaga gol skuad kebangsaan juga terlepas kepada Farizal Marlias dan Khairulazhan.", "Tarikh Lahir: 26 Mac 1988", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Kali terakhir bekas bek kiri skuad kebangsaan ini dilihat bermain secara aktif adalah pada tahun 2017 bersama pasukan Pulau Pinang. Kemudiannya, dia dikhabarkan berehat daripada saingan Liga Malaysia ekoran masalah kecederaan. Namun, sekitar permulaan tahun 2020, Asraruddin dimaklumkan menyertai latihan bersama Selangor. Ramai menyangka pemain kelahiran Kuala Selangor ini kembali untuk beraksi di atas padang namun hakikatnya dia sekadar menyertai latihan untuk mendapatkan kecergasan.", "Tarikh Lahir: 3 Ogos 1987", "Pasukan Pada Waktu Itu: Johor Darul Ta’zim", "Pasukan/Status Semasa: Johor Darul Ta’zim", "Masih menjadi tonggak utama buat skuad kebangsaan dan di peringkat kelab. Tiada sebarang perubahan besar buat pemain kelahiran Negeri Sembilan ini. Untuk makluman, tahun 2013 juga merupakan tahun pertama buat Aidil bersama JDT dan dia kekal bersama skuad Harimau Selatan sehingga ke hari ini.", "Tarikh Lahir: 30 Mac 1986", "Pasukan Pada Waktu Itu: ATM", "Pasukan/Status Semasa: Penolong Jurulatih di AMD", "Terkenal dengan permulaan kariernya bersama UiTM FC dan skuad Malaysia yang mengambil bahagian dalam temasya Summer Universiade. Pada tahun 2013, Amiridzwan merupakan pemain pasukan ATM. Selepas daripada itu, dia sempat berkelana bersama pasukan negeri kelahirannya, Kelantan. ", "Pasukan terakhir yang diwakili olehnya ialah Kelantan United dan dia antara pemain yang membantu pasukan tersebut menjuarai saingan Liga M3 pada tahun 2019. Awal januari tahun ini, dimaklumkan dia meninggalkan karier bola sepak profesional dan menceburkan diri dalam dunia kejurulatihan. Ketika ini, beliau merupakan penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).", "Tarikh Lahir: 15 September 1986", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Pasukan/Status Semasa: Johor Darul Ta’zim", "Walaupun nama Kunanlan sudah tidak menjadi pilihan utama untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada ketika ini, dia masih aktif bermain dan menjadi saingan kepada Matt Davies bagi posisi bek kanan di Johor Darul Ta’zim. Usia 34 tahun bukan penghalang buatnya untuk terus diberikan kepercayaan di bermain bersama skuad Harimau Selatan baik di saingan domestik mahupun antarabangsa seperti Liga Juara-Juara AFC. ", "Tarikh Lahir: 2 April 1990", "Pasukan Pada Waktu Itu: ATM", "Walaupun namanya sudah tidak didengari dalam kalangan peminat bola sepak pada ketika ini, pemain tengah, K. Reuben masih lagi bergelar pemain profesional. Tahun ini dia bersama pasukan yang bercita-cita besar untuk ke saingan Liga Super iaitu Sarawak United.", "Tarikh Lahir: 5 Julai 1987", "Pasukan Pada Waktu Itu: Johor Darul Ta’zim", "Pasukan/Status Semasa: Johor Darul Ta’zim", "Merupakan antara pemain tengah terhebat yang ada dalam sejarah bola sepak Malaysia. Memenangi pingat emas Sukan SEA 2009, juara Piala AFF 2010. DI peringkat kelab, semua kejuaraan domestik telah dimenanginya dan paling terulung adalah juara Piala AFC pada tahun 2015. Ketika ini, dia masih bergelar pemain profesional bersama JDT.", "Tarikh Lahir: 11 Januari 1989", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Pasukan/Status Semasa: Petaling Jaya City", "Nama K. Gurusamy juga tidak begitu didengari oleh peminat bola sepak pada ketika ini. Namun dia masih belum menggantungkan butnya dan kini bermain bersama pasukan yang mempertaruhkan 100% pemain lokal iaitu Petaling Jaya City (PJ City).", "Tarikh Lahir: 16 April 1985", "Pasukan Pada Waktu Itu: Pahang", "Pasukan/Status Semasa: Kedah Darul Aman", "Dikenali dengan nama ‘glamour’ Alex, pemain kelahiran Kuala Lipis ini mula mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan ketikan beraksi bersama Pahang. Tahun 2016, Alex membuat keputusan untuk berhijrah ke JDT sebelum ke Selangor pada tahun 2018. Selepas itu, dia ditimpa dengan kecederaan yang agak parah hingga memaksanya berehat seketika daripada saingan Liga Malaysia. Pada ketika ini, Alex menjadi ‘senjata’ berbahaya buat Kedah terutamanya apabila dimasukkan pada separuh masa kedua. ", "Tarikh Lahir: 8 Jun 1986", "Pasukan Pada Waktu Itu: Johor Darul Ta’zim", "Penjaring gol ketika menentang Bahrain pada tahun 2013 yang lalu. Masih diberikan kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk bermain bersama skuad kebangsaan pada kelayakan Piala Dunia/Piala Asia saat ini. Dengan makluman penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula masih tidak dapat bermain pada malam nanti, Matyo mungkin diberikan tanggungjawab untuk mengetuai barisan serangan Harimau Malaya.", "Tarikh Lahir: 21 Januari 1981", "Pasukan Pada Waktu Itu: Selangor", "Berusia 40 tahun dan masih menendang bola serta menjaringkan gol bersama pasukannya. Amri antara nama yang tidak asing buat skuad kebangsaan sejak daripada tahun 2007 lagi. Ketika senarai 25 pemain skuad kebangsaan diumumkan oleh FAM baru-baru ini, segelintir penyokong dan peminat turut mempersoalkan mengenai ketiadaan nama Amri sedang dia sedang berada di prestasi terbaik bersama Sabah. ", "Tarikh Lahir: 7 Februari 1988", "Pasukan Pada Waktu Itu: Negeri Sembilan", "Pasukan/Status Semasa: Tiada Pasukan (Kelantan, 2020)", "Tarikh Lahir: 8 Julai 1989", "Pasukan Pada Waktu Itu: Kelantan", "Pasukan/Status Semasa: Tiada Pasukan (Northern Lions, 2020)", "Tarikh Lahir: 25 Jun 1985", "Pasukan Pada Waktu Itu: ATM", "Berikut adalah highlight perlawanan antara Malaysia dan Bahrain yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada tahun 2013 yang lalu. Nikmatilah:", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111798/", "headline": "\nBekas Menteri Kewangan Kagum Dengan Visi RMS Terhadap Selangor FC\n", "content": ["Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan rasa kagumnya dengan visi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah terhadap Selangor FC.", "Beliau menyatakan demikian selepas diberikan ‘tour guide’ oleh RMS sendiri selaku pemilik kelab tersebut untuk melihat dengan lebih dekat Pusat Latihan FAS atau turut dikenali sebagai FAS Training Centre.", "Antara fasiliti yang dilawatinya adalah padang latihan, bilik persalinan, gimnasium, pusat fisioterapi dan bangunan utama yang menempatkan pejabat pasukan. ", "“Saya kagum dengan visi Duli Yang Teramat Mulia (Raja Muda Selangor). Saya pasti ramai penyokong Red Giants juga mempunyai impian serupa, ingin menyaksikan pasukan kesayangan kembali bertakhta di persada liga.” katanya menerusi laman sosial rasminya selepas menyerahkan bantuan bakul makanan kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), semalam.", "Baca: Selangor FC Bina Pusat Rehabilitasi & Bakal Dibuka Kepada Umum Untuk Jana Pendapatan", "Beliau sempat berkongsikan pengalamannya menyaksikan pasukan Selangor beraksi di Stadium Merdeka dan Stadium Shah Alam sewaktu zaman muda.", "“Suasananya memang jauh berbeza dari menonton di TV. Tidak boleh dibandingkan sama sekali. Dah lama tak tengok match live, mungkin boleh start semula bila stadium dibuka semula.", "“Saya harap kita semua akan dapat kembali menonton bola secara live tidak lama lagi, apabila kita berjaya membawa keluar Malaysia dari belenggu COVID-19, InsyaAllah.” tambahnya lagi.", "Sebagai rekod, RMS mula menerajui Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada tahun 2018 dan memulakan revolusi untuk mengangkat pasukan ini ke tahap yang lebih tinggi, mengembalikan kegemilangannya dan menyediakan kelab ke arah yang mapan. ", "Untuk makluman semua, selain daripada fasiliti-fasiliti yang dinyatakan di atas, pada saat ini Selangor sedang berusaha untuk menyiapkan kafe untuk para pemain dan pegawai serta padang latihan tertutup.", "Featured Image: Facebook Tengku Zafrul"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208043/", "headline": "\nDickson Si Orang Besi Ucap Selamat Tinggal Kepada Pahang\n", "content": ["Jodoh penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme bersama pasukan Pahang dinoktahkan sejurus tamat perlawanan menentang Kedah, semalam. ", "Menurut makluman menerusi akaun sosial medianya, Dickson yang terkenal dengan julukan sebagai Orang Besi mengatakan perlawanan tersebut merupakan perlawanan terakhir buatnya beraksi sebagai pemain Pahang.", "Perjuangan skuad Pahang FA berakhir pada malam ini setelah tewas kepada Kedah FA di pertrmuan #TMPialaMalaysia2020 di Stadium Darul Aman#KEDPAH#PahangFA2020 #DemiPahangDarulMakmur #PahangBangkit pic.twitter.com/YVquuw2am5", "Pada masa yang sama, penyerang berusia 34 tahun itu turut mengambil tanggungjawab atas kekalahan 3-2 pasukannya di tangan Kedah dalam aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia.", "Untuk rekod, Dickson telah menyarung jersi pasukan Pahang sebanyak dua kali. Kali pertama ketika musim 2014 dan 2015. Dan kali kedua pula bermula musim 2019 dan 2020.", "Sepanjang beraksi bersama Pahang, penyerang kelahiran Nigeria ini telah merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2014 dan Piala FA 2014."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216961/", "headline": "\nMenjejaki Skuad Ajax Kendalian Erik Ten Hag Yang Mara Ke Separuh Akhir UCL 2018-19\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan secara rasmi perlantikan Erik Ten Hag sebagai pengurus baharu mereka yang akan memulakan tugas pada penghujung musim ini sehingga Jun 2025, semalam.", "Ketika ini pengurus kelahiran Belanda itu masih mempunyai kontrak bersama pasukannya yang beraksi dalam kancah Eredivisie, Ajax Amsterdam. Dia akan menamatkan tugasnya hujung musim ini bersama kelab terbabit sebelum ke United Kingdom untuk menggantikan Ralf Ragnick.", "Ajax sememangnya cukup dikenali sebagai sebuah kelab yang sering mempertaruhkan pemain-pemain muda namun tetap berupaya untuk mendominasi saingan Liga Belanda. Sejak dikemudi oleh Erik bermula penghujung 2017, Ajax telah menjuarai saingan Eredivisie sebanyak tiga kali berturut-turut bermula musim 2018-19, 2019-20 dan 2020-21. ", "The new First-Team Manager of Manchester United: Erik ten Hag.#MUFC || #WelcomeErik", "— Manchester United (@ManUtd) April 21, 2022", "Saingan musim ini yang berbaki lima lagi perlawanan juga menampakkan Ajax tiada masalah untuk mengulangi kejuaraan tersebut. Ketika ini, mereka mendahului kedudukan Eredivisie menerusi 72 mata daripada 29 perlawanan. Mereka dihambat oleh PSV yang memiliki 68 mata di tangga kedua.", "Namun begitu, nama Erik mula meraih tumpuan peminat bola sepak dunia apabila dia membuat kejuta membawa Ajax mara ke pentas separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2018-19 – kemaraan yang pertama sejak tahun 1997 dengan menumpaskan Juventus di peringkat suku akhir.", "Selain itu, perjalanan ke separuh akhir itu turut dihiasi dengan merekodkan kemenangan ke atas juara bertahan, Real Madrid di peringkat Pusingan 16, seri dalam kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan menentang Bayern Munich dan merekodkan satu kemenangan menentang Benfica.", "Pada perlawanan separuh akhir, mereka turut berhasil merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di London pada perlawanan pertama. Bagaimanapun, di halaman sendiri pada perlawanan timbal balik, Erik dan anak-anak buahnya terpaksa akur tidak dapat mara ke perlawanan akhir setelah tumpas 2-3 yang membolehkan Spurs mara dengan agregat 3-3 berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.", "Lebih mengujakan, kemaraan tersebut dicapai dengan menggunakan kudrat pemain-pemain muda diadunkan dengan beberapa pemain senior berpengalaman. Di sini, kami membawakan anda untuk menjejaki kembali keberadaan sebahagian besar pemain-pemain kesebelasan utama tersebut tersebut pada saat ini:", "Umur Ketika Itu: 22 Tahun", "Umur Ketika Itu: 26 Tahun", "Kelab Terkini: Brighton and Hove Albion", "Umur Ketika Itu: 28 Tahun", "Umur Ketika Itu: 19 tahun", "Umur Ketika Itu: 25 Tahun", "Umur Ketika Itu: 20 Tahun", "Pemain Tengah: Frenkie de Jong", "Umur Ketika Itu: 21 Tahun", "Umur Ketika Itu: 32 Tahun", "Pemain Tengah: Donny van de Beek", "Umur Ketika Itu: 21 Tahun", "Kelab Terkini: Everton (dipinjamkan oleh Manchester United)", "Umur Ketika Itu: 21 Tahun", "Pemain Tengah Menyerang: Dusan Tadic", "Umur Ketika Itu: 29 Tahun", "Umur Ketika Itu: 25 Tahun", "Umur Ketika Itu: 34 Tahun", "Umur Ketika Itu: 20 Tahun"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114040/", "headline": "\nZhafri, Paulo Bantu KL City Julang Piala Malaysia & Raih Slot Piala AFC\n", "content": ["Dua jaringan oleh pemain tengah iaitu Zhafri Yahya dan Paulo Josue sudah memadai untuk Kuala Lumpur City (KL City) menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 sekaligus menjulang Piala Malaysia 2021.", "Kedua-dua jaringan tersebut terhasil pada separuh masa kedua iaitu pada minit ke-66 dan ke-74. Jaringan Zhafri terhasil selepas mendapat satu ‘crossing’ cantik oleh J. Partiban manakala gol oleh Paulo merangkap kapten pasukan pula mendapat ‘assist’ daripada Ryan Lambert.", "66' GOL | Zhafri Yahya menyudahkan hantaran J. Partiban untuk gol pembukaan malam ini!@KLCityFootball 1-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/SxxJiTdroj", "Sementara itu, kemenangan KL City pada malam ini juga dibantu oleh ketangkasan penjaga gol, Kevin Ray Mendoza yang memastikan gawangnya tidak dibolosi oleh serangan-serangan berbahaya daripada pemain-pemain skuad Harimau Selatan. ", "74' GOL | Kapten pasukan, Paulo Josue menggandakan kelebihan KL City FC!@KLCityFootball 2-0 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/2zfoBc8zVp", "Kejayaan skuad Ibu Kota meraih kemenangan pada malam ini turut menamatkan kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 32 tahun. Untuk rekod, kali terakhir KL City atau dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur menjulang Piala Malaysia adalah pada tahun 1989.", "Bertambah manis, kejayaan meraih kejuaraan Piala Malaysia pada malam ini memberikan skuad kendalian Bojan Hodak ini slot automatik ke kejohanan asia iaitu Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112062/", "headline": "\nSepakan Penjuru Wan Kuzri Sumbang Kemenangan Buat Akron Zips\n", "content": ["Pemain skuad bawah 20 tahun (B-20) berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal meneruskan konsistensi memberikan sumbangan kepada kemenangan pasukan kolejnya, Akron Zips.", "Pada penampilan ketiga bersama Akron menentang pasukan pelawat, Robert Morris, sabtu lalu (waktu Malaysia), sepakan penjuru yang dilakukannya ke dalam kotak penalti membolehkan rakan sepasukannya, Will Jackson merembat bola masuk ke dalam gawang.", "Anda boleh tonton video sepakan penjuru oleh Wan Kuzri DI SINI", "Gol tersebut memberikan pasukannya mendahului 2-0 pada minit ke-74. Tidak cukup dengan dua gol, Akron Zips yang beraksi di laman sendiri sekali lagi menambahkan jaringan pada minit ke-88 sebelum menamatkan perlawanan dengan skor 3-0.", "Menariknya, sejak pemain berusia 19 tahun ini beraksi bersama pasukan kolejnya ini bermula 26 Ogos lalu, Akron Zips belum mencatatkan sebarang kekalahan mahupun seri setakat ini.", "Baca: Wan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1", "Sebagai rekod, pemain tengah ini telah menyumbangkan satu gol dan ‘assist’ kepada Akron Zips.", "Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Wan Kuzri akan melayan kunjungan Pittsburgh di halaman sendiri, pada hari esok (Selasa), dengan sepak mula pada pukul 7 pagi (waktu Malaysia).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219316/", "headline": "\nPerak FC Jadi Anak Syarikat Milik Penuh XOX Berhad\n", "content": ["Syarikat pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO), XOX telah menyelesaikan pengambilalihan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier, Perak FC.", "Menurut kenyataan rasminya, pengambilalihan Perak FC Sdn Bhd itu diselesaikan melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd sekaligus menjadikannya skuad berjulukan The Bos Gaurus ini syarikat milik penuh XOX Bhd.", "Sehubungan itu, Lembaga Pengarah Eksekutif XOX memaklumkan menyerahkan tanggungjawab kepada pengurusan Perak FC untuk operasi harian yang diketuai oleh Bobbie Farid Shamsuddin. ", "Difahamkan pengambilalihan ini selaras dengan strategi XOX Pro Sport untuk menumpukan fokus sepenuhnya pada pemasaran dan pengurusan sukan.", "Untuk makluman, pada Mei lalu, XOX memaklumkan kepada Bursa Malaysia mengambilalih 2,500 unit saham biasa yang mewakili 100% kepentingan ekuiti Perak FC dengan nilai RM1. Pihaknya mengambil alih pegangan tersebut daripada pemilik terdahulu, Impact Media & Communication."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216010/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Dua Perseorangan Lelaki Indonesia Kandas, Gagal Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pusingan 16 Terbuka Jerman telah melabuhkan tirainya dan dua keputusan yang mengejutkan dalam kategori perseorangan lelaki tercipta, awal pagi tadi.", "Kejutan itu melibatkan tersingkirnya dua pemain Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan keempat dan keenam untuk menjuarai kejohanan ini iaitu Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 1621 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅 7 9 🇮🇩Anthony Sinisuka GINTING🕗 in 34 minutes https://t.co/qRot2GQvls", "Baca: Juara Dunia, Loh Kean Yew Kecundang Di Pusingan 32", "Pusingan itu menyaksikan Ginting yang menghuni ranking kelima dunia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 tumpas secara ‘straight set’ kepada pemain India, Lakshya Sen dengan keputusan 21-7 dan 21-9 dalam tempoh 34 minit.", "Sementara itu, Jonatan yang merupakan pemain No.8 dunia pula tewas kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn juga secara ‘straight set’ dengan keputusan 22-20 dan 21-9 dalam tempoh masa 51 minit permainan.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 1622 21 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🏅20 9 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🕗 in 51 minutes https://t.co/0s7XcfHqAC", "Baca: Bekas Pemain No.1 Kento Momota Turut Tersingkir Di Pusingan 32", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain yang memenangi perlawanan di Pusingan 16 ini menduduki ranking lebih rendah daripada Ginting dan Jonatan. Lakshya sendiri merupakan pemain No.12 dunia sementara Vitidsarn pula menghuni ranking ke-20 dunia.", "Dengan kemenangan ini, kedua pemain itu menempah slot ke saingan suku akhir. Di pusingan itu nanti, Lakshya akan bertemu lawan senegaranya, Prannoy Haseena Sunil Kumar. Manakala Vitidsarn pula akan menghadapi tentangan daripada pemain Jepun, Kenta Nishimoto."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110228/", "headline": "\nVIDEO: Harimau Malaya Bolos 4 Gol Di Tangan Kuwait, Bek Kiri Jadi ‘Lubuk’\n", "content": ["Skuad kebangsaan, Harimau Malaya turun menentang pasukan yang berada di ranking ke-148 dunia, Kuwait dalam satu perlawanan latihan yang berlangsung di 7he Sevens Stadium, Dubai, semalam.", "Perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup tersebut berakhir dengan pasukan Kuwait meraih kemenangan 4-1 ke atas skuad Harimau Malaya. Gol-gol pasukan Kuwait dijaringkan oleh Ahmad Aldhefeery (21′), Fahad Alhajeri (55′), Shabaib Alkhaldi (61′) dan Fahad Al-Alabraim (68′).", "Berdasarkan tinjauan di alam maya, keputusan tewas 4-1 sememangnya meresahkan para penyokong skuad kebangsaan tetapi bolos tiga gol berpunca daripada kesilapan di bahagian bek kiri yang dimainkan oleh Corbin-Ong dan Syahmi Safari mencetuskan perbincangan yang hangat.", "Manakala, satu lagi gol dan gol terakhir yang dijaringkan Kuwait berpunca daripada situasi sepakan percuma berdekatan kotak penalti pada babak kedua. Sementara itu, gol tunggal skuad Harimau Malaya dijaringkan oleh pemain naturalisasi terbaharu, Guilherme de Paula (28′) selepas menyudahkan hantaran Corbin-Ong dari sebelah kiri.", "Bagaimanapun, keputusan perlawanan latihan ini tidak memberikan apa-apa kesan terhadap pungutan mata untuk ranking dunia setelah kerana kedua-dua ketua jurulatih Malaysia dan Kuwait bersetuju untuk menjadikan ianya sebagai perlawanan tertutup.", "Seterusnya, Harimau Malaya yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe dijadualkan mengharungi satu perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 pada jumaat ini bertemu pasukan di tangga ke-99 dunia, Bahrain.", "Anda boleh menonton highlight bagaimana Harimau Malaya bolos 4 gol di tangan Kuwait pada pautan di bawah:", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325484/", "headline": "\nBekas Pengendali Harimau Malaya, Coach Satia Meninggal Dunia\n", "content": ["Arena bola sepak tanah air menerima perkhabaran mengejutkan serta menyedihkan apabila bekas ketua jurulatih kebangsaan, B. Satiananthan meninggal dunia sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.", "Ahli Jawatankuasa Eksekutif merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi & Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj mengesahkan perkara berkenaan menerusi ciapan di akaun media sosial peribadinya.", "Difahamkan, jurulatih yang membawa skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007 meninggal dunia pada usia 65 tahun disebabkan oleh kanser.", "Rest in Peace Anna, you fought a good fight. #BSathinathan pic.twitter.com/y653gZTfdB", "— Christopher Raj 🇲🇾 (@chrisraj23) July 18, 2023", "Selain kejuaraan terbabit, jurulatih kelahiran Perak yang dikenali ramai dengan panggilan Coach Satia ini turut pernah membimbing Kelantan menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010.", "Selain itu, beliau turut sama membantu ATM dan Felda United menjulang trofi Liga Premier pada tahun 2012 dan 2018 masing-masing sekaligus mendapat promosi ke saingan Liga Super.", "Sekitar 2018 hingga 2020 pula, Satiananthan membimbing Selangor FC sebelum khidmatnya diintai oleh Sarawak United FC sebagai pengarah teknikal serta ketua jurulatih dari 2021 hingga 2022.", "Sebagai tambahan, Satiananthan juga mempunyai peranan sebagai Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112558/", "headline": "\nMarco Tidak Lagi Bimbing Kelantan, Tugas Dipikul Oleh Rezal Zambery\n", "content": ["Kelantan FC akan mengharungi keseluruhan saingan Piala Malaysia tanpa kelibat ketua jurulatih kelahiran San Marino, Marco Ragini dan tugasan tersebut akan dipikul oleh penolong ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya.", "Perkembangan ini disahkan sendiri oleh pemilik pasukan yang berpangkalan di pantai timur tersebut, Norizam Tukiman seperti dilaporkan oleh Stadium Astro.", "Difahamkan, Marco yang mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga November ini mengalami masalah kesihatan yang memerlukannya melakukan pembedahan. ", "Pada masa yang sama, Norizam berpuas hati dengan prestasi yang dipersembahkan oleh Rezal termasuk pada perlawanan pembukaan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Isnin lalu.", "“Bagi pasukan Kelantan FC, ketua jurulatih kami, Marco Ragini, sebenarnya tidak berapa sihat dan kami telah menghantarnya pulang ke negara asalnya untuk menjalani pembedahan di sana. ", "“Dia sudahpun berada di sana (Itali), jadi tugasnya akan digalas oleh penolong jurulatih, Rezal Zambery. Sudah dua atau tiga perlawanan dia menggantikan Marco dan setakat ini, saya berpuas hati,” katanya seperti dipetik daripada portal terbabit.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menyaksikan Kelantan tumpas kepada juara bertahan 2-0 hasil jaringan Bergson da Silva dan Safawi Rasid.", "Sungguhpun tewas kepada skuad bimbingan Benjamin Mora, Kelantan mencuri tumpuan menerusi corak permainan yang menarik dan kesungguhan para pemain.", "Untuk makluman semua, Rezal yang berusia 43 tahun dilantik sebagai penolong ketua jurulatih Kelantan bermula April lalu mempunyai Lesen Kejurulatihan AFC A.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323223/", "headline": "\nBAC 2023: Xi Quan-Le Xuan Bertemu Beregu No.1 Dunia Di Pusingan 32\n", "content": ["Gandingan wanita negara, Ng Xi Quan dan Teoh Le Xuan mara ke pusingan 32 setelah berjaya melepasi peringkat kelayakan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selaku pemenang Kumpulan D.", "Xi Quan-Le Xuan melakar kejayaan memenangi kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka mengumpul 4 mata dengan dua kemenangan straight set.", "Pilihan keempat peringkat kelayakan itu berjaya menewaskan gandingan Vietnam, Thi Phuong Hong Dinh-Pham Thi Khanh dengan keputusan 21-18, 21-15 pada perlawanan pertama. ", "Beregu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sanika Dhawan Gurav-Akansha Raj menjadi mangsa kedua pasangan wanita negara apabila ditewaskan 21-9, 21-7 pada perlawanan kedua dalam hanya 21 minit. ", "Group D | WD | R3#MAS🇲🇾 Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan(4) def. #UAE🇦🇪 Sanika Gurav-Akansha Raj 21-9 21-7#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia", "— BAM (@BA_Malaysia) April 25, 2023", "Kemenangan ini seterusnya melayakkan Xi Quan-Le Xuan ke pusingan 32 bagi acara beregu wanita dan bertemu pilihan utama kejohanan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan yang kini merupakan beregu No.1 dunia.", "Pada tahun ini, gandingan Qing Chen-Yi Fan telah beraksi dalam 3 kejohanan setakat ini dengan dua daripadanya berakhir di pentas akhir yang menyaksikan pasangan China ini muncul juara Terbuka Malaysia, Januari lalu", "Perlawanan ini juga merupakan pertemuan sulung kedua-dua beregu Malaysia dan China sepanjang karier profesional mereka dan Xi Quan-Le Xuan hadir sebagai underdog yang diharap mampu mencipta kejutan menentang gandingan Qing Chen-Yi Fan.", "Featured Image: Instagram Ng Qi Xuan"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321447/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Perjalanan Tang Jie-Ee Wei Ditamatkan Beregu No.3 Dunia\n", "content": ["Perjalanan gandingan campuran baharu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Malaysia – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – berakhir setakat peringkat suku akhir. ", "Beregu No.3 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Tearattanachai menjadi asbab kepada terhentinya perjalanan pasangan negara yang mula digandingkan sejak Disember lalu itu.", "PETRONAS Malaysia Open 2023XD – QF 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅 🇲🇾CHEN Tang Jie19 9 🇲🇾TOH Ee Wei", "— BWFScore (@BWFScore) January 13, 2023", "Dalam pertarungan terbabit, Tang Jie-Ee Wei tumpas kepada beregu yang terkenal dengan nama panggilan Bass-Popor itu secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 9-21 dalam tempoh 36 minit permainan.", "Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei memulakan perjalanan di saingan Terbuka Malaysia ini dengan menumpaskan beregu senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing sebelum menundukkan pasangan Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu.", "Sebagai tambahan, ini merupakan penampilan pertama mereka di pentas Terbuka Malaysia serta di kejohanan bertaraf Super 1000 sejak bergandingan bersama.", "Untuk kejohanan seterusnya, Tang Jie-Ee Wei akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka India – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang akan bermula pada Selasa hadapan.", "Sementara itu, Dechapol-Sapsiree yang melangkah ke peringkat separuh akhir akan bertemu beregu No.1 Jepun, Yuta Watanabe dan Arisan Higashino pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220595/", "headline": "\nSingapura Terbang Ke Jepun Buat Persediaan Piala AFF 2022\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Singapura akan terbang ke negara matahari terbit, Jepun hampir dua minggu bagi melakukan persediaan sebelum mengharungi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.", "Perkembangan melibatkan skuad kendalian Takayuki Nishigaya itu dimaklumkan menerusi satu siaran di laman sesawang rasmi badan induk itu, semalam.", "Seramai 29 pemain telah disenaraikan oleh ketua jurulatih untuk diterbangkan ke Chiba, Jepun bagi menyertai kem latihan yang dijadualkan bermula 1 hingga 12 Disember itu.", "Di sana, skuad negara seberang tambak ini turut menjadualkan dua “training matches”.", "A post shared by FAS (@fasingapore)", "Selepas tamatnya kem di sana, Singapura akan pulang ke tanah airnya untuk menghadapi satu perlawanan antarabangsa ‘A’ bertemu Maldives pada 17 Disember di Stadium Jalan Besar.", "Selepas daripada perlawanan terbabit, ketua jurulatihnya akan mengumumkan senarai 23 pemain yang dipilih bagi menggalas cabaran Piala AFF.", "Untuk makluman semua, Singapura diundi dalam Kumpulan B. Mereka akan membuka kempen Piala AFF dengan bertemu Myanmar diikuti Laos, Vietnam dan akhir sekali Malaysia pada 24 Disember, 27 Disember, 30 Disember dan 3 Januari masing-masing.", "Sebagai tambahan, ini juga menjadi saingan Piala AFF yang pertama buat Singapura di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Takayuki, yang dilantik pada April lalu bagi menggantikan Tatsuma Yoshida.", "Featured Image: Football Association of Singapore"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324862/", "headline": "\nProgram RTG Senaraikan Tze Yong, Tang Jie-Ee Wei & Skuad Hoki Lelaki\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Menteri, Hannah Yeoh telah mengumumkan dua nama baharu daripada sukan badminton untuk menjadi sebahagian daripada program Road To Gold (RTG) iaitu pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan beregu campuran, Chen Tang Jie serta Toh Ee Wei. ", "Pengumuman itu hadir menerusi sidang media yang diadakan kementerian berkenaan di Majlis Sukan Negara (MSN) bersama ahli jawatankuasa RTG bagi memaklumkan status semasa program tersebut. ", "Untuk makluman, Ng Tze Yong dan Tang Jie-Ee Wei kini berada di landasan terbaik untuk berada dalam kelompok 15 pemain terbaik dunia selepas menduduki kedudukan ke-21 dan ke-17 dunia masing-masing, setakat hari ini. ", "Tahniah Ng Tze Yong, @ChenTangJie & Toh Ee Wei yang telah disenarai sebagai atlet program Road to Gold (RTG). ", "— BAM (@BA_Malaysia) June 19, 2023", "Dalam perkembangan yang sama, Lee Zii Jia turut kekal dalam senarai kali ini sehingga perbincangan bersama jurulatih baharu, Wong Tat Meng diadakan manakala beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing kekal sehingga fasa penilaian seterusnya pada September. ", "Jawatankuasa RTG turut akan meneliti semula kriteria pemilihan atlet ke dalam program RTG di mana kini atlet yang tersenarai sebagai pemenang pingat Olimpik lepas, senarai Top 10 Ranking Dunia dan Road To Paris 2024 akan dipertimbangkan.", "Mereka turut menamakan skuad hoki negara sebagai sebahagian daripada program RTG selepas berjaya menduduki tangga ke-10 dunia serta bertujuan untuk membantu mereka memenangi pingat emas di Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September ini. ", "Featured Image: Hannah Yeoh (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323247/", "headline": "\nHarimau Malaya Lawan Solomon & Yaman Pada Pertengahan Minggu – Sepak Mula 9 Malam\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil berkongsikan tarikh berserta hari dan waktu sepak mula melibatkan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon pada rehat antarabangsa FIFA pada bulan Jun kelak.", "Menerusi makluman di pelbagai media sosialnya pada hari ini, Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan yang menghuni ranking ke-134 dunia, Kepulauan Solomon pada 14 Jun. Manakala pertembungan menentang Yaman yang berada di ranking ke-157 pula bakal berlangsung pada 20 Jun.", "🗓 ✔️ Tandakan kalendar anda untuk hadir ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Jun ini!", "Rabu, 14/6/2023MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇸🇧 KEPULAUAN SOLOMON", "Selasa, 20/6/2023MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇾🇪 YEMEN", "🕘 9.00 malam#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/5RFD4OPSiY", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 26, 2023", "Kedua-dua perlawanan yang bakal diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak, Terengganu itu berlangsung sekitar pertengahan minggu iaitu pada Rabu dan Selasa masing-masing. Sementara itu, sepak mula bagi kedua-dua perlawanan adalah pada jam 9 malam.", "Sepertimana disahkan oleh Presiden FAM dalam satu sesi temu bual bersama para pengamal media, harga tiket bagi kedua-dua perlawanan ini kekal sepertimana perlawanan pada bulan Mac lalu iaitu RM30 bagi dewasa di tempat duduk terbuka.", "Sebagai tambahan, kedua-dua perlawanan ini berstatus Perlawanan Antarabangsa Tier 1.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321673/", "headline": "\nPSM Buka Tender Naik Taraf Padang Stadium Nasional Bukit Jalil\n", "content": ["Badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengumumkan membuka tender bagi menaik taraf padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Kenyataan tender itu dimuat naik oleh PSM menerusi laman sesawang rasminya dan laman sosialnya, semalam.", "Tender tersebut dipelawa kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih  sah tempohnya dalam bidang berkaitan.", "PSM dalam kenyataan terbabit menggalakkan lawatan tapak kepada petender yang ingin mengemukakan tender. Ia bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan lokasi tapak yang akan dihadapi.", "Bagi yang berminat, dokumen tender sudah mula dijual dan boleh dibeli pada waktu pejabat di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dengan harga RM100.", "Sementara itu tarikh tutup tender tersebut adalah pada jam 12 tengah hari, 20 Februari 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216018/", "headline": "\nSze Fei-Izzuddin Belum Pernah Menang Ke Atas Yew Sin-Ee Yi\n", "content": ["Dua beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berhasil mengalahkan lawan masing-masing di Pusingan 16 sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2022.", "Bagaimanapun, kedua-dua beregu negara yang menghuni ranking ke-11 dan ke-17 dunia masing-masing ini dijadualkan berentap sesama sendiri di peringkat suku akhir dan ini menjadikan hanya sepasang beregu negara sahaja akan ke separuh akhir.", "Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin pernah bertarung menentang Yew Sin-Ee Yi sebanyak dua kali sebelum ini. Kedua-dua pertarungan itu berlangsung di kejohanan Terbuka Perancis dan Indonesia Masters pada tahun lalu.", "Kedua-dua pertemuan itu menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin merangkap beregu di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tumpas kepada Yew Sin-Ee Yi merangkap beregu bebas (independent).", "Walaupun tumpas, Sze Fei-Izzuddin boleh dikatakan memberikan saingan yang sengit kepada Yew Sin-Ee Yi terutamanya ketika di Pusingan 32 Terbuka Perancis yang berkesudahan dengan keputusan 22-24, 22-20 dan 21-19.", "Terdahulu, Sze Fe-Izzuddin mara ke Pusingan 16 selepas mengalahkan beregu Denmark, Joel Eipe dan Daniel Lundgaard secara ‘straight set’. Manakala Yew Sin-Ee Yi pula menyingkirkan beregu England, Ben Lane dan Sean Vendy."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215438/", "headline": "\nLiga Hoki Malaysia Guna VAR Dalam Semua Perlawanan & Disiarkan Di RTM\n", "content": ["Badan induk hoki negara, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) akan menggunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam semua perlawanan yang disiarkan secara langsung musim ini.", "Selain itu, KHM turut memaklumkan sebanyak 30 perlawanan MHL akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran Sukan RTM dan TV Okey.", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh pihak KHM sambil mengumumkan RTM sebagai rakan penyiaran rasmi bagi kejohanan MHL. Ianya dikongsikan oleh KHM menerusi pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.", "KHM dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan rakan Penyiaran Rasmi bagi Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022. pic.twitter.com/6w2wxuvTxn", "“KHM dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan rakan Penyiaran Rasmi bagi Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL) 2022.”", "“TNB MHL 2022 juga akan menggunakan sistem ‘Video Assistant Referee’ atau VAR dalam semua perlawanan yang disiarkan secara langsung,” ", "“KHM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak RTM di atas bantuan untuk menggunakan sistem tersebut pada kejohanan kali ini.” tulisnya kenyataan KHM di laman media sosialnya.", "Untuk makluman semua, saingan MHL 2022 akan membuka tirainya pada hari esok iaitu 18 Februari dan akan tamat pada Jun 2022.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321525/", "headline": "\nTerbuka India: Aaron-Wooi Yik, Beregu No.3 Taiwan Berentap Lagi\n", "content": ["Juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan sekali lagi dengan beregu No.3 Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan di peringkat Pusingan 16 Terbuka India, pada hari esok.", "Pertemuan terbabit terjadi selepas Aaron-Wooi Yik berjaya menumpaskan beregu muda senegara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun secara “straight set”dengan skor 23-21 dan 21-10 pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Sementara itu, beregu Taiwan yang menghuni ranking ke-34 dunia terbabit mara ke peringkat yang sama selepas menyingkirkan gandingan Jepun, Keiichiro Matsui dan Yoshinori Takuechi dengan skor 21-14 dan 21-13.", "Pertemuan yang berlangsung pada hari esok akan menjadi yang ketiga melibatkan kedua-dua beregu ini di pentas antarabangsa. ", "Untuk makluman, kedua-dua pasangan baru sahaja berentap sesama sendiri di kejohanan Terbuka Malaysia pada minggu lalu.", "Dalam pertemuan yang cukup sengit tersebut, Aaron-Wooi Yik berhasil melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-15 dan 21-16 sekaligus melangkah ke Pusingan 16.", "Sebelum itu, pertembungan julung kalinya antara kedua-dua pasangan yang berlangsung semasa kejohanan Terbuka Thailand 2022 turut memihak kepada Aaron-Wooi Yik dengan keputusan 21-18 dan 21-16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208672/", "headline": "\nDavid da Silva Penyerang Pakej Lengkap – Pemerhati Bola Sepak Indonesia\n", "content": ["Sejak jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka pada 21 november lalu, pelbagai nama pemain dari luar negara digosipkan untuk ditandatangani oleh kelab-kelab yang berpangkalan Di tanah air sebagai persiapan untuk mengharungi saingan musim hadapan.", "Menariknya pada jendela perpindahan kali ini, beberapa pemain yang beraksi di negara jiran tetangga iaitu Liga 1 Indonesia menjadi buruan pasukan-pasukan Liga Malaysia.", "Mengapakah? Difahamkan, perkara ini mempunyai kaitan dengan ketidaktentuan penganjuran saingan Liga 1 2020 ekoran pandemik Covid-19. ", "Pihak penganjur liga mereka, PT Liga Indonesia Baru (LIB) hanya mengeluarkan keputusan mengenai saingan musim 2020 pada bulan lalu. Ia bakal dijalankan bermula februari sehingga julai 2021 Dan bakal digelarkan sebagai Liga 1 Tahun 2020/2021.", "Shopee Liga 1 2020/2021 akan berlangsung selama enam bulan dan dimulai pada Februari 2021. Dalam surat edaran PT LIB, kompetisi berlangsung sampai Juli.#shopeeliga1 https://t.co/y1Ksbn6fKd", "Keputusan lewat daripada pengajur telah menyebabkan beberapa pemain kalangan tempatan dan import resah apabila tidak dapat beraksi sejak 10 bulan yang lalu. ", "Kini, majoriti pemain mula memburu ‘minit permainan’ dengan mengintai peluang untuk beraksi di negara yang meneruskan saingan liga masing-masing seperti Thailand, Malaysia, Filipina dan Singapura.", "Perkara ini turut diungkapkan sendiri oleh seorang penyerang Liga 1 iaitu David da Silva setelah mengumumkan mengundurkan diri daripada kelabnya, Persebaya Surabaya secara rasmi, semalam.", "Hala tujunya selepas ini masih menjadi tanda tanya tetapi penyerang kelahiran Brazil cukup kuat digosipkan bakal menyertai pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air iaitu Terengganu Football Club (TFC).", "Bercerita mengenai penyerang utama skuad Bajol Ijo bernama David Aparecido da Silva yang berusia 31 tahun ini, Sukanz berkesempatan menemu bual seorang pemerhati dan bekas penulis bola sepak di Indonesia, Aun Rahman untuk mendapatkan pandangannya.", "Sejak beraksi dalam saingan Liga Indonesia bermula tahun 2018 bersama Persebaya, David boleh digambarkan sebagai penyerang dengan pakej serba lengkap daripada segi kebolehannya serta mempunyai kerajinan yang cukup baik di atas padang.", "Ketajamannya di hadapan gol tidak perlu dipertikaikan lagi apabila dia meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak (20 gol) pada tahun 2018 dan penjaring ke-8 terbanyak (14 gol) pada musim 2019.", "“Dia lebih kepada penyerang yang mempunyai pakej lengkap. (Kerap) turun ke bawah untuk mendapatkan bola. Bukan sahaja berkemampuan untuk menjaringkan gol tetapi dia juga boleh mencipta peluang gol.” jelas Aun memulakan bicara mengenai David.", "“David juga boleh menyimpan bola dengan baik dan turun membantu barisan pertahanan apabila diperlukan. Mempunyai sikap yang rajin.” tambahnya lagi.", "Di pentas Liga 1, David sangat dikenali dengan jaringan menerusi gerakan solonya menewaskan barisan pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan deras mengalahkan penjaga gol apabila tiba di kotak penalti. Majoriti daripada 34 golnya hadir menerusi gaya ini.", "Nampaknya penyerang ini tidak banyak bezanya dengan gaya permainan bekas dua orang penyerang TFC iaitu Tchetche Kipre Dan Dominique da Sylva.", "Namun begitu, Aun berpandangan, untuk melihat David cemerlang di posisi penyerang tengah (centre forward), dia perlulah mendapat sokongan terbaik daripada pemain atau penyerang sayap yang laju.", "Bersama Persebaya, David mendapat sokongan padu di kedua-dua belah sayap iaitu Osvaldo Haay (sebelum berhijrah ke Persija Jakarta) dan Irfan Jaya.", "Bagaimanapun, Aun tidak menolak kemungkinan David ‘tidak menjadi’ bermain di Liga Malaysia memandangkan kedua-dua liga mempunyai beza yang ketara daripada segi corak permainannya. ", "Perkara ini sudah terjadi kepada Jonathan Bauman ketika bersama Kedah.", "Selain daripada David, seorang lagi pemain daripada Liga 1 dan pasukan Persebaya Surabaya yang turut dikaitkan ke TFC ialah Makan Konate yang berusia 29 tahun. ", "Merupakan pemain skuad kebangsaan Mali bukanlah nama yang asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan terutamanya di negeri Terengganu di mana dia pernah beraksi bersama T-Team FC pada tahun 2016.", "Bagaimanapun, bersama T-Team FC, pemain yang sinonim di posisi pemain tengah menyerang (attacking midfielder) bukanlah satu nama yang besar namun apabila kembali beraksi di Liga Indonesia, prestasi Konate ‘meletup’ pada tahun 2018 dengan meletakkan dirinya sebagai penjaring kedua terbanyak dengan rekod 20 gol.", "Rekod jaringannya sedikit menurun pada musim 2019 dengan meledak 14 gol tetapi masih meletakkan dirinya selaku 10 Penjaring Terbanyak Liga 1 pada musim tersebut. Kecemerlangan Konate inilah menyebabkan Persebaya menandatangani Konate daripada Persebaya pada januari lalu.", "Mengulas mengenai persembahannya yang begitu Istimewa dan mengagumkan di Indonesia, Aun berpandangan hal ini disebabkan gaya permainan dan fizikal yang dimiliki oleh Konate sangat ‘cocok’ dengan saingan Liga 1.", "“Saya percaya bola sepak Indonesia lebih kepada fizikal daripada liga lain di negara ASEAN. Liga ini memerlukan lebih banyak larian dan lebih banyak perebutan bola. Konate menjadi istimewa kerana dia (bukan sahaja) merupakan seorang pemain perancang tetapi dia juga mempunyai kekuatan dan ketabahan.” jelas Aun.", "Apa yang pasti, berdasarkan gaya permainan dan peranannya dia atas padang sebelum daripada ini, Konate pastinya menjadi pengganti kepada Sanjar Shaakhmedov sekiranya benar-benar diikat oleh TFC untuk mengharungi saingan musim depan.", "Ia merupakan satu cabaran yang besar perlu diatasi oleh Konate disamping perlu membuatkan penyokong tegar TFC ‘melupakan’ kelibat penuh bersemangat pemain berasal dari Uzbekistan itu.", "Difahamkan kontraknya bersama Persebaya Surabaya akan tamat pada penghujung bulan ini.", "Pada ketika beberapa pemain Liga 1 menjadi buruan beberapa pasukan Liga Malaysia dan liga-liga luar negara, Aun menyatakan sokongan penuh khususnya kepada pemain-pemain muda Indonesia untuk mengambil peluang untuk beraksi di luar negara sekiranya mendapat tawaran.", "“Saya sokong pemain Indonesia berkelana di luar negara, sangat bagus untuk mereka, terutamanya kalangan pemain muda. Ia membuka peluang yang lebih besar buat mereka. ", "“Jika tidak membuka sebarang peluang pun, mereka boleh mencabar diri mereka sendiri di tempat orang.” tambah Aun lagi.", "Sepertimana kita sedia maklum, pasukan yang mendapat promosi ke saingan Liga Super 2021, Penang FC telah memuktamadkan menandatangani pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Ryuji Utomo secara pinjaman daripada Persija Jakarta.", "Selain daripada nama-nama di atas, beberapa nama lain yang turut digosipkan dengan penghijrahan ke Liga Malaysia ialah Stefano Lilipaly, Riko Simanjuntak, Hansamu Yama dan Marc Klok."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208535/", "headline": "\nTM Komited Terus Taja Liga Malaysia Bagi Musim 2021\n", "content": ["Syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia (TM) komited untuk terus menjadi penaja utama bagi saingan Liga Malaysia, musim hadapan.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan rasmi, pada hari ini.", "Hasrat TM yang merupakan pemegang penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman secara online Liga Malaysia diluahkan oleh wakil tertinggi syarikat tersebut kepada Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu perjumpaan yang diadakan pada 21 September lalu.", "“TM masih bersama dengan MFL dan buat masa ini kami sedang mengadakan perbincangan berkenaan ‘post mortem’ Liga Malaysia musim 2020 dan persiapan Liga Malaysia bagi musim 2021.” katanya.", "Untuk makluman, TM menerusi anak syarikatnya, TM Multimedia (TMM) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan MFL selama dua tahun.", "Selain daripada memegang hak penyiaran Liga Malaysia, kerjasama ini memberikan TM menjadi ‘Title Sponsor’ kepada kejohanan Piala Malaysia.", "Sebagai tambahan, mereka juga menjadi penaja bersama bagi saingan Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Challenge Cup (Piala Cabaran)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206930/", "headline": "\nLee Tuck: JDT Calon Juara Tetapi TFC Boleh Beri Kejutan\n", "content": ["Belum mencatatkan sebarang kekalahan selepas enam perlawanan, Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di landasan tepat untuk menjuarai CIMB Liga Super 2020.", "Dan keyakinan skuad Harimau Selatan semakin menggunung setelah menumpaskan Perak The Bos Gaurus (TBG) dengan jaringan besar 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu lalu.", "Perkara itu diakui sendiri oleh kapten Terengganu Football Club (TFC), Lee Tuck menjelang pertemuan melibatkan dua pasukan tangga teratas Liga Super, jumaat ini.", "HIGHLIGHTS: JDT 7-0 PERAK🎥 A masterstroke performance with the biggest win of the season! Enjoy it! 👊🏻[1/2] pic.twitter.com/tVnC3ydHQG", "“JDT, semakin menunjukkan ramuan mereka sebagai juara. Mereka mempunyai kualiti dan pengalaman selain mempunyai ramai pemain yang mampu menjaringkan gol.” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Bagaimanapun, Lee Tuck yang merupakan pemain kacukan England-Malaysia mempunyai keyakinan pasukannya mampu memberikan cabaran dan kejutan kepada JDT yang dikendalikan oleh Benjamin Mora.", "Skuad berpangkalan di pantai timur itu juga mahu bangkit daripada kekecewaan tewas tipis 0-1 kepada Melaka di Stadium Hang Jebat pada aksi keenam Liga Super, lima hari lalu. ", "⚪🟢 Perlawanan Liga Super (P6)🕛 Keputusan Penuh Melaka United (1) vs Terengganu FC (0)Jaringan : ⚽ Uche Agba M-60#MelakaUnited#DemiKebanggaanMelaka#WeLoveMelaka pic.twitter.com/eFjxmV9RkA", "Selain itu, TFC yang dibimbing oleh Nafuzi Zain pastinya mahu mengambil peluang untuk meraih keputusan positif memandangkan mereka beraksi di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).", "“Namun, kami tidak gusar, sebaliknya kami bertekad bermain dengan sebaik mungkin menikmati perlawanan itu, malah keyakinan kami masih tinggi walaupun bertemu dengan pasukan terbaik di Malaysia, lagipun siapa tahu kami mampu lakukan kejutan.", "“Secara peribadi saya percaya kami mampu menewaskan JDT, lagipun rekod di Kuala Terengganu sebelum ini kita pernah menang dan seri, sekali gus kami yakin mampu mengulanginya,” katanya lagi.", "Untuk rekod, TFC pernah menumpaskan JDT 1-0 ketika saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 dan mengikat Harimau Selatan 2-2 dalam saingan Liga Super 2019.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220541/", "headline": "\nThailand Lantik Ketua Jurulatih B-23 Baharu Untuk Misi Layak Ke Sukan Olimpik 2024\n", "content": ["Pada Julai lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memaklumkan hasratnya untuk melayakkan skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) atau dikenali sebagai Gajah Perang Muda ke temasya Sukan Olimpik 2024 Paris.", "Bagi merealisasikan cita-cita tersebut, FAT mengumumkan perlantikan ketua jurulatih baharu yang merupakan seorang jurulatih muda tempatan, Issara Sritaro. Dalam pengumuman yang sama, FAT turut melantik pengurus baharu iaitu Yuthana Yimkarun.", "Untuk pengetahuan semua, jurulatih berusia 42 tahun ini pernah membimbing skuad bawah 19 tahun (B-19) Thailand serta menjadi penolong ketua jurulatih skuad senior kebangsaan semasa dipimpin oleh Akira Nishino suatu masa dahulu.", "New Head Coach U23 🇹🇭#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอ��ไทย pic.twitter.com/mfdy6AvkgQ", "— Changsuek (@Changsuek_TH) November 8, 2022", "Selain bersama skuad kebangsaan senior mahupun peringkat remaja, Issara pernah mengemudi kelab domestik selaku ketua jurulatih bagi pasukan PT Prachuap.", "Tugasan utama yang perlu dipikulnya dalam masa terdekat adalah membimbing skuad B-23 negaranya menghadapi saingan Sukan SEA 2023, Sukan Asia 2022 dan Piala Asia B-23 2024 yang turut berperanan sebagai saingan kelayakan ke Sukan Olimpik. ", "Untuk makluman, FAT terpaksa melantik ketua jurulatih baharu bagi mengemudi skuad ini setelah ketua jurulatih terdahulu, Worrawoot Srimaka bertindak melepaskan jawatannya.", "Sebagai tambahan, pada Julai lalu, FAT turut membentangkan satu pelan khusus bagi memastikan skuad Gajah Perang Mudanya layak ke temasya Sukan Olimpik di Paris itu. ", "Antaranya, FAT memaklumkan semua kejohanan B-23 yang bermula pada tahun 2022 hingga 2024 akan disertai oleh para pemain yang lahir selepas 1 Januari 2001 sahaja. Ini bermakna FAT tidak akan menyenaraikan pemain lebih umur dalam skuad ini untuk beraksi di temasya seperti Sukan SEA dan Sukan Asia.", "Featured Image: Football Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325003/", "headline": "\nChelsea, RC Strasbourg Kini Adik-Beradik\n", "content": ["Chelsea yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan RC Strasbourg yang bertanding dalam saingan Ligue 1 di Perancis iaitu Racing Club de Strasbourg (RC Strasbourg) kini secara tidak langsungnya menjadi adik-beradik.", "Ini selepas konsortium yang membeli Chelsea pada tahun lalu merangkap syarikat induk, BlueCo pimpinan ahli perniagaan Amerika Syarikat iaitu Todd Boehly menandatangani perjanjian untuk menjadi pemegang saham baharu bagi RC Strasbourg.", "Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh RC Strasbourg menerusi laman sesawangnya dan dikongsikan di pelbagai media sosial milik kelab berkenaan, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "BlueCo yang bersetuju mengambil alih pegangan saham kelab berjulukan Le Racing komited untuk mengekalkan warisan kelab dan memberikan tumpuan kepada bekerja dengan lebih dekat bersama presiden kelab, Marc Keller dan pihak pengurusannya untuk meneruskan usaha cemerlang yang telah mereka lakukan sebelum ini.", "Difahamkan, kehadiran mereka adalah untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam kancah bola sepak eropah disamping memiliki Chelsea. Pihak BlueCo percaya ini akan mencipta peluang besar untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran.", "Menerusi penglibatannya bersama RC Strasbourg, BlueCo merancang untuk menyumbang secara aktif terhadap model pembangunan yang diimplementasikan oleh Marc Keller. Pertamanya, mereka akan memberikan suntikan modal yang akan membenarkan pelaburan terhadap skuad senior lelaki dan wanita, akademi dan merentasi kelab.", "BlueCo turut merancang untuk memberikan RC Strasbourg akses kepada sumber dan kolaborasi yang lebih meluas dengan membolehkan mereka bertukar nasihat dan kepakaran bersama Chelsea dan pasukan lain yang melibatkan pemiliknya.", "Dalam makluman yang sama, BlueCo turut bertindak untuk mengekalkan Marc Keller sebagai Presiden Kelab – jawatan yang disandangnya sejak tahun 2012.", "Untuk pengetahuan semua, RC Strasbourg menamatkan saingan Ligue 1 musim 2022-23 di tangga ke-15 dengan kutipan mata 40 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan 13 keputusan seri.", "Sejak dipimpin Marc Keller, RC Strasbourg berhasil mendatangkan dua kejuaraan besar iaitu memenangi saingan Ligue 2 musim 2016-17 dan menjulang Coupe de La Ligue musim 2018-19.", "Malgré nos efforts pour tenter de rétablir la situation, l'afflux de visiteurs particulièrement important sur notre site continue de mettre nos serveurs en difficultés. Nous vous invitons à prendre connaissance du communiqué ci-dessous ⤵️ pic.twitter.com/nokNDcqHsP", "— Racing Club de Strasbourg Alsace (@RCSA) June 22, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112521/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Malaysia Raih Kemenangan 3-2 Ke Atas England\n", "content": ["Malaysia menepati jangkaan ramai dengan meraih kemenangan pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Sudirman 2021 yang berlangsung pada hari ini.", "Skuad negara berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 setelah menumpaskan perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu campuran England di Gelanggang 2 bertempat di Energiaa Arena, Vantaa, Finland.", "Kemenangan pertama Malaysia disumbangkan oleh regu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang menduduki ranking ke-27 dunia. ", "Regu yang pertama kali beraksi di pentas kejohanan dwitahunan ini berhasil mengejutkan beregu campuran England, Marcus Ellis-Lauren Smith yang berada di ranking ke-7 dunia dan merupakan ‘quarter-finalist’ temasya Olimpik 2020.", "Gandingan Pang Ron-Yee See meraih kemenangan dengan bergaya secara ‘straight set’ iaitu 21-19 dan 21-18.", "Mata kedua Malaysia daripada Zii Jia! Perlawanan Pertama Peringkat KumpulanPiala Sudirman 2021 🏸🏆Kedudukan semasa:🇲🇾 MALAYSIA 2-0 England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿Match 2 (MS)🇲🇾 Lee Zii Jia21-4, 21-15🏴󠁧󠁢󠁥����󠁧󠁿 Johnnie Torjussen#SudirmanCup2021 pic.twitter.com/EcIwJyPVdW", "Sementara itu, kapten pasukan, Lee Zii Jia memastikan kemenangan kedua buat Malaysia setelah menumpaskan perseorangan England, Johnie Torjussen yang menghuni tangga ke-202 dunia juga menerusia kemenangan ‘straight set’ iaitu 21-4 dan 21-15", "Memasuki perlawanan ketiga melibatkan regu lelaki, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mendapat tentangan yang agak sengit daripada pihak lawan yang merupakan regu No.19 dunia, Ben Lane-Sean Vendy.", "Bagaimanapun, disebalik tentangan yang sengit tersebut, Aaron-Wooi Yik tetap berhasil meraih kemenangan secara ‘straight set’ iaitu 22-20 dan 21-18.", "Malaysia tewas dalam pertemuan perseorangan wanita.Perlawanan Pertama Peringkat KumpulanPiala Sudirman 2021 🏸🏆Kedudukan semasa:🇲🇾 MALAYSIA 3-1 England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿Match 4 (WS)🇲🇾 S Kisona16-21, 20-22🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Abigail Holden#sudirmancup2021 pic.twitter.com/CtYYSFPta1", "Bagaimanapun, rekod tiga kemenangan berturut-turut tidak dapat dilanjutkan sehingga ke perlawanan keempat apabila pemain perseorangan wanita, Kisona Selvaduray yang berada di ranking ke-53 dunia dikejutkan oleh Abigail Holden yang menghuni ranking ke-176 dunia. Kisona tumpas dalam kedua-dua set kepada pemain berusia 22 tahun tersebut dengan keputusan 16-21 dan 20-22.", "Menutup perlawanan pada hari adalah gandingan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan menentang Chloe Birch-Lauren Smith yang merupakan regu No.14 dunia dalam aksi beregu wanita. Sepertimana perseorangan wanita, Pearly-Thinaah juga tidak dapat menyumbang mata apabila tumpas kepada regu England dengan keputusan 18-21, 21-17 dan 10-21.", "Untuk perlawanan seterusnya dalam Kumpulan D, Malaysia akan berhadapan Mesir pada pukul 9 malam (waktu Malaysia), pada hari esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219238/", "headline": "\nBekas Pemain JDT II, Sean Gan Mahu Tebus Kekecewaan Musim Lalu\n", "content": ["Pemain tengah Kuala Lumpur United FC, Sean Gan Gianneli berharap tidak lagi dibelenggu sebarang kecederaan yang mampu merencatkan prestasinya pada tahun ini selepas berdepan cabaran yang cukup getir pada musim lalu.", "Musim pertamanya bersama Kuala Lumpur pada tahun lalu tidak berjalan dengan sempurna apabila mengalami kecederaan buku lali pada pra musim sekali gus mengetepikan peluangnya untuk berada dalam skuad utama dan hanya sempat beraksi bagi satu perlawanan sahaja.", "Nyata ia satu pengalaman yang memeritkan untuk bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT II) ini kerana tidak berjaya mendapatkan minit permainan yang diinginkan khususnya pada saat Kuala Lumpur beraksi cemerlang layak ke saingan Liga Super musim ini.", "Namun, Sean berazam ingin menebus kembali kekecewaan pada tahun lalu untuk berusaha kembali ke tahap optimum bagi memastikan tempat dalam kesebelasan utama selain ingin membantu pasukan terus kekal dalam saingan Liga Super.", "Sean Gan Giannelli kekal bersama Kuala Lumpur United FC dan mengintai aksi Liga Super yang pertama.Kuala Lumpur United FC midfielder Sean Gan Giannelli eyes his Super League debut after extending his stay.Artikel penuh: https://t.co/lRcdM1e2py#SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/oI5eSFjOfh", "“Saya bersyukur dan gembira apabila masih diberi peluang bersama pasukan ini buat tahun kedua dan paling teruja apabila ini akan menjadi pengalaman baharu untuk saya beraksi dalam Liga Super buat kali pertama.", "“Memang tahun lepas adalah musim yang cukup mencabar disebabkan kecederaan buku lali dan saya langsung tidak dapat merasai minit permainan yang mana lebih teruk, liga juga hanya berjalan separuh musim.", "“Jadi, saya tidak akan sia-siakan peluang yang diberikan ini dan fokus utama saya adalah untuk memastikan bebas daripada kecederaan sepanjang musim ini kerana enggan terus diketepikan buat kali kedua,” jelasnya.", "Lima musim bersama Harimau Selatan sebelum ini nyata memberi pengalaman berbeza buat pemain berusia 25 tahun ini dalam membina kariernya dan mahu mencipta lebih banyak kejayaan bersama skuad the City Boys.", "Tambahnya, JDT II sentiasa mengajar pemain-pemainnya agar mempunyai mentaliti juara dalam setiap perlawanan dan kini dia akan memastikan mentaliti sebegitu sentiasa ada dalam diri untuk membantu Kuala Lumpur mengejar misi musim ini.", "“Sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga ketika saya bersama JDT II sebelum saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan setiap apa yang dipelajari akan saya gunakan sebaiknya kali ini.", "“Baik JDT dan Kuala Lumpur, kedua-duanya sentiasa mementingkan setiap perlawanan harus berakhir dengan kemenangan dan ianya sangat bagus untuk saya sentiasa ada mentaliti sebegitu dalam setiap aksi.", "“Cuma suasananya mungkin akan lebih berbeza kerana situasi kali ini agak suram dengan pandemik COVID-19 yang melanda dan harap kami semua dapat sama-sama harunginya dengan kuat pada musim ini”, katanya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110064/", "headline": "\nBekas Pemain Liga Super Perkuatkan MNY FC Untuk Harungi Saingan Liga M3\n", "content": ["Beberapa bekas pemain Liga Super disenaraikan oleh kelab berpangkalan di Ipoh, Kelab Bola Sepak MNY (MNY FC) bagi mengharungi saingan Liga M3 musim 2021 yang akan bermula pada jun kelak.", "Pasukan yang dibimbing oleh S. Sathia Kumaran ini menyenaraikan pemain-pemain yang tidak asing dengan pentas tertinggi bola sepak negara seperti Mohd Hafiz Kamal, Muhammad Afiq Azmi, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dan Khairul Amri Salehuddin.", "Selain itu, mereka turut diperkuatkan dengan pemain seperti Muhamad Norfiqrie bin Abdul Talib dan Aminuddin Abu Bakar dari Kedah serta bekas pemain Perak, Hamizul Izaidi Zulkifli.", "Untuk makluman, Norfiqrie dan Aminuddin pernah merasai pengalaman berlatih di luar negara selama sebulan apabila Norfiqrie telah mendapat peluang menjalani latihan selama sebulan di Perth Glory manakala Aminuddin pula ke Cardiff City.", "Kesemua pemain ini bersama-sama 21 lagi pemain yang lain diperkenalkan dalam satu majlis pengenalan pemain, pelancaran jersi serta sesi menandatangani kontrak bersama penaja-penaja di Tower Regency Hotel & Apartments, Ipoh, semalam.", "Bersempena majlis tersebut juga, Samudra Group of Companies telah diumumkan sebagai penaja utama pasukan manakala Tower Regency Hotel & Apartments selaku penaja bersama serta jenama dari Itali, Kronos selaku penaja kelengkapan rasmi MNY FC.", "Sesi menandatangani kontrak telah diadakan di antara MNY FC menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), R. Surendren dengan Samudra Group of Companies yang diwakili oleh Encik Md Paisal Hamsan manakala Encik Simon Leong Hoe Kin pula mewakili Tower Regency Hotel & Apartments.", "Sementara itu, Kronos diwakili oleh Encik Vincent Lai Wai Onn bagi sesi menandatangani kontrak. Sehubungan dengan ikatan yang terjalin, Kronos telah bersetuju untuk menaja pasukan utama serta pasukan pembangunan MNY FC bagi tempoh dua tahun.", "Untuk makluman, MNY FC telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Kijang Rangers FC, Cyberlynx FC, Manjung City FC, Perlis United FC, BRM FC, PIB FC, KL Rovers FC, Armed Force FC dan Ultimate FC. Saingan peringkat kumpulan Liga M3 akan bermula pada 4 jun dan akan tamat pada 3 oktober 2021.", "Berikut adalah senarai penuh barisan pemain skuad Liga M3 MNY FC:", "Mohd Izzuan Ikmal Bin Mohd Mukri", "Sanjef Dinesh A/L R.S Baskeran", "Mohamed Faziz Bin Mohamed Noor (Ketua pasukan)", "Mohamad Fazrul Hazli Bin Mohd Kadri", "Wan Muhammad Iman Iltizam Bin Wan Zulkifli", "Muhammad Faiezzul Fahmy Bin Mat Fazil", "Arvinth Rao A/L Jeeva Rao"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110256/", "headline": "\nFC Midtjylland Umum Pertahanan, Dion Cools Sertai Skuad Harimau Malaya\n", "content": ["Satu kejutan buat penyokong bola sepak tempatan apabila kelab berpangkalan di di Denmark, FC Midtjylland mengumumkan pertahanannya, Dions Cools menyertai skuad kebangsaan Harimau Malaya.", "Penglibatan pertahanan kanan kacukan Belgium-Malaysia bersama skuad yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe ini diumumkan menerusi satu makluman rasmi kelab sekitar 11.30 malam (26/5) waktu Malaysia.", "“Dion Cools telah terpilih untuk menyertai skuad kebangsaan Malaysia buat pertama kali dalam kariernya.” ", "16 spillere fra førsteholdet og akademiet skal afsted til slutrunde, VM-kvalifikation og venskabskampe.Få landsholdsoverblikket her 👇", "“Cools mempunyai 28 penampilan bersama skuad kebangsaan Belgium peringkat remaja, tetapi dengan bapanya (warganegara) Belgium dan ibunya (berketurunan) Malaysia, dia boleh menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia.”", "“Cools dan Malaysia akan menghadapi tiga perlawanan dalam kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Mereka akan bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand, di mana pemain FC Midtjylland ini akan melakukan debut.” kata kenyataan kelab tersebut.", "Sebagai rekod, pertahanan berusia 24 tahun ini telah melakukan 16 penampilan dalam saingan Superligaen dan menjaringkan satu gol pada musim ini. Sementara itu, dia juga mencatatkan 3 penampilan dalam saingan paling berprestij di eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Untuk makluman, Dions Cools telah lama dikaitkan untuk menyertai skuad Harimau Malaya. Ianya bermula pada tahun 2017 ketika skuad kebangsaan dibimbing oleh Nelo Vingada.", "Diharapkan dengan kehadiran Cools bersama skuad Harimau Malaya pada ketika ini, ianya dapat memperkukuhkan lagi pasukan sekaligus membantu kemaraan Malaysia ke peringkat seterusnya dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321363/", "headline": "\nSelangor Bercadang Ingin Wujud Geran Pendidikan Kepada Pemain Golf Remaja\n", "content": ["Dalam melahirkan lebih ramai pelapis yang berpotensi untuk negara, kini kerajaan negeri Selangor bercadang wujudkan geran berjumlah RM100,000 seorang untuk mana-mana pemain muda anak Selangor yang ingin lanjutkan pengajian berkaitan glf du luar negara.", "Dengan peruntukkan ini, ia akan membolehkan pemain remaja terus mengasah bakat dalam sukan tersebut.", "Kerajaan negeri dijangka akan menetapkan kriteria tertentu dalam membolehkan pemain remaja terus menceburi bidang tersebut. Kita mungkin akan mendengar lanjut berkaitan hal ini dalam masa terdekat.", "Perkongsian berkenaan perkara ini dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, pada acara Kejohanan Golf Antarabangsa Selangor 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321873/", "headline": "\nSelepas Setengah Musim Bersama JDT, Levy Madinda Dipinjamkan Kepada Negeri Sembilan\n", "content": ["Jodoh pemain tengah kelahiran Gabon, Levy Madinda bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘tergantung’ seketika apabila pemain ini dipinjamkan kepada Negeri Sembilan FC bermula saingan Liga Malaysia 2023.", "Pemain berusia 30 tahun ini mengsahkan penghijrahannya ke skuad Hoben Jang Hoben menerusi kemaskini di ruangan profil pada akaun Instagram peribadinya yang memaklumkan dipinjamkan oleh JDT.", "Hantaran terbaru di akaun media sosialnya itu turut mengucapkan terima kasih kepada pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana memberikannya peluang untuk menyertai skuad berjulukan Harimau Selatan terbabit.", "Madinda telah membuat penampilan pertama bersama Negeri Sembilan dengan disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika turun menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "Perlawanan terbabit berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Filemon Anyi dan Tchetche Kipre masing-masing.", "Kemasukan Madinda turut menjawab teka-teki pemain import ketiga dan terakhir skuad bimbingan K. Devan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 sepertimana bayangan diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Satwant Singh pada minggu lalu.", "Sebelum ini, Negeri Sembilan telah mengesahkan mengekalkan khidmat pertahanan import musim lalu, Herold Goulon serta mendapatkan penyerang skuad kebangsaan Republik Chad, Ezechiel N’douassel.", "Untuk pengetahuan semua, Madinda yang pernah beraksi bersama Sabah FC pada tahun 2021 menyertai JDT pada jendela perpindahan pertengahan musim lalu.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215928/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Penampilan Pertama Yew Sin-Liu Ying Berakhir Dengan Kekalahan Di Tangan Beregu Scotland\n", "content": ["Beregu campuran baharu, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying tampil buat pertama kali di kejohanan antarabangsa dengan menentang beregu Scotland, Adam Hall dan Julie Macpherson di Pusingan 32 Terbuka Jerman, hari ini.", "Bagaimanapun, perlawanan pertama mereka sebagai pasangan beregu campuran tidak berakhir dengan kemanisan apabila terpaksa akur tumpas kepada beregu campuran yang menghuni ranking ke-51 dunia itu.", "YONEX GAINWARD German Open 2022XD – Round of 32 🇬🇧Adam HALL🏅21 21 🇬🇧Julie MACPHERSON🏅16 13 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Liu Ying GOH🕗 in 26 minutes https://t.co/FNGNSKFFba", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Liu Ying yang mengumumkan membentuk gandingan baharu pada Januari lalu tumpas secara ‘straight set’ dengan keputusan 16-21 dan 13-21 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "Walaupun terpaksa melupakan saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF dengan lebih awal, Yew Sin-Liu Ying kekal berada di benua eropah memandangkan mereka akan turun beraksi dalam satu lagi kejohanan pada minggu hadapan iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214579/", "headline": "\nSiti Nur Alia Mansor Direkrut Pasukan Eropah, Canyon-SRAM Racing\n", "content": ["Pelumba basikal lebuh raya, Siti Nur Alia Mansor mencipta nama sebagai atlet berbasikal wanita Malaysia yang pertama yang menyertai pasukan profesional basikal eropah, Canyon-SRAM Racing Team.", "Pelumba berasal dari Kampung Seberang Takir, Terengganu yang berusia 21 tahun ini bakal menyertai pasukan berpangkalan di Sepanyol yang berada di ranking kelima dunia dengan kontrak selama setahun.", "Dimaklumkan, tawaran ini hadir menerusi bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG), Adam Szabo yang kini merupakan jurulatih di pasukan berkenaan. Adam berminat untuk mengketengahkan bakat Alia yang sebelum ini pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan ujian masa 500 meter (m) semasa temasya SUKMA 2018.", "Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu menerusi Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) memberikan sokongan kepada atlet muda ini dengan meneruskan elaun bulanan sebanyak RM1,500 sepanjang berada di eropah.", "Selain itu, kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Pembangunan Belia, Sukan & NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah turut memberikan wang sebanyak RM3,000 sebagai perbelanjaan awal buat Siti Nur Alia di eropah.", "Featured Image: Instagram Siti Nur Alia Mansor"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324301/", "headline": "\nJersi Man City 2023-24 Raikan 20 Tahun Stadium Etihad Kini Di Malaysia – Harga RM549\n", "content": ["Peminat dan penyokong setia juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City FC (Man City) di Malaysia kini boleh dapatkan jersi home terbaharu kelab kesayangan mereka bermula saat ini. ", "Jersi baharu skuad berjulukan The Citizens keluaran Puma yang dilancarkan secara rasmi sekitar dua minggu lalu di United Kingdom (UK) itu sudah boleh didapati di cawangan-cawangan butik PUMA seluruh negara serta secara atas talian melalui platform e-dagang rasmi, my.puma.com", "Ianya hadir dalam dua variasi iaitu replika dan autentik ditawarkan untuk pembelian oleh para peminat dan penyokong tempatan dengan diletakkan tanda harga RM319 dan RM549 masing-masing.", "Jersi tersebut dilancarkan bersama video perkenalan yang berdurasi seminit dan menampilkan pemain skuad utama dan wanita Man City serta pengendali mereka, Pep Guardiola.", "Jersi baharu Manchester City itu diinspirasikan daripada jersi yang pertama kali dipakai apabila mereka berhijrah ke Stadium Bandaraya Manchester yang kini dikenali sebagai Stadium Etihad dari Maine Road pada 2003.", "Rekaan grafik di bahagian hadapan jersi menampilkan seni bina unik Stadium Etihad itu sendiri – empat belang mewakili laluan masuk silinder yang tersergam indah di pintu masuk bahagian barat stadium. ", "Manakala, poskod stadium iaitu M11 33F dicopkan bersama tanda dagang PUMA di bahagian belakang leher.", "PUMA masih mengekalkan warna tradisi The Citizens iaitu biru cair sebagai warna dominan jersi tersebut dan disempurnakan dengan warna putih di bahagian hadapan kolar yang berbentuk V – sama seperti jersi home musim 2003-04. ", "Untuk makluman, Maine Road merupakan laman keramat mereka sejak 1923 sebelum dirobohkan pada tahun 2004 setelah mereka berhijrah ke Stadium Etihad."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220775/", "headline": "\nPiala Dunia: Naib Juara Edisi Lalu, Croatia Singkir Kanada\n", "content": ["Naib juara edisi lalu, Croatia memulakan kempen Piala Dunia edisi kali ini dengan ‘suam-suam kuku’ apabila sekadar merekodkan keputusan seri bertemu Maghribi pada Rabu lalu.", "Bagaimanapun, skuad kendalian Zlatko Dalic ini berhasil bangkit merekodkan kemenangan besar pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan F yang berlangsung di International Stadium Khalifa, sebentar tadi.", "Pasukan yang menjadi mangsa kepada Croatia ini adalah Kanada bimbingan John Herdman yang kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama selepas 36 tahun.", "Dalam pertarungan tersebut, Kanada terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 permainan menerusi satu tandukan cantik oleh Alphonso Davies.", "Namun begitu, Croatia yang merupakan penghuni ranking ke-12 dunia berhasil bangkit bermula minit ke-36 untuk menyamakan kedudukan menerusi Andrej Kramaric. Tidak lama kemudian, Marko Liovaja memastikan Croatia mendahului 2-1 ke atas Kanada sebelum tamat babak pertama apabila.", "Bersambung babak kedua, Croatia menambahkan duka buat Kanada dengan mencetak tambahan dua gol lagi menerusi Kramaric dan Lovro Majer pada minit ke-70 dan ke-90+4 masing-masing sekaligus menamatkan aksi ini dengan kemenangan besar 4-1.", "Dengan kemenangan ini, Croatia kini menerajui Kumpulan F diikuti dengan Maghribi di tangga kedua. Walaupun kedua-dua pasukan ini memiliki 4 mata yang sama, Croatia menjadi pendahulu atas kelebihan perbezaan gol (goal difference) 3 berbanding 2 yang dimiliki oleh Maghribi.", "Belgium pula di tangga ketiga dengan 3 mata manakala Kanada berada di tangga terbawah tanpa sebarang pungutan mata. Ini juga bermakna Kanada, berdasarkan kiraan matematik, sudah tersingkir daripada mara ke peringkat kalah mati, Pusingan 16.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F ini, Croatia akan bertemu Belgium. Manakala Maghribi pula dijadualkan menentang Kanada. ", "Kedua-dua perlawanan yang akan menentukan pasukan manakah muncul selaku juara dan naib juara Kumpulan F ini akan berlangsung serentak bermula jam 11 malam (waktu Malaysia) pada hari Khamis (1 Disember) kelak. ", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217143/", "headline": "\nSukan SEA: GK Liga Super Rahadiazli Tidak Didaftarkan Dalam Senarai Akhir 20 Pemain\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang didaftarkan untuk mengharungi saingan Sukan SEA Ke-31 yang berlangsung di Vietnam.", "Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, empat daripada 24 pemain yang diterbangkan ke sana disisihkan dan diletakkan dalam Senarai Bersedia.", "Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney diberikan peluang untuk meninjau keadaan padang Stadium Thien Truong, Nam Dinh menjelang aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2021 bertemu Thailand B-23 pada Sabtu ini, 7 Mei 2022.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/yBpzNQktJV pic.twitter.com/3gNZdDysLY", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 5, 2022", "Satu kejutan yang dibuat oleh jurulatih kelahiran Australia itu adalah menyisihkan penjaga gol tinggi lampai yang beraksi dalam saingan Liga Super bersama Terengganu FC iaitu Rahadiazli Rahalim.", "Sementara itu, tiga pemain lain yang turut diletakkan dalam senarai tersebut adalah Muhammad Fahmi Daniel (Selangor 2), Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhamad Shafi Azswad Sapari (Johor Darul Ta’zim II).", "Manakal 20 pemain yang mengisi senarai akhir skuad Brad Maloney adalah seperti berikut:", "Untuk makluman semua, Malaysia akan membuka kempen temasya Sukan SEA dengan bertemu skuad Thailand B-23 kendalian Alexandre ‘Mano’ Polking pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam (waktu Malaysia)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207679/", "headline": "\nPipi penjaga gol VAFC, Jerome Prior Digigit Pemain Lawan\n", "content": ["Penjaga gol Valenciennes Football Club (VAFC), Jerome Prior mendakwa pipinya digigit oleh pemain lawan semasa aksi bertemu FC Sochaux dalam saingan Ligue 2, sabtu lalu.", "Menurut penjaga gol berusia 25 tahun itu, gigitan tersebut dibuat oleh pemain tengah FC Sochaux iaitu Ousseynou Thioune. ", "Bagaimanapun pemain tengah Senegal ini menafikan dia melakukan gigitan terhadap pipi Jerome. Akan tetapi dia mengakui geram dengan tindakan penjaga gol tersebut yang melakukan ejekan berunsurkan perkauman terhadapnya secara beberapa kali.", "A French second division player has been accused of biting the opposition goalkeeper.More 👉 https://t.co/P8KaSYz2rm #bbcfootball pic.twitter.com/I26cqB919H", "“Memang benar saya hantukkan kepala ke pipinya dan ya, saya sangat marah (terhadapnya), saya mahu menanduk kepala saya kepadanya,”", "“Tetapi selepas saya memikirkannya, saya tarik balik (kemahuan tersebut). Tiada gigitan langsung,” katanya dalam laporan Fox Sports yang memetik akhbar L’Est Republicain.", "🎙 Eddy Zdziech à la Voix du Nord à propos de la morsure sur Jérôme Prior : «  On a une réunion en fin d’après-midi (dimanche) pour décider des suites à donner à cette triste affaire. Nous allons défendre notre joueur  ». #VAFC 🔴⚪️ pic.twitter.com/tG3vonvDP8", "Sementara itu Presiden VAFC, Eddy Zdziech memberitahu AFP bahawa tiada sebarang keraguan lagi pemain tengah Senegal itu melakukan gigitan terhadap pemainnya.", "“Ia sesuatu perkara yang sangat disesalkan. Kita tidak boleh menafikannya. Saya sudah bercakap dengan Jerome dan memang jelas kesan gigitan besar di pipinya. Nampak (luka) berdarah.” katanya.", "Featured Image: FutbolHoy & FC Sochaux-Montbeliard"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325561/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Sze Fei-Izzuddin Mara, Wei Chong-Kai Wun Kandas\n", "content": ["Dua skrip yang berbeza menimpa dua beregu lelaki negara yang beraksi pada peringkat pusingan 32 di Terbuka Jepun – Jelajah Dunia BWF Super 750, pada hari ini.", "Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang baru sahaja mencatatkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga dalam Ranking Dunia bermula langkah kanan dalam kejohanan tersebut.", "Ianya selepas meraih kemenangan ke atas beregu tuan rumah yang berada di ranking ke-34 dunia, Ayato Endo dan Yuta Takei secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-15 dalam tempoh 37 minit permainan.", "Kemenangan itu sekaligus membawa mereka ke peringkat Pusingan 16 bertemu beregu China yang menghuni tangga ketujuh dunia, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada hari esok.", "Sementara itu, lain pula skripnya melibatkan beregu No.3 tanah air, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang terpaksa pulang awal.", "Ini susulan Wei Chong-Kai Wun tumpas di tangan beregu No.4 Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana selepas mengharungi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 11-21, 21-15 dan 20-22 dalam tempoh masa 52 minit.", "Kekalahan ini bukan sahaja mengekang Wei Chong-Kai Wun ke peringkat seterusnya bahkan turut menjadikan mereka tumpas tiga perlawanan berturut-turut daripada tiga pertemuan menentang Shohibul-Bagas di pentas antarabangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112973/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: Tumpas 1-4 Kepada Jepun, Malaysia Terpaksa Akur Naib Juara Kumpulan D\n", "content": ["Walaupun telah mengesahkan diri ke saingan suku akhir, skuad Malaysia yang diketuai oleh pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terpaksa akur menamatkan saingan peringkat kumpulan Piala Thomas 2020 selaku naib juara.", "Kedudukan tersebut diraih Malaysia selepas tumpas 1-4 kepada Jepun dalam perlawanan akhir melibatkan Kumpulan D di Ceres Arena, petang tadi.", "Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila Zii Jia tumpas di tangan pemain nombor 1 dunia, Kento Momota dengan keputusan 21-15, 12-21 dan 21-23.", "Tuah juga tidak mengiringi Malaysia apabila regu Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut tumpas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dengan keputusan 13-21 dan 13-21.", "Peluang Malaysia untuk muncul juara kumpulan tertutup rapat apabila pemain perseorangan kedua, Cheam June Wei juga tewas. Dia tumpas kepada  Kanta Tsuneyama dengan keputusan 20-22 dan 13-21.", "Perlawanan keempat turut tidak memihak kepada Malaysia. Pasangan beregu kedua negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tumpas kepada Akira Koga-Yuta Watanabe dengan keputusan 10-21 dan 16-21. ", "Bagaimanapun, Malaysia tidak menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan tangan kosong apabila berhasil mencuri satu mata menerusi Leong Jun Hao. Dia yang berada di kedudukan ke-120 mencipta kejutan menumpaskan pemain nombor 16 dunia, Kenta Nishimoto dengan keputusan 21-18 dan 21-19.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113194/", "headline": "\nPemenang Anugerah Puskas, Faiz Subri Kembali Bersama Penang Musim Hadapan\n", "content": ["Selepas sekian lama meninggalkan saingan bola sepak professional, Pemenang Anugerah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Puskas 2016, Faiz Subri kembali menyertai pasukan lamanya.", "Menerusi satu perkongsian di pelbagai platform media sosial Penang FC, kelab itu mengesahkan mengikat kontrak pemain berusia 33 tahun itu selama setahun untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "“Ibarat sireh pulang ke gagang, Faiz Subri sah sebagai pemain Penang FC musim 2022. Penerima anugerah Puskas tahun 2016, Faiz Subri sah mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan Penang FC bagi musim 2022.” tulis kenyataan kelab, pada hari ini.", "Baca: Pemilik Kelantan Tertarik Dengan Skil & Bakat Pemenang Anugerah Puskas?", "Ianya merupakan satu kejutaan daripada pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim ini. Manakan tidaknya, awal Oktober lalu, Faiz yang mempunyai kepakaran dalam situasi bola mati telah menarik minat daripada pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.", "Bukan itu sahaja, Norizam atau terkenal dengan panggilan Zamsaham turut berkeinginan untuk membawa pemain tersebut ke Kota Bharu bagi menguatkan Kelantan pada musim hadapan.", "Untuk makluman semua, Penang atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Pinang merupakan pasukan profesional terakhir diwakili oleh Faiz pada tahun 2019.", "Selepas daripada itu, karier bola sepak Faiz lebih tertumpu kepada pasukan semi-profesional dan amatur seperti Northern Lions Football Club dan Kuala Kangsar FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217920/", "headline": "\nBank Islam Lancar Kad Kredit-i Visa Bertemakan FIFA – Terhad Kepada 10,000 Unit Sahaja\n", "content": ["Menjelang kejohanan ulung Piala Dunia 2022 yang berlangsung penghujung tahun ini, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan kerjasama Visa melancarkan kad kredit-i bertemakan FIFA, pada hari ini.", "Permohonan kad kredit-i ini dibuka kepada pelanggan sedia ada dan baharu Bank Islam, bagaimanapun, kad kredit-i yang dihiasi dengan ilustrasi trofi ikonik serba emas Piala Dunia itu terhad kepada 10,000 unit sahaja.", "Disamping itu, bersama-sama dengan pelancaran kad kredit-i ini, Bank Islam turut melancarkan Kempen Kad Kredit-i Bank Islam Visa Bertemakan FIFA yang bermula 15 Jun hingga 30 September 2022.", "Kempen ini menjanjikan dua hadiah utama berupa dua tiket perlawanan bagi menonton saingan Piala Dunia, dua tiket penerbangan pergi-balik, penginapan serta wang tunai bernilai RM10,000.", "Selain itu, pemegang kad kredit-i ini turut berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati bulanan seperti “cashback” (pulangan tunai), baucer Shopee, baucer sukan, bola rasmi Piala Dunia 2022 serta powerbank 6,000 mAh bertemakan FIFA.", "Untuk memenangi hadiah-hadiah di atas, pemegang kad kredit-i ini perlu berbelanja dengan nilai minimum RM200 dalam satu resit sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.", "Untuk makluman semua, permohonan kad kredit-i bertemakan FIFA ini boleh dibuat di cawangan Bank Islam.", "Featured Image: Bank Islam Malaysia Berhad"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207781/", "headline": "\nDanial Amier Sedia Bekerja Keras Untuk Raih Kesebelasan Utama JDT\n", "content": ["Pemain tengah berbakat, Danial Amier Norhisham sedia bekerja keras dan keluar daripada zon selesanya demi meraih tempat dalam kesebelasan utama bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Pemain berusia 23 tahun tersebut disahkan sendiri oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan menyertai pasukannya untuk saingan bola sepak musim hadapan dalam satu sidang media yang diadakan pada rabu lalu.", "Pemain yang mesra dengan panggilan Boy ini sedia maklum akan bahagian tengah skuad Harimau Selatan dipenuhi dengan pemain-pemain terbaik seperti Leandro Velazquez, Nazmi Faiz Mansor, Natxo Insa, Hariss Harun, Afiq Fazail dan lain-lain. ", "Namun dia tampak bersemangat untuk keluar daripada zon selesanya dan bersaing secara sihat dengan pemain-pemain lain untuk merebut kesebelasan utama dalam pasukan tersebut. ", "Reaksi Danial Amier kepada pengesahan @HRHJohorII yang beliau akan beraksi untuk @OfficialJohor musim depan.#NadiArena #JDT @haliiizahamzah pic.twitter.com/i1V3HVi29M", "“Boy pergi ke sana (JDT) sememangnya untuk merasai persaingan itu, Boy memang tahu sekiranya ke JDT persaingan itu sangat tinggi dengan (ramai) pemain terbaik (terdiri) pemain import dan pemain (tempatan) skuad kebangsaan.”", "“Boy memang perlu bekerja keras sepertimana dicakapkan oleh Tunku Mahkota sendiri. Kena kerja keras untuk dapat tempat dan semua orang diberikan peluang yang sama. Persaingan akan ada di mana-mana.” ujarnya seperti dilaporkan oleh Nadi Arena.", "Selain itu, perpindahan pemain kelahiran Kuala Lumpur ke pasukan selatan semenanjung tanah air itu turut dipengaruhi dengan peluang untuk beraksi di pentas tertinggi dan berprestij bola sepak asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "“Boy sendiri kena cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa, Boy pergi ke JDT untuk belajar (lebih lagi) untuk menjadi pemain bola sepak yang lebih profesional yang bermain di liga terbaik seperti ACL.” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, Danial memulakan karier bola sepak zaman remajanya bersama Frenz United bermula tahun 2014 sebelum berhijrah untuk menyertai skuad Piala Presiden Felda United pada tahun 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219541/", "headline": "\nSanusi: Tahniah JDT Menang Piala FA, Sayangnya Pemain JDT Tak Pandai Cakap Johor\n", "content": ["Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengucapkan tahniah ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjuarai saingan Piala FA, semalam.", "Ia merupakan trofi Piala FA yang kedua dimenangi oleh pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air sejak ianya dijenamakan sebagai JDT oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bermula tahun 2012.", "Namun ucapan tahniah menerusi laman sosial peribadinya itu turut diselangi dengan satu ayat bernada sindiran sambil mengepilkan videonya menggesek biola, “sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor,”", "Jika dilihatkan kepada kesebelasan utama JDT yang dipertaruhkan oleh Hector Bidoglio semalam, hanya empat daripada sebelas pemain adalah tempatan iaitu Farizal Marlias, Afiq Fazail, Shahrul Saad dan Arif Aiman.", "Selebihnya merupakan pemain berdarah campuran atau mempunyai darah warisan Malaysia seperti Matt Davies, Crobin-Ong dan Natxo Insa serta pemain import, Shane Lowry, Leandro Velazquez, Fernando Forestieri dan Bergson da Silva.", "Terlebih dahulu, sejurus JDT berhasil meraih kemenangan Piala FA semalam, penyerang kelahiran Argentina, Forestieri sempat “bergurau” melalui akaun Instagran peribadinya dengan “menghadiahkan kejuaraan ini” kepada Sanusi.", "Untuk rekod, sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Terengganu semalam, Sanusi secara terbuka memberikan sokongan kepada skuad berpangkalan di pantai timur itu atas faktor isterinya merupakan orang negeri Terengganu serta gemar mendukung pasukan yang berstatus “underdog” atau bukan pilihan.", "Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan sokongan seluruh rakyat dalam negara ini juga akan pergi kepada Terengganu kecuali orang di negeri Johor."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218215/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Perseorangan Lelaki No.1 & No.2 Dunia Berentap Di Pentas Akhir\n", "content": ["Perlawanan akhir bagi kategori lelaki dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 menyaksikan pertembungan antara pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen dan No.2 dunia, Kento Momota.", "Kedua-dua pemain perseorangan lelaki terbaik dunia pada saat ini mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir, hari ini.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Semi final21 21 🇯🇵Kento MOMOTA🏅11 12 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN", "🕗 in 42 minutes https://t.co/cSJuEgYdqJ", "— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022", "Momota dari Jepun terlebih dahulu mengesahkan kemaraan tersebut selepas berhasil menumpaskan perseorangan No.1 Thailand, Kunlavut Vitidsarn secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-11 dan 21-12 dalam tempoh 42 minit permainan.", "Sementara itu, Axelsen dari Denmark pula mara setelah menundukkan pemain Indonesia yang berada di ranking kelapan dunia, Jonatan Christie menerusi tiga set permainan dengan pungutan mata 21-15, 20-22 dan 21-11 dalam tempoh masa 71 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Semi final21 20 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅15 22 11 🇮🇩Jonatan CHRISTIE", "🕗 in 71 minutes https://t.co/pmB3z6GAeA", "— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan yang pertama melibatkan Axelsen dan Momota selepas pertarungan akhir sekitar lapan bulan yang lalu dalam saingan Terbuka Denmark 2021.", "Bercakap mengenai pertemuan ini, dua pemain terbaik dunia pada saat ini telah bertarung sebanyak 16 kali di pentas antarabangsa.", "Bagaimanapun, Momota yang berusia 27 tahun mempunyai rekod yang cukup positif apabila bertemu Axelsen dengan mencatatkan 14 kemenangan daripada 16 pertemuan terbabit.", "Namun begitu, jika dilihat kepada persembahan semasa, Axelsen berada dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini dengan merekodkan 14 kemenangan berturut-turut. ", "Kemenangan itu dirakamkan sejak daripada saingan Indonesia Masters diikuti Terbuka Indonesia pada bulan lalu dimana dia muncul juara dalam kedua-dua kejohanan terbabit sebelum mengambil bahagian di saingan Terbuka Malaysia, minggu ini..", "Featured Image: Viktor Axelsen Instagram & Yonex Japan"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220225/", "headline": "\nPresiden KLFA: Sebanyak 10,000 Tiket KL City vs Al-Seeb Telah Dijual\n", "content": ["Penjualan tiket bagi perlawanan akhir Piala AFC yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) dan Al-Seeb mula dibuka secara atas talian di laman Tickethotline pada Isnin lalu.", "Menurut makluman oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad, sebanyak 10,000 keping tiket bagi perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu telah terjual setakat hari ini", "Perkara tersebut dikongsikannya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dan Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, petang tadi.", "Sementara itu, pihak KL City dalam satu kenyataan terbaru turut memaklumkan mengenai penjualan secara fizikal bermula hari ini sehingga hari perlawanan, Sabtu nanti.", "Untuk makluman semua, jumlah tiket yang telah dijual itu adalah bersamaan dengan sekitar 10% kapasiti tempat duduk di SNBJ. Sebagai rekod, stadium tersebut mampu memuatkan sekitar 87,000 penonton pada satu-satu masa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114288/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Perseorangan Lelaki No.1 Disingkirkan Pemain Singapura di Pusingan 64\n", "content": ["Satu kejutan berlaku di pentas Kejohanan Dunia BWF apabila pemain badminton perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen tersingkir di Pusingan 64.", "Pemain kelahiran Denmark merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu tersingkir setelah tumpas di tangan pemain Singapura, Loh Kean Yew.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 6414 21 21 🇸🇬Kean Yew LOH🏅21 9 6 🇩🇰Viktor AXELSEN🕗 in 54 minutes https://t.co/mNO89tQb7E", "Kean Yew yang berada di ranking ke-22 dunia dengan keputusan 14-21, 21-9 dan 21-6 dalam tempoh masa perlawanan yang menghampiri satu jam di Huelva, Sepanyol pada malam tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, persembahan yang ditampilkan oleh Viktor tidak berada di tahap yang sepatutnya walaupun dia masih segar dengan kejayaan muncul juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2021, pada minggu lalu.", "Sementara itu, kejayaan Kean Yew yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang menumpaskan Viktor membolehkan dia mara ke Pusingan 32. Menantinya di pusingan tersebut adalah pemain Austria, Luka Wraber yang berada di ranking 93 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206828/", "headline": "\nPemilik Zamburger Beli Pasukan Kelantan Dengan Harga RM6.8 Juta\n", "content": ["Pemilik Zamburger, Norizam Tukiman membeli 100% saham syarikat yang memiliki pasukan bola sepak Kelantan, TRW Sdn Bhd sekaligus menjadi pemilik baharunya.", "Dilaporkan keseluruhan saham itu dijual pada harga RM3 juta dan dia turut membayar RM3.8 juta kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk menyelesaikan hutang lapuk.", "Majlis tandatangan penjualan saham TRW Sdn Bhd dan Norizam telah berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, petang tadi.", "“Kita bayar pada harga RM3 juta bagi pembelian saham, dan kita dahulukan sebanyak RM3.8 juta kepada KAFA untuk menyelesaikan semua hutang-hutang yang ada.”", "“Jadi maksudnya di sini, jumlah perbelanjaan yang kita keluarkan adalah sebanyak RM6.8 juta. Dan selebihnya daripada RM6.8 juta itu syarikat Zamburger tidak tanggung.” kata Norizam di hadapan para wartawan.", "Difahamkan jumlah yang dikeluarkan oleh syarikat Zamburger itu sudah memadai untuk melupuskan semua hutang dan tunggakan samada kepada para pemain mahupun agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "Sementara itu, Norizam turut menyasarkan Kelantan untuk kembali ke saingan Liga Super musim hadapan. Ketika ini, skuad kendalian Yusri Che Lah menduduki tangga ke-8 dengan kutipan 4 mata daripada 5 perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325518/", "headline": "\nUBB Amanah Lanjut Penajaan Terhadap KL City\n", "content": ["Menjelang perlawanan akhir Piala FA 2023, kelab bola sepak berpangkalan di ibu negara, Kuala Lumpur City FC (KL City) menerima suntikan kewangan dan motivasi tambahan apabila UBB Amanah Berhad tampil melanjutkan penajaan.", "Pemeteraian kerjasama penajaan antara KL City dan syarikat amanah yang ditubuhkan pada tahun 1988 itu diadakan dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.", "Ianya dimeterai oleh Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City dan Aida Othman merangkap CEO UBB Amanah Berhad sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad dan pemilik kelab, Azri Azerai.", "Hasil kerjasama ini, logo UBB Amanah Berhad kembali menghiasi ruangan hadapan jersi home dan away KL City kendalian Bojan Hodak.", "Bagaimanapun, tiada sebarang jumlah penajaan didedahkan kepada umum oleh pihak UBB Amanah Berhad.", "Akan tetapi, Aida yang memaklumkan dirinya merupakan penyokong skuad The City Boys sejak kecil turut berharap kerjasama ini dapat menyumbang kepada pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur. ", "Selain logo UBB Amanah Berhad, bahagian hadapan jersi KL City turut dihiasi iklan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324989/", "headline": "\nSunway Pyramid Ice Anjurkan Siri Kejuaraan Skate Malaysia Edisi Ke-14\n", "content": ["Gelanggang ais pertama di Malaysia, Sunway Pyramid Ice bakal menjadi lokasi Siri Kejuaraan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia), Skate Malaysia bagi edisi ke-14 bermula sejak 22 Jun (Khamis) hingga 25 Jun (Ahad). ", "Kejohanan kali ini bakal menyaksikan 450 peluncur daripada tujuh negara iaitu Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, China, Amerika Syarikat dan Kuwait bakal berkumpul di bawah bumbung yang sama – di tengah-tengah pusat membeli-belah Sunway Pyramid.", "Majlis pembukaan Siri Kejuaraan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia), Skate Malaysia 2023 telah dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunway Malls & Theme Parks, HC Chan; Presiden ISIAsia, Harry Janto Leo dan Presiden Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM), Billy Johan.", "Dalam majlis perasmian tersebut, HC Chan berkata pihaknya amat berbangga dapat terus menganjurkan kejohanan dan pertandingan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa saban tahun di Sunway Pyramid Ice. ", "Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pula gembira melihat sukan luncur ais dapat diadakan di dalam pusat membeli-belah yang bukan sahaja menarik lebih ramai pengunjung untuk menyaksikan sukan tersebut berlangsung malahan mengundang lebih ramai penaja untuk melabur.  ", "Seusai tamat majlis pembukaan kejohanan, para tetamu kehormat dan pengunjung turut disajikan dengan pertunjukan khas daripada atlet luncur ais cilik dan dewasa daripada Akademi Luncur Sunway Pyramid Ice serta pemenang pingat emas Trofi Terbuka Thailand 2023, Fang Ze Zeng. ", "Fang Ze Zeng yang telah menyertai kejohanan Skate Malaysia sejak 2016 hadir untuk mempertahankan kejuaraannya menentang peserta-peserta baharu yang bakal mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini. ", "Sebagai tambahan, Akademi Luncur Sunway Pyramid Ice telah melatih lebih 21,000 pemain luncur ais dalam mencari potensi sebenar mereka dalam sukan musim sejuk itu dalam tempoh 26 tahun. ", "Featured Image: Sunway Pyramid Ice"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220167/", "headline": "\nPertahanan PJ City, P. Rajes Meninggal Dunia Pada Usia 37 Tahun\n", "content": ["Pertahanan Petaling Jaya City FC (PJ City), P. Rajes dilaporkan meninggal dunia pada usia 37 tahun, awal pagi tadi.", "Merupakan antara tonggak utama bagi skuad berjulukan The Pheonix pada musim ini, Rajes dilaporkan meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan di jalan raya.", "Bersama PJ City musim ini, Rajes berhasil membuat 15 penampilan dan membantu pasukan ini menghuni tangga kesembilan Liga Super.", "R.i.p my brother P.Rajesh.teamates Selangor 2014.player Pj city musim ni.dikhabarkan kemalangan jalan raya.awal sangat ni cha 🥹😢", "— Shahrom Kalam (@ShahromKalam) October 17, 2022", "Antara yang awal berkongsikan berita penuh kedukaan ini adalah bekas rakan sepasukannya suatu masa dahulu, Shahrom Kalam menerusi satu ciapan di akaun twitter miliknya.", "Untuk makluman semua, Rajes mula menyertai PJ City pada tahun 2018 dimana ketika itu pasukan ini dikenali sebagai Malaysian India Sports Council – Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA). ", "Sebelum itu, Rajes pernah menyertai PKNS FC, Selangor serta Kedah.", "Mendiang pergi meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218046/", "headline": "\nPiala AFC: KL City Buka Kempen Kumpulan H Tanpa Kemenangan\n", "content": ["Kuala Lumpur City (KL City) ternyata tidak mengambil manfaat penuh beraksi di tempat sendiri untuk merekodkan kemenangan dalam perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan H dalam saingan Piala AFC 2022.", "Sebaliknya skuad kendalian Bojan Hodak ini hanya meraih keputusan seri tanpa sebarang jaringan ketika turun beraksi menentang wakil Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bola Sepak Cheras, sebentar tadi.", "Dalam permainan tersebut, KL City yang juga merupakan juara Piala Malaysia 2021 dilihat melancarkan banyak serangan ke arah gawang PSM Makassar.", "⏰ FT: 🇮🇩 PSM Makassar 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City FC 🇲🇾 ", "Both sides cancel each other out in their campaign opener and settle for a point each in Group H! #AFCCup2022 | #PSMvKLC pic.twitter.com/k9yfsFiWn6", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) June 24, 2022", "Namun begitu, ketumpulan bahagian serangan yang ketara menjadikan skuad The City Boys tidak dapat merekodkan kemenangan sekaligus terpaksa akur dengan keputusan 0-0 sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.", "Dengan keputusan ini, KL City dan PSM Makassar terpaksa berpuas hati memungut satu mata masing-masing daripada perlawanan sulung ini.", "Untuk perlawanan seterusnya, PSM Makassar dijadualkan turun menentang wakil Singapura, Tampines Rovers pada 27 Jun (Isnin) hadapan di venue yang sama.", "Sementara itu, KL City pula akan menghadapi perlawanan kedua dan terakhir menentang Tampines Rovers pada 30 Jun (Khamis).", "Untuk makluman, hanya juara kumpulan serta satu naib juara terbaik antara Kumpulan G, H dan I akan layak ke peringkat seterusnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216514/", "headline": "\nOrleans Masters: ‘Patatimo Boys’ Cipta Kejutan Singkir Adik Beradik Popov No.30 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri yang berusia 19 tahun masing-masing mencipta kejutan dengan menyingkirkan beregu tuan yang berada di ranking ke-30 dunia pada Pusingan 32, Orleans Masters, awal pagi tadi.", "Arif-Haikal yang berada di ranking ke-103 pada ketika ini mencipta kejutan ke atas beregu Christo Popov dan Toma Junior Popov yang sememangnya dikenali sering beraksi di pelbagai kejohanan besar sebelum ini. ", "Orleans Masters 2022MD – Round of 32 🇲🇾Junaidi Arif🏅19 24 21 🇲🇾Muhammad Haikal🏅21 22 19 🇫🇷Christo Popov 🇫🇷Toma Junior Popov", "🕗 in 72 minutes https://t.co/1SPQgYndZ7", "— BWFScore (@BWFScore) March 30, 2022", "Perlawanan antara Arif-Haikal atau lebih dikenali sebagai ‘Patatimo Boys’ menentang adik beradik Popov yang diletakkan sebagai pilihan kedua ini berlangsung amat sengit dan melibatkan tiga set permainan. ", "Adik beradik Popov terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-19. Namun, Arif-Haikal berhasil bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 24-22 sekaligus mengheret adik beradik Popov itu ke set penentuan.", "Di awal set penentuan, Arif-Haikal yang merupakan kelahiran Terengganu dan Kelantan masing-masing ini ketinggalan seketika namun di pertengahannya, mereka sekali lagi bangkit dan memenanginya dengan skor 21-19.", "Untuk makluman semua, pertarungan ini berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam permainan.", "Sementara itu, Patatimo Boys yang berhasil mara ke Pusingan 16 akan berhadapan dengan cabaran beregu dari Indonesia, Panjer Dadiara dan Bryan Elohim yang menduduki ranking ke-223 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217335/", "headline": "\nRanking BWF: Pearly-Thinaah Sertai ‘Top 10’ Dunia Buat Pertama Kali\n", "content": ["Beregu badminton wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menempatkan diri dalam kelompok 10 pasangan terbaik dunia, pada minggu ini.", "Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan Pearly-Thinaah berhasil memintas kedudukan beregu Republik Korea, Chang Ye-na dan Kim Hye-rin yang berada di di tangga ke-10, sebelum ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama pasangan yang berusia 22 dan 24 tahun masing-masing menduduki kelompok 10 beregu terbaik dunia dalam karier.", "Sementara itu, kemaskini terbaru turut menyaksikan gandingan Anna Cheong dan Teoh Mei Xing meraih peningkatan satu anak tangga menjadikan mereka memasuki kelompok 50 pasangan terbaik dunia pada minggu ini.", "Berbeza pula buat beregu wanita muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree dimana mereka merekodkan satu penurunan pada minggu ini. Pemain yang berusia 20 tahun masing-masing ini menghuni ranking ke-74 pada minggu ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215605/", "headline": "\nZainal Abidin Hassan Sertai Kelab Liga M3, Imigresen FC?\n", "content": ["Biarpun membimbing Melaka United mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu, khidmat Zainal Abidin Hassan tetap diketepikan dan digantikan dengan ketua jurulatih baharu dari Bosnia, Risto Vidakovic pada Januari lalu.", "Bagaimanapun, jurulatih berusia 60 tahun ini nampaknya tidak menganggur lama dengan membuka lembaran baharu karier kejurulatihannya bersama kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3 iaitu Imigresen FC.", "Ini berikutan kelibat Zainal dilihat mengendalikan sesi latihan pasukan tersebut pada petang semalam. Perkara tersebut turut dikongsikan menerusi platform media sosial kelab berkenaan, semalam.", "Difahamkan, sebelum ini, Imigresen FC telah menamakan Hamizar Hamzah sebagai ketua jurulatih mereka untuk mengharungi saingan Liga M3 musim ini.", "Untuk makluman semua, setakat dua perlawanan yang telah dilalui, Imigresen FC gagal mengutip sebarang mata setelah tumpas kepada Kinabalu Jaguar FC dan Manjung City FC. Mereka kini menghuni tangga ke-9 dalam Kumpulan A.", "Untuk rekod, Zainal telah mengemudi skuad Hang Tuah selama tiga musim bermula tahun 2018. Sebelum itu, dia turut melatih beberapa pasukan lain seperti Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.", "Antara kejayaan yang pernah diraihnya sebagai jurulatih adalah membimbing Pahang memenangi Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.", "Featured Image: Imigresen Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208336/", "headline": "\nAzizulhasni Awang ‘Rampas’ Kedudukan No.1 Keirin Dunia\n", "content": ["Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kini kembali merampas takhta dalam ranking perseorangan dunia bagi saingan keirin lelaki.", "Azizul kembali menduduki tempat pertama dengan pungutan 2195 mata dalam satu kemasikini ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) semalam.", "Azizul kembali merampas tempat pertama tersebut setelah menghuni ranking kedua pada bulan lalu.", "Mengikutinya di tempat kedua adalah pelumba negara matahari terbit, Yuta Wakimoto dengan pungutan 2055 mata.", "Baca: Tempa Nama Dahulu, Barulah Pihak Penaja Datang Mencari – Azizulhasni", "Manakala di tempat ketiga adalah pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dengan catatan 1950 mata.", "Sementara itu, seorang lagi pelumba berbasikal negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom berada di tanga ke-35 dengan 796 mata.", "Bronze Medal for @AzizulAWANG !! 🥉The pocket rocket celebrates with a wheelie! 🤩🤩 #Berlin2020 pic.twitter.com/kTPvCZPVf3", "Kali terakhir pelumba yang sinonim dengan julukan The Pocket Rocketman ini beraksi di pentas antarabangsa adalah sekitar bulan mac lalu dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin.", "Dalam kejohanan tersebut, Azizul terpaksa berpuas hati dengan merangkul pingat gangsa setelah tamat di belakang Harrie dan Yuta di mana masing-masing meraih pingat emas dan perak.", "Featured Image: Azizulhasni Awang Official"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324382/", "headline": "\nVIDEO: Safee Sali Meledak, Atasi West Ham United di Amerika Syarikat\n", "content": ["Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali ‘keluar’ dari persaraannya untuk beraksi dalam kejohanan bola sepak tujuh sebelah, The Soccer Tournament (TST) di Amerika Syarikat, semalam. ", "Untuk makluman, TST merupakan sebuah kejohanan melibatkan pemain professional, semi professional dan bekas pemain yang beraksi bagi merebut hadiah utama bernilai AS$1,000,000.", "Dalam kejohanan tersebut, ketajaman Safee yang mewakili Far East United masih menyerlah apabila berhasil menyumbangkan satu jaringan setelah menerima hantaran Fellipe Souza dan terus menggelecek di hadapan sebelum menumpaskan penjaga gol West Ham United, David Martin.", "Jaringan oleh penyerang berusia 39 tahun itu membantu pasukannya memenangi perlawanan pertama bagi Kumpulan D dengan keputusan 4-2. ", "Bagaimanapun, pasukannya tewas pada aksi kedua peringkat kumpulan menentang Culture By Mo Ali FC dengan skor 0-2 sekaligus memerlukan kemenangan menentang Dallas United untuk mara ke pusingan 16. ", "Untuk makluman, Far East United, pasukan yang diwakili Safee mengumpulkan beberapa bekas pemain kebangsaan dari asia tenggara dan Kepulauan Pasifik seperti Greg Nwokolo (Indonesia), Charyl Chappius (Thailand) dan Bienvenido Maranon (Filipina). ", "West Ham United pula tampil dengan beberapa bekas pemain dan pemain akademi kelab tersebut seperti Anton Ferdinand, Carlton Cole, Kennan Forson dan Hayden Mullins. ", "Perlawanan terakhir peringkat kumpulan melibatkan Far East United dan Dallas United akan berlangsung pada 10:30 malam (waktu Malaysia).", "Featured Image: The Soccer Tournament"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219347/", "headline": "\nKenali Juan Torres Garrido – Penolong Ketua Jurulatih Malaysia B-23 Baharu\n", "content": ["Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell turut mengumumkan perlantikan penolong jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) yang baharu, pada hari ini.", "Individu yang dilantik bagi membantu E. Elavarasan dalam skuad Harimau Muda ini ialah Juan Torres Garrido, berusia 42 tahun dan datangnya dari Sepanyol.", "Juan mempunyai lesen kejurulatihan Lesen A UEFA dan kerjayanya yang terdahulu banyak berkisar di negara kelahirannya sendiri.", "Bermula tahun 2010, Juan mula berkhidmat bersama CF Damm yang berpangkalan di Barcelona sebagai jurulatih B-18, penganalisis, pencari bakat dan pengarah teknikal.", "Kemudiannya, dia berhijrah ke FC Barcelona dengan berperanan sebagai ketua pencari bakat bagi wilayah Catalunya.", "Jawatan terakhirnya sebelum datang ke Malaysia adalah ketua bola sepak remaja profesional B-23 (head of professional youth football U23) bersama Granada CF."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207565/", "headline": "\nUjian Berat Buat Yamaha, Enam Jurutera Tidak Dapat Sertai French GP\n", "content": ["Pasukan Monster Energy Yamaha terpaksa menanggung ujian berat menjelang perlumbaan MotoGP di Le Mans, Perancis apabila enam juruteranya terpaksa dikuarantin.", "Ini kerana salah seorang daripada kumpulan jurutera iaitu ketua projek YZR-M1, Takahiro Sumi didapati positif Covid-19 manakala lima yang lain negatif.", "Keputusan itu dikeluarkan semasa mereka menetap di Andorra – wilayah kecil berhampiran Perancis dan Sepanyol.", "Mereka turut mengadakan ujian sekali lagi dan keputusan masih sama di mana seorang daripadanya adalah positif dan lima lagi yang lain negatif.", "Namun demikian, menurut kenyataan oleh Yamaha, keenam-enam jurutera tersebut dikuarantin dan dan tidak mengikuti pasukan ke perlumbaan di Le Mans.", "Sementara itu, Yamaha sedang giat mencari pengganti kepada enam orang jurutera tersebut. ", "Akan tetapi enam orang jurutera tersebut masih berhubung dengan pasukan menerusi sistem komunikasi bagi membantu pasukan pada perlumbaan yang akan berlangsung ahad ini.", "Featured Image: Monster Energy Yamaha MotoGP"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217164/", "headline": "\nPiala Uber: Sumbangan Pearly-Thinaah, Jin Wei Tak Cukup Buat Malaysia Atasi Denmark\n", "content": ["Skuad wanita Malaysia bermula dengan langkah kiri, tumpas kepada Denmark pada perlawanan sulung peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Uber 2022, pada hari ini.", "Dalam lima perlawanan yang berlangsung, hanya dua pertembungan sahaja yang dimenangi oleh Malaysia menerusi gandingan beregu pertama Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan serta perseorangan kedua, Goh Jin Wei.", "Pearly-Thinaah yang turun pada perlawanan kedua berhasil mencatatkan kemenangan secara ‘straight set’ ke atas Maiken Fruergaard dan Sara Thygesen dengan skor 21-19 dan 21-19. Kemenangan ini menjadikan Malaysia mengikat Denmark 1-1 pada ketika itu.", "Pada perlawanan ketiga pula, Jin Wei meneruskan momentum kemenangan buat Malaysia dengan menumpaskan Line Christophersen dengan skor 21-12, 11-21 dan 21-5. Kemenangan ini memberikan Malaysia mendahului 2-1.", "Sebelum itu, Malaysia ketinggalan selepas perlawanan pertama apabila perseorangan utama negara, Kisona Selvaduray tumpas kepada Mia Blichfeldt secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 14-21 dan 15-21.", "Bersambung di perlawanan keempat, beregu kedua negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong gagal meneruskan momentum kemenangan buat Malaysia apabila tewas ‘straight set’ kepada Alexandra Bøje dan Amalie Magelund dengan skor 14-21 dan 10-21. Ini menjadikan Denmark berhasil mengikat kedudukan semasa kepada 2-2.", "Taruhan terakhir buat Malaysia adalah pemain muda berusia 19 tahun, Myisha Mohd Khairul. Bagaimanapun, berhadapan dengan pemain di ranking lebih tinggi daripadanya, Line Kjaersfeldt bukanlah sesuatu yang mudah dan Myisha terpaksa akur tumpas ‘straight set’ dengan keputusan 12-21 dan 9-21.", "Kekalahan Myisha itu menjadikan Malaysia tumpas 2-3 kepada Denmark dan gagal memungut mata pada hari ini. Esok, skuad wanita negara akan turun menentang skuad tuan rumah, Thailand perlawanan kedua.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218687/", "headline": "\nMalaysia B-19 Pertaruh 70% Muka Baharu Hadapi Kejohanan Antarabangsa Jemputan Di Vietnam\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19), Hassan Sazali Mohd Waras menyenaraikan 70% muka baharu untuk menghadapi sebuah kejohanan jemputan yang berlangsung di Vietnam, bermula minggu hadapan.", "Menurut makluman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hanya enam pemain sahaja yang dipanggil pada kali merupakan anggota skuad yang menjuarai saingan Kejuaraan B-19 AFF, pertengahan Julai lalu. Selebihnya, 14 pemain lagi merupakan muka baharu.", "Kesemua 20 pemain yang dipanggil ini akan menyertai kem latihan pusat bermula 2 Ogos (Selasa) kelak.", "Senarai 20 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad B-19 Kebangsaan Bermula 2 Ogos 2022 Bagi Menghadapi Youth International U19 Football Tournament 2022 Di Vietnam", "Baca siaran media penuh di ➡️ https://t.co/PdlnR4QgqG#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/yWDWuK6Gzk", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 28, 2022", "Untuk pengetahuan semua, Kejohanan Bola Sepak Remaja Antarabangsa B-19 ini merupakan anjuran Konfederasi Bola Sepak Vietnam (VFF). Ianya akan dilangsungkan bermula 5 hingga 11 Ogos kelak di Binh Duong, Vietnam.", "Di kejohanan ini, Malaysia akan berhadapan dengan skuad tuan rumah serta dua buah pasukan ASEAN iaitu Thailand dan Myanmar. Malaysia akan memulakan saingan dengan menentang Thailand (5 Ogos) diikuti dengan Vietnam (7 Ogos) dan Myanmar (9 Ogos).", "Manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan perlawanan final akan berlangsung pada 11 Ogos.", "Difahamkan, Malaysia mengambil bahagian dalam saingan jemputan ini sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran Kelayakan Piala Asia B-20 2023 yang akan berlangsung pada September nanti.", "Featured Image: FAM / AFF"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218413/", "headline": "\nFAM & Ketua Jurulatih B-23 Negara ‘Bercerai’ Dengan Persetujuan Bersama\n", "content": ["Khidmat ketua jurulatih bawah 23 tahun (B-23) negara dari Australia, Brad Maloney tidak lagi akan digunakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Ini selepas badan induk negara melepaskan jurulatih berusia 50 tersebut dengan persetujuan bersama menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini.", "“Ia dicapai selepas Maloney hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi tadi,”", "SIARAN MEDIA: FAM LEPAS BRAD MALONEY MENERUSI PERSETUJUAN BERSAMA", "▶️ Baca penuh di https://t.co/Kui3O5sxjP", "MEDIA RELEASE: FAM RELEASES BRAD MALONEY BY MUTUAL AGREEMENT", "▶️ Read more at https://t.co/Kui3O5sxjP#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/fFfqFXgejS", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 13, 2022", "“Bagi membentangkan laporan prestasi pasukan kendaliannya pada Sukan SEA 2021 di Vietnam, Mei lalu dan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun lalu.” kata Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar.", "“Maloney merakamkan ucapan terima kasih kepada FAM kerana telah memberi peluang untuk beliau berkhidmat selama lapan tahun sejak 2014 yang mana ia telah banyak membantu dalam meningkatkan karier kejurulatihannya,”", "“Bermula sebagai penolong jurulatih B-23 kebangsaan kepada Datuk Ong Kim Swee sehinggalah dilantik sebagai ketua jurulatih B-19 kebangsaan pada 2019 dan seterusnya ketua jurulatih B-23 kebangsaan.” tambahnya lagi.", "Setakat ini, tiada sebarang makluman daripada FAM siapakah yang akan menggantikan tempat Maloney bermula saat ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/2020151/", "headline": "\nMan Utd Senaraikan Dembele Sebagai Alternatif Kepada Sancho\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United menyenaraikan Ousmane Dembele sebagai alternatif sekiranya tidak mendapat khidmat Jadon Sancho, lapor ESPN.", "Sebelum ini, Borussia Dortmund seakan-akan memberi isyarat bahawa Jadon Sancho akan kekal bersama mereka untuk saingan Bundesliga 2020/21 sekaligus membantutkan usaha Manchester United untuk membawanya ke Old Trafford.", "Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan Dembele yang juga pemenang Piala Dunia 2018 baru sahaja memasuki peringkat awal iaitu perbincangan secara tidak rasmi di antara kedua-dua kelab.", "Difahamkan Barcelona dalam keadaan terdesak untuk melepaskan bebanan gaji sebanyak £200,000 seminggu ekoran pandemik Covid-19 yang memberikan impak terhadap kewangan kelab-kelab bola sepak.", "Untuk rekod, Dembele dibeli oleh Barcelona daripada Borussia Dortmund pada ogos 2017 dengan harga permulaan £96.8 juta dan diikat dengan kontrak selama lima tahun. Ketika itu, mereka memasukkan klausa pelepasan ‘gila’ iaitu sebanyak 400 juta euro.", "Bagaimanapun beberapa siri kecederaan dan hanya tampil sebanyak lima kali dalam saingan La Liga 2019/20 menyebabkan Barcelona mengumumkan pengurangan harga pelepasan Dembele kepada £37 juta sahaja menurut beberapa laporan media eropah, mei lalu.", "Selain daripada Dembele, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer dilaporkan turut berminat dengan pemain Bayern Munich, Kingsley Coman dan pemain Juventus, Douglas Costa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325302/", "headline": "\nThe Bos Gaurus Ikat Bekas Pemain Harimau Muda C\n", "content": ["Perak FC mengumumkan kehadiran pemain tempatan baharu, Azalinullah Alias bagi memperkuatkan jentera tengah skuad berjulukan The Bos Gaurus bagi menghadapi baki saingan Liga Super 2023. ", "Azalinullah menjadi pemain ketiga diumumkan kelab milikan XOX Pro Sports itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia selepas dua pemain import, Jesper Nyholm (Filipina) dan Kim Youn-do (Republik Korea). ", "Azalinullah Alias mungkin nama yang agak asing buat penyokong tempatan tetapi tidak buat peminat bola sepak Terengganu selepas menjadi salah seorang watak penting semasa beraksi dengan pasukan itu di bawah kendalian Nafuzi Zain. ", "Bermula di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), pemain berusia 27 tahun ini sebenarnya lebih meminati sukan futsal sejak kecil tetapi atas nasihat keluarga, Azalinullah mula berjinak-jinak dengan sukan bola sepak.", "Potensi yang ditampilkan anak jati Terengganu itu mendapat perhatian Harimau Muda C semasa akhir tahun Tingkatan 4 di SSBJ dan mula mewakili skuad remaja kebangsaan ketika berumur 17 tahun.", "Namun, perjalanan karier Azalinullah tidaklah semudah yang disangka apabila mengalami kecederaan pada anterior cruciate ligament (ACL) sebanyak tiga kali sejak usianya baru mencecah 19 tahun.", "Dilepaskan kelab berjulukan Sang Penyu pada penghujung musim lalu, Azalinullah ternyata gembira masih diberikan peluang untuk beraksi dalam Liga Malaysia selepas lebih enam bulan tanpa kelab. ", "Untuk makluman, Azalinullah, Jesper dan Youn-do dibenarkan beraksi menentang Kelantan United pada Jumaat sekiranya selesai segala urusan pendokumentasian memandangkan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia telah dibuka sejak Rabu, 5 Julai 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214889/", "headline": "\nSyarikat MLM Taja Terengganu RM4.5 Juta Sehingga Tahun 2023\n", "content": ["Syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), TDC Holdings Sdn Bhd diumumkan sebagai penaja utama buat kelab berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC bagi musim 2022 dan 2023.", "Pengumuman rasmi status syarikat berkenaan sebagai penaja utama skuad ‘Black and White’ ini hadir setelah kedua-dua pihak menandatangani kontrak penajaan platinum di pejabat pengurusan kelab, pada hari ini.", "TDC Holdings tandatangani kontrak sebagai \"Penaja Platinum\" Terengganu FC bagi musim 2022 dan 2023.Selamat datang TDC HOLDINGS SDN BHD ke keluarga besar TERENGGANU FC!🖤https://t.co/9yrcWBphZz", "Dimaklumkan, syarikat MLM yang ditubuhkan pada tahun 2016 ini muncul sebagai penaja utama atau penaja platinum selepas bersetuju untuk menawarkan penajaan dalam bentuk kewangan dan barangan yang bernilai RM4.5 juta secara keseluruhan selama dua musim.", "Hasil daripada perjanjian ini, pihak TDC Holdings akan menggunakan jenama salah satu produknya, Colever untuk dipamerkan oleh Terengganu sebagai ‘branding image’ di semua penempatan imej logo tajaan termasuk pada jersi utama pasukan kelak.", "Sebelum ini, logo Colever telah pun tertera di ruangan hadapan jersi latihan pasukan Terengganu sejak bermula tempoh pramusim Disember lalu.", "Untuk makluman semua, syarikat MLM yang menjual pelbagai produk kesihatan ini turut mempunyai sijil pengiktirafan dan perakuan seperti GMP, HACCP, ISO dan Halal Jakim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112711/", "headline": "\nPemain Lincah Kedah Dipanggil Lubnan Untuk Hadapi Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia\n", "content": ["Skuad kebangsaan Lubnan terus menaruh kepercayaan kepada kebolehan yang dimiliki oleh pemain tengah lincah Kedah Darul Aman, Rabih Ataya untuk menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022, pada bulan ini.", "Rabih yang berusia 32 tahun dipanggil oleh ketua jurulatih Lubnan untuk menghadapi dua perlawanan menentang Iraq dan Syria masing-masing pada 7 dan 13 Oktober melibatkan aksi Kumpulan A sepertimana dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Lubnan (FA Lebanon).", "Artikel Berkaitan: Rabih Ataya Muncul Wakil Tunggal Liga Super ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022", "Difahamkan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di venue berkecuali iaitu di Qatar dan Jordan atas faktor situasi pandemik covid-19 yang masih melanda di kebanyakan negara di dunia.", "Ketika ini, Lubnan berada di kedudukan kelima dalam Kumpulan A selepas beraksi dalam dua perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Republik Korea pada bulan September lalu.", "Artikel Berkaitan: Kenali Rabih Ataya Penyerang Sayap Laju, Lincah & Licik Yang Menjuarai Piala AFC", "Untuk makluman semua, Rabih antara pemain yang turut melakukan sumbangan penting terhadap kemaraan Lubnan ke pusingan ketiga kelayakan ini. Selain itu, skuad kebangsaan negaranya turut mengesahkan tempat dalam saingan Piala Asia 2023.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325289/", "headline": "\nSelamat Datang Enrique, Terima Kasih Galtier\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain akan mengharungi musim 2023-24 kelak dengan bimbingan pengurus baharu kelahiran Sepanyol iaitu Luis Enrique.", "Susuk tubuh berusia 53 tahun terbabit diperkenalkan secara rasmi oleh skuad berjulukan Rouge-et-Bleu dalam satu majlis yang turut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi kelab, Nasser Al-Khelaifi serta Pengarah Sukan, Luis Campo semalam.", "Ketika bercakap dalam sidang media dalam majlis terbabit, Enrique yang pernah beraksi sebagai penyerang serta pemain tengah menyerang bersama Real Madrid dan FC Barcelona semasa bergelar pemain mahu menerapkan falsafah permainan menyerang buat PSG.", "“Identiti menyerang tidak boleh dirundingkan. Falsafah saya adalah mara ke hadapan. Kamu perlu menyesuaikan dengan pemain-pemain yang kamu miliki, dan dapatkan yang terbaik daripada mereka.” katanya. ", "Chairman and CEO Nasser Al-Khelaïfi, Sports Director Luis Campos and new coach Luis Enrique at 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐒𝐆. ", "— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 5, 2023", "Dimaklumkan, individu yang turut pernah membimbing FC Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara UEFA pada musim 2014-15 ini diberikan kontrak selama dua tahun yang menyaksikannya kekal sehingga musim panas 2025.", "Selain mengemudi skuad Blaugrana, Enrique turut mempunyai pengalaman membimbing AS Roma, Celta Vigo serta skuad kebangsaan Sepanyol.", "Ketika mengemudi skuad berjulukan La Roja, Enrique yang tidak menyenaraikan sebarang pemain daripada Real Madrid dalam senarai 24 pemain berhasil mara sehingga ke separuh akhir EURO 2020 sebelum tumpas kepada Itali.", "Sebelum itu, PSG mengesahkan perpisahan dengan pengurus sebelumnya, Christophe Galtier yang membawa mereka menjuarai kejuaraan Ligue 1 yang kesebelas – terbanyak pernah dimenangi oleh kelab di Perancis."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219369/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Kemarau Yew Sin-Ee Yi Ke Pentas Separuh Akhir Menghampiri 8 Bulan\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kini menghadapi kemarau menghampiri 8 bulan ke pentas separuh akhir dalam mana-mana kejohanan badminton antarabangsa.", "Gandingan yang berada di ranking kesembilan dunia ini berpeluang untuk menamatkan kemarau tersebut dalam perlawanan peringkat suku akhir di saingan Terbuka Jepun, sebentar tadi.  ", "Namun begitu, beregu Korea yang menghuni ranking ke-34 dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho meranapkan peluang tersebut apabila melakar kemenangan ke atas Yew Sin-Ee Yi.", "DAIHATSU YONEX Japan Open 2022MD – Quarter final 🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅17 21 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅21 17 13 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 71 minutes https://t.co/j6hnpy592O", "— BWFScore (@BWFScore) September 2, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 13-21 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.", "Kekalahan ini sekaligus menyingkirkan Yew Sin-Ee Yi daripada saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Untuk makluman semua, kali terakhir gandingan bebas (independent) ini mara ke peringkat separuh akhir adalah pada pertengahan Januari lalu dalam saingan Terbuka India yang menemukan mereka dengan gandingan senior, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20218963/", "headline": "\nSelangor FC Bina Pusat Rehabilitasi & Bakal Dibuka Kepada Umum Untuk Jana Pendapatan\n", "content": ["Walaupun telah menjadi salah sebuah pusat latihan terbaik dalam negara, Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) dilihat masih melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pusat latihan mereka.", "Antara penambahbaikan yang sedang dilakukan adalah membina sebuah gimnasium baharu, pusat rehabilitasi dan klinik untuk kegunaan para pemain dan staf kejurulatihan Red Giants bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Lebih menarik, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, dua daripada kemudahan yang sedang dibina tersebut bakal dibuka untuk peminat dan orang ramai sebagai salah satu usaha untuk menjana pendapatan buat kelab.", "“Kita sudah memulakan pembinaan gimnasium yang baharu, pusat rehabilitasi (pemulihan) dan klinik. Pusat rehabilitasi dan klinik tersebut akan dibuka untuk orang awam berkunjung (mendapatkan rawatan) daripada doktor dan (ahli) fisioterapi kami.”", "“Ini antara usaha kami untuk menjana pendapatan (sendiri) disamping digunakan oleh pemain-pemain.” katanya ketika ditemui oleh Sukanz di FAS Training Centre, semalam.", "Membuka pusat rehabilitasi dan klinik yang terdiri kalangan profesional perubatan yang terlibat secara langsung bersama pasukan bola sepak profesional merupakan satu strategi yang bijak. ", "Ianya bukan sahaja dapat menarik orang ramai yang ditimpa kecederaan semasa bersukan atau beriadah untuk mendapatkan rawatan daripada profesional perubatan berkenaan malahan kalangan atlet-atlet daripada bidang sukan yang lain.", "Selain daripada itu, sebuah bangunan dua tingkat turut sedang dibina di pusat latihan tersebut. Difahamkan tingkat pertama bangunan tersebut akan menempatkan kafeteria untuk para pemain dan staf kejurulatihan manakala tingkat kedua pula merupakan pejabat barisan jurulatih Selangor FC.", "“Kita juga sedang membina kafeteria yang merangkumi dapur dan tempat makan untuk para pemain dan staf.” tambahnya lagi sambil menjangkakan kemudahan dan fasiliti yang sedang dibina ini bakal siap pada penghujung februari atau awal mac hadapan.", "Tidak cukup dengan kemudahan dan fasiliti yang dinyatakan di atas, FAS Training Centre bakal mempunyai sebuah padang latihan tertutup yang menggunakan rumput sintetik. Proses pembinaannya akan bermula pada penghujung bulan ini dan dijangka siap pada april kelak. ", "Pembinaan padang tertutup ini bakal memberikan satu kelebihan kepada Selangor FC untuk meneruskan sesi latihannya seperti biasa walaupun sedang mengalami cuaca buruk seperti hujan lebat.", "“Kita akan mulakan pembinaan padang tertutup, (seluas) setengah padang dengan rumput sintetik pada akhir bulan ini atau awal bulan depan.”", "“Kita juga akan tambah padang sintetik (di beberapa tempat) dalam pusat latihan ini sebanyak yang mungkin kerana ianya lebih tahan lasak daripada padang rumput biasa.” tambahnya lagi.", "Berdasarkan makluman oleh Dr. Johan, setelah selesai semua projek pembinaan tersebut maka lengkaplah segala usaha untuk mengadakan kemudahan dan fasiliti buat FAS Training Centre yang terletak di Padang SUK tersebut.", "Untuk makluman, FAS Training Centre yang menjadi pusat latihan rasmi skuada Red Giants mula berwajah baharu dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ruang pejabat yang lebih segar dirasmikan sendiri oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sekitar julai 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215148/", "headline": "\nRestoran Nasi Beriani Taja Penang FC Sebanyak RM100,000\n", "content": ["Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim lalu, Penang FC mendapat satu ‘hidangan’ lumayan daripada sebuah perusahaan restoran nasi beriani untuk mengharungi saingan musim ini.", "Menerusi makluman rasmi, dimaklumkan Penang FC telah menjalinkan satu kerjasama dengan perusahaan restoran yang dikenali sebagai Bhai Biryani Sdn Bhd. Hasil kerjasama ini, skuad yang dikenali sebagai Harimau Kumbang ini menerima wang tajaan sebanyak RM100,000 daripada syarikat perusahaan terbabit.", "Manakala syarikat perusahaan itu selaku penaja rasmi mendapat manfaat untuk mendekati pelbagai lapisan peminat pasukan yang dibimbing oleh Tomas Trucha bagi merangsang perniagaan atau perusahaan yang dijalankan mereka sepertimana yang disarankan oleh badan penganjur bola sepak negara, Malaysian Football League (MFL).", "Wang tajaan tersebut disampaikan oleh wakil perusahaan restoran kepada pengurusan tertinggi Penang dalam satu majlis program penajaan yang diadakan beriringan dengan majlis perasmian Bhai Biryani cawangan Pulau Pinang yang bertempat di Lebuh King, Georgetown.", "Majlis ini turut diserikan dengan kunjungan Yang Di-Pertua Negeri (YDP) Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul Razak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218721/", "headline": "\nKetua Jurulatih Interim Sri Pahang, Dollah Salleh Bergelar Dato’\n", "content": ["Ketua jurulatih sementara Sri Pahang FC merangkap bekas penyerang skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh kini bergelar Dato’.", "Dollah yang kembali dilantik untuk mengemudi skuad Tok Gajah  sekitar dua minggu lalu mendapat gelaran berkenaan setelah dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P).", "Darjah kebesaran itu diterima beliau pada majlis istiadat yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.", "Sekalung tahniah kepada empat bekas pemain bola sepak kebangsaan – Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Ahmad Yusoff dan Yunus Alif atas Penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/LDewZFGWTe#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/mtSvwDtr3Q", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 1, 2022", "Untuk makluman semua, Dollah merupakan pemain skuad kebangsaaan Malaysia sekitar era 1980-an hingga 1990-an. Selain itu, beliau turut pernah menjadi ketua jurulatih skuad senior yang membawa Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.", "Selain itu, ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan turut dikurniakan darjah kebesaran yang sama. Zainal yang juga merupakan bekas skuad Harimau Malaya merupakan salah seorang daripada tujuh legenda bola sepak negara yang tersenarai dalam Kelab Abad FIFA atau FIFA Century Club (pemain yang mencatatkan lebih 100 penampilan antarabangsa).", "Tidak dilupakan, dua orang lagi bekas pemain kebangsaan, Ahmad Yusof (kapten Malaysia ketika meraih pingat emas Sukan SEA 1989) dan Yunus Alif (pemain skuad kebangsaan era 1970-an hingga 1980-an) turut menerima gelaran yang sama oleh Al-Sultan Abdullah.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112809/", "headline": "\nBAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan seramai lima orang pemain perseorangan remaja wanita dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad senior kebangsaan dengan serta merta, pada hari ini.", "Menurut satu makluman oleh BAM, pihak pengurusan berbuat demikian untuk memperbesarkan ‘talent pool’ bagi skuad senior perseorangan wanita sekaligus memperkukuhkan jabatan tersebut.", "Lima orang pemain tersebut ialah Joanne Ng, Tan Zhing Yi, Khor Jing Wen, Loh Zhi Wei yang berusia 18 tahun masing-masing serta seorang lagi yang merupakan termuda dalam kalangan kelima-lima pemain iaitu Siti Nurshuhaini Azman yang berusia 17 tahun.", "Untuk makluman semua, Siti Nurshuhaini merupakan sebahagian daripada anggota skuad Malaysia yang disenaraikan untuk mengharungi saingan Piala Uber 2020 yang akan bermula, Sabtu ini.", "Sebagai tambahan, kelima-lima nama yang disebutkan di atas akan menyertai S. Kisona (23 tahun), Eoon Qi Xuan (20 tahun), Myisha Mohd. Khairul (19 tahun) dan K. Letshanaa (18 tahun). ", "Skuad senior kebangsaan untuk perseorangan wanita akan berada di bawah bimbingan ketua jurulatih, Indra Widjaja serta Loh Wei Sheng."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217565/", "headline": "\nRanking BWF: Lee Zii Jia ‘Top 5’ Dunia – Pintas Pemenang Gangsa Sukan Olimpik\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menempatkan dirinya sebagai pemain No.5 dunia pada minggu ini. Kedudukan itu disahkan menjadi milik Zii Jia selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia (World Ranking) sebentar tadi.", "Sebelum ini, Zii Jia menghuni ranking keenam dunia namun kejayaannya mara ke perlawanan akhir serta memenangi saingan Terbuka Thailand – Jelajah Dunia Super 500 BWF – di Bangkok, Ahad lalu telah memberikannya 9,200 mata.", "Pungutan mata itu membolehkan pemain kelahiran Alor Setar yang berusia 24 tahun ini mengumpul 90,378 mata daripada 10 kejohanan yang diambilkira untuk pengiraan ranking dunia.", "Ianya memadai untuk memintas kedudukan pemain Indonesia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2022 Tokyo, Anthony Sinisuka Ginting yang kini mempunyai 87,879 mata.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kedudukan tertinggi pernah diraih oleh Zii Jia dalam karier seniornya setakat ini. ", "Pada masa yang sama, Zii Jia dilihat berpeluang cerah merampas kedudukan No.4 dunia dalam tempoh terdekat dengan syarat meneruskan persembahan konsisten mara ke pentas separuh akhir atau akhir dalam beberapa kejohanan Jelajah Dunia BWF yang mendatang. ", "Terdapat beberapa kejohanan besar di rantau asia tenggara akan dilangsungkan dua bulan berikutnya yang boleh digunakan oleh Zii Jia untuk mengutip mata sebanyak mungkin. ", "Antaranya, saingan Indonesia Masters (Super 500), Terbuka Indonesia (Super 1000), Terbuka Malaysia (Super 750), Malaysia Masters (Super 500) dan Terbuka Singapura (Super 500). Kesemua kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 7-12 Jun, 14-19 Jun, 28 Jun-3 Julai, 5-10 Julai dan 12-17 Julai kelak masing-masing.", "Untuk makluman semua, pungutan mata yang dimiliki pemain senior Taiwan yang kini menghuni ranking keempat dunia, Chou Tien Chen tidak begitu jauh jika dibandingkan dengan mata dimiliki oleh Zii Jia. Ketika ini, Tien Chen memiliki 93,776 mata dan perbezaan mata antara kedua-dua pemain hanyalah 3,398 mata.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218846/", "headline": "\nBekas Peledak JDT, Jorge Pereyra Diaz Sertai Kelab Bawah Naungan Pemilik Man City\n", "content": ["Bekas peledak Johor Darul Ta’zim (JDT) suatu masa dahulu, Jorge Pereyra Diaz nampaknya meneruskan karier bola sepaknya bersama sebuah kelab yang bernaung di bawah pemilik Manchester City (Man City) – City Football Group (CFG).", "Menerusi satu makluman, penyerang kelahiran Argentina yang berusia 32 tahun itu diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Mumbai City FC yang beraksi dalam kancah Liga Super India (ISL).", "Baca: Pemilik Man City, CFG Ambil Alih Satu Lagi Kelab – Palermo FC", "मंडळी! Let’s give a warm मुंबई welcome to our newest Islander – Jorge Pereyra Díaz! 💙🇦🇷#HolaJorge #MumbaiCity #AamchiCity 🔵 @PereyraDiazz pic.twitter.com/4lntbWgoR0", "— Mumbai City FC (@MumbaiCityFC) August 4, 2022", "Dimaklumkan, kelab yang dibeli oleh CFG pada November 2019 itu mengikat khidmat Diaz dengan kontrak selama setahun dimana dia akan menyarung jersi skuad berjulukan The Islanders itu sehingga Mei 2023.", "Untuk pengetahuan semua, Diaz mula beraksi dalam kancah bola sepak India bermula musim lepas bersama Kerala Blasters. Dia berhasil mencetak 8 gol bersama kelab ini dan membantu skuad Manjappada muncul naib juara ISL 2021-22.", "Sebagai tambahan, ketika beraksi bersama JDT suatu masa dahulu, Diaz pernah menggegarkan saingan Liga Malaysia dan membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super (2014, 2016), Piala FA (2016) serta Piala Sumbangsih (2015, 2016 dan 2018).", "Featured Image: Mumbai City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322661/", "headline": "\nPiala Asia B-17 2023: Malaysia Diundi Bersama Tuan Rumah\n", "content": ["Majlis undian bagi saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023 telah berlangsung sebentar tadi, di Swissotel Bangkok Ratchada, Thailand. Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand, Yaman dan Laos. ", "Skuad Harimau Muda kendalian Osmera Omaro ini bakal bertemu Yaman sebelum menentang Thailand diikuti dengan aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Laos bermula 15 Jun nanti. ", "Malaysia layak ke saingan Piala Asia B-17 selepas berjaya menjuarai saingan kelayakan peringkat kumpulan B dengan menewaskan Palestin sebelum terikat menentang Guam yang memerlukan Malaysia menang ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia.  ", "Sementara itu, Kumpulan B menghimpunkan Afghanistan bersama bekas tiga juara edisi sebelum ini – Korea Selatan (1986 & 2022), Iran (2008) dan Qatar (1990).", "Bagi Kumpulan C, naib juara edisi lepas, Tajikistan akan bertemu pasukan gergasi Asia yang terdiri daripada juara dua kali, China (1992 & 2004) dan Arab Saudi (1985 & 1988) serta Australia. ", "Kumpulan D menyaksikan juara bertahan, Jepun bakal bertemu India, Vietnam dan juara edisi 2012, Uzbekistan.", "Kejohanan ini merupakan penampilan keenam Malaysia dalam saingan Piala Asia B-17 yang dijenamakan semula daripada Kejohanan AFC Bawah 16 Tahun (B-16).", "Dalam penampilan terakhir Kejohanan AFC B-16, Malaysia telah dipilih selaku tuan rumah bagi edisi 2018 tetapi gagal mara ke peringkat kalah mati setelah hanya menang ke atas Tajikistan sebelum tewas kepada Thailand dan Jepun. ", "Untuk makluman semua, empat pasukan terbaik Piala Asia B-17 bakal layak secara merit untuk beraksi dalam saingan Piala Dunia FIFA B-17 yang bakal berlangsung pada bulan November tahun ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215841/", "headline": "\nPetronas Taja BAM Selama 3 Tahun, Saingan Super 750 Kini Digelar ‘Petronas Malaysia Open’\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan mendapat tajaan daripada syarikat minyak dan gas negara, Petronas menerusi subsidiarinya, Petronas Dagangan Berhad selama tiga tahun.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dalam satu majlis menandatangani perjanjian penajaan bersama Petronas yang dimaklumkan terbesar pernah diperolehi oleh badan induk itu, pada hari ini. ", "“Saya berbesar hati mengumumkan Petronas komited untuk memainkan peranan besar dalam menyumbang kepada pembangunan badminton di Malaysia dengan menandatangani perjanjian bernilai jutaan ringgit dalam tempoh tiga tahun,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.", "Hasil penajaan tersebut, Petronas mendapat ‘title sponsor’ kepada saingan badminton tempatan bertaraf Super 750 BWF, Terbuka Malaysia bermula musim ini sekaligus menjadikan kejohanan itu bergelar ‘Petronas Malaysia Open 2022’. ", "Sementara itu, pusat latihan badminton kebangsaan pula akan digelar sebagai Petronas Akademi Badminton Malaysia. Selain itu, logo Petronas turut menghiasi pada bahagian hadapan jersi yang disarung oleh para pemain di bawah naungan BAM dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai mereka.", "Difahamkan jersi dengan logo tajaan Petronas itu akan digunakan bermula dengan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022 yang akan berlangsung pada 16 hingga 20 Mac kelak.", "Bagaimanapun, tiada sebarang jumlah penajaan didedahkan oleh kedua-dua pihak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219286/", "headline": "\nRanking FIFA: Harimau Malaya Jatuh Satu Anak Tangga – Kini Di Kedudukan Ke-148 Dunia\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan yang berjulukan Harimau Malaya kini merekodkan kejatuhan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, Malaysia yang menghuni tangga ke-147 sebelum ini jatuh di kedudukan ke-148 dunia.", "Berdasarkan pemerhatian, kedudukan ke–147 dunia itu menjadi milik Hong Kong. Kejatuhan Malaysia ini turut terkesan oleh peningkatan sebanyak tiga anak tangga oleh negara benua afrika, Botswana yang kini menghuni tangga ke-146 dunia.", "A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)", "Sementara itu, kemaskini terbaru ini menyaksikan Vietnam kekal sebagai negara yang berada di kedudukan paling tinggi – ranking ke-97 dunia – dalam kalangan negara asia tenggara. Kemudiannya, ia diikuti oleh Thailand dan Filipina yang berada di ranking ke-111 dan ke-134 dunia.", "Malaysia berpeluang untuk memperbaiki kedudukan ranking dunia dengan mencapai kemenangan dalam kejohanan King’s Cup yang akan berlangsung di Chiang Mai, Thailand pada 20 hingga 26 September kelak.", "Kejohanan itu turut disertai oleh Thailand selaku tuan rumah bersama-sama Trinidad & Tobago serta Tajikistan. Untuk makluman, Trinidad & Tobago serta Tajikistan berada di ranking ke-101 dan ke-109 dunia masing-masing.", "Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia yang berikutnya oleh FIFA akan dilakukan pada 6 Oktober 2022.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111505/", "headline": "\nOlimpik 2020: Axelsen Tamatkan Kemarau 25 Tahun Pingat Emas Buat Denmark\n", "content": ["Pemain no.2 dunia, Viktor Axelsen menamatkan kemarau pingat emas selama 25 tahun dalam acara badminton perseorangan lelaki buat Denmark di temasya Sukan Olimpik selepas berjaya menumpaskan juara bertahan, Chen Long pada perlawanan akhir.", "Axelsen, 27 tahun, menampilkan persembahan penuh cemerlang dan menumpaskan Chen Long dari China dengan mudah secara dua ‘straight set’ iaitu 21-15 dan 21-11 di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.", "Badminton – Perseorangan Lelaki – Final 🏸🇩🇰 Viktor Axelsen21-15, 21-12🇨🇳 Chen LongPINGAT EMAS MENJADI MILIK AXELSEN BUAT KALI PERTAMA!#Badminton#Tokyo2020", "Sebagai rekod, Axelsen mara ke pentas final Olimpik buat pertama kali dalam kariernya selepas menumpaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon di peringkat separuh akhir dan pemain China, Shi Yuqi di peringkat suku akhir. ", "Untuk pengetahuan semua, kali terakhir pemain Denmark memenangi pingat emas ketika menyertai Sukan Olimpik Atlanta 1996. Ketika itu, pingat emas Denmark tersebut disumbangkan oleh Poul-Erik Høyer Larsen. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216134/", "headline": "\nKetua Jurulatih Liberia, Peter Butler Panggil Kpah Untuk Hadapi 3 Perlawanan Persabahatan Di Turki\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan Liberia, Peter Butler telah menyenaraikan 23 pemain untuk dipanggil bagi mewakili skuad kendaliannya bagi mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Antalya, Turki.", "Dalam kalangan 23 pemain tersebut, nama penyerang baharu Terengganu FC, Kpah Sherman turut sama terselit. Pengumuman senarai itu dikongsikan menerusi platform media sosial Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA), malam tadi.", "Selain Kpah yang merupakan satu-satunya pemainnya yang beraksi di benua asia, Butler turut memanggil sebilangan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, benua eropah serta pemain-pemain di Liberia.", "Dimaklumkan, skuad bimbingan Butler ini dijadualkan menentang tiga buah pasukan yang juga dari benua afrika. Tiga pasukan tersebut ialah Benin, Sierra Leone dan Burundi pada 24, 27 dan 29 Mac masing-masing.", "Untuk makluman semua, ketiga-tiga negara tersebut menghuni ranking ke-83, ke-107 dan ke-141 dunia. Sebagai perbandingan, Liberia pula berada di ranking ke-145 dunia.", "Featured Image: Liberia Football Association / Terengganu FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322384/", "headline": "\nTV9 Siar Aksi Harimau Malaya Bertemu Turkmenistan & Hong Kong\n", "content": ["Aksi skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon ketika jendela antarabangsa FIFA bermula 20hb hingga 28hb Mac kelak dapat disaksikan secara langsung oleh orang ramai menerusi saluran televisyen percuma tempatan, TV9.", "Makluman mengenai perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh TV9 menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia)", "Untuk makluman semua, sepanjang tempoh itu, Harimau Malaya akan menghadapi dua perlawanan iaitu bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada 23hb (Khamis) dan 28hb (Selasa) Mac masing-masing di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Program siaran langsung itu akan bermula jam 9.30 malam manakala sepak mula dijadualkan setengah jam berikutnya.", "Bagi menghadapi dua perlawanan ini, Pang-gon telah memanggil  27 pemain yang majoritinya terdiri daripada pemain yang beraksi di Liga Super serta dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Dion Cools (Buriram United, Thailand) dan Nooa Laine (SJK Seinajoki, Finland).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214867/", "headline": "\nPiala AFC 2022: Kedah Jumpa Juara Liga Indonesia & Juara Copa Paulino Alcantara\n", "content": ["Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC atau dikenali sebagai Kedah bakal berhadapan dengan juara Liga 1 Indonesia 2019 serta juara Copa Paulino Alcantara 2021 dari Filipina dalam saingan Piala AFC 2022.", "Hasil undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini, Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahaka akan menentang pasukan Bali United (Indonesia) dan Kaya FC – Iloiloi (Filipina) di peringkat Kumpulan G.", "PIALA AFC 2022 | KUMPULAN G – ZON ASEANKaya FCBali United FCKedah Darul Aman FCPlay-Off Winner#kdafc #AFCCUP2022 pic.twitter.com/Pm4tRbiBO0", "Sementara itu, melengkapkan saingan kumpulan ini adalah pemenang play-off samada pasukan Visakha FC (Kemboja) atau Young Elephants (Laos). Perlawanan play-off ini akan berlangsung sekitar pertengahan April kelak.", "Pada masa yang sama, AFC turut memaklumkan, saingan peringkat kumpulan Piala AFC pada musim ini akan dilangsungkan secara berpusat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat agar terhindar daripada wabak Covid-19.", "Saingan peringkat kumpulan ini dijadualkan bermula pada Mei kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111501/", "headline": "\nOlimpik 2020: Tiada Kejutan Daripada Atlet Guatemala, Anthony Ginting Raih Gangsa Buat Indonesia\n", "content": ["Tiada kejutan dilakukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki Guatemala, Kevin Cordon dalam perlawanan perebutan pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Cordon yang berada di ranking ke-59 dunia terpaksa akur dengan kehebatan pemain muda Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting yang menumpaskannya dengan mudah secara dua ‘straight set’.", "Congratulations to @sinisukaanthony on winning Indonesia’s 🇮🇩 first men’s singles medal 🥉 since Taufik Hidayat's gold at Athens 2004. 🙌🙌#RaiseARacket 🏸 #Tokyo2020 #Olympics pic.twitter.com/nl7DlLWE8m", "Ginting yang menduduki ranking ke-5 dunia memenangi set pertama 21-11 sebelum menamatkan set kedua dengan mata 21-13.", "Untuk makluman semua, Cordon yang mewakili Guatemala – sebuah negara bukan ‘powerhouse’ dalam sukan badminton – mencipta kejutan menumpaskan pemain no.29 dunia, Mark Caljouw (Belanda) di pusingan 16 dan no.28 dunia, Heo Kwang-hee (Korea) di peringkat suku akhir.", "📖 More history made at #Tokyo2020Kevin Cordón from Guatemala 🇬🇹 becomes the first Latin American to make an #Olympics #badminton quarter-final 👏#UnitedByEmotion | #StrongerTogether pic.twitter.com/CBu3igAmck", "Bagaimanapun, kisah dongengnya di dalam acara badminton perseorangan lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat di peringkat separuh akhir apabila tumpas kepada pemain no.2 dunia, Viktor Axelsen dari Denmark. ", "Sementara itu, kejayaan Ginting memungut pingat gangsa pada hari ini menjadikan Kontinjen Indonesia telah mengutip lima pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 setakat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206607/", "headline": "\nMotoGP: Potong di selekoh akhir, Oliveira raih kejuaraan pertama di Styria GP\n", "content": ["Pelumba Red Bull KTM Tech3, Miguel Oliveira dinobatkan juara saingan MotoGP buat pertama kali selepas memenangi perlumbaan epik Styria GP, semalam.", "Kemenangan itu dirangkul Miguel apabila dia berjaya memintas dua pelumba iaitu Jack Miller dan Pol Espargaro pada selekoh terakhir di Litar Red Bull Ring, Spielberg.", "Ini merupakan kemenangan pertamanya yang mula beraksi dalam saingan kelas premier MotoGP sejak musim lalu dan juga kemenangan pertama buat jentera KTM di litar ini.", "🇵🇹 Miguel Oliveira becomes the FIRST ever Portuguese rider to win a race in the premier class. 👏#MotoGP #MotoMad #AustrianGP https://t.co/vweruVw7yn", "The 112th premier class winner! 🙌 @_moliveira88 and @Tech3Racing etch their names into #MotoGP history! #AustrianGP 🏁 pic.twitter.com/hcH29rx2Xh", "Sementara itu, dalam perlumbaan tersebut pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana jenteranya menghadapi masalah brek.", "Pada pusingan ke-16 pelumba Sepanyol itu terpaksa membuat keputusan melompat daripada motosikalnya untuk menyelamatkan diri apabila brek tidak berfungsi sama sekali.", "MAVERICK VINALES IS OUT! 😱The Spaniard falls off the track after the bike appears to have a brake problem and the bike is on fire!The red flag is out…#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/oKY9bX0ege", "Ketika itu dia sedang menunggang pada kelajuan sekitar 200km/j. Bagaimanapun, Vinales tidak menghadapi sebarang kecederaan dan dia bingkas bangun manakala jentera M1 miliknya terbakar setelah merempuh bahagian tepi litar.", "Ekoran daripada kejadian tersebut, bendera merah dinaikkan dan perlumbaan dihentikan seketika. Perlumbaan bersambung semula dengan baki 12 pusingan.", "Foto: Red Bull KTM Tech3"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322309/", "headline": "\nKBS Bakal Lancar Kelas Renang Percuma Untuk Kanak-Kanak Keluarga B40\n", "content": ["Sebuah program kelas renang percuma buat kanak-kanak daripada keluarga B40 bakal dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat – jangkaan pada bulan ini.", "Program bersifat pendidikan sukan ini bakal dilaksanakan sepanjang tahun di fasiliti kolam renang milik kerajaan di negeri terpilih khususnya di kawasan yang mencatatkan kadar kematian tinggi akibat lemas.", "Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Parlimen, semalam.", "Hannah yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut memberikan butiran tambahan bahawa program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ini akan memberikan manfaat kepada 1,600 kanak-kanak yang berumur dari 3 hingga 12 tahun.", "Semasa penggulungan itu, beliau turut menyelitkan data yang dikongsikan kepadanya bahawa kira-kira sebanyak 500 kes lemas melibatkan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun.", "Beliau mengharapkan dengan program ini dapat mengurangkan serta mengelakkan kes lemas dalam kalangan kanak-kanak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110276/", "headline": "\nKante Makan Nasi Lemak Lauk Ayam Masak Merah Sebelum Lawan Man City\n", "content": ["Menu nasi lemak bukan menjadi satu kesalahan untuk dimakan oleh pemain bola sepak profesional. Bahkan menu yang menjadi kegemaran majoriti penduduk Malaysia itu turut dimakan oleh pemain bola sepak terkenal, Ngolo Kante.", "Menerusi satu laman sosial milik restoran masakan ala Malaysia yang berpangkalan di London, Tukdin Flavours of Malaysia berkongsikan pemain tengah Chelsea terbabit telah datang untuk menjamu selera di situ.", "“Kante menikmati nasi lemak kosong dan ayam masak merah sebelum terbang ke perlawanan akhir Champions League. Selamat maju jaya Kante.” tulis akaun media sosial restoran tersebut.", "Difahamkan Kante menikmati juadah nasi lemak tersebut sebelum menyertai pasukannya terbang ke Portugal (hari ini) bagi mengharungi aksi terakhir saingan Liga Juara-Juara UEFA bertemu Manchester City.", "Perlawanan akhir tersebut akan berlangsung di Estadio do Dragao, Porto dengan sepak mula dijadualkan pada jam 3 pagi pada hari ahad waktu Malaysia.", "Untuk rekod, Chelsea menempah tiket ke perlawanan akhir setelah berjaya menumpaskan wakil Sepanyol, Real Madrid dengan keputusan 3-1 secara agregat.", "Untuk pengetahuan semua, Kante yang berusia 30 tahun merupakan anak kepada pasangan yang berasal dari benua afrika, Mali. Bagaimanapun, ibu bapa telah berhijrah dan Kante dilahirkan di Paris. ", "Oleh sebab itu, Kante boleh mewakili skuad Les Bleus sehingga bergelar juara Piala Dunia 2018."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216830/", "headline": "\nKorea Masters: Kian Meng-Wee Kiong Kejutkan Beregu Indonesia Pilihan Ketiga Kejohanan\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong mencipta kejutan menewaskan pasangan Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga saingan Korea Masters 2022. ", "Beregu yang menghuni ranking ke-77 dunia itu mencipta kejutan dengan menumpaskan Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berada di ranking ke-21 dunia di Pusingan 32, sebentar tadi.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMD – Round of 32 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 16 22 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅11 21 20 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN", "🕗 in 49 minutes https://t.co/HLo7NtVZJG", "— BWFScore (@BWFScore) April 13, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Kian Meng-Wee Kiong terpaksa mengharungi tiga set permainan sebelum merekodkan kemenangan. Di akhir pertarungan tersebut, Kian Meng-Wee Kiong mara ke peringkat seterusnya selepas mencetak skor 21-11, 16-21 dan 22-20 dalam tempoh masa 49 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Kian Meng-Wee Kiong yang berjaya mara ke Pusingan 16 bakal menghadapi cabaran daripada samada salah seorang beregu tuan rumah iaitu Choi Solgyu-Kim Wonho (ranking 146) atau Jin Yong-Na Sung-seung (ranking 284)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208135/", "headline": "\nChristian Eriksen Berpeluang Kembali ke Tottenham Hotspur\n", "content": ["Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen berpeluang untuk bergabung kembali dengan bekas kelabnya, Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan januari kelak.", "Menurut laporan Football Insider, Inter Milan menerusi orang tengahnya telah menawarkan khidmat Eriksen kepada Spurs dan juga kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.", "Hal ini kerana Inter mahu mendapatkan wang menerusi penjualan pemain dan mengurangkan bebanan kewangan melibatkan pemain yang bergaji tinggi.", "Justeru, Eriksen yang bergaji sekitar £200,000 antara yang memasuki senarai pemain untuk dilepaskan oleh skuad Nerazzurri.", "Menyertai Inter Milan sejak awal 2020, namun persembahannya pada musim ini tidak mencapai kehendak pengurus pasukan, Antonio Conte dan pengurusan tertinggi Inter.", "Dalam tujuh penampilannya musim ini, pemain tengah berusia 28 ini gagal merekodkan sebarang gol dan bantuan gol.", "Ia jauh sama sekali berbanding prestasinya semasa bersama Spurs di mana dia memegang reputasi sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di eropah."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219260/", "headline": "\nLuis Garcia: La Liga Kekal ‘Gah’ Walau Tanpa Kelibat Lionel Messi\n", "content": ["Saingan liga divisyen tertinggi bola sepak Sepanyol, La Liga tidak risau kehilangan kelibat pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali, Lionel Messi sekiranya dia berhijrah meninggalkan FC Barcelona kelak.", "Ketika ini, pemain yang terkenal dengan julukan La Pulga itu mempunyai baki kontrak bersama kelab gergasi Sepanyol tersebut sehingga pertengahan tahun ini. Namun setakat ini, tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan beliau akan menurunkan tandatangannya ke atas lanjutan kontrak bersama Barcelona dalam masa terdekat.", "Melihatkan perkembangan sedemikian, ramai peminat beranggapan sekiranya Messi berhijrah ke pasukan yang bersaing dalam kancah bola sepak negara seperti England, Perancis atau Itali, populariti saingan La Liga pastinya akan menurun mendadak.", "Bagaimanapun, Duta La Liga, Luis Garcia tidak beranggapan sebegitu dan bekas pemain Liverpool dan Atletico Madrid ini berpendapat La Liga akan terus menjadi salah satu saingan bola sepak terbaik di dunia serta menarik pemain-pemain terbaik dunia yang lain.", "“La Liga sudah menjangkau usia 90 tahun, sebelum ini tiada langsung kelibat Lionel Messi, akan tiba masanya Lionel Messi akan pergi dan La Liga akan terus berjalan, ", "“Kami akan terus berkembang kerana ianya bukan semata-mata kerana Lionel Messi yang merupakan salah seorang pemain penting, dan bagi saya merupakan pemain terbaik di dunia.” katanya ketika sesi media bersama La Liga, semalam.", "Beliau sendiri tidak mengetahui apa perancangan Messi samada berhijrah seperti yang diramalkan oleh orang ramai atau berubah fikiran untuk kekal. Namun pada saat ini, beliau dan rakan-rakan di La Liga mengambil peluang menikmati setiap detik yang ada untuk melihat kelibat pemain tersebut di Sepanyol.", "Luis turut meramalkan, segala-galanya akan diketahui pada jendela perpindahan musim panas kelak. Selain itu, walaupun penyerang kelahiran Argentina itu kekal di Sepanyol, dengan mengambil kira faktor umurnya, akan tiba masanya, Messi akan menggantung butnya jua. ", "“(Pada masa yang sama) La Liga akan terus berjalan dan terus berkembang, kami akan terus memperbaiki dan mempertingkat liga (dari semasa ke semasa) dan akan terus mencuba untuk membawa pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia. ", "“Dan saya boleh jamin bahawa pemain-pemain terbaik dunia akan ke La Liga dan ini menunjukkan kami merupakan liga yang kompetitif di dunia.” katanya lagi.", "Untuk makluman, sekitar 10 tahun kebelakangan ini, populariti La Liga meningkat berganda-ganda apabila wujudnya perseteruan di antara dua pemain terbaik dunia iaitu Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing mewakili dua pasukan yang menjadi rival di Sepanyol iaitu Barcelona dan Real Madrid."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221021/", "headline": "\nPiala Dunia: Naib Juara Edisi Lalu Singkir Brazil Di Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan pasukan yang menghuni ranking No.1 dunia, Brazil dalam kempen Piala Dunia 2022 Qatar nampaknya terhenti setakat peringkat suku akhir.", "Ini gara-gara naib juara Piala Dunia edisi lalu, Croatia berhasil menumpaskan mereka menerusi penentuan sepakan penalti sekaligus menempah kemaraan ke peringkat separuh akhir.", "Anak-anak buah Zlatko Dalic memenangi penentuan sepakan penalti itu dengan keputusan 4-2.", "Pengambil sepakan penalti pertama dan keempat iaitu Rodrygo dan Marquinhos menjadi punca kepada kekalahan Brazil apabila gagal menyempurnakan sepakan masing-masing.", "Croatia advance to the Semi-final! 👏@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 9, 2022", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan terpaksa akur menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1 selepas beraksi selama 120 minit permainan.", "Jaringan mendapat jaringan menerusi Neymar pada minit 105+1’ sebelum Croatia kembali menyamakan kedudukan melalui Bruno Petkovic pada minit 116’.", "Sepanjang permainan itu, penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic muncul antara pemain yang mencuri tumpuan ramai dengan menafikan beberapa percubaan berbahaya Brazil.", "Sementara itu, Croatia yang mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir ini akan menantikan cabaran samada daripada Belanda atau Argentina.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111868/", "headline": "\nKhalid Ali Saran Panggil Safee & Safiq Untuk Wakili Harimau Malaya\n", "content": ["Bekas pemain bola sepak negara, Khalid Ali tidak begitu bersetuju dengan perancangan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu memanggil muka muda dan baharu untuk mewakili skuad kebangsaan.", "Sebaliknya, menurut laporan New Straits Times, beliau mencadangkan barisan kejurulatihan FAM untuk memanggil kembali dua pemain senior iaitu Safee Sali, 37 tahun dan Safiq Rahim, 34 tahun untuk mewakili Malaysia bagi mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 nanti.", "Khalid berpandangan kedua-dua penyerang dan perancang tersebut masih berada dalam keadaan cergas dan mampu menambah ‘taring’ skuad Harimau Malaya pada aksi kelayakan yang akan berlangsung pada Februari, tahun hadapan.", "“Mungkin ada beberapa pemain muda yang bagus tetapi kita perlu memahami di peringkat antarabangsa, ianya bukan berkenaan tua atau muda, tetapi sejauh mana mereka mampu melaksanakan tanggungjawab,”", "“Ada beberapa pemain muda belum mencapai tahap antarabangsa (dalam permainan mereka). Ada beberapa pemain mungkin lebih berusia, tetapi jika mereka masih boleh bermain di peringkat antarabangsa, mengapa tidak memilih mereka?”", "“Kita tidak boleh menjalankan program untuk melatih pemain-pemain muda yang baharu kepada pasukan. Kita perlu memilih pemain yang mampu mewakili Malaysia kerana kita tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih. Latihan sepatutnya dijalankan di peringkat kelab.”", "“Safee dan Safiq masih boleh menyumbang (tenaga), jadi mengapa tidak gunakan mereka? Mereka bersedia secara fizikal dan cergas untuk (beraksi) di tahap antarabangsa.” katanya seperti dipetik daripada laman sesawang akhbar berbahasa inggeris itu.", "Terdahulu, selepas gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dalam satu kenyataan kepada media memaklumkan akan memanggil muka muda dan baharu pada kem latihan pusat akan datang.", "Pemain-pemain tersebut akan diuji pada perlawanan persahabatan pada rehat antarabangsa yang berikutnya bagi melihat potensi mereka.", "Skuad Harimau Malaya juga akan beraksi dalam kejohanan Piala AFF 2020 yang dijadualkan pada 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 sebelum mengharungi saingan kelayakan Piala Asia tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221237/", "headline": "\nDari Penyerang Kepada Bek Kanan – Tarik Perhatian Sabah FC Ikat Jafri Chew\n", "content": ["Perubahan posisi dari penyerang kepada pertahanan kanan ketika beraksi bersama Penang FC ternyata membawa tuah yang tersendiri kepada Muhammad Jafri Firdaus Chew.", "Pemain berusia 25 tahun ini cukup dikenali dengan peranan selaku penyerang terutamanya ketika beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 19 serta membantu skuad bawah 23 tahun ke final Sukan SEA 2017.", "Namun begitu, persembahannya selaku bek kanan pada musim lalu telah menarik perhatian Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mendapatkan khidmatnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia & Piala AFC musim hadapan.", "Malahan, Jafri sendiri semakin selesa dan gemar bermain di posisi terbabit. Pada masa yang sama, Sabah juga mahu menggunakan khidmatnya dengan lebih banyak di posisi itu.", "“Terus terang, saya tidak jangka cubaan pertama bermain selaku pertahanan kanan semasa bertemu JDT pada separuh akhir Piala FA mengubah karier saya.", "“Ini satu cabaran baharu pergi ke Sabah dengan akan bermain posisi lain dan peluang untuk bermain di pentas Piala AFC, menjadikan saya teruja datang ke sini.", "“Jurulatih telah berbincang tentang peranan saya di Sabah, yang mana beliau mahu banyak menggunakan saya di posisi pertahanan kanan.", "“Namun dalam masa sama, meminta saya untuk sentiasa bersedia jika diperlukan di posisi lama iaitu selaku penyerang atau sayap jika keadaan memerlukan,” katanya yang turut tidak berfikir dua kali apabila menerima tawaran daripada skuad The Rhinos ini.", "Di peringkat kelab, selepas memulakan karier yang baik bersama Pulau Pinang (2016-17) dan PKNS FC (2018-19), nasib tidak menyebelahi Jafri apabila khidmatnya tidak dimahukan oleh mana-mana kelab menjadikannya tidak beraksi selama satu musim pada tahun 2020.", "Bagaimanapun, Jafri dapat kembali semula bersama Penang FC selama dua musim dari tahun 2021 hingga 2022. Sebagai rekod, Jafri merekodkan 17 penampilan sepanjang musim ini dengan 12 daripadanya bermula selaku kesebelasan utama.", "Pada masa yang sama, kelibat Kim Swee turut menjadi faktor penyumbang kepada penghijrahannya. Jafri mengharapkan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan itu dapat menaikkan kembali kariernya sepertimana ketika di skuad Harimau Muda pada suatu masa dahulu.", "Tambahanya, persembahan dua bekas tonggak Harimau Muda, Irfan Fazail dan Gary Steven Robbat bersama Sabah musim ini menjadi bukti sentuhan Kim Swee dalam memulihkan semula karier pemain.", "“Semua orang tahu pengalaman beliau serta cara didikannya kepada pemain-pemain, jadi peluang bekerjasama dengan Kim Swee adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.", "“Saya harap bersama beliau, tahap keyakinan serta karier saya sebagai pemain bola sepak profesional akan kembali meningkat sama seperti dahulu,” ujarnya lagi.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112042/", "headline": "\nParalimpik 2020: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia\n", "content": ["Persembahan cemerlang pemain para badminton negara, Cheah Liek Hou membolehkan dia muncul atlet kedua yang menyumbangkan pingat emas Kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Liek Hou, 33 tahun, yang dilatih oleh bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek berhasil meraih pingat emas dalam acara badminton kategori SU5 setelah menumpaskan wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, hari ini.", "RASMI: PINGAT EMAS KEDUA BUAT MALAYSIA DARIPADA LIEK HOU!Badminton – Final – Perseorangan Lelaki – SU5🇲🇾 Cheah Liek Hou21-17, 21-14🇮🇩 Dheva AnrimusthiSyabas buat Liek Hou!#Badminton#Paralympics#SokongMalaysia pic.twitter.com/oqzA2SBCNo", "Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou hanya memerlukan dua set sahaja, 21-17 dan 21-15 untuk menumpaskan Dheva yang merupakan pemain menduduki ranking No.1 dunia.", "Untuk rekod, Liek Hou mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan wakil Chinese Taipei, Fan Jen Yu dalam satu perlawanan yang dramatik dengan skor 15-21, 21-10 dan 21-16.", "Baca: ‘Unbeaten’ Liek Hou Tempah Tiket Separuh Akhir Badminton SU5", "Sebelum itu, Liek Hou ke saingan separuh akhir dengan cukup bergaya apabila menumpaskan ketiga-tiga pencabarnya di peringkat kumpulan sekaligus tampil selaku juara Kumpulan B.", "Baca: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya", "Sebagai tambahan, pingat emas pertama Malaysia dihadiahkan oleh atlet para powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin manakalan dua pingat perak pula disumbangkan oleh Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219689/", "headline": "\n4 Pemain Yang Ditimpa Kecederaan ACL Lebih Daripada Sekali\n", "content": ["Kecederaan di lutut, anterior cruciate ligament (ACL) sememangnya sangat mengerikan bukan sahaja buat pemain bola sepak malahan kesemua atlet sukan. Hal ini kerana kecederaan ini amat perit kesakitannya untuk ditanggung serta memerlukan masa yang panjang sebelum kembali pulih.", "Untuk makluman, lutut kita terdiri daripada empat ligamen (tisu yang menghubungkan dua tulang) utama. ACL merupakan salah satu daripada empat ligamen tersebut. Tiga lagi ligamen yang lain ialah posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL) dan lateral collateral ligament (LCL).", "Kecederaan ACL ini kebiasaannya menimpa seseorang yang sedang melakukan aktiviti sukan dan disebabkan itu kita sentiasa mendengar ianya sering menimpa para pemain dan atlet sukan.", "Ianya berpunca daripada beberapa situasi seperti mengubah arah pergerakan dengan pantas, berhenti dengan mengejut, mengurangkan kelajuan semasa berlari, mendarat (landing) yang tidak betul selepas melompat dan akhir sekali apabila dilanggar (collision).", "Kecederaan ini juga tidak asing menimpa atlet tempatan terutamanya dalam kalangan pemain-pemain bola sepak tempatan. Selalunya apabila disahkan mendapat kecederaan ini, seseorang pemain itu terpaksa menelan hakikat yang pahit terlepas peluang untuk bermain sekurang-kurangnya dalam tempoh hampir setahun.", "Lebih malang, terdapat empat pemain yang ditimpa kecederaan ACL ini lebih daripada sekali. Berikut adalah empat orang pemain tersebut:", "Pemain Malaysia kelahiran Australia, Brendan Gan sudah diketahui ramai mempunyai sejarah kecederaan melibatkan ACL sebanyak dua kali. Kecederaan yang mengerikan ini menimpa kali pertama di lutut kanan ketika beraksi dalam saingan pertama Liga Super 2015 bersama Kelantan. Kecederaan itu menyebabkan Brendan terpaksa melupakan aksi bola sepak selama setahun. ", "Malangnya, kecederaan yang sama kembali berulang ke atas Brendan pada penghujung musim 2016. Berbezanya kali ini, kecederaan itu menimpa Brendan semasa beraksi bersama skuad kebangsaan di bawah kendalian Ong Kim Swee sekaligus menyebabkan dia terpaksa melupakan aksi bola sepak sepanjang tahun 2017.", "Pernah mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air suatu masa dahulu, Wan Zack Haikal juga antara mangsa kecederaan ACL sehingga menyebabkannya gagal menyerlahkan potensi terbaiknya. Kali pertama kecederaan ACL menimpa Wan Zack ketika dia bermain bersama di Jepun bersama FC Ryukyu pada tahun 2013. Ini menyebabkannya terpaksa melupakan saingan bola sepak negara matahari terbit tersebut dan kembali ke tanah air. ", "Selepas pulih daripada kecederaan tersebut, Wan Zack kembali menemui sentuhannya dalam permainan terutamanya ketika bersama Felda United. Kecemerlangan itu juga membuatkan Selangor memancingnya. Namun disangkakan panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari, belum sempat membuat penampilan pertama bersama skuad Red Giants, pemain sayap ini terpaksa akur ditimpa kecederaan yang sama buat kali kedua ketika bermain pada aksi pramusim 2019.", "Pemain kelahiran Kulim ini sedang berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya namun tanpa disangka-sangka Halim Saari terpaksa melupakan aksi pada musim ini setelah disahkan ditimpa kecederaan ACL. Ianya berlaku ketika aksi menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Untuk rekod, kali pertama pemain tengah berketinggian 1.78 meter ini ditimpa kecederaan ACL adalah ketika menyarung jersi Kedah semasa bermain pada saingan separuh akhir Piala FA 2017.", "Bukan sekali, bukan dua kali tetapi tiga kali. Itulah jumlah kecederaan ACL yang menimpa pemain tengah berbakat Terengganu FC, Azalinullah Alias. Musim ini sepatutnya menjadi musim buat pemain yang dikenali sebagai Azali untuk menampilkan potensi terbaiknya selepas ditimpa kecederaan ACL pada tahun 2019 dan mengharungi musim yang pendek pada tahun 2020 ekoran pandemik covid-19. ", "Namun kecederaan serius di lutut menimpa Azali ketika menentang Melaka United pada dalam saingan Liga Super. Selepas melakukan imbasan, pemain berusia 25 tahun ini disahkan ditimpa kecederaan ACL. Untuk makluman, kali pertama Azali ditimpa kecederaan ACL ketika beraksi bersama Harimau Muda C pada tahun 2015."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323956/", "headline": "\nJersi Liverpool 2023-24 Inspirasi Skuad Bill Shankly Mula Dijual Di Malaysia – Harga RM515\n", "content": ["Peminat dan penyokong kelab yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool FC di Malaysia kini boleh mendapatkan jersi home terbaru kelab kesayangan mereka bermula saat ini.", "Jersi baharu skuad berjulukan The Reds keluaran Nike yang dilancarkan secara rasmi sekitar dua minggu lalu di United Kingdom (UK) itu sudah boleh didapati di cawangan-cawangan Al-Ikhsan Sports terpilih, Kedai Rasmi LFC di Sunway Pyramid serta secara atas talian melalui platform e-dagang rasmi www.al-ikhsan.com.", "Ianya hadir dalam dua variasi iaitu jersi stadium dan jersi perlawanan ditawarkan untuk pembelian oleh para peminat dan penyokong tempatan dengan diletakkan tanda harga RM299 dan RM515 masing-masing.", "Selain itu, kedua-dua variasi jersi itu tersedia dalam saiz dan potongan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak (junior).", "Untuk makluman semua, jersi home Liverpool bagi musim 2023-24 ini hadir dengan reka bentuk klasik dalam warna rasminya iaitu merah serta kolar dan lilitan lengan kontra berwarna putih.", "Difahamkan ianya diilhamkan daripada jersi skuad Liverpool bimbingan Bill Shankly yang menjuarai Piala FA musim 1973-74. Skuad Liverpool pada ketika itu mempunyai barisan pemain seperti Ian Callaghan, Kevin Keegan dan Ray Clemence. ", "Untuk makluman semua, musim itu juga menjadi musim ke-14 dan terakhir Shankly berperanan sebagai pengurus The Reds seterusnya bersara daripada kancah kejurulatihan bola sepak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218551/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Soong Joo Ven Jadi Wakil Tunggal Perseorangan Lelaki Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven menjadi wakil tunggal yang beraksi dalam peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2022.", "Pemain yang menghuni ranking ke-59 dunia ini mengesahkan kemaraan ke peringkat tersebut selepas menundukkan wakil Jepun, Koki Watanabe di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, lawannya yang berada di ranking ke-47 dunia tumpas secara “straight set” di tangan Joo Ven dengan skor 6-21 dan 23-25 dalam tempoh masa 42 minit permainan.", "YONEX Taipei Open 2022MS – Round of 1621 25 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅 6 23 🇯🇵Koki WATANABE", "🕗 in 42 minutes https://t.co/alcB7UZYuV", "— BWFScore (@BWFScore) July 21, 2022", "Dengan kemenangan ini, Joo Ven akan bertemu pemain India, Parupalli Kashyap merangkap pilihan ketiga kejohanan yang menghuni ranking ke-40 dunia di peringkat suku akhir Jelajah Dunia Super 300 BWF ini, pada hari esok.", "Sementara itu, seorang lagi wakil negara dalam katagori ini, Leong Jun Hao terpaksa akur kandas di Pusingan 16 setelah tumpas kepada pilihan kedua kejohanan, Wang Tzu Wei.", "Jun Hao tumpas kepada pemain yang berada di ranking ke-16 dunia ini secara “straight set” dengan pungutan mata 10-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 35 minit.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216368/", "headline": "\nJersi Ketiga Kedah 2022 Serba Hitam Dilancarkan – Harga Bermula RM99 Sehelai\n", "content": ["Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) melancarkan jersi ketiganya dalam satu majlis yang diadakan di Football Republic Alor Setar, pada hari ini.", "Jersi keluaran jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto itu hadir dengan rekaan warna serba hitam sambil diserikan dengan sedikit kemasan berwarna hijau dan merah di bahagian kolar dan hujung lengan baju.", "Dibahagian hadapan, logo penaja utama Sang Kenari iaitu DXN Industries menghiasi jersi tersebut sambil logo Lotto dan Kedah diletakkan di bahagian kanan dan kiri dada masing-masing.", "Manakala di bahagian lengan kanan dan kiri jersi tersebut dilekatkan dengan logo penaja Energy Eco Berhad dan Data Sukan masing-masing.", "Sementara itu, terdapat empat logo penaja menghiasi ruangan belakang jersi iaitu BerryPay, Halo Telco, Al-Ikhsan Sports dan Cosmic Travel and Tour.", "Sumber kelab memaklumkan, jersi ini hadir dalam dua versi iaitu authentic dan replika dimana ianya akan dijual dengan harga RM139 dan RM99 masing-masing.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215110/", "headline": "\nBilly Jadi Pemain Import Ketiga Kelahiran Perancis ‘Diikat’ Sri Pahang\n", "content": ["Nampaknya pemain-pemain kelahiran Perancis menjadi ‘penyedap rasa’ kepada ‘resipi’ Sri Pahang FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Perkara ini dikuatkan dengan kehadiran pemain kelahiran Perancis ketiga, Billy Ketkeophomphone – pemain Laos kelahiran Perancis – menyertai skuad Tok Gajah, pada hari ini.", "Penyerang berusia 31 tahun yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Laos ini menjadi pemain import keempat diperkenalkan Sri Pahang ketika jendela perpindahan kali ini.", "Another french-connection, selamat datang ke Sri Pahang FC, Billy Ketkeophomphone! Pemain skuad kebangsaan Laos berasal dari Perancis ini menjadi taruhan terbaru barisan depan skuad tok gajah. pic.twitter.com/4e5vZPPpYM", "Untuk makluman semua, Billy memulakan kariernya bola sepaknya di Perancis. Antara pasukan yang pernah disertainya ialah RC Strasbourg, FC Sion, Tours FC, Angers SCO, AJ Auxerre dan USL Dunkurque. Selain itu, dia pernah berkelana di Switzerland dengan menyertai FC Sion.", "Dijangka, ketua jurulatih yang juga kelahiran Perancis, Christophe Gamel akan meletakkan Billy bergandingan bersama penyerang Jordan, Mahmoud Zatara untuk mengisi jentera serangan Sri Pahang musim ini.", "Sebagai rekod, sebelum ini, Sri Pahang telah mengumumkan kehadiran dua pemain kelahiran Perancis iaitu penjaga gol, Mamadou Samassa dan pertahanan, Johan Martial."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324414/", "headline": "\nHamidin Berdialog Dengan Penyokong Dalam Sesi ‘Town Hall’ Di Terengganu Pada 15 Jun\n", "content": ["Para peminat dan penyokong bola sepak tanah air berpeluang untuk bertemu, berdialog serta bertanyakan soalan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dalam sesi ‘town hall’ yang dianjurkan dalam Festival Harimau Malaya Terengganu 2023.", "Menurut penganjur, sesi ini akan dikendalikan oleh hos podsiar Ultras Kuaci iaitu Karami Kamel selaku moderator. Ianya dijadualkan berlangsung bermula 8.30 malam pada 15 Jun (Khamis) bertempat di Raia Hotel Terengganu. ", "Sesi ini akan diadakan secara percuma namun individu-individu yang berminat untuk menyertainya perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu. Difahamkan, sesi pendaftaran akan dibuka oleh penganjur bermula esok (7 Jun) atau lusa (8 Jun).", "Bagi yang tidak dapat menyertainya secara fizikal atas faktor keterbatasan waktu dan jarak, penganjur turut mengesahkan sesi ‘town hall’ bersama Hamidin yang merupakan Ahli Majlis FIFA ini akan disiarkan secara langsung oleh Balrz.tv menerusi platform media sosialnya.", "Untuk makluman semua, selain daripada sesi town hall melibatkan Presiden FAM bersama penyokong, Festival Harimau Malaya Terengganu 2023 ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara lain seperti pameran jualan, persembahan pentas, kejohanan bola sepak, cabaran penalti, night games, night fun ride, cabaran e-sport, aktiviti kanak-kanak, food truck, cabutan bertuah dan banyak lagi.", "Festival ini diadakan bersempena dengan perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon menentang Kepulauan Solomon (14 Jun) dan Papua New Guinea (20 Jun) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak, Terengganu.", "Masa paling sesuai untuk perkenal jenama & tambah pendapatan! 💪🔥", "Rebutlah peluang untuk membuat tempahan sewaan booth #FestivalHarimauMalaya2023 sempena Perlawanan Antarabangsa Football Association of Malaysia! 🇲🇾👇https://t.co/2l4W7opJ6e#DemiMalaysia #FitTerengganu pic.twitter.com/rBfVDsF1Q5", "— Fit Terengganu (@FitTerengganu) June 3, 2023", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110161/", "headline": "\nHidalgo & Import Baharu Mampu Kekang Sri Pahang Terjerumus Ke Liga Premier – Baqiuddin\n", "content": ["Kehadiran empat pemain import baharu diyakini mampu membantu Sri Pahang menjauhi zon penyingkiran sekaligus menyelamatkan mereka daripada tergelincir ke saingan Liga Premier pada tahun hadapan.", "Keyakinan itu diluahkan oleh pemain sayap Sri Pahang, Muhd Baqiuddin Shamsudin selepas melihat aksi yang ditampilkan oleh Kenny Athiu, Abubakar Yakubu dan Aung Kaung Mann.", "Paling dikagumi oleh pemain berusia 27 tahun ini adalah pemain tengah menyerang kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo yang tidak mengambil masa untuk memberikan impak kepada pasukan.", "“Saya optimis Sri Pahang akan lakar kebangkitan bagi menjauhi zon penyingkiran melalui kualiti import baharu seperti Manuel Hidalgo yang saya rasakan antara pemain terbaik pernah saya jumpa,“ katanya.", "Baqiuddin yang berasal dari Kuala Lipis menjadi taruhan utama Sri Pahang di sayap kiri musim ini sama sekali tidak menyangka masih ada ruang buatnya bermain di peringkat tertinggi Liga Malaysia iaitu Liga Super selepas menghabiskan kariernya di Liga Premier selama lima musim.", "“Siapa yang tidak hendak main untuk negeri sendiri, telah lama saya menunggu peluang ini selepas bermain dalam skuad Piala Presiden Pahang sejak tahun 2015, barulah impian saya menjadi kenyataan, “ demikian luahannya.", "Pemain bertubuh ‘kecil molek’ yang hanya berketinggian 165 sentimer ini tidak menunggu lama untuk memikat ketua jurulatih, Thomas Dooley (awal musim) mahupun Dollah Salleh. ", "Setakat 13 perlawanan yang telah berlalu, Baqiuddin menjadi watak penting dengan melakukan 12 penampilan dalam kesebelasan utama dan hanya dimasukkan sekali sahaja selaku pemain gantian. Dia turut merekodkan satu gol ketika menentang UiTM pada ke-11 Liga Super, baru-baru ini.", "“Sebaik berakhir musim lalu dengan UKM FC, saya sendiri tidak menjangka mendapat tawaran dari Sri Pahang dan pihak pengurusan pada waktu itu di bawah Datuk Mohammed Suffian Awang (Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang) ada hubungi saya.", "“Sangat terkejut pada mulanya namun bersyukur kerana akhirnya dapat juga bermain di Liga Super malah menambah lagi kegembiraan, menyarung jersi negeri kelahiran.", "“Saya tidak mahu membazirkan peluang yang diberikan dan buat masa ini, saya cukup teruja kerana sering kali mendapat peluang untuk diturunkan dan gol pertama saya ketika bertemu UiTM menjadi pembakar motivasi untuk gigih tingkatkan prestasi, ” katanya lagi.", "Satu lagi perkara menarik mengenai Baqiuddin ialah dia sebenarnya merupakan sepupu kepada pemain tengah kebangsaan dan Sri Pahang, Nor Azam Azih.", "Malah, hubungan mereka berdua sebenarnya amat rapat dari kanak-kanak apabila sering kali bermain bola bersama dan dia tidak menjangka akhirnya mereka kembali dipertemukan di dalam Sri Pahang.", "“Azam sebenarnya sepupu saya, iaitu di sebelah ayah dan dia pun sebenarnya berasal dari Kuala Lipis sebelum keluarganya berpindah ke Jengka.", "“Kami punyai agak akrab dari kecil dan memang mengenali satu sama lain, jadi apabila dia dapat tahu saya bersama Sri Pahang musim ini, dia menjadi antara orang paling gembira.” ujarnya.", "Untuk rekod, dua musim lalu, Baqiuddin bermain dengan UKM FC selain pernah menyarung jersi PDRM pada 2018 selain Kuantan FA (2017) dan Shahzan Muda (2016)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220982/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Yew Sin-Ee Yi Hidupkan Peluang Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi memulakan kempen dengan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah kiri apabila tumpas kepada gandingan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayshi pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, semalam.", "Bagaimanapun, Yew Sin-Ee Yi yang merupakan gandingan bebas (independent) berhasil menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila melakar kemenangan dalam perlawanan kedua, pada hari ini.", "Kemenangan itu dicipta dalam pertemuan menentang beregu Korea yang menghuni ranking ke-15 dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho. Lebih manis, kemenangan itu dilakar secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 23-21 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 2 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 23 🇲🇾Ee Yi TEO🏅17 21 🇰🇷Sol Gyu CHOI 🇰🇷Won Ho KIM", "🕗 in 40 minutes https://t.co/7YuEd986Zf", "— BWFScore (@BWFScore) December 8, 2022", "Dengan kemenangan ini, mereka berhasil mengutip satu mata dan kini berada di tangga kedua Kumpulan A.", "Bagaimanapun, bagi memastikan kemaraan ke separuh akhir, Yew Sin-Ee Yi tiada mempunyai sebarang pilihan melainkan mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir bertemu beregu Indonesia merangkap pendahulu Kumpulan A, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto pada hari esok.", "Pastinya ianya bukan satu pertarungan yang mudah buat Yew Sin-Ee Yi. Berdasarkan lapan pertemuan lalu, Yew Sin-Ee Yi hanya meraih dua kemenangan sahaja bertemu beregu No.2 Indonesia itu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324386/", "headline": "\nRonaldo Kekal Di Bumi Arab Saudi, Nafi Kembali Ke Eropah\n", "content": ["Atlet berpendapatan tertinggi dunia 2023 menurut Forbes, Cristiano Ronaldo mengesahkan dirinya akan kekal bersama kelabnya yang disertai sejak Januari lalu, Al Nassr yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL).", "Pengesahan itu hadir selepas bintang bola sepak dari Portugal itu bercakap dalam satu temu bual sepertimana dilaporkan pelbagai media berpangkalan di eropah.", "Terlebih dahulu, pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali ini memuji liga di negara tersebut sebagai liga yang kompetitif serta mempunyai pasukan dan pemain yang bagus. ", "Pada masa yang sama, Ronaldo menekankan bahawa ianya masih mempunyai ruang untuk dikembangkan lagi terutamanya dalam aspek infrastruktur, pengadil dan sistem video bantuan pengadil (VAR).", "“Tetapi saya gembira di sini, saya mahu terus berada di sini, saya akan terus di sini. Dan pada pendapat saya jika mereka teruskan usaha yang mereka mahu usahakan di sini, untuk lima tahun berikutnya, saya merasakan Liga Saudi akan menjadi sebuah liga dalam kelompok lima terbaik dunia,” katanya seperti dipetik daripada ESPN.", "Perkembangan ini sekaligus menafikan beberapa laporan media yang menyatakannya mahu kembali ke eropah.", "Sejak menyertai Al Nassr pada penghujung Disember lalu, pemain berusia 38 tahun ini telah tampil sebanyak 19 kali dengan mencetak 14 gol serta mencipta 2 bantuan gol (assist).", "Bagaimanapun, statistik itu tidak dapat membantu Al Nassr merangkul kejuaraan pada musim ini sebaliknya terpaksa berpuasa hati dengan gelaran naib juara SPL. Manakala untuk saingan King’s Cup pula menyaksikan Al Nassr terkandas di peringkat separuh akhir.", "Featured Image: Al Nassr FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325266/", "headline": "\nTat Meng Tentukan Program Latihan Zii Jia Selepas Terbuka Australia\n", "content": ["Pengarah kejurulatihan, Wong Tat Meng akan menilai persembahan pemain berusia 25 tahun itu dalam tiga kejohanan disertainya sebelum menentukan program latihan yang sesuai. ", "Kenyataan tersebut hadir menerusi perkongsian video sesi temubual eksklusif bersama jurulatih berusia 56 tahun itu di pelbagai platform media sosial rasmi Team LZJ, pasukan kepada jaguh perseorangan lelaki negara. ", "“Korea, Jepun dan Australia. Ini adalah tiga kejohanan yang kami akan sertai sekarang. Saya tidak pernah lihat dia (beraksi) semasa kejohanan. Jadi, saya mahu lihat persembahannya dan apa yang dipersembahkan akan menentukan program latihan saya.” ujar Tat Meng dalam video temubual tersebut. ", "To conclude the Interview, Coach Tat Meng shares his thoughts on the upcoming Korea Open draw and @TeamLZJ short term goal. pic.twitter.com/8NIJyAHrwP", "— Team LZJ (@TeamLZJ) July 4, 2023", "Bekas pemain perseorangan negara itu turut menegaskan Zii Jia perlu bersedia untuk menentang sesiapa sahaja tanpa mengira status dan rekod lampau jika mahu berjaya sebagai pemain badminton. ", "Untuk makluman, Tat Meng telah diumumkan sebagai Pengarah Kejurulatihan Team LZJ pada Mei lalu. Beliau dikenali sebagai jurulatih yang berjaya membangunkan bintang badminton seperti An Se Young dan Ng Ka Long.", "Sebagai tambahan, Zii Jia telah diundi untuk menentang bekas anak didik Tat Meng, Ng Ka Long dalam aksi Pusingan 32 Terbuka Korea dan akan bertemu pemenang pertemuan antara Mithun Manjunath dan Ng Tze Yong sekiranya mara."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208357/", "headline": "\nPemain Muda Usah Takut Buat Silap, Itu Sebahagian Daripada Bola Sepak – Karsten Neitzel\n", "content": ["“Kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak, itu sudah pasti.” itulah kata-kata motivasi oleh ketua jurulatih baharu Selangor, Karsten Neitzel kepada pemain-pemain muda.", "Menurut Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Michael Feichtenbeiner berkata antara salah satu sebab Karsten dipilih mengisi kerusi panas tersebut kerana keberaniannya untuk menurunkan pemain-pemain muda.", "Apa yang diperkatakan oleh Michael itu ada kebenarannya! ", "Baca: Karsten Dipilih Ketua Jurulatih Selangor Kerana Berani Guna ‘Ubi’ Muda", "Belum genap seminggu perlantikan Karsten sebagai ketua jurulatih, ‘mata helangnya’ sudah mengenalpasti beberapa pemain muda berbakat dan berpotensi daripada skuad simpanan, Selangor 2.", "“Mereka mempunyai ramai pemain berpotensi sebagai contoh Aliff (Haiqal), (Ahmad) Zikri, Afro (Shahrul) seorang pertahanan yang bagus.”", "“Begitu juga Danial (Asri) sebagai penyerang. Dia seorang pemain yang bagus tetapi kita perlu lihat terlebih dahulu.” katanya dalam sesi temu bual pertama oleh kelabnya.", "How It Started ⏩ How It's GoingIt is going great for Aliff Haiqal, agree? 😎#RedGiants#KitaAdalahSatu#TrendingTuesday 📸: @asianadotmy pic.twitter.com/WKikQ4krrs", "Dijangka nama-nama yang disebut oleh Karsten di atas akan bakal mengisi kesebelasan utama pasukan Selangor dengan lebih kerap dalam mengharungi saingan musim hadapan.", "Perkara ini pastinya memberikan tanggapan pertama yang positif bukan sahaja kepada para pemain muda malahan penyokong-penyokong Selangor yang begitu dahagakan untuk melihat bakat-bakat baharu mewarnai kancah bola sepak negara.", "Dare to Zikri. 😱🔥#RedGiants#KitaAdalahSatu#SidelineMoment pic.twitter.com/XZtreDD9Ta", "Bagaimanapun, Karsten menegaskan dia akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian untuk menggunakan pemain-pemain muda ini. ", "Apa yang penting Karsten akan memberikan mereka sokongan untuk mengembangkan bakat dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.", "“Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain muda, mereka perlu menunjukkan prestasi yang baik, jangan takut melakukan kesilapan.” ", "“Tetapi saya akan memberikan sokongan kepada mereka sebagai pemain muda sama seperti pemain-pemain senior yang lain.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324891/", "headline": "\nNegeri Sembilan Enggan Tambah Pemain Baharu Biarpun Kehilangan Vinicius\n", "content": ["Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk tidak mendapatkan mana-mana pemain baharu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia biarpun telah melepaskan penyerang import, Vinicius Leonel.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab tersebut di laman sesawang mereka dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial pasukan. ", "Keputusan tersebut diambil selepas satu mesyuarat pengurusan yang diadakan bersama Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman selaku presiden kelab bertujuan untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baharu skuad bawah 23 tahun (B-23) yang beraksi di Piala MFL. ", "Perkembangan terkini pasukan menjelang jendela perpindahan kedua.", "Pihak pengurusan Negeri Sembilan FC sedia maklum berkenaan prestasi terkini pasukan Liga Super Malaysia 2023 yang kini menduduki tangga ke-9. pic.twitter.com/bgXOASCi5n", "— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 20, 2023", "Menurut kenyataan yang sama, pihak kelab juga telah mencapai persetujuan bersama Vinicius Leonel untuk menamatkan kontrak pemain berusia 26 tahun itu lebih awal rentetan prestasi kurang memuaskan ditampilkannya. ", "Untuk makluman, pemain kelahiran Brazil itu hanya muncul sekali dalam saingan Piala MFL menentang Kelantan II yang menyaksikan penyerang itu beraksi selama 24 minit sahaja.", "Ketika ini, Negeri Sembilan berada di tangga kesembilan Liga Super selepas memungut 18 mata. Skuad berjulukan The Jangs itu nampaknya masih tercari-cari rentak cemerlang yang dipamerkan musim lalu selepas penghijrahan pemain utama seperti Syihan Hazmi dan Khuzaimi Piee.    ", "Featured Image: Negeri Sembilan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113094/", "headline": "\nMatdon Muncul Pemain Tengah Menyerang Ke-4 Paling Bernilai Liga India\n", "content": ["Perpindahan pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi ke Odisha FC menyaksikan dia muncul antara pemain tengah menyerang (attacking midfielder) paling bernilai dalam saingan Liga Super India (ISL) musim ini.", "Liridon atau dikenali sebagai Matdon yang menyertai Odisha FC secara pinjaman oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) diletakkan sebagai pemain keempat termahal di posisi tersebut oleh portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt.", "Menurut portal berkenaan, pemain berasal dari Kosovo ini dinilai pada harga ₹2.91 crore atau bersamaan dengan hampir RM1.7 juta. Sebagai rekod, harga pasaran Matdon pernah dinilai setinggi RM2.4 juta ketika bersama kelab berpangkalan di Turki, Fethiyespor pada tahun 2012.", "Mendahului senarai pemain tengah menyerang paling bernilai dalam saingan ISL ialah Adrian Luna dari Uruguay yang beraksi bersama Kerala Blasters. Nilai semasanya adalah RM4.3 juta.", "Di tempat kedua adalah pemain ATK Bohun Magan iaitu Hugo Boumos yang bernilai RM2.8 juta. Hugo merupakan pemain kelahiran Perancis dan mempunyai kerakyatan Maghribi.", "Di tempat ketiga pula adalah rakan sepasukan Matdon di Odisha FC iaitu Javi Hernandez. Pemain kelahiran Sepanyol yang bermain di India sejak tahun 2019 ini bernilai sekitar RM1.8 juta."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110526/", "headline": "\nRating Sukanz: Phillips Nadi Utama England Tumpaskan Croatia Di Wembley\n", "content": ["England dan Croatia bertemu pada malam ini untuk aksi pembukaan Kumpulan D bagi saingan Euro 2020 di Stadium Wembley.", "Pertemuan ini merupakan perlawanan ulangan separuh akhir Piala Dunia 2018 yang ketika itu dimenangi oleh Croatia dengan jaringan 2-1 selepas bermain selama 120 minit.", "Akan tetapi, England yang bermain di halaman sendiri kali ini berjaya membalas dendam dengan mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Croatia hasil jaringan pemain sayap lincah, Raheem Sterling.", "Berikut adalah rating pemain-pemain England ketika menentang Croatia sebentar tadi:", "Memandangkan Croatia tidak begitu berjaya memasuki kotak penalti England, Pickford tidak berdepan dengan bola yang berbahaya daripada para pemain Croatia. Mudah buatnya mendapatkan ‘clean sheet’ pada malam ini.", "Persembahan yang tidak begitu baik pada separuh masa pertama. Ada sedikit ketidaksefahaman bersama sayap kanan, Phil Foden. Begitu juga dengan pertahanan tengah, Stones. Bagaimanapun, dia menampilkan aksi yang lebih baik pada babak kedua. ", "Membentuk keserasian yang baik bersama Mings. Tidak mempunyai masalah yang besar untuk mengekang serangan-serangan daripada Croatia. ", "Menjadi ‘last man’ England. Serasi bertahan bersama John Stones. Turut menjadi titik permulaan kepada binaan permainan England daripada bawah. ", "Sebagai bek kanan yang ditugaskan untuk bermain di posisi bek kiri, persembahannya boleh dipuji dalam perlawanan ini. Tidak mudah pemain lawan melepasinya dan dia turut naik ke atas untuk membantu pasukan melakukan serangan. ", "Kelincahan dan kelajuan dimilikinya digunakan untuk menembusi barisan pertahanan Croatia. Sterling juga muncul sebagai penjaring gol tunggal dalam perlawanan ini. ", "Nadi tengah pasukan England pada malam ini. Kelibat Phillips sentiasa kelihatan tidak kiralah dalam situasi England bertahan atau melakukan serangan. Larian bijak yang dilakukannya memberikan ‘assist’ untuk gol Raheem Sterling.", "Bermain sedikit ke bawah dan kurang kelihatan kelibatnya di atas padang. Dia lebih banyak membantu England ketika bertahan.", "Sentiasa cuba untuk melepasi pertahanan Croatia menerusi bahagian kanan dan satu percubaannya pada babak pertama menggegar tiang. Bagaimanapun, dia kurang mendapat sokongan daripada Walker. Dikeluarkan pada minit ke-71.", "Mason Mount diturunkan untuk bermain di belakang penyerang, Harry Kane. Dia menampilkan persembahan yang rajin namun sukar untuknya melorongkan bola kepada bahagian serangan.", "Acap kali turun ke bawah untuk membantu serangan namun disebabkan itu, England sering hilang ‘targetman’ di dalam kotak penalti. Pada masa yang sama, Kane juga tidak mendapat suapan bola yang banyak dan baik di dalam atau berdekatan kotak penalti.", "Masuk minit ke-71 menggantikan Phil Foden. Tidak banyak yang disumbangkannya di atas padang.", "Masuk pada minit ke-82 menggantikan Harry Kane. ", "Masuk pada minit ke-90 menggantikan Raheem Sterling.", "Bagaimana pula dengan rating anda? Boleh tinggalkannya di ruang komen media sosial Sukanz.", "Featured Image: England Football Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206877/", "headline": "\nVIDEO: Pukulan ‘Tak Cermat’ Ke Arah Penjaga Garisan Menyebabkan Djokovic Tersingkir 2020 Us Open\n", "content": ["Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic disingkirkan daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (Us Open) 2020 selepas memukul bola ke arah penjaga garisan di dalam gelanggang.", "Ianya berlaku semasa Djokovic menentang pemain Sepanyol, Pablo Careno Busta pada pusingan keempat kejohanan Grand Slam yang berlangsung di kota New York. Pada waktu itu, Djokovic sedang ketinggalan 6-5 pada set pertama di Stadium Arthur Ashe.", "Dipercayai berang dengan keputusan semasa, insiden itu berlaku selepas Djokovic menyeluk bola di dalam poketnya. Dia yang sedang memandang ke arah lain terus melakukan pukulan ke arah belakang untuk ‘membuang’ bola tersebut. ", "Tanpa dia sedari, bola pukulan itu mengenai terus ke leher penjaga garisan wanita di belakang. Penjaga garisan tersebut jatuh terduduk dan mengalami kesukaran untuk bernafas selepas daripada insiden itu. ", "Djokovic yang menyedari insiden tersebut dengan pantas berlari ke arah penjaga garisan tersebut untuk membantunya.", "Tonton insiden tersebut menerusi pautan video di bawah:", "Top-seeded Novak Djokovic was defaulted from his fourth-round match at the #USOpen after he accidentally hit a line judge with a tennis ball Sunday. pic.twitter.com/TTstxZB2Jw", "Novak Djokovic 🇷🇸 disqualified from the 2020 #USOpenUnbelievable scenes that resulted from Pablo Carreno Busta 🇪🇸 saving three set points to hold serve and then breaking Djokovic’s serve to go up a break. What a year Novak Djokovic has had… pic.twitter.com/CrOaRlww1N", "Selepas itu, Djokovic dan pengadil perlawanan, Soeren Friemel berbincang sekitar 10 minit berkenaan insiden yang berlaku. ", "Akhirnya, pengadil tersebut mengambil keputusan mengumumkan lawannya, Carreno Busta sebagai pemenang sekaligus menyebabkan Djokovic tersingkir daripada kejohanan tersebut.", "Pemain tenis Serbia itu segera meninggalkan gelanggang sejurus daripada pengumuman itu. Dia bersalaman dengan Carreno Busta tetapi tidak bersalaman dengan pengadil tersebut. ", "Menerusi laman sosialnya, Djokovic telah membuat pengakuan meminta maaf atas insiden yang tidak disengajakan itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216554/", "headline": "\nPresiden FAM: Qatar Sudah Siap Sepenuhnya Anjur Piala Dunia 2022\n", "content": ["Negara semenanjung arab, Qatar dilihat bersiap sedia sepenuhnya untuk menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2022 yang amat dinanti-nantikan oleh kesemua peminat bola sepak.", "Bahkan, kemeriahan kejohanan yang menghimpunkan 32 pasukan terbaik dunia pada setiap empat tahun sekali itu mulai terasa walaupun ianya masih berbaki 234 hari lagi.", "Perkara tersebut diungkapkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang mengetuai delegasi negara ke Kongres FIFA Ke-72 di Pusat Konvensyen dan Pameran Doha (DECC), semalam.", "“Sepanjang berada di Qatar, dilihat venue sudah sedia malah kemeriahan menjelang sepak mula 21 November 2022 sudah terasa.", "“Persiapan yang diadakan di benua Asia ini dan pertama di Timur Tengah disifatkan sebagai sempurna dan sudah siap setahun awal,” katanya sepertimana dipetik daripada platform media sosial FAM, hari ini.", "Untuk makluman semua, kehadiran Hamidin ke kongres berkenaan turut diiringi dua Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi serta Dato’ S. Sivasundaram.", "Turut dikongsikan di kongres berkenaan, Presiden FIFA, Gianni Infantino menyatakan hasratnya untuk bertanding semula pada 2023. ", "Selain itu, Infantino turut menekankan beberapa topik utama seperti dana pembangunan FIFA Forward ditingkatkan kepada 25 peratus bagi setiap negara gabungan, pelaburan dalam pembangunan bola sepak dan penyelesaian konflik peperangan negara anggota.", "Sebagai tambahan, pada Rabu lalu, Hamidin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC kesembilan bagi penggal 2019-2023.", "Manakala, pada hari ini, Hamidin akan menghadiri Mesyuarat Majlis Ketujuh AFF yang turut diadakan di Doha, Qatar.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114163/", "headline": "\nSukan SEA Vietnam Bakal Dilangsungkan Pada 12-23 Mei 2022\n", "content": ["Selepas melalui beberapa penangguhan, akhirnya, tarikh baharu bagi melangsungkan temasya Sukan SEA Vietnam 2021 Kali Ke-31 ditetapkan bermula 12 hingga 23 Mei 2022.", "Perkembangan tersebut dikongsikan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi akaun media sosialnya, hari ini.", "The dates for the 31st SEA Games Vietnam 2021 pic.twitter.com/lXHzTj5pav", "Sebelum ini, mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGAF) telah memutuskan untuk mengadakan temasya dwitahunan ini pada bulan Mei tahun hadapan. Bagaimanapun, tarikh spesifik bagi menjalankan temasya tersebut diserahkan kepada Majlis Olimpik Vietnam untuk ditetapkan.", "Untuk makluman, Sukan SEA Kali Ke-31 ini akan dilangsungkan di ibu negara Vietnam iaitu Hanoi selaku tuan rumah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217135/", "headline": "\nRanking BWF: Sze Fei-Izzuddin Catat Peningkatan, Man-Tee Dekati Kelompok 30 Terbaik Dunia\n", "content": ["Tiga daripada empat wakil Malaysia yang beraksi di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 baru-baru ini merekodkan peningkatan kedudukan ranking dunia, pada minggu ini.", "Berdasarkan kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tengah hari tadi, semi finalis Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencatatkan peningkatan dua anak tangga menjadikan mereka menghuni tangga ke-14 dunia buat pertama kali dalam karier.", "Sementara itu, beregu muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang berhasil mara sehingga ke peringkat suku akhir pula merekodkan lonjakan paling banyak iaitu 10 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-34 dunia.", "Beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang tumpas pada perlawanan akhir kepada beregu Indonesia turut sama meraih peningkatan. Mereka kini kembali menghuni ranking ketujuh dunia – kedudukan yang dihuninya pada Mac lalu.", "Wakil terakhir, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang terkandas di Pusingan 16 tidak merekodkan sebarang perubahan terhadap kedudukan mereka – kekal di tangga ke-11 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216741/", "headline": "\nKian Meng-Pei Jing Tamatkan Penantian 5 Tahun – Rangkul Kejuaraan Terbuka Korea\n", "content": ["Lima tahun menanti, akhirnya pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya merangkul kejuaraan pertama dengan memenangi saingan Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Beregu bebas (independent) yang menduduki ranking ke-10 dunia itu meraih kejuaraan tersebut selepas menumpaskan beregu senior tuan rumah, Ko Sung-hyun dan Eom Hye-won berumur 34 dan 30 tahun masing-masing dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.", "Lebih manis, Kian Meng-Pei Jing menumpaskan pasangan yang menghuni ranking ke-19 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh masa 50 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022XD – Final 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅15 18 🇰🇷Sung Hyun KO 🇰🇷Hye Won EOM", "🕗 in 50 minutes https://t.co/H2ORCC5984", "— BWFScore (@BWFScore) April 10, 2022", "Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Kian Meng-Pei Jing bertemu Sung-hyun dan Hye-won selepas berentap dalam saingan Terbuka Denmark 2021 dan Indonesia Masters 2020. ", "Kejayaan yang direkodkan pada hari ini menjadikan Kian Meng-Pei Jing meraih tiga kemenangan secara berturut-turut ke atas Sung-hyun dan Hye-won di pentas antarabangsa.", "Sebagai tambahan, kejuaraan terakhir dirangkul oleh Kian Meng-Pei Jing adalah dalam saingan Far East Malaysia Masters pada tahun 2017 yang lalu. Kejuaraan itu terhasil selepas menewaskan beregu senegara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai dalam perlawanan akhir.", "\nSertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.\nLangkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:\n1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.\n2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.\n3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.\n", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110356/", "headline": "\nTerengganu Tak Sempat Daftar Pemain Import Baharu Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup?\n", "content": ["Tinjauan kami di alam maya pada petang semalam melihatkan majoriti penyokong pasukan Terengganu FC mula gelisah apabila tiada pengumuman rasmi mengenai kehadiran pemain import baharu ke skuad tersebut.", "Sebelum ini, pasukan Terengganu memaklumkan akan mengikat dua pemain import baharu ketika jendela perpindahan kedua bagi menggantikan pemain-pemain importnya yang ditimpa kecederaan iaitu Petrus Shitembi dan Chris Herd.", "Namun demikian, hanya kelibat bekas kapten, Lee Tuck sahaja diumumkan secara rasmi kembali menyertai Terengganu dan menjalani sesi latihan bersama skuad Hitam Putih mengikut kaedah ‘Camp Based Training’.", "Perkara ini mengundang ‘cakap-cakap’ dalam kalangan penyokong bahawa pemain tersebut, dipercayai bernama Habib Haroon, berusia 20 tahun, tidak sempat didaftarkan oleh skuad kendalian Nafuzi Zain itu.", "Pengurus Terengganu, Zulfadli Rozi menjelaskan peminat tidak perlu gelisah kerana urusan perpindahan pemain tersebut telah selesai dan didaftarkan kepada Malaysian Football League (MFL) seminggu awal daripada tarikh tutup jendela perpindahan kedua, semalam. ", "“Memang kita ambil dua orang (pemain baharu), seorang lagi akan diumumkan secara rasmi menerusi media sosial Terengganu FC kelak, dia (pemain tersebut) sudah sampai (di ibu negara) dan sedang menjalani kuarantin,”", "“Pendaftaran (pemain tersebut) kita telah selesaikan seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup bersama-sama dengan pendaftaran Lee Tuck (baru-baru ini),” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Tambahnya lagi, pemain tersebut dijangka akan diumumkan secara rasmi selepas tamatnya kuarantin wajib selama 14 hari. Dia dijangka akan menyertai latihan bersama pasukan pada pertengahan jun kelak.", "Featured Image: Instagram Habib Haroon"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325238/", "headline": "\nPenyerang Sayap Portugal, Jota Sertai Benzema & Kante Di Al-Ittihad\n", "content": ["Penyerang kelahiran Portugal, Jota bakal menjadi pemain seterusnya menyertai juara Liga Professional Saudi, Al Ittihad sekaligus menjadi pemain import ketiga kelab tersebut.", "Bagaimanapun, penyokong Liverpool tidak perlu risau kerana bukan Diogo Jota yang bakal bersama skuad bimbingan Nuno Espirito di Arab Saudi terbabit. Sebaliknya, Jota atau nama sebenarnya Joao Pedro dari Celtic yang akan menyarung jersi skuad berjulukan Al-Numoor. ", "Pemain berusia 24 tahun itu diperkenalkan menerusi video bertempoh hampir dua minit yang menampilkan pengendali mereka dalam bentuk animasi. Ianya disiarkan menerusi pelbagai media sosial milik kelab tersebut. ", "The right choice for the right place 🃏#JotaIsYellow pic.twitter.com/FMduUvLXD4", "— Ittihad Club (@ittihad_en) July 3, 2023", "Untuk makluman, Jota memulakan kariernya bersama Benfica dan pernah dipinjamkan kepada kelab Sepanyol, Real Valladolid dan Celtic sebelum menyertai kelab Scotland terbabit secara kekal pada awal musim 2022-23. ", "Bagi musim 2022-23, Jota yang bermain sebagai penyerang sayap kiri telah beraksi sebanyak 43 perlawanan yang menyaksikan dirinya menjaringkan 15 gol serta mencatatkan 12 bantuan (assists) buat skuad The Celts.", "Anak jati Lisbon itu pernah membantu Benfica memenangi Primeira Liga semusim sebelum meraih kejuaraan treble dalam saingan domestik bersama Celtic pada musim 2022-23. ", "Sebelum ini, Al Ittihad turut mengumumkan kehadiran dua bintang Perancis, Karim Benzema dan N’Golo Kante yang sememangnya dikenali sebagai figura bola sepak yang terkemuka dengan pelbagai pencapaian peringkat kelab mahpun negara. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215366/", "headline": "\nEriksen Kembali Beraksi Setelah 8 Bulan & Catat ‘Assist’ Ketika Menentang Southend United\n", "content": ["Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen kembali beraksi di atas padang buat pertama kalinya selepas mendapat serangan jantung sekitar lapan bulan yang lalu.", "Pemain berusia 30 tahun ini membuat penampilan bersama pasukan baharu yang disertainya hujung Januari lalu, Brentford dalam satu perlawanan persahabatan tertutup menentang Southend United, semalam.", "📽 The return of @ChrisEriksen8 #BrentfordFC pic.twitter.com/AG7crEJrQR", "Dalam perlawanan tersebut, Eriksen dilaporkan beraksi sekitar 60 minit serta berjaya mencatatkan ‘assist’ kepada Josh Dasilva sekaligus membantu Brentford meraih kemenangan 3-2.", "Lebih menarik, Eriksen hampir-hampir meletakkan namanya selaku penjaring dalam perlawanan tersebut namun dua percubaan berhasil diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan.", "Untuk makluman semua, Eriksen mendapat serangan jantung ketika beraksi bersama Denmark menentang Finland dalam saingan pertama Kumpulan B di kejohanan Euro 2020.", "Insiden itu berlaku pada minit ke-42 ketika dia mahu menerima bola lontaran daripada rakan sepasukannya di garisan tepi padang. Bagaimanapun, ketika berlari-lari anak untuk mendapatkan bola tersebut, secara tiba-tiba, Eriksen jatuh dan pengsan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215920/", "headline": "\nRanking BWF: Xin Yuan-Tien Ci Raih Peningkatan 30 Anak Tangga Selepas Menjuarai Terbuka Slovakia\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent), Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia selepas merangkul kejuaraan di Terbuka Slovakia, minggu lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, beregu yang berusia 23 dan 24 tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 30 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-182.", "Xin Yuan-Tien Ci muncul juara di kejohanan terbabit selepas berjaya menundukkan beregu Hong Kong, Law Cheuk Him dan Reginald Lee Chun Hei pada perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 21-18, 14-21 dan 21-19.", "Untuk makluman semua, ini merupakan minggu kedua berturut-turut Xin Yuan-Tien Ci mencatatkan peningkatan yang mendadak dalam kedudukan dunia. Pada kemaskini ranking minggu lalu, mereka meraih peningkatan sebanyak 152 anak tangga selepas menjuarai saingan badminton Cabaran Antarabangsa Uganda. ", "Sebagai tambahan, Xin Yuan dan Tien Ci mula membentuk gandingan bersama sejak November 2021. Untuk kejohanan seterusnya, Xin Yuan-Tien Ci dijadualkan beraksi dalam saingan Kejuaraan Antarabangsa Portugal yang akan bermula Khamis nanti.", "Featured Image: Instagram Boon Xin Yuan"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221217/", "headline": "\nPenang Ikat Gomes & Adriano – Bekas Penyerang Import Melaka United\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC menambahkan sengat di bahagian serangan mereka dengan mengikat dua bekas pemain import dari Brazil yang pernah beraksi dengan Melaka United FC.", "Dua pemain yang dimaksudkan itu ialah Giovane Gomes dan Adriano Narcizo yang berusia 27 dan 28 tahun masing-masing. Kehadiran dua pemain ini disahkan menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Harimau Kumbang, baru-baru ini.", "Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh kontrak melibatkan kedua-dua pemain ini bersama Penang FC dikongsikan kepada umum.", "Untuk makluman semua, kehadiran kedua-dua pemain ini ke dalam kancah bola sepak Malaysia bersama Melaka United bermula pada jendela perpindahan pertengahan musim 2021 atau lebih spesifiknya, penghujung Mei 2021.", "Pada ketika itu, Adriano dan Gomes hadir bagi menggantikan Alex Goncalves dan Stefan Nikolic yang menampilkan persembahan kurang memuaskan pada mata pihak pengurusan.", "Sebagai rekod, Gomes hanya sempat beraksi separuh musim sahaja bersama Melaka United sebelum diumumkan dilepaskan oleh pihak pengurusan pada awal Januari 2022.", "Ekoran dilepaskan oleh Melaka United, Gomes kembali beraksi di negara kelahirannya.", "Berbeza pula dengan Adriano, selepas tamat musim 2021, khidmatnya masih didambakan oleh Melaka United dan dia sempat beraksi bersama skuad berjulukan Hang Tuah itu sehingga ke penghujung musim 2022.", "Featured Image: Melaka United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111452/", "headline": "\nOlimpik 2020: Kim Woo-jin Gagal Ulangi ‘Perfect 10’ Disingkirkan Pemanah Taiwan di Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Pemanah Republik Korea, Kim Woo-jin yang menyingkirkan atlet negara, Khairul Anuar Mohamad dengan markah ‘Perfect 10’ pada pusingan 16 gagal meneruskan kecemerlangannya.", "Kim yang berusia 29 tahun tersebut tumpas di tangan pemanah Taiwan, Tan Chih-chun dengan keputusan 6-4 pada saingan suku akhir, yang berlangsung di Yumenoshima Archery Park, tengah hari tadi.", "Olimpik 2020: Panahan ‘Perfect 10’ Korea Singkirkan Khairul Anuar https://t.co/UHLY7dfXgb pic.twitter.com/HP9KHo4q65", "Jikalau diimbau prestasi Kim ketika menentang pemanah Malaysia, atlet yang menghuni ranking ke-5 dunia itu mudah menyingkirkan Khairul dengan meraih 10 mata daripada setiap panahan dalam ketiga-tiga set. ", "Bagaimanapun, ketika turun menentang pemanah Taiwan, Kim hanya meraih skor 10 sebanyak 5 kali sahaja daripada 5 set yang dilaluinya.", "Untuk makluman semua, Tan Chih-chun adalah pemanah yang baru sahaja berusia 20 tahun dan menghuni ranking ke-64 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216936/", "headline": "\nPiala FA: Derbi Lembah Klang Hiasi Keputusan Undian Pusingan Kedua\n", "content": ["Majlis undian untuk pusingan kedua bagi saingan Piala FA 2022 yang berlangsung pada hari ini menyaksikan beberapa pertembungan menarik.", "Paling mencuri tumpuan adalah melibatkan derbi Lembah Klang yang menemukan Selangor FC menentang skuad bimbingan Bojan Hodak, Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Untuk makluman, kedua-dua pasukan ini telah pun bertemu dalam perlawanan pertama Liga Super yang berkesudahan dengan keputusan seri 3-3.", "Sementera itu pemenang perlawanan antara Terengganu FC atau Negeri Sembilan FC pada 29 April kelak akan melayan kunjungan juara bertahan kendalian Aidil Sharin Sahak, Kedah Darul Aman FC.", "Juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula diundi menentang skuad bimbingan jurulatih berpengalaman B. Satianathan, Sarawak United di Stadium Sultan Ibrahim.", "Satu lagi pertembungan melibatkan dua pasukan daripada saingan Liga Super adalah Melaka United menentang pasukan yang semakin mencuri tumpuan dengan ‘DNA’ tanpa pemain import, Petaling Jaya City FC (PJ City). Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Hang Jebat.", "Skuad kendalian bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee iaitu Sabah diundi menentang pasukan Liga Premier, Kelantan United di Stadium Likas, Kota Kinabalu.", "Sementara itu finalis Piala FA 2019, Perak FC akan menerima kunjungan pasukan Liga Super iaitu Penang FC di halamannya sendiri. Manakala pasukan Liga M3, Perlis United pula akan menerima saingan daripada Kuching City.", "Akhir sekali, pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Sri Pahang bakal berhadapan dengan Skuad Projek FAM-MSN.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323592/", "headline": "\nMichelle, Dr. Timothy Tidak Lagi Bersama ABM\n", "content": ["Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai dan Pengarah Berprestasi Tinggi ABM, Dr. Timothy John Jones menjadi dua individu terbaharu yang meninggalkan pusat badminton berprestasi tinggi kebangsaan.", "Perkembangan itu diumumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan disiarkan menerusi pelbagai media sosial rasminya, semalam.", "Menurut kenyataan yang dikelurkan BAM itu juga, kedua-dua individu tersebut mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan kurang memberangsangkan melibatkan pemain badminton Malaysia baru-baru ini.", "Oleh itu, Michelle telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya manakala Dr. Timothy pula telah dilepaskan daripada tugasnya secara serta-merta.", "📄 Review & Accountability of Performance#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/RhvZnFOcmI", "— BAM (@BA_Malaysia) May 9, 2023", "Terdahulu, Michelle menerusi ciapan Twitternya, berkata akan mengambil tanggungjawab penuh terhadap kekalahan skuad badminton wanita negara di tangan Filipina dan akan meneliti permasalahan yang membelenggu mereka. ", "Michelle tidak mahu pihaknya terus berselindung di sebalik alasan pemain muda dan kurang pengalaman susulan terkandas awal dalam acara badminton berpasukan wanita di Sukan SEA 2023. ", "Tegas Michelle, kekalahan kepada Filipina tidak boleh diterima jika alasan tersebut digunakan memandangkan skuad Sukan SEA negara telah menerima sokongan secukupnya berbanding negara jiran itu. ", "Kekalahan 3-0 kepada pasukan badminton wanita Filipina tempohari bermakna skuad badminton wanita kebangsaan tersingkir awal dan mengulangi episod duka yang sama ketika di temasya Sukan SEA 2021 Vietnam. ", "Featured Image: Badminton Association Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207418/", "headline": "\nEky Lebih ‘Bernafsu’ Buru Slot Piala AFC Berbanding Kasut Emas\n", "content": ["Meskipun memimpin carta penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020, penyerang Perak, Shahrel Fikri tidak mahu memikirkan lagi soal merangkul anugerah kasut emas.", "Tumpuan utama Shahrel atau dikenali sebagai Eky buat masa ini adalah membantu Perak melayakkan diri ke pentas antarabangsa iaitu saingan Piala AFC 2021. ", "Untuk memastikan slot tersebut, Perak perlu merebut tempat selaku naib juara liga atau memenangi saingan Piala Malaysia, musim ini.", "17' | GOL SHAHREL FIKRI! @peraktbgmy kini mendahului @feldaunitedfc menerusi sepakan percuma Shahrel Fikri. #CIMBLigaSuper2020#PRKFEL#MFLLive pic.twitter.com/Vz6C1plvQO", "“Sememangnya ini adalah pencapaian membanggakan untuk saya kerana sebelum ini kalau kita tengok, selalunya pemain import yang mendominasi penjaring terbanyak, tetapi sekarang saya berjaya buktikan pemain tempatan juga mampu untuk berada di tahap ini.", "“Kalau boleh memang saya nak tambah lagi gol untuk dua lagi perlawanan, tetapi macam-macam boleh jadi dan saya tidak mahu tamak untuk mengejar gol sebaliknya misi utama adalah untuk pastikan Perak menang.", "⚽ PENJARING TERBANYAK CIMB LIGA SUPERPenyerang Perak 🟡⚫️, Shahrel Fikri Fauzi kini menerajui carta penjaring terbanyak selepas empat gol dijaringkan olehnya pada hari Jumaat! 🔥#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/KAhWjEPEZn", "“Dengan 9 gol sekarang, tidak jauh beza dengan penjaring lain seperti Tchetche Kipre (Kedah) dan lain-lain yang kini mengumpul 7 dan 6 gol, dan mereka juga pasti akan turut sama melakukan yang terbaik untuk prestasi masing-masing.", "“Apa-apa pun, slot ke Piala AFC tetap diutamakan dan mahu atau tidak, kami kena menang dalam baki dua perlawanan ini,” katanya.", "Ketika ini Perak sedang berada di kedudukan kedua dengan 17 mata dan diikuti rapat oleh Kedah dengan 16 mata.", "Untuk memastikan tempat selaku naib juara CIMB Liga Super musim ini, Perak perlu memastikan menang dalam baki dua perlawanan menentang Pahang dan Kedah pada minggu ini dan minggu hadapan.", "“Yang penting, kami tidak boleh leka dan perlu ingat, Pahang dan Kedah juga mesti tidak akan memberi laluan mudah kepada Perak kerana mereka juga enggan ketinggalan untuk menamatkan liga di kedudukan terbaik terutamanya Kedah.", "“Saya percaya kami semua akan dapat kekalkan momentum yang ada ini selepas berdepan pelbagai cabaran daripada awal musim sehingga kini,” tambahnya.", "Untuk rekod, Eky muncul satu-satunya pemain tempatan yang berada dalam carta penjaring terbanyak liga diikuti Tchetche Kipre (Kedah), Dominique Da Sylva (Terengganu FC) dan Ifedayo Omosuyi (Selangor) dengan tujuh gol manakala Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta’zim) telah mengumpul enam gol.", "Featured Image: Malaysia Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218791/", "headline": "\nSukan Komanwel: Pearly-Thinaah Kecewakan India, Pasukan Malaysia Rampas Emas Acara Badminton Berpasukan Campuran\n", "content": ["Kilauan pingat emas bagi acara badminton berpasukan campuran di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 menjadi milik mutlak pasukan Malaysia manakala India merangkul pingat perak.", "Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan memastikan Malaysia membawa pulang pingat itu dengan merekodkan kemenangan ke atas beregu India pada pertarungan keempat dalam perlawanan akhir acara terbabit, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, gandingan Pearly-Thinaah yang berada di ranking kesebelas dunia menumpaskan Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17.", "RESULTS: #Birmingham2022 FINAL#MAS🇲🇾 3-1 #IND🇮🇳 ", "Pearly Tan-Thinaah M def. Treesa Jolly-Gayatri Pullela 21-18 21-17", "G O L D!In their 5th straight mixed team final, Malaysia dethrone defending champions, India to reclaim the title. Tahniah!🥇#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ip33n14Lnf", "— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2022", "Keputusan ini menjadikan pasukan Malaysia meraih kemenangan 3-1 ke atas India sekaligus sudah memadai untuk bergelar juara.", "Sebelum itu, Malaysia berhasil mendahului 2-1 ke atas India hasil kemenangan yang disumbangkan oleh gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki, Ng Tze Yong pada pertarungan pertama dan ketiga.", "Untuk makluman semua, kejayaan pasukan Malaysia muncul juara acara ini menjadikan kontinjen negara mengumpul tiga pingat emas secara keseluruhan dalam temasya ini.", "Dua pingat emas sebelum ini disumbangkan menerusi acara angkat berat lelaki kategori 55kg dan 61kg oleh Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin masing-masing.  ", "Sebagai tambahan, kejayaan merangkul pingat emas ini pada temasya kali ini juga membolehkan Malaysia melunaskan dendam terhadap kekalahan di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.", "Di temasya tersebut, Malaysia tumpas dengan keputusan 3-1 di tangan India sekaligus sekadar berpuas hati membawa pulang pingat perak.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219906/", "headline": "\nIni Senarai Pemain Import Yang Digosipkan Menyertai Sri Pahang\n", "content": ["Pasukan Sri Pahang menjadi bualan hangat para peminat bola sepak tempatan menjelang pembukaan jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2021 bermula 3 Mei kelak.", "Beberapa pemain asing telah memaklumkan sendiri sedang berada di ibu negara bagi menjalani arahan kuarantin sementara menunggu untuk menyertai pasukan di Kuantan kelak. Tidak kurang timbul gosip penghijrahan pemain asing ke Sri Pahang ini dikongsikan sendiri oleh pengamal media luar negara menerusi media sosial masing-masing.", "Berdasarkan prestasi semasa Sri Pahang, ramai tidak menolak kemungkinan pasukan itu merombak barisan pemain importnya. Hal ini kerana kesemuanya tidak memberikan impak yang memberangsangkan sekaligus menyebabkan Sri Pahang berada di kedudukan kedua terakhir dalam carta Liga Super selepas 10 perlawanan.", "Untuk rekod, bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini, Sri Pahang mengikat enam pemain import. Mereka terdiri daripada Herold Goulon, Lee Tuck, Mamadou Wague, Pedro Henrique, Yevhen Bokhashvili dan Sergio Aguero.", "Berikut adalah empat pemain yang digosipkan untuk menyertai Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua kelak:", "Baru-baru ini pemain berusia 23 tahun ini telah memaklumkan menerusi Instagram Story sedang berada di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menjalani tempoh kuarantin. Pada masa yang sama, di ruangan komennya, dia sendiri telah mengesahkan bakal menyertai pasukan Sri Pahang kelak.", "Sebelum ini, pemain kelahiran Myanmar ini beraksi bersama pasukan Liga Thai 2, Khon Kaen United. Aung telah membantu pasukannya menamatkan kempen musim lalu di tangga keempat sekaligus membolehkan pasukannya beraksi dalam play-off ke saingan Liga Thai 1. ", "Selain bermain sebagai penyerang, Aung yang menjadi watak penting dalam membawa Myanmar U-22 memenangi pingat gangsa dalam temasya Sukan SEA 2019 lalu turut berkebolehan bermain sebagai pemain tengah menyerang (attacking midfielder).", "Pemain kedua yang telah berada di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada ketika ini ialah Manuel Hidalgo. Keberadaan pemain muda berusia 21 tahun ini di ibu negara turut dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.", "Untuk makluman, pemain tengah kelahiran Argentina ini pernah beraksi bersama skuad bawah umur Benfica. Pasukan terakhir yang diwakilinya berpangkalan di England iaitu Sheffield Wednesday U23. Antara aset yang dimilikinya adalah kelincahan dan berkemampuan melakukan ‘killer pass’.", "Pernah beraksi dalam saingan A-League bersama Melbourne Victory antara tahun 2017 hingga 2020. Penyerang yang memiliki ketinggian 2.01 meter ini dimaklumkan oleh pengulas liga Australia, Josh Parish telah tiba di Malaysia untuk menyertai Sri Pahang.", "Mendapat gelaran King Kenny dalam kalangan peminat bola sepak Australia, penyerang yang bakal menginjak usia Striker CF 28 tahun bakal 29 tahun ini turut berkemampuan beraksi di posisi penyerang kiri dan kanan. Pasukan terakhirnya adalah Heidelberg United yang beraksi dalam saingan NPL Victoria.", "Nama yang terakhir dikaitkan dengan pasukan Sri Pahang buat masa ini adalah penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn. Berusia 30 tahun, musim lalu Adisak beraksi bersama Port FC secara pinjaman daripada Muanthong United.", "Kehadiran Adisak bersama Port FC pada musim lalu telah membantuk kelab tersebut menduduki tangga ke-3 Liga Thai 1 serta meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2021. Difahamkan Sri Pahang telah berunding bersama Muangthong namun ia belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada Port FC. Perkara ini dikongsikan oleh sumber yang dekat dengan pengurusan Sri Pahang, baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207794/", "headline": "\nVideo: Penyerang Muda, Luqman Buat Penampilan Pertama Dalam Saingan Liga Belgium\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berjaya membuat penampilan pertamanya dalam saingan Liga Belgium bertemu RSC Anderlecht, awal pagi tadi.", "Penyerang berusia 18 tahun itu dimasukkan oleh pengurusnya, Yves Vanderhaeghe pada minit ke-74 menggantikan pertahanan, Petar Golubovic.", "74' IT'S HAPPENING 🇲🇾First minutes for Luqman! 😱0-3 | #KVKAND #COYR pic.twitter.com/9dF9DwImsg", "Ketika itu, pasukan diwakili oleh Luqman iaitu KV Kortrijk sedang ketinggalan 0-3 kepada pasukan yang dipimpin oleh bekas kapten Manchestere City, Vincet Kompany.", "Jelas sekali Yves melakukan pertukaran tersebut bagi memburu gol. ", "74' WISSEL KVK:➡️ Luqman 🇲🇾🇲🇾🇲🇾(debut)⬅️ Golubovic0-3 | #KVKAND #COYR", "Melalui satu gerakan, Luqman berhasil menyumbang sepakan penalti melalui satu tolakan bola kepada rakan sepasukannya di dalam kotak pada minit-minit terakhir permainan.", "Rakan sepasukannya, Ilombe Mboyo mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk memastikan KV Kortrijk tidak pulang dengan tangan kosong dalam perlawanan ini.", "87' GOOOOAAAAAALLLL! Mboyo scoort vanop de stip!1-3 | #KVKAND #COYR pic.twitter.com/Hju0QCcDtT", "Keputusan akhir berkesudahan dengan KV Kortrijk 1-3 RSC Anderlecht. ", "Anda boleh tonton debut Luqman dalam saingan Liga Belgium pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322130/", "headline": "\nMessi Tempah 35 iPhone Emas Untuk Pemain & Staf Skuad Kebangsaan Argentina\n", "content": ["Pemenang Anugerah Bola Emas merangkap pemain terbaik Piala Dunia 2022, Lionel Messi bertindak menempah sebanyak 35 buah iPhone 14 emas untuk rakan sepasukan serta barisan staf skuad kebangsaan Argentina.", "Ianya sebagai hadiah daripada pemain berusia 35 tahun atas kejayaan skuad berjulukan La Albiceleste menjulang trofi Piala Dunia setelah menumpaskan Perancis dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Disember lalu. ", "Perkara itu didedahkan oleh iDesign Gold – sebuah firma yang memperibadikan telefon pintar dengan bahan perhiasan mewah – menerusi laman sosialnya.", "Berdasarkan foto yang dikongsikan, kesemua iPhone 14 yang berkilauan itu diukir dengan logo Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA), WORLD CUP CHAMPIONS 2022, nombor dan nama khusus bagi setiap pemain sepertimana di belakang jersi masing-masing.", "Beberapa foto yang dikongsikan menampilkan iPhone yang bakal menjadi milik Angel di Maria, Alvarez, Mac Allister, De Paul dan Martinez. ", "Menyoroti di bahagian bawahnya, turut tersemat ukiran PATRICK GROUP serta IDESIGN GOLD.", "Kesemua 35 buah iPhone itu dihantar sendiri oleh pengasas iDesign Gold, Benjamin Lyons ke pangsapuri Messi di Paris, Perancis.", "Menurut laporan media eropah, tempahan kesemua 35 buah iPhone 14 itu bernilai £175,000 atau bersamaan hampir RM950,000. Ini bermakna setiap satunya bernilai £5,000 atau sekitar RM27,000."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216870/", "headline": "\nKorea Masters: Soon Huat-Shevon Lai Tempah Tiket Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent), Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF, hari ini.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-13 dunia merangkap pilihan keempat kejohanan mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu Singapura di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai menumpaskan gandingan Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han yang berada di ranking ke-60 dunia itu secara ‘straight set’.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Quarter final 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅16 11 🇸🇬Yong Kai Terry HEE 🇸🇬Wei Han TAN", "🕗 in 33 minutes https://t.co/TeYRjiwBhj", "— BWFScore (@BWFScore) April 15, 2022", "Perlawanan itu berakhir dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.", "Kemenangan ini juga menjadikan Soon Huat-Shevon Lai melebarkan rekod kemenangan kepada dua kali berturut-turut selepas menumpaskan lawan yang sama dalam saingan Far East Malaysia Masters 2017. ", "Sementara itu, Soon Huat-Shevon Lai selaku pemenang bakal berhadapan samada beregu China, Ou Xuanyi-Huang Yaqiong (ranking ke-162) atau beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Baek Ha-na (ranking ke-410) di peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok.", "Featured Image: Instagram Shevon Jemie Lai"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216565/", "headline": "\nUndian Piala Uber 2022: Malaysia Diundi Bersama Tuan Rumah, Denmark & Mesir\n", "content": ["Majlis undian bagi kejohanan badminton berpasukan wanita, Piala Uber 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand selesai dijalankan sebentar tadi. Kejohanan ini akan berlangsung bermula 8 hingga 15 Mei kelak.", "Hasil undian yang dijalankan, skuad wanita Malaysia bakal mengharungi kejohanan dwitahunan ini dengan menentang Thailand selaku pasukan tuan rumah, Denmark dan Mesir dalam Kumpulan C. ", "Sementara itu, Kumpulan A pula diisi oleh naib juara 2020 iaitu Jepun bersama-sama Indonesia, Perancis dan Jerman. ", "Manakala, Kumpulan B pula akan disaingi oleh juara bertahan, China bersama-sama Chinese Taipei, Sepanyol dan Australia.", "Untuk kumpulan terakhir yakni Kumpulan D, ianya diisi oleh semi finalis edisi lalu, Korea bersama-sama India, Kanada dan Amerika Syarikat.", "Untuk makluman semua, saingan edisi terdahulu yang berlangsung di Denmark menyaksikan pasukan wanita Malaysia menamatkan saingan Piala Uber di kedudukan tercorot dalam Kumpulan D setelah tumpas dalam ketiga-tiganya perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220103/", "headline": "\nLee Chong Wei Atlet Negara Pertama Mempunyai Figura Lilin Di Madame Tussauds\n", "content": ["Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei menjadi atlet pertama negara mempunyai figura lilin ditempatkan di muzium lilin yang cukup terkenal, Madame Tussauds di Singapura.", "Figura bekas pemain perseorangan lelaki No.1 dunia selama 348 minggu itu menjadi penambahan terbaru di dewan kemasyhuran muzim berkenaan disamping atlet terkenal lain seperti Muhammad Ali, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Serena Williams dan lain-lain lagi. ", "A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)", "Majlis pelancaran yang berlangsung pada hari ini memperlihatkan figura Chong Wei yang cukup sempurna mengenakan jersi pada tahun 2016 – turut disarungnya ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio – sambil memegang raket di tangan kanannya.", "Bagi para peminat yang mahu menyaksikan figura lilin Chong Wei ini boleh berbuat demikian dalam masa yang terdekat dengan menempah tiket di laman sesawang milik muzium berkenaan. ", "Ini kerana figura tersebut tidak akan berada lama di Madame Tussauds Singapura. Pada suku pertama 2023, ianya akan diterbangkan dan ditempatkan di Madame Tussauds Hong Kong secara kekal.", "Untuk makluman, Madame Tussauds Hong Kong telah mengumumkan untuk mengabadikan Chong Wei dalam bentuk figura lilin di muzium berkenaan pada tahun 2020. Satu pasukan Madame Tussauds telah ditugaskan untuk mengambil 200 ukuran keseluruhan badan Chong Wei dengan teliti pada tahun 2019.  ", "Featured Image: Madame Tussauds Singapore"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215575/", "headline": "\nRanking BWF: Myisha, Mei Xing-Anna Rekod Peningkatan Ketara Selepas Raih Pingat Gangsa BATC 2022\n", "content": ["Pemain perseorangan remaja dan beregu wanita meraih peningkatan yang ketara dalam ranking dunia selepas berhasil membantu pasukan wanita Malaysia meraih pingat gangsa di Kejohanan Badminton Bepasukan Asia (BATC) 2022.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, pemain berusia 19 tahun, Myisha Mohd Khairul yang beraksi sebanyak satu kali meraih peningkatan sebanyak 50 anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-322 dunia, pada minggu ini.", "Sementara itu, gandingan Teoh Mei Xing dan Anna Cheong yang tampil sebanyak dua kali di kejohanan itu pula merekodkan peningkatan 13 anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-79 dunia.", "Manakala seorang lagi pemain remaja, Siti Nurshuhaini Azman yang berusia 17 tahun turut merekodkan peningkatan pada kedudukan rankingnya. Dia kini menduduki tangga ke-309 dunia hasil peningkatan dua anak tangga pada minggu ini.", "Akhir sekali, kedudukan Kisona Silvaduray dan Eoon Qi Xuan pula kekal di tangga ke-64 dan ke-126 dunia masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114367/", "headline": "\nNidzam Tolak Jawatan ‘Head Coach’ Liga Premier Untuk Sertai Selangor\n", "content": ["Jurulatih muda berbakat, Nidzam Jamil mengakui menerima beberapa tawaran sebagai ketua jurulatih pasukan yang beraksi di saingan divisyen dua iaitu Liga Premier.", "Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak oleh jurulatih berusia 41 tahun ini dengan alasan ini adalah waktu yang sesuai untuk kembali bersama Selangor – pasukan yang mengangkatnya sebagai pemain – walaupun sebagai penolong ketua jurulatih.", "Antara alasan lain Nidzam memilih untuk menyertai Selangor kerana tertarik dengan projek pembangunan pemain-pemain muda yang sedang diusahakan dengan serius oleh skuad Red Giants ini.", "“Sejujurnya saya ada terima beberapa tawaran lain selaku ketua jurulatih dari pasukan Liga Premier tetapi saya tidak memilih ke sana kerana merasakan ini waktu terbaik untuk balik ke Selangor.", "“Ini bukan pilihan yang susah buat saya untuk katakan tidak kepada Selangor kerana semua orang tahu Selangor adalah antara pasukan yang baik di Liga Malaysia.", "“Malah saya tertarik dengan projek yang sedang dilakukan Selangor dengan memberikan penumpuan serius terhadap pembangunan pemain-pemain muda dari Selangor 2 dan 3 serta graduan dari AMD (Akademi Mokhtar Dahari) yang turut berada di sini.", "“Ini bukan soal hendak menjadi nombor satu atau dua tetapi kerana saya pernah berada di kedua-dua tempat tersebut sebelum namun apa paling penting, apa yang saya boleh tawarkan kepada Selangor pada musim depan,” katanya.", "Untuk makluman semua, Nidzam turut memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak bersama pasukan ini dengan bermula dari pengutip bola, menyertai akademi dan beraksi di pelbagai kejohanan peringkat umur. ", "Ketika diserap menyertai skuad senior, Nidzam yang beraksi sebagai pertahanan sempat menyarung jersi Merah Kuning selama lima musim iaitu dari tahun 1999 hingga 2004 sebelum berhijrah ke PKNS FC, Negeri Sembilan dan Proton FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219816/", "headline": "\nChina Hadiahkan Panda Kepada Qatar Menjelang Piala Dunia 2022 – Bernama Suhail & Soraya\n", "content": ["China mengumumkan akan menghadiahkan dua ekor beruang panda kepada hos Piala Dunia 2022, Qatar sebagai “tanda persahabatan” antara kedua-dua negara, lapor South China Morning Post.", "Hasrat China untuk menghadiahkan dua ekor mamalia tersebut dimaklumkan sendiri oleh Duta China ke Qatar, Zhou Jian. Dua ekor panda tersebut diberi nama “Suhail” dan “Soraya” dan akan tiba di Qatar pada Oktober nanti.", "“Hadiah ini dipersembahkan oleh 1.4 bilion rakyat China kepada Piala Dunia Qatar, dan sudah semestinya menjadi simbol persahabatan China-Qatar,” katanya seperti dipetik daripada portal berita berkenaan.", "Walaupun China tidak melayakkan diri ke saingan bola sepak yang diadakan setiap empat tahun sekali ini, tetapi pelbagai syarikat China terlibat dalam projek pembinaan mega seperti stadium-stadium Piala Dunia 2022.", "Sebagai rekod, skuad bola sepak kebangsaan China hanya tampil sebanyak satu kali sahaja dalam saingan Piala Dunia setakat ini. Penampilan itu hadir ketika edisi 2002 yang berlangsung di Korea dan Jepun.", "Untuk pengetahuan semua, nama bagi kedua-dua ekor panda itu diinspirasikan daripada nama bintang. Suhail merupakan nama bintang yang paling terang kelihatan di rantau negara teluk. Sementara itu, Soraya pula nama dalam bahasa Arab bagi gugusan bintang Pleiades."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219726/", "headline": "\nJelajah Trofi Piala AFF Singgah Di Kuala Lumpur Pada 22 Oktober\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) akan menganjurkan Jelajah Trofi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di lima buah negara sepanjang tiga bulan berikutnya bagi membina kehangatan sebelum sepak mula kejohanan pada penghujung tahun ini.", "Menerusi kenyataan media AFF, jelajah ini akan bermula di Bangkok, Thailand pada 24 September diikuti dengan Singapura (15 Oktober), Kuala Lumpur, Malaysia (22 Oktober), Jakarta, Indonesia (26 November) dan akhir sekali, Ho Chi Minh, Vietnam (3 Disember).", "The #AFFMitsubishiElectricCup2022 Trophy Tour kicks off in Bangkok, Thailand! 🇹🇭", "🗓️ 24th September 2022, Saturday⏰ 11AM-5PM, Main event starts at 2pm📍 Zpell", "More info here ➡️ https://t.co/lhqipuuwch pic.twitter.com/Nv00v1XyNR", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) September 21, 2022", "Acara ini boleh dihadiri oleh penyokong secara percuma. Di setiap lokasi jelajah ini, ianya akan dimeriahkan dengan kehadiran istimewa legenda bola sepak tempatan masing-masing.", "Selain berpeluang untuk bergambar dengan trofi Piala AFF dan legenda istimewa yang hadir, pengunjung akan turut disajikan dengan beberapa permainan dan cabaran berserta hadiah untuk dimenangi.", "Sebagai tambahan, AFF dan Mitsubishi Electric mengumumkan akan melancarkan sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) baharu dengan menganjurkan Klinik Bola Sepak yang memfokuskan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di lima buah negara ini.", "Lokasi dan waktu acara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur akan diumumkan oleh AFF menerusi laman sesawang rasminya kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219344/", "headline": "\nPemain Tengah Usia 34 Tahun Kini Menjadi Warganegara Malaysia\n", "content": ["Pemain tengah kelahiran Halifax, England yang berusia 34 tahun, Lee Tuck kini menjadi warganegara Malaysia.", "Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh tuan badan menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram miliknya, semalam.", "“Hari ini, akhirnya dan secara rasminya saya menjadi warganegara Malaysia.” katanya.", "A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck)", "Untuk makluman semua, Lee Tuck yang kini bersama Sri Pahang FC telah beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia bermula tahun 2017.", "Kelab pertama yang disertainya adalah Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Terengganu pada tahun berikutnya.", "Bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itulah namanya mula menarik perhatian dalam kalangan peminat bola sepak sehingga pernah dicanangkan untuk dinaturalisasikan bagi membolehkannya beraksi berasama skuad kebangsaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217302/", "headline": "\nPiala Thomas: Juara Bertahan, Indonesia & Pasukan ‘Underdog’ India Tempah Tiket Final\n", "content": ["Kejohanan badminton berpasukan lelaki, Piala Thomas 2022 menyaksikan juara bertahan merangkap skuad negara jiran tetangga, Indonesia dan pasukan yang menumpaskan Malaysia di peringkat suku akhir, India berjaya melayakkan diri ke pentas final.", "Kedua-dua pasukan mara selepas menundukkan lawan masing-masing iaitu Jepun dan Denmark di peringkat separuh akhir yang berkesudahan awal pagi tadi.", "VITO BAWA INDONESIA KE LAGA PUNCAK DAN SELANGKAH LAGI UNTUK PERTAHANKAN GELAR!", "FOKUS, SEMANGAT, SOLID! BISA! 🇮🇩🇮🇩🇮🇩#BadmintonIndonesia #ThomasUberCup2022 #TUC2022 #ThomasCup2022 pic.twitter.com/T9hFqXkYVz", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) May 13, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Indonesia mara selepas menumpaskan Jepun dengan keputusan 3-2 hasil sumbangan mata oleh pemain perseorangan 1 (MS1), Anthony Sinisuka Ginting, beregu 1 (MD1), Kevin Sanjaya-Mohammad Ahsan serta perseorangan 3 (MS3), Shesar Hiren Rhustavito.", "Ketiga-tiga wakil ini meraih mata dengan menumpaskan Kento Momota, gandingan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi serta Kodai Naraoka masing-masing.", "Manakala pasukan India yang boleh dilabel sebagai “underdog” pula mara dengan skor keputusan yang sama seperti Indonesia hasil sumbangan tiga kemenangan yang diraih oleh MD1, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, MS2, Srikanth Kidambi dan MS3, Prannoy Haseena Sunil Kumar.", "Pemain-pemain ini merekodkan kemenangan ke atas beregu Kim Astrup-Mathias Christiansen, perseorangan, Anders Antonsen dan Rasmus Gemke.", "Dream of a billion plus just came true. Absolute champion stuff from our boys as they became the first ever 🇮🇳team to advance into the 𝙁𝙄𝙉𝘼𝙇S of #ThomasCup ", "Kudos to entire coaching team & support staffs. Take a bow👏@himantabiswa#ThomasCup2022#IndiaontheRise pic.twitter.com/cGdeFJIZD7", "— BAI Media (@BAI_Media) May 13, 2022", "Untuk makluman semua, semalam, skuad India telah mencipta sejarah mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak 43 tahun yang lalu selepas menumpaskan Malaysia di peringkat suku akhir.", "Sementara itu, kejayaan India mengesahkan tempat ke pentas final pula merupakan yang pertama dalam sejarah pembabitan mereka dalam saingan Piala Thomas.", "Sebagai tambahan, perlawanan akhir Piala Thomas 2022 yang menemukan Indonesia dan India ini dijadualkan berlangsung pada Ahad kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207789/", "headline": "\nIndonesia Tubuh Mandalika Racing Team, Bakal Jadi ‘Rival’ Malaysia Dalam Saingan MotoGP\n", "content": ["Negara jiran tetangga, Indonesia secara rasminya telah mengumumkan menubuhkan Mandalika Racing Team (MRT) untuk bersaing dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 bermula musim 2021.", "Sepertimana sukan lain, kewujudan pasukan berpangkalan di Indonesia ini pastinya akan mencipta persaingan atau ‘rival’ panas dengan pasukan Malaysia iaitu Petronas Sepang Racing Team (SRT).", "Menurut makluman mereka, Mandalika Racing Team ini ditubuhkan untuk mengangkat pelumba dan mekanik warga Indonesia sekaligus mengharumkan nama negaranya di peringkat global.", "Nama Mandalika diambil bersempena dengan nama Litar Mandalika berjarak 4.32 kilometer. Ianya terletak di Lombok, Nusa Tenggara Barat dan sedang disiapkan untuk menjadi salah satu venue perlumbaan MotoGP 2021. ", "Selain itu, pihak mereka turut mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) dan Ikatan Motor Indonesia (IMI) untuk membangunkan pelumba-pelumba muda sebelum diberi peluang untuk beraksi di kejuaraan dunia.", "Ketika ini, pihaknya sedang rancak mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak untuk mendapatkan penajaan. Salah satu daripadanya adalah syarikat penerbangan, Garuda Indonesia.", "Barisan pelumba yang akan mewakili pasukan ini belum diumumkan secara rasmi lagi. ", "Bagaimanapun, gosip daripada media seberang mengatakan salah satu slot itu akan diisi dengan pelumba kelahiran Indonesia Dimas Ekky Pratama. Satu lagi slot berkemungkinan akan diiisi oleh pelumba asing.", "Difahamkan segala-galanya akan diumumkan secara rasmi pada 28 oktober kelak.", "Featured Image: Mandalika Racing Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322987/", "headline": "\nJustin Terlepas Peluang Ke Sukan SEA 2023 Kemboja?\n", "content": ["Perseorangan lelaki remaja negara, Justin Hoh berkemungkinan besar terlepas peluang untuk beraksi di Sukan SEA 2023 di Kemboja pada bulan hadapan.", "Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan satu berita mengejutkan bahawa pemain berusia 19 tahun terbabit ditimpa kecederaan dalam sesi latihan, dua hari lalu.", "Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, pemain itu disahkan mengalami kecederaan ‘achilles tendon’ kiri.", "UPDATE: Badminton Association of Malaysia (BAM) today confirmed that singles player, Justin Hoh suffered an achilles tendon rupture in training yesterday. pic.twitter.com/pwA0KKNSkh", "— BAM (@BA_Malaysia) April 11, 2023", "Sehubungan itu, juara Cabaran Antarabangsa Uganda ini akan menjalani pembedahan pada hari ini.", "Untuk makluman semua, pada bulan lalu, Justin antara yang disenaraikan oleh BAM bagi beraksi dalam acara berpasukan lelaki bersama-sama Leong Jun Hao, Ong Ken Yon dan Lee Shun Yang (simpanan).", "Sebagai tambahan, temasya dwitahunan bagi edisi kali ini akan berlangsung dari 5 hingga 17 Mei.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207532/", "headline": "\nNike Taja Pemain Red Star Belgrade, Omar Raiyan\n", "content": ["Nike Malaysia membuat kejutan dengan menghantar dua karton barangan kelengkapan sukan jenama tersebut kepada pemain remaja Red Star Belgrade, Omar Raiyan pada ulang tahun kelahirannya.", "Omar Raiyan merupakan pemain muda berketurunan Malaysia yang kini menetap bersama keluarganya di Serbia. Dia merupakan produk Manchester City Football School Abu Dhabi dimana dia kerap dipilih untuk ulang alik ke Manchester City Academy di Manchester. ", "Selain itu, Omar juga ke Sepanyol berada di bawah naungan program terpilih Du Laliga HPC (High Performance Center) untuk berlatih dan bermain perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Sepanyol seperti Celto Vigo, Malaga, Cadiz dan Granada.", "Menerusi perkongsian oleh ejennya, Razeen Khalid dari ACTIV8 Sports Agency, antara barangan kelengkapan sukan yang diberikan oleh Nike Malaysia adalah but Phantom GT (3 pasang), kasut larian Infinity, kasut Zoom Metcon, kasut Air Max 270 React, t-shirt, seluar pendek, stokin, beg galas dan beg Vapor Duffel.", "Kesemua barangan itu dihantar terus ke kedutaan Malaysia di Serbia yang terletak di Belgrade. Ianya tiba tepat kepada Omar pada 3 Oktober 2020 iaitu ulang tahun kelahirannya yang ke-16.", "Ketika ini, Omar beraksi bersama skuad Red Star Belgrade Bawah 17 Tahun (B-17) dan sudah beberapa kali dijemput berlatih bersama skuad Bawah 19 Tahun (B-19). Pemain berkaki kiri ini mampu bermain di beberapa posisi seperti pemain tengah, penyerang kanan dan pertahanan kiri."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114426/", "headline": "\nTinjauan FIFA: Lebih 60% Mahu Kejohanan Piala Dunia Diadakan Lebih Kerap – 2 Tahun Sekali\n", "content": ["Idea untuk mengadakan kejohanan Piala Dunia FIFA Lelaki dan Wanita dengan lebih kerap sebagai contoh secara dwitahunan telah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.", "Oleh demikian, badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah melakukan tinjauan dengan menanyakan sekitar 77,000 responsen berkenaan hal ini.", "🌐 Global survey reveals majority of fans favour more frequent @FIFAWorldCup and @FIFAWWC tournaments 🏆📺 Watch the webinar & learn more 👉 https://t.co/Mr6Ubb98e4 pic.twitter.com/xum0JMzyLT", "Hasil tinjauan yang diperolehi dan disiarkan oleh FIFA di laman sesawangnya pada hari ini adalah seperti berikut:", "Sementara itu, tinjauan ini turut menunjukkan lebih 50% responden lelaki daripada benua asia, afrika, amerika utara, tengah & carribean, amerika selatan dan oceania menyatakan sokongan penganjuran Piala Dunia FIFA secara dwitahunan.", "Hanya responden lelaki daripada benua eropah sahaja yang menyuarakan sokongan kurang daripada 50% untuk kekerapan penganjuran Piala Dunia FIFA sebegini.", "Sebagai tambahan, responden dari Turki, India dan Afrika Selatan adalah yang paling kuat menyokong penganjuran Piala Dunia FIFA Lelaki secara dengan lebih kerap.", "Sementara itu, bantahan paling kuat untuk penganjuran Piala Dunia Lelaki secara dwitahunan pula disuarakan oleh responden dari England, Jerman dan Perancis."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216173/", "headline": "\nAll England 2022: Juara Terbuka Jerman, Sze Fei-Izzuddin Tersingkir Di Pusingan 32\n", "content": ["Hasrat peminat yang ingin melihat beregu lelaki yang menjuarai Terbuka Jerman mara lebih jauh di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 hangus sama sekali.", "Ini disebabkan beregu tersebut, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin tumpas kepada beregu China, He Ji Ting dan Tan Qiang di Pusingan 32 yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham, pada pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇨🇳Ji Ting HE🏅21 19 21 🇨🇳Qiang TAN🏅15 21 11 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 52 minutes https://t.co/cWaUQftp5e", "Sze Fei-Izzuddin yang menduduki ranking ke-17 dunia tewas dengan keputusan 15-21, 21-19 dan 11-21 dalam tempoh permainan yang menghampiri satu jam kepada beregu di ranking ke-19 itu.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan pertama yang melibatkan kedua-dua beregu Malaysia dan China ini di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Ji Ting-Tan Qiang yang berjaya meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan berhadapan dengan beregu No.1 Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321631/", "headline": "\nKogileswaran Sarung Jersi No.70 Bersama Chungbuk Cheongju\n", "content": ["Teka-teki mengenai nombor yang akan digunakan oleh pemain sayap skuad kebangsaan, Kogileswaran Raj bersama kelab baharunya, Chungbuk Cheongju akhirnya terjawab.", "Pemain berusia 24 tahun tersebut akan tampil dalam saingan bola sepak Korea dengan jersi bernombor 70.", "A post shared by 충북청주FC (@chfc_2023)", "Perkara berkenaan disahkan menerusi satu muat naik oleh laman sosial rasmi kelab berkenaan, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Kogi menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam kancah bola sepak Korea dengan menandatangani kontrak selama setahun bersama Chungbuk Chrongju pada awal Januari lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208491/", "headline": "\nLegenda Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun\n", "content": ["Legenda bola sepak Argentina dan dunia, Diego Armando Maradona disahkan telah meninggal dunia. ", "Hasta siempre, Diego. Serás #Eterno en cada corazón del planeta fútbol. pic.twitter.com/jcsGP3GlNI", "Menurut laporan dari Argentina, beliau dilaporkan meninggal dunia ekoran serangan jantung di rumahnya.", "Dua minggu lalu, bekas pemain pemain Barcelona dan Napoli ini baru sahaja keluar dari hospital setelah selamat menjalani pembedahan otak ekoran darah beku.", "Maradona cukup diingati oleh seluruh peminat bola sepak dunia apabila berjaya membawa skuad kebangsaan Argentina memenangi Piala Dunia 1986.", "Bersama Napoli pula, penyerang serba lincah itu telah membantu pasukan tersebut menjurai Serie A sebanyak dua kali iaitu pada musim 1986/87 dan 1989/90.", "Selain beraksi sebagai pemain, Maradona turut mengemudi skuad kebangsaan Argentina sebagai pengurus pasukan semasa kejohanan Piala Dunia 2010.", "Peranannya yang terakhir dalam kancah bola sepak adalah menjadi pengurus pasukan berpangkalan di tanah airnya, Gimnasia de la Plata pada 2019 hingga 2020.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218349/", "headline": "\nKejuaraan B-19 AFF: Malaysia Terikat Tanpa Jaringan Menentang Singapura\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) tidak dapat meneruskan rentetan kemenangan namun masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Kejuaraan B-19 AFF.", "Ketika turun menentang Singapura yang melibatkan aksi kedua bagi peringkat Kumpulan A, skuad negara kendalian Hassan Sazali Waras meraih keputusan seri tanpa sebarang jaringan.", "Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Khamis, 7 Julai 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 0-0 🇸🇬 SINGAPURA#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/Mje2W6YerH", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 7, 2022", "Keputusan ini menjadikan skuad negara dan Singapura berkongsi satu mata masing-masing daripada perlawanan ini. Dengan ini, Malaysia telah mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.", "Untuk perlawanan berikutnya, Malaysia akan turun menentang Timor Leste pada 9 Julai (Sabtu)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218444/", "headline": "\n“Perkara itu tidak sahih pun” – Tan Cheng Hoe Tepis Dakwaan Dikaitkan Kelab Liga Super\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan dirinya akan melatih mana-mana pasukan terutamanya dalam kancah Liga Super dalam masa terdekat.", "Ini termasuk dengan dirinya dikaitkan untuk melatih pasukan berpangkalan di Lembah Klang seperti Selangor FC bagi menggantikan jurulatih sedia ada, Michael Feichtenbeiner.", "“Perkara itu tidak sahih pun. Rumour sahaja. Sekarang ini saya hanya berehat dan meluangkan masa dengan keluarga,” katanya seperti dipetik daripada Majoriti.", "Malahan jurulatih berusia 54 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah turut menyatakan tidak memikirkan untuk kembali melatih mana-mana pasukan secara serius buat masa ini.", "“Dalam masa terdekat pun saya tiada perancangan apa-apa. Kalau ada yang betul-betul serius saya akan fikirkan untuk latih tapi setakat ini tiada lagi,” jelasnya.", "Selain itu, Cheng Hoe turut menjelaskan mengenai kelibatnya bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.", "Penglibatannya bermain bola sepak di atas padang bersama-sama Sanusi merangkap Menteri Besar Kedah telah mencipta spekulasi bahawa dirinya akan kembali melatih Kedah Darul Aman FC.", "Bagaimanapun, Cheng Hoe memaklumkan penglibatannya itu sekadar menunaikan ajakan rakan-rakannya untuk turun bermain bola.", "Untuk makluman semua, Cheng Hoe bergelar “free agent” sejak awal Januari tahun ini setelah meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111147/", "headline": "\nGary Steven Robbat Buru Minit Permainan Bersama Melaka United\n", "content": ["Pemain tengah, Gary Steven Robbat tidak menolak minit permainan menjadi pendorongnya untuk menyertai Melaka United secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela pertengahan musim lalu.", "Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun ini mahu menumpukan usaha untuk mendapatkan kepercayaan barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu.", "Dan perlawanan menentang Pahang selepas saingan Liga Super bersambung kelak menjadi medan buat Gary menunjukkan impak yang mampu diberikannya untuk membantu Melaka United. ", "“Pertama sekali, saya kena pastikan saya dapat kepercayaan yang tinggi daripada jurulatih bahawa saya mampu untuk memberikan sesuatu kepada pasukan.", "“Memang minit permainan yang saya cari, tetapi saya nak bina dahulu tahap keyakinan bersama pasukan di sini untuk saya beri komitmen yang tinggi.", "“Sasaran awal saya adalah untuk perlawanan pertama menentang Pahang nanti di mana daripada situlah akan dapat menentukan bahawa saya mampu membantu pasukan atau tidak.", "“Dekat perlawanan itu nantilah saya akan dapat tunjukkan sejauh mana komitmen saya kepada Melaka,” jelasnya.", "Pada masa yang sama, Gary turut meletakkan sasaran penyertaannya bersama pasukan ini untuk membantu Melaka United keluar daripada zon penyingkiran.", "Ketika ini, Melaka United menduduki tangga ke-11 selepas 13 perlawanan yang telah dilalui dalam saingan Liga Super.", "Featured Image: Melaka United Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216731/", "headline": "\nTerbuka Korea: Yew Sin-Ee Yi Disingkirkan Juara Swiss Fajar-Ardianto\n", "content": ["Kelibat beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin Dan Teo We Yi tidak akan kelihatan di pentas separuh akhir Terbuka Korea 2022.", "Ini gara-gara Yew Sin-Ee Yi telah disingkirkan oleh beregu Indonesia merangkap Juara Terbuka Swiss 2022,  Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir, petang tadi.", "Yew Sin-Ee Yi yang menduduki ranking ke-11 dunia tumpas kepada beregu negara jiran tetangga itu secara ‘straight set’ dengan skor 19-21 dan 20-22 dalam tempoh masa 49 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022MD – Quarter final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 22 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅19 20 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 49 minutes https://t.co/axzNT9WyWF", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan keenam melibatkan kedua-dua gandingan di pentas antarabangsa. ", "Lima pertemuan sebelum ini berkesudahan dengan Fajar-Ardianto memenangi tiga daripadanya termasuk Yang terakhir di pentas saingan Terbuka Swiss.", "Sementara itu, Fajar-Adianto yang mara ke peringkat separuh akhir bakal ditentang oleh beregu senegaranya merangkap Juara All England, Shohibul Fikri-Bagas Maulana atau beregu Korea, Yong Jin-Na Sung Seung.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218837/", "headline": "\nSukan Komanwel: Russel Taib Mara Ke Separuh Akhir 200m – Catat Masa 21.13s\n", "content": ["Pelari kacukan kelahiran Kuala Lumpur, Russel Taib berhasil melayakkan dirinya ke peringkat separuh akhir acara 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Atlet berusia 24 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut dengan menamatkan larian peringkat saringan (heat 7) di tempat kedua – di belakang Dan Kiviasi Asamba.", "Pelumba kelahiran kelahiran Kenya itu menamatkan larian dalam tempoh masa 20.86 saat (s) manakala Russel pula merekodkan catatan masa 21.13s.", "Sebagai perbandingan, catatan masa ini merupakan yang ke-13 terbaik daripada 24 pelari yang layak ke peringkat separuh akhir.", "Selain itu, tempoh larian yang direkodkan oleh Russel itu jauh daripada catatan masa peribadi terbaiknya yang merupakan rekod kebangsaan dalam acara ini iaitu 20.77s.", "Sementara itu, Russel yang berhasil melayakkan diri akan turun beraksi di peringkat separuh akhir pada hari esok (Jumaat), bermula 7.09 malam.", "Featured Image: Instagram Russel Taib"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325225/", "headline": "\nRanking BWF: Wong Ling Ching Kini ‘Top 100’ Dunia\n", "content": ["Pemain wanita muda negara, Wong Ling Ching yang mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Mongolia pada Sabtu akhirnya berada dalam kelompok 100 perseorangan wanita terbaik dunia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan pemain berusia 20 tahun itu mencatatkan lonjakan 24 anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.", "Peningkatan itu tercetus hasil mengumpul 15,434 mata sekaligus meletakkan dirinya di tangga ke-88 dalam Ranking Dunia buat pertama kali sejak menyertai pasukan kebangsaan pada Oktober tahun lalu.", "Untuk makluman, kejayaannya untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Gred 3 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebelum tewas kepada pilihan utama kejohanan dari Amerika Syarikat, Lauren Lim telah memberikannya 2,800 mata.", "Kemaraan ke separuh akhir di Mongolia itu juga merupakan kali kedua di peringkat tersebut bagi tahun 2023 selepas kali pertama melakukannya di Siri Antarabangsa Estonia, Januari lalu. ", "Sementara itu, Goh Jin Wei dan K. Letshanaa turut mencatatkan kenaikan sebanyak satu anak tangga masing-masing menjadikan mereka mengghuni kedudukan ke-33 dan ke-68 dunia. Manakala S. Kisona pula turun ke ranking 61 dunia, berbeza satu anak tangga berbanding minggu lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217943/", "headline": "\nFIFA Umum 16 Bandar Yang Menjadi Hos Piala Dunia 2026\n", "content": ["Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan 16 bandar terpilih bagi mengadakan perlawanan-perlawanan bola sepak saingan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.", "Saingan yang julung kalinya bakal menampilkan 48 pasukan ini akan dimainkan di 11 lokasi di Amerika Syarikat iaitu Atlanta, Boston, Dallas, Houston, Kansas City, Los Angeles, Miami, New York / New Jersey, Philadelphia, San Francisco Bay Area dan Seattle.", "Your #FIFAWorldCup 2026 Host Cities:", "🇺🇸Atlanta🇺🇸Boston🇺🇸Dallas🇲🇽Guadalajara🇺🇸Houston🇺🇸Kansas City🇺🇸Los Angeles🇲🇽Mexico City🇺🇸Miami🇲🇽Monterrey🇺🇸New York / New Jersey🇺🇸Philadelphia🇺🇸San Francisco Bay Area🇺🇸Seattle🇨🇦Toronto🇨🇦Vancouver", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 16, 2022", "Sementara itu, tiga lokasi akan dilangsungkan di Mexico iaitu Guadalajara, Mexico City dan Monterrey dan baki dua lokasi lagi diadakan di Kanada iaitu Toronto dan Vancouver.", "Untuk makluman semua, kemasukan 48 pasukan di dalam saingan Piala Dunia 2026 ini merupakan pertambahan sebanyak 16 pasukan berbanding kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar pada penghujung tahun ini.", "Selain itu, penganjuran bersama antara tiga buah negara ini juga merupakan yang pertama kali dalam sejarah kejohanan Piala Dunia sejak ia dipertandingkan buat julung kalinya pada tahun 1930. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220221/", "headline": "\nMFL Mansuh Peraturan ‘Away Goal’ Dalam Saingan Liga Malaysia\n", "content": ["Tiada lagi kelebihan jaringan di tempat lawan bermula saat ini dalam saingan kalah mati tempatan seperti Piala FA dan Piala Malaysia.", "Perkembangan tersebut hadir selepas pengelola saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pemansuhan tersebut menerusi satu makluman pada hari ini.", "Jelasnya, pemansuhan tersebut hadir selaras dengan perubahan terkini oleh badan induk benua asia dan eropah, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).", "Untuk makluman semua UEFA membuat keputusan memansuhkan peraturan ini bermula musim 2021/22. Manakala AFC pula memaklumkan perkara yang sama pada 1 Ogos lalu untuk memansuhkannya pada musim hadapan.", "MFL mengumumkan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah memansuhkan kelebihan jaringan di tempat lawan (Away Goal) dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa pada hari ini selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA.", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 19, 2022", "Perubahan ini bakal menyaksikan perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit permainan timbal balik akan dilanjutkan terus ke masa tambahan (extra time) selama 30 minit.", "Sebagai tambahan, sekiranya masih terikat selepas daripada itu, pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.", "Selaras dengan pengumuman ini, pemansuhan ‘away goal’ ini terpakai bermula saingan Piala Malaysia 2022 yang akan membuka tirainya pada 26 dan 27 Oktober kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215809/", "headline": "\nJersi ‘Away’ Penang 2022 Serba Kuning Diperkenalkan – Harga Jualan RM179.90\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC tampil memperkenalkan jersi ‘away’ baharu untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia 2022.", "Diperkenalkan secara atas talian menerusi pelbagai platform media sosialnya pada hari ini, jersi keluaran Puma itu hadir dalam warna serba kuning sambil diserikan dengan logo ‘Penang 2030’ di bahagian hadapan.", "AWAY JERSEY PENANG FCMenyambung legasi dan tradisi..! Kuning sebagai lambang optimis dan semangat kental, keyakinan dan memiliki kekuatan untuk mengambil langkah mengatasi lawan..!📸 : @Penang_FC pic.twitter.com/nDxg033Vq4", "Di bahagian belakang pula, terdapat sebuah logo penaja, BKT serta logo ‘Sports For All’. Sementara itu, di lengan kanannya, terdapat logo penaja, The Ship Campus.", "Seperti dimaklumkan oleh pihak kelab, harga jualan bagi jersi ini adalah RM179.90 sehelai. Bagaimanapun, buat pembeli yang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi menonton perlawanan pertama Liga Super 2022 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang, esok, akan diberikan potongan harga kepada RM155 sehelai.", "Syaratnya, pembeli perlu mengemukakan bukti pembelian tiket perlawanan atau tiket perjalanan bas untuk mendapatkan harga istimewa ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219240/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Chen Yu Fei Rekod Enam Kemenangan Berturut-Turut Ke Atas Soniia\n", "content": ["Pemain No.4 dunia dari China, Chen Yu Fei kini merekodkan enam kemenangan berturut-turut ke atas perseorangan wanita bebas (independent) negara, Soniia Cheah di pentas antarabangsa.", "Kemenangan terbaru Yu Fei hadir ketika menentang Soniia pada Pusingan 32 di Kejohanan Dunia BWF 2022, sebentar tadi.", "Yu Fei yang merupakan pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 meraih kemenangan dalam perlawanan itu secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15 dalam tempoh masa 40 minit.", "Kemenangan Yu Fei ini sekaligus telah mematikan langkah Soniia di pentas Kejohanan Dunia BWF edisi kali ini setelah bermula dengan kemenangan di Pusingan 64, semalam.", "Kemenangan itu pula merupakan yang pertama selepas Soniia berehat panjang melebihi satu tahun daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa ekoran kecederaan.", "Sebagai rekod, baki lima pertembungan antara Yu Fei dan Soniia sebelum ini adalah sekitar tahun 2019 dan 2018.", "Ianya berlangsung di Terbuka Thailand 2019, Terbuka Jepun 2019, Piala Sudirman 2019, Piala Uber 2018 dan Terbuka Jerman 2018."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325197/", "headline": "\nFormula 1: Verstappen, Red Bull Racing Teruskan Dominasi Selepas 9 Perlumbaan\n", "content": ["Pelumba Red Bull Racing Honda RPBT, Max Verstappen berada dalam kelas yang tersendiri setelah memenangi tujuh daripada sembilan perlumbaan bagi saingan Formula One (F1) pada musim ini. ", "Terbaharu, pelumba kelahiran Belgium itu menjuarai GP Austria selepas menamatkan perlumbaan 71 pusingan selama 1 jam 25 minit dan 33.6 saat yang menyaksikan dirinya mengumpul 26 mata kejuaraan.", "Secara keseluruhan, Verstappen mengumpul 34 mata di Austria termasuk lapan mata yang dipungut dalam perlumbaan pecut sekaligus menambah koleksi mata keseluruhan buat juara bertahan itu menjadi 229 mata. ", "Leclerc moves past Russell 📈", "Verstappen extends his championship lead 👏#AustrianGP #F1 pic.twitter.com/GfwFVzpvRB", "— Formula 1 (@F1) July 2, 2023", "Rakan sepasukan, Sergio Perez kini di tempat kedua dengan 148 mata hasil dua kejuaraan mengatasi Verstappen di Arab Saudi dan Azerbaijan dan diikuti sorang lagi pelumba Sepanyol, Fernando Alonso di tempat ketiga dengan 131 mata. ", "Sebelum ini, Verstappen telah berjaya menyamai rekod 41 kejuaraan mendiang Ayrton Senna di GP Kanada yang meletakkan dirinya dalam kelompok lima pelumba terbaik dengan kemenangan GP terbanyak.", "Dominasi Verstappen serta Perez turut menyaksikan pasukan Red Bull Racing Honda RPBT mendahului carta pengeluar F1 dengan kutipan 377 mata kejohanan. ", "Bagaimanapun, saingan musim ini masih berbaki sebanyak 13 perlumbaan dan ianya tempoh yang masih panjang perlu diharungi oleh Verstappen samada dapat mempertahankan kejuaraannya atau dirampas oleh Perez mahupun Alonso pada penghujung musim nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112309/", "headline": "\nUndian Piala Malaysia: Ulangan Final 2018 Terengganu & Perak Hiasi Kumpulan B\n", "content": ["Majlis undian TM Piala Malaysia 2021 menyaksikan beberapa pertembungan menarik bakal disajikan pada peringkat kumpulan yang berlangsung bermula 23 September kelak. ", "Paling mencuri tumpuan adalah melibatkan saingan di Kumpulan B yang melibatkan ulangan pertembungan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu menentang Perak.", "Melengkapkan kumpulan tersebut adalah juara 33 kali, Selangor serta pasukan ketiga daripada saingan Liga Premier yang masih direbut oleh PDRM, Kuching City, Kelantan dan Kelantan United.", "Juara edisi 2019 yang juga merupakan juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat undian yang agak mudah di dalam Kumpulan D bersama-sama PJ City, Sabah dan pasukan keempat dari saingan Liga Premier.", "Sementara itu, finalis atau naib juara edisi 2019 iaitu Kedah Darul Aman diundi di dalam Kumpulan C bersama-sama Melaka United serta juara Liga Premier 2021 dan pasukan kelima daripada saingan yang sama.", "Akhir sekali, Kumpulan A pula diisi oleh pasukan di tangga ketiga Liga Super musim ini, Penang sambil ditemani oleh Kuala Lumpur City, Sri Pahang dan naib juara Liga Premier 2021.", "Siapakah yang akan mara ke peringkat suku akhir? Tinggalkan ramalan anda di ruangan komen di Facebook dan Twitter Sukanz."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216873/", "headline": "\nKorea Masters: Joo Ven Singkir Pemain Israel, Mara Ke Separuh Akhir Super 300 Buat Pertama Kali\n", "content": ["Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven mencipta rekod mara ke pentas separuh akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF buat pertama kali dalam kariernya. ", "Joo Ven yang menghuni ranking ke-68 dunia mara selepas menyingkirkan pemain Israel, Misha Zilberman di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, pemain negara berusia 26 tahun ini berhasil menumpaskan pemain di ranking ke-49 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 23-21 dan 21-18 dalam tempoh masa 47 minit.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMS – Quarter final23 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅21 18 🇮🇱Misha ZILBERMAN", "🕗 in 47 minutes https://t.co/tqnYpZzCcJ", "— BWFScore (@BWFScore) April 15, 2022", "Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung menemukan kedua-dua pemain di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Joo Ven selaku pemenang akan turun menentang pemain Jepun, Kodai Naraoka (ranking ke-47) di peringkat separuh akhir, esok.  ", "Pemain muda Jepun berusia 20 tahun ini mara selepas menumpaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout (ranking ke-63) di pusingan suku akhir, sebentar tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325434/", "headline": "\nPencabar Harimau Malaya Ambil Jurulatih Yang Membawa Chile Menjuarai Copa America\n", "content": ["Salah satu pencabar kepada skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya di pentas Piala Asia kelak mengumumkan menggunakan khidmat jurulatih yang pernah menjulang Copa America Centenario.", "Pasukan yang dimaksudkan tersebut ialah Bahrain yang baru sahaja mengumumkan perlantikan Juan Antonio Pizzi, 55 tahun, sebagai ketua jurulatih baharunya menerusi platform media sosialnya, baru-baru ini.", "Untuk makluman, Juan yang memulakan karier kejurulatihan sekitar tahun 2005 mendapat perhatian dunia apabila membawa skuad La Roja yang dibarisi beberapa pemain bintang eropah seperti Alexis Sanchez, Arturo Vidal dan Claudio Bravo menumpaskan Argentina dalam perlawanan akhir pada tahun 2016. ", "Kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti itu sekaligus membolehkan Chile menjuarai kejohanan yang bersempena dengan 100 tahun penubuhan CONMEBOL dan penganjuran Copa America terbabit.", "A post shared by Bahrain Football Association (@bahrainfa)", "Selain itu, Juan turut mempunyai pengalaman membimbing pasukan di kejohanan bola sepak terulung dunia iaitu Piala Dunia FIFA. Ianya hasil daripada Juan menerima tugasan untuk melatih skuad kebangsaan Arab Saudi sekitar November 2017 dan membawa pasukan itu beraksi di pentas Piala Dunia 2018 Rusia.", "Ini bermakna, Bahrain menjadi pasukan kedua dikemudi oleh jurulatih mempunyai pengalaman di pentas Piala Dunia perlu dihadapi oleh Harimau Malaya peringkat Kumpulan E di Piala Asia pada Januari hadapan selain Republik Korea bimbingan Jurgen Klinsmann.", "Untuk makluman, karier kejurulatihan Juan bermula bersama Colon Santa Fe – sebuah kelab berpangkalan di negara kelahirannya. Kemudiannya, Juan berhijrah ke beberapa buah kelab di pelbagai negara rantau amerika selatan sebelum menguruskan Valencia dalam kancah La Liga pada tahun 2013.", "Kelab terakhir yang dikemudinya sebelum menerima tugas sebagai ketua jurulatih Bahrain ialah Al Wasl yang beraksi dalam kancah bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UEA).", "Sebagai tambahan, Malaysia yang julung kalinya layak ke pentas Piala Asia secara merit selepas 43 tahun telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama Republik Korea, Bahrain dan Jordan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217525/", "headline": "\nRegu Campuran 1 Lelaki 2 Wanita Diperkenalkan Dalam Sepak Takraw\n", "content": ["Satu acara baharu diperkenalkan oleh badan induk sepak takraw dunia, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) iaitu regu campuran yang terdiri daripada seorang pemain lelaki serta dua pemain wanita.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader sepertimana dilaporkan Bernama. Para peminat boleh menyaksikan kemunculan sulung acara baharu itu di Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-35 di Bangkok dari 23 hingga 31 Julai hadapan.", "Menjelaskan mengenai acara baharu ini, pemain lelaki mahupun pemain wanita bebas untuk beraksi di mana-mana posisi samada tekong, apit kanan atau apit kiri. Selain itu, jantina untuk dua pemain simpanan pula bebas ditetapkan berdasarkan strategi jurulatih masing-masing.  ", "Pada masa yang sama, ISTAF turut melakukan sedikit pindaan peraturan permainan terutamanya melibatkan peralatan-peralatan yang digunakan.", "Antaranya, bola yang digunakan adalah bola jenis bagi kategori wanita iaitu 160 gram. Manakala paras ketinggian jaring yang direntang adalah mengikut kategori lelaki, 1.55 meter di tiang dan 1.52 di tengah.", "Sebagai tambahan, ISTAF turut memperkenalkan acara baharu campuran kuadran (berempat) yang terdiri daripada 2 pemain lelaki, 2 pemain wanita di dalam gelanggang serta dua pemain simpanan daripada kedua-dua jantina di kejohanan yang sama kelak.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220696/", "headline": "\nJualan Jersi Sabah FC Meningkat 3 Kali Ganda Berbanding Tahun Lalu\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC merekodkan peningkatan jualan jersi yang amat ketara pada tahun ini berbanding tahun lalu.", "Berdasarkan perkongsian daripada pihak kelab itu sendiri, Sabah yang menamatkan kempen Liga Super tahun ini di tangga ketiga memaklumkan menjual sebanyak 15,131 helai jersi setakat 3 November lalu.", "Sebagai perbandingan, skuad berjulukan The Rhinos ini hanya menjual sebanyak 5,000 helai jersi sahaja sepanjang tahun 2021 lalu.", "Bagi tahun 2022, Sabah yang mendapat tajaan kelengkapan pakaian daripada Lotto telah mengeluarkan tiga jenis jersi yang diberi nama Skin (home), Dua Belas (away) dan Crash (jersi ketiga).", "Untuk makluman semua, bagi setiap jersi itu, terdapat dua variasi harga yang diletakkan iaitu RM99 (fans issue) dan RM139 (player issue) masing-masing.", "Secara kasarnya, dengan mengambil nilai minimum iaitu RM99 dan didarabkan dengan jumlah 15,131 helai jersi yang telah terjual itu, Lotto sekurang-kurangnya telah mencatatkan jualan sekitar RM1,497,969 pada tahun ini.", "Sebagai rekod, Sabah mendapat tajaan daripada Lotto bernilai RM2.2 juta untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110933/", "headline": "\nLiga Hoki Remaja Platform Untuk Pilih Pemain Sertai Piala Dunia 2023\n", "content": ["Badan induk hoki negara, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan akan menganjurkan kejohanan untuk pemain remaja, TNB Malaysian Junior Hockey League atau TNB Liga Hoki Remaja bermula Disember ini.", "Menurut Presiden MHC, Dato’ Sri Subahan Kamal berkata kejohanan ini merupakan platform untuk mengasah bakat pemain-pemain muda menerusi perlawanan yang kompetitif untuk mempersiapkan mereka sebelum menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.", "Bagaimanapun, belum ada sebarang tarikh penganjuran saingan setakat ini dan ianya diumumkan secara rasmi oleh MHC dalam masa yang terdekat.", "“Ini adalah permulaan dimana kita hendak mengadakan satu liga yang mantap dan akan disaingi oleh semua pemain-pemain remaja hoki di tanah air, ", "“Perkara ini cukup penting untuk kami memilih dan mengasah bakat untuk kami ada satu pasukan hoki negara yang kuat mampu bersaing dengan gergasi-gergasi dunia pada tahun 2023,” kata Subahan menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman sosial Malaysian Hockey League, baru-baru ini.", "Artikel Berkaitan: Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023", "Pada masa yang, beliau mengharapkan pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian dapat menyiapkan pasukan yang mantap untuk mengharungi kejohanan Liga Hoki Remaja ini.", "Beliau turut memaklumkan, barisan kejurulatihan skuad kebangsaan akan memerhatikan saingan ini bagi untuk menilai pemain yang berbakat untuk disenaraikan dalam skuad kebangsaan.", "“Ini adalah cukup penting kerana dalam kejohanan ini semua jurulatih-jurulatih kebangsaan negara yang khususnya terlibat dengan pasukan remaja negara akan menggunakan kejohanan ini sebagai satu medan dimana mereka akan memilih bakat-bakat yang dilihat untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan,” ", "“Pada tahun 2023, Malaysia pastinya perlu menyiapkan satu pasukan yang gagah dan kuat untuk dapat membuat satu kejutan yang besar kepada peminat hoki dunia dimana kita pastinya mencapai satu keputusan yang akan membanggakan seluruh rakyat Malaysia,” tambahnya.", "Untuk makluman, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) telah mengumumkan Malaysia terpilih sebagai tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2023, pada jumaat lalu.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207093/", "headline": "\nBasikal Perlu Lesen & Plat? – Ini Komen Pelumba Negara, Azizulhasni Awang\n", "content": ["Tular di laman sosial bahawa Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) sedang mengkaji keperluan untuk mendaftar, melesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran untuk penunggang basikal dan basikal di negara ini.", "Ianya bertujuan untuk menjaga keselamatan penunggang basikal yang kian bertambah akhir-akhir ini daripada terdedah kemalangan jalan raya.", "Perkara tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai. Jika ditinjau di laman sosial, terdapat segelintir yang menyokong cadangan itu namun majoritinya menolak atas pelbagai sebab.", "Dan cadangan kajian daripada MIROS tersebut turut mendapat maklum balas daripada pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman.", "“Ramai yang minta saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini.”", "“Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin kerana kalau nak cerita dengan lebih terperinci mungkin agak panjang huraian dan penjelasannya.”", "“Pertamanya, idea/cadangan ini bagus tetapi bagi saya ianya adalah pilihan yang terakhir kerana ada banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi saya perlu/boleh di aplikasi terlebih dahulu.” tulis Azizulhasni membuka bicara menerusi laman sosialnya.", "Azizul yang merupakan juara acara keirin Kejohanan Trek Dunia 2017 mencadangkan tiga solusi bernas bagi melindungi kedua-dua penunggang basikal dan pengguna jalan raya yang lain. ", "Berikut adalah tiga cadangan yang diberikannya:", "Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. ", "Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya. ", "Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bila tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. ", "Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.", "Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal di mana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh di sini tanpa gangguan kenderaan lain.", "Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport. Trek berbasikal ini amat popular di Bangkok dan mempunyai jarak 23.5 kilometer satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. ", "Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000 kilometer dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. ", "Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala Le Tour de Langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000 kilometer tu akan dapat certificate.", "Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu turut menambah, “Katakan kita pilih jalan terakhir iaitu aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan mempunyai hak yang sama di atas jalan raya. ", "“Maka perlu di bina infrastruktur khas kepada penunggang basikal ini seperti laluan khas basikal serta tempat parking basikal di kebanyakan tempat.” ", "“Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah. Seperti negara Belanda, basikal merupakan antara pengangkutan harian untuk ke tempat kerja, di sana ada laluan khas dan tempat parking basikal khas di merata-rata.”", "“Di Melbourne, Australia pula mempunyai bike paths/trails yang khas. Anda boleh google Melbourne Bike Grid Map dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ianya bersambung antara satu sama lain dan sangat efektif untuk digunakan.”", "“Malah ramai yang memilih untuk berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ianya juga menjadi produk pelancongan di mana kita boleh berkayuh sambil menikmati sejarah serta keindahan kota Melbourne.”", "“Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat ini tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunapakai. ", "“Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960-an.” ", "“Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011.”", "“Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plat ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu.”", "“Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif.”", "“Antara beberapa faktor utama ianya ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu. ", "“Keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat.”", "“Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal.”", "“Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sihat walafiat,” ", "“kalau di tackle dengan betul mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan), basikal ni pun negara maju lain considered as clean, quiet and green.”", "“Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi dari sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.”", "“Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk mendapatkan lesen ini, mane boleh bagi lesen suka-suka hati je kan.” ", "“Jadi perlu di fikirkan pula untuk ada satu sistem seperti pengguna kenderaan yang lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen mereka.” ", "“Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pulak kan. Banyak yang saya nak huraikan tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini sahaja dulu buat masa ini.” ", "“Kesimpulannya bagi saya adalah jika nak bina bike lane atau laluan khas seperti negara-negara maju lain itu mungkin agak complicated sedikit infact kita sudah cuba dulu dan gagal.” ", "“Nak bina sebuah infrastruktur khas ini adalah a different level of funding dan memerlukan dana yang besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang – ekonomi kurang stabil).”", "“Oleh sebab itu bagi saya mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dahulu point saya 1 dan 2 dahulu (kalau boleh 3 lagi bagus),", "“Mungkin ada banyak lagi idea-idea bernas dari rakyat Malaysia yang lain sebelum idea lesen dan plat diguna pakai.”", "“Atau mungkin juga sudah sampai masanya untuk diberikan pengiktirafan undang-undang (Recognition of Law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna-pengguna jalan raya yang lain?” ujar Azizul menutup bicara.", "Featured Image: Kuala Lumpur 2017"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322236/", "headline": "\nAL Sports x Iktikaf Alif Bawakan Baju Melayu Berharga RM169 Sepasang\n", "content": ["Jenama barangan sukan milik Al-Ikhsan iaitu AL Sports tampil bekerjasama dengan Iktikaf Alif bagi membawakan baju melayu bagi lelaki dewasa dan kanak-kanak serta kurta menjelang Raya Aidilfitri.", "Bagi baju melayu dewasa, ianya didatangkan dengan dua variasi rekaan iaitu regular fit dan slim fit. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, navy, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu. Sepasang baju melayu ini diletakkan tanda harga RM169 sepasang.", "Manakala bagi baju melayu kanak-kanak pula, ianya hadir dalam versi rekaan regular fit sahaja dengan harga RM129 sepasang.", "Selain daripada baju melayu, AL Sports x Iktikaf Alif turut mengeluarkan kurta dengan pilihan satu butang atau tiga butang. Kurta ini hadir dengan pilihan warna merah, perang, hitam, hijau dan biru dengan tanda harga RM99 sehelai.", "Baju melayu serta kurta yang dilengkapi dengan teknologi Pesak Ventech ini boleh mula dibeli di laman sesawang www.al-ikhsan.com bermula hari ini. Manakala untuk pembelian secara fizikal pula boleh didapati di cawangan berikut bermula Isnin (13 Mac) hadapan:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110819/", "headline": "\nOlimpik 2020: Sepanyol Bariskan Cabellos, Asensio, Merino Serta 6 Pemain Skuad Senior\n", "content": ["Skuad Olimpik Sepanyol yang dibimbing oleh Luis de la Fuente telah mengumumkan senarai 22 pemain yang akan beraksi dalam saingan bola sepak lelaki pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo bermula 22 Julai kelak.", "Saingan temasya yang diadakan setiap empat tahun sekali ini turut membenarkan pasukan-pasukan yang bertanding menyenaraikan tiga pemain yang berusia 23 tahun ke atas. Bagi tiga pemain tersebut, Sepanyol mempertaruhkan Dani Cabellos (24 tahun), Marco Asensio dan Mikel Merino (25 tahun).", "Daripada senarai 22 pemain tersebut, Fuente turut menyenaraikan enam pemain daripada skuad senior yang sedang beraksi di pentas eropah, Euro 2020 pada saat ini. Mereka ialah Unai Simon, Eric Garcia, Pau Torres, Pedri, Mikel Oyarzabal dan Dani Olmo.", "Menurut makluman, kesemua pemain ini kecuali yang sedang beraksi bersama skuad senior akan mula berkumpul pada hari ini bagi mengikuti kem latihan pusat sebagai persediaan sebelum berlepas ke Tokyo.", "Senarai penuh 22 pemain Skuad Olimpik Sepanyol:", "Penjaga Gol: Alvaro Fernandez (Huesca), Unai Simon (Athletic Club), Alex Domínguez (Las Palmas).", "Pertahanan: Oscar Mingueza (Barcelona), Jesus Vallejo (Granada), Eric Garcia (Barcelona), Pau Torres (Villarreal), Oscar Gil (Espanyol), Juan Miranda (Real Betis).", "Pemain Tengah: Marc Cucurella (Getafe), Jon Moncayola (Osasuna), Martin Zubimendi (Real Sociedad), Dani Ceballos (Real Madrid), Mikel Merino (Real Sociedad), Carlos Soler (Valencia), Pedri (Barcelona).", "Penyerang: Bryan Gil (Sevilla), Marco Asensio (Real Madrid), Dani Olmo (RB Leipzig), Mikel Oyarzabal (Real Sociedad), Rafa Mir (Wolves), Javi Puado (Espanyol)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324370/", "headline": "\nPemenang Piala Dunia Tinggalkan PSG Hujung Musim 2022-23\n", "content": ["Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan bakal kehilangan khidmat pemenang Piala Dunia FIFA 2022, Lionel Messi apabila kontraknya tamat pada penghujung saingan Ligue 1.", "Pengesahan ini hadir menerusi ketua jurulatih skuad berjulukan Les Parisiens, Christopher Galtier ketika berucap dalam sidang media praperlawanan menentang Clermont Foot – perlawanan terakhir Ligue 1 musim ini.", "“Esok merupakan perlawanan terakhirnya di Parc des Princes. Saya harap dia diberikan sambutan yang paling hangat.” ujar pengendali kelahiran Perancis berusia 56 tahun terbabit.", "Sepanjang musim ini, Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali memainkan peranan yang cukup penting dalam membantu PSG meraih kejuaraan Ligue 1 dengan baki lima perlawanan.", "Berdasarkan rekod, musim kedua penyerang berusia 35 tahun ini bersama PSG menyaksikannya berhasil meledak 21 gol serta mecipta 20 bantuan gol (assist) dalam kesemua kejohanan musim ini.", "Sebagai tambahan, Messi menyertai kelab gergasi Perancis ini tanpa sebarang yuran perpindahan sekitar Ogos 2021 selepas lebih dua dekad beraksi bersama kelab yang baraksi dalam saingan La Liga iaitu FC Barcelona. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215356/", "headline": "\nMU Atur 3 Perlawanan Persahabatan Menentang Terengganu, Selangor & JDT\n", "content": ["Skuad Melaka United (MU) bimbingan jurulatih baharu, Risto Vidakovic akan beraksi dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum memulakan saingan Liga Super, bulan hadapan.", "Menurut laporan akhbar tempatan, Harian Metro, pengurus pasukan MU, Muhammad Akram Abdullah memaklumkan skuad Hang Tuah itu akan bertemu Terengganu, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Perlawanan ini diatur supaya dapat memantapkan persembahan setiap posisi disamping menyesuaikan pemain-pemain dengan corak permainan seperti yang dimahukan oleh jurulatih Bosnia & Herzegovina itu.", "Sementara itu, turut dimaklumkan, empat daripada lima pemain importnya telah menyertai latihan bersama pasukan. Empat permain tersebut ialah Sony Norde, Adriano, Emmanuel Oti dan Justin Baas.", "Bagaimanapun, kelibat seorang lagi pemain import merangkap penjaring terbanyak saingan Liga Super 2021 dengan rekod 26 gol masih lagi belum kelihatan bersama skuad MU.", "Untuk makluman semua, MU akan membuka saingan Liga Super musim ini dengan menentang Petaling Jaya City FC (PJ City) pada 5 Mac hadapan.", "Featured Image: Melaka United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220656/", "headline": "\nRanking BWF: Pearly-Thinaah Duduki Tangga Kelapan Dunia Buat Julung Kali\n", "content": ["Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menghuni kelompok lapan beregu wanita terbaik dunia buat kali pertama dalam karier mereka, pada minggu ini.", "Pemain yang berusia 22 dan 24 tahun masing-masing ini berada dalam kelompok tersebut selepas kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Kedudukan itu diduduki oleh Pearly-Thinaah selepas mengumpul 68,305 mata sekaligus membolehkan mereka melonjak satu anak tangga berbanding yang didudukinya pada minggu lalu.", "Lonjakan satu anak tangga ini turut disumbangkan menerusi kejayaan Pearly-Thinaah menjuarai saingan Terbuka Perancis baru-baru ini selain penolakan pungutan mata beberapa kejohanan-kejohanan pada tahun 2019 yang menjejaskan kedudukan penghuni ranking kelapan sebelum ini, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.", "Sementara itu, kemaskini pada minggu ke-46 ini turut memperlihatkan beregu wanita negara yang lain melonjak satu anak tangga masing-masing seperti Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (ke-25), Anna Cheong-Teoh Mei Xing (ke-26) dan Low Yeen Yuan-Valeree Siow (ke-44).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113109/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja 2021: Malaysia Berhadapan Belgium, Afrika Selatan & Chile Pada Peringkat Kumpulan\n", "content": ["Skuad hoki lelaki remaja Malaysia bakal menghadapi cabaran daripada Belgium, Afrika Selatan dan Chile dalam saingan peringkat Kumpulan A pada kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 kelak.", "Perkembangan mengenai hasil undian peringkat kumpulan itu disampaikan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menerusi satu makluman oleh badan induk sukan terbabit semalam.", "Selain itu, FIH turut mengeluarkan jadual kejohanan yang akan berlangsung bermula 24 November bertempat di Bhubaneswar, India. Kejohanan akan bermula dengan perlawanan pembukaan membabitkan Belgium menentang Afrika Selatan di Stadium Kalinga.", "Sementara itu, skuad remaja Malaysia pula telah melakukan persiapan awal untuk mengharungi kejohanan ini dengan mengadakan Siri Jelajah United Kingdom 2021.", "Jelajah tersebut telah memberikan ruang kepada pemain-pemain remaja Malaysia untuk menguji kekuatan berhadapan dengan beberapa pasukan seperti Repton HC, Hampstead & Westminster HC, Wales B-23, England B-21 dan Scotland B-23.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215060/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Syed Modi, Wei Chong-Kai Wun Kini ‘Top 45’ Dunia\n", "content": ["Kejuaraan yang diraih saingan Antarabangsa Syed Modi 2022, Ahad lalu, menjadikan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun sebagai 45 beregu lelaki terbaik dunia, pada minggu ini.", "Wei Chong dan Kai Wun memasuki kelompok berkenaan selepas kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam. ", "Pemain yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini muncul juara di kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 itu selepas menumpaskan beregu tuan rumah, Krishna Garaga dan Vishnuvardhan Panjala secara ‘straight set’ di pentas akhir.", "Pada masa yang sama, satu lagi pasangan beregu pelapis negara iaitu Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang berusia 19 tahun masing-masing ini turut meraih peningkatan yang memberangsangkan.", "Walaupun sekadar beraksi di Pusingan 32 dalam kejohanan yang sama, beregu yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ ini berhasil meraih peningkatan 5 anak tangga sekaligus meletakkan mereka dalam kelompok 99 beregu terbaik dunia, buat pertama kali dalam karier mereka.", "Sementara itu, tiada perubahan ranking melibatkan tiga beregu terbaik negara pada minggu ini. Gandingan Aaron-Wooi Yik, Yew Sin-Ee Yi dan Sze Fei-Izzuddin kekal di tangga ke-7, ke-11 dan ke-17 masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322276/", "headline": "\nKontinjen Malaysia Hantar 677 Atlet Ke Sukan SEA Kemboja 2023\n", "content": ["Seramai 677 atlet secara keseluruhan terpilih bagi membentuk Kontinjen Malaysia untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan dwitahunan rantau asia tenggara, Sukan SEA Kemboja 2023.", "Pemilihan 677 atlet dalam temasya yang akan berlangsung mulai 5hb hingga 17hb Mac itu diumumkan secara rasmi oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu majlis yang turut menyerahkan Watikah Pemilihan oleh presidennya, Tan Sri Dr. Norza Zakaria kepada wakil untuk 914 orang anggota Kontinjen Malaysia, semalam.", "Difahamkan, para atlet yang dipilih ini telah melalui proses saringan dalam Jawatankuasa Pemilihan MOM yang bersidang pada 14hb Februari dan 3hb Mac. Kriteria pemilihan adalah berpandukan kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:", "Sementara itu, senarai 34 jenis sukan yang akan ditandingi oleh atlet-atlet Malaysia adalah seperti berikut:", "Untuk makluman semua, selain 677 orang atlet, Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA kali ke-32 ini turut diiringi seramai 237 orang pegawai.", "Featured Image: Majlis Olimpik Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321849/", "headline": "\nHarga Pas Bermusim Mampu Milik Selangor FC Diumumkan – RM199 Bagi Kategori Terbuka\n", "content": [" Harga pas bermusim Selangor FC yang mampu milik dengan tawaran akses asas kemasukan ke stadium sepertimana bayangan dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Johan Kamal Hamidon diumumkan secara rasmi pada hari ini.", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Red Giants terbabit, harga Pas Bermusim bagi kategori Terbuka (dewasa) adalah RM199.", "Pembeli pas bermusim ini akan dapat menikmati akses masuk ke stadium untuk semua perlawanan ‘home’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia (tidak termasuk perlawanan akhir).", "Manakala Pas Bermusim ‘KIDS’ (kanak-kanak berusia 12 tahun & ke bawah sahaja) pula dijual pada harga RM49.", "Bagaimana untuk mendapatkan Pas Bermusim Selangor FC 2023? 🔴🟡", "Ikuti 5 langkah mudah seperti yang tertera di infografik yang disediakan. #MKLK#KitaSelangor", "— Selangor FC (@selangorfc) February 13, 2023", "Dua kelebihan diberikan kepada pemegang pas bermusim ini iaitu kemasukan ke dalam stadium melalui pintu khas sekaligus mengelakkan daripada beratur panjang serta keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir.", "Satu lagi tawaran oleh Selangor adalah Pas Bermusim Grandstand yang diletakkan tanda harga RM299 untuk dewasa dan juga kanak-kanan.", "Pas ini memberikan para pemegangnya akses untuk menonton semua perlawanan ‘home’ bagi perlawanan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dari kawasan tempat duduk grandstand disamping mendapat snek atau minuman percuma. Keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir turut diberikan.", "Untuk makluman, Dr. Johan ketika ditemui pada penghujung bulan lalu menyatakan pas bermusim dengan tawaran asas yang memfokuskan kemasukan ke stadium sahaja adalah satu strategi yang baik daripada pihaknya untuk menawarkan harga mampu milik kepada para penyokong.", "Sebagai tambahan, pas bermusim ini dikhususkan untuk pemegang Red Giants Team Card (RGTC) sahaja dan pendaftaran bagi pas bermusim ini dibuka bermula hari ini sehingga 6 Mac 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220432/", "headline": "\nFaiz Nasir Kekal Bersama Terengganu Sehingga 2024 Biarpun Status Nafuzi Masih Menjadi Tanda Tanya\n", "content": ["Pemain lincah bertubuh kecil, Faiz Nasir akan kekal menyarung jersi kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC sekurang-kurangnya dua tahun lagi.", "Ini selepas Terengganu mengesahkan pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak lanjutan yang mengekalkannya bersama skuad Hitam Putih sehingga penghujung 2024.", "Perkembangan itu diumumkan oleh Terengganu menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam. Pada masa yang sama, pengumuman ini sekaligus menolak segala desas-desus yang mengaitkannya dengan penghijrahan ke kelab lain, musim hadapan.", "🏴🏳️FAIZ NASIR TANDATANGANI KONTRAK LANJUTAN SEHINGGA 2024 : “TERENGGANU FC ADALAH SEGALANYA BUAT SAYA” 🏴🏳️", "Baca selanjutnya di ⬇️⬇️⬇️https://t.co/C9Oblm2OMK#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite pic.twitter.com/QhHi2f1q5Q", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 31, 2022", "Menariknya, Faiz yang turut mendapat julukan “Messi” ini bersetuju dengan lanjutan tersebut tatkala status ketua jurulatih Terengganu pada musim hadapan masih menjadi tanda tanya.", "Untuk makluman semua, ketua jurulatih sedia ada, Nafuzi Zain telah ditawarkan kontrak lanjutan selama setahun pada minggu lalu. Dia diberikan tempoh selama 14 hari untuk menerima atau tidak tawaran terbabit.", "Sekiranya Nafuzi tidak menerima tawaran itu, Terengganu akan beralih kepada calon-calon lain bagi membimbing skuad itu mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim hadapan.", "Sementara itu, kesinambungan daripada lanjutan ini, Faiz turut berharap dapat mengakhiri karier bola sepaknya bersama Terengganu.", "Sebagai rekod, Faiz mula menyertai Terengganu pada tahun 2017 sehingga 2018. Kemudiannya, pemain kelahiran Pasir Mas ini berhijrah selama semusim bersama Selangor FC sebelum semula kepada Terengganu di bawah kendalian Nafuzi pada tahun 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220321/", "headline": "\nRanking BWF: Lee Zii Jia No.2 Dunia, Leong Jun Hao Naik 28 Anak Tangga\n", "content": ["Saingan badminton antarabangsa pada minggu lalu menyaksikan dua perseorangan lelaki negara iaitu Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao berhasil meraih gelaran naib juara dan juara dalam saingan yang disertai masing-masing.", "Selaras dengan kejayaan itu, kedua-dua perseorangan lelaki ini merekodkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia selepas kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Zii Jia yang menamatkan saingan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF selaku naib juara telah memberikannya 9,350 mata sekaligus melonjakkannya ke tangga kedua ranking dunia pada minggu ini – kedudukan tertinggi dalam karier badmintonnya setakat ini.", "Sementara itu, Jun Hao, 23 tahun, yang merangkul kejuaraan Indonesia Masters 2022 bertaraf Jelajah Super 100 BWF pada Ahad lalu pula memberikannya 5,500 mata.", "Dengan pungutan mata tersebut, ia membolehkan Jun Hao merekodkan langkauan sebanyak 28 anak tangga sekaligus meletakkannya di tangga ke-73 pada minggu ini.", "Pada masa yang sama, kemaskini terbaru oleh BWF turut memperlihatkan beberapa perseorangan lelaki negara yang lain meraih peningkatan.", "Antaranya, naib juara Indonesia Masters, Cheam June Wei yang memungut 4,680 mata dan merekodkan 14 anak tangga kini menghuni tangga ke-51 dunia. ", "Perseorangan senior, Liew Daren yang terkandas di Pusingan 32 Terbuka Denmark juga tidak ketinggalan meraih sedikit peningkatan iaitu naik satu anak tangga dan menghuni ranking ke-28 dunia.", "Featured Image: Victor Facebook & Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110205/", "headline": "\nDato’ Seri Vida Janji Tak Cat Stadium Perak Warna ‘Pink’\n", "content": ["Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman berjanji tidak akan menukar warna Stadium Perak kepada warna merah jambu atau ‘pink’ sekiranya mengambil alih Perak FC.", "Usahawan yang menetap di Ipoh ini dilihat mempunyai perancangan lain terhadap pasukan yang bergelar The Bos Gaurus ini dan bukannya mahu menukar warna stadium dan jersi semata-mata.", "Tambahan pula, stadium yang mampu memuatkan hampir 30,000 penonton itu pula berada dalam kondisi terbaik selepas menjalani proses naik taraf pada tahun 2018 lalu.", "“Jangan bimbang. Keadaan berubah dan zaman ‘pink-pink‘ pun sudah berlalu, sekarang tidak lagi relevan.", "“Banyak benda lain yang kita boleh buat untuk Bos Gaurus, bukan hanya setakat menukar warna stadium dan jersi. ", "“Lagipun Stadium Perak memang cantik, buat apa nak tukar,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.", "Baca: Dato’ Vida Sedang Kaji Pro & Kontra Beli Perak FC", "Baca: Dato’ Seri Vida Tanya Patutkah Dia Miliki Perak FC Sambil Membuat Tinjauan di Stadium", "Minggu ini, beliau yang lebih mesra dengan panggil sebagai Dato’ Seri Vida dilaporkan oleh media sedang berkira-kira untuk mengambil alih pasukan Perak yang bersaing dalam kancah Liga Super.", "Hasratnya itu menimbulkan keresahan buat penyokong Perak kerana teringatkan penglibatannya selaku penaja pasukan Kelantan pada tahun 2016.", "Pada ketika itu, beliau meletakkan syarat untuk mengecat Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan warna ‘pink’ dan memperkenalkan jersi warna yang sama sebagai syarat untuknya menjadi penaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207141/", "headline": "\nLee Chong Wei Dipilih Pemain Badminton Terbaik Dekad 2010-2019\n", "content": ["Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dipilih sebagai Men’s Shuttler of The 2010s oleh pengguna Twitter dalam satu undian yang dilakukan oleh laman sosial rasmi, Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Dalam undian tersebut, seramai 16 atlet badminton lelaki dengan kejuaraan kejohanan utama terbanyak dari tahun 2010 sehingga 2019 dipertandingkan dalam format kalah mati – empat pusingan pengundian.", "The true measure of @LeeChongWei’s 🇲🇾 greatness was his consistency at the very top level of the game.#BadmintonIconshttps://t.co/jSlhUdXBNN", "Chong Wei telah mengumpul undian terbanyak mengatasi Chen Long (China) pada peringkat pusingan ke-16, Lee Yong Dae (Korea) pada saingan suku akhir, Mohammad Ahsan (Indonesia) ketika di saingan separuh akhir dan Hendra Setiawan (Indonesia) pada pusingan akhir.", "“Ini merupakan kejuaraan pertama yang dimenangi tanpa setitik peluh. Terima kasih atas undian anda semua.” tulis pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu.", "Untuk makluman, Chong Wei yang berusia 37 tahun terpaksa mengumumkan menggantung raketnya pada tahun lalu ekoran masalah kesihatan yang dihadapi tidak mengizinkannya untuk meneruskan latihan pada intensiti tinggi.", "Featured Image: Lee Chong Wei"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215008/", "headline": "\nBekas Pemain Divisyen 4 Brazil Kekal Bersama Melaka United\n", "content": ["Pasukan Liga Super, Melaka United mengumumkan bekas pemain tengah menyerang (attacking midfielder) yang beraksi di saingan divisyen keempat Brazil atau dikenali sebagai Serie D dikekalkan untuk musim 2022.", "Individu yang dimaksudkan itu ialah Adriano Aparecido Narcizo, berusia 27 tahun, merangkap bekas pemain Galvez Esporte Clube. Perkara ini diumumkan secara rasmi di pelbagai platform media sosial milik skuad Hang Tuah, semalam.", "Melaka United FC turut mengumumkan Pemain Tengah import dari Brazil, Adriano Narcizo sah kekal bersama pasukan musim ini.Semoga 2022 bakal menjadi musim yang lebih berjaya juga buat Adriano dan Melaka United FC.#Adriano#ContractRenewal#MelakaUnitedFC2022#AllUniteforMelaka pic.twitter.com/ZbxrWBkH1U", "Menurut makluman itu juga, Adriano yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua dikekalkan atas faktor membawa impak yang besar kepada Melaka United pada musim lalu biarpun kali pertama beraksi dalam saingan Liga Malaysia.", "Pemain ini telah menyumbang enam gol serta mencipta lapan ‘assists’ yang membantu Melaka United terselamat dari terhumban ke saingan Liga Premier. Malahan, kelibatnya juga telah membantu Melaka United mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia.", "78' GOL | Sony Norde menyudahkan \"gameplay\" yang menarik untuk gol kedua tuan rumah malam ini!@MelakaUnitedFC 2-0 @SabahFCofficial #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/GH24XrDrI0", "Dalam satu makluman yang lain, Melaka United turut mengumumkan mengekalkan khidmat pemain sayap lincah, Sony Norde dari Haiti untuk musim ketiga. Pemain berusia 32 tahun ini menyumbang lapan gol serta merekodkan lima ‘assists’ buat Melaka United, sepanjang musim lalu.", "Featured Image: Melaka United Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323845/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Hoki Lelaki Sumbang Pingat Emas Ke-32 Buat Kontinjen Malaysia\n", "content": ["Kontinjen Malaysia kini meraih meraih 32 pingat emas di temasya Sukan SEA 2023 selepas skuad hoki padang lelaki berjaya menumpaskan Singapura dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.", "Skuad kendalian Amin Rahim mendapatkan kilauan pingat tersebut setelah berjaya menundukkan pasukan dari negara seberang tambak itu dengan keputusan 3-0 hasil jaringan berganda daripada Muhammad Amirul Hamizan Azahar dan satu jaringan oleh Alfarico Lance Liau Jr.", "Bagaimanapun, Malaysia terlebih dahulu ketandusan jaringan pada suku pertama permainan sebelum ianya menjelma pada suku kedua dan diikuti dengan suku ketiga dan keempat permainan.", "Temasya Sukan SEA Ke-32 : Kategori Wanita", "Penentuan Pingat Emas (Selasa – 16 Mei 2023)", "4' FG Natthakarn Aunjai (THA)6' PC Siti Nur Arfah Mohd Nor18' PS Nuraini Abdul Rashid29' PC Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad", "— MHC (@hockeymalaysia) May 16, 2023", "Kemenangan ini sekaligus mengulangi pencapaian skuad negara pada Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur – edisi terakhir ianya dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA.", "Untuk rekod, ini juga merupakan pingat emas ke-16 dimenangi skuad negara dalam acara hoki padang bagi kategori lelaki sejak ianya dipertandingan bermula temasya Sukan SEA 1971.", "Sebagai tambahan, Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk membawa pulang 40 pingat emas daripada temasya Sukan SEA yang berlangsung di Kemboja pada kali ini.", "Featured Image: Malaysian Hockey Cenfederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218456/", "headline": "\nPertahanan Argentina, Lisandro Martinez Setuju Sertai Manchester United\n", "content": ["Pemain kelahiran Argentina, Lisandro Martinez dimaklumkan telah mencapai kesepakatan untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United (Man Utd).", "Menurut laporan media, pertahanan berusia 24 tahun dari kelab yang menjuarai Liga Belanda, Ajax Amsterdam itu akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama skuad Red Devils. ", "Man Utd didedahkan akan mengeluarkan wang sekitar €57 juta bagi mendapatkan khidmat Martinez dari Ajax serta tambahan sebanyak €10 juta berdasarkan bonus dan persembahan.", "An agreement has been reached for the transfer of Lisandro Martinez 🔴🇦🇷#MUFC || @LisandrMartinez", "— Manchester United (@ManUtd) July 17, 2022", "Bagaimanapun, kemasukan pemain baharu yang ketiga ke dalam skuad Man Utd pada jendela perpindahan pada kali ini bergantung kepada pemeriksaan kesihatan, syarat-syarat pemain dan keperluan visa United Kingdom (UK).", "Untuk makluman semua, selain daripada pertahanan tengah, Martinez yang berkaki kidal ini turut mampu beraksi sebagai pertahanan kiri serta pemain tengah bertahan.", "Sejak menyertai Ajax pada 2019, Martinez telah merekodkan 118 penampilan, menjaringkan enam gol serta mencipta enam bantuan gol (assist) kepada rakan sepasukannya.", "Kesemua rekod ini telah membantu Ajax menjuarai saingan Liga Belanda sebanyak dua kali serta Piala KNVB dan Perisai Johan Cryuff.", "Bersama skuad kebangsaan Argentina pula, Martinez mempunyai 7 penampilan dan merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Copa America 2021.", "Featured Image: AFA – Seleccion Argentina"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323452/", "headline": "\nRonaldo Rampas Kedudukan Messi Dalam Senarai 10 Atlet Berpendapatan Tertinggi Dunia 2023 Oleh Forbes\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan Portugal dan Al Nassr, Cristiano Ronaldo muncul sebagai Atlet Berpendapatan Tertinggi Dunia 2023 menurut Forbes sekaligus merampas kedudukan itu daripada seterunya, Lionel Messi yang menerajui senarai itu pada tahun lalu.", "Senarai terbaru yang dikeluarkan Forbes semalam meletakkan Ronaldo yang berusia 38 tahun terbabit di tempat pertama selepas menerima pendapatan berjumlah AS$136 juta dengan pendapatan dalam padang dan luar padangnya bernilai AS$46 juta dan AS$90 juta masing-masing.", "Dalam senarai yang dikeluarkan Forbes pada tahun lalu, Ronaldo menghuni tangga ketiga dengan jumlah pendapatan bernilai AS$115 juta.", "Sementara itu, Messi yang memenangi Ballon d’Or sebanyak tujuh kali serta membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 pula menghuni tangga kedua pada tahun ini dengan menjana pendapatan sebanyak AS$130 juta – sama seperti tahun lalu. Jumlah itu disumbangkan sama banyak daripada pendapatan dalam dan luar padang yang bernilai AS$65 juta masing-masing.", "The World’s 10 Highest-Paid Athletes 2023 https://t.co/DOkj5zKLAP by @thebrettknight pic.twitter.com/KWRmTSc6rI", "— Forbes (@Forbes) May 2, 2023", "Tempat ketiga pula menjadi milik rakan sepasukan Messi di Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Kylian Mbappe yang meraih AS$120 juta setahun dengan pendapatan dalam padangnya bernilai AS$100 juta dan luar padangnya menyumbang sebanyak AS$20 juta.", "Tujuh lagi atlet yang melengkap senarai ini adalah seperti berikut:", "#4 Le Bron James (Bola Keranjang) – AS$119.5 juta", "#5 Canelo Alvarez (Tinju) – AS$110 juta", "#6 Dustin Johnson (Golf) – AS$107 juta", "#7 Phil Mickelson (Gold) – AS$106 juta", "#8 Stephen Curry (Bola Keranjang) – AS$100.4 juta", "#9 Roger Federer (Tenis) – AS$95.1 juta", "#10 Kevin Durant (Bola Keranjang) – AS$89.1 juta", "Untuk makluman semua, Forbes menyenaraikan atlet-atlet ini berdasarkan pendapatan dalam padang yang merangkumi gaji, bonus dan wang ganjaran kemenangan yang diperolehi antara 1 Mei 2022 hingga 1 Mei 2023. ", "Pendapatan luar padang pula adalah anggaran perjanjian penajaan, yuran penampilan, memorabilia dan pendapatan daripada pelesenan serta pulangan tunai hasil operasi bisnes oleh atlet-atlet ini selama 12 bulan bagi tempoh tarikh yang sama dinyatakan di atas.  ", "Featured Image: Al Nassr Saudi Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112832/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: Tak Mustahil Skuad Muda Malaysia Mara ke Final\n", "content": ["Walaupun pasukan lelaki Malaysia dianggotai oleh rata-rata pemain yang muda, ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk mara ke pentas akhir dalam kejohanan Piala Thomas 2020.", "Malahan bekas pemain perseorangan negara merangkap pemenang Piala Thomas 1992, Datuk Rashid Sidek berpandangan peluang semua pasukan untuk muncul juara terbuka luas termasuk pasukan Malaysia.", "Menurut laporan Harian Metro, beliau memerhatikan kebanyakan pemain-pemain utama dunia gagal mempamerkan aksi yang sebenar mereka selepas temasya Sukan Olimpik sekaligus memberi peluang kepada para pemain muda untuk menyerlah.", "“Kalau masih ingat, skuad negara yang beraksi pada 2014 di New Delhi tidak diberikan sebarang harapan. Tapi kita berjaya mara sehingga ke final dan hampir muncul juara sebelum tewas kepada Jepun.", "“Jadi, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita melakukannya sekali lagi pada edisi tahun ini walaupun pasukan kita dibarisi pemain muda.", "“Bagi saya, pemain muda perlu memanfaatkan peluang beraksi dalam kejohanan besar seperti ini untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Tunjukkan komitmen 100 peratus dan tidak perlu takut.", "“Kalah atau menang itu adat pertandingan, yang penting tunjukkan semangat juang tinggi,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Artikel Berkaitan: Rashid Sidek Akan Terus Melatih Liek Hou Sehingga Paralimpik 2024", "Pada masa yang sama, Rashid yang juga merupakan jurulatih kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, Cheah Liek Hou melihat pemain perseorangan, Lee Zii Jia dan beregu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal menjadi taruhan utama untuk memungut mata buat pasukan Malaysia.", "Untuk makluman semua, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Jepun dan Kanada sementara England telah mengumumkan menarik diri kerana kecederaan melibatkan beberapa pemain utama.", "Perlawanan pertama melibatkan pasukan Malaysia  menentang Kanada dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober bermula jam 1 pagi waktu Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro dan RTM."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322778/", "headline": "\nAzizulhasni Terbayang Karipap Inti Oksigen, Martabak Hangit Sebelah\n", "content": ["Tatkala sedang giat menjalani latihan dalam keadaan berpuasa di Palma de Mallorca – sebuah kepulauan yang terletak di perairan Mediterranean, jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memikirkan peluang buat dirinya untuk merasai juadah yang tular terjual di bazar-bazar Malaysia.", "Namun begitu, pelumba berusia 35 tahun ini tidak membayangkan juadah-juadah yang mengiurkan. Sebaliknya, apa yang terbayang di fikirannya adalah karipap inti oksigen, martabak hangit serta sup kaki ayam tak potong kuku.", "A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)", "Perkara tersebut diungkapkan Azizul yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” ini menerusi hantaran di laman sosialnya, pada hari ini.", "Dalam hantaran yang sama, Azizul turut berkongsikan kepenatan atlet menjalani latihan tatkala sedang berpuasa di bulan Ramadan. Sebelum ini, beliau pernah mendedahkan puasa di negara terbabit berlanjutan sekitar 15 jam sehari.", "“Di sinilah kita dapat merasakan yang kekuatan mental itu adalah di atas kekuatan fizikal. Dan ketahuilah anda semua yang di atas kedua-dua kekuatan itu berdirinya kekuatan spiritual.” tulis pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020 terbabit.", "Untuk makluman semua, Azizul bersama-sama pelumba negara yang lain sedang menjalani kem latihan di Sepanyol bagi menyiapkan diri untuk perlumbaan di sekitar eropah kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220896/", "headline": "\nPiala Dunia: Korea Ke Pusingan 16 Selepas Kejutkan Juara Euro 2016\n", "content": ["Skuad bola sepak Republik Korea berjaya merakamkan kemaraan ke Pusingan 16 di pentas Piala Dunia buat pertama kali selepas 12 tahun. ", "Kemaraan skuad berjulukan Taeguk Warriors hasil daripada menciptan kejutan mengalahkan juara Euro 2016 iaitu Portugal dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan H, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Korea berhasil merekodkan kemenangan 2-1 hasil melakukan ‘comeback’ menerusi Kim Young-gwon dan Hwang Hee-chan pada minit 27’ dan 90+1’ masing-masing. Sebelum itu Portugal terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Ricardo Horta pada minit 5’.", "KOREA REPUBLIC ARE THROUGH!#KOR #KOR #KOR", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 2, 2022", "Kemenangan ini membuatkan Korea yang mengumpul 4 mata daripada 3 perlawanan berhasil menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara.", "Walapun dalam satu lagi pertarungan melibatkan Kumpulan H, Uruguay berjaya merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Ghana dan turut mengumpul 4 mata dan memiliki rekod perbezaan gol yang sama, Korea mara atas faktor memiliki rekod jaringan lebih baik berbanding Uruguay.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan ke Pusingan 16 yang pertama buat Korea selepasa 12 tahun. Kali terakhir mereka mara ke peringkat yang sama ketika menyertai saingan Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan pada tahun 2010 yang lalu.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214812/", "headline": "\nTerbuka India: Penyertaan Sulung Peng Soon-Valaree Tamat Di Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan gandingan beregu campuran baharu yang terdiri daripada pemain senior dan junior iaitu Chan Peng Soon dan Valeree Siow tamat di peringkat suku akhir Terbuka India 2022.", "Mereka ditunjukkan jalan keluar oleh beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova yang berada di ranking 19 dunia merangkap pilihan kedua kejohanan.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Quarter final 🇷🇺Rodion ALIMOV🏅21 21 🇷🇺Alina DAVLETOVA🏅14 13 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Valeree SIOW🕗 in 29 minutes https://t.co/xyZwZgDdyo", "Peng Soon-Valeree yang merupakan pilihan kelima kejohanan tumpas secara ‘straight set’ kepada Rodion-Alina dengan keputusan 14-21 dan 13-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri setengah jam. ", "Mengambil kira penyertaan sulung mereka, kemaaraan sehingga ke peringkat suku akhir di kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini merupakan satu ‘benchmark’ yang baik buat gandingan baharu ini.", "Sebagai rekod, Peng Soon-Valeree mara ke peringkat suku akhir setelah mengatasi dua pasangan India, Kashish-Saruni dan Raju-Anees di Pusingan 16 dan Pusingan 32 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322449/", "headline": "\n10 Pencapaian Mesut Ozil Sepanjang Karier\n", "content": ["Pemain tengah, Mesut Ozil yang pernah beraksi bersama Werder Bremen, Arsenal, Real Madrid dan skuad kebangsaan Jerman sah menggantung butnya serta-merta pada usia 34 tahun menerusi satu pengumuman yang disiarkan di pelbagai laman sosial miliknya, semalam.", "Sepanjang 18 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak profesional, Ozil telah beraksi untuk 7 buah kelab sekitar Eropah, menjaringkan 137 gol dan mencatatkan 262 bantuan gol serta merangkul pelbagai piala di dalam kariernya terutamanya yang menjadi idaman ramai – Piala Dunia.", "Berikut adalah 10 pencapaian menakjubkan Mesut Ozil sepanjang kariernya selaku pemain profesional:", "Bersama pasukan kebangsaan Jerman, Mesut Ozil berjaya menjulang piala terulung di dalam sejarah bola sepak – Piala Dunia pada tahun 2014 di Brazil selepas Mario Gotze melakukan jaringan voli pada masa tambahan dalam perlawanan akhir yang mengecewakan skuad Argentina atau nama julukannya, La Albiceleste.", "Mesut Ozil membuktikan dirinya sebagai salah seorang bakat terbaik pada generasinya apabila tersenarai sebanyak 2 kali dalam senarai ‘UEFA Team of the Year’ pada tahun 2012 dan 2013 – meletakkan dirinya berdiri sama tinggi dengan bintang dunia yang juga bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo.", "Tidak keterlaluan untuk mengatakan kejohanan kalah mati menjadi satu kelebihan buat Ozil. Bermula di Jerman, pemain beragama Islam ini berhasil menjulang DFB Pokal bersama Werder Bremen (2008/09) sebelum menjuarai Copa Del Rey di Sepanyol bersama Real Madrid (2010/11) serta merangkul Piala FA Inggeris bersama Arsenal.", "Walaupun kariernya bersama Arsenal berakhir dengan nada sedih, Mesut Ozil telah membantu The Gunners untuk muncul juara Piala FA Inggeris sebanyak 4 kali – 2013/14, 2014/15, 2016/17 & 2019/20.", "Bermula daripada aksi cemerlangnya di Piala Dunia 2010, Mesut Ozil terus mencetus fenomena dengan membolot anugerah individu ‘German Player of the Year’ sebanyak 5 kali dalam tempoh 6 tahun – 2011, 2012, 2013, 2015, 2016.", "Musim 2015/16 merupakan musim yang cukup ajaib di England apabila Leicester City dinobatkan juara dan Mesut Ozil juga mencatatkan bantuan gol terbanyak (19) pada musim yang sama, berbeza 1 bantuan gol dengan pemegang rekod tersebut sepanjang zaman, Thierry Henry dan Kevin de Bruyne (20).", "Mesut Ozil telah mencipta rekodnya yang tersendiri di Premier League selepas meraih 50 bantuan gol dalam hanya 141 perlawanan, kurang 2 perlawanan berbanding Eric Cantona sebelum Kevin de Bruyne memintas dengan 123 perlawanan sahaja diperlukan untuk mencapai angka 50 bantuan gol.", "Menurut Opta, rekod 146 peluang dicipta milik Mesut Ozil merupakan rekod tertinggi pernah dicatatkan Opta sejak musim 2003/04, menyaksikan Kevin de Bruyne di tempat ke-2 dengan 136 peluang dicipta bagi musim 2019/20.", "Sebelum Kai Havertz berpindah ke Chelsea dengan nilai yuran perpindahan sebanyak €70 juta, Mesut Ozil merupakan pemain Jerman termahal yang berpindah dari Los Blancos ke Arsenal dengan nilai perpindahan sebanyak €50 juta.", "Sehingga musim 2016/17, Mesut Ozil merupakan pemegang rekod perpindahan termahal The Gunners dengan €50 juta dilaburkan Arsene Wenger pada musim 2013/14 yang mana ramai mengetahui bertentangan dengan sifat pengendali dari Perancis itu yang suka berjimat cermat.", "18 tahun bukanlah tempoh yang singkat buat salah seorang bakat terbesar yang lebih dikenali sebagai ‘maestro’ bola sepak yang cukup masyhur pada era kegemilangannya sehinggalah detik beliau mengumumkan persaraannya. Danke, Ozil!"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216922/", "headline": "\nRanking BWF: Soong Joo Ven Kini Perseorangan Lelaki No.4 Malaysia\n", "content": ["Pemain bebas (independent), Soong Joo Ven kini meletakkan dirinya sebagai perseorangan lelaki No.4 negara selepas daripada Lee Zii Jia (ke-7), Liew Daren (ke-35) dan Ng Tze Yong (ke-44).", "Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, pemain berusia 26 tahun ini menduduki tangga ke-55 dunia pada minggu ini mengatasi Cheam June Wei yang berada di ranking ke-69.", "Kedudukan itu diraih hasil daripada lonjakan sebanyak 13 anak tangga yang disumbangkan oleh kecemerlangannya mara ke pentas separuh akhir Korea Masters – Jelajah Dunia Super 300 BWF, minggu lalu.", "Bagaimanapun, Joo Ven kempunan untuk ke pentas akhir setelah tumpas di tangan pemain muda Jepun, Kodai Naraoka di peringkat separuh akhir terbabit.", "Sementara itu, kemaskini itu turut memperlihatkan sedikit penurunan melibatkan beberapa perseorangan muda negara.", "Antaranya, Aidil Sholeh dan Leong Jun Hao yang berusia 22 tahun masing-masing merekodkan penurunan satu anak tangga menjadikan mereka berada di kedudukan ke-113 dan ke-122.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110142/", "headline": "\nBerita Tidak Rasmi Lee Tuck Ke Terengganu Undang Reaksi Yang Pelbagai\n", "content": ["Salah seorang bekas pemain Terengganu yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia disahkan akan membuat kepulangan kembali ke skuad berpangkalan ke pantai timur itu secara pinjaman untuk mengharungi baki saingan musim ini.", "Perkhabaran itu dibuat oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu ciapan di akaun media sosialnya, pada hari ini. Difahamkan salah seorang daripada dua pemain import baharu yang diikat oleh Terengganu pada jendela perpindahan kali ini tidak lain dan tidak bukan ialah Lee Tuck.", "Bagaimanapun, tiada sebarang makluman rasmi daripada pihak Terengganu setakat ini namun makluman kembalinya pemain tengah kelahiran Halifax, England telah kecoh dalam kalangan peminat Terengganu serta mengundang reaksi yang pelbagai.", "Menerusi tinjauan di laman sosial kalangan penyokong Terengganu, ada yang menerima baik kepulangan Lee Tuck dan melihat ianya menjadi solusi kepada masalah kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama pasukan seperti Petrus Shitembi, Azalinullah Alias dan Chris Herd.", "Tambahan pula, Lee Tuck telah beraksi bersama skuad Terengganu sejak tahun 2018 pastinya sudah ‘masak’ dengan percaturan ketua jurulatih, Nafuzi Zain menjadikan dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri serta mencari keserasian bersama rakan sepasukan.", "“Tak perlu ambil risiko (ikat) import baru yang tidak tahu pucuk pangkal, sekurang-kurangnya kita sudah tahu Lee Tuck mempunyai kualiti dan serasi dengan taktikal Nafuzi Zain,” tulis Fizee Amri.", "Sementara itu, ramai juga melihat kembalinya Lee Tuck dapat memberikan nilai tambah kepada Terengganu ketika situasi bola mati. Pemain yang bakal menjengah usia 33 tahun pada jun hadapan ini sudah diketahui akan kemampuannya ketika mengambil sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti.", "Tidak dilupakan, Lee Tuck turut mempunyai stamina yang tinggi serta kebolehan untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti.", "Pada masa yang, tidak kurang juga kalangan penyokong Terengganu yang tidak berkenan dengan perkhabaran kepulangan Lee Tuck ini. Hadirnya Lee Tuck ini akan menyebabkan pemain yang sedang dalam prestasi terbaik, Dechi Marcel akan kehilangan tempatnya di skuad utama dan dipaksa turun ke pasukan simpanan, Terengganu II.", "Bagaimana pula dengan pendapat anda?"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219699/", "headline": "\nKehadiran Bergson Bukti JDT Punyai ‘Scouting’ Yang Bagus \n", "content": ["Penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya, Johor Darul Ta’zim (JDT) serta saingan bola sepak Malaysia.", "⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 20214️⃣ gol masing-masing untuk Bergson da Silva (Johor Darul Ta'zim) dan Kpah Sherman (Kedah Darul Aman FC)! #LigaSuper2021 pic.twitter.com/RmzsXlwCwQ", "Walaupun melakukan penampilan pertamanya ketika menentang UiTM FC pada aksi ketiga liga, dalam masa yang singkat, Bergson kini berkongsi kedudukan dengan penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman selaku penjaring terbanyak saingan Liga Super dengan rekod empat gol setakat ini.", "Menariknya, pemain berusia 30 tahun ini merupakan seorang pemain dominan kaki kanan tetapi usah dipandang enteng kaki kirinya. Ini dibuktikan apabila Bergson menggunakan kaki kirinya menjaringkan gol pertamanya ketika menentang skuad The Lions.", "How would you describe Bergson's debut with an emoticon?🔥☄️😱😍 ?#JDT#Bergson#LuaskanKuasamuJohor#JDTForAll pic.twitter.com/zQmDp8XZIo", "Gaya permainannya mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan. Beliau memiliki larian yang deras dan seringkali digunakannya untuk menewaskan pemain lawan sebelum melakukan rembatan ke arah gawang.", "Kebolehannya untuk menggelecek di atas padang turut disamakan oleh segelintir peminat dengan bekas penyerang tersohor kelahiran negaranya, Ronaldo Luis Nazario de Lima yang pernah menjulang trofi Piala Dunia sebanyak dua kali.", "Selain itu, Bergson turut memiliki ‘positioning’ yang baik. Gol kedua dan ketiga peribadinya ketika menentang Selangor dan Melaka United menunjukkan beliau berada di posisi yang memudahkan rakan-rakan melakukan hantaran untuk kepadanya.", "Two Games, Two Goals… ⚽️⚽️ #Bergson Da Silva! 💥#JDT#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/nQmVzzV1xL", "Hadirnya Bergson secara pinjaman selama empat bulan daripada Fortaleza yang bersaing dalam kancah Serie A Brazil ini membuktikan betapa skuad Harimau Selatan mempunyai unit pencari bakat (scouting) yang sangat bagus.", "Kita sedia maklum, Bergson bukanlah pilihan pertama JDT untuk menggantikan posisi penyerang ditinggalkan oleh Diogo Luis Santo yang berhijrah ke BG Pathum United.", "3. Camilo da Silva from Brazil will replace Diogo. He is currently playing in the Mexican league.4. Daniel Amir will join the team and several young players from JDT II will be promoted to the first team[2/5]", "Calon pertama ialah penyerang kelahiran Brazil, Camilo da Silva Sanvezzo yang beraksi dalam saingan Liga Mexico. Namun pemain tersebut tidak dapat dibawa ke Stadium Sultan Ibrahim apabila dia diberitakan melanjutkan kontrak bersama Mazatlan FC sehingga tahun 2022.", "Ini membuatkan JDT mengalihkan tumpuannya untuk mendapatkan penyerang lain dan nama kedua yang muncul ialah Jonathan Herrera. Pemain kelahiran Sepanyol ini telah diumumkan oleh JDT secara rasmi pada awal februari lalu.", "Herrera signs! ❤️💙More photos at https://t.co/FVUOPs1HgC#LuaskanKuasamu#JDTFamily pic.twitter.com/YdgAWDQx2c", "Bagaimanapun, jodoh penyerang ini juga tidak panjang bersama skuad Harimau Selatan apabila pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mendedahkan kelab berpangkalan di Argentina, Independiente mahu mendapatkan pemain tersebut secara pinjaman dengan tawaran lumayan yang tidak dapat ditolak.", "Sekali lagi JDT terpaksa menjenguk ke pasaran pemain dan kali ini mereka pulang dengan membawakan khidmat Bergson. Pada awalnya, segelintir peminat sangsi akan kemampuannya untuk mengetuai jentera serangan JDT.", "Johor Darul Ta'zim FC would like to confirm the signing of Bergson da Silva from Brazilian Serie A side Fortaleza.Martin Prest, Johor Darul Ta'zim FC Sporting Director pic.twitter.com/kJoOgzQRvb", "Namun unit ‘scouting’ JDT telah membuat kerja rumah (homework) yang sangat bagus dalam memadankan kualiti dan kebolehan pemain dengan kesesuaian sistem permainan JDT yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Benjamin Mora.", "Dan perkara ini telah terbukti dan dapat disaksikan sendiri oleh semua apabila Bergson bukan sahaja dilihat sangat mudah menyesuaikan diri bersama JDT malahan turun memberikan impak yang segera kepada skuad Harimau Selatan.", "Have a great weekend #JDTFAMILY 🕺🏻#JDT#JDTforAll #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/k7HnxGxubx", "Pujian juga harus diberikan kepada JDT yang mempunyai Pelan B dan Pelan C setelah perancangan asal iaitu Pelan A tidak dapat diteruskan. Ini juga bukti mereka merupakan sebuah kelab yang mempunyai pengurusan dan perancangan yang sangat bagus dan harus dicontohi oleh kelab lain di tanah air.", "Untuk makluman, Bergson juga muncul pemain JDT pertama yang menjaringkan empat gol dalam empat penampilan pertama dalam saingan Liga Super sejak tahun 2013.", "Tidak keterlaluan untuk mengatakan beliau juga merupakan salah seorang calon pilihan untuk merangkul penjaring gol terbanyak liga untuk musim ini.", "Team arrived in Kota Kinabalu! See you guys tomorrow ✌🏼🏟🛫More photos at https://t.co/L7z47SeurC#JDT#Awayday#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/EipP8azuq3", "Sudah tentu catatan empat gol tersebut tidak akan terhenti di situ sahaja. Pastinya dia akan terus memberikan ancaman kepada mana-mana barisan pertahanan dan penjaga gawang yang akan dihadapinya.", "Untuk perlawanan seterusnya, Bergson dan rakan-rakan akan menghadapi skuad berpangkalan di Borneo iaitu Sabah FC di Stadium Likas dengan sepak mula dijadualkan pada hari esok.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218565/", "headline": "\nRanking FIH: Pasukan Hoki Wanita Malaysia Duduki Tangga Ke-19 Buat Pertama Kali\n", "content": ["Pasukan hoki wanita negara menempatkan diri mereka di kedudukan tertinggi dalam sejarah apabila menghuni ranking ke-19 dunia buat pertama kali.", "Kedudukan itu dicapai oleh pasukan wanita negara setelah laman sesawang Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) melakukan kemaskini terbarunya.", "Kemaskini itu memaparkan Malaysia memiliki 1164.734 mata sekaligus membolehkan mereka menghuni tangga ke-19 dunia mengatasi Afrika Selatan di tangga ke-20 yang mempunyai 1136.073 mata.", "Perkembangan ini turut mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr. Shamala Subramaniam.", "“Tahniah kepada pasukan hoki wanita kita. Ini merupakan pertama kali skuad wanita berada di ranking ke-19.” kongsinya semalam.  ", "Sementara itu, di peringkat benua asia, skuad wanita negara muncul sebagai pasukan kelima terbaik di belakang India (ranking ke-9), China (ranking ke-10), Jepun (ranking ke-11) dan Korea (ranking ke-12)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214885/", "headline": "\nRanking BWF: Ng Tze Yong Sertai Kelompok 50 Pemain Terbaik Dunia\n", "content": ["Pemain muda negara, Ng Tze Yong berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan 50 pemain badminton perseorangan lelaki terbaik dunia.", "Pemain berusia 21 tahun ini berhasil memasuki kelompok terbabit selepas berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka India – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 500, minggu lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Tze Yong yang menghuni tangga ke-60 sebelum ini, merekodkan lonjakan sebanyak 13 anak tangga sekaligus membawanya menduduki tempat ke-47 ranking dunia.", "Sementara itu, turut sama dilihat memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia adalah dua pemain bebas (independent) negara, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei yang kini berada di kedudukan ke-65 dan ke-72 dunia masing-masing.", "Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, kekal berada di tangga ketujuh dunia walaupun tidak menyertai kejohanan yang sama, minggu lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323771/", "headline": "\nPogba Kembali Cedera Selepas 23 Minit Beraksi Sebagai Pemain Kesebelasan Utama Juventus\n", "content": ["Keterujaan melihat Paul Pogba bermula sebagai pemain kesebelasan utama Juventus buat kali pertama sejak kembali menyertai skuad berjulukan The Old Lady pada jendela perpindahan musim panas tahun lalu tidak bertahan lama.", "Pemain tengah skuad kebangsaan Perancis tersebut disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh pengurus pasukan, Massimiliano Allegri ketika menentang Cremonese pada perlawanan ke-35 Serie A, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Namun begitu, kelibat pemain berusia 30 tahun itu bertahan selama sekitar 23 minit permainan sahaja berikutan mengalami kecederaan (dipercayai melibatkan quadriceps) yang memaksanya keluar sambil menangis kekecewaan meninggalkan padang.", "Allegri bertindak menggantikan Pogba dengan pemain dari Poland, Arkadiusz Milik sebelum Juventus menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan 2-0 ke atas Cremonese di Stadium Allianz.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali ketiga Pogba mengalami kecederaan sejak dia menyertai Juventus pada Julai tahun lalu – meninggalkan Manchester United.", "Antara siri kecederaan serius menimpanya adalah melibatkan lateral meniscus yang menimpanya ketika aksi pramusim menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan lutut dan terlepas saingan Piala Dunia 2022 lalu. Selain itu, Pogba turut mengalami kecederaan adductor muscle sekitar Mac lalu.", "Kecederaan tersebut menyaksikan Pogba hanya dapat tampil buat pertama kali dalam perlawanan kompetitif bersama Juventus sebagai pemain gantian ketika bertemu Torino dalam aksi Serie A pada penghujung Februari lalu.", "Bertitik tolak daripada perlawanan itu, Pogba diberikan peluang beraksi dalam lapan perlawanan lagi sebagai pemain gantian termasuk dalam saingan Piala Itali dan Liga Europa. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322430/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Vietnam: Hanya 7 Perseorangan Lelaki Negara Ke Pusingan 32\n", "content": ["Peringkat Pusingan 32 di saingan Cabaran Antarabangsa Vietnam 2023 menyaksikan wakil negara dalam kategori perseorangan lelaki hanya berbaki tujuh orang pemain sahaja daripada 15 penyertaan secara keseluruhan.", "Antara pemain yang mengesahkan diri ke peringkat terbabit ialah Justin Hoh, Lee Shun Yang, Lim Chong King, Jacky Kok Jing Hong, Shahyar Shaqeem, Tan Jia Jie dan Hooi Shao Herng setelah melakar kemenangan di Pusingan 64 menentang lawan masing-masing, dalam perlawanan berlangsung semalam dan hari ini.", "Pada pusingan 32, ketujuh-tujuh pemain ini akan berhadapan dengan lawan berikut:", "Sebelum itu, seramai 13 pemain negara berhasil melayakkan diri dari pusingan kelayakan atau bermula di peringkat Pusingan 64. Antara yang terkandas di pusingan ini ialah Ong Zhen Yi, Ong Ken Yon, Aidil Sholeh, Yeoh Seng Zoe, Chia Jeng Hon dan Eveshgaran Vasigaran.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321807/", "headline": "\nAstro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2\n", "content": ["Stesen televisyen berbayar, Astro mengumumkan menambah dua saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia iaitu Arena Bola dan Arena Bola 2.", "Kedua-dua saluran itu dapat ditonton para peminat bola sepak tempatan dengan definisi tinggi (HD) melalui saluran Astro 803 dan 804 masing-masing serta strim di Astro GO apabila dilancarkan bermula 23 Februari kelak.", "Ianya akan menyiarkan secara langsung kesemua pertandingan di bawah kelolaan Malaysian Football League (MFL) yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.", "Selain itu, para peminat juga boleh menonton sorotan-sorotan serta menonton semula perlawanan di On Demand.", "Kehadiran dua saluran tambahan ini hasil keterujaannya menjadi Rakan Penyiar Rasmi Liga Malaysia sehingga tahun 2025 serta bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Home of Sports’.", "Bagi pelanggan Astro yang sudah mempunyai langganan pek Sports, saluran ini akan dapat diakses dengan segera tanpa sebarang kos tambahan.", "Manakala bagi pelanggan Astro yang tidak mempunyai langganan pek Sports dan berminat untuk menambah akses bagi membolehkan menonton perlawanan Liga Malaysia sahaja boleh mendaftar di https://promotions.astro.com.my/details/ligakita dan menikmati harga pengenalan RM4.99/bulan selama tiga bulan sebelum bertukar kepada harga biasa iaitu RM9.99 sebulan.", "Sementara itu, bagi pelanggan Astro yang tidak mempunyai pek Sports dan ingin menambah pek Sports yang turut merangkumi akses perlawanan Liga Malaysia, boleh menaik taraf dengan dengan tawaran istimewa berharga RM89.99/bulan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113910/", "headline": "\nMFL Lancar Set Komemoratif Bar Emas Sempena 100 Tahun Piala Malaysia\n", "content": ["Sebagai tanda peringatan dan kenangan bersempena dengan sambutan 100 Tahun Piala Malaysia, penganjur kejohanan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) melancarkan Set Komemoratif Edisi Terhad Bar Emas.", "Dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Wisma FAM, pada hari ini, set bar emas dengan ketulenan 999.9 dan seberat 0.5 gram setiap satu ini merupakan hasil kerjasama MFL dengan Ninox Idea dan Faidh Jewels.", "Difahamkan, setiap set bar emas akan turut disertakan dengan buku komemoratif Piala Malaysia, pelitup muka, lencana magnet dan pelekat kereta. Harga bagi setiap set ini adalah RM299 setiap satu dan dimaklumkan ianya dikeluarkan sebanyak 999 set sahaja.", "Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian menerusi laman sesawang, Faidh Jewels atau menghubungi Kedai Emas Faidh di talian 03-8071 8024.", "Pembeli yang membuat pembelian dijadualkan akan menerima set bar emas ini selepas 15 Disember secara berperingkat mengikut kaedah penyerahan barang yang dipersetujui.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207836/", "headline": "\nTFC Lantik Ab Rasid Sebagai CEO – Punyai ‘Master’ Dalam Pengurusan Sukan\n", "content": ["Terengganu Football Club (TFC) mengumumkan perlantikan Encik Ab Rasid Jusoh selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Terengganu Football Club Sdn Bhd – syarikat yang menguruskan pasukan TFC.", "Perkembangan positif itu diumumkan dalam satu kenyataan kelab menerusi laman sosialnya, semalam. Perlantikan Ab Rasid sebagai CEO buat TFC dilihat tepat jika dilihatkan kepada latar belakangnya. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan (Sukan) daripada Curtin University, Australia.", "🏴🏳️AB RASID JUSOH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD 🏳️🏴Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang buat Encik Ab Rasid Bin Jusoh, yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Terengganu Football Club Sdn Bhd pic.twitter.com/9NG0SL9IX5", "Selain itu, Ab Rasid juga merupakan bekas CEO dan pengurus pasukan T-Team FC suatu masa dahulu sebelum digabungkan menjadi skuad simpanan, Terengganu FC II. Ab Rasid pernah bergelar sebagai pemain bola sepak semasa zaman muda remajanya.", "Selain itu, TFC turut mengumumkan perlantikan Mohd Sabri Abas selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) buat Terengganu Football Club Sdn. Bhd.", "🏴🏳️MOHD SABRI ABAS KETUA PEGAWAI OPERASI TERENGGANU FOOTBALL CLUB SDN BHD 🏳️🏴Terengganu Football Club ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang buat Encik Mohd Sabri bin Abas, yang telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Terengganu Football Club Sdn Bhd. pic.twitter.com/rAY9tBpxcP", "“TFC kini akan bergerak sebagai sebuah kelab bola sepak profesional yang diuruskan oleh syarikat berstruktur korporat. Ini adalah merupakan permulaan bagi sesuatu yang baru khususnya dalam arena sukan bola sepak di negeri Terengganu.", "“Ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam memastikan TFC bakal bergerak dengan langkah positif dengan berlandaskan pelan atur dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memastikan kelab ini dapat bersaing dan terus membangun maju dari tahun ke tahun.", "“Kejayaan dalam kejohanan semestinya menjadi keutamaan bagi semua pasukan bola sepak namun di TFC kini kita perlu mula membina penstrukturan pengurusan yang kukuh dari pelbagai sudut kerana itulah kunci untuk kejayaan bagi keseluruhan aspek dalam sesebuah pasukan bola sepak.” tulis kenyataan kelab."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111874/", "headline": "\n2 Pemain Muda Tempatan Sertai Kelab Liga Hoki Belanda, Hattemse MHC\n", "content": ["Dua pemain muda tempatan, Ahmad Lutfi Mohd Sam dan Iskandar Fareez Shah Zainal Abidin, berumur 22 tahun masing-masing bakal menyertai kelab hoki yang berpangkalan di Belanda iaitu Hattemse MHC. ", "Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah mengeluarkan ‘no objection certificate’ (NOC) kepada kedua-dua pemain ini untuk membenarkan mereka terbang menyertai kelab tersebut bagi beraksi dalam saingan Liga Belanda sehingga ke penghujung tahun ini.", "Untuk makluman semua, Ahmad Lutfi merupakan pemain UiTM Hockey Team bagi musim 2020 dan 2021. Sementara itu, Iskandar Fareez juga merupakan pemain UiTM Hockey Team pada tahun 2019 dan 2021 namun dia pernah beraksi semusim bersama TNB Thunderbolts pada tahun 2020 dalam saingan saingan Liga Hoki Malaysia.", "Sedikit informasi berkenaan kelab yang diberi julukan De Hazenakker atau Sang Kelinci yang akan disertai oleh kedua-dua pemain ini adalah ianya terletak di dalam wilayah timur tengah Belanda iaitu Gelderland.", "Pada saat ini, skuad senior lelaki Hattemse beraksi dalam saingan divisyen ketiga piramid liga hoki negara berkenaan, Overgangsklasse. Saingan liga ini akan bermula dari bulan September dan berakhir pada penghujung November ini.", "Menelusuri sejarah kelab yang diasaskan pada tahun 1952 ini, Hattemse merupakan satu kuasa sukan hoki besar Belanda ketika era 1970-an dan 1980-an yang lalu.", "Sebagai rekod, mereka pernah bergelar juara Belanda sebanyak tujuh kali – kelab ketiga memenangi kejuaraan terbanyak selepas MHC Oranje Zwart (10 kali) dan Amsterdamsche Hockey &  Bandy Club (9 kali).", "Anda boleh mengikuti perkembangan kedua-dua pemain ini dengan mengikuti laman sesawang dan platform media sosial Hattemse MHC:", "Facebook: Hattemse Mixed Hockey Club", "Featured Image: Selangor Hockey Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220861/", "headline": "\nSabah FC Sambar Penggempur Skuad Kebangsaan, Darren Lok\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC mula mengumumkan kedatangan pemain baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023.", "Menerusi pelbagai platform media sosialnya, skuad berjulukan Sang Badak kendalian Datuk Ong Kim Swee ini mengumumkan penyertaan pemain baharunya yang pertama iaitu penggempur skuad kebangsaan, Darren Lok pada hari ini.", "Sejak dua musim lalu, Darren mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan merekodkan sebanyak 15 gol daripada 33 penampilan ketika beraksi bersama Petaling Jaya City FC (PJ City).", "A post shared by Official Sabah FC (@officialsabahfc)", "Prestasi memberangsangkan pemain kacukan England-Malaysia ini turut menarik perhatian barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya untuk memanggilnya bagi beraksi dalam beberapa perlawanan antarabangsa.", "Sementara itu, Sabah turut mengumumkan pelepasan seorang penyerang importnya, Jose Embalo, 29 tahun, yang merupakan kelahiran Portugal dan mempunyai pasport Guinea-Bissau pada tengah hari tadi.", "Embalo didatangkan oleh Sabah pada jendela perpindahan pertengahan musim sekitar penghujung Jun lalu. Kehadirannya adalah untuk menggantikan penyerang import dari Brazil, Neto Pessoa.", "Bersama Sabah, Embalo hanya sempat tampil dalam sembilan perlawanan dan menjaringkan satu gol sahaja.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219051/", "headline": "\nSkuad Lelaki Negara Muncul Juara Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2022\n", "content": ["Skuad hoki lelaki negara melakar sejarah apabila berjaya menjuarai Kejohanan Hoki Dalam Dewan (Indoor) Piala Asia buat julung kalinya, semalam.", "Lebih manis, kejayaan itu dicipta dengan menumpaskan juara bertahanan, Iran dalam penentuan shoot-out yang berkesudahan dengan keputusan 3-2 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand.", "Sebelum pencarian pemenang perlawanan akhir ini ditentukan menerusi shoot-out, Malaysia yang berada di ranking ke-21 dunia terikat 4-4 selepas mengharungi 40 minit perlawanan sebenar.", "Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand", "FINAL – 15 August 2022", "**Congratulations to MALAYSIA for becoming the champions of the latest installment of Men's Indoor Asia Cup 2022, Bangkok, Thailand pic.twitter.com/vf8mzGrb2i", "— MHC (@hockeymalaysia) August 15, 2022", "Jaringan pasukan negara disumbangkan oleh Muhammad Ashran Hamsani (2 gol) serta Shello Silverius dan Mohd Norhafizie Jamil Azomi.", "Kejayaan skuad negara merangkul kejuaraan ini turut diserikan dengan pemain negara, Norsyafiq Sumatri diangkat selaku pemain terbaik perlawanan akhir ini.", "Untuk makluman semua, Iran merupakan juara lapan kali berturut-turut bagi setiap edisi kejohanan ini semenjak ia dilangsungkan buat pertama kali pada tahun 2008. ", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321423/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Bertembung Beregu No.1 Dunia Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan membuat perhitungan dengan pasangan Indonesia yang menghuni ranking No.1 dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2023.", "Yew Sin-Ee Yi yang berada di kedudukan ketujuh dunia pada ketika ini melakar kemaraan ke peringkat suku akhir selepas berhasil melepasi tentangan sengit daripada beregu No.3 Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi terpaksa mengharungi tempoh satu jam dan 25 minit sebelum dapat menumpaskan gandingan terbabit menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-13 dan 21-14.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MD – R16 🇲🇾ONG Yew Sin🏅17 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 LU Ching Yao21 13 14 YANG Po Han", "— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023", "Sementara itu, Fajar-Rian juga tidak melangkah ke peringkat suku akhir dengan mudah.", "Pemain berusia 27 dan 26 tahun masing-masing ini diberikan tentangan sengit oleh beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MD – R16 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅8 21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅 🇩🇪Mark LAMSFUSS21 19 16 🇩🇪Marvin SEIDEL", "— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023", "Pertembungan melibatkan kedua-dua pasangan ini berlanjutan sehingga satu jam dan 10 minit sebelum ianya ditutup dengan kemenangan oleh Fajar-Alfian menerusi skor 8-21, 21-19 dan 21-16.", "Bercakap mengenai pertarungan antara Yew Sin-Ee Yi dan Fajar-Rian, kedua-duanya baru sahaja bertembung sesama sendiri pada Disember alu dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dimana ianya dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi.", "Bagaimanapun, rekod pertemuan antara kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa lebih memihak kepada Fajar-Rian.", "Ini terbukti dengan Fajar-Rian melakar enam kemenangan daripada sembilan pertemuan secara keseluruhan sepanjang karier mereka.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218160/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Singkir Pemenang Emas Olimpik Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Lebih manis, penghuni di ranking kesepuluh dunia ini mengesahkan tiket kemaraan tersebut selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin di Pusingan 16, sebentar tadi.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅17 18 Yang LEE Chi-Lin WANG", "🕗 in 41 minutes https://t.co/OiFEWd6AOi", "— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi menumpaskan pasangan yang menduduki ranking keempat dunia tersebut secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18 dalam 41 minit pemainan di Gelanggang 1, Axiata Arena.", "Untuk makluman semua, kemenangan ini juga membolehkan Yew Sin-Ee Yi merapatkan jurang pertemuan melibatkan kedua-dua beregu ini kepada dua kemenangan daripada lima pertemuan secara keseluruhan.", "Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi yang mengesahkan kemenangan akan bertemu samada beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto (ranking ketujuh dunia) atau beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel (ranking ke-13 dunia) di peringkat suku akhir kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217763/", "headline": "\nPerak FC Tampilkan Logo Baharu Selepas Diambil Alih XOX Berhad\n", "content": ["Pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Premier, Perak FC menampilkan sebuah logo baharu selepas diambil alih syarikat telekomunikasi, XOX Berhad.", "Logo baharu ini hadir dengan rekaan berbentuk perisai bulat, diwarnai dengan warna tradisi mereka putih, kuning dan hitam serta dihiasi dengan lukisan kecil maskot yang cukup sinonim dengan pasukan ini iaitu seladang.", "Pengenalan logo baharu ini dikongsikan sendiri oleh Perak FC menerusi satu klip video berdurasi 14 saat di pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Jommm penuhkan stadium keramat kita ", "— Perak Football Club (@perakfcofficial) June 6, 2022", "Perak FC turut menyatakan penukaran logo baharu ini menandakan era baharu serta semangat baharu selepas diambil alih XOX menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd.", "Baca: Anak Syarikat XOX Berhad Beli Perak FC Dengan Nilai RM1 Sahaja", "Selain daripada menampilkan logo baharu, penghujung Mei lalu, Perak FC turut mengumumkan melantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) interim yang baharu iaitu Bobie Farid Shamsuddin menggantikan Yunus Zakariah.  ", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua pasukan yang berpangkalan di Bandaraya Ipoh ini mengumumkan penukaran logonya pada tahun ini.", "Awal Januari lalu, Perak FC turut mengumumkan logo baharu setelah diambil alih oleh Impact Media & Communication Sdn Bhd."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214876/", "headline": "\nIbu Pejabat Baharu FAM Di Putrajaya Dijangka Siap Sepenuhnya 3 Tahun Lagi\n", "content": ["Sebuah ibu pejabat baharu untuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan dibina di Presint 5, Putrajaya. Selaras dengan perkembangan itu, FAM akan memindahkan segala operasi dan tadbir urusnya ke sana apabila ianya siap sepenuhnya, pada awal 2025 kelak.", "Perkara ini dimaklumkan oleh FAM dalam Majlis Pecah Tanah yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Ismail Sabri Yaakob serta disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, hari ini.", "Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu FAM Di PutrajayaMajlis pecah tanah pembinaan ibu pejabat baharu FAM di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.Baca penuh di https://t.co/qJPRSe4IEz#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/XviGNswQQi", "Dimaklumkan, Ibu Pejabat FAM yang baharu itu berketinggian lima tingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan pejabat, auditorium, bilik seminar dewan pemasyhuran, kedai barangan FAM serta gelanggang futsal.", "Turut dikongsikan oleh FAM, bangunan baharu itu dibina bersebelahan dengan Ibu Pejabat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang terletak di dalam Bandar Bola Sepak Putrajaya.", "Sebagai makluman tambahan, ibu pejabat ini akan dibina di atas tanah seluas 3 ekar sambil baki 3 ekar lagi akan dibangunkan oleh One Lagoon Development Sdn Bhd dengan usahasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membangunkan apartmen servis (serviced apartment).", "Selain itu, pihak FAM turut menyatakan mereka dalam proses untuk membina sebuah Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) yang akan dikhususkan buat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di presint yang sama.", "Sebagai rekod, FAM menjalankan kesemua operasi dan tadbir urus mereka di Wisma FAM yang terletak di Kelana Jaya sejak tahun 1980.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221057/", "headline": "\nPiala Dunia: Bola Baharu Bernama ‘Al Hilm’ Akan Digunakan Bagi Aksi Separuh Akhir & Akhir\n", "content": ["Perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 Qatar yang menemukan Croatia dan Argentina, Maghribi menentang Perancis serta pertarungan tempat ketiga serta akhir tidak lagi menggunakan bola ‘Al Rihla’.", "Sebaliknya, penganjur memaklumkan keempat-empat perlawanan itu akan menggunakan Bola Perlawanan Rasmi baharu yang bernama ‘Al Hilm’ yang bermaksud Impian atau ‘The Dream’.", "Perkembangan dan pengenalan bola baharu itu dimaklumkan sendiri oleh penganjur menerusi satu kenyataan media, semalam.", "Introducing the @adidas Al Hilm — the official match ball for the #FIFAWorldCup semi-finals and final. ", "Johannes Holzmüller, Director of Football Technology and Innovation at FIFA, explains more about the technological advances in the tournament ball designs:", "— FIFA.com (@FIFAcom) December 11, 2022", "Difahamkan, bola yang turut dibuat oleh syarikat sukan terkemuka, Adidas itu dilengkapi dengan teknologi “Connected Ball” yang sama seperti bola Al Rihla – yang digunakan sepanjang saingan peringkat kumpulan sehingga suku akhir baru-baru ini.", "Teknologi itu merangkumi sensor unit mengukur inertia (IMU) yang diletakkan di dalam setiap bola tersebut bagi membolehkannya memungut data dan dapat digunakan untuk membantu para pengadil membuat keputusan yang lebih tepat.", "Penggunaan sensor ini telah terbukti membantu pengadil membuat keputusan yang tepat dalam dua kejadian yang cukup hangat dibincangkan oleh para peminat bola sepak dunia.", "Ianya melibatkan jaringan yang dianugerahkan kepada Bruno Fernandes semasa Portugal menentang Uruguay. Ketika bola itu sedang menuju ke dalam gawang, Cristiano Ronaldo dilihat melompat untuk menanduk masuk bola terbabit.", "The goal has officially been ruled as scored by Bruno Fernandes #POR #URU https://t.co/3NN2pbupe0", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 28, 2022", "Bagaimanapun, FIFA mengesahkan jaringan itu menjadi milik Bruno apabila sensor IMU yang diletakkan di dalam bola tersebut tidak mengesan sebarang perubahan inertia dalam perjalanan bola itu sekaligus menandakan tiada sebarang sentuhan oleh Ronaldo.", "Dengan pungutan data itu bersama-sama data posisi pemain daripada Teknologi Ofsaid Separa Automatik (SAOT), ianya turut membantu pengadil video untuk membuat keputusan samada seseorang pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid atau tidak.", "Perubahan paling ketara dapat dilihat antara Al Rihla dan Al Hilm adalah penggunaan warna pada tekstur serta coraknya.", "Al Hilm hadir dengan warna ala-ala emas pada keseluruhan tekstur bola tersebut dan dihiasi dengan warna Merah Manggis atau ‘Maroon’ pada corak segi tiganya.", "Sebagai perbandingan, Al Rihla menampilkan warna putih pada keseluruhan teksturnya disamping diserikan dengan pelbagai warna pada corak segi tiga yang sebagian bersarnya merangkumi biru, jingga, merah dan kuning."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215116/", "headline": "\nGandingan Khim Wah-Azriyn Raih Kejuaraan Pertama Di Terbuka Odisha\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent), Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn yang mula membentuk gandingan awal Januari ini berjaya merangkul kejuaraan sulung dengan memenangi saingan Terbuka Odisha 2022 yang berlangsung di India.", "Kejuaraan tersebut diraih pasangan yang berusia 32 dan 28 tahun masing-masing ini hasil daripada menumpaskan beregu tuan rumah, Ravikrishna PS dan Sankar Prasad Udayakumar di perlawanan akhir, sebentar tadi.", "Odisha Open 2022MD – Final 🇲🇾Nur Mohd Azriyn Ayub AZRIYN🏅18 21 21 🇲🇾Khim Wah LIM🏅21 14 16 🇮🇳Ravikrishna PS 🇮🇳Sankar Prasad UDAYAKUMAR🕗 in 51 minutes https://t.co/L46u9e04kA", "Khim Wah-Azriyn menumpaskan mereka menerusi tiga perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-16 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan sekaligus dinobatkan sebagai pemenang dalam kejohanan yang bertaraf Jelajah BWF Super 100 ini.", "Selain daripada berjaya membawa pulang wang tunai hasil daripada memenangi kejohanan ini, kedudukan Khim Wah-Azriyn dalam ranking dunia pastinya akan meningkat pada kemaskini yang berikutnya.", "Untuk makluman semua, gandingan yang berusia sekitar sebulan ini berada di tangga ke-288 dunia pada ketika ini.", "Sebagai rekod, gandingan ini turut beraksi dalam dua kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 dan Super 300 (Terbuka India & Saingan Antarabangsa Syed Modi) yang berlangsung di negara yang sama pada Januari ini. ", "Bagaimanapun, mereka hanya beraksi di peringkat Pusingan 32 dan Pusingan 16 masing-masing sahaja.", "Featured Image: Badminton Photo / Instagram Nur Mohd Azriyn"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218139/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Ke Pusingan 16, Bakal Berhadapan Dengan Beregu Singapura\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya menempah tiket ke Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.  ", "Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini mara selepas menumpaskan beregu dari negara matahari terbit, Akira Koga dan Taichi Saito yang berada di tangga ke-22 dunia pada peringkat Pusingan 32, sebentar tadi. ", "Dalam perlawanan terbabit, Aaron-Wooi Yik menampilkan persembahan yang cemerlang dan berhasil mengalahkan Koga-Saito secara “straight set” dengan keputusan yang berkesudahan 21-18 dan 21-19.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅18 19 🇯🇵Akira KOGA 🇯🇵Taichi SAITO", "🕗 in 42 minutes https://t.co/7BOImBpWTT", "— BWFScore (@BWFScore) June 29, 2022", "Untuk makluman semua, pertarungan melibatkan kedua-dua pasangan yang berlangsung di Gelanggang 1 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil ini mengambil masa 42 minit sebelum dapat ditentukan pemenangnya.", "Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang dapat meneruskan kemaraan dalam saingan ini akan bertemu beregu Singapura yang menduduki ranking ke-50 dunia, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean di Pusingan 16 kelak.", "Pasangan dari negara seberang tambak ini mara selepas menumpaskan beregu Korea yang menghuni tangga ke-46 dunia, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae secara “straight set” dengan keputusan 21-14 dan 21-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323424/", "headline": "\nManchester United Beri Ucapan Istimewa Dalam Bahasa Melayu Kepada Isteri Lee Chong Wei\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengejutkan para peminat bola sepak dan badminton tempatan apabila menzahirkan ucapan ulang tahun kelahiran buat isteri Datuk Wira Lee Chong Wei, Datin Wong Mew Choo.", "Terdahulu, Chong Wei telah memuatnaik satu hantaran sebagai tanda penghargaan bersempena hari lahir isterinya berserta nota kaki yang mencuit hati peminat Manchester United; “Saya ada 3 hero pakai jersi Manchester United. Harap boleh kejar No.3 tetapi Newcastle (United) macam hebat. In Ten Hag, we trust.”", "Bekas jaguh perseorangan negara itu turut mengepilkan foto seisi keluarganya menyarung jersi alternatif atau ketiga skuad berjulukan The Red Devils yang berwarna kuning kehijauan ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 isterinya merangkap bekas perseorangan wanita negara.", "Selamat Harijadi Datin Mew Choo! 🎂", "Terima kasih juga kepada Datuk @LeeChongWei di atas sokongan anda! 🫶", "Kita kejar tempat ketiga tu! 💪#MUFC", "Photo credit: Lee Chong Wei pic.twitter.com/SoIpNv5MyX", "— Manchester United (@ManUtd_MY) May 2, 2023", "Susulan itu, juara Piala Carabao 2022-23 terbabit bertindak memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran Mew Choo bersama foto terbabit di pelbagai platform media sosialnya. Muat naik itu meraih pelbagai respons peminat bola sepak tempatan khususnya peminat Manchester United sendiri.", "Bagaimanapun, ucapan yang disiarkan menerusi pelbagai media sosial rasmi kelab itu hanya boleh disaksikan para pengikut dan pengguna di Malaysia sahaja.", "Untuk pengetahuan semua, Wong Mew Choo merupakan bekas pemain negara yang pernah merangkul pingat emas di Sukan SEA 2003 dan World Superseries Masters Akhir 2009 sebelum menggantung raketnya pada 2011.", "Kemudiannya, beliau mendirikan rumah tangga bersama jaguh badminton tanah air pada 2012.", "Featured Image: Facebook Lee Chong Wei"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324189/", "headline": "\nHang Yee-Eng Cheong Rangkul Kejuaraan Terbuka Austria 2023\n", "content": ["Beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-123 dunia, Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong berhasil merangkul kejuaraan di Terbuka Austria 2023 – sebuah kejohanan bertaraf Siri Antarabangsa (International Series) yang berada pada Gred 3 BWF.", "Kejuaraan itu menjadi milik Hang Yee-Eng Cheong selepas berjaya menumpaskan beregu senegara, Lwi Sheng Hao dan Jimmy Wong yang berada di kedudukan ke-130 dunia dalam perlawanan akhir yang berlangsung sekitar lewat malam tadi waktu Malaysia.", "Dalam perlawanan tersebut, gandingan Hang Yee-Eng Cheong menumpaskan lawannya secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-17 dalam tempoh masa 22 minit permainan.", "Kemenangan itu sekaligus menjadikan Hang Yee-Eng Cheong merangkul kejuaraan kedua pada tahun ini selepas menjuarai Terbuka Slovenia, pada Ahad minggu lalu", "Untuk makluman, ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dilakar Hang Yee-Eng Cheong ke atas Sheng Hao-Jimmy di pentas antarabangsa. ", "Menariknya, pertemuan pertama antara kedua-dua beregu ini berlangsung di perlawanan akhir Terbuka Slovenia yang menyaksikan Hang Yee-Eng Cheong merangkul kejuaraan sulung pada tahun ini.", "Dalam kejohanan yang sama, beregu campuran iaitu Lim Tze Jia dan Desiree Siow terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara apabila tumpas kepada beregu England, Ethan Van Leeuwen dan Annie Lado."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322519/", "headline": "\nPiala Sudirman 2023: Malaysia Sekumpulan Taiwan, India & Australia\n", "content": ["Majlis undian yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia akan memulakan kempen kejohanan badminton berpasukan campuran dunia atau dikenali sebagai Piala Sudirman bagi edisi kali ini dalam Kumpulan C.", "Skuad negara yang melayakkan diri ke saingan ini selaku pasukan keempat terbaik dunia akan berentap dengan Taiwan, India dan Australia bagi merebut slot ke peringkat kalah mati.", "Sementara itu, tuan rumah merangkap juara bertahan, China diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Denmark, Singapura dan Mesir.", "Manakala Indonesia pula mengisi Kumpulan B diiringi oleh Thailand, Jerman dan Kanada.", "Akhir sekali, Kumpulan D pula didahului oleh naib juara edisi lalu, Jepun dan ditemani oleh Korea, Perancis dan England.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei bertempat di Suzhou, China.", "Sebagai rekod, edisi lalu menyaksikan Malaysia berhasil mara sehingga ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan Indonesia. Sebelum itu, Malaysia melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan D."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217986/", "headline": "\nTerbuka Malaysia Dinaik Taraf Menjadi Super 1000 – Setaraf All England Bermula Tahun Depan\n", "content": ["Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan saingan badminton Terbuka Malaysia akan dinaikkan taraf menjadi kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 bermula tahun 2023 hingga 2026.", "Menerusi pengumuman rasmi badan induk terbabit, naik taraf saingan terbabit menjadikan siri Jelajah Dunia (World Tour) mempunyai empat kejohanan tertinggi termasuk Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England), Terbuka Indonesia dan Terbuka China.", "Untuk makluman semua, saingan Terbuka Malaysia sebelum ini adalah berstatus Super 750.", "🚨 BREAKING 🚨#BWFWorldTour hosts announced for 2023-2026.https://t.co/DUYorOAZOh", "— BWF (@bwfmedia) June 18, 2022", "Sementara itu, saingan Terbuka India dan Terbuka Singapura pula dinaikkan kepada taraf Super 750 bersama-sama empat lagi saingan sedia ada – China Masters, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.", "Manakala saingan Super 500 pula disertai oleh tiga kejohanan baharu iaitu Terbuka Australia, Terbuka Kanada dan Terbuka Finland. Ketiga-tiga saingan ini menyertai enam saingan sedia ada iaitu Terbuka Thailand, Malaysia Masters, Terbuka Jepun, Indonesia Masters, Terbuka Korea dan Terbuka Hong Kong.", "Akhir sekali, saingan Super 300 pula ditambah dengan dua lokasi baharu yang dinaiktaraf daripada saingan Super 100. Dua saingan terbabit ialah Terbuka HYLO dan Orleans Masters. ", "Antara saingan sedia adalah dalam kelompok Super 300 ialah Thailand Masters, Terbuka Amerika Syarikat, Spain Masters, Korea Masters, Terbuka Jerman, Terbuka Swiss, Terbuka Taipei, Terbuka New Zealand dan saingan Antarabangsa Syed Modi.", "Secara keseluruhan, siri Jelajah Dunia BWF ini bakal mempunyai 31 pertandingan termasukan saingan Jelajah Dunia Akhir (World Tour Final) bermula tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216883/", "headline": "\nPerak FC Kena Potong Enam Mata Lagi\n", "content": ["Badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hukuman pemotongan enam mata ke atas Perak FC berkuatkuasa serta merta bagi saingan Liga Premier 2022, pada hari ini.", "Ianya susulan kegagalan Perak FC yang masih tidak menjelaskan pembayaran baki tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan Reserve Team berdasarkan Akuan Berkanun (15 Disember 2021) bagi semua tunggakan setakat November 2021.", "Selain itu, pihak pengurusan Perak FC juga masih belum membuat pembayaran atau persetujuan penyelesaian bersama untuk penangguhan pembayaran gaji tertunggak pemain dan pegawai Perak FC tahun 2022.", "Sheikh Mohd Nasir yang mempengerusikan Mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL berkata, Perak FC masih gagal melunaskan baki tunggakan gaji pada 14 April 2022 meskipun kelab Liga Premier itu sudah dikenakan hukuman pertama pemotongan tiga mata pada 1 April 2022 selepas gagal berbuat demikian pada 31 Mac 2022.", "“Mesyuarat FIB memutuskan untuk melaksanakan hukuman pemotongan enam mata bagi saingan Liga Premier 2022 susulan kegagalan Perak FC membuat pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pada tarikh akhir semalam.” ", "“Keputusan ini juga mengambil kira kegagalan Perak FC yang tidak mengemukakan bukti bayaran ataupun persetujuan penyelesaian bersama untuk penangguhan pembayaran gaji tertunggak.”", "“Jika dalam tempoh 7 hari dari tarikh hukuman kedua dibuat dan bukti bayaran penuh ataupun persetujuan penyelesaian bersama masih tidak diserahkan kepada MFL pada atau sebelum 21 April 2022, maka pada 22 April 2022, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB dan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.", "“Sehingga kini, FIB belum menerima sebarang dokumentasi daripada Perak FC untuk meyakinkan FIB mengenai kemampuan Perak FC menyelesaikan tunggakan gaji 2021 dan 2022 serta kedudukan kewangan kelab dalam mengharungi baki saingan liga bagi musim 2022,” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216950/", "headline": "\nSyarifuddin ‘Damok’ Dapat Peluang Beraksi Dalam Dua Perlumbaan Moto3\n", "content": ["Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman mendapat peluang untuk beraksi dalam dua perlumbaan Kejuaraan Dunia Moto3 musim ini yang akan berlangsung di Portugal dan Sepanyol.", "Pelumba berusia 20 tahun yang turut dikenali sebagai Damok ini mendapat peluang berkenaan setelah diberikan kepercayaan oleh Rivacold Sniper Team menerusi tiket ‘wild card’. ", "Penyenaraian Damok oleh pasukan berkenaan adalah untuk menggantikan pelumba mereka, Alberto Surra yang terpaksa diketepikan ekoran mengalami kecederaan.", "Syarifuddin Azman Malaysian rider of the FIM #CEV talent cup will replace our Alberto Surra for the #Portimão and #Jerez GPs.Welcome to the #Snipers ☺️ family!!#Motogp #albertosurra #SnipersTeam #PortugueseGP pic.twitter.com/6GfrmD8HQ6", "— Snipers Team (@SnipersRacing) April 19, 2022", "Untuk makluman semua, kedua-dua perlumbaan GP Portugal dan GP Sepanyol yang akan diharungi oleh Damok itu dijadualkan berlangsung pada 22-24 April serta 29 April-1 Mei masing-masing.", "Sebagai tambahan, Damok sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Moto3 pada perlumbaan GP Aragon pada musim lalu. Ketika itu, khidmatnya diambil oleh Petronas Sprinta Racing Team untuk menggantikan John McPhee yang dinaikkan ke saingan Moto2.", "Semasa melakukan debut dalam saingan itu, Damok berjaya menamatkan perlumbaan tersebut di kedudukan ke-13 sekaligus meraih tiga mata berharga.", "Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215321/", "headline": "\nAFF B-23: Juara Bertahan, Indonesia Umum Tarik Diri Kerana Covid-19\n", "content": ["Tiada kelibat juara bertahan, Indonesia setelah mereka mengumumkan menarik diri daripada Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan berlangsung pada 14-26 Februari di Kemboja kali ini.", "Menurut badan induk bola sepak negera tersebut, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memaklumkan skuad Garuda Muda tidak mengikuti kejohanan ini ekoran 7 pemain serta seorang pegawainya disahkan positif Covid-19.", "Tim U-23 batal mengikuti turnamen Piala AFF U-23 di Kamboja yang sedianya digelar pada 14-26 Februari 2022. Pembatalan ini disebabkan dua hal. Pertama ada tujuh pemain yang positif covid-19 dan 1 ofisial.#KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/EkA5sqhkxz", "Sementara itu, empat pemainnya lagi perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pemain-pemain yang positif terbabit.", "Disamping itu, terdapat tiga pemainnya mengalami kecederaan dan sedang menjalani tempoh pemulihan.", "Keadaan ini menyebabkan ketua jurulatih Indonesia B-23, Shin Tae-yong mengutus surat kepada PSSI untuk membatalkan penyertaan skuad Garuda Muda di dalam kejohanan ini. ", "Untuk makluman semua, Indonesia merupakan salah sebuah pasukan yang diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Malaysia, Myanmar dan Laos."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214856/", "headline": "\nACL 2022: Harimau Selatan Bakal Tentang Juara J1 & Pasukan Ke-3 Liga Super China\n", "content": ["Juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berhadapan pasukan juara J1 League serta kelab ketiga Liga Super China (CSL), dalam saingan peringkat Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022. ", "Dua pasukan terbabit ialah Kawasaki Frontale dan Guangzhou FC masing-masing. Perkembangan mengenai skuad Harimau Selatan di pentas elit benua asia ini berdasarkan kepada hasil undian yang dilangsungkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada hari ini.", "✨#ACL2022 group stage draw results ✨The toughest group is _______ pic.twitter.com/zZJ2M7ae47", "Sementara itu, pasukan terakhir yang akan melengkapkan Kumpulan I ini adalah pemenang bagi perlawanan play-off samada naib juara K-League, Ulsan Hyundai atau kelab yang menduduki ketiga Liga Thailand, Port FC.", "Untuk makluman semua, perlawanan play-off ini dijadualkan berlangsung pada pertengahan Mac hadapan. Manakala, saingan peringkat kumpulan kejohanan ACL kali ini akan bermula sekitar pertengahan April kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207035/", "headline": "\nSultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid dan Letakkan di Muzium\n", "content": ["DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diberitakan telah membeli trofi Kasut Emas milik bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus, pada hari ini.", "Harga yang dibeli tidak didedahkan kepada umum namun difahamkan ianya diletakkan pada satu nilai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu Tuanku Sultan dan juga Khalid.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh laman sosial, Selangor Royal Office dan telah berlangsung satu majlis penyerahan ringkas di Istana Alam Shah, Klang pada pagi tadi.", "Turut diumumkan, trofi yang dimenangi oleh Khalid ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu akan diletakkan dan disimpan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor.", "Sebelum ini, Khalid mendapat perhatian ramai apabila mengumumkan melelong trofi tersebut selepas dibida dengan harga RM10,500 dalam satu sesi Facebook Live pada julai lalu.", "Untuk rekod, Khalid Jamlus pernah menyarung jersi Red Giant dan beraksi bersama-sama pemain import Indoensia, Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy dari tahun 2005 hingga 2006.", "Featured Image: Selangor Royal Office"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220995/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Pearly-Thinaah Pulang Tangan Kosong\n", "content": ["Tiada sebarang mata dipungut oleh gandingan wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.", "Terbaru, pasangan yang menghuni ranking kesembilan dunia ini mengalami kekalahan pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B ketika bertemu beregu China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Pearly-Thinaah tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 20-22 dan 21-9 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022WD – Round 3 🇨🇳Shu Xian ZHANG🏅21 20 21 🇨🇳Yu ZHENG🏅19 22 9 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 59 minutes https://t.co/xelpQ2tBKc", "— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022", "Sebelum itu, mereka telah tumpas dalam perlawanan pertama dan kedua bertemu beregu Indonesia dan China masing-masing iaitu gandingan Apriyani Rahayu-Siti Fadia serta Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.", "Hasilnya, dengan kegagalan mengutip sebarang kemenangan daripada ketiga-tiga perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah terpaksa akur menamatkan kempen ini tanpa sebarang mata sekaligus menghuni tangga tercorot Kumpulan B.", "Sebagai perbandingan, ini merupakan pencapaian yang lebih buruk berbanding Jelajah Akhir Dunia BWF 2021 dimana Pearly-Thinaah berhasil menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga.", "Pada edisi itu, Pearly-Thinaah berada dalam satu kumpulan bersama-sama Greysia Polii & Apriyani Rahayu (Indonesia), Kim So-yeong & Kong Hee-yeong (Korea) dan Jongkolphan Kititharakul & Rawinda Prajongjai (Thailand).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216768/", "headline": "\nSukan SEA: Coach Brad Pilih Thailand & Vietnam Sebagai Calon Untuk Menang Pingat Emas\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney memilih Thailand dan Vietnam sebagai calon untuk memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA kali ini.", "Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, jurulatih kelahiran Australia itu memilih Thailand kerana mempunyai beberapa pemain yang beraksi di (benua) eropah. Tambahnya lagi, juara bertahan iaitu Vietnam yang beraksi di tempat sendiri juga akan menyasarkan gelaran yang sama pada kali ini.", "Pada masa yang sama, pasukan Filipina juga tidak boleh diambil mudah memandangkan mereka mempunyai beberapa pemain naturalisasi. Sementara itu, pemain-pemain muda Kemboja dan Laos juga semakin menunjukkan kemajuan.", "Coach Brad turut berkongsikan tiada pemain lebihan umur akan dibawa ke temasya berkenaan pada bulan hadapan. Ini kerana Coach Brad mahu menyediakan pemain-pemainnya untuk aksi Piala Asia B-23 kelak.", "Untuk makluman semua, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos pada temasya dwitahunan berkenaan. ", "Manakala, Kumpulan A pula mengumpulkan Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste.", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA adalah pada edisi 2011. Manakala edisi 2019 yang lalu menyaksikan Malaysia sekadar terkandas di peringkat kumpulan.", "Saingan Sukan SEA ini dijadualkan bermula 6hb dan tamat pada 23hb Mei kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219684/", "headline": "\nLuis Suarez Sekadar Transit Bersama Kelab Zaman Remajanya, Nacional?\n", "content": ["Kelibat penyerang prolifik Uruguay, Luis Suarez bersama kelab zaman remajanya, Club Nacional de Football tidak akan berpanjangan. Dimaklumkan, penyerang berusia 35 tahun ini akan meninggalkan kelab ini setelah tamatnya saingan Liga Uruguay pada Oktober nanti.", "Suarez menyertai kembali Nacional pada penghujung Julai lalu setelah tamat kontraknya bersama Atletico Madrid. Dia masih terbukti tajam di hadapan gawang dengan berhasil menjaringkan empat gol daripada lapan penampilannya setakat ini. ", "Perkembangan mengenai tempoh pendeknya bersama Nacional didedahkan sendiri oleh presiden kelab, Jose Fuentes sepertimana ditulis Football Espana yang memetik laporan ESPN Uruguay.", "El 10/09/2005 hacías el primer gol oficial en la primera de Nacional. 17 años después haces tu gol número 524 en tu vuelta a casa.", "¡Siempre en tres colores, @LuisSuarez9! 🙌🏼 🔵⚪️🔴#ElClubGigante pic.twitter.com/J51EO9jNIx", "— Nacional (@Nacional) September 11, 2022", "“Apabila kejuaraan Uruguay tamat, Suarez akan pergi, begitulah kami mengatur perjanjian dengannya, itu yang dipersetujui dan dia melakukan usaha besar untuk datang ke sini,”", "“Saya berkata begini bagi mengelakkan jangkaan (berlebihan) peminat. Kami telah bertanyakan kepadanya, dan dia menjawab perkara yang sama seperti sebelum ini,” kongsi Fuentes.", "Ini bermakna, Suarez akan bergelar sebagai ejen bebas (free agent) selepas bulan Oktober nanti dan bebas untuk menyertai mana-mana kelab termasuk di eropah – sepertimana hasratnya sebelum ini.", "Lista de convocados de @AlonsoDT para la próxima Fecha FIFA. ", "— Selección Uruguaya (@Uruguay) September 16, 2022", "Difahamkan, penyertaan jangka masa pendek Suarez bersama Nacional ini sebagai persiapannya untuk menyertai skuad kebangsaan Uruguay di kejohanan Piala Dunia yang bermula November kelak.", "Selain itu, khidmat Suarez turut dipanggil oleh ketua jurulatih Uruguay, Diego Alonso untuk menghadapi Iran dan Kanada pada rehat antarabangsa FIFA, minggu ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322970/", "headline": "\nDean Smith, John Terry Ganti Brendan Rodgers Di Leicester City\n", "content": ["Kekosongan yang ditinggalkan oleh Brendan Rodgers di Leicester City kini terisi dengan kehadiran Dean Smith.", "Dean yang pernah mengendalikan Norwich City dilantik menjadi pengurus Leicester City secara rasmi sehingga ke penghujung musim menerusi satu makluman oleh pihak kelab, pada hari ini.", "Leicester City menjelaskan khidmat Dean diikat oleh skuad berjulukan The Foxes bagi membantu mereka menghadapi lapan perlawanan terakhir bagi mengekalkan kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).", "The new team behind the team at #lcfc 🤝", "— Leicester City (@LCFC) April 10, 2023", "Buat masa ini, mereka berada di tangga kedua tercorot liga dalam zon penyingkiran dengan 25 mata hasil daripada 30 perlawanan.", "Menyertai barisan kejurulatihan Dean di Leicester City bekas pengurus mereka suatu masa dahulu, Craig Shakespeare serta bekas kapten skuad kebangsaan England, John Terry.", "Manakala Adam Sandler dan Mike Stowell yang dilantik sebagai pengendali sementara baru-baru ini turut sama menyertai barisan kejurulatihan Dean."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321326/", "headline": "\nKelantan United Borong Pemain-Pemain ‘Otai’ Hadapi Liga Super 2023\n", "content": ["Khidmat pemain berpengalaman atau ‘otai’ dalam kancah bola sepak tanah air menjadi rencah utama buat Kelantan United FC bagi mengharungi saingan tertinggi negara, Liga Super buat julung kalinya sejak ianya ditubuhkan.", "Sekurang-kurangnya lapan pemain berpengalaman dalam kancah Liga Super sebelum ini telah ditandatangani dan diumumkan menyertai skuad berjulukan The Green Deer kendalian Tomas Trucha secara rasmi pada jendela perpindahan kali ini.", "Baca: Kelantan United Tampil Logo Baharu Sebelum Sepak Mula Liga Malaysia 2023", "Pemain-pemain tersebut ialah Indra Putra Mahayuddin (41 tahun), Syazwan Zainon (33 tahun), Latiff Suhaimi (33 tahun), Khairu Azrin (31 tahun), Fandi Othman (30 tahun), Ilham Amirullah (28 tahun), Asyraaf Omar (28 tahun) dan Fauzan Fauzi (27 tahun).", "Selain pemain-pemain ‘otai’, Kelantan United turut merekrut beberapa pemain berusia 20-an serta pemain muda berbakat besar seperti Ariff Ar-Rasyid, Hafiy Haikal, Aqil Hilman, Syazwan Salihin, Tasnim Fitri, Jason Tew, Royyizat Daud dan S. Sharvin.", "Setakat ini, Kelantan United belum mengumumkan sebarang kedatangan pemain import baharunya selepas bertindak mengumumkan tidak menyambung khidmat Shukei Fukai, Julius Ofori Ziggy, Njoku Jacob dan Masashi Motoyama pada penghujung tahun lalu.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322219/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Zii Jia, Jin Wei Tersekat Di Pusingan 16\n", "content": ["Perjalanan perseorangan lelaki dan wanita negara iaitu Lee Zii Jia serta Goh Jin Wei masing-masing dalam kempen Terbuka Jerman 2023 terhenti setakat peringkat Pusingan 16.", "Kejutan terarah kepada Zii Jia yang merupakan pilihan pertama bagi kejohanan bertaraf Super 300 ini tumpas kepada pemain Taiwan yang menghuni ranking ke-49 dunia, Lee Chia-hao.", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 20-22 dan 21-23 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.", "YONEX German Open 2023MS – R1615 22 23 Chia Hao LEE🥇", "21 20 21 🇲🇾LEE Zii Jia", "— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023", "Untuk makluman, ini merupakan kali keempat gagal melepasi peringkat suku akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF yang disertai Zii Jia pada tahun ini.", "Sementara itu, Jin Wei pula terpaksa akur tumpas kepada pemain No.2 Thailand, Pornpawee Chochuwong di peringkat yang sama.", "Pornpawee yang juga merupakan pilihan kelapan kejohanan berhasil mengatasi Jin Wei dengan skor “straight set” iaitu 21-13 dan 21-10 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.", "Sebagai tambahan, ini merupakan pertembungan kesembilan melibatkan Jin Wei dan Pornpawee. Daripada sembilan pertembungan ini, Pornpawee meraih enam kemenangan sementara hanya tiga sahaja memihak kepada Jin Wei.", "YONEX German Open 2023WS – R1621 21 🇹🇭Pornpawee CHOCHUWONG🏅13 10 🇲🇾GOH Jin Wei", "— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111105/", "headline": "\nPelumba Malaysia-Indonesia Raih Tempat Ketiga Dalam ‘4 Hours of Monza’\n", "content": ["Gandingan dua pelumba dari Malaysia, Jazeman Jaafar dan Indonesia, Sean Galael berjaya menaiki podium buat kali pertama setelah menamatkan perlumbaan ‘4 Hours of Monza’ di tempat ketiga dalam saingan European Le Mans Series (ELMS) 2021.", "Lebih menarik, pasangan pelumba yang mewakili pasukan Jota Racing itu bermula di kedudukan ke-11 sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 4:01:31.344 bagi 125 pusingan di Litar Monza, Itali.", "How to react when you start 11th and finish 3rd:#ELMS @gelaelized @jazemanjaafar pic.twitter.com/x2Y8mdyoqG", "Catatan masa tersebut hanya berbeza 34.402s berbanding juara Julien Canal, William Stevens dan James Allen yang mewakili Panis Racing. Sementara itu, di tempat kedua ialah Philip Hanson, Jonathan Aberdein dan Tom Gamble dari pasukan United Autosports (4:01:02.055).", "Untuk makluman semua, Jazeman, 28 tahun, merupakan bekas pelumba Formula Tiga (F3)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219627/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Maharashtra: Azriyn-Juan Shen Lepasi Peringkat Kelayakan, Mara Ke Pusingan 32\n", "content": ["Gandingan Nur Mohd Azriyn Ayub dan Low Juan Shen berhasil melepasi cabaran di pusingan kelayakan sekaligus menempah kemaraan ke Pusingan 32 di kejohanan Cabaran Antarabangsa Maharashtra India 2022.", "Mereka mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Ganesh Kumar-Lokesh Viswanathan dengan keputusan 21-18 dan 21-15 di Pusingan Kedua peringkat kelayakan.", "Terdahulu, mereka merekodkan kemenangan ke atas satu lagi wakil tuan rumah, Piyush Kumar-Anubhav Saxena dengan skor 21-9 dan 21-12 di Pusingan Pertama peringkat kelayakan.", "Di Pusingan 32 kelak, mereka akan bertemu satu lagi pasangan India iaitu gandingan Satinder Malik dan Pankaj Naithani.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejohanan kedua buat Azriyn-Juan Shen selepas menyertai Cabaran Antarabangsa Mongolia sejak bergandingan semula bermula bulan lalu.", "Dalam saingan tersebut, mereka berhasil mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan secara “straight set” oleh beregu Jepun, Takuto Inoue dan Kenya Mitsuhashi.", "Featured Image: Instagram Low Juan Shen"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217283/", "headline": "\nPiala Thomas: India Singkir Malaysia Di Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Skuad India menyingkirkan Malaysia di peringkat suku akhir kejohanan Piala Thomas 2022 setelah berjaya memenangi pertarungan kelima, sebentar tadi.", "Pertarungan tersebut dimenangi oleh pemain perseorangannya, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di ranking ke-23 dunia mengatasi pemain negara, Leong Jun Hao.", "Dalam perlawanan tersebut, Prannoy berhasil mencetak kemenangan ke atas Jun Hao secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-8 dalam tempoh 39 minit permainan.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", "21 21 🇮🇳H. S. PRANNOY🏅13 8 🇲🇾Jun Hao LEONG", "🕗 in 39 minutes https://t.co/IMyWYZj0hu", "— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022", "Kemenangan tersebut membolehkan India menamatkan perlawanan menentang Malaysia dengan keputusan 3-2 sekaligus menempah tiket ke peringkat separuh akhir.", "Terdahulu, skuad lelaki Malaysia berhasil meraih dua kemenangan menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan gandingan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi.", "Manakala India pula berhasil memungut dua kemenangan menerusi beregunya, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty serta pemain perseorangannya, Kidambi Sirikanth.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207329/", "headline": "\nTips Minit-Minit Akhir FPL GW3 – Werner Pilihan Utama!\n", "content": ["Saingan minggu ketiga English Premier League (EPL) bakal menyaksikan dua pertempuran hebat. ", "Manchester City bakal melayan kunjungan Leicester City manakala Liverpool bakal bertemu Arsenal di Anfield.", "Pening kepala memikirkan pilihan pemain untuk pasukan Fantasy Premier League (FPL) anda? Artikel ini mungkin boleh memberikan sedikit bantuan.", "Penjaga gol – Hugo Lloris (5.5 juta)", "Spurs mungkin belum memungut sebarang clean sheet, namun mereka bakal berdepan Newcastle United – pasukan yang gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan terakhir mereka di tempat lawan. Tottenham sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah di laman sendiri.", "Pilihan alternatif – Rui Patricio (5.5 juta)", "Pertahanan – Andrew Robertson (7.0 juta)", "Mungkin ada sesetengah pemain FPL tidak begitu menggemari Robertson kerana harganya agak tinggi dan berisiko. Percayalah, harganya berbaloi dengan pulangan yang diberi. Beliau sentiasa membantu bahagian serangan Liverpool dan mampu memberikan mata melalui bantuan gol.", "Pertahanan – Reece James (5.1 juta)", "Ketika artikel ini ditulis, penulis masih lagi teringat akan gol beliau ketika berdepan Brighton. Seorang lagi pemain bek yang gemar membantu bahagian serangan, dan dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Robbo, anda harus mempertimbangkan James dalam pasukan anda.", "Pilihan alternatif – Romain Saiss (5.1 juta)", "Pemain Tengah – Kevin De Bruyne (11.6 juta)", "Watak penting dalam bahagian serangan City, dan juga pemain paling berbakat dalam Premier League. KDB patut menjadi pilihan anda minggu ini untuk slot pemain tengah dengan harga premium. Jangan lupa, beliau memberikan 13 mata dalam FPL minggu lalu.", "Pemain Tengah – Heung-Min Son (9.1 juta)", "4 gol dijaringkan minggu lalu menentang Southampton di tempat lawan, kali ini berdepan Newcastle di laman sendiri. Dengan bintang Spurs, Gareth Bale masih belum dapat diturunkan minggu ini, Son dijangka akan meneruskan rentaknya sebagai pemain tengah pilihan utama Spurs.", "Pilihan alternatif – James Rodriguez (7.6 juta)", "Penyerang – Timo Werner (9.5 juta)", "Tapi, beliau belum menjaringkan sebarang gol? Minggu ini boleh menjadi minggu pertamanya mencetak gol bersama Chelsea. Dengan West Brom tampak goyah di bahagian pertahanan, Werner seharusnya menggunakan kelebihan itu untuk menjaringkan beberapa gol.", "Penyerang – Dominic Calvert-Lewin (7.3 juta)", "Penyerang yang diletakkan harga sebanyak 80 juta pound oleh kelabnya baru-baru ini boleh menjadi pilihan yang lebih murah untuk pasukan anda. Beliau telah membuktikan bakatnya selepas menjaringkan hatrik minggu lalu. Crystal Palace mungkin lawan yang sukar untuknya, tetapi DCL dijangkan dapat mengekalkan rentak jaringan golnya minggu ini.", "Pilihan alternatif – Chris Wood (Burnley, 6.5 juta)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321651/", "headline": "\nMelaka FC Umum Jurulatih Import, Skuad & Barisan Penaja 9 Februari\n", "content": ["Pendatang baharu Liga M3, Kelab Bola Sepak Melaka (Melaka FC) akan mengumumkan jurulatih import dan pemain-pemain dalam satu majlis yang akan diadakan pada 9 Februari kelak, lapor portal Melaka Hari Ini.", "Selain itu, majlis tersebut akan turut memperkenalkan barisan penaja serta perincian mengenai mekanisme pembayaran gaji yang lebih sistematik mengikut kemampuan kelab.", "Perkembangan itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad ketika sidang media selepas perlawanan akhir Governor Cup Melaka 2022.", "“Apa yang boleh saya katakan kita akan menggunakan khidmat jurulatih import dari Portugal sebagai pelan jangka panjang kita untuk kembali ke Liga Super. Tetapi nama sebenar jurulatih akan kita umum pada 9 Februari nanti.”", "“Selain itu, kita juga akan memperkenalkan barisan pemain yang mana ada sebahagiannya merupakan pemain yang pernah beraksi di Liga Super sebelum ini,” katanya seperti dipetik daripada portal berkenaan.”", "Antara perkara lain yang dikongsikan adalah penggunaan Stadium Hang Tuah sebagai home bagi Melaka FC sepanjang kempen musim ini serta sasaran muncul dua pasukan terbaik dalam saingan Liga M3 2023.", "Difahamkan majlis tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Bandar Hilir pada tarikh berkenaan.", "Featured Image: Persatuan Bola Sepak Melaka"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215211/", "headline": "\nKriptowang Tezos Dijangka Umum Tajaan Untuk Pasukan Manchester United\n", "content": ["Dalam memasarkan produk kriptowang, pelbagai syarikat memilih fokus terhadap arena sukan dalam pemasaran – termasuk menaja stadium, pasukan sukan dan sebagainya.", "Terbaru, ia dilaporkan platform rantaian-blok Tezos bakal melakukan tajaan kepada pasukan bola sepak Manchester United, sekaligus memaparkan logo Tezos pada kit pasukan Manchester United.", "Untuk makluman, sebelum ini, kit pasukan ditaja oleh perkhidmatan insuran AON – yang mana telah berakhir pada tahun lepas.", "Dengan tajaan pada pasukan bola sepak, ia sekaligus akan membolehkan jenama Tezos dikenali meluas – apatah lagi dengan kadar tontonan tinggi di seluruh dunia.", "Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengumuman kedua-dua pihak ini tidak lama lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114322/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin Kembali Bertemu Pemenang Olimpik Di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin akan membuat perhitungan sekali lagi dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin pada Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Kedua-dua pasangan ini bertemu kembali selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada Pusingan 32, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 32 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 19 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅14 21 16 🇬🇧Alexander DUNN 🇬🇧Adam HALL🕗 in 55 minutes https://t.co/5WZ2Y5XyQO", "Sze Fei-Izzuddin mara selepas menumpaskan beregu Scotland iaitu Alexander Dunn dan Adam Hall yang menghuni ranking ke-36 dunia dengan keputusan 21-14, 19-21 dan 21-16 dalam tempoh 55 minit.", "Sementara itu, Lee Yang dan Wang Chi-lin yang merupakan pasangan beregu nombor 3 dunia menempah tiket ke Pusingan 16 dengan menundukkan beregu Belanda, Ruben Jille dan Ties Van der Lecq.", "Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin dan Lee-Wang baru sahaja bertarung sesama sendiri buat pertama kali pada peringkat Pusingan 16 di kejohanan Terbuka Indonesia pada November lalu.", "Pertemuan tersebut dimenangi dengan cemerlang oleh Sze Fei-Nur Izzuddin secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 23-21. Mampukah Sze Fei-izzuddin mengulangi rekod cemerlang ke atas beregu Taiwan ini sekali lagi?", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114102/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Tumpaskan Pemain India, Zii Jia Juara Kumpulan B\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya meletakkan dirinya sebagai juara Kumpulan B dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Kejayaan itu hadir selepas Zii Jia berhasil menumpaskan pemain India, Srinkanth Kidambi pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, hari ini.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MS – Round 321 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅19 14 🇮🇳Srikanth KIDAMBI🕗 in 37 minutes https://t.co/iFbYdz3NAk", "Zii Jia yang menghuni ranking kelapan dunia mudah menjinakkan Srinkanth sekaligus mencetak kemenangan secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-14 dalam masa 37 minit.", "Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun ini mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan menumpaskan pemain Thailand dan Perancis di perlawanan pertama dan kedua masing-masing peringkat Kumpulan B.", "Status juara Kumpulan B ini sekaligus mengesahkan tempat Zii Jia ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF yang akan berlangsung pada hari esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110619/", "headline": "\nBek Kiri Berusia 20 Tahun, Adam Sertai Kelab Divisyen Dua Bosnia\n", "content": ["Pertahanan kiri berusia 20 tahun, Adam Hamid diumumkan menyertai kelab divisyen dua di Bosnia & Herzegovina iaitu NK Zvijezda Gradačac.", "Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pihak kelab selepas Adam menandatangani kontrak bersama mereka, semalam.", "“Adam Hamid pemain bintang baharu, Adam datang jauh dari Malaysia berusia 20 tahun dan akan mengisi posisi bek kitri.” tulis kenyataan NK Zvijezda Gradačac.", "Difahamkan Adam menandatangani kontrak selama bersama kelab tersebut selama semusim.", "Sebelum ini, Adam pernah berkelana di Serbia bersama FK IMT dan skuad pelapis FK Crvena Zvezda atau lebih dikenali sebagai Red Star Belgrade.", "Featured Image: NK Zvijezda Gradačac"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217365/", "headline": "\nVideo: Kali Terakhir Harimau Muda Menang Ke Atas Vietnam Adalah Di Temasya Sukan SEA 2013\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) atau dikenali sebagai Harimau Muda dijadualkan menentang pasukan tuan rumah, Vietnam B-23 pada peringkat separuh akhir temasya Sukan SEA 2021, esok.", "Harimau Muda yang dibimbing oleh Brad Maloney ini menempah tiket ke saingan separuh akhir selepas muncul naib juara Kumpulan B dengan mengutip 8 mata – kurang satu mata berbanding juara kumpulan, Thailand.", "Bercakap mengenai pertemuan skuad muda Vietnam ini, skuad negara sudah lama tidak merasai kemenangan apabila menentang pasukan ini. ", "Untuk makluman semua, kali terakhir Harimau Muda merekodkan kemenangan menentang Vietnam adalah sekitar sembilan tahun yang lalu di temasya Sukan SEA 2013 Myanmar.", "Ketika itu, skuad Harimau Muda dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee turun selaku juara bertahan berhasil merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Vietnam pada perlawanan akhir peringkat kumpulan.", "Dua jaringan tersebut dijaringkan oleh Ashri Chuchu dan Saarvindran di penghujung permainan iaitu pada minit ke-82 dan ke-90+1 masing-masing. Sementara itu, jaringan saguhati Vietnam disumbangkan oleh Mac Hong Quan pada minit ke-90+4.", "Kemenangan itu membolehkan Harimau Muda muncul juara Kumpulan A dan mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir bertemu musuh tradisi, Indonesia B-23.", "Selepas memenangi perlawanan yang berlangsung pada Disember 2013 ini, tiga pertembungan berikutnya gagal dimenangi oleh skuad Harimau Muda.", "Tiga pertarungan tersebut menyaksikan Harimau Muda tumpas 1-5 (peringkat kumpulan, Sukan SEA 2015), 1-2 (kelayakan Piala Asia B-23 2016) dan 0-3 (perlawanan persahabatan).", "Mampukah skuad Harimau Muda menamatkan kemarau kemenangan bertemu skuad Vietnam B-23 pada hari esok? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111219/", "headline": "\nMalaysia Bakal Bertemu Pasukan Di Ranking Ke-104, Palestin September Nanti?\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal bertemu pasukan yang berada di tangga ke-104 dunia iaitu Palestin dalam satu perlawanan persahabatan, September nanti.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub dan dikongsikan oleh akaun twitter @FutbolPalestine awal pagi semalam.", "PFA President @JibrilRajoub:Makram Dabboub will continue as 🇵🇸 Manager, has full support of the PFA. Palestine will play to friendlies in September against Malaysia🇲🇾 & Kyrgyzstan🇰🇬 and will hold camp in Algeria🇩🇿 ahead of the #FIFArabCup", "Difahamkan Palestin mahu menguji Malaysia dan Kyrgyzstan sebagai persiapan untuk beraksi dalam kejohanan Piala Arab FIFA yang akan bermula pada Disember kelak.", "Setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri mengenai perlawanan persahabatan ini. ", "Malaysia juga memerlukan perlawanan persahabatan yang kompetitif untuk memperbaiki ranking bagi menduduki pot ‘seeding’ yang lebih baik sebelum majlis undian kelayakan pusingan ketiga Piala Asia 2023.", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia bertemu Palestin adalah pada Jun dan November 2015 semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2018. Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, Malaysia tumpas dengan jaringan besar 6-0."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111651/", "headline": "\nAcara Silat Bakal Ke Sukan Olimpik\n", "content": ["Seni pertahanan diri, silat berkemungkinan menjadi salah satu daripada acara yang akan dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 atau Brisbane 2032.", "Hal ini selepas silat telah melepasi dua kriteria penting bagi membolehkan sesuatu sukan mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk dipertandingkan di temasya yang berlangsung setiap empat tahun sekali itu.", "Perkembangan ini dikongsikan sendiri oleh Setiausaha Teknikal Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA), Kamarul Ariffin A. Latib menerusi laman sosial organisasi terbabit.", "“Syarat atau kriteria (buat) satu-satu sukan untuk masuk ke dalam Sukan Olimpik sangat ketat. Antaranya adalah sukan tersebut mesti dimainkan di 65 buah negara di 5 buah benua seluruh dunia.”", "“Syarat kedua, sukan tersebut mesti dipelawa untuk buat demonstrasi di Sukan Olimpik.”", "“Dan syarat ketiga, selepas demonstrasi itu berjaya, sukan terbabit harus menunggu antara 4 ke 8 tahun bersamaan 2 kali penganjuran Sukan Olimpik untuk benar-benar bersedia untuk menyertai kejohanan sukan terbesar dunia itu.” jelasnya.", "“Setakat hari ni, Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah sahkan bahawa telah ada 90 negara yang ada Persatuan Silat berdaftar di negara terbabit. Lepas syarat pertama.", "“IOC juga telah meminta PERSILAT, untuk bersedia membuat demonstrasi di Olimpik Paris 2024. Lepas syarat kedua.", "“Jika anggaran waktu 4 ke 8 tahun selepas demonstrasi bermakna, Silat akan bertempat di Olimpik sekitar tahun 2028 atau 2032.” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, setakat ini terdapat enam acara seni pertahanan diri atau sukan tempur yang telah dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik.", "Antaranya tinju, lawan pedang, judo, karate, taekwondo dan gusti. Difahamkan, Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menyaksikan muay thai akan membuat kemunculannya.", "“Taekwondo sudah bermula 1996, setelah diterima 1988. Karate sudah bermula tahun ini, setelah diterima 2012. Maka untuk silat masuk Olimpik tidaklah mustahil.” katanya lagi.", "Featured Image: SUKMA Perak 2018"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207294/", "headline": "\nFAP ‘Pulun’ Proses Penswastaan, Tak Mahu Sia-Siakan Tiket Liga Super\n", "content": ["Pulau Pinang sedang bertungkus lumus untuk melengkapkan proses penswastaan kelab sebagaimana yang dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mengelakkan tiket ke saingan Liga Super ‘terbakar’ begitu sahaja.", "Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dastagir Mohd Yassin menegaskan bahawa pihaknya akan memastikan proses penswastaan selesai sebelum daripada tarikh akhir – 30 september 2020.", "Mereka tidak mahu menghampakan usaha bersungguh-sungguh barisan kejurulatihan dan para pemain skuad Harimau Kumbang yang telah mengesahkan tempat secara matematik ke saingan Liga Super 2021 dengan mengumpul 20 mata daripada 8 perlawanan setakat ini.", "“Cukup-cukuplah kami banyak belajar dari pengalaman musim lalu yang mematangkan kami supaya lebih teliti dalam menguruskan skuad Harimau Kumbang ini.", "“Kami juga tidak mahu mengecewakan harapan pemain khasnya penyokong setia Harimau Kumbang yang sudah banyak berkorban demi mengembalikan maruah Pulau Pinang kembali beraksi di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Siaran Media: 12 Pasukan Sudah Melengkapkan Proses Penswastaan FCBaca kenyataan penuh Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed di https://t.co/yu5kzlf2HG#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/cAnL8L0Ufn", "Sebelum ini, dalam satu siaran media FAM mengenai status penswastaan kelab, Pulau Pinang berada di peringkat pertengahan proses senasib dengan pasukan Pahang dan Kedah.", "Untuk makluman, sekiranya FAP gagal melengkapkan proses penswastaan ini, bukan sahaja tiket mereka ke saingan Liga Super 2021 akan menjadi ‘abu’ malah Harimau Kumbang akan ditendang ke saingan semi profesional iaitu Liga M3.", "“Sebenarnya untuk kes Pulau Pinang ini kami sudah melakukan apa yang dikehendaki oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Cuma tempoh hari kami sedang menunggu kebenaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk guna nama Penang Football Club (Penang FC).", "“Alhamdulillah perkara ini berjaya diselesaikan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan kami pun sudah menerima dokumen pendaftaran Penang FC,” jelas Dastagir penuh lanjut.", "Musim lalu, Pulau Pinang terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2020 apabila dikenakan hukuman pemotongan mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) disebabkan oleh isu tunggakan gaji bekas pemain import, Reinaldo Lobo."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325138/", "headline": "\nPemain Tengah Al-Ittihad Ambil Alih Kelab Divisyen Tiga Belgium\n", "content": ["Pemain tengah Al-Ittihad, N’Golo Kante sah menjadi pemilik baharu salah sebuah kelab divisyen ketiga Belgium, Royal Excelsior Virton bagi menggantikan pemilik sebelumnya, Flavio Becca. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan melalui pelbagai media sosial milik kelab yang beraksi dalam saingan Eerste National. ", "Dalam kenyataan yang sama, Becca jelas gembira kerana dapat menyerahkan kelab miliknya itu kepada N’Golo Kanté, seorang insan yang bukan sahaja terkenal dengan kualiti bola sepaknya malahan sifat kemanusiaannya yang diiktiraf umum.", "A post shared by Royal Excelsior Virton (@excelsiorvirton)", "Untuk makluman, Royal Excelsior Virton diambil alih oleh pelabur hartanah dari Luxembourg, Flavio Becca pada 2018 dan berjaya membawa kelab yang berpangkalan di sempadan Luxembourg ke liga divisyen kedua Belgium, Challenger Pro League pada musim 2021-22. ", "Namun begitu, Royal Excelsior Virton kembali ke kancah Eerste National pada penghujung musim 2023 selepas mengutip 25 mata daripada 32 perlawanan, dibezakan dengan satu mata dengan pasukan di tempat ketujuh, Jong Genk iaitu kelab pembangunan kepada KRC Genk.", "Di bawah Becca, kelab yang berpusat di Virton itu keluar daripada sebarang isu kewangan yang menyaksikan transaksi perpindahan hak milik kelab di antara dua individu tersebut menjadi lebih mudah berkuatkuasa 1 Julai ini. ", "Sebagai tambahan, N’Golo Kante telah memilih untuk berhijrah ke Arab Saudi bagi meneruskan kariernya bersama Al-Ittihad bersama rakan senegaranya, Karim Benzema selepas tujuh tahun bersama The Blues."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321745/", "headline": "\nRanking BWF: Tang Jie-Ee Wei Sertai Kelompok 50 Terbaik Dunia Selepas Juarai Saingan Iran\n", "content": ["Kejayaan menjuarai Cabaran Antarabangsa Iran Fajr Ke-31 pada Ahad lalu melonjak kedudukan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ke dalam kelompok 50 pasangan terbaik dunia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memaparkan gandingan Tang Jie-Ee Wei merekodkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga berbanding minggu lalu.", "Peningkatan itu sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-48 dunia, pada minggu ini.", "Sebagai rekod, ketika mula bergandingan pada awal Disember lalu, Tang Jie-Ee Wei bermula dengan tangga ke-272 dunia. Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, pasangan berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini telah berjaya melangkau sebanyak 224 anak tangga.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran baharu negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing yang menamatkan saingan yang sama sebagai naib juara turut merekodkan peningkatan ranking yang memberangsangkan.", "Kemaskini oleh BWF memperlihatkan Pang Ron-Mei Xing meraih peningkatan sebanyak sepuluh anak tangga sekaligus menghuni kedudukan ke-65 dunia pada minggu ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219501/", "headline": "\n9 Pemain Import Liga Malaysia Yang Boleh Dinaturalisasikan Pada Tahun 2021\n", "content": ["Sekurang-kurangnya sembilan pemain import yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk dinaturalisasikan sekaligus membolehkan mana-mana pemain ini bermain dalam saingan domestik selaku pemain tempatan.", "Selain daripada status pemain tempatan, pemain-pemain yang telah dinaturalisasikan turut berpeluang untuk dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.", "Salah satu kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemain yang mahu dinaturalisasikan mestilah beraksi di negara tersebut minimum selama lima tahun berturut-turut.", "Antara kriteria lain, mana-mana pemain yang ingin dinaturalisasikan juga mestilah kalangan belum membuat penampilan senior bersama skuad kebangsaan negara kelahirannya dalam perlawanan kompetitif.", "Berdasarkan kepada dua kriteria yang dinyatakan di atas, kami berhasil menyenaraikan sembilan pemain yang boleh dinaturalisasikan pada tahun ini. Senarainya adalah seperti berikut:", "Pemain sayap, Gonzalo Cabrera telah menabur bakti bersama JDT sejak awal musim 2017. Tahun ini menjadi tahun kelimanya beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Merupakan seorang pemain yang lincah, pantas dan mempunyai naluri yang tinggi untuk menjaringkan gol, maka tidak hairanlah Cabrera merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak buat skuad Harimau Selatan setakat ini. Untuk makluman, nama Cabrera bertiup kencang sebagai salah seorang pemain yang akan dinaturalisasikan sejak dari tahun lalu lagi.", "Dengan hanya berketinggian sekitar 1.72 meter, aspek ketinggian sememangnya bukanlah aset terbaik dimiliki oleh penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre. Tetapi Tchetche meletakkan namanya selaku salah seorang penggempur berbisa dalam saingan Liga Malaysia menerusi gelecekannya, kepantasannya dan ketajamannya untuk menjaringkan gol. ", "Mula menyertai pasukan Terengganu pada jendela perpindahan kedua musim 2017 dan musim 2018 menjadi musim terbaiknya apabila menggegarkan pentas Liga Super dengan rekod 14 gol selain mencetak 9 gol dalam saingan Piala Malaysia 2018. Tahun ini bakal menjadi tahun kelimanya beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan namanya boleh disenaraikan untuk dinaturalisasikan memandangkan beliau belum pernah tampil bersama skuad kebangsaaan negaranya.", "Kelab: Terengganu II / Terengganu", "Seorang pemain yang ‘low profile’ dan sebelum ini, namanya tidak begitu terkenal dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Namun sejak diberikan peluang untuk bermain bersama skuad utama Terengganu pada dua perlawanan Liga Super musim ini, nama Dechi Marcel tiba-tiba ‘meletup’ dan mula menarik perhatian ramai.", "Diberikan nama timangan ‘Kante’ dek kerana kerajinannya dan seringkali menggalas tugas selaku ‘box-to-box midfielder’ yang memerlukan beliau naik dan turun sepanjang 90 minit permainan. Mula beraksi bersama UiTM FC pada tahun 2017 yang lalu, dan pada tahun 2019 beliau diikat oleh Terengganu II. ", "Tahun ini merupakan tahun kelimanya dalam saingan domestik dan adakah satu perkembangan yang baik buat bola sepak Malaysia sekiranya beliau dinaturalisasikan?", "Mula merasai kancah bola sepak tempatan bersama pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan pada tahun 2017, Lee Tuck kemudiannya dipancing khidmatnya oleh Terengganu yang dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super 2018.", "Sejak bermain bersama pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut,  Lee Tuck kerap mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan menerusi ‘work rate’ yang tinggi serta kepimpinannya di atas padang. Selain Cabrera, pemain kelahiran Halifax ini antara nama yang bertiup kuat bakal dinaturalisasikan pada tahun ini.", "Sang Setia! Itu sahaja yang boleh diungkapkan mengenai kelibat Paulo Josue. Pemain tengah ini mula menyertai pasukan Kuala Lumpur pada tahun 2017 dan beliau kekal bersama pasukan sehingga kini walaupun pasukannya pernah terhumban ke saingan Liga Premier pada tahun 2020.", "Menjadi nadi tengah Kuala Lumpur sejak sekian lama dan antara kepakarannya di atas padang adalah melakukan lorongan cantik kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol serta menjaringkan gol daripada situasi bola mati. ", "Dalam sedar dan tidak sedar, pemain yang sinonim dengan gaya permainan yang keras, sering ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja kotor dan mengacau mental pemain-pemain lawan, Leandro sudah memasuki tahun kelimanya beraksi bersama Perak.", "Sebelum daripada itu, Leandro pernah beraksi bersama Selangor dan T-Team FC masing-masing pada tahun 2015 dan 2014.", "Kelab: Perak II / Perak (dipinjamkan oleh Sri Pahang)", "Berkongsi nama dan negara kelahiran yang sama, namun pemain ini bukanlah Sergio Aguero si penyerang yang menjaringkan gol ke atas Queens Park Rangers pada masa kecederaan sekaligus memberikan Manchester City kejuaraan Premier League buat kali pertama pada musim 2011/12.", "Aguero yang bermain bersama Perak II dan Perak ini merupakan seorang pemain tengah menyerang. Beliau tiba di bumi Malaysia pada tahun 2017 dengan menyertai Melaka United. Dia kemudiaannya menyertai Selangor United (2018), Pulau Pinang (2019), KL Rovers (2020) dan Sri Pahang (2021) sebelum dipinjamkan kepada Perak.", "Pemain yang mempunyai latar belakang yang unik! Bruno merupakan pemain kelahiran Brazil namun dibesarkan di negara matahari terbit, Jepun. Selain itu, ibunya merupakan keturunan Jpeun dan Bruno sendiri turut memiliki passport Jepun.", "Mula berkelana dalam saingan bola sepak tempatan bersama Negeri Sembilan pada tahun 2017 sebelum menyertai Terengganu II pada tahun berikutnya. Musim ini, penyerang berusia 30 tahun ini menyertai skuad The Cops sekaligus bakal melebarkan tempoh pengalamannya beraksi di Malaysia kepada lima tahun.", "Sedar atau tidak Nicolas Fernandez atau lebih dikenali sebagai Nico antara pemain import yang lama beraksi bersama pasukan berstatus feeder club, JDT II. Beliau mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2017 untuk beraksi dalam saingan Liga Premier.", "Mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan liga sekitar eropah, Nico sering mengisi posisi pemain tengah menyerang dan penyerang telah lama menjadi panduan dan memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan pemain-pemain di JDT II."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216784/", "headline": "\nVictoria, Australia Dipilih Sebagai Hos Sukan Komanwel 2026\n", "content": ["Persekutuan Sukan Komanwel (CFG) mengesahkan temasya sukan melibatkan negara-negara bekas jajahan empayar British, Sukan Komanwel 2026 akan diadakan di negeri Victoria, Australia.", "Perkara tersebut disampaikan menerusi satu siaran media yang dikeluarkan oleh badan itu pada hari ini. Pengumuman itu menjadikan Australia bakal menganjurkan temasya ini sebanyak enam kali – paling kerap dalam sejarah Sukan Komanwel.", "Victoria 2026 set to be a Games-Changer – and accelerates a Green and Gold runway for the decade! 🇦🇺💚💛 Read more: https://t.co/YZYhADSCOs #Vic2026CG #Vic2026CommGames", "— Commonwealth Games Australia (@CommGamesAUS) April 12, 2022", "Lima edisi temasya yang pernah dilangsungkan di Australia ialah Sydney 1938, Perth 1962, Brisbane 1982, Melbourne 2006 dan Gold Coast 2018.", "Dimaklumkan, temasya ini akan dilangsungkan pada Mac 2026 dengan beberapa bandar di dalam negeri Victoria dipilih sebagai perkampungan sukan seperti Melbourne, Geelong, Bendigo, Ballarat dan Gippsland. Manakala, upacara pembukaannya akan diadakan di Melbourne Cricket Ground yang boleh memuatkan sekitar 100,000 penonton.", "Sebanyak 16 jenis sukan – kesemua sukan yang dimainkan di Sukan Komanwel 2022 – disahkan dipertandingkan di Sukan Komanwel 2026. Sementara itu, sekitar tujuh lagi sukan akan ditambah sebelum penghujung tahun ini.", "Antara sukan yang telah disahkan dipertandingkan adalah akuatik, olahraga, badminton, tinju, bola tampar pantai, kriket T20, basikal, gimnastik, hoki, bowling padang, bola jaring, ragbi 7s, squash, ping-pong, triahthlon dan angkat berat.", "Untuk tahun ini, temasya Sukan Komanwel akan dilangsungkan di Birmingham, England bermula 28 Julai hingga 8 Ogos."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323556/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Harimau Muda Bukan Sekadar Tak Capai Sasaran Malah Kandas Peringkat Kumpulan\n", "content": ["Selepas mengharungi tiga perlawanan di Sukan SEA 2023 Kemboja, skuad bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-23) disahkan gagal untuk mencapai sasaran yang diletakkan pada temasya berkenaan.", "Lebih malang, skuad berjulukan Harimau Muda ini bukan sahaja gagal mencapai sasaran iaitu mara ke perlawanan akhir bahkan turut terkandas di peringkat Kumpulan B.", "Situasi ini hadir setelah skuad bimbingan E. Elavarasan tumpas 1-2 kepada Vietnam hasil jaringan berganda daripada Nguyen Van Tung pada minit ke-7 dan ke-33 masing-masing dalam perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.", "Jaringan tunggal oleh Malaysia pula hadir menerusi Aiman Afif sekitar penghujung babak pertama.", "Kemenangan Vietnam bimbingan Philippe Troussier ini membolehkan mereka mengumpul sembilan mata sekaligus mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir. Sementara itu, Thailand pula terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama setelah mencatatkan kemenangan ketiga bertemu Laos, pada petang tadi.", "Kedua-dua pasukan ini akan berentap sesama sendiri dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan B bagi merebut status juara dan naib juara kumpulan pada 11 Mei nanti.", "Malaysia pula yang mencatatkan satu kemenangan berada di tangga ketiga dengan tiga mata. Kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Singapura kelak menjadikan Malaysia mengutip enam mata – tidak mencukupi untuk memintas pungutan mata Vietnam mahupun Thailand.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221244/", "headline": "\nKedah Pinjam Bek Kiri, Azrin Afiq Daripada Selangor Selama Semusim\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) terus memperkasakan skuadnya menjelang saingan baharu Liga Malaysia 2023.", "Menerusi makluman oleh skuad berjulukan Sang Kenari pada hari ini, pertahanan kelahiran Klang, Selangor yang berusia 20 tahun, Azrin Afiq Rusmini menjadi rekrut terbarunya.", "Hoodie man ❌, Sunset mystery guy ❌, but he is young and dangerous. Welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood8 pic.twitter.com/lFaCKp1UkF", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 29, 2022", "Difahamkan, khidmat graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini diikat oleh Kedah secara pinjaman selama setahun selepas mendapat persetujuan daripada kelab asalnya, Selangor FC.", "Turut dimaklumkan, Azrin yang mempunyai ketinggian 1.80 meter (m) ini diberikan jersi bernombor 31 untuk disarungnya sepanjang bersama skuad Hijau Kuning.", "Sebagai tambahan, Azrin juga merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia B-23 atau Harimau Muda ketika beraksi dalam kancah Kejuaraan AFF B-23 dan Piala Asia B-23, baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111177/", "headline": "\nPUMA Memperkenalkan But Baharu ULTRA 1.3\n", "content": ["Jenama pakaian sukan terkenal, PUMA telah memperkenalkan but baharunya, ULTRA 1.3 serta buat pertama kalinya menawarkan rekaan untuk unisex dan spesifik buat wanita.", "But ini dikatakan lebih ringan berbanding edisinya yang terdahulu, ULTRA 1.2 bagi membantu para pemain untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi semasa berlari.", "Malah PUMA turut melakukan penambahbaikan terhadap but ini dengan GripControl Pro skin bagi membantu pemain meningkatkan lagi kawalan bola.", "Untuk makluman, but ini akan disarung oleh beberapa pemain bola sepak terkenal dunia seperti Antoine Griezmann, Kingsley Coman, Sergio Agüero, Nikita Parris dan Eugénie Le Sommer.", "Berikut adalah foto-foto but baharu ULTRA 1.3 yang dikongsikan sendiri oleh PUMA:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219518/", "headline": "\nPertahanan Kacukan Harimau Malaya, Dion Cools Tamatkan Kontrak Dengan FC Midtjylland\n", "content": ["Pertahanan kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools kini bergelar pemain bebas (free agent) dan boleh mencari kelab baharu.", "Perkembangan ini hadir selepas kelabnya, FC Midtjylland yang berpangkalan di Denmark mengumumkan mencapai persetujuan bersama penamatan kontrak dengan pemain berusia 26 tahun ini.", "FC Midtjylland og Dion Cools er blevet enige om at ophæve aftalen, således den 26-årige back er fri til at finde sig en ny klub.", "— FC Midtjylland (@fcmidtjylland) September 9, 2022", "Sebagai rekod, Dion Cools telah beraksi bersama skuad berjulukan The Wolves ini sekitar 2 tahun dan 8 bulan. Sepanjang tempoh itu, Dion Cools yang mampu beraksi sebagai pertahanan kanan dan tengah telah menyumbang 1 gol dan tiga bantuan gol daripada 53 penampilan.", "Jumlah penampilan itu turut termasuk dalam saingan elit eropah, Liga Juara Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa.", "Kelab manakah yang akan disertai oleh Dion Cools selepas ini? Adakah dia akan kekal dalam kancah bola sepak eropah atau beraksi di benua lain seperti asia? Kongsikan pendapat anda.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216253/", "headline": "\nHakimi, Sharul ‘Afro’ & Hong Wan Disisihkan Ketua Jurulatih Harimau Malaya\n", "content": ["Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 25 pemain yang dibawa untuk beraksi pada FAS Tri-Nations Series 2022 menentang Singapura dan Filipina di Stadium Nasional, Singapura pada 23 dan 26 Mac kelak.", "Pengumuman ini dimaklumkan secara rasmi menerusi satu siaran media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik badan induk bola sepak negara itu, pada hari ini.", "Daripada 30 pemain yang disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat bermula Isnin lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pan-gon telah menyisihkan tiga nama iaitu Hakimi Abdullah (Terengganu FC), Sharul Nazeem Zulpakar atau dikenali sebagai ‘Afro’ (Selangor FC) dan Nathaniel Shio Hong Wan (Johor Darul Ta’zim).", "Senarai 25 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke FAS Tri-Nations Series 2022 Di SingapuraBerikut senarai akhir skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon untuk bertemu Filipina (23 Mac) & Singapura (26 Mac 2022), kedua-duanya di Singapura.https://t.co/KNzhcsAz6p#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/N3kRd6qLIc", "Selain itu, beberapa pemain lain seperti Syahmi Safari (Johor Darul Ta’zim), Darren Lok (PJ City), Nazmi Faiz Mansor (Johor Darul Ta’zim) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC) pula tidak melaporkan diri atas alasan peribadi serta digugurkan ekoran dijangkiti Covid-19 dan kecederaan.", "Sementara itu, dua pemain yang berpangkalan di luar negara, Liridon Krasniqi (Odisha FC) dan Dion Cools (SV Zulte Waregem) pula akan menyertai skuad Harimau Malaya di Singapura nanti.", "Untuk  makluman semua, skuad Harimau Malaya dijadualkan berlepas ke negara jiran tetangga pada hari esok (Selasa, 22 Mac)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207746/", "headline": "\nKDA FC Nama Baharu, MBI Miliki 80% Pegangan Saham\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan akan menggunakan nama baharu iaitu Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bermula saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA, YB Mohd Firdaus Ahmad dalam satu sidang media yang diadakan selepas daripada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, hari ini.", "Nama pasukan Kedah menjadi polemik apabila Presiden KFA, YAB Muhammad Sanusi Md Noor enggan menamakannya sebagai ‘Kedah Football Club’ kerana tidak mahu akronimnya iaitu KFC dikaitkan rangkaian restoran makanan segera. ", "Pada masa yang sama, Mohd Firdaus turut mengumumkan pasukan tersebut akan diurus sepenuhnya oleh Darulaman Football Club Sdn. Bhd.", "Berkenaan pemilikan syarikat yang menguruskan pasukan bola sepak terbabit, Mohd Firdaus berkata sebanyak 80% pegangan saham akan dimiliki oleh Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dan baki 20% adalah milik KFA sendiri.", "80% pegangan saham itu dijual oleh KFA selaku pemilik tunggal Darulaman Football Club Sdn. Bhd. yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219497/", "headline": "\nPiala Dunia Hoki 2023: Malaysia Diundi Bersama-Sama Belanda, New Zealand & Chile Dalam Pool C\n", "content": ["Majlis Undian bagi Kejohanan Hoki Lelaki Piala Dunia 2023 Bhubaneswar – Rourkela, India yang berlangsung pada hari ini menyaksikan Malaysia (ranking ke-10) diletakkan dalam Pool C.", "Menyertai Malaysia dalam kumpulan ini adalah juara bertahan edisi lalu, Belanda (ranking ke-3) serta New Zealand (ranking ke-9) dan Chile (ranking ke-23).", "Sementara itu, tuan rumah, India (ranking ke-5) berada dalam Pool D bersama-sama England (ranking ke-6), Sepanyol (ranking ke-8) dan Wales (ranking ke-16).", "Here are the Pools for the FIH Odisha Hockey Men's World Cup Bhubaneswar – Rourkela 2023! #HWC2023", "Which clashes are you looking forward for in the group stages. Tournament starts on 13 Jan 2023❓", "Full schedule will be revealed soon.@TheHockeyIndia #HockeyInvites pic.twitter.com/vo6NGN4ipp", "— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) September 8, 2022", "Manakala bagi dua kumpulan lagi iaitu Pool A diisi oleh Australia (ranking pertama), Argentina (ranking ke-7), Perancis (ranking ke-11) dan Afrika Selatan (ranking ke-14). ", "Manakala Pool B pula dihuni oleh juara bertahan, Belgium (ranking ke-2), Jerman (ranking ke-4), Korea (ranking ke-12) dan Jepun (ranking ke-17).", "Untuk makluman semua, skuad hoki lelaki kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Speedy Tigers berhasil melayakkan diri ke pentas Piala Dunia buat kali kesembilan ini setelah berjaya mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Asia 2022, Mei lalu.", "Sebagai rekod, Malaysia menamatkan kempen Piala Dunia edisi lalu yang turut berlangsung di India di tempat ke-15.", "Sebagai tambahan, kejohanan hoki lelaki Piala Dunia ini akan berlangsung bermula 13 Januari hingga 29 Januari tahun depan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323492/", "headline": "\nAdams, Ferdinand & Cech Sertai Dewan Kemasyhuran PL\n", "content": ["Dua pertahanan legenda Liga Perdana Inggeris (EPL), Tony Adams dan Rio Ferdinand bersama penjaga gol tersohor, Petr Cech menjadi tiga pemain terbaru yang berada dalam senarai Dewan Kemasyhuran Liga Perdana (PL) atau dikenali sebagai PL Hall of Fame. ", "Mereka menjadi pemain ke-17 hingga ke-19 menyertai senarai pemain hebat yang pernah mencipta pelbagai rekod dalam saingan tertinggi di England sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada tahun 2021.", "Untuk makluman, Adams beraksi bersama Arsenal sejak 1992 sehingga 2002 manakala Ferdinand pula menyarung jersi empat buah pasukan berbeza sejak 1995 hingga 2015 dalam kancah EPL.", "Our #PLHallOfFame 2023 inductees have arrived 🤝 pic.twitter.com/R90YL4UT29", "— Premier League (@premierleague) May 3, 2023", "Manakala, perjalanan Petr Cech di England pula bermula dengan Chelsea pada 2004 sebelum berhijrah menyertai kelab seteru di London, Arsenal pada 2015. Sebelum bersara, Cech sempat mencipta nama sebagai Penjaga Gol Dengan ‘Clean-Sheet’ Terbanyak EPL dengan catatan 202 perlawanan.", "Selain itu, ketiga-tiga pemain ini pernah menjulang trofi EPL lebih daripada sekali sepanjang karier mereka bersama Arsenal, Chelsea dan Manchester United. ", "Sebagai rekod, Adams memenangi liga sebanyak dua kali (1997-98 & 2001-02), Petr Cech mendakap trofi tersebut sebanyak empat kali (2004-05, 2005-06, 2009-10 & 2014-15) dan Rio Ferdinand pula menjuarai EPL sebanyak enam kali (2002-03, 2006-07. 2007-08, 2008-09, 2010-11 & 2012-13).", "Terdahulu, Dewan Kemasyhuran PL menyaksikan dua orang pengurus legenda Manchester United dan Arsenal iaitu Sir Alex Ferguson dan Arsene Wenger disenaraikan bagi edisi tahun 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207601/", "headline": "\nTempa Nama Dahulu, Barulah Pihak Penaja Datang Mencari – Azizulhasni\n", "content": ["Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang berkata atlet-atlet tempatan perlu menempa nama dengan memenangi beberapa kejohanan besar terlebih dahulu sebelum dapat ‘memancing’ penajaan daripada pihak swasta.", "Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai Jijoe berkata pada awal pembabitannya dalam sukan berbasikal, dia juga bergelut untuk mendapatkan penajaan daripada pihak swasta untuk mengembangkan kariernya.", "Namun demikian, setelah sekian lama berkecimpung dalam sukan berbasikal trek, Jijoe semakin memahami bagaimanapun industri sukan di Malaysia bergerak sekaligus dapat ‘memancing’ beberapa pihak untuk mendapatkan penajaan.", "“Bercakap soal penajaan, saya juga menghadapi masalah sama di awal karier tapi selepas memahami bagaimana industri sukan di Malaysia ini bergerak, ia memudahkan sedikit sebanyak pergerakan karier saya.", "“Sebagai contoh, untuk mendapat penajaan dari pihak swasta, seseorang atlet harus mempunyai keputusan cemerlang terlebih dahulu.", "“Jadi pada waktu itu saya berlatih dan berusaha keras sehingga memenangi banyak kejohanan besar dan menempa nama di arena sukan negara dan selepas itu pihak penajaan datang mencari saya,” kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu seperti dipetik daripada Harian Metro. ", "Mengimbau kenangan di zaman remajanya, Jijoe berusaha mengumpul wangnya sendiri untuk membeli barangan basikal bagi memenuhi hobinya. ", "“Saya tidak pernah meminta duit dari ibu bapa untuk hobi lumba basikal, malah saya bekerja dengan bapa saudara saya di kedainya bagi mengumpul wang bagi membeli barangan basikal,” katanya lagi.", "Untuk rekod, sejak menjadi pelumba basikal trek negara, Jijoe telah memenangi pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2017, pingat gangsa Sukan Olimpik 2016, pingat emas Sukan Asia 2010 dan beberapa kejuaraan lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219430/", "headline": "\nRanking BWF: Kisona Selvaduray Kekal Pemain No.1 Malaysia\n", "content": ["Pemain badminton wanita berusia 23 tahun, Kisona Selvaduray kekal sebagai perseorangan No.1 Malaysia buat minggu kedua berturut-turut.", "Pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 ini muncul selaku pemain wanita No.1 negara setelah menghuni ranking dunia yang tertinggi dalam kalangan pemain Malaysia bermula minggu lalu.", "Kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada minggu ini masih mengekalkan statusnya itu dengan mencatatkan peningkatan satu anak tangga yang meletakkannya di kedudukan ke-50 dunia – terbaik dalam kariernya setakat ini.", "Status pemain No.2 negara pula menjadi milik pemain senior, Soniia Cheah yang kini berada di tangga ke-53 dunia. Pemain berumur 29 tahun ini jatuh di kedudukan tersebut bermula minggu lalu dan ianya kekal tidak berganjak pada minggu ini.", "Pemain No.3 negara pula menjadi milik Goh Jin Wei yang berada di ranking ke-59 dunia – kedudukan yang sama seperti minggu lalu.", "Sementara itu, kedudukan 10 pemain terbaik dunia mengalami sedikit perubahan pada minggu ini. Pemain Jepun, Akane Yamaguchi yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF dan Terbuka Jepun baru-baru ini kembali merampas kedudukan No.1 dunia pada minggu ini daripada pemain Taiwan, Tai Tzu Ying.", "Manakala pemain Thailand, Ratchanok Intanon pula merekodkan peningkatan satu anak tangga, menghuni ranking ketujuh dunia pada minggu ini. Pemain berumur 27 tahun ini merampas kedudukan tersebut daripada pemain India, Pusarla V. Sindhu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112512/", "headline": "\nTan Cheng Hoe Nafi 8 Pemain JDT Tidak Mendapat Pelepasan Kelab\n", "content": ["Khamis lalu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 24 pemain yang terpilih untuk menyertai skuad Harimau Malaya bagi mengharungi dua perlawanan antarabangsa tier 1 menentang Jordan dan Uzbekistan pada Oktober nanti.", "Senarai 24 pemain tersebut menyaksikan seramai enam muka baharu dipanggil oleh jurulatih kelahiran Kedah itu disamping menyenaraikan kembali enam muka lama yang tidak mendapat panggilan pada Mei dan Jun lalu.", "Bagaimanapun, senarai pemain tersebut menyaksikan seramai lapan pemain yang dipanggil ke kem skuad kebangsaan sebelum ini, daripada pasukan juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak disenaraikan oleh Cheng Hoe.", "Ia menyebabkan timbul pelbagai dakwaan dalam kalangan peminat dan salah satunya adalah pemain-pemain tersebut tidak mendapat pelepasan daripada JDT kerana mahu mengelak daripada ditimpa kecederaan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia.", "Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu Sertai Skuad Kebangsaan Hadapi Jordan & Uzbekistan", "“Itu (dakwaan JDT tak lepaskan pemain) pandangan atau andaian masing-masing, tapi kami barisan jurulatih dan pengurusan sentiasa berbincang mana satu yang terbaik untuk pasukan.", "“Kita pun nak jaga imej negara juga, kita bukan tak ambil berat mengenai mana-mana pemain,” kata Cheng Hoe seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Antara pemain JDT yang tidak dipanggil ialah Farizal Marlias, Matt Davies, Adam Nor, Corbin-Ong, Syamer Kutty, Arif Aiman, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh. ", "Sementara itu, jurulatih berusia 53 tahun tersebut menjelaskan dua perlawanan bertemu pasukan yang berada dalam kelompok ranking 100 terbaik dunia adalah untuk memberi peluang kepada bakat baharu merasai cabaran di peringkat antarabangsa.", "“Pemain seperti Safawi dan pemain yang sudah biasa bersama skuad Harimau Malaya, kita sudah tahu kemampuan mereka dalam pasukan kebangsaan.", "“Kali ini kita bagi peluang bakat baharu dicuba untuk bermain di peringkat antarabangsa lawan Jordan dan Uzbekistan yang mana bukan calang-calang pasukan.", "“Jadi ini adalah satu ujian terbaik pemain baharu atau pemain yang sudah lama tidak bersama skuad kebangsaan,” katanya lagi.", "Untuk makluman semua, Malaysia dijadualkan bertemu Jordan dan Uzbekistan masing-masing pada 6 dan 9 Oktober di negara Jordan iaitu Amman.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322116/", "headline": "\nNafuzi Calar Rekod Cemerlang Terengganu Ke Atas Kedah Sepanjang Tahun Lalu\n", "content": ["Terengganu FC mempunyai rekod yang cemerlang menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) dengan meraih tiga kemenangan berturut-turut daripada tiga pertemuan sepanjang tahun lalu.", "Bagaimanapun, rekod cemerlang terbabit tidak dapat diteruskan oleh skuad berpangkalan di pantai timur itu pada tahun ini apabila tumpas kepada Sang Kenari yang kini dibimbing oleh Nafuzi Zain dalam perlawanan kedua Liga Super, musim ini.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi, Terengganu yang kini dikendalikan oleh Tomislav Steinbruckner terpaksa akur tumpas kepada Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0.", "FT | KDA FC 1 – 0 TERENGGANU FC", "90' Fadzrul Danel#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #membinaimpianmengupayalegasi #LigaSuper2023 #matchday #LS2 #KDATER pic.twitter.com/37NDNeVKdF", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 1, 2023", "Lebih malang, kekalahan itu terhasil di penghujung minit permainan dengan pemain Terengganu melakukan kesilapan individu iaitu menolak bola ke belakang sebelum disudahkan oleh Fadzrul Danel sambil disaksikan oleh 21,700 penonton yang hadir.", "Jaringan terbabit ternyata tidak dapat dibalas oleh Terengganu dan terpaksa akur dengan keputusan itu apabila pengadil perlawanan, S. Logeswaran meniup wisel menamatkan permainan.", "Dengan kemenangan ini, Kedah berhasil mengumpul dua mata penuh daripada dua perlawanan awal Liga Super musim ini. Pada pertemuan pertama lalu, Kedah berhasil mencatatkan kemenangan ke atas Perak FC.", "Sementara itu, Terengganu pula terpaksa menelan hakikat yang pahit apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super kali ini selepas tumpas kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa hari lalu.", "Untuk makluman semua, Terengganu ketika dibimbing oleh Nafuzi pada tahun lalu berhasil meraih dua kemenangan dalam perlawanan Liga Super serta satu kemenangan dalam saingan Piala FA apabila bertemu Kedah.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110559/", "headline": "\nKpah Sherman Raih Kemenangan Bersama Liberia Ketika Menentang Libya\n", "content": ["Penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman meraih kemenangan bersama skuad kebangsaan Liberia ketika turun beraksi menentang Libya, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Pemain berusia 29 tahun ini diberikan kepercayaan oleh ketua jurulatih, Peter Butler untuk bermula dalam kesebelasan utama pasukan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chedly Zouiten, Tunisia.", "Dalam perlawanan tersebut, Butler yang merupakan seorang jurulatih yang tidak asing dalam saingan saingan Liga Malaysia menerapkan formasi 3-5-2. Butler menggandingkan Kpah Sherman bersama pemain yang beraksi di eropah, Peter Wilson di bahagian serangan.", "Perlawanan ini menyaksikan Liberia meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Libya hasil jaringan Oscar Dorley, pemain muda yang beraksi bersama kelab terkemuka Republik Czezh, Slavia Prague menerusi sepakan penalti pada babak pertama.", "Lebih menarik, Liberia dilaporkan hanya bermain dengan 10 pemain hampir sepanjang perlawanan apabila pertahanan tengahnya, Sampson Dweh diarahkan meninggalkan padang oleh pengadil seawal minit ke-9 permainan.", "Untuk makluman, pada perlawanan persahabatan menentang Mauritania, 11 jun yang lalu, Kpah yang dimasukkan sebagai pemain gantian gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyebabkan pasukannya tewas tipis 0-1 kepada Mauritania.", "Bagi aksi seterusnya, skuad Liberia dijadualkan bermain dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang pasukan yang berada di ranking ke-33 dunia, Algeria pada 17hb jun (18hb jun bagi Malaysia).", "Ini merupakan kempen persediaan skuad kebangsaan Liberia sebelum mengharungi saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 bermula september kelak.", "Featured Image: Liberia Football Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322395/", "headline": "\nMFL Umum Agihan Wang Penajaan Kepada Pasukan Minggu Ini – Peningkatan Lebih 90%\n", "content": ["Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) akan mengumumkan agihan wang penajaan yang diperolehinya kepada pasukan-pasukan yang bertanding pada minggu ini – ketika rehat antarabangsa FIFA.", "Perkembangan itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam selepas daripada Majlis Pengumuman Penajaan Alif bersama MFL di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara, pada pagi tadi.", "Stuart mendedahkan ada penambahan besar terhadap jumlah agihan dana yang akan diterima oleh pasukan bertanding dengan jumlah 90% berbanding tahun lalu.", "Pastinya peningkatan itu disumbangkan oleh keberhasilan MFL memeterai perjanjian penajaan dengan 13 entiti setakat ini seperti Unifi, Puma, Pos Malaysia, Alif, Malaysia Airlines, Uphamol, Proviton STR, Origina, Colgate, BubblesO2, Al Rajhi Bank, AEON BiG dan Touch n’ Go.", "Selain itu, MFL turut mendapat suntikan yang besar menerusi kemasukan semula Astro selaku rakan penyiar rasmi serta rakan penyiar sedia ada, Radio Televisyen Malaysia (RTM).", "Difahamkan, jumlah pengagihan yang akan diumumkan itu nanti telah dipersetujui oleh kesemua Ketua Pegawai Eksekutif serta wakilnya dalam satu mesyuarat pada Februari lalu sebelum sepak mula Liga Super. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322247/", "headline": "\n5 Perkara Mengenai Pembentukan Projek Road To Gold Oleh KBS\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi menterinya, YB Hannah Yeoh dalam satu majlis sidang media yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam mengumumkan pembentukan pasukan projek Road To Gold. Projek ini diumumkan kira-kira setahun dan empat bulan sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024. Berikut adalah lima yang perlu anda tahu berkenaan pembentukan projek tersebut:", "Tujuan utama projek ini diumumkan oleh menteri adalah untuk menyelaras usaha negara bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik. Namun begitu, mengambil kira struktur dan kaedah pelaksanaan projek Olimpik sebelum ini serta baki tempoh hanya setahun sahaja bagi menghadapi Olimpik Paris pada tahun hadapan, Jawatankuasa ini akan menyediakan rangka kerja jangka panjang meliputi dua temasya iaitu Paris 2024 dan Los Angeles 2028. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Gold Paris yang diumumkan pada Julai 2022 turut dikenali Jawatankuasa Road To Gold.", "Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh Menteri KBS, YB Hannah Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), YBhg. Tan Sri (Dr.) Norza Zakaria. Ianya turut disertai oleh lapan individu yang terdiri daripada pihak kementerian, agensi sukan, bekas atlet negara, persatuan dan badan sukan negara. Ahli-ahli tersebut adalah seperti berikut:", "Semua perlantikan individu-individu di atas adalah atas dasar sukarela sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan negara (nation-building) secara kolektif. Menjelaskan pemilihan individu-individu tersebut, sebagai contoh, bekas atlet adalah atas faktor kepakaran dan pengalaman mereka yang tidak ternilai dan menjadi jambatan kukuh antara Jawatankuasa dengan atlet Road To Gold yang dipilih.", "Bagi individu seperti Stuart dan Michelle yang turut dilantik sebagai Penyelaras Projek dan Pembantu Penyelaras Projek masing-masing, kedua-duanya mempunyai pengalaman kerja yang luas dengan badan dan agensi sukan antarabangsa. Latar belakang ini menjadikan mereka calon yang sesuai kerana peranan itu memerlukan kepakaran untuk menjalinkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan secara strategik.", "Jawatankuasa ini juga secara aktif akan membina kerjasama strategik dengan sektor korporat agar mereka turut terlibat dengan projek nasional utama ini. Selain itu, tugas segera Jawatankuasa ini adalah mengenal pasti keperluan tambahan yang diperlukan bagi menjayakan misi meraih emas di Olimpik.", "Dalam sidang media yang sama, Hannah turut mengumumkan perlantikan Ahli Majlis FIFA merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), YBhg. Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin serta bekas jaguh skuasy No.1 dunia, Ybhg. Datuk Nicol Ann David sebagai Chef de Mission (Ketua Kontinjen) dan Timbalan Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024. Difahamkan perlantikan kedua-dua individu ini mencerminkan asas Jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir berkepakaran dan atlet bertaraf dunia.", "Jawatankuasa ini akan bekerjasama dengan Program Podium (program persediaan atlet elit di bawah ISN) sedia ada yang mana ia memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.", "Kehadiran projek Road To Gold akan memperkasakan Program Podium sedia ada yang diketuai oleh MSN dan ISN melalui pemantauan di peringkat kementerian. Ini akan mengukuhkan lagi Jawatankuasa yang akan memberi fokus kepada menghapuskan sekatan, mengatasi had sedia ada dan menyediakan sokongan tambahan untuk bakal pemenang pingat negara. ", "Sokongan tambahan yang diperlukan akan disesuaikan mengikut keperluan setiap individu yang berpotensi melalui konsultansi dengan atlet dan jurulatih masing-masing serta tidak terhad kepada sokongan fizikal sahaja malah bagi keseluruhan kesejahteraan diri atlet. Keperluan ini akan diberikan tertakluk kepada semakan berkala dan komitmen daripada atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat.", "Featured Image: Facebook Hannah Yeoh"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218083/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon Singkir Beregu Senegara Ranking Ke-9 Dunia\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai memulakan kempen saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF dengan langkah kanan.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-14 dunia ini merekodkan kemenangan dengan menyingkirkan beregu senegara yang turut merupakan pemain bebas, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon meraih kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 19-21 dan 21-18 dalam tempoh masa satu jam permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 19 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅18 21 18 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI", "🕗 in 60 minutes https://t.co/R30y5rnweV", "— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022", "Kemenangan ini menjadikan Soon Huat-Shevon melebarkan rekod pertemuan ke atas Kian Meng-Pei Jing kepada lima kemenangan daripada tujuh pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Soon Huat-Shevon akan turun membuat perhitungan dengan beregu Korea di ranking ke-99 dunia, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun di Pusingan 16 kelak. ", "Untuk makluman semua, pasangan ini mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas berhasil menumpaskan beregu India di ranking ke-56 dunia, Venkat Prasad dan Juhi Dewangan di Pusingan 32, sebentar tadi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322924/", "headline": "\nLiga Super: JDT Berkenduri Gol Lakar 8 Kemenangan Berturut-turut\n", "content": ["Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Super 2023 kepada lapan perlawanan berturut-turut.", "Lakaran kemenangan oleh skuad berjulukan Harimau Selatan kendalian Esteban Solari itu hadir selepas berkenduri gol ke atas Kedah Darul Aman FC (Kedah) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.", "JDT menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan besar 6-0 hasil jaringan Fernando Forestieri (23’), Feroz Baharudin (48’), Oscar Arribas (50’), Bergson (53’), Arif Aiman (76’)  dan Leandro Velazquez (86’).", "Selain lapan kemenangan berturut-turut bagi musim ini, keputusan pada hari ini juga menjadikan JDT kekal tidak mengalami kekalahan dalam 42 perlawanan Liga Super sejak April 2021.", "Sementara itu, bagi Kedah, ini merupakan kekalahan terbesarnya sejak dikendalikan oleh ketua jurulatih baharu, Nafuzi Zain.", "Dengan kemenangan ini, JDT kekal di puncak Liga Super dengan 24 mata manakal Kedah pula tidak dapat mempertahankan kedudukan keduanya yang dihuni sebelum ini.", "Untuk perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu PDRM FC di tempat lawan dan Kedah akan melayani kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Darul Aman bagi aksi kesembilan Liga Super.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218988/", "headline": "\nPiala AFC: KL City Menangi Penentuan Penalti Untuk Mara Ke Final Zon ASEAN\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC (KL City) berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir zon ASEAN Piala AFC 2022.", "Skuad bimbingan Bojan Hodak ini mara selepas memenangi penentuan sepakan penalti 6-5 mengatasi wakil Vietnam iaitu Viettel FC di laman lawan, Stadium Thong Nhat sebentar tadi.", "🥅 PENALTIES | 🇻🇳 Viettel FC 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City 🇲🇾", "⚪️ KLC ✅❌✅✅✅✅✅🔴 VTF ✅✅✅❌✅✅❌", "🙌 Kuala Lumpur City are through to the ASEAN Zonal Final!#AFCCup2022 | #VTFvKLC", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) August 10, 2022", "Sebelum itu, tiada sebarang jaringan yang dapat memisahkan KL City dan Viettel selepas beraksi selama 120 minit permainan. Ini membuatkan penentuan sepakan penalti dilangsungkan bagi mencari pemenangnya.", "Sementara itu, KL City yang mara ke perlawanan akhir akan bertemu wakil Indonesia, PSM Makassar sekali lagi. Untuk makluman, ini merupakan pasukan yang sama dihadapi mereka pada peringkat Kumpulan H yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324034/", "headline": "\nBernhardt Kesal Pemain Tidak Ikut Arahan Punca Kekalahan\n", "content": ["Pengendali Kelantan FC, Frank Bernhardt kecewa dengan sikap para pemainnya tidak mengikut arahan yang telah diberikan serta bermain secara semberono ketika mereka tewas kepada PDRM FC, semalam. ", "Jelas Bernhardt, dua jaringan awal skuad Sang Saka Biru itu terhasil menerusi kegagalan perangkap ofsaid yang dilakukan pertahanan tatkala pengendali berusia 54 tahun itu tidak mengarahkan pemainnya bermain sebegitu. ", "“Dua gol pertama, pertahanan kami cuba membuat perangkap ofsaid. Kami tak pernah berbincang tentangnya, saya tak pernah beritahu mereka untuk bermain sebegitu. Saya tak tahu kenapa mereka berbuat sedemikian.”", "“Kadangkala, mereka tidak mengikut apa yang sudah diberitahu sebelum perlawanan. Sebagai contohnya, mereka cuba membuat perangkap ofsaid seperti dalam perlawanan hari ini. Mereka merasakan apa yang mereka buat itu bagus, tetapi sebenarnya tidak”, tegas Bernhardt dalam sidang media selepas perlawanan menentang PDRM. ", "PDRM FC mencatat kemenangan keempat musim ini!#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/6s5NCqHNfH", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 23, 2023", "Bernhardt juga kecewa dengan prestasi yang ditampilkan para pemainnya yang dilihat tidak begitu komited di dalam perlawanan menyebabkan mereka mudah untuk ditewaskan.", "Dalam aksi liga tersebut, The Red Warriors tunduk kepada PDRM dengan keputusan 4-1 hasil jaringan Marcus Macauley, Nabil Lapti, Uche Agba dan Bruno Suzuki. Gol tunggal tuan rumah dihasilkan Miguel Cifuentes pada penghujung perlawanan.  ", "Kelantan kini berada di tangga ke-13 liga dengan empat mata terkumpul, dibezakan satu mata dengan seteru senegeri, Kelantan United yang kini menghuni tangga terbawah liga.", "Dalam pada itu, nasib Bernhardt masih menjadi tanda tanya selepas mencatatkan kekalahan kelima berturut-turut tatkala pemilik Kelantan, Norizam Tukiman pernah mendedahkan klausa berkenaan pemecatan jurulatih sekiranya pasukan itu mengalami lima kekalahan selepas perlantikan Bernhardt."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324140/", "headline": "\nRemuk Hati Salah Liverpool Gagal Ke Liga Juara-Juara UEFA\n", "content": ["Penyerang prolifik, Mohamed Salah gagal sembunyikan kekecewaannya apabila pasukannya, Liverpool disahkan tidak akan beraksi di Liga Juara-Juara UEFA selepas kemenangan Manchester United ke atas Chelsea, awal pagi tadi. ", "Menerusi kemaskini media sosialnya, pemain berusia 31 tahun itu juga berkata tiada alasan munasabah di sebalik kegagalan tersebut dan mengakui dirinya bersama para pemain yang lain telah membuat penyokong The Reds kecewa. ", "“(Hati) saya benar-benar hancur. Sememangnya tiada alasan untuk kegagalan ini. Kami miliki segalanya yang kami perlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara dan kami gagal.”", "“Kita Liverpool dan layak dalam pertandingan itu merupakan perkara paling minimum yang kami perlu lakukan. Saya minta maaf tetapi terlalu awal untuk kata-kata semangat atau optimistik. Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri”, tulis Salah dalam kemaskini media sosial tersebut. ", "I’m totally devastated. There’s absolutely no excuse for this. We had everything we needed to make it to next year’s Champions League and we failed. We are Liverpool and qualifying to the competition is the bare minimum. I am sorry but it’s too soon for an uplifting or optimistic… pic.twitter.com/qZmA9WsueM", "— Mohamed Salah (@MoSalah) May 25, 2023", "Untuk pengetahuan umum, Manchester United hanya memerlukan satu sahaja mata untuk menjarakkan diri dengan Liverpool bagi merebut kedudukan keempat liga sekaligus layak ke Liga Juara-Juara UEFA musim hadapan.", "Kemenangan 4-1 menentang skuad berjulukan The Blues pagi tadi sekaligus menutup rapat peluang Liverpool yang kini berbeza empat mata dengan Manchester United berbaki perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.", "Untuk rekod, Mohamed Salah telah menjaringkan 30 gol musim ini bersama Liverpool termasuk 19 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas enam musim, penyerang Mesir itu telah menjaringkan 186 gol setakat ini buat The Reds. "]} +{"url": "https://sukanz.com/2020170/", "headline": "\nBagaimana Arsenal Boleh Manfaatkan Kehadiran Coutinho? – Ini Perkongsian Jurgen Klopp\n", "content": ["Bekas pemain tengah Liverpool, Philippe Coutinho semakin kuat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan kendalian Mikel Arteta iaitu Arsenal.", "Ketika ini Coutinho yang merupakan pemain FC Barcelona bermain secara pinjaman bersama Bayern Munich. ", "Dia telah membuat 35 penampilan bersama skuad Die Roten, menjaringkan 9 gol dan melakukan 8 bantuan gol sekaligus membantu Bayern memenangi Piala Jerman dan Bundesliga 2019/20.", "Walaupun menampilkan prestasi yang dikirakan cemerlang bersama kelab gergasi Jerman tersebut, Bayern telah membuat keputusan tidak akan menandatangani Countinho secara tetap. ", "Dan menurut wartawan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Barcelona sedang menawarkan khidmat pemain Brazil itu kepada Arsenal.", "he has been offered to Arsenal. Let’s see what Arsenal will decide – now they’re focused on Willian (done deal 😉)", "— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 11, 2020", "Desas-desus perpindahan Coutinho ke Arsenal secara pinjaman turut mendapat perhatian jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yang juga bekas jurulatihnya ketika masih bermain di Anfield.", "Dalam satu temu ramah, Klopp menerangkan bahawa pemain berusia 28 tahun itu merupakan pemain tengah yang versatil atau bahasa mudahnya, serba boleh – sebagai attacking midfielder, centre midfielder dan juga central winger.", "Selain itu, Countinho juga mempunyai kebolehan melencongkan bola tepat ke bucu gol dari luar kotak penalti menerusi kaki kanannya sepertimana bekas lagenda Juventus, Alessandro del Piero. ", "“Dia jarang-jarang bermain di posisi No.10 kegemarannya bersama kami, dia boleh bermain (posisi) No.8 dengan cemerlang dan juga sayap kiri dengan baik, (ini) kerana dia cukup hebat ketika (berada) di situasi ruang sempit, tetapi (juga) sangat laju ketika (bermain) di ruang luas.", "“Sejak Alessandro del Piero, yang merembat bola ke bucu (gol) daripada posisi yang sama, saya tidak (pernah) lihat pemain lain yang boleh melakukan perkara yang sama, tarik bola ke dalam (kotak penalti) dari (belah) kiri dalam situasi (ruang) sempit.” jelas Klopp dalam Football London yang memetik sumber daripada laman Kicker.", "Peminat-peminat The Gunners dapat menjangkakan pemain tersebut akan bermain di posisi No.10 atau attacking midfielder sekiranya Arteta memainkan formasi 4-2-3-1.", "Antara formasi lain yang digunakan Arteta adalah sistem 3-4-3. Di dalam sistem ini, besar kemungkinan Coutinho akan diletakkan  sebagai central midfielder No.8 atau memainkan peranan No.10 di sayap kiri.", "Apa yang penting, sekiranya kehadiran Coutinho yang juga seorang pemain licik dan lincah ke kelab berpangkalan di Kota London ini direalisasikan, Arteta pastinya dapat menyelesaikan masalah kronik yang dihadapi Arsenal musim 2019/20 iaitu corak permainan yang kurang kreatif.", "Foto: Liverpool & Bayern Munich"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220986/", "headline": "\nJuara Dunia Gagal Ke Separuh Akhir Jelajah Dunia Akhir 2022\n", "content": ["Juara Kejohanan Dunia BWF merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik secara rasminya gagal meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022. ", "Situasi itu hadir apabila Aaron-Wooi Yik tumpas pada perlawanan kedua ketika menentang wakil China yang menghuni ranking ke-11 dunia, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi, sebentar tadi.", "Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia terpaksa akur tumpas kepada gandingan terbabit menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-23, 22-24 dan 21-16 dalam tempoh masa melebihi satu jam pertarungan.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 2 🇨🇳Yu Chen LIU🏅23 22 21 🇨🇳Xuan Yi OU🏅21 24 16 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 66 minutes https://t.co/qrYuOYiSoU", "— BWFScore (@BWFScore) December 8, 2022", "Semalam, mereka turut mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama ketika bertemu juara Kejohanan Dunia BWF sebanyak tiga kali, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.", "Hasilnya, Aaron-Wooi Yik gagal meraih sebarang mata daripada dua perlawanan ini. ", "Mereka mempunyai baki satu perlawanan di peringkat Kumpulan B bertemu beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen yang juga senasib dengan Aaron-Wooi Yik gagal meraih sebarang mata selepas mengharungi dua perlawanana. ", "Bagaimanapun, perlawanan ini hanyalah berfungsi sebagai pelengkap jadual memandangkan pemenang bagi pertembungan ini hanya akan menamatkan saingan di tempat ketiga bagi Kumpulan B.", "Untuk makluman, gandingan Ahsan-Hendra dan Yu Chen-Xuan Yi sudah mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir setelah memungut dua mata daripada dua perlawanan masing-masing.", "Pertemuan melibatkan gandingan dari Indonesia dan China ini pada hari esok hanya untuk menentukan juara dan naib juara bagi Kumpulan B.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216331/", "headline": "\nPan-gon Jelmakan Kemenangan Pertama Harimau Malaya Ke Atas Filipina Selepas 15 Tahun\n", "content": ["Sentuhan oleh ketua jurulatih dari Republik Korea, Kim Pan-gon memastikan skuad kebangsaan Harimau Malaya berhasil merekodkan kemenangan pertama ke atas Filipina selepas 15 tahun.", "Kemenangan itu diraih hasil sumbangan dua jaringan daripada pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid pada separuh masa pertama yang membolehkan Malaysia menamatkan perlawanan tersebut dengan skor 2-0.", "Selain daripada berjaya merekodkan kemenangan, corak permainan yang tersusun serta kemampuan para pemain untuk melancarkan serangan-serangan yang berbahaya ke arah gawang lawan turut mendapat pujian para peminat di media sosial.", "Untuk makluman semua, ini juga merupakan kemenangan pertama yang diraih oleh Pan-gon sejak mengambil alih tugasan selaku pengurus dan ketua jurulatih menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletakkan jawatan awal Januari lalu.", "Sebagai tambahan, kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Filipina atau dikenali sebagai skuad The Azkals ini adalah pada Januari 2007 yang lalu dalam kejohanan Piala AFF.", "Ketika itu, Malaysia berhasil mencetak kemenangan 4-0 hasil jaringan Hairuddin Omar (2 gol), Nizaruddin Yusoff (1gol) serta satu jaringan sendiri oleh pemain lawan.", "Lima pertemuan selepas itu berkesudahan dengan keputusan seri dimana empat daripadanya berakhir dengan seri tanpa sebarang jaringan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323188/", "headline": "\nSurat Tawaran Tidak Wujud Dalam Sistem MFL – Stuart Ramalingam\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam menganggap dakwaan bahawa surat tawaran daripada Selangor FC terhadap seorang pemain yang disiarkan oleh Facebook Page, Harimau Selatan X dibocori oleh Malaysian Football League (MFL) adalah tidak berfakta serta tidak bertanggungjawab.", "Menjelaskan hal tersebut dengan lebih lanjut, Stuart berkata surat berkenaan tidak pernah wujud dalam sistem MFL kerana pihaknya hanya meminta kelab-kelab memuat naik kontrak pemain", "“MFL tidak menerima surat tawaran (letters of offer), jelas sekali, ada akaun media sosial yang mendakwa kebocoran surat ini daripada MFL, ", "“Sistem MFL hanya muat naik kontrak pemain dan bukannya surat tawaran, jadi, surat tawaran ini tidak wujud dalam sistem kita, ", "“Dakwaan yang dibuat itu tidak berfakta (dan) tidak bertanggungjawab.” ujarnya ketika disoal pengamal media semasa Majlis Berbuka Puasa Jalinan Kasih AEON BiG dan MFL, semalam.", "Pada Isnin lalu, Harimau Selatan X memuat naik sepucuk tawaran kepada pemain yang ditutupi namanya lengkap dengan tandatangan milik CEO Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon.", "Isi kandungan surat tersebut memperincikan tawaran oleh Selangor kepada pemain tersebut yang merangkumi tempoh kontrak selama 1+1 tahun, gaji berjumlah AS$30,000 sebulan, yuran-yuran, bonus kemenangan, bonus kejuaraan, rumah, kereta serta tiket kapal terbang.", "Sejurus keluarnya surat tawaran terbabit, terdapat kalangan pengguna media sosial mendakwa surat tersebut dibocori oleh pihak dalaman MFL. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322375/", "headline": "\nPrestasi Kodai Naraoka Merosot Sejak Muncul Naib Juara Terbuka Malaysia 2023\n", "content": ["Pemain muda Jepun, Kodai Naraoka yang akan menjadi lawan buat Lee Zii Jia di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 pernah mencipta sensasi dalam arena badminton antarabangsa terutamanya sekitar enam bulan terakhir tahun lalu.", "Pada ketika itu, Kodai yang berusia 21 tahun berhasil muncul juara Terbuka Vietnam (Super 300) serta meraih dua gelaran naib juara di saingan Terbuka Singapura (Super 500) dan Terbuka Taipei (Super 300). Sekitar awal tahun pula, dia turut berhasil meraih gelaran naib juara Korea Masters (Super 300). ", "Selain itu, Kodai turut berhasil mara sekurang-kurangnya ke pentas separuh akhir sebanyak empat kali di kejohanan besar iaitu Terbuka Denmark (Super 750), Terbuka Perancis (Super 750), Terbuka Australia (Super 300) dan Jelajah Akhir Dunia BWF.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MS – R3213 21 21 🇯🇵Kodai Naraoka🏅21 17 19 🇲🇾Zii Jia Lee", "— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2023", "Momentum itu dibawa pula sehingga ke Januari lalu dengan merangkul naib juara Terbuka Malaysia (Super 1000). Di kejohanan ini juga Zii Jia menjadi mangsa kepada Naraoka pada pertemuan pertama mereka apabila tumpas seawal Pusingan 32 di hadapan penyokong sendiri di Axiata Arena, Bukit Jalil.", "Bagaimanapun, prestasi Naraoka kelihatan mula merosot selepas itu apabila sering terkandas di Pusingan 32 atau Pusingan 16 dalam tiga kejohanan individu yang disertainya iaitu Terbuka India (Super 750), Indonesia Masters (Super 500) dan Terbuka Jerman (Super 300).", "Kemaraannya ke peringkat suku akhir All England pada kali ini merupakan yang pertama sejak itu.", "Akan tetapi, kemaraan Zii Jia ke peringkat suku akhir turut diiringi dengan skrip seakan sama seperti Naraoka. Namun pemain kelahiran Alor Setar ini mengalami kemarau kemaraan ke peringkat terbabit yang lebih lama dengan menjangkau hampir lima bulan lamanya.", "Dijangka pertemuan Zii Jia dan Naraoka yang akan bermula sekitar 9.20 malam ini (waktu Malaysia) berlangsung sengit dengan kedua-duanya mahu membangkitkan semula prestasi semasa di kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, pemenang yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu salah seorang daripada perseorangan China samada Shi Yu Qi atau Weng Hong Yang.", "Featured Image: Victor Facebook & Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215629/", "headline": "\nSyarikat Taiwan, VICTOR Mengumumkan Kerjasama Dengan Lee Zii Jia\n", "content": ["Syarikat peralatan sukan yang berpangkalan di Taiwan, VICTOR mengumumkan kerjasamanya dengan pemain yang kini bergerak secara bebas (independent), Lee Zii Jia, pada hari ini.", "Perkara tersebut diumumkan oleh VICTOR menerusi makluman di laman sosial dan pelbagai platform media sosialnya sambil mengalu-alukan kehadiran kembali pemain No.7 dunia itu dalam keluarga VICTOR, sebentar tadi.", "Hasil daripada kerjasama ini, Zii Jia akan menyarung pakaian serta menggunakan peralatan berjenama VICTOR bermula daripada saingan Terbuka Jerman pada 8 Mac nanti. VICTOR turut memaklumkan Zii Jia akan menggunakan raket Thruster Ryuga dan kasut S82 yang pernah digunakan ketika memenangi saingan All England tahun lalu.", "Sebagai rekod, Zii Jia pernah menyarung pakaian dan menggunakan peralatan daripada VICTOR ketika masih bersama-sama skuad kebangsaan Malaysia sebelum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat tajaan daripada Yonex."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219784/", "headline": "\nHadiah Terkumpul Sebanyak RM50,000 Menanti Pemenang Kejohanan eMFL Liga Super\n", "content": ["Hadiah lumayan berjumlah RM50,000 secara keseluruhan menanti pemenang kejohanan sukan elektronik (esports) bola sepak, eMFL Liga Super yang akan bermula pada 20 April hingga 9 Mei 2021.", "Ini merupakan kali kedua Malaysian Football League (MFL) menganjurkan kejohanan esports dengan dipersetujui oleh penerbit siri permainan FIFA, Electronic Arts (EA) serta menjadi satu-satunya rakan kongsi liga rasmi bersama EA Sports di asia tenggara.", "Kejohanan tahun ini menyaksikan Unifi masih tampil sebagai penaja utama kejohanan namun turut disokong oleh Nivea Men selaku penaja produk penjagaan lelaki rasmi, LG Ultragear selaku penaja monitor skrin dan Blackbox Studio selaku penaja jersi kejohanan.", "Sementara itu, MFL turut melantik penganjur kejohanan esports, Gamesbond sebagai rakan eksklusif dalam sama-sama mengurus dan mempromosikan kejohanan unifi eMFL Liga Super.", "Untuk makluman, saingan eMFL Liga Super akan disertai oleh 12 pemain Malaysia. Kesemua mereka dipilih berdasarkan yang menduduki tangga teratas dalam Global Series Ranking.", "Selain itu, Unifi eMFL Liga Super kali ini memperkenalkan format yang lebih kompetitif iaitu Liga eMFL dan Grand Final di mana hanya lapan pemain teratas Liga eMFL sahaja yang layak untuk bertanding dalam pusingan Grand Final.", "Juara unifi eMFL Liga Super akan melayakkan diri ke East Asia Regional Cup yang dianjurkan oleh EA dan bakal beraksi di peringkat antarabangsa.", "Kejohanan unifi eMFL Liga Super akan disiarkan secara langsung menerusi platform laman sosial Facebook milik MFL, eMFL dan Gamesbond bermula 20 April 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219037/", "headline": "\nTeamViewer Tidak Berniat Lanjut Perjanjian Penajaan Bersama Man Utd\n", "content": ["Syarikat perisian yang menawarkan sokongan untuk mengawal komputer peribadi secara jarak jauh, TeamViewer menyatakan tidak akan melanjutkan perjanjiannya bersama Manchester United (Man Utd).", "Syarikat berpangkalan di Jerman itu menandatangani perjanjian penajaan bersama skuad Red Devils pada tahun lalu dengan kontrak selama lima tahun.", "Berdasarkan pelbagai laporan media, perjanjian sehingga tahun 2026 itu memberikan Man Utd penajaan berjumlah sekitar 47 juta pound sterling setahun. Jumlah itu menjadikan TeamViewer menghiasi bahagian hadapan jersi-jersi perlawanan Man Utd menggantikan penaja terdahulu, Chevrolet.", "Bagaimanapun setelah tamatnya perjanjian tersebut, bahagian hadapan jersi-jersi perlawanan Man Utd hampir pasti akan dihiasi dengan syarikat lain memandangkan ianya tidak lagi akan ditaja oleh syarikat ini. ", "TeamViewer menerusi satu kenyataan di dalam Penyata Suku Ke-2 yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan, “untuk jangka masa panjang, TeamViewer tidak berniat untuk melanjutkan perjanjian penajaan bersama Manchester United melebihi tempohnya.”", "Difahamkan, walaupun kerjasama bersama pasukan yang dibimbing oleh Erik ten Hag ini memberikan peningkatan penjenamaan yang positif, TeamViewer memutuskan untuk menilai semula strategi pemasaran jangka masa panjangnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323742/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Shun Yang Hampir Dikejutkan Pemain 17 Tahun Myanmar\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang hampir dikejutkan pemain berusia 17 tahun dari Myanmar, Hein Htut pada pusingan 16 di temasya Sukan SEA 2023.  ", "Shun Yang memenangi set pertama dengan seleasa. Namun Hein Htut berhasil memaksa Shun Yang berhempas pulas pada set kedua sebelum anak jati Pulau Pinang mengakhirinya dengan kemenangan berskor 21-9 dan 23-21. ", "Kemenangan itu membolehkan pemain berusia 22 tahun itu mara ke peringkat seterusnya yang bakal ditentukan pemenangnya samada wakil Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul atau wakil Singapura, Marcus Phil Jun Hui Lau.", " R16 | Individual Events#MAS🇲🇾 Lee Shun Yang def. #MYA🇲🇲 Hein Htut 21-9 23-21#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/XF1D2dad9R", "— BAM (@BA_Malaysia) May 12, 2023", "Pemain perseorangan lelaki Thailand itu mara ke pusingan 16 setelah mendapat ‘bye’ di pusingan awal manakala Marcus Phil mudah menewaskan lawannya dari Timor Leste, Zidane Evaldo Costa Gusmao de Jesus dengan skor 21-2 dan 21-8.", "Dalam pada itu, seorang lagi atlet perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akan bertemu wakil Singapura, Jia Wei Joel Koh di pusingan 16 setelah kedua-dua pemain mendapat ‘bye’ di pusingan awal. ", "Shun Yang dan Jun Hao menjadi dua wakil kebangsaan yang dipertaruhkan untuk merampas semula pingat emas yang kali terakhir dimenangi Malaysia menerusi Lee Zii Jia di Sukan SEA 2019 Filipina. ", "Featured image: Badminton Association of Malaysia (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220645/", "headline": "\nMelaka FC Wakili Negeri Melaka Sertai Liga M3, Sasar Layak Liga Super 2024\n", "content": ["Melaka FC menjadi nama baharu bagi pasukan yang akan mewakili negeri Melaka dalam kancah bola sepak tanah air dengan menyertai Liga M3, lapor portal Melaka Hari Ini.", "Bukan itu sahaja, pasukan yang sedang dipersiapkan untuk mengharungi saingan Liga M3 ini turut meletakkan sasaran untuk mendapat promosi ke saingan Liga Super 2024 disamping layak beraksi dalam kancah Piala FA 2023. ", "Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Undian Rasmi Governor Cup 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.", "“Malah, kita juga sedang dalam proses memilih jurulatih baharu dengan kita sudah menyenarai pendek empat jurulatih iaitu dua jurulatih luar negara dan dua jurulatih tempatan untuk mengemudi pasukan.", "“Pada masa sama, jawatankuasa teknikal juga akan dilantik bagi bekerjasama dengan jurulatih dalam aspek pemilihan pemain.", "“Barisan pemain pula akan kita siapkan pada Disember, iaitu dua bulan sebelum saingan Liga M3 membuka tirai pada Februari,” katanya seperti dipetik daripada portal terbabit.", "Pada masa yang sama, perkembangan ini sekaligus menolak polemik mengenai penggunaan nama Harimau Melaka FC sebagai pengganti kepada Melaka United FC yang sudah ‘terkubur’.", "Sementara itu, Nur Azmi turut memaklumkan Stadium Hang Jebat kekal menjadi laman tuan rumah (home) kepada buat skuad ini. Selain itu, beliau turut memaklumkan kesemua perlawanan melibatkan Melaka FC dalam saingan ini akan berlangsung pada sebelah malam.", "Satu perkhabaran baik turut disampaikan dimana penyokong skuad ini berpeluang untuk menyaksikan perlawanan secara percuma di stadium berkenaan pada peringkat permulaan saingan.", "Tidak dilupakan, Nur Azmi turut mendedahkan pasukan ini telah membuat ketetapan dalam soal pengurusan dan akaun pasukan bagi mengekang berulangnya masalah tunggakan gaji.", "Jelasnya, satu akaun khas akan diwujudkan untuk memastikan pembayaran gaji pemain berjalan lancar setiap bulan.", "“Saya mahu fokus dan pastikan pembayaran gaji mengikut masa ditetapkan. Saya akan pastikan jika saya berhutang sekalipun, ia bukanlah hutang kepada pemain kerana perkhidmatan itulah yang paling penting dalam mengembalikan sukan bola sepak sebagai sukan nombor satu negeri ini,” tambahnya lagi.", "Featured Image: Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324274/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Shun Yang Jadi Perseorangan Lelaki Negara Pertama Pulang Awal\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang tidak berjaya mara ke babak undian utama (main draw) selepas tewas kepada wakil Republik Korea, Jeon Hyeok-jin pada Pusingan 16 peringkat kelayakan Terbuka Thailand 2023. ", "Kedua-dua pemain ini tidak pernah bertemu biarpun berada di dalam kelompok 100 terbaik dunia dengan kelebihan di atas kertas lebih memihak kepada perseorangan lelaki Korea selaku penghuni ranking ke-51 dunia.", "Dalam pertarungan tersebut, Shun Yang ditewaskan Hyeok-jin secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 38 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – Qual. R1621 21 🇰🇷JEON Hyeok Jin🥇", "17 11 🇲🇾LEE Shun Yang", "— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023", "Atlet berusia 22 tahun itu sepatutnya berdepan cabaran perseorangan lelaki Amerika Syarikat, Garret Tan di Pusingan 32 peringkat kelayakan tetapi mendapat “bye” selepas lawannya menarik diri. ", "Sebelum ini, Shun Yang menampilkan aksi memberangsangkan dalam temasya Sukan SEA 2023 membantu skuad badminton lelaki negara meraih pingat perak dalam acara berpasukan. ", "Atlet kelahiran Pulau Pinang itu juga berkongsi pingat gangsa dengan seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao bagi acara individu setelah tewas kepada wakil Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkat separuh akhir. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114279/", "headline": "\nSyazwan Andik Kembali Ke Pentas Liga Super Bersama Melaka United\n", "content": ["Kelibat pertahanan kiri, Syazwan Andik pernah mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super bersama pasukan Kuala Lumpur (KL) sekitar empat musim yang lalu.", "Prestasinya bersama KL pada musim 2018 cukup cemerlang sehinggakan mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan dia dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya.", "Namun, di penghujung musim, apabila KL yang menamatkan saingan Liga Super di tangga tercorot diturunkan pangkat ke saingan Liga Premier, pemain kelahiran Skudai, Johor ini membuat keputusan untuk menamatkan kontrak bersama skuad ibu kota dan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Bagaimanapun, bersama skuad Harimau Selatan sejak tahun 2019, Syazwan tidak dapat menembusi kesebelasan utama JDT dan khidmatnya banyak digunakan oleh skuad simpanan, JDT II yang beraksi di Liga Premier.", "Akan tetapi, kelibat Syazwan dapat dilihat kembali di kancah tertinggi bola sepak tanah air apabila Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengumumkan meminjamkan pemain berusia 25 tahun ini ke Melaka United pada musim hadapan bersama-sama bekas tonggak pertahanan tengah negara, Fadhli Shas.", "Sementara itu, tiada sebarang penjelasan lanjut daripada Martin atau JDT mengenai tempoh pinjaman Syazwan mahupun Fadhli Shas bersama Melaka United.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218030/", "headline": "\nPerlawanan Tier 1: Malayan Tigress Dimalukan Bangladesh 6-0\n", "content": ["Skuad bola sepak wanita kebangsaan, Malayan Tigress dimalukan pasukan Bangladesh dengan jaringan besar dalam perlawanan antarabangsa tier 1 yang berlangsung di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal, semalam.", "Biarpun pasukan negara menghuni ranking ke-85 dunia – lebih baik berbanding Bangladesh yang berada di tangga ke-146 dunia – Malayan Tigress terpaksa akur tumpas dengan keputusan 6-0 tanpa balas.", "Dalam perlawanan terbabit, Bangladesh berhasil menjaringkan empat gol pada separuh masa pertama menerusi Mossamat Akhi Khatun (9′,29′), Sabina Khatun (25′) dan Mossamat Sirat Jahan (44′).", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Khamis, 23 Jun 2022", "BANGLADESH 🇧🇩 6-0 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽ Mossamat Akhi Khatun 9' 29' Sabina Khatun 25' Mossamat Sirat Jahan 44' Monika Chakma 66' Srimoti Krishnarani 73'#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/Z8oZ6PlYEV", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 23, 2022", "Sementara itu, pada separuh masa kedua, Bangladesh menambah lagi dua jaringan menerusi Monika Chakma dan Srimoti Krishnarani pada minit 66’ dan 73’ masing-masing. Kedudukan ini kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan.", "Untuk makluman, Malayan Tigress yang dibimbing oleh Jacob Joseph akan turun menentang Bangladesh sekali lagi pada hari  Ahad nanti. Perlawanan ini juga berstatus tier 1.", "Kedua-dua perlawanan ini merupakan rangka persiapan skuad negara sebelum turun menyertai saingan Kejuaraan AFF Wanita 2022 di Filipina bermula 4 Julai kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219250/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Lee Zii Jia Mara Ke Pusingan 16 Bertemu Zhao Jun Peng\n", "content": ["Selepas menumpaskan pemain Perancis di Pusingan 64, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia menepati ramalan menundukkan lawan dari Portugal, Bernardo Atilano dengan mudah di Pusingan 32.", "Kemenangan tersebut membolehkannya merakamkan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022 bertemu lawan yang lebih mencabar, berada di ranking ke-23 dunia.", "Cabaran tersebut akan diberikan oleh pemain China, Zhao Jun Peng yang mara selepas mengalahkan pemain India, Srikanth Kidambi di Pusingan 32, hari ini.", "Menyoroti rekod pertemuan, kedua-dua pemain baru sahaja bertembung buat julung kalinya di kejohanan Terbuka Jerman pada Mac lalu.", "Pertembungan tersebut menyaksikan pemain yang berada di ranking kelima dunia ini merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-18.", "Mampukah Zii Jia mengulangi rekod kemenangan ke atas pemain yang sama ini? Sama-sama kita nantikan esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322929/", "headline": "\nLiga Super: Frank Bernhardt Langkah Kiri Bersama The Red Warriors\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dan UiTM FC, Frank Bernhardt bermula dengan langkah kiri bersama pasukan baharunya, Kelantan FC.", "Pengendali kelahiran Jerman berusia 53 tahun ini terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Selangor FC ketika julung kalinya mengemudi skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan Kelantan tumpas dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Ayron del Valle (28’) serta gol berganda daripada Rauf Salifu (80’ & 90’).", "Kekalahan ini mengekalkan Kelantan di tangga ke-11 Liga Super – zon penyingkiran – dengan pungutan empat mata.", "Untuk makluman semua, Frank yang sebelum ini berperanan sebagai Pengarah Teknikal Kelantan FC diumumkan diangkat menjadi Ketua Jurulatih skuad TRW sekitar jam 9 pagi, pada hari Ahad.", "Difahamkan kehadiran Frank adalah untuk mengambil alih tugas daripada Ketua Jurulatih Sementara, Rezal Zambry Yahya dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih dari Korea, Choi Moon-sik yang direhatkan baru-baru ini.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114520/", "headline": "\nMakan Konate Kembali Ke Liga Indonesia Bersama Persija Jakarta\n", "content": ["Pemain tengah kelahiran Mali, Makan Konate memilih untuk kembali ke saingan Liga Indonesia setelah dilepaskan oleh Terengganu FC awal Disember lalu.", "Pemain berusia 30 tahun ini disahkan menjadi milik Persija Jakarta apabila diperkenalkan secara rasmi oleh pasukan berkenaan pada minggu ini.", "Selama semusim bersama Terengganu, Konate berhasil meraih 20 penampilan, menjaringkan satu gol serta mencipta 6 ‘assist’. ", "“Selamat datang untuk Makan Konate. Memang prosesnya cukup panjang, karena kami harus mengikuti semua protokol yang diberlakukan oleh tim dan terlebih lagi oleh pemerintah. Namun Alhamdulillah akhirnya semua selesai,\" ungkap Mohammad Prapanca.#BelieveIn12 #PersijaJakarta pic.twitter.com/FBV4D0yY5j", "Pada masa yang sama, dia turut membantu pasukan berpangkalan di pantai timur ini menduduki tangga keempat Liga Super serta mara ke separuh akhir saingan Piala Malaysia.", "Bagaimanapun, khidmat Konate tidak dilanjutkan oleh Terengganu dan menyebabkan dia mencari pasukan baharu dan Persija Jakarta atau pasukan yang dikenali sebagai Macan Kemayoran ini menjadi pilihannya.", "Sebagai rekod, sebelum menyertai Terengganu pada awal 2021, Konate telah beraksi dengan pelbagai pasukan dalam saingan Liga Indonesia seperti Persebaya Surabaya, Arema, Sriwijaya dan Persib Bandung."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207244/", "headline": "\nGenius! Tajaan Burger King Beri Publisiti Kepada Kelab Divisyen 4, Stevenage FC\n", "content": ["Siapa sangka keputusan restoran makanan segera terkenal dari Amerika Syarikat, Burger King untuk menaja kelab kerdil, Stevenage FC telah memberikan publisiti yang besar kepada pasukan tersebut.", "Kisahnya bermula tahun lalu, Burger King mengumumkan menjadi penaja utama Stevenage FC selama dua tahun sehingga hujung musim 2020/21. ", "Ia membolehkan logo ikonik mereka terpampang di ruangan hadapan jersi pasukan yang bersaing dalam kancah divisyen empat bola sepak Inggeris, EFL League Two.", "Sebagai sebuah syarikat multinasional yang dikenali seluruh dunia, mereka boleh sahaja mendapatkan publisiti dengan menaja kelab-kelab ternama yang mempunyai fan base besar seperti Manchester United, FC Barcelona dan Real Madrid.", "Bagaimanapun keputusan sebaliknya dilakukan Burger King dengan menaja sebuah pasukan bukan sahaja kerdil malah tidak dikenali. Semestinya ia mengundang persoalan kalangan orang ramai dan tidak kurang juga yang melemparkan kritikan.", "Tetapi ada satu perkara yang ramai tidak sedari iaitu Stevenage FC walaupun sebuah pasukan kerdil namun mereka tetap muncul di dalam permainan video, FIFA 20 sama seperti pasukan-pasukan besar yang lain.", "I love Burger King's creativity.• Sponsors Stevenage FC• To get their logo in FIFA 20• Challenges gamers to play as Stevenage, score goals, and share on Twitter• Stevenage most used team in “career mode”• Shirts sell out IRL pic.twitter.com/1px3OHld5U", "Di sinilah kegeniusan mereka terserlah apabila Burger King turut melancarkan satu kempen secara dalam talian yang dinamakan Stevenage Challenge. ", "Kempen ini mengajak para ‘gamers’ untuk menggunakan pasukan Stevenage FC ketika bermain permainan video FIFA 20 bersama rakan-rakan atau bermain mod ‘career’.", "Para pemain juga perlu untuk memuat naik video-video jaringan gol ke media sosial menerusi Twitter untuk tatapan ramai dan berpeluang untuk memenangi hadiah.", "Maka berbondong-bondong ‘gamers’ terlibat dalam Stevenage Challenge dan ianya telah mendapat sambutan ramai sehinggakan Stevenage FC mula dikenali ke peringkat antarabangsa.", "Thousands of football fans from all over the 🌍 are taking on the #StevenageChallenge! ❤️ Click the hashtag to see how people are reppin' the Super Boro for @BurgerKing rewards! 🔥🍔 #WeAreStevenage", "Kempen ini dilancarkan di Amerika Syarikat, China, Mexico, Brazil, UK, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden dan Sepanyol. Antara hadiah yang ditawarkan adalah penghantaran makanan percuma dan set menu Whopper percuma selama setahun.", "Hasil daripada publisiti itu juga, jersi Stevenage FC yang dihiasi dengan logo Burger King turut dibeli oleh ‘gamers’ dan peminat-peminat baharu di seluruh dunia sekaligus memberikan mereka pulangan kewangan. ", "Burger King pula mendapat publisiti berlipat kali ganda berbanding dana yang mereka keluarkan pada peringkat awal, jun 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219772/", "headline": "\nOlivier Giroud Padam Rekod 63 Tahun – Muncul Penjaring Tertua Perancis\n", "content": ["Rekod penjaring tertua Perancis yang dipegang oleh Roger Marche selama 63 tahun terpadam selepas Olivier Giroud menjaringkan gol ketika menentang Austria dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA. ", "Sebelum ini, Marche menjadi pemain tertua menjaringkan gol buat skuad Les Bleus pada usia 35 tahun 287 hari semasa menentang Sepanyol pada tahun 1959.", "Bagaimanapun, gelaran itu beralih kepada Giroud apabila jaringannya pada awal pagi dilakukan ketika berusia 35 tahun 357 hari. ", "Jaringan itu hadir pada minit 65’ – hanya dipisahkan selama 9 minit selepas Kylian Mbappe membuka tirai jaringan.", "𝙀𝙩 𝙙𝙚 𝟮 𝙥𝙤𝙪𝙧 𝙡𝙚𝙨 𝘽𝙡𝙚𝙪𝙨 ! 👊Superbe centre d'@AntoGriezmann pour @_OlivierGiroud_ qui reprend d'une tête magnifique ! ", "🇫🇷2-0🇦🇹 | #FRAAUT | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/SLP9WNRZ74", "— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) September 22, 2022", "Ianya terhasil menerusi satu tandukan padu setelah menerima hantaran lintang daripada penyerang sayap, Antoine Griezmann daripada bahagian kanan.", "Perlawanan yang berlangsung di laman mereka sendiri, Stade de France itu berakhir dengan keputusan 2-0.", "Sebagai rekod, Giroud kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak bagi skuad kebangsaan Perancis dengan rekod 49 gol.", "Giroud hanya memerlukan tiga gol sahaja lagi bagi memintas rekod penyerang legenda merangkap penjaring terbanyak sepanjang zaman Les Bleus, Thierry Henry – 51 gol secara keseluruhan.", "Featured Image: Olivier Giroud La Page Officielle"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217931/", "headline": "\nApple & Major League Soccer Memeterai Perjanjian Penstriman Selama 10 Tahun\n", "content": ["Syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat, Apple mengumumkan kerjasama dengan penganjur bola sepak di negara berkenaan, Major League Soccer (MLS) selama 10 tahun.", "Kerjasama itu menjadikan aplikasi Apple TV sebagai destinasi eksklusif buat para peminat di seluruh dunia untuk menyaksikan setiap perlawanan MLS termasuk di bawah kelolaannya seperti Piala Liga, MLS Next Pro dan MLS Next bermula tahun 2023 hingga 2032.", "Kesemua perlawanan ini akan dapat ditonton menerusi langganan servis penstriman MLS yang baharu dimana ianya hanya boleh didapati menerusi aplikasi Apple TV.", "Every club. Every match. Everywhere. Coming to the @AppleTV app, 2023.", "— Major League Soccer (@MLS) June 14, 2022", "Sebagai tambahan, servis ini turut menyediakan beberapa kandungan lain seperti rancangan mingguan, ulang siar perlawanan, sorotan perlawanan, rancangan analisis dan program khas.", "Semuanya tersedia di satu tempat tanpa perlu membeli pakej langganan pukal TV tradisional mengikut negara masing-masing.", "Selain itu, beberapa perlawanan MLS dan Piala Liga yang terpilih tersedia tanpa sebarang caj tambahan dan percuma kepada pelanggan Apple TV+.", "Siaran langsung perlawanan MLS dan kandungan “on-demand” di Apple TV disediakan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet merentasi semua peranti yang mempunyai aplikasi ini seperti iPhone, iPad, Mac, Apple TV 4K dan Apple TV HD; Samsung, LG, Panasonic, Sony, TCL, VIZIO dan lain-lain TV pintar (Smart TV).", "Bagaimanapun, maklumat lengkap untuk para peminat melanggan servis penstriman MLS seperti harga langganan, kandungan serta program berkaitan yang akan disiarkan dan lain-lain perkara akan diumumkan pada bulan-bulan mendatang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216655/", "headline": "\nTerbuka Korea: V Shem-Juan Shen Mara Selepas Tundukkan Juara Odisha 2022\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Goh V Shem dan Low Juan Shen berhasil meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 Terbuka Korea selepas menundukkan sepasang lagi beregu negara merangkap juara Terbuka Odisha.", "V Shem-Juan Shen mencipta kemenangan tersebut ke atas Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇲🇾V Shem GOH🏅21 21 🇲🇾Juan Shen LOW🏅17 19 🇲🇾Nur Mohd Azriyn Ayub AZRIYN 🇲🇾Khim Wah LIM", "🕗 in 39 minutes https://t.co/7Cc28u7A4k", "— BWFScore (@BWFScore) April 6, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa. ", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, V Shem-Juan Shen bakal menghadapi salah satu pasangan beregu tuan rumah iaitu samada Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae (ranking ke-225) atau Jang Sung-ho dan Dong Ju Ki.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Instagram Goh V Shem"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110435/", "headline": "\nLiridon Krasniqi Akan Dipinjamkan Ke Liga Thailand – TMJ\n", "content": ["Selepas berkelana di saingan Liga Australia, pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi akan menuju ke saingan Liga Thailand pula selepas daripada ini.", "Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).", "“Liridon (Krasniqi) kami akan pinjamkan dia ke Thailand.” katanya dalam sesi Nindia Bola bersama Hafizal Hamad dan Zulhemi Zainal Azam di platform Instagram sebentar tadi.", "Setakat ini, ianya masih diperingkat rundingan bersama sebuah kelab namun baginda sendiri tidak dapat berkongsikan pasukan manakah yang akan mendapatkan khidmat Liridon secara pinjaman tersebut.", "Untuk rekod, awal februari lalu, pemain kelahiran Kosovo ini dipinjamkan kepada Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan A-League.", "Dan pada pertengahan mei lalu, Newcastle Jets mengumumkan Liridon mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219589/", "headline": "\nDion Cools Sertai FK Jablonec Untuk Jangka Masa Pendek\n", "content": ["Pertahanan kacukan skuad kebangsaan, Dion Cools dimaklumkan menyertai skuad berpangkalan di Republik Czech, FK Jablonec untuk jangka masa pendek sahaja.", "Perkara tersebut dikongsikan oleh ejennya, SportPlus Football Management menerusi akaun media sosial selepas FK Jablonec mengumumkan secara rasmi penyertaan pemain berusia 26 tahun bersama pasukan berjulukan Galacticos tersebut.", "“Sangat gembira dapat membantu FK Jablonec untuk mendapatkan khidmat Dion Cools bagi jangka masa pendek. Semoga berjaya Dion Cools.” tulis kenyataan oleh pihak ejen tersebut.", "Very pleased to have assisted @FKJablonec on acquiring the services of Dion Cools on a short-term deal. Good luck @Djcools_21! 🔥💪 #SportPlus pic.twitter.com/fEjSjOMYGy", "— SportPlus (@SportPlusFM) September 12, 2022", "Setakat ini, tidak dapat dipastikan tempoh jangka masa pendek yang dimaksudkan oleh SportPlus Football Management itu. Adakah sehingga jendela perpindahan musim sejuk Januari kelak atau ketika musim panas tahun hadapan?", "Sebelum itu, perkembangan mengenai kelab baharu yang disertai oleh Dion Cools ini didedahkan terlebih dahulu oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan, semalam.", "Sementara itu, dalam temu bual eksklusif bersama FK Jablonec, Dion Cools menyatakan sebab utama kedatangannya ke kelab ini disebabkan pasukan lamanya, FC Midtjylland tidak dapat menjamin minit permainan yang kerap buatnya. Ini berikutan kelab itu membuat keputusan untuk menukar sistem permainan yang berbeza.", "Keutamaannya adalah untuk bermain dan itu menjadi sebab utama Dion Cools bersetuju untuk menyertai FK Jablonec."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219713/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Alex, Fadzrul & Fayyadh Menjadi ‘Game Changer’ Kebangkitan Kedah\n", "content": ["Pasukan pelawat, Kedah Darul Aman FC melakukan kejutan ke atas pasukan tuan rumah, Selangor FC apabila bangkit daripada ketinggalan 1-0 pada babak pertama kepada mencatatkan kemenangan 1-2 pada aksi ketujuh Liga Super 2021.", "Ia sesuatu diluar jangkaan kerana Selangor bukan sahaja berjaya mendapatkan gol pendahuluan seawal minit ke-33 sambil disaksikan oleh penyokong sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malahan turut mendominasi hampir 60 minit permainan.", "Bagaimanapun, beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Kedah pada babak kedua telah berjaya memberikan Kedah tonik kebangkitan sekaligus membolehkannya meraih kemenangan menerusi jaringan Kpah Sherman (78′) dan Tchetche Kipre (84′).", "Ikuti ulasan daripada Sukanz mengenai perlawanan di antara Selangor dan Kedah Darul Aman, semalam:", "Pertama sekali, pujian harus diberikan kepada taktikal yang diterapkan oleh Karsten Neitzel setelah melakukan ‘home work’ terhadap corak permainan Kedah termasuk mengenal pasti kelemahannya. Ini dapat melihat Karsten menerapkan formasi khusus untuk menghadapi Kedah Darul Aman di atas padang iaitu 4-1-2-1-2 dengan bentuk ‘diamond’ di bahagian midfield atau tengah.", "Selain itu, Karsten turut menyedari Kedah seringkali melakukan serangan di melalui bahagian kanannya menerusi Rabih Ataya dan Rizal Ghazali. Untuk mengekang serangan tersebut, Karsten meletakkan pertahanan import muda, Jordan Ayimbila di posisi bek kiri kerana mempunyai kemahiran individu dari segi bertahan yang baik disamping memiliki kelebihan fizikal.", "Dalam perlawanan tersebut, Jordan berjaya melakukan ‘marking’ yang sangat baik ke atas Rabih sehinggakan pemain skuad kebangsaan Lubnan itu tidak mampu menembusi bahagian kiri Selangor terutamanya pada separuh masa pertama. Disebabkan hal ini, dapat dilihat Kedah buntu untuk merencana serangan kerana perancanganya telah ‘diikat kemas’ oleh Ayimbila.", "Selain daripada melakukan kerja-kerja defensif dengan sangat baik, pujian harus diberikan kepada ‘overlapping’ yang dilakukan Ayimbila untuk membantu Selangor melakukan serangan. Cuma sedikit kekurangan Ayimbila adalah kualiti bola hantaran lintangnya (crossing) yang kadangkalanya terlalu awal atau bola hantarannya terlalu kuat. Suka diingatkan bahawa Ayimbila ini merupakan pertahanan tengah dan bukannya ‘pure’ pertahanan kiri.", "Keduanya, sejak minit pertama, Karsten mengarahkan Selangor bermain secara ‘high pressing’ ke atas Kedah. Perkara ini dapat dilihat setiap kali pemain Kedah memegang bola, dengan segeranya pemain Selangor akan melakukan ‘pressing’ untuk mencuri, merampas dan memenangi bola.", "Selain itu, ia dipakejkan sekali dengan ‘build up play’ yang sangat baik menerusi gandingan Aliff Haiqal, Oliver Buff, Brendan Gan dan Danial Asri. Pemain-pemain ini turut mempersembahkan hantaran pendek yang berkualiti, kawalan bola yang baik, sentuhan yang kemas dan kurang melakukan kesilapan-kesilapan mudah terutamanya pada separuh masa pertama.", "Pertamanya, separuh masa kedua menyaksikan para pemain Selangor mulai penat dan kehilangan momentum. Seperti dinyatakan sebelum ini, Selangor bermain secara ‘high pressing’ sejak wisel ditiupkan pada babak pertama dan corak permainan ini menggunakan tenaga yang banyak.", "Barangkali perlawanan yang berselang hanya 3 hari menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kepenatan dan keletihan pemain-pemain ini sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan momentum, kecergasan menurun dan kurang berdisiplin sehingga tamat perlawanan.", "Keduanya, kesilapan pertahanan tengah, Tim Heubach yang menjatuhkan Kpah Sherman di dalam kotak memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Dapat dilihat pemain-pemain Selangor mula kelihatan ‘down’ apabila Kedah dapat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti tersebut yang disempurnakan dengan baik oleh Kpah Sherman sendiri.", "Ketiganya, Karsten dilihat tidak mempunyai jawapan balas terhadap pertukaran pemain yang dilakukan oleh Aidil Sharin Sahak yang memasukkan Azammuddin Akil, Fadzrul Danel dan Mohammad Fayyadh pada separuh masa kedua. Seperti dinyatakan pada awal artikel ini, Karsten telah melakukan ‘home work’ dan telah menyediakan pelan untuk bertemu Kedah.", "Namun berdasarkan perlawanan semalam, Karsten seolah-olah melakukan ‘home work’ terhadap kesebelasan utama atau skuad utama Kedah sahaja dan tiada ‘backup plan’ sekiranya Aidil melakukan pertukaran taktikal dan sebagainya. Boleh dikatakan Karsten turut terkejut dengan pertukaran pemain dan taktikal yang dilakukan ini.", "Pertamanya, seperti dinyatakan di atas, Rabih telah di ‘marking’ oleh Ayimbila dan juga Safuwan Baharudin menyebabkan Kedah hilang punca ‘kreativiti’ untuk merancang serangan.", "Keduanya, Kedah turun dengan formasi 4-1-4-1 di atas kertas namun apabila di atas padang, Kedah lebih dilihat bermain dengan formasi 4-4-2. Gandingan dua pemain tengah yang diturunkan ialah Baddrol Bakhtiar dan Anumanthan. Kedua-dua pemain ini tidak begitu memberangsangkan kerana Anumanthan lebih bersifat defensif dan terlalu ke bawah. ", "Sementara itu, hanya Baddrol sahaja berseorangan untuk mengawal bahagian tengah. Ini juga menyebabkan bahagian tengah Kedah nampak kosong dan sukar untuk melakukan ‘build up play’. ", "Ini memaksa Kedah bermain secara dengan melakukan hantaran terus (direct play) ke hadapan mencari penyerang samada Kpah Sherman dan Tchetche Kipre seterusnya mengharapkan kelebihan individu kedua-dua pemain ini untuk mencari gol. Selain itu, Kedah juga bermain secara terlalu ‘wide’ dengan cuba menyerang daripada sebelah tepi.", "Pada separuh masa kedua, seperti kita saksikan, Aidil melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Fandi Othman (52’), Fadzrul Danel, Mohammad Fayyadh (62’), Azammuddin Akil (64’) dan Ariff Farhan (64’).", "Paling mencuri tumpuan adalah kemasukan Azammuddin atau lebih dikenali sebagai Alex menggantikan Faizat Ghazali yang amat ‘senyap’ dalam perlawanan ini.", "Kemasukan Alex sebagai seorang pemain yang berpengalaman ini juga memberi kejutan kepada Ayimbila yang sebelum ini cemerlang mengekang Rabih. Ayimbila mudah ‘dimakan’ oleh Alex dengan beberapa ‘thru pass’ sekaligus membolehkan Kedah menembusi barisan pertahanan Selangor menerusi bahagian tepi. ", "‘Work rate’ yang ditojolkan oleh Alex juga seharusnya dipuji apabila dia turut turun membantu Ariff Farhan di posisi bek kanan ketika diserang oleh Selangor. Sebagai bonus, jaringan kemenangan Kedah turut berpunca daripada ‘assist’ yang dilakukan oleh Alex.", "Sementara itu, kemasukan Fadzrul dan Fayyadh pula telah membuktikan bahawa Kedah mampu bermain dengan secara hantaran pendek, ‘build up play’ secara berpasukan dari bawah tanpa melakukan hantaran jauh mencari ‘targetman’ semata-mata.", "Di sini, terlihat satu sisi yang mana Kpah dan Kipre sangat memerlukan sokongan (support) daripada pemain-pemain midfield dan tidak mengharapkan kemampuan individu mereka semata-mata. Sokongan ini tidak diberikan oleh Kpah dan Kipre sepanjang 60 minit pertama.", "Disebabkan faktor inilah yang membuka ruang buat Kedah untuk melakukan ‘comeback’ ke atas Selangor menerusi jaringan sepakan penalti pada minit ke-78 oleh Kpah Sherman dan jaringan kemenangan oleh Tchetche Kipre pada minit ke-84.", "Akhir sekali, Kedah harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Shahril Sa’ari yang cemerlang menafikan beberapa percubaan Selangor sekaligus tidak membenarkan skuad Red Giants menggandakan jaringan. Selayaknya diangkat sebagai Man of The Match.", "Nota: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Anda boleh mendengar ulasannya untuk perlawanan yang lain di saluran Youtube-nya DI SINI.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323811/", "headline": "\nBekas Pemain JDT, Stuart Wark Umum Pencarian Kelab Baharu Menerusi LinkedIn\n", "content": ["Pemain berdarah warisan, Stuart James Wilson Wark yang pernah bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II nampaknya mengintai cabaran baharu apabila memuat naik satu hantaran di LinkedIn untuk mencari kelab baharu setelah bergelar ejen bebas. ", "Hal ini bukanlah asing Stuart yang baru sahaja berpisah dengan Kasetsart di Thai League 2. Sebelum menyertai kelab itu, Stuart juga berbuat sedemikian dan berjaya menarik minat kelab Thailand tersebut bagi mengharungi baki saingan musim ini.", "Pemain tengah kelahiran Scotland itu berkelana ke negara Gajah Putih itu pada awal tahun ini setelah lebih enam tahun berada di bumi Malaysia, tempat kelahiran ibunya yang melayakkan Stuart untuk didaftarkan sebagai pemain warisan. ", "Pada awal usianya pun, Stuart telah keluar dari zon selesanya di Scotland untuk ke Amerika Syarikat bersama St. Louis Lions (2009/10) dan Australia bersama Altony City FC (2012) serta Albany Creek Excelsior (2015) sebelum ke tanah air baharunya. ", "Ketika di Malaysia, Stuart memulakan kerjayanya bersama JDT II dan Sabah pada tahun 2016 tetapi hanya di Felda United, pemain berusia 33 tahun itu mula menyinar di posisi baharunya – pemain tengah bertahan dan pertahanan tengah. ", "Dalam satu temubual bersama portal sukan di Scotland, Stuart mendedahkan corak permainan di Malaysia yang pantas menyebabkan posisinya berubah selain kekurangan pemain di posisi bertahan dan kelebihan fizikal yang dimilikinya.", "Beraksi sebanyak 53 perlawanan bersama The Fighters termasuk enam perlawanan di Piala AFC, Stuart menjadi pemain penting dalam memacu Felda United kembali di Liga Super setelah merangkul kejuaraan Liga Premier 2018. ", "Ibarat pakar dalam mendapatkan promosi buat kelab, Stuart sempat membantu PDRM FA (2019) dan Sarawak United (2021) untuk kembali beraksi di pentas Liga Super sebelum berhijrah ke Thailand. Selain itu, Stuart turut pernah bermain di Penang FC pada musim (2019).", "Akhirnya, Stuart keluar dari Malaysia setelah kemelut kewangan yang melanda Sarawak United pada 2022 dan beraksi bersama kelab Thailand, Kasetsart FC dengan mencatatkan 13 perlawanan sepangjang musim ini.", "Kini, pemain tersebut bergelar ejen bebas dan mencari kelab baharu untuk disertainya. Di dalam muat naik tersebut, Stuart turut mengepilkan profil kariernya berserta statistik ringkas bagi rujukan mana-mana kelab samada di Liga Malaysia atau negara serantau yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. ", "Featured image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114336/", "headline": "\nSelepas 6 Musim Bersama Sabah, Azzizan Nordin Sertai Penang\n", "content": ["Selepas enam musim beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya, pemain tengah, Azzizan Nordin, membuat keputusan untuk berhijrah menyertai sebuah pasukan berpangkalan di semenanjung Malaysia.", "Ternyata pemain kelahiran Bongawan ini tidak tersenarai dalam perancangan ketua jurulatih Sabah yang baharu, Datuk Ong Kim Swee pada musim hadapan dan ianya membuatkan pemain berusia 27 tahun ini berhijrah ke pasukan Penang.", "Perkembangan tersebut disahkan menerusi pengumuman di platform media sosial Penang, pada hari ini. Bagaimanapun, tiada sebarang makluman mengenai tempoh kontrak Azzizan bersama Penang didedahkan kepada umum.", "Azzizan yang seringkali beraksi di posisi ‘defensive midfielder’ amat diingati khususnya oleh para penyokong Sang Badak sebagai salah satu tonggak yang membantu Sabah meraih kejuaraan Liga Premier 2019 sekaligus menempah tiket promosi ke saingan Liga Super 2020.", "Tidak dilupakan, prestasi Azzizan turut memuncak pada tahun 2018 di mana dia turut menyumbang kepada kempen cemerlang Sabah dalam saingan Piala Malaysia sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir.", "Ketika itu jugalah, Azzizan menarik perhatian ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe sehinggakan berjaya melakukan debut bersama skuad Harimau Malaya dalam satu perlawanan antarabangsa menentang Kemboja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113000/", "headline": "\nBAM Buat Keputusan Pisahkan Regu Ke-68 Dunia Teoh Mei Xing-Yap Ling\n", "content": ["Piala Uber 2020 menjadi pentas terakhir disertai oleh pasangan beregu wanita negara yang menduduki tangga ke-68 dunia, Teoh Mei Xing dan Yap Ling.", "Hal ini kerana ketua jurulatih beregu wanita negara, Chan Chong Ming membuat keputusan untuk memisahkan kedua-dua pemain ini dan membentuk gandingan baharu bersama pemain lain.", "“Piala Uber ialah kejohanan terakhir kami (bermain bersama), selepas itu (Terbuka) Czech dan Belgian (International) saya akan bergandingan bersama Anna Cheong, dia (Yap Ling) akan bergandingan bersama Go Pei Kee.” kongsi Mei Xing kepada Astro Arena.", "Bagaimanapun, gandingan baharu yang dibentuk oleh barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini bukanlah muktamad. Prestasi pasangan beregu Mei Xing-Anna Cheong dan Yap Ling-Pei Kee ini akan dinilai dalam baki kejohanan yang mereka sertai pada tahun ini.", "“Tetapi beregu ini tak confirm lagi, coach cakap mahu cuba dahulu, tengok result macam mana dan (akan) bincang lagi.” tambah Yap Ling.", "Seperti dinyatakan di atas, pasangan beregu baharu negara ini akan diuji dalam kejohanan Terbuka Czech (21-24 Oktober) dan Belgian International (27-30 Oktober) yang merupakan kejohanan bertaraf Gred 3 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Sebagai rekod, Mei Xing dan Yap Ling mula bergandingan sekitar Jun 2019 dan ranking ke-68 dunia itu merupakan yang tertinggi diraih oleh mereka."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220341/", "headline": "\nPiala Dunia FINA: Tiada Atlet Malaysia Bawa Pulang Pingat\n", "content": ["Saingan Piala Dunia Terjun FINA 2022 yang berlangsung di Berlin, Jerman bermula 20 hingga 23 Oktober lalu menyaksikan tiada sebarang pungutan pingat daripada wakil negara.", "Seramai 3 atlet negara mengambil bahagian iaitu ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, Chew Yiwei dan atlet muda, Bertrand Rhodict. Acara yang disertai mereka adalah 10 meter (m) platform, 3m papan anjal serta 3m dan 10m berpasukan campuran.", "Pandelela menamatkan saingan kali ini dengan menduduki tempat keenam dalam acara 10m platform wanita setelah mengutip 263.45 mata.", "Sementara itu, Yiwei turut menduduki tangga keenam dalam acara 3m papan anjal lelaki – kutip 375.75 mata. Manakala Bertrand yang beraksi dalam acara 10m platform lelaki pula menamatkan saingan di tangga kesembilan – pungut 275.85 mata.", "Bagi acara berpasukan yang disertai oleh ketiga-tiga penerjun ini, skuad Malaysia menamatkan acara 3m dan 10m berpasukan campuran di tempat terakhir iaitu tempat kelima – dibelakang Amerika Syarikat, Jerman, Australia dan Colombia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208263/", "headline": "\nKapten Lee Tuck Masih Mahu Kekal Bersama Terengganu FC\n", "content": ["Kapten pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) masih menaruh minat untuk kekal bersama pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "Bagaimanapun, kontrak pemain kelahiran Halifax, England berusia 32 tahun itu bakal tamat pada penghujung november ini. ", "Sehingga kini tiada sebarang perbincangan di antara dirinya dan pihak pengurusan pasukan mengenai lanjutan kontrak dilakukan menurut satu laporan akbar tempatan, Harian Metro.", "🏴🏳️SENARAI PENJARING PASUKAN TERENGGANU FC 🏳️🏴9 JARINGAN – Dominique Da Sylva6 JARINGAN – Lee Tuck5 JARINGAN – Sanjar Shaakhmedov3 JARINGAN – Faris Ramli1 JARINGAN – Rahmat Makasuf#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/bcnEdXsNmH", "Turut dimaklumkan bahawa penjaring kedua terbanyak Terengganu FC dalam saingan Liga Super musim ini mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain yang menginginkan khidmatnya.", "“Saya harapkan keputusan yang positif buat saya pada tahun akan datang, jadi kita tunggu dan lihat lagipun setakat ini saya masih menanti jawapan berhubung tawaran tersebut,” kata Lee Tuck.", "Untuk rekod, ini merupakan musim ketiga Lee Tuck menyarung jersi pasukan ‘We Bleed Black and White’ sejak berhijrah daripada pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan pada penghujung tahun 2017.", "Antara pencapaian terbaik Lee Tuck sepanjang beraksi bersama Terengganu FC adalah mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2018 dan menduduki tempat ketiga saingan Liga Super 2020.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220837/", "headline": "\nPiala Dunia: Australia Jejak Peringkat Kalah Mati Selepas 16 Tahun\n", "content": ["Wakil benua asia, Australia berjaya menempah tiket kemaraan ke peringkat kalah mati dalam saingan Piala Dunia buat pertama kali selepas 16 tahun.", "Skuad berjulukan Socceroos ini melakar kemaraan tersebut selepas berhasil menumpaskan Denmark dalam perlawanan peringkat Kumpulan D, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Australia merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Denmark hasil jaringan Mathew Leckie pada minit 60’.", "Sejurus jaringan berkenaan, Australia bermati-matian menahan asakan bertali arus Denmark bagi mempertahankan pendahuluan tersebut.", "WE'RE INTO THE #FIFAWORLDCUP ROUND OF 16!!! ", "— Socceroos (@Socceroos) November 30, 2022", "Akhirnya, usaha itu berbaloi sama sekali apabila kedudukan terbabit kekal sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.", "Keputusan itu membolehkan mereka memungut tiga mata yang cukup berharga serta memadai meletakkan skuad bimbingan Graham Arnold ini di selaku naib juara Kumpulan D.", "Kedudukan itu menjadi miliknya selepas mengutip 6 mata hasil daripada melakar dua kemenangan termasuk kemenangan ke atas Tunisia pada perlawanan kedua, baru-baru ini.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Australia mara saingan kalah mati di pentas Piala Dunia adalah edisi yang berlangsung di Jerman pada tahun 2006 yang lalu.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219489/", "headline": "\nNafuzi Zain Tidak Berminat Cabar Johor Darul Ta’zim\n", "content": ["Masih terlalu awal untuk membicarakan samada skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mampu mencabar hegemoni Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super.", "Pada masa yang sama, ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain langsung tidak berminat untuk mengulas mengenai kemampuan pasukannya mencabar JDT walaupun telah meraih tiga kemenangan dalam tiga aksi awal liga, musim ini.", "Jurulatih muda berusia 42 tahun ini melihat saingan ini masih panjang dan beliau mahu anak-anak buahnya menumpukan perhatian penuh kepada persiapan untuk mengharungi perlawanan demi perlawanan seperti yang dijadualkan.", "“Tiga perlawanan (tanpa kalah) bagi saya terlalu awal, kita masih ada (baki) 19 perlawanan lagi,”", "“Kita bukannya mahu bersaing dengan JDT, apa yang penting kita fokus kepada persiapan perlawanan demi perlawanan, tiga perlawanan sudah selesai, Alhamdulillah, (kita) fokus kepada perlawanan seterusnya,”", "“Akhir sekali, kita akan melihat kedudukan (Terengganu FC) di bulan ogos untuk mengetahui (samada) pasukan kita bagus atau tidak, kalau berada di tangga teratas maknanya pasukan kita bagus.” katanya selepas daripada perlawanan menentang Perak di Ipoh, malam tadi.", "24' GOL | Faisal Abdul HalimTerengganu FC kini mendahului 1-0 hasil jaringan Faisal Halim!@peraktbgmy 0-1 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/wRm3usRrs5", "Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Terengganu berhasil menumpaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 2-0 hasil jaringan pemain sayap lincah, Faisal Halim dan pemain tengah yang tidak mengenal erti penat lelah, Dechi Marcel N’Guessan masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.", "90+1' GOL | Dechi N'GuessanPemain tengah ini m.enambah gol kedua Terengganu FC pada masa tambahan@peraktbgmy 0-2 @FCTerengganu #LigaSuper2021 pic.twitter.com/MP339aXSyN", "Kemenangan ini membolehkan Terengganu  menghuni tangga kedua liga dan berkongsi 9 mata dengan pendahulu, skuad Harimau Selatan yang turut merekodkan 100% kemenangan pada tiga perlawanan liga.", "Aksi seterusnya, skuad kendalian Nafuzi ini bakal menerima kunjungan Melaka United di halaman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sepak mula dijadualkan pada hari rabu.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322694/", "headline": "\nJurulatih Yang Menundukkan Juara Dunia Kini Bimbing Skuad Wanita Perancis\n", "content": ["Hevre Renard, jurulatih yang menggegarkan dunia dengan menewaskan Argentina di Piala Dunia lalu dilantik sebagai pengendali skuad wanita Perancis sehingga Ogos 2024.", "Pengesahan perlantikan Renard itu hadir menerusi pengumuman yang disiarkan melalui laman sesawang rasmi Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) tengah malam tadi.", "FFF menawarkan kontrak kepada Renard untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala Dunia Wanita yang bermula Julai ini di Australia dan New Zealand serta Sukan Olimpik Paris 2024. ", "🖊️ 𝙃𝙚𝙧𝙫𝙚́ 𝙍𝙚𝙣𝙖𝙧𝙙 est le nouveau sélectionneur de l'Equipe de France Féminine 🇫🇷Le technicien français s'est engagé jusqu'en août 2024.#FiersdetreBleues pic.twitter.com/O48SxTX29i", "— Equipe de France Féminine (@equipedefranceF) March 30, 2023", "Pengendali berusia 54 tahun itu menjadi sebutan ramai selepas Arab Saudi kendaliannya berjaya mengejutkan Argentina yang ketika itu berada pada kemuncak prestasi selepas mencatatkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah.", "Renard telah meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Arab Saudi awal minggu ini turut pernah mengemudi Zambia dan Ivory Coast menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada tahun 2012 dan 2015 masing-masing.", "Menurut beberapa laporan media eropah, perlantikan Renard bersama Les Bleues dipercayai rentetan daripada kemelut dalaman yang berlaku antara pengendali terdahulu, Corrine Diacre dengan beberapa nama besar terutamanya ketua pasukan Perancis, Wendie Renard. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20219457/", "headline": "\n13 Pemain Muda Yang Wajar Diberikan Perhatian Dalam Saingan Liga Super 2021\n", "content": ["Akhirnya saingan bola sepak tempatan kembali menemui para peminat setelah hampir empat bulan bercuti. Ianya dimulakan dengan perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih dan diikuti dengan sepak mula pusingan pertama Liga Super 2021 pada hujung minggu lalu.", "Sepertimana saingan sebelum ini, sebanyak 12 pasukan menghiasi saingan ini dengan dua daripadanya merupakan pendatang baharu daripada saingan Liga Premier 2020 iaitu Penang FC (juara) dan Kuala Lumpur City FC (tempat ke-3).", "Bagi mengharungi cabaran musim ini, sebahagian kelab masih mengekalkan pemain tonggak saingan musim lalu namun tidak kurang juga yang merekrut dan mendapatkan khidmat pemain-pemain baharu tidak kiralah kalangan import mahupun tempatan.", "Menariknya, setelah berlangsungnya dua perlawanan Liga Super, beberapa kelab turut dilihat memberikan kepercayaan kepada pemain-pemain muda yang rata-ratanya berumur sekitar 24 tahun untuk menjadi pemain kesebelasan utama dan juga sebagai pemain gantian.", "Berikut adalah 13 pemain muda yang bukan sahaja membuat sekurang-kurangnya satu penampilan setakat ini malahan memberikan impak yang baik menerusi persembahannya dan wajar diberikan perhatian khusus oleh para peminat bola sepak tempatan pada musim ini:", "Tarikh Lahir: 4 Mei 2002", "Produk Akademi Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman bukanlah nama yang asing dalam saingan Liga Super. Penyerang muda ini melakukan debutnya bersama skuad senior Harimau Selatan ketika menentang Felda United FC pada tahun lalu. Untuk saingan musim ini, Arif telah membuat penampilan sebanyak dua kali sebagai pemain gantian. Seringkali beraksi di posisi sayap kanan, walaupun masuh muda, Arif merupakan seorang pemain yang mempunyai gelecekan yang baik dan laju.", "Tarikh Lahir: 29 Mei 2001", "Penjaga gol berketinggian 1.92 meter ini mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan sejak melakukan debutnya ketika perlawanan menentang Perak pada aksi pertama Liga Super 2020. Rahadi telah bermula sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak dua kali dan posisi No.1 Terengganu FC dilihat menjadi milik mutlaknya, pada musim ini. Dan berdasarkan pemerhatian, persembahannya semakin menunjukkan peningkatan dan tampak lebih meyakinkan berbanding musim lalu. ", "Tarikh Lahir: 9 Disember 2000", "Merupakan anak jati kelahiran negeri Johor, Ramadhan Saifullah disebut-sebut sebagai jelmaan penyerang sayap negera dan JDT, Safawi Rasid yang masih dalam pembikinan. Juga merupakan produk Akademi JDT, Ramadhan tampil pertama kali bersama skuad senior JDT ketika menentang UiTM FC dalam saingan Piala Malaysia 2019. Merupakan seorang pemain sayap yang pantas, Ramadhan juga mempunyai naluri gol yang tinggi. Musim ini, dia telah tampil sebanyak 2 kali sebagai pemain gantian.", "Tarikh Lahir: 11 Julai 2000", "Pemain tengah berbakat, Aliff Haiqal Lau meraih ‘keuntungan’ apabila ketua jurulatih Selangor 2 merangkap Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior Selangor, tahun lalu. Disebabkan itu, Aliff berpeluang melakukan debutnya bersama Red Giants ketika menentang UiTM FC dalam saingan Liga Super 2020. Musim ini, pemain lincah ini dikekalkan bersama skuad senior dan disebabkan oleh beberapa kecederaan pemain utama, Aliff diberikan peluang untuk bermula sebagai pemain kesebelasan utama ketika menentang Terengganu FC. Dia juga masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Sri Pahang ketika aksi pertama Liga Super 2021.", "Tarikh Lahir: 1 April 2020", "Sepertimana Aliff Haiqal Lau, penyerang muda ini turut ‘meraih laba’ apabila Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai pengendali sementara skuad senior Selangor, hujung tahun lepas. Musim ini, dia kekal bersama skuad senior dan telah melakukan dua penampilan sebagai pemain gantian. Ketika menentang Terengganu FC baru-baru ini, sepakan daripada Danial telah menjadi punca kepada jaringan tunggal Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Kelab: Kuala Lumpur City FC", "Tarikh Lahir: 16 Julai 2000", "Muhammad Izreen Izwandy merupakan pemain muda kelahiran Pulau Pinang dan kini beraksi bersama skuad ibu kota, Kuala Lumpur City FC. Musim lalu, pemain tengah ini membuat empat penampilan dalam saingan Liga Premier dan menjaringkan satu gol. Ketika menentang UiTM FC tempoh hari, Izreen diberikan peluang oleh Bojan Hodak untuk bermula dalam kesebelasan utama sebagai pemain sayap kiri. Kepercayaan itu dibalas dengan menampilkan persembahan cemerlang serta merekodkan ‘assist’ kepda Dominique da Sylva untuk jaringan tunggal dan kemenangan KL City FC.", "Tarikh Lahir: 9 November 1999", "Hakimi Abdullah merupakan antara pemain muda baharu yang dipancing oleh Terengganu FC untuk memperkukuhkan lagi skuad berpangkalan di pantai timur ini. Namun tiada siapa yang menyangka, pemain berkaki kidal dan mempunyai larian pantas ini ‘memperkenalkan’ dirinya di pentas Liga Super dengan menjaringkan dua gol daripada dua perlawanan ketika menentang UiTM FC (gol kemenangan) dan Selangor FC (gol membunuh semangat pasukan lawan).", "Tarikh Lahir: 11 Mei 1999", "Nik Akif Syahiran bukan satu nama yang perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak tanah air. Memulakan karier bola sepaknya bersama Kelantan dan pernah mewakili skuad kebangsaan peringkat umur bawah 19 tahun (B-19) dan bawah 22 tahun (B-22). Tahun ini, Nik Akif berubah angin dengan menyertai Terengganu FC untuk merebut peluang beraksi dalam saingan Liga Super dan Piala AFC. Penampilan pertamanya ketika menentang UiTM FC diberikan pujian oleh peminat apabila di menjadi arkitek kepada kedua-dua gol yang membolehkan pasukannya melakukan ‘comeback’ menumpaskan pasukan lawan dengan keputusan akhir, 2-1.", "Tarikh Lahir: 20 November 1999", "Untuk memburu minit permainan dalam kesebelasan utama, pemain kacukan Malaysia-Australia ini ‘mendesak’ Selangor untuk membenarkan dirinya dipinjamkan oleh pasukan yang baru dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super, Penang FC. Penghijrahan ini boleh dikatakan berbaloi apabila dia diletakkan sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak dua kali oleh Tomas Trucha setakat ini. Beraksi sebagai pertahanan kanan, Quentin juga mampu bermain di posisi wing back sebagaimana ketika beraksi bersama Malaysia B-22.", "Tarikh Lahir: 5 Ogos 1999", "Bek kiri muda yang paling mencuri tumpuan dalam saingan Liga Super 2021. Malah diakui oleh peminat Penang FC sendiri, nama Azmeer tidak terjangka langsung untuk membarisi kesebelasan utama sebanyak dua kali pada musim ini. Dia seorang yang rajin, naik ke atas melakukan ‘overlapping’ dan apabila diserang, dia cepat turun ke bawah untuk kembali bertahan.", "Tarikh Lahir: 25 Mei 1998", "Siapa sangka pertahanan tengah yang masih muda dan baru sahaja menyertai Terengganu FC pada jendela perpindahan lalu berjaya mengenepikan nama-nama senior yang lain digandingkan dengan pertahanan import. Sentiasa ‘alert’ dengan situasi semasa dan diberikan peranan selaku ‘last man’. Aksinya ketika menentang Selangor mendapat pujian ramai walaupun tertampan bola ke gawang sendiri.", "Tarikh Lahir: 25 Oktober 1999", "Anak jati kelahiran Bagan Datuk, Perak ini merupakan seorang lagi pemain muda yang harus diberikan perhatian. Adib telah melakukan debutnya bersama skuad senior pada musim lepas, dan dijangka pemain tengah ini bakal mendapat lebih banyak peluang musim ini. Ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini, Adib dimasukkan oleh Chong Yee Fatt untuk menggantikan J. Partiban.", "Kelab: Kedah Darul Aman FC", "Tarikh Lahir: 25 Mei 1997", "Pada jendela perpindahan lalu, Kedah Darul Aman mengambil keputusan untuk melepaskan bek kiri, Alif Yusof. Sekitar pertengahan tahun lalu, Azmeer Yusof telah menamatkan kontrak bersama skuad Hijau Kuning. Justeru, sebelum bermulanya musim ini, Aidil Sharin Sahak membuat keputusan untuk menandatangani khidmat bekas pemain Piala Presiden Kedah, Fairuz Zakaria. Ketika perlawanan Piala Sumbangsih, Fairuz diberikan debut dalam saingan Liga Super. Dalam perlawanan tersebut, walaupun terpaksa mengekang Safawi Rasid dan Arif Aiman, Fairuz kelihatan yakin dan mampu menyerap asakan. Setakat ini, dia telah bermula sebanyak dua kali.", "Begitulah senarai 13 pemain muda yang wajar diberikan perhatian menurut pemerhatian kami. Sekiranya anda mempunyai pandangan mengenai pemain-pemain muda lain yang tidak tersenarai, anda boleh nyatakan nama pemain tersebut dia ruangan komen di akaun media sosial Sukanz."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324646/", "headline": "\n5,000m Dalam Masa 14 Minit 5.20 Saat – Pelari Wanita Kenya Cipta Rekod Dunia Baharu\n", "content": ["Faith Kipyegon yang mengambil bahagian acara 5,000 meter (m) wanita dalam saingan Liga Berlian Paris baru-baru ini bukan sahaja muncul juara bahkan turut mencipta satu rekod dunia.", "Dalam perlumbaan tersebut, pelari dari Kenya berusia 29 tahun terbabit menjadi pemegang rekod dunia baharu apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 14 minit (m) dan 1.20 saat (s).", "Catatan masa itu sekaligus menghanguskan rekod yang dicipta pelari Ethiopia, Letesenbet Gidey ketika berusia 22 tahun dengan catatan masa 14m dan 6.62s di Sepanyol pada tahun 2020.", "Exactly one week after breaking the 1500m world record, 🇰🇪's Faith Kipyegon runs the fastest 5000m in history with 14:05.20 😳", "60 second final lap 🫡", "📸 @DanVernonPhoto and Marta Gorczyńska for Diamond League AG", "*Subject to the usual ratification procedures pic.twitter.com/f3Qh2bS5FL", "— World Athletics (@WorldAthletics) June 9, 2023", "Gidey yang turut sama menyertai acara berkenaan menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14m dan 7.94s dan tempat ketiga menjadi milik seorang lagi pelari Ethiopia, Taye Ejgayehu dengan masa larian 14m 13.31s.", "Menariknya, Faith yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik sebanyak dua kali dalam acara 1,500m muncul juara dan menempa rekod dunia terbabit selepas mengambil bahagian dalam acara 5,000m buat kali pertama selepas lapan tahun.", "Untuk makluman, sebelum mencipta rekod dunia ini, Faith yang juga merupakan seorang ibu telah menempa sebuah rekod dunia baharu dalam acara 1,500m dengan catatan masa 3m dan 49.11s di Liga Berlian Itali pada 2 Jun lalu.", "Featured Image: Instagram Faith Kipyegon"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321451/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Kodai Naraoka ‘Unstoppable’\n", "content": ["Momentum kemenangan pemain muda Jepun yang sedang meningkat naik, Kodai Naraoka di kejohanan Terbuka Malaysia ternyata tidak dapat dihentikan.", "Selepas melakar kemenangan ke atas dua pemain Malaysia, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong di peringkat Pusingan 32 serta Pusingan 16 masing-masing, pemain berusia 21 tahun ini meneruskan rentak kemenangan itu ke atas pemain berpengalaman India, Prannoy H.S. di peringkat suku akhir.", "Biarpun diberikan tentangan yang sengit serta terpaksa bertarung sehingga satu jam dan 24 minit, Kodai berhasil memastikan kemenangan berpihak kepadanya dengan meraih skor 16-21, 21-19 dan 21-10 di Gelanggang 2.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MS – QF21 19 21 🇯🇵Kodai NARAOKA🥇", "16 21 10 🇮🇳PRANNOY H. S.", "— BWFScore (@BWFScore) January 13, 2023", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut dilakar oleh Kodai bertemu Prannoy di pentas kejohanan antarabangsa.", "Dua kemenangan terdahulu dilakar Kodai ketika di kejohanan Terbuka Singapura dan Jelajah Akhir Dunia BWF pada tahun lalu.", "Sementara itu, kemenangan yang diraih Koda pada hari ini membolehkannya mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 buat julung kali dalam kariernya.", "Menantinya di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok adalah jaguh perseorangan lelaki Thailand, Kunlavut Vitidsarn.", "Featured Image: Instagram Kodai Naraoka"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216716/", "headline": "\nLaporan FAM: Memang Ada Kesalahan Dilakukan Pengadil Perlawanan Kedah vs Sri Pahang\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi menerusi satu laporan oleh Penilai Pengadil mengakui terdapat kesalahan dilakukan pengadil atau barisan pegawai ketika perlawanan Kedah Darul Aman (Kedah) menentang Sri Pahang, Rabu lalu.", "Dalam perlawanan tersebut, antara insiden yang berlaku sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan penyokong adalah tindakan pengadil membatalkan dua jaringan oleh Sri Pahang. ", "Bagaimanapun, FAM memaklumkan skuad yang terkenal dengan julukan Tok Gajah itu tidak menghantar sebaran surat aduan. Namun begitu, jawatankuasa Penilai Pengadil tetap melakukan siasatan.", "“Biarpun tidak menerima sebarang surat aduan daripada Sri Pahang FC, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil telah melakukan siasatan, penelitian dan analisis menerusi rakaman video, dan mendapati bahawa memang terdapat kesalahan dilakukan oleh pegawai-pegawai perlawanan.” tulis laporan yang disiarkan oleh FAM, hari ini.", "Dimaklumkan, FAM akan mengambil tindakan tegas terhadap pengadil-pengadil tersebut termasuk penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan-perlawanan.", "Berdasarkan rekod, barisan pengadil yang bertugas pada malam itu ialah Mohd Hasrol Mohd Amir (pengadil), Azri Rozaimie Abu Bakar (penolong pengadil 1), Kesava Raj a/l S. Neelamagan (penolong pengadil 2) dan Abdul Halim Mohd Ramlan (pegawai keempat).", "Manakala untuk baki dua perlawanan lagi melibatkan Negeri Sembilan menentang Selangor serta Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), tiada kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada Yazan Al-Arab dan Kenny Pallraj masing-masing.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208836/", "headline": "\nSyahrian Abimanyu Pemain No.6 Dengan Kebolehan Hantaran Jauh Persis Pirlo\n", "content": ["Pemain skuad kebangsaan Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23), Syahrian Abimanyu menjadi pemain baharu yang ditandatangani oleh gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), secara rasminya pada hari ini.", "Dilahirkan pada tanggal 25 April 1999, pemain yang mesra dengan panggilan Abi ini merupakan seorang pemain tengah berbakat yang dalam saingan Liga 1 Indonesia sejak beraksi bersama Sriwijaya FC sekitar 2 tahun yang lalu.", "Namun disebabkan Sriwijaya FC ditendang ke saingan Liga 2 ekoran menamatkan saingan Liga 1 di tempat ke-17, Abi mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan Madura United bermula tahun 2019 dimana bakatnya semakin bersinar.", "Bercakap mengenai gaya permainan anak muda kelahiran, Banjarnegara, Jawa Tengah ini, dia boleh diumpamakan sebagai seorang pemain tengah yang memainkan posisi No.6 persis pemain legenda Itali, Andrea Pirlo.", "Sebaik sahaja menerima bola, Abi dengan pantasnya akan membuat satu hantaran jauh ke hadapan mencari rakan sepasukan di bahagian sayap kanan atau kiri.", "“Dia sering drop deep (turun) di bahagian tengah, mampu melakukan long pass (hantaran jauh) dan mempunyai visi yang baik.” ulas pemerhati bola sepak Indonesia, Aun Rahman ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Abi menjadi taruhan utama Madura United sepanjang musim 2019. Dia bergandingan baik bersama dua lagi pemain tengah iaitu Asep Berlian (defensive midfielder) dan Zulfiandi (creative midfielder) di dalam sistem 4-3-3 / 4-2-3-1.", "Sistem tersebut hasil sentuhan ketua jurulatih, Dejan Antonic dan penolong ketua jurulatih merangkap bapanya, Rasiman Abimanyu.", "Selain daripada itu, Abi turut memiliki kelebihan dalam mengambil sepakan pada situasi bola mati. Walaupun masih muda, dia sering menjadi pilihan utama untuk mengambil sepakan percuma dan sepakan penjuru untuk Madura United dan tidak ketinggalan buat skuad Garuda Muda.", "Berdasarkan kepada kebolehan yang ditujukkan oleh Syahrian ini, tidak hairanlah penolong jurulatih merangkap bapanya sendiri menganggap pemain ini sebagai pemain No.6 berpakej lengkap dan sangat ‘rare’ di Indonesia.", "Sebagai salah seorang pemain yang beraksi bersama skuad kebangsaan bawah umur Indonesia, Syahrian tidak begitu asing dengan pemain-pemain Malaysia.", "Manakan tidaknya, Syahrian pernah berentap menentang skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) yang ditunjangi oleh Nik Akif Syahiran, Hadi Fayyadh, dan lain-lain dalam Kejuaraan B-19 AFF di Surabaya pada tahun 2018.", "Ketika itu, Syahrian diturunkan oleh Indra Sjafri sebagai pemain kesebelasan utama Garuda B-19 untuk menentang Malaysia yang dibimbing oleh Bojan Hodak pada peringkat separuh akhir kejohanan terbabit.", "Dalam perlawanan tersebut dia diletakkan sebagai pemain tengah dalam sistem 4-3-3. Namun sepertimana kita sedia maklum, perlawanan yang dihadiri oleh puluhan ribuan penonton tuan rumah tersebut berakhir dengan keputusan 1-1 selepas 90 minit permainan.", "Bagaimanapun, skuad Garuda Muda yang diwakili oleh Syahrian terpaksa akur diketepikan oleh Nik Akif dan rakan-rakan apabila tewas kepada penentuan sepakan penalti dengan skor akhir 3-4 yang memihak kepada Malaysia.", "Tatkala semua peminat bola sepak tempatan menjangkakan pemain Indonesia ini akan diletakkan dalam skuad simpanan, JDT II namun ianya tidak akan berlaku sama sekali.", "Menerusi satu makluman terbaharu oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Syahrian yang menjadi perancangan jangka masa panjang skuad Harimau Selatan bakal dipinjamkan ke pasukan yang beraksi dalam saingan liga lain.", "Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan gembira berjaya menandatangani Syahrian Adimanyu.Baginda menyatakan bahawa Syahrian merupakan salah satu daripada pelaburan jangka panjang kelab.TMJ turut memberitahu bahawa Syahrian tidak akan bermain bersama pasukan 'feeder' JDT II. pic.twitter.com/PXjQDgOLax", "Berdasarkan keputusan tersebut, jelas JDT mahukan Syahrian Andimayu memgembangkan dan mempertingkatkan lagi kebolehannya sebelum beraksi bersama skuad Harimau Selatan di masa hadapan. Tidak dipastikan ke mana hala tujunya namun menarik untuk menantikan pengumumannya.", "Featured Image: Madura United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215287/", "headline": "\nLuqman ‘Luqie’ Buru Minit Permainan Bersama Skuad Piala Presiden Kelantan United\n", "content": ["Pertahanan tengah yang berusia 19 tahun, Luqman Al-Hakeem Anuar memasang tekad untuk memburu minit permainan bersama pasukan baharunya, skuad Piala Presiden Kelantan United FC.", "Untuk itu, pemain yang dikenali sebagai Luqie ini sedia mempertaruhkan pengalaman selama semusim bersama Skuad Projek FAM-MSN dalam kancah Liga Premier 2021 bagi mendapatkan kepercayaan barisan kejurulatihan, pada musim ini.", "“Pengalaman selama satu musim bersama dengan Skuad Projek MSN-FAM akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berusaha memikat hati ketua jurulatih pasukan Piala Presiden.", "“Saya akui ia bukan tugas mudah, namun jika rajin dan kekal fokus tidak mustahil untuk mendapatkan peluang dari barisan kejurulatihan,” kata Luqie seperti dikongsikan oleh kelabnya.", "Untuk pengetahuan semua, Luqie merupakan pemain kelahiran Terengganu namun dibesarkan di Kampung Pendek, Kota Bharu. Dia diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad Piala Presiden Kelantan United sekitar pertengahan Januari lalu.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215330/", "headline": "\nJaguh Pecut Amerika Syarikat, Justin Gatlin Umum Persaraan Pada Usia 40 Tahun\n", "content": ["Pelari pecut Amerika Syarikat yang beraksi dalam acara 100 dan 200 meter (m), Justin Gatlin mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun.", "Pengumuman persaraan tersebut dimaklumkan oleh pemenang pingat emas acara 100m Sukan Olimpik Athens 2004 itu menerusi satu hantaran di akaun media sosial, Instagram miliknya, awal pagi tadi.", "Justin Gatlin 🇺🇸 would have announced his retirement from the tracks on his Instagram profile with a video called \"Dear Track\"▪️Olympics🥇🥈🥈🥉🥉▪️World Championship🥇🥇🥇🥇🥈🥈🥈🥈🥈🥈▪️World Indoor Championship 🥇🥇▪️World Relays 🥇🥇🥈▪️NCAA🥇🥇Legend ! pic.twitter.com/JsojsvqS9T", "Baca: Usain Bolt Yakin Rekodnya Tidak Akan Dipecahkan Pada Sukan Olimpik 2020", "Sepanjang 27 tahun berkecimpung dalam acara balapan, pelari kelahiran New York ini turut merangkul beberapa pencapaian lain seperti dua pingat emas dalam acara 100m, satu pingat emas dalam acara 200m serta satu pingat emas dalam acara 4x100m di Kejohanan Dunia.", "Sementara itu, rekod terbaiknya dalam acara 100m adalah 9.74 saat (s) ketika beraksi di Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar. Manakala, rekod peribadi terbaiknya dalam acara 200m pula adalah 19.57s ketika mengambil bahagian dalam sebuah kejohanan di negaranya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220601/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Malaysia: Beregu Ke-200 Dunia Singkir ‘Patatimo Boys’ Di Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan pasangan beregu lelaki muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal dalam kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia menemui noktah di peringkat suku akhir.", "Biarpun diletakkan selaku pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini, beregu yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ ini menerima satu kejutan oleh beregu China yang menghuni ranking ke-200 dunia, Chen Bo Yang dan Liu Yi.", "Dalam pertarungan itu, Arif-Haikal yang merupakan beregu No.42 dunia terpaksa akur tumpas di tangan pasangan terbabit secara “straight set” dengan skor 10-21 dan 6-21 dalam tempoh 30 minit permainan.", "Untuk makluman, ini merupakan pertembungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan di kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, dengan kemenangan yang dilakar, beregu dari negara tembok besar ini meraih tiket kemaraan ke peringkat separuh akhir. ", "Menanti mereka di peringkat terbabit adalah pasangan dari Indonesia, Muhammad Juan Elgiffani dan Muhammad Nendi Novatino.", "Gandingan Juan-Nendi meraih kemaraan selepas menundukkan satu lagi beregu Malaysia, Chia Weijie dan Low Hang Yee merangkap pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110566/", "headline": "\nEuro 2020: Sepanyol Pegang 75% Penguasaan, Lakukan 954 Hantaran Tetapi 0 Gol\n", "content": ["Malang buat Sepanyol yang menampilkan aksi penuh bertenaga dengan menguasai hampir keseluruhan permainan namun gagal menjaringkan sebarang gol ketika menentang Sweden pada aksi peringkat Kumpulan E, saingan Euro 2020, awal pagi tadi.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium La Cartuja, Sevilla, Sepanyol ini berkesudahan dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.", "Menurut statistik, skuad La Roja bimbingan Luis Enrique mendominasi permainan dengan merekodkan penguasaan bola sebanyak 75% serta melakukan 954 hantaran secara keseluruhan.", "Bukan itu sahaja, sebanyak 852 daripada 954 hantaran dapat disempurnakan oleh pemain-pemain Sepanyol dalam perlawanan tersebut. Ini menjadikan Sepanyol merekodkan peratusan ketepatan hantaran setinggi 89%.", "Sebagai perbandingan, 954 hantaran dan 852 hantaran berjaya disudahkan daripada satu perlawanan yang dilalui itu merupakan yang tertinggi direkodkan berbanding pasukan-pasukan lain.", "Pasukan Belgium dan Belanda yang mengekori mereka di tangga kedua dan ketiga hanya merekodkan 722 dan 688 hantaran secara keseluruhan. Daripada segi hantaran yang berjaya disudahkan, kedua-dua negara ini merekodkan 647 dan 617 hantaran sahaja.", "Daripada segi statistik serangan, Sepanyol merekodkan 17 percubaan secara keseluruhan. 5 daripadanya tepat ke sasaran manakala 8 percubaannya tersasar. Sementara itu, baki 4 percubaan mereka berjaya dihadang oleh pemain pasukan lawan.", "Bukan itu sahaja, Sepanyol turut meraih 6 sepakan penjuru namun tiada satu daripadanya dapat dijelmakan sebagai gol.", "Pada pendapat anda, apa masalah yang dihadapi oleh juara Euro sebanyak tiga kali ini?", "Featured Image: Seleccion Espanola de Futbol"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321955/", "headline": "\nSafee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun\n", "content": ["Selepas menjaringkan lebih 183 gol untuk kelab dan negara sepanjang karier bola sepak, penyerang prolifik tanah air, Safee Sali mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun.", "Pemain yang berasal dari Kajang, Selangor ini mengumumkan persaraannya dalam satu sidang media yang berlangsung di Sofitel Kuala Lumpur, pada hari ini.", "Secara langsungnya, perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi penampilan profesional yang kompetitif terakhir buat kariernya.", "Lebih manis, pasukan terakhir yang diwakilinya itu juga merupakan pasukan pertama disertainya ketika memulakan karier bola sepak profesional sekitar tahun 2004.", "Antara pasukan lain yang pernah diwakili Safee ialah Sarawak, Selangor, Pelita Jaya (Indonesia), Johor Darul Ta’zim (JDT), PKNS FC dan PJ City.", "Sebagai rekod, Safee bersara dengan deretan trofi kejuaraan seperti Piala FA, Liga Super, Piala Malaysia, Piala Sultan Haji Ahmad Shah serta Piala AFC dan Piala AFF.", "Selain deretan trofi terbabit, Safee turut merangkul pelbagai anugerah individu. Sudah pasti yang paling mahal dan diingati adalah anugerah Kasut Emas Piala AFF 2010 dimana lima jaringannya telah memacu skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF buat julung kalinya.", "Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322548/", "headline": "\nMexico Hantar Bidaan Rasmi Anjur Sukan Olimpik 2036\n", "content": ["Negara dari benua amerika utara, Mexico telah menghantar bidaan rasmi bagi menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik musim panas tahun 2036 atau 2040, pada Jumaat lalu.", "Menurut laporan Reuters, bidaan itu dihantar oleh Menteri Luar, Marcelo Ebrard serta Presiden Jawatankuasa Olimpik Mexico, Maria Jose Alcala kepada Thomas Bach selaku Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di ibu pejabat IOC, Lausanne, Switzerland.", "Dimaklumkan, bidaan itu dihantar bersempena sambutan ulang tahun ke-100 Jawatankuasa Olimpik Mexico.", "En el @iocmedia, nuestro Canciller @m_ebrard y la presidenta de nuestro Comité @maryjosealcala le entregaron al presidente Thomas Bach la Carta donde se formaliza la intención de México de ser sede de los próximos Juegos Olímpicos 2036 o 2040. pic.twitter.com/2b6aWxkfyJ", "— Comité Olímpico MEX (@COM_Mexico) March 24, 2023", "Perwakilan Mexico turut berkata, kebanyakan infrastruktur yang diperlukan untuk menganjurkan temasya itu sudah bersedia dan sebuah jawatankuasa akan dibentuk untuk menyokong bidaan terbabit.", "Sebagai rekod, Mexico sudah pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada edisi 1968 selain menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia 1970 dan 1986 serta penganjur bersama bagi edisi 2026 bersama Amerika Syarikat dan Kanada.", "Tuan rumah bagi tiga edisi temasya Sukan Olimpik berikutnya sudah ditetapkan iaitu Paris (Perancis, 2024), Los Angeles (Amerika Syarikat, 2028) dan Brisbane (Australia, 2032). ", "Untuk makluman tambahan, sebelum ini terdapat beberapa negara yang berminat untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2036 seperti Mesir, England, India, Indonesia dan Qatar."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219155/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Mongolia: Gandingan Semula Azriyn-Juan Shen Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Nur Mohd Azriyn Ayub dan Low Juan Shen yang kembali bergandingan semula berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir dalam saingan Cabaran Antarabangsa Mongolia 2022.", "Kedua-dua pemain bebas (independent) ini mengesahkan kemaraan selepas menundukkan lawan dari Thailand, Tanadon Punpanich dan Wachirawit Sothon (ranking ke-459) di peringkat suku akhir, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Azryin-Juan Shen berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "Sementara itu, pencabarnya di peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok masih tidak dapat dipastikan lagi. Apa yang pasti, lawannya merupakan gandingan dari Jepun. ", "Kedua-dua beregu Jepun ini, iaitu gandingan Masato Takano-Katsuki Tamate (ranking ke-162) dan Takuto Inoue-Kenya Mitsuhashi (ranking ke-223) akan membuat perhitungan di peringkat suku akhir hari ini.", "Untuk makluman semua, Azriyn-Juan Shen kembali bergandingan apabila gandingan sebelum ini, bersama Lim Khim Wah dan Goh V Shem masing-masing ditamatkan selepas kejohanan Malaysia Masters, Julai lalu.", "Sebagai rekod, Azriyn-Juan Shen pertama kali dikesan bergandingan bersama pada tahun 2019.", "Featured Image: Mongolian Badminton Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215000/", "headline": "\nSyed Modi 2022: Mei Xing-Anna Cheong Ke Final, Yeen Yuan-Valeree Kandas Di Semifinal\n", "content": ["Pasangan beregu wanita, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong menjadi wakil tunggal negara yang berjaya menempah tiket pentas akhir kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-138 dunia ini mara dengan menumpaskan beregu tuan rumah, Haritha Manazhiyil Harinarayanan dan Ashna Roy yang berada di kedudukan ke-217 dunia. ", "Syed Modi India International 2022WD – Semi final 🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG🏅21 21 🇲🇾Mei Xing TEOH🏅18 7 🇮🇳Haritha MANAZHIYIL HARINARAYANAN 🇮🇳Ashna ROY🕗 in 26 minutes https://t.co/yZjFybyMe9", "Mei Xing-Anna Cheong menundukkan lawannya secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-18 dan 21-7 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "Kejayaan mara ke pentas akhir ini akan menemukan mereka dengan satu lagi pasangan beregu tuan rumah iaitu Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela yang berada di ranking ke-116.", "Sementara itu, beregu muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow yang berusia 19 tahun masing-masing terpaksa akur tumpas di peringkat separuh akhir kepada Jolly-Pullela sekaligus menghanguskan peluang untuk mara ke final bertemu Mei Xing-Anna Cheong.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112885/", "headline": "\nBekas Kapten JDT Tambah Koleksi Trofi Kejuaraan di Liga Singapura\n", "content": ["Selepas merangkul deretan trofi kejuaraan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), bekas kapten, Hariss Harun menambah koleksi trofi dalam kancah Liga Premier Singapura (SPL) pula.", "Harris berjaya menjulang trofi dalam saingan liga tertinggi tanah airnya setelah pasukan yang disertainya iaitu Lion City Sailors berhasil mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir liga, semalam.", "Kemenangan 4-1 ke atas Balestier Khalsa itu memadai untuk menamatkan saingan SPL musim ini selaku juara mengatasi pasukan satelit dari Jepun, Albirex Niigata Singapore yang berada di tangga kedua dengan perbezaan dua mata.", "Untuk makluman semua, sepanjang beraksi bersama JDT, Hariss merangkap pemain skuad kebangsaan Singapura telah meraih 6 kejuaraan Liga Super, 5 trofi Piala Sumbangsih serta satu kejuaraan Piala AFC, Piala FA dan Piala Malaysia masing-masing.", "Tidak dilupakan, pemain tengah berusia 30 tahun ini turut merangkul kejuaraan Liga Super pada tahun 2013 ketika beraksi bersama pasukan jemputan, Lions XII dalam saingan Liga Malaysia.", "Artikel Berkaitan: Pengerusi Lion City Sailors FC, Forest Li Muncul Individu Terkaya Singapura", "Sebagai rekod, Hariss menyertai kelab ‘kaya’ yang berpangkalan di Singapura itu pada bulan Mei lalu. Kelab yang asalnya bernama Home United ini dijenamakan sebagai Lion City Sailors apabila ahli perniagaan, Forest Li mengambil alih pemilikan pada tahun 2020.", "Sebagai makluman tambahan, kejuaraan liga ini merupakan yang pertama diraih Lion City Sailors setelah diambil alih Forest Li pada tahun lalu.", "Featured Image: Lion City Sailors / The Final Whistle"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215067/", "headline": "\nRanking BWF: Selepas Menjuarai Saingan Syed Modi, Mei Xing-Anna Daki 47 Anak Tangga\n", "content": ["Beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berhasil merekodkan peningkatan sebanyak 47 anak tangga dalam ranking dunia selepas muncul juara dalam saingan Antarabangsa Syed Modi 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 300, Ahad lalu.", "Peningkatan itu membolehkan pasangan yang mula bergandingan sejak Oktober tahun lalu meletakkan diri mereka di tangga ke-91 dunia, berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada minggu ini.", "Secara keseluruhan, pasangan yang berusia 24 dan 23 tahun ini telah merekodkan peningkatan sebanyak 1056 anak tangga dalam tempoh sekitar tiga bulan sahaja.", "Sementara itu, beregu wanita pelapis negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow yang beraksi buat pertama kali di pentas Jelajah Dunia BWF Super 300 di kejohanan yang sama mencatatkan peningkatan sebanyak 21 anak tangga.", "Pasangan yang berusia 19 tahun masing-masing ini mencipta kejutan dengan mara sehingga ke peringkat separuh akhir. Hasil daripada prestasi yang memberangsangkan itu, kini, Yeen Yuan-Valeree menyertai kelompok 90 beregu wanita terbaik dunia.", "Beregu wanita bebas (independent), Vivan Hoo dan Lim Chiew Sien yang disingkirkan oleh Yeen Yuan-Valeree di peringkat suku akhir pula meraih peningkatan sebanyak 11 anak tangga sekaligus meletakkan diri mereka dalam kalangan 60 pasangan terbaik dunia.", "Kedudukan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pula dinaikkan satu anak tangga menjadikan mereka berada di kedudukan ke-15 dunia – ranking tertinggi pernah dicapai dalam karier mereka. ", "Kenaikan itu hasil daripada gandingan beregu China, Du Yue dan Li Yin Hui yang menghuni tangga kelapan dunia pada minggu lalu, dikeluarkan BWF daripada ranking dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325103/", "headline": "\nPemenang Ballon d’Or Lanjut Kontrak Bersama Real Madrid\n", "content": ["Juara Copa del Rey, Real Madrid berpeluang untuk menggunakan khidmat pemain tengahnya merangkap pemenang Ballon d’Or 2018, Luka Modric sekurang-kurangnya bagi tempoh semusim lagi.", "Ini selepas pemain yang bakal genap usianya 38 tahun pada September kelak bersetuju untuk melanjutkan kontrak dengan skuad berjulukan Los Blancos sehingga 30 Jun 2024. Perkembangan itu dimaklumkan Real Madrid menerusi laman sesawangnya, semalam.", "2️⃣0️⃣1️⃣2️⃣ ⏩ 2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣✨ La historia continúa…@lukamodric10 | #Modrić2024 pic.twitter.com/RPYAkwCc3v", "— Real Madrid C.F. (@realmadrid) June 26, 2023", "Lanjutan kontrak itu bakal menyaksikan Modric akan menyarung jersi serba putih Real Madrid untuk musim ke-12 berturut-turut.", "Setakat ini, Modric yang juga merupakan kapten skuad kebangsaan Croatia telah memainkan peranan yang penting dalam membantu Real Madrid menjulang 23 trofi secara keseluruhan yang terdiri daripada Liga Juara-Juara UEFA (5), Piala Dunia Kelab FIFA (5), Supercup UEFA (4), La Liga (3), Copa de Rey (2) dan Super Cup Sepanyol (4).", "Daripada segi statistik pula, Modric telah melakukan 488 penampilan – pemain ke-15 terbanyak dalam sejarah kelab – serta mencipta 77 “assist” dan meledak 37 gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112085/", "headline": "\nMan Utd Bayar Yuran Perpindahan Ronaldo Secara ‘Installment’ Selama 5 Tahun\n", "content": ["Manchester United dan Juventus telah mencapai persetujuan untuk pembayaran yuran perpindahan melibatkan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo.", "Menurut wartawan Itali yang terkenal dengan pendedahan berita perpindahan pemain bola sepak, Fabrizio Romano, berkongsikan bahawa Man Utd akan membayar yuran perpindahan tersebut secara ansuran kepada Juventus.", "Baca: Usah Mimpi Lihat Gandingan Messi & Ronaldo di Juventus", "Manchester United will pay €15m guaranteed to Juventus for Cristiano Ronaldo signing… but in five years. €3m per year until 2026, five different installments. 🔴🇵🇹 #MUFC€8m add ons are also included. €5m potentially easy to reach, €3m more complicated. #Ronaldo", "Dimaklumkan, yuran perpindahan yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab ini adalah €15 juta. ", "Ia akan diselesaikan oleh Man Utd dalam tempoh 5 tahun dan ini bermakna skuad The Red Devils akan membayar sebanyak €3 juta bagi setiap tahun sehingga tahun 2026.", "Sementara itu, kedua-dua kelab juga bersetuju dengan nilai tambahan sebanyak €8 juta.", "Baca: Niat Ronaldo Pulang Ke Man Utd Telah Diberitahu Kepada Khabib Sebulan Lalu", "Sekitar seminggu yang lalu, Man Utd yang dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan mencapai persetujuan bersama Juventus untuk membawa kembali khidmat Ronaldo ke Old Trafford.", "Man Utd mengumumkan mengikat penyerang Portugal berusia 36 tahun ini dengan kontrak selama dua tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208643/", "headline": "\nCalon Presiden Mahu Barcelona Guna Slogan ‘YNWA’ Sekiranya Menang\n", "content": ["Calon presiden FC Barcelona, Joan Laporta dilaporkan mahu slogan ikonik juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool iaitu ‘You’ll Never Walk Alone’ (YNWA) digunapakai sekiranya memenangi pemilihan presiden kelak.", "Laporta mahu slogan tersebut digunakan untuk akademi La Masia yang telah melahirkan beberapa pemain bintang ternama seperti Andres Iniesta, Sergio Busquets, Lionel Messi dan ramai lagi.", "🔵🔴Em presento amb grans dosis d'optimisme i amb voluntat de victòria. Farem que el Barça torni a ser admirat arreu, que l'alegria torni al barcelonisme i que junts toquem la glòria i seguim fent història! #EstimemElBarçaSuma-t’hi: https://t.co/HIZI1ctnXa pic.twitter.com/L5RrUf2oOz", "“La Masia akan dijenamakan untuk membangkitkan pemain, di bawah slogan you’ll never walk alone.", "“Kami mahu ia menjadi sebuah Center for High Performance and Sport Excellence, tetapi juga untuk perkembangan individu, dimana layanan kepada setiap atlet bukan bersifat umum tetapi seorang demi seorang.” kata Laporta seperti dipetik daripada laman sesawangnya.", "Laporta merupakan bekas presiden Barcelona dari tahun 2003 sehingga 2010 dan dia bertanding sekali lagi dalam pemilihan kali ini untuk membantu The Catalan kembali menjadi kuasa besar bola sepak eropah.", "Selain daripada itu, antara manifestonya yang lain untuk kempen pemilihan kali ini adalah memastikan penyerang prolifik mereka, Messi melanjutkan kontrak bersama Barcelona.", "Untuk makluman, slogan dan juga nyanyian lagu YNWA bukan sahaja digunakan oleh skuad The Reds. Ianya turut digunakan oleh kelab-kelab lain seperti Borussia Dortmund, Celtic, FC Twente, Mainz 05 dan beberapa lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219308/", "headline": "\nSri Pahang Sertai Perlawanan Persahabatan di Shah Alam, Ganti Perak Yang Menarik Diri Saat Akhir\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC bakal bergerak ke Shah Alam pada ahad ini untuk menyertai dua siri perlawanan ‘pemanas badan’ sebelum mengharungi sepak mula Liga Super pada mac hadapan.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, jemputan daripada UiTM FC untuk mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam ini adalah untuk menggantikan pasukan Perak yang menarik diri pada saat akhir.", "Beliau berpandangan jemputan perlawanan persahabatan ini menjadi pentas terbaik untuk menilai para pemain terutamanya kalangan pemain import seperti Yevhen Bokhashvili, Pedro Henrique dan Mamadou Wague yang baru sahaja menamatkan tempoh kuarantin di tanah air, baru-baru ini.", "“Pahang sedang menerima kemasukan semua pemain, dan ini merupakan pentas terbaik untuk menilai pemain daripada segi kecergasan dan keserasian pemain dengan menyertai perlawanan persahabatan,”", "“Kebetulan UiTM FC ada menganjurkan perlawanan persabahatan pramusim (yang) kebetulannya Perak menarik diri (pada) saat akhir kerana masalah teknikal, maka apabila ditawarkan, inilah pentas terbaik untuk melihat prestasi pemain,” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Difahamkan skuad kendalian ketua jurulatih kelahiran Amerika Syarikat, Thomas Dooley ini dijadualkan menentang Terengganu FC II dan UiTM FC masing-masing pada 21hb dan 23hb februari kelak.", "Selepas daripada itu, Sri Pahang akan bergerak ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk mengharungi sebuah lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang Negeri Sembilan FC yang dibimbing oleh K. Devan pada 26hb februari.", "Ketika ini, Sri Pahang sedang berkampung di Temerloh, Pahang dan menjalani latihan pusat mengikut Protokol Am Gelembung Sukan sepertima yang diarahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321687/", "headline": "\nPemilik Kedah Mulakan Langkah Pertama Mengadakan KDA TV\n", "content": ["Hubungan para peminat dan penyokong dengan Kedah Darul Aman FC (Kedah) akan lebih dekat selepas ini apabila pemiliknya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar memulakan langkah pertama untuk mengadakan KDA TV.", "Difahamkan, langkah itu dimulakan bersempena dengan perlawanan pramusim yang bakal diharungi skuad berjulukan Sang Kenari itu di Antalya, Turkiye bermula minggu hadapan.", "Kedah yang mendapat bimbingan Nafuzi Zain pada ketika ini akan berhadapan dengan dua buah kelab dari Kazakhstan serta satu kelab dari Uzbekistan dan Ukraine masing-masing di sana.", "Perkembangan untuk mengadakan KDA TV itu dikongsikannya sendiri menerusi platform laman sosialnya, semalam.", "A post shared by Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (@mohddaudbakar)", "“Insya-Allah, KDA FC akan bemula dengan langkah pertama ke arah membina KDA TV sempena perlawanan pramusim di Antalya, Turkiye sepanjang 5-15 Februari 2023.”", "“Saya sendiri pun tak sabar nak lihat mimpi KDATV menjadi realiti. Semua yang berlaku atas dunia pada asalnya adalah mustahil sehingga ia dilakukan oleh seseorang atau segolongan manusia.”", "“Sejak saya memilki KDA FC, saya mula banyak bermimpi dan berangan-angan. Angan-angan adalah hak setiap manusia untuk melakar dan melukis impiannya di dalam kotak minda atau di awan biru.” tulisnya.", "Setakat ini belum dapat dipastikan gambaran keseluruhan KDA TV yang diperkatakan oleh Dr. Mohd Daud tersebut.", "Adakah ianya seumpama platform penstriman tersendiri seperti dilakukan oleh Terengganu FC iaitu TFC Play membolehkan para peminat mereka menonton video-video eksklusif dan siaran langsung perlawanan bola sepak? Sama-sama kita nantikan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202113186/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Saingan Sengit Diberikan Sze Fei-Izzuddin Belum Cukup Untuk Menundukkan Beregu Tuan Rumah\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin tidak dapat meneruskan kemaraan ke pentas akhir kejohanan Terbuka Denmark 2021 selepas tumpas kepada beregu tuan rumah, Kim Astrup-Anders Rasmussen.", "Walaupun Sze Fei-Nur Izzuddin yang menduduki ranking ke-26 dunia telah memberikan tentangan yang cukup sengit selepas tumpas pada set pertama. ", "Namun, ianya masih tidak mencukupi untuk menundukkan beregu tuan rumah yang berada di ranking ke-11 dunia itu.", "Saingan sengit yang diberikan itu dapat dilihat ketika mereka mengejar Kim Astrup-Anders Rasmussen pada set kedua dan ketiga,", "Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Nur Izzuddin tumpas dengan pungutan mata 11-21, 21-19 dan 18-21.", "Bagaimanapun, pasangan beregu negara boleh berbangga dengan pencapaian mereka pada kali ini memandangkan ianya merupakan antara pencapaian terbaik pernah diraih mereka setakat ini.", "Sebagai tambahan, Kim Astrup-Anders Rasmussen yang memenangi perlawanan ini akan turun menentang pasangan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di pentas final."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219622/", "headline": "\nJaguh Negara, Lee Zii Jia Kini Berada di Ranking No.8 Dunia\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini menghuni ranking kelapan dunia selepas kemaskini baharu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.", "Ranking atlet yang bakal berusia 23 tahun pada isnin depan itu naik dua anak tangga selepas memenangi kejohanan All England 2021 selepas menumpaskan pemain No.2 dunia, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir, ahad lalu.", "Sebelum itu, Zii Jia cemerlang menumpaskan wakil Belanda, Mark Caljouw dengan kemenangan dalam dua set berturut-turut pada aksi separuh akhir.", "Pada aksi suku akhir, Zii Jia mengatasi jangkaan ramai apabila menumpaskan pemain No.1 dunia kelahiran Jepun, Kento Momota dengan 21-16 dan 21-19.  ", "Kemenangan dalam kejohanan berprestij itu telah memberikannya pertambahan 7,200 mata berbanding mata dalam ranking sebelum ini. Pertambahan itu menjadikan Zii Jia mengumpul 69,389 mata secara keseluruhan daripada 25 kejohanan yang disertainya.", "Ranking No.8 tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicapai atlet kelahiran Alor Setar ini sejak bergelar berkecimpung dalam sukan bulu tangkis ini secara profesional pada usia 13.", "Sementara itu, kedudukan pertama dan kedua dunia masih kekal di tangan Kento Momota dan Viktor Axelsen.", "Featured Image: Yonex All England Badminton Championship"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113892/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Beregu Campuran, Tang Jie-Yen Wei Bertemu Sang Juara Di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei bakal membuat perhitungan sekali lagi bertemu beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai di Pusingan 16 Terbuka Indonesia, pada hari esok.", "Perlawanan esok bakal memberikan cabaran yang sukar buat Tang Jue-Yen Wei kerana pasangan ini bukan sahaja diletakkan sebagai pilihan utama untuk menjuarai kategori campuran di kejohanan ini.", "Bahkan, pasangan Thailand yang menduduki ranking ke-2 dunia ini masih segar dengan kejayaan memenangi kejohanan Indonesia Masters yang berlangsung pada minggu lepas. ", "Tambahan pula, di kejohanan tersebut, Tang Jie-Yen Wei disingkirkan oleh Dechapol-Sapsiree dengan skor 21-17, 16-21 dan 21-17  pada Pusingan 16 Indonesia Masters.", "Satu lagi rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pasangan ini adalah ketika beraksi di peringkat Pusingan 32 Terbuka Denmark 2021. Pertembungan ini turut dimenangi oleh beregu Thailand dengan pungutan mata 21-16 dan 23-21.", "Untuk makluman semua, Tang Jie-Yen Wei yang menghuni ranking ke-42 dunia pada ketika ini mara ke Pusingan 16 kejohanan Terbuka Indonesia dengan menumpaskan beregu Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo dengan keputusan 19-21, 21-18 dan 21-15.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)XD – Round of 32 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅19 21 21 🇲🇾Yen Wei PECK🏅21 18 15 🇯🇵Yuki KANEKO 🇯🇵Misaki MATSUTOMO🕗 in 63 minutes https://t.co/ThJqXHFxAk", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323629/", "headline": "\nSTL 2023 Perkenalkan Kejohanan Baharu – Piala Cabaran\n", "content": ["Sepak Takraw League (STL) 2023 bakal membuka tirai buat kali kesembilan penganjurannya dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Astro mengambil inisiatif memperkenalkan Piala Cabaran bagi merancakkan saingan musim baharu. ", "Format kejohanan Piala Cabaran akan mempertemukan empat pasukan terbaik STL yang bakal beraksi pada hari terakhir melibatkan saingan separuh akhir dan akhir. ", "Kejohanan tersebut akan menambah lagi satu koleksi piala yang akan dipertandingkan dalam saingan STL termasuk dua kejuaraan sedia ada iaitu Liga STL yang dibahagikan kepada dua divisyen; Perdana dan Divisyen 1 serta Piala Juara-Juara STL.", "Saingan liga sukan tradisi itu bakal bermula 26 Mei ini dan akan berlangsung di beberapa lokasi pertandingan di sekitar Malaysia seperti Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.", "Piala Cabaran bakal rancakkan saingan STL musim ini 🏆🔥", "Saksikan Nadi Arena setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam di Astro Arena 801HD!#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/DqijK1KfWa", "— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 8, 2023", "Selain kehadiran Piala Cabaran, kelainan turut ditampilkan pada musim ini bagi saingan Piala Juara-Juara STL dengan empat pasukan terbaik divisyen perdana akan bertanding bersama empat pasukan jemputan dari luar negara. ", "Dalam pada itu, kesemua pasukan yang beraksi dalam saingan STL musim ini sedang rancak mempersiapkan skuad terbaik mereka untuk merebut kejuaraan yang dipertandingkan. ", "Pasukan-pasukan yang sah bakal beraksi dalam saingan divisyen perdana Liga STL 2023 ialah ATM Guardians, Kuala Lumpur Thunder, Negeri Sembilan Antlers, Penang Black Panthers, Putrajaya Cyborg, Johor Tigris, Selangor Pistons, Perak Bison, Bomba Fighters dan Sabah Mountaineers.", "Featured Image: Sepak Takraw League (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322175/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Thailand: Roy King-Valeree Singkir Pilihan No.1 Kejohanan\n", "content": ["Gandingan beregu campuran negara yang berada di ranking ke-177 dunia, Yap Roy King dan Veleree Siow melakar satu kejutan dalam perlawanan peringkat Pusingan 32 di saingan Cabaran Antarabangsa Thailand 2023.", "Pemain berusia 22 dan 20 tahun masing-masing ini melakar kejutan dengan mencetak kemenangan yang sekaligus menyingkirkan pilihan pertama kejohanan yang datangnya dari Indonesia iaitu Amri Syahnawi dan Winny Oktavina Kandow.", "Roy King-Valeree melakar kemenangan ke atas pasangan ke-52 dunia terbabit menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 21-18 dalam tempoh masa hampir satu jam pertarungan di Gelanggang 4.", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu di pentas kejohanan badminton antarabangsa.", "Dengan kemenangan ini, Roy King-Valeree dapat mara ke Pusingan 16. Menantinya di sana adalah gandingan Taiwan, Liao Chao Pang dan Liu Chiao-Yun.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220299/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Dua Beregu Indonesia Singkir Dua Beregu Malaysia Di Separuh Akhir\n", "content": ["Dua beregu Indonesia menjadi ‘batu penghalang’ buat dua beregu lelaki Malaysia mara ke perlawanan akhir saingan Terbuka Denmark – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Beregu negara pertama yang menjadi mangsa tersingkir daripada kejohanan ini di tangan pasangan Indonesia ialah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merangkap juara Kejohanan Dunia BWF.", "Gandingan Aaron-Wooi Yik dinafikan kemaraan ke pentas akhir oleh bekas beregu No.1 dunia, Marcu Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo atau turut terkenal dengan julukan “The Minions”.", "Aaron-Wooi Yik tumpas kepada pasangan ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-13 dan 17-21 dalam tempoh masa 51 minit permainan di peringkat separuh akhir, malam tadi.", "Sementara itu, beregu seterusnya yang menjadi mangsa disingkirkan oleh gandingan dari negara jiran tetangga ialah Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi merangkap beregu lelaki No.2 tanah air.", "Di peringkat yang sama iaitu separuh akhir, Yew Sin-Ee Yi ditumpaskan oleh beregu Indonesia yang menghuni ranking keenam dunia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto.", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi merekodkan kekalahan secara “straight set” dengan pungutan mata 16-21 dan 20-22 dalam tempoh masa 45 permainan.", "Dengan kekalahan dua wakil negara ini, gelaran juara dan naib juara bagi kategori beregu lelaki dalam saingan Terbuka Denmark 2022 ini menjadi milik mutlak wakil dari Indonesia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217216/", "headline": "\n10 Pembeli Kereta di myTukar Berpeluang Menang Tiket Liverpool vs Man Utd di Bangkok\n", "content": ["Platform jual beli kereta terpakai Malaysia, myTukar menawarkan hadiah berupa 10 pasang tiket untuk menonton perlawanan antara Liverpool dan Manchester United di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Julai nanti kepada pembeli kereta di platformnya.", "Peluang untuk memenangi tiket yang bernilai 1528 dolar Amerika (RM6695.70) itu terbuka kepada sesiapa yang pembelian kereta di platformnya bermula 9 Mei hingga 19 Jun hadapan. Perjalanan ke Bangkok yang merangkumi penerbangan dan penginapan selama 3 hari 2 malam untuk dua orang turut ditaja buat pemenang tiket ini.", "Sebagai tambahan, pembeli kereta dalam tempoh promosi ini akan menerima filem lapisan tingkap jenama Raytech Tint secara percuma dan kupon bernilai RM1900 daripada Shopee (sedan dan SUV sahaja). ", "Tawaran ini hadir selepas syarikat induk myTukar, CARRO muncul menjadi penaja utama di rantau ini serta diangkat menjadi rakan kongsi perlawanan rasmi untuk saingan pramusim, Bangkok Century Cup 2022 (Liverpool vs Manchester United, 12 Julai) dan Standard Chartered Singapore Trophy 2022 (Liverpool lawan Crystal Palace, 15 Julai).", "Sementara itu, bermula hari ini, peminat bola sepak boleh membuat pra-pendaftaran untuk membeli tiket prajualan di https://promo.mytukar.com/presale/. Peminat yang telah mendaftar akan menerima pautan rasmi melalui e-mel untuk membeli pas mereka mulai 10 Mei 2022 pada jam 10 pagi berdasarkan siapa cepat dia dapat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216029/", "headline": "\nTak Mengapa Bolos Enam Gol, Penyokong Menikmatinya – Sinis Bojan Terhadap Pertahanan KL City\n", "content": ["Perlawanan Liga Super 2022 baru sahaja memasuki dua perlawanan namun juara Piala Malaysia musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City) telah meletakkan diri mereka sebagai pasukan kedua tercorot jumlah gol dibolosi.", "Untuk makluman, KL City telah dibolosi enam gol ketika bertemu Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC pada perlawanan pertama dan kedua masing-masing yang mengakibatkan hanya satu mata sahaja dapat dikutip setakat ini. ", "Sebagai perbandingan, hanya pendatang baharu Liga Super, Sarawak United FC sahaja mempunyai rekod bolos yang lebih teruk iaitu sebanyak tujuh gol.", "Tough defeat to swallow but we keep working 📈#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/i9Z9photJl", "Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak ketika mengulas mengenai  perkara berkenaan semasa sidang media selepas perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar dengan berselorohnya berkata, “Saya akan bawa rotan buluh semasa sesi latihan,”", "Jurulatih berusia 50 tahun ini dengan sinisnya turut berkata, “Tidak (hukum pemain), saya akan lebih ‘lemah lembut’ dan ‘bersopan santun’ (dalam sesi latihan), tak mengapa kami bolos enam gol, para penyokong menikmatinya,”.", "Tambahnya lagi, dengan situasi pasukannya menjaringkan lima gol dan bolos enam gol ini, ianya menyajikan perlawanan yang menarik dan menjadi satu pelaburan yang sangat baik buat para penyokong yang datang ke stadium dengan harga tiket RM20.", "Bagaimanapun di pihak barisan kejurulatihan, pengendali kelahiran Croatia itu mengakui amat kecewa kerana bolos enam gol daripada dua perlawanan sedangkan pada tahun lalu, barisan pertahanan merupakan bahagian paling kukuh pasukan KL City.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321769/", "headline": "\nOrang Ramai Boleh Tempah Gelanggang ABM Menerusi Courtsite\n", "content": ["Gelanggang badminton yang digunakan oleh para pemain kebangsaan seperti Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan dan ramai lagi di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia (ABM) kini boleh ditempah dan digunakan oleh orang ramai.", "Tempahan tersebut boleh dibuat menerusi aplikasi web berpangkalan di Malaysia iaitu Courtsite. Ianya hasil daripada kerjasama mereka bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak Januari tahun lalu.  ", "Ketua Pegawai Eksekutif Courtsite, Eugene Low ketika ditemui Sukanz berkata perkara ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai serta para peminat badminton peluang, pengalaman dan suasana bermain di atas gelanggang yang sama digunakan oleh pemain handalan negara.", "Selain itu, ia juga membuka ruang untuk mengkomersilkan gelanggang-gelanggang di ABM di luar waktu latihan para pemain negara sekaligus memberikan pendapatan tambahan.", "Untuk makluman semua, hari dan waktu yang dibolehkan untuk menempah gelanggang-gelanggang di ABM adalah seperti berikut:", "Sementara itu, kadar sewaan yang ditetapkan menerusi tempahan di Courtsite adalah seperti berikut:", "Sebagai tambahan, ABM mempunyai 18 gelanggang badminton untuk ditempah serta dilengkapi dengan kemudahan ruangan parkir kenderaan dan bilik mandi.  ", "A post shared by Courtsite (@courtsite)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323945/", "headline": "\nPiala Sudirman: Pertemuan Sulung Menentang Christiansen-Boje Milik Tang Jie-Ee Wei\n", "content": ["Pertembungan kali pertama pasangan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menentang Mathias Christiansen dan Alexandra Boje nampaknya berpihak kepada beregu negara apabila mereka berjaya menewaskan beregu Denmark tersebut.", "Untuk rekod, kedua-dua beregu tidak pernah bertemu sepanjang karier mereka biarpun mereka berada dalam kelompok 25 pemain terbaik dunia sekaligus kemenangan ini memberikan kelebihan “head-to-head” buat beregu negara dalam pertembungan mereka yang akan datang. ", "Juara Orleans Masters itu melakar kemenangan tersebut pada pertarungan pembukaan ketika mewakili Malaysia bertemu Denmark dalam aksi suku akhir bagi saingan Piala Sudirman, hari ini.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Knockout – QF 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅15 21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 🇩🇰Mathias CHRISTIANSEN21 14 7 🇩🇰Alexandra BØJE", "— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2023", "Biarpun ketinggalan pada set pertama (15-21), Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya bangkit pada set kedua (21-14). Mereka mengesahkan kemenangan pertama Malaysia pada set ketiga (21-7) dalam perlawanan yang hampir berlangsung selama sejam itu.", "Kemenangan itu membolehkan Malaysia mendahului pada perlawanan pertama menentang Denmark dengan keputusan 1-0. ", "Perlawanan seterusnya melibatkan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang bakal turun menentang perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217160/", "headline": "\nSukan SEA: Skuad Harimau Muda Menang Lawan 10 Pemain Thailand\n", "content": ["Skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney memulakan kempen temasya Sukan SEA 2021 peringkat Kumpulan B dengan mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Thailand B-23.", "Dalam perlawanan tersebut, Thailand yang dikendalikan oleh Alexandre ‘Mano’ Polking terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-33 menerusi penyeranganya, Patrik Gustavsson.", "Namun begitu, ketika mereka mendahului 1-0 di babak pertama, pertahanannya, Jonatan Khemdee dilayangkan kad merah pada minit ke-40 oleh pengadil perlawanan ekoran menarik pemain negara ketika sedang menyerang. Ia menyebabkan Thailand terpaksa beraksi dengan 10 pemain.", "Sukan SEA 2021 | Sabtu, 7 Mei 2022", "THAILAND 🇹🇭 1-2 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Patrik Gustavsson 33'⚽️ Danial Asri 61' Nur Azfar Fikri Azhar 90'+4#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/AmsDwRABha", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 7, 2022", "Bersambung di babak kedua, Malaysia berhasil mengambil peluang menyamakan kedudukan menerusi satu ‘tap in’ oleh Danial Asri pada minit ke-61. Jaringan itu dihasilkan oleh Danial setelah menerima satu ‘assist’ oleh pemain tengah merangkap kapten pasukan, Mukhairi Ajmal dari sebalah kanan.", "Selepas daripada itu, Malaysia menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan namun ianya tidak berkunjung tiba sehinggalah pemain gantian, Azfar Fikri menolak masuk bola ke dalam gol pada masa kecederaan sekaligus menjadikan kedudukan 2-1.", "Sejurus jaringan itu, pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan perlawanan sekaligus memberikan Malaysia kemenangan serta tiga mata pertama untuk saingan Sukan SEA pada kali ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321877/", "headline": "\nKJ Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah JDT\n", "content": ["Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin atau terkenal dengan panggilan KJ kini mendapat peranan baharu dalam arena bola sepak tempatan apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Perkembangan itu hadir secara rasmi apabila pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengumumkan penyertaan KJ dalam Lembaga Pengarah JDT selepas mendapat persetujuan ahli politik berusia 47 tahun tersebut. Selain itu, KJ yang merupakan mantan Ahli Parlimen Rembau turut dilantik sebagai Penasihat Belia Johor.", "Saya telah bertemu Khairy Jamaluddin & bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor & sebahagian Lembaga Pengarah JDT.", "Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia & kemajuan bola sepak Johor. pic.twitter.com/S476jwWNQl", "— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) February 15, 2023", "“Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.” tulis baginda yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ).", "Perkembangan perlantikan KJ itu disusuli dengan ucapan selamat datang dan tahniah daripada pihak kelab JDT sendiri.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) would like to welcome and congratulate Khairy Jamaluddin on his appointment as a member of the JDT Board of Directors following the announcement by JDT owner HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor. ", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 15, 2023", "“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Khairy Jamaluddin atas perlantikan beliau sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah JDT selepas diumumkan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.” kongsi makluman rasmi kelab, pada hari ini.", "Menariknya, perlantikan KJ ke dalam Lembaga Pengarah JDT hadir selepas Tunku Ismail merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat satu hantaran di Instagram Story pada akaun peribadi milik baginda pada penghujung Januari lalu.", "Hantaran itu memberi bayangan KJ bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.", "Untuk makluman semua, arena bola sepak bukanlah satu perkara yang asing buat KJ. Beliau pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013 hingga 2018 ketika kabinet pada ketika itu diterajui oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.", "Selain itu, KJ juga pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula tahun 2007.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113897/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Hadapi Pemenang Emas Olimpik di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berhadapan cabaran berat di peringkat Pusingan 16 Kejohanan Terbuka Indonesia.", "Hal ini kerana, menantinya di pusingan tersebut adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin merangkap beregu yang menghuni ranking ke-3 dunia.", "Selain itu, kedua-dua pasangan ini belum merekodkan sebarang pertemuan sebelum ini. Ianya bakal menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu pada hari esok.", "Indonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Ke Separuh Akhir, Singkirkan Pemenang Olimpik Dengan Mudahhttps://t.co/w12F7Pevk2", "Namun begitu, pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik telah menunjukkan cara untuk menumpaskan pasangan Chinese Taipei ini dengan menyingkirkan Lee-Wang pada peringkat suku akhir di kejohanan Indonesia Masters, minggu lepas.", "Untuk makluman semua, Sze Fei-Izzuddin berhasil mara ke Pusingan 16 kejohanan ini dengan menyingkirkan beregu Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov dengan kemenangan secara ‘straight set’ 22-20 dan 21-10.", "Sementara itu, Lee-Wang pula mara dengan menyingkirkan beregu bebas (independent) Malaysia, Goh V Shem dan Low Juan Shen juga menerusi kemenangan ‘straight set’ 21-14 dan 21-16.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207343/", "headline": "\nKelab Amatur SRFC Berjaya ‘Pancing’ 10 Penaja Termasuk Syarikat Penerbangan, AirAsia\n", "content": ["Siapa sangka dengan perancangan yang baik, kelab bola sepak berstatus amatur mampu memancing sehingga sepuluh penaja termasuk syarikat penerbangan tambang murah terkenal, AirAsia.", "Antara barisan penaja lain yang berjaya dipikat oleh Setiawangsa Rangers Football Club atau lebih dikenali sebagai SRFC adalah CRSC Group, AmaxMall, SkyWorld, Sunway Avila, Sri Ternak Food Mart, Orangkata.my, Shortea Barbershop, Voltagehub dan Wangsa Walk Mall.", "Walaupun baru menginjak usia dua tahun, menurut penaungnya, Nik Nazmi Nik Ahmad, SRFC sebagai kelab bola sepak komuniti yang bertapak di Kuala Lumpur telah mencapai banyak kejayaan dalam saingan Liga Bola Sepak Kuala Lumpur dan AirAsia KL Junior League.", "Pada masa yang sama, SRFC yang merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) turut mempunyai pasukan bola sepak dan futsal wanita.", "Latihan Pertama Pasukan Bolasepak Wanita Setiawangsa Rangers FC tahun 2020#setiawangsarangersfc @niknazmi @idlanzak @RealArifAstaman @ejardkhushairi @nadzstw pic.twitter.com/nFXGwzSzWP", "Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa telah melancarkan jersi baharu SRFC untuk musim 2020 dalam satu majlis yang berlangsung di Wangsa Walk Mall, semalam.", "Jersi mereka hadir dalam dua edisi iaitu warna merah dan hitam bagi Home. Manakala satu lagi edisi didatangkan dengan warna biru dan hitam bagi Away.", "Kedua-duanya diletakkan tanda harga RM50 dan para peminat yang berhasrat untuk mendapatkan jersi SRFC boleh menghubungi pihak kelab menerusi aplikasi permesejan, Whatsapp. ", "Difahamkan, SRFC telah menetapkan sasaran untuk beraksi dalam saingan Liga M4 di bawah kelolaan Amatuer Football League (AFL) bermula tahun hadapan.", "Featured Image: Nik Nazmi Nik Ahmad"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217058/", "headline": "\nBAC 2022: Zii Jia Lolos Ke Pusingan 16, Tze Yong Kandas Pusingan 32\n", "content": ["Dua perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong melakar keputusan yang berbeza ketika beraksi di Pusingan 32 dalam saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia merangkap pilihan ketiga kejohanan dapat tersenyum lebar meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 setelah berjaya melepasi cabaran di pusingan awal, petang tadi.", "Walaupun diberikan tentangan yang sedikit sengit, Zii Jia yang turun menentang pemain China di ranking ke-54 dunia, Sun Fei Xiang tetap berupaya merekodkan kemenangan dengan skor 19-21, 21-14 dan 21-14 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "R32#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(3) def. #CHN🇨🇳 Sun Fei Xiang 19-21 21-14 21-14", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022", "Bagaimanapun, nasib yang berbeza menimpa Tze Yong apabila terpaksa akur tewas kepada pemain yang lebih berpengalaman daripadanya iaitu Kidambi Srikanth – penghuni ranking ke-11 dunia.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong yang bertemu Kidambi buat pertama kali di pentas antarabangsa tumpas secara ‘straight set’ dengan keputusan 20-22 dan 15-21.", "R32#IND🇮🇳 Kidambi Srikanth(7) def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 22-20 21-15", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Zii Jia dijadualkan bertemu pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito yang berada di ranking ke-24 dunia. ", "Untuk makluman semua, pemain ini mara selepas menumpaskan pemain Taiwan, Lin Chun-Yi (ranking ke-91) dengan skor 14-21, 22-20 dan 21-19.", "Sebagai rekod, Zii Jia dan Shesar pernah berentap sesama sendiri sebanyak lima kali di pelbagai pentas antarabangsa  sebelum ini. Daripada lima pertemuan itu, tiga daripadanya dimenangi oleh Shesar termasuk melibatkan pertemuan terakhir di kejohanan Terbuka Taipei 2019.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Asia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207895/", "headline": "\nNo.3 Liga Super, Semua Ini Hasil ‘Tunjuk Ajar’ Irfan Bakti \n", "content": ["Kejayaan jurulatih muda, Nafuzi Zain membimbing skuad Terengganu Football Club (TFC) menduduki tangga ketiga saingan CIMB Liga Super 2020 nyata membuka mata banyak pihak.", "Gabungan pemain import berpengalaman dan pemain muda tempatan serta penerapan corak permainan bola sepak moden menjadi resipi asas Nafuzi dalam menggapai kejayaan di musim pertamanya bergelar ketua jurulatih secara penuh.", "Namun begitu, disebalik segala pujian yang diberikan, jurulatih berusia 42 tahun ini tetap merendah diri dan memberikan kredit kepada bekas pengendali TFC merangkap bekas bosnya iaitu Irfan Bakti Abu Salim.", "“Apa yang saya ada sekarang ini, semuanya bermula daripada Irfan di mana perjalanan karier saya daripada Liga Premier sehingga TFC layak ke Liga Super pada tahun 2018, saya bersama-sama dengan beliau.", "“Semua ini adalah jasa dan budi Irfan selama saya menjadi penolong jurulatih dengannya sejak 2017 sehingga beliau letak jawatan pada pertengahan 2019 dan beliaulah yang membawa saya ke kancah Liga Super sebelum ini.", "“Sebelum beliau meletak jawatan, Irfan percaya saya akan mampu untuk menjaga pasukan ini dan daripada situlah saya terus mendapat peluang untuk mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih.", "“Jadi, saya gunakan peluang sebaik mungkin untuk bantu pasukan berada di tahap lebih baik musim ini, dan saya rasa kalau Irfan tidak beri peluang kepada saya untuk bekerjasama dengannya bermula tahun 2017, saya mungkin tidak akan ke mana”, jelasnya.", "Sementara itu, Nafuzi tidak sabar menantikan siapakah yang akan menjadi lawan buat TFC dalam pusingan pertama TM Piala Malaysia 2020 yang dijadualkan pada 6, 7 dan 8 November kelak.", "Majlis undian yang akan diadakan pada ahad ini memainkan peranan penting untuk menentukan samada TFC dapat mengulangi atau tidak kempen cemerlang mereka ke pentas akhir sebagaimana pada tahun 2018 lalu.", "🏆 Majlis undian TM Piala Malaysia 2020 bakal diadakan pada Ahad, 1 November nanti.Saksikan siaran langsung di laman YouTube unifi dan di Facebook Live MFL bermula jam 11 pagi!#TMPialaMalaysia2020 pic.twitter.com/dVNpsWjAqu", "Majlis undian tersebut akan diadakan oleh pihak Malaysian Football League (MFL) pada jam 11 pagi dan akan disiarkan secara langsung di saluran Youtube Unifi dan Facebook Live MFL.", "“Memang undian itu nanti akan jadi peranan penting untuk kita tengok nanti macam mana lawan yang kita akan beraksi nanti pada perlawanan untuk menentukan pasukan ke suku akhir.", "“Tiada pusingan peringkat kumpulan, jadi mahu atau tidak, perlawanan pertama itu sangat penting dan selepas kita tahu siapa akan jadi lawan kita nanti, barulah saya boleh merancang dengan lebih baik kerana sudah tentu kita juga akan tahu corak perlawanan yang akan ditampilkan oleh lawan itu,” katanya lagi.", "Untuk makluman, saingan Piala Malaysia pada tahun ini diubah kepada format kalah mati sahaja bermula daripada pusingan ke-16.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111319/", "headline": "\nSelangor Maklumkan Kaptennya, Brendan Gan Hidap Kanser\n", "content": ["Kapten Selangor dan pemain skuad kebangsaan, Brendan Gan dilaporkan menghidap kanser testis.", "Difahamkan pemain kacukan Australia-Malaysia yang sering beraksi sebagai pemain tengah itu telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian tersebut.", "Dengan rasa berat hati, kami di SFC ingin memaklumkan tentang keadaan Ketua Pasukan Selangor FC. Untuk makluman, Brendan telah didapati menghidap kanser testis & telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan. pic.twitter.com/xGdy4FHZGS", "“Brendan telah didapati menghidap kanser testis & telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan.” tulis kenyataan kelabnya, hari ini.", "Disebalik ujian yang penuh mengejutkan ke atas pemain tersebut, kelabnya memaklumkan pemain berusia 33 tahun tersebut tekad untuk kembali pulih secepat mungkin agar dapat kembali bersama pasukannya.", "Dengan makluman ini, Brendan pastinya akan terlepas perlawanan seterusnya menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan berlangsung pada Rabu nanti.", "Featured Image: Football Association Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216803/", "headline": "\nKorea Masters: Goh Jin Wei Tundukkan Pemain Ranking Ke-21 Dunia Di Pusingan 32\n", "content": ["Perseorangan wanita bebas (independent), Goh Jin Wei mencipta kejutan menundukkan pemain Thailand yang berada di ranking lebih tinggi daripadanya untuk mara ke Pusingan 16 saingan Korea Masters 2022.", "Di Pusingan 32 yang berlangsung sebentar tadi, Jin Wei yang kini menghuni ranking ke-88 mengalahkan Phittayaporn Chaiwan yang berada di ranking ke-21 dunia.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersWS – Round of 3221 19 21 🇲🇾Jin Wei GOH🏅12 21 11 🇹🇭Phittayaporn CHAIWAN", "🕗 in 55 minutes https://t.co/z7X81LkETl", "— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022", "Kemenangan Jin Wei hadir selepas bertarung sebanyak tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 19-21 dan 21-11 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Jin Wei berhasil menumpaskan Phittayaporn di pentas antarabangsa. Jin Wei merekodkan kemenangan pertama ke atas pemain ini semasa di temasya Sukan Olimpik Remaja 2018.", "Pertemuan itu berlangsung di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Remaja 2018.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersWS – Round of 3221 21 🇨🇳Zhi Yi WANG🏅18 16 🇰🇷Yujin SIM", "🕗 in 45 minutes https://t.co/gGF2m5Sqmk", "— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022", "Sementara itu, di peringkat Pusingan 16 kelak, Jin Wei bakal berhadapan dengan pemain China, Wang Zhiyi yang merupakan penghuni ranking ke-17 dunia.", "Pemain ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain tuan rumah, Sim Yu-jin secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-16 di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321290/", "headline": "\nPerak Ambil Khidmat Penyerang Nigeria Tinggi 1.92m – Christian Obiozor\n", "content": ["Pemain kelahiran Nigeria yang mempunyai fizikal tinggi lampai, Christian Obiozor menjadi salah satu pemain import yang diambil oleh Perak FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Penyertaan penyerang berketinggian 1.92 meter (m) itu diumumkan secara rasmi menerusi satu video berdurasi seminit dan 19 saat di Youtube milik kelab berkenaan, pada hari ini.", "Bagaimanapun, Perak yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi, XOX Berhad tidak berkongsikan mengenai tempoh kontraknya kepada pihak umum.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama Obiozor menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di rantau asia tenggara.", "Di awal kariernya, penyerang berusia 28 tahun ini banyak beraksi bersama kelab di negara kelahirannya. ", "Selepas itu, Obiozor mula berkelana ke luar negara dengan menyertai beberapa kelab seperti Orlando Pirates (Afrika Selatan), Stade Gabesian (Tunisia), Al-Hussein SC (Jordan), Shahab Al-Sahel dan Tadamon Sour (Lubnan).", "Featured Image: Instagram Christian Obiozor"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218957/", "headline": "\nMajlis Undian Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 Berlangsung Hujung Bulan Ini Di Bangkok \n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan majlis undian bagi kejohanan dwitahunannya, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 akan berlangsung di hujung bulan ini, 30 Ogos nanti.", "Majlis itu dijadualkan bermula pada jam 3 petang (waktu Malaysia) dan diadakan di Bangkok, Thailand. Perkembangan tersebut dimaklumkan secara rasminya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. ", "Sebanyak 10 pasukan akan mengambil bahagian dan majlis undian itu nanti akan membahagikannya kepada dua kumpulan – 5 pasukan bagi setiap kumpulan. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.", "Date of official draw set for AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 https://t.co/cQo9tPhWtc", "— ASEAN Football (@AFFPresse) August 10, 2022", "Kejohanan kali ke-14 ini bakal menyaksikan kembalinya format “home” dan “away” di peringkat kumpulan dimana setiap pasukan akan beraksi di laman sendiri dan laman lawan sebanyak dua kali masing-masing.", "Sembilan buah pasukan iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam secara automatiknya layak beraksi di kejohanan ini.", "Manakala Timor Leste dan Brunei Darussalam akan beraksi dalam pusingan kelayakan terlebih dahulu dan pemenang akan menjadi pasukan kesepuluh untuk menyertai kejohanan ini.", "Sebagai rekod, Thailand hadir di kejohanan ini selaku juara bertahan. Skuad Gajah Perang muncul juara edisi lalu setelah menumpaskan Indonesia dengan keputusan 6-2 secara agregat Januari lalu. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202214931/", "headline": "\nMan Utd Antara Topik ‘Top’ Dibincangkan Pengguna Twitter Malaysia Tahun 2021\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United (Man Utd) menjadi antara topik sukan paling banyak dibincangkan oleh rakyat Malaysia di platform media sosial, Twitter sepanjang 2021.", "Menerusi sumber Data Internal Twitter, Manchester United menduduki tangga kelima dalam kategori ‘Topik Sukan yang Dibincangkan oleh Rakyat Malaysia’ di belakang Bola Sepak, Liga Premier, Olympics dan Badminton.", "Selain itu, tanda pagar #mufc pula muncul di tangga pertama dalam kategori ‘Hashtag Mengenai Sukan Yang Paling Banyak di Tweet di Malaysia 2021’ mengatasi empat yang lain iaitu #tokyo2020, #olympics, #euro2020 dan #ucl.", "Sementara itu, akaun rasmi Red Devils, @manutd turut tersenarai dalam kalangan lima ‘Akaun Twitter Mengenai Sukan Yang Paling Banyak di Tweet di Malaysia 2021’. Antara akaun lain yang tersenarai adalah @teammsia, @brfootball, @azizulawang dan @fabrizioromano.", "Sebagai tambahan, peminat sukan di Malaysia turut membincangkan topik-topik seperti atlet popular yang menandatangani kontrak baharu, contohnya, perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United. Tidak dilupakan, perlawanan yang mendebarkan Itali menentang England di Stadium Wembley di pentas akhir Euro 2020.", "Dimaklumkan, lebih daripada 18 juta Tweets oleh pengguna Malaysia berkaitan acara sukan dapat direkodkan pada tahun 2021. Angka ini melangkaui rekod yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, 14.7 Tweets – peningkatan sebanyak 27.21%."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112728/", "headline": "\nPertahanan Shane Lowry Bersetuju Kekal Bersama JDT Sehingga Umur 34 Tahun\n", "content": ["Pertahanan kelahiran Australia, Shane Lowry bersetuju untuk kekal bersama juara Liga Super sebanyak 8 kali berturut-turut iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga berumur 34 tahun.", "Sebelum ini, Shane yang berumur 32 tahun ini ditandatangani oleh skuad Harimau Selatan selama enam bulan sahaja secara ‘free transfer’ pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia, bulan Mei lalu.", "Bagaimanapun, selepas membuat 12 penampilan dalam saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun ini, Shane dan JDT bersetuju untuk melanjutkan kontrak selama dua tahun.", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat JDT, semalam. ", "Artikel Berkaitan: TMJ Kongsikan Shane Akan Bergandingan Bersama Mauricio & ‘Budak’ Wolves Ganti Hariss", "“Sebaik sahaja saya mendengar minat daripada JDT, saya mahu datang (ke sini) kerana kelab ini mempunyai pakej yang lengkap.” kongsi pemain yang pernah beraksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada para wartawan yang hadir.", "“Pujian kepada bos (Tunku Mahkota Johor) kerana cara dia menguruskan kelab ini di tahap tertinggi dan profesional.” tambahnya lagi.", "Pada masa yang sama, pemain yang pernah beraksi bersama Perth Glory dan Al Ahli ini bertekad untuk memperbaiki lagi dirinya agar dapat memberikan yang terbaik buat JDT.", "Sementara itu, ketua jurulatih, Benjamin Mora turut memuji Shane sebagai seorang pemain yang hebat secara keseluruhan serta mempunyai kelebihan teknikal, taktikal dan fizikal yang baik. ", "Shane memberikan lebih pilihan kepadanya untuk membentuk barisan pertahanan untuk menempuh pelbagai perlawanan yang dihadapi oleh JDT.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110214/", "headline": "\nKedah Tiada Sebarang Rundingan Bersama Sanjar Shaakhmedov\n", "content": ["Penyokong Kedah Darul Aman (Kedah) sudah boleh melupakan angan-angan untuk melihat pemain kelahiran Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov menyarung jersi Hijau Kuning.", "Hal ini kerana tiada sebarang rundingan dilakukan antara Kedah dan pemain berbisa yang pernah beraksi bersama Terengganu selama dua musim tersebut.", "Malahan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman, Khamal Idris Ali mendakwa berita yang mengaitkan Sanjar ke pasukannya hanyalah sekadar khabar angin sahaja.", "“Benda tu (perpindahan Sanjar) tak sampai kepada pengetahuan saya pun, biasalah ‘rumours’ macam-macam (melibatkan) Hafizul Hakim dan ramai lagi nak datang ke Kedah dan sebagainya, tetapi tiada sebarang rundingan pun,” katanya ketika dihubungi Sukanz, hari ini.", "Pada masa yang sama, beliau yang pernah bermain bersama Kedah ketika era 90-an dahulu turut menyatakan kelima-lima pemain import mereka akan dikekalkan untuk mengharungi baki Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "Ketika ini, Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak ini membariskan Anumanthan Kumar (Singapura), Rabih Ataya (Lubnan), Renan Alves (Brazil), Tchetche Kipre (Ivory Coast) dan Kpah Sherman (Liberia) sebagai pemain import mereka.", "Bagaimanapun, penyokong-penyokong boleh menjangkakan kehadiran muka baharu dalam kalangan pemain tempatan memandangkan Kedah ingin melakukan sedikit perubahan untuk memperkukuhkan lagi pasukan.  ", "“Setakat ini, kedudukan (kita) tidak nampak sangat kritikal untuk gantikan pemain tetapi ada satu (atau) dua yang kita buat perubahan,”", "“Rasanya (perubahan) tak besar pun dalam (usaha) kita nak kekalkan pasukan kita, ianya melibatkan pemain tempatan sahaja,” kongsinya tanpa mendedahkan nama-nama pemain yang bakal ditambatnya.", "“Setakat ini, (kelima-lima) pemain import kita tak ‘kacau’, insya-Allah kita akan kekalkan,” tambahnya lagi.", "Baca: Kedah Rancang ‘Makan Angin’ Di Langkawi Sebelum Ke Piala AFC", "Beliau turut menjelaskan, mengikat pemain baharu pada pertengahan musim memerlukan pihaknya meneliti pelbagai faktor seperti kewangan, prestasi pasukan dan pemain sedia ada.", "Justeru, keputusan tersebut memerlukan penelitian supaya kehadiran pemain baharu tersebut dapat memberikan impak yang positif kepada pasukan secara keseluruhannya.", "Untuk makluman, jendela perpindahan pertengahan musim ini akan berakhir pada penghujung bulan ini iaitu 30 mei."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114446/", "headline": "\nRanking BWF: Ong Yew Sin & Teo Ee Yi Hampiri Kelompok 10 Beregu Terbaik Dunia\n", "content": ["Kemaraan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke pentas separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 berhasil memperbaiki ranking dunia mereka.", "Menerusi kemaskini terbaru di laman sesawang BWF, pasangan beregu yang berusia 26 dan 28 tahun masing-masing ini telah merekodkan kenaikan satu anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-11 dunia.", "Kemaskini terbaru itu turut menunjukkan dua lagi pasangan beregu lelaki negara turut mencatatkan kenaikan satu anak tangga.", "Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang bergandingan buat kali terakhir di kejohanan dunia ini menghuni ranking ke-13 dunia sementara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pula menduduki ranking ke-17.", "Sementara itu, pasangan beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang mara sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan yang sama pada minggu lalu kekal berada di tangga ke-7 dunia.", "Featured Image: Badminton World Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219169/", "headline": "\nBekas Pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria Meninggal Dunia\n", "content": ["Jurulatih yang tidak asing dalam kancah bola sepak tempatan, Ismail Zakaria dimaklumkan telah meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.", "Perkembangan penuh mengejutkan ini disahkan oleh badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Difahamkan, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan, tengah hari tadi.", "Ismail cukup diingati atas kejayaannya membimbing Sime Darby FC muncul juara Piala FAM 2010, naib juara Piala FA 2012 dan naib juara Liga Premier 2013. Selain itu, beliau juga pernah membimbing Kuala Lumpur, Kuantan FA dan UiTM FC.", "Manakala bersama FAM, beliau pernah menabur bakti selaku Ketua Jabatan Pendidikan Kejurulatihan FAM dan ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219158/", "headline": "\nACL 2022: BG Pathum Layak Ke Suku Akhir Selepas Singkir Kitchee FC\n", "content": ["Salah satu daripada pasukan yang berpangkalan di rantau asia tenggara, BG Pathum United berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.", "Pasukan dari Thailand ini mencipta kemaraan tersebut selepas menundukkan wakil Hong Kong, Kitchee FC di pusingan 16, petang tadi.", "FT. BG Pathum United 4-0 Kitchee FC. The Rabbits secure a comfortable win over Hong Kong champions Kitchee thanks to goals from Worachit, Ikhsan, Teerasil, and Chatmongkol. They become the first Thai side to reach the quarter-finals since Buriram United in 2013. pic.twitter.com/eaRHT2kyo2", "— Thai League Central (@TL_Central) August 19, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, skuad berjulukan The Rabbits ini berhasil mencetak kemenangan besar dengan skor 4-0 hasil jaringan Worachit Kanitsribampen (34’), Ikhsan Fandi (39’), Teerasil Dangda (68’) dan Chatmongkol Thongkiri (87’).", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kemaraan julung kalinya buat BG Pathum ke peringkat suku akhir saingan ACL.", "Dengan kemaraan ini, mereka menyertai Jeonbuk Hyundai Motors dan Vissel Kobe dari zon timur asia di peringkat suku akhir. Satu lagi slot akan ditentukan samada menjadi wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) atau kelab Jepun, Urawa Reds.", "Featured Image: AFC Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321793/", "headline": "\nStadium Negeri Pulau Pinang Dalam Pertimbangan FAM Untuk Aksi Harimau Malaya\n", "content": ["Stadium Negeri Pulau Pinang yang mempunyai kapasiti sekitar 40,000 tempat duduk menjadi salah satu venue yang sedang dipertimbangkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk aksi skuad Harimau Malaya.", "Selain itu, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak serta Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri turut sama menyertai senarai pilihan venue yang sedang dalam pertimbangan badan induk bola sepak negara terbabit.", "“Berkemungkinan besar (main di SSI) tetapi (SMAZA) Terengganu juga dalam kita punya radar serta (Stadium Negeri Pulau Pinang) Batu Kawan, Pulau Pinang,” kongsi Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj. Rahman ketika ditemui di Wisma FAM pada hari ini.", "Untuk makluman semua, stadium-stadium terbabit menjadi alternatif ‘home’ buat skuad kebangsaan memandangkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat digunakan bermula Mac kelak.", "Ini kerana SNBJ akan ditutup buat sementara waktu bagi memulakan kerja-kerja penyelenggaraan serta penukaran rumput daripada jenis ‘cowgrass’ kepada jenis ‘zeon zoysi’ sepertimana digunakan di gelanggang milik Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu SSI.", "Difahamkan, bagi kos penukaran rumput, ianya akan ditaja oleh pemilik JDT merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sepertimana diumumkan baginda menerusi platform media sosial JOHOR Southern Tigers, pada tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219729/", "headline": "\nF1 Menyajikan 24 Perlumbaan Pada Tahun 2023 – Terbanyak Dalam Sejarah\n", "content": ["Peminat Kejohanan Dunia Formula 1 (F1) akan disajikan dengan 24 perlumbaan sepanjang tahun hadapan sekaligus menjadikannya terbanyak semenjak pertama kali dianjurkan pada era 1950-an.", "Saingan tahun 2023 kelak akan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan ditutup dengan perlumbaan di Abu Dhabi pada 26 November. ", "Buat pertama kali dalam sejarah, perlumbaan di Las Vegas akan melakukan debutnya dalam kalendar sekaligus menjadi destinasi perlumbaan yang paling baharu buat para peminat F1.", "Penambahan perlumbaan di Las Vegas menjadkan perlumbaan F1 akan dilangsungkan di lima buah bandar di benua amerika utara sepanjang tahun hadapan. ", "Perlumbaan tahun 2023 nanti turut menyaksikan perlumbaan di China kembali semula ke dalam kalendar selepas kali terakhir dilangsungkan pada tahun 2019.", "Perkara yang sama turut dilihat pada perlumbaan di Qatar – kembali dimasukkan dalam kalendar F1 – selepas melakukan debutnya pada tahun 2021.", "Sebagai perbandingan, kalendar perlumbaan F1 pada tahun 2022 hanya menganjurkan 23 perlumbaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218852/", "headline": "\nKajian: Ronaldo, Maguire Pemain EPL Paling Banyak Terima Makian Di Twitter\n", "content": ["Dua pemain Manchester United (Man Utd), Harry Maguire dan Cristiano Ronaldo menjadi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) yang banyak menerima makian di platform media sosial, Twitter.", "Perkara tersebut didedahkan oleh satu kajian yang dijalankan oleh badan kawal selia British, Ofcom bersama-sama Institut Alan Turing – sebuah institut kebangsaan United Kingdom (UK) untuk data sains dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).", "Kajian itu dilakukan dengan menganalisis 2.3 juta ciapan di Twitter menggunakan pembelajaran mesin (machine learning) yang terarah kepada pemain-pemain EPL untuk tempoh lima bulan awal pada musim 2021-22.", "Antara dapatan kajian terbabit menunjukkan sebilangan kecil pemain-pemain menerima majoriti makian. Sebagai contoh, separuh makian dilihat terarah kepada 12 pemain. ", "Sementara itu, lapan daripada 12 pemain tersebut merupakan pemain Man Utd seperti Marcus Rashford, Bruno Fernandes, Fred dan beberapa yang lain lagi. Manakala Ronaldo dan Maguire pula direkodkan menerima ciapan kecaman paling banyak.", "We teamed up with @turinginst to explore the scale of Twitter abuse faced by Premier League footballers. ", "Using machine learning, we analysed 2.3M tweets from last season.", "Here’s what we found, and what we think must be done. ⬇️ #CrossingTheLine https://t.co/M6Z9rSr0vR", "— Ofcom (@Ofcom) August 2, 2022", "Menjelaskan lebih lanjut, ciapan makian paling tinggi untuk Ronaldo dikenalpasti terjadi pada hari pertamanya menyertai semula skuad Red Devils pada 27 Ogos 2021. ", "Bagi kes melibatkan pertahanan England pula, makian tertinggi dikenalpasti pada 7 November apabila Maguire membuat permohonan maaf ekoran kekalahan terhadap kelab seteru setempat, Manchester City di laman sendiri, Old Trafford.", "Bagaimanapun, menurut kajian tersebut, sebahagian besar pengguna Twitter menggunakan platform itu secara bertanggungjawab.", "Ini disokong dengan 3,000 sampel ciapan yang diambil secara rawak dan dianalisis secara kualitatif, 55% daripadanya adalah positif terhadap pemain, 27% adalah nuetral, 12.5% adalah kritikal dan 3.5% adalah makian.", "Sebagai perbandingan, daripada 2.3 juta ciapan yang dianalisis menggunakan pembelajaran mesin, 2.6% daripadanya mengandungi makian bersamaan 59,871 ciapan.", "Sungguhpun peratusan ini masih kecil namun jumlah secara keseluruhan menghampiri 60,000 ciapan itu tetap angka yang tinggi – boleh memberikan risiko serius kepada para pemain.", "Difahamkan, platform Twitter menjadi pilihan kerana untuk melakukan kajian ini kerana ianya popular dalam kalangan pemain, datanya tersedia untuk kajian. Selain itu, Twitter menjadi lebih relevan untuk kajian ini setelah beberapa pemain pernah melaporkan menerima makian di platform ini, sebelum ini.", "Anda boleh baca kertas kajian penuh DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112745/", "headline": "\n25 Pasukan Sah Sertai Liga Hoki Remaja Malaysia 2021\n", "content": ["Sebanyak 25 pasukan akan menyertai saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia atau TNB Malaysian Junior Hockey League (MJHL) 2021 yang akan bermula pada 26 November nanti.", "Mengesahkan jumlah pasukan yang menyertai liga tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh menerusi satu makluman oleh laman sesawang MHC pada hari ini.", "Dimaklumkan liga ini akan dibahagikan kepada dua divisyen dimana divisyen pertama terdiri daripada 8 buah pasukan sementara baki yang lain akan beraksi dalam divisyen kedua.", "Untuk makluman semua, liga ini dijalankan oleh MHC sebagai platform untuk mengasah bakat pemain-pemain muda menerusi perlawanan yang kompetitif,", "Ini juga merupakan perancangan oleh MHC untuk mempersiapkan pemain-pemain muda bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023.", "Artikel Berkaitan: Malaysia Tuan Rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023", "Untuk pengetahuan semua, Malaysia telah dipilih oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sebagai tuan rumah bagi kejohanan yang berlangsung secara dwitahunan terbabit.", "Berikut adalah senarai 25 pasukan yang disahkan bakal beraksi di pentas MJHL 2021:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325380/", "headline": "\nRanking BWF: Jurang Lee Zii Jia & Ng Tze Yong Semakin Mengecil\n", "content": ["Jurang antara perseorangan badminton lelaki No.1 dan No.2 negara iaitu Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong dalam Ranking Dunia semakin mengecil.", "Ini selepas kemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan Zii Jia jatuh satu lagi anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-17 dunia.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejatuhan kelima berturut-turut sejak awal Jun lalu. Ketika itu, pemain berusia 25 tahun kelahiran Alor Setar ini menghuni tangga kesepuluh dunia.", "Sementara itu, kedudukan Tze Yong pula kekal di tangga ke-21 dunia kekal sejak penghujung Jun lalu.", "Kejatuhan itu menjadikan Zii Jia yang pernah menghuni ranking kedua dunia pada suatu masa dahulu kini hanya berbeza sebanyak empat anak tangga sahaja.", "Daripada segi pungutan mata pula, Zii Jia kini mempunyai 53,156 mata manakala Tze Yong pula memiliki 46,000 mata – perbezaan sebanyak 7,156 mata antara kedua-dua pemain.", "Zii Jia yang sebelum ini mengumumkan untuk berhenti dan berehat seketika daripada badminton akan kembali beraksi dalam kejohanan Terbuka Korea dan Terbuka Jepun bermula 18 dan 25 Julai masing-masing. Dua kejohanan terbabit turut sama akan disertai oleh Tze Yong.", "Menarik untuk disaksikan samada Zii Jia dapat mendaki kembali dalam Ranking Dunia lebih-lebih lagi dengan kehadiran Wong Tat Meng selaku Pengarah Kejurulatihan baharunya sekaligus mengukuhkan kedudukannya selaku pemain No.1 negara atau dipintas oleh Tze Yong."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323966/", "headline": "\nPiala Sudirman: Korea Kekang Malaysia Cipta Sejarah Ke Perlawanan Akhir\n", "content": ["Perjalanan skuad negara dalam saingan Piala Sudirman 2023 terhenti setakat peringkat separuh akhir – sama seperti edisi lalu – sekaligus kekal tidak pernah melangkah ke perlawanan akhir sejak mula dipertandingkan pada tahun 1989.", "Malaysia kempunan untuk mara ke perlawanan akhir buat julung kalinya apabila terpaksa akur tumpas di tangan skuad Korea dengan keputusan 1-3 dalam pertembungan separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Suzhou, sebentar tadi.", "Dalam pertembungan tersebut, Malaysia bermula langkah kiri ketinggalan 0-1 apabila beregu campuran negara yang menghuni ranking ke-22, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang turun selaku taruhan pertama tumpas kepada pasangan yang berada di ranking kelima dunia, Seo Seung-jae dan Chae Yu Jung dengan keputusan 21-11, 13-21 dan 7-21.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Knockout – SF21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅11 9 🇰🇷JEON Hyeok Jin", "— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2023", "Namun begitu, jaguh perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia berhasil memastikan Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kemenangannya pada pertarungan kedua menentang Jeon Hyeok-jin secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-9.", "Akan tetapi, Malaysia terpaksa merelakan Korea mengutip mata mudah pada pertarungan ketiga untuk kembali mendahului 2-1. Ternyata jaguh perseorangan wanitanya yang menghuni ranking kedua dunia, An Se Young bukan lawan yang setanding dengan taruhan Malaysia, Letshanaa Karupathevan. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Se Yong mencatatkan kemenangan “straight set” 21-10 dan 21-13. ", "Malang buat Malaysia apabila Korea turut berjaya meneruskan rentetan kemenangan itu pada pertarungan keempat yang menjadikan keputusan 3-1 sekaligus menoktahkan perjalanan skuad negara pada kempen Piala Sudirman kali ini.", "Kemenangan Korea pada pertarungan itu disumbangkan oleh “scratch pair” Kim Won-ho dan Na Sung-seung dengan taruhan negara merangkap juara Kejohanan Dunia BWF, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-11.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Knockout – SF 🇰🇷KIM Won Ho🏅21 21 🇰🇷NA Sung Seung🏅 🇲🇾Aaron CHIA12 11 🇲🇾SOH Wooi Yik", "— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208213/", "headline": "\nPasukan Manakah Yang Menawarkan Kontrak Lumayan Kepada Hafizul Hakim?\n", "content": ["Penjaga gol skuad kebangsaan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dikhabarkan menerima tawaran lumayan daripada kelab lain dan mempertimbangkan untuk meninggalkan pasukannya, Perak.", "Perkhabaran mengenai tawaran kepada penjaga berusia 27 tahun tersebut dilaporkan oleh akhbar tempatan, Utusan Malaysia, pada hari ini.", "“Memang ada tawaran dari pasukan lain. Setakat ini belum ada kepastian ke mana haluan saya. Tengoklah nanti macam mana,” kata Hafizul.", "Difahamkan Hafizul yang bakal tamat kontraknya pada penghujung bulan ini telah membuat perbincangan bersama majikannya, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).", "Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dimuktamadkan setakat ini.", "“Kontrak saya tamat hujung bulan ini. Setakat ini tiada sebarang keputusan, tengoklah macam mana nanti,” tambahn Hafizul lagi.", "Hafizul turut menutup mulut dan tidak memberikan sebarang bayangan mengenai pasukan yang memberikannya tawaran lumayan tersebut.", "Untuk rekod, Hafizul memulakan karier bola sepak seniornya bersama Melaka pada tahun 2015 sebelum berpindah ke pasukan negeri kelahirannya, Perak pada tahun 2016.", "Pencapaian terbaiknya bersama Perak hadir pada musim 2018 di mana Hafizul bersama-sama pasukannya muncul sebagai juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216957/", "headline": "\nACL 2022: Juara Liga Malaysia & Juara J-League Sama-Sama Hebat \n", "content": ["Aksi ketiga dalam Kumpulan I dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 menemukan juara Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara J-League, Kawasaki Frontale.", "Bukan sahaja membawa status sebagai juara bertahan, kedua-dua pasukan juga merupakan pendahulu bagi saingan liga masing-masing pada musim ini.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada malam tadi, walaupun JDT telah merekodkan dua kemenangan berturut-turut, mereka tetap turun dengan label pasukan ‘underdog’.", "FT | 🇯🇵 Kawasaki Frontale 0-0 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾", "🤝 Honours even at the end of a tight encounter as JDT pick up an impressive point to stay 🔝 of Group I at the midway stage. #ACL2022 | #KWFvJDT pic.twitter.com/8l8P0sbkNL", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 21, 2022", "Namun begitu, setelah mengharungi lebih 90 minit permainan di atas padang, tiada apa yang dapat memisahkan antara skuad kendalian Benjamin Mora dan Toru Oniki dimana ianya berakhir dengan seri tanpa sebarang jaringan. ", "Berdasarkan statistik, JDT yang ditunjangi gabungan pemain import, pemain berdarah campuran dan pemain tempatan dilihat mendominasi aspek percubaan serta percubaan tepat ke sasaran. Manakala, Kawasaki pula memegang aspek penguasaan bola. ", "2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE GROUP I STANDINGS", "Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/yY2dTVua1x", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 21, 2022", "Sementara itu, dengan keputusan ini, JDT dan Kawasaki berhasil memungut satu mata masing-masing. Ianya membolehkan skuad Harimau Selatan kekal mendahului carta Kumpulan I dengan pungutan 7 mata dan diekori dengan Kawasaki, 5 mata.", "Untuk makluman, kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi untuk aksi keempat bagi Kumpulan I dalam saingan ACL 2022. Ianya dijadualkan berlangsung pada Ahad nanti (24 April) dengan sepak mula pada jam 10 malam.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers "]} +{"url": "https://sukanz.com/20208469/", "headline": "\nUsia Bukan Penghalang, Cheng Hoe ‘Setuju’ Naturalisasikan Lee Tuck & Cabrera\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tiada masalah sekiranya Lee Tuck dan Gonzalo Cabrera dinaturalisasikan walaupun usia mereka bakal menjengah 33 tahun dan 32 tahun pada tahun hadapan.", "Bagi jurulatih kelahiran Kedah tersebut, apa yang penting adalah prestasi semasa dan kualiti yang boleh disumbangkan oleh pemain-pemain tersebut apabila beraksi bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.", "Bagaimanapun, Cheng Hoe menyerahkan kepada tuan empunya badan samada Lee Tuck dan Cabrera mahu melepaskan atau tidak kerakyatan sedia ada dan menjadi warganegara Malaysia untuk tampil menyarung jersi Harimau Malaya.", "Tiga pemain ini berada dalam radar FAM untuk dinaturalisasikan ke skuad kebangsaan.Siapakah paling layak menyarung jersi Malaysia menurut pandangan anda?#LigaMalaysia pic.twitter.com/WaK2YjgXL9", "“Kalau kita lihat pemain naturalisasi di mana-mana negara pun adalah sementara sahaja, yang mana matlamatnya untuk menguatkan pasukan. Tapi untuk jangka masa panjang, kita masih memerlukan bakat anak tempatan juga.", "“Kalau pemain itu nampak lebih baik daripada pemain tempatan kita akan bagi mereka peluang. Sudah tentu usia satu faktor besar juga, tapi kadang-kadang terpulang kepada individu itu sendiri.", "Baca: Contohi Sifat Mulia Zlatan, Belanja Rakan-Rakan PS5", "“Seperti Zlatan Ibrahimovic (39 tahun) masih berbisa bersama AC Milan, dan Cristiano Ronaldo, walaupun sudah berusia 35 tahun tapi masih lagi menjadi penyerang yang berbahaya.", "“Namun kita perlu lihat juga sama ada mereka (Lee Tuck dan Cabrera) mahu mewakili pasukan kebangsaan atau tidak. Tidak dinafikan Cabrera beraksi dengan baik bersama JDT dan Lee Tuck bersama TFC,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "🏴🏳️SENARAI PENJARING PASUKAN TERENGGANU FC 🏳️🏴9 JARINGAN – Dominique Da Sylva6 JARINGAN – Lee Tuck5 JARINGAN – Sanjar Shaakhmedov3 JARINGAN – Faris Ramli1 JARINGAN – Rahmat Makasuf#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/bcnEdXsNmH", "Untuk membolehkan mana-mana pemain dinaturalisasikan, undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggariskan pemain tersebut mestilah beraksi dalam saingan tempatan negara tersebut selama lima tahun berturut-turut.", "Selain itu, pemain tersebut mestilah tidak pernah membuat penampilan rasmi dalam mana-mana kejohanan bersama pasukan negara kelahirannya atau mana-mana pasukan lain yang mempunyai kaitan blood-heritage dengannya.", "Untuk makluman, bekas kapten Terengganu Football Club (TFC) yang berpengaruh besar, Lee Tuck mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula tahun 2017.", "JDT's All-time Top Scorer! Congratulations Cabrera!Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/JmaX6XQfHe", "Cabrera juga menjejakkan kaki dalam saingan Liga Malaysia bermula tahun 2017 bersama Johor Darul  Ta’zim (JDT) sebagai penyerang sayap kiri lincah.", "Kedua-dua pemain ini telah membina reputasi antara pemain terbaik dalam saingan Liga Malaysia sejak akhir-akhir ini. Dan Tahun 2021 menyaksikan kedua-dua pemain ini akan genap lima tahun beraksi dalam saingan tempatan.", "Featured Image: Terengganu FC & JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218384/", "headline": "\nRanking BWF: Jin Wei Kembali Ke Kelompok ‘Top 60’ Selepas Dua Tahun Setengah\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terus-menerus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunianya sejak menyambung kembali karier badmintonnya pada Januari lalu. ", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 22 tahun ini kembali meletakkan dirinya dalam kelompok 60 pemain terbaik dunia selepas dua tahun setengah.", "Baca: Goh Jin Wei Umum Sambung Karier Badminton Sebagai ‘Independent Player’", "Kemaskini pada hari ini menunjukkan Jin Wei merekodkan peningkatan sebanyak 11 anak tangga selepas mengharungi saingan Malaysia Masters, minggu lalu. Peningkatan tersebut meletakkannya di tangga ke-58 dunia untuk minggu ini.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Jin Wei menduduki kelompok tersebut adalah pada awal Januari 2020 dimana dia berada di tangga ke-54 dunia.", "Sementara itu, tiada sebarang perubahan dalam kedudukan dunia terhadap perseorangan wanita negara yang lain seperti Soniia Cheah, Kisona Selvaduray, Eoon Qi Xuan, Myisha Mohd Khairul, Siti Nurshuhaini dimana mereka kekal di tangga ke-40, ke-54, ke-127, ke-230 dan ke-241 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218117/", "headline": "\nSelangor FC Pinjam Pemain Sayap Kanan Kelab Ghana, Kelvin Kyei\n", "content": ["Kelab berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC mengumumkan mendapatkan khidmat seorang lagi pemain Accra Lions FC yang beraksi dalam kancah liga bola sepak Ghana.", "Menurusi makluman daripada kedua-dua kelab ini, pemain sayap kanan yang turut mampu beraksi sebagai bek kanan, Kelvin Kyei diperolehi Selangor secara pinjaman daripada Accra Lions.", "Difahamkan, pemain berusia 22 tahun berketinggian 172cm ini memainkan peranan yang cukup penting bersama Accra Lions pada musim 2021/22. Dia berhasil mencetak 26 penampilan serta menyumbang satu gol dan “assist” masing-masing buat Accra Lions pada musim lalu.", "Winger Kelvin Kyei will join Malaysian side @selangorfc on loan with immediate effect. Kelvin played an instrumental role in our 2021/22 Ghana Premier League campaign where he mainly featured in the position of a right back.#yennyinaadea #accralions pic.twitter.com/smdMXnRj2K", "— Accra Lions F.C. (@AccraLionsFC) June 28, 2022", "Bagaimanapun, Kelvin akan diletakkan dalam skuad simpanan iaitu Selangor 2 dan akan beraksi dalam saingan Liga Premier buat masa ini.", "Dalam perkembangan yang sama, Selangor turut memaklumkan penyerang yang turut dipinjam daripada Accra Lions, George Attram dilepaskan dan dipinjamkan kepada UiTM FC sehingga ke penghujung musim ini.", "Untuk makluman semua, sehingga ke hari ini, Selangor telah mendapatkan lima orang pemain daripada Accra Lions iaitu Jordan Ayimbila, Alex Agyarkwa, George Attram, Richmond Tetteh Ankrah dan Kevin Kyei.", "Featured Image: Accra Lions FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208142/", "headline": "\nBatal Piala Malaysia? Terengganu FC Ke Piala AFC Sambil Tersenyum Nampak Gigi\n", "content": ["Selepas pengumuman penangguhan saingan Piala Malaysia 2020 oleh pihak kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), timbul beberapa suara yang mahukan saingan tersebut dibatalkan terus untuk musim ini.", "Saranan itu mendapat reaksi yang bercampur baur dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Terdapat yang menyokongnya dan ramai juga yang membantah.", "Piala Malaysia ditangguhkan sehingga satu tarikh diumum kelak. pic.twitter.com/fpsh4aZL8E", "Bagaimanapun, sekiranya saingan Piala Malaysia dibatalkan, skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu Football Club (Terengganu FC) pastinya tersenyum lebar menempah tiket secara automatik ke saingan Piala AFC 2021.", "“Jika Piala Malaysia dibatalkan kita pasti slot ke Piala AFC akan diberikan kepada TFC kerana kita berada di kedudukan ketiga Liga Super.” kata pengurus pasukan, Ahamd Shahrizal Yahya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Sementara itu, Shahrizal mengharapkan badan pengendali bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) memuktamadkan status saingan Piala Malaysia dengan segera samada mahu meneruskan atau dibatalkan.", "“MFL perlu memutuskan secepat mungkin status saingan itu kerana beberapa pasukan termasuk Terengganu FC sudah merancang barisan pemain musim depan selain ia memberi peluang kepada pemain yang digugurkan mencari pasukan baharu.", "“Lagipun kontrak hampir kesemua pemain termasuk tonggak import dan tempatan akan tamat pada 30 November ini. Saya tidak lihat Piala Malaysia dapat diadakan pada Disember ini,” katanya lagi.", "Menurutnya juga, skuad Terengganu FC bimbingan Nafuzi Zain masih menjalankan sesi latihan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh MKN.", "Untuk rekod, Terengganu FC sepatutnya bertemu juara Piala Malaysia 2018, Perak samada pada 12 atau 13 november untuk aksi suku akhir setelah berjaya menumpaskan PJ City FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) pada pusingan ke-16."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207539/", "headline": "\nSafawi Mahu Jadi Seperti Tabata Dan Nakajima\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid menjadikan dua bekas pemain Portimonense SC iaitu Bruno Tabata dan Shoya Nakajima sebagai contoh ikutannya untuk beraksi dalam saingan Liga Portugal.", "Segala pengalaman yang dimilikinya ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), T-Team FC dan skuad kebangsaan akan dicurahkan sepenuhnya agar dapat menyamai tahap permainan yang pernah ditunjukkan oleh kedua-dua pemain tersebut.", "Terdahulu, Safawi diperkenalkan secara rasmi oleh pengerusi ahli lembaga pengarah kelab, Rodiney Sampaio dalam satu sidang media di Stadium Portimao, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Pemain kelahiran Dungun, Terengganu ini turut diumumkan memakai nombor kegemarannya iaitu 29 – sama seperti yang dipakainya ketika bersama skuad Harimau Selatan.", "“Saya akan berikan yang terbaik untuk Portimonense, tak sabar (rasanya) untuk beraksi bersama kelab, saya berharap dapat menyumbang sesuatu,” ", "“Saya tahu ramai pemain daripada Portimonense pergi ke kelab-kelab besar seperti Tabata, Shoya Nakajima dan saya di sini untuk tunjukkan segala yang saya miliki untuk menjadi sama seperti mereka.” katanya dalam sidang media.", "Bruno Tabata merupakan penyerang sayap yang sering beraksi di bahagian kanan sama seperti Safawi Rasid. Bersama Portimonense SC, Tabata berjaya melakukan 118 penampilan dan menjaringkan 8 gol serta 25 bantuan gol. Ketika ini, Tabata merupakan pemain pasukan Sporting CP.", "Manakala Shoya Nakajima pula merupakan pemain lincah di bahagian serangan. Digelar sebagai ‘Japanese Magician’ dan bermain ala-ala Lionel Messi, Nakajima mencipta nama bersama Portimonense SC selama hampir dua musim sebelum berhijrah ke kelab gergasi Portugal, FC Porto.", "Sementara itu, Safawi turut menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan Portugal mengenai posisi yang boleh dimainkannya. Katanya, “saya boleh bermain (pelbagai) posisi menyerang tetapi sebagai penyerang utama (kurang sedikit),”", "Untuk makluman, Safawi ditandatangani oleh Portimonense SC selama semusim secara pinjaman daripda JDT namun kelab Portugal itu mempunyai pilihan untuk membelinya secara tetap pada penghujung musim."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207841/", "headline": "\nBantu Komuniti & Padang Bola Sepak Terjejas Dengan Beli Jersi Ini\n", "content": ["Syarikat pengeluar pakaian sukan tempatan, Zush melancarkan jersi rasmi bagi menyokong kempen ‘Support Your Local Padang’ – sebuah inisiatif oleh Brand New Waves Running Club (BNWRC) dengan kerjasama KITAMEN dan Balrz.tv", "Jersi ini dijual untuk meraih kutipan derma bagi membantu komuniti bola sepak, pengusaha padang tempatan dan mereka yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun ini.", "Menurut BNWRC, seratus peratus hasil jualan jersi ini akan disumbangkan kepada komuniti, pengusaha padang dan mereka yang terkesan sebagai sumbangan amal.", "Jersi ini berharga RM60 sehelai dan bagi sesiapa yang ingin menyokong usaha murni ini boleh menempah jersi tersebut di laman sesawang Zush iaitu di www.zush.com.my", "Setiap pembelian jersi ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu permainan video, FIFA21. Pemenang akan dipilih secara rawak pada 2 November 2020 melalui status order.", "Untuk makluman lanjut, anda boleh rujuk pautan hantaran BNWRC di laman sosial mereka:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321810/", "headline": "\nPiala Sumbangsih MHL: Pemain Korea Pastikan Terengganu Hockey Team Pertahankan Kejuaraan\n", "content": ["Pemain import dari Republik Korea, Jang Jong-hyun muncul wira buat Terengganu Hockey Team (THT) apabila jaringan akhirnya ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan pasukan dari pantai timur itu dapat mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (MHL) pada malam tadi.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu bermula dengan pendahuluan oleh TNB menerusi Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal pada minit ke-13 sebelum THT menyamakan kedudukan menerusi Mohd Fikri Saari pada minit ke-20.", "Pada minit ke-32, TNB sekali lagi berhasil mendahului dengan kedudukan 2-1 hasil jaringan Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan. Bagaimanapun, pendahuluan itu tidak berkekalan lama apabila Jong-hyun menyamakan kedudukan buat THT selang dua minit kemudian.", "Tidak lama kemudian, THT pula mendahului dengan kedudukan 3-2 setelah Shello Silverius berhasil menyempurnakan jaringan pada minit ke-43. Akan tetapi, TNB sekali lagi berjaya mengikat kedudukan menjadi 3-3 menerusi jaringan Muhammad Amirul Amizan Azahar selang enam minit kemudian.", "Minit ke-58 menjadi detik yang memastikan kejuaraan Piala Sumbangsih edisi kali ini menjadi milik THT sekali lagi apabila jaringan Jong-hyun berhasil menemui belakang jaring dengan menjadikan kedudukan 4-3 kekal sehingga ke wisel penamat.", "Sebagai rekod, Piala Sumbangsih pada tahun lalu turut dimenangi oleh THT dengan menumpaskan TNB. Perlawanan itu dimenangi THT dengan keputusan 3-2 yang berlangsung di venue yang sama.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219118/", "headline": "\nVICTOR Lancar Koleksi Khas Kolaborasi Dengan Pemain No.1 Malaysia – VICTOR x LZJ\n", "content": ["Syarikat peralatan sukan yang berpangkalan di Taiwan, VICTOR memperkenalkan dan melancarkan kolaborasi khasnya bersama jaguh badminton Malaysia, Lee Zii Jia, pada hari ini.", "Kolaborasi khas ini diberikan nama VICTOR x LZJ ini bertemakan warna kegemaran pemain No.5 dunia ini iaitu hitam dan jingga. Difahamkan, kolaborasi khas ini melibatkan Zii Jia dari perkembangan konsep awal hingga lakaran produk. ", "Koleksi VICTOR x LZJ ini hadir dalam bentuk tujuh barangan yang merangkumi baju T, beg raket, gelang tangan, tuala sukan, stokin, topi dan botol air.", "Bagaimanapun, harga bagi barangan-barangan ini belum didedahkan kepada umum.", "Kesemua barangan ini boleh didapati dan dijual di 12 negara iaitu Malaysia, China, Jepun, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia, Vietnam, Australia dan Kanada.", "Untuk makluman semua, VICTOR mengumumkan kerjasamanya bersama Zii Jia pada penghujung Februari lalu selepas meninggalkan badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara bebas (independent).", "Koleksi lengkap kolaborasi VICTOR x LZJ boleh dilihat DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217556/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Vietnam Bimbingan Jurulatih Baharu Kekalkan 65% Pemenang Pingat Emas Sukan SEA\n", "content": ["Skuad Vietnam bawah 23 tahun (B-23) bimbingan ketua jurulatih baharu, Gong Oh-kyun akan mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 yang bermula 1 hingga 19 Jun kelak dengan mempertaruhkan 65% skuad yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2021.", "Ketua jurulatih baharu mereka ini hadir bagi menggantikan jurulatih kelahiran Korea, Park Hang-seo yang tidak lagi melatih skuad B-23 mereka kerana mahu memfokuskan kepada skuad senior sahaja selepas daripada ini.", "Menerusi satu perkongsian oleh badan induk bola sepak negara berkenaan semalam, Coach Oh-kyun mengekalkan 13 pemain yang membawa Vietnam memenangi pingat emas dengan menumpaskan Thailand dalam acara bola sepak lelaki, Ahad lalu. ", "Manakala, 12 pemain baharu disenaraikan untuk melengkapkan senarai 25 pemain. Penambahan pemain dilakukan di semua posisi yang merangkumi penjaga gol (1 orang), pertahanan (3 orang), pemain tengah (4 orang) serta penyerang (4 orang).", "Untuk pengetahuan semua, kesemua 25 pemain Vietnam ini datangnya daripada saingan liga domestik mereka sendiri.", "Dalam pengumuman yang sama, Coach Oh-kyun yang juga kelahiran Korea akan membawa skuad ini menjalani latihan pusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Di sana, mereka dijadualkan turun beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang skuad UAE B-23 pada 28 Mei.", "Baca: Pemain LaLiga, Lee Kang-In Disenaraikan Juara Bertahan Republik Korea", "Selepas daripada itu, barulah mereka akan terbang ke Tashkent – ibu negara Uzbekistan – untuk menyertai saingan Kumpulan C, Piala Asia B-23 yang terdiri daripada Republik Korea, Thailand dan Malaysia.", "Untuk makluman semua, Vietnam akan memulakan kempen peringkat kumpulan ini dengan menentang Thailand (2 Jun) diikuti dengan Republik Korea (5 Jun) dan akhir sekali Malaysia (8 Jun).", "Featured Image: Vietnamese Football & PSSI"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111727/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja 2021: Skuad Kebangsaan Mula Kem Latihan Hujung Ogos Ini\n", "content": ["Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan akan memulakan kem latihan pusat pada penghujung bulan ini untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kejohanan hoki Piala Dunia Remaja 2021 kelak.", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Prof Dato Dr. S. Shamala. ", "Difahamkan, skuad bimbingan Wallace Tan itu akan menjalani latihan secara gelembung sukan di Majlis Sukan Negara. ", "“Kita akan bermula latihan secara gelembung sukan bermula hujung bulan ini bagi mengekalkan momentum mereka menjelangnya kejohanan Piala Dunia itu.", "“Barisan pemain sudah bersama sejak setahun dahulu apabila mereka sebenarnya dipersiapkan untuk kejohanan hoki Asia namun kini matlamat adalah saingan Piala Dunia pula.", "“Saya yakin mereka mampu melakukan kejutan dan mencipta kejayaan pada kejohanan terbabit berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan sejak setahun lalu,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Untuk makluman, kejohanan hoki ini akan bermula pada 24 November hingga 5 Disember 2021 bertempat di Guwahati, India.", "Skuad remaja kebangsaan berjaya mendapatkan slot ke kejohanan tersebut berdasarkan kiraan mata yang dilakukan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas kejohanan Hoki Piala Remaja Asia dibatalkan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219289/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah Kandas, Belum Mampu ‘Pecah Telur’ Menentang Nami-Shida\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan masih tidak mempunyai kemampuan untuk menamatkan rekod kekalahannya apabila menentang beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.", "Pertemuan terbaru melibat kedua-dua pasangan ini di Pusingan 16 pada Kejohanan Dunia BWF 2022 menyaksikan Pearly-Thinaah merekodkan satu lagi kekalahan.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-11 dunia terpaksa akur tumpas di tangan penghuni ranking kelima dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-16 dalam tempoh masa 44 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022WD – Round of 16 🇯🇵Nami MATSUYAMA🏅21 21 🇯🇵Chiharu SHIDA🏅16 16 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 44 minutes https://t.co/aKr0TOrL9h", "— BWFScore (@BWFScore) August 25, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan keenam melibatkan Pearly-Thinaah dan Nami-Shida di kesemua kejohanan antarabangsa.", "Dengan kekalahan yang dialami Pearly-Thinaah pada hari ini, ia juga menandakan tamatnya kempen mereka di pentas kejohanan dunia pada edisi kali ini.", "Sementara itu, Nami-Shida yang dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir akan bertemu salah satu daripada wakil Korea iaitu samada Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong (ranking ke-10) atau Kim So-yeong dan Kong Hee-yong (ranking ke-4).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111605/", "headline": "\nKelab Jepun, Vissel Kobe Ikat Seorang Lagi Bekas Pemain Barcelona\n", "content": ["Kelab bola sepak yang beraksi dalam saingan J1 League, Vissel Kobe mengumumkan menandatangani seorang lagi bekas pemain FC Barcelona.", "Menurut satu makluman menerusi laman sosialnya, pasukan yang sedang menduduki tangga ketiga J1 secara rasminya mengikat penyerang kelahiran Sepanyol berusia 30 tahun, Bojan Krkic.", "【完全移籍加入のお知らせ】FW ボージャン クルキッチ選手が完全移籍で加入することに決まりました。#visselkobe are delighted to announce the signing of @BoKrkic!Welcome to Kobe!🙌詳細はこちら▼https://t.co/2HhEpNpjrv#ヴィッセル神戸 pic.twitter.com/rXlXMPvui4", "Ini merupakan pemain keempat yang pernah beraksi bersama gergasi Sepanyol diikat oleh Vissel Kobe. ", "Sebelum ini mereka telah mengikat pemain tengah, Andres Iniesta, pemain tengah bertahan, Sergi Samper (2018) dan pertahanan, Thomas Vermaeleen (2019).", "Pengalaman ketiga-tiga bekas pemain Barcelona ini telah memainkan peranan penting dalam membantu Vissel Kobe menjuarai Emperor’s Cup 2019 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara AFC 2020.", "Untuk makluman semuan, selain daripada beraksi bersama skuad yang terkenal dengan julukan Blaugrana, Bojan pernah beraksi di Liga Itali bersama AS Roma dan AC Milan. Selain itu, dia turut pernah berkelana di England bersama Stoke City.", "Kelab terakhir yang disertainya sebelum diintai oleh kelab berpangkalan di negara matahari terbit ini adalah Montreal Impact yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202214554/", "headline": "\nValeree Siow Beraksi Dalam Kategori Beregu Campuran & Wanita di Kejohanan Syed Modi 2022\n", "content": ["Seperti kita sedia maklum, gandingan baharu beregu campuran negara yang terdiri daripada Chan Peng Soon dan Valeree Siow akan membuat kemunculan pertama di kejohanan Terbuka India 2022  yang akan berlangsung di New Delhi pada minggu hadapan.", "Minggu berikutnya, pasangan ini akan turun dalam satu lagi kejohanan yang turut berlangsung di India iaitu Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 yang akan bermula pada 18 Januari.", "Baca: Peng Soon Digandingkan Bersama Pemain 19 Tahun, Valeree Siow di Terbuka India 2022", "Menurut kemaskini dalam ‘M&Q Report’ yang dimuat naik oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain yang bakal menjengah usia 20 tahun pada Mac nanti bukan sahaja beraksi dalam kategori campuran bersama Peng Soon.", "Valeree turut disenaraikan untuk beraksi dalam kategori beregu wanita bersama-sama gandingan yang seusia dengannya, Low Yeen Yuan dalam kejohanan Jelajah Dunia Super 300 yang akan berlangsung di Lucknow kelak.", "Untuk makluman semua, ini bakal menjadi penampilan pertama buat Valeree-Low beraksi di pentas Jelajah Dunia BWF Super 300.", "Sebagai tambahan, gandingan Valeree-Low berada di ranking ke-111 dunia pada ketika ini. Sepanjang tahun lalu, gandingan ini muncul juara dalam tiga kejohanan iaitu Kejohanan Slovenia, Kejohanan Latvia dan Kejohanan Hellas daripada 8 kejohanan yang disertai.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323349/", "headline": "\nBAC 2023: Yew Sin-Ee Yi Atasi Juara Dunia, Tempah Tiket Ke Final\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mencipta sejarah mara julung kalinya ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) dalam karier mereka setelah melakar kemenangan ke atas juara Kejohanan Dunia BWF 2021, sebentar tadi.", "Pertarungan sengit yang menemukan mereka dengan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi itu berkesudahan dengan Yew Sin-Ee Yi melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 26-24 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "SF#MAS🇲🇾 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi(8) def. #JPN🇯🇵 Takuro Hoki-Yugo Kobayashi(4) 21-16 26-24", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/29VUkASZwS", "— BAM (@BA_Malaysia) April 29, 2023", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua daripada sembilan pertemuan Yew Sin-Ee Yi berjaya menumpaskan beregu dari negara matahari terbit ini sepanjang beraksi di pentas antarabangsa.", "Dengan kemenangan ini, hanya selangkah sahaja lagi yang memisahkan Yew Sin-Ee Yi dengan gelaran ‘Raja Asia’ bagi kategori lelaki, pada edisi kali.", "Yew Sin-Ee Yi yang kini menghuni ranking kelapan dunia akan menantikan cabaran samada daripada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty atau gandingan Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.", "Featured: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112324/", "headline": "\nSkuad Hoki Kebangsaan Lakukan Persiapan Untuk Harungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di United Kingdom\n", "content": ["Setelah dua tahun tanpa sebarang siri jelajah ekoran penularan pandemik Covid-19, skuad hoki senior lelaki kebangsaan akan terbang ke London bagi mengikuti siri Jelajah United Kingdom 2021.", "Skuad yang dibimbing oleh Arulselvaraj ini dijadualkan berlepas ke sana pada 19 September dan akan berada di sana bagi tempoh sekitar sebulan iaitu sehingga 22 Oktober.", "Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Ahmad Najmi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Hockey Confederation (MHC), pada hari ini.", "“Sebanyak 10 perlawanan telah diatur buat skuad negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk empat perlawanan menentang pasukan kelab dan tujuh perlawanan menentang pasukan kebangsaan seperti Ireland, Wales, dan Perancis,” jelasnya.", "Menerusi makluman yang sama, seramai 23 orang pemain melibatkan 3 penjaga gol,  7 pertahanan, lapan pemain tengah dan lima penyerang telah disenaraikan untuk menyertai siri jelajah ini.", "Difahamkan siri jelajah ini dijadikan sebagai salah satu siri persediaan skuad negara untuk menghadapi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 yang turut berfungsi sebagai kelayakan Hoki Piala Dunia 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206710/", "headline": "\nGerakan Agresif Luqman Hasilkan Gol Pertama Bersama KV Kortrijk\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim tidak menunggu lama untuk mendaftarkan gol pertama bersama pasukan baharunya, KV Kortrijk.", "Luqman berhasil menjaringkan gol pertama bersama skuad bawah 21 tahun ketika pertemuan menentang KRC Gent.", "Situasi gol tersebut hadir gerakan Luqman secara agresif memberikan tekanan kepada pertahanan lawan.", "Hasil tekanan tersebut, Luqman berhasil merampas bola daripada pertahanan tengah Gent di dalam kotak penalti.", "Dia kemudiannya melakukan sedikit larian ke hadapan sebelum melepaskan rembatan menerusi kaki kanannya melepasi penjaga gol lawan.", "Gol tersebut memberikan pendahuluan awal, 1-0 kepada KV Kortrijk ke atas KRC Gent. ", "Bagaimanapun, perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan yang mengecewakan apabila skuadnya tewas 4-1 kepada Gent.", "Jaringan sulung Luqman boleh ditonton di akaun media sosial KV Kortrijk:", "Hakim Luqman scored his first goal on European soil for our U21 (@kvkjeugd) in a 1-4 loss against KRC Gent.Congrats, Hakim!🔴⚪ #WeDoenVoort pic.twitter.com/TARkgNNd4J"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208403/", "headline": "\nLegenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung\n", "content": ["Bintang legenda gusti World Wrestling Entertaiment (WWE), The Undertaker percaya Khabib Nurmagomedov akan kembali bertarung di saingan Ultimate Fighting Championship (UFC).", "Menurut Undertaker atau nama sebenarnya, Mark William Calaway telah melihat beberapa nama besar dalam dunia UFC sebelum ini telah mengumumkan persaraan kembali bertarung.", "Itu reaksi yang diberikan Undertaker mengenai pengumuman persaraan Khabib selepas menewaskan Justin Gaethje di UFC 254, hujung oktober lalu.", "“Saya rasa dia (Khabib) akan kembali. Kita sering melihat bila seseorang berkata demikian akhirnya tidak dapat dipercayai.”", "“Awak tahu, berapa kali Conor (McGregor) mengumumkan persaraan? Berapa kali Jon Jomes telah umumkan bersara?”", "“Selalu begitu, sentiasa ada pertarungan di luar sana dan ramai di luar sana akan mengatakan, saya masih boleh berlawan.” katanya kepada Ariel Helwani.", "Baca: Kenali 5 Petarung MMA Muslim Selain Khabib Nurmagomedov", "Undertaker percaya pengumuman Khabib tempoh hari kerana terlalu sedih disebabkan kehilangan bapa dan jurulatih kesayangannya, Abdulmanap Nurmagomedov pada julai lalu.", "Selain itu, Khabib juga mahu mengotakan janji kepada ibunya di mana perlawanan menentang Justin itu adalah yang terakhir dalam kariernya.", "Pengumuman tersebut mengejutkan bukan sahaja peminat seni bela diri (MMA) malahan seluruh dunia lebih-lebih lagi setelah dia berjaya melebarkan rekod kepada 29 pertarungan tanpa kalah.", "Featured Image: UFC & Undertaker"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325477/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka AS Hampiri Kelompok 45 Dunia\n", "content": ["Gandingan semula Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencatatkan peningkatan ketara dalam kedudukan ranking dunia susulan kejayaan menjuarai saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS).", "Kejuaraan itu hasil daripada Sze Fei-Izzuddin mencatatkan kemenangan ke atas beregu Chinese Taipei, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-10 dalam perlawanan akhir, pagi semalam waktu Malaysia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan gandingan pemain berusia 25 tahun masing-masing itu melonjak sebanyak tujuh anak tangga sekaligus meletakkan mereka di ranking ke-46 dunia berbanding ke-53 pada minggu lalu.", "Untuk makluman semua, kemenangan dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit memberikan mereka 7,000 mata dan secara keseluruhannya Sze Fei-Izzuddin memiliki 27,500 mata.", "Sementara itu, kemaskini pada hari ini juga memperlihatkan beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kekal di tangga keempat dunia.", "Selain itu, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi selaku beregu No.2 tanah air turut sama tidak berganjak daripada kedudukan keenam dunia.", "Bagaimanapun, lain pula perkembangannya melibatkan gandingan No.3 negara iaitu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun apabila mencatatkan penuruanan satu anak tangga sekaligus berada di tangga ke-24 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220177/", "headline": "\nKedah Berpisah Dengan Aidil, Lantik Victor Andrag Sebagai Ketua Jurulatih Sementara\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) mengumumkan berpisah dengan ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak pada hari ini.", "Pengumuman itu hadir selepas skuad berjulukan Sang Kenari ini menamatkan saingan Liga Super di tangga kelapan termasuk rekod buruk tewas dalam lima perlawanan terakhir yang berlangsung sepanjang Oktober.", "“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan khidmat Aidil Sharin Sahak bersama pasukan Kedah sepanjang 4 tahun di bumi jelapang padi dengan meninggalkan legasi dan rekod,” ", "“Pasukan bola sepak Kedah muncul Juara Piala FA 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021, layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022,” ", "LEGASI AIDIL SHARIN SAHAK SEBAHAGIAN SEJARAH BOLASEPAK HIJAU KUNING", "🏆Juara Piala FA 2019🥈Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021📈Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022🎫 Kedah layak 3 tahun berturut-turut ke pentas AFC pic.twitter.com/LBkT5tuutF", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 17, 2022", "“Termasuklah kejayaan membawa Kedah 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022.” tulis kenyataan rasmi kelab menerusi pelbagai platform laman sosialnya.", "Bagi mengisi kekosongan ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khamal Idris Ali mengumumkan penolong jurulatih, Victor Andrag merangkap bekas ahli skuad legenda pasukan Kedah “double treble” diangkat menjadi ketua jurulatih sementara (interim).", "Untuk makluman semua, Victor akan memulakan tugas pertamanya bertemu Negeri Sembilan pada peringkat Pusingan 16 Piala Malaysia pada 25 atau 26 Oktober kelak di Stadium Darul Aman, Alor Setar.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215326/", "headline": "\nPasukan Malaysia Ganti Jepun Di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita\n", "content": ["Skuad hoki wanita remaja kebangsaan bakal beraksi di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 yang akan berlangsung di Potchefstroom, Afrika Selatan bermula 1-12 April kelak.", "Pasukan remaja wanita mendapat slot untuk menyertai kejohanan terbabit bagi menggantikan pasukan remaja wanita Jepun yang menarik diri.", "Menurut satu makluman, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) telah dihubungi oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada petang semalam untuk ditawarkan slot tersebut. ", "Difahamkan, Malaysia dipilih untuk mengisi slot tersebut berdasarkan merit kerana menduduki tempat kelima asia dan Presiden MHC, Dato’ Sri Subahan Kamal berbesar hati dengan tawaran oleh FIH itu dan mengambil peluang itu untuk menghantar skuad negara.", "Untuk pengetahuan semua, ini bakal menjadi debut pasukan wanita remaja negara beraksi di pentas Kejohanan Hoki Piala Dunia Wanita Remaja. ", "Untuk edisi yang kesembilan ini, ia akan disertai Belanda, England, Argentina, Jerman, India, Korea, Ireland, Kanada, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Rusia, Wales, Uruguay, Ukraine dan Zimbabwe."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220195/", "headline": "\nTrofi Piala AFF Singgah Di Empire Shopping Gallery Pada 22 Oktober\n", "content": ["Trofi kejohanan bola sepak terulung di rantau asia tenggara, Piala AFF akan dibawa untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya pada 22 Oktober nanti.", "Kehadiran trofi yang pernah dijulang skuad Harimau Malaya pada tahun 2010 ini merupakan sebahagian daripada program anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) iaitu Jelajah Trofi Piala AFF Mitsubishi 2022.", "Kehadiran trofi ini pada hari terbabit aku turut diserikan dengan pelbagai program seperti kuiz, persembahan tarian, persembahan bola sepak gaya bebas (freestyle), temu bual bersama legenda Harimau Malaya dan akhir sekali, sesi bergambar bersama trofi kepada orang ramai.", "Berdasarkan kepada foto promosi jelajah ini, tiga legenda Harimau Malaya yang akan menyerikan program ini ialah Norshahrul Idlan Talaha, Mahali Jasuli dan Shahrom Kalam.", "Program ini akan bermula pada jam 11 pagi dan tamat pada jam 5 petang. Manakala acara kemuncaknya akan bermula pada jam 2 petang.", "Untuk makluman, AFF mengumumkan Jelajah Trofi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ini pada September lalu dengan Thailand (24 September) menjadi destinasi pertama dan diikuti oleh Singapura (15 Oktober). "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110939/", "headline": "\nOlimpik 2020: Jerman Pertaruhkan 3 Pemain Senior – Kruse, Amiri & Arnold\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengumumkan senarai 19 pemain yang terpilih untuk berentap dalam acara bola sepak lelaki, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Saingan olimpik ini membenarkan penyertaan 3 orang pemain melebihi umur 24 tahun atau yang lahir selepas daripada 31 Disember 1996. ", "Justeru, untuk mendapatkan adunan terbaik, skuad bimbingan Stefan Kuntz ini menyenaraikan tiga pemain senior iaitu Max Kruse, Nadiem Amiri (penyerang) dan Maximilian Arnold (pemain tengah).", "Selebihnya, skuad ini hanya dibarisi oleh pemain yang berumur 24 tahun dan ke bawah yang rata-ratanya datang daripada kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Jerman.", "Our squad for #Tokyo2020 🇩🇪#roadtotokyo pic.twitter.com/b7g79gXx2z", "Pengumuman yang dilakukan oleh DFB turut menarik perhatian ramai, pada hari ini. Mereka mengumumkan senarai 19 pemain ini menerusi satu video yang bertemakan persis siri anime bola sepak Jepun, Captain Tsubasa.", "Menurut makluman laman sesawang rasmi DFB, skuad bimbingan Stefan ini dijadualkan menentang Honduras dalam satu perlawanan persahabatan pada 17 Julai sebelum memulakan kempen Sukan Olimpik bermula 22 Julai.", "Untuk makluman, skuad Jerman telah diundi bersama-sama Brazil, Ivory Coast dan Arab Saudi dalam Kumpulan. Saingan bola sepak di temasya Olimpik ini akan bermula 22 Julai dan tamat pada 7 Ogos 2021.", "Berikut adalah senarai penuh pemain-pemain skuad olimpik Jerman:", "Penjaga gol: Florian Muller (Stuttgart, 23 tahun), Svend Brodersen (St. Pauli, 24 tahun), Luca Plogmann (Werder Bremen, 21 Tahun).", "Pertahanan: Jordan Torunarigha (Hertha BSC, 23 tahun), David Raum (Hoffenheim, 23 tahun), Benjamin Henrichs (RB Leipzig, 24 tahun), Amos Piper (Arminia Bielefeld, 23 tahun), Felix Uduokhai (Augsburg, 23 tahun), Josha Vagnoman (Hamburger, 20 tahun).", "Pemain Tengah: Maximilian Arnold (Wolfburg, 27 tahun)*, Anton Stach (Greuther Furth, 22 tahun), Niklas Dorsch (Gent, 23 tahun), Arne Maier (Hertha BSC, 22 tahun), Ismail Jakobs (Koln, 21 tahun), Eduard Lowen (Hertha BSC, 24 tahun).", "Penyerang: Max Kruse (Union Berlin, 33 tahun)*, Nadiem Amiri (Bayer Leverkusen, 24 tahun)*, Marco Richter (Augsburg, 23 tahun), Cedric Teuchert (Union Berlin, 24 tahun)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110441/", "headline": "\nTMJ Mahu Hantar JDT III Beraksi di Liga Singapura\n", "content": ["Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berhasrat untuk menghantar skuad Piala Presiden, JDT III untuk beraksi dalam saingan Liga Singapura.", "Menurut baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), perancangan untuk menghantar skuad bawah 21 tahun ini beraksi ke saingan negara jiran tersebut bagi memberikan lebih perlawanan kompetitif kepada pemain-pemain pelapis skuad Harimau Selatan.", "“Sekarang kita sedang berbincang dengan Football Association of Singapore (FAS) untuk letak JDT III bermain di Liga Singapura,”", "“Kerana kita nak beri lebih perlawanan kompetitif kepada pemain-pemain muda kita, sekarang ini di Malaysia mereka tidak mendapat perlawanan yang kompetitif,” kongsi baginda dalam sesi Nindia Bola bersama Hafizal Hamad dan Zulhelmi Zainal Azam di platform Instagram.", "Ketika ini, saingan Liga Singapura turut disertai oleh sebuah pasukan satelit dari Jepun iaitu Albirex Niigata yang membariskan rata-rata pemain muda kelahiran negera matahari terbit tersebut.", "Untuk makluman, pasukan tersebut telah beraksi dalam saingan Liga Singapura sejak tahun 2004 lagi.", "Selain itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah menghantar skuad pelapis negara, Harimau Muda A dan Harimau Muda B beraksi dalam saingan Liga Singapura bermula tahun 2012 hingga 2015.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321720/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Iran: Gandingan Mei Xing-Pei Kee Lakar Kemaraan Sulung Ke Pentas Akhir\n", "content": ["Teoh Mei Xing dan Go Pei Kee yang mula bergandingan sejak awal Disember lalu berhasil melakar kemaraan sulung ke pentas akhir di kejohanan antarabangsa.", "Pemain berusia 25 dan 20 tahun masing-masing ini melakar kemaraan tersebut di kejohanan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr pada edisi kali ini.", "Ianya hasil menumpaskan beregu Brazil, Sania Lima dan Juliana Viana Viera di peringkat separuh akhir secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-10 dalam tempoh masa 21 minit permainan.", "Kemenangan itu sekaligus menemukan mereka dengan pasangan Indonesia yang menghuni ranking ke-145 dunia, Jesita Putri dan Febi Setianingrum pada perlawanan akhir.", "Untuk makluman, Jesita-Febi melangkah ke perlawanan akhir dengan mengejutkan beregu senegaranya merangkap pilihan keempat kejohanan, Ridya Aulia dan Kelly Larissa secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-11.", "Sekiranya Mei Xing-Pei Kee berhasil meraih kemenangan dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada hari esok, pasangan negara yang menghuni ranking ke-109 dunia ini akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$1200 (±RM5,100) serta pungutan 4,000 mata.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113779/", "headline": "\nIndonesia Masters: Beregu No.1 Dunia ‘The Minions’ Menanti Yew Sin-Ee Yi di Separuh Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters selepas menundukkan pasangan senegara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin, sebentar tadi.", "Perlawanan yang berlangsung dengan sengit itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-14 dunia meraih kemenangan je atas Sze Fei-Izzuddin dengan pungutan mata 21-13, 18-21 dan 21-18 dalam tempoh hampir sejam.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MD – Quarter final 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 18 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅13 21 18 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 58 minutes https://t.co/4zZOhPSuXX", "Menanti Yew Sin-Ee Yi di peringkat separuh akhir adalah pasangan beregu lelaki nombor satu dunia, Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon yang juga berjaya menumpaskan pasangan senegara mereka di peringkat suku akhir.", "Pasangan nombor satu dunia yang terkenal dengan panggilan The Minions mudah menundukkan lawannya, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan secara ‘straight set’ dengan skor 22-20 dan 21-17.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MD – Quarter final 🇮🇩Marcus Fernaldi GIDEON🏅22 21 🇮🇩Kevin Sanjaya SUKAMULJO🏅20 17 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN🕗 in 42 minutes https://t.co/sQ3UzUlz0g", "Bercakap mengenai cabaran di peringkat separuh akhir, Yew Sin-Ee Yi pernah turun menentang pasangan Kevin-Marcus sebanyak lima kali namun tumpas dalam kesemua perlawanan tersebut termasuk pertemuan terakhir di Terbuka Perancis, bulan lalu.", "Adakah Yew Sin-Ee Yi akan mencatatkan kejutan dengan meraih kemenangan pertama ke atas pasangan beregu nombor satu dunia ini pada hari esok? Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Badminton Photo & Olympics"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322163/", "headline": "\nMajlis Undian Piala Asia 2023 Berlangsung Pada 11 Mei Hadapan Di Qatar\n", "content": ["Lawan bagi skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi peringkat kumpulan dalam saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada Januari 2024 di Qatar akan diketahui pada 11 Mei hadapan.", "Ini selepas salah satu pasukan yang bertanding iaitu India mengesahkan menerima surat makluman daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi laman sesawang rasminya.", "Selain daripada memaklumkan tarikh majlis undian terbabit, surat itu turut berkongsikan majlis tersebut akan diadakan di Katara Open House di Doha, Qatar.", "AFC turut menjemput Presiden bagi kesemua Ahli Persatuan Bertanding (Participating Member Associations), ketua jurulatih dan pengurus untuk hadir ke majlis undian terbabit.", "Kesemua 24 pasukan bertanding akan dibahagikan ke dalam empat balang dengan enam pasukan yang berada di ranking tertinggi akan mengisi Balang 1 diikuti dengan enam pasukan berikutnya dalam Balang 2, Balang 3 dan Balang 4 masing-masing.", "Berdasarkan kedudukan ranking semasa, Malaysia dijangka mengisi Balang 4.", "Bagaimanapun, Ranking Dunia akan dikemaskinikan lagi selepas daripada Rehat Antarabangsa FIFA yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mac kelak.", "Sementara itu, negara hos, Qatar dalam satu makluman lain mengesahkan saingan Piala AFC itu akan berlangsung bermula 12 Januari sehingga 10 Februari 2024."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221161/", "headline": "\nBekas Ketua Jurulatih Melaka United Dilantik Kemudi Lion City Sailors\n", "content": ["Jurulatih dari Bosnia & Herzegovina yang pernah mengemudi Melaka United FC, Risto Vidakovic kini diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu bagi kelab gergasi dari negara sebarang tambak, Lion City Sailors FC.", "Risto yang hanya sempat mengemudi Melaka United sebanyak empat perlawanan pada awal musim 2022 dan sekadar mengutip satu mata diumumkan menjadi ketua jurulatih baharu Lion City Sailors pada hari ini.", "Pengumuman itu hadir menerusi makluman di laman sesawang rasminya serta pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.", "— lioncitysailorsfc (@lioncitysailors) December 20, 2022", "Jurulatih berusia 53 tahun dan memiliki lesen kejurulatihan UEFA Pro akan memulakan tugasnya bersama Lion City Sailors pada Januari kelak.", "Bagaimanapun, tempoh kontraknya tidak diumumkan secara rasmi kepada umum oleh pihak kelab.", "Sebagai rekod, selain Melaka United, Risto pernah membimbing beberapa pasukan lain seperti Borneo FC (Indonesia), Maziya (Maldives), Ceres-Negros (Filipina), FC Motagua (Honduras) serta beberapa pasukan di Sepanyol.", "Untuk makluman semua, jodoh Risto bersama Melaka United hanya bertahan tidak sampai tiga bulan sebelum kedua-dua pihak mencapai keputusan untuk berpisah dengan persetujuan bersama.", "Featured Image: Melaka United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218421/", "headline": "\nKejuaraan B-19 AFF: Malaysia Mara Ke Final Kali Keempat Berturut-Turut\n", "content": ["Skuad bola sepak negara bawah 19 tahun (B-19) berjaya menempah kemaraan ke perlawanan akhir Kejuaraan B-19 AFF buat kali keempat berturut-turut.", "Kemaraan itu dicipta selepas pasukan bimbingan Hassan Sazali Waras ini melakar kemenangan yang mengejutkan ke atas Vietnam merangkap juara Kumpulan A dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung petang tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Malaysia berhasil mencetak kemenangan menerusi jaringan yang disumbangkan oleh Adam Farhan Faizal (26′), Haiqal Haqeemi Hairi (70′) dan Haykal Danish Haizon (88′).", "AFF Under-19 Boys Championship 2022 – Semi Final 1 – FULLTIME RESULT ", "Malaysia 3Adam Farhan Faizal 26thMuhammad Haiqal Hairi 70thMuhammad Haykal Mohd Haizon 88th#AFF#AFFU19 pic.twitter.com/HduXzI8DCC", "— ASEAN Football (@AFFPresse) July 13, 2022", "Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil mara ke perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 15 Julai kelak di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Indonesia. ", "Sementara itu, lawan yang akan dihadapi oleh Malaysia di perlawanan akhir tersebut sedang ditentukan pada ketika ini samada Thailand (naib juara Kumpulan A) atau Laos (juara Kumpulan B).", "Untuk makluman semua, Malaysia tidak pernah gagal mara ke perlawanan akhir kejohanan ini sejak daripada edisi 2017 yang lalu diikuti dengan edisi 2018 dan terakhir edisi 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113613/", "headline": "\nJurulatih Sarawak United Lega Pemain Bebas Kecederaan Sebelum Bertemu Terengganu\n", "content": ["Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan tetap lega barisan pemain bebas kecederaan meskipun tewas kepada Penang dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia, Rabu lalu.", "Dalam aksi yang berlangsung di Stadium UiTM, Penang meraih kemenangan pertama selepas menewaskan tuan rumah dengan keputusan 2-1.", "Namun, Elavarasan lebih memikirkan tahap kecergasan anak buahnya selepas berakhir perlawanan tersebut kerana aksi suku akhir yang lebih getir menanti mereka apabila bakal berdepan Terengganu pada 14 dan 18 November ini.", "“Perlawanan terakhir ini kalau kita menang pun, dan Kuala Lumpur juga menang, tidak akan mengubah apa-apa, jadi untuk saya, yang penting adalah tiada kecederaan berlaku.", "“Risau juga kalau ada pemain saya cedera sebab dua-dua pasukan beraksi aggresif, jadi itu yang saya risau kalau jadi apa-apa.", "“Kita pun tahu Terengganu adalah pasukan yang bagus dan mempunyai ramai pemain yang berkualiti, berbanding dengan Sarawak United, kalau ada yang cedera akan jadi masalah kepada pasukan.", "“Apa-apa pun, kita menghormati pasukan Terengganu, cuma hari perlawanan nanti adalah bagaimana kita beraksi, bukan nak cakap kami terlalu yakin, tetapi ini bola sepak dan apa-apa boleh berlaku”, jelasnya.", "Untuk makluman semua, Ini merupakan kemenangan pertama Penang dalam peringkat kumpulan selepas empat kali tewas dan seri satu perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322862/", "headline": "\n5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Biaggio Ali Walsh\n", "content": ["Dunia sukan tempur semakin mendapat perhatian umum dengan kehadiran Logan Paul dalam Wrestlemania kelolaan World Wrestling Entertainment (WWE). Ia menunjukkan pengaruh selebriti internet yang semakin meluas dalam bidang sukan sebegini.", "Namun, satu nama menarik minat Sukanz pada kali ini – Biaggio Ali Welsh yang beraksi dalam saingan Professional Fighters League musim 2023. Berikut kami rangkumkan 5 perkara menarik tentang atlet ini:", "Biaggio Ali Walsh merupakan cucu kepada peninju legenda dan ikon masyarakat berkulit hitam dunia, Muhammad Ali yang dikenali sebagai salah seorang peninju terbaik sepanjang zaman.", "Biaggio merupakan anak kepada Robert ‘Bob’ Walsh, seorang cef dan Rasheeda Ali, seorang aktivis memperjuangkan kesedaran berkenaan penyakit Parkinson yang dihidapi arwah bapanya sebelum meninggal pada tahun 2016.", "Tidak seperti Muhammad Ali, Biaggio melakukan penampilan sulungnya dalam acara sukan tempur dengan memilih untuk sertai platform seni mempertahankan diri campuran atau lebih dikenali sebagai MMA. ", "Bernaung di bawah Professional Fighters League (PFL), Biaggio kini masih lagi kekal bersaing di peringkat amatur dengan melakukan penampilan sulungnya pada Jun 2022.  ", "Nico dan Biaggio merupakan adik-beradik yang terlibat dalam acara sukan tempur. Namun begitu, abangnya, Nico Ali dilihat lebih dekat untuk meneruskan legasi datuknya kerana berkecimpung dalam sukan tinju secara profesional.", "Peninju berusia 23 tahun itu telah beraksi memenangi kesemua 8 perlawanannya dengan 5 aksinya berakhir dengan kemenangan secara ‘knock-out’ sejak 2021. ", "Lahir sebagai cucu Muhammad Ali dan abang kepada Nico Ali bermakna Biaggio merupakan sepupu kepada seorang lagi bekas peninju profesional wanita, Laila Ali yang dikenali sebagai Madame Butterfly.", "Laila Ali aktif bertinju secara profesional sejak 1999 sehingga 2007, mengekalkan rekod tanpa kalah serta meraih pelbagai kejuaraan bagi kelas berat Super Middleweight dan Light Heavyweight sebelum beralih ke dunia digital sebagai personaliti televisyen.", "Sebelum terlibat dalam bidang sukan tempur, Biaggio sememangnya seorang atlet yang cukup aktif melibatkan diri dalam sukan bola sepak Amerika dan pernah mewakili California Golden Bears dalam saingan Divisyen 1 Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA)", "Biaggio bermain di posisi running back dan mewakili UC Berkeley serta University of Las Vegas sebelum beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kariernya dalam bidang sukan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325319/", "headline": "\nFAM Denda JDT RM120,000 Atas Kesalahan Bakar Suar\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman denda berjumlah RM120,000 terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kesalahan membakar dan menyalakan suar dalam tiga aksi Liga Malaysia 2023 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). ", "Pengumuman itu hadir menerusi kenyataan media yang telah disiarkan di laman sesawang rasmi badan induk bola sepak kebangsaan dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasminya, hari ini. ", "Menurut FAM, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu pada 30 Mei telah membuat keputusan ke atas setiap kesalahan yang dilakukan dan surat hukuman denda telah dihantar kepada juara bertahan Liga Super tersebut. ", "Siaran Media: FAM Telah Denda JDT RM120,000 Berhubung Kesalahan Membakar & Menyalakan Suar", "▶️ Baca selanjutnya di https://t.co/AZHvLWVk6n#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/E7Ym2jnwqq", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 6, 2023", "Tiga perlawanan yang terbabit ialah dua aksi Liga Super melibatkan Sabah FC pada 31 Mac dan Kedah Darul Aman FC pada 9 April serta satu perlawanan Piala FA menentang PDRM FC pada 14 April.  ", "Oleh itu, JDT telah dikenakan denda ke atas ketiga-tiga perlawanan tersebut atas dua kesalahan yang sama iaitu menyalakan suar secara serentak serta kegagalan mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.", "Kedua-dua kesalahan terbabit bernilai RM30,000 dan RM10,000 masing-masing yang membawa kepada nilai keseluruhan sebanyak RM120,000 daripada tiga perlawanan tersebut. ", "Dalam pada itu, Jawatankuasa Tatatertib FAM juga memaklumkan bahawa sudah menjadi amalan untuk mereka tidak membuat sebarang kenyataan media selepas keputusan dibuat selepas ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112346/", "headline": "\nCEO Digital Durian Terkejut Besar Paul Pogba Tonton Rancangan Omar & Hana\n", "content": ["Siapa sangka pemain tengah Manchester United & Perancis, Paul Pogba menjadikan siri animasi berunsurkan islamik, Omar & Hana sebagai hiburan bersama keluarganya.", "Pemain tengah berusia 28 tahun tersebut dilihat menonton siri berkenaan apabila berkongsikan mengenai TV baharu miliknya di laman sosial, tengah malam tadi.", "Foto yang dimuat naik di akaun Facebook dan Instagram pemain tersebut yang juga merupakan seorang muslim terpampang jelas siri animasi yang dicipta oleh syarikat tempatan, Digital Durian.", "Baca: Pemain Manchester United, Paul Pogba Gemar Makan ‘Karipap’?", "Untuk makluman semua, selain daripada menyajikan kandungan dalam bahasa melayu, siri Omar & Hana juga mempunyai versi bahasa inggeris yang diperkenalkan pada 2018 yang lalu. ", "Pada saat ini, siri Omar & Hana versi berbahasa inggeris telah mengumpul lebih 900,000 ‘subscribers’ di saluran Youtube-nya dari seluruh dunia.", "Selain itu, siri Omar & Hana turut boleh ditonton dalam versi bahasa arab dan urdu.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Durian, Sinan Ismail turut terkejut besar apabila mengetahui mengenai perkara tersebut pada pagi tadi.", "“Terima kasih Pogba kerana memilih Omar & Hana untuk ditontonkan kepada anak-anak anda. Kami berharap ianya dapat memanfaatkan anda, anak-anak dan keluarga.”", "“Jikalau anda mahukan maskot Omar & Hana membuat kejutan pada ulang tahun kelahiran anak-anak anda, boleh bagitahu kami!” kata Sinan menerusi satu muat naik di akaun Linkedin miliknya.", "Sebagai tambahan, selain daripada siri animasi Omar & Hana, Digital Durian merupakan syarikat disebalik sebuah lagi siri animasi yang terkenal dalam kalangan rakyat tempatan iaitu Didi & Friends."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111444/", "headline": "\nOlimpik 2020: Panahan ‘Perfect 10’ Korea Singkirkan Khairul Anuar\n", "content": ["Pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad terpaksa melupakan acara memanah individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas disingkirkan oleh pemanah Republik Korea, Kim Woo-jin pada peringkat 1/8, hari ini.", "Perlawanan yang berlangsung di Yumenoshima Park Archery Field menyaksikan Woo-jin menampilkan aksi penuh cemerlang dengan meraih kemenangan dalam tiga ‘straight set’ sekaligus meraih keputusan 6-0 ke atas Khairul. ", "Memanah – Perseorangan Lelaki 🎯Selepas Set 3:🇲🇾 Khairul Anuar Mohamad0-6🇰🇷 Kim WoojinKhairul Anuar tewas dalam semua tiga set pertama. Apapun, kami tetap bangga dengan anda!#Archery#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/acxkmW5FX5", "Woo-jin yang menduduki ranking ke-4 dunia itu melakukan panahan tepat ‘Perfect 10’ ke sasaran dalam kesemua percubaannya. Hasilnya, dia meraih 90 mata secara maksimum daripada tiga set tersebut.", "Khairul pula turut memberikan saingan kepada Woo-jin dengan memungut 83 mata daripada maksimum 90 mata dalam tiga set itu.", "Kejayaan ini melayakkan Woo-jin mara ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218327/", "headline": "\nMalaysia Masters: Anna-Mei Xing Balas Dendam Kekalahan Di Tangan Beregu No.6 Dunia Minggu Lalu\n", "content": ["Beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing berhasil membalas dendam terhadap kekalahan di tangan pasangan No.6 dunia, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara.", "Dalam saingan Terbuka Malaysia pada minggu lalu, Anna-Mei Xing yang menghuni ranking ke-37 dunia disingkirkan oleh pasangan yang sama pada peringkat suku akhir.", "Namun pertemuan semula yang berlangsung di peringkat Pusingan 16 dalam saingan Malaysia Masters pada hari ini, skrip yang berlainan dicipta oleh gandingan Anna-Mei Xing.", "PERODUA Malaysia Masters 2022 WD – Round of 16 🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG🏅21 21 🇲🇾Mei Xing TEOH🏅11 15 🇯🇵Mayu MATSUMOTO 🇯🇵Wakana NAGAHARA", "— BWFScore (@BWF_Score) July 7, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Anna-Mei Xing berjaya merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-11 dan 21-15 dalam tempoh masa 38 minit permainan.", "Keputusan ini sekaligus menyingkirkan Matsumoto-Nagahara daripada saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini. Sementara itu, Anna-Mei Xing pula mengesahkan tempat ke saingan peringkat suku akhir. ", "Menanti mereka di peringkat tersebut pada hari esok, Anna-Mei Xing akan berhadapan samada beregu Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong atau beregu Indonesia, Febby Gani dan Ribka Sugiarto.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112029/", "headline": "\nParalimpik 2020: Panahan Eric Bennet Menggunakan Mulut Hampir Raih ‘Perfect 10’\n", "content": ["Atlet para memanah Amerika Syarikat, Eric Bennet hampir merekodkan markah ‘perfect 10’ ketika beraksi dalam acara recurve indvidu lelaki di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Eric turun ke Yumenoshima Archery Park bagi menentang wakil Australia, Taymon Kenton-Smith pada peringkat penyingkiran 1/16.", "Baca: Panahan ‘Perfect 10’ Korea Singkirkan Khairul Anuar", "Walaupun menggunakan mulut sahaja, pada pusingan kelima Eric berjaya memanah tepat ke sasaran sebanyak dua kali untuk meraih 20 mata.", "Bagaimanapun, atlet berusia 47 tahun ini terlepas peluang untuk meraih 30 mata apabila panahan ketiganya hanya mengenai di lingkaran yang memberikannya 8 mata.", "Akan tetapi, ianya sudah memadai buat Eric untuk memenangi peringkat penyingkiran 1/16 tersebut sekaligus menumpaskan lawannya dengan keputusan 6-4.", "Pada peringkat penyingkiran 1/8 yang akan berlangsung pada petang nanti, Eric akan bertemu wakil China, Lixue Zhao.", "Sebagai rekod, Eric pernah bergelar juara dunia dalam acara yang sama pada tahun 2015.", "Untuk makluman semua, Eric kehilangan tangan kanannya ketika usia 15 tahun pada tahun 1989 apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.", "Anda boleh menyaksikan panahan Eric pada pautan video di bawah:", "Pakai mulut je dan hampir \"perfect 10\" ! Memang luar biasa. Aksi Eric Bennett (USA) menewaskan Taymon Kenton-Smith (AUS) di pusingan penyingkiran pertama acara memanah recurve individu.#paralympics pic.twitter.com/Z83zLF1ihg"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218548/", "headline": "\nSri Pahang Ulang Skrip 2021, Lantik Semula Dollah Sebagai Ketua Jurulatih\n", "content": ["Skrip pada tahun 2021 nampaknya diulangi sekali lagi oleh pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung, Sri Pahang FC.", "Skuad berjulukan Tok Gajah ini mengumumkan melantik pengurusnya, Dollah Salleh kembali mengemudi pasukan selaku ketua jurulatih interim sehingga ke akhir musim menerusi satu kenyataan rasmi, pada hari ini.", "Pengendali berusia 58 tahun ini dilantik bagi menggantikan ketua jurulatih sebelum ini, Christophe Gamel yang tidak diteruskan khidmatnya oleh Sri Pahang.", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) July 21, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan ulangan skrip yang sama seperti pada tahun lalu. ", "Apabila khidmat Thomas Dooley selaku ketua jurulatih tidak lagi diperlukan, Sri Pahang kembali melantik Dollah yang ketika itu berperanan sebagai pengurus pasukan menjadi ketua jurulatih sehingga ke penghujung musim.", "Dalam kenyataan yang sama pada hari ini, Sri Pahang dengan berbesar hatinya turut mengumumkan perlantikan bekas pemain importnya suatu masa dahulu iaitu Fandi Ahmad selaku Penasihat Teknikal Kelab.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220479/", "headline": "\nChan Peng Soon & Cheah Yee See Tinggalkan BAM\n", "content": ["Gandingan beregu campuran, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See menjadi nama terbaru yang meninggalkan badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Perkara mengejutkan itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh dan Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky dalam satu sidang media yang turut disiarkan secara langsung di media sosialnya, hari ini.", "Untuk makluman semua, Peng Soon, 34 tahun, kembali semula ke pangkuan BAM pada 1 Januari lalu selepas mengumumkan perpisahan dengan gandingan lamanya, Goh Liu Ying pada awal Disember tahun lalu.", "Kemasukan Peng Soon ke dalam BAM pada waktu itu bertujuan untuk menguatkan jabatan beregu campuran serta menjadi mentor kepada skuad remaja kebangsaan sesuai dengan pengalaman kayanya dalam arena badminton serta status selaku pemenang pingat perak Sukan Olimpik.", "Selain itu, Peng Soon turut memasang hasrat untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024. ", "Sepanjang bersama BAM, Peng Soon digandingkan dengan beberapa orang pemain dalam kategori beregu campuran seperti Valeree Siow, Toh Ee Wei dan Cheah Yee See. ", "Namun begitu, kejohanan demi kejohanan yang disertai menyaksikan Peng Soon dan gandingannya hanya beraksi setakat peringkat Pusingan 32 dan Pusingan 16 sahaja.  ", "Pencapaian terbaiknya hadir sehingga ke peringkat suku akhir di Terbuka India ketika bergandingan bersama Valeree Siow.", "Sementara itu, Yee See, 26 tahun, yang menjadi gandingan Peng Soon buat kali kedua bermula di kejohanan Terbuka Indonesia pada Jun lalu turut sama meninggalkan BAM.", "Sebagai tambahan, kedua-dua ini akan meninggalkan BAM selepas 30 November kelak.", "Beberapa hari lalu, pemenang pingat emas Sukan SEA 2021 yang turut sama beraksi dalam kategori beregu campuran, Peck Yen Wei turut sama memaklumkan meninggalkan BAM.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208306/", "headline": "\nBaddrol Bakhtiar 90% Hampir Kekal Bersama Kedah Musim 2021\n", "content": ["Pemain tengah dan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar mengesahkan dirinya akan terus bersama skuad Hijau Kuning untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Pemain berusia 32 tahun itu dikhabarkan telah melakukan perbincangan dengan majikannya dan kontraknya bersama Kedah akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.", "🔰 Lagenda dua zaman. Radhi Mat Din vs Baddrol Bakhtiar.#KedahFA pic.twitter.com/clSMJUEyLu", "“Perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebenarnya telah pun berjalan dan hampir dimuktamadkan. Jika anda tanyakan keputusan saya, rasanya saya masih kekal di Kedah.", "“Ramai yang bertanya tentang perkara itu, jadi saya katakan dengan berterus-terang yang jiwa saya masih di Kedah,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Terdahulu, pemain yang beraksi bersama Kedah selama 15 tahun itu dilaporkan mendapat beberapa tawaran daripada pasukan lain untuk saingan musim hadapan.", "Difahamkan sekitar empat pasukan yang menawarkan kontrak kepada Baddrol bagi mendapatkan khidmatnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113879/", "headline": "\nMisi JDT Yang Seterusnya, Elak Dibolosi Terengganu – Benjamin Mora\n", "content": ["Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) berakhir dengan keputusan seri 1-1.", "Mengulas mengenai perlawanan tersebut, ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora akui Terengganu memberikan tentangan yang sengit dalam perlawanan yang turut disaksikan oleh 20,000 penonton, semalam.", "Keputusan tersebut mengecewakan sedikit perasaan jurulatih kelahiran Mexico ini kerana menjangkakan boleh membawa pulang lebih daripada satu gol. ", "Namun, Mora tetap menarik nafas lega terhadap satu gol ‘away’ yang dijaringkan oleh Bergson da Silva pada separuh masa kerana ianya akan memberikan sedikit kelebihan pada perlawanan timbal balik nanti.  ", "“Terengganu memberikan tentangan yang kuat kepada kami dan mereka mempunyai ramai pemain yang bagus seperti Lee Tuck, dua pemain tengah (Dechi Marcel N’Guessan dan Habib Haroon) serta pemain yang pantas di bahagian sayap.", "“Kami tidak bermula bagus pada 10 ke 15 minit pertama apabila dibolosi tetapi pemain berjaya memperbaiki keadaan itu di separuh masa kedua apabila dikawal kami sepenuhnya.", "“Sepatutnya kami boleh jaringkan satu gol lagi namun satu gol dari sini sudah cukup baik untuk kami bawa pulang ke Johor Bahru dan saya rasa situasi ini beri sedikit kelebihan kepada kami.” kata Mora dalam sidang media selepas perlawanan.", "Bercakap mengenai perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada hari Jumaat nanti, Mora menggariskan dua matlamat utama terhadap pasukannya.", "“Perancangan saya di separuh akhir kedua adalah sama seperti kami lakukan sebelum ini dengan berikan persembahan terbaik dan tidak bolos di laman sendiri serta perlu menjaringkan gol, itu perlu dilakukan jika mahu muncul juara,” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, JDT merupakan juara Piala Malaysia bagi edisi 2019 setelah berhasil menumpaskan Kedah 3-0 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Tahun 2020 menyaksikan saingan Piala Malaysia dibatalkan ekoran penularan pandemik Covid-19 dalam negara.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221102/", "headline": "\nMessi, Alvarez Bawa Argentina Ke Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022\n", "content": ["Pasukan dari benua amerika selatan yang menghuni ranking ketiga dunia, Argentina berhasil mara semula ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas lapan tahun.", "Skuad berjulukan La Albiceleste merekodkan kemaraan itu selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas naib juara edisi lalu, Croatia pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Lusail, hari ini.", "Kemenangan itu hasil jaringan tunggal daripada kapten, Lionel Messi menerusi sepakan penalti pada minit 34’ serta gol berganda daripada Julian Alvarez pada minit 39’ dan 69’ masing-masing.", "⚽ @Argentina 🇦🇷 3 (Lionel #Messi -p- y Julián Álvarez x2) 🆚 #Croacia 🇭🇷 0", "👉 ¡Final del partido! pic.twitter.com/cdpbKqlKW4", "— Selección Argentina 🇦🇷 (@Argentina) December 13, 2022", "Croatia yang diketuai oleh Luka Modric ternyata tiada jawapan balas terhadap ketiga-jaringan itu dan kedudukan 3-0 terbabit kekal sehingga pengadil perlawanan dari Itali, Daniele Orsato meniup wisel menamatkan permainan.", "Sementara itu, Argentina yang mara ke perlawanan akhir akan menantikan cabaran samada daripada Maghribi atau juara bertahan, Perancis.", "Kedua-dua pasukan ini akan membuat perhitungan pada awal pagi esok bagi merebut tiket ke perlawanan akhir. ", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219929/", "headline": "\nJDT Akan Tubuhkan Pasukan Futsal Pada 2023\n", "content": ["Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengumumkan mereka akan membentuk sebuah pasukan futsal pada tahun 2023.", "Dengan langkah ini, JDT turut akan memberikan perhatian serius dalam arena futsal.", "Selari membentuk pasukan futsal, sebuah jabatan khusus akan ditubuhkan di JDT yang terdiri dari kakitangan teknikal, selain turut mengambil pemain khusus untuk pasukan ini.", "Sebelum ini, FAM telah mengumumkan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023 akan bermula Februari kelak, sementara Piala Futsal Malaysia (MFC) pula akan bermula Ogos 2023 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325586/", "headline": "\nDua Bekas Kapten Liverpool, Gerrard & Henderson Bergabung Di Al Ettifaq\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam Liga Pro Saudi (SPL), Al Ettifaq menjadi tempat penyatuan semula dua bekas kapten Liverpool.", "Ini susulan kelab berjulukan Faris Ad-Dahna bimbingan Steven Gerrard mengumumkan mendapatkan khidmat Jordan Henderson secara rasmi menerusi laman sesawang rasmi serta pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Dimaklumkan, pemain berusia 33 tahun terbabit mengikat kontrak bersama Al Ettifaq sehingga tahun 2026. Perpindahan Henderson ke Al Ettifaq ini hadir selepas 12 tahun bersama Liverpool.", "A leader 💪🏻 A warrior ⚔️ ", "We’re simply thrilled to have him ❤️💚", "Henderson is ETTIFAQI 🟢✨#HendersonEttifaqi pic.twitter.com/GIj8kggxtn", "— Ettifaq Club (@Ettifaq_EN) July 27, 2023", "Sepanjang tempoh itu, Henderson yang dilantik sebagai kapten Liverpool sejak tahun 2015 telah meraih kesemua trofi pertandingan utama seperti Piala Liga, Piala FA, Liga Perdana Inggeris (EPL), Super Cup UEFA, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Piala Dunia Kelab FIFA.", "Berdasarkan statistik pula, Henderson telah merekodkan 492 penampilan, mencipta 61 “assist” dan menjaringkan 33 gol untuk skuad berjulukan The Reds itu.", "Sementara itu, Gerrard yang turut sama pernah berperanan sebagai kapten Liverpool sejak tahun 2003 pula dilantik sebagai ketua jurulatih Al Ettifaq sekitar awal Julai lalu.", "Untuk makluman semua, Gerrard dan Henderson akan memulakan kempen SPL 2023/24 bersama Al Ettifaq dengan menentang kelab yang diwakili oleh Cristiano Ronaldo, Al Nassr yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos nanti.", "Featured Image: Al Ettifaq FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321564/", "headline": "\nPiala Dunia Hoki: Malaysia, Sepanyol Berentap Di Peringkat ‘Crossover’\n", "content": ["Lawan bagi Malaysia di peringkat “crossover” dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Lelaki FIH 2023 telah diketahui.", "Sepanyol yang menghuni ranking kelapan dunia menjadi lawan bagi skuad kendalian Arul Selvaraj selepas mereka menamatkan saingan Pool D di tempat ketiga.", "Sepanyol menghuni tempat berkenaan setelah tumpas dengan jaringan besar 0-4 kepada England dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, semalam.", "Pertemuan antara Malaysia dan Sepanyol bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir dijadualkan berlangsung bermula jam 7 malam (waktu Malaysia) pada 22 Januari (Ahad) nanti.", "Pemenang bagi perlawanan “crossover” ini akan bertemu juara daripada Pool A di peringkat suku akhir.", "Juara bagi Pool A akan dapat diketahui pada petang nanti selepas berlangsungnya perlawanan melibatkan Australia menentang Afrika Selatan dan Argentia bertemu Perancis.", "Selepas dua perlawanan berlangsung, Australia dan Argentina terikat 4 mata masing-masing namun Australia menggungguli Pool A hasil kelebihan daripada sudut perbezaan jaringan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220157/", "headline": "\nNegeri Johor Umum Cuti Peristiwa 16 Oktober – Sempena Pencapaian Cemerlang Dalam Arena Sukan 2022\n", "content": ["Bersempena dengan kejayaan gemilang Johor Darul Ta’zim (JDT) serta pasukan-pasukan Johor yang lain dalam pelbagai arena sukan pada tahun 2022, kerajaan negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa pada hari esok (Ahad, 16 Oktober).", "Perkara tersebut dikongsikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi menerusi pelbagai platform laman sosialnya, sejurus sebelum tamatnya perlawanan antara JDT dan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.", "“Syukur Alhamdulillah, JDT telah berjaya menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-9 berturut-turut (Triple Hat-trick).”", "“Negeri Johor turut mencipta sejarah dengan menjuarai SUKMA 2022 buat pertama kalinya dalam tempoh 36 tahun penganjuran temasya itu.” tulisnya.", "TAHNIAH JDT & JOHOR DALAM SEMUA ARENA SUKAN YANG DIJUARAI TAHUN 2022!", "Syukur Alhamdulillah, JDT telah berjaya menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-9 berturut-turut (Triple Hat-trick!). ", "— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) October 15, 2022", "Selain itu, Onn Hafiz turut berkongsikan kejayaan skuad bola jaring, Johor Jewels yang menjuarai Netball Super League 2022 serta skuad sepak takraw, Johor Tigris yang meraih kejuaraan Piala Tun Ali 2022.", "“Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor yang telah beri perkenan bagi meraikan kedua-dua kemenangan ini.”", "“Menjunjung Kasih DYAM Tunku Mahkota Johor yang sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada anak-anak muda khususnya atlet-atlet kita.”", "“Dengan ini kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 16 Oktober 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.”", "“Ini juga sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong kontinjen Johor serta skuad Harimau Selatan.” tambahnya lagi.", "Featured Image: Facebook Onn Hafiz"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220014/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Cipta Kejutan Ke Atas UAE – Mendahului Kumpulan B Buat Seketika\n", "content": ["Selepas diberikan kejutan diikat oleh Guam pada perlawanan kedua di kejohanan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17), Malaysia bangkit pada perlawanan hari ini dengan menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "Lebih menakjubkan, skuad negara bimbingan Osmera Omaro menumpaskan UAE hasil jaringan saat-saat akhir Farris Danish pada minit 90+3’. Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2. ", "Sebelum terikat, Malaysia terlebih dahulu menjaringkan dua gol awal menerusi Arami Wafiy dan Asjasmirza pada minit 45+1’ dan 51’ masing-masing.", "Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia B-17 2023 ", "MALAYSIA 🇲🇾 3-2 🇦🇪 UAE", "⚽️ Arami Wafiy 45'+1' Anjasmirza 51' Faris Danish 90'+3'⚽️ Saeed Amer Mohammad 76' Abdulaziz Mohamed Almarzooqi 84' #FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/ZIiDJKbWu2", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 7, 2022", "UAE pula berhasil menjaringkan dua gol berikutnya menerusi Saeed Amer Mohammed dan Abdulaziz Mohamed Almarzooqi pada minit 76’ dan 84’ masing.", "Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil melompat ke tangga pertama Kumpulan B buat sementara waktu – hasil meraih 7 mata daripada 3 perlawanan. Untuk makluman, Malaysia akan kekal di kedudukan tersebut sekiranya Indonesia gagal meraih kemenangan ke atas Palestin dalam perlawanan sebentar lagi. ", "Untuk makluma, Malaysia hanya dapat layak ke saingan Piala Asia B-17 pada tahun hadapan sekiranya menjadi juara kumpulan atau meletakkan diri dalam kalangan lima naib juara terbaik.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221016/", "headline": "\nPerlawanan Tier 1: Skuad Muka Baharu Harimau Malaya Bantai Kemboja\n", "content": ["Skuad Harimau Malaya yang menampilkan majoriti muka baharu tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan ke atas Kemboja dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini.", "Perlawanan yang memberikan kaps pertama kepada Kalamullah Al-Hafiz, Shamie Iszuan, David Rowley, Lee Tuck, Stuart Wilkin, Sergio Aguero dan Aliff Izwan berhasil menamatkan aksi dengan keputusan 4-0.", "Kemenangan tersebut dicetak menerusi jaringan berganda daripada Faisal Halim pada minit 11’ dan 45+1’ masing serta satu jaringan daripada Lee Tuck pada minit 38’.", "Sebelum tamat babak kedua, Stuart Wilkin sempat menambah satu lagi koleksi gol buat Harimau Malaya pada minit 86′ dengan menyudahkan bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kemboja, Hul Kimhuy.", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Jumaat, 9 Disember 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇰🇭 KEMBOJA", "⚽️ Faisal Halim 11' 45'+1 Lee Tuck 38' Stuart Wilkin 86'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/o2Jw2xuSa2", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2022", "Kemboja yang kendalian jurulatih Jepun, Ryu Hirose ternyata tiada jawapan balas terhadap jaringan-jaringan tersebut sehingga saat pengadil perlawanan, Mongkolchai Pechhri meniup wisel menamatkan permainan.", "Untuk makluman, perlawanan ini berperanan sebagai aksi pemanas badan buat skuad kebangsaan sebelum memulakan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 pada 21 Disember menentang Myanmar.", "Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Pan-gon perlu menghadapi satu lagi aksi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 sebelum tarikh tersebut. ", "Harimau Malaya dijadualkan menentang pasukan yang menghuni ranking ke-154 dunia, Maldives pada 14 Disember kelak bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.", "Featured Image: Syamil Rosli / PFAM"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208409/", "headline": "\nContohi Sifat Mulia Zlatan, Belanja Rakan-Rakan PS5\n", "content": ["Walaupun dikenali dengan sifat angkuh apabila berkata-kata, penyerang senior AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menarik tumpuan ramai apabila menonjolkan salah satu sisi mulianya yang wajar kita contohi.", "Penyerang berusia 39 tahun kelahiran Sweden itu telah menghadiahkan rakan sepasukannya konsol permainan terbaharu keluaran Sony Interactive Entertaiment iaitu PlayStation 5 (PS5).", "Menurut beberapa laporan di eropah, Zlatan dikatakan menghadiahkan PS5 itu kepada semua rakan sepasukannya di skuad Rossoneri itu.", "Bagaimanapun, hanya tiga orang pemain AC Milan dilihat berkongsikan hadiah pemberian Zlatan tersebut di laman sosial mereka, semalam.", "Antaranya adalah pertahanan tengah Mateo Musacchio, pemain sayap Samuel Castillejo dan penyerang Rafael Leao sambil memberikan ucapan terima kasih kepada penjaring terbanyak saingan Serie A ketika ini.", "Barangkali Zlatan menghadiahkan rakan sepasukannya konsol permainan tersebut supaya memudahkan dirinya untuk berentap dalam permainan FIFA 21 kelak.", "Let's start. #PS5 is out now in Europe 🎉 pic.twitter.com/bRVyVqUhUk", "Untuk makluman, Sony mula menjual konsol permainan PS5 tersebut di benua eropah bermula 19 november dengan harga €399.99 bagi Digital Edition dan €499.99 bagi edisi biasa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217328/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Pemain LaLiga, Lee Kang-In Disenaraikan Juara Bertahan Republik Korea\n", "content": ["Juara bertahan, Republik Korea menjadi pasukan terawal dalam Kumpulan C yang menyenaraikan 23 pemain yang akan mewakili skuad “Young Taeguk Warriors” untuk menghadapi saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan berlangsung 1 hingga 19 Jun kelak di Uzbekistan.", "Kempen untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya dua tahun lalu akan bermula dengan menentang tiga pasukan dari asia tenggara iaitu Malaysia (2 Jun), Vietnam (5 Jun) dan Thailand (8 Jun).  ", "Bagi melepasi saingan Kumpulan C itu, Korea memperkuatkan pasukan dengan memanggil tiga pemain tengah berpangkalan di benua eropah iaitu Lee Kang-In (RCD Mallorca, LaLiga), Jeong Sang-bin (Grasshoppers, Liga Switzerland) dan Hong Hyun-seok (LASK, Liga Austria). ", "Baca: Piala Asia B-23 -Tiga Pasukan ASEAN Diundi Bersama Juara Bertahan Dalam Kumpulan C", "Untuk makluman semua, Kang-In yang berhijrah menyertai Mallorca daripada Valencia pada Ogos 2021 lalu telah merekodkan 34 penampilan dalam saingan LaLiga dan Copa del Rey. Pemain berusia 21 tahun ini turut menghasil satu gol serta tiga “assist” bagi musim ini.", "Selain itu, penyerang yang beraksi dalam saingan Liga Jepun (J-League) bersama Shimizu S-Pulse turut disenaraikan.", "Manakala 19 pemain lain diisi dengan pemain-pemain yang beraksi dalam saingan liga negaranya sendiri daripada pelbagai kelab divisyen pertama dan kedua iaitu K-League 1 dan K-League 2.", "Sebagai rekod, Korea berhasil melayakkan diri ke saingan Piala Asia B-23 kali ini dengan muncul juara Kumpulan H yang terdiri daripada Singapura, Filipina dan Timor Leste dalam pusingan kelayakan yang berlangsung pada Oktober tahun lalu.", "Featured Image: Instagram Lee Kang-In"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220637/", "headline": "\nNegeri Sembilan Tidak Perlu Buat Rombakan Besar Pada Musim Depan – K. Devan\n", "content": ["Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan menyatakan skuad bimbingannya tidak perlu melakukan rombakan besar-besaran bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 kelak.", "Jurulatih berusia 55 tahun ini percaya dengan kemampuan skuad sedia ada. Menurutnya, skuad berjulukan Hoben Jang Hoben ini hanya perlu membuat sedikit penambahbaikan pada beberapa aspek termasuk memilih pemain import yang lebih baik.", "Devan berkata demikian selepas tamatnya kempen Negeri Sembilan dalam saingan musim ini selepas tumpas kepada Selangor FC dengan agregat 2-4 di peringkat suku akhir Piala Malaysia.", "“Terpulang kepada pihak pengurusan untuk perancangan musim depan tetapi bagi saya kita perlu buat persiapan yang lebih awal dan dengan pengalaman tahun ini, saya rasa kita boleh untuk membentuk pasukan lebih kuat.”", "“Selain itu saya rasa kebanyakan pemain yang ada sekarang boleh dikekalkan dan kita hanya melakukan penambahbaikan, tidak perlu tukar 100 peratus.”", "“Kita boleh ambil pemain baharu untuk mengisi di posisi yang kurang impaknya selain perlu mencari pemain import yang lebih baik selepas ini,” katanya.", "Untuk makluman semua, kemaraan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia ini merupakan yang pertama buat Negeri Sembilan selepas enam tahun.", "Selain itu, pasukan yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Liga Super pada musim ini turut menampilkan prestasi yang mengejutkan ramai pihak dengan menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat.", "Sebagai rekod, ini juga merupakan pencapaian terbaik Negeri Sembilan selepas muncul naib juara Liga Super sekitar 14 tahun yang lalu.", "Featured Image: Negeri Sembilan Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325541/", "headline": "\nRanking BWF: Zii Jia Jatuh, Tze Yong Naik\n", "content": ["Kedudukan pemain badminton lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia dalam Ranking Dunia mencatatkan kejatuhan sekali lagi. ", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikannya jatuh sebanyak satu anak tangga sekaligus meletakkan pemain kelahiran Alor Setar di tangga ke-18 dunia bagi minggu ke-30.", "Untuk makluman, kejatuhan satu anak tangga dialami Zii Jia itu dipengaruhi oleh kenaikan sebanyak dua anak tangga oleh perseorangan lelaki Hong Kong, Lee Cheuk Yiu yang mara sehingga ke peringkat suku akhir dalam Terbuka Korea minggu lalu.", "Kenaikan Cheuk Yiu itu telah menolak kedudukan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama serta Zii Jia ke tangga ke-17 dan ke-18 dengan pungutan mata 54,271 dan 53,156 mata masing-masing.", "Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pula mencatatkan kenaikan dalam Ranking Dunia selepas kemaskini oleh BWF pada hari ini.", "Berdasarkan pemerhatian, Tze Yong meraih peningkatan sebanyak dua anak tangga sekaligus meletakkannya di tangga ke-21 dunia pada minggu ini. ", "Kenaikan itu didorong oleh kemajuan Tze Yong ke peringkat suku akhir Terbuka Korea baru-baru ini yang memberikannya 5,040 mata sekaligus membolehkannya mengumpul sebanyak 46,000 mata daripada sepuluh kejohanan terbaiknya dalam tempoh 12 bulan terakhir.", "Featured Image: Thailand Open 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220805/", "headline": "\nPemilik Kelantan FC Intai Ketua Jurulatih Dari Korea?\n", "content": ["Adakah pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Kelantan FC bakal diterajui oleh ketua jurulatih dari Korea pada musim hadapan?", "Penggunaan tenaga kejurulatihan dari Korea bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Seperti semua sedia maklum, badan induk, Persatuan Bola Sepak  Malaysia (FAM) turut menggunakan khidmat ketua jurulatih dari Korea iaitu Kim Pan-gon bagi membimbing skuad senior kebangsaan, Harimau Malaya.", "Menerusi satu muat naik status di laman sosial, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau terkenal dengan panggilan Zamsaham bertanyakan pandangan mengenai jurulatih dari negara republik tersebut, pada hari ini.", "“Kalau head coach Korea ok? Minta pandangan ikhlas tuan-tuan sekalian.” tulisnya.", "Pelbagai respon diberikan oleh para pengikutnya memenuhi ruangan komen pada status yang dimuat naik tersebut.", "Ada yang bersetuju tanpa syarat. Terdapat juga yang bersetuju  namun menasihatkan untuk memperhalusinya dari sudut latar belakang dan pencapaian bagi setiap jurulatih itu.", "Salah seorang daripada pengikutnya pula menasihatkan agar Norizam mendapatkan pendapat dan cadangan mengenai jurulatih dari Korea itu daripada Pan-gon.", "Sementara itu, dalam muat naik yang sama, di ruangan komen, Norizam turut memaklumkan berkenaan status bekas ketua jurulatih PJ City FC, P. Maniam masih dalam perbincangan.", "Dalam satu laporan media pada September lalu, Norizam mengesahkan bakal ada perubahan terhadap posisi ketua jurulatih skuad berjulukan The Red Warriors ini untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Pada ketika itu, beliau sedang mempertimbangkan beberapa calon dari benua eropah dan asia dimana ianya berkemungkinan dari Korea mahupun Jepun bagi menggantikan Rezal Zambery Yahya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324655/", "headline": "\nBekas Pemilik AC Milan Selama 3 Dekad, Silvio Berlusconi Meninggal Dunia\n", "content": ["Individu yang pernah memiliki kelab gergasi bola sepak Itali, AC Milan dari tahun 1986 hingga 2017 iaitu Silvio Berlusconi merangkap bekas Perdana Menteri Itali sebanyak tiga kali, Silvio Berlusconi telah meninggal dunia.", "Selain berkecimpung dalam bola sepak dan politik, beliau yang juga merupakan ahli perniagaan dilaporkan pelbagai media antarabangsa yang memetik laporan dari negara berkenaan meninggal dunia pada hari ini ketika berusia 86 tahun.", "Sepanjang memiliki AC Milan menerusi syarikat media, Fininvest, skuad berjulukan Rossoneri yang berpangkalan di Stadium San Siro merangkul Piala Itali (1 kali), Supercoppa (7 kali) Serie A (8 kali), juara Eropah (5 kali), UEFA Super Cup (5 kali) serta Piala Dunia Kelab (3 kali).", "Selepas lebih tiga dekad, era pimpinan Berlusconi di AC Milan sampai ke penghujungnya apabila ianya dilepaskan dan dijual kepada sebuah konsortium yang diketuai oleh ahli perniagaan China, Rossoneri Sport Investment Lux dengan harga €740 juta.", "Bagaimanapun, Berlusconi kembali berkecimpung dalam bola sepak Itali apabila membeli sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Serie C pada ketika itu, AC Monza menerusi Fininvest 18 bulan berikutnya.", "Kelab berpangkalan di Lombardy itu tidak mengambil masa yang lama untuk mengesahkan promosi ke divisyen kedua bola sepak Itali iaitu Serie B 2020-21 pada musim kedua pasca pengambilalihan Berlusconi.", "Selepas dua musim beraksi dalam kancah Serie B, skuad berjulukan Biancorossi menempa sejarah mendapat promosi buat julung kalinya ke kancah Serie A 2022-23 sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1912.", "Kempen sulung Monza dalam kancah Serie tidak kurang hebatnya apabila menutup saingan musim ini di tangga ke-11 hasil daripada 14 kemenangan dan 10 seri dengan mengumpul 52 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217586/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Senarai Awal Thailand Miliki 10 Pemain Luar Negara Untuk Hadapi Vietnam, Malaysia & Korea\n", "content": ["Pasukan negara jiran tetangga, Thailand bawah 23 tahun (B-23) merangkap salah satu pasukan yang akan dihadapi oleh skuad Harimau Muda telah mengumumkan senarai awal 30 pemain untuk mengharungi saingan Piala Asia B-23.", "Berdasarkan tinjauan terhadap senarai 30 pemain tersebut, Thailand dilihat menyenaraikan 10 pemain dari pelbagai posisi yang beraksi di luar negara menyertai kem latihan pusatnya.", "Antaranya tiga pertahanan iaitu Jonathan Khemdee, Nicholas Mickelson (Odense Boldklub, Denmark) dan Yannick Nussbaum (BSC Young Boys, Switzerland). ", "Selain itu, mereka turut menyenaraikan empat pemain tengah yang terdiri daripada Thanawat Suengchitthawon (Leicester, England), Ben Davis (Oxford, England), Channarong (Union Adarve, Sepanyol) dan Chayapipat (Estoril, Portugal).", "Baca: Vietnam Bimbingan Jurulatih Baharu Kekalkan 65% Pemenang Pingat Emas Sukan SEA", "🇹🇭 Thailand's 30-man provisional squad list for the AFC U23 Asian Cup!", "The final 23-man squad to travel to Uzbekistan will be announced on the 29th of May 2022.", "Thailand has been placed in Group C alongside 🇰🇷 South Korea, 🇻🇳 Vietnam, and 🇲🇾 Malaysia.#AFCU23 pic.twitter.com/pdajc39PW1", "— Thai League Central (@TL_Central) May 24, 2022", "Akhir sekali sekali, tiga penyerang iaitu Achitpol Keereerom (FC Augsburg, Jerman), Marcel Sieghart (SC Olching, Jerman) dan Sittichok Paso (FC Ryukyu, Jepun) menggenapkan senarai 10 pemain luar negara yang disenaraikan itu.", "Manakala baki 20 pemain lain adalah daripada saingan domestik mereka sendiri.", "Baca: Pemain LaLiga, Lee Kang-In Disenaraikan Juara Bertahan Republik Korea", "Difahamkan, skuad yang dibimbing oleh Worrawoot Srimaka ini akan menyisihkan tujuh pemain daripada senarai ini. Hanya 23 pemain sahaja akan dipilih untuk diterbangkan ke Uzbekistan bagi mengharungi saingan Kumpulan C yang terdiri daripada Vietnam B-23, Malaysia B-23 dan Republik Korea B-23.", "Thailand akan membuka kempen Piala Asia B-23 dengan menentang Vietnam (2 Jun) diikuti dengan Malaysia (5 Jun) dan Republik Korea (8 Jun)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110905/", "headline": "\nKami Mempunyai Banyak Peluang Tetapi Hanya Jaringkan 2 Gol – Jurulatih Pohang\n", "content": ["Biarpun Pohang Steelers mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi keempat peringkat Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021, ketua jurulatihnya, Kim Gi-dong meluahkan sedikit kekecewaan.", "Jurulatih berusia 49 tahun itu sedikit kecewa akan jentera serangannya yang tidak menyudahkan banyak peluang yang terhidang.", "Justeru, perkara tersebut berada dalam perhatiannya untuk diperbaiki bagi mengharungi baki dua perlawanan bertemu Ratchaburi dan Nagoya Grampus selepas daripada ini.", "“Kami mempunyai banyak peluang tetapi (hanya) menjaringkan dua gol dan kami perlu perbaiki perkara ini.” katanya seperti dipetik daripada laman rasmi AFC.", "Bagaimanapun, secara keseluruhan beliau memuji persembahan yang diberikan oleh anak-anak buahnya walaupun berhadapan dengan sedikit kelesuan dan keletihan ekoran tidak mendapat rehat yang mencukupi.", "Pada masa yang sama, Kim yang merupakan bekas pemain skuad kebangsaan suatu masa dahulu menyatakan JDT yang dimbimbing oleh Benjamin Mora turut memberikan tentangan yang sengit.", "Sementara itu, Mora mengakui Pohang merupakan sebuah pasukan yang bagus dan tersusun serta mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi asia ini.", "“Mereka beraksi di dalam saingan K-League dan mempunyai sejarah di dalam pertandingan ini selaku juara sebanyak tiga kali,” ujar Mora.", "Kemenangan Pohang ke atas JDT memberikan pasukan berpangkalan di Republik Korea itu mengumpul sembilan mata dan menduduki tangga kedua Kumpulan G.", "Untuk perlawanan seterusnya, Pohang dijadualkan bertemu wakil Thailand, Ratchaburi pada hari ahad nanti.", "Featured Image: AFC Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215273/", "headline": "\nPemain Berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal Sertai Pasukan MLS Next Pro\n", "content": ["Pemain kelahiran Amerika Syarikat yang mempunyai darah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal bakal mengharungi saingan bola sepak musim 2022 dengan menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan MLS Next Pro – liga simpanan kepada Major League Soccer (MLS).", "Dimaklumkan, pemain tengah berusia 23 tahun ini telah menjadi milik pasukan simpanan, St. Louis City 2 untuk mengharungi saingan MLS Next Pro yang akan bermula Mac kelak.", "Baca: FAM Sedia Menerima Mana-Mana Pemain Kacukan Berkualiti Termasuk Wan Kuzain", "Ecstatic to be staying home and coming back to where it all started. Let’s work! @stlCITYsc 🙌🏼 https://t.co/toqTvgB5QI", "Menurut kenyataan kelab, pasukan simpanan ini ditubuhkan untuk mempersiapkan jurulatih dan para pemain sebelum pasukan utama, St. Louis City menyertai kancah tertinggi bola sepak negara Uncle Sam, MLS pada tahun 2023 kelak.", "Sebelum ini, Kuzain pernah menyertai pasukan yang beraksi dalam kancah MLS iaitu Sporting Kansas City. Ketika itu, namanya pernah ‘meletup’ setelah menghasilkan jaringan sulung bertemu Minnesota United pada tahun 2018.", "Kemudiannya, khidmatnya dilepaskan oleh Sporting Kansas City dan Kuzain berhijrah dengan menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan USL Championship iaitu Rio Grande Valley FC atau dikenali sebagai RGV Toros pada 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219823/", "headline": "\nSelangor FC Lancar Red Giants Care\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Selangor, Selangor FC hari ini ingin mengumumkan pelancaran Red Giants Care, sebuah inisiatif yang tertumpu kepada perancangan dan pelaksanaan program-program kebajikan dan komuniti (Corporate Social Responsibility, CSR) di Selangor.", "Inisiatif ini amat penting bagi mewujudkan sebuah organisasi yang bukan sahaja cakna dalam pembangunan bola sepak negeri, malah turut menitikberatkan tanggungjawab sosial kepada rakyat Selangor, khususnya golongan masyarakat yang kurang bernasib baik dan yang paling memerlukan.", "Sebelum ini SFC telah menjayakan beberapa program CSR seperti tabung sumbangan kebajikan bekas pemain, ‘Rice Bucket Challenge’ sempena World Food Day bersama The Lost Food Project dan jualan amal COVID-19 untuk membantu penyokong Selangor yang terkesan akibat pendemik berkenaan, namun dengan wujudnya Red Giants Care, usaha-usaha kebajikan tersebut kini mampu diperluaskan dan dibawa ke tahap yang lebih tinggi.", "Antara program-program yang bakal diperkenalkan di bawah inisiatif Red Giants Care adalah seperti sesi latihan bola sepak akar umbi percuma untuk warga Selangor, sesi pemerkasaan komuniti bola sepak setempat, aktiviti pengurusan dan penjagaan alam sekitar, pendidikan percuma mengenai ilmu bola sepak, program bola sepak warga istimewa serta program-program kemasyarakatan yang lain.", "Presiden Selangor FC, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyatakan kegembiraan baginda dengan kewujudan Red Giants Care dan membayangkan entiti ini bakal mendekatkan lagi SFC dengan penyokong-penyokongnya.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr.Johan Kamal Hamidon, Red Giants Care adalah lambang komitmen Selangor FC dalam memberi semula sesuatu kepada rakyat Selangor khususnya warga bola sepak Selangor.", "“Antara visi dan misi utama Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj apabila menubuhkan Selangor FC adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan penyokong-penyokongnya serta memahami kesusahan yang dilalui mereka, terutamanya golongan masyarakat yang kurang bernasib baik di negeri ini”. ", "“Dengan pelancaran Red Giants Care, kini usaha-usaha murni tersebut boleh diberi penekanan dan diuruskan dengan lebih baik dan cekap. Red Giants Care adalah simbolik kepada usaha kelab bola sepak ini untuk memberi semula sesuatu kepada komuniti bola sepak Selangor, jelas Dr. Johan.", "Untuk program sulungnya, Red Giants Care akan melancarkan Program Infaq Tilapia Ramadan, sebuah program pengumpulan dana bagi membantu golongan yang memerlukan sempena bulan Ramadan pada tahun ini.", "Program ini bakal menyaksikan Red Giants Care mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung derma untuk menyediakan juadah berbuka dalam bentuk sumbangan ikan tilapia segar kepada beberapa pusat tahfiz dan rumah anak-anak yatim terpilih di negeri Selangor.", "Ikan tilapia adalah sumber protein yang baik untuk diet seimbang, namun kerana harganya yang tinggi di pasaran membuatkan ia sukar untuk dinikmati oleh golongan yang tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik. Melalui usaha ini, golongan sasar yang tinggal di rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz diberi peluang untuk berbuka puasa dengan hidangan ikan tilapia.", "Bagi para penyokong yang berminat untuk melakukan infaq dan sedekah pada bulan yang mulia ini, anda boleh menyalurkan derma anda di pautan ini: PROGRAM INFAQ TILAPIA RAMADAN"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113963/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Yew Sin-Ee Yi Tumpas Lagi Di Tangan Beregu No.1 Dunia ‘The Minions’\n", "content": ["Hasrat peminat untuk melihat pasangan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk mencipta kemenangan sulung ke atas beregu nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo masih belum kesampaian.", "Pertembungan antara kedua-dua pasangan di peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Indonesia pada hari ini menyaksikan Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur tumpas sekali lagi kepada Marcus-Kevin.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)MD – Quarter final 🇮🇩Marcus Fernaldi GIDEON🏅14 21 21 🇮🇩Kevin Sanjaya SUKAMULJO🏅21 14 16 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 52 minutes https://t.co/fwHC986pgJ", "Biarpun memberikan saingan yang sengit, Marcus-Kevin tetap berhasil meraih kemenangan dengan keputusan 21-14, 14-21 dan 21-16 dalam tempoh yang hampir memakan masa satu jam.", "Kekalahan ini sekaligus menamatkan perjalanan Yew Sin-Ee Yi di kejohanan Terbuka Indonesia kali ini.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketujuh antara kedua-dua pasangan dan Marcus-Kevin berjaya melebarkan rekod kemenangan 7-0 ke atas Yew Sin-Ee Yi.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324816/", "headline": "\nKim Pan-gon: Natxo Tidak Bersedia Untuk Beraksi, Feroz Cedera Hamstring\n", "content": ["Dua pemain johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Natxo Insa dan Feroz Baharudin terpaksa dilepaskan daripada kem latihan pusat ekoran masalah kecederaan.", "Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengesahkan perkara itu menerusi satu siaran media yang dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.", "Jurulatih berusia 54 tahun itu menjelaskan pemain tengah kelahiran Sepanyol, Natxo didapati tidak bersedia untuk beraksi pada kedua-dua perlawanan menentang Kepulauan Solomon (14 Jun) dan Papua New Guinea (20 Jun) dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 setelah pemantauan harian dilakukan oleh doktor dan ahli fisioterapi pasukan.", "Siaran Media: Natxo, Feroz Dilepaskan Dari Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya", "▶️ Baca kenyataan penuh daripada ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon di https://t.co/DhwiII8IHw#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/POpURqnANx", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 16, 2023", "Sementara itu, Feroz pula yang diturunkan dalam perlawanan menentang Kepulauan Solomon pada Rabu lalu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) terpaksa dikeluarkan pada minit ke-44 kerana mengalami kecederaan hamstring.", "“Sudah tentu sebagai jurulatih, saya sedikit terkilan kerana tidak dapat menguji sepenuhnya kedua-dua pemain tersebut pada jendela hari perlawanan FIFA kali ini tetapi pada masa yang sama berasa sedih atas kecederaan dialami oleh Natxo dan Feroz.” kata jurulatih kelahiran Korea terbabit.", "Difahamkan dengan ketiadaan pemain berusia 37 dan 23 tahun masing-masing itu, Pan-gon akan meneruskan kem latihan pusat dengan baki 24 pemain termasuk Shahrel Fikri dan Nooa Laine bagi menghadapi Papua dari benua Oceania yang menghuni ranking ke-159 dunia.", "Dalam kenyataan yang sama, Pan-gon berharap kedua-dua pemain tersebut sembuh dengan cepat dan dapat beraksi dalam saingan domestik bersama skuad berjulukan Harimau Selatan seterusnya kembali cergas untuk dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya akan datang.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323090/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Belanda: Kisona, Samuel Tersekat Di Pusingan 32\n", "content": ["Tiada lagi wakil Malaysia yang beraksi dalam kejohanan Siri Antarabangsa Belanda 2023 selepas Samuel Lee dan Kisona Selvaduray tersekat di Pusingan 32.", "Samuel yang berjaya melepasi tiga perlawanan peringkat kelayakan tumpas di Pusingan 32 di tangan pemain Bulgaria yang menghuni ranking ke-219 dunia, Dimitar Yanakiev.", "Dalam perlawanan terbabit, Samuel tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-15 dan 7-21 dalam tempoh 46 minit permainan.", "Sementara itu, Kisona yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan pula turut menerima nasib yang sama tumpas kepada pemain India yang berada di ranking ke-353 dunia, Tara Shah.", "Pertarungan tersebut menyaksikan Kisona yang kini bergerak sebagai pemain bebas (independent) tumpas secara “straight set” dengan skor 21-23 dan 13-21 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.", "Kedua-dua kekalahan ini sekaligus menutup penglibatan wakil Malaysia dalam kejohanan BWF bergred 3 ini.", "Sebagai rekod, kejohanan yang sama pada tahun lalu menyaksikan dua perseorangan wanita negara, Myisha Mohd. Khairul dan Siti Nurshuhaini Azman mara ke perlawanan akhir sebelum bergelar juara dan naib juara masing-masing.", "Fearured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215015/", "headline": "\nMei Xing-Anna Cheong Muncul Juara Saingan Antarabangsa Syed Modi 2022\n", "content": ["Beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berjaya merekodkan kejuaraan sulung pada tahun ini dengan memenangi Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-138 dunia ini muncul juara dengan mengalahkan beregu India, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela di perlawanan akhir, sebentar tadi.", "RESULTS: #SyedModi2022FINAL#MAS 🇲🇾 Anna Cheong-Teoh Mei Xing(8) def. #IND🇮🇳 Gayatri Pullela-Jolly Treesa 21-12 21-13*Anna-Mei Xing sealed their first title this year against India pairs. Congratulations ladies!#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/XcrEW4f8HT", "Pemain negara yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing ini meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-12 dan 21-13. ", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan pertama di kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 diraih oleh pasangan yang digandingkan bersama sejak Oktober 2021 lalu.", "Sebagai rekod, tahun lalu, gandingan Mei Xing-Anna Cheong merangkul kejuaraan pertama mereka dengan memenangi Terbuka Czech. Selain itu, mereka juga muncul naib juara Terbuka Scotland."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207053/", "headline": "\nGaya Marcelo Bielsa Bercangkung Di Tepi Padang Tarik Perhatian Ramai\n", "content": ["Selepas 16 tahun, Leeds United membuat kemunculan kembali dalam saingan utama bola sepak England iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL), sabtu lalu.", "Lawan pertama mereka adalah juara bertahan, Liverpool. Bagaimanapun skuad kendalian Marcelo Bielsa ini tewas dengan jaringan 4-3 di Stadium Anfield.", "Walaupun tewas, corak permainan Leeds high pressing dan possesion footbal telah mendapat pujian ramai penyokong dan peminat bola sepak. ", "Dapat dilihat dengan jelas Liverpool ‘kesakitan’ terlebih dahulu di atas padang sebelum bangkit meraih kemenangan.", "🙌 Championship or Premier League, @Cli5hy is scoring goals! pic.twitter.com/IhaDJie9yP", "Selain corak permainan yang diterapkan oleh Bielsa terhadap skuad dengan julukan The Whites itu, terdapat satu lagi perkara yang menarik perhatian ramai dalam perlawanan tersebut.", "Perkara tersebut adalah gaya Bielsa bercangkung di tepi padang memerhatikan anak-anak buahnya semasa perlawanan menentang Liverpool menjadi buah mulut ramai terutamanya di internet.", "Rata-rata melahirkan rasa kagum bagaimana seorang lelaki berumur pertengahan 60 tahun mampu melakukan ‘squat’ hampir 90 minit permainan tanpa letih dan kejang.", "Kami kongsikan beberapa tweets daripada pengguna Twitter yang memberikan reaksi terhadap gaya Bielsa bercangkung, pada pautan di bawah:", "I don’t know what’s more impressive about Bielsa, his coaching ability or his ability to squat for long periods of the game, at 65 years of age. pic.twitter.com/1PtWJOISRc", "Forget Bielsa ball, Bielsa Press and all that… Bielsa Squat is more interesting than all that pic.twitter.com/oYt8roXakg", "What’s impressed me the most this game is how fast Bielsa can get up after being in the squat position for so long", "The impressive thing for me is that Bielsa can squat without ripping up his trousers https://t.co/txckwj7WZb", "Being 60+ and squatting like that for infinite times in a span of 90 minutes is something for which this man should be appreciated too 😁What a game ! Well deserved squats and looking forward to more!#LIVLEE #Bielsa pic.twitter.com/RUPFpJN8hh", "Mengulas mengenai kekalahan perlawanan pembukaan tersebut, Bielsa mengatakan pasukannya berjaya mengekang Liverpool daripada mempamerkan corak permainan kebiasaannya.", "Namun di penghujung perlawanan, berdasarkan analisis, Bielsa mengakui Liverpool merupakan sebuah pasukan yang hebat dan mereka berhak memenangi perlawanan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208363/", "headline": "\nJurang Besar Portugal & Malaysia, MVP Seperti Safawi Perlu Ikuti Program Khas\n", "content": ["Penyerang sayap, Safawi Rasid merupakan pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak dua kali berturut-turut untuk tahun 2018 dan 2019.", "Kehebatannya tidak perlu dipertikaikan lagi, sejak melakukan debut bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada januari 2017, pemain berusia 23 tahun ini telah merekodkan 47 gol dan 18 bantuan gol.", "Ogos lalu, Safawi melengkapkan perpindahannya ke pasukan Portimonense SC yang beraksi dalam saingan Liga Premeira, Portugal secara pinjaman.", "Safawi has been an excellent servant to the Southern Tigers since his debut on 27 January 2017. The 23-year-old has made 101 appearances for JDT, notching 47 goals and 18 assists.[2/3]", "Setelah hampir dua bulan di sana, Safawi masih belum mempunyai rezeki untuk melakukan debutnya. ", "Pencapaian terbaiknya setakat ini hanyalah tersenarai dalam skuad 18 pemain pada hari perlawanan menentang kelab gergasi, FC Porto.", "Ini bukanlah suatu kepelikan memandangkan Liga Portugal dan Liga Malaysia sememangnya mempunyai jurang yang besar dalam segala aspek.", "TMJ: Peminat Perlu Faham Safawi Bersaing Dengan Pemain Dari Negara Ranking Tinggi https://t.co/0pH0jBdgh0 pic.twitter.com/O3Uhvk3Xe3", "Baca: Peminat Perlu Faham Safawi Bersaing Dengan Pemain Dari Negara Ranking Tinggi", "Safawi yang merupakan pemenang anugerah MVP dua kali berturut-turut, yang terbukti kehebatannya masih tidak mencapai tahap fizikal dan tahap kecergasan yang diperlukan di Liga Portugal.", "Disebabkan itu, Safawi masih tidak berpeluang untuk melakukan debut sehingga hari ini malahan dia perlu menjalani satu program khas untuk mencapai tahap yang diperlukan.", "Peminat Letak Harapan Terlalu Tinggi Terhadap Safawi – Bekas Penyerang Angers https://t.co/edzSj26wKH pic.twitter.com/9pLKgTcWZk", "Baca: Peminat Letak Harapan Terlalu Tinggi Terhadap Safawi – Bekas Penyerang Angers", "“Ketika ini saya menjalani latihan seperti biasa malah kelab menyediakan program khas untuk saya supaya dapat membentuk fizikal serta kekuatan seperti pemain eropah,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.", "Namun, Safawi masih tenang menantikan peluang untuk diberikan debut oleh ketua jurulatihnya, Paulo Sergio. Dia kekal positif untuk terus meraih kepercayaan Paulo dengan meningkatkan prestasinya dalam sesi latihan dari semasa ke semasa.", "Mempercayai masanya akan tiba kelak, Safawi sempat memohon penyokong-penyokong bola sepak di Malaysia tidak meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk melihatnya diturunkan bermain dalam masa terdekat.", "Featured Image: Portimonense Futebol SAD"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325218/", "headline": "\nRanking BWF: Tsuneyama, Antonsen Tolak Zii Jia Ke No.16 Dunia\n", "content": ["Kedudukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus menunjukkan penurunan buat minggu kelima berturut-turut.   ", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini mengesahkan pemain berusia 25 tahun tersebut jatuh dua anak tangga berbanding pada minggu lalu. Ianya susulan dipintas pemain Jepun dan Denmark, Kanta Tsuneyama dan Anders Antonsen yang kini menghuni tangga ke-14 dan ke-15 masing-masing.", "Kejatuhan itu meletakkan juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2021 di tangga ke-16 dunia pada minggu ini dengan mempunyai 53,156 mata yang terkumpul.", "Sementara itu, Tsuneyama dan Antonsen pula mempunyai kutipan 54,271 dan 54,040 mata masing-masing. ", "Kemaskini yang sama turut menyaksikan tiada perubahan melibatkan kedudukan Ng Tze Yong dan Cheam June Wei yang kekal di tangga ke-21 dan ke-41 dunia masing-masing. ", "Namun begitu, Leong Jun Hao pula mencatatkan kenaikan tiga anak tangga dan menghuni ranking ke-54 dunia. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324182/", "headline": "\nMalaysia Masters: Wei Chong-Kai Wun Muncul Naib Juara Super 500\n", "content": ["Beregu badminton lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menamatkan saingan Malaysia Masters 2023 dengan gelaran naib juara setelah tumpas kepada pasangan Korea dalam perlawanan akhir di Axiata Arena, sebentar tadi.", "Wei Chong-Kai Wun yang julung kalinya mara ke perlawanan akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 tumpas kepada Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae menerusi tiga set permainan berskor 21-15, 24-22 dan 19-21 dalam tempoh masa 80 minit permainan.", "Untuk makluman, ini pertemuan sulung Wei Chong-Kai Wun menentang Min-hyuk dan Seung-jae di pentas antarabangsa.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – Final 🇰🇷KANG Min Hyuk🏅21 22 21 🇰🇷SEO Seung Jae🏅 🇲🇾MAN Wei Chong15 24 19 🇲🇾Kai Wun TEE", "— BWFScore (@BWFScore) May 28, 2023", "Walaupun tumpas, Wei Chong-Kai Wun akan meraih 7,800 mata untuk dimasukkan dalam pengiraan ranking dunia. Selain itu, selaku naib juara, mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah AS$15,960 atau bersamaan sekitar RM73,000.", "Manakala bagi gandingan Korea yang menghuni ranking ke-16 dunia tersebut, kemenangan ini menjadikan mereka berhasil merangkul kejuaraan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 buat kali kedua selepas memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Korea pada tahun lalu.", "Untuk makluman, Wei Chong-Kai Wun akan berehat selama seminggu sebelum menyertai kejohanan Jelajah Dunia BWF seterusnya iaitu Terbuka Singapura yang bertaraf Super 750.", "Beregu pertama yang akan dihadapi mereka di kejohanan terbabit ialah Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel dari Jerman.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202325106/", "headline": "\nLelaki Sepanyol Cipta Rekod Dunia Lari 100m Terpantas Guna Kasut Tumit Tinggi – 12.82s\n", "content": ["Seorang lelaki di Sepanyol yang bernama Christian Roberto Lopez Rodriguez muncul sebagai Pelari 100 Meter (m) Terpantas Menggunakan Kasut Tumit Tinggi. Rekod tersebut diakui oleh Guinness World Record (GWR) selepas Christian yang berusia 34 tahun menyudahkan lariannya dengan catatan masa 12.82s.", "Catatan masa itu sekaligus meleburkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh pelari Jerman, Andre Ortolf iaitu 14.02s dilakukan pada tahun 2019.", "Menariknya, biarpun dilihat sukar dan mencabar untuk berlari menggunakan kasut sedemikian, menerusi video yang dikongsikan oleh GWR, Christian berjaya menyempurnakan lariannya dengan cemerlang tanpa tunggang-langgang apatah lagi jatuh. ", "A post shared by Guinness World Records (@guinnessworldrecords)", "Untuk pengetahuan semua, pelari yang ingin melakukan percubaan bagi rekod ini perlu memakai kasut tumit tinggi jenis stiletto dengan tumit berketinggian sekurang-kurangnya 7 sentimeter (cm) dan lebar tapak tumit tidak melebihi 1.5cm.", "Difahamkan, Christian turut melakukan percubaan ini sebagai bukti bahawa penghidap penyakit diabetes tahap 1 sepertinya boleh melakukan banyak perkara atau lebih berbanding individu tanpa diabetes.", "Sebagai tambahan, ini bukanlah satu-satunya rekod dunia yang dipegang oleh Christian terutamanya dalam larian 100m. Antara rekod lain dipegangnya adalah Larian 100m Terpantas Tutup Mata (12.45s), Larian 100m Terpantas Menggunakan Terompah (12.58s), Larian 100m Terpantas Mengundur (13.17s) dan banyak lagi yang berjumlah 57 rekod kesemuanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322372/", "headline": "\nNg Tze Yong Belum Pernah ‘Pecah Telur’ Lawan Li Shi Feng\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 selepas menumpaskan juara bertahan, Viktor Axelsen pada Pusingan 16, tengah malam tadi.", "Kemenangan itu membawanya bertemu dengan pemain China yang menduduki ranking ke-14 dunia, Li Shi Feng bagi merebut tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 1000 ini.", "Bercakap mengenai pertembungan ini, Tze Yong mempunyai rekod yang buruk menentang pemain berusia 23 tahun ini di pentas antarabangsa. ", "Berdasarkan rekod pertemuan, Tze Yong sudah pernah bertemu Shi Feng sebanyak empat kali dan keempat-empat pertemuan itu berakhir dengan kekalahan.", "Empat pertemuan terbabit berlangsung di Kejohanan Badminton Asia Remaja 2017 (20-22, 15-21), Kejohanan Berpasukan Campuran Dunia Remaja 2018 (7-21,19-21), Terbuka HYLO 2022 (12-21, 14-21) dan Terbuka India 2023 (19-21, 14-21).", "Jika diamati, Tze Yong turut menanggung kekalahan secara “straight set” dalam keempat-empat pertemuan itu.", "Pada masa yang sama, Shi Feng juga berada dalam prestasi terbaiknya bersandarkan kepada dua kejohanan yang disertainya baru-baru ini.", "Untuk makluman semua, Shi Feng masih segar dengan kejayaannya mara ke perlawanan akhir Terbuka Jerman pada minggu lalu selain mara ke peringkat separuh akhir saingan Princess Sirivannavari Thailand Masters yang berlangsung sekitar awal Februari lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand & Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218667/", "headline": "\nLuis Suarez Kembali Beraksi Di Negara Kelahirannya, Uruguay Selepas 16 Tahun\n", "content": ["Selepas 16 tahun beraksi bersama pelbagai kelab di benua eropah, penyerang prolifik, Luis Suarez kembali ke negara kelahirannya, Uruguay.", "Penyerang berusia 35 tahun ini mengumumkan secara rasminya menyertai kelab zaman remajanya, Club Nacional de Football menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, pada hari ini.", "Difahamkan, dia menandatangani kontrak berjangka masa pendek bersama Nacional selaku pemain berstatus ejen bebas (free agent) setelah kontraknya tamat bersama Atletico Madrid.", "Official, completed. Luis Suárez has signed the contract as new Nacional player, back to Uruguay where it all started 🚨🔫🇺🇾 #SuarezEnNacional", "Here we go @Nacional ✅ pic.twitter.com/J5yKNjdzMP", "— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 27, 2022", "Untuk makluman, Suarez memulakan karier bola sepak seniornya bersama Nacional pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun. Selepas beraksi selama semusim, dia berhijrah ke benua eropah dengan menyertai FC Groningen dalam saingan Liga Belanda.", "Kemudiannya, pemain yang mendapat julukan EL Pistolero menyambun kariernya dengan beraksi bersama Ajax, Liverpool, Barcelona dan akhir sekali Atletico Madrid.", "Sepanjang beraksi bersama lima buah kelab di eropah ini, Suarez telah merekodkan 436 gol serta 238 bantuan gol. Rekod ini membantunya memenangi pelbagai gelaran bersama kelab-kelab tersebut termasuk Piala Dunia Kelab, Liga Juara-Juara UEFA, La Liga, Eredivisie dan banyak lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323113/", "headline": "\nKaedah Latihan Simulasi Video Banyak Membantu Kami – Aaron Chia\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengakui kaedah latihan menggunakan simulasi video banyak membantu mereka menjelang kejohanan yang akan datang.", "Mengulas lebih lanjut, Aaron merasakan kaedah latihan tersebut merupakan sesuatu pendekatan yang baharu dan membantu dalam mengenalpasti kelemahan mereka ketika dalam perlawanan.", "“Saya rasa latihan tersebut sesuatu yang bagus tetapi saya tak boleh cakap terlalu banyak (mengenai latihan tersebut) atas dasar privasi.” ", "“Sepertimana yang diberitahu Coach Rexy (Mainaky), latihan ini boleh mengajar kami untuk memperbaiki kesilapan yang kami lakukan. Saya fikir (latihan ini) merupakan pendekatan yang baharu.” ujar Aaron di hadapan pengamal media selepas sidang media Perodua Malaysia Masters 2023. ", "Sebelum ini, Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky mendedahkan beregu utama lelaki dan wanita negara, Aaron-Wooi Yik dan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan akan menjalani latihan simulasi video sebagai rutin tambahan kepada latihan sedia ada. ", "Latihan ini diwujudkan selepas prestasi kurang memuaskan melibatkan kedua-dua beregu dalam kejohanan sebelum ini. ", "Prestasi Aaron-Wooi Yik mengundang kritikan umum apabila terkandas dalam tiga kejohanan di eropah; Terbuka Jerman, All-England dan Terbuka Swiss pada bulan Mac lalu.", "Manakala, Pearly-Thinaah pula beraksi baik di Terbuka Jerman namun mengikut jejak langkah yang sama di dua kejohanan berikutnya.", "Sejauh mana hasil latihan simulasi video terhadap kedua-dua gandingan negara ini akan dapat dilihat para peminat dalam beberapa kejohanan besar yang terdekat seperti Kejohanan Badminton Asia (BAC), Piala Sudirman dan Malaysia Masters."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323986/", "headline": "\nMalaysia Masters: Ghairah Menyerang Punca Jun Hao Berputih Mata\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mengakui keghairahannya untuk bermain secara lebih menyerang ternyata mengundang padah buat dirinya apabila tewas kepada perseorangan lelaki Chinese Taipei, Chi Yu-Jen dalam aksi peringkat kelayakan Malaysia Masters 2023, hari ini. ", "Tambah Jun Hao, perubahan taktikal pihak lawan di set kedua dan ketiga turut menganggu corak permainannya selain daripada faktor angin dan bulu tangkis yang menjadi faktor penurunan prestasi pada set kedua dan ketiga.", "“Dalam set kedua dan ketiga, dia ada tukar corak permainan dan saya agak bernafsu untuk cari ‘tuning’ tetapi bulu tangkis agak perlahan. Mungkin sebab kurang peredaran udara di dalam gelanggang.”", "“Jadi, saya semakin tidak sabar untuk menyerang. Oleh sebab itu, saya banyak kehilangan mata dan saya kalah,” ujar Jun Hao ketika ditemuramah wartawan selepas perlawanan menentang Yu-Jen. ", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMS – Qual. R1620 21 21 CHI Yu Jen🏅22 19 11 🇲🇾LEONG Jun Hao", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Jun Hao tewas di tangan Yu-Jen biarpun mendahului pada set pertama dengan skor 22-20, 19-21 dan 11-21 dalam tempoh 71 minit perlawanan berlangsung. ", "Jun Hao yang baru pulang dari Kemboja tidak menafikan sedikit keletihan selepas membawa pulang gangsa di Sukan SEA 2023 tetapi tidak meletakkannya sebagai alasan kepada kekalahannya hari ini kerana sudah menjadi lumrah kalender badminton untuk mempunyai jadual yang padat. ", "Ketika di Kemboja, Jun Hao dan Lee Shun Yang berkongsi pingat gangsa selepas tewas kepada lawan masing-masing dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo dan Christian Adinata di peringkat separuh akhir. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323353/", "headline": "\nNorza, Kenny Sertai Kepimpinan Baharu Badminton Asia Sehingga 2027\n", "content": ["Peminat dan pengikut badminton tanah air boleh meraikan satu perkhabaran gembira dari Dubai apabila dua figura besar dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengisi barisan kepimpinan baharu badan induk sukan berkenaan di rantau asia.", "Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikongsikan pelbagai platform media sosial rasmi BAM pada Sabtu lalu.", "Barisan kepimpinan baharu itu menyaksikan Presiden BAM, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria dan Setiausaha Agung BAM, Dato’ Kenny Goh Chee Keong telah dipilih sebagai Presiden Kehormat dan Setiausaha Agung Badminton Asia (BA).", "TAN SRI DR NORZA ZAKARIA APPOINTED AS @Badminton_Asia HONORARY PRESIDENT", "Badminton Asia today announced the appointment of Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria as its Honorary President. ", "Read in FULL➡️ https://t.co/yySZclRbiK pic.twitter.com/jpn3ZwqTMV", "— BAM (@BA_Malaysia) April 29, 2023", "Jawatan Presiden Kehormat menjadi milik Norza setelah Presiden BA yang baharu, Kim Jong Soo mengumumkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). Difahamkan, perlantikan itu mendapat sokongan tidak berbelah bahagi para perwakilan dan barisan kepimpinan BA.", "Untuk makluman, perlantikan ini menjadikan Norza individu pertama Malaysia menyandang jawatan terbabit dan ianya dilihat mampu memberikan sumbangan dalam meningkatkan lagi kualiti sukan badminton di rantau asia. ", "Sementara itu, Kenny menjawat jawatan Setiausaha Agung BA selepas memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut. Beliau mengisi jawatan itu menggantikan Moosa Nashid dari Maldives.", "Sebagai tambahan, kedua-dua figura BAM ini akan berkhidmat untuk BA pada penggal ini yang bertempoh sehingga tahun 2027. ", "Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218663/", "headline": "\nJDT Umum Jurulatih Kelahiran Argentina, Hector Bidoglio Sebagai Pengganti Benjamin Mora\n", "content": ["Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menunggu lama untuk mengumumkan kedatangan ketua jurulatih yang baharu selepas berpisah dengan Benjamin Mora, semalam.", "Menerusi pengumuman di pelbagai laman sosialnya pada hari ini, seorang individu kelahiran Rosario, Argentina yang berusia 54 tahun, Hector Bidoglio menjadi ketua jurulatih baharu mereka berkuat kuasa serta merta.", "Walaupun lahir di Argentina, Hector merupakan pemain skuad kebangsaan Venezuela dimana dia sempat tampil sebanyak 23 kali bersama pasukan ini sekitar tahun 1999 hingga 2000.", "Johor Darul Ta'zim FC are pleased to announce former Venezuelan international Hector Bidoglio as the new Southern Tigers head coach effective immediately.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 28, 2022", "Bercakap mengenai karier kejurulatihannya, Hector mula menjadi penolong ketua jurulatih di sebuah kelab yang tidak kurang terkenalnya dalam dunia bola sepak iaitu Newell’s Old Boys.", "Pada tahun 2018, dia dilantik sebagai ketua jurulatih kelab berkenaan sebelum berhijrah ke kelab yang berpangkalan di Peru dan Ecuador.", "Menurut makluman daripada skuad Harimau Selatan, selain daripada menimba ilmu di pelbagai kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, Hector juga turut berguru dengan pengurus tersohor iaitu Marcelo Bielsa ketika bersama-sama dalam skuad kebangsaan Chile pada tahun 2009.", "Dengan perlantikan ini, Hector akan mengemudi JDT untuk mengharungi baki saingan Liga Super, peringkat separuh akhir Piala Malaysia, pusingan kalah mata Liga Juara-Juara AFC dan saingan Piala Malaysia pada penghujung musim ini.", "Featured Image: Newell’s Old Boys & JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113967/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Tumpas, Tiada Beregu Lelaki Negara Mara Separuh Akhir\n", "content": ["Tiada aksi daripada pasangan beregu lelaki Malaysia di peringkat separuh kejohanan Terbuka Indonesia 2021. Ini kerana selepas Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tumpas, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin turut mengulangi keputusan yang sama di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Sze Fei-Izzuddin turun menentang pasangan beregu India yang menghuni ranking ke-11 dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty tewas ‘straight set’ dengan pungutan mata 19-21 dan 19-21 dalam masa 43 minit.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)MD – Quarter final 🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅21 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅19 19 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 43 minutes https://t.co/XXgcnb0WRA", "Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kali keenam melibatkan kedua-dua pasangan ini. Namun, keputusan yang direkodkan pada hari ini menjadikan Satwiksairaj-Chirag melebarkan rekod kemenangan kepada 5-1 mengatasi Sze Fei-Izzuddin.", "Walaupun tidak dapat mara ke peringkat seterusnya, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang sebanyak 6,600 mata hasil kemaraan sehingga ke peringkat suku akhir.", "Pengutan mata ini dijangka akan membantu Sze Fei-Izzuddin untuk meningkatkan kedudukan dalam ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada kemaskini berikutnya.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113669/", "headline": "\nSkuad Wanita Negara Raih Perak di Kejohanan Boling Dunia 2021\n", "content": ["Pasukan boling wanita negara berhasil muncul naib juara bagi ketegori berpasukan wanita dalam kejohanan boling dunia, IBF Super World Championships 2021 yang berlangsung di Dubai.", "Skuad wanita negara yang terdiri daripada Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Mohamed Roslan, Nur Syazwani Sahar dan Faten Najihah Ahmad Faik meraih pingat perak selepas tumpas kepada Amerika Syarikat pada perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Pasukan wanita Amerika Syarikat muncul juara selepas memenangi pusingan penentuan dengan skor 40-38. Sebelum itu, Malaysia berhasil memenangi pusingan pertama dengan skor 190-170 namun Amerika Syarikat bangkit memenangi pusingan kedua dengan skor 215-171.", "Untuk makluman semua, skuad wanita negara mara ke pentas final selepas menumpaskan Filipina dan Jerman di peringkat separuh akhir dan suku akhir masing-masing.", "Sementara itu, skuad berpasukan lelaki negara yang dibarisi oleh Muhammad Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam dan Muhammad Syazirol Shamsudin pula meraih pingat gangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324117/", "headline": "\nMalaysia Masters: Wei Chong-Kai Wun Uji ‘The Daddies’ Di Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun melakar satu pencapaian baharu dalam karier mereka apabila mara peringkat suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 buat julung kalinya.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-26 dunia ini melakar kemaraan tersebut setelah menumpaskan beregu lelaki No.1 Scotland, Alexander Dunn dan Adam Hall di peringkat Pusingan 16 saingan Malaysia Masters, sebentar tadi.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – R16 🇲🇾MAN Wei Chong🏅19 21 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅 🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿Alexander DUNN21 16 13 🏴󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿Adam HALL", "— BWFScore (@BWFScore) May 25, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Wei Chong-Kai Wun berjaya menumpaskan gandingan yang turut menghuni ranking ke-29 dunia itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 19-21, 21-16 dan 21-13 dalam tempoh masa hampir satu jam permainan.", "Bagaimanapun, cabaran besar menanti Wei Chong-Kai Wun di peringkat suku akhir kelak apabila terpaksa menghadapi gandingan berpengalaman dari Indonesia yang terkenal dengan julukan “The Daddies” iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.", "Pada petang tadi, Ahsan-Hendra yang kini berada di ranking keenam dunia melakar kemaraan ke peringkat suku akhir setelah menyingkirkan beregu Taiwan, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-14 dalam tempoh masa setengah jam sahaja.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – R16 🇮🇩Mohammad AHSAN🏅21 21 🇮🇩Hendra SETIAWAN🏅 LEE Jhe-Huei17 14 YANG Po-Hsuan", "— BWFScore (@BWFScore) May 25, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216341/", "headline": "\nPiala FA: Sri Pahang ‘Berhempas-Pulas’ Lawan Kelab Divisyen 3 Di Laman Sendiri\n", "content": ["Pasukan Liga Super, Sri Pahang FC hampir-hampir sahaja dikejutkan oleh kelab yang beraksi dalam saingan divisyen ketiga, Manjung City FC dalam Pusingan 1, Piala FA, semalam.", "Walaupun membariskan empat pemain import serta beberapa pemain senior, Sri Pahang yang dikendalikan oleh ketua jurulatih dari Perancis, Chritophe Gamel gagal menjaringkan sebarang gol dalam tempoh 90 minit permainan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.", "Sri Pahang FC taking the hardest path to advances to the next stage by winning out on Penalty Shootout.#sripahang #WhereLegendsAreBorn #extrajossmalaysia #jomngejossextrajosscergas #kalbemalaysia pic.twitter.com/MVxpVFfbBf", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) March 23, 2022", "Ianya terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan namun Sri Pahang tetap tidak dapat menghadirkan sebarang jaringan gol di dalam tempoh tersebut dan memaksa penentuan sepakan penalti dijalankan untuk mencari pemenang untuk mara ke peringkat seterusnya.", "Mujurlah Sri Pahang berhasil melepasi ‘ujian’ tersebut apabila penjaga gol import, Mamadou Samassa berjaya menepis percubaan kelima oleh pemain Manjung City sebelum Azwan Aripin menyempurnakan sepakan kelima sekaligus menghantar skuad Tok Gajah ke Pusingan 2 Piala FA.", "Featured Image: Sri Pahang FC / Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112857/", "headline": "\nSingapura Senaraikan 2 Pemain Liga Super Untuk Hadapi Piala AFF 2020\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) membuat persiapan awal dengan mengumumkan senarai awal 27 pemain bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan berlangsung hujung tahun ini di negara republik tersebut.", "Menariknya, daripada 27 pemain yang disenaraikan oleh ketua jurulatihnya, Tatsuma Yoshida, dua daripadanya merupakan pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super iaitu pertahanan, Safuwan Baharudin (Selangor) dan pemain tengah, Anumanthan (Kedah Darul Aman).", "Kedua-dua pemain ini sememangnya tidak merupakan tonggak utama bagi pasukan masing-masing. Bagaimanapun kelibat Safuwan bersama Selangor tidak begitu kerap dek masalah kecederaan.", "Selain daripada dua pemain tersebut, jurulatih kelahiran Jepun itu turut menyenaraikan 3 pemain lain yang beraksi di luar Singapura iaitu Irfan Fandi (BG Pathum), Zulfahmi Arifin (Sukhothai) dari saingan Liga Thailand dan Ikhsan Fandi (FK Jerv) yang beraksi di Norway.", "Menariknya, Singapura turut menyenaraikan pemain tengah naturalisasi, Song Ui-Young yang kini beraksi bersama Lion City Sailors dalam saingan Liga Singapura.", "Dimaklumkan, Singapura akan dipanggil untuk menyertai latihan berpusat bermula 25 Oktober nanti. Mereka turut merancang mengadakan perlawanan persahabatan dan kem latihan sebagai sebahagian daripada persiapan sebelum mengumumkan senarai akhir pada penghujung November.", "Untuk makluman semua, kejohanan dwitahunan melibatkan 10 pasukan di rantau asia tenggara ini akan bermula pada 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022 dengan Singapura dipilih sebagai tuan rumah.", "Featured Image: Selangor / Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217648/", "headline": "\nPerlawanan Tier 1: Pasukan Ke-191 Dunia Tumpas Kepada Harimau Malaya 4-0 \n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tiada masalah untuk merakamkan kemenangan ke atas Brunei Darussalam dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi. ", "Perlawanan yang turut berfungsi sebagai aksi pemanas badan sebelum mengharungi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 ini menyaksikan pasukan Malaysia bimbingan Kim Pan-gon berhasil merekodkan kemenangan dengan keputusan 4-0.", "Dua daripada jaringan tersebut hadir pada babak pertama menerusi Syafiq Ahmad (16’) dan Syamer Kutty Abba (45+1) yang berpunca daripada “assist” daripada  Ruventhiran Vengadeson dan Faisal Halim masing-masing.", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Jumaat, 27 Mei 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇧🇳 BRUNEI", "⚽️ Syafiq Ahmad 16' Syamer Kutty Abba 45' Faisal Halim 58' Guilherme de Paula 83' (P) #FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UmZmPdFOqq", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 27, 2022", "Sementara itu, babak kedua menyaksikan dua lagi jaringan menyusul. Penambahan jaringan itu hadir melalui Faisal Halim (58’) sebelum ianya ditambah oleh pemain gantian, Guilherme De Paula (83’).", "Kedudukan 4-0 itu berlanjutan sehingga wisel ditiup oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan pasukan di tangga ke-191 dunia bimbingan Rosanan Samak ini terpaksa akur tumpas tanpa sebarang jaringan.", "Untuk makluman semua, Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi perlawanan pemanas badan. Mereka akan turun menguji bekas pasukan bimbingan Pan-gon suatu masa dahulu, Hong Kong pada 1 Jun kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218272/", "headline": "\nKejuaraan B-19 AFF: Malaysia Langkah Kanan, Tundukkan Kemboja 2-1\n", "content": ["Skuad negara bawah 19 tahun (B-19) memulakan kempen Kejuaraan B-19 AFF 2022 dengan langkah kanan.", "Ini selepas skuad bimbingan Hassan Sazali Waras berhasil merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Kemboja dalam perlawanan sulung peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.", "Kemenangan tersebut hasil sumbangan jaringan oleh Najmuddin Akmal Kamal Akmal dan Haiqal Haqeemi Hairi pada babak pertama iaitu minit 13’ dan 30’ masing-masing.", "Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Selasa, 5 Julai 2022", "KEMBOJA 🇰🇭 1-2 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Chanvibol Davit 56'⚽️ Najmudin Akmal Kamal Akmal 13' Haiqal Haqeemi Hairi 30'", "Kredit Foto: AFF#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/e4eXAJnBkO", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 5, 2022", "Baca – Kejuaraan B-19 AFF: Separuh Akhir Sasaran Diletakkan FAM Buat Skuad Negara", "Manakala Kemboja pula sekadar mendapatkan satu jaringan saguhati menerusi Chanvibol Davit pada awal babak kedua iaitu minit 55’.", "Kemenangan ini juga membolehkan Malaysia membolot tiga mata pertama dalam saingan dwitahun anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) ini.", "Untuk perlawanan berikutnya, skuad negara akan berhadapan dengan pasukan dari negara seberang tambak, Singapura pada 7 Julai kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220004/", "headline": "\nBajet 2023: RM20 Juta Untuk Pembangunan Litar Drag – Buka Peluang Belia Terlibat Dalam Sukan Permotoran\n", "content": ["Menteri Kewangan, YB Datuk Seri Utama Zafrul Aziz mengumumkan sejumlah RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan litar drag.", "Perkara tersebut dimaklumkannya semasa pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama di Dewan Rakyat pada hari ini.", "Jelasnya, peruntukan untuk pembangunan ini bagi membuka peluang golongan belia terlibat dalam sukan permotoran di platform yang betul.", "RM20 jutaPembangunan Litar Drag bagi menggalakkan belia dalam sukan permotoran melalui platform yang tepat.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama", "— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) October 7, 2022", "Pengumuman ini selaras dengan makluman daripada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sekitar pertengahan Ogos lalu yang menjanjikan sekurang-kurangnya sebuah litar drag akan dibina di setiap negeri.", "Sebagai tambahan, Zafrul turut berkongsikan pada peringkat awal pembentangan bahawa bajet pada kali ini berjumlah RM372.3 bilion – terbesar dalam sejarah negara. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323167/", "headline": "\nKami Berminat Untuk Dapatkan Safawi Rasid – Tomislav\n", "content": ["Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner gembira dan berbesar hati sekiranya penyerang pinjaman Ratchaburi FC, Safawi Rasid dapat menyertai skuadnya pada jendela perpindahan kedua Liga Super nanti. ", "Jelas Tomislav, kehadiran pemain berkualiti seperti Safawi akan dapat memberikan sumbangan buat pasukan dan berada pada kelas yang tersendiri biarpun Terengganu sudah mempunyai beberapa pemain sayap. ", "“Sudah semestinya kami berminat untuk membawa masuk beberapa pemain terutamanya apabila kita bercakap mengenai pemain dengan kualiti seperti Safawi Rasid.”", "“Sekarang, dia (Safawi) pemain yang cukup berpengalaman dan walaupun kami memiliki beberapa pemain sayap, Safawi berada pada kelas yang tersendiri.” ujar Tomislav dalam sidang media selepas menentang Selangor FC. ", "Ura-ura kembalinya Safawi ke Liga Malaysia mulai timbul selepas situasi semasa tonggak kebangsaan itu dikongsi pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim dalam wawancara bersama media tempatan. ", "Safawi bukanlah asing di mata jurulatih asal Croatia itu kerana pemain berusia 26 itu pernah beraksi di bawah kendalian Tomislav bersama T-Team yang kini dikenali sebagai Terengganu II pada musim 2015. ", "Dalam perkembangan yang sama, Terengganu mengalami kekalahan besar menentang Selangor dengan keputusan 5-1 hasil jaringan Faisal Halim, Harith Haiqal, Aliff Haiqal dan jaringan berganda Ayron del Valle. ", "Skuad Sang Penyu kini di tangga keenam liga dengan 13 mata manakala The Red Giants terus mencabar takhta liga apabila berada di belakang pendahulu, JDT dengan 22 mata. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111327/", "headline": "\nOlimpik 2020: Mei Kuan-Meng Yean Raih Satu Kemenangan Sebelum Pulang ke Malaysia\n", "content": ["Walaupun disahkan gagal mara ke pusingan kalah mati, pasangan regu wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean dapat pulang dengan sedikit senyuman apabila berjaya memenangi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A. ", "Mereka berjaya meraih dua kemenangan ‘straight set’ ke atas regu wanita Great Britain, Chloe Birch dan Lauren Smith yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.", "RESULTS: #Tokyo2020Group A#MAS Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean def. #GBR Chloe Birch-Lauren Smith 21-19 21-16#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/Cl0fye2ltp", "Mei Kuan dan Meng Yean mencatatkan kemenangan pada set pertama dengan kutipan mata 21-19. Pada set kedua, mereka menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-16.", "Terdahulu, regu wanita negara ini tumpas dalam dua perlawanan awal kepada pasangan dari Indonesia dan Jepun sekaligus menyaksikan peluang mereka ke peringkat kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2020 lebur sama sekali."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207151/", "headline": "\nBaru Menang US Open, Naomi Osaka Tarik Diri Pula\n", "content": ["Pemain tenis wanita Jepun, Naomi Osaka terpaksa membuat keputusan sukar menarik diri daripada menyertai kejohanan Grand Slam Roland Garros di Perancis.", "Dia yang masih segar dari kejayaan menjulang kejuaraan Grand Slam US Open di New York baru-baru ini, terpaksa melupakan Roland Garros di atas faktor kecederaan yang dihadapinya.", "Osaka mengalami kecederaan di bahagian hamstring sebelah kaki kirinya sejak saingan US Open lagi.", "The 🌎 reacts as @naomiosaka makes it 🏆🏆🏆 Grand Slam title! As she sealed victory at the @usopen! —> https://t.co/NaOSY7TX3x pic.twitter.com/wFlXVuclNi", "Malah, kesakitan yang dialami beliau itu turut dirasai apabila Osaka beraksi di perlawanan akhir menentang Victoria Azarenka.", "“Saya tidak akan beraksi di kejohanan Roland Garros.”", "“Hamstring saya masih lagi sakit dan saya tidak ada masa yang cukup untuk persediaan beraksi di gelanggang tanah liat,” kata beliau dalam kenyataan rasminya.", "Jarak masa yang terlalu dekat antara dua kejohanan utama tenis ini jelas sekali turut mempengaruhi keputusannya kerana ia membataskan masa untuk Osaka pulih sepenuhnya.", "Menurut laman BBC Sport, Roland Garros dijangka akan diadakan pada 27 September dengan kehadiran penonton ke stadium adalah dibenarkan pada jumlah yang minima.", "Selain Osaka, juara bertahan kategori wanita iaitu Ashleigh Barty turut tidak akan beraksi sementara Roger Federer juga menarik diri akibat faktor kecederaan lutut.", "Osaka sebelum ini merangkul gelaran Grand Slam yang ketiga dalam karier selepas menewaskan Azarenka dengan keputusan 1-6, 6-3, 6-3."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216216/", "headline": "\nAll England 2022: Perseorangan Muda India, Lakshya Singkir Juara Bertahan Zii Jia\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia tidak berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) buat kali kedua dalam kariernya.", "Kemaraan itu tidak menjelma selepas pemain yang berada di ranking ketujuh dunia merangkap juara bertahan kejohanan ini dikalahkan pemain muda India, Lakshya Sen di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Artikel Berkaitan – All England 2022: Perseorangan Muda India Singkir Pemain No.3 Dunia Pada Pusingan 16", "Dalam pertarungan di Utilita Arena Birmingham tadi, Zii Jia terlebih dahulu tumpas pada set pertama kepada pemain berusia 20 tahun yang menghuni ranking kesebelas dunia ini dengan skor 13-21. ", "Bagaimanapun, Zii Jia berjaya bangkit di set kedua, menumpaskan pula Lakshya yang merupakan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia BWF 2021 dengan skor 21-12 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Semi final21 12 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅13 21 19 🇲🇾Zii Jia LEE🕗 in 76 minutes https://t.co/tIcoHCPlEN", "Artikel Berkaitan – Terbuka Jerman: Pemain India Singkir Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Di Separuh Akhir", "Di set ketiga, pertarungan menjadi semakin sengit. Walaupun kelihatan keletihan, Lakshya tidak mudah mengalah kecekalannya mendapatkan mata demi mata berjaya memberikannya kemenangan ke atas Zii Jia dengan skor 21-19.", "Untuk makluman semua, pertarungan antara kedua-dua pemain ini berlangsung dalam tempoh 76 minit permainan.", "Sementara itu, Lakshya yang mara ke pentas akhir akan menantikan cabaran daripada samada pemain No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen atau pemain No.4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215766/", "headline": "\nFarah Ann Dilaporkan Mungkin Bersara Daripada Sukan Gimnastik\n", "content": ["Farah Ann Abdul Hadi merupakan nama yang tidak asing lagi dalam sukan gimnastik Malaysia. Mendapat julukan ratu gimnastik negara, kecemerlangan Farah Ann dalam sukan ini terbukti dengan kejayaan merangkul pelbagai kilauan pingat terutamanya di temasya Sukan SEA.", "Terbaru, dilaporkan oleh Stadium Astro, atlet berusia 27 tahun ini mungkin akan bersara daripada sukan gimnastik. Jurulatihnya, Ng Shu Wai tidak menolak perkara ini dimana Farah Ann sudah berhenti berlatih bersama skuad kebangsaan sekitar dua minggu lepas. ", "What @farahannhadi dah stop gimnastik.. Apa yang jadi??? pic.twitter.com/9E9HVAwgpS", "Shu Wai turut mendedahkan niat atlet itu untuk berhenti telah dibincangkan beberapa kali antara Farah Ann dan dirinya sebelum ini. Antara alasan Farah Ann membuat keputusan tersebut kerana sudah tidak mampu mengikuti rejim latihan disebabkan oleh masalah kecederaan yang dialaminya.", "Keputusan ini sedikit sebanyak menyedihkan Shu Wai dan skuad kebangsaan kerana memberi impak terhadap acara berpasukan yang melibatkan atlet tersebut kelak. Namun begitu, beliau tetap menerima keputusan yang dibuat oleh Farah Ann itu dengan terbuka.", "Untuk rekod, Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas antarabangsa terbesar yang terakhir disertai oleh Farah Ann. Di temasya berkenaan, dia menamatkan saingan di tempat ke-68 daripada 85 peserta yang bertanding secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219218/", "headline": "\nKontrak Khairul Fahmi Che Mat Bersama Melaka United Sehingga 2022\n", "content": ["Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dimaklumkan kekal sebagai pemain Melaka United FC untuk tempoh sekurang-kurangnya untuk tempoh dua musim lagi.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, beliau berkata Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek telah melanjutkan kontraknya bersama skuad Hijau Putih sehingga ke penghujung tahun 2022.", "“Setakat ni Apek masih kekal bersama Melaka United FC dan beliau telah menandatangani kontrak selama dua musim sehingga 2022.” jelasnya ketika bercakap kepada Sukanz.", "Ini sekaligus menafikan gosip mengenai penjaga gol kelahiran negeri Kelantan itu bakal berubah haluan untuk menyertai juara tujuh kali Liga Super Maysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Gosip tersebut timbul selepas tertularnya sebuah tangkap layar di dalam sistem pendaftaran pemain dan pegawai dalam bagi saingan Liga Malaysia iaitu MyPAS melibatkan nama Apek ke skuad Harimau Selatan.", "“Saya tak dapat panggilan daripada sesiapa pun untuk mengambil Apek ni.” katanya lagi.", "Untuk makluman, Apek mula menyertai pasukan Melaka United bermula daripada tahun 2018. Sebelum daripada itu, penjaga gol berusia 32 tahun ini merupakan penjaga gol pasukan Kelantan sejak tahun 2009.", "Bersama pasukan tersebut, Apek telah memenangi kesemua kejuaraan saingan domestik iaitu Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.", "Bersama skuad kebangsaan pula Apek merangkul kejuaraan Piala AFF 2010 dan pemenang pingat emas saingan bola sepak lelaki dalam temasya Sukan SEA 2011 bersama skuad Harimau Muda.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325461/", "headline": "\nHarry Maguire Kecewa Hilang Jawatan Kapten Man Utd\n", "content": ["Pertahanan tengah yang dibeli oleh Manchester United (Man Utd) daripada Leicester City dengan nilai €87.1 juta – termahal di dunia sehingga ke hari ini – Harry Maguire kecewa apabila dilucutkan peranannya selaku kapten buat skuad berjulukan Red Devils.", "Pertahanan kelahiran England berusia 30 tahun ini hilang peranan tersebut apabila pengurus Man Utd, Erik ten Hag datang menemuinya untuk berbincang dan memaklumkan untuk menukar individu yang akan memakai lilitan lengan kapten pada musim baharu kelak.", "Kecewa dengan perkembangan terbabit, Maguire tampil berkongsikan hal berkenaan di pelbagai platform media sosial peribadinya termasuk disiarkan menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi Man Utd, menjelang tengah malam tadi waktu Malaysia.", "A post shared by Harry Maguire (@harrymaguire93)", "Bagaimanapun, dalam perkongsiannya itu, Maguire memberi jaminan untuk terus beraksi dengan sebaiknya selagi menyarung jersi Red Devils.", "Sementara itu, kapten baharu bagi Man Utd pula akan diumumkan sendiri oleh Ten Hag selepas dia memaklumkan kepada para pemainnya, dalam masa terdekat.", "Sebagai rekod, Maguire mula dipertanggungjawabkan sebagai kapten Man Utd sekitar tiga tahun dan setengah yang lalu ketika skuad Red Devils dibimbing Ole Gunnar Solksjaer."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110457/", "headline": "\nTiada Quang Hai Tetapi 5 Pemain Vietnam Ini Perlu Diawasi Oleh Harimau Malaya\n", "content": ["Ketiadaan perancang dan peledak utama skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai bukanlah bermakna skuad Harimau Malaya akan berhadapan tugas yang mudah menentang skuad bimbingan Park Hang-seo pada awal pagi sabtu nanti.", "Pemain berusia 24 tahun tersebut tidak dapat diturunkan pada perlawanan seterusnya kerana terpaksa menjalani hukuman penggantungan akibat mengumpul dua kad kuning dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan G.", "Selain Quang Hai, Vietnam turut dibarisi dengan pemain-pemain lain yang berbahaya dan boleh memberikan ancaman kepada Malaysia. Ini telah ditunjukkan oleh pemain-pemain ini ketika membantai skuad Indonesia dengan jaringan 4-0 di Stadium Al Maktoum, hari ini.", "Siapakah mereka? Berikut adalah lima pemain skuad Naga Emas yang perlu diawasi oleh Harimau Malaya pada perlawanan yang akan berlangsung pada awal pagi sabtu nanti.", "Kelab: Hoang Anh Gia Lai", "Penampilan Liga Musim Ini: 11 penampilan (1 assist)", "Apa yang dilakukan ketika menentang Indonesia: Phong Hong merupakan wing-back kiri dalam sistem 3-4-3 dan 3-5-2 yang diterapkan oleh Park Hang-seo ketika menentang Indonesia. Pada awal babak permainan, Phong Hong ditugaskan untuk ‘overlapping’ dan ‘cut back’ kepada rakan sepasukan di dalam kotak. ", "Babak kedua, dia diberikan tugas yang berbeza oleh jurulatih, dia tidak lagi dilihat naik begitu tinggi ke atas. Namun Phong Hong diarahkan untuk menghantar bola di kakinya dengan cepat kepada penyerang di hadapan. Disebabkan itu juga, dua gol awal Vietnam adalah hasil daripada ‘assist’ yang dilakukannya.", "Bek kanan Harimau Malaya, Syahmi Safari atau Rizal Ghazali perlu beri perhatian khusus untuk merantai pergerakan pemain ini.", "Kelab: Hoang Anh Gia Lai", "Penampilan Musim Liga Ini: 11 penampilan (1 gol)", "Apa yang dilakukan ketika menentang Indonesia: Pemain tengah ini dimasukkan oleh Park Hang-seo pada minit ke-36 untuk mengubah formasi daripada 3-4-3 kepada 3-5-2. Dalam sistem ini, dia merupakan ‘anchor’ dan nadi di bahagian tengah (membekalkan bola ke hadapan) persis kepada tugasan Azam Azih bersama Harimau Malaya. ", "Kemasukannya memberikan impak kepada Vietnam untuk mendapatkan gol. Bukan itu sahaja, dia turut menyumbang satu ‘assist’ menerusi satu ‘lob pass’ kehadapan untuk gol keempat Vietnam. Kelebihannya yang lain adalah berkemampuan untuk melakukan rembatan tepat dari luar kotak penalti.", "Brendan Gan yang akan kembali dalam kesebelasan utama Harimau Malaya untuk perlawanan seterusnya akan diberikan peranan khusus untuk ‘kacau’ pemain ini.", "Kelab: Hoang Anh Gia Lai", "Penampilan Liga Musim Ini: 12 penampilan (2 gol, 1 assist)", "Apa yang dilakukan ketika menentang Indonesia: Van Thanh menjadi pemain yang kerap dilihat melakukan ‘overlapping’ di bahagian kanan dan melakukan ‘crossing’ ke dalam kotak penalti. Selain daripada bermain di garisan tepi padang, dia juga turut bermain di kawasan ‘half space’ untuk mencari ruang bagi melakukan rembatan ke arah gol.", "Ketika menentang Indonesia, dia dilihat sebagai pemain yang paling rajin dan tinggi ‘work rate’ berbanding rakan sepasukannya yang lain. Disebabkan oleh kerjaninannya, Van Thanh mendapat peluang untuk meletakkan namanya selaku penjaring keempat buat Vietnam.", "Bek kiri, Corbin-ong bakal berhadapan dengan tugas sukar untuk mengekang pemain yang ‘super’ rajin ini. Bantuan daripada sayap kiri sangat diperlukan untuk ‘track back’ bagi mengelakkan bahagian kiri Malaysia tidak mudah bocor.", "Kelab: Hoang Anh Gia Lai", "Penampilan Liga Musim Ini: 12 penampilan (7 gol, 3 assist)", "Apa yang dilakukan ketika menentang Indonesia: Penyerang ini mungkin kekurangan daripada segi fizikalnya namun kepantasan lariannya umpama lipas kudung. Ketika menentang Indonesia, Van Toan sentiasa berada satu garisan bersama barisan pertahanan lawannya sambil menunggu suapan bola daripada rakan sepasukan. ", "Apabila mendapat bola, dia akan melakukan larian terus ke dalam bola kotak penalti bagi memburu gol. Sedikit sahaja kealpaan oleh barisan pertahanan akan melepaskannya untuk memperoleh situasi satu lawan satu bersama penjaga gol.", "Ini bakal menjadi tugasan salah seorang pertahanan tengah untuk memastikan pemain ini tidak mudah lolos ke dalam kotak penalti. Barangkali tugasan ini akan diamanahkan kepada Aidil, Irfan atau Dominic Tan.", "Penampilan Liga Musim Ini: 11 penampilan (6 gol, 1 assist)", "Apa yang dilakukan ketika menentang Indonesia: Berbeza dengan Van Toa, rakan gandingannya, Tien Linh memiliki ketinggian yang baik iaitu 1.83 meter. Disebabkan ketinggian ini, dia dijadikan ‘targetman’ dalam sistem Park Hang-seo untuk menyambut bola hantaran tinggi daripada rakan sepasukan. Ketinggian inilah yang membolehkan dia menghasilkan ‘assist’ untuk gol ketiga Vietnam. ", "Namun, Harimau Malaya perlu berhati-hati, dia bukan sahaja beraksi sebagai targetman untuk merebut bola tinggi semata-mata. Tien Linh juga pantas berlari dan mampu melepaskan rembatan deras sepertimana dilakukannya ketika menjaringkan gol pendahuluan buat Vietnam.", "Memandangkan penyerang ini memiliki susuk fizikal yang tinggi, Cheng Hoe pastinya akan mengarahkan Dion Cools untuk menjaga pemain ini.", "Rumusan: Lima pemain ini sangat menonjol dan menampilkan aksi yang cemerlang berbanding rakan sepasukan yang lain ketika menentang Indonesia. Jika dilihat kepada latar belakang mereka, 4 daripada 5 pemain ini adalah tonggak utama pasukan Hoang Anh Gia Lai. Kesemuanya juga mencatatkan sekurang-kurangnya 11 penampilan daripada 12 perlawanan musim ini.", "Untuk makluman, Hoang Anh Gia Lai merupakan pasukan pendahulu V.League setakat 12 perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219939/", "headline": "\nRanking BWF: Goh Jin Wei Pemain Wanita No.1 Negara Selepas Muncul Naib Juara Terbuka Vietnam\n", "content": ["Perseorangan bebas (independent) negara, Goh Jin Wei kini memegang status sebagai pemain wanita No.1 negara selepas menamatkan saingan Terbuka Vietnam selaku naib juara, Ahad lalu.", "Status itu hadir apabila pemain berusia 22 tahun ini merekodkan peningkatan sebanyak enam anak tangga dalam ranking dunia berbanding kedudukannya pada minggu lalu dalam kemaskini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Peningkatan terbabit meletakkannya di tangga ke-44 dunia sekaligus memintas kedudukan pemain wanita No.1 negara sebelum ini, Kisona Selvaduray, ranking ke-46, walaupun turut mencatatkan sebanyak tiga anak tangga, pada minggu ini.", "Peningkatan itu pastinya turut didorong oleh kemaraannya sehingga ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama.", "Untuk makluman, Jin Wei muncul naib juara apabila dia terpaksa akur tumpas kepada pemain tuan rumah, Thuy Linh Nguyen secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 13-21.", "Bagaimanapun, gelaran naib juara dalam kejohanan Jelajah Super 100 BWF itu tetap memberikannya 4,680 mata sekaligus menjadi pemangkin terhadap peningkatan dalam ranking dunianya kali ini.", "Sebagai rekod, kali terakhir Jin Wei berada dalam kelompok ranking 40-an adalah sekitar 2 tahun dan 10 bulan yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111108/", "headline": "\nLee Tuck Mahu Jaring Lebih Banyak Gol Sebelum Kembali Bersama Sri Pahang\n", "content": ["Pemain tengah yang sedang dipinjam oleh Terengganu, Lee Tuck mensasarkan untuk menjaringkan lebih banyak gol sebelum kembali bersama pasukan asalnya, Sri Pahang pada musim hadapan.", "Menurut pemain kelahiran England ini, sasaran tersebut mahu dicapai bersama Terengganu pada musim ini supaya dia dapat membawa momentum tersebut untuk beraksi dengan lebih baik bersama Sri Pahang kelak.", "Selain itu, Lee Tuck yang pernah beraksi bersama Terengganu selama 3 musim sebelum ini turut berazam untuk membantu skuad bimbingan Nafuzi Zain ini menamatkan saingan liga sekurang-kurangnya selaku naib juara.", "“Saingan yang lebih berbeza apabila saya kini berada bersama pasukan yang kini di kedudukan lebih tinggi berbanding Pahang sekarang di tangga ke-9, jadi cabaran yang dirasai lebih tinggi.", "“Saya ingin cuba mencari lebih banyak jaringan sama seperti saya lakukan pada tahun lepas, dan ingin bawa pencapaian ini untuk mulakan musim baharu 2022 dengan lebih positif apabila kembali bersama (Sri) Pahang.", "“Saya teruja nak kembali semula ke (Sri) Pahang pada tahun depan, tetapi musim ini, saya perlu bekerja keras untuk bantu Terengganu terlebih dahulu untuk kekal di tangga kedua kerana musim lepas kami berada di kedudukan ketiga liga”, kata pemain berusia 33 tahun ini.", "Untuk rekod, Lee Tuck menjaringkan sebanyak 6 gol daripada 11 penampilan bersama Terengganu pada musim 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113713/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pilihan Ke-5, Anthony Ginting Dikejutkan Pemain Thailand Pada Pusingan 1\n", "content": ["Satu kejutan berlaku dalam Indonesia Masters 2021 apabila pemain perseorangan lelaki yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk memenangi kejohanan ini, Anthony Sinisuka Ginting tewas pada Pusingan 1.", "Pemain berusia 25 tahun yang merupakan kelahiran Indonesia itu terpaksa melupakan kejuaraan kejohanan ini apabila ditewaskan oleh pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada petang tadi.", "Kunlavut yang menghuni tangga ke-23 dunia ini menumpaskan Anthony yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan skor 19-21, 21-14 dan 21-13 dalam masa 66 minit. ", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MS – Round of 3219 21 21 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🏅21 14 13 🇮🇩Anthony Sinisuka GINTING🕗 in 66 minutes https://t.co/kglUiM5K1G", "“Jikalau saya dapat mengulang semula perlawanan tadi, saya akan cuba bermain dengan lebih sabar. Bukan mudah nak dapatkan mata dalam perlawanan ini. Kunlavut meraih mata hasil daripada kesilapan saya.” kata Anthony selepas perlawanan seperti dipetik daripada laman sesawang BWF.", "Berdasarkan rekod, ini merupakan pertemuan yang kedua melibatkan Anthony dan Kunlavut. Pertemuan pertama dalam kejohanan Terbuka Thailand pada Januari lalu memihak kepada Anthony dengan kemenangan secara ‘straight set’.", "Kemenangan Kunlavut ke atas Anthony membolehkannya meneruskan kemaraan ke Pusingan 2 Indonesia Masters. Menantinya di pusingan tersebut samada pemain Indonesia, Shesar Rhustavito atau pemain India, Bhamidipati S. Praneeth."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207382/", "headline": "\nPenyokong Cakap Satiananthan Main ‘Long Ball’ Tetapi InStat Menunjukkan Sebaliknya\n", "content": ["B. Satiananthan seringkali dikritik oleh para penyokong kerana menerapkan corak permainan hantaran jauh (long ball) sepanjang mengendalikan pasukan Selangor sejak tahun lalu.", "Hantaran jauh merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam sukan bola sepak. Caranya adalah dengan melakukan satu hantaran jauh oleh penjaga gol atau pertahanan melangkau pemain tengah untuk terus sampai kepada pemain di barisan serangan.", "Kalangan peminat bola sepak menganggap teknik ini sebagai primitif dan kurang efektif. Hal ini disebabkan teknik long ball membuatkan pasukan mudah kehilangan penguasaan bola di dalam permainan sekiranya tidak dilakukan dengan baik.", "Bagaimanapun, telahan oleh majoriti penyokong bahawa Satiananthan menerapkan teknik long ball disangkalnya. Pada masa yang sama, beliau menunjukkan satu statistik oleh syarikat analisis prestasi sukan untuk menyokong dakwaannya. ", "“(Para) peminat dan penyokong kata kita main long ball, statistik (daripada) InStats, digunakan oleh semua (seperti) Liga England dan liga-liga termasyhur,", "“Ini (datanya), Selangor di (kedudukan) nombor dua untuk ball posession, nombor satu adalah JDT, (manakala) ball passing kita berada di (kedudukan) ketiga selepas Terengganu FC.”", "“Hey, kita adalah kalangan tiga terbaik di dalam negara. Orang kata saya main long ball. Di mana?” kata Satiananthan dalam rancangan [email protected] bersama Hafizal Hamad, semalam.", "Berdasarkan data yang ditunjukkan oleh InStat, jelas menunjukkan Selangor tidak memainkan teknik long ball secara 100% sepanjang berada di bawah bimbingan Satiananthan.", "Berdasarkan pemerhatian sebelum ini, ada beberapa ketika Selangor menggunakan teknik long ball terutamanya melakukan serangan balas secara pantas. Dan Satiananthan hanya memberikan ‘lesen’ kepada seorang pemain sahaja untuk melakukan hantara jauh tersebut.", "“Saya hanya benarkan seorang sahaja main long ball iaitu Taylor Regan kerana dia adalah The Best Long Ball Player di dalam negara ini, pada masa ini.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322642/", "headline": "\nMadrid Spain Masters: Xin Yuan-Tien Ci Wakil Tunggal Negara Mara Ke Pusingan 16\n", "content": ["Beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-58 dunia menjadi wakil tunggal dari Malaysia yang berhasil mara ke Pusingan 16 dalam saingan Madrid Spain Masters 2023.", "Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci dapat melangkah ke peringkat berkenaan selepas menumpaskan beregu No.2 Perancis, Lucas Corvee dan Ronan Labar dalam satu perlawanan yang cukup sengit di Pusingan 32, semalam.", "Perlawanan melibatkan kedua-dua pasangan ini berlanjutan sehingga lebih satu jam dengan memasuki fasa “deuce” dalam set pertama dan kedua sebelum Xin Yuan-Tien Ci menutupnya dengan kemenangan menerusi skor 20-22, 23-21 dan 21-19.", "R32#MAS🇲🇾 Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci def. #FRA🇫🇷 Lucas Corvee-Ronan Labar 20-22 23-21 21-19", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Izxc8cEdc4", "— BAM (@BA_Malaysia) March 28, 2023", "Susulan kemenangan ini, Xin Yuan-Tien Ci yang mara ke Pusingan 16 akan bertemu gandingan baharu dari Jepun yang melibatkan Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura.", "Untuk makluman semua, pada awal kejohanan ini, seramai 8 wakil dari Malaysia mengambil bahagian yang terdiri daripada tiga perseorangan lelaki, satu perseorangan wanita serta dua beregu lelaki dan campuran masing-masing.", "Soong Joo Ven, Leong Jun Hao dan Goh V Shem-Lim Khim Wah terkandas di peringkat kelayakan manakala Cheam June Wei, Kisona Selvaduray, Goh Soon Huat-Shevon Jemie serta Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumpas di Pusingan 32."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111415/", "headline": "\nKoo Kien Keat: Permainan Zii Jia Banyak Peningkatan, Hanya Kekurangan Pengalaman di Kejohanan Besar\n", "content": ["Kekalahan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia di tangan juara bertahan, Chen Long pada pusingan 16 di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bukanlah satu kegagalan.", "Sebaliknya, bekas regu lelaki No.1 dunia, Koo Kien Keat, berpendapat ianya merupakan satu permulaan buat Zii Jia dalam karier sukan badminton yang masih panjang ke hadapan.", "Tambahan pula, Zii Jia bukan sahaja turun menentang Chen Long selaku juara bertahan bahkan sebagai pemain senior yang kaya pengalaman di kejohanan besar peringkat antarabangsa.", "“Lee Zii Jia hanya berumur 23 tahun. Perjalanan karier badmintonnya masih panjang, kekalahan ini hanyalah satu permulaan.”", "“Bermain menentang Chen Long bukan satu perlawanan yang mudah, itu sebabnya Chen Long satu-satunya juara bertahan (yang belum tersingkir) dalam Tokyo Olimpik kali ini.” ", "“Banyak peningkatan yang dapat kita lihat dalam permainan Zii Jia, fizikal dan kekuatan, hanya kekurangan pengalaman di kejohanan besar.” kongsi Kien Keat menerusi laman sosialnya sejurus selepas perlawanan, semalam.", "Kekalahan Zii Jia sebentar tadi bukan pengakhiran tapi permulaan untuk pemain berusia 23 tahun ini bangkit menjadi jaguh dunia. Terima kasih Zii Jia untuk debut #Olympic ini! Set target baru untuk layak ke #Paris2024 nanti. ❤️ 🙏🏻 #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/yLqkY6IELx", "Aksi melibatkan Zii Jia dan Chen Long berlangsung dengan cukup sengit terutamanya pada set pertama dan kedua. Zii Jia memenangi set pertama 21-8.", "Bagaimanapun, Chen Long bangkit mencatatkan kemenangan di set kedua 21-19 bagi mengheret Zii Jia ke ‘rubber set’.", "Pada set ketiga, Chen Long nyata menunjukkan prestasi di kelasnya yang tersendiri dan menumpaskan Zii Jia tanpa belas kasihan dengan keputusan 21-5.", "Walaupun tumpas dan tersingkir di pusingan 16, Kien Keat tetap menghamburkan pujian ke atas Zii Jia dan mengharapkan pemain muda ini dapat menampilkan persembahan yang lebih cemerlang di temasya Olimpik berikutnya. ", "“Pujian kepada Lee Zii Jia atas prestasi keseluruhannya dan juga coach Hendrawan. Harap dapat melihat kamu bersinar di Olimpik Paris 2024.” tambah Kien Keat lagi.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara – Annice Lyn"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207809/", "headline": "\nGP Teruel Jadi Perlumbaan Ketiga Terbaik Hafizh Syahrin Musim Ini\n", "content": ["Saingan Grand Prix (GP) Teruel menjadi perlumbaan ketiga terbaik buat pelumba negara, Hafizh Syahrin dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 musim ini.", "Biarpun bermula di petak ke-20, Hafizh berhasil menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 sekaligus meraih tiga mata dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Motorland Aragon, semalam.", "“Ia merupakan perlumbaan yang baik, kami berjaya mengekalkan rentak dengan baik. Saya telah berikan yang terbaik dan perasaan saya semakin bertambah lega dalam perlumbaan. ", "Syahrin gets three points in Teruel📰 | https://t.co/lSOCpYWMB2 #AlcanizGP @Hafizh_pescao55@xavicardelus pic.twitter.com/tdu9ldcBs5", "“Saya juga berjaya menghampiri kumpulan (hadapan) sedikit demi sedikit.” katanya selepas perlumbaan.", "Dalam saingan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 53.962 saat dalam perlumbaan 21 pusingan tersebut.", "Untuk rekod, perlumbaan terbaik Hafizh musim ini adalah ketika beraksi di saingan GP Spain dengan menamatkan kedudukan keenam.", "Manakala keputusan kedua terbaik pula semasa perlumbaan GP Czech iaitu menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.", "Hafizh kini menghuni tangga ke-20 Carta Moto2 Dunia 2020 dengan 21 mata. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20219019/", "headline": "\nIni Perkara Yang Akan Dilakukan Stanley Untuk Tarik Lebih Ramai Penyokong KL United\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur United (KL United), Stanley Bernard menyedari betapa kecilnya kelompok penyokong skuad ibu kota dan menjadi salah satu agendanya untuk membesarkan lagi kelompok tersebut, pada tahun ini.", "Dimaklumkan ketika ditemui Sukanz, setelah dilantik untuk menerajui KL United pada penghujung tahun lalu, antara perkara pertama yang dilakukannya adalah melihat data penyokong pasukan Kuala Lumpur.", "“Perkara pertama yang saya mahu buat adalah memahami penyokong, semasa saya masuk (sebagai CEO) saya menanyakan mengenai data penyokong yang ada,", "“Mungkin dalam (lingkungan) 50 hingga 100 orang, saya nak mengetahui apakah yang (membuatkan mereka) masih ke stadium sedangkan yang lain-lain tidak mahu datang.” kata Stanley.", "Sebagai permulaan, Stanley yang juga merupakan bekas pemain dan pengulas Liga Malaysia mahu menghargai kelompok kecil penyokong sedia ada ini dengan menulis surat penghargaan dan merakamkan ucapan terima kasih kerana menyokong pasukan ini.", "Itu menjadi titik permulaan kepada engagement lain yang akan dilakukan KL United. Antara perancangan lain Stanley adalah mengadakan perjumpaan dan mengadakan sesi penglibatan penyokong bersama kelab.", "“Saya merasakan engagement sangat penting dan (ianya) boleh datang daripada dua atau tiga cara, salah satunya kita boleh berbincang bersama mereka tentang apa yang boleh kita lakukan untuk menaikkan minat.", "“Saya nak naikkan cinta (mereka) terhadap (pasukan) Kuala Lumpur, untuk melakukannya saya perlu memahami mereka, berjumpa dengan mereka dan bercakap dengan mereka, kelab perlu berjumpa mereka dan pemain perlu berjumpa mereka.", "Tambahnya lagi, ramai kalangan kelompok penyokong pasukan Kuala Lumpur mengetahui sejarah kehebatan skuad ibu kota suatu masa dahulu seperti memenangi kejohanan Piala Malaysia tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 1987 hingga 1989.", "Malahan skuad ibu kota pernah ditunjangi dengan nama-nama besar yang terkenal seperti Fandi Ahmad, K. Kannan, Shebby Singh, Mat Zan Mat Aris, Subardon Aziz dan lain-lain lagi yang sepatutnya boleh dijadikan sebagai ikon kelab sepertimana dilakukan oleh kelab-kelab eropah.", "“Kita mengetahui segala sejarah tetapi tiada connectivity,”", "“Saya nak bina satu jambatan sebagai contoh sebelum daripada sepak mula perlawanan, berikan (peluang) penyokong untuk memilih siapaka pemain yang patut kita panggil sebagai guest of honour (tetamu kehormat), mungkin Safee Sali bagi dia souvenir dan jadikan dia sebagai club ambassador.”", "Bagaimanapun, Stanley berkata kerja-kerja ini memerlukan sebuah pasukan yang mantap bagi menyelami para penyokong sekaligus membawa mereka kembali menyokong pasukan Kuala Lumpur.", "Sementara itu, antara perancangan lain yang turut disentuh dan menjadi keutamaan Stanley sebagai CEO KL United pada tahun ini adalah meningkatkan imej pasukan di dalam dan luar padang. ", "Ianya diharapkan supaya dapat menarik minat pihak korporat yang begitu banyak bertapak di Kuala Lumpur untuk bekerjasama bersama pasukan sekaligus dapat memberikan kelangsungan kewangan kepada KL United.", "Featured Image: Kuala Lumpur Hawks"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114020/", "headline": "\nRanking BWF: Axelsen Rampas Kedudukan No.1 Dunia, Zii Jia Turun Satu Anak Tangga\n", "content": ["Kedudukan pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 dunia bukan lagi milik pemain Jepun, Kento Momota. ", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kedudukan No.1 dunia yang dihuni oleh Kento sejak September 2018 kini telah menjadi milik pemain Denmark, Viktor Axelsen.", "Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu merampas kedudukan tersebut setelah muncul juara pada kejohanan Terbuka Indonesia 2021 pada hujung minggu lalu.", "Sementara itu, kedudukan ranking melibatkan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia menunjukkan penurunan satu anak tangga. ", "Penurunan itu berpunca daripada terkandasnya Zii Jia di Pusingan 32 di kejohanan yang sama. Ia sekaligus telah meletakkan Zii Jia kembali di kedudukan kelapan dunia pada minggu ini.", "Justeru, kedudukan ketujuh yang dihuni Zii Jia pada minggu lalu telah dirampas oleh pemain Indonesia, Jonatan Christie. Pemain berusia 24 tahun ini berhasil memintas kedudukan Zii Jia selepas cemerlang mara ke peringkat separuh akhir di Terbuka Indonesia.", "Berikut adalah 10 pemain perseorangan terbaik lelaki dalam ranking dunia untuk minggu ke-48:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321281/", "headline": "\nNorshahrul Idlan Talaha Sertai Kelab Liga M3, Harini FT\n", "content": ["Pasukan yang beraksi dalam divisyen ketiga bola sepak tanah air, Liga M3 iaitu Harini FT menjadi destinasi buat penyerang veteran skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha untuk meneruskan kariernya.", "Pemain berusia 36 tahun itu menjadi milik Harini FT selepas kelab berkenaan memaklumkan kemasukannya menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Sebagai rekod, musim lalu, pemain kelahiran Besut, Terengganu ini beraksi bersama Melaka United FC. Bersama kelab berkenaan, pemain yang turut terkenal dengan nama panggilan Matyo ini sempat membuat 15 penampilan dalam kesemua pertandingan.", "A post shared by HARINI FOOTBALL TEAM (@harini_football_team)", "Menariknya, selain Matyo, Harini FT turut mendapatkan beberapa khidmat pemain-pemain Liga Super musim lalu seperti K. Reuben, Tamilmaran, Kugan dan Prabakaran.", "Sementara itu, ketua jurulatihnya pula adalah bekas pengendali Petaling Jaya City FC (PJ City) iaitu P. Maniam.", "Untuk makluman semua, Harini FT merupakan salah satu daripada 14 pasukan yang telah disahkan oleh penganjur, Amateur Football League (AFL) menyertai saingan Liga M3 pada musim ini.", "Antara pencabar Harini FC dalam saingan ini ialah Armed Forces FC, Bukit Tambun FC, Imigresen FC, Kinabalu Jaguar FC, Kuala Kangsar BRM FC, Kuala Lumpur Rovers, Malaysia University, Manjung City FC, Naga Ultimate KS FC, Perlis United FC, PIB Shah Alam FC, Sarawak United FC dan Melaka FC.", "Selain itu, saingan Liga M3 yang akan bermula pada pertengahan Februari kelak telah diangkat menjadi saingan “semi-pro’’ selain dijalankan dengan format ‘’double round-robin’’ atau secara liga dua pusingan bagi merebut kejuaraan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217625/", "headline": "\nSukar Buat Penilaian Jadi Sebab Pan-gon Tak Panggil Lebih Ramai Pemain Luar Negara\n", "content": ["Kesukaran untuk membuat penilaian menyebabkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, tidak menyenaraikan lebih ramai pemain luar negara dan memberikan tumpuan khusus terhadap pemain dalam negara.", "Itu jawapan balas jurulatih kelahiran Korea berusia 53 tahun ini ketika menjawab persoalan ketiadaan beberapa lagi pemain luar negara yang boleh mewakili skuad Harimau Malaya seperti Wan Kuzain dan Omar Raiyan Kama Azlan.", "Bagaimanapun, Pan-gon tetap menyenaraikan beberapa pemain luar negara yang sudah pernah menyarung jersi Harimau Malaya di bawah bimbingan Tan Cheng Hoe seperti Dion Cools, Junior Eldstal dan Liridon Krasniqi untuk menyertai kem latihan pusat pada kali ini.", "“Saat ini agak sukar untuk (kami) menilai pemain di luar negara, saat ini kami tumpu kepada menilai pemain dalam negara sahaja,” jelasnya dalam sidang media sebelum perlawanan Malaysia menentang Brunei, pada hari ini.", "Menurut Pan-gon, sehingga kini, dia dan barisan kejurulatihan telah menilai sekitar 80 pemain sebelum memanggil 30 pemain menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaysia menjelang aksi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.", "Untuk makluman semua, sebelum turun beraksi di pusingan kelayakan terbabit, Malaysia bimbingan Pan-gon akan diuji dalam dua perlawanan antarabangsa tier 1 menentang Brunei dan Hong Kong terlebih dahulu.", "Kedua-dua perlawanan dijadualkan berlangsung esok (27 Mei) dan Selasa (1 Jun) hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Selepas melalui dua perlawanan terbabit, Pan-gon akan mengumumkan senarai akhir pemain yang akan dipilih untuk mengharungi saingan kelayakan menentang Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh pada bulan Jun kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113634/", "headline": "\nIndonesia Masters: Dua Beregu Wanita Malaysia Bertembung Sesama Sendiri Di Pusingan 1\n", "content": ["Hasrat peminat badminton tempatan untuk melihat seramai mungkin pemain-pemain Malaysia untuk mara jauh dalam kejohanan Indonesia Masters 2021 tidak kesampaian.", "Hal ini kerana, berdasarkan undian yang telah dijalankan, pasangan beregu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa berhadapan dengan pasangan beregu bebas (independent) Malaysia, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien seawal peringkat Pusingan 1.", "Bercakap mengenai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya, beregu Pearly-Thinaah yang menghuni tangga ke-18 dunia dilihat lebih cerah memandangkan mereka diletakkan sebagai pilihan ke-8 untuk memenangi kejohanan bertaraf Super 750 ini bagi kategori beregu wanita.", "Sementara itu, lawan mereka iaitu pasangan Vivian Hoo-Chiew Sien yang mula bergandingan sejak Oktober lalu berada di tangga ke-129 dunia.", "Ranking BWF: Vivian Hoo-Chiew Sien Raih Peningkatan 60 Anak Tangga", "Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pasangan beregu ini belum pernah merekodkan sebarang pertemuan sehingga ke saat ini.", "Satu lagi pasangan beregu wanita negara, Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen pula bakal berhadapan dengan beregu Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau pada Pusingan 1.", "Sebagai tambahan, kejohanan Indonesia Masters yang dilangsungkan di Bali, Indonesia ini akan bermula pada hari esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111952/", "headline": "\nCEO JCorp, Syed Mohamed Ganti TMJ Kemudi Johor Darul Ta’zim?\n", "content": ["Sepanjang penghujung Ogos lalu, acap kali dibincangkan di laman sosial dan dilaporkan media mengenai DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bakal meninggalkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Ianya selepas TMJ meninggalkan satu komen yang seakan-akan memberikan bayangan untuk ‘angkat kaki’ daripada mengemudi skuad juara Liga Super sebanyak 8 kali di akaun rasmi Instagram milik kelab terbabit sekitar hujung bulan lalu.", "Perbincangan mengenai mengenai TMJ meninggalkan skuad Harimau Selatan tidak lengkap sekiranya tidak dibincangkan mengenai pengganti baginda.", "Sukar untuk melihat mana-mana individu di dalam negara yang dilihat mempunyai tahap keghairahan (passionate) terhadap bola sepak dan kejayaan seumpama yang ditonjolkan oleh TMJ.", "Bagaimanapun, dalam sesi Soal & Jawab (Q&A) menerusi Instagram Story semalam, TMJ menjawab satu persoalan yang dilontarkan oleh pengikutnya mengenai siapakah yang akan dipilih untuk mengemudi JDT sekiranya  baginda ‘angkat kaki’.", "Individu tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.", "Untuk makluman semua, Syed Mohamed mula dilantik sebagai Presiden dan CEO JCorp pada Januari tahun lalu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim.", "Beliau memiliki pengalaman dan kepakaran yang luas selama 34 tahun dalam bidang perbankan, korporat, pembangunan hartanah, teknologi dan strategi perniagaan. ", "Sebagai tambahan, beliau merupakan lulusan Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ekonomi (Ekonomi Analisa).", "Bercakap mengenai pemergian TMJ dari JDT, dalam sesi Q&A yang sama, TMJ berkongsikan bahawa niat baginda untuk meninggalkan JDT masih lagi dalam situasi ’50-50′ walaupun berkeadaan ‘letih sikit’ setelah lapan tahun membina pasukan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206813/", "headline": "\nKelab Eropah Buru Penjaga Gol Muda, Ini 6 Pemain Yang Berpotensi Mengikuti Jejak Luqman Hakim\n", "content": ["Seorang lagi pemain bola sepak Malaysia berpeluang mengikuti jejak langkah Luqman Hakim Shamsudin untuk beraksi di liga eropah, lapor Harian Metro.", "Lebih menarik, pemain tersebut merupakan seorang penjaga gol dan dikhabarkan khidmatnya sedang dirundingkan oleh pasukan yang datangnya daripada salah satu liga terbaik dunia. Malah liga tersebut merupakan negara yang pernah menjuarai Piala Dunia beberapa kali.", "Antara bayangan yang diberikan mengenai pemain tersebut adalah masih muda, memiliki potensi besar dan sedang beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Bagaimanapun, tiada sebarang nama didedahkan dalam laporan tersebut kerana ingin menghormati permintaan beberapa pihak serta ianya masih di peringkat perbincangan.", "Di sini, Sukanz menyenaraikan enam penjaga gol muda berusia 23 tahun dan ke bawah, pemain yang berupaya mengembangkan lagi potensi diri dan berkemungkinan mampu meraih kontrak bersama pasukan berpangkalan di eropah sebagaimana penyerang muda negara, Luqman Hakim:", "Penjaga gol berusia 18 tahun ini merupakan generasi pertama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Dia merupakan sebahagian daripada skuad yang memenangi Piala Iber 2015 di Sepanyol dan Piala SuperMokh 2016.", "Namanya mula menonjol ketika mewakili Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) dalam saingan Kejuaraan B-16 AFC 2018 di bawah bimbingan Lim Teong Kim. Kini, pemain kelahiran Pulau Pinang bermain bersama skuad simpanan Red Giants, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Premier 2020.", "Seterusnya adalah bekas penjaga gol skuad Piala Belia PKNP FC. Sebelum itu, Firdaus merupakan alumni Sekolah Sukan Malaysia Pahang, terletak di Gambang. Berusia 19 tahun dan turut beraksi bersama Selangor 2 dalam saingan Liga Premier musim ini.", "Nama Firdaus mula ‘meletup’ ketika beraksi bersama skuad Piala Next Media AFF Bawah 18 Tahun (B-18) kendalian Brad Maloney. Ketika itu dia merupakan kapten pasukan dan skuadnya berjaya mara ke perlawanan akhir bertemu Australia B-18.", "Tahun ini Haziq sudah menjengah umur 22 tahun dan merupakan sebahagian daripada skuad utama Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan CIMB Liga Super 2020. Dia turut beraksi untuk simpanan, JDT II dalam saingan Liga Premier.", "Memulakan kerjaya bola sepak profesionalnya bersama PDRM FA pada 2016. Nama Haziq sudah tidak asing lagi bersama skuad kebangsaan di pelbagai peringkat umur. Dia pernah dipanggil menyertai skuad negara bawah 16 tahun (B-16), bawah 19 tahun (B-19), bawah 23 tahun (B-23) serta skuad senior.", "Azri merupakan penjaga gol kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan kini berusia 21 tahun. Kini Azri beraksi bersama pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah setelah meninggalkan pasukan lamanya, Felda United FC awal musim lalu.", "Azri merupakan nama yang cukup sinonim dengan skuad kebangsaan bawah umur dan merupakan sebahagian daripada skuad Malaysia B-19 kendalian Bojan Hodak ketika menyertai Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia.", "Musim ini penjaga gol utama, Hafizul Hakim belum cergas sepenuhnya dan jurulatih Perak, Mehmet Durakovic telah menaruh kepercayaan kepada penjaga gol muda berusia 23 tahun, Nasrullah Abdul Aziz. Dia telah bermula dalam kelima-lima perlawanan CIMB Liga Super 2020 dan menjadi penjaga gol utama Perak sehingga kini.", "Merupakan bekas pemain skuad Perak B-21, kelebihannya mempunyai refleks yang tangkas. Setakat 5 perlawanan yang diharungi, Nasrullah telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan – hanya bolos 5 gol setakat ini. Kehadiran penjaga gol kelahiran negeri Perak telah menginspirasikan skuad The Bos Gaurus menduduki tangga ke-3 liga.", "Pada awal musim ini, Rahadiazli dinaikkan pangkat daripada pasukan Terengganu FC IV ke skuad senior, Terengganu FC oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain. Tidak menunggu lama, dia berjaya meraih debut Liga Super ketika perlawanan pertama musim ini menentang Perak, pada usia 19 tahun. Selepas itu, Rahadiazli menjadi pilihan utama Nafuzi buat Terengganu FC.", "Sejak daripada itu, Rahadiazli yang mempunyai susuk tubuh dengan ketinggian 1.91 meter dan tangkas menepis percubaan pihak lawan menjadi sebutan bukan sahaja peminat Terengganu FC malah majoriti peminat bola sepak tanah air. Disebabkan hal itu juga dia telah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Malaysia B-19 kendalian Brad Maloney baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324006/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pearly-Thinaah Balas Dendam Terhadap Adik Beradik Stoeva\n", "content": ["Sekitar lima bulan lalu, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa akur tersingkir awal dalam saingan Terbuka Malaysia gara-gara tumpas kepada gandingan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva.", "Namun begitu, Pearly-Thinaah berjaya memastikan perkara tersebut tidak berulang lagi apabila bertemu lawan yang sama di peringkat Pusingan 32 dalam saingan Malaysia Masters 2023, pada hari ini.  ", "Dalam perlawanan tersebut, pasangan negara yang ranking ke-11 dunia pada ketika ini berhasil melakar kemenangan ke atas adik beradik Stoeva itu secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-14 dalam tempoh masa 40 minit permainan yang berlangsung di Axiata Arena.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUWD – R32 🇲🇾TAN Pearly🏅21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇧🇬Gabriela STOEVA17 14 🇧🇬Stefani STOEVA", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua dilakar Pearly-Thinaah bertemu Gabriela-Stefani daripada tiga pertemuan di peringkat kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, kemenangan terbabit sekaligus membawa mereka ke Pusingan 16 bertemu pasangan dari negara matahari terbit yang menghuni ranking ke-21 dunia, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto. ", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah bertemu sesama sendiri sekaligus menjadikan ianya pertemuan sulung melibatkan Pearly-Thinaah dan Rena-Ayako pada Khamis kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322043/", "headline": "\nBelanjawan 2023: Cadang Beri Potongan Cukai Kepada Majikan Yang Menggaji Bekas Atlet\n", "content": ["Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim melontarkan cadangan untuk memberikan potongan cukai kepada majikan yang menggajikan bekas atlet disamping mengumumkan penyediaan dana sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).", "Perkara itu diungkapkan Anwar merangkap Menteri Kewangan ketika membentangkan Belajawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.", "“Bagi memelihara dan melindungi kebajikan para atlet, dana 5 juta ringgit disediakan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bermula tahun 2023. Dalam masa sama, Kerajaan turut bercadang untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara.” katanya.", "Untuk makluman semua, Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Anwar memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 billion simpanan luar jangka."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113927/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Beregu Bebas Malaysia Singkir Aaron-Wooi Yik, Bertemu ‘The Minions’ Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berhasil mencatatkan kemenangan ke atas pasangan beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Pusingan 16 Terbuka Indonesia, pada hari ini.", "Walaupun 3 daripada 4 pertemuan memihak kepada Aaron-Wooi Yik sebelum ini, gandingan Yew Sin-Ee Yi menampilkan aksi yang penuh bersemangat sehingga berjaya menyingkirkan pasangan yang menghuni tangga ke-8 dunia secara ‘straight set’ 21-14 dan 21-17 dalam masa kurang setengah jam.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)MD – Round of 16 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅14 17 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH🕗 in 29 minutes https://t.co/FewDOhiJWC", "Kejayaan ini membolehkan Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat seterusnya iaitu suku akhir. Namun, cabaran besar dengan terpaksa bertemu beregu lelaki nombor 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo sekali lagi, pada hari esok.", "Minggu lalu, Yew Sin-Ee Yi telah bertemu dengan pasangan yang sama di peringkat separuh akhir dalam kejohanan Indonesia Masters. Pertemuan tersebut berakhir dengan Marcus-Kevin meraih kemenangan sekaligus menghanguskan tiket Yew Sin-Ee Yi mara ke pentas final.", "Untuk makluman semua, pasangan Indonesia yang terkenal dengan julukan ‘The Minions’ itu mara ke peringkat suku akhir di kejohanan ini dengan menyingkirkan beregu Korea, Choi Solgyu dan Kim Wonho dengan keputusan 12-21, 21-19 dan 21-18.", "Sebagai tambahan, Yew Sin-Ee Yi pernah bertemu Marcus-Kevin sebanyak enam kali dan kesemuanya berakhir dengan kekalahan. Mampukah gandingan Yew Sin-Ee Yi mencipta kejutan pada hari esok? Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321420/", "headline": "\nJuanito Kelahiran Sepanyol Menjadi Pengendali Pertama Skuad Futsal JDT\n", "content": ["Pengendali kelahiran Sepanyol, Juan Antonio Miguel Garcia atau dikenali sebagai Juanito menjadi ketua jurulatih pertama bagi skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Pengesahan kehadiran Juanito yang berusia 55 tahun itu ke dalam skuad futsal JDT diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan pada hari ini. ", "Difahamkan, Juanito mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam arena futsal dengan tempoh hampir 22 tahun sebagai jurulatih.", "JDT SIGN FORMER REAL BETIS HEAD COACH FOR FUTSAL", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have signed Juan Antonio Miguel Garcia as the futsal head coach for the 2023 season.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 12, 2023", "Sepanjang tempoh itu, Juanito pernah membimbing beberapa pasukan Divisyen 1 negara kelahirannya seperti Real Betis, Palma Futsal dan Santa Caloma.", "Selain itu, Juanito turut pernah berkelana di luar negara kelahirannya dengan melatih pasukan yang berpangkalan di Perancis (Sporting Clube de Paris), Qatar (Al Rayyan) dan Vietnam (Thai Son Bac).", "Untuk makluman semua, JDT mengumumkan hasrat untuk menubuhkan skuad futsalnya yang tersendiri pada Oktober tahun lalu. ", "Ianya bertujuan untuk mengambil bahagian dalam saingan futsal tanah air, Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim ini yang akan bermula Februari kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325208/", "headline": "\nWarga Emas 106 Tahun Rangkul 3 Pingat Emas Olahraga Kebangsaan\n", "content": ["Seorang warga emas wanita berusia 106 tahun mencipta sejarah apabila berjaya memungut tiga pingat emas dalam Kejohanan Terbuka Olahraga Kebangsaan India ke-18 di Dehradun baru-baru ini. ", "Beliau yang lebih dikenali sebagai Rambai telah mendominasi acara larian 100 meter, 200 meter dan juga lontar peluru bagi kategori 85 tahun dan ke atas dalam kejohanan tersebut setelah menewaskan lima peserta lain.", "Namun begitu, ini bukanlah pingat pertama yang dipungutnya dalam acara sukan selepas beliau dikhabarkan telah memenangi lebih 200 pingat daripada 14 acara sukan di dalam dan di luar India sejak dua tahun yang lalu. ", "Warga emas dari Haryana itu juga dilaporkan telah memperbaharui rekod peribadi terbaik bagi acara 100 meter pada kejohanan yang sama dan sebelum ini mendakwa dirinya turut meleburkan rekod dunia yang dipegang Man Kaur di Vancouver pada usia 100 tahun. ", "Rekod atlet Punjab itu didakwa berjaya diperbaharui Rambai semasa menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Masters yang diadakan di Vadodara, India pada Jun yang lalu. ", "Bagaimanapun, tiada sebarang laporan rasmi mahupun catatan yang direkodkan mana-mana organisasi berkaitan seperti Guinness World Record mahupun World Athletics yang dapat mengabsahkan dakwaan Rambai itu. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217875/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Soon Huat-Jemie Lai Singkir Beregu No.1 Dunia Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai melakar satu kejutan apabila menyingkirkan pasangan No.1 dunia seawal Pusingan 32 Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Pasangan negara yang berada di tangga ke-14 dunia itu mengalahkan Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai dari Thailand itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 7-21 dan 22-20.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 7 22 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅18 21 20 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI", "🕗 in 69 minutes https://t.co/zCSl11YzCm", "— BWFScore (@BWFScore) June 14, 2022", "Dan perlawanan yang berlangsung di atas Gelanggang 1, Stadium Istora, Senayan ini mengambil masa menghampiri 70 minit permainan.", "Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini pernah berentap sebanyak 14 kali sebelum ini. Namun begitu, lapan daripada pertembungan itu dimenangi oleh Dechapol-Sapsiree. Manakala Soon Huat-Jemie Lai memenangi baki enam pertemuan.", "Di pusingan 16 kelak, Soon Huat-Shevon Lai akan bertemu samada gandingan baharu negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei (ranking ke-445) atau beregu Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo (ranking ke-16). "]} +{"url": "https://sukanz.com/20206538/", "headline": "\nRonaldo Minta Juventus Beli Penjaring Ke-2 Terbanyak La Liga\n", "content": ["Penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo meminta kelabnya mendapatkan khidmat penjaring ke-2 terbanyak La Liga, Karim Benzema untuk mengharungi saingan 2020/21.", "Menurut laporan Gazzetta dello Sport, Ronaldo dilaporkan mahu bersatu kembali bersama bekas rakan sepasukannya di Real Madrid suatu masa dahulu supaya dapat menajamkan lagi barisan serangan skuad The Old Lady.", "Idea disebalik mendatangkan penyerang Perancis tersebut adalah untuk membina trio serangan terdiri daripada Ronaldo, Benzema dan Paulo Dybala. ", "Juventus mahu memberikan saingan lebih hebat terutamanya dalam kancah Liga Juara-Juara UEFA (UCL). ", "Ini untuk mengubati kekecewaan mereka terkandas di peringkat 16 terakhir setelah tewas kepada wakil Perancis, Lyon musim ini.", "Untuk rekod, Benzema telah menjaringkan sebanyak 21 gol dalam saingan La Liga serta 5 gol dalam kejohanan UCL manakala Ronaldo pula merekodkan sebanyak 35 gol dalam kedua-dua saingan domestik dan eropah.", "Tidak pasti samada Real Madrid mahu melepaskan atau tidak Benzema sekiranya mendapat tawaran rasmi daripada Juventus. Buat masa ini, kontrak Benzema bersama Los Blancos masih berbaki 2 tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321435/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Tze Yong Menjadi Mangsa Penyingkiran Kodai Selepas Zii Jia\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong menjadi mangsa terbaru disingkirkan oleh pemain muda Jepun yang sedang meningkat naik, Kodai Naraoka di Terbuka Malaysia 2023.", "Semalam, pemain berusia 21 tahun itu telah menyingkirkan jaguh badminton tanah air merangkap pemain No.2 dunia, Lee Zii Jia di Pusingan 32.", "Hari ini, Kodai meneruskan konsistensinya dengan menumpaskan seorang lagi pemain tuan rumah iaitu Tze Yong menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-19 dan 21-15 dalam masa sekitar satu jam dan setengah permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MS – R1615 21 21 🇯🇵Kodai NARAOKA🥇", "21 19 15 🇲🇾NG Tze Yong", "— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023", "Kemenangan ini menjadikan Kodai telah merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Tze Yong di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, Kodai sudah pernah berentap menetang Tze Yong sebanyak satu kali sebelum ini.", "Pertembungan itu berlangsung di Kejuaraan Dunia Remaja BWF 2018 dimana ianya berpihak kepada Kodai dengan kemenangan secara “straight set” 21-19 dan 21-8.", "Pada masa yang sama, kemenangan Kodai pada hari ini juga menjadikan tiada sebarang perseorangan Malaysia yang akan beraksi di peringkat suku akhir Terbuka Malaysia edisi kali ini.", "Untuk makluman, di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Kodai akan turun berentap menentang pemain berpengalaman India yang menduduki ranking kelapan dunia, Prannoy Haseena Sunil Kumar.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220565/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Malaysia: Shun Yang, Chong King & Justin Kandas Di Pusingan 16\n", "content": ["Kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Arena Badminton Perak, Ipoh menyaksikan beberapa lagi perseorangan lelaki negara tumpas sekaligus tersingkir daripada saingan ini.", "Terbaru, tiga pemain negara yang diletakkan sebagai pemain pilihan untuk menjuarai saingan ini iaitu Lee Shun Yang (pilihan ke-4), Lim Chong King (pilihan ke-7) dan Justin Hoh (pilihan ke-15) mengalami kekalahan di Pusingan 16.", "Sebentar tadi, Shun Yang, 21 tahun, ranking ke-138, terpaksa akur tumpas kepada pemain Indonesia yang menghuni ranking ke-224, Yohanes Marcellyno menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 16-21 dan 15-21 dalam tempoh melebihi satu jam.", "Sementara itu, Chong King, ranking ke-182 turut menerima nasib yang sama apabila tumpas kepada rakan senegara, Lim Chi Wing secara “straight set” dengan skor 9-21 dan 19-21 dalam masa 38 minit permainan.", "Akhir sekali, Justin, 18 tahun,  juga terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat suku akhir setelah tumpas kepada pemain Indonesia, Syabda Belawa, 21 tahun, merangakap pilihan kelapan kejohanan.", "Syabda berjaya meraih kemenangan dengan skor 14-21, 21-17 dan 21-17 dalam tempoh satu jam dan tujuh minit sekaligus menyingkirkan Justin daripada saingan ini.", "Disebalik tumbangnya beberapa perseorangan pilihan negara, sekurang-kurangnya dua pemain berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.", "Dua pemain terbabit ialah Eogene Ewe, 17 tahun, (ranking ke-1131)  dan Lim Chi Wing, 27 tahun, (ranking ke-524).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221079/", "headline": "\nRanking BWF: Kian Meng-Pei Jing Jejak Tangga Ke-6 Dunia Buat Kali Pertama\n", "content": ["Kemaraan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 pada minggu lalu telah melonjakkan kedudukan mereka dalam ranking dunia dengan ketara.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan gandingan campuran No.1 negara ini berada di kedudukan keenam dunia – melonjak sebanyak dua anak tangga berbanding pada minggu lalu.", "Lonjakan itu dicetuskan oleh tambahan sebanyak 8,400 mata hasil kemaraan ke pentas separuh akhir di kejohanan penutup tirai itu. ", "Tambahan mata itu menjadikan Kian Meng-Pei Jing kini memiliki 68,870 mata daripada 10 pencapaian terbaik dalam kejohanan yang disertai mereka.", "Sebagai rekod, ini merupakan kedudukan tertinggi pernah dihuni oleh Kian Meng dan Pei Jing sejak mereka bergandingan bersama bermula penghujung tahun 2015."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219713/", "headline": "\nMFL Sekat Melaka United Beraksi Di Piala Malaysia – Susulan Gagal Lunas Gaji\n", "content": ["Semi-finalis musim lalu, Melaka United FC tidak akan menyertai saingan Piala Malaysia 2022. Ianya berikutan skuad kendalian Asri Ninggal disekat penyertaannya oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL).", "Keputusan itu dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL susulan Melaka United atau skuad berjulukan Hang Tuah ini gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawainya. ", "MFL dalam kenyataannya pada hari ini, memaklumkan, Melaka United telah menerima notis peringatan pada 6 September 2022 untuk menyelesaikan segala tunggakan gaji atau mendapat persetujuan bersama pegawai dan pemain yang terlibat sehingga 20 September 2022. Bagaimanapun Melaka United hanya dapat mengemukakan bukti pembayaran sehingga Jun 2022 setakat hari ini (21 September 2022).", "Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Melaka United FC tidak dibenarkan beraksi dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022 susulan kegagalan kelab berkenaan melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai.", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 21, 2022", "Pada masa yang sama, MFL turut mengingatkan Melaka United agar menyelesaikan baki tunggakan gaji tersebut bagi mengelakkan mereka tidak diberikan lesen untuk bersaing dalam Liga Malaysia 2023.", "Sementara itu, sebuah lagi pasukan yang mempunyai masalah yang sama, Sarawak United FC telah mencapai persetujuan bersama para pemain dan pegawainya berkenaan bayaran tunggakan gaji bulan Ogos 2022.", "Berkenaan dengan pasukan yang akan menggantikan slot Melaka United dalam saingan Piala Malaysia, MFL akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.", "Featured Image: Melaka United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219364/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Kian Meng-Pei Jing Tumpas Kali Ke-7 Di Tangan Yi Lyu-Dong Ping \n", "content": ["Rekod kekalahan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di tangan gandingan Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping semakin melebar.", "Terbaru, beregu negara yang berada di ranking ke-12 ini tumpas lagi ketika beraksi di peringkat suku akhir Terbuka Jepun 2022, hari ini.", "Kekalahan tersebut menjadikan mereka merekodkan tujuh kekalahan berturut-turut bertemu beregu campuran dari negara tembok besar itu di kesemua kejohanan antarabangsa setakat ini.", "DAIHATSU YONEX Japan Open 2022XD – Quarter final 🇨🇳Yi Lyu WANG🏅21 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅16 15 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI", "🕗 in 38 minutes https://t.co/9qXIiFGI0r", "— BWFScore (@BWFScore) September 2, 2022", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Mazuren Intec Arena itu, Kian Meng-Pei Jing tumpas kepada Yi Lyu-Dong Ping yang berada di ranking keempat dunia secara “straight set”.", "Perlawanan tersebut berakhir dengan pungutan mata 16-21 dan 15-21 dalam tempoh 38 minit permainan sekaligus Kian Meng-Pei Jing kempunan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, Yi Lyu-Dong Ping yang berhasil mengesahkan kemaraan akan bertemu samada gandingan Korea, Ko Sung-hyun dan Eom Hye-won atau beregu Thailand merangkap pasangan No.1 dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111752/", "headline": "\nNapoli Sarung Jersi Rekaan Giorgio Armani Harungi Serie A Musim 2021-22\n", "content": ["Selepas tiga musim beraksi dengan jersi keluaran Kappa, kelab yang beraksi dalam saingan Serie A, Napoli tampil dengan jersi rekaan syarikat fesyen mewah bermula musim ini.", "Kelab yang berpangkalan di selatan Itali itu mengumumkan jersi yang direka oleh Giorgio Armani untuk mengharungi musim 2021-22 menerusi platform media sosialnya, semalam.", "Armani dresses NapoliThis is our shirt!This is our second skin!These are our colours!💙 #ForzaNapoliSemprepic.twitter.com/XBgrK4ttdd", "Sebanyak tiga jersi dilancarkan iaitu Home, Away dan Third Kit. Untuk jersi Home, ianya kekal dengan warna tradisi kelab iaitu sky blue.", "Sementara itu, untuk jersi Away ia didatangi dengan warna putih manakala untuk Third Kit pula, buat pertama kali sejak musim 2015-16, Napoli menggunakan warna merah.", "Difahamkan jersi keluaran syarikat fesyen berpangkalan di Itali ini akan turut digunakan oleh skuad bawah 19 tahun (B-19).", "Napoli akan menyarung jersi keluaran Giorgio Armani ini buat pertama kali pada perlawanan sulung Serie A 2021/22 menentang Venezia, awal pagi isnin hadapan, waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219619/", "headline": "\nSkuad UiTM, Terengganu & Selangor Pertaruhkan Pemain B-23 Paling Ramai\n", "content": ["UiTM FC, Terengganu FC dan Selangor FC menjadi tiga pasukan yang mempertaruhkan pemain bawah 23 tahun (B-23) paling ramai dalam skuad mereka untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.", "Berdasarkan kepada senarai pemain yang didaftarkan, UiTM FC yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan B-23, Frank Bernhardt menyenaraikan seramai 12 pemain yang berumur 23 tahun dan ke bawah.", "Sementara itu, pasukan di tangga kedua liga pada ketika ini, Terengganu FC mengikuti rapat bilangan tersebut dengan mendaftarkan 11 orang pemain B-23 bagi mengharungi musim ini di bawah kendalian jurulatih yang semakin menjadi perhatian dalam kalangan peminat, Nafuzi Zain.", "Manakala skuad yang terkenal dengan julukan Red Giants yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Jerman, Karsten Neitzel pula menjadi pasukan ketiga yang memiliki pemain B-23 teramai iaitu seramai 9 orang pemain dengan dua daripadanya, Syahmi Safari dan Aliff Haiqal Lau sentiasa mengisi kesebelasan utama pasukan.", "Menariknya, ketiga-ketiga pasukan ini seringkali menurunkan kalangan pemain-pemain muda ini tidak kiralah sebagai pemain yang bermula dalam kesebelasn utama mahupun sebagai pemain gantian.", "Hal ini bukan sahaja dapat memberikan pemain-pemain muda ini untuk mengutip pengalaman berharga dengan beraksi dalam saingan tertinggi negara. Malahan, ia membolehkan mereka untuk meningkatkan dan mematangkan permainan mereka daripada semasa ke semasa.", "Dan yang paling menguntungkan pastinya ketua jurulatih skuad kebangsaan negara, Tan Cheng Hoe kerana beliau akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk membentuk skuad Harimau Malaya yang lebih mantap di masa hadapan. ", "Sementara itu, Penang dan Petaling Jaya City (PJ City) menjadi pasukan keempat dan kelima yang mempunyai pemain muda paling ramai dengan masing-masing menyenaraikan seramai 8 dan 7 orang pemain B-23.", "Kuala Lumpur City, Melaka United dan Sri Pahang menjadi pasukan yang paling sedikit mempunyai pemain B-23 dalam senarai pemain mereka musim dengan masing-masing hanya mempunyai tiga pemain.", "Berikut adalah senarai 12 pasukan Liga Super berserta pemain B-23 import dan tempatan yang menyertai pasukan mereka pada musim ini:", "(Nota: Posisi, nombor dan umur pemain pada tahun 2021 adalah berdasarkan yang didaftarkan oleh pasukan kepada Malaysian Football League) "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322006/", "headline": "\nLee Zii Jia Naik Pangkat, Dilantik Sebagai Duta LG Electronics Malaysia\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia kini bergelar Duta Jenama LG Electronics Malaysia – pengeluar alatan rumah terkemuka.", "Pengumuman rasmi mengenai pemain yang menghuni ranking keempat dunia terbabit sebagai duta hadir menerusi satu majlis yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada hari ini. ", "Untuk makluman, ini merupakan lanjutan daripada perlantikan Zii Jia sebagai Duta LG PuriCare pada tahun 2021 lalu kepada mewakili imej jenama LG secara menyeluruh.", "Kerjasama semasa ini akan meneruskan program duta sebelum ini disamping memperluaskannya lagi kepada produk Hiburan Rumah, Peralatan Rumah dan lain-lain.", "LG berhasrat kolaborasi dengan Zii Jia dapat meningkatkan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan slogan “Live Smarter, Go Higher”.", "Difahamkan sokongan LG ini berterusan sehingga temasya Sukan Olimpik Paris 2024."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216620/", "headline": "\nRanking BWF: Kedudukan ‘Patatimo Boys’ Naik Mencanak – Kini Di Tangga Ke-78 Dunia\n", "content": ["Kejayaan beregu lelaki muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri mara ke pentas akhir saingan Orleans Masters 2022 menghadiahkan mereka kenaikan ranking sebanyak 25 anak tangga pada hari ini.", "Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), beregu yang mendapat julukan ‘Patatimo Boys’ diletakkan sebagai penghuni ranking ke-78 dunia untuk minggu ke-10 ini.", "Untuk makluman semua, Arif dan Haikal yang merupakan kelahiran Terengganu dan Kelantan masing-masing ini menduduki ranking ke-103 dunia pada minggu lalu.", "Baca: Beregu Kidal ‘Patatimo Boys’ Sasar Pecah Masuk Kelompok 50 Terbaik Dunia Tahun Ini", "Walaupun mara ke pentas akhir, sedikit kerugian terpaksa ditanggung oleh Arif-Haikal kerana terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan tersebut. Selain itu, mereka juga terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF.  ", "Ianya gara-gara salah seorang daripada beregu ini iaitu Haikal disahkan dijangkiti Covid-19 sebelum perlawanan berlangsung.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu lelaki muda negara, Chang Yee Jun dan Yap Roy King yang turut mengambil bahagian dalam saingan Orleans Masters juga merekodkan peningkatan yang memberangsangkan.", "Sebanyak 42 anak tangga berhasil dilangkau oleh Yee Jun-Roy King menjadikan mereka menghuni tangga ke-155 dunia, pada minggu ini.", "Manakala untuk beregu lelaki utama negara yang lain tidak merekodkan sebarang perubahan. Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kekal di tangga kelapan dunia diikuti oleh Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi di tangga ke-11.", "Di tangga ke-16 adalah Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin serta di tangga ke-44 pula adalah Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323000/", "headline": "\nHaaland Atasi Rekod Salah & Van Nistelrooy – Jaring 45 Gol Semusim\n", "content": ["Erling Haaland terus menggegar arena bola sepak eropah apabila menjaringkan gol ke-45 pada musim ini. Hal ini sekaligus memecahkan rekod jaringan terbanyak merentasi pelbagai kejohanan oleh pemain Liga Perdana Inggeris dalam tempoh semusim. ", "Penyerang sensasi Manchester City itu telah mengatasi rekod 44 gol yang dipegang Ruud Van Nistelrooy dan Mohamed Salah pada musim 2002/03 dan 2017/18 masing-masing.", "Lebih menakjubkan, hanya 39 perlawanan sahaja diperlukan Haaland untuk memecahkan rekod dua pemain tersebut. Sebagai perbandingan, Van Nistelrooy dan Salah memerlukan 52 perlawanan untuk mencapai angka 44 jaringan sebelum ini.", ".@ErlingHaaland sets a new record for goals scored by a @premierleague player in all competitions! ✨ pic.twitter.com/AHiRhRzbJL", "— Manchester City (@ManCity) April 11, 2023", "Jaringan ke-45 peribadinya terhasil menerusi gol ketiga The Citizen dalam aksi menentang Bayern Munich pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara UEFA yang menyaksikan mereka menang 3-0. ", "Untuk pengetahuan umum, nama penyerang Norway itu mula disebut-sebut selepas meledak 9 gol menentang Honduras yang menyaksikan mereka menang 12-0 dalam aksi Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20).", "Sementara itu, kehadiran Haaland di England terus mencuri perhatian dengan jumlah jaringannya yang kerap memecahkan rekod liga serta kelab pada usia 23 tahun. ", "Anak kepada Alfie Haaland itu muncul pemain pertama yang menjaringkan 9 gol daripada 5 penampilan pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2023/24. ", "Selain itu, Haaland turut menjaringkan hatrik tiga kali berturut-turut di laman sendiri, Stadium Etihad serta menjadi penjaring terbanyak kelab dalam tempoh semusim mengatasi rekod berusia 94 tahun milik Tommy Johnson (39 gol). ", "Featured Image: Manchester City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207398/", "headline": "\nMourinho Korbankan Piala Carabao Kerana Liga Europa Beri Lebih Banyak Duit\n", "content": ["Pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengangkat bendera putih untuk bersaing dalam kempen Piala Carabao kerana jadual yang terlalu padat.", "Disamping itu, pengurus berbangsa Portugal ini mahu memberikan tumpuan kepada melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Europa kerana memberikan lebih banyak pulangan kewangan.", "Ketika ini, skuad berpangkalan di utara London itu terpaksa mengharungi jadual padat iaitu menempuh lima perlawanan dalam masa 11 hari.", "Mereka baru sahaja melayan kunjungan Newcastle United pada hari ahad lalu untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Round Four starts here!#EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/ANQWrmq6Pc", "Dan awal pagi nanti, Spurs bakal menentang Chelsea pada pusingan ke-4 Piala Carabao. Mourinho awal-awal lagi membuat perancangan untuk melakukan penggiliran pemain.", "Beliau melakukan hal tersebut kerana ingin ‘menyimpan’ pasukan utamanya untuk mengharungi saingan kelayakan Liga Europa bertemu Maccabi Haifa pada awal pagi jumaat ini.", "“Saya mahu bersaing dalam kancah Piala Carabao tetapi saya fikir (Spurs) tak mampu. Peringkat kumpulan Liga Europa beri kami lebih banyak duit, untuk kelab seperti kami, itu lebih penting.” katanya dipetik daripada Daily Mail.", "⚽️ #UEL play-off fixtures…Will your team reach the group stage? ℹ️ All games are single-leg ties to be played on 1st October", "Mourinho turut menafikan beberapa pandangan yang mengatakan Spurs mempunyai peluang mencatatkan kemenangan ke atas Chelsea pada awal pagi nanti.", "“Kamu bergurau ke serius? Chelsea bermain sabtu (lepas), mereka (berehat) pada hari ahad dan isnin. Kemudiannya mereka bermain pada hari selasa (awal pagi rabu waktu Malaysia) dan bermain pula pada hujung minggu (ini).", "“Dengan skuad hebat (mereka), jika pengurusnya tidak mahu melakukan penggiliran pemain, dia boleh mainkan pemain-pemain (utama) yang dia mahukan.” ujar Mourinho."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206769/", "headline": "\n“Awak Kawan Messi, Cuba Telefon Dia Ajak Sertai Man City” – Pinta Peminat Cilik, Braydon Kepada Pep\n", "content": ["Empat tahun lalu, seorang peminat cilik Manchester City, Braydon Bent berpeluang untuk duduk bersembang bersama pengendali The Cityzens, Pep Guardiola.", "Pada ketika itu, Braydon baru sahaja berusia tujuh tahun namun amat petah berkata-kata. Minatnya terhadap pasukan Man City itu bukan kepalang lagi dan menyebabkannya dikenali ramai peminat bola sepak di Kota Manchester.", "Oleh demikian, Man City telah membuat kejutan yang istimewa buatnya. Mereka bercadang untuk menemukannya bersama pengurus baharu The Cityzens yang baharu dilantik, Pep Guardiola dalam rancangan Pep’s Taxi.", "Setelah masuk ke dalam teksi yang dipandu oleh Chappy, seorang penyampai Man City, Brandon seakan-akan tidak percaya dapat bertemu empat mata bersama pengurus idolanya yang pernah mengurus FC Barcelona dan Bayern Munich.", "Banyak topik yang dibincangkan oleh mereka berdua. Antara yang paling menarik adalah Braydon meminta Guardiola untuk mendapatkan penyerang terbaik dunia, Lionel Messi.", "If Lionel Messi ends up joining @ManCity then this kid should get the assist for it 😂👏 pic.twitter.com/7cit7Jc5PS", "“Saya tahu awak merupakan kawan kepada Messi, mungkin awak boleh telefon dia dan lihat jika dia ingin menyertai kita (Man City) dan bergembira (di sini).” ujar Brayden kepada Pep.", "“Sangat menarik tu! Tetapi ianya mungkin sedikit sukar (untuk menandatangani Messi),” Pep menjelaskan kembali kepada Brayden.", "Seperti kita sedia maklum, Man City tidak berhasil mendapatkan khidmat Messi ketika itu. Bagaimanapun, hajat Braydon untuk melihat kelibat Messi menyarung jersi Sky Blue di Stadium Etihad mungkin bakal menjadi kenyataan.", "Messi yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City. Diberitakan mereka kedua-dua mereka telah mengadakan perbincangan melalui telefon.", "Braydon pastinya menjadi kanak-kanak yang paling gembira di dunia sekiranya perpindahan Messi ke Man City direalisasikan kali ini.", "Anda boleh menonton video penuh perbualan di antara Brayden dan Pep Guardiola pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219932/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Qatar Tuan Rumah Edisi 2024 – Turut Berperanan Sebagai Kelayakan Sukan Olimpik\n", "content": ["Selepas menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2022, Qatar sekali lagi menjadi tumpuan peminat bola sepak terutamanya bagi benua asia apabila dipilih sebagai tuan rumah kejohanan bawah umur, Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada tahun 2024 kelak.", "Perkara tersebut hadir selepas Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang dipengerusikan oleh Dr. Tran Quoc Tuan di Kuala Lumpur, pada minggu lalu.", "Qatar menjadi pilihan berbanding empat pembida lain iaitu Iran, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan selepas proses penilaian bidaan menyeluruh termasuk penilaian risiko terhadap petunjuk kemampuan menganjurkannya seperti yang digariskan.", "🇶🇦 Qatar will be the hosts for 2024 #AFCU23!https://t.co/kLutk4I0kI", "— #ACFutsal2022 (@afcasiancup) September 30, 2022", "Pada masa yang sama, kejohanan yang berlangsung di Qatar ini akan turut berperanan sebagai kelayakan ke temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Untuk makluman semua, asia diberikan 3.5 slot ke temasya berkenaan bagi acara bola sepak.", "Ini bermakna juara, naib juara serta pemenang tempat ketiga akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 Paris. Manakala pasukan di tempat keempat pula akan layak ke perlawanan play-off menentang satu wakil daripada Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).", "Untuk makluman, kejohanan ini akan menjadi salah satu daripada keutamaan buat barisan kejurulatihan baharu skuad B-23 negara yang diketuai E. Elavarasan selain Sukan SEA 2023 Phnom Penh dan Sukan Asia 2022 Hangzhou (2023)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221067/", "headline": "\nHarry Kane Menyamai Rekod Jaringan Terbanyak Wayne Rooney Bersama England\n", "content": ["Biarpun tersingkir daripada saingan Piala Dunia selepas tumpas kepada Perancis, penyerang skuad kebangsaan England, Harry Kane pulang dengan satu rekod peribadi yang baharu dalam kariernya.", "Dalam perlawanan menentang skuad Les Bleus pada peringkat suku akhir itu, Kane menyumbang satu gol buat England menerusi sepakan penalti pada babak kedua atau lebih spesifiknya pada minit 54’.", "Untuk makluman semua, jaringan itu merupakan yang ke-53 direkodkannya buat England sejak melakukan debut pada penghujung Mac 2015.", "Level on 53 goals for the #ThreeLions!@HKane 🤝 @WayneRooney pic.twitter.com/GErwW5kmMz", "— England (@England) December 10, 2022", "Dan jumlah itu menyamai rekod jaringan oleh bekas penyerang England, Wayne Rooney merangkap penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad Three Lions.", "Dalam perlawanan itu juga, Kane berpeluang untuk memintas rekod jaringan Rooney apabila England dihadiahkan sepakan penalti pada minit 81’ ekoran Mason Mount dijatuhkan di dalam kotak.", "Bagaimanapun, peluang itu hangus sama sekali dimana Kane gagal menyempurnakannya setelah bola rembatannya melewati palang gol. ", "Situasi itu juga menyebabkan England tidak dapat mengikat Perancis dengan skor 2-2 sekaligus menyaksikan mereka tersingkir daripada saingan Piala Dunia kali ini. ", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325473/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Para Dunia: Latif Romly Tambah Koleksi Emas Acara Lompat Jauh T20\n", "content": ["Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly menambah satu lagi koleksi kilauan pingat emas daripada Kejohanan Olahraga Para Dunia dalam kariernya. ", "Koleksi tersebut bertambah setelah atlet berusia 26 tahun ini memenangi acara lompat jauh kategori T20 (kecacatan intelektual) di kejohanan yang berlangsung di Stadium Charlety, Paris, semalam.", "Latif muncul pemenang bagi acara itu apabila melakukan lompatan terbaiknya pada percubaan kedua dengan jarak sejauh 7.40 meter (m) – rekod kejohanan – yang mana tidak mampu diatasi oleh atlet-atlet lain.", "A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official)", "Pencabar terdekatnya, Noah Vucsics dari Kanada hanya merekodkan lompatan terbaik sejauh 7.35m sekaligus terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak.", "Sementara itu, pingat gangsa pula menjadi milik atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan rekod lompatan terbaik sejauh 7.12m.", "Pencapaian Latif pada kali ini mengulangi kejayaannya merangkul emas ketika menyertai Kejohanan Olaraga Para Dunia di Qatar (2015) dan London (2017).", "Manakala edisi Dubai (2019) pula menyaksikan Latif terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak.", "Sebagai tambahan, Latif juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara ini dengan lompatan sejauh 7.64m dilakukannya ketika memenangi pingat emas di temasya Sukan Para Asia 2018."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220275/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Soon Huat-Shevon ‘Pecah Telur’ Bertemu Yuta-Arisa, Berjaya Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Gandingan campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai belum pernah merekodkan sebarang kemenangan ke atas pasangan Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dalam karier mereka.", "Bagaimanapun, perkara tersebut berubah pada malam ini apabila Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ke-13 dunia berjaya ‘memecahkan telur’ tersebut dengan merekodkan kemenangan sulung ketika bertemu di peringkat suku akhir Terbuka Denmark, hari ini.", "Lebih menarik, Soon Huat-Shevon berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” dalam pertarungan tersebut yang menyaksikan ianya berkesudahan dengan skor 21-18 dan 21-14 dalam tempoh 34 minirt permainan.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORXD – Quarter final 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅18 14 🇯🇵Yuta WATANABE 🇯🇵Arisa HIGASHINO", "🕗 in 34 minutes https://t.co/13S9GMC5Xg", "— BWFScore (@BWFScore) October 21, 2022", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan kelima melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Keputusan itu sekaligus menyingkirkan naib juara Kejohanan Dunia BWF dan pemenangan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England ini daripada saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Manakala Soon Huat-Shevon pula dapat meraih tiket ke peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, di peringkat tersebut, mereka akan menantikan cabaran seterusnya samada daripada beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue atau beregu No.3 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217982/", "headline": "\nFINA Tak Benarkan Atlet Transgender Bertanding Dalam Kategori Wanita\n", "content": ["Badan induk sukan renang dunia, Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) membuat keputusan untuk tidak membenarkan lagi atlet transgender untuk mengambil bahagian dalam kategori wanita bagi saingan elit bermula 20 Jun 2022.", "Menurut siaran media oleh badan induk terbabit, polisi tersebut mendapat undian 71.5% ahli gabungan FINA dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 2022 yang berlangsung di Budapest, Ahad lalu.", "Ahli-ahli gabungan membuat keputusan itu selepas mendengar ucapan daripada wakil kumpulan yang membuat kajian mengenai polisi baharu ini. ", "FINA announces new policy on gender inclusion 👇https://t.co/tOcoTKz8WK", "— FINA (@fina1908) June 19, 2022", "Untuk makluman, kumpulan ini terdiri daripada tiga kumpulan pakar – kumpulan atlet, kumpulan sains dan perubatan serta kumpulan undang-undang dan hak asasi manusia.", "Sementara itu, FINA memaklumkan akan membangunkan satu cadangan polisi baharu – kategori terbuka – yang membolehkan atlet transgender mengambil bahagian dalam saingan anjuran FINA.", "Sebuah kumpulan pakar akan ditubuhkan oleh FINA untuk mencari cara yang paling efektif untuk mengadakan “kategori terbuka baharu” ini dalam tempoh enam bulan berikutnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217190/", "headline": "\nPaul Pogba Pilih Tidak Sertai Kelab ‘Rival’ Setempat Manchester City\n", "content": ["Pemain tengah Perancis, Paul Pogba yang akan tamat kontraknya bersama Manchester United pada musim panas ini memilih untuk tidak menyertai kelab seteru setempat iaitu Manchester City.", "Perkara tersebut didedahkan oleh The Athletic dimana pemain berusia 29 tahun itu telah menerima tawaran daripada juara Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak lima kali itu. Namun begitu, wakil kepada Pogba telah memberitahu kepada Manchester City, Pogba mahu meneruskan kariernya bersama kelab lain.", "🚨 EXCL: Paul Pogba will not be joining Man City. 29yo seriously considered offer but opted against + his camp have told #MCFC. Favours whole package at another club: #Juve, #PSG, #RMFC currently main contenders – no final decision yet @TheAthleticUK #MUFC https://t.co/tx8kUxjLkF", "— David Ornstein (@David_Ornstein) May 9, 2022", "Dipetik daripada laporan yang sama, antara hala tujunya selepas daripada ini adalah Juventus, Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid. Buat masa ini, tiada sebarang keputusan akhir telah dibuat oleh Pogba.", "Minggu lalu, terdapat laporan skuad The Cityzen bimbingan Pep Guardiola mempertimbangkan untuk menandatangani Pogba yang bakal bergelar ejen bebas dalam masa beberapa minggu lagi. ", "Pogba menjadi calon Guardiola untuk memperkuatkan Manchester City bagi menggantikan Fernandinho yang mahu meninggalkan pasukan apabila tamatnya musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215666/", "headline": "\nACL, Piala AFC Ikut Kalendar Eropah Bermula 2023-24 & Kuota Import Menjadi 5+1\n", "content": ["Badan induk bola sepak benua asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan dua perubahan besar terhadap saingan bola sepak anjurannya serta polisi melibatkan pemain asing atau import di dalam pasukan.", "Menerusi satu kenyataan rasmi pada hari ini, AFC memaklumkan kalendar saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC akan dimainkan bermula musim luruh (sekitar September) dan tamat pada musim bunga (sekitar Mei) persis yang diamalkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).", "Difahamkan, AFC melakukan perubahan ini supaya kelab-kelab di benua asia mendapat manfaat dan meningkatkan peluang untuk menandatangani pemain dan jurulatih yang berkualiti hasil daripada tempoh jendela perpindahan yang sama dengan yang diamalkan di benua eropah.", "AFC Executive Committee approves dynamic enhancements to AFC Club Competitions!✅ #ACL & #AFCCup will be played in Autumn-Spring from 2023-24 season✅ 5️⃣+1️⃣ foreign players quota✅ No more zoning principles for #AFCU17, #AFCU20, #AFCU23 Qualifiershttps://t.co/Mq9fP0Skgf", "Untuk makluman semua, perubahan terhadap kedua-dua kejohanan peringkat benua asia ini akan bermula pada musim 2023-24 kelak.", "Dalam kenyataan yang sama, AFC turut memaklumkan perubahan terhadap polisi melibatkan kuota pemain asing atau import untuk sesebuah pasukan. Bermula musim 2023-24 kelak, kuota pemain import untuk beraksi di kejohanan anjuran AFC ditingkatkan menjadi 5+1 (lima pemain warganegara bebas dan seorang pemain benua asia).", "Sebelum ini, AFC mengguna pakai polisi kuota 3+1 dimana tiga pemain adalah berwarganegara bebas sementara seorang lagi adalah dari benua asia.", "Sementara itu, setiap pasukan dibenarkan untuk mendaftarkan sebanyak 35 pemain berbanding 30 bermula saingan musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207161/", "headline": "\nTips Minit-Minit Akhir GW2 – Kenapa Anda Mesti Beli Aubameyang? \n", "content": ["Premier League bakal memasuki minggu kedua – Gameweek 2. ", "Antara soalan yang masih bermain di minda adalah siapakah yang sepatutnya dibawa masuk ke dalam pasukan Fantasy Premier League (FPL) milik kita semua?", "Buntu memikirkan pilihan pemain anda menjelang Gameweek 2? Berikut adalah cadangan-cadangan kami:", "Bernd Leno – Arsenal (vs West Ham)", "Arsenal beraksi dengan baik dalam perlawanan pertama, dan dengan West Ham tidak pernah menang sebarang derbi London di tempat lawan di bawah kendalian David Moyes, mengapa tidak untuk ‘clean sheet’ kedua mereka musim ini?", "Alternatif lain: Emiliano Martinez (Aston Villa, 4.5 juta)", "Lucas Digne – Everton (vs WBA)", "Harganya agak tinggi jika dibandingkan dengan pertahanan lain, namun tahukah anda, sejak awal musim lalu, tiada pemain yang telah mencipta lebih banyak bantuan gol untuk Everton berbanding Digne (8 bantuan gol) termasuk bantuan gol ketika Everton menewaskan Tottenham minggu lalu.", "Luke Ayling – Leeds (vs Fulham)", "Beliau mungkin tidak memberikan sebarang mata dalam perlawanan lalu, tetapi dengan Fulham dilihat tumpul di bahagian serangan, Leeds sepatutnya memenangi perlawanan ini.", "Leeds juga dilihat gemar menggunakan serangan melalui overlap dari bek sisi, jadi Ayling mungkin dapat memberikan sesuatu dalam perlawanan kali ini.", "Alternatif lain: James Justin (Leicester, 4.6 juta)", "Pierre-Emerick Aubameyang – Arsenal (vs West Ham)", "Aubameyang telah terlibat secara langsung dalam 15 gol daripada 16 penampilan terakhir beliau dalam derbi London.", "Dengan beliau turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan lalu, West Ham boleh menjadi mangsa beliau yang seterusnya.", "Bruno Fernandes – Man United (vs Crystal Palace)", "Baru sahaja dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan oleh kelabnya, Fernandes telah terlibat dalam 20 peratus daripada gol-gol United dalam semua kejohanan sejak beliau tiba pada Januari.", "Alternatif lain: Mohamed Salah (Liverpool, 12.0 juta)", "Callum Wilson – Newcastle (vs Brighton)", "Anda mungkin tidak mahu melepaskan peluang membeli C. Wilson. Dengan harga di bawah £7 juta, beliau boleh mengulangi rekod Les Ferdinand dengan berjaya menjaringkan gol dalam dua penampilan pertamanya bersama Newcastle.", "Anthony Martial – Man United (vs Crystal Palace)", "17 gol dan 9 bantuan gol dalam Premier League musim lalu, momentum ini boleh dibawa Martial ke dalam perlawanan pertama Man United dalam liga musim ini.", "Selamat maju jaya buat semua pemain FPL pada minggu ini!"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020156/", "headline": "\nMotoGP Lebih Meriah Tanpa Marc Marquez\n", "content": ["Saingan MotoGP 2020 dilihat lebih meriah tanpa kehadiran juara bertahan dunia, Marc Marquez yang terpaksa berehat selama sebulan selepas menjalani pembedahan lengannya. ", "Marquez terpaksa melupakan impian untuk meraih kejuaraan dunia ke-9 pada saingan MotoGP musim ini selepas terlibat dalam satu kemalangan semasa perlumbaan pertama, GP Spanish.", "Kemalangan itu menyebabkan Marquez mengalami keretakan di humerus kanannya. Berdasarkan makluman, pelumba berusia 27 tahun itu akan kembali ke saingan MotoGP seawal-awalnya hujung september kelak iaitu pada perlumbaan Catalan GP.", "Caer está permitido, levantarse es una obligación 💪🏼Gracias a [email protected] por los mensajes de apoyo!Falling is allowed, getting up is an obligation 💪🏼Thank you all for the messages of support!#MM93 pic.twitter.com/dwVrbJT0nS", "— Marc Márquez (@marcmarquez93) August 5, 2020", "Pemerhati MotoGP, Carlo Pernat merasakan saingan motorsikal kelas premier akan menjadi lebih meriah dengan ketidakhadiran Marquez. Ia juga akan membuka peluang kepada pelumba-pelumba lain untuk memenangi perlumbaan.", "“Tiada lagi (pelumba) fenomena, sepertimana Marquez berada di atas trek. Apabila (pelumba) fenomena tiada, semua (persaingan) akan menjadi terbuka, dan tiada lagi primadona.”", "“Kita dapat menjangkakan pelumba berlainan (daripada biasa) menaiki podium, Marc telah menaikkan standard.” kata Pernat seperti dipetik daripada GPOne.", "Apa yang diperkatakan oleh Pernat itu terbukti benar semasa perlumbaan ke-3 MotoGP di GP Czech pada ahad lalu. ", "Dalam perlumbaan tersebut, pelumba Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder mengejutkan seluruh peminat sukan permotoran apabila muncul juara buat pertama kali sejak dinaikkan pangkat daripada Moto2 kepada MotoGP, musim ini.", "Sebelum itu, pelumba muda daripada pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo telah memenangi dua siri perlumbaan awal MotoGP iaitu GP Spanish dan GP Andalusia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111300/", "headline": "\nOlimpik 2020: Regu Wanita No.1 Dunia Bangkit Tundukkan Mei Kuan-Meng Yean\n", "content": ["Setelah tumpas pada perlawanan pembukaan, regu wanita negara sekali lagi gagal mendapatkan kemenangan pada perlawanan kedua dalam bagi acara beregu badminton wanita pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.", "Segalanya bermula dengan baik buat pasangan wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean dengan memenangi set pertama dengan keputusan 21-17.", "Namun, lawan mereka, yang merupakan regu wanita No.1 dunia, Sayaka Hirota dan Yuki Fukushima berjaya bangkit memenangi dua set yang berikutnya.", "Walaupun diberikan tentangan yang sengit daripada Mei Kuan dan Meng Yean (ranking ke-11 dunia) gandingan Jepun ini tetap berhasil menamatkan set kedua dan ketiga masing-masing dengan keputusan 21-15 dan 21-8.", "You've tried your best, Mei Kuan and Meng Yean! 🙏🇲🇾Nasib mereka bergantung dengan perlawanan Greysia Polii-Apriyani Rahayu 🇮🇩 menentang Chloe Birch-Lauren Smith 🇬🇧 esok.Andai pasangan Britain menang, Mei Kuan-Meng Yean masih berpeluang ke suku akhir.Bangkit Malaysia!", "Untuk makluman, nasib mereka ke saingan kalah mati akan bergantung kepada keputusan perlawanan antara pasangan wanita Indonesia dan Great Britain, pada hari esok.", "Sekiranya pasangan Britain menang, Mei Kuan dan Meng Yean berpeluang untuk menempah tempat ke saingan kalah mati, dengan syarat memenangi perlawanan ketiga.", "Perlawanan seterusnya, mereka akan bertemu pasangan Britain iaitu Chloe Birch dan Lauren Smith."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325550/", "headline": "\nNenad Bacina Kemudi KL City, Bojan Hodak Sertai Persib Bandung\n", "content": ["Bekas penolong jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Nenad Bacina kini kembali ke pangkuan skuad berpangkalan di ibu kota tanah air sebagai ketua jurulatih mereka.", "Kehadiran semula jurulatih dari Croatia yang berusia 51 tahun ini adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Bojan Hodak secara mengejut pada hari ini.", "Perkembangan tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City FC dalam satu sidang media pada pagi ini.", "“Sidang media pada pagi ini adalah untuk mengumumkan bahawa kita punya head coach (ketua jurulatih), saudara Bojan Hodak akan berpindah ke kelab yang lain dan negara yang lain.", "“Ini merupakan satu perpisahan yang amat menyedihkan tetapi pada masa yang sama kita sangat berterima kasih kerana pada asalnya dia hanya menandatangani kontrak untuk bersama kita selama hanya setahun,", "“Tetapi setelah kita dapati bahawa kita ada sinerginya, dapat bekerjasama dengan baik maka dia telah bersama dengan kita selama (hampir) tiga tahun,” umumnya Khalid dalam sidang media di Kompleks Sukan PKNS.  ", "A post shared by PERSIB (@persib)", "Susulan daripada pengumuman ini, destinasi Bojan diketahui apabila kelab yang berpangkalan di negara jiran tetangga iaitu Persib Bandung mengumumkan secara rasmi mendapatkan khidmat jurulatih yang juga kelahiran Croatia ini.", "Skuad berjulukan Maung Bandung ini mengikat khidmat Bojan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh ketua jurulatih sebelum ini, Luis Mila.", "Sebagai rekod, selama bersama KL City, Bojan telah membimbing skuad berjulukan The City Boys ini muncul juara Piala Malaysia 2021 serta mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.", "Sementara itu, Nenad pula akan bergelar ketua jurulatih buat kali ketiga dalam kancah bola sepak Malaysia selepas mengemudi Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Pulau Pinang pada tahun 2015 dan 2016 masing-masing.", "Selebihnya, peranan Nenad banyak berkisar sebagai penolong jurulatih kepada Bojan di beberapa buah pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), skuad kebangsaan bawah 19 tahun (Malaysia B-19) dan terakhir KL City.", "Untuk pengetahuan semua, Nenad meninggalkan KL City pada penghujung 2022 untuk menyertai kelab berpangkalan di Arab Saudi, Al Faiha sebagai Pengarah Akademi.", "Featured Image: KL City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214851/", "headline": "\nMOTM Menentang JDT, Muhammad Jadi Milik Kuala Lumpur City\n", "content": ["Pertahanan tengah yang dinobatkan sebagai pemain terbaik ‘Man of The Match’ (MOTM) ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan Liga Super musim lalu disahkan menjadi milik Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Pemain tersebut ialah Muhammad Mohd Faudzi atau lebih dikenali sebagai Amad, bakal menginjak usia 26 tahun, diumumkan menjadi pemain skuad ibu kota menerusi satu makluman rasmi di pelbagai platform media sosial pasukan berkenaan, Jumaat lalu.", "From the East, Muhammad Faudzi is a #CityBoyThe center back who admires Shukor Adan is in good hands.#KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/MGb2WIckxs", "Persembahan Amad ketika menentang skuad Harimau Selatan pada tahun lalu menjadi momen yang mengangkat namanya meniti dibibir-bibir peminat bola sepak tempatan. ", "Manakan tidaknya, aksi Amad dalam perlawanan tersebut berhasil mengekang penyerang-penyerang JDT daripada menjaringkan sebarang gol sekaligus membantu Terengganu meraih kemenangan 1-0 di gelanggang keramat milik JDT itu.", "Untuk makluman semua, Amad yang mengidolakan pertahanan yang kini menjadi staf kejurulatihan KL City, Shukor Adan merekodkan 13 penampilan dengan 916 minit masa permainan sepanjang musim lalu.", "Sebagai tambahan, selain diangkat sebagai MOTM ketika menentang JDT, Amad turut dipilih sebagai MOTM kelabnya ketika menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) ketika aksi ke-19 Liga Super.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321334/", "headline": "\nPenang Ambil Semula Bekas Pemain Import UiTM FC, Ousmane Fane\n", "content": ["Pemain import yang pernah beraksi bersama UiTM FC pada musim 2020 dan 2021 akan kembali mewarnai semula saingan Liga Malaysia 2023. ", "Ini selepas pasukan yang berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC mengumumkan menandatangani khidmat pemain tengah bertahan, Ousmane Fane.", "Pemain berusia 30 tahun kelahiran Perancis ini juga menjadi pemain import terakhir yang diikat oleh skuad berjulukan Harimau Kumbang pada jendela perpindahan kali ini.", "Bagaimanapun, Penang yang mendapat bimbingan sementara Manzoor Azwira ini tidak mendedahkan tempoh kontrak yang ditandatangani oleh Ousmane bersamanya.", "A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)", "Sebelum ini, Ousmane beraksi bersama Morecambe FC yang berpangkalan di Lancashire, England dan bersaing dalam divisyen ketiga negara tersebut iaitu League One.", "Untuk makluman, Ousmane merupakan antara tonggak yang membantu UiTM FC kendalian Frank Bernhardt pada ketika itu menamatkan saingan Liga Super yang disertai mereka buat julung kalinya di tangga keenam.", "Difahamkan, Ousmane merupakan pemain import baharu yang kelapan serta terakhir yang ditandatangani Penang pada jendela perpindahan kali ini.", "Terdahulu mereka telah mengumumkan kemasukan tujuh pemain import iaitu Adriano Narcizo, Giovane Gomes (Brazil), Sonny Saad (Lubnan), Curt Dizon (Filipina), Ryu Yamaguchi (Jepun), Zaw Min Tun (Myanmar) dan An Sae Hee (Korea).", "Melengkapkan kuota sembilan pemain import pada musim ini ialah Rafael Vitor (Brazil) yang menjadi satu-satunya pemain import musim lalu yang dikekalkan khidmatnya sekaligus bakal menyaksikannya beraksi bersama Penang untuk tahun keempat dalam kariernya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114054/", "headline": "\nLegenda Kedah BB7 & Pemegang Ijazah Diperkenalkan Sebagai Pemain Baharu Sabah\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di Timur Malaysia iaitu Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah) mengumumkan penyertaan dua pemain baharunya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Menerusi makluman di pelbagai platform sosial medianya pada hari ini, Sabah yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee mengumumkan secara rasmi kemasukan pemain legenda dan kapten Kedah Darul Aman (Kedah), Baddrol Bakhtiar atau dikenali sebagai BB7.", "Walaupun telah menginjak usia 33 tahun, kemampuan Baddrol masih menarik minat Sabah memandangkan pemain ini bukan sahaja masih bertenaga sebagai pemain tengah di atas padang bahkan turut meletakkan dirinya sebagai penjaring tempatan terbanyak untuk saingan Liga Super musim ini.", "Tambahan pula, Baddrol yang beraksi selama 16 tahun bersama Kedah menampilkan prestasi memberangsangkan pada musim ini turut menarik minat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menggunakan khidmatnya pada perlawanan antarabangsa lalu dan kempen Piala AFF kelak.", "Sementara itu, Sabah turut mengumumkan menandatangani seorang lagi pemain yang merupakan pemegang ijazah sarjana muda sains sukan iaitu Mohd Afiq Yunus atau dikenali sebagai Apeng. ", "Berusia 27 tahun dan merupakan anak jati kelahiran negeri Sabah, Apeng juga merupakan seorang pemain tengah. Sebelum ini, karier Apeng banyak bertumpu bersama pasukan amatur seperti Tankur FC dan Kinabalu Jaguar FC.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC & Kinabalu Jaguar FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111134/", "headline": "\nRoger Federer Tarik Diri Daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020\n", "content": ["Bintang tenis, Roger Federer mengumumkan terpaksa menarik diri daripada bersaing dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirainya, sembilan hari lagi.", "Pemenang Grand Slam sebanyak 20 kali tersebut terpaksa menarik diri kerana kesakitan di bahagian lutut disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya tahun lalu.", "Kecederaan itu memerlukannya menjalani pembedahan dan menyebabkan Federer tidak dapat menyertai sebarang kejohanan selama 13 bulan iaitu dari Februari 2020 sehingga Mac 2021.", "Baru-baru ini, pemain tenis yang bakal menginjak usia 40 tahun menyertai kejohanan Wimbledon 2021. Namun perjalanannya dalam kejohanan tersebut hanya setakat suku akhir apabila ditewaskan oleh pemain Poland, Hubert Huckarz.", "“Ketika sesi latihan di gelanggang berumput, saya mengalami sakit di bahagian lutut dan saya terpaksa akur untuk menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo.” katanya menerusi akaun media sosial peribadinya.", "Penarikan ini sekaligus menutup peluang bintang tenis kelahiran Switzerland itu untuk memenangi emas dalam temasya sukan terbesar dunia yang diadakan empat tahun sekali.", "Pencapaian terbaik beliau di pentas Olimpik adalah memenangi pingat perak pada tahun 2012. Pingat tersebut diraih selepas gagal mengatasi pemain Great Britain, Andy Murray dalam perlawanan akhir pada temasya Sukan Olimpik di London. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322674/", "headline": "\n10 Fakta Perlawanan Melibatkan Kuala Lumpur City vs Selangor\n", "content": ["Perseteruan Lembah Klang antara Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Selangor FC menjadi salah satu pertembungan klasik yang penuh sejarah buat kedua-dua pasukan.", "Menjelang perseteruan Lembah Klang yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam nanti, Sukanz tampil menghidangkan 10 fakta perlawanan yang merangkumi rekod semasa pasukan, para pemain serta statistik pertembungan bagi kedua-dua pasukan untuk tatapan pembaca:", "Sejak KL City kembali ke kancah Liga Super pada musim 2021, kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 7 kali dalam saingan domestik dengan 2 kemenangan berpihak kepada The City Boys manakala Selangor pula menang sekali dan selebihnya berakhir dengan keputusan seri. ", "Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Caion bagi menentang bekas pasukannya, Selangor yang mana dia muncul selaku penjaring terbanyak kelab musim lalu dengan 24 gol dan 2 daripadanya ketika menentang KL City.", "Ketika ini, Selangor berada di kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga Super dengan menduduki tangga keempat hasil daripada 3 kemenangan ke atas Kelantan United, Kuching City dan Penang serta terikat menentang Sri Pahang sebelum dibenam juara bertahan, Johor Darul Ta’zim. ", "KL City pula kurang bernasib baik dalam 4 aksi terakhir mereka dengan mencatatkan 3 keputusan seri dan tewas kepada Johor Darul Ta’zim. Mereka berkelebihan satu perlawanan menentang Negeri Sembilan yang ditunda akibat cuaca buruk. ", "Aksi terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Brendan Gan dan Romel Morales di Petaling Jaya manakala bagi perlawanan terakhir kedua-dua pasukan di Cheras, mereka sekali lagi terikat 3-3 dengan Caion menjaringkan dua penalti buat Selangor.", "Kevin Ray Mendoza (KL City) merupakan penjaga gol dengan jumlah penyelamatan kedua terbanyak dengan 16 percubaan berjaya diselamatkan setakat ini. Kevin dibezakan sebanyak 2 percubaan dengan penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid (14). ", "Biarpun tidak menjaringkan gol, Faisal Halim (Selangor) merupakan salah seorang pemain mengungguli carta bantuan gol terbanyak iaitu 3 ‘assist’ bersama dua lagi pemain, Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim) dan Jailton Silva (Sabah FC).", "Noor Al-Rawabdeh merupakan penjaring terbanyak Selangor dengan 3 jaringan dihasilkan manakala Paulo Josue pula mendahului senarai penjaring KL City menerusi 2 jaringan yang terhasil setakat ini.", "Pemain tengah KL City, Kenny Pallraj mendahului carta kutipan kad kuning bersama 7 lagi pemain lain dengan 3 kad kuning telah dikutip setakat ini dan sepatutnya digantung pada perlawanan menentang Negeri Sembilan yang telah ditunda tempohari.  ", "Pungutan 3 mata pada malam ini akan meletakkan Selangor kekal berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik liga manakala KL City berpotensi terjerumus ke zon penyingkiran.", "Sebaliknya, KL City akan berada di kedudukan pertengahan liga sekiranya menang pada malam ini di Cheras dan Selangor berpotensi untuk turun ke tangga kelima atau keenam liga serta dipintas Sri Pahang mahupun PDRM FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218573/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Pang Ron-Ee Wei Mara Ke Separuh Akhir Buat Pertama Kali\n", "content": ["Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei berhasil melangkah ke peringkat separuh akhir buat pertama kali sejak bergandingan bersama bermula Jun lalu.", "Langkah kemaraan ke peringkat tersebut direalisasikan dalam saingan Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF yang sedang disertai mereka pada ketika ini.", "Ianya selepas pasangan negara yang menghuni ranking ke-94 dunia ini berjaya menumpaskan pasangan campuran India, Ishaan Bhatnagar dan Tanisha Crasto di Pusingan 16, sebentar tadi.", "YONEX Taipei Open 2022XD – Quarter final 🇲🇾Pang Ron HOO🏅21 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅19 12 🇮🇳Ishaan BHATNAGAR 🇮🇳Tanisha CRASTO", "🕗 in 33 minutes https://t.co/W4dFWLaPNm", "— BWFScore (@BWFScore) July 22, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Pang Ron-Ee Wei meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-12 dalam tempoh masa 33 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 2.", "Dengan kemenangan ini, Pan Ron-Ee Wei akan berhadapan beregu Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau yang berada di ranking ke-71 dunia di peringkat separuh akhir, esok.", "Pasangan ini mengesahkan kemaraan selepas berjaya menyingkirkan beregu tuan rumah, Ye Hong-Wei dan Sung Shuo-Yun dengan skor 12-21, 21-13 dan 21-18 di peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221193/", "headline": "\nPiala AFF: Malaysia Menang Tipis Ke Atas Myanmar\n", "content": ["Malaysia memulakan kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dengan kemenangan tipis dalam Kumpulan B.", "Kemenangan itu dilakar dengan menumpaskan Myanmar 1-0 dalam perlawanan sulung yang berlangsung di Stadium Thuwanna, petang tadi.", "Penyerang sayap, Faisal Halim menjadi pemain yang menjaringkan gol tunggal perlawanan. Jaringan itu dilakukannya pada minit 52’ permainan.", "Safawi Rasid ➡️ Faisal Halim ➡️🥅 #AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #MYAvMAS pic.twitter.com/11EAnGuPa3", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 21, 2022", "Tuan rumah mempunyai peluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit 90+3’.", "Namun begitu, penjaga gol negara, Ahmad Syihan berjaya menjadi wira buat skuad Harimau Malaya dengan menyelamatkan sepakan penalti tersebut.", "Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga pengadil perlawanan dari Jordan, Ahmad Faisal meniupkan wisel menamatkan permainan.", "Keputusan ini juga membolehkan Malaysia mengutip tiga mata pertama daripada kejohanan ini.", "Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Laos pada 24 Disember (Sabtu) di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214753/", "headline": "\nTerbuka India: Tze Yong Lakar Kejutan Singkir Pemain Senior Indonesia, T. Sugiarto\n", "content": ["Pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong berhasil melakar kejutan di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka India 2022 – kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF yang pertama disertainya.", "Pemain berusia 21 tahun yang menduduki ranking ke-60 dunia ini melakar kejutan dengan menyingkirkan pemain senior Indonesia yang berada di ranking lebih tinggi iaitu ke-28 dunia, Tommy Sugiarto.", "Lebih mengejutkan, Sugiarto, berumur 33 tahun, turut diletakkan sebagai pilihan ketujuh untuk memenangi kejohanan ini tumpas dengan keputusan 16-21, 21-14 dan 5-21.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Round of 3221 14 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅16 21 5 🇮🇩Tommy SUGIARTO🕗 in 61 minutes https://t.co/KmJqkvZSUA", "Untuk makluman semua, tiga set pertarungan ini memakan masa sekitar satu jam. Kemenangan yang berpihak kepada Tze Yong ini membolehkannya menerukan kemaraan ke Pusingan 16.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan Tze Yong dan Sugiarto di pentas kejohanan antarabangsa dalam karier masing-masing.", "Sementara itu, Tze Yong akan menantikan lawannya di pusingan berikutnya samada pemain India, Priyanshu Rajawat (ranking 134) atau pemain Perancis, Lucas Claerbout (ranking 79).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216189/", "headline": "\nAll England 2022: Kian Meng-Pei Jing Bertemu Bekas Beregu No.1 Dunia Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu bebas (independent), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing menjadi satu-satunya wakil beregu campuran Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dunia ini mara selepas menyingkirkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-17 dalam tempoh masa 38 minit di Pusingan 16, awal pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022XD – Round of 16 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅19 17 🇹🇭Supak JOMKOH 🇹🇭Supissara PAEWSAMPRAN🕗 in 38 minutes https://t.co/uYP0UHNRZs", "Kemenangan itu membolehkan mereka melangkah ke suku akhir dan lawan yang perlu dihadapi oleh Kian Meng-Pei Jing di peringkat ini adalah bekas beregu No.1 dunia dari China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong yang kini menghuni ranking kedua dunia.", "Si Wei-Ya Qiong yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020 mara ke suku akhir selepas menumpaskan beregu campuran Malaysia, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying. Mereka menumpaskannya secara ‘straight set’ dengan skor 21-5 dan 21-15 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022XD – Round of 16 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅 5 15 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Liu Ying GOH🕗 in 27 minutes https://t.co/JCJpVbwqp3", "Berdasarkan rekod, Kian Meng-Pei Jing pernah bertemu Si Wei-Ya Qiong sebanyak lima kali sebelum ini. Bagaimanapun, Kian Meng-Pei Jing belum pernah merekodkan sebarang kemenangan ke atas beregu campuran China ini.", "Kedua-dua pasangan ini dijadualkan berentap pada perlawanan ke-9 di Gelanggang 2. Mampukah Kian Meng-Pei Jing mencipta kejutan dan melangkah peringkat separuh akhir pada awal pagi esok?"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217324/", "headline": "\nSukan SEA: ‘Patatimo Boys’ Pastikan Vietnam Tersingkir 3-1 Di Hadapan Penyokong Sendiri\n", "content": ["Skuad Malaysia berhasil mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dalam acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA 2021 selepas menyingkirkan pasukan tuan rumah, Vietnam dengan keputusan 3-1 sebentar tadi.", "Pengesahan kemaraan itu dimuktamadkan oleh beregu lelaki kedua (MD2) yang turun beraksi pada perlawanan keempat, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang turut terkenal dengan julukan “Patatimo Boys”.", "Gandingan beregu yang berasal dari Terengganu dan Kelantan masing-masing ini mencipta kemenangan ke atas beregu Nguyen Dinh Hoang dan Tran Dinh Manh dengan skor 15-21, 21-12 dan 22-20.", "RESULTS: #SEAGames2021 QF (Men’s Team)", "Lee Shun Yang def. Le Duc Phat 21-19 27-25#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/rll9PP7Lcq", "— BAM (@BA_Malaysia) May 16, 2022", "Sebelum itu, Malaysia berhasil mendahului 2-1 hasil kemenangan yang disumbangkan oleh beregu pertama (MD1) Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pada perlawanan kedua. Mereka merekodkan kemenangan ke atas Do Tuan Duc-Pham Hong Nam dengan keputusan 21-8, 20-22 dan 21-18.", "Satu lagi kemenangan disumbangkan oleh perseorangan kedua (MS2), Lee Shun Yang yang menghasilkan kemenangan secara “straight set” ke atas Le Duc Phat dengan skor 21-19 dan 27-25. ", "Malaysia hanya tumpas pada perlawanan pertama dimana perseorangan pertama (MS1), Jacky Kok Jing Hong kalah kepada Nguyen Tien Minh dengan skor 14-21, 26-24 dan 7-21.", "Sementara itu, skuad lelaki negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir akan bertemu pasukan negara seberang tambak, Singapura di peringkat separuh akhir.", "Perlawanan ini akan berlangsung pada hari esok (17 Mei) di venue yang sama, Bac Giang Gymnasium dengan perlawanan dijadualkan bermula jam 4 petang waktu Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114504/", "headline": "\nTerengganu Sasar Bawa Pulang Satu Kejuaraan Musim 2022 – Mohd Fadhil\n", "content": ["Satu sasaran yang realistik dan lebih baik cuba dicapai oleh pasukan berpangkalan di pantai timur iaitu Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia 2022 kelak.", "Pengurus baharu Terengganu, Mohd Fadhil Wahab yang diperkenalkan secara rasmi pada hari ini menyatakan skuad ‘Black and White’ ini mensasarkan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada musim hadapan.", "Haji Mohd Fadhil tandatangani kontrak sebagai pengurus pasukan Terengganu FC 2022. Baca selanjutnya ⬇https://t.co/a3x6j0Q8SD", "Bercakap mengenai persiapan pasukan, Fadhil turut memaklumkan para pemain Terengganu khususnya kalangan pemain tempatan telah mula melaporkan diri, semalam. Sementara itu, kalangan pemain-pemain import pula akan melaporkan diri dalam masa yang terdekat.", "Antara pemain import yang telah diumumkan oleh Terengganu adalah penyerang, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre serta pertahanan, Pape Diakite. Mereka turut mengekalkan dua pemain import musim lalu iaitu pemain tengah, Habib Haroon dan penyerang, Jordan Mintah.", "Sebagai rekod, saingan musim lalu menyaksikan pasukan yang dibimbing oleh Nafuzi Zain ini berhasil menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat serta mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218285/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pearly-Thinaah Bertemu Beregu No.2 Dunia Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tidak berhadapan masalah besar untuk mengatasi pasangan No.2 India di peringkat Pusingan 32 saingan Malaysia Masters.", "Pasangan negara yang menghuni ranking kesepuluh dunia pada ketika ini berhasil menumpaskan Treesa Jolly dan Gayatri Puella secara “straight set” dalam tempoh masa 33 minit.", "Pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa berakhir dengan skor 21-14 dan 21-14. ", "Tiada masalah buat beregu wanita kita untuk mara ke pusingan seterusnya selepas menang straight sets ke atas lawan. #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/fLbm2wmou7", "— Team Malaysia (@TeamMsia) July 5, 2022", "Ia sekaligus membolehkan Pearly-Thinaah menempah tiket kemaraan ke peringkat Pusingan 16 bagi saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Pearly-Thinaah akan berhadapan dengan lawan yang sukar iaitu pasangan Jepun yang berada di ranking kedua dunia, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.", "Pasangan dari negara matahari terbit ini mara selepas menundukkan beregu India, Ashwini Bhat dan Shikha Gautam di Pusingan 32, petang tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220422/", "headline": "\nKejohanan Remaja Dunia BWF: China Sapu Bersih Kategori Beregu, Taiwan & Jepun Juarai Acara Perseorangan\n", "content": ["Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 – sebuah saingan untuk remaja berusia bawah 19 tahun (B-19) yang berlangsung di Sepanyol telah menutup tirainya semalam.", "Ianya ditutup dengan tiga wakil dari negara tembok besar iaitu China menyapu bersih kejuaraan bagi ketiga-tiga kategori beregu iaitu lelaki, wanita dan campuran.", "Wakil China pertama yang mengesahkan kejuaraan dalam saingan ini adalah beregu campurannya, Zhu Yi Jun dan Liu Sheng Shu. Gandingan ini merangkul kejuaraan selepas menundukkan pasangan senegaranya, Liao Pin Yi dan Huang Ke Xin.", "Give it up to Zhu Yi Jun and Liu Sheng Shu – the new mixed doubles world junior champions! 🇨🇳👏#BWFWorldJuniors #Santander2022", "— BWF (@bwfmedia) October 30, 2022", "Kemudiannya, wakil China dalam kategori beregu wanita, Liu Sheng Shu dan Wang Ting Ge turut sama mengikuti jejak langkah itu dengan menumpaskan wakil Indonesia, Meilysa Trias Puspita Sari dan Rachel Allessya Rose.", "Ianya dilengkapkan dengan beregu lelaki, Xu Hua Yu dan Zhu Yi Jun merakamkan kemenangan ke atas gandingan Indonesia, Putra Erwiansyah dan Patra Harapan sekaligus muncul juara bagi kategori beregu lelaki.", "Untuk makluman, China hampir-hampir sahaja membawa pulang empat pingat daripada kejohanan ini. Namun begitu, ianya tidak dapat direalisasikan memandangkan perseorangan wanitanya, Yuan An Qi tumpas dalam perlawanan akhir kepada wakil Jepun, Tomoka Miyazaki.", "A frail-looking 16-year-old with a magic wrist conjured a sparkling show in the women's singles final of the #BWFWorldJuniors.@santander2022_ | #Santander2022 https://t.co/hbMEuQPBAH", "— BWF (@bwfmedia) October 31, 2022", "Bagi acara perseorangan lelaki, kejuaraan menjadi milik pemain Taiwan, Kuo Kuan Lin dengan menumpaskan wakil India, S. Sankar Muthusamy Subramaniam.", "Sebagai rekod, Kejohanan Remaja Dunia BWF edisi kali ini menyaksikan tiada sebarang wakil negara mara di peringkat suku akhir. Ianya berpunca daripada baki empat wakil terakhir negara terkandas di Pusingan 16."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217003/", "headline": "\nSyarifuddin Tamat Di Kedudukan Ke-24 Dalam Perlumbaan Moto3 di Portugal\n", "content": ["Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman yang mendapat peluang untuk beraksi dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 menamatkan perlumbaan pertamanya untuk musim ini di Portugal di kedudukan ke-24.", "Keputusan ini menjadikan pelumba berusia 20 tahun ini gagal meraih sebarang mata daripada perlumbaan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, semalam.", "Pelumba yang dikenali ramai dengan panggilan Damok itu memulakan perlumbaan dari petak ke-20. Damok yang menunggang jentera Honda bersama pasukan Rivacold Snipers Team itu menamatkan perlumbaan tersebut dalam tempoh 39 minit 0.714 saat.", "🚦 WE'RE RACING IN PORTUGAL 🚦", "Rocketship start from the poleman @Denizoncu53! 🚀#Moto3 | #PortugueseGP 🇵🇹 pic.twitter.com/t7siDZzIOK", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 24, 2022", "Untuk makluman semua, Damok mendapat peluang untuk beraksi dalam perlumbaan Moto3 bagi menggantikan pelumba Snipers Team, Alberto Surra yang diketepikan ekoran kecederaan untuk dua perlumbaan.", "Ini bermakna Damok boleh menebus kekecewaannya dalam perlumbaan semalam pada dalam perlumbaan Moto3 seterusnya di Sepanyol.", "Perlumbaan berikutnya akan berlangsung di Litar Jerez, bermula 29 April hingga 1 Mei kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113142/", "headline": "\nCoach Brad: Pemain SGV Freiberg, Annil Mampu Bermain Lebih Daripada Satu Posisi\n", "content": ["Penyenaraian pemain muda yang beraksi dalam kancah bola sepak Jerman, Annil Vigneswaran dalam skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) bagi mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.", "Hal ini kerana pemain tersebut tidak pernah dipanggil menyertai kem latihan pusat yang diadakan sepanjang tahun ini. Tambahan pula, aksinya dalam kancah bola sepak Jerman tidak diketahui jelas oleh para peminat. ", "Segelintir peminat merasakan penyenaraian Annil ini seumpama ‘tangkap muat’ oleh barisan kejurulatihan.", "Namun begitu, ketua jurulatih skuad B-22 negara, Brad Maloney menjelaskan perkembangan Annil di sana telah dipantau oleh barisan kejurulatihan sejak sekian lama dan penyenaraian pemain itu atas faktor kemampuannya untuk beraksi di pelbagai posisi.", "“Berhubung isu Annil ini, kami barisan kejurulatihan sebenarnya telah lama memantau perkembangan dan prestasinya. Bukan kita tak tengok langsung dan terus tiba-tiba meletakkan nama dia dalam senarai 23 pemain ke Mongolia ini.", "“Penolong jurulatih, Khan Hung Meng pernah melatih pemain ini sebelum dia ke Jerman beberapa tahun yang lalu dan dia dilihat sebagai seorang pemain yang berbakat besar dan sejak itu, prestasinya sudah pun mula dipantau.", "“Annil kemudian telah pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan tetapi malangnya kem latihan pusat pada masa itu tidak dapat dijalankan kerana Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2021 dibatalkan.", "“Tapi sejak dari itu, kami sentiasa memantau perkembangan prestasinya di Jerman dan berdasarkan video dan maklum balas yang diterima, cukup positif.", "“Keputusan telah pun dibuat dan dia juga boleh bermain di beberapa posisi, seorang pemain yang versatil dan boleh menjadi aset kepada pasukan. Kami barisan kejurulatihan berasakan yang dia mampu memberi sumbangan kepada pasukan pada saingan kelayakan ini,” jelas Coach Brad.", "Untuk makluman semua, difahamkan pemain berusia 18 tahun yang beraksi bersama SGV Freiberg B-19 ini mampu bermain selaku pertahanan dan penyerang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111313/", "headline": "\nMenentang Selangor Akan Menjadi Perlawanan Yang Sukar – Benjamin Mora\n", "content": ["Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menjangkakan perlawanan menentang Selangor pada aksi ke-15 Liga Super akan menjadi satu perlawanan yang sukar.", "Lebih-lebih lagi skuad Harimau Selatan akan menghadapi Red Giants di gelanggang lawan iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu ini.", "“Bagi saya, ya (perlawanan yang sukar). Setiap perlawanan yang kami hadapi sehingga tamat saingan liga adalah sukar.”", "“Selangor merupakan salah sebuah pasukan yang sukar (dihadapi) pada pusingan kedua liga, kami pula akan bertandang ke tempat lawan, sudah tentu ia akan menjadi perlawanan yang sukar.” katanya dalam sidang media selepas menumpaskan UiTM FC dengan keputusan 3-1, semalam.", "Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Mexico ini tetap menjangkakan pasukannya kekal menampilkan aksi yang baik di atas padang dan mampu meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak liga.", "Disebalik jangkaan yang penuh positif tersebut, terbit sedikit kerisauan daripada nada suara Mora sekiranya anak-anak buahnya hilang tumpuan di atas padang pada perlawanan berikutnya. ", "“Saya tidak terlalu risaukan Selangor, saya risau akan JDT, saya risaukan permainan JDT, sebabnya jika JDT melakukan tugasnya secara 100% ia akan menjadi sangat sukar untuk pasukan lawan mendapatkan peluang, jika kami tidak fokus dan memberikan peluang, mereka akan hukum kami.”", "“Tetapi Selangor merupakan sebuah pasukan yang bagus, mereka telah menunjukkan semangat untuk merebut kejuaraan dan itu merupakan satu perkara yang baik kerana sekarang ini kita mempunyai Terengganu, Kedah dan Selangor yang semakin meningkat sebagai sebuah pasukan. Ini merupakan sebuah pertandingan yang bagus.” jelasnya.", "Untuk makluman semua, awal musim lalu, pertembungan antara kedua-dua terikat 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hasil jaringan Ifedayo Olusegun (7’) dan Bergson da Silva (12’).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220664/", "headline": "\nPemain Bayern Munich Paling Ramai Sertai Piala Dunia 2022\n", "content": ["Selepas kesemua negara mengumumkan senarai pemain yang akan menyertai Piala Dunia 2022, pemain kelab berpangkalan di Jerman, Bayern Munich dilihat paling ramai dapat menyertai kejohanan bola sepak paling berprestij itu.", "Berdasarkan pemerhatian, seramai 17 orang pemain Bayern Munich terpilih untuk menyertai skuad negara masing-masing. Tujuh daripadanya terpilih untuk menyertai skuad Jerman iaitu Manuel Neuer, Leon Goretzka, Serge Gnabry, Leroy Sane, Jamal Musiala, Joshua Kimmich dan Thomas Muller.", "Ianya diikuti dengan empat pemain yang menyertai skuad Perancis iaitu Lucas Hernandez, Dayot Upamecano, Benjamin Parvard dan Kingsley Coman.", "Manakala baki enam pemain lagi iaitu Matthijs de Ligt, Sadio Mane, Alphonso Davies, Josip Stanisic, Eric Maxim Choupo-Moting dan Noussair Mazraoui dipanggil untuk menyertai Belanda, Senegal, Kanada, Croatia, Cameroon dan Maghribi masing-masing.", "Mengikuti rapat Bayern Munich adalah FC Barcelona dan Manchester City yang mempunyai 16 pemain masing-masing terpilih menyertai saingan Piala Dunia edisi kali ini.", "Tujuh pemain Barcelona telah disenaraikan untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol iaitu Eric Garcia, Jordi Alba, Sergio Busquets, Gavi, Pedri, Ferran Torres dan Ansu Fati.", "Sementara itu, Frenkie de Jong dan Memphis Depay pula dipanggil mengisi skuad Belanda. Dua lagi pemain, Jules Kounde dan Ousmane Dembele pula dipanggil skuad Perancis.", "Baki lima lagi pemain menyertai skuad Brazil, Denmark, Jerman, Poland dan Uruguay masing-masing.", "Bagi Manchester City, lima daripadanya terpilih menyertai skuad England iaitu John Stones, Kyle Walker, Kalvin Phillips, Phil Foden dan Jack Grealish.", "Tiga pemain lagi yang terdiri daripada Joao Cancelo, Ruben Dias dan Bernardo Silva pula akan bersama-sama skuad Portugal. Dan dua pemain, Aymeric Laporte dan Rodri menyertai skuad Sepanyol.", "Baki enam pemain lain bakal bersama Argentina, Belgium, Brazil, Jerman, Belanda dan Switzerland."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219228/", "headline": "\nUsain Bolt Memfailkan Gaya Kemenangan Sebagai Tanda Dagang\n", "content": ["Pelari pecut popular dunia, Usain Bolt, kini dilihat telah memfailkan permohonan tanda dagang berbentuk logo gaya kemenangan yang selalu digayakan oleh Usain Bolt selepas berjaya memenangi sesuatu acara.", "Usain Bolt sering mengayakan dengan berdiri sedikit kebelakang, dan mengangat tangan tunjuk ke langit.", "Usain Bolt has filed a trademark application for his victory pose.", "The filing, made on August 17th, indicates that @usainbolt plans to use the logo in connection with:", "1. Sunglasses2. Jewelry3. Bags4. Clothing5. Sporting goods6. Restaurants and sports bars#UsainBolt pic.twitter.com/dxuUfPJbE1", "— Josh Gerben (@JoshGerben) August 22, 2022", "Pelari yang telah bersara ini dilihat memfailkan tanda dagang untuknya pada minggu lepas di Amerika Syarikat.", "Melalui pemfailan, ia dilihat logo tersebut akan digunakan pada sejumlah produk, termasuk produk sukan, beg, restoran, kaca mata dan sebagainya.", "A post shared by Usain St.Leo Bolt (@usainbolt)", "Dengan ini, ia turut memberikan petanda Usain Bolt akan lebih memfokuskan kepada pelesenan atau perniagaan dengan jenama sendiri selepas ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216318/", "headline": "\nKonfederasi Hoki Malaysia Dapat Tajaan Tiga Unit Peugeot 5008\n", "content": ["Syarikat pengedar kenderaan, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd diperkenalkan sebagai salah satu penaja serta Rakan Automotif Rasmi buat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), pada hari ini.", "Hasil penajaan ini, MHC menerima tiga unit kenderaan jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) buatan syarikat berpangkalan di Perancis model Peugeot 5008.", "Satu majlis penajaan telah diadakan di Bilik Pameran Jualan Peugeot di Glenmarie, Shah Alam yang disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Dato’ Seri Ben Yeoh, Pengarah Urusan Bermaz Auto Alliance, Dato’ Wong Kin Foo bersama Presiden MHC, Dato’ Sri Subahan Kamal.", "Pada masa yang sama, Subahan mengharapkan lebih banyak syarikat-syarikat datang dan mengikuti jejak langkah Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd sebagai penaja dan menyumbang kepada ke arah meningkatkan lagi tahap sukan hoki di Malaysia.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation "]} +{"url": "https://sukanz.com/202113302/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Sze Fei-Izzuddin Dikejutkan Beregu Bebas Malaysia Pada Pusingan 32\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara yang baru sahaja menduduki ranking ke-19 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa pulang awal daripada kejohanan Terbuka Perancis 2021.", "Hal ini kerana Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur tumpas kepada pasangan beregu bebas (Independent Players) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada Pusingan 32 yang berlangsung pada malam tadi.", "Ranking BWF: Semi-finalis Terbuka Denmark Sze Fei-Izzuddin Memasuki Kelompok 20 Beregu Terbaik Dunia", "Perlawanan yang berlangsung dengan sengit itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-16 dunia memenangi perlawanan dengan pungutan mata 22-24, 22-20 dan 21-17.", "Kejayaan pasangan beregu bebas Malaysia ini menumpaskan Sze Fei-Izzuddin membolehkan mereka mara ke Pusingan 16. Menanti mereka di pusingan tersebut adalah beregu England, Callum Hemming dan Steven Stallwood yang menduduki tangga ke-71 dunia.", "Sebagai tambahan, sebelum ini, Sze Fei-Izzuddin yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing meraih perhatian ramai peminat sukan badminton tanah air apabila menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang lolos ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark.", "Sementara itu, perjalanan Yew Sin-Ee Yi pula terhenti di peringkat suku dalam kejohanan yang sama, pada minggu lalu.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215853/", "headline": "\nKelantan FC Sudah Buat Permohonan Tanah Untuk Pusat Latihan Sejak 2 Tahun Lalu\n", "content": ["Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman memaklumkan pihaknya telah memohon tanah untuk dijadikan tapak pembinaan pusat latihan pasukan tersebut sejak dua tahun lalu.", "Bagaimanapun, skuad yang berjulukan The Red Warriors ini masih tidak mendapat sebarang jawapan berhubung dengan permohonan tersebut sehingga ke hari ini.", "Menurut laporan akhbar tempatan, Berita Harian, Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham menyasarkan untuk membina sebuah pusat latihan yang lengkap dengan tempat penginapan, padang sintetik, padang futsal dan fasiliti-fasiliti lain di atas tanah berkeluasan tidak kurang 10 hektar. ", "Baca: TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT", "“Kita sudah buat permohonan sejak dua tahun lalu, namun hingga kini tidak tahu status permohonan sama ada dalam proses dipertimbangkan, diluluskan atau apa…”", "“Kita bersangka baik mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi sekarang dah tak ada alasan sebab aktiviti sudah dibenarkan,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Dimaklumkan, segala kos pembinaan pusat latihan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab dan hanya memerlukan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri atau pihak berkaitan.", "Selain itu, Norizam turut juga bersedia jika kerajaan negeri mahu membuat perjanjian bangun, guna, serah atau BOT (Build, Operate, Transfer) bagi kawasan yang akan dibangunkan.", "“Kelab (Kelantan FC) dah lama, tapi tiada aset, ni kita nak buat aset. Kalau betul serius dalam membangunkan masa depan bola sepak negara, inilah caranya,” katanya lagi.", "Difahamkan, Kelantan FC bercadang untuk mendirikan pusat latihan tersebut di Tumpat tetapi bertindak ‘menarik brek’. Ia berikutan kawasan tersebut sering dinaiki air apabila di musim hujan atau tengkujuh."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324297/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Peng Soon-Yee See Atasi Pasangan No.1 Singapura\n", "content": ["Kekecewaan beregu campuran bebas (independent) tanah air, Chan Peng Soon dan Cheah Yee gagal melepasi saingan Pusingan 32 di Malaysia Masters pada minggu lepas nampaknya tidak berulang dalam saingan Terbuka Thailand pada minggu ini.", "Ini selepas Peng Soon-Yee See yang menghuni ranking ke-37 dunia berhasil melakar kemenangan ke atas gandingan No.1 Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han dalam perlawanan Pusingan 32 yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, sebentar tadi. ", "Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Yee See berjaya menumpaskan gandingan yang berada di ranking ke-26 dunia terbabit selepas mengharungi tiga set permainan yang berlangsung hampir satu jam lamanya.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023XD – R32 🇲🇾CHAN Peng Soon🏅15 21 22 🇲🇾CHEAH Yee See🏅 🇸🇬HEE Yong Kai Terry21 11 20 🇸🇬TAN Wei Han Jessica", "— BWFScore (@BWFScore) May 31, 2023", "Pertarungan bermula dengan angkah kiri buat Peng Soon-Yee See apabila tumpas dengan skor 15-21. Bagaimanapun, gandingan pemain berusia 35 dan 27 tahun ini berhasil bangkit pada set kedua untuk melakar skor  21-11 sebelum menutup set ketiga dengan skor 22-20. ", "Kemenangan itu sekaligus menjadikan Peng Soon-Yee See mengulangi kejayaan menumpaskan lawan yang sama ketika pertemuan sulung mereka sekitar enam tahun lalu dalam saingan Terbuka Macau 2017.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini membolehkan Peng Soon-Yee See membolot tiket ke Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini. Menanti mereka di peringkat tersebut adalah gandingan Korea yang menghuni ranking kesepuluh dunia, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219592/", "headline": "\nRanking BWF: Tiga Beregu Lelaki Malaysia Berada Dalam ‘Top 10’ Dunia\n", "content": ["Malaysia menjadi negara terbaharu yang mempunyai tiga beregu lelaki yang menghuni kelompok 10 pasangan badminton terbaik dunia selepas Indonesia.", "Perkembangan ini hadir selepas kemaskini ranking dunia terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin melompat ke tangga kesepuluh buat kali pertama dalam karier mereka.", "Sze Fei-Izzuddin berada di ranking kesebelas dunia pada minggu lalu. Mereka berhasil menduduki ranking kesepuluh setelah merampas kedudukan itu daripada beregu Korea, Choi Sol-gyu dan Seo Seung Jae.", "Ia sekaligus memasukkan mereka dalam kelompok 10 pasangan terbaik bersama-sama dua lagi pasangan negara iaitu Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (ranking ke-9) dan juara Kejohanan Dunia BWF, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (ranking ke-5).", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia mempunyai tiga beregu lelaki dalam kelompok 10 pasangan terbaik dunia adalah sekitar 13 tahun yang lalu – pada pertengahan November 2009.", "Ketika itu, tiga pasangan negara yang menduduki kelompok tersebut adalah gandingan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong (ranking pertama), Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari (ranking ke-7) serta Choong Tak Fok dan Lee Wan Wah (ranking ke-9).", "Berbalik kepada kelompok semasa 10 pasangan lelaki terbaik dunia, kedudukan tiga beregu Indonesia kekal tidak berubah dengan Marcus Gideon-Kevin Sanjaya (ranking pertama), Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan (ranking ke-4) dan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto (ranking ke-6).", "Baki empat pasangan yang lain adalah beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (ranking ke-2) beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin (ranking ke-3), beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen (ranking ke-7) dan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (ranking ke-8)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202056/", "headline": "\nCristiano Ronaldo mahu ke PSG tetapi dihalang Covid-19\n", "content": ["Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu meninggalkan Kota Turin dan menyertai kelab yang bersaing dalam kancah Ligue 1 iaitu Paris Saint-Germain (PSG).", "Menurut laporan France Football, Cristiano tidak begitu berpuas hati dengan tahap yang dipersembahkan oleh rakan sepasukannya di Juventus walaupun telah meraih kejuaraan Serie A dua musim berturut-turut.", "Selain itu, pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali turut mengimpikan peluang untuk bermain disamping Neymar dan juga Kylian Mbappe di Stadium Parc des Princes di Kota Paris.", "Perancis juga memberikan kenangan manis buat Cristiano selaku pemain kebangsaan Portugal apabila dinobatkan sebagai juara Euro 2016 setelah berjaya menumpaskan skuad tuan rumah, 1-0 hasil jaringan Eder.", "Sebelum ini, perpindahan itu hampir pasti direalisasikan dan hanya memerlukan tandatangan Cristiano di atas kertas kontrak namun pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun menjadi penghalang segala-galanya.", "Ini kerana Covid-19 menyebabkan kedudukan kewangan kelab-kelab bola sepak terkesan dan menyukarkan mereka menyediakan dana untuk menandatangani pemain baharu semasa jendela perpindahan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113751/", "headline": "\nKelab Amatur Cheras Raptors Jalin Kerjasama Dengan Palamos CF\n", "content": ["Sebuah kelab amatur berpangkalan di Cheras iaitu Cheras Raptors FC mengumumkan memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan sebuah kelab bola sepak di Sepanyol.", "Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Cheras Raptors yang kini beraksi dalam kejohanan amatur, A Ligue telah membuat perjanjian bersama Palamos CF yang terletak di pekan Costa Brava dalam wilayah Catalonia.", "Baca: Situasi Menang-Menang Jika Kelab Malaysia Bekerjasama Dengan Kelab Sepanyol", "“Menerusi kerjasama  ini, melalui syarikat Perfect Football Eu, sebuah badan yang menguruskan kelab Palamos CF, meletakkan Cheras Raptors adalah  di bawah Asean Partnership Programme mereka.", "“Antara teras kerjasama ini, termasuklah kerjasama mengadakan Klinik Bola Sepak dan juga menaja beberapa pemain Cheras Raptors, menimba pengalaman di sana.” tulis kenyataan kelab pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Palamos CF yang berusia melebihi 120 tahun merupakan sebuah pasukan yang beraksi dalam divisyen enam bola sepak Sepanyol.", "Baca: Kerjasama Langkawi City-Borussia Dortmund, Banyak Yang Boleh Dipelajari – Tun M"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324905/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Yew Sin-Ee Yi Mara Ke Pusingan 16 Bertemu Azriyn-Wee Kiong\n", "content": ["Gandingan lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan wakil Chinese Taipei, Chiu Hsiang-Chieh dan Yang Ming-Tse dalam Pusingan 32 Terbuka Taipei, sebentar tadi. ", "Bertemu buat kali pertama, beregu negara yang dilihat sebagai pilihan tewas pada set pertama dengan skor 15-21 kepada pasangan yang berada di tangga ke-49 dunia. ", "Namun, Yew Sin-Ee Yi bangkit pada set kedua dengan skor 21-12 sebelum mengesahkan kemenangan menerusi set ketiga berkeputusan 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 42 minit di Arena Tian-Mu.", "YONEX Taipei Open 2023MD – R32 🇲🇾ONG Yew Sin🏅15 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 CHIU Hsiang Chieh21 12 15 YANG Ming-Tse", "— BWFScore (@BWFScore) June 20, 2023", "Kemenangan itu sekaligus mengekalkan rekod bersih pasangan lelaki negara tersebut untuk sekurang-kurangnya mara ke Pusingan 16 di dalam semua kejohanan disertai mereka pada tahun ini.", "Kemenangan tersebut juga bakal menemukan dua beregu kebangsaan di Pusingan 16 setelah satu lagi wakil negara, Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn dan Tan Wee Kiong berjaya lolos hasil kemenangan ke atas wakil Republik Korea. ", "Pasangan yang kali pertama digandingkan, Azriyn-Wee Kiong menang ke atas Kim Young Hyuk dan Wang Chan dalam pertarungan tiga set yang berakhir dengan keputusan 21-17, 18-21 dan 23-21 berpihak kepada gandingan Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325525/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei Jumpa Beregu No.1 Dunia Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu campuran No.2 tanah air, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memulakan kempen Terbuka Jepun 2023 dengan langkah kanan apabila berjaya mencatatkan kemenangan ke atas lawannya, Robin Tabeling dan Selena Piek di Pusingan 32.", "Bukan itu sahaja, Tang Jie-Ee Wei turut melakar kemenangan terbabit dengan bergaya setelah berhasil menundukkan pasangan Belanda yang menghuni ranking kelapan dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh 30 minit permainan sahaja.", "DAIHATSU Japan Open 2023XD – R32 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei�� 🇳🇱Robin TABELING15 18 🇳🇱Selena PIEK", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Dengan keputusan ini, Tang Jie-Ee Wei kini mendahului rekod pertemuan ke atas Robin-Selena dengan dua kemenangan daripada tiga pertemuan. ", "Sebagai rekod, pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua beregu ini di Terbuka Swiss pada Mac lalu memihak kepada Robin-Selena sebelum Tang Jie-Ee Wei membalas dendam pada pertemua kedua di Terbuka Singapura pada bulan lalu.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini sekaligus menghantar Tang Jie-Ee Wei ke Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750. Namun begitu, cabaran besar menantikan mereka apabila bakal bertemu beregu No.1 dunia dari China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong atau di peringkat terbabit. ", "DAIHATSU Japan Open 2023XD – R32 🇨🇳ZHENG Si Wei🏅21 21 🇨🇳HUANG Ya Qiong🏅 🇯🇵Hiroki MIDORIKAWA8 13 🇯🇵Natsu SAITO", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Si Wei-Ya Qiong yang telah berhasil meraih ketiga-tiga saingan Super 1000 setakat ini melakar kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu tuan rumah yang berada di ranking ke-21, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito juga secara “straight set” dengan skor 21-8 dan 21-13 dalam tempoh masa 29 minit.", "Untuk makluman, pertarungan antara Tang Jie-Ee Wei dan Si Wei-Ya Qiong pada hari Khamis nanti bakal menjadi pertemuan sulung memandangkan kedua-duanya belum pernah berentap sesama sendiri di pentas antarabangsa sehingga ke hari ini.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113573/", "headline": "\nLee Zii Jia Disarankan Tarik Diri Salah Satu Kejohanan Di Indonesia\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia disarankan untuk menarik diri salah satu daripada tiga kejohanan yang akan berlangsung di Indonesia dalam tempoh 3 minggu mendatang.", "Zii Jia yang menamatkan saingan Terbuka HYLO selaku naib juara pada minggu lalu dijadualkan menyertai kejohanan Indonesia Masters Jelajah Dunia Super 750 (16-21 November) dan Terbuka Indonesia Jelajah Dunia Super 1000 (23-28 November).", "Sementara itu, pemain berusia 23 tahun ini sedang menghuni tangga pertama ranking Jelajah Dunia BWF hampir layak untuk beraksi dalam Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang turut dilangsungkan di Indonesia bermula 1 hingga 5 Disember nanti.", "Mengulas mengenai tiga kejohanan yang akan disertai oleh Zii Jia dalam tempoh tiga minggu berturut-turut itu, menurut laporan Berita Harian, legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek berpandangan agar pemain kelahiran Kedah ini menarik diri salah satu daripada kejohanan yang dinyatakan di atas.", "“Zii Jia perlu bincang dengan pengurusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia). Tidak boleh sertai ketiga-tiga kejohanan di Indonesia itu kerana dia juga perlu rehat yang secukupnya.", "“Kalau dia tetap beraksi dalam ketiga-tiga kejohanan itu, harapan orang pada dia tinggi dan itu juga boleh beri kesan kepada mental dia sekiranya dia gagal menghasilkan keputusan yang baik,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Pada masa yang sama, Rashid yang kini merupakan jurulatih kepada pemain badminton para negara turut menasihatkan Zii Jia agar bijak memilih kejohanan yang mahu disertai.", "Beraksi dalam banyak kejohanan secara terus-menerus boleh mendedahkan dia kepada kecederaan dan perkara tersebut boleh mempengaruhi kariernya pada masa akan datang.", "“Ia juga akan beri kesan kepada jangka hayat kerjayanya, memang dia masih muda tetapi itu tidak bermakna dia boleh terus-menerus menyertai kejohanan.", "“Kita mahu lihat jangka hayat kerjayanya berpanjangan, tetapi sekiranya sering mengalami kecederaan, ia mungkin boleh memendekkan tempoh kerjayanya. ", "“Apabila sekali sudah alami kecederaan, ia pasti akan datang balik,” tambahnya lagi.", "Bercakap mengenai kecederaan, ketika beraksi pada perlawanan akhir Terbuka HYLO pada minggu lalu, Zii Jia terpaksa menarik diri pada set penentuan kerana mengalami kecederaan belakang. ", "Featured Image: Badminton Photo & Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215636/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Pasukan Ke-89 Dunia Jadi Lawan Malaysia Dalam Kumpulan E\n", "content": ["Malaysia telah dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai salah satu tuan rumah untuk pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dan lawan bagi skuad negara telah pun diketahui pada hari ini.", "Menerusi hasil undian yang dijalankan oleh AFC sebentar tadi, Malaysia yang dibimbing oleh ketua jurulatih baharu, Kim Pan-gon akan berhadapan dengan pasukan yang menghuni ranking ke-89, ke-134 dan ke-186 dunia.", "Baca: AFC Mengesahkan Malaysia Jadi Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023", "Tiga pasukan tersebut ialah Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh yang diletakkan bersama-sama Malaysia (ranking ke-154) dalam Kumpulan E. Sementara itu, baki 20 pasukan yang lain mengisi Kumpulan A, B, C, D dan F adalah seperti grafik di bawah.", "Setiap pasukan akan menentang sesama sendiri di dalam setiap kumpulan dengan format ‘single round robin��. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 8hb, 11hb dan 14hb Jun kelak.", "Juara bagi setiap kumpulan serta 5 naib juara terbaik akan layak ke Piala Asia 2023 yang berlangsung di China pada tahun hadapan.", "Untuk makluman semua, kali terakhir skuad Harimau Malaya beraksi di pentas Piala Asia adalah pada tahun 2007 selaku tuan rumah kejohanan bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114435/", "headline": "\n‘Perlu Lebih Konsisten Untuk Jadi Beregu No.1 Malaysia’ – Ong Yew Sin\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya mencipta rekod mara ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Dunia BWF buat pertama kali dalam karier mereka.", "Bagaimanapun, perjalanan mereka di pentas tersebut terhenti di situ sahaja selepas terpaksa akur kalah ‘straight set’ kepada beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi pada sabtu lalu.", "Walaupun perjalanan mereka terhenti di situ sahaja, persembahan dan usaha ditampilkan Yew Sin-Ee Yi tetap mendapat pujian majoriti penyokong dan peminat badminton tanah air lebih-lebih lagi mereka bukan berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan bergerak secara bersendirian.", "Peningkatan mendadak prestasi semasa Yew Sin-Ee Yi terutamanya pada tahun ini membuatkan sebahagian penyokong dan peminat percaya beregu No.12 dunia ini dapat memintas gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk muncul sebagai pasangan beregu lelaki No.1 negara.", "“Kami perlu lebih konsisten kalau mahu menjadi beregu (lelaki) No.1 Malaysia kerana bukan mudah untuk menjadi (pasangan) beregu terbaik dalam mana-mana negara,", "“Kami perlu lakukan persiapan dengan lebih baik, berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh untuk itu.” kata Yew Sin.", "Sebagai rekod, ketika beraksi di pentas Kejohanan Dunia BWF 2019, Yew Sin dan Ee Yi yang ketika itu masih di bawah naungan BAM hanya mara sehingga ke Pusingan 32.", "Mereka ditumpaskan oleh pasangan beregu berpengalaman merangkap pemenangan pingat perak Sukan Olimpik 2016, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325239/", "headline": "\nLe Tour de Langkawi 2023 Mula Dari Kerteh & Tamat Di KL\n", "content": ["Perlumbaan berbasikal jalan raya pelbagai peringkat, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 bakal menemui para peminatnya apabila bakal berlangsung bermula dari 23 hingga 30 September kelak.", "Penganjuran perlumbaan edisi ke-27 ini adalah usahasama di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaku pemilik LTdL dengan dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) yang merupakan badan induk sukan berbasikal tanah air. ", "Perlumbaan pada kali ini menampilkan lapan peringkat perlumbaan sama seperti sebelum ini. Ianya merentasi 11 buah negeri di semenanjung dengan jarak keseluruhan kayuhan sejauh 1,280 kilometer (km). ", "Lapan peringkat perlumbaan LTdL 2023 adalah seperti berikut: ", "Dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Menara KBS pada hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut melancarkan logo LTdL 2023 berserta temanya iaitu “Beat The Heat” yang mencerminkan ujian getir menanti pelumba menerusi pendakian penuh mencabar ke puncak Genting Highlands dan kayuhan menguji ketahanan dalam cuaca panas terik.", "Pada masa yang sama, taraf perlumbaan LTdL 2023 ini kekal berstatus ProSeries – penarafan saingan jelajah berbasikal jalan raya pada Tier 2 oleh badan induk sukan berbasikal dunia, UCI.", "Dimaklumkan, senarai pasukan yang akan mengambil bahagian dalam edisi LTdL kali ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi yang membabitkan penyertaan minima tiga pasukan Dunia (UCI World Team), tujuh pasukan Pro (UCI ProTeam), 11 pasukan benua (UCI Continental) dan satu pasukan kebangsaan Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207902/", "headline": "\nBelanjawan Selangor 2021: RM20 juta Kepada FAS Untuk Pembangunan Bola Sepak\n", "content": ["Kerajaan negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan 2021 berjumlah RM2.32 bilion yang memberi tumpuan kepada segenap aspek termasuk sukan.", "Dalam sesi pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor oleh YAB Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).", "RM10 juta dari peruntukan ini dari Kerajaan Negeri dan RM10 juta lagi adalah sumbangan daripada MBI dan PKNS.", "“Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.” ", "“RM10 juta dari peruntukan ini dari Kerajaan Negeri dan RM10 juta lagi adalah sumbangan daripada MBI dan PKNS.” umumnya semasa pembentangan, jumaat lalu.", "Menurutnya, peruntukan tersebut diberikan bagi memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak profesional serta berbekalkan misi untuk mengembalikan kegemilangan skuad Merah Kuning di negeri Selangor.", "Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon melahirkan perasaan bersyukur di atas sokongan kerajaan negeri demi kemajuan bola sepak di Selangor.", "Dana sebanyak RM20 juta itu akan dimanfaatkan sebaiknya oleh FAS bagi memastikan pembangunan bola sepak di Selangor ditingkatkan lagi termasuk pusat latihan skuad Merah Kuning.", "“Kita akan menggunakan dana tersebut untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti jabatan teknikal, memampankan pembangunan elit pemain muda Selangor dan menaik taraf fasiliti di Pusat Latihan FAS,” katanya seperti dipetik daripada Selangorkini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322829/", "headline": "\nSukan SEA: Skuad Elavarasan Berhadapan Kumpulan Yang Sukar\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) bimbingan E. Elavarasan bakal berhadapan dengan saingan peringkat kumpulan yang sukar di Sukan SEA 2023 Kemboja kelak.", "Ini berikutan hasil undian yang dijalankan menyaksikan skuad berjulukan Harimau Muda diundi dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan, Vietnam dan serta pemenang pingat emas sebanyak 16 kali, Thailand.", "Selain itu, Singapura dan Laos turut sama diundi menyertai kumpulan ini.", "A post shared by cambodia2023 (@cambodia_2023)", "Sementara itu, hasil undian menyaksikan Kumpulan A disertai oleh tuan rumah bersama-sama juara edisi 1987, Indonesia serta Myanmar, Filipina dan Timor Leste.", "Hanya juara dan naib juara bagi setiap kumpulan sahaja layak melangkah ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir.", "Skuad Harimau Muda akan memulakan kempen di temasya dwitahun ini dengan bertemu Laos (3 Mei) diikuti Thailand (6 Mei) dan Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan menentang Singapura (11 Mei).", "Untuk makluman semua, skuad Harimau Muda telah diletakkan sasaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mara ke pentas akhir bagi acara bola sepak lelaki.", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas dalam acara ini adalah pada Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Indonesia.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220674/", "headline": "\nKedah Darul Aman, Lotto Lanjut Kerjasama Semusim Lagi – Tajaan Bernilai RM1 Juta\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC akan terus menyarung jersi jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Ini selepas kedua-dua entiti bersetuju untuk meneruskan kerjasama selama semusim lagi pada tahun hadapan dengan anggaran tajaan bernilai RM1 juta secara keseluruhan.", "Jumlah penajaan yang diumumkan itu menyaksikan pengurangan sebanyak RM100,000 berbanding tajaan yang diberikan Lotto pada musim ini yang bernilai RM1.1 juta.", "LOTTO TERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA SANG KENARI DI MUSIM 2023", "Kedah Darul Aman Football Club dan Lotto Sport Italia (Prestige Sports Sdn. Bhd.) meneruskan kerjasama semusim lagi tahun hadapan melalui penajaan pakaian sukan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM1 juta setahun. pic.twitter.com/xPgvLelZsL", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 16, 2022", "Lanjutan kerjasama bagi Kedah Darul Aman dan Lotto menerusi Prestige Sports Sdn Bhd ini dimaklumkan secara rasmi melalui pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Dimaklumkan jumlah tajaan itu termasuk wang tunai berbentuk royalti jualan barangan dan dalam bentuk barangan untuk kegunaan skuad senior, bawah 23 tahun, bawah 20 tahun, bawah 18 tahun serta pasukan bawah 17 dan 14 tahun Kedah Darul Aman sepanjang musim 2023.", "Dalam kenyataan yang sama, Kedah Darul Aman mendedahkan penjualan jersi bagi skuad berjulukan Sang Kenar bagi musim 2022 ini dianggarkan mencecah 16,254 helai.", "Untuk makluman semua, lanjutan kerjasama antara Kedah Darul Aman bersama Lotto yang diumumkan pada pada hari ini menjadikan kedua-dua bakal bekerjasama selama lima musim berturut-turut sejak musim 2019.", "Ini tidak termasuk kerjasama antara kedua-dua entiti pada musim 2010 dan 2011 yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110154/", "headline": "\nDato’ Vida Sedang Kaji Pro & Kontra Beli Perak FC\n", "content": ["Usahawan terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Vida dikhabarkan tidak menolak kemungkinan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.", "Menurut laporan, dimaklumkan usahawan berusia 49 dan berasal dari Kelantan itu telah pun dirisik untuk menjadi kelab baharu yang bersaing dalam kancah Liga Super tersebut.", "Bagaimanapun, pada ketika ini, dia sedang membuat pertimbangan dengan teliti samada untuk memiliki pasukan yang terkenal dengan julukan The Bos Gaurus itu atau tidak.", "“Memang ada yang sudah risik (jadi pemilik baharu) dan saya pun memang minat. Apa-apa pun kena lihat dulu ‘deal‘ bagaimana.", "“Saya perlu kaji pro dan kontra jika beli pasukan itu. Jika kena gaya, saya pasti setuju,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Untuk makluman, Vida bukan individu yang asing dalam kancah bola sepak tempatan. Pada tahun 2016, beliau tampil menjadi penaja pasukan Kelantan menerusi syarikatnya yang mengeluarkan produk kecantikan.", "Berbekalkan pengalaman tersebut, beliau sedia maklum perniagaannya tidak akan memperoleh manfaat ‘menang-menang’ jika mengambil alih pasukan Perak pada ketika ini. ", "“Memang tiada ‘win-win ­situation’. Bola sepak kita bukan seperti di luar negara yang boleh jana pendapatan.", "“Banyak perkara perlu saya fikir dan teliti sebab masalah utama kelab bola sepak di negara ini adalah membabitkan gaji pemain dan pengurusan,” katanya lagi.", "Untuk makluman, Perak mengharungi musim yang agak mencabar pada musim ini setelah berhadapan isu tunggakan gaji dan sebagainya. Ini menyebabkan beberapa pemainnya telah dan sedang berkira-kira untuk ‘angkat kaki’ meninggalkan pasukan.", "Buat masa ini, Perak yang dikendalikan oleh Chong Yee Fatt berada di kedudukan ke-10 saingan Liga Super dengan kutipan 10 mata daripada 13 perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323891/", "headline": "\nUcap Terima Kasih Kepada Ratchaburi, Safawi Cari Hala Tuju Baharu?\n", "content": ["Jodoh penyerang sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid bersama kelab Liga Thai 1 iaitu Ratchaburi FC nampaknya telah sampai ke penghujungnya.", "Perkara ini hadir apabila pemain berusia 26 tahun terbabit memuat naik satu Instagram Story mengucapkan terima kasih atas pengembaraan hebat bersama skuad berjulukan The Dragons itu.", "Sepanjang menyertai Ratchaburi FC bermula pertengahan Januari lalu secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi sempat membuat 16 penampilan secara keseluruhan dalam kancah bola sepak Thailand serta menjaringkan satu gol dan mencipta satu “assist”.", "Selain itu, Safawi yang merupakan anak kelahiran Dungun, Terengganu turut memainkan peranan penting dalam membantu Ratchaburi FC mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga Thai.", "Hala tuju baharu Safawi masih lagi menjadi tanda tanya. Namun begitu, pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner pernah mengakui berminat dengan khidmat penyerang berkaki kidal tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114430/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Badi 5 Tahun Berakhir, Indonesia Kalahkan Malaysia 4-1\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Indonesia berhasil mengakhiri badi selama 5 tahun kalah di tangan Malaysia dengan mencipta kemenangan besar di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.", "Skuad yang dibimbing oleh jurulatih Republik Korea, Shin Tae-yong itu berjaya merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Malaysia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, saingan Piala AFF Suzuki 2020. ", "Jaringan kemenangan Indonesia tersebut disumbangkan oleh Irfan Jaya (36’,43’), Pratama Arhan (50’) dan Elkan Baggot (82’). Manakala, skuad Harimau Malaysia mendapat jaringan tunggal menerusi Kogileswaran Raj pada minit ke-13.", "Keputusan Masa PenuhPiala Suzuki AFF 2020 | 19 Disember 2021MALAYSIA 🇲🇾 1-4 🇮🇩 INDONESIA⚽️ Kogileswaran Raj 13'⚽️ Irfan Jaya 36' 43' Pratama Arhan 50' Elkan Baggott 82'#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvIDN #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/fvIwDvTN84", "Kemenangan bergaya Indonesia ini turut menyingkirkan Malaysia secara rasminya daripada kancah Piala AFF Suzuki 2020. Indonesia pula muncul selaku naib juara kumpulan, mengiringi Vietnam ke peringkat separuh akhir.", "Untuk rekod, kali terakhir Indonesia mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia adalah ketika perlawanan persahabatan pada September 2016. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Manahan itu menyaksikan Indonesia meraih kemenangan 3-0.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221129/", "headline": "\nJAKIM FC Muncul Juara Liga Putrajaya, Layak Beraksi Di Liga M4 Musim Hadapan\n", "content": ["JAKIM FC berjaya merangkul kejuaraan saingan divisyen lima, Liga Bola Sepak Putrajaya M5 anjuran Persatuan Bola Sepak Putrajaya sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM4,000 serta piala pusingan.", "Kelab milik agensi pengurusan hal ehwal islam di peringkat kebangsaan ini dinobatkan juara selepas menamatkan saingan Liga Bola Sepak Putrajaya di tempat pertama selepas mengharungi 10 perlawanan.", "Biarpun pada perlawanan terakhir pada Sabtu lalu bertemu EVO PM Tepi FC berakhir dengan keputusan 0-0 dan menjadikan kedua-dua pasukan ini berkongsi mata dalam carta liga, JAKIM FC dinobatkan juara atas faktor memiliki kelebihan 4 gol berbanding pencabarnya.", "Menurut laman sosial rasmi agensi berkenaan, kejuaraan yang dirangkul ini melayakkan kelab yang diasaskan oleh Zamihan Mat Zin bersaing dalam saingan divisyen keempat bola sepak tempatan, Liga M4 pada musim hadapan di bawah kawal selia Amateur Football League (AFL).", "Sebagai rekod, JAKIM FC turut mengambil bahagian dalam saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2022 anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia yang berlangsung pada Oktober dan November lalu.", "Bagaimanapun, JAKIM FC menamatkan kempen PERR di peringkat Kumpulan B sahaja.", "Featured Image: Amateur Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114500/", "headline": "\nBekas Penyerang Liga Thai, Caion Isi Kekosongan Ditinggalkan Ifedayo\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor, pada hari ini, mengumumkan ketibaan penyerang baharunya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ifedayo Olusegun yang berhijrah ke Melaka United.", "Kekosongan yang ditinggalkan oleh Ifedayo yang menjaringkan 26 gol dalam saingan Liga Super 2021 akan digantikan dengan pemain kelahiran Brazil, Herlison Caion de Sousa Ferreira atau dikenali sebagai Caion yang berusia 31 tahun.", "Dalam empat musim yang lalu, karier Caion banyak bertumpu dalam saingan Liga Thailand dengan dia menyertai pasukan seperti Navy, PT Prachuap, Chonburi, Suphanburi dan Muangkan United dengan rekod 85 penampilan dan 34 gol secara keseluruhan.", "Menurut ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, pemain yang mempunyai ketinggian 1.84 meter ini dibawa masuk oleh skuad Red Giants kerana yakin dengan kemampuannya untuk menjaringkan gol lebih-lebih lagi telah terbukti dalam saingan bola sepak asia tenggara sejak 4-5 tahun lalu.", "Selain Thailand, Caion turut mempunyai pengalaman beraksi di tanah kelahirannya, Liga Brazil serta Liga Korea, Liga Iraq dan Liga Denmark.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pemain import ketiga yang dibawa masuk oleh Selangor selepas mengumumkan ketibaan Yazan Al Arab (pertahanan, Jordan) dan Baha Abdelrahman (pemain tengah, Jordan)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218230/", "headline": "\nGandingan Baharu Wanita Indonesia, Apriyani-Siti Juarai Terbuka Malaysia 2022\n", "content": ["Pasangan wanita Indonesia yang mula digandingkan sekitar bulan Mei lalu, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti muncul selaku juara bagi ketegori beregu wanita Terbuka Malaysia 2022.", "Penghuni ranking ke-133 dunia yang berusia 24 dan 21 tahun masin-masing ini muncul juara dengan menewaskan beregu China di ranking ke-33 dunia, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu dalam perlawanan akhir, hari ini.", "Dalam pertarungan tersebut, Apriyani-Siti menumpaskan pasangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-18, 12-21 dan 21-19 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022WD – Final 🇮🇩Apriyani RAHAYU🏅21 12 21 🇮🇩Siti Fadia Silva RAMADHANTI🏅18 21 19 🇨🇳Shu Xian ZHANG 🇨🇳Yu ZHENG", "🕗 in 71 minutes https://t.co/gVs13likMV", "— BWFScore (@BWFScore) July 3, 2022", "Sebagai rekod, perjalanan Apriyani-Siti ke peringkat akhir kejuaraan saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini bermula dengan menyingkirkan Stine Kuespert-Emmas Moszczynski (ranking 77, Pusingan 32), Nami Matsuyama-Chiharu Shida (ranking ke-5, Pusingan 16), Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (ranking No.1, suku akhir) dan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong (ranking ke-12, separuh akhir).", "Untuk pengetahuan semua, gelaran yang diraih pada hari juga merupakan kejuaraan sulung buat Apriyani-Siti dalam saingan berstatus Jelajah Dunia BWF.", "Selain daripada gelaran ini, mereka juga sudah meraih pingat emas dalam acara beregu wanita (individu) di temasya Sukan SEA 2021 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.", "Sebagai tambahan, Apriyani terpaksa membentuk gandingan baharu bersama Siti Fadia selepas pasangan lamanya merangkap pemain senior Indonesia, Geysia Polii mengumumkan persaraan, baru-baru ini.", "Gandingan Apriyani-Greysia yang bermula pada tahun 2017 sempat menduduki ranking setinggi No.3 dunia serta beberapa kejuaraan termasuk pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Featured Image: Instagram Apriyani Rahayu"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325399/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Asia: Jaguh 400m Sukan SEA Kandas Di Separuh Akhir\n", "content": ["Pelumba negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2023 dalam acara 400 meter (m) lelaki, Umar Osman terpaksa akur gagal melayakkan diri ke perlumbaan akhir di Kejohanan Olahraga Asia Kali Ke-25 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.", "Pelumba muda yang berusia 20 tahun terbabit tidak melakar kemaraan terbabit selepas menamatkan perlumbaan peringkat separuh akhir saringan 1 di tempat keempat – di belakang Fuga Sato, Aruna Dharshana dan Ramesh Rajesh.", "Dalam perlumbaan itu juga, ketiga-tiga pelumba dari Jepun, Sri Lanka dan India terbabit menamatkan perlumbaan masing-masing dengan catatan masa 45.61s, 45.79s dan 45.91s masing-masing. Manakala Umar pula melintasi garisan penamat dengan catatan masa 46.42s. ", "Terlebih dahulu, Umar berhasil menempah tiket secara automatik ke peringkat separuh apabila menamatkan larian di pusingan 1 dalam saringan 3 di tempat ketiga dengan catatan masa 46.72s.", "Sebagai perbandingan, lariannya ketika merangkul emas di Kemboja pada Mei lalu adalah lebih pantas iaitu 46.34s.", "Featured Image:  Instagram Umar Osman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110552/", "headline": "\nSyahmi Akui Berlatih Sebagai Bek Kiri Dalam Sesi Latihan Harimau Malaya\n", "content": ["Pertahanan kanan, Syahmi Safari mengakui menjalani latihan di posisi bek kiri bersama skuad Harimau Malaya sejak kebelakangan ini. Pada pendapat pemain berusia 23 tahun ini, peranan di kedua-dua posisi bek tepi adalah sama. ", "Walaupun Syahmi merupakan bek kanan, sekiranya diarahkan oleh ketua jurulatih untuk beraksi di posisi bek kiri, dia sedia menyahut cabaran tersebut menjelang pertemuan menentang skuad jiran tetangga, Thailand.", "“Posisi itu kalau ikutkan (kepada) peranan sama sahaja (bagi) bek kiri dan bek kanan cuma kedudukan agak berbeza, kadang-kadang dalam situasi tertentu kita akan berasa sedikit kekok,”", "“Kebelakangan ini saya banyak menjalani latihan di bahagian bek kiri, jika diberi peluang tidak menjadi satu masalah, kita sebagai pemain bola sepak profesional perlu menyesuaikan diri dengan situasi macam inilah,”", "“Kalau kita tengok peringkat antarabangsa, banyak pemain bermain di bukan posisi asal mereka seperti Joshua Kimmich (pasukan) Jerman, macam kita tengok England semalam, Trippier main bek kiri,”", "“Jadi benda ini kita perlu sentiasa bersedia dan jika diberikan kepercayaan oleh jurulatih kita perlu balas dengan sebaik mungkin.” katanya dalam sidang media dalam talian pada petang tadi.", "Untuk makluman, calon pemain untuk mengisi posisi bek kiri menjadi perdebatan hangat kalangan penyokong skuad Harimau Malaya. ", "Perdebatan ini timbul selepas satu-satunya bek kiri tulen yang bersama skuad kebangsaan pada ketika ini, La’vere Corbin-Ong terpaksa menjalani penggantungan pada perlawanan berikutnya.", "Hal ini kerana dia dilayangkan kad kuning dalam perlawanan menentang Vietnam, baru-baru ini sekaligus mengumpul dua kad kuning pada pusingan dua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan G.", "Pertahanan Selangor ini menjadi calon yang disebut-sebut oleh para penyokong untuk mengisi posisi tersebut memandangkan dia pernah diturunkan dalam aksi pemanas badan sebagai bek kiri ketika menentang Kuwait, penghujung mei lalu.", "Selain daripada Syahmi, antara nama lain yang meniti di bibir para peminat untuk mengisi posisi tersebut ialah Dion-Johan Cools, Adam Nor Azlin dan Rizal Ghazali.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208101/", "headline": "\nDickson Beri Bayangan Kekal di Malaysia, Mahu Sertai Pasukan Yang Mempunyai Fasiliti Baik\n", "content": ["Selepas daripada aksi menentang Kedah pada pusingan ke-16 Piala Malaysia, Dickson Nwakaeme, 34 tahun, mengumumkan perlawanan tersebut menjadi penampilan terakhirnya bersama Pahang.", "Namun ucapan selamat tinggal itu bukan bermakna dia bakal bersara dan penyerang yang terkenal dengan julukan Orang Besi itu menyatakan mahu terus bermain dalam saingan liga tempatan.", "Bagaimanapun pasukan yang mahukan khidmat Dickson pada musim hadapan mestilah menyediakan fasiliti yang terbaik bagi memastikan dia dapat mengekalkan kecergasan dan membendung kecederaan sepanjang musim.", "Dickson Si Orang Besi Ucap Selamat Tinggal Kepada Pahang https://t.co/lXoB8qzRwu pic.twitter.com/iE9JLqmbCT", "“Tiada yang kekal selamanya. Saya rasa ini masanya untuk melakukan perubahan dan beri peluang kepada pemain-pemain lain mencuba (bermain di Pahang).", "“Bagi saya, umur hanyalah sekadar angka. Saya masih dalam keadaan baik tetapi (anda) tidak boleh bermain bola sepak selama-lamanya.", "“Sekiranya saya masih ingin bermain, saya masih mahu bermain di Malaysia. Saya yakin (sepenuhnya). Saya sudah selesa di sini jadi tak perlu berpindah (ke tempat lain).", "“Jika saya mahu bermain, saya perlu bermain bersama pasukan yang bersedia dengan fasiliti (yang baik), kerana fasiliti ini dapat membendung saya daripada ditimpa kecederaan. Ia (juga) dapat membantu saya untuk bermain dengan lebih kerap.", "“Pahang sedang ke arah itu (menyediakan fasiliti) sesuatu yang berlainan yang kita saksikan di Malaysia tetapi buat masa ini saya merasakan mereka belum bersedia (sepenuhnya) lagi.” katanya dalam satu video bersama Nadi Weekend.", "TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta https://t.co/Zlil8TtOpY pic.twitter.com/pU1tvNgMPM", "Setakat ini, hanya beberapa pasukan sahaja yang mempunyai fasiliti-fasiliti dan kemudahan terbaik untuk para pemainnya melakukan latihan. Antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Terengganu FC dan beberapa lagi.", "Manakala pasukan TRW Kelantan yang dibeli usahawan tempatan, Norizam Tukiman pula sedang dalam perancangan untuk membina pusat latihannya dalam masa terdekat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114227/", "headline": "\nPeng Soon Digandingkan Bersama Pemain 19 Tahun, Valeree Siow di Terbuka India 2022\n", "content": ["Teka-teki mengenai pasangan baharu pemain senior beregu campuran, Chan Peng Soon setelah berpecah dengan Goh Liu Ying akhirnya diketahui pada hari ini.", "Menerusi ‘M&Q Report’ yang dimuat naik oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk kejohanan Terbuka India 2022 (Super 500), pemain berusia 33 tahun ini digandingkan bersama pemain berusia 19 tahun, Valeree Siow dalam kategori beregu campuran.", "Untuk makluman semua, sebelum ini, Valeree aktif beraksi dalam kategori beregu wanita bersama-sama Low Yeen Yuan yang turut seusia dengannya.", "Antara pencapaian terbaik yang diraih oleh gandingan muda ini sepanjang 2021 adalah muncul juara di kejohanan Cabaran Antarabangsa Hellas, Cabaran Antarabangsa Latvia dan Cabaran Antarabangsa Slovenia. Ketika ini, pasangan ini sedang menduduki ranking ke-111.", "Sementara itu, Valeree turut mempunyai pengalaman beraksi dalam kategori beregu campuran bersama-sama Yap Roy King yang berusia 20 tahun. Dalam ketegori ini, Valeree-Yap meraih dua kejuaraan dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Hellas dan Cabaran Antarabangsa Latvia serta menghuni tangga ke-233 dunia.", "Sebagai tambahan, kejohanan Terbuka India 2022 ini akan berlangsung bermula 11 hingga 16 Januari, tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114517/", "headline": "\nPerseorangan No.1 Malaysia, Lee Zii Jia Kekal Bersama BAM\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki nombor 1 negara, Lee Zii Jia dimaklumkan kekal bersama badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Semalam, tersebar mengenai khabar angin bahawa juara All England 2021 merangkap pemain No. 7 dunia ini akan meninggalkan BAM dan bergerak secara bebas (independent).", "Bagaimanapun, Setiausaha Agung BAM, Dato’ Kenny Goh tampil menafikan mengenai perkara tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini. ", "“Saya telah bercakap kepada Zii Jia, dia langsung tidak menyedari khabar angin mengenai dirinya untuk keluar daripada BAM.", "“Kesungguhan dan visinya kekal sama sebagai pemain perseorangan lelaki utama negara. Dia fokus 100% terhadapa Paris 2024.” kata Kenny.", "Untuk makluman semua, menurut laporan media, khabar angin mengenai Zii Jia untuk keluar daripada BAM itu turut disertai dengan satu tawaran tajaan lumayan yang berjumlah RM4 juta."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110718/", "headline": "\nPiala AFC: Venue Bagi Terengganu & Kedah Akan Dimuktamadkan Minggu Hadapan\n", "content": ["Barisan Exco Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan memuktamadkan venue saingan Piala AFC bagi Kumpulan H dan I selewat-lewatnya pada minggu hadapan.", "Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata pihak Jawatankuasa Pertandingan AFC telah membuat keputusan mengenai venue terbabit namun Exco AFC perlu bermesyuarat untuk mengambil kira pelbagai faktor sebelum memuktamadkannya.", "“Pihak jawatankuasa pertandingan telah pun membuat keputusan dan seperti biasa keputusan berkenaan akan diserahkan kepada pihak Exco AFC untuk dimuktamadkan.", "“Pada kebiasaannya, keputusan muktamad daripada pihak Exco AFC akan diketahui dalam tempoh seminggu setelah menerima keputusan daripada pihak jawatankuasa pertandingan.", "“Sebarang keputusan muktamad juga akan dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor daripada semua pihak,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Hujung Mei lalu, Singapura yang sepatutnya menjadi tuan rumah bagi Kumpulan H dan I dalam saingan Piala AFC mengumumkan menarik diri sebagai hos kerana peningkatan kes pandemik Covid-19 di negara republik tersebut.", "Keputusan itu membuatkan dua wakil Malaysia yang bersaing dalam kancah Piala AFC iaitu Kedah Darul Aman (Kumpulan H) dan Terengganu (Kumpulan I) tertanya-tanya mengenai status kejohanan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219392/", "headline": "\nTerpaksa Lupakan Shitembi, Terengganu Ikat Kembali Dechi Marcel Saat Akhir\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengesahkan terpaksa melupakan khidmat pemain import baharunya, Petrus Shitembi untuk beberapa aksi awal saingan Liga Super musim ini.", "Difahamkan, kecederaan tersebut menimpa pemain skuad kebangsaan Namibia ini selepas daripada perlawanan persahabatan menentang Kelantan United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, ahad lalu.", "“Shitembi yang mengalami kecederaan semasa aksi persediaan pramusim akan menjalani pemeriksaan seterusnya di Kuala Lumpur untuk mengesahkan kecederaan yang dialami pada hari ini.” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.", "Kecederaan menimpa pemain tengah berusia 28 tahun ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan pasukan yang dibimbing oleh jurulatih muda, Nafuzi Zain. Hal ini kerana Shitembi telah menjadi penggerak utama pasukan sepanjang aksi pramusim kali ini.", "Sebagai perancangan jangka masa terdekat, skuad simpanan, Terengganu FC II bertindak menandatangani kembali bekas pemain tengahnya musim lalu, Dechi Marcel N’Guessan sebelum tamatnya jendela perpindahan, pada tengah malam ini.", "Pada masa yang sama, barisan kejurulatihan dengan segera menaikkan pangkatnya ke skuad utama, Terengganu FC bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shitembi.", "Namun, pemain tengah Ivory Coast ini belum pasti dapat diturunkan pada aksi pembukaan menentang UiTM FC memandangkan dia baru sahaja menyertai latihan bersama pasukan, semalam.", "“Pasukan TFC mempunyai pilihan untuk menggunakan khidmat pemain import tengah pasukan Terengganu FC II, Dechi Marcel N’Guessan yang baru ditandatangani semalam bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Petrus Shitembi buat sementara waktu, ", "“Namun perkara itu belum diputuskan bagi aksi awal musim ini kerana Dechi Marcel baru sahaja memulakan latihan bersama Terengganu FC pada petang semalam.” tambah kenyataan kelab lagi.", "Untuk rekod, Dechi Marcel telah beraksi bersama Terengganu FC II sejak daripada musim 2019. Bagaimanapun, khidmatnya tidak disambung pada penghujung tahun lalu setelah Terengganu FC II berhasrat menggunakan khidmat tiga pemain import sahaja iaitu Argzim Redzovic, Jordan Mintah dan Masaki Watanabe.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112210/", "headline": "\n3 Pemenang Emas Paralimpik Dapat Sejuta Mata & Setahun Penghantaran Makanan Percuma oleh Grab\n", "content": ["Grab Malaysia mengumumkan memberikan sejuta mata ganjaran (GrabRewards) dan penghantaran makanan percuma selama setahun kepada tiga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan mereka.", "Tiga pemenang pingat emas tersebut ialah Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly yang tampil juara dalam acara masing-masing iaitu powerlifting, badminton dan lompat jauh.", "Tanda penghargaan ini diumumkan oleh pihak Grab Malaysia menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.", "Sementara itu, dua pemenang pingat perak iaitu Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) turut diberikan 500,000 mata ganjaran serta penghantaran makanan percuma bagi tempoh yang sama.", "Menariknya, Grab Malaysia turut memberikan penghargaan khas kepada atlet lontar peluru paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli dimana penyertaannya tidak dikira oleh penganjur ekoran masalah teknikal.", "Ziyad diberikan sebanyak 50,000 mata ganjaran dan juga penghantaran makanan percuma selama setahun.", "Sebagai tambahan, kesemua atlet para negara yang lain serta Kontinjen Malaysia yang bersama-sama membantu mereka pada temasya berkenaan tempoh hari turut diberikan tanda penghargaan oleh Grab Malaysia.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324352/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Jun Hao Lakar Kejutan, Atasi Bekas Juara Remaja Eropah\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao melakar kejutan apabila mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan wakil Perancis, Christo Popov pada Pusingan 16 Terbuka Thailand 2023. ", "Biarpun Christo berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Jun Hao, rekod pertemuan kedua-dua pemain berpihak kepada wakil Malaysia yang memenangi pertemuan sulung mereka pada 2017.", "Jun Hao meneruskan rekod kemenangannya ke atas Christo selepas menewaskannya dengan skor 20-22, 21-13 dan 21-19 dalam pertemuan selama 76 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – R1620 21 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🏅22 13 19 🇫🇷Christo POPOV", "— BWFScore (@BWFScore) June 1, 2023", "Kemenangan itu melayakkan pemain di kedudukan ke-65 dunia itu ke peringkat suku akhir dan diundi bertemu dengan pemenang di antara pertemuan Lakhsya Sen dan Li Shi Feng.", "Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Jun Hao mara ke peringkat suku akhir pada tahun ini selepas kali pertama melakukannya di Orleans Masters pada April lalu.  ", "Sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023 itu tersingkir awal dalam saingan Malaysia Masters selepas tewas kepada wakil Chinese Taipei, Chi Yu Jen di Pusingan 16 peringkat kelayakan kejohanan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323657/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Nor Sarah Adi Terlepas Pingat Emas, Pecah Rekod Peribadi\n", "content": ["Atlet olahraga negara, Nor Sarah Adi meraih pingat perak bagi acara lompat bergalah dalam temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja, semalam. ", "Pencapaiannya itu sekaligus bermakna Nor Sarah gagal untuk mempertahankan pingat emas dalam acara yang sama dimenanginya pada Sukan SEA 2021 Vietnam.", "Meskipun begitu, atlet berusia 23 tahun itu berjaya memecahkan rekod terbaik peribadinya apabila mencatatkan lompatan berketinggian 4.05 meter (m), memperbaiki rekod yang dicatatkannya pada temasya yang lalu iaitu 4.00m. ", "Pemenang pingat emas, Chonthicha Khabut turut merekodkan ketinggian lompatan yang sama dengan Nor Sarah (4.05m) tetapi atlet negara terpaksa akur raih pingat perak selepas dua lompatan pertama pada ketinggian 3.85m dan 3.90m masing-masing dibatalkan.", "Pingat gangsa pula dimenangi atlet Filipina, Natalie Rose Steinlage Uy selepas mencatatkan jarak lompatan setinggi 4.00m. ", "Terdahulu, aksi sulung Nor Sarah dalam temasya Sukan SEA mencipta kejutan apabila berjaya meraih pingat emas dengan catatan jarak lompatan setinggi 4.00m yang menyaksikan pesaing yang sama, Chonthicha Khabut meraih pingat perak dengan lompatan berketinggian 3.80m. ", "Selain acara lompat bergalah, Nor Sarah juga membawa pulang pingat gangsa bagi acara balapan 4x100m pada temasya yang lalu.", "Anak kelahiran California, Amerika Syarikat itu juga dikhabarkan mengalami kecederaan ligamen dua minggu sebelum temasya kali ini berlangsung dan hanya kembali berlatih sehari sebelum hari pertandingan (semalam).", "Featured Image: Instagram Nor Sarah Adi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111570/", "headline": "\nAzizul, Shah Tidak Ke Pusingan Berikutnya Kerana Mahu ‘Rest’ Sehari Sebelum Sertai Keirin\n", "content": ["Seperti diketahui oleh majoriti rakyat Malaysia, dua pelumba negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom terkandas di pusingan 1/8 akhir acara pecut dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, petang tadi.", "Walaupun dilihat mempunyai peluang untuk mara ke pusingan suku akhir dengan memenangi perlumbaan repechage, kedua-dua pelumba ini turut tewas pada pusingan tersebut kepada lawan masing-masing.", "Berbasikal Trek – Pecut Lelaki – Pusingan Repechage 1/8Azizulhasni Awang 🇲🇾 tersingkir daripada acara ini.Kami tetap bangga dengan anda!#CyclingTrack#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/jpvPzT5hCs", "Bagaimanapun, menerusi satu video yang dimuat naik, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman memaklumkan, ia merupakan strategi yang telah dirancang sejak awal lagi oleh jurulatihnya, John Beasley.", "“Kita turun pada hari ini adalah untuk merampas top seeding spot daripada Jeffrey Hoogland dari Belanda dan kalau kita tidak merampas kedudukan tersebut, ", "“Apabila kita masuk ke (saingan) repechage kita tidak akan cuba untuk proceed to the next round kerana kalau kita menang pun akan masuk ke quarter-final dan berjumpa orang yang sama, dan kalau kita kalah kita akan masuk pusingan (penentuan kedudukan) 5 hingga 8,", "“Jadi ia akan ada banyak perlumbaan dan menyebabkan kita lagi penat (fatigue) dan ianya akan membuatkan kita tidak mendapat cukup rehat untuk acara keirin,” katanya yang merekod video tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan, hari ini.", "🗣️To all Malaysian's, I am very proud of the boys, no matter the outcome of today, the keirin is the event we came to Tokyo to win, the sprint was always an event to fine tune things on the way into keirin. ~ National track cycling coach, John Beasley#CyclingTrack #SukanOlimpik pic.twitter.com/uPf0bQoCdy", "Menurut pelumba berusia 33 tahun ini, walaupun terkandas di peringkat 1/8 akhir, beliau cukup gembira dengan prestasi tersebut. Tambahan pula, ada beberapa pelumba lain yang berada di kedudukan di atasnya terkandas lebih awal.", "Jelasnya lagi, acara pecut merupakan sebuah saingan yang memberikan kelebihan kepada pelumba yang memiliki saiz badan yang lebih besar berbandingnya. Hal ini kerana acara pecut memerlukan tenaga yang banyak untuk ‘winding up the gear’. ", "“Amat penting untuk kita mengatur strategi yang betul untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan penuh untuk acara keirin, ", "“Dengan planning tersebut daripada jurulatih dan team, kita dapat rest satu hari esok, dapat fresh up balik kita punya fizikal dan mental untuk kita go full gas again dalam acara keirin,", "“Seperti kita sedia maklum, sebelum kita datang ke sini, kita dah bagitahu yang the higher chances untuk kita menang pingat emas adalah dalam acara keirin sebab itulah acara favorite kita,” tambahnya lagi.", "Untuk makluman, acara keirin di Sukan Olimpik akan dilangsungkan pada hari Sabtu nanti bermula jam 2.48 petang dengan pusingan kelayakan.", "Anda boleh menonton video penuh penjelasan Azizul pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218724/", "headline": "\nPM Beri Dana RM1 Juta Untuk Pesaka, Al Jufferi Jamari Bersara Secara Rasmi\n", "content": ["Kerajaan mengumumkan memberi dana sebanyak RM1 juta kepada badan induk seni silat negara, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).", "Pengumuman pemberian dana tersebut diucapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis penutup Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, semalam.", "Difahamkan pemberian dana tersebut sebagai menghargai dan membantu badan induk tersebut mengembangkan lagi seni pertahanan diri ini di pentas antarabangsa.", "“Bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh anak-anak silat serta bagi membantu Pesaka mengembangkan seni silat di persada dunia, pada malam ini dengan sukacitanya saya mengumumkan dana sebanyak RM1 juta kepada Pesaka.” katanya.", "Saya turut mengumumkan dana sebanyak RM1 juta kepada PESAKA bagi menghargai sumbangan yang diberikan dalam mengembangkan seni silat di persada dunia.", "— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 1, 2022", "Baca – Kejuaraan Pencak Silat Dunia: Al Jufferi Juara Kali Ke-4, Malaysia Kutip 7 Emas", "Sementara itu, dalam satu perkembangan yang lain, jaguh silat negara, Mohd. Al Jufferi Jamari mengumumkan persaraannya selaku atlet silat negara sejurus memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir bagi Kelas F (70-75kg).", "Kemenangan tersebut dicapai atlet kelahiran Pahang ini selepas menumpaskan pesilat negara jiran tetangga dari Indonesia, Iqbal Chandra Pratama.", "“Saya dapat atau tidak dapat pingat emas, saya tetap dengan keputusan saya iaitu akan menamatkan karier saya selaku atlet silat negara yang hampir 15 tahun saya berkecimpung dalam dunia ini kerana saya nak (beri) lebih perhatian atau rehat bersama keluarga,” katanya dalam sidang media selepas pertarungan tersebut.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pingat emas keempat yang diraihnya dalam Kejuaraan Pencak Silat Dunia. Sebelum ini, Al Jufferi telah meraih gelaran ini dalam edisi yang berlangsung di Chiang Rai, Thailand (2012), Phuket, Thailand (2015) dan Bali, Indonesia (2016).", "Manakala dalam temasya dwitahunan asia tenggara, Sukan SEA, pesilat berusia 30 tahun ini turut pernah merangkul empat pingat emas dalam edisi di Indonesia (2011), Myanmar (2013), Singapura (2016) dan Kuala Lumpur (2017). ", "Featured Image: Ismail Sabri Facebook & One Silat"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217859/", "headline": "\nPertukaran 5 Pemain Gantian Kekal, Diluluskan Oleh IFAB\n", "content": ["Badan pembuat undang-undang bagi bola sepak, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) menerima cadangan mengekalkan pertukaran lima pemain gantian secara kekal bagi saingan tertinggi.", "Ianya telah diratifikasi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-136 yang diadakan di Doha, Qatar. Perubahan ini telah dimasukkan di dalam buku Undang-Undang Permainan (Laws of the Game) 2022/23 yang akan efektif bermula 1 Julai kelak.", "Untuk makluman semua, pertukaran lima pemain gantian ini merupakan permintaan daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Mei 2020 untuk melindungi pemain semasa pandemik yang melanda dunia.", "Dan IFAB memperkenalkan pindaan sementara yang memberikan pilihan kepada penganjur saingan domestik utama dan antarabangsa untuk membenarkan pasukan-pasukan menggunakan sehingga lima pemain gantian.", "136th Annual General Meeting: The IFAB permanently approves five-substitute option in top-level competitions", "— The IFAB (@TheIFAB) June 13, 2022", "Selain itu, AGM turut membuat keputusan untuk meningkatkan jumlah pemain simpanan daripada 12 orang kepada 15 orang di dalam “Team List” bagi setiap perlawanan atas pertimbangan penganjur kejohanan.", "Sebagai tambahan, AGM turut mengenalpasti mengenai perasaan kurang hormat dan keselamatan kepada pengadil-pengadil sudah menjadi masalah global.", "Ahli-ahli mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan inisiatif bagi membendung isu-isu ini termasuk berpotensi untuk menguji pemakaian kamera badan oleh para pengadil dalam saingan bola sepak akar umbi remaja.", "Untuk pengetahuan semua, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino dan wakil daripada FIFA, The FA, Irish FA, Scottish FA, FA of Wales dan pentadbiran IFAB."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110855/", "headline": "\nOlimpik 2020: Korea Senaraikan Sebahagian Skuad Yang Pernah Ditumpaskan Malaysia Tahun 2018\n", "content": ["Republik Korea atau lebih dikenali sebagai Korea Selatan telah mengumumkan senarai 18 pemain yang akan dibawa untuk menyertai acara bola sepak lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.", "Menariknya, daripada 18 pemain yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Korea (KFA), empat daripadanya terdiri daripada pemain yang pernah membarisi skuad Sukan Asia di Indonesia sekitar 3 tahun yang lalu.", "캡틴 김민재! 황BRO 투톱 출격!#도전하는_챔피언 #AsianGames2018🇰🇷남자 축구대표팀의 선발라인업을 공개합니다!–🇰🇷 vs. 🇲🇾말레이시아ㅣ08.17(금) 21:00 📺KBS2 pic.twitter.com/x7H70nEupU", "Mereka ialah Hwang Ui-jo (penyerang), Kim Jin-ya (pemain tengah), Kim Min-jae (pertahanan) dan Song Bum-keun. Keempat-empat pemain ini merupakan sebahagian daripada kesebelasan utama yang turun menentang Malaysia B-23 pada aksi peringkat Kumpulan E di temasya terbabit.", "Dalam perlawanan tersebut, skuad Korea Selatan B-23 di masa itu dikejutkan dua jaringan oleh bintang yang sedang meningkat naik, Safawi Rasid pada babak pertama.", "Skuad muda Taeguk Warrior hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja pada babak kedua sekaligus menyaksikan mereka tumpas dengan keputusan 2-1 di tangan skuad Harimau Muda.", "2018 Asian Games Men's Football | Friday, 17th August 2018Full TimeMALAYSIA 2-1 KOREA REPUBLICSafawi Rasid 5' 45'+1; Hwang Ui Jo 88'* Malaysia advance to Round of 16#FAM #HarimauMalaya #AsianGames2018 pic.twitter.com/W8S7sfOme1", "Sungguhpun mereka tumpas kepada Malaysia yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee pada masa tersebut, Korea Selatan B-23 yang turut disertai oleh bintang Tottenham Hotspur, Song Heung-min tetap muncul juara dan merangkul pingat emas bagi acara bola sepak lelaki.", "Manakala, penyerangnya, Hwang Ui-jo muncul selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan catatan 9 gol.", "Sementara itu, senarai 18 pemain skuad Olimpik Korea Selatan turut menyaksikan nama Son Heung-min tidak disenaraikan oleh ketua jurulatih, Kim Hak-bum.", "Berikut adalah senarai penuh 18 pemain skuad Olimpik Korea Selatan:"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207423/", "headline": "\nPresiden KFA Pertimbang Guna Logo ‘Bunga Alamanda’ Selepas Dikecam Bertalu-Talu\n", "content": ["Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Noor mungkin akan mempertimbangkan menggunakan logo lain selepas cadangan logo awal yang tular dikecam oleh para peminat.", "Antara logo yang mungkin dipertimbangkan (sepertimana gambar di atas) adalah rekaan oleh peminat yang dihantar kepada Sanusi. Ia dikongsikan olehnya dalam satu hantaran di media sosialnya, semalam.", "Logo tersebut diinspirasikan oleh logo KFA lama yang mempunyai elemen-elemen seperti Bunga Alamanda, bola berwarna putih, berlatarbelakangkan warna tradisi hijau, kuning dan merah serta slogan ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’.", "“Ramai peminat pasukan Kedah hantaq mai minta pilih logo-logo ini, InsyaAllah akan dipertimbangkan.” ujar Sanusi.", "“Cadangan dan pandangan sentiasa dialu-alukan.” tambahnya lagi.", "Semalam, Sanusi merangkap Menteri Besar Kedah mengumumkan nama dan logo baharu yang bakal diguna pakai oleh pasukan Kedah setelah melengkapkan proses penswastaan sepertimana diwajibkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Walaupun logonya belum dilancarkan dan dipertunjukkan secara rasmi, namun tular sebuah logo ‘cincai’ sama seperti gambaran yang diperkatakan oleh Sanusi semasa sidang medianya.", "Beliau turut mengumumkan pasukan Kedah selepas daripada ini akan dikenali sebagai Darulaman Football Club (DFC). Pengumuman itu membuatkan para penyokong skuad Helang Merah berang ekoran perkataan ‘Kedah’ digugurkan.", "Amarah mereka semakin bertambah apabila Sanusi memberikan alasan tidak mahu menggunakan nama Kedah Football Club (KFC) kerana akan berkongsi akronim dengan jenama rangkaian restoran makanan segera terkenal, Kentucky Fried Chicken (KFC).", "Featured Image: FB Muhammad Sanusi Md Noor"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324484/", "headline": "\nPresiden KLFA Harap DBKL Pertimbang Tambahan RM5 Juta Kepada KL City\n", "content": ["Presiden Kuala Lumpur FA (KLFA), Khalid Abdul Samad berharap Datuk Bandar Kuala Lumpur dapat mempertimbangkan pertambahan dana daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada RM5 juta kepada RM10 juta. ", "Untuk makluman, DBKL selaku penaja utama Kuala Lumpur City FC (KL City) telah menyalurkan dana sebanyak RM5 juta secara konsisten musim demi musim sejak 2020 lagi kepada pasukan itu.", "Khalid turut mendedahkan, KL City sepatutnya mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta pada tahun 2020 yang telah diluluskan semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum berlakunya pergolakan politik tanah air.", "Pada masa yang sama, pihak pengurusan KL City berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan yang kini di tangga keenam liga selain daripada mara ke pentas separuh akhir Piala FA 2023.", "Ianya bersesuaian dengan taraf pasukan yang memiliki bajet berstatus sederhana dengan anggaran sekitar RM16 juta hingga RM18 juta pada musim ini.", "Tambah Khalid, angka tersebut juga meningkat lebih sedikit berbanding musim lalu rentetan penambahan pasukan di bawah KL City seperti KL City Extension, KL City Bawah 20 Tahun (B-20), KL City Bawah 18 Tahun (B-18), KL Rovers dan terbaharu, skuad wanita KL City.", "Dalam pada itu, Khalid juga menafikan dakwaan berlaku tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikatakan membelenggu KL City dan mendakwa ini hanyalah serangan siber untuk memburukkan pasukan.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325496/", "headline": "\nTerbuka Korea: Juara Terbuka Malaysia Singkir Pearly-Thinaah Di Pusingan 16\n", "content": ["Perjalanan beregu badminton wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam saingan Terbuka Korea 2023 terhenti setakat Pusingan 16 sahaja.", "Ianya gara-gara terpaksa akur dengan kehebatan lawannya, juara Terbuka Malaysia 2023 merangkap beregu No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan.", "Bagaimanapun, ketika turun berhadapan dengan pasangan dari China itu, Pearly-Thinaah yang kini berada di ranking ke-11 dunia tidak memberikan mereka laluan yang mudah.", "Dalam pertarungan tersebut, Qing Chen-Yi Fan terpaksa menghadapi tiga set permainan terlebih dahulu sebelum dapat menumpaskan Pearly-Thinaah.", "Bukan itu sahaja, pertarungan sengit yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 21-19 turut memakan masa lebih satu jam permainan.", "Korea Open 2023WD – R16 🇨🇳CHEN Qing Chen🏅21 17 21 🇨🇳JIA Yi Fan🏅 🇲🇾TAN Pearly17 21 19 🇲🇾THINAAH Muralitharan", "— BWFScore (@BWFScore) July 20, 2023", "Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut dialami oleh Pearly-Thinaah bertemu Qing Chen-Yi Fan di pentas antarabangsa sejak tahun 2022.", "Dua hari lalu, Pearly-Thinaah turut mengharungi hampir satu jam permainan ketika berhadapan wakil Jepun, Rui Hirokami dan Yuna Kato dengan pungutan mata 21-17, 15-21 dan 21-15 sebelum mengesahkan tempat ke Pusinga 16.", "Untuk makluman, ini merupakan kejohanan antarabangsa pertama yang disertai beregu negara selepas Pearly mengalami kecederaan yang memaksa mereka menarik diri di Pusingan 32 Terbuka Singapura sekitar awal Jun lalu. ", "Sementara itu, Qing Cheng-Yi Fan yang melakar kemaraan ke suku akhir akan bertemu pasangan Jepun yang menghuni ranking ke-18 dunia, Rin Iwanaga dan Kie Naknishi untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220114/", "headline": "\nKejohanan Berbasikal Trek Dunia: Lavreysen Rangkul Pingat Emas Keirin Kali Ketiga Berturut-Turut\n", "content": ["Pelumba basikal trek Belanda, Harrie Lavreysen merangkul pingat emas bagi acara keirin lelaki buat kali ketiga berturut-turut dalam kariernya di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI.", "Pelumba berusia 25 tahun ini merakamkan kejuaraan terbaru dalam perlumbaan akhir keirin yang berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada awal pagi tadi waktu Malaysia.", "2022 UCI Men's Keirin World Champion! 💪#SQY2022 pic.twitter.com/GN6XRlKr7m", "— UCI Track Cycling (@UCI_Track) October 13, 2022", "Dalam perlumbaan tersebut, pingat emas menjadi milik Lavreysen apabila basikalnya terlebih dahulu melintasi garisan penamat berbanding rakan senegaranya, Jeffrey Hoogland yang terpaksa akur meraih pingat perak.", "Sementara itu, pelumba berusia 24 tahun dari Colombia, Kevin Quintero pula melengkapkan kedudukan podium dan meraih pingat gangsa setelah menamatkan perlumbaan di belakang Hoogland.", "Untuk makluman semua, ini juga menjadi pingat kesepuluh secara keseluruhan diraihnya di pentas Kejohanan Berbasikal Trek Dunia dalam kariernya.", "Sementara itu, pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, 27 tahun, menamatkan acara ini di tempat kesepuluh. Sebelum itu, Shah menamatkan saingan di tempat keenam dalam perlumbaan peringkat separuh akhir sekaligus gagal menempatkan diri dalam kelompok enam pelumba terbaik di peringkat akhir.", "Featured Image: UCI Track Cycling"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216991/", "headline": "\nHatrik Amri Sekat Hajat Kedah Pintas JDT Di Tangga Pertama Liga Super\n", "content": ["Jaringan hatrik daripada penyerang veteran Sabah FC, Amri Yahyah serta satu jaringan daripada pemain kelahiran Korea, Park Tae-su menyerkat hasrat Kedah Darul Aman FC (Kedah) untuk memintas Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada tangga pertama Liga Super.", "Sebelum berlangsungnya perlawanan ini, Kedah berada di tangga kedua – berkongsi 12 mata dengan JDT – pendahulu liga. Sabah pula, di tangga ketiga dengan 9 mata. Kedah hanya memerlukan keputusan seri untuk membolehkannya mendahului saingan Liga Super namun keputusan sebaliknya yang berlaku.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas sebentar tadi, Amri yang berusia 41 tahun mencipta hatrik pertamanya pada musim ini dengan menjaringkan gol pada minit ke-50, ke-62 dan ke-71. ", "71' GOL | Amri Yahyah melengkapkan hatrik dengan melakukan \"chip\" dari sudut yang sukar!@SabahFCofficial 4-0 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/80WFbAGN7q", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 24, 2022", "Baca: Pandai Berbahasa Melayu, Park Tae-su Turut Dipanggil ‘Karim’ Dalam Kalangan Rakan Sepasukan", "Manakala jaringan daripada Park atau dikenali sabagai Karim pula hadir menerusi sepakan percuma pada minit ke-55. Tiada sebarang jaringan direkodkan oleh Kedah dan perlawanan itu berkesudahan dengan keputusan 4-0 memihak kepada skuad The Rhinos.", "Kemenangan ini bukan sahaja memberikan tiga mata buat Sabah malahan membolehkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini menduduki tangga kedua Liga Super untuk minggu ini.", "Kedah yang dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak pula jatuh di tangga ketiga. Ketiga pasukan-pasukan iaitu JDT, Sabah dan Kedah berkongsi 12 mata namun dipisahkan dengan jumlah perbezaan gol.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110495/", "headline": "\nPenyerang Naturalisasi, De Paula Mengaku Namanya Zulhelmi\n", "content": ["Sejak mendapat kad pengenalan biru dan menjadi warganegara Malaysia pada tahun ini, Guilherme de Paula diberikan nama panggilan baharu iaitu Zulhelmi oleh peminat bola sepak tempatan.", "Siapa sangka nama panggilan Zulhelmi yang sekadar menjadi gurauan kalangan peminat kini digunakan sendiri oleh penyerang kelahiran Sao Paulo, Brazil yang berusia 34 tahun ini.", "Perkara tersebut dikongsikan oleh Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Wan Fakhrul Wan Bakar menerusi laman twitter peribadinya ketika De Paula menjalani ujian calitan menjelang pertemuan menentang Vietnam.", "Dia sendiri sebut nama dia guilherme de paula 'zulhelmi' 😅 pic.twitter.com/iLfk3jF6ov", "“Nama saya Guilherme de Paula Zulhelmi,” katanya kepada petugas yang melakukan ujian PCR ke atasnya, semalam.", "Ciapan tersebut dikongsikan oleh Wan Fakhrul bagi menjawab persoalan seorang pengguna twitter, @burnquendro yang bertanyakan samada De Paula mengetahui atau tidak dirinya dipanggil Zulhelmi oleh sebahagian peminat dan penyokong skuad Harimau Malaya.", "De Paula dinaturalisasikan oleh FAM setelah beraksi selama lima tahun berturut-turut dalam kancah bola sepak tempatan iaitu Liga Malaysia sejak tahun 2016.", "Antara sebab lain dia dinaturalisasikan adalah untuk memberikan lebih pilihan kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe di bahagian serangan skuad kebangsaan terutamanya pemain yang mempunyai kelebihan daripada segi fizikal dan kemampuan untuk menjaringkan gol.", "Untuk makluman, De Paula menjadi pemain ketiga yang dinaturalisasikan oleh FAM. Dua pemain sebelumnya adalah pemain sayap, Mohamadou Sumareh kelahiran Gambia dan pemain tengah, Liridon Krasniqi yang berasal dari Kosovo.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113916/", "headline": "\nKedah Lantik Tokoh Kewangan, Dr. Mohd Daud Bakar Sebagai Penaung Kelab\n", "content": ["Naib juara Liga Super 2021, Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (Kedah) mengumumkan melantik tokoh dan pakar kewangan islam, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sebagai penaung (patron) kelab. ", "Pengumuman perlantikan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Menteri Besar Kedah menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini.", "“Saya yakin dengan penglibatan tokoh sebesar Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar akan mampu menjadi penyuntik stamina baharu kepada KDA FC dan industri bola sepak di negara ini.", "“Penglibatan Tan Sri secara langsung bersama KDA FC diyakini akan dapat membantu usaha-usaha untuk mewujudkan jaringan pintar KDA FC dengan semua pemegang taruh termasuk seluruh warga Kedah Darul Aman.", "“Dengan pengalaman dan reputasi yang dimiliki oleh Tan Sri, saya yakin beliau mampu dan mempunyai keupayaan yang lebih daripada mencukupi untuk membantu kelab dalam aspek pengurusan dan hal-hal yang berkaitan demi kemajuan dan kelestarian bola sepak di negeri Kedah Darul Aman.", "“Ini penting bagi memenuhi aspirasi Kedah yang mahu mewujudkan pasukan yang lebih mantap untuk mencipta pelbagai kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam industri bola sepak (yang merupakan) sukan teras di negara kita dan juga sukan utama di Kedah.” kata Sanusi dalam sidang media yang turut disiarkan secara dalam talian oleh laman sosial kelab.", "Sungguhpun Dr. Mohd Daud merupakan individu yang banyak terlibat dalam bidang korporat, kewangan dan pendidikan, perkembangan mengenai pasukan Kedah turut diikutinya secara rapat sepertimana yang kerap dikongsikannya menerusi laman sosialnya.", "Untuk makluman semua, sebelum dilantik secara rasmi sebagai penaung kelab, Dr. Mohd Daud telah melakukan persiapan awal termasuk melakukan lawatan ke gelanggang rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang serba canggih untuk belajar serta melihatnya dengan lebih dekat.", "A delegation of Kedah Darul Aman FC officials got a closer look at the state-of-the-art Sultan Ibrahim Stadium belonging to Johor Darul Ta'zim FC (JDT) ahead of tonight's Malaysia Cup quarter-final second leg. Luaskan Kuasamu Johor.More photos at https://t.co/sEFEGDbGVZ pic.twitter.com/syf5c8H4Ih", "Sebagai tambahan, Dr. Mohd Daud merupakan anak jati negeri Kedah yang lahir di Simpang Kuala, Alor Setar dan kini berusia 57 tahun. Beliau merupakan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).", "Selain dua jawatan yang dinyatakan di atas, Dr. Mohd Daud banyak terlibat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di beberapa institusi kewangan dalam dan luar negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Astana International Financial Centre (AIFC) dan First Abu Dhabi Bank, UAE.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208923/", "headline": "\nFAS Bakal Perkenalkan Liga B-21 & Liga B-19 di Selangor Pada Tahun 2021\n", "content": ["Pemisahan dan proses penswastaan di antara persatuan bola sepak (FA) dan kelab bola sepak (FC) membolehkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memberikan tumpuan yang lebih baik kepada pembangunan akar umbi.", "Menurut Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil Ismail, di antara program pembangunan yang akan disegerakan oleh FAS bagi tahun 2021 adalah memperkenalkan dan menjalankan kejohanan liga di peringkat belia.", "https://t.co/z8PhkRxKWbICYMIBaca mengenai misi & fokus FA Selangor selepas penswastaan Selangor FC melalui pautan di atas. #KitaAdalahSatu#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/9kjsNCNAVy", "“Tahun 2021 menjadi tahun pertama kami akan perkenalkan dan jalankan Liga Bawah 19 (B-19) Tahun dan Liga Bawah 21 (B-21) Tahun di peringkat negeri Selangor.", "“Ini merupakan sebahagian daripada mandat FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang perlu kita gerakkan.” katanya ketika ditemui Sukanz.", "Kejohanan liga peringkat remaja ini akan disertai oleh kelab-kelab gabungan yang berdaftar dengan badan induk bola sepak negeri terbabit. Difahamkan ada sebanyak 77 buah kelab gabungan yang berdaftar dengan FAS setakat ini.", "Selain itu, mereka turut mengambil inisiatif sendiri untuk menjalankan saingan liga-liga remaja atau junior yang merangkumi saingan Liga B-17, B-15, B-12, B-10 dan B-8.", "Untuk menjalankan liga-liga di peringkat akar umbi ini, FAS mendapat sokongan daripada kerajaan negeri menerusi geran yang diberikan serta dokongan syarikat-syarikat korporat yang mahu menyumbang menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) masing-masing.", "“Kerja-kerja pembangunan sememangnya memerlukan dana, dan kita pula tidak membuat sebarang keuntungan daripada liga-liga ini, dan ianya disubsidikan.” tambahnya lagi.", "Selain itu, tahun depan juga menjadi tahun pertama FAS akan melancarkan saingan liga bola sepak bagi wanita di negeri Selangor. Untuk peringkat awal, penyertaannya adalah terbuka untuk satu kategori sahaja sebelum diluaskan kepada kategori umur yang lain.", "“Tujuannya untuk memberi galakan kepada wanita dan kanak-kanak perempuan untuk bermain bola sepak tetapi kita juga cuba untuk bawa agenda ini ke peringkat yang lebih tinggi dengan memperkenalkan program duta untuk bola sepak wanita.” jelas Nabil lagi.", "Antara perkara lain yang akan diberikan tumpuan khusus oleh FAS pada tahun hadapan adalah adalah menjalankan liga-liga amatur dan sosial sedia ada yang terdiri daripada saingan Selangor Champions League (SCL), Liga Super FAS, Liga Perdana FAS, Liga Divisyen 1 FAS dan Liga Divisyen 2 FAS.", "Bukan itu sahaja, FAS juga akan memainkan peranan untuk hidupkan kembali industri bola sepak yang terhenti ekoran pandemik Covid-19 serta membantu kelab-kelab kecil. Tidak dilupakan, terlibat sama dalam pembangunan jurulatih dan pengadil di negeri tersebut.", "“Tugas kita (FAS) adalah menyediakan ekosistem (bola sepak) yang menyeluruh untuk negeri (Selangor).” terang Nabil."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114441/", "headline": "\nRanking BWF: Kean Yew Menembusi Kelompok 15 Terbaik, Zii Jia Kekal Di Tangga Ke-7\n", "content": ["Kejayaan pemain perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew muncul juara di Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) turut sama meningkatkan kedudukan ranking dunianya.", "Menerusi kemaskini terbaru di laman sesawang BWF, Kean Yew yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang merekodkan peningkatan sebanyak 7 anak tangga sekaligus meletakkannya di ranking ke-15 dunia – pencapaian terbaik dalam kariernya.", "Sementara itu, pemain India yang berusia 28 tahun, Srikanth Kidambi merangkap naib juara Kejohanan Dunia BWF pula merekodkan 4 kenaikan anak tangga dan berjaya menemnusi kelompok 10 pemain terbaik dunia. ", "Manakala, jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia yang mara sehingga ke peringkat suku akhir kejohanan yang sama kekal di tangga ke-7 dunia.", "Secara keseluruhan, kedudukan 5 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia tidak berubah pada minggu ini dengan Viktor Axelsen kekal di tempat yang pertama sambil diikuti oleh Kento Momota, Anders Antonsen, Chou Tien Chen dan Anthony Sinisuka Ginting.", "Featured Image: Badminton World Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206901/", "headline": "\nSumareh Sarung Jersi No.13 Bersama Police Tero FC\n", "content": ["Kelab berpengkalan di Thailand, Police Tero FC mengumumkan ketibaan penyerang baharu, Mohamadou Sumareh secara rasmi.", "Sumareh, 25 tahun, yang merupakan penyerang naturalisasi skuad kebangsaan Malaysia diumumkan oleh skuad The Silver Shield Dragons menerusi laman sosial pasukan berkenaan, petang tadi.", "Menurut kenyataan rasmi kelab, Sumareh didatangkan oleh Police Tero FC bagi tujuan memperkukuhkan bahagian serangan untuk mengharungi baki saingan Thai League 1 yang akan bersambung bermula 12 september.", "Turut dimaklumkan, Sumareh diberikan jersi bernombor 13 namun pemain kelahiran Gambia ini tidak akan diturunkan dalam perlawaan terdekat menentang Port FC. ", "Hal ini kerana Sumareh perlu mematuhi arahan kuarantin sebagai langkah untuk membendung penyebaran Covid-19.", "Featured Image: Everything Thai Football"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323992/", "headline": "\nMalaysia Masters: Peng Soon-Yee See Lepasi Cabaran Indonesia Di Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See berhasil memastikan kemaraan ke babak undian utama saingan Malaysia Masters 2023 selepas melepasi ujian di pusingan kelayakan, pada hari ini.", "Gandingan pemain yang berusia 35 dan 27 tahun masing-masing itu mara setelah menumpaskan pasangan No.9 Indonesia, Adnan Maulana dan Nita Violina Marwah secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 22-20 dalam tempoh masa 45 minit permainan.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUXD – Qual. QF 🇲🇾CHAN Peng Soon🏅21 22 🇲🇾CHEAH Yee See🏅 🇮🇩Adnan MAULANA19 20 🇮🇩Nita Violina MARWAH", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Kemenangan ini membawa Peng Soon-Yee See yang berada di ranking ke-33 dunia bertemu wakil Republik Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun merangkap pilihan ketujuh kejohanan di Pusingan 32, pada hari esok.", "Pertarungan tersebut bakal menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pihak di pentas antarabangsa. ", "Untuk makluman, Orleans Masters pada awal April lalu menjadi saingan terakhir disertai Peng Soon-Yee See yang menyaksikan mereka mara sehingga ke peringkat suku akhir buat pertama kali dalam kejohanan yang disertai mereka pada tahun ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215303/", "headline": "\nAKRAM Sasar Lahirkan Lebih Ramai Pemain Ragbi\n", "content": ["Penubuhan Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka atau dikenali sebagai Akademi Ragbi Melaka (AKRAM) diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pemain ragbi khususnya di negeri Melaka.", "Hasrat tersebut dinyatakan oleh Exco Pendidikan dan Teknologi Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin merangkap Timbalan Presiden Melaka Rugby selepas merasmikan penubuhan akademi tersebut di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, semalam.", "Alhamdulilah petang ini saya dijemput untuk merasmikan Akademik Ragbi Melaka (AKRAM) yang diadakan di Hotel Seri Malaysia,Ayer Keroh.#DemiPayaRumput#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia pic.twitter.com/xFkj0nTof4", "“Akademi Ragbi yang buat julung kalinya ditubuhkan di Melaka adalah bertujuan melahirkan lebih ramai pemain ragbi khususnya dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.” katanya seperti dikongsikan di laman sosialnya.", "Dimaklumkan SMK Telok Mas menjadi venue utama untuk akademi ini.", "“Berkemungkinan tidak semua mampu menyertai skuad kebangsaan mahupun terpilih bermain di peringkat antarabangsa. Akan tetapi sekurang-kurangnya usaha murni ini mampu mencungkil lebih banyak bakat baharu, secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai pelapis skuad ragbi negara di masa hadapan.” tambahnya lagi.", "Featured Image: Facebook Rais Yasin"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217679/", "headline": "\nTiga Pemain AMD Jalani ‘Trial’ Bersama Kelab Perancis & Luxembourg\n", "content": ["Akaun media sosial rasmi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) memaklumkan seramai tiga orang pemain terbaik Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akan berlepas ke Perancis dan Luxembourg.", "Pemergian ketiga-tiga pemain tersebut iaitu Mohammad Haykal Danish, Rohisham Haikal serta Muhammad Abu Khalil adalah untuk menjalani latihan percubaan (trial) bersama dua buah kelab iaitu FC Annecy dan Racing FC bermula 2 hingga 19 Jun ini.", "Dimaklumkan, mereka ke sana sambil diiringi oleh Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene serta jurulatih bawah 17 tahun (B-17) AMD, Amarul Naza Mohamad.", "3 PEMAIN TERBAIK AMD JALANI LATIHAN PERCUBAAN BERSAMA KELAB DI EROPAH", "3 Pemain AMD telah berlepas pagi ini ke Perancis bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab Kelab FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg bermula 2 Jun sehingga 19 Jun 2022. pic.twitter.com/0UX1UXUVPW", "— NFDP Official (@NFDPOfficial) June 1, 2022", "Untuk makluman semua, dua daripada pemain tersebut, Haykal Danish dan Rohisham Haikal merupakan antara pemain terbaik AMD bagi Generasi 2005. Kedua-dua pemain ini pernah beraksi bersama Paris Saint-Germain (PSG) bawah 13 tahun (B-13) dalam Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rome, Itali pada tahun 2018.", "Sementara itu, Abu Khalil pula merupakan tonggak utama skuad AMD B-17 yang beraksi dalam kejohanan Piala Presiden 2022. Ketika ini, AMD B-17 merupakan pendahulu bagi saingan Kumpulan A yang turut terdiri daripada Penang, Kelantan United, Kelantan, Kedah Darul Aman dan Perlis United.", "Sebagai tambahan, penghantaran pemain-pemain terbaik AMD menjalani “trial” bersama kelab-kelab luar negara merupakan inisiatif Sekretariat NFDP bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi meningkatkan kebolehpasaran pemain selepas tamat pengajian bersama AMD."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215537/", "headline": "\nRanking BWF: Kean Yew Jadi Pemain ‘Top 10’ Dunia Selepas Bantu Singapura Layak Ke Piala Thomas\n", "content": ["Pemain badminton Singapura, Loh Kean Yew kini tergolong dalam kalangan 10 perseorangan lelaki terbaik dunia selepas membantu negaranya melayakkan diri ke saingan Piala Thomas.", "Menerusi kemaskini ranking terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, ranking pemain kelahiran Pulau Pinang ini mencatatkan peningkatan sebanyak tiga anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-9 dunia, pada minggu ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama pemain berusia 24 tahun ini menempatkan diri dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia.", "Peningkatan itu terhasil daripada pencapaian pasukan lelaki negaranya, Singapura yang berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, pada minggu lalu.", "Sebagai tambahan, kejayaan Singapura mara ke peringkat separuh akhir BATC 2022 membolehkan mereka melayakkan diri ke saingan badminton berpasukan lelaki terulung dunia, Piala Thomas 2022 yang akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 8-15 Mei kelak.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali ketiga negara sebarang tambak berjaya mengesahkan tempat ke Piala Thomas selepas tampil kali pertama dan kedua pada tahun 1986 dan 2014 masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111909/", "headline": "\nRasmi: FAM Lantik Bekas Perunding Teknikal Oman FA, Saifuddin Abu Bakar Sebagai Setiausaha Agung Baharu\n", "content": ["Teka-teki mengenai siapakah yang akan dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu menggantikan Stuart Ramalingam terjawab pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Stuart yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung FAM bermula tahun 2018 akan meninggalkan kerusinya setelah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL) bermula 1 September 2021.", "Menerusi satu kenyataan media, badan induk bola sepak negara tersebut secara rasminya mengumumkan melantik bekas perunding teknikal Persatuan Bola Sepak Oman (Oman FA), Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agungnya yang baharu.", "“Mohd Saifuddin, 60, mula menceburi bidang tadbir urus bola sepak sebagai Pegawai Pembangunan Teknikal dan Remaja Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) pada 1991, sebelum menjawat tugas di pelbagai unit dalam FAM dari 1995 hingga 2003 termasuk sebagai Ketua Jabatan Pertandingan dan kemudian menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai Pegawai Pertandingan dan Pengurusan Acara Serantau dari 2003 hingga 2007. ", "“Beliau yang berasal dari Melaka kemudian kembali ke FAM sebagai Penolong Setiausaha Agung dari 2007 hingga 2009 sebelum berhijrah ke Timur Tengah untuk menjadi Penolong Ketua Pertandingan Qatar Stars League dan kemudiannya berkhidmat pula sebagai perunding teknikal Oman FA dengan skop tugas selaku Pengurus Pertandingan Liga dan Pelesenan Kebangsaan dari 2012 hingga 2019.” tulis FAM dalam kenyataannya.", "Saifuddin akan memulakan tugasnya secara rasmi pada hari Rabu ini, 1 September 2021. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20207304/", "headline": "\nJualan Murah Jersi Liverpool Keluaran NB di Lazada – Harga Bermula RM99\n", "content": ["Jersi Liverpool keluaran syarikat barangan sukan Amerika Syarikat, New Balance (NB) kini boleh didapati dengan harga semurah RM99 sahaja.", "Para peminat dan penyokong Liverpool boleh mendapatkan jersi pasukan kesayangan mereka itu menerusi kedai rasmi NB di platfrom membeli-belah atas talian, Lazada.", "Berdasarkan pemerhatian kami, pelbagai jersi edisi musim-musim terdahulu yang dijual dengan harga diskaun di sana. Antaranya jersi halaman sendiri (Home), laman lawan (Away) dan ketiga (Third) sejak musim 2017/18.", "Harga asal bagi jersi-jersi tersebut bergantung kepada musim bilakah ianya dikeluarkan. Secara asasnya, pembeli dapat berjimat lebih daripada 50% bagi setiap pembelian jersi-jersi ini.", "Bagaimanapun kesemua jersi ini adalah terhad dan dijual selagi stok masih ada. Selain daripada jersi, terdapat juga barangan lain keluaran NB seperti stokin, mafla dan dompet.", "Untuk rekod, New Balance menandatangani perjanjian bersama Liverpool sebagai penyedia kit selama 5 tahun bermula musim 2015/16 sehingga musim lalu, 2019/20.", "Klik link ini untuk membeli jersi Liverpool x New Balance di Lazada."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114254/", "headline": "\nFormula 1: Max Verstappen Juara Dunia Baharu – Kekang Hamilton Raih Kejuaraan Kelapan\n", "content": ["Pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen, 24 tahun, mencipta rekod muncul juara dunia Formula 1 (F1) baharu apabila menamatkan perlumbaan terakhir untuk musim 2021 – GP Abu Dhabi – di tempat yang pertama.", "Pelumba Belanda itu muncul juara setelah berhasil memintas juara bertahan, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir – pusingan ke-58 – dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Yas Marina, sebentar tadi.", "MAX VERSTAPPEN. WORLD CHAMPION!!!A stunning season by an extraordinary talent#HistoryMade #F1 @Max33Verstappen pic.twitter.com/FxT9W69xJe", "Kemenangan itu membolehkan Max mengumpul 395.5 mata secara keseluruhan sementara Lewis memiliki 387.5 mata daripada 22 perlumbaan musim ini. Sebelum bermulanya perlumbaan terakhir ini, Max dan Lewis memiliki 369.5 mata masing-masing dalam carta kedudukan kejuaraan dunia.", "Untuk makluman semua, kejuaraan dunia yang pertama kali dirangkul oleh Max pada musim ini turut mengekang Lewis, 36 tahun, yang memandu jentera Mercedes daripada merangkul kejuaraan kelapan dalam kariernya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219533/", "headline": "\nJDT Julang Piala FA Buat Kali Kedua Di Bawah Era TMJ\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil memahat sejarah menjulang trofi kejohanan Piala FA buat kali kedua di bawah teraju Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.", "Kejuaraan itu hadir selepas skuad berjulukan Harimau Selatan ini berhasil menumpaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.", "Mereka berhasil menumpaskan Terengganu menerusi jaringan oleh penyerang sayap lincah Arif Aiman pada minit 34’ serta dua jaringan oleh penyerang prolifiknya, Bergson da Silva pada minit 62’ dan 78’ masing-masing.", "78' GOL | Bergson mencatat gol ketiga JDT!@FCTerengganu 1-3 @OfficialJohor #PialaFA2022 pic.twitter.com/qp7O0M2kl9", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 10, 2022", "Manakala jaringan tunggal Terengganu hadir menerusi jaringan oleh Tchetche Kipre pada minit 76’ selepas tidak ditampan kemas oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias.", "Pada masa yang sama, kemenangan JDT dalam saingan Piala FA ini bakal membuatkan slot Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang akan menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua dan ketiga.", "Ini berikutan JDT yang mempunyai 42 mata daripada 16 perlawanan berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk merangkul kejuaraan Liga Super yang kesembilan berturut-turut.", "Kejuaraan Liga Super bermakna mereka akan melepaskan slot Piala AFC kerana mendapat slot automatik ke saingan yang lebih tinggi tarafnya, Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Sebagai rekod, JDT di bawah teraju TMJ julung kalinya menjulang trofi Piala FA ketika edisi tahun 2016. Ketika itu, JDT berhasil mengesahkan kejuaraan setelah menumpaskan PKNS FC dengan keputusan 2-1 di Stadium Shah Alam.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219820/", "headline": "\nFormat Baharu Liga Juara-Juara (UCL) Umpama Liga Super Eropah (ESL) 2.0\n", "content": ["Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memperkenalkan format baharu untuk kejohanan berprestijnya, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dalam satu pengumuman, semalam.", "Pengumuman itu hadir sehari selepas daripada 12 pasukan ‘elit’ eropah mahu mengadakan dan menyertai sebuah kejohanan baharu yang digelar sebagai Liga Super Eropah (ESL).", "Difahamkan pembaharuan format UCL itu disokong sebulat suara daripada Lembaga Persatuan Kelab Eropah (ECA) dan Jawatankuasa Pertandingan Kelab UEFA dan akan bermula pada saingan musim 2024/25.", "The new #UCL format will take effect from the 2024/25 season. Find out more about what will change and how it benefits the wider game: ⬇️", "Antara perkara baharu yang diumumkan oleh badan induk bola sepak eropah tersebut terhadap kejohanan UCL adalah, pertamanya, pertambahan pasukan yang akan mengambil bahagian daripada 32 pasukan kepada 36 pasukan.", "Keduanya, kejohanan ini akan kekal bermain di pertengahan minggu seperti sebelum ini namun ianya akan dimainkan pada hari khamis berbanding hari selasa dan rabu.", "🚨| Reminder of the new #UCL format. pic.twitter.com/ri8qiPuCB1", "Perubahan yang paling besar adalah formatnya. Setiap pasukan yang layak menyertai UCL akan bermain sekurang-kurangnya 10 perlawanan menentang 10 pasukan berbeza secara saingan liga (5 perlawanan home dan 5 perlawanan away). ", "Tiada lagi saingan peringkat kumpulan yang terdiri daripada 4 pasukan daripada setiap kumpulan. Seperti biasa, setiap kemenangan akan diberikan 3 mata manakala keputusan seri mendapat 1 mata.", "8 pasukan teratas akan layak ke peringkat 16 terakhir secara automatik manakala pasukan di tempat ke-9 hingga ke-24 akan bermain dalam perlawanan play-off untuk memilih baki 8 pasukan ke peringkat 16 terakhir.", "Format baharu ini juga akan terpakai kepada saingan Liga Europa (UEL) dan saingan baharu divisyen 3 eropah, Liga Conference Europa (UECL). Bagaimanapun, format baharu ini akan bermula pada saingan musim 2024/25 kelak.", "Menariknya, jika diperhatikan, format saingan UCL, UEL dan UECL yang diumumkan oleh UEFA itu hampir sama dengan format kejohanan ESL yang mahu dibentuk oleh 12 pasukan ‘elit’ baru-baru ini.", "Proposed format for Super League:– 20 participating clubs (15 Founding Clubs, five qualifying teams)-Two groups of 10 with home and away fixtures-Two-legged knockout format beginning with quarter-final round-Final at neutral venueThoughts? 🤔", "Dalam satu kenyataan, saingan ESL akan terdiri daripada 20 pasukan. Format kejohanannya adalah 20 pasukan tersebut akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 10 pasukan masing-masing.", "Setiap pasukan akan menentang kesemua pasukan (round robin) dalam kumpulan masing-masing dan 3 pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.", "Manakala pasukan di tangga keempat dan kelima setiap kumpulan akan bermain secara play-off untuk mencari baki dua pasukan terbaik ke peringkat suku akhir.", "Secara ringkasnya, bagi penyokong dan peminat bola sepak di Malaysia, ianya mirip kepada format saingan Piala Belia, Piala Presiden dan Piala FAM suatu masa dahulu.", "Berdasarkan maklumkan oleh UEFA, format baharu untuk kejohanan eropah khususnya UCL ini bertujuan memberikan peluang kepada para penyokong dan penonton untuk menyaksikan pertembungan antara pasukan-pasukan besar pada peringkat awal kejohanan.", "Selain itu, setiap pasukan akan berusaha memungut mata dalam setiap perlawanan bagi memastikan mereka mempunyai cukup mata untuk layak ke peringkat kalah mati sekaligus memastikan ‘drama’ yang mengasyikkan sehingga ke hari terakhir perlawanan peringkat awal.", "Adakah format baharu yang mirip kepada kejohanan ESL ini merupakan salah satu ‘counter offer’ oleh UEFA untuk memujuk kembali 12 pasukan ‘elit’ tersebut untuk kembali ke saingan UCL? Apa pendapat anda?"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207688/", "headline": "\nPemain Manchester United, Paul Pogba Gemar Makan ‘Karipap’?\n", "content": ["Karipap merupakan salah satu kuih yang cukup popular dan sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai juadah untuk minum petang atau semasa meraikan tetamu yang hadir ke rumah.", "Ianya merupakan kuih tradisi yang dimakan sejak zaman berzaman lagi. Kulitnya diperbuat daripada adunan tepung dan majerin. Dan bahan untuk intinya pula adalah campuran kentang dan daging.", "Pemain tengah Manchester United dan skuad kebangsaan Perancis, Paul Pogba dilihat turut menggemari kuih yang hampir sama seperti karipap menerusi satu perkongsian di Instagram Storynya.", "Bagaimanapun apa yang dikongsikan oleh Pogba semasa makan malamnya dipanggil sebagai empanada – juadah yang cukup sinonim di wilayah selatan eropah dan amerika latin.", "Walaupun makanan ini berasal dari utara Sepanyol namun ianya sampai ke benua amerika latin menerusi pedagang dan pendakwah kristian.", "Yang dimakan oleh Pogba pula adalah empanada versi Bolivia dan kami merasakan ia merupakan hasil air tangan isterinya, Maria Zulay Salaues yang merupakan seorang kelahiran negara di benua amerika latin tersebut.", "Berbeza dengan karipap, bahagian luaran atau kulitnya lebih menyerupai kepada tekstur roti (sesuai dengan namanya yang bermaksud ‘dibaluti roti’) dan berintikan daging cincang, ayam cincang, kentang dan sayuran.", "Untuk makluman, Pogba dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan pilihannya ini sekitar tahun 2019 dan hasil perkahwinannya ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217193/", "headline": "\nPiala Uber: Malaysia Tersingkir Selepas Tumpas 1-4 Kepada Tuan Rumah\n", "content": ["Skuad wanita negara terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Uber 2022 selepas tumpas kepada skuad tuan rumah, Thailand semalam.", "Dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan C tersebut, Malaysia hanya memungut satu mata hasil daripada kemenangan yang disumbangkan oleh beregu utama, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pada pertarungan kedua.", "Pertarungan itu dimenangi oleh Pearly-Thinaah dengan menumpaskan beregu No.8 dunia, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai dengan skor 16-21, 21-19 dan 21-17.", "Goh Jin Wei yang menjadi taruhan pertama buat Malaysia mampu memberikan tentangan yang sengit kepada pemain No.8 dunia, Ratchanok Intanon namun terpaksa akur menanggung kekalahan dengan skor 21-14, 14-21 dan 15-21.", "Sementara itu, pemain remaja berusia 19 tahun, Myisha Mohd Khairul yang menjadi taruhan ketiga Malaysia turun menentang pemain No.10 dunia, Pornpawee Chochuwong hanya dapat memberikan tentangan pada set pertama sahaja namun ianya tetap dimenangi pemain lawan 20-22. Di set kedua, ternyata Myisha tidak dapat meneruskan rentak di set pertamanya dan dikalahkan dengan skor 10-21.", "Taruhan keempat Malaysia adalah “scratch pair” antara Teoh Mei Xing dan Valeree Siow. Mereka turun menentang pasangan No.31 dunia, Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard dan tewas “straight set” dengan skor 9-21 dan 14-21.", "Di pertarungan terakhir, Malaysia menurunkan seorang lagi pemain remaja iaitu Tan Zhing Yi untuk menentang pemain No.12 dunia, Busanan Ongbamrungphan. Sepertimana Myisha, Zhing Yi turut memberikan tentangan yang sengit di set pertama yang berakhir dengan kekalahan skor 19-21. Di set kedua, Zhing Yi tumpas dengan keputusan 6-21.", "Kekalahan ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga Kumpulan C dengan tiada sebarang mata dipungut hasil daripada dua perlawanan. Thailand dan Denmark yang berada di tangga pertama dan kedua masing-masing hasil daripada mengutip dua kemenangan telah mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Malaysia akan turun menentang pasukan tercorot, Mesir pada jam 8 malam nanti waktu Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207291/", "headline": "\n‘Ada Pasukan Tunggu Kelulusan Untuk Guna Pakai Nama Negeri’ – Stuart Ramalingam\n", "content": ["Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam berkata beberapa pasukan yang masih belum melengkapkan proses penswastaan kepada Football Club (FC) bukanlah kerana mereka ‘tidur’.", "Menurut Stuart, pasukan-pasukan ini sedang menunggu kelulusan beberapa pihak tertinggi untuk menggunapakai nama asal terutamanya melibatkan nama-nama negeri. Ianya bagi mengekalkan sejarah pasukan dan sokongan daripada peminat-peminat. ", "Selain itu, faktor kenegerian menjadi alasan kukuh untuk mereka kekal menggunakan nama negeri bagi memupuk rasa kekitaan (sense of belonging).", "Antara pasukan yang masih belum melengkapkan proses penswastaan menurut satu makluman oleh FAM adalah Selangor, Kelantan, Felda United FC, Pahang, Pulau Pinang dan Kedah.", "Siaran Media: 12 Pasukan Sudah Melengkapkan Proses Penswastaan FCBaca kenyataan penuh Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed di https://t.co/yu5kzlf2HG#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/cAnL8L0Ufn", "“Ada pasukan yang menunggu kelulusan dalaman daripada pihak tertentu untuk menggunapakai nama negeri dan semua ini memerlukan masa yang agak panjang buat mereka.", "“Tetapi daripada apa yang dimaklumkan pada saya, semua itu sudah diselesaikan menerusi keputusan dalaman dan semuanya sedang berjalan lancar di mana mereka dalam proses untuk mendaftarkan syarikat.” kata Stuart dipetik daripada Berita Harian.", "Kenapa tak boleh tukar perkataan 'Persatuan' itu kepada 'Kelab' saja, tanpa mengubah logo? Logo persatuan guna perkataan 'Persatuan', logo kelab guna perkataan 'Kelab', design sama.@MFL_MY @FAM_Malaysia pic.twitter.com/JxfByjBb44", "“Kita faham dengan situasi ketika ini, ada halangan untuk mereka khususnya membabitkan pihak yang membuat keputusan di peringkat tertinggi. ", "“Jadi kelewatan ini atas sebab munasabah dan bukan kerana pasukan ‘tidur’ atau sebagainya.", "“Apapun, kita mengharapkan empat pasukan ini dapat selesaikan secepat mungkin dan FAM sentiasa membantu mereka untuk memberi penjelasan kepada lembaga dan jawatankuasa tertentu pasukan itu bagi memaklumkan kepentingan mengenai penswastaan ini,” katanya lagi.", "Untuk makluman, tarikh akhir bagi melengkapkan proses penswastaan kelab adalah 30 september ini. FAM turut menegaskan tarikh ini tidak akan dilanjutkan.", "Mana-mana pasukan yang gagal melengkapkan proses ini, mereka tidak akan dibenarkan untuk bersaingan dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) seperti Liga Juara-Juara dan Piala AFC serta saingan domestik, Liga Super dan Liga Premier musim depan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218608/", "headline": "\nPemain Baharu Juventus, Pogba Alami Kecederaan Lutut – Terlepas Aksi Pramusim \n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam kancah Serie A, Juventus terpaksa melupakan seketika khidmat pemain baharu yang ditandatanganinya baru-baru ini, Paul Pogba.", "Ini berikutan pemain tengah skuad kebangsaan Perancis merangkap bekas pemain Manchester United itu dilaporkan oleh kelabnya mengalami kecederaan lutut.", "“Berikutan keluhan kesakitan di lutut kanan, Paul Pogba dibawa menjalani pemeriksaan radiologi yang mendedahkan dia mengalami kecederaan pada lateral meniscus.”", "“Dalam beberapa jam berikutnya dia akan bertemu dengan pakar ortopedik.  Sehubungan itu, bagi meneruskan rawatannya, dia tidak akan mengikuti perjalanan ke Dallas.” tulis kenyataan Juventus di laman sesawangnya.", "The last training session before heading to Dallas, and an update on @paulpogba 🗞", "— JuventusFC (@juventusfcen) July 25, 2022", "Baca: Paul Pogba Kembali Ke Juventus Dengan Jersi Bernombor 10", "Pada masa yang sama, kelabnya tidak menyatakan bila pemain tengah berusia 29 tahun ini dapat kembali beraksi di atas. Pastinya ia bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.", "Dalam tempoh pramusim ini, Pogba telah berhasil melakukan penampilan semulanya bersama Juventus ketika menentang Chivas Guadalajara di Stadium Allegiant, Las Vegas pada Sabtu lalu.", "Dia bermula dalam kesebelasan utama bersama-sama beberapa pemain baharu yang ditandatangani Juventus pada jendela perpindahan kali ini seperti Angel Di Maria, Gleison Bremer dan Federico Gatti selama 45 minit.", "Namun dengan perkembangan semasa melibatkan Pogba yang mengalami kecederaan di lututnya itu, dia akan terlepas perlawanan pramusim menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona di Dallas, pada hari esok.", "Selain itu, aksi pramusim menentang satu lagi kelab gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid di Los Angeles selang empat hari kemudian berkemungkinan besar turut tidak disertainya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216083/", "headline": "\nTak Adil JDT Turunkan Segala Pemain Import & Naturalisasi Lawan Kelab Liga M3 – Azmeer Yusof\n", "content": ["Tiada belas kasihan ditunjukkan oleh Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika bertemu pasukan Liga M3, BRM FC pada perlawanan Pusingan 1 Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.", "Skuad yang dikendalikan oleh Benjamin Mora itu membariskan kesebelasan utamanya dengan menurunkan sebahagian besar tonggak utama pasukan sekaligus berhasil meraih kemenangan besar 10-0 ke atas pasukan yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak itu.", "Kapten dan pertahanan BRM FC, Azmeer Yusof menerima kekalahan tersebut namun menerusi satu video di akaun Tiktok, dia menyatakan pendekatan skuad Harimau Selatan menurunkan hampir kesemua pemain import dan naturalisasi bertemu pasukannya adalah satu tindakan yang tidak adil.", "“Kitorang dapat main (atas) JDT punya padang pun satu rahmat untuk kitorang, so kitorang jadikan satu pengalaman walaupun kena 10-0 (atau) 20-0,”", "“Tetapi untuk aku not fair-lah, kau turunkan segala player import dan naturalisasi (lawan) kitorang ni yang player tak cukup pengalaman,”", "“Dia macam inilah, lawan dengan pasukan (Liga) M3 (terdiri) 100% pemain tempatan, sepatutnya waktu inilah coach (Benjamin Mora) korang turunkan pemain-pemain tempatan juga daripada JDT, tetapi nak buat macam mana kan,” ulasnya ketika menjawab pertanyaan oleh seorang pengguna Tiktok yang lain.", "HIGHLIGHTS: JOHOR DARUL TA’ZIM FC 10 – 0 BRM FC l PIALA FA 2022Watch the full video on our YouTube channel at https://t.co/vCp7FPcquq#JDTForAll #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/bO4Q2rE41a", "Dalam perlawanan tersebut, JDT mencetak kemenangan besar itu hasil jaringan hatrik oleh Fernando Forestieri serta satu jaringan oleh Safiq Rahim, Safawi Rasid, Mauricio Dos Santos, Moussa Sidibé, Daryl Sham, Mohamadou Sumareh dan Danial Amir masing-masing.", "Tambah bekas pertahanan yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan Liga Super suatu masa dahulu itu lagi, walaupun  tumpas dengan jaringan besar, pemain-pemain BRM FC telah berikan yang terbaik dan tidak bermain dengan formasi ‘parking bas’ serta permainan terbuka.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208509/", "headline": "\nInsiden ‘Hand of God’ – Penjaga Gol England Masih Berdendam Dengan Maradona\n", "content": ["Bekas penjaga gol England, Peter Shilton masih menaruh dendam terhadap Diego Maradona atas insiden yang cukup terkenal iaitu ‘Hand of God’.", "Ketika itu, Argentina yang diketuai oleh Maradona turun menentang England untuk aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia 1986 di Mexico.", "Dalam perlawanan tersebut, Diego didapati menumbuk bola di udara untuk mengatasi Peter sekaligus berhasil mencetak gol pembukaan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Azteca.", "STATS OF THE DAY: #ARG beat #ENG 2-1 at Mexico 1986 #WorldCup with Maradona's 'Hand of God' – http://t.co/Y2xIH2uuSW pic.twitter.com/9Us6eNrVJZ", "Menurut peraturan permainan, tindakan yang dilakukan oleh Maradona sepatutnya diberikan kad kuning dan jaringan tersebut perlu dibatalkan.", "Namun sebaliknya yang berlaku kerana pengadil tidak mendapat gambaran yang jelas apa yang dilakukan oleh Maradona ditambah pula pada waktu itu tiada teknologi seumpama video assistant referee (VAR).", "Dan pengadil membenarkan jaringan tersebut sekaligus memberikan skuad La Albiceleste mendahului 1-0 sebelum Maradona sekali lagi menggandakan kedudukan menerusi satu gerakan solo sekaligus menendang England keluar daripada saingan tersebut.", "11 seconds of sheer genius 😍#OnThisDay in 1986, Diego Maradona did this 🤯Is it the greatest goal of all time? 🤔#WorldCup | @Argentina pic.twitter.com/NIayJODf8G", "“Seluruh pasukan England kecewa dengan penipuannya. Dia tidak berjaya melepasi saya, dia menumbuk bola tersebut dengan tangannya.” kata Peter dalam satu temubual pada awal tahun ini.", "“Dia mengakuinya, dan mengatakan ianya Hand of God, tetapi dia tidak meminta maaf atau menunjukkan sebarang penyesalan.”", "“Dia merupakan pemain hebat dalam sejarah tetapi saya tidak sesekali akan menghormatinya sebagai ahli sukan.” katanya lagi.", "🗓 29 June 1986A day that Diego Maradona will never forget – the day that he captained his side to FIFA #WorldCup glory 🇦🇷 🏆Full video 👉 https://t.co/9XU2OSOy1N pic.twitter.com/3iJvmt5AuT", "Kemenangan Argentina ke atas England itu telah membuka jalan buat Maradona dan rakan-rakannya mara ke pentas akhir bertemu Jerman Barat.", "Seperti kita semua sedia maklum, Maradona dan rakan-rakannya berjaya menumpaskan Jerman Barat 3-2 sekaligus menjulang kejuaraan Piala Dunia buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun 1978.", "Legenda Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun https://t.co/hZIVaRwDRR pic.twitter.com/tpngQ0PBlG", "Baca: Legenda Dunia, Diego Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202025/", "headline": "\nDisebabkan kekurangan pendapatan, Barcelona berhenti ‘kejar’ Neymar dan Lautaro Martinez\n", "content": ["Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona menghentikan seketika usaha untuk mendapatkan pemain bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan penyerang muda Inter Milan, Lautaro Martinez.", "Bartomeu mengakui kelab yang mendapat julukan Blaugrana itu berusaha keras untuk membawa Neymar kembali ke Stadium Nou Camp pada perpindahan musim panas lalu. ", "“Dalam situasi (Covid-19) ketika ini, tidak (sama sekali). PSG juga tidak mahu menjualnya, (perkara) itu juga masuk akal kerana dia merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia.”", "“Musim panas lalu kami berusaha keras (untuk menandatangani Neymar) tetapi musim panas ini kami tidak mencuba langsung.”", "Namun pandemik Covid-19 melanda dunia pada saat ini mengekang kehadiran penonton ke stadium dan menyebabkan Barcelona kehilangan punca pendapatan yang besar.", "Pendapatan mereka terjejas sebanyak 200 juta euro antara bulan mac hingga jun lalu. Malah presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata anggaran pendapatan mereka pada musim depan juga bakal berkurangan sebanyak 30%.", "“Pada musim 2020/21, kami menjangkakan meraih pendapatan sebanyak 1100 juta euro tetapi (jumlah) itu adalah berkurangan sebanyak 30% daripada sekarang.”", "“Jika situasi (pandemik) tidak semakin baik, maka tiada penonton di tempat duduk (stadium), di muzium atau di kedai-kedai dan kami akan kekal kehilangan duit.”", "“Ini akan menyebabkan kami akan menyemak semula pelan perbelanjaan dan manakah (perkara) yang perlu ditangguhkan. Kami perlu menyesuaikan diri.” katanya ketika temu ramah bersama Sport.", "Manakala usaha untuk mendapatkan Martinez yang berusia 22 tahun daripada Inter Milan dihentikan seketika atas persetujuan bersama ekoran situasi pandemik yang memberikan kesan kepada kewangan kedua-dua kelab pada ketika ini.", "Untuk rekod, Martinez telah menjaringkan sebanyak 19 gol dan 6 bantuan gol daripada 45 penampilan bersama skuad Nerazzurri bimbingan Antonio Conte pada saingan musim ini.", "Sementara itu, Bartomeu juga meramalkan ‘trend’ perpindahan mega pemain bola sepak di eropah yang bernilai ratusan juta akan berhenti seketika dan lebih banyak perjanjian pertukaran pemain akan berlaku. Perkara ini akan berlarutan 3 hingga 4 tahun akan datang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219537/", "headline": "\nMB Umum 11 September Cuti Buat Negeri Johor – Meraikan Kejayaan JDT Julang Piala FA\n", "content": ["Seluruh negeri Johor dapat bercuti pada hari esok (Ahad, 11 September) bagi meraikan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai saingan Piala FA 2022.", "Perkembangan tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi menerusi pelbagai akaun laman sosialnya sejurus sahaja tamat perlawanan menentang Terengganu FC, sebentar tadi.", "“Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan JDT merangkul Piala FA 2022 menentang Terengganu FC, dengan jaringan gol 3 – 1.", "“Bagi meraikan kemenangan ini, kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 11 September 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.", "Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan JDT merangkul Piala FA 2022 menentang Terengganu FC, dengan jaringan gol 3 – 1.", "Bagi meraikan kemenangan ini, kerajaan negeri berbesar hati mengumumkan hari Ahad, 11 September 2022 sebagai cuti peristiwa untuk Johor.", "— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) September 10, 2022", "“Ini sebagai tanda penghargaan di atas sokongan padu yang sentiasa diberi oleh penyokong skuad Harimau Selatan. Terima kasih juga kepada mereka yang turut hadir memberikan sokongan kepada JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.” katanya.", "Dalam perlawanan tersebut, JDT berhasil merangkul kejuaraan selepas berhasil memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1 hasil jaringan berganda oleh penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva serta satu jaringan oleh pemain tempatan, Arif Aiman.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan Piala FA yang kedua dirangkul oleh skuad berjulukan Harimau Selatan ini sejak ianya dijenamakan semula sebagai Johor Darul Ta’zim oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323375/", "headline": "\nRanking BWF: Pemain No.1 Malaysia Tergelincir Ke Tangga Kelapan Dunia\n", "content": ["Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menghuni tangga kelapan dunia selepas kali terakhir menduduki kedudukan tersebut pada minggu ke-49 tahun 2021. ", "Pemain berusia 25 tahun tersebut tergelincir ke kedudukan itu selepas kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Kemaskini tersebut memperlihat Zii Jia jatuh empat anak tangga berbanding minggu lalu setelah memungut 67,488 mata daripada sepuluh kejohanan terbaiknya. Sebelum ini, Zii Jia menghuni tangga keempat dunia berkenaan selama 14 minggu berturut-turut.", "Ketika ini, tangga keempat dunia itu diisi Loh Kean Yew (76,115 mata) diikuti Chou Tien Chen (71,266 mata), Jonatan Christie (70,712 mata) dan Kunvalut Vitidsarn (68,839 mata) pada kedudukan kelima, keenam dan ketujuh masing-masing. ", "Perkembangan ini sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kedudukan Zii Jia yang kini berada dalam projek Road To Gold (RTG). ", "Untuk makluman, projek RTG meletakkan dua kriteria utama dalam pemilihan atlet untuk  merangkul pingat emas Sukan Olimpik 2024 iaitu memenangi sebarang pingat di Sukan Olimpik atau mereka menduduki kelompok sepuluh terbaik dunia dalam sukan masing-masing. ", "Difahamkan, mana-mana atlet yang tidak memenuhi kriteria ini akan terkeluar daripada program RTG biarpun telah tersenarai pada awalnya.", "Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218126/", "headline": "\nGarmin Forerunner 255 & 955 Masuki Pasaran Malaysia – Harga Bermula RM1730\n", "content": ["Garmin Malaysia melancarkan siri jam tangan pintar untuk aktiviti larian berserta GPS yang baharu – Forerunner 255 dan Forerunner 955 – pada hari ini.", "Terdapat empat versi Forerunner 255 yang dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh Garmin Malaysia iaitu Forerunner 255 Non-Music, Forerunner 255 Music, Forerunner 255S Non-Music dan Forerunner 255S Music.", "Untuk makluman semua, siri baharu Forerunner 255 kali ini disertakan dengan sokongan penuh triathlon.", "Selain itu, Forerunner 255 turut ditambah dengan fungsi baharu seperti Morning Report, Race Widget, HRV Status, Garmin Pay, Multi-Band GPS dan Native Running Power.", "Sementara itu, bagi siri Forerunner 955 pula hadir dalam dua versi iaitu Forerunner 955 Non-Solar dan Forerunner 955 Solar Edition.", "Bagi Forerunner 955, antara ciri-ciri baharu dalam siri ini adalah pengecasan solar (versi solar sahaja), Touchscreen Interface, Multi-Band GPS, Training Readiness, HRV Status, Morning Report, Race Widget, Real-time Stamina Insights dan Native Running Power.", "Dalam pelancarannya pada hari ini, Garmin Malaysia turut mengumumkan harga jualan bagi kesemua siri Forerunner 255 dan 955. Harga jualannya adalah seperti berikut:", "Forerunner 955 Solar Edition: RM2970"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206680/", "headline": "\nJDT Sedia Jual Safawi Ke Kelab Liga Portugal, Portimonense SC\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui menerima tawaran daripada sebuah kelab yang bersaing dalam kancah Liga Premier Portugal, Portimonense SC.", "Tawaran tersebut adalah untuk mendapatkan penyerang sayap JDT, Safawi Rasid yang juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan, Harimau Malaya. ", "Sehubungan itu, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu sedia melepaskan pemain terbaik mereka sesuai dengan tawaran yang dikemukakan.", "Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi laman sosial rasmi mereka, sebentar tadi.", "Bagaimanapun tiada sebarang maklumat terperinci mengenai jumlah tawaran yang dikemukakan oleh kelab tersebut setakat ini.", "“JDT ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.”", "“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.”", "“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan.” katanya.", "Untuk makluman, Safawi, 23 tahun, merupakan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia sebanyak dua kali berturut-turut bagi tahun 2018 dan 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217495/", "headline": "\nSukan SEA: Hoo Pang Ron-Cheah Yee See Pastikan Pentas Akhir 100% Milik Malaysia\n", "content": ["Kemenangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See ke atas pasangan campuran No.4 Indonesia memastikan pentas akhir acara badminton individu di Sukan SEA 2021 menjadi milik Malaysia 100%.", "Ini berikutan Pang Ron-Yee See yang berada di ranking ke-23 dunia akan menyertai rakan senegaranya, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei yang turut mara ke pentas akhir untuk merebut kilauan pingat emas, esok. ", "Dalam perlawanan yang berlangsung tadi, Pang Ron-Yee See mara selepas menumpaskan Adnan Maulana-Mychelle Bandaso (ranking ke-24) dengan pungutan mata 18-21, 21-16 dan 21-17 di peringkat separuh akhir.", "SF#MAS🇲🇾 Hoo Pang Ron-Cheah Yee See(2) def. #INA🇮🇩 Adnan Maulana-Mychelle Bandaso(3) 18-21 21-16 21-17#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/BFBVMuYyKn", "— BAM (@BA_Malaysia) May 21, 2022", "Untuk pengetahuan anda, kemenangan ini juga menjadikan rekod pertemuan antara Pang Ron-Yee See menentang Adnan Maulana-Mychelle Bandaso menjadi seimbang, dua kemenangan masing-masing selepas berentap sebanyak empat kali secara keseluruhan.", "Sementara itu, Tang Jie-Yen Wei mara dengan menumpaskan juga pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Mentari dengan skor 20-22, 21-13 dan 21-18 dalam aksi separuh akhir, sebelum daripada itu.", "Berdasarkan tinjauan, Pang Ron-Yee See dan Tang Jie-Yen Wei pernah bertemu sebanyak satu kali di pentas antarabangsa, sebelum ini. Pertemuan yang berlangsung dalam kejohanan Terbuka Hyderabd 2019 itu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pang Ron-Yee See dengan keputusan 21-16 dan 21-19.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113578/", "headline": "\nKontrak Brad Maloney Tamat Hujung Tahun, FAM Belum Bincang\n", "content": ["Kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22), Brad Maloney akan tamat pada penghujung tahun ini.", "Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum melakukan perbincangan untuk melanjutkan kontrak jurulatih yang berjaya membimbing skuad Harimau Muda ke kejohanan Piala Asia B-23, pada tahun hadapan.", "Hal ini kerana pihak FAM belum dapat bertemu dengan jurulatih kelahiran Australia terbabit kerana masih berada dalam tempoh kuarantin selepas pulang beraksi dalam pusingan kelayakan di Mongolia, baru-baru ini.", "“Berkenaan kontrak (Brad) Maloney, kita masih tak dapat jumpa sebab masih dalam kuarantin,” kata Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Skuad bimbingan Brad meraih tiket ke pusingan akhir dengan meraih dua kemenangan ke atas Laos dan Mongolia serta satu seri bertemu Thiland sekaligus muncul juara Kumpulan J.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Malaysia berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23. Ketika Malaysia layak buat pertama kali pada tahun 2018, Brad merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Datuk Ong Kim Swee pada waktu itu.", "Sebelum ini, Brad pernah diberikan peranan selaku ketua jurulatih bagi skuad bawah 19 tahun (B-19). Ketika membimbing skuad tersebut, Brad membimbing barisan pemain muda negara dengan cemerlang dan mara pusingan akhir Piala Asia B-19.", "Bagaimanapun, rezeki tidak memihak dirinya dan para pemain muda untuk beraksi di pentas tersebut kerana pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun 2020 menyebabkan kejohanan tersebut dibatalkan. ", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218404/", "headline": "\nPogba Hadapi Kesukaran Dengan Man Utd Tukar Jurulatih Setiap Tahun\n", "content": ["Pertukaran jurulatih demi jurulatih Manchester United (Man Utd) telah membuatkan pemain tengah, Paul Pogba menghadapi kesukaran bermain di sana.", "Namun begitu, bukan perkara itu sahaja membuatkannya menghadapi kesukaran ketika bersama skuad Red Devils yang disertainya pada Ogos 2016.", "Memetik laporan CNA, pemain skuad kebangsaan Perancis ini juga turut mengketengahkan isu dirinya dirundung kecederaan termasuk kekangan mental yang menyebabkannya dilihat kurang berjaya bersama kelab berkenaan. ", "Baca: Paul Pogba Kembali Ke Juventus Dengan Jersi Bernombor 10", "“(Man Utd) menukar jurulatih setiap tahun amat sukar – ini merupakan aspek yang sukar buat saya. Kemudiannya, terdapat beberapa kecederaan, tetapi saya fikir ia juga melibatkan mental – dapat bermain dan tidak bermain membuat anda hilang rentak.", "French midfielder Paul Pogba conceded the volume of different coaches he played under at Manchester United hindered his chances of success in England, while he also insisted he is pleased to be \"home\" at Juventus. https://t.co/eR8lBAdkud", "— Reuters Sports (@ReutersSports) July 12, 2022", "“Sedikit (masalah) daripada kesemua perkara ini: jurulatih, pasukan, posisi. Semua perkara ini telah mengekang saya sedikit sebanyak.", "“Bagaimanapun, sekarang, saya telah meninggalkan (Man Utd) dan kamu akan melihat (versi) Paul yang lain. Saya boleh lakukan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.” katanya dalam satu sidang media di Itali selepas bergelar pemain Juventus buat kali kedua.", "Untuk makluman semua, sejak Pogba menyertai skuad Red Devils, pemain skuad kebangsaan Perancis ini telah beraksi di bawah empat jurulatih atau pengurus termasuk dua daripadanya berstatus sementara.", "Keempat-empat jurulatih atau pengurus terbabit ialah Jose Mourinho (2016-2018), Ole Gunnar Solkjaer (2018-2021), Michael Carrick (2021) dan Ralf Ragnick (2021-2022).", "Featured Image: Facebook Paul Pogba"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221039/", "headline": "\nKedah Rekrut ‘Defensive Midfielder’ Skuad Kebangsaan Tajikistan – Kontrak Setahun\n", "content": ["Pemain tengah bertahan (defensive midfielder) skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-108 dunia, Tajikistan menjadi pemain import baharu serta yang pertama direkrut oleh Kedah Darul Aman FC (Kedah) di bawah era bimbingan Nafuzi Zain.", "Individu yang dimaksudkan itu ialah Amirbek Juroboev yang berusia 26 tahun serta kelahiran Dushanbe, Tajikistan yang mengisi slot pemain import kuota asia.", "Pemain yang memiliki 46 kaps bersama Tajikistan ini diumumkan menyertai skuad Sang Kenari secara rasmi menerusi perkongsian di pelbagai platform media sosial milik kelab itu, pada hari ini.", "Turut dimaklumkan, Amirbek diberikan kontrak selama setahun dan akan menyarung jersi Hijau Kuning bernombor 6 bermula saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "AMIRBEK JUROBAEV KINI SANG KENARI!", "Selamat datang Amirbek Jurobaev ke bumi Jelapang Padi! Pemain import pertama pasukan Sang Kenari yang diumumkan ini berusia 26 tahun berasal dari Dushanbe, Tajikistan.", "Amirbek beraksi di bahagian tengah dan nombor 6 menjadi pilihan beliau. pic.twitter.com/vXBBCskc0Q", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 10, 2022", "Menariknya, pemain ini pernah turun mewakili Tajikistan sebanyak dua kali menentang skuad kebangsaan Malaysia.", "Penampilan terbarunya adalah ketika beraksi dalam perlawanan akhir King’s Cup di Chiang Mai, Thailand pada September lalu yang menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk menjulang trofi ekoran tumpas pada penentuan sepakan penalti dengan keputusan 0-3.", "Amirbek turut membuat satu lagi penampilan bersama skuad kebangsaan negaranya ketika bertemu Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sekitar November 2019.", "Bercakap mengenai karier di peringkat kelab, Amirbek memulakan kariernya di Rusia bersama skuad remaja CSKA Moscow pada tahun 2013.", "Kemudiannya, dia berpindah randah dengan menyertai pelbagai pasukan seperti FK Khayr Vahdat (Tajikistan), Shakhtyor Soligorsk (Belarus), Barqi Tojik Hisor, FC Istiklol (Tajikistan), Navbahor Namangan (Uzbekistan) dan terakhir United City FC (Filipina). ", "Untuk makluman semua, pada hujung November lalu, Kedah dalam satu makluman telah mengumumkan melepaskan dan tidak menyambung kontrak kesemua pemain import yang beraksi bersamanya pada musim 2022.", "Featured Image: Tajikistan Football Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322878/", "headline": "\n10 Fakta Perlawanan Melibatkan Johor Darul Ta’zim vs Kedah Darul Aman\n", "content": ["Perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (Kedah) seringkali menyajikan aksi dan drama baik di dalam mahupun di luar padang.", "Menjelang pertemuan melibatkan dua pasukan teratas Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Sukanz tampil menghidangkan 10 fakta perlawanan yang merangkumi rekod semasa pasukan, para pemain serta statistik pertembungan bagi kedua-dua pasukan untuk tatapan pembaca:", "Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 14 kali dalam saingan domestik dengan 12 kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Selatan manakala Kedah pula hanya menang sekali dan selebihnya berakhir dengan keputusan seri. ", "Ketika ini, JDT berada di puncak Liga Super hasil daripada rekod bersih 7 kemenangan menentang Terengganu, Kuala Lumpur City (KL City), Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Sabah dan yang terbaru Perak. ", "Kedah pula sedang berada di belakang JDT selepas mengumpul 16 mata hasil kemenangan ke atas Perak, Terengganu, Kelantan United, Kuching City dan Penang serta terikat menentang Sri Pahang. Hanya 5 mata memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan.", "Stadium yang terletak di Iskandar Puteri itu membantu JDT melakar rekod 19 perlawanan tanpa kalah dalam saingan Liga Super setakat ini. Kali terakhir JDT menanggung kekalahan adalah pada April 2021 di tangan Terengganu.", "Aksi terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada JDT yang membenam cabaran Kedah dengan keputusan 4-1 hasil jaringan berganda Bergson dan bekas pemain skuad Sang Kenari, Syafiq Ahmad di SSI pada Oktober 2022.  ", "Syihan Hazmi (JDT) merupakan penjaga gol dengan jumlah cleansheet terbanyak – 6 perlawanan tanpa dibolosi. Sementara itu, Kalamullah Al-Hafiz (Kedah) muncul di tempat kedua dengan 3 cleansheet, berkongsi kedudukan dengan Bryan See (Perak). ", "Fernando Forestieri menjadi watak penting di sebalik kejayaan JDT musim ini dengan mengungguli carta serangan liga; penjaring terbanyak (6 jaringan), bantuan gol (5 assists), jumlah percubaan (25 percubaan) dan jumlah percubaan tepat (13 percubaan), meletakkan bekas pemain Watford itu pada kelasnya yang tersendiri.  ", "Penyerang Brazil, Willian Lira merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 3 jaringan berjaya dihasilkannya ketika ini. Ironinya, pertahanan skuad Sang Kenari, Akmal Zahir menduduki tempat ke-2 dengan 2 gol bersama Jonathan Balotelli dan Manuel Hidalgo. ", "Pemain pertahanan Kedah, Wan Amirul Afiq mendahului carta kutipan kad kuning dan kad merah dengan 5 kad kuning dan 2 kad merah telah dikutip setakat ini termasuk pada perlawanan menentang Penang yang menyaksikan pemain tersebut digantung bagi pertemuan dengan JDT.", "Pungutan 3 mata pada Ahad akan meletakkan JDT kekal berada dalam di puncak liga dan menjarakkan mata dengan tangga ke-2 liga manakala Kedah berpotensi untuk terkeluar daripada kelompok 4 terbaik liga. ", "Sebaliknya, Kedah akan terus berada di kedudukan ke-2 liga sekiranya mencatatkan kemenangan. Namun begitu, ia tidak memberi kesan kepada JDT yang akan terus gah persada liga. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218682/", "headline": "\nPusat Latihan Lion City Sailors FC Bernilai RM32 Juta Dibuka Secara Rasmi\n", "content": ["Juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors FC membuka pusat latihan baharunya yang bernilai lebih RM32 juta secara rasminya, semalam.", "Projek pusat latihan yang dirancang setahun lalu ini menyaksikan ianya dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti lima padang bola sepak termasuk sebuah padang hybrid sebelas sebelah. ", "Selain itu, pusat latihan yang berkeluasan 28,000 meter persegi ini turut mempunyai gimnasium, bilik fisioterapi, bilik persalinan, bilik rekreasi, bilik analisis termasuk bilik pengajian untuk pelatih akademi.", "Pusat latihan ini akan menjadi ‘rumah baharu’ buat skuad senior, skuad bawah 21 tahun (B-21), pelatih akademi, pasukan wanita serta staf pentadbiran di bawah satu bumbung yang sama.", "Menariknya, pusat latihan ini juga mempunyai sebuah kafe, kawasana tontonan orang ramai serta ruang mesra masyarakat untuk menyokong aktiviti kemasyarakatan setempat.", "Untuk makluman semua, pembinaan pusat latihan bola sepak bersepadu sebegini adalah yang pertama dibina di Singapura.", "Majlis pembukaan pusat latihan baharu ini dirasmikan oleh pengerusi kelab merangkap pengasas Sea Ltd, Forrest Li dan dihadiri Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.", "Featured Image: Lion City Sailors FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217759/", "headline": "\nPan-gon Senaraikan Dua Pemain Naturalisasi Untuk Hadapi Kelayakan Piala Asia 2023\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 23 pemain yang dipilihnya untuk mewakili Malaysia bagi menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023, pada hari ini.", "Menerusi siaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, dua pemain naturalisasi iaitu Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh antara yang menjadi pilihannya mengisi senarai 23 pemain tersebut.", "Selain itu, jurulatih kelahiran Korea itu turut menyenaraikan dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Dion Johan Cools (SV Zulte Waregem) dan Junior Eldstal (Chonburi FC). Manakala baki 19 individu lagi merupakan campuran pemain-pemain daripada saingan liga tempatan.", "Sementara itu, tujuh pemain yang mengikuti kem latihan bermula 19 Mei lalu disisihkan oleh Pan-gon. Antaranya Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Afiq Fazail, Kogileswaran Raj, Shahrul Nizam Ros Hasni, Liridon Krasniqi, Norshahrul Idlan Talaha serta Syahmi Safari yang dilepaskan awal ekoran masalah kesihatan.", "Untuk makluman semua, 23 pemain yang dipilih oleh Pan-gon ini akan turun untuk mengharungi saingan Kumpulan E menentang Turkmemistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217182/", "headline": "\nPenghijrahan Haaland Ke Manchester City Akan Diumumkan Pada Minggu Ini\n", "content": ["Perpindahan penyerang prolifik Borussia Dortmund, Erling Haaland ke Manchester City (Man City) akan diumumkan secara rasmi pada minggu ini, lapor The Athletic.", "Laporan yang memetik sumber dari Jerman itu turut menyatakan penghijrahan penyerang berusia 21 tahun itu sudah mencapai kesepakatan atau “done deal”. Terma peribadi antara Haaland dan Man City telah dipersetujui pada minggu lalu.", "🚨 Erling Haaland to Man City a done deal + confirmation expected this week, according to sources in Germany. Personal terms complete & Dortmund anticipate City informing them in coming days of intention to activate release clause @TheAthleticUK #MCFC #BVB https://t.co/tx8kUxjLkF", "— David Ornstein (@David_Ornstein) May 9, 2022", "Untuk makluman semua, Haaland masih mempunyai baki kontrak bersama Dortmund sehingga Jun 2024. Man City perlu membayar klausa pelepasan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan khidmat Haaland pada musim hadapan.", "Sebagai rekod, Haaland mula menyertai Dortmund pada tahun 2020. Bersama pasukan berpangkalan di Westfalenstadion itu Haaland telah melakukan 88 penampilan dan menjaringkan 85 gol serta mencipta 23 “assist”."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112628/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bertemu Indonesia Pada Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Setelah tamat saingan peringkat kumpulan bagi kejohanan Piala Sudirman 2021, satu majlis undian telah dijalankan untuk menentukan pertembungan bagi lapan pasukan terbaik pada saingan kalah mati.", "Hasil undian tersebut, pasukan Malaysia yang muncul naib juara Kumpulan D telah diundi bertemu pasukan jiran tetangga, Indonesia pada peringkat suku akhir. Undian ini merupakan satu cabaran yang besar untuk dihadapi oleh skuad kebangsaan lebih-lebih lagi dibarisi pemain-pemain muda. ", "Artikel Berkaitan: Tumpas 4-1 Kepada Jepun, Skuad Negara Muncul Naib Juara Kumpulan D", "Indonesia hadir ke saingan ini diperkuatkan dengan nama-nama gah seperti Anthony Sinisuka Ginting (perseorangan lelaki), Marcus Gideon-Kevin Sukamuljo dan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (beregu lelaki), Greysia Polii-Apriyani Rahayu (beregu wanita), Gregoria Tunjung (perseorangan wanita) dan lain-lain lagi.", "Artikel Berkaitan: Aaron Chia-Woi Yik Cipta Kejutan Kalahkan Regu No.1 Dunia ‘The Minions’", "Untuk makluman semua, Indonesia cemerlang melepasi cabaran di peringkat kumpulan dan muncul juara Kumpulan C dengan menumpaskan Denmark, Persekutuan Kebangsaan Badminton Rusia (NBFR) dan Kanada.", "Sementara itu, dimaklumkan kedua-dua pasukan yakni Malaysia dan Indonesia dijadualkan turun berentap di peringkat suku akhir pada jam 9 malam nanti waktu Malaysia.", "Sebagai tambahan, undian turut menyaksikan China berhadapan Denmark, Korea bertemu Thailand dan akhir sekali, Chinese Taipei menentang Jepun.", "Berikut adalah ‘bracket’ keseluruhan bagi saingan peringkat suku akhir hasil daripada undian yang dijalankan:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325263/", "headline": "\nLangkawi Tidak Tersenarai Dalam LTdL 2023 Kerana Kos\n", "content": ["Perlumbaan jelajah berbasikal jalan raya, Le Tour de Langkawi (LTdL) pada tahun ini menyaksikan Langkawi tidak tersenarai dalam lapan laluan yang akan diharungi para pelumba bermula 23 hingga 30 September kelak.", "Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan Langkawi tidak tersenarai pada edisi ini kerana ia akan melibatkan pertambahan kos kepada penganjur.", "Selain itu, penyisihan pulau yang terkenal dengan kisah legenda Mahsuri itu daripada senarai laluan pada tahun ini turut melibatkan kesukaran daripada aspek logistik.", "“Untuk (perlumbaan LTdL) kali ini, kita merangkumi 11 negeri (di semenanjung Malaysia) kecuali Perlis. Kalau kita melibatkan Langkawi, ia melibatkan satu tambahan kos.", "“Ini bukan kali pertama (tidak melibatkan Langkawi) tetapi nama Langkawi masih ada di situ.” ", "“Ini bukan merupakan satu perkara luar biasa. Ia merupakan satu aspek logistik yang besar dan kos yang tinggi. Laluan di Langkawi itu sendiri bukan satu laluan yang ‘comfortable’ untuk hos (LTdL tahun ini),” katanya selepas majlis pelancaran semalam.", "Sebagai rekod, Langkawi sudah pernah tersisih sebagai laluan perlumbaan LTdL pada edisi 2016 hingga 2018. Ianya kembali disenaraikan pada edisi 2019 dan 2022.", "Untuk makluman, lapan peringkat perlumbaan LTdL 2023 adalah seperti berikut; Kerteh – Kuala Terengganu, Kuala Terengganu – Kota Bharu, Jeli – Baling, Bukit Mertajam – Meru Raya, Slim River – Genting Highlands, Karak – Melaka, Muar – Seremban 2 dan Setia Alam – Kuala Lumpur.", "Pada masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut menjelaskan dengan kos RM8 juta yang diperuntukkan oleh kabinet dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), penganjur telah mencuba sebaik mungkin untuk menyenaraikan hampir kesemua negeri di semenanjung di dalam perlumbaan kali ini.", "Featured Image: Facebook KBS Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325012/", "headline": "\n���Messi Jay’ Balik Kampung Setelah 7 Musim Di Perantauan\n", "content": ["Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Chanatip Songkrasin atau dikenali sebagai ‘Messi Jay’ dalam kalangan peminat bola sepak di rantau asia tenggara kembali ke negara kelahirannya selepas tujuh musim beraksi di Jepun.", "Ini selepas kelab yang beraksi dalam kancah Liga Thai 1, BG Pathum United mencapai persetujuan dengan pemain berusia 29  tahun ini untuk menggunakan khidmatnya bagi mengharungi saingan musim 2023-24 kelak.", "Kelab berjulukan The Rabbits itu mengumumkan penyertaan Chanatip menerusi laman sesawang rasminya serta dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, dua hari lalu.", "Menurut ejennya, FPS Management Consulting, Chanatip mahu pulang ke Thailand atas kemahuannya sendiri biarpun kelabnya di Jepun, Kawasaki Frontale mahu mengekalkan khidmatnya.", "BG OFFICIAL : ทัพ ''เดอะ แรบบิท'' ปิดดีลคว้า ''เจ'' ชนาธิป คัมแบ็คไทยลีก⁣ ", "BG Pathum United complete signing of Chanathip Songkrasin from Kawasaki Frontale", "อ่านข่าว Read more https://t.co/X3R9z0vHaQ #BGPU #บีจีปทุมยูไนเต็ด#BGPathumUnited#บอลไทย #ฟุตบอลไทย pic.twitter.com/AF5ezlgAMh", "— BGPU OFFICIAL (@bgpuofficial) June 21, 2023", "Sebagai rekod, Chanatip mula berhijrah ke Jepun sekitar pertengahan tahun 2017 dengan menyertai kelab pendatang baharu Liga J1, Consadole Hokkaido secara pinjaman daripada Muangthong United. Setahun kemudian, Chanatip berpindah secara kekal bersama Consadole Hokkaido sehingga tahun 2021.", "Pada tahun 2018, Chanatip memainkan peranan penting dalam membantu Consadole Hokkaido menghuni tangga keempat dalam saingan Liga J1 – tertinggi dalam sejarah kelab – serta muncul pemain asia tenggara pertama yang tersenarai J.League Best XI pada musim 2018.", "Pada awal musim 2022, khidmat Chanatip dipancing oleh juara Liga J1 2021, Kawasaki Frontale.", "Secara keseluruhan, Chanatip tampil sebanyak 133 kali, menjaringkan 14 gol dan mencipta 23 “assist” sepanjang enam tahun beraksi dalam pelbagai pertandingan di bumi negara matahari terbit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325557/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Zii Jia Kandas Awal 2 Kejohanan Berturut-Turut\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini mengalami kekalahan kali kedua kedua berturut-turut di peringkat Pusingan 32 selepas kembali semula dalam kejohanan antarabangsa.", "Pemain berusia 25 tahun ini mengalami kekalahan terbarunya di peringkat tersebut selepas tumpas kepada Kenta Nishimoto di kejohanan Terbuka Jepun, hari ini.", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 22-20. ", "Namun begitu, pemain dari Jepun itu berhasil bangkit pada set kedua dengan skor 21-17 sekaligus mengheret Zii Jia ke set penentuan.", "Ketika di set ketiga, Kenta yang berusia 28 tahun berhasil mendahului dengan skor 11-4 namun berjaya disamakan semula kedudukan oleh Zii Jia menjadi 15-15.", "Bagaimanapun, set ketiga ini tetap menjadi milik Kenta apabila pemain tuan rumah ini dapat mengakhirinya dengan skor 21-19.", "Untuk pengetahuan semua, tiga set pertarungan antara Zii Jia dan Kentan ini berlangsung selama 89 minit permainan. ", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Kenta mencatatkan kemenangan ke atas Zii Jia daripada tujuh pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Menariknya, kemenangan Kenta ini hadir buat julung kalinya selepas tumpas sebanyak lima kali berturut-turut di tangan Zii Jia.", "Untuk makluman semua, Zii Jia turut sama terkandas pada Pusingan 32 di Terbuka Korea minggu lalu setelah tumpas kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus.", "Sebagai tambahan, Zii Jia yang kini berada di bawah bimbingan Wong Tat Meng akan menyertai Terbuka Australia – Jelajah Dunia BWF Super 500 – pada minggu hadapan.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323173/", "headline": "\nGiroud Pimpin AC Milan Ke Separuh Akhir UCL Selepas 16 Tahun\n", "content": ["Pemenang Liga Juara-Juara UEFA (UCL) sebanyak tujuh kali, AC Milan kembali merasai nikmat mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali dalam kejohanan terbabit selepas 16 tahun.", "Skuad bimbingan Stefano Pioli ini merakamkan kemaraan terbabit setelah berhasil melakar kemenangan 2-1 secara agregat ke atas Napoli pada perlawanan peringkat suku akhir. ", "Menyumbang kepada kemenangan tersebut adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad kebangsaan Perancis, Olivier Giroud yang menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama dalam perlawanan timbal balik di Stadium Diego Armando Maradona, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Napoli berhasil menjaringkan gol penyamaan pada penghujung perlawanan berkenaan menerusi Victor Osimhen namun ianya tidak memadai untuk mengikat apatah lagi mengatasi AC Milan pada perlawanan peringkat suku akhir tersebut.", "This is Milan. 🔴⚫#NapoliMilan #UCL #SempreMilan pic.twitter.com/mOs5jW96t9", "— AC Milan (@acmilan) April 18, 2023", "Dalam perlawanan suku akhir pertama lalu di Stadium San Siro, AC Milan berjaya melakar kemenangan 1-0 hasil jaringan Ismael Bennacer.", "Sebagai rekod, kali terakhir AC Milan mara ke peringkat separuh akhir UCL adalah pada musim 2006-07 ketika dibimbing oleh Carlo Ancelotti. ", "Skuad pada ketika itu dibarisi dengan beberapa pemain bintang seperti Filipo Inzaghi, Ricardo Kaka, Clarence Seedorf, Gattuso, Alessandro Nesta, Paolo Maldini dan beberapa pemain lain lagi.", "Musim itu juga menyaksikan AC Milan menamatkan kempen UCL sebagai juara buat kali ketujuh dengan menumpaskan Liverpool 2-1 bertempat di Athens, Greece."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321634/", "headline": "\nSelangor Tandatangani Pemain Import Ketiga – Penyerang Colombia Usia 34 Tahun\n", "content": ["Selepas mengikat khidmat Noor Al-Rawabdeh dan Rauf Salifu, Selangor FC menandatangani seorang lagi pemain import pada jendela perpindahan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2023.", "Pemain import ketiga yang ditandatangani skuad berjulukan Red Giants tersebut ialah Ayron Del Valle yang merupakan seorang penyerang kelahiran Colombia yang berusia 34 tahun.", "Kehadiran Ayron diumumkan dan diperkenalkan secara rasmi dalam acara Hari Jersi Selangor & Pameran Stadium Shah Alam Baharu di SACC Mall pada hari ini.", "🔴🟡 Ayron Del Valle #IsRED 🔴🟡", "👋 Welcome to Selangor FC, @ayrondelvalle_7 🇨🇴", "📄 Read Article 👉 https://t.co/Cuzt510SbL#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/H6kqR6X10w", "— Selangor FC (@selangorfc) January 28, 2023", "Untuk makluman semua, Ayron hadir dengan reputasi selaku penjaring terbanyak Liga Dimayor selama tiga musim berturut-turut ketika bersama Deportes Tolima (30  gol), Alianza Petrol (12 gol) dan CD America de Cali (11 gol) masing-masing.", "Sebagai rekod, Ayron telah merekodkan 157 gol secara keseluruhan sepanjang kariernya. Gol-gol tersebut dicetak Ayron dalam kancah Liga Colombia, Liga Mexico, Piala Libertadores dan Conmebol Sudamericana.", "Sejak memulakan karier profesionalnya pada usia 18 tahun, Ayron telah berjaya menjulang trofi sebanyak dua kali iaitu ketika memenangi saingan Liga Primera A dan Superliga pada musim 2017 dan 2018 masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219929/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Kemasukan Fayadh & Alex Merancakkan Permainan Kedah\n", "content": ["Selepas menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) di halaman sendiri pada minggu lalu, Kedah Darul Aman yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak berkunjung ke Stadium Hang Jebat untuk menentang Melaka United pada aksi ke-11 Liga Super 2021.", "Dalam perlawanan tersebut, aksi yang ditampilkan oleh kedua-dua pasukan dilihat seimbang namun pasukan pelawat yang tersenyum puas apabila berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 sekaligus meneruskan rentetan dua kemenangan berturut-turut.", "Dua jaringan oleh pasukan Kedah disumbangkan oleh penyerangnya, Kpah Sherman pada minit ke-18 dan ke-62 serta satu daripada kapten, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-86. Sementara itu, gol tunggal oleh Melaka United dijaringkan oleh Stefan Nikolic pada minit ke-38.", "Berikut adalah ulasan perlawanan antara Melaka United dan Kedah:", "Kita bermula dengan pasukan Kedah terlebih dahulu. Babak pertama menyaksikan Kedah tidak begitu menguasai permainan. Hanya seketika di awal permainan mereka menguasai seketika dan selebihnya Melaka United yang agak dominan. ", "Gandingan dua penyerang utama, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre juga tidak begitu menjadi. Rozaimi Abdul Rahman yang beraksi di sayap/penyerang kiri juga tidak memberikan impak yang tinggi.", "Jaringan yang terhasil oleh kedua-dua pasukan pada babak pertama pula datangnya daripada sepakan penalti.", "Permainan Kedah mula menunjukkan kelainan apabila pemain muda lincah, Mohammad Fayadh masuk pada separuh masa kedua menggantikan Rozaimi. Kemasukannya menjadikan corak permainan Kedah semakin laju dan dapat melakukan serangan dengan lebih kerap.", "Keadaan bertambah positif apabila Aidil mengarahkan Azammuddin Akil atau lebih mesra dikenali sebagai Alex masuk pada minit ke-60 menggantikan Rabih Ataya. Sekelip mata, corak permainan Kedah menjadi berbeza dan kedua-dua sayap kiri dan kanan hidup.", "Dapat dilihat, Kedah banyak melakukan hantaran dan crosses ke dalam kotak penalti dilakukan sekaligus menjadikan lebih banyak peluang dicipta. Separuh masa pertama, Kedah tidak dapat bermain begitu kerana Rabih lebih gemar menyimpan bola serta lambat melepaskan bola.", "Selain daripada Fayadh dan Alex yang tampil beraksi cemerlang, Tchetche Kipre antara yang tidak terkecuali mencuri perhatian dalam perlawanan semalam. Dia menunjukkan prestasi yang sama seperti menentang KL City minggu lalu walau turun sebagai penyerang kedua. ", "Menariknya, persembahan Kipre semakin berbisa apabila Fayadh dan Alex dimasukkan oleh Aidil. Ini kerana, dengan adanya dua pemain ini, Kipre tidak perlu turun dengan lebih ke bawah untuk mendapatkan bola dan dapat memainkan peranan No.10 dengan lebih berkesan berdekatan atau dalam kotak penalti.", "Selain itu, tidak dilupakan gandingan Loqman dan Renan di barisan pertahanan semakin menunjukkan keserasian sehinggakan penyerang import Melaka United, Stefan Nikolic sukar untuk menembusi mereka terutamanya pada babak kedua.", "Secara keseluruhannya, Melaka bemain dengan baik. Itulah yang ditampilkan oleh mereka semasa babak pertama. Bagaimanapun, memasuki babak kedua, persembahan mereka semakin menurun. ", "Berdasarkan apa yang kami lihat, faktor kecedergasan menjadi puncanya dengan keadaan para pemain mereka dilihat penat dan letih. Perkara tersebut juga menjadi punca mereka acap tewas dalam situasi satu lawan satu dengan pemain Kedah.", "Hanya dua orang sahaja pemain Melaka yang menampilkan aksi memberangsangkan. Pertamanya, pemain sayap, S. Kumaahran yang menghidupkan sayap kanan mereka. Keduanya, pemain tengah import, Manuel Ott yang mengawal bahagian tengah.", "Melaka dan Kedah terikat 1-1 sehingga ke minit ke-60. Kemudiannya, barulah Kpah Sherman menjaringkan gol kedua pada minit ke-62 sebelum Baddrol menjaringkan gol ketiga pada minit ke-86.", "Apa yang menyebabkan mereka tidak dapat mengikat Kedah sehingga tamat perlawanan? Ianya disebabkan oleh masalah komunikasi di bahagian pertahanan mereka. Selain itu, Melaka juga lambat melakukan marking ke atas pemain-pemain Kedah. ", "Kpah yang merupakan seorang poacher berbahaya dibiarkan bebas di dalam kotak penalti. Akhir sekali, Melaka turut membiarkan Tchetche Kipre yang merupakan seorang penyerang lincah dan mampu melakukan gelecekan memasuki kotak penalti.", "Ramuan yang cukup lengkap untuk Kedah mengambil kesempatan sekaligus memastikan mereka dapat mencuri 3 mata dari Stadium Hang Jebat.", "p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda sukakan ulasan ini, dijemput untuk menonton ulasan perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114489/", "headline": "\n‘Dimana Sahaja Saya Bekerja, Saya Beroleh Kejayaan’ – Reaksi Bojan Apabila Dikaitkan Untuk Bimbing Harimau Malaya\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak tidak terkejut apabila namanya dikaitkan untuk membimbing skuad kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai Harimau Malaya.", "Menurut laporan oleh Nadi Arena, jurulatih berusia 50 tahun ini memberikan reaksi sedemikian berdasarkan kepada pelbagai kejayaan yang diraihnya mengemudi beberapa kelab di rantau asia tenggara dalam tempoh sedekad ini.", "Ditambah pula dengan kejayaan Bojan membawa skuad ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City) menjulang Piala Malaysia pada bulan lalu.", "Jurulatih @KLCityFootball , Bojan Hodak akui tidak 'terkejut' dikaitkan sebagai pengganti jurulatih skuad Malaysia, Tan Cheng Hoe. Bojan juga percaya bahawa dia faham tentang bagaimana FAM berfungsi. pic.twitter.com/EGgrj0xSL5", "“Saya tidak fikir ini merupakan satu kejutan kerana saya miliki musim yang baik bersama KL dan pada akhirnya, sebelum ini saya bekerja skuad B-20 (dan) beberapa kelab lain,", "“Dimana sahaja saya bekerja, saya beroleh kejayaan. Jadi, saya tidak fikir ada sesiapa yang mempunyai pelbagai kejayaan dengan pasukan yang berbeza di rantau (asia tenggara) ini.", "“Ini merupakan satu kebiasaan dan bukannya satu kejutan,” kata Bojan menerusi satu klip video temu ramah yang dikongsikan oleh laman sosial Astro Arena.", "Sebagai rekod, Bojan pernah terlibat bersama 7 buah pasukan di rantau asia tenggara sebagai ketua jurulatih. Antaranya, UPB-My Team, Phnom Penh Crown, Kelantan, Johor Darul Ta’zim, skuad Malaysia B-20, PSM Makassar dan KL City.", "Bersama 7 buah kelab ini, Bojan telah menghadiahkan kejuaraan Liga Kemboja (2011), Liga Super Malaysia (2012,2014), Piala FA (2012,2013), Piala Malaysia (2012,2021), Piala Sumbangsih (2013,2015) dan Kejohanan Remaja AFF B-19 (2019).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206852/", "headline": "\nPemilik Man City Beli Kelab Troyes, Kini Kuasai 10 Kelab Seluruh Dunia\n", "content": ["City Football Group (CFG), pemilik kepada Manchester City mengumumkan mengambil alih sebuah kelab dalam saingan Ligue 2 Perancis, Esperance Sportive Troyes Aube Champagne (ESTAC) atau lebih dikenali sebagai Troyes, semalam.", "Troyes diasaskan pada tahun 1986 dan bermain di halaman rasminya, Stade de l’Aube yang mempunyai 20,400 kapasiti tempat duduk. Pencapaian terbaik kelab ini adalah memenangi UEFA Intertoto Cup pada tahun 2001 dan juara Ligue 2 pada musim 2014/15.", "City Football Group has today announced that Espérance Sportive Troyes Aube Champagne (ESTAC), in France’s Ligue 2, has become its tenth club, following DNCG review of the acquisition.🔷 #ManCity | https://t.co/axa0klD5re", "CFG mengambil alih pegangan saham majoriti Troyes daripada pemilik lamanya, Daniel Masoni sekaligus menjadikannya kelab kesepuluh dikuasainya seluruh dunia. Sementara itu, ahli perniagaan Perancis, Maxime Ray turut membeli pegangan minoriti Troyes dan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.", "Sebelum ini, CFG telah menguasai Manchester City (England), New York City (Amerika Syarikat), Melbourne City FC (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun), Montevideo City Torque (Uruguay), Girona FC (Sepanyol), Sichuan Jiuniu FC (China), Mumbai City FC (India) dan Lommel SK (Belgium).", "CFG yang ditubuhkan pada tahun 2013 dimiliki oleh Abu Dhabi United Group (ADUG) dengan pegangan saham sebanyak 77% selain China Media Capital (CMC) turut memiliki 13% saham dan Silver Lake sebanyak 10%."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111681/", "headline": "\nPerak FC Tidak Lagi Dibenarkan Berlatih di Stadium Perak\n", "content": ["Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membenarkan lagi pasukan Perak FC dan Perak FC II menjalani latihan di Stadium Perak, Ipoh selepas daripada ini.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, tindakan tersebut dilakukan oleh MBI berikutan penggunaan yang kerap oleh kedua-dua pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super dan Liga Premier pada musim ini.", "“Stadium Perak hanya dibenarkan digunakan untuk perlawanan Liga Super dan Perdana.", "“Untuk latihan tidak dibenarkan,” kata Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Oleh demikian, pasukan yang terkenal dengan julukan The Bos Gaurus itu perlu mencari lokasi baharu untuk dijadikan padang latihan bagi kedua-dua pasukan.", "Difahamkan pihak Perak FC telah melawat sebuah padang kompleks terletak di Chepor yang dimiliki oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).", "Bagaimanapun, penggunaan padang tersebut perlu dibincangkan dengan lebih lanjut bersama PAFA memandangkan terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan.", "Menurut makluman daripada Azman, padang kompleks tersebut mempunyai masalah rumput yang tidak tumbuh dengan sekata, permukaan padang yang tidak rata dan boleh menyebabkan kecederaan pemain, serta pagar yang rendah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325073/", "headline": "\nTan Cheng Hoe: 10 Pemain Bersama Skuad Kebangsaan, Persiapan Serba Kekurangan\n", "content": ["Pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengakui pasukannya tidak dapat melakukan persiapan terbaik rentetan ketiadaan pemain utama yang menyertai skuad kebangsaan dan menjadi salah satu faktor kekalahan mereka di peringkat separuh akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).  ", "Tambah Cheng Hoe, mereka tidak boleh adakan perlawanan persahabatan sepertimana JDT menentang Albirex Niigata (S) dalam tempoh jendela antarabangsa FIFA kerana kekangan masa serta susunan jadual pasukan lain di sekitar Lembah Klang.", "“Kalau kita lihat dari segi persiapan latihan pasukan, kita tidak dapat menjalani latihan terbaik dari segi intensiti dan tempo permainan kerana 10 pemain sudah bersama skuad kebangsaan. Kita cuma dapat berlatih bersama pemain-pemain bawah 23 tahun (B-23), dari segi intensiti dan tempo agak berlainan.” ", "FT | 🔵🔴 JDT 4-0 SEL 🔴🟡", "Our #PialaFA2023 journey ends here. We go again boys! ❤️💛", "— Selangor FC (@selangorfc) June 26, 2023", "“Sebagai jurulatih, saya tidak boleh beri alasan tersebut tetapi kita tahu bukan mudah kita hendak dapat menjalankan perlawanan persahabatan yang kompetitif di Kuala Lumpur kerana banyak pasukan sudah ada jadual tersendiri.” kata Cheng Hoe dalam sidang media selepas perlawanan menentang JDT. ", "Pengendali berusia 55 tahun itu turut menegaskan mereka perlu bekerja keras untuk menyaingi pasukan sebaik juara bertahan Liga Super itu dan percaya pasukannya mampu memenuhi harapan peminat yang mahu beraksi di pentas asia. ", "Dalam perlawanan yang berlangsung malam tadi, skuad berjulukan The Red Giants itu tewas empat gol tanpa balas menentang JDT hasil jaringan Fernando Forestieri dan hatrik bintang muda mereka, Arif Aiman Hanapi. ", "Keputusan itu sekaligus menyaksikan skuad Harimau Selatan bakal bertemu Kuala Lumpur City di pentas akhir yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 21 Julai nanti. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202321496/", "headline": "\nPiala AFF: Teerasil, Tien Linh Cetak 6 Gol – Kongsi Anugerah Penjaring Terbanyak\n", "content": ["Penyerang Thailand dan Vietnam, Teerasil Dangda dan Nguyen Tien Linh terpaksa berkongsi Anugerah Penjaring Terbanyak Piala AFF 2022.", "Anugerah itu menjadi milik pemain berusia 34 dan 25 tahun masing-masing selepas mengungguli carta penjaring terbanyak kejohanan dengan rekod enam gol masing-masing.", "Hasil daripada meraih anugerah tersebut, Teerasil dan Tien Linh dapat membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai yang bernilai 5,000 Amerika Dolar atau bersamaan lebih RM20,000.", "🎯 Your 𝗧𝗶𝗴𝗲𝗿 𝗕𝗿𝗼𝗸𝗲𝗿𝘀 𝗧𝗼𝗽 𝗚𝗼𝗮𝗹𝘀𝗰𝗼𝗿𝗲𝗿𝘀 are:", "🇻🇳 𝗡𝗴𝘂𝘆𝗲𝗻 𝗧𝗶𝗲𝗻 𝗟𝗶𝗻𝗵 𝘢𝘯𝘥 🇹🇭 𝗧𝗲𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗗𝗮𝗻𝗴𝗱𝗮 👏", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023", "Teerasil menghasilkan enam gol tersebut ketika menentang Brunei (1 gol), Filipina (2 gol), Kemboja (2 gol) dan Malaysia (1 gol).", "Manakala Tien Linh pula membutirkan enam jaringan terbabit ketika turun menghadapi Laos (1 gol), Malaysia (1 gol), Myanmar (1 gol), Indonesia (2 gol) dan Thailand (1 gol).", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kelima Teerasil merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak di pentas Piala AFF.", "Bukan itu sahaja, Teerasil turut mendahului carta penjaring terbanyak sepanjang zaman di kejohanan Piala AFF dengan rekod 25 gol secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112269/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2021: Selangor MAC Tumpas Perlawanan Pembukaan Kepada Freefire Bluewave Chonburi\n", "content": ["Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019, Selangor MAC membuka saingan kejohanan Piala Futsal AFF 2021 dengan langkah kiri.", "Selangor MAC yang dibimbing oleh Addy Shairullyzam tumpas kepada Freefire Bluewave Chonburi dengan keputusan 0-3 setelah 40 minit permainan.", "Ini bermakna, Selangor MAC gagal mengutip sebarang mata daripada perlawanan pembukaan ini. ", "Untuk makluman semua, kejohanan ini menggunakan format ‘single round robin’ dimana setiap pasukan akan bertemu semua pasukan yang bertanding.", "Pasukan yang meraih mata tertinggi dalam kalangan 5 pasukan yang mengambil bahagian akan dinobatkan selaku juara.", "Sementara itu, bagi perlawanan kedua, Selangor MAC dijadualkan bertemu sebuah lagi wakil negara iaitu Pahang Rangers pada hari esok dengan sepak mula pada pukul 3 petang waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219044/", "headline": "\nPM: Satu Negeri, Satu Litar Untuk Memperkasakan Sukan Permotoran Negara\n", "content": ["Setiap negeri di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu litar “drag” untuk kegunaan “drag race”, umum Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.", "Perkara tersebut diumumkan beliau ketika turun bersama anak-anak muda “riders” sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 di Terengganu International Drag Strip, Gong Badak, hari ini.", "Bersama-sama anak-anak muda ‘riders’ sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip hari ini. pic.twitter.com/eEaNHnRVBn", "— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) August 13, 2022", "“Kerajaan bersetuju untuk membina sekurang-kurangnya sebuah litar drag untuk drag race di setiap negeri. Cadangan ini akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.” katanya seperti dipetik di laman sosialnya.", "Difahamkan, cadangan pembinaan litar ini dibuat bagi memperkasakan program pembangunan sukan permotoran di negara ini.", "Jelasnya lagi, dengan pembinaan litar ini kelak, ianya akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216708/", "headline": "\nTerbuka Korea: Yew Sin-Liu Ying Kempunan Merasai Pentas Separuh Akhir Buat Pertama Kali\n", "content": ["Pasangan beregu campuran yang mula bergandingan sejak awal tahun ini, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying kempunan untuk merasai aksi separuh akhir buat pertama kali di saingan Terbuka Korea 2022.", "Kemaraan mereka ke peringkat tersebut disekat oleh beregu campuran tuan rumah, Kim Wonho dan Jeong Na Eun yang berada di ranking ke-247 dunia, sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022XD – Quarter final 🇰🇷Wonho KIM🏅21 21 21 🇰🇷Na Eun JEONG🏅14 23 16 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Liu Ying GOH", "🕗 in 62 minutes https://t.co/FtRiZVhfTU", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022", "Yew Sin-Liu Ying tumpas kepada beregu tersebut menerusi tiga set permainan yang berlangsung dengan sengit. Ianya berkesudahan dengan skor 14-21, 23-21 dan 16-21 dalam tempoh masa permainan melebihi satu jam.", "Untuk makluman semua, walaupun gagal ke separuh akhir, peringkat suku akhir ini menjadi kemaraan paling jauh pernah direkodkan oleh gandingan baharu ini.", "Sebagai tamabahan, Yew Sin-Liu Ying akan kekal di bumi Republik Korea sehingga minggu hadapan. Ini berikutan mereka akan mengambil bahagian dalam satu lagi saingan iaitu Korea Masters – Jelajah Dunia Super 300 BWF – bermula 12 hingga 17 April hadapan.", "Sementara itu, Wonho-Na Eun yang mara ke peringkat separuh akhir akan menghadapi cabaran daripada beregu senegaranya, Ko Sung Hyun dan Eom Hye Won (ranking ke-21) atau beregu Indonesia, Adnan Maulana dan Mychelle Crhystine Bandaso (ranking ke-30).", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Instagram Goh Liu Ying"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215226/", "headline": "\nPemain England, Argentina Dalam Proses Dapat MyKad & Didaftarkan Sebagai Pemain Lokal Sri Pahang\n", "content": ["Setelah beraksi selama lima tahun dalam kancah bola sepak tempatan, pemain tengah dan penyerang Sri Pahang yang merupakan kelahiran England dan Argentina iaitu Lee Andrew Tuck dan Sergio Fabian Ezequiel Aguero bakal mendapat kerakyatan Malaysia.", "Menurut laporan portal Stadium Astro, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan proses naturalisasi melibatkan Lee Tuck dan Aguero itu sekaligus khidmat mereka dapat didaftarkan oleh Sri Pahang sebagai pemain lokal pada musim ini.", "Untuk makluman semua, FAM telah membekukan projek naturaliasasinya selepas memberikan kerakyatan kepada Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula untuk digunakan khidmat mereka bersama skuad kebangsaan. ", "Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan badan induk bola sepak negara tidak menghalang persatuan atau kelab bola sepak untuk menaturalisasikan mana-mana pemain mereka.", "Namun penggunaan khidmat mereka dalam Harimau Malaya selepas daripada ini bergantung kepada percaturan daripada ketua jurulatih, Kim Pan-gon. ", "“Tapi tiada jaminan mereka akan diserapkan dalam pasukan kebangsaan. Kehadiran mereka (pemain naturalisasi) boleh dikatakan tidak dibekukan tetapi (keperluan menggunakan) khidmat pemain naturalisasi terpulang kepada jurulatih negara,” katanya seperti dipetik daripada portal berkenaan.", "Sebagai rekod, selain daripada bakal dua pemain naturalisasi itu, skuad Sri Pahang turut dibarisi dua pemain berdarah campuran atau warisan iaitu David Rowley dan Nicholas Swirad.", "Sementara itu, lima pemain importnya pula ialah Billy Ketkeophomphone (Laos-Perancis), Mahmoud Zatara (Jordan), Manuel Hidalgo (Argentina), Johan Martial (Perancis) dan Mamadou Samassa (Mali-Perancis).", "Featured Image: Perak FC & Sri Pahang"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324990/", "headline": "\nAl-Adalah Kelab Baharu Salah Di Arab Saudi\n", "content": ["Kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al-Adalah mengumumkan mengikat khidmat Mohamed Salah bagi menghadapi musim baharu saingan bola sepak di negara berkenaan.", "Akan tetapi, Salah yang diikat oleh kelab yang bakal beraksi dalam divisyen kedua bola sepak Arab Saudi ini bukanlah penyerang bintang Liverpool kelahiran Mesir yang menjaringkan 30 gol serta mencipta 16 “assist” dalam kancah bola sepak England dan eropah sepanjang musim lalu.", "مرحـبا بالعـدلاوي الجـديدلاعـب الظهــــــير الأيـســـر ", "— نـادي الــعـدالـة السعودي (@aladalahclub) June 18, 2023", "Sebaliknya, Salah yang didatangkan oleh Al-Adalah ini merupakan pemain kelahiran Arab Saudi yang beraksi di posisi bek kiri. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh kelab berkenaan menerusi platform media sosialnya, baru-baru ini.", "Selain Salah, Al-Adalah turut mengumumkan kedatangan beberapa pemain baharu yang lain seperti Karim Yoda, Hussein Al-Masabi, Kashim Al-Qahtani, Meteb Shrahili, Philipe Maia serta ketua jurulatih baharu, Ante Mise.", "Untuk makluman, Al-Adalah menamatkan kempen Liga Pro Saudi musim 2022-23 di tangga ke-15 yakni kedua tercorot sekaligus terpaksa akur terhumban ke saingan Liga Divisyen 1 atau nama komersilnya Liga Yelo bagi musim 2023-24."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219089/", "headline": "\nMB Mahu Litar Lumba Sungai Petani Siap Dalam Masa 6 Bulan \n", "content": ["Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor mahu litar lumba yang akan dibina di Sungai Petani disiapkan dalam tempoh enam bulan.", "Perkara tersebut disampaikan oleh Sanusi kepada Pengasas dan Penasihat Open Road World Sdn Bhd, Dato’ David Goh dalam Majlis Menandatangani Perjanjian & Pelancaran Litar Lumba Sungai Petani, baru-baru ini.", "“Saya bagitau kepada Dato David Goh, dalam tempoh enam bulan saya nak lumba atas trek ini.” katanya seperti dipetik daripada laman Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA).", "Baca: Sungai Petani Bakal Mempunyai Sebuah Litar Lumba Antarabangsa", "Menurut Sanusi, kerajaan negeri akan menyempurnakan projek yang sudah lama tertangguh ini demi aspirasi anak-anak muda negeri Kedah sekali gus memajukan sukan permotoran negara.", "Kerajaan negeri masih berminat dan bersetuju untuk meneruskan pelan perancangan akhir dengan meningkatkan taraf kepada Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang mana akan dilengkapi dengan komponen lain seperti kawasan komersial, pusat pameran, pusat jualan dan penyelenggaraan kenderaan.", "Tambahnya lagi, Litar Lumba Rakyat yang dinaiktaraf ke Litar Lumba Antarabangsa ini disebabkan litar yang dibina perlu disediakan dengan trek dan fasiliti perlumbaan yang selamat, profesional dan konduksif serta diselenggara dengan baik. ", "Untuk makluman semua, litar ini akan dibina di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) berkeluasan 150 ekar termasuk komponen lain yang berkaitan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208617/", "headline": "\nTFC Mahu Jana Pendapatan Dengan Jual Pengalaman ‘Stadium Tour’ Pada Hari Perlawanan\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu Football Club (TFC), Ab Rasid Jusoh telah merancang beberapa perkara dalam usahanya untuk menjana pendapatan buat kelab berpangkalan di pantai timur itu.", "Bercakap di dalam sesi Dialog Halatuju Bola Sepak Terengganu di Permai Hotel, Kuala Terengganu semalam, antara salah satu perkara menarik yang dirangka adalah menjual pengalaman Jelajah Stadium (Stadium Tour) kepada para peminat pada hari perlawanan.", "Baca: TFC Lantik Ab Rasid Sebagai CEO – Punyai ‘Master’ Dalam Pengurusan Sukan", "Menerusi jelajah stadium ini, peminat akan dibawa menaiki bas untuk pusing keseluruhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), turun ke beberapa tempat seperti galeri dan muzim TFC yang akan dibina kelak dan kedai cenderahati TFC.", "Selain itu, peminat juga akan di bawa melalui terowong pemain, turun ke padang, melalui mix zone (laluan pemain bertemu para wartawan) dan bilik persalinan home dan away sambil ditemani oleh Tourist Guide yang akan bercerita dan memberikan penerangan di setiap tempat.", "🎥 Keadaan terkini permukaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Terengganu.Looking good huh?😎💦#SSMZA#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#RSGroup pic.twitter.com/cxmsCC82dz", "Selain daripada menjana pendapatan menerusi jelajah stadium, Ab Rasid juga merangka untuk mengadakan sebuah karnival atau acara yang dinamakan sebagai City Night Game.", "Di sini mereka akan mengadakan beberapa kejohanan dan acara dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sekitar stadium pada hujung minggu. ", "TFC juga merancang melantik event management untuk mengadakan dan menguruskan uptown dan mengutip sewaan tapak untuk peniaga-peniaga berniaga di situ sekaligus menghidupkan kawasan stadium.", "Tidak ketinggalan, Ab Rasid turut meletakkan keutamaan untuk menjana pendapatan menerusi jualan kutipan tiket (gate collection) pada hari perlawanan. ", "Untuk makluman, dalam sesi dialog semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim turut berkongsikan dua perlawanan home di awal musim 2020 telah memberikan TFC kutipan berjumlah RM600,000.", "Dengan semua perancangan ini, Ab Jusoh meletakkan sasaran TFC akan sifar kebergantungan dengan dana daripada kerajaan negeri pada tahun 2027."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112908/", "headline": "\nKhairul Idham Pawi ‘SuperKIP’ Sertai MSBK Bersama TKKR Racing Team\n", "content": ["Selepas hampir setahun meninggalkan saingan Kejuaraan Dunia Moto3, Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai SuperKIP kembali ke litar untuk beraksi dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021.", "Pelumba berusia 23 tahun itu menyertai perlumbaan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang bersama TKKR Racing Team.", "Difahamkan, TKKR sendiri yang menawarkan kepada Khairul untuk menyertai perlumbaan ini. Malahan, menerusi satu muat naik di media sosial pasukan terbabit, TKKR turut mempunyai perancangan untuk membawa Khairul ke saingan Asia Road Race Championship (ARRC) 2022.", "Untuk makluman semua, pelumba kelahiran Perak ini berlumba bersama Sprinta Racing Team selama dua musim – 2019 dan 2020 – di dalam saingan Moto2 dan Moto3 masing-masing.", "Bagaimanapun, pada penghujung tahun 2020, SuperKIP terpaksa meninggalkan kejuaraan motosikal dunia apabila tiada pasukan yang menawarkan kontrak kepadanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112824/", "headline": "\nVideo: Jaringan Minit Akhir Mengakibatkan Pasukan Kpah Tumpas Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022\n", "content": ["Skuad kebangsaan yang diwakili oleh Kpah Sherman iaitu Liberia terpaksa akur menerima kekalahan tipis di tangan pasukan Cape Verde dengan keputusan 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022, semalam.", "Lebih memeritkan, Liberia yang dibimbing oleh Peter Butler tumpas menerusi jaringan yang berpunca daripada rembatan dari luar kotak oleh pemain gantian Cape Verde, Garry Rodrigues pada minit-minit akhir permainan.", "Artikel Berkaitan: Pengadil Liga Rusia Suruh Pemain ‘Osom’ Ganti Lambungan Syiling", "Tiada nama penyerang Kedah Darul Aman dalam senarai penjaring gol pada perlawanan ini. Peluang keemasan buat Kpah yang hadir pada separuh pertama gagal pula disudahkannya dengan baik sekaligus kempunan untuk membantu pasukannya meraih keputusan yang positif.", "Kekalahan ini menyebabkan Liberia terperosok di kedudukan terbawah Kumpulan C selepas mengharungi tiga perlawanan. Cape Verde pula berhasil melompat di kedudukan kedua.", "Artikel Berkaitan: Jaringan Tunggal Kpah Bantu Liberia Raih Kemenangan Pertama Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022", "Bagaimanapun, Kpah dan rakan-rakannya masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan ini memandangkan kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi dalam perlawanan keempat Kumpulan C pada Isnin nanti.", "Anda boleh menonton sorotan perlawanan melibatkan pasukan Kpah menentang Cape Verde DI SINI.", "Featured Image: Liberia Football Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324937/", "headline": "\nNegeri Sembilan Buka Pintu Rundingan Jual Beli Saham Kelab\n", "content": ["Juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC kini membuka pintu kepada mana-mana individu mahupun entiti-entiti yang berminat untuk memperkukuhkan kestabilan skuad berjulukan Hobin Jang Hobin dalam kancah Liga Malaysia.", "Ini termasuk sebarang rundingan kerjasama, pelaburan secara jangka masa panjang dan rundingan jual beli saham melibatkan kepentingan kelab yang berpangkalan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi terbabit.", "Pintu ini dibuka setelah Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat yang memiliki Negeri Sembilan FC iaitu Negeri Sembilan Football Club Sdn. Bhd. bersedia memulakan proses rundingan dan penerokaan kerjasama bagi perkara tersebut.", "NSFC sedia mulakan proses teroka kerjasama dan rundingan pelaburan", "Kenyataan lanjut di: https://t.co/TVhdYg1FBE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/CbL0dJXpmP", "— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) June 20, 2023", "Pada masa yang sama, Ahli Lembaga Pengarah menekankan sebarang keputusan mengenai rundingan kerjasama dan pelaburan itu akan menitikberatkan kepentingan pasukan, peminat, pelabur dan rakyat bagi Negeri Sembilan.", "Untuk makluman semua, pada saat ini, Negeri Sembilan mempunyai tiga skuad dibawah kendaliannya iaitu skuad Liga Super, skuad Piala MFL (bawah 23 tahun) dan skuad Piala Presiden (bawah 20 tahun).", "Sebagai rekod, sejak Malaysian Football League (MFL) menetapkan kelab–kelab yang bertanding dalam kancah bola sepak tanah air perlu menjalani proses penswastaan, sebanyak dua pasukan iaitu Kelantan FC dan Perak FC telah beralih pemilikan daripada persatuan bola sepak negeri kepada ahli perniagaan dan entiti perniagaan masing-masing.", "Sementara itu, kelab yang berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) pula dijual pegangan sahamnya sebanyak 51% kepada entiti perniagaan, Rinani Group."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220406/", "headline": "\nPiala AFF 2022: Harimau Malaya Tak Perlu Berhadapan Pemain Bintang Vietnam\n", "content": ["Pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai yang beraksi di Liga Perancis tidak akan turut serta dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 kelak.\n", "Ini berikutan pemain tengah menyerang berusia 25 tahun itu tidak akan dilepaskan oleh kelabnya, Pau FC atas alasan kejohanan tersebut berada di luar Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.", "Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Le Hoai Anh berdasarkan laporan media negaranya, VnExpress.", "Difahamkan pihak VFF telah cuba berunding namun Pau FC telah membuat keputusan untuk menolak permintaan terbabit ditolak.", "Untuk makluman semua, Quang Hai yang menyertai Pau FC sejak penghujung Jun lalu kian menjadi percaturan penting buat skuad yang beraksi dalam saingan Ligue 2 tersebut.", "Setakat ini, dia telah merekodkan 10 penampilan dimana dua daripadanya bermula dalam kesebelasan utama. Selain itu, Quang Hai turut berjaya mencetak jaringan sulung pada penghujung perlawanan ketika kelabnya menentang Rodez.", "Lebih manis, jaringan sulungnya itu telah membantu kelabnya mengikat Rodez dengan keputusan 2-2 sekaligus membolehkan sekurang-kurangnya satu mata dipungut daripada perlawanan terbabit.", "Sebagai tambahan, Quang Hai merupakan tonggak utama skuad senior dan skuad bawah 23 tahun Vietnam di bawah era bimbingan ketua jurulatih dari Republik Korea, Park Hang-seo termasuk ketika menjuarai Piala AFF 2018.", "Bagi saingan Piala AFF edisi kali ini, Malaysia dan Vietnam telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Singapura, Myanmar dan Laos.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325458/", "headline": "\nKL City Bekerjasama Dengan Kelab LaLiga – Buka Peluang Atur Pramusim Di Sepanyol\n", "content": ["Skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) berpeluang untuk mengadakan latihan pramusimnya di Sepanyol – sebuah negara yang berada di tangga kesepuluh dunia berdasarkan ranking FIFA pada ketika ini.", "Perkembangan ini hadir apabila KL City yang dibimbing oleh Bojan Hodak menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah pasukan yang beraksi dalam kancah LaLiga iaitu Cadiz CF melibatkan beberapa bidang untuk manfaat bersama.", "Menurut perkongsian oleh pihak kelab, kerjasama ini membolehkan KL City menggunakan kemudahan sukan yang dimiliki Cadiz sekaligus membuka peluang untuk mereka mengadakan latihan pramusim di Sepanyol kelak.", "Kuala Lumpur City FC have today signed a collaboration agreement with LaLiga side, Cádiz C.F., which will see the two clubs collaborate on several fronts for mutual benefit.", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 17, 2023", "Selain itu, KL City juga berpeluang untuk berentap dengan pasukan pertama Cadiz – yang menamatkan kempen LaLiga di tangga ke-14 musim lalu – dalam perlawanan persahabatan.", "Sementara itu, Cadiz menerusi pemilik bersamanya, Ben Harburg melihat kerjasama ini sebagai langkah pertama yang penting untuk memperkenalkan jenama pasukannya dalam pasaran Malaysia. ", "Tambahan pula, mereka yang mempunyai fokus strategik di asia tenggara turut memasang hasrat untuk membawa pasukannya ke rantau ini dalam masa terdekat.", "Menerusi perjanjian kerjasama ini, kedua-dua kelab akan saling berusaha untuk mempromosikan jenama dan imej masing–masing di Sepanyol dan Malaysia serta meneroka kerjasama lain yang dapat memberikan manfaat komersial kepada kedua-dua pihak.", "Sebagai rekod, ini bukanlah julung kalinya KL City menandatangani perjanjian kerjasama dengan kelab antarabangsa khususnya sejak berada di bawah kemudi Stanley Bernard sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).", "Sekitar Oktober 2021, juara Piala Malaysia 2021 ini telah menandatangani perjanjian dengan kelab gergasi Iran yang beraksi dalam kancah Pro Gulf League iaitu Sepahan SC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215072/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka Sweden, Jacky Raih Peningkatan 88 Anak Tangga\n", "content": ["Pemain pelapis perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong meraih peningkatan sebanyak 88 anak tangga dalam kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.", "Pemain berusia 20 tahun ini meraih peningkatan tersebut selepas muncul juara Terbuka Sweden 2020 – kejohanan bertaraf International Series – pada Ahad lalu sekaligus membolehkannya menghuni ranking ke-272 dunia, pada minggu ini.", "Pemain bertangan kidal kelahiran Kedah ini muncul juara setelah lawannya yang merupakan pemain bebas (independent) negara, Yeoh Seng Zoe terpaksa menarik diri kerana kecederaan pada perlawanan akhir.", "Selain merangkul kejuaraan buat pertama kali di peringkat senior, ini juga merupakan kali kedua Jacky mara ke pentas final pada tahun ini. Minggu sebelumnya, Jacky telah mara ke final kejohanan Antarabangsa Estonia di mana di muncul sebagai naib juara.", "Sementara itu, Yeoh yang terpaksa menarik diri turut merekodkan peningkatan dalam kedudukan rankingnya. Minggu ini, Yeoh menghuni tangga ke-120 dunia – peningkatan sebanyak 8 anak tangga.", "Sebagai tambahan, Jacky terus berada di bumi eropah dengan dia dijadualkan mengharungi satu lagi kejohanan, Terbuka Ukraine 2022 – bertaraf International Challenge – yang akan bermula pada hari esok.", "Featured Image: Terbuka Sweden / Torbjörn Jansson"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322635/", "headline": "\nMadrid Spain Masters: Finalis Terbuka Swiss Tersungkur Di Pusingan 32\n", "content": ["Kejayaan beregu campuran No.2 negara ke pentas akhir Terbuka Swiss pada Ahad lalu nampaknya tidak dapat diulangi pada kejohanan Madrid Spain Masters, pada minggu ini.", "Ini selepas Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai tumpas mengejut kepada pasangan Taiwan yang menghuni ranking ke-33 dunia, Chang Ko-chi dan Lee Chih Chen pada Pusingan 32 yang berlangsung sebentar tadi.", "Madrid Spain Masters 2023XD – R32 CHANG Ko-Chi🏅21 21 LEE Chih Chen🏅 🇲🇾GOH Soon Huat19 10 🇲🇾LAI Shevon Jemie", "— BWFScore (@BWFScore) March 29, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon ditumpaskan Ko-chi dan Chih Chen dengan mudah secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-10 dalam tempoh tidak sampai setengah jam permainan.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.", "Pertemuan pertama berlangsung dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Soon Huat-Shevon secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-13."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220487/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia Wanita B-17: Malaysia Dalam Kumpulan A\n", "content": ["Majlis undian bagi saingan Kelayakan Piala Asia Wanita Bawah 17 Tahun (B-17) telah berlangsung semalam, di AFC House, Bukit Jalil. Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A. ", "Skuad berjulukan Malayan Tigress ini akan membuka kempen ini dengan menentang Kepulauan Mariana Utara diikuti Indonesia dan ditutup dengan Thailand merangkap hos pada 26, 28 dan 30 April hadapan masing-masing.", "Untuk makluman semua, juara bagi setiap kumpulan akan layak mara ke Pusingan 2.", "Di Pusingan 2 kelak, lapan pasukan yang layak akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Dan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan dapat menyertai pusingan akhir Piala Asia Wanita B-17 2024 yang akan berlangsung di Indonesia.", "Empat pasukan ini akan menyertai tiga pasukan pilihan iaitu juara bertahan Kejohanan AFC Wanita B-16 2019 iaitu Jepun serta Korea Utara, China serta tuan rumah, Indonesia untuk memburu gelaran juara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323370/", "headline": "\nRahadiazli Kongsi Gambar ‘X-Ray’ Selepas Tersisih Daripada Skuad B-22 Negara Ke Kemboja\n", "content": ["Desas-desus penyokong bola sepak tempatan seolah-olah terjawab setelah penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim berkongsi gambar “x-ray” tangannya di Instagram miliknya. ", "Desas-desus mengenai pemain berusia 22 tahun itu timbul selepas namanya dipinggirkan daripada senarai akhir ke Kemboja dan mengaitkan situasi tersebut dengan prestasi kurang memuaskan ketika Piala Merlion di Singapura tempohari.", "Tindakannya menguatkan lagi makluman pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa nama Rahadiazli terpaksa digugurkan berikutan masalah kecederaan tangan yang menimpanya.", "Dalam pada itu, FAM telah mengumumkan senarai 20 pemain yang bakal menyahut cabaran Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja. Seramai lima daripada 25 pemain yang tersenarai ke kem latihan pusat baru-baru ini disisihkan.", "Empat pemain lain yang tidak menyertai skuad bawah 22 tahun kebangsaan pada kali ini ialah Syakimi Karim (Negeri Sembilan FC), Zharmien Ashraf (Kedah Darul Aman FC), Fakrul Fareez (Selangor FC) dan Nadzwin Salleh (Kuala Lumpur City FC).", "Hampir keseluruhan skuad Harimau Muda ke Kemboja merupakan sebahagian besar daripada skuad kebangsaan yang menjuarai Piala Merlion dengan tambahan dua pemain Liga Super, Mukhairi Ajmal (Selangor FC) dan Sikh Izhan (Negeri Sembilan).", "Senarai Akhir 20 Pemain Harimau Malaya B-22 Ke Sukan Sea 2023 Di Phnom Penh, Kemboja Bermula 3 Mei Ini", "Baca penuh di https://t.co/tQuVJxbjyW#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/wsYOq3d1lJ", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 1, 2023", "Harimau Muda telah tiba di Kemboja bagi menghadapi saingan Kumpulan B bagi menentang Laos (3 Mei), Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei) di Stadium Prince, Phnom Penh. ", "Untuk makluman, FAM telah meletakkan sasaran layak ke pentas akhir buat skuad Harimau Muda untuk membawa pulang pingat emas mahupun perak ke tanah air pada temasya Sukan SEA kali ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202214750/", "headline": "\nTerbuka India: Vivian-Chiew Sien Mara Ke Pusingan 16 Secara Automatik\n", "content": ["Pasangan beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien berjaya mara ke Pusingan 16 dalam kejohanan Terbuka India 2022 secara automatik. ", "Hal ini selepas beregu yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini merangkap pasangan ranking 88 dunia ini mendapat ‘walkover’ ekoran lawan mereka, beregu Indonesia, Fitriani dan Yulia Susanto tidak beraksi di Pusingan 32.", "Sehubungan itu, Vivian-Chiew Sien akan menantikan samada gandingan beregu India-Amerika iaitu Srivedya Gurazada-Ishika Jaiswal atau beregu India, Megha Morchana Bora-Leela Lakshmi Rachapalli yang akan menjadi lawan mereka di Pusingan 16.", "Untuk makluman semua, Vivian-Chiew Sien mula membentuk gandingan bersama sejak Oktober lalu dan telah menyertai enam kejohanan pada tahun lalu. Sebagai rekod, gandingan ini tidak pernah melepasi Pusingan 16 daripada enam kejohanan yang mereka sertai itu.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112368/", "headline": "\n‘Tolong Fikirkan Mereka Yang Baru Ceburi Bola Sepak’ – Reaksi Pengurus Pasukan Terhadap Pembubaran Perak II\n", "content": ["Pengurus Pasukan, Mohd Rashidi Abdul Rahim meminta pihak pengurusan tidak terburu-buru membuat keputusan untuk membubarkan ‘feeder club’ atau ‘reserve team’ (pasukan simpanan) Perak II. ", "Keputusan membubarkan Perak II akan menyebabkan beberapa pemain serta jurulatih di pasukan tersebut akan kehilangan pasukan pada musim hadapan.", "Difahamkan ada beberapa pemain Perak II akan diserap masuk ke skuad utama, namun begitu, Rashidi berpandangan, perkara ini boleh membunuh karier dan semangat pemain-pemain yang tidak terpilih menyertai skuad utama yang akan beraksi dalam saingan Liga Premier 2022.", "Baca: Hanya 3 ‘Reserve Team’  Sahaja Terus Warnai Saingan Liga Malaysia, Perak II Dibubarkan", "“Kita sedia maklum, pasukan utama turut menggunakan khidmat pemain dari Perak FC II, malah ada yang sudah melebihi umur untuk diserap ke pasukan Piala Presiden atau Belia.", "“Tolonglah fikirkan mereka yang baru sahaja ceburi bidang ini, ia akan bunuh karier dan semangat mereka secara tidak langsung jika kita tutup feeder club ini.” katanya seperti dipetik daripada Bernama.", "Sebaliknya, Rashidi mengharapkan Perak II dikekalkan dan diberikan peluang untuk beraksi dalam saingan divisyen ketiga bola sepak negara iaitu Liga M3 pada tahun hadapan.", "“Kita gilap lagi bakat sedia ada, cari lagi muka baharu yang bagus untuk dibawa ke dalam pasukan, dedahkan mereka dalam Liga M3, saya yakin ia akan membuahkan hasil.” katanya lagi.", "Baca: Liga Premier 2022 Disertai 10 Pasukan Sahaja Selepas Perak II ‘Diturunkan Pangkat’ Ke Liga M3", "Dua hari lalu, media melaporkan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohamad mengumumkan membubarkan pasukan simpanan tersebut bagi menumpukan perhatian kepada skuad utama dalam saingan Liga Premier."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324106/", "headline": "\nYusri Che Lah Ganti Lim Teong Kim Kemudi Perak FC – Berkuat Kuasa Serta-Merta\n", "content": ["Perak FC mengumumkan Datuk Lim Teong Kim tidak lagi bersama pasukan Liga Super mereka berkuat kuasa serta-merta dan Yusri Che Lah akan mengambil alih posisinya selaku Ketua Jurulatih Sementara. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan kelab milikan XOX Pro Sport Sdn Bhd itu dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasmi kelab.", "Teong Kim menjadi jurulatih Liga Super ketiga musim ini yang tidak lagi bersama pasukan masing-masing selepas Choi Moon-sik (Kelantan) dan Tomas Trucha (Kelantan United) walaupun saingan liga masih belum sampai di pertengahannya lagi.", "Kenyataan itu jelas mengejutkan pelbagai pihak biarpun ramai telah menjangkakan pengumuman tersebut rentetan prestasi kurang memberangsangkan yang telah dipamerkan skuad berjulukan Sang Seladang itu sejak awal musim ini. ", "Perak FC berpisah dengan Datuk Lim Teong Kim—Perak FC part ways with Datuk Lim Teong Kim", "⚪🟡⚫#RiseAsOne #ONEXOX #PerakFC #XOXMalaysia pic.twitter.com/yH3kAJ5buO", "— Perak Football Club (@perakfcofficial) May 25, 2023", "Untuk rekod, Teong Kim telah dilantik sejak September 2022 dan telah mengendalikan 13 perlawanan yang berkesudahan dengan hanya dua kemenangan, dua keputusan seri dan lapan kekalahan dicatatkan termasuk penyingkiran pusingan kedua Piala FA 2023 menentang Sri Pahang FC.", "Yusri pula bukanlah wajah baharu buat kem Perak FC. Pengendali berusia 47 tahun itu telah membimbing Sang Seladang bagi mengharungi Liga Premier 2022 sebelum dilantik selaku ketua jurulatih Perak FC II pada musim ini.", "Bersama Perak II, mereka kini menduduki tangga kelima Kumpulan B setelah mengutip lapan mata dan berkongsi mata dengan Selangor II dalam misi berada di dalam kelompok empat pasukan terbaik untuk mara ke pusingan kedua Piala MFL 2023. ", "Perak kini hanya berbaki tiga perlawanan bertemu Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC dan PDRM FC sebelum jendela perpindahan kedua dibuka pada Julai 2023 dalam misi untuk mereka mengelakkan diri daripada zon bawahan liga.", "Featured Image: Perak Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113764/", "headline": "\nPrestasi Faisal, Arif ‘On Form’ & Selayaknya Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan\n", "content": ["Dua pemain Terengganu FC iaitu Faisal Halim dan Arif Fadzilah sememangnya layak disenaraikan untuk menyertai skuad kebangsaan menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2020.", "Ketika beraksi di perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia menentang Sarawak United semalam, Faisal berhasil menjaringkan satu gol manakala Arif pula menghasilkan satu ‘assist’ yang membantu Terengganu mencatatkan kemenangan bergaya 4-2 sekaligus menempah tiket ke separuh akhir menerusi aggregat 6-3.", "Secara keseluruhan, Faisal atau dikenali sebagai Mickey dalam kalangan rakan sepasukan dan penyokong telah mengumpul 6 gol serta 4 ‘assist’ bersama Terengganu dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.", "“Bagi saya dengan prestasi untuk pasukan sekarang, dengan kedua-dua pemain itu adalah pemain utama, (mereka) memang selayaknya dipanggil, ", "“Tengok dari segi (prestasi) Faisal Halim dengan (Arif Fadzilah) pemain yang tengah ‘on form’ sekarang, sepatutnya diberikan peluang dan dipanggil, ianya baik untuk pemain (tersebut) dan pasukan (Malaysia).” ulas ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengenai penyenaraian Faisal dan Arif bersama skuad kebangsaan.", "Pentas Piala Malaysia kali ini bukan sahaja menunjukkan Faisal semakin tajam di hadapan gawang menerusi rekod 6 jaringan tersebut. Pemain berusia 23 tahun ini turut menunjukkan kemampuannya beraksi di pelbagai posisi di bahagian serangan. ", "Sejak penghujung saingan Liga Super, Faisal mula dipertaruhkan oleh Nafuzi sebagai penyerang sayap kiri atau ‘inverted winger’ dan tugasan tersebut dimainkan oleh Faisal dengan jayanya.", "Perkara ini pastinya akan memberikan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe lebih pilihan untuk menggunakan khidmat Faisal dalam kempen Piala AFF yang akan bermula pada awal bulan hadapan.", "Sementara Arif pula semakin mengukuhkan namanya selaku salah seorang pertahanan kiri terbaik dalam saingan bola sepak tempatan dek aksinya yang konsisten sepanjang musim ini.", "Untuk rekod, Faisal dan Arif merupakan dua pemain Terengganu yang disenaraikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama-sama 26 pemain yang lain untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112224/", "headline": "\nUsah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber\n", "content": ["Penyokong dan peminat tempatan usah terkejut sekiranya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan hampir kesemua pemain muda pada dua kejohanan utama iaitu Piala Sudirman dan Piala Thomas/Uber yang akan berlangsung kelak.", "Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann memaklumkan senarai pemain yang akan dipilih untuk di bawa menyertai dua kejohanan utama tersebut akan diumumkan pada Sabtu ini.", "“Kita sedang dalam penilaian akhir (untuk memilih pemain) yang mana salah satu daripada penilaian itu adalah berdasarkan keputusan daripada kejohanan ranking dalaman yang akan berakhir esok (hari ini).", "“Dengan barisan pemain yang ada, saya akui kita agak ketinggalan berbanding pasukan seperti Jepun dan Indonesia, namun saya percaya pemain muda kita juga mempunyai elemen kejutan.", "“Diharapkan mereka boleh buktikan yang kita mempunyai barisan pemain masa depan yang bagus,” katanya.", "Difahamkan, keputusan BAM untuk menyenaraikan pemain-pemain muda di dua kejohanan ini adalah sebagai pendedahan awal serta persiapan untuk mereka beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 nanti.", "Piala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bersama-sama Jepun, England & Mesir https://t.co/cKaF0iXHx4 pic.twitter.com/7It9tBESaX", "Untuk pengetahuan semua, skuad negara akan menghadapi kejohanan Piala Sudirman bermula 26 September hingga 3 Oktober di Vantaa, Finland.", "Baca: Undian Piala Thomas & Uber 2020 – Kedua-Dua Pasukan Malaysia Dalam Kumpulan D", "Berselang seminggu kemudian, skuad negara akan terbang ke Aarhus, Denmark untuk menyertai saingan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 yang dijadualkan bermula 9 hingga 17 Oktober.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218543/", "headline": "\nNorizam: Lebih Adil Untuk Semua Pasukan, Nak Pakai 9 Import Atau Tak Terpulang\n", "content": ["Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman nampaknya menyambut baik penstrukturan Liga Super yang akan ditandingi 18 buah pasukan serta beberapa pembaharuan baharu yang dibawakan Malaysian Football League (MFL).", "Ini termasuk dengan pengenalan pertambahan kuota pemain import yang membolehkan semua pasukan mendaftarkan 9 pemain asing bermula saingan musim hadapan.", "“(Pertambahan pemain import) lebih adil untuk pasukan. Nak pakai import 9 (pemain) atau tak terpulang. Kita di Kelantan akan ambil (pemain-pemain) import dari pasukan Thailand atau negara-negara asia yang punya pemain muda.” ", "“Insya-Allah boleh dapat harga bawah 2,000 dolar Amerika Syarikat.” katanya menjawab soalan daripada seorang penyokong di laman sosialnya.", "Baca – Liga Super 2023: Kini, Semua Pasukan Boleh Miliki 9 Pemain Import", "Sebelum ini, kelebihan untuk mendaftarkan 9 pemain import ini hanya dimiliki oleh pasukan-pasukan yang mempunyai feeder club atau reserved team seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu dan Selangor.", "Pada masa yang sama, MFL turut mengumumkan penubuhan sebuah saingan untuk pembangunan pemain-pemain bawah 23 tahun (B-23) iaitu Liga Simpanan.", "Dengan pengumuman ini, setiap pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Super dikehendaki untuk mengadakan pasukan B-23 masing-masing untuk beraksi dalam kancah ini.", "Perkara itu turut disokong oleh Norizam dan ianya tidak dilihat menjadi satu bebanan buatnya. Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan turut mendedahkan perancangan awalnya untuk menggunakan khidmat pemain-pemain skuad Piala Presiden (pemain bawah 21 tahun) untuk dibariskan di dalam skuad yang akan beraksi dalam saingan Liga Simpanan kelak.", "Secara keseluruhannya, Norizam yang mengambil alih pemilikan skuad berjulukan The Red Warriors bermula sekitar September 2020 sangat positif dengan penstrukturan baharu ini terutamanya dengan peningkatan perlawanan kepada 34 semusim.", "Baginya, peningkatan jumlah perlawanan ini dijangkan membuatkan penaja-penaja berebut untuk membuat tajaan kerana peningkatan paparan jenama secara langsung meningkatkan pendapatan. ", "Sebagai tambahan, di dalam hantaran di laman sosialnya, Norizam turut mensasarkan Kelantan FC mampu menjana pendapatan RM8 juta hingga RM10 juta sekaligus dapat mencatatkan keuntungan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207710/", "headline": "\n‘Celah Kelangkang’ Gustavo Berdarah Setelah Kemaluannya Dipijak Pemain Corinthians\n", "content": ["Pertahanan Flamengo, Gustavo Henrique dilaporkan mengalami ‘kecederaan parah’ pada bahagian celah kelangkangnya ketika menentang Corinthians dalam saingan Serie A Brazil, semalam.", "Difahamkan pertahanan berusia 27 tahun menerima kecederaan tersebut pada separuh masa pertama. Ia berpunca daripada tindakan pemain Corinthians yang terpijak bahagian kemaluan Gustavo secara tidak sengaja.", "Flamengo CB Gustavo Henrique has been subbed off after suffering from a testicle injury. Painful pic.twitter.com/h1yJjXhPU7", "Sejurus kejadian tersebut, sekitar minit ke-39, dia meluru keluar daripada padang menuju ke bilik persalinan dengan seluar yang dilumuri darah. Di bilik persalinan, pihak perubatan memeriksa dengan rapi kecederaan yang dialami oleh Gustavo.", "Bagaimanapun, menerusi satu makluman oleh Gustavo di laman twitternya, dia telah pulih daripada kecederaan tersebut dan bakal kembali berlatih bersama pasukan dalam masa terdekat.", "Bom dia nação!!! Passando pra agradecer a todas as mensagens de apoio e dizer que já estou em recuperação para voltar o quanto antes pra ajudar o mengão!!! Muito obrigado a todos. Tmj 🔴⚫️ pic.twitter.com/njRWxuO0tE", "“Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej sokongan (kepada saya) dan saya sudah pulih dan akan kembali membantu pasukan. Terima kasih semua!” katanya.", "Untuk makluman, perlawanan di antara Corinthians dan Flamengo berkesudahan dengan keputusan 1-5 berpihak kepada pasukan pelawat. Kemenangan itu melonjak kedudukan Flamengo di tempat kedua dengan 34 kutipan mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218212/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu No.3 Indonesia Sekat Sze Fei-Izzuddin Ke Pentas Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.3 Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto menyekat pasangan negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin daripada mara ke pentas akhir saingan Terbuka Malaysia 2022.", "Kemaraan itu disekat Fajar-Ardianto yang turut menghuni ranking ketujuh dunia di peringkat separuh akhir saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena pada hari ini.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Semi final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅14 12 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "🕗 in 37 minutes https://t.co/DIxc95SN18", "— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Izzuddin ditumpaskan secara “straight set” oleh Fajar-Ardianto dengan skor 14-21 dan 12-21 dalam tempoh masa menghampiri 40 minit permainan. ", "Untuk makluman semua, keputusan yang tercatat pada hari ini menjadikan Sze Fei-Izzuddin telah tumpaskan kepada Fajar-Ardianto sebanyak enam kali daripada tujuh pertemuan di peringkat antarabangsa.", "Sementara itu, Fajar-Ardianto yang memenangi perlawanan ini dan mengesahkan diri ke pentas akhir akan bertemu samada beregu Malaysia yang menghuni ranking keenam dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik atau beregu No.2 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi pada hari esok.", "Featured Image: Petronas Brands Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322295/", "headline": "\nAll England 2023: Juara Edisi 2021 Singkir Pearly-Thinaah Di Pusingan 32\n", "content": ["Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 yang membuka tirainya semalam telah pun mengorbankan dua wakil beregu wanita negara seawal di peringkat Pusingan 32.", "Pasangan No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan mendapat kejutan awal daripada saingan bertaraf Super 1000 ini apabila tumpas kepada wakil Jepun merangkap juara edisi 2021, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023WD – R32 🇯🇵Mayu MATSUMOTO🏅21 15 21 🇯🇵Wakana NAGAHARA🏅 🇲🇾TAN Pearly13 21 15 🇲🇾THINAAH Muralitharan", "— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023", "Dalam pertembungan yang berlangsung hampir satu jam permainan itu, Pearly-Thinaah terpaksa akur tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 15-21 dan 15-21.", "Untuk makluman, ini merupakan julung kalinya Pearly-Thinaah tumpas kepada Matsumoto-Nagahara di pentas antarabangsa. Dua pertemuan lalu memperlihatkan kemenangan berpihak kepada Pearly-Thinaah secara berturut-turut.", "Pada masa yang sama, ini juga merupakan pencapaian terburuk Pearly-Thinaah di kejohanan All England dimana mereka berhasil mara sehingga ke peringkat suku akhir dua kali secara berturut-turut sejak edisi 2021.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023WD – R32 🇫🇷Margot LAMBERT🏅21 18 21 🇫🇷Anne TRAN🏅 🇲🇾Vivian HOO19 21 15 🇲🇾LIM Chiew Sien", "— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023", "Sementara itu, sepasang lagi wakil negara dalam kategori ini, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien turut menerima nasib yang sama apabila tumpas kepada beregu Perancis, Margot Lambert dan Anne Tran dalam satu pertarungan sengit selama lebih satu jam yang berkesudahan dengan pungutan mata 19-21, 21-18 dan 15-21.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216974/", "headline": "\nPemain Kacukan Rowley Diarahkan Untuk Tumpu Kepada Aspek Defensif\n", "content": ["Tanggungjawab pemain tengah kacukan Australia-Malaysia, David Rowley bersama pasukan Sri Pahang FC sedikit berbeza berbanding pasukan-pasukan yang disertainya sebelum ini.", "Menurut pemain berusia 32 tahun itu, bersama Sri Pahang kendalian jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel pada musim ini, dia diarahkan untuk memberikan tumpuan lebih kepada aspek bertahan di kawasan tengah.", "Ini merupakan sesuatu yang berbeza buat Rowley memandangkan sebelum ini dia lebih banyak bertumpu kepada aspek menyerang dan melorongkan bola kepada rakan sepasukan semasa menyerang. ", "“Jurulatih, Gamel banyak menekankan saya untuk fokus pada aspek bertahan di bahagian tengah dan tidak terlalu naik ke atas semasa kami menyerang.", "“Ini satu tugas baru bersama Sri Pahang untuk musim ini dan saya perlu mengikut apa jua arahan disampaikan jurulatih.", "“Namun, saya masih boleh juga membantu pasukan pada situasi sepakan penjuru cuma tuah untuk lakukan jaringan belum lagi hadir,” katanya.", "Untuk perlawanan seterusnya, Rowley bakal turun menentang bekas pasukannya, Penang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada malam esok.", " Dan Rowley menjangkakan pertembungan antara Sri Pahang menentang bekas pasukannya itu akan berlangsung sengit memandangkan kedua-duanya terdesak untuk mencipta kemenangan suluang pada musim ini.", "“Kedua-dua pasukan dalam situasi terdesak bagi mencari kemenangan pertama pada musim ini dan saya jangkakan aksi sengit bakal terjadi di Darul Makmur.", "“Saya masih menghormati Penang FC, yang merupakan bekas pasukan saya pada musim lalu dan mereka masih pasukan yang baik.", "“Tomas Trucha adalah antara jurulatih terbaik yang saya kenali dan biarpun dengan bajet kecil, beliau masih mampu membawa pasukan dengan baik sejak musim lalu.", "“Namun, Sri Pahang juga dahagakan tiga mata dan kami mahu bangkit setelah tidak bernasib baik dalam beberapa perlawanan yang lalu, jika menang, saya percaya ia mampu menjadi titik kebangkitan pasukan dalam pentas Liga Super,” jelasnya.", "Sebagai rekod, selain Penang, Rowley turut pernah beraksi bersama Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218432/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Ng Tze Yong Lawan Pemain No.1 Indonesia Di Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan badminton negara, Ng Tze Yong akan turun menentang pemain No.1 Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting di peringkat suku akhir Terbuka Singapura. ", "Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang menghuni ranking ke-47 dunia ini berjaya mara ke peringkat tersebut selepas membuat kejutan menyingkirkan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu di Pusingan 16, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong merakamkan kemenangan ke atas pemain No.15 dunia itu secara “straight set” dengan pungutan mata 21-15 dan 21-13 dalam tempoh masa 33 minit permainan.", "Singapore Open 2022MS – Round of 1621 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅15 13 🇭🇰Cheuk Yiu LEE", "🕗 in 33 minutes https://t.co/2Uggrt2I9F", "— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2022", "Kemenangan inilah yang membawanya ke suku akhir bertemu Ginting merangkap penghuni ranking keenam dunia di peringkat suku akhir saingan Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.", "Untuk makluman semua, Ginting melangkah ke suku akhir setelah menumpaskan pemain Taiwan, Lin Chun-Yi menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 19-21 dan 21-16.", "Sebagai tambahan, pertembungan antara Tze Yong dan Ginting yang akan berlangsung pada hari esok merupakan julung kali di pentas antarabangsa.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand / Instagram Anthony Sinisuka Ginting"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323280/", "headline": "\n5 Fakta Istimewa Karier Badminton Liew Daren\n", "content": ["Atlet perseorangan lelaki negara, Liew Daren secara rasminya telah menggantung raket dan meninggalkan dunia badminton selaku pemain tetapi tidak memberikan bayangan jelas hala tujunya selepas ini.", "Mari Sukanz singkap fakta-fakta istimewa detik naik dan turun melibatkan bekas pemain berusia 35 tahun ini sepanjang 20 tahun berkarier sebagai pemain badminton:", "Mula mewakili negara sejak 2003, Liew Daren tidak pernah layak menyertai Sukan Olimpik sepanjang 20 tahun kariernya untuk Malaysia bersamaan lima edisi temasya tersebut diadakan. ", "Biarpun kerap diletakkan selaku perseorangan lelaki kedua negara, Daren hanya pernah sekali menyertai kelompok 10 pemain terbaik dunia pada Disember 2013 selama seminggu sebelum kembali berada di luar kelompok tersebut.", "Liew Daren boleh dikatakan pernah mencapai tahap terendah dalam kariernya. Selepas kejayaannya berada di tangga ke-10 dunia, prestasinya tidak menentu dan graf kedudukannya terus menghampiri ranking ke-200 dunia. ", "Pada April 2016, Liew Daren berada di ranking ke-192 dan ke-198 dunia sebelum pamer aksi cemerlang pada suku keempat tahun 2016 dengan muncul naib juara di Korea Masters dan Chinese Taipei. Kemenangan itu kembali meletakkan dirinya dalam kelompok 50 terbaik dunia. ", "Liew Daren boleh digelar sebagai “dark horse” dalam setiap kejohanan yang menyaksikan dirinya membawa pulang pingat ke tanah air tatkala dirinya diletakkan sebagai pemain bukan pilihan kejohanan. ", "Berada di kedudukan yang tidak cukup untuk meletakkan dirinya selaku pilihan, Liew Daren berjaya meraih gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia BWF (2018), juara Terbuka Perancis (2012), naib juara dalam dua Kejohanan Grand Prix BWF 2016 dan juara Chinese Taipei Satellite (2005). ", "Kejohanan All England 2023 menjadi satu detik bersejarah buat Liew Daren apabila berada di pentas eropah bukan hanya sebagai pemain malahan sebagai jurulatih kepada pemain lain yang turut beraksi dalam kejohanan yang sama.", "Seperti diketahui umum, Liew Daren yang terkandas awal di pusingan 32 telah menjadi jurulatih separuh masa kepada perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas jurulatih, Indra Wijaya.", "Liew Daren pernah mengetuai cabaran negara dalam saingan Piala Thomas 2014 biarpun dibarisi atlet badminton lelaki yang sedang di kemuncak seperti Datuk Wira Lee Chong Wei dan Tan Boon Heong.", "Menariknya, skuad negara diketuai Daren berjaya mara sehingga ke pentas akhir sebelum tewas kepada Jepun dengan keputusan 3-2 yang menyaksikan Malaysia terus kempunan kejuaraan sejak kali terakhir memenangi kejohanan tersebut pada tahun 1992. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324367/", "headline": "\nPiala Remaja Asia: Skuad Hoki Negara Perbaiki Rekod Edisi 2015\n", "content": ["Skuad hoki remaja negara terpaksa akur menamatkan saingan di tempat keempat Piala Remaja Asiaselepas tewas kepada Korea Selatan namun berjaya memperbaiki pencapaian edisi lalu. ", "Skuad bimbingan Amin Rahim itu cuba mengulangi kemenangan 3-1 ke atas lawan yang sama mereka capai di peringkat Kumpulan B tetapi sebaliknya berlaku. ", "Malaysia terlebih dahulu ketinggalan menerusi pukulan sudut penalti Lim Do-hyun sebelum merapatkan semula kedudukan hasil jaringan Adam Ashraf dan menamatkan separuh masa pertama dengan skor 1-1.", "Full TimeKorea Win Bronze Medals in Junior Asia Cup Salalah 2023 #mjac2023#WatchHockey#asiahockey pic.twitter.com/yv6cfaOHHl", "— Asian Hockey Federation (@asia_hockey) June 1, 2023", "Bersambung babak kedua perlawanan, jaringan Yoo Seung-ho pada minit ke-37 menjadi batu penghalang buat Malaysia untuk meraih tempat ketiga kejohanan setelah keputusan 2-1 kekal sehingga tamat permainan. ", "Pada edisi 2015, Malaysia di bawah kendalian Arul Selvaraj sekadar menduduki tangga kelima kejohanan selepas menewaskan Bangladesh dengan keputusan 8-0 dalam aksi akhir penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan. ", "Bagaimanapun, Malaysia yang sudah mengesahkan tempat mereka dalam Piala Dunia Remaja selaku tuan rumah boleh menganggap kejohanan ini sebagai medan persediaan pasukan selepas memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2023. ", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110451/", "headline": "\nKetiadaan Quang Hai Khabar Gembira & Boleh Diambil Kesempatan oleh Malaysia\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe merasakan ketiadaan kelibat pemain perancang dan peledak pasukan Vietnam, Nguyen Quang Hai memberikan sedikit khabar gembira buat pasukannya.", "Quang Hai tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya menentang Malaysia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kerana dilayangkan kad kuning dalam perlawanan menentang Indonesia, awal pagi tadi.", "Ia menyebabkan dia telah mengumpul dua kad kuning sekaligus perlu menjalani satu penggantungan perlawanan.", "“Kita tahu Nguyen Quang Hai merupakan seorang perancang dan penyumbang gol untuk pasukan Vietnam, (kehilangannya) mungkin (beri) khabar gembira untuk skuad kebangsaan tetapi saya rasa jurulatih Park (Hang-seo) pun ada mengatakan dia tidak terlalu khuatir tentang kehilangan pemain bernombor 19,", "“Malah dia ada perancangan lain untuk menggantikan pemain nombor 19 ini tetapi mungkin kita kena ambil kesempatan (atas) ketiadaan Nguyen Quang Hai supaya kita dapat bermain sebagai sebuah pasukan dan jentera serangan lebih berkesan pada kali ini.” katanya dalam sidang media dalam talian pada hari ini.", "Untuk makluman, Quang Hai merupakan salah seorang pemain yang menyumbangkan gol ketika skuad Naga Emas meratah Indonesia 4-0 di Stadium Al Maktoum. Jaringannya hadir pada babak kedua menerusi satu rembatan kuat dari luar kotak penalti.", "Sebagai rekod, Quang Hai juga merupakan penjaring gol tunggal ketika menumpaskan Malaysia 1-0 pada aksi ‘home’ peringkat Kumpulan G di Stadium My Dinh, Hanoi pada oktober 2019 yang lalu.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216199/", "headline": "\nAll England 2022: Beregu No.64 Dunia Halang Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dihalang daripada mencipta rekod dalam karier mereka, mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) buat pertama kali.", "Ini disebabkan pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia itu ditumpaskan oleh beregu Korea yang menghuni ranking ke-64 dunia, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong pada peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022WD – Quarter final 🇰🇷Na Eun JEONG🏅15 21 21 🇰🇷Hye Jeong KIM🏅21 17 9 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 79 minutes https://t.co/5SaVM7zcxX", "Pada mulanya, pertarungan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini berkesudahan dengan Pearly-Thinaah memenangi set pertama dengan skor 21-15. Bagaimanapun, Pearly-Thinaah hilang rentak sedikit demi sedikit bermula set kedua sekaligus tumpas dengan skor 17-21 dan 9-21.", "Untuk makluman semua, kemaraan Pearly-Thinaah ke suku akhir saingan Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini menyamai pencapaian ketika menyertainya buat pertama kali pada edisi lalu yang turut berakhir di peringkat yang sama.", "Sementara itu, Na-eun dan Hye-jeong akan bertemu beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida, beregu ketujuh dunia di peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada malam esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113230/", "headline": "\nTiga Pelumba Remaja Raih Tiket ke FIM MiniGP Siri Dunia 2021\n", "content": ["Seramai tiga orang pelumba remaja telah disahkan akan menyertai perlumbaan FIM MiniGP Siri Dunia 2021 yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol pada bulan hadapan.", "Tiga pelumba bertuah tersebut ialah Farres Putra, Emil Idzhar dan Farish Hafiy yang muncul selaku juara, naib juara dan tempat ketiga secara keseluruhan dalam saingan FIM MiniGP Malaysia 2021 yang diadakan di Litar Kart Antarabangsa Sepang.", "Farres muncul juara selepas mengumpul 135 mata daripada empat siri perlumbaan. Sementara itu, Emil dan Farish pula meraih 122 dan 120 mata masing-masing untuk menduduki tempat kedua dan ketiga.", "FIM MiniGP Malaysia 2021: Peluang Pelumba Remaja Tempah Tiket ke Pentas Antarabangsa", "Untuk makluman semua, kesemua pelumba yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini berusia antara 11 hingga 14 tahun. Manakala untuk jentera pula, kesemua mereka menunggang jentera keluaran Itali, Ohvale yang berkuasa 160cc.", "FIM MiniGP Malaysia yang merupakan kejohanan pembangunan peringkat akar umbi yang dianjurkan bersama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing Team.", "Sebagai tambahan, ketiga-tiga pelumba remaja ini akan berlepas ke Valencia, Sepanyol pada 6 November kelak.", "Featured Image: FIM MiniGP Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111578/", "headline": "\nTidak Kekal Bersama Barcelona, Kemana Hala Tuju Lionel Messi?\n", "content": ["FC Barcelona mengumumkan penyerang profiliknya, Lionel Messi tidak akan bersama kelab tersebut selepas daripada saat ini. ", "Perkembangan penuh kejutan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Barcelona menerusi pelbagai platform media sosialnya, awal pagi ini.", "LATEST NEWS | Leo #Messi will not continue with FC Barcelona", "Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Barcelona, kedua-dua pihak telah mencapaai persetujuan dan niat yang jelas untuk menandatangani kontrak baharu pada hari ini. ", "Bagaimanapun, ianya tidak dapat direalisasikan kerana kekangan kewangan dan struktur regulasi Liga Sepanyol. ", "Oleh demikian, Messi yang menyarung jersi skuad Blaugrana sejak dua dekad yang lalu tidak boleh bermain bersama mereka pada saingan musim baharu nanti.", "Menarik untuk disaksikan, kemanakah hala tuju seterusnya buat penyerang yang telah mengumpul 672 gol bersama Barcelona ini?"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324163/", "headline": "\nOppo Lantik Kaka Sebagai Duta Jenama Global Untuk Liga Juara-Juara UEFA\n", "content": ["Bekas pemain yang pernah menjulang trofi Piala Dunia 2002 bersama skuad kebangsaan Brazil, Ricardo Izecson Dos Santos Leite atau terkenal dengan nama panggilan Kaka kini berperanan sebagai Duta Jenama Global Oppo untuk kerjasamanya dengan Liga Juara-Juara UEFA.", "Perkembangan itu hadir menerusi makluman daripada syarikat teknologi pintar global dari China itu sendiri, Oppo.", "I‘m delighted to join your team as an ⁦⁦⁦@oppo⁩ Global Brand Ambassador! Let’s get out there and witness the glory of the game. #MakeYourMiracle #UCL pic.twitter.com/5c1B3RTSR7", "— Kaka (@KAKA) May 25, 2023", "Selaku Duta Jenama Global, Kaka akan melawat Jakarta, Indonesia serta Beijing, China pada 3 dan 6 Jun masing-masing untuk siri aktiviti bersama Oppo. ", "Selain itu, pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA yang akan menemukan Inter Milan dan Manchester City pada 11 Jun (waktu Malaysia) kelak, Kaka akan turun ke venue perlawanan akhir iaitu Stadium Olimpik Atarturk, Istanbul untuk bertemu para peminat di reruai Oppo dan mengambil gambar menggunakan telefon pintar Oppo Find N2 Flip dan Oppo DFind X6 Pro.", "Untuk makluman, ini merupakan kepulangan semula Kaka ke Stadium Olimpik Ataturk selepas bersama AC Milan ketika menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2005."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325492/", "headline": "\nHoka Tawar Promosi Eksklusif Sempena Pembukaan Butik Di Suria KLCC – Sehingga 31 Ogos\n", "content": ["Jenama yang kian menitip di bibir peminat sukan larian maraton dan lasak, Hoka secara rasminya membuka cawangan pertamanya di Malaysia bertempat di pusat beli-belah Suria KLCC – Lot 388, Aras 3. ", "Pembukaan itu sekaligus membolehkan Hoka menyediakan peminat dan pembelinya merasai pengalaman baharu dengan menampilkan kepelbagaian aneka pilihan kasut yang berkualiti tinggi.", "Selain itu, butik Hoka turut menjanjikan pengalaman yang berbeza kepada pelanggan yang hadir untuk membeli-belah di situ seperti penyediaan pembantu yang arif di dalam pemilihan kasut yang berpadanan dengan kriteria pengguna idamkan.", "Antara kriteria yang sering menjadi keutamaan adalah seperti keselesaan, ketahanan, keunikan tambahan. Kesemua ini akan diterangkan oleh pembantu yang mahir dalam pemilihan kasut yang terbaik kepada pengguna.", "Bersempena dengan pembukaan butik tersebut, Hoka menawarkan promosi eksklusif kepada pengguna bermula dari 14 Julai hingga 31 Ogos – setiap pembelian mana-mana produk Hoka di dalam jangkauan masa yang ditetapkan akan berpeluang untuk menyertai “Team Hoka” di dalam HOKA Fly Run KL pada 6 Ogos 2023.", "Penyertaan di atas akan turut disertakan dengan barangan eksklusif daripada Hoka dan tanda penyertaan istimewa sebagai ahli kelab larian Hoka yang juga bakal menyertai larian tersebut.", "Sebagai tambahan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) REV Edition, Pornsak Chinawongwatana ketika ditemui selepas majlis pelancaran mendedahkan Hoka akan membuka dua lagi cawangan di Lembah Klang pada tahun ini.", "Untuk makluman, sebelum ini, jenama Hoka hanya boleh didapati menerusi kedai dan rangkaian sukan yang lain di Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324892/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Aidil Lepasi Pusingan Kelayakan Jelajah Dunia Yang Pertama Tahun 2023\n", "content": ["Perseorangan badminton lelaki negara yang menghuni ranking ke-122 dunia, Aidil Sholeh berhasil mara ke babak undian utama iaitu Pusingan 32 di Terbuka Taipei 2023 setelah melepasi peringkat kelayakan kejohanan terbabit, hari ini.", "Kemaraan itu hadir setelah pemain berusia 23 tahun ini melakar kemenangan pada Pusingan 1 Peringkat Kelayakan dengan menumpaskan pemain India, Subhankar Dey dengan skor 21-17, 18-21 dan 21-15 dalam tempoh satu jam dan sembilan minit permainan.", "Kemudiannya, Aidil berjaya menjelmakan satu lagi kemenangan ketika bertemu pemain Thailand, Korakrit Laotrakul pada Pusingan 2 Peringkat Kelayakan dengan keputusan 16-21, 22-20 dan 21-13 dalam tempoh satu jam permainan.", "YONEX Taipei Open 2023MS – Qual. QF16 22 21 🇲🇾Sholeh AIDIL🥇", "21 20 13 🇹🇭Korakrit LAOTRAKUL", "— BWFScore (@BWFScore) June 20, 2023", "Sementara itu, kemenangan ini membawa Aidil bertemu pemain Jepun yang menghuni ranking ke-11 dunia, Kenta Nishimoto di Pusingan 32 yang dijadualkan berlangsung pada hari esok. Berdasarkan rekod, kedua-duanya tidak bertemu setakat ini dan ianya akan menjadi pertarungan sulung melibatkan Aidil dan Kenta di pentas antarabangsa.", "Untuk makluman, ini merupakan kemaraan sulung buat Aidil ke babak undian utama dalam saingan Jelajah Dunia BWF yang disertainya sepanjang tahun ini.", "Bermula daripada saingan Malaysia Masters, hasrat Aidil untuk melepasi saingan peringkat kelayakan dikekang oleh pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Christian Adinata pada Pusingan 2 biarpun telah mencatatkan kemenangan pada Pusingan 1 dengan menumpaskan Magnus Johannesen dari Denmark.", "Dalam saingan Terbuka Thailand pula, Aidil dikecewakan oleh rakan senegara sendiri, Leong Jun Hao yang berjaya menumpaskannya pada Pusingan 3 peringkat kelayakan. Sebelum itu, Aidil berhasil mendapat ‘bye’ di Pusingan 1 dan meraih kemenangan bergaya ke atas pemain India di Pusingan 2."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215231/", "headline": "\nTV9 Siar Secara Langsung Aksi Harimau Muda Di Kejuaraan AFF B-23\n", "content": ["Persembahan skuad Harimau Muda kendalian Brad Maloney di pentas Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) yang berlangsung bermula 14-26 Februari kelak akan dapat ditonton secara langsung menerusi saluran televisyen percuma tempatan, TV9.", "Makluman mengenai perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh TV9 menerusi satu hantaran di pelbagai laman sosialnya, semalam.", "Untuk makluman semua, untuk kejohanan yang bakal berlangsung di Phnom Penh, Kemboja ini, skuad Harimau Muda telah diundi bersama-sama Myanmar, Laos dan Indonesia di dalam Kumpulan B.", "Bagi mengharungi kejohanan ini, Coach Brad telah memanggil 30 pemain untuk menyertai kem latihan pusat sejak 27 Januari lalu untuk mempersiapkan pasukan.", "Mereka juga telah melalui satu perlawanan persahabatan dengan menentang skuad Liga Super, Sabah FC pada Sabtu lalu dimana keputusannya berakhir dengan seri 1-1 hasil jaringan T. Saravanan dan Stuart Wilkins.", "Khamis nanti, skuad Harimau Muda ini akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Bola Sepak Cheras.", "Skuad Harimau Muda dijadualkan berlepas ke Kemboja pada 12 Februari hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219371/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Tiada Wakil Malaysia Mara Ke Peringkat Separuh Akhir\n", "content": ["Tiada sebarang wakil Malaysia berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Jepun 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Seramai tiga wakil negara yang beraksi di peringkat suku akhir pada hari ini, namun, ketiga-tiga tersingkir bermula beregu campuran, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing serta beregu lelaki, Ong Yew Sing dan Teo Ee Yi.", "Turut mengikut jejak langkah itu adalah beregu campuran, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei yang tumpas kepada juara Kejohanan Dunia BWF, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong. ", "DAIHATSU YONEX Japan Open 2022XD – Quarter final 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅10 13 🇲🇾Pang Ron HOO 🇲🇾Ee Wei TOH", "🕗 in 27 minutes https://t.co/ftlhhRN1zZ", "— BWFScore (@BWFScore) September 2, 2022", "Pang Ron-Ee Wei yang berada di ranking ke-62 dunia tumpas dalam perlawanan tersebut secara “straight set” dengan skor 10-21 dan 13-21 dalam tempoh masa 27 minit sahaja.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Pang Ron-Ee Wei menentang Si Wei-Ya Qiong di pentas antarabangsa.", "Sebagai tambahan, disebalik kemenangan oleh Si Wei dan Ya Qiong itu, mereka kini telah merekodkan 39 perlawanan berturut-turut tanpa kalah. ", "Selain itu, mereka juga hanya dipisahkan dengan dua kemenangan sahaja lagi sebelum mengesahkan gelaran juara buat kali kelapan berturut-turut, pada tahun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208553/", "headline": "\nPulau Pinang Cari Jurulatih Baharu Yang Boleh Kekalkan Corak ‘Tiki-Taka’\n", "content": ["Selain daripada memiliki lesen kejurulatihan profesional, juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang mahu ketua jurulatih baharu yang akan dilantik kelak mestilah dapat mengekalkan corak permainan tiki-taka.", "Itulah yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah tatkala sedang berada di fasa akhir dalam menilai calon-calon yang akan mengisi posisi tersebut untuk mengharungi saingan Liga Super 2021 bermula februari hadapan.", "Terdahulu, skuad Harimau Kumbang terpaksa mencari ketua jurulatih baharu setelah rayuan mereka untuk mengekalkan Manzoor Azwira yang tidak memiliki lesen kejurulatihan profesional ditolak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Justeru, mereka terpaksa ‘menurunkan pangkat’ Manzoor yang menerapkan corak permainan tiki-taka kepada skuad Pulau Pinang sehingga berjaya menjuarai Liga Premier 2020 sebagai pembantu jurulatih pada musim hadapan.", "“Jurulatih baharu nanti sudah tentu mempunyai lesen Pro A dan kini kami dalam proses penilaian fasa akhir selepas me­nerima banyak resume sepanjang bulan ini.", "“Antara permohonan yang diterima sudah tentu daripada jurulatih tempatan dan ada dalam kalangan mereka juga daripada luar negara.", "“Namun, banyak faktor memainkan peranan kerana selain daripada gaji, kami memang menuntut jurulatih baharu itu mengekalkan corak permainan tiki-taka yang kami pamerkan sepanjang musim ini,” katanya seperti dipetik daripada Kosmo.", "Pure tiki-taka delight 😍🇲🇾 🎥 IG/fapenangofficial pic.twitter.com/4UuLy1ZsLH", "Corak permainan tiki-taka yang diterapkan oleh Manzoor telah menjadi buah mulut bukan sahaja dalam kalangan peminat pasukan tersebut malahan peminat-peminat bola sepak tempatan secara keseluruhan.", "Lebih menarik, awal tahun lalu, satu klip video jaringan gol oleh pemain tengah, Endrick dos Santos tercetus hasil gerakan tiki-taka telah tular di laman sosial dan menarik perhatian peminat bola sepak antarabangsa.", "Ia turut dikongsikan oleh beberapa akaun laman sosial bola sepak, salah satunya adalah 433 yang mempunyai lebih 30 juta pengikut dari seluruh dunia dan media-media antarabangsa.", "📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – PUSINGAN LP11Saingan Liga Premier musim ini berakhir setelah Kuching FA menewaskan Kuala Lumpur tadi.#LigaPremier2020 pic.twitter.com/zQBEySErxU", "Jika dilihat kepada statistik, corak yang diterapkan oleh Manzoor bukan sahaja cantik untuk ditonton di atas padang tetapi turut memainkan peranan besar dalam usaha mereka meraih slot promosi Liga Super 2021 dengan mencatatkan 8 kemenangan, 2 seri dan hanya tewas sekali sahaja.", "Sebagai tambahan, Pulau Pinang tampil selaku pasukan paling ‘berbisa’ dengan menjaringkan 24 gol dalam saingan musim ini. ", "Selain itu, mereka juga ‘kebal’ dengan menjadi merupakan pasukan yang mencatatkan bolos paling sedikit iaitu hanya 8 gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321343/", "headline": "\nMenteri: Pemasangan Pentas Konsert Perlu 14 Hari, Telah Ditangguh 2.5 Hari Beri Ruang Kepada Piala AFF\n", "content": ["Persoalan mengenai mengapa pentas konsert Jay Chou yang berlangsung pada 15 Januari kelak di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dipasang selepas berlangsungnya perlawanan pertama separuh akhir Piala AFF 2022 melibatkan Malaysia dan Thailand pada Sabtu nanti akhirnya terjawab.", "Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menerusi laman sosialnya menjelaskan pemasangan pentas konsert itu memerlukan 14 hari untuk disiapkan dengan penglibatan 685 krew tempatan dan antarabangsa serta 45 jentera berat.", "Difahamkan pentas mega yang terletak di belakang gol bahagian pintu masuk D itu dilengkapi dengan 200 pembesar suara dan 800 lampu.", "Makluman1)Booking stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.", "2)Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker & 800 lampu. Mereka dah delay 2.5hari bagi ruang AFF pic.twitter.com/45lV5dZLu5", "— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 5, 2023", "Tambahnya lagi, pemasangan pentas konsert itu telah tertangguh selama dua hari dan setengah bagi memberi ruang kepada berlangsung perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B antara Malaysia dan Singapura tempoh hari.", "Ahli Parlimen Segambut itu turut memaklumkan konsert selebriti dari Taiwan itu juga telah ditempah pada 13 Mac 2019 yang lalu manakala tempahan venue untuk kegunaan skuad Harimau Malaya bagi beraksi dalam kejohanan Piala AFF pula dibuat pada 18 Ogos tahun lalu,", "Sebagai rekod, pemasangan pentas konsert Jay Chou menjadi polemik ramai penyokong bola sepak tanah air ekoran pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa ‘mengorbankan’ sebanyak 21,000 tiket sekaligus menyaksikan hanya 59,000 tiket sahaja dijual."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207628/", "headline": "\nAnalisis Sukanz: 4 Pasukan Liga Super Yang Boleh Disertai Shahrel Fikri Musim 2021\n", "content": ["Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi menempatkan dirinya selaku penjaring kedua terbanyak CIMB Liga Super 2020 dengan pungutan 10 gol daripada 11 perlawanan. Dia hanya kekurangan dua gol untuk menyamai penjaring terbanyak, Ifedayo Olusegun dengan rekod 12 gol.", "Hasil daripada rekod yang memberangsangkan tersebut, dikhabarkan beberapa pasukan Liga Super telah membuat tawaran untuk mendapatkan khidmat Shahrel Fikri. Tambahan pula, kontraknya bersama Perak akan tamat pada penghujung musim ini.", "Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian kami, berikut adalah empat pasukan Liga Super yang sesuai disertai dan posisi yang dapat diisi oleh Shahrel Fikri pada musim hadapan:", "#1 Terengganu FC – Penyerang Utama, Penyerang Kedua & Penyerang Kanan", "Dalam skuad kendalian Nafuzi, penyerang utama diisi oleh Dominique da Sylva namun apabila pemain ini ditimpa kecederaan, Terengganu FC menghadapi sedikit kesulitan.", "Darren Lok yang diikat oleh Terengganu FC pada awal musim lalu kurang menjadi pilihan Nafuzi malahan pemain Terengganu FC II, Bruno Suzuki lebih menjadi pilihan apabila Dominique tidak dapat bermain.", "Selain itu, skuad Terengganu FC pada ketika ini juga tidak mempunyai pure player yang boleh beraksi sebagai second striker atau backup striker – salah satu posisi yang biasa dimainkan oleh Shahrel Fikri – sekiranya Nafuzi mahukan lebih variasi kepada taktikalnya.", "Tambahan pula, bahagian sayap kanan atau penyerang kanan Terengganu FC juga tidak mempunyai pemain tetap dan Nafuzi kerap menggilirkan Rahmat Makasuf, Lee Tuck dan Faiz Nasir.", "Sekiranya Shahrel Fikri berhijrah ke Terengganu FC, dia mempunyai peluang untuk menembusi kesebelasan utama sebagai penyerang utama (sekiranya Dominique cedera), penyerang kedua dan penyerang kanan dalam sistem Nafuzi Zain.", "#2 Kedah – Penyerang Kanan Dan Peluang Beraksi di Piala AFC", "Walaupun mempunyai banyak isu di luar padang seperti masalah tunggakan gaji, bertukar pengurusan di pertengahan musim dan sebagainya, Kedah kendalian Aidil Sharin Sahak berjaya menamatkan saingan Liga Super 2020 sebagai naib juara sekaligus menempah tiket ke Piala AFC 2021.", "Kehadiran Shahrel Fikri boleh menguatkan bahagian serangan Kedah dengan bergandingan bersama Kpah Sherman dan Tchetche Kipre terutamanya di bahagian sayap kanan menggantikan Zaquan Adha dan Azamuddin Akil yang semakin dimamah usia. ", "Selain itu, Kedah juga boleh menjadi destinasi buat Shahrel Fikri untuk mendapatkan pengalaman bermain di pentas antarabangsa. Bagi Kedah pula, untuk beraksi di peringkat antarabangsa seperti Piala AFC, sudah pasti mereka perlu mempunyai depth squad yang baik agar dapat menggilirkan pemainnya untuk mengharungi empat saingan dalam semusim.", "#3 Selangor – Peluang Membentuk Gandingan Duo Penyerang Terbaik Liga Super 2020", "Shahrel Fikri menyertai Selangor tampak mengiurkan dimana kita berpeluang melihat gandingan dua penjaring terbanyak liga iaitu Ifedayo (12 gol) dan Shahrel (10 gol). Pastinya gandingan ini mampu merobek banyak pintu gawang pasukan-pasukan Liga Super musim hadapan.", "Penyerang berusia 25 tahun ini boleh menjadi pengganti kepada pemain import, Sandro da Silva Mendonca atau Rufino Segovia yang kini masing-masing berusia 37 tahun dan 35 tahun. Ini bermakna Shahrel akan bermain di belakang Ifedayo sebagai penyerang kedua.", "Selain itu, Shahrel juga boleh mengisi posisi penyerang kanan yang kerap digilirkan di antara Khyril Muhymeen dan Sean Selvaraj pada musim ini.", "#4 Johor Darul Ta’zim – Pengganti Safawi & Pentas Liga Juara-Juara AFC", "Skuad Harimau Selatan tidak asing dalam mendapatkan pemain terbaik tempatan setiap kali tibanya jendela perpindahan pada penghujung tahun. Dengan pemergian Safawi Rasid ke Portimonense SC dan juga ura-ura Diogo Luis Santo kembali ke Liga Thailand, nama Shahrel Fikri pastinya menjadi salah satu pemain sasaran Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Seperti kita sedia maklum, di posisi penyerang utama, JDT masih mempunyai Syafiq Ahmad, Hazwan Bakri dan juga Fernando Rodriguez (JDT II). Walaupun tampak sukar, masih ada ruang buat Shahrel untuk merebut tempat tersebut.", "Selain itu, Shahrel boleh mengisi posisi penyerang sayap kanan yang ditinggalkan oleh Safawi. Ketika ini, Benjamin Mora gemar menggunakan pemain muda, Ramadhan Saifullah namun memandangkan umurnya yang masih muda, Mora dilihat sedikit berhati-hati dalam menggunakan pemain ini.", "Oleh demikian, posisi sayap kanan di JDT boleh direbut oleh Shahrel selain daripada posisi penyerang kedua sekiranya Mora inginkan sedikit kelainan dalam percaturannya. Dan yang paling utama, JDT juga inginkan squad depth yang terbaik untuk mengharungi cabaran Liga Juara-Juara AFC buat kali ketiga musim hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216713/", "headline": "\nTerbuka Korea: Pemain Ranking Ke-156 Dunia Sekat Tze Yong Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Perjalanan perseorangan muda negara, Ng Tze Yong tamat di peringkat suku akhir setelah tumpas kepada pemain China, Weng Hongyang dalam saingan Terbuka Korea, pada hari ini. ", "Pemain berusia 21 tahun yang menghuni ranking ke-45 dunia ini terpaksa akur tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 11-21 dan 12-21 dalam tempoh masa sekitar 40 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Quarter final21 21 🇨🇳Hong Yang WENG🏅11 12 🇲🇾Tze Yong NG", "🕗 in 39 minutes https://t.co/qsweo1cup3", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan Tze Yong dan pemain China berusia 22 tahun yang menduduki tangga ke-156 dunia ini.", "Sementara itu, Hongyang yang mara ke peringkat separuh akhir bakal bertemu samada pemain Denmark, Victor Svendsen (ranking ke-75) atau pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito (ranking ke-24) pada hari esok.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219064/", "headline": "\nPersekutuan Bola Sepak Seluruh India Digantung FIFA Gara-Gara Campur Tangan Pihak Ketiga\n", "content": ["Badan induk bola sepak India, Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) menerima perkhabaran duka daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.", "Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Biro Majlis FIFA sebulat suara memutuskan untuk menggantung AIFF secara serta merta.", "Penggantungan itu dibuat ekoran campur tangan atau pengaruh daripada pihak ketiga dalam AIFF dan ini merupakan perlanggaran Statut FIFA yang serius.", "Bagaimanapun, penggantungan ini akan ditarik balik sebaik sahaja perintah untuk menubuhkan jawatankuasa pentadbir untuk mengambil alih Jawatankuasa Eksekutif AIFF dimansuhkan dan pentadbiran AIFF mendapat semula kawalan penuh urusan harian AIFF.", "Penggantungan ini bermakna kejohanan Piala Dunia B-17 Wanita yang akan berlangsung di India pada 11-30 Oktober kelak tidak boleh dijalankan seperti dijadualkan. Pada ketika ini, FIFA sedang menilai langkah seterusnya untuk diambil berkenaan kejohanan ini.", "Bukan itu sahaja, memetik satu laporan media, skuad kebangsaan India samada lelaki atau wanita di pelbagai peringkat umur juga tidak akan dapat beraksi menentang mana-mana negara lain.", "Selain itu, kelab-kelab bola sepak di India jugak tidak layak untuk beraksi di kejohanan seperti Piala AFC dan Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Untuk makluman, salah sebuah kelab mereka, ATK Mohun Bagan sedang berada dalam saingan Piala AFC. Dengan penggantungan ini, besar kemungkinan mereka tidak akan dapat meneruskan saingan dengan menentang pemenang juara Zon ASEAN samada PSM Makassar atau Kuala Lumpur City FC (KL City) kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214530/", "headline": "\nKedah Dapatkan Rodney Menerusi ‘Pintu Hadapan’ Daripada Selangor\n", "content": ["Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) memperkukuhkan lagi benteng pertahanannya dengan mengumumkan mengikat khidmat pemain berdarah campuran Malaysia-Ghana, Rodney Celvin Akwensivie untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2022.", "Menerusi makluman pelbagai platform media sosial milik pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu semalam, khidmat Rodney berhasil diikat setelah menebus kontrak pemain tersebut daripada kelab asalnya, Selangor FC.", "🔰RODNEY CELVIN AKWENSIVIE, OUR NEW BLOOD! KDA FC dengan ini mengumumkan pemain tempatan baharu dan terakhir untuk musim 2022, Rodney Celvin Akwensivie!#kdafc #newblood #2022season #RC3 pic.twitter.com/N4oYE7gV36", "Difahamkan, usaha menebus kontrak pemain berusia 25 tahun ini diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali dengan mengadakan rundingan bersama pihak Selangor sejak bulan lepas.", "Bagaimanapun, tiada sebarang makluman mengenai nilai penebusan kontrak Rodney didedahkan oleh kedua-dua pihak. Pada masa yang sama, Kedah turut berkongsikan mengikat Rodney dengan perancangan jangka masa panjang namun butiran mengenai tempoh tersebut tidak dinyatakan.", "Untuk makluman semua, Rodney yang merupakan pemain kelahiran Serian, Sarawak ini telah beraksi bersama Kedah pada musim 2021 dengan status pemain pinjaman daripada Selangor. ", "Bersama Kedah di bawah bimbingan Aidil Sharin Sahak, pemain yang lahir hasil daripada skuad Piala Belia Sarawak ini menampilkan prestasi yang cemerlang sebagai pertahanan tengah serta membentuk gandingan mantap bersama pertahanan import, Renan Alves.", "Rodney berhasil merekodkan 14 penampilan bersama Kedah pada musim lalu sebelum mengalami kecederaan tulang bahu di penghujung saingan Liga Super sekaligus menyaksikan dia terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2021.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220183/", "headline": "\nQatar FA Mengesahkan Menang Bidaan Tuan Rumah Piala Asia 2023\n", "content": ["Badan induk bola sepak negara berpangkalan di semenanjung tanah arab, Persatuan Bola Sepak Qatar (Qatar FA) mengesahkan telah memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Piala Asia 2023.", "Perkembangan tersebut diumumkan sendiri menerusi pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.", "Dengan pengumuman ini, Qatar secara langsung telah mengetepikan dua lagi pembida iaitu negara jiran tetangga, Indonesia dan Republik Korea.", "OFFICIAL: Qatar wins the bid to host the AFC Asian Cup 2023! 🇶🇦🏆 pic.twitter.com/xhxGrm83fD", "— Qatar Football Association (@QFA_EN) October 17, 2022", "Sebelum itu, Australia turut sama menjadi salah satu daripada pembida bagi kejohanan ini. Bagaimanapun, negara yang mempunyai populasi sekitar 25 juta ini mengumumkan menarik diri pada awal September lalu.", "Sementara itu, belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada badan induk merangkap penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setakat artikel ini ditulis.", "Ini termasuk pengumuman berkenaan tarikh serta venue-venue yang akan digunakan. ", "Untuk makluman, Malaysia menjadi salah satu daripada 24 pasukan yang akan bertanding bagi merebut trofi ini. ", "Ianya selepas skuad negara bimbingan Kim Pan-gon menamatkan saingan kelayakan peringkat Kumpulan E sekaligus layak secara merit buat kali pertama selepas 42 tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321473/", "headline": "\nCourtsite – Aplikasi Untuk Tempahan Padang, Gelanggang & Ruangan Lebih 20 Jenis Sukan\n", "content": ["Sesuai dengan perkembangan pesat pendigitalan di negara ini, Courtsite, sebuah aplikasi web buatan Malaysia hadir buat penggemar sukan mahupun atlet untuk menempah padang, gelanggang dan ruangan untuk pelbagai jenis sukan secara atas talian.\n", "Courtsite berperanan sebagai pusat sehenti penyenaraian digital fasiliti-fasiliti untuk pelbagai jenis sukan seperti badminton, bola sepak, futsal, tenis, bola keranjang, boling, go-kart, sukan dan aktiviti air serta banyak lagi.", "Selain itu, Courtsite turut menawarkan penyenaraian ruangan untuk aktiviti dalaman (indoors) dan rekreasi seperti gimnastik, tarian dan senaman kecergasan.", "Menerusi aplikasi ini, penggemar sukan dan atlet dapat melihat senarai padang, gelanggang dan ruangan sukan yang tersedia secara langsung untuk ditempah berserta butiran-butiran penting seperti lokasi dan harga yang ditetapkan.", "Ini sekaligus dapat mengelakkan daripada proses tempahan secara manual yang memerlukan penempah membuat panggilan atau menghantar sebarang teks permesejan terlebih dahulu bagi bertanyakan ketersediaan dan harga padang mahupun gelanggang sukan yang diingini sebelum mengesahkan tempahan.", "Sekiranya, padang dan gelanggang yang diingini sudah ditempah, ini memaksa mereka untuk mengulangi proses yang sama di tempat yang lain.", "Setakat ini, Courtsite mempunyai lebih 100,000 pengguna berdaftar serta mengendalikan sebanyak 57 fasiliti sukan merentasi lapan buah negeri dengan kehadiran kukuh di Lembah Klang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322404/", "headline": "\nWigan Athletic Dipotong 3 Mata Kerana Gagal Bayar Gaji Pemain\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam Liga Kejuaraan Inggeris, Wigan Athletic dipotong sebanyak tiga mata berkuat-kuasa serta merta oleh penganjur, Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).", "Perkembangan itu hadir melalui satu kenyataan rasmi oleh EFL gara-gara kelab berjulukan The Latics itu sekali lagi gagal membayar gaji pemain pada bulan ini.", "Hasilnya, Wigan yang kini menghuni tangga tercorot liga hanya mempunyai 31 mata daripada 38 perlawanan – berbeza lapan mata dengan pasukan yang berada di atas zon penyingkiran.", "Untuk makluman, kegagalan pembayaran gaji ini melanggar terma Keputusan Dipersetujui (Agreed Decision) yang dimeterai antara Wigan dan EFL pada Januari 2023 sekaligus menyebabkan ‘hukuman’ terhadap kelab diaktifkan secara automatik.", "Terdahulu, Wigan dan EFL memeterai Keputusan Dipersetujui itu selepas didakwa melakukan kelewatan dalam pembayaran gaji kepada pemainnya pada Jun, Julai dan Oktober tahun lalu.", "Sementara itu, dalam kenyataan terbabit, pemilik kelab juga akan didakwa atas salah laku demikian."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220607/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Malaysia: Beh-Goh Bertemu Beregu Ranking Ke-200 Dunia Di Final\n", "content": ["Beregu lelaki yang berusia 19 tahun masing-masing, Beh Chun Meng dan Goh Boon Zhe menjadi wakil tunggal negara yang mara ke perlawanan akhir kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Arena Badminton Perak, sepanjang minggu ini.", "Gandingan yang menghuni ranking ke-226 dunia ini merakamkan kemaraan setelah menumpaskan beregu senegara, Leong Jun Kai dan Jimmy Wong yang berusia 21 dan 20 tahun masing-masing di peringkat separuh akhir, petang tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Chun Meng-Boon Zhe merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-13 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam di atas gelanggang.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pentas perlawanan akhir bagi kejohanan peringkat senior yang pertama direkodkan oleh Chun Meng-Boon Zhe.", "Sementara itu, kemaraan ini akan mempertemukan Chun Meng-Boon Zhe dengan beregu yang berada di ranking ke-200 dunia, Chen Bo Yang dan Liu Yi yang berusia 22 dan 19 tahun masing-masing.", "Gandingan dari negara sebarang tembok ini mara selepas menumpaskan beregu Indonesia, Muhammad Juan Elgiffani dan Muhammad Nendi Novatino menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan 21-13, 13-21 dan 21-12 dalam pertarungan yang memakan masa hampir satu jam.", "Sebagai tambahan, Bo Yang-Liu ini juga merupakan pasangan yang sama menumpaskan ‘Patatimo Boys’ iaitu Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal merangkap pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini di peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114310/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Beregu No.1 India Jadi Lawan Yew Sin-Ee Yi Di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki nombor 1 India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menjadi pencabar kepada pasangan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Kedua-dua pasangan beregu ini bakal berentap sesama sendiri selepas berjaya menumpaskan lawan masing-masing pada Pusingan 32, semalam.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 32 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅12 19 🇩🇰Joel EIPE 🇩🇰Rasmus KJÆR🕗 in 39 minutes https://t.co/gLJ4KiCcb8", "Yew Sin-Ee Yi mara selepas menumpaskan beregu Denmark, Joel Eipe dan Rasmus Kjær yang menduduki ranking ke-55 dunia secara ‘straight set’ 21-12 dan 21-19 dalam tempoh masa hampir 40 minit.", "Sementara itu, beregu India yang menduduki ranking ke-9 dunia itu pula menempah tiket ke peringkat 16 akhir selepas menyingkirkan beregu Taiwan juga menerusi ‘straight set’ dengan pungutan mata 27-25 dan 21-17.", "Sebagai rekod, Yew Sin-Ee Yi telah menentang beregu India ini sebanyak empat kali. Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasangan ini berlangsung di Kejohanan Indonesia Masters pada November lalu.", "Perlawanan tersebut berakhir dengan Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-17 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215448/", "headline": "\nPenang Umum Penyerang Kelahiran Jerman, Pegang Pasport Asia Jadi ‘Pendamping’ Casagrande\n", "content": ["Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga ketiga, Penang FC melengkapkan kuota pemain importnya dengan kehadiran penyerang kelahiran Hannover, Jerman.", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosial kelab terbabit, pemain yang dimaksudkan itu ialah Hilal El-Helwe yang berusia 27 tahun dan merangkap penyerang skuad kebangsaan Lubnan.", "Pengumuman penyertaan Hilal ini menjawab persoalan kalangan peminat dan penyokong skuad Harimau Kumbang mengenai ‘pendamping’ kepada penyerang utama, Casagrande di bahagian serangan sepertima diberikan bayangan oleh ketua jurulatih, Tomas Trucha.", "PENANG FC 2022 | 🖋📄 ALHELWE HILAL BASSAM | HARIA PENANG HARIAHilal, pemain yang dilahirkan di Hannover, Jerman kini menjadi sebahagian dari keluarga Penang FC.Selamat Datang Hilal..!#PenangFC #BolaPenang #HariaPenangHaria #Penang2030 #PenangFC2022 pic.twitter.com/xRcw3KRdsh", "Baca: Casagrande Tidak Keseorangan Di Depan, Penang Mahu Bawa Seorang Lagi Penyerang Import", "Berdasarkan semakan di portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, pemain berketinggian 1.87 meter (m) ini memulakan karier bola sepaknya di negara kelahirannya. ", "Pelbagai kelab pernah disertai oleh Hilal di negara yang pernah memenangi Piala Dunia sebanyak 4 kali itu. Antaranya ‘reserved team’ Vfl Wolfsburg II, TSV Havelse dan Hallescher FC.", "Kelab terakhir yang disertainya sebelum menandatangani kontrak bersama Penang adalah Al-Ahed yang bersaing dalam kancah liga bola sepak di negara yang diwakilinya ketika ini.", "Untuk makluman semua, Hilal sememangnya merupakan seorang penyerang tengah namun pemain ini turut berkemampuan untuk beraksi di kedua-dua bahagian sayap serta selaku bahagian tengah.", "Sebagai tambahan, selain Hilal, empat pemain import yang akan memperkuatkan Penang untuk mengharungi Liga Malaysia 2022 ialah Casagrande, Endrick Dos Santos, Rafael Vitor dan Christian Rontini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219832/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Zii Jia Bertemu Pemain Belanda, Liew Daren Menentang Tzu Wei Di Pusingan 32\n", "content": ["Lawan bagi saingan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – telah diketahui setelah berlangsungnya majlis undian, semalam.", "Bagi kategori perseorangan lelaki, seramai dua orang pemain bebas (independent) negara yang menyertai kejohanan yang bermula 18 Oktober nanti iaitu Lee Zii Jia dan Liew Daren.", "Berdasarkan hasil undian, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keempat akan bertemu pemain No.1 Belanda, Mark Caljouw di Pusingan 32.", "Jika dilihat kepada rekod pertembungan, Zii Jia pernah menentang pemain yang berada di ranking ke-25 dunia ini sebanyak empat kali. Dan keempat-empat pertemuan itu berpihak kepada Zii Jia.", "Sementara itu, Daren yang juga merupakan jurulatih dan rakan sepelatih Zii Jia akan turun menentang pemain Taiwan, Wang Tzu Wei di pusingan yang sama.", "Rekod pertembungan antara Daren dan Tzu Wei seimbang dengan kedua-duanya pernah merekodkan dua kemenangan masing-masing daripada empat pertemuan. Namun begitu, kali terakhir kedua-dua pemain ini berentap di pentas antarabangsa adalah dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Vietnam 2016."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324602/", "headline": "\nAPG 2023: Malaysia Lepasi Sasaran, Bawa Pulang 50 Emas\n", "content": ["Kontinjen Malaysia menampilkan prestasi cemerlang dalam temasya Sukan Para ASEAN 2023 di Kemboja selepas membawa pulang 50 emas ke tanah air dan melepasi sasaran 33 emas yang ditetapkan. ", "Lebih menarik, pencapaian itu dilakar tanpa kehadiran jaguh dunia seperti Mohd Ridzuan Puzi, Datuk Abdul Latif Romly (olahraga) dan Cheah Liek Hou (badminton) sekaligus memberikan satu petanda positif buat sukan para negara.", "Dalam temasya yang telah berlangsung selama tujuh hari, 50 emas yang dipungut kontinjen kebangsaan itu meletakkan negara di tangga keempat dalam carta kutipan pingat keseluruhan.", "Juara temasya edisi kali ini ialah Indonesia yang berjaya membolot 159 emas, diikuti tempat kedua menjadi milik Thailand yang turut melepasi angka 100 iaitu sebanyak 126 emas berjaya dipungut dan tempat ketiga menjadi milik Vietnam dengan 66 emas.", "Seramai 144 wakil negara t elah bertanding dalam 13 sukan yang terbahagi kepada 153 acara. Malaysia berjaya menggondol 50 emas, 38 perak dan 35 gangsa dengan jumlah keseluruhan 123 pingat diraih pada edisi kali ini. ", "Acara renang dan olahraga terus menjadi ‘lubuk’ emas buat kontinjen negara selepas atlet kedua-dua sukan tersebut menyumbang 26 dan 14 pingat emas masing-masing buat Malaysia. ", "Pada edisi lalu, Malaysia berjaya mengutip 36 emas daripada 73 wakil negara yang dihantar ke Solo; jumlah terkecil pernah dicatatkan kontinjen Malaysia sejak 2001. ", "Featured Image: Paralympic Council Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220052/", "headline": "\nAhli Politik: PRU15 Kacau ‘Demam’ Piala Dunia 2022 Qatar\n", "content": ["“Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diingati oleh orang ramai sebagai pengacau kepada ‘demam’ Piala Dunia,” kata ahli politik yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, YB Ronnie Liu Tian Khiew.", "Kejohanan bola sepak yang menghimpunkan 32 pasukan terbarik dunia dan diadakan setiap empat tahun sekali itu akan kembali menemui peminat bermula 20 November hingga 18 Disember kelak. ", "Bagi peminat bola sepak di seluruh dunia termasuk Malaysia, ianya merupakan kejohanan yang cukup dinantikan lebih-lebih lagi edisi kali ke-22 ini akan berlangsung buat pertama kali di bumi Arab iaitu Qatar.", "“Dan sekarang, orang ramai terpaksa menghadapi pilihan raya umum.” jelasnya lagi menerusi kenyataan media yang disiarkan di laman sosialnya.", "Semalam, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memerlukan sebuah pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari.", "Memandangkan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober, PRU15 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 9 Disember pada tahun ini – ketika saingan Piala Dunia sedang berlangsung.", "Namun begitu, tarikh bagi PRU15 termasuk tarikh pengundian awal, tarikh penamaan calon serta tempoh berkempen belum diumumkan lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – badan yang bertanggungjawab menyelia, mengelola dan menguruskan urusan pilhan raya di Malaysia.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323974/", "headline": "\nBiarpun Kandas Awal, Joo Ven Bersyukur Beraksi Di Malaysia Masters 2023\n", "content": ["Perseorangan lelaki bebas (indpendent) negara, Soong Joo Ven tetap bersyukur dapat beraksi dalam saingan Malaysia Masters 2023 biarpun tewas di tangan perseorangan lelaki Korea Selatan, Jeon Hyeok-jin dalam aksi pusingan 16 peringkat kelayakan, hari ini. ", "Jelas Joo Ven yang kini menghuni ranking ke-71 dunia menjelaskan kecederaan yang dialaminya sejak sirkit eropah yang lalu sedikit sebanyak menjejaskan persiapannya untuk terus beraksi pada masa akan datang.", "“Saya masih bangga dan gembira sebab boleh beraksi lagi di Malaysia Masters. Sebelum ini, saya pun tak pasti lagi saya boleh bermain akibat kecederaan yang dialami sejak Sirkit Eropah.”", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMS – Qual. R1621 21 🇰🇷JEON Hyeok Jin🥇", "8 18 🇲🇾SOONG Joo Ven", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "“Selepas ini, saya akan bincang dengan jurulatih tentang perancangan akan datang. Selepas itu, baru kita tahulah,” ujar Joo Ven ketika ditemui selepas perlawanannya menentang Jeon Hyeok-jin.", "Dalam pertarungan tersebut, Joo Ven tewas di tangan Hyeok-jin secara “straight set” dengan skor 21-8 dan 21-18 dalam tempoh 39 minit perlawanan berlangsung. ", "Untuk makluman, ini merupakan kemunculan semula Joo Ven dalam kejohanan antarabangsa selepas pulang daripada eropah. Kali terakhir pemain itu beraksi adalah pada kejohanan Orleans Masters yang berlangsung awal April lalu.", "Pada kejohanan tersebut, pemain berusia 28 tahun itu telah menarik diri akibat kecederaan dalam aksi pusingan 32 menentang perseorangan lelaki dari Israel, Misha Zilberman yang berakhir dengan skor 20-22 dan 5-3."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206727/", "headline": "\n‘Malaysia Berjaya’ Hiasi Jersi Baharu Home & Away Cardiff City\n", "content": ["Kelab yang bersaing dalam kancah Liga Kejuaraan England, Cardiff City telah melancarkan jersi Home dan Away baharu untuk mengharungi saingan musim 2020/21, semalam.", "Seperti kebiasaan jersi tersebut hadir dengan warna tradisi mereka iaitu biru untuk jersi Home. Manakala untuk jersi Away pula hadir dengan warna dash green. ", "Dan perkara yang paling menarik mengenai rekaan jersi baharu skuad The Bluebirds adalah ruangan penaja di bahagian hadapan jersi dimuatkan dengan perkataan ‘Malaysia Berjaya’.", "“Sejak 2011, saya berbesar hati dapat membantu mempromosikan negara saya melalui muka hadapan jersi kita.”", "“Untuk musim 2020/21, muka hadapan jersi kita akan dihiasi ‘Malaysia Berjaya’, merujuk kepada negara, sudah semestinya, tetapi juga (merujuk) kepada Berjaya Corporation yang diasaskan pada tahun 1984 dan sentiasa merentasi sempadan global sehingga hari ini.”", "It's here! 💙➡️ https://t.co/h1o9HNjuIC#CityAsOne pic.twitter.com/IOz8l2mdsJ", "“Saya sangat berbangga dengan negara saya dan Berjaya Corporation; Berjaya bermaksud kejayaan di dalam bahasa melayu dan perkara itu saya menjadi harapan besar kepada Neil Harris dan pemain-pemain kita dalam kempen akan datang.”", "“Berjaya Malaysia: kejayaan untuk Malaysia dan Cardiff City.” kata pemilik kelab, Tan Sri Vincet Tan dalam satu kenyataan rasmi.", "Dalam pelancaran yang sama, Cardiff City turut memaklumkan jersi Away – warna jingga dengan belang biru – pada musim lepas akan didaftarkan sebagai jersi ketiga untuk saingan musim ini.", "Jersi Home dan Away variasi replika keluaran Adidas ini sudah dibuka untuk pra-tempahan penyokong-penyokong di sana.", "Untuk makluman, musim-musim sebelum ini ruangan penaja utama Cardiff City itu dihiasi dengan perkataan ‘Visit Malaysia’."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220060/", "headline": "\nFinal Piala AFC: KL City vs Al-Seeb Berlangsung Di Stadium Nasional Bukit Jalil\n", "content": ["Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak dapat beraksi di laman sendiri apabila bertemu kelab Oman, Al-Seeb dalam perlawanan akhir Piala AFC pada 22 Oktober kelak.", "Sebaliknya kedua-dua pasukan akan turun berentap bagi merebut gelaran juara Piala AFC musim ini di gelanggang berkapasiti sekitar 87,000 tempat duduk iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Perkara tersebut disahkan oleh pengendali KL City, Bojan Hodak dengan alasan ianya terpaksa dibuat atas faktor penganjur mahu menggunakan video assistant referee (VAR) serta ketetapan untuk mempunyai tahap kecerahan 1800 lux di dalam stadium.   ", "“Ya, kerana mereka perlu menggunakan VAR (dan) perlu mempunyai 1800 lux untuk kecerahan yang mana stadium ini (Stadium Cheras) tidak miliki, (perubahan) ini disebabkan isu teknikal.", "“Kesemua pemain dan (barisan) kejurulatihan mahu bermain di Cheras, kerana kami sudah biasa dengan stadium ini, tetapi disebabkan isu teknikal kami tak dapat bermain di Cheras.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Terengganu FC, malam tadi.", "Untuk makluman semua, skuad ibu kota berhasil menempah kemaraan ke perlawanan akhir saingan divisyen kedua peringkat asia ini setelah berjaya menumpaskan kelab Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir antara zon pada pertengahan minggu lalu.", "Sementara itu, lawannya pula, Al-Seeb mara apabila mengetepikan cabaran kelab Bahrain, Al-Riffa dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan akhir peringkat zon barat.", "Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322084/", "headline": "\nRanking BWF: Justin, Letshanaa Hampiri Kelompok 80 Terbaik Dunia\n", "content": ["Perseorangan lelaki dan wanita muda negara, Justin Hoh dan Karupathevan Letshanaa menghampiri kelompok 80 pemain terbaik dunia dalam kategori masing-masing selepas menjuarai Cabaran Antarabangsa 2023.", "Kejuaraan yang dirangkul ketika beraksi dalam kejohanan yang berlangsung di negara Afrika terbabit telah memberikan kedua-dua pemain ini sebanyak 4,000 pungutan mata masing-masing.", "Hasil kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pemain berusia 18 dan 19 tahun masing-masing ini menghuni kedudukan ke-84 dunia bagi minggu kesembilan tahun 2023.", "Justin menghuni ranking terbabit selepas pungutan 4,000 mata itu membolehkannya melangkau sebanyak 27 anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu. Sebagai rekod, minggu lalu Justin menghuni tangga ke-111 dunia selepas ", "Manakala bagi Letshanaa pula, pungutan mata yang sama melonjakkannya sebanyak 28 anak tangga berbanding minggu lalu dimana bekas pemain bebas (independent) ini berada di tangga ke-112 dunia.", "Lonjakan ini turut mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai perseorangan wanita No.3 negara selepas Goh Jin Wei (ranking ke-31) dan Kisona Selvaduray (ranking ke-48).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219331/", "headline": "\nPas Siaran Langsung RM25 Undang Reaksi Yang Pelbagai Kalangan Peminat TRW\n", "content": ["Pelbagai reaksi yang diberikan oleh para peminat TRW Kelantan FC apabila pihak kelab mengumumkan harga pas untuk menonton siaran langsung melibatkan pasukan tersebut menentang Terengganu FC II dan Melaka United FC dalam aksi perlawanan persahabatan bernilai RM25 untuk setiap perlawanan.", "Pengumuman harga tersebut dibuat menerusi hantaran di laman sosial meraka pada hari ini. Difahamkan, separuh daripada harga Pas Eksklusif Menonton Sambil Beramal itu akan disumbangkan ke Tabung Bantuan Covid-19 sekaligus memberikan peluang kepada para penyokong untuk menyaksikan perlawanan sambil menambah saham akhirat.", "Hasil tinjauan di laman sosial rasmi milik pasukan berpangkalan di Kota Bharu tersebut, sebahagian peminat tiada masalah untuk mengeluarkan duit poket mereka lebih-lebih lagi dapat menonton untuk seisi keluarga.", "“RM25 boleh tengok (untuk) sekeluarga. Murah sangat tu.” tulis Bikri Muhammad Yusof di ruangan komen.", "“Saya rasa harga RM25 tu amat berbaloi, Boleh tengok sekeluarga (dengan) bayar RM25. Dapat juga membantu pengurusan dan dapat juga menderma. Tetapi kalau tengok sorang-sorang akan terasa (sedikit) mahal,” tambah Hairul Misnan pula.", "Manakala sebahagian penyokong pula merasakan ianya satu harga yang agak mahal ditambah pula dengan keadaan ekonomi majoriti dikala pandemik Covid-19 ini turut mencengkam orang ramai.", "“Buat RM10 jah. (Lebih) ramai boleh tengok (siaran langsung).” tulis Mohd Afif Mohd Sukri.", "“Buatlah pakej lain yang lebih mesra ekonomi. Bukan tak nak menyumbang (tetapi) harap admin faham.” tulis Wan Nas pula.", "Sementara itu, beberapa penyokong mengharapkan nilai RM25 yang dikeluarkan untuk membeli pas pay-per-view (PPV) berbaloi dan dapat disajikan dengan siaran langsung yang berkualiti. ", "Sebilangan kecil pula membandingkan harga RM25 tersebut dengan harga PPV berjumlah RM2.99 yang dijual oleh pihak Astro untuk perlawanan persahabatan di antara Selangor FC menentang KL United FC pada hujung minggu ini.", "Sebagai tambahan, bagi peminat pasukan Terengganu FC II dan Melaka United FC yang mahu menonton siaran perlawanan persahabatan pramusim ini, anda juga perlu membeli pas ini daripada pasukan TRW Kelantan FC sebelum dimasukkan kedalam FB Group khas iaitu TRWtv.", "Untuk makluman, skuad kendalian Marco Ragini dijadualkan menentang Terengganu FC II pada jam 4.45 petang esok, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.", "Ia merupakan aksi perlawanan persahabatan pertama yang akan dihadapi oleh TRW Kelantan FC sebagai persiapan untuk mengharumgi saingan Liga Premier 2021 yang akan bermula pada awal mac kelak.", "Selain daripada perlawanan ini, Kelantan FC turut dijadualkan bertemu skuad Liga Super, Melaka United FC kendalian Zainal Abidin Hassan dalam satu lagi siri perlawanan persahabatan di Stadium Hang Jebat pada ahad nanti.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113254/", "headline": "\nPenjaga Gol Negeri Sembilan Terkilan & Berharap Pasukan Kembali Sihat\n", "content": ["Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Damien Lim Chien Kai enggan toleh ke belakang selepas pasukannya tidak lagi akan beraksi dalam baki saingan Piala Malaysia susulan kes positif Covid-19 dan mengambil iktibar atas apa yang telah berlaku.", "Terdahulu, seramai 20 orang pemain dan empat pegawai Negeri Sembilan disahkan positif wabak Covid-19 menyaksikan skuad kendalian K. Devan itu terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan berprestij ini dan hanya sempat beraksi dua perlawanan sahaja dalam Kumpulan C.", "Penjaga gol berusia 24 tahun ini mengakui terkilan atas apa yang telah menimpa pasukan namun menganggap nasi sudah menjadi bubur dan tiada guna untuk terus meratapi situasi tersebut kerana apa yang lebih penting sekarang adalah untuk kembali sihat seperti biasa.", "Meskipun ini adalah penampilan pertama Damien beraksi dalam kesebelasan utama di pentas Piala Malaysia, dia tetap bersyukur apabila berpeluang untuk turun beraksi dalam dua perlawanan awal dan kini ingin terus pandang ke hadapan bagi bersedia menghadapi Liga Malaysia musim 2022.", "“Saya sebenarnya masih terasa lagi apabila dapat tahu kami semua positif Covid-19, tetapi inilah kehidupan yang perlu ditempuh dan kami kena redha kerana yang penting sekarang adalah pasukan kena kembali sihat.", "“Sebelum ini, saya memang demam selepas dah tahu positif, cuma sekarang hanya batuk sahaja dan deria rasa ada sedikit hilang kalau nak dibandingkan masa awal-awal hari itu, tetapi semuanya sudah bertambah baik.", "“Semestinya saya akan ingat apa yang telah berlaku ini sebab rasanya kalau bukan pasal kami positif Covid-19, impian untuk ke suku akhir itu mesti ada dan saya percaya kita sebenarnya mampu untuk teruskan perjuangan ini, tetapi hidup kena diteruskan dan kena terus kuat untuk bersedia musim depan pula”, katanya.", "Negeri Sembilan sebelum ini menang ke atas Kelantan United dan tewas kepada Melaka United untuk berada di tangga ketiga Kumpulan C dengan tiga mata.", "Meskipun tidak lagi akan beraksi, Damien tetap akan menyokong perjuangan pasukan-pasukan lain dalam baki saingan Piala Malaysia sebaik sahaja sembuh sepenuhnya.", "“Mesti la saya akan saksikan semua perlawanan selepas ini untuk sokong pasukan-pasukan lain walaupun hakikatnya rasa ketinggalan kerana sepatutnya Negeri Sembilan juga turut beraksi, tetapi nak buat macam mana selepas kena ucapkan selamat tinggal lebih awal.", "“Apa-apa pun saya akan berikan sokongan penuh kepada pasukan lain yang tetap akan beraksi dan dalam masa sama dapat belajar sedikit sebanyak daripada perlawanan mereka untuk kami bersedia bagi musim depan pula”, tambahnya.", "Negeri Sembilan telah menjalani kuarantin yang bermula 18 Oktober sehingga 27 Oktober dan telah memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan dalam peringkat kumpulan.", "Featured Image: Negeri Sembilan Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113747/", "headline": "\nIndonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Bakal Menentang Pemenang Olimpik 2020 di Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal turun menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi Lin di peringkat suku akhir Indonesia Masters pada hari esok.", "Aaron-Wooi Yik menempah tiket ke peringkat suku akhir setelah berjaya menundukkan pasangan beregu Indonesia, Panjer Dadiara dan Bryan Elohim secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-12 dan 21-8.", "Sementara itu, Lee Yang-Chi Lin pula mara ke peringkat yang sama setelah menumpaskan beregu senegaranya, Lu Ching Yao dan Yang Po Han dengan skor 21-13 dan 21-16.", "Berdasarkan rekod pertemuan, Aaron-Wooi Yik yang merupakan pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 belum pernah mencatatkan kemenangan ke atas pasangan Chinese Taipei dalam tiga pertemuan mereka setakat ini.", "Untuk makluman semua, kedua-dua pasangan ini bertemu dalam kejohanan Gwangju Korea Masters 2019, BWF World Tour Finals 2019 dan Thailand Open 2021.", "Featured Image: Badminton Photo & Olympics"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220822/", "headline": "\nFaisal, Safawi, Brendan & Dion Dilantik Selaku Kapten Harimau Malaya\n", "content": ["Seramai empat kapten dinamakan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon pada kem latihan pusat menjelang saingan Piala AFF 2022.", "Perkembangan mengenai penamaan empat kapten buat skuad Harimau Malaya oleh Pan-gon ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Berdasarkan makluman itu, dua daripada empat kapten tersebut merupakan nama baharu iaitu Brendan Gan dan Faisal Halim. ", "Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai kapten skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022. pic.twitter.com/sBKpWZwqQI", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 30, 2022", "Difahamkan, dua pemain ini dipilih bagi menggantikan salah seorang kapten merangkap penyerang yang tidak tersenarai pada kem latihan kali ini, Syafiq Ahmad.", "Sementara itu, Dion Cools dan Safawi Rasid yang merupakan kapten pada kejohanan King’s Cup di Chiang Mai, Thailand pada September lalu dikekalkan selaku kapten oleh Pan-gon pada kem latihan kali ini.", "Untuk makluman semua, kem latihan ini bermula sejak semalam, 29 November.", "Sebelum turun beraksi di kejohanan Piala AFF pada kali ini, skuad Harimau Malaya akan mengharungi dua perlawanan antarabangsa yang berfungsi sebagai aksi pemanas badan bertemu Kemboja dan Maldives pada 9 dan 14 Disember kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321346/", "headline": "\nKL City Destinasi Kipre Di Tahun Ketujuhnya Dalam Liga Malaysia\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di ibu kota merangkap finalis Piala AFC musim lalu, Kuala Lumpur City FC (KL City) menjadi destinasi buat Tchetche Kipre untuk meneruskan kariernya buat tahun ketujuh dalam saingan Liga Malaysia.", "Penyertaan penyerang berasal dari Ivory Coast yang berusia 35 tahun itu bersama KL City hadir apabila pasukan berkenaan mengumumkannya secara rasmi menerusi satu video berdurasi 46 di pelbagai platform laman sosialnya, semalam.", "Bagaimanapun, skuad bimbingan Bojan Hodak itu tidak mendedahkan kepada umum sebarang perincian mengenai kontrak Kipre dalam pengumuman terbabit.", "He does not need any introduction — oozing ✨elegance✨ ", "Welcome to the Capital, Tchetche Kipre! 🔴⚪️", "City Boys and Gals, are you ready for his action? 🤩#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/zTzlOCAABZ", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 5, 2023", "KL City menyambar khidmat Tchetche selepas kelabnya sebelum ini, Terengganu FC bertindak tidak mengekalkan khidmatnya untuk digunakan pada saingan tahun ini biarpun muncul antara peledak terbaik dalam saingan Liga Super musim lalu dengan rekod 13 gol.", "Jumlah jaringan itu setaraf dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri dan Kedah Darul Aman FC, Ronald Ngah Wanja. Selain itu, Kipre turut menjaringkan 3 gol dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia masing-masing.", "Untuk makluman semua, Kipre mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada pertengahan musim 2017 dengan menyertai Terengganu. Selepas dua musim dan setengah bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu, Kipre berhijrah ke utara semenanjung tanah air dengan menyertai Kedah Darul Aman pada tahun 2020 dan 2021.", "Kemudiannya, Kipre kembali beraksi semula bersama Terengganu pada tahun 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218899/", "headline": "\nPemenang Kasut Emas 2019, Fernando Rodriguez Sertai Pendatang Baharu Liga 1 Indonesia\n", "content": ["Penyerang import yang meraih memenangi trofi Kasut Emas di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 (ABK19), Fernando Rodriguez tidak lagi beraksi dalam kancah Liga Malaysia.", "Ini selepas penyerang kelahiran Sepanyol berusia 35 tahun itu berhijrah ke negara jiran tetangga, Indonesia dan menyertai pasukan pendatang baharu saingan Liga 1 iaitu Persis Solo.", "Rodriguez yang merangkul trofi kasut emas selepas menjaringkan 21 gol secara keseluruhan bersama Kedah pada tahun 2019 diumumkan menyertai Persis Solo secara rasmi pada Jumaat lalu.", "Say hello to Laskar Sambernyawa’s new Bomber Man! 🔴", "𝗕𝗶𝗲𝗻𝘃𝗲𝗻𝗶𝗱𝗼, 𝗙𝗲𝗿𝗻𝗮𝗻𝗱𝗼 𝗥𝗼𝗱𝗿í𝗴𝘂𝗲𝘇! 💣💥#RodriguezIsRed#LaskarSambernyawa pic.twitter.com/bqkquYPE2j", "— PERSIS (@persisofficial) August 5, 2022", "Kelab berjulukan Laskar Sambernyawa mengumumkan kemasukan Rodriguez sehari sebelum jendela perpindahan saingan bola sepak Indonesia ditutup – 4 Ogos.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kedatangan kedua Rodriguez dalam kancah bola sepak Indonesia.  Pada tahun 2018, dia pernah bersama Mitra Kukar yang juga beraksi dalam saingan Liga 1.", "Kelab terakhirnya di Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) turut merakamkan ucapan selamat maju jaya dan terima kasih atas khidmat yang bersama skuad Harimau Selatan pada hari yang sama.", "Sebagai rekod, selepas cemerlang bersama Kedah pada tahun 2019, khidmat Rodriguez diikat oleh JDT bermula tahun 2020. Namun begitu, kelibatnya lebih banyak digunakan bersama skuad simpanan, JDT II dalam saingan Liga Premier.", "Pada musim 2021, Rodriguez turut merangkul satu lagi anugerah iaitu Penjaring Terbanyak Liga Premier 2021 selepas menjaringkan 16 gol.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208782/", "headline": "\nLaluan Berliku Sebelum Meraih Kontrak Bersama UITM FC (Bahagian 1)\n", "content": ["Tidak pernah menyertai sebarang akademi, sekolah sukan mahupun pasukan pelapis seperti skuad Piala Belia, Wan Khairil Azwa Wan Jusoh cukup bertuah apabila berpeluang menjadi pemain bola sepak profesional selama hampir dua musim bersama UITM FC.", "Sejak di bangku persekolahan lagi, Azwa kelahiran Dungun, Terengganu seringkali dipilih mewakili sekolahnya untuk bersaing di kejohanan bola sepak peringkat daerah.", "Kemuncaknya ketika di zaman sekolah menengah, Azwa menjadi tonggak penyerang dan memainkan peranan penting dalam membawa sekolahnya menjuarai saingan peringkat daerah untuk kategori bawah 15 tahun (2006) dan bawah 17 tahun (2008).", "Bagaimanapun, dek kerana kekurangan daripada segi fizikalnya (bertubuh kecil dan rendah), Azwa acap kali dinafikan peluang untuk menyertai kem latihan bagi mewakili daerahnya untuk bersaing di pertandingan peringkat negeri.", "Semasa menuntut dalam jurusan sains sukan peringkat sarjana muda di UiTM Shah Alam, kelibat dan bakat Azwa sebagai penyerang mula mencuri tumpuan seorang jurulatih ketika bermain mewakili fakultinya beraksi di dalam saingan Piala Timbalan Naib Canselor (TNC).", "Jurulatih yang melihat Azwa bermain tersebut telah memanggilnya mewakili UiTM Shah Alam untuk beraksi di Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) 2014 di Melaka. ", "Ia menjadi detik manis dalam hidup Azwa dan rakan sepasukannya apabila berjaya membawa UiTM Shah Alam mara ke saingan separuh akhir. Bagaimanapun mereka terpaksa akur tumpas kepada UiTM Puncak Alam di saingan separuh akhir.", "Selain daripada mendapat peluang pertama mewakili universitinya bermain dalam temasya KARISMA, pada tahun yang sama, Azwa turut mendapat peluang mewakili Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) untuk beraksi dalam saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2014.", "Pasukan ini menggabungkan para pelajar daripada UiTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara rakan sepasukannya ialah Asnan Ahmad (kini bersama Terengganu FC), Faiz Hanif (pemain UKM FC) dan Faridzuean Kamarudin (penjaga gol Kelantan FA). ", "Bagaimanapun, penyertaannya bersama pasukan MASUM hanya di peringkat kumpulan sahaja dan terpaksa pulang awal daripada saingan tersebut.", "Sepanjang 2015 pula, Azwa mencapai satu lagi peningkatan apabila berjaya menembusi skuad UiTM FC yang bersaing dalam kancah Liga Institut Pengajian Tinggi (IPT) Divisyen 1. ", "Dia menjadi tonggak utama bersama skuad tersebut dan antara kejayaan manis adalah menjadi penjaring kedua terbanyak pasukan, menamatkan saingan liga selaku naib juara dan menjuarai Piala Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).", "Selepas menjalani musim yang cemerlang dalam saingan Liga IPT, Azwa mendapat pelawaan untuk menyertai pemilihan skuad UITM FC yang akan bersaing dalam kancah Liga Premier 2016 pada penghujung tahun 2015.", "Ketika itu, skuad UiTM FC dibimbing oleh Coach Raja Isa dan mereka bercadang untuk menggunakan pemain-pemain muda yang baharu. ", "Kali ini, takdir memihak kepada Azwa. Walaupun menjadi nama terakhir yang dipilih untuk menyertai skuad The Lions namun Azwa berjaya mencapai cita-citanya untuk bergelar pemain profesional dalam hidupnya.", "Bukan senang untuk tampil buat kali pertama dalam saingan Liga Premier. Azwa perlu menanti sehingga ke perlawanan kesembilan liga untuk melakukan debutnya. Ketika itu, dia dimasukkan sebagai pemain gantian menentang PKNS FC. ", "Rezekinya untuk bermula dalam kesebelasan utama pula hanya tiba ketika menentang Negeri Sembilan iaitu pada perlawanan kesebelas liga dan menjadi perlawanan terakhir untuk ‘first leg’ Liga Premier 2016.", "Memasuki ‘pusingan kedua’ Liga Premier, kali ini Azwa turun menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, penyerang kelahiran Dungun ini mencipta kejutan dengan menyumbat dua gol buat UITM FC. Lebih manis, dua gol tersebut merupakan jaringan pertama yang disumbangkan oleh kalangan pemain tempatan skuad UITM FC di musim tersebut.", "Selepas daripada perlawanan tersebut, liga dihentikan seketika kerana menjelmanya bulan ramadan. Sayang sekali, apabila liga kembali bersambung, Azwa telah hilang momentum dan dia sudah tidak dapat merebut tempat dalam kesebelasan utama.", "Lebih tragis, keputusan semasa pasukan yang terumbang-ambing telah menyebabkan Coach Raja Isa dipecat. Mujurlah UITM FC terselamat daripada dihumban ke saingan Piala FAM walaupun dalam keadaan cukup bergelut.", "Ikuti sambungan Azwa yang mula hilang momentum dan motivasi diri seterusnya membuat keputusan drastik untuk menamatkan kontrak di pautan di bawah;", "Baca: Disangka Mudah Dapat Kerja Setelah Tamat Kontrak.. Rupanya Terpaksa Menganggur (Bahagian 2)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324669/", "headline": "\nRanking BWF: Tang Jie-Ee Wei Hampiri ‘Top 15’ Dunia Selepas Enam Bulan\n", "content": ["Gandingan campuran negara, Chen Tang Jie dan Ee Wei yang mara ke separuh akhir Terbuka Singapura 2023 kini menghampiri kedudukan 15 terbaik dunia selepas enam bulan bergandingan bersama. ", "Kemaskini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan kedudukan Tang Jie-Ee Wei meningkat sebanyak empat anak tangga berbanding minggu lalu.", "Ianya sekaligus meletakkan pasangan juara Orleans Master 2023 itu di kedudukan ke-17 dunia hasil memungut 51,738 mata.", "Secara langsungnya, kedudukan itu meletakkan mereka menjadi beregu campuran No.2 negara selepas berjaya memintas satu lagi gandingan tanah air, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang jatuh ke tangga ke-18 dunia.", "Selain itu, ini juga merupakan ranking terbaik buat Tang Jie-Ee Wei sepanjang mereka bersama selepas kali menyertai kelompok 20 terbaik dunia buat julung kalinya pada 22 Mei. ", "Pada minggu lalu, pasangan yang mula digandingkan sejak Disember 2022 hampir-hampir mara ke pentas akhir buat kali ketiga tahun 2023 namun tewas kepada pasangan Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino di peringkat separuh akhir Terbuka Singapura.", "Dalam pada itu, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kekal di tangga kelapan dunia manakala Chan Peng Soon dan Cheah Yee See turun dua anak tangga sekaligus berada di kedudukan ke-33 dunia. ", "Featured Image: Badminton Thailand | Thailand Open 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323918/", "headline": "\nFIFA Perkenalkan Logo Rasmi Piala Dunia 2026 Serta Slogan – “WE ARE 26”\n", "content": ["Berbaki sekitar 1,120 hari sahaja lagi sebelum bermulanya saingan Piala Dunia 2026, penganjur, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tampil memperkenalkan logo rasmi kejohanan terbabit, pada hari ini.", "Logo rasmi bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia edisi ke-23 itu tampil dengan rekaan yang cukup ringkas iaitu melibatkan kombinasi imej trofi Piala Dunia FIFA serta tahun ianya dilangsungkan iaitu 2026.", "Difahamkan, pada keesokan hari, FIFA akan mendedahkan logo individu bagi setiap bandar yang menjadi hos kepada penganjuran Piala Dunia kelak. Sebanyak 16 buah bandar telah terpilih dengan 11 daripadanya di Amerika Syarikat, tiga bandar di Mexico dan baki dua lagi di Kanada.", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) May 18, 2023", "Dalam majlis itu juga, FIFA turut melancarkan slogan “WE ARE 26” bagi kejohanan yang akan berlangsung di tiga buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico itu.", "Slogan itu merupakan satu kempen yang memperkasakan orang ramai, tempat dan komuniti yang memainkan peranan penting dalam pelancaran Logo Rasmi Piala Dunia FIFA 2026.", "Majlis pelancaran logo baharu itu dilangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Ianya turut dihadiri legenda bola sepak seperti Ronaldo Nazario dan Youri Djorkaeff serta pemain-pemain wanita, Carli Lloyd, Christen Press, Tobin Heath dan Alexi Lalas.", "Featured Image: FIFA World Cup 26 Los Angeles"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214647/", "headline": "\nPenyerang Brazil Guylherme Diikat Kelantan Selama 3 Tahun\n", "content": ["Penyerang kelahiran Brazil, Nixon Guylherme Brizolara menjadi milik pasukan Liga Premier, Kelantan FC dengan kontrak selama 3 tahun.", "Penyertaan pemain berusia 26 tahun ini bersama skuad The Red Warriors (TRW) ini disahkan menerusi hantaran di pelbagai platform media sosial milik pasukan berpangkalan di pantai timur itu, semalam.", "Guylherme menarik minat barisan kejurulatihan Kelantan setelah meletakkan dirinya selaku antara penjaring terbanyak Liga Bangladesh dengan rekod jaringan 12 gol daripada 23 penampilan bersama Chittagong Abahani sepanjang musim 2021.", "Dimaklumkan, pemain yang memiliki ketinggian 1.84 meter (m) ini bakal diberikan jersi bernombor 9 bersama skuad Gomo Kelate Gomo. Kehadirannya diharap dapat mempertajamkan lagi bahagian serangan Kelantan yang berhasrat untuk mendapat tiket promosi ke Liga Super 2023.", "Difahamkan, Guylherme cukup teruja dengan falsafah yang diterapkan oleh pengurusan kelab. Dia akan tiba di Malaysia dalam masa yang terdekat untuk menjalani latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya.", "Sebagai rekod, Guylherme mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa pasukan yang beraksi di Liga Portugal seperti Maritimo B, GD Braganca, Alcanena, Candal dan Leca. Selain itu, Guylherme pernah beraksi seketika bersama pasukan Al-Tadamon dalam saingan Liga Kuwait.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113664/", "headline": "\nRanking BWF: Beregu Lelaki, Aaron-Wooi Yik Duduki Tangga Ke-7 Dunia\n", "content": ["Kedudukan pasangan utama beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meningkat satu anak tangga selepas kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Berdasarkan kemaskini tersebut, selepas menghuni tangga ke-8 dunia sejak awal Ogos lalu, pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kini menduduki tangga ke-7 dunia.", "Untuk makluman semua, kedudukan ke-7 dunia ini merupakan ranking terbaik yang pernah dicapai oleh Aaron-Wooi Yik dalam karier profesional mereka.", "Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik Perlukan 2 Kali ‘Quarter-Finalist’ di Indonesia Untuk Layak", "Peningkatan tersebut terjadi selepas ranking pasangan beregu China, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen yang menghuni tangga ke-4 dunia sebelum ini, dihilangkan oleh BWF.", "Sementara itu, kemaskini pada hari ini turut menyaksikan pasangan beregu lelaki negara yang lain turut mencatatkan peningkatan satu anak tangga masing-masing.", "Antaranya Goh V Shem-Tan Wee Kiong (ranking ke-13), Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (ranking ke-14) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (ranking ke-19).", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219323/", "headline": "\nPendatang baharu, KL United Mampu Buru ‘Top 5’ Liga Super\n", "content": ["Pasukan yang baru sahaja dinaikkan pangkat, Kuala Lumpur United Football Club (KL United FC) dilihat mampu memburu kedudukan lima teratas dalam saingan Liga Super 2021 yang dijadualkan bermula pada 5 mac kelak.", "Keyakinan itu dizahirkan sendiri oleh seorang peminat tegar skuad ibu kota, Khairul Nizam selepas melihat KL United bakal mengharungi saingan musim ini dengan dibarisi dengan beberapa pemain tempatan ternama seperti Hadin Azman, Safee Sali, Irfan Zakaria, Akram Mahinan serta pemain-pemain import yang berkaliber.", "“KL United tak sepatutnya sasarkan semata-mata untuk kekal (dalam saingan Liga Super) sahaja,” katanya kepada Sukanz.", "Semalam, KL United yang dibimbing oleh Bojan Hodak turun menentang Sabah FC dalam satu aksi persahabatan pramusim di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.", "Aksi yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial itu berkesudahan dengan keputusan 4-1 memihak kepada KL United hasil jaringan Dominique da Sylva, Paulo Josue dan Romel Morales. Manakala, jaringan tunggal pasukan Sabah pula dihasilkan oleh Bobby Gonzales.", "Nizam yang mula mengikuti perkembangan pasukan ini dengan rapat sejak 10 tahun yang lalu amat berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan KL United walaupun menyedari majoriti pemain belum mencapai tahap kecergasan 100%.Hal ini kerana beliau sedia maklum bahawa para pemain sudah lama tidak beraksi pada perlawanan tahap kompetitif setelah tamatnya saingan bola sepak domestik, pada penghujung tahun lalu.", "“(Aspek) keserasian boleh perbaiki lagi apabila berlatih lagi lama bersama-sama. (Bahagian) attacking nampak tajam, defensive boleh kata solid. Tapi ini baru lawan Sabah yang guna seorang player import. Nak tengok macam mana lawan Selangor nanti.” jelasnya ketika mengulas mengenai persembahan KL United.", "⚽️ What a goal! Paulo Josue menyudahkan backheel assist Dominique Da Sylva!@klunitedfc 3-0 @SabahFCofficial#PlayOn pic.twitter.com/W0nCncFEeB", "Dalam perlawanan tersebut, Nizam memilih penyerang Mauritania, Dominique yang menjaringkan satu gol dan mencipta satu ‘assist’ selaku pemain terbaik perlawanan. Menurutnya, kombinasi penyerang tinggi lampai ini bersama kapten pasukan Paulo Josue dilihat amat memukau.", "Walaupun pasukannya menampilkan persembahan yang memuaskan secara keseluruhan, Nizam mengharapkan KL United dapat mempertingkatkan aspek overlapping daripada kedua-dua pemain bek kiri dan kanan pasukan.", "“Daripada game semalam, saya masih kurang berpuas hati dengan bahagian fullback. Daniel Ting dengan Kamal Azizi nampak macam terlalu defensive. Mausim lepas, Qayyum Marjoni rajin overlap untuk hantar bola. Kalau ada fullback pakar overlap, Hadin dan Indra bolehlah rajin sikit masuk ke dalam.”", "“Lagi satu untuk bahagian sayap kanan, KL United kena cuba kuatkan lagi. Indra pemain bagus dan berpengalaman, tapi kalau nak expect dia main full sepanjang musim memang mustahil. Kena cuba letak Azim Rahim di situ kalau tak nak bagi dia jadi second striker. Pemain yang lincah.” jelasnya.", "Untuk makluman, ini merupakan perlawanan persahabatan kedua yang diharungi KL United dalam usahanya untuk mempersiapkan pasukan. Perlawanan pertama adalah pada sabtu lalu, menentang skuad Negeri Sembilan FC di mana mereka tewas 0-1 kepada pasukan yang beraksi saingan di Liga Premier tersebut.", "Perlawanan persahabatan seterusnya, KL United akan turun menentang Selangor FC kendalian Karsten Neitzel pada hari sabtu ini, di stadium yang sama. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro.", "Featured Image: Khatul Anuar Twitter"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216054/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Sze Fei-Izzuddin Mara Ke Final & Bakal Menghadapi Beregu China \n", "content": ["Pasangan beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin muncul satu-satunya wakil negara yang berhasil mara ke pentas akhir saingan Terbuka Jerman 2022.", "Ianya selepas beregu yang menghuni ranking ke-17 dunia ini berjaya menumpaskan lawannya, beregu China, He Je Ting dan Zhou Hao Dong secara ‘straight set’ pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.", "Untuk pengetahuan semua, Sze Fei-Izzuddin mengambil masa selama 39 minit untuk menyingkirkan beregu yang menghuni ranking ke-1274 dunia itu dengan keputusan 21-12 dan 21-18.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MD – Semi final 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅12 18 🇨🇳Ji Ting HE 🇨🇳Hao Dong ZHOU🕗 in 39 minutes https://t.co/HweUdeNp7Q", "Sementara itu, menanti Sze Fei-Izzuddin di pentas akhir saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF ini adalah beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi. ", "Mereka mara ke pentas akhir dengan menyingkirkan beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skraarup Rasmussen yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini di peringkat separuh akhir.", "Berdasarkan rekod, belum ada sebarang pertemuan melibatkan Sze Fei-Izzuddin menentang Yu Chen-Xuan Yi di mana-mana pentas antarabangsa setakat ini. Dijangka pertemuan melibatkan kedua-dua beregu ini bakal menyajikan satu pertarungan yang menarik di pentas final nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220627/", "headline": "\nEngland Sudah Tidak Takut-Takut Untuk Berkata Mampu Menjuarai Piala Dunia\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan England tidak lagi takut-takut untuk berkata mampu menjuarai Piala Dunia pada edisi kali ini. Perkara itu diungkapkan dan dipercayai sendiri oleh penyerang utamanya, Harry Kane.", "Menurut pemain berusia 29 tahun itu lagi, perkara ini seumpama satu ketakutan buat anggota skuad England untuk meluahkan kemahuan memenangi Piala Dunia kira-kira sedekad yang lalu.", "Namun perkata itu tidak lagi menjadi ketakutan lebih-lebih lagi ketika di bawah bimbingan ketua jurulatih, Gareth Southgate.", "Dalam satu temu bual eksklusif bersama Sky Sports berkata, “Kami perlu percaya bahawa kami boleh memenanginya,”", "“Saya lihat di England sekitar 10, 15 tahun lalu dan kami seakan-akan takut untuk berkata mahu memenanginya. ", "“Saya fikir salah satu perubahan besar yang kami lakukan dalam empat atau lima tahun lalu bersama Gareth (Southgate) adalah tidak takut untuk mengatakan (mahu memenanginya).", "“Lihat, kami sertai kejohanan ini untuk memenanginya kerana percaya kami mampu. Adalah salah untuk berfikir sebaliknya. Apa gunanya ke Piala Dunia dan tak mempercayai yang kita mampu membawa pulang trofi ke tanah air?", "“Sudah tentu ianya akan sukar dan kami perlu bekerja sangat keras, mempunyai sedikit nasib dan banyak perkara yang mendatang untuk mencapainya.", "“Tetapi saya fikir penting untuk tidak takut untuk berkata mengenainya, itulah perkara yang akan kita lakukan.” katanya. ", "Untuk makluman semua, skuad berjulukan The Three Lions ini telah diundi dalam Kumpulan B dan akan membuka kempen dengan menentang Iran diikuti Amerika Syarikat dan Wales. ", "Walaupun prestasi mereka pada akhir-akhir ini tidak begitu memberangsangkan, Selaku semi-finalis Piala Dunia edisi lalu serta naib juara Euro 2020, England tetap menjadi salah satu pilihan ramai untuk menjuarai kejohanan di berlangsung Qatar ini.", "Sebagai rekod, England pernah menjulang trofi Piala Dunia sebanyak sekali sahaja iaitu pada tahun 1966.", "Featured Image: England Football Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218571/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Jin Wei Kandas Di Suku Akhir, Tumpas Kali Ke-4 Di Tangan Saena\n", "content": ["Perjalanan perseorangan wanita bebas (independent), Goh Jin Wei dalam kancah Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF nampaknya menemui titik noktah, hari ini.", "Ini selepas pemain yang menghuni ranking ke-60 dunia tumpas kepada pemain Jepun yang berada di tangga ke-35 dunia, Saena Kawakami di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei tumpas dengan keputusan 9-21, 21-11 dan 16-21 dalam tempoh masa 44 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1.", "YONEX Taipei Open 2022WS – Quarter final21 12 21 🇯🇵Saena KAWAKAMI🏅 9 21 16 🇲🇾Jin Wei GOH", "🕗 in 44 minutes https://t.co/PV1axlWd4A", "— BWFScore (@BWFScore) July 22, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan kali keempat daripada empat pertemuan berturut-turut Jin Wei tumpas kepada pemain berusia 24 tahun ini di pentas antarabangsa.", "Tiga kekalahan sebelum ini terhasil dalam saingan Terbuka Taipei 2017, Taipei Masters 2016 dan saingan Remaja Dutch 2015.", "Sementara itu, Saena yang meraih tiket kemaraan akan bertemu samada pemain senegaranya, Natsuki Nidaira (ranking ke-59) atau pemain tuan rumah, Lian Ting-Yu (ranking ke-171) di peringkat separuh akhir kelak. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111189/", "headline": "\nDjokovic Sah Bertanding Di Sukan Olimpik, Berpeluang Meraih ‘Golden Slam’\n", "content": ["Pemain tenis No.1 dunia, Novak Djokovic mengesahkan akan turun beraksi dalam saingan tenis perseorangan lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Pengesahan tersebut diumumkan sendiri oleh Djokovic menerusi laman sosialnya awal pagi tadi.", "С великим поносом се пакујем за Токио и придружујем нашој репрезентацији у борби за најсјајнија одличја на Олимпијским борилиштима. За мене је игра за Србију увек била посебна радост и мотивација и даћу све од себе да нас све обрадујем! Идемооо 💪🏼", "“Saya sangat berbangga untuk mengemaskan beg pakaian untuk ke Tokyo dan menyertai kontinjen kebangsaan untuk bertarung bagi mendapatkan pingat yang paling berkilau di pentas Olimpik,” kata Djokovic menerusi akaun twitter.", "Sebelum ini, Djokovic berada dalam situasi 50-50 untuk terbang ke Tokyo bagi menyertai temasya terbesar yang diadakan setiap empat tahun sekali ini. ", "Ia berikutan kebimbangannya mengenai peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di Jepun.", "🃏 @DjokerNole is looking to continue his fine form into #Tokyo2020 after winning three Grand Slams in 2021 🔥The world No.1 won bronze at Beijing 2008 and is looking to add to his collection 👏#UnitedByEmotion | #StrongerTogether | @OKSrbijehttps://t.co/89PTrcXgua", "Pengesahan untuk beraksi di pentas Olimpik kali ini membuka peluang buat Djokovic untuk muncul sebagai pemain lelaki pertama memenangi ‘Golden Slam’.", "Untuk pengetahuan semua, ‘Golden Slam’ merupakan satu julukan yang diberikan kepada mana-mana pemain tenis yang berjaya memenangi kesemua empat kejohanan Grand Slam bersama pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik pada tahun yang sama.", "Untuk rekod, pemain tenis kelahiran Serbia ini telah memenangi tiga daripada empat kejohanan Grand Slam pada tahun ini. Tiga kejuaraan tersebut adalah Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Kejohanan Wimbledon baru-baru ini.", "Manakala kejohanan Grand Slam yang terakhir ialah Terbuka Amerika Syarikat yang akan berlangsung pada September nanti.", "Sebagai rekod, hanya seorang pemain sahaja yang pernah memahat nama sebagai pemenang ‘Golden Slam‘ setakat ini. Beliau adalah pemain tenis wanita kelahiran Jerman, Steffi Graf dan meraihnya pada tahun 1988."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321331/", "headline": "\nTiada Lagi Jualan Tambahan – 59,000 Tiket Malaysia vs Thailand ‘Sold Out’\n", "content": ["Sebanyak 59,000 tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF melibatkan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah habis dijual.", "Perkembangan itu disahkan oleh badan induk bola sepak tanah air, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kira-kira 22 jam selepas jualan tiket itu dibuka di laman sesawang www.tickethotline.com bermula jam 3 petang, semalam.", "“Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia lwn Thailand.” tulis FAM menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di pelbagai laman sosialnya.", "Terima kasih kepada penyokong Harimau Malaya yang telah membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan Separuh Akhir 1, Malaysia lwn Thailand.", "Jumpa di Bukit Jalil, Sabtu ini!#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/sN0EvIGUnz", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 5, 2023", "Pada masa yang sama, FAM menyatakan tiada lagi sebarang penjualan tiket tambahan, sama ada secara dalam talian atau di kaunter tiket stadium.", "Semalam, FAM memaklumkan hanya 59,000 keping tiket sahaja dijual untuk perlawanan ini.", "Sebanyak 21,000 tiket atau tempat duduk terpaksa ‘dikorbankan’ jualannya kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.", "Untuk makluman semua, SNBJ mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 87,411."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219424/", "headline": "\nSejam Pertama Selangor Tak Garang, Tak Menekan Terengganu\n", "content": ["Sekitar sejam pertama, pasukan pelawat, Selangor FC tidak menampilkan corak permainan yang sebenar ketika bertemu Terengganu FC dalam aksi kedua saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.", "Perkara itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel selepas akur dengan kekalahan 3-1 di tangan pasukan tuan rumah hasil jaringan Jordan Mintah, Rahmat Makasuf, Shahrul Nizam (G.S) dan Hakimi Abdullah.", "Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Jerman ini percaya corak permainan anak-anak buahnya mungkin berubah sekiranya percubaan oleh Shahrel Fikri menemui jaring gol pasukan lawan, pada babak awal.", "“(Sekitar) 50 atau 60 minit pertama bukanlah seperti corak yang dimainkan pada perlawanan terdahulu (menentang Sri Pahang), kami sukar untuk menekan (pressing) pasukan lawan,", "“Pada separuh masa pertama kami mempunyai beberapa peluang dan salah satunya rembatan oleh Eky yang terkena tiang, mungkin jika dia menjaringkan gol itu dan permainan akan jadi lebih baik buat kami,” kata Karsten dalam sidang media selepas perlawanan.", "Memasuki babak kedua, selepas tersentak dengan jaringan kedua Terengganu oleh Rahmat pada minit ke-61, skuad Red Giants bangkit menampilkan permainan yang lebih garang di atas padang dan mengasak Terengganu secara bertubi-tubi.", "Kemasukan penyerang muda, Danial Asri turut memberikan nafas baharu kepada barisan serangan Selangor dan pemain ini turut menjadi punca kepada jaringan sendiri pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam pada minit ke-74.", "Ketua jurulatih pasukan tuan rumah, Nafuzi Zain yang menyedari situasi tersebut membuat keputusan memasukkan pemain defensif, Hafizal Mohamad menggantikan pemain tengah, Nasir Basharuddin untuk mengukuhkan lagi barisan pertahanan.", "Beliau turut memasukkan bek kanan yang lebih segar, Azam Azmi Murad menggantikan Azarul Nazarith yang sudah keletihan di posisi yang sama untuk mengekalkan pendahuluan yang dimiliki.", "“(Pada) 30 minit terakhir, pasukan cuba memberikan segala-galanya, mereka bermain dengan baik, mencipta peluang gol dan menunjukkan persembahan yang baik tetapi ianya masih tidak cukup untuk mengalahkan Terengganu dan untuk itu tahniah buat mereka.” tambahnya lagi.", "Karsten turut mengakui kekalahan ini sesuatu yang tidak menggembirakannya namun mereka perlu melakukan persiapan untuk perlawanan seterusnya menentang seteru Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur City di halaman sendiri, sabtu ini.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111746/", "headline": "\nMotoGP: Perlumbaan di Sepang Dibatalkan & Digantikan Dengan Litar Misano\n", "content": ["Kejuaraan MotoGP Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 22 hingga 24 Oktober 2021 terpaksa dibatalkan ekoran situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini.", "Perkara tersebut dimaklumkan secara rasmi oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan badan induk serta penganjur, FIM, IRTA dan Dorna Sports menerusi pelbagai platform laman sosialnya, semalam.", "“Pandemik Covid-19 yang berterusan da sekatan kemasukan ke Malaysia menyebabkan pembatalan acara ini.” tulis kenyataan tersebut.", "SIC, badan induk dan penganjur berharap dapat kembali mengadakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang pada tahun 2022.", "Sehubungan itu, pihak penganjur mengumumkan Litar Misano, Itali menjadi pengganti kepada perlumbaan pada tarikh berkenaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218813/", "headline": "\nSukan Komanwel: Atlet Kenya Menang Emas Acara 100m – Catatan Masa 10.02s\n", "content": ["Perlumbaan akhir acara pecut 100 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 menyaksikan pingat emas dimenangi oleh pelari Kenya, Ferdinand Omurwa Omanyala.", "Atlet berusia 26 tahun kelahiran Nairobi ini muncul yang pertama melintasi garisan penamat dalam acara balapan yang berlangsung di Stadium Alexander dengan catatan masa 10.02 saat (s).", "Sementara itu, di tempat kedua adalah juara bertahan edisi lalu, pelari Afrika Selatan berusia 28 tahun, Akani Simbine. Dia menamatkan larian dengan catatan masa 10.13s sekaligus membawa pulang pingat perak.", "What a moment for @OlympicsKe & @Ferdiomanyala in the Men's 100m Final!#CommonwealthGames #B2022 pic.twitter.com/OlxCNEBpof", "— Commonwealth Sport (@thecgf) August 3, 2022", "Baca: Kejohanan Olahraga Dunia B-20: Azeem Catat Larian 10.09s Acara 100m – Rekod Baharu Kebangsaan", "Manakala tempat ketiga pula menjadi milik pelari Sri Lanka yang berusia 26 tahun, Yupun Abeykoon. Dalam perlumbaan ini, Abeykoon melintas garisan penamat dengan catatan masa 10.14s.", "Sebagai tambahan, catatan masa yang direkodkan oleh Omanyala dalam acara ini adalah jauh lebih perlahan daripada rekod peribadi terbaiknya.", "Omanyala pernah merekodkan larian terpantasnya, 9.77s ketika beraksi dalam kejohanan Kip Keino Classic 2021 di negaranya. Catatan masa ini meletakkannya selaku pelari terpantas bagi benua afrika.", "Featured Image: Twitter Ferdinand Omanyala"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217551/", "headline": "\nHoki Piala Asia: Malaysia Mula Langkah Kanan, Belasah Oman 7-0\n", "content": ["Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan kempen Hoki Piala Asia 2022 dengan langkah kanan apabila membantai Oman dengan keputusan 7-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan B, tengah hari tadi.", "Skuad berjulukan Speedy Tigers bimbingan Arul Selvaraj ini berhasil meledak empat gol pada babak pertama sebelum menambah tiga jaringan lagi pada babak kedua.", "Tiga daripada jaringan itu dicetak oleh Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ke-5, ke-12 dan ke-18) manakala baki empatnya lagi hasil sumbangan Faizal Saari, Shahril Saabah, Faiz Helmi Jali dan Mohamad Ashran Hamsani pada minit ke-22, ke-33, ke-39 dan ke-47 masing-masing.", "Kemenangan yang diraih hari ini membolehkan Malaysia memungut tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan B yang turut disertai oleh Republik Korea dan Bangladesh.", "Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini juga berperanan sebagai kelayakan ke saingan Hoki Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung di India.", "Tiket kemaraan ke saingan tersebut hanya diberikan kepada juara, naib juara dan tempat ketiga daripada kejohanan Hoki Piala Asia 2022 yang sedang berlangsung di Jakarta, Indonesia, pada ketika ini.", "Sementara itu, Malaysia akan turun menentang Republik Korea bagi perlawanan kedua peringkat Kumpulan B. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada jam 3 petang waktu Malaysia, esok.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218810/", "headline": "\nKBS Pertimbang Naik Taraf Trek Balapan Bekas Sekolah Azeem – SMK Gunung Rapat\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mempertimbangkan untuk menaik taraf trek balapan bekas sekolah Muhammad Azeem Mohd Fahmi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh.", "Ianya susulan kejayaan Muhammad Azeem yang beraksi dengan cemerlang dan menamatkan acara pecut 100 meter (m) di tempat kelima dalam Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20), awal pagi tadi.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi satu kenyataan media, pada hari ini.", "KENYATAAN MEDIA MASA DEPAN PELARI PECUT MUDA NEGARA MUHAMMAD AZEEM FAHMI#TeamKBS #KeluargaMalaysia pic.twitter.com/DFDDOBnNyD", "— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) August 3, 2022", "Difahamkan, pertimbangan itu dibuat bagi melahirkan lebih ramai atlet berbakat dan berpotensi besar dalam sukan olahraga. Untuk makluman, SMK Gunung Rapat merupakan sekolah kluster sukan yang telah melahirkan banyak atlet termasuk Muhammad Azeem.", "Ianya turut menjadi lokasi latihan atlet berusia 18 tahun kelahiran negeri Perak Darul Redzuan ini.", "Pada masa yang sama, Azumu turut mengucapkan syabas dan tahniah buat Muhammad Azeem atas pencapaiannya di kejohanan terbabit.", "Ini termasuk dengan kejayaan melakar satu rekod kebangsaan baharu dalam acara pecut 100m apabila merekodkan larian sepantas 10.09 saat (s) ketika beraksi dalam peringkat saringan.", "Menurut Faizal, bakat serta kebolehan Muhammad Azeem perlu terus digilap agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta pada masa akan datang. ", "Katanya lagi, KBS akan terus berusaha dan menyokong sebarang usaha meningkatkan pencapaian atlet dalam semua disiplin demi kemajuan sukan negara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111988/", "headline": "\nPernah Dikaitkan Dengan JDT, Falcao Pilih Kembali Ke Saingan La Liga Sertai Rayo Vallecano\n", "content": ["Bulan lalu, media sosial tempatan gegak-gempita dengan satu pendedahan oleh portal sukan berpangkalan di Turki bahawa penyerang veteran Colombia, Radamel Falcao dikaitkan untuk menyertai juara Liga Super 8 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Bukan calang-calang penyerang yang dikaitkan dengan skuad Harimau Selatan kali ini. Manakan tidaknya, Falcao pernah beraksi bersama beberapa kelab gergasi eropah seperti Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Manchester United dan Chelsea.", "Malahan penyerang berusia 35 tahun ini turut mempunyai pengalaman beraksi di pentas Piala Dunia serta kejohanan peringkat benua, Copa America mewakili skuad negaranya.", "Bagaimanapun, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit berkata skuad yang mendapat julukan Harimau Selatan itu tidak berada dalam kedudukan kewangan terbaik pada masa ini untuk mendapatkan khidmat pemain seperti Falcao.", "Baca: Kewangan JDT Tidak Kukuh Untuk ‘Ikat’ Radamel Falcao – Martin Prest", "Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan berita mengenai tawaran yang dilakukan kepada Falcao untuk beraksi bersama JDT adalah khabar angin semata-mata. ", "Menerusi satu perkembangan terbaru yang dilaporkan oleh portal berpangkalan di Sepanyol, Marca, Falcao kembali beraksi dalam saingan La Liga dengan menyertai Rayo Vallecano sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup.", "Difahamkan, pengumuman rasmi oleh Rayo Vallecano akan dilakukan kemudian. ", "Falcao dikatakan menandatangani kontrak selama dua musim bersama pasukan tersebut untuk memastikan dia dapat bermain secara kerap sebagai usahanya untuk menyertai skuad Colombia bagi beraksi dalam kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111860/", "headline": "\n‘Susah’ Nak Panggil Pemain Berdasarkan Minit Permainan – Coach Satia\n", "content": ["Isu minit permainan seringkali diperdebatkan oleh para penyokong dan peminat apabila barisan kejurulatihan menyenaraikan pemain-pemain yang dipilih untuk membarisi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.", "Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), B. Satiananthan atau dikenali sebagai Coach Satia berkata pemilihan pemain berdasarkan minit permainan bersama kelab masing-masing boleh dipraktikkan namun ianya akan berhadapan kesukaran untuk beberapa posisi.", "Menurutnya, antara posisi yang akan berhadapan kesukaran untuk dipanggil jika berdasarkan kriteria minit permainan adalah penyerang, pemain perancang dan pertahanan tengah.", "“(Cadangan) itu ada yang boleh dan ada yang susah sedikit. Memang kita perlu mencari pemain berdasarkan minit permainan tetapi cuba kita lihat beberapa posisi kritikal seperti penyerang, perancang dan pertahanan tengah.", "“Posisi ini kebanyakannya didominasi pemain import jadi pemain tempatan kita memang kurang minit. Di bahagian penyerang pun kita lihat siapa yang menerajui senarai penjaring terbanyak? Ini satu cabaran yang besar untuk kita mencari penyerang yang ada banyak minit permainan.", "“Tetapi kalau di Eropah, kadang-kadang ada pemain itu kurang minit bersama kelab tetapi tetap dipanggil bersama skuad kebangsaan, contohnya seperti Olivier Giroud. Saya bersetuju dengan Hamidin tetapi saya lihat beberapa kekangan akan dihadapi barisan kejurulatihan,” ulas jurulatih berusia 63 tahun ini seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.", "Terdahulu, media tempatan melaporkan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menyatakan bahagian teknikal perlu melihat kepada kriteria minit permainan dalam memilih pemain yang akan membarisi skuad kebangsaan.", "Selain itu, Hamidin juga telah berbincang bersama bahagian teknikal untuk memperluaskan pemilihan pemain-pemain dari pasukan atau negeri yang lain agar skuad kebangsaan kembali menyinar di pentas antabangsa.", "Perkara-perkara ini akan dipraktikkan untuk panggilan skuad kebangsaan yang akan datang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220418/", "headline": "\nKim Pan-gon: Kemboja, Maldives Lawan Sesuai Untuk Perbaiki Kelemahan Sebelum Piala AFF\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menyifatkan pertembungan menentang Kemboja dan Maldives dalam Pelawanan Antarabangsa Tier 1 pada 9 dan 14 Disember kelak sebagai lawan yang sesuai sebelum aksi Piala AFF 2022.", "Biarpun kedua-duanya berada di kedudukan ranking yang lebih rendah iaitu ke-177 dan ke-154 dunia masing-masing berbanding Malaysia di ranking ke-146, pemilihan pasukan ini dibuat berpandukan susunan perjalanan skuad Harimau Malaya di kejohanan dwitahunan terbabit.", "“Kemboja merupakan salah satu pasukan dari Kumpulan A yang mana pemilihan pasukan ini sebagai lawan pada perlawanan pemanas badan dilihat bersesuaian dalam usaha kita untuk mengenal pasti perkara-perkara yang perlu diperbaiki selepas pasukan kembali berkumpul untuk kem latihan pusat.”", "“Kita telah bermain perlawanan menentang Thailand dan Filipina tahun ini dan percaya Kemboja akan menjadi pilihan lawan yang baik untuk persiapan kita kali ini.”", "“Bagi pertemuan dengan Maldives, lawan yang biarpun bukan dari Asia Tenggara tetapi merupakan juara dua kali Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) pada 2008 dan 2018, selain memiliki corak permainan yang hampir sama dengan pasukan-pasukan Asia Tenggara yang lain.”", "Pemilihan Aksi Pemanas Badan Bertemu Kemboja & Maldives Bersesuaian Dengan Persiapan Harimau Malaya Menjelang Piala Mitsubishi Electric AFF 2022", "▶️ Baca kenyataan penuh Kim Pan Gon di https://t.co/jeAKfzHOmL#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/WOA9mz9hAg", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 31, 2022", "“Selain itu, Maldives memenangi kedua-dua perlawanan mereka ketika FIFA Days pada September dan merupakan salah satu pasukan terbaru yang telah menentang Laos, pasukan yang akan kita hadapi pada kejohanan nanti.” kata Pan-gon menerusi kenyataan dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.", "Untuk makluman semua, Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos bagi edisi kali ini.", "Malaysia akan memulakan kempen kali ini dengan bertemu Myanmar (21 Disember) di tempat lawan, diikuti dengan melayan kunjungan Laos (24 Disember) di tempat sendiri.", "Seterusnya, Harimau Malaya akan meneruskan kempen itu dengan berhadapan juara edisi 2018, Vietnam (27 Disember) di tempat lawan sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura (3 Januari) di halaman sendiri.", "Sebagai tambahan, juara dan naib juara Kumpulan A dan B akan layak ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217280/", "headline": "\nPiala Thomas: ‘Scratch Pair’ Aaron-Ee Yi Sekat India Menang Awal\n", "content": ["Selepas diturunkan buat pertama kali dalam saingan akhir peringkat kumpulan Piala Thomas 2022 semalam, skuad Malaysia sekali lagi mempertaruhkan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi selaku beregu kedua ketika menentang India, hari ini.", "Aaron-Ee Yi diturunkan sebagai wakil keempat negara untuk berhadapan dengan beregu yang berada di ranking ke-45 dunia, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala. Mereka turun dengan misi untuk menyekat India daripada merangkul satu lagi mata agar dapat menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-1 ke atas Malaysia.", "Dan misi tersebut berjaya disempurnakan oleh Aaron-Ee Yi apabila berjaya menumpaskan pasangan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-17 dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", " 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅19 17 🇮🇳Krishna Prasad GARAGA 🇮🇳Vishnuvardhan Goud PANJALA", "🕗 in 37 minutes https://t.co/S7FHbJdCRt", "— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022", "Kemenangan oleh Aaron-Ee Yi ini sekaligus membolehkan Malaysia memungut mata yang kedua dan mengikat India dengan kedudukan 2-2 buat seketika waktu.", "Sementara itu, pemenang bagi peringkat suku akhir yang akan mara ke pusingan separuh akhir perlu ditentukan menerusi pertarungan kelima yang melibatkan perseorangan ketiga masing-masing. ", "Skuad lelaki Malaysia mempertaruhkan pemain No.124 dunia, Leong Jun Hao manakala India pula meletakkan pemain No.23 dunia, Prannoy Haseena Sunil Kumar.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325202/", "headline": "\nIniesta Berstatus Ejen Bebas – Tinggalkan Vissel Kobe Selepas 5 Tahun\n", "content": ["Bekas pemain FC Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol, Andres Iniesta yang dilabel sebagai “midfield maestro” oleh para pemerhati dan peminat bola sepak seluruh dunia khususnya sekitar era 2010-an kini berstatus ejen bebas.", "Perkembangan ini hadir selepas pemain berusia 39 tahun terbabit tidak melanjutkan kontraknya bersama Vissel Kobe – kelab beraksi dalam kancah J.League yang disertainya sekitar pertengahan tahun 2018 lalu.", "Sebelum berpisah dengan kelab berpangkalan di negara matahari terbabit, Iniesta diberikan berpeluang untuk bermula dalam kesebelasan utama buat julung kalinya pada musim ini bersama Vissel Kobe pada Sabtu lalu. ", "Dalam perlawanan melayan kunjungan Consadole Sapporo di Stadium Noevir, Iniesta sempat dan beraksi selama 56 minit dihadapan 30,000 penonton yang hadir sebelum digantikan dengan pemain tengah, Daiju Sasaki.", "Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Supachok Sarachat (Consadole Sapporo, 26’) dan Matheus Thuler (Vissel Kobe, 85’) masing-masing.", "Untuk pengetahuan semua, sebelum sepak mula perlawanan tersebut, Iniesta turut diraikan oleh para peminat dengan satu tifo gergasi khas yang memaparkan pemain kelahiran Fuentealbilla terbabit menyarung jersi No.8 serta memakai lilitan kapten dan ucapan “Gracias Andres”.", "Sebagai rekod, sepanjang menyarung jersi Vissel Kobe, Iniesta berhasil membuat 134 penampilan disamping menjaringkan 26 gol dan mencipta 25 “assist” dalam kesemua pertandingan samada domestik mahupun antarabangsa.", "Iniesta mengharungi musim yang paling gemilang bersama Vissel Kobe pada tahun 2019 apabila membantu kelab tersebut menjuarai kejuaraan utama sulung dalam sejarah, Piala Maharaja Jepun dengan menumpaskan Kashima Antlers.", "Sebagai tambahan, Iniesta belum mengesahkan lagi destinasi yang seterusnya namun difahamkan telah dikaitkan dengan beberapa kelab di eropah serta amerika selatan.", "Featrured Image:  JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322597/", "headline": "\nKejohanan Dunia Remaja BWF 2023 Akan Berlangsung Di Amerika Syarikat\n", "content": ["Bandar Spokane yang terletak di Washington, Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Dunia Remaja BWF 2023 – sebuah saingan untuk remaja berusia 19 tahun dan ke bawah (B-19).", "Ini merupakan julung kalinya Amerika Syarikat menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang berlangsung bermula 24 September hingga 8 Oktober kelak.", "Badan induk, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman sesawang rasminya, pada hari ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penganjuran Kejohanan Dunia Remaja BWF edisi ke-23.", "Sebagai tambahan, kejohanan edisi lalu yang berlangsung di Sepanyol berakhir dengan cukup mendukacitakan buat wakil remaja Malaysia apabila beraksi sehingga Pusingan 16 sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114099/", "headline": "\nCabaran Wales: Kecederaan Paksa Tze Yong Tarik Diri Pusingan 32\n", "content": ["Kecederaan telah memaksa pemain muda perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk menarik diri pada Pusingan 32 dalam kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Wales 2021.", "Pemain berusia 21 tahun itu membuat keputusan untuk menarik diri ketika kedudukan 1-1 pada set penentuan semasa menentang pemain India, Subhankar Dey yang merupakan pilihan ke-6 untuk menjuarai kejohanan ini.", "RESULTS: #WelshInternational2021R32#IND🇮🇳 Subhankar Dey(6) def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 19-21 25-23 1-1 retired*Tze Yong forced to retire due to injury. Speedy recovery bro💪🏼 #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gIqnL2MwDF", "Sebelum itu, Tze Yong meraih kemenangan pada set pertama dengan skor 21-19. Pada set kedua, Subhankar bangkit memberikan tentangan yang sengit sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 25-23 ke atas Tze Yong.", "Penarikan diri ini pastinya mengecewakan sebahagian peminat badminton tanah air yang mahu melihatnya mara lebih jauh dalam kejohanan ini lebih-lebih lagi Tze Yong masih segar dengan menjuarai kejohanan Terbuka Scotland, minggu lalu.", "RESULTS: #WelshInternational2021 R32#MAS🇲🇾 Aidil Sholeh def. #ITA🇮🇹 Fabio Caponio 21-15 21-18#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TNoPdRoUXo", "Sementara itu, Subhankar yang meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 bakal bertemu seorang lagi pemain muda negara yang juga berusia 21 tahun iaitu Aidil Sholeh Ali Sadikin.", "Aidil yang menghuni ranking ke-110 dunia mengesahkan tempat ke Pusingan 16 selepas menewaskan pemain Itali, Fabio Caponio secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 21-18."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324114/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pemain No.2 Taiwan Singkir Zii Jia Di Pusingan 16 \n", "content": ["Kelibat jaguh badminton perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia dalam saingan Malaysia Masters 2023 tidak akan kelihatan di peringkat suku akhir.", "Ini selepas pemain berusia 25 tahun tersebut tumpas kepada pemain No.2 Taiwan merangkap juara Princess Sirivannavari Thailand Masters 2023, Lin Chun-yi dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di Axiata Arena, pada hari ini.", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia yang menghuni ranking kesepuluh dunia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 19-21, 21-16 dan 15-21 yang menjangkau 87 minit permainan.", "Keputusan itu sekaligus menyingkirkan Zii Jia daripada kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan sulung dirakamkan Chun-yi ke atas Zii Jia setelah tumpas dalam pertemuan sulung antara mereka berdua di kejohanan Indonesia Masters 2023, hujung Januari lalu.", "Sementara itu, Chun-yi yang meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir akan berhadapan samada pemain Denmark, Rasmus Gemke atau pemain Jepun, Kodai Naraoka.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMS – R1621 16 21 LIN Chun-Yi🏅19 21 15 🇲🇾LEE Zii Jia", "— BWFScore (@BWFScore) May 25, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207004/", "headline": "\nTFC ‘Sedekah’ Gol Mudah Buat JDT\n", "content": ["Hanya disebabkan kesilapan oleh pertahanan Terengganu Football Club (TFC), Argzim Redzovic, ianya telah memberikan pasukan pelawat, Johor Darul Ta’zim (JDT) satu kemenangan mudah. ", "Kesilapan itu berlaku ekoran misscommunication antara Argzim dengan penjaga gol, Sharmiza Yusoff pada minit ke-5. ", "Ia membolehkan Safawi Rasid menolak masuk bola dengan mudah ke dalam gawang untuk meletakkan JDT 1-0 di hadapan. ", "5' | GOL SAFAWI RASID!@OfficialJohor membuka tirai jaringan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menerusi jaringan Safawi Rasid.#CIMBLigaSuper2020#TERJDT#MFLLive pic.twitter.com/A7ZV8VSf2P", "Sejurus kealpaan tersebur, TFC dilihat umpamana bangkit daripada tidur dan mula memberikan saingan kepada skuad Harimau Selatan. ", "JDT pula tampak lebih ghairah untuk mencari gol tambahan namun TFC kental bertahan untuk memastikan gawangnya tidak dibolosi buat kali kedua. ", "Situasi 1-0 berlarutan sehingga tamat masa permainan dan JDT berhasil membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sekaligus mengumpul 19 mata secara keseluruhan.", "Ketika ini, JDT semakin selesa di puncak dengan dibezakan sebanyak 8 mata daripada pasukan di tangga kedua CIMB Liga Super 2020. ", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218562/", "headline": "\nJesse Lingard Sertai Nottingham Forest Selepas 22 Tahun Bersama Man Utd\n", "content": ["Selepas 22 tahun bersama Manchester United (Man Utd), pemain tengah menyerang kelahiran England, Jesse Lingard kini beralih angin dan menjadi pemain Nottingham Forest.", "Pemain berusia 29 tahun ini diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain pasukan yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerusi satu pengumuman di laman sesawang rasminya, awal pagi tadi.", "Memetik laporan The Athletic, Lingard dimaklumkan menandatangani kontrak bersama skuad The Garibaldi ini selama setahun. Dia menyertai pasukan ini sebagai ejen bebas setelah kontraknya bersama skuad Red Devils tamat penghujung Jun lalu.", "Untuk makluman semua, Lingard menyertai Man Utd bermula zaman remajanya pada tahun 2000 sebelum menyertai skuad senior pada tahun 2011.", "Welcome to Nottingham Forest, @JesseLingard ❤️ ", "— Nottingham Forest FC (@NFFC) July 21, 2022", "Sepanjang menyertai Man Utd, Lingard telah merekodkan 231 penampilan, menjaringkan 35 gol dan mencipta 21 “assist” kepada rakan sepasukannya.  ", "Sepanjang tempoh itu juga, Lingard turut menyertai beberapa pasukan secara pinjaman seperti Leicester City, Birmingham City, Brighton & Hove Albion, Derby County dan West Ham United.", "Difahamkan, terdapat beberapa pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Lingard dalam jendela perpindahan ketika ini. Antaranya West Ham United, Everton serta beberapa pasukan lain di United Kingdom.", "Namun begitu, Nottingham Forest yang menamatkan saingan divisyen kedua bola sepak England, Liga Kejuaraan di tangga keempat pada musim lalu berjaya mendapatkan tandatangan pemain yang bakal menjengah usia 30 tahun pada Disember kelak.", "Sebagai tambahan, Lingard menjadi pemain baharu yang kesebelas dibawa masuk menyertai skuad kendalian Steve Cooper pada jendela perpindahan kali ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207392/", "headline": "\nAksi Sabah, Melaka Diteruskan – Liga Lain Hanya Yang Positif Tidak Bermain\n", "content": ["Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiada sebarang penangguhan perlawanan melibatkan pasukan Sabah dan Melaka United untuk aksi kesembilan CIMB Liga Super 2020, hujung minggu ini.", "Terdahulu, aksi melibatkan pasukan pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah dan Kedah menentang Melaka United menjadi tanda tanya samada diteruskan mengikut jadual atau ditangguhkan. ", "Mereka yang pulang dari Sabah wajib disaring COVID-19 mulai 27 September Compulsory COVID-19 test for travellers from Sabah from 27 September onward pic.twitter.com/0vewbswWvR", "Hal ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan setiap individu yang tiba dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bermula 27 september.", "Bagaimanapun, perkara itu disahkan sendiri tidak akan ditangguhkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.", "⚽ JADUAL PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER – LS10Saksikan siaran langsung perlawanan di:📺 unifi TV Saluran 701-705📲 Aplikasi unifi playTV▶ YouTube rasmi unifi https://t.co/2qmHrLpa84⛔ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton.#ForwardFootball#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/Nou8UAJxay", "“Jadual masih kekal 2 September, tiada perlawanan tertangguh. Cuma jangan ada yang kena (positif COVID-19), tapi di liga lain pun ada (pemain positif) cuma yang kena itu saja tak boleh main.", "“MFL sentiasa berhubung dengan Persatuan Bolasepak Sabah dan sebelum ini juga kita berhubung dengan Melaka United. KKM pun sangat membantu kita,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.", "Hujung minggu lalu, pasukan Melaka United terbang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu untuk menentang tuan rumah, Sabah dalam aksi kelapan saingan Liga Super.", "Perlawanan itu berkesudahan dengan pasukan tuan rumah mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas pasukan pelawat.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219961/", "headline": "\nStadium UTHM Dapat Pengiktirafan World Athletics\n", "content": ["Stadium Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang selesai dinaiktaraf pada awal Ogos lalu mendapat pengiktirafan badan induk olahraga dunia, World Athletics atau dahulunya dikenali sebagai International Association of Athletics Federation (IAFF).", "Menerusi satu perkongsian, stadium terbabit mendapat pengiktirafan tersebut apabila diberikan pensijilan ‘World Athletics: Class 2 Athletics Facility Certificate’ pada 1 September lalu.", "Pensijilan itu diberikan setelah kemudahan fasilit trek dan padangnya mencapai kehendak teknikal yang telah termaktub di dalam World Athletics Rules.", "“Sejajar dengan kerja pembaikan dan naiktaraf tersebut, pihak PPP telah memanggil panel penilai yang terdiri daripada pakar trek dan padang bagi memastikan piawaian kualiti peringkat antarabangsa dapat dicapai.", "“Pengikitirafan ini dapat membuktikan bahawa Stadium UTHM mampu menyediakan fasiliti bertaraf antarabangsa sekali gus mampu menjadi sebuah institusi yang terulung di peringkat global,” kata Pengarah Pejabat Pembangunan dan Penyengaraan (PPP), Prof. Madya Dr. Mohammad Kamil Abdullah.", "Turut dimaklumkan, stadium tersebut telah mula dibuka kepada warga universiti sejak 19 September lalu untuk aktiviti sukan dan riadah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322261/", "headline": "\nPenyokong Lawan Ambil Peluang Undi Jersi JDT Sebagai Paling Buruk\n", "content": ["Portal yang terkenal dengan berita perkembangan jersi dan but bola sepak antarabangsa, Footy Headlines mengumumkan jersi “home” terbaru Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai jersi terburuk bagi Februari 2023 di lamannya.", "Pengumuman itu hadir selepas jersi skuad Harimau Selatan merah dan biru bercorak “camouflage” serta bertemakan “Elevate The Game” oleh Nike itu menerima 39.8% undian.", "Bagaimanapun, artikel daripada portal terbabit mendedahkan kemungkinan besar undian tersebut hasil daripada para penyokong pasukan lawan yang mengambil peluang untuk melakukan undian ke atas kelab yang tidak disukai mereka.", "Sementara itu, jersi milik sebuah kelab berpangkalan di Belanda, RKC Waalwijk keluaran Stanno pula berada di tempat kedua selepas menerima undian sebanyak 24.1% dan diikuti dengan jersi milik FC Basel keluaran Macron pula di tempata ketiga dengan 16.9% undian.", "Terdahulu, Footy Headlines menyenaraikan jersi “home” JDT sebagai salah satu daripada 20 jersi terburuk bagi bulan Februari 2023 sebelum membuka sesi undian untuk para pembacanya mengundi jersi terburuk.", "Antara jersi lain yang turut tersenarai adalah milik skuad kebangsaan wanita kebangsaan Filipina, Toronto FC, St Louis City, Atletico Nacional, RB Leipzig, SC International serta Urawa Reds."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321855/", "headline": "\n53 Daripada 75 Perlawanan Siaran RTM Adalah Saingan Liga Super\n", "content": ["Sepertimana sedia maklum, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut sama menjadi Rakan Penyiar Liga Malaysia 2023. ", "Hasil kolaborasi ini, sebanyak 75 perlawanan akan disiarkan secara langsung dan percuma menerusi saluran serta platform RTM.", "Dalam Majlis Pelancaran RTM Sebagai Rakan Penyiar Malaysian Football League (MFL) yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, 53 daripada 75 perlawanan yang disiarkan terbabit adalah melibatkan saingan Liga Super.", "Ini termasuk perlawanan pertama Liga Super melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC merangkap Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 24 Februari di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Pertembungan melibatkan juara dan naib juara Liga Super itu akan disiarkan menerusi saluran TV2, Sukan RTM dan RTM Klik.", "Sementara itu, baki 22 perlawanan lagi merangkumi 8 perlawanan Piala FA dan 14 perlawanan Piala Malaysia.", "Bagaimanapun, tiada sebarang perincian mengenai perlawanan peringkat manakah bakal disiarkan oleh stesen televisyen milik kerajaan ini bagi kedua-dua kejohanan kalah mati terbabit.", "Untuk makluman, kesemua perlawanan ini akan disiarkan menerusi saluran TV2, TV Okey, Sukan RTM dan RTM Klik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113390/", "headline": "\nBajet 2022: Kerajaan Peruntukkan RM10 Juta Untuk Memperkasa Sukan OKU\n", "content": ["Sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memperkasakan Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) .", "Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dalam Pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada hari ini.", "Peruntukan ini akan digunakan untuk meningkatkan program latihan atlet OKU dan melaksanakan Liga Sukan OKU.", "Baca: 3 Pemenang Emas Paralimpik Dapat Sejuta Mata & Setahun Penghantaran Makanan Percuma oleh Grab", "Sementara itu, Tengku Zafrul sempat mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik yang berjaya membawa pulang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly.", "Menurutnya, selepas meraih kejayaan di Tokyo tersebut, kejayaan lebih besar pastinya disasarkan menjelang Paralimpik Paris 2024."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321499/", "headline": "\nKpah Sherman Harungi Musim Ketujuh Di Liga Malaysia Bersama Sri Pahang\n", "content": ["Kelibat penyerang Liberia, Kpah Sherman masih kekal dalam kancah Liga Malaysia 2023.", "Selepas khidmatnya dilepaskan oleh Terengganu FC pada penghujung tahun lalu, pasukan seteru setempatnya, Sri Pahang FC tampil menyambar khidmat penyerang berusia 30 tahun ini.", "Pasukan yang berjulukan Tok Gajah dan turut berpangkalan di pantai timur semenanjung itu mengesahkan mengikat khidmat Kpah setelah mengumumkannya secara rasmi di pelbagai platform media sosialnya, hari ini.", "Kpah perkasa serangan tok gajah! ", "Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang kasut emas Liga Super 2019, Kpah Sherman sebagai wajah baru di barisan serangan. pic.twitter.com/Jif3fjAxhF", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) January 17, 2023", "“Kpah perkasa serangan Tok Gajah!”", "“Sri Pahang berbesar hati memperkenalkan pemenang kasut emas Liga Super 2019, Kpah Sherman sebagai wajah baru di barisan serangan.” tulis kenyataan rasmi pihak kelab.", "Penyertaan Kpah bersama Sri Pahang pada jendela perpindahan kali ini menjadikan kelibat penyerang skuad kebangsaan Liberia ini dalam saingan bola sepak tempatan memasuki musim ketujuh.", "Untuk makluman, Kpah memulakan aksinya di Liga Malaysia dengan menyertai MIFA-MISC pada musim 2017 sebelum berhijrah ke PKNS FC (2019), Kedah (2020, 2021) dan Terengganu FC (2022).", "Sebagai rekod, penglibatannya bersama empat pasukan di atas menyaksikan Kpah berhasil meledak sebanyak 72 gol di dalam kesemua kejohanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216399/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Beregu Indonesia Sekat Sze Fei-Izzuddin Rangkul Kejuaraan Kedua Tahun Ini\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki dari negara jiran tetangga, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto menjadi batu penghalang buat Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin untuk merangkul kejuaraan kedua pada tahun ini.", "Hal ini selepas Fajar-Ardianto berjaya menumpaskan beregu negara yang menghuni rangking ke-18 dunia pada perlawanan akhir saingan Terbuka Swiss 2022, sebentar tadi.", "YONEX Swiss Open 2022MD – Final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅18 19 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "🕗 in 40 minutes https://t.co/tQBSm8Jz19", "— BWFScore (@BWFScore) March 27, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, beregu dari Indonesia itu dapat menumpaskan Sze Fei-Izzuddin secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-19 dan dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali keempat daripada lima pertarungan Fajar-Ardianto berjaya menumpaskan Sze Fei-Izzuddin di pentas antarabangsa.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kali kedua Fajar-Ardianto berjaya merangkul kejuaran Terbuka Swiss. ", "Mereka julung kalinya memenangi saingan ini pada tahun 2019 yang lalu dengan menumpaskan beregu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin pada perlawanan akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321579/", "headline": "\nIndonesia Masters: Aaron-Wooi Yik Bakal Bertemu Wei Keng-Wang Chang Lagi? \n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke Pusingan 16 dalam saingan Indonesia Masters 2023 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Pasangan yang menghuni ranking kedua dunia ini memastikan kemaraan tersebut dengan menumpaskan beregu senegara, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci di peringkat Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam pertembungan itu, Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-9 dalam tempoh 30 minit permainan di Gelanggang 1 yang bertempat di Istora Gelora Bung Karno.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2023MD – R32 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇲🇾BOON Xin Yuan14 9 🇲🇾WONG Tien Ci", "— BWFScore (@BWFScore) January 25, 2023", "Di pusingan 16 kelak, Aaron-Wooi Yik berkemungkinan besar akan berhadapan dengan lawan yang dihadapinya pada perlawanan akhir Terbuka India pada minggu lalu iaitu Liang Wei Keng dan Wang Chang.", "Beregu China yang menghuni ranking ketujuh dunia ini akan turun menentang gandingan No.16 dunia dari Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel sebentar lagi.", "Dijangka pertembungan ini bakal memihak kepada Wei Keng-Wang Chang berdasarkan kepada prestasi semasa lebih-lebih lagi mereka masih segar dengan kejayaan meraih kejuaraan Terbuka India dan naib juara Terbuka Malaysia dalam dua kejohanan Jelajah Dunia lalu.", "Jika kemenangan berpihak kepada Wei Keng-Wang Chang dan mara ke Pusingan 16, mereka akan berentap menentang Aaron-Wooi Yik buat kali keempat di pentas antarabangsa.", "Sebaga rekod, pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasangan ini pada perlawanan akhir Terbuka India, Ahad lalu berakhir dengan keputusan 14-21, 21-19 dan 21-18 berpihak kepada Wei Keng-Wang Chang.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110068/", "headline": "\nAntara Sanjar & Lee Tuck, Terengganu FC Sedang Membuat Pertimbangan \n", "content": ["Pasukan yang menduduki tangga kedua Liga Super, Terengganu FC sedang membuat pertimbangan untuk mengikat kembali salah seorang bekas pemain tengahnya samada Sanjar Shaakhmedov atau Lee Tuck.", "Jurulatih berusia 42 tahun tersebut mengakui mengetahui perancangan Sri Pahang yang mahu meminjamkan Lee Tuck kepada pasukan lain setelah mereka melakukan rombakan barisan pemain import, baru-baru ini. ", "Namun Nafuzi seakan-akan memberikan satu bayangan besar mahu meletakkan keutamaan untuk mengikat pemain import kuota asia pada jendela perpindahan kedua yang telah membuka tirainya pada 3 mei lalu.", "Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain bagi memperkukuhkan pasukannya untuk mengharungi saingan Piala AFC bermula pada penghujung jun kelak dan baki saingan Liga Malaysia yang akan bersambung pada julai nanti.", "“Saya tahu Lee Tuck akan dipinjamkan (oleh Sri Pahang) tetapi saya sukar untuk memberikan keputusan buat masa ini,", "“Sekarang ni kita tiada (pemain import) kuota asia, jadi untuk mengambil Lee Tuck ataupun Sanjar kita akan melihat kuota yang kita ada,", "“Kalau kita ambil Lee Tuck mungkin pemain yang sedia ada ini akan diturunkan ke TFC II,", "“Sukar (untuk buat keputusan pada ketika ini) sebabnya pemain-pemain yang sedia ada pun dia punya effort (baik) dan saya tiada sebab untuk complain,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.", "Sementara itu, Nafuzi turut menjelaskan Sanjar dan Lee Tuck menjadi calon pemain terbaik untuk diikat pasukannya pada jendela perpindahan ini kerana mereka sudah mengetahui corak permainan yang diterapkannya.", "Tambahnya lagi, jika Terengganu mengambil pemain baharu, ia akan mengambil masa yang sedikit lama untuk pemain tersebut menyesuaikan diri dengan corak permainannya dan membentuk keserasian dengan rakan-sepasukan yang lain. ", "“Bagi saya, dengan masa yang ada, saya lebih suka memilih pemain yang pernah bersama saya dan yang saya (juga) telah tahu (corak permainan) dia, contohnya Sanjar dan Lee Tuck adalah calon-calon yang terbaik untuk pasukan,", "“Sama seperti saya mengambil Dechi Marcel pada saat-saat akhir (sebelum jendela perpindahan pertama ditutup) disebabkan oleh Petrus Shitembi mengalami kecederaan ACL,", "“Dia (Dechi) pernah bersama saya sebelum ini termasuk menyertai satu pertandingan (jemputan) di Bangladesh (pada tahun 2019),", "“Untuk mengambil pemain baharu, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Terengganu FC, lagipun Sanjar dan Lee Tuck sedang bermain dan berada dalam keadaan yang cergas,” jelas Nafuzi lagi.", "Untuk rekod, Sanjar mula menyertai Terengganu pada tahun 2019 dan kemampuannya untuk melorongkan bola ‘berbisa’ kepada penyerang dan melakukan rembatan dari luar kotak penalti sangat disukai oleh para peminat. Bersama skuad berpangkalan di pantai timur ini, Sanjar telah menjaringkan 16 gol daripada 37 penampilan yang diraihnya.", "Manakala, bekas kapten, Lee Tuck pula menyertai Terengganu lebih awal iaitu sejak dari tahun 2018 lagi. Pemain kelahiran Halifax, England ini sering mencuri tumpuan menerusi komitmennya di atas padang dan sentiasa bersemangat tinggi.", "Pada penghujung tahun lalu, Sanjar, Lee Tuck serta 3 orang lagi pemain import pada musim 2020 tidak disambung kontraknya oleh Terengganu atas alasan mahu menerapkan perancangan yang baharu dan juga faktor kewangan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110139/", "headline": "\nSelain Zamir & Sean, Dua Lagi Pemain KL City Akan Dipinjamkan\n", "content": ["Kuala Lumpur City (KL City) mengesahkan dua pemainnya iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan pemain tengah, Sean Giannelli secara rasminya dipinjamkan ke pasukan UiTM sehingga tamat saingan Liga Super 2021.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard mengatakan tujuan utama membenarkan pemain-pemain ini dipinjamkan kepada pasukan lain adalah untuk memberikan peluang buat mereka mendapatkan minit permainan.", "Selain daripada dua pemain yang diumumkan ini, Stanley, tanpa mendedahkan mana-mana nama memaklumkan terdapat dua lagi pemain skuad Ibu Kota akan dilepaskan untuk dipinjamkan kepada pasukan lain.", "Selamat Maju Jaya buat Zamir Selamat & Sean GiannelliKuala Lumpur City FC ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Zamir Selamat & Sean Giannelli yang akan dipinjamkan ke UiTM FC bagi mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini.#KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/yijH0u1OwC", "“Kita sudah mengesahkan (meminjamkan) Zamir Selamat dan Sean Giannelli ke UiTM (manakala) lagi dua pemain (masih) dalam perbincangan, ", "“Kalau berlaku (dua pemain ini dipinjamkan), berlakulah, kalau tidak berlaku kita tiada masalah sebab tujuannya memastikan pemain-pemain yang berkualiti ini mendapatkan minit permainan supaya kita dapat menganalisa mereka untuk musim hadapan,", "“Mungkin kalau (kekal) dengan kelab kita sukar (untuk raih minit permainan) sebab perbezaan gaya permainan dan permintaan ketua jurulatih, tetapi jika dia ke kelab lain jurulatih lain akan menggunakan khidmatnya dan dia mendapat minit permainan, itu yang paling penting,” katanya kepada Sukanz.", "\"Kenny Pemain Utiliti Terbaik Malaysia, Silap-Silap Main GK Pun Perform\"CEO KL City, Stanley Bernard menggambarkan pemain tengah baharu pasukannya, Kenny Pallraj sebagai pemain utiliti terbaik di Malaysia pada ketika ini.LINK: https://t.co/8zgErkmv7j#LigaSuper2021 pic.twitter.com/uW93kaxeNU", "Barangkali, selain daripada tiada dalam perancangan ketua jurulatih, Bojan Hodak pada musim ini, keputusan untuk melepaskan pemain-pemain ini untuk memberikan ruang kepada kemasukan pemain-pemain baharu pada jendela perpindahan pertengahan musim, kali ini.", "Seperti sedia maklum, KL City telah mengesahkan mendapatkan dua pemain tunjang Perak iaitu Kenny Pallraj dan J. Partiban pada minggu lalu. Selain itu, mereka juga sedang berusaha untuk mendaftarkan dua pemain kacukan, Ryan Lambert dan Luke Tan Xian.", "Gosip turut bertiup kencang mengenai usaha pihak pengurusan untuk mendatangkan penyerang baharu bagi menggantikan Dominique da Sylva yang kini masih dalam kecederaan.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112294/", "headline": "\nAzizulhasni Awang Rancang Anjur Kejohanan Basikal Trek Tersendiri\n", "content": ["Pemenang pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dato’ Azizulhasni Awang merancang untuk menganjurkan kejohanan basikal trek yang tersendiri.", "Bagaimanapun, rancangan oleh jaguh basikal negara yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman tersebut akan dilakukannya setelah ‘menggantung basikalnya’ pada suatu hari nanti.", "Salah satu daripada objektif untuk menganjurkan kejohanan itu nanti adalah untuk meningkatkan prestasi atlet yang bertanding serta memeriahkan lagi penganjuran sukan tersebut di dalam negara.", "“Jika sudah bersara nanti bolehlah anjur Kejohanan Azizulhasni atau sebagainya, namun ia tidak relevan pada masa sekarang kerana saya masih bergiat aktif berlumba.", "“Saya harap satu hari nanti impian itu mampu direalisasikan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya seperti dipetik daripada Bernama.", "Baca: Azizul Fokus Persiapan Olimpik 2024, Tidak Bercadang Untuk Terima Tawaran Pensyarah UPSI", "Seperti semua sedia maklum, sebuah velodrom yang masih dalam pembinaan sedang disiapkan di daerah kelahirannya, Dungun, Terengganu. ", "Difahamkan, velodrom itu bakal dinamakan bersempena dengan namanya selaku atlet basikal trek terbaik yang pernah dilahirkan Malaysia setakat ini.", "Barangkali pelumba berusia 33 tahun ini telah berkira-kira untuk menjadikan trek tersebut sebagai venue bagi kejohanan tersebut sekaligus akan memeriahkan lagi velodrom tersebut buat atlet-atlet dan peminat-peminat sukan ini.", "Featured Image: Facebook Azizulhasni Awang"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322989/", "headline": "\nLewandowski Impi Beraksi Bersama Messi\n", "content": ["Robert Lewandowski mengimpikan untuk beraksi bersama legenda Argentina, Lionel Messi sekiranya pemain berusia 36 tahun itu kembali ke FC Barcelona pada jendela perpindahan akan datang. ", "Menurut laporan GOAL yang memetik Mundo Deportivo, penyerang sensasi Barcelona tersebut turut merasakan kelab Catalan itu sentiasa menjadi tempat terbaik untuk Messi dan pemain itu merupakan sebahagian daripada kelab itu. ", "“Messi milik Barcelona dan jika dia kembali, ia akan menjadi sesuatu yang luar biasa. Kami tahu bahawa tempatnya di sini. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku, tetapi saya harap musim depan kami boleh bermain bersama,” ujar Lewandowski kepada wartawan akhbar Sepanyol tersebut.", "'ESPERO JUGAR CON MESSI'https://t.co/kX1omAPFlM pic.twitter.com/szJucYblM1", "— Mundo Deportivo (@mundodeportivo) April 11, 2023", "Ura-ura tentang kembalinya ikon bola sepak dunia tersebut bersama kelab itu tercetus apabila Naib Presiden Barcelona, Rafa Yuste mengakui sedang mengadakan perbincangan bersama bapa Messi. ", "Selain itu, Messi juga dikhabarkan menerima pelbagai tawaran termasuk daripada kelab Arab Saudi, Al-Hilal.  Hal ini berikutan daripada masa depannya yang samar bersama Paris Saint-Germain selepas kontraknya berakhir pada penghujung musim ini. ", "Bagaimanapun, keadaan tampak sukar buat Barcelona untuk Messi kembali ke kelab tersebut berikutan peraturan kewangan LaLiga. Sebelum ini, peraturan yang sama memaksa legenda Argentina itu keluar daripada kelab tersebut dan berhijrah ke Paris pada musim 2021/22."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219652/", "headline": "\nONEXOX Hadir Dengan Pelan Edisi TBG – Serendah RM39 Untuk 8GB, 200 Minit Masa Berbual\n", "content": ["Syarikat telekomunikasi, XOX yang memiliki Perak FC melancarkan pelan mudah alih khas untuk para penyokong kelab tersebut yang dinamakan ONEXOX EDISI TBG.", "Pelan baharu ini bertujuan untuk menyampaikan pengisian eksklusif untuk meningkatkan penglibatan para peminat bola sepak tempatan. ", "Sebanyak lima pilihan pelan yang dilancarkan dengan tawaran serendah RM39 untuk pakej B39 FC yang memberikan pengguna sebanyak 8GB data, 200 minit masa berbual serta 50 SMS percuma. ", "Bagi pengguna yang menginginkan data dan panggilan tanpa had serta 200 SMS percuma, ONEXOX EDISI TBG menawarkan pakej B150 FC yang berharga RM150.", "Peminat skuad berjulukan The Bos Gaurus yang melanggan pelan ini akan mendapat pelbagai faedah seperti barangan rasmi Perak FC percuma bernilai sehingga RM150, tiket percuma untuk perlawanan di laman sendiri (home). ", "Selain itu pengguna turut diberikan diskaun untuk pas bermusim, pakej hospitaliti pada hari perlawanan, diskaun eksklusif untuk barangan rasmi Perak FC dan pengisian “eksklusif hanya untuk penyokong” berkaitan dengan kelab yang akan dihantar terus kepada telefon mudah alih masing-masing.", "Sebagai bonus tambahan, pengguna pelan ini akan menikmati ganjaran segera setiap kali Perak FC memenangi perlawanan dimana ianya sebahagian daripada kempen “Deme Menang, Kome Dapat”.", "Dimaklumkan, sebahagian daripada pungutan keuntungan yang diraih akan diagihkan kepada kelab yang akan mewujudkan aliran pendapatan tambahan dalam usaha pengkomersilan kelab.", "Kerjasama ini merupakan salah satu cara ONEXOX untuk mengakses sebahagian daripada 700,000 penyokong setia Perak FC di Malaysia dalam usahanya untuk meningkatkan jumlah pelanggan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321607/", "headline": "\nPiala MFL Nama Rasmi Bagi Saingan Liga Simpanan B23\n", "content": ["Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan saingan Liga Simpanan Bawah 23 Tahun (B23) yang akan dianjurkan buat julung kalinya bermula tahun ini akan dikenali sebagai Piala MFL.", "Perkembangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam ketika bercakap dalam sesi Taklimat Media Kalendar Liga Malaysia 2023 di Wisma FAM pada hari ini.", "Selain berkongsikan mengenai nama rasmi pertandingan terbabit, Stuart turut memaklumkan sebanyak 15 pasukan akan menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada 14 skuad B23 milik kelab Liga Super serta Skuad Projek FAM-MSN.", "15 buah pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B yang terdiri daripada 8 dan 7 pasukan masing-masing.", "Empat pasukan teratas setiap Kumpulan A dan B akan layak ke Pusingan 2 iaitu Liga Juara. ", "Pusingan ini akan dimainkan secara “single round-robin” dan dua pasukan teratas Liga Juara akan ke perlawanan akhir untuk merebut trofi Piala MFL.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323572/", "headline": "\nPengasas Facebook Raih Emas Dalam Sukan Jiu-Jitsu\n", "content": ["Pengerusi Meta dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berjaya meraih pingat emas dan perak dalam kejohanan jiu-jitsu pertamanya di California. ", "Zuckerberg, atau lebih ramah dipanggil Zuck, berkongsikan kemenangannya itu di pelbagai media sosial miliknya berserta kapsyen, “bertanding dalam kejohanan jiu-jitsu pertama saya dan memenangi beberapa pingat emas dan perak untuk pasukan Gerila Jiu-Jitsu.”", "Kejohanan yang berlangsung di Woodside High School itu merupakan aksi sulungnya mewakili Guerilla Jiu-Jitsu sejak berada di bawah kendalian jurulatih, Dave Camarillo, Khai Wu dan James Terry. ", "A post shared by Mark Zuckerberg (@zuck)", "Dave Camarillo bukanlah asing dalam dunia jiu-jitsu apabila melatih beberapa nama besar seni mempertahankan diri campuran (MMA) seperti Jon Fitch, Josh Koscheck, Mike Swick dan Cain Velazquez serta bintang Hollywood, Keanu Reeves. ", "Jurulatihnya itu turut memberi penghargaan kepada Zuckerberg di Instagram dengan kapsyen, “Saya berbesar hati untuk berlatih bersama anda, mengajar anda dan belajar daripada anda. Anda benar-benar orang yang luar biasa.”", "Kejayaannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada atlet seni mempertahankan diri terkemuka dunia seperti Brandon Moreno dan Alexander Volkanovski yang mengucapkan tahniah kepada pemilik rangkaian media sosial terkenal itu. ", "Untuk makluman, jutawan teknologi berusia 38 tahun itu mula menceburi bidang seni mempertahankan diri sebagai hobi terbaharunya semasa pandemik COVID-19 melanda dunia. ", "Featured Image: Mark Zuckerberg (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322914/", "headline": "\nKevin De Bruyne Muncul Pemain Kelima Cipta 100 ‘Assist’ Di EPL\n", "content": ["Pemain tengah Manchester City (Man City), Kevin De Bruyne yang terkenal dengan kemampuannya untuk menghantar dan melorongkan bola dengan kreativiti tinggi kepada rakan sepasukan memahat satu pencapaian baharu dalam kariernya.", "Ketika turun mewakili kelabnya menentang Southampton, pemain skuad kebangsaan Belgium ini muncul sebagai pemain kelima mencetak 100 ‘assist’ (bantuan gol) dalam sejarah kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Rekod itu menjadi miliknya apabila bola lambungannya dari luar kotak penalti berjaya ditanduk masuk ke dalam gawang oleh Erling Haaland untuk memberikan gol pembukaan buat skuad The Cityzen pada penghujung babak pertama.", ".@KevinDeBruyne's 100th @premierleague assist setting up @ErlingHaaland for our first 🤝 pic.twitter.com/xkFDqunM0n", "— Manchester City (@ManCity) April 8, 2023", "Menariknya, hanya satu daripada bantuan gol tersebut dilakukannya ketika beraksi bersama Chelsea suatu masa dahulu. Manakala 99 yang lainnya diciptanya bersama Man City.", "Bukan itu sahaja, De Bruyne turut muncul pemain terpantas meraih 100 bantuan gol tersebut dengan hanya memerlukan 237 perlawanan. Ianya mengatasi rekod dipegang Cesc Fabregas yang perlu beraksi 293 perlawanan terlebih dahulu sebelum mencetak 100 bantuan gol.", "Sementara itu, dengan saingan EPL yang berbaki sekitar 11 perlawanan sahaja lagi, De Bruyne berkemungkinan besar mampu meletakkan namanya sebagai pencipta ‘assist’ ketiga atau kedua terbanyak sepanjang zaman dengan mengatasi rekod Frank Lampard (102), Wayne Rooney (103) dan Cesc Fabregas (111).", "Untuk pengetahuan semua, ‘assist’ terbanyak dalam sejarah EPL dipegang oleh pemain legenda Manchester United, Ryan Giggs dengan rekod 162 bantuan gol.", "To celebrate 100 @KevinDeBruyne assists in the #PL…", "Here are 10 times @ManCity's playmaker put it on a plate for his team-mates 😍 pic.twitter.com/wAtvHG4ver", "— Premier League (@premierleague) April 8, 2023", "Featured Image: Twitter Kevin De Bruyne & Manchester City"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219162/", "headline": "\nKerajinan, Kerja Keras Konate Tarik Minat Ketua Jurulatih Terengganu FC\n", "content": ["Aspek kerajinan dan kerja keras yang dimiliki oleh pemain tengah menyerang kelahiran Mali, Makan Konate menjadi tarikan besar buat ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain untuk mendapatkan khidmatnya.", "Konate yang merupakan bekas pemain Persebaya Surabaya diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu Terengganu FC menerusi sebuah video pengenalan pemain di pelbagai media sosial milik kelab tersebut, pada hari ini.", "THE WAIT IS OVER, MK10 IS HERE! 🔥#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#WinBackMission pic.twitter.com/meKbJG9mVA", "Untuk makluman, Konate bukanlah seorang pemain yang asing terutamanya buat peminat bola sepak di negeri yang terletak di pantai timur semenanjung tersebut. Sekitar lima tahun lalu, Konate pernah mewakili pasukan berpangkalan di Kuala Terengganu, T-Team FC.", "Ketajamannya merobek jaring gol lawan masih berbekas di ingatan segelintir peminat bola sepak di negeri tersebut sehinggakan kehadirannya telah membantu pasukan T-Team mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia 2016.", "“Kita ambil Makan Konate kerana dia sudah biasa dengan liga dan suasana di sini, selain itu, dia juga merupakan pemain yang sukses di Indonesia sepertimana David da Silva.”", "“Kita (memerlukan) pemain seperti Konate untuk pasukan kerana dia mempunyai teknik yang bagus, rajin dan (seorang) pemain yang bekerja keras. Khidmatnya diambil untuk mempertingkatkan lagi pasukan kita.” ulas Nafuzi ketika dihubungi oleh Sukanz, petang tadi.", "Bagaimanapun, jodoh Konate bersama T-Team hanya bertahan selama dua musim sahaja. Pada tahun 2018, Konate kembali ke saingan Liga Indonesia dengan menyertai pasukan Sriwijaya FC.", "Namanya ‘meletup’ dalam saingan bola sepak di sana apabila berhijrah ke pasukan Arema FC pada awal tahun 2018. Musim tersebut menyaksikan Konate memahat namanya selaku penjaring kedua terbanyak liga dengan rekod 20 gol. ", "Makan Konate tampil luar biasa. Meski hasil akhir belum raih poin namun Singo Edan mampu memberikan perlawanan. pic.twitter.com/XZJqNCISRI", "Manakala, musim seterusnya, namanya masih tersenarai dalam kalangan 10 penjaring terbanyak dengan catatan 14 gol. Ianya merupakan satu rekod yang ‘menggilakan’ jika mengambil kira posisi yang dimainkan oleh Konate adalah pemain tengah menyerang dan bukannya seorang penyerang tulen.", "Mengulas mengenai peranannya di Terengganu FC pada musim 2021 kelak, Nafuzi berkata, “memang posisinya attacking midfield tetapi dia belum lagi turun berlatih bersama kita lagi. Kita akan lihat (terlebih) dahulu semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan kelak. Selepas itu, barulah kita lihat posisi yang sesuai untuknya.”", "Pengumuman pemain berusia 29 tahuntersebut pada hari ini bukan sahaja melengkapkan kuota pemain import malahan turut melengkapkan skuad Terengganu FC untuk musim ini. Sebelum ini, pasukan kendalian Nafuzi ini telah mengikat khidmat Carli de Murga, Chris Herd, Petrus Shitembi dan David da Silva."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324965/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Seng Zoe Kejutkan Pemain No.3 Jepun, Lakar Kemaraan Sulung Suku Akhir Super 300\n", "content": ["Perseorangan badminton lelaki bebas (independent) negara, Yeoh Seng Zoe yang menghuni ranking ke-139 dunia melakar satu pencapaian terbesar dalam kariernya apabila mara buat julung kalinya ke peringkat suku akhir dalam saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300.", "Kemaraan terbabit dilakar selepas berjaya menumbangkan pemain No.3 Jepun yang berada di ranking ke-13 dunia, Kanta Tsuneyama di Pusingan 16 Terbuka Taipei, sebentar tadi.", "Seng Zoe yang pertama kali berentap menentang Kanta merangkap pilihan keenam kejohanan dalam pertarungan tersebut berhasil melakar kemenangan bergaya dengan menumpaskannya secara “straight set” menerusi skor 21-19 dan 21-15 dalam tempoh 44 minit permainan bertempat di Tian-Mu Arena, University of Taipei.", "YONEX Taipei Open 2023MS – R1621 21 🇲🇾YEOH Seng Zoe🥇", "— BWFScore (@BWFScore) June 22, 2023", "Sementara itu, Seng Zoe yang meloloskan diri ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran perseorangan tuan rumah yang berada di ranking ke-42 dunia, Su Li Yang untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman, Li Yang, berusia 21 tahun mara selepas berhasil menundukkan pemain veteran India, Parupalli Kashyap juga secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-17 sekitar tengah hari tadi waktu Malaysia.", "Berdasarkan rekod pertemuan lalu, Seng Zoe sudah pernah berentap Li Yang sebanyak satu kali sebelum ini di pentas antarabangsa. Pertarungan itu berlangsung ketika kedua-duanya beraksi dalam saingan Antarabangsa Itali pada tahun lalu.", "Menariknya, pertarungan itu berakhir dengan Seng Zoe melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berskor 21-19, 10-21 dan 21-17 dalam tempoh satu jam dan 12 minit permainan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325403/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Asia: Kuartet 4x100m Lelaki Catat Masa Larian 39.17s\n", "content": ["Kuartet 4×100 meter (m) negara yang terdiri daripada Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa, Mohammad Thaqif Mohammad Hisham dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan perlumbaan akhir di Kejohanan Olahraga Asia Ke-25 dengan catatan masa 39.17 saat (s).", "Catatan masa tersebut direkodkan setelah Azeem yang menjadi pelumba negara keempat melintasi garisan penamat sekaligus menduduki tempat keenam dalam perlumbaan yang berlangsung di Stadium Suphachalasai, Bangkok semalam.", "Dalam perlumbaan terbabit, kuartet tuan rumah yang terdiri daripada Natawat Iamudom, Soraoat Dapbang, Chayut Khongprasit dan Puripol Boonson berjaya merangkul pingat emas dengan catatan masa 38.55s – rekod baharu kejohanan.", "Ianya diikuti oleh kuartet China (Wu Zhiqiang, Xie Zhenye, Chen Jiapeng, Chen Guanfeng) dan Korea (Simon Lee, Ko Seung-hwan, Shin Min-kyu, Park Won-jin) yang membawa pulang pingat perak dan gangsa dengan masa larian 38.87s dan 38.99s masing-masing.", "Terlebih dahulu, kuartet negara berhasil mengesahkan tempat ke perlumbaan akhir apabila menamatkan perlumbaan pusingan 1 dalam saringan 1 di tempat kedua di belakang Thailand dengan catatan masa 39.20s.", "Sebagai perbandingan, catatan masa kuartet negara yang dibaris Muhammad Zulfiqar Ismail. Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan semasa memenangi pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2023 pada Mei lalu adalah 39.36s.", "Sementara itu, rekod kebangsaan bagi acara ini dipegang oleh gandingan Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Zulfiqar dan Haiqal Hanafi dengan catatan masa 39.09s yang dilakukan ketika berentap di Sukan SEA 2021 Vietnam.", "Featured Image: Asian Athletics 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110519/", "headline": "\nEuro 2020: Eriksen Jatuh Pengsan Ketika Menentang Finland\n", "content": ["Situasi cemas berlaku ke atas pemain tengah Denmark, Christian Eriksen apabila dia jatuh pengsan semasa bermain menentang Finland dalam aksi pertama peringkat Kumpulan B, kejohanan Euro 2020.", "Kejadian berlaku pada minit ke-42 apabila pemain berusia 29 tahun ini berlari anak-anak menuju ke garisan tepi untuk menerima bola lontaran ke dalam oleh rakan sepasukannya.", "Bagaimanapun, belum sempat dia menerima bola tersebut, Eriksen jatuh pengsan secara tiba-tiba berdekatan dengan garisan tepi padang.", "Rakan sepasukan yang menyedari Eriksen jatuh dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan pantas memanggil paramedik untuk memberikan bantuan kecemasan. ", "Dapat dilihat paramedik terpaksa memberikannya bantuan pernafasan (CPR). Keadaan stadium sunyi sepi menantikan keadaan Eriksen pada ketika itu.", "Sebentar tadi, Eriksen telah dibawa keluar dari padang oleh paramedik untuk menerima rawatan lanjut. Doktor yang memberikannya rawatan awal ada memberikan isyarat ‘okay’ kepada kamera.", "Sementara itu, perlawanan di antara kedua-dua pasukan turut ditangguhkan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114273/", "headline": "\nPenjaring Terbanyak Kelab, Gonzalo Cabrera Tinggalkan Johor Darul Ta’zim\n", "content": ["Tiada lagi aksi penyerang sayap lincah kelahiran Argentina, Gonzalo Cabrera bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim hadapan.", "Menurut makluman terkini oleh pasukan yang menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut itu, pemain yang bakal memasuki usia 33 tahun pada Januari hadapan tersebut akan meninggalkan skuad Harimau Selatan.", "It's been a memorable adventure together, winning all those trophies and scoring plenty of goals to become Johor Darul Ta'zim FC's (JDT) all time Malaysia Super League (43 goals) and All Competitions (66) top scorer in 152 appearances since 2017. [1/2] pic.twitter.com/oARnYw95Ez", "Untuk makluman semua, sejak menyertai JDT pada tahun 2017, pemain yang memegang pasport Iraq ini bukan sahaja bergerak lincah di atas padang malahan muncul sebagai penjaring prolifik sehinggakan meletakkan namanya selaku penjaring terbanyak kelab dengan rekod jaringan 66 gol dalam kesemua pertandingan.", "Selain itu, Gonzalo turut memainkan peranan yang cukup signifikan dalam membantu JDT merangkul pelbagai trofi seperti Liga Super (2017-2021), Piala Sumbangsih (2018-2021) dan Piala Malaysia (2017 & 2019).", "Perkembangan mengejutkan ini pastinya akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat JDT serta peminat saingan bola sepak tempatan siapakah pemain import baharu yang akan dibawa masuk oleh pemiliknya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bagi menggantikan penyerang sayap lincah tersebut. Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217425/", "headline": "\nSukan SEA: Gandingan Senior-Junior Jadi Wakil Tunggal Beregu Wanita Ke Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan senior dan junior, Cheah Yee See-Cheng Su Hui menjadi wakil tunggal beregu wanita negara yang mara ke peringkat suku akhir dalam acara badminton individu di temasya Sukan SEA 2021.", "Yee See-Su Hui yang berusia 26 dan 18 tahun masing-masing ini mara selepas menumpaskan wakil Vietnam, Pham Thi Kanh-Van An Than dengan skor 21-17. 13-21 dan 21-14 yang memakan masa satu jam dan 11 minit permainan pada Pusingan 1.", "R16#MAS🇲🇾 Cheah Yee See-Cheng Su Hui def. #VIE🇻🇳 Pham Thi Kanh-Van An Than 21-17 13-21 21-14#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia", "— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022", "Menanti mereka di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok adalah samada beregu Kemboja, Phon Chenda-Sok Somalyta atau beregu Filipina, Airah Albo-Thea Pomar.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu wanita negara iaitu Go Pei Kee dan Yap Ling terpaksa akur kandas di Pusingan 1 sekaligus gagal meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.", "Gandingan ini gagal mara ekoran tumpas kepada beregu negara sebarang tambak, Singapura, Insyirah Khan dan Bernice Lim Zhi Rui dengan skor 21-10, 14-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 57 minit permainan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218916/", "headline": "\nSukan Komanwel: Pemain No.10 Dunia Rangkul Emas, Tze Yong Bawa Pulang Perak\n", "content": ["Pemain No.10 dunia dari India, Lakshya Sen berjaya merangkul pingat emas dalam acara badminton (individu) perseorangan lelaki di Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Sementara itu, wakil negara, Ng Tze Yong yang berada di ranking ke-42 dunia membawa pulang pingat perak.", "Sebelum Lakshya dan Tze Yong berhasil mengesahkan kilauan pingat masing-masing, kedua-dua pemain yang beraksi buat pertama kali di temasya ini memberikan persembahan yang cukup bertenaga dan sengit di atas gelanggang.", "FINAL #IND🇮🇳 Lakshya Sen def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 19-21 21-9 21-16", "* S I L V E R 🥈World No. 42 Tze Yong’s gritty run came to an halt against world No. 10 Sen. ", "— BAM (@BA_Malaysia) August 8, 2022", "Perlawanan yang berlangsung di NEC Hall itu menyaksikan Tze Yong terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-19. Namun begitu, Lakshya berjaya bangkit di set kedua melakar kemenangan 21-9 untuk mengheret pertarungan ke set penentuan. ", "Set penentuan berlangsung dengan cukup sengit. Ada ketikanya Tze Yong dilihat ketinggalan jauh berbanding Lakshya. Walaupun ada tempohnya Tze Yong berhasil mengejar dan hampir merapatkan jurang, akhirnya, dia terpaksa akur tumpas ini dengan skor 16-21.", "Keputusan itu memadai buat Lakshya untuk berlari keriangan di sekitar dewan meraikan kemenangannya ke atas Tze Yong sejurus sahaja selepas tamatnya perlawanan tersebut.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325502/", "headline": "\nKelab Beckham Ikat Seorang Lagi Bekas Pemain Barcelona\n", "content": ["Tidak cukup dengan kelibat Lionel Messi dan Sergio Busquets, kelab yang dimiliki oleh David Beckham bersama-sama Jorge Mas dan Jose Mas iaitu Inter Miami CF mengikat seorang lagi bekas pemain FC Barcelona.", "Menerusi pengumuman rasmi oleh kelab berjulukan The Herons pada awal pagi tadi, pemain baharu yang dimaksudkan ialah Jordi Alba yang merupakan pemain di posisi bek kiri.", "Inter Miami turut memaklumkan pemain berusia 34 tahun itu diberikan kontrak sehingga penghujung tahun 2024 dengan pilihan untuk melanjutkannya sehingga tahun 2025.", "— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) July 20, 2023", "Inter Miami turut mendapatkan khidmat Alba secara percuma setelah meninggalkan Barcelona apabila tamatnya musim 2023-24. Sepanjang beraksi bersama Barcelona sejak pertengahan tahun 2012, Jordi Alba telah mencetak 459 penampilan serta mencipta 99 “assists” dan menjaringkan 27 gol.", "Sumbangan terbabit telah membantu Barcelona meraih kejuaraan LaLiga (6), Copa del Rey (5), Supercopa de Espana (4), Liga Juara-Juara UEFA (1), Super Cup UEFA (1) dan Piala Dunia Kelab FIFA (1).", "Menariknya, Alba serta Messi dan Busquets bukan sahaja akan kembali beraksi bersama-sama selepas dua tahun. Bahkan, mereka turut bergabung kembali dengan pengurus bekas Barcelona yang membimbing mereka sepanjang musim 2012-14, Gerardo Martino.", "Featured Image: Inter Miami CF"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216381/", "headline": "\nHarimau Malaya Hampiri 8 Tahun Kemarau Kemenangan Ke Atas Singapura\n", "content": ["Kemarau kemenangan skuad senior kebangsaan, Harimau Malaya ke atas Singapura terus berpanjangan menghampiri lapan tahun.", "Selepas meraih kemenangan menentang Filipina pada Rabu lalu, skuad kendalian Kim Pan-gon gagal mengulangi keputusan tersebut ketika menentang skuad kebangsaan jiran tetangga pada malam ini.", "Mereka tumpas 1-2 kepada Singapura hasil jaringan berganda oleh Ikhsan Fandi pada separuh masa pertama dan kedua, minit ke-30 dan ke-76 masing-masing. ", "FAS Tri-Nations Series 2022 | Sabtu, 26 Mac 2022", "SINGAPORE 🇸🇬 2-1 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Ikhsan Fandi 30' 76'⚽️ Liridon Krasniqi 57'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/L3Eyaabq0L", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 26, 2022", "Manakala jaringan tunggal oleh Malaysia pula disumbangkan oleh pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi pada minit ke-57.", "Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Singapura adalah pada November 2014 ketika beraksi dalam saingan Piala AFF. Ketika itu, Malaysia mencatatkan kemenangan 3-1.", "Dua pertemuan berikutnya, Malaysia sekadar merekodkan keputusan seri tanpa jaringan (persahabatan, Oktober 2016) dan tumpas 0-1 (Piala Airmarine, Mac 2019).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207913/", "headline": "\nHamilton Belum Pasti Meneruskan Karier Perlumbaan F1 Musim Depan\n", "content": ["Pelumba Mercedes-AMG, Lewis Hamilton tidak pasti akan terus berlumba dalam saingan dalam Formula 1 (F1) bagi saingan musim hadapan.", "Pelumba berusia 35 tahun itu bakal tamat kontraknya pada penghujung musim ini dan sehingga kini dia belum menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan.", "“Saya ingin terus berada di sini (F1) pada tahun hadapan tetapi tiada jaminan akan perkara tersebut. Terdapat banyak perkara yang menarik minat saya di luar sana. Masa akan menentukannya.” kata Hamilton seperti dipetik daripada Sky Sports.", "HAMILTON WINS!! 🏆He takes victory #93 at the Emilia Romagna Grand PrixBottas second, with Ricciardo coming home P3!#ImolaGP 🇮🇹 #F1 pic.twitter.com/mbmydh8EOf", "Semalam, pelumba kelahiran Britain ini telah memenangani perlumbaan ke-93 dalam kariernya dalam perlumbaan GP Emilia-Romagna di Imola.", "Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukannya tempat pertamanya dalam carta pelumba dengan kutipan 282 mata. Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya, Valtteri Bottas dengan kutipan 197 mata.", "Dengan kedudukan tersebut, Hamilton hampir pasti menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia milik pelumba legenda, Michael Schumacher dua minggu lagi di Turki."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112682/", "headline": "\nPeter Butler Senaraikan Kpah Sherman Untuk Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022\n", "content": ["23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan Liberia iaitu Peter Butler untuk mengharuni pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 memperlihatkan nama penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman turut disenaraikan.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA) menerusi media sosialnya, semalam, bagi menghadapi Cape Verde bagi saingan melibatkan Kumpulan C.", "Artikel Berkaitan: Liberia Tanpa Kelibat Kpah Sherman Tumpas 0-2 Kepada Mesir", "Untuk makluman semua, Kpah merupakan salah seorang daripada dua pemain yang beraksi bersama kelab yang berpangkalan di benua asia yang disenaraikan oleh jurulatih yang pernah membimbing beberapa pasukan di Malaysia itu.", "Seorang lagi pemain yang berpangkalan di benua asia dipanggil Peter adalah pemain tengah, Marcus Macauley yang beraksi bersama Sahab FC di Jordan.", "Sebagai tambahan, Liberia yang kini menduduki tangga kedua Kumpulan C dijadualkan menentang Cape Verde pada 7 dan 11 Oktober. ", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208584/", "headline": "\nMenteri Belia & Sukan Tanya, Arsenal Tak Main EPL Ka?\n", "content": ["Kejayaan pasukan berpangkalan di utara London, Tottenham Hotspur menduduki tangga pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 10 perlawanan menggembirakan para penyokongnya termasuk Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.", "Spurs berjaya melonjak ke puncak setelah berhasil mengikat Chelsea tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung pada malam tadi. Ia turut dibantu dengan juara bertahan, Liverpool yang keciciran mata disamping Southampton yang tumpas di tangan Manchester United.", "Reezal sememangnya diketahui oleh ramai peminat bola sepak di Malaysia merupakan penyokong tegar Spurs sejak dahulu lagi. Kegembiraan Spurs merampas kedudukan No.1 carta liga itu dikongsikan menerusi satu kemaskini di laman sosialnya, pada hari ini.", "FULL-TIME Chelsea 0-0 SpursSpurs go 🔝 of the #PL as the spoils are shared at Stamford Bridge 🤝#CHETOT pic.twitter.com/lzTDzm07ik", "“Terima kasih Chelsea. Cubaan yang cukup sengit. Tidak lupa terima kasih buat Man Utd.", "“Kami kini di atas Liverpool. Kami gerak dulu. Tahun ini menjadi tahun (kami). Ayuh.” tulis Ahli Parlimen Kepala Batas itu sambil mengepilkan satu tangkap layar carta kedudukan semasa EPL.", "Dalam hantaran yang sama, sempat juga Reezal membuat sindiran pedas kepada peminat kelab lawan setempat kepada Spurs iaitu Arsenal yang tidak kelihatan dalam tangkap layar yang dikepilkannya.", "“Arsenal tak main EPL ka?” tanya Reezal secara sinis kepada penyokong kelab yang kini menghuni tangga ke-14 liga inggeris tersebut.", "Baca: Menteri Cadang ‘Sport Bubble’ Supaya Liga & Kejohanan Sukan Berjalan Pada 2021", "FT | #ARS 1-2 #WOLOur first win at the Emirates, but some things are more important than football. All of our thoughts are with Raul Jimenez. #ARSWOL⏱🐺 pic.twitter.com/jkcbB8eqO5", "Pastinya lontaran soalan itu memanaskan telinga penyokong-penyokong Gunners lebih-lebih lagi Arsenal mencatatkan kekalahan 2-1 di tangan Wolverhampton Wanderers, awal pagi tadi.", "Untuk rekod, Tottenham Hotspur tidak pernah memenangi saingan EPL sejak ianya bermula pada musim 1992/93. Kedudukan terbaik yang pernah dicapai mereka adalah naib juara pada musim 2016/17.", "Featured Image: Reezal Merican Naina Merican"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324770/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Ke Suku Akhir, Singkir Beregu No.1 Korea\n", "content": ["Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil memastikan kemaraan ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Indonesia selepas mengatasi gandingan lelaki No.1 Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho pada Pusingan 16, hari ini.", "Beregu negara yang menghuni ranking ketiga dunia pada ketika ini berhasil mengatasi lawannya dengan bergaya iaitu secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-16 dalam tempoh 38 minit permainan di Gelanggang 2, Istora Senayan.", "Kapal Api Group Indonesia Open 2023MD – R16 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇰🇷CHOI Sol Gyu19 16 🇰🇷KIM Won Ho", "— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2023", "Kemenangan itu sekaligus menjadikan Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan ketiga berturut-turut ke atas juara Terbuka Jerman 2023 yang menghuni ranking kesembilan dunia di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan dua terdahulu dalam saingan Malaysia Masters 2023 dan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020.", "Sementara itu, di peringakt suku akhir kelak, Aaron-Wooi Yik akan menantikan cabaran samada daripada beregu China yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi atau gandingan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322831/", "headline": "\n6 Daripada 8 Stadium Piala Dunia Dipilih Sebagai Venue Piala Asia 2023\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan enam daripada lapan stadium Piala Dunia di Qatar bakal digunakan ketika Piala Asia 2023 akan datang. ", "Menurut laman sesawang AFC, enam stadium tersebut ialah Stadium Al Janoub, Stadium Al Bayt, Stadium Ahmed bin Ali, Stadium Al Thumama, Stadium Education City dan Stadium Antarabangsa Khalifa. ", "Dua lagi stadium yang bakal digunakan ialah Stadium Jassim bin Hamad dan Stadium Abdullah bin Khalifa sekaligus melengkapkan senarai lapan stadium yang menjadi venue rasmi Piala Asia 2023. ", "✨ 𝐇𝐄𝐑𝐄 𝐖𝐄 𝐆𝐎 ✨", "✅ The competition dates and 8️⃣ coliseums are now confirmed. #AsianCup2023 🇶🇦 Qatar is coming! pic.twitter.com/yxEAj321oS", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) April 5, 2023", "Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa berkata, Jawatankuasa Penganjuran Tempatan (LOC) dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) bakal memastikan kejohanan kali ini suatu pengalaman yang tidak pernah dirasai sepanjang sejarah bola sepak Asia. ", "Dalam perkembangan yang sama, AFC turut mengumumkan tarikh berlangsungnya Piala Asia 2023 yang bakal bermula dari 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.", "Kejohanan yang bakal berlangsung selama 30 hari itu mengatasi rekod 28 hari bagi edisi 2019 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertujuan untuk meningkatkan nilai komersial Piala Asia. ", "Majlis undian peringkat kumpulan akan diadakan di Katara Opera House, Doha pada 11 Mac 2023 menyaksikan Malaysia berkemungkinan besar berada di Pot 4 berdasarkan kedudukan semasa Asia.  ", "Featured Image: Federation Internationale de Football Association (FIFA)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219969/", "headline": "\nPiala AFC: Penalti Hantar KL City Ke Final Bertemu Al-Seeb\n", "content": ["Skuad ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City) yang beraksi buat pertama kali dalam saingan Piala AFC mencipta satu lagi sejarah apabila mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir.", "Kejayaan itu tercipta selepas menumpaskan kelab berpangkalan di Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir inter-zone, sebentar tadi.", "Penjaga golnya, Kevin Mendoza muncul hero dengan menyelamatkan satu sepakan penalti pemain lawan sekaligus menyudahkan penentuan tersebut dengan keputusan 5-3.", "⏰ FT | 🇺🇿 PFC Sogdiana 0️⃣-0️⃣ Kuala Lumpur City FC 🇲🇾 (3️⃣-5️⃣ on pens)", "🔥The City Boys have scripted a dreamy season as they go into their first-ever #AFCCupFinal after winning a dramatic penalty shoot-out! 💯 #AFCCup2022 | #SOGvKLC pic.twitter.com/k0ixg7TOsL", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) October 5, 2022", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat tanpa sebarang jaringan selepas 90 minit permainan. Permainan diheret lagi menjadi 120 minit permainan namun kedudukan 0-0 kekal sehingga wisel ditiup oleh pengadil perlawanan.", "Dengan kemenangan ini, KL City kendalian Bojan Hodak akan menuju ke perlawanan akhir bertemu wakil Oman, Al-Seeb untuk merebut gelaran juara.", "Untuk makluman semua, Al-Seeb mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas berjaya menumpaskan wakil Bahrain, Al-Riffa dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan akhir peringkat zon barat, Selasa lalu.", "Sebagai tambahan, perlawanan akhir Piala AFC ini akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 22 Oktober kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113378/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Yew Sin-Ee Yi Bakal Berhadapan ‘The Minions’ Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi bakal berhadapan beregu No.1 Dunia, Marcus Gideon dan Kevin Sukamuljo atau terkenal dengan julukan ‘The Minions’ di peringkat suku akhir Terbuka Perancis 2021.", "Terdahulu, Yew Sin-Ee Yi menempah tiket ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan beregu England, Callum Hemming dan Steven Stallwood secara ‘straight set’ 21-8 dan 21-8 pada Pusingan 2.", "Sebelum itu, pasangan yang menghuni ranking ke-16 dunia ini menumpaskan beregu muda Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di Pusingan 1 dengan keputusan 22-24, 22-20 dan 21-17.", "Berdasarkan rekod pertemuan, Yew Sin-Ee Yi pernah bertemu ‘The Minions’ sebanyak empat kali. Bagaimanapun, keempat-empat pertemuan belum pernah dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi sejak mereka bertemu kali pertama pada tahun 2017.", "Sementara itu, satu lagi pasangan beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama.", "Di peringkat suku akhir, beregu yang menghuni kedudukan ke-8 dunia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini bakal berhadapan dengan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty yang menghuni ranking ke-11 dunia.", "Kedua-dua perlawanan melibatkan pasangan beregu Malaysia ini dijangka akan berlangsung pada awal pagi esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324766/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Kian Meng-Pei Jing Terus Kempunan Untuk Layak Ke Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing terus kempunan untuk mara lebih jauh setelah tewas kepada pasangan Indonesia, Rinov Rinaldy dan Pitha Mentari di Pusingan 16 Terbuka Indonesia 2023. ", "Lebih malang, mereka masih belum berjaya mara ke peringkat suku akhir bagi mana-mana kejohanan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak 2022.", "Beregu negara itu ditumpaskan dengan mudah oleh wakil Indonesia tersebut secara “straight set” dengan keputusan 17-21 dan 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 47 minit di Istora Gelora Bung Karno, Senayan. ", " R16#INA🇮🇩 Rinov Rivaldy-Pitha Mentari def. #MAS🇲🇾 Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-17 21-16", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/GBMCcbQKel", "— BAM (@BA_Malaysia) June 15, 2023", "Kekalahan itu juga menamatkan rentetan kemenangan yang dicatatkan beregu No.4 negara ke atas lawan dari Indonesia tersebut dalam tiga pertemuan terakhir mereka sebelum ini. ", "Untuk makluman, kali terakhir Kian Meng-Pei Jing mara lebih jauh dalam saingan Jelajah Dunia BWF adalah pada tahun lalu ketika mereka layak ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF sebelum tewas kepada Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong. ", "Rinaldy-Mentari yang mara ke suku akhir akan bertemu wakil Jepun yang juga beregu No.2 dunia, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino yang menewaskan Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau. ", "Featured Image: Yonex Swiss Open 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220976/", "headline": "\nJuara Dunia 3 Kali Singkir Pearly-Thinaah Daripada Jelajah Dunia Akhir\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 selepas mengharungi dua pertarungan.", "Pearly-Thinaah gagal melepasi saingan peringkat Kumpulan B selepas tumpas perlawanan kedua ketika bertemu beregu China merangkap juara Kejohanan Dunia BWF sebanyak tiga kali, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah tumpas secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-15 dalam tempoh masa 42 minit permainan.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022WD – Round 2 🇨🇳Qing Chen CHEN🏅21 21 🇨🇳Yi Fan JIA🏅13 15 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 42 minutes https://t.co/3za5bvHDwL", "— BWFScore (@BWFScore) December 8, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Pearly-Thinaah di pentas antarabangsa apabila bertemu Qing Chen-Yi Fan yang juga merupakan beregu No.1 dunia pada masa kini.", "Pada perlawanan pertama semalam, Pearly-Thinaah turut mengalami kekalahan di tangan beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti.", "Ini menjadikan Pearly-Thinaah yang mengalami dua kekalahan berturut-turut gagal meraih sebarang mata dan menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas dua perlawanan.", "Untuk perlawanan terakhir pada hari esok, Pearly-Thinaah akan turun menentang satu lagi wakil China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221060/", "headline": "\nCristiano Ronaldo Atasi Rekod 195 Penampilan Soh Chin Ann\n", "content": ["Portugal telah terkeluar daripada saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar ekoran tumpas kepada Maghribi di peringkat suku akhir pada Sabtu lalu.", "Namun penyerangnya merangkap pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo yang masuk selaku pemain gantian pada minit 51’ sempat mengatasi rekod 195 penampilan yang dipegang oleh bekas pemain skuad kebangsaan Malaysia, Datuk Soh Chin Ann.", "Kemasukan pemain berusia 37 tahun itu menggantikan Ruben Neves menjadikannya telah tampil sebanyak 196 kali bersama skuad berjulukan Selecao das Quinas sepanjang kariernya.", "All-time leading appearance makers in men's international football ⚽️", "196 – Cristiano Ronaldo🇵🇹196 – Bader Al-Mutawa🇰🇼 #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/p41BFcI9oS", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 10, 2022", "Baca: Empat Legenda Harimau Malaya Sertai FIFA Century Club", "Ianya menyamai rekod penampilan terbanyak dalam sejarah yang dipegang oleh penyerang Kuwait, Bader Al-Mutawa, 37 tahun, sepertimana diiktiraf oleh badan bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menerusi senarai FIFA Century Club. ", "Memandangkan kedua-dua pemain ini masih aktif bermain bersama skuad kebangsaan masing-masing, Ronaldo dan Bader berpeluang untuk melebarkan lagi rekod penampilan masing-masing serta merebut gelaran pemain dengan penampilan terbanyak bersama skuad kebangsaan sepanjang zaman.", "Sebagai rekod, Ronaldo melakukan debut bersama skuad senior Portugal kendalian Luis Felipe Scolari ketika bertemu Kazakhstan pada Ogos 2003. Pada ketika itu, Ronaldo berusia 18 tahun dan 6 bulan dan perlawanan itu berlangsung di Municipal Stadium Eng. Manuel Branco Teixeira yang menyaksikan Poertugal meraih kemenangan 1-0.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220748/", "headline": "\nBelanjawan Selangor 2023: RM2.24 Juta Untuk Baik Pulih & Bina Baru Infrastruktur Sukan\n", "content": ["Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan akan meneruskan Projek Membaikpulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan bagi memartabatkan aspek pembangunan sukan dan aktiviti sukan serta melahirkan generasi muda yang sihat, aktif dan berdaya saing. ", "Sehubungan itu, sejumlah RM2.24 juta diperuntukkan bagi mencapai tujuan tersebut. Untuk makluman, projek ini bertujuan membaikpulih infrastruktur sukan yang mengalami kerosakan selain membina baru infrastruktur sukan berdasarkan keperluan setempat.", "Pengumuman itu hadir menerusi pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube Selangor TV, pada hari ini.", "Untuk pengetahuan semua, Amirudin ketika memulakan pembentangan yang bertemakan, #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2.45 bilion secara keseluruhan bagi Belanjawan 2023 sebagai persediaan menghadapi kelembapan ekonomi tahun hadapan.", "Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.25 bilion atau bersamaan 51 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala 1.2 bilion lagi adalah untuk perbelanjaan pembangunan. ", "Sementara itu, Amirudin menganggarkan hasil yang boleh dikutip pula berjumlah RM2 bilion.", "Featured Image: Facebook Amirudin Shari"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111198/", "headline": "\nTonton ‘Assist’ Pintar Wan Kuzain Ketika Bantu RGV Toros Cipta Kemenangan\n", "content": ["Pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal sekali lagi memberikan impak ketika beraksi bersama pasukannya, Rio Grande Valley (RGV Toros) dalam saingan USL Championship – Western Conference Mountain.", "Dalam perlawanan menentang Orange County semalam, satu larian bijak yang dilakukannya membolehkan dia menerima bola dan membawanya ke atas sebelum melakukan satu hantaran kepada rakan sepasukannya, Juan Carlos Azocar yang tidak dikawal oleh mana-mana pemain lawan.", ".@RGVFC brings the pace and precision early 🎯#OCvRGV pic.twitter.com/iR2XRjzTD6", "Juan Carlos yang menerima bola tersebut di dalam kontak penalti dengan mudahnya melakukan satu rembatan melepasi penjaga gol sekaligus meletakkan RGV Toros 1-0 mendahului seawal minit ke-2 permainan.", "Bagaimanapun Wan Kuzain yang turun selaku pemain tengah di dalam perlawanan tersebut hanya bermain sehingga ke-68 namun pasukannya berjaya menggandakan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-80 dan menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0.", "Clean sheet ✅ RGV win ✅ Whataburger > In and Out ✅ Your Toros return home with 3 more pts and sole possession of first place. Thats it. That’s the tweet pic.twitter.com/8yNudLNjaX", "Setakat 13 perlawanan yang telah diharungi oleh RGV Toros pada musim ini, Wan Kuzain telah tampil dalam kesemua 13 perlawanan tersebut serta merekodkan tiga gol dan satu ‘assist’.", "Berdasarkan pemerhatian, Wan Kuzain seringkali diturunkan selaku pemain tengah namun ada ketikanya ketua jurulatih, Wilmer Cabrera meletakkan pemain berusia 22 tahun ini sebagai sayap kanan dan kiri.", "Anda boleh menonton highlight penuh perlawanan antara RGV Toros menentang Orange County pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112314/", "headline": "\nPemain Terengganu, KL City, Kedah, Penang & PJ City Dalam Penilaian Cheng Hoe Untuk Dipanggil ke Skuad Kebangsaan\n", "content": ["Sungguhpun masih berada di dalam situasi pademik Covid-19, saingan bola sepak tempatan khususnya Liga Super 2021 berjaya dilangsungkan secara penuh 22 perlawanan berbanding 11 perlawanan musim lalu.", "Menurut laporan The Star, kejayaan melangsungkan saingan Liga Super secara penuh itu membolehkan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menilai beberapa pemain muda untuk dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya.", "Dimaklumkan, antara pemain muda dan tempatan yang menarik perhatiannya adalah daripada pasukan Terengganu, Kuala Lumpur City (KL City), Kedah Darul Aman (Kedah), Penang dan Petaling Jaya City (PJ City).", "Baca: Aksi Pemain Muda, Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak ", "“Terengganu telah menggunakan beberapa pemain muda, yang (tampil) mengagumkan. Kuala Lumpur City juga mempunyai beberapa pemain yang mengujakan, dimana kami sudah perhatikan.”", "“Tidak lupa juga, Kedah dan Penang juga menggunakan beberapa pemain tempatan yang bagus,” katanya.", "Baca: DNA ‘Yakini Lokal’ PJ City Akan Diteruskan Pada Musim 2022", "“Petaling Jaya City juga tampil memberangsangkan dengan skuad keseluruhan pemain tempatan dan tidak menunjukkan kegentaran apabila berdepan dengan pasukan tangga teratas yang dikuatkan dengan pemain-pemain asing.” katanya seperti dipetik daripada The Star.", "Sementara itu, persembahan beberapa pemain senior dan veteran tempatan juga tidak kurang hebatnya pada musim ini. Antara yang mencuri tumpuan penyokong dan peminat adalah kelibat Baddrol Bakhtiar, Safiq Rahim dan Amri Yahyah.", "Baca: Penjaring Terbanyak Tempatan, Baddrol Bakhtiar Wakili Malaysia – ‘Why Not?’ Kata Coach Aidil", "Pada masa yang sama, jurulatih berusia 53 tahun ini turut bersedia mempertimbangkan untuk memanggil pemain senior sebagai contoh Baddrol yang meletakkan namanya selaku penjaring terbanyak tempatan menyertai skuad kebangsaan.", "Cheng Hoe berkata, “pintu (skuad kebangsaan) sentiasa terbuka kepada mana-mana pemain. Selagi mana mereka boleh menyumbang kepada pasukan, mereka dialu-alukan.”", "Untuk makluman semua, skuad Harimau Malaya akan terlibat dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan berlangsung 5 Disember hingga 1 Januari 2022 kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114033/", "headline": "\nBWF Ranking: Beregu Kidal ‘Patatimo Boys’ Hampiri Kelompok 100 Terbaik Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu badminton lelaki muda negara, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang berumur 19 tahun masing-masing semakin menghampiri kelompok 100 beregu lelaki terbaik dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kedua-dua pemain bertangan kidal berasal dari Terengganu dan Kelantan ini berhasil meraih lonjakan sebanyak 33 anak tangga sekaligus menduduki ranking ke-102 pada minggu ini.", "Peningkatan sebanyak itu diraih hasil daripada kejayaan pasangan yang mendapat julukan ‘Patatimo Boys’ ini mara ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Scotland, hujung minggu lalu.", "Sementara itu, seorang lagi pasangan beregu muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama meraih peningkatan sebanyak 8 anak tangga dan membolehkan mereka menduduki ranking ke-69 dunia.", "Beralih kepada beregu bebas (independent) negara yang beraksi di pentas Terbuka Indonesia iaitu Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong serta Goh V Shem-Low Juan Shen, kedua-dua pasangan ini berhasil meraih peningkatan dengan menduduki ranking ke-106 dan ke-121 dunia.", "Beregu di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pula berjaya memperbaiki kedudukan mereka sebanyak satu anak tangga menjadikan mereka kini menghuni ranking ke-18 dunia.", "Sedikit perkembangan yang kurang menyedapkan dalam kemaskini BWF pada minggu ini apabila beregu utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kembali turun ke ranking ke-7 dunia ekoran terkandas di Pusingan 16 Terbuka Indonesia, minggu lepas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321395/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei Cipta Kejutan Ke Atas Beregu No.1 Negara\n", "content": ["Pasangan yang mula bergandingan sejak Disember tahun lalu, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memulakan kejohanan Terbuka Malaysia 2023 dengan mencipta kejutan menumpaskan beregu campuran No.1 tanah air.", "Pasangan yang tumpas di tangan mereka itu ialah Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing merangkap semi-finalis kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.", "Perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 3, Axiata Arena sebentar tadi menyaksikan Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas pasangan No.6 dunia itu dengan skor 21-15 dan 21-10 dalam tempoh 31 minit permainan.", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.", "Kemenangan yang digapai pada hari ini membolehkan mereka ke mara ke Pusingan 16. Menanti Tang Jie-Ee Wei di pusingan tersebut samada beregu Indonesia, Rehan Naufal-Lisa Ayu atau beregu senegara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219298/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Buat Pertama Kalinya Aaron-Wooi Yik Melangkah Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyerikan karier mereka pada hari ini dengan melangkah buat julung kalinya ke peringkat separuh akhir di pentas Kejohanan Dunia BWF.", "Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas berhasil mengalahkan beregu Korea, Choi Sol-gyu dan Seo Seung-jae di peringkat suku akhir, sebentar tadi. ", "Pertarungan tersebut menyaksikan Aaron-Wooi Yik merekodkan kemenangan ke atas penghuni ranking ke-11 dunia ini secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-16 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅18 16 🇰🇷Sol Gyu CHOI 🇰🇷Seung Jae SEO", "🕗 in 40 minutes https://t.co/KI3PAjKDEH", "— BWFScore (@BWFScore) August 26, 2022", "Menyoroti pertemuan melibatkan Aaron-Wooi Yik dan Choi-Seo, sudah pasti ini bukanlah yang pertama di pentas antarabangsa. Keputusan yang direkodkan pada hari ini juga menjadikan Aaron-Wooi Yik telah mencatatkan empat kemenangan berturut-turut ke atas Choi-Seo daripada enam pertemuan secara keseluruhan. ", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan penampilan keempat gandingan Aaron-Wooi Yik di pentas Kejohanan Dunia BWF. Kempen ddisi 2021, 2019 dan 2018 yang disertai mereka sebelum ini hanya tamat di Pusingan 16, Pusingan 32 dan suku akhir masing-masing.", "Sementara itu, lawan bagi Aaron-Woi Yik di peringkat separuh akhir masih belum ditentukan. Dua beregu iaitu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi akan berentap sekejap lagi untuk merebut tiket ke separuh akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208199/", "headline": "\nPeminat Letak Harapan Terlalu Tinggi Terhadap Safawi – Bekas Penyerang Angers\n", "content": ["Peminat di Malaysia bagaikan tidak berpijak di bumi nyata dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi apabila mahu menyaksikan Safawi Rasid beraksi bersama Portimonense dalam masa terdekat.", "Perlu disedari penyerang sayap kebangsaan itu bermain di salah sebuah liga terbaik di eropah dimana jurangnya terlalu besar berbanding saingan di liga tempatan.", "Justeru, para peminat tempatan tidak perlu bersikap kurang matang dengan membanjiri ruang komen media sosial Portimonense bertanyakan bila Safawi akan diturunkan dalam kesebelasan utama.", "“Harapan terlalu tinggi diletakkan oleh peminat-peminat bola sepak Malaysia,”", "“Salah satu jurang besar adalah (melibatkan) tahap kecergasan, jurangnya terlalu besar.”", "“Mereka mungkin sedang melatih Safawi untuk mendapatkan tahap kecergasan tertinggi buat masa ini.”", "“(Mahu) jadikannya lebih cergas kerana tak cukup (cergas) untuk pemain dari Malaysia bermain dalam Liga Portugal.” kata bekas penyerang Angers dan Pahang, Dickson Nwakaeme dalam rancangan Berbulu Dengan Burn.", "Sebagai seorang pemain yang pernah berkelana di Ligue 1, Dickson berkata Safawi perlu diberikan masa untuk menyesuaikan diri di sana.", "Bukan sahaja perlu menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk, Safawi juga perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu melibatkan kehidupan peribadi dan karier bola sepaknya.", "“Sangat banyak perkara yang perlu (Safawi) sesuaikan dirinya (di sana).” ", "“Awak perlu menyesuaikan diri dengan cuaca, sesuaikan diri tanpa keluarga, tanpa rakan-rakan, tanpa rakan sepasukan yang sudah dikenali seperti di JDT, sesuaikan diri dengan makanan di sana,", "“Dan yang paling penting adalah mencapai tahap kecergasan yang diperlukan, tahap yang diperlukan untuk awak diturunkan bermain,” ", "“(Walaupun) awak mempunyai kebolehan teknikal yang baik, tetapi kecergasan (lebih penting). Ia akan mengambil masa,” jelas Dickson lagi.", "Dickson dalam temubual berkenaan sempat berkongsi pengalamannya sewaktu bermain di liga eropah. ", "Menurutnya, jurulatih akan memberikan kepercayaan untuk tampil dalam kesebelasan utama sekiranya menunjukkan kesungguhan dan tiada tanda-tanda ‘lembik’ semasa sesi latihan.", "“Sesi latihan di sana sangat sukar, kadangkala lebih sukar berbanding semasa hari perlawanan dan temponya tinggi. Sekiranya jurulatih lihat perkara tersebut, anda akan mula diberikan peluang untuk bermain.” jelasnya.", "Featured Image: Angers SCO & Portimonense SC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111619/", "headline": "\nSaiful, Mustaza & Jaifuddin Sertai Ahli Lembaga Pengarah MFL Penggal 2021-2025\n", "content": ["Senarai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) bagi badan penganjur bola sepak tanah air iaitu Malaysian Football League (MFL) menyaksikan sedikit perubahan bagi sesi 2021-2025.", "Berdasarkan pengumuman oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam satu sidang media atas talian pada hari ini, Rakan Kongsi MFL telah mengundi dua muka baharu untuk mengisi tiga slot Wakil Pasukan.", "Dua muka baharu tersebut ialah Datuk Mohd Saiful Mat Sapri (Pengarah Eksekutif Melaka United) dan Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin (Pengarah Johor Darul Ta’zim). ", "Sementara itu, Mustaza Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC) kekal dipilih oleh Rakan Kongsi untuk melengkapkan tiga slot Wakil Pasukan dalam senarai ALP MFL.", "Hasil undian Rakan Kongsi MFL menyaksikan Wakil Pasukan bagi penggal lalu iaitu Marzuki Sulong dan Razali Dolhan tersingkir daripada senarai ALP MFL bagi penggal baharu.", "Sebagai tambahan, pada penggal yang lalu, Jaifuddin menyertai ALP MFL selaku Wakil Bebas. Bagaimanapun, dia meletakkan jawatan dan membuat keputusan untuk bertanding bagi Wakil Pasukan bagi penggal baharu.", "Untuk makluman semua, 3 Wakil Pasukan merupakan nama yang dipilih dan diundi oleh Rakan Kongsi. ", "Sementara itu, 3 Wakil FAM merupakan nama yang dipilih oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan 3 Wakil Bebas pula nama yang dipilih oleh Presiden MFL mengikut keperluan. ", "Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah MFL 2021-2025:", "Presiden: Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin", "Wakil FAM: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya", "Wakil FAM: Mohd Joehari Mohd Ayub", "Wakil FAM: Christopher Raj Aralanthu", "Wakil Pasukan: Datuk Mohd Saiful Mat Sapri", "Wakil Pasukan: Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin", "Wakil Bebas: Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216996/", "headline": "\nACL 2022: Turunkan ‘Skuad Simpanan’ – JDT Alami Kekalahan Pertama Dalam Kumpulan I\n", "content": ["Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas menurunkan ‘skuad simpanan’ pada perlawanan keempat peringkat Kumpulan I, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, skuad kendalian Benjamin Mora itu tidak memulakan beberapa pemain kesebelasan utama yang berhasil merekodkan keputusan seri menentang Juara J-League, Kawasaki Frontale pada perlawanan ketiga, Khamis lalu.", "Pemain-pemain tersebut ialah Bergson da Silva, Natxo Insa, Leandro Velazquez, Shahrul Saad dan Arif Aiman Hanapi. Menggantikan pemain-pemain ini ialah Bienvenido Maranon, Safawi Rasid, Ramadhan Saifullah, Hong Wan dan Mauricio.", "FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim 0-5 Kawasaki Frontale 🇯🇵", "A five ⭐ performance from Kawasaki sees the J1 League side move 🔝 of Group I following goals from Wakizaka, Kobayashi, Marcinho and Chanathip. #ACL2022 | #JDTvKWF pic.twitter.com/5YSfvjtbLs", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 24, 2022", "Dan perlawanan ini berkesudahan dengan JDT ‘diratah’ oleh Kawasaki dengan kekalahan 0-5 hasil jaringan Yasuto Wakizaka (14’), Yu Kobayashi (31’,43’), Marcinho (81’) dan Chanatip Songkrasin (88’).", "Kekalahan ini bukan sahaja menyebabkan JDT gagal meraih sebarang mata malahan kedudukannya di tangga pertama Kumpulan I turut berjaya dirampas oleh Kawasaki. Ini menjadikan JDT turun satu anak tangga dan menghuni tangga kedua – berkongsi 7 mata bersama wakil Korea, Ulsan Hyundai.", "Namun begitu, peluang JDT untuk mara ke peringkat kalah mati masih lagi terbuka luas dalam baki dua perlawanan berikutnya. Untuk perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu wakil China, Guangzhou FC buat kali kedua. Ianya dijadualkan berlangsung pada Rabu ini dengan sepak mula jam 10 malam.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113367/", "headline": "\nSUKMA, Para SUKMA Johor Ditangguhkan ke Tahun 2024\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2022 yang sepatutnya diadakan di Negeri Johor pada tahun hadapan ditangguhkan ke tahun 2024.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan oleh akaun laman sosial KBSMalaysia selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia, semalam.", "Dalam kenyataan yang sama, mesyuarat turut bersetuju agar Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkan SUKMA 2022 dan Para SUKMA 2022 di ibu negara, Kuala Lumpur. ", "Tarikh penganjuran kedua-dua temasya berkenaan akan dicadangkan oleh pihak MSN untuk kelulusan Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia / Para SUKMA akan datang.", "Seterusnya, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengemukakan cadangan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tujuan kelulusan pelaksanaan temasya ini.", "Featured Image: SUKMA XX JOHOR 2020"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113277/", "headline": "\nRanking BWF: Tze Yong Hampiri Kelompok 70 Pemain Perseorangan Lelaki Terbaik Dunia\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun semakin menghampiri kelompok 70 pemain terbaik dunia menurut kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Menerusi kemaskini tersebut, Tze Yong yang muncul sebagai naib juara Terbuka Czech pada ahad lalu ditempatkan di kedudukan ke-74 dunia. Ianya merupakan peningkatan sebanyak lapan anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan peningkatan yang keempat dicatatkannya hasil daripada penyertaannya dalam lima kejohanan sepanjang tahun 2021.", "Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao turut memperbaiki kedudukannya hasil daripada peningkatan dua anak tangga pada minggu ini. Jun Hao yang berusia 22 tahun kini menduduki ranking ke-118 dunia.", "Akhir sekali, jaguh perseorangan lelaki negara pula iaitu Lee Zii Jia masih kekal di kedudukan kelapan dunia sepertimana sejak bulan Mac yang lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111155/", "headline": "\nUsain Bolt Yakin Rekodnya Tidak Akan Dipecahkan Pada Sukan Olimpik 2020\n", "content": ["Bekas pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, yakin rekod yang diciptanya dalam acara 100m dan 200m tidak akan dipecahkan pada temasya Sukan Olimpik kali ini.", "Bolt merupakan pemegang rekod dunia bagi acara 100m dengan catatan masa 9.58 saat serta acara 200m dalam tempoh masa 19.19 saat. Kedua-dua rekod tersebut dicipta oleh Bolt dalam Kejuaraan Dunia Atletik IAAF 2009.", "10 years ago today, magic happened.9.58 @usainbolt is THE 🐐.#WorldRecord #Anniversary pic.twitter.com/MUd6YqeG4V", "“Saya sangat yakin,” kata Bolt semasa sesi Instagram Live bersama @olympics baru-baru ini.", "Menjelaskan perkara tersebut, Bolt tidak mengatakan rekod tersebut tidak boleh dipecahkan. ", "Namun bagi bekas pelumba yang berusia 34 tahun ini, dia tidak melihat barisan pelari yang bakal mengambil bahagian dalam acara larian di Tokyo kelak berada di tahap untuk melaukan larian sepantas itu.", "Untuk makluman, selain daripada memegang rekod dunia, Bolt juga memegang rekod olimpik dalam kedua-dua acara tersebut.", "100m – 9.69 – WR – 🥇 200m – 19.30 – WR – 🥇 28.99 seconds of absolute 𝘎𝘙𝘌𝘈𝘛𝘕𝘌𝘚𝘚 from Usain Bolt at Beijing 2008. ⚡#StrongerTogether | #ThrowbackThursday pic.twitter.com/q40AroO5E2", "Bagi acara 100m, Bolt mencipta rekod larian 9.63 saat ketika menyertai Sukan Olimpik London 2012.", "Manakala bagi acara 200m, Bolt mencatatkan rekod dengan catatan masa 19.30 saat ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Beijing 2008.", "Selain daripada itu, Bolt juga merupakan pemenang 8 pingat emas hasil daripada menyertai temasya Sukan Olimpik sebanyak tiga kali."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110623/", "headline": "\nACL 2021: JDT Senaraikan De Paula, Ketepikan Gonzalo Cabrera\n", "content": ["Juara Liga Super tujuh kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyenaraikan 30 pemain yang dibawa mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021 secara berpusat di Thailand bermula 22 jun nanti.", "Berdasarkan senarai tersebut, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini turut menyenaraikan penyerang naturalisasi yang diikatnya baru-baru ini, Guilherme de Paula.", "Paling mengejutkan adalah ketiadaan nama pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrera. Ini merupakan kali pertama pemain yang mempunyai passport Iraq ini tidak disenaraikan oleh JDT sejak beraksi dalam kancah ACL bermula tahun 2019.", "Bagi mencukupkan kuota empat pemain asing sebagaimana yang dibenarkan oleh penganjur kejohanan, JDT menyenaraikan Leandro Velazquez dan pertahanan Australia, Shane Lowry disamping Bergson da Silva dan Mauricio.", "Sementara itu, kelibat pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad juga tidak akan kelihatan memandangkan dia masih berada dalam tempoh pemulihan selepas dilaporkan ditimpa kecederaan.", "Bagi saingan ACL kali ini, JDT telah diundi bersama-sama Nagoya Grampus, Pohang Steelers dan Ratchaburi dalam Kumpulan G.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208647/", "headline": "\nPenerbit Kingsman & Thierry Henry Bekerjasama Hasilkan Drama Day 1’s\n", "content": ["Penerbit francais filem Kingsman iaitu Matthew Vaughn bakal bekerjasama bersama penyerang legenda dunia, Thierry Henry untuk menerbitkan sebuah drama bersiri televisyen (TV) berjudul Day 1’s.", "Menurut portal hiburan, Variety mengatakan drama bersiri itu berkisarkan tentang seorang pemain muda bernama Dezmond King dan rakan-rakannya membina reputasi dan mengharungi kesusahan dalam dunia bola sepak di British.", "'X-MEN FIRST CLASS' & ‘KINGSMAN’ director Matthew Vaughn and Arsenal legend Thierry Henry are teaming up for a soccer drama tv show ⚽️ pic.twitter.com/rmRxpH7MWB", "Matthew menerusi syarikat penerbitannya, Marv akan berkerjasama dengan Henry dan juga ejennya, Darren Dein sebagai penerbit eksekutif untuk drama yang melibatkan 10 episod tersebut.", "Selain itu, Henry yang kini merupakan pengurus pasukan Major League Soccer (MLS), Montreal Impact dikhabarkan akan turut serta membintangi drama tersebut.", "Difahamkan proses penggambaran drama bersiri Day 1’s ini akan bermula pada 2021 kelak dan ianya turut melibatkan Hera Pictures sebagai penerbit bersama. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20207235/", "headline": "\nNovak Djokovic Tawan Kota Rom, Pintas Rekod Rafael Nadal\n", "content": ["Pemain tenis Serbia, Novak Djokovic memastikan persiapan beliau menjelang Roland Garros berada dalam tahap terbaik apabila menjuarai kejuaraan Terbuka Itali di Rom.", "Kejayaan itu berlaku selepas Djokovic berjaya menewaskan Diego Schwartzman dengan kemenangan straight set 7-5, 6-3.", "Kemenangan itu menjadikan Djokovic kini berjaya merangkul gelaran Terbuka Itali yang kelima dalam kariernya.", "Make that #️⃣3️⃣6️⃣ for Novak!@DjokerNole holds the record for most ATP Masters 1000 titles. 🏆 pic.twitter.com/m8BYaCLKzf", "Lebih manis, beliau kini berjaya mengatasi rekod kejuaraan kejuaraan Masters 1000 yang dipegang Rafael Nadal dengan memperoleh 36 kejuaraan.", "Dalam perlawanan tersebut, Djokovic jelas sekali bermula perlahan apabila ketinggalan 0-3 pada set pertama. ", "Jalan yang panjang terpaksa diambil beliau dan berjaya mematahkan servis Schwartzman untuk mendapatkan set pertama dengan 7-5.", "Di set kedua, Djokovic sekali lagi bermula perlahan apabila Schwartzman berjaya mematahkan servisnya tetapi kali ini beliau lebih pantas untuk memberikan respon.", "Un. Real. 😲📹: @TennisTV | @dieschwartzman | #IBI20pic.twitter.com/4WPCiNbDRC", "Djokovic menaikkan tempo permainan dan kemudiannya berjaya mematahkan semula servis Schwartzman untuk memastikan kejuaraan menjadi miliknya dengan memenangi set kedua 6-3.", "Bercakap selepas merangkul kejuaraan, Djokovic mengatakan ianya bukanlah satu minggu yang mudah di Rom buatnya tetapi beliau tetap gembira dengan pencapaianya.", "“Ianya adalah minggu yang baik, dan cukup mencabar buat saya,” katanya menerusi Sky Sports.", "“Saya tak rasa yang saya bermain tenis yang mantap sepanjang minggu, tetapi aksi terbaik saya muncul pada waktu yang paling saya perlukan.”", "“Situasi ini jelas sekali membuatkan saya berasa puas dan bangga kerana saya berjaya menemui ‘gear kelima’ pada waktu yang paling diperlukan.”"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206995/", "headline": "\nJaringan ‘Curling Shot’ Safawi Dipilih Sebagai Goal Of The Decade\n", "content": ["Jaringan lencong penuh bergaya oleh penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng telah dipilih sebagai Best ACL Goal Of The Decade oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). ", "Anugerah ini diraih oleh Safawi yang juga pemain skuad kebangsaan Malaysia setelah mendapat 34% undian secara keseluruhan oleh para peminat – tertinggi antara 10 finalis yang tercalon. ", "🥇 @safawi37’s wonderstrike has been named the #ACL’s goal of the decade 🤩Details ➡️ https://t.co/4RNk9hqoys@OfficialJohor pic.twitter.com/1x0nvjYl1O", "Bagaimanapun, jaringan tunggal Safawi dalam perlawanan tersebut tidak cukup untuk mengikat atau menumpaskan wakil China dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019.", "Dalam pengumuman yang sama, tempat kedua jatuh kepada Abdulaziz Al Dawsari daripada pasukan Al-Hilal ketika menentang Al Ittihad pada tahun 2011. Jaringannya mendapat undian sebanyak 14%.", "Manakala, mengikuti rapat di tempat ketiga adalah Wesley ketika mewakili Al Hilal menentang Al Ain semasa tahun 2013. Jaringannya mengumpul 13% undian.", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322857/", "headline": "\nNafuzi Tak Mahu Kedah Tampil Persembahan Luar Biasa Menentang JDT\n", "content": ["Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (Kedah), Nafuzi Zain tidak mahu pasukan bimbingannya menampilkan persembahan luar biasa apabila menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sahaja.", "Sebaliknya, jurulatih berusia 44 tahun ini mahu persembahan berprestasi tinggi itu dipersembahkan ketika menentang mana-mana pasukan. Dengan sikap sedemikian, barulah skuad berjulukan Sang Kenari sebagai pasukan yang terbaik.", "Pada masa yang sama, Nafuzi tidak meletakkan kemenangan ke atas Penang FC semalam sebagai suntikan semangat sebelum bertemu JDT kelak. Jelasnya, pertembungan menentang gergasi bola sepak tanah air itu sendiri sudah memberikan suntikan semangat bukan sahaja skuadnya bahkan pasukan lain.", "“Saya rasa bertemu JDT mana-mana team pun automatik morale booster (suntikan semangat) tu dengan sendiri akan ada sebab kita bermain dengan team (pasukan) yang bagus,” ", "“Tapi bagi saya tak perlu kita dengan JDT, kita (beraksi) luar biasa tapi dengan game (perlawanan) lain kita just average (tampilkan persembahan biasa) je,”", "“Bagi saya setiap game (perlawanan), JDT atau sesiapa pun, performance (prestasi) kena high (tinggi), barulah kita menjadi top team (pasukan terbaik),” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Darul Aman.", "Semalam, Kedah berhasil melakar kemenangan 1-0 ke atas Penang hasil jaringan Willian Lira pada babak kedua. Kemenangan itu sekaligus melonjakkan kedudukan Kedah ke tangga kedua Liga Super selepas mengharungi tujuh perlawanan.", "Untuk perlawanan berikutnya, Sang Kenari akan turun ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri untuk bertemu JDT merangkap juara bertahan pada aksi kelapan Liga Super, Ahad nanti.", "Mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut, Nafuzi menyifatkan ianya bakal menjadi satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan kerana melibatkan dua pasukan teratas Liga Super pada ketika ini.", "“Saya berharap kita dapat memberi persembahan yang menarik di JDT, kita tengok nanti macam mana, kita cuba yang terbaik,” tambahnya lagi.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220366/", "headline": "\nSyarikat Pemaju, Telekomunikasi Serta Berkaitan Teknologi Nyata Hasrat Taja KL City Musim 2023\n", "content": ["Kejayaan skuad berpangkalan di ibu kota, KL City mara ke perlawanan akhir dalam kempen sulungnya di pentas Piala AFC 2022 bukan sahaja menarik tumpuan peminat bola sepak tempatan.", "Bahkan, kemaraan luar jangkaan anak-anak buah Bojan Hodak itu turut mendapat perhatian syarikat-syarikat sehingga menarik minat mereka untuk menjadi penaja KL City bagi saingan musim hadapan – musim 2023.", "Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad dalam satu sidang media yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "“Kita dapati ramai pihak telah hubungi pihak KLFA dan KL City untuk menjadi sponsor (penaja) bagi tahun depan (selepas mara ke perlawanan akhir Piala AFC).”", "“Ini merupakan satu perkembangan yang cukup baik bagi football (bola sepak) di Malaysia kerana kita nak supaya sumber kewangan kelab itu tidak bergantung kepada bantuan daripada state government (kerajaan negeri) ataupun government-linked company (syarikat berkaitan kerajaan) dan sebagainya,”", "“Kita inginkan satu industri bola sepak benar-benar swasta dan berdikari maka timbulnya minat untuk menjadi sponsor (penaja) ini dilihat sebagai satu perkembangan yang amat positif,” katanya sambil ditemani oleh Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard.", "Memandangkan ianya masih di peringkat awal, tiada sebarang nama syarikat yang menyatakan minat untuk menaja KL City itu didedahkan Khalid. Bagaimanapun, bekas Menteri Wilayah Persekutuan ini sempat berkongsikan sedikit mengenai sektor perniagaan yang diceburi syarikat-syarikat terbabit.", "“(Sektor) berbagai, ada (syarikat dalam kalangan) pemaju, ada yang telco (telekomunikasi), ada yang (terlibat) dalam teknologi, dan ada juga tawaran untuk KL City sendiri melabur dalam bisnes yang mendatangkan hasil.”", "“Mungkin (KL City) akan invest (labur) dalam technology related companies, (perkara ini) sedang dikaji, kalau jadi kita akan bawa kepada BOD (Ahli Lembaga Pengarah) kalau nampak ada tawaran yang serius supaya kita boleh generate (jana) pendapatan,” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, sejak tahun 2020, skuad berjulukan The City Boys ini beroperasi dengan sumber kewangan utama yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku penaja utama – berjumlah RM5 juta setiap tahun tidak termasuk penaja-penaja lain."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220681/", "headline": "\nTerbuka Australia: Zii Jia Kandas Di Pusingan 16, Gagal Layak Ke Jelajah Dunia Akhir\n", "content": ["Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah 1.5 juta dolar amerika tidak akan disertai perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia.", "Perkembangan ini hadir selepas pemain berusia 24 tahun itu tumpas di Pusingan 16 saingan Terbuka Australia – Jelajah Dunia Super 300 – di tangan pemain China, Lu Guang Zu.", "Dalam pertarungan terbabit, Zii Jia tumpas menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 15-21 dan 16-21 dalam tempoh masa 70 minit permainan.", "SATHIO GROUP Australian Open 2022MS – Round of 1620 21 21 🇨🇳Guang Zu LU🏅22 15 16 🇲🇾Zii Jia LEE", "🕗 in 70 minutes https://t.co/PZra4PSt2S", "— BWFScore (@BWFScore) November 17, 2022", "Kekalahan itu menyebabkan Zii Jia hanya membawa pulang 2,750 mata sahaja daripada saingan ini. Ini bermakna pungutan mata akhir Zii Jia dalam Ranking Jelajah Dunia BWF adalah sebanyak 57,680 mata dan kekal di tangga kesembilan pada musim ini.", "Untuk makluman, setelah berhasil merakamkan kemaraan ke peringkat suku akhir, pungutan mata Guang Zu yang berada di tangga kelapan pada ketika ini sudah mencecah 61,160 mata. ", "Pungutan mata itu sekaligus mengesahkan dirinya selaku pemain kelapan merangkap terakhir yang mata kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang akan dilangsungkan di Bangkok, Thailand pada bulan hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/2020100/", "headline": "\nPaul Scholes : Dapatkan tandatangan Kane, bukan Sancho\n", "content": ["Bekas pemain lagenda, Paul Scholes menggesa bekas kelabnya, Manchester United meletakkan sasaran untuk mendapatkan Harry Kane berbanding Jadon Sancho pada jendela perpindahan musim panas ini.", "Bagi Scholes, skuad Red Devil amat memerlukan seorang penyerang tengah tulen bagi memantapkan jentera serangan untuk mengharungi saingan baharu domestik dan antarabangsa musim depan.", "“Jangan salah sangka, Sancho pemain berkualiti, saya rasa dia akan membantu meningkatkan mana-mana pasukan bola sepak di dunia. Statistik menunjukkan dia adalah peledak gol, dia akan membuat dan menjaringkan banyak gol.”", "Sedangkan penyerang sayap seumpama Sancho tidak menjadi masalah di Manchester United kerana mereka sudah mempunyai pemain-pemain seperti Anthony Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood. ", "“Saya rasa kita sudah ada tiga penyerang atau sayap yang mirip dengan Sancho, mungkin tidak sehebat dia tapi berpotensi. Pada masa ini, saya fikir Harry Kane adalah pembelian yang lebih menarik berbanding Sancho. ", "“Saya fikir United memerlukan penyerang tengah, pemain tulen untuk jersi No. 9, penjaring gol yang sebenar. Kane adalah orangnya,” jelas Scholes yang bercakap kepada BT Sport.", "Rata-rata media di eropah melaporkan bekas pemain akademi Manchester City berusia 20 tahun itu semakin menghampiri dan menunggu masa sahaja untuk diumumkan menyertai skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer secara rasmi.", "Foto Kredit: Manchester United & Tottenham Hotspur"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216828/", "headline": "\nKorea Masters: Juara Odisha Khim Wah-Nur Azriyn Kandas Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) yang menjuarai saingan Terbuka Odisha 2022, Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn kandas di Pusingan 32 Terbuka Korea.", "Beregu yang menduduki ranking ke-144 dunia ini terpaksa melupakan saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF yang berlangsung di Gwangju, Republik Korea apabila tumpas kepada pasangan tuan rumah, sebentar tadi. ", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMD – Round of 32 🇰🇷Gwang Min NA🏅21 21 🇰🇷Jin Seong NOH🏅19 18 🇲🇾Nur Mohd Azriyn Ayub AZRIYN 🇲🇾Khim Wah LIM", "🕗 in 42 minutes https://t.co/XjtXY4gmvo", "— BWFScore (@BWFScore) April 13, 2022", "Khim Wah-Nur Azriyn tumpas kepada Na Gwang-min dan Noh Jin-seong, yang menghuni ranking ke-560 dunia secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-18 dalam tempoh masa 42 minit permainan.", "Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami oleh Khim Wah-Nur Azriyn di peringkat Pusingan 32 setelah menjuarai saingan Terbuka Odisha pada Januari lalu.", "Sementara itu, Gwang-min dan Jin-seong yang mara ke peringkat seterusnya akan turun berentap menentang beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean yang berada di ranking ke-70 dunia, esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218090/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu No.3 Indonesia Singkir Peng Soon-Yee See Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See terpaksa menerima hakikat kandas seawal Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Peng Soon dan Yee See yang kembali bergandingan semula sejak awal Jun lalu tumpas kepada pasangan No.3 Indonesia merangkap beregu No.19 dunia, Rinov Rivaldy dan Pitha Mentari.", "PETRONAS Malaysia Open 2022XD – Round of 32 🇮🇩Rinov RIVALDY🏅 9 21 22 🇮🇩Pitha Haningtyas MENTARI🏅21 12 20 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Yee See CHEAH", "🕗 in 53 minutes https://t.co/vyYqwEYHL9", "— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Yee See yang berada di ranking ke-217 dunia tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-9, 12-21 dan 20-22 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "Sebagai rekod, pertemuan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil ini merupakan pertembungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Rivaldy-Pitha yang berhasil merekodkan kemenangan akan bertemu beregu Hong Kong yang menghuni ranking ke-7 dunia, Tang Chun Man-Tse Ying Suet di Pusingan 16 kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220247/", "headline": "\nPengurusan Baharu KL City Inginkan CEO, Stanley Bernard Dihentikan\n", "content": ["Disebalik kejayaan menjuarai saingan Piala Malaysia 2021 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022, Kuala Lumpur City FC (KL City) akui menghadapi masalah kewangan walaupun sangat cermat dalam penggajian berbanding pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super.", "Menjelaskan dengan lebih lanjut, YB Khalid Samad berkata perkara tersebut terjadi kerana dirinya menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) – organisasi yang memiliki KL City. ", "“Saya telah diberitahu sebelum ini, oleh beberapa pihak, bahawa sebaik sahaja saya meletakkan jawatan maka duit akan mengalir masuk.”", "“Saya diminta ‘berjiwa besar’ dan meletak jawatan supaya KLFA akan menerima duit dan dengan itu Kuala Lumpur City FC akan juga turut menerimanya.” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, baru-baru ini.", "Bagaimanapun, ahli politik berusia 65 tahun ini membuat keputusan untuk tidak menuruti perletakan jawatan tersebut dan kekal menyandangnya sehingga ke hari ini. Menurutnya, pemergiannya akan memberikan implikasi berantai kepada skuad berjulukan The City Boys.", "“Saya kekal sebagai presiden untuk menentukan tiada campur tangan oleh ahli politik atau ahli perniagaan yang akan merosakkan disiplin dan kerjasama (teamwork) pasukan.”", "“Pengurusan baharu yang dicadangkan sekiranya saya meletak jawatan, telah menyatakan secara jelas mereka inginkan Stanley (Bernard) dihentikan,”", "“Sekiranya Stanley dihentikan, Bojan (Hodak) akan berhenti kerana mereka merupakan gandingan yang baik. Ianya Stanley yang telah membawa Bojan balik dari Croatia untuk menjadi jurulatih utama Kuala Lumpur City.”", "“Dan sekiranya ini berlaku, makan keadaan pasukan Kuala Lumpur City akan kembali kepada seperti dahulu.” tambahnya lagi.", "Khalid turut menjelaskan memacu KL City mencapai tahap seperti yang dapat dilihat pada hari ini tanpa sokongan daripada penaja tradisinya amat mencabar.", "Bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi itu, Khalid mendedahkan terpaksa meminjam duit daripada beberapa individu dan institusi serta menjadi penjamin bagi sebahagian daripada pinjaman ini.", "“Saya dan Stanley terpaksa menjadi penjamin bagi pinjaman untuk membayar gaji bulanan namun ianya perlu untuk membawa pasukan mara ke hadapan.”", "“Kami juga terpaksa mengambil pendahuluan berasaskan tanah milik KLFA dan dengan itu membelanjakan harta KLFA untuk membiayai pasukan ini kerana KLFA adalah pemegang sahamnya.”", "“Namun dengan mengharungi ini semua kita telah mencapai kejayaan atas padang sepertimana yang tidak pernah tercapai sebelum ini.”", "“Sepertimana pemain-pemain bertungkus lumus dan para jurulatih memanfaatkan segala keupayaan dan kepakaran mereka, kami juga melakukan yang terbaik semampunya untuk menjamin Kuala Lumpur City kekal sebagai pasukan profesional bebas dari segala campur tangan yang tidak diingini.” ujarnya lagi.", "Mengambil kira perjuangan yang telah dan sedang dilalui ini, Khalid merayu kepada semua rakyat Malaysia khususnya warga kota untuk memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada KL City apabila menentang Al-Seeb pada 22 Oktober kelak di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Beliau mengharapkan dengan sokongan ini, KL City dapat muncul selaku juara dan dapat memberikan efek positif terhadap ranking bola sepak negara di mata dunia.", "“Seperkara lagi yang sama penting, (kejuaraan) membuktikan bahawa apabila diurus secara profesional dan berkesan, kita boleh berjaya walaupun terpaksa mengharungi berbagai halangan samada kewangan atau sebagainya.” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221037/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Kian Meng-Pei Jing Kandas Di Separuh Akhir\n", "content": ["Tiada sebarang kelibat wakil negara akan beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 yang akan berlangsung pada hari esok.", "Beregu campuran No.1 tanah air, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing terpaksa akur tersingkir daripada kejohanan ini setelah tumpas kepada pasangan China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Sebelum itu, wakil negara dalam kategori beregu lelaki, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terlebih dahulu tersingkir apabila tewas di tangan wakil Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada peringkat yang sama, petang tadi.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022XD – Semi final 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅10 15 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI", "🕗 in 27 minutes https://t.co/8uJ0ylRD4H", "— BWFScore (@BWFScore) December 10, 2022", "Dalam perlawanan terbabit, gandingan Kian Meng-Pei Jing yang berada di ranking kelapan dunia tumpas secara “straight set” kepada Si Wei-Ya Qiong dalam tempoh masa tidak sampai setengah permainan di atas gelanggang.", "Dengan kekalahan ini, hasrat Kian Meng-Pei Jing untuk melangkah ke perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir buat pertama kali dalam karier hangus sama sekali dan terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang kilauan pingat gangsa.", "Pada masa yang sama, keputusan pertarungan ini juga menjadikan Kian Meng-Pei Jing merekodkan lapan kekalahan daripada kesemua lapan pertemuan menentang Si Wei-Ya Qiong di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Si Wei-Ya Qiong yang melangkah ke perlawanan akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Mentari atau beregu No.1 dunia dari Thailand, Dechapol Puavanukroh-Sapsiree Taerattanachai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325249/", "headline": "\nRanking BWF: Hang Yee-Eng Cheong Daki 14 Anak Tangga Selepas Menang Di Mongolia\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent), Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong yang menjuarai Cabaran Antarabangsa Mongolia pada Ahad lalu merekodkan peningkatan yang besar dalam Ranking Dunia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperlihatkan gandingan pemain berusia 26 dan 24 tahun masing-masing ini melangkau sebanyak 14 anak tangga sekaligus menghuni kedudukan ke-56 dunia bermula hari ini.", "Kejuaraan yang dirangkul di Mongolia dengan mengalahkan beregu senegara, Chia Weijie dan Liew Xun telah memberikan mereka 4,000 mata sekaligus mengumpul 22,340 mata secara keseluruhan.", "Sementara itu, gandingan Chia-Liew yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) muncul naib juara di kejohanan yang sama turut memberikan lonjakan besar iaitu peningkatan sebanyak 15 anak tangga dan kini berada di kedudukan ke-84 dalam Ranking Dunia.", "Tiada sebarang perubahan dikesan terhadap tiga beregu utama negara dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun kekal di tangga keempat, keenam dan ke-23 dunia masing-masing.", "Bagaimanapun, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang akan membuat keputusan untuk bergandingan semula di Terbuka Amerika Syarika pada 11 Julai kelak terpaksa menerima hakikat untuk berada di tangga ke-50 dunia setelah jatuh 15 anak tangga, pada hari ini.", "Featured Image: Instagram Low Hang Yee"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325344/", "headline": "\nHubungan Kapten Switzerland & The Gunners Ternoktah Selepas 7 Musim\n", "content": ["Pemain kebangsaan Switzerland, Granit Xhaka akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada skuad berjulukan The Gunners selepas tujuh musim bersama kelab London itu bagi menyertai Bayer Leverkusen. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan melalui media sosial kedua-dua pasukan sekaligus bermakna Xhaka kembali ke Bundesliga selepas tujuh tahun. ", "Xhaka yang juga bekas kapten Arsenal merupakan salah seorang daripada tiga pemain di dalam skuad semasa The Gunners yang sempat beraksi di bawah kendalian pengendali legenda mereka, Arsene Wenger selain Mohamed Elneny dan Rob Holding.", "297 appearances. 23 goals. 29 assists. Two FA Cups. And one inspirational story.​", "Granit Xhaka: forever a part of the Arsenal family ❤️ pic.twitter.com/gbgRVicFiM", "— Arsenal (@Arsenal) July 6, 2023", "Perjalanan karier pemain berusia 31 tahun itu di kelab London tersebut bukanlah semudah yang disangka tatkala pemain ini kerana terlibat dengan kontroversi di dalam dan luar padang yang menyaksikan Xhaka digantung tugas daripada menjadi ketua pasukan. ", "Bagaimanapun, kehadiran Mikel Arteta ternyata mengubah situasi yang melanda Xhaka. Tatkala ramai enjangkakan Xhaka bakal meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan pertengahan musim 2020, Arteta terus meletakkan kepercayaan kepada pemain tersebut. ", "Bersama Arsenal, Xhaka berjaya menjaringkan 23 gol dan mencatatkan 29 bantuan gol (assists) daripada 297 perlawanan serta membantu kelab London Utara itu menjulang Piala FA Inggeris sebanyak dua kali iaitu pada musim 2016-17 dan 2019-20."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214784/", "headline": "\nTerbuka India: Hanya 19 Minit Diperlukan Peng Soon-Valeree Untuk Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valeree Siow sekali lagi berhasil mencatatkan kemenangan di kejohanan Terbuka India 2022. ", "Lebih mengujakan, di Pusingan 16 pada hari ini, pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini mencetak kemenangan tersebut dalam masa 19 minit sahaja.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅 6 8 🇮🇳Kashish SHARMA 🇮🇳Saruni SHARMA🕗 in 19 minutes https://t.co/2sEupKeDMw", "Beregu yang menjadi mangsa penyingkiran mereka adalah pasangan India, Kashish Sharma-Saruni Sharma yang tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 21-6 dan 21-8 sekaligus membolehkan Peng Soon-Valeree mara ke peringkat suku akhir. ", "Di peringkat suku akhir kelak, gandingan yang baru sahaja dibentuk ini akan menentang samada pasangan India, Ayush Makhija-Deeksha Choudhary atau beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova (ranking 19) merangkap pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214893/", "headline": "\nRanking BWF: Finalis Terbuka India, Tang Jie-Yen Wei Kembali Menjadi ‘Top 30’ Dunia\n", "content": ["Beregu campuran negara yang mara ke pentas akhir saingan Terbuka India 2022, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei kembali menyertai kelompok 30 pasangan terbaik dunia.", "Walaupun Tang Jie-Yen Wei tumpas kepada pasangan Singapura pada perlawanan akhir, Ahad lalu, mereka tetap berhasil melonjak sebanyak 10 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-30, hasil kemaskini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.", "Untuk makluman semua, pasangan beregu campuran yang berusia 24 dan 25 tahun masing-masing ini pernah berada di kelompok ini sekitar Oktober hingga November 2018.", "Sebagai tambahan, sejak mula bergandingan pada awal 2018, kedudukan tertinggi pernah dicapai oleh Tang Jie-Yen Wei adalah berada di ranking ke-27 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217999/", "headline": "\nPemain Red Star Belgrade, Omar Raiyan Dipanggil Sertai Skuad Malaysia B-19\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19), Hassan Sazali Mohd Waras telah memanggil 26 pemain bagi menyertai kem latihan pusat fasa kedua sebagai persiapan menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2022.", "Untuk makluman semua, saingan ini akan bermula 2 hingga 15 Julai dan akan berlangsung di dua buah venue iaitu Stadium Madya GBK, Jakarta dan Stadium Patriot, Bekasi.", "Menerusi siaran media di laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, satu perkara menarik dapat diperhatikan apabila seorang pemain yang beraksi di Serbia bersama Red Star Belgrade, Omar Raiyan Kama Azlan disenaraikan.", "Senarai 26 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Fasa Kedua Skuad B-19 Kebangsaan Bermula 25 Jun Hingga 29 Jun 2022", "Baca siaran media penuh di ➡️ https://t.co/k3HczhoE0O#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/sXI49jtW5I", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 21, 2022", "Baca: Safawi Idola Pemain Remaja Red Star Belgrade, Omar Raiyan", "Manakala baki 25 individu lagi terdiri daripada pemain yang beraksi bersama beberapa buah pasukan di dalam saingan tempatan. ", "Pecahannya adalah sembilan daripadanya merupakan pemain Selangor 2, enam daripadanya campuran daripada pasukan JDT II dan JDT III, empat pemain Skuad Projek FAM-MSN, tiga pemain AMD B-17 serta seorang pemain daripada Kuala Lumpur City, Sabah FC dan PJ City FC masing-masing.", "Untuk pengetahuan semua, di kejohanan ini, Malaysia B-19 telah diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Laos, Timor Leste, Kemboja dan Singapura.", "Sementara itu, Kumpulan A pula terdiri daripada tuan rumah, Indonesia serta Myanmar, Vietnam, Thailand, Brunei Darussalam dan Filipina.", "Featured Image: Instagram Omar Azlan"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324726/", "headline": "\nPiala Asia B-17: Jurulatih Yaman Anggap Malaysia Menggerunkan\n", "content": ["Pengendali Yaman, Mohammed Hasan Ali Albaadani menganggap Malaysia sebagai lawan yang menggerunkan dan mereka menghormati setiap lawan yang bakal mereka tempuh dalam kejohanan kali ini.", "Walaupun begitu, Hasan mahu anak buahnya hadapi lawannya tanpa rasa gentar dengan sasaran untuk mara ke pentas akhir mahu diulangi skuad remaja tanah Arab itu.", "“Malaysia adalah pasukan yang menggerunkan dan sedang membangun. Kredit perlu diberikan kepada staf kejurulatihan yang melakukan tugas dengan luar biasa. Walaupun kami menghormati semua pasukan dalam pertandingan ini, kami menghampiri setiap perlawanan tanpa rasa takut. ", "Pasukan ini didorong oleh keinginan untuk mencapai matlamat mara ke pentas akhir.” tegas Hasan dalam sesi sidang media menjelang aksi pembukaan Kumpulan A, menurut laman sesawang AFC. ", "Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Osmera Omaro pula teruja kerana Malaysia tergolong dalam 16 pasukan yang bertanding dan beliau mahu skuad kendaliannya membanggakan negara dalam kejohanan ini. ", "Pengendali berusia 43 tahun itu tetap optimis dengan kemampuan pasukan dan percaya bahawa Malaysia mampu menamatkan aksi peringkat kumpulan di kedudukan yang baik untuk mara ke pusingan seterusnya.", "Aksi pembukaan Piala Asia B-17 bakal bermula esok dengan Malaysia yang diundi di dalam Kumpulan A bakal bertemu Yaman di Stadium Thammasat, Bangkok bermula jam 6:00 petang (waktu Malaysia). ", "Featured Image: Asian Football Confederation – AFC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215882/", "headline": "\nSelepas 4 Tahun Diasaskan, Kini Kerteh FC Bernilai Sekitar RM10 Juta\n", "content": ["Kelab komuniti berpangkalan di Kertih, Terengganu yang diasaskan pada tahun 2018, Kerteh FC kini dinilai pada harga sekitar RM10 juta. Nilai tersebut dipaparkan di dalam Dokumen Prospektus Penajaan Kerteh FC 2022/23 yang dikongsikan oleh kelab itu semalam. ", "Menurut dokumen tersebut, 80% daripada nilai tersebut disumbangkan oleh pemilikan hartanah (property ownership) projek pembinaan Kerteh Sports City (KSC) yang terdiri daripada sebuah stadium mini dengan padang sintetik yang diiktiraf oleh FIFA berserta lampu limpah.", "Baca: Kerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera", "Selain itu, KSC juga bakal didirikan dengan fasiliti-fasiliti lain seperti tempat meletak kenderaan, gelanggang futsal, badminton, gimnasium, hotel, football residence, padang latihan, food court dan ruang komersil dimana kesemuanya bernilai RM8 juta.", "Dimaklumkan, Fasa Pertama projek pembinaan KSC ini sedang giat dijalankan. Fasa ini memfokuskan untuk menyiapkan padang sintetik bagi kegunaan Kerteh FC yang akan beraksi dalam saingan Liga M5, tahun ini.", "Baca: Kelab Komuniti Kerteh FC Tambah Satu Lagi ‘Income Stream’ Dengan Jual Beras Import", "Sementara itu, baki 20% nilaian tersebut adalah nilai komersil hasil daripada pelbagai aktiviti berkaitan bola sepak dan aktiviti bukan bola sepak yang dijalankan pasukan berjulukan The Oilers ini yang diuruskan oleh KAL Services Sdn Bhd.", "Dalam dokumen yang sama, Kerteh FC turut berkongsikan mengenai popularitinya dimana The Oilers kini mempunyai sekitar 30,859 pengikut di pelbagai media sosial milik kelab yang terdiri daripada Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan TikTok.", "Sebagai rekod, setelah empat tahun diasaskan, kelab telah berjaya merangkul kejuaraan berganda dengan memenangi saingan Liga Premier (Terengganu Amateur League) dan Piala TAL pada tahun 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219639/", "headline": "\nKenali Pemain Brazil Yang Digelar Sebagai ‘Next Neymar’, Kayky Chagas\n", "content": ["Seorang pemain muda kelahiran Brazil, Kayky da Silva Chagas dijangka bakal menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dengan bayaran sekitar 21 juta pound.", "Digelar sebagai ‘The Next Neymar’ dek kerana kepantasan dan kawalan bola yang sangat bagus, Man City dikatakan sudah berbincang dengan pemain berusia 17 tahun tersebut untuk menandatanganinya.", "Dia dijangka tiba di England pada jendala perpindahan musim panas kelak apabila usianya genap 18 tahun.", "Menariknya, tawaran daripada kelab gergasi EPL yang dibimbing oleh Pep Guardiola ini hadir sebelum Kayky membuat penampilan profesional bersama kelabnya lagi.", "Di sini, kami hidangkan lima perkara menarik mengenai pemain berkaki kidal ini agar pembaca laman sesawang, Sukanz dapat mengenalinya dengan lebih dekat:", "Kayky merupakan produk salah sebuah akademi bola sepak yang terkenal di Brazil iaitu Akademi Fluminense. Dia juga mewakili pasukan akademinya bermain dalam saingan liga bawah umur di sana.", "Antara pemain-pemain ternama dunia yang merupakan produk akademi ini ialah Marcelo (Real Madrid), Fabinho (Liverpool) dan bekas pertahanan kembar Manchester United, Rafael da Silva dan Fabio da Silva.", "Kayky yang lahir pada 11 Jun 2003 dan dibesarkan di Rio de Janeiro merupakan seorang pemain berkaki kidal. Memiliki kepantasan dan kawalan bola yang mantap menyebabkan dia digelar sebagai ‘The Next Neymar’.", "Bersama pasukannya, Kayky seringkali dimainkan di posisi sayap kanan sekaligus memberikannya memainkan peranan selaku ‘inverted winger’. Dia gemar melakukan larian untuk menewaskan bek kiri lawan atau menggelecek masuk untuk membelah pertahanan lawan sebelum merembat bola dalam gawang menerusi kaki kirinya.", "Hasil daripada bermain sebagai ‘inverted winger’, Kayky berjaya menjaringkan 12 gol dalam saingan liga bawah 17 tahun yang lalu sekaligus meletakkannya sebagai penjaring terbanyak.", "Jaringannya boleh hadir daripada dalam kotak dan juga luar daripada kotak. Gol-gol yang dijaringkannya telah membantu pasukannya merangkul kejuaraan liga. Selain daripada itu, Kayky turut berkemampuan untuk memainkan peranan selaku ‘playmaker’. ", "Tahukah anda, suatu ketika dahulu Kayky pernah gagal terpilih untuk menyertai Akademi Fluminense pada sesi uji bakatnya. Bagaimanapun, disebabkan gagal untuk menyertai akademi tersebut, Kayky mengambil keputusan untuk menyertai Mangueira Samba School – entiti yang dikenali sebagai melahirkan penghibur buat Rio Carnival berbanding dalam sukan bola.", "Ironinya, pencari bakat Fluminense menemuinya kembali semasa bermain bersama pasukan Mangueira. Dia kemudiannya ditawarkan untuk menyertai pasukan remaja Fluminense.", "Pembabitannya dalam sukan bola sepak adalah disebabkan oleh motivasi dan sokongan padu daripada bapanya selepas daripada gagal di uji bakat akademi Fluminense semasa kecilnya.", " Jadi, sebagai menghargai peranan bapanya, setiap kali Kayky menjaringkan gol, dia akan meraikannya dengan meletakkan dua jarinya di atas bibir bagi menggambarkan misai bapanya – seperti dalam gambar di atas. ", "Anda boleh menonton aksinya dalam pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217683/", "headline": "\nPenang FC Gantikan Tomas Trucha Dengan Zainal Abidin Hassan\n", "content": ["Kelab berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC mengumumkan melantik Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatihnya yang baharu untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.", "Skuad berjulukan Harimau Kumbang ini menghadirkan khidmat Coach Zainal bagi menggantikan jurulatih Republik Czech, Tomas Trucha yang ‘bercerai’ dengan mereka sekitar awal Mei lalu.", "“Pihak Pengurusan mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi ahli keluarga Penang FC buat Coach Zainal Abidin Hassan buat sekali lagi,” tulis kenyataan rasmi Penang FC pada hari ini.", "Dengan menerima perlantikan ini, Coach Zainal perlu memikul tugas berat untuk mencetuskan kebangkitan kembali buat skuad Harimau Kumbang ini. ", "Untuk makluman, Penang berada dalam situasi ‘tenat’ pada ketika ini dengan berada di dasar saingan Liga Super. Mereka sekadar memungut tiga mata daripada lapan perlawanan yang telah diharungi.", "Sebagai tambahan, Coach Zainal pernah mengemudi pasukan ini pada tahun 2017 dan 2018 sebelum berhijrah mengemudi Melaka United selama tiga musim.", "Featured Image: Penang FC & Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324913/", "headline": "\nPiala Asia Bukanlah Pentas Yang Mudah – Kim Pan-gon\n", "content": ["Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu para peminat menjadi lebih realistik dalam menilai kemampuan dan taraf semasa skuad kebangsaan menjelang aksi di Piala Asia yang akan berlangsung pada Januari nanti. ", "Tambah Pan-gon, semua pihak harus bersedia menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku di kejohanan tersebut tetapi mahu para peminat raikan peluang beraksi di pentas tertinggi Asia ibarat festival. ", "“Kami sentiasa mahu mara lebih jauh, ini sasaran kami tetapi kita kena tahu di manakah taraf kita. Kita harus menikmati kejayaan ini kerana satu hari nanti, mungkin kita akan berasa sedih apabila kita tewas atau tidak pamerkan aksi yang memberangsangkan.”", "“Apa yang saya mahu katakan ialah Piala Asia bukanlah pentas yang mudah. Bahkan ada pasukan yang akan jadi lebih bagus berbanding kita. Semua orang kena bersedia dan bersatu hati dalam menyokong pasukan.”", "“Jadikan (Piala Asia) festival.” ujar Pan-gon dalam sesi sidang media selepas perlawanan menentang Papua New Guinea.", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Selasa, 20 Jun 2023", "MALAYSIA 🇲🇾 10-0 🇵🇬 PAPUA NEW GUINEA", "⚽️ Safawi Rasid 45'+4 (P) Paulo Josue 52' 64' 70' Arif Aiman Hanapi 57' 60' 87' 89' Faisal Halim 59' Daniel Ting 76'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/TaVvxlcP0o", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 20, 2023", "Pengendali berusia 54 tahun itu juga tidak mahu para penyokong terlalu terbuai-buai dengan kejayaan semasa negara yang kini semakin meningkat naik yang baginya bukanlah satu petanda yang bagus untuk skuad kebangsaan. ", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu, Malaysia terpaksa menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi sepakan penalti Safawi Rasid. ", "Bersambung babak kedua, Harimau Malaya terus menambah jaringan menerusi empat gol Arif Aiman, hatrik Paulo Josue dan jaringan tunggal daripada Faisal Halim serta Daniel Ting sekaligus membelasah Papua New Guinea 10 gol tanpa balas. ", "Untuk makluman, hasil meraih dua kemenangan ke atas Solomon Island dan Papua New Guinea dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 telah memberikan Harimau Malaya 9.45 mata dan dijangka akan merekodkan kenaikan dua anak tangga ke tangga 136 dunia pada kemaskini Ranking Duni oleh FIFA pada Julai nanti. ", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324457/", "headline": "\nMenteri KKD Bakal Dilantik Sebagai Patron KL City Secara Bersyarat – Presiden KLFA\n", "content": ["Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bakal dilantik sebagai penaung (patron) kelab yang berpangkalan di Cheras, Kuala Lumpur City FC (KL City) secara bersyarat. ", "Perkara tersebut disahkan Presiden Kuala Lumpur FA (KLFA), Khalid Abdul Samad dalam sidang media yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pagi tadi. ", "“Sehubungan dengan itu, saya telah mendapat pengesahan daripada YB Fahmi Fadzil untuk menjadi patron bagi pasukan KL City dan dia meletakkan syarat-syarat.”", "“Saya nak kena sebut jugalah syaratnya. Syaratnya, saya dan KL City tidak mendapatkan pembiayaan daripada syarikat telekomunikasi di bawah kementeriannya.”, ujar Khalid.", "Jelas Khalid, syarat tersebut adalah untuk mengelakkan rasa terhutang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi kerana membantu usaha KL City dan pihaknya akan cuba untuk mendapatkan penajaan daripada sumber-sumber lain. ", "Perlantikan Fahmi Fadzil juga bakal menyaksikan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menjadi penaung ketiga kelab tersebut selepas posisi itu pernah diisi dua mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Annuar Musa.", "Dalam pada itu, Khalid turut membuka peluang kepada mana-mana syarikat automobil berasaskan elektrik untuk menjadi sebahagian daripada KL City yang kini menjadi duta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mengangkat tema Kuala Lumpur Ke Arah Bandar Raya Rendah Karbon.", "Featured Image: Kementerian Komunikasi dan Digital"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215490/", "headline": "\nPasukan Lelaki Malaysia Juarai BATC 2022 Selepas Atasi Indonesia 3-0\n", "content": ["Trofi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menjadi milik pasukan lelaki Malaysia selepas berhasil menumpaskan skuad jiran tetangga merangkap juara bertahan di pentas final, hari ini.", "Skor cemerlang 3-0 itu diraih oleh Malaysia menerusi tiga taruhan terawal iaitu jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, beregu No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta pemain muda perseorangan negara yang kian meningkat, Ng Tze Yong.", "Zii Jia yang menjadi taruhan terawal berhasil menyumbang mata pertama buat Malaysia dengan merekodkan kemenangan ke atas Dwi Wardoyo Chico Aura menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan keputusan 14-21, 21-12 dan 21-10.", "Day 6: Finals Results UpdateMen’s Team – Men’s SinglesLeo Rolly Carnando/Daniel Marthin vs Aaron Chia/Soh Wooi Yik: 21-17, 13-21, 18-21Indonesia 0 – 2 Malaysia #badminton #badmintonasia #unitedintriumph #BATC2022 pic.twitter.com/dZWVXiOEDR", "Pertarungan kedua pula melibatkan pemain beregu. Malaysia yang diwakili oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil meneruskan rentak kemenangan dengan menumpaskan lawannya, Carnando Leo Rolly dan Marthin Daniel dengan skor akhir 17-21, 21-13 dan 21-18.", "Di perlawanan ketiga, Tze Yong yang berusia 21 tahun diturunkan untuk menentang Ikhsan Rumbay. Dia bukan sahaja tidak mempunyai masalah untuk menundukkan lawannya malahan turut merakamkan kemenangan dengan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-14 dan 21-15.", "Keputusan itu memberikan mata ketiga secara berturut-turut buat pasukan negara sekaligus menobatkan Malaysia selaku juara BATC yang baharu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323777/", "headline": "\n5 Fakta Menarik Mengenai Dick Sudirman – Nama Tokoh Disebalik Kejohanan Piala Sudirman\n", "content": ["Dick Sudirman merupakan atlet badminton yang lahir pada 22 April 1922 di Sumatera Utara, Indonesia dan menjadi individu penting terhadap sukan badminton di negara kepulauan Nusantara itu. Namanya telah terpahat dalam salah satu kejohanan utama anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kejohanan badminton berpasukan campuran dunia – Piala Sudirman. ", "Ayuh Sukanz kenalkan anda dengan Dick Sudirman, individu penting yang memberikan nafas baharu buat IBF untuk kembali bersama dan menjadi Bapa Badminton Indonesia:", "Dick Sudirman merupakan atlet badminton Indonesia yang bergerak secara bebas walaupun mewakili Indonesia. Hal ini yang menyebabkan Sudirman dan rakan-rakan atlet badmintonnya mahu membentuk sebuah pertubuhan kebangsaan. ", "Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) pertama kali ditubuhkan oleh tokoh badminton Indonesia yang terdiri daripada A. Rochdi Partaatmadja, Sudirman, Tri Tjondrokoesoemo dan beberapa tokoh lain pada Mei 1951 di Bandung. ", "Selepas pembentukan PBSI pada 1951, Rochdi Partaatmadja dilantik sebagai ketua umum (presiden) pertama persatuan sukan tersebut sebelum tampuknya diambil alih Sudirman setahun selepas itu.", "Sehingga 1963, Sudirman bertahan selama 11 tahun sebelum posisinya digantikan dengan Sukamto Sayidiman. Bagaimanapun, Sudirman kembali memimpin PBSI buat kali kedua pada 1967 dan berkhidmat sehingga 1981. ", "Konflik di antara Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dan Persekutuan Badminton Dunia (WBF) tercetus akibat isu geopolitik melibatkan China yang sentiasa menolak penglibatan Taiwan. ", "Sudirman mencari jalan tengah dengan mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama wakil kedua-dua persekutuan tersebut. Akhirnya, mereka kembali bersatu di bawah nama IBF (kini dikenali sebagai BWF) pada 1981.", "Jasa besar Sudirman menyatukan semula IBF membuatkan bekas atlet Indonesia itu dipandang tinggi komuniti badminton dunia. Oleh itu, Sudirman pernah ditawarkan jawatan presiden bagi badan induk badminton dunia itu. ", "Namun, Sudirman tidak pernah menjawat jawatan tersebut dan terus berkhidmat bersama IBF selaku naib presiden dari tahun 1975 hingga 1983, tiga tahun sebelum pemergiannya. ", "Bekas Naib Presiden PBSI, Suharso Suhandinata menjadi individu penting dalam memastikan nama Sudirman disemat dalam kejohanan berpasukan campuran bertaraf dunia itu. ", "Suhandinata telah menghubungi pihak IBF bagi mengusulkan cadangan nama Sudirman untuk disemat sebagai nama kejohanan, sama seperti Piala Thomas dan Uber yang diilhamkan daripada nama dua tokoh badminton eropah, George Alan Thomas dan Betty Uber. ", "Atas persetujuan bersama, Piala Sudirman pun mula dipertandingkan pada tahun 1989. Bagi menghormati bekas pemimpin PBSI itu, trofi setinggi 80 meter dan disaluti emas 22 karat telah direka bersama. Ciri-ciri lain yang berkait rapat dengan identiti Indonesia seperti replika Kuil Borobudur dan tapak kayu jati. ", "Featured image: Badminton Indonesia (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216579/", "headline": "\nOrleans Masters: Perjalanan Gandingan Baharu Roy King-Mei Xing Tamat Di Separuh Akhir\n", "content": ["Peringkat separuh akhir menjadi titik noktah buat gandingan campuran yang baharu sahaja dibentuk oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Yap Roy King dan Teoh Mei Xing dalam saingan Orleans Masters 2022.", "Pemain berusia 21 dan 24 tahun masing-masing ini dinafikan untuk ke pentas akhir kejohanan berstatus Jelajah Super 100 BWF oleh beregu campuran jiran tetangga, Indonesia iaitu Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati.", "Orleans Masters 2022XD – Semi final 🇮🇩Rehan Naufal Kusharjanto🏅21 21 🇮🇩Lisa Ayu Kusumawati🏅16 15 🇲🇾Roy King Yap 🇲🇾Mei Xing Teoh", "🕗 in 31 minutes https://t.co/FPNJ8vZjTL", "— BWFScore (@BWFScore) April 2, 2022", "Roy King-Mei Xing ditumpaskan oleh pasangan yang menghuni ranking ke-49 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-16 dan 21-15 dalam tempoh sekitar setengah jam sahaja.", "Bagaimanapun, persembahan Roy King-Mei Xing yang tampil bergandingan buat pertama kali di pentas antarabangsa dan mara sehingga ke peringkat separuh akhir ini adalah sesuatu yang boleh dipuji.", "Sementara itu, wakil Indonesia yang memenangi perlawanan ini bakal bertemu samada gandingan Singapura, Terry Hee dan Tan Wei Han (ranking ke-86) atau beregu Perancis, Fabien Delrue dan Vimala Heriau (ranking ke-82) di pentas final kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220306/", "headline": "\nIndonesia Masters: Leong Jun Hao Bangkit Rangkul Kejuaraan Sulung Jelajah BWF\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao memulakan set pertama perlawanan akhir Indonesia Masters – Jelajah Super 100 BWF menentang rakan senegara, Cheam June Wei dengan langkah kiri.", "Pemain berusia 23 tahun yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini mengalami kekalahan dengan skor 9-21 di tangan pemain berstatus bebas (independent) itu.", "Namun begitu, Jun Hao berhasil mencipta kebangkitan di set kedua dengan merekodkan skor 22-20 sekaligus dapat mengheret June Wei untuk membuat perhitungan di set ketiga atau set penentuan.", "FINAL#MAS🇲🇾 Leong Jun Hao def. #MAS🇲🇾 Cheam June Wei(7) 9-21 22-20 21-19", "* In an all-Malaysian final, Jun Hao sealed his first BWF Tour title with a win over former teammate, Cheam.Congrats & well done guys!", "— BAM (@BA_Malaysia) October 23, 2022", "Pada set terakhir, perlawanan turut berlangsung sengit namun Jun Hao dapat menutupnya dengan skor 21-19 ke atas June Wei sekaligus memenangi perlawanan akhir ini dan merangkul kejuaraan Jelajah BWF yang pertama dalam kariernya.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan keenam melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa. Dengan kemenangan yang diraih Jun Hao, kini, kedua-duanya terikat rekod head-to-head dengan 3 kemenangan masing-masing.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan kedua diraih Jun Hao sejak memulakan karier senior sekitar penghujung 2016. Kejuaraan sulung yang diraihnya adalah juara Terbuka Finland 2018.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111831/", "headline": "\nKerajaan Terengganu Hadiahkan Azizulhasni Rumah Berharga RM300,000 & Wang Tunai RM50,000\n", "content": ["Sebagai menghargai kejayaan jaguh basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada temasya Sukan Olimpik 2020, Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju untuk memberikan ganjaran kepadanya.", "Ganjaran yang diberikan kepada atlet yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman tersebut diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar iaitu merupakan sebuah rumah setingkat lot tepi berharga RM300,000.", "Menariknya, rumah yang dihadiahkan tersebut hanya berjarak 300 meter (m) sahaja dari lokasi velodrom yang sedang dibina di bandar kelahiran Azizul iaitu Dungun.", "Selain itu, kerajaan negeri turut mengumumkan memberikan wang tunai berjumlah RM50,000 kepada Azizul", "“Insya-Allah selepas daripada ini, apa jua keperluan kesukanan yang diperlukan oleh beliau dan rakan-rakan atlet lain yang boleh menunjukkan satu prestasi yang membanggakan kerajaan negeri tidak akan ‘lokek’ untuk membantu setakat yang mampu.” kata Ahmad Samsuri dalam sidang media Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.", "Untuk makluman semua, pada tahun lalu Kerajaan Negeri Terengganu turut memberikan wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing kepada dua atlet kelahiran Terengganu iaitu Azizulhasni dan pemenah negara, Khairul Anuar Mohamad sebagai insentif untuk mempersiapkan diri ke Sukan Olimpik.", "Featured Image: Facebook Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325387/", "headline": "\nTerbuka AS: Gandingan Semula Sze Fei-Izzuddin Lakar Kemenangan Pertama\n", "content": ["Gandingan semula beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil mencatatkan kemenangan pertama selepas berpisah sekitar enam bulan lalu. Mereka melakar kemenangan penuh bermakna itu ketika turun menentang pasangan Mexico yang menghuni ranking ke-81 dunia, Job Castillo dan Luis Armando Montoya Navarro pada pagi tadi waktu Malaysia.", "Pemain berusia 25 tahun masing-masing terbabit melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-13 dalam tempoh masa 25 minit permainan sahaja. Kemenangan di Pusingan 32 itu sekaligus membolehkan mereka langkah kanan dalam saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf Super 300.", "YONEX US Open 2023MD – R32 🇲🇾GOH Sze Fei🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅 🇲🇽Job CASTILLO16 13 🇲🇽Luis Armando MONTOYA NAVARRO", "— BWFScore (@BWFScore) July 11, 2023", "Kemenangan itu membawa Sze Fei-Izzuddin yang kini berada di ranking ke-53 dunia merangkap pilihan ketiga kejohanan ke Pusingan 16 bertemu pasangan tuan rumah, Chen Zhi Yi dan Presley Smith yang berada di tangga ke-53 dunia.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini sekaligus menjadikannya sebagai pertemuan sulung.", "Untuk makluman semua, Sze Fei dan Izzuddin yang pernah menghuni ranking kesembilan dunia – tertinggi pernah dicapai mereka – membuat keputusan untuk bergandingan semula bagi mengejar cita-cita ke temasya Sukan Olimpik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113718/", "headline": "\nKBS Salur RM100,000 Baik Pulih Garaj Latihan Atlet Angkat Berat Filipina\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal menyalurkan dana sebanyak RM100,000 untuk membaik pulih garaj yang menjadi tempat latihan dan persediaan atlet angkat berat wanita Filipina yang memenangi pingat emas Olimpik 2020, Hidilyn Diaz di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, KBS menerusi menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, peruntukan tersebut disalurkan bagi membaik pulih garaj tersebut dan menambah fasiliti peralatan sedia ada.", "Baca: Atlet Angkat Berat Negara Dapat ‘Tunjuk Ajar’ Pemenang Emas Olimpik, Hidilyn Diaz", "“Diaz dan jurulatihnya, Julius Naranjo dari Guam menyatakan kesediaan untuk terus berada di sini (Kesang Tua) bagi melatih atlet remaja di sekitar daerah ini.", "“Memandangkan golo­ngan remaja meminati acara angkat berat kenapa tidak kita baik pulih fasiliti ini dan membesarkan garaj bagi membolehkan mereka menjalani latihan dengan selesa.", "“Saya lihat sukan ini mendidik golongan remaja menjadi lebih berdisiplin dan fokus. Kita akan bantu untuk menjadikan tempat ini bagi melahirkan ramai atlet mengikut contoh Diaz,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Selain itu, Azumu turut memaklumkan bahawa KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan berbincang untuk meningkatkan lagi garaj tersebut bagi dijadikan tempat latihan yang lebih sempurna memandangkan ianya telah menarik golongan remaja setempat yang mula meminati sukan angkat berat.", "Tambahnya lagi, pihaknya akan berbincang dengan pemilik garaj dan kediaman tersebut merangkap Naib Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah untuk menyewa tempat ini bagi tempoh jangka masa panjang.", "Featured Image: Instagram Hidilyn Diaz"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111006/", "headline": "\nBenjamin Mora Mahu JDT Beri Tumpuan Untuk Memenangi Liga Super\n", "content": ["Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagi peringkat Kumpulan G telah menutup tirainya dan Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berkata tumpuan pasukannya selepas daripada ini adalah untuk memenangi saingan Liga Super Malaysia, sekali lagi.", "“Agenda berikutnya adalah rehat dengan sebanyak mungkin. Kami perlu memulihkan diri dan memberikan tumpuan kepada Liga Super Malaysia, dimana kami cuba untuk memenanginya sekali lagi.” katanya seperti dipetik daripada laman rasmi AFC.", "Semalam, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini turun menentang Ratchaburi pada perlawanan keenam dan terakhir di peringkat kumpulan. ", "Walaupun disahkan gagal layak ke peringkat ke seterusnya, JDT tetap mensasarkan untuk menutup saingan ini dengan kemenangan ke atas wakil Thailand tersebut sekaligus mahu mengumpul 6 mata secara keseluruhan.", "Namun begitu, selepas bertarung 90 minit di atas padang, Mora dan anak-anak buahnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dan membawa pulang satu mata daripada perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala.", "FT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-0 Ratchaburi 🇹🇭👏 Both sides end their #ACL2021 campaign with a clean sheet and a share of the spoils!#JDTvRAT pic.twitter.com/RpvdPKIyUZ", "“Kami telah cuba lakukan yang terbaik dalam kejohanan,”", "“Kami telah menunjukkan semangat juang yang tinggi tetapi gol tetap tidak menjelma hari ini (semalam). Kamu hanya menang perlawanan ini dengan gol dan jika tidak, kamu pulang dengan satu mata.” jelasnya.", "“Kami mempunyai empat mata dan saya gembira dengan tugas yang dilakukan, terutamanya dalam pembangunan dan prestasi keseluruhan pasukan.", "“Sudah tentu, ada ruang untuk peningkatan antara pemain muda dan pemain yang matang, tetapi kami gembira.” tambahnya lagi.", "📊| GROUP G FINAL STANDINGS🔚 That's a wrap for Group G at #ACL2021!🤩😐☹️ How are you feeling about your team's results? pic.twitter.com/MILmCscOMD", "“Kami sangat bertuah dalam berada dalam kejohanan ini dan gembira dapat meraih pengalaman bermain menentang pasukan yang kuat dalam Liga Juara-Juara AFC. Dengan organisasi tanpa lelah, AFC, gelembung kuarantin dijalankan dengan sangat baik.”", "“Kami ingin berterima kasih kepada Thailand yang menerima kedatangan kami. Bangkok merupakan tempat yang cantik dan kami akan merindukan kejohanan ini.” ujarnya.", "Untuk makluman, saingan Liga Super akan bersambung semula pada 24 Julai kelak. JDT yang dibimbing Mora dijadualkan bertemu UiTM di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Ibrahim pada aksi ke-14 liga.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217172/", "headline": "\nPiala Thomas: Skuad Lelaki Negara Atasi England Pada Perlawanan Sulung\n", "content": ["Skuad lelaki negara memulakan kempen Piala Thomas 2022 dengan langkah kanan menumpaskan England pada perlawanan sulung peringkat Kumpulan D.", "Kemenangan itu disahkan selepas tiga wakil pertama negara iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ng Tze Yong merekodkan kemenangan secara berturut-turut ke atas lawan masing-masing, sebentar tadi. ", "Zii Jia yang menghuni ranking keenam dunia tidak mempunyai masalah untuk menyumbangkan mata pertama buat Malaysia dengan menumpaskan Toby Penty (ranking ke-53) secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh 36 minit.", "Lee Zii Jia def Toby Penty 21-10, 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/LLnXtkz2kW", "— BAM (@BA_Malaysia) May 9, 2022", "Perlawanan kedua menyaksikan sedikit kesukaran ditempuh oleh Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebelum mengesahkan kemenangan. Beregu di ranking ketujuh dunia ini terlebih dahulu tumpas kepada Ben Lane dan Sean Vendy dengan skor 19-21 sebelum menang dua set berikutnya 21-15 dan 21-16.", "Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong yang turun di pertarungan ketiga mengesahkan kemenangan buat Malaysia apabila mencatatkan kemenangan ke atas Johnnie Torjussen dengan skor 21-16 dan 19-21 dan 21-11.", "Sementara itu, Malaysia masih berbaki dua perlawanan lagi iaitu melibatkan pertemuan antara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin (ranking ke-14) menentang Rory Easton dan Zach Russ (ranking ke-73) serta Leong Jun Hao (ranking ke-124) bertemu Cholan Kayan (ranking ke-508).", "Sebarang keputusan terhasil dalam kedua-dua pertarungan ini tidak akan memberi kesan terhadap kemenangan pasukan Malaysia pada hari ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215987/", "headline": "\nJordan Ayimbila Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Pemain San Antonio FC\n", "content": ["Pertahanan muda yang menyarung jersi Selangor FC sepanjang musim lalu, Jordan Ayimbila diperkenalkan secara rasmi oleh kelab baharunya, San Antonio FC. Pertahanan berusia 21 tahun kelahiran Ghana itu diperkenalkan menerusi satu makluman rasmi dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik pasukan berpangkalan di Amerika Syarikat itu, hari ini.", "“Kami berbesar hati untuk menambah (khidmat) Jordan (Ayimbila) secara pinjaman daripada Accra Lions. Dia baru sahaja tiba di negara ini, dan kami mahu dia membiasakan dengan identiti pasukan,” kata ketua jurulatih San Antonio FC, Alen Marcina.", "🔒Jordan Ayimbila🔒We have acquired defender Jordan Ayimbila on loan from @AccraLionsFC for the 2022 season! Welcome Jordan! #Defend210 pic.twitter.com/xXl9fsFbEH", "Dimaklumkan, Jordan diikat oleh San Antonio FC secara pinjaman untuk musim 2022 daripada Accra Lions FC. Bagaimanapun, tiada sebarang terma-terma lain mengenai perpindahan ini didedahkan sebagaimana polisi perjanjiannya.", "Untuk pengetahuan semua, sepak mula saingan USL Championship 2022 dijadualkan pada minggu ini. Jordan berpeluang untuk melakukan debut bersama San Antonio FC dalam perlawanan pertama bertemu Detroit City, Sabtu nanti.", "Baca: Pertahanan Muda Selangor Sertai Kelab Amerika Syarikat, San Antonio FC", "Sebagai rekod, Jordan diikat oleh pasukan simpanan, Selangor FC 2 daripada Accra Lions FC secara pinjaman bermula Januari tahun lalu untuk beraksi dalam saingan Liga Premier. ", "Namun, Jordan berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan sehingga menembusi pasukan utama, Selangor FC. Dia juga berjaya meraih kepercayaan barisan kejurulatihan untuk menjadi tonggak pasukan sehingga ke penghujung saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2021.", "Featured Image: San Antonio FC / Selangor FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214829/", "headline": "\nTerbuka India: Tze Yong Mara Ke Separuh Akhir Setelah Singkir Pemain Ranking Ke-45\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan muda negara, Ng Tze Yong meneruskan rententan kemenangannya untuk mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka India 2022.", "Kemaraan itu diraih oleh Tze Yong setelah berhasil merekodkan kemenangan ke atas pemain Ireland kelahiran Vietnam, Nhat Nguyen di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Walaupun Nhat berada di ranking ke-45 berbanding Tze Yong yang sekadar menghuni tangga ke-60 dunia, perkara itu tidak menjadi masalah buatnya untuk mencatatkan keputusan 9-21, 21-8 dan 21-16 dalam tempoh permainan yang memakan masa hampir 70 minit.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Quarter final 9 21 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅21 8 16 🇮🇪Nhat NGUYEN🕗 in 69 minutes https://t.co/pDmgTp5642", "Kemenangan ini menjadikan rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pemain ini setara dengan satu kemenangan masing-masing. ", "Untuk pengetahuan semua, Tze Yong dan Nhat Nguyen yang berusia 21 tahun masing-masing ini pernah berentap sesama sendiri di kejohanan Terbuka Ireland 2021 dimana perlawanan ini memihak kepada Nhat Nguyen.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok, Tze Yong akan turun beraksi menentang semi-finalis Kejohanan Dunia 2021, Lakshya Sen yang berada di ranking ke-17.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113402/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik Tempah Tiket Separuh Akhir Untuk Bertemu Beregu Korea\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menempah tiket ke saingan separuh akhir Terbuka Perancis selepas menundukkan beregu India, awal pagi tadi.", "Aaron Chia-Wooi Yik mara selepas menumpaskan Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty yang menghuni ranking ke-11 dunia dengan pungutan mata 18-21, 21-18 dan 21-17.", "Untuk makluman semua, Aaron Chia-Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang lolos ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan ini.", "Menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah beregu Republik Korea, Ko Sung-hyun dan Shin Baek-cheol yang berhasil mengejutkan beregu No.2 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di peringkat suku akhir.", "Sebagai tambahan, pasangan beregu Korea ini menghuni ranking ke-27 dunia pada saat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323208/", "headline": "\nLuqman Muncul Penyerang Pertama Negara Jaring Gol Dalam Kancah Bola Sepak Iceland\n", "content": ["Luqman Hakim Shamsudin yang dipinjamkan ke pasukan Njardvik FC berhasil meletakkan dirinya sebagai penyerang pertama dari Malaysia yang menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif bagi saingan bola sepak Iceland.", "Penyerang berusia 21 tahun yang dipinjamkan oleh kelab Belgium, KV Kortrijk mencipta sejarah berkenaan setelah masuk sebagai pemain gantian ketika menentang KFA dalam Pusingan 32 saingan Piala Bola Sepak Iceland.", "Jaringan terbabit dihasilkan oleh anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada waktu kecederaan sekaligus membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas pasukan berkenaan sekaligus melangkah ke Pusingan 16.", "A post shared by Njarðvík FC (@njardvikfc)", "Sebelum itu, pasukannya telah mendahului 3-1 hasil jaringan berganda Marc McAusland dan Oumar Diouck pada minit ke-60, ke-67 dan ke-88 masing-masing. ", "Manakala KFA pula sempat mendapatkan satu gol menerusi Marteinn Mar Sverrisson pada minit ke-86.", "Untuk makluman, ini merupakan penampilan kedua Luqman bersama Njardvik selepas membuat kemunculan pertama pada dalam saingan yang sama ketika menentang Augnablik sekitar dua minggu lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111969/", "headline": "\nParalimpik 2020: Chew Wei Lun Hadiahkan Pingat Perak Ke-2 Buat Malaysia\n", "content": ["Atlet para negara, Chew Wei Lun muncul sebagai atlet kedua yang menyumbangkan pingat perak buat Kontinjen Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Pingat perak tersebut hadir menerusi sukan boccia bagi ketagori campuran individu. Wei Lun meraih pingat perak setelah tewas 2-4 kepada juara bertahan, David Smith dari Great Britain.", "Tahniah!!! Chew Wei Lun Pingat Perak Untuk Kontinjen Malaysia 🇲🇾 #Paralyimpics #Boccia #fwdtakaful pic.twitter.com/y6DTxQ1Ob9", "Untuk makluman semua, atlet berusia 26 tahun, kelahiran Johor Bahru ini mara ke perlawanan akhir setelah menumpaskan wakil Portugal, Andre Ramos dengan keputusan 9-5.", "Sebagai rekod, atlet angkat berat para negara, Jong Yee Khie muncul atlet pertama yang meraih pingat perak buat Malaysia pada temasya kali ini.", "Sementara itu, Bonnie Bunyau Gustin juga beraksi dalam acara angkat berat muncul satu-satunya atlet yang berjaya meraih emas setakat ini.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216231/", "headline": "\nVideo: Pemain Denmark Viktor Axelsen Muncul Juara All England Buat Kali Kedua\n", "content": ["Perseorangan No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen berhasil merangkul juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) buat kali kedua dalam kariernya.", "Kejuaraan itu hadir selepas pemain berusia 28 tahun ini berjaya menumpaskan perseorangan muda India, Lakshya Sen yang berusia 20 tahun di perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Final21 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅10 15 🇮🇳Lakshya SEN🕗 in 53 minutes https://t.co/cYgkFBTiGo", "Dalam perlawanan tersebut, Viktor merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 mencapai kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 21-15 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan keenam melibatkan kedua-dua pemain di pentas kejohanan antarabangsa. Sebelum ini, Viktor berhasil merekodkan empat kemenangan sementara Lakshya hanya mencatatkan satu kemenangan, ketika beraksi di kejohanan Terbuka Jerman, dua minggu lalu.", "Untuk rekod, kali pertama Viktor menjulang trofi kejuaraan All England adalah pada edisi 2020. Ketika itu, Viktor muncul juara dengan menumpaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada perlawanan akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219867/", "headline": "\nJAKIM FC Sertai Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-100 Tahun\n", "content": ["Kelab bola sepak agensi pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu JAKIM FC menjadi salah satu yang akan beraksi dalam saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-100 tahun, awal Oktober nanti.", "Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Bin Ahmad menerusi laman sosialnya berkongsikan perkara berkenaan sambil melancarkan jersi baharu JAKIM FC untuk dipakai dalam kejohanan itu, pada hari ini.", "Difahamkan, kewujudan JAKIM FC bagi memberi mesej Islam tidak anti kepada sukan kerana Islam itu syumul (menyeluruh). Namun begitu, ada panduan yang perlu diikuti mengikut syariat.", "A post shared by Idris Ahmad (@ustaz.idrisahmad)", "“Saya tubuh Kelab Bola Sepak JAKIM ni memang untuk dakwah secara bil hal melalui jalan riadah, kita nak tunjuk macam mana pakaian yang mengikut syariat dan akhlak Islam (fair play) apabila di padang, kita juga menganjurkan kempen pemain tidak merokok,” tulis Idris Ahmad yang berkongsikan kata-kata pengasas JAKIM FC.", "Untuk makluman semua, JAKIM FC yang julung kalinya menyertai saingan ini diundi bersama-sama Kelantan, Pahang dan Bomba FC dalam Zon Timur. Perlawanan pertama yang akan dihadapi adalah Kelantan pada 1 Oktober kelak di Kota Bharu.", "Mereka meletakkan sasaran untuk layak ke peringkat suku akhir.", "Secara keseluruhannya, saingan ini disertai sebanyak 16 pasukan dan dibahagikan kepada empat zon iaitu Utara, Selatan, Tengah dan Timur. Juara serta naib juara bagi setiap zon akan mara ke peringkat suku akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220279/", "headline": "\nKL City Tutup Kempen Piala AFC 2022 Selaku Naib Juara – Raih Ganjaran RM3.55 Juta\n", "content": ["Kelab yang berpangkalan di ibu kota tanah air, Kuala Lumpur City (KL City) mencipta satu demi satu magis bagaikan sebuah kisah dongeng dengan layak ke perlawanan akhir saingan kelas kedua bola sepak asia, Piala AFC 2022 buat julung kali dalam sejarahnya.", "Bagaimanapun, magis itu hilang dalam perlawanan akhir ketika menentang wakil Oman, Al-Seeb yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada hari ini. Ia menyebabkan skuad kendalian Bojan Hodak terpaksa akur bergelar menutup saingan ini selaku naib juara.", "Perlawanan yang dihadiri seramai 27,722 orang penonton ini menyaksikan KL City tumpas dengan keputusan 3-0 kepada Al-Seeb.", "Kekalahan itu berpunca daripada dua jaringan pada babak pertama oleh Ali Al Busaidi dan Abdulaziz Al Muqbali. Manakala satu lagi jaringan ditambah pada babak kedua oleh Muhsen Saleh Al Ghassani.", "Para pemain KL City pula ternyata tiada jawapan balas terhadap gol-gol tersebut dan akur dengan kekalahan tanpa sebarang jaringan.", "Walaupun tumpas dan bergelar naib juara, ianya bukan satu perkara yang menyedihkan buat KL City. Satu perkara positif yang boleh diraikan, skuad berjulukan The City Boys meraih wang ganjaran berupa wang tunai sekitar RM3.55 juta (USD750,000).", "Namun begitu, berdasarkan kepada Peraturan Pertandingan Piala AFC 2022, wang ganjaran ini akan dipotong sebanyak 5% untuk disumbangkan kepada tabung AFC Dream Asia Foundation – bagi tujuan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).", "Tidak dilupakan, sebelum ini, KL City telah berjaya muncul juara bagi peringkat zon ASEAN apabila menumpaskan wakil Indonesia, PSM Makassar pada 24 Ogos lalu. Kemenangan di peringkat ini juga telah diberikan ganjaran wang tunai sekitar RM470,000 (USD100,000).", "Featured Image: AFC Photo Gallery"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217855/", "headline": "\nPSM: Penukaran Padang SNBJ Bermula Suku Pertama Tahun 2023\n", "content": ["Badan yang menguruskan dan menyelenggara Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) iaitu Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan memulakan proses penukaran padang di stadium berkenaan bermula suku pertama tahun hadapan.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Mohd Faidz Sanusi menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik badan berkanun itu, pada hari ini. ", "“PSM bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memulakan proses penukaran yang dijadualkan bermula suku pertama tahun hadapan serta lain-lain penambahbaikan SNBJ sejurus selepas komitmen acara-acara lain yang telah ditempah oleh penganjur pada tahun ini,” katanya.", "Keadaan padang SNBJ yang becak dan berselut menjadi buah mulut orang ramai ketika perlawanan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 melibatkan Malaysia dan Bahrain, semalam.", "Kumpulan E • Kelayakan Piala Asia 2023 | Sabtu, 11 Jun 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇧🇭 BAHRAIN", "⚽️ Mohamadou Sumareh 55'⚽️ Ali Haram 57' Abdulla Yusuf Helal 81' (P)#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/haL2PW5AKR", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2022", "Ianya menyebabkan kedua-dua pasukan tidak dapat menampilkan corak permainan bermutu. Pada masa yang sama, para pemain turut bergelut dek kesukaran untuk mengawal dan membawa bola di atas padang yang berselut itu. ", "Perkara tersebut disebabkan oleh hujan lebat yang turun mencurah-curah di sana dalam tempoh masa melebihi dua jam sebelum daripada sepak mula perlawanan sehingga menyebabkan permukaan padang SNBJ digenangi dengan air.", "Melihatkan situasi tersebut, para petugas dilihat diarahkan untuk mengalirkan air yang bergenang itu ke bahagian tepi padang menggunakan beberapa peralatan seperti penyodok sampah, kadbod dan wayar paip air.", "Dalam kenyataan yang sama, CEO PSM menyatakan tindakan itu tidak adalah tidak wajar dan secara tidak langsung mengakibatkan padang tersebut rosak.", "Pihaknya ada mencadangkan agar perlawanan itu ditangguhkan selama 30 minit dan dimulakan pada jam 9.30 malam bagi memberikan masa untuk sistem perparitan padang berfungsi dengan lebih baik. Namun begitu, cadangan itu nampaknya ditolak dan perlawanan tetap diteruskan seperti waktu sepak mula yang ditetapkan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217310/", "headline": "\nIndia Tumpaskan Indonesia 3-0 Rangkul Kejuaraan Sulung Piala Thomas\n", "content": ["Skuad lelaki India merakamkan kejutan dengan menumpaskan juara bertahan, Indonesia dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan akhir untuk kejohanan berpasukan badminton lelaki, Piala Thomas 2022.", "Kejuaraan itu diraih menerusi kemenangan yang disumbangkan oleh perseorangan pertama (MS1), Lakshya Sen, beregu pertama (MD1), Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan perseorangan kedua (MS2), Srikanth Kidambi.", "Incredible scenes in Bangkok. India 🇮🇳 have created history 🤩#ThomasUberCups #Bangkok2022 pic.twitter.com/2xgGQBabay", "— BWF (@bwfmedia) May 15, 2022", "Ketiga-tiga pemain ini meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing, Anthony Sinisuka Ginting (8-21, 21-17 & 21-16), gandingan Mohammad Ahsan-Kevin Sanjaya Sukamuljo (21-18, 23-21 & 21-19) serta Jonatan Christie (21-15 & 23-21).", "Kemenangan ini juga membolehkan India mencipta sejarah memenangi kejohanan buat julung kalinya dalam sejarah pembabitan mereka.", "Pure show of grit and determination & India becomes the #ThomasCup champion for the 1️⃣st time in style, beating 14 times champions Indonesia 🇮🇩 3-0 in the finals 😎", "It's coming home! 🫶🏻#TUC2022#ThomasCup2022#ThomasUberCups#IndiaontheRise#Badminton pic.twitter.com/GQ9pQmsSvP", "— BAI Media (@BAI_Media) May 15, 2022", "Mengimbau kembali perjalanan mereka sebelum meraih kejuaraan ini. India muncul naib juara Kumpulan C yang turut terdiri daripada pasukan Taiwan, Jerman dan Kanada.", "Di peringkat suku akhir, India mara ke pentas separuh akhir dengan menumpaskan skuad Malaysia dengan keputusan 3-2. Manakala di peringkat separuh akhir, mereka mengejutkan pula pasukan Denmark juga skor yang sama, 3-2 sebelum mara ke final."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323455/", "headline": "\nLeeds United Lantik ‘Survival Specialist’ Harungi Baki 4 Perlawanan EPL\n", "content": ["Leeds United telah melantik ‘Survival Specialist’ (Pakar Elak Penyingkiran), Sam Allardyce sebagai ketua jurulatih baharu mereka dalam misi kelab itu untuk kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang kelab dan dikongsikan pelbagai media sosial rasmi kelab. ", "Pengendali yang turut dikenali sebagai ‘Big Sam’ itu merupakan jurulatih yang cukup berpengalaman dalam membantu kelab-kelab Inggeris dengan menyelamatkan mereka daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan (Championship). ", "Sebelum ini, Sam telah menyelamatkan Sunderland (2015/16) dan Crystal Palace (2016/17) daripada tersingkir disamping membawa Everton keluar daripada zon penyingkiran dan berakhir di tangga kelapan liga.", "📰 #LUFC can confirm Javi Gracia will leave the club, with our remaining four games overseen by experienced head coach Sam Allardyce. We thank Javi and his team for their efforts under difficult circumstances.", "— Leeds United (@LUFC) May 3, 2023", "Kejayaan terbesarnya adalah pada musim 2005/2006 apabila berjaya membawa Bolton Wanderers mara ke pentas eropah sekaligus beraksi dalam Piala UEFA setelah berakhir di tangga keenam liga. ", "Pengendali berusia 69 tahun itu akan mengendalikan pasukan baharunya untuk pastikan mereka tidak terus terjerumus ke zon penyingkiran dalam baki empat perlawanan liga.", "Ketika ini, Leeds United berada di tangga ke-17 EPL selepas mengutip 30 mata, berkongsi mata dengan Leicester City dan Nottingham Forest di kedudukan ke-16 dan ke-18 liga masing-masing. ", "Perlawanan pertama yang akan dihadapi oleh Sam adalah menentang juara bertahan, Manchester City kendalian Pep Guardiola.", "Sebelum ini, Javi Gracia yang telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jesse Marsch hanya mencatatkan 3 kemenangan daripada 12 perlawanan sebelum berpisah dengan Leeds United."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218742/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Dunia B-20: Azeem Catat Larian 10.09s Acara 100m – Rekod Baharu Kebangsaan\n", "content": ["Pelari muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi meletakkan dirinya selaku individu terpantas dalam acara pecut 100 meter (m) bagi peringkat kebangsaan.", "Ianya selepas pelari berusia 18 tahun ini merekodkan catatan masa sepantas 10.09 saat (s) semasa mengambil bahagian di peringkat saringan (Heat 8) pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 yang berlangsung di Cali, Colombia, awal pagi tadi.", "Catatan masa itu juga merupakan yang kedua terpantas daripada 63 peserta dari seluruh dunia bagi peringkat saringan. Pelumba terpantas ialah Letsile Tebogo dari Botswana yang merekodkan larian sepantas 10.00s.", "18-year-old Muhd Azeem Fahmi 🇲🇾 destroys the Malaysian 100m (SENIOR ‼️) record with 10.09 and advances to the semis.#WorldAthleticsU20 pic.twitter.com/RuEIYi6tRu", "— World Athletics (@WorldAthletics) August 1, 2022", "Selain itu, Azeem juga mengatasi pemenang pingat emas Sukan SEA 2021 dari Thailand, Puripol Boonson yang menamatkan larian peringkat saringan dengan catatan masa 10.20s.", "Larian anak kelahiran negeri Perak di peringkat saringan ini membolehkannya mara ke peringkat separuh akhir bagi acara 100m dalam kejohanan ini. Peringkat ini dijadualkan berlangsung pada awal pagi esok waktu Malaysia.", "Di peringkat separuh akhir, Azeem diletakkan dalam Heat 3 bersama-sama pelari dari Kanada, Grenada, Jamaica, Itali, Afrika Selatan, Jepun dan Argentina. ", "Sebagai tambahan, sebelum ini, rekod larian terpantas bagi acara 100m peringkat kebangsaan dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan masa 10.18s semasa beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) 2016. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218238/", "headline": "\nAtlet Lompat Tinggi, Nauraj Singh Layak Ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022\n", "content": ["Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa berjaya melayakkan diri dan bakal beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat.", "Atlet berusia 30 tahun ini berhasil menempah tiket kelayakan itu selepas menempatkan diri dalam kelompok 32 atlet lompat tinggi terbaik dalam ranking dunia.", "#ICYMI Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berjaya raih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini, selepas berada dalam kelompok 32 terbaik ranking dunia – Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaanhttps://t.co/3ysesOOLeL pic.twitter.com/8h3wMeCZ3V", "— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) July 3, 2022", "Perkara tersebut disahkan oleh ketua jurulatih olahraga, Mohd Mashahar Abdul Jalil menerusi satu laporan oleh Bernama, penghujung minggu lalu.", "Kejayaan melayakkan diri ke kejohanan yang akan berlangsung 15 hingga 24 Julai itu nanti menjadikannya bakal meraih penampilan kedua di Kejohanan Olahraga Dunia.", "Untuk makluman semua, Nauraj membuat penampilan sulung di pentas Kejohanan Olahraga Dunia 2017 di London, United Kingdom. Penampilan ini menjadikannya sebagai atlet negara pertama mara ke pentas ini sejak dipertandingkan buat julung kalinya pada 1938.", "Featured Image: Instagram Nauraj Singh Randhawa"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206861/", "headline": "\nTeringat Kejadian Gigit Bahu, Suarez Telefon Kapten Chiellini Sebelum Sertai Juventus\n", "content": ["Ketika perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D di antara Itali dan Uruguay dalam kejohanan Piala Dunia 2014, Luis Suarez dengan tiba-tiba menerpa pertahanan Azzurri, Giorgio Chiellini sebelum kedua-duanya jatuh dan berguling-guling di atas padang.", "Pengadil perlawanan kelahiran Mexico, Marco Rodriguez yang menyedari kejadian itu pantas meniupkan wisel dan memberhentikan permainan. Apabila didekati, Chiellini sedang kesakitan sambil memegang bahunya dan Suarez pula terduduk mengerang kesakitan dengan tangan menyentuh giginya.", "Bagi penonton di skrin televisyen, ulang tayang daripada beberapa sudut dengan jelas menunjukkan penyerang FC Barcelona tersebut menggigit bahu pertahanan lawannya. Tindakan itu dilakukan selepas dia dihadang oleh Chiellini ketika berebut bola di dalam kotak penalti.", "Bagaimanapun, pengadil tidak menjatuhkan sebarang hukuman kepada Suarez kerana tidak dapat melihat insiden itu dengan jelas. Namun Chiellini yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu berlari ke arah pengadil sambil menyelak leher bajunya untuk menunjukkan bekas gigitan Suarez di bahu.", "Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada Uruguay hasil jaringan Diego Godin. Itali menamatkan saingan Piala Dunia edisi tersebut di tangga ketiga peringkat kumpulan sekaligus gagal mara ke pusingan kalah mati.", "Namun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ambil maklum akan insiden tersebut dan mereka menjatuhkan hukuman larangan bermain bola sepak selama empat bulan di peringkat kelab mahupun skuad kebangsaan serta didenda £66,000 kepada Suarez.", "Tanpa disedari insiden tersebut sudah berlalu selama enam tahun, dan kini Suarez dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi bola sepak Itali, Juventus yang juga merupakan kelab buat pertahanan yang menjadi mangsa gigitan Suarez sendiri iaitu Chiellini.", "🚀🚀 Luis Suárez 🆚🇮🇹⏳ #BarçaNapoli pic.twitter.com/oLdaFCaXkU", "Dilaporkan oleh La Gazetta dello Sport, dengan jangkaan Suarez dan Chiellini bakal menjadi rakan sepasukan di kelab tersebut, dia telah menelefon Chiellini yang merupakan kapten pasukan Juventus dan meminta maaf berkenaan insiden menggigit bahu di saingan Piala Dunia tersebut.", "Namun pertahanan veteran berusia 36 tahun ini berkata dia sudah melupakan kejadian tersebut. Malah Chiellini memahami tindakan yang dilakukan oleh Suarez itu kerana semangat yang berkobar-kobar untuk memenangi setiap perlawanan apabila turun bermain di atas padang.", "Difahamkan Suarez semakin hampir ke Juventus apabila dia diumumkan tidak menjadi keutamaan buat jurulatih Barcelona baharu, Ronald Koeman menjelang saingan La Liga 2020/21."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215119/", "headline": "\nWeijie-Hang Yee Rangkul Kejuaraan Sulung di Terbuka Ukraine\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki negara, Chia Weijie dan Low Hang Yee berhasil merangkul kejuaraan pertama dengan memenangi saingan Terbuka Ukraine 2022 – sebuah kejohanan bertaraf International Challenge.", "Pasangan yang mula bergandingan sejak Oktober tahun lalu berhasil merangkul kejuaraan tersebut dengan menumpaskan beregu Denmark, Emil Lauritzen-Mads Vestergaard dalam perlawanan akhir yang berlangsung, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "RESULTS: #UkraineOpen2022FINAL#MAS🇲🇾 Chia Weijie-Low Hang Yee def. #DEN🇩🇰 Emil Lauritzen-Mads Vestergaard 19-21 22-20 23-21* Weijie-Hang Yee win their first international title for the year 2022! Congrats bros 🇲🇾#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/QxXKzRWPPw", "Weijie-Hang Yee yang berusia 21 dan 24 tahun masing-masing ini menewaskan beregu tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan keputusan 19-21, 22-20 dan 23-21 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.", "Terdahulu, pasangan yang menghuni ranking ke-279 dunia ini mara ke final dengan menumpaskan beregu senegara, Chang Yee Jun dan Yap Roy King di peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan kedua berturut-turut ke pentas final di kejohanan antarabangsa buat Weijie-Hang Yee. Minggu lalu, beregu ini telah mara ke final Terbuka Sweden dan muncul naib juara di kejohanan terbabit.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110835/", "headline": "\nOlimpik 2020: Perancis Senaraikan Penyerang Berusia 35 Tahun, Mbappe Disisihkan\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) telah mengumumkan senarai 18 pemain yang akan mewakili Perancis untuk beraksi dalam acara bola sepak lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Ketua jurulatih, Sylvain Ripoll membuat kejutan dengan menyenaraikan penyerang senior berusia 35 tahun, Andre-Pierre Gignac untuk mengetuai barisan skuad bawah 23 tahun (B-23) di temasya yang akan bermula 22 Julai kelak.", "Untuk pengetahuan semua, kali terakhir Gignac menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis adalah pada tahun 2016 ketika beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Dunia bagi benua eropah.", "Selain Gignac yang kini beraksi bersama Tigres UANL dalam saingan Liga Mexico, Sylvain turut menyenaraikan pemain sayap, Florian Thauvin (28 tahun) dan Teji Savanier (29 tahun) untuk memenuhkan kuota pemain yang melebihi umur 23 tahun ke temasya berkenaan.", "Sementara itu, pemain bintang Les Bleus yang berusia 22 tahun, Kylian Mbappe disisihkan oleh Sylvain untuk dibawa ke Tokyo.", "Untuk makluman, skuad Olimpik Perancis akan memulakan kempen Sukan Olimpik dengan menentang Mexico (22 Julai), Afrika Selatan (25 Julai) dan Jepun (28 Julai).", "Senarai penuh 18 pemain skuad Olimpik Perancis:", "Penjaga Gol: G. Larssonneur (Stade Brestois 29), P. Bernardoni (Angers SCO).", "Pertahanan: B. Badiashile (AS Monaco), A. Caci (RC Strasbourg), P. Kalulu (AC Milan), C. Michelin (RC Lens), W. Saliba (OGC Nice – dipinjamkan oleh Arsenal), M. Sarr (Porto – dipinjamkan oleh Chelsea).", "Pemain Tengah: E. Camavinga (Rennes), M. Caqueret (Olympique Lyon), J. Ikone (Lille), T. Savanier (Montpellier), F. Thauvin (Tigres UANL), L. Tousart (Hertha BSC).", "Penyerang: Andre-Pierre Gignac (Tigres UANL), A. Gouiri (OGC Nice), R. Kolo Muani (FC Nantes), A. Nordin (Saint-Etienne)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323579/", "headline": "\nPresiden Bola Sepak Kemboja ‘U-Turn’ Letak Jawatan Selepas Dipujuk PM\n", "content": ["Presiden Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), Jeneral Sao Sokha menarik balik keputusannya untuk meletakkan jawatan susulan permintaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan peminat bola sepak negara itu. ", "Menurut laporan media Kemboja, Khmer Times, Hun Sen difahamkan menggesa Sokha kekal memimpin tampuk pengurusan bola sepak negara itu berikutan peningkatan yang ditunjukkan bola sepak Kemboja di bawah kendaliannya.", "Selain itu, sokongan daripada para penaja dan peminat itu yang mahu Sokha terus kekal mentadbir FFC seolah-olah memberikan maklum balas positif terhadap mandat yang telah diberikan kepada beliau.", "Oleh itu, Sokha akan meneruskan mandatnya sebagai Presiden FFC dan beliau turut menyeru semua kelab untuk terus melakukan perubahan dan membangunkan segala bahagian yang berkaitan bola sepak.", "Terdahulu, Jeneral Sao Sokha ingin mengambil tanggungjawab dan berjanji untuk melepaskan jawatannya sekiranya skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan mereka gagal mara ke peringkat separuh akhir dalam temasya Sukan SEA 2023.", "Sao Sokha tampil mengumumkan meletakkan jawatannya selaku Presiden FFC menerusi akaun Facebook peribadinya berkuat kuasa serta-merta. Pengumuman itu turut dikongsikan oleh laman sosial rasmi FFC dua hari lalu.", "Biarpun masih berbaki satu perlawanan buat Kemboja, satu-satunya cara untuk mereka mara ke peringkat seterusnya adalah dengan menewaskan juara kumpulan, Indonesia dan menantikan keputusan perlawanan Myanmar.", "Untuk pengetahuan semua, FFC telah memulakan revolusi bola sepaknya yang tersendiri selepas melantik bintang Jepun, Keisuke Honda selaku pengurus besar bola sepak Kemboja bagi memajukan bola sepak di negara tersebut. ", "Featured Image: Cambodian Premier League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112838/", "headline": "\nFIM MiniGP Malaysia 2021: Peluang Pelumba Remaja Tempah Tiket ke Pentas Antarabangsa\n", "content": ["Perlumbaan FIM MiniGP Malaysia 2021 anjuran bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) bakal menjadi pentas buat pelumba remaja untuk merebut tiket beraksi di pentas antarabangsa.", "Menurut laporan Harian Metro, perlumbaan tersebut melibatkan seramai 13 pelumba tempatan berusia antara 11 hingga 14 tahun yang akan bersaing dalam empat pusingan perlumbaan. Ianya akan berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini. ", "Untuk makluman semua, tiga pelumba terbaik berpeluang untuk berentap dengan pemenang dari negara lain di pusingan terakhir FIM MiniGP Siri Dunia yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol pada 9hb dan 10hb November kelak.", "Sebagai tambahan, pengendali perlumbaan ini merangkap Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin turut memaklumkan kesemua pelumba yang mengambil bahagian dalam FIM MiniGP Malaysia ini akan menggunakan jentera Ohvale berkuasa 160cc.", "Featured Image: FIM MiniGP Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207597/", "headline": "\nKelab Eropah Sentiasa Pantau Liga Portugal, Peluang Safawi Tonjol Kebolehan Kaki Kirinya\n", "content": ["Kelab bola sepak besar yang berpangkalan di eropah sentiasa memantau pemain-pemain dalam saingan Liga Portugal. Dapat disaksikan beberapa pemain muda berbakat yang menyinar di dalam saingan tersebut pasti akan dipancing oleh kelab-kelab besar eropah.", "Menurut Sarbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby, Liga Portugal sudah lama menjadi persinggahan pertama buat pemain-pemain muda terutamanya kalangan Amerika Latin sebelum melangkah ke saingan yang lebih tinggi seperti Liga England, Liga Itali atau Liga Sepanyol.", "Justeru perpindahan penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid ke pasukan Portimonense SC yang bersaing dalam kancah Liga Portugal merupakan satu keputusan yang tepat untuk mengembangkan lagi kariernya dalam bola sepak.", "“Lazimnya pemain Brazil atau Argentina akan ke Portugal dulu sebelum mencari kelab lain.", "“Mungkin faktor bahasa dan budaya yang tidak jauh beza membuatkan pemain Brazil lebih selesa memulakan karier di Portugal, tetapi sebenarnya Liga Portugal itu sendiri memang berkualiti dan bagus.", "“Liga Portugal adalah liga pembangunan yang sangat sesuai untuk pemain-pemain luar Eropah membina asas kerjaya sebagai pemain profesional.", "“Bagi saya, Portugal adalah destinasi tepat buat Safawi dan corak serta gaya permainan Safawi tidak jauh berbeza dengan permainan pantas dan kemahiran yang amat ditekankan dalam liga di sana.", "“Saya percaya Safawi boleh berjaya dan saya takkan terkejut kalau selepas ini ada kelab besar ingin mendapatkan khidmatnya,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Sebagai contoh, kelab seperti Manchester United telah mendapatkan pemain tengah, Bruno Fernandes (Sporting CP) dan Victor Lindelof (Benfica) daripada saingan Liga Portugal. Terbaharu, Red Devils melengkapkan perpindahan bek kiri, Alex Telles daripada FC Porto.", "Manakala kelab seteru mereka, Manchester City turut tidak ketinggalan mendapatkan beberapa pemain daripada Liga Portugal seperti penjaga gol, Ederson dan pertahanan, Ruben Dias daripada Benfica.", "Sementara itu, Shebby turut melihat kemampuan kaki kiri Safawi sebagai satu kelebihan yang mampu memikat kelab-kelab besar untuk mendapatkan khidmatnya.", "Apatah lagi pemain berusia 23 tahun itu mempunyai kebolehan bermain sebagai ‘inverted winger’ persis bekas pemain handalan Bayern Munich, Arjen Robben  – sesuatu yang amat diperlukan dalam taktikal bola sepak masa kini.", "“Kelebihan utama Safawi adalah kekuatan kaki kirinya. Tidak ramai pemain Eropah yang berkaki kiri dan saya ramalkan dia boleh muncul sebagai pemain sayap kaki kiri terbaik dunia selepas ini,” ujarnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114407/", "headline": "\nHafizul Hakim Pilih Untuk Kekal Di Pentas Liga Super Bersama Penang\n", "content": ["Kelibat penjaga gol yang pernah mewakili skuad kebangsaan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, 28 tahun, akan kekal dilihat di pentas Liga Super 2022.", "Hal ini kerana Hafizul membuat keputusan untuk meninggalkan Perak FC yang disingkirkan ke Liga Premier dan berhijrah ke pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga ketiga, Penang FC.", "Perkara tersebut disahkan secara rasmi menerusi pelbagai plaftorm media sosial milik skuad Harimau Kumbang, pada hari ini. Bagaimanapun, tempoh kontrak yang diikat antara Hafizul dan Penang itu tidak didedahkan kepada umum.", "Dijangka Hafizul bakal menjadi taruhan utama buat Penang dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan selepas kelab berpangkalan di Pulau Mutiara ini melepaskan dua penjaga golnya, Samuel Somerville dan Bryan See.", "Untuk makluman semua, Hafizul pernah menjadi tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan ketika menampilkan prestasi cemerlangnya membantu Perak muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super 2018.", "Dek kecemerlangannya musim itu, namanya turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang beraksi dalam saingan Liga Thailand iaitu Muangthong United.", "Selain daripada menjadi tonggak buat Perak, Hafizul merupakan sebahagian daripada skuad yang membantu Malaysia menamatkan kempen Piala AFF Suzuki 2018 selaku naib juara.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219178/", "headline": "\n3 Cara Azeem Fahmi Dapat Layak Ke Kejohanan Olahraga Dunia Budapest 2023\n", "content": ["Kejohanan Olahraga Dunia 2023 akan diadakan di ibu negara Hungary iaitu Budapest bermula 19 hingga 27 Ogos tahun hadapan. Selaras dengan itu, badan induk dan penganjur, World Athletics telah mengeluarkan sistem kelayakan buat para atlet untuk menyertai kejohanan ini secara rasminya.", "Untuk atlet muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang mencipta sensasi dalam kalangan peminat sukan dengan rekod larian 100 meter (m) sepantas 10.09 saat (s) di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) baru-baru ini mahu layak ke pentas Kejohanan Olahraga Dunia tahun hadapan, ada tiga cara boleh diusahakannya.", "With one year to go until the #WorldAthleticsChamps in @wabudapest23, the qualification system for the global showpiece has been published 👇", "— World Athletics (@WorldAthletics) August 19, 2022", "Pertama, Azeem boleh melayakkan diri terutamanya dalam acara pecut 100m secara automatik dengan merekodkan masa larian 10s dan ke bawah dalam mana-mana kejohanan yang diiktiraf oleh World Athletics bermula 31 Julai 2022 hingga 30 Julai 2023.", "Bagi satu lagi acara yang disertainya, 200m, masa larian yang ditetapkan oleh World Athletics adalah 20.16s. Sebagai perbandingan, rekod peribadi terbaik Azeem dalam acara ini ialah 20.83s.", "Selain Azeem, antara atlet terbaik negara dalam acara ini adalah atlet berdarah campuran, Russel Taib yang pernah merekodkan larian sepantas 20.77s – rekod kebangsaan.", "Kedua, Azeem boleh melayakkan diri ke pentas ini menerusi ranking dunia. Kedudukan ranking dunia Azeem di penghujung tempoh kelayakan ini. Bagaimanapun, slot yang boleh didapati menerusi cara ini bergantung kepada jumlah atlet yang telah layak secara automatik. Sebagai rekod, bagi acara 100m dan 200m, Azeem kini berada di kedudukan ke-177 dan ke-354 masing-masing.", "Ketiga, kelayakan ke pentas ini boleh diraih menerusi menamatkan sesuatu acara olahraga tertentu sebagai juara seperti kejohanan benua.", "Untuk makluman semua, setiap negara boleh menghantar sehingga tiga orang atlet bagi setiap acara individu.", "Selain daripada acara individu, Azeem turut beraksi dalam acara 4x100m. Bagi acara ini, 12 pasukan terbaik di World Athletics Relays 2023 akan layak secara automatik ke pentas Kejohanan Olahraga Dunia Budapest 2023. Setiap negara, boleh menghantar maksimum satu pasukan atau kuartet sahaja di kejohanan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321455/", "headline": "\nHadi Fayyadh Pulang Sertai Perak FC Selepas 4 Tahun Di Jepun\n", "content": ["Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak bertindak pulang semula ke tanah air selepas empat tahun berkelana di negara matahari terbit, Jepun.", "Pemain yang bakal menjengah usia 23 tahun tidak lama lagi ini menyambung karier bola sepaknya di Malaysia dengan menyertai skuad yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan, Lim Teong Kim iaitu Perak FC.", "Penyertaan Hadi bersama skuad berjulukan The Bos Gaurus itu diumumkan secara rasmi oleh pihak kelab ketika majlis pengenalan jersi baharu bagi menghadapi saingan musim 2023, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Hadi mula berkelana di Jepun dengan menandatangani kontrak bersama kelab divisyen kedua negara berkenaan, Fagiano Okayama pada Disember 2018.", "Penyertaan tersebut hadir selepas Hadi menjalani latihan percubaan sebanyak dua kali bersama Fagiano Okayama.", "Bagaimanapun, Hadi gagal meraih sebarang penampilan bersama skuad senior kelab berkenaan dan hanya beraksi bersama skuad remaja.", "Pada awal tahun 2021, Hadi menyertai kelab yang beraksi di divisyen ketiga Jepun, Azul Claro Numazu dengan status pemain pinjaman daripada Fagiano Okayama.", "Bersama Azul Claro Numazu, Hadi berhasil tembus ke skuad utama dan meraih penampilan. Namun begitu, situasi itu tidak kekal lama apabila Hadi ditimpa kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sekaligus memaksanya berehat panjang.", "Featured Image: Instagram Hadi Fayyadh"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218233/", "headline": "\nAxelsen Atasi Momota Dengan Mudah Untuk Rangkul Gelaran Terbuka Malaysia 2022\n", "content": ["Pemain Denmark, Viktor Axelsen tidak berhadapan dengan masalah besar untuk menundukkan Kento Momota dalam perlawanan akhir bagi membolehkannya merangkul gelaran juara kategori perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2022.", "Axelsen yang juga merupakan pemain No.1 dunia pada ketika ini berhasil menumpaskan Momota secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-4 dan 21-7 dalam tempoh 34 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Final21 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅 4 7 🇯🇵Kento MOMOTA", "🕗 in 34 minutes https://t.co/2W59UfmuGu", "— BWFScore (@BWFScore) July 3, 2022", "Kemenangan ini menjadikan Viktor mengekalkan konsistensinya dengan meraih gelaran yang ketiga berturut-turut selepas memenangi saingan Indonesia Masters (Super 500) dan Terbuka Indonesia (Super 1000) pada bulan Jun lalu.", "Ini juga bermakna Axelsen telah merekodkan 15 kemenangan berturut-turut sejak daripada aksi Indonesia Masters tersebut.", "Secara keseluruhan Axelsen telah meraih lima gelaran utama pada tahun ini. Dua lagi gelaran yang dimenanginya ialah juara Kejohanan Eropah serta Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England.", "Featured Image: Instagram Viktor Axelsen"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207070/", "headline": "\nSelepas GP San Marino, Rossi Percaya Mampu Realisasikan Kejuaraan Dunia Ke-10\n", "content": ["Pelumba Monster Energy Yamaha, Valetino Rossi semakin percaya dirinya mampu meraih kejuaraan dunia kesepuluh selepas tamat di kedudukan keempat perlumbaan GP San Marino, ahad lalu.", "Keyakinan itu diraih selepas pelumba berusia 41 tahun itu menduduki tempat ke-6 dalam carta kedudukan keseluruhan MotoGP 2020 dengan 58 mata. ", "Rossi hanya dibezakan 18 mata dengan pendahulu, Andrea Dovizioso yang mempunyai 76 mata.", "Bagaimanapun, pelumba kelahiran Itali itu perlu konsisten untuk menamatkan perlumbaan-perlumbaan seterusnya dengan menaiki podium agar impiannya itu dapat dikecapi.", "“Ia mula menjadi semakin menarik, tetapi saya harus pergi lebih laju, jika saya tamat di kedudukan kedua, saya hanya dibezakan 11 mata dengan pendahulu.” katanya dikutip daripada Tuttomotoriweb.", "Dalam saingan yang berlansung di Itali itu, Rossi telah menduduki tempat kedua hampir sepanjang perlumbaan. ", "Namun di penghujung perlumbaan, Rossi dipintas oleh Francesco Bagnaia (Pramac Racing) dan Joan Mir (Suzuki Ecstar) sekaligus membuatnya berputih mata untuk menaiki podium.", "🔥 @ValeYellow46 is wasting no time!!!The Doctor is stalking @FrankyMorbido12! 👀#SanMarinoGP 🇸🇲 pic.twitter.com/cdzNe7wkI3", "Perlumbaan MotoGP 2020 menjadi sangat menarik apabila pelumba handalan Honda, Marc Marquez terpaksa berehat panjang selepas terlibat dalam kemalangan.", "Disebabkan hal itu, setakat enam perlumbaan yang telah diharungi, empat pelumba telah muncul sebagai juara iaitu Franco Morbidelli (Petronas SRT), Andrea Dovizioso (Ducati), Brad Binder (KTM Factory) dan Fabio Quatararo (Petronas SRT).", "Featured Image: Monster Energy Yamaha MotoGP"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114249/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Vietnam Kekal Rekod 7 Tahun Tanpa Kalah Bertemu Malaysia\n", "content": ["Vietnam mengekalkan rekod tujuh tahun tanpa kalah bertemu skuad bola sepak kebangsaan apabila berhasil meraih kemenangan ke atas Malaysia pada perlawanan peringkat Kumpulan B dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, sebentar tadi.", "Skuad Naga Emas yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Republik Korea, Park Hang-seo meraih kemenangan hasil jaringan Nguyen Quang Hai dan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-32 dan ke-36 masing-masing.", "Keputusan Masa PenuhPiala Suzuki AFF 2020 | 12 Disember 2021VIETNAM 🇻🇳 3-0 🇲🇾 MALAYSIA⚽️ Nguyen Quang Hai 32' Nguyen Cong Phuong 36' Nguyen Hoang Duc 89'#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #VIEvMAS #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/0QwETaoIc5", "Sementara itu, pada separuh masa kedua, Nguyen Hoang Duc menambah satu lagi gol pada minit ke-89. Tiga gol ini sudah memadai buat Vietnam untuk meraih kemenangan 3-0 ke atas skuad Harimau Malaya sekaligus memungut 3 mata pada malam ini.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Malaysia meraih kemenangan ke atas Vietnam adalah ketika peringkat separuh akhir pertama (11 Disember) pada kempen Piala AFF 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Sejak daripada itu, dalam tempoh tujuh tahun, Malaysia tumpas semua perlawanan kecuali pada perlawanan akhir timbal balik pertama pada kempen Piala AFF 2018 dimana Harimau Malaya berjaya mengikat Vietnam dengan keputusan 2-2.", "Featured Image: Liên đoàn Bóng đá Việt Nam – VFF"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207624/", "headline": "\nBruno Fernandes Dikatakan Hilang Kepercayaan Kepada ‘Kepimpinan’ Ole Gunnar Solksjaer\n", "content": ["Pemain tengah, Bruno Fernandes dikatakan telah hilang kepercayaan kepada ‘kepimpinan’ pengurus pasukan, Ole Gunnar Solksjaer di Manchester United.", "Menurut wartawan Sunday Times, Duncan Castles menyebut ketidakpercayaan Bruno terhadap Solksjaer bermula selepas Red Devils dimalukan oleh Tottenham Hotspur 6-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum rehat antarabangsa, baru-baru ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Bruno juga dikeluarkan oleh Solksjaer pada separuh masa kedua. Terdapat juga yang mengatakan Bruno bertelingkah dengan pertahanan, Harry Maguire dan tidak senang dengan taktikal yang digunapakai oleh Solksjaer.", "Perkara tersebut diungkapkan oleh Castles dalam satu audio siar (podcast) di The Transfer Window dimana ianya datang daripada sumber yang terdekat dengan pemain skuad kebangsaan Portugal tersebut. Dan perkara itu turut diakui oleh seorang wartawan Portugal, Goncalo Lopes.", "Tambah Castles lagi, Solksjaer bukan satu-satunya perkara yang membuatkan Bruno ‘kurang bahagia’ di kem Manchester United musim ini. Malah dia turut kesal dengan urusan jendela perpindahan kelabnya.", "Untuk rekod, sepanjang jendela perpindahan lalu, Manchester United hanya mendatangkan Donny Van de Beek, Alex Telles, Facundo Pellistri dan Edinson Cavani.", "Kerugian Manchester United ketika jendela perpindahan lalu adalah mereka terlepas pemain sasaran utama yang beraksi bersama Borussia Dortmund iaitu Jadon Sancho."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322381/", "headline": "\nPiala Negara-Negara UCI: Shah Firdaus Raih Pingat Perak Acara Keirin Di Kaherah\n", "content": ["Pelumba basikal trek negara sekali lagi merangkul pingat perak dalam acara keirin di saingan Piala Negara-Negara UCI Trek pada tahun ini.", "Kali ini, kilauan pingat perak itu dirangkul oleh pelumba berusia 27 tahun, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam edisi yang berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah, Mesir minggu ini.", "Shinji Nakano (JPN) shows us how to win a Men Keirin in style! ", "Watch this ⬇️ #TissotNationsCup pic.twitter.com/pES7aGmhVq", "— UCI Track Cycling (@UCI_Track) March 16, 2023", "Shah membawa pulang pingat tersebut selepas menamatkan perlumbaan akhir yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia) di belakang pelumba Jepun, Shinji Nakano dengan perbezaan masa 0.057 saat. ", "Sementara itu, pingat gangsa pula dimenangi oleh seorang lagi pelumba Jepun, Kaiyo Ota.", "Untuk makluman, dalam saingan Piala Negara-Negara UCI Trek edisi yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada penghujung bulan lalu, pingat perak telah disumbangkan oleh jaguh berbasikal trek tanah air, Datuk Azizulhasni Awang atau terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman”."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114210/", "headline": "\nDua Kelab Bola Sepak Australia ‘Turun Pangkat’ Beraksi di Piala AFC 2023\n", "content": ["Bermula tahun 2023 kelak, hanya satu sahaja kelab bola sepak dari Australia layak menyertai kejohanan elit, Liga Juara-Juara AFC (ACL) secara automatik manakala baki dua pasukan lagi terpaksa beraksi di saingan kelas kedua iaitu Piala AFC.", "Peruntukan slot untuk kelab-kelab di asia menyertai kejohanan ACL dan Piala AFC pada tahun 2023 tersebut diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secara rasmi di laman sesawangnya, semalam.", "#ACL & #AFCCup2023 slot allocation is confirmed! ⬇️ Click below for the full 2023 allocations!https://t.co/SsT0Wr25tU", "Sebelum ini, Australia mendapat 1 slot automatik dan 2 slot pusingan kelayakan buat kelab-kelabnya beraksi di kejohanan elit bola sepak di benua asia ini.", "Bagaimanapun, peruntukan slot tersebut berkurangan pada tahun 2023 selepas kedudukan Australia dalam AFC Club Competitions Ranking jatuh ke kedudukan ke-10 dalam kalangan negara-negara di rantau asia timur.", "Ia berpunca daripada tiga kelabnya iaitu Sydney FC, Melbourne City dan Brisbane Roar menarik diri daripada kejohanan ACL 2021 yang difahamkan berpunca daripada penularan pandemik Covid-19 dan sekatan perjalanan. ", "Hal ini menyebabkan negara lain sebagai contoh Thailand yang diwakil oleh empat kelab di kejohanan tersebut meraih lebih mata sekaligus memintas kedudukan Australia di dalam ranking tersebut.", "Sementara itu, Malaysia kekal mendapat slot 1+2 untuk beraksi di kejohanan-kejohanan benua asia. Salah satu daripadanya merupakan slot automatik ke peringkat kumpulan ACL 2023 manakala baki duanya adalah slot automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC 2023.", "Berikut adalah jadual penuh peruntukan slot untuk ke saingan ACL dan Piala AFC 2023:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323686/", "headline": "\nSkuad B-17 Jalani Latihan Di Akademi Aspire Qatar – Permulaan Kerjasama FAM & QFA\n", "content": ["Kem latihan yang dijalani oleh skuad bawah 17 tahun (B-17) negara di Akademi Aspire Qatar – sebuah institut sukan elit untuk membangunkan atlet muda – pada Apri lalu menjadi permulaan kepada kerjasama antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).", "Disamping menjalani kem latihan, skuad kendalian Osmera Omaro turut beraksi dalam enam perlawanan persahabatan di sana sebagai persediaan untuk mengharungi aksi Piala Asia B-17 2023 yang bakal berlangsung di Thailand, bulan hadapan.", "Skuad Harimau Malaya B-17 kendalian Osmera Omaro telah menamatkan kem latihan intensif di Doha, Qatar selama dua minggu yang bermula sejak 10 April 2023. ", "Skuad B-17 kebangsaan itu tewas 1-0 kepada Akademi Aspire B-17 pada aksi terakhir, malam tadi.#FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/uSlpMeJZ4h", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 19, 2023", "Kesinambungan daripada kem latihan terbabit, FAM dan QFA tampil menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan mempergiat kerjasama bola sepak dan mengeratkan hubungan dua negara, semalam.", "Kerjasama antara badan induk kedua-dua negara meliputi enam bidang yang terdiri daripada pendidikan kejurulatihan, pembangunan pengadil, bola sepak wanita, perlawanan persahabatan, struktur dan operasi perlawanan belia serta pembangunan futsal.", "Dimaklumkan, MoU tersebut berjalan selama setahun dan akan diperbaharui secara automatik setiap setahun dengan tempoh perjanjian tidak lebih lima tahun.", "MoU tersebut ditandatangani Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dan Presiden QFA, Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al Thani di Al-Bidda Tower, Doha.", "Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) menandatangani MoU yang bertujuan mempergiat kerjasama bola sepak dan mengeratkan hubungan dua negara di Doha, Qatar, hari ini.", "Baca Selanjutnya di:https://t.co/zZEVISbJLV#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/e7jd4dD1Pt", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 10, 2023", "Featured Image: Aspire Academy Qatar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323577/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Skuad Badminton Lelaki Negara Ulangi Kemenangan Ke Atas Vietnam\n", "content": ["Skuad badminton lelaki negara berhasil mengulangi kemenangan ke atas Vietnam pada perlawanan pertama dalam acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA 2023 sama seperti dilakukan di temasya edisi lalu – Sukan SEA 2021.", "Bukan sahaja mengulangi kemenangan di peringkat yang sama, skuad lelaki negara turut mengulangi kemenangan dengan keputusan yang sama iaitu 3-1. ", "Perseorangan negara yang menghuni ranking ke-64 dunia, Leong Jun Hao menyumbangkan mata pertama buat Malaysia apabila berjaya menumbangkan lawannya yang berada di ranking ke-111, Nguyen Hai Dang secara “straight set”dengan skor 21-14 dan 21-16.", "Leong Jun Hao def. Hai Dang Nguyen 21-14 21-16#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/6aNIPQKOxM", "— BAM (@BA_Malaysia) May 9, 2023", "Rentetan kemenangan itu diteruskan dengan beregu negara yang berada di ranking ke-76, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe menumpaskan gandingan ke-136, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh juga secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-14.", "Namun begitu, Vietnam berhasil mengekang Malaysia daripada mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut apabila perseorangan negaranya yang berada di ranking ke-163, Le Duc Phat mengejutkan pemain di tangga ke-95 dunia, Lee Shun Yang dengan meraih kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 16-21 dan 21-7.", "Bagaimanapun, Vietnam tidak dapat mengekang Malaysia pada pertarungan berikutnya apabila taruhannya, Nguyen Xuan Hung-Pham Van Hai tidak dapat menjinakkan beregu negara yang menghuni ranking ke-106 dunia, Chia Weijie-Liew Xun.", "Pertarungan akhir itu dimenangi gandingan Malaysia secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-18 sekaligus mengesahkan kemenangan skuad negara dengan keputusan 3-1. Kemenangan ini membawa Malaysia ke peringkat separuh akhir bertemu Thailand.", "SEA Games 2023 Score Update", "Quarterfinals: Men’s Team (Vietnam 1 – 3 Malaysia)Xuan Hung NGUYEN/Van Hai PHAM 🇻🇳 vs CHIA Weijie/LIEW Xun 🇲🇾 : 14-21 18-21#Badminton #BadmintonAsia #SEAGames2023 pic.twitter.com/dJGtnBJs0k", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) May 9, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325443/", "headline": "\nTerbuka AS: Sze Fei-Izzuddin Jejak Pentas Separuh Akhir Selepas Setahun\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya menjejakkan kaki ke pentas separuh akhir dalam kejohanan antarabangsa buat julung kalinya selepas setahun. ", "Kemaraan itu menjelma apabila gandingan ke-53 dunia ini berhasil menumpaskan beregu Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh dan Yang Ming-Tse pada Pusingan 16 di Terbuka Amerika Syarikat, pagi tadi waktu Malaysia.", "Pertarungan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin menumpaskan pasangan yang berada di ranking ke-41 dunia terbabit secara “straigt set” dengan skor 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa 38 minit permainan.", "YONEX US Open 2023MD – QF 🇲🇾GOH Sze Fei🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅 CHIU Hsiang Chieh15 19 YANG Ming-Tse", "— BWFScore (@BWFScore) July 15, 2023", "Ianya sekaligus membawa mereka bertemu beregu China yang berada di ranking ke-49 dunia, Chen Bo Yang dan Liu Yi di peringkat separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 300 yang dijadualkan bermula sekitar jam 5 pagi esok waktu Malaysia. ", "Terdahulu, Bo Yang-Liu mara selepas mencipta kejutan ke atas beregu Perancis yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, Lucas Corvee dan Ronan Labar menerusi skor 21-17 dan 23-21 dalam tempoh 43 minit permainan.", "Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin kali terakhir menjejakkan kaki di peringkat separuh dalam kejohanan antarabangsa adalah di Terbuka Malaysia yang berlangsung sekitar penghujung Jun dan awal Julai tahun lalu. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323446/", "headline": "\nBAM Anjur Piala Presiden Untuk Uji Pemain Piala Sudirman 2023 – Kemasukan Penonton Percuma\n", "content": ["Peminat badminton tempatan berpeluang menyaksikan jaguh badminton negara berentap sesama mereka secara percuma apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penganjuran Piala Presiden buat kali kedua selepas tiga tahun.", "Penganjuran Piala Presiden kali ini bertujuan untuk menguji skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan Piala Sudirman 2023 yang bakal berlangsung di Suzhou, China bermula 14 hingga 21 Mei ini.", "Seramai 20 pemain yang telah disenaraikan bakal dibahagikan secara strategik kepada dua pasukan yang seimbang dan beraksi menentang satu sama lain di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad, 7 Mei bermula jam 10:00 pagi.", "Kejohanan ini dianjurkan bagi meningkatkan semangat berpasukan selain daripada aspek pertandingan berintensiti tinggi dalam usaha untuk mencapai sasaran separuh akhir di China kelak.", "PRESIDENT’S CUP 2023 TO PREPARE SUDIRMAN CUP-BOUND PLAYERS", "The Badminton Association of Malaysia (BAM) will be organising the second edition of the President’s Cup at the Stadium Juara, Bukit Kiara on May 7. ", "Read in FULL➡️ https://t.co/jjrQHn06Em#PresidentsCup2023 pic.twitter.com/4VjB4PZG8m", "— BAM (@BA_Malaysia) May 3, 2023", "Sebelum ini, Piala Presiden telah dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 2020 bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi saingan Piala Thomas dan Piala Uber 2020.", "Pada edisi lalu, kejohanan anjuran BAM itu mengikut acuan pertandingan Piala Thomas dan Piala Uber yang menyaksikan dua pasukan lelaki dan dua pasukan wanita berentap selama dua hari, 16 & 17 September di Akademi Badminton Malaysia (ABM).", "Berikutan kejayaan penganjuran edisi sulung Piala Presiden, badan induk badminton negara bersama ABM dan jurulatih kebangsaan telah membuat keputusan untuk menganjurkan acara tersebut pada tahun ini.", "Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110952/", "headline": "\nVisakha, Lalenok United Sertai Terengganu di Kumpulan I, Negara Tuan Rumah Masih Misteri\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan kelab Kemboja, Visakha dan Timor Leste, Lalenok United akan menyertai saingan Kumpulan I, Piala AFC 2021.", "Justeru, kedua-dua pasukan tidak perlu beraksi dalam saingan play-off sepertimana yang telah dijadualkan sebelum ini. Kedua-dua pasukan ini menyertai Kumpulan I yang terdiri daripada wakil Malaysia, Terengganu dan Singapura, Geylang International.", "[AFC Cup update]AFC has decided to promote both 🇰🇭 Visakha and 🇹🇱 Lalenok United to the group stage, following successful qualification of Kaya to ACL #AFCCup2021", "“Jawatankuasa pertandingan telah memutuskan untuk membatalkan saingan play-off Piala AFC antara Visakha dari Kemboja dan Lalenok United dari Timor Leste.” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AFC, hari ini.", "“Kedua-dua kelab layak menyertai saingan peringkat kumpulan Piala AFC dengan Visakha mengisi kedudukan I1 dan Lalenok United mengisi kedudukan I2, bersama-sama Geylang International dari Singapura dan Terengganu dari Malaysia.” tambah kenyataan itu lagi.", "Sementara itu, AFC turut memaklumkan keputusan ini dibuat kerana ketiadaan pasukan daripada Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) yang menjadi pengganti di kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Bagaimanapun, makluman daripada AFC pada hari ini mencetuskan tanda tanya, apakah saingan bagi Kumpulan I yang masih ketiadaan negara hos ini akan diteruskan?", "Semalam, AFC menerusi satu kenyataan media memaklumkan, perlawanan Piala AFC peringkat kumpulan yang tidak dapat dijalankan ekoran ketiadaan atau penarikan diri negara hos akan dibatalkan serta dikategorikan sebagai ‘Force Majeure’."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220455/", "headline": "\nPiala Dunia: Jepun Muncul Pasukan Pertama Namakan Skuad 26 Pemain\n", "content": ["Kejohanan bola sepak terulung, Piala Dunia FIFA yang berlangsung di Qatar bakal membuka tirainya pada 20 November kelak. Berbaki tidak kurang 20 hari sahaja lagi, Jepun menjadi pasukan pertama yang mengumumkan skuad akhir bagi mengharungi kejohanan ini.", "Menerusi makluman di laman sesawang rasmi dan pelbagai platform media sosialnya, skuad berjulukan Samurai Biru yang dibimbing oleh Hajime Moriyasu berkongsikan senarai 26 pemain yang dipanggil.", "Daripada 26 nama-nama tersebut, 20 daripadanya merupakan pemain yang beraksi di benua eropah manakala baki 6 pemain lagi datangnya daripada saingan domestik Jepun. ", "Mendominasi skuad ini adalah pemain-pemain yang beraksi di Jerman iaitu seramai 8 orang. Ia diikuti dengan 3 pemain dari England dan Perancis masing-masing. ", "Kemudiannya dituruti dengan 2 pemain dari Sepanyol dan Belgium serta seorang pemain dari Scotland dan Portugal masing-masing.", "Untuk makluman semua, saingan Piala Dunia 2022 ini menyaksikan Jepun telah diundi dalam Kumpulan E bersama-sama juara empat kali, Jerman serta juara 2010, Sepanyol dan Costa Rica.", "Mereka akan membuka saingan dengan bertemu Jerman (23 November), diikuti dengan Costa Rica (27 November) dan ditutupi dengan menentang Sepanyol (2 Disember).", "Pencapaian terbaik Jepun dalam saingan Piala Dunia adalah mara ke Pusingan 16 sebanyak tiga kali. Kemaraan itu dirakamkan dalam edisi yang berlangsung di Korea-Jepun (2002), Afrika Selatan (2010) dan Rusia (2018).", "Sebagai tambahan, kejohanan yang berlangsung di Qatar ini menjadi penampilan ketujuh berturut-turut Jepun dalam kancah Piala Dunia sejak tampil buat pertama kalinya pada edisi 1998 di Perancis."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114177/", "headline": "\nGandingan Penyerang Liberia + Ghana Jadi Taruhan Utama Terengganu Musim 2022?\n", "content": ["Adakah gandingan penyerang Liberia dan Ghana iaitu Kpah Sherman dan Jordan Mintah bakal menjadi taruhan utama buat pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia 2022?", "Pasukan ‘semi-finalist’ Piala Malaysia 2021 secara rasminya mengumumkan menandatangani Kpah yang merupakan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC (Kedah) menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab tersebut, pada hari ini.", "Kemampuan Kpah sebagai penyerang terutamanya dalam kancah Liga Malaysia sememangnya sudah terbukti. Kpah yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Liberia mula beraksi di negara ini bersama pasukan MISC-MIFA atau kini dikenali sebagai PJ City pada pertengahan tahun 2017. ", "Sepanjang lima musim beraksi di Malaysia, Kpah telah merekodkan sejumlah 62 gol dalam pelbagai kejohanan seperti Liga Premier, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super ABK19 turut menjadi miliknya apabila merekodkan 14 gol pada musim 2019 bersama PKNS FC. ", "Sementara itu, skuad bimbingan Nafuzi Zain ini turut mengumumkan lanjutan kontrak penyerang pasukan simpanannya, Terengganu II, Mintah yang berusia 26 tahun selama dua musim sekaligus mengekalkan pemain ini sehingga tahun 2023, semalam.", "Untuk makluman semua, Mintah telah bersama pasukan ini sejak tahun 2020 namun kelibatnya mula mencuri tumpuan peminat Terengganu apabila menampilkan persembahan meyakinkan ketika menggantikan penyerang utama, David Da Silva yang mengalami kecederaan ketika awal saingan Liga Super 2021.", "Kembalinya Mintah ke Terengganu II dalam kancah Liga Premier, ketajamannya di hadapan gawang semakin menyerlah dengan meledak sebanyak 16 gol sekaligus membolehkannya merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Premier ABK21. Apabila diberikan peluang untuk menjadi penggempur utama di pentas Piala Malaysia baru-baru ini, Mintah turut berhasil menjaringkan sebanyak 5 gol.", "Ianya sesuatu yang menarik sekiranya Terengganu mempertaruhkan dua gandingan ini di barisan serangannya pada musim hadapan. Berdasarkan kepada pemerhatian sebelum ini, ketua jurulatih, Nafuzi belum pernah menggunakan gandingan dua penyerang dalam kesebelasan utamanya. Dia lebih gemar menggunakan ‘lone striker’ sebagai contoh Dominique da Sylva dan David da Silva pada musim 2020 dan 2021 masing-masing.", "Sekiranya digandingkan, mampukah dua penyerang benua Afrika ini merobek gawang pasukan-pasukan lawan untuk membantu Terengganu beraksi dengan lebih cemerlang dalam saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim hadapan? Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217596/", "headline": "\nBekas Jurulatih Sri Pahang Kembali Kemudi Skuad Kebangsaan Filipina\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley bergabung kembali bersama skuad kebangsaan Filipina menjelang pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023.", "Penggabungan semula jurulatih Amerika-Jerman berusia 61 tahun bersama skuad The Azkals itu dikongsikan sendiri menerusi satu hantaran di laman sosialnya dan badan induk bola sepak negara terbabit, pada hari ini.", "Sebelum ini, Thomas dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Tok Gajah untuk musim 2021 namun selepas dua perlawanan, dia “direhatkan” oleh pengurusan Sri Pahang selepas tumpas dalam dua perlawanan berturut-turut.", "Sebagai rekod, Thomas mengendalikan skuad Filipina bermula tahun 2014 hingga 2018. Antara sumbangan terbesarnya ketika itu adalah membawa Filipina layak ke saingan Piala Asia edisi 2019 buat pertama kali dalam sejarah.", "Bagaimanapun kontraknya tidak disambung oleh Persatuan Bola Sepak Filipina (PFF) pada tahun 2018 dia tidak dapat membimbing The Azkals di pentas berprestij benua asia tersebut.", "Kali ini, khidmatnya kembali ditagih oleh PFF bagi membimbing skuad The Azkals melepasi saingan Kumpulan B yang terdiri daripada Palestin, Yaman dan Mongolia bermula pada 8 hingga 14 Jun kelak.", "Featured Image: Facebook Thomas Dooley"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218925/", "headline": "\nTMJ: Tahukah Anda, Berapa Gaji Arif Aiman Tahun Lepas? RM11,000 Sahaja\n", "content": ["Persembahan hebat penyerang sayap muda kelahiran Pahang, Arif Aiman Hanapi bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan khususnya pada tahun ini seringkali menjadi bualan dalam kalangan peminat dan penyokong bola sepak tanah air.", "Dengan persembahan sebegitu, umur yang masih muda serta beraksi bersama sebuah kelab yang kaya raya dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, pastinya ramai yang menjangkakan Arif menerima gaji yang lumayan bernilai puluhan ribu setiap bulan.", "Bagaimanapun, jangkaan itu meleset sama sekali apabila pemilik JDT mendedahkan pemain berusia 20 tahun itu hanya menerima RM11,000 sahaja setiap bulan.", "“Saya juga membuat keputusan berkenaan contract pemain. Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? 11 ribu sahaja. Tetapi main bersungguh sungguh.” kongsi baginda menerusi Instagram Story peribadinya, malam tadi.", "Walaupun hanya nilai gajinya hanya sebanyak itu, Arif berhasil tampil sebanyak 21 kali dalam saingan Liga Super serta merekodkan dua jaringan gol dan tiga bantuan gol kepada rakan sepasukan pada musim lalu.", "Musim ini, Arif tampil lebih cemerlang dengan merekodkan sembilan serta satu bantuan gol dalam saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Minggu lalu, dia baru sahaja menjaringkan hatrik ketika menentang Penang FC sekaligus membantu JDT mara ke perlawanan akhir Piala FA 2022.", "“Kenapa? Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus, bonus akan diberi kepada setiap pemain yang memberi 100% in training dan match.” sambung baginda lagi.", "Menerusi IG Story itu juga, TMJ turut berkongsikan bagaimana baginda menguruskan skuad Harimau Selatan sehingga menjulang 32 buah trofi secara keseluruhan serta falsafah kelab yang bertunjangkan kepada dominasi, tidak berputus asa, keazaman, disiplin, inovatif dan kemajuan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324448/", "headline": "\nFrank De Boer Kembali Ke Timur Tengah, Kemudi Kelab Liga Pro UAE\n", "content": ["Legenda Ajax dan Barcelona, Frank De Boer kembali dalam kancah kejurulatihan setelah dilantik sebagai pengendali kelab Timur Tengah, Al Jazira yang beraksi dalam kancah Liga Pro Emiriah Arab Bersatu (UEA) dengan kontrak selama dua tahun.", "Perlantikan De Boer tersebut diumumkan menerusi pelbagai media sosial kelab tersebut dan turut melibatkan wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano di dalam video pengumuman yang berdurasi 37 saat. ", "Namun begitu, ini bukanlah kali pertama De Boer berada di tanah Arab. Menuju ke penghujung kariernya sebagai pemain, jurulatih kelahiran Hoorn itu pernah beraksi di Qatar bersama Al-Rayyan dan Al-Shamal.", "𝗛𝗘𝗥𝗘 𝗪𝗘 𝗚𝗢! @FabrizioRomano 🗣️#دي_بور_جزراوي 🇳🇱#DeBoerAnnounced 🇳🇱 pic.twitter.com/10ERi6hu7e", "— نادي الجزيرة (@aljazirafc) June 5, 2023", "Sebelum ini, pengendali berusia 53 tahun itu telah berehat selama dua tahun selepas meninggalkan skuad kebangsaan Belanda apabila mereka tewas kepada Republik Czech di Pusingan 16 EURO 2020 sekaligus menamatkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada tahun 2022. ", "Karier De Boer sebagai pemain lebih banyak tertumpu dengan kejayaan di Ajax yang menyaksikan dirinya memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan di Belanda sepanjang 11 musim sebelum berhijrah ke Barcelona untuk membantu kelab itu memenangi La Liga pada musim 1998-1999.", "Sebagai jurulatih, De Boer telah membantu Ajax muncul juara bertahan Eredivisie sejak musim 2010-11 sehingga 2013-14. Selain itu, beliau turut berjaya memacu Atlanta United dalam musim pertamanya menjuarai Piala Terbuka AS dan Piala Campeones. ", "Featured Image: Al Jazira Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218939/", "headline": "\nPenyerang Hoki Negara, Faizal Saari Ikat Kontrak 10 Bulan Bersama Kelab Liga Utama Belanda\n", "content": ["Penyerang hoki skuad kebangsaan, Faizal Saari bakal menjadi pemain negara yang pertama beraksi dalam saingan liga utama Belanda, Hoodfdklasse.", "Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Najmi Razak mengumumkan perkembangan tersebut pada hari ini.", "Menurutnya, penyerang berusia 31 tahun beraksi di sana dengan mengikat kontrak bersama pendatang baharu liga berkenaan, ZSV Schaerweijde yang mendapat promosi daripada divisyen dua.", "Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan hari ini secara rasmi mengumumkan penyerang kebangsaan, Faizal Saari akan menyertai Liga Premier Belanda (Hoffdklasse) bersama Kelab Hoki ZSV Schaerweijde dan Faizal bakal beraksi di Liga Utama Belanda.", "— MHC (@hockeymalaysia) August 9, 2022", "Untuk makluman semua, Faizal dapat mengikat kontrak bersama kelab berkenaan selepas pasukannya, Persatuan Hoki Terengganu (THT) memberikan lampu hijau dan melepaskannya.", "Bagaimanapun, apabila saingan liga utama Belanda itu berhenti seketika pada November kelak, Faizal akan kembali ke pangkuan THT untuk menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia 2023.", "Faizal dijadualkan berlepas ke Belanda pada 11 Ogos kelak.", "Featured Image: Facebook Faizal Saari"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110147/", "headline": "\nAksi Sistematik & Kuat Bersuara Jadi Taruhan Sam Rebut Posisi No.1 Harimau Malaya\n", "content": ["Penjaga gol kacukan England-Malaysia, Samuel Jacob Somerville bakal mempertaruhkan ‘aset’ terbaiknya bagi memikat ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk merebut posisi penjaga gol utama skuad Harimau Malaya.", "Pemain berusia 26 tahun ini cukup teruja dapat menyertai kem latihan skuad kebangsaan buat kali pertama. Selain dirinya, kem latihan skuad kebangsaan kali ini turut disertai oleh dua lagi penjaga gol, Farizal Marlias dan Khairul Azhan Khalid.", "Persaingan untuk merebut posisi penjaga gol utama pasukan dilihat amat sihat. Bagi Samuel, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri termasuk dirinya dan ini memberikan manfaat kepada skuad Harimau Malaya untuk melayan baki kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kelak.", "“Ketika ini saya menjalani latihan dengan keadaan yang cukup baik bersama dua penjaga gol lain (Farizal dan Khairul Azhan) yang semua mengetahui mereka cukup berpengalaman.", "“Persaingan sebagai penjaga gol utama skuad Harimau Malaya adalah cukup bagus dengan masing-masing akan mempamerkan aksi terbaik.", "“Mungkin kelebihan yang ada pada saya adalah aksi lebih sistematik dan kuat bersuara ketika berada di atas padang dalam usaha mengekang asakan lawan,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Difahamkan, hari ini menjadi hari terakhir mereka menjalani latihan di ibu negara sebelum berlepas ke Dubai pada pagi esok.", "Pemain yang mesra dengan panggilan Sam ini mungkin berpeluang untuk melakukan debut bersama Harimau Malaya dengan lebih awal apabila mereka akan beraksi dalam dua perlawanan persahabatan terlebih dahulu sebelum menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 jun kelak.", "Dua perlawanan persahabatan yang telah dirancang adalah menentang Kuwait pada 23 mei dan Bahrain pada 28 mei ini.", "Untuk makluman, skuad Harimau Malaya kini menduduki tangga kedua di Kumpulan G dengan mengumpul 9 mata hasil daripada 3 kemenangan dan 2 kalah. Di tempat pertama adalah Vietnam yang mengumpul 11 mata.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219940/", "headline": "\nUlasan Sukanz: 2 Sepakan Sudut, 2 Gol Casagrande Berpunca Daripada Kanan Penang\n", "content": ["Skuad pantai timur, Terengganu yang segar dengan kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kejutan daripada Penang dalam aksi ke-11 saingan Liga Super.", "Siapa sangka Terengganu yang bermain di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi pilihan ramai untuk memenangi perlawanan tersebut ‘disembelih’ oleh Penang dengan keputusan 4-1.", "Apakah yang tidak kena dengan Terengganu dan bagaimanakah Penang berjaya melakukannya? Berikut adalah ulasan perlawanan tersebut:", "Seperti dilihat ramai, barisan pertahanan Terengganu yang diketuai oleh Carli de Murga sangat ketara tewas daripada segi fizikal dan saiz badan. Disebabkan itu, barisan pertahanan Terengganu gagal menyaingi bola-bola tinggi di dalam kotak penalti sekaligus bolos empat gol dalam perlawanan tersebut.", "Namun, kesilapan yang paling besar buat pertahanan Terengganu adalah gagal menjaga dengan ketat atau ‘marking’ penyerang Penang, Casagrande yang sudah diketahui ramai akan kebolehannya memanfaatkan bola di udara. Dua kali pemain kelahiran Brazil menjaringkan gol menerusi ‘free-header’ selain daripada tandukannya pada babak pertama menjadi asbab gol kedua Penang. ", "Kesilapan kedua, bek kiri Terengganu gagal memberikan tekanan kepada memberikan tekanan kepada pemain di bahagian sisi kanan Penang terutamanya Quentin Cheng apabila mereka melancarkan serangan. Mereka tidak menutup ruang kosong bagi mengelakkan pemain Penang daripada melakukan ‘crossing’. Lebih malang, Quentin pula mampu menghasilkan hantaran lintang yang berkualiti untuk mencari ‘targetman’ di dalam kotak penalti.", "Akhir sekali, komunikasi di barisan pertahanan dan penjaga gol Terengganu juga tidak begitu baik dalam perlawanan tersebut.", "Selain daripada masalah di barisan pertahanan, Terengganu juga bermasalah di bahagian tengahnya. Pada babak pertama, bahagian midfield Terengganu tidak bermain dengan baik. Mereka hilang penyambung di antara pemain midfield dan bahagian serangan. Ini kerana Dechi Marcel turun lebih ke bawah dan Makan Konate pula lebih banyak berlegar-legar di posisi yang lebih tinggi.", "Bagaimanapun, menyedari kepincangan tersebut, ketua jurulatihnya melakukan perubahan permulaan babak kedua dengan memasukkan Faiz Nasir menggantikan Nik Akif. Kemasukan Faiz memberikan impak yang positif terutamanya pada 15 minit pertama separuh masa kedua. Terengganu berjaya menguasai permainan, melakukan serangan sehinggalah berjaya menjaringkan gol menerusi Hakimi Abdullah.", "Kita beralih kepada ulasan mengenai Penang yang dibimbing oleh Tomas Trucha. Serangan-serangan Penang banyak terhasil menerusi bahagian sisi. Dan yang paling menyerlah serta dominan adalah bahagian kanan. ", "Pemain yang beraksi di situ ialah Sheriddin Boboev – seorang pemain muda berusia 22 tahun dalam skuad kebangsaan Tajikistan. Menambahkan lagi bisa di bahagian tersebut adalah persembahan penuh bertenaga daripada pertahanan kanan, Quentin Cheng yang kerap naik ke atas membantu Sheriddin dengan melakukan ‘overlapping’.", "Dua sepakan sudut yang menghasilkan gol buat Penang juga berpunca daripada serangan yang dilakukan oleh dua pemain ini daripada sebelah kanan. Dua gol oleh Casagrande pula hasil daripada ‘assist’ oleh Quenting Cheng dan Danial Ashraf juga di bahagian kanan. ", "Di bahagian kiri, pertahanannya diisi oleh Azwan Aripin namun pemain ini lebih kepada corak defensif dan banyak bertahan di bawah. Di bahagian serangan kiri ialah Amer Azahar. Walaupun Azwan tidak seperti Quentin yang kerap naik ke atas, bahagian kiri Penang mendapat sokongan daripada Endrick dos Santos. Amer dan Endrick bermain dengan baik di posisi tersebut.", "Gandingan pemain tengah bertahan, David Rowley dan Fadhil Idris layak diberikan pujian dalam perlawanan ini. Kedua-dua mereka berjaya menarik pemain tengah Terengganu untuk datang kepada mereka semasa mereka memegang bola. Dan apabila pemain Terengganu menghampiri mereka, bola itu akan dihantar ke bahagian sisi kanan atau kiri untuk melakukan serangan.", "Seperkara lagi, kualiti hantaran serta ‘crossing’ dilakukan oleh pemain Penang, sangat baik dan tepat. Walaupun bermain dengan corak ‘direct football’ dan kadangkala melakukan hantaran jauh, hantaran yang mereka lakukan seringkali sampai kepada penerimanya. Sebagai bonus, mereka bermain dengan baik sebagai sebuah pasukan.", "Antara yang menyumbang kepada kemenangan Penang tempoh hari adalah benteng pertahanannya. Manakan tidaknya, walaupun Terengganu dilihat tidak menampilkan prestasi yang sebenar seperti ketika menumpaskan JDT, Terengganu tetap merekodkan 14 percubaan dan 10 daripadanya adalah tepat ke sasaran. Selain itu, Terengganu juga memiliki 63% penguaaan bola.", "Dan pemain yang selayaknya untuk diberikan pujian dalam mengekang Terengganu daripada menjaringkan lebih banyak gol adalah penjaga golnya, Bryan See. Dia banyak menafikan percubaan yang dilakukan oleh pihak lawan termasuk satu percubaan daripada Hakimi di dalam kotak penalti dan rembatan deras oleh Makan Konate tepat ke sasaran.", "Ramai mungkin terlupa, Bryan See adalah penjaga simpanan Penang. Penjaga gol utamanya ialah Sam Sommerville. Ketika ini, Sam tidak dapat bermain kerana ditimpa kecederaan. Menarik untuk menyaksikan bagaimanakah perebutan penjaga gol Penang apabila Sam pulih kelak.", "Akhir sekali, barisan pertahan Penang juga menampilkan persembahan yang kemas. Walaupun ketiadaan pertahanan kental Indonesia, Ryuji Utomo. Penggantinya Latiff Suhaimi mengisi kekosongan tersebut dengan baik. Gandingannya bersama Rafel Vitor juga cemerlang.", "p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda sukakan ulasan ini, dijemput untuk menonton ulasan perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111594/", "headline": "\nOlimpik 2020: Shah Firdaus ‘Comeback’ Dalam Kesakitan Tempah Tiket Ke Suku Akhir Keirin\n", "content": ["Pelumba muda basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom melakukan kebangkitan penuh bertenga di repechage pusingan 1 untuk menempah tiket ke saingan suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Mengulas mengenai persembahan pelumba berusia 25 tahun pada hari ini, pada awalnya, dia tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana terlibat dalam kemalangan pada aksi pusingan 1 saringan kedua.", "Ini insiden yang terpaksa dialami oleh Shah Firdaus sebentar tadi, diharapkan kecederaannya tidak terlalu serius !!.#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/WZavji0PWu", "Selepas daripada kemalangan tersebut, dimaklumkan pihak Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan Shah menyertai perlumbaan ulangan kerana khuatir dengan kecederaan yang dialaminya.", "Bagaimanapun, menjelang perlumbaan repechage pusingan 1, ISN kembali memberikan lampu hijau kepada Shah untuk menyertai perlumbaan ini.", "Meskipun mengalami kecederaan SHAH FIRDAUS buat COMEBACK bermakna dan terus mara ke pusingan SUKU AKHIR, Terbaiklah SHAH !!.#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/66gbO1wTEO", "Ketika beraksi pada perlumbaan tersebut, Shah yang berada di kedudukan paling akhir menggunakan segala tenaga yang ada untuk memecut pada saat-saat akhir ", "Persembahan tanpa mengenal erti penah lelah menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekaligus menempah tiket ke saingan suku akhir yang akan berlangsung pada pagi esok.", "Sementara itu, jaguh basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang mudah menamatkan perlumbaan pusingan pertama saringan ketiga dengan muncul sebagai juara.", "Nampaknya \"The Pocketrocket Man\" langkah kanan dalam acara Keirin yang berlangsung tadi !! terus mara ke Suku Akhir buat Datuk Azizulhasni Awang !! Yayy !!.#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/LZVG1jdet2"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321567/", "headline": "\nHerlison Caion Sasar Jaring Lebih 24 Gol Bersama KL City\n", "content": ["Penyerang baharu Kuala Lumpur City FC (KL City), Herlison Caion meletakkan sasaran untuk menjaringkan lebih daripada 24 gol bersama kelab baharunya pada musim 2023.", "Sasaran itu melebihi jaringan yang dilakarnya ketika bersama bekas kelabnya, Selangor FC dalam kesemua kejohanan pada musim lalu.", "Keyakinan untuk meletakkan sasaran tersebut terbit atas keterujaannya terhadap barisan serangan skuad The City Boys yang mempunyai gabungan muka lama dan baharu yang cukup meyakinkan pada musim ini.", "“Di bahagian serangan saya rasa teruja kerana di sini ada (Tchetche) Kipre, Paulo (Jouse), (Romel) Morales dan seorang lagi Patrick (Reichelt), saya pernah beraksi bersamanya dengan Suphanburi.", "“Jadi melalui kehadiran ramai pemain sebegini, saya rasa kian bersemangat untuk membuktikan sesuatu di KL City.", "“Malah saya meletakkan azam untuk menjaringkan lebih banyak gol berbanding semasa di Selangor FC selepas menjaringkan 24 gol pada musim lalu,” katanya.", "Mengulas mengenai perpindahannya ke KL City, Caion mengetahui ianya merupakan satu berita yang mengejutkan ramai peminat.", "Jelasnya, penerimaan tawaran untuk bergabung dengan finalis Piala AFC 2022 itu dibuat atas faktor ahli keluarganya sudah selesa tinggal di Lembah Klang selain mahu bekerjasama dengan Bojan Hodak.", "“Saya tahu ramai yang terkejut apabila ketahui saya datang ke sini tetapi ini bukan satu keputusan yang sukar sebenarnya apabila tawaran dari KL City datang.", "“Bukan sahaja saya, isteri saya juga sangat selesa tinggal di Lembah Klang dan itu membuatkan saya terus menerima peluang bersama KL City.", "“Dalam masa sama, saya tidak sabar bekerjasama dengan Bojan, salah seorang jurulatih yang berpengalaman dan harap saya boleh mengikuti taktikal yang direncanakan oleh beliau,” katanya.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111224/", "headline": "\nOlimpik 2020: Atlet Angkat Berat Uganda Yang ‘Melarikan Diri’ Telah Ditemui Polis\n", "content": ["Atlet angkat berat Uganda, Julius Ssekitoleko yang dilaporkan ‘melarikan diri’ dari hotel penginapan pra-olimpik di Jepun dilaporkan telah ditemui dan sedang disiasat oleh polis.", "Menurut polis di wilayah Mie, atlet berusia 20 tahun itu ditemui di bandar Yokkaichi yang terletak sekitar 169 kilometer (km) dari hotel penginapannya di Izumisano, Osaka.", "Setelah ditemui, dia disoal siasat oleh polis dan ditanyakan mengenai apa yang telah terjadi sejak dia dikesan ‘melarikan diri’ bermula jumat lalu.", "📝 UPDATE: The 20-year-old Ugandan weightlifter Julius Ssekitoleko who went missing left a note saying he didn’t want to return to a country where life is difficult. “I want to work in Japan.”City officials say he asked the team to give his possessions to his wife back home. https://t.co/l1iLW1inPD", "Menurut pegawai di Izumisano, ketika Julius ‘melarikan diri’ baru-baru ini, atlet tersebut turut meninggalkan sekeping nota bersama bagasinya yang menyatakan dia mahu terus tinggal dan bekerja di Jepun kerana faktor kesusahan di negaranya.", "UPDATE: Found today in Mie prefecture, NHK reports. Police now hearing details of what happened after the disappearance", "Untuk makluman, Chef de Mission (CDM) Uganda, Beatrice Ayikoru menyatakan Julius sepatutnya layak menyertai temasya Sukan Olimpik dalam acaranya.Akan tetapi, dia tidak melepasi ‘standard’ bagi ranking antarabangsa yang diumumkan sehari selepas dia tiba di Jepun dan dikehendaki pulang ke negaranya bersama jurulatihnya minggu ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215647/", "headline": "\nFAM Dengar Keluhan Penyokong, Baki 3 Sirkit MPFL Disiarkan Di TV9\n", "content": ["Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail memaklumkan pihaknya mendengar keluhan penyokong dan peminat yang mahukan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 dapat ditonton di televisyen.", "Justeru, menerusi siaran media oleh badan induk bola sepak negara itu semalam, satu kerjasama antara FAM dan dengan stesen televisyen tempatan, TV9 dimeterai sekaligus membolehkan baki tiga sirkit perlawanan MPFL musim ini disiarkan di saluran televisyen tersebut.", "Aksi CUCKOO MPFL 2022 Kini Di TV9Saksikan tiga perlawanan pilihan bagi Sirkit 7 ini di @tv9malaysiaKetiga-tiga perlawanan tersebut turut akan disiarkan secara penstriman langsung di https://t.co/IzSSVTmM2NRancak futsal di TV9!#FAM #HarimauMalaya #Futsal #CUCKOOMPFL2022 pic.twitter.com/ykMHHzLlZE", "Dimaklumkan, TV9 akan menyiarkan perlawanan terpilih MPFL di televisyen secara tertunda bermula Sirkit 7 yang akan berlangsung pada minggu ini. ", "Antara perlawanan yang dijadualkan akan disiarkan oleh TV9 secara tertunda ialah Selangor TOT menentang Pulau Pinang (6 petang, 25 Februari), TRW Kelantan menentang Pahang Rangers (10:40 malam, 26 Februari) dan KPT-PST Mustangs menentang Shah Alam City (6 petang, 27 Februari).", "Jadual Perlawanan Sirkit 7 CUCKOO MPFL 2022 | 25, 26 & 27 Februari 2022📢 Perlawanan Kuala Lumpur lwn ATM pada Sabtu telah dipinda ke tarikh lain berikutan beberapa pemain ATM dikesan positif COVID-19. pic.twitter.com/HR8KlIiQYV", "Bagaimanapun, para penyokong dan peminat futsal tempatan boleh menonton ketiga-tiga perlawanan ini secara langsung menerusi penstriman langsung (live streaming) menerusi saluran Youtube TV9 Malaysia Official.", "Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM sedar kerjasama ini hadir ketika saingan MPFL 2022 sudah di pertengahan jalan. ", "Namun begitu, dia mengharapkan pihaknya dapat melakukan kerjasama yang lebih baik bersama TV9  pada musim 2023 kelak demi memajukan lagi industri futsal di Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215324/", "headline": "\nRanking FIFA: Harimau Malaya Kekal Di Bawah Vietnam, Thailand, Filipina & Myanmar\n", "content": ["Kedudukan pasukan bola sepak skuad kebangsaan, Harimau Malaya dalam ranking dunia kekal di tempat kelima dalam kalangan negara-negara rantau asia tenggara.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kedudukan Malaysia kekal tidak berganjak di tangga ke-154.", "Ranking Harimau Malaya | 10 Februari 2022Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 154 dunia, kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 23 Disember 2021* Kemas kini seterusnya 31 Mac 2022#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/6mxLQxdGNw", "Vietnam kekal menjadi pasukan No.1 asia tenggara dengan menghuni tangga ke-98 dunia sambil diikuti oleh juara Piala AFF 2020, Thailand di tempat ke-112, Filipina di tempat ke-129 serta Myanmar tempat ke-152.", "Sementara itu, pasukan-pasukan asia tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Brunei dan Timor Leste pula menghuni ranking ke-160, ke-161, ke-171, ke-187, ke-188 dan ke-198 dunia masing-masing.", "Untuk makluman semua, kemaskini ranking dunia yang berikutnya adalah pada 31 Mac hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322315/", "headline": "\nRuichang China Masters: Jun Hao, Pilihan Ketiga Tumpas Kepada Pemain China Tiada Ranking\n", "content": ["Perjalanan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dalam kejohanan Ruichang China Masters – Jelajah BWF Super 100 – berakhir selepas beraksi dalam satu perlawanan sahaja di peringkat Pusingan 32.", "Lebih mengejutkan Jun Hao yang merupakan pilihan ketiga kejohanan tumpas kepada pemain tuan rumah yang tidak mempunyai ranking, Dong Tian Yao.", "Ruichang China Masters 2023MS – R3219 21 21 🇨🇳DONG Tian Yao🏅21 17 14 🇲🇾LEONG Jun Hao", "— BWFScore (@BWFScore) March 15, 2023", "Jun Hao tumpas pertarungan tersebut menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan keputusan 21-19, 17-21 dan 14-21 dalam tempoh masa 78 minit permainan. ", "Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan selepas beraksi satu perlawanan dalam kejohanan individu antarabangsa yang kedua berturut-turut dialami Jun Hao pada tahun ini.", "Terdahulu, Jun Hao yang menghuni ranking ke-71 dunia mengalami nasib yang sama ketika beraksi dalam kejohanan Princess Sirinavannavari Thailand Masters pada hujung Januari lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207581/", "headline": "\nNafuzi: ‘Top 3’ Dengan Skuad Muda Satu Pencapaian Menakjubkan\n", "content": ["Ketua jurulatih Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC), Nafuzi Zain menganggap kejayaan menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 di tangga ketiga sebagai satu pencapaian yang menakjubkan.", "Hal ini kerana pasukan TFC pada musim ini merupakan sebuah skuad baharu yang terdiri daripada kalangan pemain-pemain baharu dan juga pemain-pemain muda.", "Selain itu, beliau sendiri merupakan seorang jurulatih muda berusia 41 tahun yang masih ‘mentah’ jika dibandingkan dengan jurulatih berpengalaman yang lain.", "Tambahan pula, ini merupakan pengalaman sulungnya mengemudi sebuah pasukan dalam saingan Liga Super sebagai ketua jurulatih secara penuh.", "“Saya sangat bersyukur dengan skuad yang kita ada, skuad baru, pemain baru, majoriti pemain muda. Bagi saya sendiri (ini) pencapaian yang amat saya banggakan untuk pemain berada di kedudukan tiga teratas,”", "“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain-pemain pada musim ini.” katanya selepas daripada perlawanan terakhir Liga Super menentang Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.", "Nafuzi dilantik sebagai ketua jurulatih TFC pada oktober tahun lalu susulan prestasi yang memberangsangkan ketika menjawat jawatan pemangku ketua jurulatih sejak mei 2019.", "Beliau yang juga bekas penyerang pasukan Terengganu suatu masa dahulu dengan beraninya menyisihkan beberapa muka lama dan menggantikannya dengan beberapa muka baharu termasuk kalangan pemain-pemain muda untuk mengharungi saingan musim ini.", "Antara pemain-pemain muda yang diberikan peluang oleh Nafuzi untuk bermain bersama skuad senior TFC pada musim ini adalah penjaga gol berusia 18 tahun, Rahadiazli Rahalim, pertahanan kanan berusia 18 tahun, Azam Azmi Murad dan pemain tengah berusia 24 tahun, Azalinullah Alias.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322888/", "headline": "\nRoad To Gold: Atlet Berbasikal, Badminton & Terjun Terpilih Buru Emas Di Paris\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi menterinya, YB Hannah Yeoh mengumumkan beberapa atlet daripada sukan berbasikal, badminton dan terjun mengisi senarai Projek Road To Gold (RTG) – sebuah projek yang menyelaras usaha untuk memburu pingat emas di temasya Sukan Olimpik edisi 2024 dan 2028.", "Memetik kenyataan media YB Hannah, seramai 15 atlet daripada sukan berkenaan dipilih berdasarkan dua kriteria; pemenang pingat bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan atlet yang berada dalam kedudukan 10 terbaik dunia bagi sukan masing-masing.", "15 atlet yang tersenarai dalam program RTG kali ini ialah:", "Namun begitu, YB Hannah Yeoh menegaskan akan ada pertambahan atlet dalam senarai tersebut berdasarkan kriteria tambahan iaitu atlet program Podium yang menunjukkan peningkatan pencapaian cemerlang dan wajar dipertimbangkan oleh ahli jawatankuasa RTG.", "Pertemuan bersama atlet yang telah disenarai pendek dan jurulatih mereka akan diatur dalam masa sebulan oleh penyelaras, Stuart Ramalingam bersama Ahli Jawatankuasa RTG, Datuk Wira Lee Chong Wei, Datuk Mirnawan Nawawi dan Timbalan Chef de Mission (CDM) Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Nicol Ann David.", "Dalam perkembangan yang sama, YB Hannah Yeoh memaklumkan bahawa anggaran perbelanjaan program RTG hanya akan diumumkan setelah pertemuan bersama atlet diatur serta persetujuan kedua-dua pihak dicapai.", "Untuk makluman semua, Datuk Azizulhasni merupakan pemenang pingat perak bagi acara Keirin lelaki manakala pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan pemenang pingat gangsa bagi acara beregu lelaki badminton pada Sukan Olimpik Tokyo yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219776/", "headline": "\nPerlumbaan MotoGP Bakal Dibawa Ke India Buat Pertama Kali\n", "content": ["Perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP bakal dibawakan ke India buat pertama kali dalam masa yang terdekat. Ini selepas pemilik kejohanan, Dorna Sports sudah memulakan usaha-usaha untuk merealisikannya.", "Menerusi satu kenyataan media, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta telah melawat India untuk bertemu dengan pihak berautoriti serta penganjur acara, Fairstreet Sports selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini.", "Perlumbaan itu disasarkan berlangsung di Buddh International Circuit yang terletak di pinggir ibu negara India, New Delhi. Selain itu, Carmelo turut ke ibu kota bagi negeri Uttar Pradesh dan melakukan pertemuan dengan Ketua Menterinya, Yogi Adityanath dan Menteri Pembangunan Industri, Nand Gopal.", "Difahamkan, Carmelo India merupakan sebuah negara dan pasaran yang besar. Ianya juga merupakan salah sebuah pasaran yang penting buat industri beroda dua dan MotoGP itu sendiri.", "Kejuaraan MotoGP mempunyai kelompok peminat yang besar di sini. Penganjuran MotoGP di India pastinya memanfaatkan kedua-dua pihak – peminat dapat menyaksikan perlumbaan di hadapan mata sendiri dan pada masa yang sama membolehkan MotoGP berkembang di rantau ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324502/", "headline": "\nNazrulerwan Harap Pihak Pengurusan Tukar Pemain Import, Tidak Membantu\n", "content": ["Pengendali sementara Kelantan United FC, Nazrulerwan Makmor berang dengan aksi pemain import pasukannya yang dilihat tidak membantu ketika mereka dibelasah Selangor 7-1, malam tadi. ", "Tegas Nazrulerwan, komitmen yang ditunjukkan pemain import mereka menjadi punca kekalahan besar mereka malam ini dan dia menggesa pihak pengurusan perlu bertindak segera menggantikan para pemain tersebut.", "“Jujur saya cakap, pemain asing saya tidak membantu. Saya harap management (pihak pengurusan) dapat tukar secepat mungkin pemain asing saya kerana saya lihat mereka tidak berfungsi.”", "“Saya ulang sekali lagi, pemain-pemain import saya tidak memberi komitmen yang terbaik. Ya, saya mengharapkan pengurusan dapat secepat mungkin mencari pemain pengganti pemain-pemain asing.” tegas Nazrulerwan dalam sidang media selepas perlawanan menentang Selangor. ", "Pesta gol buat Selangor FC !", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 7, 2023", "Pengendali berusia 43 tahun itu turut berkata, mereka memerlukan pemain baharu terutamanya di bahagian tengah dan serangan bagi membantu mereka menjadi pasukan yang lebih baik. ", "Bagaimanapun, Nazrulerwan tetap memberikan kredit kepada Jose Porteria yang menampilkan aksi cemerlang bersama skuad berjulukan Kijang Hijau tetapi kecewa dengan aksi longlai pemain asing lain.", "Dalam perlawanan tersebut, Kelantan United selaku tuan rumah di Stadium Sultan Mohammad IV dibelasah Selangor dengan skor 7-1 hasil jaringan Mukhairi Ajmal, Faisal Halim, Yohandry Orozco, Aliff Izwan dan jaringan hatrik Ayron del Valle. ", "Jaringan tunggal saguhati Kelantan United hadir menerusi sepakan penalti Devid Santana yang menyaksikan Kijang Hijau kini di tangga kedua terbawah Liga Super dengan enam mata. ", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219828/", "headline": "\nPreviu Sukanz: Mampukah Wak Am Bantu Sabah Curi 3 Mata Daripada Selangor?\n", "content": ["Selangor FC bakal menerima kunjungan Sabah FC pada aksi kesepuluh Liga Super 2021 pada hari esok, sepak mula pada jam 10 malam di halaman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Pertembungan kedua-dua pasukan ini dijangka sengit dan hangat memandangkan prestasi semasa Selangor dan Sabah yang hampir seimbang berdasarkan keputusan lima perlawanan terakhir mereka.", "Dalam lima perlawanan yang sudah, Selangor yang dikenali sebagai Red Giants merekodkan 3 kemenangan dan 2 kekalahan. Manakala, pasukan pelawat atau terkenal dengan julukan The Rhinos pula mencatatkan 2 kemenangan, 2 seri dan satu kekalahan.", "Berikut adalah previu perlawanan antara Selangor dan Sabah:", "Penyerang utama Selangor, Ifedayo Olusegun sedang berada dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini. Dalam dua perlawanan yang sudah (menentang Perak dan Melaka United), Ifedayo telah menjaringkan 5 gol sekaligus telah mengumpul 7 gol dalam saingan Liga Super setakat ini.", "Sudah pasti ketajaman Ifedayo akan terus dituntut oleh Selangor untuk memastikan mereka dapat memburu gol serta meneruskan rentak kemenangan demi memperbaiki kedudukan mereka di dalam saingan liga.", "Antara perkara lain yang menarik untuk disaksikan, siapakah gandingan Ifedayo di bahagian serangan? Adakah Ifedayo akan kekal bergandingan bersama penyerang muda, Danial Asri atau penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri. ", "Dalam perlawanan ini, kita bakal menyaksikan pemain legenda Selangor, Amri Yahyah akan turun menentang pasukan lamanya. Untuk rekod, kali terakhir Amri atau lebih dikenali sebagai Wak Am mewakili skuad Red Giants adalah pada musim 2019.", "Ketika ini, pemain berusia 40 tahun ini sedang berada dalam prestasi terbaiknya. Bersama Sabah, Amri diberikan peranan ‘free role’ di atas padang oleh ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto dan dia beraksi dengan baik bersama-sama Saddil Ramdani serta Levy Madinda.", "Menarik untuk menyaksikan impak yang akan dijelmakan oleh Amri sambil dibantu oleh Saddil dan Levy di bahagian tengah untuk membantu Sabah meraih kemenangan di Stadium MBPJ, malam esok. ", "Pertahanan tengah yang diubah ke posisi kiri, Jordan Ayimbila menjadi antara pemain Selangor yang berada di puncak prestasi pada saat ini. Memiliki fizikal yang tinggi, larian yang pantas dan rajin melakukan overlapping untuk mencipta assist merupakan asetnya.", "Malam esok, Jordan bakal berdepan satu tugas yang sukar iaitu untuk mengekang pergerakan pemain lincah Sabah yang juga dalam prestasi yang sangat baik iaitu Saddil Ramdani.", "Pemain muda kelahiran Indonesia itu semakin menunjukkan impaknya di dalam sistem yang diterapkan oleh Kurniawan. Dia menjadi ‘enjin’ dan pusat kreatif buat Sabah. Selain itu, gandingannya bersama penyerang, Sam Johnson turut membolehkan dia menjarinkan satu gol ketika Sabah membelasah UiTM, minggu lalu.", "Penonton akan disajikan dengan pertembungan perancangan formasi dan taktikal Selangor yang dikendalikan Karsten Neitzel dan Sabah yang dibimbing oleh Kurniawan.  ", "Akhir-akhir ini, Karsten gemar menerapkan formasi 4-1-2-1-2 dengan bahagian tengahnya berbentuk diamond. Ianya hampir pasti diisi oleh Manuel Konrad, Brendan Gan, Aliff Haiqal dan Oliver Buff. Menggunakan formasi ini, Karsten memiliki barisan yang ampuh apabila bertahan. ", "Namun ketika menyerang, dia akan menaruh harapan kepada Brendan dan Aliff untuk menggerakkan serangan manakala Buff pula sebagai pemain No.10. Tiada ‘pure winger’ dalam sistem ini dan untuk melakukan hantaran lintang, Karsten akan mengharapkan Brendan serta Aliff.", "Sabah pula gemar bermain dengan formasi 4-5-1 dan apabila bertemu pasukan yang gemar menguasai permainan, mereka lebih suka bermain secara ‘parking bus’ dan melancarkan serangan balas apabila mempunyai peluang.", "Menarik untuk melihat bagaimana Selangor mahu menggerakkan serangan menerusi Aliff dan Brendan untuk mengatasi bahagian midfield Sabah yang kompak. Adakah overlapping Jordan dan Syahmi atau Namathevan mampu membantu Selangor melepasi bahagian tengah Sabah yang padat dengan 5 pemain tengah.", "Akhir sekali, mampukah kedua-dua barisan serangan dapat mengatasi gandingan pertahanan tengah yang padu lawan masing-masing pada malam esok?", "Dua pertahanan tengah Selangor iaitu Sharul Nazeem Zulpakar dan Safuwan Baharudin dilihat semakin serasi bersama. Paling mencuri perhatian adalah Sharul Nazeem atau lebih dikenali sebagai Afro yang tidak gentar bermain sebagai ‘last man’ di dalam sistem Karsten Neitzel. Banyak merampas bola, mencabar bola di udara dan tidak gentar dengan penyerang-penyerang import telah memastikan bahagian pertahanan Selangor beraksi agak baik pada masa ini.", "Sementara itu, Sabah pula mempertaruhkan gandingan Risto Mitrevski dan Park Tae-su. Kedua-duanya juga menampilkan kesukaran buat pemain lawan untuk menembusi mereka terutamanya menerusi bola di udara kerana kedua-dua memiliki kelebihan fizikal yang tinggi dan besar.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111112/", "headline": "\nOlimpik 2020: Kerajaan Pulau Pinang Beri RM10,000 Kepada Atlet Badminton & Gimnastik\n", "content": ["Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan memberikan RM10,000 kepada dua atlet yang bakal beraksi di temasya Sukan Olimpik 2020 iaitu Chang Peng Soon dan Jeremiah Loo Phay Xing.", "Kedua-dua atlet tersebut yang merupakan kelahiran Pulau Pinang bakal beraksi dalam acara badminton beregu campuran (Peng Soon) dan gimnastik (Jeremiah).", "Sumbangan tersebut diberikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu majlis yang diadakan secara atas talian, semalam.", "“Dua atlet negeri yang bakal mewakili negara ke kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 masing-masing menerima RM10,000 Insentif Galakan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.", "“Rakyat Malaysia dan negeri Pulau Pinang khususnya akan terus memberi sokongan kepada Chan Peng Soon dan Jeremiah Loo Phay Xing untuk mencapai prestasi terbaik.” katanya menerusi satu hantaran di laman sosialnya.", "Pada masa yang sama, Kon Yeow turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet yang terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di temasya empat tahun sekali tersebut.", "Beliau turut mendoakan kedua-duanya untuk memberikan yang terbaik sekaligus dapat menyumbang kepada kilauan pingat buat kontinjen negara kelak.", "Featured Image: Facebook Chow Kon Yeow"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216624/", "headline": "\nKejuaraan Futsal AFF: Hanya Kemenangan Membolehkan Malaysia Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Kemenangan yang diraih oleh skuad futsal kebangsaan ke atas Brunei pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan A memberikan harapan buat Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF 2022.", "Untuk makluman, kemenangan itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga dengan 6 mata. Sementara itu, Thailand dan Indonesia mengisi kedudukan pertama dan kedua dengan mempunyai tujuh mata masing-masing.", "Perebutan slot ke peringkat separuh akhir menerusi perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan berlangsung pada petang ini. Malaysia dijadualkan menghadapi Thailand. Sementara itu, Indonesia pula akan bertarung menentang Kemboja.", "Kejuaraan Futsal AFF 2022 | Selasa, 5 April 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 10-0 🇧🇳 BRUNEI", "📸 Kredit Foto: AFF/FAT#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/MKydJIFb0L", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 5, 2022", "Bercakap mengenai peluang Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir, ianya hanya boleh dijelmakan dengan pasukan negara bimbingan Chiew Chun Yong mencetak kemenangan ke atas skuad tuan rumah pada hari ini.", "Dengan kemenangan ini, ianya membolehkan Malaysia mengumpul 9 mata dan berpeluang untuk muncul juara atau naib juara Kumpulan A bergantung kepada keputusan antara Indonesia menentang Kemboja.", "Sebaliknya, jika keputusan seri dicatatkan, Malaysia akan kekal berada di tangga ketiga sekaligus menghanguskan peluang untuk ke peringkat separuh akhir sama sekali. Dan slot juara dan naib juara Kumpulan A ini akan diisi oleh Thailand dan Indonesia.", "Untuk makluman semua, sepak mula perlawanan akhir peringkat kumpulan ini dijadualkan berlangsung pada jam 6 petang nanti, waktu Malaysia dan disiarkan secara langsung di saluran Astro.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206858/", "headline": "\nAutobiografi “SAYA RAJAGOBAL” Bakal Menemui Pembaca Hujung Tahun 2020\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mengumumkan akan menerbitkan autobiografinya pada hujung tahun 2020 atau awal tahun 2021.", "Perkara itu diumumkan sendiri oleh King Gobal dalam satu perlawanan bola sepak rekreasi 7 sebelah anjuran Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (REKREASI) dan Padang Bola Sepak Dot Com di KV Rhino Arena, Shah Alam pada 31 ogos lalu.", "MERDEKA BOLA SEPAK | Saya RajagobalPhotographs from August 31, 2020 – A Merdeka Recreational Football Program with Coach Datuk K. Rajagobal. And with anticipation of his upcoming autobiography, \"Saya Rajagobal\"#MerdekaBolaSepak.#SayaRajagobal.More: https://t.co/hxExec16Ku pic.twitter.com/n1kah47uSA", "Antara yang bakal disajikan kepada pembaca di dalam autobiografinya adalah kisah awal pembabitan Rajagobal dalam dunia bola sepak sebagai pemain yang bermula bersama pasukan kampung halamannya di Setapak Air Panas.", "Selain itu, beliau yang juga satu-satunya jurulatih yang membimbing skuad Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki turut menyentuh mengenai pengalamannya dalam mengendalikan pelbagai pasukan termasuk yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia.", "Tidak dilupakan beberapa kisah menarik mengenai hubungan akrabnya dengan beberapa pemain bintang seperti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali dan lain-lain turut dimuatkan oleh Rajagobal dalam autobiografinya.", "Untuk rekod, kelab terakhir yang dibimbing jurulatih berusia 64 tahun itu adalah Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) sebelum pasukan itu ditukarkan menjadi skuad simpanan, Selangor 2 pada tahun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218473/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Dunia: Nauraj Singh Kandas Di Peringkat Kelayakan\n", "content": ["Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa tersingkir awal daripada saingan Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat.", "Ianya berikutan atlet berusia 30 tahun ini gagal melakukan lompatan yang sempurna setinggi 2.17 meter (m) dalam ketiga-tiga percubaannya. ", "Perkara itu membuatkannya tidak dapat menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta terbaik.", "🎽 Athletics | 2022 World Athletics Championships – Update", "◾ Malaysia's 🇲🇾 Nauraj Singh Randhawa made \"No Mark\". He attempted thrice the 2.17m mark but failed all trials. pic.twitter.com/09fw7Uis2r", "— SEA Sports News (@sea_sports_news) July 16, 2022", "Untuk makluman semua, hanya 12 peserta yang merekodkan lompat tertinggi dapat beraksi untuk pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.", "Sebagai tambahan, kegagalan mara ke pusingan akhir ini mengulangi persembahannya ketika pertama kali beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia pada dua edisi yang terdahulu.", "Bagaimanapun, edisi yang berlangsung di London, United Kingdom pada tahun 2017 yang lalu menyaksikan Nauraj berhasil menyempurnakan lompatannya. Akan tetapi, lompatannya setinggi 2.26m tetap tidak melayakkannya menyertai kelompok 12 atlet terbaik yang lain.", "Featured Image: Instagram Nauraj Singh"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110714/", "headline": "\nPetronas SRT Ambil Pelumba Amerika Syarikat Ganti Franco Morbidelli\n", "content": ["Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas SRT) membuat keputusan untuk mengambil khidmat pelumba Amerika Syarikat, Garret Gerloff untuk menggantikan Franco Morbidelli bagi mengambil bahagian dalam perlumbaan GP Belanda di Litar Assen, penghujung minggu ini.", "Gerloff joins PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team in Assen@garrettgerloff to make PYSRT debut as stand-in for @FrankyMorbido12Read more here: https://t.co/BY71cYR0z9#PETRONASmotorsports | #SepangRacingTeam | #MotoGP pic.twitter.com/vSNEWPttnW", "Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh Petronas SRT menerusi laman sesawang rasminya, semalam. Untuk makluman, ketika ini, Garret merupakan pelumba GRT Yamaha WorldSBK dalam kejohanan superbike dunia.", "Petronas membuat keputusan untuk menggantikan Franco kerana pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun tersebut mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan pertengahan minggu ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama Garret akan menunggang jentera M1. Musim lalu, Garret pernah menunggang jentera ini untuk menggantikan Valentino Rossi yang disahkan positif covid-19 ketika bersama Monster Energy Yamaha di Litar Valencia.", "Featured Image: Instagram Garret Gerloff"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220451/", "headline": "\nSaingan Terbuka Malaysia 2023 Jadi Pentas Terakhir Goh Liu Ying\n", "content": ["Kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang akan berlangsung 10 hingga 15 Januari kelak akan menjadi pentas terakhir buat pemain beregu negara, Goh Liu Ying.", "Menurut laporan New Straits Times, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 memaklumkan perkara ini di hadapan pengamal media selepas pelancaran Anugerah Ikon Sukan Harian Metro, sebentar tadi.", "Pemain berusia 33 tahun itu dipetik berkata, “(kejohanan) Terbuka Malaysia tahun hadapan akan menjadi kejohanan terakhir saya,”", "“Siapa gandingan saya? Anda perlu tunggu dan lihat, tetapi ianya menjadi (kejohanan) yang terakhir saya,” ujarnya.", "Untuk makluman, Low Juan Shen menjadi gandingan terbaru buat Liu Ying. Kedua-duanya membuat penampilan dalam saingan Terbuka Vietnam yang tamat pada awal Oktober lalu.", "Penampilan sulung gandingan ini berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tumpas kepada beregu Indonesia, Zachariah Sumanti dan Hediana Julimarbela.", "Sebelum itu, Liu Ying yang mengumumkan berpisah dengan gandingan lamanya, Chan Peng Soon pada penghujung tahun lalu sempat membentuk gandingan bersama Soong Joo Ven dan Ong Yew Sin untuk beraksi dalam beberapa kejohanan antarabangsa pada tahun ini.", "Featured Image: Instagram Goh Liu Ying"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322588/", "headline": "\nJuara Piala MFL Bawa Pulang Setengah Juta\n", "content": ["Pasukan yang menjuarai saingan bawah 23 tahun (B-23), Liga Simpanan atau Piala MFL akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000. Sementara itu, naib juara Piala MFL pula akan membawa pulang wang tunai bernilai separuh daripadanya iaitu RM250,000.", "Perkara ini dikongsingkan oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL) bersama-sama dengan pengumuman agihan pendapatan kepada 14 buah pasukan Liga Super bagi musim 2023-2025 pada hari ini.", "Sebagai rekod, saingan sulung Piala MFL kali ini disertai sebanyak 15 buah pasukan yang terdiri daripada 14 skuad B-23 Liga Super serta Skuad Projek FAM-MSN.", "Untuk makluman semua, MFL memperkenalkan saingan Piala MFL ini sebagai medan persaingan kepada pemain-pemain berumur 23 tahun untuk mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pendedahan dalam aksi kompetitif."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214916/", "headline": "\nSyed Modi 2022: Peng Soon-Valeree Lepasi Halangan Pusingan 32\n", "content": ["Halangan pertama dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 yang berlangsung di Lucknow, India berjaya dilepasi oleh pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valeree Siow. ", "Pasangan yang berada di ranking ke-272 merangkap pilihan kelima kejohanan ini melepasinya dengan menumpaskan beregu campuran India, Santhosh Gajendran-Jagadish Deethya pada Pusingan 32.", "Syed Modi India International 2022XD – Round of 32 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅16 13 🇮🇳Santhosh GAJENDRAN 🇮🇳Deethya JAGADISH G🕗 in 23 minutes https://t.co/Frd2ujWNF9", "Peng Soon-Valeree menumpaskan mereka secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-16 dan 21-13 dalam tempoh masa 23 minit sahaja di Gelanggang 1, Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, sebentar tadi.", "Sementara itu, menanti mereka di Pusingan 16 adalah pasangan India, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda yang mara setelah menumpaskan lawan mereka, Kirtesh Dhindhwal dan Daksha Gautam, semalam.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220767/", "headline": "\nPiala Dunia: Maghribi Cipta Kejutan Tundukkan Pasukan No.2 Dunia\n", "content": ["Selepas memulakan kempen Piala Dunia dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan ketika bertemu Croatia pada Rabu lalu, Maghribi mencipta satu kejutan besar dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan F.", "Dalam perlawanan terbabit, Maghribi yang dibimbing Walid Regragui – seorang jurulatih tempatan – berhasil mencetak kemenangan ke atas pasukan yang menghuni ranking No.2 dunia, Belgium dengan keputusan 2-0.", "Kemenangan skuad berjulukan The Atlas Lions hadir menerusi jaringan pemain gantiannya, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal pada minit ke-73 dan ke-90+4 masing-masing.", "نهاية المقابلة بفوز المنتخب الوطني أمام منتخب بلجيكا بهدفين مقابل لا شيء 🤩", "🏁FULL TIME | Morocco 2 – 0 Belgium It's a win for our Atlas Lions 🦁 PROUD OF YOU #DimaMaghrib 🇲🇦 #TeamMorocco #FIFAWorldCup @pumafootball pic.twitter.com/1yrKG2Kq8w", "— Équipe du Maroc (@EnMaroc) November 27, 2022", "Belgium yang dibarisi rata-rata pemain bernama besar dan terkenal seantero dunia ternyata tidak mempunyai jawapan balas terhadap jaringan tersebut sekaligus terpaksa akur menerima kekalahan ini.", "Hasil daripada kemenangan ini, Maghribi dapat mengutip tiga mata yang pertama daripada kempen Piala Dunia edisi ini. Kutipan mata ini membolehkan mereka menerajui Kumpulan F sekurang-kurangnya buat seketika waktu.", "Kemenangan ini turut mencerahkan peluang Maghribi untuk mara ke peringkat kalah mati iaitu Pusingan 16 buat pertama kali selepas 36 tahun.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F, Maghribi dijadualkan menentang Kanada pada 1 Disember kelak.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322478/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Aaron-Wooi Yik Gagal Ke Suku Akhir Dalam 3 Kejohanan Berturut-Turut\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sekali lagi gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang disertai mereka.", "Terbaru, langkah pasangan juara Kejohanan Dunia BWF ke peringkat suku akhir tersekat dalam saingan Terbuka Swiss yang disertai pada minggu ini.", "Situasi itu hadir apabila Aaron-Wooi Yik gagal mengatasi beregu yang menghuni ranking ke-25 dunia dari Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito di Pusingan 16, malam tadi.", "YONEX Swiss Open 2023MD – R16 🇯🇵Akira KOGA🏅17 21 21 🇯🇵Taichi SAITO🏅 🇲🇾Aaron CHIA21 16 17 🇲🇾SOH Wooi Yik", "— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tumpas kepada Koga-Saito menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-16 dan 21-17 dalam tempoh masa 64 minit permainan.", "Untuk makluman, ini juga merupakan pasangan yang sama menewaskan Aaron-Wooi Yik di peringkat yang sama dalam saingan Terbuka Jerman, sekitar dua minggu lalu.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali ketiga berturut-turut Aaron-Wooi Yik gagal melangkah ke peringkat suku akhir selepas kandas di Pusingan 16 Terbuka Jerman dan Pusingan 32 Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220265/", "headline": "\nFinal Piala AFC: Ajibola Akui Tak Biasa Main Atas Padang ‘Cow Grass’\n", "content": ["Seperti kita sedia maklum, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang mempunyai kapasiti sekitar 87,000 tempat duduk serta padang berumputkan ‘cow grass’ telah dipilih sebagai venue bagi perlawanan akhir Piala AFC 2022.", "Ianya menemukan pasukan tempatan merangkap wakil asia timur, Kuala Lumpur City (KL City) dan wakil asia barat, Al-Seeb dari Oman. ", "Bagi pemain tengah bertahan (defensive midfielder) Al-Seeb kelahiran Nigeria, Daniel Ajibola mengakui permukaan padang berumputkan sedemikian sesuatu yang agak asing buatnya namun itu tidak dijadikan alasan menjelang sepak mula pada 7 malam esok.", "“Berkenaan venue tersebut, saya boleh katakan tak biasa main atas padang jenis rumput jenis itu (cow grass) tetapi kami sudah berlatih sejak dua hingga tiga hari lepas, tetapi ini bukan alasan dan kami harus bermain sahaja.” kata pemain berusia 27 tahun ini dalam sidang media praperlawanan sebelum perlawanan, hari ini.", "Untuk makluman semua, Ajibola kembali menyertai Al-Seeb semula pada Julai lalu. Setakat ini, dia telah membuat dua penampilan bersama Al-Seeb ketika menentang Al-Arabi dan Al-Riffa pada peringkat separuh akhir dan akhir zon barat.", "Sebelum itu, dia beraksi bersama kelab berpangkalan di Arab Saudi selama semusim bersama Al-Sahel.", "Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324741/", "headline": "\nVincent Tan Jual KV Kortrijk Kepada Jutawan Amerika Syarikat-Poland\n", "content": ["Individu ke-28 terkaya di Malaysia bagi tahun 2023 menurut majalah Forbes, Tan Sri Vincent Tan mengesahkan penjualan kelab Belgium, KV Kortrijk kepada Kaminski Group yang dikepalai oleh ahli perniagaan Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski . ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sesawang kelab tersebut dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasmi kelab, semalam. ", "Dalam pengumuman tersebut, Vincent turut menyampaikan penghargaannya kepada peminat, staf dan komuniti di bandar tersebut yang memberikan sokongan kepadanya sepanjang kehadirannya di bumi Belgium. ", "𝗩𝗜𝗡𝗖𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗩𝗘𝗦𝗧𝗜𝗚𝗧 𝗩𝗘𝗥𝗞𝗢𝗢𝗣 𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔���𝗜𝗡𝗦𝗞𝗜 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣", "Tan Sri Vincent Tan kan, onder voorbehoud van definitieve goedkeuring, de verkoop van zijn aandelen aan de Kaminski Group bevestigen.", "— KV Kortrijk (@kvkofficieel) June 14, 2023", "Bersama Vincent, Ken Choo selaku Pengarah Urusan turut meninggalkan kelab berjulukan De Kerels tersebut seusai urusniaga penjualan kelab selesai. ", "Untuk makluman, Maciek Kaminski merupakan ahli perniagaan Amerika Syarikat yang lahir di Poland dan terlibat dalam urusniaga hartanah. Sebelum ini, beliau dilaporkan berminat untuk mendapatkan kelab Liga Perdana Inggeris, Everton. ", "Disebalik penjualan KV Kortrijk ini, Vincent yang memiliki nilai bersih AS$695 juta menurut Forbes masih lagi memiliki dua kelab bola sepak di Eropah iaitu kelab Wales yang beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City dan kelab yang beraksi di Liga Perdana Bosnia & Herzegovina, FK Sarajevo.", "Featured Image: Cardiff City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324838/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Nantes: Arif-Roy King Raih Kejuaraan Sulung Di Perancis\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King akhirnya meraih kejuaraan pertama mereka apabila berjaya menewaskan pasangan Indonesia, Muh Putra Erwiansyah dan Patra Harapan Rindorindo di pentas akhir Cabaran Antarabangsa Nantes. ", "Selepas menerima “bye” pada Pusingan 16, kemenangan “straight set” dicatatkan gandingan negara tersebut pada Pusingan 32 dan suku akhir menentang Rory Easton-Zach Russ (21-19 & 21-14) dan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard (21-19 & 23-21).", "Di peringkat separuh akhir, Arif-Roy King telah melunaskan ‘dendam’ di Denmark Masters selepas menewaskan wakil Taiwan, Ming Che Lu dan Tang Kai Wei dengan keputusan 15-21, 21-17 dan 21-16.", "FINAL#MAS🇲🇾 Arif Junaidi-Yap Roy King def. #INA🇮🇩 Putra Erwiansyah-Patra Rindorindo 21-16 14-21 21-12", "*Champions of Nantes! ArifKing with the breakthrough in their first final together! Congrats on to more, bros 💪#GemilangkanLagi #DemiMalaysia pic.twitter.com/xiBDuOAnXL", "— BAM (@BA_Malaysia) June 18, 2023", "Beregu muda negara itu mara ke pentas akhir dan mengalahkan gandingan Indonesia, Erwiansyah-Rindorindo dengan keputusan 21-16, 14-21 dan 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung selama 53 minit.", "Ini merupakan kejohanan keenam disertai Arif Junaidi dan Yap Roy King sejak mereka bersama dan kejuaraan sulung melibatkan kedua-dua pemain tahun ini.  ", "Sebelum ini, Arif Junaidi pernah berpasangan dengan Wong Vin Sean, Kok Jing Hong dan Muhammad Haikal manakala Yap Roy King pernah bergandingan dengan Nurfirdaus Azman, Yee Jun Chang serta Ooi Jhy Dar.", "Bersama Haikal, Arif pernah memenangi Siri Antarabangsa di Ukraine dan Hellas pada 2021. Roy King pula memenangi Siri Antarabangsa Latvia 2021 bersama Nurfirdaus Azman serta menjuarai Cabaran Antarabangsa Remaja di India dan Malaysia bersama Ooi Jhy Dar pada 2019. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/20208730/", "headline": "\nKenali Pertahanan, Carlie de Murga Yang Dikaitkan Dengan Terengganu FC\n", "content": ["Pertahanan skuad kebangsaan Filipina kelahiran Sepanyol, Carlie de Murga baru sahaja diumumkan berpisah dengan kelabnya, Chonburi FC secara rasmi, semalam.", "Walaupun belum membuat sebarang makluman mengenai hala tujunya yang seterusnya, de Murga cukup kuat digosipkan untuk menyarung jersi skuad pasukan yang berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air iaitu Terengganu FC.", "🦈 @ChonFCOfficial part way with 🇵🇭 Carlie De Murga pic.twitter.com/u9zwzzFKyH", "Berdasarkan pemerhatian, pemain yang memiliki ketinggian 1.8 meter, keras semasa bertahan dan berkaki kanan ini mampu beraksi lebih daripada satu posisi seperti pertahanan tengah, pemain tengah bertahan dan pertahanan kanan.", "Penampilan musim sulungnya bersama Chonburi, de Murga pantas membentuk keserasian bersama-sama pasukan disamping memimpin pemain-pemain muda kendalian ketua jurulatih, Sasom Pobrasert dengan baik, di sana.", "Happy to announce that I have joined Chonburi Football Club.Ready for the next challenge in the Thai league 🇹🇭.Thanks to club and to everyone who made it happened. pic.twitter.com/zmlKzvnIBC", "“De Murga bermain sebagai pertahanan tengah untuk Chanburi dan tampil hampir semua perlawanan semasa separuh musim,” kongsi pemerhati bola sepak Liga Thailand, Gian Chansrichawla ketika dihubungi Sukanz.", "“Dia beraksi dengan baik bersama-sama pertahanan Brazil, Junior Lopes dan telah membantu Chonburi mencabar kedudukan empat teratas liga buat pertama kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walhal mereka sekadar mempertaruhkan majoriti skuad muda pada musim ini, ” tambahnya lagi.", "Untuk makluman, selain daripada mempertaruhkan barisan pemain muda, pasukan Chonburi kendalian Sasom turut mempunyai persamaan dari segi corak permainan dengan Terengganu FC. ", "Kedua-duanya gemar bermain dengan gaya penguasaan bola (possesion football).", "Tambahan pula, de Murga juga merupakan seorang pertahanan yang selesa memegang bola dan mampu merencanakan serangan bermula dari bawah atau barisan pertahanan. ", "Sekiranya perpindahan pemain kelahiran selatan Sepanyol ini ke Terengganu FC menjadi kenyataan, ia merupakan satu nilai tambah buat skuad kendalian Nafuzi Zain untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "“Secara peribadi, saya fikir dia merupakan pemain yang menjadi pilihan bagus buat Chonburi. Saya percaya mereka akan beroleh manfaat jika mengekalkannya dengan lebih lama di dalam skuad. (Namun) sudah tentu dia mampu beraksi dengan baik dalam saingan bola sepak Malaysia.” jelas Gian lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207372/", "headline": "\nEksklusif: Safawi Idola Pemain Remaja Red Star Belgrade, Omar Raiyan\n", "content": ["Nama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bukan sahaja dijadikan sebagai idola dalam kalangan pemain bola sepak muda dalam negara.", "Malah ianya turut menjadi idola buat seorang pemain luar negara berdarah Malaysia, Omar Raiyan yang beraksi bersama skuad remaja kelab Serbia, Red Star Belgrade.", "Ketika ditemu ramah oleh Sukanz, pemain tengah muda berusia 15 tahun itu amat mengagumi gaya permainan Safawi yang juga penyerang kebangsaan, skuad Harimau Malaya.", "Katanya, penyerang kelahiran Dungun, Terengganu itu mempunyai gelecekan laju untuk menewaskan pemain lawan. Selain itu, Omar menyukai kepandaian Safawi memilih ‘timing’ yang sesuai sebelum melakukan aksi penyudah menggunakan kaki kirinya.", "“Saya berharap dapat menjadi sepertinya (Safawi) atau lebih bagus daripadanya dalam karier bola sepak,” ujar Omar.", "Sempat juga Omar berkongsikan kepada kami mengenai pemain bintang bola dunia kegemarannya. Pemain itu ialah Neymar Jr. kelahiran negara Brazil dek kerana gaya permainannya yang licik di atas padang yang sering mengelirukan pemain-pemain lawan.", "Kisah Omar bersama pasukan Red Star Belgrade atau dikenali sebagai FK Crevna Zvevda dalam kalangan rakyat Serbia bermula dengan hadir ke sesi pemilihan kelab beberapa ketika dahulu. ", "Tanpa diduga, kelibat Omar dalam sesi pemilihan itu berjaya menambat hati barisan kejurulatihan kelab sekaligus menempatkan dirinya bersama skuad remaja bawah 17 tahun Red Star Belgrade. ", "Ketika ini, Omar gemar beroperasi sebagai pemain tengah (centre midfielder). Tugasnya menjadi penghubung kepada barisan serangan hadapan menerusi hantaran tepat samada secara jauh ataupun dekat.", "Dia turut menjadikan dirinya sebagai umpan kepada barisan pertahanan pasukan lawan justeru membuka peluang kepada rakan sepasukannya untuk  mendapatkan gol. ", "Mudah kata, Omar merupakan perancang (playmaker) buat pasukannya. Selain itu, Omar disukai oleh jurulatihnya kerana menunjukkan kemampuan sebagai seorang pemain yang versatil.", "Antara posisi lain yang boleh dimainkan oleh Omar adalah pertahanan kiri dan sayap kanan. Sewaktu sesi latihan baru-baru ini, Omar diberi tugasan sebagai penyerang. ", "Walaupun pada awalnya agak kekok bermain sebagai penyerang, namun Omar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik seperti ‘setting the ball’ dan juga melakukan beberapa cubaan ‘shots on goal’ yang memuaskan dan menjaringkan gol untuk pasukannya.", "Bercerita mengenai zaman kanak-kanaknya, Omar berkata dia mula menendang bola di dalam rumah sejak berusia sekitar 4 atau 5 tahun. ", "Untuk mengelakkan daripada pelbagai barangan dan perkakas rumah pecah akibat kerap terkena tendangannya, ibubapa Omar telah menghantarnya ke sebuah akademi bola sepak. ", "Dia dihantar bermain dan berlatih bersama ESM Football Academy (dahulunya dikenali sebagai E-Sports Football Club) ketika berusia 6 tahun. Kemudian Omar didaftarkan ke International Football Academy (IFA) sebelum berpindah ke Manchester City Football School di Abu Dhabi.", "Sejak daripada itu, Omar telah menimba banyak ilmu mengenai bola sepak dan bakatnya turut mendapat perhatian wakil Manchester City ketika mereka turun ke sana untuk meninjau bakat-bakat baharu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322286/", "headline": "\nChelsea Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Stamford Bridge\n", "content": ["Buat pertama kali dalam sejarah Chelsea serta bagi sebuah stadium dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersempena dengan datangnya bulan Ramadan.", "Menurut makluman rasmi, majlis ini bakal diadakan pada 26 Mac (Ahad) kelak bertempat di gelanggang keramatnya, Stamford Bridge. Ianya hasil kerjasama antara Chelsea Foundation dan penganjur acara komuniti Ramadan terbesar di United Kingdom (UK), Open Iftar.", "Difahamkan, mereka menjemput komuniti-komuniti muslim yang terdiri daripada jemaah beberapa masjid tempatan, penyokong serta pelajar sekolah untuk hadir berbuka puasa bersama staf Chelsea.", "Open Iftar turut berkolaborasi dengan Ramadan Tent Project – sebuah badan amal yang diasaskan pada tahun 2013 dengan misi untuk merapatkan hubungan komuniti secara bersama dan memberikan kefahaman tentang Ramadan.", "Selain itu, Ramadan akan diperakui di Chelsea FC dan Chelsea Foundation dan menjadi sebahagian daripada kempen No To Hate – sebuah kempen yang membawakan nilai kesamaan, kepelbagaian dan termasuk program yang mensasarkan kebencian dan diskriminasi serta bertujuan untuk mendidik kesemua pemegang taruh dalam dan luar Chelsea FC dan bola sepak.", "Untuk makluman, mempromosikan toleransi agama merupakan salah satu fokus utama dalam kempen No To Hate."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206750/", "headline": "\nHarimau Malaya Terbang Bersama Malaysia Airlines Sehingga 2023\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan lanjutan usahasama bersama syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB), pada hari ini.", "Lanjutan usahasama itu membolehkan skuad Harimau Malaya terus terbang bersama Malaysia Airlines bagi tempoh tiga tahun lagi.", "We are proud to announce the continuation of our partnership with @FAM_Malaysia for 3 more years. As the national carrier, we are proud to support our national football team. pic.twitter.com/5JK71mkFh9", "Perjanjian lanjutan usahasama itu ditandatangani di antara Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB, Lau Yin May di Hilton Petaling Jaya.", "Ia turut disaksikan bersama oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail.", "Lanjutan ini dibuat berikutan perjanjian selama dua tahun sebelum ini bakal berakhir pada 31 Disember 2020.", "Usahasama sebelum ini bermula daripada Malaysia Airlines menaja penerbangan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bagi menghadapi Final 2 Piala Suzuki AFF 2018 di Hanoi, Vietnam pada 15 Disember 2018."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321506/", "headline": "\nKelab Denmark Uji Sabah & Terengganu Dalam Perlawanan Persahabatan Di Thailand\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak Denmark, Odense BK akan menguji dua pasukan Liga Super dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung pada Februari kelak.", "Dua pasukan terbabit ialah Sabah FC dan Terengganu FC bimbingan Datuk Ong Kim Swee dan Tomislav Steinbruckner masing-masing.", "Kelab berjulukan De Stribede mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasminya serta dikongsikan di pelbagai platform laman sosialnya, semalam.", "Dalam kenyataan terbabit, Odense BK yang sedang menghuni tangga kelima Superliga pada ketika ini menyatakan skuad utamanya akan menjalani kem latihan di Thailand. ", "𝐸𝑥𝑐𝑖𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑓𝑟𝑖𝑒𝑛𝑑𝑙𝑖𝑒𝑠 𝑎𝑛𝑑 𝑎 𝑓𝑜𝑜𝑡𝑏𝑎𝑙𝑙 𝑠𝑐ℎ𝑜𝑜𝑙 𝑎𝑤𝑎𝑖𝑡 𝑤ℎ𝑒𝑛 𝑤𝑒 𝑡𝑟𝑎𝑣𝑒𝑙 𝑡𝑜 𝑇ℎ𝑎𝑖𝑙𝑎𝑛𝑑 𝑖𝑛 𝑎 𝑓𝑒𝑤 𝑤𝑒𝑒𝑘𝑠 🙌🔵⚪️#obdk #enafstriberne", "— Odense Boldklub (@Odense_Boldklub) January 17, 2023", "Difahamkan, mereka akan berkampung dan mengadakan latihan harian di BG Training Centre yang selalunya digunakan Liga Thai 1, BG Pathum United.", "Sebelum menyambung kembali saingan Superliga musim 2022-23 selepas cuti musim sejuk, Odense BK telah mengatur tiga perlawanan persahabatan sepanjang berada di Thailand. ", "Mereka menjadualkan perlawanan menentang Sabah dan diikuti kelab Liga Thai 2, Nakhon Pathom United pada 3hb dan 7hb Februari masing-masing bertempat di BG Training Centre.", "Akhir sekali, Odense BK menutup kem latihan mereka di Thailand dengan bertemu naib juara Liga Super dan Piala FA, Terengganu pada 12hb Februari bertempat di BG Stadium.", "Selain menjalani kem latihan, Odense BK turut mengadakan kem latihan selama sehari buat kanak-kanak tempatan di sana untuk memberi peluang berlatih bersama-sama para pemain profesional mereka. ", "Dimaklumkan, mereka akan terbang Thailand pada 31 Januari kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324961/", "headline": "\nPemenang Piala Azerbaijan Sah Sertai The Rhinos\n", "content": ["Pemain kelahiran Brazil, Ramon Machado de Macedo baru sahaja diumumkan sebagai penyerang import terbaru Sabah FC yang akan mula beraksi setelah didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) nanti. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikongsikan melalui pelbagai media sosial kelab berjulukan The Rhinos itu sekaligus menggembirakan para penyokong mereka.", "Sebelum ini, penyerang berusia 32 tahun itu beraksi bersama Gabala FK di Liga Perdana Azerbaijan dan berjaya menjulang Piala Azerbaijan selepas menewaskan bekas pasukannya, Neftchi di pentas akhir pada 3 Jun yang lalu. ", "Introducing Sabah FC's newest striker, Ramon Machado de Macedo! 🎉🔥 Hailing from Brasil and formerly playing in the Azerbaijan League, Ramon brings a wealth of talent and experience to our team. Welcome to Sabah FC, Ramon! Let's go and conquer new heights together! ⚽🏆 pic.twitter.com/jao0NEYTsL", "— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) June 21, 2023", "Bekas pemain akademi Gremio itu banyak menghabiskan kariernya di Brazil tetapi pernah berhijrah di Jerman untuk memulakan karier profesionalnya tetapi pulang ke tanah airnya dua tahun kemudian. ", "Selain Ramon, seorang lagi pemain yang telah diumumkan bersama The Rhinos bagi baki saingan Liga Super Malaysia 2023 ialah Miguel Cifuentes yang sah berhijrah daripada Kelantan selepas beraksi baik dengan skuad berjulukan The Red Warriors itu. ", "Bagaimanapun, kedua-dua pemain tidak akan beraksi menentang Kelantan United pada 26 Jun (Isnin) kerana pendaftaran pemain untuk jendela perpindahan kedua Liga-M hanya akan dibuka pada 5 Julai (Rabu)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220913/", "headline": "\nNg Tze Yong Muncul Juara Cabaran Antarabangsa Bahrain\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.1 di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merangkul gelaran juara bagi Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022.", "Kejuaraan itu menjadi milik Tze Yong selepas berjaya menumpaskan pemain Taiwan, Kuo Kuan Lin dalam perlawanan akhir yang berlangsung tengah malam tadi, waktu Malaysia.", "FINAL#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong(1) def. #TPE Kuo Kuan Lin 21-15 20-22 21-12", "*Tze Yong lived up to top billing by securing his first international title this season. Congrats & on to more bro!🥇#GemilangkanLagi#DemiMalaysia pic.twitter.com/HvHwq96Nwm", "— BAM (@BA_Malaysia) December 4, 2022", "Dalam perlawanan terbabit, Tze Yong meraih kemenangan menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 20-22 dan 21-12 dalam tempoh masa satu jam dan 20 minit.", "Untuk makluman semua, kejuaraan yang diraih ini juga merupakan yang pertama dirangkulnya bagi kategori individu pada tahun 2022.", "Sebelum ini, kejuaraan paling hampir dengan Tze Yong adalah di temasya Sukan Birmingham 2022. Namun begitu, Tze Yong terpaksa akur tumpas pada parlawanan akhir dan terpaksa berpuas hati selaku naib juara dan meraih pingat perak.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110689/", "headline": "\nAstro Papar Kandungan Video Eksklusif EURO 2020 & Sukan Olimpik di Twitter\n", "content": ["Penyiar televisyen berbayar, Astro dan platform media social, Twitter mengumumkan kerjasama baharu untuk membawakan sorotan video acara sukan monumental seperti UEFA EURO 2020 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke platform media sosial tersebut.", "Dengan kerjasama ini, peminat sukan di Malaysia boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai EURO 2020 serta Sukan Olimpik dengan mengikuti akaun @AstroArena dan @StadiumAstro di platform laman sosial terbabit.", "Antara maklumat terkini yang akan dipaparkan di akaun tersebut adalah sorotan perlawanan bagi kesemua 51 perlawanan EURO 2020 dan siaran langsung pertunjukan studio pra dan pasca perlawanan, serta klip-klip terpilih rancangan pasca pertandingan.", "Sebagai tambahan, peminat sukan di Malaysia juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti unik #OnlyOnTwitter yang merangkumi tinjauan media melibatkan klip promosi, reaksi perlawanan serta sesi wawancara khas.", "Selain itu, dengan mengikuti akaun @AstroArena dan @StadiumAstro, para peminat juga boleh mengambil bahagian dalam Twitter Spaces, satu cara untuk mengadakan perbualan audio secara langsung di Twitter yang mana mereka akan berpeluang mendengar lebih banyak kandungan oleh Astro mengenai EURO 2020.", "Klip-klip istimewa ini akan dihasilkan oleh Astro khas buat tatapan peminat di Twitter. Untuk pengetahuan semua, Astro juga bakal menyiarkan kesemua 51 perlawanan EURO 2020, serta 13 saluran yang membawakan liputan terbaik Atlet Malaysia tatkala bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112940/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Mongolia Panggil Pemain Liga Eropah Untuk Hadapi Thailand, Malaysia & Laos\n", "content": ["Skuad kebangsaan Mongolia Bawah 23 Tahun (B-23) menyenaraikan pemain yang beraksi dalam saingan Liga Eropah sebagai salah satu ‘senjata’ untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 kelak.", "Untuk pengetahuan semua, pemain ini mampu beraksi di posisi tengah dan tengah menyerang merupakan antara bakat muda terbaik dimiliki oleh Mongolia, masa kini. Difahamkan, pemain ini berkelana di benua eropah sejak tahun 2016 ketika berusia 16 tahun.", "Pemain yang dimaksudkan tersebut ialah Ganbold Ganbayar yang berusia 21 tahun. Dia merupakan pemain kelab berpangkalan di Hungary, Puskas Akademia. Bagaimanapun, dia kini beraksi bersama KFC Komarno secara pinjaman dalam kancah divisyen dua piramid bola sepak Slovakia.", "Artikel Berkaitan – Kelayakan Piala Asia B-23: Laos Terawal Senarai 23 Pemain Akhir, 2 Daripadanya Berusia 16 Tahun", "Selain daripada Ganbayar, skuad muda Mongolia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Jepun, Shuichi Mase ini akan diperkuatkan oleh pemain-pemain yang beraksi dalam Liga Mongolia.", "Ketika ini, mereka telah menyenaraikan seramai 27 orang pemain untuk menjalani latihan pusat. Persekutuan Bola Sepak Mongolia (MFF) akan mengumumkan senarai akhir pemain sebelum bermulanya aksi pusingan kelayakan yang akan berlangsung di ibu negaranya.", "Untuk makluman semua, Mongolia diundi di dalam Kumpulan J akan turun menentang Thailand, Malaysia dan Laos masing-masin pada 25hb, 28hb dan 31hb Oktober. ", "Keempat-empat pasukan ini akan merebut tempat untuk beraksi dalam kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.", "Berikut adalah senarai awal pemain yang dipanggil oleh Shuichi Mase untuk menjalani latihan pusat skuad kebangsaan B-23 Mongolia:", "Featured Image: Instagram Ganbold Ganbayar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218807/", "headline": "\nBekas Pemain Import JDT, Mauricio Teruskan Karier Bersama Kelab Divisyen Kedua Brazil\n", "content": ["Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Mauricio Nascimento meneruskan kariernya dengan menyertai sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen kedua negara kelahirannya, Serie B, Brazil.", "Menerusi satu pengumuman, pertahanan berusia 33 tahun itu diperkenalkan secara rasminya sebagai pemain baharu Clube Nautico Capibaribe atau berjulukan “Timbu” dalam kalangan penyokongnya.", "“Mauricio berusia 33 tahun dan telah beraksi bersama beberapa pasukan hebat di dunia. Dia memulakan kerjayanya di Palmeiras dan juga bersama Gremio di Brazil.”", "O zagueiro Maurício e o lateral-direito Anilson são os novos reforços do Náutico para a sequência da Série B. Saiba mais: https://t.co/EOhEs5PSMs 🇦🇹🐭 pic.twitter.com/LAcYMT4Dof", "— Náutico (@nauticope) August 1, 2022", "“Di luar negara, pertahanan ini turut beraksi untuk Sporting CP (Portugal), Lazio (Itali), Spartak Moscow (Rusia) dan Legia Warsaw (Poaland).” tulis kenyataan rasmi kelab terbabit.", "Difahamkan, Mauricio yang beraksi sekitar empat musim bersama JDT menandatangani kontrak bersama kelab tersebut sehingga ke penghujung tahun 2023.", "Dalam pengumuman yang sama, Nautico turut mengumumkan kemasukan seorang lagi pemain baharu, Anilson yang merupakan seorang bek kanan berusia 20 tahun.", "Sebagai tambahan, pada ketika ini, Nautico telah mengharungi 21 perlawanan musim ini dan sedang berada di kedudukan ke-19 dalam kelompok zon penyingkiran.", "Featured Image: Clube Náutico Capibaribe"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324040/", "headline": "\nFreeYond Taja BAM Selama Setahun – Bernilai RM2 Juta\n", "content": ["Jenama telefon pintar dari Shenzen, China iaitu FreeYond tampil menjadi penaja terbaru buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama setahun dengan pilihan lanjutan selama satu tahun bagi memperkasa dan meningkatkan pertumbuhan sukan badminton Malaysia.", "Perkembangan itu hadir setelah kedua-dua pihak menandatangani satu perjanjian penajaan dalam satu majlis yang berlangsung di Axiata Arena Kuala Lumpur pada hari ini.", "Dalam majlis berkenaan, BAM diwakili Setiausaha Agung, Dato’ Kenny Goh Chee Keong sambil disaksikan presidennya, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria merangkap Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).", "Manakala FreeYond pula diwakili pengarah eksekutif syarikat pengedar ekskkusifnya di Malaysia, Fast Technology iaitu Vincent Tan Wye Chuan.", "Menerusi perjanjian ini, FreeYond memberikan komitmen untuk menyokong sukan badminton tempatan dan atlet Malaysia dengan menyediakan bantuan kewangan dan sumber yang dimaklumkan bernilai RM2 juta. ", "Perkara ini akan menyumbang kepada persiapan pemain negara untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 Paris pada tahun hadapan serta inisiatif-inisiatif pembangunan baharu.", "Selain itu, FreeYond turut komited untuk memupuk bakat sukan dan mempromosikan gaya hidup sihat di negara ini.", "Pada masa yang sama, logo FreeYond pula akan disematkan pada jersi yang disarung oleh barisan pemain badminton negara yang bernaung di bawah BAM ketika beraksi di pelbagai kejohanan antarabangsa.", "Untuk pengetahuan semua, FreeYond yang hadir dengan penawaran produk pada harga berpatutan telah memasuki pasaran Malaysia – negara pertama di rantau asia tenggara – bermula Mac lalu.", "Sebanyak empat produk dipasarkan FreeYond di Malaysia yang terdiri daripada dua telefon pintar M5 dan F9 serta jam tangan pintar, Watch F1 serta set kepala True Wireless Stereo (TWS) Pods 1."]} +{"url": "https://sukanz.com/20218955/", "headline": "\nNorizam Sudah Bertemu PBT Tumpat Berkenaan Tanah Untuk Didirikan Pusat Latihan\n", "content": ["Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman dimaklumkan telah bertemu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Kelantan untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan pusat latihan moden buat pasukannya.", "Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata sebelum ini Norizam dilihat tertarik dengan sebidang tanah berlokasi di dalam jajahan Tumpat. Menerusi satu laporan sebelum ini, difahamkan tanah tersebut berkeluasan 12 hektar.", "“Saya (telah) bawa Norizam kepada kita supaya boleh memohon dan berurusan (secara terus) dengan kerajaan negeri,”", "“Norizam telah berjumpa dan brief (beri pembentangan) kepada Majlis Daerah Tumpat dan majlis daerah telah mengeluarkan prosedur-prosedur (untuk mendapatkan tanah tersebut).” terang Wan Roslan ketika dihubungi oleh Sukanz, semalam.", "Menurut Wan Roslan, tiada sebarang respon yang diberikan oleh Norizam yang juga merupakan usahawan kelahiran negeri Johor selepas mendengar prosedur-prosedur daripada PBT tersebut. Pada masa yang sama, Wan Roslan turut menafikan tanah itu akan diberikan kepada Norizam secara percuma kerana ianya merupakan milik kerajaan negeri.", "Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan TRW Kelantan FC mengumumkan telah menyewa sebuah padang milik Koperasi Gemilang Tani yang terletak dalam jajahan Kota Bharu untuk dijadikan pusat latihan rasmi pasukan menerusi satu makluman di laman sosial, minggu lalu.", "Tiada sebarang kepastian samada tanah tersebut akan didirikan pusat latihan moden seperti yang diimpikan oleh Norizam atau digunakan secara sementara untuk mempersiapkan pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Premier 2021 yang akan bermula hujung februari kelak.", "Untuk makluman, setelah mengambil alih pasukan TRW Kelantan FC tahun lalu, Norizam meletakkan fokus utama untuk membina pusat latihan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan.", "Dimaklumkan Norizam sedia melabur sehingga RM10 juta untuk mengadakan padang setaraf dengan keperluan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), berbumbung dan disertakan dengan lampu limpah, bilik mandi, dewan makan, bilik dan sebagainya di pusat latihan tersebut.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324788/", "headline": "\nLira Tinggalkan Kedah Selepas Tampil 14 Kali & Jaring 8 Gol\n", "content": ["Kedah Darul Aman FC (Kedah) telah mencapai persetujuan bersama dengan penyerang, Willian Lira untuk berpisah selepas perbincangan mendalam dari kedua-dua pihak. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikongsikan pelbagai media sosial kelab sekaligus menimbulkan tanda tanya hala tuju penyerang Brazil itu selepas jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga-M) dibuka Julai nanti. ", "Memetik kenyataan yang sama, Kedah turut mengakui berat hati dan terkesan untuk melepaskan pemain berusia 30 tahun itu tetapi tetap menghormati keputusannya untuk membawa haluan yang berbeza selepas ini. ", "THANK YOU LIRA AND YOU'LL ALWAYS BE SANG KENARI!", "KDA FC dan Willian Lira Sousa telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah selepas beberapa perbincangan mendalam dari kedua-dua pihak. pic.twitter.com/K4YoTen3AU", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 16, 2023", "“KDA FC bersetuju untuk melepaskan Willain Lira  dengan rasa berat hati namun menghormati keputusan beliau untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super ketika nisbah jaringan beliau cukup baik dalam setiap perlawanan.” ", "Untuk makluman, Willian Lira merupakan penjaring terbanyak Kedah setakat ini setelah menjaringkan 8 gol daripada 14 penampilannya bersama skuad berjulukan Sang Kenari. ", "Biarpun bermula perlahan dan menerima kritikan kurang menyenangkan daripada para penyokong, Lira mengakhiri kariernya di Kedah musim ini dengan menjaringkan lima gol daripada lima perlawanan terakhirnya termasuk dalam perlawanan menentang Perak, baru-baru ini. ", "Pemergian Lira turut bermakna Kedah kini memiliki satu slot pemain import antarabangsa yang akan memberi ruang kepada Nafuzi Zain untuk membentuk gandingan ampuh di bahagian serangan bersama Jonathan Balotelli.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112080/", "headline": "\nRegu Wanita & Regu Campuran Negara Rangkul Kejuaraan di Hellas International 2021\n", "content": ["Kecemerlangan barisan pemain muda badminton negara di kejohanan Hellas International 2021 yang berlangsung di Greece tidak hanya tertumpu kepada pemain perseorangan dan beregu lelaki sahaja.", "Baca: Lee Shun Yang & Regu Arif-Haikal Juarai Kejohanan Badminton di Greece", "Pasangan wanita negara, Low Yee Yuen dan Valeree Siow yang berusia 19 tahun masing-masing berjaya merangkul kejuaraan dalam kategori regu wanita setelah mengalahkan regu Itali, Katarina Fink dan Yasmine Hamza pada perlawanan akhir.", "Yee Yuen dan Siow berjaya menumpaskan mereka dengan dua kemenangan ‘straight set’ 21-15 dan 21-16.", "RESULTS: Hellas International 2021FINAL#MAS Low Yeen Yuen-Valeree Siow def. #ITA Katarina Fink-Yasmine Hamza (2) 21-15 21-16* Yeen Yuan-Valeree sealed their third title of the year. Congrats ladies!🇲🇾#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ffJWp3PHDX", "Untuk pengetahuan semua, Ini merupakan kejuaraan ketiga yang diraih oleh Yee Yuen dan Siow pada peringkat antarabangsa pada tahun ini. Sebagai tambahan, regu ini sedang menduduki ranking ke-198 dunia.", "Sementara itu, beregu campuran muda negara, Yap Roy King, 20 tahun dan Valeree Siow juga berjaya meraih kejuaraan dalam kategori ini dalam kejohanan yang sama.", "RESULTS: Hellas International 2021FINAL#MAS Yap Roy King-Valeree Siow def. #NOR Carl Christian Mork-Solvår Joergensen (3) 21-13 21-17* King-Valeree sealed back-to-back titles in Europe through defeating third seeded opponents in the final.Tahniah guys!🇲🇾#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/C2BQ9MieKw", "Regu King-Siow meraih kemenangan dengan menumpaskan regu lawan dari Norway, Carl Christian-Solvar Flaten Joergensen dengan keputusan 21-13 dan 21-17.", "Sebelum kejohanan ini, King-Siow telah memenangi kategori beregu campuran di kejohanan Latvia International 2021 yang berlangsung pada 26-29 Ogos lalu.", "Featured Image: Badminton Association Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220216/", "headline": "\nFinal Piala AFC: Tiket Fizikal Dijual Di Stadium Cheras & SNBJ – Ada Promosi Untuk Pelanggan Astro\n", "content": ["Selepas mengumumkan jualan tiket perlawanan akhir Piala AFC menerusi platform atas talian, Tickethotline pada Isnin lalu, tuan rumah, Kuala Lumpur City FC (KL City) turut mengumumkan penjualan tiket fizikal.", "Menerusi satu makluman, tiket fizikal bagi menonton perebutan trofi saingan kedua tertinggi peringkat asia itu boleh didapati di Kaunter A, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras bermula Rabu (19 Oktober) hingga Jumaat (21 Oktober).", "Selain itu, tiket fizikal itu boleh juga didapati di venue yang akan berlangsungnya perlawanan akhir, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Ianya akan dijual di Gate A dan E pada Rabu (19 Oktober) dan Khamis (20 Oktober).", "A post shared by Kuala Lumpur City FC (@klcityfootball)", "Pada hari Sabtu pula, ianya akan dijual di Gate C (penyokong tuan rumah) dan Gate E (penyokong pelawat) bermula 12 tengah hari sehingga 7.45 malam.", "Harga tiket fizikal yang ditetapkan bagi kesemua kaunter atau gate yang menjualnya adalah seperti berikut:", "Khamis & Jumaat – RM40", "Dalam makluman yang sama, KL City turut memaklumkan satu promosi kepada pelanggan Astro dimana mereka dapat membeli tiket pada harga RM30 sahaja terhad kepada pembelian pada hari Jumaat.", "Syaratnya, pembeli mesti menunjukkan Akaun Astro semasa membuat pembeli di kaunter atau gate tersebut.", "Untuk makluman semua, perlawanan ini akan menemukan KL City dengan kelab yang berpangkalan di Oman, Al-Seeb. Sepak mula bagi perlawanan ini dijadualkan pada jam 7 malam.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219148/", "headline": "\nSukan Solidariti Islam: 2 Emas, 1 Perak Dan 4 Gangsa Dibawa Pulang Kontinjen Malaysia\n", "content": ["Temasya persahabatan antara negara-negara Islam, Sukan Solidariti Islam Ke-5 yang berlangsung di Konya, Turkiye menutup saingannya, semalam.", "Kontinjen Malaysia diketuai chief de mission (CDM), Tuan Hj Abdul Rashid Bin Yaakub merangkap Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) hadir bersama-sama 56 orang atlet dan 24 pegawai.", "Penyertaan kali ini menyaksikan Malaysia mengambil bahagian dalam tujuh acara iaitu berbasikal trek, gimrama, karate, memanah, olahraga, taekwondo dan memanah tradisional (sukan demo).", "Malaysia menutup temasya ini dengan membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa menerusi atlet yang mengambil bahagian dalam acara berikut:", "Kutipan ini telah meletakkan kontinjen negara di kedudukan ke-19 daripada 57 negara yang mengambil bahagian secara keseluruhan.", "Untuk makluman semua, Sukan Solidariti Islam Ke-6 dijadualkan berlangsung pada tahun 2025 bertempat di Yaounde, Cameroon.", "Sebagai tambahan, temasya ini julung kalinya diadakan pada tahun 2005 di Arab Saudi diikuti Tehran, Iran (2009), Palembang, Indonesia (2013) dan Baku, Azerbaijan (2017)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219194/", "headline": "\nKL United Ikat Pertahanan Tengah Lubnan Kelahiran Perancis\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Kuala Lumpur United (KL United) FC dimaklumkan telah mengikat seorang pertahanan tengah untuk mengisi slot pemain import asianya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Menurut makluman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL United FC, Stanley Bernard mengatakan pemain tersebut datangnya dari rantau asia barat iaitu Lubnan. Akan tetapi, pertahanan ini sedikit istimewa kerana merupakan pemain kelahiran Perancis.", "Bagaimanapun, Stanley tidak mengulas panjang mengenai siapakah gerangan pemain tersebut namun beliau memberitahu pihaknya telah berjaya mendapatkan pertahanan tersebut secara ‘hitam putih’.", "“(Dia) pertahanan tengah, dia dalam perjalanan dan akan sampai dalam beberapa hari lagi (di Malaysia), bukan mudah untuk bawa masuk dia (kerana Perintah Kawalan Pergerakan pada masa ini) dan kita telah berjaya dapatkannya.", "“(Pemain) Lubnan tetapi dia sebenarnya lahir di Perancis. Dia (pemegang) passport Lubnan jadi (mengisi slot) pemain asia.” katanya ketika bercakap kepada Sukanz, pada hari ini.", "Pemain ini pastinya bakal menjadi taruhan utama ketua jurulatih, Bojan Hodak untuk digandingkan bersama salah seorang pertahanan tengah tempatan skuad ibu kota samada Shukor Adan, Irfan Zakaria atau Wan Amirzafran bagi membentuk benteng KL United bagi musim ini.", "Sementara itu, pihaknya sedang berunding dengan seorang pemain bagi mengisi slot pemain import ASEAN, Belum ada sebarang kesepakatan dicapai bersama pemain tersebut namun sekiranya berjaya, dia akan diumumkan sebagai pemain KL United dalam tempoh 2-3 hari lagi.", "“(Pemain) ASEAN masih dalam perbincangan. Kita akan pastikan ‘hitam putih’ akan dilakukan pada minggu ini.” katanya lagi.", "Sebelum ini, KL United telah menyambung khidmat pemain importnya musim lalu iaitu Paulo Josue. Manakala dua pemain import yang tidak asing lagi dalam kancah liga tempatan iaitu Dominique Da Sylva dan Romel Morales turut diikat oleh KL United.", "Sementara itu, Stanley turut berkata untuk pelancaran jersi baharu KL United, ianya akan berlangsung sekitar seminggu sebelum daripada sepak mula saingan Liga Super 2021. ", "Hal ini kerana beberapa perkara melibatkan urusan penajaan bersama pihak korporat tidak dapat dimuktamadkan sebelum daripada ini ekoran kekakangan Perintah Kawalan Pergerakan.", "Namun begitu, apa yang pasti, Stanley mengesahkan skuad ibu kota akan terus menerima penajaan persalinan daripada PUMA untuk saingan musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217903/", "headline": "\nMalaysia Berada Di Ranking 147 Dunia Selepas Layak Ke Saingan Piala Asia 2023\n", "content": ["Kiraan tidak rasmi ranking bola sepak lelaki dunia menyaksikan skuad bola sepak kebangsaan berhasil memperbaiki kedudukannya dengan ketara selepas berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2023.", "Sebelum bermulanya pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia berada di ranking 154 dunia. Namun, menurut perkongsian Footy Rankings, Malaysia kini berada di tangga 147 dunia selepas merekodkan kemenangan ke atas Turkmenistan dan Bangladesh dan kalah kepada Bahrain dalam saingan peringkat Kumpulan E.", "Baca: Harimau Malaya Mara Ke Saingan Piala Asia Secara Merit Selepas 42 Tahun", "Here is the FIFA Rankings update after matchday 3 of Asian Cup Qualifiers Final Round", "*Rank changes may be different from yesterday's tweets after calculating all results & matches from other continents#FIFARankings #AsianCup2023 #ACQ2023 pic.twitter.com/016LwU8Hb5", "— Footy Rankings (@FootyRankings) June 15, 2022", "Pada saat ini, Malaysia yang berjulukan Harimau Malaya mempunyai 1057.54 mata secara keseluruhan. Mata tersebut dimiliki oleh skuad bimbingan Kim Pan-gon selepas merekodkan kemenangan 4-1 yang memberikan tambahan 8.85 mata dalam perlawanan akhir menentang Bangladesh, semalam.", "Kedudukan ranking ini dikira selepas tamatnya keseluruhan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 melibatkan Kumpulan A, B, C, D, E dan F pada awal pagi tadi.", "Bagaimanapun, sekali lagi diingatkan, kedudukan ranking ini adalah kiraan tidak rasmi daripada akaun laman sosial yang memberikan perkembangan terkini mengenai ranking pasukan-pasukan bola sepak asia.", "Sebagai tambahan, kiraan rasmi daripada badan induk, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan dikemaskini dan dikeluarkan pada 23 Jun kelak.", "Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217219/", "headline": "\nPiala Uber: Akane Yamaguchi Dikejutkan Pemain Indonesia Usia 18 Tahun, Bilqis Prasista\n", "content": ["Kejohanan badminton berpasukan wanita, Piala Uber 2022 menyaksikan pemain No.1 dunia dari Jepun, Akane Yamaguchi dikejutkan oleh pemain remaja Indonesia yang berusia 18 tahun, Bilqis Prasista.", "Kejutan itu tercatat ketika Jepun bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan A, sebentar tadi. Lebih mengejutkan, Akane tumpas kepada Bilqis pada pertarungan pertama secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 19-21 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.", "Wow. Sensational❗Indonesia 🇮🇩 you have new ⭐ ", "World No.3️⃣3️⃣3️⃣ Bilqis Prasista with the win over world No.1️⃣ Akane Yamaguchi 🇯🇵.", "Follow live action: https://t.co/TjoFnUmqf9#ThomasUberCups #Bangkok2022 pic.twitter.com/VXsey72rVa", "— BWF (@bwfmedia) May 11, 2022", "Sungguhpun kemenangan ini membolehkan Indonesia mendahului 1-0 buat seketika sebelum Jepun bangkit mencipta kemenangan pada empat perlawanan seterusnya menerusi Nami Matsuyama-Chiharu Shida, Sayaka Takahashi, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dan Riko Gunji.", "Namun begitu, kemenangan yang diraih oleh Bilqis yang berada di ranking ke-333 dunia ini menyebabkan Jepun tidak dapat merekodkan kemenangan bersih 5-0 ke atas pasukan Indonesia yang dibarisi oleh rata-rata pemain pelapis dan muda.", "Untuk makluman semua, kejayaan menumpaskan pemain No.1 dunia ini merupakan yang terhebat pernah direkodkan dalam kariernya setakat ini. Sebelum ini Bilqis yang banyak beraksi dalam saingan remaja hanya berentap dengan rata-rata pemain yang berada di ranking setaraf dengannya sahaja.", "Tahun lalu, Bilqis berhasil merangkul kejuaraan pertama di pentas antarabangsa dengan memenangi saingan Siri Antarabangsa Bangladesh Remaja selepas menumpaskan rakan senegaranya, Ruzana."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219391/", "headline": "\nPengasas Skygear Miliki 5% Saham Kelantan FC Dengan Harga RM3 Juta\n", "content": ["Pengasas syarikat pakaian kasual lelaki dan wanita dalam talian, Skygear, Nik Hafiz Naim Nik Hassan disahkan menjadi pemegang sebanyak 5% saham The Red Warriors FC Berhad – syarikat yang memiliki pasukan Kelantan FC.", "Nik Hafiz yang juga anak jati Kelantan dan peminat tegar pasukan berkenaan memperolehi pegangan saham itu selepas membayar sebanyak RM3 juta kepada pemiliknya, Norizam Tukiman.", "Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh Norizam yang terkenal dengan panggilan Zamsaham dalam satu sesi ramah mesra bersama penyokong dan Majlis Menandatangani Pemilikan Saham The Red Warriors FC Berhad, minggu lalu.", "Baca: Peminat Tawar Norizam RM3 Juta Untuk Beli 5% Saham Kelantan FC", "Pengumuman ini hadir selepas Norizam memaklumkan menerima tawaran daripada seorang peminat tegar skuad The Red Warriors untuk membeli pegangan saham sebanyak 5% itu dengan harga RM3 juta, sekitar pertengahan Ogos lalu.", "Hasil daripada memiliki 5% pegangan saham ini, Norizam memaklumkan jenama Skygear akan turut tertera pada jersi Kelantan disamping jenama Zamburger bagi musim hadapan.", "Pada masa yang sama, difahamkan, Skygear menjadi salah satu penaja terbesar bagi pasukan ini untuk mengharungi saingan Liga Super 2023 kelak.", "Untuk makluman semua, Nik Hafiz menubuhkan Skygear yang berpusat di Setia Alam, Selangor ini pada Februari 2020 apabila pandemik Covid-19 mula merebak.", "Syarikat ini juga ditubuhkan untuk membantu individu yang mengalami masalah kewangan ekoran pandemik tersebut selain membuka peluang kepada orang ramai menceburi perniagaan melibatkan pakaian.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219584/", "headline": "\nFAM Dedah Dion Cools Sertai Kelab Republik Czech\n", "content": ["Teka-teki mengenai pasukan yang akan disertai oleh pertahanan kacukan skuad kebangsaan, Johan Dion Cools selepas menamatkan kontrak bersama FC Midtjylland akhirnya terjawab.", "Perkara tersebut terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengumumkan senarai 25 pemain dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya, pada hari ini.", "Dalam siaran media tersebut, FAM meletakkan kelab yang disertai oleh Dion Cools adalah FK Jablonec yang berpangkalan di Republik Czech.", "Ketika ini, kelab berjulukan Galacticos ini berada di kedudukan ke-13 daripada 16 pasukan dalam carta liga utama negara tersebut. ", "Bagaimanapun, tinjauan di pelbagai platfom laman sosial dan laman sesawangnya tidak menemukan sebarang makluman rasmi mengenai kemasukan Dion Cools bersama kelab ini.", "Akan tetapi, perkembangan ini pastinya menutup seketika gosip yang mengaitkan pertahanan versatil ke kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Untuk makluman, Dion Cools dan FC Midtjylland mengumumkan mencapai kesepakatan bersama untuk menamatkan kontrak pada Jumaat lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114351/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Gandingan Semula V Shem-Wee Kiong Lepasi Pusingan 32\n", "content": ["Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang kembali bergandingan semula buat kali terakhir di pentas Kejohanan Dunia BWF berhasil merekodkan kemenangan pada Pusingan 32.", "Kemenangan tersebut diraih dengan menumpaskan beregu lelaki Jepun, Hiroki Okamura dan Masayuki Onodera dengan keputusan 21-15, 22-24 dan 21-16 dalam tempoh masa melebihi satu jam, petang tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 32 🇲🇾V Shem GOH🏅21 22 21 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅15 24 16 🇯🇵Hiroki OKAMURA 🇯🇵Masayuki ONODERA🕗 in 66 minutes https://t.co/1XO5tEMEKb", "Untuk makluman semua, V Shem dan Wee Kiong yang menghuni ranking ke-14 dunia mengumumkan perpisahan setelah bergandingan selama 7 tahun, pada bulan Ogos lalu.", "Semenjak itu, kedua-dua pemain ini membawa haluan masing-masing dengan V Shem membentuk gandingan bersama Low Juan Shen. Manakala Wee Kiong bergandingan bersama Tan Kian Meng.", "Bagaimanapun, V Shem dan Wee Kiong membuat keputusan untuk kembali beraksi bersama di pentas kejohanan dunia memandangkan mereka layak berdasarkan ranking semasa dan ini bakal menjadi kejohanan terakhir buat pasangan yang pernah merangkul pingat perak Sukan Olimpik ini.", "Untuk perlawanan seterusnya di Pusingan 16, V Shem-Wee Kiong akan berhadapan dengan beregu Jerman, Bjarne Geiss dan Jan Colin Volker yang menghuni ranking ke-68 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323134/", "headline": "\nSalah Cipta Rekod Sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL\n", "content": ["Dua jaringan Mohamed Salah ketika turun menentang Leeds United pada awal pagi tadi telah meletakkannya sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Penyerang kelahiran Mesir berusia 30 tahun itu mencipta dua jaringan menerusi kaki kirinya pada minit ke-39 dan ke-64 yang membantu Liverpool merakamkan kemenangan besar 6-1 Leeds United.", "Dua jaringan itu membolehkan Salah melepasi rekod 105 gol melalui kaki kiri yang dipegang oleh bekas pemain England, Robbie Fowler.", "Ketika ini, Salah mengungguli carta Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL dengan catatan 107 gol.", "Untuk makluman semua, Salah telah menjaringkan 135 gol secara keseluruhan dalam saingan EPL.", "Baki 28 gol lagi, 21 daripada dihasilkannya menerusi kaki kanan sementara tujuh lagi melalui kepala.", "Sebagai tambahan, antara pemain lain yang turut menghuni kelompok lima Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL ialah Robin van Persie (94 gol), Ryan Giggs (83 gol) dan Riyad Mahrez (65 gol).", "The most left-footed goals in #PL history!", "— Premier League (@premierleague) April 17, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113787/", "headline": "\nIndonesia Masters: Kemaraan Pearly-Thinaah Disekat Pasangan Beregu No.9 Dunia\n", "content": ["Perjalanan pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam saingan Indonesia Masters tersekat di peringkat suku apabila tumpas kepada beregu yang menghuni ranking ke-9 dunia.", "Aksi yang berlangsung petang tadi menyaksikan Pearly-Thinaah tewas secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-14 dan 21-15 kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida dalam masa 40 minit.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)WD – Quarter final 🇯🇵Nami MATSUYAMA🏅21 21 🇯🇵Chiharu SHIDA🏅14 15 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 40 minutes https://t.co/IgG5EwxXpF", "Ini menjadikan Pearly-Thinaah tumpas buat kali keempat di tangan Matsuyama-Shida sejak pertemuan pertama kedua-dua pasangan ini direkodkan pada tahun 2020.", "Walaupun terpaksa akur tumpas dan gagal ke separuh akhir, Pearly-Thinaah boleh berpuas hati dengan 6,050 mata yang diraih hasil daripada kemaraan sehingga ke pentas suku akhir kejohanan ini.", "Dijangkakan pungutan 6,050 mata ini dapat meningkatkan kedudukan ranking dunia buat Pearly-Thinaah dalam kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berikutnya.", "Untuk rekod, pasangan Pearly-Thinaah sedang menghuni ranking ke-18 dunia pada masa ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218656/", "headline": "\nPenyerang Pinjaman, Jordan Mintah Mula Jaringkan Gol Buat KL City\n", "content": ["Penyerang kelahiran Ghana yang dipinjamkan daripada Terengganu FC, Jordan Mintah sudah mula menunjukkan ketajamannya di hadapan gawang sekaligus menjaringkan gol buat Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Pemain berusia 26 tahun ini berhasil meledak jaringan pertama dan keduanya bersama skuad ibu kota ketika turun beraksi menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) dalam saingan Liga Super, semalam.", "56' GOL | Jordan Mintah menjaringkan gol pertamanya bersama KL City FC!@KLCityFootball 1-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Ca0DHL6wvq", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 27, 2022", "Dalam perlawanan terbabit, jaringan yang dihasilkan oleh Mintah pada minit ke-56 (penalti) dan ke-72 membolehkan KL City melakukan ‘comeback’ dan meraih kemenangan ke atas Kedah yang terlebih dahulu mendahului 1-0 pada babak pertama.", "Ia sekaligus membolehkan KL City memungut tiga daripada aksi yang berlangsung di lamannya sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.", "72' GOL | Jordan Mintah menanduk masuk hantaran lintang Romel Morales untuk meletakkan KL City di depan!@KLCityFootball 2-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qNatqw08nt", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 27, 2022", "Kemenangan ini juga membolehkan KL City melonjakkan kedudukannya dalam saingan Liga Super dari tangga ketujuh kepada tangga keempat dengan memiliki 18 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.", "Untuk makluman, Mintah dipinjam KL City daripada Terengganu FC bermula Jun lalu sehingga ke penghujung musim ini. Pinjaman ini turut disertakan dengan syarat KL City tidak boleh menggunakan khidmat Mintah ketika menentang Terengganu atau Terengganu II dalam mana-mana kejohanan. Sebagai tambahan, Mintah mempunyai kontrak bersama Terengganu sehingga ke penghujung tahun 2023.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324872/", "headline": "\nNew Zealand Enggan Teruskan Perlawanan Menentang Qatar, Didakwa Bersifat Perkauman\n", "content": ["Pasukan bola sepak New Zealand enggan beraksi pada separuh masa kedua menentang Qatar rentetan dakwaan terdapat cercaan bersifat perkauman daripada pemain negara timur tengah itu terhadap pertahanan, Michael Boxall. ", "Menurut badan induk bola sepak negara Oceania itu, kejadian tersebut berlaku pada minit ke-40 perlawanan yang berlangsung di Austria itu yang menyaksikan kedua-dua pemain bertegang urat sebelum cercaan tersebut dilontarkan. ", "Skuad berjulukan All Whites itu mendakwa cercaan bersifat perkauman itu dapat didengari bukan sahaja Boxall malahan para pemain mereka yang membawa kepada laporan pemain kepada pegawai perlawanan tetapi tiada sebarang tindakan diambil.", "Susulan itu, para pemain New Zealand bersolidariti dengan bertindak untuk tidak beraksi pada separuh masa kedua perlawanan tersebut sekaligus perlawanan terhenti biarpun mereka mendahului dengan keputusan 1-0.", "Statement from New Zealand Football.", "— New Zealand Football 🇳🇿 (@NZ_Football) June 20, 2023", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bola sepak New Zealand, Andrew Pragnell mempertahankan tindakan para pemain All Whites dengan menegaskan bahawa terdapat isu yang lebih besar daripada bola sepak yang perlu ditegakkan. ", "“Kami menyokong penuh tindakan pemain kami, yang bersetuju secara kolektif tindakan ini. Kami tidak pernah mahu melihat perlawanan terbengkalai tetapi beberapa isu lebih besar daripada bola sepak dan penting untuk membuat pendirian.” ", "“Tiada ruang untuk perkauman dalam bola sepak.” tegas Pragnell menerusi kenyataan di laman sesawang badan induk bola sepak negara tersebut. ", "Untuk makluman, Micheal Boxall merupakan pertahanan berdarah Samoa yang beraksi di Amerika Syarikat dalam saingan Major Soccer League (MLS) bersama Minnesota United. ", "Featured Image: New Zealand Football"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323096/", "headline": "\nMotoGP: Alex Rins Raih Kemenangan Sulung, Bagnaia Terus Melopong\n", "content": ["Alex Rins tampil cemerlang apabila meraih kejuaraan sulung dalam saingan MotoGP musim ini di Grand Prix (GP) Amerika. Pada masa yang sama, Francesco Bagnaia pula menanggung kekecewaan tidak dapat menamatkan perlumbaan setelah terbabas dalam perlumbaan yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia. ", "Dalam perlumbaan terbabit, Bagnaia merangkap juara bertahan terlebih dahulu di hadapan sehingga pusingan kesembilan sambil diikuti rapat Rins. Bagaimanapun, pendahuluan itu tidak bertahan lama apabila jentera yang dibawa pelumba Itali itu gagal dikawal sekaligus terbabas.", "Susulan itu, Rins berhasil memintas dan terus mendominasi perlumbaan sehingga ke garisan akhir. Kemenangan itu memberinya 25 mata bersama tambahan sembilan mata daripada acara pecut. ", "Knock knock, who’s there? We are!!! @lcr_team WHAT A WEEKEND 🤯 Tomorrow we keep working…but lets enjoy the moment today! 🤠😁 ", "Adivinad quien ha vuelto? @lcr_team 💪🏻 Menudo finde 🤯 Mañana volvemos al trabajo, pero hoy a celebrarlo! 🤠😁#AmericasGP #MotoGP pic.twitter.com/rkYDLFeboU", "— Alex Rins (@Rins42) April 16, 2023", "Kutipan mata terus melonjakkan kedudukan pelumba LCR Honda Castrol terbabit ke tempat ketiga kejohanan dengan 47 mata.", "Kejuaraan ini juga bermakna pelumba Sepanyol tersebut berjaya menguasai GP Amerika buat kali keempat sepanjang kariernya sebagai pelumba profesional. Sebelum ini, Rins berjaya muncul juara di litar yang sama dalam perlumbaan Moto3 (2013), Moto2 (2016) dan MotoGP (2019). ", "Sementara itu, Bagnaia terus berputih mata dalam dua perlumbaan utama berturut-turut biarpun cemerlang dalam acara pecut yang menyaksikan pelumba itu raih tempat pertama dengan kutipan 12 mata di Austin.  ", "Walaupun begitu, pelumba Ducati itu terus berada di kedudukan kedua kejohanan dengan 53 mata, dibezakan sembilan mata dengan pendahulu, Marco Bezzecchi (64 mata) dan mengatasi  Rins (47 mata) dengan enam mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219809/", "headline": "\nAkademi Bola Sepak Cyberlynx Platform Kembangkan Karier Selepas SPM\n", "content": ["Malaysia mempunyai sebuah program pembangunan bola sepak, Program Pembangunan Bola Sepak Negara atau lebih dikenali sebagai NFDP. Program ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak bermula umur 7 tahun sehingga remaja berusia 17 tahun dalam sukan bola sepak.", "Bagaimanapun, setelah tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau berumur 18 tahun, kemanakah hala tuju mereka? Mungkin ada sebahagian daripada mereka ini bakal mendapat tempat di skuad Piala Belia (B-19) atau Piala Presiden (B-21) dalam kalangan pasukan yang bersaing dalam kancah bola sepak tempatan.", "Namun seperti kita sedia maklum, hanya terdapat 18 pasukan profesional sahaja yang bersaing di kancah liga tertinggi Malaysia. Tidak mungkin kesemua pelatih produk NFDP yang terdiri daripada keluaran Pusat Latihan Daerah (PLD), Sekolah Sukan dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dapat diisi ke dalam 18 pasukan tersebut.", "Disebabkan itu, Cyberlynx International College hadir dengan sebuah program ‘Student Athlete’ khusus untuk memberikan satu platform kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengembangkan karier dalam sukan bola sepak selepas daripada SPM.", "Untuk menyertai program ini, pertama sekali, anda perlu menyambung pelajaran dalam program diploma di Cyberlynx International College. Terdapat sekitar sembilan program diploma yang ditawarkan di kolej ini.", "Antaranya Diploma in Football Studies, Diploma in Business Administration, Diploma in Fashion dan lain-lain lagi dimana yurannya adalah sekitar RM12,000 bagi tempoh tiga tahun.", "Setelah mendaftar untuk melanjutkan program dalam mana-mana program diploma di kolej ini, para pelajar berpeluang untuk menyertai Akademi Bola Sepak Cyberlynx dan diberikan biasiswa.", "Di akademi ini, para pelajar berpeluang untuk mengikuti latihan untuk membangunkan kemahiran teknikal, taktikal, fizikal dan fisiologi. Para pelajar akan dibimbing oleh ketua jurulatih pembangunan akademi, Hasmawi Hassan. Selain itu, pelajar akademi ini akan berpeluang untuk bermain dalam kejohanan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan aksi kompetitif di sekitar Lembah Klang. ", "Lebih menarik, peserta akademi pada tahun ini berpeluang untuk mewakili Cyberlynx FC yang telah diumumkan bakal berentap dalam saingan Liga M3, baru-baru ini. Untuk makluman, Cyberlynx FC ini dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan, Shahril Arsat.", "Akademi Bola Sepak Cyberlynx ini masih muda usianya. Ia ditubuhkan pada tahun 2018 namun telah mempunyai sekitar 150 pemain yang berumur antara 18 tahun hingga 23 tahun.", "Walaupun masih muda, seramai 11 orang graduan akademi ini telah berjaya menempatkan diri bersama pasukan profesional dalam saingan bola sepak Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220763/", "headline": "\nJDT Hadiahkan Sabah Tiket Ke Saingan Piala AFC\n", "content": ["Satu lagi tiket ke saingan Piala AFC pada musim hadapan nampaknya menjadi milik pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo iaitu Sabah FC.", "Perkembangan ini hadir selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala Malaysia 2022 hasil daripada menumpaskan Selangor FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.", "Kejuaraan itu menjadi milik skuad berjulukan Harimau Selatan hasil jaringan daripada Bergson da Silva dan Fernando Forestieri pada penghujung babak pertama dan awal babak kedua masing-masing.", "Manakala jaringan tunggal Selangor pula hadir menerusi Herlison Caion menerusi sepakan penalti pada babak pertama.", "Untuk makluman semua, penganjur, Malaysian Football League (MFL) menetapkan sekiranya juara bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia merupakan kelab yang sama, maka, slot kedua ke saingan Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super.", "Dalam hal ini, Sabah bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga meraih slot Piala AFC tersebut selepas JDT muncul juara bagi ketiga-tiga saingan, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.", "Sementara itu, slot pertama ke saingan Piala AFC pula menjadi milik Terengganu FC setelah menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.", "JDT bimbingan Hector Bidoglio pula meraih slot tunggal ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim hadapan hasil daripada meraih kejuaraan Liga Super. ", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114062/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Lee Zii Jia Bermula Langkah Kanan Tumpaskan Pemain Thailand\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan perlawanan pertama pada kempen Jelajah Dunia Akhir BWF di peringkat Kumpulan B dengan langkah kanan.", "Pemain berusia 23 tahun ini berhasil mencatatkan kemenangan ke atas wakil Thailand, Kunvalut Vitidsarn secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-16 dalam masa menghampiri satu jam.", "Hasil kemenangan ini, Zii Jia meraih mata pertama sebagai usahanya untuk menamatkan saingan di peringkat Kumpulan B sebagai juara atau naib juara.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MS – Round 121 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅15 16 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🕗 in 51 minutes https://t.co/L9N3k3SzyV", "Selain itu, kemenangan ini menjadikan rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pemain ini berpihak kepada Zii Jia sebanyak tiga kali sementara Vitidsarn pula kekal dengan rekod satu kemenangan. ", "Perlawanan seterusnya di peringkat Kumpulan B, Zii Jia dijadualkan bertemu pemain Perancis yang menghuni ranking ke-33 dunia, Toma Junior Popov. Kedua-dua pemain ini pernah bertemu sebanyak tiga kali dan ketiga-tiganya dimenangi oleh Zii Jia.", "Untuk makluman semua, perlawanan ini dijangka berlangsung bermula jam 10.50 pagi di Court 2, pada hari esok.", "Sebagai tambahan, hanya juara dan naib juara Kumpulan A dan B sahaja akan layak ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325521/", "headline": "\nMB Johor Umum 23 Julai Sebagai Cuti Peristiwa Sempena Kejayaan JDT Julang Piala FA 2023\n", "content": ["Seluruh negeri Johor dapat bercuti pada Ahad (23 Julai) selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjuarai saingan Piala FA 2023.", "Perkembangan ini hadir selepas kerajaan negeri Johor pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi memutuskan untuk mengisytiharkan hari tersebut sebagai Hari Cuti Peristiwa.", "“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 23 Julai 2023, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2023.” umum beliau menerusi pelbagai platform media sosialnya miliknya.", "Syukur Alhamdulillah di atas kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya merangkul Piala FA 2023 menentang Kuala Lumpur City FC dengan jaringan gol 2 – 0, serta mempertahankan kejuaraan tahun lalu dengan penuh gaya. ", "— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) July 22, 2023", "Skuad berjulukan Harimau Selatan bimbingan Esteban Solari berhasil muncul juara setelah memenangi perlawanan akhir menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Hong Wan dan Leandro Velazquez pada minit ke-66 dan ke-74 masing-masing.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan Piala FA yang ketiga diraih JDT sejak mendapat sentuhan pimpinan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) selepas merangkulnya pada tahun 2016 dan 2022 yang lalu.", "Sebagai rekod, ketika JDT muncul juara Piala FA pada tahun lalu, Onn Hafiz turut mengumumkan cuti buat seluruh negeri Johor pada 11 September bagi meraikan kejayaan tersebut.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324332/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Jun Hao Atasi Cabaran Thammasin, Lolos Ke Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao berhasil meneruskan rentetan kemenangan daripada pusingan kelayakan semalam dengan melakar kejutan ke atas Sitthikom Thammasin dalam aksi Pusingan 32 saingan Terbuka Thailand, pada hari ini.", "Dalam pertarungan tersebut, Jun Hao yang berada di ranking ke-65 dunia berhasil menumpaskan pemain tuan rumah yang berusia 28 tahun tersebut menerusi tiga set permainan yang berlanjutan lebih daripada satu jam.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – R3216 21 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🥇", "21 16 12 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN", "— BWFScore (@BWFScore) May 31, 2023", "Jun Hao bermula dengan langkah kiri apabila tumpas 16-21 di tangan Thammasin yang menghuni ranking ke-30 dunia itu. Bagaimanapun, dia berhasil bangkit pada set seterusnya dengan melakar kemenangan 21-16 sebelum menyudahkan permainan di set ketiga dengan skor 21-12.", "Sebagai rekod, Jun Hao melakar kemenangan penuh kejutan itu dalam pertemuan sulungnya di pentas antarabangsa dengan Thammasin yang pernah menjuarai saingan Terbuka Macau 2019 yang bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF. ", "Dengan kemenangan tersebut, Jun Hao dapat meloloskan dirinya ke Pusingan 16 bagi saingan bertaraf Super 500 ini. Menantinya di peringkat tersebut adalah perseorangan Perancis yang menghuni ranking ke-36 dunia, Christo Popov bagi merebut tiket ke peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322561/", "headline": "\n10 Fakta Perlawanan Melibatkan Malaysia vs Hong Kong\n", "content": ["Hong Kong hadir selaku lawan kedua Malaysia pada jendela antarabangsa FIFA kali ini dengan misi untuk memperbaiki kedudukan dunia serta mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Piala Asia nanti. ", "Beberapa perkara menarik dapat dirangkumkan mengenai perlawanan ini dan berikut kami hidangkan 10 fakta perlawanan di antara Malaysia menentang Hong Kong:", "Seramai 12 pemain Malaysia dan 11 pemain Hong Kong yang disenaraikan untuk perlawanan malam ini terlibat dalam pertemuan kedua-dua negara dalam aksi persahabatan tahun lalu.", "Purata umur bagi pemain Malaysia ialah 27.07 tahun manakala bagi pemain Hong Kong ialah 27.44 tahun. Huang Yang (39 tahun 5 bulan) muncul sebagai pemain tertua manakala Nooa Laine (20 tahun 4 bulan) sebagai pemain termuda dari senarai kedua-dua pasukan.", "Kedua-dua pemain, Safawi Rasid dan Safiq Rahim yang menjaringkan gol dalam perlawanan Malaysia menentang Hong Kong sebelum ini tidak tersenarai di dalam skuad kali ini.", "Pemain muda Hong Kong yang berkelana di Sepanyol, Shinichi Chan tersenarai di dalam senarai awal panggilan kebangsaan tidak terpilih bagi aksi menentang Singapura dan Malaysia pada jendela antarabangsa FIFA kali ini.", "Malaysia tidak dapat menurunkan Endrick dos Santos dan Arif Aiman akibat daripada kecederaan yang dialami para pemain tersebut manakala kem Jorn Andersen terpaksa melupakan khidmat Matthew Orr dan Helio akibat kecederaan dan isu passport.", "Seperti Malaysia, Hong Kong juga merupakan sebuah negara yang memiliki ramai pemain naturalisasi tetapi kebanyakkannya tidak disenaraikan. Harimau Malaya hanya menyenaraikan Paulo Josue manakala negara Asia Timur itu membawa Paulo Cesar dan Mahama Awal ke bumi Malaysia. ", "Selepas bertemu Turkmenistan, hanya tiga pemain sahaja lagi yang belum melakukan penampilan sulung bersama skuad kebangsaan – Sikh Izhan, Damien Lim dan Daniel Ting.", "Hong Kong hanya mencatatkan 3 kemenangan dan tewas sebanyak 7 kali daripada 12 perlawanan sejak kali terakhir bertemu Malaysia yang menyaksikan Hong Kong kini berada di tangga ke-146 dunia. ", "Yapp Hung Fai merupakan pemain Hong Kong dengan rekod kaps terbanyak iaitu sebanyak 82 penampilan bersama skuad kebangsaan negara Asia Timur itu sejak kali pertama beraksi pada tahun 2010 turut tersenarai pada kali ini. ", "Majoriti pemain skuad kendalian Jorn Andersen kali ini bermain dalam saingan Liga Premier Hong Kong kecuali 4 pemain – Leung Nok Hang (Zhejiang Pro), Vas Nunez (Dalian Pro), Li Ngai Hoi (Nantong Zhiyun) dan Yue Tze Nam (Meizhou Hakka) yang berkelana ke China. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219765/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Chattisgarh: Pemain Ranking 113 Dunia Sekat Jin Wei Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pemain tuan rumah yang menghuni ranking ke-113 dunia, Tasnim Mir menjadi batu penghalang kepada perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei ke peringkat suku akhir Cabaran Antarabangsa Chattisgarh India 2022.", "Pertembungan peringkat Pusingan 16 yang menemukan kedua-dua pemain petang semalam menyaksikan Jin Wei tumpas secara “straight set” kepada Tasnim dengan skor  19-21 dan 17-21 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan.", "Keputusan itu sekaligus mengekang kemaraan Jin Wei yang merupakan pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini. Manakala Tasnim yang berjaya ke peringkat suku akhir akan bertemu pemain senegaranya, Mansi Singh yang menghuni ranking ke-256 dunia.", "Sebelum itu, Jin Wei cemerlang melangkah ke peringkat Pusingan 16 apabila mengalahkan lawannya, Tanvi Reddy Andluri dalam tempoh 18 minit permainan sahaja di Pusingan 32.", "Di Pusingan 64 pula, Jin Wei menyingkirkan pemain India berkedudukan ke-520 dunia, Drithi Yatheesh secara “straight set” dalam tempoh 26 minit.", "Dengan berakhirnya kempen di India ini, Jin Wei akan mengalihkan tumpuannya ke saingan Terbuka Vietnam – Jelajah BWF Super 100 – yang akan membuka tirainya pada 27 September, minggu hadapan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217655/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Austria Seng Zoe Catat Peningkatan 15 Anak Tangga\n", "content": ["Kejayaan perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Yeoh Seng Zoe memenangi saingan Siri Antarabangsa Terbuka Austria 2022 pada hujung minggu lalu membolehkan dirinya memperbaiki kedudukan ranking dunianya.", "Kemenangan di kejohanan tersebut memberikannya 2500 mata dan pungutan mata itu berhasil menyumbang kepada lonjakan 15 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-118 dunia, setelah dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.", "Kedudukan ke-118 dunia ini juga merupakan yang terbaik pernah dicapainya dalam karier seniornya setakat ini.", "Untuk makluman, pemain berusia 24 tahun ini muncul juara selepas menumpaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen secara “straight set” dalam perlawanan akhir yang memakan masa 36 minit permainan.", "Sebelum itu, Seng Zoe menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan pemain Taiwan, Lee Chia Hao (separuh akhir), pemain Perancis, Yanis Gaudin (suku akhir), pemain Austria, Wolfgang Gnedt (Pusingan 16) dan pemain Taiwan, Chi Yu Jen (Pusingan 32).", "Sebagai tambahan, Seng Zoe masih kekal berada di benua eropah pada minggu ini dengan mengambil bahagian dalam saingan Cabaran Antarabangsa Itali 2022 yang akan bermula 2 Jun nanti.", "Featured Image: Facebook Österreichischer Badminton Verband"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221262/", "headline": "\nPemenang Piala Dunia 3 Kali, Pele Meninggal Dunia Usia 82 Tahun\n", "content": ["Satu-satunya pemain yang berjaya memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali, Edson Arantes do Nascimento atau lebih dikenali sebagai Pele telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.", "Difahamkan, legenda bola sepak Brazil itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo akibat kegagalan organ selepas bergelut lama dengan kanser.", "— CBF Futebol (@CBF_Futebol) December 29, 2022", "Untuk makluman semua, Pele menempa sejarah sebagai satu-satunya pemain yang berjaya menjulang tiga kejuaraan Piala Dunia selepas membantu negaranya muncul juara pada edisi 1958, 1962 dan 1970.", "Pele mempunyai rekod sebanyak 12 gol hasil daripada beraksi di ketiga-tiga edisi kejohanan terbabit.", "Secara keseluruhan, beliau mempunyai rekod jaringan sebanyak 77 gol hasil daripada tampil sebanyak 97 kali bersama skuad berjulukan Selecao itu.", "Sementara itu, di peringkat kelab, Pele beraksi dengan dua kelab iaitu Santos yang berpangkalan di Brazil selama 18 tahun serta New York Cosmos di Amerika Syarikat selama 2 tahun sebelum menggantung butnya.", "Featured Image: New York Cosmos"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208425/", "headline": "\nSi Penggali Kubur ‘The Undertaker’ Umum Bersara Daripada WWE\n", "content": ["Penggusti legenda The Undertaker atau Si Penggali Kubur mengumumkan persaraannya secara rasmi selepas berkecimpung selama 30 tahun dalam World Wrestling Entertaiment (WWE).", "Undertaker atau nama sebenarnya, Mark Calaway mengumumkan persaraannya pada usia 55 tahun dalam acara Survivor Series, pada pagi tadi.", "\"My time has come to let The @undertaker Rest In Peace.\"#ThankYouTaker #FarewellTaker #SurvivorSeries pic.twitter.com/vIZShTdwmi", "“Masanya telah tiba untuk (saya) membenarkan The Undertaker bersemadi dengan aman,” katanya menerusi video yang dimuat naik WWE.", "Undertaker atau nama julukannya, The Deadman menjadi salah satu watak penggusti yang ikonik dek cara kemasukannya ke dalam gelanggang yang penuh dengan imej seram dan kejutan.", "Baca: Legenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung", "Antaranya memasuki gelanggang dengan menaiki kereta mayat, menunggang motosikal Harley Davidson dan yang paling disukai oleh para peminat adalah diusung di dalam keranda.", "Untuk rekod, kali terakhir Undertaker memasuki gelanggang adalah ketika acara Wrestlemania 36 dan berjaya menewaskan AJ Styles yang disiarkan langsung pada april lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208703/", "headline": "\nAsyraf Sedang Usahakan Transfermarkt Versi BM & Disertakan Nilai RM\n", "content": ["Seminggu yang lalu, berlegar-legar di media sosial mengenai seorang rakyat Malaysia bernama Faqrul Asyraf telah dilantik sebagai Area Manager Malaysia bagi sebuah portal bola sepak yang terkenal iaitu Transfermarkt.", "Portal berpangkalan di Jerman ini bukan suatu yang asing buat peminat bola sepak seluruh dunia. Ia sering menjadi rujukan para peminat untuk mengetahui latar belakang, maklumat, sejarah perpindahan dan statistik mana-mana pemain bola sepak.", "Kalau nak tahu tentang background & data pemain bola sepak mesti kita akan refer dengan @Transfermarkt. Just nak #KongsiBuatInspirasi Faqrul Asyraf dilantik sebagai Area Manager Malaysia bermula 1 Disember 2020. Tahniah, Faqrul! 👏🏻 #KitaJagaKita #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/tturS7xK4T", "Di Malaysia, portal ini pastinya sedang diakses oleh para peminat tegar bola sepak setiap hari selepas mendengar sebarang rumours (khabar angin) mengenai pemain-pemain luar negara yang akan menyertai pasukan kesayangan mereka.", "Tambahan pula pada ketika ini jendela perpindahan (transfer window) sedang rancak dan hangat diikuti.", "Nama sebenarnya ialah Muhammad Faqrul Asyraf Bin Mohd Faizol dan lebih mesra disapa sebagai Asyraf. Berusia 25 tahun, dilahirkan dan dibesarkan di Alor Setar, Kedah Darul Aman.", "Asyraf mula berkecimpung dalam bidang media sukan bermula tahun 2016. Ketika itu dia dan bersama rakannya yang lain terlibat dalam menguruskan sebuah akaun laman sosial yang berkongsikan mengenai keputusan, statistik dan berita bola sepak dalam dan luar negara.", "Selain itu, Asyraf juga bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan negeri Kedah sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat.", "Jodoh Asyraf bersama portal Transfermarkt bermula dengan pihak mereka mengiklankan kekosongan jawatan selaku Area Manager untuk beberapa buah negara menerusi media sosial.", "Difahamkan Transfermarkt mahu melebarkan sayap mereka untuk pasaran asia dan tiga buah negara iaitu Jepun, Indonesia dan termasuk juga tanah air kita, Malaysia menjadi sasaran.", "“Jadi hantarlah curriculum vitae (cv) , tak sangka pula disenarai pendek sebab dengar kata ramai yang (hantar cv) dan terpilih untuk temu duga.” katanya ketika berkongsikan pengalamanannya kepada Sukanz.", "Menurutnya, dia melalui dua fasa temu duga. Pada fasa pertama, Asyraf ditemu duga oleh dua orang wakil Transfermarkt masing-masing dari Portugal dan Jerman.", "Pada fasa kedua pula, Asyraf perlu menghadapi Head of International Transfermarkt, Christian Schwarz dan Pengarah Urusan Transfermarkt, Thomas Lintz.", "Soalan yang ditanya mereka sama sahaja seperti kebanyakan sesi temu duga apabila anda memohon kerja di Malaysia.", "Antara soalan-soalan yang dikemukakan kepada Asyraf adalah pengalaman bekerja, kelemahan dan kekuatan, perancangan jangka masa panjang dan sebagainya. Malahan soalan yang dikemukakan semasa sesi temu duga fasa kedua adalah sama.", "“Lepas tu, tak sangka pula terpilih (mengisi jawatan ini), sebab dikhabarkan kebanyakan (yang memohon) merupakan bekas-bekas wartawan.” kongsinya lagi.", "Antara tugas-tugas yang dipikul oleh Asyraf selaku Area Manager adalah menghasilkan kandungan (content) secara harian seperti berita, mengemaskini galeri dan kuiz untuk memastikan engagement pengunjung dan pengguna portal Transfermarkt.", "Berkongsikan kandungan yang dihasilkan ke akaun media sosial, menguruskan dan memastikan data-data yang disumbangkan oleh sukarelawan adalah berkualiti dan menyumbang kepakaran bersama kumpulan editorial Transfermarkt.", "Sementara itu, menurut makluman Asyraf, pihak Transfermarkt serius untuk membawa portal mereka memasuki pasaran negara kita.", "Dia sedang mengusahakan laman sesawang di dalam versi Bahasa Malaysia (transfermarkt.my). Ianya turut disertakan dengan nilai matawang Ringgit Malaysia (RM) untuk nilai pasaran (market value) bagi setiap pemain.", "Selain itu, akaun sosial media Transfermarkt bagi edisi Malaysia turut akan didaftarkan.", "Seperti kita sedia maklum, data dan maklumat mengenai pemain dari luar negara terutamanya di benua eropah dan amerika selatan selalunya tepat. Hal ini kerana di benua tersebut, ramai sukarelawan menjadi penyumbang data dan maklumat pemain-pemain di sana.", "Disebabkan itu juga, Transfermarkt dapat menilai harga pasaran bagi setiap pemain dengan sepadan. Menurut Asyraf, dalam meletakkan nilai pasaran bagi seseorang pemain, pelbagai kriteria dinilai oleh Transfermarkt.", "Antaranya, umur pemain, prestasi di kelab dan skuad kebangsaan, menjadi prospek pada masa hadapan atau tidak, reputasi pemain, penjenamaan dan beberapa kriteria lain lagi.", "Bagi pemain-pemain dalam saingan Liga Malaysia, terutamanya kalangan pemain tempatan, maklumat ini kurang lengkap melainkan beberapa pemain yang sudah ternama.", "Disebabkan perkara inilah, nilai pemain yang dipaparkan di laman transfermarkt melibatkan pemain-pemain tempat an kurang tepat.", "Justeru, Asyraf mengajak kepada semua peminat yang menyimpan dan merekodkan data, statistik dan maklumat para pemain untuk bersama-sama dengannya untuk menyumbang kepada portal Transfermarkt.", "Dengan sumbangan ramai, portal ini dapat mengemukan profail berserta maklumat lengkap setiap pemain sekaligus dapat mempromosikan pemain-pemain dan liga kita kepada peminat bola sepak antarabangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220272/", "headline": "\nMenteri Minta YADIM, JAWI Sediakan Ruangan Solat & Surau Bergerak Di SNBJ\n", "content": ["Ruangan solat serta surau bergerak akan disediakan untuk memudahkan para penyokong beragama islam bersolat yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada hari esok.", "Perkara tersebut telah diminta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Idris Ahmad menerusi agensi di bawah kementeriannya iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).", "“Saya juga meminta YADIM di bawah agensi kami untuk menyediakan ruangan solat bagi kemudahan para penonton dan mungkin boleh memberi pendedahan pratikal mudah untuk mengambil wudhu’ yang menyenangkan para penonton untuk solat.”", "“Saya juga telah meminta pihak JAWI untuk membawa kemudahan surau bergerak mereka. Jadi, harapan saya semua penonton yang muslim boleh tunai solat dengan tenang.” katanya menerusi satu hantaran di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "A post shared by Idris Ahmad (@ustaz.idrisahmad)", "Untuk makluman semua, sepak mula perlawanan akhir tersebut dijadualkan pada jam 7 malam. Penetapan itu menimbulkan pertikaian orang ramai memandangkan ianya waktu yang sama masuknya waktu Maghrib.", "Dalam hantaran yang sama, perkara tersebut turut mendapat perhatian Idris dan memaklumkan telah menghubungi Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Faizal Azumu meminta melewatkan sedikit sepak mula melibatkan Kuala Lumpur City (KL City) dan Al-Seeb.", "Ianya bagi memberi ruang kepada para penyokong beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib.", "Bagaimanapun, penetapan itu dibuat oleh penganjur iaitu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). ", "Dalam satu sidang media pada Rabu lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad memaklumkan telah meminta untuk melewatkan waktu sepak mula terbabit namun ditolak oleh pihak AFC atas sebab-sebab tertentu.", "Sementara itu, menurut laporan media tempatan, pemain tengah KL City iaitu Akram Mahinan memaklumkan pemain-pemain beragama Islam akan menggunakan sebahagian daripada waktu rehat separuh masa pertama untuk menunaikan solat Maghrib.", "Difahamkan, para pemain dan barisan kejurulatihan telah berbincang dan mencapai kata sepakat untuk memberikan kelonggaran tersebut.", "Featured Image: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112947/", "headline": "\nTerengganu Atur 3 ‘Friendlies’ Sebelum Meneruskan Saingan Piala Malaysia\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengesahkan pasukannya akan mengadakan perlawanan persahabatan berdepan Kelantan United dan Kelantan sebagai persediaan untuk perlawanan ketiga Piala Malaysia.", "Juara Piala Malaysia 2001 ini akan menentang Kelantan United terlebih dahulu pada 17 Oktober sebelum mereka ke Kota Bharu pada 22 dan 23 Oktober untuk sekali lagi berdepan lawan sama dan juga Kelantan.", "Bagi Nafuzi, tiga perlawanan persahabatan yang diadakan ini sangat penting untuk beliau melakukan penilaian terakhir sebelum saingan Piala Malaysia kembali bersambung pada 29 Oktober ini.", "Walaupun tiga tonggak utama iaitu Arif Fadzilah, Faisal Abdul Halim dan Hakimi Abdullah tidak akan terlibat dalam perlawanan tersebut kerana masih menjalani kuarantin selepas pulang dari Jordan, Nafuzi percaya mereka tahu tanggungjawab masing-masing bagi memastikan kecergasan di tahap terbaik untuk diturunkan dalam aksi seterusnya nanti.", "“Tiga perlawanan persahabatan ini memang cukup untuk kami, tidak perlu pergi ke venue jauh pun dan lawan dengan dua pasukan iaitu Kelantan United dan Kelantan sudah memadai untuk saya tengok prestasi barisan pemain, dekat mana lagi yang perlu diperbaiki sebelum saingan bersambung.", "“Kalau untuk tiga pemain yang sedang kuarantin, saya tidak risau sangat pun dengan mereka sebab saya tahu mereka mampu jaga diri masing-masing dan tidak akan mengabaikan kecergasan, bahkan mereka boleh lagi berlatih dengan pemain-pemain lain yang turut sama kuarantin.", "“Jadi, untuk pemain lain, memang perlawanan persahabatan ini sahaja cara terbaik untuk mereka dapat momentum perlawanan di padang dan nak dapatkan balik kombinasi terbaik antara satu sama lain sebab dah lama sangat berehat”, jelasnya.", "Dalam pada itu, Nafuzi menegaskan dua kemenangan yang diraih dalam Kumpulan B Piala Malaysia sebelum ini masih belum menjamin kedudukan mereka dan tidak mahu situasi sama di pentas Liga Super berulang apabila gagal meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.", "Jelasnya, apa sahaja boleh berlaku dalam baki empat lagi perlawanan di peringkat kumpulan untuk menghalang misi pasukan layak ke pentas suku akhir.", "“Sebenarnya kita dah nampak pasukan di landasan yang betul selepas menang dua perlawanan tempoh hari, cuma empat perlawanan lagi macam-macam boleh jadi kalau kita tidak fokus.", "“Harap perjalanan kami akan sentiasa lurus dan tiada halangan apa-apa untuk menuju ke suku akhir sebab sebelum ini bila dah di penghujung liga, kita banyak kehilangan mata.", "“Jadi, kali ini saya tidak mahu benda sama berlaku lagi dan tidak boleh kehilangan mata pada saat-saat akhir”, tambahnya.", "Kali terakhir Terengganu merangkul trofi Piala Malaysia adalah pada tahun 2001 dan kali terakhir beraksi di pentas final pula pada musim 2018 untuk bergelar naib juara selepas tewas kepada pasukan Perak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321692/", "headline": "\nKerteh FC Kesan Bakat Aqil Akashah Ketika Bermain Futsal Di Kampung-Kampung\n", "content": ["Penyenaraian penjaga gol, Aqil Akashah Muhammad Nazmi dalam kelompok 40 pemain ke kem latihan pusat fasa 1 skuad B-17 kebangsaan bimbingan Osmera Omaro menjelang saingan Piala Asia B-17 2023 di Thailand mengejutkan bekas kelab remajanya, Kerteh FC.", "Pada masa yang sama, Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim tumpang gembira atas penyenaraian pemain berketinggian 1.80 meter (m) tersebut dan melihat ianya menjadi satu perkembangan yang baik buat skuad berjulukan The Oilers.", "“Kami sebenarnya agak terkejut dengan berita tersebut. Namun dalam masa yang sama kami juga menumpang gembira dan bersyukur atas perkembangan yang positif untuk karier beliau.” katanya.", "Bercerita lanjut kepada kepada Sukanz, Razeman berkata bakat Aqil dikesan oleh bekas Head of Grassroots, Sir Al Hafiz Abd Aziz ketika bermain sebagai penjaga gol futsal bersama rakan-rakannya di kampung-kampung sekitar Kertih.", "Kemudiannya, Aqil dibawa berlatih bersama skuad bawah 14 tahun (B-14) Kerteh FC dan dilatih oleh penjaga gol, Noordin Pidalah dan Zulhafiz Zulkifli.", "Bersama Kerteh FC, perkembangan dialami Aqil selama setahun dipantau dengan bantuan Head of Youth Development, Adam Sariman sekaligus dapat mengenalpasti kebolehannya.", "“Dengan adanya laporan dan data mengenai Aqil, kami mempercayai terhadap potensinya untuk bermain di tahap yang lebih tinggi.” tambah Razeman lagi.", "What a journey la Aqil! 🌟 Sempat la tengok growth dia dari awal masa jaga akademi @KertehFC dulu, then season ni dapat offer ke @FCTerengganu IV, now national team call-up!? 🇲🇾", "Goodluck Aqil! 👏🏻🔥 https://t.co/1cg1wfqRcI pic.twitter.com/wQFVhcPVFU", "— Taslim Razin (@manarianz5) February 1, 2023", "Disamping itu, barisan kejurulatihan turut mengesan bahawa Aqil memiliki kualiti kepimpinan yang semula jadi dengan sentiasa ingin menjadi contoh kepada rakan sepasukan yang lain.", "Atas faktor itulah, lilitan kapten diberikan kepada Aqil ketika beraksi bersama skuad Kerteh FC B-16 sepanjang musim lalu.", "Sekitar dua minggu lalu, Aqil yang mempunyai kaki kiri yang dominan membuat keputusan melanjutkan karier bola sepaknya dengan berhijrah menyertai Terengganu FC IV yang akan beraksi dalam kancah Piala Belia. ", "Untuk makluman semua, sebelum berhijrah ke skuad pelapis gergasi pantai timur pada, Aqil telah membantu Kerteh FC B-16 muncul juara Liga Remaja Bawah 16 Tahun anjuran KAL Leagues. ", "Sebagai rekod, Aqil berhasil meraih 1,065 minit permainan hasil daripada 17 penampilan bersama Kerteh FC sepanjang musim lalu.", "Menutup bicaranya, Razeman melihat penghijrahan Aqil ke Terengganu FC IV serta penyenaraian Aqil dalam skuad bawah umur kebangsaan memberi makna dan kesan yang besar kepada semua penggiat Kerteh FC.", "“Pasukan negeri memberi ruang dan peluang kepada pemain yang berada diluar sistem dan ini adalah satu penghormatan besar atas usaha kelab yang berjalan beberapa tahun lepas dengan mengikut ‘Roadmap’ kami.”", "“Ia juga memberi signal bahawa sistem yang kami gunakan melalui modul yang disediakan oleh Penasihat Teknikal, Oscar Riera dan pelaksanaannya melalui latihan serta tunjuk ajar Ketua Jurulatih Che Ku Marzuki kini mula menunjukkan hasil.”", "“Gabungan dua kepakaran diatas memberi motivasi tambahan kepada kami untuk terus berusaha melahirkan seberapa ramai lagi pemain supaya ‘pool of players’ di (negeri) Terengganu khasnya bertambah.” jelasnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206906/", "headline": "\nTRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT\n", "content": ["Selepas mengumumkan misi untuk menyenaraikan TRW Kelantan FC di pasaran saham, pemiliknya, Norizam Tukiman bercadang untuk membina sebuah pusat latihan setanding juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Berdasarkan perkongsiannya semasa ditemu bual dalam rancangan [email protected] oleh Hafizal Hamad pada malam tadi, Norizam bercadang untuk memajak Padang MARDI yang terletak di Pasir Tumbuh, Kota Bharu untuk dibina sebuah pusat latihan dengan wajah serba baharu.", "Selain itu, dia juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk menerapkan sains sukan dalam rutin latihan pasukan TRW Kelantan FC.", "“Bila sampai ke Padang Mardi, tempat kita berlatih sekarang, saya bagitahu dengan coach saya nak jumpa Mardi punya orang, bincang untuk pajak padang tu,” ", "“Mungkin untuk tempoh 30 tahun atau sekurang-kurangnya 15 hingga 30 tahun untuk saya buatkan pusat latihan setanding JDT, saya letak penanda aras JDT sebab pasukan tu terdekat dengan kita.”", "“Kalau ada mana-mana warga Kelantan yang ada tanah yang cantik untuk diwaqafkan atau nak joint venture (JV), saya berbesar hati untuk laksanakan secepat mungkin.” ", "“Saya nak buat pusat latihan dan (terapkan) sains sukan, (saya) nak kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) sebab dia ada sports centre, kita perlukan (kerjasama) ini sebab tak mahu belakangkan sains.”", "“Kita nak pastikan pasukan lebih dinamik dan mantap.” katanya dalam rancangan tersebut yang turut disertai oleh bekas pemain, Asmawi Bakiri.", "Sementara itu, Norizam tidak bercadang untuk melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap laman rasmi pasukan TRW Kelantan FC iaitu Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.", "“Buat masa ni biar sahaja warna (pink) tu, saya tiada sasaran untuk tukar warna tu, biarkan sebab stadium itu bukan milik saya,”", "“Kalau milik saya memang akan ditukar kepada warna yang sesuai, sebab pada saya stadium itu milik Perbadanan Stadium Kelantan.” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, Norizam mengambil alih pemilikan TRW Kelantan FC secara rasmi pada minggu lalu selepas ‘membelinya’ dengan nilai keseluruhan RM6.8 juta.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324719/", "headline": "\nJacob Cipta Rekod Larian Separa Maraton Dengan Kereta Sorong Bayi Terpantas Dunia – 1 Jam 8 Minit 4 Saat\n", "content": ["Pada 29 September 2019, seorang pelari dari Denmark, Abdreas Lommer diakui sebagai Pelari Separa Maraton Dengan Kereta Sorong Bayi Terpantas (Lelaki) oleh Guinness World Record selepas mencatatkan masa larian 1 jam 8 minit dan 38 saat dalam acara yang berlangsung di Odense.", "Namun begitu, rekod tersebut bakal bertukar tangan dan menjadi milik pelari lain yang juga dari negara Scandinavia iaitu Jacob Simonsen. ", "Pelari berusia 28 tahun itu mengambil bahagian dalam acara berjarak 21 kilometer (km) di Aarhus sambil menolak anaknya yang berusia 11 bulan di dalam kereta sorong bayi baru-baru ini berhasil menamatkan larian tersebut dengan catat masa 1 jam 8 minit dan 4 saat – 34 saat lebih pantas daripada rekod yang dipegang oleh Andreas.", "A post shared by Personal Best (@pbpersonalbest)", "Perkara tersebut dikongsikan oleh platform media sosial milik badan induk olahraga dunia, World Athletics semalam. Bagaimanapun, Jacob perlu menunggu sedikit masa sebelum rekod tersebut diakui secara rasmi oleh pihak Guinness World Record.", "Untuk pengetahuan semua, Jacob sememangnya aktif menyertai pelbagai acara larian seperti 10,000 meter (m) termasuk maraton.", "Sebagai perbandingan, rekod yang sama, Pelari Separa Maraton Dengan Kereta Sorong Bayi Terpantas (Wanita) pula dipegang oleh pelari Amerika Syarikat, Lauren Stroud dengan catatan masa 1 jam 22 minit dan 29 saat dilakukannya pada Vintage Half Marathon pada tahun 2019.", "A post shared by Aarhus Motion (@aarhus_motion)", "Featured Image: Instagram Jacob Simonsen"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216205/", "headline": "\nAll England 2022: Kian Meng-Pei Jing Kandas, Belum Dapat Jelmakan Kemenangan Ke Atas Si Wei-Ya Qiong\n", "content": ["Perjalanan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 tersekat di peringkat suku akhir.", "Beregu yang menghuni tangga kesepuluh ranking dunia ini tumpas kepada lawannya dari China merangkap pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong di peringkat tersebut.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022XD – Quarter final 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅15 15 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI🕗 in 37 minutes https://t.co/O0JkMCM60V", "Kian Meng-Pei Jing tumpas secara ‘straight set’ di tangan Si Wei-Ya Qiong dengan skor 21-15 dan 21-15 dalam tempoh masa 37 minit permainan. Untuk rekod, ini merupakan kekalahan keenam berturut-turut Kian Meng-Pei Jing di tangan beregu China tersebut. ", "Sementara itu, Si Wei-Ya Qiong yang mara ke separuh akhir akan berentap dengan beregu senegaranya merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219666/", "headline": "\nKing’s Cup: Trinidad & Tobago Bawa Pemain Yang Pernah Beraksi Tumpaskan Real Madrid Di Bernabeu\n", "content": ["Salah sebuah pasukan yang akan beraksi dalam saingan King’s Cup di Chiang Mai, Thailand iaitu Trinidad & Tobago membawa lapan pemain yang berkelana di eropah bagi menghadapi Tajikistan serta skuad Gajah Perang atau Malaysia pada minggu ini.", "Salah seorang yang disenaraikan oleh ketua jurulatihnya, Angus Eve adalah bek kiri yang beraksi bersama kelab berpangkalan di Moldova, FC Sheriff Tiraspol yang bernama Keston Julien. ", "Pemain berusia 23 tahun ini menyertai FC Sheriff sejak Ogos 2020 mempunyai pengalaman beraksi di pentas tertinggi bola sepak eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Pengalaman itu hadir ketika FC Sheriff bukan sahaja mara buat julung kalinya dalam kancah UCL malah turut mencipta sejarah selaku kelab Moldova yang pertama beraksi di pentas itu, musim lalu.  Skuad berjulukan The Wasps ini telah diundi menghuni Kumpulan D bersama-sama gergasi Sepanyol, Real Madrid serta Inter Milan dan Shakhtar Donetsk.", "Musim tersebut menyaksikan Keston berhasil meraih tiga penampilan ketika walaupun sekadar masuk sebagai pemain gantian dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut. Paling manis, dia turut beraksi ketika pasukannya berjaya mengejutkan Real Madrid dengan keputusan 2-1 di Stadium Santiago Bernabeu.", "Bagi musim ini, FC Sheriff tidak berhasil ke saingan UCL namun tetap beraksi di pentas eropah dalam saingan Liga Europa. Kali ini, mereka menduduki Kumpulan E bersama-sama Manchester United, Real Sociedad dan Omonia FC.", "Trinidad & Tobago turut menyenaraikan dua adik beradik yang beraksi bersama kelab Greece, AEK Athens iaitu Levi Garcia (24 tahun) dan Judas Garcia (21 tahun) yang merupakan penyerang dan pemain tengah masing-masing.", "Selain itu, Angus turut membawa dua pertahanan yang beraksi dalam kancah liga divisyen satu Finland iaitu Anthony Herbert (24 tahun) dan Kareem Moses (32 tahun) yang beraksi bersama FC Haka dan Vaasan Palloseura masing-masing. Seorang lagi pertahanan, Sheldon Bateau (31 tahun) pula beraksi bersama SK Beveren dalam kancah divisyen dua Belgium.", "Salah seorang penjaga gol yang dibawa ke Chiang Mai, Nicklas Frenderup (29 tahun), kelahiran Denmark pula merupakan pemain Ranheim IL yang beraksi dalam divisyen dua Norway.", "Tidak dilupakan, pemain tengahnya yang berusia 21 tahun, Daniel Phillips juga beraksi di eropah bersama kelab Scotland, St Johnstone. Daniel merupakan kelahiran London, England dan memulakan karier bola sepak bersama skuad bawah umur Watford.", "Manakala baki 12 yang lain merupakan pemain yang beraksi di negara-negara rantau amerika utara dan tengah, termasuk kancah Major League Soccer (MLS) dan saingan bawahan di negara Uncle Sam.", "Featured Image: Instagram Keston Julien"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216811/", "headline": "\nKorea Masters: Soon Huat-Shevon Lai Mara Ke Pusingan 16 Bertemu Beregu Israel\n", "content": ["Pasangan beregu bebas (independent), Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai menjadi wakil negara yang kedua dalam kategori beregu campuran mara ke Pusingan 16 dalam saingan Korea Masters 2022. ", "Pasangan beregu campuran negara yang pertama mengesahkan kemaraan adalah gandingan Chan Peng Soon dan Toh Ee Wei yang merekodkan kemenangan ke atas Soong Joo Ven dan Goh Jin Wei, semalam.", "Soon Huat-Shevon Lai yang menduduki ranking ke-13 dunia merangkap pilihan keempat kejohanan pula mara selepas menumpaskan beregu tuan rumah, Wang Chan dan Jung Kyung-eun di Pusingan 32, sebentar tadi.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Round of 32 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅12 12 🇰🇷Chan WANG 🇰🇷Kyung Eun JUNG", "🕗 in 26 minutes https://t.co/3TSFu1ffKk", "— BWFScore (@BWFScore) April 13, 2022", "Dalam perlawanan itu, Soon Huat-Shevon Lai berjaya menumpaskan pasangan beregu Korea yang mula bergandingan bersama sejak bulan ini secara ‘straight set’ dengan skor 21-12 dan 21-12 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Soon Huat dan Shevon Lai bakal menentang pasangan beregu Israel, Misha Zilberman dan Svetlana Zilberman yang menghuni ranking ke-133 dunia.", "Misha dan Svetlana sepatutnya menentang beregu India, Sai Pratheek dan N. Sikki Reddy di Pusingan 32, namun mereka mara ke Pusingan 16 secara ‘walkover’ atau menang tanpa bertanding.", "Untuk rekod, Soon Huat-Shevon Lai dan pasangan Zilberman ini belum pernah bertemu di mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219877/", "headline": "\nSelangor Lantik Pengarah AMD, Dennis Bekking Sebagai Pengarah Teknikal Baharu\n", "content": ["Belum genap seminggu mengenai pelantikan Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih baharu Selangor FC, pasukan yang terkenal dengan julukan Red Giants ini menggegarkan arena bola sepak tempatan pengumuman pengarah teknikal baharunya, pada hari ini.", "Menerusi makluman rasmi, individu baharu yang mengisi jawatan tersebut ialah Dennis Bekking, kelahiran Belanda, berusia 45 tahun, merangkap Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pada masa ini.", "Sebelum dilantik menjadi Pengara AMD pada tahun 2019, karier Bekking dalam bidang kejurulatihan banyak bertumpu di negara kelahirannya meliputi pelbagai jawatan seperti Ketua Pembangunan Belia, Ketua Pencarian Bakat dan Ketua Jurulatih pasukan pelbagai peringkat umur.", "Selamat Datang Dennis Bekking! 🔴 🟡", "Selangor FC hari ini mengumumkan pelantikan Dennis Bekking sebagai Pengarah Teknikal baharu dalam persiapan kelab menjelang musim hadapan. ", "Baca artikel penuh lantikan ini di pautan : https://t.co/8HgZbWkQAG", "Selamat maju jaya Dennis!#MKLK pic.twitter.com/g2lydr3hju", "— Selangor FC (@selangorfc) September 29, 2022", "Bersama Selangor, Bekking dipertanggungjawabkan ke atas hal-hal teknikal yang melibatkan pasukan pembangunan bermula daripada skuad B-23, B-20, B-18 serta pasukan bola sepak Sekolah Sukan Negeri Selangor.", "Selain itu, Bekking juga akan bertanggungjawab membangunkan falsafah bola sepak bagi Selangor, mengukuhkan jabatan sains sukan, menyelia pendidikan jurulatih serta memberi tumpuan kepada pengambilan dan pembangunan bakat muda.", "Untuk makluman semua, Bekking akan mula bertugas sebagai Pengarah Teknikal Selangor FC secara rasmi pada 1 Januari 2023 kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216384/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Beregu No.9 Dunia Halang Vivian-Chiew Sien Ke Pentas Final\n", "content": ["Hasrat beregu wanita bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien untuk mara ke pentas akhir Terbuka Swiss 2022 dipatahkan oleh pasangan No.9 dunia dari Bulgaria.", "Vivian yang mula bergandingan bersama Chiew Sien sejak Oktober tahun lalu ditumpaskan oleh Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva di peringkat separuh akhir, sebentar tadi. ", "YONEX Swiss Open 2022WD – Semi final 🇧🇬Gabriela STOEVA🏅21 21 🇧🇬Stefani STOEVA🏅10 16 🇲🇾Vivian HOO 🇲🇾Chiew Sien LIM", "🕗 in 39 minutes https://t.co/7sUeS7rEmR", "— BWFScore (@BWFScore) March 26, 2022", "Pasangan negara yang menghuni ranking ke-44 dunia itu tumpas kepada beregu yang juga merupakan pasangan adik beradik itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 21-16 dalam tempoh permainan yang memakan masa hampir 40 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan beregu dari Malaysia dan Bulgaria ini di pentas antarabangsa.", "Pada masa yang sama, Gabriela-Stefani yang berhasil meloloskan diri ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF ini bakal berhadapan dengan beregu Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau yang menghuni ranking ke-30 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113091/", "headline": "\nRanking BWF: Nurshuhaini & Letshanaa Raih Peningkatan Lebih 100 Anak Tangga\n", "content": ["Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap ranking dunia semalam dan dua pemain perseorangan wanita Malaysia dilihat meraih peningkatan yang amat memberangsangkan.", "Dua pemain tersebut ialah Siti Nurshuhaini Azman dan Karupathevan Letshanaa yang mencatatkan peningkatan 107 dan 173 anak tangga masing-masing.", "Peningkatan oleh kedua-dua pemain yang berusia 17 dan 18 tahun ini membolehkan mereka menghuni tangga ke-354 dan ke-605 dunia masing-masing pada minggu ini.", "Untuk makluman semua, kedudukan ranking semasa ini juga merupakan yang terbaik pernah dicapai oleh kedua-dua pemain dalam karier mereka setakat ini.", "Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Eoon Qi Xuan turut mencatatkan peningkatan satu anak tangga dan kini menghuni kedudukan ke-122 dunia.", "Pada masa yang sama, kemaskini terbaru tersebut tidak melihatkan perubahan ranking terhadap pemain-pemain Malaysia yang lain seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Kisona Selvaduray, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See.", "Kedudukan ranking bagi kesemua mereka yang dinyatakan di atas adalah kekal sepertimana pada minggu lalu.", "Featured Image: BAM / Badminton Photo"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219838/", "headline": "\nPreviu Sukanz: 6 Pemain Yang Perlu Diberikan Perhatian Dalam Aksi Kedah vs KL City\n", "content": ["Saingan Liga Super 2021 bakal memasuki aksi kesepuluh pada minggu ini. Antara aksi yang menarik bakal disajikan adalah pertemuan antara Kedah Darul Aman FC menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Darul Aman, pada malam ini.", "Jika dilihat kepada kedudukan semasa liga dan persembahan dalam 5 perlawanan yang lalu, Kedah dilihat berada dalam keadaan yang lebih baik dimana mereka mencatatkan 3 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan berbanding KL City yang sekadar merekodkan 1 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan.", "Bagaimanapun, Kedah berada dalam keadaan sedikit tempang apabila terdapat beberapa pemain yang tidak boleh diturunkan ekoran penggantungan dan kecederaan. KL City pula tiada ketempangan sepertimana Kedah dan kemungkinan ini dapat memberikan mereka sedikit peluang untuk mengatasi Kedah.", "Untuk perlawanan pada malam ini, berikut adalah 6 pemain yang perlu diberikan perhatian daripada kedua-dua pasukan:", "Penyerang Ivory Coast ini dijangka akan ditugaskan menjadi targetman utama Kedah pada malam ini menggantikan Kpah Sherman. Untuk makluman, Kpah tidak dapat diturunkan menentang KL City kerana perlu menjalani penggantungan kerana telah mengumpul tiga kad kuning. Mampukah Kipre selaku penyerang tunggal merobek gol skuad ibu kota pada malam ini?", "Setelah dua perlawanan tidak diturunkan ekoran kecederaan, Dominique da Sylva berkemungkinan akan diturunkan pada perlawanan malam ini. Sekiranya diturunkan, dia dijangka akan memberi masalah kepada barisan pertahanan Kedah. Penjaring ketiga terbanyak musim lalu ini mempunyai kelebihan daripada segi fizikal, penyudah, kawalan bola, gelecekan dan ‘positioning’. Kedah perlu berhati-hati dan tidak mudah memberikan ruang kepada Dominique kerana KL City mempunyai Paulo Josue yang mampu melakukan hantaran-hantaran bahaya untuk mencari penyerang ini.", "Kapten dan pemain tengah KL City yang sentiasa menghidupkan permainan, mempunyai visi dan kemampuan melakukan ‘through pass’ yang berbahaya. Pemain tengah bertahan Kedah, Anumanthan Kumar perlu memberi perhatian khusus terhadap kelibat Josue.", "Peranan pemain import berusia 23 tahun ini juga menarik untuk diberikan perhatian dalam perlawanan malam ini. Sekiranya Dominique masih tidak diturunkan, barangkali dia akan kekal sebagai penyerang tengah. Jika sebaliknya, mungkin dia akan berada di bahagian midfield. Morales merupakan pemain yang mempunyai skil, kawalan bola yg menarik dan mampu memberi masalah kepada pasukan lawan.", "Persembahan yang terbaik daripada pemain kelahiran Lubnan ini sangat dituntut dalam perlawanan pada malam ini. Rabih sangat diperlukan untuk memain peranan sebagai ‘creative playmaker’. Selain itu, Rabih mampu menyumbang sesuatu kepada Kedah ketika situasi bola mati.", "Pemain tengah, Akram Mahinan sedang berada dalam prestasi terbaik pada musim ini. Prestasi yang ditonjolkannya pada musim ini turut menarik perhatian ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe. Malahan, dia turut dimasukkan dalam senarai awal pemain tempatan yang menerima suntikan vaksin, membolehkannya dipilih oleh Cheng Hoe ke Bahrain untuk aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia, jun kelak. Bersama KL City, Akram menjadi ‘enjin’ penting dalam sistem permainan yang diterapkan oleh Bojan Hodak dan telah membantu KL City menduduki tangga ke-6 Liga Super pada masa ini.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114073/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja: Perancis Singkirkan Malaysia Di Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Hasrat penyokong dan peminat sukan hoki tanah air untuk melihat skuad hoki remaja kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2021 tidak dapat kesampaian.", "Ini kerana wakil benua eropah, Perancis berhasil meraih kemenangan besar 4-0 ke atas skuad remaja kebangsaan bimbingan Wallace Tan dalam perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung petang tadi.", "#RisingStars #RisingStars @FF_Hockey v @hockeymalaysia Details https://t.co/TNPj7k87aS pic.twitter.com/rhyKUyihuM", "Malaysia bolos empat jaringan tersebut yang berpunca daripada hatrik oleh Timothee Clement menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14, ke-24 dan ke-60. Manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Mathis Clement pada minit ke-31.", "Walaupun telah tersingkir di peringkat suku akhir, perjalanan skuad remaja kebangsaan tidak akan terhenti di sini. Mereka akan menempuh perlawanan bagi menentukan kedudukan ke-5 hingga ke-8 kejohanan pula selepas ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325347/", "headline": "\nTinggalkan Chelsea Selepas 11 Tahun, Sertai Atletico Madrid Satu Musim\n", "content": ["Pertahanan kiri yang berperanan sebagai kapten, Cesar Azpilicueta tidak lagi menyarung jersi skuad berjulukan The Blues pada saingan musim 2023-24 kelak. ", "Ini selepas Chelsea dan pemain berusia 33 tahun terbabit mencapai kata sepakat untuk berpisah selepas 11 tahun bersama dengan rekod 508 penampilan, 17 jaringan gol serta mencipta 56 bantuan gol.", "Penglibatannya bersama kelab berpangkalan di Kota London terbabit turut dihiasi dengan menjuarai kesemua piala yang dipertandingkan samada peringkat domestik mahupun antarabangsa seperti Liga Perdana Inggeris (2015, 2017), Piala FA (2018), Piala Liga (2015), Liga Europa (2013, 2018), Piala Super UEFA (2022), Liga Juara-Juara UEFA (2021) dan Piala Dunia Kelab FIFA (2022). ", "— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 6, 2023", "Tidak lama selepas hadirnya pengumuman perpisahan Azpilicueta bersama Chelsea, kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Sepanyol iaitu Atletico Madrid dengan pantasnya mengambil giliran memperkenalkan Azpilicueta sebagai pemain baharunya.", "Dimaklumkan, skuad bimbingan Diego Simeone mencapai persetujuan dengan Azpilicueta untuk menandatangani kontrak bertempoh semusim yang menyaksikannya kekal sehingga 30 Jun 2024.", "Difahamkan, Azpilicueta akan menyertai skuad berjulukan Rojiblanco pada permulaan sesi pramusim 2023-24 iaitu 7 Julai.", "🆕 @CesarAzpi is a new rojiblanco player! 🔴⚪", "🖊 The Spanish international has signed for one season with our club!", "👋 Welcome, Azpilicueta! 🤗 pic.twitter.com/l64vwwJYX1", "— Atlético de Madrid (@atletienglish) July 6, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111233/", "headline": "\nBrisbane Dipilih Sebagai Tuan Rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2032\n", "content": ["Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah memilih Bandar Brisbane, Australia sebagai tuan rumah bagi temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2032.", "Pengumuman ini dimaklumkan secara rasminya selepas daripada mesyuarat IOC di Jepun, hari ini. Ia turut dikongsikan melalui pelbagai platform media sosial @Tokyo2020 dan @Olympics sebentar tadi.", "BRISBANE 2032 ELECTED AS HOST OF THE GAMES OF THE XXXV OLYMPIAD!CONGRATULATIONS! pic.twitter.com/h66C9pHxcG", "Untuk makluman, pemilihan Bandar Brisbane yang merupakan ibu negeri bagi Queensland merupakan yang pertama di bawah sistem bidaan baharu oleh IOC.", "Tarikh penganjuran Sukan Olimpik Brisbane dan Paralimpik Brisbane 2032 dicadangkan bermula 23 Julai – 8 Ogos 2032.", "Difahamkan, 37 venue akan digunakan untuk menganjurkan kesemua acara pada temasya yang akan berlangsung dalam masa sebelas tahun lagi tu.", "You beauty 😏How good 😁An absolute ripper 😍A huge congratulations to Brisbane, Australia ☀ for officially being announced the host of the 2032 Olympic Games 🥳 🐨https://t.co/5R8IxRW3cm", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ketiga Australia menjadi tuan rumah bagi temasya sukan terbesar dunia yang diadakan setiap empat tahun sekali ini. ", "Kali terakhir mereka menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2000 di Sydney. Sebelum itu, mereka pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1956 di Melbourne.", "Sebagai tambahan, temasya Sukan Olimpik bagi tahun 2024 dan 2028  telah pun dipilih dan akan dilangsungkan di Paris, Perancis dan Los Angeles, Amerika Syarikat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110319/", "headline": "\nRating Sukanz: Kesilapan Individu Punca Malaysia Tewas\n", "content": ["Dua kesilapan individu menjadi punca kekalahan skuad Harimau Malaya ketika berhadapan dengan pasukan Bahrain dalam aksi perlawanan persahabatan ‘Tier 1’ di Stadium Nasional Bahrain, Riffa pada tengah malam tadi.", "Dua gol yang dijaringkan oleh Bahrain berpunca daripada kesilapan Irfan Zakaria memberikan sepakan penalti pada babak pertama dan kesilapan Farizal Marlias yang gagal menampan bola dengan kemas pada babak kedua.", "Kedua-dua gol oleh Bahrain dijaringkan oleh Mahdi Abduljabbar dan Jassim Marhoon. Berikut adalah rating pemain-pemain Harimau Malaya ketika menentang Bahrain:", "GK: Farizal Marlias – 6/10", "Farizal menjaga gawangnya dengan baik sepanjang perlawanan namun kesilapan individu yang dilakukannya menyebabkan pemain Bahrain dapat menggandakan kedudukan. Ianya berpunca daripada tindakannya tidak menampan bola dengan kemas.", "DF: Matt Davies – 7/10", "Rajin melakukan overlapping dalam perlawanan ini. Membentuk gandingan baik bersama Sumareh ketika melakukan serangan. Satu gerakannya berhasil masuk ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan.", "DF: Aidil Zafuan – 7/10", "Memimpin benteng Harimau Malaya dengan baik termasuk melakukan terjahan-terjahan bersih ke atas pemain Bahrain. Bergandingan dengan baik bersama Junior pada babak kedua.", "DF: Irfan Zakaria – 4/10", "Bermain pada babak pertama dan persembahannya boleh dikatakan agak baik. Namun kelihatan sedikit gugup ketika menerima bola. Tindakan kurang cermatnya menyebabkan pasukan lawan berjaya meraih penalti dan berhasil menjaringkan gol pendahuluan. Dikeluarkan pada awal babak kedua.", "Beraksi dengan baik di bahagian defensif namun tidak banyak membantu ketika menyerang menerusi gerakan overlapping sepertimana yang sering kita lihat sebelum ini.", "MF: Azam Azih – 6/10", "Berperanan sebagai holding midfielder. Separuh masa pertama menjadi ‘anchor’ buat pasukan Malaysia. Azam dikeluarkan pada minit ke-64 bagi mengelakkan mengutip kecederaan yang lebih serius.", "MF: Liridon Krasniqi – 7/10", "Menjadi ‘creative midfielder’ buat pasukan Malaysia. Matdon sebab utama bahagian tengah Malaysia nampak hidup dan pergerakan bola Malaysia sangat lancar terutamanya pada babak pertama.", "MF: Syamer Kutty – 5/10", "Bermain dengan baik bersama Azam Azih pada Liridon pada babak pertama. Selepas kemasukan Brenda pada separuh masa kedua, Syamer beraksi di posisi pemain tengah defensif.", "FW: Safawi Rasid – 4.5/10", "Bermain bahagian kanan pada babak pertama dan kiri pada babak kedua. Tiada gerakan atau larian yang berbahaya daripadanya pada malam ini apatah lagi rembatan ke arah gawang lawan.", "FW: Syafiq Ahmad – 5/10", "Rajin membantu ketika ‘build up play’ namun kurang mendapat suapan bola. Hanya mendapat dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun gagal menyempurnakannya. Dia dikeluarkan pada minit ke-64.", "FW: Mohamadou Sumareh – 5/10", "Bermula di sebelah kiri dan kemudiannya ‘swap position’ dengan Safawi. Persembahannya lebih dominan di bahagian kanan ditambah pula dengan sokongan yang baik daripada Matt Davies. Bagaimanapun tiada sebarang impak besar diberikan kepada serangan Harimau Malaya.", "DF: Junior Eldstal – 5/10", "Masuk menggantikan Irfan Zakaria pada minit ke-49 dan bergandingan dengan baik bersama Aidil.", "MF: Brendan Gan – 5/10", "Masuk minit ke-64 ganti Azam Azih namun tidak banyak yang disumbangkannya.", "FW: Norshahrul Idlan Talaha – 4/10", "Masuk minit ke-64 menggantikan Syafiq Ahmad dan tidak memberikan impak yang besar. Satu peluang ketika situasi kelam kabut di hadapan gol Bahrain tidak disudahkan oleh Matyo.", "FW: Arif Aiman – n/a", "Masuk menggantikan Liridon pada minit ke-82.", "FW: Akhyar Rasid – n/a", "Masuk menggantikan Mohamadou Sumareh pada minit ke-82.", "FW: Luqman Hakim – n/a", "Masuk menggantikan Safawi Rasid pada minit ke-82.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206465/", "headline": "\nMotoGP: Rossi Hampir Temui Ajal, Jentera Milik Morbidelli Terbang Melintasi Hadapannya\n", "content": ["Pelumba veteran, Valentino Rossi hampir-hampir sahaja menemui ajalnya dalam perlumbaan MotoGP hari ini.", "Ketika di pusingan ke-9, Rossi yang sedang menduduki tempat ke-7 sedang bersiap sedia untuk mengambil selekoh. ", "Namun dengan tiba-tiba, jentera Petronas Yamaha SRT ditunggang oleh Franco Morbidelli terbang melintasi di antara Maverick Vinales dan Rossi.", "OH MY GOD! 😱Johann Zarco and Franco Morbidelli collide in a HUGE CRASH and the bikes almost hit the other riders! 😱#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/rsfukIEPRJ", "Tonton juga bagaimana jentera Yamaha milik Mobidelli daripada sudut pandangan hadapan Rossi pada pautan di bawah:", "😱😱😱How scary was this from Valentino Rossi's point of view!?#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/ZMrG6u4HyV", "Pada masa yang sama, Johann Zarco yang menunggang jentera KTM turut terlibat dalam kemalangan. Sejurus daripada kemalangan mengerikan itu, bendera merah dinaikkan dan perlumbaan dihentikan.", "Berdasarkan makluman, penunggang Morbidelli di bawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan awal. ", "Perlumbaan diteruskan dengan baki 20 pusingan selepas litar dibersihkan.", "Here we go again!Pol Espargaro leads the restart, with 20 laps to race!Watch the 🇦🇹 Austrian Grand Prix LIVE now on FOX Sports 2.#MotoGP #MotoMad #AustrianGP pic.twitter.com/SNYESkvtMC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215051/", "headline": "\nLiga Singapura Dijalankan Empat Pusingan Untuk Tingkatkan Tahap Kompetitif\n", "content": ["Saingan liga bola sepak negara jiran tetangga, Liga Premier Singapura (SPL) 2022 akan dilangsungkan secara empat pusingan berbanding tiga pusingan pada musim-musim yang lalu.", "Menurut kenyataan rasmi SPL, perubahan besar yang dilakukan itu bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetitif saingan bola sepak di negara seberang tambak itu serta memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan tambahan minit permainan.", "Perubahan ini menjadikan lapan pasukan yang beraksi dalam saingan SPL akan mengharungi 28 perlawanan pada musim ini – pertambahan sebanyak 7 perlawanan. ", "Quadruple round-robin format for 2022 Singapore Premier League season https://t.co/Kdl9GDRInN", "Dengan pertambahan perlawanan, penganjur membenarkan setiap pasukan untuk mendaftarkan seramai 20 pemain pada hari perlawanan. Ini menjadikan seramai 9 pemain menduduki bangku simpanan – peningkatan seramai 2 pemain berbanding sebelum ini.", "Pada masa yang sama, setiap pasukan dibenarkan untuk melakukan 5 pertukaran pemain di dalam setiap perlawanan. Dimaklumkan, perubahan ini selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB).", "Selain itu, SPL turut memaklumkan, pengurangan kuota pemain muda dimana setiap pasukan hanya membariskan seorang sahaja pemain bawah 23 tahun (B-23) warganegara Singapura untuk 45 minit pertama. Kuota ini berkurangan daripada tiga pemain sejak ia diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2018.", "👀 2022 #SPL. 𝗖𝗼𝗺𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗼𝗻. pic.twitter.com/CR89m1OyCw", "Untuk makluman semua, musim baharu bola sepak Singapura akan dimulakan dengan perlawanan pembuka tirai, Perisai Komuniti yang menemukan juara bertahan liga, Lion City Sailors menentang Albirex Niigata, pada 19 Februari. ", "Selang seminggu kemudian, saingan musim baharu SPL akan dimulakan secara rasmi pada 25 Februari dan dijangka tamat pada pertengahan Oktober kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323305/", "headline": "\nJuara Dunia Gagal Ke Suku Akhir Dalam 4 Kejohanan Berturut-Turut\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kini gagal mara ke peringkat suku akhir dalam keempat-empat kejohanan yang disertai mereka sejak Mac lalu.", "Terbaru, kegagalan tersebut berulang ketika mereka tumpas pada Pusingan 16 di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 yang sedang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada minggu ini.", "Pada peringkat tersebut, Aaron-Wooi Yik yang merupakan finalis BAC 2022 turun berentap menentang gandingan Taiwan yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin. ", "R16#TPE Lee Yang-Wang Chi Lin def. #MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(2) 14-21 21-16 21-19", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/3avHW996Jn", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2023", "Pertarungan yang memakan masa hampir 50 minit permainan itu berakhir Aaron-Wooi Yik tumpas dengan keputusan 21-14, 16-21 dan 19-21.", "Kekalahan ini merupakan yang keempat daripada enam pertemuan dialami oleh Aaron-Wooi Yik apabila bertemu gandingan Lee-Wang di pentas kejohanan antarabangsa.", "Untuk makluman semua, dalam tiga kejohanan yang lalu, Aaron-Wooi Yik hanya beraksi setakat Pusingan 32 (All England) dan Pusingan 16 (Terbuka Jerman & Terbuka Swiss).", "Kali terakhir mereka mara ke peringkat suku akhir pada tahun ini adalah di kejohanan Indonesia Masters yang berlangsung pada penghujung Januari lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219048/", "headline": "\nK-KOMM: RTM Siar 41 Perlawanan Piala Dunia 2022 Qatar Secara Percuma\n", "content": ["Radio Televisyen Malaysia (RTM) secara rasminya akan menyiarkan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar secara percuma kepada peminat bola sepak tempatan.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi menterinya, Tan Sri Annuar Musa dalam Program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia FIFA 2022, hari ini.", "Dimaklumkan, stesen televisyen milik kerajaan itu akan menyiarkan sebanyak 41 perlawanan secara keseluruhan termasuk perlawananan akhir untuk kejohanan kali ke-22 ini.", "“Kali ini saya difahamkan RTM telah dapat secure sebanyak 27 perlawanan yang disiarkan secara langsung dan 14 perlawanan tertunda yang merupakan televisyen siaran percuma (free to air) yang mana rakyat akan dapat mengikuti perlawanan siaran langsung dan tertunda tanpa sebarang bayaran.” katanya semasa berucap tadi.", "Buat para peminat bola sepak sekalian, siaran langsung percuma ini dapat ditonton menerusi saluran TV2, TV Okey, Sukan RTM serta laman sesawang penstriman langsung, RTM Klik.", "Difahamkan, kos membeli hak siaran ini ditanggung sebahagiannya oleh kerajaan. Namun begitu, Annuar menegaskan adalah menjadi tanggungjawab RTM untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain untuk bersama-sama menanggung kos pembiayaan membeli hak penyiaran ini.", "Sebagai tambahan, saingan bola sepak terulung ini akan membuka tirainya pada 20 November dan tamat pada 18 Disember kelak.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219045/", "headline": "\nMelaka United Sambar Penjaring Ketiga Terbanyak Liga 1 Indonesia 2019?\n", "content": ["Dua khidmat penyerang import bakal diikat oleh Melaka United FC bagi mengharungi saingan baharu Liga Super Malaysia yang dijadualkan bermula pada penghujung februari kelak.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, beliau memberikan bayangan salah seorang penyerang tersebut merupakan pemain kelahiran Brazil yang mengisi carta penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia 2019.", "Disamping itu, skuad yang berpangkalan di Stadium Hang Jebat tersebut turut mendapatkan seorang penyerang dari benua eropah kelahiran Croatia.", "“Dua import (merupakan) penyerang, (salah seorangnya) dari Croatia dan seorang lagi pemain dari Brazil,”", "“Penyerang Brazil tersebut merupakan salah seorang penjaring terbanyak Liga Indonesia 2019,” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, pada hari ini.", "Melaka United FC bakal menandatangani seorang Penyerang import berpengalaman bagi memperkuatkan cabaran pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.Siapakah beliau? Nantikannya……..Olá, bem-vindo…….. pic.twitter.com/0uch5PXbQs", "Melihatkan kepada senarai 10 penjaring terbanyak liga negara jiran tetangga dua tahun lalu, terdapat lima pemain kelahiran Brazil mengisi senarai tersebut.", "Antaranya Alberto Gonclaves (18 gol), Alex dos Santos Goncalves (17 gol), Rafael Silva, David da Silva dan Ciro Alves yang meledak 14 gol masing-masing pada musim itu.", "Bagaimanapun, dua pemain dalam senarai tersebut boleh diketepikan iaitu Alberto Goncalves, 40 tahun, yang pernah bersama Pulau Pinang kini merupakan warganegara Indonesia manakala David da Silva, 31 tahun, sudah diikat oleh Terengganu FC.", "Daripada baki 3 pemain Brazil tersebut, menurut satu laporan media berpangkalan di Indonesia, Alex, penyerang berusia 30 tahun yang menduduki tempat ketiga penjaring terbanyak liga pada musim itu paling kuat dikaitkan dengan Melaka United.", "Tambahan pula, pemain ini berstatus ejen bebas setelah tamat kontraknya selama setahun bersama pasukan yang disertainya pada januari 2020 iaitu Persikabo 1973.", "Sementara itu, Mohd Saiful turut memaklumkan bahagian tengah Melaka United bakal diperkuatkan dengan seorang pemain skuad kebangsaan Filipina.", "“Seorang lagi pemain (import) centre midfielder dari Filipina yang masih (berstatus) pemain skuad kebangsaan.” tambahnya lagi.", "Difahamkan ketiga-tiga pemain ini telah tiba di Malaysia dan sedang menjalani kuarantin selama tujuh hari di ibu negara.", "2 pemain import musim lalu iaitu Sony Norde dan Jang Suk-won kini sah kekal menyarung jersi Melaka United FC musim 2021.Semoga dengan pengekalan mereka bakal membantu memperkuatkan cabaran MUFC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.#melakaunitedfc2021 pic.twitter.com/iXvPEif3pU", "Terdahulu, menerusi laman sosial mereka, Melaka United telah mengumumkan melanjutkan kontrak dua pemain import daripada skuad musim lalu iaitu pertahanan Korea Selatan, Jang Suk-won dan attacking midfielder versatil kelahiran Haiti, Sonny Norde.", "Kesemua barisan pemain import dan pemain tempatan Melaka United akan diperkenalkan dalam satu majlis yang dijadualkan pada penghujung januari ini sekiranya bebas daripada segala kekangan perintah kawalan pergerakan.", "Featured Image: Liga 1 Indonesia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219869/", "headline": "\nAdakah Kesebelasan Utama Anak Jati Kelantan Ini Mampu Menjadi Pencabar Liga Super?\n", "content": ["Saingan tahun ini menyaksikan beberapa pemain bola sepak kelahiran negeri Kelantan Darul Naim mencuri tumpuan ramai peminat bersama pasukan masing-masing.", "Paling mencuri tumpuan adalah pemain-pemain kelahiran Kelantan yang beraksi bersama pendatang baharu Liga Super 2021, Penang FC serta pasukan diangkat sebagai pencabar kejuaraan musim ini, Terengganu FC.", "Berdasarkan kepada prestasi semasa, sekiranya dikumpulkan para pemain ini dan diletakkan dalam satu pasukan, mampukah mereka menjadi salah sebuah pasukan yang mencabar kejuaraan Liga Super 2021?", "Berikut adalah kesebelasan utama bayangan yang terdiri daripada anak jati kelahiran Kelantan Darul Naim pilihan Sukanz dengan formasi 4-4-1-1: ", "Mencipta nama dan bersinar bersama pasukan Kelantan suatu masa dahulu, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apek masih menjadi taruhan utama Melaka United kendalian Zainal Abidin Hassan. Umurnya sudah mencecah 32 tahun tetapi ketangkasannya masih antara yang terbaik.", "Pemain pertahanan ini mengambil keputusan untuk meninggalkan TRW Kelantan FC pada penghujung tahun lalu dan menyertai Penang FC. Bersama skuad Harimau Kumbang pada musim ini, dia sering diturunkan bermain di posisi bek kiri.", "Sepertimana Azwan Aripin, musim lalu Shahrul Nizam menyarung jersi The Red Warrior tetapi dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Terengganu FC. Baru sahaja menginjak usia 22 tahun, Shahrul Nizam telah menjadi antara watak penting di barisan pertahanan Terengganu terutamanya pada awal musim.", "Ini merupakan tahun kedua Latiff Suhaimi beraksi bersama pasukan berpangkalan di Pulau Pinang. Walaupun pasukannya mengambil dua pertahanan tengah import pada musim ini, nama Latiff Suhaimi masih terselit di dalam kesebelasan utama apabila ada kecederaan melibatkan salah seorang pemain import tersebut.", "Merupakan sebahagian daripada skuad Kelantan yang memenangi kejuaraan treble pada tahun 2012 lalu. Terkenal dengan panggilan Pok Nik, dia menjadi taruhan utama Bojan Hodak di posisi bek kanan dalam kesebelasan utama Kuala Lumpur City musim ini.", "Pemain yang tidak disangka-sangka ‘meletup’ pada saingan musim ini bersama Terengganu FC. Mulanya beraksi sebagai pemain gantian namun nama kian menjadi taruhan untuk bermula dalam kesebelasan utama dan telah mengumpul 3 gol setakat ini.", "Wan Zaharulnizam atau mesra dipanggil sebagai Kecik merupakan pemain Melaka United. Berkemampuan untuk menggelecek, dia menjadi ‘enjin’ skuad Hijau Putih pada musim ini.", "Laju dan lincah. Faiz Nasir pernah mendapat julukan ‘Messi’ dek kerana begitu liar di atas padang. Selain daripada mampu melorongkan bola yang cantik kepada penyerang, Faiz juga mampu melepaskan rembatan padu daripada luar kotak penalti menerusi kaki kirinya.", "Nik Akif juga mengikuti jejak langkah Shahrul Nizam dan Hakimi Abdullah untuk berhijrah ke Terengganu pada musim ini. Posisi utamanya bermain di bahagian tengah namun Nik Akif juga seorang yang versatil dan mampu beraksi di bahagian kanan.", "Antara nama baharu yang mencuri tumpuan dalam skuad Penang FC musim ini. Juga merupakan bekas pemain TRW Kelantan FC yang angkat kaki pada penghujung tahun lalu, Danial telah beberapa kali membuat penampilan pada musim ini selain daripada menjaringkan dua gol.", "Tidak perlu diperkenalkan lagi, penyerang muda berbakat kelahiran Kota Bharu yang beraksi dalam saingan Liga Belgium ini telah membuat penampilan bersama KV Kortrijk musim ini pada usia 19 tahun. Laju, mampu menggelecek dan mempunyai naluri yang tinggi untuk memburu gol. Baru-baru ini dia telah dipanggil untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe.", "Jurulatih muda yang semakin meningkat naik. Menjadi ketua jurulatih Terengganu FC sejak pertengahan 2019, Nafuzi menarik perhatian ramai apabila gemar menerapkan corak permainan moden berasaskan hantaran pendek dan penguasaan bola. ", "Dan berikut adalah susunan pemain-pemain ini dalam formasi 4-4-1-1:", "Adakah kesebelasan utama ini mampu mencabar kejuaraan Liga Super 2021? Atau anda mempunyai barisan kesebelasan utama anak jati Kelantan yang lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen media sosial Sukanz.", "Featured Image: Terengganu FC & KV Kortrijk"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114355/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemain Brazil Buatkan Zii Jia ‘Berpeluh’ di Pusingan 32\n", "content": ["Tentangan sengit diberikan oleh pemain perseorangan lelaki Brazil, Ygor Coelho terhadap jaguh badminton negara, Lee Zii Jia pada Pusingan 32 di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Zii Jia yang merupakan pilihan keenam untuk menjuarai kejohanan ini terpaksa berhempas pulas terutamanya di set kedua dan ketiga sebelum meraih kemenangan ke atas pemain di ranking ke-50 dunia ini.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 3221 22 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅14 24 14 🇧🇷Ygor COELHO🕗 in 58 minutes https://t.co/akLjVIcJ5k", "Untuk rekod, perlawanan ini berkesudahan dengan pungutan mata 21-14, 24-22 dan 21-14  yang memakan masa hampir satu jam di Gelanggang 1.", "Kemenangan ini membolehkan Zii Jia mara ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut, samada pemain Jepun, Kanta Tsuneyama (pemain pilihan kesembilan untuk menjuarai kejohanan) atau pemain Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207905/", "headline": "\nPaul Pogba Akui Kesilapan ‘Bodoh’ Di Dalam Kotak\n", "content": ["Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui kesilapannya melakukan kekasaran di dalam kotak menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.", "Kejadian yang berlaku sekitar minit ke-68 itu membolehkan penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol tunggal perlawanan yang memberikan Arsenal kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford.", "“Kesilapan saya, saya tidak patut buat begitu,”", "“Saya perlu lakukan tugas defensif dengan lebih baik di dalam kotak penalti.” katanya selepas daripada perlawanan kepada MUTV.", "Sementara itu, Pogba yang merupakan pemain tengah skuad kebangsaan Perancis turut menyatakan rakan sepasukannya perlu memberikan reaksi kepada jaringan pendahuluan Arsenal tersebut. ", "Bagaimanapun, persembahan Manchester United kekal tidak memberikan ancaman yang berbahaya untuk menembusi gawang Arsenal pada malam tadi.", "Berdasarkan statistik, mereka hanya merekodkan lapan percubaan dan hanya dua daripadanya tepat ke sasaran. ", "Lebih mendukacitakan buat skuad Red Devils, kemenangan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan Mikel Arteta tersebut merupakan kemenangan pertama Arsenal di Old Trafford sejak 14 tahun yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207440/", "headline": "\nPeminat Jangan Letak Harapan Tinggi, Luqman Perlu Masa Untuk Sesuaikan Diri\n", "content": ["Peminat-peminat bola sepak tempatan diharapkan tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk melihat Luqman Hakim beraksi bersama skuad senior KV Kortrijk dalam masa terdekat.", "Hal ini kerana Luqman perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai perkara seperti memahami gaya permainan rakan sepasukan dan juga corak permainan pengurusnya, Yves Vanderhaeghe.", "“Saya masih perlukan masa lagi. Tidak mungkin dalam tempoh sebulan dua ini saya akan terus diserapkan dalam skuad utama. ", "“Cabaran saya ketika ini ialah memahami rakan sepasukan dan mereka juga perlu tahu apa yang saya perlukan. Ia agak sukar bagi saya, perkara ini normal buat pemain baru. ", "“Saya perlu cepat menyesuaikan diri kerana masing-masing belum memahami corak permainan masing-masing.” katanya seperti dipetik daripada Stadium Astro.", "Sementara itu, Luqman turut menegaskan pemergian penyerang skuad senior, Terem Moffi ke kelab Perancis, FC Lorient tidak menjamin peluang buatnya untuk membarisi kesebelasan utama KV Kortrijk secara automatik.", "Bagaimanapun, ketika ini Luqman sedang mengikuti latihan bersama skuad senior KV Kortrijk. Luqman berhasrat menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk menambat hati pengurus pasukannya.", "“Saya tidak boleh menganggap tempat saya terjamin hanya kerana kehilangan seorang penyerang dalam skuad utama. ", "“Kalau saya usaha, beri 100 peratus dalam latihan atau perlawanan persahabatan, saya mungkin berpeluang. ", "“Isnin hingga Khamis saya akan berlatih bersama skuad utama sementara akan kembali ke pangkuan skuad B-21 bagi menjalani persiapan perlawanan dengan mereka,” jelas Luqman lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220257/", "headline": "\nSheila Majid Bakal Dendangkan Sinaran Sebelum Perlawanan Akhir Piala AFC 2022\n", "content": ["Pentas Piala AFC 2022 yang menemukan Kuala Lumpur City (KL City) dan Al-Seeb pada Sabtu nanti akan diserikan dengan persembahan khas oleh penyanyi jaz terkenal tanah air, Dato’ Sheila Majid.", "Menerusi makluman pihak tuan rumah, penyanyi berusia 57 tahun ini dibawa dan bakal mendendangkan lagu yang cukup sinonim dengannya iaitu Sinaran di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Difahamkan, Ianya akan dipersembahkan sebelum 7 malam iaitu waktu sepak mula yang telah diputuskan oleh penganjur kejohanan bola sepak kedua tertinggi peringkat asia tersebut.", "A post shared by Kuala Lumpur City FC (@klcityfootball)", "Untuk makluman semua, lagu Sinaran telah diangkat sebagai lagu tema oleh para penyokong skuad berjulukan The City Boys bermula sekitar tahun 2018.", "Ianya dinyanyikan sebagai simbolik pasukan mereka keluar daripada ‘zaman kegelapan’ terutamanya pada tahun 2015 yang menyaksikan mereka hampir terjerumus semula ke kancah Piala FAM – divisyen terbawah Liga Malaysia pada ketika itu.", "Hari Ahad ni dah macam Hari Raya. Harap tak segan2 nak tumpang. Sekian. pic.twitter.com/Uh5UozXLqW", "— CityBoys (@CityBoys12) February 2, 2018", "Nyanyian lagu Sinaran dalam kalangan penyokong KL City ini tular apabila mereka menyanyikan beramai-ramai di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) ketika meraikan kemenangan KL City ke atas ATK Mohun Bagan pada peringkat separuh akhir antara zon baru-baru ini.", "Ianya tular sekali lagi, di tempat yang sama apabila mereka meraikan kejayaan menumpaskan Sogdiana Jizzakh pada peringkat akhir zon. Namun begitu, nyanyian keraian itu lebih bermakna apabila turut diserikan dengan kehadiran dan nyanyian bersama-sama penyanyi asalnya, Sheila Majid sendiri.", "Sinaran x KL City x Piala AFC pic.twitter.com/642ElJcQh5", "— Hafiz Omar (@hvfizomvr) October 5, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114511/", "headline": "\nKejuaraan AFF B-23: Harimau Muda Diundi Bersama Juara Bertahan, Indonesia Dalam Kumpulan B\n", "content": ["Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) yang dikendalikan oleh Brad Maloney diundi dalam Kumpulan B di Kejuaraan AFF B-23 yang akan berlangsung pada 14-26 Februari hadapan.", "Hasil undian yang dijalankan secara dalam talian hari ini menyaksikan skuad Harimau Muda diletakkan bersama-sama seteru zaman berzaman merangkap juara bertahan, Indonesia sambil disertai oleh Myanmar dan Laos.", "Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Brad Maloney telah diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Myanmar dan Laos bagi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Kemboja, Februari depan.3 juara kumpulan & 1 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke separuh akhir.#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/LVObfJA3El", "Manakala Kumpulan A terdiri daripada tuan rumah, Kemboja serta Timor Leste, Filipina dan Brunei Darussalam. Sementara itu, Kumpulan C pula terdiri daripada Thailand, Vietnam dan Singapura.", "Untuk makluman semua, hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik sahaja layak mara ke peringkat kalah mati iaitu separuh akhir.", "Sebagai rekod, kejohanan yang akan berlangsung pada tahun hadapan merupakan edisi ketiga. Dua edisi yang berlangsung sebelum ini, pada tahun 2005 dan 2019 dimenangi oleh Thailand dan Indonesia masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325511/", "headline": "\nTerbuka Korea: Juara Dunia Kekang Tze Yong Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew menjadi batu penghalang kepada perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka Korea 2023.", "Tze Yong yang berada di tangga ke-23 dunia turun beraksi di peringkat suku akhir pada hari ini terpaksa akur tumpas kepada jaguh perseorangan lelaki Singapura itu secara “straight set” sebentar tadi.", "Dalam pertarungan itu, Tze Yong tumpas dengan skor 20-22 dan 19-21 dalam tempoh masa 45 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Stadium Jinnam, Bandar Yeosi.", "Bagaimanapun, perjalanan Tze Yong sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi kali ini berhasil mengulangi pencapaiannya di Terbuka Korea 2022.", "Manakala kekalahan ini pula menjadikan rekod pertemuan Tze Yong dan Kean Yew yang merupakan penghuni ranking kelapan dunia seimbang dengan satu kemenangan masing-masing di pentas antarabangsa.", "Sebagai tambahan, Kean Yew yang mara ke peringkat separuh akhir akan berhadapan dengan pemain Jepun yang menghuni ranking keempat dunia, Kodai Naraoka untuk merebut tempat ke perlawanan akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321766/", "headline": "\nKorea Bakal Beri AS$1 Juta Kepada Atlet Vietnam Rangkul Pingat Emas Olimpik 2024\n", "content": ["Mana-mana atlet Vietnam yang merangkul pingat emas di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 akan mendapat ganjaran berupa wang tunai sebanyak AS$1 juta (±RM4.3 juta).", "Manakala atlet yang membawa pulang pingat perak dan gangsa pula akan menerusi wang tunai berjumlah AS$500,000 dan AS$200,000 masing-masing.", "Ganjaran ini hasil daripada perjanjian yang ditandatangani oleh Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) dan rakan strategik kepada International Sports Founding & Support Association (ISF) di Republik Korea.", "Menurut laporan VnExpress International, di bawah perjanjian antara VOC dan ISF, para atlet serta pasukan-pasukan Vietnam akan ke Korea untuk berlatih serta sebaliknya, dan kedua-dua pihak akan bertukar kepakaran dan kejurulatihan.", "Selain itu, ISF turut bercadang untuk membantu Vietnam membangunkan sukan-sukan di Sukan Olimpik Musim Sejuk.", "Difahamkan, seramai 100 atlet Vietnam akan menjalani latihan di Korea dengan memfokuskan sukan angkat berat, menembak, ping-pong dan sukan luncur (acara Sukan Olimpik Musim Sejuk).", "Selain ganjaran daripada Korea, Setiausaha Agung VOC, Tran Van Manh memaklumkan atlet juga akan mendapat tambahan bonus daripada pihak kerajaan serta penaja-penaja lain yang akan mereka usahakan.", "Sebagai perbandingan, Vietnam mengumumkan bonus sebanyak AS$80,000 (±RM343,880), AS$51,000 (±RM219,223) dan AS$27,300 (±RM117,349) kepada pemenang pingat emas, perak dan gangsa masing-masing pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Sebagai rekod, Vietnam berhasil membutirkan pingat emas Sukan Olimpik buat julung kalinya menerusi penembak, Hoang Xuan Vinh pada edisi Rio, Brazil pada tahun 2016. Selain itu, Hoang turut membawa pulang sebutir lagi pingat iaitu perak.", "Hasil daripada kejayaan itu, Hoang menerima AS$7,675 (±RM33,000) daripada kerajaannya selain bonus daripada pihak lain yang berjumlah sekitar AS$213,200 (±RM916,440)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113295/", "headline": "\nWorld Archery Ubah Peraturan – Hanya 30 Saat Diberi Untuk Setiap Panahan\n", "content": ["Badan induk, Memanah Dunia (World Archery) mengumumkan membuat perubahan dalam pertandingan atau kejohanan melibatkan sukan memanah pada peringkat kelayakan.", "Menurut perkongsian oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), perubahan yang dibuat oleh badan induk itu adalah memendekkan masa dari 40 saat kepada 30 saat untuk melakukan setiap panahan bagi ketagori individu. ", "Ini bermakna, setiap pemanah perlu memanah kesemua enam anak panah dalam masa 3 minit. Masa 30 saat ini juga terpakai ketika melakukan panahan ‘shoot-off’.", "Sementara itu, bagi acara berpasukan, setiap pemanah diberikan masa selama 20 saat sahaja untuk melakukan setiap panahan berbanding 30 saat pada sebelum ini termasuk panahan ‘shoot-off’.", "Sebagai tambahan, untuk memanah para, World Archery mengumumkan menambah masa selama 10 saat berbanding sebelum ini.", "Untuk makluman semua, kesemua perubahan ini efektif bermula 15 Januari 2022.", "Featured Image: National Archery Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219246/", "headline": "\nPosisi Manakah Untuk Sumareh Atau Bakal Memanaskan Bangku Simpanan?\n", "content": ["Penyerang sayap naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh diperkenalkan sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi menerusi satu video pengenalan pemain yang dimuat naik di laman sosial JOHOR Southern Tigers, pada hari ini.", "\"Driver, please take me to the best club in Malaysia.\"Welcome to the Home of Champions, Sumareh! ❤️💙#MohamadouSumareh#NewSigning#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/H4dBY5Llb4", "Sumareh menjadi pemain keempat yang dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan pada kali ini selepas mengumumkan mengikat khidmat Danial Amier, Syahrian Abimanyu dan Jonathan Herrera.", "Seperti kita sedia maklum, dengan mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gambia ini, JDT bakal memperoleh kelebihan daripada seorang pemain yang mempunyai larian dengan bola dan tanpa bola yang pantas, kekuatan fizikal dan juga berkemampuan untuk menjaringkan gol.", "Satu persoalan menarik yang boleh dibangkitkan di sini adalah posisi manakah Sumareh akan bermain bersama skuad kendalian Benjamin Mora bermula saingan musim 2021 kelak?", "Seperti kita sedia maklum, Sumareh merupakan seorang pemain yang versatil di bahagian serangan atau di posisi tengah menyerang. Bersama pasukan Pahang sejak tahun 2017 sehingga 2020, kita dapat menyaksikan Sumareh digunakan oleh Dollah Salleh sebagai pemain sayap kanan (posisi dominan) dan juga penyerang kedua dalam sistem 4-4-2.", "Sementara itu, ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya di bawah kendalian Tan Cheng Hoe, pemain berusia 26 tahun ini dimainkan di posisi sayap kanan dan sayap kiri serta penyerang No.9 jadian terutamanya ketika menentang Indonesia pada tahun 2019 dalam sistem 4-2-3-1.", "Besar kemungkinan posisi sayap kanan yang akan diisi oleh Sumareh namun tiada siapa yang tahu mengenai perancangan Mora terhadap Sumareh dan ianya bakal menjadi perhatian semua peminat bola sepak tanah air kelak.", "Sumareh tidak akan mendapat laluan mudah untuk menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama JDT bagi saingan musim 2021 baik dalam kejohanan domestik, Liga Super dan Piala Malaysia mahupun kejohanan antarabangsa, Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Pada saat ini, bagi posisi sayap kanan, Sumareh akan mendapat saingan sengit daripada seorang lagi penyerang sayap kebangsaan iaitu Safawi Rasid serta pemain muda yang sedang meningkat naik, Ramadhan Saifullah.", "Manakala di posisi sayap kiri pula, penyerang sayap kiri prolifik kelahiran Argentina, Gonzalo Cabrera serta pemain muda tempatan, Akhyar Rashid akan menjadi saingan buat Sumareh.", "Jika melihatkan kepada dua posisi lain yang turut mampu dimainkan oleh Sumareh iaitu penyerang dan penyerang kedua, dia perlu bersaing dengan penyerang baharu iaitu Jonathan Herrera, Leandro Velazquez, dan Nazmi Faiz Mansor.", "Jelasnya, Sumareh perlu memberikan segala-galanya ketika sesi latihan bagi menarik perhatian Benjamin Mora supaya menyenaraikannya dalam kesebelasan utama JDT.", "Dengan saingan yang begitu tinggi daripada pemain-pemain di beberapa posisi, ada kemungkinannya untuk Sumareh sekadar memanaskan bangku simpanan pada setiap minggu.", "Namun perlu juga diakui bahawa Sumareh merupakan seorang pemain berkualiti dan bertaraf sebagai pemain skuad kebangsaan serta ‘regular player’ bersama pasukan lamanya, Pahang.", "Malahan ketika beraksi dalam tempoh yang pendek bersama Police Tero FC, Sumareh juga berjaya melakukan beberapa penampilan dalam saingan Liga Thai walaupun pada saat itu dia sedikit bergelut dengan isu kecergasan.", "Seperkara lagi, JDT merupakan satu-satunya pasukan tanah air yang bermain di kejohanan ACL 2021, dan di sini, JDT akan mempunyai lebih perlawanan berbanding pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.", "Lebih perlawanan bermakna JDT perlu melakukan penggiliran pemain untuk mengharungi 3 kejohanan musim ini dan perkara ini akan membuka peluang kepada Sumareh untuk membarisi kesebelasan utama skuad Harimau Selatan.", "Kesimpulannya, Sumareh mempunyai peluang untuk membarisi kesebelasan utama JDT namun dia perlu bekerja keras dan bersaing bagi merebut mana-mana posisi di bahagian serangan bersama beberapa pemain lain lagi.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321925/", "headline": "\nJDT & Terengganu Tersenarai Dalam Kalangan 15 Kelab Terbaik ASEAN\n", "content": ["Hanya dua kelab sahaja dari saingan Liga Super Malaysia yang tersenarai dalam kalangan 15 kelab terbaik di rantau ASEAN menurut Power Rankings yang dikeluarkan oleh laman analisis bola sepak, Opta Analyst.", "Dua kelab tersebut adalah juara dan naib juara Liga Super musim lalu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC yang diberikan ranting 71.6 dan 63.7 mata masing-masing.", "Pungutan mata itu meletakkan kedua-dua kelab tersebut menghuni tangga ke-583 dan ke-1806 masing-masing.", "Berdasarkan tapisan yang dibuat dengan menyenaraikan liga-liga dari negara rantau ASEAN seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, Filipinan, Laos, Myanmar serta Malaysia, JDT menjadi kelab kedua terbaik selepas Buriram United yang memiliki rating 72.6 serta menghuni ranking ke-500.", "Kedudukan ketiga diikuti dengan Hanoi FC (Vietnam), Bangkok United, BG Pathum United (Thailand), United City FC (Filipina), Chiangrai United (Thailand), Kaya FC (Filipina), Viettel FC (Vietnam), Persib Bandung (Indonesia) dan Terengganu FC (Malaysia).", "Manakala baki empat kelab lain lagi adalah Binh Dinh FC (Vietnam), Muangthong United, Chonburi FC dan Port FC (Thailand).", "Sebagai perbandingan, kedudukan skuad berjulukan Harimau Selatan yang menjuarai saingan Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut mengatasi kelab England dan Sepanyol iaitu Blackburn Rovers dan Real Zaragoza masing-masing.", "Manakala tinjauan terhadap baki 12 kelab Liga Malaysia yang lain menunjukkan rating dan kedudukan seperti berikut:", "Untuk makluman semua, Power Rankings diperkenalkan oleh Opta Analyst pada penghujung bulan lalu. Ianya menyenaraikan hampir 13,500 kelab dari seluruh dunia yang memberikan skala dari 0 hingga 100 sekaligus membolehkan peminat membandingkan kedudukan kelab kesayangan dengan kelab-kelab lain seantero dunia.", "Featured Image: JOHOR Souther Tigers & Terengganu FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324977/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Beregu Campuran Negara Lakar Kemaraan Berganda Ke Suku Akhir\n", "content": ["Kedua-dua beregu campuran negara yang beraksi di Pusingan 16 Terbuka Taipei berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF yang bertaraf Super 300.", "Gandingan Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing melakar kemaraan pertama apabila berjaya menundukkan gandingan Korea yang menghuni ranking ke-57 dunia, Kim Yong-huk dan Lee Yu Lim di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan terbabit, Pang Ron-Mei Xing merekodkan kemenangan setelah setelah mengharungi tiga set permainan dengan skor 19-21, 21-16 dan 21-14 dalam tempoh 54 minit permainan.", "YONEX Taipei Open 2023XD – R16 🇲🇾HOO Pang Ron🏅19 21 21 🇲🇾TEOH Mei Xing🏅 🇰🇷KIM Young Hyuk21 16 14 🇰🇷LEE Yu Lim", "— BWFScore (@BWFScore) June 22, 2023", "Kemenangan itu membawa mereka bertemu pasangan tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin merangkap pilihan kelima kejohanan yang menghuni ranking ke-21 dunia.", "Sementara itu, pilihan keempat kejohanan merangkap beregu No.3 dunia, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei melengkapkan kemaraan wakil negara dalam sektor ini apabila berjaya mengetepikan cabaran pasangan Thailand yang berada di ranking ke-39 dunia, Ruttanapak Oupthong dan Jhenicha Sudjaipraparat di peringkat yang sama.", "Dalam pertarungan itu, Tang Jie-Ee Wei turut sama berhasil melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-13 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam permainan.", "YONEX Taipei Open 2023XD – R16 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 🇹🇭Ruttanapak OUPTHONG13 13 🇹🇭Jhenicha SUDJAIPRAPARAT", "— BWFScore (@BWFScore) June 22, 2023", "Dengan kemenangan terbabit, Tang Jie-Ee Wei akan bertemu pilihan ketujuh kejohanan, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang yang berada di ranking ke-20 dunia bagi merebut tempat ke separuh akhir. ", "Untuk makluman semua, gandingan Chinese Taipei ini mara selepas menundukkan rakan senegaranya, Lee Jhe-Huei dan Hsu Ya Ching menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 14-21, 21-19 dan 21-18 dalam tempoh 45 minit permainan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219111/", "headline": "\nPemilik OGC Nice Berminat Beli Manchester United\n", "content": ["Pemilik kelab bola sepak OGC Nice merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ineos, Jim Ratcliffe meluahkan minat untuk membeli Manchester United.", "Ahli perniagaan kelahiran United Kingdom ini mempunyai nilai bersih 16.3 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) dan merupakan individu ke-111 dunia mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, tahun ini.", "Menurut laporan The Athletic yang memetik The Times, hasrat Ratcliffe yang juga merupakan pengasas dan pengerusi Kumpulan Ineos ini diluahkan dan disampaikan menerusi jurucakapnya.", "“Jika kelab itu mahu dijual, Jim (Ratcliffe) pastinya merupakan seorang pembeli yang berpotensi,” kata jurucakapnya itu.", "“Jika sesuatu seperti ini boleh dilakukan, kami berminat untuk berbincang dengan hasrat untuk pemilikan jangka masa panjang.”", "“Ini bukan berkenaan wang yang telah dibelanjakan atau tidak dibelanjakan. Jim melihat apa yang boleh dilakukan sekarang dan, mengetahui akan kepentingan kelab ini terhadap bandar ini, dia merasakan ini merupakan waktu yang tepat untuk melakukan reset.”", "Untuk makluman semua, selain daripada memiliki OGC Nice yang beraksi dalam kancah Ligue 1 di Perancis, menerusi Ineos, Ratcliffe turut memiliki FC Laussane dan Racing Club Abidjan yang berpangkalan di Switzerland dan Ivory Coast masing-masing.", "Selain bola sepak, Ineos turut terlibat dalam pelbagai sukan lain menerusi pemilikan dan penajaan seperti basikal, Formula 1, pelayaran, ragbi dan cabaran ekstrim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216510/", "headline": "\nOrleans Masters: Gandingan Baharu Roy King-Mei Xing Cetak Kemenangan Pertama Atasi Beregu Denmark\n", "content": ["Sepasang gandingan campuran baharu yang dibentuk oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Yap Roy King dan Teoh Mei Xing berhasil mencetak kemenangan sulung di pentas antarabangsa.", "Kemenangan tersebut dicetak dengan menewaskan beregu Denmark, Mads Vestegaard dan Natasja P. Anthonisen di Pusingan 32 dalam saingan Orleans Masters 2022 yang berlangsung sebentar sahaja tadi.", "Orleans Masters 2022XD – Round of 32 🇲🇾Roy King Yap🏅24 21 🇲🇾Mei Xing Teoh🏅22 15 🇩🇰Mads Vestergaard 🇩🇰Natasja P. Anthonisen", "🕗 in 30 minutes https://t.co/u7z7BRfiZT", "— BWFScore (@BWFScore) March 30, 2022", "Artikel Berkaitan- Orleans Masters: Mei Xing Digandingkan Bersama Roy King Dalam Acara Beregu Campuran", "Lebih menggembirakan, kemenangan tersebut diraih secara ‘straight set’ dengan skor 24-22 dan 21-15 dalam tempoh pertarungan yang memakan masa setengah jam permainan.", "Dengan kemenangan ini, Roy King-Mei Xing dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 di saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF ini. ", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah samada beregu campuran dari India atau Singapura."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321642/", "headline": "\nStadium Darul Aman Bakal Dihidangkan Dengan Syukor Burger Sepanjang Musim 2023\n", "content": ["Jenama burger tempatan yang kian meningkat naik, Syukor Burger dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merintis kerjasama untuk mencipta persepsi burger premium di Stadium Darul Aman.", "Kerjasama ini menyaksikan makanan dan minuman keluaran Syukor Burger akan ditawarkan di Stadium Darul Aman sekaligus memberikan pengalaman baharu kepada para penyokong dan pengunjung stadium sepanjang musim ini.", "Perkara ini akan direalisasikan melalui projek usahasama Syukor Burger dan KDAlicious – cabang perniagaan makanan dan minuman milik KDA FC.", "Hasil kerjasama ini, Syukor Burger bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM50,000 berbentuk tunai dan barangan. Pada masa yang sama, mereka turut diangkat sebagai Rakan Rasmi F&B KDA FC 2023.", "Difahamkan, ini adalah langkah pertama dalam mewujudkan sektor F&B KDA FC dan cabang perniagaan ini adalah antara sumbang terbesar kepada kelab selain penjualan tiket perlawanan.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325488/", "headline": "\nPukulan 565km/j Pemain India Leburkan Rekod Dunia Milik Tan Boon Heong\n", "content": ["Selama sedekad lamanya bekas pemain beregu lelaki Malaysia serta penghuni ranking No.1 dunia, Tan Boon Heong memegang rekod Pukulan Badminton Terpantas (Lelaki) dunia.", "Rekod tersebut diiktiraf oleh Guinness World Record (GWR) apabila Boon Heong melakukan pukulan berkelajuan 493km/h pada 28 Mei 2013 bertempat di gimnasium milik Yonex Co Ltd di Saitama, Jepun.", "Bagaimanapun, Boon Heong yang menjuarai Terbuka Seluruh England 2007 bersama Koo Kien Keat tidak lagi memegang rekod tersebut bermula saat ini.", "Kini ianya bertukar tangan menjadi milik pemain beregu lelaki India, Satwiksairaj Rankireddy apabila merekodkan pukulan berkelajuan 565km/j pada 14 April lalu di tempat yang sama.", "Keputusan kelajuan pukulan oleh Satwiksairaj yang menggunakan raket Nanoflare 1000 z bertalikan BG80 buatan Yonex itu turut mendapat pengesahan oleh juri GWR yang hadir pada hari tersebut.", "Sebagai tambahan, rekod yang dipegang oleh Satwiksairaj ini melibatkan pukulan yang dilakukan dalam satu sesi ujian khas oleh Yonex.", "Bagi rekod Pukulan Badminton Terpantas Dalam Kejohanan (Lelaki) pula, GWR masih mengiktiraf pukulan oleh pemain Denmark, Mads Pieler Kolding dengan kelajuan 426km/j dilakukannya dalam saingan di India pada 10 Januari 2017.", "Featured Image: Instagram Tan Boon Heong"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110674/", "headline": "\nMuhammad Idolakan Shukor Adan Semenjak di Sekolah Sukan Bukit Jalil\n", "content": ["Pertahanan tengah Terengganu, Muhammad Mohd Faudzi menjadikan bekas pertahanan skuad kebangsaan dan pemain Kuala Lumpur City (KL City), Shukor Adan sebagai idolanya.", "Muhammad atau lebih dikenali sebagai Amad memaklumkan dia bukan sahaja meminati cara permainan Shukor sebagai pertahanan tengah bahkan karakter seorang ketua yang berkarisma di atas padang turut dijadikan contoh ikutan buatnya.", "Ketika menyertai skuad Piala Presiden Felda United pada tahun 2015, Amad berpeluang untuk berlatih bersama-sama idolanya dan kesempatan tersebut menjadi salah satu pengalaman yang mahal dalam karier bola sepaknya.", "“Saya sangat suka tengok cara Shukor Adan dan kalau boleh mahu mengikut jejak langkah dia sebagai seorang pemain pertahanan tengah yang hebat serta ada karakter tersendiri sebagai seorang ketua di atas padang.", "“Masa di Sekolah Sukan Bukit Jalil lagi saya sudah meminati Shukor dan selepas saya mendapat peluang menyertai skuad Piala Presiden Felda pada 2015, saya berpeluang berlatih bersama Shukor dalam pasukan utama yang ketika itu dilatih jurulatih, Irfan Bakti.", "“Masa itu saya baharu berumur 19 tahun dan apabila dapat berlatih dengan pemain-pemain hebat seperti Shukor, ia satu perasaan yang tidak digambarkan dan banyak yang saya belajar darinya memandangkan dia pun seorang pemain pertahanan tengah,” katanya.", "🎥TFC TV : BEST OF MUHAMMAD 🏴🏳️The Tanker in action ⚔️🛡watch full video on our youtube channel👇🏼👇🏼https://t.co/dEZdCPB0U2#TerengganuFC​ #WeBleedBlackandWhite​#WinBackMission#TFCTV pic.twitter.com/0ob7AoGUxk", "Musim ini, Amad telah menjadi taruhan utama di bahagian pertahanan tengah pasukan Terengganu sebanyak 8 kali untuk bergandingan bersama kapten, Carli de Murga.", "Persembahan Amad yang paling mencuri tumpuan hadir ketika menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.", "Dalam perlawanan tersebut, Amad menjadi watak penting dalam memastikan barisan pertahanan skuad Nafuzi Zain itu tidak dibolosi sekaligus membolehkan Terengganu menamatkan permainan dengan keputusan 1-0 tanpa bolos."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324964/", "headline": "\nBeraksi Sebagai Penyerang? Tiada Masalah – Paulo Josue\n", "content": ["Pemain kebangsaan, Paulo Josue mengakui tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi selaku penyerang biarpun telah menghabiskan masa seluruh kariernya bermain sebagai pemain tengah menyerang. ", "Tambah Paulo, kehendak dan strategi jurulatih menjadi keutamaan buatnya sama ada untuk terus beraksi sebagai penyerang atau posisi utamanya selagi mana dia diperlukan. ", "“Saya telah menghabiskan seluruh masa saya beraksi sebagai No.10, pemain tengah menyerang tetapi sekiranya jurulatih (Kim Pan-gon) merasakan saya dapat membantu pasukan dengan bermain sebagai penyerang, saya boleh lakukannya. Tiada masalah.” ujar Paulo ketika ditemui selepas perlawanan menentang Papua New Guinea. ", "⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 7-0 🇵🇬 PAPUA NEW GUINEA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/PHfXPY1WMY", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 20, 2023", "Mengulas lebih lanjut sekiranya berlaku perubahan posisi di kelabnya, Paulo menegaskan segalanya terpulang kepada jurulatih tetapi dia tidak mempunyai masalah beraksi di posisi tersebut memandangkan pemain berusia 34 tahun itu pernah tampil selaku penyerang dalam aksi liga. ", "Untuk makluman, kapten Kuala Lumpur City itu telah dinaturalisasikan pada Februari tahun ini dan berjaya menjaringkan empat gol daripada empat kaps antarabangsa yang diperolehnya bersama Malaysia setakat ini. ", "Ketika bertemu Papua New Guinea yang berada di ranking ke-159 dunia baru-baru ini, Paulo merupakan salah seorang pemain yang membawa pulang bola perlawanan selepas menjaringkan hatrik selain Arif Aiman Hanapi.", "Featured Image: Football Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323866/", "headline": "\nPiala Sudirman: Jin Wei Akur Tunduk Kepada Pemain No.3 Dunia\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei tampak sukar untuk menyaingi kualiti yang dimiliki pemain no.3 dunia, Tai Tzu Ying apabila tewas kepada pemain berusia 29 tahun itu. ", "Sebagai rekod, Jin Wei pernah bertemu Tzu Ying sebanyak dua kali sebelum ini di Malaysia menerusi kejohanan Terbuka Malaysia 2018 dan Malaysia Masters 2022 yang kedua-duanya berakhir dengan kekalahan.", "Dalam pertarungan tersebut, Jin Wei mudah ditewaskan Tzu Ying secara “straight set” dengan skor 8-21 dan 10-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 28 minit bertempat di Pusat Sukan Olimpik Suzhou.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Group C – R321 21 TAI Tzu Ying🥇", "8 10 🇲🇾GOH Jin Wei", "— BWFScore (@BWFScore) May 17, 2023", "Kekalahan itu memberikan mata buat Chinese Taipei biarpun Malaysia masih mendahului dengan keputusan 2-1. Malaysia hanya memerlukan satu lagi mata untuk mengesahkan kemenangan dan muncul juara Kumpulan C. ", "Terdahulu, wakil pertama negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei memberikan mata pertama buat skuad negara sebelum rentetan itu diteruskan oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam pertarungan kedua.", "Sebelum ini, Jin Wei menampilkan kejutan dengan memberi saingan sengit serta mencatatkan kemenangan ke atas bekas juara dunia dari India, P.V. Sindhu ketika aksi kedua peringkat kumpulan Piala Sudirman 2023.  ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202113998/", "headline": "\nTze Yong Muncul Juara Terbuka Scotland, Trofi Ketiga Untuk Tahun 2021\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong berjaya muncul juara di kejohanan Terbuka Scotland 2021, semalam.", "Kejuaraan tersebut menjadi milik pemain berusia 21 tahun ini selepas menundukkan rakan senegara yang merupakan pemain bebas (independent), Soong Joo Ven secara ‘straight set’ 21-18 dan 21-14.", "RESULTS: #ScottishOpen2021FINAL#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong def. #MAS🇲🇾 Soong Joo Ven 21-18 21-14* Tze Yong took the court against compatriot, Joo Ven to seal his third title this year. Congrats bros! 💪#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/juqmmm69bE", "Sebelum itu, Tze Yong mara ke pentas final dengan menumpaskan Aidil Sholeh (Malaysia), Daniel Nikolov (Bulgaria), Joran Kweekel (Belanda) dan Victor Svendsen (Denmark).", "Untuk makluman semua, kejuaraan ini menjadikan Tze Yong telah merangkul tiga trofi daripada enam kejohanan individu yang disertainya pada tahun ini. Dua kejuaraan yang lain diraihnya di kejohanan Terbuka Poland dan Cabaran Antarabangsa Belgium.", "Selain membawa pulang tiga trofi kejuaraan, Tze Yong turut membawa pulang sebuah medal naib juara semasa beraksi di kejohanan Terbuka Czech.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114113/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Beregu Campuran Peng Soon-Liu Ying Disingkirkan Juara Bertahan\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa akur tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2021.", "Hal ini kerana pasangan yang menghuni ranking ke-9 dunia ini tumpas kepada beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai merangkap juara bertahan Jejalah Dunia Akhir BWF 2020.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)XD – Semi final 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅 8 18 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Liu Ying GOH🕗 in 42 minutes https://t.co/HI5adi97CO", "Peng Soon-Liu Ying ditumpaskan oleh Dechapol-Sapsiree secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-8 dan 21-18 dalam satu perlawanan yang berlangsung selama 42 minit, di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Keputusan ini menjadikan Dechapol-Sapsiree berjaya merapatkan jurang rekod kemenangan dan kekalahan dengan Peng Soon-Liu Ying.", "Rekod terkini menjadikan Dechapol-Sapsiree meraih 3 kemenangan sementara Peng Soon-Liu Ying masih mendahului dengan 4 kemenangan daripada 7 pertemuan secara keseluruhan antara kedua-dua pasangan ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215240/", "headline": "\nOlimpik 2022: Aruwin Tamatkan Saingan Giant Slalom Selaku 4 Atlet Asia Terbaik\n", "content": ["Peluncur ski wanita negara, Aruwin Sallehhuddin berhasil menempatkan diri dalam kalangan empat atlet asia terbaik dalam saingan giant slalom di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, hari ini.", "Peluncur berusia 17 tahun yang mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama Malaysia beraksi di temasya berkenaan menamatkan perlumbaan ini dengan catatan masa 2:12.28 saat secara keseluruhan.", "Aruwin Salehhuddin, Bib No. 67, clocked 2:12.28 to rank 38 overall for Alpine Skiing Women’s Giant Slalom Event.#OWG#OlympicWinterGames#Beijing2022#Beijing2022WinterOlympics", "Aruwin berhasil menamatkan perlumbaan pertamanya dengan catatan masa 1:06.13 saat manakala perlumbaan keduanya disudahi dengan catatan masa 1:06.15 saat.", "Tiga atlet asia yang lebih pantas daripadanya ialah Asa Ando, Sakurako Mukogawa (Jepun) dan Gim So-hui (Republik Korea) dengan catatan masa 2:00.99, 2:06.77 dan 2:07.22 saat masing-masing.", "Sama-sama kita saksikan aksi sulung Aruwin Salehhuddin dengan skil yang cukup mantap dan konsisten sehingga ke garisan penamat dalam sukan Alpine Skiing di #Beijing2022.Muat turun aplikasi unifi playTV dan tonton secara langsung: https://t.co/asNJCe3uwW#unifiYourWorld pic.twitter.com/2xMDK78Qeo", "Secara keseluruhan, Aruwin menamatkan acara ini dengan menduduki tangga ke-38 daripada 82 peserta yang mengambil bahagian. Sebagai tambahan, Aruwin akan mengambil bahagian dalam satu lagi acara iaitu slalom yang dijadualkan pada Rabu nanti.", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111937/", "headline": "\nParalimpik 2020: Nur Syaiful ‘Disqualified’ Lagi, Berpunca Daripada Kepala Tidak Naik Ke Permukaan Air\n", "content": ["Atlet para renang negara, Nur Syaiful Zulkafli terpaksa kecewa buat kali kedua penglibatannya dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila penyertaannya dibatalkan lagi.", "Kali ini, pembatalan penyertaannya terjadi ketika mengambil bahagian dalam acara renang 100 meter (m) kuak dada lelaki SB4 (kecacatan fizikal) pada peringkat saringan di Pusat Akuatik Tokyo, semalam.", "Menjelaskan punca penyertaannya dibatalkan, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd. Sofian Hamzah menyatakan ianya berpunca daripada kesilapan teknikal iaitu kepalanya tidak naik ke permukaan air.", "“Kepala Nur Syaiful didapati tidak naik ke permukaan air dalam jarak 15 meter awal, sewaktu membuat kuakan,” lapor Utusan yang memetik sumber daripada Bernama.", "Sekali lagi Nur Syaiful 'disqualified' 😭Perenang negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkapli disahkan tidak layak ke final, kali ini dalam acara 100 meter kuak dada lelaki kelas SB4.#Paralympics #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/cNlNTtZVbP", "Sebelum ini, penyertaan atlet berusia 26 tahun ini dibatalkan gara-gara menampal pita pelekat di bahunya untuk menutup bisul yang dialaminya.", "Sedangkan, sebelum daripada melakukan tindakan sedemikian, Nur Syaiful memaklumkan telah bertanyakan terlebih dahulu kepada pegawai bertugas samada perkara tersebut dibenarkan atau tidak.", "Baca: Nur Syaiful ‘Disqualified’ Hanya Disebabkan Pita Pelekat di Bahu", "Sementara itu, Nur Syaiful mempunyai baki satu lagi acara untuk disertainya. Acara tersebut adalah renang 50m gaya bebas lelaki SB5 yang akan berlangsung pada Rabu nanti.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324784/", "headline": "\nPiala Asia B-17: Malaysia Mula Langkah Kiri, Dibelasah Yaman 4-0\n", "content": ["Kempen skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan menuju ke Piala Dunia B-17 bermula dengan langkah kiri apabila dibenam skuad kendalian Hasan Ali Albaadani dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Asia B-17, semalam. ", "Yaman yang pernah muncul naib juara pada tahun 2002 tampil dengan aksi bertenaga setelah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama menerusi Abdul Rahman Alkhadher pada minit ke-21 dan Adel Qasem pada minit ke-31 perlawanan. ", "Bersambung babak kedua, skuad kendalian Osmera Omaro terus ditekan lawan dari tanah Arab itu menyaksikan mereka terus dibolosi melalui jaringan Anwar Al Turaiqi pada minit ke-48 sebelum pertahanan negara, Adib Ibrahim tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-88 permainan.", "🎥 HIGHLIGHTS | 🇾🇪 Yemen 4️⃣-0️⃣ Malaysia 🇲🇾 ", "An impressive outing in Group A from the West Asian side on their campaign opener! ", "Match Report 🔗 https://t.co/Uyr4QFizAZ#AFCU17 | #YEMvMAS pic.twitter.com/fjln4Q7ZyE", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 15, 2023", "Dalam sidang media selepas kekalahan tersebut, Osmera enggan mengulas panjang berkenaan prestasi yang ditampilkan anak buahnya. Sebaliknya, pengendali berusia 43 tahun itu hanya mengucapkan tahniah kepada pasukan lawan. ", "“Yaman sebuah pasukan yang bagus. Tahniah buat mereka.” ujar Osmera dalam sidang media selepas perlawanan menentang Yaman, malam tadi. ", "Malaysia perlu menang dalam perlawanan seterusnya menentang tuan rumah, Thailand pada Ahad, 18 Jun untuk menghidupkan semula peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dan mengejar slot ke Piala Dunia B-17. ", "Ketika ini, Yaman dan Thailand mendahului carta kedudukan di Kumpulan A selepas kedua-dua negara meraih tiga mata pertama dengan Thailand menundukkan Laos 2-1. ", "Featured Image: Asian Football Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219741/", "headline": "\nOliver Buff: Cabar Kejuaraan Liga Pada Tahun Kedua\n", "content": ["Pemain tengah Selangor FC, Oliver Buff meyakini kemampuan pasukannya untuk memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super.", "Bagaimanapun, pemain kelahiran Switzerland itu berpandangan, walaupun tidak mustahil namun ianya sesuatu yang tidak realistik untuk Selangor mensasarkan kejuaraan liga pada musim ini.", "Hal ini kerana skuad Selangor pada musim ini majoritinya terdiri daripada muka baharu serta dibimbing oleh ketua jurulatih baharu kelahiran Jerman, Karsten Neitzel.", "“Ya, saya fikir kita boleh (memberikan cabaran).", "“Tetapi untuk mengatakan kita merangkul kejuaraan pada tahun ini adalah tidak realistik kerana kita merupakan sebuah pasukan yang baharu.", "“Saya rasakan tahun pertama untuk mencari keserasian di atas padang, mengenali pasukan dengan lebih mendalam. ", "“Dan pada tahun kedua mungkin kita boleh cuba mencabar kejuaraan liga.” katanya ketika ditemui selepas acara media oleh La Liga yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.", "Untuk makluman, Buff merupakan salah seorang pemain import baharu yang ditandatangani oleh Selangor untuk mengharungi saingan musim ini.", "Setakat tujuh perlawanan liga yang telah berlangsung, pemain berusia 28 tahun ini menampilkan prestasi yang sangat memberangsangkan di atas padang termasuk menjaringkan 4 gol.", "Namun prestasi tersebut masih tidak mencukupi untuk membantu skuad Red Giants meraih lebih banyak kemenangan dan menempatkan diri dalam kelompok teratas carta Liga Super.", "Pada masa yang sama, Buff yang pernah beraksi dalam saingan Liga Sepanyol bersama Real Zaragoza turut mengakui Liga Malaysia merupakan saingan yang kompetitif.", "“Saya rasakan (Liga Malaysia) merupakan liga yang bagus. Sangat sukar untuk meraih kemenangan, saya telah cuba sedaya upaya untuk membantu pasukan.” katanya lagi.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323081/", "headline": "\nJames Rodriguez Berstatus Ejen Bebas Selepas 7 Bulan Bersama Olympiacos FC\n", "content": ["Pemenang Anugerah Puskas 2014, James Rodriguez kini berstatus pemain ejen bebas tanpa terikat dengan mana-mana kelab.", "Ini selepas kelabnya, Olympiacos FC mengumumkan telah melepaskan pemain berusia 31 tahun ini menerusi pelbagai maklumkan di platform media sosialnya, semalam.", "Pengumuman itu hadir kira-kira tujuh bulan selepas James menyertai kelab berjulukan Thrylos terbabit pada September tahun lalu. ", "Dalam tempoh terbabit, bekas pemain tengah Monaco, Real Madrid dan Everton ini meraih 23 penampilan sebelum berhenti beraksi bersama Olympiacos bermula pertengahan Februari lalu ekoran kecederaan. James sempat mencetak lima gol dan menyumbang enam bantuan gol.", "Untuk rekod, sebelum menyertai Olympiacos, James beraksi di di Qatar bersama Al-Rayyan.", "I would like to thank everyone for all the time that we have spent together. although we are going our separate ways, I feel that I will always be a member and welcomed in the family of the great port Piraeus. I wish all the best to Olympiacos and every success in the future. pic.twitter.com/BTddkWubiQ", "— James Rodríguez (@jamesdrodriguez) April 13, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322769/", "headline": "\nPFAM Bentuk Kolaborasi Bersama Skymatt Untuk Bawa Pemain Tunai Umrah Pada ‘Off Season’\n", "content": ["Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bersama-sama agensi pelancongan haji dan umrah, Skymatt Travel & Services tampil berkolaborasi untuk menawarkan satu pilihan buat para pemain bola sepak menunaikan umrah terutamanya ketika liga sedang berehat atau “off season”.  ", "Kolaborasi antara PFAM dan agensi terbabit akan bermula dengan Program Kembara Umrah & Ziarah PFAM selama dua minggu yang dijadualkan pada 26 Disember kelak dengan sasaran penyertaan dari 40 hingga 80 orang.", "Difahamkan, ini merupakan satu inisiatif unik oleh PFAM dalam membantu  para pemain bola sepak profesional menunaikan ibadah haji dan umrah menerusi pakej yang ditawarkan bersama Skymatt Travel & Services. ", "Selain itu, ianya turut bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa kepada ahli PFAM yang bagi tujuan umrah serta membantu ahli dari segi bimbingan serta panduan rohani ketika berada di tanah suci.", "Presiden PFAM merangkap bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali mendedahkan idea ini dicetuskan oleh Bendahari PFAM merangkap penjaga gol Harimau Malaya, Farizal Marlias setelah kembali menunaikan umrah pada tahun lalu.", "Pada masa yang sama, beliau menganggap program ini menunjukkan PFAM sangat prihatin terhadap kebajikan pemain daripada segala sudut samada di atas padang mahupun luar padang.", "Untuk makluman semua, perjanjian kolaborasi antara PFAM dan Skymatt Travel & Services ini disempurnakan dalam satu majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MOU) bertempat di Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.", "Featured Image: PFA Malaysia | Syamil Rosli"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321756/", "headline": "\n‘Patatimo Boys’ Diceraikan – Arif & Haikal Dapat Gandingan Baharu\n", "content": ["Gandingan Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ dek berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan masing-masing tamat pada hari ini.", "Gandingan yang terdiri daripada pemain berusia 20 tahun masing-masing ini pernah menghuni rangking tertinggi iaitu tangga ke-38 dunia serta merangkul tiga kejuaraan sepanjang tahun 2021.", "Bahkan Arif-Haikal hampir meraih kejuaraan sulung dalam siri kejohanan Jelajah BWF setelah mara ke perlawanan akhir Orleans Masters 2022. Akan tetapi, mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara kerana terpaksa menarik diri selepas Haikal didapati positif Covid-19.", "A post shared by BAM (@ba_malaysia)", "Bagaimanapun, barisan kejurulatihan terpaksa membuat keputusan untuk memisahkan gandingan ini bagi membentuk gandingan-gandingan baharu kalangan pemain beregu lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Pengarah Kejurulatihan (Beregu), Rexy Mainaky mengumumkan sebahagian barisan gandingan beregu lelaki baharu di bawah naungan BAM yang terdiri daripada Nur Izzuddin-Haikal Nazri, Arif Junadi-Yap Roy King dan Goh Sze Fei-Choong Hon Jian.", "Untuk makluman, barisan kejurulatihan terpaksa memformulakan gandingan baharu dalam kem beregu lelaki susulan daripada pasangan lelaki No.3 tanah air, Nur Izzuddin dan Goh Sze Fei membuat keputusan untuk berpisah dan membawa haluang masing-masing, baru-baru ini.", "Sebagai tambahan, Arif dan Haikal mula digandingkan pada tahun 2019 manakala Izzuddin dan Sze Fei pula mula dipasangkan pada tahun 2016.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219924/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Goh Jin Wei Kembali Bergelar Naib Juara Selepas 15 Bulan\n", "content": ["Perseorangan wanita negara merangkap bekas juara remaja dunia sebanyak dua kali, Goh Jin Wei kembali merasai nikmat bergelar naib juara yang pertama selepas 15 bulan.", "Gelaran tersebut berhasil diraih oleh pemain yang berada di ranking ke-50 dunia ini setelah tamatnya perlawanan akhir menentang Thuy Linh Nguyen di kejohanan Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei menamatkan pertarungan tersebut dengan tumpas “straight set” kepada pemain tuan rumah yang menghuni ranking ke-58 dunia terbabit dengan skor 15-21 dan 13-21.", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022WS – Final21 21 🇻🇳Thuy Linh NGUYEN🏅15 13 🇲🇾Jin Wei GOH", "🕗 in 32 minutes https://t.co/pUJpq3jEB2", "— BWFScore (@BWFScore) October 2, 2022", "Pertemuan kali keempat melibatkan kedua-dua pemain ini berlangsung dalam tempoh 32 minit. Untuk makluman, ini merupakan kemenangan sulung Thuy Linh ke atas Jin Wei di pentas antarabangsa. ", "Selain itu, ini juga menjadi pentas akhir yang pertama buat Jin Wei selepas dia mengumumkan untuk kembali beraksi pada Januari lalu. Sebelum itu, Jin Wei menggantung raketnya buat seketika ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.", "Sebagai rekod, kali terakhir Jin Wei dilihat beraksi di pentas akhir dan bergelar naib juara adalah di kejohanan Antarabangsa Iberdola Sepanyol pada Jun tahun lalu. Ketika itu dia terlepas peluang untuk bergelar juara apabila tumpas kepada rakan senegaranya, Kisona Selvaduray.", "Manakala kali terakhir Jin Wei merangkul kejuaraan pula adalah pada tahun 2018 dalam Kejohanan Dunia Remaja yang berlangsung di Markham, Kanada. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321614/", "headline": "\nKelantan FC & pitchIN Bekerjasama Untuk Raih Dana RM100 Juta – Bagi Mengadakan Fasiliti Kelab\n", "content": ["Kelab berpangkalan di pantai timur, Kelantan FC mengumumkan membentuk kerjasama dengan platform crowdfunding ekuiti, pitchIN bagi meraih dana sehingga RM100 juta.", "Perkara tersebut diumumkan oleh pemilik skuad berjulukan The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman dalam majlis menandatangani persefahaman bersama (MOU) antara Kelantan FC dan pitchIN bertempat di Las Coffee, Hotel Zamburger Kota Warisan, Sepang pada hari ini.", "Susulan itu, Norizam turut mengumumkan pitchIN yang menyediakan platform buat Kelantan FC mengumpulkan dana ini sebagai rakan strategik dan penaja bersamanya bermula musim ini.", "Difahamkan, dana RM100 juta itu akan diraih dengan menerbitkan aset digital iaitu Token TRW buat para peminat dengan harga jualan maksimum RM2000 dan bakal didagangkan di platform Luno. ", "Norizam meletakkan sasaran seramai 50,000 orang untuk mendapatkan token tersebut bagi meraih nilai RM100 juta buat kelabnya.", "Jelasnya, jumlah yang diraih itu akan digunakan untuk mengadakan pelbagai fasiliti buat Kelantan FC seperti padang latihan, pusat rehabilitasi, stadium mini termasuk mendapatkan jet peribadi untuk kegunaan skuadnya bagi mengharungi perlawanan-perlawanan bola sepak di pelbagai tempat. ", "Bagi pemegang-pemegang Token TRW, Norizam merancang untuk memberikan keistimewaan dalam menentukan beberapa keputusan dalam kelab dan skuad Kelantan FC menerusi undian seperti pemilihan pemain atau pengekalan jurulatih dan sebagainya.", "Norizam menambah, pemilihan pitchIN dibuat atas faktor berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi memastikan kepercayaan dan ketelusan dalam mendapatkan duit daripada para peminat dan orang ramai.", "Sebagai rekod, Kelantan FC menjadi kelab bola sepak tanah air yang kedua selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bekerjasama dengan Socios untuk menawarkan token buat para peminatnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219546/", "headline": "\nNafuzi Alih Fokus Kejar ‘Top 3’ Liga Super Bagi Meraih Slot Ke Piala AFC 2023\n", "content": ["Salah satu jalan untuk meraih slot ke saingan Piala AFC sudah tertutup buat Terengganu FC apabila gagal menjuarai saingan Piala FA ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), pada malam tadi.", "Bagaimanapun, dengan kejuaraan Piala FA menjadi milik JDT yang juga merupakan calon utama untuk menjuarai Liga Super musim ini, slot ke Piala AFC berkemungkinan besar akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan liga di tempat kedua dan ketiga.", "Justeru, ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain akur dengan kekalahan semalam dan mengajak pasukannya mengalihkan tumpuan untuk mengejar kedudukan tiga terbaik dalam saingan Liga Super yang berbaki antara 4-6 perlawanan lagi.", "📊 KEDUDUKAN – LS18#LigaSuper2022 pic.twitter.com/egJiIgFGIf", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 10, 2022", "“Saya rasa yang terbaik sekali fokus kepada Liga Super, (sebelum ini) daripada segi fokus banyak tertumpu kepada Piala FA,", "“Sekarang, kita rasa boleh bersaing untuk top three, (perlawanan seterusnya) 14 September nanti bertemu Penang, (mengalih) fokus kepada Liga Super untuk raih slot Piala AFC 2023,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan akhir, semalam.", "Skuad berpangkalan di pantai timur ini sedang berada di kedudukan keempat selepas mengharungi 17 daripada 22 perlawanan dalam saingan Liga Super.", "Sebagai perbandingan, Terengganu mempunyai 29 mata manakala penghuni tempat kedua dan ketiga iaitu Sabah FC dan Negeri Sembilan FC mempunyai 36 dan 35 mata masing-masing selepas mengharungi 18 perlawanan.", "Untuk rekod, kali terakhir Terengganu berhasil menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga adalah pada tahun 2020 dimana saingan liga pada ketika itu dijalankan secara separuh musim – 11 perlawanan sahaja – ekoran pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321466/", "headline": "\nTerengganu FC Lancar Platform Penstriman Video Eksklusif Kelab – RM7 Sebulan\n", "content": ["Bagi berkongsikan video-video eksklusif kepada para peminat dan pendukungnya, Terengganu FC tampil melancarkan sebuah platform servis penstriman tersendiri yang diberikan nama TFC Play.", "Menurut kelab berpangkalan di pantai timur itu, para pelanggan servis ini akan disajikan dengan pelbagai video eksklusif  seperti Dokumentari, Original Movie, Diari Pasukan, Konten Eksklusif bagi setiap perlawanan serta video-video lain yang dapat mendekatkan lagi peminat dan pendukung dengan pasukan.", "Pihak Terengganu FC memberi anggaran sebanyak 95 video eksklusif akan dimuat naik bagi tempoh setahun untuk tatapan para pelanggan di TFC Play. Difahamkan, video-video ini tidak akan dipaparkan menerusi saluran media sosial atau platform video yang lain seperti Youtube.", "Bagi peminat dan pendukung yang berminat untuk melanggan, terdapat dua pakej langganan yang ditetapkan. Pertamanya pakej langganan bulanan yang berharga RM7. Keduanya adalah pakej tahunan yang berharga RM60 dimana pelanggan akan menikmati penjimatan sebanyak RM24 berbanding melanggan pakej bulanan selama 12 bulan.", "Sementara itu, bagi pemegang kad keahlian, TFC Membership, pihak kelab memberikan langganan istimewa selama 1 bulan untuk menonton kesemua video di TFC Play secara percuma.", "🆓𝐏𝐄𝐌𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐅𝐂 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐒𝐇𝐈𝐏 𝐂𝐀𝐑𝐃 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 𝟏 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐅𝐂 𝐏𝐋𝐀𝐘🆓", "Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/OlKT0ggFbw…#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/OxksmCFRHY", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 15, 2023", "Sebagai tambahan, pihak kelab memaklumkan antara tujuan utama penghasilan TFC Play adalah sebagai salah satu cabang penjanaan pendapatan untuk kelab.", "Ianya selaras dengan langkahnya untuk terus bergerak ke arah penswastaan penuh dan boleh berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan dari kerajaan negeri pada masa-masa akan datang.", "Naib juara Piala FA dan Liga Super 2022 ini meletakkan sasaran langganan sebanyak 5000 pelanggan serta penjanaan pendapatan sebanyak RM300,000 menerusi TFC Play bagi musim 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323058/", "headline": "\n8 Fakta Perlawanan Melibatkan Selangor vs Sri Pahang\n", "content": ["Saingan Liga Super akan berehat seketika bagi memberi laluan kepada saingan Piala FA dan kebanyakan mata akan tertumpu pada perlawanan di Petaling Jaya di antara Selangor FC dan Sri Pahang FC. ", "Menjelang misi balas dendam Selangor terhadap Sri Pahang selepas tewas dalam perlawanan akhir Piala FA 2018, Sukanz tampil menghidangkan 8 fakta perlawanan yang merangkumi rekod semasa pasukan serta statistik pertembungan bagi kedua-dua pasukan untuk tatapan pembaca:", "Selangor muncul juara Piala FA sebanyak 5 kali iaitu pada tahun 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009 manakala Sri Pahang memperoleh kejayaan Piala FA pada tahun 2006, 2014 dan 2018. ", "Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Piala FA adalah ketika  perlawanan akhir pada tahun 2018 yang menyaksikan skuad Tok Gajah di bawah kendalian Datuk Dollah Salleh menundukkan Selangor dengan keputusan 2-0. ", "Baki 3 pemain terlibat pada perlawanan terakhir Piala FA antara kedua-dua pasukan yang menyaksikan Khairulazhan Khalid yang dibolosi dua kali malam tersebut masih kekal bersama The Red Giants manakala penjaring gol pendahuluan, Azam Azih dan Muslim Ahmad setia mewakili Sri Pahang. ", "Dalam saingan Liga Super, Selangor berada di tangga kedua dengan memenangi enam perlawanan dan hanya dua pasukan – Sri Pahang dan Johor Darul Ta’zim yang berjaya mencuri mata menentang The Red Giants dengan keputusan seri dan tewas masing-masing.", "Dalam saingan Liga Super, Sri Pahang menjadi pasukan kedua dengan rekod tanpa kalah selepas Johor Darul Ta’zim yang menyaksikan mereka di tangga ketiga liga dengan 4 kemenangan dan 4 keputusan seri. ", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Petaling Jaya, Pahang mendahului menerusi pertahanan prolifik mereka, Stefano Brundo pada minit ke-74 perlawanan sebelum Brendan Gan hadir menyelamatkan Sang Gergasi Merah dengan keputusan terikat 1-1.", "Piala FA Malaysia yang baru memasuki pusingan kedua kejohanan menyaksikan Selangor mendapat bye pada pusingan pertama manakala Sri Pahang melakukan kebangkitan semula menerusi jaringan sepakan penalti saat akhir Stefano Brundo menentang Perak. ", "Sekiranya Selangor atau Pahang mara ke peringkat seterusnya, mereka akan bertemu sama ada kelab Liga M3, PIB atau kelab Liga Super, Negeri Sembilan di pusingan suku akhir. Jika layak ke separuh akhir, mereka berkemungkinan besar bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta’zim. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219691/", "headline": "\nTMJ: Bagaimana JDT Tukar Jurulatih 11 Kali Dalam Tempoh 10 Tahun Tidak Gugat Prestasi Pasukan?\n", "content": ["Bagaimana Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki oleh Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) menukar 11 jurulatih dalam tempoh 10 tahun serta ramai pemain tidak menggugat prestasi pasukan?", "Sejak tahun 2014, skuad berjulukan Harimau Selatan tidak pernah terlepas untuk merangkul kejuaraan Liga Super pada setiap tahun. Bahkan, JDT juga semakin menghampiri untuk merangkul kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut, musim ini.", "Terbaru, JDT yang baru sahaja menggantikan Benjamin Mora dengan Hector Bidoglio berjaya merangkul kejuaraan Piala FA setelah menumpaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 10 September lalu.", "Perkara tersebut mahu ditanyakan oleh TMJ kepada para penyokong JDT dalam Sesi Soal & Jawab (Q&A) Bersama Penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bermula pada jam 8 malam nanti.", "“Dulu bertahun-tahun, sikit-sikit Mora Out. Sekarang nak Mora balik. Time (Masa) Mora, semua asyik complain tak habis-habis passing belakang, game slow, taktikal tak bagus dan macam-macam lagi.” tulis baginda di ruangan komen Instagram yang memaklumkan mengenai sesi jawab berkenaan.", "Bukan sahaja merangkul pelbagai trofi kejuaraan, kelab berpangkalan di selatan semenanjung tanah air ini juga mencapai pelbagai kejayaan lain di dalam dan luar padang.", "Dalam sesi itu juga, TMJ turut akan berkongsikan perkara-perkara terkini dan perancangan masa hadapan melibatkan JDT kepada para penyokong.", "Pada masa yang sama, baginda turut membuka ruang kepada “orang-orang expert” bola sepak bersertakan fakta dan statistik untuk menanyakan soalan “power power” kepadanya.", "“Jangan pandai dalam media sosial sahaja,” tambah baginda lagi.", "Untuk makluman semua, sesi ini akan turut ditayangkan secara langsung menerusi akaun Facebook, JOHOR Southern Tigers.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217412/", "headline": "\nAnak Syarikat XOX Berhad Beli Perak FC Dengan Nilai RM1 Sahaja\n", "content": ["Penghujung April lalu, syarikat pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang tersenarai di Bursa Malaysia, XOX Berhad memeterai perjanjian bersama Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih Perak FC Sdn Bhd (Perak FC).", "Pengambilalihan itu menjadikan XOX Berhad sebagai pemilik penuh pasukan yang beraksi di Liga Premier dan dibimbing oleh bekas penyerang skuad kebangsaan, Yusri Che Lah. ", "Semalam, syarikat itu memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa anak syarikat miliknya iaitu XOX Pro Sport Sdn Bhd memeterai perjanjian penjualan saham bersama Impact Media & Communication untuk mengambil alih 2,500 unit saham biasa yang mewakili 100 kepentingan ekuiti Perak FC dengan nilai RM1.", "Perak FC Kini Dimiliki Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi XOX https://t.co/rKmtqNI7cb", "— Sukanz. (@sukanzcom) April 29, 2022", "Dalam makluman yang sama, nilai RM1 itu diletak atas dasar kesediaan pembeli dan penjual iaitu XOX dan Impact Media & Communication selepas mengambil kira beberapa pertimbangan.", "Antaranya, berdasarkan laporan kewangan beraudit setakat 30 Jun 2021, Perak FC merekodkan kerugian selepas cukai berjumlah RM2.3 juta serta hutang bersih sebanyak RM3.5 juta.", "Selain itu, kesukaran operasi Perak FC dan hutang tertunggak setakat 31 Disember 2021 yang berjumlah sekitar RM7.1 juta turut menjadi asbab nilai RM1 dipersetujui kedua-dua pihak.", "Sebagai tambahan, cadangan pengambilalihan ini akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman dan cadangan pengambilalihan ini dijangka selesai pada suku ketiga 2024.", "XOX turut menjelaskan cadangan pengambilalihan Perak FC ini adalah peluang untuk mengembangkan jangkauannya dengan membesarkan ekosistem menggabungkan bola sepak.", "Katanya, Perak FC dianggarkan mempunyai setengah juta peminat dan Negeri Perak sendiri dikenali sebagai negeri yang mempunyai ramai peminat fanatik bola sepak dalam negara.", "Ketika ini, XOX sudah melibatkan diri dalam sukan permotoran dengan sokongan berterusan dan tajaan terhadap The Komanz Kru Racing (TKKR). Pendapatan tahun-ke-tahun (year-on-year) meningkat dan pemerolehan pegangan pasaran sejajar dengan usahasama anatara XOX dan TKKR."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112928/", "headline": "\nRanking BWF: Dua Pemain Perseorangan Wanita, Nurshuhaini & Letshanaa Catat Penurunan\n", "content": ["Kemaskini ranking yang dilakukan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam memperlihatkan dua pemain perseorangan wanita yang beraksi di kejohanan Piala Uber 2020 mencatatkan penurunan.", "Penurunan paling banyak dicatatkan oleh pemain berusia 17 tahun, Siti Nurshuhaini Azman iaitu enam anak tangga. Siti yang diturunkan buat pertama kali di kejohanan ini menentang pemain China, He Bing Jiao kini menduduki tangga ke-461 berbanding ke-455 sebelum ini.", "Artikel Berkaitan – Piala Uber 2020: Kenali Anggota Skuad Malaysia Yang Dibarisi Pemain Muda & Remaja", "Seorang lagi pemain perseorangan wanita mencatatkan penurunan ialah Letshanaa Karupathevan. Pemain berusia 18 tahun ini merekodkan penurunan satu anak tangga menjadikan dia berada di tangga ke-778 dunia. ", "Sebagai rekod, Letshanaa beraksi sebanyak 3 kali pada peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Uber. Bagaimanapun, Letshanaa tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan ketika berhadapan wakil Denmark (Line Hojmark Kjaersfeldt), China (Wang Zhi Yi) dan Kanada (Wen Yu Zhang).", "Sementara itu, tiada perubahan ranking melibatkan dua lagi pemain perseorangan wanita negara S. Kisona dan Eoon Qi Xuan. Kedua-dua pemain ini masih kekal di kedudukan ke-53 dan ke-123 seperti minggu lalu.", "Begitu juga ranking melibatkan pemain beregu wanita dimana pasangan Pearly Tan-M. Thinaah serta Teoh Mei Xing-Yap Ling kekal di kedudukan ke-18 dan ke-68 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113348/", "headline": "\nRating Sukanz: Gol Tunggal Azfar ‘Kaka’ Fikri Berikan Malaysia Kemenangan Kedua Kelayakan Piala Asia B-23\n", "content": ["Skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B-22) berhasil merekodkan kemenangan kedua dalam Kelayakan Piala Asia B-23 setelah menundukkan pasukan tuan rumah, Mongolia pada hari ini.", "Kemenangan penting ini hasil daripada jaringan tunggal Azfar Fikri atau dikenali sebagai Kaka pada minit ke-40. Jaringan tersebut tercipta daripada ‘assist’ yang dilakukan oleh pertahanan, Hairiey Hakim.", "Untuk makluman semua, ini juga merupakan gol kedua peribadi di peringkat kelayakan oleh pemain kelahiran Kuala Lumpur ini. Sementara itu, kemenangan ini bermakna Malaysia kekal selaku pendahulu Kumpulan J sebelum turun ke perlawanan ketiga menentang Thailand kelak.", "Berikut adalah rating pemain-pemain skuad Harimau Muda ketika menentang Mongolia sebentar tadi:", "Melakukan tugas untuk mempertahankan gawangnya dengan baik dan memastikan Malaysia tidak bolos dalam perlawanan ini. Bagaimanapun, satu ‘kesilapan kurang cermat’ dilakukannya iaitu mengutip bola di luar kotak menyebabkan dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil.", "Beraksi dengan baik namun ada ketikanya gandingannya bersama dua bek yang lain dalam sistem bek bertiga sedikit kucar-kacir dan membuka peluang pemain lawan untuk mengambil peluang menjaringkan gol.", "Beraksi dengan baik sebagai ‘ball playing defender’ namun sepertiman Zikri, gandingannya bersama dua bek yang lain ada ketikanya kurang kemas dalam perlawanan ini.", "Melakukan tugas bertahan dengan baik atas kapasiti individu namun ada ketikanya gandingannya bersama Zikri dan Harith menampakkan sedikit ‘kelam kabut’.", "Bermula sebagai pemain kesebelasan utama dan beraksi dengan sangat baik. Quentin banyak terlibat tidak kira ketika pasukan menyerang dengan melakukan ‘overlapping’ mahupun bertahan. Sebanyak 2-3 kali Quentin dilihat hadir menyelamatkan barisan pertahanan yang kucar-kacir apabila diserang Mongolia. Dia keluar pada minit ke-72 digantikan oleh Azam Azmi.", "Masih dipertaruhkan sebagai ‘core player’ di bahagian tengah bersama-sama kapten, Mukhairi Ajmal. Persembahannya semakin baik berbanding perlawanan pertama lalu namun ada beberapa hantarannya boleh diperbaiki lagi bagi mengelakkan dipintas pemain lawan.", "Boleh dikatakan cemerlang mengawal bahagian tengah sambil dibantu oleh Nik Akif. Ada beberapa hantaran jauh dan lorongan yang baik dilakukannya. Mukhairi juga mendapat peluang melaukan dua percubaan yang hampir-hampir mampu diterjemahkan kepada jaringan.", "Beraksi sebagai wing back di sebelah kiri dan memberikan sokongan yang baik semasa menyerang mahupun bertahan. Tandukan Hairiey menghasilkan ‘assist’ buat Azfar untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus memberikan kemenangan buat Malaysia. Dikeluarkan pada minit ke-72 dan digantikan oleh Umar Hakeem.", "Beraksi sebagai penyerang di bahagian sayap. Di saat pemain-pemain lawan banyak memberikan tumpuan kepada Luqman, Azfar hadir menjaringkan gol pada minit ke-40. Ianya merupakan gol kedua peribadi Azfar dalam pusingan kelayakan ini. Dia dikeluarkan pada minit ke-60 digantikan dengan Syafik Ismail.", "Sentiasa dikawal kemas oleh pertahanan lawan dan menyebabkannya sukar untuk mencari ruang bagi memburu jaringan. Namun gerakannya menyebabkan pemain-pemain lawan bertumpu kepada Luqman dan memberikan Azfar ruang untuk bergerak bebas. Luqman dikeluarkan pada minit ke-89 kerana mengalami kecederaan.", "Perlawanan pada hari ini memperlihatkan penglibatan Hakimi di atas padang sedikit kurang. Pada masa yang sama, Hakimi juga tidak begitu mendapat suapan daripada rakan sepasukan serta dilihat kurang terlibat ketika pasukan bertahan. Sayang sekali, peluang satu lawan satu berhadapan penjaga gol lawan pada masa kecederaan tidak dapat disempurnakannya.", "Diarahkan masuk oleh Brad Maloney pada minit ke-60 menggantikan Azfar Fikri. Ada beberapa gerakan dan gelecekan berhasil dilakukannya menerpa kotak penalti lawan namun tiada sebarang jaringan atau ‘assist’ dijelmakannya. ", "Dimasukkan pada minit ke-72 menggantikan Quentin Cheng selaku wing back kanan. Azam meneruskan tugas-tugas dilakukan oleh Quentin dengan baik sehingga tamat perlawanan.  ", "Dimasukkan pada minit ke-72 menggantikan Hairiey Hakim di posisi wing back kiri. Umar meneruskan tugas Hairiey mengekang pemain lawan menyerang menerusi bahagiannya dan turut membantu pasukan ketika menyerang.", "Dimasukkan pada minit ke-89 menggantikan Luqman Hakim yang mengalami kecederaan. Tidak banyak yang disumbangkannya sehingga tamat perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221272/", "headline": "\nCristiano Ronaldo Diumum Pemain Kelab Arab Saudi, Al Nassr Secara Rasmi\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan Portugal merangkap pemenang Balon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo secara rasminya menjadi milik kelab berpangkalan di Arab Saudi iaitu Al Nassr.", "Perkembangan itu hadir selepas pihak kelab berkenaan memuat naik satu hantaran mengucapkan selamat datang berserta foto penyerang yang bakal menjengah usia 38 tahun itu memegang jersi Al Nassr bernombor 7 di pelbagai laman sosialnya, hari ini.", "Menurut wartawan bola sepak terkenal, Fabrizio Romano, bekas penyerang Manchester United itu menandatangani kontrak selama dua tahun dan setengah bersama Al Nassr.", "Here’s Cristiano Ronaldo with Al Nassr shirt after contract signed until June 2025 🚨🇵🇹🇸🇦 #Ronaldo", "▫️ Agreement valid for two years and half;", "▫️ Total salary will be close to €200m per year, but this includes commercial deal.", "It’s the biggest salary ever in football. pic.twitter.com/ZnOg8lY6Wb", "— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2022", "Ini akan menyaksikan Ronaldo akan kekal bersama kelab itu sehingga tahun 2025 kelak. ", "Nilai keseluruhan gaji pula menghampiri €200 juta setahun atau bersamaan sekitar RM947 juta termasuk perjanjian komersil. Difahamkan ianya merupakan gaji terbesar pernah diterima oleh pemain bola sepak.", "Untuk pengetahuan semua, Al Nassr pada ketika ini dibimbing oleh Rudi Garcia. Kelab ini turut mempunyai beberapa pemain import ternama yang lain seperti David Ospina, Vincent Aboubakar, Talisca, Luis Gustavo dan lain-lain lagi.", "Sebagai tambahan, sekitar penghujung November lalu, Ronaldo dan kelab lamanya, Manchester United mencapai persetujuan bersama untuk berpisah sekaligus menjadikannya sebagai ejen bebas sejak dari saat itu.", "Featured Image: Al Nassr FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114233/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: 7 Beregu Malaysia Dapat ‘Bye’ Di Pusingan 64\n", "content": ["Tujuh pasangan beregu negara yang akan beraksi di Kejohanan Dunia BWF 2021 boleh tersenyum lebar tanpa perlu turun beraksi di Pusingan 64 yang akan bermula pada Ahad nanti di Huelva, Sepanyol.", "Hal ini kerana hasil undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada minggu lalu menyaksikan tujuh pasangan negara yang terlibat dalam kategori beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran mendapat ‘bye’ pada pusingan tersebut.", "Ini menjadikan mereka hanya perlu menantikan perlawanan pertama mereka di Pusingan 32. Paling menarik, keempat-empat pasangan beregu lelaki negara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong mendapat ‘bye’ di Pusingan 64.", "Untuk beregu wanita pula, pasangan beregu yang menghuni ranking ke-16 dunia, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan antara yang turut bertuah mendapat ‘bye’. ", "Baki dua pasangan lagi, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai pula mendapat ‘bye’ dalam kategori beregu campuran di Pusingan 64 pada kejohanan kali ini.", "Sementara itu, pemain-pemain Malaysia yang lain seperti Lee Zii Jia, Liew Daren, Cheam June Wei, Kisona Selvaduray, Teoh Mei Xing-Yap Ling dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See akan bermula di Pusingan 64."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112283/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2021: Selangor MAC Menang Besar Ke Atas Pahang Rangers\n", "content": ["Setelah bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pertama, Selangor MAC berjaya meraih kemenangan besar pada perlawanan kedua Piala Futsal AFF, pada hari ini.", "Kemenangan tersebut diraih oleh Selangor MAC ketika beraksi menentang sebuah lagi wakil negara iaitu Pahang Rangers yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Sepanyol, Gerard Casas.", "Mereka tanpa belas kasihan membelasah Pahang Rangers dengan keputusan 5-1. Kemenangan ini juga memberikan mereka 3 mata pertama dalam kejohanan ini.", "Sementara itu, Pahang Rangers kekal tanpa sebarang mata apabila turut tumpas pada perlawanan pembukaan menentang wakil Thailand, Port FC, semalam.", "Esok, Pahang Rangers akan dijadualkan menentang wakil Kemboja, Mohahang All Star FC pada pukul 3 petang waktu Malaysia sementara Selangor MAC akan turun pada pukul 7 malam untuk menentang Port FC pada perlawanan ketiga."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218487/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Lim Chong King Kandas Di Peringkat Kelayakan\n", "content": ["Lim Chong King menjadi wakil negara yang pertama terkeluar daripada saingan Terbuka Taipei – Jelajah Dunia Super 300 BWF apabila tumpas pada perlawanan pertama peringkat kelayakan, sebentar tadi.", "Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-155 dunia ini tumpas kepada pemain tuan rumah, Chi Yu-Jen yang menduduki tangga ke-122 dunia.", "Dalam perlawanan tersebut, Chong King tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-16 dan 16-21 dalam tempoh masa sekitar satu jam permainan.", "YONEX Taipei Open 2022MS – Qualification round of 1622 16 21 Yu Jen CHI🏅20 21 16 🇲🇾Chong King LIM", "🕗 in 61 minutes https://t.co/gnV1iSNdq0", "— BWFScore (@BWFScore) July 19, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pemain ini di pentas antarabangsa. Mereka pertama kali bertemu dalam saingan Terbuka Poland pada penghujung Mac lalu.", "Namun begitu, dalam pertemuan yang berlangsung di peringkat suku akhir tersebut, Chong King berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan dengan skor 18-21, 21-12 dan 23-21.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kejohanan yang kedua berturut Chong King kandas di peringkat kelayakan. Chong King turut mengalami nasib yang sama dalam saingan Orleans Masters yang berlangsung pada awal April lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110002/", "headline": "\nShahrul Saad Sertai Sri Pahang Hanya Khabar Angin, Kata CEO\n", "content": ["Bergoncang arena bola sepak Malaysia semalam apabila pertahanan skuad kebangsaan dan Perak, Shahrul Saad dikatakan meninggalkan pasukannya dan bakal menyertai Sri Pahang.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengakui sedang merekrut pemain-pemain baharu kalangan pemain tempatan untuk memperkukuhkan pasukannya pada jendela perpindahan kali ini.", "Bagaimanapun, Suffian menyifatkan perpindahan pertahanan berusia 27 tahun itu ke skuad Tok Gajah sebagai khabar angin semata-mata.", "“Setakat ini isu Shahrul Saad menyertai Sri Pahang yang tular di media sosial hari ini (semalam) hanya merupakan khabar angin yang saya sendiri tidak tahu dari mana portal berkenaan memetik sumber kesahihan berita ini.", "“Ya, saya akui Sri Pahang seperti kelab-kelab Liga Malaysia lain pun sedang giat mencari pemain tempatan dengan pembukaan jendela perpindahan yang dibuka sejak 3 Mei lalu.", "“Cuma pada masa ini fokus kami pada pusingan kedua ini adalah untuk memperbaiki kedudukan pasukan dalam saingan liga, bermula dengan menentang Selangor FC (hari ini),” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Sementara itu, menerusi satu laporan media tempatan yang lain, Suffian turut mengesahkan Sri Pahang telah mengikat khidmat empat pemain import baharu. ", "Mereka ialah Aung Kaun Mann (Myanmar), Manuel Hildago (Argentina), Abubakar Yakubu (Ghana) dan Kenny Athiu (Australia).", "Jelasnya lagi, tiga daripada empat pemain yang dinyatakan berkemungkinan akan diturunkan pada perlawanan malam ini menentang pasukan di tangga kelima Liga Super, Selangor di Stadium Darul Makmur."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113352/", "headline": "\nSoh Wai Ching Tak Puas Hati Gagal Capai Sasaran Bawah 10 Minit\n", "content": ["Walaupun muncul juara dalam acara Empire State Building Run-Up di New York, semalam, atlet pelari menara Malaysia, Soh Wai Ching tetap tidak berpuas hati dengan prestasinya.", "Menerusi perkongsian di laman sosialnya pada hari ini, Wai Ching teruja muncul pelari asia pertama yang memenangi acara yang dianjurkan oleh NYC Runs selain berpeluang bertemu empat mata bersama pelakon, Sebastian Stan.", "Namun begitu, Wai Ching berkata, “mengenai larian semalam, saya tidak beraksi dengan baik dan saya tidak berpuas hati dengan prestasi itu memandangkan saya menyasarkan (catatan masa) di bawah 10 minit.”", "Wai Ching yang berusia 27 tahun muncul juara dengan catatan masa 10 minit dan 40 saat untuk melintasi garisan penamat di tingkat 86 bangunan tersebut.", "Pada masa yang sama, Wai Ching menanamkan keyakinan dapat memperbaiki catatan masanya dalam acara larian yang sama pada tahun hadapan dengan tempoh masa persiapan yang lebih lama.", "Untuk pengetahuan semua, rekod larian terpantas dalam acara Empire State Building Run-Up bagi kategori lelaki dipegang oleh pelari Australia, Paul Crake dengan catatan masa 9 minit dan 33 saat. ", "Rekod ini dicipta oleh Paul ketika menyertai acara ini pada tahun 2003. ", "Featured Image: Facebook Soh Wai Ching "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323389/", "headline": "\nRanking BWF: Pearly-Thinaah Terkeluar Daripada Kelompok ‘Top 10’ Dunia\n", "content": ["Pasangan badminton wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan julung kalinya terkeluar daripada senarai sepuluh beregu wanita terbaik dunia selepas menghuni kelompok berkenaan 26 minggu berturut-turut.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan gandingan yang menjuarai Terbuka Perancis dan pingat emas Sukan Komanwel pada tahun lalu jatuh tiga anak tangga berbanding minggu lalu dalam Ranking Dunia.", "Kejatuhan itu sekaligus meletakkan Pearly-Thinaah menghuni tangga kesebelas dunia pada minggu ini hasil memiliki 66,480 mata daripada sepuluh kejohanan terbaik mereka.", "Sementara itu, kedudukan kelapan pada minggu ini diisi oleh pasangan Korea yang muncul naib juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023, Baek Ha-na dan Lee So-hee yang kini mengumpul 71,125 mata.", "Ianya diikuti dengan pasangan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (71,037 mata) dan sepasang lagi gandingan Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong (70,817 mata) di tangga kesembilan dan kesepuluh masing-masing.", "Kejatuhan ini secara langsungnya membuatkan nama Pearly-Thinaah tidak menepati kriteria yang digariskan untuk menyertai program Road To Gold (RTG) iaitu samada perlu berada dalam kelompok sepuluh terbaik dunia atau pernah memenangi pingat dalam temasya Sukan Olimpik edisi terdahulu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219499/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Remaja Malaysia: Pilihan Pertama, Siti Nurshuhaini Tumpas Mengejut Di Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan wanita remaja negara yang diletakkan selaku pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan Siri Antarabangsa Remaja Malaysia tewas mengejut di tangan pemain Jepun pada peringkat Pusingan 16, hari ini.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Siti Nurshuhaini Azman yang kini menghuni ranking ke-211 dunia dan ranking ke-43 remaja dunia. Dia tumpas kepada Mihane Endo yang tidak mempunyai sebarang ranking dunia mahupun remaja dunia.", "Dalam perlawanan tersebut, Siti tumpas kepada Mihane menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-18 dan 13-21 dalam tempoh menghampiri satu jam permainan.", "Disebalik tersingkirnya Siti, seorang lagi wakil negara dalam kejojanan ini, Siti Zulaikha yang diletakkan sebagai pilihan keenam berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.", "Zulaikha yang menghuni ranking ke-1020 dunia dan ranking ke-136 remaja dunia mara selepas menumpaskan rakan senegara, Clarissa San secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-13 dalam tempoh 31 minit.", "Menantinya di suku akhir yang akan berlangsung esok adalah pemain Jepun, Hina Akechi yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221231/", "headline": "\nSelepas 8 Musim Bersama JDT, Fadhli Shas Sertai Sri Pahang – Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Jodoh bekas bek tengah skuad kebangsaan, Fadhli Shas bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berlangsung selama lapan musim akhirnya menemui titik noktah.", "Pertahanan berusia 31 tahun ini akan meneruskan karier bola sepaknya dengan menyertai skuad berpangkalan di pantai timur semenanjung, Sri Pahang FC dengan kontrak selama dua tahun.", "Ini akan menjadikan pemain kelahiran Perak ini akan kekal menyarung jersi Kuning Biru sekurang-kurangnya sehingga penghujung tahun 2024.", "*Fadhli Shas Perkuat Benteng Sri Pahang!* ", "Kami berbesar hati mengumumkan pemain pertahanan, Fadhli Shas sebagai wajah baru Sri Pahang FC bagi musim 2023. pic.twitter.com/ZuGIZLTder", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) December 28, 2022", "Perkembangan itu hadir selepas pihak kelab terbabit mengumumkan perkara berkenaan secara rasmi di pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.", "Untuk makluman semua, Fadli Shas mula menyertai skuad Harimau Selatan bermula tahun 2014 dan menjadi antara pemain yang menyumbang pelbagai gelaran buat JDT seperti kejuaraan Liga Super dan Piala AFC.", "Manakala pada tahun ini pula, Fadhli Shas dipinjamkan ke Melaka United FC selama semusim yang menyaksikannya sempat melakukan 17 penampilan.", "Sebelum itu, dia memulakan karier dengan skuad projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Harimau Muda A.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218803/", "headline": "\nKDA FC Akan Tubuh Syarikat Penerbitan Buku – Rancang Keluarkan Biografi Legenda Bola Sepak\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) mengumumkan akan menubuhkan sebuah syarikat penerbitan buku yang bernama KDA Press.", "Menerusi makluman di laman sosialnya, idea penubuhan ini dicetuskan penaungnya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar bagi memulakan proses dokumentasi khazanah di Kedah daripada sudut sejarah bola sepak, biografi dan banyak lagi secara sistematik.", "Antara perancangan terdekatnya adalah menulis berkenaan biografi bekas pemain legenda di Kedah dan Malaysia. ", "KDA PRESS SERIES AVAILABLE SOON AT SANG KENARI STORE", "Nantikan makluman kami seterusnya! Keep supporting us, stand up! pic.twitter.com/0ouwBpRFfX", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) August 2, 2022", "Selain itu, difahamkan, inisiatif ini dicetuskan adalah untuk menggalakkan dan menghidupkan kembali amalan membaca dalam kalangan penyokong skuad Hijau Kuning.", "Bagaimanapun, untuk peringkat awal ini, ianya akan dimulakan dengan menjual buku-buku terbitan yang ditulis oleh Dr. Mohd Daud Bakar sendiri dari pelbagai genre di Sang Kenari Store, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.", "Buku-buku yang ditulis Dr. Mohd Daud yang merupakan tokoh dan pakar kewangan islam merangkumi siri motivasi, fiksyen dan banyak lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216073/", "headline": "\nSelepas Kutip 12 Pingat Sukan SEA, Farah Ann Umum Persaraan Daripada Gimnastik \n", "content": ["Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi tampil mengumumkan persaraannya secara rasmi daripada sukan terbabit menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, Sabtu lalu.", "Awal bulan ini, khabar mengenai persaraan atlet berusia 27 tahun berlegar-legar di pelbagai portal berita tempatan serta laman-laman sosial peminat sukan di tanah air.", "Ianya berikutan Farah dimaklumkan sudah berhenti mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan sekitar pertengahan Februari lalu menurut perkongsian oleh jurulatihnya.", "Untuk pengetahuan semua, atlet kelahiran Selangor ini memaklumkan dirinya mula menyertai dunia gimnastik sejak berusia dua tahun. Bermula umur itu, Farah telah menyertai pelbagai kejohanan dan temasya termasuk Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Sejak berkecimpung dalam sukan ini, Farah berhasil meraih 12 pingat secara keseluruhan dalam temasya Sukan SEA samada untuk acara individu mahupun berpasukan. Tujuh daripadanya adalah pingat emas yang dirangkulnya ketika Singapura, Malaysia dan Filipina menjadi negara hos.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111213/", "headline": "\n3 ‘Reserve Team’ Di Atas KUFC, Peluang Ke Liga Super Masih Terbuka\n", "content": ["Ketua jurulatih Kelantan United FC (KUFC) baharu, Nazrulerwan Makmor tidak menolak peluang pasukannya untuk merebut tempat layak ke pentas Liga Super pada musim hadapan masih lagi terbuka.", "Menurut jurulatih berusia 41 tahun ini, walaupun berada di tangga keenam, peluang masih terbuka kerana tiga pasukan yang berada di atas mereka merupakan berstatus ‘Reserve Team’ dan perbezaan mata antara KUFC dan pasukan di tangga kedua, Negeri Sembilan tidaklah begitu besar.", "“Sekarang jurang mata pun tidaklah terlalu jauh untuk kami cuba mengejar, dan ada tiga ‘Reserve Team’ berada di atas kami. ", "“Jadi, tidak mustahil kami akan cuba untuk raih slot layak ke Liga Super sekiranya ada rezeki, tetapi kita sedar ianya bukan mudah. ", "“Kita perlu ambil serius baki perlawanan yang ada ini dan amat penting pemain-pemain terutamanya pemain baharu untuk cuba beri impak yang berbeza selepas ini,” katanya yang baru sahaja diumumkan sebagai ketua jurulatih KUFC yang baharu secara rasmi, hari ini.", "Berdasarkan kepada makluman pihak kelab, Nazrulerwan dipilih untuk mengemudi KUFC berikutan ketua jurulatih sebelum ini, Akira Higashiyama dinaikkan pangkat untuk menjadi Pengarah Teknikal bagi menguruskan pembangunan akar umbi dan pemain muda.", "Nazrulerwan bukanlah nama yang asing buat pasukan berpangkalan di Kota Bharu ini. Dia pernah mengemudi pasukan ini pada pertengahan musim yang lalu dan membantu pasukan ini menduduki tangga kelapan liga sekaligus membolehkan mereka kekal dalam saingan Liga Premier.", "Sementara itu, mengulas mengenai tewas 0-4 kepada Terengganu dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan semalam, Nazrulerwan melihatnya sebagai satu pengajaran yang baik serta peluang untuk mengenalpasti kelemahan sebelum menyambung aksi Liga Premier bertemu PDRM FC pada 25 Julai nanti.", "🏳🏴KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN🏴🏳TERENGGANU FC 4-0 KELANTAN UNITED FC⚽️ Dechi Marcel '15⚽️ Faisal Halim '26⚽️ Rahmat Makasuf '76⚽️ Hakimi Abdullah '87#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#WinBackMission pic.twitter.com/IwDNkNPrMW", "“Kalau boleh, memang la kita nak menang dalam aksi persahabatan semalam, tetapi kalau kita tidak kalah, saya rasa kita tidak akan tahu dekat mana kelemahan sebenar pasukan.", "“Pertama sekali, skuad Nafuzi Zain sememangnya lebih hebat dan mendominasi, dan pasukan saya masih dalam proses menyesuaikan diri dan mendapatkan tahap kecergasan yang betul di atas padang. ", "“Tetapi, itu tidak bermakna mereka tidak bagus, dan saya percaya ia akan menjadi pengajaran terbaik untuk kita tengok balik apa yang kita boleh perbaiki sebelum kita menentang PDRM nanti,” jelasnya.", "Sebelum daripada itu, mereka turut mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang sebuah lagi pasukan Liga Super, Penang FC dan tumpas dengan skor 1-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110644/", "headline": "\nACL 2021: Mora Ketepikan Cabrera Kerana Mahu Mantapkan Bahagian Pertahanan & Tengah\n", "content": ["Ketiadaan pemain sayap lincah yang memegang passport Iraq, Gonzalo Cabrera dalam senarai 30 pemain yang akan berentap dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) akhirnya dijawab oleh Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Ketua jurulatihnya, Benjamin Mora memaklumkan Cabrera diketepikan kerana ingin memperkukuhkan lagi bahagian pertahanan dan bahagian tengah skuad Harimau Selatan dengan menyenaraikan Shane Lowry dan Leandro Velazquez.", "Pada masa yang sama, jurulatih kelahiran Mexico ini tidak gusar dengan ketiadaan Cabrera di bahagian sayap kiri kerana mempunyai banyak pilihan dalam kalangan pemain tempatan untuk diturunkan di poisisi tersebut.", "“Gonzalo Cabrera terpaksa diketepikan kerana hanya empat pemain luar negara dibenarkan dan kami ingin memantapkan bahagian pertahanan. Kami telah memilih Lowry dan bukannya Cabrera sebagai pemain import Asia kerana beliau dapat membantu Mauricio dos Santos di bahagian belakang.”", "“Kami juga mempunyai banyak pilihan yang baik di bahagian sayap seperti Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan Ramadhan Saifullah. Leandro Velazquez telah dipilih untuk bahagian tengah kerana kami juga perlukan barisan tengah yang mantap.” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh Johor Southern Tigers, semalam.", "Sementara itu, kehadiran penyerang naturalisasi kebangsaan, Guilherme de Paula adalah sebagai sokongan tambahan kepada Bergson da Silva di bahagian serangan.", "Bukan itu sahaja, persembahan cemerlang Syafiq Ahmad bersama skuad kebangsaan dan kesungguhan yang amat menggalakkan ditunjukkan oleh Hazwan Bakri dalam sesi latihan turut menarik minat Mora untuk melengkapkan senarai 30 pemain tersebut.", "Untuk makluman, JDT akan memulakan kempen ACL 2021 peringkat Kumpulan G dengan menentang wakil Jepun, Nagoya Grampus pada 22 Jun.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208330/", "headline": "\nGuna Stadium Kecil, Jana Keuntungan – Nasihat Bekas CEO PNB Kepada Kelab Bola Malaysia\n", "content": ["Bermula saingan Liga Malaysia 2021, semua kelab bola sepak di dalam negara ini perlu diuruskan secara swasta. Sejauh manakah kesemua kelab bola sepak di dalam negara ini bersedia untuk menguruskannya secara swasta?", "Persoalan yang lebih penting, bagaimanakah untuk menjalankan sesebuah kelab bola sepak seumpama sebuah entiti perniagaan dan pada masa yang sama memastikan ianya kekal lestari (sustainable) untuk jangka masa panjang.", "Menjawab persoalan ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB), Abdul Jalil Abdul Rasheed berkongsikan lima ‘nasihat’ penting untuk setiap kelab bola sepak di Malaysia amalkan menerusi ciapan di akaun twitternya, hari ini:", "Favourite topic of mine. It’s a long term game. Clubs must be run like a business with commercial sense, not a vanity project. https://t.co/2Hke4zbH2P", "Buang segala perbelanjaan yang tidak perlu. Uruskan stadium yang kecil yang mampu dipenuhi oleh penyokong setiap minggu. Pastikan kos seminimum yang mungkin. Kelab-kelab di luar negara yang mencatatkan keuntungan mempunyai stadium yang kecil dan tidak bergantung dengan jualan tiket pada hari perlawanan (semata-mata). ", "Melabur dalam pembangunan pemain. Pendapatan terbesar bagi kelab-kelab kecil adalah (menerusi) penjualan pemain. Ini belum popular di Malaysia, pasaran perpindahan (pemain) belum cukup matang. Penjualan barangan kelab boleh menjana keuntungan tetapi ia tidak mendatangkan duit yang banyak melainkan anda kelab yang besar.", "JDT SECURE MEGA SPONSORSHIP WITH INTERNATIONAL BRAND SWAGJohor Darul Ta'zim FC and international electric vehicle makers SWAG have tied up a sponsorship agreement ahead of the 2021 campaign.[1/2] pic.twitter.com/NR9RRZx0Kw", "Cari syarikat korporat untuk menjadi ‘tulang belakang’ bagi membolehkan anda terus beroperasi. Kata kuncinya adalah mengetahui berapa kos operasi tahunan dan cari penaja untuk membiayai kos ini. Jadi anda akan memperoleh pendapatan untuk membayar gaji dan lain-lain. Lebihan daripada kos ini laburkan kembali ke dalam kelab.", "KENYATAAN MEDIAKerteh FC Meterai Kerjasama Dengan UE Sant Andreu, Barcelona.Berita Penuh: https://t.co/9ySLmDRgM4#TheOilers | @uesantandreu pic.twitter.com/AZzEyRNGYY", "Mengadakan kerjasama dengan kelab-kelab besar di luar negara. Dapatkan nasihat daripada mereka mengenai pemain, latihan dan pertukaran pengetahuan. Tumpukan kepada apa yang boleh dibuat dan minta ‘tunjuk ajar’ daripada orang lain dalam bidang di luar kepakaran kita.", "Kelab seharusnya diuruskan oleh golongan profesional yang memahami nilai bisnes dan pengkomersialan. Jadikan ia sebagai sebuah institusi.", "La Liga has economic control guidelines where every club must submit their financial accounts & budgets to the league. An operating license will be issued when the league is convinced you have enough money to pay players and keep club going.", "Menurut Jalil, sekiranya kelima-lima prinsip ini diikuti oleh kelab-kelab bola sepak di Malaysia dan dapat menunjukkan rekod keuntungan, mereka boleh mempertimbangkan untuk menyenaraikannya di bursa saham menjawab kepada persoalan yang diutarakan oleh akaun Bahas Bola.", "Untuk makluman, Jalil Rasheed merupakan CEO dan Presiden PNB – syarikat pengurusan dana terbesar negara – bermula dari oktober 2019 sehingga jun 2020. Perlantikan Jalil mencipta rekod tersendiri sebagai CEO dan Presiden termuda yang pernah dilantik iaitu pada umur 37 tahun dalam sejarah penubuhan PNB sejak tahun 1978."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218968/", "headline": "\nKejohanan Dunia 2022: Liew Daren Bertemu Axelsen Seawal Pusingan 64, Zii Jia Menentang Pemain Perancis\n", "content": ["Hasil undian bagi Kejohanan Dunia BWF 2022 yang telah berlangsung pada hari ini menyaksikan salah seorang pemain negara terpaksa berhadapan dengan perseorangan lelaki No.1 dunia seawal peringkat Pusingan 64.", "Pemain yang kurang bernasib baik tersebut ialah Liew Daren yang berusia 35 tahun. Dia bakal berdepan dengan Viktor Axelsen dari Denmark yang masih segar dengan kejayaan meraih tiga kejuaraan berturut-turut dalam saingan Terbuka Indonesia, Indonesia Masters dan Terbuka Malaysia pada Jun hingga Julai lalu.", "Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini dijangka tidak berhadapan cabaran yang sukar di Pusingan 64 apabila diundi bertemu pemain Perancis, Brice Leverdez.", "Tidak dilupakan, pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022, Ng Tze Yong yang diundang saat akhir ke kejohanan ini pula diundi menentang pemain dari negara jiran tetangga, Indonesia iaitu Chico Aura Dwi Wardoyo.    ", "Pertembungan kedua-dua pemain ini bakal menjadi satu perlawanan yang menarik kerana ini juga merupakan debut buat Chico di Kejohanan Dunia BWF. Selain itu, kedudukan ranking bagi kedua-dua pemain pula tidak begitu banyak berbeza dimana Tze Yong dan Chico berada di tangga ke-42 dan ke-36 masing-masing disamping perbezaan umur hanya dua tahun sahaja.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung bermula 22 hingga 28 Ogos kelak bertempat di negara matahari terbit, Jepun.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324834/", "headline": "\nPiala Asia B-17: Malaysia Gagal Tempah Tiket Ke Piala Dunia\n", "content": ["Skuad kendalian Osmera Omaro terpaksa melupakan peluang untuk mara ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) selepas tewas di tangan tuan rumah, Thailand dalam aksi kedua Piala Asia B-17, semalam. ", "Skuad B-17 kebangsaan turun dengan misi wajib menang bagi menghidupkan semula peluang ke Piala Dunia selepas dibenam Yaman dengan keputusan 4-0 pada perlawanan pembukaan tempoh hari. ", "Namun, segalanya musnah buat skuad remaja negara selepas anak buah Pipob On-Mo menjaringkan tiga gol sekaligus menutup rapat sebarang kemungkinan untuk Malaysia layak ke peringkat seterusnya.", "🎥 HIGHLIGHTS | 🇲🇾 Malaysia 0️⃣-3️⃣ Thailand 🇹🇭 ", "Thailand put on a sumptuous display to safely secure their quarter-final berth! ", "Match Report 🔗 https://t.co/sMIyOC967R#AFCU17 | #MASvTHA pic.twitter.com/G3bKR9zoe6", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 18, 2023", "Jaringan negara gajah perang itu dihasilkan oleh Chanasorn Choklap, Phacarapol Lekkun dan Chanothai Kongmeng meletakkan mereka kini kekal di tangga kedua Kumpulan A di belakang Yaman dengan jumlah mata yang sama tetapi dipisahkan dengan perbezaan jaringan. ", "Ini juga merupakan perlawanan kedua berturut-turut yang menyaksikan anak buah Osmera Omaro gagal menjaringkan gol dan kini menghuni kedudukan terbawah kumpulan tanpa sebarang mata diperoleh. ", "Malaysia akan mengakhiri saingan kumpulan bertemu negara serantau, Laos pada 21 Jun (Rabu) di Stadium Thammasat, Thailand. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia melepasi peringkat kumpulan adalah pada tahun 2014 di bawah kendalian Hassan Sazali Waras. ", "Featured Image: Asian Football Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218700/", "headline": "\nLiberia FA Cari Pengganti Peter Butler – Tawar Gaji Bermula RM8,900 Hingga RM66,000\n", "content": ["Skuad kebangsaan senior Liberia mengumumkan mencari pengendali baharu bermula hari ini bagi menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Peter Butler.", "Pencarian ini dilakukan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA) berbincang dengan Butler dimana kontrak jurulatih berusia 55 tahun kelahiran England ini tidak akan dilanjutkan apabila tamat hujung Ogos nanti.", "Menurut LFA, permohonan jawatan ini dibuka kepada semua individu yang berminat untuk melatih skuad berjulukan Lone Star tanpa mengira jurulatih tempatan atau dari luar negara. LFA menawarkan gaji bermula sekitar RM8,900 sehingga RM66,000 bergantung kepada kategori kelayakan. ", "Antara kriteria yang dimahukan LFA adalah mempunyai minimum lesen kejurulatihan, Lesen Pro UEFA atau CAF B atau CAF A. Selain itu, pemohon sekurang-kurangnya merupakan lepasan diploma dan mempunyai skil asas teknologi maklumat (IT) dalam MS Word, Excel dan Power Point.", "Untuk makluman, Butler yang pernah melatih beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia mula berkhidmat bersama LFA sejak Ogos 2019.", "Pencapaian terbaik Butler bersama Liberia adalah membawa skuad yang berada di ranking ke-150 dunia ini mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 bagi peringkat benua afrika.", "Featured Image: Liberia Football Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020105/", "headline": "\nGarmin Malaysia Lancar Siri Baharu Instinct® & fenix® – Harga Bermula RM1999\n", "content": ["Garmin Malaysia melancarkan siri baharu Instinct serta fenix – 6S Pro dan 6 Pro versi solar, dalam satu acara yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hari ini.", "Siri Instinct hadir dalam dua model iaitu Solar dan Tactical Edition. Yang membezakan kedua-dua edisi ini adalah Instinct Solar Tactical Edition hadir dengan keupayaan untuk dilihat menerusi goggle penglihatan malam dan Stealth Mode.", "Siri Instinct Solar hadir dalam tiga warna iaitu Graphite, Tidal blue dan Sunburst dan diletakkan tanda harga RM1999. Model Instinct Solar Camo Edition dan Tactical Edition (black dan moss) pula diletakkan pada harga RM2199.", "Sementara itu, Garmin Malaysia turut memperkenalkan fenix 6S Pro Solar dan 6 Pro Solar dalam acara yang sama. Edisi flagship ini dilengkapi dengan mod Power Manager yang boleh diubahsuai dan memberikan pemakai lebih masa untuk melakukan aktiviti yang disukai.", "Kedua-dua model ini disertai dengan ciri-ciri baharu iaitu profil aktiviti yang terbina siap khusus untuk aktiviti basikal berbukit, luncur air dan aktiviti memanjat. Fenix 6S Pro Solar hadir dalam warna Purple with Shale Band manakala fenis 6 Pro Solar didatangkan dalam warna Black with Slate Gray Band.", "Siri fenix ini diletakkan tanda harga RM4199 dan kesemua model-model ini boleh didapati secara atas talian di Lazada dan Shopee. Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Garmin Brand Stores dan peruncit sah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323239/", "headline": "\nLondon Marathon: Edan Syah Catat Masa 2:49:22 Sambil Berbaju Melayu – Rekod Dunia Baharu\n", "content": ["Acara TCS London Marathon 2023 menyaksikan satu Rekod Dunia Guiness (Guinness World Record) yang baharu ditempa oleh pelari dari Malaysia menerusi Mohd Syahidan Alias pada Ahad lalu.", "Pelari yang turut dikenali sebagai Edan Syah itu menempa rekod sebagai Pelari Maraton Terpantas Berpakaian Tradisional Melayu (Lelaki) setelah menamatkan larian penuh berjarak 42.2 kilometer (km) di acara berkenaan dalam tempoh masa 2 jam 49 minit dan 22 saat.", "Menerusi perkongsian di pelbagai laman sosialnya, larian itu disudahkannya dengan memakai persalinan lengkap Baju Melayu berserta samping daripada jenama pakaian tempatan, Bulan Bintang dan songkok.", "A post shared by Edan Syah | SACRun.Coach (@edansyah)", "Acara itu turut menyaksikan beberapa pelari lain menempa Rekod Dunia Guinness baharu dengan mengenakan dan menyarung pakaian yang unik seperti baju tidur, pemain badminton, kesatria, peninju dan lain-lain lagi.", "Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama Edan mengenakan pakaian unik ketika mengambil bahagian dalam acara maraton.", "Pada September 2018, Edan muncul sebagai pemegang rekod dunia sebagai Pelari Maraton Terpantas Berpakaian Bendera (Lelaki) apabila menyudahkan larian di Blackmores Sydney Running Festival dengan catatan masa 2 jam 54 minit dan 34 saat.", "Sebagai tambahan, catatan masa peribadi terbaik pernah direkodkan Edan adalah 2 jam 30 minit dan 56 saat ketika mengambil bahagian dalam acara Gold Coast Airport Marathon di Australia pada tahun 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323129/", "headline": "\nShah Firdaus Dapat ‘Duit Raya’ RM30,000\n", "content": ["Kurang seminggu sahaja lagi sebelum umat Islam di Malaysia menyambut perayaan Aidilfitri, pelumba basikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mendapat ‘duit raya’ bernilai RM30,000 daripada Kerajaan Johor.", "Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan sumbangan berkenaan kepada pelumba kelahiran Muar yang berusia 25 tahun selepas kejayaan meraih pingat perak dalam acara keirin di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium 2023.", "“Sebagai tanda pengiktirafan, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk memberi sumbangan RM30,000.00 kepada Shah Firdaus kerana terus mengharumkan nama Johor dan Malaysia di persada antarabangsa.”", "“Semoga beliau meneruskan kayuhan cemerlang pada siri kejohanan akan datang, seterusnya berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia yang dijadualkan pada Ogos 2023.” ujar Onn menerusi platform media sosialnya.", "Sebelum ini, Shah turut cemerlang meraih pingat perak dalam acara yang sama di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI Trek di Kaherah sekitar pertengahan Mac lalu.", "Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada atlet berbasikal negara, Muhammad @shahfirdaus95 atas kejayaan meraih pingat perak dalam acara Keirin Lelaki di Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium (IBTM), Ghent.", "— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) April 17, 2023", "Featured Image: Onn Hafiz Ghazi Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324590/", "headline": "\nLaos Guna Khidmat Jurulatih Itali Bagi Skuad Senior & B-23 Kebangsaan\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak Laos (LFF) kini beralih menggunakan khidmat jurulatih Itali, Arena Gugliermo bagi skuad senior serta bawah 23 tahun (B-23) kebangsaannya setelah menggunakan Hans Michael Weiss dari Jerman selama 16 bulan.", "Badan induk bola sepak bagi negara berkenaan mengesahkan kehadiran jurulatih berusia separuh abad itu menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan menerusi platform media sosialnya, pada minggu ini.", "Selain memiliki lesen UEFA Pro, jurulatih kelahiran Montreux, Switzerland ini mempunyai pengalaman di pelbagai negara selain negara kelahirannya sendiri seperti Maghribi, UAE, China, Oman, Algeria, Singapura, Benin dan Burkina Faso.", "— ASEAN Football (@AFFPresse) June 8, 2023", "Menariknya, Gugliermo pernah menjadi penolong pengurus kepada ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam pada ketika ini, Philippe Troussier ketika mengendalikan kelab yang beraksi dalam kancah Liga Super China (CSL) iaitu HZ Greentown yang kini dikenali sebagai Zhejiang FC.", "Untuk makluman semua, tugasan terdekat Gigliermo adalah mengendalikan skuad Laos B-23 dalam saingan Kejuaraan B-23 AFF yang akan berlangsung pada 17-26 Ogos kelak. Selepas itu, beliau akan membawa skuad yang sama untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia B-23 pada 6-12 September.", "Sebagai tambahan, kerusi ketua jurulatih bagi skuad senior dan B-23 Laos kosong selepas LFF dan Weiss mengumumkan perpisahan pada penghujung Mei lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322186/", "headline": "\nKlinsmann Sasar Tamatkan Kemarau Lebih 60 Tahun Kejuaraan Piala Asia\n", "content": ["Ketua jurulatih baharu skuad Republik Korea, Jurgen Klinsmann menetapkan sasaran untuk menjuarai saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar pada Januari hingga Februari tahun hadapan.", "Sasaran terbabit dikongsikan jurulatih kelahiran Jerman berusia 58 tahun berkenaan kepada para pengamal media sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, pada hari ini.", "A post shared by 대한민국 축구 국가대표팀 (@thekfa)", "Klinsmann menjelaskan sasaran itu diletakkan atas faktor memiliki pasukan yang bagus dengan telah terbukti dapat mengalahkan pasukan besar di pentas tertinggi seperti Portugal di Piala Dunia 2022 dan Jerman pada Piala Dunia 2018.", "Untuk makluman semua, Klinsmann menandatangani kontrak untuk melatih skuad berjulukan Taeguk Warriors ini sehingga ke saingan Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. ", "Sebagai rekod, Korea muncul sebagai juara Piala Asia kali terakhir pada edisi 1960 ketika mereka menjadi tuan rumah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216531/", "headline": "\nKetiadaan Pemain Import Beri Ruang Pemain Tempatan Isi Bahagian Serangan UiTM FC\n", "content": ["Penyerang UiTM FC, Muhamad Rafie Mat Yaacob menganggap ketiadaan pemain import dalam pasukan musim ini bakal memberi ruang terbaik untuknya memberi impak di bahagian depan dalam pentas Liga Premier.", "Meskipun sedar cabaran yang lebih getir ditempuh UiTM tanpa kudrat pemain import, namun Rafie melihat situasi itu sebagai peluang yang besar untuknya bersama pemain lain lebih menyerlah.", "Selaku penyerang, pemain berusia 24 tahun ini sedar kepentingan di bahagian depan pasukan dan bertekad ingin meledak seberapa banyak jaringan selepas tidak berjaya menghasilkan sebarang gol pada musim lalu.", "“Memang agak mencabar juga apabila tiada pemain import pada tahun ini, sebab sebelum ini kita pun berharap dekat mereka untuk mantapkan pasukan.", "“Tapi dalam masa sama, ini juga merupakan peluang yang lebih baik untuk pemain-pemain lain terutamanya mereka yang masih muda yang mahukan pengalaman bermain.", "“Saya sendiri pun mahu cuba merebut peluang untuk menjaringkan gol sebab tahun lepas tak melakukan sebarang jaringan, jadi saya akan melakukan terbaik untuk bantu pasukan di bahagian depan”, jelasnya.", "Menjelang pertembungan dengan Kuching City FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA malam ini, Rafie percaya UiTM di landasan yang baik untuk cuba memenangi perlawanan itu selepas berdepan penundaan sebelum ini susulan kes COVID-19 membabitkan skuad lawan.", "Meskipun Kuching City masih belum berdepan sebarang perlawanan kompetitif, dia tidak menganggap itu sebagai bonus kepada UiTM melihat kepada pengalaman skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu yang pastinya akan memberi laluan sukar kepada mereka pada malam ini.", "“Betul, kita memang tidak akan ambil mudah walaupun UiTM dah berdepan dua perlawanan sebelum ini, tetapi mereka tidak kurang hebatnya.", "“Sebab kalau kita tengok dalam aksi persahabatan mereka sebelum ini, mereka memang pasukan bagus jadi untuk UiTM, kami akan cuba memperbetulkan apa yang patut dan buat lebih baik daripada aksi sebelum ini”, katanya.", "Tiga perlawanan tertunda pusingan pertama Piala FA 2022 akan berlangsung pada malam ini membabitkan Melaka United FC menentang PIB FC, Kuching City FC akan berdepan UiTM FC manakala Perak FC menerima kunjungan skuad Kijang Rangers FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110893/", "headline": "\nAnak Jati Terengganu, Azreen Nabila Dipilih Wakili Malaysia Ke Sukan Olimpik 2020\n", "content": ["Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias disahkan terpilih untuk mewakili Malaysia bagi menyertai acara larian 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Azreen yang merupakan anak jati kelahiran Terengganu terpilih atas tiket ‘wild card’ setelah atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei layak menyertai Sukan Olimpik secara merit.", "Congratulations to Azreen Nabila Alias for qualified to the XXXII Olympic Games Tokyo 2020.We wish Azreen Nabila Alias all the best for the upcoming Olympic Games Tokyo 2020#tokyo2020 pic.twitter.com/0cWgrc4QNl", "Pengesahan ini telah diumumkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi laman sosial MOM, pada hari ini.", "Azreen, 21 tahun, mula mencipta nama ketika SUKMA 2018 yang berlangsung di Perak. ", "Dalam temasya tersebut, dia berjaya merangkul 3 pingat emas serta mencipta rekod baharu bagi acara larian 100m dengan catatan masa 11.81 saat.", "Selain Azreen yang terpilih buat pertama kali, dia akan ditemani 29 atlet lain yang turut terpilih untuk menyertai temasya yang diadakan setiap empat tahun sekali ini.", "Untuk makluman, temasya Sukan Olimpik di Tokyo ini akan bermula 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.", "Berikut adalah senarai penuh atlet yang mewakili Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020:", "Featured Image: SUKMA Perak 2018"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217864/", "headline": "\nPogba Diumumkan Sebagai Duta Platform Pelaburan Atas Talian Islamik, Wahed Invest\n", "content": ["Pemain tengah skuad kebangsaan Perancis, Paul Pogba diumumkan menjadi duta jenama (brand ambassador) kepada platform penasihat pelaburan islamik atas talian, Wahed Invest.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Wahed Invest dan Pogba sendiri menerusi beberapa hantaran di platform media sosial masing-masing.", "Menurut laporan Bloomberg, Pogba yang merupakan pemenang Piala Dunia 2018 ini bukan sahaja menjadi duta kepada platform tersebut malahan turut mengeluarkan sejumlah wang miliknya untuk turut sama melabur dan menjadikannya memiliki pegangan di dalam syarikat pemula itu.", "I wanted to be part of #TeamWahed, because we never had a safe way to manage our money growing up and they aim to provide that. @wahedinvest's mission is special.", "Read more on Bloomberg: https://t.co/3Orx1IoF7S", "— Paul Pogba (@paulpogba) June 11, 2022", "Ianya selepas Pogba bertemu dengan pengasas Wahed, Junaid Wahedna di Manchester pada September tahun lalu. Sedangkan pada waktu itu, Pogba didekati oleh Junaid untuk dijadikan duta berbayar kepada Waded.", "Untuk makluman semua, Wahed menyasarkan pengguna dapat melabur secara patuh shariah dengan mengelak daripada syarikat yang mendapat faedah atau keuntungan pinjaman, perjudian, alkohol dan tembakau. Pada masa yang sama, ia juga menyasarkan kepada pelabur-pelabur muda.", "Sebagai tambahan, penghujung tahun lalu, dalam usahanya untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap tawarannya, mereka turut mengumumkan perlantikan legenda Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov sebagai duta.", "Featured Image: Paul Pogba Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207774/", "headline": "\nPelumba Muda Tempatan Belum Sedia Isi Kekosongan Khairul Idham Pawi\n", "content": ["Pasukan Petronas Sprinta Racing telah mengumumkan bahawa pelumba kelahiran Perak, Khairul Idham Pawi tidak disambung kontraknya untuk saingan Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3, musim depan.", "Pelbagai reaksi dilontarkan oleh para peminat sukan permotoran tempatan mengenai pengumuman tersebut. Terdapat kalangan yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.", "News: PETRONAS Sprinta Racing and Khairul Idham Pawi to part waysKIP to leave the Malaysian squad at the end of 2020 after two seasons togetherRead more here: https://t.co/kPqWfgFrse#PETRONASmotorsports | #SepangRacingTeam | #MotoGP | #KIP89 | #Moto3 pic.twitter.com/jhKSMc74AZ", "Susulan pengumuman tersebut, beberapa peminat tempatan mahu melihat kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairul Idham itu diisi oleh pelumba tempatan yang lain. ", "Malang buat mereka kerana ianya tidak menjadi kenyataan apabila tempat itu bakal diisi oleh pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder daripada pasukan CIP Green Power.", "Ia sedikit sebanyak menghampakan sekelompok peminat sukan permotoran tanah. Menurut mereka pasukan tempatan seperti Petronas Sprinta Racing mengutamakan pelumba-pelumba tempatan berbanding luar negara.", "Namun begitu, prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali mempunyai sebab tersendiri mengapa pihaknya tidak merekrut pelumba muda tempatan yang lain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan SuperKIP itu. ", "“Kita tidak mahu perkara seperti ini berulang (pelumba tempatan gagal menjelmakan keputusan terbaik seperti yang terjadi kepada SuperKIP musim ini) ke­rana kita mahu melihat pelumba-pelumba pelapis negara benar-benar bersedia sebelum kita angkat mereka ke pentas dunia. Tetapi ketika ini, pelumba kita yang beraksi di CEV belum bersedia,” katanya seperti dilaporkan oleh Kosmo.", "Untuk makluman, terdapat tiga pelumba muda tempatan yang kini sedang beraksi dalam saingan remaja iaitu Kejuaraan FIM CEV Repsol 2020.", "Pertamanya, Sharul Ezwan, 16 tahun yang beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team dalam kelas European Talent Cup.", "Keduanya adalah Adam Norrodin, 22 tahun juga beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team. Sedikit berbeza dengan Sharul di mana Adam beraksi dalam saingan Moto2 Eropah.", "Dan yang terakhir ialah Syarifuddin Azman, 19 tahun yang beraksi bersama pasukan Monlau Motorsport dan beraksi dalam saingan Moto3 Remaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208061/", "headline": "\n#SembangSukanz: Dominique Kurang Menjadi, TFC Raih Kemenangan Tipis\n", "content": ["Terengganu Football Club (TFC) menerima kunjungan Petaling Jaya City Football Club (PJ City) untuk pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia 2020.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) itu berpihak kepada pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-36 sekaligus menempah tiket ke peringkat suku akhir.", "Berikut adalah empat perkara yang kami dapati daripada perlawanan ini:", "Persembahan kapten pasukan, Lee Tuck amat cemerlang dalam perlawanan ini terutamanya pada separuh masa pertama. Selaku pemain tengah (centre midfielder), dia memastikan bola dapat dialirkan kepada Faiz Nasir/Azam Azmi di bahagian kanan atau kepada Faris Ramli/Sanjar Shaakhmedov di bahagian kiri. Seperti biasa, work rate dan kerajinan yang tinggi memenangi/merampas bola daripada pihak lawan membantu mengurangkan ancaman kepada barisan pertahanan TFC.", "PJ City FC turun menentang TFC dengan formasi 3-4-3 dalam perlawanan ini. Dan mereka memainkan corak permainan high pressing terutamanya sepanjang separuh masa pertama dan hasilnya mereka berjaya menyukarkan TFC untuk menguasai bola. Malah pasukan tuan rumah hanya beroleh gol menerusi kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan, Kim Bong Jin. Separuh masa kedua, PJ City dilihat mengurangkan sedikit pendekatan high pressing mereka dan bermain dengan intensiti tinggi ke arah gawang TFC.", "Penyerang utama TFC, Dominique da Sylva kurang menyerlah dalam perlawanan ini. Bukan sahaja tidak menjaringkan sebarang gol tetapi beberapa gerakannya berjaya dihalang oleh pemain-pemain PJ City.", "Perkara yang sama turut terjadi kepada penyerang PJ City, Washington Brandao. Walaupun terdapat satu atau dua gerakan bahaya memasuki kotak penalti TFC, tiada sebarang jaringan dapat dijelmakan olehnya dalam perlawanan ini.", "Pertahanan, Argzim Redzovic cemerlang memimpin barisan pertahanan  TFC. Beberapa bola perebutan di udara dimenanginya. Tidak dilupakan, Argzim turut dilihat naik ke atas untuk membantu serangan. Sementara itu, penjaga gol muda, Rahadiazli pula menjadi hero buat pasukan TFC dengan menyelamatkan beberapa percubaan tepat ke arah gawangnya dan memastikan clean sheet. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217148/", "headline": "\nMajlis Olimpik Asia Umum Tunda Sukan Asia Ekoran Situasi Covid-19 Di China\n", "content": ["Sukan Asia Ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China bermula 19 hingga 25 September kelak diumumkan ditunda dan tarikh baharu temasya berkenaan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.", "Punundaan tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan media sebentar tadi selepas Majlis Olimpik China (COC), Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) dan Ahli Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA) mengadakan perbincangan terperinci pada hari ini.", "Dimaklumkan, tuan rumah sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menganjurkan temasya sukan berkenaan namun keputusan ini dilakukan oleh pemegang taruh selepas mengambil kira situasi pandemik semasa Covid-19 di negara berkenaan.", "Tambah kenyataan itu lagi, nama dan logo Sukan Asia Ke-19 ini akan kekal seperti sedia ada walaupun temasya ini mempunyai kemungkinan untuk diadakan pada tahun hadapan.", "Featured Image: 19th Asian Games Hangzhou 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219991/", "headline": "\nSports Direct & FA Selangor Umum Kerjasama Selama 2 Tahun\n", "content": ["Gedung kelengkapan sukan dari United Kingdom (UK), Sports Direct bersama-sama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan membentuk satu kerjasama pada hari ini.", "Kerjasama ini dibentuk bagi mengangkat pembangunan bola sepak di negeri Selangor dengan memberikan fokus kepada program yang dianjurkan oleh FAS terutamanya Selangor Champions League (SCL), FAS Women Super League (WSL), FAS Juniors League dan lain-lain lagi.", "Selaras dengan kerjasama dan kolaborasi yang dibentuk ini, Sports Direct turut diangkat sebagai Rakan Penaja Perak FAS selama dua tahun. Sepanjang jalinan kerjasama ini, Sports Direct mendapat peluang untuk mengadakan aktiviti promosi dan pengaktifan jenama yang memberikan manfaat kepada persatuan dan para penyokong.", "Satu majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Sports Direct dan FAS turut berlangsung Sports Direct HQ di Sunway City pada hari ini. ", "Ianya ditandatangani antara Presiden FAS merangkap Raja Muda Selangor (RMS), DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharifuddin Idris Shah Alhaj dan Pengarah Urusan Sports Direct Malaysia Sdn Bhd, Paul Gibbons.", "Untuk pengetahuan semua, kini, Sports Direct mengoperasikan sebanyak 35 gedung jualan di seluruh Malaysia. Selain itu, mereka turut mempunyai laman e-dagang, sportsdirect.com.my untuk para pelanggan tempatan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206952/", "headline": "\nNorizam Akui Pemilik JDT Mempunyai ‘Passion’ Tinggi Dalam Bola Sepak\n", "content": ["Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dikenali sebagai seorang yang memiliki keghairahan tinggi dalam sukan bola sepak.", "Perkara tersebut turut diakui oleh pemilik baharu TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman selepas bertemu baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) selama beberapa jam di Ibu Pejabat JDT, semalam.", "“Baginda ada passion yang tinggi pasal bola,” kongsi Norizam.", "Untuk rekod, TMJ mengambil alih pasukan Johor sekitar tahun 2012. Sejak itu, keghairahan baginda dalam bola sepak telah menggerakkan pelbagai tranformasi bermula dengan membaik pulih padang dan fasiliti-fasiliti di Stadium Larkin, mengadakan pusat latihan serba moden untuk para pemain sehinggalah membina stadium bola sepak berkelas dunia, Stadium Sultan Ibrahim.", "Hasil transformasi dilakukan TMJ sejak lapan tahun lalu, JDT yang dikenali sebagai Harimau Selatan telah muncul sebagai gergasi bola sepak tanah air dengan menggapai enam kejuaraan Liga Super berturut-turut, dua kejuaraan Piala Malaysia dan sebuah kejuaraan Piala FA.", "Paling membanggakan, JDT mencipta nama selaku satu-satunya pasukan dari rantau asia tenggara berjaya menjulang trofi Piala AFC apabila menumpaskan wakil Tajikistan, FC Istiklol dalam perlawanan akhir, tahun 2015.", "Dalam pertemuan tersebut, Norizam turut mendapatkan nasihat daripada TMJ bagaimana untuk membangunkan sebuah kelab bola sepak yang kecil sehingga menjadi kelab yang berjaya dan dikenali ramai.", "“Jangan main-main dengan Tunku sebab baginda tahu serba serbi akan bola sepak.” ", "“Baginda teliti, ambil tahu banyak benda pasal bola demi memastikan hasil kerja yang baik. Baik pada semua. Baik pada negeri dan rakyat Johor.” tulis Norizam di laman sosialnya.", "Menerusi perkongsiannya itu, Norizam turut memberikan bayangan untuk bekerjasama dengan TMJ dalam usahanya untuk membawa kembali kegemilangan bola sepak Kelantan sebagaimana pada awal 2010-an lalu.", "Featured Image:  JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113565/", "headline": "\nMalaysia Cadang Uji Pasukan Ke-194 Dunia Sebelum Kempen Piala AFF 2020\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan bagi menguji skuad kebangsaan sebelum beraksi pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 kelak.", "Menurut laporan portal Bernama, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar memaklumkan pasukan yang menghuni tangga ke-194 dunia, Timor Leste menjadi pilihan utama untuk diuji skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe.", "Pada awalnya, Timor Leste perlu turun menentang Brunei Darussalam dalam perlawanan kelayakan Piala AFF 2020 pada 1 Disember nanti, bagaimanapun, perlawanan tersebut tidak akan dilangsungkan memandangkan skuad Tebuan (The Wasps) menarik diri daripada kejohanan ini.", "“Selepas Brunei menarik diri daripada kempen Piala AFF 2020, hanya ada satu pasukan yang boleh kita atur aksi persahabatan iaitu Timor Leste.", "“Tetapi kita perlu dapatkan kelulusan AFF kerana terdapat syarat bagi mengatur aksi persahabatan di Singapura kerana kita masih tidak boleh bermain di sini (Malaysia),” katanya seperti dipetik daripada portal tersebut.", "Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menentang Timor Leste adalah dalam Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun 2019. Pada perlawanan tersebut, Malaysia berhasil mencatatkan kemenangan dengan keputusan 12-2 secara agregat.", "Sebagai tambahan, Malaysia akan memulakan kempen Piala AFF 2020 dengan menentang Kemboja pada 6 Disember dan diikuti dengan Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember) dalam Kumpulan B.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215030/", "headline": "\nBAM Mengesahkan Menerima Surat Rayuan Lee Zii Jia Hari Ini\n", "content": ["Badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan telah menerima surat rayuan daripada jaguh badminton negara, Lee Zii Jia, pada hari ini.", "Minggu lalu, BAM mengenakan hukuman tidak akan mendaftarkan Zii Jia di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun ekoran tindakannya yang mahu bergerak secara bersendirian atau bebas (independent).", "Baca: BAM ‘Gantung’ Pemain No.7 Dunia Sehingga Tahun 2024", "Makluman mengenai penerimaan surat rayuan itu disampaikan menerusi satu siaran media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial BAM, sebentar tadi.", "Menerusi siaran media terbabit, badan induk badminton negara itu turut menjelaskan hukuman yang dibuat oleh ahli jawatankuasa BAM adalah mengikut prosedur rasmi dengan maklumat yang dibentangkan kepada mereka. Tambahan pula, hukuman yang dikenakan boleh dibuat rayuan.", "Pada masa yang sama, BAM memaklumkan akan mengambil perhatian terhadap surat rayuan tersebut dengan segera dalam mencapai persetujuan bersama.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220056/", "headline": "\nSlot Piala AFC: Jaringan Saat Akhir Park Tae-su Pastikan Sabah Kekal Di Tangga Ke-2\n", "content": ["Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee berjaya memastikan kedudukan tangga kedua Liga Super kekal menjadi miliknya dengan mengumpul 42 mata setelah mengharungi 21 perlawanan.", "Ini selepas pertahanan importnya, Park Tae-su berjaya menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir permainan ketika bertemu Sri Pahang sebentar tadi sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1.", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan. ", "📹 HIGHLIGHTS: @OfficialPahang 1-2 @SabahFCofficial", "Sabah bangkit dengan dua gol oleh Dominic Tan dan Park Tae-su pada lewat perlawanan. Steven Rodriguez meletakkan Sri Pahang di hadapan pada minit ke-86.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/z5eQyrKLir", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 11, 2022", "Jaringan pembukaan hanya hadir pada minit ke-86 menerusi penyerang tuan rumah, Stiven Rodriguez. Bagaimanapun gol pembukaan itu dengan pantasnya berjaya disamakan pasukan pelawat menerusi pertahanan, Dominic Tan pada minit ke-89.", "Sementara itu, di tempat ketiga pula, ianya turut kekal diduduki oleh Terengganu FC. ", "Skuad berpangkalan di pantai timur ini kekal di kedudukan terbabit apabila merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.", "Terengganu mencatatkan kemenangan tersebut hasil gol yang dijaringkan oleh Manuel Ott serta Tchetche Kipre. Manakala jaringan oleh KL City pula disumbangkan oleh Romel Morales.", "📹 HIGHLIGHTS: @klcityfootball 1-2 @FCTerengganu", "Manuel Ott dan Tchetche Kipre meletakkan Terengganu 2-0 di hadapan sebelum Romel Morales merapatkan kedudukan buat KL City.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/oxSCWpPagu", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 11, 2022", "Mereka kekal di tangga ketiga dengan mengumpul 41 mata daripada 21 perlawanan. Walaupun mempunyai pungutan mata yang sama dengan Negeri Sembilan, Terengganu menduduki tempat ketiga atas faktor mempunyai kelebihan daripada segi bilangan perbezaan gol.", "Untuk makluman, slot Piala AFC pada musim hadapan akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan liga di tempat kedua serta juara Piala Malaysia selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan berganda, Piala FA dan Liga Super.", "Sekiranya pasukan yang sama menjuarai saingan Piala Malaysia, slot itu akan diberikan kepada penghuni tangga ketiga Liga Super.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218501/", "headline": "\nLiga Juara-Juara UEFA Dapat Tajaan Syarikat Peranti China, Oppo Sehingga 2024\n", "content": ["Saingan bola sepak elit eropah, Liga Juara-Juara UEFA menerima penajaan baharu daripada sebuah syarikat peranti pintar dari China iaitu Oppo sehingga tahun 2024.", "Menerusi satu kenyataan rasmi, Oppo diumumkan menjadi Rakan Rasmi Global bagi Liga Juara-Juara UEFA serta saingan UEFA Super Cup, perlawanan akhir Liga Juar-Juara Futsal UEFA dan perlawanan akhir Liga Remaja UEFA selama dua musim iaitu 2022-23 dan 2023-24.", "Untuk makluman semua, Oppo menjadi jenama pertama dari China menjalinkan kerjasama dengan saingan Liga Juara-Juara UEFA. Dengan kerjasama ini, Oppo akan menerima manfaat pendedahan jenama di dalam dan luar padang termasuk di laman sesawang serta akaun media sosial Liga Juara-Juara UEFA.", "Sebagai tambahan, Oppo akan menawarkan satu peluang unik buat peminat bola sepak untuk berada di tepi padang semasa perlawanan Liga Juara-Juara Eropah untuk menangkap momen-momen penting menggunakan telefon pintar Oppo.", "Untuk pengetahuan semua, kemasukan Oppo ini menjadikan mereka menyertai enam lagi jenama antarabangsa yang lain iaitu Heineken, PlayStation, PepsiCo, Mastercard, FedEx dan Just Eat Takeaway selaku Rakan Rasmi Global bagi saingan Liga Juara-Juara UEFA."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217442/", "headline": "\nSukan SEA: Juara Bertahan Singkir Harimau Muda, Pingat Gangsa Akan Direbut Bersama Indonesia\n", "content": ["Pemenang pingat emas dalam acara bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA yang lalu, Vietnam bawah 23 tahun (B-23) menyingkirkan Malaysia B-23 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Vietnam yang juga merupakan tuan rumah pada temasya kali ini berhasil menyingkirkan Malaysia atau dikenali sebagai skuad Harimau Muda dengan keputusan 1-0. ", "Bagaimanapun, kemenangan yang diraih oleh Vietnam yang dibimbing oleh jurulatih skuad kebangsaan seniornya, Park Hang-seo tidak datang dengan mudah.", "Kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat tanpa jaringan selepas bermain selama 90 minit permainan sambil disaksikan puluhan ribu penyokong tuan rumah di Stadium Viet Tri, Phu Tho. ", "Keputusan Masa Penuh (Selepas Masa Tambahan)", "Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2021 | Khamis, 19 Mei 2022", "VIETNAM 🇻🇳 1-0 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Linh Nguyen Tien 110’", "▶️ Malaysia bertemu Indonesia bagi penentuan pingat gangsa, Ahad ini (22 Mei 2022)#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/rcpVgjj5n6", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 19, 2022", "Keadaan ini memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan sehingga 120 minit permainan.", "Jaringan Vietnam hadir pada minit ke-110 menerusi penyerangnya, Nguyen Tien Minh. Gol itu terhasil menerusi tandukan bola yang datang daripada sepakan percuma terus menerjah gawang setelah penjaga gol negara, Azri Ghani gagal melakukan tumbukan untuk mengeluarkan bola daripada kotak penalti.", "Kemenangan yang diraih oleh Vietnam ini menjadikan mereka bertemu Thailand B-23 yang dibimbing oleh Alexandre ‘Mano’ Polking di pentas final bagi merebut kilauan emas. Perlawanan akhir acara bola sepak lelaki ini dijadualkan berlangsung pada 22 Mei kelak.", "Manakala skuad Harimau Muda pula akan menghadapi satu lagi perlawanan bertemu Indonesia B-23 bagi merebut pingat gangsa, pada hari sama. Skuad Garuda Muda kendalian Shin Tae-yong ini tidak dapat mara ke final selepas tumpas 0-1 kepada Thailand, petang tadi.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112272/", "headline": "\nMajoriti Pasukan Bersetuju Liga M3 Musim Ini Dibatalkan\n", "content": ["Penganjur kejohanan bola sepak divisyen ketiga negara, Amateur Football League (AFL) mengumumkan saingan Liga M3 bagi musim ini dibatalkan.", "Menurut AFL, pembatalan saingan tersebut turut dipersetujui oleh majoriti pasukan yang tersenarai untuk mengambil bahagian pada musim ini.", "Perkara tersebut dimaklumkan secara rasmi oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menerusi pelbagai platform media sosial AFL, hari ini.", "“AFL pada dasarnya ingin meneruskan pertandingan dengan pilihan untuk menganjurkannya secara gelembung sukan bermula November 2021 dan telah membentangkan kertas kerja kepada semua pasukan. ", "“Namun begitu, pembatalan diputuskan setelah mengambil kira segala faktor termasuk hal-hal pengoperasian, aspek keselamatan serta kekangan yang dihadapi oleh AFL dan pasukan.", "“Majoriti pasukan turut bersetuju agar Liga M3 2021 ini dibatalkan dan mengalihkan fokus sepenuhnya kepada Liga M3 2022,” kata Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Untuk makluman semua, saingan musim ini menyaksikan Liga M3 disertai oleh 20 pasukan. Majlis undian yang membahagikan 20 pasukan ini kepada dua buah kumpulan juga telah diadakan pada Mei lalu.", "10 pasukan yang mengisi saingan untuk Kumpulan A ialah PIB FC, Manjung City FC,| Perlis United FC, Ultimate FC, Kuala Lumpur Rovers FC, Armed Forces FC, Cyberlynx FC, BRM FC, Kijang Rangers FC dan MNY FC.", "Manakala baki 10 pasukan lagi mengisi saingan Kumpulan B iaitu KSR Sains FC, Imigresen FC, MAHSA-Protap FC, Harini KS FC, Langkawi City FC, Real Chukai FC, FC Langkawi, Kinabalu Jaguar FC, Kuala Kangsar FC dan Malaysian University FT."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112919/", "headline": "\nAnak Jati Penang, Amer Azahar Impi Tamatkan Penantian 47 Tahun Piala Malaysia\n", "content": ["47 tahun yang lalu merupakan kali terakhir Pulau Pinang muncul juara Piala Malaysia dan itu menjadi impian pemain sayap, Mohammad Amer Azahar bagi menamatkan penantian sekian lama skuad Harimau Kumbang.", "Ditambah Amer juga berasal dari Pulau Pinang, semangatnya cukup membara bagi membantu kelab negeri kelahirannya, Penang melakar sejarah dalam sejarah kejohanan Piala Malaysia selepas sekian lama sepi tanpa sebarang kejayaan membanggakan.", "Malah, pemain yang berasal dari Kampung Seronok, Bayan Lepas ini mengakui dia teruja mahu mengembalikan zaman kegemilangan Pulau Pinang seperti yang pernah diketahui pada era dahulu yang menyaksikan mereka pernah muncul juara sebanyak empat kali selain 13 kali beraksi di pentas akhir.", "“Sebagai anak jati negeri, siapa yang tidak mahu ke final kerana saya tahu sudah lama Penang tidak mengecap sebarang kejayaan dalam kejohanan Piala Malaysia.", "“Itu menjadi impian utama saya dengan Penang selepas melihat banyak pasukan lain pernah merasai nikmat memenangi Piala Malaysia.", "“Dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil dan jika ada rezeki, saya mahu melihat peminat-peminat Penang berarak beramai-ramai ke stadium pada hari perlawanan akhir.", "“Motivasi ini menjadi pemangkin utama buat kami untuk bangkit pada baki empat perlawanan akan datang selepas permulaan perlahan pada dua aksi awal apabila kami sekadar meraih satu mata.” katanya.", "Tahun 1974 menyaksikan Pulau Pinang muncul juara apabila menewaskan Perak, 2-1 sementara pada tahun 1977, merupakan tahun terakhir mereka bermain di perlawanan akhir dengan tewas kepada Singapura, 2-3 di Stadium Merdeka.", "Sejak detik itu, Pulau Pinang yang kini dijenamakan sebagai Penang FC kempunan ke final biarpun ada memenangi trofi lain seperti kejuaraan Divisyen Satu (1982,1998 dan 2001) dan Piala FA (2002).", "Dalam masa sama, Amer mengharapkan tempoh rehat sebulan sebelum saingan Kumpulan A Piala Malaysia akan membuka ruang kepada Penang FC perbaiki kelemahan dalam pasukan.", "Dia juga mengharapkan beberapa pemain utama seperti Khairu Azrin Khazali dan Rafael Vitor dapat kembali bersama pasukan kerana kehadiran mereka berdua sentiasa berikan kestabilan kepada bahagian pertahanan.", "“Momentum pasukan agak terencat pada dua perlawanan sebelum ini kerana selain faktor keletihan, kami ketiadaan beberapa pemain utama.", "“Harap sebaik aksi ketiga nanti, pemain seperti Khairu Azrin mampu beraksi kerana ketiadaanya amat dirasai di bahagian tengah.", "“Dia seorang yang bijak dalam mematikan rentak lawan apabila mereka menyerang serta tahu mengubah tempo permainan di saat-saat yang diperlukan,” katanya.", "Penang akan berdepan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada 30 Oktober ini dengan hanya kemenangan sahaja mampu menghidupkan peluang buat skuad kendalian Tomas Trucha bagi terus bersaing dengan Sarawak United dan Kuala Lumpur City.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207409/", "headline": "\nKedah Guna Nama Darulaman FC Kerana Tak Mahu Jadi Ayam Goreng\n", "content": ["Darulaman FC (DFC) menjadi nama baharu buat pasukan Kedah setelah menjalani proses penswastaan sepertimana dikehendaki oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah dalam satu sidang media, hari ini.", "“Secara formalitinya penswastaan ini hanya (atas) kertas sahaja, sokongan rakyat Kedah (sama) masih guna hijau kuning, lagu yang sama, tinggal lagi kita kena letak nama.", "“Bila kita fikir-fikir (nama) Kedah Football Club akan jadi KFC, kita tak mahulah jadi ayam goreng. Kita nak elak daripada ayam goreng tu, kita gunakan nama Darulaman Football Club (DFC).” katanya.", "Sanusi turut mengumumkan DFC yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah 100% milik KFA.", "“Setakat ini milik KFA, siapa berminat boleh datang untuk beli saham DFC ini.” tambahnya lagi.", "Berkenaan logo baharu, Sanusi berkata ianya akan mempunyai elemen-elemen seperti pokok padi, perisai, warna hijau kuning dan juga bola.", "Tambahnya lagi, logo baharu tersebut akan diperkenalkan secara rasmi dalam satu majlis pelancaran yang akan diadakan kelak.", "Bagaimanapun, telah tular di media sosial pada hari ini mengenai rekaan logo tersebut menyamai apa yang diperkatakan oleh Sanusi. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20206436/", "headline": "\nPada Awalnya Wenger Tertarik Dengan Projek Barcelona, Kemudiannya..\n", "content": ["Bekas pengurus berbangsa Perancis, Arsene Wenger dilaporkan mendapat beberapa tawaran untuk kembali menguruskan kelab bola sepak dan antaranya adalah kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.", "Menurut beberapa laporan media eropah yang memetik sumber daripada portal sukan berpangkalan di Perancis, Le10Sport, dipercayai bekas pengendali berusia 70 tahun ini amat tertarik mengenai projek baharu yang dibentangkan dalam siri perbincangan awal antara Wenger dan Barcelona.", "Namun selepas beberapa siri perbincangan di antara kedua-dua pihak, Wenger dilaporkan menolak tawaran tersebut dan mahu kekal bersama badan induk bola sepak dunia, FIFA sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global.", "Barcelona dilihat tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pengurusnya, Quique Setien. Bekas pengurus Real Betis ini terlepas gelaran kejuaraan La Liga 2019/20 kepada seteru Barca iaitu Real Madrid.", "Bagaimanapun, dengan situasi Wenger telah menolak tawaran untuk menguruskan Barcelona, dijangka Setien akan kekal di Stadium Nou Camp pada saingan musim depan, musim 2020/21.", "Untuk rekod, Wenger merupakan pengurus skuad The Gunners bermula tahun 1996 sehingga tahun 2018. Ketika menguruskan Arsenal, Wenger mendapat perhatian peminat bola sepak dunia apabila membawakan corak permainan berasaskan hantaran pendek dan pengusaan bola.", "Malah beliau yang turut digelar sebagai Le Professeur menjadi antara pengurus awal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menerapkan falsafah permainan dan diet pemakanan yang ketat kepada para pemain.", "Selain itu, Wenger juga cukup cermat dalam menguruskan dana serta bijak dalam merekrut pemain-pemain muda berbakat untuk diketengahkan dalam saingan bola sepak di England.", "Hasil daripada gaya pengurusannya, Wenger telah melahirkan beberapa pemain bintang seperti Thierry Henry, Cesc Fabregas dan Robin van Persie serta membawa Arsenal menjulang tiga kejuaraan EPL dan tujuh trofi Piala FA England. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217317/", "headline": "\nSukan SEA: Harimau Muda & Kemboja Seri, Mungkin Bertemu Vietnam di Separuh Akhir\n", "content": ["Skuad Harimau Muda telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir namun hanya mencetak keputusan seri bertemu Kemboja bawah 23 tahun (B-23) dalam perlawanan akhir Kumpulan B, temasya Sukan SEA 2021 sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, skuad negara bimbingan Brad Maloney merekodkan keputusan 2-2 dimana jaringan oleh Malaysia B-23 disumbangkan oleh Hadi Fayyadh pada minit ke-51 dan ke-67. Pasukan lawan pula berhasil mencetak dua gol menerusi Choun Chanchav dan Ky Rina pada minit ke-45+1 dan ke-60 masing-masing.", "Keputusan ini hanya memberikan skuad Harimau Muda mengutip satu mata dan mengumpul lapan mata daripada empat perlawanan secara keseluruhan.", "Untuk makluman semua, lapan mata ini belum cukup untuk meletakkan Malaysia selaku juara Kumpulan B. Malaysia perlu menunggu keputusan perlawanan antara Thailand dan Laos pada malam nanti.", "Sekiranya Thailand merekodkan kemenangan, maka Malaysia akan menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku naib juara dan perlu berhadapan dengan skuad tuan rumah merangkap juara Kumpulan A, Vietnam B-23 di peringkat separuh akhir.", "Namun, sekiranya Thailand merekodkan keputusan seri atau kalah, Malaysia akan menamatkan saingan selaku juara kumpulan dan akan berhadapan dengan naib juara Kumpulan A, Indonesia B-23.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321973/", "headline": "\nNegeri Sembilan Umum Ikat Casagrande & Vinicius, Batal Ambil Ezechiel\n", "content": ["Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga keempat, Negeri Sembilan FC bertindak mengikat dua lagi pemain import dari Brazil pada jendela perpindahan pada ketika ini.", "Dua pemain baharu yang diikat oleh skuad Hoben Jang Hoben itu ialah penyerang, Anselmo Arruda Da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande serta pemain tengah bertahan, Vinicius Leonel Ferreira Da Silva.", "Kedatangan kedua-dua pemain ini diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, sekitar tengah malam tadi.", "Seperti kita sedia maklum, Casagrande bukan nama yang asing dalam kancah bola sepak tempatan. Pemain yang mempunyai ketinggian 1.93 meter (m) ini sudah beraksi di Malaysia sejak tahun 2018 lagi dengan kelab terakhirnya adalah Penang FC.", "#HEREWEPOIE, VINICIUS LEONEL FERREIRA DA SILVA 🟡⚫🔴", "Vinicius Da Silva akan beraksi bersama Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Malaysia 2023.", "Vinicius yang sebelum ini bermain CEOV Operário sebuah kelab di Liga Brazil pada tahun 2022. pic.twitter.com/fGBKNomoli", "— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 21, 2023", "Sementara itu, bagi Vinicius pula, ini merupakan pengalaman pertamanya keluar meninggalkan negara kelahirannya dan beraksi di Malaysia. Kelab terakhirnya ialah CEOV Operario yang beraksi dalam liga anjuran salah sebuah negeri di Brazil.", "Tidak cukup dengan kehadiran dua pemain baharu itu, Negeri Sembilan turut memberi bayangan untuk mendatangkan seorang lagi pemain import dari Singapura.", "Sebelum ini, Negeri Sembilan telah mengesahkan menggunakan khidmat dua pemain import iaitu Herold Goulon dan Levy Madinda.", "Ini menjadikan Negeri Sembilan bakal mempunyai lima pemain import bagi mengharungi Liga Malaysia 2023 berbanding cadangan awal iaitu menggunakan seramai tiga orang pemain sahaja.", "Pada masa yang sama, Negeri Sembilan turut mengesahkan membatalkan hasrat untuk mengikat penyerang Chad, Ezechiel N’douassel sepertimana yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Satwant Singh dalam satu kenyataan media awal Februari lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208158/", "headline": "\nKerajaan Tidak Benarkan JDT Sertai Liga Juara-Juara AFC\n", "content": ["Nampaknya Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berputih mata untuk beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020 apabila pihak kerajaan tidak membenarkannya untuk terbang ke Qatar.", "Hal ini kerana menurut makluman Menteri Kanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, pada ketika ini kerajaan tidak membenarkan sesiapa pun kalangan warganegara untuk keluar daripada negara ini.", "“Polisi kita sama, pintu sempadan kita masih ditutup, maknanya warga asing tidak dibenarkan masuk dan rakyat kita juga tidak dibenarkan keluar,", "“Polisi ini meliputi semua termasuk pasukan bola iaitu tidak membenarkan pergerakan yang ramai seperti ini ke luar negara, dan kita tidak tahu SOP yang ada di luar negara tersebut,", "“Jadi kita tidak benarkan atas alasan ianya adalah tertakhluk kepada polisi sempadan negara ditutup, rakyat negara kita tidak dibenarkan ke luar negara. Semua tidak dibenarkan termasuk menteri-menteri.” katanya dalam sidang media, petang tadi.", "🎥 WATCH | 🇲🇾 @OfficialJohor 2-1 @bluewingsfc 🇰🇷💪 JDT secure a historic victory in their new stadium to pick up their first points of #ACL2020 and leave Suwon bottom of Group G. pic.twitter.com/EgU0bpDyu1", "Ketika ini skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora menduduki tangga kedua Kumpulan G hasil daripada satu kemenangan dan satu kekalahan.", "Untuk rekod, ini merupakan kali kedua JDT bersaing di pentas ACL selepas menyertainya kali pertama pada edisi tahun lalu. Mereka sempat bermain dua perlawanan sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia sekitar awal tahun ini.", "Mesyuarat khas MKN hari ini kekalkan keputusan untuk tangguh Piala Malaysia pic.twitter.com/CXYn3BOCtM", "Sementara itu, kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal dengan keputusan menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215056/", "headline": "\nBekas ‘Pelajar’ UiTM FC Ditandatangani Kelab No.4 Liga Scotland\n", "content": ["Selepas dua musim beraksi sebagai pertahanan import UiTM FC, Victor Nirennold meneruskan karier bola sepaknya bersama kelab yang sedang menghuni tangga keempat Liga Scotland, Motherwell FC.", "Pertahanan versatil kelahiran Perancis ini diumumkan sebagai pemain baharu skuad The Well menerusi satu makluman rasmi kelab setelah pihak kejurulatihan berpuas hati dengan prestasinya semasa tempoh latihan percubaan.", "Difahamkan, Victor, 31 tahun, berketinggian 1.94 meter, menandatangani kontrak bersama Motherwell sehingga penghujung saingan Scottish Premiership 2021/22.", "Adding to our defensive options.Say hello to Victor Nirennold.👋 @VictorNrnld", "Baca: Pertahanan UiTM FC, Victor Nirennold Punyai Pengalaman Mahal Hadapi Liverpool", "Pengurus pasukan, Graham Alexander menyatakan kedatangan Victor dalam skuadnya akan memberikan saingan tambahan di bahagian kanan skuadnya. Ini berdasarkan kemampuan Victor untuk beraksi di posisi pertahanan tengah kanan, pertahanan kanan serta pemain tengah kanan. ", "Untuk makluman semua, Victor menjadi tonggak utama yang membawa skuad The Lion Troops kendalian Frank Bernhardt menamatkan saingan Liga Super 2020 di tangga keenam – pencapaian terbaik kelab sejak ditubuhkan pada tahun 2008.", "Bagaimanapun, setelah tamatnya saingan Liga Super 2021 yang menyaksikan UiTM terhumban ke saingan Liga Premier, kontrak Victor serta pemain import yang lain tidak disambung dan dilepaskan oleh pasukan berpangkalan di Stadium UiTM Shah Alam ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325054/", "headline": "\n“Selama 30 Tahun Kelab Ini Tidak Melakukan Apa-Apa” – Bojan Hodak \n", "content": ["Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak mengharapkan ada individu yang hadir untuk membantu kelab bimbingannya setelah tidak mengalalami sebarang perubahan selama tiga dekad. ", "Jurulatih dari Croatia ini menyifatkan kelab yang dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur FA berada di ambang kejayaan dan juga kehancuran kerana tiada siapa yang mahu membantu biarpun berjaya mara ke pentas akhir dalam pelbagai kejohanan domestik dan asia selama tiga tahun berturut-turut. ", "“Selama 30 tahun, kelab ini tidak melakukan apa-apa. Kelab ini juga pernah berada di liga terbawah, divisyen kedua dan pertama. Kami tiada padang latihan, stadium sendiri, kami tiada dana, kami tiada apa-apa (tetapi) kami berada di pentas akhir tiga tahun berturut-turut.”", "“Kami kini berada di ambang kejayaan untuk menjadi sebuah kelab yang hebat ataupun di ambang kejatuhan. Inilah KL City pada ketika ini, saya harap ada seseorang untuk membantu atau kelab ini mungkin akan jatuh.” ujar Bojan dalam sesi sidang media selepas perlawanan separuh akhir Piala FA.", "🔴⚪️🔴⚪️🔴⚪️#PialaFA2023 #TERKLC#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/XK70n5Kkqp", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) June 25, 2023", "Pada masa yang sama, pengendali kelahiran Croatia itu gembira dengan karakter yang ditonjolkan para pemainnya ketika menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) dan mengakui pasukannya sentiasa menang apabila melibatkan penentuan sepakan penalti.", "Untuk makluman, KL City dan Terengganu yang turut mendapat bimbingan jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner terlebih dahulu terikat tanpa sebarang jaringan selepas beraksi selama 120 minit permainan sebelum ianya dibawa ke penentuan sepakan penalti.", "Dalam penentuan tersebut, pertahanan import dari Australia, Giancarlo Gallifuoco yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti terakhir telah menoktahkan kemarau panjang selama 24 tahun ke perlawanan akhir Piala FA buat KL City.", "Dalam sidang media itu juga, Bojan mengangkat penjaga gol mudanya, Zaim Al Amin yang berusia 21 tahun selaku pemain terbaik perlawanan serta memuji aksi baiknya dalam empat perlawanan terakhir biarpun status asalnya merupakan penjaga gol ketiga skuad bimbingannya. ", "Featured Image: Kuala Lumpur City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216363/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Tze Yong Tumpas Buat Kali Kedua Di Tangan Jonatan Christie\n", "content": ["Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong terpaksa akur tumpas buat kali kedua di tangan pemain No.8 dunia dari Indonesia, Jonatan Christie.", "Tze Yong yang berusia 21 tahun tumpas kepada pemain tersebut di Pusingan 16 saingan Terbuka Swiss 2022 yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong yang menghuni ranking ke-46 dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-18. Namun begitu, Jonatan yang terkenal dengan panggilan Jojo itu berhasil bangkit di dua set berikutnya mencatatkan kemenangan dengan skor 21-13 dan 21-12 sekaligus menumpaskan Tze Yong.", "YONEX Swiss Open 2022MS – Round of 1618 21 21 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🏅21 13 12 🇲🇾Tze Yong NG", "🕗 in 59 minutes https://t.co/sBsTmvVQQz", "— BWFScore (@BWFScore) March 24, 2022", "Untuk makluman semua, pertarungan antara Tze Yong dan Jonatan yang melibatkan tiga set permainan itu berlangsung dalam tempoh menghampiri satu jam.", "Sebagai tambahan, kali pertama kedua-dua pemain ini bertarung adalah ketika di kejohanan Piala Thomas 2020 yang berlangsung di Denmark, tahun lalu. Ketika itu, Tze Yong tumpas dengan skor 21-14, 19-21 dan 16-21 dalam tempoh 75 minit.", "Sementara itu, Jonatan yang mara ke suku akhir bakal berhadapan dengan pemain Perancis, Toma Junior Popov."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110918/", "headline": "\nMalaysia Tuan Rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023\n", "content": ["Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengumumkan Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki pada tahun 2023.", "Pengumuman itu dibuat oleh FIH menerusi siaran media yang dipaparkan oleh laman rasmi milik badan induk sukan terbabit, pada hari ini.", "The Malaysian Hockey Confederation (MHC) is thrilled to have won the bid to host the 2023 FIH Hockey Men’s Junior World CupFurther details of the 2023 FIH Hockey Men’s Junior World Cup will be revealed in the coming months#MalaysianHockey #2023JuniorWorldCupMalaysia pic.twitter.com/smadS2D0wd", "Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja merupakan pentas tertinggi buat pemain-pemain yang berusia bawah 21 tahun (B-21). Ianya akan disertai oleh 16 pasukan negara terbaik di dunia.", "Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi hos Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja pada tahun 1982, 1989 serta menjadi penganjur bersama Singapura pada tahun 2009.", "Selain itu, Malaysia pernah menjadi hos bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1975 dan 2002."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324663/", "headline": "\nKBS: Terengganu, Pahang & Wilayah Persekutuan Tolak Tawaran Rumput Zeon Zoysia\n", "content": ["Sebanyak tiga negeri memutuskan menolak tawaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaik taraf padang di stadium utama masing-masing menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia – rumput yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) serta yang bakal ditanam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menerusi satu siaran media mendedahkan tiga negeri tersebut ialah Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan kerana mereka sudah mempunyai kelengkapan stadium mereka sendiri.", "Difahamkan, hanya satu negeri sahaja yang menyatakan persetujuan dengan tawaran yang diberikan iaitu Sarawak.", "Manakala negeri-negeri lain masih sedang dalam peringkat perbincangan dan keputusan akan diputuskan kelak.", "Hannah yang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Bilangan 2 Tahun 2023 pada siang tadi berkata mesyuarat bersetuju untuk melanjutkan tempoh untuk negeri-negeri membincangkan dan membuat kajian dengan lebih terperinci di peringkat kerajaan negeri selepas melihat hasil penanaman di SNBJ kelak. ", "Untuk makluman, tawaran daripada KBS berkenaan rumput Zeon Zoysia adalah kaedah perkongsian kos. Melalui kaedah ini, pihak kementerian akan menanggung sepenuhnya kos pembelian rumput jenis tersebut untuk ditanam di stadium utama kepada negeri.", "Manakala pihak kerajaan negeri pula perlu menanggung kos untuk menyelenggara dan sebagainya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323022/", "headline": "\nRoad To Gold: BAM Usul Lantik DLCW Pengurus Pasukan Badminton\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengusulkan cadangan untuk melantik bekas jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei selaku pengurus pasukan badminton negara bagi program Road To Gold (RTG) ke Sukan Olimpik Paris 2024. ", "Menerusi laman Facebook BAM, Presiden BAM, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria menjelaskan Chong Wei merupakan calon terbaik untuk memenuhi amanah tersebut berdasarkan pengalaman dan pengaruh yang dimiliki bekas atlet berusia 41 tahun itu.", "“Chong Wei ialah seorang legenda dan merupakan antara pemain terhebat di dunia. Oleh itu, beliau adalah calon terbaik untuk memikul tugas penting ini. Dia mempunyai banyak pengetahuan, mempunyai pengalaman meluas dari zaman bermainnya, mengetahui keperluan pemain masa kini dan dihormati oleh semua pemain,” ujar Norza. ", "OFFICIAL: CHONG WEI PROPOSED AS TEAM MANAGER FOR RTG BADMINTON TEAM ", "BAM will propose to the RTG Committee, the appointment of Datuk Wira @LeeChongWei the former world No. 1 & three-time Olympics medallist, as the Team Manager for the RTG Badminton Team in Paris 2024. pic.twitter.com/o9hD52QVD8", "— BAM (@BA_Malaysia) April 12, 2023", "Manakala, Chong Wei sedar akan tanggungjawab besar bakal digalas sekiranya dilantik selaku pengurus pasukan. Pada masa yang sama, beliau teruja dan sedia bantu Malaysia memenangi pingat emas pertama Olimpik.", "“Walaupun saya sudah menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa RTG, jika dilantik sebagai Pengurus Pasukan Badminton RTG, ini bermakna tumpuan yang lebih tinggi terhadap badminton dan peranan yang lebih praktikal dari segi membantu mereka dalam persediaan mereka.”", "“Ini adalah tanggungjawab yang besar, tetapi jika dilantik, saya bersedia untuk memikulnya dan memainkan peranan saya untuk membantu Malaysia. Memenangi pingat emas Olimpik pertama kami telah menjadi agenda negara, dan ia menjadi harapan setiap rakyat Malaysia.”, jelas Chong Wei. ", "Umum mengetahui bahawa Chong Wei bukan nama asing dalam sukan badminton dunia dengan berjaya meraih pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selain memegang rekod pemain No.1 paling lama di dunia iaitu 348 minggu. ", "Selain Chong Wei, bekas atlet yang terlibat dalam program RTG pada kali ini ialah Datuk Mirnawan Nawawi, legenda hoki negara selain daripada Timbalan Chef de Mission, Datuk Nicol Ann David. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206545/", "headline": "\n“Mana Datang Berita Tu?” – Wenger Tak Minat Latih Belanda\n", "content": ["Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan beliau tidak berminat mengisi kekosongan ketua jurulatih Belanda yang bakal ditinggalkan Ronald Koeman.", "Terdahulu, Koeman, 57 tahun dilaporkan akan meninggalkan skuad kebangsaan Belanda untuk mengemudi FC Barcelona bagi mengharungi saingan baharu musim depan. ", "Ronald Koeman has been choosen as new Barcelona manager. He's going to leave Holland National team to join Barça – official statement on this week. Here we go! 🤝🔵🔴 #FCB #Barcelona #Koeman", "Difahamkan Koeman yang pernah bermain sebagai pertahanan La Blaugrana suatu masa dahulu akan diumumkan secara rasmi sekitar minggu ini.", "Wenger yang merupakan Ketua Pembangunan Bola Sepak Global FIFA bingung apabila dikaitkan dengan jawatan tersebut. ", "Beliau turut menyoal dari mana datangnya berita tersebut sedangkan beliau tidak pernah berbincang dengan mana-mana pihak mengenai perkara tersebut sehingga kini.", "EXCLUSIVE: Arsene Wenger denies reports that he's interested in replacing Ronald Koeman as Netherlands coach! pic.twitter.com/y3hwvbH5NA", "“Saya percaya ada beberapa laporan yang mengatakan saya menawarkan diri untuk mengambil tugas itu, tetapi saya tak berminat,”", "“Saya bekerja bersama FIFA (sekarang) dan saya berkerja keras dan saya tidak berunding dengan sesiapa.” ", "“Saya tidak tahu dari mana datangnya berita tersebut.” kata Wenger ketika temu bual bersama beIN Sports.", "Sementara itu, Wenger yang menjadi pembimbing Arsenal selama 22 tahun sangat tertarik dengan berita Koeman bakal menjadi ‘boss’ di Barcelona kelak.", "Koeman pernah menjadi tumpuan peminat bola sepak semasa mengemudi Southampton FC dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dari tahun 2014 hingga 2016. Musim terbaiknya hadir ketika menguruskan The Saints hadir pada musim 2015/16. ", "Koeman membawa Southampton menamatkan saingan EPL di tempat ke-6 di belakang Manchester United walaupun mempertaruhkan skuad muda yang terdiri daripada Sadio Mane, Virgil van Dijk, Victor Wanyama dan beberapa pemain lagi.", "“Di antara kelab besar seperti Barcelona dan skuad kebangsaan, kamu faham (akan) keputusan (diambilnya),”", "“Dia berumur 57 tahun, dia tidak pernah menguruskan kelab besar di luar negaranya dan ini merupakan peluang seumur hidup (yang hadir) untuk menerima tawaran tersebut.” ulas Wenger lagi.", "Untuk rekod, Wenger diumumkan sebagai Ketua Pembangunan Bola Sepak Global pada november 2019. Dan sejak itu juga, bekas pengendali berusia 70 itu dikaitkan untuk melatih pelbagai kelab dan pasukan kebangsaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218705/", "headline": "\nKejuaraan Pencak Silat Dunia: Al Jufferi Juara Kali Ke-4, Malaysia Kutip 7 Emas\n", "content": ["Jaguh silat negara, Mohd. Al Jufferi Jamari melengkapkan koleksi kejuaraannya buat kali keempat apabila berjaya menumpaskan lawannya dari Indonesia, Iqbal Chandra Pratama pada perlawanan akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19, semalam.", "Beraksi dalam kelas F (70-75kg), pesilat dari Pahang yang berusia 30 tahun ini memastikan kejuaraan menjadi miliknya setelah berhasil mengutip mata kemenangan 35-21 dalam pertarungan yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.", "Kemenangan yang diraih oleh Al Jufferi ini melengkapkan sasaran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) untuk merangkul tujuh pingat emas daripada kejuaraan dunia pada kali ini.", "Tiga emas dimenangi menerusi acara Seni manakala baki tiga kilauan emas lagi diperoleh melalui Muhammad Robial Sobri, Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir dan Nor Farah Mazlan.", "Robial menyumbang emas setelah pesilat dari Singapura, Muhammad Nurshahfareeq Shahrudin dikenakan penalti lima mata dan kemudian dibatalkan penyertaan setelah dinilai semula oleh wasit kerana menumbuk dagu lawannya ketika mendahului 23-16. Insiden ini menyebabkan pesilat dari Kedah itu tidak sedarkan diri di pentas dan akhirnya dibawa ke hospital.", "Sementara itu, Nor Farah pula memastikan kemenangan menjadi miliknya apabila berhasil mengatasi pencabar dari Singapura, Nadhrah Sahrin dalam kelas A (45-50kg). Dalam pertarungan tersebut, Nor Farah mengutip mata 25-23 sekaligus memperoleh gelaran juara dunia pertamanya.", "Akhir sekali, Izzatul Fazlia menyumbang satu lagi pingat emas buat kontinjen negara dengan meraih kemenangan 20-0 ke atas pesilat Vietnam, Lo Thi Tuoi ekoran mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan pertarungan dalam kelas Terbuka 2 (100kg ke atas).", "Selain tujuh pingat emas, kontinjen negara turut mengutip lima pingat perak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110490/", "headline": "\nKecederaan Berpunca Daripada Kekasaran Orang Lain, Asam Garam Bola Sepak – Darren Lok\n", "content": ["Penyerang PJ City, Darren Lok menyifatkan kecederaan yang menimpanya disebabkan oleh kekasaran pemain lain merupakan asam garam dalam sukan bola sepak.", "Darren yang terpaksa berehat panjang hampir tiga bulan lalu ekoran mengalami keretakan di bahagian fibula mengharapkan dia mampu kembali mempamerkan bisanya bersama The Phoenix sebaik Liga Super bersambung pada julai depan.", "Baginya, tempoh rehat lebih dua bulan ini sememangnya satu kebetulan yang baik buat dirinya kerana memberikan lebih banyak masa untuk pulih selepas terpaksa melupakan aksi selama lapan perlawanan bersama PJ City di Liga Super.", "Sempat mencuri perhatian daripada peminat dengan ledakan tiga gol dalam tiga perlawanan pertama Liga Super, Darren mengharapkan prestasi baiknya dengan PJ City mampu diteruskan bagi menghadapi baki saingan musim ini.", "“Pemulihan saya nampaknya lebih lama daripada dijangka selain terdapat beberapa kecederaan susulan selepas itu malah saya belum boleh mencapai tahap yang membolehkan saya untuk sertai latihan.", "“Namun, saya kini sedang cuba berusaha kembali ke padang latihan sebelum Liga Super bersambung dan tempoh rehat yang lama ini sememangnya satu kesempatan buat diri saya agar tidak perlu tergesa-gesa untuk pulih.", "“Memang saya terasa sedikit sedih dan sukar untuk diterima kerana selepas bermain baik pada awal musim serta peluang untuk bermain, saya mendapat kecederaan yang bukan disebabkan kesalahan daripada diri sendiri sebaliknya daripada kekasaran pemain lain.", "“Namun ini adalah asam garam bola sepak dan saya kena bangkit daripada apa yang berlaku, harap saya mampu kembali bantu pasukan bagi harungi baki saingan Liga Super,” katanya.", "Darren mendapat kecederaan semasa aksi bertemu Kedah Darul Aman (KDA) pada 17 Mac sebelum kesannya dapat dirasai pada perlawanan berikutnya semasa membantu PJ City menewaskan Sri Pahang 1-0 yang menyaksikan dia hanya sempat bermain selama 25 minit.", "Dia sebelum itu telah menjaringkan dua gol semasa seri 2-2 dengan Melaka United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan gol kemenangan ketika menewaskan Sabah.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219947/", "headline": "\nMFL: Piala Malaysia 2022 Bermula Terus Di Pusingan 16 – Tiada Perlawanan Peringkat Kumpulan\n", "content": ["Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) melakukan satu perubahan terhadap kejohanan bola sepak tertua tanah air dan benua asia, Piala Malaysia 2022.", "Menerusi satu kenyataan rasmi, saingan Piala Malaysia kali ini menyaksikan peringkat kumpulan tidak akan dilangsungkan sepertimana kebiasaan pada edisi-edisi yang lalu.", "Sebaliknya, kesemua pasukan yang layak menyertai kejohanan kali ke-101 tahun ini akan diundi bermula terus di peringkat Pusingan 16 secara timbal balik.", "Pemenang pula akan mara ke peringkat suku akhir sebelum mara ke peringkat separuh akhir. Kedua-dua peringkat ini juga akan dilangsungkan secara timbal balik.", "Manakala perlawanan akhir pula akan berlangsung sekali sahaja dan ianya akan diadakan di venue neutral pada 26 November.", "Malaysian Football League (MFL) mengumumkan tiada aksi peringkat kumpulan bagi format TM Piala Malaysia 2022 di mana semua pasukan akan diundi untuk memulakan cabaran di pusingan 16 pasukan.", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 4, 2022", "Difahamkan, keputusan ini dicapai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas mengambil kira beberapa faktor khususnya kepadatan kalendar semasa serta ramalan cuaca yang membimbangkan (hujan lebat Oktober hingga Disember) yang tidak memberi sebarang ruang untuk penangguhan sekiranya diperlukan.", "Tambahan pula, keputusan itu turut dicapai selepas keluarnya peringatan oleh kerajaan Malaysia bahawa akan berlaku fenomena air pasang besar yang akan menyebabkan berlakunya banjir di hampir seluruh negeri di Malaysia pada bulan-bulan yang akan datang.", "Dalam kenyataan yang sama, MFL turut memaklumkan sepak mula saingan ini bergantung samada Kuala Lumpur City (KL City) FC layak ke perlawanan akhir Piala AFC atau tidak.", "Sekiranya skuad ibu kota itu layak, saingan Piala Malaysia akan bermula 25 Oktober. Jika sebaliknya yang berlaku, ianya akan bermula lima hari lebih awal – 21 Oktober.", "Sebagai rekod, saingan edisi lalu turut berlangsung dengan format khas iaitu kalah mati – menggantikan saingan Piala FA,", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220719/", "headline": "\nSaingan Piala Belia, Piala Presiden, Liga Wanita & PTSR Dapat Tajaan Bola PUMA\n", "content": ["Saingan domestik anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menggunakan bola berjenama antarabangsa yang terkenal dari Jerman, PUMA pada musim hadapan.", "Perkara ini bakal menyaksikan saingan Piala Belia (bawah 18 tahun), Piala Presiden (bawah 20 tahun), Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) akan menggunakan bola PUMA Orbita FAM 2.", "Perkembangan ini hadir selepas FAM mengumumkan PUMA menerusi Active Sports hadir selaku penaja kepada keempat-empat pertandingan itu, pada hari ini.", "Difahamkan, komitmen serta kejayaan FAM dalam melahirkan lebih ramai pemain-pemain muda dan wanita di dalam negara telah menarik PUMA untuk hadir menaja saingan ini.", "Baca: Had Umur Piala Presiden, Piala Belia Diturunkan Sebanyak Satu Tahun", "Satu majlis pelancaran bola rasmi pertandingan domestik itu turut berlangsung di outlet Active Sports Centre di Seksyen 9, Shah Alam yang disempurnakan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.", "Turut sama hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram dan  Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM serta Pengurus Besar Puma Malaysia, Steven Tan, Pengasas Active Sports Centre, Tony Annantbir Singh Chopra dan Pengurus Active Sports Centre, S. Murugeson.", "“Di PUMA, kami melihat kolaborasi sebagai peluang keemasan untuk memikat lebih ramai anak muda di Malaysia selain mahu mempromosikan sukan bola sepak dalam kalangan wanita.  ", "“Selain itu, saya berharap kerjasama ini dapat memberikan motivasi yang tinggi kepada pasukan-pasukan bertanding musim hadapan,” ujar Steven.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216691/", "headline": "\nTerbuka Korea: Gon Jin Wei Ke Suku Akhir & Berkemungkinan Menentang Pemain No.1 China\n", "content": ["Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei meneruskan rentak kemenangannya di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Korea 2022, pada hari ini.", "Jin Wei yang kembali beraksi selepas ‘berehat’ hampir setahun meraih kemenangan tersebut dengan menumpaskan pemain Korea, Lee Se-yeon yang berada di ranking ke-187 dunia. ", "Kemenangan itu dicapai setelah bertarung tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 21-12 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.", "Korea Open Badminton Championships 2022WS – Round of 1621 17 21 🇲🇾Jin Wei GOH🏅17 21 12 🇰🇷Se Yeon LEE", "🕗 in 56 minutes https://t.co/cbba5MBd28", "— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2022", "Baca: Goh Jin Wei Raih Kemenangan Pertama Selepas ‘Rehat’ Hampir 10 Bulan", "Dengan kemenangan ini, Jin Wei berhasil meneruskan kemaraannya dalam saingan Jelajah Dunia Super 500 BWF ini ke peringkat suku akhir.", "Sementara itu, Jin Wei berkemungkinan besar akan bertemu perseorangan wanita No.1 China merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Chen Yufei di peringkat tersebut.", "Bagaimanapun, Yufei perlu melepasi peringkat Pusingan 16 terlebih dahulu dengan menumpaskan pemain Korea, Kim Gaeun yang menghuni ranking ke-20 dunia, sebentar lagi.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Instagram Goh Jin Wei"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220141/", "headline": "\nJDT Juarai Liga Super Selaku ‘The Invincible’ Buat Kali Ketiga\n", "content": ["Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut pada 1 Oktober lalu ketika saingan masih lagi berbaki empat perlawanan pada ketika itu.", "Lebih menarik, skuad berjulukan Harimau Selatan ini turut berjaya mengiringi kejuaraan Liga Super dengan gelaran “The Invincible” atau tanpa kalah dalam 22 perlawanan sepanjang musim ini.", "Skuad bimbingan oleh Hector Bidoglio mengesahkan gelaran tersebut apabila menumpaskan pelawat, Sabah FC dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dalam perlawanan terakhir liga, sebentar tadi.", "Keputusan itu menjadikan JDT mengharungi kempen musim ini dengan rekod 17 kemenangan dan 5 seri. Selain itu, jumlah kemenangan dan seri ini membolehkan JDT memungut 56 mata secara keseluruhan.", "Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga dalam sejarah sejak JDT pimpinan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) berjaya menjuarai liga tertinggi bola sepak tanah air dengan gelaran “ The Invincible” selepas tahun 2016 dan 2020.", "Sebagai perbandingan, kempen Liga Super 2016 yang dianggap sebagai paling cemerlang sejak penubuhan JDT merperlihatkan catatan rekod 18 kemenangan serta 4 keputusan seri sekaligus memungut 58 mata secara keseluruhan.", "Manakala semasa menjuarai kempen Liga Super 2020 yang berlangsung secara satu pusingan, JDT merekodkan 9 kemenangan dan 2 seri secara keseluruhan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tiger"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215283/", "headline": "\nAFF B-23: Pemain JDT, Selangor Dominasi Kem Latihan Skuad Harimau Muda\n", "content": ["Kem latihan pusat skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) kendalian Brad Maloney kini didominasi oleh pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.", "Ini selepas jurulatih kelahiran Australia itu memanggil tambahan dua pemain JDT serta empat pemain Selangor masing-masing pada awal Februari lalu dan semalam.", "Untuk makluman semua, lapan pemain JDT yang menyartai skuad Harimau Muda pada ketika ini ialah T. Shaheeswaran, Alif Abdul Mutalib, Aysar Hadi, Umar Hakeem, Shafi Azswad, Daryl Sham, Firdaus Kaironnisam dan Najmuddin Kamal.", "Empat Lagi Pemain Dipanggil Ke Latihan Harimau Malaya B-23 Baca penuh di ▶️ https://t.co/7bVYRVfeEB#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/hlXhf30Olp", "Manakala lapan pemain Selangor pula ialah Fakrul Iman, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel, Khairi Suffian, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar.", "Kesemua pemain ini dikumpulkan oleh Coach Brad sebagai persiapan untuk mengharungi Kejuaraan AFF B-23 yang akan berlangsung di Kemboja bermula 14 hingga 26 Februari kelak. ", "Dimaklumkan, skuad Harimau Muda ini akan menghadapi satu perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur City FC, esok, di Stadium Bola Sepak Cheras, sebelum berlepas ke Phnom Penh, Jumaat nanti.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206758/", "headline": "\nVIDEO: Terengganu FC belasah Sabah, lonjak tangga ke-2 CIMB Liga Super\n", "content": ["Terengganu FC berhasil merakamkan kemenangan 4-0 ke atas Sabah dalam aksi kelima saingan CIMB Liga Super 2020, sebentar tadi.", "Kemenangan penuh bergaya anak buah Nafuzi Zain itu dirakamkan di halaman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Terengganu FC bermula garang dengan mendahului seawal minit ke-12 menerusi penyerang utamanya, Dominic Da Sylva.", "Penyerang Mauritania itu mengambil peluang hasil kekalutan di dalam kotak penalti Sabah.", "12' | GOL DA SYLVA! @FCTerengganu kini mendahului @sabahfamedia melalui gol Dominique Da Sylva. #CIMBLigaSuper2020#TERSAB#MFLLive pic.twitter.com/ej82W5gFmR", "Gol kedua pula hadir menerusi pemain tengah licik dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang menyudahkan hantaran daripada kapten pasukan, Lee Tuck pada minit ke-43.", "43' | GOL SANJAR!@FCTerengganu 2-0 @sabahfamedia #CIMBLigaSuper2020#TERSAB#MFLLive pic.twitter.com/0o61ICXlsl", "Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Terengganu FC mendahului 2-0.", "Bersambung pada babak kedua, Terengganu FC meneruskan dominasi mereka di atas padang. ", "Minit ke-73 Benteng rapuh skuad Tambadau sekali lagi dirobek oleh Sanjar. ", "Kali ini dia menyudahkan bola muntah yang gagal ditampan kemas oleh penjaga gol lawan, Wan Azraie Wan Teh.", "71' | GOL SANJAR!@FCTerengganu memperolehi gol ketiga menerusi jaringan Sanjar Shaakhmedov#CIMBLigaSuper2020#TERSAB#MFLLive pic.twitter.com/vrUIkVqny6", "Tidak cukup dengan tiga jaringan tanpa balas, pemain gantian, Faris Ramli menambah duka Sabah dengan menambah satu lagi jaringan pada minit ke-84.", "Tiada sebarang pertambahan jaringan selepas itu dan pengadil perlawanan, Mohd Amirul Izwan meniup wisel menamatkan perlawaan dengan keputusan akhir 4-0.", "Kemenangan ini memberikan Terengganu FC melonjak ke tangga ke-2 CIMB Liga Super 2020, hanya dibezakan tiga mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT). "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323878/", "headline": "\nPenganjur Lanjut Pendaftaran IJN Ride 4 Your Heart 2023 di Teregganu Hingga 21 Mei\n", "content": ["Sambutan yang menggalakkan terhadap perlumbaan berbasikal jalan raya anjuran Institut Jantung Negara (IJN) iaitu IJN Ride 4 Your Heart 2023 yang akan berlangsung pada 27 Mei kelak di Terengganu membuatkan penganjur membuka semula sesi pendaftaran.", "Bagi yang masih berminat, pendaftaran tersebut boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.gosportz.my/upcoming-events/ijn-2023 dan ianya berlanjutan sehingga 12 tengah hari pada 21 Mei kelak.", "Dimaklumkan, lebih 500 orang peserta telah mendaftar sejak sesi pendaftaran pertama bermula, baru-baru ini.", "Bagaimanapun, pendaftaran semula itu dibuka kepada kategori 120km Ride (Men Open, Women Open & Veteran Open)  sahaja dengan yuran pendafataran sebanyak Rm150. Sementara itu, dua kategori lagi iaitu 30km Fun Ride (Open To All) dan 88km Ride (Men Open, Women Open & Men Veteran) yang memerlukan yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan RM120 masing-masing tidak dibuka semula.", "A post shared by Institut Jantung Negara (@institutjantungnegara)", "Untuk makluman semua, ketiga-tiga kategori perlumbaan akan bermula dan tamat di Hospital Pengajar UniSZA – penaja lokasi bagi perlumbaan ini – di Kuala Nerus. Turut dimaklumkan, peserta akan dilepaskan bermula jam 7 pagi.", "Juara bagi kategori 120km Ride akan mendapat hadiah berupa wang tunai RM800 + trofi manakala 88km Ride pula akan meraih wang tunai RM500 + trofi.", "IJN memaklumkan penganjuran perlumbaan ini bertujuan mempromosikan gaya hidup yang sihat dalam kalangan orang ramai menerusi aktiviti berbasikal. Selain itu, IJN turut menegaskan ianya suatu komitmen tetap terhadap kesihatan jantung rakyat negara ini sesuai dengan peranannya sebagai pusat pakar jantung Malaysia.", "Sebagai tambahan, ini merupakan penganjuran IJN Ride 4 Heart julung kalinya berlangsung di luar Lembah Klang selepas diadakan di Universiti Nottingham, Semenyih dalam dua edisi sebelumnya pada tahun 2016 dan 2017.", "Pemilihan lokasi ini turut bertujuan untuk menguatkan lagi ikatannya dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selaku rakan kolaborasi strategiknya dalam menyediakan servis kardiovaskular kepada penduduk di pantai timur.", "Pada masa yang sama, penganjuran perlumbaan ini berbetulan dengan Visit Terengganu 2023 sekaligus dapat menyokong industri pelancongan tempatan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218974/", "headline": "\nKejohanan Dunia 2022: 4 Beregu Lelaki Dapat ‘Bye’, Aaron-Wooi Yik Mungkin Lawan Sze Fei-Izzuddin Seawal Pusingan 16\n", "content": ["Undian Kejohanan Dunia BWF 2022 yang berlangsung sebentar tadi memperlihatkan empat beregu lelaki negara mendapat ‘bye’ di Pusingan 64 sekaligus terus melangkah ke Pusingan 32 secara automatik.", "Empat beregu lelaki negara yang akan mengambil bahagian dalam saingan ini ialah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong.", "Namun begitu, disebalik berita baik mendapat kemaraan percuma ke Pusingan 32, hasrat peminat badminton tempatan untuk melihat keempat-empat wakil negara mara jauh bakal tidak kesampaian.", "Ini berikutan Aaron-Wooi Yik (pilihan ke-6) bakal bertemu Sze Fei-Izzuddin (pilihan ke-11) seawal Pusingan 16 sekiranya mereka berjaya mengatasi lawan masing-masing di Pusingan 32.", "Sementara itu, dua lagi wakil negara yang lain, Yew Sin-Ee Yi (pilihan ke-9) akan menantikan cabaran samada beregu Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov atau beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai-Loh Kean Hean di Pusingan 32.", "Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, V Shem dan Wee Kiong (pilihan ke-13) yang kembali bergandingan semula di kejohanan ini akan berhadapan samada beregu Denmark, Jeppe Bay-Lasse Molhede atau Sri Lanka, Sachin Dias-Buwaneka Goonethilleka di peringkat yang sama.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini akan bermula 22 dan tamat pada 28 Ogos kelak. Ianya akan dihoskan di ibu negara matahari terbit, Tokyo, Jepun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113503/", "headline": "\nPenyerang Selangor, Shahrel Fikri ‘Risau’ Untuk Beraksi Selama 90 Minit\n", "content": ["Penyerang Selangor, Shahrel Fikri mengakui masih belum mampu beraksi 90 minit walaupun beraksi dengan baik ketika diturunkan sebagai pemain gantian menentang Terengganu, Ahad lalu.", "Sebelum ini, difahamkan pemain berusia 27 tahun ini terpaksa melupakan saingan musim 2021 sepenuhnya selepas berdepan kecederaan pergelangan kaki pada bulan Mei lalu. ", "Bagaimanapun, proses pemulihan Shahrel berjalan dengan positif dan dia kembali mendapat kepercayaan untuk beraksi di atas padang.", "Shahrel atau dikenali sebagai Eky yang kembali diturunkan sejak perlawanan keempat Piala Malaysia menentang Kuching City menegaskan dia masih lagi berhati-hati dan tidak mahu tergesa-gesa untuk beraksi secara penuh 90 minit kerana khuatir kecederaan kembali menghantui dirinya.", "“Setakat ini apabila diberi tanggungjawab saya rasa tidak mustahil untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol dan Alhamdulillah malam ini (Ahad) saya berjaya menjaringkan gol.", "“Saya rasa macam terlalu cepat juga masuk padang sebab sasaran sebenarnya untuk mula balik musim depan, tetapi selepas proses pemulihan berjalan lancar, saya dapat beraksi semula untuk musim ini, cuma kena kerja lebih keras lagi untuk tahun depan.", "“Kaki saya dah pulih sepenuhnya, cuma hanya mental dan fizikal sahaja kena lebih kuat dan nak bermain 90 minit sepenuhnya memang agak sukar, tetapi saya akan cuba perlahan-lahan untuk mungkin masuk di separuh masa kedua terlebih dahulu,” jelasnya.", "Ketika menentang Terengganu tempoh hari, Eky dimasukkan oleh jurulatihnya, Karsten Neitzel pada separuh masa kedua menggantikan muda Ghana, George Attram.", "Pada minit ke-83, satu bola lintang rendah daripada pemain sayap yang melintasi di hadapan gawang lawan berjaya disudahkan oleh Eky untuk memberikan peluang buat skuad Red Giants merapatkan jurang dengan skor semasa 2-1.", "Akan tetapi, malam tersebut lebih memihak kepada pasukan pelawat. Penyerang Terengganu, Jordan Mintah sekali lagi menyudahakan sepakan percuma pada minit ke-90 sekaligus menuntup perlawanan dengan keputusan 3-1.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan, pasukan yang diwakili oleh Eky akan turun menentang Perak di Ipoh, hari esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112220/", "headline": "\nRombakan Besar-Besaran Pengurusan Perak FC Sebelum Memikirkan Untuk Kembali Ke Liga Super\n", "content": ["Satu rombakan besar-besaran akan dibuat terhadap pengurusan pasukan yang berpangkalan di utara tanah air, Perak FC oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dalam masa yang terdekat.", "Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohamad menerusi satu laporan oleh Sinar Harian, hari ini.", "Ianya menjadi keutamaan PAFA selepas Perak FC mengharungi saingan Liga Super musim ini dalam keadaan serba-serbi tidak menjadi sehingga disahkan ‘terhumban’ ke saingan Liga Premier 2022.", "RASMI: Perak FC sah tersingkir ke saingan Liga Premier untuk musim 2022.Mereka akan beraksi dalam divisyen dua buat kali pertama dalam sejarah kelab pada era bola sepak professional.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/QNJqG36CIG", "“Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan adakan perbincangan untuk untuk menguruskan Perak FC dan saya percaya rombakan besar-besaran akan berlaku.", "“Kami mahu pastikan segala urusan mengenai Perak FC dapat diselesaikan dahulu, barulah kami akan mengadakan sidang kongres dan pada masa itu akan ada pemilihan.", "“Kami harus melantik pemegang saham baharu dan buat masa ini sudah ada pihak yang menyatakan minat dengan Perak FC. ", "“Tetapi mereka mahu meneliti dahulu beberapa perkara,” katanya.", "Pada masa yang sama, beliau turut berkongsikan bahawa PAFA sedang merangka pelan jangka masa panjang buat Perak FC dalam usahanya untuk kembali ke kancah bola sepak utama negara.", "Pelan tersebut turut merangkumi perancangan untuk melahirkan bakat baharu terutamanya dalam kalangan pemain-pemain muda."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220818/", "headline": "\nPiala Dunia: Amerika Iringi England Ke Saingan Kalah Mati\n", "content": ["Saingan Kumpulan B bagi Piala Dunia 2022 Qatar menyaksikan England dan Amerika Syarikat yang muncul juara dan naib juara masing-masing sekaligus mara ke peringkat seterusnya, Pusingan 16.", "England atau skuad berjulukan Three Lions muncul juara kumpulan apabila merekodkan kemenangan selesa 3–0 ke atas Wales dalam perlawanan terakhir, sebentar tadi.", "Dua jaringan dari Marcus Rashford pada minit 50’ dan 68’ masing-masing serta satu jaringan dari Phil Foden pada minit 51’ menjadi penyumbang kepada kemenangan terbabit.", "Your final Group B standings 👀 @USMNT join @England in the knockout stages 🇺🇸 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 29, 2022", "Kemenangan itu menjadikan England menutup saingan peringkat kumpulan ini selaku juara dengan pungutan 7 mata hasil daripada dua kemenangan dan satu seri.", "Sementara itu, Amerika Syarikat mengiringi England peringkat seterusnya selepas menundukkan Iran 1-0 dalam perlawanan terakirnya.", "Jaringan tunggal oleh Christian Pulisic pada minit 38’ sudah memadai buat Amerika untuk memastikan kemaraan ke Pusingan 16 menjadi miliknya dan membuatkan impian Iran untuk melepasi peringkat kumpulan buat pertama kalinya terkubur.", "Amerika bimbingan Gregg Berhalter menutup saingan peringkat kumpulan ini dengan pungutan lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207944/", "headline": "\nVideo: Curi-Curi Tengok Skrin Monitor VAR, Suarez Dilayangkan Kad Kuning\n", "content": ["Hanya disebabkan melihat skrin monitor video assistant referee (VAR) secara curi-curi, penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Beniot Bastien.", "Kejadian mencuit hati itu berlaku ketika Atletico bertemu kelab berpangkalan di Rusia, Lokomotov Moscow dalam aksi Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada awal pagi tadi.", "The team❤️💚#LokoAtleti | #UCL pic.twitter.com/TTkHgL6wFC", "Ketika itu, pengadil perlawanan mahu melihat semula ulang tayang insiden bola sepakan pemain Lokomotiv terkena tangan pemain tengah, Hector Herrera.", "Bagaimanapun insiden sekitar minit ke-23 permainan tersebut tidak begitu jelas daripada sudut pandangan pengadil. ", "Hal ini kerana kedudukan Hector tidak dapat dipastikan samada di dalam kotak ataupun di luar kotak penalti. ", "Oleh sebab demikian, Beniot mengambil keputusan untuk merujuk VAR. Namun ketika Beniot sedang ralit menonton ulang tayang insiden tersebut, Suarez secara senyap-senyap turut melihat skrin monitor tersebut.", "Perbuatannya itu cuba dihalang oleh penjaga garisan dan menyebabkan disedari oleh Beniot yang kemudiannya segera melayangkan kad kuning kepada Suarez.", "Hasil semakan VAR oleh Beniot juga menyaksikan Lokomotiv dihadiahkan sepakan penalti. Pemain sayap, Anton Miranchuk mudah menyempurnakannya untuk mengikat Atletico 1-1 pada minit ke-25.", "Tiada sebarang pertambahan jaringan selepas daripada itu dan kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.", "Anda boleh menonton highlight penuh perlawanan di antara Lokomotiv Moscow dan Atletico Madrid pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221053/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Bangladesh: Gandingan Baharu Tang Jie-Ee Wei Rangkul Kejuaraan Sulung\n", "content": ["Gandingan campuran baharu melibatkan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei merekodkan satu permulaan yang positif apabila berjaya merangkul kejuaraan pertama dengan menjuarai kejohanan Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022.", "Kejuaraan itu menjadi milik pemain berusia 24 dan 22 tahun masing-masing ini setelah berhasil menumpaskan beregu Thailand, Phatharathorn Nipornram dan Alisa Sapniti pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam.", "Dalam perlawanan terbabit, Tang Jie-Ee Wei mencatatkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-13 dalam tempoh tidak sampai setengah jam permainan.", "FINAL#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei def. #THA🇹🇭 Phatharathorn Nipornam-Alisa Sapniti 21-15 21-13 pic.twitter.com/tbDK3c26p0", "— BAM (@BA_Malaysia) December 11, 2022", "Sebelum itu, Tang Jie-Ee Wei berhasil mara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan gandingan Alvin Morada-Alyssa YsabeL (Filipina), Pannawat Theerapanitnun-Supamart Mingchua (Thailand), Hiroki Midorikawa-Natsu Saito (Jepun) dan Ayush Agarwal-Mahi Naresh (India).", "Walaupun berhasil merangkul kejuaraan yang pertama, gandingan baharu Tang Jie-Ee Wei akan terus diuji pada minggu ini.", "Bermula esok, Tang Jie-Ee Wei akan turun ke Perak bagi mengharungi satu lagi kejohanan iaitu Cabaran Antarabangsa Malaysia yang bermula dari 13 hingga 18 Disember bertempat di Arena Badminton Perak, Kompleks Sukan MBI, Ipoh.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208779/", "headline": "\nHamidin Tegaskan Supaya Padang Bola Sepak & Gelanggang Futsal Komersil Kembali Beroperasi\n", "content": ["Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin turut membuat penegasan agar perusahaan padang bola sepak dan gelanggang futsal komersil kembali beroperasi dalam masa terdekat.", "Perkara itu diselitkan oleh Hamidin ketika berbincang dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membenarkan saingan Liga Malaysia dijalankan dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pada tahun hadapan.", "“Saya dan Menteri Belia & Sukan (turut) mempertahankan tentang industri (perusahaan) padang bola sepak dan gelanggang futsal tempatan yang terkesan (dengan pandemik Covid-19). Itupun mesti seiring untuk dibenarkan mengikut SOP-nya.”", "“Kerana KKM sering mengatakan kita perlu hidup dalam norma baharu, sekarang kita nak jalankan (bola sepak) dalam norma baharulah, apa prosedurnya? Kita akan ikut.” katanya dalam satu kenyataan di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari ini.", "Hasil beberapa perbincangan yang dijalankan dengan semua pihak yang terlibat termasuk Kementerian Belia & Sukan (KBS), Hamidin berkata pihak MKN dan KKM sudah mula memahami mengenai justifikasi daripada pihak MFL agar saingan liga ini dapat berlangsung.", "Selain daripada itu, pihak MFL turut mengusulkan kepada MKN dan KKM agar membenarkan sebahagian penyokong pada skala yang kecil untuk memasuki stadium bagi menonton perlawanan bola sepak.", "Difahamkan pihak MFL telah mengusulkan kepada MKN dan KKM agar dibenarkan penonton seramai 10% daripada kapasiti sesebuah stadium.", "Berdasarkan kepada perbincangan-perbincangan tersebut, Hamidin berkata peluang untuk pengusaha padang dan gelanggang komersil kembali beroperasi, saingan Liga Malaysia dijalankan dan membenarkan sebahagian penyokong untuk kembali ke stadium adalah cerah.", "“Saya fikir mungkin akan ada pengumuman daripada MKN tentang proses ini, jadi sama-samalah kita tunggu.” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208444/", "headline": "\nBelanjawan Terengganu 2021: Kerajaan Peruntukan RM1 Juta Baik Pulih SSMZA\n", "content": ["Kerajaan Terengganu mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) – gelanggang rasmi bagi pasukan Terengganu Football Club (TFC).", "Ianya termasuk dengan kos membaik pulih beberapa kemudahan sukan lain yang terletak di sekitar stadium di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.", "Pengumuman itu dibuat semasa pembentangan Belanjawan 2021 negeri tersebut dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.", "Selain itu, kerajaan pimpinan Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut memperuntukan sebanyak RM200,000 kepada Azizulhasni Awang (pelumba basikal negara) dan Khairul Anwar Mohamad (pemanah negara) sebagai bantuan sokongan atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Tidak ketinggalan, sebanyak RM800,000 turut diperuntukan untuk menganjurkan Kejohanan Sukan Terengganu (SUTERA) di mana daerah Kuala Nerus menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.", "Satu program riding peringkat nasional yang dinamakan sebagai Gateh Terengganu turut menjadi agenda kerajaan negeri pada tahun hadapan untuk Meningkatkan Prestasi Sukan dan sebanyak RM700,000 telah diumumkan untuk merealisasikannya.", "Kerajaan negeri turut mengumumkan meneruskan pembinaan asrama atlet Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) yang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218696/", "headline": "\nArsenal Lancar Jersi Berwarna ‘Pink’ Buat Julung Kali Dalam Sejarah\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berpangkalan di utara London, Arsenal melancarkan jersi ketiganya untuk musim 2022-23, pada hari ini.", "Menerusi perkongsian di laman rasminya, jersi keluaran Adidas yang dilancarkan itu hadir dalam warna “clear pink” – pertama kali digunakan dalam sejarah kelab.", "Jersi ini turut disertakan dengan corak “ermine” yang digunakan dalam logo Arsenal edisi 1940-an. Ianya dikemaskan dengan warna “navy blue” dan “clear blue” di bahagian kolar dan beberapa bahagian lain.", "Jersi ini akan dipadankan dengan seluar pendek berwarna “navy blue” serta stokin warna yang sama dengan jersi iaitu “clear pink”.", "Arsenal memaklumkan, jersi ini akan digunakan buat julung kalinya dalam perlawanan pembukaan musim baharu EPL menentang Crystal Palace pada 4 Ogos (Jumaat) kelak.", "Sebagai tambahan, jersi ini hadir dalam dua versi iaitu “authentic” dan replika. Ianya sudah boleh dibeli oleh para peminat skuad The Gunners bermula hari ini di laman sesawang Adidas Direct."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219853/", "headline": "\nKim Swee Mahu Sabah Bawa Pulang Sekurang-Kurangnya 1 Mata Menentang Terengganu\n", "content": ["Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berharap pasukannya tidak pulang dengan tangan kosong daripada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) selepas menentang Terengganu FC, Sabtu nanti.", "Saingan Liga Super berbaki sekitar empat perlawanan sahaja lagi dan apa sahaja mata yang dikutip dalam fasa ini adalah penting lebih-lebih lagi untuk mengekalkan mereka dalam kelompok tiga terbaik bagi meraih slot ke saingan Piala AFC, musim hadapan.", "“Di penghujung saingan dengan hanya tinggal beberapa perlawanan, apa sahaja mata yang dapat dipungut adalah penting dan kami tidak mahu pulang ke Sabah dengan tangan kosong selepas perlawanan dengan Terengganu.", "“Di tempat sendiri, Terengganu FC mempunyai rekod sangat baik dan mereka telah bermain bersama untuk jangka masa yang lama sebagai satu pasukan berbanding kami yang kebanyakan pemain baharu dikumpulkan untuk musim ini.", "“Selain itu, mereka punya kekuatan yang seimbang di semua posisi, jadi pendekatan kami perlu berbeza dan apa yang penting kami kena fokus dengan corak taktikal yang kita akan gunakan.” katanya.", "Pada masa yang sama, bekas pengendali skuad kebangsaan ini menyatakan para pemainnya bebas kecederaan dan sedia untuk diturunkan.", "“Tiada mana-mana pemain berdepan kecederaan dengan Gary Steven Robbat juga sudah kembali pulih manakala Dominic Tan yang baharu pulang bersama pasukan kebangsaan telah mula menjalani latihan sejak Selasa,” tambahnya.", "Ketika ini, Sabah berada di tangga kedua Liga Super dengan rekod 36 mata. Sementara itu, Terengganu yang dibimbing oleh Nafuzi Zain pula berada di tangga keempat dengan memiliki 32 mata.", "Keputusan seri akan menyaksikan Terengganu akan merapatkan jurang dengan perbezaan tiga mata sahaja manakala kekalahan akan menyaksikan kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan dengan satu mata sahaja.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321532/", "headline": "\nTerbuka India: Beregu No.1 Dunia Tumpaskan Soon Huat-Shevon Buat Kali Ke-10\n", "content": ["Beregu campuran No.1 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong melakar kemenangan kesepuluh secara berturut-turut ke atas pasangan negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.", "Kemenangan terbaru beregu dari China itu hadir pada perlawanan peringkat Pusingan 32 di kejohanan Terbuka India, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Si Wei-Ya Qiong menumpaskan Soon Huat-Shevon yang menghuni ranking ketujuh dunia secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-7 dalam tempoh tidak sampai setengah jam.", "YONEX SUNRISE India Open 2023XD – R32 🇨🇳ZHENG Si Wei🏅21 21 🇨🇳HUANG Ya Qiong🏅 🇲🇾GOH Soon Huat11 7 🇲🇾LAI Shevon Jemie", "— BWFScore (@BWFScore) January 18, 2023", "Kekalahan ini sekaligus membuatkan Soon Huat-Shevon terpaksa melupakan kejohanan berstatus Jelajah Dunia BWF Super 750 ini.", "Untuk makluman, ini merupakan perlawanan kedua berturut-turut melibatkan kedua-dua beregu pada tahun ini selepas bertarung di saingan Terbuka Malaysia, pada minggu lalu.", "Pada pertemuan itu, Soon Huat-Shevon turut mengalami kekalahan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 16-21 dan 10-21. Si Wei-Ya Qiong yang meraih kemenangan pada perlawanan tersebut berhasil meneruskan kemaraan sehingga bergelar juara Terbuka Malaysia, pada Ahad lalu.", "Sebagai rekod, Si Wei-Ya Qiong dan Soon Huan-Shevon berentap buat julung kalinya pada saingan Indonesia Masters 2018.", "Ianya diikuti dengan pertemuan di Jelajah Dunia Akhir BWF 2018, Indonesia Masters 2019, Terbuka Perancis 2019, Terbuka Fuzhou China 2019, Malaysia Masters 2020, Malaysia Masters 2022, Terbuka Denmark 2022, Terbuka Malaysia 2023 dan Terbuka India 2023.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208124/", "headline": "\nFC Barcelona Sahkan Ansu Fati Berehat 4 Bulan\n", "content": ["FC Barcelona mengesahkan penyerang mudanya, Ansu Fati akan terlepas aksi bola sepak domestik dan antarabangsa sekitar empat bulan.", "Perkhabaran ini dimaklumkan selepas pemain berusia 18 tahun itu selamat menjalani pembedahan di lutut kirinya ekoran kecederaan koyak meniscus.", "Keep your head up, @ANSUFATI!https://t.co/cMZs4p3wRN", "Kecederaan itu menimpanya ketika menentang Real Betis dalam saingan kesembilan La Liga di Stadium Nou Camp, sabtu lalu.", "Kecederaan itu membuatkan ketua jurulatih, Ronald Koeman terpaksa mengeluarkannya dan menggantikannya dengan Lionel Messi.", "It's Francisco Trincão's @ChampionsLeague debut and so far he has been dazzling! 🦾🔵🔴 #BarçaFerencváros pic.twitter.com/qHI9Z8ZYKT", "Ketiadaan Ansu Fati pastinya akan memberikan peluang kepada seorang lagi pemain muda mereka untuk bermula dalam kesebelasan utama iaitu Francisco Trincao."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206982/", "headline": "\nAksi Pemain Malaysia Di Liga Thai Boleh Ditonton Menerusi Facebook & Youtube\n", "content": ["Syarikat media berpangkalan di Singapura, 1 Play Sports mengumumkan akan menyiarkan siaran langsung perlawanan terpilih Liga Thailand menerusi akaun Facebook dan Youtube, bermula sabtu ini.", "1 Play Sports diumumkan sebagai rakan penyiar digital rasmi Liga Thai, pada hari ini. Siaran langsung tersebut akan disiarkan di sembilan negara asia tenggara dan enam negara rantau asia selatan.", "Selain itu, perlawanan-perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh 1 Play Sports akan disertakan dengan ulasan dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Hindi.", "Ini merupakan berita baik buat peminat bola sepak tempatan yang mahu melihat aksi tiga pemain Malaysia yang sedang berkelana dalam saingan Liga Thai.", "Mereka ialah Norshahrul Idlan Talaha atau lebih mesra dikenali sebagai Matyo yang bermain bersama BG Pathum United FC serta Dominic Tan dan Mohamadou Sumareh yang beraksi bersama Police Tero FC.", "Lebih menarik, perlawanan melibatkan BG Pathum United FC dan Police Tero FC termasuk dalam empat perlawanan terpilih yang disiarkan secara langsung oleh 1 Play Sports pada sabtu dan ahad ini.", "Untuk menonton siaran langsung perlawanan-perlawanan Liga Thai, ikuti Facebook Pages dan saluran Youtube mereka.", "Featured Image: 1 Play Sports"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219751/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Full-back Kedah ‘Dibuli’ Oleh Faisal & Hakimi\n", "content": ["Pertembungan antara Kedah Darul Aman FC dan Terengganu FC di Stadium Darul Aman menyaksikan pasukan pelawat berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 sekaligus memungut 3 mata berharga pada aksi kelapan Liga Super.", "Dalam aksi tersebut, Kedah terlebih dahulu memperolehi gol menerusi kesilapan pertahanan tengah Terengganu, Muhammad Mohd. Fauzi yang tertampan bola hantaran pemain sayap lincah, Rabih Ataya ke dalam gawang sendiri pada babak pertama.", "Bagaimanapun, Terengganu tidak mudah menyerah kalah, berjaya bangkit dan berhasil meraih kemenangan menerusi jaringan penalti oleh David da Silva pada masa kecederaan babak pertama sebelum pertahanan kanan, Azam Azmi Murad menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua.", "Berikut adalah ulasan perlawanan antara Kedah Darul Aman dan Terengganu yang penuh intensiti dan mengujakan untuk tatapan semua pembaca:", "Mari kita bermula dengan pasukan pelawat terlebih dahulu. Terengganu yang dibimbing oleh Nafuzi Zain turun menentang Kedah dengan formasi 4-3-3. Trio serangannya dipimpin oleh David da Silva sementara di bahagian kanan diisi oleh Faisal Halim dan bahagian kiri diisi oleh Hakimi Abdullah.", "Dalam perlawanan tersebut, pujian paling besar harus diberikan kepada Faisal dan Hakimi kerana berfungsi dengan sangat baik di posisi sayap pada separuh masa pertama dan kedua. ", "Namun begitu, di antara kedua-dua pemain tersebut, Faisal tampil paling menyerlah di atas padang kerana menampilkan kemampuan individu yang baik, melakukan larian solo yang mengancam pertahanan lawan, melakukan hantaran lintang serta membuat percubaan ke arah gol. Sebagai tambahan, serangan yang digerakkan oleh Faisal mendapat sokongan daripada pertahanan kanan, Azam Azmi Murad. ", "Oleh sebab itu, kita dapat melihat ‘build up’ Terengganu lebih dominan di sebelah kanan kerana setiap kali Faisal menerima bola, Azam Azmi akan segera naik ke atas untuk memberikan sokongan dan melakukan overlapping jika mempunyai peluang. ", "Pertahanan kiri Kedah, Fandi Othman menjadi pemain yang paling diuji oleh gandingan Faisal dan Azam Azmi dalam permainan ini.", "Selain itu, kita turut menyaksikan pemain perancang, Makan Konate lebih selesa untuk melakukan hantaran mencari Faisal. Selain daripada Konate, seorang lagi pemain tengah iaitu Dechi Marcel turut mencari Faisal apabila mendapat bola. Kedua-dua pemain ini berperanan sebagai penyambung antara Azam Azmi (pertahanan) dan Faisal (sayap) apabila merancang serangan.  ", "Sementara itu, pujian harus juga diberikan kepada permainan individu oleh Hakimi. Tidak dinafikan, 15 minit pertama permainan, persembahannya agak kurang memuaskan kerana masih mengambil masa untuk menyesuaikan diri. ", "Namun selepas daripada itu, apabila dia telah menyesuaikan diri, kita boleh melihat Hakimi merupakan seorang pemain yang sangat berskil dan memiliki kelajuan. Sepanjang perlawanan, Hakimi menunjukkan beberapa larian solonya berjaya menewaskan pertahanan kanan, Ariff Farhan dan juga Amirul Hisyam. Kemuncaknya prestasinya hadir pada separuh masa kedua, di mana dia sangat dominan di sebelah kiri menerusi ‘dribble’ dan lariannya. ", "Sayangnya, kekurangan Hakimi di bahagian kiri adalah tidak mendapat sokongan daripada full-back kiri, Arif Fadzilah sebagaimana Faisal Halim mendapat sokongan daripada Azam Azmi. Hal ini kerana Arif merupakan pemain yang lebih defensif dan tidak naik terlalu ke atas untuk melakukan overlapping sepertimana Azam Azmi.", "Sekiranya Arif memberikan sokongan kepada Hakimi dan melakukan overlapping sepertimana Azam Azmi di bahagian kiri, dijangkan Terengganu mungkin dapat menjaringkan lebih daripada dua gol. ", "Akan tetapi, disebabkan oleh Arif bermain secara defensif, Terengganu berupaya memastikan bahagian kirinya tidak mudah dibolosi samada oleh Rabih Ataya (separuh masa pertama) atau Azammuddin Akil (separuh masa kedua).", "Kita beralih pula kepada barisan pertahanan Terengganu secara keseluruhan. Pada babak pertama, ianya dilihat tidak begitu ‘solid’. Namun begitu, separuh masa kedua, mereka memperbaiki perkara tersebut. ", "Persembahan pertahanan tengah, Muhammad Mohd. Faudzi menyaksikan peningkatan yang ketara terutamanya pada separuh masa kedua. Walaupun telah melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri pada babak pertama, Muhammad cepat melupakan kesilapan tersebut (move on), tidak terbawa-bawa dengan kesilapan tersebut dan tumpukan perhatian untuk baki permainan. Pujian perlu diberikan kepada pemain berusia 25 tahun ini kerana mempunyai kekuatan mental yang kuat.", "Malahan pada penghujung perlawanan, dia turut melakukan hadangan kepada rembatan Rozaimi Abdul Rahman sekaligus memastikan gawang Terengganu selamat dan mempertahankan kelebihan satu gol yang dimiliki.", "Dalam perlawanan ini, ketua jurulatih, Nafuzi Zain kembali menggunakan penyerang Brazil, David Da Silva setelah direhatkan sebanyak enam perlawanan kerana kecederaan.", "Bercakap mengenai Da Silva, dia kelihatan belum cergas sepenuhnya tetapi kehadirannya sekitar 70 minit di atas padang memberikan satu dimensi atau corak baharu kepada gaya permainan Terengganu berbanding menggunakan penyerang Terengganu II, Jordan Mintah. ", "Da Silva ditugaskan untuk bermain sebagai targetman tetapi dia cukup gemar dan selesa untuk turun ke bawah, mendapatkan bola dan membantu Terengganu membina serangan. Ini juga mengelakkan dia mudah diikat (marking) oleh pertahanan atau pemain tengah bertahan. ", "Disamping itu, Da Silva turut memiliki work rate yang agak baik serta ketenangannya dalam menyempurnakan penalti tidak mengejutkan kita dengan kapasitinya yang hadir sebagai penyerang prolifik dalam saingan Liga Indonesia. ", "Dijangka dalam dua hingga tiga perlawanan berikutnya, apabila dia kembali cergas dan semakin serasi bersama rakan sepasukan, kelibat David da Silva di atas padang akan memberikan impak yang lebih besar kepada Terengganu.", "Mari kita beralih kepada pasukan Kedah pula. Boleh dikatakan sepanjang perlawanan Kedah lebih banyak menguasai bola dan bertukar-tukar hantaran.", "Namun antara kekurangan Kedah kali ini adalah tiadanya kelibat pertahanan kanan kental, Rizal Ghazali di bahagian kanan dan juga kelemahan pertahanan kirinya.", "Seperti telah dibincangkan di atas, pemain sayap kiri dan kanan Terengganu sangat berfungsi dalam perlawanan ini dan kelibat Ariff Farhan (full-back kanan) serta Fandi Othman (full-back kiri) tidak dapat mengekang Hakimi Abdullah dan Faisal Halim.", "Terengganu benar-benar mengambil peluang atas kelemahan kedua-dua full-back ini dan Kedah pula tiada perancangan khusus untuk mengekang kedua-dua pemain sayap ini.", "Pemain paling mencuri tumpuan dalam pasukan Kedah ialah Rabih Ataya. Dalam perlawanan tersebut, dia tidak diikat (marking) secara khusus oleh mana-mana pemain Terengganu dan bebas bergerak. Tidak seperti perlawanan menentang Selangor di mana Rabih diikat kemas oleh Jordan Ayimbila dan Safwan Baharuddin.", "Rabih juga menjadi pusat kreativiti Kedah namun kekurangannya adalah Kedah bermain secara direct play dan Rabih tidak dapat mencari gandingan penyerang, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre secara berkesan.", "Separuh masa kedua, Kedah mengeluarkan Rabih dan memasukkan pemain yang lebih segar seperti Azammuddin Akil, Fadzrul Danel, Fayyadh dan Rozaimi Abdul Rahman untuk merancakkan lagi serangan bagi mencari gol penyamaan.", "Namun begitu, pertukaran pemain dan taktikal yang dilakukan oleh Aidil Sharin Sahak ‘dijawab’ oleh Nafuzi dengan memasukkan Engku Shakir, Hafizal Mohamad dan Nik Akif seterusnya mengarahkan anak-anak buahnya bermain di kawasan sendiri, menyerap asakan dan mempertahankan kelebihan 2-1 yang dimiliki.", "Ternyata apa yang dilakukan oleh Nafuzi itu menyukarkan Kedah untuk menembusi barisan pertahanan Terengganu dan berjaya mengekang Kedah daripada mencari gol penyamaan sekaligus mencuri 3 mata dari Stadium Darul Aman.", "Nota: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube-nya DI SINI.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215506/", "headline": "\n4 Beregu Negara Bertembung Sesama Sendiri di Pusingan 32 Terbuka Jerman\n", "content": ["Empat daripada enam pasangan beregu lelaki yang mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Jerman 2022 yang bakal berlangsung dua minggu lagi terpaksa berentap sesama sendiri seawal peringkat Pusingan 32.", "Hasil undian oleh pihak penganjur menemukan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dengan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin. Manakala, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula akan bertemu beregu bebas (independent) Goh V Shem dan Low Juan Shen.", "Tidak terhenti di situ, pemenang kalangan empat pasangan yang bertembung sesama sendiri ini akan bertembung pula di peringkat Pusingan 16.", "Lebih malang, salah satu pasangan beregu yang menang di Pusingan 16 ini berkemungkinan bertemu satu lagi pasangan senegara iaitu Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi sekiranya mereka berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.", "Sementara itu, wakil terakhir dari Malaysia, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong pula diundi menentang beregu Jepun yang diletakkan sebagai pilihan No.1 untuk menjuarai kejohanan ini, Takuro Hoki dan Yoga Kobayashi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220569/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Malaysia: Tiada Kelibat Perseorangan Wanita Negara Di Pentas Suku Akhir\n", "content": ["Pentas suku akhir bagi kategori perseorangan wanita di kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Arena Badminton Perak tidak akan diserikan oleh sebarang wakil negara.", "Ini selepas dua wakil akhir negara, Siti Nurshuhaini dan Karupathevan Letshanaa yang beraksi di Pusingan 16 sebentar tadi mengalami kekalahan di tangan lawan masing-masing sekaligus gagal meneruskan kemaraan.", "Nurshuhaini yang berada di ranking ke-180 merekodkan kekalahan di tangan pemain Taiwan yang berada di tangga ke-194, Chiu Pin-Chian secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 14-21 dalam masa 35 minit.", "Manakala Letshanaa, ranking ke-253, yang turut berhadapan dengan pemain dari Taiwan, Chen Su Yu juga menanggung kekalahan secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 12-21 dalam tempoh 35 minit permainan di atas gelanggang.", "Sebelum itu, seramai lima perseorangan wanita negara terpaksa akur kandas seawal Pusingan 32. Lima pemain terbabit ialah Kasturi Radhakrishnan, Venosha Radhakrishnan, Tan Zhing Yi, Ong Xin Yee dan Myisha Mohd Khairul.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324589/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir Super 750 Buat Kali Ketujuh\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mara ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 buat kali ketujuh selepas menewaskan gandingan Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin di peringkat suku akhir Terbuka Singapura 2023. ", "Dalam pertarungan tersebut, Carnando-Marthin terlebih dahulu di hadapan setelah memenangi set pertama dengan skor 18-21. Beregu No.1 negara mula bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi kemenangan pada set kedua dengan keputusan 21-16. ", "Set ketiga pula menyaksikan Aaron-Wooi Yik bertarung sengit dengan pasangan No.10 dunia itu dalam perlawanan yang berlangsung selama 78 minit. Permainan berakhir dengan keputusan 22-20 memihak kepada beregu kebangsaan. ", "Singapore Open 2023MD – QF 🇲🇾Aaron CHIA🏅18 21 22 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇮🇩Leo Rolly CARNANDO21 16 20 🇮🇩Daniel MARTHIN", "— BWFScore (@BWFScore) June 9, 2023", "Kemenangan itu sekaligus melunaskan ‘dendam’ di Malaysia Masters 2023 apabila mereka tewas kepada beregu yang sama juga di peringkat suku akhir secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-18 dan 21-19, dua minggu lalu.", "Untuk rekod, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik konsisten untuk mara ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 sekurang-kurangnya dua kali sejak 2021.", "Ibarat buku bertemu ruas, beregu No.4 dunia tersebut bakal menentang pasangan China, Liang Wei Keng dan Wang Chang yang kini berada di tangga ketiga dunia di peringkat separuh akhir. ", "Sebelum ini, gandingan Wei Keng-Chang telah bertemu satu lagi wakil negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun di pusingan 16 sebelum mara dan menumbangkan pasangan England, Ben Lane dan Sean Vendy, sebentar tadi. ", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215166/", "headline": "\nBakal Pemain JDT Mahu Bantu Casagrande Jaring Lebih Banyak Gol\n", "content": ["Pemain tengah yang bakal direkrut oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos memasang hasrat untuk membantu barisan penyerang Penang FC menjaringkan lebih banyak gol musim ini.", "Walaupun tugas utamanya adalah mencipta peluang untuk membolehkan pemain seperti Casagrande menjaringkan gol namun pemain berusia 26 tahun ini turut berharap dapat menghasilkan gol bagi membantu pasukannya meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.", "Kemampuan Endrick untuk menjaringkan gol tidak dapat disangkal lagi. Untuk makluman semua, pemain tengah kelahiran Brazil ini telah merekodkan 18 gol secara keseluruhan sejak beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada tahun 2018.", "“Saya menjaringkan lebih banyak gol (8 gol) pada musim 2020 berbanding tahun lepas di mana hanya empat gol sahaja dilakukan.", "“Tetapi sebenarnya tugas saya adalah untuk memberi peluang kepada penyerang seperti Casagrande untuk dia melakukan jaringan dan tahun lepas saya tidak banyak peluang sebab kami ubah sedikit corak bermain.", "“Jadi, agak sukar untuk saya lebih dekat dengan Casagrande ketika perlawanan dan harap musim ini dapat bersama dengan lebih kerap untuk saya bantu dia dan penyerang lain”, katanya.", "Penghujung tahun lalu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest memaklumkan pihaknya akan merekrut Endrick untuk tahun 2023 dengan kemungkinan untuk menaturalisasikan pemain ini.", "SQUAD UPDATES Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are in negotiations to sign one local and four foreign players for the 2022 season. An announcement will be made in due course. [1/5] pic.twitter.com/MUZCusMo4C", "Juara Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut itu telah membuat keputusan untuk menaturalisasikan pemain yang masih muda dan boleh memberi sumbangan untuk jangka masa panjang.", "Sebagai tambahan, Endrick mula beraksi di negara ini dengan menyertai Felcra FC sebelum menyertai pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor pada tahun 2019.", "Kemudiannya, pemain ini membuat keputusan berhijrah ke pasukan Penang pada tahun 2020 yang membantu skuad Harimau Kumbang ini meraih promosi ke saingan Liga Super 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208341/", "headline": "\nVideo: Tonton Kemodenan AXA Training Centre – Pusat Latihan Baharu Liverpool\n", "content": ["Selepas 70 tahun berlatih di Melwood, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Liverpool secara rasminya berpindah ke pusat latihan moden serba baharu, semalam.", "Pusat latihan tersebut dinamakan sebagai AXA Training Centre terletak di Kirkby berjarak hanya 10 kilometer (km) berbanding pusat latihan mereka yang terdahulu.", "A place steeped in history 🙌#FarewellMelwood ❤️ pic.twitter.com/BKgvcvjjWW", "Pelbagai fasiliti dan kemudahan serba moden dibina di pusat latihan baharu ini seperti 3 buah padang bola sepak bersaiz penuh, ruang senaman memanaskan badan dan 2 buah gimnasium. ", "Selain itu, terdapat juga bilik sidang media, dewan sukan untuk beriadah, kolam renang, dan pusat pemulihan yang turut memuatkan kompleks hidroterapi dan suite rehabilitasi.", "Skuad kendalian Jurgen Klopp ini turut mengadakan sesi latihan pertama mereka di pusat latihan ini, semalam.", "Settling into the new gym 💪 pic.twitter.com/GMOpRwwZgF", "Day one. Session one. 👊 pic.twitter.com/ddzIdWh6Zc", "Anda boleh meninjau dan melihat keseluruhan AXA Traning Centre ini pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207000/", "headline": "\nMB Selangor Anjur Liga Fantasi EPL, Tawar Hadiah Lumayan RM2,500\n", "content": ["Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mempelawa peminat bola sepak khususnya peminat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menyertai liga Fantasy Premier League (FPL) anjurannya.", "Perkara itu diumumkan oleh Amirudin sendiri menerusi laman sosialnya, hari ini.", "Ayuh peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Premier Fantasi (FPL), sahut cabaran ini! Saya tawarkan RM500 sebagai hadiah bulanan dan juara liga bakal menerima RM2,500⚽Nama Liga: FPL MB SelangorKod: 2j05xz.https://t.co/9UFtAronFW", "Amirudin yang juga merupakan peminat tegar pasukan berpangkalan di Merseyside, Liverpool turut menawarkan hadiah berupa wang tunai RM500 untuk juara bulanan. ", "Sementara itu, juara keseluruhan di penghujung musim akan dihadiahkan dengan wang tunai lumayan sebanyak RM2,500.", "Untuk makluman, saingan baharu EPL, musim 2020/21 akan bermula esok. Perlawanan pertama adalah membabitkan Fulham menentang Arsenal dengan sepak mula pada jam 7.30 malam waktu Malaysia.", "Nama Liga: FPL MB Selangor"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323782/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Indonesia Sekat Kemaraan Perseorangan Lelaki Ke Pentas Akhir\n", "content": ["Dua wakil Malaysia, Leong Jun Hao dan Lee Shun Yang terpaksa akur dihentikan kemaraan mereka ke pentas akhir oleh atlet Indonesia di temasya Sukan SEA 2023. ", "Kedua-dua pemain perseorangan lelaki negara itu berjaya mara ke peringkat separuh akhir bertemu seteru Nusantara itu selepas menewaskan lawan masing-masing dari Filipina dan Thailand.", "Jun Hao yang sebelum ini pernah menumbangkan lawannya, Christian Adinata dalam aksi Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019 tidak dapat ulangi kejayaan yang sama pada kali ini. ", "Adinata yang merupakan perseorangan lelaki no.5 Indonesia itu menewaskan Jun Hao secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-12 dalam perlawanan yang berakhir selepas 45 minit berlangsung. ", "Chico Aura Dwi Wardoyo juga mudah menewaskan Shun Yang dengan kemenangan ‘straight set’ berkeputusan 21-15 dan 21-18 selepas 37 minit perlawanan berlangsung. ", "Bagaimanapun, aksi pertama Jun Hao di temasya Sukan SEA membuahkan hasil apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa setelah mara ke peringkat separuh akhir bersama Shun Yang. ", "Dalam pada itu, Adinata dan Chico bakal bertemu di pentas akhir pada Selasa menyaksikan pingat emas dan perak sah menjadi milik Indonesia. ", "Featured image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323329/", "headline": "\nBojan Takut Gaji Dipotong Jika Komen Pengadil, Isteri Perlukan Wang Beli Barang Dapur\n", "content": ["Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Bojan Hodak sempat berseloroh bahawa isterinya tidak benarkan dirinya memberi komen mengenai pengadil kerana bimbang akan tindakan potongan gaji. Ini akan mengurangkan wang buat isterinya untuk membeli barangan dapur. ", "Nada berseloroh tersebut dilontarkan Bojan ekoran berang dengan keputusan pengadil yang melayangkan kad merah ke atas pemainnya, Giancarlo Gallifuoco tetapi tidak mahu tindakan lanjut dikenakan atas dirinya.", "Namun begitu, pihaknya telah membuat keputusan untuk melaporkan tindakan pengadil, Usaid Jamal yang bertugas pada perlawanan menentang PDRM FC kepada pihak berwajib.", "“Sudah pasti, kami akan hantar laporan. Saya tidak boleh beri komen lanjut, tetapi kami akan hantar laporan. Tidak pasti berapa banyak laporan sudah kami hantar tahun ini tetapi (laporan) ini akan jadi yang seterusnya.”", "“Saya boleh kongsikan videonya kepada anda (wartawan) tetapi saya tidak boleh berikan komen yang lanjut.” ujar Bojan Hodak dalam sidang media selepas perlawanan menentang PDRM.", "3 points 🔴⚪️#KLCityFC #ColouringTheCity #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/Sq69ZlnnIb", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 27, 2023", "Dalam perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam, berlaku situasi tegang di penghujung perlawanan melibatkan Giancarlo Gallifuoco (KL City) dan James Okwuosa (PDRM FC) yang memaksa pengadil melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain tersebut.", "Situasi tanpa bola pada minit ke-90 perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pemain menarik rambut masing-masing sebelum cuba disuraikan pegawai perlawanan dan para pemain kedua-dua pasukan.  ", "Bagaimanapun, keadaan itu tidak mengubah keputusan perlawanan yang memihak kepada KL City yang menang menentang skuad Sang Saka Biru dengan skor 3-0. ", "Kemenangan itu merupakan kemenangan keempat berturut-turut skuad kendalian Bojan Hodak pada musim ini yang meletakkan mereka berada di tangga keenam liga dengan 15 mata. ", "Featured Images: Kuala Lumpur City Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324348/", "headline": "\nPiala Remaja Asia: Pakistan Tundukkan Skuad Hoki Remaja Negara\n", "content": ["Juara tiga kali, Pakistan mempamerkan kualiti sebenar selaku kuasa besar hoki Asia apabila mudah membenam cabaran skuad hoki remaja negara pada aksi separuh akhir Piala Remaja Asia, semalam. ", "Skuad kendalian Amin Rahim mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan pemain berjersi No.6, T. Perabu yang menyaksikan skuad negara bertahan dengan kelebihan satu jaringan. ", "Malangnya, Pakistan bangkit pada separuh masa kedua dengan asakan bertubi-tubi ke arah kubu negara dan menyaksikan skuad negara dihambat negara Asia Selatan itu dengan keputusan 6-2 memihak kepada mereka.  ", "Men's Junior Asia Cup 2023 – DAY 9Moments of the Second Semi FinalPakistan vs Malaysia#mjac2023#WatchHockey#asiahockey pic.twitter.com/4exFMe8Fra", "— Asian Hockey Federation (@asia_hockey) May 31, 2023", "Penjaring terbanyak kejohanan, Abdul Rehman jelas menjadi duri dalam daging buat Malaysia apabila menjaringkan hatrik sekaligus melengkapkan kebangkitan Pakistan pada separuh masa kedua khususnya suku keempat perlawanan.", "Selain Malaysia, Korea Selatan turut dibelasah juara bertahan, India yang berakhir dengan keputusan 9-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung lebih awal berbanding perlawanan Malaysia-Pakistan.", "Keputusan itu sekaligus mempertemukan India dan Pakistan di pentas akhir sama seperti edisi lalu manakala Malaysia dan Korea Selatan akan bertemu buat kali kedua dalam saingan kali ini untuk merebut tempat ketiga kejohanan. ", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220511/", "headline": "\nPiala AFF: Harga Tiket Perlawanan Di SNBJ Bermula RM50\n", "content": ["Harga tiket bagi perlawanan-perlawanan melibatkan Malaysia di pentas Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 telah dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM pada hari ini. Menerusi satu kenyataan media, harga tiket bagi perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) adalah bermula RM50 bagi kategori Terbuka.", "Namun begitu, FAM turut menjual dua lagi kategori tambahan iaitu Premium dan Granstand. Bagi kategori ini, ianya dijual pada RM70 dan RM100 masing-masing bagi peringkat kumpulan.", "Kejohanan kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Singapura, Laos dan Myanmar.", "Untuk pengetahuan semua, Malaysia akan beraksi di SNBJ dalam dua perlawanan menentang Laos dan Singapura pada 24 Disember dan 3 Januari masing-masing. ", "Sementara itu, sekiranya Malaysia berhasil melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, harga tiket bagi perlawanan di SNBJ ditetapkan pada kadar RM50 (Terbuka), RM80 (Premium) dan RM120 (Granstand).", "Manakala harga tiket kanak-kanan pula ditetapkan pada kadar RM10 untuk perlawanan peringkat kumpulan serta separuh akhir.", "Setakat ini, harga tiket bagi perlawanan akhir akan ditentukan kemudian sekiranya Malaysia layak dan berdasarkan kepada venue yang akan digunakan nanti.", "FAM turut menambah, kesemua tiket akan dijual secara atas talian sepenuhnya dan diuruskan oleh Thaiticketmajor Co Ltd – pencetak tiket yang dilantik oleh pihak AFF."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216195/", "headline": "\nSingapura Senaraikan Pertahanan Selangor Untuk Hadapi Malaysia & Filipina\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan bimbingan Nazri Nasir bagi mengharungi dua perlawanan antarabangsa pada minggu hadapan.", "Dua perlawanan yang diatur pada jendela rehat antarabangsa FIFA itu adalah menentang Malaysia serta Filipina di negara mereka sendiri pada 26 dan 29 Mac kelak.", "Salah seorang pemain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia iaitu kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin antara yang dipanggil untuk memperkuatkan skuad seberang tambak itu.", "🦁 Your 26-strong Lions squad for the FAS Tri-Nations Series 2022 later this month! 🇸🇬 𝗙𝗶𝗿𝘀𝘁 senior call-ups for Ryaan Sanizal and Shah ShahiranDETAILS ➡️ https://t.co/a6DEJBz29r", "Selain itu, mereka turut menyenaraikan dua pemain yang beraksi dalam kancah Liga Thailand iaitu Irfan Fandi dan Ikhsan Fandi yang merupakan pertahanan dan penyerang masing-masing buat pasukan BG Pathum United.", "Baki 23 pemain lagi merupakan individu yang beraksi di kancah domestik, Liga Premier Singapura (SPL) dimana 11 daripadanya merupakan pemain Lion City Sailors termasuk bekas kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun.", "Dimaklumkan, kem latihan pusat mereka akan bermula Isnin nanti (21 Mac). Sebagai tambahan, kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan di National Stadium, Singapore Sports Hub dan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220694/", "headline": "\nLee Zii Jia, Yew Sin-Ee Yi Dijemput ‘Sparring’ Bersama Pemain BAM Secara Mingguan\n", "content": ["Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia serta gandingan beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kini dapat kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) untuk berlatih bersama-sama pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Bukan sahaja Zii Jia dan gandingan Yew Sin-Ee Yi, mana-mana pemain berstatus bebas (independent) dengan syarat menghuni ranking 50 dan ranking 30 terbaik dunia bagi kategori perseorangan dan beregu masing-masing turut sama boleh menyertai latihan di fasiliti yang terletak di Bukit Kiara tersebut.", "Perkembangan ini hadir selepas BAM mengumumkan membuka pintu kepada pemain bebas untuk berlatih di ABM secara mingguan menerusi pelbagai platform laman sosialnya, semalam.", "Difahamkan, sesi latihan ini melibatkan ‘sparring’ antara pemain senior naungan BAM dan bebas yang merupakan komponen penting dalam latihan bagi pemain-pemain badminton.", "Bagi pemain bebas, jurulatih masing-masing turut dibenarkan hadir ke sesi latihan ini.", "BAM INVITES INDEPENDENT PLAYERS FOR WEEKLY MATCHPLAY SESSIONS", "Independent players now have the option to attend weekly matchplay sessions at PETRONAS ABM after the Badminton Association of Malaysia (BAM) announced plans to open their doors to the professional shuttlers. pic.twitter.com/NwPtbjtWqR", "— BAM (@BA_Malaysia) November 21, 2022", "BAM mencadangkan sesi ini dilangsungkan pada setiap hari Rabu pada sebelah pagi untuk pemain perseorangan mahupun beregu. Bagaimanapun, satu lagi sesi akan berlangsung pada hari Jumaat pada dalam minggu yang sama buat gandingan beregu. ", "Berdasarkan penjelasan daripada BAM, inisiatif ini akan memberikan manfaat bersama terhadap kedua-dua pihak iaitu para pemain naungannya serta pemain bebas.", "Selain itu, perkara ini juga akan membantu meningkatkan kemesraan antara pemain dan para pegawai pasukan apabila mereka mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan berpasukan seperti Piala Uber, Piala Thomas, Piala Sudirman dan lain-lain lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324946/", "headline": "\nPiala Asia B-17: Malaysia Tamatkan Kempen Di Tempat Ketiga Kumpulan\n", "content": ["Skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan menamatkan aksi di bumi Thailand dengan menundukkan Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan A sekaligus mengutip tiga mata pertama buat negara dalam kejohanan kali ini. ", "Biarpun mendahului seawal minit ke-12 permainan, Laos tidak dapat menghabiskan aksi separuh masa pertama dengan keputusan selesa selepas Dainei Mat Isa menjaringkan gol penyamaan buat Malaysia pada minit ke-43 perlawanan. ", "Bersambung babak kedua, Malaysia menggandakan asakan ke arah kubu lawan. Hasilnnya, Dainei muncul wira buat skuad B-17 negara selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-77 permainan dan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan kebangsaan.  ", "🎥 HIGHLIGHTS | 🇲🇾 Malaysia 2️⃣-1️⃣ Laos 🇱🇦 ", "Dainei Mat Disa is the man of the hour as Malaysia come from behind to beat Laos! ", "Match Report 🔗 https://t.co/XuRvOJRcf8#AFCU17 | #MASvLAO pic.twitter.com/qcODuWzxUk", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 21, 2023", "Malangnya, kemenangan tersebut tidak dapat mengubah nasib Malaysia yang kini berakhir di tangga ketiga kumpulan selepas Thailand dan Yaman mara ke peringkat seterusnya selaku juara dan naib juara setelah memungut sembilan dan enam mata masing-masing. ", "Mengulas lebih lanjut tentang kemenangan tersebut, Osmera Omaro mengakui permainan para pemainnya menjadi lebih baik selepas kurangnya tekanan diberikan ke atas mereka tidak seperti dua perlawanan sebelumnya. ", "Pengendali berusia 43 tahun itu turut menegaskan Malaysia juga tidak dapat beraksi baik rentetan kehilangan beberapa tonggak utama sebelum berangkat ke Bangkok akibat kecederaan.", "Sebelum ini, Malaysia tewas dalam dua aksi Kumpulan B menentang Yaman dengan keputusan 4-0 sebelum dibenam Thailand dengan 3-0 yang menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk lolos ke peringkat seterusnya.", "Featured Image: Asian Football Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111550/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pecutan Pelari Jamaica Saat Akhir Berikan Emas Acara 110m Berpagar\n", "content": ["Usaha pelari Jamaica, Hansle Parchment melakukan pecutan pada saat-saat akhir membolehkannya muncul juara dalam acara 110 meter (m) berpagar Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Dalam aksi final yang berlangsung pada hari ini, pelari Amerika Syarikat, Grant Holloway yang merupakan juara dunia 2019 terlebih dahulu mendahului perlumbaan ini.", "Bagaimanapun, menghampiri pagar yang ke-10, Parchment, 31 tahun memecut sekuat hatinya dan berhasil memintas Holloway serta menjadi yang pertama memintas garisan penamat dengan catatan masa 13.04 saat.", "The #Olympics 110m hurdles 🥇 stays in Jamaica 🇯🇲Hansle Parchment takes the high hurdles crown in a season's best 13.04.London 2012 – Olympic 🥉Beijing 2015 – World 🥈#Tokyo2020 – Olympic 🥇 pic.twitter.com/Q3bHWO9FGa", "Ini membuatkan Holloway, 23 tahun yang menamatkan larian dengan catatan masa 13.09 saat terpaksa berpuas hati dengan kilaun pingat perak di temasya Olimpik kali ini.", "Sementara itu, menamatkan saingan di tempat ketiga adalah seorang lagi pelari Jamaica, Ronald Levy yang berusia 28 tahun dengan catatan masa 13.10 saat.", "Untuk pengetahuan semua, Parchment merupakan pemenang pingat gangsa dalam acara yang sama pada Sukan Olimpik London 2012. ", "Bagaimanapun, edisi Sukan Olimpik yang berlangsu di Rio lima tahun lalu tidak disertai oleh Parchment kerana dihimpit masalah kecederaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206977/", "headline": "\nSaya Di Chelsea Bukan Sekadar Berebut No.4 – Frank Lampard\n", "content": ["Ketua jurulatih Chelsea, Frank Lampard menegaskan sasarannya untuk saingan baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bukan sekadar menduduki tempat keempat.", "Sebaliknya, bekas pemain Chelsea suatu masa dahulu ini sedia mengemudi Chelsea untuk memberikan saingan sengit kepada Liverpool dan Manchester City sekaligus mencabar kejuaraan musim ini.", "Dia juga sedar tekanan yang bakal dihadapinya memandangkan majikannya telah membawakan pemain-pemain berstatus bintang seperti Hakim Ziyech, Timor Werner, Thiago Silva dan Kai Havertz bagi mengharungi saingan EPL 2020/21.", "Lampard mengakui amat menyukai tekanan sebegitu dan dia mengambilnya sebagai cabaran.", "\"I didn't come into this job to fight for 4th place\" – Frank LampardWahhhh, Liverpool and Man City better watch out!#StadiumAstro #Chelsea #FrankLampard pic.twitter.com/gTcmD8x723", "“Saya tak ambil tugas (ketua jurulatih) ini untuk berebut tempat keempat (liga) walaupun musim lalu ianya merupakan satu pencapaian (bagus) dan ianya merupakan salah satu sasaran yang dibuat dan kita berjaya mencapainya.", "“Saya bukannya datang ke sini (Chelsea) untuk menaikkan pemain-pemain akademi ke dalam pasukan (senior) dan berkata telah memberikan debut kepada beberapa pemain.", "“Tak, saya datang ke sini dan cuba untuk menang. Kita seharusnya teruja, tetapi kita juga perlu berhati-hati kerana perlu berkerja dengan pemain-pemain baharu, ", "“Dan tugas saya adalah untuk berkerja dengan pemain-pemain baharu untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dalam pasukan dan memastikan pasukan dapat berkerja sebaik mungkin.” katanya dalam satu sidang media di pusat latihan Chelsea, Cobham.", "Frank Lampard reports that Ziyech and Chilwell won't be available for Brighton. Thiago Silva not trained yet so won't be involved. Ziyech may be back in a couple of weeks. #BHACHE", "Sementara itu, Lampard mengesahkan empat pemainnya tidak dapat diturunkan bagi aksi sulung bertemu Brighton & Hove Albion di gelanggang lawan, The Amex yang dijadualkan pada awal pagi selasa, waktu Malaysia.", "Pemain-pemain tersebut ialah Ziyech dan Ben Chilwell ekoran kecederaan dan belum cergas sepenuhnya. Thiago pula belum mula berlatih bersama mereka lagi dan Mateo Kovacic digantung ekoran mengutip kad merah pada perlawanan akhir Piala FA, ogos lalu.", "Featured Image: Chelsea Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218075/", "headline": "\nKejohanan Dunia FINA: Pandelela Rinong Raih Gangsa Acara 10m Platform\n", "content": ["Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong berjaya membawa pulang pingat gangsa menerusi acara terjun 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Dunia FINA 2022 yang berlangsung di Budapest, Hungary.", "Penerjun berusia 29 tahun tersebut berhasil memenangi pingat terbabit selepas mengutip 338.85 mata secara keseluruhan hasil daripada lima terjunan yang dilakukannya, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Sementara itu, dua penerjun China iaitu Chen Yuxi, 16 tahun (juara bertahan) dan Quan Hongchang, 15 tahun (pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020) membolot pingat emas dan perak selepas menamatkan acara ini dengan pungutan mata 417.25 dan 416.95 masing-masing.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua Pandelela membawa pulang pingat gangsa dalam acara individu di Kejohanan Dunia FINA ini. Kali pertama dia membawa pulang menerusi acara yang sama adalah semasa edisi 2015 yang berlangsung di Kazan, Rusia.", "Sebagai tambahan, selepas ini, Pandelela akan mengambil bahagian dalam acara berpasangan bersama-sama Nur Dhabitah Sabri iaitu 10m platform seirama wanita. ", "Dalam edisi 2019 yang lalu, dalam acara berpasangan yang sama, Pandela yang ketika itu bergandingan dengan Datuk Leong Mun Yee berhasil membawa pulang pingat perak selepas mengumpul 312.72 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215913/", "headline": "\nStadium Larkin, Pasir Gudang & Pusat Latihan PSG Akan Dinaik Taraf Guna Rumput Zeon Zoysia\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan akan menaik taraf padang yang digunakan pasukan simpanannya, JDT II di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau dikenali sebagai Stadium Larkin kepada rumput jenis ‘zeon zoysia’.", "Satu pengumuman dibuat oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards pada hari ini dimana padang di stadium berkenaan bakal beralih dengan penggunaan jenis rumput yang sama dengan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will be upgrading the Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium cow grass pitch to the same Zeon Zoysia type grass at the Sultan Ibrahim Stadium.[1/3] pic.twitter.com/7e4V7Xtied", "Untuk makluman semua, stadium yang menjadi gelanggang pasukan utama JDT suatu masa dahulu itu masih menggunakan rumput jenis ‘cow grass’ sehingga ke hari ini.", "Baca: Apakah Kegunaan Turf-Tec Stress Detection Glasses Yang Digunakan JDT?", "Dalam kenyataan yang sama, stadium yang menjadi gelanggang kepada pasukan pelapis, JDT III iaitu Stadium Pasir Gudang serta padang-padang lain di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam (PSG) akan turut menggunakan rumput jenis ‘zeon zoysia’ setelah selesai kerja-kerja naik taraf di Stadium Larkin.", "“Penambahbaikan ini adalah sebahagian daripada usaha kawalan kualiti berterusan kelab untuk memastikan fasiliti bola sepak JDT berada di tahap yang terbaik.” katanya seperti dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik skuad Harimau Selatan itu.", "Pada ketika ini, Pusat Latihan JDT mempunyai padang yang menggunakan tiga jenis rumput yang berlainan iaitu ‘zeon zoysia‘, ‘cow grass‘ serta rumput tiruan (artificial turf).", "Untuk pengetahuan semua, rumput jenis ‘zeon zoysia‘ menghasilkan rumput yang padat dan tebal serta mempunyai cengkaman akar yang kuat. Tambahan pula, ia mampu pulih dengan cepat dan sukar terkena ‘penyakit’ seperti kulat.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322118/", "headline": "\nPenang, KL City Ikut Jejak Kelantan Haramkan Lato-Lato Dalam Stadium\n", "content": ["Dua buah pasukan Liga Super iaitu Penang FC dan Kuala Lumpur City FC menjadi yang terbaru turut mengharamkan kemasukan lato-lato – permainan dua bola pemberat bertali yang menjadi trend tanpa mengira golongan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak pada ketika ini – ke dalam stadium.", "Permainan tersebut dimainkan dengan menghayunkan kedua-dua bola ke atas dan bawah dengan selaju yang mungkin agar bertembung bagi mengeluarkan bunyi hentakan yang mengasyikkan. ", "Bagaimanapun, permainan melibatkan hayunan laju bola pemberat ini berisiko untuk mendatangkan kecederaan sekiranya terjerut atau terhantuk di kepala, tangan mahupun anggota badan lain.", "Pengharaman kemasukan lato-lato itu terkandung dalam poster senarai Barang Larangan Di Stadium yang dikeluarkan oleh kedua-dua kelab dan dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosial masing-masing pada hari perlawanan.", "Senarai tersebut disekalikan dengan pelbagai barangan lain yang sedia maklum diharamkan sebelum ini seperti rokok, pemetik api, objek tajam, pembakar suar, botol plastik, payung, topi keledar, penunjuk laser, mercu, bunga api, pengecas mudah alih (powerbank) dan lain-lain.", "Untuk makluman, pengharaman lato-lato ke dalam stadium mula diarahkan oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman melalui laman sosialnya sebelum sepak mula perlawanan pertama Liga Super melibatkan pasukannya, Sabtu lalu.", "Difahamkan, pengharaman itu dibuat bagi memberikan keselesaan semua penonton di stadium termasuk memastikan aspek keselamatan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219231/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Beregu No.2 Malaysia Dapat ‘Bye’ Di Pusingan 64 Tapi Kandas Di Pusingan 32\n", "content": ["Gandingan pemain bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Ti memulakan kempen Kejohanan Dunia BWF 2022 dengan mendapat “bye” di Pusingan 64 sekaligus terus masa ke Pusingan 32.", "Namun begitu, permulaan yang baik itu tidak berkekalan buat beregu lelaki No.2 negara ini apabila mereka tumpas mengejut kepada beregu negara seberang tambak, Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, lawan meraka yang menghuni ranking ke-41 dunia berhasil merekodkan kemenangan mengejut ke atas Yew Sin-Ee Yi secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 22-20 dalam tempoh masa 41 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MD – Round of 32 🇸🇬Yong Kai Terry HEE🏅22 22 🇸🇬Kean Hean LOH🏅20 20 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 41 minutes https://t.co/8A4yDXPFYY", "— BWFScore (@BWFScore) August 24, 2022", "Lebih menarik, Terry-Loh mencipta kemenangan ini dalam pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua beregu ini di pentas antarabangsa.", "Dengan kemenangan ini, Terry-Loh dapat meneruskan kemaraan ke peringkat Pusingan 16. Mereka bakal berhadapan cabaran samada daripada beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen atau beregu India, M.R. Arjun-Dhruv Kapila.", "Sebelum itu, Terry-Loh berhasil meloloskan diri ke Pusingan 32 apabila berjaya menumpaskan beregu Perancis, Christo Popov dan Toma Popov juga menerusi “straight set” 21-17 dan 21-18 di Pusingan 64, sebelum ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110603/", "headline": "\nEuro 2020: Paul Pogba Alih Botol Minuman Keras Semasa Sidang Media\n", "content": ["Jika sebelum ini Cristiano Ronaldo mencuri tumpuan dunia apabila mengalihkan minuman berkarbonat, Coca-Cola semasa berlangsungnya sidang media, kini giliran pemain tengah Perancis, Paul Pogba pula berbuat tindakan yang sama.", "Terdahulu, pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu bertindak mengalihkan botol minuman Coca-Cola tersebut kemudiannya mengangkat botol air mineral di hadapannya dan menyeru semua untuk minum air kosong.", "🥤👀 Cristiano Ronaldo wasn't pleased with the bottles of coke at his press conference and shouted 'drink water!'…#POR | #CR7 pic.twitter.com/QwKeyKx2II", "Bagaimanapun, Pogba yang dinobatkan selaku ‘Man Of The Match’ dalam perlawanan antara Perancis dan Jerman dalam saingan Kumpulan F Euro 2020 tidak mengalihkan botol Coca-Cola sebaliknya sebotol minuman keras dalam sidang media selepas perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.", "Tiada sebarang komen diberikan oleh pemain berusia 28 tahun tersebut samada melakukan tindakan demikian atas alasan kesihatan atau faktor agamanya sebagai seorang muslim yang melarang meminum atau mempromosikan sebarang minuman keras.", "Untuk makluman, dalam perlawanan tersebut, Pogba menjadi nadi utama bahagian tengah skuad Les Bleus. Malahan jaringan tunggal perlawanan yang dijaringkan sendiri oleh pemain lawan, Mats Hummels pada minit ke-20 juga berpunca daripadanya.", "Ketika itu, Pogba melakukan satu ‘lob pass’ cantik menggunakan bahagian luar kaki kanannya (outer foot) ke bahagian kiri untuk Lucas Hernandez sebelum pemain berjersi 21 itu melakukan hantaran lintang mencari Kylian Mbappe.", "Malangnya, Hummels yang cuba mengeluarkan bola tersebut tersilap menampannya ke dalam gawang.", "Anda boleh menonton highlight penuh perlawanan antara Perancis dan Jerman pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321490/", "headline": "\nAlexandre Polking: Thailand Sentiasa Menjadi Pasukan No.1 ASEAN\n", "content": ["Selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Piala AFF, ketua jurulatih, Alexandre ‘Mano’ Polking melaungkan skuad bola sepak kebangsaan Thailand sentiasa menjadi pasukan terbaik di asia tenggara (ASEAN).", "Bagaimanapun, jurulatih Brazil-Jerman yang berusia 46 tahun ini tidak mahu skuad berjulukan Gajah Perang sekadar menjadi ‘raja’ di rantau ASEAN atau pentas Piala AFF.", "Polking melihat Thailand perlu beraksi di pentas yang lebih tinggi dan menentang pasukan-pasukan dari benua asia yang lebih kuat.", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023", "“Kejuaraan ini penting. Kami sentiasa menjadi pasukan nombor satu dan mahu pergi ke tahap lebih tinggi daripada asia tenggara,”", "“Thailand perlu membuktikan diri di kejohanan yang lebih besar seperti Piala Asia, dimana adanya pasukan yang lebih kuat seperti Jepun, Korea Selatan atau Emiriah Arab Bersatu (UAE),”", "“Kami perlu cuba dengan lebih gigih dan bertambah lebih baik,” katanya seperti dipetik daripada VnExpress International.", "Untuk makluman, Thailand kendalian Polking berjaya mengesahkan gelaran juara Piala AFF edisi kali ini selepas menumpaskan Vietnam dengan agregat 3-2 pada perlawanan akhir.", "Selain daripada meraih kejuaran berturut-turut, kejuaraan pada kali ini turut menjadikan Thailand meraih gelaran juara Piala AFF yang ketujuh sejak ianya dipertandingkan buat pertama kali pada tahun 1996."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113264/", "headline": "\nJohn Beasley Kecewa Dengan Prestasi Dua Pelumba Malaysia di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021\n", "content": ["Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap prestasi dua pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021, baru-baru ini.", "Shah yang mengambil bahagian dalam dua acara iaitu keirin dan pecut hanya beraksi sehingga pusingan 1 dan pusingan 16 masing-masing. Manakala, Fadhil yang menyertai acara ujian masa 1 kilometer (km) pula hanya menempatkan diri di tempat ke-14 secara keseluruhan.", "Justeru, kedua-dua pelumba yang berusia 25 dan 24 tahun masing-masing ini gagal sama sekali untuk mara ke pusingan akhir dalam kesemua acara yang disertai.", "Menurut laporan portal akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times, jurulatih kelahiran Australia itu kecewa kerana prestasi kedua-dua pelumba tersebut jauh daripada prestasi sebenar yang mampu ditampilkan oleh mereka.", "Untuk makluman semua, John tidak turut serta ke kejohanan yang berlangsung di Roubaix, Perancis ini kerana bakal berhadapan dengan halangan masuk ke negara asalnya apabila pulang dari benua eropah.", "Oleh demikian, beliau tidak mahu mengulas panjang mengenai persembahan dan prestasi kedua-dua pelumba ini. John menantikan taklimat dan penjelasan penuh daripada penolongnya selepas ini.", "Sementara itu, John turut memaklumkan memberikan cuti rehat kepada Shah dan Fadhil apabila selesai menjalani kuarantin wajib di Malaysia.", "Selepas itu, kedua-duanya bersama-sama pelumba yang lain akan kembali untuk berlatih bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi kempen temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112675/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Jepun Sekat Perjalanan Skuad Muda Malaysia di Separuh Akhir\n", "content": ["Selepas melepasi cabaran pasukan Indonesia di peringkat suku akhir, perjalanan skuad muda Malaysia dalam kejohanan berpasukan, Piala Sudirman 2021 berakhir di peringkat separuh akhir setelah ditumpaskan Jepun dengan keputusan 3-1, awal pagi tadi.", "Malaysia bermula dengan langkah kiri sejak daripada perlawanan pertama lagi. Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas ‘straight set’ 15-21 dan 14-21 kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang membolehkan Jepun mendahului 1-0.", "Memasuki perlawanan kedua melibatkan perseorangan wanita, Kisona Selvaduray yang menduduki ranking ke-53 dunia nyata tidak dapat menandingi kehebatan pemain No.5 dunia, Akane Yamaguchi.", "Pemain berusia 24 tahun itu mudah meletakkan Jepun mendahului 2-0 dengan mengalahkan Kisona juga secara ‘straight set’ dengan skor 7-21 dan 5-21.", "Bagaimanapun, pada perlawanan ketiga, kapten pasukan iaitu Lee Zii Jia menyalakan harapan buat Malaysia apabila meraih kemenangan ke atas pemain No.1 dunia, Kento Momota secara ‘straight set’ 22-20 dan 21-19.", "Perlawanan keempat melibatkan regu wanita menjadi penutup kepada perjalanan Malaysia di kejohanan yang berlangsung secara dwitahunan ini apabila kesungguhan Pearly Tan-M. Thinaah tidak dapat membendung gandingan baharu wanita Jepun, M. Matsumoto-M. Matsutomo meraih kemenangan ‘straight set’ 19-21 dan 17-21.", "Malaysia 🇲🇾 and Japan 🇯🇵 clash to determine the second finalist at the TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2021#SudirmanCup #Vantaa2021 #RaiseARacket 🏸 pic.twitter.com/7YEcwM1c4o", "Walaupun terkandas di peringkat separuh akhir, prestasi yang ditampilkan oleh skuad Malaysia pada kejohanan kali ini merupakan kedua terbaik dalam sejarah selepas skuad edisi 2009 yang lalu.", "Skuad muda ini juga telah mengatasi sasaran minimum mara ke peringkat suku akhir yang diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Sebagai tambahan, majoriti pemain-pemain ini akan berehat selama seminggu sebelum kembali beraksi dalam sebuah lagi kejohanan berpasukan iaitu Piala Thomas dan Piala Uber bermula 9 Oktober nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215181/", "headline": "\nPemain Kacukan Jerman-Malaysia Sedang Berunding Untuk Sertai Pasukan Liga Lithuania\n", "content": ["Pemain tengah kacukan Jerman-Malaysia, Armin Maier mendedahkan dirinya berada di Lithuania dan sedang dalam perbincangan dengan pasukan yang beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak negara tersebut.", "Perkembangan itu dikongsikan oleh pemain berusia 24 tahun merangkap bekas pemain Selangor 2 dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) tersebut menerusi Instagram Story-nya, semalam.", "Berdasarkan perkongsian di laman sosialnya, dia memberikan bayangan sedang berbincang dengan pasukan FK Suduva yang merupakan naib juara A Lyga, pada musim lalu.", "Pada masa yang sama, Armin sempat menafikan khabar angin yang mengaitkannya untuk menyertai pasukan Liga Premier, Perak FC untuk musim 2022.", "Bagaimanapun, Armin menjelaskan dirinya hampir menyertai skuad Bos Gaurus pada musim lalu apabila dia bertemu dengan pegawai Perak FC pada Jun 2021. Namun, tiada persepakatan dapat dicapai antara kedua-dua pihak ekoran kekangan kewangan dihadapi Perak FC.", "Untuk makluman semua, Armin mempunyai darah keturunan Malaysia menerusi susur galur daripada ibunya manakala bapanya merupakan kelahiran Jerman."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217630/", "headline": "\nHoki Piala Asia: Malaysia Muncul Juara Kumpulan B Selepas Bantai Bangladesh 8-1\n", "content": ["Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan saingan peringkat Kumpulan B, Hoki Piala Asia 2022 selaku juara selepas menundukkan Bangladesh dengan keputusan 8-1 dalam perlawanan terakhir, sebentar tadi.", "Jaringan-jaringan skuad yang turut mendapat julukan Speedy Tigers ini hadir menerusi hatrik oleh Muhammad Razie Abdul Rahim (minit ke-4, ke-14, ke-30), Faizal Saari (minit ke-24, ke-31, ke-46) serta satu gol daripada Muhammad Najmi Farizal Jazlan (minit ke-46) dan Ashran Hamsani (minit ke-60) masing-masing.", "Manakala, jaringan oleh Bangladesh pula disumbangkan oleh Ashraful Islam.", "Pool B – 26 May 2022 (Thursday)", "4' PS Muhammad Razie Abd Rahim14' PC Muhammad Razie Abd Rahim21' PC Ashraful Islam (Ban)24' FG Faizal Saari30' PC Muhammad Razie Abd Rahim31' PC Faizal Saari", "— MHC (@hockeymalaysia) May 26, 2022", "Kemenangan 8-1 ini menjadikan Malaysia bukan sahaja menamatkan saingan selaku juara Kumpulan dengan 9 mata malahan turut merekodkan 100% kemenangan dalam kesemua perlawanan.", "Dengan kemenangan ini, Malaysia layak untuk menyertai peringkat seterusnya ‘Super 4’ bersama-sama Republik Korea (naib juara Kumpulan B) dan Jepun (juara Kumpulan A). Satu lagi pasukan samada India atau Indonesia akan ditentunkan malam ini.", "Di peringkat berikutnya, kesemua empat pasukan akan bertarung menentang setiap pasukan berdasarkan format “single round robin” dan dua pasukan yang menamatkan saingan ini di tangga teratas akan mara perlawanan akhir. Sementara itu, baki dua pasukan lagi akan beraksi di perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.", "Featured Image: Malaysia Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215703/", "headline": "\nRM25 Juta Belanja Terengganu FC Hadapi Liga Malaysia – 20% Daripadanya Hasil Penajaan\n", "content": ["Sebanyak RM25 juta akan dibelanjakan oleh Kelab Bola Sepak Terengganu (Terengganu FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.", "Sementara itu, RM5 juta atau 20% daripada perbelanjaan tersebut disumbangkan menerusi penajaan yang dimeterai oleh skuad berpangkalan di pantai timur itu pada musim ini.", "Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh ketika ditemui oleh para pengamal media pada acara Black And White Day 2022 di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.", "“Penajaan kita secara keseluruhannya untuk kita pada tahun ini lebih kurang dalam RM5 juta,", "“(Bajet) keseluruhannya lebih kurang RM25 juta,” katanya ketika ditemui selepas acara berkenaan.", "Semasa acara berkenaan, skuad Hitam Putih ini turut memperkenalkan 20 entiti yang menajanya pada musim ini yang dibahagikan kepada kategori platinum, gold, silver dan bronze.", "TDC Holdings muncul sebagai penaja platinum buat pasukan Terengganu sementara Terengganu Inc, Syarikat Air Terengganu (SATU), Epic Berhad, Ladang Rakyat Terengganu dan Umbro sebagai penaja gold.", "Difahamkan baki RM20 juta itu merupakan suntikan dana kerajaan negeri serta perniagaan-perniagaan yang diusahakan oleh Terengganu FC.", "Pasukan Terengganu di bawah kemudi Ab Rasid meletakkan sasaran untuk sifar suntikan dana daripada kerajaan negeri pada tahun 2027 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219794/", "headline": "\nWan Kuzain Tersenarai Antara 5 ‘Defensive Midfielder’ Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam USL\n", "content": ["Pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal yang bakal bermain bersama pasukan baharu, Rio Grande Valley tersenarai antara lima pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang perlu diberi perhatian dalam saingan Kejuaraan USL. ", "Penghujung tahun lalu, pemain berusia 22 tahun ini diumumkan dilepaskan oleh Sporting Kansas City dan ianya memaksa Kuzain mencari kelab baharu bagi meneruskan karier bola sepaknya.", "Bagaimanapun, Kuzain yang pernah menyertai sesi latihan skuad Harimau Muda (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee pada tahun 2019 berjaya menarik minat pasukan berpangkalan di Texas untuk mengikat khidmatnya bagi mengharungi saingan musim ini.", "Year 5. Let’s goooo, excited for the opportunity! https://t.co/EDDxBcyPmA", "Laman rasmi Kejuaraan USL melihat kedatangan Wan Kuzain yang memiliki kawalan bola yang baik ke pasukan yang digelar sebagai The Toros mampu menarik perhatian peminat-peminat tempatan kelab tersebut. ", "Malahan Kuzain yang tidak asing lagi dengan saingan Kejuaraan USL ketika bersama Sporting Kansas City II beberapa tahun yang lalu turut memiliki kelebihan dalam situasi set pieces sekaligus bakal menjadi aset buat Rio Grande Valley.", "Sementara itu, empat lagi pemain tengah bertahan yang disenaraikan oleh laman rasmi tersebut ialah Fatal Alashe, 27 tahun (Sacramento Republic), Jack Blake, 26 tahun (San Diego Loyal SC), Jordan Doherty, 20 tahun (Tampa Bay Rowdies) dan Lebo Moloto, 30 tahun (FC Tulsa).", "Untuk makluman, saingan baharu Kejuaraan USL akan bermula pada penghujung bulan ini.", "Featured Image: Rio Grande Valley FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207967/", "headline": "\n5 Perkara Menarik Mengenai Pasukan Yang Mengalahkan Man Utd, Istanbul Basaksehir\n", "content": ["Wakil Turki, Istanbul Basaksehir membuat kejutan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dengan menumpaskan Manchester United dengan keputusan 2-1 di laman sendiri pada awal pagi tadi.", "Lebih menarik, salah satu gol yang dijaringkan oleh Istanbul Basaksehir dilakukan oleh bekas penyerang prolifik Liga Perdana Ingeris (EPL) iaitu Demba Ba. Satu lagi gol dijaringkan oleh Edin Visca. Manakala gol saguhati Manchester United pula dijaringkan oleh Anthony Martial.", "Memandangkan kelab ini tidak begitu dikenali dalam kalangan peminat bola sepak, kami bawakan 5 perkara menarik mengenai pasukan ini kepada anda:", "Berbanding kelab-kelab bola sepak tersohor dari Turki seperti Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas yang mempunyai sejarah penubuhan lebih 100 tahun, Istanbul Basaksehir pula merupakan sebuah kelab baharu yang ditubuhkan pada tahun 1990.", "Sementara itu, kali pertama mereka menyertai saingan liga utama iaitu Super Lig adalah pada tahun 2006 sebelum tersingkir pada musim seterusnya. Bagaimanapun, pada musim 2014 mereka sekali lagi kembali ke saingan Super Lig dan kekal berada di ‘top flight’ sehingga kini.", "Istanbul Basaksehir dikatakan mempunyai pertalian yang kuat dengan presiden republik tersebut iaitu Recep Tayyip Erdorgan dan beliau pernah bermain pada perlawanan pembukaan stadium baharu, Stadium Fetih Terim pada tahun 2014. Sejurus perlawanan tersebut, jersi No.12 yang dipakai oleh Erdorgan ‘dipencenkan’.", "Selain itu, presiden kelab, Goksel Gumusdag turut mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Erdorgan menerusi perkahwinan. Lebih menarik penajaan kelab ini juga mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Turki termasuk gelanggang utamanya dimiliki oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Turki.", "Bercakap mengenai bola sepak Turki atau secara khususnya saingan Super Lig, kita tidak akan boleh lari daripada dominasi tiga buah pasukan berpangkalan di Istanbul  iaitu Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas. Sejak 25 tahun lalu, juara Super Lig hanya berkisar kepada tiga buah pasukan ini.", "Bagaimanapun, sejak Istanbul Basaksehir kembali ke saingan Super Lig buat kali kedua pada musim 2014/15 mereka perlahan-lahan menjadi ancaman kepada dominasi ketiga-tiga pasukan tersebut. Dan msuim 2019/20 menjadi musim gemilang Istanbul Besaksehir apabila muncul juara Super Lig buat pertama kali dalam sejarah penubuhan mereka dan sekaligus memecahkan dominasi tiga kelab di atas.", "Dalam usahanya untuk tampil sebagai sebuah kelab yang gah dalam saingan bola sepak Turki, Istanbul Basaksehir turut mendapatkan khidmat pemain-pemain ternama bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan antarabangsa yang berada di penghujung karier. ", "Jangan terkejut kelab ini pernah mendapatkan khidmat bekas pertahanan Man City Gael Clichy, bekas penyerang Arsenal dan Man City Emmanuel Adebayor, bekas penyerang Brazil Robinho, bekas pemain tengah Napoli dan Leicester City Gokhan Inler dan beberapa nama lagi. ", "Musim ini, Istanbul Basaksehir turut diperkuatkan dengan kehadiran bekas penyerang Chelsea Demba Ba, bekas pertahanan Manchester United Rafael da Silva, bekas pertahanan Liverpool Martin Skrtel dan bekas pemain tengah Spurs Nacer Chadli.", "Musim ini menjadi musim sulung Istanbul Basaksehir membuat kemunculan di peringkat kumpulan saingan UCL menerusi tiket juara Super Lig 2019/20. Kemenangan ke atas Manchester United pada awal pagi tadi merupakan kemenangan pertama di pentas UCL dalam sejarah penubuhan kelab mereka.", "Pada musim 2019/20, mereka hampir berjaya untuk mara ke peringkat kumpulan saingan UCL buat pertama kali namun digagalkan oleh wakil Greece iaitu Olympiakos dalam aksi play-off. Ini menyebabkan mereka terpaksa ke saingan Liga Europa.", "Bagaimanapun mereka amat cemerlang dalam saingan sulung tersebut di mana Istanbul Basaksehir menamatkan cabaran peringkat kumpulan yang terdiri daripada Borussia Monchengladbach, AS Roma dan Wolfsberger sebagai juara. Di pusingan ke-32 mereka berjaya menewaskan Sporting CP namun perjalanan mereka dinoktahkan di pusingan ke-16 apabila terpaksa akur tewas kepada wakil Denmark, FC Copenhagen."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218751/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Dunia B-20: Jonah Chang Mara Ke Final, Rekodkan Lontaran Kelima Terbaik\n", "content": ["Kejohanan OIahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022 yang berlangsung di Cali, Colombia turut menyaksikan atlet lontar peluru muda negara, Jonah Chang Anak Rigan berhasil mengesahkan tempat ke peringkat akhir.", "Atlet berusia 19 tahun kelahiran Sarawak mengesahkan kemaraan tersebut selepas merekodkan lontaran terbaiknya sejauh 18.97 meter (m) dalam acara lontar peluru (6kg) lelaki peringkat kelayakan Kumpulan B, awal pagi tadi.", "Lontaran tersebut meletakkannya dalam kelompok 12 atlet terbaik yang melayakkan diri ke peringkat akhir. Lontaran dihasilkan Jonah itu juga merupakan yang kelima terbaik daripada 26 atlet yang mengambil bahagian.", "Untuk makluman semua, empat atlet yang merekodkan lontaran lebih baik daripadanya ialah Tizian Noah Lauria, Jerman (20.15m), Kobe Lawrence, Jamaica (19.85m), Tarik O’Hagan, Amerika Syarikat (19.65m) dan Matyas Kerekgyarto, Belanda (19.35).\n", "Sebagai perbandingan, rekod peribadi terbaik yang pernah dicatatkan oleh Jonah dalam acara lontar peluru (6kg) adalah sejauh 19.41m. Rekod ini dicatatkannya ketika beraksi dalam satu kejohanan di Jahnstadion Osterode di Jerman pada 3 Jun lalu.", "Sebagai tambahan, peringkat akhir bagi acara lontar peluru (6kg) Kejohanan Olaharaga Dunia B-20 ini dijadualkan berlangsung pada pagi Rabu, waktu Malaysia.", "Featured Image: Instagram Jonah Chang"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219105/", "headline": "\nSukan Solidariti Islam: Malaysia Tuai Emas Pertama Menerusi Memanah Berpasukan Compound Lelaki\n", "content": ["Kontinjen Malaysia berhasil menuai pingat emas pertamanya di temasya Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye pada hari kesembilan.", "Kilauan pingat itu hadir menerusi sukan memanah dalam acara berpasukan compound lelaki yang dibarisi oleh Juwaidi Mazuki, Alang Ariff dan Eugenius Loh, petang tadi.", "Ianya hadir selepas trio negara berjaya menumpaskan skuad negara jiran tetangga, Indonesia yang terdiri daripada Adika Hastian, Hendika Pratama Putra and Prima Wisnu Wardhana dengan skor 229-228 dalam perlawanan akhir.", "5th ISLAMIC SOLIDARITY GAMES 2021, KONYA TURKIYE", "Padu!!! Juwaidi Mazuki,Eugenius Loh & Alang Ariff Meraih Pingat Emas Dalam Acara Team Compound #DemiMalaysia#KontinjenMALAYSIA#IslamicSolidarityGames pic.twitter.com/X9SXRzNRwf", "— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) August 17, 2022", "Untuk makluman, pertembungan Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan akhir ini merupakan ulangan pertemuan perlawanan akhir di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 yang lalu.", "Bagaimanapun, perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia tumpas tipis dengan skor 229-230 di tangan Indonesia sekaligus terlucut kilauan pingat emas di temasya berkenaan.", "Sementara itu, pingat emas yang dirangkul pada hari ini meletakkan kontinjen Malaysia di tempat ke-20 dalam kedudukan kutipan pingat dengan 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111449/", "headline": "\nOlimpik 2020: Terjunan Konsisten Bawa Dhabitah Melangkah Ke Final 3m Papan Anjal\n", "content": ["Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir acara terjun 3 meter papan anjal individu dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Atlet berusia 22 tahun ini mengesahkan kemaraan ke pentas final selepas menampilkan lima terjunan yang konsisten sekaligus mengumpul 312.60 mata secara keseluruhan pada peringkat separuh akhir.", "Jumlah kutipan mata tersebut meletakkan Dhabitah menduduki tangga ke-6 daripada 18 penerjun yang bersaing dalam acara terjun yang bertempat di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.", "Terjun – 3 Meter Papan Anjal Wanita – Separuh AkhirKedudukan akhir:6. 🇲🇾 Nur Dhabitah Sabri (312.60)*12 teratas layak ke Final.Syabas buat Dhabitah yang akan beraksi di pentas akhir esok! 💪#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/IAoPR6RTAD", "Untuk makluman semua, hanya 12 penerjun yang merekodkan pungutan mata tertinggi daripada 18 penerjun sahaja yang layak mara pentas final.", "Sebagai rekod, pertama kali Dhabitah mara ke pentas final temasya ini pada Sukan Olimpik Rio 2016. ", "Bagaimanapun, pada edisi tersebut, Dhabitah beraksi dalam dua acara berlainan iaitu terjun 10 meter platform individu dan 3 meter papan anjal seirama bersama Pandelela Rinong.", "Dalam kedua-dua final tersebut, Dhabitah menamatkan saingan masing-masing dengan kedudukan ke-9 dan ke-5.", "Bagi yang ingin melihat Dhabitah beraksi di pentas final bagi merebut kilauan pingat buat negara, acara ini akan berlangsung pada hari esok (1 Ogos) bermula pada jam 2 petang waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208904/", "headline": "\nEagles Rugby Club Anjur Kempen Derma Darah Sebagai Program CSR\n", "content": ["Meskipun tiada sebarang kejohanan dalam masa terdekat, Eagles Rugby Club (ERC) yang berpusat di Sandakan, Sabah mempunyai cara tersendiri untuk menjalankan aktiviti berfaedah buat komuniti ragbi.", "Bersempena dengan cuti hujung minggu lalu, ERC menganjurkan Kempen Derma Darah bagi menampung bekalan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan.", "Menurut Pengurus Besar ERC, Raimi Yusof ketika dihubungi berkata, kempen itu memasuki penganjuran kali kedua tahun ini merupakan  program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan menghimpunkan komuniti ragbi dan menyumbang kepada masyarakat.", "“Sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana pelbagai lapisan masyarakat telah hadir memberi sokongan kepada penganjuran program ini,” jelas Raimi.", "Tambahnya lagi, penderma darah terdiri daripada jurulatih, pengurus pasukan serta pemain-pemain di samping ahli keluarga dan orang awam yang hadir menjayakan usaha murni tersebut.", "Jelas Raimi, kejayaan program seperti ini membuktikan sukan ragbi bukan hanya dimainkan di padang semata-mata, malah mempunyai sebuah komuniti yang sentiasa peka dan sedia menyumbang kepada keperluan masyarakat.", "Manakala Pegawai Perubatan bertugas, Dr. Nurul Syazliana berkata, permintaan bekalan darah di HDOK sentiasa tinggi kerana hospital tersebut turut membekalkan darah kepada hospital-hopsital di Beluran dan Kinabatangan.", "“Justeru, kempen seperti ini sangat membantu pihak HDOK dalam mengimbangi keperluan darah daripada sekitar Sandakan,” jelas Nurul.", "“Bagi pihak ERC, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pasukan Tabung Darah HDOK dan semua yang hadir memberi sokongan kepada kami,” kata Raimi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324547/", "headline": "\nSepupu Pemain Perak Sah Sertai Liverpool Untuk Musim 2023-24\n", "content": ["Pemenang Piala Dunia 2022, Alexis Mac Allister yang juga sepupu kepada pemain tengah Perak, Luciano Guaycochea sah sertai juara Liga Perdana Inggeris 2019-20, Liverpool FC. ", "Pengumuman itu hadir menerusi kenyataan media yang diterbitkan melalui laman sesawang bekas pasukan dan kelab baharunya serta dikongsikan pelbagai media sosial mereka, petang tadi. ", "Mac Allister berhijrah ke skuad berjulukan The Reds daripada Brighton and Hove Albion sekaligus menjadi pemain pertama yang direkrut pasukan tersebut pada jendela perpindahan musim baharu ini.", "We have reached an agreement for the transfer of @alemacallister from Brighton & Hove Albion on a long-term deal for an undisclosed fee ✍️", "— Liverpool FC (@LFC) June 8, 2023", "Pemain kelahiran La Pampa itu dikhabarkan menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan kepada umum bermula musim hadapan. ", "Untuk makluman, Mac Allister akan menyarung jersi bernombor 10 bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Sadio Mane, Philippe Coutinho, Steve Mcmanaman dan Greame Souness.", "Musim lalu, pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan 10 gol dan mencatatkan dua bantuan gol (assists) buat skuad berjulukan The Seagulls selain membantu Argentina menjulang Piala Dunia 2022. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215104/", "headline": "\nIran Pasukan Asia Pertama Layak Ke Piala Dunia 2022 Secara Merit\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Republik Islam Iran menjadi pasukan dari benua asia yang pertama melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2022 FIFA secara merit.", "Ini selepas pasukan yang mendapat julukan Team Melli itu berhasil menumpaskan Iraq 1-0 hasil jaringan penyerang Porto, Mehdi Taremi dalam perlawanan ketujuh pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022.", "Pure exhilaration 💪🏽🇮🇷The #RoadToQatar is paved by these national heroes at the 📍 Azadi Stadium 🏟 tonight!#AsianQualifiers pic.twitter.com/xxY3Pj3l49", "Kemenangan itu membolehkan Iran mengumpul 19 mata dalam Kumpulan A sekaligus mengesahkan kemaraan ke pertandingan empat tahun sekali itu walaupun masih berbaki tiga perlawanan.", "Kejayaan mengesahkan tempat ke kejohanan yang bakal berlangsung di Qatar pada November nanti itu turut disaksikan sekitar 10,000 penonton di Stadium Azadi, semalam.", "🇮🇷🙌 IR Iran make it three #WorldCup tournaments in a row!@theafcdotcom | #WCQ pic.twitter.com/adX70YxVgO", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali ketiga berturut-turut Iran layak ke kejohanan Piala Dunia sejak edisi 2014 di Brazil. Sebelum itu, mereka pernah beraksi di pentas ini pada edisi 2006 dan 1998."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112787/", "headline": "\nRTM Turut Menyiarkan Secara Langsung Kejohanan Piala Thomas & Uber 2020\n", "content": ["Stesen penyiaran awam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan akan menyiarkan secara langsung kejohanan badminton berpasukan lelaki dan wanita iaitu Piala Thomas & Uber 2020 yang akan bermula Sabtu nanti.", "Berita baik buat peminat dan penyokong skuad badminton kebangsaan itu dikongsikan oleh akaun laman sosial Sukan TV RTM, semalam. Siaran langsung kejohanan dwitahun tersebut dapat ditonton menerusi saluran TV Okey dan Sukan TV RTM.", "Akan datang di RTM, Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2020#sukanuntuksemua #RTM #SukanRTM pic.twitter.com/Szym9mta5B", "Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung bermula 9 Oktober sehingga 17 Oktober. Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bagi kedua-dua kejohanan. ", "Saingan Kumpulan D bagi pasukan lelaki disertai oleh Jepun dan Kanada selepas England mengambil keputusan untuk menarik diri pada Isnin lalu. Sementara itu, cabaran Kumpulan D bagi pasukan wanita disertai oleh China, Denmark dan Kanada.", "Artikel Berkaitan: Sasaran ke Suku Akhir Tidak Berubah Walaupun England Menarik Diri", "Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita yang diwakili oleh hampir kesemua pemain muda ini diletakkan sasaran untuk mara ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Thomas & Uber oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Sebagai tambahan, berdasarkan pemerhatian, sasaran tersebut mampu dicapai dengan mengambil kira ‘mood’ pemain-pemain Malaysia berada di tahap yang positif selepas berjaya mengejutkan ramai pihak dengan mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan berpasukan campuran, Piala Sudirman minggu lepas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219340/", "headline": "\nElavarasan Diumum Ketua Jurulatih Malaysia B-23 Baharu\n", "content": ["Setelah sebulan setengah kerusi ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) kosong, hari ini, ianya kembali diisi.", "Menerusi satu pengumuman oleh Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell, jurulatih tempatan, E. Elavarasan  diumum mengisi posisi tersebut.", "Pada masa yang sama, jurulatih berusia 60 tahun ini dibantu oleh Juan Torres Garrido selaku penolong jurulatih, Kris Yong sebagai jurulatih penjaga gol Jihyeon Park dan Lee Jeyoon.", "Elavarasan bersama-sama barisan kejurulatihan ini akan mengemudi skuad B-23 negara untuk mengharungi Sukan SEA 2023 a(Kemboja), Sukan Asia 2022 (China) serta Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang juga Kelayakan Olimpik 2024.", "Selain itu, difahamkan, tugas Elavarasan sebagai penolong ketua jurulatih bersama skuad kebangsaan, Harimau Malaya kekal.", "Untuk makluman, kerusi ketua jurulatih skuad berjulukan Harimau Muda ini kosong selepas FAM dan Brad Maloney berpisah sekitar pertengahan Julai lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218179/", "headline": "\nKejuaraan B-19 AFF: 10 Pemain ‘Reserved Team’ Selangor Barisi Skuad Negara\n", "content": ["Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) AFF yang berlangsung di Jakarta, Indonesia bakal membuka tirainya pada hari esok dan skuad negara bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras membawa 25 pemain bagi menghadapi saingan ini.", "Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai sepuluh pemain dipilih adalah daripada skuad simpanan, Selangor 2.", "Pemain-pemain tersebut ialah Syahmi Adib, Fakrul Azeez, Azannis Adzri, Abdul Rahman Daud, Alif Farhan, Izrin Ibrahim, Haiqal Haqeemi, Aliff Izwan, Faiz Amer Runnizar dan Danish Irfan.", "Baca – Kejuaraan B-19 AFF: Separuh Akhir Sasaran Diletakkan FAM Buat Skuad Negara", "Senarai Akhir 25 Pemain Ke Kejuaraan B-19 Aff 2022 Di Jakarta, Indonesia (2 hingga 15 Julai 2022)", "Siaran media ini boleh dibaca di ➡️https://t.co/gBtGkJPmYM#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/h8rVm1WsO6", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 30, 2022", "Manakala enam pemain pula datangnya daripada skuad simpanan, JDT II dan skuad bawah 21 tahun (B-21), JDT III. Mereka ialah Aysar Hadi, Adam Farhan, Zulhilmi Sharani, Adam Daniel, Ziad El Basheer dan Najmudin Akmal.", "Sementara itu, empat pemain dipilih merupakan daripada pasukan Skuad Projek FAM-MSN iaitu Adli Ahamad, Muhamad Ubaidullah, Haikal Sahar dan Aizat Aiman.", "Akhir sekali, melengkapkan senarai skuad 25 pemain ini adalah tiga pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17, Muhammad Zuryhakim, Adam Haikal, Haykal Danish serta seorang pemain Kuala Lumpur City FC dan kelab luar negara, Red Star Belgrade masing-masing iaitu Haqimi Azim dan Omar Raiyan.", "Skuad negara akan memulakan kempen Kejuaraan B-19 AFF peringkat Kumpulan B dengan menentang Kemboja (5 Julai) diikuti Singapura (7 Julai), Timor Leste (9 Julai) dan Laos (11 Julai).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218108/", "headline": "\nBinance Memeterai Perjanjian Eksklusif Bersama Cristiano Ronaldo Untuk NFT\n", "content": ["Binance, salah satu bursa dagangan kriptowang popular di dunia, kini umum kerjasama eksklusif bersama pemain bola sepak popular Cristiano Ronaldo. Kerjasama eksklusif ini akan meliputi promosi dalam mendidik serta memberikan pengenalan berkaitan Web3 dan NFT kepada peminat Cristiano Ronaldo.", "Disamping itu, dibawah perjanjian ini juga, Cristiano Ronaldo akan turut menerbitkan sejumlah siri koleksi NFT untuk dijual eksklusif melalui platform Binance.", "Koleksi pertama NFT Cristiano Ronaldo dijangka ditawarkan kelak pada tahun ini. Selain Cristiano Ronaldo, baru-baru ini, pemain tempatan popular, Safee Sali turut telah menawarkan koleksi NFT beliau dinamakan SEPULUH."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219225/", "headline": "\nMohon Siar Perlawanan Bola Secara Langsung Di Saluran TV Tempatan\n", "content": ["Bermula saingan Liga Malaysia 2021, pihak kerajaan telah mengumumkan membenarkan kemasukan penyokong ke stadium bagi menonton perlawanan-perlawanan bola sepak tempatan.", "Pengumuman yang dibuat pada tahun lalu itu, hanya membenarkan kemasukan penonton seramai 10% daripada kapasiti sesebuah stadium atau maksimum 4000 orang bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).", "Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, tiada sebarang penyokong dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk menonton perlawanan bola sepak.", "Namun dalam keadaan hampir semua negeri di Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan angka jangkitan pandemik Covid-19 yang masih tinggi sejak kebelakangan ini, peluang untuk pihak kerajaan membenarkan kemasukan penyokong ke dalam stadium berada dalam keadaan samar-samar.", "TERKINI: Sektor sukan akan dibenarkan dibuka semula bermula 1 Januari 2021.Di kawasan PKPP:– Aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan– Penganjuran kejohanan tempatan dibenarkan dengan kapasiti penonton 10 peratus atau 4,000 penonton (bergantung mana yang kurang) pic.twitter.com/GeKPRxH9dh", "Kemasukan penyokong dan penonton yang terhad ke stadium ini sememangnya memberikan impak kewangan kepada pasukan-pasukan bola sepak apabila kebanyakan penaja ‘berat hati’ untuk meneruskan penajaan kerana ianya memberikan pulangan pelaburan yang kecil kepada perniagaan mereka.", "Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Mohd Saiful Mat Sapri memohon agar pihak penganjur iaitu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk melakukan rundingan agar disiarkan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia di saluran televisyen  tempatan.", "Ini akan memberikan penyokong-penyokong tempatan untuk menonton aksi bola sepak melibatkan pasukan kesayangan mereka di kaca televisyen terutamanya kalangan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.", "“Saya mengharapkan MFL atau FAM mencari jalan alternatif sekiranya penyokong tidak boleh masuk ke stadium, kita mengharapkan mereka berunding dengan pihak stesen-stesen televisyen di dalam negara untuk dibuat liputan secara langsung.", "“(Hal ini) supaya penyokong-penyokong (bola sepak) dapat tengok (perlawanan) secara langsung di mana-mana stesen televisyen (termasuk) kawasan pedalaman yang tiada capaian internet.” katanya kepada Sukanz.", "Selain daripada memberikan peluang kepada penyokong-penyokong untuk menonton aksi pasukan kesayangan mereka, usaha ini juga dapat menarik minat dan keyakinan penaja untuk terus menaja pasukan-pasukan kerana mendapat liputan yang lebih meluas.", "Sumber kewangan menerusi penajaan ini penting untuk kelangsungan setiap pasukan lebih-lebih lagi setelah mereka tidak dapat menjana kewangan menerusi penjualan tiket ekoran kekangan dan kemasukan penyokong yang terhad ke dalam stadium.", "Untuk makluman, hak penyiaran eksklusif, mudah alih dan penstriman bagi saingan Liga Malaysia yang merangkumi kejohanan Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia dimiliki oleh anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) iaitu TM Multimedia sehingga tahun 2022.", "Saingan pasca PKP tahun lalu menyaksikan TM mengumumkan siaran langsung saingan Liga Super dan kejohanan Piala Malaysia 2020 disiarkan secara percuma di Youtube."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111172/", "headline": "\nCardiff City Lantik Jalil Rasheed Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif\n", "content": ["Kelab yang beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris, Cardiff City mengumumkan melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corp, Jalil Rasheed sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. ", "Perlantikan bekas CEO dan Presiden Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu dimaklumkan secara rasmi di laman sesawang dan media sosial pasukan yang terkenal dengan julukan The Bluebirds, hari ini. ", "“Jalil akan membantu kelab menentukan hala tuju dalam semua melakukan keputusan strategik dan merancang, bekerja dengan lebih rapat bersama Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Mehmet Dalman dan Pengarah Eksekutif dan CEO, Khen Choo.” tulis kenyataan kelab. ", "The #Bluebirds have appointed a new Non-Executive Director to the Board.#CityAsOnehttps://t.co/dtpp6HTV8S", "Baca: CEO Berjaya, Jalil Rasheed Antara 9 Individu Dipilih Untuk Bantu FAM", "Baca: Guna Stadium Kecil, Jana Keuntungan – Nasihat Bekas CEO PNB Kepada Kelab Bola Malaysia", "Sementara itu, Jalil mengucapkan terima kasih kepada Cardiff kerana memberikan kepercayaan untuk melantiknya di posisi tersebut. ", "Untuk makluman, musim lalu Cardiff yang dimiliki oleh Vincent Tan ini menamatkan saingan divisyen dua Liga Inggeris di tangga kelapan dengan mengumpul 68 mata daripada 46 perlawanan. ", "Featured Image: Instagram Jalil Rasheed"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324742/", "headline": "\nJobe Bellingham Sertai Sunderland AFC\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan iaitu Sunderland AFC mengesahkan telah mencapai kata sepakat bersama Birmingham City untuk mendapatkan khidmat pemain skuad kebangsaan England bawah 18 Tahun (B-18), Jobe Bellingham.", "Bagaimanapun, yuran perpindahan melibatkan Jobe yang merupakan adik kepada Jude Bellingham tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak. Difahamkan, pemain berusia 17 tahun itu akan menyertai skuad berjulukan Black Cats itu selepas pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan. ", "Untuk pengetahuan semua, Jobe yang beraksi sebagai pemain tengah menyerang menandatangani kontrak profesionalnya bersama Birmingham City pada musim panas tahun lalu ketika berusia 16 tahun selepas berhasil melakukan debut bersama skuad senior ketika perlawanan menentang Plymouth Argyle dalam saingan Piala FA sekitar Januari 2022.", "Ready to make his mark ❤️🤍#SAFC pic.twitter.com/vu49fKSnOv", "— Sunderland AFC (@SunderlandAFC) June 14, 2023", "Sepanjang musim lalu, Jobe menjadi antara taruhan utama Birmingham City dengan tampil sebanyak 22 kali dalam kancah Liga Kejuaraan serta satu penampilan dalam saingan Piala Liga EFL.", "Bersama skuad England B18 pula, Jobe telah berhasil tampil sebanyak lapan kali dengan turut menjaringkan dua gol serta menghasilkan satu bantuan gol (assist). ", "Menariknya, pengumuman Jobe berpindah daripada Birmingham City menyertai Sunderland AFC dilakukan pada hari sama abangnya, Jude yang berusia 19 tahun berhijrah daripada Borussia Dortmund ke Real Madrid dengan kontrak selama enam musim.", "Jobe Bellingham has completed a permanent transfer to Sunderland.", "— Birmingham City FC (@BCFC) June 14, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110200/", "headline": "\nPSM Disingkirkan Daripada Ahli Gabungan ASTAF\n", "content": ["Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengumumkan menyingkirkan badan induk sepak takraw negara iaitu Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) daripada pertubuhan itu secara serta-merta, semalam.", "Pengerusi Panel Pendengaran Tatatertib ASTAF, Yogender Singh memaklumkan keputusan menyingkirkan PSM daripada ASTAF dibuat secara sebulat suara menerusi sesi perbicaraan atas talian.", "Sesi perbicaraan tersebut turut dihadiri oleh wakil dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Malaysia, Pakistan dan Thailand menerusi aplikasi Zoom.", "Keputusan itu dibuat selepas PSM dan presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat didapati tidak mengikut perjanjian untuk mematuhi objektif ISTAF dan perlembagaan ASTAF.", "“PSM didapati bersalah kerana melanggar perjanjian bertulis kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan ASTAF pada 14 Mac 2008.", "“Selepas mendengar pertuduhan yang dijatuhkan oleh pihak pendakwaan dan juga tiga saksi yang mengadili, panel pendengaran bersetuju dan mengesyorkan tindakan tatatertib kepada PSM. ", "“PSM dilucutkan daripada menjadi ahli gabungan ASTAF berkuatkuasa serta merta,” katanya seperti dipetik daripada Kosmo.", "Susulan hukuman penyingkiran tersebut, PSM diberikan masa selama 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.", "Sebagai tambahan, sekiranya PSM memilih untuk membuat rayuan mereka perlu membayar AS$2,000 bagi proses berkenaan.", "Sebelum ini, Tok Mat telah dijatuhkan hukuman gantung daripada sebarang aktiviti sukan sepak takraw selama 15 tahun dan didenda sebanyak AS$25,000 oleh ASTAF.", "Beliau didapati bersalah kerana menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk meminta campur tangan keputusan pemilihan Kongres ASTAF pada 1 mac lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219648/", "headline": "\nDortmund Bertandang Ke Asia Tenggara Bertemu Kelab Singapura, Indonesia & Vietnam Semasa Piala Dunia\n", "content": ["Kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund mengumumkan akan bertandang ke rantau asia tenggara ketika saingan liga direhatkan semasa berlangsungnya kejohanan Piala Dunia pada November dan Disember kelak.", "Dortmund dalam satu kenyataannya memaklumkan akan menjelajah ke Singapura, Indonesia dan Vietnam dan menentang kelab daripada setiap negara berkenaan bermula 21 November sehingga 1 Disember nanti.", "Jelajah ini akan disertai para pemain yang tidak terpiliha mewakili negara masing-masing dalam saingan Piala Dunia di Qatar termasuk kalangan pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) dan bawah 19 tahun (B-19) mereka.", "BVB will use the World Cup break to travel to Southeast Asia with the remainder of the professional squad. The tour will take place from November 21st to December 1st and will travel from Singapore to Vietnam via Indonesia 🌏✈️", "👇 All details below 👇", "— Borussia Dortmund (@BlackYellow) September 12, 2022", "Sejurus pengumuman ini, Lion City Sailors FC yang merupakan rakan kerjasama skuad The Black and Yellows di rantau ini mengesahkan menjadi salah satu lawan buat Dortmund dalam kempen jelajah ini.", "Selain itu, kelab berpangkalan di Indonesia, Persebaya Surabaya turut mengumumkan menjadi lawan buat Dortmund bersama-sama Persib Bandung. Perkara itu mendapat pengesahan daripada perwakilan Dortmund bagi rantau asia pasifik, Dr. Suresh Letchmanan.", "Bagaimanapun, tarikh pertemuan antara Dortmund menentang ketiga-tiga kelab ini belum dimaklumkan secara rasmi termasuk kelab yang akan dihadapi mereka di Vietnam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217091/", "headline": "\nLiverpool Sahkan Klopp Lanjut Kontrak Sehingga 2026 – Tatkala Sedang Kejar 4 Kejuaraan Semusim\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC mengesahkan pengurusnya, Jurgen Klopp bersetuju melanjutkan kontrak bersama skuad The Reds sehingga tahun 2026, dedah The Athletic.", "Pengesahan itu hadir di saat Klopp sedang memimpin Liverpool untuk merangkul empat kejuaraan pada musim ini – sesuatu yang belum dicapai oleh mana-mana kelab dari England. ", "Ianya diumumkan oleh Liverpool menerusi satu kenyataan rasmi sekitar tengah malam tadi. Untuk makluman, kontrak Klopp yang mula berkhidmat bersama Liverpool pada Oktober 2015 sepatutnya tamat pada penghujung 2024.", "We are delighted to announce Jürgen Klopp has signed a new contract to extend his commitment with the club! 🔴", "— Liverpool FC (@LFC) April 28, 2022", "Sementara itu, dua penolong jurulatih iaitu Pepijn Lijnders dan Peter Krawietz turut mengikuti jejak langkah Klopp melanjutkan kontrak bersama Liverpool.", "Sebagai rekod, sejak membimbing Liverpool, Klopp telah mengemudi Liverpool ke beberapa perlawanan akhir serta berjaya menghadiahkan lima trofi kepada pasukan berpangkalan di Merseyside ini. Antaranya trofi Liga Juara-Juara UEFA 2018/19, Piala Super UEFA 2019, Piala Kelab Dunia FIFA 2019, EPL 2019/20 dan Piala EFL 2021/22.", "Bercakap mengenai usaha untuk memenangi baki tiga trofi pada msuim ini, Liverpool sudah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA bertemu Chelsea pada pertengahan Mei nanti. ", "Pada masa yang sama, Liverpool yang mempunyai 79 mata sedang mengekori rapat pendahulu EPL, Manchester City yang sudah mengumpul 80 mata daripada 33 perlawanan masing-masing.", "Selain itu, The Kops turut meletakkan sebelah kakinya di perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA selepas berhasil menumpaskan Villareal CF pada perlawanan separuh akhir pertama pertengahan minggu ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113488/", "headline": "\nNak Ambil Alih Perak FC? Sediakan RM10 Juta, Kata Pemangku Presiden PAFA\n", "content": ["Mana-mana individu atau syarikat yang berminat untuk mengambil alih pasukan bola sepak, Perak FC, bolehlah menyediakan dana berjumlah RM10 juta.", "Menurut laporan Harian Metro, itulah nilai yang diletakkan oleh pemiliknya, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Perkara ini juga telah disahkan oleh Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad.", "Difahamkan, nilai RM10 juta itu diletakkan oleh PAFA bersandarkan kepada barisan pemain berpengalaman dan hebat yang dimiliki oleh pasukan bergelar The Bos Gaurus itu.", "Pada masa yang sama, beliau turut berkongsikan perbincangan PAFA bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki pasukan tersebut berada di landasan yang positif.", "“Jika minat mengambil alih Perak FC kalau boleh pihak berkenaan memiliki dana sekurang-kurangnya RM10 juta berdasarkan kepada nilai pasukan lain. ", "“Kita boleh tengok berapa Norizam Tukiman (pemilik Kelantan FC) mengeluarkan dana untuk pasukan itu selain beberapa pasukan lain.", "“Saya rasa nilai berkenaan adalah berbaloi kerana kita juga memiliki barisan pemain berpengalaman dan hebat. Setakat ini, perbincangan bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki Perak FC adalah positif. ", "“Saya katakan sekarang ini proses perbincangan pemilikan dalam peringkat 50 peratus antara kedua-dua pihak,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Bagaimanapun, pihak PAFA tidak mendedahkan sebarang indentiti mengenai individu atau syarikat yang sedang berbincang dengan mereka untuk memiliki Perak FC buat masa ini.", "Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dato’ Vida serta syarikat yang menguruskan padang, Kopa Arena antara yang berminat untuk memiliki Perak FC.", "Namun kedua-duanya dilihat menarik ‘handbrake’ daripada meneruskan hajat masing-masing untuk memiliki pasukan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206891/", "headline": "\n5 Pemain Chelsea Bakal Terkorban Dengan Kehadiran Kai Havertz\n", "content": ["Chelsea berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah, Kai Havertz setelah membayar harga sebanyak £70 juta pound kepada kelab Jerman, Bayer Leverkusen. Perkara itu diumumkan secara rasmi pada sabtu lalu.", "Pemain muda berbakat berusia 21 tahun itu mengikat kontrak selama lima tahun bersama pasukan yang dikendalikan oleh Frank Lampard. Corak permainan Havertz boleh dikatakan mirip kepada campuran di antara bekas pemain skuad kebangsaan Jerman, Michael Ballack dan Mesut Ozil.", "Sepanjang beraksi bersama skuad senior Bayer Leverkusen, statistik menunjukkan Havertz merekodkan 150 penampilan, menjaringkan 46 gol dan menghasilkan 31 bantuan gol sejak empat tahun lalu.", "Dengan harga perpindahan mega, statistik yang memberangsangkan disamping umur yang masih muda, Havertz dijangka menjadi ‘auto starter’ dalam membarisi kesebelasan utama Chelsea.", "Dengan situasi sebegitu, pastinya terdapat beberapa pemain yang hilang tempatnya dalam kesebelasan utama dan terpaksa memanaskan bangku simpanan sepanjang musim depan. Di sini, kami senaraikan lima pemain yang bakal terkorban dengan kehadiran Kai Havertz di Chelsea:", "Setelah 13 bulan diketepikan ekoran kecederaan achilles, graduan akademi Chelsea berusia 24 tahun ini kembali dalam kesebelasan utama ketika menentang Asto Villa pada julai lalu. Boleh memainkan peranan selaku centre midfielder, attacking midfielder dan defensive midfielder, prestasi Loftus-Cheek nyata perlu digilap kembali. ", "Untuk menggilap kembali prestasinya, Loftus-Cheek perlu diberikan peluang untuk bermain tetapi dengan kehadiran Havertz, perkara ini sukar untuk diberikan Lampard memandangkan pemain-pemain lain juga turut merebut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.", "Pemain kelahiran England, Ross Barkley mempunyai peranan yang hampir sama dengan pemain baharu, Havertz. Musim lalu, dia hanya membuat 21 penampilan dalam siangan Liga Perdana Inggeris (EPL) selain daripada menjaringkan 5 gol dan mencipta 5 bantuan gol dalam semua kejohanan. ", "Jika dilihat kepada statistik tersebut, besar kemungkinan Barkley hanya diturunkan oleh Lampard untuk menggilirkan pemain utama dan hanya muncul dalam kejohanan kurang keutamaan seperti Piala Carabao atau Piala FA.", "Callum Hudson-Odoi yang berusia 19 tahun antara pemain muda Chelsea yang menjadi sebutan dalam saingan musim lalu. Pemain ini boleh beraksi di mana-mana bahagian posisi attacking midfielder (AM) samada kiri, tengah mahupun kanan. ", "Walaupun mencatatkan 35 penampilan musim lepas, posisi AM hampir pasti akan diberikan kepada Havertz. Di bahagian kiri, Hudson-Odoi perlu berebut tempat bersama Christian Pulisic. Mungkin peluangnya cerah untuk bermain di bahagian kanan memandangkan Hakim Ziyech dilaporkan mengalami kecederaan.", "Pemain kelahiran Croatia ini tiba di Stamford Bridge pada tahun 2018. Awalnya dia dipinjam oleh Chelsea daripada Real Madrid sebelum memuktamadkan untuk membelinya pada julai 2019. ", "Musim lalu, Kovacic lebih banyak beroperasi sebagai centre midfielder (CM) dan memainkan peranan tersebut dengan cemerlang. Pada masa yang sama, dia juga boleh memainkan peranan selaku attacking midfielder (AM) dan defensive midfielder (DM). ", "Namun untuk posisi CM dan DM, kelihatan Jorginho dan N’golo Kante lebih menjadi kegemaran Lampard. Manakala Havertz hampir pasti mengisi posisi AM dan nampaknya dia bakal menjadi korban untuk memanaskan bangku simpanan untuk saingan liga akan datang.", "Antara bakat muda yang mendapat perhatian ramai musim lalu, Mason Mount sepertimana Ross Barkley juga mempunyai peranan yang hampir sama dengan Havertz. Mencatatkan 53 penampilan, menjaringkan 8 gol serta merekodkan 6 bantuan gol tetapi Mount hampir pasti menjadi korban Chelsea yang paling besar dengan ketibaan Harvetz di Stamford Bridge menjelang saingan musim 2020/21."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111093/", "headline": "\nFinal Euro 2020: Enam Perkara Menarik Daripada Kemenangan Itali Ke Atas England\n", "content": ["Satu perlawanan akhir yang menghiburkan berlangsung antara England dan Itali di Stadium Wembley, pada awal pagi tadi.", "Bermula dengan jaringan pembukaan yang awal daripada pertahanan tuan rumah, Luke Shaw pada minit ke-2 sehinggalah pertahanan Itali, Leonardo Bonucci berhasil menyamakan kedudukan pada minit ke-67.", "Perlawanan tersebut turut dilanjutkan sehingga 120 minit permainan untuk mencari pemenangnya namun kedua-dua pasukan kekal imbang sehingga tamat permainan. Ini memaksa juara Euro 2020 ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. ", "Seperti kita sedia maklum, disaksikan oleh seluruh peminat di seluruh dunia, Itali berhasil menumpaskan England pada penentuan sepakan penalti dengan skor 3-2 sekaligus menjulang trofi Euro buat kali kedua dalam sejarah mereka.", "Disebalik kejayaan Itali menjulang trofi kemenangan di Stadium Wembley tersebut, berikut adalah enam perkara menarik yang didapati oleh Sukanz untuk dihidangkan oleh semua pembaca: ", "Walaupun berusia 36 tahun, persembahan bertenaga dan mantap kapten skuad Azzurri, Giorgio Chiellini membuat majoriti terlupa akan umurnya yang boleh dikategorikan sebagai veteran bola sepak.", "Menentang England di Stadium Wembley, Chiellini bukan sahaja memimpin barisan pertahanan untuk mematahkan serangan-serangan skuad Three Lions malahan dia turut membantu pasukannya untuk melakukan serangan bagi menjelmakan gol.", "Ada satu ketika, percubaan Chiellini hampir-hampir menghadirkan gol penyamaan buat Itali namun rakan pertahanannya, Leonardo Bonucci yang berjaya menyudahkan peluang tersebut.", "Pada usia 36 tahun dan 331 hari, pertahanan Juventus ini mencipta rekod sebagai pemain tertua yang turun dalam kesebelasan utama pada pentas final Euro sebagai kapten. ", "Chiellini mengatasi rekod yang dipegang oleh bekas rakan sepasukannya sebelum ini, penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon yang bermain pada pentas final Euro 2012 menentang Sepanyol pada usia 34 tahun dan 154 hari.", "Pada awalnya pertahanan kiri Manchester United, Luke Shaw tidak menjadi pilihan utama buat pengurus England, Gareth Southgate untuk bermula dalam kesebelasan utama.", "Bagaimanapun, sejak diberikan peluang ketika menentang Scotland, Shaw memberikan persembahan yang memberangsangkan dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain sehingga ke pentas final.", "Dalam aksi final yang berlangsung awal pagi tadi, Shaw mengejutkan Itali dengan jaringan seawal minit 1:57 sekaligus meletakkan England 1-0 di hadapan.", "Jaringan tersebut yang merupakan jaringan pertamanya bersama skuad kebangsaan meletakkan namanya selaku pemain terpantas mencetak gol pada aksi final Euro. ", "Rekod sebelum ini dipegang oleh Chus Pereda yang menjaringkan gol pada minit 5:04 ketika beraksi buat Sepanyol menentang Soviet Union pada final Euro 1964.", "Jika sebelum ini kita bercakap berkenaan Chiellini yang menjadi pemain tertua diturunkan untuk beraksi di pentas final Euro selaku kapten, kali ini, ia melibatkan rakan gandingannya, Leonardo Bonucci pula.", "Bonucci yang menjaringkan gol penyamaan buat Itali pada minit ke-67 telah mencipta rekod baharu sebagai pemain tertua (34 tahun dan 71 hari) yang menjaringkan gol pada perlawanan akhir Euro.", "Rekod terdahulu dipegang oleh pemain Jerman, Bernd Holzenbein (30 tahun dan 103 hari) ketika menentang Czechoslovakia pada final Euro 1976.", "Berusia 19 tahun, Bukayo Saka dimasukkan oleh Gareth Southgate sebagai pemain gantian pada minit ke-70 menggantikan Kieran Trippier. ", "Kemasukannya itu menjadikan Saka (19 tahun dan 309 hari) sebagai pemain keempat termuda yang membuat penampilan dalam sejarah pentas final Euro. ", "Pemain yang lebih muda daripadanya yang beraksi di pentas final ialah Renato Sanches, 18 tahun 328 hari (Euro 2016), Cristiano Ronaldo, 19 tahun (Euro 2004) dan Anatoliy Baidachniy, 19 tahun (Euro 1972).", "Kejayaan skuad Azzurri bimbingan Roberto Mancini menjulang trofi Euro buat kali kedua dalam sejarah mereka turut mendapat sumbangan besar daripada prestasi yang memberangsangkan penjaga gol mereka, Gianluigi Donnarumma.", "🚫 3 clean sheets, 9 saves 😮 Semi-finals penalty shoot-out hero 😱 Final penalty shoot-out heroUEFA's team of Technical Observers have named Italy goalkeeper Gianluigi Donnarumma as their Player of the Tournament 🇮🇹👏#EURO2020 | #ITA pic.twitter.com/HWGnaHLGkK", "Ketika aksi separuh akhir, Donnarumma membantu Itali mara ke perlawanan akhir dengan menafikan dua penalti Sepanyol pada penentuan sepakan penalti. Sebelum daripada itu, dia memastikan Itali merekodkan ‘clean sheet’ dalam 3 perlawanan peringkat kumpulan.", "Dalam penentuan sepakan penalti menentang England, penjaga gol berusia 22 tahun ini menafikan sepakan penalti yang diambil oleh Jadon Sancho dan Bukayo Saka.", "Disebabkan persembahan tersebut sepanjang kejohanan ini berlangsung, dia telah dipilih sebagai Player of The Tournament bagi Euro 2020. Ini meletakkannya selaku penjaga gol kedua yang memenangi anugerah ini selepas Peter Schmeichel (Denmark) pada Euro 1992.", "Kekalahan England di tangan Itali menerusi penentuan sepakan penalti, pada awal pagi tadi, merupakan yang keempat dalam kejohanan Euro – kekalahan paling banyak berbanding pasukan lain dalam sejarah.", "Untuk rekod, pertama kali England melepasi penentuan sepakan penalti ketika menumpaskan Sepanyol 4-2 pada peringkat suku akhir Euro 1996. Selepas daripada itu, satu sumpahan telah terkena kepada England.", "Mereka gagal pada penentuan sepakan penalti ketika bertemu Jerman (separuh akhir Euro 1996), Portugal ( suku akhir Euro 2004), Itali (suku akhir Euro 2012) dan terbaharu skuad Azzurri, (perlawanan akhir Euro 2020).", "Adakah sumpahan penentuan sepakan penalti ini akan berlanjutan pada saingan Piala Dunia 2020 kelak? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216947/", "headline": "\nTuchel Dakwa Padang Stamford Bridge ‘Bermasalah’ – Punca Chelsea Kalah Kepada Arsenal\n", "content": ["Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mendakwa padang di Stadium Stamford Bridge menjadi antara penyumbang kekalahan besar pasukannya kepada kelab seteru setempat, Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Ianya dilihat seperti satu alasan ‘murahan’ oleh pengurus kelahiran Jerman itu bagi menutup kekalahan yang dialami oleh Chelsea. Namun, Tuchel menjelaskan dengan lebih lanjut permasalahan itu ketika situasi salah seorang pertahanannya mahu mengawal bola pada babak pertama.", "“Keadaan padang menyukarkan kami untuk beraksi, ini mungkin kedengaran seperti alasan (tidak munasabah) tetapi padang ini memang menyukarkan kami, tidak menepati selera kami.", "🗣 \"The pitch is difficult to play here. Maybe it sounds like an excuse but it's a difficult pitch we have here.\"", "Thomas Tuchel believes the pitch was also at fault in today's Chelsea loss pic.twitter.com/MglWPX7uzu", "— Football Daily (@footballdaily) April 20, 2022", "“Bola (dilihat) melantun-lantun dengan sangat pelik (ketika) di hadapan Andreas (Christensen) apabila dia mahu mengawal bola tersebut.” katanya seperti dipetik daripada Sky Sports.", "Pada masa yang sama, jurulatih berusia 48 tahun ini juga menyatakan kekalahan dengan 4 jaringan ini bukan berpunca daripada kesalahan mana-mana individu. Jumlah bolos ini berpunca daripada masalah defensif serta prestasi seluruh pasukan.", "Dalam perlawanan tersebut skuad The Blues yang beraksi di laman sendiri terpaksa akur dengan kekalahan 2-4. Empat jaringan oleh skuad The Gunners dihasilkan oleh Eddie Nketiah (13’ & 57’), Emile Smith Rowe (27’) dan Bukayo Saka (90+2’). ", "Sementara itu, dua jaringan Chelsea pula disumbangkan oleh Timo Werner (17’) dan Cesar Azpilicueta (32’).", "Featured Image: Chelsea Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217454/", "headline": "\nSukan SEA: Dua Beregu Campuran Malaysia, Indonesia Berentap Di Separuh Akhir\n", "content": ["Acara badminton individu dalam kategori beregu campuran di temasya Sukan SEA 2021 menyaksikan dua pasangan Malaysia akan bertembung dengan dua pasangan negara jiran tetangga, Indonesia di peringkat separuh akhir.", "Salah satu pertembungan yang akan berlangsung adalah melibatkan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei (ranking ke-29, pilihan keempat) menentang Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (ranking ke-19, pilihan kedua).", "Untuk makluman, Tang Jie dan Yen Wei mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Singapura yang berada di ranking ke-44 dunia secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19.", "Pasangan Indonesia itu pula mara dengan menyingkirkan beregu Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul dan Phataimas Muenwong dengan keputusan 21-10, 16-21 dan 21-15.", "Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir pula menemukan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (ranking ke-23, pilihan kedua) dengan Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso (ranking ke-28, pilihan ketiga).", "Pang Ron-Yee See menempah tiket ke peringkat separuh akhir dengan mengalahkan beregu Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn dan Laksika Kanlaha secara “straight set” dengan pungutan mata 21-8 dan 21-16.", "Sementara itu, Adnan-Mychelle pula meriah kemenangan ke atas beregu tuan rumah, Vietnam, Do Tuan Duc dan Pham Nhu Thao juga secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-10.", "Sebagai tambahan, perlawanan separuh akhir ini dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218879/", "headline": "\nPiala FA: Terengganu Tamatkan Kemarau 11 Tahun Ke Final Selepas Tumpaskan Selangor Di Gong Badak\n", "content": ["Terengganu FC berjaya menamatkan kemarau panjangnya selama 11 tahun tidak menjejakkan kaki ke perlawanan akhir kejohanan kalah mati, Piala FA.", "Ianya dicapai setelah menumpaskan Selangor FC pada perlawanan separuh akhir sambil disaksikan puluhan ribu penyokong di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, skuad kendalian Nafuzi berhasil merekodkan kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti yang berakhir dengan skor 4-2.", "Pertahanan @FCTerengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni menyempurnakan sepakan penalti penentuan sekaligus melayakkan TFC ke perlawanan akhir Piala FA!#PialaFA2022 pic.twitter.com/QDjzQJvPTK", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) August 6, 2022", "Sebelum itu, Terengganu dan Selangor terikat 1-1 sepanjang 120 minit permainan hasil jaringan Nor Hakim Hassan pada minit ke-24 dan Faisal Halim pada minit ke-48 permainan.", "Kemaraan ini menjadikan Terengganu akan membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk merebut trofi Piala FA bagi musim ini.", "JDT yang mendapat sentuhan ketua jurulatih baharu kelahiran Argentina, Hector Bidoglio menempatkan diri mereka ke perlawanan akhir apabila membantai Penang FC dengan skor 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.", "Untuk makluman, pentas akhir 11 yang tahun yang lalu juga menjadi saat terakhir skuad berpangkalan di pantai timur ini menjulang trofi dalam sejarahnya dengan menumpaskan musuh tradisi, Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321556/", "headline": "\nPiala Dunia Hoki: Speedy Tigers Muncul Naib Juara Pool C\n", "content": ["Gelaran naib juara Pool C dalam kejohanan Piala Dunia Hoki Lelaki FIH 2023 sah menjadi milik Malaysia.", "Skuad negara yang berjulukan Speedy Tigers menggenggam gelaran itu apabila berjaya menumpaskan New Zealand dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan terakhir Pool C yang berlangsung pada hari ini.", "Perlawanan itu menyaksikan Malaysia bimbingan Arul Selvaraj mendahului 2-0 hasil jaringan Faizal Saari dan Muhammad Razie Abd Rahim selepas 43 minit permainan berlangsung di Stadium Hoki Kalinga, Bhubaneswar.", "𝐅𝐮𝐥𝐥 𝐭𝐢𝐦𝐞 – 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟑 – 𝟐 𝐍𝐞𝐰 𝐙𝐞𝐚𝐥𝐚𝐧𝐝", "What a final quarter that was! #HWC2023", "New Zealand drew level but Faizal Saari restored Malaysia's lead. @hockeymalaysia end their pool stage with 6 points , while @BlackSticks settle for 3 points. pic.twitter.com/xRC3IW8Hkl", "— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) January 19, 2023", "Bagaimanapun, New Zealand sempat membuatkan Malaysia terkedu seketika apabila mereka berhasil menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit menerusi Hayden Philips dan Sam Lane sekaligus menjadikan kedudukan seimbang 2-2 berbaki tujuh minit permainan.", "Kedudukan 2-2 itu tidak kekal lama dengan Faizal Saari muncul wira apabila berjaya menambah satu lagi jaringan buat Malaysia pada minit ke-57 sebelum perlawanan tamat dengan kedudukan 3-2.", "Kemenangan ini membolehkan Malaysia memungut tiga mata yang kedua di peringkat kumpulan sekaligus mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan dan menduduki tangga kedua dalam Pool C.", "Kedudukan ini penting agar Malaysia yang mara ke peringkat “crossover” dapat bertemu dengan pasukan di tangga ketiga daripada Pool D untuk merebut kemaraan ke peringkat suku akhir.", "Lawan bagi Malaysia dari Pool D itu akan diketahui pada malam nanti selepas tamat perlawanan antara Sepannyol menentang England dan India bertemu Wales."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208254/", "headline": "\nRasmi: Selangor Lantik Ketua Jurulatih Baharu Kelahiran Jerman, Karsten Neitzel\n", "content": ["Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor secara rasminya telah mengikat khidmat Karsten Neitzel sebagai jurulatih baharu untuk saingan Liga Malaysia 2021.", "Pengumuman perlantikan jurulatih kelahiran Dresden, Jerman itu dibuat secara rasmi menerusi pelbagai laman sosial skuad Red Giants, pada hari ini.", "Detik yang dinantikan.Karsten Neitzel is RED! ❤️💛 #RedGiants#KitaAdalahSatu #KarstenIsRED pic.twitter.com/Dj1e6Whday", "Untuk makluman, sebahagian besar pengalaman kejurulatihan Karsten dihabiskan bersama pasukan-pasukan berpangkalan di tanah airnya iaitu saingan Liga Jerman.", "Antaranya Vfl Bochum, Holstein Kiel, SV 07 Elversberg dan Rot-Weiss Essen menerusi pelbagai jawatan seperti penolong pengurus, pengurus dan juga pengarah teknikal.", "Jawatan terakhirnya sebelum mengikat kontrak bersama pasukan Selangor adalah penasihat kepada sebuah pasukan divisyen lima Jerman, SW Essen.", "Menariknya, Karsten pernah berkelana di benua asia dengan menjadi penolong pengurus kepada pasukan Liga Jepun, Urawa Reds sekitar tahun 2009 hingga 2011.", "Perlantikan Karsten sekaligus menggantikan bekas pengendali tempatan, B. Satiananthan yang dipecat oleh Selangor, baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219672/", "headline": "\nKerteh FC Ambil Iktibar & Pengajaran Daripada Pasukan-Pasukan Yang Terkubur\n", "content": ["Kisah beberapa pasukan yang pernah mewarnai saingan Liga Malaysia suatu masa dahulu sebelum terkubur diambil iktibar dan pengajaran oleh pihak pengurusan Kelab Bola Sepak Kerteh (Kerteh FC) dengan sebaiknya.", "Berpandukan pengajaran tersebut, pasukan yang bergelar The Oilers ini bersikap tidak terburu-buru untuk menyertai saingan yang lebih tinggi walaupun berjaya merangkul kejuaraan berganda dalam saingan divisyen empat bola sepak tempatan iaitu Liga Amatur Terengganu (TAL) dan Piala TAL 2019.", "Keutamaan Kerteh FC pada saat ini dicurahkan sepenuhnya untuk membangunkan fasiliti buat para pemain, pembangunan akar umbi serta meningkatkan lagi kekuatan kewangan kelab sebelum menyertai saingan yang lebih tinggi, sebagai contoh saingan divisyen tiga.", "Itulah penjelasan yang dilontarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Syed Khairi Amier berkenaan ketiadaan nama Kerteh FC dalam kalangan 14 pasukan awal yang akan menyertai saingan Liga M3 bermula jun kelak sepertimana diumumkan oleh pihak Amateur Football League (AFL).", "SIARAN MEDIA: 14 PASUKAN DISENARAI PENDEK KE LIGA M3 2021Baca berita penuh di sini ▶️ https://t.co/xlnYyK555s #AFL #LigaM32021 pic.twitter.com/jrhQ0DFQA2", "“Sebenarnya kita tidak ada perancangan untuk main (liga) M3 dalam masa terdekat, sebabnya fokus kita sekarang ini adalah fasiliti, kita nak bangunkan fasiliti terlebih dahulu, kita ikut apa yang kita rancang dalam roadmap (yang telah ditetapkan),”", "“Pada kami (liga) M3 adalah penting tetapi bukan sekarang (waktunya). Perkara ini sedang dijalankan dan kita akan tumpukan (terlebih dahulu) kepada pembangunan akar umbi supaya kita masuk (bersaing di kancah lebih tinggi) dengan lebih bersedia,” katanya ketika ditemui selepas daripada Majlis Menandatangani Perjanjian Menaik Taraf & Mengurus Stadium Mini Kerteh, semalam.", "Sept 2018 – Start proposal Dec 2020 – Seal deal with investorMac 2021 – Signing ceremony Setiap apa yang kita mahukan, ianya perlukan sedikit kesabaran. Next challenge – cabaran untuk mencari lagi 50% investor bagi menyiapkan projek ini dalam masa 6 tahun lagi. pic.twitter.com/P4xsrO2KIe", "Menurutnya, pihak pengurusan mahu membawa Kerteh FC berada di tahap paling bersedia daripada segala aspek terutamanya fasiliti dan kewangan sebelum mengalihkan tumpuan kepada pembinaan skuad untuk memberikan cabaran dalam saingan bola sepak yang akan mereka tandingi.", "Perkara ini penting supaya mereka tidak ‘menggali kubur’ seperti pasukan-pasukan yang hanya mampu ‘hidup’ seketika waktu sahaja sebelum lenyap daripada peta bola sepak tanah air di atas pelbagai faktor dalam mahupun luaran.", "Sebagai contoh, antara pasukan yang telah lenyap daripada kancah bola sepak tanah air ialah Perlis, Felcra FC, Felda United FC, Terengganu City FC, Hanelang FC dan beberapa pasukan lain lagi.", "“Kalau ikut kepada perancangan kita, sasarannya adalah Liga Super tetapi bukan sekarang, (apabila) semua fasiliti sudah siap dan kita telah bersedia barulah kita akan tumpukan kepada prestasi pasukan untuk ke Liga Super. Perkara ini akan ambil masa dalam 20-30 tahun.” terangnya lagi. ", "The future project of @KSportsCity x Majlis Perbandaran Kemaman.#TheOilers | #SatukanSuara pic.twitter.com/w6iXkY7ump", "Dalam majlis yang berlangsung di Kelab Rekreasi & Golf Petronas tersebut, pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Kerteh Sports City Sdn Bhd (KSCSB) menandatangani perjanjian penyerahan Stadium Mini Kerteh bagi kerja-kerja menaik taraf yang merangkumi lima fasa serta menguruskannya.", "Melalui perjanjian tersebut, bagi Fasa Pertama, KSCSB bertanggungjawab membina dan memasang padang sintetik bagi menggantikan padang rumput sedia bagi kegunaan sukan bola sepak dan Kerteh FC.", "Selain itu, lampu limpah turut dipasang, menaik taraf gelanggang futsal serta infrastruktur Stadium Mini Kerteh dan membina pusat komersil serta gimnasium.", "Selepas daripada itu, mereka akan meneruskannya dengan Fasa Kedua (pembinaan dewan badminton) dan diikuti dengan Fasa Ketiga, Fasa Keempat dan Fasa Kelima yang melibatkan pembinaan bangunan residensi, padang latihan serta fasiliti untuk kemudahan peminat terutamanya tempat duduk penonton.", "Apabila siap kelak, KSCSB juga diberi tanggungjawab untuk menguruskan stadium tersebut yang  akan dikenali sebagai Kerteh Sports City (Kompleks Sukan Kerteh) lengkap dengan fasiliti yang lain.", "Dimaklumkan, keseluruhan projek menaik taraf Kerteh Sports City ini membabitkan kos bernilai RM7 juta dan mengambil masa sekitar enam tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323641/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Skuad Badminton Lelaki Singkir Juara Bertahan, Bertemu Indonesia Di Final\n", "content": ["Skuad badminton lelaki negara berhasil mengesahkan tempat ke perlawanan akhir dalam acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 sekaligus mengulangi pencapaian pada edisi lalu.", "Lebih manis, skuad negara melakar kemaraan berkenaan dengan menumpaskan juara bertahan, Thailand pada peringkat separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi. Bagaimanapun, kemenangan itu tidak hadir dengan begitu mudah.", "Malaysia berhasil mendapatkan mata pertama hasil kejutan yang dicipta Leong Jun Hao (ranking ke-64) ke atas perseorangan Thailand yang menghuni ranking ke-34 dunia, Sitthikom Thammasin. ", "Jun Hao berhasil mencipta kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 18-21 dan 21-10.", "Kemudiannya, rentetan kemenangan itu diteruskan oleh beregu negara, Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe (ranking ke-136) yang turut mencipta kejutan ke atas pasangan Thailand yang menghuni ranking lebih lebih tinggi daripadanya, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul (ranking ke-79).", "Gandingan Chun Meng-Boon Zhe turut melakar kemenangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-16, 14-21 dan 21-15 sekaligus memberikan Malaysia mendahului 2-0 ke atas Thailand.", "Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe def. Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-16 14-21 21-15#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/BgE4Ax10Un", "— BAM (@BA_Malaysia) May 10, 2023", "Namun begitu, Thailand berhasil mengekang Malaysia daripada mengesahkan kemenangan dengan lebih awal apabila perseorangannya yang menghuni ranking ke-135 dunia, Panitchaphon Teeraratsakul mencatatkan kemenangan ke atas Ong Ken Yon (ranking ke-104) dalam pertarungan ketiga secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 15-21.", "Pada pertarungan keempat, Thailand sekali lagi berjaya mengekang Malaysia daripada mengesahkan kemenangan awal sekaligus menyamakan kedudukan menjadi 2-2. Kedudukan itu hadir menerusi kemenangan “scratch pair” Ruttanapak Oupthong-Nanthakarn Yordphaisong ke atas gandingan negara yang berada di ranking ke-106 dunia, Chia Weijie-Liew Xun.", "Ruttanapak-Nanthakorn memenangi perlawanan itu secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 14-21.", "Perseorangan ketiga yang menjadi pertaruhan Malaysia pada perlawanan kelima, Jacky Kok Jing Hong (ranking ke-151) menjadi hero buat skuad negara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan pemain lawan yang menghuni ranking ke-435 dunia, Saran Jamsri.", "Pertarungan itu dimenangi Jacky secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-21-13 sekaligus menjadikan Malaysia meraih kemenangan dengan keputusan 3-2 ke atas Thailand.", "Kemenangan itu membawa Malaysia bertemu Indonesia bagi membuat perhitungan untuk merebut kilauan pingat emas bagi acara ini pada hari esok.", "Sebagai rekod, Thailand muncul pemenang pingat emas pada temasya Sukan SEA 2021 Vietnam setelah berjaya menumpaskan Malaysia dalam perlawanan akhir dengan keputusan 3-0.", "PRAMUDYA/YEREMIA MENANG, BEREGU PUTRA PASTIKAN SATU TIKET LAGA PUNCAK!!! 🇮🇩🇮🇩🇮🇩", "Beregu putra 🤝 Beregu putri#SeaGames2023 pic.twitter.com/tFSeKTS8Jt", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) May 10, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219294/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Zhao Berjaya Balas Dendam, Singkir Lee Zii Jia Di Pusingan 16\n", "content": ["Hasrat pemain China, Zhao Jun Peng untuk membalas dendam terhadap kekalahannya di tangan jaguh badminton Malaysia, Lee Zii Jia pada Mac lalu berjaya direalisasikan.", "Jun Peng yang menghuni ranking ke-23 dunia merekodkan kemenangan ke atas Zii Jia itu dalam aksi Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022 yang berlangsung sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Jun Peng terlebih dahulu merekodkan kemenangan di set pertama dengan skor 21-19. Namun begitu, Zii Jia bangkit memenangi kembali set kedua dengan skor 21-11 untuk mengheret permainan ke set penentuan.", "Akan tetapi, di set ketiga, pertarungan yang berlangsung dengan penuh sengit itu berjaya ditutup dengan kemenangan oleh Jun Peng dengan skor 21-19 sekaligus menyingkirkan Zii Jia daripada kejohanan ini.", "Kemenangan ini membolehkan Jun Peng mara ke peringkat suku akhir. Di peringkat ini, Jun Peng akan turun berentap salah seorang daripada perseorangan India samada Lakshya Sen atau Prannoy Haseena Sunil Kumar."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216187/", "headline": "\nUlangan All England 2021, Zii Jia Lawan Momota Di Suku Akhir\n", "content": ["Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 memperlihatkan pertembungan semula antara jaguh badminton perseorangan negara merangkap juara bertahan, Lee Zii Jia dan bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota di peringkat suku akhir – sama seperti edisi lalu.", "Zii Jia yang merupakan pemain di ranking ketujuh dunia berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir selepas berjaya menundukkan pemain muda Kanada, Brian Yang secara ‘straight set’ dengan skor 26-24 dan 21-11 dalam tempoh masa 45 minit permainan di Pusingan 16, awal pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Round of 1626 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅24 11 🇨🇦Brian YANG🕗 in 45 minutes https://t.co/jTGSEqIgT0", "Sementara itu, Momota dari Jepun pula melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas menyingkirkan pemain Korea yang menghuni ranking ke-30 dunia, Heo Kwang-hee juga secara ‘straight set’ dengan skor 21-16 dan 21-12 dalam tempoh masa 42 minit permainan.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Round of 1621 21 🇯🇵Kento MOMOTA🏅16 12 🇰🇷Kwanghee HEO🕗 in 42 minutes https://t.co/Vcd6K91qWC", "Sebagai rekod, Zii Jia dan Momota telah pernah berentap sesama sendiri sebanyak 10 kali sebelum ini di pelbagai kejohanan antarabangsa. Bagaimanapun, hanya dua kemenangan sahaja berpihak kepada Zii Jia berbanding bakinya yang lain dimenangi oleh Momota.", "Salah satu kemenangan ke atas Momota itu terhasil dalam perlawanan suku akhir All England edisi lalu. Manakala, satu lagi kemenangan dicatatkan oleh Zii Jia ketika menentang Momota dalam saingan Piala Sudirman 2021.", "Untuk makluman semua, Zii Jia dan Momota dijadualkan beraksi pada perlawanan keenam di Gelanggang 1, pada malam ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112239/", "headline": "\nKenali Pemain-Pemain Muda Malaysia Yang Akan Beraksi di Piala Sudirman 2021\n", "content": ["Tidak lama lagi, kejohanan badminton berpasukan bertaraf Gred A, Piala Sudirman 2021 akan berlangsung bermula 26 September hingga 3 Oktober bertempat di Vantaa, Finland.", "Dua minggu sebelum bermulanya kejohanan tersebut, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan skuad negara yang terdiri daripada 3 pemain perseorangan lelaki, 3 pemain perseorangan wanita serta 2 regu lelaki, wanita dan campuran masing-masing untuk beraksi di kejohanan terbabit.", "Baca: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber", "Dibarisi oleh rata-rata pemain muda, berikut adalah senarai pemain-pemain yang membarisi skuad Malaysia oleh presiden, pada hari ini:", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 16 akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Kategori: Kejohanan Gred 1)", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 16 Terakhir Spain Masters 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 300)", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Separuh akhir Polish Open 2021 (Kategori: International Challenge)", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Juara Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Separuh akhir Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Juara President Cup Nepal Junior International Series 2020 (Kategori: Junior International Series)", "Baca – Piala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bersama-sama Jepun, England & Mesir", "Umur: 24 & 23 Tahun", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Pingat Gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Kategori: Kejohanan Gred 1)", "Umur: 22 & 21 Tahun", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Juara Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)", "Umur: 21 & 22 Tahun", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Suku akhir All England Open Championship 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 1000)", "Umur: 21 & 24 Tahun", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Suku akhir Iberdrola Spanish International 2021 (Kategori: International Challenge)", "Umur: 23 & 26 Tahun", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 32 akhir All England Open Championships 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 1000)", "Pencapaian Terakhir di Kejohanan Antarabangsa: Peringkat 16 akhir All England Open Championships 2021 (Kategori: BWF World Tour Super 1000)", "Baca: Jepun Paling Kuat Tetapi Waspada Ancaman England", "Sebagai rekod, pemain tertua yang disenaraikan dalam pasukan Malaysia kali ini ialah Cheah Yee See yang berumur 26 tahun. Manakala purata umur bagi skuad ini adalah 22.38 tahun.", "Dalam pengumuman yang sama, Presiden BAM meletakkan sasaran buat skuad Malaysia untuk layak ke saingan suku akhir Piala Sudirman 2021.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111010/", "headline": "\nAzizul ‘The Pocket Rocketman’ Tambah Berat 10kg Untuk Beraksi di Sukan Olimpik\n", "content": ["Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang memaklumkan menambah berat badannya sekitar 10 kilogram (kg) sebagai persediaan untuk mengharungi acara keirin dan pecut dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Menurut laporan Bernama, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ ini menjelaskan dia menambahkan jisim otot di bahagian bawah sekitar 10kg tersebut untuk meningkatkan kekuatannya.", "“Bila dah tambah jisim otot, ia akan membantu meningkatkan kuasa output, sekali gus meningkatkan pecutan. ", "“Ia dapat dilihat apabila catatan masa saya bagi pecutan 200 meter (m) meningkat dari semasa ke semasa, kemuncaknya saya memecahkan rekod Asia, kebangsaan dan peribadi dengan catatan 9.548 saat (s) di Kejohanan Dunia Berlin, pada Mac 2020.” katanya seperti dipetik daripada portal agensi berita kebangsaan terbabit.", "Sementara itu, mengulas mengenai sandaran yang diletakkan di atas bahunya untuk memenangi pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik, pelumba berusia 33 tahun ini mengambil positif akan cabaran tersebut serta menganggapnya sebagai tanggungjawab kepada negara.", "Tambahan pula, Azizul turut memaklumkan segala persediaan dan persiapan telah dilakukan dengan sebaik mungkin sebelum daripada ini.", "Sementara itu, mengiringi Azizul ke dua acara berkenaan adalah pelumba berusia 25 tahun, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang bakal membuat penampilan pertama di temasya Sukan Olimpik.", "Untuk makluman semua, acara pecut akan berlangsung bermula 4-7 Ogos sementara acara keirin pula dijadualkan bermula 7-8 Ogos. Kedua-dua acara ini akan mengambil tempatnya di Izu Velodrome, Shizuoka.", "Featured Image: Azizulhasni Awang Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112288/", "headline": "\nMFL Terpaksa Batalkan Challenge Cup 2021\n", "content": ["Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kejohanan Challenge Cup bagi edisi 2021 terpaksa dibatalkan akibat beberapa faktor disebabkan impak pandemik COVID-19 sepanjang musim ini yang menyukarkan pasukan-pasukan untuk bertanding.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, badan pengelola Liga Malaysia itu amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pasukan tidak kira status masing-masing untuk membuat satu keputusan secara kolektif demi kepentingan bersama.", "Jelas beliau, penilaian rapi melibatkan tiga elemen iaitu maklum balas penaja, masalah kewangan kelab yang begitu terkesan akibat kos-kos di luar jangkaan sepanjang Liga Premier dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih tiada kelonggaran sepanjang pandemik COVID-19 diambil kira di mana ia banyak memberikan kesan kepada pasukan-pasukan sekiranya kejohanan Challenge Cup diteruskan.", "“Dimaklumkan Challenge Cup 2021 terpaksa dibatalkan selepas MFL bersama pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam Challenge Cup telah mencapai kata sepakat untuk membatalkan kejohanan ini.", "“Sebenarnya ia bukan satu keputusan mudah sama ada membatalkan atau meneruskan tetapi atas beberapa faktor, pasukan-pasukan bersama MFL secara kolektif telah bersetuju agar kejohanan ini tidak diteruskan.", "“Pertama, kejohanan Challenge Cup 2021 daripada sudut penajaan tidak memberikan nilai tambahan bagi aspek komersial dalam pandemik COVID-19. Umum mengetahui bahawa kejohanan ini tiada siaran langsung tambahan pula penonton masih tidak dibenarkan hadir ke stadium atas larangan pihak kerajaan.", "“Justeru, ia melibatkan faktor kedua di mana pasukan-pasukan yang kini sedang berdepan masalah kewangan bukan sahaja daripada kos penganjuran perlawanan, sebaliknya kos penginapan, pengangkutan dan kos tambahan SOP dalam latihan terpaksa ditanggung tanpa sebarang pulangan yang mana sebelum ini mungkin kemasukan penonton dan hasil penajaan dapat membantu mereka dalam kewangan masing-masing.", "“Faktor ketiga adalah polisi semasa kes-kes positif yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberikan kekangan kepada pasukan bertanding.", "“Jadi, pasukan-pasukan yang bertanding telah mengadakan mesyuarat dalam talian bersama MFL hari ini dan selepas mengambil kira setiap aspek itu akhirnya secara kolektif bersetuju untuk kejohanan Challenge Cup 2021 dibatalkan atas kebaikan bersama,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.", "Meskipun Challenge Cup 2021 terpaksa dibatalkan namun kesemua 11 pasukan Liga Premier dapat beraksi dalam saingan liga yang penuh mencabar musim ini iaitu masing-masing mengharungi 20 perlawanan.", "Tambah Stuart, berdasarkan perbincangan bersama pasukan-pasukan dalam mesyuarat itu juga, mereka menyatakan persetujuan untuk menghormati kontrak pemain dan pegawai sehingga hujung kontrak musim 2021 biarpun Challenge Cup 2021 dibatalkan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110748/", "headline": "\nNidzam Jamil Belum Bersedia Bimbing Skuad Harimau Muda\n", "content": ["Jurulatih muda, Nidzam Jamil menyatakan dirinya belum bersedia untuk memegang jawatan ketua jurulatih Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) atau lebih dikenali sebagai skuad Harimau Muda.", "Bekas pemain Selangor yang memulakan karier kejurulatihan bersama SPA FC ini menegaskan mahu menimba lebih banyak pengalaman sebelum mengambil tanggungjawab melibatkan skuad kebangsaan.", "Pada saat ini, posisi ketua jurulatih skuad Malaysia B-23 masih lagi belum diisi selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menyambung kontrak pengendali skuad Harimau Muda sebelum ini, Datuk Ong Kim Swee yang tamat pada penghujung tahun 2019.", "“Saya belum bersedia untuk national team task, walaupun saya pernah bersama national team task dalam program universiti, saya suka program tu tetapi saya (lebih) suka cabaran pada setiap minggu (saingan liga),”", "“Saya kena belajar banyak perkara supaya saya tiada alasan untuk tidak menjadi sebabnya ini adalah national team.” kata jurulatih berusia 41 tahun ini ketika ditanya seandainya diberikan tawaran untuk mengendalikan skuad Harimau Muda dalam sesi sembang bersama Joe Zakaria menerusi Instagram Live, semalam.", "Pada masa yang sama, beliau yang tidak membimbing mana-mana pasukan senior dalam kancah bola sepak profesional tempatan pada musim ini sedang mengintai peluang untuk mengembangkan kariernya di luar negara.", "“Saya sebenarnya tengah cari peluang untuk bekerja dekat luar (negara),” jelasnya sambil mengakui bukan mudah buat pasukan-pasukan luar mempertaruhkan kepercayaan kepada jurulatih-jurulatih Malaysia untuk membimbing pasukan mereka.", "Untuk pengetahuan semua, walaupun tidak lagi membimbing skuad senior Felda United dalam kancah bola sepak Malaysia, Nidzam masih lagi mempunyai kontrak bersama Felda.", "Namun begitu, pada masa ini, Nidzam ditugaskan untuk membimbing pemain-pemain muda dalam Program Pembangunan Akademi Bolasepak Felda 2021.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208148/", "headline": "\nBola Sepak Ada Nilai Komersil, Ianya Ditonton 1/3 Penduduk Malaysia\n", "content": ["Bola sepak di Malaysia mempunyai nilai komersil sekaligus membolehkan mana-mana pasukan tempatan menarik syarikat-syarikat besar untuk memberikan penajaan.", "Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berkongsikan bahawa 1/3 penduduk di Malaysia menonton siaran langsung bola sepak di televisyen menjadikan ianya sukan paling ramai ditonton di negara ini.", "“Bola sepak di Malaysia adalah ‘the most watched sport’ sukan yang paling ramai ditontoni, malahan setiap kali disiarkan di televisyen, ia ditontoni di antara 6 hingga 8 juta (orang),” ", "“Bayangkanlah ia adalah 1/3 daripada penduduk di Malaysia tidak termasuk live streaming (penstriman langsung), dan ini memberi nilai komersil.” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada hari ini.", "Beberapa kelab bola sepak di Malaysia dilihat mempunyai kelompok penyokong yang besar berjumlah ratusan ribu orang di media sosial terutamanya Facebook.", "Ditambah pula dengan semua pasukan dalam saingan Liga Super dan Liga Premier telah menjalani proses penswastaan kelab. Ini akan meningkatkan lagi nilai komersil pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia. ", "“Sebab itulah kita melihat dalam kalangan kelab-kelab yang mempunyai pengikut yang tinggi seperti Selangor (260,000), Kelantan (400,000), Kedah (640,000) dan tentu sekali JDT yang tertinggi iaitu lebih dua juta. Ini menjadikan mereka (mempunyai) fan based dan captive market (pasaran sedia ada).” ", "“Bayangkan dia mempunyai tadbir urus yang tersusun dan teratur, ia akan memberi nilai komersil yang jauh lebih tinggi ditambah pula akan memberi lebih keyakinan kepada penaja-penaja kerana melihat kepada ketelusan dan accountability dalam pengurusan profesionalisme.” katanya lagi.", "Sementara itu, pihaknya menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya saingan Piala Malaysia yang ditangguhkan sebelum ini dapat diteruskan. Bagaimanapun, rayuan itu akan dibuat jika terdapat penurunan kes Covid-19 dalam negara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220871/", "headline": "\nPiala Dunia: Peluang Terhidang Tak Disudahkan Lukaku, Belgium Terkandas Di Peringkat Kumpulan\n", "content": ["Beberapa peluang yang hadir tidak disudahkan dengan baik oleh penyerang, Romelu Lukaku menyebabkan pasukannya, Belgium terkandas di peringkat kumpulan sekaligus gagal ke Pusingan 16 pada Piala Dunia 2022 Qatar.", "Situasi itu menyebabkan Belgium yang turun bertemu Croatia pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.", "Dan ianya menyebabkan Belgium menamatkan saingan Kumpulan F di tangga ketiga dengan sekadar memungut 4 mata daripada 3 perlawanan.", "Romelu Lukaku came on at HT 🔁Had five shots ✅Three more shots than anyone else on the pitch ✅", "…He couldn't find the crucial goal ❌ #BBCWorldCup #BBCFootball pic.twitter.com/dbqjzvtNjh", "— Match of the Day (@BBCMOTD) December 1, 2022", "Manakala keputusan seri pula sudah memadai buat Croatia merangkap naib juara edisi lalu untuk meraih 5 mata daripada 3 perlawanan sekaligus muncul naib juara Kumpulan F dan meneruskan kemaraan ke saingan kalah mati.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kempen terburuk skuad berjulukan Red Devils dalam tiga edisi terakhir Piala Dunia yang disertai mereka. ", "Sebagai rekod, Piala Dunia edisi 2014 lalu menyaksikan mereka mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir. ", "Manakala Piala Dunia edisi 2018 lalu pula menjadi kempen yang terbaik dalam sejarah pembabitan Belgium di pentas terulung ini apabila menamatkan saingan di tempat ketiga.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220671/", "headline": "\nTerbuka Australia: Jin Wei Mara Ke Pusingan 16, Kisona & Soniia Terkandas Awal\n", "content": ["Goh Jin Wei menjadi satu-satunya perseorangan wanita negara yang memulakan saingan Terbuka Australia – Jelajah Dunia Super 300 BWF – dengan langkah kanan.", "Pemain berusia 22 tahun ini berhasil mencetak kemenangan ketika turun menentang pemain India, Tanya Hemanth pada Pusingan 32, sebentar.", "Dalam pertarungan tersebut, Jin Wei merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-16 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan di Gelanggang 4.", "SATHIO GROUP Australian Open 2022WS – Round of 3221 21 🇲🇾Jin Wei GOH🏅15 16 🇮🇳Tanya HEMANTH", "🕗 in 31 minutes https://t.co/Mflmf4lxkk", "— BWFScore (@BWFScore) November 16, 2022", "Kemenangan ini membolehkan Jin Wei mara ke Pusingan 16 dan bertemu dengan seorang lagi pemain India, Anwesha Gowda pada hari esok. ", "Sementara itu, lain pula kisahnya melibatkan dua lagi perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray dan Soniia Cheah yang turut serta dalam saingan ini.", "Kisona terpaksa melupakan hasrat untuk mara jauh dalam saingan ini apabila tumpas kepada pilihan ketiga kejohanan, Pornpawee Chochuwong secara “straight set” dengan skor 13-21 dan 10-21.", "Manakala Soniia pula merekodkan kekalahan di tangan pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani juga secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 15-21.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219687/", "headline": "\nRanking BWF: Gandingan Hoki-Kobayashi Rampas Kedudukan No.1 Dunia Daripada ‘The Minions’\n", "content": ["Akhirnya, takhta beregu lelaki No.1 dunia yang dipegang oleh gandingan Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo bertukar tangan selepas lebih empat tahun.", "Gandingan yang terkenal dengan julukan ‘The Minions’ itu hilang takhta berkenaan kepada beregu Jepun yang kian meningkat naik, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi, bermula minggu ini.", "Kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari memperlihatkan Hoki-Kobayashi mempunyai 102,050 mata mengatasi 100,327 yang dimiliki oleh Marcus-Kevin.", "Gandingan pemain yang berusia 31 dan 27 tahun masing-masing ini mengalami penurunan sebanyak 4,400 mata berbanding pada minggu lalu. Penurunan itu berlaku atas faktor penolakan beberapa mata yang dipungut daripada beberapa kejohanan tahun 2019 lalu.", "Sebagai rekod, Marcus-Kevin menghuni ranking No.1 dunia selama 214 minggu berturut-turut sejak 27 September 2017.", "Sementara itu, ini merupakan julung kalinya Hoki-Kobayashi berhasil menghuni tangga No.1 dunia dalam karier mereka. Peningkatan gandingan yang dibimbing oleh jurulatih Malaysia, Tan Kim Her ini mulai ketara sekitar Oktober 2021.", "Ianya bermula dengan menjuarai Terbuka Denmark, Indonesia Masters, Jelajah Dunia Akhir BWF serta merangkul kejuaraan Kejohanan Dunia BWF 2021. Pencapaian mereka pada tahun ini tidak kurang hebatnya dengan telah menjuarai saingan Terbuka Thailand dan Terbuka Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324166/", "headline": "\nMalaysia Masters: Beregu Lelaki No.1 Dan No.2 Negara Kandas Suku Akhir\n", "content": ["Pentas separuh akhir Malaysia Masters 2023 tidak akan diserikan dengan kelibat beregu lelaki No.1 dan No.2 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.", "Ini selepas kedua-duanya tumpas kepada lawan masing-masing pada peringkat suku akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini.", "Dalam aksi tersebut, gandingan Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kedua dunia tumpas kepada pasangan yang berada di ranking kesembilan dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-19 dalam tempoh hampir satu jam permainan.", "Kekalahan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik tidak dapat menyamai pencapaian mereka mara ke peringkat separuh akhir Malaysia Masters pada edisi tahun lalu.", "Sementara itu, gandingan Yew Sin-Ee Yi pula terpaksa akur tumpas kepada beregu Korea yang berada di ranking ke-16 dunia, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae.", "Mereka tumpas setelah melalui tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-15, 16-21 dan 14-21 dalam tempoh 81 minit permainan.", "Bagaimanapun, kekalahan mereka itu ekoran Ee Yi yang mengalami kecederaan ketika dalam permainan dan tidak dapat memberikan aksi terbaiknya sehingga tamat permainan.", "Perkembangan ini menyaksikan, hanya satu sahaja wakil negara dalam kategori beregu lelaki berjaya melakar kemaraan ke peringkat separuh akhir iaitu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.", "Wei Chong-Kai Wun akan berentap menentang gandingan Leo-Daniel bagi merebut tiket ke pentas akhir yang akan berlangsung pada Ahad nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113975/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja: Skuad Muda Negara Ikat Belgium 1-1\n", "content": ["Skuad hoki lelaki remaja kebangsaan masih mengekalkan rekod tanpa kalah di pentas kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang sedang berlangsung di Bhubaneswar pada ketika ini.", "Sebentar tadi, perlawanan kedua melibatkan Pool A menyaksikan skuad bimbingan Wallace Tan ini berhasil mengikat wakil eropah iaitu Belgium dengan keputusan 1-1.", "Malaysia memperoleh jaringan hasil sumbangan Muhammad Amirul Hamizan Azahar pada minit ke-29 berpunca daripada pukulan sudut penalti.", "Manakala Belgium pula turut mendapatkan gol berpunca daripada situasi yang sama hasil sumbangan Thibeau Stockbroekx pada minit ke-49.", "Untuk makluman semua, keputusan seri ini menjadikan skuad remaja kebangsaan mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan sekaligus menduduki tangga kedua dalam Pool A.", "Belgium yang menggunguli kedudukan dalam Pool A turut mempunyai 4 mata. Hanya dua pasukan terbaik dalam setiap Pool sahaja akan layak ke peringkat suku akhir. ", "Sebagai tambahan, Malaysia bakal turun menentang Afrika Selatan pada perlawanan akhir bagi saingan Pool A pada Sabtu (27 November) pada jam 5 petang (waktu Malaysia). ", "Featured Image: International Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322732/", "headline": "\nWWE Dan UFC Akan Bergabung Menjadi Sebuah Syarikat Gergasi Sukan Hiburan\n", "content": ["World Wresling Enteratinment (WWE) merupakan salah satu siri acara sukan gusti hiburan yang mempunyai ramai peminat diseluruh dunia, termasuk Malaysia.", "Terbaru, WWE telah bersetuju untuk diambil-alih oleh Endeavor Group, pada nilai mencapai $9.3 bilion. Endeavor akan mengambil-alih 51% pegangan pada WWE, sementara pemegang saham WWE sedia ada akan menyimpan pegangan sebanyak 49%.", "Dengan pengambil-alihan ini, Endeavor mengatakan akan gabungkan WWE dan juga UFC, sekaligus menjadi sebuah syarikat sukan hiburan gergasi di dunia, bernilai lebih $20 bilion.", "Seperti ramai sedia maklum, WWE dan UFC mempunyai peminat yang meluas di seluruh dunia. Pada bulan Januari lepas sahaja, WWE mencapai lebih 7.5 bilion capaian tontonan pada saluran digital dan media sosual – memperlihatkan peningkatan 15% berbanding tahun sebelumnya.", "Selain penawaran kandungan tersendiri, pelbagai ahli gusti dibawah jenama berkenaan turut mempunyai angka pengikut yang tinggi, pada Facebook, Twitter dan juga Instagram.", "— Vince McMahon (@VinceMcMahon) April 3, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214704/", "headline": "\nTerbuka India: Pilihan No.1 Kejohanan, Kian Meng-Pei Jing Tiada Masalah Singkir Beregu Tuan Rumah\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tidak mempunyai masalah untuk melepasi halangan peringkat awal di kejohanan Terbuka India 2022, hari ini.", "Pasangan yang menghuni ranking 10 dunia ini diletakkan sebagai pilihan pertama untuk memenangi kejohanan ini mudah menyingkirkan lawan mereka, beregu campuran India, Pratik Ranade-Kanika Kanwal di Pusingan 32.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅10 11 🇮🇳Pratik RANADE 🇮🇳Kanika KANWAL🕗 in 25 minutes https://t.co/SNkhU19kpA", "Kian Meng-Pei Jing menyingkirkan mereka secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-10 dan 21-11 dalam tempoh masa 25 minit sekaligus mara ke Pusingan 16.", "Di pusingan seterusnya, Kian Meng-Pei Jing bakal berentap dengan satu lagi pasangan India, Siddharth Jakhar-Megha Morchana Bora yang mara secara automatik setelah mendapat ‘walkover’ pada Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112864/", "headline": "\nPiala Uber 2020: Eoon Qi Xuan Buat Kejutan Namun Malaysia Tumpas 1-4 Kepada Tuan Rumah\n", "content": ["Pasukan wanita Malaysia memulakan saingan peringkat Kumpulan D dalam kejohanan Piala Uber 2020 dengan langkah kiri apabila tumpas 1-4 kepada pasukan tuan rumah, Denmark.", "Sejak dua perlawanan awal lagi, Malaysia tidak dapat meraih sebarang mata daripada pemain perseorangan yang diwakili oleh S. Kisona mahupun pasangan beregu, Lee Meng Yean-M. Thinaah. ", "Kisona tumpa straight set 11-21 dan 7-21 kepada Mia Blichfeldt yang menduduki ranking ke-12 dunia. Sementara itu, Meng Yean-M. Thinaah pulan tumpas kepada Sara Thygesen-Maiken Fruergaard dengan keputusan 19-21, 21-10 dan 13-21.", "Di saat Malaysia ketinggalan 0-2 kepada Denmark, pemain berusia 20 tahun, Eoon Qi Xuan hadir pada perlawanan ketiga memberikan satu mata berharga buat pasukan negara. ", "Baca: BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta", "Walaupun berada di kedudukan ke-123 dunia, itu tidak menghalangnya untuk melakukan kejutan, menumpaskan Line Christophersen yang berada di ranking yang jauh lebih baik iaitu ke-23 dunia dengan keputusan 18-21, 21-18 dan 21-15.", "Di perlawanan keempat, pasangan regu kedua, Teoh Mei Xing-Yap Ling terpaksa akur tumpas kepada pasangan Denmark yang jauh lebih baik persembahannya, Amalie Magelund-Freja Ravn dengan keputusan 13-21 dan 19-21.", "Untuk perlawanan terakhir, mewakili Malaysia adalah pemain berusia 18 tahun, K. Letshanaa yang menghuni ranking ke-777 dunia menentang Line Hojmark Kjaersfeldt yang berada di ranking ke-35 dunia. ", "Pemain perseorang Denmark berusia 27 tahun tersebut mudah menundukkan Letshanaa yang beraksi pertama kali di Piala Uber dengan keputusan 18-21 dan 14-21.", "Untuk perlawanan seterusnya, pasukan Malaysia akan berhadapan dengan semi-finalist edisi lalu, China. Pertembungan ini akan dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam (waktu Malaysia), pada hari ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia / Badminton Photo"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323042/", "headline": "\nEURO 2028: UK, Ireland Hantar Bidaan Akhir Berserta Senarai 10 Venue Pertandingan\n", "content": ["Kejohanan bola sepak benua eropah, EURO 2028 berkemungkinan besar akan dihoskan oleh gabungan empat buah negara United Kingdom (UK) iaitu England, Scotland, Wales, Northern Ireland bersama-sama Ireland.", "Ini selepas Persatuan Bola Sepak England (The FA) mengesahkan kelima-lima negara berkenaan telah menghantar bidaan akhir bagi menganjurkan kejohanan tersebut kepada Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam.", "Susulan itu, mereka turut mengusulkan sepuluh buah stadium dari sembilan buah bandar untuk dijadikan sebagai venue pertandingan iaitu:", "Untuk makluman semua, kelima-lima negara ini telah mencapai kesepakatan dan menghantar pelawaan tunjuk minat (Expression Of Interest) kepada UEFA bagi membida penganjuran EURO 2028 pada Mac lalu.", "Sementara itu, UEFA mengesahkan hanya dua sahaja pembida bagi saingan EURO 2028 dengan bidaan dari UK & Ireland ini akan dicabar oleh Turkiye.", "Sementara itu, bagi EURO 2032 pula, ianya turut dibida oleh Turkiye serta Itali.", "Dalam kenyataannya, pihak pentadbiran UEFA akan meneliti setiap bidaan yang dihantar sebelum Jawatankuasa Eksekutif UEFA melakukan undian untuk memilih negara hos bagi kedua-dua edisi EURO tersebut pada Oktober kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324808/", "headline": "\nLee Chong Wei Calon Sesuai Isi Kekosongan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan\n", "content": ["Bekas pemain beregu lelaki No.1 negara, Tan Boon Heong tidak memikirkan nama lain bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) Akademi Badminton Malaysia (ABM) melainkan legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei.", "Beliau yang juga salah seorang Panel Penasihat Teknikal ABM mencalonkan pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu ketika ditemui selepas pelancaran kejohanan 3v3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023 di IOI City Mall, Putrajaya.", "Pada masa yang sama, beliau menyifatkan perletakan jawatan oleh penyandang terdahulu, Wong Choong Hann bukan sesuatu yang buruk malah memberi ruang untuk melantik individu baharu sekaligus berpeluang untuk meningkatkan lagi sektor berkenaan.", "“Calon yang paling sesuai tu Datuk Lee Chong Wei, jadi kita harap dia akan masuk dan tolong skuad kebangsaan kita,” katanya ketika menjawab soalan dilontarkan oleh wartawan, tengah hari tadi.", "Untuk makluman, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Choong Hann yang merangkul pingat perak di Kejohanan Dunia BWF 2003 meletakkan jawatan selepas hampir lima tahun menyumbang bakti kepada BAM serta ABM.", "Beliau mula berperanan sebagai Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) selepas BAM mengumumkan struktur kejurulatihan baharu bagi skuad senior bermula Disember 2021. Pada ketika itu, Rexy Mainaky turut diumumkan sebagai Pengarah Kejurulatihan (Beregu).", "Dalam kenyataan yang sama, BAM memaklumkan memulakan pencarian individu yang berkebolehan untuk menggantikan kekosongan jawatan terbabit. Ianya akan mengambil proses yang lama dan individu yang terpilih akan diumumkan secara rasmi kelak.", "Featured Image: Facebook Hannah Yeoh"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208846/", "headline": "\nDisangka Mudah Dapat Kerja Setelah Tamatkan Kontrak.. Rupanya Terpaksa Menganggur (Bahagian 2)\n", "content": ["Menjelang saingan Liga Premier 2017, Wan Khairil Azwa sekali lagi terpaksa mengharungi proses pemilihan (selection) pada penghujung tahun 2016 sebelum dipilih untuk menyertai skuad The Lion Troops.", "Sepertimana musim sebelumnya, namanya sekali lagi menjadi pilihan akhir walaupun UITM FC dilatih oleh ketua jurulatih yang baharu iaitu Wan Mustaffa Wan Ismail.", "Bagaimanapun, musim tersebut cukup suram buat Azwa sejak bergelar pemain bola sepak profesional. Momentumnya yang mulai hilang sejak penghujung musim lalu tidak menampakkan tanda-tanda untuk kembali meningkat.", "Baca: Laluan Berliku Sebelum Meraih Kontrak Bersama UITM FC (Bahagian 1)", "Rentetan kecederaan melibatkan buku lali yang dialaminya sebelum daripada ini menambahkan lagi kesuraman di musim tersebut.", "“Ankle (buku lali) aku memang barai, memang patut kena (jalani) operate (pembedahan), tapi aku tak nak.”", "“Benda-benda macam ini (kecederaan) yang kacau momentum, aku tengah sedap lepas tu dapat injury (kecederaan) dan aku kena rest (rehat) balik.” sambungnya dengan nada sedikit kecewa.", "Bercakap mengenai kecederaan, setiap kali Azwa ditimpa kecederaan, dia terpaksa bermula semula dengan proses rehabilitasi sebelum kembali ke sesi latihan ringan. Jika disahkan pulih, barulah dia diberikan ‘lampu hijau’ untuk kembali mengikuti sesi latihan bersama rakan sepasukan.", "Di dalam sesi latihan pula, Azwa perlu meningkatkan tahap kecergasannya agar dapat mengejar (catch up) rentak rakan sepasukan bagi meraih kembali kepercayaan ketua jurulatih untuk membarisi kesebelasan utama. ", "Ianya merupakan satu tempoh yang sangat sukar buat Azwa ditambah pula perlu bersaing (compete) dengan kalangan pemain import terbaik pernah direkrut UITM FC sejak penyertaan mereka dalam saingan Liga Malaysia seperti Do Dong-hyun, Dechi Marcel dan Akanni Sunday Wasiu.", "“Bila aku training keras sedikit lepas tu bertembung dengan pemain import, terus aku dapat injury (kecederaan).", "“Bila aku dapat injury (kecederaan) pula, ada mulut-mulut yang cakap senangnya aku buat duit.”", "“Dekat situ aku mula berfikir, keadaan badan aku dah tak mampu untuk terus bersaing di tahap tertinggi begini.” ujarnya.", "Selain daripada isu kecederaan di atas, Azwa juga ‘letih’ kerana terpaksa menghadapi masalah politik dalam bilik persalinan. Perkara ini membuatkan motivasi dan kekuatan mentalnya semakin menurun dan terus menurun.", "Sekitar bulan april 2017, dalam keadaan hilang semangat dan motivasi, Azwa nekad menemui ketua jurulatihnya dan memohon untuk menamatkan kontraknya dengan segera.", "Selepas daripada membuat keputusan drastik untuk menamatkan kontrak bersama UITM FC, Azwa berkata dia langsung tidak menyentuh bola apatah lagi bermain bola sepak selama enam bulan dan hanya keluar masuk gimnasium.", "Ketika itulah, Azwa juga mula menyedari bahawa betapa bergelutnya untuk mendapatkan pekerjaan di luar daripada skop pemain bola sepak profesional walaupun memiliki sekeping ijazah sarjana muda dalam bidang sains sukan daripada universiti terkemuka negara seperti UiTM.", "“Dalam tempoh enam bulan selepas aku berhenti, baru aku tahu betapa struggle-nya (bergelut) untuk mendapatkan (sebarang) pekerjaan (tetap) walaupun kau ada degree dan pengalaman sebagai pemain bola.”", "Lebih-lebih lagi ketika dia mempunyai kontrak bersama skuad The Lions, Azwa berada dalam zon selesa (comfort zone) dimana dia mendapat bayaran yang baik walaupun beraksi dalam saingan Liga Premier disamping tidak mempunyai masalah kelewatan atau tunggakan gaji.", "“Tiada masalah gaji ketika bersama UITM FC, kau tak perlu runsing langsung, duit gaji pun masuk (akaun) macam orang kerja (sektor) kerajaan, kalau orang kerja kerajaan (gaji) masuk 26hb kami pun masuk hari yang sama.” sambungnya lagi.", "Sempat juga Azwa berkongsi, sebelum ini dia diracuni dengan pemikiran di zaman 1990-an. Dia sering dimomokkan dengan kisah-kisah mengenai bekas pemain bola sepak mudah diterima atau diambil bekerja di mana-mana majlis perbandaran daerah dan juga bank-bank setelah menggantung but bola.", "“Perkara ini yang membuatkan aku rasa confident (yakin) untuk berhenti (secara drastik).” sambungnya lagi.", "Bagaimanapun perkara sebaliknya yang berlaku. Dalam tempoh enam bulan tersebut, Azwa terpaksa tinggal bersama kakaknya di Selangor. Tempoh tersebut digunakan olehnya untuk menghantar permohonan bekerja dimana sahaja diiklankan kekosongan jawatan.", "Walaupun tidak dipanggil bekerja oleh mana-mana syarikat dalam tempoh enam bulan tersebut, Azwa tidak sekadar goyang kaki di rumah kakaknya. Dia mengambil keputusan untuk menjadi pemandu Grab dan melakukan kerja-kerja sambilan yang lain untuk menyara keperluan dirinya.", "Mujurlah pada saat itu, Azwa masih berstatus bujang dan tiada sebarang komitmen yang tinggi untuk menyara anak-anak dan isteri.", "“Ketika bulan 10 (selepas 6 bulan menganggur) barulah aku mendapat kerja sebagai sports instructor sebuah pusat sukan bersama syarikat (perkapalan) MISC di Menara Dayabumi.”", "Rezeki itu sangat disyukurinya bukan sahaja kerana mendapat pekerjaan yang tetap setelah sekian lama menganggur tetapi ia merupakan pekerjaan yang selari dengan kelulusannya iaitu bidang sains sukan.", "Selain daripada berkelulusan dalam bidang sains sukan, pengalamannya sebagai bekas pemain profesional banyak membantu Azwa dalam menjalankan tugasnya sebagai sports instructor kepada klien-klien di sana.", "Setelah dua tahun menabur bakti di sana, Azwa tidak meneruskan khdimatnya bersama syarikat tersebut atas beberapa faktor namun dia kini beralih tugas sebagai Eksekutif Sukan bersama sebuah agensi kerajaan iaitu Institut Sukan Negara (ISN).", "Sempat juga dia menitipkan sedikit nasihat kepada pemain-pemain bola sepak di luar sana sebelum membuat keputusan untuk menggantung but sepertinya, katanya, “Kau kena pandai menguruskan kewangan walaupun pada saat ini ramai yang mendapat gaji yang lumayan.”", "“Rancang masa hadapan dengan duit simpanan tersebut andai kata sudah tidak mampu bermain sebagai contoh disebabkan kecederaan atau kemalangan.”", "“Untuk pemain-pemain muda, kau kena ada pendidikan, kau kena jadi thinking atheletes bak kata UITM FC. Sekurang-kurangnya ada sekeping diploma atau degree dan bukannya setakat main bola sahaja. Sebabnya di masa hadapan, kau takkan tahu apa yang bakal terjadi.”", "“(Nasihat terakhir) berjaga-jaga dengan kecederaan, kesilapan aku adalah terlalu push (memaksa) untuk pulih daripada kecederaan dan nak main balik, kecederaan tidak pulih dengan baik dan akhirnya mudah mendapat kecederaan semula.” ujarnya menutup bicara.", "Ikuti sambungan seterusnya mengenai Azwa mengejar cita-cita sebagai pengulas sukan tanah air DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325115/", "headline": "\nPemain Tengah The Blues Sertai Juara UCL – Kontrak 4 Tahun\n", "content": ["Kelab berpangkalan di London, Chelsea mengesahkan pemain tengahnya, Mateo Kovacic berhijrah menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) merangkap juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) baru-baru ini, Manchester City. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi kedua-dua pasukan dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial milik mereka.", "Pemain berusia 29 tahun itu hadir menyertai skuad berjulukan The Cityzens dengan kontrak selama empat tahun. Kedatangan Kovacic dilihat sebagai calon yang sekufu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ilkay Gundogan setelah menyertai FC Barcelona. ", "Mateo Kovacic joins City! 🙌", "— Manchester City (@ManCity) June 27, 2023", "Selama beraksi bersama Chelsea, Kovacic yang merupakan pemain skuad kebangsaan Croatia pada mulanya hadir sebagai pemain pinjaman daripada Real Madrid. Kemudiannya, dia menyertai skuad The Blues secara kekal dan membantu mereka memenangi pelbagai kejuaraan besar seperti UCL, Liga Europa, Piala Dunia Kelab FIFA dan Piala Super UEFA. ", "Pemain tengah dengan kemampuan untuk beraksi sebagai No.6 mahupun No.8 ini juga merupakan sebahagian daripada generasi emas Croatia yang muncul naib juara Piala Dunia 2018. ", "Sebagai tambahan, dalam kancah EPL, Kovacic telah tampil dalam 142 perlawanan, menjaringkan 4 gol dan mencatatkan 13 bantuan gol (assists) serta turut dinobatkan sebagai pemenang Jaringan Terbaik Bulanan bagi bulan Januari 2022. ", "Featured Image: Manchester City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216109/", "headline": "\nRanking BWF: Kedudukan Juara Terbuka Jerman, Sze Fei-Izzuddin Kekal No.17 Dunia\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Jerman 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF dengan menumpaskan beregu China pada perlawanan akhir, awal pagi Isnin lalu.", "Bagaimanapun, kejuaraan yang diraih itu belum cukup untuk melonjakkan kedudukan pasangan berusia 24 tahun masing-masing itu untuk menduduki ranking dunia yang lebih tinggi, pada minggu ini.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Sze Fei-Izzuddin kekal berada dalam kalangan ‘Top 20’ dengan menghuni tangga ke-17 dunia dengan kutipan 60,494 mata secara keseluruhan.", "Sementara itu, satu pasangan beregu lelaki Malaysia dikesan meraih peningkatan dalam kedudukan ranking dunia iaitu Tan Wee Kiong dan Tan Kian Meng. Walaupun kandas seawal di Pusingan 32 dalam kejohanan Terbuka Jerman, Wee Kiong-Kian Meng meraih peningkatan lima anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-105.", "Manakala untuk beregu-beregu lelaki Malaysia yang lain, tiada sebarang perubahan kelihatan. Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih kekal di kedudukan ke-7 dunia dan diikuti oleh Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di kedudukan ke-11 dunia. Tidak dilupakan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga kekal di kedudukan ke-45 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215712/", "headline": "\nLeeds United ‘Bercerai’ Dengan Jurulatih Yang Membimbing Mereka Ke EPL, Marcelo Bielsa\n", "content": ["Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Leeds United mengesahkan berpisah dengan ketua jurulatihnya, Marcelo Bielsa.", "Perkara tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh skuad The Whites, pada malam tadi.", "Pengerusi Leeds United, Andrea Radrizzani berkata, “Ini merupakan keputusan yang paling sukar perlu dilakukan oleh saya sepanjang memegang Leeds United, dengan mengambil kira segala kejayaan yang dicapai Marcelo bersama kelab,”", "Leeds United can confirm the club have parted company with head coach Marcelo Bielsa", "Baca: Gaya Marcelo Bielsa Bercangkung Di Tepi Padang Tarik Perhatian Ramai", "“Bagaimanapun, saya terpaksa melakukan keputusan yang terbaik untuk kelab dan saya percaya perubahan perlu dilakukan sekarang untuk memastikan status Premier League kita kekal. Kebelakangan ini, keputusan dan prestasi tidak mencapai jangkaan kita,” jelasnya.", "Untuk pengetahuan semua, Leeds sudah mengharungi 26 perlawanan EPL musim ini dan mereka hanya mencatatkan 5 kemenangan dan 8 seri sahaja.", "Ini menyebabkan Leeds bimbingan Marcelo hanya mengutip 23 mata dan menduduki tangga ke-16 liga. Jumlah mata tersebut hanya berbeza dua mata sahaja dengan pasukan yang berada di zon penyingkiran.", "Sebagai rekod, Marcelo mula membimbing Leeds pada tahun 2018. Antara pencapaian jurulatih kelahiran Argetina ini bersama Leeds adalah mendapatkan promosi ke divisyen dua bola sepak England, Liga Kejuaraan, memenangi Liga Kejuaraan 2019-20 dan memimpin Leeds kembali ke saingan EPL buat pertama kali dalam masa 16 tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215175/", "headline": "\nSelangor Dapat Tajaan RM3.5 Juta Daripada Syarikat Makanan & Minuman Kesihatan\n", "content": ["Sebuah syarikat berasaskan produk makanan dan minuman kesihatan, TDC Holdings memberikan tajaan bernilai RM3.5 juta kepada pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Penajaan tersebut menjadikan TDC Holdings salah satu penaja utama skuad Red Giants pada musim ini. Pengumuman penajaan itu dihebahkan menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab tersebut, semalam.", "SELANGOR FC menerima suntikan penajaan RM3.5 juta daripada syarikat berasaskan produk makanan dan minuman kesihatan, TDC Holdings (TDC) untuk musim baharu Liga Malaysia.Baca artikel penuh di laman https://t.co/PEcFA6K5j1 dan klik pada bahagian berita.https://t.co/zSy3Bsn0J4 pic.twitter.com/oO5CsM0LpG", "“Kami berbesar hati menerima TDC sebagai penaja dengan jumlah tajaan RM3 juta untuk musim ini selain RM500,000 lagi dalam bentuk barangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.", "Hasil daripada penajaan ini, penjenamaan TDC dan salah satu produk baharu yang akan dilancarkan, Alithera akan dipaparkan di jersi latihan, stadium, media sosial dan platform milik Selangor FC.", "Selain itu, jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak bukan sahaja menerusi penajaan malahan turut bekerjasama menerusi program-program yang akan diadakan kelak. ", "Program pertama yang dianjurkan bersama antara TDC Holdings dan Selangor FC adalah ‘Let’s Cope with A Neon Hope’ yang diadakan bersempena dengan ‘Hari Kanser Sedunia’ pada hari ini (4hb Februari)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216069/", "headline": "\nBeregu Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Rangkul Kejuaraan Super 300 BWF – Terbuka Jerman 2022\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin muncul juara saingan Terbuka Jerman 2022 – Super 300 BWF – selepas berhasil menumpaskan beregu China di pentas akhir, awal pagi ini.", "Kemenangan yang dirangkul oleh Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking ke-17 dunia ini tercipta selepas mengharungi tiga set permainan.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MD – Final 🇲🇾Sze Fei GOH🏅23 16 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅21 21 14 🇨🇳Yu Chen LIU 🇨🇳Xuan Yi OU🕗 in 70 minutes https://t.co/girV4cGBa8", "Dalam perlawanan tersebut, gandingan China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi itu tumpas kepada Sze Fei-Izzuddin dengan keputusan 23-21, 16-21 dan 21-14 dalam tempoh masa pertarungan yang menjangkau 70 minit permainan.", "Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin mara ke pentas akhir selepas mengetepikan beregu China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong (separuh akhir), beregu Malaysia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (suku akhir), beregu Denmark, Joel Eipe-Daniel Lundgaard (Pusingan 16) dan beregu Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun (Pusingan 32).", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan pertama yang dirangkul oleh Sze Fei-Izzuddin dalam siri kejohanan Jelajah Dunia BWF dalam karier mereka. Kejohanan terakhir yang pernah dirangkul mereka sebelum ini adalah saingan Cabaran Antarabangsa Malaysia pada tahun 2017. ", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207752/", "headline": "\nLogo Wajib Ada 17 Butir Padi Lambang Jumlah Rakaat Solat Dalam Sehari\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan pertandingan rekaan logo baharu untuk pasukan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi saingan Liga Malaysia 2021, pada hari ini.", "Antara syarat-syarat ‘unik’ yang diletakkan oleh KFA kepada para pereka adalah logo baharu tersebut mesti disertakan dengan simbol 17 butir padi. Menurut KFA, 17 butir padi itu melambangkan jumlah rakaat dalam lima kali waktu solat sehari.", "Simbol-simbol lain yang berunsurkan negeri Kedah dibenarkan namun sebarang simbol binatang adalah dilarang sama sekali. Warna rasmi bagi logo tersebut mestilah berkisarkan kepada kuning, hijau dan merah.", "Untuk nama pasukan pula, hanya tiga jenis nama yang dibenarkan iaitu KEDAH DARUL AMAN, KEDAH DA dan KDA sahaja.", "Ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan tarikh pertandingan bermula hari ini, 21 Oktober dan akan ditutup pada hujung bulan ini, 31 Oktober 2020.", "Logo yang terpilih sebagai pemenang akan memenangi hadiah wang tunai RM5000, pas bermusim KDA 2021 dan pelbagai barangan cenderahati."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113015/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: Indonesia Kecewakan Malaysia Di Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan pasukan Malaysia dalam kejohanan berpasukan lelaki iaitu Piala Thomas 2020 terhenti di peringkat suku akhir apabila tumpas 0-3 kepada Indonesia.", "Langkah kiri Malaysia pada perlawanan ini bermula sejak perlawanan pertama melibatkan perseorangan lelaki merangkap kapten, Lee Zii Jia yang tumpas kepada Anthony Sinisuka Ginting secara ‘straight set’ 15-21 dan 17-21.", "Pada perlawanan kedua, giliran pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tumpas kepada beregu nombor satu dunia, Kevin Sanjaya-Marcus Gideon dengan keputusan 17-21, 21-16 dan 15-21.", "Di perlawanan ketiga, pemain perseorangan muda, Ng Tze Yong yang berada di kedudukan ke-82 dunia cuba untuk menghidupkan peluang buat Malaysia. ", "Tze Yong menunjukkan persembahan yang baik dan memenangi set pertama dengan keputusan 21-14 ke atas Jonatan Christie. ", "Bagaimanapun, Jonatan yang menduduki tangga ke-7 dunia dan lebih berpengalaman berhasil bangkit untuk memenangi dua set seterusnya dengan keputusan 21-19 dan 21-16.", "Kemenangan oleh Jonatan itu membolehkan Indonesia meraih kemenangan 3-0 dan menempah tiket ke saingan separuh akhir. Ia sekaligus membuatkan Malaysia terkeluar secara rasmi daripada saingan Piala Thomas 2020.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216458/", "headline": "\nPemain Tengah Namibia Masih Dalam Proses Menyesuaikan Diri\n", "content": ["Pemain tengah Terengganu FC II, Petrus Shitembi menyifatkan gol pertama yang dijaringkan pada Jumaat lalu dalam aksi Liga Premier menyuntik kembali semangatnya untuk memulakan musim 2022 dengan lebih cemerlang selepas satu musim diketepikan ekoran kecederaan.", "Shitembi berjaya menjaringkan satu gol dalam penampilan pertamanya pada musim ini ketika menentang Perak FC sekaligus menyuntik semangatnya untuk kembali bangkit selepas berdepan kecederaan ACL pada tahun lalu.", "Sudah pasti, ia bukan mudah untuk mendapatkan tahap kecergasan yang lebih baik apatah lagi kecederaan pada musim lalu adalah yang paling teruk pernah dihadapi oleh pemain dari Namibia ini.", "“Pertama sekali, saya rasa sangat gembira apabila dapat kembali bersama pasukan cuma masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dan perlu fokus perlawanan demi perlawanan.", "“Yang penting, sudah tentu saya rasa teruja apabila dapat mulakan saingan dengan jaringan gol dan ini pula merupakan sentuhan pertama saya atas padang apabila musim lepas tidak berpeluang untuk beraksi.", "“Tetapi, saya sentiasa katakan kepada diri saya bahawa perjalanan masih lagi jauh tetapi saya cuba untuk beransur-ansur mendapatkan balik kecergasan yang lebih baik.", "“Rasa bersyukur apabila dikelilingi dengan orang yang sentiasa menyokong saya dan memahami situasi yang pernah saya hadapi sebelum ini selain menerima saya untuk kembali ke dalam pasukan”, jelasnya.", "Tidak terlalu memikirkan peluangnya untuk bersama skuad utama Terengganu FC, Shitembi hanya ingin fokus untuk mendapatkan seberapa banyak minit permainan selain mahu bebas daripada sebarang kecederaan.", "Dia sedar persaingan yang sengit di posisi tengah apabila Habib Haroon hadir sejak musim lalu bagi mengisi posisi yang ditinggalkannya, namun percaya dengan percaturan barisan kejurulatihan untuk memilih pemain terbaik demi pasukan.", "“Saya bersyukur apabila dapat bersama pasukan yang memiliki pemain berkualiti, dan saya rasa sesiapa sahaja yang diberi peluang, mesti akan melakukan yang terbaik.", "“Saya pula tidak terlalu memikirkan mengenai perkara itu sebab sasaran saya adalah untuk bermain apatah lagi sudah lama tidak beraksi.", "‘Jadi, tiada yang lebih daripada itu dalam fikiran saya sekarang kecuali hanya ingin mendapatkan kecergasan balik dan bantu pasukan tidak kira di pasukan utama atau Terengganu FC II”, tambahnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219397/", "headline": "\nKerteh FC, Muzium 3D Bekerjasama Tarik Pelancong ke Pantai Timur\n", "content": ["Kelab bola sepak komuniti, Kerteh FC dan galeri seni lukis ilusi dan tiga dimensi (3D) pertama di Terengganu, Muzium 3D Kertih mengumumkan menjalinkan kerjasama, pada hari ini.", "Kedua-dua entiti ini mengikat kerjasama untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara ke pantai timur semenanjung, khususnya di daerah Kemaman, lokasi bertapaknya kelab bola sepak dan galeri seni lukis ilusi ini.", "Menerusi kerjasama ini, kedua-dua Kerteh FC dan Muzium 3D Kertih akan menggunakan ‘platform’ masing-masing untuk saling melakukan promosi kepada orang ramai.", "“Melalui kesepakatan ini, Kerteh FC akan menggunakan rangkaian yang ada untuk membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih. ", "“Kami mempunyai misi yang sama iaitu untuk menjadikan daerah Kemaman amnya, dan Kertih khasnya sebagai destinasi pelancongan.", "“Apabila kompleks sukan kami siap kelak akan menjadi daya penarik bagi pelancongan sukan.", "Baca: Kerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera", "“Justeru, sebagai kelab bola sepak komuniti di Kertih, kami berbangga dapat membawa bersama Muzium 3D Kertih untuk diperkenalkan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier.", "Sementara itu, Muzium 3D Kertih yang memiliki lebih 50 karya seni dan mula beroperasi sejak 2 januari lalu meluahkan rasa berbesar hati dapat ‘menempel’ bersama Kerteh FC yang kini bukan sahaja dikenali dalam kalangan peminat dalam negara malahan antarabangsa.", "“Kami berbesar hati kerana Kerteh FC bersedia bekerjasama dengan kami memandangkan Kerteh FC merupakan jenama yang semakin membesar dan semakin mendapat perhatian peminat bola sepak di negara ini.", "“Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih dan menarik pengunjung ke muzium kami apatah lagi nama Kerteh FC turut dikenali di beberapa negeri di Eropah dan Australia,” kata Lukman Ismail, Pengarah Urusan Serata Cakra Resources, pemilik Muzium 3D Kertih. ", "Untuk makluman, logo Muzium 3D Kertih akan dilekatkan pada jersi latihan Kerteh FC dan kelab itu akan mempromosikan muzium itu dalam bahan-bahan kempen dan promosinya termasuk jualan tiket masuk galeri. ", "Manakala Muzium 3D Kertih pula turut mempromosikan Kerteh FC di galeri muziumnya serta menerusi bahan-bahan kempen dan promosi. Di samping itu, Muzium 3D Kertih juga akan menjadi ejen jualan yang sah bagi barangan keluaran Kerteh FC.", "Featured Image: Kerteh FC & Muzium 3D Kertih"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218764/", "headline": "\nJaringan Luar Kotak Sean Raih Perhatian FIFA – Boleh Cabar Anugerah Puskas?\n", "content": ["Pemain Negeri Sembilan FC, Sean Selvaraj mencipta sensasi dalam kalangan peminat bola sepak apabila jaringan yang dihasilkannya dari luar kotak menginspirasikan kemenangan ke atas Selangor FC, Ahad lalu.", "Ianya turut mendapat perhatian media antarabangsa, Bleacher Report Football (BR Football) yang berkongsikan klip video jaringan tersebut di laman sosialnya, pada malam yang sama.", "Terbaru, jaringan oleh bekas pemain Selangor ini turut meraih perhatian badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pada hari ini.", "3⃣ – Sean Selvaraj for @nsfc1923 in @MFL_MY 🏹pic.twitter.com/00iBER4fzS", "— FIFA.com (@FIFAcom) August 2, 2022", "FIFA menerusi akaun media sosial Twitter-nya, @FIFAcom berkongsikan klip video yang sama dalam satu siri bebenang (thread) bersama-sama dua jaringan lain dari luar kotak yang tidak kurang hebatnya.", "Bebenang itu turut bertanyakan kepada para peminat samada jaringan-jaringan ini mampu memberikan cabaran untuk memenangi anugerah jaringan tercantik, Anugerah Puskas.", "Dua jaringan yang lain dihasilkan oleh Francisco Gonzalez daripada Club Atletico Central Cordoba yang beraksi dalam kancah bola sepak Argentina. ", "Sementara itu, satu lagi jaringan lain dihasilkan oleh Nanthan Lowe bersama Kidderminster Harriers FC dalam saingan liga bawahan England.", "Sebagai rekod, Malaysia pernah mempunyai seorang pemainnya, Faiz Subri memenangi anugerah ini pada tahun 2016. Anugerah ini dimenangi Faiz setelah melakukan jaringan yang dikatakan menentang hukum fizik menewaskan penjaga gol Pahang dalam saingan Liga Super 2016.", "Featured Image: Negeri Sembilan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220199/", "headline": "\nStadium Milik AFC Berkapasiti 10,000 Tempat Duduk Akan Dibina Di Putrajaya\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan sebuah stadium berkapasiti 10,000 tempat duduk miliknya akan dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia iaitu Putrajaya – sekitar 30 kilometer (km) daripada ibu pejabatnya, AFC House di Bukit Jalil.", "Pembinaan stadium tersebut hasil kolaborasi AFC dan badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden AFC, Sheikh Salman Bin Ibrahim Al Khalifa Presiden FIFA, Gianni Infantino.", "Mengulas dengan lebih lanjut mengenai stadium berkenaan, AFC memaklumkan ianya dibina di atas tanah berkeluasa 15.43 ekar, disertakan dengan satu grandstand, boulevard dan atrium untuk penonton, pejabat pentadbiran serta tempat letak kereta di bawah tanah.", "Selain itu, AFC turut berkongsikan stadium itu mempunyai luas lantai yang dianggarkan 580,000 kaki persegi dan akan dilengkapi dengan padang berkualiti tinggi bergred FIFA.", "Tidak dilupakan, stadium tersebut akan disertakan juga dengan kafeteria, tribun media, bilik pengulas media dan kolam air di hadapan pintu masuk utama.", "Dimaklumkan stadium khusus untuk bola sepak ini akan didanai dengan bantuan program FIFA Forward. Manakala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerajaan Malaysia pula akan menyumbang daripada segi sokongan logistik kepada projek ini.", "The AFC is building a new stadium in 🇲🇾 Putrajaya in collaboration with FIFA to leverage the strong momentum of Asian football. pic.twitter.com/KnRhQDgAie", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) October 18, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215433/", "headline": "\nAFC Mengesahkan Malaysia Jadi Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang menjadi tuan rumah atau hos bagi Kelayakan Piala Asia 2023, bulan Jun nanti.", "Perkembangan positif ini dimaklumkan secara rasmi oleh AFC dan dikongsikan menerusi pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.", "2️⃣4️⃣ Teams1️⃣1️⃣ Spots Available6️⃣ Hosts – 🇮🇳 India, 🇰🇼 Kuwait, 🇰🇬 Kyrgyz Republic, 🇲🇾 Malaysia, 🇲🇳 Mongolia and 🇺🇿 UzbekistanMark your calendar! #ACQ2023 Draw will be held on February 24 at 3pm (GMT +8)https://t.co/wMC3lcLImF", "Ini bermakna skuad Harimau Malaya akan merebut salah satu daripada baki 11 slot ke saingan Piala Asia 2023 di gelanggang sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil. ", "Setakat ini, hanya 13 pasukan telah mengesahkan tempat ke saingan yang akan berlangsung di China, pada tahun depan itu.", "Untuk makluman semua, selain Malaysia, lima negara lain yang turut terpilih untuk menjadi hos bagi saingan kelayakan ini ialah India, Kuwait, Republik Kyrgyz, Mongolia dan Uzbekistan.", "Sementara itu, satu majlis undian telah dijadualkan oleh AFC pada 24 Februari nanti. Pasukan lawan kepada skuad Harimau Malaya akan diketahui selepas majlis undian itu kelak.", "Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220534/", "headline": "\nDiogo Tiada Perancangan Kekal Di Thailand Selepas Berpisah Dengan BG Pathum United\n", "content": ["Penyerang kelahiran Brazil, Diogo Luis Santo yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berstatus ejen bebas dan tidak lagi mewakili mana-mana kelab.", "Ini selepas pemain berusia 35 tahun itu mencapai persetujuan bersama (mutual consent) untuk menamatkan kontrak dengan kelabnya di Thailand iaitu BG Pathum United.", "Perkembangan itu dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kelab berjulukan The Rabbits di platform media sosialnya, semalam. Sebelum itu, Diogo sendiri telah memaklumkan mengenai penamatan kontraknya menerusi satu muat naik di akaun Instagram miliknya.", "Pihak kelab turut memaklumkan bekas pemainnya itu akan pulang ke negara kelahirannya. Pada masa yang sama, BG Pathum United turut menyatakan Diogo tiada sebarang perancangan untuk menyertai mana-mana kelab lain di Thailand bagi baki musim 2022-23 ini.", "Untuk makluman, penamatan kontrak Diogo dan BG Pathum United ini hadir beberapa hari selepas pengumuman perlantikan ketua jurulatih baharu dari Australia, Matt Smith.", "Sebagai rekod, Diogo mula menyertai BG Pathum United pada pusingan kedua saingan Liga Thailand 2020-21 selepas dua tahun beraksi bersama skuad Harimau Selatan.", "Kehadiran Diogo pada ketika itu dengan tampil sebanyak 13 kali serta menjaringkan 6 gol serta mencipta satu “assist” turut membantu BG Pathum United menjuarai saingan Liga Thai 1 buat pertama kali dalam sejarahnya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323699/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kemarau 18 Tahun Emas Badminton Berpasukan Lelaki Berterusan\n", "content": ["Kontinjen Malaysia terus kempunan untuk merangkul pingat emas dalam acara badminton berpasukan lelaki di pentas Sukan SEA sekaligus menyaksikan kemarau selama 18 tahun kilauan pingat tersebut berterusan.", "Situasi ini hadir apabila Malaysia terpaksa akur tumpas kepada Indonesia dalam perlawanan akhir yang berlangsung sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu meraih kemenangan pada pertarungan pertama hasil kemenangan Leong Jun Hao (ranking ke-64) ke atas Chico Aura Dwi Wardoyo (ranking ke-19) secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-13.", "Namun begitu, Indonesia tampil menyamakan kedudukan tersebut pada pertarungan kedua hasil kemenangan gandingan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (ranking ke-14) ke atas Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe (ranking ke-76) dengan skor 12-21 dan 20-21 sekaligus menjadikan keputusan semasa 1-1.", "Rentetan kemenangan itu diteruskan Indonesia menerusi perseorangan keduanya yang menjadi taruhan pada pertarungan ketiga. Christian Adinata (ranking ke-59) tidak mempunyai masalah untuk mengatasi Lee Shu Yang (ranking ke-95) juga secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 9-21 untuk memastikan pendahuluan 2-1 ke atas Malaysia.", "Medali emas pertama dari bulutangkis!", "Terima kasih untuk semua doa dan dukungan. Mari berjuang lagi di nomor perorangan! 💪🏻#SEAGames2023 pic.twitter.com/03ojm4x1Ei", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) May 11, 2023", "Pada pertarungan keempat, Chia Weijie-Liew Xun (ranking ke-106) sempat memberikan cabaran sengit kepada Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan (ranking ke-33). ", "Mereka meraih kemenangan pada set pertama 21-13 sebelum beregu Indonesia itu melakar kemenangan pada set kedua dengan skor 21-16 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan. ", "Akan tetapi, Chia Weijie-Liew Xun tidak dapat mengekang Pramudya-Yeremia pada set tersebut dan terpaksa akur tumpas dengan skor 21-16 dan mengesahkan kekalahan Malaysia dengan keputusan 1-3 di tangan Indonesia.", "Sebagai perbandingan, pencapaian meraih pingat perak dalam acara ini pada edisi kali ini menyamai pencapaian pada edisi lalu di Vietnam.", "Untuk rekod, kali terakhir Kontinjen Malaysia meraih emas dalam acara ini adalah menerusi barisan pemain yang terdiri daripada Lee Chong Wei, Chan Choon Ming-Koo Kien Keat, Hafiz Hashim, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Wong Choong Han pada tahun 2005.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322192/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Thailand: Hon Jian-Pei Kee Harungi Debaran Sebelum Tutup Set Ketiga Dengan Skor 27-25\n", "content": ["Gandingan beregu campuran negara, Choong Hon Jian dan Go Pei Kee terpaksa berhadapan dengan debaran situasi mata “deuce” terlebih dahulu sebelum dapat menutup set ketiga dengan skor 27-25 dalam saingan Cabaran Antarabangsa Thailand 2023.", "Pungutan mata itu membolehkan mereka melakar kemenangan ke atas wakil Taiwan yang menghuni ranking ke-184 dunia, Lin Bing-wei dan Lin Chih-chun sekaligus melepasi peringkat Pusingan 32, pada hari ini.", "Sebelum itu, pemain berusia 22 dan 20 tahun masing-masing ini mengalami kekalahan pada set kedua dengan skor 19-21. Manakala set pertama pula dimenangi dengan skor 22-20.", "Pertembungan sulung yang sengit antara kedua-dua pasangan ini berlangsung di Gelanggang 3, Terminal 21 Korat dengan memakan tempoh masa hampir satu jam permainan.", "Dengan kemenangan ini, Hong Jian-Pei Kee dapat merakamkan kemaraan ke Pusingan 16.", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah beregu yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan dari Indonesia, Adnan Maulana dan Nita Violina Marwah yang menghuni ranking ke-95 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322824/", "headline": "\nKetua Jurulatih KUFC ‘Hilang’ Sebelum Bertemu Kuching City\n", "content": ["Nama ketua jurulatih Kelantan United FC (KUFC), Thomas Trucha hilang secara tiba-tiba menjelang pertemuan menentang Kuching City FC pada aksi ketujuh Liga Super 2023.", "Ketiadaan nama pengendali berusia 51 tahun dari Republik Czech itu dikesan berdasarkan “team list” yang diedarkan oleh penganjur sekitar satu jam dan 15 minit sebelum sepak mula pada malam ini.", "Sebaliknya, skuad berjulukan Sang Kijang Hijau ini akan menempuh perlawanan di Stadium Negeri, Kuching dengan bimbingan Penolong Ketua Jurulatih, Nazrulerwan Makmor sambil dibantu Penolong Jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan.", "Tinjauan di pelbagai platform media sosial milik KUFC tidak menemukan sebarang makluman terbaru mengenai Trucha samada direhatkan atau sebagainya.", "Sebagai rekod, Trucha yang pernah mengendalikan Penang FC pada musim 2021 dan 2022 mula dilantik sebagai Ketua Jurulatih KUFC pada penghujung tahun lalu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.", "Setakat enam perlawanan liga yang telah dilalui, KUFC hanya berhasil melakar satu keputusan seri sekaligus hanya mengutip satu mata dan menghuni tangga tercorot Liga Super.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208274/", "headline": "\nJuara ARRC 2019, Azlan Shah Tak Malu Jadi ‘Rider’ Penghantar Makanan\n", "content": ["Pelumba Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Azlan Shah Kamaruzaman mengakui dirinya tidak berasa malu malah seronok apabila mula terlibat sebagai ‘rider’ penghantar makanan.", "Selain daripada jiwanya yang suka menunggang di atas jentera beroda dua, menjadi ‘rider’ penghantar makanan membolehkan pelumba yang pernah beraksi dalam saingan Moto2 ini melalui jalan-jalan baharu yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.", "Kisahnya bermula dengan Azlan bersama keluarganya mengusahakan perniagaan kedai makan bersajikan menu utama ayam penyet. ", "Namun sejak pihak kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula mac lalu, Azlan menyedari ramai pelanggan dan orang ramai sukar untuk keluar bagi membeli makanan.", "#ASB1000 Champion @azlan25shah has found a way to combine his riding skills + restaurant business. https://t.co/MGLn7WORf7", "Justeru, Azlan dan adiknya mengambil peluang tersebut dengan menghantar secara terus tempahan ayam penyet kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.", "“Bila saya buat idea ni (hantar makanan) ramai pelanggan yang minta saya sendiri yang hantarkan (kepada mereka),” katanya menerusi satu perkongsian di laman sosialnya.", "“Saya dapat tempahan daripada peminat saya (sendiri), yang nak berjumpa saya (secara) depan-depan. Alhamdulillah, peminat saya banyak sokong untuk penjualan makanan ini,” ujarnya lagi.", "Pelumba berusia 36 tahun itu turut mengakui pandemik Covid-19 yang melanda dunia saat ini menyebabkan ramai orang terkesan seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya. ", "Namun pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team ini mengajak semua orang untuk kembali bangkit dan harungi pandemik ini secara bersama-sama.", "Untuk rekod, Azlan Shah merupakan juara ARRC 2019 dalam kelas elit, ASB100 selepas mengumpul 238 mata secara keseluruhan dalam saingan musim lalu.", "2020 Update.Strict travel restrictions have made it impossible for the Asian paddock to reconvene. Regrettably, the 2020 season has had to be called off.https://t.co/X8AkTVDqGF", "Sementara itu, menerusi satu makluman, pihak penganjur telah mengumumkan saingan ARRC 2020 dibatalkan pada september lalu ekoran kebimbangan penularan pandemik Covid-19 dan kesukaran untuk merentas negara.", "Featured Image: Azlan Shah Kamaruzaman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220555/", "headline": "\nAdidas Atur 5 Jerayawara Perkenalkan Bola Piala Dunia Al-Rihla\n", "content": ["Bersempena dengan kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan membuka tirainya bermula 20 November kelak, adidas Malaysia dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports mengatur lima jerayawara (roadshow) di seluruh semenanjung bagi memperkenalkan Bola Rasmi Perlawanan yang bernama Al-Rihla kepada peminat bola sepak di Malaysia.", "Lokasi pertama jerayawara ini bertempat di Sunway Pyramid yang bermula dari 10 hingga 20 November. Di sini, pengunjung akan dibawa melalui Arkib Bola Perlawanan – menampilkan 14 bola rasmi perlawanan buatan adidas yang digunakan pada edisi-edisi Piala Dunia terdahulu.", "Kemudiannya, terdapat ruangan yang mempamerkan kit pasukan-pasukan buatan adidas yang beraksi di Piala Dunia kali ini seperti Jerman, Argentina, Sepanyol, Jepun, Mexico, Colombia dan Sweden sedia untuk dibeli oleh para pengunjung.", "Selain kit yang dipamerkan, terdapat juga rangkaian produk adidas yang lain.", "Seterusnya, pengunjung berpeluang untuk ke ruangan sesi mencuba kasut (shoe trialling) serta merasai nikmat menyepak bola Al-Rihla di stesen permainan berteraskan bola sepak.", "Tidak ketinggalan, jerayawara ini turut menganjurkan satu pertandingan media sosial di tapak acara. Para peserta yang mengambil bahagian berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah termasuk Kod FIFA23 Ultimate Edition dan juga bola Al-Rihla yang ditandatangani oleh David Beckham. Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di akaun Instagram rasmi adidas.", "Untuk makluman semua, selepas tamatnya jerayawara di Sunway Pyramid, ianya akan bergerak ke pantai timur semenanjung tanah air iaitu di KTCC Mall, Kuala Terengganu bermula 24 hingga 27 November.", "Selepas itu, lokasi seterusnya ialah Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang (30 November – 4 Disember) diikuti Mid Valley Southkey, Johor (7-11 Disember) dan ditutup dengan lokasi terakhir Mahkota Parade (15-18 Disember)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113936/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Menang ‘Straight Set’ Ke Atas Pemenang Olimpik \n", "content": ["Kemenangan berpihak kepada pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin buat kali pertama.", "Lebih manis, Sze Fei-Izzuddin berhasil meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 23-21 di Pusingan 16 dalam kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung pada hari ini.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)MD – Round of 16 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 23 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅15 21 Yang LEE Chi-Lin WANG🕗 in 37 minutes https://t.co/t5agnUkrQm", "Kemenangan ini sekaligus membolehkan beregu negara yang menghuni ranking ke-19 dunia menempah tiket ke peringkat suku akhir.", "Bagaimanapun, Sze Fei-Izzuddin perlu menantikan pemenang antara perlawanan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menentang beregu Korea, Kang Minhyuk dan Seo Seungjae.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111239/", "headline": "\nKelab ‘Kaya’ Singapura, Lion City Sailors Umum Kerjasama Dengan Dortmund\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL), Lions City Sailors mengumumkan satu kerjasama dengan gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund.", "Menurut makluman rasmi kelab, kerjasama kedua-dua pihak tersebut merangkumi program pembangunan remaja, kejurulatihan, pertukaran pengetahuan dan kepakaran serta penyertaan pemain di kem latihan bola sepak Jerman bagi mencapai sasaran bersama.", "Difahamkan Lion City Sailors dan Dortmund telah menandatangani kontrak kerjasama selama dua tahun dan setengah.", "The Lion City Sailors are excited to announce a partnership with Bundesliga giants @BlackYellow! 💪🔵⚪️✖️⚫️🟡#allhandsondeck #lioncitysailors pic.twitter.com/vFLxDga3K8", "Kerjasama ini akan meningkatkan lagi komitmen untuk membina sebuah infrastruktur kukuh kepada pembangunan bola sepak remaja Singapura serta sokongan kepada perkembangan dalam bidang-bidang seperti sains sukan, perubatan sukan, analytics dan pemantauan bakat.", "Lion City Sailors dilihat cukup teruja dengan prospek kerjasama ini yang akan menggalakkan lagi pembangunan kelab dan Akademi Bola Sepak LCS dalam usahanya untuk menjadi sebuah hub pembangunan remaja elit.", "Untuk makluman semua, ini bukanlah pemeteraian kerjasama Dortmund yang pertama dengan pasukan berpangkalan di asia tenggara.", "Sekitar enam tahun yang lalu, kelab yang berpangkalan di selatan semenanjung tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) antara yang telah mengadakan kerjasama bersama skuad The Black and Yellow ini.", "Hasil daripada kerjasama tersebut JDT mendapat beberapa manfaat seperti perkongsian kepakaran dan kejurulatihan, pembangunan bola sepak remaja, penyertaan pemain JDT di kem latihan Borussia Dortmund dan termasuk perkongsian ilmu di luar padang seperti pemasaran.", "Kerjasama itu turut menyaksikan Dortmund bertandang ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos untuk berentap bersama JDT dalam satu perlawanan persahabatan.", "Featured Image: Lion City Sailors"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114048/", "headline": "\nKedah Tak Sambung Kontrak Pemain Import Renan, Rabih & Anu\n", "content": ["Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman (Kedah) mengucapkan selamat tinggal kepada tiga pemain importnya menerusi satu makluman di pelbagai platform sosial medianya, pada hari ini.", "Tiga pemain tersebut ialah pertahanan Renan Da Silva Alves (Brazil), Rabih Ataya (Lubnan) dan Anumanthan Mohan Kumar (Singapura). Pengumuman itu secara langsungnya bermakna skuad Hijau Kuning tidak menyambung kontrak ketiga-tiga pemain bagi mengharungi saingan musim hadapan.", "Sebagai rekod, Renan mula menyertai pasukan Kedah bermula pada tahun 2019. Pertahanan yang memiliki susuk tubuh yang besar ini menjadi watak utama di barisan pertahanan sepanjang 3 musim bersama Kedah. Selain itu, Renan juga merupakan sebahagian daripada pemain yang menyumbang kepada kejayaan Kedah menjulang Piala FA 2019.", "Sementara itu, Rabih dan Anumanthan pula menyertai Kedah pada awal musim lalu. Walaupun hanya setahun menambur bakti bersama pasukan yang berpangkalan di utara semenanjung tanah air ini, kedua-dua pemain ini antara pemain penting yang memastikan Kedah menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua sekaligus memberikan slot automatik ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022.", "Dengan pengumuman melepaskan tiga pemain import ini, para penyokong Kedah dan Liga Malaysia pastinya tertunggu-tunggu siapakan muka baharu yang akan ditandatangani oleh Kedah bagi menggantikan pemain-pemain ini. Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322606/", "headline": "\nMadrid Spain Masters: Pemain 21 Tahun Denmark Singkir Dua Perseorangan Negara\n", "content": ["Pemain muda Denmark yang berusia 21 tahun, Magnus Johannesen menjadi gunting dalam lipatan buat wakil perseorangan lelaki negara dalam saingan Madrid Spain Masters yang bermula semalam.", "Manakan tidaknya, pemain yang menghuni ranking ke-55 dunia ini berhasil menumpaskan dua pemain Malaysia di pusingan kelayakan iaitu Soong Joo Ven dan Leong Jun Hao.", "Pada perlawanan pusingan pertama kelayakan, Magnus berjaya menumpaskan Joo Ven yang berada di ranking ke-50 dunia menerusi tiga set permainan mencabar yang berkesudahan dengan skor 17-21, 29-27 dan 16-21 dalam tempoh melebihi satu jam permainan.", "Madrid Spain Masters 2023MS – Qual. R1619 29 21 🇩🇰Magnus JOHANNESEN🥇", "21 27 16 🇲🇾SOONG Joo Ven", "— BWFScore (@BWFScore) March 28, 2023", "Kemenangan itu membolehkannya melangkah ke pusingan kedua kelayakan dan bertemu dengan Jun Hao. ", "Magnus meneruskan rentetan kemenangannya dengan menumpaskan pula Jun Hao secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-19 dalam tempoh masa 43 minit permainan sekaligus melangkah ke pusingan 32 babak undian utama.", "Madrid Spain Masters 2023MS – Qual. QF21 21 🇩🇰Magnus JOHANNESEN🏅17 19 🇲🇾LEONG Jun Hao", "— BWFScore (@BWFScore) March 28, 2023", "Dengan tersingkirnya Joo Ven dan Jun Hao semalam, Cheam June Wei menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan aksi dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 di bumi Sepanyol ini.", "June Wei yang bermula dari Pusingan 32 babak utama akan turun menentang pemain No.6 Indonesia yang, Christian Adinata dengan perlawanan dianggarkan berlangsung pada jam 11.20 malam nanti (waktu Malaysia)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218677/", "headline": "\nDubai Jadi Tuan Rumah Kejohanan Badminton Asia 2023-2027\n", "content": ["Kejohanan Badminton Asia (BAC) akan dilangsungkan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama lima tahun berturut-turut bermula tahun 2023 hingga 2027.", "Perkembangan tersebut terhasil selepas badan induk, Badminton Asia telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pengurusan sukan dan konsultan berpangkalan di Dubai, Beyond Boundaries, bulan lepas.", "Badminton Asia and Beyond Boundaries have signed an agreement to move forward on the intentions to hold Badminton Asia tournaments in Dubai for the next 5 years starting 2023. ", "Read more in our latest article: https://t.co/cE7FWg827N#Badminton #BadmintonAsia pic.twitter.com/HxFjNyABx7", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) June 28, 2022", "Perjanjian ini menjadikan Dubai termasuk semenanjung arab menjadi penganjur kejohanan benua yang setaraf dengan Jelajah Dunia Super 1000 itu buat pertama kali.", "Untuk rekod, kejohanan tahun ini dilangsungkan di Manila, Filipina dan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia muncul juara bagi kategori perseorangan lelaki pada awal Mei lalu.", "Sebagai tambahan, Kejohanan Badminton Asia julung kali diadakan pada tahun 1962 di Kuala Lumpur, Malaysia. Namun demikian, bermula tahun 1991, ianya dilangsungkan setiap tahun kecuali pada tahun 2020 dan 2021 ekoran pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206836/", "headline": "\nEPL Umum Batal Perjanjian Liputan di China\n", "content": ["Liga Perdana Inggeris (EPL) membuat pengumuman mengejutkan dengan membatalkan perjanjian liputan di negara China, hari ini. ", "Perkara itu diumumkan oleh unit Komunikasi EPL menerusi akaun sosial medianya.", "The Premier League confirms that it has today terminated its agreements for #PL coverage in China with its licensee in that territory. The #PL will not be commenting further on the matter at this stage. pic.twitter.com/2TuwZeM9m4", "Ini bermakna lesen untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan EPL di negara berkenaan telah ditarik. ", "Setakat ini, tiada penjelasan terperinci darpada pihak EPL mengapa mereka membuat pengumuman sedemikian kepada negara China dan wilayah sekitarnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219077/", "headline": "\nPeminat Tawar Norizam RM3 Juta Untuk Beli 5% Saham Kelantan FC\n", "content": ["Pelaburan dilakukan ahli perniagaan dan pelabur, Norizam Tukiman dengan membeli Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) pada tahun 2020 nampaknya sudah mula menampakkan tanda-tanda bakal memberi pulangan yang menguntungkan.", "Menghampiri dua tahun pemilikan skuad yang beraksi dalam kancah Liga Premier itu, Norizam yang turut dikenali sebagai Zamsaham menerima satu tawaran yang cukup menarik daripada peminat tegar skuad TRW ini. ", "“Terima surat permohonan dari fans setia bola Kelantan FC berminat nak beli 5% saham TRW Kelantan FC pada harga RM3,000,000. Insya-Allah, kalau jadi saya akan umumkan,” dedah ahli perniagaan kelahiran Johor ini menerusi laman sosialnya.", "Untuk makluman, pada September 2020, Norizam mengambil alih 100% pemilikan skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) itu selepas mengeluarkan duit sebanyak RM6.8 juta dimana RM3 juta untuk pembelian saham dan baki RM3.8 juta sebagai pendahuluan buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menyelesaikan hutang lapuk.", "Sejak mengambil alih pasukan ini, Norizam telah melakukan banyak perubahan yang berkaitan dalam dan luar padang termasuk mengadakan perniagaan-perniagaan yang boleh menjana keuntungan buat kelab.", "Tambah Norizam lagi, nilai saham Kelantan FC akan semakin meningkat sekiranya dapat mengadakan padang latihan di setiap jajahan dalam negeri Kelantan. ", "Penubuhan akademi bola sepak antarabangsa, TRW International Football Academy pula akan menjadi platform terbaru yang akan memperkuatkan ekosistem ini. Selain itu, Norizam turut memasang hasrat untuk membuka lebih banyak TRW Shop.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220509/", "headline": "\nPerak Ikat Bekas Penjaga Gol Liga Thailand Untuk Hadapi Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Perak FC yang kini dibimbing oleh Lim Teong Kim sedang sibuk membentuk pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 kelak. Ini termasuk menandatangani pemain-pemain baharu bagi menggalas cabaran tersebut.", "Terbaru, media sosial pasukan berjulukan The Bos Gaurus ini memaklumkan penambahan khidmat bekas penjaga gol yang pernah beraksi dalam saingan Liga Thailand ke dalam skuadnya.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Bryan See yang berusia 29 tahun. Bagaimanapun, tiada sebarang makluman kepada umum dibuat mengenai tempoh kontrak yang mengikat Bryan dengan Perak.", "Bercakap mengenai perjalanan karier Bryan, sekitar tahun 2019, Bryan menyertai Bangkok FC yang beraksi dalam divisyen ketiga bola sepak negara jiran tetangga itu selama setengah musim.", "Tidak lama kemudian, Bryan pulang ke tanah air dan bergabung bersama PDRM FC sebelum menyertai Penang FC pada tahun 2021. ", "Kelab terakhir diwakilinya sebelum berhijrah ke Perak adalah Melaka United FC. Untuk makluman semua, Bryan berhasil membuat 12 penampilan dalam saingan Liga Super dan Piala FA sepanjang musim 2022. Daripada 12 penampilan itu, dua perlawanan berjaya disudahi dengan tanpa sebarang bolos (clean sheet). ", "Sebagai rekod, negeri Perak bukanlah satu nama asing buatnya. Pada tahun 2018 lalu, Bryan merupakan sebahagian daripada skuad Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) yang dibimbing oleh Abu Bakar Fadzim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220703/", "headline": "\nPiala Dunia: Raja Salman Isytihar Cuti Selepas Arab Saudi Kejutkan Juara Dunia Dua Kali\n", "content": ["Skuad bola sepak Arab Saudi memulakan kempen Piala Dunia 2022 Qatar dengan satu kejutan apabila menumpaskan juara dunia sebanyak dua kali iaitu Argentina.", "Perlawanan pertama melibatkan saingan peringkat Kumpulan C itu menyaksikan Argentina terlebih dahulu mendahului menerusi jaringan oleh kaptennya, Lionel Messi seawal minit ke-10.", "Bagaimanapun, Arab Saudi bimbingan Herve Renard bangkit pada babak kedua dengan menjaringkan dua gol menerusi Saleh Alshehri dan Salem Aldawsari pada minit ke-48 dan ke-53", "Kedudukan 2-1 itu kekal bertahan sehingga pengadil perlawanan, Slavco Vincic dari Slovenia meniup wisel menamatkan perlawanan sekaligus menghadiahkan skuad berjulukan The Green Falcons ini tiga mata pertama dalam kancah Piala Dunia ini.", "#خادم_الحرمين_الشريفين يوجه أن يكون يوم غد الأربعاء إجازة لجميع الموظفين في كافة قطاعات الدولة والقطاع الخاص والطلبة والطالبات في جميع المراحل التعليمية.#واس pic.twitter.com/yRdz7mEojN", "— واس الأخبار الملكية (@spagov) November 22, 2022", "Susulan dengan kejutan ke atas Argentina itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud menitahkan pengisytiharaan cuti pada Rabu (hari ini) menerusi akaun Twitter rasmi kerajaan pada malam tadi.", "Difahamkan, cuti itu tertakhluk kepada semua pekerja sektor kerajaan dan swasta, serta pelajar lelaki mahupun wanita di pelbagai peringkat di seluruh negara itu.", "Sebagai rekod, ini merupakan penyertaan kali keenam Arab Saudi di pentas Piala Dunia. Dan kemenangan ke atas Argentina ini merupakan yang keempat sepanjang mereka beraksi di pentas terulung bola sepak ini.", "Untuk perlawanan berikutnya, Arab Saudi dijadualkan menentang Poland pada Sabtu (26 November) dengan sepak mula pada jam 9 malam waktu Malaysia.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219434/", "headline": "\nRanking BWF: Sze Fei-Izzuddin Duduki Tangga Ke-11 Dunia – Tertinggi Dalam Karier\n", "content": ["Beregu lelaki negara yang bergandingan sejak tahun 2016, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin merekodkan satu lagi kedudukan tertinggi dalam kedudukan dunia sepanjang karier mereka.", "Kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan juara Terbuka Jerman 2022 ini merekodkan peningkatan satu anak tangga berbanding kedudukan minggu lalu sekaligus menghuni ranking kesebelas dunia.", "Ketika ini, Sze Fei-Izzuddin berada di kedudukan tersebut dengan mengumpul 69,375 mata – dibezakan 375 mata dengan pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dari Korea, Choi Sol-gyu dan Seo Seung-jae yang mempunyai 69,750 mata.", "Sementara itu, juara dunia merangkap beregu No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik masih kekal di kedudukan kelima dunia pada minggu ini.", "Manakala pasangan lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pula kekal tidak berganjak di kedudukan kesembilan dunia buat minggu kedua berturut-turut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216506/", "headline": "\nOrleans Masters: Aksi Sulung Peng Soon-Ee Wei Berakhir Dengan Kekalahan Kepada Beregu Indonesia\n", "content": ["Aksi sulung melibatkan gandingan campuran baharu antara pemain senior, Chan Peng Soon bersama pemain muda, Toh Ee Wei dalam saingan Orleans Masters 2022 berakhir dengan kekalahan.", "Peng Soon-Ee Wei yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini tumpas kepada beregu Indonesia yang menghuni ranking ke-85 dunia, Zachariah Sumanti-Hediana Julimarbela pada Pusingan 32.", "Orleans Masters 2022XD – Round of 32 🇮🇩Zachariah Josiahno Sumanti🏅22 18 21 🇮🇩Hediana Julimarbela🏅20 21 18 🇲🇾Peng Soon Chan 🇲🇾Ee Wei Toh", "🕗 in 61 minutes https://t.co/fyhGX4woTa", "— BWFScore (@BWFScore) March 30, 2022", "Baca: Chan Peng Soon Bentuk Gandingan Sementara Bersama Toh Ee Wei", "Dalam perlawanan tersebut, mereka terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 20-22 sebelum bangkit memenangi set kedua dengan kutipan mata 21-18 untuk mengheret pasangan Indonesia itu ke set penentuan.", "Set ketiga itu berlangsung dengan cukup sengit namun Peng Soon-Ee Wei terpaksa akur tumpas dengan skor 18-21 sekaligus tersingkir awal daripada saingan bertaraf Jelajah Super 100 BWF ini.", "Untuk makluman semua, pertarungan antara Peng Soon-Ee Wei menentang Zachariah-Hediana ini berlangsung dalam tempoh yang agak panjang melebihi satu jam permainan.", "Sementara itu, beregu campuran Indonesia yang memenangi perlawanan ini dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Menanti mereka di pusingan itu nanti adalah beregu campuran Finland-Republik Czech, Anton Kaisti dan Alzbeta Basova yang berada di ranking ke-90 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321959/", "headline": "\nRize Milik Al Rajhi Bank Jadi Rakan Bank Digital Rasmi Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Bank digital milik Al Rajhi Bank Malaysia yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu iaitu Rize diumumkan sebagai Rakan Bank Digital Rasmi Liga Malaysia 2023.", "Perkembangan itu hadir selepas Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) dan penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan telah menandatangani perjanjian penajaan selama setahun pada hari ini.", "Sebagai pendahuluan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al Rajhi Bank, Arsalaan Ahmed memaklumkan pengguna baharu dan sedia ada Rize akan layak mendapat diskaun sebanyak 10% daripada harga tiket jika bayar menggunakan kad debit Rize.", "Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) telah menandatangani perjanjian penajaan dengan Malaysian Football League (MFL) untuk meletakkan bank digitalnya, rize selaku Bank Digital Rasmi Liga Malaysia 2023.#LigaMalaysia2023", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 21, 2023", "Difahamkan penawaran ini juga terbuka kepada pelanggan semasa Al Rajhi Bank selama tiga bulan.", "Selain penawaran ini, Al Rajhi Bank mendedahkan akan membentangkan perancangannya mengenai kerjasama ini dengan lebih mendalam dalam beberapa minggu akan datang untuk para peminat bola sepak tempatan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan julung kalinya Al Rajhi Bank bekerjasama bagi menaja saingan bola sepak tempatan dan tajaannya turut merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup serta Piala MFL."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324682/", "headline": "\nRanking BWF: Jaguh Badminton Malaysia Tersingkir Daripada Kelompok ‘Top 10’ Dunia\n", "content": ["Perseorangan badminton lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia tidak lagi berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia bermula hari ini – julung kalinya selepas sekitar 27 bulan.", "Perkembangan itu hadir selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengemaskini Ranking Dunia sekitar tengah hari tadi yang menyaksikan pemain kelahiran Kedah itu jatuh satu anak tangga berbanding kedudukannya pada minggu lalu.", "Kejatuhan itu menyebabkan pemain berusia 25 tahun ini menghuni tangga ke-11 dunia – kedudukan yang kali terakhir dihuninya pada 4 Mac 2021.", "Untuk makluman semua, Zii Jia menghuni tangga berkenaan dengan kutipan 59,876 mata.", "Sebagai tambahan, kedudukan kesepuluh dunia pada minggu ke-26 ini menjadi milik pemain China yang berusia 23 tahun, Li Shi Feng merangkap juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2023 yang memiliki 60,738 mata.", "Sementara itu, tiada sebarang perubahan melibatkan ranking perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong yang kekal di ranking ke-21 dunia.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207163/", "headline": "\nPetra Kvitova: Kalau Boleh Saya Tak Mahu Jadi Pemain Tenis Terkenal\n", "content": ["Untuk menjadi pemain yang terbaik di dunia, pastinya pelbagai cabaran perlu dilalui dalam perjalanan menuju ke puncak.", "Pelbagai rintangan yang dihadapi, tekanan yang meninggi namun itu pastinya terbalas dengan usaha yang jitu.", "Itu adalah norma bagi mana-mana atlet, namun bagi Petra Kvitova perjalanan beliau sedikit berbeza berbanding pemain tenis yang lain.", "Beliau pernah berada di puncak dunia apabila berjaya merangkul gelaran Grand Slam dua kali pada 2011 dan 2014 dalam kejohanan Wimbledon.", "Clay in September? We’ll take it 🤷‍♀️ @rolandgarros 🔜 pic.twitter.com/tBZLV2gVDW", "Namun jauh disudut hatinya, beliau ingin saja menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang jauh dari perhatian orang ramai.", "Menjadi pemain terkenal ini, mendedahkan beliau kepada ramai orang. Tetapi, apabila bertemu ramai orang, banyak pula ragamnya.", "“Sukar untuk mencari kawan, maksud saya kawan yang benar-benar jujur dengan kita. Sukar juga untuk berjauhan dari keluarga,” katanya dalam temuramah di BBC Radio 5 Live.", "“Saya bukanlah seorang pemain yang gemar menjadi perhatian orang awam dan surat khabar. Ada masanya, sukar untuk saya hadapi situasi ini.”", "Bagi Kvitova, menjadi pemain tenis jelas sekali menjauhkan dirinya dari kehidupan sebagai manusia biasa.", "“Saya tak rasa yang kami [pemain tenis] mempunyai kehidupan yang sebenar.”", "“Hal ini disebabkan kerana kami masih lagi di jalanan (menyertai jelajah dunia), masih lagi berlatih, bermain dalam perlawanan, makan dan juga tidur.”", "“I’m always trying to see the positives”…“time heals” says @Petra_Kvitova who has returned to tennis after being stabbed in her playing hand during a robbery in 2016.🎧@BBCSOUNDShttps://t.co/Co8B259nxb pic.twitter.com/nZarpbKfLv", "Walaupun beliau mendambakan kehidupan sebagai manusia biasa, rasa cinta Kvitova terhadap tenis tetap tinggi.", "Memenangi pelbagai kejohanan utama adalah pembakar semangat untuk dirinya berjaya dalam karier tenis.", "“Saya masih sayangkan tenis dan masih mahu bermain sukan ini. Memenangi pelbagai kejuaraan utama adalah motivasi saya dan kerana itulah saya masih bermain.”", "Pada tahun 2016, Kvitova pernah mengalami kecederaan ditangan kiri selepas ditikam perompak di rumahnya, Republik Czech.", "Kecederaan itu jelas sekali merencatkan kariernya yang ketika itu berada di puncak kerana beliau merupakan pemain kidal."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323707/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Pasukan Teqball Malaysia Raih Dua Pingat Gangsa\n", "content": ["Wakil perseorangan lelaki dan wanita bagi acara teqball, Sharul Hameed Albarilan dan Asnidah Zamri membawa pulang pingat gangsa dalam aksi sulung sukan itu di pentas asia tenggara.", "Biarpun begitu, pungutan pingat sukan teqball yang diletakkan sebagai sukan pertunjukan tidak dikira dalam kedudukan pingat keseluruhan sekaligus tidak menambah jumlah pingat gangsa buat Malaysia. ", "Presiden Persatuan Teqball Malaysia (MTA), KJ Siva tetap gambira dengan prestasi yang ditampilkan para atlet biarpun tidak mencapai sasaran awal yang ditetapkan mereka. ", "“Kami sangat gembira dengan persembahan yang dipamerkan oleh atlet kami, dan tidak sabar untuk mula berusaha membangunkan sukan ini dengan lebih baik apabila kami kembali (ke tanah air)”, ujar KJ Siva.", "Terdahulu, pasukan teqball negara beraksi baik dalam kejohanan pra-Sukan SEA yang mana menyaksikan skuad kebangsaan meraih lima pingat perak daripada lima acara dipertandingkan. ", "Oleh itu, MTA menerusi presidennya, KJ Siva meletakkan harapan untuk membawa pulang pingat perak dalam tiga acara dipertandingkan di Sukan SEA kali ini tetapi hanya pingat gangsa berjaya diraih skuad negara. ", "Untuk makluman, hanya tiga kategori dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA 2023 – perseorangan lelaki, perseorangan wanita & beregu lelaki manakala akan ada tambahan dua acara – beregu wanita & beregu campuran pada Sukan SEA akan datang di Thailand. ", "Ini bermaksud akan ada lima kategori acara bakal dipertandingkan bagi sukan teqball setelah acara sukan tersebut dijadikan acara pungutan pingat pada Sukan SEA 2025. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322343/", "headline": "\n28 Sukan Wajib Dipertandingkan Bermula SUKMA 2024\n", "content": ["Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) menetapkan sebanyak 28 jenis sukan wajib dipertandingkan bermula temasya SUKMA 2024 dimana Sarawak menjadi tuan rumah. Penetapan itu dicapai dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh merangkap Menteri Belia dan Sukan pada hari ini.", "Senarai 28 jenis sukan yang wajib dipertandingkan di SUKMA adalah seperti berikut:", "Namun begitu, Sarawak selaku tuan rumah diberikan pilihan memasukkan beberapa sukan tambahan. Hasilnya, Sarawak telah memutuskan untuk menyenaraikan empat jenis sukan iaitu tinju, muay thai, petanque dan sukan elektronik (e-sports) – tertakluk kepada jumlah minimum penyertaan enam negeri seperti terkandung dalam Peraturan Am Sukan Malaysia.", "Pada masa yang sama, Jawatankuasa juga telah bersetuju untuk Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan beberapa sesi libat urus bersama persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan pemegang taruh yang berkaitan bagi mengkaji kemungkinan membuka penyertaan kepada lebih banyak jenis sukan untuk dipertandingkan pada edisi temasya SUKMA pada masa hadapan.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112842/", "headline": "\nVideo: Lubnan Kempunan Kemenangan, Percubaan Solo Rabih Ataya Ditepis ‘Goalie’ Iraq\n", "content": ["Skuad kebangsaan Lubnan yang diwakili oleh pemain tengah Kedah Darul Aman, Rabih Ataya terpaksa akur mengutip satu mata sahaja ketika menentang Iraq dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022, tengah malam tadi.", "Ketika masa permainan antara kedua-dua pasukan menjangkau minit ke-76 dan masih seri tanpa jaringan, ketua jurulatih Lubnan, Fouad Balhawan membuat keputusan untuk memasukkan Rabih menggantikan Hassan Maatouk.", "Sekitar minit ke-79, Rabih yang berada di bahagian sayap kanan mendapat bola daripada rakan sepasukannya berhasil menggelecek dan mengatasi seorang pertahanan Iraq untuk masuk ke dalam kotak penalti.", "Bagaimanapun, percubaan dari dalam kotak hasil daripada gerakan solonya itu berjaya ditepis oleh penjaga gol pasukan lawan, Fahad Talib sekaligus mengekalkan kedudukan seri tanpa jaringan.", "Itulah percubaan terbaik yang dapat dilakukan oleh Rabih dalam permaianan dan kedudukan tersebut berlanjutan sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.", "Keputusan seri ini meletakkan Lubnan di tangga keempat bagi Kumpulan A yang melibatkan Republik Islam Iran, Republik Korea, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Syria.", "Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Rabih ini akan bertemu Syria pada 13 Oktober nanti.", "Anda boleh menyaksikan sorotan perlawanan antara Iraq menentang Lubnan DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221132/", "headline": "\nVietnam Menang Tipis Ke Atas Filipina Dalam Aksi Pemanas Badan Sebelum Piala AFF\n", "content": ["Vietnam mencipta kemenangan tipis dalam perlawanan antarabangsa yang berperanan sebagai aksi pemanas badan sebelum mengharungi saingan Kumpulan B yang terdiri daripada Malaysia, Singapura, Laos dan Myanmar dalam saingan Piala AFF kelak. ", "Skuad bimbingan Park Hang-seo berhasil melakar kemenangan dengan keputusan 1-0 ke atas Filipina dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Day, Hanoi, semalam.", "Bagaimanapun, Vietnam terpaksa menunggu sehingga minit ke-92 sebelum dapat mengesahkan kemenangan tersebut apabila satu rembatan daripada Nguyen Van Quyet terbias masuk ke dalam gawang selepas mengenai kaki pertahanan lawan.", "Untuk makluman, ini merupakan satu-satunya perlawanan yang diatur oleh skuad Naga Emas sebelum turun mengharungi perlawanan pertama pada 21 Disember kelak.", "Vietnam akan memulakan kempennya dengan menentang Laos diikuti Malaysia, Singapura dan Myanmar.", "Untuk makluman, ini merupakan kali terakhir Vietnam mengharungi kempen Piala AFF dengan bimbingan ketua jurulatihnya, Hang-seo sebelum kedua-dua berpisah pada penghujung Januari kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323318/", "headline": "\nKelab Milik Ryan Reynolds Sahkan Menentang Chelsea Sebelum Bertemu Man Utd\n", "content": ["Kelab bola sepak yang dimiliki secara bersama oleh bintang Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney, Wrexham AFC mengesahkan akan bertemu pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea dalam aksi pramusim di Amerika Syarikat pada Julai nanti.", "Wrexham yang merupakan kelab bola sepak ketiga tertua di dunia mengesahkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawangnya, baru-baru ini. Difahamkan, pertemuan itu akan berlangsung pada 19 Julai bertempat di Stadium Kenan, North Carolina, Amerika Syarikat.", "Sebelum ini, Wrexham yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Nasional Vanarama dan akan beraksi dalam saingan EFL League Two pada musim hadapan telah mengesahkan akan menentang sebuah lagi pasukan EPL iaitu Manchester United (Man Utd).", "Perlawanan itu dijadualkan berlangsung selang enam hari kemudian di Stadium Snapdragon, San Diego.", "Pada masa yang sama, Wrexham turut menjanjikan dua lagi perlawanan dalam siri jelajah pramusim di Amerika tersebut. Ianya akan berlangsung pada 22 dan 28 Julai namun pasukan yang akan menjadi lawan mereka akan dimuktamadkan kemudian.", "Wrexham to play Chelsea during US Tour!", "— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) April 20, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217492/", "headline": "\nSukan SEA: Tang Jie-Yen Wei Ketepikan Beregu No.3 Indonesia Untuk Ke Final\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei mengesahkan kemaraan ke pentas akhir acara badminton individu Sukan SEA 2021 selepas menumpaskan pasangan campuran No.3 Indonesia.", "Tang Jie-Yen Wei yang menghuni ranking ke-29 berhasil menumpaskan Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari yang berada di tangga ke-19 dunia dengan skor 20-22, 21-13 dan 21-18.", "SF#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Peck Yen Wei(4) def. #INA🇮🇩 Rinov Rivaldy-Pitha Mentari(1) 20-22 21-13 21-18#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/y4gWyESIXd", "— BAM (@BA_Malaysia) May 21, 2022", "Untuk makluman semua, ini juga merupakan kemenangan kedua yang diraih oleh Tang Jie-Yen Wei ke atas Rinov-Pitha di pentas antarabangsa. Sebelum ini, mereka mencetak kemenangan ke atas pasangan yang sama ketika beraksi di kejohanan Terbuka Chinese Taipei 2018.", "Sementara itu, di pentas final esok, Tang Jie-Yen Wei akan bertemu samada beregu Indonesia, Adnan Maulana-Mychelle Bandaso (ranking ke-24) atau beregu senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See (ranking ke-23) untuk merebut kilauan pingat emas temasya dwitahunan ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221090/", "headline": "\nKalamullah, Ifwat & Fikri Jadi Taruhan Kedah Di Posisi Penjaga Gol Musim 2023\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) telah melengkapkan kuota tiga penjaga golnya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 kelak.", "Selepas mengekalkan Ifwat Akmal Che Kassim, 26 tahun, dan mengikat penjaga gol skuad kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, 27 tahun, skuad berjulukan Sang Kenari ini melengkapkan trionya dengan kemasukan penjaga gol Kelantan United FC, Mohammad Fikri Che Soh.", "FIKRI CHE SOH KINI SANG KENARI!", "Selamat datang Mohammad Fikri Che Soh ke bumi Jelapang Padi! Penjaga gol baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 24 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Musim lepas beliau mewakili Kelantan United FC. pic.twitter.com/dDldOVApa9", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 12, 2022", "Dimaklumkan, penjaga gol berusia 24 tahun, kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini diikat oleh Kedah dengan kontrak selama setahun dan bakal menyarung jersi Hijau Kuning dengan nombor 33.", "Sebagai rekod, sepanjang beraksi bersama Kelantan United bermula tahun 2021, Fikri menjadi tunjang utama pasukan dengan merekodkan lebih daripada 30 penampilan buat skuad berjulukan The Green Deers ini.", "Untuk makluman semua, Fikri menjadi pemain baharu yang ketiga dibawa menyertai Kedah di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Nafuzi Zain.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111914/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Coach Brad Panggil ‘Budak SMK Kulim’ & Penjaga Gol Muda Perak\n", "content": ["Selepas menyenaraikan 27 pemain bagi menyertai Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad Bawah 20 Tahun (B-20) Kebangsaan, ketua jurulatihnya, Brad Maloney memanggil dua lagi pemain tambahan.", "Kem latihan ini dijalankan secara kuarantin di Petaling Jaya, Selangor sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada penghujung Oktober kelak.", "Baca: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun", "Menerusi makluman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dua pemain tambahan yang dipanggil oleh jurulatih kelahiran Australia terbabit ialah pemain tengah Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Chia Ruo Han, 20 tahun dan penjaga gol muda Perak, Azri Ab Ghani yang berusia 22 tahun.", "Untuk makluman semua, Chia Ruo Han pernah menarik tumpuan peminat dan penyokong bola sepak tempatan apabila namanya disenaraikan oleh JDT untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC 2021 pada Jun yang lalu.", "Baca: Chia Ruo Han Dari SMK Kulim Ke Liga Juara-Juara AFC", "Ruo Han merupakan bekas pelajar SMK Kulim, Kedah dan pernah terbang ke luar negara untuk menjalani latihan di Manchester Soccer School di United Kingdom (UK) serta Allianz Junior Football Camp (AJFC) di Bali, Indonesia. ", "Sekitar tahun 2018, anak kepada bekas pemain bola sepak dan jurulatih remaja, Chia Ah Bee ini membuat keputusan untuk menyertai Akademi JDT pada usia 17 tahun.", "Ruo Han dipanggil untuk menggantikan Ahmad Aysar Hadi Mohd Sapri juga daripada JDT II yang mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Kuching City dalam saingan Liga Premier, minggu lalu.", "Sementara itu, Azri, penjaga gol muda yang menyertai Perak pada awal tahun ini, berjaya tampil sebanyak enam kali bersama skuad senior Perak dalam saingan Liga Super turut dipanggil oleh Coach Brad.", "Ini menjadikan seramai lima penjaga gol dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara keseluruhan. Sebagai tambahan, kem ini akan berlangsung bermula 30 Ogos sehingga 7 September 2021.", "Coach Brad akan memanggil pemain-pemain lain yang beraksi bersama skuad Liga Super serta dari luar negara seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Wan Kuzri Wan Kamal (University of Akron) pada kem latihan pusat Fasa 2. ", "Baca: Wan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321324/", "headline": "\nManuel Hidalgo Tinggalkan Sri Pahang, Sertai Kedah Kendalian Nafuzi Zain\n", "content": ["Jodoh pemain tengah menyerang (attacking midfielder) kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo bersama Sri Pahang FC nampaknya hanya bertahan setakat satu musim dan setengah sahaja.", "Pemain yang amat mengagumi mendiang Diego Maradona ini mengejutkan para peminat bola sepak tempatan apabila diumumkan menyertai skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) kendalian Nafuzi Zain, pada hari ini.", "“Selamat datang Manuel Hidalgo.” tulis kenyataan rasmi kelab menerusi pelbagai platform media sosialnya.", "SELAMAT DATANG MANUEL HIDALGO 🇦🇷", "Pemain yang tidak asing dalam saingan Liga Malaysia kini bersama Sang Kenari. Manuel Hidalgo pemain yang mempunyai susuk tubuh kecil tetapi mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan. Beliau akan menggunakan jersi nombor 8️⃣8️⃣ musim ini. pic.twitter.com/dkgOwejsdZ", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 5, 2023", "“Pemain yang tidak asing dalam saingan Liga Malaysia kini bersama Sang Kenari. Manuel Hidalgo pemain yang mempunyai susuk tubuh kecil tetapi mampu memberi masalah pada pertahanan pasukan lawan.” tambah kenyataan itu lagi.", "Dimaklumkan, pemain berusia 23 tahun mengekalkan nombor yang dipakainya ketika beraksi bersama Sri Pahang iaitu No.88 untuk disarungnya bersama Kedah bagi mengharungi saingan musim ini.", "Dengan kemasukannya ke dalam skuad Hijau Kuning pada jendela perpindahan kali ini, Hidalgo dijangka menjadi taruhan utama buat Nafuzi untuk membentuk trio bahagian tengah bersama-sama Manuel Ott dan Amirbek Juraboev.", "Untuk pengetahuan semua, Hidalgo mula beraksi dalam kancah bola sepak Malaysia sekitar Mei 2021 apabila ditandatangani oleh Sri Pahang pada jendela perpindahan pertengahan musim tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215113/", "headline": "\nSabah Rekrut Bekas Penyerang Tengah FC Inter, Taiki Kagayama\n", "content": ["Bekas penyerang tengah pasukan yang berpangkalan di Finland, FC Inter Turku menjadi pemain import terbaru yang direkrut oleh Sabah FC.", "Berusia 25 tahun, kelahiran Jepun, Taiki Kagayama diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad The Rhinos itu menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, hari ini.", "サバFC、タイキへようこそ! 🦏 Taiki Kagayama☀️ 25 Tahun 🇯🇵 📏 1.68⚖️ 64kg⚽️ Penyerang Tengah pic.twitter.com/g21HesB28x", "Pemain yang berketinggian 1.68 meter (m) ini merupakan produk JFA Academy Fukushima dan mengembangkan karier bola sepaknya dengan menyertai pasukan universiti di negaranya, Kansai University.", "Pada tahun 2019, Kagayama membuat keputusan untuk berhijrah ke benua eropah dan menyertai pasukan yang berpangkalan di Finland iaitu Musan Salama (MuSa) yang beraksi dalam divisyen dua bola sepak negara itu.", "Kemudiannya, dia berpindah ke pasukan Kokkolan PV sebelum menyertai FC Inter Turku yang beraksi dalam kancah utama bola sepak Finland. Untuk rekod, sepanjang hampir tiga tahun beraksi di sana, Kayagama meraih sekitar 51 penampilan dan menjaringkan 13 gol.", "Featured Image: FC Inter Turku"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218191/", "headline": "\nBintang YouTube, Logan Paul Sertai WWE\n", "content": ["Logan Paul, salah seorang bintang YouTube, kini membuat kejutan dan telah menandatangani perjanjian dengan WWE. Ia dikatakan Logan Paul telah menandatangani perjanjian untuk WWE sehingga tahun 2023.", "Sebelum ini, Logan Paul turut pernah melakukan penampilan pada WWE melalui acara WresleMania pada bulan April lepas.", "Bersama-sama menandatangani perjanjian WWE, Logan Paul turut menyampaikan mesej, mengatakan akan menentang The Miz pada WWE."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110194/", "headline": "\nDato’ Seri Vida Tanya Patutkah Dia Miliki Perak FC Sambil Membuat Tinjauan di Stadium\n", "content": ["Hasrat usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Dato’ Seri Vida untuk memiliki pasukan Perak FC nyata bukan omongan kosong.", "Menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya, Dato’ Seri Vida dilihat melakukan tinjauan ke Stadium Perak, pada hari ini.", "Tinjauan itu dilakukannya selepas media tempatan melaporkan usahawan berusia 49 tahun tersebut sedang mempertimbangkan untuk memiliki pasukan skuad The Bos Gaurus, semalam.", "“Saya sudah ada pengalaman (terlibat dalam bola sepak) jadi sebelum buat apa-apa, saya perlu tengok, tinjau dan kaji (terlebih dahulu).” katanya.", "Untuk makluman, sekitar lima tahun yang lalu, Dato’ Seri Vida tampil sebagai penaja utama pasukan Kelantan. Pada saat itu, beliau dilaporkan membuat tajaan bernilai RM20 juta secara keseluruhan kepada skuad The Red Warriors bagi tempoh dua musim.", "Bagaimanapun, penglibatan Dato’ Seri Vida selaku penaja menerusi syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd hanya bertahan semusim sahaja iaitu pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk menangguhkannya pada penghujung tahun yang sama.", "“Sebelum saya ambil alih atau terlibat (bersama) The Bos Gaurus saya kena buat post-mortem, kajian, maintenance dia macam mana, gaji pemain macam mana, senario sekarang macam mana dan bagaimana pulangan (kepada saya),”", "“Ini investment, takkan keluar-keluar dan masuknya ikut mana?” katanya lagi.", "Sambil melakukan tinjauan di perkarangan Stadium Perak yang terletak di Ipoh, Dato’ Seri Vida turut melontarkan persoalan kepada orang ramai terutamanya penyokong Perak samada wajar atau tidak beliau terlibat atau miliki pasukan ini ditambah pula negara dan seluruh dunia sedang dilanda pandemik Covid-19 pada ketika ini.", "Beliau yang menetap di Ipoh turut menanyakan adakah penglibatan beliau bersama pasukan tersebut akan mendapat sokongan para penyokong dengan membeli barangan cenderamata pasukan dan juga barangan yang dijual oleh syarikatnya.", "Tonton video Dato’ Seri Vida DI SINI"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217477/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Lee Zii Jia Lawan Liew Daren Di Separuh Akhir\n", "content": ["Dua perseorangan bebas (independent) lelaki negara bertembung sesama sendiri di pentas separuh akhir Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – pada hari esok.", "Pertembungan itu terhasil selepas pemain No.6 dunia, Lee Zii Jia berjaya menumpaskan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dengan pungutan mata 21-10, 14-21 dan 21-16 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan, sebentar tadi.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MS – Quarter final21 14 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅10 21 16 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO", "🕗 in 56 minutes https://t.co/y2Qw4PxwnT", "— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2022", "Manakala, Liew Daren yang terlebih dahulu mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama mengalahkan pemain China, Zhao Jun Peng juga menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-10, 19-21 dan 21-19.", "Baca: Liew Daren Jejak Pentas Semi-final Yang Pertama Selepas 2 Tahun", "Bercakap mengenai pertembungan antara Zii Jia dan Daren ini, kedua-dua pemain hanya pernah berentap sebanyak satu kali sahaja, sebelum ini. Pertemuan itu berlangsung di dalam kejohanan Terbuka Denmark pada tahun lalu.", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia berjaya merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-14 dalam tempoh masa setengah jam.", "Sebagai tambahan, menariknya, Daren yang berusia 34 tahun ini juga merupakan “sparring partner” kepada Zii Jia pada ketika ini. Kedua-duanya bernaung di bawah Lee Zii Jia Badminton Club yang ditubuhkan oleh Zii Jia, pada tahun ini.", "Featured Image: Badminton Asia & Badminton Association of Malaysia  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111268/", "headline": "\nNafuzi: Waspada Ancaman Perak, Usah Selesa Dengan Kemenangan Lalu\n", "content": ["Ketua Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menasihatkan anak-anak buahnya berwaspada apabila turun bertemu pasukan yang menduduki tangga kesepuluh Liga Super, Perak FC pada malam esok.", "Nafuzi tidak mahu kemenangan-kemenangan yang telah diraih oleh pasukannya sebelum ini menjadikan mereka leka pada perlawanan yang akan berlangsung di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Biarpun mereka dikuatkan dengan kehadiran dua pemain iaitu Lee Tuck dan Habib Haroon, Perak yang dibimbing oleh Chong Yee Fatt turut membawa masuk beberapa muka baharu untuk memperkukuhkan skuad The Bos Gaurus.", "“Kita juga ada pemain baharu, begitu juga dengan Perak yang turut merombak beberapa pemain dan saya yakin mereka lebih bermotivasi kali ini untuk mempamerkan aksi terbaik.", "“Jadi, saya tidak mahu pemain mengambil mudah aksi pada malam esok walaupun kita sekarang di tangga kedua liga, dan apa-apa sahaja boleh berlaku.", "“Saya tetap beritahu pemain-pemain saya untuk mereka sentiasa berwaspada dengan setiap ancaman dan tidak boleh selesa dengan kemenangan-kemenangan yang pernah kita raih sebelum ini”, katanya.", "Mengimbau perlawanan menentang Perak pada pusingan pertama Liga Super lalu, skuad kendalian Nafuzi ini berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.", "Kedua-dua gol itu dijaringkan oleh Faisal Halim dan Dechi Marcel masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324509/", "headline": "\nBekas Presiden FINAS Dilantik Pengerusi PSM Sesi 2023-2025\n", "content": ["Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini diterajui dan dianggotai oleh individu-individu baharu yang terdiri daripada golongan korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan.", "Menerusi satu kenyataan media oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), badan yang bertanggungjawab untuk menyelia beberapa pusat sukan negara seperti Stadium Nasional, Axiata Arena, Stadium Hoki Negara dan Pusat Akuatik Nasional kini dipengerusikan oleh pelakon dan ahli korporat merangkap bekas Presiden Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Dato’ Hans Isaac.", "Manakala individu-individu lain yang turut dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM 2023-2025 adalah seperti berikut:", "Dalam kenyataan yang sama, menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh berharap barisan keanggotaan baharu ini dapat memastikan halatuju PSM dalam pengurusan fasiliti yang berdaya mampan (self-sustainable), mengamalkan tadbir urus korporat yang baik, menyediakan perkhidmatan yang efisien dan profesional kepada semua pihak serta merakyatkan fasiliti PSM untuk kegunaan orang awam dalam mempromosikan gaya hidup sihat.", "Featured Image: Facebook Hans Isaac"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207065/", "headline": "\nOng Kim Swee Pengarah Teknikal Baharu FAM?\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dikhabarkan menjadi calon utama untuk menggantikan Peter de Roo sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Sebelum ini, Peter de Roo mengumumkan di laman sosialnya, tidak akan melanjutkan kontrak sebagai Pengarah Teknikal FAM, di mana ianya bakal tamat pada hujung tahun ini.", "Menurut laporan New Straits Times, Presiden dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Stuart Ramalingam telah mengadakan mesyuarat secara tertutup bersama Kim Swee pada minggu lalu.", "Dan sebuah sumber yang tidak dinamakan memberitahu bahawa Kim Swee yang kini menjawat jawatan Ketua Unit Pembangunan Belia FAM telah ditawarkan untuk menggantikan Peter de Roo.", "Untuk rekod, Peter de Roo dilantik dan memulakan tugas sebagai Pengarah Teknikal FAM pada september 2017. ", "Beliau merupakan individu penting yang menjalankan program DNA Bola Sepak Malaysia – sebuah sebuah falsafah bola sepak yang merangkumi sistem kejurulatihan yang seragam dari peringkat akar umbi sehingga elit.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215412/", "headline": "\nBATC 2022: ‘Comeback’ Epik Tze Yong Hiasi Kemenangan 5-0 Malaysia Ke Atas Singapura\n", "content": ["Pasukan lelaki Malaysia berjaya memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 peringkat Kumpulan B dengan kemenangan yang meyakinkan 5-0 ke atas Singapura.", "Dalam perlawanan tersebut, pertembungan antara Ng Tze Yong dan Jason Teh Jia Heng pada perlawanan ketiga menyajikan aksi yang paling sengit yang mencuri perhatian peminat dan penonton badminton tanah air.", "Ketika itu, Tze Yong terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 17-21. Namun begitu, pemain berusia 21 tahun ini bangkit mengikat Jason Teh pada set kedua dengan skor 24-22.", "Dan momentum daripada set kedua itu diteruskan oleh Tze Yong pada set penentuan sehingga berjaya mengalahkan Jason Teh dengan skor 21-19 sekaligus mengesahkan kemenangan Malaysia ke atas Singapura dengan kedudukan 3-0.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 3-0 🇸🇬Ng Tze Yong def. Jason Teh 17-21 24-22 21-19#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/CBxdlawZCZ", "Kemudiannya, pasangan beregu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mudah meletakkan Malaysia mengatasi Singapura dengan kedudukan 4-0 hasil kemenangan ‘straight set’  dengan skor 21-10 dan 21-13. ", "Seterusnya, taruhan perseorangan terakhir, Leong Jun Hao menutup perlawanan hari ini dengan menyumbangkan kemenangan kelima buat Malaysia hasil menumpaskan Joel Koh Jia Wei dengan keputusan 21-17 dan 22-20. ", "Terdahulu,pada perlawanan pembukaan, perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia mencipta kemenangan mudah ke atas Juara Dunia 2021, Loh Kean Yew secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-6 dan 21-14.", "Skrip yang sama diulang oleh beregu lelaki No.1 Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berhasil merekodkan kemenangan ke atas Eng Keat Wesley Koh-Danny Bawa Chrisnanta dengan skor 21-14 dan 21-12."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321647/", "headline": "\nTerengganu FC Bentuk Pasukan Esports Sertai PUBG Mobile Pro League\n", "content": ["Kelab bola sepak berpangkalan di pantai timur semenanjung, Terengganu FC yang juga merupakan penaung kepada Esports Malaysia Terengganu mengumumkan membentuk pasukan TFC Esports.", "Pasukan ini dibentuk bagi menyertai kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) musim ketujuh.", "Dimaklumkan, ahli pasukan TFC Esports ini terdiri daripada 1CAA, Brian, Rush, John, Bilz dan Chokey. Manakala Mang dan Chemin pula berperanan penganalisis (analyst) dan jurulatih masing-masing.", "Pasukan ini akan diuruskan oleh Heaven selakuk pengurus pasukan dan dibantu Nully selaku penolong pengurus. ", "Untuk makluman semua, TFC Esports pada musim ini akan ditaja oleh beberapa entiti yang menaja Terengganu FC seperti Sasoakai Resources, TFC Lab, TFC Direct serta Parlo.my dan Ancient Galaxy Esports.", "Featured Image: Terengganu FC Esports"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219849/", "headline": "\nPemain Selangor Positif Dengan Kehadiran Cheng Hoe Untuk Ubah Pasukan\n", "content": ["Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri melihat karakter yang ada pada pengendali, Tan Cheng Hoe cukup disenangi barisan pemain yang pastinya akan memberikan sesuatu dalam perlawanan akan datang.", "Selepas Cheng Hoe diumumkan selaku ketua jurulatih baharu Selangor, pemain menerima dengan positif kedatangan bekas pengendali Harimau Malaya itu dalam mengharungi baki perlawanan musim ini.", "Bahkan, Shahrel yang pernah berada di bawah bimbingan beliau ketika bersama skuad kebangsaan pada tahun 2019 tidak menolak Cheng Hoe mempunyai keperibadian yang tersendiri membuatkan pemain-pemain selesa berlatih bersamanya.", "“Setakat ini saya lihat semua pemain positif dengan adanya Cheng Hoe untuk mengubah sesuatu dalam pasukan ini.", "“Saya nampak beliau ada karakter seorang jurulatih yang boleh menyesuaikan diri dengan pemain-pemain dan kalau nak cakap garang tu, kadang-kadang sahaja.", "“Beliau ada karakter yang sentiasa inginkan kemenangan jadi insya-Allah setiap pemain akan memberikan yang terbaik untuknya,” katanya.", "Bekas jurulatih Kedah ini merupakan pengendali ketiga Selangor pada musim ini selepas Michael Feichtenbeiner dan Nidzam Jamil yang dilantik selaku jurulatih interim sebelum ini.", "Dan pastinya dengan kehadiran Cheng Hoe dapat membuka peluang lebih luas untuknya terus mendapatkan minit permainan yang memuaskan sebelum Liga Malaysia melabuhkan tirai.", "“Bagi saya setiap jurulatih mempunyai peranan masing-masing, jadi Cheng Hoe nampak lebih kepada permainan untuk penguasaan bola jadi tidak mustahil pemain boleh terima apa yang ingin dibawa oleh beliau.", "“Pendapat saya setiap pemain akan ada peluang yang diberikan jadi saya akan tunjukkan apa yang saya ada dekat sini.", "“Tahap kecergasan agak kurang sedikit sebab kurang minit permainan itu, dan saya kena ambil kepercayaan jurulatih untuk membuktikan diri sendiri,” tambahnya.", "Sebagai rekod, Cheng Hoe diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Selangor FC pada 24 September lalu, manakala Nidzam kembali dilantik sebagai penolong jurulatih."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220691/", "headline": "\nPiala Malaysia: Selangor Mara Ke Final Bertemu JDT\n", "content": ["Selangor FC kendalian Tan Cheng Hoe berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 selepas menumpaskan Terengganu FC di peringkat separuh akhir.", "Aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), sebentar tadi menyaksikan Selangor tumpas 0-1 kepada Terengganu hasil jaringan Tchetche Kipre pada babak pertama.", "Bagaimanapun, skuad berjulukan Gergasi Merah ini tetap mara hasil daripada kemenangan 3-2 secara agregat ke atas skuad berpangkalan di pantai timur itu.", "Keputusan itu disumbangkan menerusi kemenangan 3-1 yang diraih pada aksi pertama separuh akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu lalu.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan Selangor yang pertama selepas tujuh tahun ke pentas akhir Piala Malaysia. Kali terakhir mereka merekodkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada tahun 2016 yang lalu.", "Sementara itu, di pentas akhir kelak, Selangor akan berentap dengan juara Liga Super dan Piala FA musim ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut gelaran juara bagi musim ini.", "Pertemuan itu akan berlangsung pada 26 November (Sabtu) bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218250/", "headline": "\nKetum PSSI Ulang Pendirian Teruskan Proses Naturalisasi Bek Baharu JDT\n", "content": ["Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan mengulangi pendiriannya untuk meneruskan proses naturalisasi pemain kelahiran Sepanyol, Jordi Amat menjadi warganegara Indonesia. ", "Iriawan atau turut dikenali sebagai Iwan Bule mengulangi pendiriannya  terhadap pemain yang kini menjadi bek baharu bagi skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi satu makluman yang dikongsikan di pelbagai platform laman sosialnya, hari ini.", "“Setelah kami diskusikan kembali, saya dan PSSI tetap melanjutkan proses naturalisasi Jordi Amat, sesuai arah Coach Shin Tae-yong.", "“Meski Jordi sudah tergabung dengan salah satu kelab bola sepak di Malaysia, talenta (bakat) dia tetap dibutuhkan untuk menambah kekuatan di lini belakang.” katanya.", "Setelah kami diskusikan kembali, saya dan @PSSI tetap melanjutkan proses naturalisasi Jordi Amat, sesuai arahan Coach Shin Tae-Yong. Meski Jordi sudah tergabung dengan salah satu klub sepak bola di Malaysia, talenta dia tetap dibutuhkan untuk menambah kekuatan di lini belakang. pic.twitter.com/3LygZfg7CC", "— Mochamad Iriawan (Iwan Bule) (@iriawan84) July 4, 2022", "Baca: Jordi Amat Muncul Pemain Paling Mahal Liga Malaysia – Bernilai RM4.6 Juta", "Untuk makluman semua, semalam, laman sesawang rasmi PSSI mengeluarkan satu kenyataan bahawa ketua jurulatih skuad Garuda, Coach Shin Tae-yong sangat memerlukan khidmat pemain berusia 30 tahun ini dibahagian pertahanannya.", "Justeru, jurulatih kelahiran Korea itu turut menulis surat kepada badan induk bola sepak Indonesia meminta agar dilanjutkan proses naturalisasi bekas pemain Swansea dan Rayo Vallecano ini biarpun dia telah diikat oleh JDT.", "Terdahulu, sebahagian peminat dan penyokong skuad Garuda menuntut agar PSSI tidak perlu meneruskan proses naturalisasi Jordi apabila dia berhijrah menyertai JDT.", "Ini berikutan sebahagian peminat dan penyokong ini berpandangan prestasi Jordi akan menurun apabila meninggalkan kancah bola sepak di benua eropah yang ternyata lebih baik berbanding kancah Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC yang disertai oleh JDT.", "Sebagai tambahan, sekiranya proses naturalisasi Jordi selesai dan mendapat kewarganegaraan Indonesia, JDT dapat mendaftarkan pemain ini sebagai pemain import kuota ASEAN atau asia untuk saingan Liga Malaysia.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & PSSI"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217185/", "headline": "\nFAM Jual Tiket Kombo RM100 Bagi Enam Perlawanan Kelayakan Piala Asia di SNBJ\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penjualan “Tiket Kombo” yang berharga RM100 (tempat duduk terbuka) untuk menonton kesemua enam perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 bagi Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dijadualkan pada Jun nanti.", "Bagaimanapun, menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini, tawaran tersebut hanya terhad untuk pembelian dari 16 hingga 29 Mei di laman sesawang Ticket Hotline sahaja.", "Dengan pembelian “Tiket Kombo” ini, pembeli akan dapat menyaksikan perlawanan-perlawanan yang berikut:", "Naib Presiden FAM, Dato’ Posa Haji Majais selaku Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM berkata, pengenalan “Tiket Kombo” itu dibuat bagi memudahkan para penyokong skuad Harimau Malaya yang ingin hadir pada ketiga-tiga hari perlawanan tersebut tanpa perlu membuat pembelian tiket secara berasingan serta dapat menikmati diskaun harga sebanyak hampir 20 peratus.", "Sementara itu, selepas daripada tempoh tawaran yang dinyatakan di atas, tiket akan dijual secara berasingan dan ianya diletakkan dengan tanda harga RM40 bagi setiap hari perlawanan.", "Manakala bagi tempat duduk Grandstand, sekeping tiket akan dijual dengan harga RM60 bagi setiap hari perlawanan. Harga tiket untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula bernilai RM7 sekeping bagi setiap hari perlawanan.", "Tambah kenyataan itu lagi, setiap penyokong hanya dapat membeli maksimum lima keping tiket sahaja. Setiap pembelian bagi kesemua jenis tiket akan dikenakan tambahan caj pemprosesan dan caj bank, masing-masing mengikut kadar yang telah ditetapkan.", "Akhir sekali, harga tiket bagi perlawanan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia bertemu Myanmar dan Hong Kong akan dijual menerusi Ticket Hotline pada harga RM30 untuk dewasa dan RM7 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) masing-masing. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung pada 27 Mei dan 1 Jun kelak.", "Untuk makluman semua, tiada sebarang penjualan tiket secara fizikal di kaunter tiket stadium."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215194/", "headline": "\nKenali Jeffrey & Aruwin Wakil Malaysia di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022\n", "content": ["Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 membuka tirai dengan upacara perasmian di Stadium Nasional, Beijing atau nama tersohornya Sarang Burung, pada hari ini.", "Kebiasaannya temasya ini disertai negara-negara yang mengalami musim sejuk serta menerima salji namun tahukah anda ini merupakan penampilan kali kedua Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. ", "What started at Chamonix 1924 has brought us together once again! Welcome to the 24th Olympic Winter Games #Beijing2022 at the National Stadium.Let's celebrate – it's #OpeningCeremony time!#StrongerTogether pic.twitter.com/DifvsR7qmQ", "Baca: RTM Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022", "Kontinjen Malaysia pada edisi kali ini akan diwakili oleh dua atlet – bilangan yang sama seperti di temasya yang lalu – iaitu Jeffrey Webb dan Aruwin Idami Salehhuddin.", "Berikut kami bawakan kepada anda sedikit latar belakang dua atlet negara yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 ini agar dapat dikenali dengan lebih dekat:", "Mula meluncur di atas salji semenjak berusia 5 tahun, Jeffrey yang berpangkalan di Amerika Syarikat terlibat aktif dalam sukan ini termasuk menyertai pelbagai acara atau kejohanan kelolaan Persekutuan Luncur Antarabangsa (FIS) di Amerika dan Kanada. Selain itu, Jeffrey merupakan salah seorang atlet Malaysia yang mengambil bahagian dalam temasya Sukan Asia Musim Sejuk 2017. Manakala, di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk, ini merupakan penampilan keduanya. Pada penampilan sulung yang berlangsung di PyeongChang, Republik Korea pada tahun 2018 yang lalu, Jeffrey beraksi dalam kategori giant slalom lelaki dan menamatkan acara tersebut di kedudukan ke-68.", "Kategori: Slalom & Giant Slalom Wanita", "Aruwin yang turut berpangkalan di Amerika Syarikat ini mencipta sejarah dengan menjadi atlet wanita pertama dan termuda yang mewakili Malaysia di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk. Dikatakan dia mula berjinak dengan luncur salji sejak berusia 2 tahun dan mula menyertai kelab luncur salji ketika berumur 5 tahun. Sepertima Jeffrey, atlet muda ini giat menyertai pelbagai acara dan kejohanan di bawah kelolaan FIS terutamanya di eropah. Untuk makluman semua, ini merupakan penampilan pertama Aruwin di pentas Sukan Olimpik Musim Sejuk.", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216953/", "headline": "\nMintah Atau Tchetche Jadi Taruhan Penggempur Utama Terengganu Menentang Selangor?\n", "content": ["Khidmat penyerang Liberia, Kpah Sherman yang telah menjaringkan dua gol dalam dua perlawanan sebelum ini tidak dapat digunakan oleh Terengganu FC ketika menentang Selangor FC.", "Kerugian tersebut terpaksa ditanggung oleh skuad kendalian Nafuzi Zain ekoran pemain berusia 30 tahun itu dilayangkan kad merah ketika bertemu Sarawak United FC dalam saingan Liga Super, Ahad lalu.", "Bagaimanapun, perkara tersebut tidak begitu meresahkan Nafuzi memandangkan skuad berpangkalan di pantai timur itu mempunyai dua lagi penyerang import yang boleh dipertaruhkan sebagai penggempur utama, malam esok.", "“Kemungkinan Tchetche Kipre ataupun penyerang Terengganu FC II (TFC II), Jordan Mintah bakal memikul tugas berkenaan, lagipun dua pemain itu sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Sebelum ini kita tidak turunkan Tchetche kerana taktikal,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tempatan, Harian Metro.", "Baca: Pertahanan Selangor Usaha Dapatkan ‘Clean Sheet’ Menentang Terengganu", "Bercakap mengenai pasukan yang akan dihadapinya, Nafuzi sedar pasukannya akan turut menentang pasukan yang masih kebal daripada sebarang kekalahan setelah mengharungi tiga perlawanan.", "Lebih-lebih lagi, skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu masih segar dengan kejayaan menumpaskan Kedah Darul Aman FC (Kedah) 4-1 di halaman sendiri, Ahad lalu. ", "“Bagi saya Selangor musim ini lebih mantap berbanding musim lalu, mereka belum tewas lagi dan pada setiap perlawanan mereka mampu menjaringkan gol, jadi sudah pasti liat buat anak buah saya untuk menundukkan skuad itu.", "“Tapi kita akan merangka strategi terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri buat kali pertama musim ini,", "“Harap pertahanan dapat mengekang penyerang lawan daripada bergerak bebas terutama dalam kawasan penalti kerana kita tidak mahu bolos,” tambahnya lagi.", "Sebagai rekod, Terengganu belum pernah tewas kepada Selangor dalam saingan Liga Super & Piala Malaysia sejak tahun 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206912/", "headline": "\nMessi Tampak Tak Bahagia Dan Hanya Berlatih Sendirian\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi dilaporkan kembali berlatih bersama FC Barcelona kali pertama sejak mengumumkan untuk keluar daripada kelab tersebut, baru-baru ini.", "Messi dilihat tiba di pusat latihan, Ciutat Esportiva Joan Gamper dengan memandu kenderaan peribadinya, Mercedes bersendirian pada petang semalam.", "Penyerang berusia 33 tahun itu tiba awal berbanding rakan sepasukannya yang lain. Difahamkan, Messi tiba satu jam setengah lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. ", "Menurut laporan Daily Mail, raut wajah Messi tampak tidak begitu gembira apatah lagi bahagia.", "Namun begitu Messi tampak serius sepanjang menjalani latihan itu. Turut dilaporkan, dia hanya berlatih sendirian dalam sesi latihan tersebut.", "Sebelum memulakan sesi latihan, Messi terlebih dahulu bertemu dengan ketua jurulatih baharu, Ronald Koeman dan menyatakan akan memberikan yang terbaik buat Barcelona musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322439/", "headline": "\nFAM-KBS Salur RM1 Daripada Setiap Jualan Tiket Bantu Konservasi Harimau Malaya\n", "content": ["Harimau Malaya merupakan nama julukan bagi skuad bola sepak kebangsaan bagi menunjukkan ketangkasan, keberanian dan kehebatan. Namun begitu, populasi harimau liar di Malaysia telah menurun kepada kurang 150 ekor pada masa ini daripada sekitar 1,000 ekor pada 1970-an.", "Bagi memerangi kepupusan haiwan yang menjadi lambang ikonik bagi skuad bola sepak kebangsaan serta negara ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil berganding bahu menyokong usaha konservasi biodiversiti termasuk Harimau Malaya yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).", "Susulan itu, FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif telah bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada KBS sebanyak RM1 daripada setiap jualan tiket perlawanan melibatkan skuad kebangsaan bagi membantu usaha konservasi ini.", "Mengulas mengenai sokongan terhadap usaha ini, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh tidak mahu “Harimau Malaya” sekadar tinggal maskot atau slogan dan laungan sahaja tanpa adanya harimau liar di hutan negara kita pada suatu hari nanti.", "Manakala Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin pula optimis kolaborasi bersama KBS ini menjadi saksi kepada satu bukti konklusif di mana kedua-dua organisasi ini juga menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini sedang berdepan isu kepupusan.", "Untuk makluman semua, harimau adalah satu indikator yang penting bagi biodiversiti dan kemandirian spesies ini di hutan negara kita bagi kesejahteraan ekosistem yang menyokong kelangsungan hidup kita semua. Kepupusan harimau liar di negara ini didorong oleh pelbagai ancaman termasuk pemburuan haram."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215027/", "headline": "\nSayap Kanan ‘Kelahiran Mali, Membesar Di Spain’ – Moussa Sidibé Diperkenalkan JDT\n", "content": ["Pemain sayap kanan, Moussa Sidibé yang merupakan kelahiran Bamako, Mali menjadi pemain import baharu yang diperkenalkan oleh juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Menariknya, walaupun lahir di salah sebuah negara di benua afrika, pemain berusia 27 tahun ini berhijrah dan menetap di Sepanyol sejak berusia sekitar 12 tahun.", "Kemasukan Sidibé diumumkan menerusi satu video berdurasi sekitar 40 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik skuad Harimau Selatan, semalam.", "Welcome to Johor Darul Ta'zim FC! New Signing! 27-year-old Spanish-Malian Moussa Sidibe! #JDT#Preseason#JDTInDubai#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/h6ia74AAZv", "Untuk makluman semua, Sidibé memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan liga bawah Sepanyol, SD Almazan dan pasukan terakhir yang diwakilinya sebelum menyertai JDT adalah Costa Brava (dipinjamkan oleh Ponferradina SAD).", "Sejurus diperkenalkan, Sidibé terus menyertai pasukan yang kini sedang giat menjalani latihan pramusim di Dubai. Mereka turut menjadualkan empat perlawanan persahabatan di sana dengan bakal bertemu Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207990/", "headline": "\nAFC: Kelab Perlu Ada Perancangan Untuk Jana Pendapatan Sendiri\n", "content": ["Kelab-kelab bola sepak di Malaysia perlu mempunyai perancangan jangka masa untuk menjana pendapatan sendiri sejajar dengan penswastaan yang akan bermula pada tahun hadapan.", "Bagaimanapun, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berpandangan tidak menjadi masalah untuk kelab-kelab bola sepak di Malaysia untuk menerima dana daripada kerajaan negeri buat masa ini.", "Ini berikutan proses penswastaan baru sahaja diterapkan dan ditambah pula dengan situasi semasa seperti pandemik Covid-19 dan kelembapan ekonomi yang melanda membataskan sesebuah kelab untuk menjana pendapatan menerusi aktiviti bola sepak.", "“Penggunaan dana kerajaan negeri untuk bola sepak bukanlah satu keadaan yang terbaik kerana selepas penswastaan, pasukan perlu menjana pendapatan sendiri menerusi aktiviti bola sepak.", "“Tetapi kita memahami kekangan yang timbul ketika ini, apatah lagi proses penswastaan ini adalah proses yang baru diterapkan. ", "“Dengan situasi semasa COVID-19 juga, pasukan berdepan kesukaran untuk menjana pendapatan daripada aktiviti bola sepak.", "“Cuma apa yang penting pasukan perlu ada perancangan untuk jangka masa panjang bagi menjana pendapatan supaya tidak lagi perlu bergantung kepada dana kerajaan negeri semata-mata.” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "UTILISING GOVERNMENT FUNDS ONLY MEAN PRETENTIOUS PRIVATISATION[1/7] pic.twitter.com/Wch2aSWLdZ", "Sebelum ini pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menganggap penswastaan di Malaysia hanyalah bersifat pura-pura kerana majoritinya masih menggunakan dana kerajaan negeri.", "Tambah baginda lagi, ia memberi gambaran perubahan hanya berlaku di atas kertas dan tetapi amalan lama iaitu mengharapkan dana kerajaan negeri masih diteruskan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218712/", "headline": "\nAUG 2022: Kuartet Wanita Rangkul Emas, Lelaki Pungut Perak Acara 4x100m\n", "content": ["Kuartet wanita negara yang diketuai oleh Olimpian, Azreen Nabila Alias muncul yang terpantas dalam acara 4×100 meter (m) sekaligus menyumbangkan satu lagi pingat emas buat kontinjen negara di temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.", "Dalam perlumbaan tersebut, Azreen (UPM) yang bergandingan dengan Nor Sarah Adi (UPM), Darshini K Murugan (UPM) serta Nur Aishah Rofina Aling (UMS) muncul yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 47.18 saat (s).", "Ia membolehkan mereka mengatasi kuartet Thailand merangkap tuan rumah serta Laos yang menamatkan larian dengan rekod masa 47.80s dan 50.89s masing-masing yang berlangsung pada Jumaat lalu di Stadium Sisaket, Ubon Ratchatani.", "Terdahulu, Azreen dan Nor Sarah telah menyumbang pingat emas dan perak masing-masing dalam acara pecut 100m yang berlangsung sekitar dua hari sebelumnya.", "Sementara itu, kuartet lelaki negara, diketuai oleh Jonathan Nyepa (UPM) bersama-sama Muhammad Yusridzwan Danial Yusof (UPSI), Mohamad Raimi Mustaffa Kamal (UNIMAP), Mohd Rizzua Haizad Muhamad (UPM) berhasil membawa pulang pingat perak daripada acara yang sama bagi kategori lelaki.", "Mereka tidak dapat membutirkan pingat emas ekoran menamatkan perlumbaan di belakang kuartet Thailand yang menamatkan larian dalam tempoh masa 40.43 saat iaitu 0.31 saat lebih laju berbanding kuartet negara.", "Manakala pingat gangsa pula berhasil dipungut oleh kuartet Laos yang menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 41.83 saat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112418/", "headline": "\nApa Maksud RNF? Ini Penjelasan Razlan Razali\n", "content": ["Sabtu lalu, portal motogp.com melaporkan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team atau lebih dikenali sebagai SRT dijenamakan sebagai RNF Racing MotoGP Team.", "Pasukan tersebut akan terus mengambil bahagian dalam perlumbaan motosikal kelas premier iaitu Kejuaraan Dunia MotoGP sehingga tahun 2026. Selain itu, pasukan tersebut akan terus diketuai oleh Prinsipal Pasukan SRT iaitu Datuk Razlan Razali.", "Baca: SRT Dijenamakan Sebagai RNF Racing, Belum Ada ‘Title Sponsor’ Diumumkan", "Bagaimanapun, semasa makluman secara rasmi mengenai penjenamaan semula pasukan tersebut, nama ‘RNF’ menjadi tanda tanya kalangan peminat sukan permotoran tempatan.", "Semalam, menerusi satu video temu ramah yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Razlan tampil menjelaskan maksud ‘RNF’ yang menjadi tanda tanya orang ramai.", "Komen prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali mengenai penjenamaan semula pasukan tersebut ke RNF motogp Racing team bagi musim 2022-2026@ASTROARENA pic.twitter.com/CvZHHcSydl", "“Jika ada yang bertanya-tanya apakah maksud RNF, ini (merupakan) satu ‘tribute’ kepada keluarga dan anak-anak saya…” katanya dalam video tersebut.", "Difahamkan penghormatan tersebut diberikan kepada keluarganya kerana beliau tidak banyak berada di rumah dek kesibukan menguruskan pasukan MotoGP.", "Justeru ini merupakan masa yang sesuai buatnya untuk menggunakan nama anak-anak dan keluarganya sebagai nama pasukan yang baharu tersebut.", "Sementara itu, menerusi video tersebut, Razlan turut mengesahkan pelumba senior kelahiran Itali, Andrea Dovizioso akan menjadi salah seorang pelumba buat pasukan RNF Racing pada tahun hadapan.", "Manakala pelumba kedua belum dapat disahkan lagi kerana ianya masih berada dalam peringkat perbincangan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325359/", "headline": "\nChelsea Lancar Jersi Home 2023-24 Tanpa Logo Penaja\n", "content": ["Kelab yang dimiliki oleh konsortium yang diketuai oleh Todd Boehly, Chelsea tampil memperkenalkan jersi “home” baharu bagi menghadapi musim bola sepak 2023-24 pada hari ini. Menariknya, pengenalan tersebut menyaksikan jersi keluaran syarikat barangan sukan terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Nike hadir tanpa logo penaja.", "Menurut Chelsea, rekaan jersi yang akan digunakan bagi perlawanan-perlawanan di halaman rasminya, Stamford Bridge masih mengekalkan warna biru namun disertakan dengan rekaan berwarna putih di hujung dan bawah lengan – inspirasi rekaan jersinya musim 1997-98.", "Manakala logo kelab serta lambang “swoosh” milik Nike pula hadir dengan rekaan warna emas yang berkilau. ", "Sebelum ini, bahagian hadapan jersi Chelsea dihiasi dengan logo syarikat telekomunikasi British iaitu Three. Bagaimanapun, kontrak bersama syarikat terbabit telah tamat bersama skuad yang bakal mendapat sentuhan bimbingan Mauricio Pochettino ini.", "Pada masa yang sama, terdapat rundingan bersama syarikat lain dijalankan sebelum ini namun kesemuanya tidak dapat dimuktamadkan sekaligus membuat mereka terpaksa melancarkan jersi “home” tanpa penaja ini agar para penyokong dapat membeli jersi baharu sebelum bermulanya saingan baharu pada Ogos nanti.", "Untuk makluman semua, musim 1997-98 menyaksikan skuad berjulukan The Blues yang dibarisi pemain-pemain seperti Gianfranco Zola, Dennis Wise dan Roberto di Matteo berhasil menjuarai saingan UEFA Cup Winners’ Cup serta Piala Liga.", "Chelsea Champions. Chelsea Legends. 🏆", "Roberto Di Matteo and Dennis Wise reliving the 90's in our new strip. #ItsA90sThing #ThePrideOfLondon pic.twitter.com/vOHAkEyGQf", "— Chelsea FC (@ChelseaFC) July 10, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113113/", "headline": "\nVideo: Kemajuan Pembinaan Veledrom Dungun Telah Mencapai 95% Siap\n", "content": ["Perkembangan semasa projek pembinaan sebuah velodrom di Dungun, Terengganu oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunjukkan ianya hampir siap.", "Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pihak kontraktor, Serada Realty, setakat Oktober 2021, majoriti infrastruktur dan kemudahan yang dibina di situ telah mencapai peratusan sekurang-kurangnya 87% siap.", "Antaranya, kemudahan tempat meletak kereta, blok sokongan serta velodrom itu sendiri. Manakala, pembinaan pondok pengawal dan rumah sampah pula telah siap sepenuhnya.", "Menurut satu laporan media sebelum ini, projek yang bernilai RM11.8 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada April 2022. ", "Setelah siap, velodrom ini bukan sahaja akan dijadikan tempat latihan tetapi turut disasarkan sebagai venue kejohanan berbasikal trek sekurang-kurangnya di peringkat kebangsaan.", "Anda boleh menonton video kemajuan semasa projek pembinaan velodrom DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111763/", "headline": "\nMessi Telah Dipujuk Beckham Untuk Menamatkan Karier di Inter Miami?\n", "content": ["Belum membuat sebarang penampilan bersama kelab baharu, Lionel Messi dikatakan telah mengadakan perbincangan bersama David Beckham untuk menamatkan karier bola sepaknya bersama pasukan Major League Soccer (MLS), Inter Miami.", "Beckham yang merupakan salah seorang pemilik kelab telah berjanji untuk mendatangkan pemain superstar ke kelab tersebut dan turut membayangkan untuk menggandingkan penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo bersama Messi.", "Portal berita berpangkalan di British, Mirror Sport turut mendedahkan beberapa minggu lalu pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali ini dilihat berada di Miami membeli enam pangsapuri mewah di bandar tersebut.", "Menerusi tawaran yang dikemukakan oleh Beckham, ia menunjukkan pemain tersebut sudah mula membuat perancangan seterusnya selepas tamat khidmatnya di Perancis bersama Paris Saint-Germain (PSG).", "Sebagai tambahan, idea untuk membawa Messi ke Amerika Syarikat bukan sahaja berada dalam pemikiran Beckham. Ia turut diperkatakan oleh pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas.", "Untuk makluman semua, Messi ditandatangani oleh PSG secara percuma dan diperkenalkan secara rasmi pada 11 Ogos yang lalu. Penyerang berusia 34 tahun ini turut diberikan jersi bernombor 30.", "Difahamkan, kelab berpangkalan di Kota Paris itu mengikat Messi dengan kontrak selama dua tahun berserta pilihan lanjutan selama setahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207402/", "headline": "\nEric Dier: Tak Boleh Tahan, Kena Ke Tandas Juga\n", "content": ["Sekitar minit ke-75 Eric Dier meninggalkan rakan sepasukannya dan berlari dengan pantas memasuki memasuki terowong ketika perlawanan menentang Chelsea, awal pagi tadi.", "Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho yang bingung dengan tindakan pemainnya itu turut dilihat memasuki terowong dan mengejar Dier untuk mengetahui apakah yang membuatkan pemain 26 tahun keluar padang ketika permainan masih lagi berlangsung.", "Pada saat itu, pasukan pelawat sedang mendahului 1-0 hasil jaringan Timo Werner dan Spurs sedang berhempas pulas untuk mencari gol penyamaan dalam aksi pusingan keempat kejohanan piala liga, Piala Carabao.", "Eric Dier took a bathroom break in the middle of the match 💩José Mourinho took exception 😂 pic.twitter.com/MTH7pPza4N", "Rupa-rupanya pemain pertahanan England itu terpaksa ke tandas kerana ingin ‘melepaskan hajat’.", "“Tiada apa yang boleh saya buat, dah tak boleh tahan, bila dah terasa (melepas hajat) terpaksa ke tandas juga.” jelasnya sambil ketawa.", "“Saya dengar ada satu peluang gol (untuk Chelsea) ketika saya keluar padang tetapi syukur mereka tak dapat jaringkan gol.” tambah Dier lagi selepas daripada perlawanan.", "Setelah selesai ‘melepaskan hajatnya’ Dier kembali ke dalam padang dan membantu pasukannya mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-84 yang dijaringkan oleh Erik Lamela.", "The winning moment!#EFL | #CarabaoCup pic.twitter.com/EEcSd0F5vE", "Jaringan 1-1 itu kekal sehingga ke masa tamat dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti di mana ianya dimenangi oleh Spurs dengan keputusan 5-4.", "Sementara itu, Eric Dier dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Man of The Match) di atas persembahan cemerlangnya dalam perlawanan ini.", "Selepas daripada perlawanan, Dier turut membuat satu hantaran di laman sosialnya dengan memuat naik gambar anugerah MOTM di tandas bersertakan kapsyen, “The real M.O.M”"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207524/", "headline": "\nPUMA Tidak Jual Jersi Man City Ini Tetapi Boleh Dapatkan Secara Percuma\n", "content": ["Penaja pakaian Manchester City, PUMA telah mengeluarkan sebuah jersi edisi terhad dengan rekaan unik gabungan warna biru, putih dan merah jambu.", "Bagaimanapun jersi ini tidak akan disarung oleh skuad The Cityzen dalam saingan bola sepak musim ini serta tidak akan dijual oleh PUMA.", "Pada mei lalu, mereka menjalankan ‘PUMA Design-A-Kit-Contest’ untuk memberi peluang kepada peminat-peminat menghasilkan rekaan jersi Manchester City mengikut cita rasa sendiri.", "Lebih daripada 1,000 penyertaan diterima daripada seluruh dunia namun selepas menapis semua rekaan, pihak juri memilih rekaan oleh peminat cilik dari Dublin, Lucy Beth.", "Jersi unik ini dikeluarkan sempena meraikan kejayaan kanak-kanak berumur 9 tahun itu memenangi pertandingan yang dijalankan oleh PUMA tersebut.", "Pihak kelab telah menghantar jersi keluaran PUMA rekaannya menerusi pos. Ianya turut disertakan dengan jersi yang ditandatangani oleh pemain kegemarannya, Sergio Aguero.", "“Saya buat keputusan untuk menyertai pertandingan ini kerana saya suka melukis dan mewarna, dan saya juga peminat Manchester City, ia bagus untuk saya,”", "“Saya pilih rekaan ini kerana mereka telah mempunyai rekaan belang dan saya fikir lebih baik mempunyai warna yang terang, jadi saya buat (rekaan) belang di bahagian dalam,”", "“Saya kekalkan warna biru kerana Manchester City adalah biru, jadi saya tambah warna merah jambu untuk warna yang lebih terang.”", "“Saya sangat teruja memenangi pertandingan ini dan saya masih tidak percaya Aguero buat video kepada saya.”", "“PUMA buat kerja yang hebat. Saya tidak sangka rekaan saya dijadikan jersi yang sebenar – saya bagi thumbs up!” kata Lucy.", "Sepertimana dinyatakan di atas, jersi ini tidak akan dijual di mana-mana kedai bagaimanapun para peminat Manchester City berpeluang untuk memenanginya dengan menyertai ‘give away contest’ – terhad kepada 20 helai.", "‘Give away contest’ ini terbuka kepada semua dan untuk menyertainya, anda hanya perlu mendaftarkan diri di laman sesawang rasmi Manchester City dan kemudiannya sertai masuk pertandingan tersebut.", "Tarikh akhir untuk menyertai pertandingan ini adalah pada 21 oktober 2020. ", "Klik di sini untuk menyertai ‘give away contest’ Manchester City."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325291/", "headline": "\nCantona, Beckham, Cristiano – Kini Giliran Mount Teruskan Legasi Atau Sumpahan No.7?\n", "content": ["Pemain tengah, Mason Mount telah diperkenalkan sebagai pemain terbaharu Manchester United dengan kontrak selama lima tahun sehingga Jun 2028 selepas berhijrah dari kelab kesayangannya, Chelsea. ", "Pada hari yang sama, kelab berjulukan The Red Devils itu turut mendedahkan bahawa Mount bakal menyarung jersi bernombor tujuh dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023-24 nanti. ", "Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo merupakan figura-figura penting yang pernah menyarung nombor terbabit dan berjaya ‘memikul’ harapan peminat dengan membantu pasukan menjulang kejuaraan. ", "Nombor jersi pemain kebangsaan England itu didedahkan menerusi video bertempoh lapan saat yang disiarkan bukan sahaja di laman sesawang rasmi kelab malahan di pelbagai media sosial mereka.", "It's time to write a new chapter. ", "— Manchester United (@ManUtd) July 5, 2023", "Untuk makluman, No.7 merupakan salah satu angka yang penting buat Manchester United kerana secara tradisinya, hanya pemain bintang mereka sahaja yang dapat menyarung nombor keramat tersebut. ", "Namun, nombor tujuh bukan lagi nombor yang memberikan harapan buat peminat The Red Devils sebaliknya didakwa mempunyai sumpahannya yang tersendiri kepada sesiapa sahaja yang menyarung nombor terbabit sejak beberapa musim lalu. ", "Sebagai contohnya, Alexis Sanchez dan Angel Di Maria yang beraksi baik bersama bekas kelab masing-masing dikatakan mengalami musim buruk bersama Manchester United rentetan menyarung nombor jersi berkenaan. ", "Walaupun begitu, kehadiran Mason Mount dilihat dapat membantu jentera tengah skuad kendalian Erik Ten Hag tatkala mereka memerlukan seorang pemain tengah yang berkualiti untuk bergandingan bersama Casemiro dan Bruno Fernandes. ", "Bersama Chelsea, Mount telah menjaringkan 58 gol dan mencatatkan 53 bantuan gol (assists) daripada 279 penampilan serta dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan kelab London itu dua musim berturut-turut iaitu 2020-21 hingga 2021-22."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221126/", "headline": "\nPiala Dunia: Juara Bertahan, Perancis Sekat Maghribi Ke Perlawanan Akhir\n", "content": ["Pasukan juara bertahan Piala Dunia, Perancis berhasil mara ke pentas akhir buat dua kali berturut-turut selepas berjaya menumpaskan Maghribi di peringkat separuh akhir.", "Skuad berjulukan Les Bleus bimbingan Didier Deschamps merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Maghribi dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Bayt, sebentar tadi.", "Kemenangan itu disumbangkan menerusi jaringan Theo Hernandez yang hadir seawal minit ke-5 serta Randal Kolo Muani pada minit ke-79. ", "France are through to the final! 👊@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 14, 2022", "Tiada sebarang jaringan balas dicipta oleh Maghribi dan dua jaringan itu sekaligus menyekat perjalanan luar biasa skuad kendalian Walid Regragui di pentas Piala Dunia edisi kali ini. ", "Sementara itu, Perancis yang melakar kemaraan akan bertemu wakil dari benua amerika selatan, Argentina pada perlawanan akhir untuk merebut trofi kejohanan bagi edisi kali ini.", "Untuk makluman, Argentina mara selepas berhasil menumpaskan Croatia dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216419/", "headline": "\nOrleans Masters: Mei Xing Digandingkan Bersama Roy King Dalam Acara Beregu Campuran\n", "content": ["Satu gandingan beregu campuran baharu negara dapat disaksikan oleh peminat badminton tanah air di saingan Orleans Masters – Jelajah Super 100 BWF – bermula pada hari esok.", "Dua pemain yang membentuk gandingan baharu tersebut ialah pemain beregu wanita, Teoh Mei Xing serta pemain lelaki muda, 21 tahun, Yap Roy King.", "Nama mereka disenaraikan dalam untuk beraksi bermula daripada pusingan kelayakan dengan lawan pertama yang bakal dihadapi adalah dari England, Rory Easton dan Annie Lado.", "Seperti kita sedia maklum, Mei Xing dahulunya membentuk gandingan bersama Yap Ling dan berjaya menduduki ranking ke-67 dunia – tertinggi dicapai oleh mereka.", "Namun, pihak kejurulatihan membuat keputusan untuk memisahkan mereka dan menggandingkan Mei Xing bersama Anna Cheong bermula Oktober 2021. Ketika ini, mereka menduduki ranking ke-80 dunia serta berjaya memenangi Terbuka Czech 2021 dan saingan Antarabangsa Syed Modi 2022.", "Dalam saingan Orleans Masters ini, Mei Xing tetap akan beraksi bersama Anna Cheong dalam acara beregu wanita menjadikannya dia bakal mengambil bahagian dalam dua kategori.", "Sementara itu, Roy King pula pernah bergandingan dengan beberapa pemain seperti Valeree Siow (beregu campuran) dan Muhammad Nurfirdaus Azman (beregu lelaki) yang berhasil menghadirkan beberapa kejuaraan sepanjang tahun 2021.", "Selain itu, Roy King juga bergandingan bersama Chang Yee Jun bagi kategori beregu lelaki sejak Oktober tahun lalu termasuk dalam dua saingan pada tahun ini – Terbuka Swedish dan Terbuka Ukraine. Sebagai tambahan, gandingan Roy King-Yee Jun turut mengambil bahagian dalam kategori beregu lelaki di Orleans Masters."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323981/", "headline": "\nUndian Kelayakan Piala Asia B-23 2024 Berlangsung 25 Mei – Malaysia Dalam Balang 2\n", "content": ["Lawan bagi skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) bimbingan E. Elavarasan dalam Kelayakan Piala Asia B-23 2024 Qatar akan diketahui setelah berlangsungnya majlis undian rasmi di AFC House, Kuala Lumpur pada 25 Mei (Khamis) nanti.", "Menurut penganjur, sebanyak 43 pasukan beminat untuk beraksi dalam saingan kelayakan bagi edisi keenam kejohanan ini yang akan bermula dari 4 hingga 12 September kelak.", "Menjelang majlis undian terbabit, skuad berjulukan Harimau Muda diletakkan dalam Balang 2 bersama-sama Iran, Myanmar, Kemboja, Syria, India dan Singapura.", "4️⃣3️⃣ hopefuls will find out their opponents at the #AFCU23 Asian Cup Qatar 2024 Qualifiers Draw Ceremony! ", "⏰ 3 PM (GMT+8) , May 25, 2023📺 Live on AFC Asian Cup YouTubehttps://t.co/F9MeN3KI5d", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 22, 2023", "Balang 1 terdiri daripada Jepun, Australia, Iraq, Turkmenistan dan Emiriah Arab Bersatu. Manakala Balang 3 pula merangkumi Kyrgyzstan, Palestin, Yaman, Timor-Leste, Chinese Taipei, Lubnan, Laos, Bangladesh, Hong Kong, China, Maldives dan Oman.", "Akhir sekali Balang 4 diisi oleh Mongolia, Filipina, Afghanistan, Brunei Darussalam, DPR Korea, Guam, Macau, Pakistan dan Qatar.", "Sementara itu, 11 buah pasukan iaitu Bahrain, China, Indonesia, Jordan, Republik Korea, Kuwait, Arab Saudi, Tajikistan, Thailand, Uzbekistan dan vietnam yang bakal menjadi hos pula diletakkan berasingan dalam satu balang iaitu Balang Hos.", "Dalam majlis undian yang akan bermula jam 3 petang itu nanti dan distrimkan langsung menerusi Youtube, 11 buah pasukan daripada Balang Hos akan dicabut undi terlebih dahulu sebelum diikuti oleh pasukan daripada balang-balang lain.", "Untuk makluman, 10 daripada 11 kumpulan di pusingan kelayakan ini akan terdiri daripada empat buah pasukan manakala sebuah pasukan lagi hanya akan diisi dengan tiga buah pasukan sahaja.", "Juara bagi setiap kumpulan serta empat naib juara terbaik merentasi 11 kumpulan tersebut akan menyertai hos, Qatar ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung bermula pertengahan April hingga awal Mei tahun hadapan.", "Sebagai tambahan, saingan Piala Asia B-23 kali ini menjadi lebih istimewa kerana turut berperanan sebagai kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219437/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2022: Selangor MAC Tumpas Namun Tetap Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Wakil tunggal negara dalam saingan Piala Futsal AFF 2022, Selangor MAC terpaksa akur tumpas kepada Sahako FC dari Vietnam pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.", "Kekalahan itu berpunca daripada dua jaringan lewat oleh Duong Ngoc Linh dan Nguyen Duc Huy pada minit ke-38 dan ke-40 masing-masing sekaligus membuatkan Selangor MAC tumpas 2-1.", "Sebelum itu, Selangor MAC yang dibimbing oleh Carlos Alberto terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Muhammad Ekmal Shahrin seawal minit ke-2 permainan dalam perlawanan yang berlangsung di Terminal 21, Nakhon Ratchasima.", "Sahako FC of Vietnam win Group B of the AFF Futsal Cup 2022 – FULLTIME RESULT", "Selangor MAC 1Muhammad Ekmal Shahrin 2nd", "Sahako FC 2Duong Ngoc Linh 38thNguyen Duc Huy 40th#AFF#AFFFutsalCup pic.twitter.com/2IXH0MDavb", "— ASEAN Football (@AFFPresse) September 6, 2022", "Walaupun menanggung kekalahan, Selangor MAC yang merupakan juara berganda, Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dan Piala Futsal Malaysia musim ini tetap berhasil meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B.", "Bagaimanapun, skuad Merah Kuning ini bakal berhadapan dengan cabaran yang besar apabila bertemu wakil Thailand yang menjuarai saingan Kumpulan A, Hongyen Thakam di peringkat tersebut. Manakala Sahako FC selaku juara Kumpulan B pula bertemu wakil Indonesia, Bintang Timur Surabaya.", "Aksi separuh akhir melibatkan Selangor MAC dan Hongyen Thakam dijadualkan berlangsung pada Khamis nanti dengan sepak mula jam 4 petang waktu Malaysia.", "Sebagai rekod, Selangor MAC menamatkan saingan Piala Futsal AFF musim lalu di tempat ketiga."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216328/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Mei Xing-Anna Cheong Kejutkan Beregu Denmark Pilihan No.4\n", "content": ["Beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong melakukan kejutan dengan mengalahkan beregu pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan Terbuka Swiss 2022 di Pusingan 32, hari ini.", "Pasangan yang dikalahkan oleh Mei Xing-Anna Cheong itu merupakan beregu Denmark, Maiken Fruergaard dan Sara Thygesen yang menduduki ranking ke-16 dunia.", "YONEX Swiss Open 2022WD – Round of 32 🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG🏅19 21 21 🇲🇾Mei Xing TEOH🏅21 11 11 🇩🇰Maiken FRUERGAARD 🇩🇰Sara THYGESEN", "🕗 in 63 minutes https://t.co/T8KCRMw9G1", "— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Mei Xing-Anna Cheong terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 19-21. Bagaimanapun, mereka berjaya bangkit untuk memenangi set kedua dan penentuan dengan skor 21-11 dan 21-11.", "Untuk makluman semua, pertarungan yang julung kali melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam.", "Kemenangan ini membolehkan Mei Xing-Anna Cheong mara ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut adalah samada beregu England, Chloe Birch-Jessica Pugh (ranking ke-232) atau beregu Belanda, Debora Jille-Cheryl Seinen (ranking ke-51)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208249/", "headline": "\nRahadi Tidak Berminat Tinggalkan TFC, Mahu Beraksi di Pentas Piala AFC\n", "content": ["Penjaga gol muda berusia 19 tahun, Rahadiazli Rahalim tidak memikirkan langsung untuk keluar meninggalkan Terengganu Football Club (TFC) walaupun ‘nilainya’ naik mendadak selepas menampilkan aksi memberangsangkan dalam saingan Liga Super 2020.", "Lebih mengagumkan, ini merupakan musim pertamanya beraksi dalam saingan Liga Super setelah dinaikkan pangkat daripada skuad pembangunan bawah 19 tahun, TFC IV yang beraksi dalam kejohanan Piala Belia musim lalu.", "🎥 RAHADIAZLI – YOUNG BLOOD 🏴🏳️Pemain muda TFC yang beraksi sebagai penjaga gol pasukan telah menunjukkan satu persembahan yang cukup baik dalam 5 perlawanan sepanjang MSL 2020.👇🏼👇🏼https://t.co/pVV4uqONS5#TFCTV#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/cVHH9Syzbh", "“Saya masih lagi terikat de­ngan kontrak bersama TFC dan tidak ambil pusing sekiranya ada pasukan menghubungi majikan untuk mendapatkan khidmat saya.", "“Untuk mendapat panggilan skuad senior negara juga bukan sasaran utama lagi setakat ini, sebaliknya saya mahu membawa pulang trofi untuk TFC. Itu menjadi misi dan fokus saya untuk musim 2021,” katanya seperti dipetik daripada Kosmo!", "Difahamkan Rahadi lebih ‘terliur’ untuk kekal bersama pasukan negeri kelahirannya itu supaya dapat menimba pengalaman beraksi dalam pentas kejohanan antarabangsa iaitu saingan Piala AFC 2021.", "Untuk makluman, TFC diberikan slot ke pentas asia menerusi kejayaan mereka menempatkan diri di tangga ketiga Liga Super 2020 di belakang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.", "Baca: Piala Malaysia Dibatalkan, Terengganu FC Raih Tiket Piala AFC 2021", "“Pencapaian ini sangat membanggakan memandangkan mu­sim ini merupakan tahun pertama saya beraksi pada Liga Super dan layak pula ke Piala AFC.", "“Peluang berentap dengan pasukan luar negara memberikan pengalaman baharu yang pastinya penting bagi saya untuk meningkatkan prestasi,” katanya lagi.", "Debut pertama Rahadi bersama pasukan senior TFC dalam perlawanan kompetitif hadir ketika aksi sulung Liga Super 2020 menentang Perak.", "Bagaimanapun, debut tersebut meninggalkan kenangan pahit buat dirinya apabila dia bolos tiga jaringan sekaligus menyasikan pasukannya tewas dengan keputusan 1-3 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidim (SMAZA).", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324635/", "headline": "\nMotoGP: Bagnaia Pertahankan Kejuaraan di GP Itali Musim Lalu\n", "content": ["Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia meneruskan rentak cemerlang di tanah airnya sendiri selepas berjaya mempertahankan kejuaraan yang diraih di Grand Prix (GP) Itali tahun lalu, semalam. ", "Dalam perlumbaan tersebut, juara bertahan MotoGP itu bermula di petak pertama (pole position) selepas menamatkan sesi kelayakan pada Jumaat dengan catatan masa pusingan terpantas iaitu 1 minit 45.43 saat. ", "Selepas 23 pusingan perlumbaan, Bagnaia ditabalkan selaku pemenang GP Itali setelah menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 41 minit 16.86 saat sekaligus mempertahankan kejuaraannya di Mugello musim lalu. ", "2022 to 2023! ✅@PeccoBagnaia retains his crown as the King of Mugello! 👑#ItalianGP 🇮🇹 pic.twitter.com/tKlzVZvoz8", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) June 11, 2023", "Kemenangan itu juga memastikan pelumba Itali itu meraih 37 mata bagi kejuaraan kali ini termasuk 12 mata tambahan yang turut diperoleh selepas unggul selaku pemenang acara pecut. ", "Kejuaraan di Itali merupakan kejuaraan ketiga yang dimenangi Bagnaia musim ini selepas memenangi GP Portugal selaku perlumbaan pembukaan dan GP Sepanyol sebelum ini.", "Bagnaia kini mendahului carta kejohanan dengan 131 mata dan terus bersaing sengit dengan rakan senegara yang merupakan pelumba Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezzecchi yang ketinggalan 21 mata di tempat kedua dengan 110 mata. ", "Sebelum ini, hanya dua mata memisahkan Bagnaia dan Bezzecchi selepas pelumba berusia 26 tahun itu terkandas pada pusingan ke-23 manakala Bezzecchi pula menjuarai perlumbaan ke-1000 dalam sejarah MotoGP itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110724/", "headline": "\nGagal Dapatkan Hazwan Bakri, PJ City Pertaruhkan Mahali & Khyril Sebagai Penyerang\n", "content": ["Petaling Jaya City (PJ City) akan mempertaruhkan dua pemain senior iaitu Mahali Jasuli dan Khyril Muhymeen untuk mengetuai jentera serangan setelah gagal mendapatkan khidmat bekas penyerang kebangsaan, Hazwan Bakri.", "Ketika jendela perpindahan pertengahan musim yang dibuka sepanjang Mei lalu, PJ City yang dibimbing oleh P. Maniam berusaha untuk mendatangkan penyerang berusia 30 tahun tersebut untuk menyarung jersi The Pheonix untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2021.", "Bagaimanapun, usaha mereka untuk mendatangkan Hazwan tidak dapat direalisasikan dan memaksa PJ City untuk menaruh kepercayaan kepada barisan pemain sedia ada pada ketika ini.", "Kedua-dua pemain tersebut dipertaruhkan untuk menggantikan penyerang berdarah kacukan, Darren Lok yang mengalami keretakan di bahagian fibula dan memerlukan tempoh pemulihan tiga minggu lagi sebelum kembali menyertai latihan bersama pasukan.", "Untuk pengetahuan semua, PJ City muncul satu-satunya pasukan yang menggunakan 100% pemain lokal untuk mengharungi saingan musim ini. Setakat 13 yang telah dilalui, PJ City telah meraih 3 kemenangan dan 6 seri untuk menduduki tangga kelapan liga.", "Untuk perlawanan seterusnya, PJ City akan menerima kunjungan Sabah di halaman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 24 Julai kelak.", "Featured Image: Petaling Jaya City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321939/", "headline": "\nKim Pan-gon Kongsi Pro & Kontra Beraksi Di Atas Cow Grass\n", "content": ["Pengendali skuad senior kebangsaan, Kim Pan-Gon mempunyai dua sudut pandang berbeza mengenai penggunaan rumput jenis ‘cow grass’ – jenis rumput berdaun lebar yang digunakan di majoriti stadium dalam negara termasuk Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada ketika ini.", "Jurulatih dari Korea yang berusia 53 tahun terbabit berkata penggunaan rumput ‘cow grass’ ada pro-nya yang tersendiri terutamanya menyukarkan pasukan lawan yang tidak biasa beraksi di atasnya.", "“Saya mempunyai dua sudut pandang berbeza, kadangkala ‘cow grass’ membuatkan pasukan lawan menderita kerana mereka tidak biasa beraksi di atasnya,”", "“Boleh menjadi satu kesukaran buat mereka,” katanya dalam sesi media bersama para pengamal media tempatan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini. ", "Bagi skuad Harimau Malaya pula, Pan-gon berkata corak permainan skuad negara akan menjadi sangat ‘direct’ dan pantas. Lebih-lebih lagi skuad Harimau Malaya mempunyai barisan pemain hadapan yang pantas pada ketika ini.", "Bagaimanapun, Pan-gon menjelaskan kadangkala rumput ‘cow grass’ membuatkan permainan menjadi perlahan kerana pergerakan bola terbatas.", "Namun begitu, Pan-gon menegaskan Malaysia tidak boleh kekal bermain di atas padang berumput sedemikian kerana saingan Piala Asia kelak akan dimainkan di stadium-stadium yang menganjurkan Piala Dunia 2022 Qatar – tidak menggunakan rumput ‘cow grass’.", "“Sekiranya kita biasa beraksi di atas rumput ‘cow grass’ dan tiba-tiba bermain di stadium Piala Dunia (yang tidak menggunakan rumput ‘cow grass’), kta akan menderita (bergelut),”", "Untuk makluman semua, skuad Harimau Malaya bimbingan Pan-gon disahkan akan menghadapi Turkmenistan (ranking ke-135) dan Hong Kong (ranking ke-146) pada rehat antarabangsa FIFA bertarikh bermula 20 hingga 28 Mac kelak di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). ", "Tambahnya lagi, ini merupakan masa yang tepat untuk beraksi di gelanggang milik skuad Harimau Selatan terbabit yang menggunakan rumput jenis zeon zoysia – memiliki daun yang lebih halus.", "Selain itu, gelanggang utama bagi skuad kebangsaan iaitu SNBJ akan turut sama menggunakan rumput jenis dengan kerja-kerja penukaran rumput difahamkan akan dimulakan pada Mac kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215670/", "headline": "\nJason Kenny Seteru Basikal Trek ‘The Pocket Rocketman’ Umum Persaraan\n", "content": ["Jaguh berbasikal trek Great Britain, Jason Kenny yang merupakan seteru rapat kepada pelumba negara, Datuk Azizulhasni Awang mengumumkan persaraannya, semalam.", "Menerusi satu makluman laman sesawang rasmi Team GB, pelumba berusia 33 tahun itu mengumumkan menggantung basikalnya dan beralih kepada karier kejurulatihan dengan mengambil peranan selaku jurulatih acara pecut bagi pasukan berbasikal Great Britain.", "A #TeamGB icon.🥇🥈🥇🥇🥇🥇🥇🥈🥇Congratulations on your career @JasonKenny107 and enjoy your retirement 👏 pic.twitter.com/NHKbvCJkxx", "Jason merupakan nama besar dalam arena basikal trek. Dia cukup dikenali dengan pencapaian memenangi tujuh pingat emas daripada empat temasya Sukan Olimpik yang disertainya. Selain itu, Jason turut mempunyai koleksi dua pingat perak daripada temasya itu.", "Pingat emas terakhir dimenanginya adalah di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara keirin lelaki. Perlumbaan tersebut turut menyaksikan jaguh negara, Azizulhasni menamatkan saingan di tempat kedua sekaligus memenangi pingat perak.", "4 Olympic Games7 golds 2 silvers1 #TeamGB iconWhat’s your favourite Sir Jason Kenny moment? pic.twitter.com/IZW2BQNUJj", "Sebagai tambahan, Jason juga mempunyai koleksi pingat emas di Kejuaraan Berbasikal Dunia dimana dia memenanginya pada tahun 2011, 2013 dan 2016 selain meraih 10 pingat pelbagai kilauan secara keseluruhan.", "Dimaklumkan, Jason mempunyai hasrat untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 namun peluang tawaran untuk melatih pasukan negaranya adalah sesuatu yang tidak dapat ditolaknya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217230/", "headline": "\nSukan SEA: Malaysia Bantai Laos Untuk Mendahului Kumpulan B\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B dalam temasya Sukan SEA 2021, sebentar tadi.", "Selepas menumpaskan Thailand B-23 pada perlawanan pertama, Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Australia, Brad Maloney mengalahkan pula pasukan Laos B-23.", "Dalam perlawanan tersebut, Malaysia meraih kemenangan 3-1 hasil jaringan berganda daripada Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-36 dan minit ke-67 serta satu jaringan oleh Syahir Bashah pada minit ke-43.", "Sukan SEA 2021 | Rabu, 11 Mei 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 3-1 🇱🇦 LAOS", "⚽️ Luqman Hakim Shamsudin 36’ 67’ Syahir Bashah 43’⚽️ Visith Bounpaserth 85’#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 11, 2022", "Pasukan lawan berhasil menjaringkan satu gol saguhati menerusi Visith pada minit ke-85.", "Kemenangan ini memberikan tiga mata yang kedua buat Malaysia sekaligus mengumpul enam mata daripada dua perlawanan. Enam mata ini membolehkan Malaysia melonjakkan diri mendahului saingan Kumpulan B.", "Mengekori rapat di tangga kedua adalah skuad negara seberang tambak, Singapura dengan empat mata. Manakala, Thailand pula di tangga ketiga berkongsi tiga mata bersama-sama Kemboja namun berkelebihan dari segi jumlah jaringan gol.", "Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia akan berhadapan dengan Singapura pada 14 Mei kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216571/", "headline": "\nUndian Piala Thomas 2022: Skuad Lelaki Negara Berhadapan Jepun, England & New Zealand\n", "content": ["Saingan badminton berpasukan lelaki, Piala Thomas 2022 akan disajikan kepada para peminat bermula 8 hingga 15 Mei kelak dimana Bangkok, Thailand dipilih sebagai tuan rumah.", "Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengadakan majlis undiannya untuk menentukan lawan masing-masing bagi peringkat kumpulan, pada hari ini. ", "Untuk skuad lelaki negara, hasil undian menyaksikan mereka diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama semi finalis edisi lalu, Jepun serta England dan New Zealand. ", "Sementara itu, Kumpulan A pula dihuni oleh juara bertahan, Indonesia berserta pasukan tuan rumah iaitu Thailand, Korea dan Singapura. ", "Manakala untuk Kumpulan B, ianya diisi oleh naib juara edisi lalu, China serta Denmark, Perancis, dan Algeria. ", "Terakhir, Kumpulan C pula akan disaingi oleh Chinese Taipei, India, Jerman dan Kanada. ", "Sebagai rekod, saingan Piala Thomas edisi lalu menyaksikan pasukan Malaysia berhasil melepasi saingan peringkat kumpulan namun tersingkir di peringkat suku akhir ekoran ditumpaskan pasukan jiran tetangga, Indonesia. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202221170/", "headline": "\nRanking BWF: Aaron-Wooi Yik Muncul Beregu Lelaki ‘Top 3’ Dunia\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kini menjadi menghuni kelompok tiga pasangan badminton lelaki terbaik dunia buat julung kalinya dalam karier mereka.", "Ini selepas kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan Aaron-Wooi Yik merekodkan peningkatan satu anak berbanding kedudukan pada minggu lalu.", "Peningkatan itu sekaligus meletakkan juara Kejohanan Dunia BWF ini di tangga ketiga di belakang beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto pada minggu ini.", "Pada masa yang sama, beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut mempamerkan peningkatan satu anak tangga dalam kemaskini ranking dunia pada minggu ini.", "Hasil peningkatan itu meletakkan semi-finalis Jelajah Dunia Akhir BWF ini di tangga ketujuh pada minggu ini – tertinggi pernah dicapai oleh Yew Sin-Ee Yi dalam karier mereka.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323268/", "headline": "\nMotoGP: Perlumbaan di Sokol Dibatalkan Tanpa Ganti\n", "content": ["Kejuaraan Dunia MotoGP Kazakhstan yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sokol pada 9 Julai 2023 terpaksa dibatalkan ekoran proses homologasi – proses mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti.", "Perkara tersebut dimaklumkan secara rasmi oleh badan induk serta penganjur, FIM, IRTA dan Dorna Sports menerusi pelbagai platform laman sosialnya, semalam.", "“Proses homologasi yang berterusan ke atas litar, berserta dengan cabaran semasa dalam pengoperasian global telah menyebabkan acara ini dibatalkan.”  tulis kenyataan tersebut.", "The FIM, IRTA and Dorna Sports can confirm the cancellation of the 2023 #KazakhstanGP ", "Full statement 👇#MotoGP | 📰https://t.co/DaRpV5gHGQ", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 26, 2023", "Pada September tahun lalu, badan induk mengumumkan Kazakhstan akan menjadi salah satu destinasi baharu bagi perlumbaan MotoGP musim 2023 dan berterusan bagi lima tahun akan datang.", "Pengumuman terbabit menjadikan Kazakhsatan negara rantau asia tengah pertama yang menganjurkan perlumbaan MotoGP. Ianya merupakan destinasi ke-30 jenama sukan pemotoran terbesar dunia tersebut dalam usaha mereka melebarkan sayap ke seluruh dunia.", "MotoGP, badan induk dan penganjur berharap dapat kembali mengadakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sokol pada tahun 2024.", "Sehubungan itu, pihak penganjur mengumumkan acara tersebut tidak akan digantikan pada tarikh berkenaan dan bermakna tiada perlumbaan akan berlangsung sepanjang bulan Julai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324404/", "headline": "\nBekas Bintang Man Utd Tanpa Kelab Selepas Tamat Saingan A-League 2022-23\n", "content": ["Bekas pemain bintang Manchester United (Man Utd) dan skuad kebangsaan Portugal, Luis Nani bakal berstatus ejen bebas apabila saingan bola sepak Australia iaitu A-League 2022-23 menutup tirainya kelak.", "Ini selepas kelab yang disertainya sejak Julai pada tahun lalu, Melbourne Victory mengumumkan melepaskan khidmat pemain sayap berusia 36 tahun terbabit menerusi satu kenyataan rasmi kelab, baru-baru ini.", "Melbourne Victory can confirm that Luis Nani will depart the Club after the completion of the 2022/23 Isuzu UTE A-League season.", "The Club would like to thank Nani for his contribution and wishes him the best for the future.", "— Melbourne Victory (@gomvfc) May 31, 2023", "Bersama Melbourne Victory, Nani hanya sempat melakukan sepuluh penampilan dalam saingan A-League sebelum mengalami kecederaan pada Januari lalu yang memaksanya berehat panjang sehingga tamat musim ini.", "Selain rekod penampilan terbabit, Nani tidak mempunyai sebarang cetakan gol namun sempat mencipta dua bantuan gol (assist) bersama kelab yang berpangkalan di asia tenggara Australia terbabit.", "Untuk makluman, ketika mengumumkan mengikat Nani pada tahun lalu, Melbourne Victory mengikat khidmatnya dengan kontrak selama dua tahun.", "Sebagai tambahan, sebelum menyertai Melbourne Victory, Nani terlebih dahulu beraksi dalam kancah bola sepak Itali bersama Venezia FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323211/", "headline": "\n8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kejohanan Badminton Asia\n", "content": ["Kejohanan Badminton Asia (BAC) merupakan salah satu kejohanan peringkat benua yang setaraf dengan kejohanan Jelajah Dunia BWF (Super 1000) dan menawarkan jumlah mata ranking tertinggi untuk diraih jagoan asia.", "Menjelang kejohanan yang berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan bakal bermula hari ini, Sukanz hidangkan 10 perkara yang perlu anda ketahui mengenai kejohanan ini merangkumi informasi berkenaan kejohanan termasuk 14 wakil Malaysia yang bakal beraksi untuk tatapan anda:", "BAC merupakan salah satu kejohanan peringkat benua yang bertaraf Tier 2 dalam Gred 2 di bawah seliaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan setaraf dengan kejohanan Jelajah Dunia BWF (Super 1000).", "BAC mula dipertandingkan pada tahun 1962 dengan Malaysia menjadi tuan rumah di Stadium Negara, Kuala Lumpur sebelum kejohanan ini dilangsungkan secara tahunan bermula tahun 1991. ", "Seramai 14 wakil negara yang beraksi pada BAC 2023 setelah gandingan Pearly Tan-M.Thinaah terpaksa menarik diri dengan Lee Zii Jia diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan bagi acara perseorangan lelaki manakala gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi pilihan kedua kejohanan bagi acara beregu lelaki.", "BAC merupakan kejohanan yang tidak menawarkan hadiah keseluruhan buat para atlet tetapi tarikan mata ranking membuatkan pemain badminton terbaik Asia beraksi di BAC. ", "BAC 2023 bakal berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan dan pemilihan venue ini menjadikannya sebagai lokasi rasmi kejohanan bagi edisi kali ini sehingga tahun 2027 di Dubai.", "Juara setiap kategori BAC akan meraih 12,000 mata manakala naib juara akan mendapat 10,200 mata secara individu bagi pengiraan ranking dunia. ", "Sejak 1991, Malaysia telah muncul juara sebanyak 10 kali di kejohanan ini menerusi Rashid Sidek (1991 & 1992), Lee Chong Wei (2006 & 2016), Lee Zii Jia (2022), Jalani Sidek-Razif Sidek (1992), Soon Kit-Kim Hock (1995), Tan Fook-Wan Wah (2006 & 2007) dan Peng Soon-Liu Ying (2010).", "Wakil China paling banyak muncul juara di BAC sejak 1962 dengan rekod keseluruhan 75 wakil setakat ini – perseorangan lelaki (15), perseorangan wanita (21), beregu lelaki (5), beregu wanita (21) dan beregu campuran (13)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219323/", "headline": "\nNaib Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka, Noor Azman Rahman Ganti Saifuddin Abu Bakar\n", "content": ["Kekosongan jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ditinggalkan oleh Saifuddin Abu Bakar akan diisi oleh Noor Azman Rahma berkuat kuasa 1 September nanti.", "Perkara tersebut diumumkan oleh FAM secara rasmi menerusi satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini. Makluman ini hadir selepas FAM menerima perletakan jawatan Saifuddin atas alasan mahu menumpukan kerjayanya di peringkat antarabangsa.", "Noor Azman yang berusia 55 tahun ini bukan nama asing dalam kancah bola sepak tempata. Beliau merupakan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) bagi penggal 2020-2023.", "Sebelum itu, beliau pernah menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai Setiausaha Agung MUSA dari tahun 2015 hingga 2018.", "Selain itu, beliau juga merupakan Koordinator Presiden FAM sejak tahun 2018 apabila Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Presiden FAM ", "Antara jawatan lain yang pernah disandangnya bersama badan induk bola sepak negara adalah Ahli Jawatankuasa Media FAM (2010-2013), Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM (2014-2018) serta Ahli Jawatankuasa Pertandingan FAM (2018-2019).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217153/", "headline": "\n“Kita Perlu Bermain Di UCL” – Ujar Arteta Setelah Dilanjutkan Kontrak Sehingga 2025\n", "content": ["Kelab berpangkalan di London, Arsenal memaklumkan khidmat Mikel Arteta selaku pengurus yang sepatutnya tamat pada tahun hadapan dilanjutkan sehingga ke musim panas 2025.", "Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman sesawang rasmi milik kelab berjulukan The Gunners itu pada hari ini.", "Lanjutan kontrak pengurus kelahiran Sepanyol itu hadir tatkala Arsenal sedang berada di landasan yang tepat untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selaku empat pasukan teratas buat pertama kali sejak enam musim yang lalu.", "“Saya teruja, bersyukur dan sangat, sangat gembira pada hari ini,” kata pengurus 40 tahun itu sejurus melanjutkan kontrak bersama Arsenal di Stadium Emirates.", "“Apabila saya bercakap kepada Josh (Kroenke) dia mampu melihat kelab pada titik yang sama dan dia mahu membawa kelab dengan cara saya mahu lalukannya. ", "Mikel Arteta 🤝 Jonas Eidevall Here to stay pic.twitter.com/NlbJ5ZOU2L", "— Arsenal (@Arsenal) May 6, 2022", "“Jadi, semua yang dia katakan, dan (juga) Stan (Kroenke) katakan apabila saya bersama kedua-duanya, mereka seringkali kotakan.”", "“Kami mahu membawa kelab ke peringkat seterusnya dan bersaing dengan pasukan-pasukan terbaik. Untuk merealisasikannya, kita perlu bermain di Liga Juara-Juara UEFA (UCL). ", "“Kita perlu mampu untuk kembangkan pasukan, perbaiki pemain-pemain kita, tambah baik jabatan-jabatan, menjana hubungan yang lebih baik bersama para penyokong, tingkatkan atmosfera di (Stadium) Emirates, mampu merekrut bakat terbaik dan individu terbaik untuk kelab ini bagi memacu projek ini ke peringkat seterusnya.” ujarnya.", "Ketika ini Arsenal berada di tangga keempat dengan 63 mata daripada 34 perlawanan. Mereka berada dua mata di atas Spurs di kedudukan kelima dan saingan hanya berbaki empat perlawanan sahaja lagi.", "Sebagai rekod, kali terakhir mereka beraksi di pentas elit, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pula adalah pada musim 2016/17 – lima musim yang lalu semasa di bawah kendalian Arsene Wenger.", "Untuk makluman semua, khidmat Arteta yang juga merupakan bekas kapten The Gunners mula digunapakai oleh Arsenal pada Disember 2019 menggantikan Unai Emery dengan peranan sebagai ketua jurulatih.", "Pada September 2020, selepas mengemudi Arsenal menjuarai saingan Piala FA dan menamatkan saingan EPL di tangga kelapan, Arteta diangkat menjadi pengurus mereka ."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219521/", "headline": "\nGandingan Trio Serangan RTK Masih Memerlukan Masa \n", "content": ["Penyokong Kedah Darul Aman (KDA) sememangnya meletakkan harapan yang tinggi terhadap gandingan trio serangan baharu melibatkan Rabih Ataya, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman (RTK) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.", "Bagaimanapun, gandingan pemain-pemain ini tidak mencapai jangkaan sepertimana yang diharapkan oleh para penyokong setelah menghadapi tiga perlawanan awal menentang Johor Darul Ta’zim, Sabah dan Penang.   ", "Salah seorang trio yang membentuk gandingan tersebut, Tchetche menyatakan trio ini belum mencapai keserasian yang baik kerana kemasukan pemain baharu, Rabih Ataya pada jendela perpindahan lalu. ", "Pada masa yang sama, ketiga-tiga mereka pula belum beraksi dalam banyak perlawanan secara bersama dan ia memerlukan masa untuk ketiga-tiganya memahami cara permainan masing-masing sebelum menjelmakan gandingan yang ampuh di atas padang.", "“Secara peribadi, Ataya sememangnya seorang pemain yang bagus cuma kami masih cuba untuk memahami cara permainan masing-masing di atas padang kerana tidak banyak perlawanan kami telah lalui bersama.", "“Saya sememangnya gembira kerana ada pemain seperti dirinya bersama pasukan kerana akan lebih banyak membantu kami pada situasi menyerang kerana bijak membuka ruang kepada rakan sepasukan.", "“Situasi dalam pasukan ini juga semakin baik dan harmoni, walaupun kami bermula dengan langkah kiri dengan tewas kepada JDT, namun banyak perubahan pada perlawanan kedua, ” katanya.", "Untuk rekod, dalam tiga aksi terdahulu, KDA tewas di tangan juara bertahan, JDT 0-2 sebelum bangkit menggapai kemenangan 2-0 ke atas Sabah. ", "Pada aksi ketiga, bertemu pasukan seteru di utara semenanjung tanah air iaitu Penang, skuad kendalian Aidil Sharin ini hanya sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1.", "Untuk aksi keempat, KDA akan menerima kunjungan pasukan yang menghuni tangga ketiga carta Liga Super iaitu Petaling Jaya City FC (PJ City) di gelanggang sendiri pada malam esok.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110086/", "headline": "\nFAM: Benarkan Gol ‘Tangan’ Shukor, Kesemua Pengadil Perlawanan Akan Dihukum\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menghukum kesemua pengadil perlawanan yang membenarkan jaringan menggunakan tangan oleh pertahanan Kuala Lumpur City (KL City) FC, Shukor Adan ketika menentang UiTM FC pada sabtu lalu.", "Ketika perlawanan tersebut, Shukor dikesan mengangkat tangan untuk menolak masuk bola ke gawang hasil sepakan percuma kapten pasukan, Paulo Josue. Bagaimanapun, disebabkan kepadatan pemain di dalam kotak penalti pada ketika itu, insiden tersebut gagal dikesan oleh pengadil perlawanan sekaligus mengesahkan jaringan tersebut.", "Jaringan yang terhasil pada minit 90+5 tersebut membolehkan KL City menyamakan kedudukan 1-1 sekaligus meragut peluang buat UiTM yang dikendalikan oleh Frank Bernhardt untuk merasai kemenangan sulung dalam saingan Liga Super musim ini.", "“Persatuan melalui Unit Pengadil sentiasa tekankan aspek posisi pengadil yang melibatkan jarak dan sudut pandangan, jangkaan fasa permainan dan ‘dropping zone’ bagi bola aerial, fokus dalam perlawanan terutama minit-minit terakhir serta kerjasama antara kesemua pegawai perlawanan agar dapat memberikan keputusan yang sewajarnya akan tindakan-tindakan pemain dalam perlawanan.", "“Ternyata dalam situasi ini kesemua pegawai perlawanan kurang menitikberatkan aspirasi yang telah digariskan dalam memberikan satu keputusan yang tepat.", "“Justeru, tindakan yang sewajarnya akan dikenakan kepada semua Pegawai Perlawanan yang bertugas pada perlawanan tersebut kerana kealpaan mereka dalam mengesan kesalahan memainkan bola dengan tangan sehingga mengubah keputusan perlawanan,” tegas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Dato’ S. Sivasundaram dalam satu kenyataan.", "Untuk makluman, perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam itu diadili oleh Mohd Shahrizan Mohamad Solihin, Mohd Zainudin Md Isa (penjaga garisan 1), Hafizi Azmi (penjaga garisan 2) serta Mohd Shahmi Ismail (pengadil keempat)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322602/", "headline": "\nRanking BWF: Soon Huat-Shevon Kembali Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kembali semula menghuni kelompok 10 terbaik dunia.", "Ianya susulan kemaraan mereka ke perlawanan akhir dan bergelar naib juara dalam saingan Terbuka Swiss pada Ahad lalu yang memberikan 5,950 mata kejohanan.", "Pungutan mata itu membantu Soon Huat-Shevon mengumpul 58,690 mata secara keseluruhan dan meningkatkan kedudukan mereka satu anak tangga berbanding minggu lalu dalam ranking dunia.", "Untuk makluman, Soon Huat-Shevon yang juga merupakan beregu campuran No.2 tanah air akan terus berada di bumi eropah memandangkan mereka akan mengambil bahagian dalam saingan Madrid Spain Masters pada minggu ini. ", "Menerusi kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 ini, mereka berpeluang untuk memperbaiki lagi kedudukan dalam ranking dunia sekiranya mara jauh.", "Sebagai rekod, Soon Huat-Shevon pernah merekodkan kedudukan terbaik iaitu di tangga keenam dunia selama sembilan minggu sekitar tahun 2018."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207433/", "headline": "\nGarmin VENU SQ Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM999\n", "content": ["Garmin Malaysia telah melancarkan model baharunya iaitu Venu SQ dan Venu SQ Music Edition secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada hari ini.", "Model Venu SQ ini merupakan gabungan penjejak kesihatan dan ciri-ciri kecergasan oleh Garmin disekalikan dengan lifestyle harian.", "Antara kelebihan model ini adalah mampu bertahan sehingga 6 hari dalam keadaan smartwatch mode. Ianya hadir dalam bentuk segi empat bersaiz 1.3″, skrin sentuh, bezel aluminum dan tali silikon.", "Bagi Venu SQ Music Edition, ianya dilengkapi dengan storan dalaman yang membolehkan anda menyimpan lagu kegemaran untuk dimainkan semasa melakukan aktiviti senama tanpa perlu disambungkan secara atas talian bersama smartphone.", "Harga untuk pasaran tempatan bagi model Venu SQ adalah RM999 manakala bagi model Venu SQ Music Edition pula, ianya diletakkan tanda harga RM1250.", "Menurut makluman Garmin, model ini boleh didapati secara atas talian menerusi platform membeli-belah seperti Lazada, Shopee dan AECO Online Shop. Selain itu, ianya turut dijual di kesemua kedai rasmi Garmin seluruh Malaysia. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216613/", "headline": "\nTerbuka Korea: Gandingan Kian Meng-Wee Kiong Tamatkan 5 Bulan Kemarau Kemenangan\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong berhasil menamatkan lima bulan kemarau kemenangan dengan menumpaskan beregu tuan rumah di saingan pembukaan Terbuka Korea, sebentar tadi.", "Beregu yang menghuni ranking ke-90 dunia ini mencatatkan kemenangan tersebut dengan mengatasi gandingan Kim Hwi-tae dan Yoon Dae-il secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-13 dalam tempoh masa 39 minit.", "Kemenangan yang diraih di Pusingan 32 ini membolehkan Kian Meng-Wee Kiong dapat meneruskan kemaraan ke peringkat seterusnya, Pusingan 16.", "Korea Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅18 13 🇰🇷Hwi Tae KIM 🇰🇷Dae Il YOON", "🕗 in 39 minutes https://t.co/VGOUw0CGWv", "— BWFScore (@BWFScore) April 5, 2022", "Menanti mereka di pusingan tersebut adalah beregu Indonesia yang merangkul kejuaraan Terbuka Swiss 2022, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.", "Untuk makluman semua, kemenangan terakhir yang diraih mereka sebelum menghadapi kemarau kemenangan adalah di Pusingan 32 Terbuka HYLO pada 3 November tahun lalu.", "Kemenangan itu diraih dengan menumpaskan beregu Jepun, Takuto Inoue dan Kenya Mitsuhashi pada Pusingan 32 di kejohanan terbabit. Sebagai tambahan, Kian Meng dan Wee Kiong mula bergandingan bersama sejak Oktober 2021.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215473/", "headline": "\nBATC 2022: Aaron Chia-Wooi Yik Dikejutkan Beregu Ke-857 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu Jepun yang menghuni ranking ke-857 dunia, Ayato Endo dan Yuta Takei membuat satu kejutan dengan mengalahkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Kejutan itu dilakar oleh gandingan Ayato-Yuta semasa perlawanan kedua yang melibatkan pasukan lelaki Jepun dan Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, pada hari ini.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 1-1 🇯🇵Endo Ayato-Takei Yuta def. Aaron Chia-Soh Wooi Yik 23-21 21-16#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gTVjRCGPwb", "Lebih mengejutkan, Aaron Chia-Wooi Yik beregu No.7 dunia tumpas kepada pasangan ini secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-23 dan 16-21 dalam tempoh masa setengah jam permainan.", "Kemenangan oleh Ayato-Yuta berjaya memberikan mata pertama buat Jepun pada perlawanan ini sekaligus mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1. Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia dan Jepun diwakili oleh Aidil Sholeh dan Koo Takahashi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323374/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kontinjen Malaysia Sasar Kutip 141 Pingat\n", "content": ["Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran untuk mengutip 141 pingat secara keseluruhan dalam temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2023 Kemboja yang akan bermula 5 Mei kelak.", "Daripada 141 jumlah pingat berkenaan, 40 disasarkan untuk mendapatkan kilauan emas manakala 37 daripadanya pula adalah pingat adalah perak. Sementara itu, baki 64 pingat lagi adalah gangsa.", "Sasaran terbabit diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh pada Ahad lalu yang turut dikongsikan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).", "40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa sasaran buat Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Kemboja 2023. Sasaran ini telah diumumkan hari ini di Majlis Penyerahan Jalur Gemilang untuk Kontinjen Malaysia. #SEAGames32 #Cambodia2023 #OlympicMAS pic.twitter.com/0PS7HM0QAb", "— Olympic Malaysia 🇲🇾🥇 (@olympicmas) April 30, 2023", "Bagi Sukan SEA kali ini, Kontinjen Malaysia diwakili seramai 677 orang atlet (402 orang lelaki & 275 orang wanita).", "Daripada jumlah 677 orang atlet tersebut, seramai 387 orang (57%) adalah atlet berusia bawah 23 tahun (B-23), manakala 440 orang pula (65%) adalah atlet yang bakal membuat penampilan sulung di pentas Sukan SEA. ", "Untuk makluman semua, Kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 33 daripada 36 jenis sukan yang dipertandingkan serta 340 daripada 582 acara.", "Sebagai perbandingan, Sukan SEA edisi lalu yang berlangsung di Hanoi, Vietnam menyaksikan Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran 146 pingat secara keseluruhan dengan perincian 36 emas, 35 perak dan 75 gangsa.", "Kontinjen Malaysia berhasil melepasi sasaran tersebut dengan mengutip 174 pingat dengan pecahan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218612/", "headline": "\n“Game Wide Open” Diperkenalkan Sebagai Slogan Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024\n", "content": ["Slogan rasmi bagi temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Paralimpik 2024 diperkenalkan secara rasmi pada awal pagi tadi – dua tahun sebelum bermulanya temasya ini.", "“Ovrons Grand Les Jeux” atau di dalam bahasa inggerinya, “Game Wide Open” dipilih sebagai sebagai slogan bersama bagi kedua-dua temasya oleh penganjur. ", "Difahamkan slogan tersebut merupakan satu jemputan kepada dunia untuk berkongsi emosi baharu bersama-sama. Kejohanan ini menjadi komitmen mereka untuk  memberikan keseronokan dan pengalaman baharu.", "An invitation to the world to come and experience a whole set of new emotions together.", "You are 1'30 min away from discovering the slogan of the #Paris2024 Olympic AND Paralympic Games.#RoadToParis2024 pic.twitter.com/ciLzX5DZqb", "— Paris 2024 (@Paris2024) July 25, 2022", "Sukan Olimpik Paris ini dijadualkan berlangsung bermula 27 Julai hingga 11 Ogos 2024. Ianya mempertandingkan sebanyak 32 jenis sukan termasuk 4 sukan tambahan iaitu “break dance”, sukan memanjat (sport climbing), papan luncur (skateboarding) dan sukan luncur air (surfing).", "Selain daripada pengenalan slogan rasmi, jawatankuasa penganjur turut mengeluarkan jadual lengkap bagi keseluruhan acara yang berlangsung di temasya ini.", "Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga selepas tahun 1900 dan 1924 ibu kota bagi negara Perancis dipilih sebagai penganjur temasya bagi setiap empat tahun sekali ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322670/", "headline": "\nEPL Tolak Usul Netflix Mengadakan Siri Dokumentari Seumpama ‘Drive To Survive’\n", "content": ["Platform servis penstriman berasaskan langganan, Netflix mengusulkan cadangan kepada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk menerbitkan sebuah siri dokumentari yang memaparkan kisah disebalik tabir melibatkan 20 kelab yang bertanding. ", "Ianya seumpama siri dokumentari bagi Formula 1 (F1) iaitu ‘Drive To Survive’ dimana mereka akan mengikuti dan merakamkan perjalanan kesemua kelab EPL sepanjang musim berbeza dengan siri ‘All or Nothing’ terbitan Amazon Prime Video yang memfokuskan kepada satu kelab sahaja pada satu masa.", "A post shared by VERSUS (@versus)", "Bagaimanapun, kelab-kelab EPL telah membuat keputusan untuk menolak usul berkenaan selepas melakukan undian dalam satu mesyuarat yang berlangsung di London, semalam, sepertimana dilaporkan pelbagai media berpangkalan di eropah.", "Walaupun usul ini ditolak oleh EPL, Netflix sudah mempunyai satu kolaborasi dengan salah sebuah liga terbaik eropah dan dunia iaitu LaLiga untuk membuat siri dokumentari sedemikian. ", "Mereka telah mengumumkan kolaborasinya secara rasmi pada Februari lalu. Siri berkenaan akan memfokuskan kepada saingan melibatkan perjalanan kelab-kelab LaLiga pada musim 2023-24 dan akan dilancarkan pada tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321844/", "headline": "\nEnam Pemain Import Perkuat The Cops Harungi Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) akan mengharungi saingan Liga Super dan pertandingan-pertandingan lain Liga Malaysia dengan kekuatan pemain import seramai enam orang sahaja.", "Jumlah kehadiran pemain import itu disahkan sendiri oleh ketua jurulatih skuad berjulukan The Cops, Azzmi Ab Aziz sepertimana dilaporkan oleh Harian Metro.", "Menerusi perkongsian di platform media sosialnya, lima pemain import baharunya diperkenalkan seorang demi seorang bermula sekitar penghujung Januari lalu.", "Dua daripada lima pemain terbabit merupakan pemain yang tidak asing lagi dengan kancah bola sepak tanah air iaitu penyerang berdarah campuran Brazil-Jepun, Bruno Suzuki serta pemain dari Nigeria, Uche Agba.", "Bruno bukan sahaja tidak asing dengan kancah bola sepak tempatan memandangkan pernah beraksi di Malaysia sejak tahun 2017 bahkan merupakan bekas pemain import PDRM FC sendiri pada musim 2021.", "Sementara itu, Agba yang merupakan bekas pemain PDRM pada musim 2019 kembali menyertai skuad The Cops selepas meninggalkan Sarawak United.", "Baki tiga lagi pemain importnya adalah pemain tengah Marcus Macauley (31 tahun, Liberia), Kyaw Min Oo (26 tahun, Myanmar) dan pertahanan James Okwuosa (32 tahun, Nigeria).", "Sementara itu, seorang lagi pemain importnya adalah pemain tengah berusia 29 tahun dari Jordan, Fadi Awad yang dikekalkan daripada skuad musim lalu.", "Nampaknya, PDRM FC menjadi pasukan ketiga selepas Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC yang mengesahkan tidak memenuhi kuota sembilan pemain import sepertimana dibenarkan penganjur, Malaysian Football League (MFL) bermula musim ini.", "Sebagai rekod, kali terakhir skuad The Cops beraksi di Liga Super adalah pada musim 2020.", "Featured Image: PDRM Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111812/", "headline": "\nKhabib ‘Nasihat’ Rakannya, Cristiano Berhijrah Tetapi Elakkan Sertai PSG\n", "content": ["Ramai sedia maklum akan hubungan baik antara legenda UFC, Khabib Nurmagomedov dan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.", "Perkembangan karier bola sepak penyerang kelahiran Portugal itu turut diikuti rapat oleh Khabib dari semasa ke semasa.", "Terbaru, menerusi satu temu bual, Khabib berpandangan Cristiano seharusnya meninggalkan kelab semasanya, Juventus dan berhijrah ke pasukan lain.", "Bagaimanapun, Khabib menyarankan rakannya itu untuk mengelak daripada menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dan sebaiknya kembali beraksi di England.", "“Pada pandangan saya, ia lebih baik jikalau Cristiano menukar pasukan. Penyokong Juventus jangan terasa (dengan pandangan ini).”", "“PSG? Jangan, mereka sudah mempunyai bintang-bintang mereka yang mencukupi.” ", " “Jika dia berpindah ke England pada penghujung kariernya, saya sendiri berasa tertarik.” katanya kepada Match TV seperti dilaporkan oleh Russia Today.", "Di saat ramai kalangan peminat bola sepak dunia mahu melihat gandingan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di PSG, Khabib nyata mempunyai satu pandangan yang agak kontra.", "Cristiano Ronaldo situation ⚪️🇵🇹He wanted to “look for potential new options”.PSG are currently not interested.Mendes contacted Manchester City but Juve want €25m and #MCFC have NO intention to pay any fee. “Complicated”.Juve are still convinced that Cristiano will stay. pic.twitter.com/zGTF5Bymtp", "Bercakap mengenai perpindahan Cristiano, wartawan yang terkenal dalam melaporkan perpindahan pemain, Fabrizio Romano mendedahkan penyerang berusia 36 tahun itu sedang mencari pilihan yang baharu untuk kariernya.", "Difahamkan, ejennya, Jorge Mendes juga telah menghubungi juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City untuk menawarkan khidmat Cristiano.", "Namun situasi semasa mengenai dikatakan agak ‘sukar’ kerana Juventus mahukan sekurang-kurangnya €25 juta sebagai yuran perpindahan.", "Pada masa yang sama, skuad The Cityzen pula tidak berniat untuk mengeluarkan walau satu sen sedangkan Cristiano masih mempunyai baki kontrak selama setahun lagi bersama kelab berpangkalan di Turin tersebut.", "Sementara itu, PSG dilaporkan tidak berminat sama sekali untuk mendatangkan khidmat Cristiano ke Parc des Princes pada jendela perpindahan kali ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215790/", "headline": "\nPertahanan Muda Selangor Sertai Kelab Amerika Syarikat, San Antonio FC\n", "content": ["Pemain pertahanan muda import Selangor FC, Jordan Ayimbila tidak akan menyarung jersi skuad Gergasi Merah pada musim ini berikutan membuat keputusan untuk berhijrah menyertai sebuah kelab di Amerika Syarikat.", "Menerusi makluman rasmi oleh pihak kelab, pemain berusia 21 tahun kelahiran Ghana itu akan menyertai San Antonio FC yang beraksi dalam saingan USL Championship. Sehubungan itu, ‘perceraian’ antara Jordan dan Selangor telah dicapai menerusi persetujuan bersama.", "SELAMAT MAJU JAYA JORDAN! Pasukan #GergasiMerah mengucapkan terima kasih dan semoga berjaya kepada Jordan Ayimbila yang akan berhijrah ke Amerika Syarikat.Baca artikel penuh di https://t.co/DIuHO8Ihc5 untuk maklumat lanjut atau terus ke pautan ini : https://t.co/3zfZmRSDKV pic.twitter.com/MUynnmugaW", "Ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner gembira dengan perkembangan ini dan melihat sistem yang dibina oleh Selangor mampu melahirkan pemain yang berpotensi dengan memberikan peluang untuk mengembangkan bakat.", "Untuk rekod, Selangor mendapatkan Jordan pada Januari 2021 secara pinjaman untuk diletakkan di skuad simpanan, Selangor 2. Bagaimanpun, pemain yang dipinjamkan daripada Accra Lions FC ini berjaya menembusi skuad utama. ", "Mampu beraksi sebagai pertahanan tengah (centre back) mahupun bek kiri (left back), Ayimbila berjaya merekodkan 24 penampilan serta menjaringkan satu gol bersama skuad utama Selangor dalam saingan Liga Malaysia, musim lepas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111412/", "headline": "\nThailand Tamatkan Kontrak Akira Nishino Kerana Tak Capai Sasaran\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan menamatkan kontrak ketua jurulatih senior dan bawah 23 tahun (B-23), Akira Nishino, hari ini.", "Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh FAT menerusi pelbagai platform laman sosial milik skuad Gajah Perang sebentar tadi.", "#BREAKING สมาคมฟุตบอลฯ แจ้งยุติสัญญา อากิระ นิชิโนะ เนื่องจากผลงานทีมชาติไทยไม่เป็นไปตามเป้า#ช้างศึก​​ #TogetherAsOne​​ #บอลไทย​​ #ฟุตบอลไทย​​​​ #ทีมชาติไทย #นักฟุตบอลไทย #Thailand​​ #Football​​ #FAThailand​​ #อากิระนิชิโนะ pic.twitter.com/CykdKqjUqZ", "Penamatan kontrak jurulatih kelahiran Jepun tersebut dilakukan setelah aksi suram skuad kebangsaan Thailand dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.", "Mereka menamatkan saingan peringkat Kumpulan G di tangga keempat – di bawah Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia – dengan hanya mengutip 9 mata daripada 8 perlawanan.", "Setakat ini, FAT belum mengumumkan siapakah pengganti kepada Akira untuk membimbing skuad kebangsaan dan B-23 Thailand. ", "Untuk makluman, mereka akan mengharungi saingan Piala AFF, pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 dan kelayakan Piala Asia B-23 tidak lama lagi.", "Featured Image: Thai League Central"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218819/", "headline": "\nSaingan Bola Sepak Sepanyol Dikenali Sebagai EA Sports FC LaLiga Bermula Musim 2023-24\n", "content": ["Bermula musim 2023-24, saingan liga bola sepak Sepanyol akan mendapat penaja nama (title sponsor) baharu menggantikan nama sedia ada syarikat kewangan, Santander.", "Menurut makluman rasmi, LaLiga mengumumkan telah menandatangani kerjasama beberapa tahun bersama syarikat pembangun dan penerbit permainan video berpangkalan di California, Amerika Syarikat, EA Sports.", "Dengan kerjasama ini, EA Sports FC, permainan simulasi bola sepak yang ditukar namanya daripada FIFA akan menjadi penaja nama bagi kesemua saingan LaLiga termasuk LaLiga 2 (divisyen kedua), LaLiga Promises (kejohanan liga remaja tahunan) dan eLaLiga.", "EA will become the main sponsor of La Liga from 2023-24.", "The deal will include EA Sports naming rights for the league in a deal worth $205M over five years, per @partidazocope 🎮🇪🇸 pic.twitter.com/9EtpGIP3Qo", "— B/R Football (@brfootball) August 2, 2022", "Baca: EA FIFA Akan Mula Menggunakan Judul EA Sports FC Pada Tahun 2023", "Dimaklumkan, dengan kerjasama ini, LaLiga akan melakukan penjenamaan baharu terhadap kesemua logo, grafik, tulisan dan elemen visual yang lain bersama EA Sports.", "Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh kerjasama serta jumlah penajaaan daripada syarikat terbabit didedahkan kepada umum oleh LaLiga dalam kenyataannya.", "Sebagai rekod, Santander telah menjadi penaja bagi saingan LaLiga sejak tujuh musim lalu bermula saingan 2016/17 menggantikan sebuah syarikat kewangan, BBVA."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221152/", "headline": "\nMessi & Rakan Sepasukan Pacu Argentina Julang Piala Dunia – Raih RM185 Juta\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel bersama rakan sepasukannya berjaya memacu Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia FIFA 2022.", "Kejayaan itu sekaligus menamatkan kemarau 36 tahun buat skuad berjulukan La Albiceleste menjulang trofi tersebut dimana kali terakhirnya dimenangi era Diego Maradona.", "Kejuaraan itu dicetuskan menerusi kemenangan melalui sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 4-2.", "ARGENTINA ARE WORLD CHAMPIONS!! 🇦🇷#FIFAWorldCup | #Qatar2022", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 18, 2022", "Semasa waktu permainan sebenar, Messi dan Angel di Maria muncul penyumbang awal kepada pendahuluan Argentina menerusi jaringan pada 25’ (sepakan penalti), 108′ dan 36’ masing-masing.", "Perancis pula sempat mengikat kedudukan menjadi 3-3 menerusi jaringan hatrik daripada Kylian Mbappe pada 81′ (penalti), 82′ dan 118′ (penalti) masing-masing.", "Kejuaraan ini juga membolehkan Argentina membawa pulang wang ganjaran bernilai $42 juta atau bersamaan sekitar RM185 juta.", "Sementara itu, Perancis yang terpaksa akur tidak dapat mengulangi kejuaraan apada edisi lalu pula membawa pulang ganjaran bernilai $30 juta atau bersamaan lebih kurang RM139 juta.", "Fetured Image: FIFA WORLD CUP"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111166/", "headline": "\nMFL Kongsikan Hampir 700,000 Tonton Aksi Terengganu Tumpaskan JDT – Tertinggi Setakat Ini\n", "content": ["Perlawanan yang menyaksikan Terengganu menumpaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada aksi kesepuluh Liga Super, merekodkan jumlah tontonan tertinggi setakat ini.", "Makluman tersebut dikongsikan oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL) menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.", "Difahamkan, jumlah tontonan siaran langsung itu diambil daripada kesemua platform yang menyiarkan perlawanan tersebut iaitu Sports Channel di unifi TV dan unifi PlayTV dan unifi Youtube.", "“Siaran langsung perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC pada 10 Mei 2021 mencatatkan jumlah tontonan paling tinggi setakat ini iaitu 698,341.” tulis kenyataan tersebut.", "Sebagai rekod, perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan tumpas buat pertama kali di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan tunggal pemain muda, Hakimi Abdullah pada minit ke-57.", "Sementara itu, MFL turut memaklumkan sejumlah 21 juta penonton menyaksikan perlawanan siaran langsung yang disiarkan menerusi tiga platform iaitu Sports Channel di unifi TV & unifi PlayTV, unifi YouTube dan saluran TV1 RTM (menerusi set top box unifi).", "Liga Super musim 2021 masih memiliki tarikan tersendiri apabila sejumlah 21,814,979 penonton menyaksikan perlawanan siaran langsung yang disiarkan.Baca lanjut ⤵#LigaMalaysia2021", "“Itulah angkanya iaitu 21,814,979 jumlah tontonan siaran langsung keseluruhan setakat ini di mana ia melibatkan 78 perlawanan yang menyaksikan jumlah jaringan terhasil sebanyak 202 gol. ", "“Apa yang menarik, kesemua video perlawanan Liga Super telah ditonton sebanyak 49,838,140 sehingga 30 Mei 2021 menerusi unifi YouTube.", "“Statistik ini menunjukkan Liga Malaysia terutama Liga Super merupakan produk yang terbaik kepada rakan-rakan penaja kami untuk komersialkan produk mereka.", "“Namun begitu saya optimis bahawa melalui teknologi sedia ada seperti siaran langsung melalui unifi TV, unifi YouTube dan RTM, sokongan terhadap liga tempatan tidak akan sesekali luntur kerana bola sepak adalah sukan nombor satu negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani dalam kenyataan yang sama.", "Untuk makluman, rekod tontonan siaran langsung ini hasil dikutip daripada aksi pertama Liga Super pada 5 Mac 2021 sehingga perlawanan ke-13 pada 9 Mei 2021 sebelum saingan Liga Malaysia berehat dan akan kembali bersambung pada 24 Julai 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208439/", "headline": "\nAntara Matteo, Sarri atau Allegri, Siapakah Yang Bimbing TRW Kelantan FC?\n", "content": ["Adakah kita bakal menyaksikan jurulatih-jurulatih seperti Roberto di Matteo, Maurizio Sarri atau Massimiliano Allegri yang sedang ‘menganggur’ ketika ini membimbing pasukan TRW Kelantan FC?", "Sudah pasti ianya jauh panggang dari api untuk menjadi realiti dengan mengambil kira tahap kredibiliti ketiga-tiga jurulatih kelahiran Itali  ini yang pernah mengendalikan kelab-kelab besar di eropah.", "Bagaimanapun, satu perkembangan menarik dikhabarkan oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman bahawa seorang jurulatih dari negara tersebut sudah ‘sebelah kaki’ untuk menyertai skuad Kelantan FC.", "Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman hampir pasti memilih Ketua Jurulatih dari Itali bagi memperkasakan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga-M musim depanKatanya ketika ini rundingan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir pic.twitter.com/muepNmzyVm", "“Jurulatih itu dilihat selesa dengan tawaran yang diberikan oleh Kelantan FC serta bersedia untuk menerapkan corak permainan baharu.", "“Saya juga sedang melengkapkan senarai penolong jurulatih untuk bersama dengan pengendali dari Itali itu nanti,” katanya ketika seperti dilaporkan oleh Bernama.", "Setakat ini, jarang-jarang sekali jurulatih kelahiran Itali menjadi pilihan pihak pengurusan untuk mengemudi pasukan dalam saingan tempatan.", "Sekiranya rundingan bersama jurulatih itu berjaya dimuktamadkan oleh Norizam, barangkali kita dapat melihat sistem taktikal bercorakkan catenaccio diterapkan ke dalam skuad Kelantan FC.", "Selain daripada jawatan ketua jurulatih, Norizam turut mengintai beberapa individu untuk mengisi jawatan penolong-penolong jurulatih TRW Kelantan FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322557/", "headline": "\nArif, Endrick Alami Kecederaan Hamstring & Buku Lali\n", "content": ["Dua pemain skuad kebangsaan, Arif Aiman dan Endrick dos Santos yang dilepaskan keluar dari kem latihan skuad kebangsaan sepertimana dimaklumkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dilaporkan mengalami kecederaan hamstring dan buku lali masing-masing. ", "Kecederaan yang dialami oleh kedua-dua pemain terbabit disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan, pada hari ini.", "“Arif pertama kali melaporkan kecederaan hamstringnya kepada doktor skuad kebangsaan sebelum perlawanan persahabatan menentang Turkmenistan minggu lepas manakala Endrick dikeluarkan selepas separuh masa pertama akibat kecederaan buku lali.” kata Alistair.", "Dimaklumkan, doktor skuad kebangsaan telah mengesahkan pada hari semalam kedua-dua pemain ini tidak dapat diturunkan untuk perlawanan menentang Hong Kong (malam esok). ", "Justeru, skuad berjulukan Harimau Selatan memohon Arif dan Endrick dilepaskan kepada mereka agar dapat memantau mereka dengan lebih baik dan merawat mereka untuk kembali ke tahap kecergasan penuh untuk tempoh yang lebih lama.", "Pada masa yang sama, kem latihan skuad kebangsaan juga akan tamat pada hari esok.", "“Tidak ada gunanya kedua-dua mereka kekal di kem kebangsaan apabila mereka sudah pasti tidak dapat beraksi dalam perlawanan pasukan kebangsaan seterusnya disebabkan kecederaan.” ", "“JDT ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kebangsaan kerana bersetuju bahawa ia adalah yang terbaik untuk Arif dan Endrick meneruskan rawatan mereka dengan kami agar lebih bersedia untuk perlawanan-perlawanan kelab dan skuad kebangsaan yang akan datang.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206715/", "headline": "\nPahang vs JDT Disiarkan Secara Langsung di Youtube – TM Umum ‘Free Viewing Campaign’\n", "content": ["Telekom Malaysia (TM) mengumumkan kesemua siaran langsung membabitkan pertandingan CIMB Liga Super 2020 akan ditayangkan secara percuma di saluran Youtube.", "Pengumuman tersebut dibuat oleh TM selaku pemegang hak penyiaran Liga Malaysia untuk meraikan kembalinya saingan bola sepak tanah air setelah ditunda sejak mac lalu ekoran daripada pandemik Covid-19.", "Kesemua perlawanan bagi saingan CIMB Liga Super 2020 akan disiarkan secara langsung bermula dari 28 ogos sehingga 10 oktober 2020.", "Untuk menonton di Youtube, anda hanya perlu melakukan carian akaun ‘unifi’ dan anda sedia menonton mana-mana perlawanan yang disiarkan langsung.", "Perlawanan paling panas minggu ini pastinya pertemuan di antara tuan rumah, Pahang menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, pada hari jumaat ini.", "Selain daripada saluran Youtube, para peminat bola sepak tempatan juga boleh menonton kesemua perlawanan CIMB Liga Super 2020 melalui unifi TV dan aplikasi unifi PlayTV.", "Buat para peminat yang telah melanggan Pas Bermusim Liga Malaysia, tempoh langganan anda dilanjutkan sehingga 31 julai 2021. Manakala untuk yang telah melanggan Team Malaysia VVIP Pass, langganan anda dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2021.", "Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk FAQ di sini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110695/", "headline": "\nACL 2021: Kesabaran Kunci Kejayaan Tumpaskan JDT, kata jurulatih Nagoya\n", "content": ["Ketua jurulatih Nagoya Grampus, Massimo Ficcadenti percaya faktor kesabaran menjadi kunci kejayaan pasukannya menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), semalam.", "Pasukan yang menduduki tangga ke-2 Liga Jepun itu berhasil mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas skuad Harimau Selatan menerusi jaringan tunggal oleh Hiroyuki Abe pada minit ke-60.", "🇲🇾 @OfficialJohor were hardly outclassed but ultimately fell to defeat at the hands of 🇯🇵 @nge_official in their @TheAFCCL Group G opener…But should they have earned a draw after a late 92nd-minute equaliser was disallowed in controversial fashion? #ACL2021 pic.twitter.com/zAL99YC5uQ", "“Sebelum perlawanan saya memberitahu kepada para pemain mereka perlu bersabar dan sekiranya mereka hilang sabar, perlawanan akan berakhir dengan kekalahan, ", "“Walaupun separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan saya tetap mengingatkan mereka untuk bersabar dan mereka kekal tenang.", "“Jadi kami telah bersedia secara mental dan fizikal dan mampu memenangi perlawanan ini.", "“Inilah interpretasi terhadap apa yang diperkatakan oleh saya kepada para pemain dan mereka memahaminya dengan jelas. Inilah kunci kejayaan.” katanya seperti dipetik daripada laman AFC.", "FT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-1 @nge_official 🇯🇵Nagoya get their #ACL2021 campaign off to a winning start thanks to Hiroyuki Abe’s 60th minute strike!#ACL2021 | #JDTvNGE pic.twitter.com/Sp8YGQ67Ju", "Menurutnya, kedua-dua pasukan baik Nagoya mahupun JDT mempamerkan permainan yang baik secara taktikal dan menyerang titik kelemahan masing-masing sepanjang perlawanan.", "Pada masa yang sama, jurulatih kelahiran Itali ini turut mengakui anak-anak buahnya menghadapi kesukaran beraksi selama 90 minit dalam keadaan cuaca lembap di Stadium Rajamangala, Bangkok.", "Kemenangan pada perlawanan pertama memberikan menempatkan mereka di tangga kedua dalam Kumpulan G, di bawah Pohang Steelers dengan hanya catatan perbezaan gol sahaja yang memisahkan mereka."]} +{"url": "https://sukanz.com/20218936/", "headline": "\nSertai Agensi InsaProject, Stefano Lilipaly Digosipkan Berhijrah Ke Liga Malaysia\n", "content": ["Pemain tengah berdarah kacukan Belanda-Indonesia, Stefano Lilipaly kuat digosipkan dengan penghijrahan ke Liga Malaysia. Gosip tersebut timbul selepas dia diumumkan secara rasmi menyertai agensi InsaProject Global Group, yang berpangkalan di Malaysia.", "Agensi yang mempunyai kaitan dengan adik beradik Insa mengumumkan bintang Bali United yang berusia 30 tahun itu menjadi klien mereka menerusi satu makluman di laman sosial rasminya, dua hari lalu.", "“Selamat datang ke InsaProject Global Group family Stefano Lilipaly.” tulis akaun laman sosial tersebut.", "Gosip yang mengaitkannya ke Liga Malaysia dirancakkan lagi dengan makluman mengenai kontraknya bersama Bali United telah tamat pada penghujung tahun lalu. Tambahan pula, keberlangsungan saingan Liga Indonesia yang masih belum diputuskan secara rasmi menyebabkan Stefano kuat dikaitkan ke sini.", "Pemain yang lahir di Kota Arnhem ini merupakan satu nama besar dalam arena bola sepak di Indonesia dengan menjadi taruhan utama buat Bali United dan skuad kebangsaan negaranya.", "Walaupun mula menyertai skuad Serdatu Tridatu sekitar ogos 2017 namu Stefano sudah lama bermain bersama skuad Garuda dengan melakukan debut pada 14 ogos 2013 ketika menentang Filipina.", "Stefano cukup dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki work rate yang tinggi dan versatil. Selain itu, Stefano juga mampu memainkan beberapa peranan dan posisi lain disamping berkebolehan melakukan umpanan bijak buat rakan sepasukan dan menjaringkan gol.", "“Kebiasaannya dia bermain sebagai nombor 10 iaitu pemain tengah menyerang (attacking midfielder) tetapi kadangkala boleh bermain sebagai pemain sayap kiri atau false 9, bergantung mengikut keadaan, work rate-nya merupakan antara yang terbaik di Indonesia.” ", "“Saya masih ingat ketika dia baru sahaja tiba di Indonesia, dia bermain sebagai playmaker, tetapi pada pendapat saya di Bali United mereka mempunyai Fadil Sausu, jurulatihnya menolaknya ke atas sedikit supaya dia boleh menjaringkan lebih banyak gol dan memberikan lebih banyak assist.” kongsi pengulas Liga Indonesia, Tio Prasetyo Utomo kepada Sukanz.", "Difahamkan pemain ini membentuk gandingan yang cukup serasi bersama bekas penyerang Melaka United, Ilija Spasojevic dalam membentuk barisan serangan yang ampuh dalam kancah bola sepak Indonesia. Musim terbaiknya bersama Bali United hadir pada musim lalu apabila membantu pasukan tersebut merangkul kejuaraan Liga 1.", "Sejak digosipkan berhijrah ke saingan Liga Malaysia, menjadi persoalan pasukan manakah yang akan ditujunya? ", "Di sini, kami menyenaraikan beberapa pasukan yang mungkin boleh disertainya berdasarkan kekosongan kuota pemain ASEAN atau ASIA yang belum diisi secara rasmi oleh pasukan di saingan Liga Super Malaysia. ", "Pertama sekali adalah pasukan Kedah, di mana pasukan ini masih belum mengisi kekosongan pemain berkuota ASEAN yang ditinggalkan oleh Shakir Hamzah. Bagaimanapun, kuota pemain tersebut hangat dikaitkan dengan pemain tengah skuad kebangsaan Singapura, Anumathan Kumar.", "Yang keduanya adalah pasukan Perak yang masih mempunyai kekosongan kuota pemain ASIA. Kuota pemain ASEAN pula telah diisi dengan pertahanan skuad kebangsaan Singapura iaitu Shakir Hamzah yang dilepaskan oleh Kedah.", "Ketiganya adalah Selangor yang masih mempunyai kekosongan kuota pemain ASIA setelah melepaskan khidmat Taylor Regan baru-baru ini. Kuota pemain ASEAN pula kekal dipertaruhkan ke atas pemain tengah bertahan dan pertahanan Singpura, Safuwan Baharudin.", "Tidak dilupakan Pahang, Melaka, UiTM FC, Sabah dan Kuala Lumpur juga masih mempunyai kekosongan untuk slot kuota pemain import tersebut.", "Manakala pasukan seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu FC dan Pulau Pinang sudah pasti tidak dapat disertai oleh Stefano memandangkan kuota pemain ASEAN/ASIA sudah diisi. ", "Petaling Jaya City (PJ City) FC pula mengambil keputusan untuk menggunakan sepenuhnya pemain-pemain tempatan.", "Walaupun Stefano sendiri belum membuka mulut mengenai hala tuju yang seterusnya, terdapat kebarangkalian untuk dia menyertai mana-mana pasukan di atas. Pasukan manakah? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325589/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Juara Dunia 2021 Singkir Juara Dunia 2022\n", "content": ["Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa akur tumpas kepada Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dalam pertemuan terbaru membabitkan kedua-dua pihak yang berlangsung di Terbuka Jepun 2023.", "Gandingan Aaron-Wooi Yik yang muncul juara Kejohanan Dunia BWF 2021 mengalami kekalahan di tangan Hoki-Kobayashi merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2022 pada peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan dengan mencatatkan kemenangan 21-10 pada set pertama.", "Bagaimanapun, mereka terlepas peluang untuk menoktahkan kemaraan Hoki-Kobayashi pada set kedua apabila tumpas dengan skor 15-21 sekaligus mengheret pertarungan ke set penentuan.", "DAIHATSU Japan Open 2023MD – QF 🇯🇵Takuro HOKI🏅10 21 21 ����🇵Yugo KOBAYASHI🏅 🇲🇾Aaron CHIA21 15 16 🇲🇾SOH Wooi Yik", "— BWFScore (@BWFScore) July 28, 2023", "Pada set penentuan pula, Hoki-Kobayashi yang beraksi di hadapan majoriti penyokong sendiri berhasil meneruskan konsistensi persembahannya dan mengakhirinya dengan skor 21-16 sekaligus mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia BWF Super 750 ini.", "Untuk makluman semua, pertarungan melibatkan beregu yang menghuni ranking keempat dan kelima masing-masing ini mengambil masa sehingga satu jam dan lima minit sebelum menemui pemenangnya.", "Pada masa yang sama, kekalahan Aaron-Wooi Yik ini juga menandakan tiada lagi kelibat wakil negara dalam saingan Terbuka Jepun edisi kali ini.", "Semalam, Aaron-Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mara ke peringkat suku akhir selepas berjaya menundukkan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "Manakala enam lagi wakil negara lain yang terpaksa akur tumpas kepada lawan masing-masing di peringkat Pusingan 16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217480/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Pearly-Thinaah Buatkan Beregu No.1 Jepun Tersungkur Di Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan mencipta kejutan menumpaskan beregu No.1 Jepun di peringkat suku akhir Terbuka Thailand 2022.", "Lebih manis, kejutan ke atas Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota merangkap beregu No.4 dunia itu dilakukan dengan bergaya menerusi kemenangan yang diraih secara “straight set”.", "Pertarungan tersebut disudahkan oleh Pearly-Thinaah dengan pungutan mata 24-22 dan 21-12 dalam tempoh masa 43 minit permainan di atas gelanggang.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022WD – Quarter final 🇲🇾Pearly TAN🏅24 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅22 12 🇯🇵Yuki FUKUSHIMA 🇯🇵Sayaka HIROTA", "🕗 in 43 minutes https://t.co/B1sBOsXgvZ", "— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2022", "Kemenangan ini menjadikan rekod pertemuan melibatkan Pearly-Thinaah menentang Yuki-Sayaka di pentas antarabangsa menjadi seimbang dengan satu kemenangan masing-masing.", "Selain itu, kemaraan Pearly-Thinaah ke pentas separuh akhir di kejohanan ini juga adalah yang pertama dalam kejohanan badminton individu, pada tahun ini.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir nanti, Pearly-Thinaah akan berhadapan dengan satu lagi wakil Jepun iaitu Nami Matsuyama dan Chiharu Shida yang berada di ranking ketujuh dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215132/", "headline": "\nPemain Sabah, Jackson Pertahanan Paling Mahal Liga Malaysia – Bernilai RM2.34 Juta\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC memiliki pertahanan termahal dalam saingan Liga Malaysia, setakat jendela perpindahan kali ini.", "Ianya selepas skuad Sang Badak mengumumkan ketibaan pertahanan import baharu, Jackson de Souza menerusi pelbagai platform media sosialnya secara rasmi, semalam.", "Menerusi portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, nilai pasaran pertahanan kelahiran Brazil yang berusia 31 tahun ini diletakkan pada harga RM2.34 juta.", "✅ Jackson De Souza🩸31 Tahun🗺 Cuiaba, State of Mato Grosso 🇧🇷 📏 186m⚖️ 77kg⚽️ Pertahanan Tengah#sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/ITzCTV3Gfk", "Sebagai perbandingan, nilai pasaran ini mengatasi pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab serta pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), La’vere Corbin-Ong yang berharga RM1.87 juta dan RM1.75 masing-masing selaku kedua dan ketiga termahal dalam kancah bola sepak tempatan.", "Untuk makluman semua, pertahanan yang memiliki ketinggian 1.86 meter (m) ini datangnya daripada pasukan yang beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Brazil iaitu Serie A dimana pasukan terakhir yang disertainya ialah Fortaleza Esporte Clube.", "Pemain yang turut mampu beraksi sebagai pertahanan kanan ini merupakan produk pasukan terkenal dari Brazil iaitu Sao Paulo. Sepanjang bergelar pemain profesional, Jackson hanya ‘mencari rezeki’ di negara sendiri dan Sabah menjadi pasukan luar negara yang pertama disertainya.", "Dijangka Jackson akan menjadi taruhan utama pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee di bahagian pertahanan dengan bakal digandingkan samada pertahanan Republik Korea, Park Tae-su atau pemain tempatan, Dominic Tan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214924/", "headline": "\nJuara All England 2021, Lee Zii Jia Hantar Surat Tinggalkan BAM\n", "content": ["Juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2021, Lee Zii Jia dimaklumkan telah menghantar surat untuk meninggalkan badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Perkembangan mengejutkan mengenai jaguh badminton negara merangkap pemain perseorangan lelaki No.7 dunia ini disahkan sendiri oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria dan dikongsikan oleh akaun media sosial portal Bernama, pada hari ini.", "Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia hantar surat tinggalkan BAM, BAM umum keputusan Jumaat ini – Presiden BAM pic.twitter.com/eee3K0UdF9", "Tindakan yang dilakukan oleh pemain berusia 23 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah ini bermakna dia berhasrat untuk meneruskan karier badmintonnya selepas daripada ini secara bersendirian atau berstatus pemain bebas (independent).", "Untuk makluman semua, sepanjang bernaung di bawah BAM, selain daripada juara Terbuka Seluruh England 2021, Zii Jia turut merangkul beberapa kejuaraan seperti pingat emas Sukan SEA 2019, Terbuka Chinese Taipei 2018 dan kejohanan Antarabangsa Poland 2017 di peringkat senior.", "Featured Image: YONEX All England Open Badminton Championships "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110678/", "headline": "\nACL 2021: Yoichiro Kakitani Seru Rakan Sepasukan Berhati-hati Dengan Kelebihan JDT\n", "content": ["Pemain tengah menyerang (attacking midfielder) Nagoya Grampus, Yoichiro Kakitani menyeru rakan sepasukannya berhati-hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh Johor Darul Ta’zim pada aksi pertama peringkat Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Menurut bekas pemain skuad kebangsaan Jepun ini, dia dan rakan sepasukannya telah menonton beberapa rakaman video corak permainan JDT. Kakitani, 31 tahun, merumuskan skuad Harimau Selatan mempunyai kelebihan daripada segi disiplin dan corak permainan berpasukan.", "“Kami juga telah melihat rakaman video JDT dan mereka (dilihat) sangat berdisiplin dan serta bermain sebagai satu unit, jadi kami perlu berhati-hati dengan kelebihan yang mereka miliki,” katanya dipetik daripada laman AFC.", "Sementara itu, skuad bimbingan Benjamin Mora perlu bersiap sedia mempertajamkan bahagian serangan sekiranya ingin menembusi gawang pasukan yang menduduki tangga kedua J.League ini.", "Hal ini kerana Nagoya antara pasukan yang memiliki benteng pertahanan yang ampuh. Statistik menunjukkan mereka hanya mencatatkan bolos sebanyak 13 gol sahaja dalam 20 aksi J.League yang telah dilalui mereka setakat ini. ", "Angka ini merupakan yang kedua terendah dalam saingan divisyen satu di negara matahari terbit tersebut.", "Musim lalu, mereka menjadi pasukan yang paling liat gawangnya untuk ditembusi dengan hanya melepaskan 28 – terendah dalam saingan J.League 2020.", "Semua rekod ini hasil daripada mereka mempertaruhkan bekas penjaga gol Borussia Dortmund, Mitchell Langerak di hadapan gawang mereka semenjak tahun 2018.", "Untuk makluman, perlawanan di antara Nagoya Grampus menentang JDT akan berlangsung pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 10 malam waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110423/", "headline": "\nVideo: Umpanan ‘Manis’ Pemain JDT, Syahrian Abimanyu Bikin Thailand Tersentak\n", "content": ["Satu kejutan diberikan oleh skuad kebangsaan Indonesia apabila mereka tampil mengikat Thailand dengan keputusan 2-2 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi tadi.", "Pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu mencuri tumpuan dalam perlawanan tersebut apabila dia terlibat sebagai arkitek kepada jaringan penyamaan skuad Garuda pada minit ke-39.", "Umpan ciamik dari Abi dengan manis diselesaikan oleh Kadek Agung!#KitaGaruda#MeraihImpian#TimnasDay https://t.co/s99fzJ7WOf pic.twitter.com/ba2HMr06Z0", "Pada ketika itu, pemain yang terkenal dengan panggilan Abi ini membuat satu hantaran jauh ala-ala Andrea Pirlo yang membelah barisan pertahanan skuad Gajah Perang sebelum disudahkan dengan cemerlang Kadek Agung di dalam kotak penalti.", "Baca: Syahrian Abimanyu Pemain No.6 Dengan Kebolehan Hantaran Jauh Persis Pirlo", "Jaringan tersebut menjadikan keputusan semasa 1-1 pada masa tersebut. Rata-rata pemain Thailand yang dibimbing oleh Akira Nishino hanya mampu mengeluh kecewa melihat mereka bolos kepada gerakan sebegitu.", "Bersambung babak kedua, Thailand sekali lagi berhasil mendahului di hadapan menerusi satu tandukan oleh penyerangnya, Adisak Kraisorn pada minit ke-50. ", "Bagaimanapun, pendahuluan tersebut hanya bertahan selama 10 minit sahaja sebelum bekas pemain Selangor, Evan Dimas sekali lagi menyamakan kedudukan buat Indonesia.", "Kedudukan 2-2 kekal sehingga ke wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan. Keputusan seri ini turut memberikan mata pertama buat Indonesia dalam aksi kelayakan kali ini.", "Anda boleh menonton umpanan cantik oleh Syahrian Abimanyu dan highlight perlawanan Thailand menentang Indonesia pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221085/", "headline": "\nPenolong Ketua Jurulatih, Nenad Bacina Tinggalkan KL City\n", "content": ["Barisan kejurulatihan skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) mengalami sedikit perubahan menjelang saingan baharu pada tahun hadapan.", "Seperti sedia maklum, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard telah mengesahkan Bojan Hodak, 51 tahun, dari Croatia kekal sebagai ketua jurulatih skuad berjulukan The City Boys, pada musim hadapan.", "Namun begitu, penolong ketua jurulatihnya yang juga berusia 51 tahun serta dari Croatia, Nenad Bacina tidak lagi bersama KL City pada musim hadapan. ", "Perkembangan mengejutkan itu hadir selepas Nenad memuat naik satu hantaran di laman sosialnya mengumumkan perpisahan dengan KL City.", "A post shared by Nenad Baćina (@nenadbacina)", "“Setiap kisah ada pengakhirannya yang tersendiri dan termasuk kisah dongeng yang hebat ini. Dua tahun pelbagai memori, saat gembira dan sedih serta pencapaian yang besar menuju ke pengakhirannya.", "“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, para pegawai kejurulatihan, para pemain dan peminat untuk perjalanan luar biasa ini,” tulisnya dalam hantaran itu.", "Untuk makluman, ini bukan sahaja menjadi perpisahan Nenad bersama KL City selepas dua tahun. ", "Ini juga menjadi penamat kerjasama antara Nenad dan Bojan selepas lapan tahun bersama. ", "Sebagai rekod, gandingan Bojan dan Nenad bermula dari tahun 2014 ketika di berkhidmat di Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Gandingan dua individu ini berterusan dengan disusuli penyertaan Bojan ke beberapa pasukan lain seperti Pulau Pinang, skuad Malaysia bawah 19 tahun dan PSM Makassar.", "Dalam hantaran tersebut, Nenad tidak berkongsikan sebarang hala tujunya selepas mengumumkan meninggalkan skuad KL City ini.", "Namun dengan Nenad memiliki lesen kejurulatihan Pro UEFA serta menjadi antara watak penting dalam membantu mengemudi KL City mara ke akhir Piala AFC 2022, tidak mustahil Nenad melebarkan kariernya dengan menjadi ketua jurulatih bagi mana-mana pasukan dalam saingan Liga Malaysia atau luar negara.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322708/", "headline": "\nJodoh Graham Potter & Chelsea Berakhir Selepas Tujuh Bulan\n", "content": ["Jurulatih kelahiran England, Graham Potter kini tidak lagi berperanan sebagai pengendali bagi skuad berpangkalan di London yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea.", "Ini berikutan Chelsea menerusi satu makluman mengejutkan di laman sesawangnya pada awal pagi tadi mengesahkan jurulatih berusia 47 tahun terbabit sudah meninggalkan kelab berjulukan The Blues.", "Pemergian Potter ini hadir kira-kira 24 jam selepas Chelsea tumpas 0-2 kepada Aston Villa di lamannya sendiri, Stamford Bridge pada aksi minggu ke-29 EPL serta hampir tujuh bulan berkhidmat secara keseluruhan.", "— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 2, 2023", "Untuk makluman semua, Potter yang sebelum ini merupakan ketua jurulatih Brighton & Hove Albion dilantik sebagai pengendali Chelsea pada awal September lalu dengan kontrak selama lima tahun bagi menggantikan Thomas Tuchel.", "Antara pencapaian terbaiknya ketika bersama Chelsea adalah membawa kelab ini ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada musim ini.", "Bagaimanapun, pencapaian Chelsea dalam saingan EPL tidak begitu memberangsangkan dengan sekadar menghuni kelompok 10 terbawah selepas mengharungi 28 perlawanan.", "Sementara itu, dalam makluman yang sama turut mengumumkan Bruno Saltor diangkat sebagai ketua jurulatih sementara Chelsea bagi menghadapi baki saingan musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323747/", "headline": "\nPiala Asia 2023: Klinsmann Teruja Bakal Menentang Skuad Harimau Malaya\n", "content": ["Usai sahaja Majlis Undian Piala Asia 2023 yang berlangsung di Katara Opera House, Qatar, ketua jurulatih skuad kebangsaan Republik Korea, Jurgen Klinsmann menyatakan keterujaannya untuk bermain menentang skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala Asia yang akan berlangsung pada Januari 2024 kelak.", "Berkata kepada laman sesawang AFC, difahamkan, keterujaan jurulatih kelahiran Jerman berusia 58 tahun itu hadir ekoran skuad Harimau Malaya pada ketika ini dibimbing oleh jurulatih kelahiran Korea iaitu Kim Pan-gon.", "Selain Harimau Malaya atau Malaysia, Korea juga akan bertemu dua pasukan dari rantau asia barat iaitu Jordan dan Bahrain setelah diundi dalam Kumpulan E, semalam.", "How far will Jurgen Klinsmann take 🇰🇷 Korea Republic at #AsianCup2023 🤔 pic.twitter.com/Qv3SJYYIB1", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 11, 2023", "Untuk makluman semua, Piala Asia edisi ke-18 yang akan berlangsung di Qatar ini menjadi kejohanan utama yang pertamanya sejak diperkenalkan sebagai ketua jurulatih Republik Korea atau Taeguk Warriors kepada umum pada awal Mac lalu.", "Dalam temu ramah pertamanya setelah diperkenalkan sebagai ketua jurulatih Korea, Klinsmann menetapkan sasaran untuk membimbing Korea menjuarai Piala Asia 2023 sekaligus menamatkan kemarau lebih 60 tahun saingan itu. Sebagai rekod, kali terakhir Korea menjulang trofi Piala Asia adalah pada edisi 1960.", "Sementara itu, Pan-gon pula menganggap Malaysia berada dalam kumpulan yang sukar dengan ketiga-tiga pasukan tersebut merupakan lawan yang sangat kuat dan dihormati. ", "Namun begitu, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) ini berkata akan cuba untuk memberikan cabaran dengan kemampuan terbaik dimiliki skuad Harimau Malaya untuk melepasi peringkat kumpulan dan mara ke Pusingan 16.", "🇰🇷 Korea Republic🇲🇾 Malaysia🇯🇴 Jordan🇧🇭 Bahrain", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 11, 2023", "Featured Image: Football Association of Malaysia & AFC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112256/", "headline": "\nKedudukan No.4 Liga Super Kejayaan Atau Kegagalan? – Nafuzi Serah Kepada Semua Untuk Menilai\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyerahkan kepada semua individu untuk menilai samada pencapaian menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-4 sebagai kejayaan atau kegagalan.", "Jurulatih tempatan berusia 42 tahun itu membimbing pasukannya dengan agak ‘garang’ untuk mendominasi kelompok tiga teratas liga sehingga 20 perlawanan musim ini.", "Bagaimanapun kedudukan tersebut, yang juga merupakan pencapaian Terengganu pada musim 2020 tidak dapat dipertahankan dan pasukan berpangkalan di pantai timur ini terpaksa berpuas hati di tangga ke-4 Liga Super 2021.", "“Kejayaan atau kegagalan itu adalah pandangan masing-masing, sesiapa boleh berfikir sendiri dengan pasukan Terengganu,", "“Nilaikan sendiri pasukan Terengganu dibandingkan dengan pasukan yang lain dari segi prestasi, permainan dan statistik dalam semusim.", "“Tahun lepas nombor 3 dan tahun ini nombor 4, kita hanya jatuh satu (kedudukan) sahaja tetapi (sedikit) berbeza kerana musim lalu kita hanya bermain 11 perlawanan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Penang.", "Terengganu terlepas peluang untuk menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok tiga teratas selepas hanya mencatatkan keputusan seri 2-2 walaupun berhadapan skuad kendalian Tomas Trucha yang terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain di Stadium Bandaraya pada perlawanan terakhir liga, semalam.", "Kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir, menentang Johor Darul Ta’zim, Kuala Lumpur City dan Kedah Darul Aman sebelum ini juga salah satu faktor yang menyebabkan Terengganu tergelincir daripada kelompok tersebut.", "Sementara itu, bercakap mengenai sasaran bagi saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi, Nafuzi mensasarkan untuk berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik atau bahasa mudahnya, mara ke saingan separuh akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220789/", "headline": "\nPiala Dunia: Ghana Serap Serangan Bertali Arus Korea, Pertahan 3 Mata\n", "content": ["Pasukan dari benua afrika, Ghana memastikan tiga mata menjadi milik mutlaknya dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan H selepas mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Korea.", "Tiga mata itu dikutip selepas Ghana berhempas-pulas menahan asakan bertali arus skuad bimbingan Paulo Bento selepas berjaya mendahului dengan skor 3-2 bermula minit 68’ hasil jaringan Mohammed Kudus.", "Sebelum itu, Ghana terlebih dahulu mendahului 2-0 hasil jaringan Mohammed Salisu dan Mohammed Kudus pada babak pertama, minit 24’ dan 34’ masing-masing.", "Memasuki babak kedua, penyerang skuad berjulukan Taeguk Warriors, Cho Gue-sung berhasil meledak dua jaringan pada minit 58’ dan 61’ untuk mengikat seketika Ghana pada ketika itu.", "Bermula saat itu, Korea yang diketuai oleh Son Heung-min mengasak Ghana bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan ketiga bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan ini.", "Namun begitu, kekentalan Ghana bertahan secara berpasukan serta ketangkasan penjaga golnya, Lawrence Ati-Zigi menepis segala percubaan tepat yang datang ke gawangnya memastikan Ghana dapat menutup pertarungan ini dengan kemenangan.", "Hasil daripada kemenangan ini, Ghana dapat menghuni tangga kedua Kumpulan H buat seketika. Manakala Korea pula terperosok di kedudukan terbawah.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113560/", "headline": "\nNafuzi Zain Jurulatih Yang Tidak Malas & Selalu Bertanya, Puji Irfan Bakti\n", "content": ["Prestasi Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih Terengganu FC sejak pertengahan 2019 sehingga kini menjadi kebanggaan dan diberikan pujian oleh bekas bosnya, Irfan Bakti Abu Salim. ", "Irfan yang kini merupakan ketua jurulatih Kuching City FC menyatakan pasukan Terengganu bimbingan Nafuzi pada ketika boleh diletakkan hampir sebaris dengan juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Persembahan semasa pula memperlihatkan Nafuzi berhasil mengemudi Terengganu mendapatkan tiket ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dengan lebih awal pada musim ini. ", "Berdasarkan kepada prestasi tersebut, Irfan meramalkan skuad Hitam Putih itu tidak mempunyai masalah untuk mara ke peringkat separuh akhir.", "Baca: Irfan Bakti Berpandangan Nafuzi Perlu Kekal Bimbing Terengganu Tahun 2022", "“Sudah tentu saya berbangga apatah lagi Terengganu sekarang sudah menjadi salah satu pasukan elit di negara kita yang kita boleh katakan hampir menyamai JDT (Johor Darul Ta’zim).", "“Sekarang mereka dah layak ke suku akhir, jadi saya rasa tiada masalah mereka nak ke separuh akhir pula dan saya berbangga dengan apa yang dilakukan oleh Nafuzi selepas tiga tahun pernah menjadi pembantu saya. ", "“Bagi saya, dia merupakan jurulatih muda yang tidak malas dan selalu bertanya kalau ada masalah, dan malam ini kami bertemu buat kali kedua, sudah pasti ia akan menjadi pertembungan menarik”, jelasnya.", "Sebagai tambahan, peluang buat Terengganu untuk mara ke pentas akhir Piala Malaysia pada tahun ini bukanlah sesuatu yang mustahil menurut jurulatih berusia 70 tahun ini.", "Untuk makluman semua, Irfan sendiri yang merupakan ketua jurulatih skuad berpangkalan di pantai timur ini pada musim 2010-2011 serta 2017-2019 pernah mengemudi Terengganu ke pentas akhir Piala Malaysia sebanyak dua kali.", "Kali pertama dilakukannya pada tahun 2011 menentang Negeri Sembilan dan kali kedua pula diulanginya pada tahun 2018 menentang Perak.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113413/", "headline": "\nNg Tze Yong Kalahkan Pemain India Untuk Rangkul Kejuaraan Belgian International 2021\n", "content": ["Pemain muda perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, 21 tahun, berhasil menambah koleksi kejuaraan dalam karier badmintonnya selepas mengalahkan pemain India, Ajay Jayaram dalam satu perlawanan akhir, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong berjaya merekodkan kemenangan secara ‘straight set’ ke atas Ajay dengan pungutan mata 21-14 dan 21-14 untuk dinobatkan selaku juara Belgian International 2021.", "Sebelum itu, Tze Yong yang berada di ranking ke-74 dunia mara ke pentas perlawanan akhir dengan menumpaskan Yusuke Onodera (Jepun), Lucas Clearbout (Perancis), Ade Resky Dwicahyo (Azerbaijan) dan Victor Svendsen (Denmark).", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan kedua yang diraih oleh Tze Yong pada tahun ini. Bulan Mac lalu, Tze Yong merangkul kejuaraan pertamanya iaitu Terbuka Poland.", "Sebagai tambahan, dengan kemenangan yang diraih dalam kejohanan Belgian International ini, dijangka kedudukan Tze Yong dalam ranking dunia akan terus mencatatkan peningkatan pada kemaskini berikutnya pada minggu hadapan.", "Featured Image: Badminton World Federation "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322303/", "headline": "\nAll England 2023: Yew Sin-Ee Yi Jumpa Juara Edisi Lalu Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berhasil melepasi ujian awal dengan menumpaskan lawannya Pusingan 32 di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 sekaligus mara ke Pusingan 16.", "Lawan yang dihadapi mereka adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 dari Taiwan iaitu Lee Yang dan Wang Chi-lin.", "Yew Sin-Ee Yi berhasil menumpaskan pasangan yang menghuni ranking ke-17 dunia itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-16 dan 21-18 dalam tempoh masa hampir satu jam permainan.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MD – R32 🇲🇾ONG Yew Sin🏅12 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 LEE Yang21 16 18 WANG Chi-Lin", "— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Yew Sin-Ee Yi merangkap pilihan kelapan kejohanan akan membuat perhitungan dengan juara bertahan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana bagi merebut tempat di peringkat suku akhir.", "Shohibul-Bagas mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas menundukkan wakil Korea, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang. Beregu No.4 Indonesia ini menumpaskan lawannya menerusi tiga set permainan dengan pungutan mata 21-15, 13-21 dan 21-16 dalam waktu permainan yang hampir menjangkau satu jam.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MD – R32 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅21 13 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅 🇰🇷KIM Gi Jung15 21 16 🇰🇷KIM Sa Rang", "— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023", "Melihatkan rekod pertemuan, Yew Sin-Ee Yi dan Shohibul-Bagas hanya pernah bertemu sebanyak satu kali sahaja setakat ini di pentas antarabangsa.", "Menariknya, pertemuan terbabit berlangsung dalam kejohanan All England edisi lalu di peringkat yang sama iaitu Pusingan 16 dimana kemenangan berpihak kepada Shohibul-Bagas menerusi skor 24-22, 13-21 dan 21-17.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Indonesia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111588/", "headline": "\nPemain Tengah, Christian Eriksen Pulang Ke Inter Milan Buat Pertama Kali\n", "content": ["Kejohanan Euro 2020 baru-baru ini menyaksikan satu kejutan apabila pemain tengah Denmark dan Inter Milan, Christian Eriksen jatuh pengsan semasa turun beraksi menentang Finland, pada perlawanan peringkat Kumpulan B.", "Difahamkan, pada ketika itu, Eriksen mengalami ‘cardiac arrest’ sekaligus menyebabkan dia tidak menyedarkan diri di tepi padang sebelum dibantu oleh paramedik untuk memberikan bantuan kecemasan.", "Euro 2020: Eriksen Jatuh Pengsan Ketika Menentang FinlandLink: https://t.co/32oH3nmjSk pic.twitter.com/OuNOESK1os", "Selepas daripada kejadian tersebut, pemain berusia 29 tahun ini dimasukkan pendetak jantung dan tidak meneruskan saingan Euro 2020 bersama Denmark.", "Beberapa hari lalu, Inter menerusi kenyataan rasminya memaklumkan Eriksen kembali buat pertama kali sejak insiden tersebut ke Pusat Latihan Sunning yang terletak di Appiano Gentile, Itali.", "📄 | STATEMENTChristian Eriksen in Appiano: meeting with team-mates and update on condition 👇https://t.co/RtYU5OatHU", "“Pemain Denmark itu telah bertemu dengan Pengarah Kelab, jurulatih, rakan sepasukan dan semua staf yang hadir.", "“Eriksen berada dalam keadaan yang sihat serta keadaan fizikal dan mentalnya baik.” tulis kenyataan rasmi kelab yang terkenal dengan julukan The Nerazzurri itu.", "Bagaimanapun, berdasarkan kepada makluman tambahan kelab, kelibat Eriksen bersama Inter Milan dalam saingan Serie A tidak dapat dilihat dalam masa yang terdekat.", "Hal ini kerana Eriksen akan meneruskan program pemulihan yang telah dirancang oleh para doktor Denmark di Copenhagen. Sementara itu, staf perubatan Inter akan diberikan makluman dan perkembangan sepanjang proses tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323362/", "headline": "\nBAC 2023: Yew Sin-Ee Yi Ulangi Pencapaian Aaron-Wooi Yik Tahun Lalu\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi kempunan untuk bergelar juara di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 dan terpaksa berpuas hati muncul naib juara apabila tumpas dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.", "Gandingan yang bergerak secara bebas (independent) itu tumpas perlawanan tersebut di tangan wakil India yang menghuni ranking keenam dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-16, 17-21 dan 19-21 dalam tempoh masa lebih satu jam permainan.", "FINAL#IND🇮🇳 Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty(6) def. #MAS🇲🇾 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi(8) 16-21 21-17 21-19", "OngTeo end their determined campaign with a runner-up finish in the final. Well done, keep going bros! #SudirmanCup2023 🔜 pic.twitter.com/0T1fjyWtR6", "— BAM (@BA_Malaysia) April 30, 2023", "Sebelum bermulanya perlawanan ini, rekod pertemuan lalu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi dan Satwiksairaj-Chirag terikat dengan tiga kemenangan masing-masing daripada enam pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Kekalahan pada hari ini menjadi Satwiksairaj-Chirag mendahului rekod pertemuan ke atas Yew Sin-Ee Yi dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan secara keseluruhan.", "Dukacitanya, kekalahan ini membuatkan Yew Sin-Ee Yi kemarau kejuaraan selama lebih tiga tahun terus berpanjangan.", "Untuk makluman, kali terakhir Yew Sin-Ee Yi merangkul kejuaraan adalah dalam saingan Princess Sirivannavari Thailand Masters pada awal tahun 2020.", "Pada masa yang sama, gelaran naib juara yang diraih Yew Sin-Ee Yi pada hari ini menjadikan mereka menyamai pencapaian beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang muncul naib juara BAC pada edisi tahun lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215098/", "headline": "\nRTM Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022\n", "content": ["Stesen penyiaran milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang diadakan di Beijing, China.", "Menurut laporan Bernama, RTM akan membawakan siaran langsung temasya berkenaan bermula dengan upacara perasmian pada 4hb Februari di saluran TV2, Sukan RTM, 111 Myfreeview serta laman sesawang RTMklik pada jam 7.55 malam.", "Untuk makluman semua, temasya pada kali ini akan disertai oleh dua atlet luncur salji negara iaitu Jeffrey Webb, 23 tahun (kategori slalom lelaki) dan Aruwin Idami Salehhuddin, 17 tahun (kategori slalom dan giant slalom wanita).", "Selain itu, RTM menerusi saluran Sukan RTM akan menyiarkan tiga sesi laporan harian (9 pagi-12 tengah hari, 2-5 petang dan 8-10 malam) serta rangkuman harian (8 pagi-10 malam) setiap hari sepanjang berlangsungnya temasya tersebut.", "Temasya ini akan berlangsung dalam tempoh hampir tiga minggu dengan upacara penutupnya akan berlangsung pada 20 Februari kelak.", "Sebagai tambahan, RTM turut muncul selaku penyiar rasmi bagi edisi yang lalu, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang berlangsung di Pyeongchang, Republik Korea."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322992/", "headline": "\nBekas Penjaga Gol Man Utd Keluar Dari Persaraan Bantu Kelab Ryan Reynolds\n", "content": ["Bekas penjaga gol Manchester United (Man Utd), Ben Foster keluar dari persaraan bagi membantu kelab milik bintang Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney iaitu Wrexham AFC. Penjaga gol berusia 40 tahun itu turun beraksi dalam perlawanan perebutan takhta Liga Nasional Vanarama menentang Notts County. ", "Dalam perlawanan tersebut, Foster telah menjadi wira buat The Red Dragons apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti Cedwyn Scott pada minit ke-96 sekaligus memastikan kemenangan dengan keputusan 3-2.", "Menurut laporan BBC, Foster mengatakan aksi penyelamatan tersebut merupakan pengalaman pertama dalam tempoh 40 tahun hidupnya. ", "“Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini. Saya tidak pernah menyelamatkan penalti saat akhir untuk memenangi perlawanan. Jadi itu hanya membuktikan keputusan saya tepat untuk keluar (dari persaraan) dan terus bermain.” ujar Foster kepada wartawan.", "— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) April 10, 2023", "Bekas penjaga gol England itu mengumumkan persaraannya pada September 2022 menerusi saluran Youtube miliknya, The Cycling GK.  Pengumuman itu hadir selepas pemain itu tidak lagi bersama Watford dan menolak tawaran Newcastle United. ", "Bagaimanapun, Foster keluar daripada persaraannya pada Mac 2023 bagi menyertai Wrexham, kelab yang pernah disertainya secara pinjaman daripada Stoke City pada musim 2005/06 dalam misi memenangi liga bersama pasukan itu. ", "Sebagai tambahan, Wrexham kini berada di puncak liga dengan 103 mata. Mereka mendahului sebanyak 3 mata dengan berkelebihan 1 perlawanan berbanding penghuni tangga kedua liga, Notts County.", "Untuk makluman, hanya juara Liga Nasional Vanarama akan mendapat slot automatik ke EFL League Two. Manakala, pasukan di tangga kedua hingga ketujuh liga akan beraksi dalam perlawanan play-off bagi mengejar satu lagi slot promosi ke liga divisyen keempat England. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218123/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Tang Jie-Valeree Cipta Kejutan Sisih Beregu No.16 Dunia\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Valeree Siow yang menghuni ranking ke-209 dunia mencipta kejutan di Pusingan 32 Terbuka Malaysia 2022.", "Pasangan yang mula bergandingan sejak saingan Indonesia Masters pada awal Jun lalu mencipta kejutan dengan menyisihkan beregu Jepun yang berada di ranking ke-16 dunia, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena itu, Tang Jie-Valeree berjaya merekodkan kemenangan dengan skor yang berkesudahan 21-16, 14-21 dan 21-10.", "PETRONAS Malaysia Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅21 14 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅16 21 10 🇯🇵Yuki KANEKO 🇯🇵Misaki MATSUTOMO", "🕗 in 54 minutes https://t.co/Jv4zmZmbiR", "— BWFScore (@BWFScore) June 29, 2022", "Untuk makluman semua, pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini tadi berlangsung hampir satu jam permainan.", "Dengan kemenangan ini, Tang Jie-Valeree dapat menempah tiket ke Pusingan 16 di saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Di peringkat ini, mereka akan bertemu samada beregu senegara yang berada di ranking ke-183, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei atau beregu China yang menghuni ranking No.1 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216234/", "headline": "\nLe Tour de Langkawi Berlangsung Jun Nanti – Berstatus UCI ProSeries\n", "content": ["Setelah tertangguh selama dua tahun, perlumbaan berbasikal lebuh raya, Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-26 bakal dilangsungkan bermula 11 hingga 18 Jun kelak.", "Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu sepertimana dikongsikan di platform media sosial milik Kementerian Belia dan Sukan, KBSMalaysia, semalam.", "Dimaklumkan, perlumbaan itu berstatus UCI ProSeries –  Tier 2 saingan jelajah berbasikal lebuh raya yang diiktiraf oleh UCI – meliputi laluan sejauh 1,183 kilometer (KM) dan membabitkan lapan peringkat perlumbaan.", "Untuk pengetahuan semua, saingan Tier 1 dipanggil sebagai UCI World Tour dan antara perlumbaan yang berada dalam saingan ini ialah Giro d’Italia, Tour de France, Vuelta a Espana dan lain-lain lagi. Sementara itu, bagi saingan Tier 3 dikenali sebagai UCI Continental Circuits.", "Lapan peringkat tersebut terdiri daripada Kuala Lumpur – Kuala Pilah, Kuala Klawang – Raub, Putrajaya – Genting Highlands, Kuala Selangor – Tambun, Kuala Kangsar – Kulim, Georgetown – Alor Setar, Kuah – Gunung Raya, Langkawi dan Kuah – Langkawi Loop.", "Menurut satu laporan media, lima pasukan telah berdaftar untuk menyertai perlumbaan ini. Manakala lebih 20 buah pasukan pasukan termasuk 18 daripadanya dari luar negara telah menyatakan kesediaan untuk menyertai perlumbaan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114109/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Takuro-Yugo Raih Kemenangan Ketiga Ke Atas Yew Sin-Ee Yi\n", "content": ["Beregu badminton lelaki Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi berhasil melebarkan rekod kemenangan kepada tiga kali daripada empat pertemuan ke atas beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.", "Pasangan Takuro-Hoki ini meraih kemenangan terbarunya pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung sebentar sahaja tadi.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MD – Round 3 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 12 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅19 21 10 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 54 minutes https://t.co/xdkgIW6ZnS", "Beregu Jepun yang menghuni ranking ke-6 dunia itu merekodkan kemenangan dengan pungutan mata 21-19, 12-21 dan 21-10 dalam perlawanan yang memakan masa hampir satu jam.", "Kekalahan pada perlawanan terakhir ini menjadikan Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur sebagai naib juara sementara Takuro-Yugo pula muncul selaku juara Kumpulan B.", "Bagaimanapun, kedua-dua pasangan ini telah menempah tiket awal ke peringkat separuh akhir dengan lebih awal apabila menang dua perlawanan sebelumnya.", "Untuk makluman semua, perlawanan separuh akhir ini akan dilangsungkan pada hari esok dan lawan setiap beregu ini akan dimaklumkan selepas ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218409/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Tze Yong Singkir Naib Juara Malaysia Masters, Ng Ka Long Angus\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berhasil melepasi halangan pertamanya di saingan Terbuka Singapura dengan menyingkirkan pemain di ranking ke-12 dunia, Ng Ka Long Angus.", "Walaupun Tze Yong berada di ranking yang jauh lebih rendah iaitu tangga ke-47 dunia, itu tidak menghalangnya mencatatkan kemenangan secara “straight set” ke atas Angus yang merupakan finalis saingan Malaysia Masters, minggu lalu.", "Singapore Open 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅16 17 🇭🇰Ka Long Angus NG", "🕗 in 44 minutes https://t.co/FUGnBAgdgB", "— BWFScore (@BWFScore) July 13, 2022", "Dalam pertarungan Pusingan 32 sebentar tadi, Tze Yong berjaya menumpaskan Angus dengan skor 21-16 dan 21-17 dalam tempoh masa 44 minit permainan.", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan Tze Yong dan Angus bukan sahaja di dalam saingan Jelajah Dunia BWF malahan di sebarang kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, kemenangan ini membolehkan Tze Yong mara ke peringkat Pusingan 16 dan menantinya di sana adalah seorang lagi pemain Hong Kong yang berada di ranking ke-15 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215747/", "headline": "\nBWF Batal Semua Kejohanan Badminton Di Rusia & Belarus\n", "content": ["Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan untuk membatalkan semua kejohanan badminton yang mendapat pengiktirafannya di Rusia dan Belarus sehingga diberitahu kelak.", "Selain itu, badan induk badminton dunia itu turut mengumumkan bendera kebangsaan Rusia dan Belarus tidak akan dikibarkan serta lagu kebangsaan kedua-dua negara tidak akan dimainkan di mana-mana kejohanan BWF.", "Perkara tersebut disampaikan BWF menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam berikutan ‘operasi tentera’ Rusia ke atas negara jirannya, Ukraine sejak 24 Februari lalu.", "BWF statement following yesterday's BWF Council meeting.MORE 🔗 https://t.co/9bHWm5mbxJ pic.twitter.com/ByArqJ1ALO", "Mesyuarat Majlis BWF membuat keputusan ini sebagai menyokong kenyataan umum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan mengutuk serangan tentera Rusia ke atas Ukraine serta menzahirkan kembimbangannya ke atas orang awam yang terkesan. ", "Badan induk itu percaya sebarang konflik seharusnya diselesaikan tanpa menggunakan kekerasan dan menzahirkan kepercayaan dalam sumbangan pergerakan sukan kepada keamanan dan perpaduan antara semua insan.", "Tambah kenyataan itu lagi, BWF akan terus memantau keadaan ini dengan rapat dan proaktif memberikan nasihat kepada rakan pergerakan sukan antarabangsa untuk membincangkan pilihan lain bagi mengukuhkan potensi langkah yang diambil terhadap kerajaan Rusia dan Belarus."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321728/", "headline": "\nKL City Umum Rinani Sebagai Pemegang Saham Baharu\n", "content": ["Skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) kini mempunyai pemegang saham baharu.", "Entiti baharu yang menjadi pemegang saham terbaru kelab bimbingan Bojan Hodak terbabit ialah Rinani merangkap sebuah firma konsultan kewangan yang bertapak di Petaling Jaya.", "Pengumuman itu hadir selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Tuan Khalid Abdul Samad dan pengasas Rinani, En. Noor Azri Bin Dato’ Sri Noor Azerai menandatangani dokumen dalam satu majlis semasa rehat separuh masa perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan, semalam.", "Bertambah menarik, detik menandatangani dokumen antara kedua-dua pihak yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras tersebut turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard.", "Untuk pengetahuan semua, Rinani menawarkan servis dalam enam perkara iaitu takaful/insurans, pembiayaan runcit, gaya hidup komuniti, pengurusan aset, manfaat pekerja/kelompok dan program penjagaan kesihatan.", "Rinani meletakkan visi selangkah ke arah menjadi pusat sehenti butik kewangan islamik pilihan negara.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322695/", "headline": "\nAdrian Teh Filemkan Kejayaan Cheah Liek Hou Rangkul Pingat Emas Paralimpik 2020\n", "content": ["Kejayaan perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkul pingat emas di Paralimpik Tokyo 2020 akan difilemkan oleh Adrian Teh menerusi syarikat produksinya, Act 2 Pictures bersama Astro Shaw.", "Menerusi bimbingan bekas legenda negara, Datuk Rashid Sidek, Liek Hou yang bertanding dalam kategori SU5 (physical impairment) di temasya terbabit memastikan kilauan emas itu menjadi miliknya selepas menumpaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15.", "Filem bergenre drama sukan yang berdasarkan kisah benar ini diberikan judul GOLD. Dua watak utamanya, Cheah Liek Hou dan Rashid Sidek akan dilakonkan oleh Jack Tan dan Farid Kamil masing-masing.", "Manakala beberapa pelakon lain seperti Yasmin Hani, Wan Raja, Fabian Loo, Freddie Ng, Lynn Lim dan Daniel Cheah akan membawakan watak isteri Rasid, ibu Rashid, Guan Teng, bapa Liek Hou, ibu Liek Hou dan Ah Fat masing-masing.", "Filem ini akan berkisarkan kepada karier badminton Liek Hou yang luar biasa pada awalnya sehingga dia didapati menghidapi kebas saraf brakial. Bagaimanapun, Liek Hou tidak berputus asa dan meneruskan kariernya dalam kejohanan badminton para sehingga memenangi kejuaraan dunia.", "Namun begitu, kehilangan bapa yang menjadi tonggak utama sokongan kepadanya sepanjang hidup menjadi satu dugaan besar dalam hidupnya.", "Apabila Paralimpik mengumumkan badminton menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan Rashid selaku jurulatihnya sehingga berjaya merangkul pingat emas yang penuh bersejarah itu.", "Difahamkan filem ini masih dalam sesi penggambaran dan tarikh tayangan belum diumumkan lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113843/", "headline": "\nEmpat Kategori Tiket Final Piala Malaysia Diumumkan – Paling Mahal Berharga RM150\n", "content": ["Penganjur saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, pada hari ini.", "Menerusi makluman rasmi MFL, empat kategori harga tiket final bakal dibuka untuk pembelian bermula pukul 12 tengah hari pada 27 November (Sabtu) menerusi platform Ticket Hotline.", "Empat harga yang ditetapkan adalah bermula RM50 dan RM70 bagi general admission. Manakala, baki dua kategori lagi adalah berharga RM80 (premium general admission) dan RM150 (premium grandstand).", "Secara keseluruhan, sebanyak 20,000 keping tiket akan dijual kelak.", "“MFL telah menetapkan harga tiket bagi perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 adalah sama seperti harga tiket pada 2019. ", "“Meskipun MFL terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini dan tiket hanya diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat duduk, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket yang agak terhad.", "“Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah.” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam.", "Untuk makluman semua, perlawanan akhir Piala Malaysia akan dilangsungkan pada 30 November, hari Selasa bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218660/", "headline": "\nTiada Kelibat Chanatip Songkrasin Dalam Saingan King’s Cup & Piala AFF\n", "content": ["Perancang Thailand, Chanatip Songkrasin tidak akan kelihatan bersama skuad kebangsaan negaranya dalam saingan King’s Cup dan Piala AFF 2022 kelak.", "Ini berikutan pemain yang terkenal dengan julukan “Messi Jay” itu mengumumkan menarik diri daripada beraksi bersama skuad Gajah Perang sehingga ke penghujung tahun ini.", "“Setiap kejohanan sangat penting dan ianya sangat hebat dapat bermain bersama skuad kebangsaan.”", "🗣 #ชนาธิป สรงกระสินธ์ กองกลางทีมชาติไทย 🇹🇭 ออกมาเผยผ่าน ช้างศึก ถึง2 รายการที่เหลือในปีนี้ อย่าง คิงส์ คัพ และ ชิงแชมป์อาเซียน 2022", "อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/GAmSbnCJUx#ช้างศึก #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #Chanathip #KingsCup #AFFChampionship2022 pic.twitter.com/T3KUNeirpa", "— Changsuek (@Changsuek_TH) July 26, 2022", "“Tetapi peminat bola sepak Thailand mungkin tidak akan melihat saya bermain bersama skuad kebangsaan lagi pada tahun ini. Saya merasa keletihan dan memerlukan rehat pada waktu itu.”", "“Saya juga mahu memberi peluang kepada muka-muka baharu untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.” katanya seperti dipetik daripada Bangkok Post.", "Skuad kebangsaan Thailand merancang untuk beraksi dalam saingan King’s Cup – sebuah kejohanan jemputan melibatkan empat buah negara pada rehat antarabangsa FIFA pada bulan September kelak.", "#OFFICIAL \"เชียงใหม่\" ได้รับเลือกให้เป็นเจ้าภาพจัดการแข่งขัน ฟุตบอล ฟีฟ่า เดย์ เดือนกันยายน", "อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/9rL4jD1y5B#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #คิงส์คัพ #KingsCup #FIFADay pic.twitter.com/sDR8uj5ILG", "— Changsuek (@Changsuek_TH) July 27, 2022", "Menurut makluman terkini daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), ianya akan dilangsungkan di wilayah Chiang Mai dimana 700th Anniversary of Chiang Mai Stadium dipilih sebagai venue kejohanan terbabit.", "Sepertimana diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini, skuad Harimau Malaya antara pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini.", "Selain itu, kelibat Chanatip juga tidak akan kelihatan dalam saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung pada Disember dan Januari kelak. Dalam edisi yang terdahulu, kehadiran Chanatip telah membantu skuad Gajah Perang menjuarai kejohanan ini di Singapura. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215930/", "headline": "\nPeminat Bola Sepak Rusia Dah Tak Boleh Tonton EPL\n", "content": ["Peminat bola sepak di Rusia tidak lagi dapat menonton siaran langsung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas daripada saat ini.", "Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan malam tadi, EPL serta 20 pasukan yang beraksi dalam saingan tersebut bersetuju untuk menggantung perjanjian bersama rakan penyiar Rusia, Okko Sport dengan serta merta.", "Tindakan ini diambil sebagai tindak balas terhadap pencerobohan Rusia terhadap Ukraine dan ianya dikutuk sekeras-kerasnya oleh EPL.", "Baca: FIFA Dan UEFA Menggantung Rusia Daripada Sebarang Pertandingan Antarabangsa", "The Premier League and its clubs today unanimously agreed to suspend our agreement with Russian broadcast partner Rambler (Okko Sport) with immediate effect and to donate £1 million to support the people of Ukraine Full statement: https://t.co/r1SPpYLsRo pic.twitter.com/OKiqKbho68", "Pada masa yang sama, EPL turut mengumumkan menderma sebanyak £1 juta (±RM5.5 juta) kepada Jawatankuasa Bencana Kecemasan (DEC) untuk diberikan sebagai bantuan kemanusiaan secara terus kepada mereka yang memerlukan.", "Selain itu, tindakan ini diikuti dengan semua kapten pasukan akan memakai lilitan lengan khas berserta dengan para penyokong bersama-sama para pemain, pengurus, pegawai dan staf kelab-kelab bersolidariti sebelum sepak mula setiap perlawanan minggu ini.", "Baca: Schalke 04 Buang Logo Penaja Utama, GAZPROM Ekoran Konflik Rusia-Ukraine", "Skrin besar di dalam setiap stadium akan memaparkan perkataan “Football Stands Together” berlatar belakangkan biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Ukraine. Perkataan ini turut dipaparkan di papan LED di sekeliling pada semasa berlangsungnya perlawanan.", "Mesej solidariti ini akan dapat dilihat oleh para peminat di seluruh dunia menerusi saluran digital EPL dan penyiar perlawanan. Ini sebagai tambahan cara-cara mempamerkan sokongan berterusan yang diberikan oleh kelab-kelab."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218276/", "headline": "\nMalaysia Masters: Sze Fei-Izzuddin Tumpas Lagi Di Tangan Beregu No.3 Indonesia\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin masih belum menjumpai formula untuk menumpaskan pasangan No.3 Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.", "Kekalahan Sze Fei-Izzuddin berulang sekali lagi dalam peringkat Pusingan 32 saingan Malaysia Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – yang berlangsung pada hari ini.", "Dalam perlawanan terbabit, pasangan negara yang berada di ranking ke-12 dunia ini tumpas “straight set” kepada Fajar-Ardianto dengan skor 14-20 dan 20-22 dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "Kembali menang dari Goh/Izzuddin, Fajar/Rian ke 16 besar. #BadmintonIndonesia #MalaysiaMasters2022 pic.twitter.com/nkGiRWu0Cn", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) July 5, 2022", "Ini membuatkan Sze Fei-Izzuddin tersingkir awal daripada saingan Malaysia Masters 2022.", "Untuk makluman semua, Sze Fei-Izzuddin baru sahaja mengalami kekalahan kepada pasangan yang sama di peringkat separuh akhir dalam saingan Terbuka Malaysia, minggu lalu.", "Sebagai rekod, ini juga merupakan kekalahan keempat berturut-turut Sze Fei-Izzuddin di tangan Fajar-Ardianto. Mereka gagal meraih sebarang kemenangan ke atas pasangan ini sejak saingan Terbuka Swiss 2022, Terbuka Indonesia 2022, Terbuka Malaysia 2022 dan Malaysia Masters 2022.", "Secara keseluruhan pula, Sze Fei-Izzuddin telah tumpas sebanyak 7 kali di tangan Fajar-Ardianto daripada 8 pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113147/", "headline": "\nKejohanan Berbasikal Trek Dunia: Shah Tersingkir Di Pusingan 1, Lavreysen Pertahan Kejuaraan Keirin\n", "content": ["Perjalanan pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara keirin terhenti setakat pusingan pertama di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021.", "Pelumba berusia 25 tahun ini tidak dapat mara jauh dalam acara ini apabila menamatkan perlumbaan Pusingan 1 dalam Heat 1 di tempat keenam. Pada perlumbaan saringan ini, hanya dua pelumba terpantas sahaja yang layak ke Pusingan 2 secara automatik.", "Namun begitu, Shah mempunyai peluang untuk mara ke Pusingan 2 dengan tampil dalam perlumbaan repechage. Akan tetapi, rezeki tetap tidak menyebelahi Shah apabila dia menamatkan perlumbaan repechage tersebut di tempat ketiga menjadikan dia tersingkir daripada acara ini.", "Sementara itu, pelumba Belanda merangkap juara bertahan, Harry Lavreysen muncul juara bagi acara keirin setelah menamatkan perlumbaan akhir di tempat pertama, semalam.", "Harry yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 mempertahankan kejuaraan dengan mengatasi pencabar senegaranya, Jeffrey Hoogland di tempat kedua dan pelumba Rusia, Mikhail Lakovlev di tempat ketiga."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208578/", "headline": "\nJelajah Malaysia Antara 3 Kejohanan Berbasikal Dianjurkan Tahun 2021\n", "content": ["Kejohanan berbasikal Jelajah Malaysia (6-10 april) menjadi salah sebuah kejohanan yang akan dianjurkan pada tahun 2021 setelah ditunda sebelum ini ekoran pandemik Covid-19.", "Selain itu, dua lagi kejohanan iaitu Le Tour de Fimina dan Tour of Peninsular turut akan dianjurkan dengan masing-masing dijadualkan pada 7-12 september dan 13-17 oktober.", "Demikian pengumuman yang dikongsikan oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab.", "Pendaftaran ketiga-tiga kejohanan tersebut diluluskan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (ICU) namun Abu Samah menegaskan penganjurannya bergantung kepada keadaan pandemik pada tahun hadapan.", "“Kalau keadaan bertambah baik, mungkin tiada masalah untuk kami mendapat kebenaran (daripada pihak berkuasa) untuk menganjurkan kesemua kejohanan ini,” katanya seperti dipetik daripada Bernama.", "“Kami tidak berdepan masalah untuk mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa pada Kejohanan Kebangsaan di Melaka pada September lalu dan tiada kes jangkitan COVID-19 dilaporkan selepas berakhirnya kejohanan berkenaan,” tambahnya lagi.", "Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 Batal & Dianjurkan Pada 2022 – MNCF https://t.co/nH9Drev1hH pic.twitter.com/UtJ87mXPym", "Baca: Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 Batal & Dianjurkan Pada 2022 – MNCF", "Sebelum ini PKBM telah mengumumkan membatalkan penganjuran kejohanan antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL) yang dijadualkan pada 30 januari – 6 februari 2021 dan akan diadakan semula pada tahun 2022.", "Featured Image: Le Tour de Langkawi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217821/", "headline": "\nFAM Lantik Jurulatih AMD, Osmera Omaro Bimbing Skuad B-17 Malaysia\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD), Osmera Omaro menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membimbing skuad kebangsaan bawah 17 tahun (B-17) bermula saat ini.", "Perkara itu diumumkan oleh badan induk tersebut dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya. Ianya turut dimaklumkan menerusi pelbagai platform media sosial milik FAM, malam tadi. ", "Untuk makluman semua, Osmera yang berusia 43 tahun ini memiliki Lesen Kejurulatihan AFC ‘A’. Sebelum bertugas di AMD, Osmera turut memegang jawatan selaku ketua jurulatih di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan Pembangunan Belia, KJRN Sabah.", "Sekitar sidang media pengumuman barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya B-17 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. ", "Tonton video penuh di https://t.co/g13FhiP7oJ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/A7tNCh8qKQ", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 10, 2022", "Selain itu, FAM turut mengumumkan barisan kejurulatihan yang akan membantu Osmera bersama skuad B-17 negara ini. Antaranya bekas pertahanan negara, Amirizdwan Taj Tajudin serta Efendi Abd Malek, V. Kavichelvan, Mohd Nasril Mat Nourdin, Khairal Afiq dan Mohd Aimerul Mat Nuar.", "Cabaran Osmera dan barisan kejurulatihannya bermula dengan saingan Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Indonesia bermula 31 Julai hingga 13 Ogos kelak. Dalam saingan ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Australia, Myanmar dan Kemboja.", "Kemudiannya, ia diikuti dengan saingan Kelayakan Piala Asia B-17 yang turut dilangsungkan di negara sama bermula 1 hingga 9 Oktober. Saingan ini pula menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama-sama pasukan tuan rumah, Palestin, Guam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207948/", "headline": "\nTanpa 9 Pemain, Mircea Masih Boleh Tempelak Barcelona Bukan Pilihan Juarai UCL\n", "content": ["Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona belum mencapai tahap untuk menjadi pilihan utama menjuarai saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2020/21.", "Perkara itu diungkapkan oleh ketua jurulatih Dynamo Kiev, Mircea Lucescu dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Barcelona yang dijadualkan pada awal pagi esok.", "Bertambah menarik, Mircea berani menempelak Barcelona dalam keadaan pasukannya akan mengharungi cabaran sukar di Stadium Nou Camp dengan beraksi tanpa sembilan pemain.", "Hal ini kerana sembilan pemain tersebut disahkan positif Covid-19 sekaligus tidak boleh menyertai aksi ketiga UCL saingan Kumpulan G.", "“Saya tak fikir Barcelona mencapai tahap untuk memenangi UCL (musim ini),”", "“Bayern, (Manchester) City atau PSG merupakan pilihan (juara).” kata jurulatih Romania berusia 75 tahun itu seperti dipetik daripada Goal.", "Kehadiran pemain seperti Lionel Messi boleh membantu mereka namun secara keseluruhannya. ", "Namun skuad Barcelona memerlukan masa untuk memahami kemahuan dan corak permainan oleh jurulatih baharu, Ronald Koeman.", "“Mereka mempunyai pemain seperti Leo Messi, seorang pemain yang sangat penting.” ", "“Seorang jurulatih baharu memerlukan minimum enam bulan dan pada musim luruh (kelak) ia akan menjadi pasukan yang berlainan.” katanya lagi.", "Untuk makluman, Koeman diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Barcelona pada Ogos lalu.", "Sejak mengemudi Barcelona, Koeman telah mencatatkan enam kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan daripada 11 perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219958/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Pearly-Thinaah Lawan Juara Terbuka Malaysia Di Pusingan 32\n", "content": ["Masih belum dapat dipastikan samada beregu wanita No.1 negara dapat beraksi atau tidak di kejohanan Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750, bermula 25 hingga 30 Oktober nanti.", "Ianya berikutan salah seorang daripada gandingan tersebut, Pearly Tan sedang melalui fasa pemulihan ekoran kecederaan hamstring dan tendon di lutut kirinya. Kecederaan tersebut dialaminya ketika beraksi di Terbuka Jepun, hujung Ogos lalu.", "Bagaimanapun, sekiranya dia diberikan ‘lampu hijau’ untuk beraksi di kejohanan tersebut, lawan pertama yang akan mereka hadapi adalah pasangan Indonesia yang menjuarai Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti di Pusingan 32.", "Baca: Pearly Tan Tidak Mengalami ACL Namun Perlu Berehat 4-6 Minggu", "Pertemuan melibatkan pasangan yang berada di ranking ke-11 dan ke-26 dunia masing-masing ini berdasarkan hasil keputusan undian yang berlangsung, semalam.", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-duanya pernah bertembung sebanyak dua kali dan keputusannya seimbang dimana setiap pasangan berhasil meraih satu kemenangan masing-masing.", "Apriyani-Fadia merekodkan kemenangan ketika beraksi di kejohanan Indonesia Masters (23-21, 14-21 dan 14-21) manakala Pearly-Thinaah pula meraih kemenangan ketika bertarung dalam saingan Malaysia Masters (21-18 dan 21-17).", "Untuk makluman semua, sebelum beraksi di Terbuka Perancis, Pearly-Thinaah turut tersenarai untuk beraksi di Terbuka Denmark bermula 18 hingga 23 Oktober.", "Di kejohanan ini, mereka telah diundi menentang beregu Thailand, Supissara Paewsampran dan Puttita Supajirakul di Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219440/", "headline": "\nMakan Konate: Lupakan Kemenangan Ini, Fokus Lawan Pasukan Perak\n", "content": ["Pemain tengah Terengganu FC, Makan Konate mengajak rakan sepasukannya agar melupakan kemenangan menentang Selangor FC pada aksi kedua Liga Super, semalam.", "Menurutnya, tumpuan penuh harus diberikan untuk perlawanan seterusnya menentang Perak FC di laman lawan, Stadium Perak pada ahad kelak.", "Konate yang melengkapkan perpindahan menyertai Terengganu daripada Persebaya Surabaya pada awal tahun tidak mengambil masa yang lama untuk memberikan impak kepada pasukan.", "Sejak perlawanan pertama bertemu UiTM FC, pemain kelahiran Mali ini telah memberikan dua bantuan gol kepada rakan sepasukan menginspirasikan ‘comeback’ untuk mencatatkan kemenangan 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam. ", "Dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, Konate sekali lagi menunjukkan magisnya dengan menghasilkan satu ‘assist’. ", "Dia turut terlibat selaku ‘arkitek’ dalam merancang dua lagi serangan Terengganu sekaligus membantu pasukannya mencatatkan kemenangan bergaya dengan keputusan 3-1 ke atas skuad Red Giants.", "“Lupakan (perlawanan) ini, kita sudah menang, kita fokus di perlawanan (seterusnya) di tempat lawan menentang Perak, pasukan yang kuat,”", "“Perlawanan itu tak mudah tetapi kita opportunis, bisa cari tiga mata di sana juga,” katanya yang kini mengumpul 3 bantuan gol dalam sidang media selepas perlawanan.", "Pada masa yang sama, beliau turut melahirkan kesyukuran kerana Terengganu berjaya mencatatkan dua kemenangan berturut-turut. ", "Konate sempat mengungkapkan mengenai kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh ketua jurulatih, Nafuz Zain untuk membarisi kesebelasan utama kepada dirinya dan rakan-rakan. ", "Sementara itu, Nafuzi memaklumkan akan mula menilai dan menyenaraikan pemain-pemain yang cergas sepenuhnya untuk dibawa bagi menentang Perak pada hari esok memandangkan beliau memberikan ‘cuti’ kepada para pemainnya, hari ini. ", "Di kesempatan yang sama, pengendali berusia 42 tahun ini turut menjangkakan dua pemain importnya iaitu David da Silva dan Chris Herd masih memerlukan masa sebelum kembali pulih sepenuhnya dan berkemungkinan tidak akan dibawa untuk aksi menentang Perak.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217138/", "headline": "\nSukan SEA: Kawin, 3 Pemain Luar Negara Barisi Skuad Thailand Kendalian Mano Polking\n", "content": ["Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) menjadi salah satu pasukan yang akan ditentang oleh skuad Harimau Muda dalam acara bola sepak lelaki bagi temasya Sukan SEA Ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam pada tahun ini.", "Skuad yang dibimbing oleh ketua jurulatih pasukan senior yang menjuarai saingan Piala AFF 2020 pada awal Januari lalu, Alexandre ‘Mano’ Polking telah menyenaraikan 20 pemain untuk mengharungi temasya kali ini.", "Memimpin skuad ini dan berperanan sebagai kapten pasukan adalah penjaga gol skuad senior, Kawin Thamsatchanan yang berusia 32 tahun. Dua lagi pemain lebih umur yang menyertai skuad ini adalah pemain tengah Worachit Kanitsribumphen (24 tahun) and Weerathep Pomphan (25 tahun).", "One final time😅 Here's a look at Thailand's #SEAGames2021 squad: pic.twitter.com/4Vg7lx6FUa", "— Thai League Central (@TL_Central) May 1, 2022", "Baca: Barisan Kejurulatihan Sedia Ada ‘Kurang Yakin’ Punca Thailand Lantik Polking Kemudi Skuad Sukan SEA", "Selain tiga pemain lebih umur, Polking turut menyenaraikan tiga pemain yang berpangkalan di luar negara. Mereka adalah pertahanan Jonathan Khemdee (OB Odense, Denmark), pemain tengah Benjamin Davis (Oxford United, England) dan Chayapipat Suphannapeset (Estoril, Portugal).", "Dan baki 14 pemain lagi merupakan daripada saingan liga domestiknya.", "Untuk makluman semua, skuad Thailand B-23 ini akan memulakan kempen Sukan SEA dengan bertemu skuad Harimau Muda kendalian Brad Maloney pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam (waktu Malaysia) bertempat di Stadium Thien Truong.", "Sebagai tambahan, kali terakhir skuad Thailand B-23 merangkul pingat emas dalam temasya Sukan SEA adalah pada tahun 2017 dengan menumpaskan Malaysia B-23 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217094/", "headline": "\nRagnick Cadang Pemain Buat ‘Undi Tidak Percaya’ Untuk Tentukan Kapten Man Utd Musim Depan\n", "content": ["Pengurus sementara, Ralf Ragnick mencadangkan agar diadakan satu proses undian dalam kalangan pemain-pemainnya untuk menentukan siapa yang akan dipilih untuk menjadi kapten Manchester United (Man Utd).", "Pengurus kelahiran Jerman itu mencadangkan perkara berkenaan apabila ditanyakan mengenai samada pasukan berjulukan Red Devils itu akan mengekalkan pertahanan bernilai £80 juta, Harry Maguire sebagai pemilik lilitan kapten untuk musim hadapan.", "Menurut laporan ESPN, lilitan kapten yang diberikan kepada Maguire ditambah dengan prestasinya yang tidak memberangsangkan pada musim ini telah menimbulkan ketegangan dalam bilik persalinan. Dan Ragnick mencadangkan proses tersebut untuk menyelesaikan isu itu.", "Sebagi rekod, Maguire mula dilantik sebagai kapten Man Utd sekitar tahun 2022 semasa di bawah bimbingan pengurus dari Norway, Ole Gunnar Solksjaer.", "Tambahnya, proses itu turut dilakukannya semasa mengendalikan kelab-kelab terdahulu terutamanya di Jerman. ", "Di sana, mereka mempunyai ‘Spielerrat’ yang bermaksud majlis pemain yang terdiri daripada empat hingga lima pemain yang diundi oleh semua ahli pasukan. Pemain yang mendapat undian tertinggi akan dilantik menjadi kapten pasukan.", "Jelasnya lagi, itu perkara yang akan dilakukannya pada musim hadapan sekiranya dia kekal menjadi pengurus pasukan. Namun begitu, seperti kita sedia makluma, khidmat Ragnick sebagai pengurus Man Utd hanya sehingga penghujung musim ini dan selepas dari itu, jawatan tersebut akan diserahkan pengurus kelahiran Belanda, Erik Ten Hag.", "Sebagai tambahan, selepas berakhirnya tugas Ragnick sebagai pengurus Man Utd, dia akan berbakti bersama Red Devils sebagai penasihat atau konsultan selama dua tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110811/", "headline": "\nBenjamin Mora: Cuaca, Padang Yang Teruk, Layangan Kad Seawal Minit Ketiga…\n", "content": ["Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) menyatakan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dikawal oleh pasukannya ketika menentang wakil Republik Korea, Pohang Steelers dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, JDT tumpas dengan jaringan besar iaitu 1-4 kepada Pohang Steelers. Lebih malang, tiga daripada empat jaringan tersebut terhasil daripada sepakan penalti oleh pasukan lawan.", "“Ada banyak perkara dalam bola sepak yang kita tidak dapat kawal… kita tidak dapat kawal cuaca, padang yang teruk, layangan kad seawal minit ketiga kepada pemain pertahanan tengah saya dan seumpamanya.” katanya menerusi laman sosial JOHOR Southern Tigers, hari ini.", "Dua daripada sepakan penalti tersebut terhasil pada babak pertama dan memberikan Pohang mendahului 2-1 pada ketika itu. Memasuki babak kedua, JDT tampil dengan lebih agresif untuk memburu jaringan penyamaan bagaimanapun peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan sepenuhnya.", "Sementara itu, Pohang berhasil menambah dua lagi gol ketika di penghujung babak kedua menerusi situasi permainan terbuka dan satu lagi sepakan penalti sekaligus menamatkan perlawanan dengan jaringan 1-4.", "“Kami mempunyai beberapa peluang dan kami tidak menyudahkannya. Tetapi pada saya perkara yang paling penting adalah usaha para pemain. Saya perlu memantau pemain selepas hari ini kerana sudah tiga perlawanan yang memenatkan.”", "“Sebilangan besar dari mereka keletihan dan kami akan fokus pada pemulihan.” tambah jurulatih kelahiran Mexico ini lagi.", "Untuk makluman, JDT akan menghadapi lawan yang sama pada perlawanan keempat peringkat Kumpulan G pada khamis ini dengan sepak mula pada jam 6 petang.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113509/", "headline": "\nRanking BWF: 2 Pasangan Beregu Lelaki ‘Independent’ Malaysia Daki Lebih 56 Anak Tangga\n", "content": ["Dua pasangan beregu lelaki bebas (independet players) Malaysia mencatatkan peningkatan melebihi 56 anak tangga selepas menyertai kejohanan Terbuka HYLO 2021, baru-baru ini.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), gandingan Tan Wee Kiong dan Tan Kian Meng yang mara ke Pusingan 2 meraih peningkatan paling banyak dalam kalangan pemain Malaysia.", "Berdasarkan ranking tersebut, Wee Kiong-Kian Meng mencatatkan peningkatan sebanyak 62 anak tangga. Peningkatan tersebut membolehkan Wee Kiong dan Kian Meng menduduki tangga ke-165 dunia pada minggu ini.", "Sementara itu, satu lagi pasangan bebas, Goh V Shem dan Low Juan Shen pula mencatatkan peningkatan sebanyak 56 anak tangga walaupun sekadar beraksi di Pusingan 1 kejohanan yang sama.", "Hasil daripada peningkatan tersebut, V Shem-Juan Shen diletakkan di tangga ke-185 dunia pada minggu ini.", "Sementara itu, kedudukan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula kekal tidak berubah di tangga ke-8 dunia. Hal ini juga terpakai kepada dua lagi beregu iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang menghuni tangga ke-15 dan ke-20 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110476/", "headline": "\nPeminat Singapura Bangkang JDT III Sertai Singapore Premier League\n", "content": ["Majoriti peminat bola sepak Singapura tidak senang dengan perancangan DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk menghantar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) III untuk beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL).", "Bangkangan itu diluahkan oleh peminat bola sepak negara seberang tambak selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong mengeluarkan kenyataan akan meneliti permohonan JDT III untuk menyertai SPL dengan mengambil kira manfaat kepada bola sepak Singapura sebelum membuat sebarang keputusan.", "Tinjauan kami di ruangan komen laman sosial AIA Singapore Premier League dan Football Association of Singapore mendapati majoriti peminat bola sepak di sana menggesa FAS menolak permohonan tersebut dan memberikan tumpuan kepada kelab-kelab tempatan untuk menyertai SPL berbanding pasukan luar seperti JDT III.", "“Tolong jangan (benarkan). Ia tak memberi manfaat kepada kita langsung! Masukkan kelab-kelab tempatan dalam saingan liga (SPL).” tulis Alvin Tan.", "“FAS sepatutnya menolak cadangan TMJ ini dengan secara tidak langsung, TMJ mengatakan SPL kita hanya di tahap bawah 21 tahun (B-21).” tambah Muhd Alhafiz.", "“Kami tidak memerlukan sebuah lagi (pasukan luar) DPMM FC, terima kasih banyak-banyak.” luah Abu Hunaifah.", "“Sudah berapa banyak bawa masuk pasukan luar? Sinchi FC, Etoile FC, DPMM FC, Sporting Afrique FC, Beijing Guoan FC, Harimau Muda (dan lain-lain lagi). ", "“Lebih baik bantu kelab tempatan seperti Jurong FC, Sembawang Rangers, Woodland Wellington (untuk sertai SPL), bukankah ini lebih baik?” lontar Yun Ru di ruangan media sosial terbabit.", "Ada juga memerli penyertaan JDT III ini dengan mengatakan SPL merujuk kepada Singapore Premier League dan bukannya Southeast Asia Premier League untuk tidak membenarkan pasukan-pasukan dari negara jiran tetangga menyertainya.", "Sebagai makluman, TMJ selaku pemilik JDT mendedahkan perancangannya untuk menghantar JDT III bermain di Liga Singapura agar dapat memberikan skuad Harimau Selatan B-21 perlawanan yang lebih kompetitif berbanding saingan tempatan, Piala Presiden.", "Featured Image:  JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111016/", "headline": "\nJDT ‘Teguk’ 100PLUS Selama Tiga Tahun Setengah\n", "content": ["Gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan jenama minuman isotonik No.1 Malaysia, 100PLUS menjadi rakan rasmi pembekal isotonik kepada skuad Harimau Selatan.", "Perkembangan itu dimaklumkan menerusi laman sosialnya, Johor Southern Tigers selepas JDT dan Fraser & Neave (F&N) bersetuju untuk menjalinkan kerjasama selepas tiga tahun setengah.", "Menerusi kerjasama ini, JDT memaklumkan, “F&N juga mempunyai hak penjualan dan distribusi di Stadium Sultan Ibrahim yang ikonik, perjanjian pertama seumpamanya dalam bolasepak Malaysia.”", "Tambahnya lagi, “minuman F&N boleh didapati di kesemua perlawanan dan aktiviti yang berlangsung di ‘Home of the Southern Tigers’.”", "Untuk makluman semua, sebelum ini JDT telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa buah jenama antarabangsa seperti Nike, Hublot, SWAG dan Subway.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & 100PLUS"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323763/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Sepak Takraw Terus Kempunan Emas Sulung Acara Beregu Lelaki\n", "content": ["Skuad beregu sepak takraw Malaysia nampaknya terus kempunan untuk mencipta sejarah baharu apabila terlepas pingat emas bagi acara tersebut di temasya Sukan SEA 2023. ", "Sayangnya, Malaysia tidak dapat menebus kekecewaan yang mereka rasai di Sukan SEA 2021 apabila sekali lagi dikalahkan juara bertahan, Indonesia sekaligus terpaksa berpuas hati dengan kutipan pingat perak pada temasya kali ini. ", "Malaysia menerusi gandingan Noraizat Nordin, Aidil Aiman dan Hafizul Hayazi tewas kepada seteru nusantara itu dengan keputusan 21-16, 16-21 dan 13-21 di pentas akhir, sebentar tadi. ", "Menyoroti perjalanan skuad beregu negara, mereka mencatatkan tiga kemenangan bersih di peringkat kumpulan apabila menewaskan Kemboja, Myanmar dan Singapura secara ‘straight set’ sebelum mara ke peringkat separuh akhir. ", "Bertemu di peringkat separuh akhir, Filipina memberikan cabaran kepada Malaysia apabila memenangi set pertama (21-11). Malaysia terpaksa bangkit memberi saingan untuk memenangi set kedua (21-17) sebelum mengesahkan kemenangan pada set ketiga (21-19) sekaligus mara ke pentas akhir. ", "Pada edisi lalu, skuad beregu sepak takraw lelaki negara turut meraih pingat perak menentang gandingan yang hampir sama dari Indonesia, Hardiansyah Muliang & Saiful Rijal serta Jelki Ladada di bangku simpanan. ", "Menariknya, Malaysia turut diwakili pasangan yang sama beraksi pada hari ini, Aidil Aiman dan Noraizat Nordin. Perbezaan hanya melibatkan Afifuddin Razali sebagai pemain simpanan. ", "Perlawanan tersebut menyaksikan Indonesia meraih pingat emas apabila berjaya menundukkan gandingan Malaysia dengan keputusan 17-21, 22-20 dan 23-25.", "Featured image: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216101/", "headline": "\nKLFA Punyai Aset Sebidang Tanah – Mencari Rakan Kerjasama Untuk Dirikan Akademi & Stadium\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) mempunyai aset berupa sebidang tanah di ibu negara dan presidennya, Khalid Abdul Samad memaklumkan pihaknya mahu membina akademi bola sepak di situ.", "Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, Khalid berkata lokasi tanah tersebut adalah di Taman Melati dan ianya dinilai pada harga RM50 juta.", "Pemaju bukan sahaja akan membayar untuk tanah berkenaan tetapi perlu menambah 20% daripada keuntungan projek tersebut. Khalid merangkap Ahli Parlimen Shah Alam turut berkongsikan projek itu mempunyai potensi untuk menjana RM60 juta.", "Ketika ini pihaknya sedang mencari rakan kerjasama bagi membantu mereka mendirikan sebuah akademi bola sepak itu termasuk perancangan untuk membina stadium di atas tanah berkenaan.", "Namun begitu, sebelum KLFA dapat menjalankan perancangan tersebut, mereka mempunyai masalah untuk diselesaikan bersama rakan kerjasamanya yang terdahulu. Ketika ini, KLFA sedang dalam tuntutan litigasi bersama sebuah syarikat swasta.", "Selain itu, Khalid turut berkongsikan KLFA sedang dalam perbincangan bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk melabur dalam tanah berkeluasan 20 ekar milik mereka.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214710/", "headline": "\nTerbuka India: Pilihan No.3 Kejohanan, Yew Sin-Ee Yi Tempah Tiket Ke Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan badminton beregu lelaki bebas (indpendent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menepati ramalan peminat apabila berjaya melangkah ke Pusingan 16 di kejohanan Terbuka India 2022, hari ini.", "Yew Sin-Ee Yi yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk memenangi kejohanan ini melangkah ke pusingan tersebut setelah menumpaskan beregu India, Ravikrishna-Udayakumar yang berada di ranking 256 dunia pada Pusingan 32.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅19 14 🇮🇳Ravikrishna PS 🇮🇳Sankar Prasad UDAYAKUMAR🕗 in 35 minutes https://t.co/QvyS7PCm76", "Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-11 dunia mengalahkan beregu India itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-19 dan 21-14 dalam tempoh masa permainan sekitar 35 minit.", "Susulan kemenangan ini, Yew Sin-Ee Yi yang masih segar dengan kejayaan merangkul pingat gangsa di kejohanan dunia tahun lalu bakal membuat perhitungan dengan salah satu beregu India, Siddharth Jakhar-Lakshay Saroha atau Utkarsh Aroha-Akshan Shetty di Pusingan 16 kelak.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218860/", "headline": "\nKejuaraan B-16 AFF: Malaysia Kekal Rekod Tanpa Kalah, Australia Tumpas Buat Kali Kedua\n", "content": ["Malaysia masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi dua perlawanan peringkat Kumpulan C dalam saingan Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) AFF.", "Skuad remaja negara bimbingan Osmera Omaro ini mengekalkan rekod tersebut selepas berhasil mengikat Myanmar dengan keputusan 1-1, semalam.", "Dalam perlawanan terbabit, Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Dainei Mat Disa seawal minit ke-2 permainan. Namun begitu, Myanmar dapat menghasilkan jaringan penyamaan pada minit ke-50 menerusi Kaung Khant Zaw.", "Kedudukan 1-1 itu berlarutan sehinggan pengadil bertugas meniup wisel menamatkan permainan yang berlangsung di Stadium Maguwoharjo Sleman.", "Keputusan ini juga membolehkan Malaysia kekal mendahului saingan Kumpulan C. Walaupun berkongsi 4 mata bersama-sama Myanmar, skuad negara mempunyai kelebihan daripada segi rekod perbezaan gol.", "AFF Under-16 Championship 2022 – Group C – FULLTIME RESULT ", "Cambodia 4Var David 1stSou Menghong 13th, 90th+1Soun Makara 75th", "Australia 2Ayman Gulasi 30th, penMax Hately 83rd#AFF#AFFU16 pic.twitter.com/79dxpOVj6v", "— ASEAN Football (@AFFPresse) August 5, 2022", "Sementara itu, satu lagi perlawanan kedua peringkat Kumpulan C yang turut berlangsung semalam, Kemboja berjaya menumpaskan Australia dengan keputusan 4-2.", "Untuk makluman, keputusan ini menjadikan skuad berjulukan The Joeys itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut di dalam kejohanan ini. ", "Perlawanan pertama lalu menyaksikan mereka turut merekodkan kekalahan di tangan Myanmar dengan keputusan 2-3.", "Sebagai tambahan, Australia menjadi lawan terakhir buat Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan C. Pertembungan menentang Australia dijadualkan berlangsung pada 8 Ogos (Isnin) nanti, sepak mula jam 4 petang waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113675/", "headline": "\nIndonesia Masters: Chan Peng Soon-Goh Liu Ying Terkandas Lagi Di Pusingan 1\n", "content": ["Pasangan beregu badminton campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying terpaksa akur terkeluar awal daripada kejohanan Indonesia Masters selepas tumpas kepada pasangan Jerman pada peringkat Pusingan 1, hari ini.", "Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini ditumpaskan oleh Jones Ralfy Jansen dan Linda Efler yang baru sahaja digandingkan awal bulan ini secara ‘straight set’ dengan skor 13-21 dan 19-21.", "Lebih pahit, ini merupakan kali ketiga Peng Soon dan Liu Ying ‘ditendang’ pada peringkat Pusingan 1 daripada empat kejohanan terakhir yang disertai mereka.", "Sebelum ini, pasangan beregu bebas (independent) ini terkandas di Pusingan 1 ketika beraksi di kejohanan Terbuka Denmark dan Terbuka HYLO. Hanya kejohanan Terbuka Perancis sahaja yang menyaksikan Peng Soon dan Liu Ying mara ke peringkat suku akhir.", "Bagaimanapun, Peng Soon dan Liu Ying berpeluang mengubati kekecewaan mereka di kejohanan ini dengan menampilkan aksi yang lebih bertenaga pada kejohanan Terbuka Indonesia yang akan berlangsung pada minggu hadapan.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322269/", "headline": "\nKisona Dapat Tajaan RM100,000 Daripada MATRIX Concepts Holdings Berhad\n", "content": ["Perseorangan badminton wanita negara yang bergerak secara bebas (independent) pada ketika ini, Kisona Selvaduray mendapat tajaan yang agak lumayan bagi meneruskan kariernya di pentas antarabangsa.", "Pemain berusia 24 tahun dan menghuni ranking ke-48 dunia ini mendapat suntikan tajaan bernilai RM100,000 daripada syarikat pemaju hartanah yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad.", "Kisona mendapat tajaan terbabit secara rasmi dalam majlis yang diadakan di Petronas Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada hari ini sambil dihadiri oleh Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts Holdings Berhad, Dato’ Seri Lee Tian Hock, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr. Norza Zakaria. ", "Turut sama di dalam majlis itu adalah Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, Naib Presiden BAM, Datuk Ng Chin Chai, Setiausaha Agung BAM, Dato’ Kenny Goh serta bapanya, A. Selvaduray.", "Untuk makluman semua, tajaan daripada Matrix Concepts Holdings Berhad ini hadir setelah Kisona mendapat tajaan bagi barangan dan pakaian sukannya oleh Felet Sports, Januari lalu.", "Sebagai rekod, Kisona bertindak mengundurkan diri daripada bawah naungan badan induk badminton negara pada hujung tahun lalu bagi menumpukan perhatian terhadap proses pemulihan lututnya serta bergerak secara bebas.", "Kisona sudah kembali beraksi di peringkat antarabangsa dengan menyertai Cabaran Antarabangsa Thailand pada minggu lalu. Bagaimanapun, penyertaannya di kejohanan itu hanya setakat di Pusingan 32 sahaja.", "Kejohanan seterusnya, Kisona dijangka akan beraksi di Terbuka Swiss dan Madrid Spain Masters yang dijadualkan berlangsung pada 21-16 Mac dan 28 Mac-2 April masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110991/", "headline": "\nHasil Undian ARMY, Butter Nyanyian BTS Akan Diputar Pada Final Euro 2020\n", "content": ["Single terbaru Butter nyanyian kumpulan K-pop terkenal, BTS akan diputarkan pada perlawanan akhir Euro 2020 di Stadium Wembley yang akan berlangsung pada jam 3 pagi, Isnin nanti.", "Ia berikutan lagu Butter yang dilancarkan pada penghujung Mei lalu meraih peratusan undian tertinggi di twitter iaitu 46.6% atau sekitar 2 juta undian hasil sokongan padu daripada peminat tegarnya, ARMY.", "Mengekori rapat ialah Kill My Mind oleh Louis Tomlinson dengan 43.8% undian dan disusuli oleh lagu Bad Guy nyanyian Billie Elish (6.5%) serta Yeah oleh Usher (3.1%).", "After nearly 4.5 million votes, we have our four songs to be played by the #vivostadiumdj at Wembley Stadium! 🎛️🙌Congratulations go to… @bts_bighit@Louis_Tomlinson @Harry_Styles @theweeknd @vivo_europe #EUROsongSelector pic.twitter.com/TLW8pmaOaf", "Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi menerusi akaun twitter, @EURO2020 semalam, selepas menutup sesi undian tersebut dengan rekod hampir 4.5 juta undian secara keseluruhan.", "Selain daripada Butter nyanyian BTS, tiga buah lagu lain turut dimainkan pada pentas final kejohanan bola sepak eropah tersebut kelak.", "Tiga lagu tersebut ialah Kill My Mind nyanyian Louis Tomlinson, Adore You oleh Harry Styles dan Blinding Lights oleh The Weekend.", "Untuk makluman semua, Itali telah mengesahkan kemaraan ke pentas final untuk kejohanan kali ini setelah menumpaskan Sepanyol pada awal pagi tadi. ", "Sementara itu, sebuah pasukan lagi samada Denmark atau England akan ditentunkan pada perlawanan yang akan berlangsung pada jam 3 pagi nanti.", "Untuk yang tidak pernah mendengar lagu Butter nyanyian BTS, anda boleh tonton pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112749/", "headline": "\nTak Adil Menyalahkan De Paula Seorang, Perlawanan Lepas Tak Banyak Bola Sampai…\n", "content": ["Kelibat pemain naturalisasi skuad kebangsaan, Guilherme de Paula semasa beraksi sebagai penyerang dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu masih menjadi topik perbincangan kelompok peminat dan penyokong sehingga ke hari ini.", "Ketika itu, penyerang kelahiran Brazil yang berusia 34 tahun ini hanya berhasil menjaringkan satu gol menerusi penalti ketika menentang Vietnam daripada 3 penampilan yang dilakukannya melibatkan baki saingan Kumpulan G. ", "Selain daripada rekod tersebut, pada pandangan majoriti peminat dan penyokong, De Paula tidak memberikan sumbangan signifikan dan menyebabkan dia dikritik hebat ditambah pula dengan persembahan yang tidak efektif di barisan serangan serta dilihat ‘malas berlari’ ketika di dalam permainan.", "Bagaimanapun, disebalik kritikan hebat ke atas penyerang tersebut, pengurus skuad kebangsaan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi tampil mempertahankan De Paula dan meminta para peminat dan penyokong untuk mengkritik dengan lebih adil.", "Artikel Berkaitan: Penyerang Naturalisasi, De Paula Mengaku Namanya Zulhelmi", "“Kalau tengok perlawanan-perlawanan lepas, tak banyak bola sampai ke dalam kawasan lawan kita, jadi nak menyalahkan De Paula seorang pun tidak adil.", "“Bagi saya episod itu telah berlalu dan De Paula kena buktikan dia pilihan tepat menjadi penyerang negara,” katanya seperti dipetik daripada portal Bernama.", "Menurut portal itu juga, Yusoff berpendapat soal De Paula berlari atau tidak semasa dalam permainan adalah antara penyerang tersebut dan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe.", "Akan tetapi, sebagai penyerang, tugas utama buat De Paula adalah menjaringkan gol bagi membantu kemenangan buat skuad Harimau Malaya dan Yusoff mahu pemain itu bersedia daripada segi mental untuk menggalas tanggungjawab tersebut.", "“Kalau tiap-tiap perlawanan dia tak boleh jaringkan gol, tak ada makna lah dia boleh membantu kita (pasukan negara). Sebab kita ambil dia khas bagi mendapatkan gol, jadi itu menjadi tanggungjawabnya,” katanya lagi.", "Untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Jordan (ranking 93) dan Uzbekistan (ranking 84) yang dijadualkan pada hari ini dan 9hb Oktober, nama De Paula tetap dipanggil oleh Cheng Hoe."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220878/", "headline": "\nPiala Dunia: Jepun Kejutkan Sepanyol, Muncul Juara Kumpulan E\n", "content": ["Jepun merekodkan satu kejutan di pentas Piala Dunia apabila mencatatkan kemenangan ke atas juara edisi 2010, Sepanyol dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E, awal pagi tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, skuad berjulukan Samurai Biru berhasil menumpaskan Sepanyol dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ritsu Doan dan Ao Tanaka pada minit 48’ dan 51’ masing-masing.", "Dua jaringan itu sudah memadai untuk menidakkan pendahuluan Sepanyol yang dicipta oleh Alvaro Morata seawal minit 11’ permainan.", "The moment Japan advanced to the Round of 16 🇯🇵🫶#FIFAWorldCup | #Qatar2022", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 1, 2022", "Kejutan yang direkodkan Jepun ini bukan sahaja membolehkan mereka meraih tiket ke saingan kalah mati bagi di pentas Piala Dunia 2022 Qatar ini bahkan turut muncul juara bagi Kumpulan E.", "Status juara itu dicapai dengan meraih enam mata daripada 3 perlawanan yang disumbangkan oleh dua kemenangan ke atas Jerman dan Sepanyol.", "Sementara itu, Sepanyol yang mengiringi mereka selaku naib juara pula meraih empat mata hasil daripada seri ke atas Costa Rica dan seri menentang Jerman.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan Jepun ke peringkat kalah mati dalam dua edisi berturut-turut selepas mara pada edisi Piala Dunia 2018 Rusia lalu.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207920/", "headline": "\nMotoGP: 6 Pelumba Pilihan ‘Bertarung’ Untuk Merangkul Kejuaraan Dunia 2020\n", "content": ["Saingan Kejuaraan Motosikal Dunia MotoGP 2020 berbaki tiga perlumbaan sahaja lagi iaitu GP Eropah (8 November), GP Valencia (15 November) dan GP Portugal (22 November).", "Tiga siri perlumbaan ini pastinya menjadi medan pertarungan buat semua pelumba MotoGP bagi mengutip sebanyak mungkin mata yang boleh sekaligus merangkul kejuaraan dunia.", "Walaupun dalam saingan MotoGP pelbagai perkara yang tidak diduga boleh berlaku namun kami menyenaraikan enam pelumba pilihan yang berpeluang besar untuk muncul sebagai juara musim ini berdasarkan kedudukan dan prestasi semasa:", "Pelumba Suzuki Ecstar ini mendahului carta kedudukan dunia saingan MotoGP dengan 137 mata. Menariknya, Joan Mir muncul selaku pendahulu kedudukan dunia dengan tidak mencatatkan sebarang kejuaraan daripada 12 perlumbaan yang lalu. Bagaimanapun, kami meletakkan dia selaku calon juara pada musim ini berdasarkan kepada prestasi semasanya di mana dia menaiki podium sebanyak empat kali daripada lima perlumbaan terakhirnya.", "Menduduki di tangga kedua kedudukan dunia adalah pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo dengan 123 mata. Musim ini, pelumba muda kelahiran Perancis ini telah memenangi tiga perlumbaan. Memberikan cabaran sejak daripada awal musim lagi namun dalam tiga perlumbaan terakhirnya dimana dia tamat di kedudukan kelapan, keenam dan kesembilan disebabkan oleh jenteranya yang sedikit bermasalah sekaligus memberkan impak kepada kutipan matanya.", "Pelumba pasukan kilang Yamaha, Maverick Vinales menduduki tangga ketiga carta kedudukan dunia dengan kutipan 118 mata. Dalam lima perlumbaan yang terakhir, keputusan paling cemerlang Vinales hadir ketika perlumbaan GP Emilia Romagna di mana dia muncul sebagai juara. Namun empat perlumbaan seterusnya, pelumba kelahiran Sepanyol ini hanya menamatkan kedudukan di tempat kesembilan, kesepuluh, keempat dan ketujuh.", "Seorang lagi pelumba Petronas Yamaha SRT memasuki senarai enam pelumba yang menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan musim ini. Pelumba ini ialah Franco Morbidelli kelahiran Itali. Musim ini, dia telah memenangi perlumbaan sebanyak dua kali semasa perlumbaan GP San Marino dan terbaharu di GP Teruel. ", "Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso meraih satu kemenangan musim ini semasa saingan GP Austria. Kini berada di kedudukan kelima dunia dengan mengumpul 109 mata. Aksi terbaharunya di GP Teruel berkesudahan dengan tidak begitu baik iaitu di tempat ke-13 namun dua perlumbaan sebelum itu Dovizioso tamat di kelompok 10 teratas.", "Prestasi semasa pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins sejak akhir-akhir ini amat mencuri tumpuan. Manakan tidaknya, dalam empat perlumbaan terakhirnya, Alex Rins berjaya menaiki podium sebanyak tiga kali termasuk muncul juara pada saingan GP Aragon."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216114/", "headline": "\nRanking BWF: Vivian-Chiew Sien Memasuki Kelompok 50 Beregu Wanita Terbaik Dunia\n", "content": ["Kemaraan beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2022 membolehkan mereka memasuki kelompok 50 beregu wanita terbaik dunia, pada minggu ini.", "Untuk makluman semua, di kejohanan Jelajah Dunia Super 300 BWF terbabit, mereka terkandas apabila ditumpaskan oleh beregu No.1 dunia dari China merangkap pemenang kategori beregu wanita, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di peringkat tersebut.", "RESULTS: #GermanOpen2022QF#CHN🇨🇳 Chen Qing Chen-Jia Yi Fan(1) def.#MAS🇲🇾 Vivian Hoo- Lim Chiew Sien 21-15 22-20📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/uLPkvnmw4F", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini, Vivian dan Chiew Sien berhasil merekodkan peningkatan sebanyak 13 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-48 dunia.", "Untuk makluman semua, ini merupakan ranking tertinggi dicapai oleh Vivian-Chiew Sien sejak digandingkan bermula Oktober tahun lalu dimana mereka bermula di tangga ke-730 dunia.", "Vivian-Chiew Sien dijangka boleh meningkatkan lagi kedudukan mereka selepas daripada ini seandainya berjaya mara lebih jauh dalam kejohanan yang disertai. Nama mereka telah tersenarai untuk menyertai saingan Terbuka Swiss – Jelajah Dunia Super 300 BWF yang dijadualkan bermula 22-27 Mac kelak.", "Sementara itu, kemaskini ranking pada minggu ke-11 ini memperlihatkan kedudukan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kekal tidak berganjak di kedudukan ke-15 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206660/", "headline": "\nLambang Pokok Melaka Belum Dipatenkan di Malaysia – Presiden MUSA\n", "content": ["Lambang pokok Melaka yang digunakan pada logo baharu Melaka United belum dipatenkan oleh mana-mana pihak di Malaysia.", "Terdahulu pihak Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) telah melancarkan logo baharu untuk Melaka United – bakal digunakan untuk saingan kancah Liga Malaysia bermula musim depan, sabtu lalu.", "Bagaimanapun, lambang pokok Melaka itu menjadi topik bualan dan kritikan hangat penyokong bola sepak tempatan apabila ia dikatakan hanya diubahsuai daripada logo sebuah syarikat dari Australia, Bare Blends.", "Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia? https://t.co/QaG2VDgOjA", "Menjawab kritikan tersebut, Presiden MUSA, YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata semakan yang dibuat setakat ini, logo tersebut belum dipatenkan mana-mana pihak di Malaysia.", "“Pemilihan logo baharu Melaka United adalah berdasarkan lambang pokok Melaka yang dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka, yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.", "“Oleh itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu itu dan hanya selepas ia diluluskan, barulah ia diguna pakai,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.", "Logo tersebut merupakan hasil rekaan penyokong skuad Hang Tuah, En Mohd Asri Ab Aziz yang memenangi pertandingan mereka logo MUFC yang berlangsung dari 4 hingga 20 ogos lalu.", "Ketika ini Melaka United diuruskan oleh MUSA kini dalam proses pemisahan daripada persatuan untuk menjadi sebuah kelab bola sepak berstatus swasta dan bakal dikenali sebagai Kelab Bola Sepak Melaka United (Melaka United FC). ", "Kelab ini bakal dimiliki sepenuhnya oleh Melaka United Football Club Sdn. Bhd.", "Untuk makluman, walaupun pasukan Melaka United FC akan diuruskan oleh pihak swasta, peranan MUSA tetap kekal sebagai badan yang bertanggungjawab mentadbir sukan bola sepak negeri Melaka.", "Foto: Melaka United Soccer Association – MUSA"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322064/", "headline": "\nTiada Tawaran Dari Kelab Liga Super Malaysia Terhadap Thitiphan Puangchan\n", "content": ["Baru-baru ini, pemain tengah skuad kebangsaan Thailand iaitu Titiphan Puangchan dikaitkan dengan menyertai sebuah kelab Liga Super Malaysia.", "Bagaimanapun, ejen kepada pemain berusia 29 tahun terbabit, FPS Management & Consulting tampil memaklumkan kepada Sukanz bahawa tiada sebarang tawaran dikemukakan daripada kelab-kelab Liga Super bagi mendapatkan khidmat pemainnya.", "Bukan itu sahaja, Thitiphan juga mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama kelabnya pada ketika ini, Bangkok United iaitu sehingga Mei 2025.", "Untuk makluman, Thitiphan baru sahaja menyertai kelab berjulukan The Angels itu secara tetap bermula tahun 2022 lalu. Sebelum itu, dia beraksi bersama Bangkok United sebagai pemain pinjaman.", "Thitiphan yang seringkali menyarung jersi bernombor 8 bersama skuad kebangsaan Thailand bukan sahaja diketahui sebagai salah seorang tonggak pasukan bahkan turut menjadi ‘enjin’ bagi skuad berjulukan Gajah Perang apabila beraksi di tugasan antarabangsa sejak sekitar tahun 2017.", "Setakat ini, Thitiphan sudah tampil sebanyak 48 kali bersama Thailand serta mempunyai rekod enam jaringan serta lima bantuan gol.", "Bagi saingan peringkat kelab pula, Thitiphan sudah beraksi sekitar 285 kali dalam kancah bola sepak negara kelahirannya dengan beberapa kelab seperti Muangthong United, Suphanburi, Chiangrai United, BG Pathum United, Bangkok United termasuk berkelana seketika di Jepun bersama Oita Trinita pada tahun 2019.", "Untuk makluman semua, Thitiphan dikaitkan dengan perpindahan ke saingan Liga Super Malaysia apabila didedahkan oleh seorang wartawan bola sepak di Thailand."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321480/", "headline": "\nHoki Piala Dunia: Speedy Tigers Cipta Kebangkitan Atasi Pasukan No.23 Dunia\n", "content": ["Malaysia berhasil merekodkan kemenangan sulung di kejohanan hoki Piala Dunia 2023 FIH selepas tumpas kepada Belanda pada perlawanan perlawanan pembukaan, Sabtu lalu.", "Kemenangan itu hadir setelah skuad berjulukan Speedy Tigers mencipta kebangkitan selepas ketinggalan sebanyak dua kali di tangan pasukan yang menghuni ranking ke-23 dunia, Chile pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C, petang tadi.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Antarabangsa Mirsa Munda, Rourkela, India itu tadi, Chile yang membuat penampilan pertama di saingan Piala Dunia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Juan Amoroso pada suku pertama permainan sebelum Malaysia berhasil menyamakan kedudukan menerusi Razie Rahim pada suku kedua.", "Bagaimanapun, sebelum tamat aksi suku kedua, Chile sekali lagi meletakkan pasukan mereka di hadapan menerusi Martin Rodiguez sekaligus menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan 2-1.", "Malaysia complete the second-half turnaround by scoring twice in the third quarter to get the better of Chile and earn their first 3 points! ", "📱- Download the @watchdothockey app to follow all the updates. pic.twitter.com/nhnVXwsluU", "— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) January 16, 2023", "Pada suku ketiga, skuad kendalian Arul Selvaraj berhasil menemui satu lagi jaringan sekaligus mengikat Chile dengan kedudukan 2-2. Jaringan itu disempurnakan oleh Mohamad Ashran Hamsani.", "Sebelum tamat aksi suku ketiga, Malaysia berhasil menambahkan satu lagi gol melalui Norsyafiq Sumantri untuk menjadikan kedudukan semasa 3-2.", "Memasuki suku keempat permainan, Malaysia berhasil mengawal permainan namun Chile yang tidak mudah mengalah terus mencari peluang untuk mencari jaringan penyamaan. ", "Sepanjang tempoh itu, Malaysia berhasil mempertahankan kedudukan tersebut sehingga tamat permainan sekaligus mengutip tiga mata pertama daripada kejohanan ini.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Malaysia akan berhadapan dengan pasukan yang berada di ranking kesembilan dunia, New Zealand pada 19 Januari (Khamis) kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206685/", "headline": "\nLampard Mahu Bawa Messi ke Stamford Bridge\n", "content": ["Pengurus Chelsea, Frank Lampard berhasrat membawa Lionel Messi ke Stamford Bridge untuk beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.", "Perkara itu didedahkan oleh bekas rakan sepasukan Lampard dalam skuad kebangsaan England, Rio Ferdinand. ", "Just heard Frank Lampard is now in for #messi Some window this if Lamps pulls this off !!", "“Baru sahaja mendapat berita Frank Lampard mahu mendapatkan Messi.”", "“Ini bakal menjadi jendela perpindahan paling meletup sekiranya direalisasikan oleh Lampard.” kongsi Ferdinand di akaun Twitter.", "Leo Messi saga has just started. Barcelona board is having a meeting to understand next steps. More to follow. 🔴 #FCB #Messi https://t.co/Ok1nG0LbdW", "Terdahulu Messi dilaporkan telah menghantar transfer request kepada FC Barcelona, sekitar tengah malam tadi waktu Malaysia.", "Selain itu, pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu turut meminta untuk menamatkan kontrak secara sebelah pihak.", "Ia sekaligus membuka jalan buat Messi untuk meninggalkan Stadium Nou Camp secara percuma walaupun mempunyai baki kontrak semusim lagi.", "Justeru mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Messi tidak perlu membayar nilai tebus kontrak mega yang bernilai €700 juta kepada Barcelona. ", "Mereka hanya perlu memenuhi tuntutan gaji penyerang Argentina berusia 33 tahun itu sahaja. ", "Untuk makluman, kelab kendalian Lampard telah memuktamadkan secara rasmi perpindahan Hakim Ziyech (Ajax Amsterdam) dan Timo Werner (RB Leipzig) dalam jendela perpindahan kali ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321962/", "headline": "\nSafee Sali Bakal Lancar Rancangan ‘Sports Tarik’ Di Youtube, Hasilkan Dokumentari & Tubuh Akademi\n", "content": ["Pemenang anugerah Kasut Emas Piala AFF 2010, Safee Sali bakal melancarkan sebuah rancangan yang berjudul ‘Sports Tarik’ yang akan dihoskan oleh dirinya sendiri menerusi platform Youtube.", "Perancangan terbabit diumumkan oleh Safee selepas mengumumkan persaraannya sebagai pemain profesional selepas hampir dua dekad berkecimpung dalam dunia bola sepak, pada hari ini.", "Mengulas lanjut mengenai rancangan terbabit, ianya akan mengupas mengenai topik-topik, pandangan dan personaliti yang menarik dalam dunia sukan.", "Baca: Safee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun", "Safee berharap rancangan ‘Sports Tarik’ itu dapat memberi isi dan kandungan yang bernilai serta dapat mengeratkan hubungannya dengan peminat.", "Selain itu, Safee juga dalam usaha untuk menghasilkan sebuah dokumentari bertajuk ‘SEPULUH’ yang akan memaparkan kehidupan dan kerjaya bola sepaknya.", "Difahamkan dokumentari itu bukan sahaja menceritakan tentang pencapaian Safee tetapi turut menyelitkan kehidupan peribadinya dan watak-watak penting yang telah menyokong sepanjang perjalanan kehidupannya.", "Antara lain yang akan dirancangnya setelah bersara daripada bermain bola sepak secara profesional adalah menubuhkan sebuah akademi yang bertujuan untuk membangunkan bakat-bakat anak muda terhadap bola sepak dalam negara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220035/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-17: Bekas Ketua Jurulatih Harimau Muda Lepasi Tugasan Pertama Bersama Australia\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) atau Harimau Muda, Brad Maloney berhasil melepasi tugasan pertama bersama pasukan negaranya, Australia B-17 dengan cemerlang.", "Brad yang diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad berjulukan The Joey’s sekitar awal Ogos lalu berhasil membimbing Australia menjuarai saingan Kelayakan Piala Asia B-17 bagi peringkat Kumpulan G.", "Beraksi di negaranya sendiri selaku hos bagi Kumpulan G, Australia berjaya merekodkan 100% kemenangan dalam kesemua perlawanan dengan menumpaskan Northern Mariana Islands (23-0), Kemboja (10-0) dan China (3-1).", "Kemenangan tersebut membolehkan mereka mengutip 9 mata untuk menjuarai saingan Kumpulan G sekaligus mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023.", "Australia menyertai 15 lagi pasukan lain yang layak iaitu Jepun, Malaysia, Qatar, Arab Saudi, Yaman, Vietnam, Tajikistan, Iran, Uzbekistan, Republik Korea, China, Afghanistan, India, Thailand dan Laos.", "Sebagai tambahan, ini merupakan tugasan pertama Brad bersama skuad bola sepak negara kelahirannya selepas lapan tahun menabur bakti bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325107/", "headline": "\nMan Utd Perkenal Jersi ‘Home’ 2023-24, Inspirasi Jambatan Sungai Irwell\n", "content": ["Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United menjadi kelab seterusnya memperkenalkan jersi ‘home’ bagi musim 2023-24 yang diinspirasikan daripada jambatan sungai utama di Manchester, Sungai Irwell. ", "Pelancaran jersi terbaharu mereka itu telah dibuat menerusi laman sesawang mereka dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasmi kelab, sebentar tadi. ", "Sekilas pandang, jersi skuad berjulukan The Red Devils ini tiada apa-apa yang istimewa tatkala mereka masih mengekalkan warna tema klasik kelab; merah tetapi jika diperhatikan dengan lebih teliti, rekaan grafik berbentuk mawar akan mula kelihatan. ", "Mawar yang menjadi simbol bagi bandar Manchester dijadikan grafik pada jersi kali ini dengan warna merah yang diilhamkan daripada warna jambatan Sungai Irwell mencorakkan jersi pada kali ini. ", "Selain itu, warna hitam pada kolar pasukan, bahagian sisi jersi dan jalur Adidas menjadi pelengkap kepada reka bentuk jersi Manchester United kali ini yang dilihat minimal.", "Bagi yang ingin mendapatkan jersi terbaharu The Red Devils tersebut, mereka boleh membeli jersi tersebut menerusi platform e-dagang rasmi kelab, United Direct dengan harga £110 (bersamaan ±RM653).", "Untuk makluman, jambatan Sungai Irwell merupakan penghubung kepada dua kota; Manchester dan Salford yang sangat signifikan penggunaannya semasa era Revolusi Perindustrian di United Kingdom. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20206794/", "headline": "\nWijnaldum Tinggal Selangkah Sahaja Lagi Untuk Menyertai Barcelona\n", "content": ["Pemain tengah yang memainkan peranan besar dalam memastikan kemenangan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Perdanan Inggeris (EPL), Georginio Wijnaldum hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk menyertai FC Barcelona.", "Perkara itu disahkan oleh sebuah laporan media berpangkalan di Sepanyol, Sports yang menyatakan Winjanaldum sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama skuad Blaugrana selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan setahun.", "⚠️🔵🔴 Portada @sport: Wijnaldum da el OK. Contrato de tres temporadas. Negociaciones avanzadas con el Liverpool. Traspaso entre 15-20M. Lo pide Koeman #fcblive pic.twitter.com/0fjLYuoiqC", "Khidmat pemain tengah kelahiran Belanda itu dimahukan oleh jurulatih baharu, Ronald Koeman untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Ivan Rakitic yang kembali menyertai kelab lamanya, Sevilla FC. Sementara itu, pemain tengah Chile, Arturo Vidal juga dijangka bakal meninggalkan skuad Barcelona. ", "Difahamkan kedua-dua kelab sedang mengadakan rundingan dan Barcelona dijangka perlu membayar Liverpool antara £13 juta hingga £18 juta untuk membawa pemain berusia 29 tahun itu ke Stadium Nou Camp.", "Untuk rekod, Wijnaldum menyertai skuad The Kop pada tahun 2016 dan dia masih mempunyai baki kontrak selama setahun lagi bersama Liverpool."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207123/", "headline": "\nJersi Home, Away & 3rd Selangor Semurah RM19\n", "content": ["Peminat dan penyokong pasukan Selangor boleh mendapatkan jersi versi ‘fans issue’ keluaran Joma bagi musim lalu dengan harga semurah RM19, bermula hari ini.", "Selain itu, jersi versi ‘player issue’ bagi musim yang sama turut dijual dengan harga serendah RM49. Harga asal bagi jersi Home, Away dan Ke-3 ini adalah RM99.", "Promosi ini dilakukan oleh Extravaganza Futsal Shop (EFS) dan ianya dimaklumkan dalam satu hantaran di media sosial mereka, tengah hari tadi.", "Menurut EFS, promosi ini sah sehingga penghujung bulan ini iaitu 30 september 2020.", "Bagi peminat dan penyokong skuad Red Giant yang mahu mendapatkan jersi ini, anda boleh berkunjung ke EFS yang terletak di Shah Alam.", "Featured Image: Ekstravaganza Futsal Shop"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020133/", "headline": "\nSyarikat TV China, Hisense taja Paris Saint-Germain\n", "content": ["Syarikat pembuat televisyen (TV), perkakasan rumah dan barangan elektronik berpangkalan di China, Hisense mengumumkan kerjasama bersama Kelab Bola Sepak Paris Saint-Germain (PSG).", "Menurut Pengarah Urusan PSG Asia Asifik, Sebastien Wasel pemeteraian kerjasama bersama Hisense dapat membantu kelab yang bersaing dalam kancah Ligue 1 itu memperluaskan fan base dan pengaruhnya ke China.", "“Kami berbangga dapat bekerjasama jenama terkemuka dari Asia Pasifik. Kerjasama ini amat bermakna untuk kelab, menunjukkan peningkatan komitmen kami di wilayah tersebut,” katanya menerusi siaran akhbar, semalam.", "Bagaimanapun tiada sebarang makluman mengenai jumlah penajaan diumumkan namun difahamkan pemeteraian kerjasama Hisense itu melebihi tempoh setahun.", "Untuk makluman, Hisense diasaskan pada tahun 1969 dan berpangkalan di Qingdao, China. Syarikat pembuat TV terkemuka dunia ini merupakan peneraju pasaran di China, Afrika Selatan dan Australia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207957/", "headline": "\nSeorang Penyokong Manchester United Mahu Gerrard Ganti Ole Gunnar Solksjaer\n", "content": ["Selepas kekalahan kepada Arsenal tempoh hari, seorang penyokong Manchester United mahu pengurus, Ole Gunnar Solksjaer dipecat dan menggantikannya dengan legenda Liverpool, Steven Gerrard.", "Ekoran berang dengan kekalahan tipis 0-1 di laman sendiri, Old Trafford, seorang penyokong Red Devils yang dikenali sebagai Brett menyampaikan idea gila tersebut dalam satu program bual bicara, baru-baru ini.", "The Reds are beaten.#MUFC #MUNARS", "Baginya, Gerrard yang juga bekas kapten skuad kebangsaan England merupakan calon yang tepat untuk menggantikan Ole berdasarkan prestasi semasanya dalam mengemudi kelab Scotland, Rangers FC.", "“Saya sanggup keluarkan duit simpanan dan dapatkan Steven Gerrard untuk menggantikan Ole.", "“Dengar sini, kita bercakap soal duit. Lelaki itu mempunyai identiti dan tahu bagaimana untuk bermain. Dia boleh memotivasikan pemain. Ini tidak masuk akal.” katanya ketika bercakap bersama pengulas talkSPORT.", "👀 “This might be a contention for Heads Gone…”💰 “But I’d break the bank & go for Steven Gerrard to replace Ole!”This #MUFC wants Steven Gerrard to be the new Man Utd manager… 🔴@Alex_Crook & @DarrenAmbrose84 weren’t having any of this 🤣 pic.twitter.com/ch5R8ScvPC", "Mendengarkan idea gila tersebut, salah seorang pengulas, Alex Crook yang terkejut dengan cadangan itu segera membalas, “Ada dua isu di sini, pertamanya, saya tidak nampak Steven Gerrard yang berdarah Liverpool akan mengambil tugas tersebut.", "“Keduanya, saya tidak kenal berapa ramai penyokong Manchester United akan menerima kehadirannya sebagai pengurus di Old Trafford. Saya tidak nampak ia boleh berlaku.” kata Alex kepada Brett.", "🗣️ Steven Gerrard: \"I'm really happy with the result. It's three big points to put us on six and it puts us in a real good place in the group.\"👉 Read more @EuropaLeague reaction from the manager: https://t.co/marF8FYcgP pic.twitter.com/P0hJ08Z2jE", "Untuk rekod, Gerrard yang bermain bersama skuad senior Liverpool selama 17 tahun dilantik sebagai pengurus Rangers sekitar pertengahan tahun 2018. ", "Di musim pertamanya, Gerrard mengemudi kelab tersebut menghuni tangga ke-2 Liga Premier Scotland, naib juara Piala Liga dan mara ke suku akhir Piala Scotland.", "Sementara itu, Gerrard menampakkan prestasi yang lebih gah pada msyim ini bersama Rangers dengan belum mencatatkan sebarang kekalahan setakat 13 perlawanan saingan Liga Premier Scotland."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325515/", "headline": "\nPiala Liga: Sepakan Percuma Messi Minit 90+4 Bantu Inter Miami Raih Kemenangan\n", "content": ["Sepakan percuma dari luar kotak oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel Messi memastikan kelab yang baru disertainya iaitu Inter Miami mencatatkan kemenangan ke atas Cruz Azul dari Mexico dalam saingan Piala Liga.", "Jaringan cantik hasil daripada sepakan kaki kirinya yang hadir pada minit ke-90+4 menuju tepat ke bahagian bucu kiri gawang tidak mampu ditepis Andre Gudino sekaligus menjadikan keputusan perlawanan dimenangi oleh Inter Miami 2-1 ke atas Cruz Azul.", "Sebelum itu, Messi masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-54 menggantikan Benjamin Cresmachi sekaligus menandakan sebagai debutnya bersama kelab milik bekas bintang bola sepak, David Beckham.", "— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) July 22, 2023", "Turut serta masuk sebagai pemain gantian pada ketika itu adalah bekas rakan sepasukannya di Barcelona, Sergio Busquets – turut meraih debut bersama Inter Miami – yang menggantikan David Ruiz.", "Terdahulu, Inter Miami dan Cruz Azul terikat 1-1 sejak minit ke-65 apabila pemain tengah skuad La Maquina, Uriel Antuna menjaringkan gol penyamaan. Manakala jaringan pembukaan pula hadir menerusi penyerang The Herons, Robert Taylor pada minit ke-44.", "— Leagues Cup (@LeaguesCup) July 22, 2023", "Dengan kemenangan ini, Inter Miami turut meraih tiga mata yang pertama sekaligus mengungguli carta Kumpulan J.", "Perlawanan seterusnya, Inter Miami akan berhadapan dengan kelab Amerika Syarikat yang turut berada dalam Kumpulan J, Atlanta United pada Rabu dengan sepak mula jam 7.30 pagi waktu Malaysia.", "Sebagai tambahan, kelab yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga dua teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.", "Untuk makluman, tiga pasukan terbaik di kejohanan Piala Liga yang melibatkan kelab bola sepak Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico ini akan mendapat slot ke saingan Liga Juara-Juara CONCACAF 2024.", "Featured Image: Inter Miami CF"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215126/", "headline": "\nPenyerang Baharu Selangor, Hyuri Henrique Bernilai RM3.04 Juta – Kedua Termahal Liga Malaysia\n", "content": ["Pemain import baharu yang diperkenalkan oleh Selangor FC, Henrique Hyuri de Oliveira Costa pada Sabtu lalu menjadi penyerang kedua termahal yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia, musim ini.", "Menurut laman portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, nilai pasaran penyerang berusia 30 tahun kelahiran Rio de Janeiro, Brazil ini diletakkan pada tanda harga RM3.04 juta.", "Welcome to SFC! #HyuriIsRed ❤️💛❤️💛Pemain dari Brazil ini sah menyarung jersi Selangor bagi musim 2022 dan terus menyertai kem latihan #GergasiMerah di Pahang. Selamat maju jaya Hyuri 🤜🤛#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/9edkOcTaO7", "Sebagai perbandingan, hanya penyerang baharu JDT, Fernando Forestieri merangkap bekas pemain Liga Serie A bersama pasukan Udinese dinilai lebih mahal daripada Henrique iaitu pada tanda harga RM4.3 juta.", "Baca: JDT Perkenalkan Penyerang Baharu, Fernando Forestieri – Bernilai RM4.3 Juta", "Untuk makluman semua, majoriti karier Henrique berkisar dalam kancah bola sepak di negaranya. Antara pasukan ternama berpangkalan di Brazil pernah disertainya ialah Atletico Mineiro.", "Selain itu, penyerang berketinggian 1.86 meter (m) ini turut mempunyai pengalaman beraksi di China serta negara teluk iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersama Hatta Club merangkap pasukan lamanya sebelum menyertai skuad Merah Kuning.", "Sebagai tambahan, Henrique berkemungkinan besar akan digandingkan dengan seorang lagi penyerang kelahiran Brazil yang diikat oleh Selangor hujung Disember lalu iaitu Herlison Caion de Sousa untuk mengharungi saingan musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112016/", "headline": "\nPresiden FIFA: Kejuaraan JDT Hasil Kerja Keras, Keghairahan & Komitmen Semua Orang di Kelab\n", "content": ["Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super 2021 turut mendapat perhatian Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.", "Menerusi sepucuk surat yang diutus kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, beliau mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Selatan yang mengesahkan kejuaraan secara matematik setelah menumpaskan Sri Pahang 3-0 pada perlawanan ke-20 liga, Jumaat lalu.", "“Kejuaraan ini, tanpa keraguan, hasil daripada kerja keras, keghairahan dan komitmen, dan semua orang di kelab boleh berbangga dengan pencapaian hebat ini.", "“Saya sangat berterima kasih jika anda (Hamidin) boleh menyampaikan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat, kepada sesiapa yang terus bekerja dengan semangat berpasukan, keghairahan dan keazaman.” tulisnya dalam surat tersebut.", "Baca: JDT Rangkul Kejuaraan Liga Super Ke-8 Berturut-Turut", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut yang dimenangi oleh JDT. Mereka memenanginya buat kali pertama pada tahun 2014 sejak dipimpin oleh DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.", "Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama JDT mendapat ucapan tahniah daripada presiden badan induk bola sepak dunia tersebut. Gianni turut mengutus surat mengucap tahniah ketika mereka menjuarai Liga Super buat kali ke-6 pada tahun 2019.", "JDT TO CELEBRATE 8TH CONSECUTIVE MALAYSIA SUPER LEAGUE ON SEPTEMBER 12Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will celebrate the 8th consecutive Malaysia Super League title on September 12 with fireworks and in-car viewing party for the Southern Tigers fans. [1/4] pic.twitter.com/YEKYMHqWyt", "Sementara itu, menerusi makluman oleh kelab berpangkalan di selatan semenanjung tanah ini, satu sambutan meraikan kejuaraan kelapan Liga Super akan dilangsungkan pada 12 September kelak.", "Sambutan tersebut merangkumi persembahan trofi, pertunjukan bunga api dan persembahan khas selepas daripada perlawanan terakhir liga, menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Sultan Ibrahim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220708/", "headline": "\nCristiano Ronaldo Kini Berstatus Ejen Bebas\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo bukan lagi merupakan pemain Manchester United dan kini berstatus pemain ejen bebas.", "Perkembangan ini hadir selepas Manchester United mengumumkan mencapai persetujuan bersama untuk berpisah dengan Ronaldo berkuat kuasa serta-merta.", "Pengumuman itu hadir menerusi satu kenyataan sebanyak 67 perkataan diterbitkan di laman sesawang rasminya pada awal pagi tadi.", "Cristiano Ronaldo is to leave Manchester United by mutual agreement, with immediate effect.", "The club thanks him for his immense contribution across two spells at Old Trafford.#MUFC", "— Manchester United (@ManUtd) November 22, 2022", "Dalam kenyataan yang sama, Manchester United mengucapkan terima kasih atas sumbangannya yang kini merekodkan jaringan sebanyak 145 gol serta 346 penampilan secara keseluruhan.", "Dalam keadaan ini, mana-mana kelab boleh mendapatkan khidmat penyerang berusia 37 tahun ini secara percuma tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk menebus kontraknya bersama Manchester United.", "Bagaimanapun, tumpuan utama Ronaldo pada ketika ini pastinya bukan mengenai kelab yang akan disertainya sebaliknya adalah skuad kebangsaan negaranya, Portugal di pentas Piala Dunia 2022 Qatar.", "Featured Image: Selecoes de Portugal"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323264/", "headline": "\nHaaland Pecah Rekod Penjaring Terbanyak EPL Bagi 38 Perlawanan Semusim\n", "content": ["Mencipta rekod baharu serta memecahkan pelbagai rekod lama sudah menjadi suatu hobi buat penyerang prolifik Manchester City iaitu Erling Haaland. Terbaru, pemain berusia 22 tahun ini muncul sebagai Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) Bagi 38 Perlawanan Semusim.", "Rekod ini hadir apabila Haaland yang lahir di Leeds, United Kingdom (UK) menjaringkan satu gol pada masa tambahan yang membantu pasukannya membenam Arsenal dengan keputusan 4-1 di Stadium Etihad, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Jaringan tersebut menjadikannya mengumpul 33 gol dalam saingan EPL musim ini. Ianya sekaligus mengatasi catatan 32 gol bagi 38 perlawanan semusim yang dihasilkan oleh penyerang Liverpool, Mohamed Salah pada musim 2017-18.", "— Premier League (@premierleague) April 26, 2023", "Untuk makluman, rekod Penjaring Terbanyak EPL Bagi Semusim masih dipegang bersama oleh Alan Shearer dan Andy Cole yang dilakukan pada musim 1993-94 dan 1994-95 masing-masing. ", "Namun begitu, ianya dilakukan mereka ketika saingan EPL dilangsungkan sebanyak 42 perlawanan semusim.", "Menariknya, jaringan yang dihasilkan mereka adalah 34 gol dan Haaland hanya memerlukan dua gol sahaja lagi untuk memecahkan rekod berkenaan sebelum dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak EPL Semusim Sepanjang Zaman."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321713/", "headline": "\nFord Kembali Sertai F1 Atas Faktor Populariti Kian Meningkat Di Amerika Syarikat\n", "content": ["Gergasi automotif Amerika Syarikat, Ford telah mengesahkan hasrat mereka untuk kembali dalam saingan Kejuaraan Dunia Formula 1 (F1) bermula musim 2026 kelak – musim dimana saingan F1 akan menggunakan ketetapan enjin baharu.", "Bukan itu sahaja, Ford turut mendedahkan kerjasama dengan pasukan Red Bull sebagai rakan teknikalnya bermula saingan musim tersebut.", "Difahamkan, salah satu sebab utama Ford membuat keputusan untuk kembali berlumba dalam saingan F1 adalah peningkatan penonton dalam pasaran utama di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat.", "You’re not dreaming. It’s real. We’re back in #F1, partnering with @RedBullRacing 🏎⚡️ #FordReturns pic.twitter.com/NSLBJ9kQSz", "— Ford Performance (@FordPerformance) February 3, 2023", "Tambahan pula, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan F1 memberikan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan meningkatkan penggunaan enjin elektrik serta minyak yang lestari.", "Untuk makluman semua, Ford pernah mendominasi perlumbaan F1 pada penghujung 1960-an sehingga 1970-an.", "Musim 2004 menjadi musim terakhir Ford mengambil bahagian dalam perlumbaan F1 sebelum mengumumkan menarik diri.", "Walaupun sudah meninggalkan perlumbaan F1 menghampiri dua dekad, Ford masih kekal sebagai pengeluar enjin ketiga paling berjaya dalam sejarah F1 dengan merangkul kejuaraaan kategori pengeluar (constructor) sebanyak 10 kali dan kejuaraan kategori pemandu (driver) sebanyak 13 kali."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221269/", "headline": "\nAl-Ikhsan Taja AFL Sejuta, Diangkat Sebagai ‘Title Sponsor’ Liga M4\n", "content": ["Peruncit pakaian sukan tempatan, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd memberikan penajaan bernilai RM1 juta semusim secara keseluruhan kepada pengendali saingan liga amatur negara, Amateur Football League (AFL).", "Hasil penajaan ini menyaksikan Al-Ikhsan diangkat sebagai “title sponsor” atau penaja nama bagi saingan bola sepak divisyen keempat tanah air, Liga M4 sekaligus menjenamakannya kepada AL-IKHSAN CUP bermula musim hadapan.", "Untuk makluman semua, saingan ini akan disertai oleh pasukan yang tersingkir daripada Liga M3 (divisyen ketiga) serta pasukan yang mendapat promosi daripada saingan Liga M5 (divisyen kelima) pada tahun ini.", "Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Amateur Football League", "AFL x AL-IKHSAN | AFL x VIVIFY", "Baca penuh di 👉🏻https://t.co/do8Qi7Fip5#AFLxAlikhsansports #AFLxVivify pic.twitter.com/XC7yH30DNx", "— Amateur Football League (@MY_AFL) December 29, 2022", "Dimaklumkan AL-IKHSAN CUP ini akan bermula pada Mei 2023 kelak.", "Pada masa yang sama, penajaan ini akan turut menyaksikan 10 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M3 2023 akan menerima set lengkap tajaan jersi serta lain-lain barangan sukan oleh Al-Ikhsan.", "10 pasukan terbabit ialah PIB Shah Alam FC, Kuala Lumpur Rovers, Kuala Kangsar BRM FC, Harini Selangor FT, Armed Force FC, Perlis United FC, Bukit Tambun FC, Malaysia University, Naga Ultimate KS FC dan Sarawak United.", "Jersi-jersi bagi pasukan di atas boleh didapati di cawangan Al-Ikhsan dan Football Republic yang berdekatan atau di atas talian menerusi laman sesawang al-ikhsan.com dengan harga RM99 sehelai sahaja.", "Featured Image: Amateur Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215995/", "headline": "\nLiridon, Nathaniel Disenaraikan Pan-gon Untuk Hadapi Singapura & Filipina\n", "content": ["Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 30 pemain yang dipanggilnya untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan, pada hari ini.", "Kem latihan pusat itu akan bermula Isnin hadapan dan antara pemain yang mencuri perhatian disenaraikan oleh jurulatih kelahiran Republik Korea itu ialah Liridon Krasniqi yang kini beraksi bersama kelab India, Odisha FC.", "Selain itu, jurulatih berusia 52 tahun ini turut menyenaraikan 14 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk pemain muda kacukan Malaysia-China yang lahir England, Nathaniel Shio Hong Wan.", "Senarai 30 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 14 Mac 2022Baca penuh siaran media ini di https://t.co/vG5TpNySvr#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Wmu8CF4Jzm", "Baca: Pemain Naturalisasi, Matdon Tersenarai Dalam ‘Team Of The Week’ Liga Super India", "Sementara itu, tiga pemain Selangor FC, Terengganu FC dan Petaling Jaya City FC (PJ City) masing-masing disenaraikan Pan-gon iaitu Khairulazhan Khalid, Quentin Cheng, Sharul Nazeem, Rahadiazli Rahalim, Hakimi Abdullah, Faisal Halim, Kalamullah Al-Hafiz, Kogileswaran Raj dan Darren Lok.", "Tidak dilupakan, beliau juga menyenaraikan seorang pemain masing-masing daripada Sabah FC, Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC iaitu Dominic Tan, Khair Jones dan Nor Azam Azih.", "Baca: Jurulatih Tempatan Usia 60 Tahun Pilihan Pan-gon Lengkapkan Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya", "Manakala, baki duanya lagi merupakan pemain yang beraksi di luar negara iaitu Luqman Hakim dan Dion Cools yang merupakan pemain KV Kortrijk dan SV Zulte Waregem masing-masing.", "Menurut kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kesemua 30 pemain ini akan menjalani latihan skuad kebangsaan ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selama lapan hari.", "Selepas itu, mereka akan berangkat ke negara jiran tetangga, Singapura untuk menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang pasukan tuan rumah, Filipina serta Albirex Niigata masing-masing pada 23, 26 dan 28 Mac kelak.", "Featured Image: Odisha FC / JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113790/", "headline": "\nPadang Stadium Sultan Mizan Boleh Bantu JDT – Benjamin Mora\n", "content": ["Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menjangkakan perlawanan menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada separuh akhir pertama Piala Malaysia akan menjadi perlawanan yang sukar buat pasukannya.", "Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh skuad bimbingan Nafuzi Zain itu akan mendapat sokongan moral tambahan dengan bermain di hadapan penyokong sendiri. Bahkan, Terengganu sendiri merupakan sebuah pasukan yang berbahaya di hadapan gawang dengan rekod jaringan sebanyak 22 gol sepanjang kempen Piala Malaysia setakat ini.", "Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Mexico itu melihat keadaan padang stadium berkenaan yang boleh dikatakan sebagai antara yang terbaik di dalam negara dapat membantu skuad Harimau Selatan memainkan gaya bola sepak yang diingini mereka pada perlawanan yang akan berlangsung pada Isnin nanti.", "“Aksi separuh akhir semestinya akan menjadi satu perlawanan yang sukar, kita semua tahu Terengganu sebuah pasukan baik tambahan sentiasa menjaringkan gol.", "“Bermain di Terengganu selalu sukar cuma keadaan padang di sana mungkin boleh membantu untuk kami bermain cara bola sepak yang diinginkan.", "“Namun semua tahu mereka juga mahu menang, begitu juga dengan kami dan sudah pasti kedua-dua pasukan akan berikan yang terbaik dalam perlawanan ini,” katanya.", "Terdahulu, skuad bimbingan Mora merangkap juara bertahan berhasil mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan Kedah Darul Aman dengan aggregat 1-0 hasil jaringan pemain muda, Arif Aiman Hanapi pada perlawanan timbal balik suku akhir di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Khamis lalu. ", "Sebagai rekod, pertemuan antara JDT dan Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini seimbang. Kedua-dua pasukan berhasil mencatatkan kemenangan 1-0 di laman lawan ketika berentap sesama sendiri pada bulan April dan September lalu.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216701/", "headline": "\nP. Maniam Berasa Sungguh Ajaib Pasukannya Mampu Tumpaskan Terengganu 3-0\n", "content": ["Ketua jurulatih PJ City FC, P. Maniam tidak menyangka pasukannya mampu menang dengan keputusan 3-0 ke atas Terengganu FC semalam dalam aksi Liga Super sambil menyifatkan hatrik daripada penyerang, Darren Lok terus meranapkan harapan lawan untuk bangkit.", "Jelasnya, setiap pemain berhasil memainkan peranan masing-masing baik di bahagian tengah, pertahanan dan juga serangan untuk tidak memberi peluang kepada skuad kendalian Nafuzi Zain melakukan asakan.", "Beliau juga seakan-akan masih tidak percaya pasukan mampu beraksi dengan cukup cemerlang untuk mendapatkan tiga gol di separuh masa pertama dan berusaha sehabis baik untuk memastikan gawang tidak dibolosi sehingga wisel penamat dibunyikan.", "“Ini satu keputusan yang saya sebagai jurulatih pun terkejut sebab 3-0 ini sesuatu yang sungguh ajaib dan pemain pun berada dalam landasan betul untuk mereka menunjukkan prestasi menakjubkan.", "“Darren menjaringkan tiga gol di mana itu bantu kita untuk bermain dengan lebih yakin dan apabila separuh masa pertama dah dapat tiga gol, di separuh masa kedua kita dah boleh mengawal perlawanan dengan positif.", "“Semestinya semua pemain terutamanya pertahanan bermain dengan bagus sebagai satu unit dan itulah sebabnya kita tidak dibolosi, jadi saya berbangga dengan pemain yang memberikan 200 peratus semasa bermain untuk bertahan.", "“Kita layak untuk menang dan Terengganu tidak boleh bermain permainan mereka sebab kita bagi tekanan terutamanya daripada tiga penyerang iaitu Darren, Mahali Jasuli dan S. Kumaahran serta dua pemain tengah juga bekerja keras, jadi inilah sebabnya kita mampu menang,” jelasnya.", "Kemenangan ini membolehkan PJ City mengumpul enam mata sekaligus menghuni tangga ketiga Liga Super selepas mengharungi tiga perlawanan. ", "Untuk aksi seterusnya, PJ City akan ke Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk menentang Sri Pahang bagi aksi keempat Liga Super. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu (9 April).", "Featured Image: PJ City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324694/", "headline": "\nAFC Lancar Aplikasi AFC LIVE – Papar Berita, Jadual, Skor Semasa & Banyak Lagi\n", "content": ["Sebelum ini, para peminat bola sepak asia yang ingin mendapatkan pelbagai informasi seperti jadual perlawanan, statistik serta berita semasa mengenai pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) seperti Piala Asia, Liga Juara-Juara, Piala AFC dan sebagainya perlu ke laman sesawang rasminya – www.the-afc.com.", "Kini perkara itu dipermudahkan lagi untuk para peminat apabila badan induk bola sepak bagi benua asia terbabit tampil melancarkan aplikasi telefon pintar rasmi pertamnya yang diberikan nama AFC LIVE semalam.", "Aplikasi ini hadir dengan memaparkan pengumuman dan berita daripada AFC, jadual perlawanan bagi pelbagai pertandingan termasuk kejohanan bawah umur, skor semasa dan banyak lagi. ", "Selain itu, aplikasi AFC LIVE turut menyediakan maklumat terperinci terhadap setiap perlawanan seperti ini kesebelasan utama, waktu sepak mula, kedudukan semasa, serta statistik perlawanan. ", "Sebagai tambahan, para peminat turut boleh menetapkan notifikasi agar mendapat perkembangan terkini dengan pantas terhadap pasukan atau pertandingan yang diminati.", "AFC memaklumkan, kesemua ciri-ciri ini dapat dinikmati oleh para pengguna aplikasi dengan antaramuka (interface) ringkas dan kemas ini bermula daripada saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) di Thailand yang berlangsung dari 15 Jun hingga 2 Julai kelak.", "Untuk makluman semua, AFC LIVE sudah tersedia untuk dimuat turun oleh para peminat yang menggunakan telefon pintar iOS dan Android melalui App Store dan Google Play Store masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111632/", "headline": "\nNombor Yang Pernah Digunakan Messi Bersama Barcelona & Argentina Selain No.10\n", "content": ["Jersi bernombor 10 cukup sinonim dengan penyerang handalan dunia yang telah memenangi enam trofi Ballon d’Or iaitu Lionel Messi.", "Bersama bekas kelabnya, FC Barcelona, pemain yang terkenal dengan julukan La Pulga ini menyarung jersi No.10 sejak musim 2008/09. Musim yang sama menyaksikan beliau diberikan jersi No.10 bersama skuad kebangsaan Argentina.", "Bagaimanapun, perpindahannya ke kelab berpangkalan di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menyaksikan penyerang berusia berusia 34 tahun ini diberikan No.30 – nombor yang pernah digunakannya ketika melakukan debut bersama skuad Blaugrana.", "Namun tahukah anda, selain daripada No.10 dan No.30, Messi pernah menggunakan jersi bernombor lain samada bersama kelab atau skuad kebangsaan. Berikut adalah sejarah nombor yang pernah digunakan oleh Messi:", "Sebelum menyarung jersi bernombor 10 Barcelona, Messi terlebih dahulu menggunakan No.19 selama dua musim iaitu 2006/07 hingga 2007/08. Beliau kemudiannya diberikan No.10 setelah pemain Brazil, Ronaldinho berhijrah ke AC Milan.", "Jersi bernombor 30 merupakan jersi yang digunakan oleh Messi ketika memulakan karier seniornya bersama Barcelona. Ia mula digunakan oleh Messi ketika musim 2004/05. Sepertimana No.19, jersi bernombor 30 ini digunakan olehnya selama dua musim.", "Kita beralih pula kepada sejarah nombor yang pernah digunakan oleh Messi bersama skuad kebangsaan Argentina. No.18 merupakan nombor yang digunakan oleh Messi ketika melakukan debut bersama pasukan negaranya menentang Hungary pada tahun 2005 pada usia 18 tahun. Sebagai tambahan, nombor ini pernah digunakannya ketika beraksi bersama Skuad B-20.", "Selain No.18, Messi turut menggunakan No.19 bersama Argentina. Penggunaan nombor ini boleh dikatakan bergantung kepada rezekinya pada ketika itu. Nombor ini jugalah yang menjadi pilihan Messi ketika melakukan penampilan pertamanya di kejohanan Piala Dunia Jerman 2006.", "Boleh dikatakan ini merupakan nombor yang paling ‘rare’ digunakan oleh penyerang prolifik ini. Untuk makluman semua, No.15 digunakan oleh Messi ketika beraksi bersama Skuad Olimpik Argentina di temasya Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketika itu, Messi dan rakan-rakanya berjaya muncul juara sekaligus membawa pulang pingat emas ke Buenos Aires. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322534/", "headline": "\nAhli Skuad ‘The Invincibles’ Nasihat Arsenal Ikat Saka Selama Sedekad\n", "content": ["Kelab berpangkalan di London, Arsenal dinasihatkan untuk mengikat penyerang sayap mudanya, Bukayo Saka dengan kontrak jangka masa panjang selama sedekad atau sepuluh tahun.", "Nasihat itu disampaikan oleh bekas pertahanannya merangkap ahli skuad “The Invincibles” yang menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tanpa sebarang kekalahan pada musim 2003-24, Kolo Toure.", "“Satu perkara perlu saya katakan – nasihat saya kepada Arsenal adalah tandatangani Bukayo Saka selama 10 tahun!” katanya seperti dipetik daripada Sky Sports.", "“Satu kesilapan yang Arsenal lakukan pada tahun-tahun sudah, mereka mempunyai pemain yang menyayangi kelab dan mereka membiarkan pemain itu pergi,”", "Kolo yang juga merupakan bekas pengurus Wigan Athletic menjelaskan pemain-pemain sebegini perlu dikekalkan oleh Arsenal kerana mereka boleh mengemudi kelab kehadapan.", "Pemain-pemain yang mencintai kelab ini juga boleh diharapkan apabila keadaan menjadi sukar selain berjuang dengan sepenuh hati untuk kelab.", "Pada musim ini, Saka yang berusia 21 tahun memainkan peranan yang penting dalam skuad kendalian Mikel Arteta dengan diturunkan sebanyak 38 kali dalam pelbagai kejohanan serta menjaringkan 13 gol serta mencipta 10 bantuan gol.", "Penglibatan Saka bersama skuad kebangsaan England kendalian Gareth Southgate tidak kurang hebatnya dengan menjadi pilihan utama semasa kejohanan Piala Dunia hujung tahun lalu serta semasa kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine baru-baru ini.", "Untuk makluman semua, kontrak Saka yang ditandatangani pada Julai 2020 lalu akan tamat pada musim panas tahun hadapan.", "Your England Player of the Match connected by @EE… 🥁", "— England (@England) March 26, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214801/", "headline": "\nStadium Astro Lancar STL Fantasy Untuk Mengembangkan Lagi Sukan Sepak Takraw\n", "content": ["Penyiar rasmi saingan sepak takraw tempatan, Astro menerusi Stadium Astro melancarkan platform permainan fantasi bagi Sepak Takraw League (STL) persis Fantasy Premier League untuk Liga Perdana Inggeris.", "Menerusi perkongsian oleh Lee Seng Foo, platform permainan yang dipanggil STL Fantasy itu hasil kerjasama Stadium Astro bersama Liga Kita untuk mengembangkan lagi sukan sepak takraw ini.", "I'm excited to share that @stadiumastro has launched #STLFantasy in partnership with @LigaKitaMY today as we continue to help grow the sepak takraw sport. Please try it out and feel free to share your feedback, good or bad. #IniMilikKitahttps://t.co/U75Id1HrQ2 pic.twitter.com/tQpDhN3TRA", "Bagi yang berminat untuk menyertai permainan ini, anda boleh mendaftar di laman sesawang sepaktakrawleague.my sekaligus bergelar pengurus. ", "Setelah mendaftar, anda selaku pengurus boleh mula membentuk pasukan dengan memilih enam pemain kegemaran dengan 3 pemain sebagai ‘starters’ manakala baki 3 pemain lagi selaku ‘subs’. ", "Untuk makluman semua, lebih 1000 orang telah mendaftar sebagai pengurus STL Fantasy selepas 24 jam platform ini dilancarkan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216338/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Juara All England Fikri-Bagas Tersingkir Awal Di Tangan Beregu India\n", "content": ["Beregu muda Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana yang memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 tersingkir awal daripada kejohanan Terbuka Swiss, minggu ini.", "Pemain yang berusia 22 dan 23 tahun masing-masing ini dikejutkan oleh beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada perlawanan di Pusingan 32, semalam.", "YONEX Swiss Open 2022MD – Round of 32 🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅17 21 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅21 11 18 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI 🇮🇩Bagas MAULANA", "🕗 in 58 minutes https://t.co/iMzFgNmHbx", "— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2022", "Baca: Beregu Muda Indonesia Fikri-Maulana Kalahkan The Daddies Untuk Muncul Juara All England 2022", "Fikri-Bagas tumpas menerusi tiga set pertarungan di tangan beregu ketujuh dunia itu dengan keputusan 21-17, 11-21 dan 18-21 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri satu jam.", "Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung melibatkan Fikri-Bagas dan Satwiksairaj-Chirag di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Satwiksairaj-Chirag yang dapat mara ke Pusingan 16 bakal berhadapan dengan satu lagi beregu dari Indonesia iaitu Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (ranking ke-23 dunia)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321981/", "headline": "\nSafee Pilih Gol ‘Bicycle Kick’ Lawan East Bengal Antara 3 Jaringan Terbaiknya\n", "content": ["Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali berhasil meledak lebih 183 gol secara keseluruhan samada bersama kelab mahupun ketika mewakili negara.", "Ketika mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun dalam satu sidang media di Sofitel Kuala Lumpur, semalam, Safee sempat berkongsikan tiga jaringan terbaik pilihannya sepanjang hampir dua dekad bergelar pemain bola sepak profesional.", "Safee menyatakan salah satu jaringan terbaiknya adalah ketika beraksi mewakili Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang kelab dari India, East Bengal pada peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFC 2015.", "Jaringan yang terhasil menerusi satu aksi ‘bicycle kick’ pada minit ke-53 setelah menerima hantaran daripada Nazrin Nawi berjaya mengalahkan penjaga gol, Abhijit Mondal serta membantu skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan besar 4-1 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.", "Tonton sorotan perlawanan JDT menentang  East Bengal DI SINI.", "Manakala dua lagi jaringan terbaik pilihannya adalah ketika beraksi bersama skuad Harimau Malaya atau lebih spesifiknya semasa menyertai kejohanan Piala AFF 2010.", "Pertamanya adalah jaringan ‘jump header’ ketika perlawanan akhir pertama (first leg) menentang Indonesia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Safee yang ketika itu berlari ke dalam kotak penalti, melompat, sebelum menanduk masuk bola melepasi Markus hasil satu hantaran cantik oleh Mahali Jasuli untuk memberikan jaringan ketiga buat Malaysia sekaligus menceriakan hampir 100,000 penonton yang hadir menyaksikan aksi terbabit.", "Jaringan terbaik pilihannya yang terakhir adalah yang terhasil pada perlawanan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Jaringan tersebut dihasilkan Safee pada minit ke-54 setelah menerima lorongan daripada Ashari Samsudin. ", "Safee menjelaskan jaringan itu menjadi pilihannya kerana sukar disempurnakan kerana ianya menggunakan kaki kiri. Seperti kita sedia maklum, Safee merupakan pemain yang berkaki kanan dominan. Jika dilihat kepada ulang tayang, walaupun menggunakan kaki kiri, bola yang disepaknya tetap bergerak laju dan kencang serta menuju hampir kepada bahagian bucu gol.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215351/", "headline": "\nMalaysia Tidak Akan Turunkan ‘Scratch Pair’ Dalam Saingan BATC 2022\n", "content": ["Pasukan Malaysia samada lelaki mahupun perempuan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menurunkan ‘scratch pair’ atau kombinasi bidan terjun dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asian (BATC), pada kali ini.", "Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times.", "“Kami tidak mahu pemain-pemain hilang tumpuan atau mengambil mudah (kejohanan ini). Oleh sebab itu, kami tidak akan melakukan ‘scratching’ pemain-pemain beregu,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "“Kami akan kekal dengan kombinasi sediakala.” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, pasukan wanita negara akan membuka saingan BATC ini dengan menentang India pada hari esok dan diikuti bertemu Jepun pada hari seterusnya.", "Sementara itu, pasukan lelaki negara pula akan membuka kempen dengan bertemu skuad jiran tetangga, Singapura pada lusa dan diikuti dengan Kazakhstan serta Jepun pada hari-hari berikutnya.", "Antara pasangan beregu yang disenaraikan oleh BAM untuk mengharungi kejohanan ini ialah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Teoh Mei Xing-Anna Ching dan Low Yeen Yuan-Valeree Siow.", "Sebagai rekod, pada kejohanan badminton berpasukan Piala Thomas dan Piala Uber yang lalu, skuad Malaysia pernah menurunkan ‘scratch pair’ Soh Wooi Yik bersama Nur Izzuddin serta Lee Meng Yean bersama Thinaah Muralitharan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110782/", "headline": "\nMahali Terkejut P. Maniam Minta Bermain Sebagai Penyerang\n", "content": ["Pertahanan kanan PJ City, Mahali Jasuli mengakui terkejut pada awalnya apabila ketua jurulatih, P. Maniam memintanya untuk beraksi sebagai penyerang tengah.", "Maniam membuat permintaan tersebut setelah penyerang utama pasukan, Darren Lok mengalami keretakan di bahagian fibula yang memerlukan pemain kacukan itu berehat panjang.", "Menurut pertahanan berusia 32 tahun ini, Maniam berani mempertaruhkannya di posisi tersebut kerana Mahali pernah beraksi sebagai penyerang sewaktu bersama skuad Piala Belia Selangor, suatu masa dahulu.", "“Selepas kecederaan Darren, jurulatih ada berjumpa dengan saya secara peribadi dan bertanyakan jika saya boleh bermain sebagai penyerang, secara jujurnya saya memang terkejut.", "“Namun, saya beritahu jurulatih yang saya akan cuba perlahan-lahan dalam kembali mendapatkan rentak serta cuba berada dengan tahap yang sama seperti penyerang-penyerang lain di Liga Super.", "“Jurulatih berani memberikan saya peluang bermain sebagai penyerang kerana dia tahu saya pernah beraksi ketika di bawah kendaliannya semasa Piala Belia.", "“Bermain formasi 3-4-3, saya ini umpama penyerang tunggal dan agak sukar tugas saya kerana berseorangan di atas, ini memang satu pengalaman baharu kepada saya,” katanya.", "Setakat ini, Mahali yang telah diturunkan sebagai penyerang belum mencatatkan sebarang jaringan buat skuad The Pheonix namun telah menghasilkan dua ‘assist’ buat rakan sepasukan.", "Dijangka, Mahali akan terus dipertaruhkan sebagai penyerang utama PJ City untuk mengharungi baki saingan Liga Super jika Darren masih belum pulih daripada kecederaan yang dialaminya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215833/", "headline": "\n‘Patatimo Boys’ Antara Yang Tersenarai Dalam Skuad Lelaki Sukan SEA 2021\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai pemain yang mengisi pasukan lelaki dan wanita bagi mengharungi acara berpasukan di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 kelak.", "Antara yang mencuri perhatian adalah penyenaraian beregu muda yang sedang meningkat naik, Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri mendapat julukan ‘Patatimo Boys’. ", "Selain itu, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang beraksi di kejohanan Badminton Berpasukan Asia baru-baru ini turut disenaraikan. Melengkapkan barisan pemain beregu ini ialah Hoo Pan Ron dan Chen Tang Jie.", "Untuk pemain perseorangan lelaki, BAM membariskan empat pemain iaitu Jacky Kok Jing Hong, Lim Chong King, Lee Shun Yang dan Justin Hoh.", "Bagi pasukan wanita, BAM mempertaruhkan Siti Nurshuhaini Azman, Loh Zhi Wei, Ong Xin Yee, Siti Zulaikha, Yap Ling, Go Pei Kee, Cheng Su Yin, Cheng Su Hui, Cheah Yee See dan Peck Yen Wei.", "Temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Hanou ini dijadualkan bermula 12 hingga 23 Mei kelak. Sebagai rekod, edisi Sukan SEA yang lalu menyaksikan pasukan lelaki Malaysia berhasil meraih pingat perak sementara itu pasukan wanita pula meraih gangsa.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322025/", "headline": "\nPeminat JDT Pilih Nama ‘ARiF’ Menerusi Undian Di Socios\n", "content": ["Kerjasama antara Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama platform “fans engagement” dan ganjaran antarabangsa, Socios.com yang diumumkan September tahun lalu menjanjikan para penyokong dan peminat skuad berjulukan Harimau Selatan ini membuat undian dalam sesuatu keputusan yang mahu dilakukan oleh kelab.", "Perkara berkenaan nampaknya dikotakan oleh JDT buat julung kalinya dengan membuka satu undian di platform berkenaan yang membolehkan para penyokong dan peminat menentukan nama yang akan diletakkan di jersi penyerangnya, Arif Aiman bagi musim 2023.", "Undian tersebut memberikan tiga pilihan nama kepada para penyokong dan peminat iaitu ARiF A., ARiF atau ARiF AiMAN. Tempoh masa yang diberikan untuk melakukan undian terbabit berlangsung selama dua hari dengan bermula 20hb hingga 22hb Februari.", "Keputusan akhir menunjukkan nama ARiF mendapat undian tertinggi dengan 38.73% diikuti rapat dengan ARiF AiMAN sebanyak 36.35% dan terakhir ARiF A. sebanyak 24.92%.", "Susulan keluarnya keputusan terbabit, pihak kelab menerusi satu kenyataan berkongsikan keterujaan atas sambutan yang diberikan terhadap undian tersebut sambil memaklumkan pemain berusia 20 tahun itu akan menggunakan nama ARiF pada belakang jersinya.", "Untuk makluman semua, sebelum berlangsungnya undian ini di platform Socios.com, Arif telah pun memberi persetujuan untuk mengikut apa sahaja keputusan penyokong berdasarkan keputusan undian terbabit.", "Difahamkan  ini merupakan sebahagian apa yang akan datang dengan $JDT Fan Token menerusi platform Socios.com. Pelancaran $JDT Fan Token itu akan dimaklumkan secara lanjut oleh pihak kelab kelak.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324871/", "headline": "\nRanking BWF: Tze Yong Jejak Kelompok 20 Terbaik, Zii Jia Jatuh 2 Anak Tangga\n", "content": ["Ng Tze Yong semakin mengukuhkan lagi kedudukannya selaku perseorangan badminton lelaki No.2 negara apabila menyertai kelompok 20 pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam kariernya.", "Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan pemain berusia 23 tahun tersebut menghuni kedudukan ke-20 dalam Ranking Dunia – meningkat satu anak tangga berbanding pada minggu lalu – setelah melakukan kemaskini pada hari ini.", "Tze Yong menghuni ranking berkenaan setelah mengumpul 46,000 mata hasil sumbangan daripada 10 kejohanan yang memberikan mata tertinggi buatnya seperti Terbuka Singapura 2023, Terbuka Thailand 2023, Terbuka Swiss 2023, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2023, Thailand Masters 2023, Indonesia Masters 2023, Terbuka Malaysia 2023, Cabaran Antarabangsa Bahrain 2022, Terbuka Australia 2022 dan Terbuka Singapura 2022.", "Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia mengulangi skrip penurunan anak tangga dalam kedudukan Ranking Dunianya sama seperti pada minggu lalu. ", "Kemaskini oleh BWF pada hari ini menyaksikan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah terbabit mencatatkan kejatuhan dua lagi anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-13 dunia bagi minggu ke-24 tahun 2023.", "Sebagai rekod, kedudukan ke-13 tersebut dihuninya buat kali terakhir sekitar 3 tahun dan 3 bulan yang lalu atau lebih tepatnya pada 9 Mac 2020.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325065/", "headline": "\nPenyerang Kelantan FC Beralih Angin Sertai Seteru Senegeri, Kelantan United FC\n", "content": ["Penyerang kelahiran Nigeria, Ismaheel Akinade sah meninggalkan skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) bagi menyertai seteru senegeri, Kelantan United FC. ", "Perkembangan tersebut hadir menerusi perkongsian melalui pelbagai media sosial kelab berjulukan Kijang Hijau berkenaan pada petang tadi. Pada masa yang sama, Ismaheel menjadi pemain import keempat yang meninggalkan Kelantan FC selepas Carli De Murga,Christian Rontini dan Miguel Cifuentes.", "Sementara itu, penjaga gol berpengalaman dalam kancah Liga Super yang pernah beraksi bersama Terengganu, Sabah, Sarawak, PKNS, PDRM dan Kedah Darul Aman iaitu Shahril Sa’ari turut sama diperkenalkan sebagai pemain baharu Kelantan United pada hari ini. ", "A post shared by Kelantan United Football Club (@kelantan_unitedfc)", "Untuk makluman, Shahril yang kini berusia 33 tahun berstatus ejen bebas (free-agent) dan tidak menyertai mana-mana kelab selama sekitar enam bulan selepas dilepaskan oleh skuad Sang Kenari pada penghujung musim lalu.", "Bagaimanapun, kelibat kedua-dua pemain ini bersama skuad Kijang Hijau hanya dapat dilihat bermula aksi menentang Perak FC selepas jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka pada 5 Julai nanti. ", "Dalam pada itu, Kelantan FC yang kehilangan khidmat Ismaheel, Carli, Cifuentes dan beberapa pemain lain tidak dapat menggantikannya dengan pemain dari luar kelab. Ianya hanya boleh digantikan dengan pemain-pemain daripada skuad pembangunan atau pelapis seperti Kelantan FC U-23, skuad Piala Presiden atau Piala Belia.", "Ini berikutan Kelantan FC milik ahli perniagaan dan pelaburan, Norizam Tukiman telah dikenakan sekatan perpindahan. ", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220586/", "headline": "\nTiket Perlawanan Menentang Kemboja, Maldives Ditetapkan Pada Harga RM30\n", "content": ["Skuad bola sepak senior kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon bakal bertemu Kemboja dan Maldives dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 9 dan 14 Disember kelak.", "Pertembungan menentang kedua-dua pasukan yang menghuni ranking ke-177 dan ke-154 ini diatur sebagai aksi ‘pemanas badan’ sebelum memulakan kempen Piala AFF 2022 pada 21 Disember.", "Menurut makluman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tiket bagi bagi kedua-dua perlawanan bertaraf Tier 1 ditetapkan pada harga RM30 dan RM5 bagi penonton dewasa dan kanak-kanak masing-masing.", "Baca: Kim Pan-gon – Kemboja, Maldives Lawan Sesuai Untuk Perbaiki Kelemahan Sebelum Piala AFF", "Penetapan harga ini dicapai selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-6 bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, baru-baru ini.", "Selain berkongsikan mengenai harga tiket, badan induk bola sepak tanah air itu juga berkongsikan kesemua tiket tersebut akan dijual secara atas talian (online) dan diuruskan sepenuhnya oleh Ticket Hotline International Sdn Bhd.", "Untuk makluman semua, perlawanan menentang Kemboja akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. ", "Manakala bagi perlawanan menentang Maldives, ianya akan diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.", "Sebagai tambahan, kedua-dua sepak mula perlawanan terbabit dijadualkan pada jam 9 malam. ", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217501/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Beregu Indonesia Jadi Batu ‘Kryptonite’ Buat Aaron-Wooi Yik\n", "content": ["Beregu Indonesia ternyata menjadi masalah dan kelemahan buat pasangan badminton lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada tahun ini – umpama batu kryptonite kepada adiwira, Superman. ", "Terbaru, Aaron-Wooi Yik yang menguni ranking keenam dunia kalah lagi kepada beregu Indonesia iaitu Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto sekaligus ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Terbuka Thailand 2022.", "Fajar-Rian yang menduduki tangga ketujuh dunia berhasil mencipta kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-14  di peringkat separuh akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF yang berlangsung sebentar tadi.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MD – Semi final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅19 14 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 34 minutes https://t.co/qJBnHsq8TD", "— BWFScore (@BWFScore) May 21, 2022", "Untuk makluman semua, pasangan yang sama ini turut mengalahkan Aaron-Wooi Yik ketika beraksi di pentas final kejohanan Terbuka Swiss 2022, bulan Mac lalu.", "Selain itu, sepasang lagi beregu negara republik tersebut, Pramudya Kusmawardana dan Yeremia Rambitan turut menjadi duri dalam daging kepada Aaron-Wooi Yik ketika beraksi di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, awal Mei baru-baru ini.", "Kekalahan itu menyebabkan Aaron-Wooi Yik hilang peluang untuk merangkul gelaran ‘Raja Asia’ dalam kategori beregu lelaki.", "Satu-satunya kemenangan ke atas beregu Indonesia yang dirakamkan oleh Aaron-Wooi Yik pada tahun ini adalah ketika menentang Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin dalam final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, Februari lalu.", "Sementara itu, Fajar-Rian yang mara ke pentas akhir akan bertemu samada beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi atau beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen untuk merebut kejuaraan Terbuka Thailand pada hari esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217887/", "headline": "\nMenteri Arah Kerja Baik Pulih Padang & Fasiliti SNBJ Bermula Esok\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengarahkan kerja-kerja baik pulih  Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dimulakan dengan segera iaitu bermula 15 Jun (esok).", "Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Azumu menegaskan KBS memandang serius isu kualiti padang serta fasiliti SNBJ dan tidak boleh terus memperjudikan maruah negara dengan melengahkan lagi tindakan sewajarnya.", "— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) June 14, 2022", "Baca: Penukaran Padang SNBJ Bermula Suku Pertama Tahun 2023", "“Keperluan baik pulih dan penambahbaikan adalah amat mendesak dan tidak boleh ditangguhkan,” katanya.", "“Dengan ini, KBS ingin memaklumkan bahawa SNBJ akan mula ditutup mulai Rabu, 15 Jun 2022 bagi kerja baik pulih dimulakan,” tambahnya lagi.", "Terdahulu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) memaklumkan merancang untuk menutup SNBJ pada Mac tahun hadapan bagi memulakan kerja baik pulih terutamanya melibatkan penukaran permukaan padang.", "Featured Image: Facebook Faizal Azumu"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219298/", "headline": "\nMinta Tanah, Stadium & Disuruh Bayar Gaji Sebelum Perjanjian Dimuktamadkan, Ini Penjelasan Ahmad Shaizuan\n", "content": ["Seperti kita sedia maklum, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Noor telah mengumumkan proses ambil alih Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) oleh gabungan dua buah syarikat swasta gagal dimuktamadkan, semalam.", "Proses itu tidak dapat dimuktamadkan kerana menurut Sanusi, pihaknya tidak dapat menunaikan permintaan syarikat swasta yang diketuai oleh Ahmad Shaizuan yang disifatkannya ‘terlalu besar’ kerana meminta tanah kerajaan negeri dan pemilikan dua buah stadium.", "Justeru, untuk menerangkan situasi proses ambil alih di pihak syarikat swasta terbabit, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holdings telah membuat satu kenyataan menjelaskan secara terperinci mengenai proses tersebut, pada hari ini. Berikut adalah penjelasannya:", "1. Saya bukan orang politik. Saya tidak bermusuh dengan mana-mana ahli politik. Saya harap penjelasan saya di sini tidak dibaca secara politik kerana niat mengambil alih Kedah FC memang tiada kaitan langsung dengan politik.", "2. Saya orang berniaga, dah hampir 20 tahun saya berniaga, saya juga penyokong tegar bolasepak Kedah (dan Arsenal) dan anak jati Kedah. Sebab itu, sejak dihebahkan bahawa semua kelab bolasepak di Malaysia wajib diswastakan, saya dan rakan-rakan terpanggil untuk berbakti kepada tanah kelahiran kami memandangkan semua tahu bolasepak Kedah sedang “struggle”.", "3. Sebelum ini kumpulan kami cuba memperjuangkan konsep “Fan Based Club” Koperasi Anak Kedah Berhad. Namun ia tidak kesampaian atas tanggapan  koperasi masih baru dan tiada kewangan kukuh.", "4. Tanpa putus asa, saya dan rakan-rakan berusaha lagi, kali ini menggunakan platform syarikat persendirian iaitu Flumen Holdings dan Go Auto.", "5. Flumen Holdings adalah syarikat saya sepenuhnya yang sudah lama menjalankan perniagaan pelbagai cabang bisnes termasuklah menjadi pembekal peralatan ketenteraan. Manakala Go Auto adalah syarikat automatif yang juga mempunyai sejarah bisnes yang panjang.", "6. Alhamdulillah kali kali perbincangan dengan MBI dan KFA jauh lebih mudah memandangkan musim baru akan bermula dan masih tiada pelabur yang berminat. Saya difahamkan juga memang kerajaan negeri sudah tidak mampu lagi tanggung “belanja sakan” bolasepak. Ini semuanya duit rakyat.", "7. Kedua-dua buah syarikat telah membuat pembentangan  kepada exco kerajaan negeri yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Menteri Besar. Beliau sendiri maklum tentang permohonan tanah bagi mendirikan kilang automotif di atas sebidang tanah milik PKNK berkeluasan 300 ekar di kawasan Sungai Petani sebagai sebahagian daripada pakej pengambilalihan Kedah FC di mana kombinasi bisnes bola dan bukan bola akan membolehkan bolasepak Kedah “survive” untuk jangka panjang. Inilah sebenarnya matlamat kenapa kami minta tanah.", "8. Semasa itu YAB MB yang beria-ria menyokong permohonan ini diluluskan oleh Exco dan meminta kami derafkan kenyataan media pihak kami untuk diumumkan YAB Menteri pada hari yang sama sebab mereka pun tahu lebih cepat projek ini berjalan, lebih baik untuk negeri dan rakyat. Lebih penting lagi, untuk survival bolasepak Kedah.", "9. Dalam setiap siri perbincangan, kami sentiasa terbuka untuk menunjukkan kemampuan kewangan dan kebolehan kami menjayakan projek ini bagi mendapatkan kepercayaan semua pihak kerana kami dapati pihak seperti PKNK, exco pelaburan negeri dan rakan-rakan pelabur kami juga sentiasa meneliti setiap cadangan dengan profesional dan komited.", "10. Ini menunjukkan semua pihak sedar betapa besar dan pentingnya projek ini kos kasarnya sahaja boleh menjangkau RM240 juta selama 10 tahun di mana impak pelaburan sebesar ini sudah tentulah boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan baru dan lebih penting memantapkan bolasepak Kedah. Sebab itu, semua pihak perlu berjiwa besar bagi memastikan  penswastaan Kedah FC berjaya untuk jangka panjang. Bayangkan jika semua orang hanya ingin lihat untung jangka pendek adakah sesiapa yang sanggup buat kerja gila melabur dalam bolasepak di tengah-tengah Pandemik Covid 19?", "11. Di pihak kami, kami meneruskan projek ini kerana bersangka baik dengan kerajaan negeri khususnya YAB MB atas keyakinan kita semua memang mahu tengok bolasepak hijau kuning maju ke depan. Sayangnya apa yang dirancang ada pihak yang mensabotaj.", "12. Ya betul kami minta tanah tapi bukan percuma dan bukan murah-murah. Orang putih kata there is no free lunch. Dari awal, kami nyatakan kepada wakil MB kami bersedia bincang harga, lokasi dan cara bayar. Rundingan secara telus dan profesional dengan pihak MBI dan PKNK sejak Januari lagi dan segalanya berjalan lancar dengan restu YAB Menteri Besar khususnya dengan kerjasama Ketua Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Dato Armishah Siraj. Manakala bagi setiap urusan melibatkan bolasepak dan KFA, saya berhubung terus dengan Haji Zulkifli Haron atas kapasitinya sebagai CEO KFA.", "13. Sehingga pengumuman semalam, tiada langsung teguran atau rungutan dari pihak PKNK atau exco pelaburan YB Dato’ Wira Ku Rahman bahawa permohonan tanah ini tidak munasabah dan membalun tanah negeri kerana mereka sendiri faham bahawa ianya melibatkan pembayaran harga munasabah, membawa masuk pelaburan baru, mencipta ribuan peluang pekerjaan. Malahan, termasuk dalam rundingan, cadangan pembinaan stadium dan fasiliti sukan baharu yang sudah tentulah akan memanfaatkan negeri dan rakyat Kedah.", "14. Justeru, saya terkejut dengan kenyataan YAB MB dalam sidang media semalam yang mengelirukan dan tidak memberi gambaran sebenar betapa telus rundingan ini dan tidak sesekali membelakangkan undang-undang. Kami mohon tanah untuk dibangunkan untuk rakyat Kedah bukan untuk tanam durian Musang King atau gali hasil nadir bumi (tanpa memotong pokok).", "15. Ini satu lagi kenyataan yang mengelirukan umum dan mencalarkan imej syarikat dan saya secara peribadi, kerana seolah-olah stadium pun kami nak balun. Sebenarnya antara permohonan kami juga adalah pihak YAB MB mempertimbangkan untuk memberi konsesi hak menguruskan stadium di Suka Menanti yang kini menjadi padang latihan pasukan.", "16.Semua orang tahu fasiliti di situ tempat tersebut amat daif dan terbiar di mana walaupun terdapat fasiliti seperti asrama, dewan makan, ruang pejabat, penyelenggaraan ya amat mendukacitakan. Sedangkan sepatutnya stadium tersebut berpotensi untuk menjana pendapatan kepada kelab. Kos baik pulih keseluruhan tempat tersebut dianggarkan menelan lebih RM3.4 juta dan sudah masuk sebahagian dari perancangan kami untuk membaikpulih stadium tersebut sekiranya mendapat hak konsesi pengurusan.", "17. Tanpa penglibatan pihak swasta, kerajaan negerilah yang akan menanggung semua bil-bil nya dan sudah pun jelas kerajaan perlu mengutamakan kebajikan rakyat terlebih dahulu. Benarlah isu ini perlu dibincangkan bersama dengan Perbadanan Stadium Negeri yang menyelenggara dan mengurus tetapi bukankah YAB Menteri Besar adalah pengerusinya? Kami bukan hendak ambil terus secara percuma, yang kami cadangkan adalah *diuruskan oleh pihak syarikat dan keuntungan dikongsi bersama dengan Perbadanan Stadium. Malangnya kami tidak pasti samada cadangan ini telah dilihat secara teliti atau tidak tiba-tiba sahaja kami hanya tahu melalui sidang media semalam betapa “murkanya” YAB MB dengan cadangan ini tanpa diberi peluang bersemuka menjelaskan cadangan kami ini.", "18. Kami mohon dikecualikan bayaran sewaan stadium yang begitu tinggi untuk tahun pertama sahaja supaya aliran tunai kelab positif sepanjang tahun pertama. Ini disebabkan jadual liga Malaysia amat menakutkan semua pemilik kelab. Jika cadangan ini tidak dipersetujui, kami bersedia untuk mempertimbangkan pilihan-pilihan lain. Malangnya sekali lagi sidang media YAB Menteri Besar semalam dengan semberono menuduh kami meminta Stadium Darulaman.", "19. Dituduh syarikat saya enggan bayar gaji dari Disember 2020 hingga Februari 2021?Atas dasar apa saya patut bayar jika perjanjian belum dimuktamad dan saya telah beri komitmen untuk masuk secara rasmi pada Mac 2021 serentak dengan permulaan liga Super 2021. Itupun saya telah beri komitmen untuk bayar semula segala perbelanjaan nanti dengan proses audit yang lebih jelas. Islam pun menuntut kita supaya membuat perjanjian bertulis bagi mengelak fitnah dan persengkataan? Lagipun ada kah orang yang akan bayar berjuta-juta begitu saja tanpa ada hitam putih?", "20. Sebagai orang berniaga, sudah menjadi asam garam jika ada orang hendak serang saya atau syarikat saya. Saya bukan orang politik dan saya tidak reti main politik.  Bagi menutup penjelasan ini saya hendak tegaskan bahawa permohonan memajukan tanah dan hak menguruskan stadium hanyalah sebahagian dari pakej dan terma rundingan semata-mata supaya kelab bolasepak Kedah FC  dapat menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada GLC negeri untuk jangka panjang. Saya juga teruja sekitar pada Julai tahun lalu yg mana YAB MB bertekad tidak akan menggunakan wang negeri untuk bolasepak kerana wang negeri hanya untuk rakyat negeri Kedah dan diatas dasar itu kami mencari ikhtiar agar kami tidak akan menggunakan wang negeri demi nak menjaga org miskin, ibu tunggal dan anak yatim di negeri Kedah.", "21. Jika pemintaan ini dianggap terlalu besar, saya ucapkan selamat berjaya kepada sesiapa saja selepas ini yang mengendalikan kelab bolasepak Kedah. ", "22. Saya juga terkilan dan kesal surat rundingan oleh pihak syarikat dengan minit YAB Menteri Besar yang sepatunya SULIT telah ditular oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sudah tentulah kebocoran ini dari orang dalam sendiri yang tidak senang urusan ini dimuktamadkan. Perilaku membocorkan surat-surat urusan rasmi dengan minit YAB Menteri Besar adalah sesuatu yang menyalahi undang-undang dan tidak boleh dikompromi. Ia memberi gambaran bahawa rundingan dengan pihak YAB MB tiada lagi kerahsiaan dan boleh dibocorkan kepada umum. Ini boleh berlaku kepada sesiapa saja yang berurusan dengan pejabat MB.", "Buat penyokong Kedah, hanyalah jutaan kemaafan yang boleh saya pohonkan. Selagi nyawa dikandung badan darah Hijau Kuning akan terus mengalir dlm badan saya dan nawaitu saya hanya satu..ingin berbakti kpd negeri Kedah Tercinta melalui REVOLUSI BOLASEPAK. Jika ada di masa depan ada lagi ANAK KEDAH yang ingin mencuba nasib, mudah-mudahan dijauhkan daripada jembalang yang akan membunuh semangat dan jiwanya!"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218910/", "headline": "\nKejuaraan B-16 AFF: Australia Ikat Malaysia 2-2, Kekang Skuad Osmera Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Skuad negara bimbingan Osmera Omaro terpaksa melupakan hajat untuk beraksi di peringkat separuh akhir Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) AFF.", "Ini berikutan Malaysia diikat dengan keputusan seri 2-2 semasa menentang Australia dalam perlawanan akhir Kumpulan C, di Stadium Maguwoharjo Sleman, petang tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ayman Gulasi pada minit ke-17 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan pada minit ke-36 hasil ledakan Anjasmirza Saharuddin.", "Di babak kedua, Malaysia berhasil mendahului 2-1 pada minit ke-49 hasil jaringan pemain yang sama namun tidak lama kemudian, Australia berhasil menyamakan kedudukan melalui Max Hately pada minit ke-64 dan kedudukan itu berlarutan sehingga wisel penamat ditiup pengadil perlawanan.", "Carta Kedudukan Akhir Kumpulan C, Kejuaraan B-16 AFF 2022", "* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Isnin, 8 Ogos 2022", "MYANMAR 🇲🇲 1-0 🇰🇭 KEMBOJAMALAYSIA 🇲🇾 2-2 🇦🇺 AUSTRALIA", "▶️ Malaysia gagal ke separuh akhir, Vietnam naib juara kumpulan terbaik (6 mata)#FAM #HarimauMalaya #AFFU16 pic.twitter.com/KVJ7Ywe8Vv", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 8, 2022", "Keputusan itu meletakkan Malaysia di tangga kedua Kumpulan C hasil setelah memungut lima mata daripada mengharungi tiga perlawanan.", "Kutipan mata itu pula tidak mencukupi untuk meletakkan skuad negara selaku naib juara terbaik secara keseluruhan merentasi Kumpulan A, B dan C.", "Sebaliknya, naib juara terbaik itu menjadi milik Vietnam yang meraih 6 mata hasil daripada dua kemenangan dan satu kekalahan di peringkat Kumpulan A.", "Untuk makluman semua, Vietnam mara ke peringkat separuh akhir menemani tiga juara kumpulan iaitu Indonesia, Thailand dan Myanmar dari Kumpulan A, B dan C masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206802/", "headline": "\nSah! Sumareh Sertai Kelab Liga Thai, Police Tero FC\n", "content": ["Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh mengakui telah menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC.", "Bekas penyerang Pahang itu memberikan pengakuan ketika ditembual oleh wartawan Utusan Malaysia.", "“Betul,” katanya secara ringkas tanpa mengulas lanjut mengenai perpindahan penuh kontroversi tersebut.", "Sebelum ini, penyerang berusia 25 tahun itu bertindak menamatkan kontraknya bersama skuad Tok Gajah ekoran pasukan tersebut tidak dapat membayar gajinya.", "Tindakannya itu dengan pantas menyebabkan peminat mengaitkan Sumareh dengan penghijrahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.", "Bagaimanapun beberapa hari lalu, media sosial di Thailand mendedahkan Sumareh telah mengikat kontrak bersama Police Tero FC. ", "Pada masa yang sama, Liga Thailand membuka jendela perpindahan khas sebelum memulakan kembali saingan liga 12 ogos ini.", "Untuk makluman, Police Tero kini memiliki dua pemain skuad Harimau Malaya iaitu Mohamadou Sumareh dan pertahanan, Dominic Tan yang diikat pada awal musim lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322605/", "headline": "\n5 Perkara Menarik Di Sebalik Kemenangan Malaysia Ke Atas Hong Kong\n", "content": ["Malaysia bimbingan Kim Pan-gon berhasil meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam jendela antarabangsa FIFA pada Mac 2023. Ianya hasil menumpaskan Hong Kong dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Akhyar Rashid dan Faisal Halim di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). ", "Kemenangan ini turut diserikan dengan berakhirnya kemarau jaringan penyerang negara, penampilan semula pemain tengah yang memberi impak serta lonjakan kedudukan negara yang dipacu Kim Pan-gon. Berikut Sukanz rangkumkan 5 perkara menarik di sebalik kemenangan Harimau Malaya pada malam tadi:", "Faisal Halim akhirnya boleh menghembuskan nafas lega selepas berjaya menjaringkan gol sulungnya bagi tahun 2023 apabila hantaran Darren Lok dikawal kemas penyerang itu sebelum menggelecek dan menewaskan penjaga gol Hong Kong.", "Faisal yang kali terakhir menjaringkan gol ketika menentang Laos dalam saingan Piala AFF 2022 terpaksa menunggu lama untuk kembali meraikan jaringannya bukan sahaja ketika mewakili skuad kebangsaan malahan bersama kelab baharunya, Selangor. ", "Syamer Kutty yang sebelum ini terpaksa berehat panjang daripada aksi Harimau Malaya akibat kecederaan lutut telah mendapat peluang bermain oleh pengendali negara, Kim Pan-gon pada separuh masa kedua.", "Kegoyahan yang ditampilkan bahagian tengah pada perlawanan ini dapat diperbaiki dengan hadirnya Syamer Kutty dan dibantu dengan kemasukan dua lagi pemain tengah bertenaga, Stuart Wilkin dan Brendan Gan. ", "Pemain kelahiran Chester, England ini akhirnya berpeluang menyarung jersi kebangsaan dan beraksi bersama skuad negara apabila dimasukkan pada separuh masa kedua bagi menggantikan Corbin Ong. ", "Daniel Ting yang menjaringkan gol dalam aksi terakhirnya bersama Sabah ketika menentang Penang kini dilihat sebagai pemain sokongan yang berkualiti bagi mengisi posisi bek kiri yang selama ini didominasi Corbin Ong.", "Menjaringkan 2 gol daripada 2 perlawanan buat Harimau Malaya, Akhyar Rashid seolah-olah menutup mulut ramai pihak yang mempersoalkan kekurangan minit permainan yang dicatatkan dalam saingan Liga Super 2023. ", "Jaringannya semalam merupakan jaringan ke-9 sepanjang mewakili negara dan beliau memerlukan satu lagi gol untuk dijadikan rekod terbaharu buat dirinya bersama Malaysia.", "Kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong akan memberikan kesan positif kepada ranking negara yang bakal dikemaskini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 6 April nanti.", "Untuk rekod, Kim Pan-gon berjaya melonjakkan kedudukan negara sebanyak 9 anak tangga yang kini berada di kedudukan ke-145 dunia dan dua kemenangan pada jendela antarabangsa FIFA kali ini memungkinkan Malaysia untuk berada dalam kelompok 140 negara terbaik dunia serta 25 negara terbaik Asia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323693/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Atlet Terjun Berusia 15 Tahun Cipta Kejutan Raih Emas\n", "content": ["Atlet terjun negara, Lee Yiat Qing yang baru berusia 15 tahun mencipta kejutan apabila menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia bagi acara terjun 10 meter platform wanita di temasya Sukan SEA 2023.", "Yiat Qing muncul pemenang setelah mengutip jumlah mata keseluruhan sebanyak 253.8 mata, diikuti pemenang pingat perak, Thi Hong Biang Hui dari Vietnam (242.2 mata) dan pingat gangsa dimenangi atlet Indonesia, Gladies Lariesa Garina Haga (228.0 mata).", "Manakala, seorang lagi atlet negara, Nur Eilisha Rania terlepas kedudukan podium apabila mengutip 227.05 mata yang meletakkan dirinya di kedudukan keempat bagi acara tersebut. ", "Untuk pengetahuan semua, Yiat Qing dan Eilisha Rania merupakan dua atlet muda yang dipertaruhkan bagi acara tersebut tanpa kehadiran nama-nama besar pada temasya kali ini. ", "Kejayaan sulung atlet remaja itu jelas menarik perhatian pelbagai pihak memandangkan acara yang diwakilinya itu kerap menyumbangkan pingat emas menerusi terjunan Datuk Pandalela Rinong, Datuk Leong Mun Yee dan Dhabitah Sabri. ", "Untuk rekod, kali terakhir acara terjun 10 meter platform wanita dipertandingkan di temasya ini adalah pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dengan Datuk Pandelela Rinong meraih pingat emas buat negara. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112814/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Perancangan Coach Brad Untuk Bawa Pemain Berlatih di Luar Negara Tergendala\n", "content": ["Perancangan awal ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) untuk membawa para pemainnya berlatih di luar negara sebelum beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 tegendala.", "Menurut laporan akhbar berbahasa inggeris, New Straits Times, perancangan asalnya adalah membawa skuad ini menjalani perlawanan persahabatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun ianya tidak dapat direalisasikan kerana kekangan kuarantin pandemik Covid-19.", "Disebabkan itu, mereka terpaksa menjalankan ‘Pelan B’ dengan berlatih di Wisma FAM di Kelana Jaya dan mengatur perlawanan persahabatan dengan pasukan Liga Malaysia sebelum terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada hujung bulan ini.", "“Kami telah mengatur tiga perlawanan persahabatan semasa rehat Liga Malaysia pada bulan ini. Kami akan menentang Kedah, Penang dan sebuah lagi pasukan Liga Malaysia untuk menguji barisan pemain.” kata jurulatih Australia itu seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Artikel Berkaitan: FAM Batal Perancangan Hantar Pemain Berusia 20 Tahun & Ke Bawah Sahaja?", "Untuk makluman semua, skuad B-20 kebangsaan kendalian Coach Brad telah memulakan kem latihan pusat pada 4 Oktober lalu. Seramai 25 pemain yang dipanggil telah melaporkan diri di Wisma FAM.", "Sementara itu, empat lagi pemain iaitu Quentin Cheng, Mukhairi Ajmal, Hakimi Abdullah dan Luqman Hakim yang sedang bertugas bersama skuad senior kebangsaan akan menyertai skuad B-20 setelah pulang ke tanah air kelak.", "Mereka dijangka terbang ke Ulaanbaatar pada 20 Oktober kelak. Skuad B-23 akan berhadapan dengan Laos, Mongolia dan Thailand pada 25hb, 28hb dan 31hb Oktober masing-masing.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216192/", "headline": "\nAll England 2022: Perseorangan Muda India Singkir Pemain No.3 Dunia Pada Pusingan 16\n", "content": ["Satu kejutan dilakar di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 apabila pemain No.3 dunia, Anders Antonsen tersingkir di Pusingan 16 sekaligus gagal mara ke peringkat suku akhir.", "Pemain yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai saingan Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini disingkirkan oleh perseorangan muda India, Lakshya Sen yang berusia 20 tahun.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Round of 1621 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅16 18 🇩🇰Anders ANTONSEN🕗 in 55 minutes https://t.co/TcigbqDAYU", "Lebih mengejutkan, Antonsen tumpas secara ‘straight set’ kepada Lakshya dengan skor 16-21 dan 18-21 dalam tempoh sama permainan yang menghampiri satu jam.", "Baca: Terbuka Jerman – Pemain India Singkir Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Di Separuh Akhir", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain dari Denmark dan India di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Lakshya yang melangkah ke suku akhir bakal berhadapan dengan pemain China yang berada di ranking ke-27 dunia, Lu Guang Zu. Pemain ini mara selepas menundukkan pemain pilihan kelapan, Ng Ka Long Angus juga secara ‘straight set’ di Pusingan 16."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112169/", "headline": "\nPemenang Gangsa Olimpik Aaron Chia-Wooi Yik Terima Ganjaran RM180,000 Daripada BAM & 100PLUS\n", "content": ["Pemenang pingat gangsa dalam acara badminton beregu lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima insentif berupa wang tunai sebanyak RM180,000 secara keseluruhan.", "Insentif tersebut diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disampaikan oleh presidennya sendiri, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang bernilai RM120,000 serta penaja, 100PLUS sebanyak RM60,000 pada hari ini.", "Untuk makluman semua, ini merupakan insentif tersendiri yang diberikan oleh BAM bagi menghargai pencapaian oleh beregu muda negara ini yang melakukan penampilan sulung di temasya tersebut, Ogos lalu.", "Baca: Kerajaan Melaka Hadiahkan Aaron Chia RM50,000", "Sebagai rekod, Aaron Chia-Wooi Yik merupakan regu keempat yang membawa pulang pingat dalam acara ini selepas Razif Sidek-Jalani Sidek (pingat gangsa Sukan Olimpik 1992), Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (pingat perak Sukan Olimpik 1996) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (pingat perak Sukan Olimpik 2016).", "Sementara itu, BAM turut memberikan insentif wang tunai kepada ketua jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele bagi pihak jabatan kejurulatihan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219881/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Hanya Kisona, Jin Wei Wakil Negara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Kisona Selvaduray dan Goh Jin Wei menjadi dua wakil negara yang masih kekal dalam kejohanan Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF – bagi kategori perseorangan wanita dengan melangkah ke peringkat suku akhir.", "Kisona merangkap pilihan kelima kejohanan mara selepas berhasil mengetepikan cabaran pemain No.1 Myanmar, Thet Htar Thuzar di peringkat Pusingan 16 pada hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Kisona mengambil masa sejam sebelum mengesahkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-18 dan 21-18.", "Lebih manis, ini merupakan kemaraan ke peringkat suku akhir yang pertama buat Kisona selepas enam bulan. Pemain berusia 23 tahun ini mara ke peringkat yang sama buat kali terakhir adalah di kejohanan Terbuka Swiss, pada penghujung Mac lalu. ", "Menantinya di peringkat suku akhir adalah pemain tuan rumah, Tran Thi Puong Thuy yang berusia 21 tahun. ", "Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Jin Wei mara selepas mengalahkan pemain India, Ira Sharma secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-10 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.", "Jin Wei juga akan berhadapan dengan pemain tuan rumah yang turut berusia 21 tahun, Vu Thi Anh Thu, penghuni ranking ke-261 dunia.", "Sekiranya Kisona dan Jin Wei menang perlawanan peringkat suku akhir menentang lawan masing-masing, kedua-duanya akan bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand & Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111354/", "headline": "\nAirAsia Hadiahkan Hidilyn Diaz Penerbangan Percuma Seumur Hidup\n", "content": ["Atlet Filipina yang meraih pingat emas pertama Sukan Olimpik buat negaranya, Hidilyn Diaz mendapat kejutan daripada sebuah syarikat penerbangan.", "Kejutan ini hadir menerusi AirAsia Filipina yang tampil menghadiahkan atlet berusia 30 tahun ini penerbangan percuma seumur hidup.", "Menurut kenyataan yang dikeluarkan, hadiah tersebut sebagai penghargaan kepada kerja keras, keghairahan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Diaz semasa bertanding dalam acara angkat berat wanita kategori 55kg,", "In recognition of her hard work, passion, and sportsmanship best exemplified during the 2020 Tokyo Olympics, AirAsia is awarding a LIFETIME FREE FLIGHTS to Olympic Gold medalist Hidilyn Diaz.https://t.co/mtEPhUYycJ", "Sejak memenangi pingat emas, atlet kelahiran Zamboanga ini turut menjadi topik bualan rakyat Malaysia. ", "Ini disebabkan kisah penuh inspirasi oleh Diaz yang hanya berlatih di ‘belakang’ rumah (garaj) di sebuah perkampungan di Jasin, Melaka setelah ‘tersangkut’ di Malaysia sejak Februari 2020 sebelum ke Tokyo tahun ini.", "Hidilyn Diaz🇵🇭 has won #gold in #Weightlifting – Women's 55kgShe becomes the first #Olympics gold medal winner to represent the Philippines and now owns two Olympic Records!#UnitedByEmotion | #StrongerTogether", "Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Diaz membawa pulang pingat. Ketika dia beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016, Diaz telah membawa pulang pingat perak.", "Secara keseluruhan Diaz telah beraksi di empat temasya Sukan Olimpik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111997/", "headline": "\nPengerusi Lion City Sailors FC, Forest Li Muncul Individu Terkaya Singapura\n", "content": ["Pengerusi Lion City Sailors FC, Forest Li Xiaodong muncul sebagai individu terkaya di negara seberang tambak, Singapura setelah dia dikatakan mempunyai aset bernilai $19.8 bilion pada masa kini.", "Ia berikutan saham syarikat yang diasaskan oleh ahli perniagaan kelahiran China ini, Sea Ltd mencatatkan peningkatan positif dari hari ke hari. Untuk makluman semua, Sea Ltd merupakan pemilik tunggal kepada Lion City Sailors ini.", "Mereka melakukan pengambilalihan Home United secara 100% pada tahun 2020 sebelum menjenamakan kelab yang beraksi dalam saingan Liga Premier Singapore (SPL) kepada nama yang ada pada hari ini.", "Mereka bercita-cita untuk menjadikan Lions City Sailors bukan sahaja gergasi di negara mereka sendiri malah sebagai salah sebuah kelab besar di benua asia.", "Januari lalu, mereka melakukan rekod yuran perpindahan termahal dalam sejarah SPL apabila mengeluarkan duit sekitar $3.3 juta untuk menandatangani pemain tengah menyerang Brazil, Diego Lopes dari kelab berpangkalan di Portugal, Rio Ave.", "Selain memberikan tumpuan kepada skuad senior yang beraksi dalam saingan SPL, Lion City Sailors turut melakukan pelaburan besar terhadap pembangunan pemain remaja serta akar umbi kelabnya.", "Ini dibuktikan dengan mereka melakukan kerjasama dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund serta sedang membina Lion City Sailors Integrated Facility dianggarkan bernilai $10 juta, baru-baru ini.", "Baca: Kelab ‘Kaya’ Singapura, Lion City Sailors Umum Kerjasama Dengan Dortmund", "Ketika ini, Lions City Sailors sedang menghuni tangga kedua dalam saingan SPL 2021 dengan mengutip 35 mata daripada 16 perlawanan yang diharungi.", "Mendahului di tempat pertama adalah pasukan satelit dari Jepun, Albirex Niigata Singapore FC dengan kutipan 40 mata daripada 17 perlawanan.", "Sebagai tambahan, Sea Ltd juga merupakan syarikat disebalik syarikat e-dagang terkenal, Shopee dan syarikat internet, Garena. ", "Featured Image: Lion City Sailors"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207352/", "headline": "\nPiala Tun Sharifah Rodziah Musim Ini Tangguh ke Tahun 2021\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa pertandingan bola sepak wanita kebangsaan, Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2020 terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang lain pada 2021.", "Berdasarkan perancangan awal FAM, PTSR 2020 dijadualkan berlangsung pada november ini, namun perancangan itu tidak dapat diteruskan berdasarkan situasi semasa pandemik COVID-19 di dalam negara.", "“Saya pasti para pemain serta aktivis-aktivis bola sepak wanita di negara ini berasa kecewa dengan perkembangan terbaharu ini, begitu juga saya yang sangat mengharapkan agar bola sepak wanita dapat dimainkan semula selepas terhenti lama akibat pandemik COVID-19 sejak dari awal tahun 2020 ini.”", "“Ia satu keputusan yang berat dan sukar untuk dibuat, namun kita semua perlu akur bahawa kesihatan dan keselamatan semua termasuk pemain-pemain bola sepak wanita, para pegawai serta keluarga masing-masing perlu diutamakan,” ", "Siaran Media: PTSR 2020 Terpaksa Ditangguhkan; Aksi Bola Sepak Wanita Akan Kembali Pada 2021Baca kenyataan penuh Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato' Suraya Yaacob di https://t.co/xSWnLn6t2y#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/TdnQNH3W5g", "“(Ianya) bagi mengelak daripada kita dijangkiti pandemik COVID-19 yang belum reda ini.” kata Dato’ Suraya Yaacob merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dalam satu kenyataan pada hari ini.", "Bagaimanapun, aktiviti bola sepak wanita di luar padang akan terus dijalankan. Antaranya Kursus Sijil Kejurulatihan Lesen D Wanita FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 5 hingga 9 oktober dan Kursus Sijil Kejurulatihan Lesen C Wanita MSN/FAM di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang pada 5 hingga 25 oktober.", "Sementara itu, Dato’ Suraya melahirkan keyakinan aktiviti bola sepak wanita di negara ini akan lebih rancak pada tahun hadapan dengan peruntukan tambahan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada bola sepak wanita dan perancangan rapi oleh FAM bagi tahun 2021.", "Dalam makluman yang sama, FAM turut mengumumkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita 2020-2030 yang dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini juga akan ditangguhkan pelancarannya pada 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207200/", "headline": "\nCadangan Bernas Azizulhasni Bina Trek Basikal Akan Dibincangkan – Menteri Belia & Sukan\n", "content": ["Cadangan pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang supaya membina trek basikal berasingan untuk pengguna basikal sepertimana negara jiran tetangga, Thailand akan dibincangkan oleh kerajaan.", "Perkara itu diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican setelah berbincang dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong beberapa hari lalu.", "Beliau menyedari komuniti berbasikal dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat akhir-akhir ini. Ia bukan sahaja menarik minat rakyat marhaen malah pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan status.", "Justeru, pihaknya tidak mahu ‘membunuh’ aktiviti yang sihat ini namun pada masa yang sama mengambil maklum akan rungutan orang ramai terhadap perkara-perkara membahayakan pengguna di jalan raya.", "“Kita memahami minat berbasikal mereka, kita juga kena pastikan mereka berada dalam keadaan selamat, tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain. We must strike a balance between them.”", "“Selepas berbicara dengan Menteri Pengangkutan tadi (beberapa hari lalu), saya fikir dalam masa terdekat ini, kita mungkin mengadakan sesi libat urus dengan komuniti berbasikal ini serta pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mendapatkan pandangan.” ", "“Dengan cara ini, kita boleh mencari jalan yang lebih tuntas agar kita tidak mengekang aktiviti sukan berbasikal ini untuk terus dilakukan secara giat dan aktif dan pada waktu yang sama, ia tidak akan membawa kepada sebarang bentuk bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.” ", "“Misalnya, cadangan pelumba berbasikal trek, saudara Azizulhasni Awang, tentang membina trek berasingan (dedicated track) adalah sesuatu yang boleh kita bincangkan.” tulis Reezal di laman sosialnya.", "Terdahulu, Azizulhasni atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe melontarkan cadangan supaya pihak kerajaan menguatkuasakan peraturan untuk pengguna basikal, mengadakan kempen kesedaran keselamatan berkayuh dan membina litar khusus sepertimana dibuat oleh negara jiran tetangga di Bangkok iaitu Skylane Bangkok.", "Ia bertujuan untuk melindungi kedua-dua pengayuh basikal dan pengguna lain di jalan raya dalam negara ini berbanding saranan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mahu pengguna basikal memohon lesen dan basikal pula diletakkan nombor plat pendaftaran."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114195/", "headline": "\nGandingan Peng Soon-Yee See Pernah Tampilkan Prestasi Memberangsangkan Pada 2017\n", "content": ["Perpisahan pasangan badminton beregu campuran No.8 dunia serta kembalinya Chan Peng Soon bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menimbulkan perbincangan hangat tentang siapakah yang akan menjadi gandingan baharu kepada pemain berusia 33 tahun tersebut.", "Selain daripada calon pemain wanita yang sesuai bergandingan dengan Peng Soon, perbincangan mengenai gandingan pemain senior bersama junior turut hangat diperdebatkan dalam kalangan peminat badminton tanah air.", "Untuk makluman semua, Peng Soon selaku pemain senior pernah digandingkan dengan pemain junior, Cheah Yee See yang berusia 22 tahun pada ketika itu dalam tempoh selama lebih kurang tujuh bulan pada tahun 2017 sementara menantikan Goh Liu Ying pulih selepas mengalami kecederaan.", "Walaupun bergandingan dalam tempoh yang singkat, pasangan berhasil mempersembahkan prestasi yang memberangsangkan dengan meraih satu gelaran iaitu di kejohanan Terbuka Rusia serta mara sebanyak tiga kali di peringkat separuh akhir Terbuka Vietnam, Terbuka Korea dan Terbuka Macau.", "Sebagai tambahan, pasangan senior dan junior turut berhasil menduduki ranking terbaik – No.17 dunia sebelum Peng Soon dan Yee See kembali bersama pasangan masing-masing pada tahun 2018.", "Ketika ini, Cheah Yee See berpasangan bersama pemain lelaki berusia 23 tahun, Hoo Pang Ron dan kini menghuni ranking ke-23 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110886/", "headline": "\nAkademi Bung Mokhtar Radin Bakal Ditubuhkan Untuk Asah Bakat Muda\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) sedang melakukan perancangan untuk menubuhkan sebuah akademi bagi mengasah bakat muda di negeri terbabit.", "SAFA akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah dan Jabatan Pendidikan untuk menubuhkan akademi tersebut.", "Sebuah memorandum persefahaman (MoU) akan ditandatangani oleh ketiga-tiga pihak dalam masa terdekat.", "Menurut Naib Presiden SAFA, Suhaimi Nasir memaklumkan akademi tersebut bakal dinamakan sebagai Akademi Bung Mokhtar Radin selaku Presiden SAFA pada ketika ini.", "“Kita akan menetapkan tarikh pelancaran akademi tersebut sebaik sahaja MoU dengan MSN dan Jabatan Pendidikan sudah dimeteraikan nanti,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Borneo.", "Difahamkan, akademi tersebut bakal membabitkan pemain-pemain berbakat berusia dari umur 12 tahun sehingga 18 tahun.", "Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar turut menjelaskan pihaknya mendapatkan bantuan MSN Sabah dalam soal pembangunan kerana mereka mempunyai pengalaman terlibat dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).", "Selain itu, mereka turut mempunyai fasiliti seperti padang serta pengalaman dalam aspek penganjuran kejohanan bola sepak pelbagai peringkat umur.", "Pada masa yang sama, Azman berkata, SAFA pula akan berusaha untuk mengadakan kejohanan peringkat umur seperti bawah 12 tahun, 14 tahun, 16 tahun dan 18 tahun.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215076/", "headline": "\nKejuaraan AFF B-23: Brad Maloney Rancang Tiga Perlawanan Persahabatan\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney merancang sekurang-kurangnya tiga perlawanan persahabatan untuk menguji anak-anak buahnya sebelum menempuh Kejuaraan AFF B-23, di Kemboja kelak.", "Menurut laporan akhbar tempatan, Kosmo, jurulatih kelahiran Australia ini bercadang untuk menguji skuad Harimau Muda bimbingannya menentang sebuah kelab tempatan serta dua buah pasukan negara sebelum mengharungi kejohanan yang dijadualkan berlangsung bermula 14-26 Februari hadapan.", "“Kita akan lakukan tiga perlawanan persahabatan dengan satu aksi lagi berkemungkinan menentang Sabah dan dua lagi adalah pasukan luar negara ia­itu Brunei dan Singapura tetapi masih belum dapat disahkan.", "“Jika gagal bertemu pasukan Brunei atau Singapura, mungkin kita akan fokus dengan aksi persahabatan seterusnya melibatkan kelab-kelab Liga Malaysia,” kata Coach Brad dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Baca: Harimau Muda Diundi Bersama Juara Bertahan, Indonesia Dalam Kumpulan B", "Sabtu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 30 pemain yang dipanggil oleh Coach Brad untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula pada hari ini.", "Daripada 30 pemain yang dipanggil, jurulatih berusia 50 tahun ini hanya mengekalkan sembilan pemain daripada skuad yang dibawa ke saingan kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, Oktober tahun lalu.", "Sembilan pemain tersebut ialah Umar Hakeem Suhar Rezwan, Shafi Azswad Sapari, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Azhad Harraz Arman, Nur Azfar Fikri Azhar, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, T. Saravanan dan Aiman Afif Afizul.", "Selebihnya adalah muka baharu dan muka-muka yang pernah dipanggil dalam kem latihan sebelum daripada itu termasuk pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Kamal.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218002/", "headline": "\nCarlos Tevez Memulakan Karier Kejurulatihan Bersama Rosario Central\n", "content": ["Setelah membuat 607 penampilan serta menjaringkan 237 gol bersama pelbagai kelab di Argentina, Brazil, England, Itali dan China sebagai pemain, kini, Carlos Tevez memulakukan karier baharu sebagai jurulatih.", "Menerusi makluman kelab berpangkalan di Argentina, Club Atletico Rosario Central mengumumkan bekas penyerang berusia 38 tahun itu dilantik sebagai pengurus mereka dengan kontrak selama 12 bulan.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan karier sulung Tevez dalam bidang kejurulatihan skuad senior sejak mengumumkan persaraannya selaku pemain awal Jun lalu.", "🔰🏟️ ©️ E N T R A L#VamosCanalla 💪🏼🇺🇦 pic.twitter.com/j1JS8sOmC1", "— Rosario Central (@RosarioCentral) June 21, 2022", "Memetik laporan ESPN, Tevez berkongsikan bahawa jurulatih kelahiran Itali, Antonio Conte menjadi ikutannya dalam bidang kejurulatihan. Dia berhasrat untuk membentuk pasukannya ini untuk bermain menghampiri gaya yang diterapkan seperti Conte. ", "Dijangka, Tevez akan melakukan debut kejurulatihannya bersama Rosario Central pada 24 Jun menentang Gimnasia La Plata dalam saingan liga domestik.", "Sebagai tambahan, kelab terakhir yang disertainya sebelum mengumumkan persaraan ialah Boca Juniors – kelab dimana dia memulakan karier bola sepak profesionalnya sekitar dua dekad lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110540/", "headline": "\nVideo: Syarifuddin Potong Empat Pelumba di Pusingan Akhir Untuk Bergelar Juara Moto3 Remaja\n", "content": ["Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman melakar kejutan dengan bergelar juara buat pertama kali dalam Kejohanan FIM CEV Moto3 Remaja Dunia 2021, semalam.", "Walaupun bermula di petak kesepuluh, Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok terlebih dahulu berada di kelompok hadapan sepanjang perlumbaan. ", "Namun pada pusingan terakhir, dia yang berada di kedudukan kelima mengambil peluang untuk memintas empat pelumba di hadapannya ketika di selekoh kesepuluh.", "Kelicikannya mengambil peluang tersebut membolehkannya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat sekaligus menobatkan pelumba berusia 19 tahun ini sebagai juara di Litar Catalunya, Sepanyol.", "Mengekorinya di tempat kedua dan ketiga adalah pelumba Sepanyol, David Munoz Rodriguez dan Jose Antonio Rueda Ruiz.", "Anda boleh menonton video Syarifuddin memotong empat pelumba dihadapannya pada pusingan akhir pada pautan video di bawah:", "Damok MENANG di Barcelona! 🇲🇾Negaraku berkumandang di Catalunya Barcelona selepas Syarifuddin Azman memenangi Race 1 #Moto3 di pusingan ke-tiga FIM CEV Repsol di Catalunya Barcelona 🇪🇸 Malaysia Boleh! 🇲🇾 @sepangcircuit @KBSMalaysia @TeamMsia pic.twitter.com/c1f7jG3OLO", "Atau boleh tonton highlight penuh perlumbaan DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207348/", "headline": "\nSelepas Dipecat Selangor, Satiananthan ‘Dirisik’ Kelab Luar Negara\n", "content": ["Khidmat kejurulatihan B. Satiananthan masih ‘laku’ walaupun dia baru sahaja dipecat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ekoran prestasi yang tidak memberangsangkan dalam saingan CIMB Liga Super 2020.", "Berdasarkan laporan akhbar tempatan, jurulatih berusia 62 tahun itu  mengakui dihubungi oleh beberapa pihak termasuk pasukan bola sepak berpangkalan di luar negara untuk menanyakan khidmatnya.", "Bagaimanapun, Satiananthan yang mempunyai lesen kejurulatihan Pro Diploma AFC belum membuat sebarang pertimbangan untuk menerima mana-mana tawaran setakat ini.", "“Memang saya akui menerima panggilan daripada beberapa individu termasuk daripada luar negara yang bertanya mengenai khidmat sebagai jurulatih namun perkara terbabit bukanlah membincangkan secara serius.", "“Sekarang ini saya mahu berehat dahulu dan akan memikirkan perkara terbabit nanti termasuk mendapat tawaran secara serius,” katanya dipetik daripada Harian Metro.", "Beliau diumumkan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad Red Giants menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak kelab pada isnin lalu.", "Bersama Selangor, Satiananthan telah membimbing pasukan berpangkalan di Lembah Klang itu menduduki tempat ke-3 saingan Liga Super 2019 dan mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia 2019.", "Untuk rekod, beliau yang turut dikenali dengan panggilan Coach Satia belum mempunyai sebarang rekod mengendalikan mana-mana pasukan yang berpangkalan di luar negara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111360/", "headline": "\nOlimpik 2020: Khairul Anuar Tewaskan Pemanah China Mara Ke Kelompok 16 Terakhir\n", "content": ["Pemanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad berhasil menempatkan diri ke dalam kelompok 16 pemanah terakhir dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Ianya selepas pemanah berusia 29 tahun ini menumpaskan pemanah China, Wang Dapeng menerusi ‘shoot off’ setelah terikat 5-5 dalam perlawanan yang berlangsung pagi tadi di Yumenoshima Park Archery Field.", "Keputusan keseluruhan lima set tersebut adalah (28-25), (28-28), (26-27), (26-29) dan (27-26).", "Tokyo 2020 UPDATE:Khairul Anuar Mohamad won the Men's Individual 1/16 Eliminatonsagainst Wang Dapeng 6-5 at the Yumenoshima Final Field this morning#olympics#tokyo2020#archery pic.twitter.com/fXqonft9P4", "Sebelum itu, Khairul Anuar berjaya mara ke kelompok 32 akhir dengan menumpaskan pemanah Finland, Vikstrom Antti juga menerusi ‘shoot off’ selepas terikat 5-5.", "Untuk makluman, pencapaian Khairul Anuar mara ke kelompok 16 terakhir ini menyamai pencapaian terbaiknya ketika menyertai Sukan Olimpik London 2012.", "Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 31 Julai, jam 8.56 pagi. Bagaimanapun lawan kepada Khairul Anuar belum diketahui secara rasmi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322022/", "headline": "\nPengulas Bola Sepak Legenda, John Motson Meninggal Dunia\n", "content": ["John Motson yang mengulas 10 edisi kejohanan Piala Dunia, 10 kejohanan eropah serta 29 perlawanan akhir Piala FA Inggeris bersama stesen televisyen British, BBC meninggal dunia pada usia 77 tahun.", "Berita kematian pengulas yang terkenal dengan nama panggilan Motty ini dimaklumkan menerusi satu kenyataan oleh ahli keluarganya.", "Rest in peace, John. pic.twitter.com/A5zgBn8A6R", "— BBC Sport (@BBCSport) February 23, 2023", "Untuk makluman semua, karier Motson bersama BBC bermula sebagai penyampai radio di Radio 2 pada tahun 1968 sebelum menyertai program terkenal, Match Of The Day pada 1971 yang menyaksikannya mengulas lebih 2,500 perlawanan di televisyen sepanjang kariernya.", "Perlawanan terakhir yang diulasnya adalah pertemuan antara Crystal Palace dan West Bromwich Albion pada tahun 2018 sebelum ‘menggantung’ mikrofonnya – mengumumkan persaraannya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215101/", "headline": "\nGoh Jin Wei Turut Dibenarkan BAM Beraksi di Kejohanan Antarabangsa\n", "content": ["Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei turut dibenarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi di kejohanan antarabangsa, selepas daripada ini.", "Kebenaran itu diberikan selepas badan induk badminton negara menarik kembali hukuman tidak akan mendaftarkan pemain berusia 21 tahun ini di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.", "Hukuman ini dikenakan kepada Jin Wei selepas dia membuat keputusan untuk beraksi sebagai pemain persendirian atau bebas (independent) selepas meninggalkan BAM atas alasan kesihatan, tahun lalu.", "Bagaimanapun, BAM menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam memaklumkan Jin Wei diberikan kebenaran tersebut berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.", "Dalam kenyataan yang sama, BAM turut memberikan ‘lampu hijau’ kepada jaguh badminton negara, Lee Zii Jia untuk beraksi di kejohanan antarabangsa sekaligus membolehkannya bergelar pemain bebas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216494/", "headline": "\nSelepas Essien & Odemwingie, Ronaldinho Pula Beraksi Di Indonesia\n", "content": ["Kancah bola sepak Indonesia menyaksikan sebilangan pemain terkenal dunia pernah beraksi di sana. Antaranya pemenang Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Michael Essien dan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Peter Odemwingie.", "Kedua-dua pemain ini beraksi dalam kancah bola sepak negara jiran tetangga bersama Persib Bandung dan Madura United masing-masing sekitar tahun 2017 hingga 2018.", "Terbaru, menerusi satu perkongsian secara di laman Instagram kelab yang mendapat promosi ke saingan Liga 1 Indonesia, RANS Cilegon FC mengucapkan selamat datang kepada pemain legenda Brazil, Ronaldo de Assis Moreira atau dikenali ramai sebagai Ronaldinho Gaucho.", "Rans Cilegon Rekrut Ronaldinho https://t.co/FU8nNf92Fm", "— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) March 29, 2022", "Dengan pengumuman tersebut, bekas pemain yang pernah beraksi bersama beberapa gergasi bola sepak eropah seperti Paris Saint-Germain, FC Bercelona dan AC Milan ini akan bergabung dan beraksi bersama RANS Cilegon.", "Bagaimanapun, menerusi laporan beberapa media berpangkalan di negara sebarang, pemain yang pernah menjulang trofi Piala Dunia itu hanya hadir beraksi bersama RANS Cilegon dalam saingan kejohanan amal iaitu Piala Trofeo yang turut disertai oleh Arema, Persis Solo dan Persija Jakarta.", "Pengerusi RANS, Rudy Salim pula mendedahkan kedatangan Ronaldinho bersama kelabnya bertujuan untuk menyemarakkan lagi kecintaan peminat terhadap bola sepak domestik dan memberi semangat kepada para pemain untuk menghadapi saingan musim 2022-23 kelak.", "Pada masa yang sama, pihak pengurusan RANS Cilegon mengungkapkan seandainya keupayaan kewangan kelab dapat ditingkatkan menerusi penajaan selepas daripada ini, mereka tidak menolak untuk menawarkan kontrak secara tetap kepada pemain ini samada selama 3 atau 6 bulan, bergantung kepada persetujuan oleh Ronaldinho.", "Untuk makluman semua, RANS Cilegon mendapat promosi ke saingan tertinggi bola sepak Indonesia selepas muncul naib juara Liga 2 pada musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110294/", "headline": "\nPJ City Mahukan Hazwan Bakri, JDT Belum Berikan Sebarang Respon\n", "content": ["Pasukan yang berada di kedudukan ke-8 Liga Super, Petaling Jaya City (PJ City) terus menantikan khabar daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam usahanya untuk mendapatkan penyerang kelab tersebut.", "Menurut laporan Harian Metro, pasukan yang dibimbing oleh P. Maniam tersebut mengakui mahu mendapatkan khidmat Hazwan Bakri yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan.", "Ia bertujuan untuk memantapkan lagi barisan serangan The Pheonix lebih-lebih lagi penyerang utamanya, Darren Lok sedang mengalami kecederaan.", "“Memang kelab sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat Hazwan kerana dia seorang pemain berpengalaman yang diyakini boleh membantu memperkuatkan lagi jentera serangan pasukan.", "“Jika dapat dia (Hazwan) amat bagus kerana kita perlu mantapkan lagi barisan depan, tambahan pula penyerang utama pasukan, Darren Lok menghadapi masalah kecederaan.", "“Bagaimanapun, setakat ini usaha itu belum mendapat perkembangan dan maklum balas daripada kelabnya. Kita berharap usaha kita berjaya,” kata pengurus pasukan, K. Rajendran seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Selain daripada ingin mendapatkan khidmat Hazwan, pasukan yang berpangkalan di Petaling Jaya ini tidak bercadang untuk mendapatkan pemain lain dan menaruh kepercayaan penuh kepada skuad sedia ada.", "“Kita tidak bercadang untuk menukar pemain sedia ada sebaliknya hanya mengharapkan dapat membawa masuk Hazwan bagi memperkuatkan jentera serangan,” katanya lagi.", "Musim ini, PJ City melakukan pertaruhan yang berani dengan menampilkan 100% pemain tempatan untuk mengharungi saingan Liga Super. Bagaimanapun, percaturan tersebut dilihat memberikan keputusan yang memuaskan dengan merekodkan tiga kemenangan, enam seri dan hanya tewas empat kali.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325552/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Tze Yong Balas Dendam Terhadap Naib Juara Korea\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong terpaksa akur tersingkir di peringkat suku akhir Terbuka Korea setelah tumpas kepada pemain Singapura merangkap naib juara kejohanan tersebut, Loh Kean Yew pada minggu lalu.", "Bagaimanapun, Tze Yong berjaya memastikan perkara tersebut tidak berulang apabila bertemu lawan yang sama di pusingan 32 kejohanan Terbuka Jepun pada minggu ini.", "Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong berhasil meraih kemenangan ke atas penghuni ranking ketujuh dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-17 dalam tempoh 41 minit permainan sekaligus membalas dendam terhadap kekalahannya pada Jumaat lalu.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Tze Yong melakar kemenangan daripada tiga pertemuan menentang Kean Yew di pentas antarabangsa.", "Kemenangan pertama dilakar Tze Yong adalah ketika bertembung dalam acara individu pada peringkat suku akhir di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Sementara itu, kemenangan pada hari ini membawa Tze Yong yang berada di ranking ke-21 dunia ke peringkat Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 ini. ", "Bagaimanapun, lawannya akan diketahui selepas selesai pertarungan melibatkan dua pemain tuan rumah, Kento Momota dan Koki Watanabe pada petang nanti.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218188/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Pasangan No.6 Dunia Jadi Batu Penghalang Anna-Mei Xing Ke Separuh Akhir \n", "content": ["Pasangan beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing terpaksa akur gagal melayakkan diri ke pentas separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Ini selepas pasangan Jepun yang berada di ranking keenam dunia, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara berhasil menumpaskan mereka di peringkat suku akhir yang berlangsung di Axiata Arena, petang tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Anna-Mei Xing yang berada di tangga ke-44 dunia ditumpaskan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 15-21 dan 21-23 dalam tempoh 44 minit di Gelanggang 2.", "PETRONAS Malaysia Open 2022WD – Quarter final 🇯🇵Mayu MATSUMOTO🏅21 23 🇯🇵Wakana NAGAHARA🏅15 21 🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG 🇲🇾Mei Xing TEOH", "🕗 in 44 minutes https://t.co/K3go1YhgwD", "— BWFScore (@BWFScore) July 1, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan pertama yang direkodkan oleh kedua-dua beregu ini di pentas antarabangsa. ", "Sebelum ini, Anna-Mei Xing mencipta kejutan di Pusingan 16 dengan mengalahkan beregu No.3 dunia dari Republik Korea, Lee So-hee dan Shin Seung-chan sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir, hari ini. ", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir esok, Matsumoto-Nagahara akan turun menentang beregu China yang berada di ranking ke-33 dunia, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu untuk merebut tiket ke pentas final.", "Beregu China ini mara selepas menumpaskan pasangan Indonesia yang menghuni ranking ke-209 dunia, Febby Valencia dan Ribka Sugiarto secara “straight set” 21-13 dan 21-14. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219555/", "headline": "\n5 Perkara Menarik Mengenai Lee Zii Jia Yang Perlu Anda Tahu\n", "content": ["Jaguh badminton muda, Lee Zii Jia pantas mencuri tumpuan rakyat Malaysia selepas berjaya menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen sekaligus dinobatkan sebagai juara perseorangan lelaki kejohanan All England 2021.", "Tidak seperti legenda badminton negara, Lee Chong Wei yang sudah dikenali ramai dek kelicikannya di dalam gelanggang dan deretan kejuaraan peringkat antarabangsa sehingga bergelar pemain badminton No.1 dunia, nama atlet yang bakal menjengah usia 23 tahun dalam beberapa hari lagi sedikit asing buat orang ramai.", "Di sini, kami menyenaraikan lima perkara menarik mengenai bintang dunia dalam pembikinan, Lee Zii Jia khas untuk tatapan pembaca laman sesawang Sukanz:", "Bapa kepada Zii Jia menjadi insan yang bertanggungjawab memupuk minatnya dalam sukan bulu tangkis ini. Ianya bermula ketika Zii Jia berusia 6 tahun, bapanya membawa Zii Jia menyertai salah sebuah kelab badminton di bandar kelahirannya. Bermula dengan bermain untuk sekadar mengeluarkan peluh dan berekreasi, siapa sangka kini Zii Jia telah menempa kejuaraan dalam sebuah kejohanan yang berprestij seperti All England.", "Iya! Zii Jia merupakan anak kelahiran negeri yang sinonim dengan gelaran jelapang padi iaitu Kedah Darul Aman. Anak muda ini dilahirkan di Alor Setar pada 29 Mac 1998. Ketika kecil, atlet yang memiliki ketinggian sekitar 1.86 meter pada ketika ini mula bersekolah di SJK Keat Hwa, Alor Setar. Namun demikian, Zii Jia berhijrah ke ibu kota untuk menyertai Sekolah Sukan Bukit Jalil.", "Untuk menjadi juara, anda perlu belajar dengan juara. Menariknya, Zii Jia dididik dan dilatih oleh nama yang amat besar dalam sukan bulu tangkis iaitu bekas jaguh badminton negara, Misbun Sidek dan juga bekas jaguh badminton Indonesia, Hendrawan. Selain daripada mempunyai rekod yang cemerlang semasa bergelar pemain suatu masa dahulu, Misbun dan Hendrawan juga merupakan nama yang cukup sinonim dalam bidang kejurulatihan badminton di Malaysia dan turut sama membimbing ramai pemain badminton ternama Malaysia termasuk Lee Chong Wei.", "Sejak beberapa tahun lalu, Zii Jia sudah meletakkan namanya selaku pemain badminton perseorangan lelaki masa depan buat negara. Antara kejayaan paling manis adalah merangkul emas ketika menyertai acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan SEA 2019. Selain itu, Zii Jia turut pernah merangkul kejuaraan Terbuka Chinese Taipei 2018. Pastinya kejuaraan All England ini bukan yang terakhir buatnya dan pingat emas temasya Sukan Olimpik juga menjadi impiannya, Pada saat ini, Zii Jia menduduki ranking No.10 dunia dan ia merupakan pencapaian terbaiknya setakat ini. ", "Sejak Lee Chong Wei mengumumkan menggantung raketnya pada 2019 yang lalu, nama Lee Zii Jia pantas diangkat sebagai pengganti. Bermula saat itu juga dia sering dibandingkan dengan legenda negara tersebut biarpun masih cetek pengalaman dan muda usianya. Bagaimanapun, di dalam satu temubual, Zii Jia tidak gemar orang ramai membandingkan dirinya dengan Chong Wei. Zii Jia mengatakan, dia mahu ‘menulis’ perjalanan perjalanan kariernya dalam sukan badminton yang tersindiri dan menumpukan untuk mempertingkatkan diri sendiri dari semasa ke semasa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216264/", "headline": "\nGandingan Sementara Peng Soon-Ee Wei Buat Kemunculan Pertama di Orleans Masters 2022\n", "content": ["Pemain senior negara, Chan Peng Soon bakal bergandingan buat sementara waktu bersama pemain muda berusia 21 tahun, Toh Ee Wei dalam kategori beregu campuran.", "Dan kejohanan pertama yang akan disertai mereka ialah Orleans Masters 2022 – sebuah kejohanan berstatus Jelajah Super 100 BWF – yang bakal berlangsung di Perancis bermula 29 Mac hingga 3 April kelak.", "Untuk makluman semua, nama mereka telah disenaraikan untuk menyertai kejohanan tersebut serta diletakkan sebagai piliha kelima untuk menjuarai kejohanan ini sepertimana ‘M&Q Report’ yang dimuat naik oleh laman Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Baca: Chan Peng Soon Bentuk Gandingan Sementara Bersama Toh Ee Wei", "Untuk makluman semua, sejak kembalinya Peng Soon ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pemain berusia 33 tahun ini digandingkan bersama Veleree Siow bermula Januari lalu.", "Bersama Valeree yang berusia 20 tahun, mereka telah beraksi di dua kejohanan setakat ini iaitu Terbuka India (Jelajah Dunia Super 500) dan kejohanan Antarabangsa Syed Modi (Jelajah Dunia Super 300) dimana kedua-duanya berakhir di peringkat suku akhir dan Pusingan 16 masing-masing.", "Bagaimanapun, pihak kejurulatihan terpaksa memisahkan mereka buat sementara waktu kerana ingin memberikan tumpuan kepada gandingan Valeree bersama Low Yeen Yuan dalam kategori beregu wanita yang kini telah memasuki kelompok 100 terbaik dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218960/", "headline": "\nPiala Suhandinata: Malaysia Diundi Bersama Indonesia, Sweden & Latvia – Hanya Juara Kumpulan Dapat Rebut Trofi\n", "content": ["Majlis undian bagi Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2022 – sebuah kejohanan badminton berpasukan untuk pemain bawah 19 tahun – telah berlangsung pada hari ini.", "Hasil undian tersebut, pasukan Malaysia bakal berhadapan cabaran besar apabila diundi bersama-sama seteru nusantara iaitu Indonesia serta Sweden dan Latvia dalam Kumpulan A.", "Untuk makluman, kejohanan yang akan berlangsung bermula 17 hingga 22 Oktober di Santander, Sepanyol ini turut disertai 30 buah pasukan lain. Kesemua 34 pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan.", "Keputusan undian bagi pasukan yang lain adalah seperti berikut:", "Kejohanan ini menyaksikan hanya 8 juara kumpulan sahaja dapat mara untuk saingan merebut gelaran juara berserta trofi atau kedudukan kedua sehingga kelapan.", "Manakala 8 naib juara setiap kumpulan pula akan ke pusingan seterusnya untuk menentukan kedudukan kesembilan hingga ke-16 bagi kejohanan ini.", "Sebagai rekod, kejohanan tahunan ini kembali diadakan selepas dua edisi sebelumnya dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda global.", "Kejohanan edisi 2019 menyaksikan Indonesia berhasil muncul juara selepas mengalahkan China dengan keputusan 3-1. Manakala, pasukan Malaysia pada ketika itu menamatkan kejohanan tersebut di tangga kesembilan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321551/", "headline": "\nSelangor FC Umum Pasukan Esports Yoodo Red Giants – Tumpu Dalam Permainan Mobile Legends\n", "content": ["Kelab berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC melakar sejarah dengan menjadi pasukan bola sepak pertama di Malaysia yang mempunyai pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) tersendiri.", "Pasukan ini diberi nama Yoodo Red Giants dan akan bertanding di kejohanan Mobile Legends Professional League (MPL) musim ke-11 yang bermula pada Februari kelak.", "Perkara ini diumumkan dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Latihan Selangor FC sambil disaksikan oleh Pengerusi Selangor FC, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) Selangor FC, Aladdin Mostafa, Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MPL Malaysia, Fikri Rizal Mahruddin, serta Pengarah Urusan Protech, Datuk Ronnie Chong.", "Dalam majlis ini juga, Yoodo dan Protech Sports diumumkan sebagai ‘Official Digital Telco’ dan ‘Official Kit Partner’ masing-masing.", "Ahli pasukan Yoodo Red Giants ini terdiri daripada Muhammad Yaacob (ESHA OHANA), Mohd Hakim (KAIZER), Syed Naufal Fitri(SYF), Ilman Zareef (GOJES), Muhammad Amir Zakwan(ZAKQT) dan Muhammad Haqqulah (SEKYS) dengan Mohd Erwin (RUSH) menjadi pengurus.", "Untuk makluman, pasukan ini dahulunya dikenali sebagai ELX Esports. Sebelum ini, mereka berjaya melayakkan diri ke MPL musim ke-11 melalui pusingan kelayakan pada tahun lepas.", "Antara pencapaian lain pernah diraih mereka adalah juara EsportsMY Championship, Malaysia Semi Pro League, Hari Sukan Belia Negara, GMX Cup, Nescafe SMG Cup, Piala Ketua Menteri Melaka dan Iskandar Puteri Tournament.", "Ini merupakan penambahan pasukan esports terbaru oleh Selangor FC selepas mempunyai pasukan esports untuk FIFA."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216297/", "headline": "\nRanking BWF: Beregu Wanita, Pearly-Thinaah Semakin Hampiri ‘Top 10’ Dunia\n", "content": ["Beregu badminton wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan semakin menghampiri kelompok 10 pasangan wanita terbaik di dunia.", "Menurut kemaskini ranking terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Pearly-Thinaah merekodkan peningkatan sebanyak dua anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-13 dunia, minggu ini.", "Peningkatan itu diraih selepas mereka mendapat 6,600 mata setelah mara sehingga ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – yang memberikan 59,872 mata secara keseluruhan.", "Sebagai perbandingan, beregu England, Chloe Birch dan Lauren Smith yang berada di ranking ke-12 mengumpul 60,744 mata. Manakala pasangan ke-11, beregu Malaysia yang telah bersara, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean mempunyai 60,944 mata.", "Di tangga ke-10 adalah beregu Republik Korea, Chang Ye-na dan Kim Hyerin mempunyai 62,940 mata.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu wanita negara berstatus bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien turut merekodkan peningkatan sebanyak empat anak tangga dan kini menduduki ranking ke-44 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020142/", "headline": "\nKenali Quincy Promes, Penyerang Kiri Sasaran Arsenal Bernilai £25 Juta\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dilaporkan mensasarkan untuk menandatangani penyerang sayap kiri Ajax Amsterdam, Quincy Promes yang bernilai sekitar £25 juta menurut laporan The Sun.", "Promes yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Belanda telah merekodkan sejumlah 16 gol dan 5 bantuan gol dalam semua pertandingan di musim sulungnya bersama Ajax.", "Berusia 28 tahun, Promes merupakan seorang pemain yang pantas dan lincah. Selain daripada bermain di sayap kiri, Promes juga mampu mengisi posisi sayap kanan dan pemain tengah menyerang (attacking midfielder).", "Gerakan kesukaannya adalah berlari di tepi garisan padang dan melakukan cut inside sebelum melorongkan bola kepada rakan sepasukan di dalam kotak penalti atau merembat terus ke arah gawang.", "Memulakan karier seniornya bersama FC Twente sekitar tiga tahun, khidmat Promes disunting kelab Rusia iaitu Spartak Moscow. Ketika itulah corak permainannya semakin matang dan dia telah merekodkan 66 gol serta 33 bantuan gol daripada 135 penampilan sepanjang 4 musim.", "Promes juga berjaya meraih dua kejuaraan bersama Spartak Moscow iaitu Liga Perdana Rusia dan Piala Super Rusia. Ketika tahun 2017, Promes menyertai Sevilla FC namun hanya bertahan selama semusim sahaja sebelum kembali ke Eredivisie bersama Ajax pada jendela perpindahan musim panas, tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220381/", "headline": "\nKejohanan Dunia Remaja BWF: Perjalanan Wakil-Wakil Negara Terhenti Di Pusingan 16\n", "content": ["Tiada sebarang wakil negara akan beraksi pada peringkat suku akhir Kejohanan Dunia Remaja BWF 2022. Perkembangan ini hadir selepas baki empat wakil negara tumpas di Pusingan 16 bagi kejohanan bawah 19 tahun (B-19) itu, semalam.", "Pasangan beregu campuran, Bryan Goonting dan Lee Xin Jie menjadi yang pertama tersingkir apabila tumpas kepada beregu China, Liao Pin Yi dan Huang Ke Xin. Dalam pertarungan tersebut, Bryan-Lee tumpas secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 43 minit permainan.", "Tidak lama kemudian, ia diikuti dengan tersingkirnya perseorangan lelaki, Eogene Ewe yang selepas dikalahkan oleh pemain Thailand, Teeraratsakul Panitchaphon. Sepertimana beregu campuran negara, Eogene turut tumpas secara “straight set” kepada lawannya dengan skor 18-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 43 minit permainan.", "Selepas itu, episod kedukaan wakil Malaysia tersingkir daripada saingan ini bersambung dengan tumbangnya seorang lagi perseorangan lelaki negara. Lebih mendukacitakan, pemain yang tumpas ini merupakan pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini, Justin Hoh. ", "Justin terpaksa melupakan gelaran untuk kejohanan ini apabila tewas kepada pemain Korea, Kim Byung-jae juga secara “straight set” dengan pungutan mata 17-21 dan 19-21 dalam tempoh masa 43 minit.", "R16#JPN🇯🇵 Sora Ogaki-Osuke Sakurai def. #MAS🇲🇾 Bryan Goonting-Choi Jian Sheng(7) 26-28 21-17 21-14#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/sKQ2ItwjSG", "— BAM (@BA_Malaysia) October 27, 2022", "Episoh duka ini turut ditutup dengan tumbangnya wakil terakhir iaitu beregu lelaki, Bryan Goonting dan Choi Jian Sheng di tangan beregu Jepun, Sora Ogaki dan Osuke Sakurai.", "Pertarungan ini berlangsung dengan sengit dimana ia berkesudahan dengan beregu dari negara matahari terbit itu meraih kemenangan dengan skor 26-28, 21-17 dan 21-14 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "Sebagai perbandingan, edisi lalu yang berlangsung pada tahun 2019 menyaksikan Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya empat wakil di peringkat suku akhir.", "Empat wakil tersebut ialah Shahyar Shaqeem (perseorangan lelaki), Yap Roy King-Gan Jing Err (beregu campuran), Goh Wyman (perseorangan wanita) dan Arif Junaidi-Muhammad Haikal (beregu lelaki).", "Manakala kali terakhir Malaysia mempunyai wakil yang menjuarai kejohanan ini adalah pada edisi 2018 menerusi perseorangan wanita, Goh Jin Wei.", "Featured Image:  Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206765/", "headline": "\nMungkin Bukan KFC Tetapi Darul Aman FC\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedang mempertimbangkan menggunakan nama Darul Aman Football Club (Darul Aman FC) sebagai nama baharu buat pasukan negeri itu yang akan diswastakan kelak.", "Menurut laporan Harian Metro, selain daripada Darul Aman FC, pihak pengurusan KFA turut mempertimbangkan cadangan-cadangan nama lain bagi melengkapkan proses penswastaan sebelum 30 september ini.", "Terdahulu, semua pasukan-pasukan bola sepak yang bersaing dalam kancah Liga Malaysia diarahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melakukan proses penswastaan kelab daripada Football Association (FA) kepada Football Club (FC).", "“Kita ada beberapa nama yang dipertimbangkan dan antaranya adalah nama Darul Aman FC, namun pemilihan nama syarikat baharu yang akan ditubuhkan ini adalah tertakluk kepada keputusan pemilihan akan diumumkan pengurusan KFA selepas ini.", "“Sekiranya kita mahu menggunakan nama Kedah atau Darul Aman dipermulaan nama syarikat atau kelab, kita perlu mendapatkan keizinan dari pihak kerajaan negeri Kedah terlebih dahulu dan sekiranya diluluskan barulah kita boleh menjalankan pendaftaran selanjutnya.", "“KFA kini sedang berusaha dengan cara yang terbaik untuk merealisasikan proses penswastaan ini dan saya yakin kita akan melengkapkan sepenuhnya proses ini dalam tempoh yang ditetapkan,” kata Naib Presiden KFA, Khamal Idris Ali.", "Sebelum ini, kedengaran skuad yang terkenal dengan julukan Helang Merah itu mahu menggunakan nama Kedah Football Club (KFC). ", "Bagaimanapun ianya kurang digemari kalangan penyokong Kedah kerana akronimnya menyamai nama rangkaian restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218647/", "headline": "\nPJ City Percaya Falsafah ‘Yakini Lokal’ Boleh Bersaing Dengan Kelab Pakai 9 Import\n", "content": ["Ketua jurulatih PJ City FC, P. Maniam percaya perancangan untuk kekal menggunakan kudrat pemain tempatan pada musim depan tidak menghalang pasukan ini untuk terus memberi saingan lebih mantap di pentas Liga Super.", "Beliau memberi bayangan pasukan itu akan tetap beraksi tanpa pemain import meskipun penstrukturan baharu Liga Malaysia 2023 membenarkan sembilan import bagi setiap pasukan.", "Jelasnya, PJ City dilihat ingin kekal selaku pasukan yang hanya menggunakan pemain tempatan dan nyata pendekatan itu sejak musim 2021 menyaksikan pasukan ini tidak berdepan masalah besar untuk tetap memberi saingan kepada lawan di Liga Super.", "Dan apabila Malaysian Football League (MFL) tidak mewajibkan penggunaan sembilan pemain import ini sebaliknya bergantung kepada kesesuaian pasukan masing-masing, Maniam percaya pihak pengurusan akan lebih bijak dalam melakukan perancangan untuk PJ City bagi beraksi dengan lebih cemerlang, musim depan.", "“Saya rasa PJ City akan kekal untuk tidak mengikat mana-mana pemain import dan kita akan ikut apa yang pihak pengurusan lakukan.", "“Ini juga seiring dengan Dato Sri Vijay Eswaran (pemilik kelab) yang ada misi dan visi untuk terus menggunakan khidmat pemain tempatan dan ingin memberi peluang kepada mereka beraksi.", "“Memang perlawanan akan lebih sukar, tetapi kita terima apa yang diputuskan oleh MFL di mana saya percaya ini adalah untuk peningkatan dan penambahbaikan liga bola sepak kita,” jelasnya.", "Selain itu, Maniam turut menganggap aspek kewangan untuk skuad ini tidak menjadi kerisauan besar apatah lagi ditambah dengan pertambahan perlawanan pada musim depan akan memberi peluang kepada setiap pasukan menjana pendapatan tambahan daripada setiap aksi.", "Dan apa yang pasti, beliau teruja dengan pembabitan 18 pasukan di pentas Liga Super selain turut akan membantu pemain-pemain untuk lebih mendapatkan minit permainan di atas padang.", "“Saya rasa PJ City tidak akan ada masalah dalam hal kewangan dan mereka tahu bagaimana ingin menguruskan pasukan, saya tidak pasti percaturan pasukan lain, tetapi kami di sini tahu macam mana nak menjaga pasukan.", "“Dengan 18 pasukan yang akan beraksi, dan lebih banyak perlawanan adalah sesuatu yang positif dan bagus untuk liga.", "“Apabila banyak perlawanan, ia akan bantu pemain-pemain untuk dapat peluang bermain dan senang untuk pemilihan di skuad kebangsaan nanti,” tambahnya.", "Terdahulu, PJ City tewas 1-2 kepada Sabah FC dalam perlawanan Liga Super semalam menyaksikan pasukan itu menghuni tangga kesembilan setakat ini.", "Featured Image: PJ City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219896/", "headline": "\nPerlumbaan Di India Tambahan Baharu MotoGP Bermula Musim 2023\n", "content": ["India menjadi destinasi baharu bagi perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP dalam kalendar musim 2023 kelak. Perkara tersebut disahkan menerusi satu pengumuman rasmi pada hari ini.", "Perlumbaan di negara berpopulasi 1.4 bilion itu akan berlangsung di Litar Antarabangsa Buddh yang terletak di Uttar Pradesh – selatan New Delhi.", "India merupakan salah sebuah pasaran motosikal yang besar di dunia dengan lebih 200 juta motosikal memenuhi jalan rayanya. Dan ini juga menjadi fokus utama pengeluar-pengeluar di paddock MotoGP. Selain itu, penganjuran di India akan mendekatkan lagi sukan permotoran ini dengan peminat di rantau tersebut.", "Minggu lalu MotoGP telah memberikan bayangan akan mengadakan perlumbaan di sana selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta melawat India untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) serta bertemu dengan pihak berautoriti dan penganjur acara.", "Sebagai tambahan, pengumuman India sebagai destinasi perlumbaan baharu bermula musim hadapan ini juga hadir tiga hari selepas MotoGP mengumumkan penambahan perlumbaan di negara asia tengah, Kazakhstan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218219/", "headline": "\nSelangor Sedang Meneliti Beberapa Perkara Berkaitan Stadium Shah Alam – Termasuk Merobohkannya\n", "content": ["Kerajaan Selangor kini sedang dalam peringkat peneilitian jangka masa panjang untuk salah satu stadium popular di negeri tersebut, Stadium Shah Alam.", "Selangor sedang melihat dan meneliti beberapa perkara berkaitan dengan kos selenggara untuk stadium tersebut. Ia dikatakan menelan sehingga RM5 juta untuk setahun.", "Kini, mereka sedang melihat kepada pelan jangka panjang untuk stadium tersebut, termasuk untuk merobohkannya.", "Keputusan akhir akan dilakukan selepas mengambil kira beberapa perkara, termasuk dari segi sokongan teknologi, keselamatan dan juga penyelenggaraan.", "Kerajaan Selangor dijangka berkongsi lanjut berkenaan perancangan jangka masa panjang Stadium Shah Alam pada 16 Julai 2022 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219101/", "headline": "\nMalaysia Berentap Di Kejohanan Dodgeball Dunia Bermula 28 Ogos\n", "content": ["Skuad dodgeball Malaysia akan turun mengambil bahagian di Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 yang akan berlangsung di Edmonton, Canada bermula 28 Ogos hingga 4 September kelak.", "Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu lelaki, wanita dan kategori baharu, campuran.", "Untuk makluman semua, skuad dodgeball lelaki negara berada di ranking No.1 dunia manakala skuad wanita pula adalah No.2 dunia.", "Sebagai rekod, Malaysia turun di kejohanan ini selaku naib juara apabila skuad lelaki dan wanita merangkul pingat perak dalam edisi yang berlangsung di Cancun, Mexico pada tahun 2019.", "Edisi sebelumnya yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2018 menyaksikan skuad lelaki merangkul pingat emas manakala skuad wanita membawa pulang pingat perak.", "Kali terakhir Malaysia menyapu bersih kedua-dua pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita adalah pada edisi tahun 2017 yang berlangsung di Toronto, Kanada."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217925/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Zii Jia Balas Dendam Kekalahan Kepada Sameer Di Terbuka Thailand\n", "content": ["Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia menerima satu kejutan apabila disingkirkan oleh Sameer Verma seawal peringkat Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Thailand pada tahun lalu.", "Itulah yang berlaku dalam pertemuan terakhir melibatkan Zii Jia dan Sameer pada pertemuan terakhir mereka di pentas antarabangsa.", "Namun begitu, pemain yang menghuni ranking kelima dunia ini berhasil membalas dendam terhadap kekalahan di tangan pemain India tersebut dengan merekodkan kemenangan di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Indonesia 2022, hari ini.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MS – Round of 1621 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅10 13 🇮🇳Sameer VERMA", "🕗 in 41 minutes https://t.co/DuCW5qkaVi", "— BWFScore (@BWFScore) June 16, 2022", "Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Zii Jia menampilkan prestasi cemerlang di atas gelanggang dan menumpaskan Sameer secara “straight set” dengan keputusan 21-10 dan 21-13 dalam tempoh masa 41 minit.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketujuh melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa. Kemenangan ini menjadikan Zii Jia berhasil melebarkan rekod kemenangan menjadi lima berbanding dua yang dimenangi oleh Sameer.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini memacu Zii Jia ke peringkat suku akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF yang akan berlangsung pada hari esok.", "Bagaimanapun, lawannya di peringkat suku akhir belum diketahui. Namun, ianya akan menjadi samada pemain Singapura, Loh Kean Yew (ranking kesembilan) atau pemain Perancis, Toma Junior Popov (ranking ke-26)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325175/", "headline": "\nBelum Tiba Masanya Arif Aiman Ke Luar Negara\n", "content": ["Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan belum tiba masanya buat pemain muda sensasi tempatan, Arif Aiman untuk berhijrah ke luar negara biarpun beraksi dengan cukup baik bersama skuad kebangsaan dan kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT)", "Menurut Safee, pemain berusia 21 tahun itu masih mempunyai jangka masa yang panjang untuk mencapai potensinya dan kini berada di pasukan yang tepat dalam mengembangkan bakatnya. ", "“Bagi saya, Arif Aiman masih muda, masih jauh lagi perjalanan dia dan dia berada dalam pasukan yang sesuai buat masa sekarang. Saya risau kalau dia pergi ke peringkat yang lebih tinggi, cepat performance (prestasi) dia akan down (jatuh).”", "“Saya rasa bagi dia masa lagi untuk berada dalam JDT. Kalau dia pergi ke luar dengan umurnya 21, 22 (tahun), saya rasa takut performance dia tak akan naik. Bagi dia explore (terokai) lagi (bakatnya) dalam JDT sebab bola ini, kalau terlalu cepat naik, akan cepat turun.” ujar Safee ketika ditemui wartawan selepas Kongres Tahunan FAM Kali Ke-59. ", "Bekas penyerang Pelita Jaya FC di Indonesia itu turut mencadangkan Arif Aiman untuk berhijrah ke liga sekitar asia seperti di timur tengah berbanding ke eropah yang berbeza tahap intensiti dan taraf permainannya. ", "Nama Arif Aiman mula disebut-sebut untuk berhijrah ke luar negara selepas menampilkan aksi cemerlang sejak dua musim yang lalu bersama JDT dan prestasinya turut mendapat perhatian pemerhati bola sepak tempatan serta media antarabangsa.", "Untuk rekod, Arif Aiman telah menjaringkan lima gol dan mencatatkan 9 bantuan gol (assists) dalam saingan Liga Super selain menjaringkan hatrik berganda dalam seminggu ketika mewakili Harimau Malaya semasa jendela antarabangsa FIFA dan JDT dalam Piala FA. ", "Featured Image: PFAM | Syamil Rosli"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323340/", "headline": "\nBAC 2023: Soon Huat-Shevon Kalah 11 Kali Bertemu Si Wei-Ya Qiong\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan  Shevon Jemie Lai berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 setelah menumpaskan pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari.", "Dalam perlawanan terbabit, Soon Huat-Shevon yang kini merupakan beregu campuran No.1 tanah air merakamkan kemenangan ke atas Rinov-Pitha menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengans skor 21-17, 15-21 dan 21-19 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "Namun begitu, kemenangan tersebut membawa mereka berhadapn dengan cabaran besar kerana bakal bertemu beregu campuran No.1 dunia merangkap juara bertahan serta lawan yang tidak pernah mereka tumpaskan dalam 11 pertemuan secara keseluruhan iaitu Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong.", "Soon Huat-Shevon bukan sahaja belum pernah mencatatkan sebarang kemenangan bahkan sepuluh daripada 11 pertemuan terbabit berakhir dengan Si Wei-Ya Qiong mencatatkan kemenangan “straight set”.", "Setakat tahun 2023, mereka telah berhadapan dengan Si Wei-Ya Qiong sebanyak dua kali iaitu di kejohanan Terbuka Malaysia dan Terbuka India pada Januari lalu. Kedua-dua pertarungan itu menyaksikan Soon Huat-Ya Qiong tumpas 16-21 dan 10-21 serta 11-21 dan 7-21 masing-masing.", "Untuk makluman, Si Wei-Ya Qiong berhasil ke peringkat separuh akhir setelah merakamkan kemenangan ke atas bekas beregu No.1 Indonesia, Praveen Jordan dan Melati Daeva Oktavianti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217895/", "headline": "\nHarimau Malaya Mara Ke Saingan Piala Asia Secara Merit Selepas 42 Tahun\n", "content": ["Kemarau panjang yang berlarutan sehingga 42 tahun nampaknya menemui penghujungnya. Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya berhasil melayakkan diri ke saingan Piala Asia secara merit, pada hari ini.", "Kemaraan tersebut disahkan selepas Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Korea, Kim Pan-gon berhasil menumpaskan Bangladesh dengan keputusan 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Kemenangan ini diraih menerusi jaringan yang disumbangkan oleh Safawi Rasid (16′), Dion Cools (38′), Syafiq Ahmad (47′) dan Darren Lok (73′). Manakala gol tunggal Bangladesh pula dihasilkan oleh Mohammad Ibrahim (31′).", "Kemenangan ini menjadikan Malaysia mengutip enam mata daripada tiga perlawanan sekaligus menamatkan saingan peringkat Kumpulan E selaku naib juara.", "Skuad Harimau Malaya melayakkan diri apabila menjadi pasukan ketiga daripada enam naib juara merentasi semua kumpulan di dalam saingan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini. Untuk makluman semua, hanya lima daripada enam naib juara terbaik sahaja yang layak mara ke pentas asia.", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke saingan Piala Asia secara merit adalah pada edisi 1980 yang berlangsung di Kuwait.", "Sementara itu, pada tahun 2007, Malaysia beraksi di pentas asia selaku hos bersama-sama tiga negara lain iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia.", "Sebagai tambahan, pada saat ini sebanyak  22 pasukan termasuk Malaysia telah disahkan layak ke saingan Piala Asia 2023. Pasukan-pasukan tersebut ialah Jepun, Syria, Qatar, Republik Korea, Australia, Iran, Arab Saudi, UAE, China, Iraq, Oman, Vietnam, Lubnan, Palestin, Thailand, Uzbekistan, Hong Kong, India, Kyrgyzstan dan Tajikistan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321835/", "headline": "\nRTM Bakal Wujudkan Saluran Sukan Tambahan Khas Untuk Sukan Tempatan\n", "content": ["Stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal mewujudkan sebuah lagi saluran sukan yang mengkhususkan kepada kandungan sukan tempatan.", "Perkara tersebut diungkapkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dengan Jabatan Penyiaran telah diminta untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya terutamanya membabitkan isu kandungan dan kos pelaksanaan.", "Difahamkan ianya akan diwujudkan menjelang suku kedua tahun ini.", "12 Februari – Ke arah itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Jabatan Penyiaran telah diminta untuk meneliti dan mengkaji pelaksanaannya. https://t.co/EAUMof4MR0", "Wartawan : Dian Fatiha Maknoh@fahmi_fadzil @KP_Penyiaran @kkd_gov #RTM #BeritaRTM pic.twitter.com/EyinS2sO39", "— Berita RTM (@beritartm) February 12, 2023", "“Ia ada penyelarasan kerana kini sebagai contoh, kebanyakan acara Liga Bolasepak Malaysia (MFL) disiarkan di TV2 dan TV1, jadi dengan usaha ini, kedua-dua siaran itu akan dapat diisi dengan program tambahan yang lain.”", "“Saya mahu kalau boleh ada saluran yang khusus di ‘free to air’,” katanya seperti dipetik daripada perkongsian akaun Instagram Berita RTM.", "Tambah Fahmi yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, usaha ini merupakan satu cara kementerian memberi sokongan kepada atlet dan peminat sukan tanah air.", "Untuk makluman semua, RTM sudah memiliki saluran Sukan RTM yang boleh ditonton di myFreeview menerusi saluran 111 dalam format definisi tinggi (HD). Selain itu, ianya turut sama boleh ditonton di aplikasi dan laman sesawang RTM Klik.", "Featured Image: Facebook Fahmi Fadzil"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221074/", "headline": "\nGandingan Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong Raih 10 Kejuaraan Tahun 2022\n", "content": ["Beregu campuran China, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong muncul sebagai pasangan yang merangkul kejuaraan paling banyak bagi tahun 2022 sekaligus menjadikan tahun paling gemilang dalam karier badminton mereka. ", "Gandingan Si Wei-Ya Qiong mengesahkan merangkul sepuluh kejuaraan sepanjang tahun ini selepas berjaya menumpaskan pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai dalam perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2022, semalam.", "Dalam pertarungan terbabit, pasangan yang berusia 25 dan 28 tahun masing-masing ini melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 18-21 dan 21-13 dalam tempoh sekitar satu jam permainan di atas gelanggang.", "What a year for the world No.1⃣s. 🇨🇳", "— BWF (@bwfmedia) December 11, 2022", "Untuk makluman, ini juga merupakan kejuaraan Jelajah Dunia Akhir BWF yang kedua dimenangi oleh gandingan campuran No.3 dunia ini selepas memenanginya buat kali pertama pada edisi 2019.", "Sebelum ini, Si Wei-Ya Qiong telah berhasil merangkul sembilan kejuaraan yang terdiri daripada Kejohanan Badminton Asia, Terbuka Thailand, Indonesia Masters, Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Malaysia Masters, Kejohanan Dunia BWF, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.", "Sepuluh kejuaraan yang dirangkul sepanjang 2022 ini merupakan yang terbanyak pernah dicapai oleh Si Wei-Ya Qiong setakat ini.", "Rekod kejuaraan ini mengatasi pencapaian direkodkan oleh mereka pada tahun 2018 lalu dengan merangkul sembilan kejuaraan yang terdiri daripada Indonesia Masters, Terbuka Malaysia, Kejohanan Dunia BWF, Sukan Asia, Terbuka Jepun, Terbuka China, Terbuka Denmark, Terbuka Perancis dan Terbuka China Fuzhou.", "Featured Image: Jerry Lee & Emman Flavier / Badminton Asia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207239/", "headline": "\nBekas Bos Pasukan Ferrari, Domenicali Bakal CEO Baharu F1?\n", "content": ["Bekas bos pasukan Scuderia Ferrari, Stefano Domenicali disebut-sebut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu untuk sukan Formula One (F1) menurut satu laporan oleh RaceFans.", "Ketika ini jawatan tersebut disandang oleh Chase Carey. Beliau telah memegang jawatan tersebut sejak F1 diambil alih oleh Liberty Group pada awal 2017.", "Carey juga merupakan Pengerusi F1 pada ketika ini, dan dilaporkan akan terus bersama sukan tersebut sebagai pengerusi, namun bukan lagi sebagai CEO.", "NEW: Ex-Ferrari boss Domenicali to take over as Formula 1 CEO – https://t.co/ISYYaX9FfM By @racinglines @racefansdotnet#F1", "Andai berita ini benar-benar menjadi kenyataan, ia akan melihat Domenicali kembali semula ke F1 selepas kira-kira enam tahun meninggalkannya.", "Domenicali memulakan kerjayanya dalam F1 bersama Scuderia Ferrari pada tahun 1991. ", "Beliau mengambil alih peranan sebagai bos pasukan Ferrari pada 2008 daripada Jean Todt, yang seterusnya memenangi kejuaraan bersama pengeluar F1 pada tahun tersebut.", "Domenicali steps down as Ferrari team principal http://t.co/FKqAvR9nHL #F1", "Domenicali meninggalkan Ferrari dan F1 selepas prestasi yang hambar ditunjukkan pasukan pada awal musim 2014. ", "Beliau seterusnya bekerja bersama syarikat kereta sukan mewah, Lamborghini dan tidak pernah kembali lagi ke F1."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114005/", "headline": "\nHampir 24 Tahun Main Bola, Shukor Mahu Gantung But Selepas Lawan JDT\n", "content": ["Selepas hampir suku abad bermain bola, final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam esok akan menjadi perlawanan terakhir buat pemain senior Kuala Lumpur City (KL City), Shukor Adan.", "Pertahanan berusia 42 itu mengumumkan rancangan persaraannya daripada bola sepak profesional ketika sidang media praperlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari ini.", "“Dalam umur saya 42 tahun, saya tak sangka pula akan ke final, terima kasih kepada Coach Bojan, walaupun saya kurang minit permainan (di pentas Piala Malaysia), atas kepercayaan Coach Bojan saya berada dalam skuad.”", "“Benda ni bukan satu perkara yang mudah, kalau Kuala Lumpur (dengan izin Allah) ditakdirkan memenangi Piala Malaysia esok, saya ingin umumkan persaraan saya.”", "“Sebenarnya, ini merupakan tahun terakhir saya sebagai pemain bola sepak, jadi (ini) merupakan satu pencapaian dalam karier saya beraksi di pentas final walaupun tidak bermain sekalipun, saya (tetap) berasa bangga.” katanya.", "Beliau tidak menafikan ia merupakan perkara yang menyedihkan untuk menggantung but terutamanya telah berkecimpung sebagai di dalam dunia bola sepak hampir selama 24 tahun.", "Namun, ini menjadi momen terbaik buatnya untuk mengumumkan menggantung but dan menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.", "Untuk makluman semua, sepanjang hampir 24 tahun tersebut, Shukor telah menyarung jersi Negeri Sembilan, Selangor, Angkatan Tentera Malaysaia (ATM), Felda United dan Melaka sebelum menyertai skuad Ibu Kota.", "Sebagai rekod, Shukor telah menjulang trofi Piala Malaysia sebanyak 4 kali sebelum ini ketika memenanginya bersama Selangor dan Negeri Sembilan sebanyak dua kali masing-masing.", "Difahamkan, Shukor yang juga merupakan bekas kapten skuad Harimau Malaya suatu masa dahulu telah dilamar sebagai penolong ketua jurulatih KL City pada musim hadapan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114275/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Tiada Masalah Buat Liew Daren Singkirkan Pemain Israel di Pusingan 64\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Liew Daren, 34 tahun, tidak mempunyai masalah berhadapan pemain Israel, Misha Zilberman pada Pusingan 64 di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Daren yang menghuni ranking ke-36 dunia berhasil meraih kemenangan ‘straight set’ dengan keputusan 21-14 dan 21-14 ke atas Misha, ranking ke-47, dalam tempoh masa sekitar 40 minit, sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 6421 21 🇲🇾Daren LIEW🏅14 14 🇮🇱Misha ZILBERMAN🕗 in 39 minutes https://t.co/2so6i85Neh", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertarungan yang ketiga melibatkan kedua-dua pemain ini. Dua pertembungan terdahulu di Kejohanan Dunia 2018 dan Terbuka India 2018 menyaksikan kedua-dua kemenangan turut berpihak kepada Daren.", "Sementara itu, Daren berkemungkinan besar bakal bertemu pemain Hong Kong yang diletakkan sebagai pilihan ke-8 untuk menjuarai kejohanan ini iaitu Ng Ka Long Angus di Pusingan 32.", "Bagaimanapun, pemain yang berada di kedudukan ke-9 dunia itu perlu melepasi pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di ranking ke-32 dunia pada Pusingan 64 hari ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323999/", "headline": "\nMalaysia Masters: Kejang Otot Hujung Perlawanan Halang Aidil Atasi Pemenang Emas Sukan SEA 2023\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh terpaksa akur tunduk kepada pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Christian Adinata dalam aksi akhir peringkat kelayakan Malaysia Masters 2023. ", "Mengulas lebih lanjut, Aidil mendedahkan bahawa dirinya hampir mengalami kekejangan otot dan kesakitan yang dialaminya itu menyebabkan tempo permainan yang dipamerkan menjadi semakin perlahan pada set ketiga perlawanan. ", "“Pada set ketiga itu, saya jaga kaki saya. Saya pun dah nak ‘cramp’ (kejang) tadi. Takut ‘cramp’ terus, saya tak boleh main pula nanti. Itu sebab saya main ‘jauh-jauh’ tadi.”", "“Saya rasa agak puas hati tadi main dengan dia (Adinata), dapat ‘rubber game’ (set penentuan) tapi nak menang itu tak dapat pula,” ulas Aidil ketika ditemu ramah wartawan selepas perlawanan menentang Adinata. ", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMS – Qual. QF16 21 22 🇮🇩Christian ADINATA🥇", "21 15 20 🇲🇾Sholeh AIDIL", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Dalam perlawanan tersebut, Aidil terlebih dahulu berada di hadapan selepas memenangi set pertama (21-16) sebelum tewas pada set kedua (15-21) dan mengesahkan kemenangan pada set ketiga (22-20) dalam perlawanan yang berlangsung selama 77 minit itu. ", "Untuk rekod, Aidil pernah bertemu dengan Adinata dalam saingan Indonesia Masters 2022 yang turut memihak kepada pemain berusia 22 tahun itu dengan keputusan “straight set” 15-21 dan 17-21.", "Selain Aidil, empat lagi perseorangan lelaki negara iaitu Leong Jun Hao, Soong Joo Ven, Cheam June Wei dan Mohamed Sikkander Mohamad Hafiz turut terkandas di peringkat kelayakan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324952/", "headline": "\nRanking UCI: Azizulhasni Pelumba Keirin No.3 Dunia Selepas Muncul Juara Asia\n", "content": ["Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencatatkan peningkatan drastik dalam Ranking UCI bagi acara keirin selepas menjuarai perlumbaan di Kejuaraan Basikal Trek Asia 2023 (ACC) baru-baru ini.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Azizul yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman merakamkan loncatan sebanyak tujuh anak tangga sekaligus menghuni tangga ketiga dunia bagi acara berkenaan berbanding tangga kesepuluh pada minggu lalu.", "Untuk makluman, kejayaan beliau merangkul emas dalam acara keirin di ACC 2023 baru-baru ini telah menyumbang sebanyak 600 mata sekaligus menjadikan pelumba berusia 35 tahun kelahiran Terengganu itu mengumpul 2,644 mata secara keseluruhan.", "A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)", "Sementara itu, dalam satu lagi acara berasingan iaitu pecut, Azizul melakarkan peningkatan yang lebih memberangsangkan selepas turut menjuarai perlumbaan acara pecut dalam kejohanan yang sama pada minggu lalu di Velodrom Nasional, Nilai.", "Minggu lalu, Azizul berada di tangga ke-19 dunia namun setelah merangkul emas dalam acara pecut yang turut memberikannya 600 mata, beliau berhasil melakar lonjakan sebanyak 13 anak tangga sekaligus meletakkannya di tangga keenam dalam Ranking UCI dengan kutipan 2,289 mata secara keseluruhan.", "“Syukur Alhamdulillah, ranking dunia semasa saya telah naik beberapa anak tangga. Seperti gambar yang dikongsikan kepada semua, ranking dunia saya sekarang adalah Keirin – 3, Individual Sprint – 6.", "“Sedikit sebanyak ini memberikan suntikan semangat untuk beraksi di Kejohanan Dunia di Glasgow nanti dan juga langkah yang amat positif didalam proses kelayakkan ke Sukan Olimpik Paris 2024. ", "“Terima kasih tidak terhingga diatas sokongan dan doa daripada anda semua.” tulis Azizul menerusi pelbagai platform media sosialnya pada hari ini.", "Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang merangkul pingat gangsa dalam acara keirin di kejohanan yang sama merekodkan penurunan satu anak tangga berbanding minggu lalu namun masih berada dalam kelompok sepuluh pelumba terbaik dunia iaitu tempat ketujuh."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219751/", "headline": "\nKing’s Cup: Tajikistan Cipta Kejutan Ke Atas Trinidad & Tobago\n", "content": ["Saingan King’s Cup membuka tirai dengan skuad kebangsaan Tajikistan mencipta kejutan ke atas Trinidad & Tobago di peringkat separuh akhir.", "Kejutan itu sekaligus membolehkan Tajikistan yang dibimbing Petar Segrt melangkah ke perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 25 September kelak.", "Dalam perlawanan terbabit Trinidad yang menghuni ranking ke-101 dunia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Judah Gracia pada minit 27. Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada skuad kendalian Angus Eve.", "#ChangsuekLive Full Time หมดเวลาการเเข่งขัน ฟุตบอลชิงถ้วยพระราชทานคิงส์คัพ ครั้งที่ 48 รอบรองชนะเลิศ", "🇹🇹 ทีมชาติตรินิแดด แอนด์ โตเบโก 1-2 ทีมชาติทาจิกิสถาน 🇹🇯#ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FIFADAY #InternationalAmatch #KingsCup48 #คิงส์คัพ #ผลบอล pic.twitter.com/AlF0EhY4x3", "— Changsuek (@Changsuek_TH) September 22, 2022", "Bagaimanapun, Tajikistan, ranking ke-109, berhasil bangkit menyamakan kedudukan menerusi Muhammadzhon Rahimov pada minit 47’. Sekitar 15 minit sebelum tamatnya waktu permainan, Tajikistan berhasil menembusi gawang Trinidad menerusi pemain gantian, Ekhsoni Pandzhshanbe.", "Kedudukan 2-1 itu berkekalan sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan.", "Tajikistan akan menantikan cabaran samada tuan rumah, Thailand atau Malaysia di perlawanan akhir kelak. Trinidad pula akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga, pada hari yang sama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215579/", "headline": "\nSarawak United Lengkapkan Kuota Import Dengan Pemain Perancis-Kemboja, Ivory-Togo & Argentina-Itali\n", "content": ["Jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2022 telah pun ditutup dan pendatang baharu Liga Super, Sarawak United sempat melengkapkan kuota importnya dengan kehadiran tiga pemain baharu.", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, pasukan yang mendapat julukan Kenyalang Emas ini merekrut khidmat pemain tengah kacukan Perancis-Kemboja, penyerang Ivory-Togo dan pertahanan Argentina-Itali.", "⚫🔴🟡Welcome to Sarawak Boris Kok!!Berasal dari Kemboja 🇰🇭 untuk memperkuatkan lagi barisan tengah Kenyalang Emas!#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/IIAZ7i0zLU", "Paling mencuri tumpuan, kehadiran pemain tengah kelahiran Perancis berdarah Kemboja, Boris Kok yang berusia 30 tahun. Bekas pemain Liga Perancis dan Phnom Penh Crown FC ini ditandatangani oleh Sarawak United untuk mengisi kuota pemain import ASEAN.", "Keduanya, skuad kendalian E. Elavarasan mendapatkan penyerang kacukan Ivory-Togo merangkap bekas pemain dua buah pasukan Liga Malaysia iaitu Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, Francis Kone yang berusia 31 tahun.", "⚫🔴🟡Welcome to Sarawak Gonzalo Manuel Soto 🇦🇷Our new centre-back!#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/HcYsq7siK6", "Melengkapkan kuota pemain mereka adalah pertahanan kelahiran Argentina yang mempunyai kerakyatan Itali, Gonzalo Manuel Soto. Dia juga berumur 31 tahun dan pernah beraksi dalam kancah tempatan bersama Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) sekitar tahun 2016 dan 2017.", "Sementara itu, dua pemain import lagi merupakan pemain yang dikekalkan daripada skuad musim lalu. Mereka ialah Uche Agba (Nigeria) dan Lee Chang-hoon (Republik Korea) yang merupakan penyerang dan pemain sayap masing-masing.", "Untuk makluman semua, Sarawak United bakal membuka kempen Liga Super dengan menentang naib juara pada musim lalu, Kedah Darul Aman FC (Kedah) pada 4 Mac di laman sendiri, Stadium Negeri, Kuching.", "Featured Image: Sarawak United FC Officials"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214536/", "headline": "\nGoh Jin Wei Umum Sambung Karier Badminton Sebagai ‘Independent Player’\n", "content": ["Pemain perseorangan wanita negara merangkap juara remaja dunia sebanyak dua kali, Goh Jin Wei yang bersara sekitar dua bulan lalu mengumumkan menyambung kembali karier badmintonnya.", "Bagaimanapun, pemain berusia 21 tahun ini akan kembali beraksi sebagai ‘independent player’ atau pemain bebas bukan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Perkembangan terbaru ini diumumkan sendiri oleh Jin Wei menerusi satu video berdurasi dua minit yang dimuat naik di saluran (channel) miliknya di Youtube, malam tadi.", "“Semua orang tahu, saya telah bersara daripada skuad kebangsaan dua bulan lalu, sejak daripada itu saya hidup dalam penyesalan setiap hari.” ", "“Tidak dinafikan badminton telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya sangat berharap untuk kembali bermain tanpa menghiraukan sebarang status atau tahap.”", "“Buat masa sekarang, saya berhajat untuk menyambung karier (badminton) saya sebagai pemain bebas.” kata pemain kelahiran Pulau Pinang ini.", "Dalam video yang sama, Jin Wei turut berkongsikan hasratnya untuk kembali beraksi di gelanggang turut mendapat perhatian BAM dan telah dipelawa untuk kembali bersama skuad kebangsaan.", "“Saya sangat berbesar hati dipelawa menyertai (kembali) skuad kebangsaan, saya tidak dapat jelaskan bagaimana perkara ini sangat bermakna buat saya,”", "“Ini merupakan penghormatan yang besar buat saya untuk menerima pelawaan sebegini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada skuad kebangsaan kerana mempercayai saya,” tambahnya.", "Bagaimanapun, pelawaan tersebut ditolak dengan baik oleh Jin Wei kerana tidak mampu memberikan komitmen 100% serta memenuhi tuntutan dan kelayakan untuk skuad kebangsaan buat masa ini kerana masalah kesihatannya.", "Pada pendapatnya, perkara ini akan merugikan negara dan menutup peluang buat pemain lain bersama skuad kebangsaan.", "Untuk makluman semua, Jin Wei membuat keputusan mengumumkan persaraan sekitar September 2021 kerana bergelut dengan tahap kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian ususnya pada tahun 2019.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219826/", "headline": "\nRanking BWF: ‘Patatimo Boys’ Duduki Tangga Ke-50, Man-Tee Masuki Kelompok 25 Terbaik\n", "content": ["Beregu badminton lelaki muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri berhasil menggapai satu lagi kedudukan tertinggi dalam karier mereka pada minggu ini.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasangan yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ kini berada di ranking ke-50 dunia buat pertama kali.", "Arif-Haikal yang mempunyai 30,550 mata berada di kedudukan berkenaan selepas melangkau empat anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan peningkatan positif kesepuluh direkodkan oleh pemain berusia 20 dan 19 tahun masing-masing ini dalam tahun 2022. Sebagai perbandingan, mereka bermula di ranking ke-103 pada 3 Januari lalu.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula menempatkan mereka dalam kelompok 25 beregu terbaik dunia dengan berada di ranking ke-24, minggu ini.", "Setakat ini, Wei Chong-Kai Wun yang berusia 23 dan 22 tahun masing-masing memiliki 47,200 mata dan melangkau tiga anak tangga berbanding kedudukan pada minggu lalu.", "Bagi Wei Chong-Kai Wun pula, ini merupakan peningkatan positif kesembilan yang diraih bagi tahun ini. Pada 3 Januari lalu, mereka bermula di ranking ke-64 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218265/", "headline": "\nPemilik Man City, CFG Ambil Alih Satu Lagi Kelab – Palermo FC\n", "content": ["City Football Group (CFG) yang merupakan pemilik kepada Manchester City (Man City) menambah satu lagi kelab bola sepak di bawah pegangannya.", "Terbaru, kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Itali, Palermo FC menjadi miliknya selepas mengambil alih pegangan majoriti pasukan tersebut.", "Perkara ini turut dimaklumkan oleh Palermo menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawang dan pelbagai platform media sosial milik pasukan berpangkalan di Pulau Sicily, semalam.", "Welcome to the family, @Palermofficial! 💙", "— Manchester City (@ManCity) July 4, 2022", "Sementara itu, walaupun telah dimiliki oleh CFG, pemilik lama pasukan berkenaan, Dario Mirri akan kekal sebagai Presiden dan Ahli Lembaga Pengarah Palermo FC.", "Bagi musim 2021-22 kelak, Palermo akan beraksi dalam saingan divisyen dua, Serie B. Mereka mendapat promosi ini selepas berjaya menumpaskan Padova 2-0 secara agregat dalam perlawanan “play-off”, baru-baru ini. ", "Untuk makluman semua, di bawah payung CFG yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini, mereka memiliki serta mempunyai pegangan terhadap 12 kelab bola sepak di seluruh dunia.", "Selain daripada Man City, mereka memiliki pegangan dalam New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne FC (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun), Montevideo City Torque (Uruguay), Girona Futbol Club (Sepanyol), Sichuan Jiuniu FC (China), Mumbai City FC (India), Lommel SK (Belgium), Estac (Perancis) dan terbaru, Palermo FC (Itali).", "Selain itu, mereka turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah kelab berpangkalan di Bolivia iaitu Club Bolivar."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207060/", "headline": "\nPemilik TRW Kelantan FC Lawat USM ‘Belajar’ Berkenaan Sains Sukan\n", "content": ["Bukan sekadar cakap kosong, pemilik pasukan TRW Kelantan FC telah melakukan lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian bagi mendapatkan nasihat berkenaan sains sukan.", "Sebelum ini, dalam satu temubual bersama [email protected], pemiliknya, Norizam Tukiman mengumumkan mahu menjalinkan kerjasama bersama USM.", "Kerjasama itu mahu dijalankan bagi menerapkan sains sukan dalam rutin latihan pasukan TRW Kelantan FC sekaligus akan memaksimumkan kemampuan dan pontensi para pemainnya.", "Dalam lawatan yang dilakukan oleh Norizam semalam, delegasi TRW Kelantan FC telah dijemput untuk bertemu dengan beberapa ahli akademik di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM.", "Antaranya Profesor Oleksandr Krasilshchikov yang mempunyai pengalaman berkenaan sukan dalam temasya besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia Selatan dan Sukan Olimpik. ", "Selain itu, Norizam turut bertemu dengan Pakar Teknologi Makanan, Profesor Dr. Wan Rosli dan Pensyarah Program Sains Senaman dan Sukan, Encik Erie Zuraidee.", "Berdasarkan reaksi oleh para peminat dan penyokong di ruangan komen, rata-rata memberikan pujian dan sokongan atas usaha yang dilakukan oleh Norizam tersebut.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219783/", "headline": "\nKing’s Cup: Tajikistan Muncul Juara, Atasi Malaysia Menerusi Penalti\n", "content": ["Tajikistan muncul juara buat pertama kali saingan King’s Cup yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).", "Kejuaraan itu dicetak setelah menundukkan Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.", "Skuad bimbingan Petar Sagrt memenangi penentuan sepakan penalti tersebut dengan skor 3-0. Ketiga-tiga taruhan awal skuad negara iaitu Dion Cools, Nazmi Faiz dan Safawi Rasid gagal menjaringkan sebarang gol sekaligus memberikan kemenangan kepada Tajikistan.", "Sebelum itu, aksi 90 minit permainan yang berlangsung di 700th Anniversary Stadium, Ciang Mai dalam keadaan hujan lebat antara Malaysia dan Tajikistan terikat tanpa sebarang jaringan.", "Keputusan itu didorong oleh kecemerlangan penjaga gol negara, Syihan Hazmi yang mengekang beberapa percubaan tepat daripada pemain Tajikistan sepanjang permainan tersebut.", "Ini menjadikan Malaysia menamatkan kempen King’s Cup edisi kali ke-48 selaku naib juara.", "Sementara itu, tuan rumah, Thailand pula menamatkan kempen ini selaku pasukan di tempat ketiga selepas berjaya menumpaskan Trinidad & Tobago, petang tadi.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325124/", "headline": "\nSang Kenari Ganti Lira Dengan Penjaring Terbanyak Liga Super 2020 & 2021\n", "content": ["Bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olusegun bakal kembali menghangatkan saingan Liga Malaysia 2023 apabila disahkan menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka bermula 5 Julai nanti.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan melalui pelbagai media sosial Kedah Darul Aman (Kedah) FC, sebentar tadi. ", "Seperti sedia maklum, reputasi Ifedayo amat digeruni lawan selepas menjaringkan 70 gol Liga Super setakat ini hasil enam musimnya bersama tiga kelab berbeza; Felda United, Melaka United dan Selangor.", "Jumlah gol tersebut meletakkan pemegang dwikerakyatan Nigeria-Bahrain itu penjaring kelima terbanyak liga utama Malaysia di belakang Indra Putra Mahyuddin (102), Ashaari Samsuddin (84), Amri Yahyah (79) dan Baddrol Bakhtiar (77).", "IFEDAYO OLUSEGUN, PENYERANG BAHARU DIGERUNI SANG KENARI", "Tidak asing dengan Liga Malaysia, nama Ifedayo kembali dan kali ini pasukan Sang Kenari menjadi medan terbaik beliau. https://t.co/5j0bwkFFVr pic.twitter.com/XVF0zqj7CJ", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) June 28, 2023", "Dalam pada itu, dia turut memimpin senarai penjaring terbanyak import dalam sejarah Liga Super, diikuti penyerang Johor Darul Ta’zim, Bergson (61) dan penyerang legenda Kedah serta ATM FA, Marlon Alex James (60).", "Daripada 70 gol yang dijaringkan, 38 gol dalam dua musim bersama Selangor menyaksikan Ifedayo dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super bagi musim 2020 dan 2021. ", "Kehadiran pemain berusia 32 tahun itu diharapkan dapat menggantikan kekosongan yang ditinggalkan bekas penjaring terbanyak skuad berjulukan Sang Kenari, Willian Lira yang sah tidak lagi bersama pasukan tersebut. ", "Sebelum ini, Willian Lira telah dilepaskan Kedah selepas tampil dalam 14 perlawanan dan menjaringkan lapan gol. Walaupun begitu, hala tuju penyerang Brazil itu masih belum diketahui.", "Featured Image: Melaka United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217346/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Bahrain, Turkmenistan Uji Juara Piala AFF Sebelum Bertemu Malaysia Di SNBJ\n", "content": ["Pasukan kebangsaan yang berada di tangga ke-89 dan ke-134 dunia iaitu Bahrain dan Turkmenistan akan menguji juara Piala AFF 2020, Thailand sebelum turun beraksi menentang Malaysia dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur.", "‘Uji kaji’ Bahrain dan Turkmenistan bertemu Thailand di negara terbabit dilihat sebagai persiapan rapi oleh kedua-dua pasukan tersebut untuk menyesuaikan diri dengan cuaca serta corak permainan bola sepak di rantau asia tenggara sebelum beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Turkmenistan dijadualkan bertemu skuad Gajah Perang yang berada di ranking ke-111 dunia pada 27 Mei di Stadium SI SA KET, Sisasket manakala Bahrain pula akan turun menentang pasukan yang sama selang empat hari kemudian di Stadium BG Pathum, Bangkok. ", "Baca: FAM Jual Tiket Kombo RM100 Bagi Enam Perlawanan Kelayakan Piala Asia di SNBJ", "Kedua-dua pasukan disahkan bertemu Thailand selepas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menghantar surat pengesahan yang turut mengiktiraf kedua-dua perlawanan ini sebagai Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Bahrain dan Turkmenistan merupakan dua pasukan yang berada di dalam Kumpulan E bersama-sama Malaysia dan Bangladesh.", "Sebagai perbandingan, Malaysia yang kini dibimbing oleh jurulatih kelahiran Korea, Kim Pan-gon membuat persediaan dengan menentang Brunei Darussalam (ranking ke-191) dan Hong-Kong (ranking ke-147) pada 27 Mei dan 1 Jun kelak.", "Sebagai tambahan, di pusingan akhir kelayakan ini, kesemua 24 pasukan daripada enam kumpulan akan merebut 11 slot terakhir untuk mara ke saingan Piala Asia 2023. 11 slot itu akan diberikan kepada juara setiap kumpulan serta lima naib juara terbaik daripada enam kumpulan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220735/", "headline": "\nMB Johor Umum 27 Nov Cuti Sempena JDT Ke Final Piala Malaysia\n", "content": ["Kerajaan Negeri Johor mengumumkan 27 November iaitu Ahad nanti sebagai cuti peristiwa bagi negeri seluruh negeri itu.", "Cuti itu diberikan bersempena dengab kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang berlangsung pada hari esok.", "Cuti itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Tahniah JDT yang telah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 pada Sabtu ini, 26 November 2022. ", "Sama-sama kita ramai-ramai hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok bagi terus memberi sokongan padu kepada pasukan JDT! ", "— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) November 25, 2022", "Ia juga sebagai menghargai sokongan padu yang sentiasa diberikan oleh rakyat Johor serta penyokong tegar skuad berjulukan Harimau Selatan ini.", "Dalam pengumuman yang sama, Onn turut merakamkan ucapan tahniah ke atas JDT atas kemaraan ke pentas akhir ini dan menyeru rakyat dan penyokong hadir beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk memberikan sokongan.", "Untuk makluman, perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini akan mempertemukan JDT dengan Selangor FC yang kini dibimbing oleh bekas kerua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe.", "Featured Image: Twitter Onn Hafiz Ghazi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215084/", "headline": "\n2022 Jadi Tahun Terakhir Irfan Bakti Bergelar ‘Coach’ Bola Sepak\n", "content": ["Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim menyatakan tahun 2022 bakal menjadi tahun terakhirnya bergelar jurulatih bola sepak.", "Dimaklumkan, beliau mahu menoktahkan persaraannya dengan membawa Kuching City FC pada musim ini mendapat promosi ke saingan Liga Super 2023.", "Jurulatih yang bakal memasuki usia 71 tahun itu menyatakan perkara sedemikian menerusi satu laporan akhbar tempatan, Harian Metro, minggu ini.", "“Tahun ini Insya-Allah adalah tahun terakhir saya bergelar jurulatih bola sepak selepas lebih 26 tahun bergiat aktif dalam bidang itu sejak berumur 45 tahun lagi.", "“Lagipun dengan memasuki usia 72 tahun musim depan, saya rasa sudah tiba masanya untuk berehat dalam sukan yang diminati ini sekaligus memberi peluang kepada jurulatih lain untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang kejurulatihan ini,” kata Irfan seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Untuk makluman semua, Irfan telah melatih sekitar 10 pasukan samada yang berpangkalan di dalam mahupun luar negara sepanjang lebih suku abad berkarier dalam bidang kejurulatihan.", "Antara pencapaian Irfan adalah memberikan kejuaraan kepada Pulau Pinang (Liga Perdana 1 2001, Piala FA 2002, Piala Sumbangsih 2003) dan Terengganu (Piala FA 2011).", "Featured Image: Kuching City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216903/", "headline": "\nKorea Masters: Gandingan China No.162 Dunia Sekat Soon Huat-Shevon Lai Ke Pentas Akhir\n", "content": ["Tiada pentas akhir buat pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai dalam kejohanan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Ini kerana kemaraan mereka disekat oleh gandingan beregu campuran China yang menghuni ranking ke-162 dunia, Ou Xuan Yi dan Huang Ya Qiong di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai tumpas secara ‘straight set’ dengan skor 11-21 dan 15-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Semi final 🇨🇳Xuan Yi OU🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅11 15 🇲🇾Soon Huat GOH 🇲🇾Shevon Jemie LAI", "🕗 in 33 minutes https://t.co/adGuRPBVVR", "— BWFScore (@BWFScore) April 16, 2022", "Untuk makluman semua, Ya Qiong membentuk gandingan baharu bersama Xuan Yi bermula sekitar pertengahan Mac, tahun ini. ", "Sebelum ini, Ya Qiong membentuk gandingan bersama Zheng Si Wei dan gandingan ini pernah menghuni ranking No.1 dunia serta memenangi pelbagai gelaran termasuk pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Sementara itu, di pentas akhir yang dijadualkan berlangsung esok, Xuan Yi dan Ya Qiong akan membuat perhitungan dengan beregu senegaranya, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping untuk merebut gelaran sebagai juara Korea Masters 2022 dalam kategori beregu campuran.", "Featured Image: Victor Sports Official Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215372/", "headline": "\nKelantan United Lengkapkan Pemain Import Dengan Bekas ‘Midfielder’ Serie A\n", "content": ["Barisan pemain import pasukan Liga Premier, Kelantan United FC untuk musim ini lengkap setelah masuknya bekas pemain tengah yang pernah beraksi dalam kancah Serie A bersama ACF Fiorentina.", "Pemain yang dimaksudkan ialah Amidu Salifu yang berusia 29 tahun. Dia diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad The Green Deer menerusi satu makluman di pelbagai media sosialnya, pada hari ini.", "Amidu merupakan pemain kelahiran Accra, Ghana. Dia memulakan karier bola sepaknya di bumi Itali dengan menyertai pasukan Vicenza pada tahun 2010. Tidak lama kemudian, Amidu berhijrah ke Fiorentina yang beraksi bersama pasukan tersebut sehingga tahun 2020.", "Bagaimanapun, Amidu hanya meraih beberapa penampilan sahaja bersama Fiorentina dan kebanyakan kariernya dipinjamkan ke pasukan-pasukan liga bawahan di Itali seperti Catania, Modena, Perugia, Brescia dan beberapa pasukan yang lain lagi.", "Selain Itali, Amidu turut mempunyai pengalaman beraksi di Kuwait. Manakala pasukan terakhir diwakilinya sebelum berhijrah ke Kelantan United adalah Petrolul Ploiesti dalam saingan Liga Romania.", "Berdasarkan rekod dalam portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, Amidu telah meraih 205 penampilan serta 3 jaringan gol secara keseluruhan setakat ini. Sebagai tambahan, Amidu pernah meraih pengalaman beraksi bersama skuad pelapis negaranya, Ghana Bawah 20 Tahun (B-20).", "Penyertaan Amidu telah melengkapkan empat kuota pemain import skuad kendalian Syamsul Saad. Sebelum ini, Kelantan United telah mendapatkan khidmat Jacob Njoku serta mengekalkan Masashi Motoyama dan Shukei Fukai."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207340/", "headline": "\nValentino Rossi Sertai Pasukan Malaysia Harungi Saingan MotoGP 2021\n", "content": ["Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi diumumkan secara rasmi akan menyertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) untuk mengharungi saingan MotoGP 2021 kelak.", "Difahamkan, Rossi menandatangani kontrak bersama pasukan Malaysia ini selama setahun dan ini juga bermakna peminat-peminat sukan permotoran akan dapat melihat kelibat pelumba berusia 41 tahun itu buat semusim lagi dalam saingan perlumbaan motosikal kelas premier.", "Penghijrahannya daripada pasukan kilang, Yamaha Factory Racing ke pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT menyaksikan pelumba kelahiran Urbino, Itali ini akan kekal menunggang jentera Yamaha YZR-M1 buat musim kesembilan berturut-turut.", "VR46: I am very happy to continue riding in 2021 & to do it with PETRONAS Yamaha SRT They are very serious & very well organised. It’ll be nice to have Franco as my team-mate, as he’s an Academy rider, it’s going to be cool. I think we can work together to make good things happen pic.twitter.com/Fba9B5u01b", "Selain itu, Rossi akan menjadi rakan sepasukan kepada bekas anak didiknya, Franco Morbidelli untuk saingan musim hadapan. Satu perkara yang cukup menarik untuk disaksikan oleh para peminat MotoGP seluruh dunia.", "Untuk rekod, Petronas Yamaha SRT mula menyertai saingan MotoGP pada tahun 2019 di mana  pasukan ini, menerusi para pelumbanya telah meraih tujuh podium musim lalu.", "Musim ini, setakat tujuh perlumbaan, Petronas Yamaha SRT telah meraih empat podium dan mencatatkan tiga kemenangan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220235/", "headline": "\nPiala Suhandinata: Malaysia Tumpas Di Tangan Indonesia, Hasrat Rebut Trofi Berkubur\n", "content": ["Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan Kumpulan A dalam Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2022 selaku naib juara.", "Biarpun mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Sweden dan Latvia dalam dua perlawanan akhir, Malaysia merekodkan kekalahan 1-4 kepada Indonesia merangkap juara bertahan dalam perlawanan terakhir, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, hanya wakil negara yang turun pada perlawanan pertama, perseorangan lelaki, Justin Hoh merekodkan kemenangan sekaligus menyumbang mata tunggal buat pasukan negara.", "Rafli Ramanda-Az Azahra Dania def. Wong Vin Sean-Lai Ting Cen 21-15 21-13#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/H8Dbl7TNNM", "— BAM (@BA_Malaysia) October 19, 2022", "Dengan kedudukan selaku naib juara, Malaysia secara langsungnya terkeluar daripada perebutan trofi kejuaraan. Ini berikutan format kejohanan ini menyaksikan hanya juara dari 8 buah kumpulan sahaja dapat mara ke peringkat suku akhir untuk menentukan kedudukan juara serta tempat kedua hingga kelapan.", "Manakala naib juara kumpulan akan mara peringkat seterusnya untuk merebut kedudukan kesembilan hingga kedudukan ke-16 bagi kejohanan ini. ", "Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia dijadualkan bertemu India.", "Sebagai rekod, edisi lalu yang berlangsung pada tahun 2019 menyaksikan Malaysia menutup kejohanan berpasukan bagi usia bawah 19 tahun ini di kedudukan kesembilan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215769/", "headline": "\nPemain Badminton Rusia Tidak Dibenarkan Beraksi Di Pentas Antarabangsa – Bermula Terbuka Jerman 2022\n", "content": ["Pemain-pemain badminton dan para pegawai dari Rusia dan Belarus tidak dibenarkan untuk menyertai atau terlibat dalam sebarang kejohanan badminton yang diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sehingga diberitahu kelak.", "Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, tindakan tersebut dilakukan oleh badan induk badminton dunia itu bagi meningkatkan lagi ‘tekanan’ terhadap kerajaan Rusia dan Belarus yang menceroboh Ukraine.", "Larangan buat para pemain dan pegawai dari dua negara berkenaan untuk menyertai sebarang kejohanan antarabangsa itu bermula dengan saingan Terbuka Jerman 2022 yang akan bermula pada 8 Mac kelak.", "An update from #BWF in response to @iocmedia EB Recommendations👇 pic.twitter.com/C1dSt2a1ol", "Berdasarkan pemerhatian, sebilangan pemain Rusia telah pun didaftarkan untuk beraksi di kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF terbabit. Namun, perkembangan terbaru ini menyaksikan mereka terpaksa mengucapkan ‘good bye’ kepada kejohanan ini.", "Antaranya perseorangan wanita Evgeniya Kosetskaya (ranking ke-26), beregu lelaki Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonov (ranking ke-15), beregu wanita Anastasiia Akchurina dan Olga Morozova (ranking ke-36) serta beregu campuran Rodion Alimov dan Alina Davletova (ranking ke-18).", "Bagaimanapun, BWF memberikan ruang kepada sebilangan kecil pemain-pemain Rusia yang terlibat dalam kejohanan badminton para berganda pada minggu ke-9 dan minggu ke-10 di Sepanyol.", "Ini disebabkan mereka telah pun berada di sana dan larangan ini sukar dilakukan dalam masa yang singkat. Bagaimanapun, mereka perlukan beraksi sebagai pemain neutral dan tidak mewakili negara masing-masing.", "Tindakan menghalang para pemain dan pegawai dari kedua-dua negara berkenaan oleh BWF ini selaras dengan gesaan oleh Ahli Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).", "Terdahulu, BWF bertindak membatalkan semua kejohanannya di Rusia dan Belarus. Selain itu, bendera Rusia dan Belarus tidak akan dikibarkan dan lagu kebangsaan kedua-dua negara berkenaan tidak akan dimainkan di mana-mana kejohanannya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219193/", "headline": "\nJenama Kereta Korea Jadi Rakan Rasmi Automotif FAM & Harimau Malaya\n", "content": ["Syarikat pembuat kereta dari Republik Korea, Kia diangkat selaku rakan rasmi automotif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan skuad kebangsaan, Harimau Malaya secara rasminya pada hari ini.", "Perkembangan ini hadir selepas badan induk bola sepak negara menjalinkan kerjasama strategik bersama jenama syarikat kereta ini menerusi pengedarnya di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd. (DJM) yang merupakan anak syarikat kepada Bermaz Auto Berhad. ", "Hasil daripada kerjasama ini, FAM mendapat tiga unit kenderaan utiliti besar (GUV) model baharu, Kia Carnival 2022 untuk digunakan oleh skuad Harimau Malaya.", "Kenderaan ini juga dapat memberi faedah kepada Unit Pasukan Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk melakukan pemerhatian pemain-pemainnya di seluruh negara selain melancarkan kerja-kerja logistik Unit Pentadbiran FAM.", "“Menerusi kejayaan serta persembahan berkualiti Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, ia berjaya menarik perhatian DJM untuk meneruskan jalinan kerjasama bersama kami sekaligus menjadi rakan rasmi automotif FAM dan Harimau Malaya.", "“Sebagai presiden FAM, sudah tentu jalinan kerjasama ini adalah pencapaian yang amat membanggakan di mana FAM dapat meluaskan lagi hubungan strategik bersama syarikat-syarikat gergasi di luar sana.", "“Harapan saya menerusi jalinan kerjasama bersama DJM, ia dapat memberi motivasi kepada skuad Harimau Malaya untuk terus melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia,” kata Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110012/", "headline": "\nSukanz XI: Amri, Hidalgo & Josue Antara 11 Pemain Terbaik ‘Matchday’ Ke-12 Liga Super\n", "content": ["‘Matchday’ ke-12 Liga Super yang berlangsung pada pertengahan minggu ini telah melabuhkan tirainya, semalam. Seperti perlawanan-perlawanan yang lain, beberapa pemain dilihat mencuri perhatian kami ketika beraksi bersama pasukan masing-masing.", "Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah 11 pemain terbaik pilihan Sukanz dan mengapa kami memilihnya:", "Penjaga gol Perak dan skuad kebangsaan, Hafizul Hakim menjadi pilihan kami untuk mengisi senarai 11 pemain terbaik di posisi penjaga gol kali ini. Ketangkasannya di hadapan gawang dan aksi penyelamatan dilakukannya berjaya memberikan Perak kemenangan tanpa bolos sewaktu menentang PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Pertahanan berusia 22 tahun ini dipilih oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk mengisi kekosongan bek kiri yang ditinggalkan oleh Arif Fadzilah yang menjalani penggantungan. Dalam perlawanan menentang UiTM, Azarul menampilkan aksi yang baik semasa bertahan dan juga menyerang. Dia turut terlibat merencanakan gol kedua Terengganu dengan melakukan hantaran kepada Hakimi Abdullah sebelum disudahkan oleh Faisal Halim menerusi tandukan.", "Akhir-akhir ini, Sabah menampilkan persembahan yang agak cemerlang dan konsisten termasuk ketika menentang Melaka United di Stadium Likas. Pertahanan import dari Korea, Park Tae-su yang menjadi pemimpin mereka di barisan pertahanan telah memberikan satu ‘assist’ kepada Amri Yahyah untuk gol ketiga Sabah.", "Sri Pahang mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika menentang Selangor semalam. Namun begitu, benteng pertahanan yang diketuai oleh Herold Goulon berjaya mengekang asakan Selangor sekitar 70 minit permainan sebelum bolos hasil jaringan Hein Htet Aung dan Ifedayo Olusegun masing-masing pada minit ke-76 dan ke-87.", "Aksi antara tuan rumah, Kedah Darul Aman dan pasukan pelawat, Johor Darul Ta’zim (JDT) berlangsung dengan sengit pada selasa lalu. Pertahanan kanan, Matt Davies menjadi salah satu individu yang mempamerkan ‘work rate’ yang tinggi dengan membantu JDT bukan sahaja ketika bertahan malah naik ke atas untuk menyerang.", "Pemain yang paling mencuri tumpuan pada aksi ke-12 Liga Super. Baru sahaja tiba di Kuantan sebagai pemain import baharu, Hidalgo tidak mempunyai masalah untuk terus memberikan impak kepada Sri Pahang yang bergelut di zon penyingkiran. Pemain berkaki kidal ini menjadi nadi serangan Sri Pahang serta menghasilkan satu ‘assist’ dan satu gol ketika menentang Selangor.", "Sebelum sepak mula perlawanan, skuad ibu kota dimomokkan akan menerima nasib yang malang apabila melayan kunjungan pasukan ‘dark horse’ Penang. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila pemain tengah, Paulo Josue mengamuk di dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan hatrik sekaligus membantu pasukannya meraih kemenangan 3-1.", "Sergio Aguero sekian lama telah menjadi nadi serangan buat Perak musim ini. Jaringan tunggal daripada pemain tengah ini sudah memadai buat pasukannya memungut 3 mata ketika bertemu PJ City. Dia melepaskan rembatan lencong cantik dari dalam kotak penalti untuk menewaskan Kalamullah.", "Bertemu UiTM pada selasa lalu, penyerang lincah, Faisal Halim membantu Terengganu mencatatkan kemenangan 3-0 di mana di sendiri telah menghasilkan satu ‘assist’ dan satu gol dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Ketika menentang Selangor, Malik Mat Ariff diletakkan oleh Dollah Salleh untuk bermain sebagai penyerang tengah. Namun dengan kehadiran pemain import baharu, Manuel Hidelgo menjadikan Malik tampil cemerlang di atas padang dengan menyumbangkan satu ‘assist’ dan satu gol.", "Penyerang veteran berusia 40 tahun ini juga mencuri tumpuan pada ‘matchday’ ke-12 Liga Super. Manakan tidaknya, ketika Sabah merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Melaka United, Amri menjadi pemain yang terlibat dalam ketiga-tiga gol tersebut. Dua gol dan satu ‘assist’ berjaya diciptanya dalam perlawanan tersebut.", "Berikut adalah formasi 4-3-3 kesebelasan terbaik minggu kedua belas Liga Super pilihan Sukanz:", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217006/", "headline": "\n“Pertahanan & Pemain Tengah Saya Duduk Dalam Kedai Kopi” – Reaksi Bojan Terhadap Jaringan Goulon\n", "content": ["Pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan membuat kejutan dengan menumpaskan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City (KL City) dalam perlawanan liga yang berlangsung malam tadi.", "Mengulas mengenai kekalahan tersebut, pengendali KL City, Bojan Hodak menjelaskan jaringan pertama adalah berpunca daripada tindakan pemainnya tidak melakukan lompatan untuk merebut bola daripada Herold Goulon. ", "Oleh sebab itu, Goulon berjaya melakukan ‘free header’ sekaligus membuka jaringan sulung perlawanan pada minit ke-47. ", "📹 HIGHLIGHTS: @nsfc1923 2-1 @KLCityFootball", "Herold Goulon menjaringkan dua gol untuk membolehkan Negeri Sembilan meraih kemenangan ketiga musim ini.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/TFpgWa5jfT", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 24, 2022", "Manakala jaringan kedua pula disebabkan oleh pertahanan dan pemain tengah KL City berada dalam keadaan santai serta tidak segera bertindak untuk mengeluarkan daripada kawasan bahaya sebelum disudahkan dengan cemerlang oleh Goulon buat kali kedua.  ", "“Untuk gol ketiga (perlawanan), pertahanan dan pemain tengah saya duduk dalam kedai kopi, tiada siapa datang selepas bola terlepas daripada penjaga gol kerana dia diberikan tekanan.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Tambah Bojan lagi, secara keseluruhannya skuad beraksi dengan baik kecuali di bahagian serangan yang menterjemahkan peluang kepada jaringan serta barisan pertahanan yang bolos dua gol.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Paroi itu, KL City berhasil meraih satu gol hasil jaringan sendiri Sean Selvaraj pada minit ke-75 untuk mengikat kedudukan 1-1.", "Bagaimanapun kedudukan seri itu hanya bertahan selama seminit sahaja dan Negeri Sembilan yang dibimbing oleh K. Devan kembali mendahului 2-1 selepas daripada itu. Kedudukan itu kekal sehingga tamat masa permainan dan Negeri Sembilan berjaya mengutip tiga mata penuh.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324418/", "headline": "\nRanking BWF: Leong Jun Hao Hampiri Kelompok ‘Top 50’ Dunia\n", "content": ["Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023, Leong Jun Hao yang mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 kini semakin menghampiri kelompok 50 perseorangan lelaki terbaik dunia.", "Ini selepas kemaskini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini yang menyaksikan kedudukan Jun Hao meningkat sebanyak 14 anak tangga berbanding minggu lalu.", "Ianya sekaligus meletakkan perseorangan lelaki berusia 24 tahun itu di kedudukan ke-51 dunia dengan pungutan 25,858 mata.", "Kedudukan itu juga bermakna Jun Hao meletakkan dirinya sebagai perseorangan lelaki No.5 negara selepas berjaya memintas seorang lagi pelapis perseorangan lelaki negara, Justin Hoh jatuh ke tangga ke-52 dunia.", "Untuk makluman, Jun Hao berpeluang untuk berada di dalam kelompok 50 terbaik dunia dalam kejohanannya yang seterusnya sekiranya berjaya mengatasi  pungutan 26,131 mata Chi Yu Jen dari Chinese Taipei – berbeza 138 mata sahaja.", "Pada minggu lalu, Leong Jun Hao berjaya mara ke peringkat suku akhir Terbuka Thailand 2022 sebelum tewas kepada bekas juara remaja Asia, Lakhsya Sen dan mengumpul 5,040 mata kejohanan. ", "Dalam pada itu, Ng Tze Yong pula kini menghampiri kelompok 20 terbaik dunia apabila kembali menghuni tangga ke-21 dunia manakala jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kekal di tangga ke-10 dunia dalam kemaskini terbaharu ranking BWF.", "Featured Image: Badminton Thailand | Thailand Open 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112533/", "headline": "\nJurulatih Brazil-Jerman, Alexandre ‘Mano’ Polking Dipilih Kemudi Skuad Kebangsaan Thailand\n", "content": ["Selepas kontrak jurulatih Akira Nishino dua bulan yang lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan melantik ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan mereka yang baharu, pada hari ini.", "Menurut makluman badan induk bola sepak negara terbabit, jurulatih Brazil-Jerman iaitu Alexandre Polking atau dikenali sebagai Mano Polking menjadi pilihan skuad yang dikenali sebagai Gajah Perang tersebut.", "Artikel Berkaitan: Thailand Tamatkan Kontrak Akira Nishino Kerana Tak Capai Sasaran", "Polking tidak begitu asing dengan bola sepak Thailand kerana dia telah berkelana di negara berkenaan sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, jurulatih berusia 45 tahun ini berperanan selaku penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand.", "Selepas daripada itu, Polking melatih beberapa kelab dalam saingan Liga Thailand seperti Army United, Suphanburi dan Bangkok United sebelum berhijrah ke Vietnam untuk mengemudi Ho Chi Minh City pada tahun 2020.", "Seiring dengan perlantikan selaku ketua jurulatih Thailand, Polking bakal berhadapan dengan tugasan yang berat dalam tempoh terdekat ini. ", "Pertamanya, beliau perlu mengemudi Thailand untuk beraksi dalam kancah Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada penghujung tahun ini. Untuk rekod, Thailand telah diundi dalam Kumpulan A bagi saingan dwitahunan tersebut.", "Seterusnya, dia perlu membimbing Thailand untuk beraksi dalam pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.", "Featured Image: True Bangkok United"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208268/", "headline": "\nPerak Tidak Dapat Halang Shahrel Fikri Untuk Berhijrah\n", "content": ["Pasukan Liga Super, Perak tidak dapat menghalang keinginan penjaring kedua terbanyak Liga Super 2020, Shahrel Fikri sekiranya mahu berhijrah meninggalkan pasukan.", "Khabar angin bertiup kencang mengatakan Shahrel yang juga penyerang skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan berhijrah ke pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC.", "Bagaimanapun, Perak menerusi pengurus pasukannya, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah dikatakan telah bertemu empat mata dengan Shahrel.", "Beliau menyatakan hasrat mereka dengan jelas untuk mengekalkan khidmat penyerang berusia 26 tahun tersebut bagi mengharungi saingan musim hadapan.", "⚽️ PENJARING TERBANYAK CIMB LIGA SUPER1️⃣2️⃣ gol! Penyerang @selangorfc, Ifedayo Omosuyi mendahului senarai penjaring terbanyak selepas meledak hatrik pada Sabtu lalu! 🎩Ifedayo diikuti Shahrel Fikri (10 gol) dan Dominique da Sylva (9 gol).#ForwardFootball#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/cKd9Wi96Xy", "Baca: 4 Pasukan Liga Super Yang Boleh Disertai Shahrel Fikri Musim 2021", "”Saya telah berjumpa dengan Shahrel bagi membincangkan tentang keinginan Perak untuk mengekalkan khidmatnya bagi menghadapi saingan musim 2021.”", "”Segala keputusan kami serahkan kepadanya untuk memberikan kata putus berhubung perkara ini dan pihak kami tidak dapat menghalang sekiranya dia berhajat meninggalkan pasukan untuk mewakili pasukan lain pada musim depan.”", "”Kami akan menghormati setiap apa sahaja keputusannya,” ujarnya seperti dipetik daripada Semuanya BOLA.", "EKY THE GOAL MACHINE 💪🏻Shahrel Fikri berpuas hati dengan 10 gol yang diciptanya ketika saingan Liga Super 2020 yang lalu. Kini beliau mahu fokus untuk ke pusingan akhir Piala Malaysia yang akan datang. #KejorrYobKejorr#KejorrYobSkorr pic.twitter.com/nIdYpBWsQ5", "Baca: Shahrel Fikri Sumbat 4 Gol – ‘Freekick’ Gaya Cristiano Ronaldo Curi Tumpuan", "Merupakan penyerang yang terhasil daripada skuad pembangunan pasukan Perak namun Shahrel mula mencipta nama di karier di peringkat senior menerusi Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) sejak 2016.", "Namanya kembali menjadi sebutan apabila khidmatnya digunakan oleh sebuah kelab Liga Thailand iaitu Nakhon Ratchasima FC secara pinjaman selama setengah musim pada tahun 2018.", "Sekiranya khabar angin yang mengatakan Shahrel ke Selangor itu benar, dia bakal membentuk gandingan ampuh bersama penjaring 12 gol saingan Liga Super, Ifedayo Olusegun.", "Satu gandingan yang bukan sahaja dinanti-nantikan peminat pasukan Red Giants malahan keseluruhan peminat bola sepak tempatan secara amnya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219748/", "headline": "\nPerlumbaan LTdL Berstatus ProSeries Sehingga Tahun 2025\n", "content": ["Perlumbaan berbasikal jalan raya pelbagai peringkat, Le Tour de Langkawi (LTdL) akan kekal berstatus UCI ProSeries sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun lagi – sehingga 2025.", "Perkembangan tersebut dilaporkan oleh Bernama menerusi makluman oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI, Datuk Amarjit Singh Gill merangkap Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).", "Di dalam mesyuarat yang dijalankan, beliau menekankan bahawa LTdL merupakan salah satu daripada jelajah paling lama di asia dan memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan berbasikal di rantau ini serta dunia.", "Hasilnya, mesyuarat secara sebulat suaranya bersetuju untuk mengekalkan status ProSeries itu terhadap saingan LTdL ini. Terlebih dahulu, perlumbaan LTdL diberikan status ProSeries bermula tahun 2020 hingga 2022. ", "Bagaimanapun, ianya tidak dapat dianjurkan pada tahun 2021 berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara serta dunia. Perlumbaan bagi tahun ini akan bermula dari 11 sehingga 18 Oktober nanti.", "Untuk makluman semua, ProSeries merupakan saingan jelajah berbasikal jalan raya Tier 2 yang diberikan oleh badan induk sukan berbasikal dunia, UCI. Status UCI ProSeries ini mula diperkenalkan pada tahun 2020.", "Sebagai tambahan, status saingan jelajah berbasikal jalan raya Tier 1 pula dipanggil UCI World Tour. Manakala, Tier 3 pula dipanggal sebagai UCI Continental Circuits.", "Featured Image: Le Tour de Langkawi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217484/", "headline": "\nSukan SEA: Beregu No.3 Thailand Sekat Yee See-Su Hui Ke Final\n", "content": ["Hasrat peminat untuk melihat gandingan baharu dalam kategori beregu wanita Cheah Yee See dan Cheng Su Hui mara ke perlawanan akhir acara badminton individu Sukan SEA 2021.", "Ini berikutan Yee See dan Su Hui yang berusia 26 dan 18 tahun masing-masing ini ditumpaskan oleh beregu wanita No.3 Thailand, Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard merangkap pasangan No.18 dunia di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Yee See dan Su Hui tewas secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 6-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam yang bertempat di Bac Giang Gymnasium.", "Walaupun tumpas, gandingan pemain senior dan junior negara ini tetap dapat membawa pulang pingat gangsa daripada temasya dwitahunan peringkat asia tenggara.", "Sebagai rekod, Yee See-Su Hui mara ke peringkat separuh akhir Sukan SEA kali ini dengan menumpaskan beregu Filipina, Airah Albo-Thea Pomar (suku akhir) dan beregu Vietnam, Pham Thi Kanh-Van An Than (Pusingan 1).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214592/", "headline": "\nGoh Jin Wei, Soong Joo Ven Sertai Kelab Badminton KLRC Sebagai ‘Independent Player’\n", "content": ["Hasrat pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei untuk menyambung kembali kariernya diserikan dengan menyertai sebuah kelab badminton profesional, KLRC.", "Perkembangan menarik mengenai pemain yang mengumumkan persaraan  sekitar September lalu ekoran masalah kesihatan ini dilaporkan oleh portal Twentytwo13 pada hari ini.", "“Mereka (KLRC) merupakan yang pertama menemui saya selepas saya keluar daripada skuad kebangsaan.” katanya seperti dipetik oleh portal berkenaan.", "Turut dimaklumkan, Jin Wei yang merupakan juara remaja dunia pada 2015 dan 2018 ini telah memulakan latihan bersama jurulatih Indonesia, Nova Amanda sejak minggu lalu. Jurulatih ini ", "“Saya mahu beri tumpuan terhadap latihan saya terlebih dahulu. Saya berharap dapat bersaing pada bulan Mac,” tambahnya lagi sambil menyifatkan keputusan untuk kembali beraksi bukanlah sesuatu yang mudah.", "Pada masa yang sama, Jin Wei dijangka akan menandatangani satu kontrak penajaan atau kerjasama dengan sebuat jenama sukan pada minggu hadapan.", "Sementera itu, seorang lagi pemain berstatus bebas (independent) yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki, Soong Joo Ven turut menyertai KLRC bersama-sama Jin Wei.", "Joo Ven yang disisihkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2020 menduduki ranking ke-70 dunia pada masa kini. Pada tahun lalu, Joo Ven lima kejohanan dan berjaya muncul naib juara di Kejohanan Terbuka Scotland.", "Pemain yang bakal berusia 27 tahun ini mensasarkan untuk meningkatkan rankingnya dalam kelompok 35 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia. Kejohanan Terbuka India pada minggu hadapan menjadi ‘debut’ Joo Ven bersama KLRC di pentas antarabangsa.", "Untuk makluman semua, KLRC diperbadankan pada tahun 2005. Antara pemain ternama yang pernah bernaung di bawah KLRC ialah juara All England England 2003, Muhammad Hafiz Hashim. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114333/", "headline": "\nSri Pahang Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta Selama Dua Tahun Daripada Hakka Clo\n", "content": ["Satu perjanjian penajaan telah ditandatangani antara kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super, Sri Pahang dan syarikat pembekal peralatan sukan bumiputera berjenama tempatan, Hakka Clo.", "Hasil perjanjian yang dimeterai tersebut, Sri Pahang akan menerima tajaan kelengkapan sukan daripada Hakka Clo yang bernilai RM1,131,533 secara keseluruhan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim 2022 dan 2023.", "Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan di antara Sri Pahang FC dan pembekal peralatan sukan bumiputera berjenama tempatan, Hakka Clo PLT bertempat di Sri Pahang Lounge. pic.twitter.com/K6hAnmRljB", "Perjanjian ini dimeterai dalam satu majlis yang berlangsung di Sri Pahang Lounge, semalam, sambil kedua-dua pihak diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) masing-masing iaitu Datuk Mohamed Suffian Awang dan Noor Soallihin Mohamed.", "Untuk makluman semua, Hakka Clo telah menjalankan operasinya selama 10 tahun di dalam perniagaan pembekalan kelengkapan sukan sebelum mengembangkan bisnesnya dengan membuka kilang pembuatan jersi ‘sublimation’ sendiri di Seri Kembangan, Selangor.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208501/", "headline": "\nKetua Jurulatih Sweden Sedia Pertimbangkan Kepulangan Ibrahimovic\n", "content": ["Ketua jurulatih, Janne Andersson sedia mempertimbangkan untuk memanggil kembali penyerang prolifik, Zlatan Ibrahimovic bagi menyarung jersi skuad kebangsaan Sweden.", "Zlatan yang berusia 39 tahun telah tampil sebanyak 116 perlawanan dan muncul sebagai penjaring terbanyak negaranya dengan rekod 62 gol sebelum mengumumkan persaraan pada tahun 2016.", "Long time no see pic.twitter.com/1VQR3PMh4s", "Baca: Contohi Sifat Mulia Zlatan, Belanja Rakan-Rakan PS5", "Bagaimanapun, sekitar tiga minggu yang lalu Zlatan seakan-akan memberi bayangan untuk kembali menyarung jersi Biru Kuning menerusi laman sosialnya.", "“Sekiranya (Andersson) memanggil saya, saya akan jawab. Saya akan beritahu kepadanya untuk memberikan saya masa. Saya perlu fikirkan mengenainya. Tetapi ia perlu datang daripadanya. ", "“Jika dia fikir saya terlalu besar, (maka) saya tidak berminat. Jika dia percaya saya boleh memberikan sesuatu (kepada pasukan), maka saya akan fikirkan mengenainya.” kata Zlatan seperti dipetik daripada ESPN.", "Andersson percaya Zlatan telah mengambil satu langkah positif dengan bercakap kepada umum mengenai hasratnya untuk kembali bermain bersama pasukan kebangsaan.", "“Ini menjadikan kami mempunyai sebab untuk berhubung dan berbincang mengenai perkara ini dengan lebih terperinci,”", "“Panggilan skuad kebangsaan seterusnya pada bulan mac, jadi masih ada masa,” kata Andersson.", "10 goals in the first 8 matches at 39: ladies & gentlemen, the Lord of Records 🔴⚫10 gol nelle prime 8 di A, a 39 anni: @Ibra_official, il \"Signore dei Record\" 🔴⚫#NapoliMilan #SempreMilan pic.twitter.com/Ax2iuLswy0", "Ketika ini, Zlatan berada pada prestasi terbaiknya dengan menjaringkan 10 gol dalam 8 perlawanan buat AC Milan pada musim ini.", "Ia sekaligus membantu skuad Rossoneri kendalian Stefano Pioli mengungguli puncak carta Serie A dengan kutipan 20 mata serta belum mencatatkan sebarang kekalahan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219874/", "headline": "\nPNB, RS Greenmaster Bina Seriemas Sportsplex – Dilengkapi 2 Padang Standard FIFA, 3 Gelanggang Futsal\n", "content": ["Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya merangkap pemaju hartanah, PNB Development mengumumkan pembinaan kompleks sukan baharu, Seriemas Sportsplex bersama-sama pemaju kemudahan sukan, RS Greenmaster.", "Pembinaan kompleks sukan yang terletak di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan itu akan dilengkapi dengan dua buah padang bola sepak bersaiz penuh menggunakan rumput tiruan yang diiktiraf Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) serta tiga buah gelanggang futsal.", "Padang bola sepak itu juga boleh digunakan pada waktu malam memandangkan ianya akan dilengkapi dengan sistem pencahayaan pintar automatik yang sepenuhnya.", "Selain itu, tempahan padang serta gelanggang futsal di Seriemas Sportslex ini juga dimudahkan buat para pelanggan dengan penggunaan sistem tempahan atas talian melalui aplikasi JomChup.", "A post shared by Kota Seriemas (@kotaseriemas)", "Dimaklumkan, pembinaan Seriemas Sportsplex yang sesuai bagi kegunaan pemain tempatan mahupun antarabangsa ini dijadualkan siap menjelang suku pertama 2023 kelak. ", "Sebagai tambahan, PNB memaklumkan idea pembangunan ini bertujuan untuk membina komuniti yang bertenaga selain memikat bakal pembeli dengan cadangan gaya hidup dan tawaran nilai tersedia melalui pembinaan Seriemas Sportsflex.", "Untuk pengetahuan semua, Kota Seriemas merupakan sebuah perbandaran seluas 2,814 ekar yang terdiri daripada komponen kediaman dan komersil. Setakat ini, sebanyak 2,440 buah rumah dan strata pelbagai jenis terletak di dalam Kota Seriemas ini.", "Pemaju induknya ialah Seriemas Development Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat PNB Development. Perjanjian usahasama antara PNB Development dan RS Greenmaster bagi membangunkan Seriemas Sportsflex ini telah ditandatangani pada 25 Mei lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111960/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Enam Orang Digugurkan, Coach Brad Panggil Seorang Lagi Pemain Kelahiran Kedah\n", "content": ["Kem latihan skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20) Fasa 1 yang bermula semalam menyaksikan seramai enam pemain yang disenaraikan sebelum ini terpaksa diketepikan.", "Ketua jurulatih, Brad Maloney terpaksa menggugurkan pemain-pemain tersebut kerana ditimpa kecederaan pada saingan liga sebelum daripada ke kem latihan pusat. Selain daripada itu, terdapat beberapa pemain yang tidak menyertai kem ini atas sebab-sebab tertentu.", "Baca: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun", "Antara pemain-pemain yang terpaksa diketepikan ialah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Penjaga Gol, Selangor) Nabil Asyraf Ramli (Penjaga Gol, Skuad Projek FAM-MSN), Hairiey Hakim Mamat (Terengganu II), Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri (Johor Darul Ta’zim II), Aiman Afif Md Afizul (Kedah Darul Aman) dan Muhammad Hazwan Hassan (Skuad Projek FAM-MSN).", "Untuk menggantikan pemain-pemain tersebut, salah seorang yang dipanggil oleh jurulatih kelahiran Australia ini adalah pemain muda kelahiran negeri Kedah, Muhamad Alif Abdul Mutalib yang kini beraksi bersama skuad JDT II.", "Alif bukanlah nama yang asing buat skuad kendalian Brad. Dia pernah beraksi bersama skuad Malaysia dalam saingan Piala AFF B-18 Vietnam dan Kelayakan Piala Asia B-19 2020.", "Baca: Coach Brad Panggil ‘Budak SMK Kulim’ & Penjaga Gol Muda Perak", "Menerusi makluman terdahulu, Coach Brad turut memanggil, bekas pelajar SMK Kulim yang kini juga beraksi bersama JDT II, Chia Ruo Han dan penjaga gol Perak, Azri Ab Ghani.", "Ini menjadikan keseluruhan pemain yang menjalani latihan Fasa 1 adalah seramai 24 orang sahaja berbanding senarai awal iaitu seramai 27 orang.", "Untuk makluman, mereka akan menjalani latihan secara kuarantin selama sembilan hari bermula 30 Ogos hingga 7 September 2021.", "Kem latihan pusat ini sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220081/", "headline": "\nMelaka United, Sarawak United Gagal Dapat Lesen Kebangsaan – Diberi Masa Seminggu Merayu\n", "content": ["Melaka United dan Sarawak United gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi membolehkan mereka bertanding dalam saingan Liga Super 2023.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi First Instance Body (FIB) – badan bebas yang dilantik oleh Malaysian Football League (MFL), Sheikh Mohd Nasir dalam satu sidang media di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, hari ini.", "Menurutnya, Melaka United gagal mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos 2022 serta tidak menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan bagi memenuhi syarat sub kriteria kewangan F.04 dan F.11.", "10 pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2022 telah berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan sekali gus melayakkan mereka bertanding dalam saingan Liga Super 2023.#LigaSuper2023 #MFL", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 12, 2022", "Sementara itu, Sarawak United pula gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes FIFA melibatkan dua bekas pemainnya iaitu Sandro Da Silva Mendonca dan Taylor Francis George Regan.", "Bagaimanapun, Melaka United dan Sarawak United diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan sebelum 19 Oktober 2022 (jam 5 petang) – 7 hari – terhadap keputusan FIB ini.", "Manakala baki 10 pasukan Liga Super 2022 yang lain iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan, Penang, PJ City, Sri Pahang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur City dan Sabah serta 6 pasukan Liga Premier 2022, Kelantan, Kuching City, Kelantan United, Perak, PDRM dan UiTM berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan sekaligus dibenarkan bertanding dalam saingan Liga Super 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219950/", "headline": "\nSukanz XI: 5 Pemain Penang Tersenarai Dalam Kesebelasan Terbaik ‘Matchday’ Ke-11 Liga Super\n", "content": ["Matchday ke-11 Liga Super menyaksikan beberapa pemain menampilkan persembahan yang cemerlang serta memberikan impak sekaligus membantu pasukan masing-masing meraih kemenangan.", "Untuk kesebelasan terbaik pada minggu lalu, kami menyenaraikan 5 pemain Penang, 2 pemain Sri Pahang, 2 pemain Kedah Darul Aman, seorang pemain Sabah dan seorang Selangor.", "Siapakah mereka? Ikuti senarai 11 pemain terbaik bagi aksi ke-11 Liga Super pilihan Sukanz di bawah: ", "Berdasarkan statistik, Terengganu melakukan 14 percubaan dan 10 daripadanya tepat ke sasaran. Namun penjaga gol berusia 27 tahun ini begitu tangkas dan berdisiplin dalam mengawal gawangnya sekaligus hanya merekodkan satu bolos sahaja dalam perlawanan tersebut.", "Beraksi sebagai pertahanan kiri bersama Sabah ketika menentang Perak, semalam. Alto cukup rajin membantu pasukan melakukan serangan. Bola hantarannya kepada Amri Yahyah berhasil memberikan Sabah gol penyamaan.", "Memastikan ‘clean sheet’ buat pasukan Sri Pahang ketika menentang UiTM. Selain itu, Herold turut menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua memeriahkan ‘kenduri’ 5 gol Sri Pahang ke atas UiTM.", "Pemain muda yang semakin meningkat naik pada ketika ini. Ketika menentang Terengganu, Quentin memainkan peranan penting dalam membantu Penang untuk menyerang. Turut mencatatkan 1 ‘assist’ dalam perlawanan tersebut serta menjadi punca kepada dua lagi gol Penang.", "Pemain Brazil ini menjadi nadi serangan Penang ketika menentang Terengganu. Menguasai bahagian tengah dan turut membantu bahagian kiri Penang. Dalam perlawanan tersebut, Endrick mencatatkan 1 gol dan 1 ‘assist’.", "Minggu lalu dia bermain sebagai penyerang tunggal tetapi minggu ini dia kembali sebagai pemain No.10 buat skuad Hijau Kuning. Akan tetapi, prestasi minggu lalu tetap dijelmakan oleh Tchetche ketika menentang Melaka United jumaat lalu. Kehadirannya mengucar-ngacirkan pertahanan lawan. Dia sendiri telah melakukan 2 bantuan gol kepada rakan sepasukan.", "Setelah sekian lama namanya menyepi ekoran persembahan yang tidak memberikan impak yang tinggi kepada pasukan, akhirnya Lee Tuck ‘mengamuk’ ketika menentang UiTM. Menjadi pemain penting dalam merencana serangan buat Sri Pahang serta turut mecipta 2 ‘assist’ dan menjaringkan 1 gol.", "Pemain kelahiran Tajikistan ini masih muda umurnya. Ketika menentang Terengganu tempoh hari, Sheriddin menampilkan aksi cemerlang sebagai pemain sisi kanan. Dalam perlawanan tersebut, Sheriddin menghasil 1 ‘assist’ dan mencetak 1 gol.", "Ifedayo memastikan Selangor tidak pulang dengan tangan kosong ketika menentang PJ City, semalam. Dua gol pada penghujung minit perlawanan daripadanya telah membantu Red Giants untuk bangkit mencatatkan kemenangan 2-1 sekaligus meraih 3 mata berharga. Ifedayo kini memimpin senarai penjaring terbanyak dengan rekod 11 gol.", "Nama sebenarnya ialah Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande. Merupakan seorang penyerang yang handal ketika di udara. Ketika menentang Terengganu, menggunakan kelebihan fizikalnya yang tinggi, Casagrande berjaya menjaringkan 2 gol menerusi tandukan dan menjadi punca kepada 1 gol Penang pada separuh masa pertama.", "Kpah kembali bersama pasukan setelah menjalani hukuman penggantung pada aksi ke-10 liga. Ketika menentang Melaka United, penyerang kelahiran Liberia ini telah menjaringkan dua gol sekaligus membantu Kedah menghambat JDT di puncak liga.", "Berikut adalah formasi 3-4-3 kesebelasan terbaik minggu kesebelas Liga Super pilihan Sukanz:"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219069/", "headline": "\nKenali Alex Gonçalves Peledak Yang Dikaitkan Dengan Penghijrahan Ke Liga Malaysia\n", "content": ["Tatkala berstatus sebagai pemain ejen bebas, bekas penyerang Persikabo 1973, Alex dos Santos Goncalves semakin kuat dikaitkan dengan penghijrahan ke saingan liga tempatan yang akan bermula pada penghujung februari kelak.", "Alex yang merupakan penyerang kelahiran Brazil pernah menggegar saingan liga negara jiran tetangga apabila meledak sejumlah 17 gol hasil daripada 29 penampilan bersama Persela Lamongan pada musim 2019.", "Statistik itu meletakkan Alex sebagai peledak ketiga yang digeruni dalam kancah Liga 1 Indonesia. Hanya dua penyerang berada di posisi lebih baik daripadanya iaitu Marko Simic, merekodkan 28 gol dan Alberto Goncalves, menjaringkan 18 gol pada musim tersebut.", "Antara pasukan yang kuat dikaitkan dengan penyerang yang memiliki ketinggian sekitar 1.8 meter ini ialah Melaka United FC.", "Bercakap mengenai gaya permainannya, pemain yang dilahirkan di Texeira de Freitas ini merupakan seorang penyerang yang gemar melakukan roaming, berani menggelecek di kawasan lawan sebelum melakukan rembatan untuk merobek gawang lawan.", "“Alex merupakan penyerang yang mobiliti, gemar melakukan pelbagai gerakan di atas padang dan mempunyai (kemahiran) teknikal yang baik.", "“(Hal ini kerana) Liga Indonesia lebih (menjurus) ke arah fizikal yang memerlukan lebih larian dan pertarungan fizikal berbanding liga lain di asean.” kata pemerhati bola sepak Indonesia. Aun Rahman.", "Selain daripada itu, Alex juga mempunyai kemahiran yang baik dalam melakukan perebutan bola di udara dan perkara ini dapat disaksikan menerusi beberapa jaringan yang dilakukannya menerusi tandukan di dalam kotak penalti.", "Menerusi kemampuan yang dimiliki oleh Alex, pasukan yang bakal mendapatkan khidmatnya bakal meraih kelebihan ketika melakukan serangan balas pantas serta ketika memainkannya dengan tugas sebagai target-man.", "Dengan kelebihan ketinggiannya pula, pasukannya boleh memanfaatkan kehadirannya ketika situasi bola mati seperti semasa dihadiahkan sepakan percuma dan sepakan penjuru.", "Bagaimanapun, kemampuan yang dimilikinya serta statistik yang di bawa daripada saingan Liga Indonesia bukan menjadi tiket automatik untuk Alex terus ‘menjadi’ dalam saingan liga tempatan.", "Kita sedia maklum terdapat perbezaan besar di antara corak permainan liga negara jiran tetangga dan Liga Malaysia. Selain itu, ia bergantung juga kepada kemampuannya untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan.", "Antara perkara lain yang tidak boleh dikesampingkan adalah bagaimana ketua jurulatih mahu mengadunkan kemampuan dan kebolehan yang dimiliki oleh Alex bersama-sama 10 lagi pemain di dalam pasukannya. ", "Sebagai contoh, dapat dilihat penyerang seperti Sylvano Comvalius yang cukup digeruni di sana tidak dapat menunjukkan belangnya bersama Kuala Lumpur pada tahun 2019.", "Seorang lagi penyerang yang boleh dijadikan contoh adalah Ferdinand Sinaga yang cukup cemerlang bersama PSM Makassar tetapi tidak memberikan impak yang besar ketika beraksi bersama pasukan Kelantan pada musim 2018.", "Adakah benar Alex dos Santos Goncalves ini bakal hadir dalam saingan Liga Malaysia? Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Liga 1 Indonesia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219583/", "headline": "\n20 Pemain Paling Tua Dalam Saingan Liga Malaysia 2021 – Siapakah Yang Masih Berbisa?\n", "content": ["Kata orang, umur hanyalah sekadar angka dan jika anda layak untuk bermain maka pemain itu tetap akan menjadi pilihan jurulatih untuk diturunkan bermain dalam mana-mana perlawanan.", "Pelbagai faktor yang menyebabkan kalangan jurulatih gemar menurunkan pemain-pemain senior tidak kiralah samada bermula dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian. Selain daripada masih mempamerkan bisa yang sama di atas padang, sebab-sebab yang lain mereka menjadi pilihan jurulatih adalah kerana pengalaman dan pengaruh.", "Dalam saingan Liga Super dan Liga Premier 2021, kami berjaya menyenaraikan 20 pemain paling tua (tempatan dan import) dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun yang masih ditagih khidmatnya untuk mengharungi saingan musim ini.", "Berikut adalah 20 pemain paling tua (umur berdasarkan tahun 2021) dalam saingan Liga Malaysia khas untuk rujukan pembaca laman sesawang Sukanz:", "Posisi: Pertahanan / Pemain Tengah", "Kelab: Petaling Jaya City FC", "Tarikh Lahir: 31 Ogos 1985", "Kelab: Petaling Jaya City FC", "Tarikh Lahir: 21 Julai 1985", "Tarikh Lahir: 25 Jun 1985", "Posisi: Penyerang / Pemain Sayap", "Kelab: Kedah Darul Aman FC", "Tarikh Lahir: 16 April 1985", "Tarikh Lahir: 18 Oktober 1984", "Tarikh Lahir: 10 September 1984", "Tarikh Lahir: 6 November 1984", "Tarikh Lahir: 14 Ogos 1984", "Tarikh Lahir: 26 Mac 1984", "Tarikh Lahir: 15 Februari 1984", "Kelab: Kuala Lumpur City FC", "Tarikh Lahir: 29 Januari 1984", "Tarikh Lahir: 1 Oktober 1983", "Tarikh Lahir: 5 Fenruari 1983", "Tarikh Lahir: 20 Januari 1983", "Tarikh Lahir: 2 Jun 1982", "Posisi: Penyerang / Pemain Sayap", "Kelab: Kuala Lumpur City FC", "Tarikh Lahir: 2 September 1981", "Posisi: Penyerang / Pemain Sayap", "Tarikh Lahir: 21 Januari 1981", "Tarikh Lahir: 8 April 1980", "Posisi: Pemain Tengah / Penyerang", "Tarikh Lahir: 20 Jun 1979", "Kelab: Kuala Lumpur City FC", "Tarikh Lahir: 24 September 1979"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215382/", "headline": "\nBATC 2022: Pemain Remaja Siti Nurshuhaini Jadi Titik Kebangkitan Malaysia Tumpaskan Jepun\n", "content": ["Perseorangan remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman menjadi titik kebangkitan pasukan wanita Malaysia berhasil menundukkan Jepun dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan Y di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), pada hari ini.", "Pemain berusia 17 tahun yang beraksi pada perlawanan ketiga berjaya meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-16 dan 22-20 menumpaskan perseorangan Jepun, Hina Akechi.", "Kemenangan ini menyekat Jepun daripada mendahului 3-0 ke atas Malaysia. Sebelum itu, pasukan wanita Jepun terlebih dahulu mendahului 2-0 dengan wakilnya menumpaskan S. Kisona dan Eoon Qi Xuan pada perlawanan pertama dan kedua.", "Momentum kemenangan pada perlawanan ketiga itu diteruskan oleh pasangan beregu Pearly Tan dan Valeree Siow yang menjadi ‘scratch pair’ pada perlawanan keempat.", "Pearly-Valeree berjaya meraih kemenangan tersebut juga secara ‘straight set’ dengan keputusan 24-22 dan 21-18 ke atas Rui Hirokami dan Yuna Kato.", "Ketika kedudukan terikat 2-2 selepas empat perlawanan, taruhan beregu kedua negara, Teoh Mei Xing-Anna Cheong tampil memberikan penamat yang gembira buat pasukan negara.", "Pada perlawanan keliman, Mei Xing-Anna berhasil menumpaskan lawannya, Hina Akechi-Riko Gunji secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-12 dan 21-5.", "Kemenangan ini sekaligus membolehkan pasukan wanita Malaysia meraih kemenangan pada perlawanan pertama dengan keputusan 3-2 ke atas Jepun.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216979/", "headline": "\nPegawai & Pemain Lega Perak FC Diberi Lanjutan Masa Untuk Selesaikan Pertukaran Pemilikan\n", "content": ["Tempoh lanjutan yang diberikan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi Perak untuk menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan sehingga 29 April ini telah mengundang kelegaan buat pegawai dan pemain Perak FC.", "Menurut ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah, beliau berterima kasih dengan keputusan yang dibuat MFL melalui First Instance Body (FIB) yang masih sudi memberikan peluang kedua buat pengurusan menyelesaikan segala urusan pemindahan pemilikan.", "Justeru, beliau mengharapkan pihak pengurusan Perak FC dapat menggunakan kesempatan yang telah diberikan demi memastikan nama Perak tidak terkubur dari peta bola sepak Malaysia.", "“Saya rasa sangat bersyukur dengan keputusan MFL yang masih benarkan lanjutan walaupun sepatutnya telah berakhir hari ini.", "“Kami amat memerlukan bantuan sebegini daripada MFL kerana semua orang tahu,hanya bola sepak sahaja periuk nasi buat pemain serta pegawai.", "“Harap tempoh lanjutan seminggu yang diberikan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengurusan Perak FC untuk memuktamadkan pemindahan pemilikan,” katanya.", "Badan bebas “First Instance Body” (FIB) hari ini membuat keputusan untuk meluluskan permohonan Perak FC untuk lanjutan masa bagi memberi ruang pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.#LigaPremier2022", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 21, 2022", "MFL melalui satu kenyataan media pada Khamis menyatakan ‘First Instance Body’ (FIB) telah membuat keputusan meluluskan permohonan Perak FC untuk lanjutan masa bagi memberi ruang pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan rundingan pertukaran pemilikan.", "Menurut Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir, selepas meneliti dan menperhalusi permohonan Perak FC pada 18 April 2022, pihak Jawatankusa FIB memberikan ruang untuk pihak pengurusan kelab Liga Premier itu menyelesaikan segala proses rundingan bersama pemilik baharu sehingga 29 April 2022.", "Dalam masa sama, Yusri akui sambutan hari raya buat pemain serta pegawai musim ini seperti tidak memberikan sebarang erti namun pemakluman oleh MFL pada semalam seolah-olah mampu memberikan sinar di hujung terowong terhadap isu tunggakan gaji.", "“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kian dekat namun saya suasana sangat sedih sedang dirasai oleh kami semua di Perak FC.", "“Harap akan ada jalan penyelesaian terhadap pertukaran pemilikan pasukan ini setelah peluang kedua diberikan oleh MFL dan pemain boleh mendapat sesuatu sebelum Hari Raya dari pengurusan baharu.", "“Saya juga menyeru kepada pengurusan Perak FC jangan ambil saat akhir untuk melangsaikan semua proses,” katanya.", "Featured Image: Perak Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219291/", "headline": "\nTidak Dapat Penuhi Permintaan Pemilikan Stadium, Pengambilalihan KDA FC Oleh Syarikat Swasta Dibatalkan\n", "content": ["Satu kejutan berlaku dalam kancah bola sepak tanah air apabila proses rundingan pengambilalihan saham pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) oleh sebuah gabungan syarikat swasta iaitu Flumen Holdings dan Go Auto Group yang sebelum ini dilaporkan hampir direalisasikan terpaksa dibatalkan.", "Pengumuman pembatalan yang penuh kejutan itu diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman, pada hari ini.", "“Proses pengambilalihan 80% saham KDA FC oleh sebuah syarikat yang saya umumkan beberapa minggu lepas tidak dapat dimuktamadkan, ", "“Semalam, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan rundingan tersebut dan pasukan bola sepak Kedah Darul Aman akan dikendalikan sepenuhnya oleh KDA FC yang ditubuhkan oleh KFA.” katanya dihadapan pengamal media.", "Baca: Status Pengambilalihan KDA FC Oleh Syarikat Swasta Telah Capai 80%", "Menurutnya, proses pengambilalihan tersebut terpaksa dibatalkan kerana pihaknya tidak dapat memenuhi permintaan syarikat swasta tersebut yang mahukan pemilikan dua buah stadium dan juga beberapa bidang tanah di negeri jelapang padi tersebut.", "“Permintaan-permintaan daripada syarikat itu tidak dapat dipenuhi oleh KFA dan kerajaan negeri, permintaan terlalu besar untuk kita lepaskan.”", "“Antara lain adalah pemilikan stadium, stadium ini milik Perbadanan Stadium, itu tak boleh (kerana) harta orang lain, Stadium Darul Aman dan Stadium Suka Menanti (Stadium Sultan Abdul Halim) itu dibawah kendalian dan hak milik Perbadanan Stadium,” jelasnya.", "Sanusi turut berpandangan, pembatalan pengambilalihan ini sudah semestinya menyebabkan pelaburan dalam industri kenderaan teknologi hijau dan peralatan pertahanan bernilai RM1.5 bilion yang dijanjikan oleh kedua-dua syarikat ini di negeri Kedah sama sekali tidak akan diteruskan.", "Susulan dengan pembatalan pengambilalihan oleh gabungan syarikat ini juga, Sanusi memaklumkan membuka peluang kepada syarikat-syarikat swasta lain yang berminat untuk mengambil alih KDA FC untuk datang melakukan rundingan bersama KFA selepas daripada ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219570/", "headline": "\nRanking ATP: Carlos Alcaraz Muncul Pemain Tenis Termuda Duduki No.1 Dunia – Pada Usia 19 Tahun\n", "content": ["Pemain tenis kelahiran Sepanyol, Carlos Alcaraz muncul pemain termuda yang akan menghuni ranking No.1 dunia dalam sejarah ranking ATP sejak 1973 selepas berjaya menjuarai kejohanan Grand Slam pertamanya, Terbuka Amerika Syarikat.", "Pemain berusia 19 tahun mengesahkan gelaran tersebut selepas menumpaskan lawannya dari Norway, Casper Ruud dengan keputusan 6-4, 2-6, 7-6 dan 6-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia. ", "Kemenangan itu membolehkannya memintas kedudukan pemain No.1 sebelum ini dari Rusia, Daniil Medvedev dalam sistem ranking ATP ketika berusia 19 tahun dan 4 bulan – dalam kemaskini berikutnya.", "The call heard round the 🌍", "How it sounded on US Open Radio when @carlosalcaraz won the #USOpen pic.twitter.com/aOB7c5fMqX", "— US Open Tennis (@usopen) September 12, 2022", "Untuk makluman semua, ketika kejohanan ini bermula pada 29 Ogos lalu, Alcaraz menduduki ranking keempat dunia.", "Langkauan dari No.4 kepada No.1 yang dilakukan Alcaraz ini meletakkannya sebaris dengan tiga pemain lain yang pernah melakukan perkara yang sama iaitu Moya (1995), Andre Agassi (1999) dan Pete Sampras (2000).", "Sebagai rekod, kedudukannya sebagai pemain No.1 dunia pada usia sebegini telah memecahkan rekod yang dipegang oleh pemain Australia, Lleyton Hewitt ketika berusia 20 tahun pada tahun 2001.", "FIRST GRAND SLAM TITLE AND FIRST TEENAGER TO REACH 🌍 NO. 1️⃣@CarlosAlcaraz defeats Casper Ruud 6-4 2-6 7-6 6-3 to clinch his maiden Grand Slam at the US Open.@USOpen | #USOpen pic.twitter.com/5rINBD0ATr", "— ATP Tour (@atptour) September 11, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113950/", "headline": "\nPiala Malaysia: MKN Kekal Larangan Makan & Minum Termasuk di Corporate Box\n", "content": ["Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal dengan keputusan tidak membenarkan sebarang  aktiviti makan dan minum di dalam stadium termasuk di dalam kotak korporat (corporate box) semasa perlawanan akhir Piala Malaysia, Selasa nanti.", "Sebelum itu, penganjur kejohanan, Malaysian Football League (MFL) memohon kebenaran untuk membolehkan penyokong yang hadir makan dan minum semasa menyaksikan perlawanan akhir tersebut.", "Selain itu, MFL turut memohon tambahan kapasiti penonton untuk hadir menyaksikan perlawanan akhir yang akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Bagaimanapun, menerusi satu surat yang diutuskan kepada MFL semalam, MKN menolak kedua-dua permohonan tersebut sekaligus menyaksikan larangan makan dan minum di dalam stadium semasa berlangsung perlawanan adalah kekal.", "Manakala, jumlah penonton yang dibenarkan hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut kekal setakat 20,000 orang sahaja sepertimana ditetapkan di bawah prosedur operasi piawai (SOP) Am Sektor Sukan dan Rekreasi di kawasan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.", "Susulan daripada keputusan ini, MFL dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merancang untuk menyediakan satu tapak khas bagi kenderaan saji (food truck) di perkarangan stadium untuk membolehkan penonton yang hadir makan dan minum terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam stadium. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322763/", "headline": "\nPiala Dunia B-17: FIFA Lucut Peru Sebagai Tuan Rumah\n", "content": ["Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekali lagi bertindak melucutkan hak tuan rumah bagi salah satu kejohanan bawah umurnya. Kali ini pelucutan itu dikenakan terhadap Peru melibatkan saingan Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) 2023.", "Badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan media selepas mengadakan satu perbincangan meluas bersama Persekutuan Bola Sepak Peru (FPF).", "Puncanya disebabkan oleh negara di benua amerika selatan itu tidak berupaya memenuhi komitmen dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menganjurkan kejohanan terbabit.", "FIFA has regretfully withdrawn Peru’s hosting rights to the FIFA U-17 World Cup 2023™ following extensive discussions between FIFA and the Peruvian Football Federation (FPF).ES: https://t.co/9IE6RTWNLaEN: https://t.co/TioowCyNQZ", "— FIFA Media (@fifamedia) April 3, 2023", "Akan tetapi, FIFA masih terbuka untuk menerima Peru bagi menganjurkan kejohanan lain pada masa hadapan.", "Sementara itu, FIFA masih mengekalkan tarikh kejohanan iaitu bermula 10 November dan berakhir pada 2 Disember 2023. Hanya negara hos atau tuan rumah baharu sahaja akan dikenalpasti oleh Ahli Majlis FIFA dalam masa terdekat.", "Minggu lalu, FIFA mengumumkan melucutkan Indonesia sebagai hak tuan rumah kejohanan Piala Dunia B-20 2023. Dipercayai, pelucutan itu bersangkutan dengan pengharaman penyertaan Israel oleh Indonesia yang layak secara merit setelah muncul naib juara Kejohanan UEFA B-19 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215161/", "headline": "\nBekas Penjaga Gol Liga Thailand Mahu Cabar Posisi No.1 Melaka United\n", "content": ["Penjaga gol yang pernah beraksi dalam divisyen tiga bola sepak Thailand (Thai League 3), Bryan See bersedia bersaing bagi merebut posisi No.1 dalam pasukan Melaka United FC.", "Dua individu yang bakal menjadi saingan pemain berusia 29 tahun ini adalah penjaga gol berpengalaman, Norazlan Razali serta bekas rakan sepasukannya suatu masa dahulu, Ahmad Asyraaf Omar.", "“Saya mahu cari cabaran baharu apabila ambil keputusan bersama Melaka (United) dan harap boleh mendapatkan tempat selaku penjaga gol utama di sini.", "“Apa yang penting saya kena cepat sesuaikan diri selain beri tumpuan kepada prestasi sendiri kerana bukan mudah untuk bersaing dengan dua lagi penjaga gol yang tidak kurang hebatnya.", "“Norazlan merupakan penjaga gol yang sangat berpengalaman manakala Asyraaf, saya sudah cukup mengenalinya sejak di PKNP, dia memang seorang yang berbakat.", "“Cuma saya tidak nafikan gembira berpeluang berada dengan seorang penjaga gol seperti Norazlan yang telah melakar banyak kejayaan sepanjang kariernya, harap saya boleh pelajari sesuatu dengan dia,” katanya.", "Untuk makluman semua, Bryan pernah beraksi dalam kancah bola sepak negara jiran tetangga dengan menyertai Bangkok FC selama setengah musim pada tahun 2019.", "Kemudiannya, dia menyertai PDRM hampir dua musim sebelum direkut Penang FC pada tahun 2021. Semasa di Penang, Bryan banyak bertindak selaku pilihan kedua di belakang Samuel Somerville namun telah menampilkan prestasi cemerlang tiap kali diturunkan terutama dalam saingan Liga Super."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111983/", "headline": "\nFormula 1: Selepas 20 Tahun Berlumba, Kimi Raikkonen Umum Persaraan Hujung Musim Ini\n", "content": ["Pelumba Alfa Romeo Racing, Kimi Raikkonen mengumumkan akan menggantung helmet dan sarung tangannya setelah tamatnya saingan Formula1 musim 2021 ini.", "Pelumba kelahiran Finland yang telah berlumba hampir 20 tahun ini membuat pengumuman tersebut menerusi akaun rasmi Instagram miliknya, semalam.", "“Ini merupakan musim terakhir saya dalam Formula 1. Keputusan ini saya telah buat semasa musim sejuk lalu. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah tetapi selepas daripada musim ini, ia merupakan masa untuk sesuatu yang baharu.” tulis pelumba yang bakal menjengah usia 42 tahun pada Oktober nanti.", "Untuk rekod, Kimi atau nama julukannya, The Iceman melakukan debut dalam Formula 1 bersama pasukan Sauber ketika perlumbaan Australian GP pada tahun 2001.", "Menariknya, kemenangan pertama yang diraih oleh Kimi hadir ketika beraksi di Litar Antarabangsa Sepang dalam Malaysian GP pada tahun 2003.", "341 perlumbaan21 kemenangan103 podium18 petak hadapan46 'fastest lap'1 kejuaraan duniaSelepas 20 tahun, Kimi Raikkonen mengumumkan akan meninggalkan Formula One pada penghujung musim ini. pic.twitter.com/EcCK6vG0iM", "Sebagai rekod, antara pasukan yang pernah disertai oleh Kimi sepanjang penglibatannya dalam Formula 1 ialah Sauber (2001), McLaren (2002-2006), Ferrari (2007-2009), Lotus (2012-2013), Ferrari (2014-2018) dan terakhir Alfa Romeo (2019-kini).", "Sementara itu, menurut Sky Sports, pelumba senegaranya, Valtteri Bottas diletakkan sebagai calon pilihan untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Kimi di Alfa Romeo pada tahun 2022.", "Featured Image: Alfa Romeo Racing"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322089/", "headline": "\nSkuad Projek FAM-MSN Dapat Tajaan Puma RM350,000\n", "content": ["Skuad Projek FAM-MSN akan menyarung jersi buatan jenama terkenal dari Jerman iaitu Puma bagi mengharungi saingan Piala MFL 2023.", "Perkembangan itu hadir setelah Puma menerusi Active Sports dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian penajaan yang bernilai RM350,000 selama setahun di Wisma FAM pada hari ini.", "Susulan perjanjian terbabit, rekaan jersi ‘home’ dan ‘away’ bagi kegunaan Skuad Projek FAM-MSN diperlihatkan kepada umum.", "Rekaan ‘home’ menampilkan elemen tradisi skuad Harimau Malaya iaitu berwarna kuning dan berjalur hitam. Sementara itu, rekaan ‘away’ pula menggunakan warna putih dan berjalur hitam.", "Empat pemain Skuad Projek FAM-MSN iaitu Adli Ahamad, Muhammad Izzul Azry Abu Mansor, Mohamad Nabil Asyraf Ramli dan Sheikh Mohammad Faris Sheikh Mohammad Faisal tampil memperagakan jersi-jersi baharu terbabit.", "Dimaklumkan, jersi ‘home’ dan ‘away’ Skuad Projek FAM-MSN keluaran Puma ini akan mula dijual bermula 3 Mac di outlet Active Sports Shah Alam dan outlet Puma terpilih pada harga RM129.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113426/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Cabaran Belgium Tze Yong Catat Lonjakan 6 Anak Tangga\n", "content": ["Juara kejohanan Cabaran Antarabangsa Belgium 2021 dalam kategori perseorangan lelaki, Ng Tze terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia.", "Menerusi satu kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pemain berusia 21 tahun ini melonjak enam anak tangga dalam kedudukan dunia.", "Lonjakan itu memberikan Tze Yong menduduki tangga ke-68 dunia berbanding kedudukan ke-74 pada minggu lalu.", "Sementara itu, kedudukan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia kekal tidak berubah di tangga ke-8 dunia walaupun ditumpaskan pada pusingan awal di kejohanan Terbuka Perancis, baru-baru ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207323/", "headline": "\nShahrel Fikri Sumbat 4 Gol – ‘Freekick’ Gaya Cristiano Ronaldo Curi Tumpuan\n", "content": ["Penyerang Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi berjaya menyumbat empat gol ketika menentang Felda United FC (FUFC) dalam aksi kesembilan saingan CIMB Liga Super 2020.", "Ia sekaligus membantu pasukannya mencatatkan kemenangan besar 5-1 ke atas skuad The Fighters dalam perlawanan yang berlangsung tanpa kehadiran penyokong di Stadium Perak, semalam.", "Diantara keempat-empat gol yang dijaringkannya, jaringan pembukaannya pada minit ke-17 menerusi satu sepakan percuma ala-ala penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo menuju tepat ke bucu gol paling mencuri tumpuan. ", "Manakala baki tiga gol lagi dijaringkannya pada separuh masa kedua. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh para peminat di media sosial mengenai kejayaan penyerang berusia 25 tahun itu mengenai sepakan percumanya dan jaringan 4 gol dalam perlawanan tersebut.", "What a goal, what a player @shahrelfikri! https://t.co/Ut3oxpWWcT", "We dont need naturalisation striker we have SHAHREL FIKRI !!!! https://t.co/K0I7binCnG", "@md_mukhriz sumpah Shahrel Fikri tok nang kdk CR7 https://t.co/5twOWXFqTB", "eky guna standing free kick ronaldo bai https://t.co/iWymz7o6sR", "Man of the moment! Eki is on fire 🔥#PenyerangTempatan 😁 https://t.co/ArRqtRNKNY", "In an import dominated era, its pretty challenging for a local lad to take the Golden Boot.But when it does happen, it has to be something special. https://t.co/L2nL8F6Jvz", "Empat gol yang dijaringkan itu telah melonjak namanya sebagai penjaring terbanyak kejohanan – 9 gol setakat ini, mengatasi penyerang Terengganu FC, Dominic Da Sylva yang memiliki 7 gol.", "Sementara itu, Perak turut melonjak kedudukannya ke tangga kedua CIMB Liga Super 2020 dengan kutipan 17 mata.", "Anda boleh menonton ‘highlights’ penuh perlawanan Perak menentang Felda United pada pautan video di bawah:", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217178/", "headline": "\nJuara Liga Thai 2 Sedang Berunding Untuk Dapatkan Daniel Sturridge\n", "content": ["Kelab yang menjuarai saingan Liga Thailand 2 musim 2021/22 iaitu Lamphun Warriors FC telah memulakan rundingan untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge.", "Menurut laporan media berpangkalan di negara tersebut, Buaksib, kelab tersebut menawarkan gaji sebesar tujuh angka sebulan bagi menarik pemain berusia 32 tahun itu untuk memperkuatkan Lamphun Warriors yang akan beraksi di Liga Thai 1, musim hadapan.", "Ketika ini, Sturridge yang juga merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan England tidak terikat dengan mana-mana kelab dan menjadi ejen bebas. Ini selepas dia menamatkan kontrak bersama kelab berpangkalan di Australia, Perth Glory.", "Laporan itu turut memaklumkan seorang ejen telah menghantar profil pemain kepada kelab tersebut serta berbincang mengenai usaha untuk membawanya ke saingan Liga Thai.", "Sebelum itu, kelab yang sama turut mengesahkan melanjutkan kontrak bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Aly Cissokho untuk menghadapi saingan musim hadapan. Pertahanan kelahiran Perancis ini mula menyertai Lamphun Warriors sejak tahun 2021 yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202012/", "headline": "\nWajarkah Arteta jual 9 pemain dan bentuk skuad baharu Arsenal 2020-21?\n", "content": ["Mikel Arteta menutup cabaran musim sulungnya sebagai ketua jurulatih Arsenal dengan memacu kelab London tersebut menjulang trofi Piala FA England 2019-20 setelah menewaskan Chelsea di Stadium Wembley.", "Kejayaan itu turut memberikan Arsenal slot automatik ke saingan Liga Europa bersama-sama pasukan Leicester City yang meraih kedudukan ke-5 Liga Perdana Inggeris (EPL). Tottenham Hotspur yang berada di kedudukan ke-6 diberikan slot kelayakan pusingan ke-2.", "Bagaimanapun prestasi Arteta kurang memberangsangkan dalam saingan EPL dengan hanya menduduki tangga ke-8 selain tersingkir daripada saingan Liga Europa 2019-20 di tangan Olympiakos pada aksi kelompok 32 pasukan terakhir.", "Namun pujian tetap diberikan kepada pengurus muda kelahiran Sepanyol ini kerana ini merupakan kali pertama Arteta mengambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih di pertengahan musim dan mewarisi skuad tinggalan bekas ketua jurulatih, Unai Emery.", "Saingan EPL, Liga Europa, Piala Carabao kian mencabar saban tahun dan Arteta juga akan menggalas usaha mempertahankan kejuaraan Piala FA pada musim depan. Maka tidak peliklah Arteta yang juga bekas kapten Arsenal dilaporkan bercadang untuk merombak skuad sedia ada dan mendapatkan beberapa pemain baharu yang menjadi pilihannya untuk beraksi pada musim depan.", "Bagaimanapun, Arteta yang merupakan bekas penolong jurulatih kepada Pep Guardiola di Manchester City tahu duit hasil kemenangan Piala FA dan pendapatan daripada saingan Liga Europa semata-mata tidak mencukupi untuk mendapatkan pemain-pemain baharu. Solusinya pada ketika ini, Arteta perlu melepaskan beberapa pemain bintangnya bagi mendapatkan dana tambahan.", "Menurut Daily Mail, dilaporkan seramai 9 orang pemain bintang yang diletakkan dalam senarai untuk dijual oleh Arsenal. Ianya terdiri daripada kalangan pemain tunjang yang sering mengisi kesebelasan utama termasuk yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA, ahad lalu.", "Antaranya penyerang Alexandre Lacazette, pemain tengah Matteo Guendouzi, Henrikh Mkhitaryan, Lucas Torreira, pertahanan Hector Bellerin, Sokratis, Sead Kolasinac, Shkodran Mustafi dan Rob Holding.", "Pemain-pemain ini mahu dijual bagi mendapatkan dua pemain yang dikhabarkan oleh media menjadi sasaran utama Arteta iaitu pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey dan penyerang sayap lincah Chelsea, Willian serta beberapa nama lain lagi.", "Selain itu, mereka juga berhasrat untuk membawa perancang Barcelona, Philippe Countinho namun kewangan dilihat menjadi kekangan yang paling besar pada ketika ini.", "Melepaskan sehingga 9 pemain tunjang sedia ada dan merekrut sejumlah pemain-pemain baharu merupakan satu tindakan yang berisiko tinggi dan Arteta bakal berdepan cabaran yang sukar untuk membentuk keserasian skuad baharu bagi mengharungi saingan musim depan.", "Perkara ini telah terjadi kepada seteru Arsenal iaitu Tottenham Hotspur pada tahun 2013 apabila mereka menggunakan duit hasil penjualan mega Gareth Bale untuk menandatangani Christian Eriksen, Nacer Chadli, Erik Lamela, Paulinho, Etienne Capou, Vlad Chiriches dan Roberto Soladado.", "Pemain-pemain yang disangkakan mampu memperkukuhkan Spurs pada musim itu, tidak memberikan hasil yang diharapkan dan mereka sekadar menamatkan saingan EPL 2013-14 di tangga ke-6, tersingkir daripada saingan Piala FA di pusingan ke-3, ditunjukkan jalan keluar daripada Piala Liga pada pusingan ke-5 dan terkandas di saingan Liga Europa pada aksi 16 terakhir.", "Namun sejak mengambil alih kerusi ketua jurulatih Arsenal menggantikan Unai Emery, Arteta dilihat telah bersedia awal untuk merombak dan membina skuad baharu untuk mengharungi saingan musim depan.", "Ini dapat dilihat apabila Arteta sering memberikan peluang bermain kepada pemain-pemain muda seperti Bukayo Saka, Eddie Nketiah, Ainsley Maitland-Niles, Kieran Tierney, Joe Willock, Gabriel Martinelli dan beberapa nama lagi.", "Tidak dilupakan penyerang prolifik, Pierre-Emerick Aubameyang telah dinyatakan berkali-kali oleh Arteta akan kekal di Stadium Emirates. Wajah skuad baharu Arsenal dapat digambarkan dengan dibina berpaksikan Aubameyang, pemain-pemain sasaran seperti Partey dan Willian serta pemain-pemain muda mereka.", "Apa yang penulis boleh simpulkan, ia satu tindakan yang wajar buat Arteta melepaskan sehingga 9 pemain tunjang mereka bagi mendapatkan dana. Arteta juga melihat skuad sedia ada tidak mampu mencabar saingan-saingan utama dengan lebih serius selain daripada mahukan pemain-pemain yang dapat memainkan taktikalnya dengan lebih berkesan.", "Namun ianya diiringi dengan cabaran besar untuk menerapkan keserasian skuad baharu dan peminat dan pengurusan pastinya mahu melihat Arteta kembali mengemudi Arsenal untuk memburu kedudukan 4 terbaik dalam saingan bola sepak Inggeris dan meraih slot ke saingan Liga Juara-Juara UEFA sebagaimana di zaman kendalian Arsene Wenger dahulu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216039/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Vivian-Chiew Sien Sempat Beri Saingan Sengit Sebelum Disingkir Beregu No.1 Dunia\n", "content": ["Satu-satunya wakil beregu wanita negara di peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2022, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien terpaksa akur tumpas kepada lawannya yang merupakan pasangan No.1 dunia.", "Bagaimanapun, Vivian-Chiew Sien yang di ranking ke-61 dunia sempat memberikan cabaran sengit kepada Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan yang merupakan pasangan beregu wanita dari China.", "Dalam perlawanan tersebut, Vivian-Chiew Sien yang merupakan beregu bebas (independent) terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan keputusan 15-21 kepada juara Kejohanan Dunia BWF 2021 ini. ", "YONEX GAINWARD German Open 2022WD – Quarter final 🇨🇳Qing Chen CHEN🏅21 22 🇨🇳Yi Fan JIA🏅15 20 🇲🇾Vivian HOO 🇲🇾Chiew Sien LIM🕗 in 46 minutes https://t.co/7WFVm33VLQ", "Bagaimanapun, pasangan yang mula bergandingan sejak Oktober tahun lalu ini mula menunjukkan permainan yang garang pada set kedua sehingga mengheret Qing Chen-Yi Fan memasuki mata ‘deuce’ sebelum tumpas 20-22.", "Namun, dengan tumpasnya di set kedua, Vivian dan Chiew Sien tidak dapat membuat perhitungan dengan Qing Chen dan Yi Fan di set ketiga atau penentuan. Untuk makluman semua, ini merupakan pertarungan pertama melibatkan kedua-dua beregu dari Malaysia dan China ini.", "Sementara itu, Qing Chen-Yi Fan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir bakal berhadapan samada beregu China, Du Yue-Li Wen Mei (ranking ke-225) atau beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (ranking ke-8) yang dijadualkan berlangsung pada malam esok (waktu Malaysia).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207868/", "headline": "\nAtlet 4×100 Negara Berlatih Awal – Sasar Pingat Emas Sukan SEA 2021\n", "content": ["Atlet-atlet 4×100 meter lelaki negara sudah mula dikumpulkan untuk berlatih bagi memastikan hasrat untuk merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 dapat dicapai.", "Ketua jurulatih olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil berkata hasrat tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil jika mengambil kira potensi barisan atlet 4×100 meter dan rekod dalam temasya Sukan SEA edisi terdahulu.", "“Sebab itu kita kumpulkan semua atlet pecut terbaik menjalani latihan bersama di bawah ketua jurulatih pecut, Dwayne Miller agar dia boleh buat perancangan awal. Ini juga KPI (petunjuk prestasi utama) yang diletakkan kepadanya.", "“Kalau lihat berdasarkan kemampuan kuartet kita ketika Sukan SEA di Filipina tahun lalu (menang perak), kita nampak ada peluang yang besar untuk menang emas pada Sukan SEA di Vietnam.", "“Melihat kepada catatan peribadi terbaik atlet pecut kita, sepatutnya memang kita boleh menang emas di Vietnam. Sebab itu kita perlu mengumpulkan mereka lebih awal bagi berlatih bersama kerana acara lari berganti-ganti turut membabitkan teknikal yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.", "Ketika ini, enam atlet pecut terbaik sedang berlatih di bawah kelolaan Miller yang merupakan kelahiran Amerika Syarikat. Mereka ialah Muhammad Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Muhammad Zulfiqar Ismail dan Mohd Aqil Yasmin.", "Selain daripada menyasarkan untuk memenangi pingat temasya dwitahunan asia tenggara pada tahun hadapan, mereka juga disasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.", "“Mereka perlu diberi pendedahan dan menyertai kejohanan. Perancangan kita juga bukan setakat peringkat Sukan SEA tetapi kita mahu pergi jauh untuk sekurang-kurangnya meraih pingat pada Sukan Asia (di Hangzhou),” tambahnya lagi. ", "Bagaimanapun, bercerita mengenai saingan dalam temasya Sukan Asia, Malaysia perlu membuat persiapan mantap kerana mereka bakal berhadapan saingan sukar daripada negara-negara hebat seperti China, Jepun dan Qatar."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113472/", "headline": "\nMFL Siasat Penyokong Langgar SOP – ‘Masuk’ Padang & Peluk Pemain Terengganu\n", "content": ["Aksi kelima Kumpulan B Piala Malaysia melibatkan Selangor dan Terengganu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam, turut dicemari dengan insiden seorang penyokong dilihat menerjah masuk ke padang dan berpelukan meraikan gol bersama-sama pemain.", "Insiden tersebut berlaku pada minit ke-71 apabila penyerang Terengganu, Jordan Mintah berhasil menyempurnakan sepakan percuma sekaligus memberikan pasukannya mendahului 2-0 pada waktu itu.", "Ketika Jordan berlari ke kawasan berhampiran dengan tempat duduk penonton, seorang penyokong dilihat menerjah masuk ke padang dan berpelukan bersama pemain Terengganu untuk meraikan gol tersebut. ", "Perbuatan itu jelas melanggar prosedur operasi piawai (SOP) yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) bagi menjaga keselamatan pemain serta mengekang penularan Covid-19. ", "📹 HIGHLIGHTS: @SelangorFC 1-3 @FCTerengganuTerengganu FC mencatat kemenangan kelima berturut-turut melalui gol Faisal Halim dan Jordan Mintah (2). Shahrel Fikri Fauzi membalas untuk Selangor pada minit ke-84.#TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/e0mdrF8GmW", "Menurut laporan Harian Metro, MFL sedia maklum akan insiden terbabit dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam berkata, “kita ada menerima laporan membabitkan kejadian itu dan siasatan segera akan dilakukan sebelum tindakan sewajarnya diambil.", "“Saya tidak mahu bercakap mengenai kegagalan kawalan keselamatan kerana penganjuran kejohanan besar seperti Piala Dunia pun ada penyokong lari masuk ke padang,”", "Sementara itu, selang sekitar 10 minit kemudian, pasukan tuan rumah, Selangor sempat merapatkan jurang menerusi jaringan oleh penyerang tempatan, Shahrel Fikri pada minit ke-82 untuk menjadikan keputusan semasa 2-1.", "Bagaimanapun, Jordan sekali lagi mempamerkan kehebatannya apabila menjaringkan satu lagi gol menerusi situasi sepakan percuma pada minit ke-90 sebelum pengadil menamatkan permainan dengan keputusan 3-1.", "Terengganu kini mengesahkan diri selaku juara Kumpulan B dengan pungutan 15 mata hasil daripada lima kemenangan yang diraih sebelum ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111345/", "headline": "\nAston Martin Diumum Sebagai Penaja & Rakan Kongsi Baharu JDT\n", "content": ["Gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan pengeluar kereta mewah terkemuka, Aston Martin sebagai penaja dan rakan kongsi baharunya.", "Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah video berdurasi 43 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial rasmi milik kelab tersebut, hari ini.", "Welcome to the JDT Family, Aston Martin. #JDT #AMRAsia #OfficialPartnership#AClassAboveTheRest#JDTforAll pic.twitter.com/xirhSP4KBZ", "Menurut kenyataan tambahan kelab, hasil daripada kerjasama di antara kedua-dua entiti ini, Aston Martin HQ bersetuju untuk mengeluarkan kereta Aston Martin bertemakan ‘JDT Edition’ untuk dijual.", "Menariknya, keuntungan daripada penjualan kereta edisi tersebut akan dikongsikan antara kedua-dua entiti ini.", "Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama memeterai perjanjian penajaan atau kerjasama bersama jenama antarabangsa.", "Untuk rekod, pasukan yang terkenal dengan julukan skuad Harimau Selatan ini telah mengumumkan kerjasama bersama Nike, Hublot, SWAG dan Subway."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324614/", "headline": "\nPiala Remaja Wanita Asia: Young Tigress Akhiri Saingan Di Tempat Kelima\n", "content": ["Skuad hoki wanita kebangsaan menamatkan saingan Piala Remaja Wanita Asia 2023 di tempat kelima kejohanan selepas menewaskan Hong Kong dan Kazakhstan di pusingan penentuan tempat kelima hingga kelapan.", "Dalam peringkat separuh akhir pusingan tersebut, Hong Kong dibelasah Malaysia dengan keputusan 10-1 hasil jaringan lapan pemain kebangsaan termasuk hatrik Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha.", "Skuad berjulukan Young Tigress itu kemudiannya meneruskan aksi cemerlang dalam penentuan tempat kelima dan keenam apabila membenam Kazakhstan dengan keputusan tujuh gol tanpa balas.", "Malaysia mengakhiri kempen Kejohanan Piala Remaja Asia (Wanita) 2023 yang berlangsung di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara Gifu, Jepun, di kedudukan ke-5 selepas tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan, Kazakhstan 7-0.", "— MHC (@hockeymalaysia) June 11, 2023", "Tujuh gol Malaysia dijaringkan Siti Nur Irdina Mohd Nor dan jaringan berganda daripada Shamine Azureen, Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri dan Azmyra Mia Sofea Azhairy memastikan tempat kelima jadi milik Young Tigress.", "Sebelum ini, Malaysia terlepas slot Piala Dunia Wanita selepas mereka tewas kepada Republik Korea yang menyaksikan mereka sekadar menduduki tangga ketiga Pool A dengan enam mata hasil dua kemenangan ke atas Chinese Taipei dan Uzbekistan. ", "Keputusan tersebut sekaligus menyebabkan skuad bimbingan Farah Yahya tidak dapat mengulangi kejayaan mara ke Piala Dunia Wanita 2021 dan terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kelima Piala Remaja Wanita Asia.", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323787/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Dua Beregu Wanita Negara Dikecewakan Indonesia Untuk Ke Pentas Akhir\n", "content": ["Beregu wanita negara menerima nasib sama seperti pemain perseorangan lelaki negara apabila tewas kepada wakil Indonesia di peringkat separuh akhir pada temasya Sukan SEA 2023.", "Lee Xin Jie-Low Yeen Yuan tewas kepada beregu wanita No.14 dunia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amalia Cahaya Pratiwi manakala pasangan Cheng Su Hui-Cheng Su Yin pula akur ditundukkan beregu, Meilysa Trias Puspitasari dan Rachel Allessya Rose. ", "Pasangan Febriana-Pratiwi mudah menjinakkan Xin Jie-Yeen Yuan menerusi kemenangan ‘straight set’ dengan skor 21-9 dan 21-9 dalam perlawanan yang hanya bertahan selama 30 minit itu.", "Bagi gandingan Su Hui-Su Yin, mereka cuba beri saingan kepada lawan mereka tetapi tidak cukup untuk mengikat perlawanan pada set kedua yang menyaksikan mereka tewas kepada Meilysa-Rachel dengan keputusan 10-21 dan 17-21. ", "Sama seperti perseorangan lelaki, Xin Jie-Yeen Yuan bersama Su Hui-Su Yin turut meraih pingat gangsa yang menyaksikan Malaysia mengutip empat pingat gangsa dalam sukan badminton pada hari kedua terakhir kejohanan. ", "Dalam pada itu, dua beregu Indonesia berpeluang mempertahankan pingat emas milik mereka yang dimenangi Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti pada edisi yang lalu. ", "Featured image: Badminton Association of Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215898/", "headline": "\nPenyerang Baharu Kedah ‘Okay’ Penyokong Panggilnya Pak Ngah\n", "content": ["Kemasukan penyerang dari Cameroon, Ronald Ngah Wanja bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (Kedah) pada musim ini mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong skuad Sang Kenari.", "Walaupun baru beraksi dalam satu perlawanan, ketika menentang Sarawak United pada perlawanan sulung Liga Super musim ini, penyerang berusia 30 tahun dengan pantasnya mendapat nama panggilan mesra ‘Pak Ngah’ oleh penyokong Kedah.", "Menurut laporan Berita Harian, dia bukan sahaja tidak kisah mengenai nama panggilan tersebut malahan turut teruja dengan kehangatan penyokong yang meraikannya sejak menyertai Kedah. ", "“Penyokong ada yang memanggil nama saya Ronald, Ngah atau Wanja dan mereka boleh panggil mana-mana singkatan nama itu kerana semua nama itu memang nama saya, dan jika mereka panggil saya Pak Ngah pun saya okay dengan panggilan nama itu.", "Baca: Penyerang Naturalisasi, De Paula Mengaku Namanya Zulhelmi", "16' GOL | Ronald Ngah mencatat name sebagai penjaring gol pertama saingan Liga Super 2022!@sufc_rasmi 0-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/bVZjcNXoUt", "Baca: Kedah ‘Ikat’ Penyerang Bernilai Hampir RM2 Juta, Ronald Ngah Wanja", "“Saya akui kami memiliki penyokong yang cukup bersemangat dan mesra dengan mereka sentiasa memberi sokongan yang padu buat pasukan bagi memulakan aksi liga ini.", "“Dengan pungutan tiga mata yang diperolehi pada perlawanan lalu, ianya sangat penting buat saya dan pasukan untuk meningkatkan lagi semangat bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang KL City Rabu ini,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Jumaat lalu, ketika mencetak debut bersama Kedah, Ronald turut membantu skuad Hijau Kuning ini meraih kemenangan menerusi jaringan tunggalnya sekaligus memungut tiga mata pertama dalam saingan Liga Super ketika menentang Sarawak United.", "Untuk perlawanan seterusnya, Kedah akan melayan kunjungan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Darul Aman pada Rabu nanti.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207219/", "headline": "\nPinangan Selangor Terhadap Sumareh Dapat ‘Restu’ FAM – Setiausaha Agung FAS\n", "content": ["Percubaan pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor untuk mendapatkan khimat penyerang naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh tidak menyalahi mana-mana peraturan.", "Kenyataan itu diberikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon disamping menyatakan pihaknya telah mendapatkan nasihat daripada badan induk bola sepak negara, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Pada masa yang sama, Dr. Johan turut menegaskan bahawa ‘pinangan’ mereka terhadap Sumareh bukan punca utama penyerang berusia 26 tahun itu membuat keputusan untuk membatalkan kontrak bersama pasukan lamanya, Pahang.", "“Bagi pihak FAS kita tak langgar apa-apa peraturan. Saya pun siap minta kebenaran daripada FAM lagi, sebelum berunding dengan Sumareh untuk tahu tentang status dia.", "“Dari pihak Selangor kita nak buat sesuatu dengan cara betul dan saya difahamkan kita boleh berunding dengan Sumareh berdasarkan perbualan saya dengan pengurusan tertinggi FAM.", "“Saya boleh jamin itu bukan puncanya (FAS punca Sumareh tinggalkan Pahang). Cuma saya tak boleh cerita lebih sebab nanti akan jadi lebih besar. Masalah dia dengan Pahang kami tak masuk campur,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Semalam, percubaan Selangor untuk mendapatkan khidmat Sumareh tular di laman sosial selepas didedahkan kepada umum oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.", "Menurut draf kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji berjumlah sekitar RM70,000 sebulan dengan kontrak selama dua tahun bermula januari 2021 sehingga januari 2023 – selepas tamat khidmatnya bersama pasukan Police Tero FC pada hujung tahun ini. ", "Selain itu, turut disertakan di dalam draf kontrak tersebut adalah klausa pelepasan kontrak berjumlah RM3 juta dan keuntungan sebanyak 20% yang akan diterima Sumareh sekiranya mana-mana pasukan lain membayar amaun tersebut.", "Turut tersebar dalam pendedahan tersebut adalah perbualan rundingan di antara Pengarah Teknikal (TD) FAS, Michael Feichtenbeiner bersama Sumareh dan juga Dr. Johan sendiri.", "“Seperti saya kata tadi, kita tak langgar apa-apa kesalahan. Tawaran itu biasa seperti kami tawarkan kepada mana-mana pemain lain. Sama ada dia nak terima atau menolak itu terpulang kepada Sumareh.", "“Berkaitan proses rundingan yang dibuat sendiri Feichtenbeiner tak salah, kerana beliau adalah TD dan tahu apa corak dan DNA yang sesuai untuk Selangor.", "“Bila kita merancang untuk tahun depan, kita akan merisik beberapa pemain tapi kita tak tandatangan sesiapa pun, cuma kita merisik mereka dan lihat apa faedah yang mereka boleh dapat kalau main dengan kita.", "“Jadi Feichtenbeiner ini memang terbabit secara langsung dalam beberapa sesi rundingan kerana beliau yang akan rancang persediaan Selangor untuk musim depan,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321999/", "headline": "\nMFL Sasar Dapat 15 Rakan Penaja Pertengahan Tahun Ini – Stuart Ramalingam\n", "content": ["Kebelakangan ini pelbagai entiti perniagaan hadir untuk bekerjasama dengan Malaysian Football League (MFL) bagi menaja saingan bola sepak tempatan. ", "Ini dapat dilihat sejak minggu lalu, MFL mengumumkan kehadiran Colgate, BubblesO2, Al Rajhi Bank dan AEON BiG sebagai rakan penaja baharunya.", "Tidak berhenti setakat itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam mendedahkan satu lagi entiti perniagaan akan masuk sebagai penaja ke-13 dengan pengumuman akan dibuat pada Mac kelak.", "Pada masa yang sama, Stuart turut memaklumkan pihaknya dalam perbincangan beberapa lagi jenama lain dan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini optimis MFL dapat menyasarkan pembabitan 15 rakan penaja menjelang pertengahan tahun ini.", "“Saya percaya kita ada satu lagi pengumuman rasmi (penajaan), mungkin dalam (bulan) Mac, namun begitu, kami juga masih dalam perbincangan dengan dua hingga tiga lagi jenama,”", "“Saya berharap kita mungkin dapat mencapai angka 15 rakan kerjasama pada pertengahan tahun ini.” katanya dalam sidang media selepas mengumumkan kerjasama dengan AEON BiG, semalam.", "Untuk makluman semua, barisan penaja lain yang masih menaja saingan Liga Malaysia ialah Unifi, Puma, Pos Malaysia, Alif, Malaysia Airlines, Uphamol, Proviton STR dan Origina.", "Sementara itu, saingan musim ini turut menyaksikan Astro kembali sebagai Rakan Penyiar Rasmi manakala Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku Rakan Penyiar.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218437/", "headline": "\nTerbuka Singapura: 5 Beregu Lelaki Negara Kandas Berjemaah Di Pusingan 16\n", "content": ["Tiada sebarang kelibat pasangan beregu lelaki negara yang akan beraksi di peringkat suku akhir Terbuka Singapura 2022, esok.", "Ini berikutan kelima-lima wakil negara termasuk beregu bebas (indpendent) tewas kepada lawan masing-masing di Pusingan 16, pada hari ini.", "Pasangan pertama yang tersingkir adalah Goh V Shem dan Low Juan Shen. Mereka tumpas kepada beregu Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani dengan keputusan 11-21 dan 18-21.", "Pasangan kedua yang terpaksa akur tersingkir daripada saingan ini ialah Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi. Beregu No.10 dunia ini ditumpaskan pasangan Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han dengan skor 18-21 dan 19-21.", " #TPE Lu Ching Yao-Yang Po Han def#MAS 🇲🇾 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 5️⃣ 21-18 21-19#SGP 🇸🇬 Terry Hee-Loh Kean Hean def #MAS 🇲🇾Arif Junaidi-Muhd Haikal 21-18 21-17#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ywUzZwWXrX", "— BAM (@BA_Malaysia) July 14, 2022", "Seterusnya, Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang popular dengan julukan ‘Patatimo Boys’ turut mengalami nasib yang sama. Mereka terkeluar daripada saingan ini selepas tumpas kepada beregu tuan rumah, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean dengan keputusan 18-21 dan 17-21.", "Pasangan negara yang menghuni ranking ke-12 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pula tersingkir di tangan beregu India, M. R. Arjun dan Dhruv Kapila menerusi tiga set permainan yang berkesudahan 21-18, 22-24 dan 18-21.", "Akhir sekali, gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun melengkapkan senarai penyingkiran berjemaah wakil negara apabila turut tumpas kepada beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.", "Wei Chon-Kai Wun tumpas di tangan pasangan yang terkenal dengan julukan “The Daddies” ini secara “straight set” dengan skor 14-21 dan 15-21.", "Featured Image: Petronas Brands Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202090/", "headline": "\nHamdin Teruja Bermain Sepasukan Bersama Iwan Si Kaki ‘Dribble’\n", "content": ["Pemain muda Pahang Rangers, Hamdin Zarif Mahmun mengakui seronok dengan kehadiran tonggak Harimau Malaya, Ridzwan Bakri ke dalam skuad Pahang Rangers musim ini.", "Menurut pemain berusia 19 tahun itu, Ridzwan atau dikenali sebagai Iwan adalah salah seorang pemain yang menjadi idolanya sejak terbabit dengan futsal dan dia cukup mengagumi kelincahan serta gaya permainan pemain itu yang terkenal sebagai pakar ‘dribble’.", "“Saya mula terlibat dengan futsal sebab selalu main kejohanan-kejohanan peringkat umur seperti B15/B16/B17, pernah juga main Grandfinal Milo B16, dan ‘liga haram’ sebelum disuruh menyertai pemilihan dengan Kuantan Rangers (nama lama Pahang Rangers) dan terpilih menyertai akademi pasukan ini pada dua tahun lalu. ", "“Dalam futsal, saya cukup meminati Ricardinho (Pemain Terbaik Dunia sebanyak 6 kali), manakala di peringkat tempatan minat Iwan. Suka tengok permainan dia, semua tahu dia kaki ‘dribble’, dulu selalu tengok dari jauh, sekarang satu pasukan, memang cukup teruja.", "“Tidak sabar menunggu sesi latihan kembali bersambung. Banyak yang saya mahu belajar dengan dia, mana tahu satu hari boleh jadi kaki dribble jugak,” ujar Hamdin. ", "Ridzwan yang merupakan salah seorang tonggak utama pasukan kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong mewakili Perak selama dua musim sebelum dia bersama seorang lagi bintang Harimau Malaya, Awalluddin Mat Nawi direkrut Pahang Rangers bagi musim 2020.", "Kemasukan dua pemain itu menyaksikan Pahang Rangers kini mempunyai sekurang-kurangnya lapan pemain kebangsaan di dalam pasukan termasuklah kapten Khairul Effendy Bahrin, Abu Haniffa Hasan, Saifulnizam Mohd Ali, Azwann Ismail, Syafiq Hamzah dan Harith Naim Mohd Nasir. ", "Dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019, Ridzwan berkongsi kedudukan penjaring terbanyak dengan 18 gol bersama dua lagi pemain iaitu Saifulnizam dan Muhd Fariq (Selangor)."]} +{"url": "https://sukanz.com/2020128/", "headline": "\nSancho kekal bersama Dortmund sehingga 2023, Usaha Man Utd Gagal?\n", "content": ["Pemain muda berbakat, Jadon Sancho dikhabarkan kekal bersama Borussia Dortmund sehingga tahun 2023. Adakah ini bermakna usaha Manchester United untuk membawa pemain itu ke Stadium Old Trafford telah gagal?", "Terdahulu, Pengarah Sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc seakan-akan telah memberi bayangan awal mengenai perpindahan Sancho apabila menjawab soalan wartawan semasa sidang media.", "“Kami bercadang untuk menggunakan (khidmat) Sancho dalam pasukan kami musim ini, ia adalah keputusan muktamad. Saya rasa jawapan ini menjawab semua persoalan.", "“Musim panas lalu kami telah berunding gaji Sancho untuk menyamai perkembangan semasa prestasinya. Dalam konteks ini, pada waktu itu kami telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2023.” ujar Zorc yang mewakili Dortmund.", "Musim ini Sancho telah menjaringkan 17 gol dan merekodkan 16 bantuan gol daripada 32 penampilan dalam saingan Bundesliga dan statistik itu merupakan yang terbaik sejak bermain dalam saingan bola sepak Jerman.", "Terbaharu, akaun media sosial kelab berpangkalan di Jerman itu menguatkan lagi dakwaan kegagalan skuad Red Devil untuk mendapatkan khidmat Sancho apabila mereka memuat naik gambar pemain England itu mengikuti pasukannya mengharungi saingan pramusim di Switzerland.", "Kedua-dua bayangan daripada pengarah sukan dan muat naik akaun media sosial Dortmund ini seakan-akan isyarat bahawa Sancho kekal menyarung jersi Kuning Hitam untuk saingan musim 2020-21 yang bakal bermula 18 september kelak.", "Menurut laporan media eropah, Manchester United menjadi pasukan paling kuat dikaitkan untuk mendapatkan khidmat Sancho namun Dortmund hanya akan melepaskan pemain tersebut pada harga £108 juta sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111158/", "headline": "\nPemenang Olimpik 2020 Perlu Kalungkan Sendiri Pingat\n", "content": ["Atlet yang memenangi sebarang acara perlu mengalungkan sendiri pingat yang dimenangi pada upacara pemberian pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak.", "Pendekatan ini dilakukan bagi mengelak daripada dijangkiti Covid-19. Hal tersebut dimaklumkan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach kepada media, semalam.", "“Pingat tersebut akan diletakkan di atas dulang dan atlet akan mengambilnya sendiri.” kata Bach.", "Langkah yang diambil ini juga dilihat lebih berwaspada berbanding ketika upacara penyerahan medal dan trofi pada final Euro 2020 tempoh hari.", "Dapat dilihat ketika upacara tersebut, Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berjabat tangan dengan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.", "Pada saat ini, tuan rumah, Tokyo sedang mengalami peningkatan kes jangkitan Covid-19. Semalam, sebanyak 1149 kes baharu telah dicatatkan – tertinggi sejak 22 Januari lalu.", "Terdahulu, temasya Sukan Olimpik kali ini juga tidak membenarkan sebarang penonton masuk ke mana-mana venue pertandingan untuk melihat atlet-atlet beraksi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219718/", "headline": "\nLigue 1 Paling Ganas, Layang 34 Kad Merah Dalam 8 Perlawanan – Tertinggi Kalangan 5 Liga Utama Eropah\n", "content": ["Saingan baharu bola sepak eropah musim 2022-23 baru sahaja memasuki sekitar 6 hingga 8 perlawanan sebelum semuanya berehat pada minggu ini bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa FIFA.", "Walaupun perjalanan kebanyakan saingan liga-liga di eropah ini belum memasuki suku musim, saingan tertinggi Perancis, Ligue 1 tampil sebagai kancah paling bermasalah dan ganas dalam kalangan lima liga utama eropah – Sepanyol, Itali, Jerman dan England.", "Selepas berlangsungnya 8 perlawanan, pengadil-pengadil dalam saingan Ligue 1 telah melayangkan 34 kad merah atas pelbagai kesalahan dan kekasaran yang dilakukan.", "Lebih mengejutkan, 20 daripadanya merupakan layangan terus kad merah (straight red card) dan baki 14 layangan kad merah lagi terhasil selepas mengumpul dua kad kuning.", "Jean-clair Todibo 9 second red card Vs Angers pic.twitter.com/nusWC5Vyhz", "— Football #2 (@football34_2) September 18, 2022", "Ini termasuk layangan kad merah dalam tempoh 9 saat selepas pengadil meniup wisel memulakan permainan kepada pertahanan Nice, Jean-Clair Todibo semasa menentang Angers pada Ahad lalu.", "Sebagai perbandingan, saingan bola sepak Sepanyol, La Liga muncul di tangga kedua dengan rekod sebanyak 21 layangan kad merah selepas melangsungkan 6 perlawanan.", "Manakala di tangga ketiga dan keempat, ianya dihuni oleh saingan bola sepak Itali, Serie A dan Jerman, Bundesliga dengan rekod 15 dan 12 layangan kad merah daripada 7 perlawanan masing-masing. ", "Saingan bola sepak England, Liga Perdana Inggeris (EPL) muncul sebagai liga paling kurang bermasalah dengan pengadil melayangkan sebanyak empat kad merah sahaja daripada tujuh perlawanan yang telah dilalui.", "Untuk makluman, kancah bola sepak eropah akan bersambung semula pada Oktober nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323193/", "headline": "\nHarga Tiket Perlawanan Harimau Malaya Di SSMZA Kekal RM30\n", "content": ["Harga tiket bagi dua perlawanan melibatkan skuad kebangsaan ketika rehat antarabangsa FIFA pada Jun kelak sama seperti bulan Mac lalu iaitu berharga RM30 untuk dewasa di tempat duduk terbuka.", "Pada ketika itu, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon dijadualkan bakal berhadapan dengan Solomon Islands dan Yaman yang menghuni ranking ke-134 dan ke-157 dunia masing-masing.", "Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin tampil berkongsikan perkara berkenaan kepada para pengamal media, semalam.", "Pada masa yang sama, Hamidin turut mengesahkan kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang padangnya menggunakan rumput jenis Bermuda Princess 77 di Gong Badak, Terengganu.", "Hamidin merangkap Ahli Majlis FIFA berkata pemilihan venue tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para peminat di pantai timur semenanjung tanah air khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk melihat dan menyokong Harimau Malaya dengan lebih dekat."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219815/", "headline": "\nPemain Utama & Simpanan Sama Penting, Kata Syahmi\n", "content": ["Pemain sayap Selangor FC, Syahmi Safari menganggap pemain simpanan perlu sedar kepentingan mereka dalam memberikan impak kepada pasukan, bukan hanya sekadar menjadi pelengkap.", "Bagi Syahmi, tidak kira hadir sebagai pemain dalam kesebelasan utama atau simpanan, setiap pemain mempunyai peranan yang cukup penting di atas padang untuk membantu pasukan terutamanya ketika waktu kritikal.", "Malah, apabila dia sendiri diberikan peluang untuk beraksi pada saat rakan sepasukan sedang bergelut untuk memburu kemenangan, Syahmi memastikan setiap minit itu cukup berharga untuk merebut segala peluang sehingga akhirnya berjaya bantu pasukan raih tiga mata ketika menentang Melaka United FC, Ahad lalu.", "“Alhamdulillah rezeki untuk saya pada bulan ini dapat menjaringkan gol selepas kali terakhir melakukan jaringan pada tahun 2019 dan memang sebenarnya dekat sini baik pemain utama atau simpanan, kita semua penting.", "“Terutamanya pemain simpanan, apabila kita dimasukkan, kita kena pastikan dapat beri sesuatu di atas padang, dan penting untuk kita bagi balik kekuatan kepada pasukan apabila ketinggalan untuk mengejar jaringan.", "“Semestinya jika diberi peluang, saya memang akan bagi yang terbaik dan saya sedar sebelum ini prestasi saya tidak begitu baik, jadi saya perlu memperbaiki diri sedikit demi sedikit untuk buat lebih baik daripada ini dalam aksi akan datang”, katanya.", "Bercakap mengenai pengendalinya, Karsten Neitzel, pemain berusia 23 tahun ini menyifatkan sikap beliau yang begitu mementingkan tahap intensiti latihan yang tinggi membuatkan barisan pemain begitu berusaha keras untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.", "“Bagi saya, beliau sangat profesional dalam latihan di mana tahap intensiti dalam latihan memang tinggi dan pemain-pemain akan bagi 100% untuk bersaing mendapat tempat dalam kesebelasan utama.", "“Secara tidak langsung, pasukan itu sendiri akan terus memperbaiki prestasi untuk berada di tahap yang lebih baik dan saya sendiri mengaku banyak lagi yang kena belajar terutamanya daripada segi bertahan”, tambahnya.", "Ini merupakan gol pertama Syahmi pada musim ini selepas kali terakhir menjaringkan gol untuk Selangor pada tahun 2019 ketika berdepan pasukan Melaka.", "Selangor ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super 2021 dan seterusnya akan bersedia untuk berdepan Sabah FC pada Jumaat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220714/", "headline": "\nBWF Mengesahkan 6 Wakil Malaysia Layak Sertai Jelajah Dunia Akhir 2022\n", "content": ["Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan seramai enam wakil negara layak beraksi dalam saingan Jelajah Dunia Akhir 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 7 hingga 11 Disember hadapan.", "Menariknya keenam-enam wakil negara yang layak beraksi di kejohanan yang menghimpunkan lapan wakil terbaik dalam setiap kategori serta menawarkan hadiah berjumlah 1.5 juta Dolar Amerika itu merupakan pemain beregu.", "Gandingan beregu lelaki bebas (indpendent) Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mara setelah berada di kedudukan yang selesa, tempat ketiga dalam Ranking Jelajah Dunia dengan pungutan 66,380 mata sepanjang tahun ini.", "Mengikutinya ke kejohanan yang sama adalah juara dunia merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang mengumpul 54,040 mata. ", "Walaupun berada di kedudukan kesembilan dalam Ranking Jelajah Dunia, Aaron-Wooi Yik meraih tempat ke kejohanan ini selepas gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana terpaksa disingkirkan. Ini berikutan syarat kejohanan menetapkan hanya dua wakil terbaik sahaja negara yang sama berada dalam kelompok lapan teratas dapat melayakkan diri.", "Bagi kategori beregu wanita, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien serta Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang berada di tangga ketujuh dan kelapan masing-masing layak untuk beraksi di kejohanan ini. Kedua-dua beregu ini berada di kedudukan berkenaan selepas mengutip 57,110 dan 56,290 mata masing-masing.", "Dua wakil negara terakhir yang layak adalah beregu campuran iaitu gandingan Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai serta Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.", "Kedua-dua ini berada di tangga keempat dan kelima dalan Ranking Jelajah Dunia setelah memungut 63,010 serta 57,430 mata masing-masing pada tahun ini.", "BWF turut memaklumkan kesemua lapan pemain perseorangan mahupun beregu terbaik yang terpilih dalam setiap kategori telah mendapat undangan untuk menyertai kejohanan ini.", "Kesemua pemain ini perlu mengesahkan penyertaan mereka menjelang 29 November 2022.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215673/", "headline": "\nBAM Ambil Lee Meng Yean Sebagai Jurulatih Beregu Wanita\n", "content": ["Penghujung Januari lalu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu wanita yang berusia 27 tahun, Lee Meng Yean meninggalkan skuad kebangsaan.", "Bagaimanapun, BAM menerusi satu makluman rasmi mengumumkan mendapatkan semula khidmat kapten skuad Piala Uber 2020 ini sebagai jurulatih bagi jabatan beregu wanita, pada hari ini.", "“Bekas pemain badminton kebangsaan ini akan menguatkan jabatan kejurulatihan disamping Hoon Thien How.” tulis kenyataan BAM.", "🖋 The Badminton Association of Malaysia (BAM) is pleased to confirm the appointment of Dr. Tim Jones as the High Performance Director and Lee Meng Yean as the coach of the women’s doubles department.News in FULL 👉🏻 https://t.co/h5RkQN8EWc#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/nXAR37s0C6", "Untuk makluman semua, Meng Yean pernah menjadi kelompok 10 pemain terbaik dunia semasa membentuk gandingan bersama Chow Mei Kuan suatu masa dahulu. Selain itu, dia turut mempunyai pengalaman beraksi di pentas temasya Sukan Olimpik.", "Antara kejuaraan yang pernah dirangkulnya adalah Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2019 dan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2016. Selain itu, Meng Yean turut mengutip enam pingat perak di peringkat senior.", "Dalam pengumuman yang sama, BAM turut mengumumkan perlantikan bekas ahli perubatan senior Institut Sukan Negara (ISN), Dr. Tim Jones sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217075/", "headline": "\nBAC 2022: Sze Fei-Nur Izzuddin Berkemungkinan Menentang ‘The Daddies’ Di Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin tidak mempunyai masalah untuk melepasi cabaran di Pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, sebentar tadi. ", "Pasangan yang menghuni ranking ke-16 dunia merangkap pilihan kelapan kejohanan ini berjaya melepasinya dengan menumpaskan beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Kim Wonho. ", "Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Izzuddin menumpaskan mereka secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-17 dalam tempoh masa 33 minit permainan.", "R16#MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin(8) def. #KOR🇰🇷 Kang Minhyuk-Kim Wonho 21-17 21-17", "— BAM (@BA_Malaysia) April 28, 2022", "Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Izzuddin menjadi beregu lelaki negara yang pertama meloloskan diri ke saingan suku akhir. ", "Di peringkat tersebut, Sze Fei-Izzuddin akan bertemu samada beregu No.2 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ atau beregu China, Ren Xiang Yu-Tan Qiang yang berada di ranking ke-340.", "Berdasarkan rujukan di laman BWF, Sze Fei-Nur Izzuddin belum pernah berentap menentang kedua-dua pasangan ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa. ", "Featured Image: Badminton Asia – Jerry Lee & Emman Flavier"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113311/", "headline": "\nWinter Soldier Raikan Kemenangan Atlet Tower Runner Malaysia ‘Panjat’ Empire State Building\n", "content": ["Atlet Tower Runner Malaysia, Soh Wai Ching yang dijemput untuk menyertai Empire State Building Run-Up di New York, Amerika Syarikat berjaya muncul juara.", "Acara larian yang dianjurkan oleh NYC Runs ini memerlukan setiap peserta berlari melepasi 1,576 anak tangga untuk sampai ke tingkat ke-86 bangunan tersebut.", "Untuk makluman semua, Wai Ching muncul juara dengan menamatkan lariannya dalam masa 10 minit dan 40 saat.", "Baca: Soh Wai Ching Tak Puas Hati Gagal Capai Sasaran Bawah 10 Minit", "Bertambah manis, kemenangan atlet berusia 27 tahun ini turut diraikan oleh pelakon Marvel Cinematic Universe, Sebastian Stan sepertimana dikongsingkan oleh kedua-dua indvidu ini di akaun laman sosial masing-masing.", "Sebastian Stan merupakan pelakon Romania-Amerika Syarikat yang terkenal dalam membawakan watak sebagai Bucky Barnes atau Winter Soldier. Antara filem-filem yang membabitkannya ialah Captain America, Ant-Man, Black Panther, Avengers dan terbaru, The Falcon and The Winter Soldier.", "Sebagai peminat filem-filem terbitan Marvel, Wai Ching tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bertemu dengan Sebastian. Dia turut mengharapkan dapat bertemu dengan pelakon-pelakon Marvel yang lain di masa akan datang.", "Sebagai tambahan, selepas daripada ini, Wai Ching akan menyertai dua lagi perlumbaan Tower Runner yang akan berlangsung Detroit dan Chicago pada 6 dan 7 November masing-masing di Amerika Syarikat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216696/", "headline": "\nTerbuka Korea: Tze Yong Rekod Kemenangan ‘Straight Set’ Untuk Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong menjadi pemain Malaysia yang seterusnya berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Korea 2022.", "Pemain berusia 21 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menundukkan pemain tuan rumah, Kim Donghun yang menghuni ranking ke-125 dunia pada perlawanan peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Round of 1621 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅14 19 🇰🇷Donghun KIM", "🕗 in 45 minutes https://t.co/MJLBSu7ZQK", "— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2022", "Tze Yong yang berada di ranking ke-45 dunia menewaskan lawannya secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-19 dalam tempoh masa 45 minit permainan.", "Kemenangan ini menjadikan Tze Yong merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Donghun. Sebelum ini, pertemuan sulung antara kedua-dua pemain di pentas Sydney International 2019 turut memihak kepada Tze Yong. ", "Sementara itu, Tze Yong bakal bertemu samada pemain China, Weng Hongyang (ranking ke-156) atau perseorangan senegara, Cheam June Wei (ranking ke-72) di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322802/", "headline": "\nPenyokong Kelantan Mahu Bosszam Direhatkan?\n", "content": ["Ruangan komen pada hantaran terakhir di Facebook Page Zamsaham atau nama sebenarnya, Norizam Tukiman dipenuhi dengan pelbagai reaksi oleh para pengikutnya sejurus Kelantan FC mengumumkan merehatkan Choi Moon-sik serta tumpas 0-5 kepada Terengganu FC, semalam.", "Antara komen yang dilontarkan oleh orang ramai kepada pemilik kelab berjulukan The Red Warriors (TRW) adalah kritikan terhadap prestasi pasukan, pemilihan pemain kesebelasan utama, tangkap layar mengenai ‘cerita dalam kain’ yang didedahkan ejen kepada Moon-sik serta mahu ‘merehatkan’ Norizam yang turut dikenali sebagai Bosszam.", "Bercakap mengenai tangkap layar tersebut, ejen yang bernama Myeongho Jeong menyimpulkan Kelantan sebagai sebuah kelab hanya cantik di luar namun di dalamnya lebih teruk daripada kelab amatur.", "Selain daripada merehatkan Moon-sik dengan cara yang terancang, Jeong yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JMH Sports Agency turut mendedahkan pemilihan kesebelasan pemain itu dibuat oleh pengurusan tertinggi kelab dan bukannya oleh ketua jurulatih.", "Paling mengejutkan, Jeong turut mengungkapkan bahawa para pemain sudah tidak menerima gaji selama dua bulan selain tidak menitikberatkan isu kebajikan seperti tidak diberikan makan apabila menempuh perjalanan panjang.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113906/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Bermula Langkah Kanan Tumpaskan Chile\n", "content": ["Skuad hoki lelaki remaja kebangsaan memulakan kempen Piala Dunia Remaja 2021 dengan langkah kanan apabila menumpaskan Chile dengan keputusan 2-1.", "Malaysia yang diletakkan dalam Pool A meraih kemenangan ke atas wakil benua Amerika Selatan itu menerusi jaringan oleh Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee.", "Kedua-dua jaringan itu terhasil menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-34 dan ke-43 masing-masing.", "Chile hanya mendapat jaringan saguhati di penghujung perlawanan menerusi Sebastian Wolansky pada minit ke-59 juga melalui pukulan sudut penalti.", "Sementara itu, menutup permulaan yang cemerlang untuk skuad kebangsaan ini, pemain muda negara, Amirul Azahar telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Man of The Match).", "Untuk makluman semua, perlawanan seterusnya, Malaysia bakal bertemu Belgium dengan perlawanan dijadualkan bermula jam 10 malam (waktu Malaysia) pada 26 November nanti.", "Featured Image: The Hockey India"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112599/", "headline": "\nManny ‘PacMan’ Pacquiao Bersara Sukan Tinju, Umum Bertanding Jawatan Presiden Filipina\n", "content": ["Peninju legenda Filipina, Manny Pacquiao mengumumkan persaraan secara rasmi daripada sukan terbabit menerusi satu video yang dimuat naik di platform media sosialnya, semalam.", "Bermula sebagai peninju amatur pada usia 12 tahun, Pacquiao yang kini berusia 42 tahun menggambarkan keputusan untuk bersara daripada sukan ini adalah sesuatu yang amat berat untuk dilakukan.", "Sepanjang bergelar peninju profesional, beliau yang terkenal dengan julukan ‘PacMan’ telah memenangi 12 kejuaraan merentasi 8 divisyen yang berbeza. Sebagai rekod, Pacquiao bersara dengan rekod 62 kemenangan, 8 kekalahan dan 2 seri turut diangkat sebagai salah seorang peninju terbaik sepanjang zaman.", "Pertarungan paling hangat dan diingati melibatkan Pacquiao adalah ketika menentang peninju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather Jr. dalam satu perlawanan yang turut digelar sebagai ‘Fight of The Century’ berlangsung pada tahun 2015.", "Artikel Berkaitan: Orang Politik vs Orang Bukan Politik Pimpin Pasukan Bola Sepak", "Sehubungan dengan pengumuman persaraannya dalam sukan terbabit, Pacquiao mahu memberikan fokus dalam karier politiknya termasuk mengumumkan bertanding merebut jawatan presiden bagi negaranya, Filipina pada pilihan raya 2022 kelak.", "Dia dipilih menjadi calon bagi parti PDP-Laban yang merupakan sebahagian daripada blok parti pemerintah Filipina pada masa ini.", "Untuk makluman semua, Pacquiao telah terlibat dalam politik sejak 2010 lagi apabila dia memenangi kerusi Ahli Kongres. Pada tahun 2016, beliau dipilih menjadi Senator."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216346/", "headline": "\nSelangor FC 2 Rekrut Pertahanan 1.90 Meter, Richmond Tetteh Dari Ghana\n", "content": ["Pasukan simpanan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC 2 memaklumkan pertahanan import berketinggian 1.90 meter (m), Richmond Tetteh kelahiran Ghana menjadi rekrut baharunya, pada hari ini.", "Pemain yang berusia 22 tahun ini didatangkan oleh skuad simpanan Red Giants dari Accra Lions FC bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Jordan Ayimbila yang ‘berhijrah’ ke kelab yang berpangkalan di Amerika Syarikat, San Antonio FC.", "Dimaklumkan, Richmond telah menjalani sesi latihan di kem Selangor FC sebelum diserap masuk ke Selangor FC 2. Richmond diletakkan di dalam pasukan ini terlebih dahulu bagi menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak tanah sebelum beraksi di peringkat yang lebih tinggi bersama Selangor FC.", "Richmond Tetteh Ankrah atau lebih dikenali dengan Richmond telah pun menjalani sesi latihan di kem Selangor FC bagi menggantikan tempat Jordan Ayimbila yang melebarkan sayapnya bermain dalam Kejohanan USL setelah beraksi cemerlang bersama pasukan Gergasi Merah musim lalu.", "— Selangor FC (@selangorfc) March 24, 2022", "Baca: Pertahanan Muda Selangor Sertai Kelab Amerika Syarikat, San Antonio FC", "Untuk pengetahuan semua, Richmond yang beraksi sebagai pertahanan tengah bukan sahaja memiliki kelebihan daripada segi fizikal dan kemampuan di atas padang. Malahan, dia juga mempunyai kualiti daripada segi aspek kepimpinan membolehkan dia memakai lilitan kapten pasukan Accra Lions sebelum ini. ", "Selain itu, Richmond memainkan peranan penting dalam membantu Accra Lions merangkul kejuaraan dalam saingan divisyen kedua bola sepak Ghana pada musim lalu. Kejuaraan itu membolehkan kelabnya mendapat promosi ke saingan tertinggi – Ghana Premier League pada musim ini.", "Ketua jurulatih pasukan utama Selangor FC, Michael Feichtenbeiner cukup teruja dengan kehadiran pemain ini dan mendedahkan dia telah memantau perkembangan Richmond dalam saingan bola sepak Ghana selama dua musim lalu.", "Featured Image: Accra Lions Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214838/", "headline": "\nTerbuka India: Tze Yong Disingkir ‘Semi-finalist’ Kejohanan Dunia 2021, Lakshya Sen\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan muda negara, Ng Tze Yong tidak dapat meneruskan langkahnya ke pentas akhir kejohanan Terbuka India 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 500.", "Langkah pemain yang menghuni ranking ke-60 ini terhenti setakat peringkat separuh akhir setelah ditewaskan oleh pemain India merangkap ‘semi-finalist’ Kejohanan Dunia BWF 2021, Lakshya Sen.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Semi final19 21 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅21 16 12 🇲🇾Tze Yong NG🕗 in 67 minutes https://t.co/DC75QKBsHh", "Dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Tze Yong dikalahkan oleh Lakshya, ranking ke-17, menerusi 3 set permainan dengan skor 19-21, 21-16 dan 21-12 dalam tempoh masa melebihi satu jam.", "Untuk makluman semua, kemenangan Lakshya pada hari ini menjadikan dia merekodkan 2 kemenangan daripada 3 pertemuan  menentang Tze Yong.", "Sebagai tambahan, di pentas final esok, Lakshya akan turun berentap menentang pemain Singapura, Loh Kean Yew merangkap pemenang pingat emas Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219180/", "headline": "\nTuck Berharap Dapat Jalani Latihan Penuh Sebelum Sepak Mula Liga Malaysia\n", "content": ["Pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Tuck berharap permohonan yang akan dikemukakan Malaysian Football League (MFL) kepada pihak kerajaan untuk memastikan pasukan dapat melakukan latihan penuh sebelum sepak mula pada 5 Mac ini diluluskan memandangkan mereka ketika ini hanya melakukan latihan penuh di rumah sahaja. ", "Semestinya, ramai pemain yang masih dalam fasa membentuk keserasian bersama pasukan terutamanya mereka yang berhijrah ke skuad baharu pada musim ini termasuklah dirinya, dan untuk itu latihan penuh di padang begitu penting untuk memastikan persediaan rapi dapat dilakukan. ", "“Sekiranya keadaan terkawal dan selamat, saya harap kita semua dapat kembali untuk berlatih di padang sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sepak mula sepertimana yang akan dimohon oleh MFL. ", "“Penangguhan Liga Malaysia daripada 26 Februari ke 5 Mac juga bukanlah jurang masa yang lama sangat, dan saya rasa kita semua memang tengah bersemangat untuk mempersiapkan diri. ", "“Apa-apa pun, kita sudah menempuh situasi sama seperti tahun lalu yang memerlukan kita berlatih di rumah, jadi apa pun keputusan, kita kena sentiasa bersedia dan tetap menjaga tahap kecergasan dengan baik,” katanya. ", "Terdahulu, MFL telah bersedia untuk menyediakan beberapa mekanisme seperti SOP latihan yang lebih ketat dan SOP latihan kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan lebih efektif, selamat dan menghindari segala prospek pandemik COVID-19.", "Sementara itu, pemain-pemain Liga Malaysia menganggap keputusan MFL membatalkan penganjuran Piala FA pada musim ini adalah relevan susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara yang mengakibatkan sepak mula Liga Malaysia ditunda pada 5 Mac ini.", "Penyerang Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Radzak memahami jadual padat yang akan ditempuhi oleh semua pasukan sekiranya Piala FA tetap diteruskan ketika tempoh saingan Liga Musim ini semakin singkat.", "Jelasnya, sebagai pemain, mereka memerlukan tempoh masa yang mencukupi untuk berehat selepas sesuatu perlawanan dan jadual yang cukup padat akan mengundang kepada risiko kecederaan sekali gus memberi kesan buruk kepada pasukan. ", "Apatah lagi dalam situasi yang sedang melanda seluruh negara ketika ini, adalah wajar agar semua pihak memahami sesuatu keputusan yang diambil demi kebaikan semua pasukan untuk memastikan kelancaran Liga Malaysia 2021. ", "“Secara peribadi, saya rasa sebenarnya ramai yang tidak tahu mengenai bagaimana jadual liga itu dibuat, tetapi kami sebagai pemain tahu faktor-faktor tertentu kenapa jadual dibuat sebegitu. ", "“Sebelum COVID-19 melanda, memang kita boleh harungi semua perlawanan baik Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Challenge Cup di mana kita boleh ada ruang dan masa untuk memastikan semua itu berjalan seperti yang dirancang. ", "“Tetapi dalam situasi pandemik sekarang, kita tahu agak mustahil nak menempuh semua saingan dalam satu masa singkat sebab boleh merisikokan pemain kepada kecederaan apabila jadual terlalu padat. ", "“Jadi saya rasa, MFL membuat keputusan yang wajar dalam keadaan COVID-19 yang melanda negara sekarang dan sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh beraksi dalam saingan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup pada musim ini”, jelasnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324908/", "headline": "\nCristiano Ronaldo Tampil 200 Kali Bersama Portugal – Terima Pengiktirafan Rekod Dunia\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama membuat 200 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan. Pemain berusia 38 tahun ini menempa rekod tersebut ketika mewakili negara, Portugal menentang Iceland dalam saingan kelayakan EURO 2024, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Sebelum sepak mula perlawanan berkenaan, pihak Guinness World Record (GWR) turut hadir menyampaikan sijil pengiktirafan selaku pemegang rekod Penampilan Antarabangsa Terbanyak Untuk Bola Sepak Oleh Individu (Lelaki) Adalah 200, Dicapai Oleh Cristiano Ronaldo (Portugal) Antara 20 Ogos 2003 dan 20 Jun 2023.", "Perlawanan yang berlangsung di Laugardalsvollur itu bertambah istimewa buat Cristiano apabila dia turut muncul sebagai penjaring tunggal yang dihasilkan pada minit ke-89 sekaligus membantu skuad berjulukan Selecao melakar kemenangan 1-0.", "Untuk makluman, Cristiano yang kini beraksi bersama Al Nassr dalam kancah bola sepak Arab Saudi terlebih dahulu muncul sebagai pemain dengan penampilan antarabangsa terbanyak sepanjang zaman apabila merekodkan penampilan ke-197 ketika turun menentang Liechtenstein pada 23 Mac lalu – mengatasi rekod 196 penampilan oleh Bader Al-Mutawa bersama Kuwait."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323935/", "headline": "\nSTL 2023: Juara Piala Cabaran Bawa Pulang RM20,000\n", "content": ["Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan mendedahkan hadiah kemenangan bagi Liga Sepak Takraw League (STL) Divisyen Perdana dan Piala Juara-Juara STL masih lagi dikekalkan.", "Tambah Sumali, pemenang saingan baharu iaitu Piala Cabaran pula akan menerima RM20,000 dan sebarang perubahan hasil perbincangan pihak penganjur dan penaja akan dimaklumkan kelak. ", "“Hadiah wang tunai Liga Divisyen Perdana masih lagi RM100,000 dan hasil perbincangan awal, hadiah Piala Juara-Juara juga kekal RM25,000 tetapi kami usaha untuk naikkan.”", "“Yang terbaharu, Piala Cabaran, RM20,000. Namun, sebarang perubahan hasil perbincangan dengan pihak Astro dan penaja, saya akan maklumkan kemudian”, jelas Sumali dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran & Memperkenalkan Jersi STL 22/23, semalam. ", "Dalam pada itu, Sumali turut menekankan beberapa perubahan pada saingan STL musim ini seperti kewujudan Piala Cabaran yang melibatkan empat pasukan terbaik Divisyen Perdana dan penyertaan pasukan dari Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina dalam saingan Piala Juara-Juara STL.", "Minggu 1 STL akan membuka tirainya pada Jumaat, 26 Mei di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar melibatkan 10 pasukan – ATM Guardians, KL Thunder, Johor Tigris, Penang Black Panthers, Negeri Sembilan Antlers, Perak Bison, Bomba Fighters, Melaka Titans, Sabah Mountaineers dan KPT-Masum Knights.", "Peminat sepak takraw tempatan boleh membeli tiket secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula hari ini, 19 Mei 2023.", "Featured image: Persatuan Sepak Takraw Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202214767/", "headline": "\nTerbuka India: Pilihan No.1 Kejohanan, Kian Meng-Pei Jing Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing merangkap pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini berhasil meraih tiket ke peringkat suku akhir.", "Pasangan yang menduduki ranking ke-10 dunia ini mara selepas menumpaskan beregu tuan rumah, Siddharth Jakhar dan Megha Morchana Bora pada Pusingan 16, yang berlangsung sebentar tadi.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅 6 11 🇮🇳Siddharth JAKHAR 🇮🇳Megha Morchana BORA🕗 in 23 minutes https://t.co/IIlWa9GF47", "Kian Meng-Pei Jing berjaya menumpaskan Siddharth-Morchana dengan mudah secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-6 dan 21-11 dalam tempoh masa sekitar 23 minit sahaja.  ", "Di peringkat suku akhir kelak, Kian Meng-Pei Jing bakal menantikan cabaran daripada samada beregu India, Dhruv Kapila-Reddy N. Sikki (ranking 107) merangkap pilihan ketujuh kejohanan atau beregu Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina (ranking 751).", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323599/", "headline": "\nUndian Piala Asia 2023 Mula 7 Malam – Strim Langsung Menerusi Youtube & Facebook\n", "content": ["Umum tahu Majlis Undian Piala Asia 2023 dijadualkan berlangsung pada 11 Mei (Khamis) kelak bertempat di Katara Opera House, Qatar. ", "Menerusi makluman terbaru oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), majlis itu akan bermula jam 2 petang waktu tempatan atau 7 malam waktu Malaysia. ", "Pada masa yang sama, pihak penganjur turut memaklumkan ianya akan disiarkan secara penstriman langsung melalui saluran Youtube, LIVE | AFC Asian Cup Qatar 2023™ Final Draw serta Facebook Page, AFC Asian Cup.", "Sebanyak 24 buah pasukan termasuk Malaysia akan bersaing dalam kancah Piala Asia yang akan bermula 12 Januari hingga 10 Februari 2024.", "Malaysia yang dibimbing oleh Kim Pan-gon diletakkan dalam Balang 4 bersama-sama India, Tajikistan, Thailand, Hong Kong dan Indonesia.", "Sementara itu, Bahrain, Syria, Palestin, Vietnam, Republik Kyrgyzstan dan Lubnan pula berada dalam Balang 3.", "Enam buah pasukan lagi yang terdiri daripada Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Uzbekistan, China PR dan Jordan mengisi Balang 2.", "Tuan rumah, Qatar bersama-sama Jepun, Iran, Republik Korea, Australia dan Arab Saudi pula menghuni Balang 1.", "Pasukan-pasukan ini dibahagikan kepada empat buat balang tersebut berdasarkan kedudukan Ranking FIFA terbaru masing-masing. ", "Dalam majlis itu nanti, kesemua pasukan ini akan diundi kepada enam buah kumpulan dengan setiap kumpulan diisi dengan empat buah pasukan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216792/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka Korea Kian Meng-Pei Jing Melompat Ke Tangga Ke-9 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil merekodkan peningkatan sebanyak satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia selepas memenangi saingan Terbuka Korea, Ahad lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Kian Meng dan Pei Jing kini menduduki tangga kesembilan dunia untuk minggu ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kedudukan yang tertinggi pernah diduduki oleh Kian Meng-Pei Jing namun ianya bukanlah pertama kali mereka berada di ranking tersebut.", "Pasangan beregu berusia 27 dan 29 tahun masing-masing ini pernah menghuni kedudukan tersebut sebanyak beberapa kali dalam karier mereka dengan kali terakhir adalah sekitar Mac 2020.", "Pada masa yang sama, mereka kini merupakan gandingan beregu campuran No.1 negara secara tidak langsung memandangkan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang berada di ranking kelapan dunia sudah mengumumkan perpisahan pada tahun lalu.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu bebas, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying yang mara sehingga ke peringkat suku akhir Terbuka Korea minggu lalu turut mencatatkan peningkatan yang mendadak sebanyak 83 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-154 pada minggu ini.", "Manakala, dua beregu campuran yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei pula mencatatkan penurunan satu anak tangga dan kini menghuni ranking ke-23 dan ke-30 masing-masing.", "Featured Image: Facebook Lai Pei Jing"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217776/", "headline": "\nIndonesia Masters: Joo Ven Mara Ke ‘Main Draw’ Bertemu Pemain No.4 Dunia\n", "content": ["Perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven berhasil melepasi dua perlawanan peringkat pusingan sekaligus menempatkan dirinya dalam kelompok undian utama (main draw), Pusingan 32, Indonesia Masters 2022.", "Pemain berusia 27 tahun ini mara selepas menumpaskan pemain India, Kartikey Gulshan Kumar dan pemain Azerbaijan, Ade Resky Dwicahyo di Pusingan 1 dan 2 peringkat kelayakan masing-masing.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022MS – Qualification round of 1621 9 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅16 21 14 🇮🇳Kartikey GULSHAN KUMAR", "🕗 in 58 minutes https://t.co/VBWvTQCflW", "— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022", "Joo Ven yang merupakan “semi finalist” Korea Masters 2022 berhasil menumpaskan pemain India tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-16, 9-21 dan 21-14 dalam tempoh masa menghampiri satu jam. ", "Manakala pemain Azerbaijan kelahiran Indonesia itu pula ditumpaskan oleh Joo Ven secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-11 dalam tempoh masa 33 minit permainan.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022.MS – Qualification quarter final21 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅15 11 🇦🇿Ade Resky DWICAHYO", "🕗 in 33 minutes https://t.co/yZHd4KkV7w", "— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022", "Di Pusingan 32 yang akan berlangsung esok, Joo Ven bakal berhadapan dengan cabaran besar apabila bakal bertemu dengan pemain Taiwan yang menghuni rangking ke-4 dunia, Chou Tien Chen.", "Sebagai rekod, Joo Ven pernah bertemu dengan pemain berusia 32 tahun ini sebanyak satu kali pada tahun 2019. Ketika itu, kedua-duanya berentap dalam saingan Terbuka Australia yang menyaksikan Tien Chen memenangi pertarungan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-8.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215779/", "headline": "\nSelangor Akui Cuba Dapatkan Khidmat Pertahanan Kacukan Malaysia-England Sebelum Ini\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC mengakui cuba mendapatkan khidmat pertahanan kiri kacukan Malaysia-England, Daniel Ting pada tahun lepas.", "Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid sepertimana dilaporkan oleh akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times.", "Bagaimanapun, skuad Red Giants itu berubah fikiran dan melupakan hasrat tersebut setelah mengetahui pertahan berusia 29 tahun itu mempunyai klausa penyambungan kontrak bersama Kuala Lumpur City FC (KL City).", "“Kami telah mendekati Daniel pada tahun lepas, tetapi kami mendapati tentang terma kontraknya, kami memutuskan untuk tidak mendapatkan tandatangannya. Sebaliknya, kami menandatangani Fazly Mazlan untuk menguatkan lagi (barisan) pertahanan.” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Terdahulu, pertahanan yang pernah beraksi bersama Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada tahun 2018 ini tidak pulang melaporkan diri bersama pasukan KL City setelah tamatnya saingan Piala Malaysia 2021 ekoran masalah peribadi.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322392/", "headline": "\nAlif Terus Taja Liga Malaysia Selepas Mendapat Sambutan Peminat Bola\n", "content": ["Selepas kolaborasi antara jenama minyak masak, Alif dan Malaysian Football League (MFL) mendapat tempat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, pemiliknya, Sime Darby Oils mengumumkan lanjutan penajaan terhadap saingan Liga Malaysia pada tahun ini. ", "Perkembangan itu hadir dalam satu majlis yang diadakan di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara sambil dihadiri oleh wakil daripada kedua-dua entiti terbabit pada hari ini. Sehubungan itu, minyak masak Alif kekal sebagai Minyak Masak Rasmi untuk Liga Malaysia.", "Dimaklumkan, kolaborasi antara Alif dan MFL menarik hampir 30,000 pengunjung yang turut serta dalam aktiviti-aktiviti menarik di Zon Alif yang dijalankan di stadium semasa 22 perlawanan terpilih sepanjang tahun lalu.", "Selain itu, kerjasama ini turut mendapat manfaat melalui kehadiran penyokong bola sepak yang besar di media sosial dimana kehadiran maya Alif meningkat secara memberangsangkan dengan siaran media sosial berkaitan MFL mencapai 3 juta tontonan.", "Sementara itu, dalam majlis yang sama, Sime Darby Oils memperkenalkan  produk iaitu ‘Minyak Masak Alif Ecopax’ yang hadir menerusi pembungkusan terbaru seberat 3 kilogram dalam bentuk “stand-up pouch”. ", "Pembungkusan ini menjadikan minyak masaknya lebih mudah dikendalikan, disertakan dengan penutup boleh tutup semula dan lebih kompak bersesuaian untuk disimpan di dalam dapur moden tanpa mengambil ruang yang besar.", "Bercakap mengenai aktivitinya bagi Liga Malaysia musim ini, Alif merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti gaya hidup yang akan dijalankan di kedai-kedai jualan sebagai contoh bersama rangkaian jualan seperti AEON Big yang juga merupakan salah satu penaja Liga Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321602/", "headline": "\nPerlawanan Sumbangsih & Saingan Pertama Liga Super Kembali Digabungkan\n", "content": ["Malaysian Football League (MFL) menerusi Ketua Pegawai Eksekutif, Stuart Ramalingam mengumumkan Perlawanan Sumbangsih dan perlawanan pertama Liga Super kembali digabungkan pada musim ini.", "Oleh demikian, Perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara dan naib juara Liga Super 2022 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC turut sama menjadi perlawanan pertama LIga Super 2023 bagi kedua-dua pasukan tersebut.", "Perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang milik skuad berjulukan Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 24 Februari (Jumaat) kelak.", "Ini bermakna, pemenang perlawanan ini bukan sahaja akan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah bahkan turut mengutip tiga mata bagi perlawanan Liga Super.", "Sekiranya ianya berakhir dengan keputusan seri setelah tamat 90 minit permainan, pemenang bagi Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti manakala satu mata masing-masing akan dipungut bagi perlawanan Liga Super. ", "Sementara itu, bagi perlawanan pertama Liga Super melibatkan pasukan-pasukan lain akan dilangsungkan pada hari Sabtu dan Ahad berikutnya, 25 dan 26 Februari.", "Sebagai rekod, saingan Perlawanan Sumbangsih 2022 yang menemukan JDT dan Kuala Lumpur City FC diadakan secara berasingan dengan perlawanan pertama Liga Super.", " Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110787/", "headline": "\nPEMULIH: Bantuan ‘One-Off’ RM3,000 Kepada Pengusaha Industri Sukan\n", "content": ["Kerajaan mengumumkan bantuan ‘one-off’ kepada perniagaan yang tidak dapat beroperasi sepenuhnya di bawah fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk pengusaha industri sukan dan operator arena sukan.", "“Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan one-off sebanyak 3 ribu ringgit kepada mereka.” kata Perdana Menteri semasa berucap secara langsung dalam pembentangan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), petang tadi.", "PEMULIH : Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan – PM Muhyiddin#MenangBersama #LindungDiriLindungSemua", "Antara pengusaha industri sukan dan operator arena sukan yang bakal mendapat bantuan ‘one-off’ tersebut seperti padang bola sepak, futsal, gymnasium, bowling dan sebagainya yang hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga PPN kelak.", "Untuk makluman, kerajaan mengumumkan kita kini berada dalam PPN dalam usaha untuk beralih keluar daripada pandemik Covid-19. Ianya meliputi peralihan secara berperingkat yang merangkumi 4 fasa."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207872/", "headline": "\nPasukan Ford & Hyundai WRC Rebut Khidmat Valentino Rossi\n", "content": ["Pasukan M-Sport Ford dan Hyundai Motorsport dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat juara sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi untuk beraksi dalam saingan Kejuaraan Rali Dunia (WRC) hujung tahun ini.", "Difahamkan, kedua-dua pasukan tersebut sedang ‘berebut’ untuk mendapatkan khidmat Rossi dalam perlumbaan terakhir WRC 2020 di Monza, Itali yang dijadualkan berlangsung pada 4 – 6 Disember.", "Nine-time #MotoGP world champion @ValeYellow46 is interested in competing at the final round of this year’s FIA World Rally Championship at ACI Rally Monza (4-6 December) 😎🇮🇹#WRC #RallyMonza", "“Saya tahu mengenai Moza – beberapa orang telah memanggil saya.”", "“Perancangan awal saya untuk tidak berlumba di Monza kerana saya mahu menyertai perlumbaan di Abu Dhabi sepertimana tahun lepas. ", "“Tetapi, sudah pasti, situasi telah berubah dan menjadikan pusingan terakhir kejuaraan dunia semakin menarik dan saya akan lihat bagaimana nanti,” seperti dipetik daripada laman WRC.", "Setakat ini, Rossi belum membuat sebarang keputusan muktamad samada untuk menyertai salah sebuah pasukan WRC berkenaan ataupun tidak.", "Untuk makluman, saingan perlumbaan rali WRC bukanlah sesuatu yang asing buat pelumba berusia 41 tahun ini. Rossi pernah menyertai perlumbaan rali WRC sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2002, 2006 dan 2008. ", "Dia juga pernah menyertai perlumbaan Monza Rally Show dan memenanginya sebanyak tujuh kali. Kejuaraan ketujuh Monza Rally Show dirangkul Rossi dengan memandu Ford Fiesta RS WRC.", "Bagi prinsipal pasukan M-Sport Ford, Richard Millener berkata pembabitan Rossi bersama pasukannya pastinya memberikan nilai tambah kepada saingan WRC di Monza hujung tahun ini.", "Perkara itu turut diakui oleh prinsipal pasukan Hyundai Motorsport, Andrea Adamo dan pada masa yang sama kehadiran nama istimewa seperti Rossi akan menarik perhatian ramai orang kepada saingan WRC secara keseluruhannya.", "Sementara itu, selain daripada Rossi, dilaporkan bekas pelumba Formula 1 (F1), Robert Kubica juga dikaitkan dengan membuat penampilan di perlumbaan Monza kelak.", "Featured Image: Monza Rally Show"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221093/", "headline": "\nPiala AFF: FAM Umum Diskaun RM5 Untuk Tiket Kategori Terbuka\n", "content": ["Penetapan harga tiket bagi perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 bermula RM50 untuk kategori Terbuka menimbulkan keluh-kesah para penyokong skuad kebangsaan.", "Selain itu, kategori Premium dan Grandstand pula diletakkan pada harga RM70 dan RM100 masing-masing. Rata-rata penyokong skuad berjulukan Harimau Malaya meluahkan pandangan di pelbagai platform laman sosial menyatakan harga yang ditetapkan itu sebagai mahal. ", "Mendengar keluhan para penyokong skuad berjulukan Harimau Malaya ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan diskaun terhadap ketiga-tiga harga tiket terbabit sekaligus menyaksikan sedikit penurunan berbanding harga asal.", "Diskaun yang diberikan adalah sebanyak RM30, RM10 dan RM5 untuk kategori Grandstand, Premium dan Terbuka masing-masing.", "Ini menjadikan harga baharu bagi ketiga-tiga tiket itu adalah RM70, RM60 dan RM45 masing-masing. Sementara itu, tiket bagi kanak-kanak pula tidak mengalami perubahan dan kekal pada harga RM10. ", "KEMAS KINI HARGA TIKET AFF", "FAM hari ini mengumumkan penurunan harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/pFLYX4Xw1R#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/bMEiq8qY10", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 13, 2022", "“Atas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin telah mengarahkan Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Posa Haji Majais untuk membincangkan perkara berkenaan.” kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam kenyataan rasmi.", "“Bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline.”", "“Semoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban para penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan.” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B akan mengharungi dua perlawanan peringkat kumpulan di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menentang Laos dan Singapura pada 24 Disember dan 3 Januari masing-masing.", "Sebagai perbandingan, tiket bagi saingan peringkat kumpulan Piala AFF edisi 2018 yang lalu ditetapkan pada harga RM20 dan RM30 bagi kategori Terbuka dan Grandstand masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216838/", "headline": "\nPertahanan Selangor Usaha Dapatkan ‘Clean Sheet’ Menentang Terengganu\n", "content": ["Rekod bolos Selangor FC menjadi satu topik perbincangan hangat di media sosial selepas perlawanan menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), baru-baru ini.", "Ini gara-gara mereka bolos satu gol ketika perlawanan tersebut dan menjadikan skuad Red Giants telah merekodkan bolos sebanyak enam gol daripada tiga perlawanan Liga Super, musim ini.", "Pertahanannya, Sharul Nazeem Zulpakar atau dikenali sebagai Afro mengakui rezeki tidak begitu memihak kepada pasukannya untuk mencetak kemenangan tanpa bolos dalam perlawanan tersebut.", "Namun pemain berusia 22 tahun itu menyatakan pasukan Selangor akan berusaha untuk merekodkan keputusan tanpa bolos bermula perlawanan seterusnya, menentang Terengganu FC yang akan berlangsung 22 April nanti.", "“Bukan rezeki kami untuk mendapat ‘clean sheet’ pada malam ini (Ahad) tetapi insyaAllah kami akan buat yang terbaik dalam perlawanan seterusnya tanpa bolos dan menang.", "“Bagi saya macam aksi minggu lepas (menentang Negeri Sembilan), kami bermain 10 orang jadi mungkin daripada segi kecergasan, fokus agak lemah sebab ambil mudah dengan pihak lawan, tapi hari ini (Ahad) kita tidak ingin benda sama berulang dan kami lebih fokus.", "“Mungkin ini satu permulaan untuk kita lebih bersemangat dan setiap perlawanan kita akan pastikan untuk tidak mengambil mudah selepas ini,” katanya.", "Selain bolos satu gol menentang Kedah, Ahad lalu, mereka turut bolos tiga gol ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City) serta dua gol semasa menentang Negeri Sembilan FC.", "Bercakap mengenai pertemuan antara Selangor dan Terengganu, kali terakhir kemenangan tanpa bolos direkodkan Selangor ke atas Terengganu adalah dalam saingan Liga Super pada Mac 2019 ketika beraksi di Stadium Shah Alam. ", "Dalam perlawanan tersebut, Red Giants menang 1-0 hasil jaringan tunggal oleh pemain tengah, Faiz Nasir.", "Selepas perlawanan itu, Selangor gagal mencatatkan sebarang ‘clean sheet’ atau kemenangan ke atas Terengganu dalam enam aksi berikutnya termasuk dalam dua perlawanan Piala Malaysia musim lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215388/", "headline": "\nPlatform Jual Beli Kriptowang Penaja Baharu Liga Super & Piala Malaysia\n", "content": ["Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan kerjasama serta menerima satu tajaan baharu dengan sebuah syarikat platform jual beli kriptowang, Luno.", "Menerusi satu majlis yang diadakan di 1 Powerhouse, Petaling Jaya pada hari ini, Luno diumumkan sebagai Rakan Pelaburan Kripto serta Penaja Bersama Rasmi (co-sponsor) bagi saingan Liga Super serta Piala Malaysia.", "Dimaklumkan, kerjasama dan penajaan oleh Luno bersama MFL ini bernilai melebihi RM1 juta dengan kontrak 1+1 tahun. Ianya juga menandakan kemasukan pertama Luno ke dalam industri sukan tempatan.", "Hasil daripada kerjasama ini, Luno mendapat pelbagai hak penjenamaan seperti papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain, dan pengaktifan jenama di stadium.", "Selain itu, Luno mahu menjadikan kerjasama ini sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kriptowang dalam kalangan rakyat Malaysia, mendemokrasikan akses kepada pasaran kriptowang dan menambahbaik inisiatif celik kewangannya kepada khalayak yang lebih luas.", "Untuk pengetahuan semua, Luno merupakan salah sebuah platform jual beli kriptowang yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Menerusi platform ini, orang ramai boleh membeli dan menjual beberapa kriptowang yang sah di Malaysia seperti Bitcoin, Ethereum, Ripple dan Litecoin."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218592/", "headline": "\nSelangor MAC Raih Trofi Berganda, Juarai Edisi Sulung Piala Futsal Malaysia \n", "content": ["Selangor MAC mengharungi saingan domestik pada tahun ini dengan penuh cemerlang apabila merangkul kejuaraan berganda. Bulan Mac lalu, skuad futsal ini berjaya menjuarai saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL).", "Bagaimanapun, satu lagi trofi kejuaraan menjadi milik Selangor MAC pada tahun ini apabila mereka berhasil mengatasi Pahang Rangers 4-3 dalam perlawanan akhir edisi sulung Piala Futsal Malaysia.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam itu Selangor MAC memperoleh jaringan menerusi Khairul Effendy Bahrin (21’) dan (30’) serta melalui Firdaus Ambiah (30’) dan (37’).", "Senarai Pemenang CUCKOO Malaysia Futsal Cup (MFC) 2022", "🥇 Juara : Selangor MAC 🏆🥈 Naib Juara : Pahang Rangers FC🥉 Tempat Ketiga : Selangor TOT United#FAM #HarimauMalaya #Futsal #CUCKOOMFC2022 pic.twitter.com/bpRKc3TRsu", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 23, 2022", "Manakala jaringan oleh Pahang Rangers pula hadir menerusi Ridzwan Bakri (20’), Farhan Khairul Anuar (37’) dan Akmarulnizam Idris (40’).", "Selain daripada membawa pulang trofi kejuaraan, penjaring Selangor MAC, Khairul Effendy Bahrin turut membawa pulang Anugerah Pemain Terbaik.", "Untuk makluman semua, saingan Piala Futsal Malaysia ini adalah edisi sulung yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula tahun ini.  Ia merupakan sebuah saingan yang membabitkan 8 buah pasukan terbaik daripada kejohanan MPFL 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220000/", "headline": "\nBajet 2023: RM145 Juta Untuk Penyelengaraan, Naik Taraf & Pembinaan Kemudahan Sukan – Kurang 9% Berbanding Tahun Lalu\n", "content": ["Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz mengumumkan sebanyak RM145 juta diperuntukkan untuk menyelenggara, naik taraf dan pembinaan kemudahan sukan di seluruh negara.", "Makluman tersebut diumumkannya dalam sesi pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama di Dewan Rakyat, pada hari ini.", "RM145 jutaUntuk penyelenggaraan, naik taraf dan pembinaan kemudahan sukan.#Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama", "— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 7, 2022", "Sebagai perbandingan, Bajet 2022 lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM159 juta bagi membina, menaik taraf dan menyelenggarakan kemudahan sukan di seluruh negara. Ini menjadikan peruntukan bagi perkara ini berkurang menghampiri 9% berbanding peruntukan yang diumumkan pada tahun lalu.", "Untuk makluman semua, bajet pada tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dimana ianya berjumlah RM372.3 bilion secara keseluruhan. Ianya merupakan peningkatan sekitar 12% berbanding bajet pada tahun lalu.", "Daripada jumlah terbabit, sejumlah RM272.3 bilion disalurkan kepada perbelanjaan mengurus manakala RM95 bilion pula diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114472/", "headline": "\nBekas Penyerang, Hairuddin Omar Diserap Sertai Barisan Kejurulatihan Terengganu\n", "content": ["Semifinalis Piala Malaysia 2021, Terengganu FC melakukan sedikit penambahbaikan terhadap barisan kejurulatihannya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Posisi ketua jurulatih masih lagi dipegang oleh jurulatih muda berbakat, Nafuzi Zain sambil dibantu oleh Tengku Hazman Raja Hassan sebagai penolong ketua jurulatih.", "Namun, menerusi satu kemaskini terbaru oleh pelbagai platform laman sosial milik kelab berpangkalan di pantai timur ini, bekas penyerang skuad kebangsaan dan Terengganu, Hairuddin Omar turut diserap masuk sebagai penolong ketua jurulatih.", "Sebagai rekod, Hairuddin atau dikenali sebagai Hai-O mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai staf kejurulatihan bersama skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) di bawah teraju Bojan Hodak pada tahun 2017-2018.", "Ketika itu, skuad B-19 tahun negara yang turut diwakili oleh pemain Terengganu pada saat ini, Nik Akif Syahiran berjaya membawa Malaysia muncul juara di Kejohanan B-19 AFF 2018 dengan menundukkan Myanmar pada perlawanan akhir.", "Sementara itu, Terengganu bertindak mengekalkan muka lama untuk posisi staf kejurulatihan yang lain seperti Mohamad Efindy (jurulatih kecergasan), Mohd Yazid Mohd Yassin (jurulatih penjaga gol), Muhammad Azim (penganalisis), Lee Leong Tiong (doktor) dan Zulkifli Mohd Zain (fisioterapi)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216434/", "headline": "\nPBSI Mengesahkan Flandy Kembali Ke Tanah Airnya Untuk Latih Beregu Campuran\n", "content": ["Badan induk badminton negara jiran tetangga, Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) mengesahkan mendapatkan khidmat bekas jurulatih beregu lelaki Malaysia, Flandy Limpele.", "Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Flandy berundur dan menolak kontrak lanjutan sekaligus berpisah dengan skuad kebangsaan Malaysia selepas dua tahun berkhidmat.", "Baca: Jurulatih Beregu Flandy Limpele Berpisah Dengan BAM Selepas 2 Tahun", "Pelatnas PBSI resmi mengontrak Flandy Limpele sebagai pelatih sektor ganda campuran. Flandy akan bergabung per bulan April 2022 ini. pic.twitter.com/ZisEnlkcPD", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) March 28, 2022", "Menerusi satu kenyataan rasmi oleh PBSI, petang tadi, jurulatih berusia 48 tahun kelahiran Sulawesi itu akan mula menyertai skuad kebangsaan Indonesia bermula April kelak sebagai jurulatih beregu campuran.", "Sebagai rekod, sebelum mula melatih beregu lelaki Malaysia sekitar tahun 2020, Flandy terlibat dalam melatih beregu lelaki skuad kebangsaan India terutamanya pasangan Chirag Shetty dan Satwiksairaj Rankireddy – kini menghuni ranking No.7 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207636/", "headline": "\nSumareh: Kekal Bersama Police Tero FC Lebih 6 Bulan, Mengapa Tidak?\n", "content": ["Penyerang naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh tidak menolak kemungkinan untuk kekal bersama Police Tero FC lebih daripada tempoh kontrak asalnya iaitu selama enam bulan.", "Dia yang mula mengikuti sesi latihan bersama skuad The Silver Shield Dragons pada minggu ini berkata mahu menumpukan perhatian untuk memberikan aksi yang terbaik buat Police Tero.", "Bagaimanapun, penyerang kelahiran Gambia ini mengakui terharu dengan layanan yang diberikan oleh rakan-sepasukannya dan sokongan oleh para penyokong menerusi laman sosialnya. ", "Perkara itu mungkin boleh menjadi asbab untuknya terus bersama Police Tero pada musim hadapan.", "“Saya tidak tahu tetapi sasaran saya untuk ketika ini adalah untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan, penyokong dan diri saya sendiri. Kalau semuanya bagus, kenapa tidak (lanjutkan kontrak).”", "“Dengan cara semua orang melayani saya di sini, saya sudah rasa seperti berada di rumah (sendiri). Saya sudah jatuh cinta (dengan kelab ini), jadi mengapa tidak? Anda tidak akan tahu.” katanya dalam temubual bersama Everything Thai Football.", "Sementara itu, dalam temubual yang sama, Sumareh turut mengakui kehebatan majoriti pemain Thailand terutamanya yang turun menentang pasukan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun lalu.", "Paling mencuri tumpuannya adalah pemain yang beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo dalam saingan Liga Jepun iaitu Chanatip Songkrasin atau lebih dikenali sebagai Messi Jay dalam kalangan peminat bola sepak Thailand.", "Seorang lagi yang dikagumi oleh Sumareh adalah bintang muda Buriram United yang berusia 22 tahun, Supachok Sarachat.", "“Semuanya pantas, licik dan mempunyai kawalan bola yang bagus, tetapi pemain yang bermain di Jepun (Chanatip Songkrasin) sangat bagus, dan juga pemain yang menjaringkan gol (ketika menentang Malaysia) juga bagus. Kombinasi kedua-dua pemain ini sangat hebat.” katanya lagi.", "Untuk makluman, Sumareh berkemungkinan membuat penampilan pertamanya bersama Police Tero pada hujung minggu ini dalam aksi kesembilan Liga Thailand menentang PT Prachuap FC. Aksi tersebut dijadualkan berlangsung pada 7 malam waktu Malaysia.", "Featured Image: Police Tero FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207695/", "headline": "\n“Saudaraku, Insya-Allah” Ucap Ronaldo Kepada Khabib Menjelang UFC 254\n", "content": ["Penyerang Juventus dan skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo memilih Khabib Nurmagomedov sebagai pemenang untuk aksi perlawanan UFC 254, hujung minggu ini.", "Keyakinan itu diluahkan oleh penyerang berusia 35 tahun itu dalam satu sesi Instagram Live yang dibuatnya beberapa hari lalu ketika masih menjalani tempoh kuarantin setelah disahkan positif Covid-19.", "Malah Ronaldo yang merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu turut sempat mengucapkan kalimah ‘Insya-Allah’ yang bermaksud dengan izin Allah – kalimah yang sering diuacpkan oleh umat islam.", "Cristiano Ronaldo predict Khabib to win. #UFC254 pic.twitter.com/i7czrxAm9s", "“Sudah tentu, sudah tentu Khabib. Khabib akan menang. Saudaraku, Insya-Allah!” ucapnya ketika ditanyakan mengenai pertembungan di antara Khabib dan Justin Gaethje yang akan berlangsung di Fight Island, Abu Dhabi.", "Pertembungan ini pastinya menarik untuk melihat samada atlet tempur muslim kelahiran Dagestan ini mampu meneruskan rekod tanpa tewasnya dalam pertarungan seni bela diri campuran (MMA) atau tidak.", "Manakala pencabarnya, Justin, 32 tahun, kelahiran Amerika Syarikat merupakan juara interim bagi kategori lightweight.", "Cristiano Ronaldo on his IG:\"Of course, of course, Khabib is going to win My brother! Inshallah\"Khabib Nurmagomedov will defend his lightweight title against Justin Gaethje at UFC 254. pic.twitter.com/ZYn7ek0V9h", "Untuk makluman, Ronaldo dan Khabib pernah bertemu muka pada tahun 2018 yang menyaksikan mereka bergambar bersama-sama sambil memegang jersi Real Madrid.", "Featured Image: Cristiano Ronaldo & UFC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323521/", "headline": "\nSukan SEA: Presiden Bola Sepak Kemboja Kotakan Janji Letak Jawatan – Gagal Bersaing Dalam Kumpulan A\n", "content": ["Selepas skuad bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) Kemboja mengumpul empat mata hasil meraih kemenangan ke atas Timor Leste dan seri menentang Filipina, Presiden Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), Jeneral Sao Sokha berjanji untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka gagal mara ke peringkat separuh akhir dalam temasya Sukan SEA 2023.", "Semalam, peluang Kemboja ke peringkat terbabit semakin menguncup apabila tumpas 0-2 kepada Myanmar dalam perlawanan ketiga peringkat Kumpulan A.", "Kekalahan itu menyaksikan Kemboja perlu mengharapkan Myanmar yang berada di tangga kedua Kumpulan A tumpas dalam perlawanan terakhir menentang Filipina pada 10 Mei nanti. Pada masa yang sama, mereka wajib mencatatkan kemenangan ke atas pendahulu kumpulan iaitu Indonesia agar dapat mara ke peringkat separuh akhir.", "Situasi kedua yang membolehkan Kemboja mara adalah dengan mengharapkan Myanmar seri ketika menentang Filipina serta mereka meraih kemenangan sekurang-kurangnya 1-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan terakhir tersebut.", "Namun begitu, Sao Sokha tampil mengumumkan meletakkan jawatannya selaku Presiden FFC menerusi akaun Facebook peribadinya berkuat kuasa serta-merta. Pengumuman itu turut dikongsikan oleh laman sosial rasmi FFC pada malam tadi.", "Sebagai rekod, Sao Sokha yang turut berperanan sebagai Naib Presiden I Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC) mula menyandang jawatan Presiden FFC sejak tahun 2007.", "Sementara itu, dalam pengumuman yang sama, difahamkan Sao Sokha menyerahkan tugas ini kepada Naib Presiden FFC merangkap Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jeneral Khiev Sameth sebagai pemangku Presiden FFC.", "🇰🇭 Major General Khiev Sameth from Cambodia was returned unopposed as the President of the ASEAN Football Federation and will lead the federation for a second term, from 2022 to 2026.#AFF pic.twitter.com/iOMYXuWzW5", "— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) November 14, 2022", "Featured Image: Cambodian Premier League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220260/", "headline": "\nJurulatih Al-Seeb Waspada Kemampuan Akram Serta 3 Pemain Import KL City\n", "content": ["Ketua jurulatih Al-Seeb, Rasheed Jabar melakukan ‘kerja rumah’ yang rapi menjelang pertemuan akhir menentang Kuala Lumpur City (KL City) dalam saingan Piala AFC 2022.", "Ini termasuk mengenal pasti beberapa pemain skuad berjulukan The City Boys yang mampu menghadirkan perbezaan kepada keputusan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada petang esok.", "Untuk makluman, seramai empat pemain disebut oleh jurulatih berusia 58 tahun itu dan menariknya, salah seorang daripadanya merupakan pemain tempatan. ", "“No.28 (Paulo Josue), No.7 (Romel Morales), No.9 (Giancarlo Gallifuoco) dan No.14 (Akram Mahinan), mereka mempunyai (kemampuan) individu yang bagus, mereka dapat menampilkan sesuatu yang berbeza pada saat-saat akhir.”", "“Kami telah menyaksikan (persembahan) mereka di peringkat separuh akhir (menentang Sogdiana Jizzakh) dan merupakan pemain yang berkualiti. Pemain-pemain ini boleh memberikan sesuatu yang berbeza (kepada perlawanan ini).” katanya dalam sidang media praperlawanan, hari ini.", "Tidak menghairankan pemain-pemain ini mendapat perhatian Rasheed terutamanya Paulo merangkap kapten pasukan KL City. Berdasarkan rekod, pemain ini sedang berada di kelompok penjaring terbanyak saingan ini dengan catatan sebanyak 5 gol.", "Bagi Giancarlo yang merupakan kelahiran Australia pula menjadi tunjang utama serta rencah utama kepada corak permainan bertahan KL City lebih-lebih lagi dalam kancah Piala AFC.", "Featured Image: Kuala Lumpur City Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219447/", "headline": "\nPiala AFC: Kenali Barisan Pemain Import Yang Dimiliki ATK Mohun Bagan, Lawan Kepada KL City\n", "content": ["Kuala Lumpur City FC (KL City) yang berjaya menjuarai saingan Piala AFC bagi Zon ASEAN akan turun menentang wakil India, ATK Mohun Bagan FC pada peringkat play-off separuh akhir antara zon, malam nanti.", "Untuk makluman semua, kelab berpangkalan di wilayah Bengal Barat ini merupakan hasil daripada penggabungan Mohun Bagan Athletic Club dan ATK (Atletico de Kolkata) FC menjadi ATK Mohun Bagan FC dan beraksi dalam kancah bola sepak India menggunakan nama ini bermula musim 2020-21. ", "Skuad bimbingan jurulatih Sepanyol, Juan Ferrando menempah kemaraan ke peringkat separuh akhir antara zon bertemu KL City ini dengan muncul juara Kumpulan D. ", "🎥 HIGHLIGHTS | 🇲🇻 Maziya S&C 2️⃣-5️⃣ ATK Mohun Bagan 🇮🇳 ", "ATK Mohun Bagan produce a stunning performance to win Group D and book their place in the Inter-Zone semi-finals! ", "Match Report 📋 https://t.co/Zin0xVWgFW#AFCCup2022 | #MAZvAMB pic.twitter.com/WI5NCXLv6z", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) May 25, 2022", "Mengimbau persembahan mereka dalam saingan peringkat kumpulan tersebut, ATK Mohun Bagan berhasil merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Bashundara Kings dan Maziya yang merupakan kelab dari Bangladesh dan Maldives masing. Mereka hanya tumpas satu perlawanan kepada kelab senegaranya iaitu Gokulam Kerala dengan keputusan 2-4 kepada Gokulam Kerala. ", "Sebelum menyaksikan pertembungan antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di laman mereka, Stadium Vivekananda Yuba Bharati Krirangan atau lebih dikenali sebagai Salt Lake Stadium bertempat di Kolkata, India bermula jam 9.30 malam nanti (waktu Malaysia), Sukanz bawakan kepada anda untuk mengenali enam pemain import yang dimiliki oleh ATK Mohun Bagan. ", "Menyertai ATK Mohun Bagan bermula September 2020. Setakat ini sudah merekodkan 41 penampilan dan mencipta dua bantuan gol buat skuad Mariners. Ketika di saingan peringkat kumpulan Piala AFC, Tiri tampil dalam satu perlawanan. Namun ketika ini, difahamkan dia sedang berada dalam fasa pemulihan ekoran mengalami kecederaan ligamen.", "Sebagai rekod, dia pernah beraksi bersama Jamshedpur FC (India), Marbella FC (Sepanyol) dan ATK FC (sebelum bergabung bersama Mohun Bagan) sebelum ini. Selain itu, dia turut pernah bersama Atletico Madrid B dan Cadiz B serta pasukan remaja Cadiz. Berdasarkan laman Transfermarkt, nilai semasanya adalah 425k euro.", "McHugh menyertai ATK FC sejak tahun 2019 sebelum kelab ini bergabung dengan Mohun Bagan AC menjadi ATK Mohun Bagan pada 2020. Sehingga hari ini, dia telah tampil sebanyak 48 kali serta menyumbang satu gol dan dua bantuan gol buat kelab ini.", "Sebelum ke India, kariernya sebelum ini banyak bertumpu di Kepulauan British iaitu Scotland, England dan Ireland. Antara kelab pernah diwakilinya ialah Motherwell FC, Plymouth, Bradford, Reading dan Dundalk FC. McHugh pernah beraksi bersama skuad bawah umur Ireland dan nilai semasanya adalah 350k euro.", "Berperanan selaku kapten pasukan dan dia menyertai ATK Mohun Bagan bermula Jun 2021 dengan kontrak selama dua tahun. Setakat ini telah merekodkan 7 gol dan 7 bantuan gol daripada 29 penampilannya.", "Sebelum berhijrah ke India, Joni berkarier di benua eropah seperti Denmark, Jerman termasuk negaranya sendiri, Finland. Merupakan pemain skuad kebangsaan Finland dan mempunyai 28 penampilan dimana 3 daripadanya. Joni kini dinilai berharga 350k euro. ", "Negara Kelahiran: Perancis (mempunyai kerakyatan Maghribi)", "Mula menyertai ATK Mohun Bagan FC pada Julai 2021 dan mempunyai kontrak bersama skuad Mariners ini sehingga Mei 2026. Setakat ini, dia sudah membuat 24 penampilan dan merekodkan 5 gol serta 8 bantuan gol. ", "Hugo nukan seorang pemain asing dengan kancah bola sepak India dimana dia mula beraksi di negara itu sejak 2018 bersama FC Goa sebelum menyertai Mumbai City pada tahun 2020. Selain India, dia pernah beraksi di Maghribi dan negara kelahirannya, Perancis. ", "Walaupun lahir di Perancis, dia merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Maghribi. Bagaimanapun, tiada sebarang penampilan direkodkan lagi bersama skuad berjulukan The Atlas Lions oleh pemain yang mempunai nilai semasa sebanyak 600k euro ini.", "Negara Kelahiran: Guinea (mempunyai kerakyatan Perancis)", "Merupakan abang kepada pemain tengah terkenal dunia, Paul Pogba. Florentin baru sahaja bergabung bersama ATK Mohun Bagan pada Jun lalu dengan kontrak sehingga tahun Mei 2024. ", "Sebelum ini, dia pernah beraksi bersama FC Sochaux, Saint-Etienne, CS Sedan, CS Sedan B (Perancis), Atlanta (Amerika Syarikat), Genclerbirligi Ankara (Turki). Memulakan kariernya bersama pasukan remaja Celta Vigo di Sepanyol dan kini dilaporkan bernilai 600k euro.", "Sepertimana abang kepada Pogba, Brandan juga merupakan pemain ATK Mohun Bagan. Dia menyertai kelab ini pada Jun lalu. Sebelum ini pernah beraksi di Melbourne FC, Western United, Western Sydney (Australia), Seongnam FC, Gangwon FC (Korea) dan Melbourne Heart (Australia). ", "Untuk makluman semua, Brendan yang bernilai 350k euro ini pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara AFC (ACL) bersama Western Sydney Wanderers pada musim 2013/14. Selain itu, dia turut mempunyai pengalaman menyarung jersi skuad kebangsaan Australia B-20 dan B-17.", "Nama pemain ini pastinya tidak begitu asing buat penyokong bola sepak Malaysia. Sekitar sedekad yang lalu, Dimitri pernah hadir dalam kancah bola sepak tanah air dengan menyertai Kelantan FA. ", "Petratos baru sahaja menyertai ATK Mohun Bagan bermula Julai lalu. Mempunyai 3 penampilan bersama skuad kebangsaan Australia dan nilai semasanya adalah 750k euro. Antara koleksi piala yang pernah dijulangnya ialah trofi kejuaraan Liga Australia dan Piala FA Korea."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217807/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pearly-Thinaah Bertarung 91 Minit Sebelum Singkir Naib Juara Korea Masters\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa melalui pertarungan panjang sebelum dapat menumpaskan lawannya, Baek Ha-na dan Lee Yu-lim di Pusingan 16 saingan Indonesia Masters 2022.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ke-10 dunia terlebih dahulu mengalami kekalahan di set pertama dengan skor 21-23 kepada pasangan naib juara Korea Masters 2022 itu. ", "Bagaimanapun, mereka berhasil bangkit memenangi set kedua kedua dengan skor 21-17 sekaligus mengheret pasangan yang menduduki tangga ke-49 dunia itu ke set penentuan.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022WD – Round of 16 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅23 17 15 🇰🇷Ha Na BAEK 🇰🇷Yu Lim LEE", "🕗 in 91 minutes https://t.co/B5nPC5ZkWO", "— BWFScore (@BWFScore) June 9, 2022", "Pearly-Thinaah memastikan tiket kemaraan ke peringkat suku akhir menjadi milik mereka setelah berjaya meneruskan momentum kemenangan di set penentuan dengan skor 21-15.", "Sebagai rekod, pertemuan antara kedua-dua pasangan ini berlangsung dalam tempoh masa 91 minit atau sekitar satu jam dan setengah di atas Gelanggang 3 di Istora Senayan, Jakarta pada hari ini.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir, Pearly-Thinaah bakal berhadapan samada beregu Indonesia, Anisanaya Kamila-Az Zahra Ditya (ranking 315) atau pemain Thailand merangkap pilihan keempat kejohanan, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai (ranking kelapan).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217290/", "headline": "\nBarcelona Beli £105 Juta, Aston Villa Bayar £17 Juta Untuk Ikat Coutinho Secara Tetap\n", "content": ["Kelab bimbingan Steven Gerrard, Aston Villa mengumumkan mengikat khidmat pemain tengah kelahiran Brazil, Philippe Coutinho secara tetap sehingga tahun 2026.", "Sebelum ini, Aston Villa mendapatkan Coutinho pada Januari lalu secara pinjaman daripada FC Barcelona. ", "Namun begitu, untuk mengikatnya secara tetap, skuad The Claret and Blue mengeluarkan belanja sebanyak £17 juta bagi menebus kontraknya yang masih berbaki selama setahun bersama skuad The Catalan, lapor The Athletic.", "Philippe Coutinho is here to stay. 😍 pic.twitter.com/FnIjvz3rwz", "— Aston Villa (@AVFCOfficial) May 12, 2022", "Pada masa yang sama, Barcelona turut memasukkan klausa pembelian sebanyak 50% ke atas penjualan Coutinho di masa hadapan.", "Selain itu, difahamkan pemain berusia 29 tahun itu turut menerima potongan gaji agar bersesuaian dengan struktur gaji Aston Villa.", "Gerrard menyifatkan ikatan Coutinho secara tetap adalah sesuatu yang amat bijak buat Aston Villa. Dia menjadi model ikutan dan memberikan impak sejak kedatangannya. ", "Untuk makluman semua, sejak bersama Aston Villa awal tahun ini, Coutinho telah membuat 16 penampilan serta menjaringkan empat gol. Tidak dilupakan, dia turut mencipta tiga “assists” yang membantu Aston Villa menghuni tangga pertengahan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.", "Coutinho pernah mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia menerusi yuran perpindahan mega ke Barcelona daripada Liverpool yang berjumlah £105 juta pada tahun 2018.", "Sepanjang bersama Barcelona, Coutinho turut pernah dipinjamkan kepada gergasi Jerman, Bayern Munich selama semusim dimana dia berhasil meraih kejuaraan Bundesliga, Piala Jerman serta tofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114480/", "headline": "\nSaya Tidak Dihubungi Mana-Mana Pihak Daripada JDT – Suhaimi Husin\n", "content": ["Penjaga gol Terengganu FC, Mohd Suhaimi Husin menafikan dirinya akan menyertai skuad juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim hadapan.", "Bukan sahaja menafikan perkara itu malahan Suhaimi turut mendedahkan dirinya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana wakil daripada skuad Harimau Selatan tersebut.", "Tambahan pula, pemain berusia 27 tahun ini turut mengumumkan kekal beraksi bersama skuad ‘Black and White’ serta meletakkan sasaran untuk membantu Terengganu beraksi dengan lebih cemerlang dalam saingan Liga Malaysia 2022.", "🎥SHORT CLIP : Some of Suhaimi Heroic Saves 🔥#TerengganuFC #WeBleedBlackandWhite #WinBackMission #TFCTV pic.twitter.com/5GLOD4TyHC", "“Setakat ini saya tidak dihubungi mana-mana pihak daripada JDT. Lagi pun saya sudah menandatangani kontrak bersama TFC. Tapi jika ada tawaran saya sedia timbang kerana bukan mudah untuk beraksi bersama skuad gergasi Liga Malaysia itu.", "“Tapi jika tidak ada, fokus saya sudah pasti untuk membantu Terengganu FC memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia selain Piala FA serta mengintai peluang beraksi dalam saingan Piala AFC 2023,” katanya seperti dipetik daripada portal akbar Berita Harian.", "Untuk makluman semua, Suhaimi merupakan penjaga gol bagi skuad simpanan, Terengganu II. Namun, ekoran kecederaan posterior crucial ligament (PCL) yang menimpa Rahadiazli Rahalim selaku penjaga gol skuad utama, nama Suhaimi menjadi pilihan barisan kejurulatihan untuk menjaga gawang Terengganu sepanjang musim 2021.", "SUHAIMI HUSIN memutuskan untuk kekal bersama Terengganu FC bagi musim 2022! #TOGETHER WE BLEED BLACK AND WHITE!#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#WinBackMission pic.twitter.com/ZqQaCJ2ehu", "Peluang dan kepercayaan yang diberikan itu dibalas dengan persembahan yang cukup baik oleh Suhaimi sepanjang saingan Liga Malaysia 2021 sehinggakan pernah mendapat reaksi pujian oleh pemilik JDT, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.", "Walaupun tidak menarik minat JDT, dalam laporan yang sama, Suhaimi mendedahkan dia mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain yang beraksi di kancah Liga Super yang mahukan khidmatnya.", "Akan tetapi tawaran-tawaran tersebut terpaksa ditolaknya kerana telah bersetuju untuk kekal bersama Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207089/", "headline": "\nTRW Kelantan FC Bakal Lancar Jersi Khas – Zamburger Hiasi Ruangan Penaja Utama\n", "content": ["TRW Kelantan FC bakal membuat pelancaran jersi ‘Special Limited Edition’ untuk mengharungi baki saingan Liga Premier 2020 dalam masa terdekat.", "Perkara itu diumumkan oleh pemiliknya, Norizam Tukiman menerusi laman sosialnya, Zamsaham. ", "Berdasarkan sebuah foto yang muat naik di laman sosial tersebut, jersi edisi khas itu hadir dalam dua warna iaitu merah dan hitam dengan rekaan yang ringkas dan kemas. ", "Pastinya warna merah – warna tradisi bagi pasukan bola sepak Kelantan – akan digunakan untuk perlawanan di halaman sendiri (Home). Manakala warna hitam pula untuk kegunaan di tempat lawan (Away).", "Sementara itu, di bahagian hadapan jersi tersebut, ianya dihiasi dengan logo Zamburger. Dapat diperhatikan juga, di bahagian lengan kanan, tersemat logo Zamsaham.", "Lebih menarik, jersi tersebut dibuat oleh syarikat pakaian sukan tempatan iaitu Fitech Fitwear.", "Untuk pengetahuan semua, Fitech merupakan syarikat yang sama menyediakan jersi ketiga (3rd Kit) buat sebuah pasukan yang bersaing di CIMB Liga Super 2020, UITM FC.", "Dalam makluman yang sama, Norizam menerusi hantaran di laman sosial tersebut menjanjikan kepada penyokong TRW Kelantan FC bahawa persiapan untuk saingan musim 2021 kelak lebih baik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216544/", "headline": "\nOrleans Masters: Beregu Baharu Roy King-Mei Xing Berhasil Lolos Ke Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan beregu campuran baharu, Yap Roy King dan Teoh Mei Xing meneruskan rentak kecemerlangan apabila berhasil meloloskan diri ke peringkat suku akhir dalam saingan Orleans Masters 2022.", "Mereka digandingkan bermula minggu ini berjaya mara dengan menyingkirkan beregu dari negara jiran tetangga, Singapura, Andy Kwek dan Jin Yujia yang berada di ranking ke-463 dunia pada Pusingan 16.", "Kemenangan itu dicapai dengan mengharungi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 15-21 dan 21-18 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan di Gelanggang 4, sebentar tadi.", "Dengan kemenangan ini, Roy King-Mei Xing bakal bakal menghadapi saingan daripada beregu campuran India, Ishaan Bhatnagar dan Tanisha Crasto yang menghuni ranking ke-60 dunia pada peringkat suku akhir kelak.", "Untuk makluman, beregu India yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh untuk menjuarai kejohanan ini mara ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan beregu campuran Belanda, Ties van der Lecq dan Debora Jille secara ‘straight set’ 21-18 dan 22-20.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324362/", "headline": "\nSSI Dipilih Sebagai Venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023\n", "content": ["Laman keramat Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) telah dipilih sebagai lokasi rasmi perlawanan akhir Piala FA 2023 yang bakal dilangsungkan pada Julai nanti.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan oleh badan penganjur liga, Malaysia Football League (MFL) dan dikongsikan melalui laman sesawang serta pelbagai media sosial rasmi mereka. ", "Keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan keadaan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober ini. ", "MFL mengesahkan hanya menerima bidaan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023 selepas proses bidaan ditutup pada (24 Mei 2023) jam 5.00 petang.#PialaFA2023 #DemiLigaKita", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 1, 2023", "Selain itu, hanya JDT sahaja yang mengemukakan permohonan yang mana menyaksikan tiada sebarang bidaan mahupun permohonan lanjutan tempoh bidaan yang dibuka sejak 19 Mei sehingga 24 Mei yang lalu daripada mana-mana kelab lain.", "Sebagai tambahan, sebanyak 11 bidang pematuhan utama telah ditetapkan MFL yang perlu dipatuhi kelab dan venue perlawanan yang hendak dinamakan seperti yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2023. ", "Untuk makluman semua, perlawanan akhir Piala FA 2023 telah dijadualkan berlangsung pada 22 Julai dengan kejohanan tersebut kini memasuki peringkat separuh akhir melibatkan empat pasukan iaitu JDT, Terengganu FC, Kuala Lumpur City (KL City) FC dan Selangor FC. ", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110512/", "headline": "\nVideo: ‘Throwback’ Nyanyian Ekor Pada Ketinggian 35,000 Kaki Di Dalam Pesawat Menuju ke Hanoi\n", "content": ["Kelompok penyokong tegar skuad bola sepak kebangsaan, Ultras Malaya atau ‘Ekor’ terkenal akan ‘perangainya’ yang suka mengekori dan menghadirkan diri untuk menyaksikan skuad Harimau Malaya bermain tanpa mengira masa dan lokasi.", "Selain daripada turun menyaksikan permainan, mereka juga dikenali dengan kelompok penonton yang seringkali menyanyikan lagu atau ‘chanting’ dengan penuh bersemangat di dalam stadium bagi memberikan sokongan kepada 11 orang pemain yang menyarung jersi Malaysia beraksi di atas padang.", "Antara ‘chant’ yang sering dinyanyikan dan dilaungkan oleh Ultras Malaya ialah Ekor Harimau Sejati, Bangkit Bersama, Berjuanglah Pahlawanku, Berikan Kemenangan termasuk nyanyian lagu patriotik, Inilah Barisan Kita.", "Sekitar tiga tahun yang lalu, tular sebuah video Ultras Malaya menyanyikan lagu Ekor Harimau Sejati semasa berada di dalam pesawat yang sedang terbang di paras 35,000 kaki menuju ke Hanoi.", "Ketika itu mereka sedang dalam perjalanan untuk hadir memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang dijadualkan bertemu Vietnam pada aksi timbal balik kedua saingan Piala AFF 2018 di Stadium My Dinh.", "Difahamkan permintaan untuk menyanyikan ‘chant’ tersebut datangnya daripada krew penerbangan AirAsia sendiri untuk memeriahkan seketika suasana penerbangan mereka. Malahan ‘mood’ para penyokong pada ketika itu cukup positif setelah Harimau Malaya berhasil mengikat Vietnam 2-2 pada aksi timbal balik pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Bagaimanapun, dengan pandemik covid-19 dan sekatan pergerakan pada ketika ini, satu kesedihan buat ‘ekor’ dan seluruh penyokong dari Malaysia tidak dapat terbang untuk menyaksikan dan memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang lawan yang sama di Stadium Al Maktoum, tengah malam nanti.", "Pilot request tadi kena kasi juga sikit. Mengantuk tahu mengantuk? Semoga kita beroleh kemenangan di bumi Vietnam ini! Ayuh harimau malaya! @ultrasmalaya07 @AirAsia pic.twitter.com/VUV1kHIzv7", "Meskipun tanpa ‘Ekor Harimau Sejati’ di Stadium Al Maktoum, seluruh penyokong pastinya sentiasa berada di belakang skuad Harimau Selatan dan mengharapkan para pemain dapat melakar keputusan yang positif pada tengah malam nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321307/", "headline": "\nJuara Dunia Empat Kali, Itali Tampil Logo Baharu – Lebih Ringkas & Kemas\n", "content": ["Pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak empat kali, Itali menampilkan logo baharu yang tampak lebih ringkas dan kemas buat skuad bola sepak kebangsaannya.", "Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mempersembahkan logo baharu itu menerusi satu video 3-dimensi (3-D) berdurasi 45 saat di pelbagai platform media sosialnya.", "Logo baharu skuad berjulukan Azzurri ini masih menggunakan rekaan berbentuk perisai dengan disematkan empat bintang di atasnya yang melambangkan kejuaraan Piala Dunia yang dirangkul sebanyak empat kali.", "The badge in 3D accompanied by the new sound identity of the Italian National Football Teams 🇮🇹", "𝘊𝘳𝘦𝘢𝘵𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘦𝘮𝘰𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴.#Azzurri #Azzurre #VivoAzzurro pic.twitter.com/4RC39bPBIV", "— Italy ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri_En) January 2, 2023", "Kemudiannya, perisai itu dihiasi dengan tiga warna tradisi hijau, putih dan merah yang juga melambangkan benderanya serta tulisan “ITALIA”  dan “FIGC”.", "Berdasarkan pengamatan, perbezaan ketara antara logo baharu dan lama yang dilancarkan pada tahun 2017 hanya tertumpu kepada perubahan bentuk perisai serta tiga garisan yang membaluti tulisan “FIGC” dihilangkan.", "Difahamkan, penggunaan logo baharu ini akan mula kelihatan pada jersi skuad kebangsaan Itali ketika beraksi di perlawanan akhir Liga Negara-Negara UEFA pada Jun kelak serta kelayakan EURO 2024 yang akan bermula pada Mac nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114025/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka Scotland, Tze Yong Memasuki Kelompok 60 Pemain Terbaik Dunia\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, kejayaan pemain berusia 21 tahun ini menjuarai kejohanan Terbuka Scotland 2021 berhasil melonjakkan kedudukan ranking dunianya sebanyak 3 anak tangga.", "Baca: Tze Yong Muncul Juara Terbuka Scotland, Trofi Ketiga Untuk Tahun 2021", "Lonjakan sebanyak 3 anak tangga itu membolehkan Tze Yong meletakkan dirinya dalam kalangan kelompok 60 pemain perseorangan lelaki terbaik dunia, pada minggu ini. ", "Sebagai rekod, ini merupakan ranking terbaik pernah dicapai oleh Tze Yong dalam karier profesionalnya setakat ini.", "Sementara itu, naib juara Terbuka Scotland, Soong Joo Ven turut mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 4 anak tangga dan kini menghuni tangga ke-69 dunia. ", "Manakala, seorang lagi pemain muda negara, Aidil Sholeh yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir kejohanan yang sama berhasil menduduki ranking ke-110 dunia selepas mencatatkan peningkatan sebanyak 13 anak tangga.", "Untuk makluman semua, Tze Yong, Joo Ven dan Aidil berpeluang untuk meningkatkan lagi kedudukan ranking masing-masing dengan mara sejauh mungkin dalam kejohanan seterusnya iaitu Cabaran Antarabangsa Wales 2021.", "Kejohanan ini akan bermula 1 hingga 4 Disember di Sport Wales National Centre, Cardiff."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215659/", "headline": "\nSchalke 04 Buang Logo Penaja Utama, GAZPROM Ekoran Konflik Rusia-Ukraine\n", "content": ["Kelab bola sepak berpangkalan di Jerman, Schalke 04 membuat keputusan untuk membuang logo syarikat tenaga milik negara Rusia, Gazprom yang tertera di hadapan jersinya ekoran konflik Rusia-Ukraine.", "Keputusan kelab yang beraksi dalam kancah Bundesliga 2 ini dimaklumkan menerusi pelbagai platform media sosialnya sejurus pengumuman ‘operasi tentera’ oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin di Ukraine, semalam.", "ℹ️ Following recent developments, FC Schalke 04 have decided to remove the logo of main sponsor GAZPROM from the club's shirts. It will be replaced by lettering reading ‘Schalke 04’ instead.#S04 pic.twitter.com/9kpJLRzTQ7", "“FC Schalke 04 memutuskan untuk membuang logo penaja utama GAZPROM daripada jersi. Keputusan ini dibuat selepas perbincangan dengan GAZPROM Jerman. Sebaliknya, ia akan digantikan dengan perkataan ‘Schalke 04’.” tulis kenyataan kelab.", "Baca: Konflik Rusia-Ukraine, Cetus Lonjakan 5% Harga Minyak Dunia", "Bagaimanapun, Schalke 04 tidak menyatakan samada tindakan ini akan menjejaskan atau memberikan impak yang besar terhadap keadaan kewangannya.", "Untuk makluman semua, kelab yang mendapat julukan Die Königsblauen (The Royal Blues) ini mendapat tajaan daripada Gazprom sekitar 15 tahun sejak tahun 2007.", "Sebagai tambahan, selain daripada Schalke 04, Gazprom turut menaja kelab-kelab eropah lain seperti FC Zenit atau Zenit St. Petersburg (Rusia) dan Red Star Belgrade (Serbia).", "Selain itu, Gazprom turut menaja saingan bola sepak eropah, Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan UEFA National Team Football.", "Featured Image: FC Schalke 04"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114383/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Yew Sin-Ee Yi Diberikan Tentangan Sengit Oleh Beregu India Sebelum Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terpaksa melalui perlawanan yang sengit sebelum meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Tentangan sengit itu diberikan oleh beregu India yang menghuni ranking ke-9 dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada Pusingan 16, sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 16 🇲🇾Yew Sin ONG🏅22 18 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅20 21 15 🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY 🇮🇳Chirag SHETTY🕗 in 68 minutes https://t.co/8U1vVaRCb4", "Bagaimanapun, Yew Sin dan Ee Yi yang menduduki ranking ke-12 dunia berjaya mengatasi pasangan ini dengan keputusan 22-20, 18-21 dan 21-15 dalam masa 68 minit.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir, mereka akan menantikan cabaran samada daripada beregu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin (ranking ke-4 dunia) atau beregu Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin (ranking ke-18 dunia) yang akan beraksi selepas ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110985/", "headline": "\nRasmi: TNB Liga Hoki Remaja Malaysia Lelaki & Wanita Bermula 26 November\n", "content": ["Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengumumkan saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2021 bagi kategori lelaki dan wanita akan bermula pada 26 November sehingga 2 Januari 2022.", "Pengumuman penetapan tarikh kejohanan tersebut diumumkan oleh Jawatankuasa Pertandingan menerusi pengerusinya, Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi MHC, hari ini.", "Sementara itu, beliau turut memaklumkan saingan Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2021 akan bermula pada 10 November sehingga 20 November ini.", "Dua Kejohanan Domestik Temui Peminat Hujung Tahun IniJawatankuasa Pertandingan KHM menetapkan tarikh Piala Tun Abdul Razak 2021 pada 10 hingga 20 Nov. 2021 dan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2021, Lelaki dan Wanita pada 26 Nov. 2021 hingga 2 Jan. 2022.https://t.co/KEyCbx80bQ", "“Pada 25 Julai 2021, kami akan mengadakan perbincangan yang lebih terperinci untuk menetapkan di mana venue bagi kedua-dua kejohanan, SOP yang perlu dipatuhi serta langkah yang terbaik untuk semua pihak, kerana penganjuran kejohanan TNB MJHL 2021 khususnya akan membabitkan remaja yang masih bersekolah.", "“Jika sebelum ini penganjuran TNB MJHL membabitkan pemain di bawah 19 tahun, namun bagi tahun ini kami menaikkan had umur kepada 21 tahun ke bawah.", "“Kami juga ada menerima cadangan untuk menaikkan sedikit lagi had umur penyertaan pemain bagi TNB MJHL 2021 namun ianya masih dalam perbincangan tetapi apa yang pasti kejohanan akan dianjurkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan,” jelas Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh.", "Artikel Berkaitan: Liga Hoki Remaja Platform Untuk Pilih Pemain Sertai Piala Dunia 2023", "Penganjuran TNB MJHL 2021 akan menyaksikan dua divisyen dipertandingkan bagi kategori lelaki sementara wanita kekal dengan satu divisyen.", "Setakat ini, MHC telah menerima 10 penyertaan daripada divisyen satu dan 14 penyertaan pasukan divisyen dua bagi kategori lelaki, manakala bagi kategori wanita pula sebanyak 14 pasukan telah menghantar penyertaan.", "Untuk makluman, ekoran penularan Pandemik Covid-19, Kejohanan TNB MJHL pada tahun lalu dibatalkan. ", "Sementara itu, Kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 pula dilangsungkan dengan jayanya tanpa menyebabkan sebarang jangkitan Covid-19 dikalangan pemain dan pegawai ataupun menyebabkan wujudnya sebarang kluster melibatkan kejohanan tersebut.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218033/", "headline": "\nTerbuka Croatia: Justin Hoh Raih Kejuaraan Senior Kedua Untuk Tahun 2022\n", "content": ["Perseorangan lelaki muda negara, Justin Hoh berhasil menambahkan koleksi kejuaraan peringkat seniornya pada tahun ini dengan memenangi saingan Terbuka Croatia 2022 – saingan Future Series BWF.", "Pemain berusia 18 tahun ini merangkul kejuaraan berkenaan selepas berjaya menumpaskan lawannya yang merupakan pemain Vietnam, Nguyen Hai Dang dalam perlawanan akhir, semalam.", "Dalam perlawanan terbabit, Justin menumpaskan pemain yang berada di ranking ke-296 dunia itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 16-21 dan 21-18 dalam tempoh masa sekitar 1 jam dan 20 minit permainan.", "Untuk makluman, sebelum bergelar juara bagi kejohanan ini, anak didik Datuk Misbun Sidek ini terlebih dahulu terpaksa mengharungi 8 perlawanan bermula daripada Peringkat Kelayakan Pusingan 128 sebelum melangkah ke perlawanan akhir.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan kedua peringkat senior yang dimenanginya pada tahun ini. Minggu lalu, Justin merangkul kejuaraan sulungnya dengan memenangi Saingan Antarabangsa Bonn 2022 di Jerman yang juga berstatus Future Series BWF.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217267/", "headline": "\nPiala Thomas: Zii Jia Balas Dendam Kekalahan Kepada Lakshya Di All England\n", "content": ["Bulan Mac lalu, perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia disingkirkan oleh pemain India, Lakshya Sen pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022.", "Namun begitu, pemain kelahiran Alor Setar ini berhasil membalas dendam kekalahan tersebut pada pertarungan pertama antara Malaysia dan India menentang pemain yang sama di peringkat suku akhir Piala Thomas 2022, sebentar tadi. ", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia yang berada di ranking keenam dunia meraih kemenangan ke atas Lakshya (ranking ke-9) secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 21-9 dalam tempoh masa 46 minit permainan. ", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", "23 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅21 9 🇮🇳Lakshya SEN", "🕗 in 46 minutes https://t.co/YQ5yS08LKq", "— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022", "Kemenangan ini sekaligus memberikan mata pertama buat skuad Malaysia dan memberikan skuad lelaki negara mendahului 1-0 ke atas India buat masa ini.", "Lebih manis, ini merupakan kemenangan sulung Zii Jia ke atas pemain berusia 20 tahun ini di sebarang kejohanan antarabangsa. Sebelum ini, Zii Jia pernah berentap sebanyak dua kali menentang dan kedua-duanya dimenangi oleh Lakshya.", "Perlawanan seterusnya bersambung dengan gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin turun menentang Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217530/", "headline": "\nSon Jadi Pemain Asia Pertama Menang Kasut Emas EPL – Tanpa Sebarang Gol Penalti\n", "content": ["Pemain skuad kebangsaan Republik Korea, Son Heung-min mencipta sejarah selaku pemain asia pertama memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Anugerah itu dirangkul selepas menjaringkan 23 gol untuk kelabnya, Tottenham Hotspur bagi saingan musim 2021/22. Lebih menarik, kesemua jaringan yang direkodkan pemain berusia 29 tahun ini terhasil tanpa sebarang gol berpunca daripada sepakan penalti.", "Introducing your 2021/22 #PL Castrol Golden Boot winners…", "👏 @MoSalah 🤝 @Sonny7 👏 pic.twitter.com/lXhsQoUeHF", "— Premier League (@premierleague) May 22, 2022", "Namun begitu gelaran penjaring terbanyak EPL itu terpaksa dikongsi bersama-sama penyerang Liverpool, Mohamed Salah yang turut mengumpul 23 gol musim ini. Akan tetapi, lima daripada jaringan dihasilkan penyerang skuad kebangsaan Mesir ini disumbangkan menerusi sepakan penalti.   ", "Untuk makluman semua, Son merupakan pemain Spurs ketiga muncul selaku penjaring terbanyak dalam sejarah sejak EPL diperkenalkan musim 1992/93. Sebelum ini, dua pemain yang merangkul anugerah yang sama ialah Teddy Sheringham (1992/93) dan Harry Kane (2015/16, 2016/15 dan 2020/21).", "Sebagai tambahan, Son telah menjaringkan 131 gol dalam kesemua pertandingan sejak menyertai Spurs bermula musim 2015/16. Selain itu, dia turut menyumbang 74 bantuan gol kepada rakan sepasukan serta merekodkan 325 penampilan secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220315/", "headline": "\nMFL Dapat Tajaan Origina – Pek Minuman Sedia Untuk Minum Sehingga Hujung 2023\n", "content": ["Pengelola saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan mendapat satu penajaan baharu daripada sebuah jenama minuman tempatan.", "Ia hadir daripada sebuah jenama pek minuman sedia untuk minum (ready-to-drink) iaitu Origina yang mula diasaskan pada tahun 2013.", "Dalam satu majlis rasmi antara MFL dan Origina di Hotel Le Meridien yang berlangsung pada hari ini, dimaklumkan, kedua-duanya mengikat perjanjian penajaan sehingga penghujung tahun 2023.", "Bagaimanapun, jumlah penajaan daripada Origina kepada MFL tidak didedahkan kepada umum.", "Selaras dengan makluman ini, Origina turut diangkat sebagai Rakan Rasmi Minuman Jus & Susu MFL bermula dari saat ini.", "Perkara ini membenarkan syarikat jenama air minuman yang diketuai oleh Fatin Diana selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya melakukan pelbagai aktiviti pengaktifan jenama di venue-venue perlawanan liga tempatan bermula saingan Piala Malaysia kelak. ", "Untuk makluman,  di bawah jenama Origina, mereka mempunyai 10 pilihan perisa yang terdiri daripada berasaskan jus, susu, kopi serta air beralkali.", "Sehingga kini, ianya telah diedarkan di sekitar 20,000 kedai di seluruh Malaysia serta beberapa tempat di rantau asia tenggara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216158/", "headline": "\nAll England 2022: Liew Daren Lepasi Halangan Pertama, Berkemungkinan Lawan Pemain No.4 Dunia Di Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan lelaki senior negara, Liew Daren menjadi pemain Malaysia pertama yang mengesahkan tempat ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.", "Pemain bebas (independent) yang berusia 34 tahun ini mara selepas menundukkan lawannya, pemain Perancis, Toma Junior Popov dengan mudah di Pusingan 32 yang baru sahaja tamat di Gelanggang 2, Utilita Arena Birmingham, sebentar tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Daren LIEW🏅15 19 🇫🇷Toma Junior POPOV🕗 in 39 minutes https://t.co/j7veNj34ll", "Daren yang menghuni ranking ke-37 menumpaskan pemain berusia 23 tahun itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-15 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit permainan.", "Untuk rekod, kedua-dua pemain pernah bertemu sekali sebelum ini. Pertarungan itu berlangsung ketika di Terbuka Swiss 2019 dan ianya turut berpihak kepada Daren secara ‘straight set’.", "Sementara itu, Daren yang mara ke peringkat seterusnya bakal membuat perhitungan samada dengan pemain Taiwan, Chou Tien Chen (ranking ke-4 dunia) atau pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito (ranking ke-23 dunia) di Pusingan 16 kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/20218992/", "headline": "\nKedah Mempunyai ‘Fan Base’ Besar, Peluang Lebarkan Sayap Perniagaan – Ahmad Shaizuan\n", "content": ["Pada rabu lalu, Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor mengumumkan sedia melepaskan saham Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada dua buah syarikat.", "Dimaklumkan dua syarikat tersebut ialah Flumen Holdings dan Go Auto Group. Dilaporkan kedua-duanya bakal bergabung dan menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) bagi membeli dan memegang 80% saham tersebut dalam masa terdekat.", "Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holdings, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman berkata, keputusan ahli lembaga pengarah daripada kedua-dua syarikat untuk memiliki saham tersebut bukanlah atas faktor minat dan fanatik terhadap skuad Hijau Kuning semata-mata.", "Walaupun dirinya sendiri merupakan penyokong tegar pasukan Kedah sejak tahun 1980-an lagi, pihak mereka telah membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan pelbagai faktor sebelum bersependapat membuat keputusan untuk melabur bagi memiliki saham pasukan KDA FC.", "“(Antaranya) pasukan Kedah merupakan sebuah pasukan yang mempunyai fan base yang besar. Dari (segi) bisnes itu sendiri memang kita berminat lebih-lebih lagi kami (khususnya Go Auto Group) terlibat dalam bidang automotif.", "“Ini merupakan sebuah pelaburan daripada sebuah syarikat yang melihat satu peluang perniagaan untuk melebarkan sayap kami.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, semalam.", "Tambahnya lagi, kolaborasi di antara kedua-dua syarikat ini bukanlah sesuatu yang baharu termasuk idea untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kedah.", "Perkembangan baharu bola sepak tanah air telah menuntut setiap pasukan untuk menjalani proses penswastaan bagi memenuhi tuntutan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).", "Shaizuan melihat ini merupakan peluang besar buatnya selaku anak jati kelahiran Jitra, Kedah dan ahli perniagaan untuk menyumbang kepada kemajuan bola sepak dan negerinya sendiri.", "Pada masa yang sama, beliau berpendapat, sesebuah pasukan bola sepak pada masa kini perlu dimiliki dan diuruskan oleh entiti swasta sekaligus dapat meringankan beban kewangan kerajaan negeri.", "“Di atas dasar itu kami datang (untuk beli pegangan saham) disamping kita dapat memberi tambah nilai yang lebih baik (kepada pasukan). Contohnya, apabila pihak syarikat (swasta) mengambil alih, kita tidak mahu lagi timbul isu-isu seperti gaji yang tidak dibayar (dan sebagainya).", "“Kita berpendapat pihak pemerintah (perlu menumpukan perhatian yang) lebih penting (kepada) menjaga kepentingan rakyat negeri kerana mereka dilantik untuk menjaga kepentingan rakyat.", "“Sekarang ini bukan masanya lagi untuk kerajaan negeri menyelesaikan masalah bola sepak. Ini adalah masanya untuk bola sepak menyelesaikan masalah negeri.” terangnya lagi.", "Wakil daripada kedua-dua syarikat yang diketuai oleh Shaizuan sendiri telah memberikan pembentangan pengambilalihan pasukan KDA FC dalam satu mesyuarat exco di Jitra, rabu lalu. ", "Dalam pembentangan itu juga, pihak mereka turut membentangkan perancangan untuk menjana pelaburan langsung ke negeri Kedah dengan jumlah yang dianggarkan sebanyak RM1.5 billion.", "Proses mengambil alih saham KDA FC oleh kedua-dua syarikat ini masih belum muktamad namun Shaizuan berkeyakinan ianya dapat direalisasikan dalam masa terdekat.", "Untuk makluman, Flumen Holdings merupakan sebuah syarikat yang mempunyai lima buah syarikat subsidiari iaitu Flumen Technologies, Flumen Resources, Flumen Tronics, Flumen Energy dan Flumen Marine.", "Selain itu, syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini turut mempunyai pelaburan dalam entiti perniagaan melibatkan produk kecantikan Mea Elegance Sdn Bhd, firma setiausaha syarikat CSQ Corporate Services dan sebuah institusi kewangan di Bangladesh.", "Sementara itu, Go Auto Group pula sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2013 yang memfokuskan kepada teras perniagaan dalam sektor automotif. Antara aktiviti-aktiviti perniagaan mereka adalah pengilangan, pemasangan kenderaan, penjualan dan pengedaran, servis selepas penjualan dan jualan alat ganti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322388/", "headline": "\nGianni Infantino Kekal Sebagai Presiden FIFA Sehingga 2027\n", "content": ["Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) akan kekal di bawah teraju Gianni Infantino bagi penggal seterusnya dari tahun 2023 hingga 2027.", "Perkembangan ini hadir selepas Gianni menang tanpa bertanding sebagai presiden badan induk sukan bola sepak dalam Kongres FIFA Ke-73 yang berlangsung di Kigali, Rwanda semalam.", "Seusai dipilih semula sebagai Presiden FIFA, Infantino berasa rendah diri dan terharu dengan sokongan yang diberikan dan berjanji akan terus berkhidmat untuk FIFA, bola sepak di seluruh dunia serta 211 ahli gabungannya.", "Untuk makluman, Infantino mula dilantik sebagai Presiden FIFA pada tahun 2016 menggantikan Joseph Blatter. Kemudiannya, dia terus memegang jawatan terbabit apabila dilantik semula sebagai presiden pada Kongres FIFA Ke-69 pada tahun 2019.", "A post shared by FIFA (@fifa)", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219550/", "headline": "\nLee Zii Jia Raih Kejuaraan Sulung All England\n", "content": ["Pemain badminton negara, Lee Zii Jia mencipta kejutan dengan menumpaskan juara bertahan, Viktor Axelsen untuk merangkul kejuaaran dalam kejohanan All England buat kali pertama dalam kariernya.", "Pemain yang bakal menginjak usia 23 tahun pada penghujung bulan ini berjaya menumpaskan pemain Denmark itu dengan melakar kemenangan pada set pertama dan ketiga.", "Pada set pertama, Zii Jia terpaksa bermandi peluh untuk menjinakkan lawannya sebelum melakarkan kemenangan dengan catatan mata 30-29.", "Pada set seterusnya, Zii Jia gagal meneruskan momentumnya dan terpaksa akur tewas kepada Axelsen dengan catatan mata 20-22.", "RESULTS: YONEX #AllEngland2021 Final #MAS 🇲🇾 Lee Zii Jia (6)  def. #DEN 🇩🇰 Viktor Axelsen (2) 30-29 20-22 21-9 pic.twitter.com/rV9Zf9gv6v", "Set ketiga turut berlangsung dengan sengit pada permulaannya namun rentak Axelsen semakin longlai apabila Zii Jia meraih mata demi mata sebelum menamatkan set tersebut dengan catatan 20-9.", "Kemenangan dua set tersebut sudah memadai untuk menobatkan Zii Jia sebagai juara perseorangan lelaki kejohanan All England 2021.", "Selain itu, kemenangan ini pastinya mengubat kekecewaannya pada kejohanan All England 2020 apabila terkandas pada peringkat separuh akhir juga kepada Axelsen.", "Untuk rekod, kali terakhir wakil Malaysia memenangi acara perseorangan lelaki dalam kejohanan All-England ada pada tahun 2017 menerusi bekas pemain negara, Lee Chong Wei."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219260/", "headline": "\nPiala AFC: KL City Cipta Sejarah Muncul Juara Zon ASEAN\n", "content": ["Gelaran juara zon ASEAN bagi saingan Piala AFC 2022 menjadi milik skuad berpangkalan ibu kota negara, Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Kejuaraan julung kalinya dalam sejarah pasukan mereka ini hadir selepas berjaya menumpaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dalam perlawanan akhir zon ASEAN yang berlangsung pada hari ini.", "Sambil disaksikan oleh penyokong sendiri di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, skuad kendalian Bojan Hodak mengesahkan status juara dengan merekodkan kemenangan 5-2 mengatasi skuad Juku Eja tersebut.", "Lima jaringan oleh KL City hadir menerusi Romel Morales, Jordan Mintah dan Paulo Josue (2 gol) dan Hadin Azman pada minit 33’, 45+2’, 52’ (penalti), 84’ dan 90+4′ masing-masing.", "⏰ FT | 🇲🇾 Kuala Lumpur City 5️⃣-2️⃣ PSM Makassar 🇮🇩", "😃 Delight for the home fans as Kuala Lumpur City put on a show to secure their spot in the Inter-Zone Semi-Final!#AFCCup2022 | #KLCvPSM pic.twitter.com/lj6Q4Eegb5", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) August 24, 2022", "Manakala dua jaringan pasukan pelawat pula disumbangkan oleh Yakob Sayuri dan Akbar Tanjung pada minit 58’ dan 63’ masing-masing.", "Pada masa yang sama, dengan kemenangan yang diraih ini, KL City dapat meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir antara zon menentang wakil India, ATK Mohun Bagan.", "Bagaimanapun, badan induk bola sepak dunia, FIFA mengumumkan telah menggantung Persekutuan Bola Sepak Seluruh Indian (AIFF) dan perkara ini menyebabkan kelab bola sepaknya tidak boleh beraksi di pentas ini.", "Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi berkenaan status ATK Mohun Bagan samada boleh meneruskan aksi atau tidak saingan Piala AFC ini.", "Sekiranya tidak, KL City dapat melangkau peringkat separuh akhir ini dan terus melangkah ke peringkat akhir antara zon menentang samada wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh atau wakil Hong Kong, Eastern Sports Club."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216776/", "headline": "\nKorea Masters: Gandingan Baharu Peng Soon-Ee Wei Atas Pasangan Joo Ven-Jin Wei\n", "content": ["Pemain senior, Chan Peng Soon yang turun bersama gandingan baharunya, Toh Ee Wei berhasil mencipta kemenangan sulung dalam saingan Korea Masters 2022, sebuah kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Kemenangan itu diraih dengan menumpaskan beregu campuran senegara yang juga julung kalinya bergandingan bersama iaitu Soong Joo Ven dan Goh Jin Wei pada peringkat Pusingan 32.", "Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Ee Wei mencetak kemenangan secara ‘straight set’ 21-11 dan 22-20 dalam tempoh masa 30 minit permainan.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Round of 32 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 22 🇲🇾Ee Wei TOH🏅11 20 🇲🇾Joo Ven SOONG 🇲🇾Jin Wei GOH", "🕗 in 30 minutes https://t.co/4Ta29Wp8KP", "— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022", "Dengan kemenangan tersebut, Peng Soon-Ee Wei berhasil mara ke Pusingan 16 dan menantinya mereka di peringkat tersebut adalah beregu China, Zhen Si Wei dan Zhang Shu Xian yang berjaya mengalahkan beregu tuan rumah, sebentar tadi.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Round of 32 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Shu Xian ZHANG🏅 6 15 🇰🇷Kyung Hoon PARK 🇰🇷Yu Jung KIM", "🕗 in 24 minutes https://t.co/bJgRVe18tm", "— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022", "Bercakap mengenai pemain muda, Jin Wei, ini bukanlah pertama kali dia beraksi dalam kategori beregu samada beregu wanita atau campuran.", "Semasa zaman remajanya, Jin Wei pernah bergandingan bersama Thinaah Muralitharan, Lee Ying Ying, Pearly Tan dan Vlada Gingga (Moldova) dalam kategori beregu wanita. Manakala untuk beregu campuran pula, Jin Wei pernah membentuk gandingan bersama Tan Jinn Hwa dan Yap Roy King.", "Sementara itu, Joo Ven pula pernah beraksi dalam kategori beregu lelaki dengan beberapa pemain seperti Soo Teck Zhi, Cheam June Wei, Nur Mohd Azriyn, Darren Isaac, Kim Gallichan dan Dede Ryan Philip semasa awal karier seniornya dan juga zaman remajanya.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218373/", "headline": "\nPaul Pogba Kembali Ke Juventus Dengan Jersi Bernombor 10\n", "content": ["Pemain skuad kebangsaan Perancis, Paul Pogba kembali menyertai Juventus – pasukan yang beraksi dalam saingan Serie A – secara rasminya.", "Pemain tengah berusia 29 tahun itu diperkenalkan semula sebagai pemain skuad Bianconeri menerusi makluman di laman sesawang rasmi dan pelbagai platform media sosial kelab itu, semalam.", "Dalam satu video pengenalan, Pogba turut didedahkan diberikan jersi bernombor 10 – jersi yang disarungnya pada musim terakhir sebelum berpindah ke Manchester United – untuk digunakannya pada musim ini.", "— Paul Pogba (@paulpogba) July 11, 2022", "Baca: Pogba Diumumkan Sebagai Duta Platform Pelaburan Atas Talian Islamik, Wahed Invest", "Untuk makluman semua, Pogba berhasil membuat 177 penampilan dan merekodkan 34 gol serta 40 “assist” semasa beraksi buat pertama kali bersama Juventus dari tahun 2012 hingga 2016.", "Angka-angka tersebut telah membolehkannya menjulang beberapa gelaran bersama Juventus seperti empat kali juara Serie A, dua kali juara Coppa dan dua trofi Supercoppa Italiana.", "Sebagai tambahan, Pogba kembali menyertai Juventus selepas kontraknya bersama Manchester United tamat pada 30 Jun lalu dan tidak dilanjutkan.", "Ketika berada di fasa akhir kontraknya bersama skuad Red Devils, dia turut dikaitkan dengan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain serta seteru setempat, Manchester City."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214541/", "headline": "\nGagal Ke Separuh Akhir Piala AFF, Tan Cheng Hoe Letak Jawatan\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Tan Cheng Hoe membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, pada hari ini.", "Difahamkan, jurulatih berusia 53 tahun itu membuat keputusan tersebut ekoran gagal membimbing skuad Harimau Malaya ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.", "Menurut Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar, selepas perbincangan antara Cheng Hoe dan FAM dilangsungkan, kedua-dua pihak bersetuju untuk ‘bercerai’ dengan persetujuan bersama. ", "Untuk rekod, Cheng Hoe telah berbakti bersama FAM selama 14 tahun dengan bermula sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20), penolong jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), penolong jurulatih skuad kebangsaan sebelum menjadi ketua jurulatih.", "Antara kejayaan yang pernah disumbangkan oleh jurulatih kelahiran Alor Setar, Kedah kepada skuad kebangsaan adalah naib juara Piala AFF 2010 dan 2020.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217880/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Lee Zii Jia Lebarkan Kemenangan Ke Atas Pemain No.3 Thailand\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berhasil melebarkan kemenangannya ke atas pemain Thailand, Sitthikom Thammasin kepada empat.", "Zii Jia yang berada di ranking kelima mengesahkan kemenangan terbaru ke atas perseorangan lelaki No.3 Thailand itu selepas menumpaskannya di Pusingan 32, saingan Terbuka Indonesia 2022, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut Zii Jia berhasil merekodkan kemenangan Sitthikom secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-14 dalam tempoh masa 41 minit permainan.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅15 14 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN", "🕗 in 41 minutes https://t.co/FgbvZCOgNt", "— BWFScore (@BWFScore) June 14, 2022", "Kemenangan ini juga membolehkan Zii Jia melangkah ke Pusingan 16 dalam saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Sebagai rekod, sebelum ini, Zii Jia merekodkan tiga kemenangan ke atas Sitthikom dalam saingan Indonesia Masters 2019, Malaysia Masters 2019 dan Korea Masters 2018.", "Sementara itu, Zii Jia akan bertemu samada pemain Perancis, Thomas Rouxel (ranking ke-43) atau pemain India, Sameer Verma (ranking ke-30) di peringkat seterusnya, Pusingan 16."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206762/", "headline": "\nPersembahan ‘Lemau’ Liverpool Punca Perisai Komuniti Terlucut Kepada Arsenal\n", "content": ["Arsenal muncul juara Perisai Komuniti 2020/21 setelah menundukkan Liverpool dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley, awal pagi tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Arsenal kendalian Mikel Arteta bermain dengan sangat baik. Strategi yang dirancang Arteta juga dijalankan dengan baik oleh anak-anak buahnya. ", "Penyerang prolifik mereka pula, Pierre-Emerick Aubameyang berjaya menjaringkan gol superb seawal minit ke-12 untuk meletakkan mereka 1-0 di hadapan.", "Jaringan tersebut membuatkan Liverpool tersentak namun mereka dilihat amat bergelut untuk mendapatkan rentak di atas padang sehingga tamat separuh masa pertama.", "🖤 WAKANDA F̳O̳R̳E̳V̳E̳R̳ 🖤#CommunityShield | #ARSLIV pic.twitter.com/FRQLL7qiu9", "Separuh masa kedua, Liverpool memperbaiki persembahan ‘lemau’ mereka namun Arsenal yang bertahan penuh berdisiplin berhasil mematahkan segala serangan-serangan yang dilancarkan oleh The Kop.", "Ini memaksa pengendali mereka, Jurgen Klopp menukar strategi dan membuat pertukaran berganda dengan memasukkan Takumi Minamino dan Naby Keita sekitar minit ke-60.", "Pertukaran tersebut memberikan sedikit peningkatan kepada corak permainan Liverpool dan pada minit ke-73, Minamino berhasil menjaringkan gol untuk mengikat Arsenal 1-1.", "YES @takumina0116!! First goal for the Reds! ✊#CommunityShield | #ARSLIV pic.twitter.com/67z4YSoCWk", "Mereka cuba meningkatkan asakan untuk memburu gol kemenangan tetapi The Gunners berjaya mempertahankan gawang mereka daripada dibolosi sehingga tamat 90 minit permainan. ", "Ini memaksa Liverpool membuat perhitungan menerusi penentuan sepakan penalti.", "Ketika penentuan sepakan penalti kedua untuk Liverpool, pemain muda, Rhian Brewster gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila bola rembatannya melewati palang gol.", "Dan Aubameyang yang juga kapten pasukan dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti yang kelima buat Arsenal untuk memberikan kemenangan 5-4.", "Ia sekaligus membolehkan mereka menjulang kejuaraan Perisai Komuniti musim ini, dan kejuaraan kedua di bawah kendalian Arteta setelah menjulang Piala FA, awal ogos lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325449/", "headline": "\nSze Fei-Izzuddin Rangkul Gelaran Jelajah Dunia Kedua Di Terbuka AS\n", "content": ["Keputusan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin untuk bergandingan semula selepas berpisah sekitar enam bulan membuahkan kejuaraan Jelajah Dunia BWF yang kedua dalam karier mereka.", "Gandingan pemain berusia 25 tahun masing-masing ini mengesahkan kejuaraan tersebut apabila berhasil menumpaskan beregu Chinese Taipei yang berada di ranking ke-27 dunia, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen dalam perlawanan akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), pada pagi tadi waktu Malaysia.", "Dalam pertarungan tersebut, Sze Fei-Izzuddin bukan sahaja berhasil melakar kemenangan bahkan menundukkan lawannya itu dengan mudah secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-10 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan sahaja.", "YONEX US Open 2023MD – Final 🇲🇾GOH Sze Fei🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅 Fang-Chih LEE9 10 Fang-Jen LEE", "— BWFScore (@BWFScore) July 16, 2023", "Kemenangan itu juga menjadikan Sze Fei-Nur Izzuddin meraih kemenangan kedua berturut-turut ke atas pasangan yang sama selepas berbuat demikian dalam kejohanan Siri Antarabangsa Vietnam pada tahun 2016 yang lalu.", "Sementara itu, kemenangan Sze Fei-Izzuddin di Terbuka AS – sebuah kejohanan bertaraf Super 300 – memberikan mereka ganjaran 7,000 mata bagi pengiraan pelbagai ranking serta wang tunai bernilai AS$16,590 atau bersamaan sekitar RM75,000.", "Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin julung kalinya merangkul kejuaraan Jelajah Dunia BWF ketika menyertai Terbuka Jerman 2022.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111275/", "headline": "\nOlimpik 2020: Aaron Chia-Wooi Yik Mudah Tumpaskan Beregu Korea\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan saingan badminton beregu lelaki bagi Kumpulan D di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan langkah kanan.", "Pasangan ini mudah meraih kemenangan dalam kedua-dua set (24-22, 21-15) ketika bertemu wakil Republik Korea, Choi Solgyu dan Seo Seungjae di Musashino Forest Sport Plaza.", "RESULTS: #Tokyo2020Group D#MAS Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. #KOR Choi Solgyu-Seo Seungjae 24-22 21-15#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/67TktMydrm", "Set pertama berlangsung dengan agak sengit dengan pasangan beregu Korea memaksa Aaron Chia dan Wooi Yik mendapatkan 24 mata sebelum mengesahkan kemenangan.", "Bagaimanapun, pasangan beregu negara mula mendapatkan rentak dan menampilkan aksi yang lebih baik pada set kedua sekaligus mudah menumpaskan mereka dengan keputusan 21-15.", "Perlawanan seterusnya bagi Kumpulan D, Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu gandingan daripada negara jiran tetangga, Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada 26 Julai pada pukul 6.20 petang waktu Malaysia. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202068/", "headline": "\nJersi Baharu Liverpool FC Dijual Pada Harga RM495 dan RM299\n", "content": ["Para peminat Liverpool FC boleh mendapatkan jersi terbaharu keluaran Nike pasukan kesayangan mereka bagi musim 2020/21 pada harga RM495 untuk edisi ‘player issue’ dan RM299 bagi edisi replika untuk pasaran tempatan.", "Jersi tersebut dijual secara eksklusif di rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di seluruh Malaysia. Selain itu, peminat The Kop boleh mendapatkan jersi tersebut secara atas talian menerusi laman sesawang www.al-ikhsan.com bermula hari ini.", "Al-Ikhsan melancarkan jersi pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam satu acara yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga peminat tegar Liverpool di Football Republic Sunway Pyramid, petang tadi.", "Jersi terbaharu ini hadir dengan rekaan ringkas serba merah yang cukup sinonim dengan pasukan The Reds. Ia juga disertai dengan jalur berwarna putih dan hijau kebiruan (teal) di bahagian kolar, lengan dan bahagian tulang tepi.", "Difahamkan gabungan warna merah, putih dan hijau kebiruan itu diinspirasikan daripada warna tradisi pada logo Liverpool. Hijau kebiruan itu merupakan simbolik kepada Kota Liverpool dan burung mitos, Liver Birds yang menjadi lambang kebanggaan di jersi pasukan Liverpool FC semenjak ia ditubuhkan pada 1892. ", "Untuk makluman, ini merupakan kali pertama syarikat barangan sukan berpangkalan di Amerika Syarikat, Nike mengadakan kolaborasi bersama Liverpool untuk menyediakan kit lengkap bagi mengharungi saingan domestik dan juga eropah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324734/", "headline": "\nMaurice Steijn Sah Dilantik Selaku Pengendali Ajax Ganti Heitinga\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih Sparta Rotterdam, Maurice Steijn diumumkan sebagai pengendali baharu Ajax selama tiga tahun bermula 1 Julai 2023 dan berakhir pada 30 Jun 2026 bagi menggantikan John Heitinga. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sesawang kelab terkemuka Belanda itu dan dikongsi melalui pelbagai media sosial mereka. ", "Pengarah bola sepak Ajax, Sven Mislintat menegaskan pemilihan Maurice Steijn selaku pengendali baharu kelab itu berpandukan kepada kemampuan jurulatih tersebut untuk mendapatkan keputusan melangkaui jangkaan. ", "Musim ini, Steijn yang kini berusia 49 tahun telah membawa Sparta Rotterdam ke kedudukan keenam liga yang merupakan kedudukan terbaik mereka dalam tempoh lebih 20 tahun.", "Welcome to Ajax, Maurice Steijn! ⚪️🔴⚪️", "— AFC Ajax (@AFCAjax) June 14, 2023", "Hal ini sekaligus menjadikan Steijn sebagai salah seorang pengendali terbaik dalam sejarah kelab tersebut selepas memacu kelab tertua di Belanda itu berada dalam kelompok lapan terbaik Eredivisie. ", "Sebelum ini, pihak pengurusan Ajax telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Heitinga biarpun kehadirannya membantu kelab tersebut kembali pada landasan yang tepat. ", "Walaupun begitu, bekas juara bertahan Eredivisie di bawah kendalian Heitinga hanya mengakhiri saingan liga di tempat ketiga bermakna mereka terlepas kejuaraan liga ke tangan Feyenoord selain gagal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA 2023-24. ", "Prestasi terumbang-ambing Ajax itu dipercayai tercetus selepas bekas pengendali mereka, Erik Ten Hag meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Liga Perdana Inggeris untuk membimbing Manchester United awal musim lalu.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322773/", "headline": "\nBAC 2023: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Sertai 20 Wakil Kebangsaan Ke Dubai\n", "content": ["Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung pada penghujung bulan ini di Dubai akan diwarnai dengan kehadiran 20 wakil negara seperti mana disenaraikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hari ini. ", "Kejohanan yang bermula pada 25 April itu memperlihatkan kategori perseorangan lelaki akan dikepalai Lee Zii Jia beserta Ng Tze Yong, Liew Daren dan Cheam June Wei manakala perseorangan wanita pula terdiri daripada Goh Jin Wei, Kisona Selvaduray, Letshanaa Karupathevan dan Tan Zhing Yi.", "Zii Jia pastinya akan mempertaruhkan segala kudratnya bagi mempertahankan kejuaraan yang berjaya diperolehnya pada tahun lalu apabila menewaskan perseorangan Indonesia, Jonatan Christie di pentas akhir. ", "Bagi kategori beregu lelaki, Aaron-Wooi Yik akan mengetuai cabaran bersama Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Man Wei Chong-Tee Kai Mun dan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong. Sementara itu, beregu wanita pula dibarisi Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin, Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan dan Cheng Su Hui-Cheng Su Yin.", "Selamat maju jaya team 💪#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/iJJEWj66oc", "— BAM (@BA_Malaysia) April 4, 2023", "Gandingan Aaron-Wooi Yik pasti mahu membalas dendam selepas kempunan di pentas akhir musim lalu apabila kecundang di tangan beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan.", "Beregu campuran pula diketuai gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan diikuti Goh Soon Huat-Shevon Lai, Chan Peng Soon-Cheah Yee See dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. ", "Daripada 20 wakil negara yang disenaraikan, 6 wakil berada dalam senarai simpanan (reserved list) merangkumi perseorangan lelaki dan wanita, Liew Daren dan Letshanaa masing-masing. ", "Untuk makluman semua, kejohanan ini tidak memberi sebarang ganjaran berupa hadiah wang tunai tetapi pungutan mata ranking bagi saingan BAC setaraf dengan Jelajah Dunia BWF (Super 1000) dengan 12,000 mata untuk dikutip jika muncul juara.", "Sebagai tambahan, sesi undian kejohanan yang akan berlangsung di Dubai Exhibition Centre itu bakal berlangsung pada 11 April 2023 (Selasa).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216737/", "headline": "\nTerbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing Tamatkan Kemarau 3 Tahun Ke Pentas Final\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya menamatkan kemarau ke pentas final yang telah berlanjutan selama tiga tahun dalam karier mereka.", "Untuk pengetahuan semua, kali terakhir Kian Meng-Pei Jing yang kini menghuni ranking ke-10 dunia mara ke pentas final adalah ketika saingan Terbuka Singapura yang berlangsung pada 9-14 April 2019.", "Kemarau tersebut ditamatkan dengan mengesahkan kemaraan ke pentas final Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – selepas menundukkan beregu negara jiran tetangga, Indonesia, sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022XD – Semi final 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 22 🇲🇾Pei Jing LAI🏅13 20 🇮🇩Rinov RIVALDY 🇮🇩Pitha Haningtyas MENTARI", "🕗 in 46 minutes https://t.co/dPyvVA6BwC", "— BWFScore (@BWFScore) April 9, 2022", "Dalam perlawanan peringkat separuh akhir tersebut, Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kedua mengalahkan Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari secara ‘straight set’ 21-13 dan 22-20 dalam tempoh masa 46 minit permainan.", "Untuk makluman semua, sebelum ini, kedua-dua beregu ini pernah bertemu sebanyak empat kali di pentas antarabangsa. Kemenangan pada hari ini menjadikan Kian Meng-Pei Jing merekodkan kemenangan ketiga daripada lima pertarungan menentang beregu ke-23 dunia ini.", "Sebagai tambahan, di pentas final Terbuka Korea ini, Kian Meng-Pei Jing bakal bertemu salah satu daripada beregu tuan rumah iaitu samada Kim Wonho-Jeong Na Eun atau Ko Sung Hyun dan Eom Hye Won.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322368/", "headline": "\nAll England 2023: Zii Jia Jejak Pentas Suku Akhir Selepas Hampir 5 Bulan\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menjejaki peringkat suku akhir kejohanan individu antarabangsa buat kali pertama selepas hampir lima bulan sekadar terkandas di Pusingan 32 mahupun Pusingan 16.", "Pemain yang menghuni ranking ke-4 dunia ini dapat melangkah ke peringkat tersebut di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023.", "Ianya setelah berjaya menumpaskan pemain Jepun, Kenta Nishimoto pada peringkat Pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R1621 21 🇲🇾LEE Zii Jia🥇", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia berhasil menumpaskan pemain No.2 Jepun itu secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-10 dalam tempoh 40 minit permainan.", "Pada masa yang sama, kemenangan sekaligus menjadikan Zii Jia melebarkan rekod kemenangan ke atas Kenta menjadi lima kemenangan daripada enam pertemuan secara keseluruhan.", "Sementara itu, menanti Zii Jia di peringkat suku akhir adalah seorang lagi pemain dari negara matahari terbit yang kini merupakan perseorangan No.1 negaranya iaitu Kodai Naraoka.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R1621 21 🇯🇵Kodai NARAOKA🥇", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Untuk makluman, Kodai mengesahkan langkah ke suku akhir setelah menundukkan pemain India, Kidambi Srikanth juga secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15.", "Sebagai rekod, Zii Jia gagal melangkah ke peringkat suku akhir sejak kejohanan Terbuka Perancis 2022 yang berlangsung pada 25hb hingga 30hb Oktober lalu.", "Ianya berlarutan ke saingan Terbuka Australia 2022, Terbuka Malaysia 2023, Terbuka India 2023, Indonesia Masters 2023 dan Terbuka Jerman 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219443/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: ‘Patatimo Boys’ Diletakkan Pilihan Ketiga, Dapat ‘Bye’ Ke Pusingan 16\n", "content": ["Selepas lebih dua bulan tidak beraksi di sebarang pentas antarabangsa, beregu lelaki muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri akan kembali ke gelanggang dengan menyertai saingan Terbuka Vietnam bermula hujung September nanti.", "Pasangan yang terkenal dengan julukan “Patatimo Boys” turut diletakkan selaku pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan berstatus Jelajah BWF Super 100 ini.", "Langkah kanan turut mengiringi beregu ini apabila hasil undian semalam memberikan mereka “bye” di Pusingan 32 sekaligus mara dan menanti di Pusingan 16 secara automatik.", "Mereka akan menantikan cabaran samada daripada pasangan senegara, Lee Yi Bo dan Ling Wei Jie atau beregu Indonesia, Panjer Aji Siloka Dadiara dan Bryan Sidney Elohim di pusingan tersebut.", "Selain dua pasangan di atas, antara beregu lelaki negara yang turut tersenari mengambil bahagian dalam kejohanan ini adalah seperti berikut:", "Sebagai tambahan, kejohanan ini akan bermula 27 September dan berakhir pada 2 Oktober.", "Featured Image: Petronas Brands Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215465/", "headline": "\nAdam Norrodin Sertai Saingan ARRC 2022 Bersama TKKR Racing\n", "content": ["Ketika tiada pasukan dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto2 ataupun Moto3 yang merekrut Adam Norrodin, sebuah pasukan hadir mendapatkan khidmatnya untuk beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2022.", "Bekas pelumba Kejuaraan CEV Moto2 Eropah pada musim lalu ini mendapat peluang untuk beraksi di saingan ARRC selepas pasukan tempatan, OneXOX BMW TKKR Racing Team mengumumkan menandatangani khidmatnya pada musim ini.", "“Adam yang berpengalaman di saingan Kejuaraan Dunia Moto 2 dan Moto 3 serta Kejuaraan Eropah (CEV) telah menarik minat kami untuk membawa cabaran yang cukup mencabar bagi tahun ini.”", "“Selepas 2 tahun perlumbaan ARRC tidak dapat diteruskan akibat pandemik Covid-19,”", "“Kami telah membuat persiapan rapi serta penilaian yang teliti bagi mempertahankan kejuaraan keseluruhan untuk tahun ini.”", "“Dengan kemasukan Adam, ia akan menguatkan lagi pasukan kami dalam saingan yang sudah semestinya sengit dan seterusnya mengibarkan bendera Malaysia di pentas podium antarabangsa,” kata Prinsipal Pasukan, Bobie Farid Shamsuddin menerusi siaran media yang dikeluarkan.", "Dimaklumkan pelumba berusia 23 tahun akan menunggang jentera terbaharu, BMW S1000RR model tahun 2022 untuk beraksi dalam kategori Asia Superbike (ASB) 1000 bergandingan bersama juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman. ", "Untuk pengetahuan semua, perlumbaan pertama ARRC 2022 ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand pada bulan Mac kelak.", "Featured Image: TKKR Racing Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111864/", "headline": "\n“Harap Kita Dapat Melayakkan Diri Bersama-sama” – Reaksi Azizulhasni Terhadap Niat Harrif Kembali Ke Velodrom\n", "content": ["Niat pelumba basikal lebuh raya, Harrif Saleh untuk kembali beraksi dalam acara basikal trek pada temasya Sukan Olimpik seterusnya disambut baik oleh jaguh keirin negara, Dato’ Azizulhasni Awang.", "Bukan sahaja menyambut baik niat rakannya itu, Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe turut memberikan sokongan serta berharap beliau dan Harrif dapat melayakkan diri bersama-sama ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "“Sudah tentu saya gembira kalau dia (Harrif) nak kembali ke trek, saya bersama dia sejak Sekolah Sukan dan Majlis Sukan Negara (MSN) lagi, dan dia pernah berlatih bersama-sama (saya) di Melbourne sekejap,”", "Harrif Sedia Kembali ke Velodrom Untuk Beraksi di Paris 2024 https://t.co/nhSYFgy7Qn pic.twitter.com/dWCDGmwlbN", "“Harrif Saleh merupakan seorang (pelumba) yang berbakat sama seperti saya, kalau dia berhasrat untuk kembali ke trek, saya (sangat) gembira untuknya dan saya (turut) gembira kerana ada rakyat Terengganu yang lain bersama-sama dan harapnya kita dapat melayakkan diri bersama-sama (Sukan Olimpik Paris 2024).” katanya dalam sidang media Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.", "Isnin lalu, menerusi satu laporan media tempatan, Harrif yang berusia 33 tahun menyatakan niat untuk kembali beraksi di velodrom pada temasya Sukan Olimpik sekiranya diberikan ‘lampu hijau’ oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).", "Sekiranya mendapat kebenaran tersebut, beliau menyatakan untuk mengambil bahagian dalam acara omnium.", "Sebagai rekod, Harrif pernah beraksi dalam acara berbasikal trek sebelum beralih ke acara berbasikal lebuh raya pada tahun 2010."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111713/", "headline": "\nKerajaan Melaka Hadiahkan Aaron Chia RM50,000\n", "content": ["Kerajaan Negeri Melaka menghadiahkan atlet regu badminton lelaki negara, Aaron Chia wang tunai berjumlah RM50,000 di atas pencapaiannya memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik, baru-baru ini.", "Selain daripada itu, kerajaan negeri turut memberikan atlet kelahiran Melaka tersebut wang saguhati berjumlah RM3,000 di atas penyertaannya dalam temasya tersebut.", "Hadiah dan wang saguhati tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri dan Exco NGO, Pembangunan Sukan dan Belia Negeri Melaka.", "Pagi ini saya cukup berbangga apabila dapat meraikan penyampaian hadiah insentif kepada tiga atlet kelahiran Melaka yang telah mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini. pic.twitter.com/kfjqvLhh9w", "“Wira kebanggaan Negeri Melaka, Aaron Chia mendapat hadiah insentif kemenangan sebanyak RM50,000 di atas kemenangan beliau meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020, selain wang saguhati RM3,000 sumbangan Kerajaan Negeri Melaka.” kongsi YAB Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi laman sosialnya.", "Selain hadiah dan wang saguhati tersebut, YDP Negeri Melaka sendiri turut berbesar hati menyampaikan seutas jam tangan khas kepada atlet berusia 24 tahun tersebut. ", "Sementara itu, dua orang lagi atlet badminton kelahiran Negeri Melaka, Goh Liu Ying dan Lee Meng Yean turut menerima wang saguhati RM3,000 masing-masing.", "“Pemberian insentif ini diharapkan dapat menaikkan lagi semangat semua atlet kelahiran Negeri Melaka untuk terus berjuang serta mengharumkan nama Malaysia khususnya negeri Melaka tercinta ini di peringkat antarabangsa.” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, Aaron Chia bersama-sama rakan gandingannya, Soh Wooi Yik berjaya membawa pulang pingat gangsa daripada acara badminton beregu lelaki selepas menumpaskan regu nombor 2 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan pada perlawanan penentuan pingat gangsa pada 31 Julai lalu.", "Featured Image: Facebook Sulaiman Md Ali"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322814/", "headline": "\nKedah Darul Aman Dapat Kenderaan Elektrik – BMW iX xDrive40 Sport\n", "content": ["Kedah Darul Aman FC mendapat sebuah kenderaan elektrik berjenama mewah iaitu BMW iX xDrive40 Sport sebagai kenderaan rasminya susulan kerjasamanya dengan Lee Motors.", "Difahamkan, ianya untuk kegunaan Kedah Darul Aman bagi menjalankan sebarang aktiviti sepanjang musim ini.", "Kedah Darul Aman FC (KDA FC) today announced that it has partnered with the local grown automotive company, Lee Motors as Club Official Automotive Partner. The partnership will begin with the 2023 season.", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 4, 2023", "Semalam, syarikat automotif tempatan yang berpusat di Alor Setar itu mengumumkan jalinan kerjasama dengan Kedah Darul Aman sekaligus diangkat sebagai Rakan Rasmi Automotif KDA FC bagi musim 2023.", "Pemberian BMW iX xDrive40 Sport itu merupakan satu permulaan penajaan kemudahan kenderaan rasmi daripada Lee Motors kepada skuad berjulukan Sang Kenari terbabit.", "Untuk makluman semua, Lee Motors merupakan pengedar bagi beberapa jenama kenderaan popular tempatan dan antarabangsa seperti BMW, Honda, Volkswagen, Proton dan BYD.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322759/", "headline": "\nSasaran Tinggi Terhadap Skuad Bawah Umur Tidak Sesuai – Safee Sali\n", "content": ["Tidak sesuai untuk meletakkan sasaran yang tinggi buat skuad muda negara demi perkembangan mereka dan sekiranya mara ke peringkat tertinggi, perkara tersebut merupakan bonus buat para pemain.", "Pandangan tersebut disuarakan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berikutan sasaran yang diletakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas skuad bawah 22 tahun (B-22) dan bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan.", "Sebelum ini, FAM telah mengumumkan sasaran layak ke pentas akhir buat skuad B-22 negara di Sukan SEA manakala pasukan B-17 kebangsaan diletakkan harapan untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-17 bagi melayakkan mereka ke Piala Dunia B-17 yang berlangsung pada November.", "Sebaliknya, Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) itu menggesa semua pihak untuk memberi ruang kepada pemain-pemain muda pamer potensi sebenar mereka. ", "“Kita tidak boleh menaruh harapan yang terlalu tinggi. Saya rasa mereka harus diberi ruang untuk meneroka permainan mereka sendiri. Bagi mereka ruang untuk mendapat keyakinan.”", "“Jangan terlalu meletakkan harapan serta memuji mereka supaya tidak terbuai kerana jika mereka tidak berjaya, ia akan memusnahkan harapan dan perkara itu tidak bagus untuk perkembangan mereka”, tambah Safee ketika ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara PFAM dan Skymatt Travel and Services Sdn. Bhd.", "Skuad B-22 Malaysia berjaya menjulang Piala Merlion pada Mac yang merupakan kejohanan pertama skuad tersebut di bawah kendalian E. Elavarasan dan bakal menyertai rombongan Sukan SEA di Kemboja yang bakal berlangsung pada 5 hingga 17 Mei.", "Skuad kendalian Osmera Omaro pula akan ke Bangkok, Thailand bagi menghadapi Piala Asia B-17 yang dijadualkan bermula pada 15 Jun bagi menentang Yaman, Thailand dan Laos.", "Featured Image: PFAM | Syamil Rosli"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219369/", "headline": "\nTerengganu FC ‘Tempang’ Bertemu UiTM FC, Bakal Beraksi Dengan 4 Pemain Import\n", "content": ["Skuad pantai timur, Terengganu FC dilihat sedikit tempang menjelang aksi pembukaan Liga Super 2021 menentang UiTM FC apabila salah seorang pemain importnya ditimpa kecederaan.", "Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, Zulfadli Rozi. Justeru, beliau membayangkan Terengganu FC bakal menggunakan khidmat empat pemain import sahaja apabila turun menghadapi skuad bimbingan Frank Bernhardt di Stadium UiTM, Shah Alam pada sabtu ini.", "“Seorang pemain import kami mengalami kecederaan, untuk perlawanan pertama ini (menentang UiTM FC), mungkin kita terpaksa bermain dengan empat pemain import (sahaja),” jelasnya tanpa mendedahkan nama pemain yang ditimpa kecederaan tersebut ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Untuk makluman, Terengganu FC yang dibimbing oleh jurulatih muda, Nafuzi Zain telah mendapatkan lima pemain import baharu dalam usahanya untuk memberikan saingan dalam kancah Liga Malaysia musim ini.", "Antara nama-nama yang dibawa masuk ialah pemain tengah Petrus Shitembi (Namibia), pertahanan Carli de Murga (Filipina), pemain tengah bertahan Christopher Herd (Australia), penyerang David da Silva (Brazil) serta pemain tengah menyerang Makan Konate (Mali).", "Bagaimanapun, beliau turut menambah, kalangan pemain lain menunjukkan persaingan yang tinggi untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dan ianya dilihat sangat menguntungkan barisan kejurulatihan Terengganu FC bagi membentuk kesebelasan yang terkuat.", "Pada masa yang sama, Nafuzi turut dilihat sudah mempunyai bayangan kesebelasan utamanya namun perkara ini tidak bermakna pasukannya memandang rendah akan keupayaan UiTM FC yang menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-6 Liga Super.", "“Untuk perlawanan pembukaan ini semua pasukan mahukan tiga mata, dengan jadual yang padat, kita juga mahu mengambil peluang untuk dapatkan mata semaksimum yang mungkin sebelum rehat dua minggu kelak,", "“Tetapi bukan bermakna lawan UiTM FC ini satu tugas yang mudah, ini satu tugas yang sukar kerana kita ada rekod yang kurang memuaskan ketika berhadapan UiTM FC di gelanggang lawan.” katanya lagi.", "Sebagai rekod, Terengganu FC pernah bertemu UiTM FC sebanyak tiga kali sejak daripada tahun 2017 yang lalu. Daripada tiga pertemuan terbabit, Terengganu FC tewas kedua-dua aksi saingan liga yang berlangsung pada tahun 2017 dan 2020 di Stadium UiTM.", "Terengganu FC hanya merekodkan satu kemenangan dan itupun di gelanggang sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ketika aksi Liga Super pada tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208687/", "headline": "\nSumareh Belum Raih Kesebelasan Utama Secara Tetap? Ini Pendapat Wartawan Thailand\n", "content": ["Penyerang sayap, Mohamadou Sumareh secara rasminya diumumkan menyertai kelab berpangkalan di Thailand iaitu Police Tero FC pada awal september lalu.", "Pemain naturalisasi skuad kebangsaan ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana selepas menamatkan kontraknya secara sebelah pihak bersama bekas pasukannya, Pahang.", "Tiga bulan sudah berlalu, Sumareh belum meraih kepercayaan ketua jurulatih, Rangsan Viwatchaichok untuk menempatkan dirinya selaku pemain kesebelasan utama skuad The Silver Shield Dragon.", "Setakat ini, pemain kelahiran Gambia ini hanya tampil sebanyak dua kali, itupun sekadar sebagai pemain gantian dalam saingan Thai League 1.", "Menurut wartawan di Thailand, Offeris Wichitchote menyatakan tempoh tiga bulan Sumareh bersama Police Tero belum mencukupi buatnya untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama secara tetap.", "Sumareh perlu memahami dengan sebaik-baiknya segala perancangan dan taktikal yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Rangsan Viwatchaichok.", "Tambahan pula, ini merupakan kali pertama Sumareh beraksi di Liga luar daripada saingan bola sepak Malaysia sepanjang karier bola sepaknya.", "“Saya merasakan dia memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri untuk bermain dengan taktik oleh ketua jurulatih Police Tero dan juga saingan Liga Thailand.” jelas Offeris ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Untuk makluman, gaya permainan bola sepak di Liga Thailand berbeza jika dibandingkan dengan saingan di Liga Malaysia. Di sana, gaya permainan kebanyakan pasukan-pasukan adalah bercorakkan sentuhan dan hantaran (tap and play).", "Maka tidak menjadi kehairanan mengapa pemain berstatus pilihan utama Pahang dan skuad kebangsaan Harimau Malaya turut memerlukan masa untuk menyesuaikan diri serta meraih kepercayaan daripada ketua jurulatihnya.", "Selain daripada diberikan masa untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang baharu, Sumareh juga perlu berdepan dengan persaingan tinggi untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.", "Umum tahu kemampuan kebolehan Sumareh untuk bermain sebagai pemain sayap (winger) atau penyerang sayap (forward) di bahagian kanan. Peranan ini sering dimainkannya ketika bersama Pahang.", "Selain itu, Sumareh juga berkemampuan untuk bermain selaku penyerang tengah (centre forward) pernah ditunjukkan ketika bersama skuad kebangsaan semasa menentang Indonesia tahun lalu dan juga penyerang kedua (second striker)", "Bagaimanapun, di kem Police Tero, posisi sayap kanan dan penyerang tengah telah diisi oleh dua pemain import yang hebat dan berpengalaman dalam saingan Liga Thailand.", "Di posisi sayap kanan ianya diisi oleh pemain Perancis berumur 32 tahun iaitu Greg Houla. Pemain ini telah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand selama tiga musim.", "Sementara itu, di posisi penyerang tengah, ketua jurulatih lebih suka menurunkan penyerang Ivory Coast berusia 29 tahun, Marc Landry Babo. Untuk makluman, Babo telah beraksi dalam saingan bola sepak Thailand sejak tahun 2013.", "“Ketika ini jurulatih lebih suka menurunkan (Greg) Houla berbanding Sumareh,” jelas Offeris lagi.", "Semasa ditanyakan peluang untuk Sumareh bermain sebagai penyerang utama, Offeris menyatakan, “Saya rasa kena tunggu Babo cedera barulah Sumareh mempunyai peluang untuk bermain (di posisi tersebut).”", "“Kerana Babo melakukan tugas dan pernanannya dengan baik dan dia mempunyai lebih pengalaman dalam saingan Liga Thailand,”", "Untuk rekod, Sumareh meraih debutnya ketika menentang Suphanburi FC dalam saingan Thai League 1. Dalam perlawanan tersebut dia masuk sebagai pemain gantian sekitar minit ke-72.", "Penampilan kali keduanya hadir juga sebagai pemain gantian ketika menentang Chiangrai United FC dengan permainan berbaki sekitar 12 minit permainan sahaja lagi.", "Tiga perlawanan berikutnya, Sumareh langsung tidak diturunkan oleh ketua jurulatih ya termasuk dua daripadanya ketika beraksi dalam saingan liga kalah mati, Piala FA Thailand.", "Featured Image: Police Tero FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219866/", "headline": "\nPengasas Spotify, Daniel Ek Berminat Untuk Beli Saham Arsenal\n", "content": ["Pengasas aplikasi penstriman muzik Spotify iaitu Daniel Ek menyatakan kesediannya untuk membeli pegangan saham Arsenal daripada Kroenke Sports & Entertaiment (KSE).", "Ahli perniagaan kelahiran Sweden yang berusia 38 tahun tersebut menyatakan minat tersebut menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya dua hari yang lalu.", "As a kid growing up, I’ve cheered for @Arsenal as long as I can remember. If KSE would like to sell Arsenal I'd be happy to throw my hat in the ring.", "“Ketika masih kanak-kanak, saya masih mengingati memberikan sokongan kepada Arsenal. Sekiranya KSE mahu menjual menjual Arsenal, saya dengan gembiranya mahu membeli.” katanya.", "Menurut Forbes, Daniel Ek mempunyai nilai bersih sekitar £3.4 bilion dan perkhidmatan penstriman Spotify yang diasaskan bersama rakan kongsinya, Martin Lorentzon pula bernilai £51.9 bilion.", "Pada ketika ini, Daniel Ek merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spotify.", "Untuk makluman, KSE dimiliki oleh Stan Kroenke telah menjadi sebahagian daripada Arsenal sejak tahun 2008 lagi.", "Bagaimanapun, para penyokong Arsenal semakin bertambah kecewa dengan kelakuan Kroenke yang ‘kedekut’ untuk membuat pelaburan ke atas kelab terutamanya dalam usaha mendapatkan pemain-pemain yang terbaik.", "Difahamkan baru-baru ini, anak kepada Stan Kroenke iaitu Josh Kroenke yang merupakan salah seorang pengarah di Arsenal menegaskan mereka tiada niat untuk menjual pegangannya di dalam kelab berpangkalan di London itu dalam masa terdekat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220868/", "headline": "\nPiala Dunia: Maghribi Juarai Kumpulan F, Mara Ke Saingan Kalah Mati Selepas 36 Tahun\n", "content": ["Pasukan dari benua afrika, Maghribi tidak mempunyai masalah untuk menamatkan saingan Kumpulan F selaku juara biarpun diundi bersama-sama Belgium dan Croatia yang menghuni ranking lebih tinggi iaitu ke-2 dan ke-12 dunia masing-masing.", "Skuad berjulukan The Atlas Lions yang berada di ranking ke-22 dunia mengesahkan status kejuaraan itu selepas menumpaskan Kanada dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sebentar tadi.", "Moroccan football is flying high tonight! 🤩🇲🇦#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/PVp6pAA4gA", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 1, 2022", "Dalam perlawan terbabit, Hakim Ziyech dan Youssef En-Nesyri muncul penjaring buat Maghribi pada minit 4’ dan 23’ masing-masing. Manakala jaringan saguhati Kanada pula berpunca daripada jaringan sendiri pemain Maghribi, Nayef Aguerd pada minit 40’.", "Hasil daripada kemenangan ini, tiga mata dapat dipungut dan Maghribi menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan 7 mata menerusi dua kemenangan dan satu keputusan seri.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan Maghribi ke saingan kalah mati yang pertama selepas 36 tahun. Kali terakhir mereka mara adalah dalam saingan Piala Dunia yang berlangsung di Mexico pada tahun 1986 yang lalu. ", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321352/", "headline": "\nAl-Ikhsan Dapat Hak Jualan Eksklusif Jenama Messi Selama 3 Tahun\n", "content": ["Pelbagai pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi (bukan sukan) kini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan, Football Republic dan melalui laman sesawangnya bermula hari ini.", "Perkembangan ini hadir berikutan peruncit sukan pelbagai jenama #1 Malaysia, Al-Ikhsan Sports mendapat hak eksklusif untuk menjual koleksi pakaian fesyen kanak-kanak jenama milik pemenang Piala Dunia tersebut selama tiga tahun bermula Januari 2023.", "Antara pakaian berjenama Messi yang akan dijual oleh Al-Ikhsan khusus untuk kanak-kanak berumur dua tahun hingga remaja adalah:", "Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk hoodie dan jaket.", "Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan Sports, Vach Pilluta menyatakan hasrat untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325337/", "headline": "\nSiapa Kuvondik Ruziev?\n", "content": ["Jendela perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia 2023 terus dihangatkan lagi dengan kehadiran seorang lagi pemain import yang akan beraksi bersama Sri Pahang dari Uzbekistan iaitu Kuvondik Ruziev. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder) berketinggian 1.76 meter. ", "Bagi mengenali pemain ini dengan lebih lanjut, berikut Sukanz bawakan lima perkara menarik mengenai Ruziev untuk bacaan anda:", "#1 Ahli Skuad Juara Berganda Liga Uzbekistan", "Ruziev memulakan kariernya bersama akademi Lokomotiv Tashkent dan menjadi sebahagian daripada skuad juara berganda Liga Uzbekistan bersama pasukan itu pada musim 2015-16 selepas menjuarai Liga Uzbekistan dan Piala Uzbekistan. ", "#2 Tidak Pernah Berhijrah Ke Luar Uzbekistan", "Walaupun sudah 10 tahun beraksi secara professional, Ruziev tidak pernah berhijrah ke luar negara dengan bermain untuk empat pasukan Liga Super Uzbekistan. Oleh itu, penghijrahannya ke Sri Pahang merupakan satu titik baharu dalam kariernya untuk berkelana ke luar negara. ", "#3 Pemain Uzbekistan Kelima Dalam Liga Super 2023", "Ruziev pastinya tidak keseorangan di Liga Malaysia dengan seramai empat pemain dari negara asalnya turut beraksi di sini iaitu Sirojiddin Kuziev (Kuching City), Sardor Kulmatov (Terengganu), Sirojiddin Rakhmatullaev (Kelantan United) dan rakan sepasukannya, Sherzod Fayzlev. ", "#4 Turut Boleh Beraksi Sebagai Sayap Kanan", "Ruziev menghabiskan masanya selaku pemain tengah yang boleh bermain ketika menyerang dan bertahan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa beliau juga boleh bermain di posisi sayap kanan dalam tujuh penampilannya bersama Navbahor dan tiga lagi bersama skuad kebangsaan Uzbekistan.", "#5 Pernah Bermain di Liga Juara-Juara AFC", "Pemain terbaharu Sri Pahang ini pernah merasai suasana beraksi di pentas tertinggi Asia bersama Lokomotiv Tashkent. Bersama bekas juara Liga Uzbekistan itu, Ruziev bermain dalam 10 perlawanan di peringkat kumpulan bagi Zon Barat pada musim 2015/16 dan 2016/17.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220483/", "headline": "\nMalayan Tigress Diundi Dalam Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Wanita B-20\n", "content": ["Skuad bola sepak wanita kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) akan menghadapi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dengan menyertai Kumpulan G.", "Hasil undian yang dilakukan oleh penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyaksikan Pakistan, Kemboja dan Myanmar akan menjadi pencabar buat skuad berjulukan Malayan Tigress di dalam kumpulan tersebut.", "Untuk makluman, Kemboja juga merupakan hos bagi pusingan kelayakan yang akan berlangsung pada Mac tahun hadapan. Malaysia akan memulakan kempen dengan menentang Pakistan (8 Mac) diikuti oleh Kemboja (10 Mac) dan diakhiri dengan Myanmar (12 Mac).", "Juara kumpulan berserta dengan empat naib juara terbaik merentasi semua kelapan-lapan kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia Wanita B-20 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada 2024 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219451/", "headline": "\nAksi Pemain Muda, Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak \n", "content": ["Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak tampil memuji persembahan yang ditampilkan oleh pemain muda, Muhammad Izreen Izwandy ketika menentang UiTM FC, semalam.", "Pemain berusia 20 tahun ini diberikan peluang oleh Bojan untuk membarisi kesebelasan utama dengan mengisi posisi sayap kiri KL City. ", "Kepercayaan yang diberikan untuk membarisi kesebelasan utama dibalas oleh Izreen bukan sahaja dengan menampilkan persembahan yang baik dan memberikan banyak masalah kepada pertahanan UiTM. ", "Akan tetapi, pemain kelahiran Pulau Pinang ini turut menyumbang satu ‘assist’ cantik yang membolehkan Dominique da Sylva mencetak jaringan tunggal sekaligus memberikan KL City mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas skuad The Lions Troop.", "“Saya gembira dengan pemain muda, Izreen, dia bermain sekitar 60 minit, ini merupakan satu kejutan buat mereka (UiTM) dan dia bermain dengan sangat baik, saya mengharapkan ini merupakan satu permulaan buatnya dan dia tampil lebih baik pada perlawanan seterusnya, ", "“Ini akan memberikannya keyakinan kerana pada pendapat saya masalah terbesarnya adalah (tahap) keyakinan, dia sangat kagum bermain dalam saingan Liga Super tetapi pada akhirnya dia menampilkan aksi yang baik.” kata Bojan dalam sidang media selepas daripada perlawanan.", "Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertamanya dalam kancah tertinggi bola sepak tempatan, Liga Super. Musim lalu menyaksikan Izreen membuat empat penampilan dalam saingan Liga Premier dan menjaringkan satu gol buat pasukan Kuala Lumpur. ", "Sementara itu, Bojan gembira dengan kejayaan pasukannya mencatatkan kemenangan dan memungut tiga pertama dalam saingan liga selepas tewas kepada Penang FC pada aksi pertama, beberapa hari lepas.", "Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Croatia ini masih kurang berpuas hati secara keseluruhannya persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras tersebut.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206589/", "headline": "\nMessi Lihat Masa Hadapan Barcelona Suram\n", "content": ["Penyerang Argentina, Lionel Messi melihat masa hadapan FC Barcelona masih suram walaupun sudah mendapat ketua jurulatih baharu, Ronald Koeman.", "Terdahulu, Koeman telah berjumpa pemenang Ballon d’Or enam kali itu untuk menerangkan mengenai projek yang akan dijalankannya untuk saingan bola sepak 2020/21.", "Menurut stesen radio di Catalan, RAC1 melaporkan Messi telah berkata kepada Koeman bahawa masa depan Barcelona tidak jelas.", "🔴 SEGONS HA POGUT SABER RAC1 – #Messi li ha comunicat a #Koeman que no veu clar el seu futur al @FCBarcelona_cat #frac1 @EsportsRAC1 https://t.co/gd55WWBfoZ", "Pemain berusia 33 tahun turut mengulangi rasa tidak senang hatinya mengenai kekalahan memalukan 8-2 Barcelona di tangan Bayern Munich baru-baru ini.", "Bagaimanapun, Messi sedar sukar untuknya meninggalkan Stadium Nou Camp kerana memiliki klausa pelepasan dengan harga tinggi.", "Untuk rekod, Messi masih mempunyai baki kontrak bersama Bercelona selama semusim lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220294/", "headline": "\nPiala Suhandinata: Malaysia Ulangi Pencapaian Edisi Lalu – Duduki Tempat Kesembilan\n", "content": ["Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF atau Piala Suhandinata 2022 – sebuah saingan badminton berpasukan bagi remaja berusia 19 tahun (B-19) telah melabuhkan tirainya.", "Dan pasukan Malaysia berhasil menamatkan kejohanan di tangga kesembilan – menyamai pencapaian edisi terdahulu yang berlangsung pada tahun 2019.", "Kedudukan ini menjadi milik Malaysia apabila berhasil menumpaskan Denmark dalam perlawanan akhir bagi penentuan tempat kesembilan hingga ke-16, semalam.", "FINAL STAGE 9 TO 16 – 2nd’s", "Jakob Houe-Christian Kjær def. Fazriq Razif-Wong Vin Sean 21-15 13-21 21-18", "*Skuad #KuihLapis negara with the 9️⃣th place finish. Well done team!👏🏻#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/pDQCFYEtHi", "— BAM (@BA_Malaysia) October 22, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Malaysia meraih kemenangan dengan  keputusan 4-1 hasil sumbangan mata daripada Choi Jian Sheng-Lai Ting Cen, Siti Zulaikha, Justin Hoh dan Ong Xin Yee-Cermen Ting.", "Sebagai rekod, Malaysia dapat mara ke perlawanan akhir bagi penentuan tempat ke-9 hingga ke-16 ini dengan menumpaskan Kanada 3-2 (separuh akhir) dan India 3-1 (suku akhir).", "Sebagai tambahan, Malaysia tidak berjaya mara ke penentuan juara serta tempat kedua hingga kelapan apabila tumpas kepada Indonesia dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan A.", "Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan peringkat sebagai naib juara.", "Untuk makluman semua, format kejohanan ini hanya membenarkan juara kumpulan sahaja mara ke saingan untuk merebut gelaran juara serta kedudukan kedua hingga kelapan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113081/", "headline": "\nPetronas & Mercedes-AMG Nafi Akan ‘Bercerai’ Pada Tahun 2022\n", "content": ["Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas selaku ‘title sponsor’ dan rakan teknikal kepada Mercedes-AMG Formula One Team tampil menyangkal dakwaan akan menamatkan kerjasama dengan pasukan terbabit pada tahun 2022.", "Berita penamatan kerjasama antara Petronas dan Mercedes-AMG merupakan satu kejutan besar buat peminat-peminat arena sukan permotoran Formula 1 (F1). ", "Hal ini kerana sejak bekerjasama pada tahun 2010 yang lalu, Mercedes-AMG Petronas F1 Team telah memenangi 7 kejuaraan berganda secara berturut-turut.", "Menurut laporan portal The Edge Markets pada hari ini, selain menyangkal dakwaan tersebut, Petronas turut tampil memberikan kenyataan bahawa akan meneruskan kerjasama dengan Mercedes untuk beberapa tahun lagi.", "Difahamkan mereka baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan kerjasama pada tahun lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang perincian didedahkan mengenai lanjutan kerjasama tersebut. ", "Dalam perkembangan yang lain, jurucakap Mercedes turut memberikan kenyataan yang sama kepada portal sukan permotoran, GPFans.", "Untuk makluman semua, ura-ura mengenai penamatan kerjasama antara kedua-dua pihak ini dilaporkan oleh portal sukan permotoran berpangkalan di eropah, Decalspotters, semalam.", "Di dalam laporan tersebut, menerusi satu sumber yang tidak dinamakan, mereka mendakwa kerjasama itu akan tamat pada tahun 2022 sambil syarikat minyak gergasi dari Arab Saudi, Aramco akan menggantikan Petronas.", "Featured Image: Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216917/", "headline": "\nRanking BWF: Myisha & Siti Catat Peningkatan Ketara, Jin Wei Di Tangga Ke-77 Dunia\n", "content": ["Juara dan naib juara bagi kategori perseorangan wanita dalam kejohanan Siri Antarabangsa (International Series) Belanda 2022 mencatatkan peningkatan yang sangat ketara dalam kedudukan ranking dunia, pada minggu ini.", "Berdasarkan kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, Myisha Mohd. Khairul dan Siti Nurshuhaini Azman yang muncul juara dan naib juara di kejohanan merekodkan lonjakan sebanyak 73 dan 58 anak tangga masing-masing.", "Hasil daripada lonjakan tersebut, pemain yang berusia 19 dan 17 tahun masing-masing ini berada di ranking ke-255 dan ke-256 untuk minggu ke-16 ini.", "Sementara itu, satu lagi lonjakan kedudukan ranking dunia dikesan melibatkan pemain perseorangan wanita bebas (independent) berusia 22 tahun, Goh Jin Wei hasil daripada kemaraan sehingga ke Pusingan 16 dalam kejohanan Korea Masters, minggu lepas.", "Dengan kemaraan tersebut, Jin Wei merekodkan peningkatan sebanyak 11 anak tangga menjadikan dia kini menghuni ranking ke-77 dunia.", "Pada masa yang sama, kemaskini itu turut memperlihatkan sedikit penurunan ranking melibatkan Kisona Selvaduray dan Eoon Qi Xuan. Kedua-dua mereka turun sebanyak satu dan tiga anak tangga dan kini menduduki ranking ke-58 dan ke-154 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Instagram Goh Jin Wei"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114076/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Zii Jia Meneruskan Rentak Kemenangan, Kini Terajui Kumpulan B\n", "content": ["Selepas meraih kemenangan pada perlawanan pertama, jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Perlawanan kedua yang berlangsung pada hari ini menyaksikan pemain yang menduduki ranking kelapan dunia ini berhasil meraih kemenangan ke atas pemain Perancis, Toma Junior Popov secara ‘straight set’ dengan skor 21-13 dan 21-19.", "Untuk makluman semua, kemenangan ini dicapai oleh Zii Jia dalam masa tidak sampai 50 minit.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MS – Round 221 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅13 19 🇫🇷Toma Junior POPOV🕗 in 47 minutes https://t.co/jVsyn0rA9M", "Kemenangan tersebut bukan sahaja membolehkan Zii Jia menerajui carta Kumpulan B pada hari ini, malahan, turut berpeluang cerah untuk muncul juara Kumpulan B sebelum mara ke peringkat separuh akhir kelak.", "Bagi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Zii Jia dijadualkan bertemu pemain perseorangan India yang menghuni ranking ke-14 dunia, Srikanth Kidambi pada hari esok. Perlawanan ini dijangka bermula jam 10 pagi, waktu Malaysia.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pemain ini pernah berentap sesama sendiri sebanyak satu kali di kejohanan Terbuka HYLO, bulan November lalu. Di dalam perlawanan ini, Zii Jia berhasil meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 22-20 ke atas Srikanth."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322654/", "headline": "\nKogileswaran Muncul Pemain Malaysia Pertama Beraksi Dalam Kancah Piala FA Korea\n", "content": ["Pemain sayap skuad kebangsaan, Kogileswaran Raj mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain Malaysia pertama yang beraksi dalam kancah bola sepak kalah mati, Piala FA Korea.", "Sejarah itu hadir apabila pemain berusia 24 tahun ini disenaraikan oleh ketua jurulatih Chungbuk Cheongju FC, Choi Yun-kyum untuk bermula dalam kesebelasan utama sebagai sayap kiri menentang Jungnang Chorus Mustang FC, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, pemain yang turut dikenali dengan nama panggilan Kogi sempat beraksi sekitar 60 minit permainan dengan menampilkan persembahan yang agak baik sebelum ditukarkan pada babak kedua.", "A post shared by 충북청주FC (@chfc_2023)", "Sebelum Kogi ditukarkan, kelabnya sempat mendahului 2-0 hasil sebelum menutup perlawanan tersebut dengan kemenangan 3-0 ke atas kelab dari divisyen empat Liga Korea itu.", "Kemenangan itu juga membolehkan Kogi dan rakan sepasukannya melangkah ke peringkat berikutnya iaitu Pusingan 3 bertemu kelab dari divisyen pertama, Gangwon FC pada 12 April.", "Untuk makluman, ini juga merupakan debut Kogi bersama Chungbuk Cheongju dalam perlawanan kompetitif sejak menyertai kelab terbabit pada awal Januari lalu dengan kontrak selama setahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112262/", "headline": "\nDNA ‘Yakini Lokal’ PJ City Akan Diteruskan Pada Musim 2022\n", "content": ["Pasukan kendalian P. Maniam, Petaling Jaya City FC (PJ City) akan meneruskan pendekatan menggunakan 100% pemain lokal atau tempatan dalam saingan Liga Super 2022.", "Tahun lalu, pasukan yang dimiliki oleh Dato’ Sri Vijay Eswaran ini mengumumkan satu pendekatan berani untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2021 tanpa khidmat pemain import.", "Pelbagai reaksi yang diberikan oleh para penyokong bola sepak tempatan terhadap pengumuman tersebut. Ada yang menyambut baik kerana ia memberikan peluang yang lebih besar kepada pemain tempatan untuk beraksi.", "Manakala ada juga sebahagian penyokong melihat ianya umpama ‘menempah’ tiket ke saingan Liga Premier 2022 kerana kurang percaya akan kebergantungan kepada kemampuan pemain tempatan semata-mata.", "Bagaimanapun, setelah mengharungi 22 perlawanan Liga Super musim ini, PJ City bukan sahaja terselamat daripada terjerumus ke kancah liga divisyen dua malahan turut menamatkan saingan di tangga ketujuh mengatasi pasukan-pasukan seperti Melaka United, Sabah dan Sri Pahang.", "“Sudah tentu, hala tuju Dato’ Sri Vijay Eswaran menggunakan pemain tempatan akan diteruskan, dia nak bagi peluang kepada pemain-pemain tempatan untuk bermain,", "“Kita boleh nampak Darren (Lok) ada peluang, Syahmi (Zamri) ada peluang dan juga (Khyril) Muhymeen ada peluang untuk bermain, ", "“Jadi, kita melahirkan pemain, kalau kita tengok Jeremy (Wei Shen Lim) tak pernah bermain tiba-tiba dia telah bermain dalam kesebelasan utama pasukan PJ City, ", "“Ada banyak pemain muda yang dapat peluang untuk bermain, ini satu platform daripada PJ City untuk pemain-pemain muda bermain.” kata Maniam dalam sidang media selepas daripada perlawanan menentang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.", "PJ City turut menutup saingan Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menumpaskan Selangor kendalian Karsten Neitzel dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Khyril Muhymeen (20’) dan Syahmi Zamri (62’).", "Sementara itu, bercakap mengenai kejohanan seterusnya, jurulatih berusia 52 tahun ini berhasrat untuk memberikan peluang kepada pemain-pemain muda di dalam skuadnya untuk beraksi dalam saingan Piala Malaysia kelak.", "Bagaimanapun, bekas jurulatih Selangor dan skuad kebangsaan bawah 15 tahun (B-15) tidak menetapkan sebarang sasaran yang spesifik untuk dicapai oleh pasukannya.", "“Kita ada satu lagi kejohanan iaitu Piala Malaysia, kita tahu ada banyak pasukan gergasi dalam Liga Super dan dalam Liga Premier,", "“Jadi kita berpeluang memberikan pemain-pemain untuk bermain dalam Piala Malaysia terutamanya pemain muda untuk mempertingkatkan skil dan dapat bermain dalam permainan.” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111826/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bersama-sama Jepun, England & Mesir\n", "content": ["Majlis undian kejohanan badminton dwitahunan, Piala Sudirman 2021 yang diadakan secara atas talian pada hari ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan D.", "Bersama-sama Malaysia di dalam kumpulan tersebut adalah naib juara edisi terdahulu, Jepun serta England dan Mesir.", "Untuk makluman semua, saingan ini akan berlangsung di Vantaa, Finland bermula pada 26 September hingga 3 Oktober 2021. ", "Pasukan Malaysia dijangka membariskan Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan lelaki dan pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik sebagai regu lelaki.", "Menarik untuk menyasikan siapakah yang akan menyertai pasukan ini bagi mengisi slot pemain perseorangan wanita, regu wanita dan regu campuran.", "Sebagai rekod, edisi terdahulu menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku akhir setelah tumpas 3-0 kepada Jepun. ", "Sebagai tambahan, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan ini adalah mara peringkat separuh akhir pada edisi 2009. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112362/", "headline": "\nSkuad Kebangsaan Bertemu Jordan & Uzbekistan Pada Perlawanan Persahabatan Bulan Oktober\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe akan turun beraksi menentang dua pasukan dari benua asia pada rehat antarabangsa, bulan Oktober nanti.", "Menurut laporan akhar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, skuad Harimau Malaya bakal bertemu pasukan yang menduduki ranking ke-84 dan ke-93 dunia iaitu Uzbekistan dan Jordan masing-masing.", "Kedua-dua perlawanan persahabatan tersebut bakal dilangsungkan di Amman, Jordan antara tempoh 4-12 Oktober kelak. Ianya sebahagian daripada persiapan Malaysia untuk mengharungi pusingan tiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.", "Baca: Pemain Terengganu, KL City, Kedah, Penang & PJ City Dalam Penilaian Cheng Hoe Untuk Dipanggil ke Skuad Kebangsaan", "Sementara itu, bercakap mengenai pemain yang akan dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan, Cheng Hoe mendedahkan perancangannya untuk memanggil pemain-pemain yang beraksi di luar negara.", "Ia termasuk pertahanan yang beraksi di eropah, Dion Cools (FC Midtjylland), penyerang muda, Luqman Hakim (KV Kortrijk) serta pemain-pemain yang beraksi dalam saingan Liga Thailand.", "“Ini merupakan rehat antarabangsa FIFA, jadi kami bercadang untuk memanggil nama-nama seperti Cools, Luqman Hakim Shamsudin, Dominic Tan dan Junior Eldstal.", "“Jika di luar rehat antarabangsa FIFA, kami tidak boleh memanggil mereka kerana berhadapan dengan masalah pelepasan daripada kelab masing-masing.” kata Cheng Hoe seperti dipetik daripada New Straits Times.", "Untuk makluman semua, pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Februari hingga September tahun hadapan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324193/", "headline": "\nKejuaraan AFF B-23: Derbi Nusantara Hiasi Kumpulan B\n", "content": ["Malaysia bakal berhadapan tugas sukar dalam Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) 2023 apabila pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Indonesia turut diundi di dalam satu kumpulan yang sama. ", "Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama seteru Nusantara tersebut bersama Timor Leste bagi merebut kedudukan juara kumpulan untuk layak ke peringkat separuh akhir. ", "Dalam pada itu, Kumpulan A menghimpunkan tuan rumah, Thailand yang diundi menentang Kemboja, Brunei dan Myanmar manakala Kumpulan C melibatkan juara bertahan, Vietnam bersama Filipina dan Laos. ", "Kejohanan tersebut bakal berlangsung bermula 17 hingga 26 Ogos ini di Thailand boleh dilihat sebagai persediaan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2024.", "Sebelum ini, Malaysia telah beraksi sebanyak dua kali (2019 & 2022) dalam Kejohanan AFF B-23 setelah diperkenalkan semula sejak kali terakhir diadakan yang juga merupakan edisi sulungnya pada 2005. ", "Dalam penampilan terakhir negara di kejohanan tersebut, Malaysia gagal mara ke peringkat kalah mati telah kepada Laos secara timbal balik selepas dua pasukan iaitu Indonesia dan Myanmar terpaksa menarik diri akibat COVID-19. ", "Pencapaian terbaik Malaysia di dalam kejohanan itu adalah pada tahun 2005 apabila mereka berjaya layak ke peringkat separuh akhir sebelum tewas kepada Thailand (7-0) dan juga Myanmar (1-1, 4-2*) di penentuan tempat ketiga.", "*Nota kaki: Penentuan sepakan penalti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214825/", "headline": "\nTerbuka India: Yew Sin-Ee Yi Meneruskan Rentak Kemenangan Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meneruskan rentak kemenangan mereka sehingga berhasil mara ke peringkat separuh akhir Terbuka India 2022.", "Mereka berhasil meletakkan diri dalam kalangan empat beregu terbaik kejohanan ini dengan menumpaskan beregu tuan rumah yang menghuni ranking 176 dunia, Ishaan Bhatnagar-Sai Pratheek.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅 7 7 🇮🇳Ishaan BHATNAGAR 🇮🇳Sai Pratheek K🕗 in 19 minutes https://t.co/TIZaCvJzJf", "Yew Sin-Ee Yi yang merupakan pilihan ketiga kejohanan menumpaskan beregu India itu dengan bergaya secara ‘straight set’ dengan skor 21-7 dan 21-7 dalam tempoh masa 19 minit sahaja. ", "Bagaimanapun, cabaran sebenar bakal menjengah Yew Sin-Ee Yi pada perlawanan peringkat separuh akhir, esok. ", "Pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia akan bertemu beregu No.2 dunia merangkap pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214762/", "headline": "\nSSI Jadi ‘Venue’ Piala Sumbangsih Untuk Kekang Perjalanan Penyokong Secara Besar-Besaran\n", "content": ["Penganjur saingan liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Piala Sumbangsih 2022 akan dilangsungkan secara berasingan daripada perlawanan pertama Liga Super.", "Walaupun perlawanan yang menemukan juara Liga Super dan Piala Malaysia 2021 itu diadakan secara berasingan, perlawanan tersebut tidak pula dilangsungkan di venue berkecuali sebagai contoh di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam menjelaskan keputusan itu dilakukan untuk mengekang pergerakan atau perjalanan besar-besaran para penyokong kedua-dua pasukan ke venue seperti SNBJ atas faktor negara masih berada dalam pandemik Covid-19.", "Baca: Perlawanan Pembuka Tirai, Piala Sumbangsih 2022 Diasingkan Daripada Liga Super", "“Venue Piala Sumbangsih, seperti saya katakan (adalah) venue juara Liga Super, jadi ia akan dimainkan di (SSI) Johor, menentang Kuala Lumpur untuk mengelakkan perjalanan besar-besaran dan juga operasi secara keseluruhan untuk Piala Sumbangsih ketika pandemik (Covid-19),“ kata Stuart dalam sesi Taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 secara dalam talian, semalam.", "“Orang ramai mungkin berkata kami sepatutnya mengadakan perlawanan ini di venue berkecuali tetapi dalam situasi covid-19 ia tidak selalunya mudah, jadi, untuk kebaikan semua pihak, kebaikan bola sepak, kami perlu melakukan perubahan terhadap situasi covid tempatan,” tambah penjelasannya lagi.", "Untuk makluman semua, edisi terdahulu Piala Sumbangsih atau nama rasminya, Piala Sultan Haji Ahmad Shah akan dilangsungkan bersama-sama perlawanan pertama Liga Super sambil stadium pasukan juara Liga Super dipilih sebagai venue perlawanan.", "Sebagai rekod, enam daripada tujuh edisi lalu menyaksikan skuad Harimau Selatan muncul juara saingan piala ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111371/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pemain No.6 Dunia Tunjukkan Soniia Cheah Jalan Keluar\n", "content": ["Hasrat untuk meilhat pemain badminton perseorangan negara, Soniia Cheah mara ke peringkat kalah mati dileburkan oleh pemain No.6 dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini, Soniia terlebih dahulu memenangi set pertama 21-19.", "RESULTS: #Tokyo2020Group N#THA Intanon Ratchanok def. #MAS Soniia Cheah 19-21 21-18 21-10#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/j4qPDn879V", "Namun pada set kedua, Ratchanok bangkit, walaupun diberikan tentangan yang sengit oleh Soniia, Ratchanok tetap berhasil meraih kemenangan dengan kutipan mata 21-18.", "Pada set penentuan, Ratchanok semakin mendapatkan rentaknya dan dengan mudah dia berhasil menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-10.", "Kekalahan ini meletakkan Soniia di tangga kedua Kumpulan N. Untuk makluman, hanya juara setiap kumpulan sahaja yang layak ke peringkat kalah mati."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110972/", "headline": "\nSemangat Tidak Putus Asa Bawa Fakhrullah Daripada Liga M3 Ke Liga Super\n", "content": ["Memasang impian untuk beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak tempatan, Liga Super sejak tahun 2010 namun perkara tersebut hanya menjadi kenyataan pada tahun lalu. ", "Itulah tempoh masa yang dilalui oleh pemain tengah yang beraksi bersama Melaka United, Mohd Fakhrullah Rosli untuk mencapai impiannya.", "Kariernya banyak berkisar dalam saingan divisyen dua, Liga Premier namun dua tahun lalu, Fakhrullah hanya sekadar beraksi di saingan bola sepak semi profesional iaitu Liga M3.", "Bagaimanapun, aksi cemerlangnya bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pada tahun 2019 telah membuatkan pengurusan Melaka mahu mendapatkan khidmatnya untuk menghadapi saingan Liga Super 2020.", "“Dua tahun lalu adalah detik terbaik dalam karier saya apabila sebaik saingan M3 tamat, saya dihubungi oleh Asri Ninggal yang merupakan penolong jurulatih Melaka.", "“Sebaik dia memberitahu ada tawaran, saya memang tidak percaya pada mulanya kerana bermain di Liga Super sedangkan saya hanya beraksi di Liga M3 sahaja pada waktu itu.", "“Namun, mungkin sudah rezeki saya selepas sekian lama menanti saat sebegini sejak saya bermain bola sepak kerana memang sangat susah sebenarnya mendapat peluang bermain di Liga Super kerana persaingan begitu tinggi.", "“Terima kasih kepada SAMB yang menyelamatkan karier saya selepas masalah pengurusan di Perlis pada 2019 dan apa yang terjadi mungkin ada hikmah tersendiri.", "“Apa yang terjadi kepada saya diharapkan dapat berikan semangat kepada rakan-rakan di luar sana, jangan berputus asa walaupun terpaksa bermula dari bawah.", "“Di mana sahaja kita bermain, berikan kesungguhan sebaiknya dan peluang itu akan datang jika kita tidak berputus asa kerana bola sepak ini rezekinya sukar dijangka,” katanya.", "Pemain yang berasal dari Jasin ini memulakan karier di peringkat Piala Belia dan Piala Presiden bersama Melaka sebelum mula beraksi di Liga Premier pada 2010 sebelum di Liga FAM hingga musim 2013.", "Dia meneruskan karier bersama DRB Hicom FC di saingan Liga Premier selama dua musim (2014-2015) sebelum kembali ke saingan Liga FAM bersama SAMB (2017-2018) dan MOF FC (2018).", "Biarpun tahun pertama bersama Melaka tidak diturunkan dalam sebarang perlawanan namun musim ini dia sudah mula berjaya mengetuk pintu hati jurulatih, Zainal Abidin Hassan dengan diturunkan selaku watak ‘supersub’ dalam 11 perlawanan serta berjaya menghasilkan satu gol.", "Menurut pemain yang berasal dari Jasin ini, kini dia meletakkan sasaran dapat berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali sebaik Liga Malaysia bersambung pada 24 Julai ini.", "Featured Image: Melaka United Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218142/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Zii Jia Rekod Kemenangan Kedua Berturut-Turut Ke Atas Nhat Nguyen\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memastikan kemenangan kedua berturut-turut dicetak ke atas pemain Ireland, Nhat Nguyen dalam saingan Terbuka Malaysia 2022. ", "Penghuni ranking kelima dunia ini memastikan rekod kemenangan berkenaan selepas berhasil menumpaskan lawannya yang berada di tangga ke-40 dunia secara “straight set” dalam perlawanan Pusingan 32 yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena, sebentar tadi.", "Zii Jia mengesahkan kemenangan tersebut dengan skor 21-15 dan 21-11 dalam tempoh sekitar 50 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅15 11 🇮🇪Nhat NGUYEN", "🕗 in 47 minutes https://t.co/Q9lEd0PZwB", "— BWFScore (@BWFScore) June 29, 2022", "Untuk makluman semua, pertemuan pertama kali antara kedua-dua pemain ini turut memihak kepada Zii Jia. Ketika itu, Zii Jia berhasil menumpaskan Nhat Nguyen dalam saingan Terbuka HYLO 2021 yang berkesudahan dengan skor 22-20 dan 21-16.", "Dengan kemaraan yang direkodkan, Zii Jia akan turun berentap menentang pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito di Pusingan 16 kelak.", "Pemain Indonesia yang menghuni ranking ke-26 dunia ini mara selepas lawannya, pemain Denmark, Rasmus Gemke tidak meneruskan permainan di set kedua ekoran mengalami kecederaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323161/", "headline": "\n“Kita Tiada Penyerang” – Irfan Berang Abu Kamara Sia-Siakan Peluang\n", "content": ["Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim kecewa dengan corak permainan yang ditampilkan penyerang import mereka, Abu Kamara yang kerap melepaskan peluang di hadapan gawang lawan. ", "Tambah Irfan, prestasi mengecewakan yang ditampilkan penyerang dari Liberia itu membuatkan seolah-olah The Cats tidak mempunyai penyerang untuk mereka bergantung harap. \n\n“Terima hakikat (yang) kita tiada penyerang sebenarnya. Sejak kebelakangan ini, kita tengok Kamara. Kita (sebenarnya) mengharapkan dia. Bola yang tak patut dia tendang, dia tendang.”", "“Bola yang patut dia gelecek, hantar kepada rakan pun dia tendang ikut suka. Mana boleh. Dia memang ada di atas (posisi penyerang) itu, meletihkan pertahanan Sri Pahang tetapi keberkesannya tiada. Sedih saya.” kata Irfan dalam sidang media selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC.", "Pengendali berusia 72 tahun itu turut memberi bayangan bahawa rombakan akan dilakukan khususnya di posisi tengah dan serangan selepas pertemuan bersama pihak pengurusan Kuching City FC diadakan. ", "Bayangan tersebut seolah-olah menjurus kepada penamatan kontrak penyerang mereka, Abu Kamara tetapi Irfan memilih untuk tidak memberikan komen lanjut memandangkan masih ada baki 4 perlawanan untuk dihadapi. ", "Dalam perlawanan menentang Sri Pahang di Kuching, Nor Azam Azih menjaringkan gol tunggal buat skuad Tok Gajah mencuri tiga mata penuh dan mengekalkan rekod tanpa kalah di Liga Super musim ini.", "Kuching City hanya berjaya mengutip satu mata daripada lima perlawanan terakhir mereka dan menyaksikan mereka kini berada di tangga ke-12 liga dengan empat mata. ", "Featured Image: Kuching City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220852/", "headline": "\nTMJ: Piala AFF Mengacau Pemain & Jadual Pertandingan\n", "content": ["Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap saingan bola sepak dwitahunan, Piala AFF sebagai mengacau pemain dan jadual pertandingan.", "Pada pendapatnya, kejohanan yang mengumpulkan 10 pasukan kebangsaan terbaik rantau asia tenggara dan diadakan setiap penghujung tahun itu menyebabkan para pemain yang dipanggil untuk menyertainya tidak dapat bercuti ketika saingan liga tempatan berehat.", "Tunku Ismail menyatakan perkara berkenaan di ruangan komen akaun Instagram milik Utusan Malaysia yang memaparkan hantaran mengenai reaksi ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengenai sebilangan pemain yang menolak untuk menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF kelak. ", "Seramai 12 pemain dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak panggilan tersebut dan 11 daripadanya merupakan pemain JDT. Seorang lagi pemain adalah Nor Azam Azih dari Sri Pahang FC.", "Turut memasuki senarai ini adalah dua pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) iaitu Akram Mahinan dan Declan Lambert sepertimana dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman pada Selasa lalu.", "A post shared by FA Malaysia (@famalaysia)", "“Pemain tidak menolak buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan. Kita boleh tengok dengan performance (prestasi) permain dalam national team (skuad kebangsaan) apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA. Mereka memberi (komitmen) sepenuhnya.”", "“Tetapi pemain juga adalah manusia yang bekerja, training (berlatih), main, semenjak bulan Januari. Manusia mana kerja tanpa cuti?“", "“Apabila liga atau pertandingan domestik kita break, pemain national team tiada break kerana mereka ada training camp (kem latihan) selama 3 minggu.” ", "“Kita adalah satu satunya negara yang training camp paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep europe (eropah) dimana training camp hanya seminggu sebelum perlawanan.”", "“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan competition schedule (jadual pertandingan). Contoh pemain report (lapor diri) Januari, Piala AFF habis 15 Januari. Bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan training non–stop (berlatih tanpa henti) cuti hanya 6 hari dalam satu tahun?” tulisnya di ruangan komen tersebut.", "Pada masa yang sama, Tunku Ismail turut mempersoalkan individu yang meletakkan keutamaan untuk memburu kejuaraan Piala AFF ini.", "“Yang terkejar-kejar piala AFF yang tiada dalam kalendar FIFA ini hanya mereka yang populist (populis) semata-mata nak dapat simpati atau sokongan orang ramai kerana nak naikkan imej peribadi, masih relevan dalam industri bola sepak tanah air. Apa punya pemimpin atau ketua tiada simpati terhadap pekerjanya? Tiada rasa segan.”", "Baginda turut menyatakan kebimbangan sekiranya para pemain yang menyertai saingan ini ditimpa kecederaan dan ianya terpaksa ditanggung untuk merawatnya disamping kehilangan khidmat pemain tersebut untuk digunakan pada musim hadapan.", "“Yang bayar gaji dan invest (melabur) adalah club (kelab) bukan awak. Apa punya sikap pakai barang orang tetapi tiada bersikap bertimbang rasa. Bayangkan anda beli dan bayar kereta tapi orang lain pakai kereta sesuka hati mereka. Apabila rosak, anda yang kena betulkan, sedangkan kereta tu anda yang punya.”", "“Nak berjaya kita semua kena kerja secara kolektif. Pemain sudah membuktikan komitmen mereka dengan qualified (layak) dalam Asia Cup (Piala Asia). Takkan (Piala) AFF yang dunia tak mengambil serius pun kita terkejar-kejar semata-mata populariti, trend, dan voting. Aim bigger, think big.” tambahnya lagi. ", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & AFF"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111778/", "headline": "\nWajah Baharu Stadium Shah Alam Dijangka Telan Belanja RM350 Juta\n", "content": ["Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Stadium Shah Alam bakal berwajah baharu apabila kerja naik taraf stadium tersebut akan bermula pada tahun hadapan.", "Menurutnya lagi, kos untuk membaik pulih keseluruhan kompleks stadium yang turut menjadi gelanggang utama (Home) bagi skuad The Red Giants itu dijangka menelan belanja sehingga RM350 juta berdasarkan penilaian Jabatan Kerja Raya (JKR).", "Tambahnya lagi, proses tersebut termasuk dalam cadangan pembangunan semula kawasan sekitarnya yang diusahakan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.", "“Stadium mula terjejas apabila ada banjir besar pada 2006 menyebabkan kerosakan sistem di bawahnya, penyelengaraannya juga tinggi mengakibatkan kita rugi RM5 juta, malah pernah RM8 juta.", "“Selepas beberapa tahun buat pembaikan kecil-kecilan, sudah tiba masanya kita buat naik taraf sepenuhnya,” katanya dalam program bual bicara Tiga Talk seperti dilaporkan oleh portal Selangorkini.", "Untuk makluman semua, stadium yang mempunyai kapasiti sekitar 80,000 tempat duduk itu tidak dapat digunakan pada waktu ini ekoran kerosakan pada struktur bumbung.", "Disebabkan itu, skuad The Red Giants menukar Home mereka kepada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Sebagai tambahan, stadium serba guna ini dirasmikan pada tahun 1994. Ia mula dibina pada tahun 1990 dengan mengambil inspirasi daripada reka bentuk Stadium Hajduk Split di Croatia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219729/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Persembahan Kenny Pallraj di Posisi Sayap Curi Tumpuan\n", "content": ["Aksi ketujuh Liga Super di antara Perak FC dan UiTM FC di Stadium Perak, Ipoh semalam menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya bangkit daripada ketinggalan dan meraih kemenangan 3-2 ke atas pasukan pelawat.", "Dalam perlawanan tersebut, UiTM FC yang dibimbing oleh Frank Bernhardt terlebih dahulu mendahului dua gol menerusi penyerang import dari Ghana, Nana Poku. Tersentak dengan dua jaringan tersebut, Perak yang beraksi di hadapan penyokong sendiri bangkit mengatasi UiTM dengan dua jaringan oleh Careca dan satu gol penalti daripada Guiherme de Paula.", "Ikuti ulasan daripada Sukanz mengenai perlawanan di antara Perak dan UiTM:", "Bercerita mengenai corak permainan UiTM, mereka bermain secara ‘direct football’ dan melancarkan serangan balas (counter attack) dengan menghantar bola terus kepada penyerang mereka iaitu Nana Poku yang berperanan sebagai targetman.", "Dalam perlawanan tersebut, UiTM juga berjaya mengambil kesempatan ke atas barisan pertahanan Perak yang bermain di garisan yang sangat tinggi untuk meraih dua gol awal. Dapat dilihat ketika jaringan pertama UiTM, satu hantaran terus daripada pertahanan mencari penyerangnya, Nana Poku sebelum dia melakukan larian menuju ke dalam kotak penalti.", "40' Gol | Gol kedua Nana Poku menggandakan kelebihan pasukannya!@peraktbgmy 0-2 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/FXJMM5TSJM", "Situasi yang hampir sama berlaku ketika jaringan kedua UiTM, satu hantaran terus kepada Nana Poku dilakukan sebelum dia melakukan larian untuk melepasi barisan pertahanan Perak sambil menggunakan kelebihan individunya untuk menjaringkan gol.", "Secara keseluruhannya, mereka kekal dengan corak permainan tersebut sepanjang waktu permainan walaupun selepas mereka dibolosi 3 gol.", "Sementara itu, walaupun dibolosi sebanyak 3 kali, pujian harus diberikan kepada penjaga gol UiTM, Muhammad Azfar Arif yang banyak menafikan percubaan-percubaan Perak terutamanya daripada luar kotak penalti yang tepat ke sasaran. Pada perkiraan kami, sekiranya Azfar tidak menampilkan persembahan sebegitu, kemungkinan untuk UiTM dibolosi lebih daripada 3 gol adalah tinggi.", "Menentang UiTM, Perak turun dengan sedikit taktikal dan formasi yang sedikit berbeza. Pertama sekali, di atas kertas, skuad kendalian Chong Yee Fatt menggunakan formasi 4-1-4-1 tetapi di atas padang formasi yang terbentuk ialah 4-1-2-3.", "Formasi itu menyaksikan Leandro berseorangan beroperasi sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder). Manakala dua pemain tengah di hadapannya ialah Sergio Aguero dan Careca.", "Dalam perlawanan tersebut Aguero lebih berperanan sebagai pemain yang menghubungkan barisan pertahanan dengan barisan serangan Perak. Manakala Careca kekal di atas bermain sebagai pemain No.10.", "Menariknya, dalam formasi ini, pemain tengah, Kenny Pallraj diletakkan di bahagian sayap kiri. Kadang-kala pemain berusia 27 tahun akan bertukar-tukar posisi bersama pemain sayap kanan, J. Partiban di dalam perlawanan. ", "Kenny dilihat tiada sebarang masalah malahan amat selesa bermain di posisi tersebut. Dia boleh melakukan larian untuk menyerang daripada bahagian sayap, memberikan ancaman kepada barisan pertahanan UiTM, melakukan hantaran ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan.", "Untuk seorang ‘pure’ pemain tengah atau tengah bertahan menampilkan aksi sebegitu di posisi tersebut adalah sesuatu yang sangat bagus dan harus diberikan pujian.", "Aksi baik yang ditampilkan oleh Kenny dan J. Partiban juga hasil daripada sokongan (support) yang baik oleh kedua-dua full-back Perak, Nazirul Naim dan Danish Haziq. Kedua-dua pemain ini rajin melakukan naik ke atas serta melakukan overlapping. ", "77' Gol | Careca menyumbang gol ketiga Perak FC!@peraktbgmy 3-2 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/P7mkycTd9p", "Ianya sangat membantu J. Partiban dan Kenny Palraj ketika melakukan serangan. Jaringan ketiga Perak menyaksikan Nazirul yang memulakan gerakan yang membolehkan Kenny mencipta ‘assist’ kepada gol Careca sekaligus memberikan kemenangan buat The Bos Gaurus.", "Antara perkara boleh disentuh dalam perlawanan ini adalah Perak sangat beruntung memiliki beberapa pemain yang mempunyai ‘work rate’ yang tinggi di dalam padang. ", "45+1' Gol | Perak FC merapatkan jurang gol menerusi jaringan Careca!@peraktbgmy 1-2 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/UYjFHyPoMy", "Nama-nama yang boleh kita sebutkan di sini ialah Leandro dos Santos, Careca dan tidak dilupakan Sergio Aguero. Lihat kembali gol kedua Perak hasil daripada penalti yang disempurnakan oleh Guilherme de Paula. Penalti tersebut diraih oleh pemain tengah bertahan, Leandro yang melakukan larian ke dalam kotak penalti.", "Sementara itu, Aguero pula menjadi pemain yang menghubungkan barisan pertahanan dan serangan. Apabila Perak diserang, Aguero akan dilihat turun untuk sama-sama melindungi barisan pertahanan bersama Leandro. Manakala ketika menyerang, Aguero akan naik ke atas untuk membantu Careca untuk merencana serangan.   ", "Selain daripada kealpaan barisan pertahanan Perak yang bermain terlalu tinggi dan menyebabkan bolos dua gol kepada UiTM, kelibat penyerang naturalisasi kebangsaan, de Paula boleh dikatakan sebagai mengecewakan.", "69' Gol | Perak FC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Guilherme de Paula!@peraktbgmy 2-2 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/Sf8imoMEHw", "Selain daripada menyempurnakan sepakan penalti, persembahannya di atas padang sepanjang perlawanan adalah di bawah par. Ada beberapa peluang terbuka gagal disudahkannya serta beberapa kali berada di kedudukan (positioning) yang silap.", "p/s: Aksi seterusnya, Perak akan berkunjung ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk bertemu Selangor bagi aksi kelapan Liga Super. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam, hari sabtu ini.", "Nota: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan yang lain di saluran Youtube-nya DI SINI.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322993/", "headline": "\nPiala Sudirman 2023: Malaysia Hantar Skuad Terkuat, Gabung Pemain BAM & ‘Independent’\n", "content": ["Malaysia membariskan skuad terkuat yang terdiri daripada gabungan pemain-pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta bebas (independent) bagi menghadapi kejohanan Piala Sudirman 2023.", "Ini berbeza dengan pendekatan digunakan oleh Malaysia dalam kejohanan edisi lalu yang hanya menyenaraikan pemain-pemain di bawah naungan BAM dengan mengkhususkan kepada pemain-pemain muda. ", "Menerusi satu sidang media yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Dr. Tim Jones merangkap Pengarah Prestasi Tinggi mengumumkan pemain skuad Malaysia daripada kalangan lelaki terdiri daripada Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi, Ong Yew Sin, Goh Soon Huat, Tan Kian Meng, Chen Tang Jie dan Hoo Pang Ron.", "Manakala barisan pemain wanita pula terdiri daripada Goh Jin Wei, Letshanaa Karupathevan, Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Go Pei Kee, Valeree Siow, Shevon Lai, Lai Pei Jin, Toh Ee Wei dan Teoh Mei Xing.", "Barisan pemain ini akan membawa cabaran Malaysia bermula dengan melepasi saingan Kumpulan C yang merangkumi Taiwan, India dan Australia untuk menempah tiket kemaraan ke peringkat kalah mati.", "Sebagai tambahan, kejohanan badminton berpasukan campuran dunia ini akan berlangsung bermula 14 hingga 21 Mei bertempat di Suzhou, China."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219789/", "headline": "\nLaman Sesawang kontinjenmalaysia.my Medium Hebahan & Sokongan Kepada Atlet Negara\n", "content": ["Sebuah laman sesawang, kontinjenmalaysia.my telah dilancarkan bagi mempromosikan Road To Tokyo 2020 (RTT 2020) dengan memaparkan profil atlet-atlet negara, persediaan kontinjen Malaysia ke arah temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.", "Selain itu, laman web ini turut menjadi medium hebahan makluman semasa, platform untuk mendapatkan sokongan dan pandangan masyarakat Malaysia terhadap atlet-atlet negara yang bakal berjuang di temasya berprestij bermula pada julai kelak.", "QR Code Support RTT 2020 juga telah diaktifkan bagi tujuan mendapatkan sokongan rakyat Malaysia dan melihat taburan penyokong RTT 2020 ini.", "Secara rasminya Datuk Seri @reezal_merican melancarkan Detik 100 hari ke temasya Olimpik #Tokyo2020! Website sokongan kontinjen 🇲🇾, https://t.co/f89TZZZNbR turut dilancarkan yang mempunyai segala info & persediaan para atlet kita ke @Tokyo2020. #DemiMalaysia #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/KyMvmkujBL", "Laman sesawang tersebut dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican pada majlis Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 yang berlangsung di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara, semalam.", "Beberapa program telah diatur oleh Majlis Sukan Negara untuk menyemarakkan lagi kehangatan temasya berprestij ini antaranya Program Jelajah Road To Tokyo 2020 yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan masyarakat serta membangkitkan semangat atlet yang akan berjuang di Temasya Sukan/Paralimpik Tokyo 2020.", "DEMI MALAYSIA! MENUJU TOKYO 2020.Inilah masa kita! Sokongan buat atlet kitaSelamanya, kita bersama #DEMIMALAYSIA!#TeamKBS#KontinjenMalaysia#DemiMalaysia#TokyoOlympics #TokyoParalympics pic.twitter.com/uLyQ2GlLx6", "Sehingga kini seramai 12 orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mana melibatkan 5 jenis sukan iaitu Akuatik-Terjun, Pelayaran, Berbasikal, Memanah dan Gimnastik Artistik.", "Proses kelayakan masih berlangsung sehingga bulan Jun ini. Dan Seramai 23 orang atlet kini berada dalam program RTT untuk proses kelayakan tersebut.", "Manakala untuk Sukan Paralimpik pula seramai 10 orang atlet dari Akuatik-Renang, Memanah, Olahraga, Badminton, Boccia dan 3 slot untuk sukan berbasikal telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan seramai 14 orang atlet masih menjalani proses kelayakan yang akan tamat pada Jun 2021.", "Untuk makluman, Temasya Sukan Olimpik dijadualkan pada 23 Julai – 3 Ogos 2021 manakala Sukan Paralimpik pula akan berlangsung pada 24 Ogos – 5 September 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323294/", "headline": "\nBAC 2023: Beregu Indonesia Hentikan Aksi Cemerlang Tang Jie-Ee Wei\n", "content": ["Rentetan kemenangan daripada saingan Orleans Masters yang dipamerkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak dapat diteruskan selepas tewas di Pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023. ", "Terlebih dahulu, gandingan No.3 negara itu mara dari Pusingan 32 setelah mencipta kejutan ke atas pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun yang merupakan pilihan kelima kejohanan.", "Namun, mereka terpaksa akur tumpas di tangan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti pada peringkat seterusnya.", "Dalam perlawanan yang berlangsung selama hampir sejam itu, Tang Jie-Ee Wei berhempas pulas dalam dua set pertama sebelum Jordan-Oktavianti memenangi set penentuan dan menutup permainan dengan skor 21-23, 21-18, 15-21. ", "R16#INA🇮🇩 Praveen Jordan-Melati Oktavianti def. #MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 23-21 18-21 21-15", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2023", "Sebelum ke Dubai, gandingan campuran negara muncul juara di Orleans Masters dan Cabaran Antarabangsa Iran sekaligus mempamerkan aksi cemerlang bagi tahun 2023.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kekalahan pertama Tang Jie dan Ee Wei menentang beregu Indonesia selepas tiga kali bertemu pasangan dari negara tersebut dalam pelbagai kejohanan sejak awal tahun ini.", "Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti akan berentap di pusingan suku akhir dan bertemu pilihan pertama kejohanan dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong yang menewaskan pasangan Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han. ", "Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324680/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Yew Sin-Ee Yi Kekal Rekod Kemenangan Bersih Ke Atas Arjun-Kapila\n", "content": ["Gandingan lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meneruskan rekod cemerlang ke atas M. R. Arjun dan Dhruv Kapila setelah menewaskan mereka dalam Pusingan 32 Terbuka Indonesia 2023.", "Perlawanan yang berlangsung di Istora Gelora Bung Karno itu menyaksikan Arjun-Kapila mendahului pada set pertama dengan skor 21-12 sebelum Yew Sin-Ee Yi bangkit membenam cabaran gandingan India itu dengan keputusan 21-6 sekaligus membawa kepada set ketiga permainan. ", "Set ketiga memperlihatkan kedua-dua beregu beraksi sengit sehingga ke penghujungnya yang memihak kepada pasangan negara dengan skor 22-20 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam itu. ", "Kapal Api Group Indonesia Open 2023MD – R32 🇲🇾ONG Yew Sin🏅12 21 22 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 🇮🇳M.R. ARJUN21 6 20 🇮🇳DHRUV KAPILA", "— BWFScore (@BWFScore) June 13, 2023", "Sebelum ini, Yew Sin dan Ee Yi telah bertemu dengan pasangan India itu sebanyak empat kali yang menyaksikan kesemua pertemuan tersebut dimenangi 100% beregu lelaki No.2 negara. ", "Kemenangan itu juga pastinya memberi suntikan moral buat Yew Sin-Ee Yi yang akan bertemu pemenang bagi pertemuan antara Ayato Endo-Yuta Takei dan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.", "Untuk rekod, Yew Sin-Ee Yi menang dalam pertemuan sulung menentang Endo-Takei manakala Carnando-Marthin tewas dua kali daripada tiga pertemuan menentang beregu negara tersebut.", "Sebagai tambahan, pencapaian terbaik Yew Sin-Ee Yi dalam kejohanan Terbuka Indonesia adalah pada tahun 2021 iaitu layak ke suku akhir sebelum tewas kepada pasangan Indonesia, Marcus Gideon dan Kevin Sanjaya.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323494/", "headline": "\nPemilik Man City, CFG Ambil Alih Kelab Brazil – EC Bahia\n", "content": ["Kelab yang berpangkalan di Brazil, EC Bahia menjadi ahli keluarga terbaru buat entiti City Football Group (CFG) yang juga merupakan pemilik kepada Manchester City (Man City) yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Bahia yang ditubuhkan pada tahun 1931 diumumkan menjadi milik CFG pada 4 Mei 2023. Perkembangan itu hadir setelah CFG mengambil 90% pegangan daripada Bahia SAF.", "Menurut satu laporan media dari eropah, pembelian pemilikan saham itu dinilai pada harga sekitar £158 juta menjadikan ianya sebagai pelaburan pembelian kelab bola sepak yang kedua terbesar dilakukan CFG selepas Man City.", "Jogadores e funcionários do City Football Group (CFG) espalhados pelo mundo também enviaram mensagens de agradecimento aos nossos sócios em Salvador. #BahiaÉOMundo #BBMP pic.twitter.com/0dt52ZXAKf", "— Esporte Clube Bahia (@ecbahia) December 3, 2022", "Pada masa yang sama, pengambilalihan itu sekaligus menjadikan Bahia kelab ke-13 di bawah portfolio CFG. Selain itu, Bahia menjadi kelab kedua yang dari benua amerika selatan yang dimiliki secara penuh oleh CFG.", "Untuk maklum semua, Bahia merupakan kelab yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Serie A Brazil selepas berjaya menamatkan saingan Serie B Brazil di tangga ketiga pada musim lalu.", "Untuk pengetahuan semua, CFG kini memiliki sekurang-kurang sebuah kelab dari kesemua benua melainkan afrika. Antara kelab yang merupakan milik CFG ialah Man City (England), New York City FC (Amerika Syarikat), Melbourne City FC (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun), Montevideo City Torque (Uruguay), Girona (Spain), Sichuan Jiuniu (China), Mumbai City FC (India), Lommel SK (Belgium), Troyes (Perancis), Palermo (Itali) dan terbaru EC Bahia (Brazil). ", "Sebuah lagi kelab iaitu Club Bolivar dari Bolivia turut menjadi salah satu keluarga besar CFG namun ianya disenaraikan sebagai Rakan Kelab (Partner Club)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110364/", "headline": "\nPemilik JDT Yakinkan Dion Cools Untuk Wakili Skuad Senior Malaysia\n", "content": ["Bekas pemain bawah umur skuad kebangsaan Belgium, Dion Johan Cools diumumkan dengan rasminya menyertai skuad senior Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada hari ini.", "Pengumuman rasmi dibuat menerusi media sosial rasmi FAM sejurus Dion Cools tiba di Dubai pada awal pagi tadi.", "Dion Cools Sah Sebagai Pemain Ke-26 Skuad Harimau MalayaBaca kenyataan penuh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di https://t.co/VLQcKpqJFK#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/10U5GSMaZ7", "Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, proses penukaran status pasukan negara Dion Cools daripada Belgium ke Malaysia sudah berjalan lama selepas pertahanan berusia 25 tahun itu menyatakan minat dan persetujuannya untuk mewakili Harimau Malaya di peringkat senior.", "Namun, disebalik usaha yang dilakukan oleh FAM untuk membawa Dion Cools menyertai skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini, Stuart turut mengucapkan terima kasih atas peranan yang dimainkan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT).", "“Junjung kasih juga kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kerana baginda telah memainkan peranan cukup penting dalam meyakinkan Dion Cools untuk memilih Malaysia sebagai pasukan negara yang ingin diwakilinya di peringkat senior.” kata Stuart dipetik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.", "Dengan penyertaannya, skuad Harimau Malaya menerima tonik tambahan untuk menghadapi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand dalam aksi baki pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. ", "Untuk makluman, Dion Cools merupakan pemain kelahiran Kuching, Sarawak dan ibunya juga merupakan orang Malaysia. Namun, dia dibesarkan dari kecil di Belgium oleh keluarganya.", "Dion Cools memulakan kerjaya bola sepak profesional bersama kelab berpangkalan di negara tersebut iaitu OH Leuven sebelum berhijrah ke kelab gergasi Belgium, Club Brugge. Untuk aksi diperingkat antarabangsa, Dion Cools telah mewakili skuad B-18, B-19 dan B-21 Belgium.", "Ketika ini, Dion Cools bermain bersama pasukan dalam saingan Liga Denmark, FC Midtjylland dan mempunyai kontrak bersama kelab tersebut sehingga 30 jun 2023.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & FC Midtjylland"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324086/", "headline": "\nZii Jia Pilih Tat Meng Atas Faktor Pengalaman Dan Komunikasi\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mempunyai beberapa sebab memilih Wong Tat Meng sebagai Pengarah Kejurulatihan bagi pasukannya seperti diumumkan baru-baru ini.", "Seperti kita sedia maklum, jurulatih berusia 56 tahun itu sememangnya diketahui mempunyai banyak pengalaman melatih ramai pemain dari pelbagai negara seperti Indonesia, Scotland, Republik Korea dan Hong Kong.", "Namun begitu, status Tat Meng sebagai jurulatih kelahiran Ipoh, Perak serta komunikasi antara ahli-ahli pasukannya dalam Team LZJ turut menjadi faktor pemilihannya. ", "“Pertama sekali, dia (merupakan) seorang jurulatih yang berpengalaman dan dia pun orang Malaysia sebagai jurulatih tempatan, (jadi) daripada segi komunikasi saya rasa dia akan bekerja dengan lebih baik bersama ahli pasukan saya yang lain,”", "It is with great pleasure that we announce the appointment of Mr. Wong Tat Meng as the new Coaching Director for Team LZJ. pic.twitter.com/lyWpEJZR7M", "— Team LZJ (@TeamLZJ) May 23, 2023", "“Sudah tentu, kita tahu dia pernah bawa An Se Young, pemain-pemain handalan, ada keputusan yang sangat bagus, dan dia sudah lama. Walaupun tak menjadi jurulatih di Malaysia, dia tetap ada (menjadi jurulatih) di luar negara, banyak (negara) yang menggunakan khidmatnya,”", "“Harapnya, dengan pengalamannya, dia akan bawa saya ke satu aras yang lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Lu Guang Zu pada Pusingan 32 Malaysia Masters, semalam.", "Pada masa yang sama, Zii Jia turut memberikan komen mengenai keluhan pemain No.14 dunia, Ng Ka Long Angus yang menyatakan Tat Meng meninggalkan posisi ketua jurulatih skuad Hong Kong kira-kira tiga bulan sebelum bermulanya temasya Sukan Asia.", "Tambahnya lagi, proses perundingan untuk mengikat khidmat Tat Meng dilakukan tanpa melanggar apa-apa undang-undang kontrak dan ianya tidak mempunyai sebarang isu. ", "Selain itu, Zii Jia turut memaklumkan, Tat Meng akan menyertai pasukannya selepas berakhirnya saingan Terbuka Indonesia 2023 yang berlangsung sekitar pertengahan bulan hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113440/", "headline": "\nTerbuka HYLO: Zii Jia Lepasi Cabaran Pusingan 1, Pemain Ireland Pencabar Seterusnya\n", "content": ["Jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil bermula dengan langkah kanan dengan melepasi cabaran pada Pusingan 1 dalam kejohanan Terbuka HYLO 2021, semalam.", "Bagaimanapun, ianya bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Zii Jia dalam perlawanan tersebut. Lawannya, Pablo Abian yang berada di ranking ke-52 dunia memberikan tentangan yang sengit serta mengheret Zii Jia ke perlawanan penentuan sebelum mara ke Pusingan 2.", "Zii Jia yang merupakan pilihan kedua di kejohanan ini meraih kemenangan dengan pungutan mata 21-11, 21-23 dan 24-22.", "Sementara itu, menanti Zii Jia di Pusingan 2 adalah pemain Ireland, Nhat Nguyen yang berusia 21 tahun dan berada di ranking ke-55 dunia. Nhat mara ke Pusingan 2 dengan menumpaskan pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar yang berada di ranking ke-30.", "Berdasarkan carian rekod pertemuan, Zii Jia dan Nhat belum lagi berentap sesama sendiri dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.", "Perlawanan peringkat Pusingan 2 akan berlangsung pada malam ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208297/", "headline": "\nK. Rajagobal Tunggu Jawapan Temu Duga Sebagai Ketua Jurulatih Brunei\n", "content": ["Bekas pelatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal mengesahkan beliau sedang menunggu jawapan temu duga bagi mengisi jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei Darussalam.", "Menurut laporan Stadium Astro, pengendali berusia berusia 64 tahun tersebut didekati oleh badan induk bola sepak negara berkenaan, Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darusaalam (NFABD) sekitar tiga bulan lalu.", "“Pada awalnya ada perunding daripada FA Brunei berjumpa saya pada Ogos lalu untuk bertanyakan sama ada saya berminat menjadi ketua jurulatih pasukan Brunei atau tidak.", "“Saya katakan yang kami boleh berbincang dan perbincangan itu berpanjangan,” katanya.", "Difahamkan ketika ini nama jurulatih berpengalaman ini menjadi pilihan utama berbanding dua lagi calon yang lain untuk mengisi jawatan tersebut.", "“Baru-baru ini, pihak pengurusan Brunei FA telah melakukan temu duga dalam talian untuk melihat calon yang sesuai.", "“Mereka bertanyakan soalan mengenai pendapat kami berkenaan pemain dan latar belakang pasukan Brunei.", "“Apa yang saya dengar, mereka akan membuat keputusan pada bulan ini dan akan melihat siapa yang akan dipilih menjadi jurulatih pasukan itu,” ujarnya lagi.", "Pasukan terakhir yang dibimbing oleh King Gobal adalah Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada tahun lepas sebelum ianya digabungkan dan dijadikan pasukan simpanan (reserved team) Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).", "Sejak daripada itu, Rajagobal tidak membimbing mana-mana pasukan samada tempatan atau di luar negara. Sekiranya terpilih, cabaran pertama Rajagobal pastinya mengemudi pasukan Brunei untuk mara sejauh mungkin dalam saingan Piala AFF yang akan berlangsung pada tahun hadapan.", "Untuk makluman, Rajagobal muncul satu-satunya ketua jurulatih yang pernah membimbing skuad kebangsaan Malaysia muncul juara kejohanan bola sepak rantau asia tenggara itu sejak dipertandingkan pada tahun 1996.", "Kemenangan itu muncul pada tahun 2010 di mana skuad kebangsaan berjaya menumpaskan jiran tetangga, Indonesia 3-2 secara agregat dalam aksi perlawanan akhir di Kuala Lumpur dan Jakarta."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217579/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-20: Malaysia Diundi Bersama Naib Juara 2018, Republik Korea Dalam Kumpulan E\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19) bakal berhadapan dengan  naib juara kejohanan Piala Asia B-20 edisi lalu, Republik Korea dalam pusingan Kelayakan Piala Asia B-20 yang akan berlangsung pada pertengahan September nanti.", "Kedua-dua pasukan, Malaysia dan Republik Korea akan disertai oleh Mongolia (tuan rumah) serta Sri Lanka dalam Kumpulan E berdasarkan hasil undian yang dijalankan dan disiarkan secara langsung di saluran Youtube, AFC Asian Cup, petang tadi.", "Selain itu, majlis undian tersebut turut membahagikan baki 40 pasukan lain ke dalam sembilan buah kumpulan lagi yang terdiri daripada Kumpulan A, B, C, D, F, G, H, I dan J.", "🇺🇿 Uzbekistan beckons as the #AFCU20 Qualifiers take shape!", "A chance at glory for our emerging young stars awaits 🤩", "4️⃣4️⃣ teams 1️⃣6️⃣ spots, 1️⃣ trophy, let's go! pic.twitter.com/T7BLaZ3HJr", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 24, 2022", "Untuk makluman semua, hanya juara setiap kumpulan serta lima naib juara terbaik merentasi kesemua kumpulan sahaja yang dapat mara ke saingan Piala Asia B-20 di Uzbekistan pada tahun hadapan.", "Sebagai tambahan, Republik Korea terpaksa akur membawa pulang gelaran naib juara di edisi yang lalu setelah tumpas kepada Arab Saudi pada perlawanan akhir.", "Edisi 2020 pula tidak dapat dijalankan setelah penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia terpaksa membatalkannya ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217951/", "headline": "\nSri Pahang Salin Tiga Pemain Import Di Jendela Pertengahan Musim 2022\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air Sri Pahang FC membawa masuk tiga pemain import baharu ketika jendela perpindahan pertengahan musim 2022.", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya pada hari ini, skuad berjulukan Tok Gajah itu mengumumkan kemasukan dua penyerang iaitu Kevin Ingreso dan Andres Rodriguez serta seorang pertahanan, Sherzod Fayziev.", "Untuk pengetahuan semua, Kevin, 29 tahun, merupakan pemain kacukan Filipina-Jerman yang beraksi bersama kelab Thailand, Samut Prakan City secara pinjaman daripada BG Pathum United.", "Sementara itu, Rodriguez, 24 tahun pula datangnya dari rantau Amerika Selatan iaitu Colombia. Sebelum ini, dia beraksi dalam saingan negaranya bersama Independiente Medelin.", "Manakala Sherzod yang berusia 30 tahun merupakan pemain kelahiran Uzbekistan. Sebelum menyertai Sri Pahang, pemain skuad kebangsaan Uzbekistan ini beraksi bersama Lokomotiv Tashkent.", "Menurut makluman oleh Sri Pahang, ketiga-tiga pemain ini hadir bagi menggantikan khususnya Billy Ketkeophompone dan Johan Martial yang mengalami kecederaan jangka masa panjang.", "Sementara itu, hanya dua pemain import sedia ada iaitu Mamadou Samassa dan Manuel Hidalgo sahaja yang kekal bersama pasukan untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2022.", "Featured Image: BG Pathum United"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113692/", "headline": "\nPiala AFF 2020: De Paula, Darren Lok Antara 28 Pemain Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat\n", "content": ["Seorang penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula serta seorang penyerang berdarah kacukan, Darren Lok tersenarai untuk menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2020.", "Menerusi satu siaran media yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan 28 pemain secara keseluruhan untuk menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 22 November nanti.", "Baca: Penyerang Kacukan Darren Lok Kembali Bersemangat Ledak Gol Selepas Rehat Panjang", "Selain dua penyerang yang dinyatakan di atas, tiga orang penyerang tempatan iaitu Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri dan Luqman Hakim turut disenaraikan oleh Cheng Hoe.", "Tidak ketinggalan, beberapa pemain yang beraksi bersama kelab yang berpangkalan di luar negara juga disenaraikan seperti Junior Elsdtal, Dominic Tan dan Dion Cools.", "Baca: Mengapa Guilherme De Paula Tak ‘Jogging’ Ketika Bermain Bersama JDT? Ini Jawapan TMJ", "Berikut adalah senarai penuh 28 pemain yang dipanggil serta 3 pemain yang diletakkan dalam Senarai Bersedia:", "Untuk makluman semua, kem latihan pusat yang bermula pada Isnin nanti ini akan disertai terlebih dahulu oleh pemain-pemain yang pasukannya telah tersingkir daripada kejohanan Piala Malaysia di peringkat kumpulan dan suku akhir.", "Seterusnya, ia disusuli dengan pemain-pemain yang pasukannya tersingkir di peringkat separuh akhir di mana para pemain ini perlu melaporkan diri di kem skuad kebangsaan pada Ahad, 28 November.", "Akhir sekali, pemain-pemain yang pasukannya menyertai perlawanan akhir Piala Malaysia pula perlu melaporkan diri pada hari Rabu, 1 Disember kelak.", "Sementara itu, pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melaporkan diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.", "Sebagai tambahan, Cheng Hoe hanya akan membawa 24 pemain sahaja untuk diterbangkan ke Singapura pada 3 Disember bagi beraksi dalam kejohanan Piala AFF 2020.", "Featured Image: PJ City FC & JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215276/", "headline": "\nPerlis United Terima Sumbangan RM50,000 Daripada Ahli Parlimen Kangar\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam kancah divisyen ketiga bola sepak negara, Perlis United FC menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Kangar, YB Noor Amin Ahmad sebelum bermulanya aksi pertama Liga M3, Sabtu nanti.", "Menerusi satu perkongsian di laman sosial milik ahli politik tersebut, semalam, pihaknya memberi sumbangan sebanyak RM50,000 sebagai sokongan kepada pasukan yang berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu.", "“Sebagai usaha menyokong pasukan bola sepak Perlis yang akan bertanding dalam Liga M3, hari ini saya menyerahkan sumbangan kepada pihak Kelab Bola Sepak Perlis United.” katanya.", "Sbg usaha menyokong pasukan bola sepak Perlis yg akan bertanding dlm Liga M3 Kebangsaan, hari ini saya menyerahkan sumbangan kpd pihak Kelab Bola Sepak Perlis United. Semoga sumbangan ini akan melonjakkan lagi prestasi pasukan. Bersama menyokong pasukan rasmi negeri kita, Perlis! pic.twitter.com/3t8BBtR2uF", "Beliau mengharapkan sumbangan tersebut dapat melonjakkan prestasi mereka dalam saingan Liga M3 musim ini disamping mengajak orang ramai memberikan sokongan kepada Perlis United.", "Untuk makluman semua, Perlis United yang diletakkan dalam Kumpulan B akan memulakan saingan Liga M3 dengan bertemu pasukan yang berpangkalan di pantai timur, Real Chukai FC.", "Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini dijadualkan berlangsung pada pukul 4.45 petang, 12 Februari di Stadium Mak Chili, Kemaman.", "Featured Image: Jabatan Penerangan Negeri Perlis"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110599/", "headline": "\nVideo: Gol Sheriddin Boboev Bantu Tajikistan Benam Myanmar 4-0\n", "content": ["Penyerang Penang, Sheriddin Boboev turut meletakkan namanya selaku penjaring ketika pasukan negaranya membenam Myanmar 4-0 dalam aksi terakhir Kumpulan F saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, semalam.", "Pemain berusia 22 tahun ini dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan jaringannya pula hadir pada minit ke-78. ", "Gol Sheriddin terhasil menerusi satu ‘tap-in’ bola hantaran lintang rendah oleh rakan sepasukannya, Shahrom Samiev. Lebih menarik, Sheriddin turut menjadi arkitek bagi serangan yang menghasilkan jaringan ketiga tersebut.", "Kemenangan 4-0 tersebut membolehkan Tajikistan mengumpul 13 mata secara keseluruhan hasil daripada 4 kemenangan dan 1 seri sekaligus menduduki tangga kedua Kumpulan F dibelakang Jepun. ", "Bagaimanapun, ianya tidak cukup untuk meletakkan Tajikistan dalam kalangan 4 naib juara terbaik bagi pusingan kedua sekaligus tidak layak untuk mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2022.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322821/", "headline": "\n5 Fakta Menarik Zara Aleesya – Atlet Termuda Malaysia ke Sukan SEA 2023\n", "content": ["Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengemukakan senarai atlet bagi beberapa acara yang bakal dipertandingkan di Sukan SEA 2023 dengan satu acara dilihat menarik perhatian iaitu finswimming.", "Menerusi acara tersebut, seorang atlet yang disenaraikan turut menarik perhatian kerana menjadi atlet termuda Malaysia untuk menyertai Sukan SEA 2023 di Kemboja – Zara Aleesya. ", "Berikut Sukanz hidangkan 5 fakta menarik tentang atlet dengan julukan Little Mermaid itu:", "Zara Aleesya merupakan anak kelahiran Melaka yang berusia 11 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan (P) Methodist 2 Melaka yang terpilih menjadi atlet kebangsaan di Sukan SEA 2023 selepas menewaskan peserta yang lebih dewasa awal tahun ini. ", "Pada usia 11 tahun, Zara Aleesya mewakili negara dalam salah satu acara sukan terbesar rantau ini menjadikan dia atlet kedua termuda negara yang pernah menyertai Sukan SEA sejak 2001 selepas Aaliyah Yoong. ", "Adik kepada Aaliyah Yoong iaitu Adam Yoong merupakan atlet termuda negara yang mewakili Malaysia di Sukan SEA 2017 bagi acara ski air ketika berusia 9 tahun. Aaliyah dan Adam merupakan adik kepada bekas pelumba F1 negara, Alex Yoong.", "Zara Aleesya lahir di dalam keluarga sukan; bapanya seorang cikgu di Sekolah Sukan Negeri Melaka manakala ibunya, Haslinda Haron merupakan bekas atlet olahraga peringkat kebangsaan. ", "Hasrat ibu bapanya mahu melihat Zara menjadi atlet olahraga terbantut akibat kurangnya akademi sukan tersebut di Melaka menyebabkan anak kecil ini terlibat dalam sukan renang dan gimnasium. ", "Mulai aktif sejak awal tahun ini, bakat dan potensi Zara dikesan setelah berjaya mencatatkan kejayaan dalam acara finswimming yang baru diterokainya. Kurang daripada empat bulan berlatih, Zara Aleesya sudah boleh menjadi salah seorang prospek sukan air negara. ", "Kehadiran Zara Aleesya di pentas antarabangsa mula dirasai apabila berjaya memungut 4 pingat emas dan 1 pingat perak buat negara dalam Kejohanan Finswimming Malaysia yang berlangsung di Seremban awal tahun ini.", "Misi Zara Aleesya adalah untuk cuba memungut pingat dalam acara finswimming di Sukan SEA 2023 yang berlangsung di Kemboja, Mei nanti bersama 7 atlet lain – 4 atlet lelaki dan 3 atlet wanita. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218152/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu Korea Ranking 99 Dunia Kekang Soon Huat-Shevon Ke Suku Akhir\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai kempunan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalan saingan Terbuka Malaysia 2022.", "Ianya berikutan pasangan yang menghuni ranking ke-14 dunia ini dikejutkan oleh wakil Korea yang menduduki tangga ke-99 dunia, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun di peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena terbabit, Soon Huat-Shevon terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-10.", "PETRONAS Malaysia Open 2022XD – Round of 16 🇰🇷Won Ho KIM🏅10 21 21 🇰🇷Na Eun JEONG🏅21 18 17 🇲🇾Soon Huat GOH 🇲🇾Shevon Jemie LAI", "🕗 in 53 minutes https://t.co/kw7hY7U8li", "— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022", "Bagaimanapun, gandingan Kim-Jeong berhasil bangkit pada set kedua meraih kemenangan dengan skor 21-18 sebelum menamatkan pertarungan ini di set ketiga dengan skor 21-17.", "Untuk makluman semua, pertarungan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini di pentas antarabangsa berlangsung dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan.", "Sementara itu, Kim-Jeong yang menempah tiket ke peringkat suku akhir akan berhadapan samada beregu China, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping atau beregu Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324149/", "headline": "\nArsenal Lancar Jersi 2023-24, Inspirasi Ulang Tahun Ke-20 ‘The Invincibles’\n", "content": ["Selepas Liverpool, kini giliran Arsenal memperkenalkan jersi terbaharu mereka bagi musim 2023/24 menampilkan Bukayo Saka dalam video perkenalan jersi tersebut dengan cogan kata, ‘Forever Arsenal’ dan mengambil inspirasi daripada ulang tahun ke-20 ‘The Invincibles’.", "Pelancaran jersi terbaharu mereka itu telah dibuat menerusi laman sesawang mereka dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasmi kelab, sebentar tadi. ", "Di dalam video tersebut, Saka dilihat berdiri bersama lebih 300 penyokong dan staf Arsenal di Stadium Emirates untuk memperkenalkan jersi baharu mereka di dalam video berdurasi 15 saat itu.", "Skuad berjulukan The Gunners itu bakal memperagakan jersi baharu mereka pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris 2022/23 ketika menentang Wolverhampton Wanderers di laman sendiri pada Ahad ini (waktu Malaysia).", "Our new 23/24 Arsenal x @adidasFootball home kit is available now 🙌", "— Arsenal (@Arsenal) May 26, 2023", "Jersi utama Arsenal itu terus mengekalkan warna merah dan putih dengan perincian terbaharu; warna emas pada logo pasukan, logo dan jalur Adidas di bahagian lengan yang diinspirasikan daripada ulang tahun ke-20 kejayaan ‘The Invincibles’.", "Lebih menarik, terdapat juga perincian halus seperti keputusan 38 perlawanan Arsenal pada musim 2003/04 dijahit sepanjang kawasan putih yang terletak di bahagian sisi jersi terbaharu mereka bagi versi ‘authentic’ (tulen). ", "Mengenang 20 tahun kejayaan ‘The Invincibles’, pasukan kendalian Arsene Wenger itu berjaya mencipta sejarah baharu Liga Perdana Inggeris dengan 26 kemenangan dan 12 keputusan seri sepanjang musim tanpa kekalahan dan menamatkan dominasi Manchester United.", "Jersi terbaharu Arsenal itu boleh didapati di laman sesawang Arsenal Direct, kedai rasmi kelab dan juga butik Adidas terpilih dengan harga serendah RM475.00 sehelai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111539/", "headline": "\nOlimpik 2020: Azizul, Shah Firdaus Mara Ke Kelompok 12 Terakhir Acara Pecut\n", "content": ["Dua pelumba basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom berjaya mara ke kelompok 12 pelumba terakhir dalam acara pecut Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Azizul berjaya mara pusingan seterusnya setelah menumpaskan pelumba Kanada, Nick Wammes pada pusingan 1/16 akhir repechages yang bertempat di Izu Velodrome, Shizuoka pada hari ini. ", "#CyclingTrack | 4 Ogos1/16 Finals Repechages Men's Sprint Heat 4Dato' Azizulhasni Awang 🇲🇾 ✅Nick Wammes 🇨🇦 #ThePocketRocketMan jadi 🚀 di lap terakhir & berjaya mengatasi rider #CAN ini! #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/BLtXVpPtIy", "Sebelum itu, pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman ini menumpaskan pelumba Colombia dan New Zealand di pusingan 1/32 akhir repechages.", "Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus turut menempuh laluan berliku untuk mara ke pusingan ketiga. ", "Di peringkat 1/16 akhir repechages Shah berhasil menumpaskan pelumba Poland, Patryk Rajkowski.", "#CyclingTrack | 4 Ogos1/16 Finals Repechages Men's Sprint Heat 3Shah Firdaus 🇲🇾 ✅Patryk Rajkowski 🇵🇱Dengan catatan 10.317, Shah Firdaus berjaya mengatasi rider #POL dalam perlumbaan semula ini. Well done! #Tokyo2020 #unifiedMalaysians #DemiMalaysia pic.twitter.com/VctUdonsg5", "Pusingan seterusnya akan berlangsung pada hari esok (5 Ogos) bermula jam 2.48 petang.", "Untuk makluman semua, menanti Azizul di peringkat seterusnya adalah pelumba Belanda berusia 28 tahun, Jeffrey Hoogland. ", "Manakala, Shah Firdaus akan bertemu Harrie Lavreysen juga dari Belanda."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322754/", "headline": "\nSukan SEA: 2 Pemenang Emas Edisi Lalu Jadi Taruhan Negara Dalam Acara 100m Lelaki\n", "content": ["Kontinjen Malaysia mempertaruhkan dua individu yang pernah merangkul pingat emas dalam Sukan SEA terdahulu bagi berentap dalam acara lari pecut 100 meter (m) kategori lelaki pada temasya yang berlangsung di Kemboja bermula 5 Mei kelak.", "Dua individu berkenaan ialah Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan yang merupakan pemenang pingat emas dalam acara terbabit pada temasya edisi 2019 dan 2017 masing-masing.", "Sebagai rekod, pelumba berusia 23 dan 24 tahun masing-masing ini muncul juara pada edisi terbabit dengan catatan masa 10.35 saat (s) dan 10.37s masing-masing.", "Bagaimanapun, Malaysia tidak berhasil mencipta hatrik memenangi pingat emas dalam acara ini apabila pelari muda, Azeem Fahmi tersangkut di peringkat kelayakan ekoran ‘false start’ dan Muhammad Arsyad menamatkan perlumbaan di tempat keenam dalam pusingan akhir di Sukan SEA 2021 Vietnam.", "Sementara itu, menerusi perkongsian daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kedua-dua pelari ini turut disenaraikan bagi mengambil bahagian dalam acara 4x100m.", "Antara pelari lain yang turut disenaraikan bersama-sama mereka ialah Jonathan Nyepa (27 tahun), Muhammad Arsyad (20 tahun), Zulfiqar Ismail (24 tahun) dan pelari berdarah campuran, Russel Alexander (24 tahun).", "Pada masa yang sama, Arsyad dan Russel turut menjadi sandara Malaysia bagi acara lari pecut 200m kategori lelaki.", "Featured Image: KBS & KL2017"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221115/", "headline": "\nBekas Bek Kanan Melaka United, Wan Amirul Afiq Sertai Kedah – Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Kedah Darul Aman FC (Kedah) bimbingan ketua jurulatih baharu, Nafuzi Zain terus-menerus merekrut pemain baharu dengan giatnya sebelum mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Terbaru, skuad berjulukan Sang Kenari ini memaklumkan mengikat khidmat bekas bek kanan Melaka United FC, Wan Amirul Afiq dengan kontrak selama dua tahun.", "Selain itu, pemain berusia 30 tahun kelahiran Tumpat, Kelantan serta berketinggian 1.78 meter (m) ini diberikan jersi Hijau Kuning bernombor 18 untuk disarungnya dalam kempen Liga Malaysia kelak.", "Toughness is the key, welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood5 pic.twitter.com/0okDiPAcEB", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 14, 2022", "Makluman mengenai kehadiran Afiq ini dimaklumkan oleh pihak kelab secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Untuk makluman, Afiq yang terkenal dengan kemampuannya untuk melakukan hantaran lintang kepada rakan sepasukannya di dalam kotak penalti memulakan kariernya bersama Young Fighters FC – pasukan pelapis Felda United FC pada 2015 sebelum menyertai Melaka United tahun kemudiannya.", "Selepas itu, Afiq berhijrah ke Felda United pada musim 2017 dan 2018 sebelum kembali semula bersama Melaka United pada tahun 2019.", "Sepanjang bersama skuad berjulukan Hang Tuah itu, Afiq menjadi tunjang pasukan dan pilihan utama di bahagian pertahanan kanan dengan merekodkan lebih 70 penampilan terutamanya dalam saingan Liga Super serta kejohanan lain. ", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220538/", "headline": "\nPremier League 2023-24 Umum Rehat Pertengahan Musim Selama Seminggu\n", "content": ["Perjalanan saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022-23 belum lagi mencapai separuh jalan namun pihak pentadbirnya telah pun berkongsikan mengenai tarikh-tarikh penting bagi musim berikutnya, 2023-24.", "Menerusi makluman rasmi di laman sesawangnya, saingan bagi musim tersebut akan kembali dijalankan secara normal sepertimana musim-musim tanpa pandemik covid-19 dan rehat bagi saingan Piala Dunia 2022.", "The 2023/24 #PL season will start on 12 August 2023 and end on Sunday 19 May 2024 🗓", "— Premier League (@premierleague) November 8, 2022", "Perlawanan minggu pertama bagi saingan musim itu dijadualkan bermula pada 12 Ogos 2023 iaitu 76 hari selepas tamatnya kempen musim 2022-23 ini. Sementara itu, perlawanan penutup tirai pula dijadualkan pada 19 Mei 2024 – dua minggu sebelum perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Menariknya, kempen EPL musim itu juga akan disertakan dengan rehat pertengahan musim buat julung kalinya. Ianya ditetapkan bermula 13 hingga 20 Januari 2024.", "Selain itu, bagi mengatasi isu jadual padat ketika perayaan Krismas dan Tahun Baru, pihak penganjur turut mengesahkan tidak akan mengadakan dua pusingan perlawanan berturut-turut dalam tempoh masa 48 jam. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216087/", "headline": "\nCelebrity Fitness Jadi Rakan Kecergasan Rasmi Skuad Senior Lelaki Kebangsaan 2022-23\n", "content": ["Pengendali rangkaian pusat kecergasan terbesar di Malaysia dengan 22 rangkaian gimnasium di Kuala Lumpur dan Johor, Celebrity Fitness diangkat menjadi Rakan Kecergasan Rasmi Skuad Senior Lelaki Kebangsaan 2022-2023.", "Ia susulan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Celebrity Fitness mengumumkan jalinan kerjasama, pada hari ini. Dengan ini, Celebrity Fitness akan menyediakan gimnasium dan peralatan kecergasan untuk digunakan oleh skuad senior lelaki kebangsaan terutamanya semasa fasa tiada kejohanan, latihan atau ‘off period’.", "KHM dan Celebrity Fitness, pengendali rangkaian pusat kecergasan terbesar di Malaysia, menjalin kerjasama untuk memastikan tahap kecergasan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan sentiasa di tahap tertinggi menjelang beberapa kejohanan penting sehingga tahun depanhttps://t.co/x7wjMtc4M6", "“Walaupun kami juga mempunyai gymnasium sendiri yang digunakan sebelum ini termasuk di Institut Sukan Negara (ISN) dan gimnasium KHM sendiri di Stadium Hoki Nasional 2, penglibatan Celebrity Fitness amat dialu-alukan bagi memberi nilai tambah selain membolehkan pemain terus berlatih pada masa tiada kejohanan.", "“Malahan, pemain sudah mula menggunakan kemudahan di Celebrity Fitness berdekatan di Endah Parade dan memberi reaksi positif, terutama dalam apsek kebersihan, peraturan ketat SOP untuk keselamatan kesihatan dalam masa pandemik dan sebagainya,” kata ketua jurulatih skuad senior lelaki kebangsaan, A. Arulselvaraj dalam majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat MHC.", "Dalam majlis yang sama, MHC turut mengumumkan perlantikan jurulatih kerjasama, Tom Drowley sebagai Ketua Jurulatih Kecergasan dan Suaian Fizikal, skuad senior kebangsaan.", "Untuk makluman semua, Tom berusia 35 tahun dari United Kingdom mempunyai pengalaman lebih sedekah dalam sukan elit termasuk tenis antarabangsa, ragbi profesional serta tujuh tahun pengalaman sebagai pakar fizikal skuad hoki Britain yang telah membuat penampilan di peringkat dunia dan Sukan Olimpik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324705/", "headline": "\nElias Dolah Pemain Thailand Pertama Ke Liga Indonesia Selepas 13 Tahun\n", "content": ["Pertahanan Thailand, Elias Dolah disahkan menyertai kelab Liga 1 Indonesia, Bali United sekaligus menjadikan dirinya pemain pertama dari negara gajah putih itu beraksi di republik tersebut selepas 13 tahun. ", "Pemain berketurunan Melayu itu akhirnya meninggalkan Thailand, negara yang diwakilinya sejak berhijrah dari negara kelahirannya, Sweden pada tahun 2015 untuk menyertai Songkhla United. ", "Berdarah Sweden, Thailand dan Malaysia, Elias telah diperkenalkan kepada para penyokong skuad berjulukan Serdadu Tridatu pada 6 Jun lalu di stadium keramat mereka, Stadium Kapten I Wayan Dipta dalam aksi play-off Liga 1 menentang PSM Makassar.", "— Bali United FC (@BaliUtd) June 6, 2023", "Kini berusia 30 tahun, Elias pernah memenangi Piala FA Thailand bersama Port FC dan menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan Thailand yang menjuarai Piala AFF 2020 selepas menewaskan Indonesia dengan keputusan 6-2 secara agregat.", "Sebelum ini, Persib Bandung pernah meminjam dua pemain Thailand iaitu Sinthaweechai Hathairattanakool dan Suchao Nuchnum untuk beraksi dalam saingan Liga Super Indonesia pada musim 2009 & 2010. ", "Musim itu juga menyaksikan tiga lagi pemain Thailand turut beraksi di Liga Super Indonesia bersama pasukan yang lain iaitu Yuttajak Kornchan (Pelita Jaya), Paitoon Tiepma (Persijap Jepara) dan Pipat Thonkanya (Persisam Putra).", "Featured Image: Bali United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114105/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Ditumpaskan Beregu Jepun, Peng Soon-Liu Ying Muncul Naib Juara Kumpulan A\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menamatkan saingan peringkat Kumpulan A di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF selaku naib juara.", "Pasangan yang menghuni ranking kesembilan dunia ini terpaksa akur berada di kedudukan tersebut selepas tewas ‘straight set’ kepada beregu Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino pada perlawanan ketiga dan terakhir peringkat kumpulan, sebentar tadi.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)XD – Round 3 🇯🇵Yuta WATANABE🏅21 21 🇯🇵Arisa HIGASHINO🏅11 12 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Liu Ying GOH🕗 in 33 minutes https://t.co/aQt2fT5048", "Peng Soon-Liu Ying tumpas kepada beregu yang berada di kedudukan keempat dunia itu dengan skor 21-11 dan 21-12 dalam perlawanan yang memakan masa 33 minit.", "Kekalahan pada hari ini menjadikan beregu Jepun ini telah meraih lima kemenangan daripada sembilan pertembungan secara keseluruhan ketika bertemu Peng Soon-Liu Ying."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208603/", "headline": "\nKing Gobal Diberi Kontrak Selama 2 Tahun Latih Skuad Kebangsaan Brunei\n", "content": ["Bekas pengendali negara, Datuk K. Rajagobal disahkan dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Brunei Darussalam untuk tempoh dua tahun.", "Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) dan dilaporkan oleh media Brunei, semalam.", "All the best Datuk @RajagobalRg atas perlantikan sebagai Ketua Jurulatih Brunei! pic.twitter.com/trldO5qL39", "“Selepas beberapa minggu membuat penilaian dalam permohonan bagi jawatan ketua jurulatih Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam, Jawatankuasa Eksekutif NFABD ingin memaklumkan bahawa NFABD telah melantik K Rajagobal dari Malaysia sebagai ketua jurulatih baharu bagi Pasukan Kebangsaan Brunei Darussalam bagi tempoh dua tahun.”", "“Ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Keputusan dibuat berdasarkan beberapa siri dialog setelah mempertimbangkan aspek teknikal dan kewangan.” kata Presiden NFABD, Pengiran Haji Matusin Pengiran Haji Matassan.", "Baca: Autobiografi “SAYA RAJAGOBAL” Bakal Menemui Pembaca Hujung Tahun 2020", "Difahamkan, Brunei turut menerima permohonan daripada jurulatih dari eropah seperti Jerman, Serbia dan beberapa orang dari rantau ini.", "Bagaimanapun, jurulatih yang digelar King Gobal itu menjadi pilihan mereka untuk memacu pemain kebangsaan mereka di peringkat antarabangsa dan kejohanan serantau seperti Piala AFF.", "Untuk rekod, Rajagobal merupakan satu-satunya jurulatih yang pernah membawa Malaysia menjuarai kejohanan Piala AFF sejak ia dipertandingkan pada 1996."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219566/", "headline": "\nKing’s Cup: Malaysia Bertemu Tuan Rumah, Thailand Di Peringkat Separuh Akhir\n", "content": ["Kejohanan jemputan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), King’s Cup yang berlangsung pada rehat antarabangsa FIFA bermula 20 hingga 26 September kelak mengadakan majlis undiannya, sebentar tadi.", "Hasil undian tersebut menyaksikan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah, Thailand pada perlawanan pertama atau separuh akhir.", "Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir akan mempertemukan Trinidad & Tobago dan Tajikistan. Kedua-dua perlawanan ini akan dilangsungkan di 700th Anniversary of Chiang Mai pada 22 September. ", "Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah diundi bertemu Thailand bagi perlawanan pertama 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand pada 22 September 2022.", "Malaysia kemudian akan berdepan Trinidad & Tobago atau Tajikistan pada 25 September 2022.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/94vRAwGX7P", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 12, 2022", "Sepak mula perlawanan melibatkan Trinidad & Tobago menentang Tajikistan akan bermula pada jam 6.30 petang. Manakala Malaysia dan Thailand pula dijadualkan pada 9.30 malam waktu Malaysia.", "Pemenang daripada kedua-dua perlawanan ini akan bertemu dalam perlawanan akhir yang akan merebut gelaran juara bagi kejohanan ini. ", "Sementara itu, kedua-dua pasukan yang tumpas akan bertemu dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada 25 September.", "Sebagai rekod, pertemuan terakhir melibatkan Malaysia dan Thailand berlangsung dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun lalu. Pertembungan tersebut berkesudahan dengan Malaysia meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Safawi Rasid."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324441/", "headline": "\nHarga Tiket Pesta Bola Merdeka 2023 Bermula RM40, Tiket Kombo RM70\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil berkongsikan harga tiket bagi kejohanan jemputan anjurannya, Pesta Bola Merdeka 2023 selepas mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Kelapan bagi penggal 2021-2025, pada hari.", "Hasil mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden FAM berkenaan, harga tiket bagi menyaksikan kejohanan terbabit adalah bermula RM40 bagi kategori Terbuka serta RM60 dan RM80 masing-masing bagi kategori Granstand dan Premium.", "Sementara itu, tiket bagi kanak-kanak pula diletakkan tanda harga RM5 bagi kategori Terbuka.", "Bagaimanapun, Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk menawarkan Tiket Kombo berharga RM70 bagi kategori terbuka untuk kedua-dua hari perlawanan (14 dan 17 Oktober) dengan tempoh penjualan terhad selama 36 hari hari di www.tickethotline.com.my bermula 1 Ogos hingga 5 September.", "FAM turut mengesahkan Palestin, Lubnan dan India menjadi tiga buah pasukan yang mengesahkan penyertaan bagi kejohanan yang kembali diadakan selepas 10 tahun menyepi.", "Sebagai tambahan, Pesta Bola Merdeka dijadualkan berlangsung bermula 14 hingga 17 Oktober 2023.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114486/", "headline": "\nAmirul Azhan Mahu Jadikan Kedah Sebagai ‘Pintu’ Kembali Bersama Skuad Kebangsaan\n", "content": ["Penghijrahan pertahanan kanan, Amirul Azhan Aznan daripada Perak ke Kedah Darul Aman (Kedah) turut diiringi dengan sasaran untuk kembali menyertai skuad kebangsaan pada tahun hadapan.", "Selain itu, pemain berusia 28 tahun ini turut meletakkan sasaran untuk membantu skuad Hijau Kuning mara ke pentas final Piala Malaysia atau Piala FA.", "Difahamkan, khidmat Azhan dipancing oleh Kedah setelah bek kanan sebelum ini, Rizal Ghazali tidak menyambung kontrak dan menyertai Sabah yang kini dipimpin oleh Datuk Ong Kim Swee.", "Japanese symbol for beginner AMIRUL AZHAN, OUR NEW BLOOD!KDA FC dengan ini mengumumkan seorang lagi pemain tempatan baharu untuk musim 2022, Amirul Azhan bin Aznan!#kdafc #newblood #2022season pic.twitter.com/Nc1k4vjcey", "“Apabila saya dipanggil untuk beraksi ke Kedah, pihak pengurusan juga memberitahu saya mengenai sasaran pasukan musim depan dan ia selari dengan apa yang saya inginkan.", "“Sasaran peribadi saya adalah untuk membantu pasukan melangkah ke pentas final tidak kira Piala Malaysia atau Piala FA dan sekurang-kurangnya dapat menduduki tiga teratas Liga Super.", "“Tapi yang penting sekali adalah saya nak jadikan musim 2022 sebagai tahun kebangkitan semula prestasi saya supaya dapat dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.", "“Masa dengan Perak musim ini, mungkin agak susah untuk saya dan pemain lain menyerlah melihat kepada prestasi pasukan itu sendiri, tetapi saya harap tahun depan nasib yang berbeza untuk kami semua agar lebih baik”, katanya.", "Untuk makluman semua, Azhan pernah dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan ketika membantu Malaysia meraih naib juara Piala AFF Suzuki 2018.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali pertama pemain kelahiran Ipoh berhijrah meninggalkan Perak atau dikenali sebagai skuad The Bos Gaurus setelah 6 musim berbakti di sana."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325567/", "headline": "\nFAM: Berhati-Hati Ketika Beri Kenyataan Media, Ambil Pengajaran Kes Faisal Halim\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agung, Noor Azman Rahman menasihatkan kepada para pemain bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika memberikan kenyataan media serta mengambil pengajaran daripada kes melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.", "Terdahulu, badan induk bola sepak negara mengesahkan Faisal yang juga merupakan pemain sayap skuad kebangsaan dikenakan hukuman penggantungan selama sebulan oleh Jawatankuasa Tertib FAM yang bersidang pada petang Selasa (25 Julai 2023).", "“Faisal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super 2023 menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April 2023.”", "“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November 2023. Bagaimanapun, Faisal hanya dikenakan penggantungan selama sebulan (25 Julai hingga 23 Ogos 2023) yang mana penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023.” kata Azman menerusi siaran media yang dikeluarkan menjelang tengah malam tadi.", "Bagaimanapun, Azman di dalam siaran tersebut tidak menyatakan secara khusus kenyataan dilontarkan Faisal yang didakwa melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM dan Kod 82 Statut FAM itu. ", "Dalam kenyataan yang sama, Azman memaklumkan terdapat satu lagi kes melibatkan Faisal yang membabitkan pengadil perlawanan ketika aksi Piala FA 2023 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Jun 2023. Namun begitu, pemain berusia 25 tahun ini dan seorang lagi pemain Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee hanya diberikan amaran keras.", "“Surat rasmi mengenai pemakluman keputusan kes-kes tersebut telah pun dihantar kepada Selangor FC, hari ini (semalam).” tambahnya lagi.", "Dengan penggantungan selama sebulan itu, khidmat Faisal tidak boleh digunakan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe untuk menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur City FC (KL City), Negeri Sembilan FC dan kedua-dua perlawanan menentang PDRM FC dalam saingan Piala Malaysia.", "“Walau bagaimanapun, Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM.” tambah Azman lagi.", "Untuk makluman semua, Jawatankuasa Tatatertib FAM dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu merupakan sebuah badan bebas yang terdiri daripada antara lain individu-individu berlatarbelakangkan profesion pengamal undang-undang sebagai ahli-ahli jawatankuasanya dan merupakan salah satu Badan Kehakiman FAM."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323261/", "headline": "\nBAC 2023: Pemain Hong Kong Tunjuk Jalan Keluar Buat Juara Bertahan Serta Tze Yong\n", "content": ["Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 menjadi pentas yang cukup mendukacitakan buat juara bertahan merangkap perseorangan lelaki No.1 serta No.2 tanah air iaitu Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong masing-masing.", "Manakan tidaknya, kedua-dua pemain ini mengalami nasib yang sama terpaksa akur tumpas kepada lawan masing-masing yang merupakan pemain dari Hong Kong.", "Tze Yong terlebih dahulu menjadi mangsa penyingkiran awal apabila tumpas kepada Lee Cheuk Yiu yang menghuni ranking ke-20 dunia.", "Dalam pertarungan tersebut yang merupakan kedua kalinya melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa, Tze Yong tumpas secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18 dalam tempoh 42 minit permainan.", "R32#HKG🇭🇰 Lee Cheuk Yiu def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 21-17 21-18", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/gc8bT9KBl0", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2023", "Kemudiannya, kejutan besar pula hadir apabila Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan tumpas kepada Ng Ka Long Angus.", "Sepertimana Tze Yong, perseorangan lelaki No.1 Malaysia ini turut sama mengalami kekalahan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-16 masa menghampiri 40 minit permainan.", "Berdasarkan rekod, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut Zii Jia apabila berentap dengan Angus daripada empat pertemuan secara keseluruhan.", "Untuk makluman, satu-satunya kemenangan yang pernah direkodkan Zii Jia ke atas Angus adalah pada pertemuan sulung mereka di Terbuka Jerman yang berlangsung sekitar empat tahun lalu.", "Dengan tumpasnya Zii Jia dan Tze Yong, ini bermakna tiada lagi kelibat perseorangan lelaki Malaysia bermula Pusingan 16 dalam kancah BAC 2023.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113995/", "headline": "\nTerbuka Scotland: Beregu Lelaki & Wanita Malaysia Muncul Naib Juara\n", "content": ["Kejohanan badminton Terbuka Scotland 2021 menyaksikan beregu lelaki dan wanita muncul naib juara dalam kategori masing-masing.", "Pasangan beregu lelaki, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri meraih naib juara apabila gagal menyekat permainan cemerlang beregu tuan rumah, Cristopher Grimley dan Mattew Grimley.", "Adik beradik Grimley tersebut berhasil menundukkan Arif-Haikal dengan keputusan akhir 22-20 dan 21-16 dalam aksi final, semalam.", "Sementara itu, pasangan beregu wanita, Teoh Mei Cing dan Anna Cheong yang turut terpaksa berpuas hati sebagai naib juara di kejohanan ini tewas kepada pasangan Kanada, Rachel Honderich dan Kristen Tsai.", "Pasangan Kanada yang menghuni ranking ke-22 dunia turut diletakkan selaku pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan yang berlangsung di Glasgow ini.", "Dalam perlawanan akhir tersebut, pasangan Kanada itu menepati ramalan untuk muncul juara dengan menewaskan Mei Xing-Anna Cheong secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-12.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218919/", "headline": "\nSukan Komanwel: Beregu Wanita Pearly-Thinaah Sumbang Emas Ketujuh Buat Kontinjen Malaysia\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan muncul juara bagi acara badminton (individu) di Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Kejayaan itu dilakar Pearly-Thinaah dengan menumpaskan beregu tuan rumah, Chloe Birch dan Lauren Smith dalam perlawanan akhir yang berlangsung di NEC Hall, sebentar tadi.", "Perlawanan tersebut menyaksikan pasangan negara yang berada di ranking kesebelas dunia ini meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-5 dan 21-8.", "FINAL#MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M def. #ENG🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Chloe Birch-Lauren Smith 21-5 21-8", "* G O L D 🥇Pearly-Thinaah keep Malaysia’s good tradition in the Commonwealth WD and seal the win! TAHNIAH LADIES 🇲🇾💪💪#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia#KebanggaanKita pic.twitter.com/xobZuuCvFH", "— BAM (@BA_Malaysia) August 8, 2022", "Berdasarkan rekod, ini merupakan kali pertama Pearly-Thinaah berjaya mencatatkan kemenangan ke atas beregu yang berada di ranking ke-14 dunia ini. ", "Mereka pernah bertarung dalam satu perlawanan sebelum ini, namun pertembungan yang berlangsung di Piala Sudirman 2021 itu memihak kepada gandingan Chloe-Lauren.", "Sementara itu, kejayaan merangkul kilauan emas ini menjadikan Kontinjen Malaysia meraih tujuh pingat emas secara keseluruhan di temasya edisi kali ini.", "Enam pingat emas sebelum ini disumbangkan oleh Aniq Kasdan (angkat berat kategori 55 kg), Aznil Bidin (angkat berat kategori 61 kg), badminton berpasukan campuran, Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan Ng Joe Ee (gimnastik bola dan riben).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321476/", "headline": "\nPiala Asia Bola Sepak Pantai: Malaysia Diletakkan Dalam Balang 3\n", "content": ["Majlis undian bagi kejohanan Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 yang akan berlangsung pada Khamis (19 Januari) kelak menyaksikan Malaysia merupakan salah satu daripada 16 negara yang bertanding diletakkan dalam Balang 3.", "Balang itu turut diletakkan semi-finalis sebanyak dua kali iaitu China serta Kuwait dan Afghanistan yang menghuni ranking kesembilan hingga ke-12.", "Menurut makluman pihak AFC, ranking itu ditentukan berdasarkan kepada kedudukan akhir pada kejohanan Piala Asia Bola Sepak Pantai 2019.", "Sementara itu, Balang 1 terdiri daripada tuan rumah, Thailand serta juara, naib juara dan semi-finalis edisi 2019 iaitu Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.", "Manakala Balang 2 pula terdiri daripada pasukan yang menghuni ranking kelima hingga kelapan iaitu Palestin, Lubnan, Iran dan Bahrain.", "Akhir sekali, mengisi Balang 4 ialah Kyrgyzstan, Indonesia, Arab Saudi dan Uzbekistan.", "Untuk makluman semua, kejohanan yang akan berlangsung di Phuket ini turut berperanan sebagai kelayakan untuk ke Piala Dunia FIFA Bola Sepak Pantai 2023 yang berlangsung di UAE."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221144/", "headline": "\nPiala AFF: Lee Tuck & Aguero Tersenarai, Cools Ada Urusan Peribadi\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan mengharungi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dengan kehadiran pemain naturalisasi yang baharu iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero.", "Perkembangan itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk dibawa menyertai kejohanan itu, pada hari ini.", "Antara pemain lain yang tersenarai adalah seperti grafik yang dikongsikan oleh FAM di bawah:", "Bagaimanapun, senarai itu menyaksikan pertahanan kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools tidak dapat turut serta.", "Difahamkan, pertahanan berusia 26 tahun itu tidak dapat menyertai skuad kebangsaan pada kali ini atas urusan peribadi.", "Selain Dion Cools, empat pemain yang mengikuti kem latihan pusat sejak 29 November lalu turut disisihkan oleh Pan-gon.", "Empat pemain tersebut ialah Azri Ab Ghani (penjaga gol), Kogileswaran Raj, Ramadhan Saifullah dan Aliff Izwan.", "Untuk makluman, skuad ini akan berlepas ke Yangon pada 19 Disember untuk berhadapan dengan Myanmar bagi perlawanan pertama peringkat Kumpulan B pada 21 Disember.", "Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114455/", "headline": "\nTMJ Beri 4 Sebab Mengapa Bojan Hodak Sesuai Kendali Harimau Malaya\n", "content": ["Tersingkirnya skuad Harimau Malaya di peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 telah menimbulkan polemik dan kritikan yang hebat daripada majoriti penyokong bola sepak tempatan.", "Sebahagiannya mahu melihat ketua jurulatih skuad kebangsaan dipegang oleh Tan Cheng Hoe pada ketika ini diberikan kepada jurulatih luar negara seperti mana Vietnam dan Indonesia menggunakan khidmat Park Hang-seo dan Shin Tae-yong yang berasal daripada Republik Korea.", "Bercakap mengenai khidmat jurulatih luar negara, bekas penyerang Harimau Malaya, Hairuddin Omar berkongsikan bahawa pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkap bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ pernah berkongsikan calon pilihan baginda untuk mengemudi skuad kebangsaan.", "Ketika berbicara mengenai perkara itu, baginda memilih ketua jurulatih yang berjaya membimbing Kuala Lumpur City FC (KL City) menjulang Piala Malaysia baru-baru ini, Bojan Hodak merangkap bekas jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara.", "“Suatu waktu dulu, aku pernah borak santai dgn TMJ, aku dah lupa tahun bila. Masa tu aku diberi ruang mengadap TMJ atas urusan PFAM (Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia) di JB.", "“Masa tu baginda baru sahaja gugurkan Bojan Hodak and Nenad Bacina daripada team JDT selepas JDT champion (menjuarai) Liga Super untuk pertama kali.", "“Aku tanya baginda siapa yang Tunku akan sign (tandatangan) jika Tunku berpeluang  manage (urus) national team (skuad kebangsaan). Baginda menjawab baginda akan lantik Bojan Hodak sebagai coach (jurulatih) national team (skuad kebangsaan).", "“Aku tanya kenapa Bojan sedangkan Tunku sediri pun buang Bojan daripada coaching team (barisan kejurulatihan) JDT. Baginda jawab di JDT kami ada filosophy of play (falsafah permainan). Game play (corak permainan) Bojan tidak suit (sesuai) dengan philosophy (falsafah) JDT.", "“Tapi utk national team (skuad kebangsaan) baginda merasakan coach Bojan lebih sesuai kerana ada beberapa perkara yang pada pandangan baginda national team (skuad kebangsaan) akan berjaya dan improve (meningkat) di bawah kendalian Bojan, antaranya,”", " Begitulah antara perkongsian oleh Hairuddin menerusi satu hantaran di lama sosialnya, semalam. Untuk rekod, Hairuddin pernah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B-19 yang dipimpin oleh Bojan Hodak suatu masa dahulu.", "Sebagai tambahan, Bojan yang berusia 50 tahun turut mempunyai pengalam membimbing Kelantan pada tahun 2012-2013 selain daripada JDT (2014-2015) dan skuad kebangsaan B-19 (2017-2019).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215753/", "headline": "\nGianluigi Buffon Kekal Di Parma Sehingga Usia 46 Tahun\n", "content": ["Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon melanjutkan kontraknya bersama Parma Calcio 1913 sehingga ke Jun 2024 dimana usianya pada ketika itu akan menjengah 46 tahun.", "Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden Parma, Kyle Krause dalam satu sidang media di Stadium Ennio Tardini dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab yang beraksi dalam saingan Serie B itu, semalam.", "Read what President @Kyle_J_Krause had to say on @gianluigibuffon's contract renewal 🗣⤵️#Buffon2024 #ForzaParma https://t.co/2NDPB1OfPF", "Presidennya sangat gembira dengan lanjutan kontrak oleh pemain yang turut dikenali sebagai Gigi atau Buffon bersama Parma. Walaupun usianya telah melebihi 40 tahun, Kyle tetap meletakkan Buffon sebagai salah seorang daripada tiga penjaga gol terbaik Itali pada masa ini.", "Penjaga gol yang memenangi Piala Dunia bersama skuad Azzurri pada 2006 ini masih aktif beraksi di atas padang. Musim ini sahaja menyaksikan Buffon telah tampil sebanyak 23 kali daripada 26 perlawanan Serie B disamping merekodkan 8 ‘clean sheet’.", "Untuk rekod, Parma merupakan kelab profesional pertama yang disertai oleh Buffon dan membuat penampilan pertama di kelab ini semasa usianya 17 tahun. Ketika itu, Buffon beraksi bersama Parma sehingga tahun 2001. ", "Selepas 20 tahun meninggalkan pasukan tersebut dan beraksi di pelbagai kelab, Buffon kembali menyertai pasukan ini pada tahun 2021. Sebelum ini, Buffon mempunyai kontrak sehingga Jun 2023 sebulum memperbaharuinya pada kali ini sehingga Jun 2024.", "Featured Image: Parma Calcio 1913"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207658/", "headline": "\n10 Logo TRW Kelantan FC Diperlihatkan – Manakah Satu Pilihan Norizam?\n", "content": ["Laman sosial TRW Kelantan FC memperlihatkan sepuluh logo terbaik hasil daripada rekaan yang dihantar oleh para peserta dalam pertandingan reka bentuk logo yang dijalankan oleh kelab pada bulan lalu.", "Pertandingan tersebut dijalankan bermula 11 September sehingga 26 September 2020. Pertandingan reka bentuk logo baharu Kelantan FC terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pemenang akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM3000.", "Menurut makluman kelab, sepuluh logo terbaik ini dipilih berdasarkan kreativiti yang tinggi dan menarik. Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman akan memilih salah satu daripada logo ini untuk dijadikan logo baharu pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Logo yang dipilih itu juga akan diubah sedikit untuk disesuaikan dengan imej dan semangat baharu TRW Kelantan FC. Untuk makluman, pengumuman logo baharu akan dibuat pada hujung bulan ini, 31 Oktober 2020.", "Berikut adalah 10 terbaik yang diperlihatkan oleh TRW Kelantan FC:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218104/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Sze Fei-Izzuddin Lepasi Ujian Awal, Beregu No.1 India Jadi Lawan Pusingan 16\n", "content": ["Halangan di Pusingan 32 berjaya dilepasi dengan cemerlang oleh beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF. ", "Penghuni ranking ke-12 dunia ini melepasi halangan tersebut dengan mengatasi beregu Jepun, Keiichiro Matsui dan Yoshinori Takeuchi yang berada di tangga ke-31 dunia di Gelanggang 1, Axiata Arena, Bukit Jalil.", "Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Izzuddin merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-12 dan 21-12 dalam tempoh masa 35 minit permainan. ", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅12 12 🇯🇵Keiichiro MATSUI 🇯🇵Yoshinori TAKEUCHI", "🕗 in 36 minutes https://t.co/gH9yyYJjOI", "— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022", "Kemenangan ini menjadikan Sze Fei-Izzuddin melebarkan rekod kemenangan ke atas Matsui-Takeuchi kepada dua kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu buat julung kalinya sekitar lima tahun lalu dalam saingan Malaysia International Challenge 2017. Pertemuan tersebut turut memihak kepada Sze Fei-izzuddin dengan skor 21-19, 22-24 dan 21-15.", "Sementara itu, Sze Fei-Izzuddin dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan bertemu beregu India yang menghuni ranking kelapan dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada Khamis nanti.", "Beregu No.1 India ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-11 di Pusingan 32, sebentar tadi.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114497/", "headline": "\nBekas Pemain JDT, Fazly Mazlan Tambahan Baharu Bek Kiri Selangor\n", "content": ["Jendela perpindahan kali ini menyaksikan Selangor mendapatkan seorang lagi bek kiri bagi mengukuhkan barisan pertahanannya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Pertahanan yang menjadi pilihan skuad Red Giants itu adalah merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fazly Mazlan yang berusia 28 tahun.", "Menurut makluman rasmi oleh Selangor, pemain kelahiran Klang ini diikat dengan kontrak selama dua tahun sekaligus menyaksikan pemain ini akan menyarung jersi Merah Kuning sehingga tahun 2023.", "🔴🟡 #FazlyIsRED 🔴🟡 Dengan sukacitanya, pasukan #GergasiMerah mengumumkan Fazly Mazlan sebagai pemain pertahanan baru kami hari ini.Untuk ketahui lebih lanjut tentang Fazly sila layari https://t.co/DIuHO8Ihc5 atau pautan ini : https://t.co/A1kQNsOZQl#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/nDgSZzP8hj", "Kedatangan Fazly dijangka memberikan saingan sengit untuk merebut posisi bek kiri daripada pemain berusia 23 tahun iaitu R. Dinesh. ", "Sepanjang musim 2021, Selangor dilihat bergelut untuk mencari pemain yang konsisten untuk beraksi di posisi bek kiri terutamanya selepas Dinesh mengalami kecederaan pada awal musim lalu.", "Oleh sebab demikian mereka terpaksa mempertaruhkan beberapa nama seperti Zikri Khalili, Jordan Ayimbila, K. Prabakaran dan termasuk Syahmi Safari.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218509/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Pang Ron-Ee Wei Bertemu Pilihan Ketiga Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei berjaya menempatkan diri ke Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Kejayaan tersebut hadir selepas mereka menumpaskan beregu tuan rumah, Chen Xin-Yuan dan Yang Ching-Tun di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Pang Ron-Ee Wei merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 27-25 dan 21-13 dalam tempoh masa 35 minit permainan di atas gelanggang.", "YONEX Taipei Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Pang Ron HOO🏅27 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅25 13 Xin-Yuan CHEN Ching Tun YANG", "🕗 in 35 minutes https://t.co/4b04dFClxZ", "— BWFScore (@BWFScore) July 19, 2022", "Sementara itu, dengan kemenangan ini, Pang Ron-Ee Wei dijadualkan bertemu sepasang lagi beregu tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai saingan ini di Pusingan 16.", "Pasangan tersebut ialah Lee Jhe-Huei dan Hsu Ya-Ching yang berada di ranking ke-26 dunia. ", "Jhe-Huei dan Ya-Ching memastikan kemaraan selepas menundukkan beregu campuran dari Amerika Syarikat, Trevor Tan dan Esther Shi secara “straight set” dengan skor 21-8 dan 21-12.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322224/", "headline": "\nKBS Utamakan Naik Taraf Kemudahan Sukan Sedia Berbanding Pembinaan Baharu\n", "content": ["Naik taraf kemudahan sukan sedia ada di bawah seliaannya dalam negara menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada ketika ini.", "Menterinya, YB Hannah Yeoh berkongsikan perkara berkenaan ketika menjawab permintaan oleh Ahli Parlimen Bentong, YB Young Syefura semasa sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen, semalam.", "Difahamkan, Ahli Parlimen Bentong itu memohon daripada KBS untuk mengadakan satu kompleks sukan yang lengkap dengan fasiliti sukan di kawasannya serta dua buah litar motocross (motosikal lasak) di FELDA Mempaga dan kawasan Pelangai.", "Permintaan ini atas faktor warga Bentong tiada kemudahan untuk bersukan yang lengkap khususnya golongan belia.", "“Ini adalah kerana pembinaan baharu fasiliti atau premis sukan memerlukan penyelenggaraan yang tinggi serta pertambahan perjawatan bagi menguruskannya,” jelas Hannah merangkap Ahli Parlimen Segambut.", "Namun begitu, Hannah turut memberikan penjelasan tambahan bahawa KBS sedia untuk mempertimbangkan permohonan projek baharu sekiranya menepati syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Ekonomi.", "Berkenaan pembinaan litar motosikal lasak, Hannah mengakui menerima banyak permintaan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kesemuanya berkos tinggi. ", "Dimaklumkan pihaknya akan meneliti setiap permintaan itu namun mahu memastikan apabila dibina, ianya betul-betul menepati hasrat penggunaan di kawasan tersebut serta mempunyai peruntukan yang cukup untuk penyelenggaraan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217045/", "headline": "\nLiverpool Umum Aksi Pramusim Bertemu Crystal Palace di Singapura\n", "content": ["Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mengumumkan satu lagi perlawanan pramusim menentang Crystal Palace dan ianya akan diadakan di National Stadium, Singapura.", "Menurut makluman rasmi di laman sesawangnya, skuad The Reds bimbingan Jurgen Klopp akan berada di negara seberang tambak itu bermula 15 Julai (Jumaat) untuk beraksi dalam saingan Standard Chartered Singapore Trophy 2022.", "The second leg of our 2022-23 pre-season will take place in Singapore where we’ll face Crystal Palace 🙌", "— Liverpool FC (@LFC) April 26, 2022", "Baca: Liverpool & Man Utd Berentap Di Stadium Rajamangala Julai Nanti – Harga Tiket Bermula Sekitar RM632", "Keberadaan mereka di Singapura itu adalah tiga hari selepas mereka berhadapan Manchester United yang juga merupakan aksi pramusim di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand.", "Sebagai rekod, Liverpool pernah berkunjung ke negara pulau terbabit sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2001, 2009 dan 2011. Ini juga merupakan kedatangan pertama Liverpool ke benua asia sejak tahun 2017.", "Para peminat The Kops yang ingin turun menyaksikan persembahan pasukan kesayangan mereka di Singapura pada Julai kelak boleh mendapatkan tiket bermula pukul 10 pagi pada 17 Mei – waktu Singapura."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325312/", "headline": "\nAS Roma Lancar Jersi Baharu Inspirasi Kolaborasi Akhir Bersama Adidas Musim 1993-94\n", "content": ["Finalis Liga Europa UEFA (UEL), AS Roma memperkenalkan jersi “home” bagi musim 2023-24 keluaran syarikat pengeluar barangan sukan, Adidas hasil inspirasi daripada jersi AS Roma pada musim 1993-94.", "Jersi “home” kelab Itali itu diperkenalkan menerusi sebuah video dikongsikan di laman sesawang dan pelbagai media sosial rasmi kelab yang disiarkan daripada saluran Youtube mereka. ", "Dalam video yang bertempoh 30 saat itu, para pemain skuad utama dan wanita kelab berjulukan I Giallorossi tampil menyarung jersi terbaharu mereka dengan kapsyen, “From history to the eternal future. Join the pack.” (Dari sejarah ke masa depan yang abadi. Sertai kumpulan kami.)", "From history to the eternal future. ", "Join the pack 🐺💛❤️#ASRoma | @adidasfootball pic.twitter.com/sv8R5XQ6I8", "— AS Roma (@OfficialASRoma) July 6, 2023", "Hasil pemerhatian awal, jersi kali ini menampilkan warna rasmi Roma iaitu merah manggis sebagai warna asas yang mewarnai hampir keseluruhan kain dan dilengkapkan dengan tiga jalur ikonik syarikat Jerman itu di bahagian bahu yang berwarna kuning keemasan. ", "Menariknya, Roma dan Adidas membuat keputusan untuk mengubah logo terkini kelab kepada logo klasik yang pernah dipakai selama 19 tahun daripada musim 1978-79 sehingga 1996-1997 hasil ciptaan Piero Gratton.", "Secara keseluruhan, jersi yang ditampilkan bagi musim 2023-24 saling tak tumpah seperti jersi kelab itu bagi musim 1993-1994 dan hanya bentuk kolar membezakan identiti kedua-dua jersi tersebut. ", "Untuk makluman, hubungan Roma dan Adidas kembali bertaut selepas 29 tahun selepas kali terakhir bersama pada tahun 1994, musim yang sama legenda I Giallorossi dan Itali, Francesco Totti melakukan penampilan sulung di Serie A."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219916/", "headline": "\nJohor Darul Ta’zim Rangkul Kejuaraan Liga Super Kesembilan – Berbaki 4 Perlawanan\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan ramai merangkul kejuaraan Liga Super 2022. Kejuaraan itu juga menyaksikan mereka merekodkan kejuaraan buat kali kesembilan berturut-turut sejak dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sejak tahun 2012.", "Pengesahan kejuaraan itu hadir awal dengan berbaki empat lagi perlawanan Liga Super musim ini setelah JDT merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Negeri Sembilan di lamannya sendiri, Stadium Sultan Ibrahim (SSI).", "Pada masa yang sama, ia juga dibantu dengan kemenangan 2-0 Terengganu ke atas pasukan yang sedang menduduki tangga kedua Liga Super, Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), sebentar tadi. ", "Situasi ini menjadikan Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio yang mengumpul 46 mata daripada 18 perlawanan sudah tidak dapat dipintas oleh Sabah atau mana-mana pasukan lain walaupun JDT tumpas dalam keempat-empat perlawanan seterusnya.", "KEPUTUSAN MASA PENUH – LS19#LigaSuper2022 pic.twitter.com/BR9bncTHhp", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 1, 2022", "Sebagai rekod, JDT selepas dibimbing oleh TMJ julung kalinya merangkul kejuaraan Liga Super pada musim 2014. Sejak itu, trofi Liga Super disimpan kemas oleh mereka bertahun-tahun di Johor Bahru.", "Sementara itu, kejuaraan awal yang dirangkul oleh JDT pada malam ini membolehkan mereka layak secara automatik ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat kali kelima berturut-turut, pada tahun hadapan.", "Tidak dilupakan, JDT juga merupakan juara Piala FA pada musim ini. Perkembangan ini menjadikan JDT akan melepaskan slot ke Piala AFC tersebut. Ianya akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua dan ketiga masing-masing. ", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215377/", "headline": "\nAFF B-23: Harimau Muda Menang Percuma, Hanya Perlu Lawan Laos\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) diberikan kemenangan percuma setelah pasukan lawan, Myanmar mengumumkan menarik diri daripada Kejuaraan AFF B-23, pada hari ini.", "Penarikan diri skuad kendalian Velizar Popov itu dilakukan sebelum sepak mula menentang skuad Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada jam 5 petang tadi, waktu Malaysia.", "Kejuaraan B-23 AFF 2022: Aksi Malaysia lwn Myanmar DibatalkanPerlawanan sulung Kumpulan B yang dijadual petang ini telah dibatalkan selepas Myanmar sah menarik diri daripada kejohanan berikutan kes positif COVID-19 dalam kalangan pemain mereka.#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/TkQwCDsH60", "Dimaklumkan, Myanmar terpaksa menarik diri disebabkan hampir keseluruhan pemainnya positif Covid-19. Hanya 5 daripada 26 pemainnya yang cergas dan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.", "Ini menjadikan skuad Harimau Muda kendalian Brad Maloney mendapat kemenangan percuma. Selepas ini, Malaysia hanya perlu turun menentang satu-satunya pasukan tunggal dalam Kumpulan B iaitu Laos, Jumaat nanti.", "Terdahulu, pasukan juara bertahan, Indonesia merangkap ahli Kumpulan B yang terawal menarik diri daripada kejohanan ini ekoran jangkitan Covid-19 yang menular kebanyakan pemain dalam pasukannya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113804/", "headline": "\nSeng Zoe, Wei Chong-Kai Wun Menangi Terbuka Ireland 2021\n", "content": ["Kejohanan Terbuka Ireland 2021 menyaksikan seorangan pemain perseorangan lelaki dan sepasang beregu lelaki Malaysia beraksi cemerlang untuk menjuarai kategori masing-masing, semalam.", "Yeoh Seng Zoe, 24 tahun, yang merupakan pemain bebas (independent) menjuarai kategori perseorangan lelaki selepas menundukkan pemain Denmark, Mads Christophersen secara ‘straight set’ 21-18 dan 21-14 pada perlawanan akhir.", "RESULTS: #IrishOpen2021FINAL#MAS🇲🇾 Yeoh Seng Zoe def. #DEN🇩🇰 Mads Christophersen(5) 21-18 21-14* Former national under-21 champion, Seng Zoe seals his first international title win this year. Congrats bro!#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia", "Sebelum itu, pemain yang menduduki ranking ke-148 dunia ini mara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan Soong Joo Ven (Malaysia), Chirag Sen (India), Kim Bruun (Denmark), Mithun Manjunath (India).", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan antarabangsa sulung yang diraihnya selepas menyertai tiga kejohanan sebelum ini.", "Sementara itu, pasangan beregu negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula berjaya meraih kemenangan dalam kategori beregu lelaki selepas mengalahkan beregu England, Rory Easton dan Zach Russ juga secara ‘straight set’ 21-7 dan 21-17 pada perlawanan akhir.", "RESULTS: #IrishOpen2021FINAL#MAS🇲🇾 Man Wei Chong-Tee Kai Wun(6) def. #ENG🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Rory Easton-Zach Russ(7) 21-7 21-17* Emerging pair, Kai Wun-Wei Chong crowned champions for the 3️⃣ time this year. Congrats bros 💪📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/HL7KVPASQn", "Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-93 dunia ini mara ke pentas final dengan mengetepikan Avinash Gupta-Brandon Zhi Hao (England), Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen (England), Jaromir Janacek-Tomas Svejda (Republik Czech) dan Emil Lauritzen-Mads Vestergaard (Denmark).", "Kemenangan mereka dalam kejohanan ini menjadikan mereka telah meraih tiga kejuaraan pada tahun ini dengan dua daripadanya adalah juara Iberdola Spanish International dan Terbuka Poland."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220410/", "headline": "\nZlatan Ibrahimovic: Perancis Perlu Saya, Saya Tak Perlu Perancis\n", "content": ["Saingan bola sepak Perancis, Ligue 1 menjadi kurang menarik biarpun disertai pemain-pemain hebat seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.", "Itu yang dipercayai oleh penyerang berpengalaman Sweden berusia 41 tahun, Zlatan Ibrahimovic. Jelasnya perkara itu disebabkan dirinya tidak lagi beraksi di sana sepertimana dari tahun 2012 hingga 2016 bersama Paris Saint-Germain (PSG).", "“Sejak saya meninggalkan Perancis, semuanya semakin menurun, tiada lagi topik menarik untuk dibincangkan di Perancis,” ujarnya dalam satu sesi temu ramah bersama platform penstriman Perancis, Canal+.", "A post shared by CANAL+ Sport (@canalplussport)", "“Perancis perlu saya, saya tidak memerlukan Perancis,”", "“Walaupun (Ligue 1) mempunyai Mbappe, Neymar dan Messi, ianya tidak membantu kamu. (Mengapa?) Kerana kamu tidak mempunyai tuhan (dirinya),” jelasnya dalam klip video berdurasi sekitar 20 saat itu.", "Ketika beraksi bersama PSG di Perancis, Zlatan mencetak 156 gol dalam kesemua kejohanan sekaligus membantu kelab itu menjuarai 12 gelaran domestik termasuk empat kejuaraan Ligue 1 berturut-turut.", "Selain itu, rekod 156 gol Zlatan itu juga menempatkan dirinya selaku penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman buat PSG di belakang Edinson Cavani dan Kylian Mbappe yang memiliki 200 serta 188 jaringan masing-masing.", "Pada penghujung musim 2016, Zlatan meninggalkan PSG dan berhijrah ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menyertai Manchester United."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217429/", "headline": "\nSukan SEA: Chen-Peck, Hoo-Cheah Tempah Tiket Ke Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Kedua-dua beregu campuran negara berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam acara badminton individu di temasya Sukan SEA 2021.", "Pasangan Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Laos, Vannthoun Vanth-Sok Somalyta secara “straight set” 21-5 dan 21-9 dalam tempoh masa 21 minit permainan sahaja.", "Manakala Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See pula mara selepas menyingkirkan satu lagi beregu Laos, Daomixay Vorlasing-Vilakone Kommanivanh juga menerusi “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-7.", "Dengan kemaraan ini, Chen-Peck yang diletakkan selaku pilihan keempat untuk memenangi pingat emas akan bertemu beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han di peringkat suku akhir esok.", "Sementara itu, Hoo-Cheah yang merupakan pilihan kedua untuk memenangi saingan ini pula akan berentap menentang beregu Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219529/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2022: Selangor Ulangi Pencapaian Edisi Lalu, Akhiri Saingan Di Tempat Ketiga\n", "content": ["Selangor MAC yang beraksi dalam Piala Futsal AFF 2022 menamatkan saingan di tempat ketiga sekaligus mengulangi pencapaian ketika beraksi di pentas yang sama pada tahun lalu.", "Pencapaian itu hadir selepas skuad bimbingan Carlos Alberto ini berhasil merekodkan kemenangan ke atas kelab dari Vietnam, Sahako FC dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, petang tadi. ", "SELANGOR MAC take THIRD in AFF Futsal Cup 2022 after beating Sahako FC 8-7 in the penalty shootout ", "Selangor MAC 2Matheus Silva 14thMohd Khairul Effendy Mohd Bahrin 32nd", "Sahako FC 2Dinh Van Toan 5thDuong Ngoc Linh 29th#AFF#AFFFutsalCup pic.twitter.com/RkrMnRiePt", "— ASEAN Football (@AFFPresse) September 10, 2022", "Kemenangan itu hadir selepas memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 8-7. Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 40 minit permainan.", "Jaringan oleh Selangor MAC hadir menerusi Matheus Silva dan Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin pada minit 14’ dan 32’. Manakala jaringan oleh Sahako pula disumbangkan oleh Dinh Van Toan dan Duong Ngoc Linh pada minit 5’ dan 29’ masing-masing.", "Sebagai rekod, saingan Piala AFF Futsal edisi lalu menyaksikan Selangor MAC menamatkan di tempat ketiga dengan membantai wakil Kemboja, Mohahang All Star FC dengan keputusan 7-2."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215122/", "headline": "\nKedah Perkukuhkan Benteng Pertahanan Dengan Bekas Pemain Real Madrid\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) memperkukuhkan benteng pertahanannya dengan mendapatkan khidmat bekas pemain skuad simpanan, Real Madrid C.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Marc Vales Gonzalez yang berusia 31 tahun merangkap pemain skuad kebangsaan Andorra – sebuah negara yang berada di ranking ke-155 dunia.", "Marc Vales Gonzalez | Signing#kdafc #newblood #2022season #MV5 pic.twitter.com/x8iSNhk7o3", "Kedatangan Marc yang turut bekemampuan beraksi sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) ini diumumkan secara rasmi di pelbagai platform media sosial skuad Hijau Kuning, Sabtu lalu. ", "Untuk makluman semua, Marc memulakan karier bola sepaknya di negara kelahirannya sendiri iaitu Andorra sebelum beraksi di pelbagai pasukan yang berpangkalan di Sepanyol. Selain itu, Marc turut mempunyai pengalaman beraksi di negara-negara Nordic seperti Finland dan Norway.", "Bersama skuad kebangsaan Andorra, Marc pernah menentang beberapa pasukan ternama dunia antaranya England, Portugal, Belanda, Perancis, Belgium dan pelbagai lagi. Sehingga kini, Marc telah merekodkan sebanyak 77 penampilan serta menjaringkan 4 gol bersama skuad yang bergelar Tricolors ini.", "Dijangka, Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak akan mempertaruhkan Marc bersama pertahanan Republik Korea, Jang Suk-won di benteng pertahanan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2022.", "Sebagai tambahan, kehadiran Marc bukan sahaja melengkapkan kuota lima pemain import bahkan melengkapkan skuad Kedah yang melibatkan 30 pemain pada musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214546/", "headline": "\nDuo ‘Midfielder’ Filipina Formula Baharu Terengganu Hadapi Liga Malaysia 2022?\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC dilihat bakal menggunakan formula baharu dengan mempertaruhkan duo pemain tengah dari Filipina untuk mengharungi Liga Malaysia 2022.", "Perkara ini hadir selepas Terengganu mengumumkan menandatangani pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott atau dikenali sebagai Manny yang berusia 29 tahun daripada Melaka United, semalam.", "Sebelum itu, skuad ‘Black and White’ ini telah mengikat khidmat seorang pertahanan versatil yang mampu beraksi sebagai pemain tengah, juga dari Filipina, Luke Woodland yang berusia 26 tahun.", "Baca: Terengganu Ikat Pertahanan Kelahiran UAE Selama Setahun", "Arkitek Baharu Terengganu FC 2022, Manuel OttBaca selanjutnya ⤵️https://t.co/kKu6ns15vf", "Dijangka, ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain akan menggandingkan dua pemain ini di bahagian tengah dengan Manny berfungsi sebagai ‘centre midfielder’ manakala Luke melengkapkannya dengan fungsi ‘defensive midfielder’ di dalam formasi 4-2-3-1.", "Sebagai rekod, sepanjang separuh musim 2021, Terengganu kerap menggunakan gandingan pemain kelahiran benua afrika iaitu Dechi Marcel (Ivory Coast) dan Habib Haroon (Nigeria) di mana kedua-duanya merupakan ‘centre midfielder’ sebagai ‘enjin’ utama mereka.", "Ia bukanlah satu gandingan yang utuh namun duo ‘midfielder’ benua afrika ini telah membantu Terengganu menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat serta mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia.", "Bagaimana pula dengan jangkaan impak yang akan diberikan oleh gandingan Filipina, Manny dan Luke terhadap Terengganu dalam saingan Liga Malaysia 2022 kelak? Berikan pendapat anda."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111306/", "headline": "\nOlimpik 2020: Kuda Sakit Gigi, Atlet Ekuestrian Austria Terpaksa Tarik Diri\n", "content": ["Atlet ekuestrian Austria, Victoria Max-Theurer terpaksa menarik diri daripada acara dressage di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Penarikan diri itu dibuat kerana kudanya mengalami sakit gigi sebelum daripada bermulanya acara tersebut, Jumaat lalu.", "✅Eventing ✅Jumping ✅Dressage Learn everything you need to know about #Equestrian so you can enjoy all of it's disciplines at #Tokyo2020 #UnitedByEmotion | #StrongerTogether | #Olympics pic.twitter.com/CVbTwQzdw6", "Al-kisahnya bermula apabila atlet berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Vici ini menyedari kudanya, Abegglen NRW berkelakuan aneh dalam sesi latihan.", "Selepas melakukan pemeriksaan kesihatan, kudanya yang berusia 11 tahun itu disahkan mengalami jangkitan di gigi.", "Walaupun kecewa tidak dapat menunjukkan kemampuannya selepas berlatih selama lima tahun, Vici menegaskan kesihatan kudanya lebih penting berbanding dirinya sendiri. ", "Untuk makluman ini sepatutnya menjadi penampilan kelima Vici di pentas Sukan Olimpik. Kali pertama dia beraksi di temasya ini ketika berusia 19 tahun di Athens pada tahun 2004.", "Untuk rekod, ibunya, Sissy Max-Thurer juga merupakan atlet ekuestrian dan pernah merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Moscow 1980."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323485/", "headline": "\n‘Assist’ Cantik Ikhwan Yazek Curi Tumpuan Bintang Man City, Kevin De Bruyne\n", "content": ["Pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne memilih hantaran Ikhwan Yazek sebagai bantuan gol terbaik berbanding tiga lagi bantuan gol yang dilakukan tiga pemain lain; Habib Haroon, Wan Zack Haikal serta bekas pemain Watford yang kini bersama Johor Darul Ta’zim, Fernando Forestieri. ", "Menerusi wawancara bersama Stadium Astro, pemain berusia 32 tahun terbabit memilih hantaran pemain Kelantan FC itu ekoran memudahkan tugas penyerang untuk menjaringkan gol kerana dihantar di antara barisan pertahanan dan penjaga gol. ", "“Saya akan katakan nombor 3 (bantuan gol Ikhwan), hanya kerana cara dia meletakkan hantaran di antara pertahanan dan penjaga gol.”", "Manchester City’s very own assist king Kevin de Bruyne takes a look at some of the best assists from the Malaysia Super League this season! 😍 pic.twitter.com/10EBmLFdJN", "— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) May 5, 2023", "“Jelas sekali, dia (Fazrul) menjaringkan gol yang sangat bagus tetapi saya fikir dia (Ikhwan) menjadikannya lebih mudah untuk penyerang”, ujar De Bruyne dalam sesi wawancara bersama pengacara Stadium Astro, Adam Carruthers. ", "Selain hantaran jauh Ikhwan, tiga lagi bantuan gol yang turut ditampilkan dalam sesi temubual tersebut hadir daripada Habib Haroon (Terengganu), Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim) dan Wan Zack Haikal (Perak).", "Kapten Belgium itu amat disegani dan terkenal dengan kreativiti dan visinya di atas padang apabila telah menghasilkan 102 bantuan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). ", "Selain de Bruyne, empat lagi pemain yang mencatatkan jumlah bantuan gol terbanyak dalam lipatan sejarah EPL ialah Ryan Giggs (162), Cesc Fabregas (111), Wayne Rooney (103) dan Frank Lampard (102). "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324776/", "headline": "\nPemenang Tiga Kali Liga Perdana Inggeris Kini Sertai Brighton & Hove Albion\n", "content": ["Selepas kehilangan tonggak tengah utama, Alexis Mac Allister yang berhijrah ke Liverpool, skuad berjulukan The Seagulls mengambil keputusan untuk mendapatkan legenda Liverpool dan Manchester City, James Milner. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang kelab dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial mereka yang menyambut mesra kedatangan bekas pemain kebangsaan England itu.", "Turut dimaklumkan, Milner akan beraksi bersama Brighton dengan kontrak selama setahun yang disertai pilihan lanjutan selama setahun.", "Welcome to #BHAFC, @JamesMilner! 👋 pic.twitter.com/dtziUeed53", "— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) June 14, 2023", "Kini berusia 37 tahun, Milner yang cukup dikenali sebagai pemain yang cukup versatil dan boleh beraksi di mana-mana posisi seluruh padang itu meninggalkan Liverpool selepas tujuh tahun berkhidmat di bawah Jurgen Klopp. ", "Pengendali Brighton, De Zerbi berasa sangat gembira dan mengalu-alukan kehadiran Milner bersama pasukan berdasarkan kemampuan dan pengalaman yang bakal ditonjolkan pemain tersebut. ", "Pemain kelahiran Leeds itu memulakan kariernya bersama Leeds United tetapi namanya mula dikenali ketika bersama Manchester City dan Liverpool dangan 13 trofi telah dimenanginya bersama kedua-dua kelab tersebut.", "Sebagai rekod, Milner kini merupakan pemain ketiga dengan penampilan Liga Perdana Inggeris terbanyak iaitu sebanyak 619 perlawanan, di belakang Ryan Giggs (632) dan Gareth Barry (652)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220253/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Pilihan No.1 Singkir Pearly-Thinaah Selepas 73 Minit Bertarung\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa akur tersingkir pada peringkat Pusingan 16 saingan Terbuka Denmark – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Menumpaskan Pearly-Thinaah di peringkat tersebut adalah beregu yang diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fa dari China merangkap beregu No.2 dunia.", "Namun begitu, Pearly yang baru sahaja pulih daripada kecederaan bersama-sama Thinaah tidak memberikan laluan mudah kepada gandingan Qing Chen-Yi Fan.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORWD – Round of 16 🇨🇳Qing Chen CHEN🏅21 20 21 🇨🇳Yi Fan JIA🏅18 22 17 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 73 minutes https://t.co/11Xbha2B3r", "— BWFScore (@BWFScore) October 20, 2022", "Pearly-Thinaah yang berada di ranking kesebelas berhasil mengheret pasangan tersebut bermain tiga set perlawanan dalam tempoh masa melebihi satu jam atau lebih tepatnya, selama 73 minit, sebelum akur tumpas dengan skor 18-21, 22-20 dan 17-21.", "Selepas mengharungi perlawanan sengit, barulah, pasangan China ini dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Di peringkat tersebut, mereka akan bertemu dengan beregu senegaranya, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu yang menghuni ranking ke-12 dunia bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, bagi Pearly-Thinaah, walaupun tumpas dan tersingkir daripada saingan ini, mereka akan kekal berada di benua eropah. Ini berikutan mereka akan menghadapi dua lagi kejohanan dalam masa terdekat iaitu Terbuka Perancis (15-30 Oktober) dan Terbuka HYLO (1-6 November).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218620/", "headline": "\nRanking BWF: Goh Jin Wei Atasi Kisona Jadi Perseorangan Wanita No.2 Negara\n", "content": ["Penghuni perseorangan wanita No.2 negara kini bertukar tangan dan menjadi milik pemain berusia 22 tahun, Goh Jin Wei. Sebelum ini, status pemain No.2 negara itu dimiliki oleh Kisona Selvaduray. ", "Ianya berdasarkan kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menunjukkan Jin Wei yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2022 pada minggu lalu telah mengatasi kedudukan Kisona.", "Hasil kemaraan ke peringkat tersebut telah melonjakkan kedudukan Jin Wei sebanyak tujuh anak tangga sekaligus meletakkannya di ranking ke-53 dunia pada minggu ini.", "Kisona yang terkandas seawal Pusingan 32 di kejohanan yang sama merekodkan penurunan dua anak tangga dan kini menghuni ranking ke-56 dunia sekaligus menjadi perseorangan wanita No.3 negara.", "Sementara itu, kedudukan perseorangan wanita No.1 negara masih menjadi milik pemain senior, Soniia Cheah dimana di menghuni ranking ke-42 dunia.", "Menyelusuri kemaskini terbaru ranking terbabit, satu peningkatan ketara diperlihatkan melibat seorang lagi pemain muda wanita negara iaitu Eoon Qi Xuan.", "Pemain berusia 21 tahun ini turut mengambil bahagian dalam saingan Terbuka Taipei dan dia berhasil beraksi sehingga ke Pusingan 16.", "Kemaraan ke peringkat tersebut melonjakkannya sebanyak 14 anak tangga dan meletakkannya di ranking ke-115 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110861/", "headline": "\nVideo: Jaringan Kuzain Bantu RGV Padam Rekod Tanpa Kalah El Paso Locomotive\n", "content": ["Pemain berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal tampil menjaringkan satu gol ketika pasukannya, Rio Grande Valley atau dikenali sebagai RGV Toros membenam El Paso Locomotive dalam saingan USL Championship – Western Conference Mountain, hari ini.", "Pemain berusia 22 tahun itu meletakkan namanya selaku penjaring setelah dia pantas mengambil peluang menyudahkan bola yang terbias terkena kaki pertahanan lawan di dalam kotak penalti pada minit ke-61.", "TALK TO 'EM NICE!KUZAIN'S GOAL PUTS RGV FC UP 2 -1! #ParaElValle #RGVvELP pic.twitter.com/kE54QM85BJ", "Jaringan tersebut membantu pasukannya menamatkan perlawanan dengan skor 3-2 ke atas El Paso Locomotive. Kemenangan ini mengekalkan RGV Toros memimpin carta Western Conference Mountain dengan kutipan 20 mata setelah mengharungi 11 perlawanan.", "Bukan itu sahaja, kemenangan ini juga turut memadamkan rekod tanpa kalah pasukan lawan musim ini.", "Baca: FAM Sedia Menerima Mana-Mana Pemain Kacukan Berkualiti Termasuk Wan Kuzain", "They were u̶n̶defeated.PARA EL VALLE!#ParaElValle pic.twitter.com/WbjZbsG0vh", "Untuk perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Wan Kuzain bakal bertemu Monterrey. Perlawanan itu bakal berlangsung pada Isnin hadapan dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 pagi waktu Malaysia.", "Saksikan sorotan perlawanan antara RGV Toros menentang El Paso Locomotive pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207546/", "headline": "\nPemilik TRW Kelantan FC Risik Khidmat ‘Lewandowski’\n", "content": ["Pemilik pasukan TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman sedang merancang untuk mendapatkan khidmat pemain import dari benua eropah dan secara spesifiknya dari negara Poland.", "Menurut Norizam, pemain Poland menjadi sasarannya kerana mereka berada dalam kalangan pasukan 20 terbaik dunia mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).", "Ketika ini, Poland menduduki tangga ke-19 dunia – kedudukan yang lebih baik berbanding beberapa pasukan ternama eropah yang lain seperti Wales, Ukraine, Serbia dan Turki.", "Tambahnya lagi, faktor matawang negara Poland yang hampir sama dengan nilai di negara kita turut menarik minatnya. Berdasarkan nilai tukaran, RM1 bersamaan dengan nilai sekitar 0.92 Zloty Poland.", "“Betul (mahu) ambil pemain dari Poland, saya ada merisik pemain-pemain dari eropah, saya pun ada rakan niaga di Poland, ", "“Kerana Poland adalah sebuah negara yang mempunyai ranking yang dikira baik di dunia dan pernah masuk (kejohanan) Piala Dunia, dan nilai matawangnya sama dengan matawang (Ringgit) Malaysia.” katanya dalam satu temu ramah bersama Radio Zamburger, semalam.", "Sementara itu, Norizam tidak menolak untuk mendapatkan pemain-pemain dari benua lain seperti asia dan amerika selatan.", "Sempat juga beliau berseloroh untuk mendapatkan penyerang FC Barcelona, Lionel Messi sekiranya ada kalangan penyokong-penyokong Kelantan FC yang mahu memberikan penajaan.", "“Jadi saya nak mencuba pemain-pemain dari Poland tetapi saya juga terbuka untuk melihat pemain dari Jepun dan Argentina.", "“Jika ada penyokong-penyokong (Kelantan) yang ada duit lebih mungkin kita boleh ambil (Lionel) Messi.” ujarnya sambil ditemani oleh ketua jurulatih, Yusri Che Lah.", "Untuk saingan Liga Premier 2020, TRW Kelantan FC empat pemain import iaitu pertahanan Masaki Watanabe (Jepun), pemain tengah Kang Seung-jo (Korea Selatan), penyerang Lazarus Kaimbi (Namibia) dan Felix Odili (Nigeria)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321369/", "headline": "\nDaikin Hiasi Jersi Latihan & Perlawanan Selangor FC Musim 2023\n", "content": ["Jersi latihan dan perlawanan Selangor FC akan dihiasi dengan logo syarikat penyaman udara dari Jepun, Daikin sepanjang musim 2023.", "Perkembangan itu hadir selepas skuad berjulukan Red Giants serta Daikin Malaysia Sales & Services Sdn Bhd menandatangani kerjasama pada hari ini.", "Kerjasama itu menyaksikan pihak Daikin menyumbangkan sejumlah wang yang tidak didedahkan nilainya kepada umum bagi mengharungi saingan Liga Malaysia yang akan bermula penghujung Februari kelak. Hasil sumbangan itu, Daikin dinobatkan sebagai Rakan Rasmi Platinum terbarunya.", "Difahamkan perjanjian ini berlangsung selama setahun namun kedua-dua pihak tidak mennutup ruang untuk melanjutkan kerjasama ini melangkaui tempoh terbabit.", "Majlis menandatangani dokumen perjanjian itu berlangsung di ibu pejabat Daikin Malaysia sambil disaksikan oleh Pengerusi Selangor FC, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Shah Alhaj merangkap Raja Muda Selangor (RMS), Ketua Pegawai Operasi Daikin Malaysia, Shago Ando dan Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215481/", "headline": "\nAFF B-23: Serba-Serbi Tidak Menjadi, Harimau Muda Tumpas Mengejut Kepada Laos\n", "content": ["Corak permainan yang tidak meyakinkan serta serba-serbi tidak menjadi menyaksikan skuad negara kendalian Brad Maloney terpaksa akur tumpas pada perlawanan pertama Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23), hari ini.", "Lebih mengejutkan, skuad yang mendapat julukan Harimau Muda ini tumpas kepada Laos yang dibimbing jurulatih Jerman, Michael Weiss dengan keputusan 1-2.", "Keputusan Masa Penuh | Perlawanan 1 Kejuaraan B-23 AFF 2022 LAOS 🇱🇦 2️⃣ – 1️⃣ 🇲🇾 MALAYSIA ⚽️ Bounpachan Bounkong 56', Petdhevanh Somsanid 79'⚽️ A. Selvan 45'+1' #FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/JkkfFexWTq", "Dalam perlawanan tersebut, Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi A. Selvan pada minit ke-45+1. Bagaimanapun, Laos kembali mengikat Malaysia menerusi Bounphachan Bounkong pada minit ke-56.", "Malaysia masih meneruskan rentak yang sama sepanjang separuh masa kedua dengan sukar untuk membina permainan serta mencipta peluang untuk mencari gol tambahan.", "Disebalik pergelutan yang dihadapi Malaysia itu, Laos tampil mengambil peluang menggandakan jaringan menerusi tandukan oleh Petdhevanh Somsanid pada minit ke-79 sekaligus mendahului dengan skor 2-1 sehingga tamat permainan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216353/", "headline": "\nPetronas Jadi ‘Title Sponsor’ Perlumbaan MotoGP Malaysia Bermula 2022\n", "content": ["Syarikat tenaga negara, Petronas diangkat menjadi penaja utama (title sponsor) bagi perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang bermula tahun 2022.", "Ianya hasil daripada kerjasama baharu antara Petronas bersama syarikat pemegang hak komersil perlumbaan MotoGP, Dorna Sports. Perkembangan ini menyaksikan perlumbaan tersebut bakal digelar ‘Petronas Grand Prix of Malaysia’ secara rasmi.", "Sepang is here to stay until 2024 🤝😎 #MalaysianGP 🇲🇾 | 📰https://t.co/1KlVPillky", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) March 23, 2022", "Turut dimaklumkan, pihak Dorna Sports mengesahkan Litar Antarabangsa Sepang akan kekal menjadi salah satu venue perlumbaan Kejuaraan Dunia MotoGP sehingga tahun 2024 dengan perbincangan untuk melanjutkannya sehingga tahun 2026.", "Sebelum ini, Petronas dan Dorna Sports telah mengadakan kerjasama dimana Petronas diangkat menjadi Pembekal Minyak Rasmi Moto2 & Moto3 dari tahun 2020 hingga 2022.", "Untuk makluman semua, syarikat tenaga, Shell Malaysia merupakan ‘title sponsor’ untuk Grand Prix of Malaysia sebelum ini sejak tahun 2009 sehingga tahun 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216469/", "headline": "\nPM Macedonia Utara Beri RM2.3 Juta Jika Kalahkan Portugal & Layak Ke Piala Dunia\n", "content": ["Perdana Menteri (PM) Macedonia Utara, Dimitar Kovacevski menawarkan ganjaran sebanyak RM2.3 juta (€500,000) kepada skuad bola sepak negaranya sekiranya berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Dunia 2022 Qatar.", "Macedonia Utara yang merupakan negara pecahan Yugoslavia hanya selangkah sahaja lagi sebelum layak menyertai kejohanan bola sepak yang dilangsungkan setiap empat tahun sekali itu buat pertama kali dalam sejarah pasukannya.", "Namun begitu, untuk melangkah ke saingan itu, Macedonia Utara perlu menyingkirkan juara Euro 2016 yang diketuai pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali iaitu Cristiano Ronaldo terlebih dahulu pada perlawanan akhir play-off yang akan berlangsung pada awal pagi nanti.", "Menurut laporan Reuters, pemimpin mereka yang berusia 48 tahun itu menawarkan ganjaran berkenaan selepas skuad Macedonia Utara melakukan kejutan dengan menumpaskan juara Euro 2020, Itali pada perlawanan separuh akhir play-off, minggu lalu.", "Kemenangan itu dicapai hasil jaringan tunggal oleh penyerangnya, Aleksandar Trajkovski pada masa kecederaan iaitu minit ke-92 yang berlangsung di gelanggang lawan, Stadium Renzo Barbera, Palermo, Itali.", "Ia sekaligus menyebabkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu tidak dapat menyertai saingan Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.", "Untuk makluman semua, berbalik kepada perlawanan akhir play-off itu nanti, Portugal dilihat mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri memandangkan ianya dilangsungkan di Stadium Dragao, Porto. ", "Pada masa yang sama, dijangka stadium berkapasiti 50,000 tempat duduk itu akan dipenuhi para penyokong tuan rumah dengan dilaporkan 50,000 tiket telah pun habis dijual dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum ini.", "Sepak mula perlawanan ini akan bermula pada jam 2.45 pagi nanti waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214821/", "headline": "\nTerbuka India: Dua Beregu Campuran Negara Berentap Sesama Sendiri di Separuh Akhir\n", "content": ["Dua beregu badminton campuran negara bakal bertembung sesama sendiri di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka India 2022.", "Pertembungan ini terhasil selepas Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei yang berada di ranking 40 dunia menang ke atas beregu India, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan di peringkat suku akhir, petang tadi.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Quarter final 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅21 21 🇲🇾Yen Wei PECK🏅10 13 🇮🇳Venkat Gaurav PRASAD 🇮🇳Juhi DEWANGAN🕗 in 23 minutes https://t.co/loJ15ZCrFM", "Tan Jie-Yen Wei berjaya menyingkirkan pasangan yang berada di ranking 63 dunia itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-10 dan 21-13 dalam tempoh masa 23 minit sahaja.", "Sementara itu, lawan kepada Tan Jie-Yen Wei adalah pasangan beregu negara yang diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan iaitu Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.", "Kian Meng-Pei Jing mara selepas menundukkan beregu Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina juga menerusi ‘straight set’ dengan keputusan 21-10 dan 21-14.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Quarter final 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅10 14 🇷🇺Konstantin ABRAMOV 🇷🇺Anastasiia AKCHURINA🕗 in 31 minutes https://t.co/33ODDv3d6z", "Baca: Pasangan No.10 Dunia, Kian Meng-Pei Jing Mara Ke Separuh Akhir", "Menariknya, pertembungan ini akan menjadi perseteruan atas gelanggang antara beregu di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan beregu bebas (independent).", "Untuk makluman semua, perlawanan separuh akhir ini akan berlangsung pada hari esok dengan waktu perlawanan akan diumumkan oleh pihak penganjur selepas tamat keseluruhan perlawanan peringkat suku akhir, hari ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324014/", "headline": "\nZii Jia Ambil Khidmat Wong Tat Meng Untuk Ke Sukan Olimpik 2024\n", "content": ["Selepas enam bulan bergerak tanpa jurulatih, jaguh perseorangan lelaki negara yang bergerak secara bebas (independent), Lee Zii Jia tampil mengumumkan mendapatkan khidmat Wong Tat Meng untuk membantunya layak ke Sukan Olimpik 2024 Paris.", "Pengumuman itu dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial rasmi milik pasukannya, Team LZJ sekitar lewat petang tadi.", "Menurut makluman itu lagi,  jurulatih berusia 56 tahun yang mempunyai pengalaman bersama badan induk badminton pelbagai negara seperti Indonesia, Scotland, Republik Korea, Hong Kong selain Malaysia berperanan sebagai Pengarah Kejurulatihan bagi Team LZJ.", "It is with great pleasure that we announce the appointment of Mr. Wong Tat Meng as the new Coaching Director for Team LZJ. pic.twitter.com/lyWpEJZR7M", "— Team LZJ (@TeamLZJ) May 23, 2023", "Difahamkan, Tat Meng akan segera merangka program yang akan membantu Zii Jia mencapai prestasi yang konsisten, meningkatkan ranking dunia selain layak menyertai temasya Olimpik di Paris pada tahun hadapan. ", "Bagaimanapun, Tat Meng akan memulakan tugasnya bersama Team LZJ sejurus selesai proses perpindahan dari Hong Kong ke Malaysia dalam masa terdekat.", "Sebagai rekod, Zii Jia telah bergerak tanpa bimbingan jurulatih selama sekitar enam bulan selepas membuat keputusan untuk berpisah dengan Indra Wijaya pada penghujung November tahun lalu.", "Pada masa yang sama, Team LZJ turut memaklumkan bahawa bekas perseorangan lelaki kebangsaan, Liew Daren kekal dalam barisan kejurulatihan mereka.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111857/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Jepun Paling Kuat Tetapi Waspada Ancaman England\n", "content": ["Kejohanan Piala Sudirman 2021 yang akan bermula pada penghujung bulan hadapan di Vantaa, Finland menyaksikan Malaysia diundi bersama-sama Jepun, England dan Mesir dalam Kumpulan D.", "Untuk mara ke peringkat suku akhir pada kejohanan dwitahunan tersebut, pasukan negara matahari terbit iaitu Jepun dilihat sebagai pencabar utama buat Malaysia dalam Kumpulan D.", "Piala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bersama-sama Jepun, England & Mesir https://t.co/cKaF0iXHx4 pic.twitter.com/7It9tBESaX", "Perkara tersebut turut diakui oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann namun beliau berpandangan Malaysia perlu berwaspada agar tidak dikecewakan oleh England.", "“Memang pasukan Jepun yang paling kuat tetapi untuk kita saya percaya dengan persediaan yang lebih yakin, terutamanya terhadap pasukan England yang perlu kita fokuskan.", "“Memang kita memberi fokus untuk mengatasinya tetapi kita harus berwaspada. Untuk Mesir kita percaya itu (merupakan) satu peluang untuk mempamerkan pemain muda kita.", "“Untuk pasukan Jepun, kita akan tengok situasi semasa nanti.” ulas Choong Hann mengenai hasil undian tersebut menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman sosial BAM.", "Baca: 3 Kejohanan Besar Menanti Pemain Badminton Selepas Sukan Olimpik", "Pada masa yang sama, beliau mendedahkan persediaan untuk kejohanan Piala Sudirman serta Piala Thomas & Uber sedang giat dijalankan.", "Penilaian prestasi juga sedang dijalankan dan senarai akhir pemain-pemain yang akan mewakili pasukan Malaysia akan diputuskan kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/2020180/", "headline": "\nSanusi Tertarik Dengan Konsep Milikan ‘Kedah FC’ Melalui Koperasi\n", "content": ["Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor menerima banyak cadangan penukaran badan induk bola sepak Kedah daripada Football Association (FA) kepada Football Club (FC).", "Antara cadangan yang menarik perhatian beliau yang juga Menteri Besar Kedah adalah menukarkan KFA kepada syarikat sendirian berhad dan memilikkan syarikat tersebut menerusi sebuah koperasi.", "Melalui koperasi tersebut, peminat-peminat skuad Helang Merah boleh memohon mendaftar menjadi ahli dengan bayaran yang ditetapkan. Yuran pendaftaran yang terkumpul digunakan untuk membiayai kos pengoperasian ‘Kedah FC’ itu kelak. ", "“Apabila pasukan bola sepak ini perlu tubuhkan syarikat sendirian berhad iaitu FC (football club), kita terima banyak cadangan dan koperasi anak Kedah ini kemukakan satu tawaran yang pada pandangan saya amat baik.", "“…iaitu mengendalikan sebuah FC sendirian berhad ini melalui milikan bersama sebuah koperasi yang melibatkan beratus ribu ahli dengan peminat-peminat akan didaftar sebagai ahli koperasi,” katanya dipetik daripada Bernama.", "Cadangan milikan itu hampir sama seperti yang dipraktiskan oleh gergasi Sepanyol, FC Barcelona. Kelab yang terkenal dengan slogan ‘mes que un club’ itu dimiliki secara bersama oleh para peminatnya.", "Uniknya, setiap enam tahun sekali, individu-individu yang berumur 18 tahun ke atas dan menjadi ahli kelab mempunyai peluang untuk mengundi calon presiden yang akan menentukan halatuju Barcelona dalam pilihanraya yang diadakan.", "Selain daripada cadangan milikan secara koperasi, Sanusi juga sedia menerima tawaran daripada syarikat-syarikat atau hartawan yang ingin mengadakan kerjasama atau memiliki pasukan Kedah secara mutlak.", "Untuk makluman, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggesa semua pasukan Liga Malaysia untuk menswastakan pasukan termasuk pemisahan daripada FA kepada FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219255/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah Belum Pernah Menang Menentang Nami-Shida\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menepati ramalan ramai depat melayakkan diri ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia ini mencetak kemaraan tersebut selepas mengalahkan wakil India, Treesa Jolly dan Gayatri Pullela di Pusingan 32, hari ini.", "Namun begitu, kemaraan tersebut membawa Pearly-Thinaah berhadapan dengan cabaran yang sukar bertemu beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida – pasangan yang belum pernah mereka tewaskan di pentas antarabangsa.", "Pasangan dari negara matahari terbit ini menduduki ranking kelima dunia. Berdasarkan rekod, Pearly-Thinaah pernah turun berentap menentang mereka sebanyak lima kali dan kelima-limanya berakhir dengan kekalahan.", "Pertembungan-pertembungan tersebut berlangsung di Terbuka Thailand 2022, Indonesia Masters 2021, Piala Sudirman 2021, Terbuka Seluruh England 2021 dan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020.", "Lebih menggusarkan, tiga pertemuan terakhir mereka menyaksikan Pearly-Thinaah tumpas secara “straight set”.", "Untuk makluman, gandingan Nami-Shida yang diletakkan selaku pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini mara ke Pusingan 16 dengan menumpaskan pasangan Kanada, Catherine Choi dan Josephine Wu di Pusingan 32.", "Adakah Pearly-Thinaah dapat melakukan kejutan dengan mencetak kemenangan sulung ke atas Nami-Shida dalam perlawanan pada hari esok? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217742/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Itali: Kesemua Taruhan Perseorangan Wanita BAM Kandas Di Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Saingan Cabaran Antarabangsa Itali 2022 menyaksikan bukan sahaja terkandasnya empat perseorangan lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di peringkat kelayakan malahan turut ‘berjangkit’ kepada perseorangan wanita.", "Ketiga-tiga perseorangan wanita di bawah naungan BAM yang dihantar menyertai saingan ini gagal meneruskan kemaraan ke babak undian utama (main draw) saingan ini.", "Myisha menjadi pemain wanita terawal tersingkir apabila tumpas kepada pemain India, Smit Toshniwal dengan skor 91-21, 21-18 dan 13-21 di Pusingan 2 peringkat kelayakan.", "Ianya diikuti oleh Qi Xuan yang ditunjukkan jalan keluar daripada saingan ini oleh pemain Taiwan, Chen Su Yu dengan skor 21-23, 22-20 dan 16-21 di pusingan yang sama.", "Akhir sekali, mengikuti jejak langkah yang sama ialah Siti Nurshuhaini setelah ditumpaskan oleh pemain tuan rumah, Katharina Fink menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 9-21 dan 19-21.", "Untuk makluman, hanya seorang sahaja pemain wanita yang akan beraksi di peringkat “main draw” iaitu perseorangan bebas, Goh Jin Wei. Dia akan memulakan kempen Cabaran Antarabangsa Itali ini dengan menentang pemain Amerika Syarikat, Jennie Gai di Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112696/", "headline": "\nKisona, Pearly-Thinaah Jangan ‘Down’ Sangat – Pesan Kapten Zii Jia\n", "content": ["Kapten pasukan dan pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia menasihatkan rakan sepasukannya yang beraksi dalam kategori perseorangan dan beregu wanita supaya tidak begitu kecewa dengan keputusan yang diraih semasa beraksi di Piala Sudirman 2021.", "Pemain perseorangan wanita, Kisona Selvaduray serta pemain beregu wanita iaitu Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang menjadi taruhan utama negara bagi kategori masing-masing tumpas dalam keempat-empat perlawanan mereka hadapi.", "Disebalik kekalahan tersebut, Zii Jia berpandangan, kesemua pemain ini mendapat pengalaman berharga lebih-lebih lagi pentas dwitahunan ini membolehkan mereka berentap dengan pemain handalan dunia seperti Greysia Polii-Apriyani Rahaya (pemenang pingat emas Olimpik 2020) dan Akane Yamaguchi (ranking No.5 dunia).", "“Kebanyakan pemain (ini) adalah kali pertama beraksi di Piala Sudirman, sudah tentu mereka kekurangan pengalaman dan merasakan kali pertama (mereka) bermain menentang pemain handalan dunia sebegini, ", "“Dari segi mental, fizikal sudah tentu akan letih tetapi ini merupakan satu pengamalan yang bagus untuk mereka, saya harap Pang Ron, Yee See, Kisona, Pearly, Thinaah walaupun mereka ada kalah ada menang, ", "“Saya harap mereka jangan ‘down’ sangat terutamanya Kisona dan Pearly-Thinaah walaupun mereka kalah semua (perlawanan) tetapi mereka dapat ‘experience’ yang sangat bagus.” kata pemain berusia 23 tahun itu menerusi satu video yang dimuat naik oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Sementara itu, Zii Jia turut tidak menyangka pasukan Malaysia yang terdiri daripada majoriti pemain-pemain muda ini berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.", "Sedangkan BAM hanya meletakkan sasaran kepada mereka untuk layak ke saingan suku akhir sahaja. Pasukan Malaysia mara ke separuh akhir setelah menumpaskan skuad jiran tetangga, Indonesia dalam satu perlawanan yang penuh dramatik dengan keputusan 3-2.", "Kejayaan itu menyamai pencapaian yang dilakukan oleh pasukan Malaysia pada tahun 2009. Di pentas separuh akhir walaupun tumpas di tangan Jepun namun mereka tetap membawa pulang pingat gangsa.  ", "“Pada mulanya, sudah tentu saya tidak jangkakan kita boleh masuk separuh akhir, lagi-lagi menang (ke atas) Indonesia dekat suku akhir, (pencapaian) itu sangat mengejutkan untuk saya sebagai kapten,", "“Saya sangat bangga dengan prestasi mereka terutamanya (ketika) menentang Indonesia, walaupun kita menang 3-2 tetapi bagi saya tidak ada orang yang kalah, kita menang semua tidak kira Kisona, Pearly-Thinaah walaupun mereka kalah pada saya persembahan mereka bertaraf dunia.” jelasnya lagi.", "Untuk makluman semua, selang empat hari lagi, kesemua pemain badminton ini akan menyertai satu lagi kejohanan bertaraf Gred 1 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu Piala Thomas & Uber 2020 bertempat di Aarhus, Denmark.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia/Badminton Photo"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112592/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Malaysia Bakal Hadapi Kesukaran Beraksi Atas Padang Tiruan?\n", "content": ["Tiada jalan lain buat para pemain skuad kebangsaan melainkan perlu bersiap sedia dengan mental dan fizikal untuk beraksi di atas padang tiruan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 kelak.", "Ianya setelah Singapura dipilih secara rasmi oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) sebagai tuan rumah bagi kejohanan dwitahunan terbabit, besar kemungkinan, Malaysia serta pasukan-pasukan lain perlu beraksi di atas padang yang menggunakan rumput sintetik.", "Menurut laporan portal Stadium Astro, nada kegusaran turut diluahkan oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe terhadap kemungkinan anak-anak buahnya beraksi di atas permukaan jenis tersebut. ", "Tambahan pula, saingan Liga Malaysia musim ini tidak lagi dimainkan di Stadium Tun Abdul Razak yang menggunakan rumput sintetik memandangkan pasukan Felda United telah mengumumkan menarik diri, hujung tahun lalu.", "“Ada tiga venue dan jika diberikan pilihan, sudah pasti kami mahu bermain di padang rumput,”", "“Kerana pemain sudah terbiasa bermain di padang rumput dalam Liga Malaysia. Kita tunggu dan lihat. Jika dapat padang tiruan, kami juga perlu bersedia.”", "“Mana-mana pemain pun pasti sukar bermain di atas padang tiruan kerana permukaannya agak keras dan keadaan bola yang amat laju, jadi kami perlu bersedia,” katanya seperti dipetik daripada portal tersebut.", "Artikel Berkaitan: Rumput Panjang Punca Kekalahan Liverpool – Graeme Souness", "Berdasarkan makluman yang belum rasmi, sebanyak tiga stadium disenaraikan oleh penganjur sebagai venue bagi menjalankan kejohanan Piala AFF secara berpusat.", "Tiga stadium tersebut ialah Stadium Nasional, Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan. Daripada tiga stadium yang disenaraikan ini hanya Stadium Bishan – gelanggang bagi pasukan Lion City Sailors dan Balestier Khalsa – sahaja yang menggunakan rumput asli.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325537/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Peng Soon-Yee See Mudah Benam Pasangan No.7 Dunia\n", "content": ["Gandingan beregu campuran bebas (independent) Chan Peng Soon dan Cheah Yee See tidak mempunyai masalah untuk melepasi halangan pertama di saingan Terbuka Jepun 2023 yang bermula hari ini.", "Walaupun terpaksa memulakan kempen dengan menentang gandingan Perancis merangkap penghuni ranking ketujuh dunia, Peng Soon-Yee See yang sekadar di ranking ke-42 dunia berhasil mencipta kejutan dengan melakar kemenangan secara bergaya.", "DAIHATSU Japan Open 2023XD – R32 🇲🇾CHAN Peng Soon🏅21 21 🇲🇾CHEAH Yee See🏅 🇫🇷Thom GICQUEL18 18 🇫🇷Delphine DELRUE", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Peng Soon-Yee See meraih kemenangan ke atas Thom Gicquel dan Delphine Delrue secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-18 dalam tempoh masa 48 minit permainan.", "Kemenangan tersebut sekaligus membawa mereka ke Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 ini.", "Sementara itu, di peringkat seterusnya, Peng Soon-Yee See akan bakal berhadapan antara pasangan campuran handalan dunia dari Thailand iaitu Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran yang berada di ranking ketiga dunia.", "DAIHATSU Japan Open 2023XD – R32 🇹🇭Supak JOMKOH🏅21 21 🇹🇭Supissara PAEWSAMPRAN🏅 YANG Po-Hsuan3 10 HU Ling Fang", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Untuk makluman, Supak-Supissara mara ke peringkat yang sama selepas menyingkirkan beregu Chinese Taipei, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang juga secara “straight set” dengan skor 21-3 dan 21-10 dalam tempoh masa 20 minit permainan.", "Sebagai tambahan, pertemuan melibatkan Peng Soon-Yee See dan Supak-Supissara ini bakal menjadi yang pertama buat kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa. ", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207964/", "headline": "\nTak Salah Terima Dana Kerajaan Untuk Peringkat Awal Penswastaan\n", "content": ["Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail merasakan tidak salah untuk sesebuah kelab bola sepak menerima dana atau tajaan daripada kerajaan walaupun telah diswastakan.", "Hal ini kerana pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini menyebabkan ekonomi tidak menentu dan menyukarkan setiap kelab untuk mencari pendapatan sendiri.", "Justeru beliau dilihat tidak begitu bersetuju dengan kenyataan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum ini yang menyatakan kelab-kelab bola sepak lain sekadar berpura-pura melakukan penswastaan.", "UTILISING GOVERNMENT FUNDS ONLY MEAN PRETENTIOUS PRIVATISATION[1/7] pic.twitter.com/Wch2aSWLdZ", "“Bagi permulaan atau tempoh peralihan ini, saya rasa tak salah (terima dana kerajaan) terutama dengan keadaan COVID-19 dan ekonomi meruncing. Tidak banyak orang nak taja, tambahan pula sekarang ini penyokong tak boleh masuk stadium, pasukan tak dapat pendapatan.", "“Sekarang pun mereka (kelab) sudah bergerak dari persatuan kepada kelab, ia sudah satu langkah yang baik dan selepas ini tentu ada perkara lebih positif supaya dana pasukan datang dari sumber lain, bukan dari kerajaan negeri.", "“Kita tak boleh samakan semua pasukan macam JDT, pendapatan mereka lain. Kalau nak teruskan liga Malaysia ini, kita kena bertegas dan bertolak ansur,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Sementara itu, Jamal menggesa agar kelab-kelab bola sepak yang lain diberi ruang dan masa untuk berdikari serterusnya dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana daripada kerajaan dari semasa ke semasa.", "“Setiap kelab ada cara mereka dan kita bagi masa untuk kelab ini menunjukkan bahawa mereka boleh jadi lebih baik daripada JDT. Tak ada pasukan yang nak jadi yang tidak terbaik.", "“Mereka mahu tunjukkan mereka ada kemampuan, tapi berilah ruang. Contohnya, nak ada padang latihan atau stadium sendiri memerlukan masa dan belanja yang besar kerana untuk menguruskan pasukan saja perlukan RM20 juta setahun,” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207550/", "headline": "\n10,000 Meter Dalam Masa 26 Minit 11 Saat – Cheptegei Pecah Rekod Dunia\n", "content": ["Pelari Uganda, Joshua Cheptegei mencatatkan rekod baharu dunia setelah menamatkan larian dalam acara 10,000 meter dalam masa 26 minit dan 11 saat.", "Catatan masa tersebut dicatatkan oleh Cheptegei dalam satu acara iaitu NN Valencia yang berlangsung di Valencia. Sepanyol.", "His story, history. 👑#NNValenciaWRDay pic.twitter.com/MBGvOw6yfF", "Catatan masa tersebut mengatasi rekod dunia terdahulu yang dibuat oleh pelari Habsyah, Kenenisa Bekele iaitu 26 minit dan 17 saat pada tahun 2005 di Brussels, Belgium.", "Lebih manis, ini merupakan kali ketiga pelari berusia 24 tahun ini memecahkan rekod dunia pada tahun ini.", "Rekod dunia pertama yang dicipta pelumba berusia 24 tahun ini adalah pada februari lalu dalam acara larian lebuh raya sejauh 5km. ", "Cheptegei berjaya menamatkan larian tersebut dengan catatan masa 12 minit dan 51 saat dalam satu acara yang berlangsung di Monaco.", "Kali kedua Cheptegei memecahkan rekod dunia pada tahun ini adalah pada ogos lalu juga di Monaco dalam satu acara larian trek 5,000 meter. ", "Dalam acara tersebut Cheptegei merekodkan catatan masa 12 minit dan 35 saat. Ia sekaligus memecahkan juga rekod milik Bekele, 12 minit 37 saat yang dipegang selama 16 tahun.", "Featured Image: NN Running Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215797/", "headline": "\nSemua Perlawanan Liga Premier 2022 Boleh Ditonton Secara Langsung Di Youtube MFL\n", "content": ["Kesemua perlawanan bola sepak divisyen kedua Malaysia, Liga Premier kini boleh ditonton menerusi platform perkongsian video, Youtube.", "Ini selepas pihak pengelola liga, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan 90 perlawanan Liga Premier pada musim ini dapat ditonton secara langsung menerusi saluran Youtube MFL.", "“Umum mengetahui siaran langsung buat Liga Premier sejak dua tahun kebelakangan ini sedikit terjejas disebabkan pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia pada Mac 2020 dan Liga Premier tidak terkecuali menerima tamparan ini.", "Pada musim ini, penyokong-penyokong turut akan disajikan siaran langsung semua perlawanan Liga Premier menerusi platform Youtube MFL.#LigaPremier2022", "“Demi kepuasan penyokong-penyokong, MFL sedang berusaha mengelak isu teknikal stadium untuk menyiarkan siaran langsung kesemua 90 perlawanan Liga Premier. ", "“Jika segala berjalan lancar MFL akan menyiarkan 90 perlawanan Liga Premier 2022 bagi memastikan kemeriahan Liga Malaysia dapat dinikmati semua penyokong,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.", "Perkembangan ini pastinya menggembirakan penyokong dan peminat 10 buah pasukan yang beraksi di saingan Liga Premier musim ini seperti Johor Darul Ta’zim II, Kelantan FC, Kelantan United FC, Kuching City FC, PDRM FC,  Perak FC, Selangor FC 2, Skuad Projek FAM-MSN, Terengganu FC II dan UiTM FC.", "Sebelum ini, hanya beberapa perlawanan Liga Premier sahaja dapat disaksikan secara langsung. Bagaimanapun, ianya merupakan siaran langsung berbayar yang dibuat atas inisiatif tersendiri kelab seperti Kelantan FC, PDRM FC dan Terengganu FC II dengan menjalankan kerjasama dengan syarikat penyiaran kecil tempatan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220477/", "headline": "\nTerbuka HYLO: Pemain Muda China Singkir Liew Daren Di Pusingan 16\n", "content": ["Perjalanan perseorangan senior bebas (independent) negara, Liew Daren dalam saingan Terbuka HYLO – Jelajah Dunia Super 300 BWF – terhenti setakat di Pusingan 16.", "Daren terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan ini apabila pemain muda China yang berusia 22 tahun, Li Shi Feng berhasil menumpaskannya sebentar tadi.", "Dalam pertarungan terbabit, Daren yang menghuni ranking ke-29 dunia tumpas secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 18-21 dan 10-21 kepada Shi Feng dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "HYLO Open 2022MS – Round of 1621 21 🇨🇳Shi Feng LI🏅18 10 🇲🇾Daren LIEW", "🕗 in 37 minutes https://t.co/vrDVdzUVTz", "— BWFScore (@BWFScore) November 3, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan pertama melibatkan Daren dan pemain No.32 dunia ini di pentas kejohanan antarabangsa. ", "Kekalahan ini juga menandakan Daren sudah lebih lima bulan gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan yang disertainya.", "Kali terakhir Daren merekodkan kemaraan melebihi peringkat Pusingan 16 adalah dalam saingan Terbuka Thailand yang berlangsung pada Mei lalu.", "Ketika itu, Daren berhasil mara sehingga peringkat separuh akhir bertemu rakan sepelatih merangkap anak didiknya, Lee Zii Jia.", "Sementara itu, Shi Feng yang meraih kemenangan akan bertemu samada pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus atau pemain Perancis, Toma Junior Popov di peringkat suku akhir yang akan berlangsung esok.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110843/", "headline": "\nNegeri Sembilan Ambil Khidmat Arthur Kerana Mampu Memahami Bahasa Melayu\n", "content": ["Skuad Liga Premier, Negeri Sembilan membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain import yang telah lama beraksi di Indonesia, Arthur Cunha kerana memiliki kelebihan untuk memahami bahasa melayu.", "Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan menjelaskan kelebihan yang dimiliki oleh pemain kelahiran Brazil itu dapat membantunya untuk berkomunikasi dan mengawal bahagian bawah serta di benteng pertahanan bersama rakan sepasukan dengan lebih berkesan.", "Menurut Devan lagi, masalah komunikasi antara pertahanan import sebelum ini, Fernando Barbosa dan rakan sepasukan yang lain menyebabkan tiada ‘leadership’ di bahagian pertahanan skuad Hoben Jang Hoben.", "“Kita buat pertukaran di pertahanan tengah kerana nampak di pusingan awal, Fernando Barbosa ini kurang berkomunikasi dengan pemain yang lain serta persefahaman tidak mencapai seperti mana yang kita harapkan.", "“Tujuan kita mahu mendapatkan pemain import di pertahanan adalah untuk mengawal bahagian bawah serta menjadi ketua kepada semua pemain di benteng, kedua-dua fungsi ini tidak dapat dijalankan oleh Fernando.", "“Jadi, kami mengambil Arthur Cunha yang telah lama berada di Indonesia dan mampu memahami bahasa Melayu kerana boleh bertutur bahasa Indonesia malah dia seorang yang mampu bergaul dengan baik dengan pemain tempatan.” kata K. Devan.", "Arthur diikat oleh Negeri Sembilan ketika jendela perpindahan pertengahan musim yang dibuka sepanjang bulan Mei lalu.", "Untuk makluman, pertahanan yang berusia 31 tahun ini telah berkelana dalam saingan Liga Indonesia sejak tahun 2015 lagi.", "Antara pasukan yang pernah disertainya di sana ialah Mitra Kukar, Arema FC dan Persipura Jayapura.", "Ketika ini, Negeri Sembilan yang dibimbing oleh K. Devan sedang menduduki tangga kedua Liga Premier selepas mengharungi 11 perlawanan. ", "Kehadiran Arthur pastinya diharapkan dapat mengukuhkan lagi persembahan Negeri Sembilan untuk mengharungi baki saingan Liga Premier dan mencerahkan peluang mereka untuk meraih promosi ke saingan Liga Super 2022.", "Featured Image: Instagram Arthur Cunha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322721/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kemboja Beri Tiket & Hak Penyiaran Eksklusif Percuma\n", "content": ["Tuan rumah bagi Sukan SEA Kali Ke-32 serta Sukan Para ASEAN Ke-12, Kemboja mengumumkan tidak mengenakan caj terhadap tiket bagi menyaksikan acara pembukaan, penutupan serta setiap acara permainan yang dipertandingkan di temasya terbabit.", "Tawaran ini diberikan bukan sahaja kepada rakyatnya bahkan para penonton luar negara khususnya dari rantau asia tenggara yang ingin hadir memberikan sokongan kepada atlet dan kontinjen kegemaran masing-masing.", "Pemberian ini dikurniakan oleh kerajaan Kemboja selepas satu mesyuarat baru-baru ini dan diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kali Ke-32 dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN Ke-12.", "Seperkara lagi yang diumumkan, kerajaan Kemboja turut menyatakan tiada yuran perlu dibayar bagi mendapatkan hak penyiaran eksklusif untuk menyiarkan kedua-dua temasya samada secara domestik atau antarabangsa.", "Sebagai tambahan, temasya Sukan SEA ini akan bermula 5 hingga 17 Mei kelak. Sementara itu, Sukan Para ASEAN pula akan bermula pada 3 Jun dan berakhir pada 9 Jun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111610/", "headline": "\nRonald Koeman: Pemain-Pemain Muda Merupakan Masa Hadapan Kelab Hebat Ini\n", "content": ["Disebalik pengumuman perpisahan antara penyerang prolifik, Lionel Messi dan FC Barcelona jumaat lalu, ketua jurulatihnya, Ronald Koeman tetap melahirkan keyakinan bahawa gergasi Catalan itu akan memberikan keterujaan kepada para penyokong untuk mengharungi saingan musim 2021-22 kali ini.", "Keyakinan itu diluahkan selepas membimbing Barcelona memenangi kejohanan pramusim, Piala Joan Gamper 2021 dengan menumpaskan gergasi Itali, Juventus 3-0, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "⭐️ 𝙃𝙄𝙂𝙃𝙇𝙄𝙂𝙃𝙏𝙎 ⭐️#BarçaJuve #TrofeuGamper @EstrellaDammUK pic.twitter.com/7AJKKs1Tcu", "Dalam perlawanan tersebut, Koeman membariskan beberapa pemain muda yang dilihat bakal mengisi kesebelasan utama skuad Blaugrana untuk menghadapi saingan baharu yang akan bermula hujung minggu ini.", "Antara pemain-pemain muda yang beraksi membantu kemenangan Barcelona awal pagi tadi ialah Alex Collado (22 tahun), Riqui Puig (21 tahun), Nicolas Gonzalez Iglesias (19 tahun), Yusuf Demir (18 tahun), Alejandro Balde Martinez (18 tahun).", "“Walaupun Messi mengucapkan selamat tinggal (kepada Barcelona), kami sangat teruja dengan musim ini. ", "“Kami berkeyakinan akan memberikan anda kegembiraan pada musim ini.", "“Pemain-pemain muda merupakan masa hadapan untuk kelab hebat ini.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan seperti dipetik daripada Goal.", "Jendela perpindahan kali ini menyaksikan Barcelona mendapatkan beberapa pemain baharu seperti Eric Garcia, Memphis Depay dan Sergio Aguero. ", "Sementara itu, pemergian Messi meninggalkan Barcelona menyaksikan lilitan kapten diberikan kepada pemain tengah senior, Sergio Busquets bermula musim ini.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324153/", "headline": "\nMalaysia Masters: Separuh Akhir Milik Pearly-Thinaah Selepas Beraksi 1 Jam 51 Minit\n", "content": ["Pasangan badminton wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir Malaysia Masters 2023 selepas bertarung selama 1 jam 51 minit di Gelanggang 1, Axiata Arena.", "Pertarungan panjang itu berlangsung ketika berhadapan dengan bekas beregu No.1 dunia dari Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota pada peringkat suku akhir, petang tadi.", "Pearly-Thinaah yang kini menghuni ranking kesebelas dunia melakar kemenangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 13-21, 21-19 dan 21-16.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan ketiga dilakar Pearly-Thinaah bertemu Yuki-Sayaka merangkap juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 daripada enam pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir kelak, Peary-Thinaah akan berhadapan samada beregu Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong atau beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti.", "Sebagai tambahan, kemaraan Pearly-Thinaah ke peringkat separuh akhir pada hari ini secara langsung menyamai pencapaian mereka pada edisi lalu.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUWD – QF 🇲🇾TAN Pearly🏅13 21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇯🇵Yuki FUKUSHIMA21 19 16 🇯🇵Sayaka HIROTA", "— BWFScore (@BWFScore) May 26, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218092/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Kian Meng-Wee Kiong ‘Tendang’ Beregu No.3 Denmark\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong berhasil menempah tiket ke Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Kemaraan itu dirakamkan selepas Kian Meng-Wee Kiong menumpaskan beregu No.3 Denmark yang turut menghuni ranking ke-30 dunia, Jeppe Bay dan Lasse Molhede di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalan perlawanan tersebut, Kian Meng-Wee Kiong berhasil menumpaskan mereka menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-15 dan 21-17 dalam tempoh masa 50 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 2, Axiata Arena, Bukit Jalil.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Kian Meng TAN🏅18 21 21 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅21 15 17 🇩🇰Jeppe BAY 🇩🇰Lasse MØLHEDE", "🕗 in 50 minutes https://t.co/X9zA9QyW9m", "— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan dari Malaysia dan Denmark ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Kian Meng-Wee Kiong yang berhasil mara ke Pusingan 16 akan bertemu dengan wakil China yang memenangi saingan Terbuka Indonesia baru-baru ini, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.", "Pasangan China yang menghuni ranking ke-45 dunia ini mara ke Pusingan 16 selepas menundukkan wakil muda negara, Chang Yee Jun dan Yap Roy King secara “straight set” 21-14 dan 21-18 di Pusingan 32, hari ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322500/", "headline": "\nWorld Athletics Tidak Benar Atlet Transgender Bertanding Dalam Kategori Wanita\n", "content": ["Badan induk olahraga dunia, World Athletics menetapkan atlet transgender yang melalui akil baligh sebagai lelaki tidak lagi dibenarkan bersaing dalam kejohanan ranking dunia bagi kategori wanita bermula 31 Mac 2023.", "Peraturan baharu tersebut hadir selepas Ahli Majlis World Athletics membuat keputusan tersebut dan memaklumkannya menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasminya, pada awal pagi tadi.", "Difahamkan, World Athletics telah menjalankan sesi konsultansi dengan pelbagai pemegang taruh seperti Ahli Persekutuan (Member Federations), Akademi Jurulatih-Jurulatih Olahraga Dunia dan Suruhanjaya Atlet, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) serta wakil transgender dan kumpulan hak asasi manusia dalam dua bulan pertama pada tahun ini sebelum membuat keputusan itu.", "Sebagai rekod, sebelum ini World Athletics membenarkan atlet transgender bersaing dalam kategori wanita dengan syarat tahap testosteron di bawah 2.5nmol/L bagi tempoh 24 bulan.", "Perkembangan ini menyaksikan World Athletics mengikut jejak langkah badan induk sukan renang dunia, Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) yang menyekat atlet transgender mengambil bahagian dalam kategori wanita bagi saingan elit bermula 20 Jun tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111310/", "headline": "\nPelumba Remaja, Hugo Millan Maut di MotorLand Aragon\n", "content": ["Pelumba motosikal kelahiran Sepanyol, Hugo Millan dilaporkan maut ketika beraksi di Litar Motorland Aragon dalam kejohanan European Talent Cup, semalam.", "Menurut penganjur kejohanan, pelumba berusia 14 tahun itu terlibat dalam satu kemalangan yang dahsyat di selekoh kelima pada pusingan kedua. ", "We are deeply saddened to report that Hugo Millán succumbed to his injuries after a crash in the HETC race.We send all our love and support to his family, team and loved ones.We will miss you Hugo. pic.twitter.com/IuSlkdCzxJ", "Ketika itu, dia terjatuh daripada jenteranya di tengah-tengah trek. Di saat dia cuba keluar daripada trek tersebut, sebuah motosikal yang datang dari belakang gagal mengelak dan merempuh Millan.", "Bendera merah segera dinaikkan selepas daripada insiden tersebut. Kemudiannya, para doktor bergegas memberikan rawatan segera sebelum membawanya ke pusat perubatan.", "Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dengan menggunakan helikopter. Disebalik usaha bertungkus-lumus dilakukan oleh pasukan perubatan, Millan gagal diselamatkan.", "DEP Hugo Millán 🙏🏻😔 Mi más sincero pésame a su familia, amigos y equipo. pic.twitter.com/5Vw5ijSCgi", "Juara dunia enam kali, Marc Marquez antara yang turut mengucapkan takziah di atas berita kematian pelumba muda ini menerusi laman sosialnya.", "Untuk makluman, musim ini menyaksikan Millan sedang berada dalam prestasi terbaik dalam kariernya. Dalam saingan yang dianjurkan oleh FIM CEV Repsol musim ini, Millan beberapa kali telah bermula daripada kelompok hadapan dan menaiki podium."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215306/", "headline": "\nBekas Pemain Akademi Arsenal Jadi Pemain Import Ke-4 Kuching City\n", "content": ["Skuad Liga Premier, Kuching City FC melengkapkan kuota importnya dengan mengumumkan kedatangan bekas pemain Akademi Arsenal, Keanu Marsh-Brown.", "Penyerang berusia 29 tahun yang memiliki kerakyatan England dan Guyana ini diperkenalkan oleh Kuching City menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, minggu ini.", "Untuk makluman semua, selepas menyertai Akademi Arsenal Keanu ke Akademi Fulham dan bergraduasi di sana. ", "Selepas itu, dia memulakan karier profesional bersama Fulham dan beberapa pasukan di United Kingdom sebagai contoh MK Dons, Dundee United, Oldham Athletics, Yeovil Town dan lain-lain lagi.", "Pernah melebarkan kariernya di Amerika Syarikat dengan menyertai Memphis 901 FC yang beraksi dalam kancah USL Championship pada tahun 2020.", "Pasukan terakhir yang disertainya sebelum ini ialah East Riffa yang beraksi dalam kancah bola sepak Bahrain.", "Berdasarkan rekod daripada portal Transfermarkt, dia telah tampil sebanyak 274 kali serta menjaringkan 51 gol sepanjang kariernya, setakat ini.", "Selain itu, Keanu turut mempunyai pengalaman beraksi dengan skuad England di pelbagai peringkat umur sebelum memilih untuk mewakili skuad senior pasukan yang berpangkalan di benua afrika, Guyana.", "Kehadirannya dijangka menjadi adunan utama skuad bimbingan Irfan Bakti untuk mendapat promosi ke saingan Liga Super 2023. Sebelum ini, Kuching City telah mendapatkan khidmat import, penyerang Liberia, Abu Kamara disamping mengekalkan import musim lalu, Aylton Alemao dan Yuki Tanigawa.", "Featured Image: Memphis 901 FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221234/", "headline": "\n10 Berita Mendukacitakan Atlet & Skuad Malaysia Sepanjang 2022\n", "content": ["Selepas dua tahun pandemik melanda dunia, tahun 2022 menyaksikan banyak negara semakin melonggarkan peraturan melibatkan Covid-19 sekaligus membolehkan pertandingan dan kejohanan sukan di peringkat antarabangsa kembali dijalankan dengan lebih meriah.", "Ianya turut memperlihatkan penglibatan lebih ramai atlet dan skuad Malaysia di pertandingan dan kejohanan antarabangsa tersebut. Hasilnya, pelbagai berita suka dan duka melibatkan atlet-atlet negara dapat dilaporkan dan dirakamkan sepanjang tahun ini.", "Sebelum beralih ke tahun 2023 dalam beberapa hari sahaja lagi, Sukanz melampirkan 10 berita mendukacitakan yang melanda atlet-atlet serta skuad Malaysia dalam arena sukan antarabangsa sepanjang tahun 2022:", "Arena sukan tempatan digegarkan dengan pengumuman oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang bertindak menghukum perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dan bekas juara dunia remaja sebanyak dua kali, Goh Jin Wei.", "Hukuman yang diberikan adalah tidak akan mendaftarkan kedua-dua pemain ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan pendaftaran oleh pihak BAM. Ini secara tidak langsung mengekang Zii Jia dan Jin Wei daripada beraksi di kejohanan di bawah kawal-selia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Semuanya gara-gara kedua-dua pemain berusia 24 dan 22 tahun ini membuat keputusan untuk bergerak secara profesional atau bersendiri (independent) dan bukannya di bawah naungan BAM.", "Bagaimanapun, selepas mendapat kritikan yang menggunung daripada peminat sukan tempatan serta perbincangan melibatkan pelbagai pihak, hukuman itu ditarik semula.", "Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) yang dianjurkan di Kemboja bermula pertengahan Februari lalu merupakan edisi ketiga anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).", "Skuad Harimau Muda yang ketika itu mendapat bimbingan Brad Maloney diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Laos, Myanmar dan Indonesia. Namun begitu, Myanmar dan Indonesia bertindak menarik diri ekoran beberapa pemainnya dijangkiti Covid-19 dan mengalami kecederaan.", "Justeru, untuk mencari juara bagi Kumpulan B, Malaysia dan Laos akan berentap sebanyak dua kali. Situasi itu tidak digunakan sepenuhnya buat skuad Harimau Muda untuk mengumpul mata yang diperlukan bagi muncul juara kumpulan sebaliknya mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada Laos sekaligus terpaksa melupakan saingan peringkat kalah mati.", "Skuad futsal kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong turut menerima nasib yang sama seperti skuad Harimau Muda ketika beraksi di Kejuaraan AFF Futsal pada April lalu.", "Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah, Thailand, Indonesia, Kemboja dan Brunei. Hanya juara dan naib juara sahaja dapat mara ke peringkat kalah mati yakni separuh akhir.", "Bagaimanapun, Malaysia hanya meraih kemenangan ke atas Kemboja dan Brunei sahaja dan tumpas kepada Indonesia dan Thailand. Situasi itu menyebabkan Malaysia mengumpul 6 mata sahaja dan menamatkan saingan peringkat Kumpulan B di tangga ketiga sekaligus terkandas.", "Ini juga menyebabkan Malaysia terlepas peluang untuk merebut slot ke Piala Asia.", "Persembahan pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi di temasya Sukan SEA 2021 Hanoi sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat dan pendokong sukan tanah air. Ini juga menjadi temasya sukan antarabangsa pertamanya di peringkat senior.", "Bagaimanapun, penantian aksi pelari berusia 18 tahun kelahiran Perak ini mendukacitakan orang ramai apabila dikesan melakukan ‘false start’ seawal peringkat saringan dalam acara pecut 100 meter (m) sekaligus tersingkir.", "Sementara itu, seorang lagi pelari negara, Muhammad Arsyad Md Saat yang berjaya melangkah ke pusingan akhir acara ini hanya menamatkan saingan di tempat keenam.", "Perkara sekaligus menjadikan Malaysia gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam dua edisi terdahulu secara berturut-turut oleh Khairul Hafiz Jantan (Sukan SEA 2017) dan Haiqal Hanafi (Sukan SEA 2019).", "Barisan pemain badminton pelapis yang dihantar untuk beraksi di temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi dalam acara berpasukan lelaki tumpas kepada Thailand pada perlawanan akhir.", "Malaysia tumpas kepada Thailand dengan skor 3-0. Ianya berpunca daripada tiga kekalahan berturut-turut oleh Jacky Kok Jing Hong, gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Lee Shun Yang kepada Kunlavut Vitidsarn, gandingan Chaloempon Charoenkitamorn-Nantakarn Yordphaisong dan Khosit Phetpradab masing-masing.", "Sekitar sebulan sebelum berlangsungnya temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, satu berita menggemparkan peminat dan pendokong sukan tempatan apabila pemain skuasy No.1 tanah air, Sivasangari Subramaniam terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Maju Expressway (MEX).", "Dilaporkan, pemain berusia 24 tahun ini mengalami kecederaan yang serius selepas kenderaan yang dinaikinya melanggar lori di lebuh raya berkenaan. Namun begitu, dia sempat diselamatkan sebelum kenderaan dinaikinya itu terbakar.", "Sivasangari yang ketika itu menghuni ranking ke-19 dunia bukan sahaja diletakkan sandaran untuk meraih pingat emas buat kontinjen Malaysia bahkan turut dinamakan sebagai pembawa Jalur Gemilang di temasya berkenaan.", "Skuad hoki lelaki kebangsaan bimbingan Arul Selvaraj kempunan untuk menempa sejarah dengan menjuarai kejohanan Hoki Piala Asia buat julung kalinya sejak ianya dipertandingkan buat pertama kali pada tahun 1982.", "Semuanya gara-gara tumpas kepada skuad Korea dengan keputusan tipis 1-2 hasil jaringan Jung Man-jae dan Hwang Tae-il dalam perlawanan akhir kejohanan terbabit. Jaringan tunggal oleh skuad Speedy Tigers pula hadir menerusi Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan.", "Gelaran naib juara diraih Malaysia ini menyamai pencapaian yang dilakukan pada edisi lalu. Sementara itu, bagi Korea pula, kejuaraan ini merupakan yang kelima pernah dijuarainya selepas edisi 1994, 1999, 2009 dan 2013.", "Atlet lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa berhasil melayakkan diri untuk beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia 2022 yang berlangsung di Oregon, Amerika Syarikat.", "Atlet berusia 30 tahun ini layak secara merit selepas menempatkan dirinya dalam kelompok 32 atlet lompat tinggi terbaik dalam ranking dunia. Untuk rekod, ini merupakan penampilan kedua di pentas berkenaan selepas beraksi buat pertama kali pada Kejohanan Olahraga Dunia 2017 di London.", "Bagaimanapun, persembahan Nauraj di kejohanan terbabit hanya setakat di pusingan kelayakan sahaja ekoran gagal merekodkan lompatan minimum setinggi 2.71 meter (m) dalam ketiga-tiga percubaannya.", "Selepas membuat kejutan menumpaskan pilihan ketiga kejohanan, beregu Korea, Lee So-hee dan Shin Seun-chan di Pusingan 32 Terbuka Jepun, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil melangkah ke Pusingan 16. Menantinya di pusingan terbabit adalah sepasang lagi beregu Korea, Baek Ha-na dan Lee Yu-lim.", "Segalanya berjalan dengan baik pada set pertama dimana Pearly-Thinaah berjaya memenanginya dengan skor 21-19. Ketika beraksi pada set kedua, Pearly mula merasa sakit di bahagian lututnya namun meneruskan perlawanannya dimana mereka tumpas 19-21 dan mengheret permainan ke set penentuan.", "Akan tetapi, ketika di pertengahan set ketiga, Pearly beberapa kali menunduk tahan sakit sambil memegang lututnya sebelum membuat keputusan untuk menarik diri sekaligus memberikan kemenangan kepada pasangan Korea itu.", "Pada saat itu, ramai menyangkakan Pearly mengalami kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (ACL) yang akan menyebabkan karier badmintonnya terjejas.", "Setelah pulang ke tanah air dan menjalani imbasan magnetic resonance imaging (MRI), Pearly disahkan tidak mengalami kecederaan ACL. Sebaliknya, pemain berusia 22 tahun ini hanya mengalami kecederaan di bahagian hamstring dan tendon lutut. Walaubagaimanapun, kecederaan ini tetap membuatkannya terpaksa berehat antara 4 hingga 6 minggu.", "Satu kejutan besar berlaku di Kejohanan Dunia Remaja BWF pada tahun ini apabila tiada sebarang wakil negara berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.", "Ini gara-gara empat wakil terakhir negara yang beraksi di peringkat Pusingan 16 tumpas kepada lawan masing-masing.", "Sebagai perbandingan, edisi lalu pada tahun 2019 menyaksikan sekurang-kurangnya empat wakil negara berjaya mara ke peringkat suku akhir.", "Manakala kali terakhir Malaysia mempunyai wakil yang menjuarai kejohanan ini adalah pada edisi 2018 menerusi perseorangan wanita, Goh Jin Wei."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217871/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Palestin Kalahkan Filipina 4-0, Muncul Juara Kumpulan B\n", "content": ["Skuad kebangsaan yang menghuni ranking ke-100 dunia, Palestin menutup kempen peringkat Kumpulan B dalam kelayakan Piala Asia 2023 dengan bergaya selepas menundukkan Filipina dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Palestin berhasil menumpaskan skuad berjulukan The Azkals yang dibimbing oleh Thomas Dooley itu dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Saleh Chihadeh, Tamer Sayem, Mohammad Yameen dan Abuwarda.  ", "Kemenangan ini membolehkan mereka mengutip 3 mata sekaligus menamatkan saingan ini selaku juara Kumpulan B dengan 9 mata secara keseluruhan serta menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2023.", "Sementara itu, Filipina pula kekal berada di tangga kedua Kumpulan B dengan empat mata dan kedudukan tersebut tidak akan berubah waima apa sekalipun keputusan yang akan terhasil daripada perlawanan Yaman menentang Mongolia – yang turut berada dalam kumpulan tersebut.", "Dengan keputusan ini juga, peluang buat Filipina ke pentas Piala Asia 2023 menjadi semakin tipis dan bergantung kepada pengutan mata oleh lima lagi pasukan yang menamatkan saingan ini selaku naib juara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111893/", "headline": "\nJDT Rangkul Kejuaraan Liga Super Ke-8 Berturut-Turut\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan kecemerlangan dalam saingan domestik dengan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-8 berturut-turut.", "Kejayaan tersebut diraih oleh skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan selepas menumpaskan Sri Pahang 3-0 pada aksi ke-20 liga di halaman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.", "Penyerang profiliknya, Bergson da Silva berhasil menemui belakang jaring Sri Pahang pada minit ke-8, ke-41 dan ke-45 sekaligus mencatatkan hatrik pada perlawanan ini. ", "Setakat ini, pemain kelahiran Brazil yang berusia 30 tahun ini telah mengumpul 23 gol dalam saingan Liga Super dan menjadi calon pilihan untuk merangkul Anugerah Kasut Emas 2021.", "Lebih menarik, kejuaraan tersebut disahkan oleh anak-anak buah Benjamin Mora secara matematik tatkala saingan liga masih lagi berbaki dua perlawanan bagi musim ini.", "Dengan kejayaan ini, JDT turut memahat satu lagi sejarah dalam kancah bola sepak Malaysia sebagai satu-satunya pasukan yang menjuarai Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut.", "Kali pertama JDT muncul juara dalam saingan ini adalah pada tahun 2014.", "Sebagai tambahan, kejuaraan ini juga membolehkan JDT menempah tiket ke saingan berprestij benua asia, Liga Juara-Juara AFC secara automatik buat kali ketiga berturut-turut.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323231/", "headline": "\nKelab Kendalian Vincent Kompany Sahkan Gelaran Liga Kejuaraan\n", "content": ["Burnley yang kini dikendalikan oleh bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany berjaya mengesahkan gelaran Liga Kejuaraan – saingan divisyen kedua bola sepak England.", "Gelaran itu hadir setelah skuad berjulukan The Clarets melakar kemenangan 1-0 ke atas Blackburn Rovers hasil jaringan Manuel Benson pada babak kedua dalam perlawanan ke-44 Liga Kejuaraan, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Vinny couldn't have dreamt of a better moment to clinch the Championship title 😍", "— Burnley FC (@BurnleyOfficial) April 25, 2023", "Kemenangan tersebut memberikan tiga mata yang membuatkan Burnley mengumpul 95 mata serta tidak dapat dipintas lagi oleh kelab-kelab lain biarpun tumpas dalam baki dua perlawanan terakhir liga kelak.", "Selain mengesahkan kejuaraan, Burnley turut mengesahkan promosi ke saingan utama bola sepak England, Liga Perdana Inggeris pada awal April lalu.", "Untuk makluman semua, ini merupakan gelaran juara dalam saingan kedua bola sepak England yang pertama buat Burnley selepas enam musim – kali terakhir memenanginya pada 2015-16."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114286/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Lee Zii Jia Lepasi Halangan Pusingan 64\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berhasil melepasi halangan Pusingan 64 pada Kejohanan Dunia BWF dengan menumpaskan pemain Kanada, Jason Anthony Ho-Shue, sebentar tadi.", "Pemain berusia 23 tahun itu berhasil mengenepikan Jason dalam perlawanan 3 set dimana Zii Jia meraih kemenangan dengan keputusan 21-10, 17-21 dan 21-11 dalam tempoh masa kurang satu jam.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 6421 17 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅10 21 11 🇨🇦Jason Anthony HO-SHUE🕗 in 50 minutes https://t.co/FG0rdSvC55", "Kemenangan tersebut membolehkannya meneruskan kemaraan ke Pusaingan 32. Menantinya di situ adalah pemain Brazil, Ygor Coelho, 25 tahun, yang menghuni ranking ke-50 dunia. Pemain ini mara ke Pusingan 32 selepas menyingkirkan pemain Belgium, Maxime Moreels.", "Berdasarkan rekod, Zii Jia pernah bertemu pemain ini sebanyak satu kali pada Kejohanan Dunia BWF 2019. Ketika itu, Zii Jia mudah menumpaskan pemain ini secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-17 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206449/", "headline": "\nWillian Pemain Versatil, Boleh Bermain 3 Atau 4 Posisi Berbeza – Mikel Arteta\n", "content": ["Kelab berpangkalan di London, Arsenal mengumumkan secara rasmi ketibaan pemain baharunya, Willian untuk mengharungi saingan musim 2020/21.", "Bekas pemain Chelsea berusia 32 tahun ini berhijrah ke Arsenal secara percuma dan diikat kontrak selama tiga tahun. Dikhabarkan Willian diberikan No.12 bersama skuad The Gunners.", "Mengulas mengenai kemasukan Willian, Arteta menerangkan ianya sangat menguntungkan skuadnya kerana kemampuan Willian untuk bermain di pelbagai posisi serta dapat menguatkan lagi barisan serangan Arsenal.", "🗞 Brazil international @WillianBorges88 has signed a three-year deal to join us ahead of the 2020/21 season", "“Saya percaya dia boleh memberikan perbezaan kepada (pasukan) kami,” kata pengurus Arsenal dipetik daripada laman Goal.", "“Kami telah memerhatikan (Willian) selama beberapa bulan lepas, kami mempunyai perancangan yang jelas mahu menguatkan posisi attacking midfielder dan sayap (dan) dia merupakan pemain yang dapat memberikan kami kepelbagaian, dia boleh bermain tiga atau empat posisi.”", "“Dia mempunyai banyak pengalaman dalam dunia bola sepak tetapi masih mempunyai cita-cita untuk datang ke sini dan menyumbang untuk membawa kelab ini ke tempat yang sepatutnya. Saya sangat kagum dengan semua perbincangan yang dilakukannya dan betapa dia ingin datang ke sini.” jelasnya lagi.", "Untuk makluman, Willian tiba di Stamford Bridge setelah berpindah daripada Anzhi Makhachkala pada tahun 2013 dan semenjak itu dia telah bermain selama 7 tahun bersama Chelsea.", "Semasa menyarung jersi The Blues, pemain sayap lincah ini telah menjaringkan 63 gol dan menyumbang 56 bantuan gol daripada 339 penampilan. Bersama Chelsea juga, Willian telah merangkul dua trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219329/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik Yang Pertama Ke Final Selepas 12 Tahun\n", "content": ["Gandingan Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong menjadi beregu lelaki negara yang terakhir membuat penampilan di pentas akhir Kejohanan Dunia BWF sekitar 12 tahun lalu.", "Setelah sekian lama, kemarau berpanjangan tersebut berjaya ditamatkan oleh beregu No.1 negara pada ketika ini, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di peringlat separuh akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 20-22. ", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MD – Semi final 🇲🇾Aaron CHIA🏅20 21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅22 18 16 🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY 🇮🇳Chirag SHETTY", "🕗 in 78 minutes https://t.co/xBOZbDN97L", "— BWFScore (@BWFScore) August 27, 2022", "Namun begitu, mereka berhasil bangkit meraih kemenangan di set seterusnya dengan skor 21-18.", "Ia sekaligus mengheret Satwik-Chirag ke set penentuan dimana Aaron-Wooi Yik mengekalkan momentum kemenangan dengan skor yang berkesudahan 21-16.", "Pertembungan sengit kali keenam melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam permainan.", "Sementara itu, menanti mereka di pentas akhir adalah beregu No.3 dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan. ", "Gandingan veteran yang terkenal dengan julukan “The Daddies” ini melayakkan diri ke pentas akhir pada edisi kali dengan selepas menumpaskan beregu junior senegaranya, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dengan pungutan mata 23-21, 12-21 dan 21-16.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322489/", "headline": "\n5 Perkara Menarik Di Sebalik Kemenangan Malaysia Ke Atas Turkmenistan\n", "content": ["Malaysia bimbingan Kim Pan-gon berhasil mencetak kemenangan selepas Akhyar Rashid berhasil menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama ketika menentang Turkmenistan dalam perlawanan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). ", "Kemenangan ini turut diserikan dengan penampilan beberapa muka baharu, aksi cemerlang penjaga gol serta impak menakjubkan yang ditampilkan pemain naturalisasi baharu negara. ", "Berikut adalah rangkuman 5 perkara menarik di sebalik kemenangan Harimau Malaya pada malam tadi:", "Biarpun hanya beraksi selama 52 minit dalam saingan Liga Super, Akhyar Rashid telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang perlawanan semalam dan menjaringkan gol tunggal perlawanan.", "Jaringan tersebut merupakan gol ke-8 buat pemain kelahiran Jitra, Kedah itu bersama skuad senior kebangsaan dan jaringan pertamanya sejak kali terakhir melakukannya setahun yang lalu di Stadium Nasional Kallang, Singapura menentang Filipina. ", "Seramai 4 pemain baharu telah diberikan peluang oleh Kim Pan-Gon untuk melakukan penampilan sulung mereka bersama skuad kebangsaan – Paulo Josue, Endrick dos Santos, Nooa Laine dan Feroz Baharudin.", "Paulo Josue dan Endrick dos Santos telah diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengawal bahagian tengah bersama Brendan Gan sebelum Nooa Laine dan Feroz Baharudin masuk pada babak kedua perlawanan. ", "Syihan Hazmi tampil cemerlang apabila memastikan gawang pasukan negara tidak dibolosi selepas menyelamatkan 4 percubaan berbahaya yang hadir daripada jentera serangan Turkmenistan. ", "Untuk rekod, Syihan hanya bolos 3 kali daripada 9 kemenangan yang dicatatkan skuad kebangsaan sejak penampilan sulungnya menentang Bangladesh dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 pada 14 Jun yang lalu.", "Biarpun baru diturunkan bersama skuad kebangsaan, Paulo Josue hampir menjaringkan gol sulung pada penampilan sulungnya menerusi tandukan yang berjaya ditepis penjaga gol Turkmenistan, Charyyev Rasul.", "Selain percubaan berbahaya, Paulo Josue aktif membantu jentera serangan dengan mencipta peluang kepada penyerang Malaysia antaranya hantaran lolos kepada Akhyar yang berjaya dihalang penjaga gol lawan.", "Kim Pan-Gon meraih kemenangan ke-13 sepanjang beliau dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan dan mencatatkan kadar kemenangan sebanyak 72% ketika ini. ", "13 kemenangan tersebut terhasil daripada 18 perlawanan skuad kebangsaan sejak Mac tahun lalu dengan Malaysia hanya tewas menentang Singapura, Bahrain, Tajikistan, Vietnam dan Thailand."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214621/", "headline": "\nProjek Stadium Baharu Kedah Dianggarkan Bernilai RM70 Juta\n", "content": ["Salah satu daripada perancangan Kedah Darul Aman FC (Kedah) setelah melantik tokoh kewangan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar selaku patron (penuang) kelab adalah membina stadium sendiri.", "Perancangan tersebut tampak serius apabila pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu berkongsikan perkara berkenaan di dalam dokumen Prospektus Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman yang dimuat naik di laman sesawangnya.", "Antara butiran yang dikongsikan mengenai stadium baharu tersebut adalah anggaran nilai pembinaannya sebanyak RM70 juta. Difahamkan, dengan memiliki stadium sendiri, ianya dapat memberi peluang buat Kedah untuk menjana pendapatan tambahan.", "Antara peluang janaan pendapatan yang dapat diusahakan Kedah menerusi stadium baharu miliknya kelak adalah pengkomersilan stadium, pendapatan hari perlawanan, penjualan tiket VIP, jelajah stadium, penganjuran acara sukan, acara korporat, konsert dan lain-lain lagi.", "Setakat ini tiada sebarang butiran mengenai kapasiti, keluasan tapak projek atau lokasi pembinaan dikongsikan oleh pihak kelab. ", "Menerusi kenyataan oleh Dr. Mohd Daud Bakar sebelum ini, pembinaan stadium baharu ini dijangka akan dimulakan dalam tempoh 2-3 tahun akan datang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112033/", "headline": "\nSasar Layak ke Piala AFC, Pertahanan Terengganu Tidak Gentar Berdepan Sang Juara JDT\n", "content": ["Walaupun tewas dalam dua perlawanan terdahulu, pertahanan Terengganu FC, Shahrul Nizam Ros Hasni menyatakan pasukannya tetap meletakkan sasaran untuk muncul naib juara Liga Super 2021.", "Kedudukan itu juga membolehkan mereka meraih tiket awal ke pentas antarabangsa, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.", "Justeru, untuk merealisasikan sasaran tersebut, tiada pilihan buat Nizam dan rakan-rakannya melainkan merekodkan kemenangan dalam baki dua perlawanan Liga Super termasuk menumpaskan sang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.", "“Sasaran kami masih lagi mahu bersaing di Piala AFC selepas terkilan tidak dapat bermain pada musim ini dan kedudukan selaku naib juara Liga Super lebih menjamin buat kami memandangkan tempat ketiga perlu menunggu pemenang Piala Malaysia.", "“Sememangnya saya dan rakan-rakan mahukan kemenangan dalam perlawanan ini kerana ia pasti jadi pengubat terbaik selepas kami kalah pada dua perlawanan sebelum ini yang menjejaskan peluang kami untuk berada dalam kalangan kedua terbaik.", "“Kami sedar tidak boleh kalah lagi jika mahu terus merapati kedudukan Kedah selain Penang juga meraih mata sama dengan kami. Selepas ini hanya tinggal satu perlawanan sahaja lagi.", "“Saya sedar JDT sememangnya sebuah pasukan yang sangat kuat tetapi itu tidak bermakna saya dan rakan-rakan takut untuk berdepan mereka sebaliknya kami akan lebih bersemangat.", "“Ketiadaan Carli de Murga yang merupakan ketua pasukan tidak menjejaskan kami kerana persefahaman dengan gandingan saya, Muhammad (Mohd Fauzi) di bahagian pertahanan tengah semakin meningkat dari setiap perlawanan,” katanya.", "Ketika ini, Terengganu berada di kedudukan ketiga dalam saingan Liga Super dengan mengumpul 37 mata daripada 20 perlawanan.", "Di kedudukan kedua adalah Kedah Darul Aman yang mempunyai 39 mata namun berkelebihan satu perlawanan di mana mereka baru sahaja beraksi dalam 19 perlawanan.", "Sementara itu, Penang FC yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Republik Czech pula mempunyai 37 mata sedang menghimpit Terengganu di kedudukan keempat.", "Mampukah Nizam dan rakan-rakannya mencapai sasaran untuk muncul naib juara Liga Super 2021? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220399/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Pearly-Thinaah Akhiri Kemarau Hampir 20 Bulan Final Jelajah Dunia BWF\n", "content": ["Kemarau panjang ke pentas akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF menimpa beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akhirnya menemui penghujungnya.", "Gandingan Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-11 dunia ini berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan lawannya di peringkat separuh akhir saingan Terbuka Perancis 2022 – Jelajah Dunia Super 750, sebentar tadi.", "Kemenangan itu dicatatkan ke atas beregu Korea yang mula bergandingan bersama di kejohanan ini, Baek Ha-na dan Lee So-Hee secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-17 dalam tempoh 41 minit permainan.", "YONEX French Open 2022WD – Semi final 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅13 17 🇰🇷Ha Na BAEK 🇰🇷So Hee LEE", "🕗 in 41 minutes https://t.co/hIgP9PVtdX", "— BWFScore (@BWFScore) October 29, 2022", "Sebagai rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah ke pentas akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF adalah pada Mac 2021 dalam saingan Terbuka Swiss yang bertaraf Super 300.", "Untuk pengetahuan semua, saingan itu juga menjadi gelaran Jelajah Dunia BWF yang pertama dan terakhir dimenangi Pearly-Thinaah dalam karier mereka setakat ini.", "Sementara itu, Pearly-Thinaah yang mara ke perlawanan akhir akan bertemu bertemu beregu yang berada di ranking ketujuh dunia, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara. ", "Pasangan dari Jepun ini menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menumpaskan beregu senegaranya, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 15-23 dalam tempoh 53 minit, petang tadi. ", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219534/", "headline": "\nKelab Berpangkalan di Brunei, DPMM FC sertai Liga Super 2022?\n", "content": ["Adakah kita bakal menyaksikan pasukan berpangkalan di Brunei iaitu Duli Pengiran Muda Mahkota Football Club (DPMM FC) bakal menyertai saingan Liga Super 2022 kelak?", "Ketika sesi tanya dan jawab (QnA) dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim di laman sosial Instagram baginda semalam, salah seorang pengikut melontarkan soalan berkenaan penyertaan kelab tersebut dalam saingan tempatan.", "“Bolehkah anda membantu pasukan Brunei, DPMM FC untuk menyertai saingan Liga Super Malaysia secara terus pada musim berikutnya?” tulis salah seorang pengikut laman sosial @hrhcrownprinceofjohor.", "Baginda yang merupakan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya membalas pendek persoalan yang dilontarkan tersebut dengan ungkapan, “Insha’Allah.”", "Menarik untuk disaksikan, sejauh manakah TMJ yang juga merupakan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Malaysian Football League (MFL) akan membantu kelab yang dipengerusikan oleh Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk menyertai saingan Liga Super 2022?", "Untuk rekod, DPMM FC pernah mewarnai saingan Liga Malaysia suatu masa dahulu sekitar tahun 2005 hingga tahun 2008. Selepas daripada itu, mereka menyertai saingan Liga Singapura.", "Antara pencapaian terbaik mereka dalam saingan negara seberang tambak hadir pada tahun 2019 apabila mara ke pentas separuh akhir saingan Singapore Cup dan menempa kejuaraan Singapore Premier League (SPL).", "Tahun 2020 menyaksikan mereka hanya sempat bermain satu perlawanan sahaja dalam saingan Liga Singapura sebelum diarahkan tidak dibenarkan merentas keluar negara kerana pandemik Covid-19.", "Kekangan merentas keluar daripada negara kekal pada tahun ini dan menyebabkan mereka tidak mengambil bahagian sama sekali dalam saingan Liga Singapore pada musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221011/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Yew Sin-Ee Yi Muncul Juara Kumpulan, Wakil Kedua Negara Ke Semi-Final\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi wakil negara kedua melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Jelajah Akhir Dunia BWF 2022 setelah muncul juara bagi peringkat Kumpulan A.", "Kemaraan itu disahkan selepas Yew Sin-Ee Yi menumpaskan beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 3 🇲🇾Yew Sin ONG🏅10 21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅21 17 19 🇮🇩Fajar ALFIAN 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO", "🕗 in 53 minutes https://t.co/QM3rI6FQAb", "— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022", "Pada masa yang sama, kemenangan yang dicipta beregu Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho ke atas wakil Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dalam satu lagi perlawanan terakhir bagi kumpulan yang sama turut menyumbang kepada kejayaan Yew Sin-Ee Yi ini.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 3 🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅21 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅11 19 🇯🇵Takuro HOKI 🇯🇵Yugo KOBAYASHI", "🕗 in 40 minutes https://t.co/6SV6DjAuKE", "— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022", "Biarpun Yew Sin-Ee Yi dan Fajar-Rian memungut dua mata yang sama masing-masing hasil daripada meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan, Yew Sin-Ee Yi muncul juara kumpulan atas faktor kelebihan “head-to-head” hasil kemenangan ke atas Fajar-Rian, hari ini.", "Sementara itu, Fajar-Rian pula menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua berturut-turut Yew Sin-Ee Yi mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Pada edisi tahun lalu, Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat yang sama selepas muncul naib juara Kumpulan B.", "Terdahulu, beregu campuran No.1 tanah air, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing muncul wakil pertama yang mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama selepas muncul naib juara Kumpulan B bagi kategori yang disertai mereka. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113159/", "headline": "\n20 Pemain Negeri Sembilan Positif Covid-19 – Jang Ucap ‘Bye’ Kepada Piala Malaysia\n", "content": ["Juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC membuat keputusan untuk tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia yang akan bersambung pada hujung bulan ini.", "Keputusan ini dibuat berikutan 20 pemain serta 4 orang pegawai pasukan Negeri Sembilan dilaporkan positif Covid-19. Ketika ini, kesemua yang positif sedang menjalani kuarantin wajib dan dipantau selama 10 hari oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).", "Perkembangan penuh mengejutkan ini disampaikan sendiri menerusi pelbagai platform media sosial milik pasukan yang terkenal dengan julukan Hoben Jang Hoben, pada hari ini.", "Sementara itu, pihak kelab turut memohon kemaafan daripada penyokong kerana membatalkan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya berlangsung pada 20 Oktober lalu.", "Untuk makluman semua, setelah mengharungi dua pada perlawanan peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia, Negeri Sembilan menduduki tempat ketiga hasil daripada satu kemenangan dan satu kekalahan.", "Featured Image: Negeri Sembilan Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322156/", "headline": "\nPiala Merlion: Harimau Muda Bertemu Kemboja Di Separuh Akhir\n", "content": ["Skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) bimbingan E. Elavarasan akan berhadapan dengan Kemboja pada peringkat separuh akhir Piala Merlions anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura bermula 24 hingga 26 Mac kelak.", "Pertembungan melibatkan skuad Harimau Muda itu disahkan selepas berlangsungnya majlis undian yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube milik badan induk bola negara seberang tambak, semalam.", "Sementara itu, tuan rumah pula akan berhadapan dengan Hong Kong pada peringkat yang sama.", "Pemenang daripada kedua-dua perlawanan ini akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut trofi kejuaraan manakala pasukan yang kalah akan ke penentuan tempat ketiga dan keempat.", "Difahamkan, kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan di Stadium Jalan Besar.", "Untuk makluman semua, kejohanan jemputan ini mula dipertandingkan secara tahunan sejak ianya diperkenalkan pada 1982 sehingga tahun 1986.", "Selepas itu, edisi keenam saingan ini dilangsungkan kembali pada tahun 1992 yang dimenangi oleh Republik Korea. Manakala pada tahun 2009, perebutan kejuaraan Piala Merlion ini hanya melibatkan perlawanan tunggal antara Singapura dan Liverpool.", "Bermula tahun 2019, kejohanan ini dijadikan kejohanan peringkat bawah umur khusus bagi skuad kebangsaan B-22.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219234/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Soon Huat-Shevon Tumpas Dalam Dua Perlawanan Akhir Menentang Thom-Delphine\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Menantinya di peringkat itu adalah wakil Perancis merangkap penghuni ranking kesembilan dunia, Thom Gicquel dan Delphine Delrue. Beregu ini juga diletakkan sebagai pilihan ketujuh untuk menjuarai Kejohahan Dunia BWF kali ini.", "Bercakap mengenai pertemuan ini, Soon Huat-Shevon yang berada di tangga ke-14 dunia mempunyai rekod buruk dalam dua daripada tiga perlawanan menentang Thom-Delphine di kesemua pertandingan antarabangsa sebelum ini.", "Kedua-dua perlawanan terakhir bertemu naib juara Kejohanan Eropah ini berakhir dengan kekalahan. Ianya berlaku ketika mereka beraksi di saingan Terbuka Swiss 2021 dan Jelajah Dunia Akhir BWF 2020. Hanya satu sahaja pertembungan yang dimenangi Soon Huat-Shevon iaitu ketika berentap di saingan Malaysia Masters 2020.", "Terdahulu, Soon Huat-Shevon berhasil mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas berjaya menyingkirkan wakil England, Gregory Mairs dan Jenny Moore di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Soon Huat-Shevon menamatkan perlawanan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-18 dalam tempoh masa 33 minit.", "Sementara itu, Thom-Delphine pula mara selepas menumpaskan beregu Taiwan, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling Fang menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan pungutan mata 10-21, 25-23 dan 21-16."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111118/", "headline": "\nOlimpik 2020: Badminton, Basikal Trek & Terjun Sandaran Pingat\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meletakkan acara badminton, basikal dan terjun sebagai sandaran utama buat kontinjen negara untuk meraih pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Tiga acara tersebut juga merupakan sandaran yang sama semasa temasya Sukan Olimpik Rio 2016 yang lalu.", "Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merica Naina Merican turut memaklumkan sukan-sukan yang lain turut mempunyai keupayaan untuk menyumbang pingat namun ketiga-tiga acara tersebut adalah prospek utama.", "“Pada waktu ini, memadai kalau saya kata hanya tiga bidang sukan (badminton, basikal trek & terjun) itu sahaja yang mempunyai prospek yang meyakinkan,” kata Reezal dalam satu sidang dalam talian bersama-sama atlet Olimpik, baru-baru ini.", "Olimpik Tokyo 2020, terjun, basikal trek, badminton kekal sandaran pingat.Sumber video @BuletinTV3 pic.twitter.com/As9sAtfHHc", "Untuk makluman, seramai 15 atlet bakal mewakili Malaysia untuk bersaing dalam ketiga-tiga acara tersebut.", "Bagi acara badminton, Malaysia mempertaruhkan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean (beregu wanita) serta Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying (beregu campuran).", "Sementara itu, bagi acara basikal trek, kedua-dua atlet, Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan mengambil bahagian di dalam kedua-dua acara keirin dan pecut.", "Terakhir, bagi acara terjun, Malaysia akan diwakili oleh Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206883/", "headline": "\nKV Kortrjik Perlu Kawal Publisiti Terhadap Luqman Hakim\n", "content": ["Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar tidak senang dengan publisiti ‘melampau’ yang diberikan oleh KV Kortrijk terhadap penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin.", "Publisiti sebegitu boleh menyebabkan tumpuan Luqman untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan bola sepak dan rakan sepasukan di Belgium terganggu.", "#ICYMI Saya takkan buka mulut kalau Luqman tak cakap apa-apa. Saya berinteraksi dengan dia setiap hari. Dia cakap nak berlari pun nak kena senyum tengok kamera: Ketua Pegawai Eksekutif NFDP#sinarharian https://t.co/hRGVEdbEAY", "“Saya takkan buka mulut kalau Luqman tak cakap apa-apa. Saya berinteraksi dengan dia setiap hari. Dia cakap nak berlari pun nak kena senyum tengok kamera.", "“Luqman bukanlah mengeluh, tetapi saya secara peribadi tahu dia sebagai pemain muda sedikit sebanyak merasai tekanan itu.", "“Bagi saya janganlah terlalu banyak beri tumpuan kepada Luqman. Biarkan dia berlatih dan fokus di sana,” kata Safirul seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam industri sukan bola sepak, Safirul memahami setiap pasukan bola sepak mahu mengambil peluang untuk mendapatkan publisiti daripada pemain-pemain yang mempunyai nama.", "Lebih-lebih lagi sebarang perkara yang melibatkan Luqman dimuat naik di media sosial mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus meningkatkan engagement buat KV Kortrijk.", "Bagaimanapun, ianya mestilah dihadkan kepada perkara-perkara di dalam padang sahaja dan tidak melibatkan hal-hal peribadi penyerang berusia 18 tahun tersebut.", "“Tengoklah kalau sesuatu hantaran di laman sosial Kortrijk mengenai Luqman, banyak reply dan tag terhadapnya.", "“Bayangkan dia nak tidur pun masih perlu layan benda-benda macam ni. Bagi penyokong mungkin perkara biasa, tetapi kita tidak tahu mungkin ada kesan terhadapnya.", "“Lagipun, ini bukan program realiti yang orang perlu tengok kehidupan seharian Luqman. Dia ke sana untuk bermain sebagai seorang pemain profesional. Jadi, kelab kena kawal.", "“Saya rasa setiap kelab ada polisi terutama membabitkan pemain muda iaitu mereka perlu hadkan tumpuan. Lagipun saya tengok, pemain lain yang baru masuk ke kelab itu tidak pun menjadi tumpuan sama seperti yang diberikan kepada Luqman.", "“Saya tidak pasti sama ada tujuan berita Luqman di media sosial itu untuk menarik minat rakyat Malaysia, tetapi janganlah terlalu kerap kerana ada mudaratnya,” katanya lagi.", "Baru-baru ini, KV Kortrijk berkongsikan sebuah video mengenai debut yang diraih oleh Luqman bersama skuad senior dalam satu perlawanan persahabatan.", "Dalam penampilan sulung tersebut, Luqman berhasil menjaringkan satu gol. Berdasarkan pemerhatian, hantaran video tersebut di Facebook telah mencatatkan sekitar 1000 komen, 1000 perkongsian dan 13,000 reaksi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217433/", "headline": "\nSukan SEA: Juara Asia Singkir ‘Patatimo Boys’ Arif-Haikal Di Pusingan 1\n", "content": ["Pasangan beregu muda negara, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang terkenal dengan julukan “Patatimo Boys” tersingkir di Pusingan 1 dalam acara badminton individu Sukan SEA 2021.", "Arif dan Haikal yang berusia usia 19 tahun masing-masing ini disingkirkan oleh beregu Indonesia merangkap juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan.", "Dalam perlawanan tersebut, Arif-Haikal yang berada di ranking ke-80 dunia terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 13-21. Bagaimanapun, mereka berhasil bangkit untuk merekodkan kemenangan pada set kedua dengan skor 21-17 sekaligus mengeheret beregu di tangga ke-16 dunia itu ke “rubber set”.", "Akan tetapi, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang berusia 21 dan 22 tahun masing-masing ini berjaya menutup pertarungan ini dengan kemenangan menerusi skor 21-14 sekaligus menempah tiket ke peringkat suku akhir.", "R16#INA🇮🇩 Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan(1) def. #MAS🇲🇾 Arif Junaidi-Haikal Nazri 21-13 17-21 21-14#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/qqFMrJjPFF", "— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022", "Untuk pengetahuan semua, Pramudya-Yeremia merupakan beregu lelaki No.4 Indonesia selepas daripada Kevin Sanjaya-Marcus Gideon (ranking pertama dunia), Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (ranking kedua dunia) dan Fajar Alfian-Rian Ardianto (ranking ketujuh dunia).", "Sementara itu, dengan kemenangan ini, Pramudya-Yeremia akan berhadapan dengan beregu Filipina, Solomon Padiz Jr dan Julius Villabrille ranking ke-478 dunia di peringkat suku akhir, esok. ", "Sebagai tambahan, beregu Filipina ini mara selepas menyingkirkan pasangan tuan rumah, Nguyen Dinh Hoang dan Tran Dinh Manh secara “straight set” 25-23 dan 21-15.", "UPDATE: Man Wei Chong forced to withdraw from the #Hanoi2021 individual men’s doubles event due to an injury to his left kneecap.", "Get well soon, Man! 💪#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/IimKXEVekf", "— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022", "Pada masa yang sama, penyingkiran Arif-Haikal ini juga bermakna Malaysia sudah tidak mempunyai sebarang wakil di dalam acara beregu badminton individu kategori lelaki selepas ini.", "Ini berikutan sepasang lagi beregu negara terpaksa menarik diri ekoran Man Wei Chong yang bergandingan bersama Tee Kai Wun mengalami kecederaan di lututnya.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220170/", "headline": "\nTickethotline Buka Jualan Tiket Final Piala AFC – RM30 Untuk General\n", "content": ["Laman penjualan tiket secara atas talian, Tickethotline mula membuka jualan tiket bagi perlawanan akhir Piala AFC 2022 yang menemukan Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan kelab Oman, Al-Seeb pada 22 Oktober (Sabtu) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Berdasarkan tinjauan, terdapat dua kategori jualan dibuka iaitu bagi penyokong tuan rumah, KL City serta penyokong pihak lawan yang terhad kepada penyokong Al-Seeb sahaja.", "Untuk penyokong KL City, hanya satu pilihan sahaja yang tertera untuk dibeli iaitu General Home Tickets (masuk melalui Gate C) – berharga RM30 sekeping termasuk caj pemprosesan dan fi yang berkaitan.", "Menurut makluman rasmi KL City, RM30 tersebut merupakan harga “early bird” bermula Isnin hingga Rabu (17-19 Oktober) sahaja.", "Jom turun ke Final #AFCCup Sabtu Ini! Demi Malaysia! ", "Get your early bird ticket at RM 3️⃣0️⃣, only on https://t.co/W5pZpDzjRO #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/FxCruuKjJI", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) October 17, 2022", "Bagi yang ingin membeli tiket berkenaan, perlu membuka akaun di laman Tickethotline. Setiap satu akaun hanya boleh membuat satu transaksi pembelian yang terhad kepada empat keping tiket sahaja.", "Pihak Tickethotline turut memaklumkan, pembeli yang membeli lebih daripada sekeping tiket hendaklah mengisi butiran pemilik tiket yang selebihnya.", "Untuk pengetahuan semua, sepak mula bagi perlawanan akhir kejohanan kedua tertinggi peringkat asia ini dijadualkan pada 7 malam waktu Malaysia.", "Sebagai tambahan, selain dapat menjulang trofi kejuaraan, pemenang kejohanan ini akan turut membawa pulang 1.5 juta dolar amerika wang ganjaran serta dapat slot play-off ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216550/", "headline": "\nOrleans Masters: ‘Patatimo Boys’ Ke Suku Akhir & Bakal Bertemu Beregu Senior Perancis\n", "content": ["Selepas berhasil mengejutkan wakil tuan rumah, Christo Popov dan Toma Junior Popov selaku pilihan kedua kejohanan pada Pusingan 32, beregu lelaki negara yang dikenali sebagai ‘Patatimo Boys’ meneruskan kecemerlangan melakar kemenangan pada Pusingan 16, awal pagi tadi.", "Di Pusingan 16 tersebut, Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan beregu dari negara jiran tetangga, Indonesia, Panjer Dadiara dan Bryan Elohim untuk menempah tiket peringkat suku akhir.", "Beregu yang berusia 19 tahun masing-masing ini meraih kemenangan secara ‘straight set’ ke atas beregu yang menghuni ranking ke-223 dunia itu dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa setengah jam permainan sahaja.", "Sementara itu, menanti beregu kelahiran Terengganu dan Kelantan di peringkat suku akhir adalah gandingan senior tuan rumah, Lucas Corvee dan Ronan Labar yang berusia 28 dan 32 tahun masing-masing.", "Sebagai rekod, Arif-Haikal pernah berentap dengan beregu ini sebanyak satu kali di kejohanan Terbuka Austria 2021. Pertarungan itu berpihak kepada Arif-Haikal dengan meraih kemenangan secara ‘straight set’ 21-17 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112577/", "headline": "\n3 Pemain Indonesia Yang Beraksi di Liga Super Dipanggil Perkuatkan Skuad Garuda\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menyenaraikan ketiga-tiga pemain negara itu yang beraksi dalam kancah Liga Super untuk memperkuatkan skuad Garuda.", "Tiga pemain tersebut ialah pemain tengah, Syahrian Abimanyu (Johor Darul Ta’zim), pemain sayap, Saddil Ramdani (Sabah) dan pertahanan, Ryuji Utomo (Penang) bersama-sama 27 pemain lain.", "Perkara tersebut diumumkan oleh badan induk bola republik berkenaan, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Artikel Berkaitan: Shin Tae-yong Anggap Vietnam & Malaysia Pasukan Yang Kuat", "Mereka dipanggil untuk jurulatih kelahiran Republik Korea tersebut untuk dibawa ke Thailand bagi menghadapi Chinese Taipei dalam pusingan play-off kelayakan Piala Asia 2023 secara timbal balik pada 7 dan 11 Oktober kelak.", "Selain daripada tiga pemain ini, Shin turut memanggil tiga lagi pemain mereka yang beraksi di luar negara iaitu Egy Maulana Vikri (FK Senica, Slovakia), Witan Sulaeman (Lechia Gdansk, Poland) dan Asnawi Mangkualam (Ansan Greeners, Republik Korea).", "Kesemua 30 pemain yang dipanggil ini akan menjalani kem latihan pusat di Jakarta terlebih dahulu sebelum berangkat ke Bangkok pada 3 Oktober nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217915/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Sze Fei-Izzuddin Tersingkir Awal, Dikalahkan Beregu Tuan Rumah\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa pulang awal daripada saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Ini berikutan Sze Fei-Izzuddin yang berada di ranking ke-12 dunia terpaksa akur tumpas di tangan pasangan tuan rumah, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto di Pusingan 32 yang berlangsung di Istora Senayan, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Izzuddin tumpas kepada ranking beregu yang menghuni ranking keenam dunia itu secara “straight set” dengan dengan keputusan 19-21 dan 14-21 dalam tempoh masa menghampiri 40 minit permainan.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MD – Round of 32 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅19 14 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "🕗 in 39 minutes https://t.co/gYhBvvig44", "— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2022", "Untuk makluman semua, kekalahan kali ini menjadikan mereka tumpas di tangan Fajar-Ardianto buat kali kelima daripada enam pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, kali terakhir mereka berentap sesama sendiri adalah di pentas akhir Terbuka Swiss 2022 yang menyaksikan Sze Fei-Izzuddin tumpas sekaligus terlepas gelaran juara bagi saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF tersebut.", "Sementara itu, Fajar-Alfian bakal bertemu samada beregu senegaranya, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (ranking ke-20) atau beregu Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall (ranking ke-30) di Pusingan 16 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207878/", "headline": "\nHafizh Kekal Bersama Moto2, Bakal Sertai Pasukan Berpangkalan di Eropah\n", "content": ["Kelibat pelumba negara, Hafizh Syahrin dalam saingan Kejohanan Dunia Moto2 bagi musim 2021 masih kekal.", "Hal ini kerana sebuah pasukan Moto2 berpangkalan di eropah dilaporkan telah mendapatkan khidmat Hafizh bagi mengharungi saingan musim hadapan.", "Bagaimanapun, pengumuman rasmi berkenaan pasukan manakah yang akan disertai oleh Hafizh akan dibuat pada bulan hadapan semasa perlumbaan Moto2 di Litar Valencia kelak.", "“Perbincangan dengan pasukan buat Hafizh untuk musim 2021 sudah selesai dan Hafizh akan kekal di Kejohanan Dunia Moto2. Pasukan untuk musim 2021 akan berpangkalan di Eropah. ", "“Insya-Allah, pengumuman akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Jika perancangan semua berjalan lancar di pihak pasukan, Insya-Allah (pengumuman) semasa perlumbaan di Valencia,” kata pengurus kepada Hafizh, Razmin Masli Abdul Razak dipetik daripada Harian Metro.", "Hafizh yang beraksi bersama Aspar Team pada musim ini tidak dilanjutkan kontraknya untuk saingan musim hadapan.", "Ini memaksa pelumba kelahiran Selangor itu terpaksa mencari pasukan baharu bagi meneruskan kariernya dalam sukan permotoran antarabangsa.", "Untuk rekod, setakat 12 siri perlumbaan yang telah berlangsung, Hafizh kini menghuni kedudukan ke-20 dunia dengan kutipan 21 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220361/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Beregu Ranking Ke-37 Singkir Juara Dunia\n", "content": ["Beregu lelaki negara yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut menjadi mangsa kecundang di peringkat awal saingan Terbuka Perancis 2022.", "Dalam saingan ini, pasangan ranking keempat dunia ini diundi menentang beregu No.37 dunia dari China, Liang Wei Kang dan Wang Chang di Pusingan 32.", "Namun begitu, Aaron-Wooi Yik terpaksa melupakan hasrat untuk mara lebih jauh dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 ini apabila dikejutkan oleh gandingan Liang-Wang.", "YONEX French Open 2022MD – Round of 32 🇨🇳Wei Keng LIANG🏅21 21 🇨🇳Chang WANG🏅13 14 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 31 minutes https://t.co/pRVa1VbS6z", "— BWFScore (@BWFScore) October 26, 2022", "Dalam pertarungan terbabit, Aaron-Wooi Yik mengalami kekalahan secara “straight set” dengan skor 13-21 dan 14-21 dalam tempoh 31 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Stade Pierre de Coubertin.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami Aaron-Wooi Yik di tangan Liang-Wang. Kali pertama mereka tumpas di tangan beregu yang sama adalah sekitar lima bulan lalu dalam saingan Indonesia Masters di Istora Senayan.", "Sementara itu, Liang-Wang yang berjaya mara ke peringkat berikutnya iaitu Pusingan 16 akan membuat perhitungan dengan beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220041/", "headline": "\nKejohanan Sulung Super Series Volleyball Boleh Ditonton Percuma Di Sooka Bermula 14 Oktober\n", "content": ["Arena sukan tempatan akan diserikan dengan satu kejohanan bola tampar, sooka Super Series Volleyball (SSSVB) yang akan berlangsung di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor bermula 14 Oktober hingga 6 November 2022.", "Saingan ini akan disertai sebanyak lapan buah pasukan, iaitu, SAC Selangor Lions, Melaka Mousedeer, Kuala Lumpur Shark, Sarawak Hornbill, ATM Gladiators, Sabah Rhino, Johor Tiger termasuk sebuah pasukan jemputan antarabangsa, Amelia Indonesia bagi merebut kejuaraan edisi sulung ini.", "Kejohanan ini tampil dengan format perlawanan kumpulan dan kalah mati bermula peringkat separuh akhir. ", "Bagi peminat sukan bola tampar, kejohanan ini dapat disaksikan secara langsung di venue berkenaan dengan membeli tiket di laman tickethotline serta menonton siaran langsung menerusi aplikasi penstriman, sooka dan saluran Astro Arena secara percuma.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini merupakan hasil kerjasama antara Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Astro Arena. ", "Selain itu, saingan ini turut mengangkat jenama pakaian tempatan, Elite sebagai Penaja Pakaian Rasmi, TikTok sebagai Rakan Media Rasmi, Flash Sukan sebagai Rakan Media Digital Rasmi serta radio nombor satu Malaysia, Era sebagai saluran Radio Rasmi bagi kejohanan kali ini.", "Sebelum ini, Astro Arena turut terlibat bekerjasama dengan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menganjurkan Netball Super League (NSL) dan Sepak Takraw League (STL) masing-masing sekaligus memberikan nafas baharu kepada penganjuran sukan-sukan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112187/", "headline": "\nFormula 1: Williams Racing Umum Pelumba Thai, Alex Albon Ganti Kekosongan Ditinggalkan George Russell\n", "content": ["Pasukan Formula 1, Williams Racing mengumumkan pelumba Thai-British, Alex Albon akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh George Russell untuk mengharungi perlumbaan musim 2022.", "Alex sebelum ini beraksi bersama pasukan Red Bull Racing Honda dan pernah meraih podium sebanyak dua kali pada musim 2020. Selepas itu, pelumba berusia 25 tahun ini ‘diturunkan pangkat’ sebagai pelumba ujian dan simpanan.", "Introducing your 2022 Williams Racing drivers…@Alex_Albon joins @NicholasLatifi to complete our line-up! 🤩 pic.twitter.com/s4cuJ4ebJq", "Perkembangan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Williams Racing menerusi pelbagai plaform media sosialnya.", "Untuk makluman semua, Russell yang berlumba bersama-sama pasukan Williams sejak tiga tahun lalu berhijrah menyertai Mercedes-AMG Petronas untuk saingan musim hadapan.", "Baca – George Russell: Tahun Depan Saya Pelumba F1 Mercedes", "Sementara itu, Williams turut mengesahkan seorang lagi pelumbanya, Nicholas Latifi, 26 tahun, akan kekal bersama-sama mereka untuk mengharungi saingan Formula 1 2022 bersama-sama Alex Albon."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219271/", "headline": "\nBajet 10 Juta Setahun Sahaja – Pemilik JDT Ucap Tahniah Kepada Pemenang Piala AFC Zon ASEAN\n", "content": ["Kejayaan pasukan berpangkalan di ibu kota negara, Kuala Lumpur City FC (KL City) memenangi perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN dengan menumpaskan kelab Indonesia, PSM Makassar telah meraih pujian ramai peminat bola sepak tempatan.", "Tidak ketinggalan, kemenangan julung kali buat skuad berjulukan The City Boys ini turut mendapat perhatian pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).", "Dalam satu hantaran di laman Instagram rasmi KL City, TMJ meninggalkan satu komen dengan mengucapkan tahniah kepada KL City serta memuji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stanley Bernard, ketua jurulatih, Bojan Hodak dan para pemain.", "A post shared by Kuala Lumpur City FC (@klcityfootball)", "TMJ menerusi komen itu juga mendedahkan KL City hanya mengeluarkan belanja sekitar RM10 juta sahaja namun telah berhasil meraih kejuaraan Piala Malaysia 2021 serta kejayaan terbaru, juara Piala AFC Zon ASEAN pada malam tadi.", "Dan komen daripada TMJ itu dibalas dengan ucapan terima kasih oleh Stanley sambil memberikan kredit khusus kepada Bojan dan pasukan atas kejayaan yang dikecapi itu.", "Walaupun JDT sudah lama meninggalkan saingan Piala AFC kerana  bertanding di saingan yang lebih tinggi iaitu Liga Juara-Juara AFC namun mereka kekal sebagai satu-satunya kelab dari rantau ASEAN yang menjuarai saingan ini, setakat ini.", "Sebagai rekod, JDT muncul juara Piala AFC pada tahun 2015 dengan menumpaskan kelab Tajikistan, FC Istiklol dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Pamir, Dushanbe.", "Untuk makluman semua, KL City juga muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai saingan Zon ASEAN sejak format baharu Piala AFC ini diguna pakai bermula tahun 2017. Antara kelab yang pernah menjuarai saingan Zon ASEAN ini ialah Ceres Negros (2017), Home United (2018), Hanoi (2019) dan KL City (2022)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215089/", "headline": "\nCasagrande Tidak Keseorangan Di Depan, Penang Mahu Bawa Seorang Lagi Penyerang Import\n", "content": ["Anselmo Arruda da Silva atau lebih dikenali sebagai Casagrande tidak akan mengemudi jentera serangan Penang FC secara berseorangan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia, musim ini.", "Ketua jurulatih pasukan yang berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu, Tomas Trucha tidak menolak akan membawa masuk seorang lagi penyerang import untuk menyertai pasukannya. Bagaimanapun, Trucha tidak memberikan sebarang bayangan mengenai latar belakang pemain baharu itu. ", "Akan tetapi, jurulatih kelahiran Republik Czech ini telah merancang untuk menjadikan pemain tersebut sebagai gandingan serta ‘backup’ kepada Casagrande sekaligus memantapkan lagi jentera serangan Penang.", "Pada masa yang sama, jurulatih berusia 50 tahun ini mahu meningkatkan tahap keupayaan pemain-pemain lain untuk turut sama menyumbangkan gol buat pasukan.", "“Sebelum ini saya pernah katakan yang saya tidak mahu bergantung kepada Casagrande sahaja sebab ada juga pemain lain yang boleh jaringkan gol.", "“Dan sebenarnya, walaupun dia ada atas padang, kita dapat tengok juga ada pemain lain yang tetap menjaringkan gol dan ini yang saya mahukan di mana Penang ada pemain-pemain yang tidak hanya bergantung kepada satu penyerang sahaja.", "“Kita akan membawa masuk seorang lagi penyerang di mana dia akan bersama-sama dengan Casagrande untuk beraksi, dan dia juga akan dapat membantu dengan lebih kerap di bahagian serangan sekiranya salah seorang daripada mereka cedera atau sebagainya.", "“Sekarang saya juga ingin menekankan bagaimana pemain-pemain ini perlu ada skil untuk menjaringkan gol dan boleh memberikan penyudah berkesan”, katanya.", "Sepanjang musim 2021, Casagrande menjadi pemain penting terutamanya di bahagian serangan dengan menjaringkan 12 gol dalam saingan Liga Super buat Penang.", "Rekod tersebut menempatkan dirinya sebagai penjaring keempat terbanyak liga serta membantu Penang menamatkan saingan liga di tangga ketiga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214724/", "headline": "\nCEO MFL: Perlawanan Pembuka Tirai, Piala Sumbangsih 2022 Diasingkan Daripada Liga Super\n", "content": ["Saingan pembuka tirai yang dikenali sebagai perlawanan Piala Sumbangsih akan diasingkan daripada perlawanan pertama Liga Super bermula musim 2022.", "Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam semasa sesi Taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 bersama para pengamal media secara dalam talian, pada hari ini.", "Perlawanan ini akan menemukan juara Liga Super dan juara Piala Malaysia. Ini bermakna, saingan Piala Sumbangsih 2022 akan menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Sementara itu, Stuart turut memaklumkan saingan ini akan berlangsung pada 26 Februari dan diadakan di ‘home’ pasukan juara Liga Super. Pada masa yang sama, perlawanan pertama Liga Super pula akan dilangsungkan bermula 4 Mac 2022.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111348/", "headline": "\nOlimpik 2020: Beregu Lelaki, Aaron-Wooi Yik Tempah Tiket Ke Suku Akhir \n", "content": ["Pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.", "Kemaraan tersebut disahkan secara rasmi selepas regu muda ini menumpaskan pasangan beregu Kanada, Jason Anthony Ho-Shue dan Nyl Yakura dengan dua ‘straight set’. ", "RESULTS: #Tokyo2020Group D#MAS Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. #CAN Ho Shue Jason-Yakura Nyl 21-15 21-13* Aaron-Wooi Yik qualify to the quarterfinals!#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/bB9KlUNcBs", "Aaron dan Wooi Yik mencatatkan kemenangan dengan keputusan 21-15 pada set pertama dan 21-13 pada set kedua.", "Kemenangan ini meletakkan Aaron dan Wooi Yik di tangga kedua di bawah regu Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan peringkat Kumpulan D.", "Lawan kepada Aaron dan Wooi Yik di peringkat kalah mati akan ditentukan menerusi undian kemudian.", "*Kemasikini Terkini (9.30 malam, 27 Julai)", "Aaron dan Wooi Yik telah diundi menentang pasangan beregu No.1 dunia, Kevin Sanjaya dan Marcus Gideon dari Indonesia pada peringkat suku akhir.", "Perlawanan ini akan dilangsungkan pada hari Khamis bertempat di Musashino Forest Sport Plaza."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110498/", "headline": "\nJentera Serangan Malaysia Bakal Berhadapan Benteng Pertahanan Vietnam – ‘Top 4’ Terbaik di Asia\n", "content": ["Jentera serangan skuad kebangsaan bakal berhadapan dengan satu cabaran yang besar menjelang pertemuan menentang Vietnam pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi sabtu nanti.", "Safawi Rasid, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh yang berkemungkinan besar akan dipertaruhkan di jentera serangan Malaysia perlu menggandakan usaha sekiranya ingin ‘menebuk’ Vietnam – salah satu daripada empat pasukan yang memiliki benteng pertahanan terbaik di asia, buat masa ini.", "Menurut statistik, Vietnam yang mendapat sentuhan daripada ketua jurulatih kelahiran Korea Selatan, Park Hang-seo hanya melepaskan satu gol sahaja daripada enam perlawanan yang telah diharungi dalam Kumpulan G.", "Vietnam mencatatkan satu bolos ketika mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 15 oktober 2019. Jaringan oleh pasukan Indonesia itu disumbangkan oleh Irfan Bachdim.", "Dua pasukan lain yang turut berkongsi jumlah bolos hanya satu gol bersama Vietnam adalah Qatar dan Jepun. Untuk makluman, kedua-dua pasukan, Qatar dan Jepun telah pun mengesahkan kemaraan ke saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selaku pendahulu kumpulan masing-masing.", "Sementara itu, Korea Selatan muncul satu-satunya pasukan asia yang belum mencatatkan sebarang bolos dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, setakat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218073/", "headline": "\nPiala AFC: Fayadh, Al-Mardi & Ronald Pastikan Kedah Kutip 3 Mata Pertama\n", "content": ["Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) berhasil memungut tiga mata pertama dalam kancah Piala AFC 2022 selepas menumpaskan Kaya FC, sebentar tadi.", "Kedah yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak mengutip mata tersebut selepas menumpaskan pasukan dari Filipina itu dengan keputusan 4-1 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan G.", "Dalam perlawanan terbabit, skuad berjulukan Sang Kenari itu meraih kemenangan hasil jaringan berganda oleh Fayadh Zulkifli (57’, 90+3’) serta satu gol daripada Mahmoud Al-Mardi (63’) dan Ronald Ngah Wanja (83’) masing-masing.", "⏰ FT | 🇲🇾 Kedah Darul Aman 4️⃣-1️⃣ Kaya FC-Iloilo 🇵🇭", "🔥 A scintillating second half sees Kedah pick up their first win in Group G!#AFCCup2022 | #KDAvKAY pic.twitter.com/P7uoFfXVPz", "— #AFCCup2022 (@AFCCup) June 27, 2022", "Sementara itu, Kaya FC pula mendapat jaringan saguhatinya menerusi Javier Augustine Ocampo Gayoso pada minit ke-86. ", "Dengan kemenangan ini, Kedah dapat meletakkan diri mereka di tangga ketiga Kumpulan G. Mendahului saingan kumpulan ini adalah wakil Kemboja, Visakha FC (6 mata) dan diikuti dengan wakil tuan rumah, Bali United (3 mata).", "Untuk makluman semua, selepas ini, Kedah akan turun menentang Visakha FC dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun (Khamis) nanti.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114404/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Soon Huat-Jemie Lai Bertemu Beregu Campuran No.1 Thailand Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai muncul satu-satunya wakil Malaysia yang lolos ke peringkat suku akhir kategori ini dalam Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-14 dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu Hong Kong, Yeung Ming Nok dan Ng Tsz Yau di peringkat Pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021XD – Round of 16 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 19 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅 8 21 19 🇭🇰Ming Nok YEUNG 🇭🇰Tsz Yau NG🕗 in 51 minutes https://t.co/HGBx7gmwSW", "Soon Huat-Jemie Lai memenangi pertarungan tiga set ini dengan keputusan 21-8, 19-21 dan 21-19 dalam tempoh masa 51 minit beraksi di atas gelanggang.", "Sementara itu, cabaran besar bakal diharungi oleh pasangan ini apabila perlu berhadapan dengan beregu campuran Thailand yang menduduki ranking pertama dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai di peringkat suku akhir.", "Sebagai rekod, kedua-dua pasangan beregu campuran ini pernah bertemu 13 kali. Bagaimanapun, 3 pertemuan akhir yang berlangsung pada tahun ini dimenangi kesemuanya oleh Dechapol-Sapsiree.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219845/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Barisan Pertahanan Terengganu Berdisiplin, Penyudah JDT Menghampakan \n", "content": ["Terengganu FC berhasil meraih kemenangan 1-0 ke atas juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada aksi kesepuluh saingan Liga Super 2021.", "Kemenangan skuad berpangkalan di pantai timur itu disumbangkan oleh jaringan tunggal pemain muda yang semakin meningkat naik, Hakimi Abdullah pada minit ke-57 sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pasukan tuan rumah pada musim ini.", "Berikut adalah ulasan perlawanan bagi perlawanan ini:", "Perkara yang paling bagus ditampilkan oleh Terengganu dalam perlawanan semalam adalah disiplin barisan pertahanannya. Apa yang boleh kita katakan, barisan pertahanan Terengganu kekal berdisiplin serta mempunyai kekuatan mental yang kuat sehingga tamat perlawanan.", "Tatkala JDT melancarkan serangan bertali arus terutamanya sekitar 20 minit terakhir permainan, barisan pertahanannya kekal menumpukan perhatian di atas padang serta tidak melakukan kesilapan (mistake) mudah yang membuka ruang kepada JDT menjaringkan gol atau mendapatkan penalti.", "Semua hantaran ke dalam kotak penalti samada menerusi permainan terbuka (open play) dan bola mati (set pieces) juga dapat dikeluarkan daripada kawasan bahaya sepanjang perlawanan. Mereka juga tidak terkesan daripada segi mentalnya apabila beberapa keputusan pengadil perlawanan melibatkan ‘foul’ tidak menyebelahi mereka.", "Gandingan pertahanan tengah yang diketuai oleh Muhammad Mohd Fauzi bersama Carli de Murga (babak pertama) dan Shahrul Nizam (babak kedua) sangat baik. Barisan pertahanan Terengganu juga mempunyai komunikasi yang baik dengan penjaga golnya, Suhaimi Hussin. Maka tidak hairanlah dia diangkat sebagai Man of the Match dalam perlawanan ini oleh kelabnya.", "Masih lagi di bahagian pertahanan Terengganu namun kita beralih pula kepada kedua-dua full back mereka iaitu Azam Azmi Murad (bek kanan) dan Arif Fadzilah (bek kiri).", "Seperti biasa, sejak akhir-akhir ini JDT gemar melancarkan serangan menerusi pemain muda lincahnya, Arif Aiman. Perkara yang sama cuba dilakukan oleh JDT pada perlawanan semalam. Bagaimanapun, pada separuh masa pertama, cubaan oleh Arif Aiman untuk menyerang menerusi bahagian kanan sukar sama sekali. Hal ini kerana dia tidak dapat melepasi Arif Fadzilah.", "Separuh masa kedua pula, Arif Aiman diarahkan untuk menyerang menerusi bahagian kiri dan cuba untuk ‘makan’ Azam Azmi. Bagaimanapun, perkara itu tidaklah mudah untuk dilakukan apabila Azam turut menampilkan persembahan yang sangat cemerlang terutamanya dalam aspek bertahan. ", "Selain daripada memastikan Arif Aiman tidak dapat ‘memakannya’ dalam perlawanan tersebut, Azam turut mengekang Corbin-Ong, Cabrera, Bergson dan Ramadhan Saifullah. Pendek kata, kedua-dua full-back Terengganu berjaya membuatkan kedua-dua sayap dan full-back JDT tidak hidup dalam perlawanan semalam.", "Musim ini, ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain gemar mempertaruhkan duo pemain sayap muda iaitu Hakimi Abdullah (kiri) dan Faisal Halim (kanan) untuk melancarkan serangan dan memburu gol.", "Perkara yang sama dipertaruhkan oleh Nafuzi pada malam tadi dan kedua-duanya boleh dikatakan berjaya melaksanakannya dengan baik apabila Terengganu melancarkan serangan balas. ", "Kedua-dua pemain ini menunjukkan work rate yang tinggi di atas padang dan semakin serasi dengan percaturan dan corak permainan yang dimahukan oleh Nafuzi. Sayangnya aksi penyudah dan keserasian kedua-dua pemain ini bersama penyerang tengah, David da Silva perlu dipertingkatkan lagi.", "Bagi kebanyakan pasukan yang berhadapan dengan JDT, kebanyakannya akan bermain secara ‘berkampung’ berdekatan kotak penalti sendiri dan melakukan hantaran jauh mencari penyerang untuk melancarkan serangan balas apabila mendapat bola.", "Namun tidak buat Terengganu, pada awal-awal permainan, mereka cuba untuk bermain secara terbuka dan mengekalkan penguasaan bola. Boleh dilihat pada awal-awal permainan, ianya agak seimbang buat kedua-dua pasukan. ", "Pujian harus diberikan kepada trio pemain tengah Terengganu, Dechi Marcel, Nik Akif dan Makan Konate yang rajin melakukan pressing apabila JDT memegang bola. Kehadiran mereka ini jugalah yang menyebabkan JDT tidak dapat menembusi benteng pertahanan Terengganu menerusi bahagian tengah dan terpaksa menolak bola ke bahagian sayap untuk melakukan hantaran lintang (crossing).", "Namun apabila JDT meningkatkan intensiti pada 20 minit terakhir perlawanan, mereka membuat keputusan untuk bertahan di kawasan sendiri dan mempertahankan kelebihan satu gol yang dimiliki sehingga tamat perlawanan. Secara keseluruhan, corak permainan Terengganu agak seimbang daripada segi aspek menyerang dan bertahan.", "Beralih kepada pasukan tuan rumah, JDT. Seperti kita katakan tadi, trio midfield Terengganu sangat rajin melakukan pressing apabila JDT memegang bola. Ini membuatkan JDT terpaksa menolak bola kepada pemain sayap mereka untuk melancarkan serangan. Pemain sayap mereka pula terpaksa mengharapkan ‘crossing’ semata-mata untuk mencari Bergson di dalam kotak penalti.", "Paling terserlah, dalam perlawanan ini, pemain kreatif, Leandro Velazquez terpaksa turun ke bawah untuk mendapatkan bola. Namun apabila mendapat bola, tidak banyak yang dapat dilakukannya untuk ‘penetrate’ barisan pertahanan Terengganu. Boleh dikatakan magisnya hilang dalam perlawanan semalam. Secara keseluruhannya, boleh kita katakan trio midfield Terengganu memenangi pertembungan di bahagian tengah dalam perlawanan ini.", "Dalam perlawanan ini, kelincahan Arif Aiman sekali lagi menjadi taruhan Benjamin Mora di bahagian sayap kanan dan Gonzalo Cabrera di sayap kiri. Bagaimanapun, telah dinyatakan di atas, bek kiri Terengganu, Arif Fadzilah berhasil mengekang Arif Aiman menembusi bahagiannya sekaligus membuatkan Arif Aiman buntu.", "Sementara itu, Gonzalo Cabrera tidak menunjukkan persembahan terbaiknya. Boleh dikatakan dia ‘off form’ pada perlawanan semalam.", "Berbalik kepada Arif Aiman, apabila kelincahan pemain muda ini tidak dapat digunakan untuk melepasi Arif Fadzilah, ia memaksa JDT untuk melakukan hantaran lintang ke dalam kotak penalti untuk mencari penyerangnya, Bergson. Bagaimanapun, serba serbi tidak menjadi buat penyerang Brazil yang yang telah mengumpul 9 gol pada perlawanan malam tadi.", "Satu kerugian buat JDT apabila gagal menyempurnakan peluang-peluang yang dimiliki menerusi sepakan penjuru dan percuma yang telah diraih. Berdasarkan statistik, JDT mendapat 15 sepakan penjuru namun tiada satu yang dapat dijelmakan kepada gol.", "Sebagai tambahan, JDT juga merekodkan 21 percubaan namun hanya tujuh sahaja yang tepat ke sasaran. Untuk perbandingan, Terengganu hanya mendapat dua sepakan penjuru dan merekodkan tujuh percubaan sahaja di mana empat daripada tepat ke sasaran dan menjaringkan satu gol.", "p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda suka ulasannya, anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323826/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Roy King-Su Yin Sukar Jinakkan Beregu No.10 Dunia, Raih Pingat Perak\n", "content": ["Beregu campuran negara, Yap Roy King dan Cheng Su Yin meraih pingat perak selepas gagal menewaskan beregu No.10 dunia, Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati di temasya Sukan SEA 2023. ", "Gandingan negara berjaya mendahului pada set pertama dengan skor 20-22, mengejutkan beregu Indonesia yang juga merupakan beregu campuran utama negara Nusantara itu.", "Rehan Naufal-Lisa Ayu kemudiannya bangkit mendominasi pada set kedua (21-8) sebelum menceriakan penyokong Indonesia setelah mengesahkan kemenangan di set ketiga (21-16) sekaligus meraih emas buat Indonesia.", "Menyoroti perjalanan beregu campuran negara, mereka mencatatkan dua kemenangan ‘straight set’ bertemu wakil Singapura dan Kemboja sebelum menghadapi kesukaran menentang pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong dengan keputusan 24-22, 25-27 dan 21-19.", "Keputusan tersebut turut bermakna skuad Malaysia hanya berjaya membawa pulang pingat perak dan gangsa pada temasya kali ini, berbeza dengan emas tunggal yang berjaya dibawa pulang pasangan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei.", "Bagaimanapun, kekalahan tersebut bukanlah sesuatu yang meresahkan buat kedua-dua pemain negara kerana pasangan yang kali pertama digandingkan bersama itu berjaya melangkaui jangkaan umum apabila mara sehingga ke pentas akhir. ", "Mereka juga memberikan saingan yang cukup sengit kepada gandingan Rehan Naufal-Lisa Ayu yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia tetapi pengalaman dan keserasian membezakan keputusan kedua-dua beregu. ", "Featured image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215361/", "headline": "\nAFF B-23: Coach Brad Sasar Juara Kumpulan & Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Ketua jurulatih, Brad Maloney menyasarkan skuad Harimau Muda dapat menjuarai Kumpulan B dalam Kejuaraan AFF B-23 sekaligus menempah tiket ke pusingan separuh akhir.", "Peluang skuad negara untuk mencapai sasaran tersebut nampak lebih terbuka lebih-lebih lagi setelah skuad Indonesia selaku juara bertahan menarik diri daripada kejohanan ini ekoran jangkitan Covid-19.", "Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, Coach Brad menyatakan penarikan diri skuad Garuda Muda itu tidak memberi sebarang kelebihan buat pasukan walaupun perlu mengharungi dua perlawanan sahaja kelak.", "“Kita bermain dalam dua perlawanan awal dan tidak seperti pasukan lain yang ada bermain sebanyak tiga perlawanan. Namun saya tidak lihat ini (main dua perlawanan) memberi kelebihan kepada kita dalam peringkat kumpulan.", "“Kalau kita bermain kurang perlawanan berbanding pasukan lain, mungkin ini akan memberi kesukaran kepada kita daripada segi kecergasan dan sebagainya.", "“Tetapi sasaran kami tetap jelas iaitu perlu mengungguli kumpulan untuk layak ke peringkat seterusnya. Tiada apa yang berubah walaupun hanya sekadar beraksi dalam dua perlawanan,” kata jurulatih kelahiran Australia itu seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Pada masa yang sama, Coach Brad turut menyatakan tidak mahu skuad Harimau Muda dilabel sebagai pasukan pilihan atas alasan membawa ramai muka baharu termasuk yang pertama kali bakal beraksi di pentas antarabangsa.", "Untuk makluman semua, skuad Harimau Muda akan mengharungi perlawanan pertama berdepan Myanmar pada hari esok. Perlawanan kedua menentang Laos pula dijadualkan pada Jumaat.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218145/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Pearly-Thinaah Bertembung Beregu China Yang Mencipta ‘Upset’ Ke Atas Pasangan Thailand\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tidak mempunyai masalah untuk melayakkan diri ke Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Penghuni di ranking kesepuluh dunia ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu China, Liu Xuan Xuan dan Xia Yu Ting yang berada di tangga ke-21 dunia di peringkat Pusingan 32, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah berjaya menumpaskan pasangan itu secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-14 dalam tempoh 42 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1.", "PETRONAS Malaysia Open 2022WD – Round of 32 🇲🇾Pearly TAN🏅22 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅20 14 🇨🇳Xuan Xuan LIU 🇨🇳Yu Ting XIA", "🕗 in 42 minutes https://t.co/jtZUAkevsA", "— BWFScore (@BWFScore) June 29, 2022", "Kemenangan ini menjadikan Pearly-Thinaah melebarkan rekod kemenangan ke atas pasangan ini kepada dua kemenangan berturut-turut. Sebelum ini, kedua-duanya pernah bertarung buat julung kalinya di saingan Terbuka Thailand 2022. Pertarungan ini turut dimenangi oleh Pearly-Thinaah secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-11.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Pearly-Thinaah akan bertemu beregu China yang berada di ranking ke-33 dunia, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu.  ", "PETRONAS Malaysia Open 2022WD – Round of 32 🇨🇳Shu Xian ZHANG🏅21 21 🇨🇳Yu ZHENG🏅10 8 🇹🇭Jongkolphan KITITHARAKUL 🇹🇭Rawinda PRAJONGJAI", "🕗 in 32 minutes https://t.co/UL3wQeZthq", "— BWFScore (@BWFScore) June 29, 2022", "Beregu ini mara ke Pusingan 16 selepas mencipta kejutan menumpaskan beregu Thailand yang menduduki tangga kelapan dunia, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai di Pusingan 32.", "Dalam perlawanan terbabit, Shu Xian dan Zheng Yu berhasil menumpaskan pasangan Thailand ini secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-8 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan sahaja.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113445/", "headline": "\nTerbuka HYLO: Zii Jia Mara Ke Suku Akhir & Bakal Menentang Pemain Thailand\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir Terbuka HYLO 2021 selepas menundukkan pemain Ireland, Nhat Nguyen pada Pusingan 2.", "Kemaraan Zii Jia ke peringkat tersebut diraih dengan kemenangan secara ‘straight set’ dalam aksi yang berlangsung pada lewat malam tadi.", "Zii Jia mencetak kemenangan ke atas pemain berusia 21 tahun yang berada di ranking ke-55 dunia itu dengan pungutan mata 22-20 dan 21-16. ", "Sementara itu, menanti Zii Jia di peringkat suku akhir adalah pemain kelahiran negara jiran tetangga, Thailand iaitu Kantaphon Wangcharoen. ", "Pemain yang menghuni ranking ke-18 dunia ini mara dengan menumpaskan pemain Kanada dan India pada Pusingan 1 dan Pusingan 2 masing-masing.", "Untuk makluman semua, berdasarkan rekod, Zii Jia dan Wangcharoen pernah bertemu sebanyak lima kali sebelum ini. Bagaimanapun, 3 daripada 5 pertemuan terbabit dimenangi oleh Wancharoen termasuk pertemuan terakhir mereka.", "Pertemuan kedua-dua pemain ini dijangka berlangsung pada malam ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219857/", "headline": "\nPetronas, Mercedes-AMG Lanjut Kerjasama Melangkaui Tahun 2026\n", "content": ["Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas mengumumkan melanjutkan kerjasama dengan pasukan Formula 1 (F1), Mercedes-AMG selaku penaja gelaran (title sponsor) dan rakan teknikal melangkaui tahun 2026, semalam.", "Bermula musim 2026 kelak, perlumbaan Kejuaraan Dunia F1 mewajibkan kesemua jentera menggunakan enjin yang dikuasakan dengan bahan api mampan – bukan bahan api fosil – dan disertakan dengan penggunaan enjin elektrik.", "We are delighted to announce the renewal of the Title and Technical Partnership between the Team and @PETRONAS from the 2026 season onwards. 🤝", "— Mercedes-AMG PETRONAS F1 Team (@MercedesAMGF1) September 28, 2022", "Pengumuman lanjutan yang hadir empat tahun lebih awal ini menandakan Petronas komited untuk membangunkan minyak yang mampan bagi kegunaan jentera Mercedes-AMG dalam perlumbaan F1 bermula musim tersebut.", "Sebagai rekod, Petronas mula menaja pasukan berpangkalan di Jerman ini bermula tahun 2010. Sepanjang penajaan ini, Mercedes-AMG telah memenangi kejuaraan kategori pengeluar (constructor) sebanyak 8 kali dan kejuaraan kategori pemandu pula sebanyak tujuh kali.", "Featured Image: Mercedes-AMG Petronas Formula 1"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214655/", "headline": "\nLiga M3: Sebanyak 20 Pasukan Disahkan AFL Sertai Musim 2022\n", "content": ["Penganjur saingan bola sepak divisyen tiga negara, Amateur Football League (AFL) mengesahkan sebanyak 20 buah pasukan akan mengambil bahagian dalam saingan Liga M3 musim ini.", "Penyertaan 20 buah pasukan ini disahkan oleh AFL dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah AFL, semalam, dan diumumkan menerusi platform media sosial rasmi AFL, pada hari ini.", "Difahamkan, sebanyak 4 pasukan baharu menyertai saingan ini sementara 16 pasukan merupakan yang lain datangnya daripada saingan Liga M3 pada tahun 2021. Keseluruhan 20 pasukan yang menyertai saingan Liga M3 adalah seperti berikut:", "8) Kuala Lumpur Rovers FC", "19) Tun Razak City FC", "20) Tok Janggut Warriors FC", "Bercakap mengenai format Liga M3, kesemua 20 buah pasukan ini akan dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B di mana setiap kumpulan terdiri daripada 10 pasukan. Saingan peringkat kumpulan ini akan dilangsungkan secara timbal balik atau ‘double round robin’.", "Empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan melayakkan diri ke peringkat suku akhir.", "Untuk makluman semua, sepak mula peringkat kumpulan dijadualkan pada 11 Februari. Manakala, saingan peringkat suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung pada 6 hingga 27 Ogos. Sementara itu, perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 4 September.", "Sebagai tambahan, AFL memaklumkan majlis undian bagi menentukan pasukan yang akan mengisi Kumpulan A dan Kumpulan B ini akan berlangsung pada 15 Januari kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323567/", "headline": "\nMLS Bekerjasama Dengan Syarikat AI – Buka Peluang ‘Scout’ Pemain Dari Jauh\n", "content": ["Pemain bola sepak berbakat di seluruh dunia kini berpeluang untuk menarik perhatian kelab-kelab di Amerika Syarikat setelah penganjur liga utamanya, Major League Soccer (MLS) mengumumkan kerjasama dengan ai.io – sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di London.", "Menerusi kerjasama ini, mana-mana pemain boleh memuat turun aplikasi aiScout secara percuma di telefon pintar. Dengan aplikasi ini, pemain akan menjalani program latihan percubaan secara maya dengan melengkapkan beberapa penilaian samada di belakang rumah, padang atau mana-mana tempat terbuka.", "Seusai melengkapkan penilaian tersebut, aiScout akan menganalisis kemampuan pemain dan menerusi platform yang disambungkan kepada MLS, pemain itu akan dinilai menerusi data yang dijana. Pemain-pemain yang mendapat pemarkahan tinggi berpeluang untuk mendapat tawaran untuk berlatih bersama MLS dalam mana-mana acara yang diaturkan di Amerika Syarikat dan Kanada.", "Perkembangan ini bakal menyaksikan peningkatan peluang buat pemain-pemain menunjukkan bakat kepada kelab-kelab MLS selain mengurangkan kos perjalanan ke Amerika Syarikat atau Kanada bagi menjalani program latihan percubaan.", "Difahamkan kelab-kelab dalam kancah MLS, MLS Next Pro dan MLS Next akan mendapat akses kepada aiScout serta sebuah lagi platform, aiLabs bermula Disember kelak. Pemain dari seluruh dunia pula akan berpeluang untuk dijejaki bakat masing-masing secara percuma oleh MLS bermula Januari 2024.", "Excited to test new feature in the player app – Released Player Programme", "With help from @Burnleyfc @ChelseaFC and @TMUSSports we created a programme to help released players back into clubs.", "1st player tested @jezdavies8 released from @spursoffical trialled & signed by Burnley pic.twitter.com/DMpdKUU6A3", "— ai.io (@aiscout_app) December 23, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113884/", "headline": "\nLe Tour de Langkawi Sedia Dianjurkan Pada 2022 – Menteri Belia & Sukan\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melahirkan keyakinan kejohanan perlumbaan jelajah berbasikal, Le Tour de Langkawi (LTdL) sedia dianjurkan pada tahun hadapan.", "Menurut laporan Bernama, beliau berkata demikian selepas syarikat penganjur iaitu Human Voyage (M) Sdn Bhd telah bersiap sedia untuk menganjurkan kejohanan tersebut.", "“Saya berharap pada tahun hadapan tiada masalah besar dan penganjur juga telah bersiap sedia untuk menganjurkan LTdL 2022 dengan penuh meriah di seluruh negara. KBS bersedia salurkan peruntukan (untuk penganjuran).", "“Kita ada kontrak dengan pihak penganjur, tahun lepas tidak diadakan, jadi kena penuhi kontrak itu,” katanya seperti dipetik daripada portal agensi berita berkenaan.", "Tarikh untuk kejohanan jelajah berbasikal negara ini belum diputuskan secara rasmi namun menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab memaklumkan UCI memberikan pilihan untuk menganjurkannya pada Januari dan Mac sahaja.", "Untuk makluman semua, LTdL merupakan kejohanan jelajah berbasikal tahunan yang dianjurkan sejak tahun 1996 namun penganjurannya pada tahun 2021 terpaksa dibatalkan ekoran beberapa kekangan disebabkan oleh pandemik Covid-19.", "Featured Image: Le Tour de Langkawi"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219763/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Tim Heubach Diturunkan Pangkat Ke Selangor 2?\n", "content": ["Aksi kelapan Liga Super menyaksikan Selangor yang bermain di halaman sendiri berjaya menumpaskan Perak dengan jaringan akhir 3-1 hasil ledakan hatrik oleh Ifedayo Olusegun pada minit ke-8, ke-29 (penalti) dan ke-71.", "Semenatara itu, pasukan pelawat pula mendapat gol saguhati di penghujung masa permainan hasil jaringan pemain gantian, Farid Khazali setelah mendapat umpanan daripada penyerang, Guilherme de Paula.", "Tanpa melengahkan masa lagi, ikuti ulasan perlawanan antara Selangor dan Perak khas untuk tatapan pembaca Sukanz:", "#1 Sekali Lagi Jordan Ayimbila Cemerlang di Posisi Bek Kiri", "Pertahanan kelahiran Ghana, Jordan Ayimbila sekali lagi dipertaruhkan oleh Karsten Neitzel untuk mengisi posisi bek kiri. Kita sedia maklum persembahannya menentang Kedah sebelum ini adalah baik, tetapi persembahannya ketika menentang Perak semakin meningkat.", "Ketika menentang Perak, pemain berusia 20 tahun ini cemerlang mengikat pemain sayap, J. Partiban sehingga menyebabkan Perak tidak dapat menggerakkan serangan di sebelah kiri Selangor. ", "Bukan sahaja beraksi baik semasa bertahan, Ayimbila yang sebenarnya merupakan seorang pertahanan tengah (centre-back) menampilkan persembahan cemerlang ketika menyerang dengan seringkali melakukan overlapping, menggelecek (dribbling) pemain lawan dan melakukan hantaran lintang (crossing) yang baik untuk mencari rakan sepasukan di dalam kotak penalti.", "Boleh dikatakan pertahanan kanan Perak, Amirul Azhan mengharungi malam yang sukar apabila terpaksa berhadapan dengan Ayimbila dalam perlawanan tersebut. Lebih manis, persembahan cemerlang Ayimbila sepanjang perlawanan tersebut diserikan dengan melakukan satu ‘assist’ kepada penyerang, Ifedayo Olusegun untuk gol pertama Selangor.", "#2 Trio Midfield Selangor Semakin ‘Garang’", "Turun menentang Perak, Karsten Neitzel masih mengekalkan formasi yang sama seperti ketika melayan kunjungan Kedah pada aksi ketujuh Liga Super. Beliau mempertaruhkan formasi 4-1-2-1-2 (diamond) dengan bahagian midfield terdiri daripada Manuel Konrad, Alif Haiqal, Brendan Gan dan Oliver Buff.", "Paling mencuri tumpuan, gandingan trio Alif, Brendan dan Buff semakin menunjukkan keserasian, tampil semakin ‘garang’ di atas padang. Mereka bukan sahaja nampak selesa bermain di posisi sendiri, iaitu Alif (di bahagian kiri), Brendan (di bahagian kanan) serta Buff (posisi No.10) malahan sudah mula selesa bertukar-tukar posisi antara satu sama lain. ", "Dapat dilihat ada ketikanya Brendan bermain di posisi No.10 dan Buff ke bahagian kanan. Sementara itu, ada ketikanya Buff ke kiri dan Alif masuk bermain posisi No.10. Tidak dilupakan, pujian diberikan kepada Brendan yang melakukan beberapa crossing yang baik ke dalam kotak penalti daripada sebelah kanan.", "#3 Penampilan Pertama Manuel Konrad Yang Memberangsangkan", "Perlawanan menentang Perak menyaksikan Manuel Konrad membuat penampilan pertama bersama skuad utama Selangor untuk musim ini. Sebelum ini, dia tidak dapat diturunkan kerana isu kecergasan.", "Berdasarkan persembahan yang ditampilkannya, Konrad menunjukkan dia merupakan ‘pure defensive midfielder’ yang hilang dan sangat diperlukan oleh Selangor selama ini.", "Dalam perlawanan itu, Konrad banyak membantu pertahanan Selangor untuk menyerap serangan-serangan yang dilancarkan oleh Perak. Keduanya, Konrad mempunyai vision yang baik dan berkemampuan melakukan hantaran jauh sekaligus membolehkan Selangor melancarkan serangan balas.", "Ketiganya, Konrad turut memiliki ketenangan apabila mendapat bola. Selepas merampas bola daripada kaki pemain lawan, dia tidak gopoh dan mampu membina permainan secara hantaran pendek. Sebagai bonus, dia turut memiliki kelebihan fizikal yang tinggi dan besar.", "#4 Pertahanan Tengah, Shahrul Nazeem ‘Afro’ Semakin Mencuri Tumpuan", "Seorang lagi pemain Selangor yang boleh dipuji dalam perlawanan ini ialah Shahrul Nazeem atau digelar oleh para peminat sebagai Afro. Ini merupakan penampilan keduanya bersama skuad utama Selangor dan dia bermain sangat baik. Apa yang boleh dipuji adalah work rate ditampilkannya adalah tinggi, tenang dan cepat membaca perlawanan. ", "Pada perlawanan sebelum ini, dia bergandingan bersama Tim Heubach namun ketika menentang Perak, Afro sekali terpaksa membentuk gandingan baharu bersama Safuwan Baharuddin. ", "Bagaimanapun, tiada sebarang masalah untuknya bermain secara ‘pair’ buat pertama kali bersama pemain Singapura tersebut malahan membentuk gandingan mantap sehingga membuatkan Perak buntu hampir sepanjang permainan. ", "Dijangka, dengan persembahan konsisten setakat ini, Afro akan kekal sebagai taruhan utama Karsten Neitzel di benteng pertahanan untuk perlawanan seterusnya.", "#5 Tim Heubach Terpaksa Diturunkan Ke Pasukan Feeder, Selangor 2?", "Untuk makluman, sebelum daripada perlawanan menentang Perak, Selangor memaklumkan pertahanan importnya, Tim Heubach tidak dapat diturunkan kerana ditimpa kecederaan. ", "Namun dengan perkembangan terkini Selangor mempertaruhkan lima pemain import yang terdiri daripada Oliver Buff, Manuel Konrad, Jordan Ayimbila, Ifedayo Olusegun (kuota asia) dan Safuwan Baharuddin (kuota asia tenggara), kedudukan Tim Heubach menjadi persoalan.", "Jika dilihat kepada percaturan semasa Karsten yang bermain dengan formasi 4-1-2-1-2 dan prestasi kelima-lima pemain import di posisi masing-masing, nampaknya tidak ada tempat buat Tim Heubach untuk kembali ke skuad utama setelah pulih kelak.", "Tidak mungkin Karsten akan menghantar Jordan Ayimbila yang begitu cemerlang di posisi bek kiri ke skuad Selangor 2 untuk memberikan ruang kepada Tim Heubach. Begitu juga dengan Konrad yang telah menunjukkan persembahan memberangsangkan dan menunjukkan dia sangat diperlukan di posisi defensive midfielder.", "Safuwan Baharuddin pula tidak boleh ditukarkan kerana Tim Heubach tidak boleh mengisi slot pemain import asia tenggara. Sangat menarik untuk menantikan apakah keputusan yang akan dibuat melibatkan Tim Heubach ini.", "Nota: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube-nya DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322505/", "headline": "\nPiala Merlion: Harimau Muda Bertemu Hong Kong Dalam Perlawanan Akhir\n", "content": ["Skuad Hong Kong bawah 22 tahun (B-22) menjadi lawan bagi pasukan Malaysia bimbingan E. Elavarasan dalam perlawanan akhir untuk merebut Piala Merlion 2023 – sebuah kejohanan jemputan anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).", "Hong Kong mengesahkan kemaraan ke pentas akhir selepas berhasil menumpaskan pasukan tuan rumah, Singapura dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.", "Merlion Cup 2023 | Jumaat, 24 Mac 2023", "KEMBOJA B-22 🇰🇭 2-4 🇲🇾 MALAYSIA B-22", "⚽️ Lim Pisoth 36’ Sieng Chanthea 50’ ⚽️ Haqimi Azim 13’ Ruventhiran 30’ Fergus Tierney 62’ Najmudin Akmal 73’#FAM #HarimauMalaya #MerlionCup2023 pic.twitter.com/YzquGFCwbm", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 24, 2023", "Sebelum itu, skuad negara berjulukan Harimau Muda terlebih dahulu mengesahkan tempat ke pentas akhir apabila berjaya melakar kemenangan besar 4-2 ke atas Kemboja dalam perlawanan yang berlangsung di venue yang sama, petang tadi.", "Untuk makluman semua, perlawanan akhir ini dijadualkan berlangsung 26 Mac (Ahad) dengan sepak mula pada jam 8.30 bertempat di Stadium Jalan Besar.", "Sementara itu, Singapura dan Kemboja pula akan berentap dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari yang sama dengan sepak mula jam 5.30 petang.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217839/", "headline": "\nIndonesia Masters: Beregu Tuan Rumah Menafikan Kemaraan Pearly-Thinaah Ke Pentas Final\n", "content": ["Tiada pentas akhir buat pasangan badminton wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam saingan Indonesia Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Ini berikutan beregu tuan rumah, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti menafikan kemaraan mereka di peringkat separuh akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah terpaksa akur tumpas kepada pasangan tersebut selepas melalui tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 23-21, 14-21 dan 14-21.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022WD – Semi final 🇮🇩Apriyani RAHAYU🏅21 21 21 🇮🇩Siti Fadia Silva RAMADHANTI🏅23 14 14 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 74 minutes https://t.co/kfZwFNj55z", "— BWFScore (@BWFScore) June 11, 2022", "Apriyani-Fadia yang mendapat sokongan padu penonton tempatan mengesahkan kemenangan ini selepas bertarung sekitar sejam dan 11 minit di atas gelanggang.", "Untuk makluman semua, Apriyani dan Siti Fadia ini merupakan gandingan baharu. Dahulunya, Apriyani merupakan gandingan kepada Greysia Polii yang merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020. ", "Namun, Apriyani terpaksa mencari rakan gandingan baharu setelah Greysia mengumumkan persaraannya di usia 34 tahun, baru-baru ini.", "Fadia pula bergandingan bersama Ribka Sugiarto dan beregu ini pernah meraih ranking ke-26 dunia, kedudukan tertinggi yang pernah dicapai mereka.", "Sementara itu, Apriyani-Fadia yang berhasil mara ke pentas final akan berhadapan dengan beregu China merangkap pasangan No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan. Kedua-dua pasangan ini akan berentap pada hari esok untuk merebut gelaran juara.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321904/", "headline": "\nDua Menteri Kabinet Indonesia Maju Terajui PSSI\n", "content": ["Badan induk bola sepak negara jiran tetangga, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menyaksikan ianya diterajui oleh dua orang menteri daripada barisan kabinet Indonesia Maju bagi penggal 2023-2027.", "Perkembangan itu hadir apabila Menteri Badan Usaha Milik Negara merangkap bekas pemilik Inter Milan, Erick Thohir memenangi pemilihan jawatan Ketua Umum PSSI dalam Kongres Luar Biasa yang berlangsung pada semalam.", "Dalam pemilihan tersebut, Erick memenangi kerusi panas tersebut selepas mendapat 64 undian mengatasi tiga pencabar lain iaitu La Nyalla Mahmud Mattalitti (22 undian), Arief Putra Wicaksono dan Doni Setiabudi.", "Selamat atas terpilihnya Erick Thohir sebagai Ketua Umum PSSI Periode 2023-2027.", "Terima kasih atas dedikasinya untuk PSSI, Mochamad Iriawan selama mengemban tugas sebagai Ketua Umum PSSI 2019-2023.#KitaGaruda pic.twitter.com/XFNlyswAvp", "— PSSI (@PSSI) February 16, 2023", "Sementera itu, satu lagi jawatan tertinggi dalam PSSI iaitu Wakil Ketua Umum I pula diisi oleh Zainuddin Amali merangkap Menteri Olahraga dan Pemuda selepas Yunus Nusi yang meraih undian tertinggi pada sesi undian kali kedua menarik diri.", "Sementara itu, Wakil Ketua Umum II pula diisi oleh Ratu Tisha Destria yang merupakan bekas Sekretaris Jenderal (Setiausaha Agung).", "Bercakap mengenai Erick, selain pernah memiliki dan menerajui kelab gergasi Itali, beliau juga pernah memegang saham majoriti kelab yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu DC United. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323395/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kenali 5 Ketua Jurulatih Skuad Bola Sepak Lelaki Kumpulan B\n", "content": ["Acara bola sepak lelaki bagi Kumpulan B yang disertai Malaysia pada temasya Sukan SEA 2023 agak menarik untuk disaksikan dengan majoriti pasukan mempertaruhkan nakhoda yang pertama kali mengendalikan skuad bawah 22 tahun (B-22). Selain itu, terdapat juga beberapa pasukan yang mempertaruhkan kudrat jurulatih tempatan masing-masing selain mendapatkan kepakaran jurulatih luar khususnya dari benua eropah.", "Bersempena dengan hari perlawanan pertama melibatkan skuad Malaysia pada hari ini, Sukanz tampil memperkenalkan lima ketua jurulatih setiap pasukan dalam Kumpulan B yang terdiri daripada Thailand, Singapura, Vietnam, Laos dan Malaysia dengan lebih dekat untuk tatapan pembaca:", "Nama Issara Sritaro bukanlah sepopular Kiatisuk Senamuang tetapi pengendali berusia 43 tahun ini telah bersama skuad kebangsaan sejak tahun 2016 lagi bagi menjadi pembantu jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Thailand. ", "Bersama Worrawoot Srimaka, Sritaro selaku penolong jurulatih berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2017 menewaskan Malaysia. Pada tahun 2019, Sritaro telah dilantik selaku pembantu jurulatih kepada Akira Nishino untuk mengendalikan skuad senior dan junior kebangsaan sehingga tahun 2021. ", "Pada tahun 2023, Sritaro kembali sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Thailand selepas setahun meninggalkan kem negara untuk melatih PT Prachuap.", "Jurulatih kelab Liga Singapura, Young Lions, Philippe Aw telah bersama skuad junior Singapura sejak tahun 2019 apabila berhijrah daripada Hougang United. Bermula dengan skuad bawah 15 tahun (B-15) Kota Singa, pengendali berusia 45 tahun itu kemudiannya melatih Young Lions pada tahun 2021.", "Dilantik sebagai ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Philippe Aw bukanlah asing kerana hampir keseluruhan skuad terdiri daripada pemain kelabnya dan pemain skuad B-15 Singapura di bawah jagaannya.", "Penyerang sensasi dan anak kepada legenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Ilhan Fandi antara pemain yang menyinar ketika bersama Philippe di Young Lions bagi musim 2021 & 2022.   ", "Nama Troussier bukanlah asing di pentas bola sepak global apabila berjaya memimpin skuad kebangsaan Jepun menjuarai Piala Asia 2002 dan muncul naib juara Piala Konfederasi FIFA 2001. ", "Jurulatih berusia 68 tahun itu pernah bersama Vietnam pada tahun 2019 sehingga 2021 yang menyaksikan negara itu layak ke Kejohanan Bawah 19 Tahun Asia 2020 sebelum digantikan Dinh The Nam. ", "Kini, beliau kembali ke Vietnam untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Park Hang-seo untuk melatih skuad senior dan junior negara itu pada tahun 2023.", "Seperti Troussier, Michael Weiss turut ditugaskan mengendalikan skuad senior, pasukan B-22 dan bawah 19 tahun (B-19) Laos pada 2022. Bersama Filipina dan Mongolia, pengendali berusia 58 tahun itu dilihat sebagai figura yang dihormati kerana berjaya meningkatkan mutu bola sepak negara tersebut. ", "Di Filipina, Weiss merupakan individu yang bertanggungjawab menaikkan ranking FIFA skuad The Azkals sehingga ke tangga ke-127 dunia sebelum tugas itu diserahkan kepada Thomas Dooley. Ketika melatih Mongolia, jurulatih itu berhasil meletakkan negara mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022. ", "Weiss turut pernah melatih skuad pembangunan China dan Rwanda sebelum berhijrah ke rantau Asia Tenggara dan Asia Tengah bersama Filipina dan Mongolia.", "Elavarasan merupakan watak yang cukup disegani dalam bola sepak Malaysia. Pada tahun 2022, Elavarasan dipilih sebagai penolong jurulatih Kim Pan-gon untuk bersama-sama melatih skuad kebangsaan dan diberikan tugas sampingan untuk mengendalikan Harimau Muda selaku ketua jurulatih bagi menggantikan Brad Maloney.", "Dalam Liga Malaysia, Elavarasan bukanlah jurulatih yang berjaya memenangi trofi tetapi jurulatih itu sentiasa hadir apabila diperlukan. Bukan sahaja membantu banyak kelab divisyen bawahan Malaysia layak ke Liga Super, Elavarasan juga pernah membawa PKNS FC mencapai kemuncak mereka apabila muncul finalis Piala FA 2016. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111904/", "headline": "\nParalimpik 2020: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya\n", "content": ["Atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin menampilkan persembahan yang menakjubkan dalam acara angkat berat kategori 72kg sekaligus mebolehkannya menyumbang kilauan pingat emas pertama buat Malaysia dalam temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Atlet kelahiran Sarawak ini berjaya menumpaskan peserta-peserta yang lain apabila berjaya melakukan angkatan seberat 228kg pada percubaan ketiganya.", "Bukan itu sahaja, angkatan seberat 228kg oleh Bonnie itu turut memecahkan rekod 227kg Paralimpik yang dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada temasya di Rio 2016.", "Atlet berusia 22 tahun ini cuba untuk memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231kg namun sayang sekali percubaan tersebut tidak dapat dijayakan.", "Untuk makluman semua, rekod dunia iaitu angkatan 230kg itu juga merupakan rekod yang dicipta oleh Bonnie.", "Sebagai tambahan, atlet Mesir, Mahmoud Attia membawa pulang pingat perak setelah menyudahkan percubaan angkatan seberat 191kg.", "Manakala, atlet Great Britain, Mickey Yule pula membawa pulang pingat gangsa selepas melakukan angkatan seberat 182kg.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325395/", "headline": "\nMFL Agih Penjualan Tiket Final Piala FA Di SSI Sama Rata\n", "content": ["Penganjur bola sepak tanah air, Malaysian Football League (MFL) mengesahkan tiket perlawanan akhir Piala FA 2023 melibatkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) akan diagihkan sama rata.", "Pada masa yang sama, MFL dalam kenyataannya pada hari ini turut memaklumkan menyerahkan sepenuhnya proses penjualan tiket-tiket tersebut kepada pihak pengurusan skuad berjulukan Harimau Selatan dan City Boys masing-masing.", "“Pihak JDT dan Kuala Lumpur City akan memaklumkan cara penjualan tiket kepada penyokong mereka namun dengan persetujuan bersama kedua-dua pasukan, sekiranya ada pasukan yang gagal menjual kesemua tiket yang diperuntukkan itu, maka baki tiket berkenaan akan dijual kepada umum,” jelas MFL.", "Sepertimana perlawanan akhir edisi lalu, MFL akan menawarkan lima kategori tiket untuk para penonton yang terdiri daripada General Admission, FA Cup Grandstand, FA Cup Premium, MFL Premium dan MFL Grandstand.", "“MFL telah membahagikan tiket mengikut beberapa kategori dengan harga tiket bermula dengan General Admission berharga RM50, FA Cup Grandstand RM100, FA Cup Premium RM150, MFL Premium RM150 dan MFL Grandstand RM200.”", "“Penetapan harga tiket mengikut kategori ini sama seperti yang telah dilakukan oleh MFL pada perlawanan akhir mana-mana kejohanan Piala FA dan juga Piala Malaysia sebelum ini di mana ia memberikan lebih pilihan buat penyokong untuk hadir ke stadium.”", "“Istimewa kali ini bagi penyokong yang membeli tiket MFL Grandstand RM200 akan menerima barangan ekslusif perlawanan akhir Piala FA 2023,” tambah MFL.", "Untuk makluman, perlawanan akhir Piala FA edisi ke-32 ini akan dijadualkan berlangsung pada 22 Julai hadapan dengan waktu sepak mula pada jam 9 malam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324599/", "headline": "\nSyarikat Penerbangan Ganti TikTok Di Bahagian Hadapan Jersi Wrexham AFC\n", "content": ["Bahagian hadapan jersi home, away dan ketiga kelab bola sepak yang dimiliki oleh bintang Hollywood, Ryan Reynolds bersama rakannya Rob McElhenny iaitu Wrexham AFC memaparkan logo United Airlines bermula saat ini.", "Perkembangan itu hadir selepas kedua-dua pemilik skuad berjulukan The Red Dragons mengumumkan syarikat penerbangan antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat itu sebagai penaja baharunya, semalam.", "Our brand new, 2023/24 @united-sponsored home shirt will be available to pre-order from Monday (June 12)", "— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) June 8, 2023", "Sepertimana dimaklumkan sebelum ini, Wrexham akan mengadakan jelajah ke Amerika Syarikat pada musim panas ini untuk menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk beraksi dalam saingan EFL League Two 2023-24.", "Untuk makluman semua, United Airlines selaku penaja akan menerbangkan skuad Wrexham bagi menjayakan jelajah pramusim mereka dari United Kingdom ke Amerika Syarikat buat julung kalinya itu.", "Sebagai tambahan, kehadiran United Airlines ini sekaligus menggantikan logo TikTok – syarikat platform video pendek – yang telah menghiasi bahagian hadapan jersi home, away dan ketiga Wrexham selama dua musim bermula Julai 2021.", "Nailed the landing. Welcome @united to the @Wrexham_AFC team as front of shirt sponsor.", "— Wrexham AFC (@Wrexham_AFC) June 8, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111481/", "headline": "\n10 Perkongsian Pingat Emas, Perak & Gangsa di Temasya Sukan Olimpik\n", "content": ["Atlet Qatar, Mutaz Essa Barshim dan Itali, Gianmarco Tamberi menjadi bualan peminat sukan apabila kedua-duanya diumumkan berkongsi pingat emas dalam acara lompat tinggi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Alkisahnya terjadi ketika tiada apa yang dapat memisahkan Mutaz, 30 tahun, dan Tamberi, 29 tahun, ketika melakukan lompatan pada ketinggian 2.37 meter. Kedua-duanya cemerlang melepasi ketinggian tersebut.", "Maka paras ketinggian dinaikkan kepada 2.39 meter dan melompatlah mereka berdua untuk melepasi ketinggian tersebut. Setelah 3 kali percubaan, Mutaz gagal dalam ketiga-tiga lompatan termasuklah Tamberi.", "Di saat itu, pegawai kejohanan datang kepada kedua-dua atlet ini, dan menerangkan dua pilihan kepada mereka berdua iaitu pertamanya, mereka perlu melakukan ‘jump off’ pada ketinggian 2.39 meter bagi menentukan pemenang.", "Untuk makluman, ‘jump off’ bermaksud percubaan lompatan yang perlu dilakukan sekali sahaja oleh kedua-dua atlet ini. Sesiapa yang berjaya melepasinya akan dinobatkan sebagai pemenang. ", "Belum sempat pegawai tersebut menamatkan penjelasan mengenai pilihan kedua, Mutaz dengan pantas bertanyakan pegawai kejohanan tersebut, “Bolehkah kami mempunyai dua (pingat) emas?” sekaligus membuatkan Tamberi melompat keriangan dan menamatkan saingan tersebut secara rasmi.", "Bagaimanapun, perkongsian pingat samada emas, perak atau gangsa pada temasya Sukan Olimpik ini bukanlah sesuatu yang asing. Di sini, kami senaraikan 10 perkongsian pingat yang pernah terjadi ketika edisi Olimpik 2008, 2012 dan 2016:", "Temasya: Sukan Olimpik Beijing 2008", "Kami mulakan kisah mengenai perkongsian pingat di temasya Olimpik dengan kisah Sheron dan Kerron. Dalam acara fina 100 meter wanita di Beijing 2008, kedua-dua pelari Jamaica ini menamatkan larian dengan catatan masa 10.979 saat. Setelah dibundarkan ianya menjadi 10.98 saat. Dengan tiada apa yang memisahkan kedua-dua pelari ini, Sherone dan Kerron diberikan pingat perak manakala tiada pingat gangsa diberikan.", "Temasya: Sukan Olimpik Beijing 2008", "Acara: Renang 100m Gaya Bebas Lelaki", "Dalam acara renang 100m gaya bebas kategori lelaki, perenang Amerika Syarikat dan Brazil masing-masing menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 47.67 saat. Catatan masa yang sama ini memberikan kedua-dua perenang ini berkongsi pingat gangsa. Sementara itu, pingat emas dan perak dimenangi oleh Alain Bernard (Perancis) dan Eamon Sullivan (Australia).", "Temasya: Sukan Olimpik Beijing 2008", "Acara: Renang 100m Kuak Lentang Lelaki", "Masih lagi dalam acara renang di saingan Olimpik 2008. Namun, kali ini melibatkan perenang Rusia dan Australia dalam acara 100m kuak lentang. Arkady dan Hayden meraih pingat gangsa setelah berkongsi catatan masa 53.18 saat. Bagi pemenang pingat emas dan perak, kedua-dua dari Amerika Syarikat iaitu Aaron Peirsol (52.54 saat, rekod dunia dan olimpik baharu) dan Matthew Grevers (53.11 saat).", "Temasya: Sukan Olimpik London 2012", "Kenal nama pertama yang ditulis di atas? Ya, dia merupakan atlet yang sama-sama memenangi pingat emas bersama atlet Itali, Gianmarco Tamberi, semalam. Sekitar sembilan tahun yang lalu, Mutaz sudah mempunyai pengalaman berkongsi pingat di temasya Olimpik. Menariknya, ketika itu, seramai tiga orang atlet berkongsi pingat gangsa selepas merekodkan ketinggian 2.29 meter. ", "Untuk makluman, pada Februari 2019, pemenang pingat emas, Ivan Ukhov dari Rusia dibatalkan kemenangannya ekoran perlanggaran undang-undang ‘anti-doping’.", "Temasya: Sukan Olimpik London 2012", "Acara: Basikal Trek Keirin Lelaki", "Masih lagi di temasya London 2012 namun kali ini perkongsian pingat berlaku dalam acara keirin lelaki dalam sukan berbasikal trek. Simon dan Teun membawa pulang gangsa setelah tayar hadapan basikal mereka melintasi garisan pemamat pada pusingan akhir secara bersama-sama. Untuk makluman, pada ketika ini, pelumba negara, Azizulhasni Awang menamatkan perlumbaan di tempat keenam.", "Temasya: Sukan Olimpik London 2012", "Acara: Renang 200m Gaya Bebas Lelaki", "Kali ini kisah perkongsian pingat berlaku dalam acara renang di Sukan Olimpik London 2012 pula. Perenang China, Sun Yang dan Korea, Park Tae-hwan menamatkan renangan pada masa yang sama iaitu 1:44.93 sekaligus menyaksikan kedua-duanya membawa pulang pingat perak. Sementara itu, pingat emas dibawa pulang oleh perenang Perancis, Yannick Agnel manakala tiada pingat gangsa diberikan.", "Temasya: Sukan Olimpik London 2012", "Acara: Renang 100m Kuak Kupu-Kupu Lelaki", "Kejadian berkongsi pingat masih lagi dalam acara renang pada temasya yang sama. Kali ini melibatkan Chad de Clos dan Yevgeny Korotyshkin dalam acara 100m kuak kupu-kupu. Kedua-duanya menamatkan renangan dengan catatan masa 51.44 saat. Pemenang pingat emas adalah Michael Phelps dari Amerik Syarikat dan tiada pingat gangsa diberikan.", "Temasya: Sukan Olimpik Rio 2016", "Acara: Renang 100m Kuak Kupu-Kupu Lelaki", "Kali ini kita ke edisi Sukan Olimpik berikutnya iaitu Rio 2016. Perkongsian pingat kemenangan masih lagi berlaku di kolam renang dan kali ini melibatkan acara 100m kuak kupu-kupu lelaki. Tiga orang perenang, Phelps, Chad de Clos dan Laszlo terpaksa berkongsi pingat perak selepas kesemua mereka berkongsi catatan masa 51.14 saat. Di temasya ini, perenang negara jiran tetangga, Singapura iaitu Joseph Schooling mencipta kejutan dengan meraih emas.", "Temasya: Sukan Olimpik Rio 2016", "Acara: Renang 100m Gaya Bebas Wanita", "Perkongsian pingat kali ini melibatkan perenang wanita untuk kilauan emas. Simone dan Penny menamatkan renangan 100 meter gaya bebas dengan cemerlang dan mencatatkan masa yang sama iaitu 52.07 saat. Tiada pingat perak diberikan manakala pingat gangsa dimenangi oleh perenang Sweden, Sarah Sjostrom.", "Temasya: Sukan Olimpik Rio 2016", "Acara: Renang 100m Kuak Lentang Wanita", "Acara renang di Rio 2016 menyaksikan sekali lagi perkongsian pingat berlaku di kolam renang. Kali ini dalam acara 100 meter kuak lentang wanita. Kylie dan Yuanhui berkongsi pingat gangsa setelah menamatkan renangan dengan catatan masa yang sama iaitu 58.76 saat. Pada acara ini, pingat emas dimenangi oleh Katinka Hosszu (Hungary) dan pingat perak dibawa pulang oleh Kathleen Baker (Amerika Syarikat)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220965/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Juara Dunia 3 Kali Benam Aaron-Wooi Yik\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara merangkap juara Kejohanan Dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah tempang.", "Pasangan yang menghuni ranking keempat dunia ini menerima kejutan dengan tumpas kepada juara Kejohanan Dunia sebanyak tiga kali, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur menerima kekalahan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-12 dan 21-15 setelah 32 minit berentap.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Round 1 🇮🇩Mohammad AHSAN🏅21 21 🇮🇩Hendra SETIAWAN🏅12 15 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 32 minutes https://t.co/Ds4JtffNv9", "— BWFScore (@BWFScore) December 7, 2022", "Ini pastinya menjadi kemenangan ‘manis’ buat beregu Indonesia yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ setelah mereka tumpas kepada Aaron-Wooi Yik pada pentas perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF pada penghujung Ogos lalu.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kekalahan kelapan yang ditanggung Aaron-Wooi Yik daripada 12 pertemuan menentang Ahsan-Hendra secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, bagi perlawanan seterusnya di peringkat kumpulan, Aaron-Wooi Yik dijadualkan menentang beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323953/", "headline": "\nPiala Sudirman: Malaysia Capai Sasaran, Bertemu Korea Di Separuh Akhir\n", "content": ["Skuad Malaysia berhasil mencapai sasaran mara ke peringkat separuh saingan berpasukan campuran, Piala Sudirman 2023 sepertimana ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Malaysia melakar kemaraan ke peringkat tersebut selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Denmark dalam aksi peringkat suku akhir yang tamat sebentar tadi.", "Gandingan beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mengesahkan kemaraan tersebut apabila mencatatkan kemenangan “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-16  ke atas Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan keempat.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Knockout – QF 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇩🇰Kim ASTRUP17 16 🇩🇰Anders Skaarup RASMUSSEN", "— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2023", "Sebelum itu, Denmark berhasil mengekang Malaysia daripada mencatatkan kemenangan dengan lebih awal apabila perseorangan wanitanya, Mia Blichfeldt berhasil mengatasi Goh Jin Wei menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 15-21 dan 21-19 dalam pertarungan ketiga.", "Sementara itu, Denmark terpaksa akur memberikan satu mata percuma kepada Malaysia selepas ayam tambatannya merangkap perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri ketika menentang Lee Zii Jia selepas beraksi selama lima minit permainan pada pertarungan kedua ekoran kecederaan.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Knockout – QF4 🇲🇾LEE Zii Jia🥇", "— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2023", "Terdahulu, Malaysia bermula dengan langkah kanan pada pertarungan pertama menerusi gandingan beregu campuran negara yang sedang meningkat naik, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menumpaskan pasangan Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje dengan skor 15-21, 21-14 dan 21-7.", "Menanti Malaysia di peringkat separuh akhir pada hari esok ialah Republik Korea yang menumpaskan Taiwan dengan keputusan 3-1 di peringkat suku akhir.", "Untuk makluman semua, pencapaian Malaysia mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala Sudirman kali ini sekaligus menyamai pencapaian yang dilakar skuad negara pada edisi lalu di Vantaa, Finland serta mengesahkan membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207117/", "headline": "\nJangan Berlindung Di Sebalik ‘Rehat’, Kalau Singkir Cakap Singkir – B. Satiananthan\n", "content": ["Presiden Persatuan Jurulatih Malaysia (PJBM), B. Satiananthan sudah muak dengan ‘perangai’ pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia yang berselindung di sebalik perkataan ‘rehat’ apabila mahu menyingkirkan jurulatih terutamanya di pertengahan musim.", "Dia yang turut dikenali sebagai Coach Satia lebih senang jika pasukan-pasukan berterus-terang dalam membuat kenyataan atau pengumuman apabila menyingkirkan jurulatih mereka.", "Dua hari lalu, pasukan Liga Premier 2020, Kelantan United FC membuat pengumuman merehatkan ketua jurulatihnya, Zahasmi Ismail termasuk dua pembantunya,  Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali menerusi satu siaran media di laman sosial kelab.", "“Jangan guna rehat kerana ia adalah istilah pondan. Kalau nak singkir cakap sahaja singkir.", "“Kalau nak suruh saya rehat, saya tidak boleh terima. Jika nak rehat, mereka kenalah bayar gaji,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.", "Sementara itu, Coach Satia tidak runsing mengenai kontraknya bersama Selangor yang akan tamat pada penghujung tahun ini. ", "Dia menyerahkan segala-galanya kepada pihak pengurusan untuk membuat pertimbangan samada melanjutkannya atau tidak.", "Bagi pengendali berusia 62 tahun ini, dia telah mengemudi Selangor dengan baik – hanya satu kekalahan dicatatkan setakat ini. ", "Selain itu, Selangor menempatkan diri di tangga ke-6 CIMB Liga Super 2020 – terikat 10 mata bersama Melaka, Terengganu FC dan UITM FC.", "“Itu terpulang kepada persatuan tetapi kalau nak ‘rehatkan’ saya, bayar gaji saya ikut kontrak dan jangan buang masa saya.", "“Saya seorang yang pro­fesional. Dalam tujuh perlawanan terakhir, hanya sekali kami kalah, jadi jangan cakap ­banyak,” katanya lagi.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217966/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Zii Jia Singkir Juara Dunia, Mara Ke Pentas Separuh Akhir Super 1000\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir Terbuka Indonesia 2022 –  Jelajah Dunia Super 1000 BWF – selepas memenangi perlawanan peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Kemaraan itu tercipta selepas pemain yang berada di ranking kelima dunia ini menumpaskan pemain Singapura merangkap juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew sekaligus menyingkirkan pemain tersebut daripada kejohanan ini.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MS – Quarter final21 16 22 🇲🇾Zii Jia LEE🏅18 21 20 🇸🇬Kean Yew LOH", "🕗 in 65 minutes https://t.co/UFv8rKusb8", "— BWFScore (@BWFScore) June 17, 2022", "Dalam perlawanan terbabit, Zii Jia merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 16-21 dan 22-20 dalam tempoh masa melebihi satu jam pertarungan di Istora Senayan, Jakarta.", "Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kelima melibatkan kedua-dua pemain. Dan kemenangan yang dicapai pada hari ini menjadi Zii Jia telah menumpaskan Kean Yew sebanyak tiga kali daripada lima pertembungan di pentas antarabangsa. ", "Sementara itu, kemaraan Zii Jia ke peringkat separuh akhir akan membuatkannya bertemu samada pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen atau pemain No.1 tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting bagi merebut tiket ke pentas final."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325480/", "headline": "\nPearly Tan Cipta Rekod Dunia Baharu Dengan Pukulan Berkelajuan 438km/j\n", "content": ["Pemain beregu wanita tanah air, Pearly Tan kini memegang rekod Pukulan Badminton Terpantas (Wanita) setelah melakukan satu pukulan dengan kelajuan 438km/j, umum pembuat barangan badminton, Yonex.", "Pemain kelahiran negeri Kedah berusia 23 tahun terbabit melakukan pukulan tersebut menggunakan raket jenis Nanoflare 1000 Z dan bertalikan Exbolt 63 buatan Yonex pada 14 April 2023 bertempat di gimnasium milik Yonex Co Ltd di Saitama, Jepun.", "A post shared by Yonex Badminton (@yonex_badminton)", "Ukuran kelajuan berdasarkan keputusan yang terhasil daripada percubaan Pearly itu mendapat pengesahan daripada juri rasmi Guinness World Records (GWR) yang hadir pada hari tersebut.", "Untuk makluman semua, Pearly yang menjuarai Terbuka Perancis 2022 – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 750 – bersama Thinaah Muralitharan merupakan pemain badminton wanita pertama yang memegang rekod ini secara rasmi.", "Sebelum ini, tiada mana-mana pemain, atlet mahupun individu diiktiraf sebagai pemegang rekod Pukulan Badminton Terpantas (Wanita) oleh GWR.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023 "]} +{"url": "https://sukanz.com/20207074/", "headline": "\nJersi Ketiga Liverpool Dijual Secara Rasmi di Malaysia – Harga Bermula RM299\n", "content": ["Peminat dan penyokong juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), boleh mendapatkan jersi ketiga pasukan kesayangan mereka, bermula hari ini.", "Didatangkan dengan corak ‘chequered flag’ berwarna hitam, jersi keluaran Nike ini boleh didapati secara eksklusif di rangkaian kedai Al-Ikhsan dan Football Republic terpilih seluruh Malaysia.", "Selain itu, jersi ini turut dijual di laman sesawang mereka iaitu di www.al-ikhsan.com dengan harga bermula RM299 bagi ‘replica issue’ dan RM495 bagi ‘player issue’.", "Jersi ketiga Liverpool bagi musim 2020/21 ini telah dilancarkan penjualannya secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan Sports, Encik Vach Pillutla dalam satu acara di Football Republic Sunway Pyramid.", "Rujuk senarai di bawah untuk mengetahui lokasi penjualan jersi ketiga Liverpool 2020/21:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113006/", "headline": "\n2 Pemain Serie D Brazil Ditandatangani Pertengahan Musim Beri Impak Kepada Melaka United\n", "content": ["Kehadiran dua penyerang daripada saingan Serie D Brazil, Adriano dan Giovane Gomes pada pintu perpindahan kedua pemain nyata memberikan impak pada kualiti serangan Melaka United.", "Perkara itu dikongsikan pemain tengah Melaka United sendiri, Manuel Ott, yang berpendapat mereka berdua telah memberikan lebih banyak variasi serta transisi yang lebih baik semasa melakukan gerakan secara berpasukan.", "Biarpun bercakap dalam bahasa yang berbeza, pemain kebangsaan Filipina itu berpendapat itu tidak menjadi halangan buat mereka dalam membina keserasian di atas padang.", "“Kedua-duanya, Giovane dan Adriano telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dengan pasukan kerana sering kali mampu membuka ruang yang lebih banyak dalam situasi serangan.", "“Mereka ada keupayaan untuk mengawal bola dalam kotak penalti terutamanya Adriano sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukan selain ada persefahaman yang baik.", "“Biarpun mereka berdua hanya boleh berbahasa Portugis, itu tidak menjadi masalah kepada saya untuk memahami corak permainan Giovane dan Adriano kerana dalam bola sepak, perkara itu tidak jadi halangan.", "“Tidak dilupakan Sony Norde yang sentiasa konsisten serta nampak tajam dalam tiap perlawanan bagi membantu transisi yang baik dari bahagian pertahanan sehingga serangan,” katanya.", "Artikel Berkaitan: Kenali Dua Pemain Serie D Brazil Yang Bakal Menyarung Jersi Melaka United", "Setakat ini Adriano telah menyumbang tiga jaringan dan melakukan enam bantuan jaringan dalam 11 penampilan bersama Melaka United dalam pentas TM Piala Malaysia dan Liga Super sementara Giovane, satu jaringan serta satu bantuan jaringan.", "Berdasarkan statistik, sejak kehadiran Adriano dan Giovane, Melaka United hanya tewas tiga dari 11 perlawanan termasuk dalam dua perlawanan TM Piala Malaysia.", "Mereka berdua hadir bagi menggantikan Alex dos Santos dan Stefan Nikolic yang digugurkan selepas gagal menghadirkan prestasi memberangsangkan.", "Sementara itu, Ott yang menjadi pemain cukup menonjol dalam pentas Piala Malaysia setakat ini buat Melaka mengakui berpuas hati kerana dapat membantu pasukan bermula cemerlang di Kumpulan C.", "Apa yang lebih penting baginya ialah kejayaan pasukan dan bukannya persembahan individu yang menjadi keutamaan buat Ott.", "“Dalam dua perlawanan sebelum ini, saya tidak menjangka mampu menjaringkan gol buat pasukan kerana peranan saya lebih menjadi penggerak di bahagian tengah dan bukannya terlibat dalam kawasan penalti lawan.", "“Saya gembira kerana cubaan dari jarak jauh saya lakukan berjaya menemui sasaran dalam beberapa perlawanan tetap apa paling buat saya teruja ialah dapat membantu pasukan meraih tiga mata.", "“Tidak dinafikan jaringan saya lakukan semasa dengan Kedah adalah yang terbaik sepanjang bermain di Liga Malaysia dan harap saya boleh meneruskan rekod cemerlang Melaka pada baki perlawanan akan datang,” katanya.", "Melaka memimpin Kumpulan C dengan pungutan enam mata maksimum selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dan Kedah Darul Aman, 3-1 di Stadium Darul Aman.", "Mereka akan melayani kunjungan Kelantan United pada 29 Oktober di Stadium Hang Jebat pada aksi ketiga Kumpulan C.", "Featured Image: Melaka United Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218337/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pearly-Thinaah Bikin Beregu No.2 Dunia Kandas Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu wanita utama negara, Pearly Thinaah dan Thinaah Muralitharan membuatkan pasangan Jepun yang menghuni ranking kedua dunia terkandas di Pusingan 16 saingan Malaysia Masters 2022.", "Ini selepas Pearly-Thinaah yang berada di kedudukan kesepuluh dunia berjaya menumpaskan Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota secara “straight set” sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Pearly-Thinaah merekodkan kemenangan dengan skor 21-14 dan 21-19 dalam tempoh masa 41 minit yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena Bukit Jalil.", "PERODUA Malaysia Masters 2022 WD – Round of 16 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 🇲🇾Thinaah MURALITHARAN🏅14 19 🇯🇵Yuki FUKUSHIMA 🇯🇵Sayaka HIROTA", "— BWFScore (@BWF_Score) July 7, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan kedua daripada empat pertemuan diraih oleh Pearly-Thinaah ketika bertemu Fukushima-Hirota di pentas antarabangsa.", "Pada masa yang sama, dengan keputusan yang diraih ini, Pearly-Thinaah dapat melayakkan diri ke saingan suku akhir kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Esok, pasangan wanita No.1 negara ini akan menentang beregu Indonesia merangkap juara Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia di peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208091/", "headline": "\nBrazil Perkenal Jersi Baharu Inspirasi Rekaan Tahun 1970\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Brazil memperkenalkan jersi baharu mereka untuk musim 2020/21 dengan mengambil inpirasi daripada rekaan yang dipakai oleh skuad Piala Dunia 1970.", "Diperkenalkan secara rasmi semalam, jersi keluaran Nike itu hadir dalam dua variasi iaitu Home dan Away. ", "Em 70, encantamos o mundo com o nosso futebol e fizemos história com a Amarelinha. Continuamos defendendo as nossas cores com orgulho. Cheias de história e prontas para o futuro! Essas são as novas camisas da Seleção Brasileira.@nikefootball #NadaPodePararAGente pic.twitter.com/hhkE4aN8Qt", "Untuk jersi Home, ianya hadir dengan gabungan warna ikonik kuning dan hijau bercorakkan diamond di bahagian kolar dan hujung lengan baju.", "Bagi jersi Away pula, ianya berwarna biru dengan corak diamond di bahagian hadapan yang diinspirasikan oleh bendera Brazil. Nombor dan logo swoosh pula hadir dalam warna kuning.", "Selain itu, Brazil akan menggunakan logo baharu yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Dikhabarkan jersi ini akan digunakan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan saingan Copa America tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217974/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Pemain No.1 Dunia Singkir Zii Jia Di Separuh Akhir\n", "content": ["Tiada pentas akhir buat jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa akur tumpas kepada pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia 2022.", "Axelsen yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berjaya menumpaskan Zii Jia menerusi tiga set permainan yang berlangsung sekitar 70 minit permainan.", "Dalam perlawanan tersebut Zii Jia yang berada ranking kelima dunia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-19.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MS – Semi final19 21 23 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅21 11 21 🇲🇾Zii Jia LEE", "🕗 in 70 minutes https://t.co/60lZcw4z99", "— BWFScore (@BWFScore) June 18, 2022", "Namun begitu, Axelsen bangkit untuk meraih kemenangan di set kedua dengan skor 21-11 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan (rubber set).", "Di set ketiga, pertarungan antara Zii Jia dan Axelsen berlangsung sengit dengan kedua-duanya saling kejar mengejar untuk mendapatkan mata demi mata.", "Akan tetapi kemenangan tetap berpihak kepada Axelsen apabila dia berhasil menamatkan pertarungan di set ketiga ini dengan skor 23-21 memihak kepadanya.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan ketujuh antara Axelsen dan Zii Jia di pentas antarabangsa. Kemenangan pada hari ini menjadikan Axelsen melebarkan rekod kemenangan kepada lima sementara hanya dua kemenangan sahaja berpihak kepada Zii Jia.", "Sementara itu, Ddalam perlawanan akhir yang akan berlangsung esok, Axelsen yang mengesahkan kemaraan akan bertemu samada pemain China, Zhao Jun Peng atau pemain India, Prannoy Haseena Sunil Kumar bagi merebut gelaran juara saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20207785/", "headline": "\nTMJ: Peminat Perlu Faham Safawi Bersaing Dengan Pemain Dari Negara Ranking Tinggi\n", "content": ["Peminat bola sepak tempatan tidak seharusnya terburu-buru untuk melihat aksi penyerang kebangsaan, Safawi Rasid dalam kesebelasan utama Portimonense SC dalam masa terdekat.", "Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berpandangan bahawa Portimonense memerlukan masa untuk melihat perkembangan Safawi di Portugal dari semasa ke semasa.", "Walaupun Safawi merupakan pemain yang berbakat tetapi dia kini sedang bersaing dengan pemain-pemain bermentaliti tinggi dari negara-negara yang mempunyai ranking lebih baik dari Malaysia.", "“Saya rasa penyokong bola sepak tanah air kena faham proses,”", "“(Pemain) kita datang daripada ranking dunia yang amat rendah, apabila pemain kita ke luar negara, mereka akan ada pesaing dalam pasukan mereka sendiri daripada negara seperti Brazil, Colombia atau Ukraine, negara yang berada dalam ranking sangat tinggi dunia.”", "“Dari kecil lagi pemain ini telah diberi (tahap) pendidikan bola sepak yang jauh lebih tinggi daripada kita di sini. Jadi walaupun pemain tanah air kita begitu berbakat tetapi mereka perlu masa untuk berkembang.” ", "“Kita kena menghormati masa yang diberikan oleh kelab tersebut dan kita kena yakin dengan proses tersebut.” titahnya dalam satu sidang media baru-baru ini.", "Sementara itu, Tunku Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengakui sering berhubung dengan bekas pemainnya itu untuk mengikuti perkembangannya.", "“Kami sentiasa berhubung boleh dikatakan setiap hari, termasuk dengan pemilik kelab di sana untuk memastikan dia sentiasa dijaga dengan baik di sana,” tambah baginda lagi.", "Menurut laporan media tempatan, Pemain Paling Bernilai (MVP) dua kali Liga Malaysia itu disahkan kekal bersama skuad Portimonense Bawah 23 Tahun (B-23) untuk aksi hujung minggu ini bertemu Maritimo B-23 dalam saingan Liga Revelacao.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Portimonense SC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206973/", "headline": "\nArteta Dinaikkan Pangkat Sebagai Pengurus Arsenal, Apakah Peranannya?\n", "content": ["Kelab berpangkalan di London, Arsenal telah mengumumkan ketua jurulatihnya, Mikel Arteta dinaikkan pangkat sebagai pengurus pasukan yang baharu, berkuat kuasa serta merta, semalam.", "Menurut kenyataan rasmi kelab, sepanjang sembilan bulan lalu, Arteta telah mengemudi Arsenal mengharungi waktu yang sukar dengan cemerlang. Dia bukan sahaja mengangkat semangat para pemain dan pelatih di London Colney malah peminat-peminat The Gunners seluruh dunia.", "Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah (Board of Directors) Arsenal turut melihat apa yang dilakukan oleh Arteta sebelum ini melebihi daripada tugas-tugas seorang ketua jurulatih. Malah kemampuan bekas penolong pengurus kepada Pep Guardiola di Manchester City ini tidak dapat diragui lagi setelah membawa Arsenal menjulang dua piala setakat ini.", "Sebagai pengurus pasukan, Arteta akan berkerja dengan lebih dekat bersama Pengarah Teknikal, Edu untuk menguruskan elemen-elemen lain dalam operasi pasukan bola sepak seperti analisis, perekrutan pemain, sains sukan dan perubatan.", "Dan Arteta yang juga merupakan bekas kapten Arsenal suatu masa dahulu akan bersama-sama Edu untuk memberi nasihat atau cadangan teknikal berkenaan perpindahan para pemain yang perlu dibeli, dijual atau dipinjamkan.", "Selain itu, Arteta akan berkerja dengan lebih rapat bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Vinai Venkatesham, ahli lembaga pengarah dan pemilik kelab berkenaan hal ehwal kewangan untuk memberi kata putus terhadap keputusan-keputusan penting.", "\"I think Arteta is one of the best managers in the Premier League now!\" #AFChttps://t.co/u8c9fPnt5R", "Arsenal mengharapkan dengan perlantikan Arteta sebagai pengurus, skuad The Gunners dapat menjadi sebuah kelab bola sepak yang lebih dinamik serta dapat mara lebih jauh ke hadapan.", "Untuk rekod, jawatan pengurus pasukan telah dimansuhkan oleh Arsenal setelah pemergian Arsene Wenger pada tahun 2018. Selepada daripada itu, tugasan mengemudi skuad senior hanya diletakkan di atas bahu ketua jurulatih."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112642/", "headline": "\nLiberia Tanpa Kelibat Kpah Sherman Tumpas 0-2 Kepada Mesir\n", "content": ["Skuad kebangsaan Liberia yang beraksi tanpa kelibat penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman dan pemain-pemain lain yang beraksi di luar negara terpaksa akur tumpas 0-2 kepada Mesir.", "Pertemuan menentang Mesir yang berlangsung pada awal pagi tadi di Stadium Borg El Arab merupakan perlawanan persahabatan yang dirancang oleh ketua jurulatihnya, Peter Butler sebagai persiapan untuk mengharungi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 kelak.", "Mereka tidak dapat menyenaraikan Kpah serta pemain lain yang beraksi di luar negara kerana perlawanan tersebut dijalankan di luar daripada tempoh rehat antarabangsa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bermula 3 hingga 13 Oktober.", "Kelab-kelab pula tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain-pemain mereka walaupun mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan dalam di luar tempoh tersebut. ", "Oleh demikian, Butler yang pernah membimbing beberapa pasukan di Malaysia hanya menggunakan 100% pemain yang beraksi dalam saingan Liga Liberia pada perlawanan tersebut.", "Bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022, Liberia atau nama julukannya Lone Star yang berada dalam Kumpulan C dijadualkan menentang Cape Verde pada 7 dan 11 Oktober nanti.", "Video: Jaringan Tunggal Kpah Bantu Liberia Raih Kemenangan Pertama Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022", "Setakat berita ini ditulis, pihak Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA) belum memaklumkan samada akan menyenaraikan dan memanggil Kpah pada perlawanan menentang Cape Verde kelak.", "Untuk makluman semua, Liberia sedang berada di tangga kedua Kumpulan C – di bawah Nigeria – dengan mengumpul 3 mata setelah meraih satu kemenangan daripada dua perlawanan peringkat kelayakan yang diharungi pada bulan lalu.", "Mereka meraih kemenangan ketika menentang Republik Afrika Tengah dan penyerang skuad Hijau Kuning muncul penjaring tunggal dalam perlawanan tersebut.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219472/", "headline": "\nPiala AFC: KL City Cipta Satu Lagi Sejarah, Mara Ke Final Inter-Zonal\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di ibu negara, Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta satu lagi sejarah dalam kejohanan Piala AFC.", "Kali ini, skuad bimbingan Bojan Hodak ini berhasil melakukan kejutan menumpaskan kelab India, ATK Mohun Bagan 3-1 dalam perlawanan separuh akhir inter-zonal, sebentar tadi.", "Lebih manis, kejayaan menumpaskan kelab berjulukan Mariners ini dilakar di hadapan penyokong dan laman lawan mereka sendiri, Stadium Salt Lake, Kolkata.", "Jaringan oleh KL City itu hadir menerusi kapten, Paulo Josue serta dua jaringan oleh pemain gantian, Fakrul Aiman dan Romel Morales pada minit ke-60, ke-90+2 dan ke-90+5 masing-masing.", "Manakala jaringan oleh pasukan tuan rumah pula hadir menerusi Ali Molla pada minit ke-90 yang membolehkan mereka mengikat KL City 1-1 buat seketika waktu pada masa itu.", "Kemenangan ini membolehkan mereka mara ke perlawanan akhir Inter-zonal bertemu wakil Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh yang turut mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan kelab Hong Kong, Eastern FC.", "Untuk makluman semua, perlawanan akhir inter-zonal antara KL City dan Sogdiana Jizzakh ini dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218849/", "headline": "\nAPG 2022: Cheah Liek Hou Ulang Pencapaian Raih Emas Acara Perseorangan Lelaki SU5\n", "content": ["Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou tidak berhadapan masalah untuk mengulangi kejayaannya merangkul pingat emas dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal) di temasya Sukan Para ASEAN (APG).", "Kejayaan itu diulang dalam edisi kali ini yang berlangsung di Solo, Indonesia dengan menumpaskan rakan senegara, Faris Ahmad Azri secara “straight set” dengan keputusan 21-18 dan 21-14 dalam perlawanan akhir, hari ini.", "Sebelum itu, Liek Hou mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir dengan mengalahkan wakil tuan rumah, Dheva Anrimusthi juga secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-12, semalam.", "Sebagai rekod, kali terakhir Liek Hou merangkul pingat emas di temasya ini adalah semasa edisi yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Untuk makluman, edisi pada tahun 2020 yang sepatutnya berlangsung di Filipina dibatalkan.", "Sementara itu, dalam acara beregu lelaki SU5, Liek Hou yang bergandingan bersama Muhammad Fareez Anuar terpaksa akur tidak dapat meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir apabila tumpas kepada beregu Indonesia, Oddie Kurnia Dwi Listyanto Putra-Suryo Nugroho dengan skor 19-21, 21-15 dan 19-21.", "Mereka akan beraksi dalam perlawanan perebutan pingat gangsa menentang beregu senegara, Mohamad Faris-Mohd Amin Burhanuddin pada hari ini.", "Featured Image: Paralympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110777/", "headline": "\nMotoGP: Yamaha & Maverick Vinales Umum Perpisahan\n", "content": ["Pasukan Monster Energy Yamaha dan pelumbanya, Maverick Vinales mengumumkan tidak akan bergandingan bersama lagi setelah tamatnya saingan MotoGP 2021.", "Perkara tersebut diumumkan oleh laman sesawang Monster Energy Yamaha secara rasmi pada hari ini.", "Yamaha and Maverick Viñales agree to part ways in 2022📰 https://t.co/YyngfG31RU#MonsterYamaha | #MotoGP pic.twitter.com/RXgiv4armo", "Untuk makluman, kontrak pasukan Yamaha dan pelumba berusia 26 tahun ini sepatutnya tamat pada penghujung tahun hadapan.", "Namun dengan pengumuman ini, kerjasama antara kedua-dua pihak ianya tamat setahun lebih awal berbanding tempoh masa seperti ditandatangani pada kontrak asal.", "Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan komitmen penuh untuk menamatkan saingan MotoGP musim ini dengan pencapaian sebaik mungkin.", "Untuk rekod, ini merupakan tahun kelima Maverick Vinales beraksi bersama jentera kilang, Monster Energy Yamaha. ", "Featured Image: Monster Energy Yamaha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324950/", "headline": "\nPemilik Facebook, Twitter Bakal ‘Bertumbuk’ Dalam Sangkar?\n", "content": ["Dunia internet hari ini dikejutkan dengan berita pemilik Twitter, Elon Musk mahu berentap dengan Mark Zuckerberg dalam satu pertarungan bersangkar (cage match) menerusi ciapannya di Twitter.", "Hal ini dipercayai tercetus selepas pemilik Facebook itu mahu membina satu lagi platform media sosial menyerupai Twitter bernama THREADS. Elon membalas ciapan susulan dengan kapsyen bernada sinis, “Saya bersedia untuk perlawanan sangkar jika dia mahu”.", "Jutawan berusia 39 tahun itu kemudiannya memberikan respons dengan memuatnaik tangkap layar ciapan tersebut berserta kapsyen, “Hantarkan lokasinya kepada saya”.", "Pertarungan antara dua jutawan tersohor dunia itu dijangka bakal berlangsung dalam sebuah gelanggang oktagon di Vegas – dipercayai di UFC Apex yang menjadi salah satu lokasi utama kejohanan seni bela diri campuran terbesar dunia, Ultimate Fighting Championship (UFC).", "Untuk makluman, Zuckerberg kini aktif dalam sukan bela diri jiu-jitsu selepas memperoleh pingat emas dan perak dalam sebuah kejohanan di California dan dijangka bakal melakukan penampilan sulungnya di MMA dalam masa terdekat. ", "Sekiranya pertarungan ini benar-benar berlaku, tumpuan dunia akan beralih kepada aksi kedua-dua jutawan tersebut dan ini mungkin akan memberikan pendedahan yang lebih meluas terhadap sukan bela diri campuran khususnya jiu-jitsu. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202325045/", "headline": "\nJuara V.League 6 Kali Sambar Khidmat Herlison Caion\n", "content": ["Kira-kira sekitar 48 jam sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA, Kuala Lumpur City FC (KL City) memaklumkan satu perkhabaran yang mengejutkan iaitu mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang importnya, Herlison Caion.", "Ucapan itu menjadikan jodoh pemain kelahiran Brazil berusia 32 tahun terbabit bersama skuad berpangkalan di ibu kota hanya bertahan tidak sampai enam bulan. ", "Biarpun masuk dengan status ‘mesin gol’ Selangor FC selepas menjaringkan 24 gol dan lapan “assist” sepanjang musim lalu, rekodnya bersama KL City tidak begitu memberangsangkan dengan sekadar meledak satu gol serta mencipta empat “assist” daripada 16 penampilan pada musim ini.", "A post shared by Hanoi Football Club (@officialhanoifc)", "Sementara itu, teka-teki mengenai destinasi Caion yang berikutnya diketahui sekitar sembilan jam berikutnya apabila juara V.League 1 sebanyak enam kali yang juga juara bertahan liga berkenaan iaitu Hanoi FC mengumumkan mengikat khidmatnya secara rasmi.", "Caion tidak menunggu lama untuk melakukan debut bersama Hanoi FC bimbingan jurulatih Montenegro, Bozidar Bandovic apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika bertemu Sanna Khanh Hoa pada aksi ke-12 liga.", "Bagaimanapun, penampilannya sekitar 45 minit itu tidak menyumbang sebarang gol mahupun “assist” kepada pasukan baharunya namun Hanoi FC tetap berhasil mencetak kemenangan dengan keputusan 2-1 dan kini menghuni tangga ketiga liga dibawah Hanoi Police FC dan Dong A Thanh Hoa FC.", "Featured Image: Hanoi Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114036/", "headline": "\nRanking BWF: Naib Juara Scotland, Mei Xing-Anna Cheong Lonjak 67 Anak Tangga\n", "content": ["Biarpun terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan Terbuka Scotland pada minggu lalu, pasangan beregu wanita, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Mei Xing-Anna Cheong yang mula bergandingan sejak Oktober lalu merekodkan lonjakan sebanyak 67 anak tangga dalam kedudukan ranking dunia hasil daripada muncul naib juara kejohanan tersebut.", "Lonjakan itu telah meletakkan pasangan yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing ini di ranking ke-170 dunia pada minggu ini.", "Terbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama", "Sementara itu, pasangan beregu wanita negara yang beraksi di pentas Terbuka Indonesia seperti Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen dan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mencatatkan peningkatan yang banyak sehinggakan mereka berhasil menduduki tangga ke-100 dan ke-86 dunia masing-masing.", "Manakala beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pula berhasil mencatatkan peningkatan satu anak tangga sekaligus membolehkan mereka menghuni ranking ke-17 dunia – terbaik pernah dicapai oleh pasangan ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218615/", "headline": "\nRanking BWF: Wei Chong-Kai Wun Masuki Kelompok 30 Terbaik Dunia\n", "content": ["Beregu badminton lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini memasuki kelompok 30 pasangan terbaik dunia.", "Gandingan Wei Chong-Kai Wun yang berusia 22 tahun masing-masing ini menduduki kelompok berkenaan selepas berjaya menjuarai saingan Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF, Ahad lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kejayaan Wei Chong-Kai Wun tersebut memberikan mereka 7,000 mata sekaligus mengumpul 47,200 mata secara keseluruhan.", "World No.36 pair Man Wei Chong and Tee Kai Wun 🇲🇾 created a sensation at the #TaipeiOpen2022, beating Olympic champions Lee Yang/Wang Chi-Lin in a closely-contested final.#BWFWorldTourhttps://t.co/42RJgtpQv7", "— BWF (@bwfmedia) July 24, 2022", "Pengumpulan mata ini membolehkan mereka meraih lonjakan sebanyak tujuh anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-30 dunia, pada minggu ini.", "Sementara itu, satu lagi beregu negara yang berhasil mara ke peringkat separuh akhir di kejohanan yang sama, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci turut merekodkan peningkatan yang memberangsangkan.", "Hasil daripada kemaraan tersebut, beregu bebas (independent) ini mencetuskan lonjakan sebanyak 27 anak tangga sekaligus menempatkan pemain berusia 23 dan 24 tahun masing-masin ini dalam kelompok 100 pasangan terbaik dunia di ranking ke-98.", "Bagi beregu lelaki negara yang lain, tiada sebarang perubahan dikesan dimana Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kekal di ranking ke-6, ke-10 dan ke-12 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110648/", "headline": "\nPemain Kacukan Jerman-Malaysia Akui Pernah Berbincang Bersama Perak\n", "content": ["Pemain kacukan Jerman-Malaysia, Armin Maier mengakui telah mengadakan perbincangan bersama pasukan Perak sebelum ini.", "Malahan pemain tengah berusia 23 tahun ini telah ke Ipoh untuk bertemu ketua jurulatih, Chong Yee Fatt dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak bagi membincangkan mengenai kontraknya.", "Armin mendedahkan perkara berkenaan apabila ditanya mengenai samada dirinya pernah mendapat tawaran daripada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.", "“Apa yang boleh saya cakap saya telah berada di sana dan berbincang dengan baik bersama jurulatih dan CEO. Tetapi saya fikir kita semua tahu situasi semasa Perak.”", "“Apa pun, mereka adalah sebuah kelab yang besar dan saya mendoakan mereka semua lakukan yang terbaik.” kongsinya menerusi Instagram Story peribadinya.", "Pada musim 2020, pemain yang dilahirkan di Singapura ini bermain bersama pasukan simpanan, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Premier.", "Sebelum itu, Armin pernah menjalani latihan bersama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2019.", "Untuk makluman, pemain yang cukup selesa di posisi pemain tengah No.6 dan No.8 ini pernah bermain bersama skuad Young Lions yang beraksi dalam kancah Liga Singapura.", "Pada usia 21 tahun, Armin yang merupakan kacukan menerusi bapa kelahiran Jerman dan ibunya yang mempunyai susur galur darah Malaysia bertindak melepaskan passport Singapura untuk kembali bersama keluar di Jerman.", "Featured Image: Instagram Armin Maier"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113500/", "headline": "\nRanking BWF: Naib Juara Terbuka HYLO, Zii Jia Rampas Kedudukan No.7 Dunia\n", "content": ["Biarpun terpaksa menarik diri daripada perlawanan akhir menentang Loh Kean Yew ekoran kecederaan pada kejohanan Terbuka HYLO 2021, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tetap berhasil memperbaiki kedudukan ranking dunianya.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, mata yang diperolehi Zii Jia selaku naib juara kejohanan tersebut membolehkannya memintas pemain Indonesia, Jonatan Christie untuk menduduki tangga ke-7 dunia pada minggu ini.", "Untuk makluman semua, kedudukan No.7 dunia ini merupakan yang terbaik diraih oleh Zii Jia dalam kariernya setakat ini. Sebelum ini, kedudukan Zii Jia tidak berubah dan kekal di tangga ke-8 dunia sejak 24 Mac lalu.", "Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki Malaysia yang merupakan pemain bebas (independent player) iaitu Yeoh Seng Zoe turut mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunianya. ", "Seng Zoe yang mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Antarabangsa Hungary 2021 pada minggu lalu meraih peningkatan sebanyak 10 anak tangga dan kini menghuni tangga ke-149 dunia.", "Pada masa yang sama, tiada sebarang perubahan dilihat pada kedudukan ranking melibatkan Ng Tze Yong, Cheam June Wei dan Leong Jun Hao. ", "Ketiga-tiga mereka kekal berada di kedudukan ke-68, ke-71 dan ke-118 dunia masing-masing.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Europe"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112607/", "headline": "\nCheng Hoe Panggil Bek Tengah Terengganu Ganti Dion Cools Sertai Skuad Kebangsaan\n", "content": ["Perancangan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 sedikit pincang apabila dua pemain yang disenaraikan pada minggu lalu tidak dapat melaporkan diri kerana ditimpa kecederaan.", "Dua pemain tersebut adalah pertahanan tengah yang beraksi bersama kelab Denmark, Dion Cools serta ‘full-back’ Selangor, Syahmi Safari.", "Menurut perkembangan terbaru oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih berusia 53 tahun tersebut menyenaraikan pertahanan tengah Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni dan ‘full-back’ Kedah Darul Aman, Ariff Farhan Md Isa untuk menggantikan kedua-dua pemain tersebut.", "Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu Sertai Skuad Kebangsaan Hadapi Jordan & Uzbekistan", "Dua pemain ini melengkapkan senarai 24 pemain untuk dibawa oleh Cheng Hoe bagi menghadapi Jordan dan Uzbekistan masing-masing pada 6 dan 9 Oktober kelak di Amman, Jordan.", "Kesemua pemain perlu melaporkan diri di ibu negara, Kuala Lumpur pada hari esok sebelum berlepas ke Jordan pada 2 Oktober.", "Featured Image: Instagram Dion Cools"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321942/", "headline": "\nKenapa Tak Hantar Skuad B-19 Ke Temasya Sukan Asia?\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu menghantar skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) bagi menggantikan skuad B-23 bagi beraksi di temasya Sukan Asia 2022 yang berlangsung di Hangzhou, China pada penghujung September hingga awal Oktober nanti.", "Badan induk bola sepak negara menerusi Pengarah Teknikal, Scott O’Donell mempunyai alasan tersendiri tidak berbuat demikian walaupun dapat memberikan pendedahan kepada para pemain remaja kebangsaan. ", "Alasan terbabit diberikan lebih-lebih lagi acara bola sepak di Sukan Asia akan dipertandingkan kepada pemain-pemain usia 24 tahun dan ke bawah berbanding usia 23 tahun dan ke bawah sepertimana edisi-edisi lalu.", "“Jika kami menghantar skuad B-19 ke pertandingan B-24, kami menghantar mereka dan tidak menampilkan persembahan yang baik, kami akan dikritik atas prestasi yang teruk,”", "“Kami juga perlu adil kepada pemain-pemain dan para jurulatih,” jelasnya dalam sesi bersama media di Wisma FAM, Kelana Jaya pada hari ini.", "Menurutnya, keputusan untuk menghantar skuad B-19 bukan sahaja tidak adil bahkan mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.", "Untuk makluman, FAM membuat keputusan tidak menghantar skuad B-23 ke Sukan Asia kerana mahu memberikan tumpuan kepada Kelayakan Piala Asia B-23 2024.", "Sekiranya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2024 kelak, skuad Harimau Muda berpeluang memburu slot ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menjadi tiga pasukan terbaik di kejohanan terbabit.", "Tambahan pula, penganjuran Kelayakan Piala Asia B-23 serta temasya Sukan Asia 2022 hanya berselang tidak sampai dua minggu menjadikan skuad Harimau Muda terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat dalam tempoh kira-kira sebulan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219459/", "headline": "\nHanya Faiz Nasir & Tchetche Kipre Sahaja Pernah Beraksi Dalam Final, Kata Nafuzi\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain melihat pasukan lawannya dalam perlawanan akhir Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kelebihan berbanding pasukannya sendiri.", "Terutamanya kelebihan daripada segi pengalaman beraksi dalam perlawanan akhir. Manakan tidaknya, dalam tempoh lima musim terakhir ini, skuad berjulukan Harimau Selatan itu telah tampil dalam dua perlawanan akhir iaitu final Piala Malaysia 2021 dan 2019. Salah satunya iaitu edisi 2019 berakhir dengan meraih kejuaraan.", "Sebagai perbandingan, kali terakhir skuad Hitam Putih ini tampil dalam final dalam tempoh yang sama adalah dalam saingan Piala Malaysia 2018 yang menyaksikan mereka tumpas kepada Perak. ", "“Kalau diikutkan pasukan lawan telah biasa beraksi dipentas akhir berbanding pasukan kita yang jika dilihat hanya Faiz Nasir dan juga Kipre Tchetche sahaja yang pernah beraksi dalam perlawanan akhir dan semestinya kita memerlukan pengalaman dari pemain ini untuk menaikkan moral dan didikan untuk pemain-pemain yang lain kerana kita tahu kita dibarisi ramai pemain muda yang masih belum merasai pentas akhir seperti ini.” katanya.", "Justeru, jurulatih berusia 43 tahun ini mahu para pemainnya terutamanya pemain muda menjadikan perlawanan pada Sabtu nanti sebagai pentas untuk membuktikan kualiti yang dimiliki selain daripada memburu kejuaraan yang telah kian lamanya tidak berkunjung ke dalam pasukan ini.", "Pada masa yang sama, Nafuzi yang merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan ketika Terengganu beraksi di pentas final tahun 2018 lalu merasakan para pemainnya sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu nanti.", "Sebagai rekod, kali terakhir Terengganu berjaya menjulang trofi sekitar 11 tahun lalu dengan menjuarai saingan Piala FA 2011 dengan menumpaskan seterus setempat Kelantan dengan keputusan 2-1 di venue yang sama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215611/", "headline": "\nJersi Baharu Sri Pahang Keluaran Hakka Clo Dibuka Untuk Tempahan – Harga Bermula RM169.90\n", "content": ["Sri Pahang FC bakal melancarkan jersi baharunya pada hari esok (25 Februari) namun kit keluaran Hakka Clo itu sudah boleh ditempah oleh para peminat di laman sesawangnya.", "Menerusi laman sesawang syarikat pembekal peralatan sukan bumiputera itu, hakkaclo.com, sebanyak empat jenis jersi ‘player issue’ berlengan pendek telah disenaraikan iaitu Player Home, Player Away, Keeper Home dan Keeper Away.", "Harga yang dipaparkan di laman sesawang itu bermula RM169.90 sehingga RM174.90 bergantung kepada saiz jersi yang dipilih. Bersama-sama pembelian jersi ini, peminat akan mendapat Pelitup Muka 3D, Tag Keychain, Pelekat Kereta dan Pelekat Motor.", "Selain daripada versi ‘player issue’, berdasarkan tinjaun kami di laman sesawangnya, Hakka Clo dijangka akan mengeluarkan dua versi yang lain iaitu replika dan ‘fans issue’. Bagaimanapun tiada sebarang harga diletakkan untuk kedua-dua versi tersebut buat masa ini.", "25 februari 2022. LIVE!!HakkaXSriPahang pic.twitter.com/Aa5NQeZTT2", "Untuk makluman semua, skuad Tok Gajah telah menandatangani perjanjian penajaan bersama Hakka Clo sebagai penyedia kelengkapan pakaian sukan pada pertengahan Disember, tahun lalu.", "Hasil daripada perjanjian yang dimeterai selama dua tahun ini, Sri Pahang menerima tajaan kelengkapan sukan daripada Hakka Clo yang bernilai RM1,131,533 secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215761/", "headline": "\nRanking BWF: Adik-Beradik Radhakrishnan Langkau 33 Anak Tangga Selepas Muncul Juara Uganda\n", "content": ["Kemenangan yang diraih oleh pasangan adik-beradik, Kasturi Radhakrishnan dan Venosha Radhakrishnan bagi kategori beregu wanita dalam saingan badminton Cabaran Antarabangsa Uganda 2022 memberikan peningkatan ranking yang sangat ketara.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Kasturi-Venosha mencatatkan peningkatan sebanyak 33 anak tangga sekaligus meletakkan mereka di kedudukan ke-110 dunia, pada minggu ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan ranking tertinggi pernah diduduki oleh Kasturi-Venosha sejak mula bergandingan bersama sekitar Jun 2019.", "Di kejohanan tersebut, pasangan adik-beradik yang berusia 21 dan 19 tahun masing-masing ini muncul juara di saingan berkenaan selepas berjaya menumpaskan beregu Itali, Martina Corsini-Judith Mair secara ‘straight set’ pada perlawanan akhir.", "Sebelum itu, Kasturi-Venosha menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menumpaskan beregu Itali, Mesir dan Afrika Selatan masing-masing di peringkat separuh akhir, suku akhir dan Pusingan 16.", "Sebagai rekod, ini juga merupakan kejuaraan kejuaraan kedua peringkat senior yang  dirangkul oleh Kasturi-Venosha. Kejuaraan pertama yang diraih oleh pasangan beregu ini adalah Cabaran Antarabangsa Mauritius 2019.", "Featured Image: Instagram Venosha Radhakrishnan"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114329/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemain No.4 Dunia, Chou Tien Chen Mangsa Terbaru Tersingkir Awal\n", "content": ["Satu lagi kejutan direkodkan apabila pemain perseorangan lelaki nombor 4 dunia, Chou Tien Chen menjadi mangsa terbaru yang tersingkir pada peringkat awal – Pusingan 32 di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Sebelum ini, kejohanan ini mengejutkan ramai peminat badminton seluruh dunia apabila pemain No.1 dan No.9 dunia, Viktor Axelsen dan Ng Ka Long Angus tersingkir seawal Pusingan 64 ekoran tumpas kepada lawan masing-masing yang berada di ranking jauh lebih rendah.", "Sementara itu, Tien Chen menyertai senarai ‘Top Seeded’ yang tersingkir tersebut apabila tumpas kepada pemain China, ranking ke-27 dunia, Lu Guang Zu dengan keputusan 21-14, 15-21 dan 15-21 dalam perlawanan yang memakan masa hampir satu jam dan setengah.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 3214 21 21 🇨🇳Guang Zu LU🏅21 15 15 Tien Chen CHOU🕗 in 79 minutes https://t.co/LJSyMyHMOP", "Bertambah menarik, ini merupakan kekalahan pertama yang direkodkan oleh Tien Chen apabila bertemu Guang Zu. Tiga pertemuan yang lalu antara kedua-dua pemain ini menyaksikan Tien Chen menang kesemuanya.", "Dengan tersingkirnya Tien Chen, Ng Ka Long Angus, Viktor Axelsen serta penarikan diri Kento Momota dan pemain-pemain Indonesia, ini menjadikan hanya Anders Antonsen, Lee Zii Jia dan Rasmus Gemke sahaja kalangan ‘Top 10’ dunia yang masih berjuang untuk merebut gelaran juara edisi ini.", "Milik siapakah mahkota kejuaraan kali ini? Atau adakah ia akan dimenangi oleh pemain bukan pilihan? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110378/", "headline": "\nHarap Permainan Lebih Baik Selepas Naik Taraf Padang Stadium MBPJ\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berharap padang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang sedang dibaik pulih dapat meningkatkan tahap kualiti pemain sebaik sahaja Liga Malaysia kembali bersambung.", "Ini berikutan padang di stadium berkenaan yang terjejas teruk terutamanya ketika hujan lebat sekali gus mendapat kritikan berhubung kualiti gelanggang rasmi pasukan itu sepanjang perlawanan berlangsung.", "Menurut Johan, kerjasama dengan pihak MBPJ berjalan lancar ketika ini untuk mereka menaik taraf padang itu termasuklah memperbaiki saluran air yang sering menjadi punca kepada keadaan padang yang becak.", "Selepas separuh musim bergelut dengan keadaan padang yang kurang memuaskan, Johan positif pasukan tidak lagi akan berdepan dengan situasi sama sekaligus dapat mempersembahkan kualiti perlawanan yang lebih memuaskan berbanding sebelum ini.", "“Kami mengambil peluang masa rehat yang ada ini untuk Selangor FC dengan kerjasama bersama MBPJ menaik taraf padang itu dengan pemasangan sistem saliran bawah tanah untuk memperbaiki saluran air supaya kalau hujan, tanah di padang tidak akan menjadi begitu lembut dan permukaan padang juga tidak akan rosak.", "“Kita harapkan sekurang-kurangnya pemasangan sistem saliran itu akan siap sebelum liga bersambung tetapi yang lain-lain mungkin akan mengambil sedikit masa lagi dalam tempoh beberapa bulan untuk betul-betul sempurna sepenuhnya.", "“Saya percaya selepas ini padang akan lebih berkualiti bagi memberi manfaat kepada semua pasukan selain dapat juga meningkatkan kualiti liga selepas ini”, jelasnya.", "Untuk makluman, saingan Liga Super akan bersambung bermula 9 julai hadapan sekiranya tiada sebarang penundaan daripada Malaysian Football League (MFL)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218628/", "headline": "\nKapten KL City, Paulo Josue Kembali Sertai Pasukan Selepas 2 Minggu Berehat\n", "content": ["Setelah berehat lebih dua minggu ekoran kecederaan, kapten pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City), Paulo Josue kembali memperkuatkan pasukan menjelang aksi berdepan Kedah Darul Aman FC (Kedah) pada Rabu.", "Ketiadaannya jelas dirasai pada dua perlawanan lalu yang menyaksikan KL City sekadar seri ketika berdepan PJ City FC (0-0) dan Selangor FC (1-1) selain terkandas di pusingan kedua Piala FA.", "Justeru, pemain import berusia 33 tahun berkenaan harap dapat membantu skuad warga kota dalam mencari semula rentak kemenangan.", "“Saya baharu pulih dari kecederaan pangkal paha berpunca semasa perlawanan dengan Selangor di Piala FA pada 8 Julai lalu.", "“Sepatutnya perlu memakan masa enam minggu untuk pulih sepenuhnya namun badan saya memberikan respons baik terhadap proses pemulihan.", "“Terpulang kepada perancangan jurulatih sama ada mahu gunakan khidmat saya, ada kemungkinan saya tidak bermain 90 minit lagi memandangkan saya baharu baik dari kecederaan.", "“Namun saya sememangnya tidak sabar untuk turun kembali bantu pasukan kerana kita amat perlukan tiga mata ini selepas sekadar meraih dua dari enam yang sepatutnya kita boleh raih.", "“Tambahan kita akan melalui beberapa perlawanan sukar di tempat lawan selepas ini, saya rasa tiga mata ini sangat penting kepada KL City,” katanya.", "Josue merupakan antara pemain paling lama berkhidmat di KL City selepas Zhafri Yahya apabila telah bersama sejak pertengahan musim 2017.", "Musim lalu menjadi antara detik terbaik buat Josue apabila menjadi salah seorang penjaring gol kemenangan KL City semasa menewaskan JDT, 2-0 di pentas final TM Piala Malaysia.", "Berdepan Kedah, Josue dapat berasakan KL City mampu meraih kemenangan biarpun tidak menafikan sejarah pertembungan kedua-dua pasukan sentiasa akan berlangsung dengan sengit.", "“Kita sentiasa ada rekod baik semasa berdepan Kedah apabila bermain di laman sendiri iaitu di Cheras apabila kita menang dalam tiga perlawanan terakhir.", "“Sememangnya aksi dengan Kedah selalu menjanjikan cabaran tersendiri dan sengit, dijangka esok tiada bezanya buat kedua-dua pasukan.", "“Kami telah mengkaji segala kekuatan serta kelemahan Kedah dan harap rekod positif ini mampu diteruskan.", "“Kehadiran (Jordan) Mintah juga diharapkan mampu bantu bahagian serangan walaupun masih belum dapatkan jaringan gol dalam tiga perlawanan lepas tetapi saya masih yakin dia akan berikan impak kepada pasukan,” katanya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112584/", "headline": "\nPandai Berbahasa Melayu, Park Tae-su Turut Dipanggil ‘Karim’ Dalam Kalangan Rakan Sepasukan\n", "content": ["Nama pertahanan kelahiran Korea, Park Tae-su yang beraksi bersama Sabah FC ‘meletup’ gara-gara jaringan sepakan percuma jarak jauh dilakukannya berjaya menerobos gawang mendapat perhatian akaun media sosial badan induk bola sepak dunia, FIFA.", "Gol jaringan Park pada minit ke-20 ketika menentang PJ City pada perlawanan pertama Piala Malaysia itu mendapat lebih 5,000 ulang ciapan (retweet) ketika artikel ini ditulis.", "🙇‍♂️ Take a bow, Park Tae-su! 🚀 There's nothing like a 40-yard rocket hitting the crossbar on its way into the net 🙌🇲🇾 One for the @SabahFCofficial history books 📚pic.twitter.com/y9P3022AKO", "Selain akaun FIFA, jaringan oleh pertahanan berusia 31 tahun tersebut turut dikongsikan oleh akaun media sosial portal sukan dan budaya sukan antarabangsa, Bleacher Report. Perkongsian video jaringan oleh Park di akaun @brfootball itu pula merekodkan lebih 7,000 ulang ciapan.", "Namun tahukah anda, pertahanan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia sejak 2019 ini mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu. Beliau tampil berbahasa kebangsaan memberikan reaksi terhadap jaringannya ketika ditemu bual oleh stesen televisyen tempatan, Astro Arena.", "\"Saya baru bangun lepastu kawan dan pengurusan text saya, ini tweet FIFA\". 🤣 🤣 😍Rembatan deras Park Tae Su mendapat respon di media sosial persekutuan bola sepak antarabangsa (@FIFAcom @brfootball) 🔥🔥🔥@SabahFCofficial pic.twitter.com/URMeW8EYlk", "“Biasanya sepakan percuma dalam pasukan akan diambil Levy Madinda atau Saddil Ramdani, cuma pada perlawanan itu, saya mendapat keyakinan untuk mengambilnya malah saya meminta dari Levy sendiri, tidak sangka jaringan mampu dihasilkan, harap saya boleh lakukan lagi pada perlawanan lain, ” terangnya mengenai situasi ketika mengambil sepakan tersebut.", "Selain daripada mampu berbahasa melayu, Park juga mempunyai nama panggilan yang cukup sinonim dalam kalangan rakyat tempatan iaitu Karim. Menurut artikel yang dikongsikan oleh Malaysian Football League (MFL), nama tersebut menjadi panggilan rakan sepasukannya dalam pasukan Sabah.", "Untuk perlawanan Piala Malaysia yang seterusnya, Karim dan rakan sepasukannya akan turun menentang Kelantan kendalian Rezal Zambery Yahya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada jam 4.45 petang, esok.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321819/", "headline": "\nSang Kijang Hijau Pertaruh Lima Pemain Import Sahaja Harungi Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Kelantan United FC atau nama timangannya, Sang Kijang Hijau bakal mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 dengan kekuatan lima pemain import sahaja.", "Kelab berpangkalan di pantai timur bimbingan Tomas Trucha mengesahkan keputusan berkenaan biarpun penganjur, Malaysian Football League (MFL) membenarkan pendaftaran pemain import seramai sembilan orang bermula musim ini.", "Pengumuman berkenaan hadir menerusi satu kenyataan di pelbagai platform laman sosialnya.", "A post shared by Kelantan United Football Club (@kelantan_unitedfc)", "Pemain import terakhir ditandatangani Kijang Hijau ialah Devid De Santana Silva yang merupakan penyerang berusia 26 tahun kelahiran Brazil.", "Sebelum itu, Kelantan United mengambil khidmat pemain sayap kiri usia 28 tahun dan kelahiran Amerika Syarikat yang memiliki kerakyatan Filipina, Jose Elmer Porteria.", "Manakala baki tiga lagi pemain import ialah penyerang Ernist Batyrkanov (24 tahun, Kyrgyzstan), pertahanan Yan Victor (27 tahun, Brazil) dan pemain tengah bertahan Morgaro Gomis (37 tahun, Senegal).", "Untuk makluman semua, ini merupakan julung kalinya Kelantan United beraksi di kancah tertinggi bola sepak tanah air, Liga Super sejak ditubuhkan pada tahun 2016.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321669/", "headline": "\nBAMTC 2023: Malaysia Sekumpulan Dengan India, Kazakhstan & Tuan Rumah\n", "content": ["Skuad Malaysia bakal berhadapan dengan India, Kazakhstan dan pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2023.", "Hasil undian yang dijalankan oleh penganjur, Badminton Asia pada hari ini menyaksikan keempat-empat pasukan di atas diletakkan dalam Kumpulan B.", "Sementara itu, Kumpulan A diisi oleh China, Korea, Singapura dan Uzbekistan. Manakala, kumpulan C pula dihuni oleh lima buah pasukan iaitu Indonesia, Thailand, Bahrain, Syria dan Lubnan.", "Akhir sekali, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan Pakistan pula diletakkan dalam Kumpulan D.", "Untuk makluman semua, bagi mengharungi kejohanan ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempertaruhkan skuad yang terdiri daripada campuran pemain di bawah naungannya serta pemain-pemain bebas (independent).", "Ahli skuad Malaysia ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao (perseorangan lelaki), Goh Jin Wei, Wong Ling Ching (perseorangan wanita), Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Teo Ee Yi, Ong Yew Sin (beregu lelaki), Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Teoh Mei Xing, Go Pei Kee (beregu wanita), Tan Kian Meng, Lai Pei Jing, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei (beregu campuran). ", "Sebagai tambahan, kejohanan ini akan membuka tirainya pada 14 Februari dan tamat pada 19 Februari. Ianya akan dilangsungkan di Dubai Exhibition Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220815/", "headline": "\nJ&T Express Menamakan Lionel Messi Sebagai Duta Global Baharu\n", "content": ["J&T Express merupakan salah satu syarikat logistik yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi turut menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negara. Kini, dalam terus mempromosikan jenama mereka, J&T Express telah melantik duta global pertama mereka, iaitu Lionel Messi.", "Lionel Messi merupakan salah seorang pemain sukan yang popular, dan disenaraikan pada tangga lima teratas pada senarai atlet dengan keboleh-pasaran tinggi.", "Lionel Messi akan memasarkan J&T Express bukan sahaja sebagai penyedia logistik, tetapi juga sebagai pakar rantaian-bekalan dalam arena edagang.", "Ia tidak diumumkan berapakah J&T Express berbelanja untuk tujuan pemasaran terbaru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217473/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik Singkir Pemenang Olimpik, Mungkin Lawan Juara Swiss Di Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin tersingkir daripada saingan Terbuka Thailand 2022 setelah tumpas kepada pasangan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Beregu Taiwan yang menduduki tangga keempat dunia itu tumpas di peringkat suku akhir secara “straight set” di tangan Aaron-Wooi Yik dengan skor 21-17 dan 21-10 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅17 10 Yang LEE Chi-Lin WANG", "🕗 in 29 minutes https://t.co/Wno6wks0Ke", "— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2022", "Selain daripada menempah tiket ke separuh akhir, kemenangan yang dicipta ini membolehkan Aaron-Wooi Yik memperbaiki rekod pertemuan ke atas gandingan Lee-Wang kepada dua kemenangan daripada lima pertemuan secara keseluruhan.", "Sementara itu, beregu lelaki No.1 Malaysia ini berkemungkinan besar bakal berhadapan dengan pasangan yang menjuarai saingan Terbuka Swiss 2022, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia di peringkat separuh akhir, esok.", "Namun begitu, ianya belum dimuktamadkan lagi dimana ketika artikel ini ditulis, mereka sedang menentang beregu Jepun, Keiichiro Matsui dan Yoshinori Takuechi. Ada kemungkinan, wakil dari negara matahari terbit ini yang menghuni ranking ke-31 dunia ini menjadi lawan kepada Aaron-Wooi Yik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216661/", "headline": "\nKejuaraan AFF Futsal: Thailand Sekat Skuad Negara Main Piala Asia\n", "content": ["Pasukan tuan rumah, Thailand menjadi batu penghalang buat skuad futsal kebangsaan untuk beraksi di Piala Asia Futsal 2022.", "Ianya berikutan Thailand berjaya merekodkan kemenangan 4-2 ke atas Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A Kejuaraan Futsal AFF 2022, petang tadi.", "Skuad Gajah Perang mencipta kemenangan tersebut hasil jaringan daripada Tanapol Maneepetch (7′), Sarawut Phalaphruk (29′, 34′) dan Kritsada Wongkaeo (39′).", "Kejuaraan Futsal AFF 2022 | Rabu, 6 April 2022", "THAILAND 🇹🇭 4-2 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Tanapol Maneepetch 7' Sarawut Phalaphruek 29' 34' Kritsada Wongkaeo 39'⚽️ Farhan Khairul Anuar 12' 27' ", "📸 Kredit Foto: AFF/FAT#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/2LJcGwfMZy", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 6, 2022", "Manakala, jaringan skuad negara bimbingan Chiew Chun Yong pula hadir menerusi sumbangan berganda oleh Farhan Khairul Anuar (12′,27′).", "Kemenangan Thailand itu menyebabkan Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga – dibawah Thailand dan Indonesia – sekaligus gagal layak ke peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman semua, hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja layak ke peringkat tersebut. Sementara itu, juara, naib juara dan pasukan di tangga ketiga kejohanan ini sahaja akan meraih slot ke Piala Asia Futsal 2022.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110091/", "headline": "\nFAM: Jaringan Casagrande vs JDT Dibatalkan Kerana Sheriddin Tolak Farizal\n", "content": ["Arena bola sepak tempatan kecoh apabila satu jaringan menerusi tandukan oleh pemain Penang FC, Casagrande ketika perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada sabtu lalu dibatalkan oleh pengadil perlawanan.", "Insiden tersebut mendapat perhatian dan maklum balas daripada Jawatankuasa Penilaian Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mereka telah bermesyuarat dan tampil mengemukakan penjelasannya.", "Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Dato’ S. Sivasundaram, tindakan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir membatalkan jaringan tersebut kerana pemain berjersi nombor 10, Sheriddin Boboev dikesan menolak penjaga gol JDT, Farizal Marlias sebelum daripada Casagrande menanduk masuk bola ke dalam gawang.", "“Pengadil perlawanan telah bertindak untuk membatalkan jaringan Penang FC pada minit ke-78 kerana tindakan pemain Penang FC berjersi No.10, Sheriddin Boboev menolak penjaga gol JDT dengan badan beliau.", "“Pengadil dapat mengesan tindakan pemain ini dari awal pergerakan dia di mana sebelum sepakan penjuru dilakukan, pemain ini telah menghampiri penjaga gol JDT dan semasa bola berada di udara, ", "“Pemain ini telah mengasak secara berterusan kepada penjaga gol tersebut dan menolak penjaga gol tersebut dengan badan beliau semasa penjaga gol melompat untuk mencabar bola di udara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM.", "Sementara itu, pihaknya turut menjelaskan mengenai dua insiden melayangkan kad merah seterusnya mengarahkan meninggalkan padang dalam perlawanan yang sama. Pertamanya melibatkan pemain berjersi nombor 9, Casagrande dilayangkan kad kuning kedua.", "“Pemain tersebut telah mendapat kad kuning yang pertama pada minit ke-78 kerana membantah keputusan pengadil membatalkan jaringan Penang FC.", "“Selepas daripada insiden tersebut, pemain ini telah secara berterusan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan ditujukan kepada Penolong Pengadil 1, Penolong Pengadil 2.", "“Walaupun telah cuba ditegur oleh pengadil agar pemain tersebut tidak mengulangi tindakan itu beliau sekali lagi mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pengadil pada minit ke-88 dan telah dilayangkan kad kuning kedua,” jelasnya.", "Bagi layangan kad merah kedua terhadap ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha pada minit-minit akhir permainan dibuat oleh Mohd Hasrol kerana telah memasuki padang permainan atau ‘field of play’ (FOP) dan membantah keputusan pengadil.", "“Tindakan ini selaras dengan undang-undang permainan 20/21 di bahagian tindakan disiplin pada undang-undang 5 dan bahagian perintah keluar Pegawai Pasukan pada undang-undang 12,” tegasnya.", "Untuk rekod, perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya itu berkesudahan dengan JDT mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Penang sekaligus mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Super selepas 13 perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321558/", "headline": "\nPiala Asia Bola Sepak Pantai: Malaysia Sekumpulan UAE, Iran & Uzbekistan\n", "content": ["Majlis undian bagi saingan Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 yang berlangsung di AFC House pada hari ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B.", "Menyertai Malaysia dalam kumpulan tersebut adalah juara sebanyak dua kali masing-masing iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran.", "Untuk pengetahuan semua, UAE merupakan juara pada edisi 2007 dan 2008 manakala Iran pula merangkul kejuaraan tersebut pada edisi 2013 dan 2017.", "Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023", "Pada majlis undian sebentar tadi, skuad Harimau Malaya telah diundi dalam Kumpulan B bersama UAE, Iran dan Uzbekistan bagi kejohanan yang akan berlangsung di Pattaya, Thailand dari 16 hingga 26 Mac 2023.#FAM #HarimauMalaya #ACBeachSoccer pic.twitter.com/OWKXvbmNLn", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 19, 2023", "Sementara itu, Uzbekistan pula tampil melengkap Kumpulan B ini.", "Bagi Kumpulan A, ianya diisi oleh tuan rumah, Thailand sambil ditemani oleh Bahrain, Afghanistan dan Arab Saudi.", "Kumpulan C pula dihuni oleh juara bertahan, Jepun serta Lubnan, China dan Indonesia.", "Akhir sekali, juara edisi 2015, Oman bersama-sama Palestin, Kuwait dan Kyrgyzstan pula mengisi Kumpulan D.", "Sebagai tambahan, saingan Piala Asia Bola Sepak Pantai ke-10 anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ini akan berlangsung bermula 16 hingga 26 Mac di Pattaya, Thailand."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208435/", "headline": "\nPengurus Pahang Akui Telah Berbincang Soal Kontrak Bersama Lee Tuck\n", "content": ["Pengurus pasukan Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengakui telah mengadakan perbincangan bersama bekas kapten Terengganu Football Club (TFC).", "Malah perbincangan tersebut hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada pemain kelahiran Halifax, England itu sahaja sebelum disahkan menyarung jersi Biru Kuning untuk saingan Liga Malaysia, musim hadapan.", "Selain Lee Tuck, beliau turut mengesahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah mengadakan perbicangan bersama penyerang Argentina berusia 26 tahun, Sergio Aguero. ", "“Ya, memang betul (Sergio) Aguero dan (Lee) Tuck mengadakan pertemuan bersama PBNP. Setakat ini, saya boleh sahkan bahawa mereka hampir pasti menyarung jersi Pahang. ", "“Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung kontrak akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Lee Tuck: TFC Nak Cuba ‘Ramuan’ Baharu, Saya Tiada Dalam Perancangan Mereka https://t.co/eYd495jCGB pic.twitter.com/KqmM49a8Lj", "Baca: TFC Nak Cuba ‘Ramuan’ Baharu, Saya Tiada Dalam Perancangan Mereka", "Walaupun telah beraksi selama 3 musim dan berperanan selaku kapten pasukan, difahamkan Lee Tuck disisihkan oleh skuad berpangkalan di Kuala Terengganu itu kerana mahu mencari ‘ramuan’ baharu.", "Bukan sahaja Lee Tuck, malahan penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2020, Dominique da Sylva juga diketepikan daripada perancangan ketua jurulatih, Nafuzi Zain.", "Ketika ini, Pahang sedang rancak memburu pemain import baharu setelah mereka tidak menawarkan kontrak lanjutan kepada empat pemainnya iaitu Dickson Nwakaeme, Ivan Carlos, Khalil Khamis dan Adam Reed.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207732/", "headline": "\nKenali Bakal Penyerang JDT, Camilo da Silva ‘Sang Serigala’ Brazil\n", "content": ["Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah mengesahkan penyerangnya, Diogo Luis Santo akan meninggalkan skuad Harimau Selatan musim ini.", "Bagaimanapun, dengan pantas, baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengumumkan telah mendapatkan pengganti Diogo untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC 2021.", "Penyerang tersebut ialah Camilo da Silva Sanvezzo kelahiran Brazil yang berumur 32 tahun. Kini sedang beraksi dalam saingan Liga Mexico bersama pasukan Mazatlan FC sejak ogos lalu.", "“Saya telah tengok pemain tersebut begitu lama, tetapi dua tahun lepas saya tidak boleh dapatkan beliau kerana agak mahal, diluar kemampuan kewangan kita. Dia akan datang ke (JDT) untuk menggantikan Diogo.” titah baginda dalam satu sidang media di Ibu Pejabat JDT, hari ini.", "Camilo merupakan seorang penyerang tengah yang mempunyai ketinggian 1.7 meter. Memulakan kerjaya bola sepaknya bersama Corinthians Alagoano sebelum terbang ke eropah untuk bermain dalam saingan Liga Malta bersama Qormi FC.", "Selepas daripada itu, Camilo berhijrah ke benua asia dan menandatangani kontrak bersama Gyeongnam FC yang beraksi dalam saingan Liga Korea. Difahamkan penyerang ini bergelut dan sukar menyesuaikan diri bersama Gyeongnam FC.", "Kerjaya bola sepak Camilo sebagai penyerang mula memuncak ketika bermain bersama Vancouver Whitecaps FC dalam saingan Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat. Bersama pasukan berpangkalan di British Columbia, Kanada ini, Camilo muncul sebagai penyerang prolifik dengan menjaringkan 43 gol daripada 102 penampilan daripada tahun 2011-2013.", "Kehabatannya merobek gawang lawan telah menarik pasukan Liga Mexico, Queretaro FC untuk mendapatkan khidmatnya. Kehebatannya semakin terserlah dengan mencatatkan rekod 67 gol daripada 145 penampilan. Camilo beraksi selama lima tahun bersama Queretaro FC dari tahun 2014-2019.", "Musim 2019/20 menyaksikan Camilo membuka lembaran baharu bersama Tijuana FC – sebuah kelab yang turut beraksi dalam saingan Liga Mexico. Bagaimanapun jodohnya bersama Tijuana hanya bertahan semusim dan bulan ogos lalu, dia diperkenalkan sebagai pemain baharu Mazatlan FC.", "Apa yang boleh diperkatakan mengenai gaya permainan penyerang yang mendapat julukan sebagai ‘The Wolf’ atau Sang Serigala ini?", "Berdasarkan kepada beberapa rangkuman aksinya di platform perkongsian video atas talian, Youtube, Camilo dilihat merupakan seorang penyerang yang lincah dan berani menggelecek barisan pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan.", "Dia juga seorang penyerang yang gemar duduk selari dengan barisan pertahanan lawan dan menunggu suapan bola daripada rakan sepasukan sebelum melakukan larian terus ke hadapan gol. Hati-hati, kedua-dua kakinya berbisa.", "Selain itu, Camilo juga boleh berfungsi sebagai penyerang jenis poacher yang menunggu di dalam kotak penalti. Ini kerana Camilo mempunyai kebolehan menanduk yang baik.", "Sebagai tambahan, Camilo turut dipertanggungjawabkan untuk mengambil sepakan percuma. Kaki kanannya persis kepada bekas kapten JDT suatu masa dahulu, Safiq Rahim apabila mengambil sepakan percuma.", "Pertama sekali, berdasarkan kepada gaya dan corak permainan individu, Camilo merupakan seorang penyerang yang berbeza jika dibandingkan dengan Diogo Luis Santo. Masih terlalu awal untuk menghakiminya. ", "Penyerang ini mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan liga yang lebih kompetitif daripada Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara AFC. Rekodnya bersama Vancouver Whitecaps dan Queretaro FC juga tidak boleh dipandang enteng.", "Apa yang penting, gaya permainan individunya bakal memberikan kelebihan buat ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora untuk variasikan lagi taktikal dan strateginya ketika bertemu mana-mana pasukan.", "Apa-apa pun, selamat datang buat Camilo da Silva Sanvezzo ke saingan Liga Malaysia dan semoga berjaya bersama JDT.", "Featured Image: Club Tijuan / XOLOS"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214679/", "headline": "\nPemain Skuad Kebangsaan Lubnan Fadel Penyerang Import Ke-3 Diikat Kelantan\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Kelantan FC menunjukkan keseriusan untuk memberikan cabaran sengit dalam saingan Liga Premier 2022 dengan mengumumkan mengikat penyerang import ketiga, semalam.", "Pemain baharu yang ditandatangani dan diumumkan oleh skuad The Red Warriors (TRW) itu ialah Fadel Mohammad Antar merangkap penyerang skuad kebangsaan Lubnan yang kini sedang mengharungi kelayakan Piala Dunia Pusingan Ke-3.", "Fadel dengan pantasnya dilabelkan sebagai ‘The Next Ghaddar’ kerana berkongsi negara kelahiran yang sama dengan bekas penyerang import legenda Kelantan, Mohammed Ghaddar.", "Oleh demikian, Kelantan turut mengumumkan Fadel yang baerusia 26 tahun ini akan menyarung jersi No.22 – nombor jersi yang pernah digunakan oleh Ghaddar suatu ketika dahulu.", "Mempunyai ketinggian 1.84 meter (m), Fadel hadir dengan rekod 12 gol daripada 8 perlawanan yang diharungi oleh kelabnya sebelum ini, Shabab Sahel dalam saingan Liga Premier Lubnan, musim ini.", "Untuk makluman semua, sebelum ini, Kelantan telah mengumumkan kehadiran dua penyerang, Nixon Guylherme Brizolara dan Kervens Belfort masing-masing dari Brazil dan Haiti.", "Dijangka, Kelantan yang dibimbing oleh Rezal Zambery Yahya mahu mempertaruhkan ketiga-tiga penyerang import ini di barisan serangan mereka dalam usaha untuk memburu slot promosi ke saingan Liga Super 2023.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113922/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Tiada Beregu Wanita Malaysia Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Para peminat badminton tanah air tidak akan melihat lagi kelibat beregu wanita Malaysia di peringkat suku akhir dalam kejohanan Terbuka Indonesia 2021.", "Hal ini kerana ketiga-tiga beregu wanita negara baik di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau bebas (independent) tumpas kepada lawan masing-masing di Pusingan 16 yang berlangsung pada hari ini.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)WD – Round of 16 🇮🇩Febriana Dwipuji KUSUMA🏅14 22 21 🇮🇩Amalia Cahaya PRATIWI🏅21 20 17 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 81 minutes https://t.co/rsgNIpWXrO", "Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dikejutkan oleh pasangan tuan rumah yang menghuni ranking ke-201 dunia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Amalia Cahaya Pratiwi dengan keputusan 14-21, 22-20 dan 21-17.", "Perlawanan antara pasangan beregu Malaysia dan Indonesia ini berlangsung dalam tempoh yang agak panjang menjangkau 81 minit.", "Sementara itu, Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen pula tumpas di tangan beregu yang menghuni ranking ke-11 dunia dari Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-15.", "Akhir sekali, beregu bebas negara, Vivan Hoo dan Lim Chiew Sien pula tewas di tangan pasangan Thailand yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)WD – Round of 16 🇹🇭Jongkolphan KITITHARAKUL🏅24 21 21 🇹🇭Rawinda PRAJONGJAI🏅26 12 11 🇲🇾Vivian HOO 🇲🇾Chiew Sien LIM🕗 in 78 minutes https://t.co/WJGgwD2dro", "Dalam perlawanan tersebut, Vivian-Chiew Sien sempat memberikan tetangan sengit kepada Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai di set pertama dengan merekodkan kemenangan 26-24. ", "Bagaimanapun, pasangan Thailand yang menghuni ranking ke-8 dunia ini berhasil bangkit pada set kedua dengan meraih kemenangan 21-12 sebelum turut mencatatkan kemenangan pada set penentuan dengan skor 21-11.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321320/", "headline": "\nTerengganu Tandatangan Pemain Tengah & Penyerang Croatia – Kontrak Setahun\n", "content": ["Naib juara Piala FA dan Liga Super 2022, Terengganu FC memperkemaskan lagi skuadnya untuk mengharungi saingan musim ini dengan mengikat dua lagi pemain import yang baharu.", "Menerusi makluman daripada pihak kelab, kedua-dua pemain tersebut datangnya dari negara rantau Balkan iaitu Croatia. Pemain yang dimaksudkan itu ialah Domagoj Pusic dan Ivan Mamut yang merupakan pemain tengah dan penyerang masing-masing.", "Selamat Datang Domagoj Pusic! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/Ryshe0dMrX", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023", "Untuk pengetahuan semua, Pusic yang berusia 31 tahun merupakan bekas pemain Bijelo Brdo yang beraksi dalam kancah kedua bola sepak Croatia. Pusic diberikan jersi bernombor 8 untuk dipakainya beraksi bersama Terengganu.", "Sementara itu, Ivan, 25 tahun, pula merupakan bekas pemain FCSB yang bertanding dalam liga tertinggi bola sepak Romania. Sebelum itu, karier Ivan lebih banyak bertumpu di negara kelahirannya.", "Selamat Datang Ivan Mamut! ���🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/SOHn5u56Um", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 4, 2023", "Difahamkan, penyerang yang mempunyai ketinggian 1.92 meter (m) diberikan jersi bernombor 7 dan akan menjadi taruhan utama di posisi serangan serta gandingan utama kepada penyerang Thailand, Adisak Kraisorn di bahagian serangan buat skuad yang bakal mendapat bimbingan Tomislav Steinbruckner kelak.", "Dimaklumkan, kedua-dua pemain ini menandatangani kontrak selama setahun bersama Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221259/", "headline": "\nAzam Azih Lanjut Kontrak 2 Tahun Bersama Sri Pahang\n", "content": ["Pemain tengah yang bakal menginjak usia 28 tahun, Nor Azam Azih nampaknya akan terus menabur bakti bersama kelab yang berpangkalan di negeri kelahirannya, Sri Pahang FC.", "Perkembangan mengenai pengekalan pemain kelahiran Maran, Pahang bersama skuad berjulukan Tok Gajah itu hadir selepas kelabnya memaklumkan Azam telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun.", "Nor Azam kekal Tok Gajah! ", "Tonggak tengah kelahiran Maran ini telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun untuk kekal bersama Sri Pahang. pic.twitter.com/7ZUQRew8l4", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) December 30, 2022", "Ini secara langsung akan menyaksikan Azam kekal menyarung jersi Kuning Biru dan beraksi di Stadium Darul Makmur sekurang-kurangnya sehingga tahun 2024 kelak.", "Untuk makluman, musim hadapan bakal menjadi musim kesembilan Azam bersama Sri Pahang. Sebagai rekod, Azam mula menyertai pasukan ini pada tahun 2015 selepas berhijrah daripada skuad Harimau Muda B.", "Rekod itu menjadikan Azam sebagai pemain paling lama bersama Sri Pahang di dalam skuad pada ketika ini.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110806/", "headline": "\nSelepas Cetak 3 Gol & 3 Assist, Sabah Lanjut Kontrak Saddil Hingga November 2022\n", "content": ["Selepas mempamerkan aksi yang memberangsangkan bersama Sabah dengan mencetak 3 gol serta 3 bantuan gol, pemain sayap lincah kelahiran Indonesia, Saddil Ramdani diberikan kontrak lanjutan oleh majikannya.", "Lanjutan kontrak kepada pemain berusia 22 tahun tersebut diumumkan sendiri oleh Sabah menerusi pelbagai plaform laman sosialnya, pada hari ini.", "Selain daripada Saddil, pasukan yang dibimbing oleh Kurniawan Dwi Yulianto ini turut mengumumkan lanjutan kontrak terhadap dua pertahanan tempatan iaitu Randy Baruh dan Alto Linus. ", "“Tiga pemain Sabah, Saddil Ramdani, Randy Baruh dan Alto Linus menandatangani pelanjutan kontrak sehingga November 2022.”", "“Berdasarkan daripada prestasi didalam dan diluar padang, pihak pengurusan sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh ketiga-tiga pemain ini.” tulis kenyataan kelab menerusi laman sosial mereka.", "Sejak berhijrah menyertai Sabah daripada Bhayangkara FC, Saddil perlahan-lahan menarik perhatian para penyokong dengan persembahannya di atas padang.", "Bersama Sabah, dia dilihat mempunyai persefahaman dan keserasian yang cukup baik di bahagian serangan terutamanya bersama pemain veteran, Amri Yahyah dan pemain tengah berasal dari Gabon, Levy Madinda.", "Kelibatnya telah membantu Sabah yang bergelut pada awal musim menjarakkan diri daripada zon penyingkiran. Ketika ini, Sabah selesa menduduki tangga ketujuh saingan Liga Super selepas menempuh 13 perlawanan.", "Sementara itu, pihak pengurusan turut memaklumkan mereka merancang untuk menandatangani perlanjutan kontrak bersama beberapa lagi pemain dalam masa terdekat. ", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217236/", "headline": "\nPiala Thomas: Sze Fei-Izzuddin Tumbangkan Juara Dunia 2021, Hoki-Kobayashi\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara yang menghuni ranking ke-13 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mencipta kejutan pada pertarungan kedua menentang Jepun peringkat Kumpulan D dalam kejohanan Piala Thomas 2022.", "Kejutan yang dicipta itu adalah menumpaskan pasangan beregu yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF 2021, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi yang juga merupakan beregu No.4 dunia.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", " 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅19 16 🇯🇵Takuro HOKI 🇯🇵Yugo KOBAYASHI", "🕗 in 46 minutes https://t.co/YzmQiKMOkW", "— BWFScore (@BWFScore) May 11, 2022", "Lebih menggembirakan, Sze Fei-Izzuddin meraih kemenangan ke atas beregu tersebut secara “straight set” dengan pungutan mata 21-19 dan 21-18 dalam tempoh masa 46 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini juga pertemuan sulung yang dimenangi oleh Sze Fei-Izzuddin menentang Hoki-Kobayashi. Sebelum ini, mereka pernah berentap sebanyak dua kali namun kedua-duanya dimenangi oleh Hoki-Kobayashi.", "Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil mendahului 2-0 ke atas Jepun. Perlawanan seterusnya, perseorangan senior negara, Liew Daren akan turun menentang Kanta Tsuneyama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112106/", "headline": "\nAzhad Harraz Penyerang Berusia 18 Tahun, Jaring 8 Gol Dalam 18 Perlawanan – Prospek Besar Negara Masa Hadapan\n", "content": ["Walaupun dibarisi oleh pemain-pemain muda berusia 20 tahun dan ke bawah, prestasi Skuad Projek FAM-MSN yang hanya mencatatkan satu kemenangan dan 3 seri daripada 18 perlawanan liga musim ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.", "Bagaimanapun, disebalik prestasi yang corot dalam saingan Liga Premier 2022, skuad yang terbentuk hasil kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) ini boleh berbangga dengan pencapaian penyerangnya, Azhad Harraz Arman.", "Baca: Netizen Jangan Terlalu Mengkritik Pemain Skuad Projek FAM-MSN", "Pertahanan-pertahanan import sasa tidak menjadi batu penghalang buat pemain kelahiran Semporna, Sabah ini meledak sebanyak 8 gol daripada 18 perlawanan yang telah diharungi oleh pasukannya.", "Rekod jaringan tersebut turut mendapat pujian ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah serta melabelkan Azhad sebagai prospek besar negara pada masa hadapan. ", "Akan tetapi, jurulatih berusia 45 tahun ini melihat Azhad perlu diberikan lebih masa dan minit permainan untuk mengembangkan lagi bakatnya dan memperbaiki kelemahannya.", "“Jika dilihat pada usia muda 18 tahun, Azhad telah melakukan sesuatu yang cukup bagus bersama pasukan dan seharusnya beliau perlu diberi masa dan minit permainan yang lebih untuk mengembangkan lagi bakatnya.", "“Dia memiliki ciri-ciri seorang penyerang yang kita nak, tetapi dia masih muda dan sudah tentu banyak kelemahan lagi yang perlu dia perbaiki.", "“Bagi saya, dia memang antara prospek yang baik selepas kita juga pernah memilik nama-nama lain seperti contoh Luqman Hakim Shamsudin dan ramai lagi prospek muda.", "“Saya percaya dia akan lebih berjaya seandainya terus bekerja keras sepertimana yang dia lakukan sekarang bersama pasukan”, kata Yusri Che Lah.", "Baca: Majoriti Graduan AMD ‘Batch’ 1 & 2 Berjaya Sertai Kelab Profesional – 37 Daripadanya Bersama Selangor", "Untuk makluman semua, sebelum menyertai Skuad Projek FAM-MSN, Azhad merupakan produk Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).", "Sebagai tambahan, saingan Liga Premier berbaki dua perlawanan sahaja lagi sebelum menutup tirainya bagi saingan musim 2021.", "Dua perlawanan terakhir yang akan dihadapi oleh Skuad Projek FAM-MSN adalah menentang Perak 2 (10 September) dan Kuching City (14 September)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111684/", "headline": "\nPaulo Josue: Ini Musim Terbaik Yang Pernah Dilalui Bersama Kuala Lumpur\n", "content": ["Setelah melalui pelbagai detik jatuh bangun bersama Kuala Lumpur City FC sejak lima musim lalu, Paulo Josue mengakui tahun 2021 bakal menjadi saat terbaik buat pasukannya selepas berjaya menempatkan diri di tangga keenam Liga Super.", "Biarpun pernah melalui pengalaman membawa KL City muncul juara Liga Premier pada musim 2017 serta dapat mengekalkan slot pada musim berikutnya tetapi inilah kali pertama dia dapat melihat kestabilan pada prestasi pasukan.", "Malah kehadiran ramai berkualiti telah membantu pasukan selain kekuatan di bahagian pertahanan menjadi tunjang di sebalik kejayaan meraih banyak mata penting terutama di laman sendiri yang memperlihatkan mereka masih kekal dengan rekod tanpa kalah selepas sembilan perlawanan.", "“Musim ini boleh saya katakan pihak pengurusan lebih bijak dalam pencarian pemain malah mendapatkan seorang jurulatih (Bojan Hodak) yang begitu berpengalaman mengenai Liga Malaysia.", "“Dia mengetahui banyak maklumat tentang pemain-pemain dari pasukan lain serta jangkaan strategi dan ini memberikan kelebihan tambahan kepada kami.", "“Biarpun kami beraksi tanpa penyerang dalam kebanyakan perlawanan, saya tetap rasakan ini adalah musim terbaik yang pernah dilalui dengan pasukan.", "“Sebelum ini pada musim 2018 saya rasa kami miliki skuad yang baik namun tidak begitu seimbang kerana walaupun berjaya menjaringkan banyak gol namun dalam masa kami dibolosi dengan angka yang tinggi.", "“Kekuatan di bahagian pertahanan turut menjadi salah satu faktor kenapa kami mampu berada di tahap ini dan malah saya rasakan benteng pasukan KL City antara terbaik di dalam liga pada masa sekarang,” katanya.", "Sebagai rekod, pencapaian terbaik Kuala Lumpur di Liga Super yang bermula pada 2004 sebelum dijenamakan kepada KL City FC ialah mendapat tempat kesembilan pada musim 2010.", "Untuk makluman semua, pemain tengah kelahiran Brazil ini mula menyertai skuad ibu kota ini pada musim 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215452/", "headline": "\nBukan Thailand Tetapi Filipina & Singapura Ujian Pertama ‘Coach’ Kim Pan-gon\n", "content": ["Pasukan Filipina dan Singapura bakal menjadi ujian pertama buat skuad senior bola sepak kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Kim Pan-gon.", "Kedua-dua pasukan ini akan menentang Malaysia pada 23 dan 26 Mac hadapan di Singapura sepertimana disiarkan dalam satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Filipina dan Singapura menghuni tangga ke-129 dan ke-161 dalam ranking dunia yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada bulan ini. Sebagai perbandingan, Malaysia atau dikenali sebagai skuad Harimau Malaya menghuni tangga ke-154 dunia.", "Sebagai tambahan, dua perlawanan persahabatan antarabangsa ini dirancang sebagai persiapan dan persediaan skuad Harimau Malaya menjelang Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia Asia 2023, yang akan berlangsung dari 8 hingga 14 Jun kelak. ", "Terdahulu, pengurus pasukan juara Piala AFF Suzuki 2020 iaitu Thailand menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh media di negara tersebut merancang untuk menentang Malaysia pada bulan hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218196/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu No.3 Indonesia Kecewakan Yew Sin-Ee Yi Di Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki No.3 Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto menjadi halangan buat wakil negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2022.", "Ini berikutan beregu bebas (independent) yang berada di ranking kesepuluh dunia ini tumpas secara “straight set” kepada Fajar-Ardianto pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Axiata Arena, sebentar tadi.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Quarter final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅21 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅13 9 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 33 minutes https://t.co/aArgMi2npX", "— BWFScore (@BWFScore) July 1, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi tumpas dengan skor 13-21 dan 9-21 dalam tempoh 33 minit permainan di Gelanggang 1.", "Selain itu, keputusan ini juga menjadikan Yew Sin-Ee Yi telah tumpas sebanyak lima kali daripada tujuh pertemuan menentang Fajar-Ardianto di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Fajar-Ardianto yang mara ke peringkat separuh akhir akan bertemu sepasang lagi beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada hari esok bagi merebut tiket ke pentas akhir Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Featured Image: Petronas Brands Instagram "]} +{"url": "https://sukanz.com/202221181/", "headline": "\nPenang FC Pinjam Rahmat Makasuf Untuk Hadapi Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Penyerang sayap Terengganu FC, Rahmat Makasuf menjadi tambahan baharu kepada skuad Penang FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Dimaklumkan, skuad berjulukan The Black Panther mengikat pemain berusia 25 tahun itu secara pinjaman.", "Sepanjang musim lalu, Rahmat berjaya tampil sebanyak dua kali sahaja bersama skuad utama Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain.", "Penampilan itu dibuat ketika turun menentang Selangor dan Petaling Jaya City FC (PJ City) dalam saingan Liga Super. Manakala tiada sebarang penampilan dilakukannya dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia.", "Penghijrahan Rahmat ini seakan-akan memperlihatkan khidmatnya tidak berada dalam percaturan ketua jurulatih baharu Terengganu, Tomislav Steinbruckner pada musim hadapan.", "Untuk rekod, ini merupakan julung kalinya dalam karier profesionalnya sejak tahun 2019 beraksi bersama pasukan selain daripada Terengganu.", "Sebagai tambahan, Rahmat menjadi pemain kedua dari Terengganu yang diikat oleh Penang.  sebelum ini, Penang telah mendapatkan khidmat Nik Akif Syahiran yang dipercayai telah tamat kontraknya bersama Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218417/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Peng Soon Sekali Lagi Catat Kemenangan Ke Atas Bekas Pasangan, Liu Ying\n", "content": ["Pemain senior negara, Chan Peng Soon berhasil merekodkan kemenangan kedua berturut-turut ke atas bekas pasangannya suatu masa dahulu, Goh Liu Ying di pentas antarabangsa.", "Kemenangan terbaru Peng Soon bersama gandingan baharunya, Cheah Yee See ini hadir ketika berentap menentang Liu Ying yang berpasangan dengan Soong Joo Ven di Pusingan 32 Terbuka Singapura, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Peng Soon-Yee See merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-18 dalam tempoh masa 33 minit permainan.", "Singapore Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Yee See CHEAH🏅14 18 🇲🇾Joo Ven SOONG 🇲🇾Liu Ying GOH", "🕗 in 33 minutes https://t.co/yLd4OPNq93", "— BWFScore (@BWFScore) July 13, 2022", "Untuk pengetahuan semua, ketika pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini dalam saingan Indonesia Masters pada Jun lalu, Peng Soon-Yee See turut merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-10.", "Sementara itu, kemenangan diraih Peng Soon-Yee See pada hari ini membolehkan mereka melangkah ke Pusingan 16 saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Menanti mereka di pusingan tersebut pada hari esok adalah gandingan No.1 dunia dari China merangkap juara Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220844/", "headline": "\nPiala Dunia: Poland Melangkah Ke Pusingan 16 Selepas Lebih 3 Dekad\n", "content": ["Biarpun tumpas kepada Argentina dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C, Poland tetap berhasil merekodkan kemaraan ke saingan kalah mati, Pusingan 16 pada Piala Dunia 2022.", "Lebih manis, kemaraan tersebut merupakan yang pertama direkodkan selepas lebih tiga dekad.", "Dalam pertarungan tersebut, Poland bimbingan Czeslaw Michniewicz tumpas 0-2 kepada Argentina hasil jaringan Alexis Mac Allister dan Julian Alvarez pada minit 46’ dan 67’ masing-masing.", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 30, 2022", "Namun begitu, kemaraan mereka dibantu dengan kegalan Mexico untuk merekodkan kemenangan dengan jaringan yang lebih besar ke atas Arab Saudi dalam satu lagi perlawanan lain melibatkan Kumpulan C.", "Mexico hanya merekodkan kemenangan dengan keputusan 2-1 sekaligus menggagalkan mereka untuk menghuni tangga kedua dalam Kumpulan C. Mereka terpaksa akur menamatkan saingan di tangga ketiga selepas mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.", "Poland turut mengutip empat mata namun kedudukan naib juara Kumpulan C menjadi miliknya ekoran mempunyai perbezaan gol (goal difference) yang lebih baik berbanding Mexico.", "Untuk makluman semua, kali terakhor Poland mara ke Pusingan 16 di pentas Piala Dunia adalah pada edisi 1986 yang berlangsung di Mexico.", "Featured Image: FIFA World Cup "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220119/", "headline": "\nSabah Hilang Khidmat ‘Pak Karim’ Menjelang Perlawanan Akhir Menentang JDT\n", "content": ["Skuad berpangkalan di kepulauan Borneo yang kini menghuni tangga kedua Liga Super, Sabah FC sudah pasti mahu menutup saingan musim ini selaku naib juara sekaligus menempah tiket ke saingan Piala AFC, tahun hadapan.", "Bagaimanapun, cita-cita tersebut nampaknya samar-samar apabila salah seorang tonggak importnya iaitu Park Tae-su atau dikenali sebagai Karim dalam kalangan rakan sepasukannya tidak dapat diturunkan dalam perlawanan terakhir liga menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Sabtu ini.", "Baca: Pandai Berbahasa Melayu, Park Tae-su Turut Dipanggil ‘Karim’ Dalam Kalangan Rakan Sepasukan", "Memetik laporan Astro Awani, ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan pemain berusia 32 tahun yang menjadi hero dengan menjaringkan gol kemenangan saat-saat akhir ketika menentang Sri Pahang pada Selasa lalu tidak dapat diturunkan kerana mendapat kad kuning dalam perlawanan tersebut.", "Selain itu, skuad berjulukan Sang Badak masih tidak dapat menggunakan khidmat dua lagi pemain importnya, Jackson de Souza dan Jose Embalo kerana kecederaan.", "“Tetapi pemain lain berada dalam keadaan yang cukup baik dan sudah pasti pemain yang akan diturunkan — seperti mana yang kami lakukan sebelum ini – saya percaya mereka mampu menggalas tugas dengan baik.", "“Kalau kita lihat pasukan Sabah, kami tidak bergantung kepada sebarang individu untuk menjaringkan gol.", "“Kalau kita lihat senarai penjaring kami, ramai pemain boleh menjaringkan gol tetapi kehilangan Park sudah pasti akan menyebabkan bahagian tengah dan pertahanan mungkin kehilangan seseorang yang cukup berpengalaman.", "“Dengan itu, saya perlu memastikan sesiapa sahaja yang menggantikan Park dapat bermain seperti yang kami inginkan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. ", "Pada saat ini, Sabah berada di tangga kedua liga dengan 42 mata daripada 21 perlawanan. Akan tetapi, mereka dihimpit rapat oleh Terengganu dan Negeri Sembilan yang berada di tangga ketiga dan keempat dengan 41 mata masing-masing.", "JDT yang telah pun dinobatkan juara Liga Super musim ini sudah pasti mahu menutup musim ini dengan gelaran “invincible” atau tanpa kalah. Perlawanan menentang Sabah akan menjadi medan untuk merealisasikan perkara tersebut.", "Sekiranya Sabah kalah di tangan JDT yang bercita-cita untuk merangkul gelaran kejuaraan “invincible” terbabit, manakala, Terengganu dan Negeri Sembilan meraih kemenangan menentang lawan masing-masing, skuad Sang Badak terpaksa akur menutup saingan musim ini di tangga keempat serta kehilangan peluang ke saingan Piala AFC 2023 menerusi slot naib juara Liga Super.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322585/", "headline": "\nRanking BWF: Justin Sertai Kelompok 60 Terbaik Dunia\n", "content": ["Perseorangan remaja negara, Justin Hoh terus mempamerkan peningkatan apabila berada di dalam kelompok 60 pemain terbaik dunia selepas mengakhiri saingan Cabaran Antarabangsa Vietnam 2023 di pusingan suku akhir.", "Biarpun tidak berjaya mara ke peringkat yang lebih jauh, kedudukan juara Cabaran Antarabangsa Uganda itu telah melonjak sebanyak 11 anak tangga dalam kemaskini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Justin kini berada di tangga ke-59 dunia setelah mengutip 23,520 mata setakat minggu ke-13 pada tahun ini.", "Dalam penampilan terakhirnya, pemain berusia 18 tahun itu berhasil mengutip 2,200 mata selepas tewas di tangan wakil Hong Kong, Chan Yin Chak yang juga merupakan pilihan ke-10 kejohanan.", "Justin berpeluang untuk meningkatkan lagi rankingnya. Bermula 29 Mac (Rabu), Justin akan beraksi dalam Cabaran Antarabangsa Osaka 2023 di Jepun dengan diletakkan sebagai pilihan ke-8 kejohanan.", "Cabaran Antarabangsa Osaka merupakan salah satu kejohanan Gred 3 di bawah kelola BWF yang memungkinkan Justin untuk meraih 4,000 mata sekiranya muncul juara bagi acara perseorangan lelaki.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112780/", "headline": "\nKenali ‘Mask’ Yang Dipakai Oleh Lee Zii Jia – LG PuriCare Wearable Air Purifier\n", "content": ["Semasa kejohanan badminton berpasukan, Piala Sudirman 2021 berlangsung di Vantaa, Finland sepanjang minggu lalu, pelitup muka atau ‘mask’ yang digunakan oleh pemain perseorangan lelaki merangkap kapten, Lee Zii Jia mencuri tumpuan ramai.", "Untuk pengetahuan semua, ‘mask’ yang digunakan oleh pemain berusia 23 tahun itu semasa masuk ke gelanggang dan ketika bercakap bersama wartawan sesudah perlawanan merupakan sebuah pelitup muka pintar yang diberi nama LG PuriCare Wearable Air Purifier.", "Pelitup muka pintar ini diperkenalkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan rumah berpangkalan di Republik Korea, LG Electronics (LG) semasa pandemik Covid-19 melanda dunia pada tahun lepas. Ia dilengkapi dengan kipas pengalir udara automatik serta dua penapis HEPA H13 – penapis yang sama digunakan untuk penapis udara di rumah – bagi memastikan pemakainya menghirup udara yang bersih dan sihat.", "Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem VoiceON – yang mempunyai pembesar suara dan mikrofon terbina – membolehkan pemakainya melontarkan suara percakapan dengan jelas tanpa menurunkan pelitup muka semasa bercakap.", "Anda boleh melihat video yang dikongsikan oleh Astro Arena di mana Zii Jia dapat bercakap untuk menjawab soalan yang ditanyakan oleh wartawan dengan jelas dan terang semasa memakainya.", "Reaksi Lee Zii Jia selepas berjaya menumbangkan Kento Momota!#SokongMalaysia#PialaSudirman2021 pic.twitter.com/eaukRyWzMr", "Tambahan lagi, pelitup muka ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 10,000 mAH yang membenarkannya untuk beroperasi selama lapan jam. Terakhir sekali, ia juga disertakan dengan sambungan Bluetooth.", "LG PuriCare Wearable Air Purifier ini telah berada di pasaran tempatan dan sesiapa yang berminat untuk menggayakan pelitup mukan pintar ini persis Zii Jia boleh mendapatkannya di kedai atas talian LG di Lazada. Ia dijual pada harga RM849 sahaja.", "Sementara itu, pihak LG turut mengumumkan melantik pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 dan juara All England Open Badminton Championship 2021 ini selaku Duta Jenama LG PuriCare menerusi satu acara atas talian di platform laman sosial LG Global, pada hari ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208622/", "headline": "\nMustafi, Rudiger Disenarai Pendek Untuk Ditandatangani Barcelona\n", "content": ["Shkodran Mustafi dan Antonio Rudiger dilaporkan disenarai pendek oleh FC Barcelona untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan musim sejuk kelak.", "Menurut laporan media Sepanyol, kedua-dua pertahanan Jerman itu menjadi pilihan untuk menguatkan barisan pertahanan The Catalan setelah Gerard Pique dilaporkan terpaksa berehat ekoran kecederaan.", "LATEST NEWS‼️Tests carried out this Sunday on @3gerardpique have shown that he has a grade 3 sprain in the internal lateral ligament and partial injury to the anterior cruciate ligament in his right knee. The evolution of the injury will condition his availability. pic.twitter.com/0Bf0EnXiZo", "Difahamkan Pique yang mendapat kecederaan di lutunya terpaksa berehat sehingga empat bulan ekoran berlaga dengan Angel Correa ketika menentang Atletico Madrid sekitar seminggu yang lalu.", "Sementara itu, seorang lagi pertahanan mereka iaitu Sergi Roberto turut ditimpa kecederaan dan dikhabarkan terpaksa berehat selama dua bulan.", "Bagaimanapun pertahanan tengah Manchester City, Eric Garcia masih menjadi sasaran utama mereka namun penyenaraian Mustafi dan Rudiger adalah sebagai alternatif."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219134/", "headline": "\nSukan Solidariti Islam: Juwaidi Sumbang Satu Lagi Emas Menerusi Memanah Compound Individu\n", "content": ["Kontinjen Malaysia berhasil meraih pingat emas kedua daripada temasya Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye, hari ini.", "Pemanah negara, Juwaidi Mazuki menyumbang kilauan pingat terbabit menerusi acara memanah compound individu bagi kategori lelaki.", "🥇Men’s Team Compound 🥇Men’s Individual Compound ", "Padu!!! 2 Emas Dari Juwaidi Mazuki Kali Ini Menerusi Acara Men’s Individual Compound Apabila Menewaskan Mohammadsaleh Palizban Dari Iran 🇮🇷 148 -137 Mata #DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA#IslamicSolidarityGames pic.twitter.com/8Gp0RRN4QV", "— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) August 18, 2022", "Ianya hadir selepas dia berjaya menumpaskan lawannya dari Iran, Mohammadsaleh Palizban dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 148-137 mata.", "Kemenangan tersebut menjadikan Malaysia telah mengumpul dua emas di temasya ini.", "Untuk makluman, ini merupakan pingat emas kedua yang disumbangkan oleh atlet berusia 32 tahun ini. Pingat emas pertama yang disumbangkan Juwaidi adalah menerusi acara memanah berpasukan compound lelaki bersama-sama Alang Ariff dan Eugenius Loh.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110054/", "headline": "\nJDT Tambat Seorang Lagi Pemain Naturalisasi, Guilherme De Paula – ‘Backup’ Kepada Bergson\n", "content": ["Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya telah menambat seorang lagi pemain naturalisasi ke dalam skuadnya iaitu Guilherme De Paula bagi memperkukuhkan lagi pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC, musim ini.", "Kelab berpangkalan di selatan semenanjung tanah air itu mengumumkan kemasukan De Paula secara rasminya dalam satu majlis menandatangani pemain baharu di Ibu Pejabat JDT, pada hari ini.", "Menurut makluman kelab, kehadiran De Paula selain daripada kelibat penyerang tempatan sedia ada, Syafiq Ahmad untuk menjadi ‘backup’ kepada kepada penyerang utama, Bergson da Silva.", "Untuk makluman, De Paula merupakan pemain kelahiran Brazil. Bagaimanapun, dia disahkan menjadi pemain naturalisasi selepas pasukan lamanya, Perak mendaftarkannya sebagai pemain tempatan untuk mengharungi saingan Liga Super, musim ini.", "RASMI: De Paula kini pemain tempatan Malaysia!Penyerang kelahiran Brazil, Guilherme De Paula yang kini beraksi bersama Perak FC sah akan didaftarkan sebagai pemain tempatan menurut pasukan tersebut.De Paula kini dibenarkan untuk beraksi dengan skuad Malaysia.Foto: Perak TBG pic.twitter.com/lcoMgG7Tx2", "Untuk rekod, penyerang berusia 34 tahun ini telah beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula pada tahun 2015 bersama Selangor. Dia kemudiannya berkelana ke pasukan berpangkalan di Cyprus buat seketika sebelum kembali semula ke Malaysia pada tahun 2016 bersama PDRM.", "Kelibat paling memberangsangkan buat De Paula hadir ketika beraksi bersama skuad Ibu Kota, Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Kuala Lumpur City pada masa ini. Sepanjang beraksi bersama pasukan tersebut selama 3 musim, De Paula telah menjaringkan sejumlah 66 gol dan menduduki tangga kedua penjaring terbanyak pasukan sepanjang zaman.", "That's right. Paulo's on 34, six short of the top-5 pic.twitter.com/Fe57QsVybM", "Hanya satu gol sahaja yang memisahkan jaringannya dengan rekod penjaring terbanyak sepanjang sepanjang zaman milik penyerang kelahiran Singapura, Fandi Ahmad yang bermain bersama Kuala Lumpur sekitar 1986 hingga 1990.", "Kehadiran De Paula menjadikan skuad Harimau Selatan kini memiliki tiga khidmat pemain naturalisasi. Dua pemain naturalisasi yang sedia ada ialah Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi yang kini dipinjamkan ke pasukan Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan Liga Australia.", "Pada masa yang sama, mereka turut memaklumkan akan berkongsi maklumat lanjut mengenai penghijrahan pemain ini menerusi Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards dalam masa terdekat.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218244/", "headline": "\nAFCON 2023 Ditunda Ke Tahun 2024 Kerana Bimbang Ancaman Banjir\n", "content": ["Saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) yang sepatutnya berlangsung pada Jun dan Julai 2023 di Ivory Coast akan ditunda ke bulan Januari dan Februari 2024.", "Perkara tersebut diumumkan oleh penganjur yang juga badan induk bola sepak bagi benua terbabit, Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.", "Presiden CAF, Dr. Patrice Motsepe menjelaskan perubahan tarikh penganjuran tersebut dilakukan atas faktor tuan rumah mengalami musim hujan ketika bulan Jun dan Julai", "Keadaan cuaca tersebut menyebabkan saingan bola sepak lelaki dwitahunan ini terdedah kepada ancaman banjir besar pada waktu tersebut.", "Penundaan tarikh penganjuran AFCON kali ke-34 ini turut mendapat nasihat teknikal daripada pakar-pakar yang berkaitan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208759/", "headline": "\nKisah ‘Super Agent’ Jorge Mendes Yang Menikam Valencia CF\n", "content": ["Ejen bola sepak merupakan individu yang bertanggungjawab mewakili pemain untuk merundingkan sesuatu manfaat buat pemain khususnya melibatkan kontrak antara pemain dan pasukan yang diwakilinya.", "Manakala seseorang ejen itu pula akan meraih pendapatannya menerusi komisyen yang dijanjikan hasil daripada kejayaan memuktamadkan mana-mana kontrak di antara pemain dan kelab.", "Bagaimanapun, ada beberapa kes dimana kehadiran ejen yang dilihat hanya memikirkan keuntungannya sahaja sehingga merugikan bukan sahaja kepada pemain malahan kelab bola sepak itu sendiri.", "Salah seorang daripadanya adalah ejen bola sepak ternama dunia kelahiran Portugal iaitu ‘Super Agent’ Jorge Mendes menerusi agensinya, Gestifute bersama kelab berpangkalan di Sepanyol, Valencia CF.", "Menerusi hubungan rapat bersama pemilik kelab iaitu Peter Lim, Jorge berjaya membawa majoriti kliennya untuk ditandatangani oleh Valencia sejak bermulanya era milikan hartawan dari Singapura tersebut.", "Dia dilihat oleh kalangan penyokong skuad Los Che sebagai mahu ‘menggemukkan poketnya’ sahaja dengan mempengaruhi kelab untuk menandatangani para pemain dan pengurus di bawah agensinya.", "Antara pemain-pemain tersebut ialah Andre Gomes dan Rodrigo yang di bawa masuk dengan status pinjaman disertakan dengan pilihan pembelian secara tetap pada jendela musim panas 2014.", "Selain kedua-dua pemain ini, Valencia turut ‘memecahkan tabung’ mereka dengan membawa masuk pemain-pemain lain yang menjadi klien kepada Jorge seperti Joao Cancelo, Alvaro Negredo dan Aymen Abdennour.", "Bagi kalangan pengurus dan jurulatih pula, nama-nama seperti Nuno Espirito Santo dan Gary Neville berada di bawah seliaan Jorge. ", "Lebih menarik, Nuno hanya memimpin Valencia sekitar semusim sahaja disebabkan oleh permulaan La Liga dan Liga Juara-Juara UEFA yang teruk pada musim berikutnya. ", "Nuni bertindak meletakkan jawatan dan pihak kelab kemudiannya mengumumkan Gary – orang yang mempunyai sifar pengalaman ketua jurulatih – sebagai penggantinya.", "Para penyokong melihat situasi ini sangat merugikan kelab memandangkan Valencia hanya mendapatkan pemain-pemain dalam kalangan senarai klien Jorge sahaja dan hubungan rapat dengan pemilik, Peter Lim pula dilihat sebagai komplot untuk mendapatkan komisyennya.", "Menurut portal Transfermarkt, pada penghujung musim 2015/16 Valencia mencatatkan perbelanjaan bersih adalah -103.29 juta euro dan lebih malang mereka tamatkan saingan La Liga pada musim tersebut di kedudukan ke-12.", "Kerugian itu memaksa mereka untuk menjual beberapa pemain kesayangan para peminat untuk menyeimbangkan kembali kedudukan kewangannya. Ekoran itu, Valencia telah bertindak menjual Andre Gomes, Paco Alcacer, Shkodran Mustafi dan beberapa pemain lagi.", "Namun penjualan pemain tersebut turut digantikan dengan klien milik Jorge iaitu Nani dan Ezequiel Garay. Beginilah trend dan putaran yang terjadi kepada Valencia termasuk kepada kalangan pengurus atau jurulatihnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208531/", "headline": "\nAirAsia, CIMB Tarik Diri Taja Liga Malaysia 2021\n", "content": ["Malaysian Football League (MFL) mengesahkan syarikat penerbangan, AirAsia dan kumpulan perbankan CIMB tidak meneruskan penajaan bagi saingan Liga Malaysia 2021.", "Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan menerusi satu kenyataan rasmi, pada hari ini.", "MFL masih kekal dengan perancangan meneruskan kalendar Liga Malaysia meskipun mengesahkan dua penaja iaitu CIMB dan AirAsia telah menyatakan hasrat mereka untuk tidak bersama bagi saingan Liga Malaysia 2021.Baca lanjut ➡ https://t.co/cks33OQo7r#MFL pic.twitter.com/3Pe2sSvLSp", "“AirAsia telah menyatakan hasrat mereka untuk tidak melanjutkan penajaan bersama MFL bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.", "“Sementara CIMB, MFL telah mengadakan pertemuan dengan mereka pada tiga hari lalu dan menyatakan hajat yang sama di mana pihak kami kini menunggu surat secara rasmi daripada CIMB yang tidak mahu melanjutkan penajaan bagi musim depan.” katanya.", "Untuk makluman, CIMB dan MFL memeterai perjanjian kerjasama selama dua musim pada awal tahun sekaligus meletakkan jenama kumpulan perbankan tersebut sebagai ‘Title Sponsor’ untuk saingan Liga Super 2020 dan bank rasmi bagi semua kejohanan di bawah seliaan MFL.", "Manakala AirAsia pula menandatangani kerjasama bersama MFL pada tahun 2019 sebagai rakan penerbangan rasmi eksklusif Liga Malaysia untuk musim 2019 dan 2020.", "“Saya mewakili pihak MFL mahu mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada setiap penaja ini di atas sumbangan mereka kepada bola sepak negara ketika kita semua berdepan detik sukar dalam pandemik COVID-19 sebelum ini,” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324215/", "headline": "\nBryan Hampir Atasi Juara Dunia, Perbaharui Rekod 100m Kuak Kupu-Kupu – 53.02s\n", "content": ["Perenang sensasi negara, Bryan Leong hampir mengatasi juara dunia, Chad Le Clos tetapi terpaksa akur muncul selaku naib juara bagi acara  100 meter (m) kuak kupu-kupu di Perlumbaan Antarabangsa AP London 2023, kelmarin.", "Menurut laman sesawang kejohanan, Bryan menamatkan perlumbaannya di tempat kedua dengan catatan masa 53.02 saat (s), ditinggalkan jaguh perenang Afrika Selatan itu yang unggul sebagai pemenang dengan catatan masa 52.05s. ", "Biarpun begitu, atlet yang kini berusia 20 tahun itu berjaya meleburkan rekod kebangsaan 53.32s yang dicatatkannya bagi acara yang sama di Sukan Malaysia (SUKMA) tahun lalu. ", "Satu lagi rekod kebangsaan miliknya yang turut berjaya diperbaharui adalah menerusi acara 50m gaya bebas apabila merekodkan catatan masa 23.07s sekaligus memadam rekodnya di Sukan SEA 2021 iaitu 23.09s.", "Walaupun begitu, Bryan hanya berakhir di tangga keenam selepas ketinggalan kepada Dylan Carter dari Trinidad and Tobago (22.24s), Matthew Richards dari United Kingdom (22.35s) dan Carter Swift dari New Zealand (22.81s) yang menduduki kedudukan podium. ", "Untuk pengetahuan semua, atlet yang juga graduan dalam bidang neurosains dan psikologi dari King’s College London itu telah mengesahkan slot ke Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun pada Julai ini menerusi acara 100m kuak kupu-kupu.", "Featured Image: Malaysia Swimming Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220760/", "headline": "\nJohor Darul Ta’zim Sapu Bersih Empat Piala Musim 2022\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menutup saingan bola sepak domestik musim ini dengan penuh gemilang apabila menyapu bersih keempat-empat piala yang dipertandingkan dalam kancah Liga Malaysia.", "Kejayaan itu hadir selepas skuad berjulukan Harimau Selatan berhasil merangkul kejuaraan bagi saingan penutup bola sepak tempatan, Piala Malaysia.", "Trofi itu menjadi milik skuad kendalian Hector Bidoglio selepas menumpaskan Selangor FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.", "Dalam pertarungan terbabit, Bergson da Silva muncul penjaring pertama buat JDT pada masa tambahan babak pertama menerusi sepakan percuma. Pada babak kedua, Fernando Forestieri menambah satu lagi jaringan buat JDT melalui sepakan lencong daripada permainan terbuka.", "📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 2-1 @SelangorFC", "Caion membuka tirai jaringan buat Selangor namun Johor Darul Ta'zim bangkit meraih kejuaraan TM Piala Malaysia 2022 menerusi jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri.#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/Q8vXt4M9oM", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 26, 2022", "Manakala jaringan tunggal skuad Gergasi Merah pula dihasilkan oleh Herlison Caion pada minit ke-45 melalui sepakan penalti.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan Piala Malaysia yang ketiga diraih oleh JDT di bawah era pimpinan Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selepas edisi 2017 dan 2019.", "Terdahulu, JDT telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super tanpa kalah, menjuarai Piala FA dengan menumpaskan Terengganu FC dan menjulang Piala Sumbangsih hasil mengalahkan Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Untuk makluman semua, kejayaan JDT menyapu bersih empat trofi dalam semusim atau dikenali sebagai ‘quadruple’ merupakan yang pertama pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak tanah air.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207953/", "headline": "\nDihimpit Masalah Kewangan, Sarawak Mahu Tarik Diri Daripada Liga Malaysia?\n", "content": ["Ekoran dihimpit dengan masalah kewangan yang tiada jalan penyelesaian, pasukan Sarawak di bawah naungan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mungkin menarik diri daripada saingan Liga Malaysia 2021.", "Perkembangan tersebut diperkatakan oleh presidennya, Datuk Posa Mojais menurut satu laporan oleh Suara Sarawak, baru-baru ini.", "“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.", "“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” katanya.", "Ketika ini terdapat lima pasukan yang berada di bawah naungan FAS. pasukan-pasukan tersebut adalah Sarawak United FC (Liga Premier), Sawarak United II (Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sawarak United (MPFL).", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323442/", "headline": "\nJDT Mahu Memulakan Kejohanan Remaja Tersendiri, Skuad Bawah Umur Kurang Perlawanan Berkualiti\n", "content": ["Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memulakan kejohanan remaja antarabangsa yang tersendiri bagi menyediakan pertandingan yang lebih mantap untuk pelatih-pelatih di akademinya.", "Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards menjelaskan perkara itu sangat diperlukan oleh JDT kerana pelbagai skuad bawah umurnya dari bawah 13 tahun (B-13) hingga bawah 18 tahun (B-18) kekurangan perlawanan berkualiti disebabkan ketiadaan pertandingan yang sesuai.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will initiate an international youth competition to provide better competition for JDT Academy trainees.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 3, 2023", "Difahamkan, pertandingan tersebut akan dibuka kepada akademi antarabangsa dan dalam negara.", "Bagaimanapun, pihaknya akan memaklumkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini dalam masa terdekat selepas sanksi untuk menjalankan pertandingan ini diberikan oleh pihak yang berwajib.", "Alistair turut menjelaskan, usaha ini hadir ekoran struktur semasa di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) hanya menyediakan pertandingan buat skuad bawah 19 tahun (B-19), bawah 23 tahun (B-23) dan skuad senior sahaja.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321762/", "headline": "\nRinani Group Berhad Pegang 51% Saham KL City, KLFA Sebagai Pemilik Bersama\n", "content": ["Umum tahu kelab berpangkalan di Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC (KL City) mempunyai pemegang saham baharu iaitu Rinani Group Berhad.", "Pengumuman pemegang saham baharu skuad berjulukan The City Boys itu hadir selepas majlis menandatangani satu dokumen antara Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Pengarah Rinani pada Sabtu lalu.", "Terbaru, Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad tampil memperincikan mengenai pemilikan KL City tersebut.", "“Saya mengalu-alukan kesediaan Kumpulan Rinani membeli 51 peratus saham KL City FC dan dengan itu menjadi pemilik bersama dengan KLFA. ", "“Adalah  diharapkan penyokong-penyokong KL City akan menerima baik perubahan ini, Insya-Allah ia akan membuka zaman baharu bagi KL City dimana semangat daya juang peniaga swasta dan sifat usahawan akan mendorong ke arah kejayaan.” katanya dalam satu kenyataan akhbar.", "Pengambilalihan dan pegangan saham majoriti ini sekaligus menjadikan Rinani Group Berhad sebagai pemilik KL City bermula saat ini.", "Sementara itu, Pengarah Rinani Group Berhad, Azri Azerai mengalu-alukan kedatangan KL City ke dalam keluarga firma konsultan kewangannya yang turut terdiri daripada empat syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), Bintai Kinden Corporation Berhad, Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) dan Reneuco Berhad.", "Pada masa yang sama, Azri menekankan bahawa KL City yang merupakan sebuah kelab elit akan terus mengetepikan sempadan serta menjadi pasukan profesional yang diuruskan dengan berteraskan ‘keputusan bola sepak’.", "“Pengambilalihan kami ke atas KL City adalah sebahagian daripada proses penswastaan ​​mandatori yang dikuatkuasakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) ke atas semua kelab bola sepak milik kerajaan ketika bola sepak di negara ini berubah kepada sukan yang dikendalikan secara lebih profesional yang memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan.” jelasnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214626/", "headline": "\nKehadiran Badd, Rizal Buatkan Apek Teruja Sertai Sabah FC\n", "content": ["Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali sebagai Apek teruja untuk berhijrah ke Sabah FC selepas melihat kehadiran pemain seperti Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali.", "Selain itu, pemain berusia yang bakal menjengah usia 33 tahun ini turut menyatakan kredibiliti yang ada pada ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee turut menjadi asbab dia membuat keputusan tersebut.", "Pada masa yang sama, bekas pemain Kelantan dan Melaka United turut memasang hasrat untuk membantu Sabah merekodkan pencapaian baharu terutamanya dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.", "“Semestinya saya ingin mencapai sesuatu dengan Sabah yang mana belum pernah lagi mereka capai, dan saya ingin menjadi sebahagian sejarah baharu dengan Sabah.", "“Cuma kita kena ingat dengan kehadiran pemain-pemain baharu yang lain ke Sabah, sudah pasti ramai yang meletakkan harapan yang tinggi tetapi jika diberi masa, saya percaya kami mampu buat terbaik untuk membanggakan penyokong Sabah pada musim ini,” katanya.", "Sementara itu, Apek tidak melihat statusnya sebagai pemain senior dan berpengalaman akan memberikan tempat secara automatik di dalam kesebelasan utama Sabah.", "Hal ini kerana Apek melihat kehadiran bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC, Damien Lim ke Sabah akan memberikan persaingan sengit untuk merebut tempat sebagai penjaga gol No.1 pasukan dalam saingan Liga Malaysia 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207983/", "headline": "\nPiala Malaysia: 8 Fakta Menarik Menjelang Pertemuan Kedah vs Pahang\n", "content": ["Saingan Piala Malaysia bakal menemui peminat bola sepak tempatan dan tumpuan utama pastinya terarah kepada pertembungan di antara Kedah dan Pahang. Manakan tidaknya, pertembungan di antara kedua-dua pasukan sering menyajikan aksi-aksi yang terbaik tanpa mengira kejohanan mana mereka bertemu. ", "Kedah yang dibimbing oleh jurulatih muda berbakat, Aidil Sharin Sahak pastinya akan mempertaruhkan dua penyerang terbaiknya di hadapan iaitu Tchetche Kipre dan Kpah Sherman. Manakala Pahang di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh pula mempunyai duo serangan yang terdiri daripada Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos.", "Perlawanan ini akan dilangsungkan di gelanggang rasmi Kedah, Stadium Darul Aman dengan sepak mula pada jam 9 malam esok dan berikut kami sajikan kepada anda 8 fakta menarik menjelang pertemuan di antara kedua-dua pasukan: ", "Tiga daripada lima pertembungan terakhir di antara Kedah dan Pahang berakhir dengan seri – dua daripadanya merupakan perlawanan separuh akhir pertama dan kedua saingan Piala Malaysia musim lepas di mana ianya berkesudahan dengan keputusan 8-8 secara ageragat.", "Pahang mempunyai masalah apabila bermain di Stadium Darul Aman. Untuk rekod, skuad Tok Gajah tidak pernah mengalahkan Kedah di tempat lawan dalam semua pertandingan sejak Ogos 2016.", "Sejak kembali menyepak bola pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kedah menjadi antara pasukan yang cemerlang pada musim ini dengan merekodkan satu kekalahan dan ironinya pasukan yang menewaskannya adalah Pahang.", "Rekod Kedah di Stadium Darul Aman sememangnya menggerunkan pasukan-pasukan yang datang bertandang ke sana. Musim ini sahaja dalam saingan Liga Super, mereka menang kesemua empat perlawanan di laman sendiri selepas tewas kepada Terengganu FC 3-4 pada awal tahun ini.", "Dan Pahang pula sangat bergelut apabila bermain di tempat lawan pada musim ini. Anak-anak buah Dollah Salleh hanya menang satu daripada lima perlawanan di tempat lawan dalam saingan Liga Super musim ini.", "Kisah ‘percintaan’ Kedah dan Piala Malaysia amat romantis. Bagaikan tidak pernah berenggang dan dikecewakan, Kedah berjaya mara ke saingan separuh akhir sebanyak lima kali daripada enam kempen terakhir Piala Malaysia yang disertainya.", "Manakala Pahang pula hanya gagal mara ke saingan suku akhir sebanyak sekali daripada lapan penampilan terakhirnya dalam kempen Piala Malaysia iaitu pada tahun 2016.", "Kedah menjaringkan 20 gol dalam saingan Liga Super. Dan duo penyerangnya, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman cukup tajam di hadapan gol dengan menyumbang 65% gol iaitu 13 daripada 20 gol yang dijaringkan oleh mereka musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112987/", "headline": "\nFAS Women’s Super League Sasar Wujudkan Ekosistem Bola Sepak Berteraskan Wanita\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan sebuah saingan liga bola sepak khusus untuk wanita di peringkat negeri terbabit akan dianjurkan pada tahun ini.", "Saingan tersebut dinamakan sebagai FAS Women’s Super League (FASWSL) 2021 yang bukan sahaja bermatlamat untuk memberi ruang dan peluang kepada wanita bermain bola sepak.", "Menariknya, badan induk bola sepak negeri terbabit turut meletakkan sasaran penganjuran FASWSL untuk mewujudkan sebuah ekosistem bola sepak yang berteraskan wanita.", "“Antara sasaran jangka masa panjang kami bagi pertandingan ini adalah ia bukan sahaja memberi peluang kepada pemain wanita, ", " “Tetapi ia juga bakal mewujudkan seluruh ekosistem bola sepak yang berteraskan wanita dari segi pemain, jurulatih, ahli fisioterapi, pegawai pasukan, bahkan sukarelawan untuk mencapai kecemerlangan.” kata Setiausaha Agung FAS, Izrin Nabil dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.", "Selain itu, FAS turut mengharapkan penganjuran liga ini dapat menjadi pemangkin ke arah melahirkan pemain-pemain bola sepak wanita profesional di Malaysia.", "Untuk makluman semua, saingan FASWSL yang disertai oleh 12 pasukan ini akan bermula pada 29 November kelak dan akan dilangsungkan di Radia Arena, Bukit Jelutong.", "Sementara itu, perlawanan akhir pula bakal berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Subang Jaya pada 22 Januari 2022.", "FASWSL 2021 akan dipertandingkan dalam format pertandingan seperti berikut:", "1. Kesemua pasukan yang mengambil bahagian bakal dibahagikan kepada dua kumpulan.", "2. 30 perlawanan bakal berlangsung dalam tempoh lima minggu untuk saingan peringkat kumpulan.", "3. Empat pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.", "4. Format kalah mati akan digunakan sehingga ke perlawanan akhir.", "5. Perlawanan akhir bakal berlangsung di Stadium MBSJ, Subang Jaya pada 22 Januari 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325027/", "headline": "\nWei Chong-Kai Wun Pertahankan Kejuaraan Terbuka Taipei\n", "content": ["Beregu lelaki No.3 tanah air, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini bergelar juara Terbuka Taipei sebanyak dua kali berturut-turut.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-23 dunia ini mengesahkan gelaran berkenaan selepas menumpaskan beregu No.1 tuan rumah, Lu Ching-yao dan Yang Po-han dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada petang tadi.", "Dalam pertarungan itu, Wei Chong-Kai Wun berhasil menumpaskan pasangan yang berada di tangga ke-15 dunia terbabit menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 20-22, 21-17 dan 21-14 dalam tempoh masa satu jam dan 11 minit.", "Kemenangan itu bukan sahaja mempertahankan gelaran juara bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 bahkan turut memberikan mereka ganjaran wang tunai bernilai AS16,590 atau bersamaan sekitar RM78,000 serta pungutan 7,000 mata bagi pengiraan pelbagai ranking oleh BWF.", "Untuk makluman, pada tahun lalu, gelaran juara menjadi milik Wei Chong-Kai Wun di kejohanan ini selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 yang juga merupakan gandingan tuan rumah, Lee Yang dan Wang Chi-lin.", "Sebagai tambahan, ini juga merupakan kejuaraan Jelajah Dunia BWF Super 300 yang ketiga dimenangi Wei Chong-Kai Wun termasuk kejuaraan saingan Antarabangsa Syed Modi di India pada Januari 2022.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324846/", "headline": "\nPan-gon Tak Tahu Malaysia Pernah Tumpas Kepada Papua New Guinea\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan-gon baru sahaja mengetahui bahawa Malaysia pernah tumpas di tangan Papua New Guinea ketika bertemu dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di negara berkenaan sekitar tujuh tahun yang lalu.  ", "Beliau hanya maklum akan perkara berkenaan apabila ditanya ketika dalam sidang media praperlawanan Malaysia menentang pasukan di ranking ke-159 dunia berkenaan di Ar Riyadah Residence, Kuala Terengganu pada hari ini.", "“Saya tak tahu (mengenai kekalahan itu), bagus untuk mengetahuinya,” kata Pan-gon.", "Bagaimanapun jurulatih berusia 54 tahun itu tidak mempedulikan tentang rekod lampau tersebut dan menjelaskan skuad Harimau Malaya bimbingannya pada ketika ini sedang menumpukan kepada kebiasaan mencipta kemenangan serta menjadikan halaman sendiri sebagai kubu.", "Sementara itu, pertahanan kiri negara, Corbin-Ong bagaikan senada dengan jurulatihnya mengenai rekod tersebut sambil menegaskan perlawanan pada kali ini menjadi medan untuk para pemain menampilkan corak permainan sepertimana dimahukan oleh Pan-gon.", "Tambahnya lagi, skuad Harimau Malaya telah berkembang dengan banyak dan ianya akan menjadi satu perlawanan yang berlainan sama sekali berbanding pada waktu itu.", "Sebagai rekod, Malaysia yang ketika itu dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee dengan dibarisi pemain-pemain seperti Farhan Abu Bakar (penjaga gol), Azrif Nasrulhaq, Shahrom Kalam, Fadhli Shas, Brendan Gan, Fakri Saarani, Baddrol Bakhtiar, Amri Yahyah dan lain-lain lagi tumpas 0-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sir John Guise.", "Untuk makluman, Malaysia dijadualkan melayan kunjungan Papua New Guinea yang baru sahaja mengikat Singapura dengan keputusan 2-2 beberapa hari lalu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) pada malam esok.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220413/", "headline": "\nDr. Mohd Daud Mahu Tumpu Kepada Kedah Darul Aman & NGO, Lepas Beberapa Jawatan Korporat\n", "content": ["Tokoh dan pakar kewangan Islam Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar merangakap pemilik saham terbesar majoriti Kedah Darul Aman FC mengumumkan tidak melanjutkan peranannya selaku Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (MPS) di Bank Negara Malaysia (BNM) selepas berkhidmat sekitar 25 tahun.", "Bukan itu sahaja, jawatan itu bersama beberapa jawatannya yang lain seperti di Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa bank di luar negara turut dilepaskannya.", "Beliau yang terkenal dengan penglibatannya dalam dunia korporat mengambil pendekatan sedemikian bagi memberi laluan kepada muka baharu untuk menerajuinya selain mengalih tumpuan, tenaga dan masa terhadap bidang baharu dalam kerjayanya.", "A post shared by Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (@mohddaudbakar)", "“Saya ingin fokus tenaga & masa saya kepada NGO (non-gorvernmental organization) saya (projek memberi makanan kepada pelajar miskin seluruh negara) & Kedah Darul Aman FC. Kedua-dua agensi ini memerlukan masa yang banyak.” kongsinya menerusi hantaran di platform laman sosialnya.", "Selain itu, beliau turut sama mahu aktif dan menumpukan kepada dunia teknologi kewangan (fintech) serta penghasilan karya melalui penerbitan buka dan pembikinan filem. Tidak dilupakan, beliau juga ingin ke luar negara bagi menimba ilmu baharu beberapa bulan bagi setiap tahun.", "Untuk makluman semua, Dr. Daud Bakar mula berkecimpung dalam kancah elit bola sepak tanah air apabila dilantik sebagai penaung atau patron buat skuad berjulukan Sang Kenari ini sekitar November 2021. ", "Pada September lalu, skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air ini mengumumkan bahawa Dr. Daud Bakar memiliki majoriti sahamnya sekaligus mengangkat peranan beliau ke tahap lebih tinggi selaku pengerusi dan pemilik kelab.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112129/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2021: Jadual Perlawanan Bagi Dua Wakil Negara, Selangor MAC & Pahang Rangers\n", "content": ["Dua buah pasukan berpangkalan di Malaysia iaitu Selangor MAC dan Pahang Rangers telah terpilih untuk menyertai kejohanan futsal peringkat asia tenggara iaitu Piala Futsal AFF 2021.", "Selangor MAC menyertai kejohanan ini selaku juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 manakala Pahang Rangers pula selaku naib juara dijemput bagi menggantikan sebuah pasukan yang telah menarik diri.", "Kedua-dua pasukan ini akan bersama-sama tiga lagi pasukan lain iaitu Port FC, Freefire Bluewave Chonburi (Thailand) dan Mohahang All Star FC (Kemboja) untuk merebut kejuaraan.", "Kejohanan ini akan berlangsung dari 13 hingga 17 September hadapan di Dewan Pusat Membeli-belah Terminal 21, Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand.", "Format kejohanan dijalankan secara ‘single round robin’ dimana kesemua pasukan akan menentang sesama sendiri sebanyak sekali. ", "Setiap kemenangan akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan kekalahan 0 mata. Mana-mana pasukan yang meraih mata tertinggi akan ditabalkan sebagai juara. ", "Untuk rekod, saingan terdahulu iaitu Piala Futsal AFF 2019 menyaksikan Freefire Bluewave Chonburi yang dahulunya dikenali sebagai PTT Bluewave Choburi muncul sebagai juara.", "Berikut adalah jadual perlawanan bagi pasukan Selangor MAC dan Pahang Rangers:", "Featured Image: Pahang Rangers FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325545/", "headline": "\nRanking BWF: Sze Fei-Izzuddin Langkau 8 Anak Tangga\n", "content": ["Biarpun sekadar menamatkan saingan Terbuka Korea di peringkat suku akhir pada minggu lalu, ianya sudah memadai buat gandingan semula Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin untuk terus melakar peningkatan dalam Ranking Dunia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan Sze Fei-Izzuddin mencatatkan kenaikan sebanyak lapan anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-38 dunia bagi minggu ini.", "Untuk makluman, kemaraan ke peringkat suku akhir kejohanhan bertaraf Super 500 terbabit memberikan Sze Fei-Izzuddin sebanyak 5,040 mata menjadikannya memiliki 32,540 mata secara keseluruhan. ", "Terdahulu, kejayaan Sze Fei-Izzuddin yang menjuarai Terbuka Amerika Syarikat – kejohanan pertama mereka beraksi setelah bergandingan semula – telah memberikan 7,000 mata dan meletakkan mereka di tangga ke-46 dunia pada minggu lalu.", "Sze Fei-Izzuddin berpeluang untuk terus meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam Ranking Dunia dengan mara lebih jauh dalam kejohanan bertaraf Super 750 yang mereka sertai pada minggu ini – Terbuka Jepun 2023.", "Sekiranya mereka berhasil mengulangi pencapaian mara ke peringkat suku akhir di Terbuka Korea pada minggu lalu, Sze Fei-Izzuddin akan membawa pulang 6,050 mata ", "Sebagai tambahan, Sze Fei-Izzuddin akan memulakan kempen Terbuka Jepun dengan menentang wakil tuan rumah yang menghuni ranking ke-34 dunia, Ayato Endo dan Yuta Takei.", "Featured Image: Swiss Open 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111528/", "headline": "\nEmpat Legenda Harimau Malaya Sertai FIFA Century Club\n", "content": ["Empat pemain legenda skuad bola sepak kebangsaan diisytihar sebagai ahli baharu FIFA Century Club atau Kelab Abad FIFA.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada hari ini setelah disampaikan sendiri oleh badan induk, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).", "Empat pemain legenda skuad kebangsaan tersebut ialah Datuk Soh Chin Ann, Zainal Abdin Hassan, mendiang Dato’ M. Chandran dan Dato’ Santokh Singh.", "Selain itu, makluman tersebut turut mengesahkan Chin Ann sebagai pemilik caps antarabangsa terbanyak dengan 195 caps sepanjang 15 tahun menyarung jersi Malaysia.", "TUJUH LEGENDA DIMASYHURKAN SEBAGAI ANGGOTA KELAB ABAD FIFABaca penuh di https://t.co/J4u4KYi0OE#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/PjXxACoGiK", "Difahamkan FAM mencatatkan penampilan Chin Ann berjumlah 252 caps secara keseluruhan namun FIFA hanya mengiktiraf 195 perlawanan Kategori A yang membabitkan anak jati Melaka itu.", "Terdahulu tiga legenda – Dato’ Abdul Shukor Salleh, Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari dan mendiang Datuk R. Arumugam – diberi pengiktirafan menganggotai FIFA Century Club.", "Untuk pengetahuan semua, FIFA Century Club merupakan satu pengiktirafan kepada pemain-pemain yang mencatatkan 100 penampilan atau lebih di peringkat antarabangsa. Ianya berdasarkan statistik rasmi FIFA dengan kerjasama RSSSF.", "Berikut adalah senarai ketujuh-tujuh pemain legenda yang menyertai FIFA Century Club", "1. Datuk Soh Chin Ann – 195 caps", "2. Dato’ Abdul Shukor Salleh – 163 caps", "3. Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari – 138 caps", "4. Mendiang Datuk R. Arumugam – 131 caps", "5. Zainal Abidin Hassan – 116 caps", "6. Mendiang Dato’ M. Chandran – 115 caps", "7. Dato’ Santokh Singh – 100 caps"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113758/", "headline": "\nProton Taja X70 Untuk Kegunaan Ketua Jurulatih Ragbi 15’s Malaysia\n", "content": ["Ketua jurulatih ragbi 15 sebelah (15’s) Malaysia, Rodney So’oialo diberikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) untuk kegunaannya sepanjang berada di dalam negara ini.", "Rodney yang berusia 41 tahun dan bekas pemain skuad kebangsaan New Zealand atau terkenal dengan julukan All Blacks diberikan SUV jenis Proton X70 hasil tajaan syarikat automotif negara, Proton kepada Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).", "Baca: Kenali Ketua Jurulatih Malaysia 15’s Baharu, Rodney So’oialo – Bekas Pemain All Blacks", "“Sejarah baru tercipta hari ini diantara Kesatuan Ragbi Malaysia dan Proton, yang berbesar hati untuk menaja kenderaan jurulatih Bunga Raya 15’s yang baru, Rodney So’oialo bagi memudahkan pergerakan beliau sepanjang bertugas di Malaysia.” tulis kenyataan oleh KRM, semalam.", "Untuk makluman semua, Rodney diumumkan sebagai ketua jurulatih skuad Bunga Raya yang baharu pada penghujung September lalu menggantikan rakan senegaranya, Brad Mika.", "Cabaran terdekat yang harus dipikul oleh Rodney adalah membimbing skuad ragbi 15’s negara untuk mengharungi Kejohanan Ragbi Asia yang akan berlangsung pada Januari 2022 kelak.", "Featured Image: Kesatuan Ragbi Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221197/", "headline": "\nPenjaring Terbanyak Piala AFF 2018, Adisak Sertai Terengganu FC – Kontrak 1+1\n", "content": ["Penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2018 dengan catatan jaringan sebanyak 8 gol, Adisak Kraisorn kini menjadi milik skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC.", "Skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner mengesahkan kemasukan penyerang skuad kebangsaan Thailand itu menerusi makluman di laman sesawangnya serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 22, 2022", "Penyerang berketinggian 1.83 meter (m) ini diberikan kontrak selama satu tahun dengan pilihan untuk memperbaharuinya selama setahun lagi bersama Terengganu.", "Selain itu, pihak kelab turut memaklumkan Adisak akan diberikan jersi bernombor 9 untuk digunakannya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023 kelak.", "Difahamkan, kemasukan Adisak ini bagi mengisi kekosongan kuota pemain import slot ASEAN yang ditinggalkan oleh Manuel Ott dari Filipina yang berhijrah ke Kedah Darul Aman FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321293/", "headline": "\nKelantan United Tampil Logo Baharu Sebelum Sepak Mula Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Kelantan United FC tampil dengan satu logo baharu sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2023.", "Perkembangan itu hadir menerusi satu video berdurasi 41 saat yang dikongsikan di platform media sosialnya, pada hari ini.", "Melalui video itu, skuad berjulukan The Green Deer ini tampil dengan logo berbentuk perisai yang memaparkan kijang serta sebiji bola sepak berwarna emas di bahagian kanan atas.", "Di bahagian bawah pula dipaparkan singkatan kepada Kelantan United Football Club iaitu “KUFC” serta tahun ianya dijenamakan kepada KUFC.", "A post shared by Kelantan United Football Club (@kelantan_unitedfc)", "Bercakap mengenai warna, ianya tampil dengan warna tradisinya iaitu merah dan hijau.", "Difahamkan, logo baharu ini akan digunakan pada jersi saingan Liga Malaysia 2023 serta semua barangan rasmi atau cenderamata di bawah jenama KUFC.", "Untuk pengetahuan semua, sebelum ianya dijenamakan kepada KUFC, kelab ini menggunakan nama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam Urusetia Belia dan Sukan Negeri Kelantan atau nama singkatannya, MPKB-BRI Ubes FC.", "Sebagai tambahan, bermula penghujung tahun lalu, pasukan yang beraksi menggunakan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebagai laman rasminya (home) diterajui oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, YB Rozi Muhamad selaku presiden.", "Manakala skuad utamanya dibimbing oleh jurulatih dari Republik Czech, Tomas Trucha. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202214714/", "headline": "\n5 Skuad Kebangsaan Ternama Pernah Dihadapi Penyerang Baharu Kelantan, Kervens Belfort\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Kelantan FC baru sahaja mengumumkan kemasukan penyerang baharu, Kervens Belfort yang merupakan pemain berasal dari negara yang terletak di kepulauan Carribean dan rantau Amerika Tengah iaitu Haiti.", "Penyerang berusia 29 tahun ini juga merupakan pemain skuad kebangsaan negaranya dengan melakukan debut pada Mac 2010 ketika berusia 17 tahun. Sehingga kini, Belfort telah merekodkan sebanyak 40 penampilan dan menjaringkan 14 gol secara keseluruhan.", "Baca: Kelantan Ikat Seorang Lagi Import Selama 3 Tahun – Kervens Belfort Dari Haiti", "Sepanjang menyarung jersi skuad yang dikenali sebagai Les Grenadiers itu juga, Belfort berpeluang berentap dengan beberapa pasukan ternama dari rantau Amerika Utara, Amerika Tengah mahupun Amerika Selatan dan ‘berlaga bahu’ dengan beberapa pemain ternama dunia.", "Berikut adalah lima skuad kebangsaan ternama yang pernah dihadapi oleh Kervens Belfort ketika menyarung jersi pasukan Haiti:", "Skuad kebangsaan Argentina antara yang pernah dihadapi oleh Belfort. Lebih menarik, skuad La Albiceleste yang dihadapi oleh Belfort pada ketika itu dibimbing oleh mendiang Diego Maradona merangkap antara pemain terbilang dalam sejarah bola sepak dunia sambil dibarisi antara pemain ternama, Ariel Ortega. Dalam perlawanan ini, Belfort yang masih berumur 17 tahun dimasukkan pada minit ke-76 dan beraksi selama 14 minit. Perlawanan ini berakhir dengan Haiti tumpas 0-4 kepada Argentina.", "Antara pasukan besar yang pernah dihadapi Belfort adalah menentang Sepanyol yang  dibimbing oleh Vicente del Bosque. Walaupun sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, Belfort berpeluang berentap dengan sebilangan pemain yang merupakan juara Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 seperti Iker Casillas, Sergio Ramos, Gerard Pique, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Xavi Hernandez dan beberapa pemain lagi. Dalam perlawanan ini, Belfort bermula dalam kesebelasan utama skuad Haiti dan bermain selama 54 minit. Keputusan akhir, Haiti tewas 1-2 kepada Sepanyol. ", "Seterusnya, Belfort bersama pasukannya, Haiti turut pernah bertemu Chile yang dilatih oleh Jorge Sampaoli dan dibarisi pemain-pemain seperti Alexis Sanchez, Mauricio Isla dan Eduardo Vargas. Dalam perlawanan ini, Belfort diberikan kepercayaan untuk bermula dalam kesebelasan utama dan sempat beraksi di atas padang selama 73 minit. Bagaimanapun, kemenangan tipis berpihak kepada Chila dengan keputusan 1-0.", "Antara pasukan dari benua Amerika Selatan yang pernah dihadapi oleh Belfort ialah Colombia yang ketika itu dibarisi pemain seperti Juan Cuadrado, Carlos Sanchez dan David Ospina. Dalam perlawanan persahabatan ini, Belfort turut bermula dalam kesebelasan utama dan bermain selama 62 minit sebelum digantikan dengan pemain lain. Kemenangan juga tidak berpihak kepada Haiti dengan Colombia melakar kemenangan 3-1. ", "Antara perlawanan terbesar pernah dihadapi oleh Belfort bersama skuad kebangsaan negaranya adalah menentang Brazil dalam kejohanan Copa America Centenario. Ketika itu, Haiti turun untuk menghadapi Brazil yang dibimbing oleh Dunga dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B. Skuad yang terkenal dengan julukan Selecao ini bukan calang-calang pemainnya dengan dibarisi nama-nama seperti Philippe Coutinho, Casemiro, Dani Alves, Filipe Luis dan ramai lagi. Belfort bermula dalam kesebelasan utama namun beraksi selama 49 minit sahaja. Akan tetapi, pengakhiran perlawanan ini amat mendukacitakan buat Belfort dan Haiti dengan mereka tewas besar dengan skor 1-7 di tangan Brazil.", "Featured Image: Instagram Kervens Belfort"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114421/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemenang Olimpik Terkandas, Yew Sin-Ee Yi Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 yang berlangsung di Huelva, Sepanyol.", "Beregu yang menghuni ranking ke-12 dunia ini mengesahkan kemaraan dengan menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Quarter final 🇲🇾Yew Sin ONG🏅12 21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅21 17 15 Yang LEE Chi-Lin WANG🕗 in 65 minutes https://t.co/gVAAMQfmDt", "Yew Sin-Ee Yi berjaya menumpaskan Lee-Wang merangkap pasangan No.3 dunia dengan keputusan 12-21, 21-17 dan 21-15 dalam tempoh masa 65 minit.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada hari esok, Yew Sin-Ee Yi akan bertemu beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324287/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Tang Jie-Ee Wei Kejutkan Naib Juara Malaysia Masters\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei mencipta kejutan apabila menewaskan naib juara Malaysia Masters 2023, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping dari China pada Pusingan 32 Terbuka Thailand 2023. ", "Kelebihan di atas kertas ternyata memihak kepada gandingan China tersebut yang kini menduduki tangga kelima dunia dan berada pada prestasi terbaik selepas muncul naib juara kejohanan yang berlangsung di Bukit Jalil tempoh hari. ", "Meskipun begitu, Tang Jie-Ee Wei berjaya menewaskan mereka dengan skor 21-15, 19-21 dan 21-19 dalam pertemuan sulung kedua-dua beregu yang berlangsung selama 63 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023XD – R32 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 19 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 🇨🇳FENG Yan Zhe15 21 19 🇨🇳HUANG Dong Ping", "— BWFScore (@BWFScore) May 31, 2023", "Kemenangan itu sekaligus mempertemukan gandingan No.3 negara itu dengan beregu No.3 Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsumoto yang berada di tangga ke-21 dunia di Pusingan 16.", "Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei tersingkir awal dalam saingan Malaysia Masters selepas ditewaskan beregu No.3 Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari dengan skor 22-20, 11-21 dan 21-15. ", "Untuk rekod, gandingan campuran negara itu muncul juara Orleans Masters pada April sebelum membantu Malaysia mara ke separuh akhir Piala Sudirman 2023. ", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208151/", "headline": "\nPelakon Deadpool Mahu Beli Kelab Ketiga Tertua Dunia, Wrexham AFC\n", "content": ["Pelakon Deapool, Ryan Reynolds bersama-sama rakannya, Rob McElhenny disahkan mahu mengambil alih kelab ketiga tertua dunia yang berpangkalan di Wales iaitu Wrexham AFC.", "Perkara itu disahkan selepas kedua-dua mereka membentangkan pelan pengambilalihan kelab kepada penyokong-penyokong Wrexham AFC. Untuk makluman, pasukan yang bersaing dalam kancah divisyen kelima England ini dimiliki oleh para penyokong sejak tahun 2011.", "EXTRAORDINARY BALLOT | Rob McElhenney and Ryan Reynolds Mission Statement.We've been asked to share this mission statement, which can be found here 👉 https://t.co/YPDRtZ62qJ🔴⚪️ #WxmAFC pic.twitter.com/jFj7pAFnLy", "Menurut makluman rasmi Wrexham AFC, antara perancangan Ryan dan Rob adalah mengembangkan pasukan, kembali ke saingan Liga Inggeris (English Football League), meningkatkan kehadiran ke stadium yang telah diperbaiki dan melakukan perubahan positif kepada komuniti Wrexham.", "Sementara itu, mereka turut berjanji untuk melindungi warisan Wrexham AFC dan gelanggang rasmi, Racecourse Ground yang merupakan sebuah tempat istimewa untuk menonton perlawanan bola sepak sejak 156 tahun lalu.", "Wrexham fans can look forward to having a drink with Hollywood actors Ryan Reynolds and Rob McElhenney at matches, the duo said after releasing their mission statement ahead of a proposed takeover of the Welsh soccer club.​ https://t.co/0fp2cTbZnp", "Selain itu Ryan yang telah membawakan watak Deadpool sebanyak dua kali mahu menggunakan sumber-sumber yang dimiliki untuk membawa Wrexham AFC dikenali di peringkat global.", "Menurut makluman daripada BBC, pengambilalihan itu bernilai hampir £2 juta. Bagaimanapaun, pengambilalihan itu perlu mendapat persetujuan para penyokongnya sebagai pemilik Wrexham AFC.", "Difahamkan, mereka akan mengadakan pengundian samada bersetuju dengan resolusi tersebut atau tidak. Lebih 2000 penyokong bakal melakukan undian dan ianya akan dilangsungkan bermula pada 9 hingga 15 november. ", "Keputusannya akan diumumkan pada hari isnin hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220514/", "headline": "\nPasukan MPFL Dibenarkan Guna 2 Pemain Import Musim 2023\n", "content": ["Setiap pasukan yang beraksi dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi kategori lelaki dibenarkan untuk menggunakan khidmat dua pemain asing atau import pada musim hadapan.", "Ini selepas penganjur, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan penambahan satu lagi kuota pemain import terbabit selepas Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan presidennya, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin pada hari ini.", "Bagaimanapun, penganjur menjelaskan penggunaan khidmat dua pemain import tersebut tertakluk kepada 1 kuota terbuka atau bebas serta 1 kuota asia.", "Untuk makluman semua, FAM mula membenarkan pasukan-pasukan yang beraksi dalam kancah MPFL menggunakan khidmat seorang pemain import bermula musim 2020.", "Sebagai tambahan, saingan MPFL 2023 kelak akan membuka tirainya pada Februari dan tamat pada Julai. Selepas tamatnya saingan MPFL, lapan pasukan terbaik liga akan layak untuk beraksi dalam saingan Piala Futsal Malaysia (MFC).", "Selain itu, saingan musim hadapan berkemungkinan besar akan turut diserikan dengan kehadiran pasukan baharu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). ", "Ini selepas JDT menerusi satu makluman di media sosialnya pada Oktober lalu telah mengumumkan akan membentuk satu pasukan futsal serta menubuhkan jabatan futsal pada 2023 kelak.", "Pada masa yang sama, FAM turut mengumumkan saingan MPFL bagi kategori wanita dibenarkan untuk menggunakan khidmat seorang pemain import bagi musim hadapan.", "Saingan MPFL bagi kategori wanita dijangka bermula pada Mei 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215493/", "headline": "\nTiada Sasaran Diletak, Kejuaraan AFF B-23 Hanya Sebagai Pendedahan – Presiden FAM\n", "content": ["Kejuaraan AFF B-23 yang sedang berlangsung di Kemboja pada ketika ini hanya dijadikan sebagai medan pendedahan buat skuad Harimau Muda yang dibarisi oleh rata-rata pemain bawah 19 dan 20 tahun.", "Menurut laporan akhbar tempatan, Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya tidak meletakkan sebarang sasaran untuk dicapai oleh skuad kendalian Brad Maloney itu.", "Menjelaskan perkara tersebut, beliau berkata, fokus dan sasaran utama yang ingin dicapai skuad Harimau Muda adalah ketika beraksi dalam saingan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada bulan Jun nanti dengan mempertaruhkan sebuah skuad yang lebih mantap.", "Terdahulu, skuad Harimau Muda serta badan induk bola sepak negara menerima kritikan bertubi-tubi oleh peminat dan penyokong tempatan apabila Malaysia tumpas mengejut 1-2 kepada Laos dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Kejuaraan AFF B-23, Jumaat lalu.", "“Pasukan terbaik kita akan dihantar pada kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan nanti. Sasaran kita adalah di Uzbekistan.", "“Bagaimanapun, kita harap pasukan bangkit menentang Loas esok (hari ini). Kita banyak peluang dalam perlawanan kelmarin namun tidak ada rezeki menang.", "“Ini adalah skuad pelapis bawah 19, 20 tahun sebagai pendedahan untuk kejohanan ini. Kita tidak meletak apa-apa sasaran,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Petang ini, skuad B-23 negara akan bertemu Laos yang dibimbing oleh jurulatih Jerman, Michael Weiss sekali lagi dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B.", "Hanya juara Kumpulan A, B, C serta naib juara terbaik sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112389/", "headline": "\nOrang Politik vs Orang Bukan Politik Pimpin Pasukan Bola Sepak\n", "content": ["Di Malaysia, isu mengenai ‘orang politik’ atau ‘orang bukan politik’ memimpin persatuan, kelab atau pasukan bola sepak sering menjadi polemik dalam kalangan penyokong mahupun peminat.", "Ada kalangan yang tidak kisah jikalau ‘orang politik’ yang memimpin namun ada juga golongan yang mahukan ‘orang bukan politik’ seperti bekas pemain atau kalangan ahli perniagaan untuk menerajui persatuan dan kelab bola sepak tempatan.", "Pada ketika ini, kita dapat melihat kedua-dua golongan menghiasi pimpinan persatuan dan kelab bola sepak tempatan. Sebagai contoh, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kedua-duanya diterajui oleh Menteri Besar kedua-dua negeri terbabit.", "Sementara itu, ahli perniagaan seperti Dato’ Sri Vijay Eswaran dan Norizam Tukiman pula memiliki dan menerajui pasukan Petaling Jaya City (PJ City) dan Kelantan masing-masing dalam saingan Liga Super dan Liga Premier.", "Baca: DNA ‘Yakini Lokal’ PJ City Akan Diteruskan Pada Musim 2022", "Baca: Pemilik TRW Kelantan FC Tarik Minat Pelabur Baharu Untuk Bangunkan Pasukan?", "Tidak dilupakan, bekas pemain dan pengulas juga dapat dilihat memimpin pasukan seperti Stanley Bernard yang kini menduduki kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan yang berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City).", "Tidak lengkap sekiranya tidak disebutkan kalangan bukan ‘orang politik’ mahupun ‘orang bukan politik’ yang turut memimpin pasukan bola sepak seperti YTM KOL (K) Kehormat Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin (Presiden Bola Sepak Negeri Sembilan), DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor (Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor) dan DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (pemilik Johor Darul Ta’zim).", "Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berpandangan isu ‘orang politik’ atau ‘orang bukan politik’ bukanlah perkara yang harus menjadi polemik namun yang paling utama adalah minat seseorang individu tersebut dalam sukan bola sepak.", "“Pada saya tak kiralah sama ada ‘orang politik’ atau tidak, yang penting individu itu mestilah benar-benar berminat dalam bola sepak. Kalau orang politik, tetapi dia berminat dengan bola sepak, apa salahnya?", "“Maksud saya, minatnya itu membuatkan dia meletakkan hati dan rohnya terhadap bola sepak. Kalau setakat minat sebab nak populariti, memang tak jadilah. Perkara ini kalau niat itu tak betul, memang tak jadilah.", "“Bagi saya, tak timbul masalah ‘orang politik’ atau tidak kerana yang penting minat. Jadi tidak betul kalau ada penyokong yang menyalahkan 100 peratus ‘orang politik’ jika sesebuah pasukan itu jatuh.", "“Lihat (Menteri Belia dan Sukan) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Beliau bekas Menteri Besar Perak dan pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).", "“Bila beliau tidak lagi pimpin PAFA, apa jadi dengan Perak. Itulah masalahnya dan bukan sebab ‘orang politik’ semata-mata,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Baca: Syarikat Yang Menguruskan Padang, Kopa Arena Berminat Taja & Beli Saham Perak FC", "Jamal melontarkan pandangan ini sebagai reaksi kepada gesaan kalangan penyokong Perak yang mahukan kesemua ‘ahli politik’ dalam PAFA dan Perak FC melepaskan jawatan masing-masing.", "Ianya selepas pasukan tersebut mengharungi saingan Liga Super 2021 dalam keadaan terumbang-ambing sehinggakan mereka menamatkan saingan di tangga ke-11 sekaligus ditendang ke saingan Liga Premier pada musim hadapan.", "Sementara itu, selain minat, Jamal melihat pengaruh seseorang juga amat perlu apabila memimpin mana-mana persatuan atau pasukan bola sepak. Hal ini kerana pengaruh tersebut dapat digunakan untuk mendapatkan dana buat persatuan atau pasukan masing-masing. ", "“Dalam menguruskan sesebuah persatuan atau pasukan itu, individu berkenaan kena ada pengaruh untuk dapatkan dana. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh melainkan ada pengaruh, kalau setakat bekas pemain, siapa nak pandang?", "“Kalau ‘orang politik’, beliau mungkin ada pengaruh. Saya lebih melihat ‘orang politik’ mampu menarik minat pihak penaja tetapi itu tidak bermakna, individu bukan ahli politik tidak boleh mendapatkan dana,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112701/", "headline": "\nCools Diturunkan FC Midtjylland Selama 10 Minit Sebahagian Daripada Proses Pemulihan\n", "content": ["Pengumuman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggugurkan nama pertahanan negara yang beraksi bersama FC Midtjylland untuk berhadapan Jordan dan Uzbekistan menjadi polemik dalam kalangan peminat.", "Ini berikutan pertahanan berdarah campuran Malaysia-Belgium itu dikhabarkan oleh FAM mengalami kecederaan namun Cools dikesan bukan sahaja berada dalam senarai pemain simpanan malahan turut beraksi menentang Aarhus Gymnastikforening (AGK) dalam saingan Liga Denmark, semalam.", "Disebabkan perkara terbabit, sebahagian peminat di media sosial dilihat mula mempersoalkan mengenai keputusan yang dilakukan oleh FAM.  Bagaimanapun, ketua jurulatih kebangsaan tampil memperjelaskan mengenai isu melibatkan pertahanan berusia 25 tahun itu.", "“FAM telah menerima makluman secara rasmi daripada pengarah sukan kelabnya bahawa Dion Cools mengalami kecederaan pada tulang pelvis dan ketua perubatan kelabnya meminta pemain berkenaan dikecualikan daripada panggilan skuad kebangsaan kali ini untuk dia dapat terus bersama dengan kelab bagi melakukan proses pemulihan supaya dapat kembali ke tahap sebelumnya. ", "“Itu maklum balas yang kita terima. Jadi kita tak boleh nak buat andaian yang bukan-bukan kerana ia adalah maklum balas secara rasmi daripada kelabnya kepada FAM.” jelas jurulatih berusia 53 tahun tersebut seperti dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial FAM.", "“Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa kita tidak membawa Dion Cools ke Amman, Jordan dan sudah tentu dia belum pulih seratus peratus daripada kecederaannya itu. Memang satu kerugian kepada skuad kebangsaan tetapi sudah tentu kita mahukan setiap pemain itu berada pada tahap seratus peratus cergas dan bebas kecederaan.” tambahnya lagi.", "Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil Bek Tengah Terengganu Ganti Dion Cools Sertai Skuad Kebangsaan", "Jurulatih kelahiran Kedah itu meneruskan penjelasannya dengan berkata, “ramai juga yang bertanyakan, kenapa dia boleh diturunkan pada perlawanan malam tadi bersama kelabnya. Kita tahu yang beliau dimasukkan pada 10 minit terakhir permainan itu adalah sebagai sebahagian daripada proses pemulihan untuk dia kembali mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya.", "“Jadi untuk kem latihan pusat kali ini, memang kita tidak akan menggunakan khidmat Dion Cools supaya beliau dapat meneruskan proses pemulihan kecederaan bersama kelabnya dan kita berharap apabila dia sudah pulih sepenuhnya nanti, kita akan dapat kembali menggunakan khidmatnya pada masa akan datang.”", "Sementara itu, hanya 22 pemain dibawa oleh Cheng Hoe untuk menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan dan Uzbekistan masing-masing pada 6 dan 9 Oktober masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218883/", "headline": "\nSukan Komanwel: Perseorangan No.3 Negara, Ng Tze Yong Singkir Juara Dunia Di Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.3 negara, Ng Tze Yong melakar satu kejutan besar dengan menumpaskan juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew di peringkat suku akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Pemain berusia 22 tahun ini menumpaskan perseorangan Singapura kelahiran Pulau Pinang itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-14 dan 21-11, sebentar tadi.", "QF#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong def. #SGP🇸🇬 Loh Kean Yew 15-21 21-14 21-11#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/vHoMGSA9mT", "— BAM (@BA_Malaysia) August 6, 2022", "Menariknya, Tze Yong melakukan kejutan ke atas pemain yang menghuni ranking kesembilan dunia ini dalam pertemuan sulungnya di sebarang kejohanan antarabangsa.", "Dengan kemenangan yang tercipta pada hari ini, Tze Yong dapat meneruskan kemaraan dalam temasya ini ke peringkat separuh akhir. Setakat berita ini ditulis, lawan kepada Tze Yong belum dapat disahkan lagi.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114494/", "headline": "\nSyafiq Ahmad ‘Senjata’ Tambahan Kedah di Piala AFC 2022\n", "content": ["Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman (Kedah) mendapat satu senjata tambahan untuk mengharungi kejohanan antarabangsa peringkat benua asia iaitu Piala AFC 2022 kelak.", "Menerusi satu makluman terbaru, semalam, skuad Hijau Kuning mengesahkan mendapatkan khidmat penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan iaitu Syafiq Ahmad secara pinjaman selama semusim.", "🔰WELCOME BACK MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD!KDA FC dengan ini mengumumkan pemain tempatan baharu untuk musim 2022, Muhammad Syafiq Ahmad!#kdafc #newblood #2022season #cominghome #SA28 pic.twitter.com/TFNjSMCGwm", "Kedatangan Syafiq yang mempunyai pengalaman beraksi di kejohanan elit benua asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL) pastinya akan memberikan satu nilai tambah buat Kedah khususnya untuk beraksi di pentas Piala AFC serta Liga Malaysia 2022.", "Pemain berusia 26 tahun ini pernah mencipta sensasi apabila jaringan tunggalnya berhasil membantu JDT meraih kemenangan 1-0 ke atas Kashima Antlers dalam saingan ACL 2019.", "2019 AFC CHAMPIONS LEAGUE | 8 MAY 2019Full TimeJDT [1-0] KASHIMA ANTLERS(Syafiq Ahmad 68')More photos at https://t.co/WGlxxYazpe pic.twitter.com/8XqQYLvmVA", "Untuk makluman semua, Syafiq yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang ini bukanlah nama yang asing dalam kalangan peminat pasukan Kedah. Dia memulakan karier bola sepaknya bersama skuad Piala Presiden Kedah bermula tahun 2013.", "Kemudiannya, Syafiq berhasil menembusi skuad senior pada tahun 2015 sebelum meninggalkan Kedah pada tahun 2017 untuk menyertai JDT.", "Featured Image: The AFC CL"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207137/", "headline": "\nAstro Bakal Siar Aksi Safawi di Liga Portugal Secara Langsung\n", "content": ["Penyiar televisyen berbayar, Astro secara rasminya akan menyiarkan perlawanan-perlawanan dalam saingan Liga Portugal bagi musim 2020/21.", "Menurut laporan SportBusiness, Astro mendapatkan hak penyiaran liga tersebut secara eksklusif selepas menandatangani perjanjian bersama agensi Sportfive – pemegang hak penyiaran antarabangsa Liga Portugal.", "Welcome to the Stadium Astro family, #LigaNOS!(This might or might not be due to a certain winger…) pic.twitter.com/eB0JycNTSp", "Hasil perjanjian tersebut, Astro akan menayangkan dua perlawanan setiap matchday dan akan disertakan dengan ulasan dalam bahasa inggeris. ", "Dua perlawanan awal yang akan disiarkan Astro menerusi saluran sukannya pada hujung minggu ini adalah Sporting CP menentang Gil Vicente dan FC Porto bertemu SC Braga.", "Menerusi makluman ini, peminat-peminat bola sepak Malaysia bakal berpeluang melihat aksi penyerang kebangsaan, Safawi Rasid dalam saingan Liga Portugal, tahun depan.", "Sebelum ini, sebuah pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Portugal, Portimonense SC telah membuat tawaran secara rasmi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mendapatkan khidmat Safawi.", "Pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim turut memaklumkan menerusi laman sosial bahawa akan melepaskan penyerang sayap berusia 23 tahun itu ke Portugal setelah tamatnya saingan Liga Malaysia musim ini.", "Untuk rekod, Astro merupakan pemegang hak penyiaran bagi saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Ligue 1, Serie A, K-League dan J.League di Malaysia.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325016/", "headline": "\nBintang Vietnam Pulang Dari Perancis, Sertai Hanoi Police FC\n", "content": ["Penyerang sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai kembali ke tanah air dan sah menyertai pasukan baharunya, Hanoi Police FC bagi menempuh baki saingan Liga Vietnam 2023 yang bakal memasuki pusingan kejuaraan. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikongsikan melalui media sosial pasukan sekaligus menerima reaksi yang pelbagai daripada peminat bola sepak Vietnam dan juga rantau asia tenggara. ", "Ketika ini, Hanoi Police menduduki tangga kedua liga selepas mengutip 21 mata pada ketika liga masih berbaki dua perlawanan dan sah beraksi di pusingan kejuaraan.", "Sebelum ini, penyerang berusia 26 tahun itu menamatkan kontraknya setahun lebih awal setelah mencapai persetujuan bersama dengan bekas pasukannya yang beraksi di Ligue 2, Pau FC.", "Ketika di Perancis, Quang Hai tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan lebih banyak menghabiskan masanya bersama skuad kedua Pau FC yang beraksi di Championnat National 3, liga divisyen kelima negara benua eropah itu.", "Di rantau asia tenggara, Quang Hai merupakan salah seorang bakat besar yang pernah dilahirkan Vietnam selepas berjaya membantu negaranya menjuarai Piala AFF 2018 dan juga mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 bagi zon Asia.", "Featured Image: Cong An Ha Noi FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321888/", "headline": "\nPenang FC Tawar Dua Pas Bermusim Berharga RM799 & RM599\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjug tanah air, Penang FC antara yang tidak ketinggalan menawarkan pas bermusim buat para peminat dan pendukungnya menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia 2023.", "Menerusi makluman pihak kelab berjulukan Harimau Kumbang itu, sebanyak dua jenis pas bermusim yang ditawarkan dengan nama Taring Gold serta Taring Silver yang berharga RM799 dan RM599 masing-masing.", "Pembeli dan pemegang pas bermusim Taring Gold dan Taring Silver akan diberikan tempat duduk di ruangan grandstand berbumbung apabila menonton Penang beraksi di laman sendiri. Sebuah laluan khas turut disediakan buat pemegang pas bermusim ini sekaligus dapat mengelak daripada beratur bersama-sama pembeli tiket biasa ketika mahu memasuki stadium.", "Bagaimanapun, perbezaan paling ketara antara kedua-dua pemegang pas bermusim ini adalah pemegang pas Taring Gold akan mendapat sehelai jersi Penang musim 2023, sehelai t-shirt Move On atau Hampa Memang Sempoi!", "Selain itu, terdapat beberapa beberapa manfaat iaitu diskaun bermula 10% bagi pembelian barangan atau perkhidmatan seperti Matsaleh Barber, Laguna Waterpark, Belhams, Kaki Jersi.", "Terdapat beberapa potongan potongan bermula RM40 serta 10 baucar minuman Starbucks.", "Manakala, pemegang pas Taring Silver pula akan mendapat kadar diskaun dan potongan yang sama namun mendapat 5 baucar minuman Starbucks."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215945/", "headline": "\n“Very Good” – Ini Reaksi Penyerang Import Kelantan Dari Haiti Ketika Pertama Kali Merasai Budu\n", "content": ["Budu atau sos ikan bilis merupakan sejenis perasa makanan yang amat popular dalam kalangan penduduk di negeri pantai timur semenanjung tanah air khususnya Kelantan dan Terengganu.", "Malahan, mana-mana individu yang bukan berasal dari dua negeri ini, apabila menetap di Kelantan dan Terengganu pastinya akan ditawarkan oleh penduduk setempat untuk mencuba sos ini.", "Perkara ini turut berlaku kepada penyerang import baharu Kelantan FC, Kervens Belfort yang merupakan kelahiran Haiti. Menerusi perkongsian di akaun Tiktoknya, Kervens cuba merasai budu tersebut bersama nasi yang dimakannya. ", "Baca: Kelantan Ikat Seorang Lagi Import Selama 3 Tahun – Kervens Belfort Dari Haiti", "Selepas menyuap nasi yang telah digaul bersama budu itu, Kervens, dengan tersenyum sambil mengangkat ibu jari dan berkata, “very good, budu the best.”", "Reaksi yang diberikan oleh Kervens itu bagaikan mula menyukai sos peraman ikan bilis itu.", "Untuk makluman semua, penyerang berusia 29 tahun ini ditandatangani oleh Kelantan FC dengan kontrak selama tiga tahun bermula Januari lalu. Dia merupakan pemain Abahani Limited Dhaka yang beraksi dalam saingan Liga Bangladesh, musim lepas.", "Pada perlawanan pertama Liga Premier, Sabtu lalu, Kervens diturunkan dalam kesebelasan utama dan kelibatnya berhasil membantu skuad The Red Warriors itu mencetak kemenangan ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215868/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Wooi Yik Dijangkiti Covid-19, Salah Satu Beregu Negara Berpeluang Melangkah Terus Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa melupakan Terbuka Jerman 2022 yang akan membuka tirainya pada hari esok.", "Ini disebabkan Wooi Yik dimaklumkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangkiti Covid-19 dan terpaksa menjalani isolasi sepertimana protokol kuarantin oleh pihak kerajaan. Walaupun didapati positif, pemain berusia 24 tahun ini asimtomatik dan berada dalam keadaan yang baik.", "GET WELL SOON, WOOI YIK ❤️The Badminton Association of Malaysia (BAM) confirms that men’s doubles player, Soh Wooi Yik has tested positive for COVID-19. News in FULL https://t.co/41hSlOC9zX#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TtdTZk0b4E", "Barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan BAM akan terus memantau proses pemulihannya sebelum memutuskan penyertaannya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 yang akan berlangsung di Birmingham pada minggu hadapan.", "Baca: 4 Beregu Negara Bertembung Sesama Sendiri di Pusingan 32 Terbuka Jerman", "Sementara itu, lawan kepada Aaron-Wooi Yik di Pusingan 32 iaitu Low Juan Shen yang bergandingan bersama Goh V Shem pula mengumumkan menarik diri daripada saingan ini dan kejohanan di eropah ekoran kecederaan.", "Perkembangan ini menyaksikan pemenang antara dua beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang bertembung di Pusingan 32 berpeluang melangkah terus ke saingan suku akhir Terbuka Jerman.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Asia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218429/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Pang Ron-Ee Wei Kejutkan Beregu No.13 Dunia\n", "content": ["Satu kejutan dilakar oleh beregu campuran negara, Hoo Pan Ron dan Toh Ee Wei dengan menumpaskan pasangan No.13 dunia, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje di Terbuka Singapura.", "Pang Ron-Ee Wei yang berada di ranking ke-125 dunia berhasil menumpaskan beregu dari Denmark itu secara “straight set” di peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Ee Wei berhasil merekodkan kemenangan dengan pungutan mata 21-11 dan 21-19 dalam tempoh masa 38 minit permainan.", "Singapore Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Pang Ron HOO🏅21 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅11 19 🇩🇰Mathias CHRISTIANSEN 🇩🇰Alexandra BØJE", "🕗 in 38 minutes https://t.co/1QuUi0ZtZ7", "— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2022", "Kemenangan ini membolehkan mereka menempah tiket ke peringkat suku akhir di saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 ini. ", "Di peringkat tersebut, Pang Ron-Ee Wei akan menantikan cabaran daripada beregu China, Guo Xin Wa dan Zhang Shu Xian yang menghuni ranking ke-41 dunia. ", "Pasangan ini mara selepas menundukkan beregu Jepun, Yujiro Nishikawa dan Saori Ozaki ranking ke-74 dunia secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112123/", "headline": "\nAzizul Fokus Persiapan Olimpik 2024, Tidak Bercadang Untuk Terima Tawaran Pensyarah UPSI\n", "content": ["Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang belum membuat keputusan terhadap dua tawaran yang dikemukakan oleh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) kerana mahu menumpukan perhatian terhadap persiapan untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "Baru-baru ini, UPSI telah memberikan dua tawaran iaitu Biasiswa Bitara Pasca Siswazah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah (PhD) serta jawatan selaku pensyarah di universiti terbabit.", "Pelumba berusia 33 tahun ini juga turut mendapat penganugerahan iaitu Anugerah Kecemerlangan Tokoh Sukan UPSI atas kecemerlangannya merangkul pingat perak dalam acara keirin lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Ogos lalu.", "“Tawaran seperti ini adalah satu langkah dinamik  dari pihak UPSI yang mana suatu masa nanti apabila tiba masa untuk saya menggantungkan basikal, saya tahu yang sudah ada peluang baru disitu.”", "“Saya berharap, penganugerahan seperti ini akan menjadi motivasi untuk rakan-rakan atlet di luar sana untuk bekerja dengan lebih keras dan mencapai kejayaan di peringkat yang tertinggi.”", "“Saya juga telah memaklumkan kepada pihak UPSI yang buat masa ini saya tidak akan membuat mana-mana pilihan konkrit ke atas tawaran-tawaran yang diterima kerana fokus saya adalah untuk memberikan tumpuan penuh kepada Olimpik 2024 terlebih dahulu.” kata pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu di laman sosialnya.", "Bagaimanapun, Azizul atau turut mesra dengan panggilan Jijoe tidak akan menyertai mana-mana pertandingan besar sehingga ke penghujung tahun ini atas alasan untuk berehat seketika.", "Baca: Beri Peluang Pelumba Muda Sertai Kejohanan Dunia, Azizul Mahu Tumpu Sukan Komanwel & Asia 2022", "Oleh demikian, saingan kejuaraan dunia iaitu Kejuaraan Basikal Trek Dunia 2021 yang akan dilangsungkan di Perancis pada penghujung Oktober hadapan tidak akan disertainya.", "Beliau akan kembali beraksi pada tahun hadapan dengan memberikan tumpuan kepada temasya Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou 2022.", "Featured Image: Azizulhasni Awang Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111066/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Malaysia Tarik Nafas Lega Tidak Bertemu Korea, Vietnam\n", "content": ["Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) boleh menarik nafas lega apabila tidak diundi bersama-sama juara bertahan, Republik Korea dan naib juara edisi 2018, Vietnam dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022.", "Dalam majlis undian pusingan kelayakan yang diadakan di Taskhkent, Uzbekistan sebentar tadi, Malaysia telah diundi bersama-sama dua pasukan dari rantau ASEAN iaitu Thailand dan Laos serta Mongolia dalam Kumpulan J.", "RASMI: Keputusan undian Kelayakan Piala Asia B-23 2022.Malaysia akan terbang ke Mongolia dan berdepan dua lagi pasukan – Thailand dan Laos.Juara setiap kumpulan, empat pasukan naib juara terbaik dan tuan rumah, Uzbekistan akan layak ke Piala Asia B-23 2022.#AFCU23 pic.twitter.com/0W1p7qi2KL", "Saingan kelayakan bagi kumpulan ini akan berlangsung di Mongolia selaku tuan rumah. Pusingan kelayakan ini akan bermula dari 23 sehingga 31 Oktober 2021.", "Untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 AFC 2022, skuad muda negara yang terkenal dengan julukan Harimau Muda perlu menjadi juara kumpulan atau menempatkan diri selaku empat naib juara terbaik dalam kalangan 11 kumpulan secara keseluruhan.", "Sebagai rekod, pencapaian terbaik pasukan negara dalam kejohanan ini hadir ketika beraksi dalam edisi 2018 dimana skuad yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee pada ketika itu berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.", "Bagaimanapun, di peringkat suku akhir, mereka dihantar pulang oleh pasukan Korea setelah tumpas dengan skor 2-1. Jaringan tunggal pasukan negara pada ketika itu disumbangkan oleh N. Thanabalan.", "Bagi edisi yang lalu, Piala Asia B-23 AFC 2020, skuad negara terkandas di pusingan kelayakan sekaligus gagal mara ke pusingan akhir yang berlangsung di Thailand."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215311/", "headline": "\nSyarikat Telekomunikasi Jepun Taja Kelantan United RM150,000\n", "content": ["Sebuah syarikat telekomunikasi yang berpangkalan di Jepun iaitu KDDI (M) Sdn Bhd menjadi entiti terbaru yang muncul menaja pasukan Liga Premier, Kelantan United FC.", "Menurut makluman kelab, syarikat tersebut hadir menjalinkan kerjasama sekaligus memberikan tajaan berjumlah RM150,000 kepada skuad yang mendapat julukan Kijang Hijau ini.", "Difahamkan, pihak KDDI berminat untuk menjalinkan kerjasama dan memberikan tajaan kerana tertarik dengan skuad Kelantan United yang turut diperkuatkan dengan pemain Jepun, Masashi Motoyama.", "“Pemilihan Kelantan United sebagai rakan tajaan bola sepak ini terhasil cetusan idea daripada Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada yang memperkenalkan Kelantan United kepada syarikat KDDI (M) Sdn Bhd.", "“Sebagai sebuah syarikat yang beribu pejabat di Tokyo, Jepun pemilihan pemain lagenda Jepun, Masashi Motoyama dalam pasukan Kelantan United untuk musim ini juga merupakan antara faktor yang menarik syarikat KDDI untuk menaja pasukan ini,” kata Ketua Pegawai Operasi (CEO) Kelantan United, Wan Mohd Zul Ikman.", "Selain daripada tajaan tersebut, hasil daripada kerjasama ini turut melibatkan perancangan pembangunan bola sepak oleh kedua-dua pihak di negeri Kelantan.", "Pada masa yang sama, di pihak syarikat KDDI, Pengarah Urusannya, Masaki Matsuura berharap melalui penajaan ini, syarikatnya akan lebih dikenali di pantai timur negara ini.", "Terdahulu, Kelantan United telah menerima tajaan daripada syarikat minuman probiotik, Yakult (M) Sdn Bhd yang berjumlah RM766,000.00 untuk mengharungi saingan musim 2022.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112440/", "headline": "\nPemain Senior Satukan Pasukan & Bimbing Pemain Muda Negeri Sembilan – K. Devan\n", "content": ["Kejayaan Negeri Sembilan FC merangkul kejuaraan saingan divisyen dua bola sepak tempatan iaitu Liga Premier 2021 ditunjangi oleh pemain-pemain senior tempatan, demikian kata ketua jurulatihnya, K. Devan.", "Skuad yang terkenal dengan gelaran Hobin Jang Hobin itu berhasil mengesahkan gelaran juara selepas menumpaskan PDRM FC dengan keputusan 4-2 pada perlawanan terakhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.", "Skuad bimbingan K. Devan meraih kejuaraan selepas mencatatkan 12 kemenangan dan 5 seri sekaligus mengumpul 41 mata daripada 20 perlawanan yang diharungi sepanjang musim ini.", "“Bagi saya, pasukan kali ini umpama satu keluarga yang cukup kuat dan kita mempunyai sembilan pemain senior yang mempunyai karakter cukup baik seperti Mohamad Zaquan Adha, Nasrullah Haniff dan lain-lain lagi.", "“Merekalah yang menyatukan pasukan ini dan memberikan bimbingan kepada pemain-pemain muda.", "“Pada awal saya bersama Negeri Sembilan FC, saya masih berada di fasa awal dalam karier kejurulatihan saya dan saya berjaya bersama Negeri Sembilan FC.", "“Saya hanya tukarkan tiga pemain daripada pasukan 2020 dan sehingga kita menubuhkan pasukan ini, jadi cabaran itu sangat besar kerana pasukan baharu terdiri daripada semua pemain baharu dan juga kita perlu layak ke Liga Super.", "“Namun kali ini saya datang dengan misi selepas pasukan ini tidak layak ke Liga Super dalam tempoh seketika dan bila saya menyertai pasukan ini, saya datang dengan tanggungjawab yang besar apabila kita perlu membuat perubahan yang drastik kepada pasukan tahun lalu,” katanya.", "Sementara itu, kemenangan ke atas PDRM FC ini turut mengesahkan pasukan Negeri Sembilan menyertai Kumpulan C dalam saingan Piala Malaysia bersama-sama Kedah Darul Aman dan Melaka United.", "Hanya satu slot sahaja lagi yang belum terisi dan ianya direbut antara PDRM FC dan Kelantan United. Bagaimanapun, pengisian slot tersebut akan terjawab apabila Kelantan United menentang Kuching City pada 24 September nanti. ", "Featured Image: Negeri Sembilan Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207406/", "headline": "\nMan Utd Sedang Berunding Dengan Penyerang Berpengalaman, Edinson Cavani\n", "content": ["Manchester United dilaporkan sedang berunding untuk mendapatkan khidmat penyerang berpengalaman, Edinson Cavani menurut satu laporan oleh Daily Mail.", "Lebih menarik, ketika ini Cavani merupakan pemain ejen bebas setelah tidak disambung kontraknya oleh bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG) musim lalu.", "Cavani menjadi antara pilihan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer untuk memperbaiki barisan serangan Red Devil yang kurang menyengat sebelum tamatnya jendela perpindahan 5 oktober kelak.", "Untuk rekod, sepanjang tujuh musim beraksi bersama PSG, penyerang kebangsaan Uruguay terbukti sebagai penyerang prolifik dengan merekodkan 200 gol daripada 301 penampilan. ", "Dia juga telah memenangi enam kejuaraan Ligue 1, empat Piala Perancis dan lima Piala Liga Perancis.", "Sementara itu dalam laporan yang sama, Manchester United turut ditawarkan untuk meminjam penyerang muda berusia 22 tahun, Luka Jovic daripada Real Madrid.", "Featured Image: UEFA Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322407/", "headline": "\nPiala Asia Bola Sepak Pantai: Malaysia Akhir Saingan Kumpulan Di Tangga Tercorot\n", "content": ["Perjalanan skuad negara kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 yang berlangsung di Jomtien Beach Arena, Pattaya bukan sahaja telah berakhir bahkan turut mengakhirinya di tangga tercorot Kumpulan B.", "Perkembangan tersebut hadir selepas Malaysia turut tumpas pada perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu Uzbekistan dengan keputusan 2-6, semalam.", "Carta Kedudukan Akhir AFC Beach Soccer Asian Cup Thailand 2023 ", "* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Isnin, 20 Mac 2023 ", "MALAYSIA 🇲🇾 2-6 🇺🇿 UZBEKISTANUAE 🇦🇪 2-7 🇮🇷 IRAN #FAM #HarimauMalaya #ACBeachSoccer pic.twitter.com/hWjh6Z5qvj", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 20, 2023", "Sebelum itu, Malaysia telah mengalami kekalahan di tangan juara Piala Asia Bola Sepak Pantai sebanyak dua kali, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 3-5.", "Pada ketika itu, kekalahan ini telah mengesahkan skuad negara bimbingan Mohd Saiful Md Noor terkeluar daripada kejohanan ini.", "Sementara itu, Malaysia membuka kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai ini dengan kekalahan besar kepada Iran dengan skor 5-14.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322401/", "headline": "\nLiga M3 Dijenamakan Sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank Bermula Minggu Ke-4 Mei\n", "content": ["Saingan bola sepak semi-profesional tanah air, Liga M3 akan dijenamakan sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank atau MBSB Bank Championship bermula minggu ke-4 bulan Mei kelak.", "Ini susulan syarikat perbankan Islam, MBSB Bank tampil memeterai perjanjian dengan pengendali liga, Amatuer Football League (AFL) dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sarawak (FAS), semalam.", "Bukan itu sahaja, MBSB Bank selaku penaja utama dan Rakan Bank Rasmi AFL juga diangkat menjadi penaja bersama bagi saingan bola sepak amatur tanah air iaitu Liga M4 dan Liga M5 yang turut dikendalikan oleh AFL.", "Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan kehadiran bank yang sudah bertapak di Malaysia hampir 18 tahun ini sebagai lambang penerimaan syarikat swasta terhadap sukan bola sepak di peringkat amatur yang berteraskan komuniti setempat.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib pula melihat kolaborasi ini membuka peluang buat orang ramai mengenali MBSB Bank dengan lebih dekat dan memanfaatkan perkhidmatan yang ditawarkan bagi membantu menguruskan kewangan dengan lebih berhemah.", "Featured Image: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217697/", "headline": "\nSukan Komanwel: Malaysia Diundi Bersama Afrika Selatan, Jamaica & Zambia Dalam Acara Badminton Berpasukan Campuran\n", "content": ["Hasil undian yang dijalankan menyaksikan Malaysia diundi menyertai Kumpulan 4 dalam acara badminton berpasukan bercampuran di temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham.", "Di dalam kumpulan tersebut, Malaysia selaku pemenang pingat perak di temasya yang lalu bakal berhadapan dengan dua buah pasukan dari benua afrika iaitu Afrika Selatan dan Zambia serta pasukan dari kepulauan Caribbean, Jamaica.", "Sementara itu, juara bertahan, India pula diundi dalam Kumpulan 1 bersama-sama Australia, Sri Lanka dan Pakistan. Tuan rumah merangkap pemenang pingat gangsa di temasya yang lalu diletakkan dalam Kumpulan 2 bersama Singapura, Mauritius dan Barbados. Akhir sekali, Kumpulan 3 pula dibarisi oleh Kanada, Scotland, Maldives dan Uganda.", "Untuk makluman semua, Sukan Komanwel pada kali ini akan dilangsungkan bermula 29 Julai hingga 8 Ogos kelak. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110755/", "headline": "\nRating Sukanz: Gerakan Arif Aiman Menjadi Duri Dalam Daging Buat Ratchaburi\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mencetak kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini dengan mengalahkan Ratchaburi di Stadium Rajamangala.", "Skuad Harimau Selatan berhasil mencetak kemenangan tersebut menerusi jaringan tunggal oleh pemain tengah kelahiran Argentina, Leandro Velazquez pada awal babak kedua.", "Kemenangan ini juga memberikan 3 mata berharga pertama buat JDT sekaligus meletakkan mereka di tangga kedua dalam Kumpulan G mengatasi wakil Korea Selatan, Pohang Steelers di tangga ketiga dan juga Ratchaburi di tangga tercorot selepas dua perlawanan.", "Berikut adalah rating anak-anak buah Benjamin Mora ketika menentang wakil Thailand, Ratchaburi:", "Penjaga Gol: Farizal Marlias – 7/10", "Memandangkan barisan serangan Ratchaburi tidak begitu berbahaya, tiada sebarang ancaman bahaya perlu dihadapi oleh Farizal dan dapat mencetak ‘clean sheet’ dengan bergaya.", "Pertahanan: Azrif Nasrulhaq – 5.5/10", "Azrif diberikan kepercayaan untuk bermula dalam kesebelasan utama untuk menggantikan Corbin-ong. Dia banyak membantu pasukan dalam mengekalkan penguasaan bola namun tidak dalam serangan. Azrif dikeluarkan pada minit ke-65.", "Pertahanan: Shane Lowry – 7/10", "Beraksi dengan baik di posisi pertahanan bersama Mauricio. Sesekali dia akan melakukan hantaran jauh kepada pemain serangan.", "Tiada sebarang masalah buat Mauricio bergandingan bersama Lowry di benteng pertahanan. Beberapa serangan dilakukan pemain Ratchaburi mudah dipatahkannya.", "Pertahanan: Matt Davies – 7/10", "Separuh masa pertama, Matt Davies sangat aktif melakukan overlapping untuk membantu JDT melakukan serangan. Sekitar 4-5 bola lintang dilakukannya ke dalam kotak penalti.", "Pemain Tengah: Natxo Insa – 7/10", "Tenang mengawal bahagian tengah selaku holding midfielder dan bergandingan baik bersama Safiq Rahim.", "Pemain Tengah: Safiq Rahim – 8/10", "Gandingan yang baik bersama Natxo Insa di bahagian tengah. Sumbangan terbesarnya adalah menyumbang assist buat jaringan Leandro Velazquez pada awal babak kedua.", "Pemain Tengah: Leandro Velazquez – 7/10", "Persembahannya pada separuh masa pertama agak tenggelam tetapi dia tampil menyinar pada babak kedua termasuk menjaringkan gol pendahuluan buat JDT selepas rehat separuh masa pertama. Keluar pada minit ke-92.", "Penyerang: Arif Aiman – 8/10", "Gerakannya menjadi duri dalam daging buat Ratchaburi. Gelecekannya pada awal babak kedua yang menyumbangkan jaringan buat JDT. Selain itu, Arif bergandingan dengan baik bersama Matt Davies di sebelah kanan.", "Penyerang: Bergson da Silva – 7/10", "Mendapat banyak suapan bola daripada rakan sepasukan dan turut melakukan banyak percubaan ke arah gawang lawan. Akan tetapi Bergson tidak begitu bernasib baik untuk meletakkan namanya selaku penjaring dalam perlawanan ini.", "Penyerang: Akhyar Rashid – 5/10", "Beberapa kali cuba untuk ‘dribble’ masuk ke dalam kotak. Persembahannya tidak memberikan impak yang besar di sebelah kiri. Dia dikeluarkan pada minit ke-65.", "Pemain Gantian 1: Safawi Rasid – 5/10", "Masuk menggantikan Akhyar Rashid pada minit ke-65 untuk bermain di posisi penyerang kanan. Beberapa kali menggerakkan bola berdekatan kotak penalti lawan namun tiada sebarang ancaman berbahaya diberikannya.", "Pemain Gantian 2: S. Kunanlan – 4/10", "Masuk menggantikan Azrif Nasrulhaq pada minit ke-65 untuk bermain di posisi bek kiri.", "Pemain Gantian 3: Ramadhan Saifullah – 4/10", "Masuk menggantikan Arif Aiman pada minit ke-72 dan cuba memberikan ancaman menerusi beberapa lariannya ke dalam kotak penalti.", "Pemain Gantian 4: Syamer Kutty – 4/10", "Masuk menggantikan Safiq Rahim pada minit ke-72.Tidak banyak yang dilakukan oleh Syamer di atas padang.", "Pemain Gantian 5: Afiq Fazail – N/A", "Masuk pada minit ke-92 menggantikan Leandro Velanzquez.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323132/", "headline": "\nNorza Harap Lebih Ramai Wakil Malaysia di Sukan Olimpik\n", "content": ["Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria meletakkan harapan untuk menyaksikan lebih ramai pemain badminton negara beraksi di Sukan Olimpik 2024. ", "Tambah Norza, beliau mahu para pemain mengambil peluang yang ada sepanjang tempoh kelayakan Sukan Olimpik nanti untuk merebut tempat ke temasya yang akan berlangsung di Paris kelak. ", "“Mereka semua tidak sabar untuk bermain dengan baik dalam pelbagai kejohanan terutamanya semasa tempoh kelayakan yang sangat menarik dan mengujakan. Kita berharap akan mempunyai lebih ramai wakil dari Malaysia pada Sukan Olimpik akan datang.”", "“Untuk badminton, kita boleh menghantar dua wakil untuk perseorangan jika berada dalam posisi 16 terbaik dan boleh menghantar dua wakil untuk beregu jika berada dalam kedudukan 8 terbaik. Jadi, saya rasa semua orang sedang mengejar slot kelayakan.” jelas Norza di hadapan pengamal media selepas sidang media Perodua Malaysia Masters 2023. ", "Untuk rekod, seramai lima wakil Malaysia beraksi dalam temasya Sukan Olimpik edisi lalu iaitu Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Soniia Cheah Su Ya (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan gandingan campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.", "Pada edisi yang berlangsung di Tokyo tersebut, hanya gandingan Aaron-Wooi Yik sahaja berjaya membawa pulang pingat iaitu gangsa ke bumi Malaysia sementara Lee Zii Jia terkandas di Pusingan 16 kepada bekas juara dunia, Chen Long.", "Sementara itu, Soniia Cheah serta gandingan Kian Meng-Meng Yean dan Peng Soon-Liu Ying pula gagal mara melepasi peringkat kumpulan bagi acara masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113734/", "headline": "\nPenjaga Gol Muda Selangor Jalani ‘Trial’ Bersama Kelab Sepanyol Bermula 20 November\n", "content": ["Penjaga gol muda yang beraksi bersama pasukan simpanan, Selangor 2 iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman akan terbang ke Sepanyol untuk menjalani latihan percubaan dengan salah sebuah kelab di sana.", "Berdasarkan perkongsian oleh pelbagai platform media sosial, Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP), graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini akan mula menjalani latihan percubaan bermula 20 hingga 27 November bersama CF Fuenlabrada.", "Seluruh warga Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada Graduan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) Batch Pertama Generasi 2002, Sikh Izhan Nazrel yang akan menjalani latihan percubaan bersama Kelab Bola Sepak Sepanyol… pic.twitter.com/ROrOaB9M0v", "Untuk makluman semua, CF Fuenlabrada merupakan sebuah pasukan yang berpangkalan di dalam wilayah ibu negara Sepanyol iaitu Madrid. Ketika ini, pasukan yang mendapat julukan Fuenla ini beraksi dalam divisyen kedua bola sepak negara itu, Segunda Division.", "Bercakap mengenai prestasi Sikh Izhan, musim ini menyaksikan pemain ini berhasil melakukan debut bersama pasukan utama Selangor ketika menentang Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super.", "Selain itu, Sikh Izhan juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) yang berjaya mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia bulan lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323046/", "headline": "\nJacky Ganti Justin Di Sukan SEA 2023\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara yang berusia 21 tahun, Jacky Kok Jing Hong menjadi pilihan untuk menggantikan Justin Hoh di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja.", "Pemilihan Jacky itu diumumkan oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Hann menerusi makluman di pelbagai platform media sosial badan induk tersebut, pada hari ini.", "UPDATE: Kok Jing Hong called up to replace injured Justin Hoh at the #SEAGames2023.", "Singles Coaching Director Wong Choong Hann opted for the 21-year-old shuttler to replace Justin, who ruptured his Achilles tendon in training a few days ago. pic.twitter.com/krcTT3mQQ6", "— BAM (@BA_Malaysia) April 13, 2023", "Jacky yang berada di ranking ke-156 dunia dipanggil untuk menggantikan Justin yang terpaksa memberikan tumpuan untuk pemulihan selepas menjalani pembedahan ekoran kecederaan ‘achilles tendon’.", "Choong Hann menjelaskan, ini akan menjadi peluang terbaik buat Jacky untuk meningkatkan permainannya.", "Ini bakal menjadi penyertaan kedua Jacky di temasya dwitahunan asia tenggara. Pada edisi lalu, Jacky berhasil muncul sebanyak tiga kali dalam acara berpasukan lelaki serta beraksi di pusingan pertama bagi acara individu.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322330/", "headline": "\n7 Pemain Import Liga Super Dapat Panggilan Skuad Filipina – Hadapi Kuwait & Jordan\n", "content": ["Seramai tujuh orang pemain import yang beraksi dalam kancah Liga Super mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan Filipina pada rehat antarabangsa FIFA bermula 20 hingga 28 Mac nanti.", "Berdasarkan senarai panggilan yang dikeluarkan oleh skuad berjulukan The Azkals itu, tujuh pemain yang dipanggil terdiri daripada dua pemain Kuala Lumpur City (KL City) dan Kelantan masing-masing serta seorang pemain dari Sri Pahang, Kedah Darul Aman dan Kelantan United.", "Senarai pemain tersebut adalah seperti berikut:", "Kesemua pemain ini bersama-sama 14 pemain lain dipanggil oleh ketua jurulatih, Josep Ferre bagi menghadapi Kuwait (ranking ke-148) dan Jordan (ranking ke-84) di asia barat pada 24 dan 28 Mac masing-masing.", "A post shared by The Philippine Azkals (@theazkalsph)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221135/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Malaysia: Justin Atasi Seniornya, Jacky Ke Suku Akhir\n", "content": ["Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Akademi Badminton Perak menyaksikan satu kejutan dilakar oleh pemain remaja negara, Justin Hoh.", "Pemain berusia 18 tahun yang menghuni ranking ke-312 dunia berjaya menumpaskan rakan senegaranya yang lebih senior, Jacky Kok Jing Hong dalam pertarungan peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan terbabit, Jacky, 20 tahun dan berada di ranking ke-136 dunia tumpas kepada Justin secara “straight set” dengan skor 10-21dan 18-21 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan sulung melibatkan Justin dan Jacky di pentas kejohanan antarbangsa.", "Sementara itu, kemenangan ini membolehkan Justin meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir. Menantinya di sana, samada seorang lagi perseorangan muda negara, Leong Jun Hao atau pemain Korea, Lee Dong-keun.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322876/", "headline": "\nOrleans Masters: Perseorangan No.7 Negara Tundukkan Juara Terbuka Swiss\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.7 negara, Leong Jun Hao mencipta kejutan dengan menundukkan juara Terbuka Swiss 2023, Koki Watanabe di Pusingan 16 Orleans Masters.", "Jun Hao yang berada di ranking ke-78 dunia menumpaskan pemain dari Jepun itu secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-16 dalam tempoh 50 minit permainan bertempat di Palais des Sports, tengah malam tadi.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORMS – R1621 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🏅19 16 🇯🇵Koki WATANABE", "— BWFScore (@BWFScore) April 6, 2023", "Untuk makluman, ini merupakan kali kedua berturut-turut Jun Hao berhasil merakamkan kemenangan ke atas pemain yang berusia 24 tahun terbabit.", "Pertemuan julung kalinya berlangsung di Indonesia Masters (Super 100) pada tahun lalu menyaksikan Jun Hao melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 15-21 dan 21-18.", "Sementara itu, kemenangan ini sudah tentu membolehkannya melangkah ke peringkat suku akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300.", "Menantinya di peringkat terbabit adalah pemain muda Denmark yang berusia 21 tahun, Magnus Johannesen.", "Sebagai tambahan, Magnus bukanlah lawan yang asing buat Jun Hao. Berdasarkan rekod, mereka sudah pernah berentap sebanyak dua kali sebelum ini dengan pertemuan terakhir yang berlangsung di Madrid Spain Masters baru-baru ini memihak kepada Magnus.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323511/", "headline": "\nHarry Kane Muncul Penjaring Kedua Terbanyak Sepanjang Zaman EPL – Atasi Rekod Rooney\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan England, Harry Kane cukup dikenali dengan ketajamannya di hadapan gawang. Sekitar penghujung Mac lalu, pemain yang lahir di Utara London ini meletakkan namanya sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad The Three Lions dengan mengatasi rekod 53 gol milik Wayne Rooney.", "Terbaharu, Kane yang beraksi bersama Tottenham Hotspur muncul sebagai Penjaring Kedua Terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) Sepanjang Zaman seusai menentang Crystal Palace dalam saingan ke-35 bagi musim ini.", "All of Harry Kane’s #PL goals so far 😍@HKane | @SpursOfficial pic.twitter.com/4ENx5QtuUY", "— Premier League (@premierleague) May 6, 2023", "Jaringan tunggal pemain berusia 29 tahun ini pada penghujung babak pertama bukan sahaja membantu Spurs memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 1-0 bahkan turut menjadikannya memiliki 209 gol secara keseluruhan dalam kancah EPL.", "Pada masa yang sama, jumlah itu sekaligus mengatasi jaringan sebanyak 208 gol yang turut dimiliki Rooney merangkap bekas penyerang Everton dan Manchester United.", "Untuk makluman semua, rekod Penjaring Terbanyak EPL Sepanjang Zaman masih dipegang oleh bekas penyerang Blackburn Rovers dan Newcastle United, Alan Shearer dengan jumlah 260 gol. Sebagai perbandingan Kane memerlukan 51 gol lagi untuk menyamainya dan 52 gol untuk memecahkan rekod tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219892/", "headline": "\n“Dari Mana Atiq Mendapat Tawaran Tersebut?” Soal Pengarah Teknikal JDT\n", "content": ["Pihak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mengemukakan sebarang tawaran kepada penyerang Terengganu II, Muslihuddin Atiq Mat Zaid, 21 tahun, untuk menyertai skuad berjulukan Harimau Selatan.", "Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab, pada hari ini.", "“Kami terkejut dengan berita tentang tawaran yang sudah dilakukan kepada Atiq.” ", "A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)", "“Kami juga tertanya-tanya dari mana Atiq mendapat tawaran tersebut kerana tiada walau seorang pun staf teknikal termasuk saya selaku Pengarah Teknikal atau Martin Prest, Pengarah Sukan telah membuat tawaran kepada pemain tersebut.” jelas Alistair.", "Sebelum ini, media tempatan melaporkan perkembangan mengenai Atiq yang cemerlang membantu skuad Terengganu merangkul pingat emas dalam acara bola sepak lelaki di temasya SUKMA XX baru-baru ini dirisik oleh JDT.", "Pada ketika ini, Atiq, kelahiran Kemaman, yang menjaringkan 3 gol dalam kempen SUKMA XX masih mempunyai kontrak bersama Terengganu FC sehingga penghujung November ini.", "Pada masa yang sama, Alistair menambah, “JDT sedang dalam perbincangan dengan beberapa pemain luar negara dan berkemungkinan akan menandatangani seorang pemain tempatan, tetapi pemain tersebut bukanlah Atiq.”", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113496/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Irfan Zakaria Berehat Panjang, Pertahanan Tengah Manakah Akan Dipanggil Cheng Hoe?\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Malaysia terpaksa melupakan khidmat seorang pertahanan tengah, Irfan Zakaria pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan berlangsung bermula awal Disember kelak.", "Hal ini kerana pertahanan Kuala Lumpur City (KL City) yang berusia 26 tahun itu ditimpa kecederaan semasa beraksi bersama pasukannya menentang Penang dalam saingan Piala Malaysia, Ahad lepas.", "Menurut perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly memaklumkan Irfan mengalami kecederaan putus urat di bahagian buku lalinya dan terpaksa berehat selama tiga bulan. Turut dimaklumkan, Irfan akan menjalani pembedahan pada hari esok.", "Pertahanan KL City, Irfan Zakaria bakal terlepas peluang beraksi di Piala AFF Disember ini apabila terpaksa berehat 3 bulan ekoran urat di bahagian buku lali putus. Irfan akan jalani pembedahan Rabu ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/yipeHOWdmX", "Kehilangan khidmat Irfan pastinya akan membuatkan peminat tertanya-tanya siapakah pertahanan tengah yang akan dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk mengharungi kejohanan dwitahunan itu kelak.", "Sepanjang tahun ini, antara pertahanan tengah yang pernah dipanggil oleh Cheng Hoe ialah Aidil Zafuan, Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Junior Eldstal dan Dion Cools.", "Sementara itu, Shahrul Saad yang pernah dipanggil pada Mac lalu sebelum mengalami kecederaan pada pertengahan musim telah pulih dan diturunkan oleh kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini juga boleh diketengahkan.", "Tidak dilupakan nama-nama pertahanan yang menyinar dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini seperti Sharul Nazeem dan Shahrul Nizam boleh disertakan sekali. Dua nama ini telah dipanggil oleh Cheng Hoe namun tidak dapat menyertai skuad kebangsaan disebabkan masalah kecederaan dan salah faham.", "Bagaimana pula dengan pendapat anda? Siapakah pertahanan yang boleh dipanggil untuk beraksi pada kejohanan Piala AFF 2020 yang akan bermula pada 5 Disember kelak?", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112544/", "headline": "\nMajlis Olimpik Malaysia Intai Untuk Anjur Temasya Sukan Asia 2038\n", "content": ["Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dilaporkan sedang mengintai peluang untuk menganjurkan temasya Sukan Asia pada edisi 2038 atau selebihnya.", "Menurut akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, perkara tersebut dikongsikan oleh Naib Presiden MOM, Datuk Shahrul Zaman Yahya.", "Penganjuran temasya tersebut menjadi langkah seterusnya buat Malaysia selepas berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan beberapa edisi Sukan SEA.", "Untuk makluman semua, tuan rumah Sukan Asia bagi edisi 2022, 2026, 2030 dan 2034 telah dibida oleh China (Hangzhou), Jepun (Aichi-Nagoya), Qatar (Doha) dan Arab Saudi (Riyadh) masing-masing.", "Sekiranya Malaysia mengintai peluang untuk menganjurkan temasya ini, maka, edisi 2038 dan ke atas adalah menjadi pilihan melakukan bidaan.", "Sebagai rekod, sebanyak 3 buah negara dari rantau asia tenggara pernah menjadi penganjur Sukan Asia iaitu Filipina (1954), Thailand (1966, 1970, 1978 & 1998) dan Indonesia (1962 & 2018).", "Featured Image: Perbadanan Stadium Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111774/", "headline": "\nHarrif Sedia Kembali ke Velodrom Untuk Beraksi di Paris 2024\n", "content": ["Pelumba basikal lebuh raya, Harrif Saleh menyatakan kesediaannya untuk kembali beraksi dalam acara basikal trek bagi mengintai peluang menyertai temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "Untuk pengetahuan semua, sebelum beralih ke acara lebuh raya pada tahun 2010, pelumba kelahiran Terengganu ini merupakan atlet basikal trek dan pernah berlatih bersama jaguh negara, Dato’ Azizulhasni Awang di bawah bimbingan John Beasley di Australia.", "Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, kembalinya beliau untuk beraksi dalam acara basikal trek bergantung kepada ‘kelulusan’ daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).", "“Saya rindu untuk berkayuh dalam velodrom selepas kali terakhir bersama Datuk Azizulhasni pada 2010, saya sedia berlatih, lagipun dengan usia 33 tahun sama usia dengan Jijoe, pengalaman saya mampu untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat negara jika diberi peluang beraksi di pentas Olimpik 2024.", "“Jika diberi pilihan saya mahu beraksi dalam acara omnium, jika diberi tugas itu saya sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk beraksi pada Sukan Olimpik itu, mungkin sebelum saya gantung basikal, itu peluang terbaik buat saya beraksi di pentas itu,” kata pelumba yang akan menjengah usia 33 tahun pada pertengahan bulan hadapan.", "Pada masa yang sama, Harrif yang kini beraksi bersama pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) sedia mengerah kudrat dalam acara lebuh raya untuk beraksi di temasya yang sama.", "Satu perkara sempat dikongsikan oleh Harrif, pada tahun 2012 yang lalu, beliau telah pun layak untuk menyertai temasya Sukan Olimpik London 2012 bagaimanapun terpaksa redha apabila tidak terpilih untuk mewakili negara dalam acara lebuh raya pada saat itu.", "Featured Image: Terengganu Cycling Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214809/", "headline": "\nJuara Piala Malaysia, KL City ‘Tambat’ Penjaga Gol Skuad B-23 Kebangsaan\n", "content": ["Pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) mengumumkan menambat khidmat penjaga gol skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.", "Penjaga gol yang dimaksudkan itu ialah Azri Ghani, kelahiran Kota Bharu, Kelantan yang berusia 22 tahun merangkap bekas pemain Perak FC.", "Penyertaan pemain tersebut bersama skuad bimbingan Bojan Hodak dikhabarkan menerusi pelbagai platform milik skuad Ibu Kota itu, pada hari ini.", "Kedatangan pemain yang mengidolakan penjaga gol Manchester United, David De Gea ini untuk menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Khatul Anuar, Zamir Selamat dan Julian Bechler yang diumumkan dilepaskan oleh KL City.", "Untuk makluman semua, Azri merupakan sebahagian daripada skuad Harimau Muda yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada pertengahan tahun ini.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207573/", "headline": "\nFrench GP: Rossi Akui Malu Besar Jatuh di Selekoh Kedua\n", "content": ["Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi mengakui amat malu apabila jatuh ketika di selekoh kedua pada pusingan pertama dalam perlumbaan French GP di Litar Le Mans, semalam.", "Rossi yang memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh gagal mengawal jentera M1-nya pada selekoh itu dan tergelincir sebelum jatuh dan terseret ke tepi litar.", "😲 @ValeYellow46's race only lasted three corners at Le Mans!The Doctor was left to rue another missed opportunity! 💢#FrenchGP 🇫🇷 pic.twitter.com/1gjpUvbYKt", "“Sangat malu kerana jatuh seperti ini pada selekoh awal, dan tak dapat melengkapkan satu pusingan untuk memahami jentera dan potensi saya,”", "“Saya sudah bermula dengan baik dan berada di posisi terbaik pada selekoh kedua, semua pelumba tidak begitu laju kerana keadaan litar (basah) yang sukar dengan air,” kata Rossi selepas daripada perlumbaan.", "Sebelum daripada itu, hujan turun membasahi litar Le Mans dan penganjur mengumumkan perlumbaan tersebut sebagai litar basah di mana para pelumba dibenarkan untuk menukar jentera kedua pada bila-bila masa.", "Tambah pelumba berusia 41 tahun ini lagi, “Jika kami gunakan tayar basah, litarnya tak terlalu basah, kami akan mempunyai masalah. Sama juga sebaliknya, kami juga bergelut apabila menggunakan tayar kering, litarnya tidak kering.” ", "“Saya mempunyai masalah dengan pecutan dan kurang kawalan pada tayar belakang. Kami jangkakan perlumbaan litar kering.”", "Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga berturut-turut The Doctor terlibat dalam kemalangan sejak Emilia Romagna Grand Prix sekaligus tidak dapat menamatkan pelumbaan.", "Featured Image: Monster Energy Yamaha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113102/", "headline": "\nSuperKIP Akui ‘Berbincang’ Dengan Beberapa Pasukan Untuk Sertai ARRC 2022\n", "content": ["Setelah tampil dalam Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) baru-baru ini, Khairul Idham Pawi tidak menyembunyikan hasratnya untuk beraksi dalam saingan Asia Road Racing Championships (ARRC), tahun hadapan.", "Menurut laporan Berita Harian, bekas pelumba Kejuaraan Dunia Moto3 dan Moto2 yang terkenal dengan julukan SuperKIP itu turut mendedahkan telah berhubung dengan beberapa pasukan agar dapat merealisasikan hasratnya. ", "“Saya akan aktif semula dan bersedia untuk menunggang jentera,”", "“Harapan itu nak ke ARRC namun buat masa ini belum ada pengesahan pasukan.”", "“Saya sudah berkomunikasi dengan beberapa pasukan namun buat masa ini belum ada sebarang pengesahan lagi.” kata pelumba berusia 23 tahun itu dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Khairul yang telah mengumumkan persaraan pada hujung tahun 2020 kembali menunggang jentera 600cc pada perlumbaan MSBK 2021 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu lalu.", "Walaupun hampir setahun tidak beraksi dalam perlumbaan yang kompetitif, Khairul tidak mempunyai masalah untuk muncul juara pada perlumbaan pertama bagi ketagori 600cc tersebut.", "Featured Image: Malaysia Superbike Championship"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110827/", "headline": "\nEuro 2020: Sebenarnya Jack Grealish Mahu Rembat Terus Ke Arah Gawang\n", "content": ["Pemain Aston Villa, Jack Grealish secara berseloroh memberitahu ingin melakukan rembatan terus ke arah gawang setelah mendapat lorongan daripada Luke Shaw ketika menentang Jerman, semalam.", "Bagaimanapun dia menyedari kelibat penyerang utama, Harry Kane yang berada di dalam kotak dan pemain berusia 26 tahun itu dengan bijaknya melakukan hantaran lintang.", "Hantaran tersebut disudahkan dengan bergaya oleh Kane pada minit ke-86 untuk memastikan kemenangan 2-0 England pada peringkat pusingan ke-16 sekaligus mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Euro 2020. ", "“Apabila peluang itu hadir akhirnya, setelah Luke hantar bola kepada saya, saya mahu lakukan rembatan!", "“Saya lihat H di dalam kotak jadi sudah tentu saya lakukan hantaran lintang kepadanya.” katanya seperti dipetik daripada Birmingham Mail.", "Jack yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-69 menjadi pengubah perlawanan ketika menentang anak-anak buah Joachim Low.", "Selain daripada mencipta ‘assist’ untuk jaringan kedua England, Jack turut menjadi arkitek kepada jaringan pembukaan skuad Three Lions yang disudahkan oleh Raheem Sterling pada minit ke-75.", "Sebelum masuk ke dalam padang, Jack turut berkongsikan arahan daripada pengurus England, Gareth Southgate yang mengarahkannya untuk bermain secara kebiasaan dia bermain pada sebelum ini.", "“Saya lakukannya dan saya bertuah dapat cipta (peluang) untuk menjaringkan salah satu gol.” katanya lagi.", "Saksikan sorotan perlawanan antara England menentang Jerman di Stadium Wembley pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218903/", "headline": "\nKontinjen Malaysia Akhiri Sukan Para ASEAN Dengan Kutipan 36 Pingat Emas\n", "content": ["Temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 yang berlangsung di Solo, Indonesia ditutup oleh Kontinjen Malaysia dengan kutipan 36 pingat emas.", "Kontinjen negara hadir seramai 73 orang atlet dan mereka berjaya membutirkan kutipan pingat emas tersebut menerusi sukan-sukan seperti olahraga, memanah, badminton, ping pong dan tenis berkerusi roda.", "Untuk makluman, pungutan pingat ini dua kali ganda berbanding sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak 16 pingat emas. Selain itu, kontinjen Malaysia turut membawa pulang 20 pingat perak dan 14 gangsa sekaligus menamatkan saingan di tempat keempat secara keseluruhan.", "Pecahan pingat emas yang diperolehi mengikut sukan adalah seperti berikut:", "Sementara itu, tuan rumah, Indonesia muncul juara secara keseluruhan APG pada edisi kali ini selepas merangkul 175 emas, 144 perak dan 107 gangsa. Ini juga merupakan kali ketiga Indonesia muncul juara keseluruhan.", "Sebagai tambahan, temasya APG yang seterusnya akan berlangsung di Kemboja pada tahun 2013.", "Featured Image: Paralympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208453/", "headline": "\nUFC Sahkan Ulangan Pertarungan McGregor vs Poirier Pada 23 Januari\n", "content": ["Ultimate Fighting Championship (UFC) mengesahkan ulangan pertarungan di antara atlet seni bela diri campuran (MMA) Ireland, Conor Mcgregor dan Amerika Syarikat, Dustin Poirier.", "Pengumuman itu dibuat oleh UFC pada pagi tadi dan pertarungan kategori lightweight di antara kedua-duanya akan berlangsung pada 23 Januari 2021. Dijangka ianya akan diadakan di Fight Island, Abu Dhabi.", "The rematch is OFFICIAL! 💎 @DustinPoirier faces 🇮🇪 @TheNotoriousMMA on Jan 23. #UFC257 pic.twitter.com/G8IAfISBPZ", "Bagaimanapun, pertarungan UFC 257 di antara McGregor (ranking ke-2) dan Poirier (ranking ke-4) pada kali  ini tidak menawarkan apa-apa gelaran.", "Untuk rekod, kedua-duanya telah berentap dalam satu pertarungan UFC 178 pada 2014 lalu. ", "Dalam perlawanan tersebut, McGregor hanya mengambil masa tidak sampai dua minit untuk menumbangkan Poirier menerusi tumbukan knockout pada pusingan pertama.", "Tonton tumbukan knockout McGregor terhadap Poirier pada pautan video di bawah:", "Rewind the clocks ⏳⏮ Look back on @DustinPoirier vs @TheNotoriousMMA from #UFC178 now. #UFC257 pic.twitter.com/fgl3FuQ60l"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113582/", "headline": "\nAnugerah BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik & Liek Hou Antara Pemain Malaysia Yang Tercalon\n", "content": ["Seramai empat pemain badminton Malaysia dicalonkan untuk merebut Anugerah Pemain Terbaik Tahunan 2020/2021 BWF.", "Berdasarkan siaran media yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki) disenaraikan untuk kategori Pemain Paling Meningkat.", "Untuk Zii Jia, pencalonan ini pastinya turut disumbangkan oleh kejayaannya meraih kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England. Sementara itu, gandingan Aaron-Wooi Yik pula hasil daripada membawa pulang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Antara pemain lain yang dicalonkan untuk merebut kategori anugerah yang sama ialah Pornpawee Chochuwong (perseorangan wanita Thailand) serta gandingan Wan Chi-lin dan Lee Yang (beregu lelaki Chinese Taipei).", "Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou pula tersenarai untuk kategori Pemain Lelaki Badminton Para Terbaik.", "Liek Hou akan dicabar oleh lima lagi pemain iaitu Pramod Bhagad (India), Daiki Kajiwara (Jepun), Kim Jungjun (Republik Korea), Lucas Mazur (Perancis) dan Qu Zimo (China).", "Untuk makluman semua, selain daripada dua kategori ini, Anugerah Pemain Terbaik Tahunan BWF ini turut mempertandingkan beberapa kategori lain seperti:", "Sebagai tambahan, pemenang bagi setiap kategori ini akan diumumkan semasa kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang akan berlangsung di Bali, Indonesia pada awal Disember nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202050/", "headline": "\nOle tidak bercadang rehatkan pemain utama De Gea, Maguire dan Bruno dalam saingan Liga Europa\n", "content": ["Pemain-pemain utama seperti David De Gea, Harry Maguire dan Bruno Frenandes tidak akan direhatkan oleh pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer menjelang saingan menentang LASK, awal pagi esok.", "Ini kerana Ole mensasarkan untuk mengemudi Manchester United menjuarai saingan Liga Europa 2019/20 walaupun telah membolot slot ke Liga Juara-Juara UEFA 2020/21 secara automatik setelah berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-3 musim ini.", "“Dan itulah fokus kami. Sudah tentu, pemain-pemain mahu bermain, mereka tidak mahu direhatkan. Mereka berada dalam kedudukan mahu bermain. ", "“Mereka sering ganggu saya, ‘saya mahu bermain, saya tak mahu direhatkan’. Bukan senang untuk berkata ‘awak direhatkan’ kepada pemain-pemain berkualiti sebegini.” jelas Ole ketika ditanyakan samada bakal menurunkan pemain-pemain utama ataupun tidak.", "Selain daripada pemain-pemain tersebut, Ole juga mengesahkan akan menurunkan Jesse Lingard sebagai pemain kesebelasan utama. ", "Sebagai tambahan, Ole mengatakan barisan pemain yang akan diturunkan pagi esok tidak banyak berbeza dengan skuad yang diturunkan ketika pusingan pertama, mac lalu.", "Untuk rekod, kali terakhir mereka menjuarai Liga Europa adalah pada musim 2016/17 di bawah kendalian Jose Mourinho dimana mereka menewaskan Ajak Amsterdam 2-0 hasil jaringan Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325593/", "headline": "\nKim Pan-gon: Oman Kuat Fizikal Dan Mental\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dilihat menarik nafas lega apabila Malaysia dapat mengelak daripada bertembung gergasi benua asia seperti Jepun, Korea, Iran mahupun Australia pada Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.", "Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, semalam, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Oman (ranking ke-73), Kyrgyzstan (ranking ke-97) serta pemenang perlawanan pusingan 1 Chinese Taipei (ranking ke-153) dan Timor Leste (ranking ke-192).", "Walaupun, tidak bertemu pasukan berstatus gergasi, jurulatih kelahiran Korea ini tetap tidak memandang mudah cabaran Kumpulan D terutamanya dua pasukan lawan dari negara arab dan asia tengah masing-masing terbabit. ", "“Kita tak boleh cakap (lawan dalam Kumpulan D) mudah tetapi lebih baik daripada kumpulan lain, tetapi bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana kita membuat persiapan yang mencukupi atau bagaimana kita bina kekuatan diri yang maksimum, melakukan pendekatan strategi dan taktikal yang bagus untuk bersaing di pentas ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian terbabit.", "Keputusan Undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027", "Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah diundi dalam Kumpulan D bersama Oman, Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei/Timor-Leste.#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/ntEUP44TnB", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 27, 2023", "Jurulatih berusia 54 tahun ini turut melihat Oman sebagai pasukan yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental selain daripada antara pasukan yang kuat di timur tengah. Pada masa yang sama, perjalanan untuk ke kedua-dua negara itu juga sukar.", "Bagi pusingan kelayakan kali ini, Malaysia akan membuka kempen dengan menentang Kyrgyzstan di gelanggang sendiri pada 16 November kelak diikuti dengan menentang samada Chinese Taipei atau Timor Leste pada 21 November.", "Pada Mac 2024, Malaysia akan menentang Oman di tempat lawan pada 21 Mac sebelum pulang untuk menentang Oman sekali lagi di tempat sendiri pada selang lima hari kemudian.", "Bagi dua perlawanan terakhir, Malaysia dijadualkan menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun di tempat lawan sebelum menutup saingan Kumpulan D dengan bertemu Chinese Taipei atau Timor Lester di tempat sendiri pada 11 Jun.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206754/", "headline": "\nPenyerang TFC, Dominic Beri Penghormatan Kepada Pelakon Black Panther Sebelum ‘Kick-off’ Liga Super\n", "content": ["Penyerang Terengganu Football Club (TFC), Dominic da Sylva tampil menyarung topeng muka watak adiwira Black Panther sebelum sepak mula menentang Sabah, sebentar tadi.", "Ia dilakukan untuk memperingati kematian pelakon watak tersebut, Chadwick Boseman yang diberitakan meninggal dunia akibat daripada kanser usus, jumaat lalu.", "Difahamkan, pelakon berusia 43 tahun itu telah mengidap kanser usus tersebut sejak empat tahun yang lalu. Kematian Boseman tersebut diumumkan oleh keluarganya.", "Domininc, 31 tahun, berasal dari Mauritania sering meraikan gol dengan gaya Wakanda Forever sepertimana dilakukan oleh King T’challa dalam filem blockbuster terbitan Marvel tersebut.", "Dominic yang menyertai TFC pada awal musim ini telah menjaringkan tujuh gol dalam saingan CIMB Liga Super dan merupakan penjaring terbanyak liga, setakat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220402/", "headline": "\nBekas Beregu No.1 Dunia Tumpas, Pearly-Thinaah Juara Terbuka Perancis 2022\n", "content": ["Prestasi luar biasa pasangan negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan sepanjang saingan Terbuka Perancis 2022 ternyata tidak mampu dikekang oleh mana-mana gandingan termasuk bekas beregu wanita No.1 dunia, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara.", "Gandingan Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-11 dunia pada ketika ini berjaya menumpaskan pasangan Jepun itu dalam perlawanan akhir sekaligus merangkul gelaran juara bagi kejohanan bertarah Jelajah Dunia Super 750 BWF itu.", "Dalam perlawanan terbabit, meskipun Matsumoto-Nagahara tidak memberikan laluan mudah namun Pearly-Thinaah tetap berhasil merangka strategi untuk meraih kemenangan menerusi tiga set permainan. ", "YONEX French Open 2022WD – Final 🇲🇾Pearly TAN🏅21 18 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅19 21 15 🇯🇵Mayu MATSUMOTO 🇯🇵Wakana NAGAHARA", "🕗 in 72 minutes https://t.co/mbJvnzL1Ej", "— BWFScore (@BWFScore) October 30, 2022", "Pertembungan menentang pasangan yang pernah bergelar juara Kejohanan Dunia BWF 2019 itu berakhir dengan skor 21-19, 18-21 dan 21-15 dalam tempoh melebihi satu jam permainan di atas gelanggang. ", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan sulung melibatkan kedua-dua gandingan, Pearly-Thinaah dan Matsumoto-Nagahara di pentas antarabangsa.", "Sebagai tambahan, kejuaraan yang diraih Pearly-Thinaah ini merupakan yang kedua bagi siri kejohanan Jelajah Dunia BWF serta taraf yang tertinggi pernah dalam karier mereka.", "Untuk rekod, kali terakhir mereka merangkul kejuaraan dalam siri kejohanan Jelajah Dunia BWF adalah saingan Terbuka Swiss 2021.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324511/", "headline": "\nKasma Daniel Kembali Ke Kancah Moto2, Ganti Kohta Nozane Di Itali dan Jerman\n", "content": ["Pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin sah kembali buat sementara waktu di litar Moto2 bagi menggantikan pelumba Correos Prepago Yamaha VR46, Kohta Nozane di Mugello, Itali dan Sachsenring, Jerman. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan pasukan Moto2 itu dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial milik mereka. ", "Untuk makluman, Kohta Nozane kini masih dalam proses pemulihan rentetan kecederaan di bahagian belakang badannya yang dialaminya sejak perlumbaan pertama Moto2 di Portugal lagi. ", "A post shared by Correos Prepago Yamaha VR46 Master Camp (@themastercamp)", "Pengumuman itu sekaligus bermakna pelumba berusia 23 tahun itu bakal terlepas aksi pusingan keempat Cub Prix di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) pada hujung minggu ini.", "Ketika ini, pelumba Petronas Sprinta Yamaha Maju itu sedang mendahului saingan Cub Prix bagi kategori CP150 dengan 51 mata selepas tiga pusingan hasil kejuaraan pertamanya musim ini pada pusingan kedua di Dataran Seri Jempol, Negeri Sembilan. ", "Ini merupakan kemunculan semula Kasma Daniel di Moto2 buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun sejak kali terakhir beraksi dalam satu musim penuh bersama ONEXOX TKKR SAG Team pada 2020.  ", "Featured Image: Malaysian Cub Prix"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110769/", "headline": "\nArif Aiman, Hakimi Abdullah Pilihan Coach Nidzam Isi Posisi Kiri Harimau Malaya\n", "content": ["Bekas pengendali Felda United, Nidzam Jamil memilih pemain muda Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman untuk mengisi posisi sayap atau penyerang kiri dalam skuad Harimau Malaya pilihannya.", "Selain pemain lincah berusia 19 tahun tersebut, Nidzam turut merasakan penyerang kiri Terengganu, Hakimi Abdullah turut boleh diisi di posisi tersebut dalam skuad kebangsaan.", "“(Posisi) kiri pada pendapat saya untuk masa ini, (Arif) Aiman tetapi budak Terengganu tu ‘not bad’ yang bernama Hakimi,” katanya.", "Beliau berkongsikan mengenai pilihannya tersebut ketika dalam satu sesi sembang di Instagram Live bersama Joe Zakaria, pada minggu lalu.", "Secara keseluruhannya, pilihan kesebelasan utama jurulatih berusia 41 tahun ini di bahagian penjaga gol dan barisan pertahanan hampir sama.", "Nidzam memilih Farizal Marlias sebagai penjaga gol, Corbin-Ong sebagai bek kiri, Matt Davies sebagai bek kanan. Hanya gandingan pertahanan tengah sahaja ada perubahan dengan menggandingkan Dion Cools bersama Shahrul Saad.", "Sementara itu, trio pemain tengah pilihannya ialah Natxo Insa sebagai holding midfielder. Manakala, Brendan Gan dan Nazmi Faiz dipilih untuk bermain sebagai pemain No.8 berganda.", "Bagi pemain sayap kanan, Safawi Rasid menjadi pilihannya dan akhir sekali, di posisi penyerang utama, Nidzam memilih Syafiq Ahmad.", "Malaysia XI Pilihan Coach Nidzam:", "Matt Davies (RB) – Shahrul Saad (CB) – Dion Cools (CB) – Corbin-Ong (LB)", "Nazmi Faiz (MF) – Natxo Insa (MF) – Brendan Gan (MF)", "Safawi Rasid (RW) – Syafiq Ahmad (CF) – Arif Aiman (LW)", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Terengganu FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322029/", "headline": "\nPuma & Man City Pamer Trofi EPL Di Sunway Pyramid Sehingga 25 Februari\n", "content": ["Trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dijulang oleh skuad Manchester City (Man City) bimbingan Pep Guardiola pada musim lalu dipamerkan di Football Republic @ Sunway Pyramid Mall bermula hari ini sehingga 25 Februari.", "Justeru, orang ramai khususnya peminat skuad The Cityzen serta kaki bola dijemput untuk menyaksikan dengan dekat serta mengabadikan kenangan menerusi foto dan video bersama trofi berketinggian 1.04 meter (m) serta seberat 15.9 kilogram (kg) terbabit.", "Penganjur turut menyediakan “photobooth” berserta cetakan secara percuma kepada para pengunjung dan peminat yang merakamkan gambar bersama trofi ini.", "Waktu yang dibuka kepada orang ramai melihatnya secara dekat adalah bermula 4 petang hingga 9 malam bagi hari ini. Ianya akan disambung bermula 3 petang hingga 9 malam bagi hari esok.", "Untuk makluman semua, trofi ini dibawa ke Malaysia oleh penaja kit Man City iaitu Puma. Kehadiran trofi ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Trofi Dunia dengan tujuan meraikan para peminatnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323434/", "headline": "\nTerengganu Buat Penyenaraian Akhir Pemain Yang Ingin Dibawa Masuk Pada Julai\n", "content": ["Para peminat naib juara Liga Super dan Piala FA 2022, Terengganu FC boleh menjangkakan sekurang-kurangnya seorang pemain baharu akan menyertai skuad Hitam Putih berkenaan pada jendela perpindahan pertengahan musim nanti.", "Ini selepas pihak kelab sendiri telah mengesahkan sedang membuat penyenaraian akhir pemain yang ingin dibawa masuk pada jendela perpindahan yang dibuka bermula 5 Julai hingga 1 Ogos kelak.", "Bagaimanapun, tiada sebarang bayangan mengenai nama pemain yang ingin dibawa masuk oleh pasukan berpangkalan di pantai timur berkenaan.", "Dalam perkembangan yang sama, Terengganu tampil menafikan bahawa terdapat cadangan daripada pihak mereka sendiri untuk menggantikan ketua jurulatih sedia ada, Tomislav Steinbruckner.", "“Proses untuk mencadang, menukar atau melantik jurulatih yang baharu bukan perkara yang mudah dan perlu dikaji dengan terperinci oleh Jawatankuasa Teknikal Terengganu FC serta ianya perlu mendapatkan persetujuan dari pihak Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB).” ", "“Ianya bukan hanya boleh dicadang dan dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan dari pihak atasan. Jadi berita ini dilihat sedikit sebanyak mengganggu persediaan serta perhubungan dalam kelab ini.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "Sebelum ini, antara nama yang dikaitkan untuk menggantikan jurulatih dari Croatia tersebut ialah Aidil Sharin Sahak merangkap bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322944/", "headline": "\nSukan SEA: Hamidin Tak Anggap Harimau Muda Berada Dalam Kumpulan Maut\n", "content": ["Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin tidak menganggap skuad bola sepak kebangsaan bawah 22 tahun (B-22) berada dalam kumpulan maut pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja.", "Berdasarkan undian pada minggu lalu, skuad negara yang berjulukan Harimau Muda diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan, Vietnam dan pemenang pingat emas sebanyak 16 kali, Thailand serta Singapura dan Laos.", "Sebaliknya, Hamidin yang turut berperanan sebagai Ahli Majlis FIFA berpandangan hasil undian itu sebagai yang terbaik buat skuad bimbingan E. Elavarasan mencapai sasaran yang ditetapkan FAM untuk mara ke perlawanan akhir.", "“Undian Sukan SEA ni ramai orang kata kumpulan maut, sebenarnya tidak,", "“Saya sudah bermesyuarat dengan Elavarasan, ini merupakan undian terbaik, biar kita bertemu pasukan yang kuat dan kita akan mara cepat ke separuh akhir dan akhir,”", "“Saya dah tanamkan pada pemain dan juga Elavarasan, kita jumpa Thailand dan Vietnam awal lagi senang untuk kita buat, kalau ikut taktikal,” katanya semasa ditemui oleh para pengamal media, baru-baru ini.", "Hamidin menambah, situasi ini hampir sama terjadi semasa Datuk Ong Kim Swee menjadi ketua jurulatih Harimau Muda bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2011.", "Pada ketika itu Malaysia diundi bersama tuan rumah, Indonesia serta Thailand, Singapura dan Kemboja turut dianggap sebagai kumpulan maut.", "Bagaimanapun, satu kejutan berhasil dilakar skuad Kim Swee pada ketika dengan muncul juara kumpulan sebelum berhasil merangkul pingat emas dengan menumpaskan skuad Garuda Muda dalam perlawanan akhir.", "Untuk makluman, pingat emas itu juga menjadi yang terakhir dimenangi oleh skuad Harimau Muda dalam temasya Sukan SEA.", "Featured Image:  Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218947/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Empat Beregu Negara Bertemu Sesama Sendiri Di Pusingan 32\n", "content": ["Hasil undian bagi saingan Terbuka Jepun 2022 tidak begitu memihak buat beberapa wakil negara untuk mara lebih jauh dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Berdasarkan keputusan undian yang dikeluarkan sebentar tadi, seramai empat beregu campuran negara akan bertembung sesama sendiri seawal pusingan 32.", "Salah satu daripadanya adalah melibatkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2021, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menentang Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei.", "Yang keduanya adalah melibatkan pasangan yang berada di ranking kesebelas dunia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menentang Chan Peng Son-Cheah Yee See.", "Sementara itu, keputusan undian tersebut turut memperlihatkan beberapa wakil lain negara terpaksa berhadapan dengan pilihan utama kejohanan di peringkat yang sama, Pusingan 32.", "Sebagai contoh, gandingan muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang berada di ranking ke-30 dunia diundi menentang beregu No.1 dunia yang terkenal dengan julukan The Minions, Macus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.", "Selain itu, beregu wanita negara yang merangkul pingat emas Sukan Komanwel 2022, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan perlu melepasi ujian pasangan No.3 dunia dari Korea, Lee So-hee dan Shin Seung-chan.", "Hasil undian melibatkan wakil negara yang lain di Pusingan 32 adalah seperti berikut:", "Untuk makluman semua, saingan ini dijadualkan berlangsung bermula 30 Ogos sehingga 4 September kelak bertempat di Maruzen Intec Arena Osaka.", "Hadiah keseluruhan yang ditawarkan bagi saingan ini berjumlah $750,000 Amerika atau bersamaan sekitar RM3.34 juta."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322967/", "headline": "\nHarimau Malaya Mungkin Beraksi Di Johor & Terengganu Pada Jun\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum memutuskan secara rasmi venue bagi perlawanan melibatkan skuad Harimau Malaya semasa rehat antarabangsa FIFA pada bulan Jun nanti.", "Bagaimanapun, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin mendedahkan perlawanan Harimau Malaya pada waktu itu berkemungkinan besar akan berlangsung di dua venue iaitu di negeri Johor dan Terengganu.\n", "Ini selepas beliau mendapat tawaran daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk mengadakan perlawanan di sana sama seperti bulan Mac lalu selain telah berhubung dengan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.", "“Setakat ini, Tunku Mahkota Johor telah offer (tawarkan) di Johor, saya berkemungkinan nak pergi juga ke Terengganu, saya pun sudah berhubung dengan Menteri Besar,”", "“Ada kemungkinan satu game (perlawanan) di Johor, dan satu di Terengganu, kerana akan datang kita nak pergi ke Sabah dan Penang, kita bagi ruang untuk yang lain pergi (menyaksikan skuad Harimau Malaya),” katanya ketika ditemui para pengamal media, baru-baru ini.", "Untuk makluman semua, pada bulan Jun kelak, Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon akan melayani kunjungan Solomon Islands dan Yaman yang kini menghuni ranking ke-134 dan ke-157 dunia masing-masing.", "Sebagai tambahan, Harimau Malaya terpaksa beraksi di venue selain Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ekoran sedang menjalani proses penukaran rumput kepada jenis zeon zoysia  sama seperti digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Featured Image: Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan, Majlis Sukan Negeri Terengganu"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218460/", "headline": "\nMalaysia Rangkul Kejuaraan B-19 AFF Buat Kali Kedua Di Bumi Indonesia\n", "content": ["Skuad bola sepak negara bawah 19 tahun (B-19) berhasil muncul juara dalam saingan Kejuaraan B-19 AFF buat kali kedua dalam sejarah.", "Kejayaan tersebut dirangkul selepas pasukan negara bimbingan Hassan Sazali Waras berjaya menumpaskan Laos dalam perlawanan akhir yang berlangsung Jumaat lalu di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, Indonesia.", "Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Faiz Amer Runnizar dan Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-14 dan ke-76 masing-masing.", "Final Kejuaraan B-19 AFF 2022 | Jumaat, 15 Julai 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇱🇦 LAOS", "⚽️ Faiz Amer Runnizar 14' Aliff Izwan Yuslan 76'", "Kredit Foto: AFF#FAM #HarimauMalaya #AFFU19 pic.twitter.com/LSq4v9Xmln", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 15, 2022", "Kemenangan dalam perlawanan akhir juga menjadi medan membalas dendam terhadap Laos. Ketika beraksi dalam saingan akhir peringkat Kumpulan B, Malaysia tumpas 0-1 kepada skuad yang sama.", "Secara kebetulan, ketika Malaysia bergelar juara dalam saingan ini buat pertama kali dalam edisi 2018, ianya turut diraih ketika beraksi di bumi Indonesia.", "Dalam perlawanan akhir edisi terbabit, Malaysia merangkul kejuaraan selepas menumpaskan Myanmar dengan keputusan 4-3. Jaringan oleh skuad negara disumbangkan oleh Awang Muhammad Faiz, Shivan Pillay Asokan serta dua jaringan daripada Nik Akif Syahiran.", "Featured Image: AFF / Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214596/", "headline": "\nEmpat Negara ASEAN & Hong Kong Bakal Siar Saingan STL 2021/22\n", "content": ["Saingan sepak takraw tempatan, Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2021/22 akan dapat ditonton oleh peminat sukan berkenaan di Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Hong Kong.", "Menurut laporan portal Stadium Astro, saingan sepak takraw musim baharu ini dapat ditonton oleh peminat di lima negara berkenaan menerusi pelantar OTT global, Eleven Sports melalui perkongsian Astro.", "Menurut Ketua Sukan Astro, Nicholas John, memandangkan STL disiarkan di pentas antarabangsa, saingan musim ini akan turut mendapat ulasan dalam bahasa inggeris serta dalam bahasa Thailand untuk siaran di Thailand.", "Selain daripada disiarkan oleh Eleven Sports, saingan STL ini akan turut disiarkan secara langsung di Amerika Syarikat menerusi saluran All Sports Television Network (ALL SPORTS).", "Manakala untuk peminat di Malaysia, kesemua aksi STL ini dapat disaksikan menerusi saluran Astro Arena (801) dan penstriman secara langsung di aplikasi AstroGo.", "Untuk makluman semua, saingan STL 2021/22 akan bermula pada Jumaat ini, 7hb Januari dengan Perlawanan Sumbangsih.", "Featured Image: Sepak Takraw League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112476/", "headline": "\nRasmi: Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu Sertai Skuad Kebangsaan Hadapi Jordan & Uzbekistan\n", "content": ["Seramai enam pemain baharu dipanggil oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang dijadualkan berlangsung antara 4-12 Oktober nanti.", "Enam pemain tersebut adalah penjaga gol PJ City, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu, Hakimi Abdullah.", "Selain enam muka baharu ini, jurulatih berusia 53 tahun tersebut turut memanggil enam muka lama yang tidak mendapat panggilan ke skuad kebangsaan ketika mengharungi pusingan dua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu.", "Mereka adalah penjaga gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.", "Sementara itu, Cheng Hoe turut mengekalkan 12 pemain daripada skuad kebangsaan yang dipanggil pada Mei dan Jun lalu iaitu ketua pasukan Aidil Zafuan Abd Radzak, penjaga gol Khairulazhan Khalid, Rizal Ghazali, Dominic Tan, Dion Cools, Irfan Zakaria, Syahmi Safari, Nazmi Faiz Mansor, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Luqman Hakim Shamsudin dan Guilherme de Paula.", "Kesemua mereka ini akan melaporkan diri pada 1 Oktober di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Amman, Jordan pada 2 Oktober 2021. ", "Untuk makluman semua, skuad Harimau Malaya dijadualkan beraksi menentang Jordan (ranking ke-93) dan Uzbekistan (ranking ke-84) pada 6 dan 9 Oktober masing-masing sebelum kembali ke tanah air pada 10 Oktober.", "Dijangka Cheng Hoe menggunakan dua perlawanan ini untuk menilai pemain serta sebagai persiapan awal untuk membentuk skuad terbaik bagi mengharungi saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang akan berlangsung dari 5 Disember 2021 – 1 Januari 2022 dan seterusnya Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.", "Berikut adalah senarai penuh 24 pemain yang dipanggil oleh Cheng Hoe tersebut: "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322050/", "headline": "\nTerengganu Gagal Kekang JDT Rangkul Trofi Perlawanan Sumbangsih Kelapan\n", "content": ["Naib juara Piala FA dan Liga Super musim lalu, Terengganu ternyata tidak dapat mengekang gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) daripada merangkul trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Perlawanan Sumbangsih buat kali kelapan dalam sejarah.", "Trofi terbabit menjadi milik JDT yang dibimbing oleh Esteban Solari selepas mereka berhasil mencatatkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.", "🏆 JUARA PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH 🏆", "Johor Darul Ta’zim muncul juara Perlawanan Sumbangsih buat musim keenam berturut-turut dengan menewaskan Terengganu FC 2-0.", "Tahniah diucapkan! 👏#PSHAS2023 #Sumbangsih2023 pic.twitter.com/I4daZOhmVC", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) February 24, 2023", "Dua jaringan skuad Harimau Selatan itu dijelmakan oleh Juan Muniz serta Bergson Da Silva pada minit ke-5 dan ke-57 masing-masing.", "Pada masa yang sama, kemenangan yang dilakar JDT pada malam ini turut memberikan mereka tiga mata pertama dalam saingan Liga Super.", "Untuk makluman semua, kejayaan merangkul trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini hadir buat kali kelapan selepas mereka memenanginya pada tahun 2015, 2016, 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323034/", "headline": "\n10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Siri Antarabangsa Belanda\n", "content": ["Siri Antarabangsa Belanda merupakan salah satu kejohanan Siri Antarabangsa BWF yang telah mula dipertandingkan sejak 2000 anjuran VELO Badminton dan diselia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) serta menjadi sebahagian daripada Sirkit Badminton Eropah.", "Menjelang kejohanan yang berlangsung di Wateringen bakal bermula hari ini, Sukanz hidangkan 10 perkara yang perlu anda ketahui mengenai kejohanan ini merangkumi informasi berkenaan kejohanan termasuk 3 wakil Malaysia yang bakal beraksi untuk tatapan anda:", "Siri Antarabangsa Belanda merupakan salah satu kejohanan bertaraf Tier 2 dalam Gred 3 di bawah seliaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). ", "Siri Antarabangsa Belanda dan Terbuka Belanda berada pada gred yang sama tetapi menawarkan hadiah keseluruhan yang berbeza memandangkan Terbuka Belanda merupakan salah satu kejohanan Cabaran Antarabangsa yang berada pada Tier 1 dalam Gred 3. ", "Seramai 3 wakil Malaysia menyertai kejohanan kali ini dengan pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan manakala dua lagi pemain perseorangan lelaki, Samuel Lee dan Sean Ngu Ze Xi beraksi di peringkat kelayakan.", "Hadiah keseluruhan Siri Antarabangsa Belanda 2023 bernilai AS$10,000 atau €9,345 (bersamaan ±RM44,020), sama seperti edisi yang sebelumnya. ", "Juara kategori perseorangan Siri Antarabangsa Belanda 2023 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai €935 (bersamaan ±RM4,526) manakala juara kategori beregu pula meraih €1,120 (bersamaan ±RM5,422) bagi setiap pasangan.", "Juara setiap kategori Siri Antarabangsa Belanda 2023 akan meraih 2,500 mata manakala naib juara akan mendapat 2,130 mata secara individu bagi pengiraan ranking dunia.", "Sejak penganjuran pertama Siri Antarabangsa Belanda pada tahun 2000, Wateringen telah menjadi lokasi kejohanan yang mana terletaknya gelanggang dan bangunan kelab penganjur, VELO Badminton.", "Anugerah Erik Meijs telah diperkenalkan dalam Siri Antarabangsa Belanda pada tahun 2018 bagi menghargai pemain yang tinggi semangat kesukanannya. Antara yang pernah memenangi anugerah ini ialah Tobias Penty (England), Mathias Thyrri (Denmark), Jenjira Stadelmann (Switzerland).", "Seramai 3 wakil Malaysia pernah memenangi kategori masing-masing sepanjang penganjuran Siri Antarabangsa Belanda iaitu perseorangan lelaki, Cheam June Wei (2018), perseorangan wanita, Myisha Mohd Khairul (2022) dan beregu lelaki, Nelson Heg-Teo Ee Yi (2012). ", "Wakil Denmark paling banyak muncul juara di Siri Antarabangsa Belanda dengan rekod keseluruhan 32 wakil setakat ini – perseorangan lelaki (7), perseorangan wanita (4), beregu wanita (3), beregu campuran (8) dan beregu lelaki (9+1)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110037/", "headline": "\nCEO Perak Sahkan Selangor Berminat Dapatkan Khidmat Shahrul Saad\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak, Rizal Ali Naizali mengesahkan Selangor telah menghubungi pihaknya menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pertahanan, Shahrul Saad.", "Pada masa yang sama, Shahrul atau dikenali sebagai Badak dalam kalangan rakan sepasukan juga dikhabarkan telah meminta pelepasan daripada pasukan Perak.  ", "Ianya dikongsikan sendiri oleh Rizal dalam sebuah laporan media tempatan, pada hari ini.", "“Saya kira Selangor bertindak secara profesional dengan menghubungi Perak FC. Saya ingin tahu apa sebenarnya yang dalam perancangan mereka,” kata Rizal seperti dipetik daripada Harian Metro.", "SAH!Shahrul Saad ke Sri Pahang 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗵𝗮𝗯𝗮𝗿 𝗮𝗻𝗴𝗶𝗻.LINK: https://t.co/wXB3VVh4eP#LigaSuper2021 pic.twitter.com/sFfx67S2yd", "Sebelum ini, Shahrul yang merupakan tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Harimau Malaya kuat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang. ", "Namun begitu, Rizal memaklumkan hanya Red Giants satu-satunya pasukan yang menyatakan minat terhadap Shahrul, walaupun dibuat secara tidak rasmi.", "Sementara itu, dalam laporan yang sama, penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula turut dimaklumkan meminta pelepasan daripada pasukan Perak. ", "Bagaimanapun pasukan manakah yang sedang merisik penyerang kelahiran Brazil tersebut tidak didedahkan dan kekal menjadi satu misteri.", "Susulan dengan pelepasan yang diminta oleh kedua-dua pemain ini, Rizal berkata pihaknya akan berbincang dengan kedua-dua ejen pemain tersebut dalam tempoh terdekat.", "Untuk makluman, jendela perpindahan kedua Liga Malaysia telah dibuka dan akan ditutup pada penghujung bulan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206478/", "headline": "\nBN Mahu Ambil Alih Newcastle United\n", "content": ["Bellagraph Nova Group (BN Group) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Kumpulan BN dilaporkan telah mengadakan perbincangan untuk mengambil alih kelab Liga Pedana Inggeris (EPL), Newcastle United Football Club (NUFC).", "Kumpulan BN, diasaskan oleh pelabur-pelabur Singapura, Evangeline Shen, Nelson Loh dan Terence Loh beribu pejabat di Perancis berkata ketika ini perbincangan berada di peringkat lanjutan. ", "Kumpulan terbabit bersedia untuk ‘menyumbang secara besar-besaran’ untuk pembangunan NUFC.", "“Pengasas Kumpulan BN telah menyediakan Letter of Intent (LOI) dan juga bukti (mempunyai) dana pada 10 ogos,” kata kenyataan rasmi Kumpulan BN.", "���Sebagai tambahan untuk meningkatkan interaksi bersama NUFC dan komunitinya, Kumpulan BN turut mendapatkan sokongan daripada bekas kapten England, Alan Shearer dan bekas pemain Michael Chopra.”", "Kumpulan BN memiliki 31 entiti dan meraih pendapatan sebanyak $12 bilion pada tahun lalu, menurut laman sesawang rasmi kumpulan syarikat tersebut.", "Perbincangan bersama pemilik Newcastle United dan ahli perniagaan, Mike Ashley telah diadakan beberapa hari lalu dan masih diteruskan.", "Sebelum ini, konsortium pelaburan Arab Saudi dilaporkan telah membida sebanyak 300 juta pound bagaimanapun bidaan untuk pengambilalihan tersebut gagal."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219702/", "headline": "\n‘The Flying Sikh’ Kembali Berlumba Di Pentas Antarabangsa – Sertai Danau Toba Rally Indonesia 2022\n", "content": ["Pelumba rali legenda negara, Karamjit Singh atau dikenali dengan julukan The Flying Sikh kembali berlumba di pentas antarabangsa dengan menyertai Danau Toba Rally di Indonesia – sebuah Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).", "Karamjit, 60 tahun, menyertai perlumbaan rali yang bermula dari 23 hingga 25 September dan berlangsung di Aek Nauli, Parapat, Sumatera Utara bersama juru arah, Jagdev Singh menggunakan jentera Proton Gen2.", "A post shared by Karamjit Singh (@karamjitmotorsports)", "Selain Karamjit dan Jagdev, perlumbaan kali ini turut diserikan dengan beberapa peserta luar negara yang lain seperti juruarah, Hugo Magalhaes (Portugal), Rony Maroun (Lubnan) serta Benjamin Richard (Australia).  ", "Menurut makluman penganjur, kejohanan ini telah menerima pendaftaran seramai 62 pelumba sehingga tarikh akhir pendaftaran – 16 September lalu. Ianya melebihi kuota awal yang ditetapkan mereka sebanyak 60 peserta sahaja.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini menjadi perlumbaan kedua yang disertainya selepas kali terakhir berlumba pada tahun 2018. Perlumbaan sulung yang disertainya pada tahun ini adalah Kejohanan Rali Nasional Malaysia (MNRC) 2022 di Maran, Pahang pada penghujung Julai lalu.", "Featured Image: Karamjit Singh Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111259/", "headline": "\nKelantan FC Sedia Ambil Tindakan Ke Atas Penyiar ‘Live Streaming’ Haram\n", "content": ["Pihak Pengurusan Tertinggi TRW Kelantan FC sedia mengambil tindakan yang tegas ke atas penyiar ‘live streaming’ (penstriman langsung) secara haram melibatkan pasukannya di mana-mana platform media sosial pada baki saingan Liga Premier 2021.", "Menyiarkan ‘live streaming’ secara haram ini menyebabkan TRW Kelantan FC kerugian dari segi kutipan jualan tiket pay-per-view yang dilakukan sebelum ini. ", "Menurut Ketua Bahagian Perundangan, Shairuz Sheffie berkata, langkah itu adalah bertepatan dengan mengambil dalam keadaan semasa yang mana pasukan memerlukan kewangan untuk perbelanjaan pasukan.", "“Tiada mana-mana pihak yang dibenarkan untuk membuat ‘live streaming’ secara haram kecuali pihak produksi yang telah dilantik oleh pihak kami,” katanya seperti disiarkan oleh laman sosial rasmi TRW Kelantan FC.", "𝐋𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 ⚽️Promosi 'early bird' tiket perlawanan serendah RM10 telah bermula! Dapatkan tiket 'live stream' anda hari ini https://t.co/cuyxY3jAtR dan anda boleh menonton Live Streaming di https://t.co/mFqRn18Ddv.#TRWKelantanFC #TheRedWarriors pic.twitter.com/hikvLJ7b4f", "Tambahnya lagi, daripada sudut pandang undang-undang, TRW Kelantan FC merupakan pemegang hak milik sah dan eksklusif, atau disebut secara umumnya sebagai proprietory, legal and exclusive rights, berkenaan dengan penyiaran perlawanan melibatkan pasukan TRW Kelantan FC.", "Selain itu, hak penyiaran eksklusif dan hak harta intelek adalah berada di bawah kelolaan dan kepentingan khusus TRW Kelantan FC, melainkan kebenaran bertulis diberikan oleh Pihak Pengurusan yang membenarkan pihak ketiga menyiarkan perlawanan melibatkan pasukan TRW Kelantan FC. ", "Untuk rekod, pihaknya telah berjaya memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut jumlah kerugian yang dialami oleh TRW Kelantan FC unjuran daripada penyalahgunaan hak dan kepentingan harta intelek dan hak penyiaran TRW Kelantan FC tanpa kebenaran bertulis terhadap individu yang menyiarkan perlawanan melibatkan pasukan Kelantan secara haram dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214899/", "headline": "\nMufti WP: Boleh Sokong Kelab Bola Iktiraf LGBT, Pakai Simbol Pelangi Adalah Dilarang\n", "content": ["Mufti Wilayah Persekutuan (WP) menyatakan TIDAK MENJADI KESALAHAN buat umat Islam untuk menyokong atau meminati kelab-kelab bola sepak yang menyatakan solidariti atau berkempen ke arah normalisasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).", "Menurut Irsyad Al-Fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ianya tidak menjadi kesalahan jika menyokong kelab-kelab tersebut sekadar hiburan atas dasar mereka sebagai kelab bola sepak.", "Tambahan pula, sikap kelab-kelab tersebut berkenaan isu LGBT atau hal-hal yang lain berada di luar bidang kuasa para penyokong. Justeru, minat kepada kelab-kelab tersebut tidak termasuk dalam kerjasama atau tolong-menolong ke arah kemaksiatan seperti yang dilarang oleh agama Islam.", "IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-660: HUKUM MENYOKONG KELAB BOLA SEPAK YANG MENGIKTIRAF LGBT https://t.co/KaTDfr6FE7 pic.twitter.com/Mb5Ev0br5n", "Bagaimanapun, Mufti WP menitipkan pesanan, dalam memberikan sokongan kelab bola sepak yang diminati, hati mestilah disertai dengan rasa tidak redha dengan kempen mempromosi LGBT yang dijalankan itu.", "Oleh demikian, umat Islam DILARANG untuk memakai jersi yang mempunyai simbol sokongan terhadap gerakan LGBT seperti simbol pelangi pada lengan jersi, dan dilarang juga untuk mengongsikan hantaran-hantaran di media sosial yang mempromosi amalan LGBT, kerana ia juga termasuk dalam kategori berkempen ke arah kemaksiatan.", "Untuk makluman semua, Pejabat Mufti WP mengeluarkan Irsyad Al-Fatwa berkenaan hal ini menjawab pertanyaan mengenai hukum menyokong kelab-kelab bola sepak antarabangsa yang mengiktiraf LGBT serta adakah ianya dikira mengiktiraf LGBT secara tidak langsung."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111020/", "headline": "\nSukan SEA Vietnam Ditunda Ke Tahun 2022 Ekoran Situasi Semasa Pandemik\n", "content": ["Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan temasya sukan dwitahunan asia tenggara, Sukan SEA Ke-31 yang bakal dilangsungkan di Hanoi, Vietnam ditunda penganjurannya ke tahun hadapan.", "Keputusan tersebut dicapai selepas Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) bermesyuarat pada hari ini dan dimaklumkan oleh MOM menerusi laman sosialnya, sebentar tadi.", "“SEAGF yang telah bermesyuarat pada hari ini bersetuju untuk menunda penganjuran Sukan SEA Ke-31 2021 ke tahun 2022.”", "“Sebelum ini, Sukan SEA Ke-31 telah dijadualkan dari 12 November – 2 Disember 2021.”", "“Anggota SEAGF menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Olimpik Vietnam (VOC) tetapi memandang serius situasi semasa pandemik Covid-19 di rantau asia tenggara.” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh MOM.", "Untuk makluman, tarikh baharu bagi temasya tersebut akan diberitahu oleh Majlis SEAGF kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321493/", "headline": "\nPiala AFF: Theerathon Bawa Pulang $10,000 Hasil Rangkul Anugerah MVP\n", "content": ["Bek kiri skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan membawa pulang wang tunai berjumlah 10,000 Amerika Dolar atau melebihi RM43,000 selepas menamatkan kempen Piala AFF 2022.", "Pemain yang bakal menjengah usia 33 tahun pada Mac kelak menerima wang tersebut hasil daripada meraih Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada kejohanan kali ini.", "🎖️ Your 𝗠𝗶𝘁𝘀𝘂𝗯𝗶𝘀𝗵𝗶 𝗘𝗹𝗲𝗰𝘁𝗿𝗶𝗰 𝗠𝗩𝗣 is:", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 16, 2023", "Berdasarkan statistik, Theerathon menjadi pilihan tepat untuk merangkul untuk anugerah ini dengan menerajui aspek bantuan gol (assist) dan peluang yang dicipta (chances created).", "Kedua-dua aspek tersebut diterajui oleh pemain Buriram United itu dengan rekod 8 bantuan gol dan 30 peluang yang dicipta masing-masing.", "Sebagai rekod, Theerathon menjadi pemain Thailand yang keempat meraih Anugerah MVP selepas Kiatisuk Senamuang (2000), Therdsak Chaiman (2002) dan Chanatip Songkrasin (2014, 2016 dan 2020)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113729/", "headline": "\nSyarikat Pemaju Hartanah Mahu Beri RM1 Juta Kepada Pemenang Emas Olimpik 2024\n", "content": ["Syarikat pemaju dan pelaburan hartanah, BT Bina Group mahu memberikan wang tunai sebanyak RM1 juta kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 kelak.", "Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri David Tan berkata ganjaran tersebut sebagai sebagai pembakar semangat buat atlet-atlet negara yang akan bersaing di temasya tersebut 3 tahun lagi.", "“Saya dan semua rakyat Malaysia masih menanti pingat emas Olimpik pertama negara. Oleh itu, saya bersedia untuk memberi wang tunai berjumlah RM1 juta kepada pemenang pingat emas di Olimpik Paris 2024.", "“Dengan ganjaran ini, saya harap ia mampu menyemarakkan lagi semangat atlet-atlet negara memburu pingat di Olimpik Paris nanti.", "“Usaha itu perlu bermula dari sekarang. Saya percaya peluang untuk atlet negara meraih emas di Paris 2024 ada, tetapi paling penting mereka perlu sangat berdisiplin dan berusaha keras, selain mendapat lebih banyak pendedahan di kejohanan antarabangsa,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Selain daripada tawaran daripada syarikat ini, pemenang pingat emas di temasya Sukan Olimpik turut dijanjikan wang tunai berjumlah RM1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).", "Ini menjadikan mana-mana atlet yang membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 kelak akan menerima wang tunai sekurang-kurangnya RM2 juta.", "Bulan Oktober lalu, BT Bina Group turut memberikan ganjaran kepada pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou yang memenangi acara badminton perseorangan lelaki kategori SU5.", "Liek Hou dan jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek diberikan sebuah kondominium berharga RM800,000 setiap seorang yang bertempat di Grand Maris Suites, Bangsar."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218464/", "headline": "\nAFC Sahkan Indonesia, Korea, Australia & Qatar Minat Jadi Hos Piala Asia 2023\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan sebanyak empat negara berminat untuk menggantikan China bagi menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia 2023.", "Perkara ini disahkan selepas badan induk berkenaan mengumumkan menerima Pelawaan Tunjuk Minat (EoI) daripada empat buah negara iaitu Indonesia, Korea, Australia dan Qatar.", "Baca: China Tak Dapat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023 Ekoran Covid-19", "4️⃣ Member Associations express interest in hosting #AsianCup2023!", "🇦🇺 Australia🇮🇩 Indonesia🇰🇷 Korea Republic🇶🇦 Qatarhttps://t.co/imZzplPCgW", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) July 18, 2022", "Baca: Harimau Malaya Mara Ke Saingan Piala Asia Secara Merit Selepas 42 Tahun", "Perkara tersebut dikongsikan oleh AFC menerusi satu kenyataan di laman sesawang dan pelbagai platform media sosial rasminya, pada hari ini.", "Selepas daripada ini, keempat-empat negara yang telah menghantar EoI ini telah menerima syarat-syarat bidaan oleh AFC, semalam. Seterusnya, meraka akan menghantar dokumen bidaan kepada AFC yang mana tarikh akhirnya ditetapkan pada 31 Ogos 2022.", "Kemudiannya, pihak AFC akan membuat penilaian terhadap bidaan terbabit untuk memilih negara yang akan menjadi hos. Pada masa yang sama, AFC memaklumkan akan mengumumkan hos baharu itu pada 17 Oktober kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111977/", "headline": "\nNo.10 Barcelona Kini Diwarisi Oleh Penyerang Muda, Ansu Fati\n", "content": ["Pemergian penyerang profilik FC Barcelona, Lionel Messi ke Paris Saint-Germain (PSG) mencetuskan tanda tanya, siapakah yang akan mewarisi jersi bernombor 10 yang digunakannya sejak musim 2008/09?", "Baca: Nombor Yang Pernah Digunakan Messi Bersama Barcelona & Argentina Selain No.10", "Jersi No.10 yang cukup ikonik ini bukan sahaja digunakan oleh Messi atau nama julukannya, La Pulga malah turut disarung oleh penyerang terkenal seperti Ronaldinho, Rivaldo, Romario, Hristo Stoichkov dan Diego Maradona suatu masa dahulu.", "Sebelum ini, menerusi satu kenyataan kepada media, Ronaldinho menyuarakan pendapatnya agar jersi No.10 tersebut ‘dipencenkan’ daripada digunakan oleh mana-mana pemain sekiranya Messi meninggalkan skuad Blaugrana tersebut.", "All Barça’s number 🔟 since the 1999/00 season pic.twitter.com/ybLJmjPmf2", "Bagaimanapun, menerusi satu makluman rasmi, kelab yang berpangkalan di wilayah Catalan itu mengumumkan bahawa jersi No.10 tersebut akan digunakan oleh penyerang muda Sepanyol yang berusia 18 tahun, Ansu Fati bermula musim ini.", "Pemain yang dilahirkan di Guinea Bissau ini melakukan debut dalam saingan La Liga bersama skuad senior Barcelona ketika berusia 16 tahun dan 298 hari – kedua termuda dalam sejarah La Liga.", "Ketika ini, dia memegang rekod sebagai pemain termuda yang menjaringkan gol dalam sejarah saingan La Liga. Gol tersebut dijaringkan ketika menentang Osasuna pada usia 16 tahun 304 hari.", "Bukan sahaja memecahkan rekod dalam saingan domestik, Ansu turut memegang rekod sebagai penjaring termuda dalam kancah Liga Juara-Juara UEFA apabila menjaringkan gol kemenangan buat Barcelona ketika menentang Inter Milan di San Siro pada usia 17 tahun 40 hari.", "Sebagai rekod, Ansu Fati bermula dengan menggunakan No.31 (2019/20) sebelum menyarung jersi No.22 (2020/21). Musim lalu, dia sekali lagi menukar nombor jersinya dengan menggunakan No.17 sebelum diberikan No.10 pada musim ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111429/", "headline": "\nOlimpik 2020: Dhabitah Sabri Mara Ke Separuh Akhir Terjun Papan Anjal\n", "content": ["Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir dalam acara terjun 3 meter papan anjal individu dalam temasya Sukan Olimpik 2020.", "Dhabitah meloloskan diri selepas beraksi cemerlang dengan mengumpul 291.60 mata daripada 5 terjunan secara keseluruhan pada pusingan kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.", "Terjun – 3 Meter Papan Anjal Wanita – Pusingan PertamaKedudukan akhir:10. 🇲🇾 Nur Dhabitah Sabri (291.60)20. 🇲🇾 Ng Yan Yee (251.95)*hanya 18 teratas layak ke Separuh Akhir.Syabas buat Dhabitah. Cuba lagi buat Yan Yee.#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/Ud8iNvG37W", "Jumlah kutipan mata tersebut membolehkan Dhabitah meletakkan dirinya di kedudukan ke-10 daripada 27 penerjun. ", "Untuk pengetahuan semua, hanya 18 penerjun terbaik di peringkat kelayakan ini sahaja akan mara ke saingan separuh akhir.", "Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee, 28 tahun, gagal mara ke peringkat seterusnya setelah mengutip 251.95 mata dan menduduki tempat ke-20 daripada 27 penerjun.", "Bagaimanapun, penerjun di tempat ke-19 dan ke-20 akan diletakkan dalam senarai ‘reserved spot’ untuk beraksi di peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman, aksi separuh akhir acara terjun 3 meter papan anjal akan berlangsung pada 31 Julai (Sabtu) bermula pada jam 2 petang waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217884/", "headline": "\nBekas Penjaring Terbanyak Liga Singapura, Stipe Plazibat Sedang Diuji Perak FC\n", "content": ["Pasukan yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi XOX, Perak FC memaklumkan sedang menguji 3 pemain import bagi memperkuatkan pasukan dalam usahanya untuk keluar daripada zon penyingkiran Liga Premier.", "Salah seorang daripada pemain yang diuji itu adalah bekas penjaring terbanyak Liga Singapura bersama Lion City Sailors FC iaitu Stipe Plazibat yang berusia 32 tahun. Pemain ini menjadi penjaring terbanyak saingan bola negara seberang tambak dengan rekod 14 gol pada tahun 2020.", "Tahun berikutnya, penyerang dari Republik Croatia mengekalkan konsistensinya menjaringkan 14 gol namun dia gelaran penjaring terbanyak itu terlucut dan dimenangi penyerang Hougang United dari Jepun dengan rekod 19 gol.", "3 Pemain Import Baharu Bakal Perkuatkan Perak FC ", "— Perak Football Club (@perakfcofficial) June 14, 2022", "Sementara itu, dua lagi pemain yang sedang diuji oleh skuad bergelar The Bos Gaurus ini adalah pemain tengah dari Argentina, Luciano Guaycochea dan pemain tengah bertahan dari Nigeria, Sunday Kolawole Afolabi.", "Dimaklumkan, Stipe, Luciano dan Sunday akan beraksi bersama Perak dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan dari Republik Korea, Christian Seoul University di Stadium Perak pada jam 9 malam, Ahad nanti.", "Bagaimanapun, kemasukan pemain-pemain ini bersama Perak bergantung kepada kelulusan pemeriksaan kesihatan dan penilaian oleh barisan kejurulatihan.", "Untuk makluman, ketika ini, Perak sedang berada di dasar saingan Liga Premier dengan pungutan -3 mata hasil daripada 9 perlawanan.", "Featured Image: Lion City Sailors FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219581/", "headline": "\nJaringan Penyerang Berumur 19 Tahun, Haqimi Dapat Pujian Bojan Hodak\n", "content": ["Ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak memuji penyerang muda, Muhammad Haqimi Azim Rosli yang tidak mensia-siakan peluang diberi untuk membantu pasukan meraih kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super, semalam.", "Meskipun perlawanan itu agak mencabar dengan keadaan padang yang basah, namun barisan pemain tetap mencari peluang untuk menjaringkan gol sehingga Haqimi yang berusia 19 tahun berjaya memecah kebuntuan pada minit 31’.", "“Sangat penting untuk kita menang perlawanan ini walaupun agak penat sedikit bermain dengan keadaan padang yang basah.", "“Separuh masa kedua mereka bermain dengan lebih baik dan saya gembira dengan pasukan terutamanya Haqimi kerana ini kali kedua dia bermain dan benar-benar menggunakan peluang ini sebaiknya.", "📹 HIGHLIGHTS: @OfficialPahang 0-2 @KLCityFootball", "Jaringan oleh Haqimi Azim Rosli dan Zhafri Yahya membolehkan KL City FC meraih kemenangan di Stadium Darul Makmur.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/DRWRLQKlpx", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 11, 2022", "“Kami meminta dia untuk menggunakan kelajuan yang dia ada dan dia sebenarnya nak menjaringkan lagi gol untuk pasukan.", "“Ini penting untuknya bina keyakinan dan meningkatkan lagi kualiti permainan,” jelasnya.", "Bagi Hodak, Haqimi membuktikan kemampuannya apabila peluang diberi untuk membarisi kesebelasan utama dan berharap dia mampu untuk meneruskan momentum pada aksi-aksi akan datang.", "Selepas jaringan oleh Haqimi, KL City berhasil menambah satu lagi jaringan menerusi Zhafri Yahya pada minit 72’ dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur itu.", "Kemenangan ini membolehkan KL City memintas Kedah Darul Aman FC (Kedah) menduduki tangga kelima Liga Super selepas mengharungi 17 perlawanan.", "📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS18#LigaSuper2022 pic.twitter.com/VKIRGOXOiT", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 11, 2022", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113479/", "headline": "\nKuala Lumpur Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia Selepas 29 Tahun\n", "content": ["Setelah 29 tahun tidak melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia, Kuala Lumpur City (KL City) menamatkan penantian tersebut pada musim ini apabila meraih kemenangan tipis 1-0 mengatasi Penang 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.", "Untuk makluman semua, kali terakhir skuad berpangkalan di ibu kota ini mara ke peringkat suku akhir kejohanan tertua di asia ini adalah pada tahun 1992. ", "Ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak, menzahirkan rasa gembira di sebalik kejayaan itu sambil mengharapkan pencapaian berkenaan itu mampu menjadi motivasi tambahan buat pemain-pemain.", "“Sememangnya satu perasaan yang istimewa berjaya membawa KL City ke suku akhir kerana kita tidak pernah mara sejak dari tahun 1992 bagi mencapai peringkat ini.", "“Ini sememangnya satu perkara yang positif buat pasukan bagi saingan Piala Malaysia namun saya jangkakan persaingan semakin mencabar bagi peringkat seterusnya.", "“Sebelum kejohanan bermula, sememangnya tiada tekanan kepada kami kerana sasaran awal ialah untuk kekal di Liga Super dan kami berjaya melakukannya apabila berada di kedudukan keenam terbaik.", "“Kami berharap dapat lakukan sesuatu yang bermakna  di suku akhir namun masih ada lagi satu perlawanan untuk dihabiskan iaitu bertemu Sri Pahang, pada aksi terakhir perlawanan di peringkat kumpulan,” katanya.", "KL City yang mendahului carta Kumpulan A dengan pungutan 11 mata, berjaya mengatasi Penang hasil jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-38 menerusi sepakan penalti.", "Malahan, KL City buat masa ini muncul pasukan tunggal yang tidak pernah dikalahkan di laman sendiri sepanjang musim dengan 14 perlawanan tanpa tewas.", "Sebagai rekod, KL City yang sebelum ini dikenali sebagai Kuala Lumpur pernah muncul juara tiga kali berturut-turut Piala Malaysia pada tahun 1987,1988 dan 1989.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217609/", "headline": "\nPemain Skuad Selangor B-21, Husni Idrus Meninggal Dunia \n", "content": ["Pemain skuad Piala Presiden Selangor FC, Muhammad Husni Idrus dimaklumkan meninggal dunia, semalam.", "Perkembangan tersebut disampaikan oleh kelabnya menerusi hantaran di pelbagai platform media sosial rasmi, tengah malam tadi. ", "Dengan penuh dukacita kami memaklumkan pemergian Muhammad Husni Bin Idrus, pemain Skuad Piala Presiden Selangor FC 2022 yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi (25 Mei 2022).", "— Selangor FC (@selangorfc) May 25, 2022", "Sebelum itu, pemain berusia 21 tahun ini sempat turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim III (JDT III) dalam saingan Piala Presiden, petang semalam.", "Bagaimanapun, punca kematian pemain ini masih belum diketahui."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113810/", "headline": "\nPerseorangan Lelaki, Wanita & Beregu Lelaki Juarai Kejohanan Remaja Czech 2021\n", "content": ["Pemain perseorangan lelaki, wanita dan pasangan beregu lelaki remaja negara menampilkan aksi yang cemerlang sekaligus berhasil menjuarai kategori masing-masing dalam Kejohanan Remaja Czech 2021, semalam.", "Pertamanya, Eogene Ewe yang berusia 16 tahun muncul juara kategori perseorangan lelaki selepas menewaskan rakan senegara, Lee Jan Jireh secara ‘straight set’ 21-11 dan 21-19.", "Sementara itu, Ong Xin Yee yang berusia 15 tahun pula menjuarai kategori perseorangan wanita dengan seorang lagi pemain remaja wanita negara yang seusia dengannya iaitu Siti Zulaikha juga menerusi ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-8.", "Manakala beregu remaja lelaki, Choi Jian Sheng dan Bryan Goonting pula merangkul kejuaraan dengan menewaskan beregu England, Nadeem Dalvi dan Samuel Jones juga menerusi ‘straight set’ 21-16 dan 21-17.", "Untuk makluman semua, selepas ini, barisan pemain remaja Malaysia akan menyertai Kejohanan Remaja Slovak 2021 yang akan bermula bermula 26 hingga 28 November kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217294/", "headline": "\nMan City Abadikan Tugu Legenda Aguero Sempena Ulang Tahun Sedekad Menjulang Trofi EPL\n", "content": ["Manchester City (Man City) mengabadikan tugu penyerang legendanya, Sergio Aguero bersempena dengan ulang tahun ke-10 mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat julung kalinya, pada hari ini.", "Rekaan tugu itu mengambil inspirasi daripada larian Aguero ketika meraikan jaringan kemenangan semasa menentang Queens Park Rangers (QPR) pada minit 93:20 di Stadium Etihad pada perlawanan terakhir liga musim 2011/12.", "Jaringan lewat itu membolehkan Man City mengatasi QPR dengan keputusan 3-2 sekaligus memintas rival setempat, Manchester United di saat-saat akhir untuk merangkul kejuaraan EPL buat pertama kali dalam sejarah.", "We are delighted to unveil a permanent statue of Club legend @aguerosergiokun at the Etihad Stadium on the tenth anniversary of 93:20! 💙#ManCity pic.twitter.com/NUoyPyAMBm", "— Manchester City (@ManCity) May 13, 2022", "Tugu Aguero ini dibina menggunakan ribuan kepingan besi galvani yang dikimpal bersama. Ianya direka oleh Andy Scott dan diletakkan di bahagian timur Stadium Etihad bersama-sama tugu Vincent Kompany dan David Silva.", "Pada waktu malam, tugu ini akan dinyalakan dengan lampu berwarna biru cair yang menjadi warna tradisi skuad The Cityzen. ", "Menurut kenyataan rasmi oleh Man City, tugu ini dibina khusus untuk meraikan sumbangan luar biasa penyerang kelahiran Argentina kepada kelab serta momen luar biasa untuk diingati oleh para penyokong Man City seluruh dunia.", "Untuk makluman semua, sepanjang menyarung jersi Man City, Aguero telah membuat 390 penampilan, menjaringkan 260 gol serta mencipta 73 “assist”. Kesemua rekod itu membantu Man City memenangi lima trofi EPL, enam trofi Piala Liga, satu trofi Piala FA, serta dua trofi Piala Komuniti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218169/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Bertembung ‘The Daddies’ Di Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menepati ramalan mara ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Pasangan yang berada di ranking keenam dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menundukkan beregu dari negara seberang tambak yang berada di tangga ke-50 dunia, Terry Hee Yong Kai dan Loh Kean Hean di Pusingan 16, sebentar tadi.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅16 13 🇸🇬Yong Kai Terry HEE 🇸🇬Kean Hean LOH", "🕗 in 31 minutes https://t.co/0aXkxxgJBc", "— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022", "Sambil disaksikan majoriti penyokong sendiri di Axiata Arena, Aaron-Wooi Yik berhasil menundukkan beregu terbabit secara “straight set” dengan pungutan mata 21-16 dan 21-13 dalam tempoh 31 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1.", "Sementara itu, lawannya di peringkat suku akhir sudah diketahui iaitu beregu berpengalaman dari Indonesia yang terkenal dengan julukan “The Daddies” iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.", "Beregu yang menghuni ranking ketiga dunia pada ketika ini mengesahkan kemaraan ke suku akhir setelah menumpaskan beregu dari negara tembok besar iaitu He Ji Ting dan Zhou Hao Dong di Pusingan 16, petang tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208909/", "headline": "\nDaripada Pemain Menjadi Pengulas, Ini Kisah Permulaan Azwa (Bahagian 3)\n", "content": ["Nota: Ini merupakan sambungan daripada kisah melibatkan bekas pemain bola sepask UITM FC, Wan Khairil Azwa. Untuk baca kisah sebelumnya sila klik, Bahagian 1 dan Bahagian 2.", "Setelah berlalunya karier sebagai pemain bola sepak profesional dan mendapat kerja tetap sebagai eksekutif sukan bersama sebuah agensi kerajaan, Wan Khairil Azwa mula berkecimpung dalam bidang pengulasan sukan.", "Sepertimana sukarnya untuk menjadi pemain bola sepak profesional, begitulah juga sukarnya untuk menceburi bidang pengulasan sukan. ", "Bagaimanapun, apa yang positifnya dapat kita ikuti mengenai bekas pemain ini adalah setiap peluang yang datang bergolek, jangan disia-siakan begitu sahaja.", "Menceritakan kepada Sukanz, ianya bermula pada tahun 2018. Ketika itu, dia dipelawa untuk mengulas oleh seorang pemilik sebuah syarikat produksi yang dikenali sebagai Nazry yang memiliki Blue Black Arena.", "Kebetulan Nazry mengenalinya sebagai seorang bekas pemain bola sepak profesional. Pada pandangan Nazy, bekas pemain yang beraksi dalam saingan Liga Premier Malaysia seperti Azwa sudah pasti memiliki asas pengetahuan tentang taktikal serta corak permainan di atas padang. ", "Di atas faktor itulah Nazry mempelawanya untuk mengulas perlawanan-perlawanan liga sosial. ", "Bagai pucuk dicita ulam mendatang, pelawaan itu sangat bermakna buat Azwa memandangkan dia sendiri mempunyai minat untuk berkecimpung dalam bidang pengulasan sukan sejak dari kecil lagi.", "Walaupun tidak mempunyai pengalaman, pelawaan itu diambil serius oleh Azwa dan dijadikan platform untuk belajar sambil memberi peluang kepada dirinya berkecimpung dalam satu bidang yang sememangnya baharu dalam lembaran hidupnya.", "“Awalnya, dia (Nazry) pun tak tahu aku boleh mengulas atau tidak. Dia (sendiri) tidak menyedari bahawa aku sendiri mempunyai minat terhadap pengulasan.” ", "“Mengulas ni kalau ikutkan daripada usia kanak-kanak lagi aku sudah mula mengajuk cara orang mengulas contohnya macam Hasbullah Awang, Shaukei Kahar, Jasni Shafie.”", "“Biasanya selepas tamat perlawanan, aku ulang balik pengulasan mereka.”", "“Sebelum aku dapat peluang ini, aku kerap memuat naik IG Story aku sedang mengulas secara suka-suka. Bukan sahaja dalam sukan bola sepak, aku ulas hampir semua sukan seperti permotoran, hoki, badminton dan lain-lain.” kongsinya.", "Bermula daripada pelawaan tersebut, Azwa mula mendapat peluang untuk mengulas perlawanan liga sosial di sekitar Lembah Klang sehingga ke saingan Selangor Champions League (SCL). ", "Bekas pemain yang beraksi di posisi penyerang ini semakin menunjukkan peningkatan dalam bidang pengulasan sehingga ditawarkan untuk menjadi salah seorang pengulas bagi saingan amatur iaitu Liga M3 sepanjang musim 2019.", "Azwa melukan tugasnya dengan baik dan dia kekal sebagai salah seorang pengulas untuk saingan Liga M3 bagi musim 2020. Dukacitanya, saingan tersebut tidak dapat dijalankan pada tahun setelah pihak Amateur Football League (AFL) membatalkannya ekoran pandemik covid-19 yang merebak di eluruh Malaysia.", "Bagaimanapun, satu perkara yang tidak disangka-sangka berlaku pada tahun yang penuh kesukaran ini. ", "Disifatkannya menjadi satu ‘batu loncatan’ paling besar sejak berkecimpung dalam bidang pengulasan sukan apabila dipanggil oleh stesen televisyen iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menjadi pengulas kejohanan hoki berprestij negara iaitu Piala Tun Abdul Razak 2020.", "Kejohanan itu menyaksikan Perak berjaya merangkul kejuaraan edisi ke-58 apabila berjaya menumpaskan Terengganu pada perlawanan akhir dengan jaringan 4-2 bagi kategori lelaki. Untuk kategori wanita pula, ianya dimenangi oleh pasukan Pahang setelah menumbangkan juara bertahan, Selangor dengan keputusan akhir 2-1.", "Setelah tamatnya tugasan mengulas kejohanan hoki Piala Tun Abdul Razak tersebut, ia menjadi detik paling menggembirakan hidupnya setakat ini. Ini membuatkan Azwa semakin berkeyakinan tinggi untuk pergi ke peringkat seterusnya dalam bidang pengulasan sukan tanah air.", "Dan antara cita-citanya untuk karier pengulasan sukan adalah menembusi kalangan ‘otai’ bidang ini dan memasang impian untuk mengulas pasukan kesayangan iaitu skuad kebangsaan, Harimau Malaya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220901/", "headline": "\nGiroud Atasi Henry Muncul Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Perancis\n", "content": ["Penyerang AC Milan, Olivier Giroud kini dinobatkan sebagai penjaring terbanyak skuad kebangsaan Perancis sepanjang zaman.", "Gelaran itu menjadi milik pemain berusia 36 tahun ini selepas menjaringkan gol ketika bertemu Poland dalam aksi Pusingan 16 saingan Piala Dunia 2022 Qatar yang berlangsung di Stadium Al Thumama.", "Gol itu hadir pada minit 44’ selepas menerima hantaran daripada Kylian Mbappe sebelum menyudahkannya dengan mengatasi penjaga gawang Poland, Wojciech Szczesny.", "𝘈𝘭𝘭 𝘩𝘢𝘪𝘭 𝘵𝘩𝘦 𝘬𝘪𝘯𝘨! 👑", "Les Bleus take the lead in the 44th minute!! 😍", "Thanks to that strike, @OlivierGiroud becomes France's 𝘼𝙇𝙇-𝙏𝙄𝙈𝙀 𝙇𝙀𝘼𝘿𝙄𝙉𝙂 𝙎𝘾𝙊𝙍𝙀𝙍 with 5️⃣2️⃣ goals 🇫🇷", "🇫🇷1-0🇵🇱 #FRAPOL | #FiersdetreBleus pic.twitter.com/7Cfde6zLYF", "— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) December 4, 2022", "Gol terbabit menjadikan Giroud mengumpul 52 jaringan secara keseluruhan bersama skuad berjulukan Les Bleus ini. ", "Jumlah itu sekaligus mengangkat nama Giroud mengatasi Thierry Henry yang mempunyai 51 jaringan sepanjang menyarung jersi Perancis dari tahun 1997 hingga 2010.", "Sebelum ini, Giroud berhasil menyamai rekod jaringan Henry apabila menjaringkan dua gol ketika bertemu Australia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.  ", "Sebagai rekod, Giroud tampil buat pertama kali bersama skuad senior kebangsaan Perancis pada tahun 2011 ketika berusia 25 tahun. Setakat ini, Giroud telah mencatatkan 116 penampilan bersama Perancis.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324615/", "headline": "\nPertahanan Import Yang Dilepaskan Kelantan Sertai Barito Putera\n", "content": ["Selepas hampir dua bulan tanpa sebarang kelab selepas dilepaskan oleh Kelantan FC, pertahanan kacukan Sepanyol-Filipina, Carli de Murga meneruskan karier bola sepaknya bersama Barito Putera – kelab yang beraksi dalam kancah Liga 1 Indonesia.", "Skuad berjulukan Laskar Antasari mengumumkan penyertaan pemain berusia 34 tahun terbabit secara rasmi menerusi video dan beberapa muat naik di platform laman sosialnya, sekitar tengah malam tadi.", "A post shared by PS.BARITO PUTERA (@psbaritoputeraofficial)", "Difahamkan, Carli menjadi pemain import kelima buat Barito Putera yang menamatkan saingan Liga 1 musim lalu di tangga ke-15.", "Selain itu, Carli yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC dari tahun 2021 hingga 2022 menjadi pemain Filipina kedua dimiliki Barito Putera selepas Mike Ott – adik kepada Manny Ott yang bermain bersama Kedah Darul Aman FC pada ketika ini.", "Carli yang menyertai skuad The Red Warriors (TRW) sebelum bermulanya saingan Liga Super 2023 sempat membuat enam penampilan sebelum mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak bersama Kelantan yang dimiliki oleh ahli perniagaan, Norizam Tukiman.", "A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)", "Featured Image: Barito Putera & Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217736/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Itali: 4 Perseorangan Lelaki BAM Kandas Di Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Saingan Cabaran Antarabangsa (International Challenge) Itali 2022 menyaksikan empat perseorangan lelaki yang bernaung di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kandas di pusingan kelayakan.", "Penyingkiran pemain-pemain tersebut daripada kejohanan ini bermula dengan Jacky Kok Jing Hong tumpas kepada pemain Perancis, Yanis Gaudin dengan keputusan 13-21, 21-19 dan 21-17 seawal Pusingan 1 peringkat kelayakan.", "Ianya diikuti oleh “quarter-finalist” temasya Sukan SEA 2021, Lee Shun Yang disingkirkan oleh pemain Taiwan, Chi Yu Jen secara “straight set” dengan skor 13-21 dan 14-21 di Pusingan 2 peringkat kelayakan.", "Di pusingan yang sama itu juga, Ong Ken Yon turut sama ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Indonesia, Christian Adinata apabila tumpas dengan skor 13-21, 21-18 dan 10-21.", "Akhir sekali, Leong Jun Hao merangkap ahli skuad Piala Thomas 2022 negara turut sama menjejaki langkah empat pemain di atas apabila tewas kepada pemain Taiwan yang menyingkirkan Shun Yang sebelum itu. Jun Hao tewas kepada pemain secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 17-21.", "Untuk makluman, hanya pemain perseorangan bebas (independent), Yeoh Seng Zoe sahaja menjadi satu-satunya pemain negara yang berhasil melepasi pusingan kelayakan sekaligus melangkah ke “main draw” kategori perseorangan lelaki dalam saingan ini.", "Seng Zoe menyertai dua lagi pemain negara, Aidil Sholeh (pemain naungan BAM) dan Cheam June Wei (pemain bebas) beraksi di Pusingan 32 kategori lelaki bagi merebut kejuaraan Cabaran Antarabangsa Itali ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323071/", "headline": "\nSukan SEA: PSM Senarai 3 Pemenang Emas Sukan Asia Dalam Skuad Kebangsaan\n", "content": ["Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menyenaraikan 29 atlet yang mewakili acara sepak takraw dan chinlone ke Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti. Pengumuman ini hadir selepas 4 hari berlangsungnya perlawanan ujian di Stadium Tertutup Titiwangsa.", "Pemenang pingat emas acara regu Sukan Asia 2018, Syahir Rosdi, Zulkifli Razak dan Azlan Alias antara yang disenaraikan mewakili Malaysia bagi acara sepak takraw lelaki.", "Turut tersenarai adalah pemenang pingat emas acara regu Sukan SEA 2015 & 2017, Khairol Zaman serta pemain terbaik Piala Juara STL, Amirul Zazwan (2020) dan Noraizat Nordin (2019).", "Bagi melengkapkan senarai, enam lagi pemain yang turut dipilih ialah Haziq Hairul, Meor Zulfikar, Afifuddin Razali, Hafizul Hayazi, Norfaizzul Razak dan Aidil Aiman Zawawi yang aktif beraksi dalam saingan Sepak Takraw League (STL).", "Sementara itu, 9 atlet yang mewakili skuad wanita bagi acara sepak takraw ialah Siti Norzubaidah, Nur Natasha Amyra, Nur Syafiqah Jafri, Nur Fatihah Sharudin, Madziatul Rosmahani, Nur AthirahRoslan, Razmah Adam, Nadillatul Rosmahani dan Sharifah Fifi Nurdyana.", "Manakala, 8 pemain bakal beraksi dalam acara chinlone ialah Nazuha Nadzli, Zarlizan Zakaria, Ab Muhaimi, Faiz Roslan, Izuan Efendi Azlan, Nurhidayat Ar Rasyid, Putera Aidil Israfil dan Iskandar Zulkarnain.   ", "Menurut laporan media tempatan, Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan menyasarkan 11 sasaran pingat – 2 emas, 3 perak dan 1 gangsa bagi acara sepak takraw manakala bagi chinlone pula, 1 perak dan 4 gangsa disasarkan buat skuad kali ini.", "Sebagai rekod, skuad sepak takraw negara mengutip 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa di Sukan SEA 2021. Skuad lelaki memenangi 3 pingat perak menerusi acara regu, regu berpasukan dan berpasangan manakala skuad wanita meraih 2 pingat gangsa hasil acara regu dan regu berpasukan.", "Featured Image: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322638/", "headline": "\nPiala Dunia B-20: FIFA Lucut Indonesia Sebagai Tuan Rumah\n", "content": ["Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan mengambil tindakan melucutkan Indonesia sebagai tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023.", "Keputusan itu diambil berdasarkan “berikutan perkembangan semasa” susulan perjumpaan antara Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir.", "Menurut laporan CNN Indonesia, tindakan FIFA itu diyakini didorong oleh keputusan gabenor di wilayah Bali dan Jawa Tengah yang merupakan venue bagi kejohanan terbabit menolak kehadiran skuad kebangsaan Israel.", "FIFA removes Indonesia as host of FIFA U-20 World Cup 2023™", "— FIFA Media (@fifamedia) March 29, 2023", "Selain itu, terdapat juga protes yang diadakan di Indonesia bagi menghalang penyertaan Israel.", "Untuk makluman, Israel yang dibimbing oleh Ofir Haim berhasil layak ke saingan Piala Dunia B-20 buat julung kalinya apabila berhasil mara ke perlawanan akhir Kejohanan UEFA B-19 2022. ", "Selain itu, dalam pengumuman yang sama, FIFA mengesahkan PSSI berpotensi dikenakan hukuman yang akan ditentukan kelak.", "Sementara itu, badan induk bola sepak dunia itu turut mengesahkan tarikh kejohanan yang bermula 20 Mei hingga 11 Jun ini kekal. Bagaimanapun, tuan rumah baharu akan diumumkan dalam masa yang terdekat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324854/", "headline": "\nMasalah Papua New Guinea: Kami Laju Tapi Bertubuh Kecil\n", "content": ["Skuad Papua New Guinea yang menghuni ranking ke-159 dunia mempunyai satu kelebihan yang perlu diambil perhatian oleh barisan kejurulatihan dan para pemain Malaysia menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada malam esok di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) iaitu kelajuan.", "Perkara itu dikongsikan sendiri oleh kapten merangkap penyerang seniornya, Raymond Gunemba pada sidang media praperlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Ar Riyadah, Residence, Kuala Nerus pada hari ini.", "Namun begitu, disebalik kelebihan yang dimiliki, pemain berusia 37 tahun terbabit mendedahkan rata-rata pemain skuadnya mememiliki satu kekurangan iaitu mempunyai bentuk fizikal yang kecil.", "“Saya rasa kami semua (jenis) pemain yang laju cumanya kami mempunyai satu masalah iaitu (tubuh) bersaiz kecil,” katanya menjawab persoalan yang dilontarkan oleh salah seorang pengamal media, tengah hari tadi.", "Untuk pengetahuan semua, Raymond juga merupakan sebahagian daripada skuad Papua New Guinea yang berjaya menumpaskan Malaysia dengan keputusan 2-0 dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa yang berlangsung di negaranya sekitar tujuh tahun lalu.", "Pada masa yang sama, Raymond yang majoriti kariernya beraksi dalam kancah bola sepak negaranya sendiri melihat skuad Harimau Malaya pada ketika mempamerkan peningkatan berbanding skuad yang dihadapinya lalu.", "Dia turut menyifatkan perlawanan ini bakal menjadi satu cabaran yang besar buat pasukannya untuk menghadapinya.", "Akan tetapi, disebalik kekurangan serta pujian yang diberkan oleh kaptennya, Malaysia masih perlu berhati-hati memandangkan Papua New Guinea pimpinan Raymond ini masih segar dengan kejayaan mengikat Singapura yang menjadi pilihan untuk memenangi perlawanan itu disamping beraksi di halaman sendiri dengan keputusan 2-2 sekitar tiga hari lalu.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112423/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Shin Tae-yong Anggap Vietnam & Malaysia Pasukan Yang Kuat\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shi Tae-yong teruja pasukannya diletakkan bersama-sama Vietnam dan Malaysia dalam Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki 2020 kali ini.", "Mengulas mengenai hasil undian yang dijalankan semalam, Tae-yong menyatakan Vietnam dan Malaysia yang merupakan juara dan naib juara edisi lalu adalah pasukan yang kuat.", "Bagaimanapun jurulatih kelahiran Korea berusia 52 tahun tersebut bertekad untuk mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan agar mara ke saingan kalah mati.", "“Berada di Grup B bersama Vietnam dan Malaysia sangat menarik bagi saya. Mereka tim yang kuat, namun kami akan berjuang keras demi meraih kemenangan di setiap laga (perlawanan). ", "“Kami akan melakukan persiapan dengan baik,” katanya menerusi laman sosial Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).", "Sementara itu, dua pasukan lain yang melengkapkan Kumpulan B ialah Kemboja dan Laos.", "Baca: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos", "Untuk makluman semua, semasa kejohanan Piala AFF Suzuki 2018, Indonesia yang dibimbing oleh Simon McMenemy terkandas di peringkat kumpulan sekaligus gagal mara ke saingan kalah mati.", "Sebagai tambahan, Tae-yong yang pernah membimbing Republik Korea di kejohanan Piala Dunia 2018 dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia pada penghujung tahun 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214845/", "headline": "\nBeregu Campuran Tang Jie-Yen Wei Muncul Naib Juara Terbuka India 2022\n", "content": ["Satu-satunya wakil negara di pentas final iaitu pasangan beregu campuran, Cheng Tang Jie dan Peck Yen Wei terpaksa akur sebagai naib juara di saingan Terbuka India 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 500.", "Peluang beregu yang menghuni ranking ke-40 ini untuk muncul juara di kejohanan ini terkubur apabila tumpas kepada beregu negara jiran tetangga iaitu Singapura, Terry Hee dan Tan Wei Han, sebentar tadi.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Final 🇸🇬Yong Kai Terry HEE🏅21 21 🇸🇬Wei Han TAN🏅15 18 🇲🇾Tang Jie CHEN 🇲🇾Yen Wei PECK🕗 in 40 minutes https://t.co/UV8Gf9O7x8", "Tan Jie-Yen Wei tumpas kepada pasangan beregu yang berada di ranking jauh lebih rendah, ke-182 dunia, secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh permainan yang memakan masa 40 minit.", "Untuk makluman semua, walaupun bergelar naib juara, ini merupakan pencapaian terbaik pernah diraih dalam karier pasangan beregu yang berusia 24 dan 25 tahun masing-masing ini terutamanya di pentas Jelajah Dunia BWF Super 500.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111334/", "headline": "\nDomino’s Belanja Piza Percuma Seumur Hidup Kepada Pemenang Pingat Perak Olimpik\n", "content": ["“Pertama sekali, saya mahu menjamah piza. Sudah lama saya tidak menikmatinya. Saya mahu makan dengan banyak hari ini.” itulah reaksi yang diberikan Mirabai Chanu setelah memenangi pingat pertama buat India dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Atlet yang berusia 26 tahun itu memberikan reaksi tersebut dalam satu temu bual bersama-sama NDTV, baru-baru ini.", "@Mirabai_chanu Congratulations on bringing the medal home! 🙌🏽🥈You brought the dreams of a billion+ Indians to life and we couldn’t be happier to treat you to FREE Domino’s pizza for life 🍕😊Congratulations again!! #DominosPizza #PizzasForLife #Tokyo2020 #MirabaiChanu https://t.co/Gf5TLlYdBi", "Siapa sangka luahan oleh atlet yang meraih pingat perak dalam acara angkat berat wanita kategori 49kg itu mendapat reaksi yang mengejutkan daripada Domino’s Pizza India.", "“Tahniah kerana berjaya membawa pulang pingat. Anda menghidupkan impian berbilion rakyat India dan tiada yang lebih menggembirakan kami untuk memberikan anda Domino’s Pizza secara percuma seumur hidup. Tahniah sekali lagi.” tulis kenyataan Domino’s menerusi akaun twitter mereka.", "Silver medal! 🥈After a tough battle, Chanu Saikhom Mirabai finishes in second place in the #Weightlifting women's -49kg and earns the first medal for India at #Tokyo2020@iwfnet @WeAreTeamIndia pic.twitter.com/zLF5Et6NLC", "Difahamkan Mirabai tidak menjamah piza sejak sekian lama kerana terpaksa mengamalkan disiplin diet yang ketat sebagai persiapannya untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik.", "Pengorbanan Mirabai tidak menjamah piza itu bukan sahaja memberikan kejayaan individu buatnya malahan turut menamatkan kemarau 20 tahun India dalam sukan angkat berat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215252/", "headline": "\nPemain 41 Tahun Mahu Tunai Impian Irfan Bawa Kuching City Ke Liga Super\n", "content": ["Perkhabaran mengenai ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti yang mahu bersara pada penghujung musim ini mengejutkan serta menyedihkan ramai pihak termasuk pertahanan berusia 41 tahun, Rames Lai Ben Huat.", "Justeru, pertahanan berpengalaman skuad The Cats ini berhasrat untuk menunaikan impian jurulatih berusia 70 tahun itu untuk membawa Kuching City ke saingan Liga Super 2023 sebagai hadiah persaraannya kelak.", "Rames turut berkeyakinan ‘hadiah’ ini dapat dijelmakan dalam saingan Liga Premier 2022. Keyakinan itu hadir atas faktor persiapan pasukan yang telah menandatangani beberapa pemain tempatan dan import berkaliber.", "Baca: 2022 Jadi Tahun Terakhir Irfan Bakti Bergelar ‘Coach’ Bola Sepak", "“Saya akui sedih apabila mengetahui hasrat beliau untuk bersara selepas musim 2022 berakhir dan sememangnya itu memang sedikit mengejutkan kerana hanya ketahui dari pembacaan di media sosial.", "“Beliau sendiri telah menyatakan hasrat untuk membawa pasukan ke Liga Super sebelum bersara dan saya rasa ini satu kesempatan terbaik buat kami untuk berikan hadiah persaraan buat Irfan.", "“Banyak perkara positif berlaku dalam pasukan sejak kehadiran beliau dan boleh dilihat Kuching City berjaya konsisten dengan menduduki tempat kelima di Liga Premier.", "“Melihat kepada persiapan pasukan dan tambahan pemain yang hadir, saya rasa hasrat itu boleh dicapai malah saya cukup gembira melihat komitmen pemain-pemain muda yang baharu diserap dari skuad Piala Presiden,” katanya.", "Antara pemain tempatan baharu yang ditandatangani Kuching City ialah Hidhir Idris (pinjaman dari Kedah Darul Aman FC), Shaiful Wazizi (Sarawak United FC) dan Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman (Penang FC). ", "Bagi pemain import pula, Kuching City telah mengekalkan Aylton Alemao dan Yuki Tanigawa. Bagi pemain import baharu, mereka telah mengikat penyerang skuad kebangsaan Liberia, Abu Kamara.", "Sementara itu, Rames yang bakal menginjak usia 42 tahun pada April nanti mengakui tidak mempunyai masalah untuk terus beraksi di atas padang musim ini. Bukan itu sahaja, dia turut berkeyakinan untuk terus bermain untuk tempoh beberapa musim lagi.", "Berdasarkan rekod, Rames meraih 24 penampilan secara keseluruhan dalam saingan Liga Premier dan Piala Malaysia musim lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323653/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kuartet 4x100m Wanita Negara Pungut Gangsa – Pecah Rekod Kebangsaan\n", "content": ["Acara 4×100 meter (m) wanita di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja menyaksikan kuartet negara berhasil menyumbang sekurang-kurangya pingat gangsa buat Kontinjen Malaysia.", "Kuartet yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling merangkul pingat berkenaan apabila menamat larian di tempat ketiga di belakang kuartet Thailand dan Vietnam.", "Biarpun sekadar meraih pingat gangsa, kuartet ini berhasil memecahkan rekod kebangsaan yang terdahulu apabila mereka berhasil menamatkan larian dalam tempoh 44.58s.", "Untuk makluman, rekod kebangsaan terdahulu adalah 45.18s dicipta oleh Zaidatul bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam dan Nurul Faizah Asma Mazlan dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di India pada tahun 2017.", "Sementara itu, kuartet Thailand dan Vietnam yang meraih pingat emas serta perak mencatatkan masa larian 44.24s dan 44.51s masing-masing.", "A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214651/", "headline": "\nPemenang Puskas, Faiz Mahu Jadikan Penang FC Sebagai ‘Titik Kebangkitan Semula’ Karier\n", "content": ["Pemain tengah merangkap pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri mahu menjadikan tahun 2022 bersama Penang FC sebagai titik kebangkitan semula dalam karier bola sepaknya.", "Pemain berusia 34 tahun ini mengakui cukup teruja apabila mendapat tawaran daripada pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super lebih-lebih lagi setelah tersisih daripada kancah bola sepak professional sekitar dua tahun.", "Bagaimanapun, Faiz sedar dengan keadaannya tidak beraksi di pentas tertinggi sekitar dua tahun, dia menyatakan memerlukan sedikit masa untuk kembali mendapat momentumnya.", "“Banyak benda yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini kerana sepatutnya saya beraksi dalam Liga M3 terlebih dahulu, tetapi disebabkan Covid-19, saya terpaksa tangguh niat sehinggalah akhirnya musim ini dapat tawaran bersama Penang FC.", "“Tapi saya perlu masa untuk bangkit semula sebab dua tahun tidak beraksi dalam liga kompetitif apatah lagi tahap saingan adalah tinggi dengan beraksi di Liga Super.”", "“Saya pula sebelum ini berlatih sendiri sahaja di rumah, dan kali ini berlatih dalam satu pasukan, rasa suasana agak berbeza sedikit dan bukan senang untuk terus serasi,” katanya.", "SELAMAT HARI JADI FAIZ SUBRISempena hari kelahiran beliau ayuh kita saksikan jaringan ajaib beliau di Liga Super Malaysia yang memenangi Anugerah Puskas 2016. @faizsubri131 juga mencipta sejarah pemain Asia pertama memenangi Anugerah Puskas ini.#MalaysianFootballLeague pic.twitter.com/x7cnr5cn2q", "Disebalik kekangan itu, Faiz tetap bersemangat dan turut memasang hasrat untuk membantu Penang menamatkan saingan dalam Liga Malaysia musim ini lebih baik berbanding musim lalu – tempat ketiga Liga Super dan peringkat kumpulan Piala Malaysia.", "Untuk makluman semua, Faiz cukup diingati dengan jaringan yang berpunca daripada sepakan percuma menentang hukum fizik bersama Penang ketika menentang Pahang dalam saingan Liga Super 2016.", "Jaringan itulah yang melonjakkan namanya sehingga berjaya memenangi anugerah jaringan tercantik tahunan, Anugerah Puskas FIFA pada tahun 2016.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324624/", "headline": "\nPemain JDT, Kedah Tersenarai Dalam Skuad Piala Asia B-17 \n", "content": ["Skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan telah menyenaraikan 24 pemain yang majoritinya daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) disamping dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan seorang pemain Kedah Darul Aman FC (Kedah) bagi menghadapi saingan Piala Asia B-17. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial badan induk bola sepak negara itu. ", "Tiga pemain bukan daripada AMD tersebut ialah Adib Ibrahim Adnan dan Muhammad Nor Ezawi Nor Azman Abdullah dari JDT manakala Muhammad Arami Wafiy Mohamad Zakimi pula dari Kedah Darul Aman. ", "Untuk makluman, daripada senarai tersebut, seramai empat pemain telah digugurkan iaitu Aqim Hazmi, Danish Iskandar, Adam Mikaeel dan Ammar Shauqi sementara Hairil Syazwan dan Irfan Aswad menjadi nama baharu yang disenaraikan untuk mewakili Malaysia B-17.", "Untuk pengetahuan semua, Hairil Syazwan pernah disenaraikan dalam senarai 40 pemain kem latihan pusat fasa pertama manakala Irfan Aswad merupakan muka baharu dalam senarai yang diumumkan Osmera Omaru pada kali ini. ", "Pada kem latihan pusat fasa akhir yang lepas, Malaysia telah beraksi menentang Uzbekistan dan Arab Saudi yang menyaksikan skuad remaja negara tewas kepada kedua-dua lawan tersebut dengan keputusan 2-3 dan 1-4 masing-masing.", "Bagi saingan Piala Asia B-17 kelak, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen bertemu Yemen pada Khamis, 15 Jun dan diikuti aksi berdepan tuan rumah, Thailand pada Ahad, 18 Jun sebelum menutup aksi terakhir Kumpulan A menentang  Laos pada Rabu, 21 Jun.", "Empat pasukan terbaik yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-17 akan layak ke Piala Dunia B-17 yang dijadualkan berlangsung November depan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/20208080/", "headline": "\nRasmi: Pasukan Belanda, NTS RW Racing Tandatangani Khidmat Hafizh Untuk Musim 2021\n", "content": ["Pelumba negara, Hafizh Syahrin disahkan akan memperkuatkan pasukan NTS RW Racing untuk saingan Moto2 bagi musim 2021.", "Pengumuman itu dimaklumkan secara rasmi menerusi sosial media pasukan berpangkalan di Belanda itu pada hari ini.", "Hafizh Syahrin will be racing for NTS RW Racing GP in 2021. The team is very proud to welcome the 26 years old Malaysian rider to join them, alongside 16 years old Belgian rider Barry Baltus. https://t.co/F7eimsTvCP", "Kemasukan pelumba berusia 26 tahun kelahiran Selangor itu sangat menggembirakan NTS RW Racing memandangkan Hafizh merupakan seorang pelumba yang berpengalaman dalam saingan Moto2 dan saingan kelas premier, MotoGP.", "“Kami sangat berbangga dan gembira dapat menandatangani Hafizh (Syahrin), seorang pelumba yang bukan sahaja berpengalaman dan berbakat, tetapi merupakan seorang yang sangat baik (budi pekertinya),”", "“(Pasukan) kami semakin kuat dan bertambah baik minggu demi minggu, tetapi kami masih membangunkan jentera kami. Input dan maklum balas daripada penunggang seperti Hafizh sangat penting dalam proses ini.” kata pengurus pasukan, Jarno Janssen. ", "Sementara itu Hafizh turut gembira dapat kekal dalam saingan Moto2 musim hadapan dengan menyertai pasukan NTS RW Racing. ", "Hafizh mengharapkan kemasukannya ke pasukan ini dapat membantu NTS RW Racing mempertingkatkan lagi jentera yang sedang dibangunkan mereka sekaligus mendapatkan keputusan yang baik dalam setiap siri perlumbaan tahun hadapan. ", "Untuk makluman, Hafizh bakal bergandingan bersama seorang pelumba muda berusia 16 tahun kelahiran Belgium iaitu Barry Baltus sebagai taruha  utama pasukan NTS RW Racing.", "Featured Image: NTS RW Racing"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216415/", "headline": "\nJurulatih Beregu Flandy Limpele Berpisah Dengan BAM Selepas 2 Tahun\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan ketua jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele akan berpisah dengan badan induk badminton negara bermula 1 April kelak.", "Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh BAM pada hari ini, jurulatih berusia 48 tahun dari Indonesia itu mahu memulakan karier baharu selepas dua tahun menabur bakti untuk badminton Malaysia.", "Difahamkan, pihak BAM terlebih dahulu telah menawarkan kontrak lanjutan tetapi ianya ditolak oleh Flandy.", "THANK YOU, COACH FLANDY ❤️#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/nFYYE2mJjh", "— BAM (@BA_Malaysia) March 28, 2022", "“Selepas membuat pertimbangan sewajarnya dan perbincangan dengan Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy (Mainaky), saya merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk berundur. ", "“Saya sangat berbesar hati mendapat peluang untuk berkhidmat (dengan) BAM selama dua tahun,” kata Flandy.", "Untuk makluman semua, Flandy yang menyertai BAM sekitar tahun 2020 merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik pada penampilan pertama mereka di temasya berkenaan.", "Selain itu, pasangan beregu yang sedang meningkat naik pada ketika ini, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta beberapa yang lain lagi juga merupakan hasil ‘air tangan’ Flandy ketika bersama BAM.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219018/", "headline": "\nPiala Dunia 2022 Bakal Mula Sehari Awal – Tuan Rumah Mahu Beraksi Pada Perlawanan Pembukaan\n", "content": ["Kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 yang dijadualkan bermula 21 November kelak Qatar bakal diawalkan sehari.", "Sumber kepada The Athletic mendedahkan, perkara tersebut dilakukan agar pasukan tuan rumah, Qatar mahu beraksi pada perlawanan pembukaan menentang Ecuador. ", "Oleh demikian, perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan ini akan diawalkan dan bakal berlangsung pada Ahad, 20 November.", "‼️ According to the official FIFA website, there are just 101 days left to kick for the World Cup in Qatar.", "This means the official start date is now 20 November 2022.@FIFAWorldCup pic.twitter.com/YssuDrqQUR", "— Doha News (@dohanews) August 11, 2022", "Mengikut jadual asal, perlawanan pembukaan kejohanan bola sepak terulung ini akan dimulakan pertarungan melibatkan Senegal menentang Belanda pada 21 November, Isnin. ", "Kemudiannya, ia diikuti dengan dengan perlawanan antara England dan Republik Islam Iran. Perlawanan Qatar menentang Ecuador sepatutnya menjadi perlawanan ketiga dan berlangsung pada hari kedua, 22 November, Selasa.", "Perubahan ini tidak akan mengubah jadual dan sepak mula melibatkan pasukan lain melainkan perlawanan melibatkan Qatar dan Ecuador sahaja.", "Bagaimanapun, keputusan ini perlu mendapatkan kelulususan daripada Biro Majlis FIFA yang terdiri daripada Presiden FIFA sendiri, Gianni Infantino dan enam presiden konfederasi bagi setiap benua (UEFA, CONMEBOL, CONCACAF, CAF, AFC dan OFC).", "Sekiranya lulus dan diumumkan secara rasmi oleh FIFA, ini bermakna kejohanan Piala Dunia edisi kali ini akan bermula 20 November hingga 18 Disember 2022.", "Featured Image: Road to 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324177/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pearly-Thinaah Bergelar Naib Juara Selepas Harung 7 Jam 14 Minit Permainan\n", "content": ["Beregu badminton wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara di Malaysia Masters 2023 selepas mengharungi 7 jam dan 14 minit permainan secara keseluruhan bermula Pusingan 32 sehingga perlawanan akhir.", "Pearly-Thinaah yang menghuni ranking ke-11 dunia terlepas peluang untuk merangkul kejuaran Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 ini setelah tumpas kepada beregu Korea, Baek Ha-na dan Lee So-hee dalam perlawanan akhir di Axiata Arena, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-8 dan 17-21 dalam tempoh 1 jam dan 41 minit permainan.", "Sebelum itu, pasangan ini telah melalui perlawanan panjang di peringkat separuh akhir yang bertempoh 1 jam dan 33 minit permainan ketika bertemu sepasang lagi gandingan dari Korea, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong.", "Pada peringkat suku akhir pula, Pearly-Thinaah mengharungi perlawanan yang paling panjang dalam kariernya dengan beraksi selama 1 jam dan 51 minit sebelum menumpaskan pasangan Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota. ", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUWD – QF 🇲🇾TAN Pearly🏅13 21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇯🇵Yuki FUKUSHIMA21 19 16 🇯🇵Sayaka HIROTA", "— BWFScore (@BWFScore) May 26, 2023", "Di Pusingan 16, Pearly-Thinaah melakar skrip tempoh permainan yang sama apabila beraksi selama 1 jam dan 29 minit sebelum dapat menyingkirkan sepasang lagi beregu dari negara matahari terbit, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto.", "Hanya aksi di Pusingan 32 bertemu Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva sahaja yang berlangsung di bawah catatan masa satu jam iaitu dalam tempoh 40 minit permainan sahaja.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUWD – R32 🇲🇾TAN Pearly🏅21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇧🇬Gabriela STOEVA17 14 🇧🇬Stefani STOEVA", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Sementara itu, gelaran naib juara ini membolehkan Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$15,960 atau bersamaan sekitar RM70,000 serta pungutan 7,800 mata bagi pengiraan ranking dunia dan lain-lain.", "Sebagai rekod, ini juga merupakan podium pertama dinaiki oleh Pearly-Thinaah dalam kejohanan individu yang disertai mereka pada tahun ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217248/", "headline": "\nSEAGF Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027\n", "content": ["Selepas menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2017, Malaysia sekali lagi dipilih untuk menganjurkan temasya dwitahunan ini pada tahun 2027 kelak.", "Ini selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) yang mengadakan mesyuarat pada hari ini mengumumkan menganugerahkan hos penganjuran Sukan SEA Ke-34  kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).", "We are delighted to be awarded Host of the 34th SEA Games in 2027 by the SEA Games Federation Council. Looking forward to welcoming all the athletes and officials from Southeast-Asia.", "— Olympic Malaysia (@olympicmas) May 12, 2022", "Dalam mesyuarat tersebut, MOM diwakili oleh Tan Sri Dato’ Sri Mohammad Norza Zakaria (presiden), Dato’ Mohd Nazifuddin (setiausaha agung) dan Dato’ Paduka Nur Azmi Ahmad (timbalan presiden dan chef de mission).", "Pihak MOM akan membuat perjumpaan untuk memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia & Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu secara rasmi apabila pulang ke Malaysia kelak.", "Sebagai tambahan, temasya Sukan SEA Ke-32 yang akan berlangsung pada tahun 2023 kelak akan dihoskan oleh Kemboja. Manakala Sukan SEA Ke-33 pula akan dihoskan oleh Thailand pada tahun 2025."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217947/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Perjalanan Pang Ron-Ee Wei Disekat Beregu No.6 Dunia\n", "content": ["Perjalanan gandingan campuran baharu, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super Super 1000 BWF – nampaknya tamat di peringkat suku akhir.", "Ini berikutan Pang Ron-Ee Wei tumpas kepada pasangan beregu Korea yang menghuni ranking keenam dunia, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung di peringkat tersebut, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Ee Wei tumpas “straight set” kepada pasangan terbabit dengan skor 16-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 3, Istora Senayan.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022XD – Quarter final 🇰🇷Seung Jae SEO🏅21 21 🇰🇷Yu Jung CHAE🏅16 17 🇲🇾Pang Ron HOO 🇲🇾Ee Wei TOH", "🕗 in 35 minutes https://t.co/A1nZuzJmBq", "— BWFScore (@BWFScore) June 17, 2022", "Selepas daripada ini, Pang Ron-Ee Wei akan mengambil bahagian dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 yang akan bermula pada 28 Jun kelak.", "Pasangan yang akan menjadi lawan pertama mereka di Pusingan 32 kelak ialah Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong merangkap beregu No.2 dunia.", "Sementara itu, Seung-jae dan Yu-jung yang mara ke pentas separuh akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino atau beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208172/", "headline": "\nTerkini: Piala Malaysia Dibatalkan, Terengganu FC Raih Tiket Piala AFC 2021\n", "content": ["Saingan TM Piala Malaysia 2020 secara rasminya dibatalkan oleh pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL).", "Keputusan itu dicapai oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada hari ini setelah rayuan untuk meneruskan kejohanan tersebut ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.", "“MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan TM Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.", "“Ini kerana pembatalan ini terpaksa dilakukan di mana kita tidak boleh lagi menangguhkan kempen TM Piala Malaysia 2020 ke bulan yang lain kerana kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.", "TM PIALA MALAYSIA 2020 DIBATALKAN SUSULAN KEPUTUSAN PENANGGUHAN OLEH MKNMalaysian Football League (MFL) telah mencapai kata sepakat untuk mengumumkan pembatalan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berkuatkuasa hari ini.Baca lanjut ➡ https://t.co/p9RzK0SZct#TMPialaMalaysia2020 pic.twitter.com/XKoxCqYkVp", "“Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh TM Piala Malaysia di mana pasukan-pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan media.", "Dalam makluman yang sama, Terengganu Football Club (Terengganu FC) yang menduduki tempat ketiga CIMB Liga Super 2020 dimaklumkan meraih tiket ke saingan Piala AFC 2021 secara automatik.", "“Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat khas juga memutuskan bahawa tempat ketiga CIMB Liga Super iaitu TFC akan mendapat slot Piala AFC 2021 selepas TM Piala Malaysia 2020 dibatalkan.” tambahnya lagi.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217378/", "headline": "\nSukan SEA: ‘Patatimo Boys’ Diundi Bertemu Juara Asia Dalam Acara Individu Pada Pusingan 1\n", "content": ["Beregu No.4 Indonesia yang menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan menjadi lawan kepada Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal dalam acara badminton individu pada Pusingan 1, temasya Sukan SEA 2021.", "Lawan kepada beregu muda negara yang mendapat julukan “Patatimo Boys” itu diketahui selepas hasil undian tersebut keluar pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Arif-Haikal yang berada di ranking ke-80 dunia ini belum pernah berentap menentang Pramudya-Yeremia (ranking ke-16) merangkap pilihan pertama temasya ini di mana-mana pentas antarabangsa, sebelum ini.", "Sebagai rekod, Pramudya-Yeremia merangkul gelaran “Raja Asia” bagi kategori beregu lelaki selepas berjaya menumpaskan beregu No.1 Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam perlawanan akhir BAC 2022, awal Mei lalu.", "Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun (ranking ke-34) pula mendapat laluan yang sedikit mudah apabila diundi menentang pasangan Vietnam, Do Tuan Duc dan Pham Hong Nam (ranking ke-345).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208315/", "headline": "\nMFL Umum Kalendar Liga Malaysia & Jendela Perpindahan 2021\n", "content": ["Badan penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan kalendar baharu pertandingan-pertandingan bola sepak di Malaysia pada hari ini.", "Menerusi laman sosial rasmi, MFL memuktamadkan tarikh-tarikh permulaan dan penutup bagi setiap saingan adalah seperti berikut:", "MFL UMUM KALENDAR LIGA MALAYSIA 2021Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan tarikh-tarikh bagi kalendar Liga Malaysia musim 2021 yang bakal membuka tirai pada Februari tahun depan.Baca lanjut ➡ https://t.co/VkCTTmn6qj#LigaMalaysia2021 pic.twitter.com/prscooQJI4", "Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih): 26 Februari 2021", "p/s: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) vs naib juara Liga Super, Kedah", "Liga Super (Divisyen 1): 27-28 Februari 2021 sehingga 20-21 Ogos 2021", "Liga Premier (Divisyen 2): 27-28 Februari 2021 sehingga 20-21 Ogos 2021", "Piala FA: 2-3 Mac 2021 sehingga 11 September 2021", "Piala Malaysia: 17-18 September 2021 – 27 November 2021", "Challenge Cup (Piala Cabaran): 3-4 September – 13-14 November", "Selain daripada mengumumkan kalendar bagi saingan bola sepak tempatan, MFL turut mengumumkan tarikh bagi jendela perpindahan (transfer window) untuk saingan Liga Malaysia 2021.", "Jendela Perpindahan Pertama: 21 November 2020 hingga 14 Februari 2021 (12 Minggu)", "Jendela Perpindahan Kedua: 12 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021 (4 Minggu)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112337/", "headline": "\nSyarikat Yang Menguruskan Padang, Kopa Arena Berminat Taja & Beli Saham Perak FC\n", "content": ["Sebuah syarikat yang terlibat dalam menguruskan padang sintetik serta penganjuran liga dan akademi bola sepak, Kopa Arena dilaporkan berminat untuk menaja Perak FC untuk mengharungi saingan Liga Premier 2022.", "Menurut laporan Bernama, minat syarikat yang memiliki padang sintetik di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu disahkan sendiri oleh Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh.", "Difahamkan mereka telah menghantar surat permohonan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). Selain itu, syarikat itu juga berminat untuk membeli sebahagian saham pasukan yang berusia 100 tahun ini.", "“Surat tawaran telah dihantar oleh syarikat tersebut minggu lepas dan antara yang mungkin dibincangkan adalah berkaitan pembelian sebahagian saham dalam Perak FC.”", "“Kata putus berkenaan perkara ini terserah kepada kebijaksanaan pihak pengurusan tertinggi PAFA untuk menilainya,” katanya seperti dipetik daripada Bernama.", "Seperti semua sedia maklum, Perak FC akan menyertai saingan divisyen dua bola sepak Malaysia pada tahun hadapan setelah menduduki tangga kesebelas Liga Super 2021.", "Pada masa yang sama, Azman berkata pihaknya memerlukan RM10 juta secara keseluruhan merangkumi aspek gaji, logistik dan pelbagai urusan lain bagi menguruskan pasukan berkenaan untuk mengharungi saingan Liga Premier tersebut. ", "“Kos ini saya anggap realistik dan pada masa sama kita tidak mahu perkara-perkara di luar jangka seperti dalam Liga Super sebelum ini berulang kembali,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220785/", "headline": "\nPersahabatan Antarabangsa: Dortmund Bantai JDT 4-1 Di Stadium Sultan Ibrahim\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund mencetak kemenangan bergaya ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada hari ini.", "Dortmund yang turun dengan kelibat dua pemain ternama, Matt Hummels dan Emre Can berjaya menumpaskan skuad Harimau Selatan yang dibarisi pemain-pemain utama dengan keputusan 4-1.", "Dalam perlawanan terbabit, Dortmund terlebih dahulu berjaya membuka jaringan menerusi Justin Njinmah seawal minit 11’. Selang 20 minit kemudian, Dortmund menggandakan kedudukan hasil jaringan daripada Donyell Malen.", "Sebelum tamat separuh masa pertama, Arif Aiman Hanapi berjaya meletakkan bola di dalam gawang Dortmund pada minit 41’ sekaligus menjadikan kedudukan 2-1 buat seketika.", "A win in Malaysia as well! 🇲🇾", "Thank you for the great match and welcome @OfficialJohor 🖤💛 pic.twitter.com/o1VAlkW9WU", "— Borussia Dortmund (@BlackYellow) November 28, 2022", "Bersambung babak kedua, Dortmund menambah dua lagi jaringan melalui Ole Pohlmann dan Samuel Bamba pada minit 60’ dan 69’ masing-masing menjadikan kedudukan semasa 4-1.", "Kedudukan itu kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan perlawanan.", "Untuk pengetahuan semua, kedatangan Dortmund dan berentap menentang JDT di SSI ini merupakan sebahagian daripada siri Jelajah Asia bersempena dengan rehat liga domestiknya bagi memberikan laluan kepada saingan Piala Dunia 2022 Qatar.", "Ini bukanlah pertembungan yang pertama melibatkan kedua-dua kelab. Pada 2015 yang lalu, Dortmund dan JDT telah berentap sesama sendiri di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dimana ianya berkesudahan dengan kemenangan 6-1 memihak kepada Dortmund.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208155/", "headline": "\nSemakin Pulih, Luqman Akan Kembali Berlatih di Padang Minggu Hadapan\n", "content": ["Penyerang muda negara yang beraksi bersama KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin bakal kembali berlatih di padang sekiranya kecederaannnya semakin beransur pulih.", "Bagaimanapun, penyerang berusia 18 tahun itu akan berlatih seorang diri terlebih dahulu sebelum kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan, umum kenyataan rasmi kelab, semalam.", "➕ Blessure-update🔺 D'Haene🔺 Lepoint🔺 Luqman🔺 Badamosi🔺 Selemanihttps://t.co/P3ZYtLub1v🔴⚪️ #COYR pic.twitter.com/7w08eHEHRu", "Sebelum ini, Luqman dilaporkan mengalami kecederaan hamstring yang menyebabkan ototnya koyak hampir sepanjang 2 sentimeter (cm).", "Kecederaan itu disedarinya ketika sesi latihan sehari selepas perlawanan menentang RSC Anderlecht dalam saingan Liga Pro Jupiler, hujung bulan lalu.", "Kecederaan itu menyebabkan Luqman terlepas dua perlawanan liga menentang Zulte Waregem dan Beerschot di mana pasukannya sekadar menamatkan perlawanan dengan keputusan seri."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219464/", "headline": "\nAaron Chia & Soh Wooi Yik Dapat Setengah Juta Ringgit Hasil Menjuarai Kejohanan Dunia BWF \n", "content": ["Beregu badminton lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang membawa pulang gelaran Kejohanan Dunia BWF buat pertama kali buat negara mendapat imbuhan wang tunai berjumlah RM500,000.", "Pasangan yang menghuni ranking kelima dunia itu diberikan dihadiahkan imbuhan tersebut oleh majikannya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan penaja iaitu Yonex serta 100Plus.", "Ketiga-tiga entiti itu memberikan imbuhan sebanyak RM300,000 serta RM100,000 masing-masing kepada kedua-dua pemain yang berusia 25 dan 24 tahun tersebut.", "Celebrating our 2022 MD World Champions @AaronChia24 @sohwooiyik 🇲🇾🏆", "✅ BAM: RM300K ▶️ Aaron-Wooi Yik✅ BAM: RM60K ▶️ MD Coaching Team✅ YONEX: RM100K ▶️ Aaron-Wooi Yik✅ @my100plus : RM100K ▶️ Aaron-Wooi Yik#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/6AOjHNlauj", "— BAM (@BA_Malaysia) September 7, 2022", "Imbuhan wang tunai tersebut disampaikan oleh Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria dan wakil syarikat penaja dalam Majlis Penyampaian Insentif BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.", "Selain daripada Aaron-Wooi Yik, barisan kejurulatihan beregu lelaki turut sama mendapat imbuhan wang tunai hasil kerja keras mereka membimbing pasangan ini menjuarai kejohanan yang berlangsung di Tokyo, penghujung Ogos lalu.", "Mereka menerima RM60,000 daripada BAM yang turut disampaikan oleh Norza dalam majlis yang sama.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321484/", "headline": "\nVictor Beri Jaminan Terus Sokong Lee Zii Jia Walau Prestasi Merudum\n", "content": ["Syarikat peralatan sukan yang berpangkalan di Taiwan, Victor memberikan jaminan akan terus menyokong jaguh badminton perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia walaupun prestasinya terus merudum.", "Syarikat yang menjadi penaja utama pemain No.2 dunia itu menyatakan perkara tersebut menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya, Victor Malaysia, semalam. ", "“Jika prestasi Zii Jia terus merudum, penaja akan tetap terus memberi sokongan,” tulisnya sambil memberikan reaksi kepada laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik komen penganalisis sukan, Datuk Dr. Pekan Ramli.", "\"Jika prestasi Zii Jia terus merudum, penaja akan tetap terus memberi sokongan\"", "There, we fix it for you. https://t.co/zQUvhIKsi9", "— VICTOR Malaysia (@victor_malaysia) January 15, 2023", "Dalam laporan itu, Dr. Pekan menyatakan, “Zii Jia kena ingat, jika prestasinya terus merudum dan tidak mencapai keputusan diharapkan, ia bukan sahaja akan memberi tekanan ke atas dirinya malah penaja juga mungkin akan menarik diri.” ", "Komen Dr. Pekan itu hadir ketika mengulas tindakan pemain bebas (independent) itu bergerak tanpa bimbingan jurulatih setelah berpisah dengan jurulatihnya, Indra Wijaya pada penghujung tahun lalu.", "Pada masa yang sama, prestasi Zii Jia menjadi bualan hangat pelbagai pihak apabila terkandas seawal Pusingan 32 di kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Axiata Arena, minggu lalu.", "Ianya hadir setelah Zii Jia tumpas kepada pemain muda Jepun yang sedang meningkat naik, Kodai Naraoka menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 17-21 dan 19-21."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114083/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Peng Soon-Liu Ying Tempah Tiket Awal Separuh Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya menempah tiket awal ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.", "Kejayaan itu diraih selepas mereka berjaya meraih kemenangan kedua peringkat Kumpulan A dengan menumpaskan beregu campuran Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje, pada hari ini.", "Peng Soon-Liu Ying meraih kemenangan tersebut dengan keputusan 21-17, 19-21 dan 21-16 dalam satu perlawanan panjang yang memakan masa hampir 1 jam dan 30 minit.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)XD – Round 2 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 19 21 🇲🇾Liu Ying GOH🏅17 21 16 🇩🇰Mathias CHRISTIANSEN 🇩🇰Alexandra BØJE🕗 in 84 minutes https://t.co/iTkeUkBzie", "Semalam, Peng Soon-Liu Ying meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan beregu senegara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-14 dan 21-13.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan, pasangan yang pernah meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 ini akan berhadapan dengan beregu campuran Jepun yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sebanyak lapan kali dengan Peng Soon-Liu Ying dan Yuta-Arisa meraih kemenangan empat kali masing-masing.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110774/", "headline": "\nEuro 2020: De Ligt Akui Belanda Tumpas Kerana Kesilapannya Menyentuh Bola\n", "content": ["Pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt mengakui kesilapannya menyentuh bola dengan tangan bagi mengelakkan penyerang Republik Czech menjaringkan gol menjadi punca pasukannya tumpas pada aksi pusingan ke-16 saingan Euro 2020, awal pagi tadi.", "Tindakannya itu pada awalnya diberikan kad kuning oleh pengadil perlawanan, namun dia dilayangkan kad merah setelah pengadil merujuk kembali insiden tersebut menerusi rakaman video assistant referee (VAR).", "Layangan kad merah pada minit ke-55 itu telah menyebabkan Belanda bergelut untuk mengekang asakan Czech sehingga tamat permainan kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain sahaja.", "Matthijs De Ligt bergelar pemain termuda dibuang padang dalam satu perlawanan kalah mati kejohanan Euro (21 tahun 319 hari).Beliau mengatasi rekod dipegang Gianluca Zambrotta (23 tahun 131 hari) ketika Itali menentang Belanda, separuh akhir Euro 2000.#NED#EURO2020 pic.twitter.com/A9ugB6aVw7", "“Kami sebenarnya kalah kerana kesilapan saya, yang rasanya sangat menjengkelkan. Sudah tentu ini sangat teruk.” katanya dipetik daripada Goal.", "Menurut pertahanan berusia 21 tahun ini, permainan pada separuh masa pertama berada dalam kawalan Belanda serta mempunyai beberapa peluang yang baik.", "Pada awal separuh masa kedua, Belanda juga mempunyai satu peluang ketika berhadapan dengan penjaga gol Czech dalam situasi satu lawan satu.", "Namun layangan kad merah terhadapnya menjadi titik perubahan sehinggakan Czech berjaya membolosi gawang Belanda menerusi Tomas Holes dan Patrick Schick masing-masing pada minit ke-68 dan ke-80."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112436/", "headline": "\nWalaupun ‘Peluh’ Olimpik Belum Kering, Semangat Tetap Menggunung Untuk Hadapi Piala Sudirman 2021\n", "content": ["Walaupun terpaksa menjalani tempoh rehat yang pendek setelah pulang daripada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Ogos lalu, atlet-atlet badminton negara yang beraksi dalam temasya tersebut tetap bersemangat dan memberikan komitmen tinggi dalam membuat persiapan untuk mengharungi kejohanan Piala Sudirman 2021.", "Antara atlet-atlet temasya Olimpik yang tersenarai dalam skuad Piala Sudirman adalah pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia serta beregu lelaki yang memenangi pingat gangsa Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Keletihan atlet-atlet yang beraksi di temasya Olimpik itu turut difahami oleh Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann namun kesemuanya berada dalam keadaan bersedia untuk mengharungi kejohanan yang akan bermula pada Sabtu ini.", "Baca: Kenali Pemain-Pemain Muda Malaysia Yang Akan Beraksi di Piala Sudirman 2021", "“Berdasarkan pada perlawanan simulasi dalaman yang dilakukan baru-baru ini, semua pemain berada pada tahap yang memuaskan dan sudah pasti bersedia untuk memberi tentangan kepada lawan masing-masing.", "“Saya memahami ada antara pemain terutama yang baru pulang dari Olimpik Tokyo terpaksa berhadapan dengan latihan ketat dengan waktu rehat agak terhad namun mereka tetap bersemangat untuk menyertai kejohanan itu.", "“Oleh itu, kita akan fokus kepada matlamat iaitu melangkah ke pusingan seterusnya dan mencipta keputusan positif pada kejohanan Piala Sudirman,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Baca: Jepun Paling Kuat Tetapi Waspada Ancaman England", "Untuk makluman semua, pasukan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama naib juara edisi 2019 iaitu Jepun serta ditemani oleh England dan Mesir.", "Sebagai tambahan, pasukan Malaysia yang diketuai Zii Jia selaku kapten dimaklumkan telah berlepas dari tanah air menuju ke Vantaa, Finland.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219804/", "headline": "\nJDT Muncul Kelab Bola Malaysia Pertama Bentuk Kerjasama Dengan Socios.com\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menampilkan kerjasama baharunya bersama platform “fans engagement” dan ganjaran antarabangsa, Socios.com, pada hari ini. Kerjasama dengan platform terkemuka ini meletakkan skuad berjulukan Harimau Selatan ini yang pertama dalam kalangan kelab-kelab bola sepak di Malaysia berbuat demikian. ", "Dengan kerjasama ini, JDT akan mempunyai aset digital yang dikenali sebagai Fan Token tersendiri iaitu $JDT sama seperti kelab-kelab antarabangsa yang turut bekerjasama dengan Socios.com seperti Paris Saint-Germain ($PSG), Barcelona ($BAR), Juventus ($JUV), Manchester City ($CITY) dan lain-lain lagi.", "A new era of fan engagement is here!JDT 🤝 @socios #BeMoreThanAFan#FanEngagement#NewInternationalPartnership#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/adn7fcwp8K", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 26, 2022", "Fan Token ini berfungsi seperti kunci untuk mengakses komuniti digital dimana para peminat dan penyokong JDT dapat menggunakannya untuk mengambil bahagian dalam pertandingan, undian kelab dan “prediction” dijalankan oleh kelab. Ia turut memberikan akses kepada ganjaran yang merangkumi barangan cenderahati kelab, tiket-tiket VIP dan pengalaman unik bersama kelab.", "Menggunakan Fan Token ini juga, para penyokong dan peminat JDT dapat membuat undian dalam sesuatu keputusan yang mahu dilakukan oleh kelab. Sebagai contoh, memberikan nama kepada pusat latihan atau elemen-eleman di dalam stadium, nombor yang akan dipakai oleh pemain baharu, lagu yang akan dimainkan selepas setiap jaringan gol dan banyak lagi.", "Tidak dilupakan, pemegang Fan Token turut berpeluang memenangi hadiah istimewa seperti jersi yang dipakai oleh pemain dalam satu-satu perlawanan dan barangan cenderahati koleksi khas kelab untuk dibeli oleh para penyokong. ", "Harga bagi setiap token $JDT akan dimumkan apabila berlangsungnya Fan Token Offering (FTO) kelak.", "Untuk makluman semua, FTO merupakan pelancaran awal bagi Fan Token dan ia akan berlangsung di dalam aplikasi Socios.com – yang dikuasakan dengan tekonologi rantaian-blok (blockchain). Satu panduan langkah demi langkah pembelian $JDT akan dikongsikan di laman sesawang, JDT Digital, sebelum pelancaran tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214961/", "headline": "\nKedah ‘Ikat’ Penyerang Bernilai Hampir RM2 Juta, Ronald Ngah Wanja\n", "content": ["Pemain yang bernilai RM1.9 juta berdasarkan nilaian semasa oleh portal Transfermarkt, Ronald Ngah Wanja menjadi taruhan baharu di bahagian serangan Kedah Darul Aman FC (Kedah), musim ini.", "Pasukan naib juara Liga Super 2021 ini mengumumkan kemasukan pemain berasal dari Cameroon yang berusia 30 tahun itu menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, tengah malam tadi.", "🔰RONALD NGAH WANJA, OUR NEW BLOOD! KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu untuk musim 2022, Ronald Ngah Wanja!ℹ Biodata Pemain Nama: Ronald Ngah Wanja Umur: 30 tahunAsal: Tiko, CameroonKetinggian: 184 cmPosisi: Penyerang#kdafc #newblood #2022season #RN18 pic.twitter.com/VihwU0w9Sx", "Ronald diambil oleh Kedah atas kapasitinya sebagai penjaring terbanyak Liga Pro Jordan 2021 dengan rekod 15 gol. Catatan gol ini telah membantu bekas kelabnya, Al-Salt menduduki tangga ketiga liga terbabit.", "Pada masa yang sama, kehadiran Ronald ini juga bagi menggantikan pemergian bekas penyerangnya, Kpah Sherman yang berhijrah ke Terengganu FC pada musim ini.", "Untuk makluman semua, Ronald merupakan pemain import keempat yang dibawa masuk oleh skuad Hijau Kuning untuk menghadapi saingan musim ini. Terdahulu, mereka telah mengikat Jang Suk-won (kuota asia), Dennis Buschening (kuota asean) dan Dechi Marcel (kuota bebas).", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215040/", "headline": "\nPresiden BAM Restu Pemain No.7 Dunia Bergerak Secara ‘Independent’\n", "content": ["Hasrat jaguh badminton negara merangkap pemain perseorangan nombor tujuh dunia, Lee Zii Jia untuk bergerak secara bersendirian atau bebas (independent) semakin menghampiri kenyataan.", "Ianya selepas Zii Jia dan keluarganya membuat pertemuan dari hati ke hati bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, pagi tadi, sehari selepas juara Kejohanan Badminton Seluruh England 2021 itu menghantar surat rayuan.", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh Zii Jia menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Baca: BAM Mengesahkan Menerima Surat Rayuan Lee Zii Jia Hari Ini", "“Saya gembira kerana kami telah menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu daripada Tan Sri (Norza) untuk menjadi pemain profesional,” kata pemain yang bakal menjengah usia 24 tahun itu.", "“Pencapaian terdahulu dan masa akan datang saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.” Tambahnya lagi.", "Dalam makluman yang sama, Zii Jia menyatakan akan memberikan komitmen sepenuhnya untuk menempuh Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang akan berlangsung pada bulan hadapan.", "Terdahulu, hasrat Zii Jia untuk meninggalkan BAM dan bergerak secara bersendirian atau bebas telah diberikan ‘lampu merah’ apabila badan induk itu menghukum dengan tidak akan mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun, Jumaat lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321597/", "headline": "\nIndonesia Masters: Soon Huat-Shevon Singkir Beregu No.1 Denmark\n", "content": ["Beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai tidak mempunyai masalah untuk melangkah ke Pusingan 16 saingan Indonesia Masters 2023 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Pasangan yang berada di ranking ketujuh dunia ini melangkah hasil menyingkirkan beregu No.1 Denmark, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje di Pusingan 32, petang tadi.", "Dalam pertarungan itu, Soon Huat-Shevon melakar kemenangan ke atas pasangan No.14 dunia dengan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-6 dan 23-21 dalam tempoh sekitar setengah jam bertempat di Gelanggang 3, Istora Gelora Bung Karno.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Soon Huat-Shevon yang melangkah ke Pusingan 16 akan berentap menentang samada beregu Taiwan ranking ke-37 dunia, Chang Ko-Chi dan Lee Chih Chen atau beregu sepasang lagi Denmark yang berada di ranking ke-32 dunia, Mathias Thyrri dan Amalie Magelund."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219413/", "headline": "\nBola Jaring Asia: Malaysia Muncul Juara Kumpulan C, Mara Ke Pusingan Dua\n", "content": ["Skuad bola jaring kebangsaan berhasil menempah tiket ke Pusingan Kedua dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 selepas muncul juara Kumpulan C.", "Malaysia berjaya memastikan status juara kumpulan itu apabila berjaya menumpaskan Taiwan dengan bergaya 82-25 dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, hari ini.", "Sebelum itu, Malaysia membenam Brunei Darussalam dengan keputusan 78-22 dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan C, Sabtu lalu.", "Dua kemenangan ini memberikan Malaysia mengutip 4 mata sekaligus mara ke Pusingan Kedua menyertai Kumpulan E yang akan turut disertai oleh juara Kumpulan A, B dan D daripada Pusingan Pertama.", "Di peringkat Pusingan Kedua ini, kesemua pasukan di dalam Kumpulan E akan berentap menentang sesama sendiri dengan format “single round robin” untuk menentukan ranking sebelum ke peringkat separuh akhir.", "Di peringkat separuh akhir kelak, juara Kumpulan E akan menentang pasukan di tempat keempat manakala naib juara akan bertemu pasukan di tempat ketiga. ", "Pasukan yang memenangi saingan separuh akhir akan mara ke perlawanan akhir serta mendapat kelayakan automatik ke pentas Piala Dunia Bola Jaring 2023 yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206618/", "headline": "\n10 Atlet Berpendapatan Tinggi Dunia – No.1 Bukan Pemain Bola Sepak\n", "content": ["Tahun lalu menyaksikan tiga pemain bola sepak mendominasi senarai atlet sukan berpendapatan tinggi dunia, menurut senarai yang dikeluarkan oleh majalah bisnes, Forbes.", "Tiga pemain bola sepak tersebut ialah penyerang Paris Saint-Germain, Neymar (tangga ke-3), penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tangga ke-2) dan penyerang FC Barcelona, Lionel Messi (tangga pertama).", "Bagaimanapun, pemain bola sepak tidak lagi mengisi tangga pertama dalam senarai yang dikeluarkan oleh Forbes untuk tahun 2020, pada mei lalu.", "Pandemik Covid-19 yang melanda sejak daripada awal tahun ini turut memberikan kesan secara langsung kepada pendapatan para atlet seluruh dunia.", "Ia sekaligus merubah kedudukan kekayaan atlet-atlet pelbagai lapangan sukan seluruh dunia. Berikut adalah senarai 10 atlet sukan berpendapatan tinggi dunia bagi tahun ini: ", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $55.1 Juta", "Penaja: Amazon, Bose, Fanatics, Nike, NRG Energy & Wheels Up", "Wentz merupakan pemain bola sepak Amerika untuk pasukan Philadelphia Eagles yang bersaing dalam saingan National Football League (NFL). Berumur 27 dan mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga tahun 2023.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $58 Juta", "Penaja: Bose, CenturyLink, Nike & Panini", "Cousins juga merupakan seorang pemain bola sepak Amerika yang bersaing dalam kancah NFL. Berusia 32 tahun dan dia merupakan pemain untuk pasukan Minnesota Vikings.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $2.3 Juta", "Penaja: Bridgestone, Discovery Communications, Inc, Hero Motocorp, Monster Energy, Nike, Rolex, TaylorMade & Upper Deck", "Di tangga ke-8 adalah bintang golf tersohor dan pemenang 18 kali kejuaraan dunia, Tiger Woods. Berusia 44 tahun dan telah berkecimpung dalam sukan golf secara profesional hampir 25 tahun.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $28.9 Juta", "Penaja: Degree, Master & Dynamic, Nike & YouTube", "Di tangga ke-7 adalah pemain bola keranjang dalam saingan National Basketball Association (NBA). Ketika ini Durant, 31 tahun, merupakan pemain bagi pasukan Brooklyn Nets dan mempunyai kontrak bersama pasukan ini sehingga tahun 2023.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $30.4 Juta", "Penaja: Callaway Golf, Chase, Fanatics & Under Armour", "Seorang lagi pemain NBA yang mengisi senarai atlet dengan pendapatan tinggi dunia untuk tahun 2020. Dua kali dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dan merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi dalam saingan NBA tiga tahun berturut-turut, sebelum ini.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $28.2 Juta", "Penaja: 2K Sports, AT&T, Beats Electronics, Coca-Cola, GMC, KIA Motors, Nike, RIMOWA & Walmart", "Bintang sukan bola keranjang masa kini, LeBron James menduduki tangga ke-5. Dinobatkan sebagai MVP sebanyak empat kali, LeBron James kini beraksi bersama pasukan Los Angeles Lakers sejak tahun 2018.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $70.5 Juta", "Penaja: Beats Electronics, DAZN, Electronic Arts, Gillette, Mastercard, Nike, Red Bull & TCL", "Bintang bola sepak Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar menjadi atlet sukan ke-4 dan pemain bola sepak ke-3 dengan pendapatan tertinggi dunia. Terkenal dengan kehebatan gelecekannya, pemain berusia 28 tahun ini memegang rekod sebagai pemain dengan yuran perpindahan tertinggi iaitu $263 juta semasa berhijrah daripada FC Barcelona ke PSG.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $72 Juta", "Penaja: Adidas, Gatorade, Huawei, Mastercard & Pepsi", "Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi menduduki tangga ke-3 dalam senarai ini. Bintang Argentina berusia 33 tahun ini merupakan penjaring terbanyak buat FC Barcelona dan beliau mempunyai kontrak seumur hidup bersama syarikat penyedia barangan sukan gergasi, Adidas.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $60 Juta", "Penaja: Altice, DAZN, Herbalife, MTG, Nike & Unilever", "Pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo pula berada di tangga ke-2 atlet dan pemain bola sepak paling tinggi pendapatannya untuk tahun 2020. Setelah sembilan tahun bersama Real Madrid, Cristiano berhijrah ke Juventus pada tahun 2018.", "Gaji & Ganjaran Kemenangan: $6.3 juta", "Penaja: Barilla, Credit Suisse Group (ADS), Mercedes-Benz, Rolex, Uniqlo & Wilson Sporting Goods", "Di tangga pertama, atlet yang meraih pendapatan tertinggi bagi tahun 2020 adalah bintang tenis, Roger Federer. Ini merupakan kali pertama atlet berusia 39 tahun ini menduduki tangga pertama dalam senarai ini. Antara penyumbang terbesar kepada pendapatan pemenang Grand Slams sebanyak 20 kali ini adalah tajaan daripada syarikat pakaian Jepun, Uniqlo."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111542/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pelari Kanada, Andre de Grasse Raih Emas 200m\n", "content": ["Pelari pecut Kanada, Andre de Grasse muncul pemenang pingat emas bagi acara 200 meter (m) di Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Pelumba berusia 26 tahun ini menamatkan larian dengan catatan masa 19.62 saat. Sementara itu, di tempat kedua dan ketiga adalah pelari Amerika Syarikat, Kenny Bednarek dan Noah Lyles.", "Andre De Grasse is the new men’s 200m champion! After coming second in Rio 2016, the man from #CAN wins #Gold in Tokyo!@WorldAthletics | #StrongerTogether | #Tokyo2020 | #Athletics pic.twitter.com/vhNVBWsNXl", "Kedua-dua pelari tersebut menamatkan larian dengan catatan masa 19.68 dan 19.74 saat masing-masing sekaligus membawa pulang pingat perak dan gangsa.", "Untuk makluman, Andre merupakan pemenang pingat perak pada edisi Olimpik Rio 2016. Dalam perlumbaan tersebut dia tewas kepada pelari handalan Jamaica, Usain Bolt. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202321617/", "headline": "\nIndonesia Masters: Beregu No.3 China Singkir Aaron-Wooi Yik Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa menerima hakikat tidak dapat mengulangi kemaraan sehingga ke pentas akhir dalam saingan Indonesia Masters sepertimana pada saingan Terbuka India pada minggu lalu.", "Ini berikutan Aaron-Wooi Yik tumpas kepada beregu No.3 China, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong yang berusia 24 tahun masing-masing pada peringkat suku akhir, hari ini.", "Dalam pertarungan itu, Aaron-Wooi Yik tumpas secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 10-21 dalam tempoh masa 39 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Istora Gelora Bung Karno.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2023MD – QF 🇨🇳HE Ji Ting🏅21 21 🇨🇳ZHOU Hao Dong🏅 🇲🇾Aaron CHIA17 10 🇲🇾SOH Wooi Yik", "— BWFScore (@BWFScore) January 27, 2023", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Aaron-Wooi Yik dan beregu yang menghuni ranking ke-21 dunia pada ketika ini di pentas kejohanan antarabangsa.", "Pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung ketika di Kejohanan Badminton Asia 2022 yang memihak kepada Aaron-Wooi Yik.", "Sementara itu, Ji Ting-Hao Dong yang berhasil melakar kemenangan pada hari ini dapat meneruskan saingan Jelajah Dunia Super 500 BWF ke peringkat separuh akhir.", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah samada beregu lelaki No.1 dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto atau beregu senegara mereka, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219081/", "headline": "\nPSM Benarkan SNBJ Jadi Venue Final Piala FA Yang Menemukan JDT & Terengganu\n", "content": ["Teka-teki mengenai venue final Piala FA 2022 yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC sudah terjawab.", "Menerusi makluman terbaru oleh Malaysian Football League (MFL), venue perlawanan tersebut ditetapkan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan dijadualkan berlangsung pada 10 September kelak.", "Pengumuman itu hadir selepas permohonan MFL untuk menggunakan venue terbabit diluluskan oleh PSM. Selain itu, keadaan padang di stadium berkenaan juga telah diperiksa dengan teliti oleh pihak pengurusan JDT dan Terengganu.\n", "MFL hari ini mengumumkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 di antara Terengganu FC dan JDT pada 10 September ini jam 9.00 malam.", "Baca lanjut ➡️ https://t.co/t2UfUOGcO2#PialaFA2022 pic.twitter.com/ATevEIfWHt", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) August 16, 2022", "Seperti kita sedia maklum, PSM telah mengumumkan penutupan SNBJ bagi sebarang aktiviti bola sepak untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan termasuk baik pulih padang bermula 15 Jun lalu.", "Perkara tersebut diumumkan berikutan keadaan padang yang agak teruk ketika dan selepas skuad kebangsaan menggunakannya untuk mengharungi pusingan akhir kelayalan Piala Asia. ", "MFL menjelaskan, pemilihan SNBJ sebagai venue final Piala FA kali ini dibuat setelah melalui proses yang panjang menilai kemungkinan pelbagai venue.", "Bukan hanya faktor padang dijadikan keutamaan tetapi juga elemen-elemen yang amat penting seperti kemudahan dan perlindungan untuk penyokong kedua-dua pasukan, akses kepada perkhidmatan awam, ruang yang luas di sekeliling stadium yang akan membolehkan operasi keselamatan untuk puluhan ribu peminat yang akan berada di stadium, sokongan dan bantuan pihak berkuasa tempatan juga diambil kira.", "Pemilihan venue ini turut memberi penekanan daripada segi pengelolaan perlawanan, penyiaran, komersial dan juga kapasiti stadium yang akan membolehkan setiap finalis menjana pendapatan sebanyak mungkin daripada penganjuran perlawanan akhir ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321930/", "headline": "\nCarli de Murga Kembali Ke Pantai Timur Selepas Semusim Bersama JDT\n", "content": ["Pertahanan kacukan Sepanyol-Filipina, Carli de Murga kembali semula ke pantai timur semenanjung tanah air selepas semusim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Bagaimanapun, kedatangan semula pemain berusia 34 tahun bukanlah ke kelab lamanya iaitu Terengganu FC. Sebaliknya, Carli menyertai ‘rival’ kepada bekas kelabnya iaitu Kelantan FC.", "Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham mengesahkan penghijrahan Carli ke dalam pasukannya menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, semalam.", "Pengesahan itu menjadikan Carli sebagai pemain import ketujuh ditandatangani Kelantan pada jendela perpindahan kali ini.", "Untuk makluman, penghijrahannya hadir selepas hanya semusim bersama skuad berjulukan Harimau Selatan terbabit. ", "Carli sempat beraksi sebanyak 12 penampilan secara keseluruhan dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC serta mencetak satu gol sepanjang menyertai JDT."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217253/", "headline": "\nDecathlon Lancar “Flagship Store” di KL City Centre – Turut Mempunyai Restoran Makanan Sihat\n", "content": ["Gedung yang menjual pelbagai barangan sukan berpangkalan di Perancis, Decathlon bakal membuka cawangan baharunya di Kuala Lumpur City Centre (KL City Centre) bermula 14 Mei 2022 (Sabtu) nanti.", "Cawangan baharu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini diklasifikasikannya sebagai “flagship store” – pertama di Malaysia dan sejarah Decathlon – dengan menawarkan konsep baharu berbanding cawangan-cawangannya yang lain di dalam negara sebelum ini.", "Bertempat di tingkat satu Shoppe @ Four Seasons, Decathlon KL City Centre ini bukan sahaja menjual pelbagai produk untuk pelbagai jenis sukan bahkan turut disertakan dengan studio, bilik rawatan restoran yang membolehkan pelanggan mencuba, membeli, melakukan aktiviti riadah atau bersukan di bawah satu bumbung yang sama.", "Berikut adalah tawaran-tawaran baharu buat pelanggan yang diketengahkan oleh Decathlon KL City Centre:", "Decathlon bekerjasama dengan Manic Studio by Evomania membuka dua ruangan studio dimana salah satunya adalah Manic Studio (Decastudio 1) dan Indoor Spinning Class (Decastudio 2). ", "Untuk Decastudio 1, pelanggan boleh menyertai aktiviti yang memfokuskan kepada “stregth & conditioning training” seperti “metcon workout”, HIIT, tarian Bollywood dan tarian jiu jitsu Brazil yang turut disertakan dengan tenaga pengajar.", "Bagi Decastudio 2 pula, pelanggan boleh menyertai sesi berbasikal “indoor” secara berkumpulan. Sesi ini juga akan dibimbing oleh pengajar dan ianya tiga mod tunggangan yang merangkumi “beginner”, “intermediate” dan “advanced”.", "Untuk Decastudio 3 pula, Decathlon bekerjasama dengan Hot Yo Studio untuk menyediakan sebuah studio khusus untuk aktiviti yoga bersama-sama tenaga pengajar. Berdasarkan perkongsian oleh Hot Yo, terdapat beberapa sesi berbayar yang boleh disertai dan diikuti oleh para pelanggan. ", "Tawaran lain yang turut disertakan di “flagship store” milik Decathlon ini adalah dua bilik rawatan hasil daripada kerjasamanya dengan Physiowerkz. Di sini, pelanggan boleh datang dan menerima rawatan fisioterapi yang berkaitan mengikut keperluan setiap individu. Dimaklumkan, rawatan di sini memfokuskan kepada menjejaki “root cause” sakit yang dialami oleh setiap individu.", "Sudah mesti apabila anda melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, mengayuh basikal atau melakukan senaman yoga di studio milik, badan akan berpeluh dan berbau. Oleh demikian, cawangan Decathlon KL City Centre ini turut menyediakan kemudahan tandas, bilik mandi dan persalinan agar para pelanggan boleh membersihkan tubuh badan dan menyegarkan diri terlebih dahulu sebelum keluar dan pulang.  ", "Akhir sekali, Decathlon melengkapkan cawangan “flagship store” miliknya dengan menawarkan restoran berasaskan makanan sihat hasil kerjasamanya dengan Agrain. Entiti ini memfokuskan kepada pilihan makanan sihat yang sedap, mampu milik dan mudah. Semua makanannya disediakan secara “oven-baked” sahaja dan bahan-bahannya diambil daripada kebun-kebun tempatan di dalam negara."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207453/", "headline": "\nPasukan Perak Bertukar Menjadi Bos Gaurus FC\n", "content": ["Pasukan bola sepak Perak akan dikenali dengan nama Bos Gaurus Football Club (BGFC) atau Bos Gaurus FC untuk saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.", "Menurut laporan Harian Metro, nama tersebut digunakan berdasarkan pendaftaran oleh pihak Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) ketika proses penswastaan kelab seperti dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Mengenai logo pula, tiada sebarang makluman rasmi daripada pihak PAFA samada menggunakan logo sedia ada atau menggunakan logo baharu.", "Untuk rekod, sebelum daripada ini, pasukan bola sepak berpangkalan di Ipoh ini dikenali dengan nama Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) sejak tahun 2016."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206706/", "headline": "\nAntara Hafizh atau Rossi – Prinsipal Yamaha Petronas SRT Tersepit\n", "content": ["Prinsipal Yamaha Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali akui tersepit di antara memilih pelumba tempatan, Hafizh Syahrin atau pelumba veteran, Valentino Rossi untuk bersama pasukannya, musim depan.", "Menurut laporan Stadium Astro, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya memberi slot tersebut kepada pelumba tempatan berdasarkan semangat patriotik semata-mata.", "“Saya memang tersepit dalam hal ini. Saya seorang yang patriotik, kalau boleh saya nak letakkan pelumba negara kita. Bukan tidak boleh tapi kami perlu berlandaskan keputusan.” ", "“Bila sudah sampai di tahap MotoGP, seseorang pelumba itu perlu menyerlah, bukan lagi masa untuk pendedahannya selama setahun dua. Dia sepatutnya sudah tahu untuk mengendalikan jentera MotoGP,” katanya.", "Sementara itu, Razlan turut menasihatkan Hafizh yang juga pelumba Aspar Team dalam saingan Moto2 melantik pengurus bagi mengandalikan kontrak kariernya.", "Valentino Rossi, 41 tahun, disebut-sebut menjadi calon pelumba utama yang akan dibawa masuk ke pasukan Yamaha Petronas SRT bagi menggantikan pelumba muda, Fabio Quartararo yang akan ke pasukan kilang, Monster Energy Yamaha musim depan.", "Foto: Aspar Team & Monters Energy Yamaha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324942/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Perjalanan Aidil Terhenti, Tewas Kepada Perseorangan No.2 Jepun\n", "content": ["Kejayaan Aidil untuk melepasi peringkat kelayakan ternyata belum cukup untuk dirinya melangkah lebih jauh selepas ditewaskan wakil jepun, Kenta Nishimoto di Pusingan 32 Terbuka Taipei, sebentar tadi. ", "Terdahulu, Aidil mara ke peringkat undian utama (main draw) selepas menundukkan perseorangan Thailand, Korakrit Laotrakul dengan keputusan 16-21, 22-20 dan 21-13. ", "Bertemu buat kali pertama, kualiti yang dipamerkan Kenta ternyata boleh diibaratkan bagai langit dan bumi sekaligus mudah menewaskan perseorangan negara berusia 23 tahun itu secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-4 dalam perlawanan yang berlangsung selama 33 minit.", "YONEX Taipei Open 2023MS – R3221 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🥇", "— BWFScore (@BWFScore) June 21, 2023", "Bagaimanapun, kekalahan itu boleh dikira membanggakan buat Aidil yang kali terakhir mara ke Pusingan 32 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 pada tahun 2019 di Terbuka Macau. ", "Untuk makluman, Kenta Nishimoto bakal bertemu wakil Hong Kong, Chan Yin Chak yang turut menewaskan seorang lagi wakil Malaysia, Soong Joo Ven yang turut berakhir dengan keputusan “straight set” 21-16 dan 21-14. ", "Tiga lagi perseorangan lelaki negara, Yeoh Seng Zoe, Leong Jun Hao dan Cheam June Wei pula berjaya lolos ke Pusingan 16 selepas menewaskan lawan masing-masing. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111472/", "headline": "\nOlimpik 2020: Jacobs Hadiahkan Emas Pertama Buat Itali Dalam Acara 100m\n", "content": ["Pelari Itali, Lamont Marcell Jacobs muncul pemenang bagi acara 100 meter lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Pelari berusia 26 tahun ini memenangi emas selepas menamatkan larian dengan catatan masa 9.80 saat.", "Untuk makluman ini merupakan kali pertama dalam sejarah penganjuran temasya Olimpik moden, pelari dari Itali memenangi pingat emas dalam acara ini.", "Lamont Marcell Jacobs 🇮🇹 PEMENANG 100 METER LELAKI! 🥇Pelari pecut dari Itali tersebut mengejutkan ramai menewaskan pesaing-pesaing lain dengan catatan masa 9.80 saat.#Athletics#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/3yWIcUrizh", "Menamatkan saingan di tempat kedua dan meraih pingat perak adalah pelari Amerika Syarikat, Fred Kerley yang mencatatkan masa larian 9.84 saat. ", "Sementara itu, di tempat ketiga dan pemenang gangsa adalah pelari Kanada, Andre de Grasse yang mencatatkan masa larian 9.89 saat.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kali pertama acara 100 meter lelaki dimenangi selain daripada pelari Jamaica, Usain Bolt yang mendominasi dalam tiga edisi Olimpik terdahulu secara berturut-turut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324924/", "headline": "\nPemenang Piala Dunia Ikut Jejak Benzema Sertai Al Ittihad Selama 3 Tahun\n", "content": ["Dua minggu lalu, Karim Benzema selaku salah seorang penyerang prolifik di kancah bola sepak eropah meninggalkan kelab yang diwakilinya selama 14 tahun iaitu Real Madrid bagi berhijrah ke Arab Saudi menyertai Al Ittihad.", "Kini, pemain tengah Chelsea yang memenangi Piala Dunia 2018, N’golo Kante mengikuti jejak langkah Benzema apabila diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan menjadi pemain baharu Al Ittihad yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL).", "Menerusi makluman kelab berjulukan Al Numoor terbabit, Kante yang kini berusia 32 tahun diberikan kontrak selama tiga tahun – sama seperti Benzema – tanpa didedahkan kepada umum sebarang amaun gaji yang akan diterimanya sepanjang tempoh terbabit.", "Don't listen to the fake news⛔️Kanté is an Ittihad player now! ✍️🤩", "— Ittihad Club (@ittihad_en) June 20, 2023", "Untuk makluman, Al Ittihad berjaya mendapatkan khidmat Kante secara percuma tanpa sebarang bayaran kepada Chelsea memandangkan kontraknya bersama skuad The Blues akan tamat pada 30 Jun nanti.", "Peminat Kante pastinya ternanti-nantikan persembahan Kante bersama kelab baharunya itu lebih-lebih lagi penglibatan Kante bersama Chelsea pada musim 2022-23 dilihat begitu terhad ekoran mengalami kecederaan hamstring semasa turun menentang Tottenham Hotspur pada Ogos tahun lalu.", "Kecederaan itu memaksanya untuk menjalani pembedahan pada bulan Oktober berikutnya dan terpaksa melupakan aksi bola sepak selama lima bulan sekaligus terlepas peluang untuk mewakili Perancis beraksi di pentas Piala Dunia 2022 Qatar sekitar November-Disember lalu.", "Sebagai rekod, Kante telah menyarung jersi The Blues selama tujuh musim. Sepanjang tempoh itu, pemain kelahiran Paris berdarah Mali ini telah membantu Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA, Liga Europa, Liga Juara-Juara, Supercup dan Piala Dunia Kelab FIFA.", "— Ittihad Club (@ittihad_en) June 20, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220633/", "headline": "\nHamidin Dipilih Sebagai Ahli Majlis AFF Penggal 2022-2026, Tak Bertanding Jawatan Lebih Tinggi Kerana Mahu Tumpu Kepada Malaysia\n", "content": ["Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menjadi salah seorang individu yang dipilih untuk mengisi kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi penggal 2022-2026.", "Pemilihan Hamidin itu bersama-sama beberapa lagi individu lain disahkan dalam Kongres Biasa AFF Ke-29 yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja, hari ini.", "Empat lagi individu yang dipilih untuk menduduki kerusi Ahli Majlis AFF itu ialah Chris Nikou (Australia), Ko Ko Thein (Myanmar) dan Thanasak Suraprasert (Thailand). ", "Teo Chwee Lian Julie dari Singapura pula mengisi tampik Ahli Majlis Wanita AFF bagi penggal yang sama.", "Datuk Haji Hamidin dipilih selaku Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Asean (AFF)", "Baca Selanjutnya di:https://t.co/c7Du1Fm3Aa#FAM #HarimauMalaya #AFF pic.twitter.com/nVRNl8YFKH", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 14, 2022", "“Kami terus mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu ahli gabungannya menaikkan standard (piawaian) bola sepak Asia Tenggara.", "“Dengan pemilihan sebagai ahli majlis ini juga saya akan terus memastikan suara Malaysia sentiasa didengari di peringkat Asia Tenggara.", "“Saya mempunyai sebab tersendiri iaitu untuk tidak bertanding merebut jawatan yang lebih tinggi kerana apa yang paling utama buat saya ialah negara Malaysia,” ujar Hamidin sejurus tamat kongres.", "Sementara itu, jawatan Presiden AFF kekal menjadi milik penyandangnya, Mejar Jenaral Khiev Sameth (Kemboja) buat penggal kedua setelah menang tanpa bertanding.", "Manakala tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh Pengiran Matusin bin Pengiran Matasan (Brunei), Maaike Ira Puspita (Indonesia) dan Hon. Francisco Martins da Costa Pereira Jeronimo (Timor Leste).", "Kongres itu disusuli dengan mesyuarat majlis badan itu sambil dianggotai perwakilan FAM iaitu Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff dan Setiausaha Agung, Noor Azman.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219845/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Pemain Thailand Usia 15 Tahun Beri Cabaran Sengit Kepada Goh Jin Wei\n", "content": ["Tampil buat pertama kali dalam saingan berstatus Jelajah Super 100 BWF dan perlu berhadapan dengan bekas juara Remaja Dunia dua kali merangkap pilihan ketujuh kejohanan tidak menggentarkan pemain muda Thailand, Pitchamon Opatniputh. ", "Biarpun masih berusia 15 tahun, Pitchamon yang menghuni ranking ke-144 dunia sempat memberikan cabaran yang sengit kepada perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei di Pusingan 32, saingan Terbuka Vietnam pada hari ini.", "Pitchamon memberikan cabaran kepada Jin Wei bermula daripada set pertama walaupun terpaksa akur tumpas dengan skor 18-21.", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022WS – Round of 3221 13 23 🇲🇾Jin Wei GOH🏅18 21 21 🇹🇭Pitchamon OPATNIPUTH", "🕗 in 45 minutes https://t.co/mRhsQjc0qK", "— BWFScore (@BWFScore) September 28, 2022", "Bagaimanapun, dia berhasil bangkit pada set seterusnya dengan menamatkan pertarungan dengan skor 21-13 sekaligus mengheret Jin Wei ke set penentuan.", "Di set ketiga, Pitchamon terlebih dahulu mendapatkan mata ke-20 sebelum Jin Wei menyamakan kedudukan untuk membawa permainan ke “deuce”. ", "Akan tetapi Pitchamon terpaksa akur tumpas perlawanan ini apabila Jin Wei menamatkan set tersebut dengan skor 23-21. Untuk makluman, tiga set permainan ini berlangsung selama 45 minit.", "Sementara itu, dengan kemenangan ini, Jin Wei dapat meneruskan kemaraan ke peringkat Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain India yang berada di ranking ke-71 dunia, Ira Sharma.", "Featured Image: Instagram Pitchamon & Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113959/", "headline": "\nBelanjawan Selangor 2022: Kerajaan Peruntuk RM1 Juta Laksana Liga Akar Umbi\n", "content": ["Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan memberikan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan Liga Akar Umbi di peringkat daerah di seluruh negeri tersebut.", "Peruntukan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada hari ini.", "RM1 juta: Peruntukan Liga Akar Umbi bagi aktiviti kesukanan khususnya di kalangan belia untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.#Selangor2022", "Menurutnya, peruntukan tersebut diberikan sebagai usaha untuk merancakkan liga amatur dan menyemarakkan lagi aktiviti sukan khasnya dalam kalangan belia selaras hasrat membangunkan sukan dari peringkat akar umbi.", "Di awal pembentangannya, Amirudin memaklumkan Belanjawan Selangor 2022 adalah berjumlah RM2.343 bilion dimana RM1.22 bilion (52%) adalah perbelanjaan mengurus manakala baki RM1.123 bilion (48%) pula merupakan perbelanjaan pembangunan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219835/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Wei Chong-Kai Wun Hadapi Juara All England Di Pusingan 32\n", "content": ["Saingan Terbuka Denmark yang akan berlangsung bermula 18 Oktober kelak di Odense akan menemukan beregu muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dengan juara All England, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di Pusingan 32.", "Pertembungan itu terhasil selepas daripada sesi undian yang dijalankan bagi kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF, semalam.", "Berdasarkan prestasi semasa, Wei Chong-Kai Wun yang menghuni ranking ke-24 dunia masih segar dengan kejayaan menjuarai saingan Terbuka Taipei (Jelajah Dunia Super 300) sekitar pertengahan Julai lalu. ", "Namun begitu, Fikri-Bagas yang berada di ranking ke-15 dunia dilihat bergelut untuk melepasi peringkat Pusingan 16 dalam 9 kejohanan terakhirnya bermula Kejohanan Badminton Asia pada penghujung April lalu. ", "Berdasarkan rekod pertemuan pula, Wei Chong-Kai Wun pernah bertemu Fikri-Bagas sebanyak satu kali dalam saingan Antarabangsa Belgium 2021. Ianya berakhir dengan Wei Chong-Kai Wun menanggung kekalahan.", "Sementara itu, hasil undian turut menyaksikan juara dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan keempat akan turun menentang beregu Jerman yang menghuni ranking ke-11 dunia, Mark Lamfuss-Marvin Seidel pada Pusingan 32. ", "Beregu No.1 negara ini berkemungkinan besar tidak akan menghadapi masalah untuk melepasi Mark-Marvin memandangkan mereka pernah menumpaskannya sebanyak empat kali daripada lima pertemuan sebelum ini.", "Selain itu, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pula akan berhadapan dengan gandingan sementara dari Taiwan, Lee Yang yang terpaksa beraksi bersama pasangan lain buat seketika iaitu Lu Chen ekoran Wang Chi-lin mengalami kecederaan kaki.", "Beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi merangkap pilihan kelapan akan menentang beregu China yang menghuni ranking ke-43 dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.", "Akhir sekali, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong pula akan beraksi menentang beregu Korea di ranking ke-21 dunia, Choi Sol-gyu & Kim Won-ho. Pertembungan ini bakal menjadi yang kedua buat kedua-dua pemain setelah berentap buat pertama kali di Korea Masters sekitar pertengahan April lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324058/", "headline": "\n4 Beregu Campuran Negara ‘Gali Kubur’ Di Malaysia Masters 2023\n", "content": ["Kesemua beregu campuran negara samada yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atau bergerak secara bebas (independent) menerima nasib yang sama di pentas Malaysia Masters 2023 – tersungkur di peringkat awal iaitu Pusingan 32.", "Untuk makluman, seramai empat beregu campuran Malaysia bertanding dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF pada kali ini. Antaranya gandingan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Chen Tang-Toh Ee Wei dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See.", "Episod duka melibatkan keempat-empat pasangan ini bermula dengan Kian Meng-Pei Jing tumpas yang turun pada perlawanan pertama di Gelanggang 1 tumpas kepada beregu No.2 Thailand, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran secara “straight set” dengan skor 20-22 dan 20-22.", "Kedukaan itu diikuti pula oleh gandingan Peng Soon-Yee See yang terpaksa akur akan kekalahan di tangan beregu No.2 Korea, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun juga secara “straight set” dengan skor 8-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "Naib juara Terbuka Swiss yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Soon Huat-Shevon tidak terlepas daripada mengalami nasib yang sama apabila tidak dapat menjinakkan pasangan campuran Indonesia, Praveen Jordan dan Melati Daeva Oktavianti dan akur tumpas dengan menerusi skor 19-21, 21-18 dan 12-21.", "Akhir sekali, kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah AS$420,000 ini disahkan tidak akan dihiasi dengan kelibat wakil Malaysia bermula Pusingan 16 apabila juara Orleans Masters, Tang Jie-Ee Wei turut sama tumpas.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-20 dunia ini mengalami kekalahan di tangan beregu No.2 Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-11 dan 15-21 setelah bertarung hampir satu jam permainan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214633/", "headline": "\nTerengganu, Terengganu II, Sri Pahang & Penang Sertai Saingan Pramusim 4 Penjuru\n", "content": ["Empat buah pasukan tempatan iaitu Terengganu FC, Terengganu FC II, Sri Pahang FC dan Penang FC membuat persiapan pramusim Liga Malaysia dengan menyertai pertandingan empat penjuru.", "Menurut laporan Berita Harian, saingan empat penjuru tersebut akan berlangsung di Kuala Terengganu bermula 5 hingga 11 Februari dengan pasukan Terengganu sendiri sebagai tuan rumah.", "Difahamkan, skuad berpangkalan di pantai timur mengadakan kejohanan tersebut selepas membatalkan perancangan pramusim di luar negara ekoran pandemik Covid-19 yang belum reda.", "“Kita akan gunakan dua stadium dalam kejohanan itu nanti iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu dalam kejohanan yang diadakan hampir seminggu itu,” kata Ketua Pegawai Operasi Terengganu, Mohd Sabri Abas seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Mohd Sabri mengharapkan kejohanan pramusim ini dapat dimanfaatkan khususnya buat skuad Nafuzi Zain untuk mendapatkan keserasian sebelum bermulanya saingan liga lebih-lebih lagi pasukannya dibarisi ramai pemain import baharu.", "Antara pemain baharu yang diikat skuad ‘Black and White’ ialah penyerang, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre, pemain tengah, Manuel Ott, serta pertahanan Luke Woodland dan Pape Diakite."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215426/", "headline": "\nIndra Widjaja Dipilih Sebagai Jurulatih Lee Zii Jia Badminton Club\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Indonesia, Indra Widjaja dipilih oleh jaguh badminton negara, Lee Zii Jia untuk menjadi jurulatih bagi kelabnya, Lee Zii Jia Badminton Club.", "Menurut laporan akhbar tempatan, Utusan Malaysia, antara faktor Zii Jia yang akan bergerak secara persendirian atau bebas (independent) selepas ini memilih Indra sebagai jurulatihnya kerana beliau merupakan individu penting disebalik pencapaiannya pada hari ini selain melayan dirinya bagaikan seorang anak.", "Bagaimanapun, Indra masih mempunyai kontrak bersama badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selaku jurulatih perseorangan wanita negara sehingga 31 Mac ini.", "Justeru, khidmat Indra hanya boleh mula digunakan Lee Zii Jia dan kelab badmintonnya selepas daripada tarikh tersebut. Pada masa yang sama, Zii Jia turut memaklumkan perancangannya untuk menambah khidmat pakar fisio dan jurulatih kecergasan ke dalam kelabnya itu.", "Untuk makluman semua, pendaftaran Lee Zii Jia Badminton Club telah diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) pada 15 Februari lalu. Difahamkan, urusan pendaftaran kelab ini turut mendapat sokongan dan bantuan daripada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Ti Lian Ker.", "Dalam laporan yang sama, pemain yang menghuni ranking ketujuh dunia ini memberitahu tidak merancang untuk membawa masuk mana-mana pemain muda menyertai kelabnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111278/", "headline": "\nOlimpik 2020: Beregu Campuran Tumpas Pada Perlawanan Pembukaan\n", "content": ["Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin terpaksa akur tumpas pada perlawanan peringkat Kumpulan D temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Pasangan yang menduduki tangga ke-7 dunia ini tumpas pada set pertama 18-21 kepada pasangan daripada Hong Kong, Tan Chung man dan Tse Ying Suet.", "RESULTS: #Tokyo2020Group D#HKG Tang Chun Man-Tse Ying Suet def. #MAS Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-18 10-21 21-16#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/kdrVM2rx0e", "Gandingan beregu campuran negara ini bangkit pada set kedua dengan mencatatkan kemenangan 21-10. ", "Bagaimanapun, Peng Soon dan Liu Yin gagal meraih kemenangan pada set ketiga yang berlangsung dengan penuh sengit. Mereka tumpas di set ketiga dengan keputusan 16-21.", "Perlawanan seterusnya, mereka akan bertemu gandingan daripada Jerman, Mark Lamsfuss, Isabel Herttrich pada hari esok, jam 10.20 pagi waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206565/", "headline": "\nJersi Ke-3 Manchester United Dengan Corak ‘Zebra’ Tertiris\n", "content": ["Manchester United baru sahaja melancarkan jersi Home keluaran Adidas untuk mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21, pada awal ogos.", "Manakala jersi Away pula baru sahaja diumumkan sebelum daripada perlawanan menentang Sevilla FC pada aksi suku akhir Liga Europa, empat hari lalu. ", "Bagaimanapun, telah tertiris rekaan jersi ke-3 skuad Red Devil di internet pada hari ini dan ianya hadir dengan corak ‘unik’ hitam putih seperti kuda belang.", "Perkara itu didedahkan oleh laman sesawang Footy Headlines di mana corak belang hitam putih itu hadir pada kedua-dua baju dan seluar pendek.", "Pelbagai reaksi diberikan oleh penyokong Manchester United berkenaan rekaan terbaharu jersi ke-3 tersebut namun majoriti tidak menyukainya.", "Difahamkan corak hitam putih itu berasaskan daripada ‘dazzle camouflage’. Ia pernah digunakan oleh kapal-kapal British semasa Perang Dunia Pertama.", "British menggunakannya untuk melindungi mereka daripada serangan U-Boats buatan Jerman. Corak tersebut membuatkan musuh keliru akan saiz, kelajuan, jarak dan arah yang dituju kapal-kapal mereka.", "Sekiranya rekaan jersi ke-3 Manchester United yang tertiris ini benar, Bruno Fernandes dan rakan sepasukannya pasti akan mendapat kelebihan yang sama sepertimana kapal-kapal British.", "Sebelum ini rekaan jersi Home dan Away Manchester United turut tertiris awal di laman Footy Headlines, dan kedua-dua corak yang tertiris itu sama seperti yang diumumkan secara rasmi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217636/", "headline": "\nMalaysia Bakal Tampil Buat Kali Ke-9 di Hoki Piala Dunia – Bagaimanakah Dengan Pencapaian Sebelum Itu?\n", "content": ["Skuad senior hoki lelaki kebangsaan disahkan layak menyertai kejohanan hoki lelaki Piala Dunia 2023 yang akan berlangsung di Bhubaneswar dan Rourkela, India.", "Skuad negara mendapat pengesahan awal ke saingan tersebut selepas India merangkap tuan rumah kejohanan dunia berhasil melayakkan diri bersama-sama Jepun, Malaysia dan Republik Korea ke peringkat ‘Super 4’ kejohanan hoki Piala Asia 2022, semalam.", "Untuk makluman semua, kejohanan hoki Piala Asia ini menawarkan tiga tiket kepada tiga pasukan terbaik – juara, naib juara dan tempat ketiga – untuk menyertai saingan Piala Dunia. ", "— Asian Hockey Federation (@asia_hockey) May 26, 2022", "Namun begitu, kemaraan India ke peringkat ‘Super 4’ ini secara tidak langsungnya memberikan tiket automatik kepada tiga buah pasukan lain. Ini kerana India telah pun mendapat slot automatik ke saingan Piala Dunia selaku tuan rumah.", "Sementara itu, pengesahan kemaraan Speedy Tigers ke Piala Dunia menjadikan mereka bakal muncul buat kali kesembilan di pentas tersebut. Selain itu, ini juga bakal menjadi penampilan ketiga berturut-turut sejak tahun 2014.", "Sebagai rekod, skuad hoki lelaki kebangsaan, tampil buat pertama kali dalam saingan Piala Dunia pada edisi 1973 yang berlangsung di Amstelveen, Belanda.", "Manakala pencapaian terbaik Malaysia di pentas ini hadir ketika edisi berikutnya, Piala Dunia 1975 ketika menjadi tuan rumah. Malaysia menamatkan saingan tersebut di tangga keempat. Berikut adalah pencapaian Malaysia di pentas Piala Dunia:", "Piala Dunia 1973: Tempat Ke-11", "Piala Dunia 1975: Tempat Ke-4", "Piala Dunia 1978: Tempat Ke-10", "Piala Dunia 1982: Tempat Ke-10", "Piala Dunia 1998: Tempat Ke-11", "Piala Dunia 2002: Tempat Ke-8", "Piala Dunia 2014: Tempat Ke-12", "Piala Dunia 2018: Tempat Ke-15", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation & FIH"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217201/", "headline": "\nMane Tidak Berada Dalam Perancangan Gergasi Jerman, Bayern Munich\n", "content": ["Khidmat penyerang skuad kebangsaan Senegal, Sadio Mane dimahukan oleh kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sepertimana dilaporkan media berpangkalan di eropah, sejak malam tadi.", "Pengarah Sukan Bayern Munich, Hassan Salihamidzic mahukan khidmat penyerang Liverpool itu dan akan mendatangkannya pada jendela perpindahan musim panas nanti.", "Dimaklumkan Salihamidzic telah bertemu dengan ejen kepada Mane di Mallorca baru-baru ini dan Mane menjadi salah satu topik yang dibincangkan. ", "NOT TRUE ❌ is that Bayern is working on a Transfer of Sadio Mané. The Player was no topic in the Talks between Salihamidzic and Bezemer of Mané‘s agency „ROOF“ at Mallorca on Friday https://t.co/JUjJaBpALR", "— Christian Falk (@cfbayern) May 9, 2022", "Untuk makluman semua, kontrak Mane bakal tamat pada Jun 2023 – berbaki setahun sahaja lagi – namun perbincangan untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut bersama Liverpool berada dalam fasa yang sukar.", "Akan tetapi jurnalis yang berpangkalan di Munich, Christian Falk menyatakan berita berkenaan tidak benar serta tiada usaha daripada Bayern untuk mendatangkan Mane. ", "Malahan, pemain berusia 30 tahun itu tidak menjadi topik perbincangan dalam pertemuan antara Pengarah Sukan Bayern Munich bersama ejen kepada Mane itu.", "Untuk rekod, telah menyarung jersi skuad The Reds sejak tahun 2016 dan tampil sebanyak 265 kali, menjaringkan 118 gol serta mencipta 47 “assist”."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214675/", "headline": "\n‘Pak Arab’ Jordan Taruhan Sri Pahang Di Bahagian Serangan Ganti Kenny Athiu\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan Jordan, Mahmoud Za’tara menjadi sandaran utama di bahagian serangan Sri Pahang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Kedatangan pemain berusia 31 tahun ini dihebahkan menerusi makluman di pelbagai media sosial milik skuad yang dikenali dengan julukan Tok Gajah, pada Sabtu lalu.", "Difahamkan, kedatangan penyerang ini adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang tinggi lampai berketinggian 2 meter (m), Kenny Athiu yang merupakan kelahiran benua afrika.", "Untuk makluman semua, Mahmoud hadir dengan reputasi sebagai pemain yang membantu kelab lamanya, Al Wehdat muncul naib juara Liga Pro Jordan serta juara Piala Super Jordan 2021 (perlawanan piala sumbangsih).", "Selain beraksi di liga negaranya, karier bola sepak Mahmoud banyak tertumpu bersama pasukan-pasukan yang berpangkalan di rantau asia barat seperti Iraq, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman.", "Pengalaman Mahmoud di kancah kejohanan antarabangsa seperti Piala AFC dan Kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) turut menjadi salah satu sebab pemain ini menarik minat Sri Pahang untuk mendapatkan khidmatnya.", "Sebagai tambahan, Kenny yang ditandatangani oleh Sri Pahang pada jendela pertengahan musim lalu dilepaskan selepas sekadar merekodkan 5 jaringan gol daripada 11 penampilan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111282/", "headline": "\nOlimpik 2020: Peng Soon-Liu Yin Tumpas Lagi, Slot Ke Peringkat Kalah Mati Tipis\n", "content": ["Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin tumpas sekali lagi pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Selepas tewas di tangan pasangan dari Hong Kong, Tan Chung Man dan Tse Ying Suet pada perlawanan pembukaan semalam, Peng Soon dan Liu Yin tumpas pula kepada pasangan dari Jerman, hari ini.", "RESULTS: #Tokyo2020Group D#GER Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich def. #MAS Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-12 21-15#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/n2bgs9FHIj", "Lebih mengecewawakan, Peng Soon dan Liu Yin tumpas dua ‘straight set’ kepada Mark Lamsfuss dan Isabel Herttrich dengan keputusan 21-12 dan 21-15.", "Kekalahan dalam kedua-dua perlawanan ini melihatkan peluang Malaysia untuk mara ke peringkat kalah mati sangat tipis.", "Malaysia perlu melihat kepada keputusan melibatkan regu campuran China menentang Hong Kong, sebentar nanti.", "Sekiranya pasangan beregu campuran Hong Kong meraih kemenangan ke atas China maka Malaysia masih mempunyai peluang.", "Namun Malaysia perlu mengambil peluang untuk mencatatkan kemenangan ke atas China sekiranya mahu layak ke peringkat kalah mati.", "Perlawanan terakhir beregu campuran Malaysia bertemu pasangan dari China, Wang Li Yiu dan Huang Dong Ping dijadualkan pada jam 6.20 petang esok, waktu Malaysia.", "Kemaskini Terkini!! (12.30 pm, 25 Julai)", "Pasangan beregu campuran negara sah tersingkir daripada saingan Sukan Olimpik selepas China berjaya menewaskan Hong Kong dengan dua ‘straight set’ sebentar tadi.", "Kedudukan terkini Kumpulan D – Beregu CampuranSelepas wakil dari China menewaskan beregu dari Hong Kong, Peng Soon-Liu Ying sah tidak dapat beraksi dalam pusingan kalah mati.#Badminton#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/vUIwyWhAVH"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219224/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: S. Kisona, Yeen Yuan-Valeree Kandas Di Pusingan 64\n", "content": ["Beregu wanita muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow hanya dapat merasai satu perlawanan sahaja di Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Pasangan yang berusia 20 tahun masing-masing ini meraih debut di pentas kejohanan dunianya pada hari ini namun terpaksa pulang sejurus tamat sahaja perlawanan di Pusingan 64.", "Dalam perlawanan tersebut, Yeen Yuan-Valeree terpaksa akur tumpas kepada wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Pullela secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-13 dalam tempoh 31 minit.", "Sementara itu, seorang lagi wakil negara yang beraksi dalam kategori perseorangan wanita, Kisona Selvaduray turut mendapat nasib yang sama – pulang sejurus Pusingan 64.", "Pemain berusia 23 tahun ini tumpas kepada pemain Vietnam, Vu Thi Trang juga secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-17. Ianya berlangsung dalam tempoh 37 minit permainan.", "Untuk makluman, ini merupakan penampilan kedua Kisona di Kejohanan Dunia BWF. Penampilan tahun lalu turut menyaksikan dia terkandas di Pusingan 64."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208371/", "headline": "\nKajian: Penyokong Wanita Ke Stadium Bukan Kerana Mengikut ‘Boyfriend’ Atau Suami\n", "content": ["Seringkali penyokong wanita yang hadir ke stadium semasa berlangsungnya sesebuah perlawanan bola sepak dikatakan hanya untuk menemani teman lelaki atau suami masing-masing.", "Bagaimanapun, ternyata tanggapan tersebut tidak begitu tepat berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.", "Menurut pensyarah fakulti berkenaan, Mohd Sadek Mustafa berkata hasil kajian menunjukkan penyokong wanita ke stadium kerana ingin menonton aksi pemain bintang yang mereka sukai.", "Dapatan itu turut disokong dengan beberapa peratusan kehadiran golongan wanita ke stadium hanya bersama rakan sejantina mereka. Difahamkan kajian tersebut dilakukan di tiga buah negeri dalam saingan Liga Malaysia, musim lalu. ", "“Berdasarkan kajian yang kami buat di Selangor, Pahang dan Johor, purata penyokong wanita yang hadir ke stadium bagi tiga negeri itu adalah antara 30 hingga 35 peratus.", "“Penyokong wanita datang ke stadium bukan hanya mengikut teman lelaki atau suami, sebaliknya mereka ini sebenarnya ingin menonton bintang bola sepak yang mereka sukai.", "“Kira-kira 15 peratus datang bukan dengan teman lelaki, tetapi dengan rakan wanita mereka. Itu fenomena yang berlaku dalam industri bola sepak kita,” jelas pensyarah berkenaan seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Sementara itu, dapatan lain dalam kajian yang bertajuk Pengaruh Jenama Dalam Industri Bola Sepak itu turut mejelaskan minat daripada kalangan penyokong wanita dapat ‘menggemukkan’ kantung kewangan sesebuah kelab bola sepak.", "Hal ini kerana golongan wanita tidak lokek untuk mengeluarkan wang daripada poketnya untuk membeli barangan-barangan eksklusif kelab. Lebih menarik, Mohd Sadek turut berkongsikan bahawa golongan wanita akan berbelanja lebih berbanding golongan lelaki.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112096/", "headline": "\nVideo: Jaringan Tunggal Kpah Bantu Liberia Raih Kemenangan Pertama Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022\n", "content": ["Satu jaringan oleh penyerang Kedah Darul Aman (Kedah), Kpah Sherman telah membantu skuad kebangsaannya, Liberia meraih kemenangan sulung dalam pusingan dua Kelayakan Piala Dunia 2022.", "Penyerang berusia 29 tahun ini berhasil mencetak jaringan tersebut pada minit ke-86 permainan ketika menentang Republik Afrika Tengah pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan C.", "Baca: Kpah Sherman Raih Kemenangan Bersama Liberia Ketika Menentang Libya", "Pada ketika itu, Kpah menerima bola di dalam kotak penalti hasil tandukan rakan sepasukannya. Pada masa yang sama, barisan pertahanan lawan alpa akan keberadaannya di situ.", "Kpah yang menghidu peluang tersebut dengan pantas mengambil peluang untuk menyudahkan bola tersebut sekaligus berhasil membantu pasukannya meraih kemenangan 1-0.", "Kemenangan ini meletakkan skuad negaranya di tangga kedua Kumpulan C. Memimpin kumpulan ini adalah skuad kebangsaan yang diperkuatkan dengan beberapa kehadiran pemain berpangkalan di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Nigeria.", "🇨🇫 Central African Republic 0-1 Liberia 🇱🇷Kpah Sherman's 86th-minute winner sees Liberia move up to 2nd in Group C#WCQ | #WorldCup | @CAF_Online pic.twitter.com/pFHOSkRXFk", "Perlawanan seterusnya bagi kelayakan Piala Dunia 2022 melibatkan skuad Liberia akan bersambung pada bulan Oktober hadapan.", "Anda boleh menonton sorotan perlawanan Liberia menentang Republik Afrika Tengah serta jaringan oleh Kpah Sherman DI SINI", "Featured Image: Liberia Football Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207007/", "headline": "\nTMJ: Pengadil Wan Tarmizi Sepatutnya Beri Penalti Kepada Terengganu FC\n", "content": ["Mutu pengadilan rendah oleh Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim semasa mengadili perlawanan di antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), semalam, mengundang kritikan ramai peminat bola sepak.", "Manakan tidaknya, terdapat beberapa insiden dilihat tidak mendapat hukuman yang selayaknya sekaligus menyebabkan perlawanan menjadi ‘panas’ dan tegang di antara kedua-dua pasukan.", "Paling menjadi tumpuan adalah insiden melibatkan terjahan tinggi berbahaya oleh penyerang Dominic Da Sylva ke atas Natxo Insa. Pengadil hanya melayangkan kad kuning.", "Selain itu, Terengganu FC pula dinafikan beberapa sepakan penalti apabila pemain-pemainnya dikasari di dalam kotak penalti.", "Turut senada dengan kritikan yang dilemparkan oleh majoriti peminat adalah pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.", "“Bukan mudah untuk kami JDT. Pengadil teruk dan tidak mengawal perlawanan dengan baik.”", "“Sepatutnya 1 atau 2 penalti buat Terengganu dan kad merah terhadap penyerang Terengganu yang melakukan terjahan yang tinggi.”", "“Apa apa pun perlawanan sudah tamat. Tahniah kepada kedua-dua pasukan.” ulas baginda dalam satu komen yang ditinggalkan di laman sosial Terengganu FC, pagi tadi.", "Walaupun keputusan-keputusan yang dibuat oleh Wan Tarmizi banyak tidak memihak kepada Terengganu FC, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memuji semangat profesionalisme yang dipimpin oleh kapten Lee Tuck.", "“Sikap profesionalisme yang tinggi oleh kapten, dan potensi yang tinggi oleh pemain muda.” tambah baginda lagi.", "Perlawanan tersebut berkesudahan dengan skuad Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 1-0 hasik jaringan Safawi Rasid pada minit ke-5 permainan.", "Tonton highlights penuh pada pautan video di bawah:", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114523/", "headline": "\n‘Patatimo Boys’ Disenaraikan Beraksi Di Kejohanan Syed Modi 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki remaja sedang meningkat naik, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang berusia 19 tahun masing-masing bakal membuat kemunculan pertama dalam siri Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300, bermula tahun hadapan.", "Menerusi ‘M&Q Report’ yang dimuat naik oleh laman Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasangan yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ ini tersenarai untuk menyertai Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 yang akan berlangsung di Lucknow, India bermula 18 hingga 23 Januari 2022.", "Sepanjang tahun 2021, gandingan yang berasal dari Terengganu dan Kelantan ini telah menyertai 8 kejohanan berstatus Gred 3 oleh BWF. Daripada 8 kejohanan yang disertai, gandingan Arif-Haikal muncul juara sebanyak 3 kali di Terbuka Austria, Kejohanan Antarabangsa Hellas dan Kejohanan Antarabangsa Ukraine.", "Selain itu, gandingan beregu bertangan kidal ini turut muncul naib juara sebanyak dua kali di Kejohanan Antarabangsa Latvia dan Terbuka Scotland. Kejayaan ini berhasil meletakkan mereka di ranking ke-103 dunia pada tahun 2021.", "Sementara itu, kejohanan Syed Modi ini turut menyaksikan 3 beregu lelaki Malaysia yang lain turut menyertainya. Antaranya, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun (ranking ke-64), Tan Wee Kiong dan Tan Kian Meng (ranking ke-107) serta gandingan baharu, Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn Ayub."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110114/", "headline": "\nLee Tuck Sedia & Gembira Untuk Kembali Bersama Terengganu\n", "content": ["Pemain Sri Pahang, Lee Tuck bersedia untuk menyarung jersi pasukan lamanya sekiranya khidmatnya kembali ditagih oleh ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain.", "Baru-baru ini, Nafuzi mengatakan dua bekas pemainnya, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov merupakan calon pemain import yang sesuai untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan pertengahan musim ini bagi memperkukuhkan pasukan.", "Tambahan pula, pihak pengurusan Sri Pahang sememangnya merancang untuk meminjamkannya ke pasukan lain memandangkan mereka telah mendatangkan empat pemain import baharu. ", "Percaturan baharu Sri Pahang menyaksikan nama Lee Tuck digugurkan oleh Dollah Salleh sehingga ke penghujung musim ini.", "“Sudah tentu saya berminat dan bersedia menyarung jersi skuad Terengganu, lebih-lebih lagi selepas tiga musim bersama skuad itu sehingga mara ke pentas final Piala Malaysia pada 2018 dan membantu pasukan layak ke pentas Piala AFC musim ini.", "“Lebih menggembirakan mendengar komen daripada Nafuzi yang menyatakan saya antara calon untuk memperkuatkan pasukan selain bekas rakan sepasukan, Sanjar Shaakhmedov, ini berita baik,", "“Lagipun saya gembira di sana, seperti yang saya katakan kami saling mengetahui corak permainan masing-masing, ianya begitu serasi.", "“Lagipun sejujurnya ketika ini saya sedang mencari kelab untuk pinjaman sementara dan kembali ke Terengganu adalah satu peluang baik dan fantastik serta mengujakan, ketika ini saya sangat bermotivasi untuk kembali ke padang,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Bagaimanapun, Lee Tuck hanya menyatakan kesediaan dan minatnya untuk menyarung jersi skuad Hitam Putih. Walaupun tidak menolak penghijrahan kembali ke Terengganu sebagai pemain pinjaman, pemain kelahiran Halifax, England yang bakal menjengah usia 33 tahun pada jun ini belum bersedia untuk mengesahkan atau mendedahkan pasukan yang akan ditujunya.", "Pada masa yang sama, Lee Tuck turut menjelaskan prestasinya yang tidak menentu bersama Sri Pahang adalah disebabkan belum dapat menyesuaikan diri untuk bermain di posisi luar kebiasaannya iaitu sebagai penyerang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220969/", "headline": "\nBek Kiri & Kanan Terengganu FC Tolak Tawaran Lain, Kekal Bersama Coach Tomislav\n", "content": ["Penghijrahan ketua jurulatih dan sebahagian barisan kejurulatihan tidak membuatkan bek kiri dan kanan utama Terengganu FC, Arif Fadzilah dan Azam Azmi Murad mengikuti jejak langkah yang sama.", "Kedua-dua pertahanan berusia 26 dan 21 tahun masing-masing ini menyatakan komitmen untuk kekal bersama skuad berpangkalan di pantai timur di bawah bimbingan ketua jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner pada musim hadapan.", "🏴🏳️𝗔𝗥𝗜𝗙 𝗙𝗔𝗗𝗭𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗞𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗙𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯🏴🏳️", "Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/CxrIA2f3GA#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/Ugs7YKtZa5", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 7, 2022", "Perkembangan ini hadir menerusi makluman oleh pihak kelab menerusi pelbagai platform media sosialnya. Dalam makluman itu, Arif diberikan lanjutan kontrak sementara Azam pula masih mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Terengganu.", "Difahamkan, kedua-dua pertahanan ini mengakui menerima tawaran daripada kelab lain yang turut beraksi saingan Liga Super. Namun Arif dan Azam telah membuat keputusan untuk kekal bersama skuad naib juara Liga Super dan Piala FA ini.", "\"KOMITMEN DAN FOKUS SAYA SEMEMANGNYA BERSAMA TERENGGANU FC\"", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 7, 2022", "Selain itu, Terengganu turut memaklumkan dua bek kirinya, Alif Zakaria dan Hairiey Hakim turut kekal. Kedua-duanya akan menjadi persaingan buat Arif untuk merebut tempat di posisi bek kiri Terengganu pada musim hadapan.", "Bagaimanapun, peluang buat ketiga-tiga pemain ini untuk mendapat tempat boleh dikatakan terbuka dengan keadaan Terengganu akan menghadapi lebih banyak perlawanan memandangkan turut beraksi di kejohanan Piala AFC.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220325/", "headline": "\nBOD Terengganu FC Setuju Lanjut Kontrak Nafuzi Setahun – 14 Hari Untuk Beri Jawapan\n", "content": ["Selepas membimbing Terengganu FC muncul naib juara Piala FA dan Liga Super musim ini, Ahli Lembaga Pengarah (BOD), bersetuju untuk memberikan lanjutan kontrak kepada ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain.", "Perkembangan menarik tersebut dikongsikan oleh wartawan tempatan, Tengku Danish Bahri menerusi akaun Twitter peribadinya, pada hari ini.", "Dimaklumkan, Nafuzi yang akan tamat kontraknya pada 30 November kelak diberikan tawaran lanjutan selama satu tahun. ", "TFC setuju tawar lanjutan kontrak setahun kepada NZ.", "BOD bpuas hati capai KPI + NZ diberi masa 14 hari beri jawapan.", "Ketua jurulatih TFC II, III dan IV turut ditawarkan lanjutan kontrak. pic.twitter.com/wTySTOy8b7", "— Tengku Danish Bahri (@tgdanish) October 25, 2022", "Difahamkan, tawaran itu dikemukakan selepas BOD berpuas hati dengan tugasan yang dilakukan jurulatih tempatan berusia 43 tahun tersebut serta mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI).", "Pada masa yang sama, Nafuzi diberikan tempoh masa selama 14 hari atau bersamaa 2 minggu bagi menerima atau tidak tawaran yang dikemukakan ini.", "Selain itu, dimaklumkan, ketua-ketua jurulatih bagi skuad-skuad simpanan atau bawah umur bagi pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung ini turut diberikan tawaran lanjutan kontrak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216846/", "headline": "\nKorea Masters: Goh Jin Wei Kalah Di Tangan Pemain China No.17 Dunia\n", "content": ["Perjalanan perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei dalam saingan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – tamat di peringkat Pusingan 16 sahaja. ", "Ini selepas pemain berusia 22 tahun itu tumpas kepada pemain China yang menghuni ranking ke-17 dunia, Wang Zhiyi sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei yang berada di ranking ke-88 dunia tumpas selepas bertarung tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 7-21 dan 12-21 dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersWS – Round of 1620 21 21 🇨🇳Zhi Yi WANG🏅22 7 12 🇲🇾Jin Wei GOH", "🕗 in 56 minutes https://t.co/vyqQ8KB1Et", "— BWFScore (@BWFScore) April 14, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertama kali pemain China yang bakal menginjak usia 22 tahun itu meraih kemenangan ke atas Jin Wei. ", "Dua pertemuan sebelum ini di peringkat akhir Sukan Olimpik Remaja 2018 dan separuh akhir Kejohanan Dunia Remaja 2018 dimenangi oleh Jin Wei.", "Sementara itu, Zhiyi yang merekodkan kemenangan akan bertemu samada pemain Singapura, Yeo Jia Min (ranking ke-16) atau pemain tuan rumah, Kim Seong-min (ranking ke-350) pada peringkat suku akhir nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217037/", "headline": "\nBAC 2022: Empat Beregu Lelaki Negara Mara Ke Pusingan 16 Secara Berjemaah\n", "content": ["Keempat-empat pasangan beregu lelaki negara tidak mempunyai masalah untuk melayakkan diri masing-masing ke peringkat Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, hari ini.", "Kemaraan itu itu bermula dengan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik merangkap pilihan kelima kejohanan yang mencatatkan kemenangan ke atas beregu China, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong dengan skor 18-21, 21-12 dan 21-18 di Pusingan 32.", "Ia disusuli dengan pasangan yang menjuarai saingan Terbuka Jerman, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang diletakkan sebagai pilihan kelapan berhasil mengalahkan beregu Filipina, Solomon Jr Padiz dan Julius Villabrille secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-9 dan 21-14.", "R32#MAS🇲🇾 Man Wei Chong-Tee Kai Wun def. #THA🇹🇭 Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkham 21-16 17-21 21-12", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2022", "Kemudiannya, pasangan beregu muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun turut mengikut jejak langkah ‘abang-abangnya’ dengan mengatasi beregu Thailand, Weeraphat Phakjarung-Wongsathorn Thongkham dengan pungutan mata 21-16, 17-21 dan 21-12.", "Dan kemaraan terakhir wakil beregu lelaki negara disempurnakan oleh pasangan bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi selaku pilihan keenam kejohanan dengan menyingkirkan beregu Hong Kong, Chang Tak Ching dan Yeung Ming Nok secara ‘straight set’ 21-18 dan 21-17.", "R32#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(5) def. #CHN🇨🇳 He Ji Ting-Zhou Hao Dong 18-21 21-12 21-18", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2022", "Di peringkat Pusingan 16 kelak, Aaron Chia dan Wooi Yik akan turun berhadapan dengan beregu Singapura, Danny Bawa Chrisnanta dan Andy Kwek (ranking ke-163).", "Manakala Sze Fei dan Izzuddin pula dijadualkan menentang beregu Korea, Kang Min-hyuk dan Kim Won-ho (ranking ke-151). Sementara itu, Wei Chong serta Kai Wun akan ditentang oleh beregu Filipina, Christian Bernardo dan Paul John Pantig (tiada ranking).", "Untuk Yew Sin dan Ee Yi, setakat artikel ini ditulis, lawan mereka belum dapat ditentukan lagi. Mereka bakal bertemu samada beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan (ranking ke-22) atau beregu India, Manu Attri dan B. Sumeeth Reddy (ranking ke-43).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111139/", "headline": "\n‘Penghargaan Kepada Saya & Malaysia’ – Reaksi Azizul Selepas Disenaraikan Antara 10 Atlet Yang Perlu Diberikan Tumpuan di Tokyo\n", "content": ["Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang menyifatkan penyenaraian namanya sebagai salah seorang atlet yang perlu diberikan tumpuan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 oleh media antarabangsa merupakan satu penghargaan bukan sahaja dirinya malahan Malaysia secara amnya.", "Baru-baru ini, akhbar dan portal berita yang berpangkalan di Australia, The Age menyenaraikan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini sebagai salah seorang daripada 10 atlet yang perlu diberikan perhatian pada temasya sukan terbesar dunia yang adakan berlangsung dalam tempoh 9 hari lagi.", "Perkembangan tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican serta dikongsikan menerusi Instagram Story beliau beberapa hari yang lepas.", "“Bagi saya ia merupakan satu pengiktirafan yang besar daripada media antarabangsa, dan kita tahu Australia merupakan salah sebuah ‘sporting nation’ dalam dunia,”", "“Apabila mereka mengiktiraf saya Azizulhasni Awang dari Malaysia, bagi saya ini merupakan satu penghargaan untuk karier saya dalam sukan berbasikal ini, dan juga penghargaan untuk Malaysia.” katanya dalam sidang media dalam talian yang dihoskan oleh Bazly Azmi dan Irfan Ali di saluran Astro, hari ini.", "Antara atlet lain yang disenaraikan oleh portal dan akhbar tersebut Monica Abbott (Amerika Syarikat, softball), Joshua Cheptegei (Uganda, larian 5000m & 10,000m), Simone Biles (Amerika Syarikat, gimnastik), Katie Ledecky (Amerika Syarikat, berenang), Sky Brown (Great Britain, skateboarding), Teddy Riner (Perancis, judo), Luka Doncic (Slovenia, bola keranjang), Jerry Tuwai (Fiji, ragbi) dan Lydia Valentin (Sepanyol, angkat berat).", "Sementara itu, mengulas mengenai persiapan terakhirnya sebelum terbang ke bumi matahari terbit tersebut, pelumba yang mendapat julukan ‘The Pocket Rocketman’ ini menjelaskan dia sedang menumpukan perhatian kepada latihan melibatkan kelajuan.", "“Kita fokus kepada ‘speed’, semua kita punya ‘hardwork’ kita dah buat sejak dua tahun yang lalu yang memfokuskan kepada ‘power’, ‘strength’ dan sebagainya, jadi yang terakhir ini banyak fokuskan kepada kelajuan.” jelasnya lagi.", "Seperti kebiasaanya, Azizul akan mengambil bahagian dalam dua acara iaitu keirin dan pecut sambil ditemani oleh seorang lagi atlet basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.", "Featured Image: Azizulhasni Awang Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207512/", "headline": "\nCavani Bakal Ikut Jejak Ibrahimovic Atau Falcao?\n", "content": ["Kemasukan penyerang berusia, Edinson Cavani ke Manchester United menimbulkan tanda tanya samada dia bakal menyerlah seperti Zlatan Ibrahimovic atau beraksi malap bagaikan Radamel Falcao?", "Kedua-dua penyerang Ibrahimovic dan Falcao ditandatangani oleh Manchester United pada usia yang agak lewat iaitu sekitar umur 35 tahun dan 28 tahun masing-masing. Manakala Cavani pada ketika ini berusia 33 tahun.", "#OnThisDay in 2016, @Ibra_Official signed for #MUFC! pic.twitter.com/xtRJgsYMDz", "Ibrahimovic yang bermain selama setahun setengah bersama The Red Devils berjaya meledak 29 gol dan mencipta 10 bantuan gol hasil daripada 53 penampilan. ", "Walaupun dihimpit dengan kecederaan, penyerang Sweden itu sempat membawa Manchester United menjulang tiga piala iaitu Perisai Komuniti, Piala Liga dan piala Liga Europa. ", "#mufc can confirm that @Falcao has returned to Monaco after his loan spell with the Reds. http://t.co/S7ezdrjmhX pic.twitter.com/ND5vNP6E4R", "Sementara itu, Falcao yang mencipta nama sebagai penyerang prolifik bersama FC Porto, Atletico Madrid dan AS Monaco gagal meneruskan impak sedemikian apabila dipinjamkan ke Manchester United pada tahun 2014.", "Tidak tahu dimanakah silapnya, penyerang Colombia itu hanya merekodkan 4 gol dan mencipta 5 bantuan gol sahaja sepanjang menyarung jersi merah pasukan berpangkalan di Old Trafford tersebut.", "🔝🎥🏹The 2⃣0⃣0⃣ goals of the 𝑴𝒂𝒕𝒂𝒅𝒐𝒓 @ECavaniOfficial in our colors 🤩❤️💙 #ICICESTPARIS pic.twitter.com/n8nzmlT1VV", "Sementara itu, ketika Cavani bersama kelab lamanya, Paris Saint-Germain (PSG) dia membuktikan dirinya sebagai penyerang hebat dengan menyumbat sebanyak 200 gol.", "Bagaimanapun, kontraknya bersama gergasi Perancis itu tidak disambung ekoran penurunan prestasi sejak akhir-akhir ini akibat kecederaan. Dan perkara itu juga menyebabkan dia sukar untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.", "Adakah Cavani yang diberikan jersi bernombor 7 dapat mengembalikan sentuhannya di Manchester United sekaligus mengikuti jejak langkah Ibrahimovic atau gagal menyerlah sepertimana Falcao?"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207706/", "headline": "\nPemain Yang Digosipkan Menjadi Sasaran Selangor Dilanjutkan Kontrak\n", "content": ["Pemain yang dikatakan menjadi sasaran utama pasukan Selangor untuk musim hadapan, Nazmi Faiz Mansor dilanjutkan kontrak oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Sepanjang tahun ini, pemain tengah berusia 26 tahun itu kuat digosipkan untuk kembali ke pasukan negeri kelahirannya. Perkara itu turut diperkatakan oleh sebuah media berpangkalan di Singapura.", "Rumour 3: Selangor are trying to improve the squad by signing Mohmadou Sumareh and Nazmi Faiz. But discussions are still on going. pic.twitter.com/PqRoinjp9l", "Bagaimanapun, berdasarkan kepada makluman di media sosial skuad Harimau Selatan, Nazmi nampaknya akan terus kekal menyarung jersi merah biru yang dipakainya sejak tahun 2017.", "Nazmi dilihat menandatangi kontrak sambungan tersebut sambil disaksikan oleh pemilik kelab, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim di Ibu Pejabat JDT yang terletak di Iskandar Puteri, hari ini.", "JDT EXTEND PLAYERS' CONTRACTSMore photos at https://t.co/qn71q3hHjXHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/ZIKfS4NTYJ", "Sementara itu, JDT turut membuat keputusan untuk melanjutkan kontrak 11 orang pemain lain yang terdiri kalangan pemain senior dan juga pemain muda.", "Antaranya ialah S. Kunanlan (34 tahun), Gary Steven Robbat (28 tahun), Aidil Zafuan (33 tahun), Farizal Marlias (34 tahun), Hazwan Bakri (29 tahun), Adam Nor Azlin (24 tahun), Akhyar Rashid (21 tahun) dan Syazwan Andik (24 tahun).", "Sementara itu, pemain muda yang mencuri tumpuan pada saingan musim ini turut disambungkan oleh kontrak ialah Ramadhan Saifullah (19 tahun), Arif Aiman (18 tahun) dan Feroz Baharudin (20 tahun).", "Berdasarkan makluman tersebut, tiada sebarang perincian mengenai tempoh lanjutan kontrak dan jumlah gaji yang ditawarkan didedahkan oleh JDT kepada umum.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216706/", "headline": "\nTerbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing Ulangi Konsistensi Di Switzerland\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil mengulangi konsistensi mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Korea pada hari ini sama seperti dilakukan di saingan Terbuka Swiss, Switzerland, minggu lalu. ", "Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF  ini mengesahkan kemaraan setelah menumpaskan beregu China di peringkat suku akhir, sebentar tadi. ", "Korea Open Badminton Championships 2022XD – Quarter final 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅18 17 🇨🇳Xuan Yi OU 🇨🇳Ya Qiong HUANG", "🕗 in 39 minutes https://t.co/MRaVZxfCMM", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2022", "Kian Meng-Pei Jing yang menghuni ranking ke-10 dunia pada saat ini mengalahkan Ou Xuanyi dan Huang Yaqiong merangkap pilihan kelima secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa menghampiri 40 minit permainan.", "Sementara itu, perlawanan peringkat separuh akhir yang dijadualkan esok, Kian Meng-Pei Jing bakal bertemu samada beregu Indonesia merangkap pilihan keenam, Rinov Rivaldy dan Pita Haningtyas Mentari (ranking ke-23) atau beregu Jepun, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito (ranking ke-90).", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324520/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik Atasi Juara All England Ke Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil menempah tiket kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Singapura selepas menundukkan cabaran juara All England 2022, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-13 dunia dari Indonesia terbabit tumpas di tangan Aaron-Wooi Yik pada peringkat Pusingan 16 yang tamat sebentar tadi bertempat di Stadium Tertutup Singapura.", "Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan sahaja.", "Singapore Open 2023MD – R16 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI18 17 🇮🇩Bagas MAULANA", "— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023", "Menariknya, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, dengan kemenangan dikecapi pada hari ini, Aaron-Wooi Yik yang merupakan juara Kejohanan Dunia BWF 2022 akan berhadapan cabaran samada daripada gandingan Korea, Kim Gi-jun dan Kim Sa-rang atau sepasang lagi beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin di peringkat suku akhir, esok.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kemaraan ke peringkat suku akhir kedua berturut-turut dilakar Aaron-Wooi Yik setelah melangkah ke peringkat yang sama dalam saingan Malaysia Masters, dua minggu lalu.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217666/", "headline": "\nHoki Piala Asia: Malaysia Atasi Jepun 5-0 Dalam Perlawanan Akhir ‘Super 4’\n", "content": ["Skuad hoki lelaki kebangsaan menamatkan perlawanan akhir dalam kelompok ‘Super 4’ saingan Hoki Piala Asia 2022 menentang Jepun dengan keputusan yang memberangsangkan iaitu 5-0, sebentar tadi.", "Kelima-lima jaringan skuad bimbingan Arul Selvaraj ini disumbangkan oleh Shello Silverius (15’), Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (30’), Muhammad Razie Abd Rahim (35’), Muhammad Syafiq Hassan (35’) dan Mohamad Ashran Hamsani (42’).", "Kemenangan ini membolehkan skuad berjulukan Speedy Tigers ini meraih tiga mata pertama sekaligus mengumpul lima mata secara keseluruhan di dalam kelompok ‘Super 4’. Ketika ini, mereka turut mendahului saingan ‘Super 4’ ini selepas 3 perlawanan.", "Super 4 Round – 31 May 2022 (Tuesday)", "15' FG Shello Silverius30' FG Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi35' PC Muhammad Razie Abd Rahim35' FG Muhammad Syafiq Hassan42' FG Mohamad Ashran Hamsani pic.twitter.com/gF4xrZqWep", "— MHC (@hockeymalaysia) May 31, 2022", "Terdahulu, Malaysia meraih satu mata masing-masing hasil daripada keputusan seri menentang Republik Korea (2-2) dan India (3-3) dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini membolehkan Malaysia menempah tiket ke perlawanan akhir Hoki Piala Asia 2022. Bagaimanapun, pasukan yang akan menjadi lawan kepada Malaysia bergantung kepada keputusan perlawanan terakhir melibatkan India dan Republik Korea sebentar lagi.", "Kedua-dua pasukan berkongsi empat mata masing-masing pada ketika ini. Namun begitu, Korea berada di atas India selepas dua perlawanan memandangkan mereka mempunyai rekod perbezaan gol (goal difference) sebanyak 2 gol berbanding 1 gol dimiliki India.", "Featured Image: Malaysia Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219000/", "headline": "\nPelan Strategik 5 Tahun Yang Dirangka CEO Terengganu FC Bersama UniSZA\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ab Rasid Jusoh memaklumkan telah merangka pelan strategik selama lima tahun bermula tahun 2021 hingga 2025 untuk Terengganu FC dengan nasihat pakar daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).", "Menurutnya, perbincangan bersama pakar-pakar daripada intitusi pendidikan yang terletak di dalam negeri Terengganu tersebut telah bermula sejak hari pertama beliau dilantik sebagai CEO sekitar bulan oktober tahun lalu.", "Dikongsikannya bersama Sukanz, Ab Rasid memaklumkan di dalam pelan strategik tersebut terdapat 5 pelan utama untuk menjana pendapatan buat Terengganu FC hasil daripada cadangan oleh pakar-pakar daripada UniSZA.", "Berbanding menggunakan kaedah mendapatkan penajaan secara ‘old-school’ iaitu dengan menghantar surat dan berjumpa dengan syarikat untuk memohon penajaan.", "Tahun ini, mereka akan pergi menemui syarikat-syarikat tersebut dan menawarkan kerjasama dan juga pulangan-pulangan tertentu sekiranya menaja pasukan Terengganu FC. Sebagai contoh, menawarkan pengiklanan dan pendedahan penjenamaan pelbagai plaform media sosial dan juga luar talian bersama Terengganu FC.", "Sebelum ini, Terengganu FC hanya menjual tiket pada hari perlawanan secara terus kepada peminat menerusi jualan atas talian dan luar talian serta pas bermusim.", "Bermula musim ini, pertamanya Ab Rasid mengatakan Terengganu FC telah dicadangkan oleh pakar di UniSZA untuk menjual corporate box di stadium. ", "Keduanya mengelaskan harga tiket mengikut prestasi pasukan yang dihadapi sebagai contoh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah adalah kategori A (harga paling mahal), Perak dan Selangor adalah kategori B (harga pertengahan) manakala UITM FC dan PJ City FC kategori C (paling murah).", "Yang ketiganya adalah cadangan untuk menjual tiket secara pukal kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mendapatkan harga yang lebih lumayan kepada Terengganu FC.", "Cenderata mata yang dikeluarkan kelab antara barangan yang sering dibeli oleh para peminat untuk menunjukkan rasa kecintaan terhadapa pasukan kesayangannya.", "Menurut Ab Rasid, kaedah terdahulu penjualan cenderamata pasukan Terengganu FC adalah menerusi pihak ketiga yang mengeluarkan modal. Bermula tahun ini, mereka akan mengambil sebagai contoh antara 10% – 30% daripada penjualan cenderamata ini untuk memberikan pendapatan kepada pasukan.", "Antara cadangan yang lain yang dibentangkan kepada TFC adalah menghidupkan kawasan stadium dengan pelbagai acara berkaitan bola sepak termasuk futsal. Ab Rasid mengharapkan ianya disertai oleh orang ramai dan pasukan-pasukan lain.", "Menerusi penganjuran TFC Sports City ini, mereka akan membuka tapak jualan dan mengutip sewa daripada peniaga yang ingin berniaga di kawasan tersebut. Sementara itu, turut berada dalam perancangan mereka adalah untuk mengadakan Stadium Tour.", "Akhir sekali, Ab Rasid berkata Terengganu FC akan mula melatih kanak-kanak dengan penerapan falsafah bola sepak mengikut acuan yang dimahukan oleh ketua jurulatih agar dapat menjadi pemain Terengganu FC pada masa hadapan.", "Bagaimanapun, tidak semua pemain-pemain pelapis ini bakal mendapat tempat di dalam pasukan Terengganu FC pada masa akan datang. Justeru, pemain-pemain yang tidak mendapat tempat bersama skuad Terengganu FC akan dijual bagi menjana pendapatan.", "Sementara itu, Ab Rasid berkata UniSZA dipilih sebagai rakan kerjasama kerana institusi pengajian tinggi tersebut mempunyai pelbagai kepakaran yang diperlukan oleh Terengganu FC.", "UniSZA sendiri mempunyai Fakulti Perniagaan & Pengurusan, Fakulti Informatik & Komputeran, Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan yang boleh memberikan nasihat untuk meningkatkan kualiti teknikal, kualiti pengurusan dan menaikkan nilai komersil kelab.", "“Sebabnya universiti tu ada di negeri Terengganu dan mempunyai (pelbagai) kepakaran untuk bidang pengurusan dan perniagaan, teknikal dan hospital (sedang dibina).” katanya yang turut mempunyai pengalaman bekerjasama bersama UniSZA ketika menjawata jawatan CEO T-Team FC suatu masa dahulu.", "Inilah yang menyebabkan Terengganu FC dan UniSZA menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) selama tujuh tahun dalam satu majlis yang diadakan pada minggu lalu.", "Pada masa yang sama, beliau turut terbuka untuk mengadakan MOU bersama institusi pengajian yang lain khususnya di negeri Terengganu sekiranya terdapat bidang kepakaran yang dapat memberikan nilai tambah kepada Terengganu FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220939/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Pearly-Thinaah Hadapi Beregu No.1 Dunia Dalam Kumpulan B\n", "content": ["Beregu wanita No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan menjadi salah satu pasangan yang akan ditentang oleh beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2022.", "Perkembangan itu hadir selepas majlis undian yang dijalankan di Centara Grand & Bangkok Convention Centre, Thailand, semalam.", "Hasil undian itu juga menyaksikan kedua-dua wakil China dan Malaysia diundi dalam Kumpulan B. ", "Turut sama diundi dalam Kumpulan B adalah sepasang lagi wakil China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu yang menghuni ranking ketujuh dunia serta pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti yang menduduki ranking ke-14 dunia.", "Sementara itu, satu wakil negara merangkap beregu bebas (indpendent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien pula diletakkan dalam Kumpulan A.", "Pasangan yang berada di ranking ke-24 dunia ini akan berhadapan dengan beregu No.5 dunia dari Korea, Jeong Na-eun dan kim Hye Jeong serta dua beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai serta Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard.", "Hari pertama saingan ini akan bermula pada esok (7 Disember). Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan layak mara ke saingan kalah mati iaitu separuh akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218288/", "headline": "\nStadium Sultan Muhammad IV Berwajah Baharu – Naik Taraf Telan Belanja RM5.5 Juta\n", "content": ["Stadium yang menjadi ‘home’ buat pasukan Kelantan FC dan Kelantan United FC iaitu Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu kini berwajah baharu.", "Wajah baharu itu hadir selepas melalui proses naik taraf yang bermula September tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos kelak.", "Menerusi perkongsian oleh Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan antara pembaharuan yang ditampilkan adalah pemasangan tempat duduk baharu di bahagian “grandstand”, cat merah dan kelabu di majoriti tempat duduk terbuka, baik pulih bilik persalinan untuk pemain serta tandas untuk penonton.", "Difahamkan, naik taraf tersebut turut merangkumi pemasangan lampu limpah baharu yang mematuhi piawaian penganjur bola sepak negara, Malaysian Football League (MFL) serta pemasangan blok laluan di pintu masuk astaka stadium.", "Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Roslan Wan Hamat memaklumkan kos naik taraf ini berjumlah RM5.5 juta secara keseluruhan dimana RM5 juta disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). ", "Manakala RM400,000 pula datangnya daripada Program Strategik Pemerkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan baki RM100,000 lagi adalah menerusi Kerajaan Negeri melalui portfolionya.", "“Kos bagi penukaran empat unit lampu limpah sahaja telah mencecah RM3.4 juta dan ia perlu ditukar segera kerana usianya telah hampir setengah abad,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor.", "Featured Image: Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207655/", "headline": "\nDua Pasukan Sedang Berbincang Dengan Hafizh Syahrin\n", "content": ["Pelumba Moto2, Hafizh Syharin mendedahkan dua buah pasukan sedang berbincang untuk mendapatkan khidmatnya bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia musim hadapan.", "Bagaimanapun, pelumba berusia 26 tahun itu tidak meletakkan harapan yang tinggi dan akur sekiranya kehilangan tempat dalam perlumbaan berprestij tersebut.", "Namun tumpuan utama buat pelumba kelahiran Ampang ini adalah menamatkan baki lima perlumbaan terakhir pada musim ini di kedudukan yang terbaik.", "“Terima kasih kepada semua yang sokong. Saya akan berikan yang terbaik semana mampu yang boleh. (Karier masa depan) dalam perbincangan lagi.”", "“Untuk karier tahun depan, saya masih berbincang dengan dua pasukan. Jadi sekarang tak ada letak harapan apa-apa, hanya memberi yang terbaik untuk pasukan sekarang. ", "“Kalau ada rezeki, saya sambung, kalau tak ada rezeki, InsyaAllah ada rezeki di tempat lain.” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Kedudukan Hafizh dalam saingan Moto2 mengundang pertanyaan peminat apabila pasukannya, Aspar Team mengumumkan mengikat pelumba Moto3, Albert Arenas untuk saingan pada musim hadapan.", "Sementara itu, seorang lagi pelumba Aspar Team, Aron Canet kekal bersama pasukan sekaligus melengkapkan dua pelumba mereka untuk saingan tahun 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214689/", "headline": "\nBola Rasmi Liga Malaysia 2022 Bercorak Jalur Gemilang Dijual Bermula Harga RM49\n", "content": ["Pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama jenama sukan global, PUMA serta rakan pengedarnya – Active Sports melancarkan bola rasmi bagi kegunaan Liga Malaysia 2022, pada hari ini.", "Bola ini akan digunakan di kesemua pertandingan di bawah payung Liga Malaysia seperti Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Cabaran.", "Menariknya, bola rasmi yang dilancarkan pada hari ini iaitu ‘MFL Accelerate 21.1 Pro’ merupakan bola berteknologi terkini PUMA dengan disertakan corak warna putih biru, merah dan kuning sebagai simbol warna bendera Malaysia, Jalur Gemilang.", "Selain itu, permukaan bola tersebut turut dihiasi dengan logo besar PUMA bersama logo MFL.", "Untuk makluman semua, Liga Malaysia menjadi kejohanan pertama di asia menggunakan teknologi PUMA ini selepas saingan La Liga di Sepanyol dan pertandingan-pertandingan di bawah kelolaan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).", "Menurut kenyataan media yang diedarkan, bola ‘MFL Accelerate 21.1 Pro’ ini boleh didapati secara eksklusif di Active Sports, kedai PUMA terpilih dan laman sesawang puma.com dengan harga bermula RM49 hingga RM599."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113267/", "headline": "\nRanking BWF: Semi-finalis Terbuka Denmark Sze Fei-Izzuddin Memasuki Kelompok 20 Beregu Terbaik Dunia\n", "content": ["Kejayaan pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Denmark 2021 nyata memberikan peningkatan yang ketara terhadap ranking mereka.", "Menerusi kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Sze Fei-Izzuddin yang sebelum ini menghuni tangga ke-26 dunia telah berada di kelompok 20 pasangan beregu lelaki terbaik dunia.", "Kemaskini tersebut memperlihatkan Sze Fei dan Izzuddin yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing mencatatkan peningkatan 7 anak tangga sekaligus membolehkan mereka menghuni ranking ke-19 dunia.", "Untuk pengetahuan semua, kedudukan ke-19 dunia ini merupakan rekod terbaik pernah dicapai oleh pasangan beregu ini sejak digandingkan pada tahun 2016.", "Baca: BAM Lantik Kembali Individu Yang Menaikkan Kien Keat-Boon Heong, Beregu No.1 Dunia Masa Lalu", "Sementara itu, satu lagi pasangan beregu lelaki negara iaitu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun turut mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kedudukan ranking dunia.", "Kejayaan mereka menjadi naib juara Terbuka Czech membolehkan mereka mencatatkan peningkatan 24 anak tangga sekaligus meletakkan Wei Chong-Kai Wun ini di kedudukan ke-102 dunia pada saat ini.", "Akhir sekali, tiada sebarang pergerakan ranking dikesan melibatkan pasangan beregu negara yang memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. ", "Walaupun tersingkir pada Pusingan 16 kejohanan Terbuka Denmark pada minggu lalu, Aaron Chia-Wooi Yik masih kekal berada dalam kelompok 10 terbaik dengan menduduki tangga ke-8 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323888/", "headline": "\nLeandro Velazquez Dinobat Pemain Terbaik Liga Super PFAM Edisi April 2023\n", "content": ["Perancang kreatif Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023.", "Menurut laman sosial PFAM, ini merupakan julung kalinya pemain berusia 34 tahun kelahiran Argentina ini merangkul merangkul anugerah tersebut.", "📢 | Tahniah diucapkan kepada Leandro Velázquez daripada pasukan Johor Darul Ta'zim kerana terpilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFA Malaysia edisi April 2023!", "— PFA Malaysia 🇲🇾 (@pfamalaysia) May 17, 2023", "Pemain yang pernah merantau ke Mexico dan Colombia ini  merangkul anugerah selepas berjaya mengatasi empat lagi pemain yang dicalonkan iaitu Ayron Del Valle (Selangor FC), Soony Saad (Penang FC), Stefano Brundo (Sri Pahang FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC).", "Untuk makluman, Leandro muncul pemain JDT kedua yang merangkul anugerah tersebut pada musim ini selepas edisi Mac-April dimenangi oleh penyerang mudanya, Arif Aiman Hanapi.", "Sebagai rekod, Leandro telah membuat sembilan penampilan dengan sekitar 433 minit masa permainan disamping menjaringkan empat gol serta mencatatkan satu “assist” dalam saingan Liga Super setakat ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111525/", "headline": "\nOlimpik 2020: Elaine Thompson Pertahankan Pingat Emas 200m Wanita\n", "content": ["Pelari Jamaica, Elaine Thompson-Herah berjaya memenangi pingat emas keduanya dalam acara 200 meter (m) wanita di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Elaine, 29 tahun, merupakan penyandang juara pada edisi olimpik lalu menamatkan perlumbaan 200m pada hari ini dengan catatan masa 21.53 saat.", "Double-double #Olympics champion 🙌@FastElaine adds the 200m 🥇 to her 100m victory, repeating her double from Rio 2016.She betters the 🇯🇲 record to 21.53, making her the second fastest woman in history at both the 100m and 200m.#athletics #Tokyo2020 pic.twitter.com/aSMFyortW2", "Menamatkan larian di tempat kedua adalah pelari Namibia, Christine Mboma yang berusia 18 tahun dengan catatan masa 21.81 saat untuk membolehkannya merangkul pingat perak. ", "Sementara itu, pelari Amerika Syarikat menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan masa 21.87 saat sekaligus membawa pulang pingat gangsa.", "Untuk makluman, ini merupakan pingat kedua buat Elaine di temasya Olimpik 2020.", "Elaine Thompson-Herah does it again! It is the double-double for the #JAM sprint queen in 21.53!#Gold women’s 200m Tokyo 2020#Gold women’s 100m Tokyo 2020#Gold women’s 200m Rio 2016#Gold women’s 100m Rio 2016@WorldAthletics | #StrongerTogether | #Tokyo2020 | #Athletics pic.twitter.com/AENA2JzT1X", "Pingat pertamanya hadir setelah memenangi acara 100m wanita pada 31 Julai yang lalu.", "Sebagai tambahan, Elaine juga merupakan penyandang juara bagi acara 100m pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217911/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Gandingan Semula Peng Soon-Yee See Singkir Beregu No.11 Dunia\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See berhasil memulakan saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – dengan langkah kanan. ", "Untuk makluman semua, Peng Soon-Yee See yang pernah bergandingan pada tahun 2017 kembali bergandingan bermula saingan Indonesia Masters pada minggu lalu.", "Di pusingan 32 yang berlangsung sebentar tadi, Peng Soon-Yee See berjaya merekodkan kemenangan dengan menumpaskan beregu campuran England yang menghuni ranking ke-11 dunia, Marcus Ellis dan Lauren Smith.", "Peng Soon-Yee See yang berada di ranking ke-445 pada saat ini menumpaskan mereka secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-16 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Yee See CHEAH🏅15 16 🇬🇧Marcus ELLIS 🇬🇧Lauren SMITH", "🕗 in 40 minutes https://t.co/BvzVc32ChX", "— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2022", "Baca: Gandingan Peng Soon-Yee See Pernah Tampilkan Prestasi Memberangsangkan Pada 2017", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Peng Soon-Yee See dan Marcus-Lauren di pentas antarabangsa. ", "Bagaimanapun, pertemuan sulung mereka yang berlangsung dalam saingan Terbuka Denmark 2017 berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Marcus-Lauren dengan keputusan 21-15, 12-21 dan 18-21.", "Sementara itu, Peng Soon-Yee See yang berhasil merekodkan kemenangan di Pusingan 32 akan bertemu dengan beregu China yang menghuni ranking keempat dunia, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping di Pusingan 16 kelak.", "Bercakap mengenai pertemuan yang bakal berlangsung esok, Peng Soon-Yee See pernah bertemu pasangan ini sebanyak satu kali dalam saingan Terbuka Korea 2017. ", "Akan tetapi, perlawanan tersebut berkesudahan dengan Yi Lyu-Dong Ping berjaya meraih kemenangan mengatasi Peng Soon-Yee See secara “straight set” 21-15 dan 21-9.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322123/", "headline": "\nBekas Bintang AS Monaco, Radamel Falcao Sertai JDT? – Bos Akan Tentukan\n", "content": ["Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari melihat terdapat kemungkinan bekas penyerang bintang AS Monaco, Radamel Falcao untuk menyertai skuad bimbingannya pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia kelak.", "Jurulatih berusia 42 tahun ini turut memaklumkan bosnya selaku pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sedang mengusahakan perkara berkenaan.", "Bagaimanapun, Solari tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. Difahamkan ianya bergantung kepada keputusan serta penentuan oleh Tunku Ismail merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) sendiri. ", "“Kami tahu terdapat kemungkinan itu (Falcao sertai JDT pada jendela perpindahan kedua), bos (TMJ) kami sedang mengusahakan untuk mengadakan kerjasama, saya merasakan ia merupakan sesuatu yang kelab besar seperti JDT tahu akan peluang seperti ini,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC, semalam.", "Untuk makluman semua, media berpangkalan di Sepanyol iaitu Marca melaporkan penyerang kelahiran Colombia yang beraksi bersama Rayo Vallecano dalam kancah La Liga pada ketika ini ditawarkan kontrak selama dua tahun oleh JDT, sekitar dua hari lalu.", "Kontrak terbabit turut berpotensi menjadikan penyerang berusia 37 terbabit sebagai duta kelab serta negeri Johor apabila bersara kelak.", "Untuk pengetahuan semua, Falcao sudah pernah dikaitkan untuk menyertai skuad berjulukan Harimau Selatan ini pada tahun 2021 lalu menerusi satu laporan media yang berpangkalan di Turki.", "Akan tetapi, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menjelaskan ianya sekadar khabar angin serta memaklumkan kedudukan kewangan kelab tidak berada dalam keadaan kukuh untuk menandatangani ‘marquee player’ seperti Falcao pada ketika itu disebabkan oleh pandemik Covid-19.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers, AS Monaco & Rayo Vallecano"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020162/", "headline": "\nTFC Bukan Berpaksikan Kelebihan Individu, Pemain Muda Sedia Ganti Faris\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain menegaskan pasukannya tidak menerapkan sistem permainan berpaksikan kelebihan individu semata-mata.", "Perebutan barisan kesebelasan utama TFC sentiasa terbuka kepada semua pemain termasuk kalangan pemain-pemain muda asalkan menunjukkan kualiti teknikal, sikap dan kecerdasan di atas padang apabila beraksi.", "Justeru Nafuzi tidak resah dengan kehilangan khidmat penyerang sayap skuad kebangsaan Singapura, Faris Ramli sekitar 14 hari ekoran perlu menjalani kuanrantin wajib setelah tiba di ibu kota.", "“Saya telah mengingatkan pemain-pemain terutama pemain muda di TFC untuk menggunakan peluang ini untuk membuktikan kualiti yang mereka ada kerana kita kini bermain bola dalam sistem bukan lagi menumpukan kudrat dan kelebihan individu semata-mata. ", "“Bola sepak kini memerlukan otak kita untuk berfikir, belajar membuat keputusan dengan pantas ketika beraksi. Mereka muda dan mempunyai teknik yang baik, jika mereka mula yakin, mereka boleh beraksi seperti biasa dengan selesa dan mungkin boleh mengatasi rakan yang lebih senior.” katanya dipetik daripada laman sosial TFC.", "Antara pemain yang berpotensi untuk diturunkan oleh Nafuzi menjelang perlawanan sambungan CIMB Liga Super 2020 menentang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) ialah Syafik Ismail.", "Syafik yang berusia 20 tahun telah membuat penampilan dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kelantan United FC dan Kelantan FA pada 7 dan 11 ogos lalu.", "Lebih mengujakan, Syafik yang merupakan anak jati negeri Terengganu telah menjaringkan gol tunggal kemenangan ketika bertemu Kelantan United FC hasil lorongan daripada penyerang import, Dominique da Sylva.", "Menurut Nafuzi, pemain ini mampu beraksi di kedua-dua bahagian serangan sayap serta mempunyai teknik gelecekan dan kelajuan yang sangat baik.", "Skuad TFC akan menjalani dua lagi perlawanan persahabatan iaitu bertemu Selangor II dan Selangor masing-masing pada 14 dan 15 ogos. Perlawanan bertemu PJ City FC pula akan berlangsung pada 22 ogos hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111536/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pandelela Raih Kedudukan Ke-18 Mara Ke Separuh Akhir Terjun 10m Platform\n", "content": ["Penerjun negara, Pandelela Rinong mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir acara terjun 10 meter (m) platform individu Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Atlet berusia 28 tahun ini mara selepas menempatkan diri di tempat ke-18 daripada keseluruhan 30 penerjun yang mengambil bahagian di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.", "Terjun – 10 Meter Platform Wanita – Pusingan PertamaKedudukan akhir:18. 🇲🇾 Pandelela Rinong Pamg (284.90)26. 🇲🇾 Cheong Jun Hoong (251.80)Pandelela mara ke Separuh Akhir manakala Jun Hoong tersungkur.Ayuh Malaysia!#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/WbXCyXL4rv", "Untuk pengetahuan semua, hanya 18 penerjun terbaik di pusingan kelayakan sahaja yang dipilih untuk mara saingan separuh akhir.", "Pandelela yang menyertai temasya Sukan Olimpik buat kali keempat pada edisi kali ini mengumpul 284.90 mata hasil daripada kelima-lima terjunannya.", "Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Cheong Jun Hoong tidak dapat meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir apabila kutipan matanya tidak meletakkan dalam kalangan 18 penerjun terbaik.", "Jun Hoong, 31 tahun mengutip 251.80 mata sekaligus menduduki tangga ke-26 daripada keseluruhan 30 penerjun.", "Untuk makluman semua, aksi Pandelela pada peringkat separuh akhir dijadualkan berlangsung pada hari esok, (5 Ogos) bermula jam 9 pagi, waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321780/", "headline": "\nNegeri Sembilan Ambil Khidmat Penyerang Chad – Usia 34 Tahun\n", "content": ["Pasukan yang menamatkan kempen Liga Super di tangga keempat pada musim lalu, Negeri Sembilan FC mengumumkan kehadiran pemain import baharu iaitu penyerang skuad kebangsaan Chad.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Ezechiel N’douassel yang bakal menjengah usia 35 tahun sekitar dua bulan lagi.", "Perkembangan ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Satwant Singh dalam satu kenyataan rasmi.", "Pemain yang mempunyai ketinggian 1.86 meter (m) ini bukan sahaja mampu beraksi sebagai penyerang bahkan turut berkebolehan bermain sebagai sayap kiri.", "Untuk makluman semua, karier Ezechiel bertumpu di Liga Indonesia sepanjang enam musim lalu dengan beraksi bersama Persib Bandung dan Bhayangkara FC.", "Sepanjang tempoh itu, Ezechiel mempunyai rekod jaringan sebanyak 53 gol hasil daripada 95 penampilan dalam kesemua pertandingan.", "Pada masa yang sama, Satwant turut mengesahkan memgekalkan khidmat pertahanan import tinggi lampai musim lalu, Herold Goulon bersama skuad Hoben Jang Hoben pada musim ini.", "Selain itu, beliau turut memaklumkan pihak kelab sedang dalam perbincangan dengan seorang lagi individu yang dipercayai merupakan seorang pemain tengah yang berkemungkinan besar bakal menjadi pemain import ketiga buat Negeri Sembilan.", "Satwant memaklumkan Negeri Sembilan bimbingan K. Devan akan menggunakan tiga pemain import sahaja bagi mengharungi saingan Liga Malaysia yang akan bermula penghujung Februari nanti.", "Featured Image: Liga 1 Indonesia / Liga Indonesia Baru"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325353/", "headline": "\nAstro Menambah Penawaran Saluran Khusus Memfokuskan Sukan Wanita, W-Sport\n", "content": ["Astro kini mengumumkan kerjasama dengan W-Sport, sekaligus akan mula menawarkan saluran khusus memfokuskan sukan wanita kepada para pengguna tempatan. Saluran W-Sport ini akan ditawarkan bermula 15 Julai 2023 kepada semua pelanggan Astro Sports Pack melalui saluran 815.", "Saluran W-Sports menghimpunkan sejumlah liga dan acara melibatkan wanita, termasuk Liga Super Bola Jaring (Netball Super League NSL) anjuran pihak Astro.", "Disamping itu, penonton juga boleh mengikuti siaran Barclays Women’s Super League (WSL), Germany’s Frauen Bundesliga, USA NWSL, Extreme E Motor Racing, Hoffman Cup Tennis, dan pelbagai sukan lain seperti bola tampar pantai, gimnastik, dan sebagainya.", "Bagi anda yang sedia melanggan Astro Sports Pack, boleh menonton saluran W-Sport ini tanpa sebarang kos tambahan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323518/", "headline": "\n10 Penjaring Terbanyak Liga Juara-Juara AFC 2022\n", "content": ["Liga Juara-Juara AFC (ACL) telah melabuhkan tirai bagi edisi 2022 dengan kelab negara matahari terbit, Urawa Red Diamonds muncul juara. Ini merupakan kejuaraan ketiga kelab Jepun tersebut sejak kali terakhir juara pada 2007 dan 2017. ", "Sepanjang berlangsungnya kejohanan elit  bagi benua asia ini, sebanyak 384 jaringan terhasil dengan 15% jaringan hadir menerusi 10 penjaring terbanyak ACL 2022. Senarai penjarung terbanyak tersebut turut merangkumi 4 pemain dari benua amerika selatan dan baki setiap dua pemain daripada 3 benua berbeza; asia, eropah dan afrika. ", "Tanpa melengahkan masa, ayuh Sukanz bawakan 10 penjaring terbanyak ACL bagi musim 2022:", "Penyerang kebangsaan Turkmenistan, Arslanmyrat berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang peledak berbisa di pentas tertinggi Asia apabila menjaringkan 4 gol sepanjang kejohanan. Satu gol dihasilkan penyerang berusia 33 tahun itu ketika menentang Shabab Al-Ahli dan menjaringkan hatrik dalam aksi terakhir kumpulan menewaskan kelab Qatar, Al-Gharafa.", "Baru berkelana ke rantau Asia, David Moberg menjadi pemain paling bertuah dapat merasai kejuaraan ACL bersama pasukan baharunya dan meletakkan dirinya sebagai salah seorang penjaring terbanyak kejohanan edisi ini dengan 5 gol. Ketika menentang Johor Darul Ta’zim, Moberg menjaringkan dua gol dalam aksi pusingan 16 tersebut.", "Bekas penyerang Valencia dan Malaga di La Liga, Cartabia menjaringkan 5 gol daripada 5 perlawanan musim lalu bersama kelab Emiriah Arab Bersatu, Shabab Al-Ahli secara berturut-turut bermula minggu kedua sehingga minggu kelima kejohanan.  ", "Biarpun baru bersama Al-Shabab, Carlos yang berusia 28 tahun nampaknya cepat menyesuaikan dirinya di pentas Asia apabila berjaya mencatatkan 5 gol daripada 4 perlawanan dalam musim sulungnya dalam kejohanan ini, menjadikan dirinya pemain kedua dengan jaringan melebihi jumlah perlawanan dalam senarai ini. ", "Pemain yang bakal berkelana ke Belgium, Yusuke Matsuo merupakan antara nadi penting juara tiga kali ACL apabila menjaringkan gol penting dalam usaha mereka layak ke pentas akhir sekaligus mencatatkan jaringan ke-6 sepanjang kejohanan kali ini.", "Penjaring terbanyak musim 2021, Michael Olunga tetap menjadi watak utama dalam perjalanan ACL mereka musim ini dengan 6 gol yang dijaringkan tetapi serangan mereka yang dominan tidak cukup untuk membawa mereka layak ke pentas akhir antara zon. ", "Bergson menjadi satu-satunya wakil kelab Asia Tenggara yang berada dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan apabila berjaya menjaringkan 6 gol termasuk hatrik ketika bertemu kelab China, Guangzhou dan membantu jaguh Liga Malaysia itu mara ke peringkat seterusnya selaku juara kumpulan. ", "Bekas penyerang pinjaman Manchester United, Odion Ighalo yang berusia 34 tahun kini menyinar sebagai penjaring kedua terbanyak ACL hasil 7 jaringan termasuklah 4 gol yang hadir ketika membelasah Al-Duhail 7-0 di peringkat akhir zon Barat.", "Penyerang tinggi lampai dari Brazil, Zeca muncul penjaring kedua terbanyak pada musim sulungnya di ACL bersama kelab pinjamannya, Daegu FC dengan menjaringkan hatrik pada aksi pertama kejohanan bertemu kelab China, Shandong Taishan.", "Berdarah kacukan Brazil, Edmilson yang membesar di Belgium berjaya menjaringkan 8 gol ketika beraksi dalam peringkat kumpulan termasuk hatrik menentang kelab Uzbekistan, Pakhtakor Tashkent sekaligus dinobatkan sebagai penjaring terbanyak ACL 2022. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220147/", "headline": "\nTerengganu Muncul Naib Juara Liga Super Selepas 11 Tahun, Raih Slot Piala AFC\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC berhasil meraih gelaran naib juara Liga Super 2022. ", "Ianya hadir selepas skuad Hitam Putih ini menumpaskan Kedah Darul Aman pada perlawanan terakhir liga di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Terengganu kendalian Nafuzi Zain meraih kemenangan dengan keputusan 3-1 hasil jaringan berganda Tchetche Kipre dan Faisal Halim.", "Sementara itu, jaringan tunggal dan saguhati oleh skuad Sang Kenari pula disumbangkan oleh Dechi Marcel.", "Pada masa yang sama, kedudukan itu diraih apabila penghuni tangga kedua Liga Super sebelum ini, Sabah FC bimbingan Datuk Ong Kim Swee pula jatuh ke tangga ketiga. ", "Ini disebabkan skuad berjulukan “The Rhinos” tumpas kepada sang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-3 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Gelaran naib juara itu turut menghadiahkan Terengganu slot ke kancah kedua tertinggi bola sepak asia iaitu Piala AFC bagi musim 2023-24 secara automatik.", "Untuk pengetahuan semua, ini juga merupakan kali pertama Terengganu kembali muncul naib juara Liga Super selepas 11 tahun. ", "Kali terakhir mereka muncul naib juara adalah ketika mendapat bimbingan Irfan Bakti dalam saingan Liga Super 2011.", "Sebagai rekod, Terengganu menutup saingan liga musim ini dengan pungutan 44 mata hasil daripada 14 kemenangan, 2 seri dan 6 kekalahan.  ", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111209/", "headline": "\nAzreen Nabila Pasang Impian Pecahkan Rekod Kebangsaan Milik Shanti\n", "content": ["Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam acara 100 meter (m) di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sudah mula memasang impian untuk memecahkan rekod kebangsaan.", "Untuk makluman, rekod kebangsaan bagi acara 100m untuk kategori wanita adalah 11.50 saat dan ianya masih dipegang oleh bekas pelari pecut negara, G. Shanti sehingga ke hari ini.", "Bagaimanapun, pelumba kelahiran Setiu, Terengganu ini tetap meletakkan fokus dan keutamaannya pada penampilan pertama di Sukan Olimpik kali ini untuk memperbaiki rekod peribadi yang diraihnya pada kejohanan SUKMA, tiga tahun lalu.", "Anak Jati Terengganu, Azreen Nabila Dipilih Wakili Malaysia Ke Sukan Olimpik 2020 https://t.co/Cy0vTByMtP pic.twitter.com/kXQ8lwWI70", "“Impian pertama saya sudah pasti mahu lakukan catatan masa terbaik di pentas dunia itu sekali gus memperbaiki rekod peribadi dengan 11.81 saat yang saya lakukan ketika mewakili Terengganu pada pentas SUKMA 2018.”", "“Impian kedua sudah pasti mahu mengintai peluang untuk memecah rekod kebangsaan 28 tahun lalu milik bekas pelari pecut negara, G Shanti yang melakukan catatan masa 11.50 saat ketika Pra Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1993.”", "“Namun saya akui bukan mudah untuk merakam catatan terbaik kerana perlu bersaing dengan atlet terbaik seluruh negara yang sudah pasti lebih pantas selain mereka sudah pasti melakukan persiapan lebih awal.”", "“Tapi saya tetap bangga dan bersedia bersaing dengan peserta terbaik dunia walaupun sebelum turun ke gelanggang nanti pasti perasaan gementar menyelubungi saya kerana mereka lebih laju berbanding saya,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Untuk makluman, Azreen, 21 tahun, terpilih untuk mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik atas tiket ‘wild card’ setelah atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei layak menyertai temasya yang sama secara merit."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208540/", "headline": "\nShopee Tunggu Status Kehadiran Penonton ke Stadium Sebelum Meneruskan Tajaan\n", "content": ["Syarikat platfrom e-dagang, Shopee nampaknya belum memutuskan untuk menarik diri sebagai penaja saingan bola sepak tempatan secara 100% pada musim hadapan.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani memberitahu status Shopee selaku penaja masih berada di dalam peringkat rundingan berdasarkan kehadiran penonton di stadium pada musim 2021.", "Perkara tersebut diberitahu menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada hari ini.", "Untuk makluman, Shopee mula memeterai perjanjian kerjasama bersama MFL sejak tahun 2018. Dan awal tahun ini, mereka memperbaharui kerjasama dan menjadi ‘Title Sponsor’ bagi saingan kalah mati, Piala FA."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220929/", "headline": "\nBekas Fisioterapi Selangor, Helber Richard Sertai Barisan Kejurulatihan Nafuzi Di Kedah\n", "content": ["Perubahan barisan kejurulatihan Kedah Darul Aman FC (Kedah) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 bukan sahaja melibatkan ketua jurulatih dan jurulatih penjaga golnya sahaja.", "Nafuzi Zain dan Yazid Yassin yang merupakan bekas ketua jurulatih dan jurulatih penjaga gol Terengganu FC diumumkan oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dilantik sebagai ketua jurulatih dan jurulatih baharu skuad berjulukan Sang Kenari ini.", "Dalam pengumuman yang sama, Dr. Mohd Daud mengumumkan bekas ahli fisioterapi Selangor FC, Helber Richard turut sama menyertai barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Nafuzi ini.", "Helber yang berusia 38 tahun merupakan kelahiran Brazil yang mempunyai Ijazah Fisioterapi dan Diploma Perubatan Bola Sepak FIFA. ", "Saingan bola sepak tempatan tidak begitu asing buat Helber. Untuk makluman semua, sebelum menyertai Selangor pada penghujung tahun 2019, Helber sudah berkecimpung dalam dunia bola sepak tanah air dengan menyertai Felda United sejak dari tahun 2016 lagi.", "Sebagai rekod, Helber juga pernah menabur bakti di negara kelahirannya dengan menganggotai barisan kejurulatihan skuad bola sepak wanita Brazil dari tahun 2014 hingga 2016.", "Untuk makluman semua, Helber dan skuad berjulukan Gergasi Merah berpisah pada penghujung November lalu setelah kedua-duanya tidak melanjutkan kontrak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216848/", "headline": "\nKorea Masters: Joo Ven Mara Ke Suku Akhir, Singkir Pemain No.30 Dunia\n", "content": ["Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven meneruskan rentak kecemerlangannya dalam saingan Korea Masters 2022 dengan mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.", "Pemain berusia 26 tahun ini mara selepas menundukkan perseorangan tuan rumah, Heo Kwang-hee di peringkat Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Joo Ven yang berada di posisi No.68 dunia berhasil merekodkan kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-11 dan 21-19 dalam tempoh 40 minit permainan.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMS – Round of 1621 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅11 19 🇰🇷Kwanghee HEO", "🕗 in 40 minutes https://t.co/37gGJbFW49", "— BWFScore (@BWFScore) April 14, 2022", "Kemenangan ini juga membolehkan Joo Ven melebarkan rekod kemenangan ke atas Kwang-hee kepada dua kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.", "Sebelum ini, Joo Ven sudah pernah menumpaskan pemain yang sama di peringkat suku akhir dalam saingan Terbuka Hyderabad 2018.", "Kesinambungan kepada kemenangan ke atas Kwanghee di Pusingan 16, Joo Ven yang mara ke peringkat suku akhir bakal berhadapan dengan perseorangan Israel, Misha Zilberman (ranking ke-49), esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217545/", "headline": "\nBahrain Para Badminton: Cheah Liek Hou Raih Kejuaraan Berganda Dalam Acara Perseorangan & Beregu\n", "content": ["Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou meneruskan kecemerlangannya merangkul satu lagi kejuaraan baharu di Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Bahrain 2022, Sabtu lalu.", "Lebih manis, Liek Hou, 34 tahun berjaya merangkul dua kejuaraan hasil daripada menyertai dua acara berbeza di kejohanan terbabit. Kejuaraan pertama hadir menerusi acara yang cukup sinonim disertainya iaitu perseorangan SU5 kategori lelaki.", "Cheah Liek Hou 🇲🇾 bagged his ninth straight title at Bahrain #ParaBadminton International 2022 yesterday. 🤯🤯https://t.co/tw1P9tTJAz", "— BWF (@bwfmedia) May 22, 2022", "Dalam acara terbabit, Liek Hou yang merupakan pemenang pingat emas Paralimpik 2020 muncul juara setelah menumpaskan pemain Poland, Bartlomiej Mroz secara “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-12 dalam perlawanan akhir.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kejuaraan kesembilan berturut-turut dirangkul sejak memenangi saingan di Kejohanan Badminton Para Denmark 2019. Selain itu, kemenangan Liek Hou ini melebarkan rekod ‘kebal’ – tidak dikalahkan – oleh mana-mana pemain kepada 47 perlawanan.", "Manakala, satu lagi kejuaraan dirai Liek Hou di kejohanan tersebut adalah dalam acara beregu lelaki bergandingan bersama Muhammad Fareez Anuar dengan mengalahkan pasangan India, Chirag Baretha dan Raj Kumar dalam perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 14-21, 21-19 dan 21-7.", "Minggu ini, Liek Hou terus berada di rantau timur tengah untuk beraksi dalam saingan Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Dubai 2022 yang akan bermula esok (24 Mei).", "Di kejohanan ini, Liek Hou kekal beraksi dalam dua acara perseorangan SU5 serta beregu SU5 sepertimana di kejohanan yang disertainya minggu lalu.", "Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323910/", "headline": "\nPemain Indonesia, Thailand Turut Warnai Saingan STL 2023 – Presiden PSM\n", "content": ["Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Dato’ Mohd Sumali Reduan mengesahkan kehadiran 13 pemain import dari Indonesia dan Thailand dalam saingan Sepak Takraw League (STL) 2023.", "Tambah Sumali, saingan Liga Juara-Juara STL 2023 akan dirancakkan dengan penyertaan pasukan jemputan antarabangsa melibatkan empat negara asia – Thailand, Korea Selatan, Indonesia dan Filipina. ", "“Sebelum ini, STL dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemain import dari Thailand. Namun, terdapat juga pemain dari Indonesia akan turun beraksi menyaksikan seramai 13 pemain import musim ini.”", "“Sementara itu, Liga Juara-Juara STL pula akan gamat dengan penyertaan pasukan jemputan antarabangsa dari Thailand, Korea (Selatan), Indonesia dan Filipina”, ujar Sumali dalam Majlis Pelancaran & Memperkenalkan Jersi STL 22/23.", "Dalam pada itu, Dewan Arena Jubli di Kuala Kangsar, Perak menjadi arena pertama kejohanan sukan warisan yang bakal bermula 26 Mei 2023.", "Selain Perak, tiga lagi lokasi luar lembah Klang yang dipilih sebagai lokasi saingan STL 2023 ialah Spice Arena, Pulau Pinang (Minggu 2), Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan (Minggu 3) dan Iskandar Malaysia Studios, Johor (Liga Juara-Juara STL).", "Selebihnya, aksi STL 2023 akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula Minggu 4 sehingga Minggu 8 termasuk saingan Divisyen 1 dan Piala Cabaran.", "Peminat sepak takraw tempatan boleh membeli tiket secara dalam talian di www.tickethotline.com.my bermula esok pada 19 Mei 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325044/", "headline": "\nTomislav Dedah Pemain Enggan Ambil Sepakan Penalti\n", "content": ["Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan keeengganan beberapa pemain untuk mengambil tanggungjawab melakukan sepakan pada penentuan sepakan penalti menjadi punca kepada pasukannya terlepas tiket kemaraan ke perlawanan akhir Piala FA 2023. ", "Menjelaskan dengan lebih lanjut, keengganan itu berpunca daripada para pemain tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian dan jurulatih dari Croatia ini melabelnya sebagai sesuatu yang negatif buat skuad berpangkalan di pantai timur itu.", "“Saya sedikit marah kerana beberapa pemain yang masih bertenaga tidak mahu mengambil sepakan penalti. Kebanyakan daripada mereka takut tidak dapat menyempurnakan penalti. Ini bukan perkara yang baik. Siapa sahaja yang nak mensia-siakan penalti? Yakini diri anda.”", "“Secara peribadi, saya minta Jordan Mintah ambil (penalti), dia katakan tidak. Saya minta Faiz Nasir, dia kata tidak mahu. Saya minta Hakimi sebab saya tahu kaki kirinya boleh menendang dengan baik, juga tak mahu. Kenapa? Awak (wartawan) ada jawapannya.” kongsi Tomislav dalam sesi sidang media selepas perlawanan, semalam.", "Kuala Lumpur City FC mara ke pentas final Piala FA buat kali pertama sejak musim 1999!", "Tahniah Skuad Warga Kota! 👏 #PialaFA2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/b5jnUM4IB8", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) June 25, 2023", "Pengendali berusia 57 tahun itu turut menempelak aksi dipamerkan pemain-pemain dimasukkan pada babak kedua yang tidak memberikan impak singnifikan berbanding pasukan lawan. ", "Mengulas mengenai perlawanan tersebut, sebenarnya, Terengganu yang beraksi di hadapan penyokong sendiri beraksi baik dengan melakukan serangan bertali-arus ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) sepanjang permainan.", "Namun begitu, anak-anak buah Tomislav menghadapi isu ketajaman di hadapan gawang sekaligus menyaksikan tiada sebarang gol berjaya menembusi gawang KL City biarpun perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan. Keadaan itu memaksa penentuan sepakan penalti diadakan bagi menentukan pemenangnya.", "Semasa penentuan sepakan penalti, Terengganu dinafikan kemaraan ke perlawanan akhir apabila penjaga gol muda berusia 21 tahun, Azim Al Amin menjadi wira dengan menepis percubaan daripada Liridon Krasniqi dan Nik Sharif Haseefy masing-masing. ", "Biarpun penjag gol tuan rumah, Suhaimi Husin berhasil mengekang satu percubaan daripada Matko Zirdum, namun, sepakan cemerlang oleh Giancarlo Gallifuoco pada percubaan kelima yang gagal diselamatkan Suhaimi telah memastikan The City Boys  ke pentas akhir Piala FA buat julung kalinya selepas 24 tahun. ", "Di perlawanan akhir kelak, KL City bakal bertemu samada Selangor FC atau Johor Darul Ta’zim yang akan berentap di Stadium Sultan Ismail (SSI) pada malam ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20218945/", "headline": "\nStadium Sultan Muhammad ke-IV Bakal Dicat Baharu, Lampu Limpah Lebih Cerah\n", "content": ["Gelanggang rasmi pasukan TRW Kelantan FC dan Kelantan United FC (KUFC), Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV) sedang giat dinaiktarafkan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2021.", "Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Rahmat berkata penaiktarafan itu memfokuskan kepada meningkatkan kecerahan lampu limpah, menukar kerusi-kerusi di seksyen grandstand dan mengecat stadium tersebut dengan warna baharu.", "Dan penaiktarafan stadium berusia lebih 50 tahun itu memakan kos sekitar RM7.5 juta secara keseluruhan hasil peruntukan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).", "“Penaiktarafan ini kita minta dengan YB Menteri semasa mesyuarat awal dahulu, kerana stadium itu berkeadaan buruk, terutamanya lampu limpah, grandstand,” ", "“YB Menteri lulus RM5 juta pada awalnya dan selepas pihak kementerian datang (melawat) mereka setuju untuk tambah RM2.5 juta.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Bagaimanapun pihaknya belum memutuskan lagi warna baharu stadium tersebut namun dijangka warna sedia ada iaitu putih dan merah jambu yang digunakan sejak tahun 2016 tidak akan dikekalkan.", "“Naik taraf ini adalah untuk mempersiapkan venue buat TRW Kelantan FC dan KUFC mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.” tambahnya lagi.", "Sementara itu, beliau turut mengesahkan tiada sebarang kerja-kerja penaiktarafan padang seperti menukarkannya kepada jenis rumput lain akan dibuat memandangkan kondisinya berada dalam keadaan baik.", "Wan Roslan mengharapkan projek naik taraf ini dapat disiapkan sebelum daripada sepak mula saingan baharu Liga Premier 2021 iaitu pada 27 Februari hadapan.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321622/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pearly-Thinaah Teruskan Konsistensi Ke Pentas Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil meneruskan rentak konsistensinya dengan melangkah ke peringkat separuh akhir buat dua kali berturut-turut dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF, pada tahun ini.", "Rentak itu diteruskan dengan berjaya mengatasi beregu China yang menghuni ranking ke-93 dunia, Li Wen Mei dan Liu Xuan Xuan di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2023WD – QF 🇲🇾TAN Pearly🏅21 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇨🇳LI Wen Mei10 12 🇨🇳LIU Xuan Xuan", "— BWFScore (@BWFScore) January 27, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Pearly-Thinaah melakar kemenangan dengan bergaya secara “straight set” dengan skor  21-10 dan 21-12 dalam tempoh 37 minit permainan di Gelanggang 1, Istora Gelora Bung Karno.", "Untuk rekod, ini merupakan pertemuan julung kalinya melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada hari esok, Pearly-Thinaah akan menantikan cabaran samada daripada beregu India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa atau beregu Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112529/", "headline": "\n‘Jangan Pandang Rendah Orang’ – Reaksi Pang Ron Menjelang Pertemuan Menentang Mesir\n", "content": ["Pemain beregu campuran, Hoo Pang Ron menasihatkan diri dan rakan sepasukannya yang lain agar tidak memandang rendah keupayaan pemain-pemain lawan menjelang perlawanan kedua saingan Piala Sudirman 2021.", "Ketika diturunkan menentang England semalam, regu Pang Ron-Yee See yang membuat penampilan pertama pada kejohanan Piala Sudirman mencipta kejutan menumpaskan regu campuran yang berada di ranking ketujuh dunia, Marcus Ellis-Lauren Smith secara dua ‘straight set’.", "Kemenangan regu campuran ini memberikan mata yang penting buat skuad negara dalam memastikan kemenangan 3-2 Malaysia ke atas England.", "Malaysia 🇲🇾 and England 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 begin their journey in the TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2021 #SudirmanCup #Vantaa2021 #RaiseARacket 🏸 pic.twitter.com/SeQfgjkAW9", "Pada masa yang sama, pemain berusia 23 tahun ini yang membentuk gandingan bersama Cheah Yee See sedia untuk digilirkan pada perlawanan malam ini sekiranya diarahkan oleh jurulatih.", "“Kalau kita diturunkan esok (harini), kita akan buat yang terbaik, jangan pandang rendah oranglah, kena beri tentangan,”", "“Kalau tidak masuk (diturunkan) pun tak mengapa, kita akan beri sokongan kepada rakan sepasukan dan (pastikan) bagi yang terbaik.” katanya menerusi satu video oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam.", "Selepas menundukkan England pada perlawanan pembukaan, Malaysia dijadualkan menentang Mesir pada jam 9 malam (waktu Malaysia) di Gelanggang 2, Energie Areena, Vantaa, Finland, hari ini.", "Sementara itu, Mesir pula tumpas 0-5 kepada skuad negara matahari terbit, Jepun ketika perlawanan pembukaan Kumpulan D di tempat yang sama semalam.", "Untuk makluman semua, selain daripada regu Pang Ron-Yee See, Malaysia turut membawa sepasang regu campuran lain iaitu Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei yang kini menghuni ranking 49 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208713/", "headline": "\nJuara Rali Dunia Terpaksa Jual Proton Waja Bagi Membeli Kereta Baharu Untuk Dibuat E-Hailing\n", "content": ["Juara Kejohanan Rali Dunia Kategori Produksi (Production WRC) 2002, Karamjit Singh terpaksa menjual kereta peribadinya, Proton Waja untuk memulakan ‘kerjaya baharu’ sebagai pemandu e-hailing.", "Kereta tersebut terpaksa dijualnya kerana usianya terlalu tua dan tidak boleh didaftarkan untuk digunakan sebagai ‘Grab Car’. ", "Karamjit yang sinonim dengan gelaran The Flying Sikh bercadang ingin menjual kereta tersebut bagi membeli kereta baharu iaitu Proton Saga versi manual.", "Harga yang diletakkan oleh Karamjit terhadap Proton Waja model tahun 2004 tersebut adalah hanya RM7,500. Perkara tersebut dikongsikan menerusi laman sosialnya, pada minggu lalu.", "Bagaimanapun, difahamkan menerusi makluman terbaharu di laman sosialnya, kereta tersebut telah berjaya dijual dan telah selamat dihantar kepada tuan baharu. ", "Untuk makluman, Karamjit merupakan pelumba rali buat pasukan Petronas EON Racing Team (PERT) suatu masa dahulu. ", "Bersama pasukan ini, Karamjit telah memenangi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) buat kali pertama pada tahun 2001 sebelum beraksi dalam saingan kejuaraan dunia. ", "Selain itu, Karamjit juga merupakan pemenang Kejuaraan Rali Malaysia sebanyak 16 kali. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216248/", "headline": "\nSri Pahang Turunkan ‘Kesebelasan Utama’ Walau Lawan Kelab Liga M3\n", "content": ["Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel akan membariskan kesebelasan terbaik walaupun sekadar berhadapan dengan pasukan Liga M3, Manjung City pada pusingan pertama Piala FA 2022, Rabu ini.", "Pengendali kelahiran Perancis berusia 49 tahun itu melihat perlawanan ini sebagai peluang terbaik untuk menyaksikan kemampuan para pemainnya. Lebih-lebih lagi selepas Sri Pahang FC tidak dapat beraksi sejak sepak mula Liga Malaysia, 4 Mac lalu gara-gara penularan Covid-19 di dalam pasukan.", "“Sri Pahang akan turunkan skuad yang terbaik kerana pemain perlukan perlawanan kompetitif sebagai usaha mendapatkan minit permainan serta mencipta keserasian dalam kalangan mereka.", "“Ekoran masalah COVID-19, kami berdepan kekangan untuk melihat sejauh mana tahap kecergasan pemain apabila tiga perlawanan terdahulu ditangguhkan.", "“Namun, semangat pemain tidak pernah pudar walaupun berehat begitu lama dan semangat mereka semakin membuak menjelang aksi Piala FA, ” katanya.", "Sri Pahang pada musim ini mempertaruhkan ramai muka baharu tidak kira kalangan pemain import atau tempatan. Antaranya, Mamadou Samassa, Billy Ketkeophomphone,  Johan Martial, David Rowley, Azwan Aripin, Faizal Arif dan beberapa nama lain lagi.", "Disebalik pelbagai nama-nama tersebut, Gamel mengakui beliau masih belum mendapat kombinasi yang terbaik di dalam skuad Sri Pahang namun yakin masalah berkenaan mampu diatasi.", "“Ada kalanya kombinasi pemain yang saya gunakan mampu mencapai seperti yang diinginkan tetapi tidak konsisten ekoran pelbagai masalah yang melanda seperti COVID-19, kecederaan selain masalah cuaca.", "“Namun saya lihat pasukan lain juga berdepan masalah sama dalam mencari kombinasi terbaik dan perkara ini sudah tentu mengambil masa. ", "“Apa yang penting ialah pemain berada di tahap terbaik dari segi moral serta fokus dalam latihan, saya yakin berdasarkan masa yang kami ada, kombinasi yang diinginkan mampu tercapai,” katanya.", "Untuk makluman semua, perlawanan antara Sri Pahang menentang Manjung City ini akan dilangsungkan di Stadium Darul Makmur, Kuantan dengan sepak mula jam 8.15 malam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113125/", "headline": "\nRNF Racing Memperkenalkan Syarikat Itali, WithU Sebagai ‘Title Sponsor’\n", "content": ["RNF Racing merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada Petronas Yamaha SRT. Diumumkan secara rasmi oleh pada bulan lalu, pasukan ini dipimpin oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC) dan Prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali.", "Menerusi satu perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh portal Motogp, pasukan RNF Racing telah memperkenalkan penaja utamanya (title sponsor). Sebuah syarikat tenaga berpangkalan di Itali, WithU diperkenalkan sebagai penaja utama mereka secara rasmi.", "Artikel Berkaitan: Apa Maksud RNF? Ini Penjelasan Razlan Razali", "Pada masa yang sama, pasukan itu turut memaklumkan menandatangani perjanjian bersama Yamaha untuk membekalkan jentera YZF-M1 buat RNF Racing. Perjanjian yang ditandatangani adalah selama setahun – pada tahun 2022 – dengan pilihan lanjutan sehingga tahun 2023 dan 2024.", "Perjanjian dengan pengeluar jentera dari Jepun ini turut menjadikan RNF Racing sebagai pasukan satelit buat Yamaha dalam Kejuaraan Dunia MotoGP. Selaras dengan makluman dua perkembangan baharu tersebut, pasukan ini akan dikenali dengan nama WithU Yamaha RNF Racing MotoGP Team.", "Sebagai tambahan, dua pelumba akan menjadi taruhan pasukan ini untuk bersaingan dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 iaitu pelumba senior Andrea Dovizioso dan pelumba muda daripada saingan Moto3, Darryn Binder."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322015/", "headline": "\nTerengganu Sambar Abang Kepada Amin Nazari Iaitu Omid Nazari\n", "content": ["Naib juara Piala FA dan Liga Super, Terengganu FC menambah seorang lagi pemain import sebelum tertutupnya jendela perpindahan pertama bagi saingan Liga Malaysia 2023.", "Pemain import yang terbaru dan terakhir menyertai skuad Hitam Putih tersebut adalah pemain tengah yang berusia 31 tahun iaitu Omid Nazari merangkap bekas pemain Negeri Sembilan, musim lalu.", "Kedatangan pemain kelahiran Sweden namun memegang pasport Filipina ini diumumkan oleh Terengganu secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial serta laman sesawang rasminya, pada hari ini.", "Dimaklumkan, pemain berdarah campuran Iran-Filipina ini diberikan kontrak selama setahun dan mengisi kuota pemain import ASEAN.", "Selamat Datang OMID NAZARI!🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/srch8np8ie", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) February 23, 2023", "Untuk makluman, Omid merupakan antara tonggak utama yang membantu Negeri Sembilan kendalian K. Devan menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat pada musim lalu – pencapaian terbaik sejak muncul naib juara pada musim 2007-08.", "Perkara itu boleh dibuktikan dengan rekod penampilan sebanyak 20 kali dalam saingan Liga Super disamping merekodkan lima penampilan secara keseluruhan dalam kejohanan Piala FA dan Piala Malaysia.", "Selain itu, Omid turut mempunyai rekod jaringan sebanyak satu gol yang dicetaknya ketika bertemu Terengganu dalam kejohanan Piala FA serta dua bantuan (assist) yang dicipta semasa menentang PJ City dan Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia masing-masing.", "Untuk pengetahuan semua, Omid merupakan abang kepada Amin Nazari – pemain tengah yang pernah menyertai Kedah pada tahun 2020 semasa di bawah bimbingan jurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak.", "Featured Image: FA Kedah & Instagram Omid Nazari"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111767/", "headline": "\nRasmi: Kelab India, Odisha FC Umum Ikat Liridon Krasniqi Secara Pinjaman\n", "content": ["Kelab bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Super India (ISL), Odisha FC mengumumkan secara rasmi telah mencapai persetujuan untuk mengikat khidmat pemain tengah naturalisasi skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi.", "Perkembangan tersebut diumumkan secara rasmi menerusi laman sesawangnya serta pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Difahamkan, Liridon atau dikenali sebagai Matdon diikat oleh Odisha secara pinjaman daripada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Difahamkan tempoh pinjamannya adalah sepanjang musim 2021-22.", "The club would like to announce that it has reached an agreement with Malaysian professional football club, Johor Darul Ta'zim FC over a loan deal for midfielder, @LiriKrasniqi8 for the upcoming season of the @IndSuperLeague. ✍🏻(1/2) pic.twitter.com/I603xuRkUX", "Untuk makluman semua, Liridon merupakan pemain asing kelima yang ditandatangani oleh Odisha sebagai persiapan untuk mengharungi saingan ISL 2021-22.", "Sebelum ini, kelab yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Sepanyol, Kiko Ramirez telah mengikat empat pemain asing iaitu Victor Mongil, Javi Hernandez, Hector Rodas dan Aridai Cabrera juga dari Sepanyol.", "Kiko berkata, “Liridon merupakan pemain yang mempunyai kapasiti fizikal yang tinggi dan teknik yang bagus. Dia merupakan pemain tengah box-to-box yang boleh membantu semasa menyerang dan bertahan serta mampu memberikan tenaga yang diperlukan pasukan untuk beraksi selama 90 minit.” ", "Sebagai tambahan, saingan baharu ISL akan bermula pada 20 November kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111221/", "headline": "\nHos Piala Asia 2027 Dipilih Tahun Hadapan – Bidaan Direbut Oleh India, Iran, Qatar & Arab Saudi\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memaklumkan pemilihan tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia bagi edisi 2027 akan dilakukan pada tahun hadapan.", "Menerusi satu makluman oleh pihak AFC, hari ini, Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk membuat pemilihan tersebut pada tahun hadapan berbanding tarikh asal, 27 November 2021 pada Kongres Ke-31 AFC.", "Host for #AsianCup2027 will be decided in 2022!It will be between 🇮🇳 India, 🇮🇷 IR Iran, 🇶🇦 Qatar and 🇸🇦 Saudi Arabia. https://t.co/GmyBtxaYYW", "Penundaan itu dilakukan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang menyebabkan kekangan pergerakan organisasi terbabit untuk melakukan lawatan pemeriksaan terhadap negara-negara yang menghantar bidaan untuk menganjurkan kejohanan ini.", "Untuk makluman semua, hak untuk menganjurkan kejohanan Piala Asia 2027 ini sedang direbut oleh empat buah negara menerusi persatuan bola sepak masing-masing iaitu Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF), Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI), Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) dan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF).", "Keempat-empat negara ini telah menghantar dokumen bidaan masing-masing dan boleh melihat dokumen tersebut pada pautan di bawah:", "Dokumen bidaan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF)", "Dokumen bidaan Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran (FFIRI)", "Dokumen bidaan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) ", "Dokumen bidaan Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215333/", "headline": "\nJuara Piala AFF Rancang Uji Malaysia Yang Dibimbing ‘Coach’ Pan-gon Pada Bulan Depan\n", "content": ["Pasukan juara Piala AFF 2020, Thailand merancang untuk mengadakan satu perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Malaysia yang akan dikendalikan ketua jurulatih baharu, Kim Pan-gon pada bulan hadapan.", "Selain Malaysia, skuad Gajah Perang itu turut berhajat untuk menentang sebuah pasukan asia dari rantau asia tengah iaitu Kyrgyzstan pada rehat antarabangsa FIFA, pada bulan tersebut.", "Perancangan ini dimaklumkan sendiri oleh pengurus skuad kebangsaan Thailand, Nualphan Lamsam atau dikenali ramai sebagai Madam Pang menerusi laporan media yang berpangkalan di negara tersebut.", "#News | 🇹🇭 The manager of the Thai national team, Madam Pang revealed Thailand plans for 2 friendly matches against Malaysia 🇲🇾 and Kyrgyzstan 🇰🇬 on the FIFA Day in March.📌In the latest FIFA Ranking , Thailand ranks 112th, Kyrgyzstan (96th) and Malaysia(154th).#FAT #FAM pic.twitter.com/Af0wvhBvRW", "Bagaimanapun, dua perlawanan ini masih lagi di peringkat perancangan dan beliau akan berbincang lanjut dengan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) serta ketua jurulatihnya, Mano Polking sebelum memutuskannya.", "Sebagai rekod, pertemuan terakhir yang menemukan Thailand dan Malaysia adalah di pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun lalu. ", "Perlawanan tersebut berkesudahan dengan skuad Harimau Malaysia berhasil meraih kemenangan 1-0 ke atas Thailand hasil jaringan tunggal oleh penyerang sayap, Safawi Rasid.", "Untuk makluman semua, rehat antarabangsa FIFA pada bulan hadapan dijadualkan bermula 21hb hingga 29hb Mac."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218824/", "headline": "\nBrad Maloney Kembali Ke Negaranya, Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Australia B-17\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Brad Maloney nampaknya tidak menganggur lama setelah berpisah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bulan lalu.", "Menerusi satu makluman rasmi, jurulatih berusia 50 tahun telah kembali ke negara kelahirannya dan dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Australia B-17 yang berjulukan “The Joeys”.", "Difahamkan, Maloney akan memulakan tugasnya pada penghujung bulan ini dengan persiapan untuk mengharungi saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2023 yang berlangsung di tanah airnya, Oktober nanti.", "Football Australia is pleased to announce that Brad Maloney has been appointed to the role of Head Coach of the Joeys – Australia’s U-17 men’s national football team.https://t.co/FG7npFCnKd", "— Football Australia (@FootballAUS) August 4, 2022", "Selain itu, Malanoy juga diletakkan sasaran untuk membawa skuad “The Joeys” untuk layak ke saingan Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung di Peru, pada tahun 2023.", "Sebagai tambahan, selain daripada jawatan di atas, Brad turut diberikan tanggungjawab sebagai penolong jurulatih untuk skuad kebangsaan Australia B-20.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kepulangan semula Brad ke negaranya selepas lapan tahun bekerja bersama FAM. ", "Sejak berada di Malaysia bermula tahun 2014, Brad pernah terlibat dengan pelbagai posisi kejurulatihan di pelbagai peringkat umur termasuk penolong jurulatih skuad senior kebangsaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322354/", "headline": "\nRuichang China Masters: Pasangan Jadi Lawan, Arif & Haikal Bertembung Di Suku Akhir\n", "content": ["Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri yang pernah bergandingan bersama serta terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ tidak menunggu lama untuk bertembung sesama sendiri dengan pasangan baharu masing-masing di kejohanan antarabangsa selepas ‘bercerai’ pada Februari lalu.", "Arif yang bergandingan bersama Yap Roy King pada saat ini akan turun berentap menentang Haikal yang berpasangan dengan Nur Izzuddin pada peringkat suku akhir Ruichang China Masters, pada hari esok.", "Ruichang China Masters 2023MD – R16 🇲🇾Junaidi ARIF🏅21 21 🇲🇾Roy King YAP🏅 🇨🇳HUANG Jia Wei10 18 🇨🇳ZHANG Nan", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Terdahulu, gandingan Arif-Roy King berhasil mengesahkan langkah ke suku akhir selepas menumpaskan beregu tuan rumah, Huang Jia Wei dan Zhang Nan dengan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-18 dalam tempoh setengah jam.", "Manakala Haikal-Izzuddin pula mara ke peringkat yang sama juga dengan menundukkan lawan dari negara yang sama, Fan Jun Lin dan Liu Zi Jie secara “straight set” dengan pungutan mata 22-20 dan 21-13 dalam tempoh masa 31 minit.", "Ruichang China Masters 2023MD – R16 🇲🇾HAIKAL Muhammad🏅22 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅 🇨🇳FAN Jun Lin20 13 🇨🇳LIU Zi Jie", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh penganjur, kedua-dua beregu ini akan beraksi pada perlawanan pertama di Gelanggang 2 pada jam 4 petang waktu Malaysia bagi merebut tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah BWF Super 100 ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110910/", "headline": "\nNetizen Jangan Terlalu Mengkritik Pemain Skuad Projek FAM-MSN\n", "content": ["Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah mengharapkan orang ramai atau ‘netizen’ tidak terlalu mengkritik pemain-pemain skuad ini berikutan prestasi semasa mereka dalam saingan Liga Premier, musim ini.", "Pengendali berusia 45 tahun itu melahirkan kebimbangan sekiranya kritikan yang berterusan kepada pemain-pemain ini boleh menyebabkan mereka hilang motivasi untuk melangkah jauh dalam pentas bola sepak negara.", "Sebelum ini, prestasi skuad yang terdiri daripada rata-rata pemain berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun ini menjadi topik perbincangan peminat bola sepak ekoran belum meraih sebarang kemenangan dan menduduki dasar liga dengan hanya kutipan 2 mata.", "“Para pemain saya adalah manusia biasa dan ada kalanya mereka juga terkesan dengan kata-kata netizen namun bagi saya, saya faham semua orang ada persepsi tersendiri kepada pemain-pemain skuad projek ini.", "“Cuma saya harapkan orang ramai janganlah terus menerus menghukum mereka kerana dibimbangi jika situasi ini berterusan, kita bimbang mereka boleh hilang dari sukan bola sepak untuk melangkah lebih jauh.", "“Mereka ini merupakan rangka pertama skuad projek untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi dan seandainya kita sentiasa berikan kata-kata positif yang menjurus kepada persembahan pemain, saya rasa ini akan mewujudkan persekitaran yang baik buat mereka.", "“Janganlah semasa mereka bagus nanti, kita baharu hendak bagi sokongan namun semasa di bawah, kita berikan kata-kata yang negatif, sebaliknya cuba kita berikan ayat-ayat positif kepada pemain.” kata Yusri.", "Sementara itu, Yusri yang pernah mengemudi pasukan Kuala Lumpur dan Kelantan sebelum ini turut menasihatkan para pemain agar mengurangkan masa menghadap media sosial.", "Beliau bimbang perkara-perkara negatif di media sosial menyebabkan tahap keyakinan pemain-pemain berkurangan sekaligus membantutkan cita-cita mereka untuk melangkah jauh dalam sukan bola sepak. ", "“Pesan saya kepada pemain, anda semua masih muda dan janganlah terlalu kerap membaca mesej-mesej negatif di media sosial kerana kelak ia sekadar menimbulkan kegusaran dalam keperibadian kamu untuk melangkah jauh dan buat masa sekarang, terus berusaha di atas padang sehingga satu hari nanti anda boleh buktikan kepada semua,” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, Skuad Projek FAM-MSN merupakan pasukan yang ditubuhkan hasil kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN). ", "Ianya bertujuan untuk mencipta laluan kerjaya bagi produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216758/", "headline": "\nCoach Michael Puji Anak Buah Tampil Prestasi Menakjubkan Di Bawah Tekanan Yang Besar\n", "content": ["Dua perlawanan pertama Liga Super di tempat lawan yang diharungi oleh Selangor FC berakhir dengan keputusan seri dan keputusan tersebut tidak begitu disenangi oleh ramai peminat.", "Semalam, berlangsungnya perlawanan pertama di gelanggang sendiri buat pasukan Selangor menentang Kedah Darul Aman FC (Kedah) dan ketua jurulatihnya, Michael Feichtenbeiner mengakui pemain-pemainnya menghadapi tekanan yang besar untuk mencatatkan kemenangan pertama.", "Bagaimanapun, satu kejutan berhasil dilakar oleh anak-anak buah Coach Michael dengan merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Kedah sekaligus memadamkan rekod kemenangan bersih Kedah dalam saingan Liga Super musim ini.", "“Hari ini (semalam), pertama kali bermain di hadapan penyokong sendiri, kami tahu terdapat jangkaan yang sangat besar untuk kami catatkan kemenangan, kemenangan dan kemenangan.", "“Jadi, ianya tekanan yang sangat besar untuk para pemain, kami ada melakukan kesilapan pada hari ini dan ianya tidak dapat dielakkan, ", "“Tetapi prestasi secara keseluruhannya sangat menakjubkan, di bawah tekanan tinggi ini dapat menampilkan prestasi sebegini nampak bagus untuk (perlawanan) masa akan datang,", "“Tetapi ini hanyalah permulaan, ianya baru sahaja tiga perlawanan awal dan harapnya (kami) dapat mengekalkan momentum ini.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, Mukhairi Ajmal (25’), Caion (34’ & 86’) dan Nor Hakim Hassan (84’) mencetak nama selaku penjaring gol buat Red Giants.", "Manakala jaringan saguhati oleh pasukan bertandang pula dihadiahkan oleh Fayadh Zulkifli pada masa kecederaan.", "Pada masa yang sama, jurulatih kelahiran Jerman itu menjelaskan sememangnya jangkaan terhadap Selangor untuk musim ini sangat besar dan ramai penyokong mahu hasil yang berorientasikan keputusan yakni kemenangan.", "Ianya cukup difahami oleh Coach Michael yang pernah membimbing MPPJ FC suatu masa dahulu. Namun begitu, beliau menambah, Selangor yang tampil dengan beberapa pemain baharu pada musim ini turut memerlukan masa untuk berkembang dan memperbaiki segala kekurangan yang ada sebagai sebuah pasukan dan ianya bukanlah sesuatu yang senang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322646/", "headline": "\nKualiti Padang SSI Punca Kemenangan Harimau Malaya – Safee Sali\n", "content": ["Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berpendapat bahawa keadaan padang yang berkualiti di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi punca kepada kemenangan skuad Harimau Malaya ke atas Turkmenistan dan Hong Kong.", "Keadaan padang yang menggunakan rumput Zeon Zoysia itu membolehkan skuad kebangsaan untuk bermain dengan baik dan mencapai kemenangan 1-0 dan 2-0 masing-masing.  ", "“Jika dahulu mempunyai padang yang lebih berkualiti seperti ini, saya rasa kita sudah lama pergi jauh”, ujar Safee ketika ditemui majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) bersama Kindness Malaysia dan Malaysia Association for the Blind (MAB) semalam.", "Safee yang merupakan Presiden PFAM turut mengesan perubahan ketara dapat dilihat dalam skuad kebangsaan terutamanya dalam aspek serangan yang gemar melakukan tekanan awal kepada pihak lawan serta peningkatan keserasian antara pemain.", "Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Turkmenistan menerusi jaringan tunggal Akhyar Rashid dan menewaskan Hong Kong hasil jaringan Faisal Halim dan Akhyar Rashid pada 23 dan 28 Mac lalu.", "Untuk makluman, SSI menjadi venue perlawanan bagi skuad Harimau Malaya buat julung kalinya ekoran Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ditutup bagi tujuan penambahbaikan dan penyelenggaraan termasuk penukaran rumput jenis Zeon Zoysia. ", "Sebagai tambahan, majlis yang berlangsung di Kompleks MAB pada malam tadi turut dihadiri Timbalan Presiden PFAM, Razman Roslan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail.", "Featured Image: PFA Malaysia | Syamil Rosli"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206740/", "headline": "\nDilema Datuk Razlan? – Hafizh Tak Ulas Panjang, Tumpuan Utama Adalah Moto2\n", "content": ["Sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Razlan Razali berada dalam dilema samada memilih pelumba tempatan, Hafizh Syahrin atau pelumba lagenda, Valentino Rossi untuk mewakili pasukannya.", "Beliau yang merupakan Prinsipal Petronas Yamaha SRT – pasukan yang bersaing dalam kelas premier, MotoGP – sedang mencari pengganti kepada Fabio Quartararo yang bakal beraksi bersama pasukan kilang, Monster Energy Yamaha, tahun hadapan.", "Dan desas-desus kuat mengatakan Rossi yang juga pemenang Kejuaraan Motosikal Dunia sebanyak sembilan kali menjadi calon utama untuk mengisi kekosongan tersebut.", "Mendengarkan khabar tersebut, Hafizh yang beraksi bersama Aspar Team menegaskan tidak mahu mengulas panjang mengenai dilema dihadapi Datuk Razlan. Tumpuan utamanya musim ini adalah menamatkan saingan Moto2 dengan kedudukan terbaik.", "“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya ada. Saya sendiri pun tak tahu mengenai perkara itu.", "“Keputusan yang Datuk Razlan ingin buat terserah kepadanya kerana itu adalah pasukannya, bukan pasukan saya.", "“Sama-sama kita tunggu dan lihat. Kalau ada rezeki, ada la. Andai dapat peluang itu, insya-Allah saya akan cuba sebaik mungkin untuk raih pencapaian lebih baik daripada sebelum ini.", "“Apapun saya tak letakkan harapan tinggi. Saya perlu fokus kepada saingan di Moto2 pada musim ini dulu,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Dua musim sebelum ini, Hafizh beraksi dalam saingan MotoGP bersama pasukan Tech3. ", "Namun musim lalu, Tech3 mengumumkan tempatnya digantikan dengan pelumba muda, Brad Binder sekaligus menyebabkan dia terpaksa kembali beraksi di saingan Moto2."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220240/", "headline": "\nSabah Lanjut Kontrak ‘Pak Karim’ Korea Sehingga Penghujung Tahun 2024\n", "content": ["Pertahanan dari Republik Korea, Park Tae-su atau dikenali sebagai Pak Karim dalam kalangan rakan sepasukan dan penyokong mendapat lanjutan kontrak bersama Sabah FC.", "Pemain berusia 32 tahun yang menyertai Sabah sejak tahun 2019 ini diberikan lanjutan selama dua tahun yang menyaksikan dia kekal sehingga tahun 2024. ", "Pengurus skuad berjulukan The Rhinos, Ahmad Marzuki memaklumkan perkembangan positif tersebut dan ianya turut dikongsikan di pelbagai platform milik kelab berkenaan, semalam. ", "“Jangan tutup TV, 2 Tahun Lagi”.-PTS- pic.twitter.com/8uz3VsQhSO", "— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) October 20, 2022", "Satu majis menandatangani kontrak antara Park dan majikannya turut berlangsung.", "Park mengharungi kempen bola sepak yang cukup cemerlang pada musim ini. Selain membantu Sabah menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga buat kali pertama dalam sejarah, Park turut meledak 8 gol peribadi.", "Selepas ini, Park akan meneruskan khidmatnya dengan Sabah dalam saingan Piala Malaysia. Mereka akan membuka kempen dengan menentang UiTM FC pada peringkat Pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 31 Oktober masing-masing.", "Sebagai rekod, Park juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad Sabah pada tahun 2019 yang berhasil muncul juara Liga Premier sekaligus mendapat promosi ke saingan Liga Super 2020.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323152/", "headline": "\nMan City Rancang Tingkatkan Kapasiti Stadium Etihad Kepada Lebih 60,000\n", "content": ["Manchester City (Man City) bercadang untuk meningkatkan kapasiti Stadium Etihad kepada lebih 60,000 tempat duduk sekaligus menjadikan stadiumnya yang ketiga terbesar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Old Trafford dan Stadium Tottenham Hotspur.", "Untuk makluman, stadium ini turut disenaraikan sebagai salah sebuah venue pertandingan untuk kejohanan Euro 2028 yang dibida oleh United Kingdom (UK) dan Ireland. Dalam penyenaraian tersebut, kapasiti Stadium Etihad dikatakan mempunyai kapasiti 61,000 tempat duduk.  ", "Cadangan untuk pengubahsuaian ini hadir hadir apabila skuad berjulukan The Cityzen ini mengumumkan telah menghantar permohonan perancangan kepada Majlis Bandaraya Manchester (Manchester City Council).", "Dalam permohonan terbabit, Man City turut bercadang untuk mengintegrasikan kesemua fasiliti, mengubah suai tempat duduk bahagian utara serta mewujudkan ruangan jalan kaki di atas bumbung stadium.", "Disamping itu, mereka akan turut mengubah suai zon peminat dengan pelbagai pilihan kedai makanan dan minuman, sebuah kedai rasmi kelab yang baharu, muzium dan hotel.", "Difahamkan, cadangan ini dianggarkan mempunyai nilai pelaburan lebih £300 juta kepada kawasan timur Manchester menerusi projek pembinaan besar yang akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan serta menawarkan 2,600 peluang pekerjaan yang akan diutamakan kepada orang setempat.", "We are delighted to announce a planning application has been submitted for an entertainment destination at the Etihad Stadium.", "— Manchester City (@ManCity) April 18, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114014/", "headline": "\nPiala Malaysia: Ada Anggota Polis Duduk Bersama Penonton Di Stadium\n", "content": ["Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan menempatkan beberapa kumpulan anggota polis bersama-sama penonton di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semasa aksi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.", "Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Dato’ Haji Jaafar, beliau menjelaskan penempatan kumpulan anggota polis itu bertujuan untuk memantau kelakuan para penonton semasa perlawanan berlangsung.", "“Untuk makluman semua, pihak polis telah menetapkan beberapa kumpulan dan antaranya adalah kumpulan tangkapan sekiranya ada penonton yang melakukan perkara di luar batasan, bertindak ganas atau mencetuskan sebarang provokasi di dalam stadium.", "“Jadi, kumpulan ini akan duduk bersama penonton di dalam stadium untuk memantau dan jangan ingat polis tiada dengan anda sebab mereka akan sentiasa memerhatikan gerak geri dan tingkah laku penonton sepanjang perlawanan.", "“Pihak polis tidak akan tengok final, mereka hanya akan perhatikan penonton sahaja dan semua penyokong dinasihatkan berhati-hati untuk mematuhi segala peraturan bagi menjaga kelancaran perlawanan pada malam esok”, katanya dalam sidang media, pada hari ini.", "PDRM turut memaklumkan seramai 1497 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi meningkatkan kawalan di dalam dan luar stadium bagi memastikan kelancaran, keselamatan dan mengikut Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang ditetapkan.", "Penonton yang hadir dinasihatkan untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka. ", "Selain itu, PDRM turut mengharapkan tiada sebarang provokasi dilakukan penonton yang boleh mencetuskan kekecohan sewaktu atau selepas perlawanan berlangsung.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214908/", "headline": "\nKBS Cadang ‘Esports’ & Tarian Singa Dimasukkan Dalam Akta Pembangunan Sukan 1997\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang memasukkan esukan (esports) dan tarian singa dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) sekaligus mengiktiraf kedua-dua sukan tersebut sebagai sukan rasmi di negara ini.", "Menurut laporan Bernama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker berkata, untuk mencapai tujuan tersebut, pihaknya mencadangkan pindaan Akta 576 agar dapat memasukkan dua jenis sukan terbabit.", "Difahamkan, terdapat beberapa sukan selain daripada esukan dan tarian singa turut berada dalam perancangan untuk diberikan pengiktirafan dan ianya akan diumumkan kelak.", "Sebagai rekod, akta ini pernah dipinda sebanyak dua kali bertujuan memasukkan penambahan beberapa sukan ketika pindaan tahun 2000 dan 2004. ", "Untuk makluman semua, terdapat 51 jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 pada ketika ini. Senarai kesemua 51 jenis sukan itu adalah seperti berikut:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324555/", "headline": "\nGol Luqman Bantu Njardvik Ikat Selfoss Sebelum Pulang Ke Malaysia\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsuddin membantu pasukannya mengikat Selfoss selepas menjaringkan gol penyamaan dalam saingan Lengjudeild Karla, awal pagi tadi. ", "Lebih bermakna, jaringan yang dihasilkannya merupakan jaringan sulungnya dalam kancah liga divisyen dua Iceland dan ianya dilihat sebagai petanda positif selepas namanya tersenarai bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan. ", "Jaringan yang terhasil pada minit ke-84 itu juga memastikan satu mata tetap diperoleh pasukannya di laman sendiri sebelum Luqman berangkat pulang ke Malaysia untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Muda menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Chonburi, Thailand kelak.", "Sebelum ini, Luqman turut menjaringkan gol buat Njardvik ketika pasukannya menewaskan KFA dengan keputusan 4-2 pada Pusingan 16 Piala Bola Sepak Lelaki Iceland, April lalu.", "Sejak dipinjamkan ke Njardvik, pemain kelahiran Kota Bharu itu telah menjaringkan dua gol dalam kancah bola sepak Iceland sekaligus memperlihatkan dirinya semakin selesa bermain di Eropah.", "Sebagai tambahan, Luqman bakal kembali ke Malaysia untuk memperkuatkan skuad kendalian E. Elavarasan dalam misi mempersiapkan pasukan menjelang aksi Kejuaraan AFF B-23 dan Kelayakan Piala AFC B-23 2024 yang berlangsung Ogos dan September ini. ", "Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil oleh ketua jurulatih B-23, E. Elavarasan bermula 12 Jun 2023 sebagai persiapan Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Chonburi Thailand bermula 16 – 26 Ogos 2023.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/VyYU1acPeA#FAM #HarimauMalaya #AFFU23Championship2023 pic.twitter.com/geLH4I9Ptf", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 8, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208878/", "headline": "\nKerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera\n", "content": ["Sebuah projek yang dinamakan sebagai Kerteh Sports City bukan sahaja bakal memiliki stadium mini sebagai home untuk Kerteh Football Club (Kerteh FC) malahan beberapa fasiliti dan kemudahan sukan serta ruang komersil.", "Untuk merealisasikan projek tersebut, syarikat yang menguruskan kelab komuniti tersebut, KAL Services Sdn. Bhd. telah mengumumkan satu kerjasama bersama pelabur, Red Antlers dengan membentuk sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dikenali sebagai Kerteh Sports City Sdn. Bhd. semalam.", "RASMI: KAL Services, Red Antlers Bentuk Usaha Sama Untuk Kerteh Sports City.KAL Services bersama Red Antlers memeterai perjanjian untuk membentuk satu syarikat SPV yang dikenali sebagai Kerteh Sports City bagi tujuan membangunkan dan mengurus kemudahan sukan di Kerteh.(1/2) pic.twitter.com/1876AWH5p4", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KAL Services, Syed Khairi Amier berkata, projek tersebut akan dibangunkan di Stadium Mini Kerteh yang sedia ada dan kawasan sekitarnya. Selain itu, syarikat SPV tersebut turut berperanan untuk menguruskan kemudahan dan prasarana sukan tersebut apabila siap dibina kelak.", "“Di situ nanti bukan sahaja ada padang bola (artificial turf) berserta lampu limpah, (malahan) ada gelanggang futsal, badminton, gimnasium, football residence, padang latihan, food court dan ruangan komersil semuanya akan ada di situ dalam kawasan berkeluasan 21 ekar.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Difahamkan satu majlis menandatangani akan diadakan sekitar pertengahan januari. Selepas daripada itu, fasa pertama Kerteh Sports City akan dimulakan dengan pembinaan padang sintetik dan lampu limpah dan ianya dijangka siap pada mac kelak. ", "Manakala bagi fasiliti-fasiliti yang lain, kesemuanya akan dibina secara berfasa dalam tempoh enam tahun.", "Untuk makluman, Kerteh FC diasaskan pada tahun 2018 dan berpengkalan di Kerteh, Terengganu. Dikenali dengan julukan The Oilers dan bersaing dalam kancah divisyen keempat bola sepak tempatan iaitu Liga M4. Pencapaian terbaik mereka adalah memenangi saingan Liga Premier (Terengganu Amateur League) 2019 dan Piala TAL 2019.", "Berikut adalah 5 fasa pembangunan Stadium Kerteh FC yang dikongsikan kepada Sukanz:", "Bonus! Gambaran bangku simpanan pemain dan tempat duduk grandstand Stadium Kerteh FC:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113853/", "headline": "\nRanking BWF: Aaron-Wooi Yik Terus Catat Peningkatan, Kini Di Tangga Ke-6 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu badminton lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia yang dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Hasil kejayaan mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Indonesia Masters pada minggu lalu, ia membolehkan Aaron-Wooi Yik menduduki tangga ke-6 dunia mengatasi pasangan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.", "Untuk makluman semua, ia merupakan ranking tertinggi pernah diraih oleh pasangan yang turut memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 ini.", "Sepasang lagi beregu negara yang turut mara ke peringkat yang sama iaitu Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mencatatkan peningkatan sebanyak dua anak tangga sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-12 dalam kedudukan ranking dunia.", "Sementara itu, beregu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang muncul juara kejohanan Terbuka Ireland turut meraih peningkatan yang ketara dalam kemaskini terbaru ranking pada hari ini.", "Pasangan ini mencatatkan lonjakan sebanyak 16 anak tangga sekaligus meletakkan mereka di kedudukan ke-77 dunia – kedudukan terbaik pernah diraih dalam karier dua pasangan muda ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114460/", "headline": "\nPemain Jepun Kei Hirose Tinggalkan JDT Kembali Ke Liga Indonesia\n", "content": ["Pemain tengah kelahiran Jepun, Kei Hirose menjadi pemain import terbaru yang meninggalkan pasukan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Pemain berusia 26 tahun ini ditandatangani dan diperkenalkan sebagai pemain skuad Harimau Selatan pada Januari 2020. Ketika itu, kedatangannya diumumkan bersama-sama penyerang Sepanyol, Fernando Rodriguez. ", "Bagaimanapun, kelibatnya hanya bertumpu bersama pasukan simpanan, JDT II dan tidak pernah mendapat tempat dalam skuad utama yang beraksi di pentas Liga Super.", "Menerusi satu kemaskini terbaru oleh Borneo FC yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, Kei telah diumumkan secara rasmi menyertai pasukan tersebut, semalam.", "Untuk makluman semua, sebelum menyertai JDT, Kei telah mencipta nama bersama sebuah pasukan yang berpangkalan di Pulau Jawa iaitu Persela Lamongan.", "Sebagai tambahan, minggu lalu JDT mengumumkan melepaskan penyerang sayap import merangkap penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman, Gonzalo Cabrera setelah 5 musim menyarung jersi skuad Merah Biru.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207646/", "headline": "\nAspar Team Ikat Pelumba Baharu, Apa Nasib Hafizh Musim Hadapan?\n", "content": ["Pasukan Moto2, Aspar Team secara rasminya mengumumkan telah mengikat pelumba baharu iaitu Albert Arenas sekaligus menjadi rakan sepasukan Aron Canet untuk saingan musim hadapan.", "Albert daripada pasukan KTM merupakan pendahulu saingan Moto3 dengan kutipan 135 mata. Musim ini pelumba berusia 23 tahun itu telah menaiki podium sebanyak lima kali dan memenangi perlumbaan sebanyak tiga kali.", "🚨🚨🚨😁👍 @AlbertArenas75 will jump to Moto2 with the Aspar Team📰 | https://t.co/ylQnLDSRXb One of 2020's goals is accomplished, we just have the other one 😏🤞 pic.twitter.com/xG1BbY2dhV", "Dengan pengumuman tersebut, kedudukan pelumba negara, Hafizh Syahrin bersama Aspar Team nampaknya menuju ke penghujung. ", "Pada masa yang sama, dengan majoriti pasukan Moto2 telah memuktamadkan barisan pelumbanya untuk saingan musim hadapan, karier Hafizh dalam sukan permotoron turut mengundang pertanyaan.", "Sehingga saat ini, tiada sebarang reaksi diberikan oleh Hafizh mengenai hal tersebut menjelang perlumbaan GP Aragon di Sepanyol, hujung minggu ini.", "Prestasi Hafizh dalam saingan Moto2 kelihatan bergelut untuk menempatkan diri kalangan pelumba terbaik musim ini. Dia hanya menduduki tempat ke-19 dengan kutipan 18 mata.", "Untuk rekod, pelumba kelahiran Ampang itu hanya menandatangani kontrak bersama Aspar Team selama setahun sahaja.", "Featured Image: Aspar Team & KTM Factory"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321680/", "headline": "\nRakan Kolaborasi JDT – Sharjah FC Miliki 3 Bekas Bintang Kelab Eropah\n", "content": ["Rakan kolaborasi terbaru Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu bukanlah calang-calang pasukan yang beraksi dalam kancah bola sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE). ", "Selain sedang mengejar rapat pendahulu UAE Pro League, Shabab Al-Ahli dengan hanya perbezaan satu mata selepas mengharungi 14 perlawanan, kelab berjulukan Al-Malik ini mempunyai tiga bekas bintang kelab bola sepak eropah dalam skuadnya.", "Ketiga-tiga pemain tersebut adalah penyerang, Paco Alcacer (Sepanyol), pemain tengah, Miralem Pjanic (Bosnia-Herzegovina) dan pertahanan, Konstantinos Manolas (Greece).", "📸 | مقتطفات من الشوط الأول الشارقـة ( 0 : 0 ) شباب الأهلي #نادي_الشارقة pic.twitter.com/E0Ymtc8dos", "— نادي الشارقة لكرة القدم (@SharjahFC) January 27, 2023", "Paco meninggalkan Villareal CF sebelum didatangkan Sharjah FC pada 18 Ogos. Manakala Pjanic yang tamat tempoh pinjamannya bersama Besiktas daripada Barcelona menyertai Sharjah FC pada 8 September.", "Pada penghujung September, Sharjah FC menandatangani pula Kostas Manolas – pemain yang cukup terkenal beraksi bersama AS Roma sekitar tahun 2014 hingga 2019.", "Sebagai rekod, JDT dan Sharjah FC bersetuju untuk berkolaborasi selepas DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkunjung ke kelab tersebut ketika latihan pramusim skuad Harimau Selatan yang sedang berlangsung di Dubai.", "Hasil kolaborasi ini, Sharjah FC menawarkan JDT untuk menggunakan fasiliti mereka secara percuma."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215633/", "headline": "\nPiala AFC 2022: Kuala Lumpur Dipilih Hos Kumpulan H, Kedah Beraksi di Indonesia\n", "content": ["Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) mendapat sedikit keistimewaan apabila dapat mengharungi kejohanan peringkat asia, Piala AFC yang disertainya buat kali pertama, di halaman sendiri.", "Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan Kuala Lumpur, Malaysia telah dipilih sebagai hos untuk venue berpusat bagi Kumpulan H.", "Untuk makluman semua, Kumpulan H disertai oleh KL City bersama-sama PSM Makassar (Indonesia) dan Tampines Rovers (Singapura) sambil menantikan sebuah lagi pasukan samada Shan United atau Ayeyawady United (Myanmar) untuk melengkapkan kumpulan ini.", "🚨 CONFIRMED! Group A: Muscat 🇴🇲Group B: Kuwait City 🇰🇼Group C: Manama 🇧🇭Group D: Kolkata 🇮🇳Group E: Dushanbe 🇹🇯Group F: Bishkek 🇰🇬Group G: Denpasar 🇮🇩Group H: Kuala Lumpur 🇲🇾Group I: TBC Group J: Tainan, Chinese Taipei#AFCCup2022https://t.co/tCWU6gjYjr", "Sementara itu, satu lagi wakil negara merangkap naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC (Kedah) pula terpaksa terbang ke Indonesia untuk beraksi dalam kejohanan ini. ", "Ini kerana AFC memilih Denpasar, Bali, Indonesia sebagai venue berpusat bagi Kumpulan G yang melibatkan Kedah, Bali United dan Kaya FC-Iloilo. Sebuah lagi pasukan yang akan melengkapkan kumpulan ini adalah pemenang play-off antara Visakha FC (Kemboja) dan Young Elephants (Laos).", "Untuk makluman semua, saingan peringkat kumpulan bagi rantau ASEAN, Asia Tengah dan Asia Timur adalah 24 hingga 30 Jun.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217468/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Liew Daren Jejak Pentas Semi-final Yang Pertama Selepas 2 Tahun\n", "content": ["Sudah lebih dua tahun perseorangan bebas (independent), Liew Daren tidak menikmati aksi di pentas separuh akhir dalam mana-mana kejohanan badminton peringkat antarabangsa.", "Namun kemarau ke pentas ‘semi-final’ itu berakhir apabila pemain berusia 34 tahun ini berjaya menumpaskan lawannya, pemain China, Zhao Jun Peng di peringkat suku akhir, dalam saingan Terbuka Thailand 2022, pada hari ini.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MS – Quarter final21 19 21 🇲🇾Daren LIEW🏅10 21 19 🇨🇳Jun Peng ZHAO", "🕗 in 59 minutes https://t.co/zoEGMNEiEv", "— BWFScore (@BWFScore) May 20, 2022", "Daren yang berada di ranking ke-34 dunia berjaya mengalahkan pemain yang menduduki tangga ke-36 itu dengan pungutan mata 21-10, 19-21 dan 21-19 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Daren menikmati aksi di pentas separuh akhir adalah sekitar Februari 2020 di kejohanan Barcelona Spain Masters – sebuah kejohanan Jejalah Dunia Super 300 BWF.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir nanti, Daren akan membuat perhitungan samada dengan rakan senegaranya, Lee Zii Jia atau pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito yang berada di tangga ke-24 dunia, pada hari esok untuk merebut tiket ke pentas final.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111625/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Undian Semula Menyaksikan Kedudukan Kumpulan J Melibatkan Malaysia Tidak Berubah \n", "content": ["Majlis undian semula bagi Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) menyaksikan kedudukan Kumpulan J melibatkan pasukan Malaysia tidak mengalami sebarang perubahan.", "Skuad Malaysia B-23 tahun yang dibimbing oleh Brad Maloney akan kekal berhadapan Mongolia selaku tuan rumah sambil ditemani oleh dua wakil ASEAN iaitu Thailand dan Laos.", "Perubahan hanya berlaku melibatkan pasukan Hong Kong yang diundi untuk meninggalkan Kumpulan I dan menyertai Kumpulan K bersama-sama Jepun dan Kemboja.", "Ini menjadikan Kumpulan I hanya disertai oleh tiga buah pasukan iaitu Vietnam, Myanmar dan Taiwan. ", "🚨 DRAW RESULTS Presenting the re-draw results of the 2022 #AFCU23 Qualifiers following the withdrawal of DPR Korea 🇰🇵 pic.twitter.com/HhhO97v4fK", "Saingan bagi pusingan kelayakan ini juga tidak berubah di mana ia akan dilangsungkan bermula 25 hingga 31 Oktober 2021.", "Untuk makluman, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat keputusan untuk melakukan undian semula setelah Korea Utara mengumumkan menarik diri daripada kejohanan ini, baru-baru ini.", "Undian semula ini juga untuk memastikan keseimbangan bilangan pasukan di kesemua kumpulan peringkat kelayakan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217928/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Gandingan Baharu Pang Ron-Ee Wei Singkir Beregu No.14 Dunia\n", "content": ["Gandingan beregu campuran baharu di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Hoo Pan Ron dan Toh Ee Wei berhasil melakukan kejutan dengan menyingkirkan pasangan No.14 dunia di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Indonesia 2022.", "Bertambah mengejutkan, Pan Ron-Ee Wei yang mula bergandingan sejak minggu lalu berhasil menyingkirkan Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai merangkap beregu senegara secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19 dalam tempoh masa 39 minit.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Pang Ron HOO🏅21 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅19 19 🇲🇾Soon Huat GOH 🇲🇾Shevon Jemie LAI", "🕗 in 39 minutes https://t.co/mJ5JdQTetA", "— BWFScore (@BWFScore) June 16, 2022", "Kemenangan ini membolehkan Pang Ron-Ee Wei meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini buat pertama kali sejak bergandingan bersama.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok, Pang Ron-Ee Wei bakal berentap menentang beregu campuran Korea yang menghuni ranking keenam dunia, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung.  ", "Pasangan ini mara selepas menumpaskan beregu Hong Kong, Chang Tak Chin dan Ng Wing Yung yang berada ranking ke-27 secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 28-26 di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321625/", "headline": "\nFormat Piala Malaysia Kekal Seperti Musim Lalu – Disertai 2 Pasukan Liga M3\n", "content": ["Format kejohanan bola sepak tertua di rantau asia, Piala Malaysia kekal sebagaimana penganjurannya pada edisi musim lalu.", "Demikian pengesahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam kepada para pengamal media yang hadir pada sesi Taklimat Media Kalendar Liga Malaysia 2023, semalam.", "Ini bermakna saingan Piala Malaysia kekal dengan penglibatan sebanyak 16 buah kelab dan dimulakan dengan peringkat Pusingan 16 yang dimainkan secara timbal balik dan kalah mati.", "Sedikit pembaharuan dilakukan oleh MFL pada musim ini adalah dua slot akan diberikan kepada kelab yang beraksi di Liga M3 manakala 14 buah kelab lagi datangnya daripada saingan Liga Super.", "Dari segi kelayakan dan proses undian, kelab yang menghuni kedudukan pertama hingga kelapan dalam saingan Liga Super pada minggu ke-13 akan menjadi pasukan seeded.", "Manakala kelab kesembilan hingga ke-14 Liga Super dan dua kelab daripada daripada saingan Liga M3 akan diundi untuk menentukan lawan masing-masing bertemu pasukan seeded.", "Tambah Stuart lagi, perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir turut dilangsungkan secara timbal balik. Manakala venue bagi perlawanan akhir akan ditentukan oleh MFL kelak. ", "Sebagai tambahan, saingan Piala Malaysia akan bermula pada 3-6 Ogos dan perlawanan akhirnya ditetapkan pada 9 Disember.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325024/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Tang Jie-Ee Wei Raih Gelaran Kedua Super 300\n", "content": ["Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya menjelmakan sebuah lagi gelaran daripada kejuaraan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 selepas menjuarai saingan Terbuka Taipei 2023. Ianya merupakan gelaran kedua dimenangi mereka sejak bergandingan sekitar Disember tahun lalu. ", "Kejuaraan tersebut menjadi milik gandingan pemain berusia 25 dan 22 masing-masing tersebut sejurus berhasil menumpaskan wakil tuan rumah yang menghuni ranking ke-50 dunia, Chiu Hsiang-chienh dan Lin Xiao-min dalam perlawanan akhir yang berlangsung, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie-Ee Wei yang kini menduduki ranking ke-19 dunia menumpaskan pasangan tersebut dengan mudah yakni secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-8 dalam tempoh masa setengah jam permainan sahaja. ", "Dengan kemenangan ini, Tang Jie-Ee Wei bukan sahaja membawa pulang pingat kemenangan bahkan turut mendapat wang tunai bernilai AS$16,590 atau sekitar RM78,000 serta 7,000 mata untuk pengiraan Ranking Dunia, Ranking Jelajah Dunia dan pengiraan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.", "Untuk makluman semua, gelaran Super 300 pertama yang dimenangi Tang Jie-Ee Wei adalah di saingan Orleans Masters yang berlangsung sekitar awal April lalu. Kejuaraan itu menjelma selepas menundukkan gandingan Chinese Taipei, Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin – pasangan yang sama mereka tumpaskan ketika di separuh akhir Terbuka Taipei 2023, semalam.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110168/", "headline": "\nPemain Liga Divisyen 2 Bahrain, Habib Haroon Bakal Isi Kuota Import Asia Terengganu?\n", "content": ["Sebuah akaun media sosial yang melaporkan mengenai perkembangan sukan di Bahrain memaklumkan seorang pemain yang beraksi di negara tersebut akan tiba di bumi Malaysia.", "Akaun Instagram, Bahrain Sports News (@bsn.bh) mendedahkan pemain tengah bernama Habib Haroon yang beraksi dalam saingan liga divisyen 2 Bahrain, Al Khalidiya bakal berhijrah ke pasukan yang menduduki tangga ke-2 Liga Super iaitu Terengganu.", "“Pemain pasukan Khalidiya, Habib Haroon akan berhijrah ke Malaysia dan menyarung jersi pasukan Terengganu, yang sedang berada di kelompok teratas Liga Super Malaysia dan akan menyertai Piala AFC 2021.” tulis Bahrain Sports News dan dikongsikan oleh akaun tersebut, semalam.", "Menguatkan lagi ‘berita tidak rasmi’ penghijrahan pemain berusia 20 tahun ini ke Terengganu adalah hantaran tersebut turut dikongsikan oleh sendiri oleh akaun media sosial Habib menerusi Instagram Story sekitar 12 jam yang lalu.", "Untuk makluman, Habib merupakan pemain kelahiran Nigeria namun memiliki passport Bahrain. Ini membolehkannya mengisi kekosongan kuota pemain asia skuad Nafuzi Zain yang ditinggalkan oleh Christopher Herd ekoran kecederaan meniscus.", "Kuota pemain import asia ini amat diperlukan oleh Nafuzi untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini. Bagaimanapun, masih tiada sebarang makluman rasmi mengenai kehadiran pemain ini daripada kem Terengganu.", "Habib yang menyertai Al Khalidiya bermula november tahun lalu telah memainkan peranan penting dalam membantu meraih pasukan ini meraih kedudukan naib juara liga divisyen 2 Bahrain bagi musim 2020-2021.", "Al Khalidiya memberikan tentangan sengit kepada Al Hala sepanjang musim ini untuk merebut kejuaraan liga. Malahan, juara pada musim Ini terpaksa ditentukan pada aksi terakhir liga melibatkan pertembungan kedua-dua pasukan. ", "Sayangnya, Al Khalidiya terlepas peluang untuk merangkul trofi kejuaraan apabila tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut di tangan pasukan Al Hala. ", "Secara keseluruhan, pasukannya meraih 38 mata hasil daripada 12 kemenangan, 2 seri dan 4 kekalahan pada musim ini dan Al Khalidiya hanya dibezakan dengan 3 mata sahaja dengan Al Hala.", "Untuk rekod, sebelum daripada ini, Habib merupakan pemain Al-Riffa sejak daripada musim 2018-2019. Dia merangkul kejuaraan bersama Al-Riffa pada musim sulungnya bersama kelab tersebut dan meraih tempat ke-3 pada musim berikutnya.", "Sebagai tambahan, Habib turut mempunyai dua penampilan di pentas kelayakan AFC Champions League (ACL) 2020 ketika menentang Chennai City (India) dan Padideh Khorasan (Iran). ", "Selain itu, dia juga mempunyai pengalaman beraksi di pentas Piala AFC 2020 dengan membuat dua penampilan ketika menentang Al Qadsia (Kuwait) dan Al-Jazeera (Jordan)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208605/", "headline": "\nKuching City Ikat Irfan Bakti & Rancang Lantik Wan Jamak Selaku Pengarah Teknikal\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Kuching City FC mengesahkan secara rasmi telah melantik jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti untuk mengemudi pasukan mereka dalam saingan Liga Malaysia 2021.", "Pada awalnya, mereka ingin mengekalkan jurulatih musim lalu iaitu Akira Higashiyama dengan menawarkan kontrak lanjutan namun jurulatih kelahiran itu menolak tawaran tersebut dan memaksa Kuching City mencari jurulatih lain.", "Setelah dibincangkan oleh Lembaga Pengarah, mereka memutuskan untuk melantik bekas pengendali Terengganu FC dengan kontrak selama setahun untuk mengendalikan Kuching City pada tahun hadapan.", "| Kenyataan Media Kuching City FC |1 Disember 2020Kenyataan media penuh di facebook rasmi Kuching City FC. #kuchingcityfc #cityofunity #smallclubbigheart #lsc #starsport #yakult #malaysiaairlines #khaimalborneo #graphicavenue pic.twitter.com/miLPqp42yj", "“Kita amat berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan beliau memandangkan beliau adalah antara Jurulatih yang berpengalaman dan mempunyai banyak kejayaan di bawah ‘resume’ beliau. ", "“Kita yakin bahawa beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC.” kata Pengerusi Kuching City, Fazzrudin Abdul Rahman dalam satu sidang media hari ini.", "Baca: No.3 Liga Super, Semua Ini Hasil ‘Tunjuk Ajar’ Irfan Bakti", "Sementara itu, pasukan yang berpangkalan di ibu negeri Sarawak ini turut mendedahkan perancangan mereka untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih yang mencipta nama dengan Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal bagi Kuching City.", "“Dengan pengalaman dan kepakaran beliau, kita yakin boleh membangunkan sukan bolasepak bukan sahaja untuk Kuching City FC tetapi untuk Negeri Sarawak amnya.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220739/", "headline": "\nPiala Malaysia: Polis Nasihat Orang Ramai Pakai Pelitup Muka\n", "content": ["Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 melibatkan Johor Darul Tak’zim (JDT) dan Selangor FC pada hari esok agar memakai pelitup muka.", "Pemakaian itu dinasihatkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi ketika berada di tempat yang sesak bagi mengelakkan penyakit-berjangkit.", "Perkara terbabit diungkapkan oleh Ketua Polis IPD Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin dalam Sidang Media Keselamatan Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.", "Pada masa yang sama, Zam turut menasihatkan orang ramai agar menjaga tatasusila serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan samada semasa perlawanan mahupun selepas perlawanan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218991/", "headline": "\nSukan Komanwel: 7 Emas, 8 Perak Dan 8 Gangsa Di Birmingham Menyamai Edisi 2018\n", "content": ["Selepas 11 hari mengerah keringat dan kudrat beraksi di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022, Kontinjen Malaysia berhasil melepasi sasaran 6 pingat emas yang ditetapkan.", "Kontinjen Malaysia yang diketuai oleh chief de mission (CDM), Dato’ Shahrul Zaman Yahya melepasinya dengan berjaya membutirkan 7 pingat emas serta menuai 8 pingat perak dan 8 pingat gangsa daripada temasya kali ini.", "Pemenang-pemenang pingat emas, perak dan gangsa adalah seperti berikut:", "Kutipan ini membolehkan Malaysia menduduki tangga kesepuluh carta kutipan pingat.", "Untuk pengetahuan semua, kejayaan mengutip tujuh pingat emas ini menyamai pencapaian Kontinjen Malaysia di temasya edisi lalu, Sukan Komanwel Gold Coast 2018. ", "Di temasya ini, Kontinjen Malaysia membawa pulang 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 12 pingat gangsa.", "Bagaimanapun, pencapaian terbaik Kontinjen Malaysia di temasya ini hadir dengan kutipan 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 13 pingat gangsa ketika menyertai Sukan Komanwel Delhi 2010.", "Sebagai tambahan, edisi seterusnya bagi temasya ini akan berlangsung di Victoria, Australia pada tahun 2026."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321440/", "headline": "\nPemilik Kedah & Syafiq Ahmad Tak Buat Sebarang Perbincangan\n", "content": ["Pemilik Kedah Darul Aman FC (Kedah), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menegaskan tidak melakukan sebarang perbincangan dengan Syafiq Ahmad dalam lawatan rasminya ke Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Tokoh dan pakar kewangan Islam itu menjelaskan kehadirannya ke Ibu Pejabat JDT semalam bertujuan melakukan kunjungan hormat mengadap pemilik kelab berjulukan Harimau Selatan iaitu DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).", "“Sebagai pemilik Kedah, sebuah pasukan yang besar & mempunyai legasi yang lama lagi harum, saya perlu menjalankan tanggungjawab saya untuk membuat ‘connection’ dengan semua pemegang taruh khususnya mereka yang banyak berjasa, berperanan & mempunyai pengaruh dalam membentuk lanskap bola sepak negara.”", "HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor received in audience Kedah Darul Aman FC owner YBhg.Tan Sri Dr.Mohd Daud Bakar & Kedah Darul Aman FC Chief Executive Officer/Director Mr Khamal Idris Bin Ali at the JDT Headquarters today, 12 January 2023. pic.twitter.com/Ta8jZKmlIL", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 12, 2023", "“Perkenalan & perbincangan dengan mereka yang lebih berpengalaman adalah jalan pintas untuk berjaya.”", "“Paling kurang, saya ingin kurangkan titik-titik kesalahan & ketidakcekapan saya dalam menguruskam sebuah pasukan besar seperti pasukan Kedah. Saya ingin Kedah lebih laju. Boleh terbang dengan lebih dari dua sayap,” ", "“DYAM Tunku Ismail adalah seorang tokoh yang terbilang yang berjaya membina pasukan JDT sejak tahun 2013. Alhamdulillah, DYAM Tunku Ismail banyak luangkan masa menceritakan pengalaman dalam membina & menguruskan sebuah pasukan dari ground zero. Dari tanah rendah (low ground) ke tanah pertengahan (middle ground). Sekarang berada di tanah tinggi (high ground),” kongsinya menerusi laman sosialnya.", "Selepas mengadap TMJ, beliau dibawa melawat Pusat Latihan JDT dan bertemu dengan pemain-pemain termasuk penyerang JDT yang pernah dipinjam oleh Kedah pada musim lalu, Syafiq Ahmad.", "Penyerang berusia 27 tahun itu menyertai skuad Sang Kenari dengan kontrak pinjaman selama setahun. Bagaimanapun, tempoh pinjaman Syafiq bersama Kedah ditamatkan lebih awal apabila JDT bertindak memanggil semula Syafiq menyertai mereka pada Mei tahun lalu.", "Featured Image: Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207247/", "headline": "\nSertai MVAC 2020 – Hanya Berlari 5KM & Anda Berpeluang Memenangi Garmin Smartwatch\n", "content": ["MaselFix mengajak anda menyertai cabaran MaselFix Virtual Active Challenge (MVAC) 2020 dengan hanya melakukan aktiviti sihat iaitu samada berlari sejauh 5km, berkayuh sejauh 10km atau melakukan aktiviti luar selama 30 minit.", "Bagi aktiviti luar, terpulang kepada anda samada mahu melakukan aktiviti berenang, memanjat bukit, lompat tali, zumba, memanjat dinding, futsal, badminton dan lain-lain lagi.", "Setelah melakukan salah satu daripada aktiviti di atas, anda berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik di antaranya Fold Bike, Garmin Smartwatch, Smartphone Vivo Y11, Mi Smart Band 5, Redmi Airdots dan MaselFix Active Sports Gel.", "Untuk menyertai MVAC 2020 ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di link, https://maselfix.com/shop/event/maselfix-virtual-active-challenge-2020/ sebelum daripada tarikh akhir 16 oktober 2020.", "Cabaran ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan semua yang telah mendaftar akan menerima Goodies Pack yang mengandungi pelbagai barangan iaitu MaselFix Gel, t-shirt, medal, sijil penyertaan dan hadiah misteri.", "Selain itu, terdapat juga Share & Win Contest, MVAC 2020 Photo Challenge dan Video Challenge Contest di mana para peserta boleh memenangi hadiah berupa wang tunai.", "– SHARE & WIN : Hadiah ASD Pressure Cooker 8L", "– MVAC Photo Challenge : Hadiah Wang Tunai", "– MVAC Video Challenge : Hadiah Wang Tunai", "Yuran pendaftaran untuk menyertai MVAC 2020 ini berharga RM75 namun buat pembaca laman sesawang Sukanz, anda boleh menggunakan kod kupon ‘SUKANZ’ untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM7 semasa mendaftar. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112162/", "headline": "\nFasiliti Sukan & Rekreasi Komersil Dibenarkan Beroperasi – PM Ismail Sabri\n", "content": ["Kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasiliti sukan dan rekreasi komersil samada terbuka mahupun tertutup kini dibenarkan beroperasi bermula 10 September nanti.", "Bagaimanapun, kebenaran dan kelonggaran tersebut khususnya untuk negeri-negeri yang berada di Fasa 1 terhad kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin sahaja.", "“Fasiliti sukan dan rekreasi komersil terbuka dan tertutup (indoor dan outdoor) dibenarkan beroperasi kepada pelanggan yang lengkap divaksin.” tulis kenyataan Perdana Menteri (PM) menerusi muat naik di pelbagai laman sosialnya, hari ini.", "Ini bermakna orang ramai yang telah lengkap divaksin boleh mula menempah padang atau gelanggang futsal untuk menyepak bola bersama rakan-rakan.", "Fasiliti sukan dan rekreasi komersil tertutup (indoor) dibenarkan beropasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin. Penggunaan fasiliti perlu dilakukan secara janji tamu di samping pematuhan SOP.Berkuatkuasa 10 September 2021.#TeamKBS", "Pengumuman ini juga pastinya akan memberikan kelegaan kepada pengusaha-pengusaha padang komersil, gelanggang futsal dan lain-lain perusahaan fasiliti sukan untuk membuka kembali perniagaan mereka.", "Sementara itu, dalam muat naik kenyataan yang sama, PM turut mengumumkan peralihan fasa bagi Lembah Klang daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 juga bermula 10 September ini.", "Featured Image: Rhino Arena & Jurnalmil"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321572/", "headline": "\nSelangor FC Ikat Rauf Salifu – Bekas Penyerang MLS NEXT Pro\n", "content": ["Skuad berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC menandatangani seorang lagi pemain import baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 yang akan bermula pada penghujung Februari kelak.", "Menerusi makluman di laman sesawang rasminya pada hari ini, skuad berjulukan Red Giants ini mengumumkan penyerang berusia 20 tahun yang beraksi di kancah MLS NEXT Pro di Amerika Syarikat pada tahun lalu, Rauf Salifu menjadi pemain import terbarunya.", "Rauf merupakan pemain kelahiran Ghana memulakan karier bola sepak profesional bersama Accra Lions FC pada tahun 2018. ", "🔴🟡 Rauf Salifu #IsRED 🔴🟡", "👋 Welcome to Selangor FC, Rauf Salifu! 🇬🇭", "📄 Read Article 👉 https://t.co/VZj6C5MvLv#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/KxZqocPv09", "— Selangor FC (@selangorfc) January 20, 2023", "Prestasi cemerlangnya pada musim 2020-21 dengan merekodkan 21 jaringan dalam 28 perlawanan telah membantu Accra Lions mendapat promosi ke saingan divisyen pertama Ghana.", "Rekod itu juga telah membuka jalan buatnya untuk beraksi di Amerika Syarikat bersama skuad pembangunan Sporting Kansas City iaitu Sporting Kansas City II yang beraksi dalam liga simpanan, MLS NEXT Pro.", "Ketika beraksi di sana, Rauf berjaya menempa nama sebagai pemain pertama dalam sejarah liga tersebut menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan.", "Untuk makluman semua, Rauf menjadi pemain import kedua yang ditandatangani oleh Selangor FC selepas Noor Al-Rawabdeh pada jendela perpindahan kali ini.", "Featured Image: Accra Lions FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218357/", "headline": "\nMalaysia Masters: Beregu No.3 Korea Sekat Anna-Mei Xing Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing kempunan untuk melayakkan diri ke pentas separuh akhir Malaysia Masters 2022 selepas tumpas kepada pasangan No.3 Korea.", "Pasangan negara yang menghuni ranking ke-37 dunia ini terpaksa akur tumpas secara “straight set” kepada Jeong Na-eun dan Kim Hye-Jeong di peringkat suku akhir, sebentar tadi. ", "PERODUA Malaysia Masters 2022 WD – QF 🇰🇷Na Eun JEONG🏅21 21 🇰🇷Hye Jeong KIM🏅14 18🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG 🇲🇾Mei Xing TEOH", "— BWFScore (@BWF_Score) July 8, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Anna-Mei Xing dikalahkan pasangan Korea yang berada di ranking ke-11 dunia ini dengan skor 14-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 44 minit permainan.\n", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Na-eun dan Hye-jeong akan bertemu samada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida (ranking No.5 dunia) atau beregu Korea, Lee So-hee dan Shin Seung-chan (ranking No.3 dunia) di peringkat separuh akhir kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216162/", "headline": "\nAll England 2022: Hanya 29 Minit Digunakan Yew Sin-Ee Yi Untuk Singkir Beregu Tuan Rumah\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi pasangan Malaysia yang pertama berjaya melangkah ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.", "Ini selepas Yew Sin-Ee Yi yang menghuni ranking ke-11 dunia merangkap pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini berhasil mengalahkan beregu tuan rumah, Callum Hemming dan Steven Stallwood di Pusingan 32 yang berlangsung di Gelanggang 2, Utilita Arena, Birmingham, sebentar tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Round of 32 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅14 12 🇬🇧Callum HEMMING 🇬🇧Steven STALLWOOD🕗 in 29 minutes https://t.co/bvK7rl938R", "Yew Sin-Ee Yi ternyata bukan tandingan buat beregu England yang menduduki ranking ke-50 dunia itu. Dalam tempoh 29 minit sahaja, Yew Sin-Ee Yi berjaya mengalahkan mereka secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-14 dan 21-12.", "Sebagai rekod, mereka pernah berentap sebanyak satu kali sebelum ini di kejohanan Terbuka Perancis 2021. Pertarungan ini turut dimenangi oleh Yew Sin-Ee Yi dengan keputusan 21-8 dan 21-8 dalam tempoh masa 21 minit permainan.", "Di Pusingan 16 kelak, Yew Sin-Ee Yi bakal menantikan cabaran daripada beregu Indonesia samada Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana (ranking ke-28 dunia) atau Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan (ranking ke-21 dunia).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219994/", "headline": "\nPiala Dunia 2022 Qatar Jadi Yang Terakhir Buat Lionel Messi\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali dan penyerang prolifik, Lionel Messi mengesahkan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar menjadi yang terakhir disertai dalam kariernya.", "Kejohanan Piala Dunia yang bermula pada 20 November kelak menjadi edisi kelima akan disertai oleh penyerang berusia 35 tahun ini bersama skuad kebangsaan Argentina.", "Namun begitu, Messi mengesahkan niat untuk beraksi buat kali terakhir dalam kejohanan bola sepak terulung dunia ini menerusi satu makluman kepada ESPN.", "“Saya sedang menghitung hari sehingga (berlangsungnya) Piala Dunia, memang betul, ada sedikit (perasaan) berdebar-debar kerana kami tidak sabar untuk beraksi. Selain itu, adanya sedikit tekanan menjelang kejohanan ini.”", "“Ya, ia (Piala Dunia) akan jadi (terakhir).” katanya seperti dipetik daripada The Athletic sekaligus menyaksikan kelibatnya tidak akan kelihatan lagi di kejohanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada & Mexico.", "Kehebatan, kelincahan dan ketajaman Messi tidak asing lagi buat peminat bola sepak seluruh dunia. Rekod jaringannya sebanyak 691 gol di peringkat kelab setakat ini menjadikannya dilabel sebagai salah seorangan penyerang terbaik sepanjang zaman. ", "Selain rekod jaringan yang cukup menggerunkan, Messi turut meraih pelbagai trofi dan kejuaraan seperti juara La Liga, Ligue 1, Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Super Cup dan Piala Dunia Kelab FIFA di peringkat kelab.", "Namun begitu, Messi belum merasai nikmat menjulang trofi Piala Dunia walaupun telah beraksi sebanyak empat edisi kejohanan terbabit. Peluang paling hampir untuk menjulang trofi tersebut hadir apabila skuad berjulukan La Albiceleste mara ke perlawanan akhir di edisi 2014.", "Bagaimanapun, Messi dan rakan-rakannya terpaksa akur dengan gelaran naib juara ekoran Argentina tumpas 0-1 kepada Jerman dalam perlawanan akhir tersebut.", "Sebagai rekod, hasil penampilannya di empat edisi Piala Dunia sebelum ini, Messi telah merekodkan 19 penampilan, menjaringkan 6 gol serta mencipta 5 assist.", "Featured Image: AFA – Seleccion Argentina"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206916/", "headline": "\nBeckham Sahkan Jersi Ke-3 Man Utd Bercorak Kuda Belang\n", "content": ["Manchester United sah akan menggunakan jersi ketiga bercorak kuda belang untuk saingan baharu, musim 2020/21.", "Perkara itu disahkan sendiri oleh bekas pemain lagenda, David Beckham setelah dia memuat naik gambar menggayakan jersi Manchester United keluaran Adidas di laman sosialnya, semalam.", "“Amat suka dengan jersi baharu United (ini).” tulis pemain yang cukup sinonim dengan jersi bernombor tujuh ketika bersama skuad Red Devil suatu masa dahulu.", "Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Manchester United mahupun syarikat Adidas berkenaan jersi ketiga tersebut setakat ini.", "Berdasarkan pemerhatian kami pada hantaran yang dibuat oleh Beckham, jersi ketiga itu mengundang reaksi yang pelbagai daripada kalangan peminat.", "Ramai yang mengkritik corak jersi tersebut dan tidak kurang juga yang menyukainya.", "Untuk rekod, Beckham merupakan pemain Manchester United sejak dari zaman remajanya iaitu dari tahun 1991 sehingga tahun 2003."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219954/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Cabaran Sukar Buat Sze Fei-Izzuddin Berhadapan Astrup-Rasmussen Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin bakal berhadapan dengan cabaran besar dalam saingan Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang akan berlangsung pada minggu terakhir bulan ini.", "Ianya berikutan Sze Fei-Izzuddin diundi bertemu gandingan Denmark yang tidak pernah mereka kalahkan dalam mana-mana pentas antarabangsa, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen di Pusingan 32.", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua gandingan telah berentap sebanyak empat kali sebelum ini. Namun Astrup-Rasmussen berhasil meraih kemenangan dalam kesemua pertarungan tersebut. Ini termasuk dengan dua pertemuan terakhir yang berlangsung pada tahun lalu di saingan Terbuka Swiss dan Terbuka Denmark. ", "Bagaimanapun, Sze Fei-Izzuddin tidak memberikan kemenangan muda dalam kedua-dua pertarungan terbabit. Astrup-Rasmussen terpaksa beraksi tiga set permainan dan memerlukan sekitar satu jam sebelum menumpaskan Sze Fei-Izzuddin.", "Manakala baki dua pertarungan lagi berlangsung pada tahun 2017 dan 2019 dalam saingan Badminton Terbuka Bitburger dan Terbuka India masing-masing. Dalam kedua-dua pertarungan di kejohanan ini, Astrup-Rasmussen berhasil maraih kemenangan secara “straight set” dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215157/", "headline": "\nBekas Pengendali Beregu Wanita Negara Ketuai Kejurulatihan Badminton Filipina\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak kini mengetuai barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Filipina dengan kontrak sehingga Sukan Olimpik 2024.", "Perkembangan tersebut dilaporkan oleh akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, kontrak Rosman yang tamat pada penghujung tahun 2020 tidak disambung oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "“Sebenarnya, saya telah didekati oleh Persatuan Badminton Filipina awal tahun lalu. Bagaimanapun, disebabkan oleh kekangan Covid-19, kami tidak dapat memeterai perjanjian.", "“Sehinggalah hujung tahun lalu, apabila sempadan antarabangsa dilonggarkan, saya berpindah ke Filipina.”", "“Sebelum itu, saya hanya mengendalikan jabatan beregu tetapi di sini saya ditugaskan untuk semuanya. Persatuan turut memberikan saya mandat penuh untuk merangka pelan dan program buat skuad kebangsaan, jadi saya mengalu-alukan cabaran (itu) dan teruja berada di sini.” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Rosman merupakan individu yang bertanggungjawab melatih beregu wanita, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei sehingga meraih pingat emas Sukan Komanwel dan pingat gangsa Sukan Asia 2014. ", "Selain itu, Rosman juga menjadi jurulatih kepada gandingan Vivian dan Chow Mei Kuan meraih pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2018. Terakhir, dia menjadi tulang belakang kepada kejayaan pasangan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menjuarai Terbuka Sweden 2021.", "Dimaklumkan, kontrak Rosman turut disertakan dengan pilihan lanjutan sehingga ke Sukan Olimpik yang seterusnya iaitu edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111162/", "headline": "\nWaspada Pemain-Pemain Muda Selangor 2, Pesan Elavarasan\n", "content": ["Ketua jurulatih Sarawak United, E. Elavarasan melihat pasukan simpanan, Selangor 2 bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk dihadapi.", "Justeru, beliau meminta anak-anak buahnya untuk berwaspada terutamanya kelibat pemain-pemain muda daripada pasukan tersebut menjelang pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Premier, Sabtu ini.", "Sebagai persiapan untuk menyambung kembali saingan liga, disamping berlatih secara Camp Based, mereka turut mengatur satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Super, Kuala Lumpur City (KL City) baru-baru ini.", "Sejurus selepas mengharungi perlawanan persahabatan tersebut, Elavarasan turut menggunakan masa yang ada untuk memperbaiki beberapa kekurangan yang dihadapi oleh pasukannya terutamanya melibatkan kecergasan.", "“Disebabkan kita sekarang pun berlatih dalam Camp Based dan berada dalam gelembung sukan, jadi memang banyak kita boleh nilai dekat mana kelemahan memandangkan kami semua tinggal sama-sama.", "“Kita pula hanya sempat merancang satu perlawanan persahabatan sahaja pada Isnin lalu, dan selepas itu hanya ada masa lima hari untuk perbaiki balik kekurangan yang ada selepas aksi tersebut.", "“Bagi saya, pemain-pemain masih belum bersedia sangat ketika menentang Kuala Lumpur, jadi banyak yang saya perlu ubah untuk berdepan aksi pada Sabtu ini.", "“Selangor 2 juga bukan pasukan yang mudah dan kita perlu waspada dengan pemain-pemain muda yang mereka ada”, jelasnya.", "Perlawanan persahabatan bertemu dengan KL City itu berkesudahan dengan keputusan 2-2.", "Untuk makluman, pada ketika ini, Sarawak United sedang memimpin carta Liga Premier dengan 23 mata setelah mengharungi 10 perlawanan.", "Mengikuti rapat di tangga kedua adalah Negeri Sembilan dengan 22 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220161/", "headline": "\nPenyokong Gerakkan Kempen #NafuziStay Setelah Layak Ke Saingan Piala AFC 2023-24\n", "content": ["Tanda pagar (hashtag) #NafuziStay bagi mengekalkan ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain bertebaran di alam maya terutamanya di platform media sosial yang cukup sinonim digunakan oleh rakyat Malaysia iaitu Facebook, Twitter, Tiktok serta Instagram.", "Berdasarkan tinjauan, tanda pagar ini telah digerakkan sebahagian penyokong Terengganu FC beberapa minggu lalu namun ianya semakin rancak bermula malam tadi sejurus Terengganu muncul naib juara Liga Super sekaligus diberikan slot automatik ke saingan Piala AFC 2023-24.", "Tambahan pula, di mata para penyokong, Terengganu bimbingan Nafuzi turut mempersembahkan statistik yang tidak kurang cemerlangnya seperti menjaringkan 39 gol dan bolos 20 gol – merupakan kedua tertinggi dan terendah masing-masing selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).", "— Football Terengganu (@FootballTRG) October 15, 2022", "Selain itu, kecemerlangan Nafuzi turut terselah dengan membimbing Terengganu merekodkan sembilan kemenangan liga berturut-turut (winning streak) sejak pertengahan Ogos lalu.", "Tidak dilupakan Nafuzi turut memimpin Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala FA pada awal September lalu dan muncul naib juara dalam saingan kalah mati tersebut.", "Sebagai rekod, ini juga merupakan pentas perlawanan akhir bagi kejohanan berpiala yang pertama buat Terengganu selepas empat tahun.", "2022 is certainly the best season for Terengganu so far since Nafuzi took over as Head Coach. 2nd place in the Super League with 44 pts (highest ever recorded), qualified for the AFC Cup next year and FA Cup Runners-up. What more could you ask for?#LetsTalkAboutKPI", "— Rizal Adnan (@therizaladnan) October 15, 2022", "Bukan sahaja para penyokong, beberapa Facebook Pages serta akaun Twitter penyokong dan peminat tegar skuad Hitam Putih ini turut senada dan menyokong tanda pagar dan kempen ini. ", "Difahamkan, kempen ini dijalankan sebagai satu isyarat sokongan penyokong kepada Nafuzi supaya pihak pengurusan skuad berpangkalan di pantai timur itu memberikan lanjutan kontrak kepada jurulatih berusia 43 tahun ini dengan segera. ", "Untuk makluman, kontrak Nafuzi diumumkan dilanjutkan selama semusim pada penghujung tahun lalu dan ianya akan berakhir pada 30 November kelak.", "Dalam satu laporan media tempatan, Menteri Besar Terengganu merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata status Nafuzi samada kekal atau sebaliknya akan dibincang serta diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Terengganu FC.", "Keputusan samada kekal atau sebaliknya akan diketahui selepas perayaan Deepavali kelak.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214756/", "headline": "\nShebby Singh Meninggal Dunia\n", "content": ["Serbegeth “Shebby” Singh yang terkenal dalam bidang pengacaraan sukan, selain turut merupakan bekas pemain bola sepak negara telah pun meninggal dunia hari ini, pada usia 61 tahun.", "Shebby Singh dilaporkan meninggal dunia disebabkan oleh serangan sakit jantung.", "Sebelum ini, beliau memulakan kerjaya dalam bidang bola-sepak dengan bermain untuk Johor FA pada 1978, sebelum berpindah ke beberapa kelab bola sepak tempatan. Beliau turut pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia antara tahun 1982 ke 1991.", "Disamping itu, Shebby Singh juga turut pernah menjadi jurulatih untuk MyTeam, iaitu pasukan bola sepak yang ditubuhkan dalam bentuk program realiti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322197/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Jin Wei Langkah Kanan, Pusingan 16 Bertemu Pornpawee\n", "content": ["Satu-satu wakil dalam kategori perseorangan wanita di kejohanan Terbuka Jerman 2023, Goh Jin Wei berhasil bermula dengan langkah kanan.", "Pemain berusia 23 tahun ini yang turun menentang wakil Belgium, Lianne Tan pada Pusingan 32 berjaya mencetak kemenangan secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 21-13 dalam tempoh hampir 40 minit permainan.", "YONEX German Open 2023WS – R3223 21 🇲🇾GOH Jin Wei🥇", "— BWFScore (@BWFScore) March 8, 2023", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pertembungan kedua melibatkan kedua-dua di kejohanan antarabangsa serta kemenangan kedua berturut-turut diraih Jin Wei.", "Susulan kemenangan ini, Jin Wei dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Bagaimanapun, cabaran besar menanti Jin Wei di peringkat ini dengan pemain No.11 dunia dari Thailand merangkap pilihan kelapan kejohanan, Pornpawee Chochuwong menjadi lawannya.", "Berdasarkan rekod, Jin Wei dan Pornpawee pernah berentap sebanyak lapan kali sebelum ini. Pornpawee ternyata mempunyai rekod yang lebih baik dengan merekodkan lima kemenangan daripada lapan pertarungan itu apabila menentang Jin Wei.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206991/", "headline": "\nIndonesia Menitikberatkan Soal Agama, Azizulhasni Kongsi Pengalaman Solat Jumaat Dalam Velodrom\n", "content": ["Azizulhasni Awang merupakan atlet yang mewakili Malaysia dalam acara berbasikal trek dalam pelbagai pertandingan samada peringkat domestik mahupun antarabangsa.", "Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini menjadi sebutan rakyat Malaysia dan antarabangsa apabila menjuarai acara keirin pada Kejohanan Trek Dunia 2017 di Hong Kong sekaligus bergelar Raja Keirin.", "Semasa tahun 2018, Azizul atau lebih mesra dengan nama panggilan Jijoe mewakili Malaysia untuk beraksi dalam temasya Sukan Asia yang bertempat di Jakarta-Palembang. ", "Sayangnya, dalam temasya tersebut dia hanya meraih pingat gangsa apabila menamatkan acara keirin kategori lelaki di tempat ketiga. Namun, ada satu pengalaman manis yang tidak dilupakan oleh pelumba berusia 32 tahun ini di sana.", "Menurut satu perkongsian di laman sosialnya, Azizul melahirkan rasa kagum bagaimana orang Indonesia menitikberatkan serta menawarkan solusi bernas dalam melaksanakan kewajipan dalam beragama.", "“Teringat kembali ketika salah satu perlumbaan yang jatuh pada hari Jumaat. ", "“Antara perkara yang saya paling respect dengan orang Indonesia ni adalah mereka menitik beratkan soal agama dan mencari solusi yang bernas. ", "“Saya dan rakan-rakan jangkakan yang kami tidak dapat solat Jumaat dan hanya solat Zohor sahaja. ", "“Namun terkejut saya melihat mereka berkumpul di tengah-tengah Velodrome dan memulakan khutbah. ", "“Sungguh teruja dan tidak membuang masa, saya terus mengambil wudu’ dan menyambung saf bersama rakan-rakan Muslim yang lain dari pelbagai negara. ", "“Ketika ini pelumba-pelumba dari negara lain yang bukan beragama Islam melihat gelagat kami semua. ", "“Saya harap ini memberikan satu perspektif positif dan mereka dapat lihat yang orang Islam dalam mengejar duniawi mereka masih mementingkan soal agama dan tidak mengambil mudah walaupun dalam kejohanan yang penting dan sebesar itu. ", "“Tambahan, semua pelumba-pelumba beragama islam dari pelbagai negara yang bersaing diatas Velodrome duduk dalam satu saf dan lupakan sebentar soal perlumbaan demi mengadap Allah swt.” kongsi Azizul yang turut digelar sebagai The Pocket Rocketman, hari ini.", "Untuk rekod, Azizul telah meraih tiga pingat gangsa, satu pingat perak dan satu pingat emas dalam Kejohanan Trek Dunia. Azizul juga telah meraih satu pingat gangsa dalam temasya Olimpik, empat tahun lalu di Rio. ", "Sukan Olimpik yang seterusnya bakal berlangsung pada julai 2021 kelak. Jijoe sekali lagi diletakkan sebagai sandaran utama untuk meraih pingat emas pertama buat Malaysia.", "Ketika ini, Azizul merupakan pelumba kedua terbaik dunia dalam acara keirin di belakang pelumba Belanda, Harrie Lavreysen menurut senarai yang dikeluarkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322019/", "headline": "\nSyukor Burger Jalin Kerjasama Dengan Satu Lagi Kelab Bola – Perak FC\n", "content": ["Jenama burger tempatan, Syukor Burger berhasil menjalin satu lagi kerjasama dengan kelab bola sepak tempatan selepas Kedah Darul Aman FC (Kedah) iaitu Perak FC.", "Pengesahan itu hadir menerusi makluman oleh pemiliknya, Syukor Majid menerusi laman sosial peribadinya pada hari selepas mengumumkan Syukor Burger menjadi Rakan Rasmi Perak FC, pada hari ini.", "“Selain bersama Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman, kini Syukor Burger juga merupakan official partner Kelab Bola Sepak Perak,” kongsinya.", "Pengumuman ini hadir kira-kira dua hari selepas Syukor memaklumkan sedang berbincang dengan pihak pengurusan berjulukan The Bos Gaurus.", "Difahamkan, perbincangan terbabit menyusul selepas sambutan yang memberangsangkan para peminat Sang Kenari terhadap Syukor Burger ketika majlis pelancaran jersi baharu serta memperkenalkan barisan penaja di Stadium Darul Aman, baru-baru ini.", "Dengan pengumuman secara rasmi oleh Syukor ini, para peminat yang hadir ke Stadium Perak pada 25 Februari nanti akan dapat menikmati produk yang ditawarkan Syukor Burger sambil menyaksikan pertembungan pertama Liga Super antara Perak dan Kedah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324867/", "headline": "\nMedal Sukan Asia Ke-19 Diperkenalkan – Bernama Shan Shui\n", "content": ["Pingat bagi emas, perak dan gangsa yang akan dimenangi oleh para atlet di Sukan Asia 2022 bertempat di Hangzhou, China diperkenalkan secara rasminya kepada umum pada 15 Jun (Khamis) lalu, kira-kira 100 sebelum bermulanya temasya terbabit.", "Menurut laman sesawang rasmi temasya, medal-medal tersebut diberikan nama Shan Shui yang bermaksud tasik dan gunung yang merupakan salah satu elemen teras Sukan Asia. ", "Shan Shuai, the medal design for Hangzhou Asian Games is officially unveiled on the 100-day countdown to the Games.", "Let’s talk to Professor Zhang Junjie,the designer of “Shan Shui” about the creative thoughts that have integrated into the design.#Hangzhou #AsianGames… pic.twitter.com/MPDWmByx3r", "— 19th Asian Games Hangzhou 2022 Official (@19thAGofficial) June 16, 2023", "Selain itu, medal tersebut turut disertakan dengan sama logo rasmi temasya “Tides Surging”, tiga maskot rasmi yang bernama Congcong, Chenchen, Lianlian serta obor “Eternal Flame”.", "Dimaklumkan ianya direka oleh Profesor Zhang Junjie yang merupakan pengarah jabatan rekaan industri Akademi Seni China. Ahli akademik ini mendedahkan rekaan medal-medal ini mengambil inspirasi daripada rekaan jed budaya Liangzhu.", "Untuk makluman semua, temasya Sukan Asia 2022 yang sepatutnya berlangsung September tahun lalu namun terpaksa ditunda ke 23 September hingga 8 Oktober kelak ekoran pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214587/", "headline": "\n‘Melahirkan Bintang Kalangan Pemain Muda’ Menjadi Falsafah PDRM FC\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) menggunakan falsafah ‘Melahirkan Bintang Kalangan Pemain Muda’ dalam mempersiapkan pasukan untuk mengharungi saingan musim baharu.", "Ketua jurulatih PDRM, Wan Rohaimi Wan Ismail merupakan individu yang bertanggungjawab menerapkan falsafah ini hasil daripada penglibatannya di dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) selama 10 tahun serta keselesaan bekerja dengan pemain-pemain muda.", "Disebabkan itu, PDRM dilihat gigih merekrut majoriti pemain muda pada jendela perpindahan kali ini. Malahan pemain import baharu yang bakal diikat oleh skuad Sang Saka Biru ini juga dikhabarkan tidak melebihi usia 30 tahun.", "“Seperti mana musim lalu, falsafah yang saya mahu terapkan akan terus kekal iaitu saya mahu melahirkan bintang dalam kalangan pemain muda.", "“Hanya lima pemain sahaja pemain dalam pasukan ini yang boleh dikatakan berpengalaman dengan selebihnya saya ambil bakat-bakat muda yang ingin bermain bagi perkuatkan PDRM.", "“Saya tidak mahu bersandarkan kepada pemain yang ada nama semata-mata tetapi pemain yang boleh bekerja untuk pasukan serta ada kemahuan tinggi dalam diri sendiri, aspek ini ada pada sebahagian besar pemain muda.", "“Begitu juga dengan import, saya akan mendapatkan dua pemain dari Kyrgyzstan yang berusia 28 tahun ke bawah iaitu satu umur kemuncak dalam karier seseorang pemain selain seorang dari Slovakia.", "“Hanya Alexander Amponsah, pemain tengah dari Ghana yang dikekalkan dan tiga lagi import baharu akan diperkenalkan tidak lama lagi,” katanya.", "Antara pemain yang telah direkrut PDRM ialah bekas penjaga gol bawah 19 tahun negara, Mohd. Firdaus Irman Mohd. Fadhil (Selangor 2), Muhammad Mu’az Zainal Abidin (Penang), Muhammad Adib Hakimi Mohd Sabri (Selangor 2), Mohd Amier Mohd Ali (Perak) selain mengekalkan Nurfais Johari serta Azrie Reza Zamri yang hadir dari Penang, pertengahan musim lalu.", "Walaupun mempertaruhkan skuad yang terdiri daripada barisan pemain muda, Wan Rohaimi optimis PDRM mampu berikan cabaran kepada pasukan lain dalam saingan Liga Premier serta memburu dua slot ke Liga Super 2023.", "Keyakinan ini lahir setelah Wan Rohaimi diberikan peluang untuk membentuk pasukan dengan pemain pilihannya yang tersendiri. Hal ini berbeza pada musim lalu kerana Wan Rohaimi yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada pertengahan musim terpaksa menggunakan pemain sedia ada."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221187/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Gandingan Semula Peng Soon-Liu Ying Bertemu Pasangan No.2 Indonesia Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu campuran yang pernah merangkul pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying kembali bergandingan semula buat kali terakhir di saingan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Hasil undian bagi kejohanan yang akan berlangsung sekitar pertengahan bulan Januari kelak memperlihatkan Peng Soon-Liu Ying akan menentang beregu campuran No.2 Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto dan Lisa Ayu Kusumawati pada Pusingan 32.", "Sekiranya Peng Soon-Liu Ying berhasil melepasi pasangan tersebut, mereka akan bertemu salah seorang satu daripada wakil Malaysia samada Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atau Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing.", "Untuk makluman, ini bakal menjadi kejohanan terakhir buat Liu Ying sebelum mengumumkan persaraannya.", "Secara langsungnya, ianya juga menjadi penampilan terakhir buat gandingan ini – salah satu beregu campuran terbaik pernah dimiliki oleh Malaysia.", "Sebagai rekod, pencapaian terbaik gandingan Peng Soon-Liu Ying di kejohanan Terbuka Malaysia adalah muncul naib juara pada tahun 2013 dan 2016.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216482/", "headline": "\nPemain Manchester United Pastikan Portugal Tak Terima Kejutan Seperti Itali\n", "content": ["Episod kejutan yang dicipta oleh skuad kebangsaan Macedonia Utara menyingkirkan Itali pada perlawanan separuh akhir play-off minggu lalu tidak berulang terhadap Portugal.", "Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memastikan Portugal berjaya mencetak kemenangan ke atas Macedonia Utara dalam perlawanan akhir play-off yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Baca: PM Macedonia Utara Beri RM2.3 Juta Jika Kalahkan Portugal & Layak Ke Piala Dunia", "Kemenangan itu berpunca daripada dua jaringan olehnya pada separuh masa pertama dan kedua. Jaringan pertamanya hadir hasil ‘assist’ daripada rakan sepasukannya di Man Utd, Cristiano Ronaldo.", "Manakala gol keduanya yang merupakan voli tercipta selepas menyudahkan lambungan cantik dari kiri oleh pemain Liverpool, Diogo Jota. Tiada sebarang jaringan balas oleh Macedonia Utara dan perlawanan ini berkesudahan dengan Portugal meraih kemenangan 2-0.", "Kemenangan ini juga melayakkan Portugal ke saingan Piala Dunia 2022 Qatar yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini. Sebagai rekod, Portugal yang merupakan juara Euro 2016 telah tampil di pentas Piala Dunia sebanyak tujuh kali.", "Featured Image: Selecoes de Portugal"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219028/", "headline": "\nStanley Mengesahkan KL United Ikat Penjaring Ketiga Terbanyak Liga Super, Dominique serta Morales\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL United, Stanley Bernard mengesahkan pasukannya telah menandatangani khidmat dua pemain import yang cukup sinonim dalam kancah Liga Malaysia.", "Pertamanya, skuad The City Boys telah mendapatkan khidmat penyerang Mauritania yang telah menjaringkan 9 gol dalam kancah Liga Super 2020 bersama Terengganu FC iaitu Dominique da Sylva.", "Keduanya, KL United yang merupakan pendatang baharu Liga Super 2021 turut mendapatkan khidmat pemain tengah berumur 23 tahun kelahiran Colombia iaitu Romel Morales.", "“Dominique da Sylva dan Romel Morales sudah ditandatangani,” kata Stanley ketika ditemui Sukanz di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "Difahamkan Dominique sedang menjalani tempoh kuarantin manakala Morales yang merupakan bekas pemain Melaka United sedang menantikan waktu untuk pulang ke Malaysia.", "Terdahulu, KL United telah melanjutkan kontrak pemain import tengahnya, Paulo Josue kelahiran Brazil sekaligus bakal menandakan musim kelimanya beraksi dalam saingan bola sepak Malaysia pada tahun ini.", "Sementara itu, Stanley turut mendedahkan pihaknya sedang dalam perbincangan dengan calon-calon pemain untuk memenuhi baki dua slot pemain import asean dan asia.", "“Saya rasakan ya (penuhkan kuota pemain import), dan (calonnya) dalam perbincangan,” tambahnya lagi.", "Bagi kalangan pemain tempatan pula, KL United telah mengikat Safee Sali, Hadin Azman, Irfan Zakaria, Anwar Ibrahim, Daniel Ting, Kamal Azizi dan Wan Amirzafran.", "Selain daripada membawa masuk beberapa pemain baharu, KL United turut memaklumkan mendapatkan khidmat ketua jurulatih baharu iaitu Bojan Hodak untuk membimbing mereka mengharungi saingan Liga Super 2021.", "Pengendali berusia 49 tahun kelahiran Croatia ini bukan nama yang asing dalam kancah bola sepak tempatan. Beliau pernah memimpin Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia.", "Namun begitu, sebelum KL United mengumumkan menandatangani khidmat Bojan secara rasmi, skuad berpangkalan di ibu negara tanah air ini dikhabarkan telah mendapatkan khidmat seorang ketua jurulatih warganegara Chile iaitu Simon Elissetche.", "Menjelaskan perkara berkenaan, Stanley menerangkan sebenarnya Simon belum menandatangani apa-apa kontrak bersama KL United sebelum ini. Bekas ketua jurulatih Lalenok United itu hanya di peringkat perbincangan dan tawar-menawar.", "“Bukannya kita sudah pilih dia (Simon) dan beri kontrak kepadanya dan batalkan (kontrak), tidak berlaku (situasi) sebegitu,”", "“Kemudiannya, kita (telah) buat satu perubahan dari segi keputusan bola sepak (dengan menandatangani Bojan Hodak),” terangnya sambil memberitahu bahawa Simon sendiri turut memahami dan berlapang dada dengan keputusan yang dilakukan oleh KL United.", "Pemilihan Bojan ini berdasarkan beberapa faktor dan salah satu daripadanya adalah untuk memimpin pemain-pemain senior dan muda bagi memastikan keharmonian di dalam bilik persalinan.", "“(KL United) mempunyai pemain-pemain paling senior seperti Safee Sali, Indra Putra dan Shukor Adan yang orang pangil mereka bos, (maka) saya memerlukan bos yang lebih besar supaya dapat mengawal keharmonian bilik persalinan.", "“Saya tahu apabila Bojan masuk bilik persalinan, Indra akan patuh kerana pernah menang bersama Bojan (di Kelantan), Safee Sali pernah bekerja bersama Bojan di JDT,” jelasnya sambil ", "Antara faktor lain yang dipertimbangkan oleh Stanley adalah pengalaman Bojan terlibat dalam membimbing skuad remaja negara kategori bawah 19 tahun di mana beberapa pemain muda KL United pada ketika ini pernah mempunyai pengalaman bermain di bawah tunjuk ajarnya.", "Lebih menarik, keputusan melantik Bojan sebagai ketua jurulatih bukan sahaja membuatkan keterujaan kepada para pemain malahan barisan kejurulatihan KL United .", "Sebagai bonus, Bojan yang sudah hampir 15 tahun berkelana di asia tenggara khususnya di Malaysia sudah tentu tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dalam saingan bola tempatan berbanding ketua jurulatih asing lain yang tidak pernah mengendalikan pasukan di sini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206553/", "headline": "\nBerpindah Ke Arsenal Adalah ‘Downgrade’ – Jurulatih Ghana Beri Nasihat Kepada Partey\n", "content": ["Ketua jurulatih Ghana, CK Akonnor menasihatkan pemain tengah, Thomas Partey agar menolak perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.", "Partey yang merupakan tonggak utama Atletico Madrid dilaporkan menjadi sasaran utama skuad kendalian Mikel Arteta pada jendela perpindahan kini. Dia diletakkan harga sekitar 45 juta pound.", "Bagi Akonnor, sekiranya Partey memilih untuk bermain bersama Arsenal, pemain berusia 27 tahun itu akan terlepas saingan di peringkat tertinggi eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "“Sejujurnya, saya tidak mahu dia berpindah ke Arsenal kerana bersama Atletico, dia sentiasa akan bermain bola di peringkat UCL. “", "“Posisinya juga terjamin dan dia akan bermain dengan kerap,” kata Akonnor dalam satu temu bual bersama Starr FM.", "“Bersama Arsenal saya tidak begitu yakin. Peminat Arsenal pastinya akan bunuh saya (sebab berkata dia tidak patut sertai Arsenal).", "“Saya harap (dia kekal), dan saya yakin isu-isu kewangan akan keluar, tetapi saya mengharapkan berapa banyak (gaji) dia minta, Atletico dapat membayarnya.” ulasnya lagi.", "Partey melakukan debutnya pada tahun 2015 dan sejak daripada itu dia menjadi tonggak utama dalam perancangan Diego Simeone. Dia mempunyai kontrak bersama Lob Rojiblancos sehingga tahun 2023.", "Selain itu, pemain dengan ketinggian 1.85 meter ini merupakan naib juara UCL 2015/16, juara Liga Europa 2017/18 dan pemenang UEFA Super Cup 2018."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207486/", "headline": "\nKuching FA, TRW Kelantan FC Berpeluang Melangkah Ke Liga Super?\n", "content": ["Salah satu daripada dua pasukan Liga Premier iaitu Kuching FA atau TRW Kelantan FC kini mempunyai peluang untuk mara ke saingan utama bola sepak tanah air, CIMB Liga Super 2021.", "Hal ini kerana Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang merupakan pemilik kepada Kelab Bola Sepak Felda United (Felda United FC) mengumumkan penglibatan pasukan tersebut dalam saingan Liga Malaysia sehingga penghujung musim 2020 sahaja.", "Sehubungan dengan pengumuman oleh FELDA itu menerusi satu siaran media semalam, ia sekaligus akan mengosongkan satu slot dalam saingan Liga Malaysia musim depan.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, sekiranya Felda United FC tetap dengan keputusan tersebut maka kekosongan yang ditinggalkan itu akan diisi dengan mana-mana pasukan lain.", "“Felda adalah satu pasukan yang berdaya saing dan agak merugikan jika mereka menarik diri daripada kancah Liga Malaysia terutama membabitkan peminat di kalangan warga Felda.", "“MFL akan mengambil langkah seterusnya dengan mengambil langkah tertentu untuk mengisi kekosongan Felda jika mereka tetap dengan keputusan itu,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – PUSINGAN LP10#LigaPremier2020 pic.twitter.com/RHrXk7FX80", "Bagaimanapun, peluang Kuching FA dan TRW Kelantan FC untuk mendapat promosi ke saingan CIMB Liga Super 2021 ada namun amat tipis. ", "Di antara kedua-dua pasukan pula, Kuching FA dilihat mempunyai peluang yang lebih besar berbanding TRW Kelantan FC berdasarkan mata yang terkumpul daripada 10 perlawanan.", "Untuk aksi terakhir Liga Premier 2020, Kuching FA dijadualkan bertemu Kuala Lumpur manakala TRW Kelantan FC akan berentap dengan Johor Darul Ta’zim II pada hujung minggu ini.", "📊 KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER – PUSINGAN LS10#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/MzXEoXlAyJ", "Pada masa yang sama, mereka perlu ‘berdoa’ agar Felda United FC yang dibimbing oleh Nidzam Jamil berjaya meraih kemenangan dalam aksi terakhir Liga Super 2020 dengan menewaskan Selangor. ", "Selain itu, mereka juga perlu mengharapkan pasukan UITM FC menumpaskan pasukan Sabah kendalian Kurniawan Dwi Yulianto dalam satu lagi aksi berlainan pada hujung minggu ini.", "Dengan terjadinya situasi di atas, akan ada tiga kekosongan dalam saingan CIMB Liga Super 2021. Dua pasukan akan diisi secara automatik oleh juara Liga Premier 2020 (Pulau Pinang) dan Kuala Lumpur.", "Manakala satu slot lagi boleh diisi oleh Kuching FC sekiranya mereka menang. Dan jika Kuching FC tewas dan TRW Kelantan FC pula mencatatkan kemenangan, maka slot Liga Super itu akan diberikan kepada pasukan yang berpangkalan di pantai timur tersebut.", "Featured Image: Kuching City FC – JOHOR Southern Tigers – TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324530/", "headline": "\nFakrul Afizul Lebur Rekod Kebangsaan 400m Berpagar – 51.26s\n", "content": ["Atlet remaja, Fakrul Afizul Nasir melakar sejarah selaku pemegang rekod kebangsaan baharu bagi acara 400 meter (m) berpagar di Kejohanan Olahraga Remaja Asia Bawah 20 Tahun (B-20) di Yecheon, Republik Korea. ", "Menurut laman sesawang kejohanan, Fakrul yang kini berusia 19 tahun menamatkan perlumbaannya dengan catatan masa 51.26 saat (s) sekaligus memadam rekod kebangsaan dalam acara berkenaan yang dicipta 18 tahun lalu.", "Bagaimanapun, di sebalik kejayaan melakar rekod baharu, atlet kelahiran Kelantan itu terpaksa akur pulang tanpa sebarang kilauan pingat ekoran menamatkan larian di tempat keempat di belakang pelari Chinese Taipei, Chung Wei Lin yang meraih gangsa dengan catatan masa 50.61s. ", "Wakil Qatar, Ismail Doudai O Abakar muncul juara selepas merekodkan catatan masa 49.30s – rekod kejohanan – dan diikuti pelari Jepun, Konno Ryoma yang menamatkan perlumbaan dengan rekod 49.91s.", "Sebagai tambahan, sebelum ini, rekod kebangsaan bagi acara ini dipegang oleh Shahadan Jamaludin. Rekod terbabit dipegangnya selepas mencatatkan masa larian 51.28s pada temasya Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.", "Pada masa yang sama, larian itu juga membolehkannya merangkul pingat emas buat dirinya serta Kontinjen Malaysia. ", "Featured Image: Amirul Naim (Instagram)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220865/", "headline": "\nPiala Negara-Negara FIH: Malaysia Bantai Jepun, Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Tiket ke peringkat separuh akhir Piala Negara-Negara FIH menjadi milik skuad hoki lelaki kebangsaan selepas menumpaskan Jepun tanpa belas kasihan dalam perlawanan akhir peringkat Pool B, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Malaysia berhasil menundukkan Jepun dengan keputusan 5-1 hasil sumbangan gol oleh Muhammad Najib Abu Hassan (dua jaringan), Faizal Saari, Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Mohammad Ashran Hamsani.", "Manakala jaringan tunggal oleh pasukan lawan pula dibutirkan oleh Kosei Kawabe.", "Full Time: Malaysia 5-1 Japan@hockeymalaysia put on an offensive showcase, to beat Japan and seal their spot in the semi-finals of the #FIHNationsCup.", "📲 – Watch every game live on https://t.co/igjqkvhUYl. Passes available worldwide. #HockeyEquals #MASvJPN pic.twitter.com/M8aYL0yUSK", "— International Hockey Federation (@FIH_Hockey) December 1, 2022", "Kemenangan ini membolehkan skuad bimbingan Arul Selvaraj menamatkan saingan Pool B selaku naib juara dengan kutipan 6 mata sekaligus mengekang Jepun daripada mara ke perlawanan separuh akhir.", "Di peringkat separuh akhir kelak, Malaysia akan menentang samada Afrika Selatan atau Ireland. Kedua-duanya akan membuat perhitungan sebentar lagi bagi menentukan juara bagi Pool A.", "Untuk makluman semua, juara bagi kejohanan ini berpeluang meraih promosi ke saingan Liga Pro FIH bagi musim 2023-24 bergantung kepada kriteria yang ditetapkan. ", "Sebagai tambahana, Liga Pro FIH merupakan sebuah kejohanan antarabangsa yang disertai oleh 9 buah skuad kebangsaan terbaik dunia.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207047/", "headline": "\nPangolin Arms Anjur Kejohanan Super 16 Armwrestling di Cherating\n", "content": ["Kelab gusti lengan berpangkalan di Kemaman, Pangolin Arms mengumumkan akan menganjurkan kejohanan Super 16 Armwrestling, bermula 18 hingga 19 september 2020.", "Kojahanan gusti lengan ini yang pertama diadakan sejak Malaysia dilanda pandemik Covid-19. ", "Ia juga menjadi eksperimen besar buat penganjur mengadakan kejohanan dalam tempoh wabak sebegini.", "“Saya berbesar hati untuk menganjurkan (kejohanan) Super 16 Armwrestling tahun ini. ", "“Tahniah kepada komuniti penggusti lengan dari pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), di mana mereka menjadi tumpuan kepada sukan gusti di Malaysia.” kata Presiden Pangolin Arms, Azlinda Adnan.", "Penganjur turut memaklumkan kejohanan tersebut akan mengambil tempatnya dalam sebuah dewan di Cherating, Pahang secara tertutup.", "Tiada sebarang penonton akan dibenarkan masuk ke dalam dewan manakala kehadiran pengamal media akan dikawal. ", "Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memasuki dewan.", "Meja gusti akan disanitasi secara konsisten dan peserta perlu memakai pelitup muka semasa pertarungan.", "Terdapat enam kategori dan melibatkan sekitar 100 orang peserta penggusti lengan yang akan terlibat. ", "Penganjur memaklumkan mereka akan mengatur jadual pertarungan dengan sebaiknya supaya 100 orang peserta tidak berkumpul di dalam dewan dalam pada satu masa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110982/", "headline": "\nMora Mahu Tutup Kempen ACL Dengan Kutipan 6 Mata Lebih Baik Berbanding Tahun 2019\n", "content": ["Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora meletakkan sasaran anak-anak buahnya mencatatkan kemenangan ke atas Ratchaburi pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), malam esok.", "Kemenangan itu bakal membolehkan skuad Harimau Selatan mengumpul enam mata sekaligus menamatkan kempen ACL musim ini berbanding musim 2019 dimana mereka sekadar mengumpul 4 mata.", "“Kami sangat bermotivasi kerana kami tahu kami mampu menutup saingan ini dengan tiga mata ke atas Ratchaburi. Ini akan memberikan kami enam mata, pencapaian lebih baik berbanding 2019 dan 2020. Itu merupakan keutamaan kami dalam setiap kejohanan.” katanya seperti dipetik daripada laman sesawang AFC.", "Sementara itu, jurulatih kelahiran Mexico ini menyatakan walaupun JDT telah disahkan tidak layak untuk mara ke peringkat kalah mati, penyertaan mereka pada kancah ACL musim ini tetap memberikan manfaat terutamanya buat pemain-pemain muda.", "“Walaupun kami tidak layak ke pusingan berikutnya, pengalaman ini merupakan peluang yang bagus buat Johor Darul Ta’zim meningkat sebagai sebuah pasukan,”", "“Pemain-pemain muda mendapat pengalaman bermain menentang pasukan terbaik,” tambahnya lagi.", "Perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G antara JDT dan Ratchaburi dijadualkan berlangsung pada jam 10 malam esok (waktu Malaysia) di Stadium Rajamangala, Bangkok.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322081/", "headline": "\nKuching City Beri Tiket Percuma Kepada Penyokong Ketika Bertemu Selangor\n", "content": ["Perlawanan melibatkan Kuching City FC bertemu Selangor FC pada 2 Mac (Khamis) di Stadium Negeri, Kuching akan dapat disaksikan secara percuma oleh para penyokong dan peminat bola sepak di sana.", "Ini selepas pihak pengurusan skuad berjulukan The Cats menerusi pengerusinya, YB Fazzrudin Abd Rahman mengumumkan pemberian tiket percuma pada perlawanan kedua Liga Super terbabit.", "Pemberian tiket percuma itu boleh dituntut pada hari perlawanan kelak di Kaunter Tiket Zon A & B bermula jam 10 pagi hingga 3 petang dengan setiap seorang layak mendapat lima keping tiket maksimum.", "Difahamkan pemberian tiket percuma ini diberikan sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan kepada semua penyokong dan peminat sukan bola sepak tempatan.", "Ini juga merupakan perlawanan ‘home’ sulung buat Kuching City dalam kancah Liga Super setelah mendapat promosi daripada saingan Liga Premier secara merit, pada tahun lalu.", "Untuk makluman semua, ini bukanlah kali pertama skuad yang dibimbing oleh Irfan Bakti memberikan tiket percuma kepada para penyokong. ", "Pada tahun lalu, Kuching City turut mengumumkan pemberian tiket secara percuma apabila mereka mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia bertemu Sabah FC yang berlangsung di Stadium Negeri."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321574/", "headline": "\nVietnam Bakal Beralih Kepada Jurulatih Perancis?\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Vietnam berkemungkinan besar akan mendapatkan khidmat jurulatih Perancis bagi menggantikan Park Hang-seo yang akan tamat kontraknya pada 31 Januari.", "Menurut laporan VnExpress International, jurulatih Perancis yang dimaksudkan ialah Philippe Troussier yang telah mencapai perjanjian awal dengan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) untuk melatih skuad berjulukan Naga Emas itu.", "Tambah laporan itu lagi, jurulatih berusia 67 tahun itu cukup berminat untuk melatih skuad kebangsaan Vietnam dan perkara itu membuatkan rundingan antara kedua-dua pihak berjalan lancar.", "Bagaimanapun, perkara terakhir dalam rundingan hanyalah berkenaan gaji dan ianya akan diselesaikan apabila VFF mendapat rakan kongsi untuk membayar sebahagian daripada gaji Troussier dan penolongnya.", "Sebelum ini, VFF juga mempunyai rakan kongsi yang membayar gaji Coach Park dan penolongnya.", "Troussier yang pernah menjadi ketua jurulatih untuk beberapa buah negara seperti Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Jepun, Qatar dan Maghribi bukanlah individu yang asing dalam kancah bola sepak Vietnam.", "Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Strategik dan Pengarah Teknikal di Promotion Fund of Vietnamese Football Talent (PVF) Academy pada 2018.", "Setahun kemudian, Troussier dilantik sebagai ketua jurulatih bagi skuad bawah 19 tahun (B-19) Vietnam yang kemudiannya berhasil membimbing skuad itu layak ke saingan Piala Asia B-19 2020.", "Antara pencapaian terbaiknya dalam karier kejurulatihan adalah mengemudi skuad Samurai Biru memenangi Piala Asia 2000 dan melangkah ke Pusingan 16 dalam kejohanan Piala Dunia 2002 – kemaraan pertama dalam pembabitan Jepun di kancah Piala Dunia.", "Difahamkan, VFF tidak mengumumkan lagi perundingan ini sebagai penghormatan kepada Coach Park yang masih mempunyai baki kontrak sehingga 31 Januari."]} +{"url": "https://sukanz.com/20201/", "headline": "\nHello world!\n", "content": ["Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207812/", "headline": "\nSafawi Akan Mula Berlatih Bersama Skuad Senior Portimonense SC\n", "content": ["Penyerang sayap negara, Safawi Rasid akan mula berlatih bersama skuad senior Portimonense SC bermula hari ini.", "Perkara itu sekaligus menjawab persoalan para peminat tempatan mengenai ketiadaan nama pemain berusia 23 tahun tersebut dalam skuad bawah 23 tahun (B-23) baru-baru ini.", "Tambahan pula, menurut laporan Berita Harian, skuad tersebut mempunyai pemain yang terkena jangkitan Covid-19.", "“Skuad bawah 23 tahun ada (positif COVID-19), tapi tak tahu pemain itu ok ke tidak.", "“Perlawanan semalam saya tak sertai, sebab ketua jurulatih pasukan utama tak bagi sertai, takut berjangkit. ", "“Esok saya akan mula latihan untuk pasukan utama,” katanya.", "Perkembangan ini pastinya mencerahkan peluang Safawi untuk meraih penampilan pertama dalam saingan Liga Portugal bersama Portimonense.", "Untuk makluman, Portimonense bakal menerima kunjungan pasukan Santa Clara untuk aksi keenam Liga Portugal pada ahad nanti.", "Pasukan ini berada di kedudukan keenam liga dengan tujuh mata hasil daripada dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324461/", "headline": "\nLogo Extra Joss Dipapar Pada Seluar Selangor FC Selaku Rakan Minuman Tenaga Rasmi Selama 1 Tahun\n", "content": ["Pasukan yang menghuni tangga kedua Liga Super pada ketika ini, Selangor FC mengumumkan mengikat kerjasama baharu dengan jenama syarikat minuman tenaga dari Indonesia, PT Bintang Toedjoe yang memiliki jenama yang tidak asing dalam kalangan penduduk Malaysia, Extra Joss.", "Kerjasama itu hadir setelah Selangor FC yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Johan Kamal Hamidon serta Pengarah Urusan PT Bintang Toedjoe, Fanny Kurniati menandatangani dokumen perjanjian kerjasama dalam satu majlis bertempat di Pusat Latihan Selangor FC, pada hari ini.", "Turut dimaklumkan, kerjasama strategik melibatkan kedua-dua pihak ini berlangsung selama setahun. Namun begitu, kedua-dua entiti Selangor FC dan PT Bintang Toedjoe menutup mulut mengenai jumlah penajaan tersebut.", "Untuk makluman, hasil kerjasama ini, logo Extra Joss akan dipaparkan pada bahagian bawah seluar jersi rasmi skuad berjulukan Gergasi Merah tersebut disamping aktiviti penjenamaan di stadium pada hari perlawanan serta beberapa aset digital platform media sosial Selangor FC.", "Sebagai rekod, kehadiran Extra Joss dalam kancah bola sepak Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu.", "Semalam, mereka turut mengesahkan penajaan terhadap badan induk bola sepak tanah air, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan tempoh yang sama iaitu selama setahun.", "Sebagai tambahan, tahun lalu mereka turut menjadi penaja kepada sebuah lagi kelab bola sepak yang beraksi dalam kancah Liga Super iaitu Sri Pahang FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112795/", "headline": "\nJordan 4-0 Malaysia: Kemasukan Pemain Muda Mengubah Permainan Harimau Malaya\n", "content": ["Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe terpaksa akur menerima kekalahan besar 4-0 di tangan Jordan dalam Perlawanan Antarabangsan Tier 1 di Stadium Raja Abdullah II, Amman pada tengah malam tadi.", "Malaysia memulakan perlawanan dengan gabungan pemain-pemain yang tidak asing lagi bersama skuad Harimau Malaya seperti Khairulazhan, Aidil Zafuan, Irfan Zakaria, Nazmi Faiz, Syafiq Ahmad dan Guilherme de Paula.", "Disamping itu, Cheng Hoe turut menurunkan beberapa muka yang sudah lama tidak beraksi serta pemain baharu seperti Rizal Ghazali, Ariff Farhan, Akram Mahinan, Baddrol Bakhtiar dan Faisal Halim.", "Bagaimanapun, persembahan separuh masa pertama tidak begitu baik buat Harimau Malaya. Bergelut untuk mendapatkan rentak dan bolos dua gol. Lebih parah gol pada minit ke-42 pula berpunca daripada kesilapan komunikasi antara Khairulazhan dan Aidil Zafuan.", "Memasuki separuh masa kedua, Cheng Hoe mula melakukan perubahan dengan memberi peluang kepada majoriti pemain muda untuk beraksi. Antaranya Hakimi Abdullah, Mukhairi Ajmal, Quentin Cheng dan Luqman Hakim.", "Walaupun masih belum mencukupi untuk mengatasi pasukan Jordan, ditambah pula dengan bolos dua gol lagi namun persembahan yang diberikan mengatasi apa yang dipersembahkan pada separuh masa pertama.", "Sebagai contoh, bahagian tengah yang diisi dengan Mukhairi berupaya untuk mengawal dan cuba untuk mengatur serangan. Di bahagian kiri, kemasukan Hakimi menjadi sayap kiri Malaysia hidup.", "Kehadiran Luqman yang menggantikan De Paula sebagai penyerang pula memberikan lebih pergerakan kepada barisan serangan Malaysia dek kerajinannya yang turut membantu di bahagian tengah.", "Tidak dilupakan, kemasukan bek kiri baharu, Arif Fadzilah menjadikan pertahanan kiri Malaysia tidak mudah ‘ditebuk’ oleh Jordan. Selain itu, Arif turut membantu ‘build up’ pasukan dan tidak mempunyai masalah bergandingan dengan baik bersama Hakimi memandangkan kedua-duanya datang daripada kelab yang sama.", "Untuk makluman semua, Malaysia akan menghadapi satu lagi perlawanan antarabangsa bertemu Uzbekistan, pada hari Sabtu nanti. Adakah anda melihat muka-muka lama diberikan peluang sekali lagi pada perlawanan tersebut atau mahu Cheng Hoe mempertaruhkan muka-muka baharu dan pemain-pemain muda?", "Tonton highlights perlawanan Jordan vs Malaysia DI SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111738/", "headline": "\nMorales Akui Masih ‘Bergelut’ Untuk Beraksi Sebagai Penyerang\n", "content": ["Pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Romel Morales mengakui masih dalam fasa menyesuaikan diri beraksi di posisi penyerang dalam usaha membantu pasukan menjelang perlawanan Liga Super berdepan Sri Pahang FC, esok.", "Meskipun agak bergelut, Morales tetap berusaha keras untuk memastikan pasukan tidak kehilangan mata apatah lagi Sri Pahang mempunyai pemain import yang mampu beri ancaman besar kepada mereka dalam aksi pada malam esok.", "“Saya rasa ia akan menjadi satu perlawanan yang menarik di mana kami tetap menghormati Sri Pahang dan cukup penting untuk kami dapatkan tiga mata.", "“Kami tidak pernah tewas lagi dalam lapan perlawanan terdahulu, dan sememangnya kami nak kekalkan prestasi sedemikian dan tidak mahu berdepan kekalahan yang sia-sia.", "“Cuma untuk diri saya, rasanya semua tahu bagaimana bukannya mudah untuk saya apabila perlu belajar untuk menjadi seorang penyerang dan apatah lagi saya tidak pernah lagi beraksi di posisi itu sebelum ini.", "“Cuma musim ini, memang nasib agak kurang baik apabila pasukan perlu berdepan kecederaan yang melanda penyerang-penyerang dan sekarang menjadi tugas saya untuk cuba beraksi dengan lebih baik di posisi itu,” jelasnya.", "Morales ketika ini kembali diberi kepercayaan untuk diletakkan selaku penyerang selepas KL City kehilangan penyerang import baharu, Kyrian Nwabueze susulan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang dialami pada bulan lalu.", "Sebelum ini, kudrat pemain tengah kelahiran Colombia turut menjadi taruhan ketua jurulatih, Bojan Hodak di posisi serangan apabila penyerang Mauritania, Dominique da Sylva mengalami kecederaan pada awal musim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322171/", "headline": "\nTerbuka Jerman: 2 Beregu Campuran Negara Kandas Seawal Pusingan 32\n", "content": ["Hari pertama berlangsungnya saingan Terbuka Jerman menyaksikan dua wakil negara dalam kategori beregu campuran sudah terkandas seawal Pusingan 32.", "Kejutan terarah kepada pasangan campuran No.1 tanah air merangkap pilihan ketiga kejohanan, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang tumpas kepada beregu Indonesia yang berada di ranking ke-17 dunia, Dejan Ferdinansyah dan Gloria Widjaja.", "Dalam pertarungan tersebut, Kian Meng-Pei Jing tumpas secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-14 dalam tempoh 35 minit permainan di Gelanggang 2.", "Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami Kian Meng-Pei Jing di tangan gandingan Dejan-Gloria dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF. Sebelum ini, Kian Meng-Pei Jing tumpas kepada mereka dalam saingan Terbuka India yang berlangsung pada Januari lalu.", "R32#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei def. #MAS🇲🇾 Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing 21-12 20-22 21-14", "📷 @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/nKxaljMmb5", "— BAM (@BA_Malaysia) March 7, 2023", "Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran yang turut sama terkandas awal di saingan ini adalah gandingan Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-66 dunia ini terkandas ekoran tumpas kepada sepasang lagi beregu negara iaitu Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang berada di ranking ke-43 dunia.", "Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei tidak diberikan laluan mudah oleh Pang Ron-Mei Xing. Mereka terpaksa beraksi hampir satu jam terlebih dahulu dengan tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 20-22 dan 21-14.", "Tang Jie-Ee Wei yang mara ke Pusingan 16 akan menantikan cabaran samada daripada beregu Korea merangkap pilihan keenam kejohanan, Seo Seung-jae dan Chae Yu-jung atau beregu Ireland yang menduduki ranking ke-167, Joshua Magee dan Moya Ryan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217460/", "headline": "\nSukan SEA: Gandingan Baharu Yee See-Su Hui Ke Separuh Akhir Kategori Beregu Wanita\n", "content": ["Gandingan baharu pemain senior dan junior, Cheah Yee See dan Cheng Su Hui mempersembahkan prestasi yang memberangsangkan sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir acara badminton individu kategori beregu wanita di temasya Sukan SEA 2021.", "Beregu yang terdiri daripada pemain berusia 26 dan 18 tahun masing-masing ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas berhasil mengalahkan pasangan Filipina, Airah Albo-Thea Pomar secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-11 di peringkat suku akhir, hari ini.", "Menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah beregu Thailand, Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard yang menghuni ranking ke-28 dunia merangkap pilihan kedua untuk memenangi pingat emas temasya ini.", "Untuk makluman, beregu Thailand ini mara selepas menundukkan wakil Indonesia, Febby Valencia Dwijayanti Gani dan Ribka Sugiarto secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 22-20.", "Sebagai tambahan, perlawanan separuh akhir antara Yee See-Su Hui dan adik beradik Aimsaard itu dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219361/", "headline": "\nBekas Pengarah Teknikal FAM Bimbing Kelab Liga Singapura\n", "content": ["Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kelahiran Belanda, Peter de Roo kini dimaklumkan mengemudi sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Liga Singapura.", "Peter yang berusia 52 tahun diumumkan menjadi ketua jurulatih Balestier Khalsa Football Club mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh jurulatih terdahulu, Akbar Nawas yang meninggalkan kelab terbabit, pada penghujung bulan lalu.", "We are delighted to announce the appointment of Peter de Roo as our Head Coach till the end of this season.", "The Dutchman, 52, will take over from Akbar Nawas who will leave at the end of the month.", "He will take his first training session on Monday. pic.twitter.com/7YFYQdPW96", "— BalestierKhalsaFC (@FCBalestier) August 27, 2022", "Difahamkan, Peter yang mempunyai lesen kejurulatihan AFC Pro Diploma akan mengemudi skuad The Tigers ini sehingga ke penghujung musim ini.", "Untuk makluman semua, Peter berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal FAM bermula tahun 2017 sehingga ke penghujung tahun 2020 sebelum posisi tersebut diisi dengan Datuk Ong Kim Swee bermula 1 Januari 2021.", "Featured Image: Balestier Khalsa Football Club  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216154/", "headline": "\nBeregu Vivian-Chiew Sien Dipromosi Sertai Kejohanan All England 2022 Pada Saat Akhir\n", "content": ["Nama pasangan beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien hanya berada di tempat kelima dalam senarai ‘reserved’ bagi kategori wanita di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.", "Bagaimanapun, disebabkan lima pasangan wanita yang telah layak untuk beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 BWF itu menarik diri, nama Vivian-Chiew Sien tersenarai sekaligus bakal beraksi di Pusingan 32 yang bermula pada hari ini.", "Berdasarkan kepada undian, Vivian-Chiew Sien yang mara sehingga ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman pada minggu lalu bakal menentang beregu No.3 dunia dari Republik Korea merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020, Kim Soyeong dan Kong Heeyong.", "Untuk makluman semua, ini juga menjadi debut Vivian-Chiew Sien di pentas All England memandangkan kedua-dua pemain ini mula membentuk gandingan sejak Oktober tahun lalu.", "Selain daripada pasangan yang menghuni ranking ke-48 dunia ini, empat lagi pasangan yang mendapat promosi ke Pusingan 32 ialah Meghana Jakkampudi-Poorvisha S. Ram (India), Treesa Joly-Pullela Gayatri Gopichand (India), Margot Lambert-Anne Tran (Perancis) dan Jaqueline Lima-Sania Lima (Brazil).", "Manakala lima pasangan yang menarik diri ialah Chisato Hoshi-Aoi Matsuda (Jepun), Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara (Jepun), Anastasiia Akchurina-Olga Morozova (Rusia/Tidak Dibenarkan Beraksi), Julie Finne-Ipsen-Mia Surrow (Denmark) dan Amalie Magelund-Freja Ravn (Denmark)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208322/", "headline": "\nTFC Buat Rombakan & Buru Pemain Punyai Pengalaman Beraksi di Liga Malaysia\n", "content": ["Terengganu Football Club (Terengganu FC) bakal membuat rombakan terhadap skuadnya menjelang saingan baharu Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "Perancangan untuk melakukan rombakan ini merupakan satu kejutan daripada Terengganu FC lebih-lebih lagi skuad sedia ada telah berjaya meraih kedudukan tangga ketiga saingan Liga Super 2020.", "Ia merupakan pencapaian terbaik pasukan Terengganu sejak mereka kembali ke saingan utama Liga Malaysia pada 2018.", "Di antara perancangan mereka adalah melepaskan beberapa pemain tonggak pasukan kalangan pemain tempatan dan juga pemain import. ", "Dan sebahagiannya akan digantikan dengan pemain import yang pernah beraksi dalam saingan tempatan. ", "Perkara ini disahkan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu laporan oleh agensi berita kebangsaan.", "“Insya-Allah sebahagian pemain yang bakal menyertai semula Terengganu FC pernah berada dalam saingan Liga Malaysia dan sebahagian adalah muka baharu.", "“Kami juga tak meletakkan nama besar sebagai kaedah untuk mencapai sasaran, tetapi mahu pemain berkhidmat untuk bola sepak…jadi saya rasa itu kunci besar,” kata Hishamuddin seperti dipetik daripada Bernama.", "Dominique Ucap ‘Good Bye’ TFC, Bangga Melihat 25,000 Penyokong ke Stadium https://t.co/eLuN6iZvMi pic.twitter.com/wGMIGvjBMR", "Baca: Dominique Ucap ‘Good Bye’ TFC, Bangga Melihat 25,000 Penyokong ke Stadium", "Setakat ini, penyerang prolifik mereka, Dominique da Sylva telah mengesahkan meninggalkan pasukan berpangkalan di pantai timur itu walaupun muncul sebagai penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2020.", "Selain itu, penyerang sayap lincah kelahiran Singapura, Faris Ramli turut memuat naik mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Terengganu FC menerusi laman sosialnya. ", "Nafuzi menyifatkan kerjasama dari semua pihak telah meletakkan pasukan ini di kedudukan terbaik untuk beraksi di pentas lebih tinggi pada musim hadapan.Baca selanjutnya di ⬇️https://t.co/H6Ht8rspMs", "Sementara itu, Hishamuddin turut mengesahkan pengendali kelahiran negeri Kelantan, Nafuzi Zain akan kekal sebagai ketua jurulatih Terengganu FC untuk saingan musim hadapan.", "Pihaknya nyata berpuas hati dengan prestasi jurulatih muda berusia 42 tahun itu dalam saingan musim ini sehingga memberikan mereka tiket ke saingan antarabangsa iaitu Piala AFC 2021.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215139/", "headline": "\nGoh Liu Ying & Ong Yew Sin Bentuk Gandingan Campuran Baharu\n", "content": ["Teka-teki mengenai siapa yang akan menjadi gandingan baharu bersama pemain bebas (independent) Goh Liu Ying, terjawab pada hari ini.", "Menurut laporan portal akhbar berbangsa inggeris tempatan, The Star, pemain berusia 33 tahun itu meneruskan kariernya dengan membentuk gandingan bersama pemain beregu lelaki di ranking ke-11 dunia, Ong Yew Sin.", "BREAKINGGOng Yew Sin will play Mixed Doubleswith Goh Liu Ying, to debut at German Open and All England 2022https://t.co/Wx1yXHB0s5", "Dimaklumkan, gandingan baharu ini telah menghantar nama mereka untuk beraksi dalam dua saingan iaitu Terbuka Jerman dan Kejohanan Badminton Seluruh England yang akan berlangsung pada Mac hadapan.", "Untuk makluman semua, Liu Ying merangkap pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 terpaksa mencari gandingan baharu selepas mengumumkam berpisah dengan rakan gandingannya sebelum ini, Chan Peng Soon.", "Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang berlangsung di Bali, Indonesia pada tahun lalu menjadi pentas terakhir Liu Ying dan Peng Soon beraksi bersama.", "Sementara itu, Yew Sin yang membentuk gandingan baharu bersama Liu Ying masih kekal bergandingan bersama Teo Ee Yi dalam kategori beregu lelaki. Ianya menjadikan Yew Sin bakal beraksi dalam dua kategori selepas daripada ini.", "Featured Image: Instagram Goh Liu Ying"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110977/", "headline": "\nPiala AFC: Badd Cuba Positif Selepas Kelab Kemboja, Timor Leste Sertai Kumpulan I\n", "content": ["Kapten Kedah Darul Aman (Kedah), Baddrol Bakhtiar berfikiran positif saingan Piala AFC tidak akan dibatalkan lebih-lebih lagi selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan Visakha (Kemboja) dan Lalenok United (Timor Leste) dimasukkan secara automatik ke dalam Kumpulan I.", "Baddrol atau lebih dikenali dengan panggilan Badd beranggapan penyertaan dua pasukan tersebut mungkin membolehkan kedua-dua negara tersebut untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Zon ASEAN sekaligus membolehkan beliau dan rakan-rakannya beraksi di pentas antarabangsa tersebut.", "Untuk makluman, AFC menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam (5 Julai) mengatakan perlawanan Piala AFC melibatkan pasukan yang ketiadaan tuan rumah akan dibatalkan sementara saingan yang lain diteruskan seperti biasa.", "“Masa mula-mula dengar berita, memang rasa sedikit kecewa sebab kita sudah lama melakukan persiapan ini, jadi kalau memang batal juga, nak buat macam mana.", "“Cuma kami cuba untuk positif lagi dan berharap kerana selepas ada kelab dari Kemboja dan Timor Leste sertai kumpulan I, mungkin ada sedikit sinar untuk kita katakan mereka boleh jadi tuan rumah atau tidak.", "“Tetapi apa-apa pun kita tunggu sahaja, dan kalau memang sudah pasti ia dibatalkan, kerja keras tetap perlu dilakukan untuk fokus kepada Liga Super dan Piala Malaysia pula”, jelasnya.", "Untuk pengetahuan semua, Kedah dan Terengganu merupakan pasukan yang layak beraksi di pentas Piala AFC bagi musim 2021. ", "Berdasarkan undian yang dijalankan sebelum ini, Kedah diletakkan dalam Kumpulan H bersama-sama bersama-sama Lion City Sailors FC, Saigon FC dan Persipura Jayapura.", "Sementara itu, Terengganu pula berada di dalam Kumpulan I bersama-sama Geylang International dan dua pasukan yang diumumkan oleh AFC hari ini, Visakha dan Lalenok United.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218581/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Wei Chong-Kai Wun Juarai Saingan Super 300 Buat Kali Kedua Dalam Karier\n", "content": ["Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini memiliki dua gelaran juara dalam saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Pasangan yang berada di ranking ke-36 dunia ini menambah koleksi kejuaraan tersebut dengan memenangi saingan Terbuka Taipei 2022, sebentar tadi.", "Lebih manis, kemenangan tersebut diraih dengan menumpaskan beregu tuan rumah merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.", "YONEX Taipei Open 2022MD – Final 🇲🇾Wei Chong MAN🏅21 11 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅18 21 18 Yang LEE Chi-Lin WANG", "🕗 in 54 minutes https://t.co/jV92219OOB", "— BWFScore (@BWFScore) July 24, 2022", "Pasangan itu juga berada di ranking jauh lebih tinggi daripada Wei Chong-Kai Wun iaitu ranking keempat dunia. Malahan mereka turut diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini.", "Namun begitu, Wei Chong-Kai Wun yang berusia 22 tahun masing-masing ini berhasil mengatasi mereka dalam perlawanan akhir dengan skor yang berkesudahan dengan 21-18, 11-21 dan 21-18 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "Antara perkara lain yang menarik tentang kejuaraan dirangkul oleh Wei Chong-Kai Wun dalam saingan yang berlangsung di Taiwan ini adalah kesemua lawannya bermula daripada Pusingan 32, Pusingan 16, suku akhir, separuh akhir serta perlawanan akhir adalah pemain tuan rumah.", "Sebagai tambahan, gelaran pertama dirangkul Wei Chong-Kai Wun di pentas bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF adalah dalam saingan Antarabangsa Syed Modi yang berlangsung penghujung Januari lalu di India.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215803/", "headline": "\nChan Peng Soon Bentuk Gandingan Sementara Bersama Toh Ee Wei\n", "content": ["Pemain senior, Chan Peng Soon terpaksa berenggang seketika bersama pasangannya, Valeree Siow dan kini membentuk satu lagi gandingan campuran baharu bersama pemain berusia 21 tahun, Toh Ee Wei.", "Menurut laporan akhbar berbahasa inggeris, New Straits Times, Peng Soon terpaksa berpisah seketika dengan pasangannya sebelum ini. Hal ini kerana jurulatih mahu memberikan keutamaan kepada gandingan Valeree bersama Low Yeen Yuan, yang kini memasuki kelompok 100 beregu terbaik dunia.", "Sebagai alternatif, Peng Soon diberikan gandingan sementara  bersama Ee Wei. Sebelum ini, Ee Wei membentuk gandingan campuran bersama Choong Hon Jian dimana mereka berjaya meraih kejuaraan di Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Slovenia dan Terbuka Australia.", "Sementara itu, Veleree-Yeen Yuan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir Saingan Antarabangsa Syed Modi pada bulan lalu akan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Swiss (22-27 Mac) dan Orleans Masters di Perancis (29 Mac-3 April).", "Kejohanan ini sebahagian daripada persiapan buat beregu ini untuk menghadapi saingan kejohanan badminton wanita berpasukan, Piala Uber 2022 di Bangkok pada Mei nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206805/", "headline": "\nDokumentari Sukan Premium Mengenai Johor Darul Ta’zim Menuju Puncak Kejayaan Bakal Disiarkan\n", "content": ["Siri dokumentari lima bahagian – FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers akan menampilkan kisah di sebalik tabir yang menumpukan kepada kuasa besar bola sepak Asia Tenggara, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) di mana pencapaian dan kejayaan mereka telah membantu dalam membentuk komuniti, masyarakat, negeri dan juga negara.", "Siri yang amat dinantikan ini memaparkan kisah mengenai penghasilan infrastruktur kelas dunia yang dimiliki oleh JDT, antaranya kemudahan pusat latihan serta Stadium Sultan Ibrahim sehinggalah kepada program akademi remaja yang bukan sahaja membentuk barisan pemain generasi berikutnya tetapi membawa Johor dan Malaysia sebagai masyarakat yang lebih berglobalisasi di rantau Asia.", "Memaparkan kisah yang lebih dekat di belakang tabir, FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers turut membawa penonton kepada perjalanan epik yang menyaksikan kejayaan yang diraih JDT, menumpukan kepada kisah-kisah penting mengenai kelab yang antara paling dikagumi di rantau Asia.", "Pemilik pasukan JDT dan DYAM Tengku Mahkota Johor, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah: “Sesetengah pihak memandang rendah impian kami tetapi dalam siri eksklusif di sebalik tabir ini menunjukkan projek bola sepak di Johor – Johor Darul Ta’zim – tentang bagaimana ia terbentuk dan menjadi kuasa besar yang perlu diberi perhatian.", "“FEARLESS menampilkan rakaman yang belum pernah dilihat mengenai bagaimana Harimau Selatan menjadi sebuah empayar, perjuangan yang ditempuhi juga kejayaan, serta bagaimana kelab ini diuruskan di belakang tatapan umum dan iltizam kami yang ingin mencapai kejayaan, sama ada di dalam mahupun luar padang”, titah baginda.", "Dirakamkan ketika musim 2019/20, FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers memaparkan bagaimana kelab yang mempunyai cita-cita besar ini membina legasi, politik dalam dunia bola sepak serta cabaran yang dihadapi pemain-pemain sama ada dalam atau luar padang menerusi perspektif daripada beberapa personaliti dalam pasukan JDT di samping kumpulan penyokong yang hebat iaitu “Boys of Straits”.", "FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers diarahkan bersama oleh Leon Tan dan Tony Peitra Arjuna dan diterbitkan oleh Supernova Media yang berpangkalan di Kuala Lumpur serta menampilkan 5 episod berdurasi selama 22 minit dengan penceritaan dan sari kata dalam Bahasa Inggeris.", "Sementara itu, Firma Pelaburan, Penerbitan dan Perlesenan IP Global, 108 Media yang berpangkalan di Singapura telah memperoleh hak penjualan antarabangsa bagi siri dokumentari yang pertama seumpamanya di rantau Asia dan mensasarkan urusniaga seluruh dunia.", "Ketua Pegawai Eksekutif 108 Media, Abhi Rastogi berkata: “Kami amat mengagumi dengan nilai-nilai yang ditampilkan menerusi FEARLESS, ia memberikan inspirasi, nilai naratif yang terhasil di sekeliling sukan ini dan kemampuannya untuk menyatukan seluruh rantau. 108 Media begitu teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di serata dunia dan memaparkan perwatakan yang ditampilkan oleh JDT serta bola sepak di Asia.”", "Menerusi pejabat antarabangsa di Amerika Utara, Asia dan Eropah, 108 Media telah memulakan penjualan siri ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112465/", "headline": "\nSelangor Dapat Tajaan Joma Bernilai RM4.2 Juta & Kontrak Dilanjutkan Sehingga 2023\n", "content": ["Selangor FC akan terus menyarung jersi jenama sukan antarabangsa dari Sepanyol iaitu Joma selama dua tahun lagi.", "Ianya selepas pasukan yang terkenal dengan julukan Red Giants ini mengumumkan melanjutkan kontrak bersama Joma sehingga tahun 2023, pada hari ini.", "Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan kelab, Joma bersetuju untuk menaja Selangor dengan nilai tajaan RM2.1 juta setahun meliputi penajaan set jersi sepenuhnya untuk skuad Liga Super dan skuad Liga Premier. ", "Tiadak ketinggalan, ianya turut merangkumi set jersi kepada skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, skuad futsal lelaki dan wanita termasuk set latihan. ", "Selain itu, tajaan Joma juga meliputi pakaian kepada kesemua pengadil Liga FAS termasuk pakaian kasual perjalanan dan penajaan tunai kepada kelab.", "Untuk makluman semua, perjanjian antara Selangor dan Joma ini bermula pada tahun 2019 yang lalu. ", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, sepanjang 3 musim bersama Joma, lebih 100,000 unit jersi telah terjual.", "Sebagai tambahan, jenama Joma diasaskan pada tahun 1965 kini boleh didapati di lebih 70 negara dunia. Ia turut membekalkan jersi kepada lebih 250 pasukan seluruh dunia termasuk Swansea City, Getafe, Villarreal, Ukraine, Romania, dan banyak lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220641/", "headline": "\nPerak Lanjut Kontrak Luciano Guaycochea Sehingga 2024\n", "content": ["Pembentukan pasukan yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi, XOX Berhad iaitu Perak FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 diteruskan dengan rancaknya.", "Selepas mengumumkan melanjutkan beberapa kontrak pemain sedia ada serta mengikat pemain-pemain tempatan baharu, skuad berjulukan The Bos Gaurus ini mengumumkan lanjutan kontrak salah seorang pemain importnya.", "Menerusi makluman rasmi kelab, pemain tengah menyerang kelahiran Argentina, Luciano Guaycochea dilanjutkan kontraknya selama dua tahun sekaligus menyaksikannya kekal bersama skuad bimbingan Lim Teong Kim sehingga 2024.", "“Pertama sekali, saya sangat gembira dapat menandatangani lagi dua tahun kontrak di Perak FC.", "“Saya rasa sangat seronok selama enam bulan saya berada di sini dan ia satu permulaan yang hebat.", "“Saya rasa keputusan yang saya buat untuk menyambung kontrak di sini selama dua tahun adalah sangat bagus dan saya sangat gembira.” katanya selepas menandatangi kontrak lanjutan tersebut.", "Untuk makluman semua, Luciano mula menyertai Perak pada jendela pertengahan musim, Jun lalu bersama-sama Stipe Plazibat (Croatia) dan Sunday Kolawole (Nigeria).", "Sebelum menyertai Perak, pemain berusia 30 tahun ini beraksi bersama pelbagai kelab di beberapa buah negara seperti Turki, Venezuela, Bolivia selain negaranya sendiri.", "Featured Image: Perak Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219059/", "headline": "\nSelepas Melawat JDT, Melaka United Bakal Bina ‘Training Centre’ di Padang 10\n", "content": ["Selepas pulang daripada melawat Pusat Latihan JDT pada minggu lalu, Melaka United FC bakal menjadikan lokasi Padang 10 yang terletak di Krubong, Melaka sebagai pusat latihan mereka tersendiri.", "Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, kunjungan yang diketuai oleh Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali itu bertujuan untuk melihat kemudahan pusat latihan yang terletak di Padang Seri Gelam serta mempelajari cara pengurusan yang diamalkan oleh JDT.", "“(Pihak kami) mengagumi pusat latihan JDT yang (berada) di kelas terbaik dan berprestij. Kita (Melaka United FC) ingin belajar cara pengurusannya dan akan dibuat di Padang 10, Melaka tidak lama lagi.” katanya ketika dihubungi Sukanz, hari ini.", "Pusat latihan serba lengkap yang dimiliki oleh juara Liga Super tujuh kali berturut-turut disifatkannya sebagai yang terbaik di Malaysia dilihat bakal menjadi contoh kepada pembinaan pusat latihan Melaka United FC kelak.", "“Yang terdekat ini kita akan bina satu bangunan yang terdiri daripada gimnasium, bilik persalinan dan clinic development untuk pembangunan sukan anak-anak Melaka. Yang (itu) dah kita rancang dan dapat sponsor (penajaan) daripada pihak Edra untuk membangunkan Padang 10.” jelasnya.", "Difahamkan naik taraf kawasan tersebut turut memberikan manfaat untuk kegunaan orang ramai namun sebuah padang yang dikhususkan untuk pasukan Melaka United FC menjadi keutamaan mereka buat masa ini.", "“Kita akan upgrade (naik taraf) beberapa (padang di) Padang 10 itu, salah satu padang itu kita akan khaskan untuk (kegunaan) latihan (skuad) Liga Super, dan dipasang dengan lampu limpah.”", "“Dan tiga padang lagi, mengikut keadaan bajet, kita akan upgrade untuk kegunaan rakyat negeri Melaka.” tambahnya lagi.", "Selain daripada melawat pusat latihan, delegasi tersebut turut dibawa oleh Pengarah Teknikal JDt, Alistair Edwards untuk melihat gelanggang rasmi skuad JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Ibu Pejabat JDT yang terletak di Iskandar Puteri.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324355/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Tze Yong Pecah Telur, Atasi Tien Chen Untuk Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menamatkan kemarau kemenangan ke atas Chou Tien Chen apabila menewaskan wakil Chinese Taipei itu di  Pusingan 16 Terbuka Thailand 2023. ", "Untuk rekod, kedua-dua pertemuan mereka berakhir dengan kemenangan milik Tien Chen yang turut berada di tangga ketujuh dunia dan Tze Yong akhirnya berjaya memperoleh kemenangan pada kali ini. ", "Lebih manis, Tze Yong menewaskan Tien Chen secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 23-21 dalam pertemuan selama 59 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – R1623 23 🇲🇾NG Tze Yong🥇", "21 21 CHOU Tien Chen", "— BWFScore (@BWFScore) June 1, 2023", "Kemenangan tersebut sekaligus menjadikan Tze Yong wakil negara kedua yang mara ke peringkat suku akhir selepas Leong Jun Hao dan bakal bertemu pemenang di antara pertemuan Lee Cheuk Yiu dan Magnus Johannesen. ", "Terdahulu, perseorangan lelaki No.2 negara itu tersingkir awal dalam saingan Malaysia Masters selepas tewas kepada wakil Jepun, Kenta Nishimoto di pusingan pertama undian utama (main draw) kejohanan tersebut.", "Sungguhpun begitu, Tze Yong menampilkan aksi yang konsisten apabila berjaya mara ke suku akhir dalam tiga kejohanan terakhirnya; Thailand Masters, Terbuka Seluruh England dan Terbuka Swiss sebelum pulang ke Malaysia.", "Featured Image: PERODUA Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219267/", "headline": "\nPandelela Rinong Lelong Koleksi Tunggal NFT ‘P.ZERO1’\n", "content": ["Tertarik dengan industri NFT yang kian berkembang di peringkat global, penerjun handalan negara, Dato’ Pandelela Rinong tampil mengumumkan koleksi NFT eksklusifnya yang berjudul ‘P.ZERO1’.", "Satu-satunya koleksi tersebut tersedia untuk lelongan menerusi pasaran NFT digital, OpenSea dan para peminat boleh membuat bidaan untuk memiliki koleksi ini bermula saat ini sehingga 31 Ogos nanti.", "Pembida tertinggi bukan sahaja dapat menjadi pemilik tunggal koleksi ini bahkan turut ditawarkan pengalaman peribadi tidak ternilai dengan Pandelela. Selain itu, cetakan berbingkai NFT tersebut akan dihantar sendiri oleh atlet berusia 29 tahun ini.", "Difahamkan, Pandelela terdorong untuk mencipta barisan karya seni digitalnya sendiri sebagai ekspresi perjalanan profesional dan peribadinya sebagai seorang atlet.", "“Visi saya untuk ‘P.Zero1’ adalah untuk berkongsi sebahagian kisah saya dengan dunia dan memberi penghormatan kepada sukan ini yang telah mengubah hidup saya secara drastik daripada seorang gadis kampung Bidayuh kepada seorang olahragawati yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. ", "“Pepatah ‘Zero to One’ mencerminkan perjalanan yang telah saya harungi – tentang nasib, ketabahan, kekuatan mental dan dedikasi yang telah membawa saya sejauh ini serta keseluruhan proses mencipta sesuatu yang sangat baharu. ", "“Ia adalah fasa yang menarik bagi saya dan ia mencabar saya untuk belajar dan mencuba perkara baharu. Seperti kata pepatah – hanya langit sebagai batasan dan mesej saya adalah agar orang ramai sentiasa berusaha untuk membuat penemuan diri dan terus berkembang dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap matlamat mereka.”  kata Pandelela. ", "Untuk makluman, koleksi NFT ‘P.ZERO1’ ini terhasil menerusi syarikat pengurusannya, Knight Communications dengan kerjasama Prime Sports NFT – bahagian NFT di bawah Prime Sports International (PSI).", "Sebagai tambahan, Prime Sports NFT merupakan syarikat sama yang bekerjasama dengan bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali menerbitkan koleksi NFT berjudul ‘SEPULUH’ pada Jun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324062/", "headline": "\nBahrain Para Badminton: Cheah Liek Hou Rangkul Kejuaraan Berganda\n", "content": ["Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou melakar kejayaan berganda buat dirinya dengan memenangi dua gelaran juara di Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Bahrain 2023, semalam. ", "Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik itu mencipta kemenangan pertamanya selepas menewaskan perseorangan lelaki Indonesia, Suryo Nugroho secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-10 bagi acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal). ", "Kemudiannya, pemain berusia 35 itu meneruskan rentak kemenangan ketika bergandingan bersama Fareez Anuar yang menyaksikan mereka berjaya menundukkan wakil India, Chirag Baretha dan Raj Kumar untuk muncul juara bagi acara beregu lelaki kategori SU5. ", "Malaysia’s 🇲🇾 Mohd Amin Burhanuddin won his first international title, while compatriot Cheah Liek Hou achieved a double at the Bahrain #Parabadminton International 2023.https://t.co/XlCJ69dWb3", "— BWF (@bwfmedia) May 24, 2023", "Kejayaan pada set pertama (21-18) buat Liek Hou-Fareez Anuar ternyata menjelmakan kebangkitan buat pasangan India tersebut untuk kembali menyamakan kedudukan pada set kedua (19-21) tetapi Liek Hou-Fareez Anuar mengesahkan kemenangan buat Malaysia pada set ketiga (21-14). ", "Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Amin Burhanuddin pula berjaya mendapatkan kejuaraan sulung di peringkat antarabangsa selepas mengalahkan lawan dari India, Suhas Yathiraj di Manama, semalam. ", "Walaupun Suhas Yathiraj mendahului pada set pertama (21-16), pemain berusia 31 tahun itu bangkit pada set kedua (23-21) dan mengesahkan kejuaraan pada set ketiga (21-17) bagi acara perseorangan lelaki kategori SL4 (kecacatan fizikal). ", "Featured Image: Cheah Liek Hou (IG)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113901/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Kesemua Beregu Wanita Malaysia Berjaya Mara ke Pusingan 16\n", "content": ["Ketiga-tiga pasangan beregu wanita Malaysia berjaya melepasi ujian awal dan mara ke Pusingan 16 dalam kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2021.", "Beregu wanita pertama yang menempah tiket kemaraan ke peringkat seterusnya ialah Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan. Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini mara dengan menumpaskan beregu Sepanyol, Clara Azurmendi dan Beatriz Corrales.", "Ia disusuli dengan sepasang lagi beregu negara, Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen ke peringkat yang sama selepas menyingkirkan pasangan Denmark, Alexandra Boje dan Mette Poulsen di Pusingan 32.", "Melengkapkan kemaraan bergaya beregu wanita Malaysia ini ke Pusingan 16 adalah pasangan bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien. Mereka mara selepas menundukkan beregu tuan rumah, Melani Mamahit dan Tryola Nadia.", "Sementara itu, bercakap mengenai pencabar di peringkat berikutnya yang akan berlangsung esok, beregu Vivian-Chiew Sin bakal bakal menghadapi cabaran besar kerana perlu turun menentang pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk memenangi kejohanan ini iaitu Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai dari Thailand.", "Manakala, Meng Yean-Cheng Wen pula akan berentap dengan pasangan Bulgaria yang menduduki ranking ke-11 dunia, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva.", "Pearly-Thinaah pula akan melayan cabaran dari beregu tuan rumah yang menghuni ranking ke-201 iaitu Febriana Dwipuji Kusuma dan Amalia Cahaya Pratiwi. Pearly-Thinaah pernah berhadapan dengan pasangan ini sebanyak satu kali dan kemenangan turut berpihak kepada mereka.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111291/", "headline": "\nJuara Olimpik Dua Kali, Andy Murray Tarik Diri Acara Perseorangan\n", "content": ["Pemain tenis Great Britain, Andy Murray mengumumkan menarik diri daripada acara perseorangan lelaki sekaligus tidak akan mempertahankan kejuaraannya dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Perkembangan mengenai bintang tenis berusia 34 tahun itu dimaklumkan oleh Team Great Britain setelah dia mengalami kecederaan otot menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada staf perubatan.", "🤜🤛@andy_murray & @joesalisbury92 knock out the No.2 seeds after beating French pair Mahut & Herbert 6-3, 6-2 #TeamGB #Tokyo2020 pic.twitter.com/YtRuvZa1Xj", "Bagaimanapun, Murray akan kekal di Tokyo untuk beraksi dalam saingan beregu lelaki bersama-sama Joe Salisbury. Sebelum ini, mereka telah meraih kemenangan dalam acara pembukaan.", "Untuk makluman semua, Murray mencipta sensasi dengan memenangi pingat emas berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki pada temasya Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016.", "Bagi acara beregu lelaki, Murray pernah meraih satu pingat perak pada temasya Sukan Olimpik London 2012."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220802/", "headline": "\nPiala Dunia ISTAF: Malaysia Bergelar Naib Juara, Tewas Kepada Thailand\n", "content": ["Pasukan sepak takraw regu lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara dalam saingan Piala Dunia ISTAF 2022 yang berlangsung di Daejon, Republik Korea.", "Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada musuh tradisi, Thailand dengan secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 19-21 dalam perlawanan akhir yang berlangsung, pagi tadi.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali ketiga Malaysia melakar kekalahan di tangan Thailand dalam perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF.", "Kali pertama kekalahan direkodkan adalah di edisi sulung yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2011 diikuti dengan edisi yang dianjurkan di Hyderabad, India pada tahun 2017.", "Sebagai tambahan, Malaysia berhasil melangkah ke perlawanan akhir edisi kali ini selepas berjaya menumpaskan skuad regu tuan rumah, Republik Korea secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-15 pada peringkat separuh akhir.", "Manakala Thailand pula mara selepas menumpaskan Jepun juga menerusi kemenangan secara “straight set” iaitu 21-8 dan 21-14.", "Featured Image: Malaysia Sepak Takraw Federation – MASTAF"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114391/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Gandingan ‘Sementara’ V Shem-Wee Kiong Meneruskan Kemaraan Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki yang kembali bergandingan buat kali terakhir, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong berhasil meraih tiket ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Beregu bebas (independent) yang pernah meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016 ini berjaya meneruskan kemaraan selepas menyingkirkan beregu Jerman yang menghuni ranking ke-68 dunia, Bjarne Geiss dan Jan Colin Völker pada Pusingan 16, semalam.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 16 🇲🇾V Shem GOH🏅21 14 21 🇲🇾Wee Kiong TAN🏅14 21 17 🇩🇪Bjarne GEISS 🇩🇪Jan Colin VÖLKER🕗 in 50 minutes https://t.co/1ctvA4AklQ", "Walaupun perlawanan ini diheret ke set penentuan, kemenangan tetap berpihak kepada V Shem-Wee Kiong dengan pungutan mata 21-14, 14-21 dan 21-17 dalam tempoh pertarungan yang memakan masa hampir satu jam.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir, pasangan yang berusia 32 tahun masing-masing ini akan menghadapi beregu China yang menduduki ranking ke-24 dunia, He Ji Ting dan Tan Qiang.", "Untuk makluman semua, V Shem-Wee Kiong pernah bertemu beregu ini sebanyak satu kali pada tahun 2018 lalu dan ianya berakhir dengan kemenangan secara ‘straight set’ buat beregu Malaysia ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324004/", "headline": "\nMalaysia Masters: Yew Sin-Ee Yi Singkir Beregu No.4 China\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berhasil memulakan kempen Malaysia Masters 2023 dengan langkah kanan menyingkirkan gandingan No.4 China, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking kelapan dunia menampilkan aksi yang bertenaga serta bersemangat berjaya menumpaskan Ren-Tan secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-18 dalam tempoh 39 minit permainan.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – R32 🇲🇾ONG Yew Sin🏅21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 🇨🇳REN Xiang Yu16 18 🇨🇳TAN Qiang", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Kemenangan Yew Sin-Ee Yi itu bukan sahaja mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 bahkan menjadikan rekod kemenangan ke atas Ren-Tan kepada dua kemenangan berturut-turut. ", "Sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi turut pernah mencatatkan kemenangan ke atas lawan yang sama ketika bertemu dalam saingan Terbuka Malaysia pada Januari lalu. ", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Yew Sin-Ee Yi akan menantikan cabaran daripada beregu Chinese Taipei, Lu Ching Yao dan Yang Po-han yang menghuni ranking ke-14 dunia. ", "Beregu tersebut mara selepas menumpaskan wakil Belanda yang berada di ranking ke-37 dunia, Ruben Jille dan Ties Van Der Lecq dengan skor 21-17 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322216/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Thailand: Pemain No.2 Korea Singkir Jacky\n", "content": ["Perjalanan pemain muda negara, Jacky Kok Jing Hong dalam Cabaran Antarabangsa Thailand 2023 berakhir setakat peringkat Pusingan 16.", "Jacky yang berusia berusia 20 tahun terpaksa akur dengan situasi terbabit selepas tumpas di tangan pemain No.2 Korea yang menghuni ranking ke-55 dunia, Jeon Hyeok-jin ", "Dalam pertarungan tersebut, Jacky yang berada di ranking ke-190 dunia tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 14-21 dalam permainan yang berlangsung selama 47 minit di Gelanggang 1.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali pertama Jacky turun menentang pemain berusia 27 tahun terbabit merangkap juara Korea Masters 2022 – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300.", "Sebagai tambahan, Jacky akan mengambil bahagian dalam kejohanan Ruichang China Masters 2023 yang berlangsung pada minggu hadapan.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217287/", "headline": "\nTikTok Menjadi Platform Hiburan Rasmi Saingan EURO Wanita UEFA 2022\n", "content": ["Platform perkongsian video pendek, TikTok diumumkan menjadi Rakan Rasmi kepada saingan bola sepak, EURO Wanita UEFA 2022 yang akan berlangsung bermula 6 hingga 31 Julai kelak.", "Perkembangan ini menyaksikan TikTok diangkat menjadi Platform Hiburan Rasmi bagi saingan yang akan berlangsung di England, United Kingdom itu nanti.", "We are thrilled to announce that we are the Official Entertainment Platform of the @UEFAWomensEURO ⚽ #WEURO2022 #WhereAllFansPlay https://t.co/Jkce4xJy7h", "— TikTok Sports (@TikTokSports) May 12, 2022", "Dengan kerjasama ini, komuniti TikTok dapat membabitkan diri secara kreatif dalam saingan bermula daripada menggunakan efek khas dan bunyi-bunyi inovatif kami dalam video mereka, menyertai TikTok LIVE dan pelbagai cabaran tanda pagar (hashtag).", "Selain itu, akaun rasmi TikTok UEFA Women’s EURO 2022 pula akan menyajikan perkongsian kandungan-kandungan eksklusif  video belakang tabir, semasa dan video arkib.", "Untuk makluman semua, jalinan kerjasama antara TikTok dan UEFA ini diteruskan susulan kejayaan kerjasama semasa saingan EURO 2020 pada tahun yang lalu. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219220/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemenang Emas Olimpik Singkir Tang Jie-Yen Wei Di Pusingan 32\n", "content": ["Perjalanan Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei yang kembali bergadingan semula di Kejohanan Dunia BWF 2022 nampaknya bertahan setakat Pusingan 32 sahaja.", "Kedua-dua pemain ini berpisah selepas merangkul pingat emas di Sukan SEA Vietnam 2021 pada Mei lalu. Semalam, Tang Jie-Yen Wei kembali beraksi bersama dan memulakan kempen kejohanan dunia dengan kemenangan ke atas beregu campuran Amerika Syarikat di Pusingan 64. ", "Bagaimanapun, penghuni ranking ke-28 dunia ini terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan dunia ini apabila terpaksa akur tumpas kepada wakil China merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping di Pusingan 32, sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022XD – Round of 32 🇨🇳Yi Lyu WANG🏅21 12 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅14 21 11 🇲🇾Tang Jie CHEN 🇲🇾Yen Wei PECK", "🕗 in 45 minutes https://t.co/U2883uE2Hc", "— BWFScore (@BWFScore) August 23, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie-Yen Wei terlebih dahulu tumpas kepada penghuni ranking keempat dunia ini dengan skor 14-21. Namun begitu, mereka berhasil bangkit di set kedua dengan skor 21-12 sekaligus mengheret Yi Lyu-Dong Ping ke set penentuan.", "Akan tetapi, Yi Lyu-Dong Ping tidak mempunyai masalah untuk merekodkan kemenangan di set penentuan dengan pungutan mata 21-11 sekaligus memenangi pertarungan ini.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua Yi Lyu-Dong Ping ke atas Tang Jie-Yen Wei di pentas antarabangsa. Pertemuan dan kemenangan pertama mereka hadir ketika turun berhadapan Tang Jie-Yen Wei di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 pada April lalu.", "Sementara itu, Yi Lyu-Dong Ping yang diletakkan sebagai pilihan keempat di kejohanan ini dapat meneruskan kemaraannya ke Pusingan 16. Di peringkat ini, mereka akan berentap menentang samada beregu Taiwan, Lee Yang-Yang Ching Tun atau beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114140/", "headline": "\nAdat Dunia Bola Sepak, Acong Sedia Rebut Tempat Fadzrul, Asnan Di Kedah\n", "content": ["Pemain tengah berusia 30 tahun, Muhammad Khairu Azrin Khazali menjadi salah seorang pemain baharu yang diikat oleh pasukan naib juara Liga Super 2021 iaitu Kedah Darul Aman (Kedah).", "Menurut Khairu Azrin atau dikenali sebagai Acong, dia sedar penghijrahannya dari pasukan Penang ke Kedah tidak menjaminkan tempat dalam kesebelasan utama dalam skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu pada musim hadapan.", "Hal ini kerana dia perlu bersaing dengan beberapa pemain tengah yang lain seperti Fadzrul Danel dan Asnan Ahmad. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak menggusarkan pemain kelahiran Hulu Langat, Selangor ini sambil menyifatkannya sebagai adat dalam dunia bola sepak.", "“Sebenarnya Kedah sudah lama menyatakan hasrat untuk mendapatkan saya melalui kesungguhan serta minat yang ditunjukkan jurulatih mereka, Aidil.", "“Melihatkan caranya yang begitu serius mahukan saya bersama Kedah nyata membuatkan saya terbuka hati dan pada masa sama, saya amat hormati Kedah yang merupakan sebuah pasukan punyai nama besar serta reputasi tersendiri dalam Liga Malaysia.", "“Setelah fikirkan masak-masak, barulah saya buat keputusan untuk bersama Kedah dan harap saya akan memperoleh banyak pengalaman baharu di sana.", "“Saya sedar perlu bersaing dengan ramai pemain lain seperti Fadzrul Danel dan Asnan Ahmad tetapi itu adalah adat dalam dunia bola sepak profesional,” katanya.", "Untuk makluman semua, Khairu Azrin memulakan karier bola sepaknya bersama Kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada tahun 2011 sebelum menyertai Melaka United (2015), Felda (2017) United, Terengganu (2019).", "Semasa beraksi di Terengganu, Khairu Azrin kurang konsisten mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan ini membuatkannya berhijrah ke Penang pada penghujung tahun tersebut.", "Semasa bermain bersama Penang, prestasi Khairu Azrin kembali memuncak dengan dia seringkali berperanan sebagai pemain tengah No.6 sehinggakan menjadi nadi utama buat pasukan.", "“Segala jasa Penang tidak akan dilupakan kerana di sinilah saya rasa karier ini kembali naik dan ramai mula dapat melihat semula kemampuan saya.", "“Dua musim yang istimewa di Penang yang saya tidak lupakan selain penyokong-penyokongnya yang sentiasa berdiri teguh di belakang pasukan,” katanya.", "Sebagai tambahan, selama dua musim Khairu Azrin bersama Penang, dia telah memacu Penang muncul juara Liga Premier 2020 serta membantu skuad itu menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga ketiga.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324756/", "headline": "\nKUFC Ambil Khidmat Jurulatih Yang Membimbing Chiangrai United Juarai Liga Thai 1\n", "content": ["Kekosongan posisi ketua jurulatih kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Kelantan United FC (KUFC) kini diisi oleh individu yang pernah membuat kejutan membimbing Chiangrai United menjuarai saingan Liga Thai 1 pada tahun 2019.", "Individu tersebut ialah Ailton Dos Santos Silva kelahiran Brazil yang kini berusia 56 tahun. Skuad berjulukan Sang Kijang Hijau mengesahkan perlantikan jurulatih berkenaan menerusi satu makluman yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial miliknya, pada hari ini.", "Menjelaskan dengan lebih lanjut, KUFC melantik Ailton atas faktor pengalamannya dalam kancah bola sepak asia tenggara selepas membimbing dua kelab dalam saingan Liga Thailand. Sebelum menyertai KUFC, Ailton merupakan ketua jurulatih Chiangmai United.", "Difahamkan, Ailton diberikan tanggungjawab untuk mengemudi KUFC bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini. Mereka kini di tangga ketiga tercorot selepas mengharungi 13 perlawanan. Dimaklumkan, perlantikannya juga dibuat atas tekad pihak pengurusan untuk mengembalikan semula kelab dalam persaingan liga.", "Untuk makluman, KUFC bertindak merehatkan seketika ketua jurulatih sebelum ini, Tomas Trucha sebelum melantiknya kembali sebagai ketua jurulatih bagi skuad bawah 23 tahun (B-23) yang beraksi dalam kancah Piala MFL.", "Kemudiannya, kekosongan itu diisi secara sementara oleh penolong ketua jurulatih, Nazrulerwan Makmor bermula aksi ketujuh Liga Super menentang Kuching City FC sekitar awal April lalu.", "Featured Image: Chiangrai United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322421/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Juara Edisi 2021 Tumpas Di Pusingan 32\n", "content": ["Kejohanan Terbuka Swiss 2023 yang bermula semalam menyaksikan juara edisi 2021 bagi kategori beregu wanita menjadi salah satu peserta yang tersingkir seawal Pusingan 32.", "Situasi terbabit hadir buat Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan merangkap beregu wanita No.1 tanah air setelah tumpas kepada pasangan No.26 dunia, Lee Chia Hsin dan Teng Chun Hsun.", "YONEX Swiss Open 2023WD – R32 LEE Chia Hsin🏅21 14 21 TENG Chun Hsun🏅 🇲🇾TAN Pearly15 21 16 🇲🇾THINAAH Muralitharan", "— BWFScore (@BWFScore) March 21, 2023", "Pertarungan tersebut berlangsung sengit dengan mengambil masa hampir satu jam lamanya dan pasangan dari Taiwan itu berhasil menutupnya dengan kemenangan menerusi tiga set permainan berskor 21-15, 14-21 dan dan 21-16.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Pearly-Thinaah bertemu dengan gandingan wanita No.1 Taiwan di pentas antarabangsa. ", "Pada pertemuan pertama yang berlangsung di Terbuka India sekitar Januari lalu, kemenangan berpihak kepada Pearly-Thinaah menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 16-21 dan 21-6.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221265/", "headline": "\nKapten Myanmar, Zaw Min Tun Pemain Import Keenam Diikat Penang FC\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC menjadi antara pasukan yang sibuk pada jendela perpindahan kali ini dengan mengikat beberapa pemain baharu samada import mahupun tempatan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 kelak.", "Terbaru, skuad berjulukan Harimau Kumbang ini mengumumkan secara rasmi mendapatkan khidmat kapten skuad kebangsaan Myanmar, Zaw Min Tun pada hari ini.", "Untuk makluman, Zaw merupakan pemain import baharu yang keenam telah ditandatangani dan diikat oleh Penang pada jendela perpindahan kali ini.", "Bagaimanapun, tempoh kontrak pertahanan tengah berusia 30 tahun dan mempunyai ketinggian 1.85 meter (m) ini tidak didedahkan kepada umum oleh pihak kelab dalam pengumumannya itu.", "Sepanjang empat musim lalu, karier Zaw banyak bertumpu di Thailand. Antara pasukan yang disertainya di sana ialah Chonburi FC, Sukhothai FC, Trat FC sebelum kembali semula bersama Chonburi FC.", "Sebagai rekod, sebelum ini Penang telah mengikat lima pemain import baharu yang terdiri daripada Adriano Narcizo, Giovane Gomes (Brazil), Soony Saad (Lubnan), Curt Dizon (Filipina) dan Ryu Yamaguchi (Jepun).", "Manakala bagi pemain tempatan pula, seramai 12 muka baharu telah diperkenalkan oleh skuad Harimau Kumbang iaitu Asnan Ahmad, Hadin Azman, Namathevan Arunasalam, Rahmat Makasuf, Mohamad Amer Azahar, Mohd Faris Shah Mohd Rosli, Muhammad Nur Izzat Che Awang, Nik Akif Syahiran, Marcus Mah Sang, Danish Haziq, Azfar Arif dan Azmeer Aris.", "Featured Image: Myanmar Football Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220917/", "headline": "\nPiala Dunia: Naib Juara Edisi Lalu Kekang Jepun Ke Suku Akhir\n", "content": ["Penampilan Jepun dalam saingan Piala Dunia kali ini tampak luar biasa lebih-lebih lagi selepas menumpaskan Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan dan muncul juara Kumpulan E.", "Namun begitu, perjalanan skuad berjulukan Samurai Biru menemui noktahnya selepas bertemu naib juara edisi lalu, Croatia di Pusingan 16.", "Dalam perlawanan terbabut, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit permainan. Jepun terlebih dahulu merekodkan jaringan pendahuluan menerusi Daizen Maeda pada minit 43′ sebelum Ivan Perisic menemui jaringan penyamaan buat Croatia pada minit 55′.", "A hat-trick of penalty saves! 👏#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/8MKDVEFhWy", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 5, 2022", "Dengan kedudukan terikat 1-1, pemenang perlu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti. Akan tetapi, Jepun terpaksa akur tumpas pada penentuan sepakan penalti tersebut apabila penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic bertindak cemerlang dengan menafikan tiga sepakan penalti oleh pemain Jepun.", "Hasilnya, Croatia berhasil memenangi penentuan sepakan penalti itu dengan keputusan 3-1 ke atas Jepun.", "Kekalahan itu sekaligus mengekang Jepun daripada mara ke peringkat suku akhir buat pertama kali dalam sejarah pembabitan mereka di saingan bola sepak terulung dunia ini.", "Sementara itu, Croatia yang berhasil merekodkan kemaraan akan menantikan cabaran suku akhir samada daripada Brazil atau Republik Korea untuk merebut tiket ke saingan separuh akhir.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220426/", "headline": "\nDortmund Batal Bertemu Kelab Indonesia, JDT Jadi Pengganti Pada 28 November\n", "content": ["Gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund membatalkan pertemuan menentang kelab Indonesia dalam siri Jelajah Asia pada November dan Disember kelak.", "Pada September lalu, Dortmund memaklumkan akan terbang ke rantau asia tenggara semasa saingan Bundesliga dan eropah berehat – bagi memberikan laluan kepada berlangsungnya saingan Piala Dunia 2022 Qatar. ", "Tiga buah negara serta pasukan yang akan ditentang mereka dalam siri jelajahnya diumumkan pada ketika itu iaitu Indonesia (Persebaya & Persib Bandung), Singapura (Lion City Sailors, 24 November) dan Vietnam (skuad kebangsaan Vietnam, 30 November).", "Bagaimanapun, Dortmund dalam kenyataan terbarunya memaklumkan membatalkan lokasi jelajah dan perlawanan menentang kelab-kelab di Indonesia.", "Ianya tidak boleh dilangsungkan berikutan penetapan daripada pihak kerajaan Indonesia sebagai langkah-langkah keselamatan di stadium-stadium bola sepak. Penetapan ini hadir selepas tragedi yang berlaku di Stadium Kanjuruhan awal Ogos lalu.", "Sebaliknya, Dortmund menggantikan pembatalan tersebut dengan turun ke Malaysia dan bertemu dengan juara Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Perkembangan itu turut disahkan oleh pihak JDT menerusi pelbagai platform laman sosialnya, lewat petang tadi. Setakat ini, pihak JDT sekadar berkongsikan butiran mengenai tarikh perlawanan, 28 November – dua hari selepas perlawanan akhir Piala Malaysia – dan venue perlawanan, Stadium Sultan Ibrahim (SSI). ", "Difahamkan, butiran lanjut seperti tarikh penjualan, harga tiket dan sebagainya membabitkan perlawanan persahabatan kelab antarabangsa ini akan menyusul kemudian.", "Sebagai tambahan, siri Jelajah Asia ini akan disertai oleh barisa pemain yang tidak dipanggil oleh skuad negara masing-masing untuk menghadapi saingan Piala Dunia termasuk para pemainnya bawah 23 tahun (B-23) dan bawah 19 tahun (B-19).", "Untuk makluman semua, ini bakal menjadi pertembungan kali kedua melibatkan JDT dan Dortmund. Kedua-dua kelab sudah pernah bertemu pada 2015 yang lalu dimana pada saat itu, JDT dengan keputusan 1-6 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322682/", "headline": "\nChong Yee Fatt Berehat, Penang Mohon Manzoor Jadi Ketua Jurulatih ‘Interim’\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC memaklumkan membuat permohonan kepada Malaysian Football League (MFL) untuk menjadikan penolong ketua jurulatih, Manzoor Azwira sebagai ketua jurulatih ‘interim’.", "Permohonan itu dibuat oleh skuad berjulukan Harimau Kumbang susulan ketua jurulatihnya, Chong Yee Fatt terpaksa berehat sekurang-kurangnya selama enam minggu ekoran menghidap masalah kesihatan berkaitan jantung iaitu acute ischemic heart disease.", "Perkembangan ini dikongsikan secara rasmi oleh pihak kelab menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya dan masalah kesihatan dialami Yee Fatt itu disahkan oleh doktor dan telah dimasukkan ke Hospital Pantai, Ipoh pada 28 Mac lalu.", "A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)", "Sebelum ini Penang pernah membuat rayuan kepada MFL selaku badan pengendali liga untuk menggunakan khidmat Manzoor selaku pengendali ‘interim’ bagi skuad utama sehingga jurulatih berusia 46 tahun itu menyiapkan Lesen Diploma Profesional AFC.", "Bagaimanapun, ianya ditolak MFL sepertimana dimaklumkan Penang dalam satu kenyataan media sekitar penghujung Februari lalu.", "Penolakan itu selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan terutamanya individu yang dilantik sebagai ketua jurulatih mestilah mempunyai ‘Pro License’ bagi mematuhi kehendak Pelesenan Kelab (Club Licensing).", "Susulan penolakan permohonan terbabit, Penang mengumumkan Yee Fatt sebagai ketua jurulatih dengan Manzoor bertindak sebagai penolong ketua jurulatih. Difahamkan, mereka akan mempertimbangkan untuk melantik semula Manzoor sebagai ketua jurulatih setelah menamatkan kursus kejurulatihan ‘Pro License’ tersebut.", "Featured Image:  Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111879/", "headline": "\nRasmi: SRT Tinggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP, Razlan Bakal Umum Entiti Baharu Bulan Hadapan\n", "content": ["Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) secara rasminya mengumumkan akan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP setelah tamatnya saingan musim 2021, hujung tahun ini.", "Keputusan itu dimaklumkan oleh pasukan tersebut menerusi satu hebahan media yang dikeluarkan oleh pasukan, tengah malam tadi.", "Ia susulan penaja utamanya (title sponsor), Petronas dan pemilik pasukan, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan ‘perceraian’ terhadap pasukan yang dikendalikan oleh Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali dan Pengarah Pasukan, Johan Stigefelt, baru-baru ini.", "Sementara itu, pasukan yang beraksi dalam Kejohanan Dunia bagi kelas Moto2 dan Moto3 iaitu Petronas Sprinta Racing turut sama tidak akan meneruskan saingan pada tahun hadapan.", "Bagaimanapun, hebahan media yang sama menyatakan Razlan dan Johan akan terus terlibat dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 bersama entiti baharu.", "Entiti baharu bersama-sama penaja utama (title partner) akan diumumkan pada perlumbaan GP Octo di Litar San Marino pada 19 September hadapan.", "Portal motorsports.com mendedahkan entiti baharu tersebut berkemungkinan akan disokong oleh syarikat berpangkalan dari Itali, WithU yang akan hadir selaku penaja utama (title sponsor)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208106/", "headline": "\nSUKMA, Para SUKMA 2020 Dibatalkan & Dibawa Ke Tahun 2022\n", "content": ["Temasya SUKMA dan Para SUKMA 2020 yang sepatutnya diadakan pada bulan April 2021 telah dibatalkan dan akan diadakan pada tahun 2022.", "Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi satu makluman oleh Bernama.", "Sukma, Para Sukma Johor 2020 dibatalkan, akan diadakan di negeri itu pada 2022 – Reezal Merican pic.twitter.com/fOZDya43S5", "Untuk makluman, temasya SUKMA edisi ke-20 yang mengambil tempatnya di negeri Johor sepatutnya dilangsungkan pada julai lalu dan diikuti oleh Para SUKMA pada bulan berikutnya.", "Bagaimanapun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda, temasya sukan dwitahunan tersebut telah dianjak beberapa kali oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).", "Featured Image: SUKMA XX JOHOR 2020"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208194/", "headline": "\nThorsten Fink Kemudi Selangor? Itu Tidak Betul – Setiausaha Agung FAS\n", "content": ["Nama jurulatih warganegara Jerman, Thorsten Fink yang dikaitkan untuk mengemudi pasukan Selangor pada musim hadapan hanyalah sekadar khabar angin.", "Malahan bekas ketua jurulatih Vissel Kobe itu tidak tersenarai langsung dalam senarai sasaran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menggantikan B. Satiananthan yang dipecat, baru-baru ini.", "Perkara itu dinafikan sendiri oleh Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon menurut satu laporan oleh Harian Metro.", "“(Khabar angin) itu tidak betul. FAS menafikan khabar angin itu. Malah, individu yang dinyatakan itu pun tiada dalam senarai kami,” katanya.", "Sementara itu, Dr. Johan turut mengesahkan skuad Red Giants berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan calon ketua jurulatih mereka bagi saingan Liga Malaysia 2021.", "Difahamkan mereka akan membuat pengumuman mengenai perlantikan jurulatih baharu yang akan membimbing Selangor sekitar penghujung bulan ini.", "“Kita sudah ada senarai akhir membabitkan dua atau tiga jurulatih yang berpotensi. Insya-Allah kita akan muktamadkan seminggu dua lagi,” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218889/", "headline": "\nSukan Komanwel: Pelari Trinidad & Tobago Pertahan Emas 200m – Cipta Rekod Baharu 19.80s\n", "content": ["Saingan peringkat akhir acara pecut 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 menyaksikan pelari Trinidad dan Tobago, Jereem Richards muncul sebagai pemenang.", "Dalam perlumbaan tersebut, atlet berusia 28 tahun ini melintasi garisan penamat dengan catatan masa 19.80 saat (s) dan secara langsungnya memecahkan rekod lama bagi temasya ini, 19.97s, dicpta oleh atlet Namibia, Frankie Fredericks pada edisi 1994 lalu.", "What a spectacle that was 🔥 ", "A world class performance from @Reemy_rich19 in the 200m final this evening, retaining his title from 4 years ago and setting a Games record whilst he was at it. 👏#CommonwealthGames pic.twitter.com/nHHXFOgYBP", "— Commonwealth Sport (@thecgf) August 6, 2022", "Selain itu, kemenangan ini juga menjadikan Jereem berjaya mempertahankan emas yang dimenangi pada temasya lalu, Sukan Komanwel Gold Coast 2018.", "Sebagai tambahan, catatan masa yang dilakukan dalam larian pada kali ini juga membolehkannya memperbaharui rekod peribadi terbaiknya. Sebelum ini, catatan masa larian terbaiknya dalam acara 200m adalah 19.8s.", "Jereem Richards owned that race from the start. 🤩", "He takes gold back to @TTOlympic, with @TeamEngland's Zharnel Hughes finishing second and Ghana's Joseph Paul Amoah coming in third.#CommonwealthGames #B2022 pic.twitter.com/B3WrAjzjyo", "— Commonwealth Sport (@thecgf) August 6, 2022", "Sementara itu, pemenang pingat perak dalam temasya kali ini dirangkul oleh pelari tuan rumah, Zharnel Hughes manakala pingat gangsa pula dibawa pulang oleh atlet Ghana, Joseph Amoah.", "Kedua-dua pelari ini melintas garisan penamat dengan catatan masa 20.12s dan 20.49s masing-masing.", "Sebagai perbandingan, rekod dunia masih lagi dipegang oleh pelari pecut legenda dari Jamaica, Usain Bolt dengan catatan masa 19.19s yang diciptanya semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia 2009."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111666/", "headline": "\nMalaysia Disahkan Layak Sertai Hoki Piala Dunia Remaja 2021\n", "content": ["Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) mengesahkan skuad remaja lelaki negara layak beraksi di kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang akan berlangsung di Guwahati, India pada hujung tahun ini.", "Menurut MHC, Malaysia layak menyertai kejohanan tersebut berdasarkan kiraan mata yang dilakukan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF) selepas kejohanan Hoki Piala Remaja Asia dibatalkan.", "Berdasarkan kiraan mata tersebut, Malaysia berada di kedudukan ketiga di belakang India (hos) dan Pakistan. Sementara itu, melengkapkan kuota tiga pasukan dari benua asia adalah Republik Korea di kedudukan keempat.", "Untuk makluman semua, kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja ini dilangsungkan secara dwitahunan melibatkan pemain-pemain berusia 21 tahun dan ke bawah.", "Sebanyak 16 pasukan remaja lelaki mengambil bahagian di kejohanan ini di mana enam slot dari eropah, tiga slot dari asia serta masing-masing dua slot dari benua afrika, pan america dan oceania. Pasukan dari negara hos pula layak secara automatik.", "Selain empat pasukan dari benua asia, Jerman, England, Belanda, Sepanyol, Belgium dan Perancis dari benua eropah turut disahkan layak menyertai kejohanan ini. ", "Sebagai tambahan, kejohanan ini akan berlangsung dari 24 November hingga 5 Disember 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324519/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Juara Thailand Tundukkan Wei Chong-Kai Wun\n", "content": ["Gandingan lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun akur tewas kepada kualiti yang dipamerkan wakil China, Liang Wei Keng dan Wang Chang dalam Pusingan 16 Terbuka Singapura, sebentar tadi. ", "Untuk makluman, kedua-dua beregu berada pada prestasi terbaik dengan Wei Chong dan Kai Wun hadir selepas muncul naib juara Malaysia Masters manakala Wei Keng dan Wang Chang pula baru sahaja memenangi Terbuka Thailand. ", "Bertemu buat kali pertama, pasangan lelaki kebangsaan itu tewas pada set pertama tetapi mereka cuba bangkit dengan kemenangan pada set kedua perlawanan dengan skor 18-21 dan 21-18 masing-masing.", "Singapore Open 2023MD – R16 🇨🇳LIANG Wei Keng🏅21 18 21 🇨🇳WANG Chang🏅 🇲🇾MAN Wei Chong18 21 13 🇲🇾Kai Wun TEE", "— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023", "Bagaimanapun, kualiti yang dipamerkan beregu No.3 dunia pada set ketiga menyaksikan Wei Chong-Kai Wun tewas dengan skor 13-21 sekaligus menamatkan perlawanan yang berlangsung selama 42 minit di Stadium Tertutup Singapura. ", "Sebelum ini, beregu No.3 negara itu mendapat kelebihan menang tanpa bertanding (retired) pada pusingan 16 selepas lawan mereka dari Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel menarik diri daripada kejohanan.", "Ini merupakan perlawanan pertama Wei Chong dan Kai Wun selepas berhempas pulas dalam meraih naib johan di Malaysia Masters apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, Seo Seung-jae dan Kang Min-hyuk.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325579/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Aaron-Wooi Yik Ke Suku Akhir, 6 Lagi Terkandas Di Pusingan 16\n", "content": ["Hanya satu sahaja wakil Malaysia iaitu beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya melakar kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Jepun 2023.", "Langkah tersebut tercipta susulan meraih kemenangan ke atas beregu No.4 Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana di Pusingan 16, hari ini.", "Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia menundukkan lawannya dengan mudah dan mengakhiri perlawanan bertempoh 24 minit itu dengan skor 21-12 dan 21-10.", "Kemenangan itu sekaligus membawa mereka bertemu beregu handalan tuan rumah, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi pada hari esok, untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", " R16#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(4) def. #INA🇮🇩 Shohibul Fikri-Bagas Maulana 21-12 21-10", "📷 @badmintonphoto#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/O7As12W2Y2", "— BAM (@BA_Malaysia) July 27, 2023", "Sementara itu, baki enam lagi wakil negara yang berentap di Pusingan 16 terpaksa akur tumpas kepada lawan masing-masing.", "Ianya bermula dengan beregu wanita, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tumpas kepada gandingan No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 13-21.", "Kemudiannya, dua beregu lelaki, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi serta Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin mengikut jejak langkah yang sama tumpas kepada lawan masing-masing.", "Yew Sin-Ee Yi tumpas kepada pemenang emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin dengan skor 21-15, 18-21 dan 16-21.", " R16#CHN Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi(8) def. #MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani 21-14 21-17", "— BAM (@BA_Malaysia) July 27, 2023", "Manakala Sze Fei-Izzuddin pula ditundukkan beregu China yang berada di ranking ketujuh dunia, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi secara “straight set” dengan skor 14-21 dan 17-21.", "Tidak lama kemudian, perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong pula merekodkan kekalahan di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 14-21. ", "Akhir sekali, dua beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei serta Chan Peng Soon dan Cheah Yee See mengulangi skrip yang sama dengan tumpas kepada gandingan Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong serta Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324711/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Zii Jia Pemain Ketiga Malaysia Tumpas Di Tangan Lakshya Sen\n", "content": ["Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi pemain ketiga dari Malaysia yang tumpas kepada Lakhsya Sen pada tahun ini ketika turun beraksi di Pusingan 32 Terbuka Indonesia. ", "Kekalahan ini bermakna pemain berusia 25 tahun itu sekali lagi terpaksa pulang awal daripada saingan ini sama seperti apa yang berlaku dalam kejohanan yang disertainya pada minggu lalu.", "Permainan berakhir dengan Zii Jia ditundukkan dengan mudah oleh perseorangan lelaki India tersebut secara “straight set” menerusi 21-17 dan 21-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 33 minit itu di Istora Gelora Bung Karno, Senayan.", "Kapal Api Group Indonesia Open 2023MS – R3221 21 🇮🇳Lakshya SEN🏅17 13 🇲🇾LEE Zii Jia", "— BWFScore (@BWFScore) June 14, 2023", "Sebelum ini, dua pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao turut tumpas di tangan bekas juara remaja Asia 2016 itu dalam Indonesia Masters dan Terbuka Thailand masing-masing pada tahun ini. ", "Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan individu ketiga berturut-turut yang menyaksikan pemain No.11 dunia itu tidak dapat mara ke pentas suku akhir.", "Untuk makluman, Zii Jia turut pulang awal dalam saingan Terbuka Singapura pada minggu lalu. Ia berpunca daripada tumpas kepada pemain di tangga ke-25 dunia dari China, Weng Hong Yang menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 16-21 dan 21-19. ", "Sebagai tambahan, Sen yang mara ke peringkat seterusnya bakal bertemu rakan senegaranya, Srikanth Kidambi yang baru sahaja menewaskan wakil China, Lu Guang Zu dengan keputusan “straight set” 21-13 dan 21-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216796/", "headline": "\nRanking BWF: Jin Wei Duduki Kelompok 88 Terbaik Dunia Selepas Ke Suku Akhir Terbuka Korea\n", "content": ["Kehadiran semula perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei di saingan Terbuka Korea minggu lalu setelah ‘berehat’ hampir 10 bulan berhasil meningkat kedudukan ranking dunianya dengan mendadak.", "Pemain berusia 22 tahun ini berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Kim Gaeun berhasil meletakkan dirinya di ranking ke-88 dunia seperti dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Untuk rekod, Jin Wei menghuni ranking ke-124 dunia pada minggu lalu.", "Dia dijangka boleh meningkatkan lagi kedudukannya dengan syarat mara lebih jauh dalam kejohanan yang disertainya pada minggu ini, Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Sementara itu, penurunan ranking dikesan melibatkan dua perseorangan wanita negara iaitu Kisona Selvaduray dan Eoon Qi Xuan. Kedua-duanya merekodkan penurunan satu dan dua anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-57 dan ke-131 dunia masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216561/", "headline": "\nGagal Lunas Tunggakan Hampir RM1 Juta, Perak FC Dipotong Tiga Mata\n", "content": ["Kegagalan Perak FC melunaskan baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan ‘reserve team’ sehingga November 2021 menyebabkan mereka dikenakan pemotongan tiga mata secara serta merta oleh badan bebas, First Instance Body (FIB) pada hari ini.", "Dimaklumkan, baki ansuran tunggakan itu berjumlah menghampiri RM1 juta berdasarkan Akuan Berkanun (SD) yang dihantarkan oleh Perak FC bertarikh (15 Disember 2021). ", "Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat FIB Pelesenan Kelab MFL yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif secara persidangan video bersama ahli-ahli jawatankuasa berkenaan kes tunggakan yang berlaku pada musim 2021.", "Badan bebas, FIB hari ini mengumumkan bahawa Perak FC telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata secara serta-merta bagi saingan Liga Premier 2022 di atas kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.#LigaPremier2022", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 1, 2022", "“Pihak pengurusan Perak FC sebelum ini telah bersetuju untuk menjelaskan baki tunggakan gaji tahun lalu melibatkan pemain dan pegawai pasukan utama dan reserve team berjumlah RM 934,729.42 pada 31 Mac 2022 namun mereka didapati gagal untuk berbuat demikian.", "“Justeru itu, Jawatankuasa FIB yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk menjatuhkan hukuman pemotongan tiga mata kepada Perak FC.", "“Jika Perak FC masih gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji berkenaan pada tarikh akhir kedua (14 April 2022) maka pada 15 April 2022, mereka boleh dikenakan hukuman pemotongan enam lagi mata dalam saingan Liga Premier dan pengurangan dana,” katanya.", "Tambah Sheikh Mohd Nasir lagi, sekiranya Perak FC masih gagal membuat bayaran tunggakan gaji tersebut sebelum atau pada 21 April 2022, maka pada 22 April 2022 MFL akan memanjangkan kes ini kepada FIB bagi tindakan lanjut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323470/", "headline": "\n‘Maintain’ Padang Pun Tak Boleh, Macam Mana Nak Ada Stadium Sendiri? – TMJ\n", "content": ["Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail menempelak usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang ingin membantu kelab-kelab Liga Malaysia (Liga-M) mendapat pemilikan penuh stadium yang sedang digunapakai.", "Baginda yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menempelak usaha itu ekoran berdasarkan pemerhatiannya, majoriti kelab-kelab Liga-M tidak mampu menanggung kos penyelenggaraan penyelenggaraan yang lebih kecil seperti padang yang beranggaran RM200,000 setahun.", "Ia menimbulkan keraguan buat TMJ terhadap kelab-kelab Liga-M lain kerana kos penyelenggaraan stadium itu sendiri sudah pasti lebih tinggi berbanding kos penyelenggaraan padang yang bernilai sekitar RM200,000 tersebut.", "“RM200 ribu setahun maintain (selenggara) padang pun tak boleh terima dan cakap tak mampu, macam mana nak ada stadium sendiri? Siapa nak maintain? Cakap dan nak buat sesuatu itu biar berdasarkan fakta.”", "“Semua cakap dan memberi gambaran tak betul kepada penyokong. Nilai sendiri. Cakap memang senang, bila ajak berdepan takut. “No transparency.” (tiada ketelusan)”, tulis TMJ dalam ruangan komen di sebuah akaun laman sosial Instagram peminat bola sepak tempatan. ", "Dalam satu laporan media tempatan sebelum ini, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin berkata akan cuba membantu mana-mana kelab Liga-M untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium yang digunakan mereka menerusi sistem pajakan.", "Hamidin yang juga merupakan Ahli Majlis FIFA memaklumkan akan mengusulkan perkara ini untuk dibawa ke perbincangan bersama penganjur saingan tempatan, Malaysian Football League (MFL).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322712/", "headline": "\nBrendan Rodgers ‘Menganggur’ Selepas Lebih 4 Tahun Urus Leicester City\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Northern Ireland, Brendan Rodgers kini berstatus sebagai penganggur setelah bertindak meninggalkan kelab yang diuruskannya selama lebih empat tahun iaitu Leicester City.", "Skuad berjulukan The Foxes itu mengesahkan pemergian jurulatih berusia 50 tahun berkenaan menerusi satu makluman yang dikongsikan di laman sesawang rasminya, pada malam tadi waktu Malaysia.", "Bukan itu sahaja, pemergian Rodgers turut diikuti oleh penolong pengurus, Chris Davies serta jurulatih kecergasan, Glen Driscoll.", "Leicester City Football Club has reached a mutual agreement with Brendan Rodgers that will see him leave the Club after four years as our Men’s First Team Manager.", "— Leicester City (@LCFC) April 2, 2023", "Dalam makluman yang sama, Rodgers yang dilantik sebagai pengurus Leicester City bermula Februari 2019 turut diungkapkan sebagai salah seorang pengendali paling berjaya dalam sejarah kelab.", "Ungkapan itu hadir atas pencapaiannya membimbing Leicester City menjuarai saingan Piala FA buat julung kalinya pada musim 2020-21 serta menjulang Piala Perisai Komuniti 2021. ", "Selain itu, Rodgers turut memastikan Leicester menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat kelima sebanyak dua kali berturut-turut sekaligus memberikan mereka slot ke saingan Liga Europa juga sebanyak dua kali berturut-turut.", "Tidak dilupakan, bersama Rodgers, kelab yang dipengerusikan oleh ahli perniagaan Thailand ini turut berhasil mara buat julung kalinya ke peringkat separuh akhir saingan UEFA Europa Conference League 2022.", "Bagaimanapun, disebalik semua kejayaan ini, prestasi Leicester City bimbingan Rodgers pada musim ini sangat tidak memberangsangkan dengan mereka menghuni zon penyingkiran setelah sekadar mengutip 25 mata daripada 28 perlawanan dalam saingan EPL.", "Sementara itu, kekosongan yang ditinggalkan oleh Rodgers ini akan diisi oleh Adam Sadler dan Mike Stowell bagi menghadapi baki saingan musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218302/", "headline": "\nMalaysia Masters: Tze Yong Ke Pusingan 16, Bakal Berentap Menentang Pemain No.4 Dunia\n", "content": ["Perseorangan muda lelaki negara, Ng Tze Yong bakal berentap menentang pemain No.4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen di Pusingan 16 saingan Malaysia Masters 2022.", "Pemain negara berusia 22 tahun ini menempah tiket kemaraan ke peringkat tersebut selepas menyingkirkan pemain Kanada yang menghuni ranking ke-31 dunia, Brian Yang di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong berjaya mencatatkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-15 dalam tempoh masa 46 minit permainan.", "R32Ng Tze Yong 🇲🇾21-15, 21-15Brian Yang 🇨🇦", "Tiada masalah untuk Tze Yong menundukkan lawannya dalam pertemuan kali pertama antara kedua-dua pemain ini. #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/BD5c8qiu8T", "— Team Malaysia (@TeamMsia) July 6, 2022", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain pada peringkat senior di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Tze Yong yang meneruskan kemaraan dalam saingan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini berentap pemain No.4 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen di Pusingan 16.", "Tien Chen mara selepas menumpaskan pemain India, Sameer Verma di Pusingan 32 dengan skor yang berkesudahan 10-21, 21-12 dan 21-14.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112352/", "headline": "\nHanya 3 ‘Reserve Team’  Sahaja Terus Warnai Saingan Liga Malaysia, Perak II Dibubarkan\n", "content": ["Sebanyak 3 buah pasukan simpanan atau nama glamornya ‘Reserved Team’ akan terus mewarnai kancah Liga Malaysia pada tahun hadapan.", "Tiga buah pasukan tersebut ialah Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Terengganu II dan Selangor 2.", "Sementara itu, sebuah lagi pasukan berstatus simpanan iaitu Perak II yang diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) ‘ditendang’ ke saingan Liga M3  2022 akan dibubarkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).", "Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohamad dan dilaporkan oleh akhbar tempatan, Sinar Harian pada hari ini.", "“Setakat ini dalam perbincangan awal pihak pengurusan, Perak FC II terpaksa kita bubarkan. Tak boleh buat apa dah, nak tukar semula nama jadi PKNP FC pun tak ada dalam perancangan.", "“Fokus kami sekarang adalah untuk mengharungi Liga Premier mulai musim depan dan juga layak ke Piala Malaysia. Kalau rezeki boleh melangkau semula (ke Liga Super)… alhamdulillah.", "“Pada masa sama, kami nak fokus untuk pasukan bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) dan juga skuad pembangunan,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Untuk makluman semua, Perak II diperkenalkan pada penghujung tahun 2019 apabila PKNP FC digabungkan bersama pasukan Perak di bawah PAFA.", "Menyentuh prestasi Perak II pada musim ini, pasukan yang disertai oleh majoriti pemain muda tempatan itu berada di tangga ke-10 Liga Premier.", "Sebagai tambahan, Yadzan berkata sebahagian pemain Perak II yang beraksi baik pada musim ini akan dipanggil untuk menyertai skuad utama Perak bagi mengharungi saingan musim hadapan.", "“Namun, perkara ini akan dibincangkan lagi. Cuma kami tak akan ada sampai dua tiga pasukan, belanjanya besar. Lagipun kami dah tetapkan kriteria dan siapa (pemain) yang bagus akan pergi ke Perak FC,” jelasnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219277/", "headline": "\nPerbandingan Red Giants Team Card vs TFC Membership Card, Manakah Paling Berbaloi?\n", "content": ["Menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia 2021, Selangor FC dan Terengganu FC merupakan dua pasukan yang menggerakkan usaha untuk mendekatkan para penyokongnya dengan mengadakan pendaftaran keahlian buat pasukan masing-masing.", "Selangor FC, pasukan berpangkalan di Lembah Klang sudah lama mengadakan inisiatif ini dimana mereka memulakannya pada tahun 2019 manakala skuad yang berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC baru sahaja memulakan inisiatif yang sama pada tahun ini.", "Bercakap mengenai kad keahlian kedua-dua pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Super ini, selain daripada memberi peluang kepada para penyokong masing-masing untuk menjadi sebahagian daripada pasukan, ianya turut disertakan dengan beberapa manfaat dan kelebihan bersama rakan penajaan pasukan masing-masing.", "Di sini Sukanz membuat perbandingan di antara kad keahlian milik Selangor FC dan Terengganu FC dan melihat pasukan manakah yang memberikan manfaat paling berbaloi kepada penyokong-penyokong yang berdaftar bersama pasukan masing-masing.", "#1 Harga Pendaftaran Kad Keahlian", "Harga pendaftaran bagi kad keahlian Selangor FC iaitu Red Giants Team Card hanyalah RM20. Manakala kad keahlian untuk pasukan Terengganu FC iaitu TFC Membership Card ianya diletakkan pada harga RM30.", "Pendaftaran kedua-dua kad keahlian pasukan boleh dilakukan secara atas talian dan dibuka sepanjang tahun.", "#2 Manfaat & Faedah Bersama Pasukan", "Bagi pemilik Red Giants Team Card, mereka bakal mendapat manfaat seperti diskaun harga tiket dengan pembelian secara atas talian, diskaun 10% untuk cenderamata rasmi terpilih di kedai rasmi Red Giants serta diskaun eksklusif dengan rakan rasmi Team Card Red Giants.", "Untuk pemegang TFC Membership Card pula, mereka mendapat diskaun di TFC Store dan potongan harga yang menarik di TFC Lab (Kedai Kopi). Selain itu, mereka akan diberikan keutamaan membeli tiket perlawanan lebih awal berbanding penyokong yang tidak berdaftar, berpeluang untuk mendapat tempat di semua majlis rasmi Terengganu FC dan menjadi pembaca terawal Majalah Digital TFC secara maya.", "#3 Jumlah dan Jenis Rakan Rasmi Kad Keahlian", "Berdasarkan kepada laman sesawang pasukan Selangor FC, Red Giants Team Card dilihat mempunyai 24 rakan rasmi yang terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan seperti kedai barangan sukan, pusat jualan dan servis kenderaan, makanan dan minuman, gelanggang sukan, hospital dan beberapa lagi.", "Untuk TFC Membership Card pula, mereka mempunyai 29 rakan rasmi yang terdiri daripada perhotelan, syarikat telekomunikasi, makanan dan minuman, kedai optometri, perkhidmatan gunting rambut, dobi, perniagaan alat ganti kenderaan, pengeluar dan penjual pakaian serta penyedia khidmat kesihatan dan lain-lain.", "#4 Manfaat Paling Besar Yang Ditawarkan Oleh Setiap Pasukan", "Berdasarkan pemerhatian kami, pemegang Red Giants Team Card mendapat manfaat yang paling besar menerusi Kowamas Edar (pusat servis 3S Honda rasmi) yang terletak di Kota Kemuning. Mereka berpeluang untuk mendapat rebat 2% tambahan (harga jualan) ditambah dengan promosi bulan Honda untuk pembelian kereta baharu. Selain itu, rebat sebanyak 20% turut diberikan kepada pemegang kad keahlian untuk alat ganti semasa membuat servis kereta Honda di pusat servis 3S yang sama.", "Bagi pemegang TFC Membership Card, manfaat paling besar yang akan diperolehi adalah ketika menginap di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Berdasarkan info di laman sesawang mereka, pemegang kad keahlian TFC akan mendapat potongan diskaun hampir 48% untuk Premium Room, diskaun sekitar 44% untuk Deluxe Room dan diskaun hampir 40% untuk Standard Room.", "Berdasarkan kepada perbandingan di atas, kami merumuskan Selangor FC menawarkan harga yang lebih murah untuk pendaftaran kad keahlian Red Giants Team Card disertakan dengan kelebihan mendapat diskaun (tertakhluk kepada T&C) di beberapa premis makanan tersohor seperti Domino’s, Kenny Rogers Roasters, Santan dan Llaollao seluruh Malaysia. ", "TFC Membership Card pula hadir dengan pendaftaran yang sedikit mahal berbanding Selangor FC namun mereka memberikan lebih nilai eksklusif kepada pemegang kad menerusi manfaat menjadi yang terawal untuk undangan majlis rasmi TFC dan majalah digital. Manakala untuk manfaat bersama rakan penajaan, TFC memberikan lebih manfaat terutamanya dengan kerjasama daripada empat jenama perhotelan serta perniagaan setempat di negeri Terengganu.", "Ini menjadikan TFC Membership Card merupakan kad keahlian yang lebih berbaloi dan seharusnya dimiliki khususnya para peminat tegar pasukan TFC."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206702/", "headline": "\nBarcelona Sedia Lepaskan Messi Asalkan Tidak Kurang Daripada €222 Juta\n", "content": ["FC Barcelona mengangkat bendera putih untuk mengekalkan penyerang prolifiknya, Lionel Messi.", " Justeru, Barca meletakkan harga tidak kurang daripada €222 juta kepada mana-mana pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya, lapor laman AS yang memetik sumber RAC1.", "Harga tersebut jauh lebih murah berbanding klausa tebus kontrak asal yang bernilai €700 juta. ", "Keputusan itu dibuat oleh ahli lembaga pengarah Barca kerana tidak sanggup melihat Messi meninggalkan skuad Blaugrana secara percuma.", "Terdahulu, Messi telah menghantar transfer request kepada majikannya, selasa lalu. ", "Messi turut mengaktifkan satu klausa di dalam kontraknya untuk membenarkan dirinya meninggalkan pasukan gergasi bola sepak Catalan secara percuma.", "Terdapat pertikaian mengenai klausa tersebut di antara majikannya dan peguam kepada Messi. Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah Barca tidak mahu memanjangkan pertikaian tersebut ke mahkamah. ", "Oleh demikian, mereka sedia melepaskannya asalkan ianya mengatasi harga perpindahan Neymar ke Paris Saint Germain (PSG) pada tahun 2017 iaitu sebanyak €222 juta.", "Beberapa laporan di Sepanyol mengatakan Messi sudah mengadakan perbincangan bersama bekas jurulatihnya, Pep Guardiola untuk berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.", "Antara laporan lain mengatakan Manchester United turut melakukan rundingan bersama Barcelona untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 33 tahun itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220946/", "headline": "\nPiala Dunia: Maghribi Singkir Juara 2010, Rekod Kemaraan Sulung Ke Suku Akhir\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan Maghribi menempa satu sejarah baharu apabila berjaya merakamkan kemaraan ke peringkat suku akhir buat pertama kali di pentas Piala Dunia.", "Perkembangan itu hadir setelah skuad berjulukan The Atlas Lions ini menumpaskan juara dunia edisi 2010, Sepanyol pada peringkat Pusingan 16 yang berlangsung di Education City Stadium, sebentar tadi.", "Maghribi mencetak kemenangan tersebut dengan memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Achraf Hakimi, Hakim Ziyech dan Abdelhamid Sabiri. Hanya Badr Benoun yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.", "Morocco reach the Quarter-Finals for the first time. 🇲🇦 #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/Z6uVjyLmWz", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 6, 2022", "Manakala kesemua pemain Sepanyol yang ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti iaitu Sergio Busquets, Carlos Soler dan Pablo Sarabia gagal menyempurnakannya sama sekali.", "Terdahulu kedua-dua pasukan yang dibimbing oleh Walid Regragui dan Luis Enrique masing-masing ini terpaksa akur seri tanpa sebarang jaringan selepas beraksi sehingga 120 minit permainan.", "Sebagai rekod, Maghribi menjadi pasukan keempat dari benua afrika yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia selepas Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010).", "Untuk peringkat seterusnya, Maghribi akan menantikan cabaran samada Portugal atau Switzerland untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220689/", "headline": "\nTerbuka Australia: Tze Yong, Jin Wei & Yew Sin-Ee Yi Tempah Tiket Suku Akhir\n", "content": ["Saingan Terbuka Australia – Jelajah Dunia Super 300 BWF – menyaksikan tiga daripada lima wakil negara berhasil menempah tiket kemaraan ke peringkat suku akhir.", "Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong muncul yang terawal mengesahkan kemaraan apabila berhasil menumpaskan lawannya, pemain Korea, Kwang Hee-heo di Pusingan 16.", "Perlawanan berlangsung sengit dan memakan masa melebihi satu jam permainan. Namun begitu, Tze Yong memastikan kemenangan berpihak kepadanya setelah menamatkan pertarungan itu dengan skor 21-16, 19-21 dan 21-5.", "Di peringkat suku akhir yang berlangsung pada hari esok, Tze Yong akan berhadapan dengan pemain tuan rumah yang menghuni ranking ke-277 dunia, Nathan Tang.", "SATHIO GROUP Australian Open 2022MS – Round of 1621 19 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅16 21 5 🇰🇷Kwang Hee HEO", "🕗 in 68 minutes https://t.co/f3YHpFamo6", "— BWFScore (@BWFScore) November 17, 2022", "Seterusnya, Goh Jin Wei yang beraksi dalam kategori perseorangan wanita turut sama mengikut jejak langkah Tze Yong mara ke peringkat suku akhir.", "Di Pusingan 16, Jin Wei dapat menumpaskan pemain remaja India yang berusia 14 tahun, Anwesha Gowda secara “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-13 dalam tempoh 22 minit permainan.", "Kemaraan yang diraih pada hari ini menyaksikan Jin Wei bakal berhadapan cabaran besar bertemu pilihan ketiga kejohanan merangkap pemain No.9 dunia, Pornpawee Chochuwong bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "SATHIO GROUP Australian Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅 6 18 🇳🇿Ricky CHENG 🇳🇿Jack WANG", "🕗 in 23 minutes https://t.co/nojZkEVjHO", "— BWFScore (@BWFScore) November 17, 2022", "Akhir sekali, wakil terakhir yang merekodkan kemaraan ke peringkat suku akhir adalah gandingan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi. ", "Beregu No.9 dunia ini tidak berhadapan masalah besar untuk menumpaskan lawannya, Ricky Cheng dan Jack Wang secara “straight set” dengan skor 21-6 dan 21-18 dalam tempoh tidak sampai setengah jam permainan.", "Di peringkat seterusnya, Yew Sin-Ee Yi bakal membuat perhitungan dengan beregu Korea yang berada di ranking ke-22 dunia, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219151/", "headline": "\nDisiplin Semasa Bertahan Menjadi Resipi Kemenangan KL City\n", "content": ["Disiplin semasa bertahan di dalam kawasan sendiri serta berjaya menyerap kekuatan dimiliki rangkaian penyerang Negeri Sembilan FC menjadi resipi di sebalik kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.", "Menurut pemain tengahnya, Zhafri Yahya, dia bersyukur mereka dapat mengekalkan kelebihan sepanjang separuh masa kedua selepas berjaya mengikuti segala perancangan taktikal yang disusun ketua jurulatih, Bojan Hodak.", "“Corak permainan Negeri Sembilan kita memang sudah jangkakan, mereka akan terus dapatkan penyerang dan daripada situ kami akan kuatkan barisan pertahanan serta cuba memenangi perebutan bola kedua.", "“Tiga penyerang Negeri Sembilan memang ada kekuatan tersendiri dan mereka akan cuba menarik bahagian pertahanan kita tetapi pemain lain datang membantu untuk kompak di kawasan sendiri.", "“Mungkin rezeki berpihak juga kepada kita apabila daripada situasi sepakan penjuru, kami berjaya menjaringkan gol bagi berikan kemenangan pada perlawanan ini,” katanya.", "Zhafri menjadi pengumpan kepada jaringan kemenangan selepas sepakan penjurunya berjaya ditanduk Paulo Josue pada penghujung separuh masa pertama.", "Sebelum itu, Negeri Sembilan mempunyai beberapa peluang keemasan untuk berada di depan terutama melalui Zaquan Adha namun dihampakan melalui kecemerlangan Kevin Ray Mendoza.", "Kemenangan 1-0 itu meletakkan KL City semakin kukuh di tangga keenam, meninggalkan pencabar terdekat, Kedah Darul Aman FC, di tangga ketujuh dengan perbezaan tiga mata.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216609/", "headline": "\nTerbuka Korea: Goh Jin Wei Raih Kemenangan Pertama Selepas ‘Rehat’ Hampir 10 Bulan\n", "content": ["Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berhasil meraih kemenangan yang pertama selepas ‘berehat’ hampir sepuluh bulan daripada sebarang kejohanan badminton antarabangsa ekoran masalah kesihatannya.", "Pemain berusia 22 tahun itu merekodkan kemenangan tersebut pada perlawanan pertama di Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Korea 2022, sebuah kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Jin Wei yang berada di ranking ke-127 meraih kemenangan dengan menumpaskan pemain Jepun, Asuka Takahashi yang seumur dengannya namu berada di ranking jauh lebih tinggi daripadanya, tangga ke-52 dunia.", "Kemenangan tersebut dicapai oleh Jin Wei menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 16-21 dan 21-17 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.", "Kemenangan ini membolehkan Jin Wei mara ke peringkat seterusnya. Dia akan menantikan cabaran daripada samada pemain Korea, Lee Se Youn (ranking ke-187) atau pemain Israel, Ksenia Polikarpova (ranking ke-87) di Pusingan 16 kelak.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Jin Wei beraksi di pentas kejohanan antarabangsa adalah di perlawanan akhir Kejohanan Antarabangsa Iberdola Sepanyol pada Jun 2021 menentang perseorangan negara, Kisona Selvaduray.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219992/", "headline": "\n“JDT Ni Main Samseng Sikit, Macam Kasta Kayangan” – Sanusi\n", "content": ["Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), YAB Muhammad Sanusi Md Noor menyifatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai samseng di atas padang.", "Sanusi melontarkan reaksi sedemikian selepas hadir menyaksikan perlawanan antara Kedah Darul Aman selaku tuan rumah melayan kunjungan JDT di Stadium Darul Aman pada aksi ke-12 Liga Super, semalam.", "Bagaimanapun, perlawanan yang berlangsung dengan agak sengit itu dimenangi oleh JDT dengan keputusan 1-0 hasil daripada jaringan sepakan penalti oleh Bergson da Silva pada penghujung perlawanan.", "“Saya dapat satu kesimpulan, JDT ni main samseng sikit, dia macam kasta kayangan,”", "“Bola ni sama rata dan saksama, tak bolehlah dia buat pasukan lain (macam) belasahan walaupun dia pandai main,”", "“Kita pun tak lah bodoh sangat dekat-dekat nak boleh score dah,” katanya dalam sidang media yang disiarkan Warta Kedah selepas daripada mesyuarat exco, hari ini.", "“Tapi gaya dan karakter pemain dia tu kita nampak… pasal malam (tadi) ada nampak insiden nak gaduh sikit, dia terpa tempat kita,”", "Panas di Darulaman sejurus aksi babak pertama tamat! 🔥 pic.twitter.com/mPiHLnoWKV", "“Hey, dia main stadium kita tu, dia main kampung kita, dia tak respect langsung dekat kita, dia terpa dekat coach kita, (dekat) player kita buat cengey-cengey,” ulasnya mengenai insiden pertikaman lidah yang hampir menyebabkan pergaduhan para pemain dan pegawai pasukan pada rehat separuh masa pertama.", "“Jangan kerek sangat main tempat orang, agak-agaklah,” tambahnya lagi di hadapan para wartawan yang hadir.", "90+1' Gol | Bergson da Silva menyudahkan sepakan penalti untuk gol pendahuluan JDT.@kda_fc 0-1 @OfficialJohor #LigaSuper2021 pic.twitter.com/vrrLEoNTzh", "Sementara itu, Sanusi turut melahirkan kekecewaan apabila tewas dengan dengan jaringan tipis hasil daripada sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil pada minit ke-89. ", "Sepakan penalti itu diberikan oleh pengadil selepas pertahanan Kedah, Renan Alves melakukan terjahan ke atas pemain sayap JDT, Mohamadou Sumareh.", "“Pasukan kita memberikan tentangan yang sengit hampir-hampir menjaringkan dua gol, satu kena tiang (dan) satu kena palang,”", "“Kita bukan lekeh sangat,” ulasnya mengenai persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buah Aidil Sharin Sahak.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208574/", "headline": "\nDoktor Disiasat Berkemungkinan Melakukan Pembunuhan Terhadap Maradona\n", "content": ["Doktor yang merawat penyerang legenda, Diego Maradona dilaporkan disiasat oleh polis Argentina selepas pendakwa raya mendakwa terdapat kemungkinan melakukan pembunuhan secara tidak sengaja.", "Polis telah bertindak menggeledah rumah dan klinik milik pakar neurologi tersebut di ibu negara, Bueno Aires untuk mencari bukti bagi menunjukkan berlakunya kecuaian.", "BREAKING NEWS: Diego Maradona death 'treated as possible involuntary manslaughter' as physician's home searched. Prosecutors are trying to establish whether his death was caused by medical negligence, with personal Doctor Leopoldo Luque now under investigation. pic.twitter.com/uBVLpJftzC", "Bagaimanapun doktor yang berusia 39 tahun itu, menerusi satu sidang media menafikan tuduhan demikian malahan telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk membantu Maradona.", "Untuk makluman, bekas penyerang yang membawa Argentina memenangi Piala Dunia 1986 tersebut dilaporkan mati kerana mendapat serangan jantung di rumahnya pada 25 november lalu.", "Insiden ‘Hand of God’ – Penjaga Gol England Masih Berdendam Dengan Maradona https://t.co/walqnfGjvP pic.twitter.com/9xn3JBNpNH"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208085/", "headline": "\nVoli Cantik Sandro Bawa Selangor Ke Peringkat Suku Akhir\n", "content": ["Satu rembatan voli oleh Sandro da Silva pada separuh masa kedua sudah memadai untuk memastikan Selangor ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020.", "Gol tersebut hadir pada minit ke-51 hasil lambungan cantik oleh penyerang prolifiknya, Ifedayo Olusegun sekaligus menewaskan penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat.", "52' | GOL SANDRO!@selangorfc menggandakan kedudukan menerusi jaringan Sandro da Silva. #TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/zv4uOfuw1u", "Sebelum itu, Ifedayo terlebih dahulu mencatatkan nama selaku penjaring dalam perlawanan apabila berjaya menyudahkan satu hantaran oleh Wan Zack Haikal pada separuh masa pertama.", "21' | GOL IFEDAYO! @selangorfc membuka tirai jaringan menerusi jaringan Ifedayo Omosuyi.#TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/XHE1O3H6XS", "Pasukan Melaka yang dibimbing oleh Zainal Abidin Hassan turut berhasil mendapatkan gol selang lima minit selepas daripada jaringan yang dilakukan oleh Sandro.", "Ianya terhasil menerusi satu voli rendah oleh penyerang utama mereka, Uche Agba setelah menerima hantaran daripada Syamim Yahya pada minit ke-56.", "56' | GOL UCHE AGBA!@MelakaUnitedSA merapatkan jurang menerusi jaringan Uche Agba. #TMPialaMalaysia2020#SELMEL#MFLLive pic.twitter.com/DNEmCeciuP", "Skuad Hang Tuah cuba untuk mencari gol penyamaan bagi mengheret Selangor ke masa tambahan namun begitu gagal sama sekali hasil disiplin tinggi barisan pertahanan Selangor mempertahankan gawangnya.", "Tiada pertambahan jaringan sehingga wisel ditiup oleh pengadil perlawanan dan berakhir dengan keputusan 2-1 berpihak kepada Selangor.", "Menanti Selangor di peringkat suku akhir adalah pasukan berpangkalan di uatara semenanjung tanah air dan juga naib juara musim lalu iaitu Kedah.", "Featured Image: Melaka United Soccer Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/202073/", "headline": "\nMB Selangor Yakin Liverpool Pertahan Kejuaraan EPL\n", "content": ["Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menjangkakan Liverpool kekal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2020/21 yang bakal bermula 12 september hadapan.", "Beliau yang juga peminat tegar The Kop berkata demikian ketika ditemui selepas daripada majlis pelancaran jersi terbaharu Liverpool FC Home Kit keluaran Nike di Football Republic Sunway Pyramid, semalam.", "Keyakinan itu diluahkan atas dasar pasukan Liverpool bimbingan Jurgen Klopp mempunyai pemain yang mantap di setiap posisi. Namun The Reds tetap perlu berhati-hati dengan kehadiran Manchester City dan Manchester United yang dilihat bakal memberikan saingan sengit pada musim depan.", "“Of course, setiap tahun saya akan cakap Liverpool akan jadi champion tetapi tak pastilah, pertarungan yang sangat sengit tetapi dengan team yang sangat intact saya rasa Klopp akan boleh bawa pasukan secara konsisten,", "“(Cabaran) tetap daripada kelab-kelab gergasi macam Manchester City dan juga Manchester United, saya lihat di akhir-akhir musim ini, Manchester United menunjukkan peningkatan prestasi yang baik tetapi mereka tidak konsisten di peringkat awal,” kongsinya kepada para wartawan.", "Selain daripada dua kelab tersebut, Amiruddin juga melihat pasukan yang berpangkalan di Kota London seperti Chelsea yang dikendalikan oleh Frank Lampard boleh memberikan kejutan lebih-lebih lagi setelah merekrut pemain baharu iaitu Timo Werner dan Hakim Ziyech.", "“Kalau tidak berhati-hati Liverpool akan ada cabaran yang lebih besar. Dan pasukan lain seperti Chelsea masih lagi boleh menjadi pesaing. ", "“Tetapi pasukan yang dibina oleh Klopp sangat konsisten dan stabil di semua posisi dan sebab itu saya yakin Liverpool boleh meneruskan kecemerlangan yang dicatat pada musim 2019/20.” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, Liverpool menjadi bualan peminat bola sepak seluruh dunia apabila berjaya menjulang kejuaraan liga utama England selepas kali terakhir memenanginya pada 30 tahun yang lepas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114087/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Semifinal Sudah Pasti, Yew Sin-Ee Yi Rebut Status Juara Kumpulan\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF selepas mengharungi dua perlawanan di peringkat kumpulan.", "Yew Sin-Ee Yi berjaya mengesahkan kemaraan tersebut selepas meraih kemenangan kedua dengan menumpaskan beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan pada hari ini.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MD – Round 2 🇲🇾Yew Sin ONG🏅12 21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅21 11 18 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN🕗 in 56 minutes https://t.co/9L1EyLYbI1", "Mereka meraih kemenangan ke atas pasangan Indonesia itu dengan pungutan mata 12-21, 21-11 dan 21-18 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Yew Sin-Ee Yi bakal berhadapan dengan pasangan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi untuk merebut status sebagai juara Kumpulan B. ", "Perlawanan yang menemukan kedua-dua pasangan ini dijangka bermula pada jam 6.40 petang, esok.", "Berdasarkan rekod, Yew Sin-Ee Yi dan Takuro-Yugo telah bertemu sebanyak tiga kali dengan dua daripada pertemuan tersebut dimenangi oleh Takuro-Yugo.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111573/", "headline": "\nSelepas 25 Tahun Berlumba, Valentino ‘The Doctor’ Rossi Umum Bersara\n", "content": ["Selepas 25 tahun terlibat di dalam perlumbaan motosikal, pelumba veteran, Valentino Rossi mengumumkan dirinya akan bersara setelah tamatnya saingan MotoGP 2021.", "Pelumba berusia 42 tahun yang terkenal dengan julukan The Doctor ini mengumumkan perkara tersebut menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini.", "BREAKING: @ValeYellow46 announces his retirement from #MotoGP 🏁The Doctor will call time on his legendary career at the end of the season 🥺#VR46Decision | 📰https://t.co/yqL8DlULv7", "Bagi mengharungi baki perlumbaan musim ini, Rossi memaklumkan akan meneruskan perlumbaan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT.", "Selepas daripada itu, pelumba kelahiran Itali ini akan menumpukan perhatiannya kepada pasukannya, Aramco Racing Team VR46.", "Untuk makluman semua, sepanjang kariernya, Rossi telah meraih sembilan kejuaraan dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110760/", "headline": "\nEuro 2020: Republik Czech Tumpaskan Belanda Yang Terpaksa Beraksi Dengan 10 Pemain\n", "content": ["Republik Czech mencipta kejutan menumpaskan juara Kumpulan C, Belanda dengan skor 2-0 pada aksi pusingan ke-16 Euro 2020 di Stadium Ferenc Puskas, awal pagi tadi.", "Republik Czech mengambil peluang menjaringkan gol menerusi Tomas Holes (68’) dan Patrick Schick (80’) setelah Belanda terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain sahaja selepas Matthijs de Ligt dilayangkan kad merah pada minit ke-55.", "THE NETHERLANDS ARE DOWN TO 10 MEN! 👀De Ligt sees 🔴 after obstructing play with this handball. Do you agree with the red card, or was it a harsh call? pic.twitter.com/S1ivGaUzCa", "Ianya gara-gara pertahanan berusia 21 tahun itu cuba mengeluarkan bola menggunakan tangan.", "Belanda yang beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat perlawanan nyata menghadapi kesukaran untuk melakukan kebangkitan bagi mengatasi Republik Czech. ", "Kedudukan 2-0 tersebut kekal sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan perlawanan.", "Untuk rekod, Republik Czech mara ke pusingan ke-16 kejohanan kali ini sebagai salah sebuah daripada empat pasukan terbaik yang menghuni tempat ketiga pada peringkat kumpulan.", "Kemenangan ini melayakkan Republik Czech mara ke aksi suku akhir dalam saingan Euro 2020. Menanti mereka di peringkat tersebut ialah Denmark."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207269/", "headline": "\n8 Atlet Tersenarai Dalam ‘Time 100: The Most Influential People of 2020’\n", "content": ["Setiap tahun, majalah terkemuka dunia, TIME akan menyenaraikan 100 orang paling berpengaruh di dunia dalam senarai ‘Time Most Influential People’ mereka.", "Senarai tersebut merangkumi pemimpin dunia, penghibur dan tentunya atlet sukan terutamanya mereka yang telah mencipta kejayaan yang besar dalam karier mereka serta mempunyai pengaruh besar.", "Berikut adalah 8 atlet yang berpengaruh menurut majalah TIME untuk tahun 2020:", "Antetokounmpo dipilih sebagai NBA Most Valuable Player (MVP) untuk musim 2020 – kali kedua berturut-turut beliau menggondol anugerah tersebut. Boleh dikatakan, beliau adalah pemain terbaik dalam generasi beliau. ", "Antara perkara yang paling meninggalkan kesan buat dunia tahun ini, selepas beliau memacu Milwaukee Bucks mendahului dalam perlawanan playoff NBA, beliau bersama rakan-rakan sepasukan memboikot perlawanan tersebut sebagai protes kepada insiden tembakan polis ke atas Jacob Blake.", "2. Maya Moore (Pemain Bola Keranjang WNBA)", "Moore mengejutkan dunia dengan mengambil keputusan untuk fokus dalam membentuk semula sistem keadilan Amerika Syarikat selepas memenangi beberapa kejuaraan WNBA.", "Tatkala kariernya berada di puncak, Moore yang digelar ‘pemenang terhebat dalam sejarah bola keranjang wanita’ membantu melepaskan Jonathan Irons yang dipenjarakan selama 20 tahun selepas beliau dituduh bersalah.", "3. Dwyane Wade (Bekas Pemain NBA)", "Bekas pemain bola keranjang NBA, Wade sentiasa sanggup menggunakan pengaruh sosialnya untuk memberi sokongan kepada orang lain dan menyuarakan pendapat minoriti. Sesuatu yang mungkin ramai orang-orang berpengaruh tidak mengambil peduli.", "4. Lewis Hamilton (Pelumba Formula One)", "Satu-satunya pemandu Formula One berkulit hitam ketika ini, Hamilton sentiasa menyuarakan tentang isu perkauman kepada dunia F1 dan menjadi contoh kepada ramai pemandu berkulit hitam di luar sana. Hamilton yang juga merupakan juara dunia enam kali, sedang mencuba untuk menyamai rekod dipegang Michael Schumacher – juara tujuh kali dunia, musim ini.", "5. Patrick Mahomes (Pemain Bola Sepak NFL)", "Mahomes, pemain pasukan Kansas City Chiefs dalam NFL telah menunjukkan bahawa beliau bukanlah atlet biasa. Di usia 25 tahun, beliau sentiasa menunjukkan cintanya kepada permainan American football, cukup komited dan fokus dalam permainan beliau, dan telahpun mempunyai legasinya yang tersendiri dalam sukan itu.", "6. Naomi Osaka (Pemain Tenis)", "Naomi Osaka merupakan pemenang US Open 2020, baru-baru ini. Beliau merupakan seorang lagi atlet yang menyuarakan tentang isu perkauman dan sering diserang berkenaan isu tersebut. Begitupun, beliau langsung tidak melatah sebaliknya terus fokus dalam permainannya untuk menjulang antara kejuaraan tertinggi dalam permainan tenis.", "7. Megan Rapinoe (Pemain Bola Sepak Wanita)", "Juara Piala Dunia Wanita 2019 ini tidak mengikut kebanyakan atlet lain yang hanya bersuara berkenaan sukan. Rapinoe menggunakan kelebihannya yang ada sebagai pemain bola sepak untuk menyuarakan pendapatnya berkenaan persamaan jantina.", "8. Allyson Felix (Pelari Pecut)", "Allyson Felix pernah menyuarakan kepada penajanya, Nike tentang bayaran yang kurang diterimanya selepas beliau melahirkan anak. Seterusnya Felix bersuara tentang diskriminasi terhadap wanita mengandung yang dihadapi ramai wanita pada hari ini. Beliau menyatakan bahawa wanita mengandung sepatutnya diberikan lebih sokongan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214951/", "headline": "\nSyed Modi 2022: Beregu Campuran No.5 Negara Ke Suku Akhir \n", "content": ["Pasangan beregu campuran kelima negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022. ", "Pasangan beregu yang turut diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan mara dengan menumpaskan beregu tuan rumah, Dhruv Rawat dan Shikha Gautam, sebentar tadi.", "Syed Modi India International 2022XD – Round of 16 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅21 21 🇲🇾Yen Wei PECK🏅14 11 🇮🇳Dhruv RAWAT 🇮🇳Shikha GAUTAM🕗 in 26 minutes https://t.co/R5LfeK26NI", "Tang Jie-Yen Wei menumpaskan mereka secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-14 dan 21-11 dalam tempoh masa permainan selama 26 minit sahaja.", "Di peringkat suku akhir, esok, pasangan yang menghuni ranking ke-30 dunia ini akan menentang sepasang lagi beregu India, Hema Nagendra Babu-Srivedya Gurazada yang berada di ranking 306.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214616/", "headline": "\n‘Training Centre’ Kedah Bakal Memiliki 3 Padang Terbuka & 1 Padang Tertutup\n", "content": ["Umum mengetahui naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (Kedah) merancang untuk membina pusat latihannya yang tersendiri lebih-lebih lagi setelah melantik tokoh kewangan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sebagai Patron (Penaung) kelab pada November lalu.", "Menerusi dokumen Prospektus Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman yang dimuat naik di laman sesawangnya, konsep pusat latihan moden dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang akan dibina oleh skuad Hijau Kuning itu telah dikongsikan untuk tatapan umum.", "Dimaklumkan, pusat latihan tersebut dianggarkan bernilai RM20 juta. Ianya akan dilengkapi dengan 3 buah padang terbuka, sebuah padang tertutup, bilik rawatan, gimnasium, bilik analisis prestasi, pejabat, dapur, ruangan makan serta pelbagai kemudahan lain.", "KXG SPORTS ANALYTICS BEKERJASAMA SEBAGAI RAKAN RASMI HUB PRESTASI SUKAN DAN PERUBATAN KDA FC BAGI MUSIM 2022Info penuh: https://t.co/Aq8ANDpo6oInfo lanjut dek penajaan sila tekan pautan https://t.co/iPAcGoIgDI pic.twitter.com/KmJiYkMxLw", "Selain itu, pusat latihan ini akan turut menempatkan Hub Prestasi Sukan dan Perubatan untuk mempertingkatkan kualiti data sains sukan dan pemulihan yang lebih saintifik. Hub ini terbina hasil kerjasama yang dimeterai antara Kedah dan KXG Sports Analytics, semalam.", "Difahamkan, setelah siap kelak, pusat latihan ini akan turut dibuka untuk kegunaan para penyokong dan orang awam sebagai sebahagian daripada penglibatan bersama komuniti dan tanggungjawab korporat sosial (CSR) oleh pasukan Kedah.", "Menurut perkongsian terbaru oleh Kedah, pusat latihan yang dilengkapi dengan segala fasiliti dan kemudahan seperti dinyatakan di atas akan direalisasikan dalam tempoh tiga tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110545/", "headline": "\nLee Tuck Punca Habib Haroon Pilih No.88 Bersama Terengganu\n", "content": ["Pemain kelahiran England, Lee Tuck menjadi sebab pemain tengah baharu, Habib Haroon memilih jersi bernombor 88 bersama pasukan Terengganu.", "Habib mengakui tidak pernah menggunakan nombor 88 dalam kariernya setakat ini namun melihatkan ‘keunikan’ Lee Tuck mengenakan jersi yang mempunyai digit berturutan iaitu No.77 membuatkannya ingin mencuba sesuatu yang baharu bersama pasukan ini.", "“Beliau bakal menyarung jersi bernombor 88 dan menyatakan ianya sebenarnya bukan nombor yang dipakainya sebelum ini di pasukan lama,” ", "“Tetapi beliau terlihat di gambar ada seorang pemain Terengganu FC yang memakai jersi 77 (Lee Tuck) dan beliau sangat tertarik dan ingin mencuba untuk mengenakan nombor berturutan seperti itu.” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab.", "🏴🏳️ WELCOME HABIB HAROON 🏴🏳️Terengganu FC secara rasmi mengumumkan Habib Haroon selaku pemain tengah baru pasukan ini bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2021.#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#WINBACKMISSION pic.twitter.com/SIs1dk0NEb", "Habib diperkenalkan sebagai pemain import baharu skuad berpangkalan di pantai timur secara rasmi menerusi makluman pelbagai media sosial milik pasukan Terengganu, pada hari ini.", "Difahamkan, Habib merupakan pemain import termuda yang pernah ditandatangani oleh Terengganu. ", "Kehadirannya untuk menggantikan pemain import kuota asia, Chris Herd yang terpaksa dilepaskan ekoran kecederaan yang memerlukan tempoh penyembuhan yang agak lama.", "Ketua jurulatih, Nafuzi Zain pula melihat pemain versatil ini bukan sahaja akan memanfaatkan bahagian tengahnya malah akan membantu bahagian serangan kerana kemampuannya untuk menjaringkan gol dari pelbagai jarak.", "Untuk makluman, selain daripada Habib, tiga pemain lain turut menyarung jersi dengan nombor yang sama dalam saingan Liga Super musim ini.", "Mereka ialah pemain tengah Selagor, Brendan Gan, pemain tengah Sri Pahang, Manuel Hidalgo dan penjaga gol Penang, Bryan See Tian Keat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322905/", "headline": "\nOrleans Masters: Tang Jie-Ee Wei Bertemu Beregu No.1 Taiwan Di Pentas Akhir\n", "content": ["Beregu campuran No.3 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei sekali lagi menjejaki pentas perlawanan akhir selepas dua bulan. Kali ini, mereka berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir Orleans Masters 2023.", "Pemain yang berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini mara ke perlawanan akhir terbabit selepas mengejutkan pasangan No.14 dunia dari Indonesia iaitu Rehan Naufal dan Lisa Ayu di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Ee Wei mengatasi beregu terbabit dengan secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-16 dalam tempoh 34 minit permainan.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORXD – SF 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 🇮🇩Rehan Naufal KUSHARJANTO10 16 🇮🇩Lisa Ayu KUSUMAWATI", "— BWFScore (@BWFScore) April 8, 2023", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut dilakar Tang Jie-Ee Wei bertemu lawan yang sama di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, kemenangan ini sekaligus membawa mereka bertemu beregu No.1 Taiwan, Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin bagi merebut gelaran juara bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini.", "Sebagai tambahan, kali terakhir Tang Jie-Ee Wei berhasil melangkah ke perlawanan akhir adalah di Cabaran Antarabangsa Iran Fajr sekitar awal Februari lalu.", "Kejohanan itu berjaya ditutup Tang Jie-Ee Wei dengan merangkul kejuaraan selepas berhasil menundukkan beregu senegara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207508/", "headline": "\nPasukan Manakah Yang Akan Buru Khidmat Danial Amier?\n", "content": ["Pasukan manakah yang akan mendapatkan khidmat pemain tengah berbakat, Danial Amier Norhisham setelah Felda United tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia, musim hadapan?", "Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang merupakan pemilik kepada Felda United FC mengumumkan pasukan tersebut tidak akan terlibat dalam saingan bola sepak Malaysia untuk tahun 2021.", "Ini bermakna pemain-pemain skuad The Fighters terpaksa mencari hala tuju baharu untuk meneruskan karier bola sepak mereka terutamanya kalangan pemain muda tempatan.", "Danial yang merupakan pemain tengah berusia 23 tahun sudah lama mencuri tumpuan peminat-peminat bola sepak tempatan menerusi bakat dan kemampuannya di atas padang.", "Ditambah pula dengan namanya yang tidak asing dengan panggilan ke skuad kebangsaan pelbagai peringkat umur, Danial pastinya bakal menjadi sasaran utama buat beberapa kelab besar dalam saingan Liga Super.", "Ketika ini belum kedengaran lagi mana-mana pasukan yang membuat sebarang langkah untuk mendapatkan khidmat Danial.", "Namun pada musim sebelum ini, juara Liga Super sebanyak tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) antara yang cuba mendapatkan khidmatnya.", "Dan difahamkan pada ketika itu, Felda United FC meminta wang berjumlah RM1 juta sebagai nilai tebus kontrak terhadap Danial yang mempunyai baki kontrak sehingga hujung musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113436/", "headline": "\nRanking BWF: 6 Pasangan Beregu Wanita Perbaiki Kedudukan Dunia\n", "content": ["Seramai enam pasangan beregu wanita badminton negara dilihat memperbaiki kedudukan ranking dunia masing-masing selepas kemaskini dilakukan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.", "Berdasarkan pemerhatian, gandingan Go Pei Kee dan Yap Ling mencatatkan kenaikan paling banyak bagi kategori ini dalam kalangan pemain Malaysia. Pasangan yang mara sehingga ke Pusingan 2 dalam Cabaran Antarabangsa Belgium ini menempatkan diri di kedudukan ke- 312 dunia.", "Sementara itu, Lee Meng Yean dan Yap Cheng Wen merekodkan kenaikan kedua tertinggi. Pasangan yang baru sahaja digandingkan ini berhasil melonjak 152 anak tangga selepas masuk ke kelompok 16 akhir Terbuka Perancis, minggu lalu. Ketika ini, Meng Yean-Cheng Wen menghuni tangga ke-171 dunia.", "Seterusnya, kenaikan ketiga terbanyak pula diraih oleh gandingan Teoh Mei Xing-Anna Cheong. Hasil daripada lolos ke peringkat suku akhir Cabaran Antarabangsa Belgium, dengan mencatatkan kenaikan 137 anak tangga, mereka kini menduduki tangga ke-231 dunia.", "Tidak dilupakan, pasangan pemain bebas (independent players), Vivian Hoo-Lim Chiew Sien juga mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan walaupun sekadar bermain di Pusingan 1 Terbuka Perancis. Mereka berjaya menduduki tangga ke-189 dunia selepas merekodkan kenaikan 77 anak tangga.", "Pasangan kembar muda, Cheng Su Hui-Cheng Su Yin tidak ketinggalan merekodkan kenaikan yang positif. Hasil daripada mara ke peringkat kelompok 32 (selepas menang dua perlawanan di peringkat kelayakan), Su Hui-Su Yin yang berumur 18 tahun masing-masing ini mencatatkan kenaikan sebanyak 16 anak tangga sekaligus membolehkan mereka menduduki tangga ke-207 dunia.", "Akhir sekali, gandingan beregu utama wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah pula menempatkan diri di kedudukan ke-18 dunia, naik satu anak tangga berbanding minggu lalu. Kedudukan ini merupakan yang terbaik pernah dicapai oleh Pearly dan Thinaah sejak digandingkan bersama dalam karier mereka.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202096/", "headline": "\nSalah Masak Semasa Tinggal Bersendirian\n", "content": ["Siapa sangka penggempur utama Liverpool FC, Mohamed Salah mempunyai kebolehan yang tidak diketahui oleh ramai peminat iaitu pandai memasak.", "Menurut pemain kelahiran Mesir berusia 28 tahun itu, kebolehannya untuk memasak itu hadir apabila dia tinggal bersendirian ketika di awal karier bola sepaknya, di luar negara.", "Bermula dengan hidangan yang paling ringkas, penyerang yang mengumpul 19 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20 sudah meningkatkan skil masakannya dan mampu menyediakan hidangan berasaskan ayam dan daging ketika ini.", "“Saya pernah tinggal sendirian dan apabila tinggal bersendirian sudah pasti anda perlu tahu memasak.", "“Pasta dan tomato (masakan pertama) saya buat, kemudian belajar memasak ayam dan daging. Saya boleh memasak dengan baik.” katanya kepada Adam Carruthers semasa ditemu bual oleh Stadium Astro.", "Ketika ditanyakan samada terdapat kalangan rakan sepasukannya di Liverpool yang turut memiliki kemahiran memasak sepertinya, Salah hanya mengungkap tidak ramai kalangan mereka terpaksa menempuh hidup bersendirian sepertinya sehingga terpaksa belajar memasak sendiri untuk mengisi perut yang lapar.", "“Mereka (kebanyakan) tak pernah tinggal sendirian sepanjang mereka hidup seperti saya, apabila anda tinggal sendirian, anda perlu mencuba untuk belajar memasak,", "“Kini, saya juga kerap memasak (sarapan dan makan tengah hari) kecuali jika berada dalam kem latihan.” tambahnya lagi.", "Salah menyertai skuad The Reds ketika jendela perpindahan musim panas tahun 2017 dengan yuran perpindahan sebanyak 42 juta pound sterling daripada AS Roma.", "Sejak itu, Salah yang begitu prolifik di hadapan gol telah merangkul pelbagai anugerah individu serta membantu Liverpool memenangi kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara UEFA, Super Cup UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207891/", "headline": "\nKL Mahu Khidmat Jurulatih Lubnan Yang Memenangi Piala AFC 2019?\n", "content": ["Pasukan Kuala Lumpur dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Lubnan yang menjuarai saingan saingan Piala AFC 2019 bersama Al Ahed FC, Bassem Marmar.", "Skuad The City Boys mahukan khidmat Bassem untuk mengharungi saingan Liga Super 2021 selepas ketua jurulatih sedia ada, Nidzam Adzha Yusoff tidak memiliki lesen Diploma Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).", "Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menegaskan mahu mendapatkan jurulatih daripada benua asia agar mudah menyesuaikan diri dengan pasukan dan pemain tempatan.", "“Negeri dari mana tidak penting sangat tetapi sebaik-baiknya dari kawasan Asia.", "“Kami tidak mahu membawa jurulatih dari Eropah contohnya dan apabila datang ke sini, dia tidak sesuai dengan cara hidup dan budaya kita. ", "“Benda ini perlu diambil kira selain daripada soal gaji kerana peruntukan masih lagi penting,” kata Khalid seperti dipetik daripada Stadium Astro.", "Bassem yang dilahirkan di Arab Saudi mempunyai karier yang panjang bersama Al Ahed FC. Bermula daripada bergelar pemain dari tahun 1996 sehingga 2010 kepada menjadi penolong jurulatih dan kemudiannya menjadi ketua jurulatih pada tahun 2016.", "Selain daripada menjuarai Piala AFC 2019, Al Ahed juga merupakan kuasa besar bola sepak Lubnan di mana mereka merupakan juara liga sejak musim 2016/17 sehingga 2018/19 secara berturut-turut.", "Julai lalu, Bassem dilantik sebagai ketua jurulatih sebuah pasukan yang berpangkalan di Kuwait iaitu Al-Arabi Sporting Club. Bagaimanapun, jodohnya bersama pasukan tersebut tidak panjang dan difahamkan dia kini bergelar ejen bebas.", "Featured Image: Al Ahed FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217592/", "headline": "\nRanking BWF: Hoki-Kobayashi Rampas Kedudukan No.2 Dunia Daripada ‘The Daddies’\n", "content": ["Sejak Ogos 2019, ranking kedua dunia bagi kategori beregu lelaki menjadi milik mutlak pasangan veteran Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.", "Namun begitu, kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperlihatkan kedudukan No.2 dunia itu telah bertukar tangan buat pertama kali menjadi milik pasangan Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Pasangan dari negara matahari terbit itu merampas kedudukan tersebut setelah dinobatkan juara Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – yang memberikan mereka 9,200 mata.", "Pungutan mata tersebut membolehkan mereka mengumpul 104,350 mata dan memintas pasangan berjulukan ‘The Daddies’ yang mempunyai 104,195 mata, pada minggu ini.", "Sebagai rekod, prestasi cemerlang mereka dipamerkan bermula dengan memenangi saingan Terbuka Denmark, Indonesia Masters, Jelajah Dunia Akhir BWF serta Kejuaraan Dunia BWF yang berlangsung pada tahun lalu.", "Pencapaian mereka pada awal tahun ini tidak kurang hebatnya dengan mara secara konsisten ke peringkat suku akhir dalam tiga kejohanan individu yang mereka sertai iaitu Terbuka Jerman, Kejohanan Terbuka Seluruh England dan Kejohanan Badminton Asia sebelum merangkul kejuaraan dalam saingan Terbuka Thailand, Ahad lalu.", "Untuk pengetahuan semua, kedudukan No.2 dunia ini merupakan yang tertinggi pernah dicapai oleh Hoki-Kobayashi dalam karier senior mereka setakat ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217695/", "headline": "\nHoki Piala Asia: Korea Kecewakan Malaysia, Kemarau 40 Tahun Berterusan\n", "content": ["Hasrat Malaysia untuk merangkul kejuaraan sulung dalam kejohanan hoki benua tidak kesampaian apabila tumpas kepada Republik Korea dalam perlawanan akhir Piala Asia 2022, sebentar tadi.", "Skuad bimbingan Arul Selvaraj ini tumpas kepada Korea dengan keputusan 1-2. ", "Dalam perlawanan tersebut, Korea mendapat jaringan menerusi Jung Man-jae (17′) dan Hawng Tae-il (52′). Sementara itu, jaringan tunggal oleh oleh skuad Speedy Tigers pula disumbangkan oleh Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan (52′). ", "FINAL – 01 June 2022 (Wednesday)", "17' FG Jung Manjae25' FG Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan52' FG Hwang Taeil pic.twitter.com/I6wG3LqI9W", "— MHC (@hockeymalaysia) June 1, 2022", "Untuk makluman semua, kemenangan dicapai Korea pada perlawanan akhir ini menjadikan mereka telah memenangi kejohanan ini sebanyak lima kali. Sebelum ini mereka telah merangkulnya di edisi 1994, 1999, 2009 dan 2013.", "Untuk rekod, skuad Malaysia berjulukan Speedy Tigers ini tidak pernah muncul juara di kejohanan ini sejak ianya dipertandingkan buat pertama kali pada tahun 1982 oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF). Ini bermakna, kemarau kejuaraan di kejohanan ini melangkaui 40 tahun buat Malaysia.", "Bagaimanapun, gelaran naib juara di kejohanan kali ini menyamai pencapaian skuad Speedy Tigers pada edisi lalu yang berlangsung di Dhaka, Bangladesh. Ketika itu, Malaysia terpaksa berpuas hati muncul naib juara apabila ditewaskan India 1-2 pada perlawanan akhir.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321503/", "headline": "\nTerbuka India: Sze Fei-Izzuddin Ulang Skrip Kandas Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu lelaki No.3 tanah air, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terkandas lagi di peringkat Pusingan 32 dalam kejohanan yang disertai pada tahun ini.", "Ketika beraksi di kejohanan Terbuka Malaysia pada minggu lalu, gandingan Sze Fei-Izzuddin terkandas di Pusingan 32 apabila tumpas kepada beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.", "Skrip yang sama nampaknya berulang di kejohanan Terbuka India yang disertai mereka pada minggu ini.", "Skrip tersebut berulang dengan pasangan yang menghuni ranking ke-10 dunia ini merekodkan kekalahan di tangan beregu China, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang ketika turun beraksi di peringkat Pusingan 32, sebentar tadi.", "YONEX SUNRISE India Open 2023MD – R32 🇨🇳REN Xiang Yu🏅21 21 🇨🇳TAN Qiang🏅 🇲🇾GOH Sze Fei19 17 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "— BWFScore (@BWFScore) January 17, 2023", "Dalam perlawanan tersebut, Sze Fei-Izzuddin tumpas kepada penghuni ranking ke-27 itu secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-17 dalam tempoh masa 43 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 2.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Sze Fei-Izzuddin dan Xiang Yu-Qiang di pentas antarabangsa.", "Pertemuan julung kali melibatkan kedua-dua gandingan ini mengambil tempatnya pada tahun lalu di Kejohanan Badminton Asia.", "Dalam perlawanan tersebut, ianya dimenangi oleh Sze Fei-Izzuddin secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-14. ", "Pada masa yang sama, kekalahan dialami Sze Fei-Izzuddin pada hari ini menjadikan rekod pertemuan melibatkan kedua-dua gandingan ini di pentas antarabangsa seimbang dengan satu kemenangan dan satu kekalahan masing-masing.", "Sementara itu, Xiang Yu-Qiang yang mencetak kemenangan sekaligus meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 akan berhadapan samada bekas beregu No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo atau beregu muda Indonesia, Leo Carnando dan Daniel Marthin.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113333/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Zii Jia Tewas Mengejut di Tangan Pemain Ranking Ke-40 Kelahiran Pulau Pinang\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa pulang awal daripada saingan Terbuka Perancis 2021 – sebuah kejohanan Super 750 Jelajah Dunia BWF.", "Ini disebabkan Zii Jia tumpas ‘straight set’ 22-24 dan 14-21 kepada pemain Singapura yang berada di ranking ke-40 dunia, Loh Kean Yew pada Pusingan 32, malam tadi.", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain telah bertemu sebanyak empat kali dan ini merupakan kali pertama Zii Jia tumpas kepada pemain berusia 24 tahun ini.", "Untuk makluman semua, walaupun beraksi sebagai pemain Singapura, Kean Yew merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang, Malaysia. ", "Bagaimanapun, pada usia 13 tahun, Kean Yew yang menerima biasiswa daripada Persatuan Badminton Singapura (SBA) telah memohon kerakyatan negara republik berkenaan.", "Sebagai tambahan, tahun ini Kean Yew telah meraih satu kejuaraan iaitu Terbuka Belanda dengan menumpaskan pemain India, Lakshya Sen di perlawanan akhir.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112553/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: ‘2nd Team’ Malaysia Tumpaskan Mesir 5-0 Dengan Bergaya\n", "content": ["Biarpun membariskan barisan pelapis dalam kelima-lima kategori, pasukan Malaysia tetap berhasil menumpaskan Mesir dengan bergaya, 5-0 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D saingan Piala Sudirman 2021.", "Malam penuh gemilang buat barisan pemain pelapis ini dimulakan dengan kemenangan pertama oleh regu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menumpaskan gandingan Ahmed Salah-Nour Ahmed Youssri secara ‘straight set’ 21-6 dan 21-7.", "Tidak cukup dengan persembahan tersebut, giliran pemain perseorangan lelaki Ng Tze Yong pula menghadiahkan kemenangan seterusnya buat Malaysia apabila menumpaskan Mostafa Kamel juga menerusi ‘straight set’ 21-8 dan 21-2.", "Mata kedua Malaysia menerusi Tze Yong!Perlawanan Kedua Peringkat KumpulanPiala Sudirman 2021 🏸🏆Keputusan semasa:🇲🇾 MALAYSIA 2-0 Mesir 🇪🇬Match 2 (MS)🇲🇾 Ng Tze Yong21-8, 21-2🇪🇬 Mostafa Kamel#SudirmanCup2021 pic.twitter.com/VFb47XaHEH", "Perlawanan ketiga pula membabitkan kategori perseorangan wanita. ", "Walaupun wakil Malaysia, Eoon Qi Xuan turun selaku pemain di ranking 134 dunia, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk membenam lawannya, Doha Hany yang menghuni ranking 113 dunia, juga secara ‘straight set’ 21-5 dan 21-7.", "Pada perlawanan keempat melibatkan beregu lelaki juga tidak menjadi masalah buat Malaysia. Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menang ‘straight set’ 21-7 dan 21-6 ke atas regu Mostafa Kamel-Ahmed Salah.", "Kemenangan yang sempurna daripada skuad negara!Perlawanan Kedua Peringkat KumpulanPiala Sudirman 2021 🏸🏆Tamat perlawanan:🇲🇾 MALAYSIA 5-0 Mesir 🇪🇬Match 5 (WD)🇲🇾 Teoh Mei Xing-Yap Ling21-4, 21-9🇪🇬 Ahmed Youssri-Doha Hany#SudirmanCup2021 pic.twitter.com/DrrOLuHcCq", "Regu wanita Teoh Mei Xing-Yap Ling melengkapkan malam gemilang buat Malaysia apabila meraih kemenangan kelima. Regu muda ini berhasil menumpaskan gandingan Nour Ahmed-Doha Hany secara ‘straight set’ 21-4 dan 21-8.", "Kemenangan ke atas Mesir pada malam ini juga mengesahkan kemaraan pasukan Malaysia ke saingan kalah mati iaitu peringkat suku akhir sekaligus mencapai sasaran minimum yang ditetapkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). ", "Bagi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, Malaysia dijadualkan bertemu naib juara edisi 2019, Jepun pada 30 September (Khamis) pada jam 9 malam (waktu Malaysia).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322482/", "headline": "\nCristiano Ronaldo Cipta Rekod Dunia – Miliki Penampilan Antarabangsa Terbanyak\n", "content": ["Penyerang veteran Portugal, Cristiano Ronaldo mencipta rekod dunia baharu dalam kancah bola sepak ketika turun menentang Liechtenstein dalam Kelayakan Euro 2024.", "Pemain berusia 38 tahun itu mencipta rekod sebagai pemain lelaki dengan penampilan antarabangsa terbanyak setelah tampil buat kali ke-197 bersama skuad kebangsaannya pada awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Penampilan Ronaldo yang turun sebagai kapten dan bermula dari kesebelasan utama dalam perlawanan tersebut membolehkannya mengatasi rekod 196 penampilan yang dikongsinya bersama penyerang Kuwait, Bader Al Mutawa sebelum ini.", "Penampilan Ronaldo pada kali ini turut diserikan dengan sumbangan dua gol olehnya pada minit ke-51 (penalti) dan ke-63 sekaligus membantu skuad berjulukan Selecao das Quinas meraih kemenangan 4-0.", "Dua jaringan terbabit telah menjadikannya mengumpul 120 gol secara keseluruhan buat Portugal dan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penjaring terbanyak antarabangsa buat masa ini.", "Selain itu, ini juga merupakan penampilan sulung Ronaldo bersama Portugal di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Roberto Martinez.", "Sebagai rekod, Cristiano tampil buat pertama kali dalam skuad kebangsaan Portugal pada tahun 2003 ketika bertemu Kazakhstan di bawah bimbingan ketua jurulatih, Luis Felipe Scolari.", "🇵🇹 197 times in the colours of Portugal! @Cristiano Ronaldo breaks the men's international cap record 👏 pic.twitter.com/WDq3Qt6Nv5", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 23, 2023", "Featured Image: Selecoes de Portugal"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219271/", "headline": "\nSelangor, PJ City & UITM FC Kembali Berlatih\n", "content": ["Beberapa pasukan yang telah mendapat kelulusan untuk berlatih akan mula menjalani latihan pada hari ini setelah berjaya melengkapkan proses yang diperlukan oleh Malaysian Football League (MFL).", "Antaranya Selangor FC serta Selangor FC 2 yang telah berjaya mendapatkan kelulusan pada 14 Februari dan akan memulakan sesi latihan di Padang Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada hari ini.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidun, menjelaskan pengalaman pada musim lalu telah menjadikan mereka sudah bersedia terhadap apa perkara yang diperlukan serta tidak berdepan banyak kesukaran bagi melengkapkan syarat yang dimahukan MFL.", "“Kami telah menghantar semua laporan yang diperlukan semalam ke MFL dan MFL juga telah memberikan kelulusan pada hari yang sama. Perkara ini bukan sesuatu yang janggal kerana kami pernah lakukan sebelum ini.", "“Ujian calitan COVID-19 telah dilakukan pada Sabtu lalu selain telah sanitasi padang latihan serta beberapa dokumen yang diperlukan, maka semuanya telah selesai dan kami boleh berlatih pada hari ini.", "“Pasukan akan berlatih seperti biasa iaitu latihan secara kontak penuh dan cara SOP (Prosedur Operasi Standard) yang kami pilih adalah ‘Home Quarantine’,“ katanya.", "Jelas Dr. Johan, beliau yakin pegawai serta pemain mampu menjaga SOP yang ditetapkan di bawah ‘Home Quarantine’ bagi memastikan tiada masalah yang boleh timbul jika ada dalam kalangan pemain terdedah kepada jangkitan COVID-19.", "“Semua pemain sedar sepenuhnya akan perkara ini dan mereka tahu tanggungjawab mereka untuk bersama-sama membantu pencegahan COVID-19 ini kerana kesannya pasti besar kepada Liga Malaysia.", "“Jika ada yang tidak menjaga SOP, sudah pasti situasi berkenaan akan berikan kesan kepada semua orang tetapi saya tidak bimbang dengan komitmen semua pegawai serta pemain dalam perkara ini, ” katanya.", "Selain Selangor FC dan Selangor FC 2, pasukan lain seperti PJ City FC serta UiTM FC juga telah mendapat kebenaran untuk melakukan latihan bermula pada hari ini.", "Pada 9 Februari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) bermula 15 Februari 2021.", "Apakah SOP gelembung sukan untuk latihan pasukan Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan SepakTakraw League?Jawapannya ada dalam thread ini! 👇 pic.twitter.com/BuItmAtc8V", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya menyambut baik kebenaran pihak kerajaan itu di mana program latihan berpusat menyaksikan tempat latihan dan pergerakan atlet atau pemain adalah terkawal mengikut model gelembung sukan dengan penginapan atlet atau pemain perlu mengikut SOP mengikut ‘Camp Quarantine’ dan ‘Home Quarantine’ yang telah ditetapkan.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL United FC, Stanley Bernard, berkata pasukannya juga dalam beberapa proses terakhir sebelum dapat menyerahkan perkara-perkara yang diperlukan oleh MFL seperti ujian swab (PCR) dan surat kebenaran pergerakan daripada PDRM.", "“Kita sedang melakukan segala mengikut apa yang dimahukan SOP untuk memastikan permohonan seperti kebenaran daripada pihak polis dapat dikeluarkan dan kami juga sedang lakukan PCR.", "“Pasukan akan jalani SOP secara ‘Home Quarantine’ , pemain diharapkan dapat mematuhi SOP yang ditetapkan dengan datang serta pulang ke rumah secara individu, mereka tidak dibenarkan berada di kawasan umum.", "“Apabila membicarakan mengenai bola sepak, pemain sekarang cukup teruja untuk memulakan latihan pra musim biarpun dalam SOP yang ketat dan walaupun tempoh yang singkat, saya harap pemain dapat bersedia sepenuhnya bagi hadapi saingan liga yang bermula bulan depan,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322068/", "headline": "\nJuara Antarabangsa Uganda 2023, Letshanaa Kembali Bernaung Di Bawah BAM\n", "content": ["Perseorangan wanita muda negara, Karupathevan Letshanaa yang masih segar kejayaan menjuarai saingan Antarabangsa Uganda 2023 kembali bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Badan induk badminton negara mengesahkan perkembangan terbabit dengan mengumumkan secara rasmi kepulangan pemain berusia 20 tahun itu menerusi satu maklumkan di pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.", "Difahamkan, Letshanaa akan kembali bersama BAM secara efektif bermula Rabu kelak bersamaan 1 Mac 2023.", "OFFICIAL: LETSHANAA REJOINS THE NATIONAL TEAM", "The Badminton Association of Malaysia (BAM) today announced the return of singles player K Letshanaa to the national team. The 20-year-old shuttler, who suffered a back injury and eventually resigned last year, pic.twitter.com/nco8lbNVcp", "— BAM (@BA_Malaysia) February 27, 2023", "“BAM berbesar hati mempunyai pemain berpotensi sepertinya kembali ke skuad kebangsaan. Dia sudah pasti akan menambah kekuatan pasukan perseorangan wanita negara.” tulis kenyataan rasmi BAM.", "Dimaklumkan, BAM memantau dengan rapat perkembangan Letshanaa semasa proses pemulihannya dan kagum dengan komitmen yang ditunjukkan.", "Selain kejuaraan Cabaran Antarabangsa Uganda yang dimenanginya semalam, Letshanaa semasa bergerak secara bebas turut merangkul pingat perak di temasya SUKMA 2022 serta muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022.", "Untuk makluman semua, Letshanaa memilih meninggalkan BAM untuk bergerak secara bebas (independent) sejak awal tahun lalu ekoran kecederaan belakang selain memasang misi peribadi untuk layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113639/", "headline": "\nLee Zii Jia Tak Perlu Tarik Diri Kejohanan Indonesia Masters, Kata SU Agung BAM\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak perlu menarik diri daripada kehohanan badminton Indonesia Masters 2021.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh memaklumkan kecederaan yang dialami oleh Zii Jia ketika beraksi pada perlawanan akhir Terbuka HYLO baru-baru ini semakin pulih.", "Justeru, nama pemain berusia 23 tahun merangkap juara Kejohanan Badminton All England Open 2021 tersebut akan kekal disenaraikan untuk kejohanan yang akan dilangsungkan di Bali, esok.", "Baca: Lee Zii Jia Disarankan Tarik Diri Salah Satu Kejohanan Di Indonesia", "“Kecederaannya tidak serius dan dia masih dalam proses pemulihan.", "“Kami harap dia dapat ber­aksi dalam salah satu kejohanan di Indonesia, kalau bukan Masters, mungkin di Terbuka Indonesia (23-28 November).", "“Buat masa ini Zii Jia selesa dan tidak memerlukan dia menarik diri, namun keputusan sama ada perlu (berehat daripada Indonesia Masters) akan diputuskan pada hari kejohanan,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Sebagai tambahan, Kenny berkata, Zii Jia perlu beraksi salah daripada kejohanan samada Indonesia Masters atau Terbuka Indonesia dalam 2 minggu terdekat ini untuk mara ke kejohanan Jelajah Akhir Dunia BWF.", "Untuk perlawanan di Pusingan 1 dalam saingan Indonesia Masters pada hari esok, Zii Jia akan memulakan kempen dengan menentang pemain Denmark, Rasmus Gemke yang berada di ranking ke-13 dunia.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110578/", "headline": "\nSuunto 9 Peak Dijual Mulai 17hb Jun – Harga Bermula RM2799\n", "content": ["Pembuat jam tangan sukan berpangkalan di Finland, Suunto, telah melancarkan Suunto 9 Peak yang merupakan jam tangan paling nipis, kuat dan tahan lasak dalam sejarah Suunto.", "Suunto 9 Peak dicipta untuk pengembaraan dan pengalaman puncak dengan reka bentuk nipis dan anggun yang selesa di pergelangan tangan. ", "Ia mempunyai kapasiti rakaman GPS sehingga 170 jam dalam mod Tour, pengukuran kandungan oksigen darah, pengisian bateri pantas (penuh dalam masa sejam) bagi memenuhi permintaan tinggi di kalangan peminat sukan dan pengembara.", "Selain itu, Suunto 9 Peak dilengkapi dengan semua ciri utama yang dimiliki oleh keluarga Suunto 9 iaitu lebih 80 mod sukan seperti berlari, mendaki, berbasikal lasak, ski dan berenang, skrin yang memaparkan data latihan mengikut penyesuaian pengguna, sistem pengurusan bateri pintar, pemantauan denyutan jantung di pergelangan tangan yang tepat, tinjauan cuaca yang terperinci, serta keupayaan navigasi yang luas.", "Aplikasi Suunto yang berintegrasi dengan Suunto 9 Peak membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan berkesan menerusi peta panas yang dilengkapi dengan poin permulaan popular. Perancangan ini boleh dipindahkan ke jam tangan untuk navigasi secara luar talian. ", "Aplikasi mudah alih itu memudahkan pengguna menjelajahi lokasi baharu, menanda tempat menarik dan meninjau pengembaraan terdahulu dengan peta panas peribadi. Selain itu, teknologi Bluetooth 5 yang baru telah menggandakan kelajuan segerak antara Suunto 9 Peak dan aplikasi Suunto.", "Suunto 9 Peak terdapat dalam dua model dengan empat warna yang diilhamkan dari alam semulajadi iaitu Titanium Granit Biru, Titanium Birch Putih diperbuat daripada kaca safir dan titanium gred 5 (RM3,199) serta Hitam dan Kelabu Lumut yang dihasilkan daripada kaca safir dan keluli tahan karat (RM2,799).", "Suunto 9 Peak yang terbaharu akan dijual melalui platform e-dagang Lazada, Shopee, SolarTime.com serta semua kedai jualan a.d time mulai 17hb jun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221229/", "headline": "\nNik Sharif Tinggalkan Selangor, Sertai Terengganu Dengan Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Selepas 6 bulan beraksi bersama Terengganu FC secara pinjaman, pemain tengah, Nik Sharif Haseefy memuktamadkan jodohnya bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu dengan perpindahan secara tetap.", "Perkembangan mengenai Nik Sharif menjadi milik mutlak skuad Hitam Putih bimbingan Tomislav Steinbruckner setelah pasukan itu mengumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya, hari ini.", "Dalam pengumuman itu juga, Nik Sharif dimaklumkan akan menabur bakti bersama Terengganu sekurang-kurangnya sehingga tahun 2024 dimana dia diberikan kontrak selama dua tahun.", "🏴🏳️NIK SHARIF MELENGKAPKAN PERPINDAHAN SECARA TETAP BERSAMA TERENGGANU FC 🏴🏳️", "Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/LSUC67kyQZ#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/QN9JpzRcio", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 27, 2022", "Untuk makluman semua, tempoh pinjamannya bersama Terengganu bermula penghujung Mei lalu telah memberikan ‘nyawa’ kedua bagi karier bola sepak pemain berusia 25 tahun ini.", "Manakan tidaknya, perpindahannya ke Selangor daripada Pahang pada penghujung tahun 2020 tidak begitu bernasib baik buatnya kerana dihimpit dengan isu kecederaan sekaligus mengekang dirinya untuk mempamerkan kebolehan yang dimilikinya.", "Ekoran itu, Nik Sharif membuat keputusan untuk berhijrah ke Terengganu di bawah kendalian Nafuzi Zain.", "Bersama Terengganu, Nik Sharif perlahan-lahan mendapat kepercayaan daripada barisan kejurulatihan sebelum diberikan peluang untuk menjadi tonggak utama yang membolehkannya membantu Terengganu muncul naib juara Piala FA, Liga Super serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.", "Berdasarkan statistik, pemain berketinggian 1.68 meter (m) ini merekodkan 25 penampilan, menjaringkan 3 gol serta menghasilkan 5 bantuan gol sepanjang beraksi sebagai pemain pinjaman di Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321549/", "headline": "\nBekas Bek Import Terengganu Sertai Kelab Kendalian Kiatisuk Senamuang Di Vietnam\n", "content": ["Bekas pertahanan import Terengganu FC, Pape Diakite memilih untuk kembali semula ke kancah bola sepak Vietnam setelah khidmatnya tidak disambung oleh naib juara Piala FA dan Liga Super itu pada penghujung tahun lalu.", "Kelab di Vietnam yang menjadi pilihan bek tengah tinggi lampai ini ialah Hoang Anh Gia Lai (HAGL) yang dibimbing oleh legenda skuad kebangsaan Thailand, Kiatisuk Senamuang atau terkenal dengan nama panggilan Zico.", "HAGL mengumumkan penyertaan Pape secara rasmi menerusi platform laman sosialnya, semalam.", "Pengumuman Pape itu turut hadir bersama-sama dua lagi pemain import lain iaitu penyerang Brazil, Paollo Madeira Oliveira dan Wahington Brandao Dos Santos. ", "Kancah bola sepak Vietnam tidak asing buat pertahanan kelahiran Senegal yang berusia 30 tahun ini. Sebelum menyertai Terengganu, Pape telah beraksi bersama dua buah kelab Vietnam iaitu Ho Chi Minh City dan Saigon FC.", "Untuk makluman, Pape merupakan salah seorang daripada lima tonggak import iaitu Kpah Sherman, Tchetche Kipre, Manuel Ott dan Petrus Shitembi yang tidak disambungkan kontrak.", "Bercakap mengenai kelab baharu yang disertai Pape, musim lalu HAGL menamatkan saingan Liga Vietnam di tangga keenam dengan mengutip 32 mata hasil melakar tujuh kemenangan dan sebelas keputusan seri.", "Featured Image: Instagram Kiatisuk Senamuang"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219085/", "headline": "\nManusia Terkaya Dunia, Elon Musk Mahu Beli Manchester United\n", "content": ["Manusia terkaya di dunia, Elon Musk yang memiliki nilai bersih 270.1 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) menyatakan mahu membeli kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United.", "Keinginan tersebut dinyatakannya menerusi satu ciapan di akaun Twitter peribadinya pada pagi tadi. Namun begitu, tidak dapat dipastikan samada ianya serius atau sekadar berseloroh memandangkan tiada sebarang butiran lengkap terhadap kemahuan yang dinyatakan itu.", "Also, I’m buying Manchester United ur welcome", "— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022", "Ketika ini, kelab yang yang menjuarai liga inggeris sebanyak 20 kali ini dimiliki oleh keluarga Glazer. Menurut Forbes, pasukan yang berjulukan Red Devils ini bernilai 4.6 bilion dolar AS – ketiga termahal di dunia selepas Real Madrid dan Barcelona.", "Mereka baru sahaja memulakan saingan baharu bola sepak, musim 2022/23. Bagaimanapun, musim baharu ini dimulakan dengan langkah kiri apabila tumpas dua perlawanan awal berturut-turut kepada Brighton & Hove Albion dan Brentford baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215291/", "headline": "\nAzalinullah Alias: Cukuplah 3 Kali Saya Berdepan ACL…\n", "content": ["Pemain tengah Terengganu FC, Azalinullah Alias tidak dapat membayangkan sekiranya mendapat kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (ACL) buat kali keempat dalam hidupnya.", "Hal ini kerana tiga kecederaan ACL yang telah menimpa pemain berusia 26 tahun ini amat perit untuk dilalui dan ditambah pula merugikan kariernya kerana perlu berehat panjang.", "Bagaimanapun, ketika ini, pemain yang dikenali sebagai Azali ini sudah pulih daripada kecederaan tersebut dan mula memberikan tumpuan untuk merebut kembali tempat di dalam kesebelasan utam skuad bimbingan Nafuzi Zain, musim ini.", "“Saya sebenarnya dah mula masuk padang berlatih sejak Piala Malaysia pada musim lepas, cuma tidak diberi peluang bermain sahaja.", "“Jadi, daripada situ saya cuba untuk mendapatkan balik kecergasan yang terbaik sebab dah satu musim tidak bermain.", "“Cuma selain saya ingin rebut tempat, yang menjadi keutamaan adalah saya tidak mahu cedera teruk seperti itu lagi.", "“Cukuplah tiga kali saya berdepan ACL, kalau nak kena kali keempat lagi, tak tahu la nak buat macam mana dah, memang rugi apabila satu musim tidak dapat bermain”, katanya.", "Sebagai rekod, Azali ditimpa kecederaan ACL yang pertama pada tahun 2015 ketika bersama Harimau Muda C. Seterusnya, kecederaan ini kembali berulang pada awal musim 2019. ", "Untuk kali ketiga, kecederaan ini menerpanya ketika beraksi menentang Melaka United dalam saingan Liga Super pada bulan Mac tahun lalu.", "Kecederaan tersebut menyebabkan pemain tengah berbakat ini terpaksa melupakan saingan 2021 bagi memberi tumpuan untuk dirinya pulih seperti sedia kala."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113532/", "headline": "\nMengapa Guilherme De Paula Tak ‘Jogging’ Ketika Bermain Bersama JDT? Ini Jawapan TMJ\n", "content": ["Persembahan penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula bersama skuad kebangsaan sebelum ini seringkali mendapat kritikan oleh para peminat dan penyokong bola sepak tempatan.", "Antara kritikan yang dilontarkan adalah gaya permainan De Paula yang bersahaja dan seringkali dilihat berlari-lari anak atau ‘jogging’ ketika bermain bersama skuad Harimau Malaya.", "Bagaimanapun, lain pula persembahan penyerang kelahiran Brazil bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika beraksi dalam kancah bola sepak domestik.", "Menerusi satu komen yang ditinggalkan di Instagram, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan penjelasan mengenai perbezaan gaya permainan yang ditampilkan oleh De Paula itu.  ", "“Kenapa di JDT De Paula tak jogging tetapi dia kerap membuat high pressing? Kerana di JDT jikalau dia berlari sambil lewa dia berenang di kolam buaya. Simple.” tulis TMJ yang juga merupakan pemilik JDT.", "Semalam, penyerang berusia 35 tahun itu beraksi dengan baik ketika diturunkan menentang Kelantan dalam aksi keenam peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. ", "De Paula bukan sahaja dilihat melakukan ‘pressing’ terhadap pemain-pemain lawan bahkan turut menyumbang satu gol buat skuad Harimau Selatan.", "Gol tersebut hadir pada separuh masa kedua apabila satu hantaran lintang rendah daripada bek kanan iaitu S. Kunanlan berjaya disumbat masuk oleh De Paula dalam kotak penalti.", "Jaringan tersebut memberikan JDT mendahului 3-0 di waktu itu sebelum pertahanan tengah, Shahrul Saad menambah satu lagi gol sekitar minit ke-80.", "Permainan tamat dengan JDT merekodkan kemenangan 4-0 serta muncul juara Kumpulan D dengan mengumpul 18 mata secara keseluruhan.", "Anda boleh menonton sorotan perlawanan serta jaringan oleh Guilherme de Paula pada pautan di bawah:", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114200/", "headline": "\nSabah Pinjam Pemain Kacukan Stuart & Bekas Kapten, Irfan Daripada JDT II\n", "content": ["Sabah FC yang dibimbing oleh bekas ketua jurulatih kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengumumkan kemasukan dua lagi pemain baharu dalam mempersiapkan pasukan tersebut tersebut untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Menerusi pengumuman terbaru kelab, salah seorang daripadanya merupakan pemain tengah menyerang (attacking midfielder) berdarah kacukan Malaysia-England yang berusia 22 tahun iaitu Stuart Wilkin. Sepanjang musim ini, produk Akademi Southampton ini kerap membarisi kesebelasan utama JDT II dengan beraksi di posisi sayap.", "Selain itu, Sabah turut menambah kekuatan skuadnya dengan seorang lagi pemain tengah JDT II merangkap bekas kapten skuad Harimau Muda, Irfan Fazail yang berusia 30 tahun. Merupakan seorang ‘playmaker’ dan dijangka kehadirannya bakal memberikan saingan kepada seorang lagi pemain tengah, Baddrol Bakhtiar yang turut ditandatangani oleh Sabah, minggu lalu.", "Satu lagi pilihan, dengan kemasukan Baddrol dan Irfan, berkemungkinan Kim Swee mahu menggandingkan kembali kedua-dua pemain ini di bahagian tengah skuad Sang Badak sepertimana pernah dilakukannya ketika membimbing skuad Harimau Muda memenangi pingat emas Sukan SEA sekitar sedekah yang lalu. ", "Difahamkan, Stuart dan Irfan dipinjam oleh Sabah selama satu musim daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Terdahulu, Sabah di bawah bimbingan Kim Swee melakukan rombakan besar dengan membawa masuk beberapa pemain tempatan berprofil tinggi seperti Baddrol Bakhtiar, Dominic Tan, Rizal Ghazali, Damien Lim, Dirga Surdi dan Badrul Affendy selain mengekalkan nama-nama seperti Amri Yahyah, N. Thanabalan dan lain-lain lagi.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113131/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Rekod Pertemuan Sze Fei-Nur Izzuddin vs Beregu No.7 Dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto\n", "content": ["Pentas suku akhir Kejohanan Terbuka Denmark 2021 bagi kategori beregu lelaki bakal menyajikan pertembungan antara wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menentang beregu ke-7 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto.", "Untuk makluman semua, Sze Fei-Nur Izzuddin yang menghuni ranking ke-26 dunia berhasil meloloskan diri ke peringkat suku akhir setelah menumpaskan dua beregu India iaitu Manu Attri-Sumeeth Reddy (ranking ke-37) dan Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy (ranking ke-10) pada pusingan pertama dan kedua masing-masing.", "Manakala pencabar mereka, Fajar Alfian-Rian Ardianto pula ke suku akhir dengan menewaskan beregu Chinese Taipei, Ching Yao-Po Han (ranking ke-22) dan beregu India, Arjun-Kapila (ranking ke-46).", "Bercakap mengenai sejarah pertembungan melibatkan kedua-dua beregu dari Malaysia dan Indonesia ini, berdasarkan rekod, mereka hanya bertemu tiga kali sahaja setakat ini. Berikut adalah rekod pertemuan mereka:", "Kejohanan: Chinese Taipei Open 2019", "Keputusan: 20-22 dan 14-21 (kalah ‘straight set’)", "Kejohanan: Princess Sirivannavari Thailand Masters 2018 ", "Keputusan: 21-23, 21-18 dan 17-21", "Kejohanan: Walikota Surabaya International Series 2016", "Keputusan: 13-21 dan 16-21 (tumpas ‘straight set’)", "Berdasarkan rekod di atas, beregu Sze Fei-Nur Izzuddin tidak pernah meraih sebarang kemenangan ketika bertemu Fajar Alfian-Rian Ardianto sebelum ini. Lebih menarik, dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut, beregu Malaysia ini tumpas pada pusingan pertama kepada beregu Indonesia ini. Untuk perlawanan malam ini, mampukah Sze Fei-Nur Izzuddin memperbaharui rekod pertemuan dan melakukan kejutan ke atas Fajar Alfian-Rian Ardianto untuk mara ke peringkat separuh akhir? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220925/", "headline": "\nKedah Beri Nafuzi Zain Kontrak 2 Tahun & Sambar Bekas Jurulatih Penjaga Gol Terengganu\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman FC (Kedah) secara rasminya akan mengharungi saingan baharu Liga Malaysia musim 2023 dengan kehadiran ketua jurulatih baharu.", "Kerusi pengendali skuad berjulukan Sang Kenari ini kosong selepas berpisah dengan jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak setelah menamatkan saingan Liga Super 2022 di tangga kelapan pada Oktober lalu.", "Dalam Majlis Menandatangani Kontrak Ketua Jurulatih & MoU Rakan Strategik pada hari ini, pemilik majoriti pasukan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengumumkan bekas ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain dilantik mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Coach Aidil itu.", "Dr. Mohd Daud turut memaklumkan Nafuzi diberikan kontrak selama dua tahun bersama Kedah yang akan menyaksikannya kekal membimbing skuad Hijau Kuning sehingga tahun 2024.", "Untuk rekod, Nafuzi yang berusia 44 tahun ini menjadi buah mulut para penyokong bola sepak tempatan selepas mempamerkan pencapaian yang agak memberangsangkan bersama Terengganu pada musim 2022 lalu.", "Nafuzi berhasil membawa kelab berpangkalan di pantai timur itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia serta muncul naib juara Liga Super dan Piala FA. Pencapaian ini membolehkan Terengganu meraih slot ke saingan Piala AFC 2023-24 serta saingan Piala Sumbangsih 2023. ", "Bukan itu sahaja, Dr. Mohd Daud turut mengumumkan kehadiran jurulatih penjaga gol Kedah yang baharu merangkap bekas jurulatih penjaga gol Terengganu iaitu Yazid Yassin menyertai barisan kejurulatihan yang dipimpin oleh Nafuzi Zain."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220465/", "headline": "\nSon Jalani Pembedahan, Penyertaan Ke Piala Dunia Cetus Tanda Tanya\n", "content": ["Peluang untuk pemain bintang Republik Korea, Son Heung-min untuk beraksi di kancah Piala Dunia 2022 Qatar yang akan bermula 20 November kelak mencetuskan tanda tanya. ", "Ini selepas kelabnya, Tottenham Hotspur dalam satu kenyataan rasmi mengesahkan berusia 30 tahun itu akan menjalani pembedahan untuk menstabilkan keretakan di sekeliling matanya.", "Pembedahan itu dilakukan selepas penyerang itu ditimpa kecederaan ketika turun menentang Olympique Marseille di Stade Velodrome dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Kecederaan Son itu berpunca daripada pertembungan dengan pertahanan Marseille, Chancel Mbemba di udara pada minit ke-23 sehingga memaksa permainan dihentikan dalam tempoh masa panjang.", "Walaupun tanpa ketiadaan Son selepas daripada itu, Spurs tetap berhasil merekodkan kemenangan dengan keputusan 2-1 sekaligus mengutip 3 mata berharga.", "Sementara itu, selepas pembedahan, Son akan memulakan pemulihan dengan kakitangan perubatan kelab. Perkembangan Son akan dikemaskini dengan lebih lanjut kepada para penyokong dalam masa terdekat.", "Untuk makluman semua, Korea berada dalam Kumpulan H di saingan Piala Dunia kali ini. Skuad berjulukan Taeguk Warriors ini akan memulakan kempen peringkat kumpulan dengan menentang Uruguay dan diikuti oleh Ghana dan diakhiri dengan bertemu Portugal."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216388/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Beregu No.3 Indonesia Catat Kemenangan Sulung Ke Atas Aaron-Wooi Yik\n", "content": ["Tiga pertemuan terdahulu menentang beregu No.3 Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto berakhir dengan kemenangan buat Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Namun begitu, pertemuan keempat melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini di peringkat separuh akhir saingan Terbuka Swiss 2022 menyaksikan satu pengakhiran baharu tercipta.", "Beregu No.1 negara merangkap penghuni ranking kelapan dunia, Aaron-Wooi Yik tumpas buat pertama kali kepada Fajar-Ardianto di pentas kejohanan antarabangsa.", "YONEX Swiss Open 2022MD – Semi final 🇮🇩Fajar ALFIAN🏅22 13 21 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO🏅20 21 8 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 51 minutes https://t.co/V8vvw9tc7V", "— BWFScore (@BWFScore) March 26, 2022", "Di dalam perlawanan tersebut, Fajar-Ardianto yang menduduki ranking kesembilan dunia berhasil menumpaskan Aaron-Wooi Yik menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 13-21 dan 21-8 dalam tempoh masa 51 minit permainan.", "Kekalahan ini menyaksikan Aaron-Wooi Yik gagal menempah tiket ke perlawanan akhir di kejohanan yang bertarah Jelajah Dunia Super 300 BWF ini. Bagaimanapun, kemaraan ke peringkat separuh akhir ini menyamai pencapaian yang ditampilkan mereka pada tahun lalu.", "Sementara itu, di pentas final kelak, Fajar-Ardianto bakal berhadapan samada satu lagi beregu Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin atau beregu senegaranya, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113685/", "headline": "\nIndonesia Masters: Zii Jia Tak Sempat Tamatkan Permainan, Terpaksa Tarik Diri Pada Pusingan 1\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak sempat menamatkan perlawanan pada Pusingan 1 dalam kejohanan Indonesia Masters yang berlangsung pada hari ini.", "Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia membuat keputusan menarik diri (retired) ketika skor 9-11 pada set pertama yang sedang berpihak kepada lawannya, Rasmus Gemke dari Denmark.", "Baca: Lee Zii Jia Tak Perlu Tarik Diri Kejohanan Indonesia Masters, Kata SU Agung BAM", "\"𝙄𝙩'𝙨 𝙣𝙤𝙩 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙢𝙮 𝙗𝙖𝙘𝙠 𝙞𝙣𝙟𝙪𝙧𝙮, 𝙢𝙮 𝙬𝙝𝙤𝙡𝙚 𝙗𝙤𝙙𝙮 𝙞𝙨 𝙩𝙞𝙧𝙚𝙙.\"Lee Zii Jia 🇲🇾 retires from his match against Rasmus Gemke 🇩🇰 after 13 minutes.We wish Lee a speedy recovery.#IndonesiaMasters2021 #BWFWorldTour 📸 @badmintonphoto https://t.co/pyWDH5mWSu pic.twitter.com/TyrorzL8XV", "Ketika itu, perlawanan baru sahaja berlangsung dalam tempoh 13 minit. Difahamkan, penarikan dirinya ini disebabkan oleh kecederaan belakang yang menimpa Zii Jia ketika di kejohanan Terbuka HYLO, minggu lalu.", "Selain itu, faktor keletihan yang dialami oleh Zii Jia ekoran penyertaan deretan kejohanan demi kejohanan sejak bulan September lalu turut menyumbang kepada keputusan tersebut.", "Penarikan diri Zii Jia memberikan laluan kepada Rasmus untuk mara ke Pusingan 2. Di peringkat ini, Rasmus bakal berhadapan antara pemain Republik Korea, Heo Kwanghee atau pemain Perancis, Toma Junior Popov.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321776/", "headline": "\nReal Chukai Lanjut Pajakan Stadium Mak Chili Selama 3 Tahun\n", "content": ["Stadium Mak Chili akan kekal menjadi gelanggang rasmi atau “home” bagi Real Chukai FC sehingga tahun 2026.", "Ini selepas skuad berjulukan The Anchor itu telah memperoleh lanjutan pajakan Stadium Mak Chili selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama enam tahun.", "Difahamkan, lanjutan itu hadir selepas pajakan semasa Stadium Mak Chili oleh Real Chukai tamat pada Januari lalu.", "Bagaimanapun, Real Chukai dan pemilik Stadium Mak Chili, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah pun memuktamadkan perbincangan mereka untuk menandatangani perjanjian baharu.", "Pada masa yang sama, Real Chukai merancang pelan pembangunan untuk pengubasuaian Stadium Mak Chili dengan anggaran sebanyak RM4 juta.", "Pelan perancangan ini merangkumi menambah tempat duduk dihadapan grandstand sedia ada serta tambahan padang bola sepak bersaiz kecil yang sesuai untuk permainan bola sepak sembilan sebelah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322106/", "headline": "\nChungbuk Cheongju Rakam Kemenangan Sulung Di Pentas K League 2\n", "content": ["Kelab yang disertai oleh pemain kebangsaan, Kogileswaran Raj iaitu Chungbuk Cheongju berhasil memulakan kempen K League 2 dengan langkah kanan.", "Langkah kanan itu dicetak menerusi kemenangan 3-2 ke atas Seoul E-Land dalam perlawanan pertama liga yang berlangsung pada petang tadi di halaman lawan, Stadium Mokdong.", "Kemenangan terbabit dirakam menerusi jaringan oleh Paulinho, Moon Sang-yun dan Jorge Teixeira pada minit ke-9, ke-51 dan ke-64 masing-masing.", "Tidak lama kemudian, tuan rumah cuba mengejar kedudukan terbabit dan berhasil menjaringkan dua gol yang berselang dalam masa lima minit.", "Dua jaringan itu dihasilkan oleh Bruno Oliveira dan Tsubasa Nishi pada minit ke-71 dan ke-76 masing-masing.", "Akan tetapi, Seoul E-Land tidak berhasil menjelmakan jaringan ketiga bagi mengikat kedudukan. ", "Kedudukan 3-2 itu kekal sehingga ke tiupan wisel penamat sekaligus membuatkan Seoul E-Land gagal untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan ini.", "Sementara itu, kelibat Kogileswaran tidak kelihatan sama sekali dalam kesebelasan utama mahupun senarai pemain simpanan.", "Perlawanan berikutnya, Chungbuk Cheongju akan bertemu Sangju Sangmu di halaman sendiri bagi aksi kedua K League 2.", "Featured Image: Chungbuk Cheongju FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217276/", "headline": "\nPiala Thomas: Tze Yong Belum Jumpa ‘Formula’ Untuk Kalahkan Kidambi\n", "content": ["Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong yang berada di ranking ke-46 dunia belum menemui ‘formula’ untuk menumpaskan pemain India yang berada di ranking ke-11 dunia, Kidambi Srikanth.", "Tze Yong terpaksa akur tumpas kepada Kidambi ketika turun sebagai wakil ketiga negara menentang pasukan India dalam peringkat suku akhir Piala Thomas 2022, sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", "21 21 🇮🇳Srikanth KIDAMBI🏅11 17 🇲🇾Tze Yong NG", "🕗 in 41 minutes https://t.co/bJW2RXAgdn", "— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 21 tahun ini tumpas kepada Kidambi secara  “straight set” dengan skor 11-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 41 minit permainan.", "Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pemain. Mereka berentap sesama sendiri buat pertama kali ketika dalam saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, baru-baru ini yang menyaksikan Kidambi turut memenanginya secara “straight set”. ", "Kemenangan Kidambi ini membolehkan skuad India merangkul mata kedua sekaligus mendahului Malaysia dengan skor 2-1 pada ketika ini.", "Sementara itu, perlawanan seterusnya, gandingan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi turun menentang beregu No.45 dunia, Krishna Prasad Garaga dan Vishnuvardhan Goud Panjala."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215263/", "headline": "\nBATC 2022: Pasukan Wanita Malaysia Dijodohkan Bersama Juara Bertahan, Jepun Serta India\n", "content": ["Hasil undian Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menyaksikan pasukan wanita negara dijodohkan bersama-sama juara bertahan iaitu Jepun.", "Menyertai Malaysia dan Jepun di dalam Kumpulan Y ini adalah pasukan wanita India. Majlis undian ini turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Badminton Asia, tengah hari tadi.", "#BATC2022 Women’s Team: Malaysia drawn in Group Y alongside Japan & India!#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/DmMarsruJk", "Sementara itu, sebuah lagi kumpulan iaitu Kumpulan Z disertai oleh Korea, Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan.", "Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke saingan separuh akhir sambil menempah tiket ke kejohanan Piala Uber 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Mei hadapan.", "Untuk makluman semua, kejohanan BATC ini akan dilangsung di Setia City Convention Centre bermula 15 hingga 20 Februari kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112342/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2021: Selangor MAC ���Bantai’ Wakil Kemboja & Akhiri Saingan di Tempat Ke-3\n", "content": ["Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019, Selangor MAC berhasil menumpaskan wakil Kemboja, Mohahang All Star FC dengan keputusan 7-2 pada hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Ekmal, Yazadh dan Danial Dain menjaringkan dua gol dan Azwann menjaringkan satu gol sekaligus memastikan Selangor MAC mengutip 3 mata yang kedua dalam kejohanan ini.", "AFF Futsal Cup 2021 – FULLTIME RESULT Selangor Mac FC 7-2 Mohahang All Star FC#AFF#FAT pic.twitter.com/LK8cz2bpha", "Perlawanan menentang wakil Kemboja ini juga merupakan yang terakhir dihadapi oleh Selangor MAC dan secara tidak rasminya, pasukan yang dibimbing oleh Addy Shairullyzam menamatkan saingan Piala Futsal AFF 2021 di tempat ketiga.", "Sementara itu, sebuah lagi wakil negara iaitu Pahang Rangers yang dibimbing oleh Gerard Casas pula menduduki tangga keempat setelah mencatatkan satu kemenangan dan tiga kekalahan.", "Juara bagi kejohanan ini sedang direbut oleh dua wakil Thailand iaitu Freefire Bluewave Chonburi dan Port FC yang mengumpul 9 mata yang sama selepas mengharungi 3 perlawanan.", "Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan tersebut akan berlangsung pada 7 malam ini, waktu Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220518/", "headline": "\nPos Malaysia Lancar Set Setem Khas Berharga RM45 Sempena Piala Malaysia\n", "content": ["Bersempena dengan berlangsungnya saingan Piala Malaysia 2022, Pos Malaysia selaku Rakan Logistik Rasmi Liga Malaysia melancarkan satu koleksi setem edisi khas yang diberi nama Setem Ku.", "Set edisi khas yang terhad kepada 1,800 unit ini dikeluarkan sebagai satu memorabilia kepada peminat bola sepak tempatan dan juga pengumpul setem.", "Set Setem Ku ini merangkumi satu helaian setem yang daripada 16 jenis setem mempamerkan pemain-pemain daripasa setiap pasukan yang beraksi di Piala Malaysia seperti Bergson da Silva dan Arif Aiman (JDT, Faisal Halim dan Kpah Sherman (Terengganu), Baddrol Bakhtiar dan Amri Yahyah (Sabah) serta lain-lain lagi.", "Bukan itu sahaja, set ini turut disertakan dengan tiga poskad dan sampul surat masing-masing. Kesemua bahan-bahan ini dimuatkan dalam satu fail rekaan khas yang disertakan dengan nombor bersiri.", "Bagi peminat yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini, ianya boleh didapati secara atas talian menerusi laman (www.pos.com.my/shop) atau secara runcit di kaunter Unit Setem & Filateli Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur bermula 9 November.", "Sementara itu, pembelian di 13 lagi Pejabat Pos Besar seluruh negara akan bermula pada 14 November kelak. Untuk makluman semua, set Setem Ku ini diletakkan tanda harga RM45 setiap satu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221118/", "headline": "\nPerlawanan Tier 1: Bayangan Kesebelasan Utama Piala AFF Oleh Kim Pan-gon?\n", "content": ["Adakah pemain-pemain yang membarisi kesebelasan utama menentang Maldives di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada malam ini merupakan bayangan kepada kesebelasan utama di saingan Piala AFF kelak?", "Berhadapan dengan pasukan di ranking ke-154 dunia itu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon hanya mengekalkan enam pemain sahaja yang bermula ketika menentang Kemboja pada Jumaat lalu.", "Selebihnya Pan-gon melengkapkannya dengan Syihan Hazmi (penjaga gol), Dominic Tan, Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal dan Brendan Gan.", "Barisan pemain ini berhasil merekodkan kemenangan 3-0 ke atas ke atas Maldives yang mendapat bimbingan jurulatih dari Itali, Francesco Moriero.", "Kemenangan itu berpunca daripada jaringan tunggal oleh penyerang berdarah kacukan England-Malaysia, Darren Lok pada babak pertama atau lebih spesifiknya pada minit 24’.", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Rabu, 14 Disember 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 3-0 🇲🇻 MALDIVES", "⚽️ Darren Lok 24' Faisal Halim 64' Lee Tuck 88'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/LH5D1QZ7s7", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 14, 2022", "Ketika babak kedua, Malaysia yang berjulukan Harimau Malaya ini berhasil menggandakan jaringan menerusi Faisal Halim pada minit 64’.", "Sekitar dua minit sebelum tamat 90 minit permainan, Lee Tuck berjaya meledak jaringan ketiga buat Malaysia selepas menerima suapan daripada Sergio Aguero.", "Sepanjang babak kedua, Pan-gon turut membuat beberapa pertukaran. Antaranya memasukkan Lee Tuck, Nor Hakim Hassan, Aliff Haiqal Lokman, Stuart Wilkin, Quentin Cheng dan Sergio Aguero.", "Pemain-pemain itu masuk menggantikan Safawi Rasid, Ruventhiran, Dominic Tan, Mukhairi Ajmal, Brendan Gan dan Darren Lok.", "Dengan keadaan Maldives gagal mencari sebarang jaringan penyamaan, Malaysia berhasil menutup perlawanan dengan keputusan 3-0 sejurus pengadil perlawanan dari Thailand, Sivakorn Pu-Udom meniup wisel menamatkan permainan.", "Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322414/", "headline": "\nRanking BWF: Lee Zii Jia Kekal No.4 Dunia\n", "content": ["Kejayaan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) selepas sering kali terkandas awal dalam beberapa kejohanan sebelum ini nampaknya tidak memberi kesan kepada kedudukan ranking dunianya.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Zii Jia yang meraih 8,400 daripada kejohanan bertaraf Super 1000 itu kekal di kedudukan keempat dunia dengan pungutan 74,568 mata.", "Pemain yang bakal menjengah usia 25 tahun dalam beberapa hari lagi ini menghuni tangga keempat dunia di bawah Viktor Axelsen (108,206 mata), Jonathan Christie (80,062 mata) dan Anthony Sinisuka Ginting (77,579 mata).", "Untuk makluman semua, ranking terbabit dihuninya sejak sembilan minggu lalu apabila jatuh daripada kedudukan kedua dunia – ranking terbaik pernah dihuninya dalam kariernya setakat ini.", "Sementara itu, terdapat peningkatan yang agak ketara melibatkan dua perseorangan muda negara iaitu Justin Hoh dan Ong Ken Yon yang merekodkan peningkatan sebanyak 15 dan 11 anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-70 dan ke-109 masing-masing.", "Manakala bagi seorang lagi pemain muda negara, Ng Tze Yong yang berhasil ke peringkat suku akhir All England selepas menumpaskan Viktor Axelsen pada minggu lalu meningkat dua anak tangga dan menghuni ranking ke-26 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220684/", "headline": "\nHarga Tiket Final Piala Malaysia Sama Seperti Piala FA – Bermula RM50\n", "content": ["Penganjur saingan bola tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 adalah sama seperti perlawanan akhir Piala FA 2022 yang lalu.", "Bukan sahaja harga tiket yang sama, penjualan empat ‘tier’ tiket yang merangkumi dua kategori General Admission serta Premium Grandstand dan  VIP Grandstand turut dikekalkan bagi akhir yang dijadualkan berlangsung pada 26 November kelak.", "Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan MFL pada hari ini, harga keempat-empat ‘tier’ tiket itu ditetapkan seperti berikut:", "General Admission 1 – RM50", "Genaral Admission 2 – RM70", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam memaklumkan biarpun pihaknya berhadapan dengan peningkatan kos penganjuran namun harga tiket perlawanan akhir itu tetap dikekalkan sepertimana aksi akhir Piala FA yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara pada 10 September lalu.", "“MFL membuat keputusan untuk mengekalkan harga tiket perlawanan akhir TM Piala Malaysia dengan mengambil kira kejayaan penganjuran final Piala FA 2022 di mana sambutan yang ditunjukkan oleh penyokong yang hadir ke stadium cukup hebat.", "“Saya percaya dengan penetapan empat ‘tier’ harga tiket ini akan memberi lebih pilihan buat penyokong kedua-dua pasukan finalis yang ingin hadir ke stadium bagi menyaksikan aksi kemuncak TM Piala Malaysia kali ini.", "“Untuk proses jualan tiket final ini pula akan ditentukan oleh pasukan finalis seperti yang dilakukan sebelum ini kerana dengan cara ini, tiket yang telah diperuntukkan kepada setiap kelab dapat dibeli oleh penyokong mereka secara sama rata dan adil,” kata Stuart.", "Sepertimana Piala FA yang lalu, venue bagi perlawanan akhir Piala Malaysia juga kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218061/", "headline": "\nBekas Bek Kiri KL City Sertai Skuad AFC Champions League JDT\n", "content": ["Pasukan yang beraksi dalam kancah AFC Champions League (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan pemain baharunya – bekas pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City), Daniel Ting menerusi satu klip video pengenalan pemain, pada hari ini.", "Klip video berdurasi 32 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial milik skuad Harimau Selatan tersebut memaparkan pemain kacukan England-Malaysia berusia 29 tahun menaiki limousine dan memasuki Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Dalam klip video itu juga, JDT mendedahkan Daniel akan menyarung jersi No.33 – nombor yang ditinggalkan oleh pertahanan import, Mauricio dos Santos Nascimento yang mengumumkan meninggalkan skuad Harimau Selatan, pagi tadi.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 27, 2022", "Muat naik itu secara langsungnya menjadikan Daniel kembali beraksi bersama skuad Harimau Selatan buat kali kedua bermula saat ini. Untuk makluman, Daniel pernah sudah pernah menyertai pasukan simpanan, JDT II pada penghujung tahun 2016.", "Dengan kemasukan Daniel, JDT secara langsungnya mempunyai dua bek kiri berdarah campuran termasuk pemain sedia adanya, La’Vere Corbin Ong.", "Untuk makluman semua, musim lalu, Daniel menampilkan prestasi yang cukup cemerlang bersama skuad ibu kota kendalian Bojan Hodak dengan membantu KL City menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam serta muncul juara Piala Malaysia 2021.", "Bagaimanapun, ketika tempoh pramusim sebelum berlangsungnya saingan Liga Malaysia 2022, kem KL City memaklumkan Daniel mempunyai masalah peribadi dan tidak dapat menyertai pasukan pada ketika itu.", "Dan pada Mac lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad mengesahkan kelahiran Cheshire, England ini dengan rasminya berpisah dengan KL City sekaligus menjadi pemain bebas (free agent).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112754/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: Sasaran ke Suku Akhir Tidak Berubah Walaupun England Menarik Diri\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak bercadang untuk menyemak semula sasaran awal mara ke peringkat suku akhir buat pasukan lelaki dalam kejohanan Piala Thomas 2020.", "Menurut laporan portal Bernama, perkara tersebut disahkan oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria walaupun pasukan England yang berada dalam Kumpulan D bersama-sama Jepun, Malaysia dan Kanada mengumumkan menarik diri pada saat-saat akhir.", "Artikel Berkaitan: Pemain-Pemain ‘Power’ Cedera, Pasukan England Umum Tarik Diri", "“Kami rasa penarikan diri England bukan satu kelebihan besar untuk Malaysia, jadi kami akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada Jepun. Kami perlu realistik tentang sasaran kami kerana pemain kami telah menempuh perlawanan yang banyak dalam kejohanan Piala Sudirman.", "“Ia mungkin menyebabkan mereka sedikit keletihan dan saya tidak fikir adalah wajar untuk menyemak semula sasaran kami kerana kami tidak mahu memberi tekanan kepada mereka.", "“Saya fikir pemain dan jurulatih kami tahu apakah aksi yang diharapkan daripada mereka, bukan hanya oleh pihak BAM, tetapi juga peminat, jadi mereka harus berjuang bersungguh-sungguh,” katanya dipetik daripada portal terbabit.", "Pada masa yang sama, kebanyakan anggota skuad Malaysia kali ini terdiri daripada pemain muda yang akan membuat penampilan sulung dalam kejohanan berpasukan lelaki dwitahunan itu.", "Norza mengharapkan pendedahan pemain muda di kejohanan ini dapat menjadikan mereka sebagai pemain yang lebih baik pada masa akan datang.", "Untuk makluman semua, saingan peringkat kumpulan Thomas Cup 2020 akan bermula pada Sabtu ini, 9 Oktober.", "Featured Image: Badminton World Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217715/", "headline": "\nRanking FIH: Malaysia Kembali Memasuki Kelompok 10 Pasukan Terbaik Dunia\n", "content": ["Sungguhpun terlepas peluang untuk bergelar juara Piala Asia 2022, satu perkembangan baik dilakar oleh skuad hoki lelaki kebangsaan apabila kembali menempatkan diri mereka dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh laman Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), kejayaan pasukan bimbingan Arul Selvaraj muncul naib juara di kejohanan tersebut menjadikan Speedy Tigers memiliki 1666.594 mata pada ketika ini. ", "Pungutan mata tersebut membolehkan mereka menduduki kedudukan ke-10 yang sebelum ini dihuni oleh pasukan eropah, Perancis. Pada saat ini, Perancis yang jatuh ke tangga ke-11 dunia memiliki 1577.458 mata.", "Untuk makluman semua, Malaysia telah menduduki ranking ke-10 dunia pada Oktober tahun lalu namun kedudukan itu tidak bertahan lama dan jatuh ke tangga ke-11 dunia pada April lalu.", "Sebagai tambahan, ranking pertama dunia masih menjadi milik pasukan hoki lelaki kebangsaan Australia. Mereka menghuni kedudukan itu sejak Ogos tahun lalu. Ianya diikuti oleh Belgium dan Belanda di tangga kedua dan ketiga masing-masing.", "Sementara itu, India menjadi pasukan benua asia paling tinggi dalam ranking dunia dengan menduduki tangga keempat manakala Republik Korea yang muncul juara Piala Asia 2022 pula berada di tangga ke-13 dunia.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110609/", "headline": "\nSharul ‘Afro’ Daripada Seorang Atlet Ping Pong Kepada Tonggak Pertahanan Selangor\n", "content": ["Pertahanan Selangor, Sharul Nazeem Zulpakar atau dikenali sebagai Afro tidak menyangka mampu beraksi di tahap tertinggi seperti hari ini selepas membuat keputusan memilih untuk beralih fokus daripada ping pong ke bola sepak pada usia 17 tahun.", "Malah, dia hanya memilih bermain di liga sosial sahaja bagi mengembangkan bakatnya sebelum bakatnya dapat dikesan oleh pihak pengurusan Selangor untuk dilamar beraksi dengan skuad Piala Belia pada tahun 2018.", "Segala-galanya berlalu pantas buat Sharul dengan semakin menyerlah apabila mewarnai Selangor 2 pada musim lalu sebelum akhirnya diberi kepercayaan diletakkan selaku pertahanan tengah utama pada saingan Liga Super 2021.", "“Dahulu masa sekolah, ada main bola tetapi tidak berapa minat sangat selain faktor ibu juga yang hanya membenarkan saya terbabit dengan sukan ‘indoor’ dan sebab itu saya memilih ping pong, dari sekolah rendah sampai Tingkatan 5.", "“Saya pernah menjalani pemilihan ke MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) bagi mewakili Selangor semasa di darjah 6 dan pada masa itu, saya seorang sahaja berbangsa Melayu manakala yang lain dari bangsa Cina namun tidak terpilih.", "“Minat ini diteruskan sehingga Tingkatan 5 di sekolah menengah, sebelum satu hari saya buat keputusan untuk mencuba nasib bermain bola sepak dengan memberitahu kakak dan Cheras (Prefer FC) yang bermain di Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) merupakan pasukan pertama yang saya beraksi.", "“Dari situ, perlahan-lahan saya mencari pengalaman lain dengan bermain bersama Marcerra United di Liga Kuala Lumpur dan kelab NPNG, di Liga Selangor, pada tahun yang sama.", "“Tahun depan akhirnya saya mendapat tawaran dari Selangor dan perasaannya pada masa itu tidak dapat digambarkan kerana terlalu gembira, bayangkan daripada liga sosial sahaja, saya dapat mewakili pasukan negeri dan rezeki memang tidak pernah salah alamat,” katanya.", "Antara pencapaian tertinggi Sharul sepanjang bermain ping pong ialah muncul Naib Johan di peringkat negeri dalam kejohanan Majlis Sukan Selangor (MSSS) pada tahun 2015.", "Sharul Nazeem yang berusia 22 tahun mula diberi kepercayaan apabila pemain dari Jerman, Tim Heubach mengalami kecederaan pada perlawanan ketujuh Liga Super ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan mula diturunkan dalam enam perlawanan setakat ini bagi mengemudi barisan pertahanan.", "Dia sebelum ini merupakan ketua pasukan di Selangor 2 dan bermain dalam semua perlawanan di Liga Premier dengan rekod 985 minit permainan.", "Jelas pemain yang meminati dua pemain antarabangsa Brazil, David Luiz dan Marcelo, dia gembira peluang diberikan oleh Selangor yang memberikan kepercayaan kepada ramai pemain muda.", "Selain dirinya, Selangor turut memberikan peluang kepada pemain seperti Aliff Haiqal, Danial Asri dan Zikri Khalili beraksi dalam kesebelasan utama pada kebanyakan perlawanan musim ini.", "“Harapan untuk jangka masa panjang sudah tentu mahu membawa Selangor bermain di peringkat tertinggi seperti ACL (Liga Juara-juara Asia) dan Piala AFC dan sudah tentu kita kena bekerja lebih keras pada tahun mendatang.", "“Peluang yang diberikan Selangor untuk saya dan rakan-rakan tunjukkan bakat tidak akan disia-siakan dengan cuba memberikan prestasi baik dalam tiap perlawanan,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221050/", "headline": "\nPiala Dunia: Juara Bertahan Hantar England Pulang Ke Rumah\n", "content": ["Kempen juara bertahan, Perancis tidak terhenti setakat suku akhir sebaliknya berhasil meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2022 Qatar.", "Kemaraan itu direalisasikan selepas menumpaskan England dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Bayt, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Kemenangan skuad berjulukan Les Bleus ini hadir menerusi jaringan Aurelien Tchouameni dan Olivier Giroud pada minit 17’ dan 78’ masing-masing.", "Manakala England yang berjulukan Three Lions pula berhasil meraih jaringan tunggal menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Harry Kane pada minit 54’.", "England berpeluang untuk menyamakan kedudukan sekitar minit 84’ apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan. Akan tetapi, Kane gagal menyudahkannya sepertimana yang diambilnya pada kali pertama sekaligus menghanguskan peluang tersebut.", "Ianya sekaligus menamatkan kempen Piala Dunia buat England kendalian Gareth Southgate pada edisi kali ini.", "Kekalahan ini juga membuatkan England tidak dapat mengulangi pencapaian mara ke peringkat separuh akhir sepertimana edisi terdahulu – Piala Dunia 2018 Rusia. ", "Sementara itu, Perancis kendalian Didier Deschamps akan membuat perhitungan dengan wakil benua afrika, Maghribi pada peringkat separuh akhir kelak.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110867/", "headline": "\nKelayakan Piala Dunia: Rabih Ataya Bakal Bertemu Iran, Korea, UAE, Iraq & Syria\n", "content": ["Skuad kebangsaan yang diwakili oleh pemain import Kedah Darul Aman, Rabih Ataya bakal bertemu 3 pasukan dari asia barat serta masing-masing sebuah pasukan dari asia tengah dan asia timur dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022.", "Hasil undian yang berlangsung di AFC House, Kuala Lumpur pada hari ini telah meletakkan Lubnan bersama-sama Syria, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Republik Islam Iran (Iran) dan Republik Korea dalam Kumpulan A.", "Pemain tengah lincah Kedah ini antara watak yang memacu Lubnan layak ke pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022. Selain itu, skuad kebangsaannya juga telah layak secara automatik untuk menyertai saingan Piala Asia 2023 di China.", "Untuk makluman, Rabih muncul satu-satunya pemain yang beraksi dalam kancah Liga Malaysia layak untuk bermain di peringkat ini. ", "Pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia ini akan berlangsung bermula September hadapan sehingga Mac 2022. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke pentas Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar.", "Sementara itu, pasukan yang menduduki tangga ketiga setiap kumpulan akan bermain dalam perlawanan playoff.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321296/", "headline": "\nPiala AFF: Harimau Malaya Jumpa Juara Bertahan, Thailand Di Separuh Akhir\n", "content": ["Pasukan bola sepak kebangsaan berhasil melakar kemenangan dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan B bagi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 dengan menumpaskan negara jiran tetangga, Singapura.", "Skuad berjulukan Harimau Malaya melakar kemenangan tersebut dengan keputusan 4-1 ketika turun melayan kunjungan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), hari ini.", "Satu jaringan masing-masing daripada penyerang, Darren Lok dan Sergio Aguero serta jaringan berganda daripada pemain tengah, Stuart Wilkin memastikan Harimau Malaya merekodkan kemenangan dengan keputusan tersebut.", "Sementara itu, jaringan tunggal saguhati Singapura pula dihasilkan oleh Faris Ramli pada penghujung perlawanan.", "Pada masa yang sama, kemenangan itu membolehkan Harimau Malaya mengutip tiga mata penuh sekaligus mengumpul sembilan mata daripada empat perlawanan peringkat kumpulan.", "Kutipan mata itu meletakkan Harimau Malaya selaku naib juara Kumpulan B sementara juara kumpulan menjadi milik Vietnam setelah memungut sepuluh mata.", "Vietnam mengesahkan status juara Kumpulan B setelah menumpaskan Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang turut berlangsung sebentar tadi.", "Dengan menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara, Harimau Malaya akan berhadapan dengan juara Kumpulan A merangkap juara bertahan, Thailand di peringkat separuh akhir.", "Saingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik iaitu pada 7 dan 10 Januari di halaman sendiri terlebih dahulu sebelum bertandang ke laman lawan pada perlawanan berikutnya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220576/", "headline": "\nBola Sepak Di Malaysia Tiada Pulangan – Presiden PJ City FC\n", "content": ["Petaling Jaya City Football Club (PJ City) mengumumkan tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super 2023 kelak. Perkembangan itu disahkan oleh presidennya, Dato’ Sri Subahan Kamal dalam satu sidang media, hari ini.", "Namun begitu, Subahan menjelaskan keputusan skuad berjulukan The Pheonix menarik diri bukan berpunca daripada tiadanya pulangan atas pelaburan (return on investment) yang dibuat terhadap pasukan ini.", "Malahan, Subahan sedia maklum bahawa bola sepak di Malaysia tidak memberikan pulangan daripada segi kewangan.", "Menurutnya, penubuhan PJ City yang dimiliki oleh Qi Group ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada bakat tempatan menerusi tagline “Yakini Lokal” serta menyumbangkan pemain kepada skuad kebangsaan.", "Faktor utama PJ City menarik diri adalah perubahan besar kancah bola sepak tanah air pada musim hadapan terutamanya melibatkan pertambahan kuota pemain import.", "“Bola sepak Malaysia ada pulangankah? Tiada pulanganlah.”", "“Kebanyakan kelab di dalam negara ini diuruskan oleh (kerajaan) negeri kerana (kerajaan) negeri mempunyai dana yang tanpa had.", "“Bola sepak juga digunakan untuk menggembirakan orang ramai daripada sudut keputusan politik, kerana anda memiliki 100,000, 50,000 atau 40,000 penonton untuk hadir (menyaksikan perlawanan bola sepak).”", "“Disebabkan itu, (kerajaan) negeri sanggup untuk mengepam duit (ke dalam pasukan bola sepak).”", "“Saya boleh katakan PJ City merupakan satu-satunya kelab di dalam negara, saya berani katakan, merupakan satu-satunya kelab dalam sejarah bola sepak Malaysia, Qi Group yang keluarkan duit poket sendiri untuk membiayai pasukan.”", "“Pada saat Dato’ Sri Vijay (Eswaran) merangkap pemilik membuat keputusan (menubuhkan PJ City), dia tidak pernah bercakap mengenai pulangan. Memang tiada pulangan. ", "“Kami tidak terlibat dalam bola sepak di negara ini untuk pulangan. Kami mahu menyumbang dengan memberikan peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk ditinjau bagi diserap kepada skuad kebangsaan.” katanya kepada para pengamal media yang hadir di Qi Tower, sebentar tadi.", "Subahan yang pernah menduduki kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menyatakan penglibatan bola sepak di Malaysia ini seumpama suatu tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan menjadi sumbangan kepada orang ramai.", "Pada masa yang sama, walaupun tidak beraksi dalam kancah Liga Super musim hadapan, Qi Group akan kekal menyumbang dana kepada bola sepak tanah air namun dengan cara berbeza serta penumpuan terhadap peringkat akar umbi dan pembangunan.", "Featured Image: Azri Haziq / Makan Bola"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215460/", "headline": "\nPekerja Kesihatan Jadi Kontak Rapat Tak Perlu Kuarantin, Giliran Pemain Bola Selepas Ini?\n", "content": ["Pekerja kesihatan yang menjadi kontak rapat kepada individu yang positif Covid-19 tidak perlu lagi menjalani kuarantin atau isolasi.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media yang diadakan pada petang semalam.", "Difahamkan protokol tersebut telah pun diamalkan dalam kalangan pekerja kesihatan menerusi pekeliling yang diedarkan pada 15 Februari lalu.", "“Satu pekeliling telah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu.", "“Protokol itu menjelaskan, mereka yang disahkan kontak rapat kini tidak lagi perlu menjalani isolasi sekiranya tidak bergejala,” katanya.", "Menurut Khairy merangkap Ahli Parlimen Rembau itu lagi, pihak kerajaan akan mengimplementasikan protokol yang sama terhadap individu kalangan bukan pekerja kesihatan apabila bersedia kelak.", "“Jadi kita mungkin akan guna pakai protokol yang sama apabila kita rasa sudah boleh melaksanakannya kepada orang ramai.", "“Saya juga sudah minta (Tan Sri) Dr. Noor Hisham untuk maklum kepada sektor kesihatan swasta bahawa mereka juga boleh ikut protokol sama seperti KKM,” tambahnya lagi.", "Terdahulu, Sukanz melaporkan penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) telah memohon protokol yang sama melibatkan pemain bola sepak yang menjadi kontak rapat kepada pihak kerajaan. ", "Sekiranya keputusan ujian Covid-19 melibatkan pemain itu negatif, pemain itu tidak perlu menjalani kuarantin dan dibenarkan untuk bermain. Hanya yang positif Covid-19 sahaja perlu menjalani kuarantin", "Untuk pengetahuan smeua, protokol yang sama ini digunakan dan diamalkan oleh penganjur bola sepak di eropah, antarabangsa serta ketika penganjuran Piala AFF 2020 di Singpura yang turut melibatkan skuad senior kebangsaan, Harimau Malaya pada hujung tahun lalu.", "Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam memaklumkan permintaan oleh MFL ini telah ditolak oleh pihak kerajaan buat masa ini.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214939/", "headline": "\nSyed Modi 2022: Chan Peng Soon Tarik Diri Pusingan 16 Kerana Alahan\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valeree Siow disahkan tidak dapat meneruskan aksi pada pusingan 16 di kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022, Lucknow, India.", "Penarikan diri ini berpunca daripada Peng Soon mengalami alahan yang menyebabkan mengganggu pendengarannya. Perkara tersebut dikongsikan pemain berusia 33 tahun itu menerusi akaun media sosialnya, semalam.", "Oleh demikian, lawan mereka yang merupakan pasangan beregu campuran India, Balkeshari Yadav-Swetaparna Panda memperolehi kemenangan percuma dan mara secara automatik ke peringkat suku akhir.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, pasangan India ini akan menentang salah satu beregu senegaranya, samada Akshan Shetty-Simran Singhi atau Kashish Sharma-Saruni Sharma."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220797/", "headline": "\nLeong Mun Yee Genggam Master Komunikasi Korporat UPM\n", "content": ["Selepas lima tahun mengikuti pengajian, bekas penerjun negara, Datuk Leong Mun Yee kini merupakan pemegang Ijazah Sarjana atau Master Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).", "Bekas atlet yang berusia 37 tahun ini menerima Master tersebut daripada Sultan Selangor merangkap Canselor UPM, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-46 pada Sabtu lalu.", "“Saya mahu berterima kasih kepada semua pensyarah yang berkongsikan ilmu, rakan sekelas dan rakan-rakan yang membantu saya sepanjang pengajian ini.”", "“Juga (ucapan terima kasih) kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk biasiswa sepanjang tempoh pengajian akademik di UPM,” ujarnya menerusi satu muat naik di laman sosialnya.", "Namun begitu, kejayaan menggengam ijazah sarjana ini bukanlah satu pengakhiran buat Mun Yee dalam bidang akademik.", "“Perancangan saya akan datang jika berpeluang saya ingin untuk menyambung pengajian saya ke peringkat (Ijazah) Sarjana dalam bidang Psikologi Sukan bagi memperlengkapkan lagi ilmu pengetahuan saya,” katanya lagi seperti dipetik daripada laman sesawang rasmi UPM.", "Untuk makluman semua, sebelum ini Mun Yee juga merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi UPM pada tahun 2017.", "Sebagai rekod, Mun Yee yang mengumumkan persaraannya pada penghujung tahun lalu pernah terlibat dalam lima edisi Sukan Olimpik, pemenang pingat perak dan gangsa Kejohanan Dunia, pingat perak Piala Dunia, pingat perak dan gangsa Sukan Komanwel & Asia serta pingat emas Sukan SEA.", "Pada saat ini, Mun Yee berkhidmat sebagai jurulatih untuk skuad terjun negara.", "Featured Image: Facebook Leong Mun Yee"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322138/", "headline": "\nTNG eWallet Tawar Pulangan Tunai RM5 Untuk Pembelian Tiket Bola Sepak\n", "content": ["Peminat bola sepak yang membeli tiket di laman sesawang www.tickethotline.com.my serta membayarnya melalui Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) akan mendapat pulangan tunai sebanyak RM5 – bagi pembelian minimum sebanyak RM50.", "Dimaklumkan, promosi ini dijalankan secara khas bermula sekarang sehingga 31 Mac 2023 tertakluk kepada terma dan syarat.", "Sementara itu, dalam beberapa bulan akan datang, pengguna TNG eWallet boleh membeli tiket dan barangan MFL eksklusif secara terus melalui aplikasi eWallet – tertakluk kepada terma dan syarat.", "Tawaran ini hadir selepas pemilik dan pengendali TNG eWallet iaitu TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital) menjalinkan kerjasama dengan penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL).", "Susulan kerjasama itu, TNG eWallet diangkat menjadi eWallet rasmi untuk MFL musim 2023 disamping menaja saingan Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala MFL, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia.", "Untuk makluman semua, kehadiran TNG eWallet adalah selaku rakan kerjasama serta penaja yang ke-13 buat MFL serta kejohanan-kejohanan di bawah anjurannya bagi kali ini.", "Sebelum ini, mereka telah mengikat kerjasama serta menerima tajaan daripada 12 entiti perniagaan yang terdiri daripada Unifi, Puma, Pos Malaysia, Alif, Malaysia Airlines, Uphamol, Proviton STR, Origina, Colgate, BubblesO2, Al Rajhi Bank dan AEON BiG. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202113515/", "headline": "\nRanking BWF: Vivian Hoo-Chiew Sien Raih Peningkatan 60 Anak Tangga\n", "content": ["Pasangan beregu wanita bebas (independent players) Malaysia, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien meraih peningkatan yang memberangsangkan dalam ranking dunia yang dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Biarpun terkandas di Pusingan 2 pada kejohanan Terbuka HYLO 2021 pada minggu lalu, ianya membolehkan pasangan beregu ini merekodkan peningkatan sebanyak 60 anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-129 dunia pada minggu ini. ", "Sementara itu, pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang tidak mengambil bahagian di kejohanan tersebut kekal berada di kedudukan ke-18 dunia.", "Manakala beberapa pasangan beregu wanita yang lain seperti Lee Meng Yean-Yap Cheng Wen (ke-173), Teoh Mei Xing-Anna Cheong (ke-234) dan Go Pei Kee-Yap Ling (ke-316) mencatatkan penurunan beberapa anak tangga. ", "Hal ini terjadi kerana kesemua pasangan beregu ini tidak mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan pada minggu lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218166/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Anna-Mei Xing Buat Kejutan Singkir Beregu No.3 Dunia\n", "content": ["Satu kejutan dilakar oleh beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing dengan menyingkirkan pasangan yang berada di ranking ketiga dunia, Lee So-hee dan Shin Seung-chan di peringkat Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia 2022.", "Biarpun berada di kedudukan yang jauh lebih rendah iaitu di ranking ke-44 dunia, Anna-Mei Xing berhasil mengatasi pasangan dari Korea ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-12 dan 21-15.", "PETRONAS Malaysia Open 2022WD – Round of 16 🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG🏅18 21 21 🇲🇾Mei Xing TEOH🏅21 12 15 🇰🇷So Hee LEE 🇰🇷Seung Chan SHIN", "🕗 in 54 minutes https://t.co/Bod6DIOyYs", "— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022", "Pertemuan sulung melibatkan Anna-Mei Xing menentang Lee-Shin yang merupakan sebahagian daripada skuad juara Piala Uber 2022 ini berlangsung dalam tempoh hampir satu jam permainan di Gelanggang 3, Axiata Arena.", "Sementara itu, dengan kemenangan yang diraih ini, Anna-Mei Xing berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Di peringkat ini, Anna-Mei Xing akan bertemu samada beregu Thailand (ranking ke-195), Supissara Paewsampran dan Puttita Supajirakul atau beregu Jepun (ranking keenam), Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208431/", "headline": "\nJDT Jalin Kerjasama Dengan Subway, Bakal Buka Kedai Di Stadium Sultan Ibrahim\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan sebuah lagi kerjasama dengan syarikat antarabangsa.", "Kali ini, mereka mengadakan kerjasama dengan sebuah francais makanan yang terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Subway.", "Hasil kerjasama yang dilakukan, peminat dan penyokong dapat menikmati hidangan sandwich lazat sambil menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Sultan Ibrahim.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have tied-up a deal with American franchise Subway. The sandwich company will open a store at the Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri next year.[1/2] pic.twitter.com/vIFfJPiA6X", "“Syarikat sandwich ini akan membuka kedai mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada tahun hadapan.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "Dalam makluman yang sama, skuad Harimau Selatan difahamkan sedang dalam proses rundingan bersama tiga lagi jenama yang akan membuka cawangan mereka di stadium tersebut. ", "Mereka mahu menjadikan Stadium Sultan Ibrahim direka sebagai destinasi pelancongan di mana para pengunjung boleh menjamu selera, membeli-belah dan juga menonton perlawanan bola sepak.", "Terdahulu, mereka telah mengumumkan memeterai perjanjian penajaan mega bersama sebuah syarikat pembuat kenderaan elektrik dari negara jiran iaitu Swag.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Subway"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325166/", "headline": "\nDua Beregu Lelaki Malaysia Rebut Kejuaraan Cabaran Antarabangsa Mongolia 2023\n", "content": ["Dua beregu lelaki tanah air, Chia Weijie-Liew Xun dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong bakal menyerikan perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara bagi Cabaran Antarabangsa Mongolia 2023.", "Kedua-dua slot perlawanan akhir bagi kategori beregu lelaki dibolot oleh beregu Malaysia selepas gandingan Weijie-Xun serta Hang Yee-Ng Cheong berhasil melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing di peringkat separuh akhir, hari ini.", "Weijie-Xun yang merupakan gandingan naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terlebih dahulu mengesahkan kemaraan setelah menumpaskan pasangan Jepun yang menghuni ranking ke-999 dunia, Shogo Ogawa dan Daisuke Sano secara menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 16-21 dan 21-14 dalam tempoh masa 50 minit.", "Untuk makluman, ini merupakan julung kalinya Weijie-Liew Xun melakar kemaraan ke perlawanan akhir sejak bergandingan bersama bermula Disember tahun lalu.", "Sementara itu, Hang Yee-Eng Cheong pula menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan pilihan pertama kejohanan dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang dan Worrapol Thongsa-Nga secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-16 dalam tempoh masa setengah jam sahaja.", "Kemaraan ini menandakan Hang Yee-Eng Cheong melangkah ke perlawanan akhir buat kali kelima berturut-turut bermula daripada saingan Terbuka Slovenia, Terbuka Austria, Cabaran Antarabangsa Maldives, Cabaran Antarabangsa Hangzhou China dan Cabaran Antarabangsa Mongolia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111591/", "headline": "\nFasiliti Hebat Faktor Jack Grealish Berhijrah Ke Man City\n", "content": ["Pemain tengah England, Jack Grealish diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada awal pagi tadi.", "Menurut pemain berusia 25 tahun tersebut, ada beberapa sebab dia membuat pilihan untuk meninggalkan Aston Villa dan menyertai skuad The Cityzen dengan kontrak selama enam tahun.", "Introducing…our new number 🔟🔷 #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/yb4fSSnEmg", "Antaranya, Jack berkongsikan bahawa Man City mempunyai fasiliti yang hebat di England. Selain daripada itu, Man City juga merupakan sebuah pasukan yang konsisten memenangi trofi utama sejak 10 musim lalu.", "Sebagai tambahan, keberadaan Pep Guardiola sebagai pengurus Man City serta corak permainan yang penuh mengujakan di eropah turut menjadi faktor penyertaan Jack.", "Bersama Man City, Jack yang merekodkan 213 penampilan, menjaringkan 32 gol dan mencetak 43 assist bersama Aston Villa telah diberikan jersi bernombor 10 – jersi yang disarung oleh bekas penyerang prolifik, Sergio Aguero.", "Difahamkan Man City mengeluarkan wang sebanyak  £100 juta – yuran perpindahan termahal kelab – bagi membawa bekas kapten Aston Villa ini ke Stadium Etihad bermula saingan musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220363/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Hanya Sze Fei-Izzuddin Sahaja Berjaya ‘Survive’ Pada Hari Kedua\n", "content": ["Saingan Terbuka Perancis 2022 pada hari kedua bagaikan menjadi kubur buat wakil-wakil negara. ", "Manakan tidaknya, daripada lapan wakil yang beraksi di Pusingan 32, semalam, hanya satu sahaja wakil yang berjaya meraih kemenangan. Manakala tujuh lagi wakil daripada pelbagai kategori terkandas ekoran tumpas kepada lawan masing-masing.", "Satu-satunya wakil yang mencatatkan kemenangan tersebut adalah beregu lelaki No.3 negara iaitu gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin. Mereka berhasil meraih kemenangan ke atas wakil Denmark merangkap pilihan keenam kejohanan, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen.", "YONEX French Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅19 10 🇩🇰Kim ASTRUP 🇩🇰Anders Skaarup RASMUSSEN", "🕗 in 47 minutes https://t.co/bWumURVceO", "— BWFScore (@BWFScore) October 26, 2022", "Dalam pertarungan itu, Sze Fei-Izzuddin menjelmakan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-19 dan 21-10 dalam tempoh 47 minit permainan di Gelanggang 1, Stade Pierre de Coubertin.", "Lebih manis, kemenangan yang diraih kali ini merupakan kemenangan julung kalinya Sze Fei-Izzuddin ke atas Kim-Anders di pentas antarabangsa. Sebagai rekod, mereka pernah bertemu empat kali sebelum ini dan keempat-empat pertembungan itu memihak 100% kepada Kim-Anders.", "Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Izzuddin dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 bagi saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750. ", "Di peringkat terbabit, Sze Fei-Izzuddin akan berhadapan dengan beregu Indonesia merangkap juara All-England, Shohibul Fikri dan Bagas Maulana untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.", "Sementara itu, tujuh wakil negara yang terkandas pada hari kedua Pusingan 32 Terbuka Perancis adalah seperti berikut:", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321317/", "headline": "\nDiogo Luis Santo Diberikan Nombor 11 Peninggalan Safawi Rasid\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali mengikat khidmat penyerang kelahiran Brazil, Diogo Luis Santo – pemain yang pernah beraksi bersamanya pada musim 2019 dan 2020.", "Kemasukan semula penyerang yang berusia 35 tahun bersama skuad berjulukan Harimau Selatan ini disahkan menerusi satu video berdurasi 51 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, hari ini.", "Pengesahan itu hadir sekitar dua bulan selepas Diogo mencapai persetujuan bersama untuk berpisah dengan kelab sebelumnya di Thailand, BG Pathum United. ", "Someone dropped by last night!#WelcomeHome#Diogo#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/VSwT2z4XQW", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 4, 2023", "Melalui video itu juga, Diogo didedahkan akan menyarung jersi bernombor 11 bersama JDT bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC kelak.", "Nombor 11 itu dikosongkan setelah pemakainya pada musim 2022 iaitu Safawi Rasid akan meninggalkan JDT bagi menyertai kelab Thailand, Ratchaburi FC.", "Sebagai rekod, tempoh pertamanya bersama JDT menyaksikan Diogo berhasil meledak 18 gol serta mencetak 12 ‘assist’ hasil daripada 37 penampilannya dalam saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara AFC pada musim 2019 dan 2020.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216897/", "headline": "\nBAC 2022: Kisona Buat Perhitungan Semula Dengan Pemain Thailand No.27 Dunia\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray bakal membuat perhitungan semula dengan pemain Thailand, Supanida Katethong dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 yang bermula pada 26 April kelak.", "Berdasarkan kepada undian yang dijalankan semalam, ianya memperlihatkan Kisona, ranking 57 dunia dijadualkan berentap menentang pemain di kedudukan ke-27 dunia tersebut pada Pusingan 32 dalam saingan itu nanti.", "Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pemain baru sahaja menentang sesama sendiri dalam saingan Terbuka Swiss – Jelajah Dunia Super 300 BWF – pada penghujung bulan lalu.", "Dalam kejohanan tersebut, Kisona dikalahkan oleh Supanida di suku akhir secara ‘straight set’ dengan skor 11-21 dan 12-21 sekaligus menyebabkan pemain negara berusia 23 tahun ini kempunan untuk mara ke peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, tiga lagi pemain perseorangan wanita negara iaitu Tan Zhing Yi, Siti Nurshuhaini Azman dan Myisha Mohd Khairul terpaksa melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu.", "Zhing Yi yang berada di ranking ke-1525 diundi dalam Kumpulan A bersama-sama pemain Hong Kong, Yeung Sum Yee dan Jordan, Domou Amro.", "Manakala Nurshuhaini, ranking ke-314 dunia pula berada dalam Kumpulan C bersama-sama pemain Korea, Seo Jin-lee dan Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta.", "Terakhir sekali, Myisha di tangga ke-328 dunia diletakkan bersama-sama pemain Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi dan Filipina, Mikaela Joy De Guzman.", "Untuk makluman, hanya pemain yang berjaya menjadi juara bagi setiap kumpulan di pusingan kelayakan sahaja dapat mara ke Pusingan 32 bagi saingan BAC.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112153/", "headline": "\n‘Magis’ Bojan Hodak Jadikan KL City Kebal di Stadium Cheras\n", "content": ["Sentuhan jurulatih berpengalaman, Bojan Hodak di Liga Malaysia masih menjadi selepas berjaya membawa Kuala Lumpur City FC (KL City) melalui musim yang cemerlang di Liga Super.", "Selain pencapaian terbaik buat KL City di Liga Super sepanjang bersaing di Liga Super, pengendali dari Croatia itu turut membantu KL City menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas di laman sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sepanjang musim ini.", "Beliau mengharapkan ini bakal menjadi detik awal kepada Kuala Lumpur City pada masa depan yang lebih cerah apabila sedia meletakkan sasaran yang lebih baik selepas ini dalam saingan Liga Malaysia.", "Dalam masa sama, Bojan yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan selaku jurulatih pada musim 2012, sudah mula memasang impian untuk membawa KL City melangkah jauh dalam kejohanan itu pada musim ini.", "Baca: Pemilihan Bojan Perkara Paling Penting Dilakukan CEO KL City Musim Ini ", "“Banyak pihak menghubungi saya termasuk wartawan dengan mengatakan ini merupakan sejarah terbaik pasukan di liga sejak lebih 30 tahun lalu dan sememangnya saya serta semua berada di sini begitu gembira.", "“Apa yang terjadi membuktikan kelab semakin berada di dalam tahap terbaik dan saya mahu ini hanya merupakan langkah permulaan kepada masa depan KL City.", "“Kami juga belum pernah tewas dalam 11 perlawanan terakhir di liga, satu petanda yang begitu baik bagi kami hadapi Piala Malaysia yang selalunya terbuka kepada mana-mana pasukan untuk memenanginya.", "“Kami bernasib baik kerana tidak ada mana-mana pemain yang alami kecederaan jangka panjang kecuali penyerang (Kyrian Nwabueze) dan Hadin Azman yang alami kecederaan di bahagian miniskus.", "“Saya yakin jika kita punyai semua pemain, kami boleh menentang sesiapa sahaja di kejohanan Piala Malaysia dan sememangnya saya percaya dengan kemampuan pemain-pemain,” katanya.", "Baca: Bawa Safee & Lantik Stanley Sebagai CEO, 2021 Tahun Kebangkitan KL?", "KL City yang menduduki tangga keenam Liga Super telah meraih tujuh kemenangan dan empat keputusan seri sepanjang 11 perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, musim ini.", "Mereka berjaya mengejutkan beberapa pasukan pilihan seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC (2-1) dan Terengganu FC (1-0) selain mengikat juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (1-1).", "Menjelang pertemuan dengan JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad ini, Bojan dijangka akan menurunkan beberapa muka baharu yang berada di bangku simpanan.", "Menurutnya, perancangan itu dibuat berikutan sebarang keputusan di Johor sudah tidak banyak memberikan perubahan kepada kedudukan liga selain berikan tumpuan kepada saingan Piala Malaysia.", "Baca: Kedatangan Ryan Lambert Menunjukkan KL City Mempunyai Aktiviti ‘Scouting’", "“Kami tidak ada sebarang tekanan bagi hadapi JDT pada perlawanan terakhir liga nanti dan saya sedia menggunakan beberapa pemain yang jarang diturunkan bagi melihat sejauh mana kemampuan mereka.", "“Ini peluang kepada pemain-pemain simpanan membuktikan kemampuan mereka kepada saya selepas jarang diturunkan pada musim ini.", "“Saya mahu pemain utama mendapat sedikit rehat kerana mahu berikan tumpuan kepada saingan Piala Malaysia memandangkan aksi terakhir ini tidak berikan kesan kepada kedudukan liga sama ada kami menang atau kalah,” katanya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218450/", "headline": "\nMesut Ozil Teruskan Karier Di Turki Bersama Istanbul Basaksehir\n", "content": ["Beberapa hari lalu, bekas pemain skuad kebangsaan Jerman, Mesut Ozil bergelar ejen bebas (free agent) selepas berpisah dengan kelabnya, Fenerbahce.", "Namun begitu, pemain berusia 33 tahun ini kekal di bumi Turki apabila mengikat kontrak dengan pasukan lain yang berpangkalan di republik tersebut iaitu Istanbul Basaksehir.", "Kelab berkenaan mengumumkan kemasukan Ozil menerusi makluman di laman sesawang rasmi serta pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "✍️🏻 Hoş geldin @M10 pic.twitter.com/SyFOdmH5A1", "— İstanbul Başakşehir (@ibfk2014) July 14, 2022", "Baca: 5 Perkara Menarik Mengenai Pasukan Yang Mengalahkan Man Utd, Istanbul Basaksehir", "Difahamkan bekas pemain Real Madrid dan Arsenal ini menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan lanjutan selama setahun bersama Istanbul Basaksehir.", "Dalam majlis pengenalan pengenalan pemain, Istanbul Basaksehir turut mendedahkan Ozil diberikan jersi bernombor 10 untuk disarungnya sepanjang bersama pasukan berjulukan The Owls (Baykuş) ini.", "Untuk makluman semua, Istanbul Basaksehir menamatkan saingan liga Turki di tangga keempat musim lalu di bawah Trabzonspor, Fenerbahce dan Konyaspor."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215212/", "headline": "\nEkoran Kesan Sampingan Kemoterapi, Brendan Perlu 4-6 Minggu Lagi Untuk Capai Tahap Kecergasan Terbaik\n", "content": ["Kapten Selangor FC, Brendan Gan dilihat telah kembali menyertai latihan bersama pasukan namun memerlukan tempoh sekurang-kurangnya antara 4-6 minggu lagi untuk mencapai tahap kecergasan terbaiknya sebelum dapat kembali beraksi di atas padang pada musim ini.", "Pemain kacukan Australia-Malaysia itu dimaklumkan oleh kelabnya menghidap kanser testis pada pertengahan tahun lepas. Bagaimanapun, setelah menjalani pembedahan dan rawatan, Brendan yang juga pemain skuad kebangsaan berjaya pulih daripada kanser tersebut.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon menerangkan tempoh itu diperlukan ekoran daripada kesan sampingan rawatan kemoterapi yang dijalani oleh Brendan sebelum ini.", "“Alhamdulillah Brendan sudah pulih daripada penyakit (kanser) ini.” ", "“Cabaran tersebar beliau adalah untuk mendapatkan kecergasan seperti sebelum ini kerana disebabkan kemoterapi, pernafasan dan kapasiti paru-parunya berkurangan kerana kesan sampingan (rawatan itu),” katanya dalam sidang media selepas acara ‘Let’s Cope With A Neon Hope’ yang bersekali dengan pelancaran jersi ‘away’ baru-baru ini.", "“Tetapi, Alhamdulillah, sejak dua bulan lepas beliau bertungkus lumus, memang (dilihat) bergelut untuk mendapatkan (tahap) kecergasannya dan benda ini akan mengambil masa lagi,” ", "“Insya-Allah, dalam (tempoh) sebulan hingga enam minggu mungkin akan berada di tahap paling baik atau sama baik dengan sebelum ini.” tambahnya lagi.", "Dr. Johan bukan sahaja berkeyakinan bahawa Brendan dapat kembali bermain di atas padang bahkan meyakini pemain ini akan memainkan peranan penting untuk memacu skuad Red Giants mencapai sasaran yang ditetapkan pada musim ini.", "“Insya-Allah beliau akan terlibat pada musim ini, dan beliau akan memainkan peranan yang sangat penting dan bersedia untuk musim ini yang akan bermula pada bulan Mac nanti. Jadi, saya yakin dan percaya beliau akan kembali dan membuat ‘come back’ awal musim ini,” katanya.", "Dalam sidang media yang sama, Dr. Johan memaklumkan Selangor menyasarkan untuk layak ke saingan peringkat asia pada tahun hadapan. Oleh demikian, Selangor perlu menamatkan saingan Liga Super 2022 di dua tempat teratas atau muncul juara dalam saingan Piala FA."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113929/", "headline": "\nTFC, MFL Dikompaun RM10,000 Kerana Penyokong Duduk Rapat & Tak Pakai ‘Mask’ Dengan Sempurna\n", "content": ["Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengumumkan mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 terhadap Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) dan Malaysian Football League (MFL) masing-masing.", "Menurut kenyataan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr. Hjh Kasemani Embong, kompaun tersebut dikeluarkan ekoran TFC selaku tuan rumah dan MFL sebagai penganjur gagal memastikan pematuhan protokol am dalam pengurusan penonton dan penyokong melibatkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dengan sempurna.", "Ketidakpatuhan terhadap protokol tersebut dilakukan semasa berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) pada hari Isnin lalu.", "Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menasihatkan, “setiap individu dikehendaki memainkan peranan dalam memastikan diri masing-masing tidak menjangkiti orang lain.", "“Ia adalah penting bagi mencegah berlakunya penularan jangkitan Covid-19 seperti dalam kalangan ahli keluarga, komuniti dan tempat kerja.”", "Untuk makluman semua, kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 16 P.U(A) 293/2021, Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.", "Kenyataan penuh oleh Pengarah Kesihatan Negeri adalah seperti lampiran di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220526/", "headline": "\nAl-Ikhsan Lancar World Football Festival Sempena Piala Dunia 2022\n", "content": ["Peruncit pakaian sukan, Al-Ikhsan bersama Football Republic melancarkan satu kempen bernama World Football Festival 2022 bagi meraikan saingan Piala Dunia yang akan bermula 20 November kelak. ", "Pelbagai acara diatur sepanjang kempen ini bagi membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti-aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai-kedai mereka.", "Antaranya berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Adidas untuk sebuah siri jelajah “Adidas Official Match Ball Roadshow” di lima lokasi pilihan di seluruh semenanjung Malaysia.", "Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan Media Prima Audio selaku rakan radio strategik bagi kempen ini. ", "Menerusinya, kedua-duanya akan melakukan jejalah dengan disertai beberapa aktiviti seperti siaran luar secara langsung, permainan santai dan penampilan penyampai radio stesen di bawah naungannya seperti Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM.", "Tambahan lain, penyokong bola sepak juga berpeluang untuk memenangi jersi eksklusif secara “on air” menerusi rangkain radio terbabit yang akan diumumkan kelak.", "Pada masa yang sama, sepanjang tempoh kempen ini, Al-Ikhsan ingin menjadikan kedai-kedainya sebagai destinasti nombor satu untuk musim bola sepak dengan produk berlesen rasmi daripada FIFA.", "Di sini, pengunjung berpeluang untuk mendapat pelbagai cederamata FIFA seperti keychain, lanyard, mug, payung, baju dan sebagainya pada harga yang berpatutan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217463/", "headline": "\nSukan SEA: Lee, Siti Tumpas Kepada Perseorangan No.1 & No.2 Thailand\n", "content": ["Tiada kelibat pemain perseorangan badminton Malaysia pada peringkat separuh akhir samada dalam kategori lelaki atau wanita di temasya Sukan SEA 2021.", "Ini selepas kedua-dua wakil tunggal negara dalam kategori tersebut tumpas kepada lawan masing-masing di peringkat suku akhir yang berlangsung pada hari ini.", "Perseorangan lelaki muda negara, Lee Shun Yang gagal meneruskan kemaraan apabila ditewaskan oleh pemain No.1 Thailand merangkap juara Kejohanan Dunia Remaja tiga kali berturut-turut, Kunlavut Vitidsarn (ranking ke-18) secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-11 dalam tempoh masa 39 minit.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Lee dan Kunlavut di pentas antarabangsa. Pertemuan pertama antara kedua-dua pemain di sebuah kejohanan remaja bawah 19 tahun (B-19) turut memihak kepada Kunlavut.", "Manakala, perseorangan wanita Malaysia yang berusia 17 tahun, Siti Nurshuhaini Azman pula ditewaskan oleh pemain No.2 Thailand, Pornpawee Chochuwong (ranking ke-10) juga secara “straight set” dengan pungutan 21-17 dan 21-8 dalam tempoh 35 minit.", "Berbeza dengan Lee dan Kunlavut, pertemuan antara Siti dan Pornpawee adalah yang pertama kali di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Kunlavut dan Pornpawee yang mara ke peringkat separuh akhir akan menentang pemain Singapura, Jason Teh Jia Heng dan pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114070/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Beregu Yew Sin-Ee Yi Raih Kemenangan Pertama Peringkat Kumpulan\n", "content": ["Pasangan beregu badminton lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF di peringkat Kumpulan B dengan kemenangan.", "Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan dengan menumpaskan beregu Perancis yang menghuni ranking ke-31 dunia, Christo Popov dan Toma Junior Popov secara ‘straight set’ 21-16 dan 21-19.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MD – Round 1 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅16 19 🇫🇷Christo POPOV 🇫🇷Toma Junior POPOV🕗 in 46 minutes https://t.co/OVJorO12Py", "Kemenangan pasangan beregu yang berada di ranking ke-12 dunia ini diraih dalam masa 46 minit. Selain itu, kemenangan ini turut memberikan 1 mata berharga kepada Yew Sin-Ee Yi untuk meletakkan mereka di tempat kedua di dalam Kumpulan B.", "Untuk perlawanan seterusnya, Yew Sin-Ee Yi akan bertemu beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan yang merupakan pasangan ke-27 dunia.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini belum pernah berentap sesama sendiri lagi. Dijangka perlawanan sulung antara Yew Sin-Ee Yi menentang Pramudya-Yeremia ini akan bermula pada jam 5.50 petang, hari esok.", "Untuk makluman semua, hanya juara dan naib juara kumpulan sahaja yang akan layak ke peringkat seterusnya iaitu separuh akhir.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219965/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-17: Dibantai UAE & Indonesia, Guam Bangkit Ikat Malaysia\n", "content": ["Skuad bola sepak negara kepulauan kecil di lautan pasifik, Guam memulakan dua perlawanan peringkat Kumpulan B dalam Kelayakan Piala Asia Bawah 17 (B-17) dengan kekalahan yang sangat besar.", "Mereka tumpas perlawanan pertama dengan keputusan 9-0 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Pada perlawanan kedua, mereka tumpas dengan jaringan yang lebih besar 14-0 kepada hos, Indonesia.", "Bagaimanapun, pasukan dari negara yang cukup sinonim tidak mempunyai kekuatan besar dalam sukan bola sepak ini berjaya bangkit mengikat Malaysia dengan keputusan 1-1 pada perlawanan ketiga, hari ini.", "Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terlebih dahulu seri tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama. Selepas bermain hampir setengah jam pada babak kedua, barulah jaringan pertama muncul menerusi pemain negara, Qahir Dzakirin.", "Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia B-17 2023 ", "MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇬🇺 GUAM", "⚽️ Qahir Dzakirin 73'⚽️ Riku Ngeschekle Meyar 84' #FAM #HarimauMalaya #AFCU17 pic.twitter.com/a6F3bsCI9o", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 5, 2022", "Namun begitu, keceriaan skuad negara bimbingan Osmera Omaro dapat mendahului 1-0 tidak berpanjangan apabila pemain lawan, Riku Ngeschekle Meyar berjaya menjaringkan gol penyamaan sekitar enam minit sebelum tamatnya 90 minit permainan.", "Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan dan kedua-dua pasukan mengutip satu mata masing-masing. ", "Pungutan mata itu memberikan Guam mata yang pertama dalam kejohanan ini selepas tiga perlawanan. Manakala Malaysia pula, ini menjadikan mereka mengumpul 4 mata selepas mengharungi dua perlawanan.", "Untuk pengetahuan semua, hanya juara kumpulan, lima naib juara terbaik serta hos sahaja dapat melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia B-17 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208825/", "headline": "\nNafuzi Buat Sedikit Perubahan Gunakan Pemain Sayap Tempatan Musim 2021\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain bakal melakukan sedikit perubahan dengan mempertaruhkan pemain sayap tempatan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "Saingan musim 2020 menyaksikan Nafuzi menggunakan khidmat pemain import iaitu Faris Ramli daripada Singapura di posisi sayap kiri.  Bagi posisi sayap kanan pula ianya diselang-seli antara Faiz Nasir, Rahmat Makassuf dan juga Lee Tuck.", "“Kita buat sedikit perubahan (berbanding musim lepas) kita ambil flanker Faris Ramli, kali ini kita akan guna flanker tempatan,” jelas Nafuzi kepada Sukanz.", "Berdasarkan kepada kenyataan pengendali kelahiran Kelantan ini, dijangka sayap kiri bakal dipertaruhkan ke atas dua penyerang sayap yang baru sahaja ditandatangani Terengganu FC baru-baru ini, Arif Anwar dan Faisal Halim.", "Arif ketika bersama UITM FC sentiasa digunakan oleh Frank Bernhardt di posisi sayap kiri. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Dollah Salleh di Pahang terhadap Faisal namun pemain kelahiran Pulau Pinang ini lebih versatil dan mampu beraksi posisi lain di bahagian serangan.", "Ini menjadikan Terengganu FC dapat membuat pelaburan mendapatkan pemain import untuk mengisi posisi lain yang lebih kritikal.", "“Untuk pemain import kita akan ambil (lima) pemain, (ianya) di posisi penyerang (tengah), pemain tengah dan pertahanan, di mana dua daripadanya adalah defensive player (kalangan pemain tengah dan pertahanan).” tambah Nafuzi lagi.", "Lima pemain tersebut terdiri daripada seorang penyerang, seorang pemain tengah menyerang, seorang pemain tengah, seorang pemain tengah bertahan yang juga mampu beraksi sebagai pertahanan tengah dan seorang pertahanan tengah.", "Berdasarkan daripada bayangan awal yang diberikan oleh akaun sosial media Terengganu FC, difahamkan beberapa kalangan pemain import yang bakal ditandatangani oleh mereka telah tiba di tanah air.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202080/", "headline": "\nManchester United pasukan kegemaran Aubameyang\n", "content": ["Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang membuat kenyataan yang mengejutkan dengan mengakui meminati rival kepada pasukannya, Manchester United ketika zaman kanak-kanak.", "Hal ini kerana Aubameyang yang juga penyerang skuad kebangsaan Gabon terpikat dengan gandingan duo penyerang England dan Trinidad & Tobago iaitu Andy Cole dan Dwight Yorke di bawah kendalian Sir Alex Ferguson suatu masa dahulu.", "“Manchester United, ketika saya (masih) kanak-kanak saya meminati Manchester United,", "“Saya masih ingat (gandingan) duo Andy Cole dan Dwight Yorke yang bagus ketika itu.” katanya semasa ditemu bual oleh Adam Carruthers bersama Stadium Astro.", "Tidak menjadi kepelikan skuad Red Devil di zaman tersebut diminati ramai peminat bola sepak seluruh dunia kerana duo gandingan tersebut telah membantu Manchester United meraih kejuaraan berganda iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim 1998/99.", "Sementara itu, penjaring kedua terbanyak EPL dengan jumlah 22 gol musim ini turut berkongsikan pemain idola yang membentuk karakternya selaku penyerang prolifik bersama Borussia Dortmund dan Arsenal.", "“Ronaldo daripada (pasukan) Brazil kerana pada pendapat saya, dia mampu mengubah permainan (di atas padang). Dia sangat gila, dia boleh lakukan segala-galanya dan dia merupakan idola saya.", "“Dia sangat kuat, mempunyai gelecekan yang baik, sangat laju dan boleh lakukan segala-galanya termasuk menjaringkan gol dengan menanduk.” katanya lagi.", "Ketika aktif bermain dahulu, Ronaldo merupakan penyerang yang menjadi fenomena bola sepak dunia. ", "Manakan tidaknya, kehebatannya di atas padang telah membantu pelbagai pasukan yang diwakilinya merangkul pelbagai kejuaraan termasuk membantu skuad kebangsaan Brazil menjulang Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1994 dan 2002."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321735/", "headline": "\nLuqman Hakim Sertai Njardvik FC – Kelab Divisyen Dua Iceland\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin meneruskan karier bola sepaknya bersama sebuah kelab baharu yang berpangkalan di Iceland – sebuah negara kepulauan yang mempunyai populasi tidak lebih daripada 400,000 orang.", "Kelab baharu yang disertai oleh pemain berusia 20 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu beraksi dalam divisyen kedua bola sepak negara terbabit iaitu Njardvik FC.", "Luqman Hakim til liðs við Knattspyrnudeild Njarðvíkur að láni frá K.V. Kortrijk í Belgíu.", "Lesa má nánar um málið hér: https://t.co/EXE1htGvpQ pic.twitter.com/pfikHfxaWT", "— NjarðvíkFC (@fcnjardvik) February 6, 2023", "Perkembangan itu diumumkan secara rasmi oleh Njardvik FC menerusi satu video berdurasi 39 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya serta turut disahkan oleh Pengarah Bukan Eksekutif KV Kortrijk, Amin Fuad.", "Bersama kelab yang berpangkalan di bandar Reykjanesbær terbabit, Luqman diberikan jersi bernombor 30 untuk mengharungi saingan Lengjudeild yang akan bermula pada 11 Februari nanti.", "Difahamkan, Luqman menyertai Njardvik FC dengan kontrak pinjaman selama semusim. Sebagai rekod, Luqman menandatangani kontrak selama lima tahun ketika menyertai KV Kortrijk pada 2020 yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325252/", "headline": "\n“Marhaba, ana Steven Gerrard, ana Al Ettifaqi” – Ucap Gerrard Selepas Sertai Kelab Arab Saudi\n", "content": ["Selepas Robbie Fowler, kini giliran seorang lagi legenda Liverpool, Steven Gerrard mengesahkan diri berhijrah ke Arab Saudi dengan mengendalikan kelab saingan Liga Professional Arab Saudi iaitu Al Ettifaq . ", "Kehadiran Gerrard di bumi Dammam itu diumumkan menerusi pelbagai platform media sosial skuad berjulukan Faris Ad-Dahna termasuk sebuah video pendek bertempoh 11 saat yang menampilkan bekas pemain tengah skuad kebangsaan England itu berbahasa Arab. ", "“Marhaba, ana Steven Gerrard. Ana Al Ettifaqi. See you soon. (Selamat sejahtera, saya Steven Gerrard. Saya (kini sebahagian daripada) Ettifaq. Jumpa anda nanti.)” ujar Gerrard di dalam video tersebut.", "جيرارد يوجه رسالة خاصة لجماهير #الاتفاق ❤️💚#جيرارد_اتفاقي pic.twitter.com/ZcNunj4EtS", "— نادي الاتفاق (@Ettifaq) July 3, 2023", "Karier kejurulatihan bekas pemenang Liga Juara-Juara UEFA itu bermula di akademi Liverpool sebelum mencipta namanya bersama kelab Scotland, Rangers apabila membantu mereka memenangi Scottish Premiership pada musim 2020-21. ", "Gerrard mengambil keputusan untuk kembali ke England dan melatih Aston Villa. Akan tetapi jodohnya bersama skuad The Lions hanya bertahan sehingga awal Oktober 2021 setelah mempamerkan aksi kurang memberangsangkan dalam saingan liga.   ", "Untuk makluman, Gerrard menjadi jurulatih ketiga dalam saingan Liga Professional Arab Saudi pada musim hadapan yang pernah mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris selepas Nuno Espirito dan Slaven Bilic.", "Bekas rakan sepasukannya yang juga penyerang legenda England, Robbie Fowler pula disahkan menjadi pengendali kelab liga divisyen kedua di Arab Saudi, Al-Qadsiah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114507/", "headline": "\nPenstrukturan BAM: Choong Hann Ketuai ‘Singles’ & Rexy Pimpin ‘Doubles’\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan struktur baharu kejurulatihannya yang menyaksikan ianya akan terdiri daripada dua bahagian sahaja berbanding lima bahagian sebelum ini.", "Menerusi makluman oleh Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, dua bahagian tersebut adalah perseorangan (singles) yang akan diketuai oleh Wong Choong Hann serta beregu (doubles) yang akan dipimpin oleh Rexy Mainaky.", "Ini bermakna, Choong Hann dan Rexy akan memegang jawatan baharu sebagai Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) dan Pengarah Kejurulatihan (Beregu) masing-masing bermula saat ini. ", "OFFICIAL: NEW NATIONAL SENIOR TEAM STRUCTUREAfter a thorough swot analysis of the national team’s recent tournament results, the Coaching & Training (C & T) committee endorsed a lean, streamlined national senior structure that sees the departments split into two – pic.twitter.com/r2tT6uQgQF", "Dimaklumkan, penstrukturan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Kejurulatihan & Latihan selepas melakukan ‘SWOT Analysis’ terhadap pemain-pemain kebangsaan ketika menyertai kejohanan di eropah dan Bali, Indonesia sepanjang tempoh tiga bulan lalu.", "Tambah Kenny lagi, struktur baharu ini juga bertujuan untuk mengatasi kelemahan dalam skuad kebangsaan seperti kekurangan konsistensi, struktur kejurulatihan pelbagai lapisan, kurang fokus dalam latihan dan kekurangan kekuatan mental.", "Untuk makluman semua, sebelum ini Choong Hann berperanan sebagai Pengarah Kejurulatihan manakala Rexy yang kembali bersama BAM awal Disember lalu diberikan peranan sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111330/", "headline": "\nBekas Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote Bimbing Skuad Remaja Gergasi Arab Saudi\n", "content": ["Setelah sekian lama menyepi tanpa melatih mana-mana pasukan, bekas ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote kini diberikan amanah untuk membimbing skuad remaja kelab gergasi yang berpangkalan di Arab Saudi, Al Hilal.", "Menerusi perkongsian di laman sosialnya, jurulatih berusia 44 tahun yang mempunyai lesen kejurulatihan UEFA Pro ini akan memulakan tugasnya di Akademi Al Hilal sebagai ketua jurulatih Al Hilal Bawah 15 Tahun (B-15).", "🇸🇦Head coach U15 Al Hilal FC⚽️🗣Feeling an enormous pride and full of emotion I want to announce my incorporation to one of the largest and most prestigious club throughout Saudia Arabia and the whole Asia. Thank you @Alhilal_EN by the trust placed in me as part of your family. pic.twitter.com/r8l6PRQ3cN", "“Sangat berbesar hati dan suka citanya saya ingin mengumumkan menyertai salah sebuah kelab terbesar dan berprestij di Arab Saudi dan Asia.", "“Terima kasih Al Hilal dan Akademi Al Hilal atas kepercayaan yang diberikan ke atas saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga anda.” tulisnya.", "Sebagai selingan, Al Hilal merupakan juara liga negara berkenaan sebanyak 17 kali serta pernah merangkul kejuaraan di peringkat asia sebanyak 3 kali.", "Untuk makluman semua, Marcote mula menabur bakti bersama Kedah sebagai jurulatih kecergasan pada tahun 2015. Dia merupakan salah seorang daripada staf kejurulatihan di bawah pimpinan Tan Cheng Hoe.", "Semasa ketiadaan Cheng Hoe yang menyertai kursus kejurulatihan profesional bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Marcote pernah diberikan tanggungjawab untuk memangku posisi ketua jurulatih skuad Hijau Kuning.", "Pada penghujung tahun 2017, Marcote secara rasminya dilantik menjadi ketua jurulatih Kedah yang kini dikenali sebagai Kedah Darul Aman. Dia sempat membimbing pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu selama beberapa bulan.", "Pada penghujung Mac 2018, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melakukan sedikit perubahan di dalam sistem kejurulatihan mereka menyaksikan Marcote diberikan peranan baharu sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bola Sepak KFA.", "Manakala tugas ketua jurulatih skuad utama Kedah pada masa itu dipangku oleh Nidzam Adzha Yusof."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111930/", "headline": "\nLaman Sesawang EPL Dedah Cristiano Ronaldo Diberikan No.7\n", "content": ["Pengumuman kepulangan kembali legenda Manchester United (Man Utd), Cristiano Ronaldo ke skuad Red Devil beberapa hari lalu sangat dialu-alukan oleh para penyokong tegarnya seluruh dunia.", "Manakan tidaknya, selama Cristiano beraksi bersama Man Utd selama enam musim bermula tahun 2003 hingga 2009, beliau telah memberikan pelbagai kejuaraan seperti Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga, Liga Juara-Juara UEFA serta Piala Dunia Kelab FIFA.", "Bagaimanapun, kepulangan kali menimbulkan sedikit pertanyaan, apakah nombor jersi yang akan digunakan oleh penyerang kelahiran Madeira, Portugal ini.", "Sudah tentu semua peminat mahu pemain berusia 36 tahun ini menyarung kembali nombor ikonik, Nombor 7 seperti mana beliau gunakan suatu masa dahulu namun pada ketika ini, nombor tersebut telah dimiliki oleh Edinson Cavani.", "Sementara itu, peraturan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak membenarkan mana-mana pemain untuk bertukar (swap) nombor jersi setelah didaftarkan sebelum permulaan setiap musim baharu.", "Bagaimanapun, menerusi kemaskini di laman sesawang rasmi EPL memaparkan, pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu didaftarkan dengan Nombor 7.", "Namun, sedikit kekeliruan timbul apabila laman EPL masih mengekalkan pemegang Nombor 7 asal, Cavani di situ.", "Tambahan pula, ketika beraksi sebagai pemain gantian menentang Wolves semalam, Cavani masih lagi dilihat menyarung jersi dengan nombor tersebut.", "Untuk melihat skuad penuh Man Utd bagi saingan musim ini, KLIK SINI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215497/", "headline": "\nTze Yong Diundi Menentang Pemain No.2 Indonesia Di Terbuka Jerman 2022\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara yang kian meningkat, Ng Tze Yong bakal berhadapan dengan pemain No.2 Indonesia merangkap pemain No.8 dunia di kejohanan Terbuka Jerman yang akan berlangsung dua minggu lagi.", "Hasil undian yang dikemaskini oleh penganjur pada 15 Februari lalu memperlihatkan Tze Yong yang berusia 21 tahun bakal menentang Jonahan Christie pada Pusingan 32 di kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF  terbabit.", "TotalEnergies BWF Thomas & Uber Cup Finals 2020 (New Dates)14 21 21 🇮🇩Jonatan CHRISTIE🏅21 19 16 🇲🇾Tze Yong NG🕗 in 75 minutes https://t.co/1g4tOwdHLz", "Untuk makluman semua, Tze Yong dan Jonatan pernah berentap sebanyak satu kali pada peringkat suku akhir dalam saingan Piala Thomas 2020 yang berlangsung di Aarhus, Denmark pada tahun lalu.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong terpaksa akur tumpas kepada Jonatan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 19-21 dan 16-21 dalam tempoh masa sekitar 75 minit.", "Semalam, Tze Yong memastikan pasukan lelaki Malaysia muncul juara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas menundukkan perseorangan Indonesia, Ikhsan Rumbay pada perlawanan ketiga.", "Trofi BATC menjadi milik skuad lelaki negara selepas Tze Yong berhasil mencatatkan kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-14 dan 21-15 dalam tempoh masa 47 minit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218340/", "headline": "\nBekas Import Sabah, Levy Madinda Diumum Pemain Baharu JDT\n", "content": ["Pemain kelahiran Gabon yang pernah beraksi selama satu musim bersama Sabah FC, Levy Madinda kini menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Kemasukan pemain tengah berusia 30 tahun itu dimaklumkan menerusi satu klip video berdurasi 34 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial milik JDT, hari ini.", "Welcome to the Home of the Southern Tigers! 🔵🔴#LevyMadinda#NewSigning#JDTFamily pic.twitter.com/PR3pc4KqvJ", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 7, 2022", "Menerusi video terbabit, Madinda yang pernah beraksi bersama-sama pemain terkenal, Pierre-Emerick Aubameyang dalam skuad kebangsaan Gabon turut didedahkan akan menyarung jersi bernombor 92 bersama skuad Harimau Selatan ini.", "Namun begitu, tidak dapat dipastikan lagi samada Madinda akan beraksi bersama skuad senior dalam saingan Liga Super atau skuad simpanan, JDT II dalam kancah Liga Premier.", "Untuk makluman semua, sepanjang beraksi bersama Sabah musim lalu, Madinda berhasil tampil sebanyak 16 kali dalam saingan Liga Super serta merekodkan 4 gol dan 2 bantuan gol. ", "Sumbangannya itu membantu Sabah menamatkan saingan di tangga kesembilan sekaligus menyelamatkan skuad berjulukan The Rhinos ini daripada terjerumus ke kancah Liga Premier.", "Sekitar Ogos tahun lalu, Sabah  mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangannya dan berpisah dengan pemain tersebut secara rasminya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219161/", "headline": "\nACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, JDT Kempunan Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim ini berakhir di Pusingan 16 sekaligus kempunan untuk mara ke peringkat suku akhir.", "Juara Liga Super 8 kali berturut-turut ini terpaksa akur dengan keunggulan pasukan lawan, Urawa Red Diamonds merangkap juara Maharaja Jepun 2021 yang berhasil mencetak kemenangan 5-0 dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi.", "Tiga daripada empat jaringan tersebut hadir pada babak pertama permainan menerusi Alexander Scholz (8’) dan jaringan berganda oleh David Moberg Karlsson (19′, 39′).", "⏰ FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta’zim 0️⃣-5️⃣ Urawa Red Diamonds 🇯🇵", "♦️ Urawa are off to the Quarter-Finals after a dominant display in front of a delighted home crowd! #ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/3j5WsNW75G", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) August 19, 2022", "Manakala dua jaringan lagi dicetak pada penghujung babak kedua menerusi dua serangan balas yang disudahkan kedua-duanya oleh Kasper Junker pada minit ke-85 dan ke-90+1. ", "Sesekali skuad Harimau Selatan cuba melakukan serangan untuk mencari jaringan saguhati namun benteng pertahanan dan penjaga gol Urawa tidak memberi muka dan berhasil mengekalkan “clean sheet” sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.", "Walaupun perjalanan JDT di pentas elit asia ini telah berakhir, mereka masih boleh pulang dengan kebanggaan lebih-lebih lagi berjaya melepasi peringkat kumpulan buat julung kalinya pada musim ini.", "Dengan tamatnya kempen ACL, fokus mereka akan kembali terarah ke saingan domestik iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110699/", "headline": "\nKenali Penyerang Liga M3, Patrick Asare Yang Menghampiri Pentas ACL 2021\n", "content": ["Bekas penyerang beberapa buah pasukan yang beraksi dalam saingan divisyen ketiga bola sepak Malaysia, Liga M3 iaitu Patrick Asare hanya selangkah sahaja lagi sebelum membuat penampilan di kejohanan berprestij asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Penyerang berusia 26 tahun ini semestinya tidak begitu dikenali dalam kalangan majoriti peminat bola sepak Malaysia. Manakan tidaknya, dia tidak pernah beraksi langsung bersama mana-mana pasukan Liga Super mahupun Liga Premier.", "Patrick has scored some stunning goals when he was with Antlers. 🔥 pic.twitter.com/TsjLltV1vv", "Kisahnya beraksi dalam saingan bola sepak Malaysia bermula pada tahun 2019. Ketika itu, Patrick menyertai kejohanan pramusim, Community Challenge Cup bersama Shah Alam Antlers. Dia sempat beraksi sebanyak dua kali bersama pasukan yang berpangkalan di Stadium Panasonic tersebut.", "Bagaimanapun, disebabkan masalah melibatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC), Patrick tidak dapat berkhidmat bersama Shah Alam Antlers sebaliknya menyertai pasukan amatur yang beraksi dalam saingan liga di negeri Selangor, NPNG FC.", "Pada tahun yang sama, khidmat Patrick diintai oleh Persatuan Bola Sepak Johor Bahru (JBFA) untuk beraksi dalam saingan Liga M3. Menurut laman Transfermarkt, Patrick menyertai pasukan tersebut bermula Julai 2019 dan bermain sehingga ke penghujung musim.", "Tahun berikutnya, Patrick menyertai Semarak FC namun saingan Liga M3 2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik covid-19 yang mula mengganas melanda dunia pada saat itu. Disebabkan pandemik ini, Patrick tidak dapat bermain bola sepak profesional selama setahun.", "Pemain kelahiran Accra, Ghana ini memulakan kerjaya bola sepak profesional bersama kelab berpangkalan di tanah airnya, namun ketika dia berusia 19 tahun, Patrick mendapat tawaran lumayan untuk menyertai sebuah pasukan yang berprestij di Malaysia.", "Malangnya, setelah tibanya di Malaysia, Patrick mendapati tawaran tersebut hanyalah sebuah penipuan yang dibuat oleh ejen palsu. Terpinga-pinga dirinya di sebuah negara asing tanpa saudara mara dan rakan-rakan dalam keadaan tidak mengetahui sepatah perkataan bahasa Melayu apatah lagi tempat-tempat di Malaysia.", "Bagaimanapun, Patrick dibantu oleh insan-insan yang baik hati untuk mendapatkan visa pelajar dan menyambung pelajarannya dalam bidang Pengurusan Sukan yang memfokuskan kepada bola sepak.", "Bukan itu sahaja, dia berjaya menamatkan pengajian ijazahnya di United Kingdom pada tahun 2016.", "Untuk pengetahuan semua, sebelum beraksi bersama pasukan yang berpangkalan di Malaysia pada tahun 2019, Patrick sempat berkelana di Liga Myanmar bersama pasukan-pasukan seperti Zwekapin United, Yadanarbon FC dan Shan United sekitar tahun 2016 sehingga 2018.", "Awal April lalu, Patrick diumumkan sebagai penyerang baharu pasukan yang berpangkalan di Filipina, Kaya FC. Kehadirannya untuk menambahkan sengat Kaya FC dalam mengharungi saingan domestik dan kejohanan antarabangsa.", "Malam ini pasukannya, Kaya FC akan turun menentang wakil Liga Super China, Shanghai Port FC dalam saingan playoff ACL di Stadium Pathum Thani, Bangkok. Pemenang aksi playoff ini akan menyertai BG Pathum United, Ulsan Hyundai dan Viettel FC dalam Kumpulan F.", "Featured Image: Shah Alam Antlers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110077/", "headline": "\nKarsten: Aspek Bertahan Semasa ‘Set Piece’ Tumpuan Utama Untuk Dibaiki Semasa Rehat Dua Bulan\n", "content": ["Ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel nyata tidak dapat menahan kecewaannya apabila anak-anak buahnya bolos sekali lagi menerusi situasi ‘set piece’ di penghujung perlawanan sekaligus mengakibatkan kekalahan 2-1 di tangan Terengganu, semalam.", "Skrip bolos ketika menghadapi situasi ‘set piece’ ini berulang-ulang sejak mereka menentang Sri Pahang (seri 2-2), Sabah (seri 2-2) dan Melaka United (menang 3-2) termasuk ketika menentang Terengganu (kalah 1-2).", "Justeru, kelemahan ini menjadi tumpuan utama untuk diperbaiki ketika rehat saingan Liga Super selama dua bulan (10 mei hingga 9 julai) sebelum turun menentang jiran setempat, Kuala Lumpur City pada 10 julai hadapan.", "“Semestinya banyak perkara akan diperbaiki (semasa saingan liga berehat), kami akan menumpukan perhatian lebih untuk bertahan semasa ‘set pieces’, ", "“Ini menjadi punca utama (hilang mata) dalam perlawanan yang terdahulu, dan kita perlu menggunakan peluang-peluang yang dicipta (untuk tukarkan kepada gol),” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Sementara itu, selain daripada bolos ketika berhadapan dengan situasi ‘set piece’, benteng pertahanan Selangor sendiri merekodkan bolos sebanyak 20 gol daripada 13 perlawanan setakat ini.", "Rekod bolos itu merupakan keempat yang terburuk dalam dalam kalangan 12 pasukan Liga Super selepas UiTM (30 gol), Sri Pahang (22 gol) dan Perak (21 gol).", "Mengulas mengenai situasi tersebut, Karsten tidak menolak kemungkinan untuk mendatangkan pemain pertahanan baharu untuk memperkukuhkan benteng pertahanan.", "Namun ianya bergantung kepada persetujuan pihak pengurusan dan pulihnya beberapa pemain yang cedera seperti Tim Heubach, Safuwan Baharudin dan lain-lain lagi.", "“Sudah tentu kami mempunyai perancangan untuk memperbaikinya (barisan pertahanan), kami akan duduk bersama dan berbincang tentangnya (membawa masuk pemain baharu), ", "“Tetapi beberapa pemain yang cedera akan kembali bersama pasukan dalam beberapa hari lagi dan kami akan melihatnya nanti,”", "“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat keputusan (mendapatkan pemain baharu), tetapi kami telah mempunyai beberapa cadangan,” tambahnya lagi.", "Sedikit mengejutkan apabila beliau tidak mahu mengulas secara terbuka samada Selangor akan memanggil kembali atau tidak pemain yang dipinjamkan kepada Penang FC dan Kedah Darul Aman, Quenting Cheng dan Rodney Celvin. ", "Kedua-dua pemain pertahanan ini menunjukkan aksi yang melangkaui jangkaan bersama pasukan masing-masing dan sebahagian para penyokong Red Giants mahu melihat pemain ini kembali menyarung jersi Merah Kuning."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215676/", "headline": "\nMFL Dapat Tajaan Ubat Sakit Kepala, Uphamol Sehingga Tahun 2023\n", "content": ["Jenama ubat sakit kepala atau paracetamol, Uphamol diumumkan menjadi Rakan Rasmi Analgesik bagi pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) selama dua tahun.", "Perkara tersebut diumumkan selepas syarikat disebalik jenama Uphamol iaitu Duopharma Biotech menandatangani perjanjian penajaan bersama MFL yang berlangsung bermula 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023, pada hari ini.", "Uphamol, the leading paracetamol brand from Duopharma Biotech Berhad is now the Official Partner for the Malaysian Football League (MFL) in the Analgesic Category for a two-year period.#LigaMalaysia2022", "Baca: Paracetamol Kini Alami Kekurangan Bekalan – Di Farmasi, Kedai Serbaneka", "Dimaklumkan, penajaan oleh syarikat ini merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Liga Super dan Piala Malaysia sepanjang tempoh tersebut.", "Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar melihat penajaan ini merupakan satu peluang untuk meningkatkan kesedaran ramai mengenai Uphamol sebagai jenama paracetamol buat tempatan yang diperakukan halal dan dipercayai oleh ramai pengguna Malaysia.", "Selain itu, hasil daripada penajaan ini, Duopharma Biotech memperoleh peluang untuk melakukan penjenamaan bersama (co-branding) MFL bagi cenderamata dan sebarang promosi, menganjurkan sebaran acara yang melibatkan pemain-pemain dan pengaktifan jenama di venue perlawanan bola sepak.", "Pada masa yang sama, jenama minuman isotonik milik Duopharma Biotech iaitu Proviton STR pula diangkat sebagai Rakan Rasmi Isotonik yang turut merangkumi perjanjian penajaan bagi tiga saingan yang sama dalam tempoh masa yang sama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113398/", "headline": "\nBajet 2022: Sebanyak RM50 Juta Disediakan Untuk Anjur Fit Forever, Hari Sukan Negara\n", "content": ["Pembentangan Bajet 2022 pada hari ini turut menyediakan dana bagi pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.", "Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz di dalam pembentangannya di Dewa Rakyat mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan program seperti pembudayaan gaya hidup aktif, Fit Forever dan Penganjuran Hari Sukan.", "Menurutnya, pembudayaan gaya hidup sihat ini bagi memastikan rakyat kembali aktif selaras pemulihan pasca-COVID 19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322325/", "headline": "\nAll England 2023: Zii Jia Bertemu Pemain No.2 Jepun Di Pusingan 16\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan aksi di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 dengan langkah kanan.", "Pemain yang menghuni ranking ke-4 dunia itu berhasil melakar kemenangan ke atas pemain Thailand, Sitthikom Thammasin dengan mudah dalam pertarungan di Pusingan 32, semalam.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R3221 21 🇲🇾LEE Zii Jia🥇", "— BWFScore (@BWFScore) March 15, 2023", "Pertarungan yang berlangsung dalam masa sekitar setengah jam itu berkesudahan dengan Zii Jia meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-15 sekaligus mara ke Pusingan 16.", "Sementara itu, perseorangan No.2 Jepun, Kenta Nishimoto menanti Zii Jia di peringkat tersebut selepas berhasil meraih kemenangan ke atas pemain Kanada, Brian Yang juga secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-14.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R3221 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🏅16 14 🇨🇦Brian YANG", "— BWFScore (@BWFScore) March 15, 2023", "Sebagai rekod, Zii Jia dan Kenta telah bertemu sebanyak lima kali di pentas kejohanan antarabangsa sebelum ini.", "Zii Jia dilihat mempunyai rekod yang baik bertemu Kenta dengan melakar empat kemenangan daripada lima pertemuan terbabit.", "Menariknya, pertemuan terakhir mereka turut berlangsung dalam kejohanan All England pada edisi lalu yang menyaksikan Zii Jia meraih kemenangan secara “straight set” 21-16 dan 21-17 di Pusingan 32.", "Satu-satunya kemenangan dilakar oleh Kenta adalah ketika pertemuan pertama mereka dalam acara berpasukan di temasya Sukan Asia 2018.", "Featured Image: Victor & Instagram Kenta Nishimoto"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112408/", "headline": "\nShah Firdaus & Fadhil Zonis Sah Sertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021\n", "content": ["Pelumba basikal trek yang menyertai temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengesahkan dirinya akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 yang akan berlangsung pada penghujung Oktober kelak.", "Menemani dirinya adalah seorang lagi pelumba muda berusia 23 tahun, Muhammad Fadhil Mohd Zonis. ", "Walaupun Fadhil tidak menyertai temasya Olimpik baru-baru ini, dia merupakan pelumba muda yang sedang meningkat namanya. Bulan Mei lalu, Fadhil telah memenangi pingat emas dalam acara keirin Piala Negara-Negara UCI 2021 yang berlangsung di Hong Kong.", "Shah mengesahkan menyertai kejohanan dunia ini selepas dia pulih sepenuhnya daripada kecederaan di bahagian rusuk kirinya yang menimpanya semasa beraksi dalam acara keirin di Veledrom Izu, Ogos lalu.", "Baca: Shah Firdaus ‘Comeback’ Dalam Kesakitan Tempah Tiket Ke Suku Akhir Keirin", "“Saya perlu masa sebulan untuk pulih akibat hentakan yang dialami di Olimpik Tokyo. Sebelum ini, hendak bernafas pun saya rasa rasa sakit dan batuk namun kini keadaannya sudah baik.", "“Alhamdulillah, keadaan saya kini sudah 100 peratus pulih dan bersedia untuk berlumba. Memandangkan kejohanan di Perancis merupakan penutup tahun ini, saya memilih untuk menyertainya.", "“Saya akan berlepas ke Perancis pada 10 Oktober bersama rakan sepasukan Muhammad Fadhil Mohd Zonis. Saya akan melakukan yang terbaik dan mengharapkan sokongan rakyat Malaysia,” katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Baca: Beri Peluang Pelumba Muda Sertai Kejohanan Dunia, Azizul Mahu Tumpu Sukan Komanwel & Asia 2022", "Untuk makluman semua, Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 anjuran Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) ini akan dilangsungkan di Velodrome Couvert Regional Jean-Stablinski atau lebih dikenali sebagai Le Stab bertempat di Roubaix, Perancis.", "Sementara itu, jaguh berbasikal negara dan pemenang pingat perak Olimpik 2020 dalam acara keirin, Dato’ Azizulhasni Awang telah membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan dunia pada tahun ini dan memberi peluang kepada pelumba muda.", "Featured Image:  Instagram @shahfirdaus95 & SDF Track Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214550/", "headline": "\nSabah Dapat Tajaan Lotto RM2.4 Juta, Kedah Diberikan RM1.1 Juta Semusim\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo iaitu Sabah FC mendapat tajaan yang lumayan sebanyak RM2.4 juta untuk mengharungi Liga Malaysia 2022 daripada jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto.", "Perkembangan menarik buat skuad yang terkenal dengan julukan The Rhinos itu dimaklumkan sendiri oleh pihak Lotto Malaysia menerusi satu muat naik di media sosial mereka, pada hari ini.", "“Cabaran bagi tahun 2022, Lotto Malaysia juga akan diterajui oleh Sabah Football Club dengan jumlah tajaan bernilai RM2.4 juta.", "“Dengan kerjasama dua hala ni, Lotto Malaysia berharap dapat menaikkan semangat pasukan Sabah FC dan peminat negeri di bawah bayu untuk memberikan persembahan terbaik sepanjang saingan musim baharu.” tulis kenyataan rasmi oleh Lotto.", "Ini merupakan satu suntikan tambahan buat Sabah selepas mendapat bimbingan bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee yang melakukan revolusi besar-besaran. ", "Kedatangan Kim Swee membolehkan Sabah membawa masuk beberapa pemain tempatan ternama seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali, Irfan Fazail, Khairul Fahmi Che Mat dan beberapa yang lain lagi.", "KDA FC TERIMA TAWARAN TAJAAN PAKAIAN SUKAN LOTTO SPORT ITALIA BAGI MUSIM 2022 & 2023 MELIBATKAN NILAI TAJAAN RM2.2 JUTAInfo penuh: https://t.co/FKnZCn8UXoTerima kasih di atas kepercayaan untuk terus bekerjasama di musim 2022!#kdafc #lottoitalia #2022season #kit @lottosport pic.twitter.com/lm0tyL4u2z", "Sementara itu, Lotto Malaysia turut mengumumkan meneruskan penajaan ke atas sebuah lagi pasukan yang beraksi di pentas Liga Super iaitu Kedah Darul Aman FC. ", "Pasukan yang bakal beraksi di pentas Piala AFC 2022 ini diberikan tajaan secara keseluruhan dengan nilai RM1.1 juta semusim dengan pilihan untuk melanjutkannya pada musim 2023. ", "Nilai tajaan ini merangkumi wang tunai dan dalam bentuk barangan bagi kegunaan skuad Liga Super, Piala Presiden, Piala Belia dan skuad bawah 17 tahun (B-17)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219757/", "headline": "\nKing’s Cup: Malaysia Singkir Tuan Rumah Di Hadapan Penyokong Sendiri\n", "content": ["Kehadiran semula Malaysia dalam saingan King’s Cup kali ini diserikan dengan menyingkirkan tuan rumah, Thailand di peringkat separuh akhir.", "Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon melakar kejayaan tersebut dengan memenangi penentuan sepakan penalti. ", "Sebelum itu, ketika beraksi selama 90 minit permainan, Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi “wing-back” kiri, La’vere Corbin-Ong pada babak pertama.", "48th King's Cup 2022 | Khamis, 22 September 2022", "THAILAND 🇹🇭 1-1 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽️ Pansa Hemviboon 90'+5⚽️ La'Vere Corbin-Ong 32'", "▶️ Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 & layak ke final bertemu Tajikistan#FAM #HarimauMalaya #KingsCup48 #KC2022 pic.twitter.com/ebwfuxWFsl", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 22, 2022", "Thailand yang beraksi sambil disaksikan penyokong sendiri di 700th Anniversary Stadium, Chiang Mai cuba menterbalikkan kedudukan tersebut pada babak kedua dengan meningkatkan asakan ke arah gawang Malaysia.", "Kekebalan penjaga gol negara, Ahmad Syihan serta kekentalan barisan pertahanan yang diketuai Dion Cools berhasil mengekang hampir keseluruhan percubaan skuad Gajah Perang.", "Sayangnya ianya tetap bocor di penghujung permainan hasil jaringan Pansa Hemviboon sekaligus menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.", "Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil melayakkan diri ke perlawanan akhir dan bertemu Tajikistan pada 25 September kelak.", "Manakala Thailand pula akan bertemu Trinidad & Tobago untuk merebut tempat ketiga.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113703/", "headline": "\nKPT Tubuh Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA)\n", "content": ["Dalam satu majlis yang dilangsungkan pada hari ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melancarkan penubuhan sebuah badan induk bola sepak iaitu Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA).", "Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff yang berucap semasa majlis pelancaran berkata, KPT merupakan satu hub yang besar dalam melahirkan pemain bola sepak berkebolehan di negara ini.", "Sebagai contoh, Liga Bola Sepak Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang bermula pada tahun 2010 muncul sebagai liga kedua terbesar selepas saingan yang dianjurkan oleh Malaysian Football League (MFL). Liga ini turut melahirkan nama-nama besar bola sepak negara seperti Amiridzwan Taj, Bunyamin Omar, Mahali Jasuli dan K. Reuben.", "“Seiring dengan itu, tadbir urus pengurusan bola sepak di universiti perlu diperkasakan. Ini dapat dilaksanakan melalui usaha menubuhkan persatuan bola sepak yang diiktiraf.", "“Langkah ini penting bagi memastikan setiap aktiviti bola sepak di IPT dapat dilaksanakan dengan lebih teratur termasuklah dari aspek yang melibatkan kontrak pemain, kepengadilan, sistem pertandingan dan sebagainya.” katanya di dalam majlis yang turut disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook Kementerian Pengajian Tinggi, pagi tadi.", "Difahamkan, langkah menubuhkan MUFA mula digerakkan sejak tahun 2020 dan pada bulan Ogos 2021 yang lalu, MUFA telah berjaya didaftarkan.", "“Pendaftaran ini membuka satu lembaran sejarah baharu sukan bola sepak khususnya di IPT. MUFA akan bernaung di bawah badan induk bola sepak negara iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan rentetan itu juga semua pasukan atau kelab bola sepak IPT akan bernaung di bawah MUFA.” tambahnya lagi.", "Dalam majlis yang sama, Dr. Zabri turut melancarkan sebuah kejohanan bola sepak yang dinamakan sebagai Pra-U Cup 2021. Ianya bakal dilangsungkan bermula 20 hingga 28 November bertempat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Gambang, Pahang. ", "Kejohanan edisi sulung ini akan disertai oleh lima buah pasukan iaitu AMD A, AMD B, Akademi Bola Sepak Felda, Akademi Bola Sepak Terengganu dan Malaysian University Football Team (MUFT).", "“Penganjuran kejohanan Pra-U Cup 2021 ini merupakan satu detik permulaan untuk KPT dalam memperkasakan keupayaan pemain di peringkat belia dengan beraksi dalam satu kejohanan yang kompetitif.", "“Kejohanan ini akan memberikan satu ruang yang luas kepada pemain-pemain belia yang berada di akademi bola sepak terpilih di negara ini dan juga di sekolah-sekolah sukan untuk memperagakan bakat mereka sebelum layak bermain di peringkat yang lebih tinggi.” jelasnya.", "Di dalam ucapannya, Dr. Zabri sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli akademik dan pengulas bola sepak, Dr. Pekan Ramli yang tidak kering idea untuk memastikan program-program baharu terus dilaksanakan. ", "Featured Image: Kementerian Pengajian Tinggi"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206575/", "headline": "\n5 Pemain Muda Berbakat Yang Diangkat oleh Ronald Koeman\n", "content": ["Ronald Koeman baru sahaja diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona menggantikan Quique Setien yang dipecat baru-baru ini.", "Jurulatih berpengalaman berusia 57 tahun ini memulakan kerjaya kejurulatihannya sebagai penolong jurulatih di Barcelona pada tahun 1997 sebelum melatih pelbagai pasukan di eropah.", "Salah satu falsafah menarik mengenai Koeman dalam melatih mana-mana pasukan, beliau suka mengangkat pemain-pemain muda berbakat untuk membarisi kesebelasan utama skuadnya. ", "Hasil daripada sentuhan Koeman tersebut, beberapa daripadanya berhasil mencapai potensi penuh dan menempatkan diri kalangan pemain terbaik dunia masa kini. Berikut adalah senarai lima pemain tersebut:", "Pemain kelahiran Nairobi, Kenya ini menyertai Southampton FC pada tahun 2013 iaitu setahun sebelum ketibaan Ronald Koeman. Musim pertamanya tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan kerana ditimpa kecederaan walaupun diturunkan sebanyak 24 kali dalam saingan bola sepak Inggeris.", "Bagaimanapun apabila Koeman tiba di Stadium Saint Marry pada Jun 2014, segala-galanya berubah. Defensive midfielder yang berumur 23 tahun ketika itu dijadikan tonggak utama skuad Koeman dan dia telah memberikan impak yang lebih besar kepada Southampton. Dia berhasil membuat penampilan sebanyak 32 kali dan menjaringkan 3 gol. ", "Wanyama meneruskan kecemerlangan yang masa musim berikutnya, di mana Southampton mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-6 – pencapaian terbaik The Saints dalam sejarah. Prestasinya menarik perhatian kelab berpangkalan di London, Tottenham Hotspur dan dia dibeli pada harga 11 juta pound selain ditawarkan kontrak selama 5 tahun.", "Dominic Calvert-Lewin adalah penyerang berbakat kelahiran England. Merupakan graduan akademi Sheffield United dan dia ditandatangani oleh Everton pada tahun 2016 – tahun yang sama Ronald Koeman dilantik menjadi pengurus Everton.", "Koeman tidak menunggu lama untuk menurunkan penyerang berusia 19 tahun ketika itu dalam beberapa perlawanan. Walaupun bergelut dengan sedikit masalah kecederaan pada musim pertamanya bersama skuad The Toffees, Calvert masih meraih 11 penampilan dan menjaringkan satu gol.", "Bagaimanapun, saingan musim berikutnya – musim 2017/18 – menyaksikan Koeman dipecat daripada jawatan pengurus Everton pada bulan oktober. Akan tetapi, pengganti Koeman meneruskan kesinambungan menggunakan Calvert sebagai salah seorang penyerang utama Everton di musim 2017/18. ", "Hasilnya Calvert yang berusia 20 tahun ketika itu telah melakukan 40 penampilan dan menjaringkan 7 gol.", "Sebelum pemain muda Belanda ini menjadi sensasi ketika saingan Liga Juara-Juara UEFA 2018/19, Ronald Koeman yang menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda telah memberikan aksi debut antarabangsa kepada de Jong ketika menentang Peru pada september 2018.", "Ketika itu, de Jong yang berumur 21 tahun diturunkan menggantikan Georginio Wijnaldum pada separuh masa kedua. Kemasukannya berhasil memberikan satu assist kepada Memphis Depay sekaligus membantu Belanda bangkit dan memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. ", "Semenjak itu, de Jong menjadi tonggak utama buat skuad Oranje sehingga ke hari ini dan kini merupakan pemain FC Barcelona di bawah kendalian Koeman.", "Ronald Koeman merupakan individu yang berperanan membawa Sadio Mane yang berusia 22 tahun ketika itu ke Southampton pada september 2014. Sebelum itu Mane merupakan pemain Red Bull Salzburg yang bersaing dalam kancah Liga Austria.", "Walaupun pertama kali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), itu tidak menghalang Koeman daripada memberikan kepercayaan kepada Mane untuk mengisi tempat dalam kesebelasan utama skuadnya. Mane berjaya menjaringkan 10 gol daripada 32 penampilannya dalam keseluruhan pertandingan.", "Musim berikutnya, Mane tampil lebih garang di hadapan gol dengan menggungguli carta penjaring terbanyak Southampton dengan rekod 15 gol daripada 40 penampilan dan membantu The Saints menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-6.", "Pada jun 2016, Mane telah ditandatangani oleh Liverpool pada harga 34 juta pound dan bersama The Kop kendalian Jurgen Klopp, dia telah menjulang tahkta EPL, Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Dunia Kelab.", "Pertahanan tinggi lampai kelahiran Belanda ini juga merupakan pemain yang dibeli sendiri oleh Ronald Koeman ketika mengemudi Southampton. Koeman mendapatkan khidmat van Dijk yang berumur 24 tahun pada ketika itu daripada kelab liga Scotland, Celtic.", "Sepertimana Sadio Mane, pertahanan dengan ketinggian 1.93 meter ini turut menjadi tonggak utama Koeman sejak tiba di Stadium Saint Marry. Mempunyai kelebihan fizikal, kaki kanan yang kuat serta kelajuan, van Dijk perlahan-lahan membina reputasinya sebagai pertahanan kental Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menyukarkan penyerang-penyerang melepasinya.", "Januari 2017 van Dijk yang juga kapten Southampton dibeli oleh Liverpool dengan harga 75 juta pound. Kehadirannya telah berjaya membantu Liverpool merangkul kejuaraan EPL, Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Dunia Kelab. Pada tahun 2019 van Dijk hampir-hampir memenangi anugerah individu iaitu Ballon d’Or namun tewas kepada penyerang Barcelona, Lionel Messi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113492/", "headline": "\nTiada Kelibat K. Rajagobal di Pentas Piala AFF Suzuki 2020\n", "content": ["Kelibat pengendali skuad kebangsaan Brunei Darussalam, Datuk K. Rajagobal tidak akan kelihatan di kejohanan Piala AFF 2020 yang akan berlangsung di Singapura pada bulan hadapan.", "Hal ini kerana Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (NFABD) telah memaklumkan kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menarik diri daripada beraksi di pusingan kelayakan menentang Timor Leste pada 1 Disember kelak.", "Menurut laman sesawang rasmi AFF, Presiden NFABD, Pengiran Haji Matusin Pengiran Haji Matasan memaklumkan Brunei berbuat demikian kerana mengalami kesukaran untuk membuat persiapan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda.", "Brunei Darussalam withdraw from upcoming AFF Suzuki Cup 2020 qualifier https://t.co/fM7BzHgfdU", "Sehubungan itu, penarikan diri oleh Brunei ini membolehkan Timor Leste mara ke pusingan akhir Piala AFF 2020 dengan melengkapkan Kumpulan A secara automatik.", "Kini, Kumpulan A terdiri daripada Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura dan Timor Leste. Sementara itu, Kumpulan B pula diisi oleh Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.", "Untuk makluman semua, Rajagobal atau dikenali sebagai ‘King Gobal’ merupakan ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia bermula tahun 2009 sehingga 2013.", "Rajagobal mencipta rekod sebagai satu-satunya ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia yang berjaya membimbing skuad Harimau Malaya menjulang trofi Piala AFF setakat ini apabila berjaya mengalahkan Indonesia pada perlawanan akhir pada edisi 2010.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111677/", "headline": "\nKetua Jurulatih Basikal Trek, John Beasley Sedia Sambung Kontrak Namun Bersyarat\n", "content": ["Ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley bersedia untuk melanjutkan kontraknya bersama skuad negara namun ianya perlulah merangkumi beberapa syarat.", "Menurut laporan Berita Harian, antara syarat-syarat yang diletakkan adalah  menawarkan tempoh kontrak merangkumi satu kitaran Sukan Olimpik iaitu sehingga tahun 2024 serta mengekalkan staf kejurulatihannya.", "Untuk makluman semua, kontrak sedia ada jurulatih kelahiran Australia ini bakal tamat pada penghujung tahun ini.", "“Sebenarnya saya tidak bimbang mengenai kontrak kerana ia di luar kawalan saya. ", "“Jika Malaysia menawarkan kontrak baharu kepada saya, ia perlulah merangkumi satu kitaran Olimpik dan jika saya perlu berpindah ke Malaysia, sesuatu yang memang saya mahu lakukan, saya fikir perlu beri masa untuk saya menguruskan beberapa perkara seperti menyewakan rumah saya di Australia.", "“Saya juga mahukan pasukan saya kekal, jika kami berpisah kami tidak akan mampu untuk mencapai matlamat yang sudah ditetapkan.", "“Saya perlukan khidmat Mohd Izham Bin Mohamad bersama saya. Izham adalah pengurus prestasi tinggi yang paling bijak dan sentiasa bekerja keras. Dia adalah watak penting di sebalik kejayaan pasukan saya,” katanya seperti dipetik daripada akhbar tersebut.", "The team behind the success of our Olympic Cycling Team. Proud ❤️From right John Beasley: Head coach of the team. Harnizam Basri: Assistant coach Izham Mohd – Superb team manager Chee Lee Ming: Exercise physiologist Molly: Sport massure DR Scott Gardner: Sport Scientist pic.twitter.com/JR3x0ruPXn", "Sebagai rekod, Beasley telah berkhidmat bersama skuad basikal negara sejak tahun 2006.", "Menerusi sentuhan magisnya, dia telah berjaya membentuk Dato’ Azizulhasni Awang menjadi antara pelumba terbaik dunia dan menjadi pelumba basikal trek pertama negara yang memenangi pingat di Sukan Olimpik serta muncul juara dunia pada tahun 2017.", "Bukan itu sahaja, hasil sentuhan Beasley turut melahirkan beberapa pelumba muda yang berpontensi untuk menggegarkan pentas antarabangsa di masa hadapan seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis.", "Selain itu, Beasley juga dilaporkan menyatakan kesediaan untuk memainkan peranan yang lebih besar bersama skuad basikal trek negara.", "“Apa peranan yang akan diberikan kepada saya, ia bukanlah keputusan saya. Namun, saya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengarah Prestasi Tinggi sekiranya jawatan itu diwujudkan,” tambahnya lagi.", "Featured Image: Azizulhasni Awang Twitter"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206775/", "headline": "\nBukan JDT Atau Selangor Tetapi Sumareh Pilih Kelab Thai, Police Tero FC?\n", "content": ["Penyerang naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang menamatkan kontraknya bersama Pahang dilaporkan bakal berhijrah ke kelab Liga Thai, Police Tero FC.", "Sumareh dilaporkan menamatkan kontraknya menggunakan klausa 8.7 yang memperuntukkan kepada pemain untuk menamatkan kontrak sekiranya tidak dibayar gaji lebih daripada sekali.", "Sebelum itu, dia didedahkan oleh ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh tidak turun menjalani latihan bersama pasukan selama hampir sebulan. ", "Tiada kelibatnya di atas padang mahupun di bangku simpanan ketika perlawanan minggu kelima CIMB Liga Super di antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT), jumaat lalu.", "Maka timbul desas-desus penyerang berasal dari Gambia itu bakal menyertai samada juara Liga Super sebanyak enam kali, JDT atau pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor.", "Bagaimanapun, sebuah media berpangkalan di Thailand, Buaksib mendedahkan Sumareh telah diikat oleh pasukan yang bersaing di dalam kancah Liga 1 Thailand, Police Tero FC.", "Perkara ini dikuatkan lagi dengan teaser yang dibuat oleh Facebook Pages rasmi kelab tersebut, empat hari lalu.", "Bayangan yang mereka berikan, ���Pemain itu merupakan penjaring gol (ketika) menentang (skuad kebangsaan) Thailand.” tulis kenyataan Police Tero FC di laman sosial mereka.", "Seperkara lagi, Thailand mengumumkan membuka jendela perpindahan khas dari 25 ogos sehingga 7 september 2020, sebelum meneruskan kembali saingan liga pada 12 september.", "Justeru, kelab-kelab di Thailand boleh mendapatkan pemain-pemain baharu bagi memperkukuhkan pasukan mereka untuk mengharungi baki saingan liga musim ini.", "Namun sehingga kini, tiada sebarang makluman rasmi samada daripada Sumareh atau pihak Police Tero FC.", "Untuk rekod, Sumareh merupakan penjaring gol ketika bermain mewakili skuad Harimau Malaya ketika menentang Thailand dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, tahun lalu. ", "Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, Malaysia.", "Untuk makluman, bekas pertahanan JDT yang juga pemain skuad kebangsaan, Dominic Tan juga merupakan pemain yang beraksi beraksi bersama pasukan Police Tero FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321677/", "headline": "\nAstro Siar Perlawanan Liga Malaysia Secara HD\n", "content": ["Penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan televisyen berbayar, Astro dan stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi Rakan Penyiar Rasmi dan Rakan Penyiar Liga Malaysia 2023 masing-masing.", "Susulan pengumuman ini, kesemua perlawanan yang melibatkan saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia akan disiarkan Astro dalam definisi tinggi (HD).", "Astro and Malaysian Football League (MFL) @mfl_my are delighted to announce that they have entered a strategic partnership to champion Malaysian football. Astro is the official broadcaster of MFL’s Liga Malaysia competitions for the next 3 seasons! https://t.co/OoxuHgsrQh pic.twitter.com/DezAkKqdTu", "— Astro (@astroonline) February 1, 2023", "Selain itu, kesemua perlawanan terbabit turut boleh ditonton menerusi platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.", "Dimaklumkan, kolaborasi MFL dan Astro ini berlangsung selama tiga tahun sekaligus menyaksikan mereka akan menyiarkan perlawanan-perlawanan bola sepak tempatan sehingga tahun 2025. Jalinan kerjasama ini dimulakan dengan aksi melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC pada 24 Februari nanti.", ". @RTM_Malaysia Rakan Penyiar Liga Malaysia 2023.", "Saksikan 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 siaran langsung pada waktu sebenar perlawanan.#MalaysiaMadani pic.twitter.com/wFapDEwx5B", "— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) February 1, 2023", "Sementara itu, stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan sebanyak 75 perlawanan secara langsung bagi musim ini.", "Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil berkongsikan perlawanan-perlawanan tersebut akan disiarkan di saluran TV2, Sukan RTM, TV Okey serta secara penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321358/", "headline": "\nPiala AFF: Kemarau Kemenangan Thailand Di SNBJ Sejak 2014 Kekal Berpanjangan\n", "content": ["Kemarau kemenangan melibatkan skuad bola sepak jiran tetangga, Thailand ketika menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sejak Disember 2014 terus berpanjangan sehingga ke hari ini.", "Rekod itu kekal apabila Malaysia bimbingan Kim Pan-gon berhasil mencetak kemenangan ke atas skuad berjulukan Gajah Perang itu dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, sebentar tadi.", "Malaysia yang terkenal dengan julukan Harimau Malaya meraih kemenangan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan penyerang sayap, Faisal Halim pada babak pertama setelah menerima ‘assist’ oleh bek kiri, Ruventhiran.", "Separuh Akhir 1 Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 | Sabtu, 7 Januari 2023", "MALAYSIA 🇲🇾 1-0 🇹🇭 THAILAND", "▶️ Separuh Akhir 2 di Bangkok pada Selasa, 10 Januari 2023#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/3xxi7jXlJi", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023", "Walaupun Malaysia yang berhasil meraih kemenangan namun perlawanan yang dihadiri oleh 59,000 penonton ini menyaksikan Thailand bimbingan Alexandre Polking mendominasi hampir sepanjang 90 minit permainan.", "Selain itu, mereka turut mendominasi daripada segi jumlah percubaan ke arah gawang lawan berbanding Malaysia. Akan tetapi, Thailand terpaksa akur menerima kekalahan ekoran gagal menukar peluang-peluang yang dicipta itu kepada jaringan gol.", "Kemenangan 1-0 secara agregat yang dicipta Malaysia ini secara langsungnya turut mengekang Thailand daripada mengutip sebarang jaringan di tempat lawan (away goal) sebelum beraksi dalam perlawanan timbal balik di tempatnya kelak. ", "Untuk makluman semua, peraturan jaringan di tempat lawan masih digunapakai dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric kali ini.", "Sebagai tambahan, kedua-dua pasukan akan turun berentap dalam perlawanan timbal balik pada Selasa (10 Januari) bertempat di Stadium Thammasat. ", "Featured Image: Syamil Rosli | PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113105/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Nik Akif Tabah & Tetap Terbang ke Mongolia\n", "content": ["Walaupun kehilangan bapa yang tercinta, pemain tengah Terengganu FC, Nik Akif Syahiran bersikap tabah dan kekal bersama skuad Harimau Muda bagi mengharungi kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23).", "Menurut makluman oleh Pengurus Terengganu FC, Zulfadli Rozi memaklumkan pemain berusia 22 tahun itu telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya tengah hari tadi.", "Nik Akif told he just arrived at Subang airport and will travel with the rest of U22 squad to Mongolia.. tough boy 💪🖤🤍🇲🇾💯", "Nik Akif akan bersama-sama 21 pemain yang lain akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Ulaanbaatar, Mongolia pada malam ini.", "Sementara itu, seorang lagi pemain yang beraksi dalam kancah bola sepak Jerman, Annil Vigneswaran akan terbang terus ke ibu negara Mongolia dan akan menyertai skuad Malaysia di sana.", "Untuk makluman semua, skuad Malaysia yang dibimbing oleh Brad Maloney dijadualkan beraksi menentang Laos, Mongolia dan Thailand pada 25, 28 dan 31 Oktober nanti.  ", "AL-FATIHAH buat Allahyarham Nik Mat Yusof ayahanda kepada Pemain TFC, Nik Akif Syahiran. Dimaklumkan, Allahyarham terlibat dalam satu kemalangan pada pagi tadi.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.#ALFATIHAH#TerengganuFootballClub pic.twitter.com/AVYubyi5GO", "Sebagai tambahan, difahamkan, bapa kepada Nik Akif iaitu Allahyarham Nik Mat Yusof meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan pada pagi semalam.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113164/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Sze Fei-Nur Izzuddin Mara Ke Separuh Akhir Selepas Menumpaskan Beregu No.7 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark 2021 selepas menumpaskan beregu No.7 dunia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto.", "Tiket ke separuh akhir itu diraih oleh Sze Fei-Nur Izzuddin dengan menumpaskan beregu dari Indonesia itu secara ‘straight set’ iaitu 21-18 dan 21-17.", "Pasangan yang menghuni tangga ke-26 dunia ini menantikan bakal pemenang perlawanan antara beregu Indonesia, Shohibul Fikri-Bagus Maulana dan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen di pentas separuh akhir yang akan berlangsung esok.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan pertama yang diraih oleh Sze Fei-Nur Izzuddin ke atas Fajar Alfian-Rian Ardianto dalam sejarah pertemuan mereka.", "Sebelum ini, kedua-dua pasangan beregu ini telah bertemu sebanyak tiga kali dan ketiga-tiga perlawanan itu dimenangi oleh Fajar Alfian-Rian Ardianto.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208625/", "headline": "\nHarga Pasukan Kedah RM30 Juta, Syarikat Dari KL Mahu Beli Sebahagian Saham\n", "content": ["Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor meletakkan nilai pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) pada harga RM30 juta.", "Sanusi mendedahkan sebuah syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur sedang berunding untuk membeli sebahagian daripada saham KDA FC yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI).", "Untuk makluman, setakat hari ini MBI memegang 80% saham pasukan KDA FC manakala baki 20% lagi dipegang oleh KFA.", "“Kita akan jual jika (kena) harganya, boleh menyara pasukan bola sepak kita. Setakat ni kita sedang teliti tawaran-tawaran (syarikat) itulah. ", "“Kita (MBI) ada 80% saham dan 100% (keseluruhan) saham itu kita letak (harga) RM30 juta. Untuk 80% itu kita letak (sekitar) RM26 juta. Kalau dia boleh (bagi) harga tu, kita boleh jual.", "“Ada satu syarikat yang akhir-akhir ini bersedia untuk mempertimbangkan untuk membeli 80% daripada 80% saham dimiliki MBI. Dia (syarikat) sedang berunding macam itu. ", "“Syarikat itu dari Kuala Lumpur dan bukan tauke kosmetik.” katanya dalam sidang media yang disiarkan Warta Kedah pada petang tadi.", "Dalam makluman yang sama, Sanusi turut mengumumkan persiapan KDA FC untuk mengharungi saingan musim hadapan sudah berada di fasa terakhir.", "Naib juara Liga Super 2020 itu akan mengumumkan barisan kejurulatihan dan pemain-pemain baharu sedikit masa sahaja lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208003/", "headline": "\nPiala Malaysia: ‘Import Power’ Antara 8 Fakta Menarik Dalam Pertemuan TFC vs PJ City\n", "content": ["Pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia 2020 turut menemukan dua pasukan Liga Super iaitu Terengganu Football Club (TFC) dan Petaling Jaya City Football Club (PJ City).", "TFC yang dibimbing Nafuzi Zain dilihat mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan prestasi semasa selaku pasukan yang menamatkan aksi Liga Super di tempat ketiga dan rekod-rekod terdahulu. Bagaimanapun dengan saingan Piala Malaysia musim ini dimainkan secara format kalah mati, ianya memungkinkan segala keputusan untuk berlaku. ", "Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada hari sabtu (esok) dengan sepak mula jam 9 malam di halaman rasmi TFC, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA), Kuala Terengganu. Kami sajikan kepada anda 8 fakta dan statistik menarik menjelang pertemuan di antara TFC menentang PJ City:", "TFC dan PJ City telah bertemu sebanyak lima kali dalam semua pertandingan sejak tahun 2017 dan skuad berpangkalan di pantai timur itu meraih rekod cemerlang dengan meraih empat kemenangan daripada lima perlawanan.", "TFC mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir. Bagaimanapun TFC tidak pernah merekodkan empat kemenangan berturut-turut sejak Mei 2019.", "Selepas tujuh perlawanan tanpa kemenangan, PJ City telah merekodkan dua kemenangan berturut-turut. Namun mereka belum pernah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sejak Ogos 2019.", "TFC telah menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka.", "Daripada 24 gol yang dijaringkan oleh TFC dalam saingan Liga Super musim ini, 23 daripadanya dijaringkan oleh pemain import iaitu Domonic Da Sylva (9 gol), Lee Tuck (6 gol), Sanjar Shaakhmedov (5 gol) dan Faris Ramli (3 gol). Hanya Rahmat Makasuf muncul satu-satunya penjaring tempatan tunggal musim ini.", "Lima daripada sepuluh gol TFC dalam empat perlawanan terakhir mereka dijaringkan oleh kapten pasukan, Lee Tuck.", "Daripada 8 penampilan terakhir TFC atau Terengganu dalam saingan Piala Malaysia, hanya tiga kali sahaja mereka layak ke pentas suku akhir. Bagaimanapun, satu daripadanya membolehkan mereka layak ke pentas akhir iaitu pada tahun 2018.", "PJ City hanya mempunyai dua penampilan dalam saingan Piala Malaysia setakat ini dan kedua-dua kempen mereka hanya berakhir di peringkat kumpulan sahaja.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216522/", "headline": "\nPenyerang Legenda Man Utd Dilantik Menjadi Pengurus Baharu PSV Eindhoven\n", "content": ["Bekas penyerang prolifik Manchester United, Ruud van Nistelrooy yang tampil sebanyak 219 kali serta menjaringkan 150 gol bersama skuad The Red Devils bakal berkhidmat sebagai pengurus untuk skuad senior bagi kelab bola sepak di negara kelahirannya.", "Menerusi satu makluman rasmi, bekas penyerang yang berusia 45 tahun ini diumumkan sebagai pengurus baharu PSV Eindhoven yang beraksi dalam saingan utama bola sepak Belanda, Eredivisie.", "Nama Nistelrooy juga tidak asing dengan PSV. Sebelum menyertai Man Utd, Nistelrooy mencipta nama bersama kelab ini dengan membuat 90 penampilan dan menjaringkan 77 gol.", "Dimaklumkan, Nistelrooy akan bertugas sebagai pengurus skuad Rood-Witten ini bermula musim 2022-23 kelak. Kehadiran Nistelrooy adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Roger Schimdt yang tidak memperbaharui kontrak setelah tamatnya musim ini.", "Untuk pengetahuan semua, Nistelrooy yang mengumumkan persaraan sebagai pemain pada tahun 2012 sudah terlibat dalam bidang kejurulatihan sebagai pengurus skuad pelapis PSV sekitar tiga musim yang lalu.", "Sebelum itu, Nistelrooy pernah bersama barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Belanda bermula tahun 2014 sehingga 2016. Ketika itu, dia menjadi penolong jurulatih kepada Guus Hiddink.", "Sebagai tambahan, selain beraksi bersama Man Utd dan PSV, Nistelrooy juga pernah menyarung jersi gergasi La Liga, Real Madrid. Bersama skuad Los Blancos, Nistelrooy membuat 96 penampilan serta merekodkan 64 jaringan gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325034/", "headline": "\nBekas Penjaga Gol Import Sri Pahang Kembali Ke Liga Perancis – Kontrak 3 Musim\n", "content": ["Sekitar awal Januari tahun lalu, Sri Pahang FC mengumumkan mendapatkan khidmat penjaga gol import tinggi lampai yang mempunyai pengalaman beraksi dalam kancah Ligue 1 Perancis serta Liga Europa, Mamadou Samassa.", "Bagaimanapun, setelah membuat penampilan sebanyak 26 kali dalam pelbagai pertandingan bersama Sri Pahang, jodoh penjaga gol berketinggian 1.98 meter (m) ini bersama skuad berjulukan Tok Gajah menemui titik noktah pada penghujung musim lalu.", "Perceraiannya bersama Sri Pahang membuatkannya berstatus ejen bebas (free agant) tanpa sebarang kelab menjangkau selama hampir enam bulan. Namun begitu, status tersebut berakhir apabila khidmat pemain berusia 33 tahun ini kembali diikat oleh sebuah kelab yang beraksi dalam kancah Ligue 2 iaitu Stade Lavallois Mayenne FC.", "𝗨𝗻 𝗿𝗲𝗺𝗽𝗮𝗿𝘁 𝗰𝗵𝗲𝘇 𝗹𝗲𝘀 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗼 👋", "𝐌𝐚𝐦𝐚𝐝𝐨𝐮 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐬𝐬𝐚 est la troisième recrue des Tango !", "— Stade Lavallois (@stadelavallois) June 21, 2023", "Penyertaan Samassa bersama Stade Lavallois diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial kelab berjulukan Les Tango sekitar empat hari lalu.", "Dalam pengumuman terbabit, Samassa yang turut pernah beraksi di Turki dan Greece menjadi pemain baharu ketiga diikat oleh Stade Lavallois dengan kontrak selama tiga tahun sekaligus menyaksikannya kekal sehingga ke penghujung musim 2025-26.", "Sebagai tambahan, Stade Lavallois menjadi kelab keenam disertai Samassa dalam karier seniornya selepas EA Guignamp, ESTAC Troyes, Sivasspor, APO Levadiakos dan Sri Pahang.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322841/", "headline": "\nOrleans Masters: Peng Soon-Yee See Lakar Kemenangan Pertama Selepas Dua Bulan\n", "content": ["Kali terakhir gandingan beregu campuran bebas (independent), Chan Peng Soon dan Cheah Yee See melakar kemenangan adalah sekitar dua bulan lalu di Pusingan 32 saingan Princess Sirivannavari Thailand.", "Namun begitu, pasangan berusia 34 dan 27 tahun masing-masing ini mengalami kekalahan di Pusingan 16 dalam kejohanan terbabit dan meleret ke Pusingan 32 dalam dua kejohanan berikutnya iaitu Terbuka Swiss dan Madrid Spain Masters.", "Bagaimanapun, Peng Soon-Yee See boleh menarik nafas lega apabila kemarau tersebut telah pun tamat dengan mereka meraih kemenangan pada Pusingan 32 di saingan Orleans Masters, semalam.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORXD – R32 🇲🇾CHAN Peng Soon🏅21 21 🇲🇾CHEAH Yee See🏅 🇨🇳CHENG Xing14 16 🇨🇳CHEN Fang Hui", "— BWFScore (@BWFScore) April 5, 2023", "Peng Soon-Yee See melakar kemenangan tersebut ke atas pasangan China yang menghuni ranking ke-56 dunia, Cheng Xing dan Chen Fang Hui secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-16 dalam tempoh 34 minit permainan.", "Kemenangan itu membawa Peng Soon-Yee See yang menduduki ranking ke-39 dunia pada saat ini bertemu pilihan pertama kejohanan, Chang Ko-Chi dan Lee Chih Chen pada Pusingan 16.", "Pasangan dari Taiwan yang berada di ranking ke-33 dunia ini mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas menyingkirkan gandingan Denmark, Jesper Toft dan Clara Graversen menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-14 dan 21-18.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218952/", "headline": "\nPemain Naturalisasi Liridon Berkelana Di Liga Thailand Bersama Khon Kaen United\n", "content": ["Selepas berkelana dalam saingan Liga Australia dan Liga India, pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi meneruskan kariernya dengan beraksi dalam kancah bola sepak negara jiran tetangga, Liga Thailand.", "Sebuah kelab berpangkalan di timur laut Thailand, Khon Kaen United yang beraksi dalam saingan Liga Thai 1 mengumumkan khidmat pemain tengah berusia 30 tahun ini menjadi milik mereka, malam tadi.", "Difahamkan pemain yang tersohor dengan panggilan Matdon ini menjadi individu terakhir ditandatangani oleh Khon Kaen sebelum jendela perpindahan di sana ditutup.", "Dia menyertai skuad berjulukan The King Cobras ini secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan mengisi slot pemain import ASEAN bagi kelab terbabit.", "Untuk makluman semua, saingan Liga Thai 1 akan membuka tirainya bermula hujung minggu ini dan lawan pertama yang akan dihadapi oleh Khon Kaen United adalah Bangkok United pada Jumaat nanti.", "Sebagai tambahan, musim lalu, Khon Kaen United menamatkan saingan Liga Thai 1 di tangga kesepuluh daripada keseluruhan 16 pasukan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202044/", "headline": "\nBenzema terinspirasi dengan Mike Tyson mahu jadi peninju setelah bersara\n", "content": ["Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meluahkan hasrat untuk menjadi seorang peninju setelah menggantung but bola sepaknya kelak.", "Hasrat penyerang berusia 32 tahun itu mahu menjadi peninju hadir setelah terinspirasi daripada bekas juara heavyweight tinju, Mike Tyson.", "Perkara itu diungkapkan oleh Benzema kepada rakannya yang juga merupakan seorang peninju, Fouad Ezbiri dalam satu sesi sembang santai di Youtube.", "Selain daripada kagum dengan susuk tubuh sasa bekas peninju itu, Benzema meminati sukan tinju kerana teruja dengan sukan yang melibatkan pertempuran fizikal serta gemar melakukan latihan fizikal.", "“Setelah tamat kerjaya bola sepak, mengapa saya tidak berlatih dengan awak selama 6 bulan?", "“Selepas itu, jika anda fikirkan saya sudah bersedia untuk bertarung, tiada masalah. Demi tuhan, saya bersedia.” kata Benzema kepada Ezbiri dipetik daripada Mirror.", "Mike Tyson merupakan peninju profesional kelahiran Amerika Syarikat dari tahun 1985 hingga 2005. Kehebatannya beraksi di dalam gelanggang membuatkan dia digelar sebagai Iron Mike.", "“Kekuatannya (mengagumkan). Saya sentiasa mengagumi kehadirannya, kesungguhannya dan sikapnya. Selain itu, dia juga seorang yang sukar diduga.” jelas Benzema berkongsikan mengapa beliau mengagumi Mike Tyson.", "Bagaimanapun kita mungkin tidak akan melihat Benzema menggantung but bola sepaknya dan menyarung sarung tangan tinju dalam masa terdekat. Hal ini kerana Benzema masih lagi mempamerkan prestasi puncak bersama Real Madrid pada saat ini.", "Musim ini menyaksikan Benzema memahat namanya selaku penjaring kedua terbanyak saingan La Liga iaitu dengan menjaringkan sejumlah 21 gol hanya kurang 4 gol berbanding Lionel Messi selaku penjaring terbanyak.", "Jumlah jaringan tersebut telah membantu Real Madrid takhta La Liga daripada Bercelona yang merupakan juara bertahan.", "Tugas Benzema bersama Real Madrid bagi musim 2019/20 masih belum selesai. Mereka bakal bertemu Manchester City pada peringkat 16 terakhir saingan Liga Juara-Juara UEFA pada awal pagi sabtu ini.", "Foto Kredit: UEFA Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325030/", "headline": "\nKoulibaly Ikut Neves Sertai Liga Arab Saudi Selepas Semusim Bersama Chelsea\n", "content": ["Jodoh pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly bersama Chelsea hanya bertahan selama semusim sahaja biarpun menandatangani kontrak selama empat tahun bermula jendela perpindahan musim panas tahun lalu.", "Perkembangan itu hadir setelah sebuah kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al Hilal mengesahkan mengikat khidmat pemain berusia 32 tahun terbabit pada awal pagi waktu Malaysia.", "Sebuah majlis menandatangani kontrak dan memperkenalkan Koulibaly oleh Pengerusi Yayasan Al Hilal, Fahad Bin Saad Bin Nafel kepada umum diadakan di ibu pejabat kelab berkenaan. ", "— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) June 25, 2023", "Turut dimaklumkan, Koulibaly yang sebelum ini beraksi selama lapan musim bersama Napoli diikat selama tiga tahun oleh Al Hilal yang menyasikannya kekal sehingga musim 2025-26.", "Bersama Al Hilal, Koulibaly akan menyarung jersi bernombor tiga – nombor yang sama disarungnya bersama skuad kebangsaan Senegal termasuk ketika beraksi dalam kancah Piala Dunia 2022 di Qatar.", "Untuk makluman semua, Al Hilal mengumumkan mendapatkan khidmat Koulibaly kira-kira dua hari selepas mengikat pemain tengah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Ruben Neves daripada Wolverhampton Wonderers.", "Sepertimana Koulibaly, Neves yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan Portugal turut diberikan kontrak selama tiga tahun bersama kelab berjulukan Al Za’eem ini. Selain itu, Neves yang berusia 26 tahun diberikan jersi bernombor lapan untuk disarungnya bersama Al Hilal.", "ᴮᴱᴹ ⱽᴵᴺᴰᴼ 🤝@rubendsneves_ 🤩#AlHilal 💙 pic.twitter.com/yyX0luJDim", "— AlHilal Saudi Club (@Alhilal_EN) June 23, 2023", "Featured Image: Al Hilal Saudi Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321985/", "headline": "\nAEON BiG Taja Liga Malaysia Sebagai Promosi Untuk Sukan Tempatan\n", "content": ["Pasar raya besar (hipermarket) AEON BiG yang dikendalikan oleh AEON BiG (M) Sdn. Bhd. kini menjadi entiti terbaru yang hadir selaku salah sebuh penaja bagi saingan Liga Malaysia 2023.", "Kehadiran AEON BiG hadir selepas mengumumkan perjanjian kerjasama dengan penganjur liga bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) bertempat di AEON BiG Wangsa Maju pada hari ini.", "Difahamkan penglibatan AEON BiG dalam bidang sukan ini bertujuan untuk mempromosikan sukan tempatan dan membina hubungan yang lebih kukuh dalam komuniti. Penajaan terhadap MFL ini menjadi bukti usaha berterusan oleh AEON BiG untuk menyokong aktiviti dalam negara ini.", "Susulan kerjasama ini, AEON BiG diangkat sebagai Penaja Eksklusif Hipermarket Liga Malaysia 2023.", "Untuk makluman semua, penglibatan AEON BiG dalam menaja aktiviti sukan ini bukanlah sesuatu yang baharu. Pada tahun lalu, AEON BiG bersama pengilang air mineral semula jadi beroksigen, BubbleO2 telah menandatangani penajaan bagi Liga Besbol Nasional 2023.", "Selain itu, mereka turut bekerjasama dengan kelab bola sepak komuniti tempatan, Setiawangsa Rangers yang bersaing dalam beberapa kejohanan bola sepak amatur dan junior. Tidak ketinggalan, AEON BiG turut menaja pasukan bola sepak wanita Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).", "Sebagai tambahan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingan berkata ini merupakan penajaan ke-12 yang menyertai keluar besar Liga Malaysia yang merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala MFL dan MFL Challenge Cup."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114119/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Pemain Muda Thailand Sekat Kemaraan Zii Jia Ke Final\n", "content": ["Persembahan yang serba-serbi tidak menjadi buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di pentas separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF sekaligus menghanguskan peluangnya mara ke pentas final. ", "Kemaraan Zii Jia yang berada di kedudukan kelapan dunia disekat oleh pemain Thailand yang berusia 20 tahun, Kunlavut Vitidsarn. Untuk makluman semua, pemain ini ditewaskan Zii Jia pada perlawanan pertama di peringkat kumpulan, beberapa hari lalu.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)MS – Semi final21 21 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🏅18 18 🇲🇾Zii Jia LEE🕗 in 44 minutes https://t.co/JWsJnRoCe5", "Bagaimanapun, segala-galanya berubah di perlawanan separuh akhir, hari ini, Kunlavut menampilkan permainan yang penuh meyakinkan sekaligus berjaya menumpaskan Zii Jia secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-18.", "Sebagai rekod, Kunlavut yang menghuni ranking ke-23 dunia ini meraih kemenangan tersebut dalam tempoh masa 44 minit.", "Sebagai tambahan, kekalahan Zii Jia ini menyaksikan tiada seorang pun wakil Malaysia mara ke pentas final kejohanan Jelajah Dunia Akhir selepas beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut terkandas di peringkat yang sama.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217131/", "headline": "\nRanking BWF: Zii Jia Pintas Kedudukan Pemenang Pingat Emas Olimpik 2016\n", "content": ["Kejayaan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia merangkul Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 membolehkannya memintas kedudukan pemain berstatus legenda, Chen Long dari China dalam ranking dunia.", "Menerusi kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kejuaraan yang diraih oleh pemain kelahiran Alor Setar, Kedah dalam saingan BAC itu meletakkannya di ranking keenam dunia pada minggu ini.", "Zii Jia merangkul mahkota kejuaraan ‘Raja Asia’ itu dengan menumpaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie dengan skor 21-17 dan 23-21 dalam perlawanan akhir di Manila, Filipina pada Ahad lalu.", "Baca: Gelaran Raja Badminton Asia 2022 Jadi Milik Lee Zii Jia", "Ia sekaligus menolak kedudukan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 serta pingat perak Sukan Olimpik 2020 di tangga ketujuh.", "Sebagai selingan, Chen Long yang kini berusia 33 tahun juga merupakan pemain yang bertanggungjawab menyingkirkan Zii Jia di peringkat suku akhir temasya Sukan Olimpik 2022 di Tokyo, tahun lalu. ", "Baca: Olimpik 2020 – Perjuangan Lee Zii Jia ‘Dimatikan’ Juara Bertahan, Chen Long", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan ranking tertinggi pernah dihuni oleh pemain berusia 24 tahun ini sepanjang karier badmintonnya. ", "Sementara itu, kemaskini terbaru itu juga memperlihatkan pemain senior, Liew Daren meningkat satu anak tangga menjadikannya menghuni ranking ke-34 dunia. Manakala, seorang lagi pemain negara, Aidil Sholeh pula merekodkan lonjakan 13 anak tangga sekaligus membolehkannya menduduki ranking ke-100 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112923/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: ‘Scratch Pair’ Soh Wooi Yik-Nur Izzuddin Curi Tumpuan Peminat\n", "content": ["Ketika turun menentang Kanada pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Thomas awal pagi tadi, Malaysia melakukan sedikit perubahan dengan mempertaruhkan dua ‘scratch pair’ dalam dua perlawanan beregu.", "Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik yang menduduki ranking kelapan dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipisahkan dan kedua-dua pemain ini digandingkan bersama Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin masing-masing.", "Menerusi tinjauan kami di laman sosial Persatuan Badminton Malaysia (BAM), gandingan Wooi Yik-Nur Izzuddin yang turun pada turutan keempat menentang Phillipe Charron-Maxime Tetreault meraih kemenangan mudah dengan keputusan 21-7 dan 21-10 mencuri tumpuan serta mendapat pujian peminat badminton di tanah air.", "“Pertama kali menonton Izzuddin bermain. Suka dengan kesemua smash-nya. Dia sudah tentu akan bersinar.” tulis Jason Hardy.", "“Hebat! Nur Izzuddin dengan Soh Wooi Yik. Hasil daripada eksperimen, tapi tengok smash Si Izzuddin ni memang meletop-letop dia punya padu. Kencang.” komen Nur Syafika.", "“Din (Izzuddin) power, bagus BAM punya pelan B dengan Wooi Yik.” tambah Abdul Syukur Majeed.", "Artikel Berkaitan – Piala Thomas 2020: Tak Mustahil Skuad Muda Malaysia Mara ke Final", "Aksi Aaron Chia / Sze Fei selepas menang (21-14 21-13) ke atas Sankeerth / YakuraMalaysia 5 – 0 Kanada#ThomasCup2020#sokongmalaysia pic.twitter.com/MPoAbSpYcr", "Artikel Berkaitan – Piala Thomas 2020: Ketahui Ranking & Pencapaian Terakhir Barisan Pemain Lelaki Pasukan Malaysia", "Sementara itu, dia ruangan komen Astro Arena yang menyiarkan sorotan perlawanan di Youtube melibatkan kedua-dua pemain ini turut mendapat pujian positif daripada para penyokong.", "“Strategi penukaran beregu adalah sangat bijak, terutamanya untuk mengelakkan daripada pemain Jepun membaca permainan Aaron dan Wooi Yik sekali lagi.” tulis Nurin Afifah.", "“Wooi Yik punya bertahan macam biasalah sentiasa cemerlang. Izzuddin punya IQ semaca juga tahap dia. World class.” puji Nazrul Imran.", "Perlawanan awal pagi tadi berkesudahan dengan Malaysia meraih kemenangan bersih 5-0 ke atas Kanada sekaligus berjaya menempah tiket ke saingan kalah mati.", "Empat lagi kemenangan yang lain disumbangkan oleh Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Ng Tze Yong dan pasangan beregu Aaron-Sze Fei.", "Bagaimanapun, penentuan juara dan naib juara bagi Kumpulan D perlu ditentukan dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan pada hari esok, jam 2.30 petang, melibatkan pasukan Malaysia dan Jepun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111972/", "headline": "\nSean Gembira Dengan Keputusan Sertai UiTM Secara Pinjaman\n", "content": ["Pemain tengah kacukan Itali-Malaysia, Sean Gan Gianelli meluahkan rasanya gembira dengan keputusan menyertai UiTM FC yang dilakukannya pada pertengahan musim lalu.", "Menyertai UiTM bukan sahaja dapat memberikannya minit permainan bahkan Sean berhasil menonjolkan kemampuan dan keupayaan yang dimilikinya di atas padang. Pemain berusia 25 tahun ini turut meledak tiga gol sejak dipinjamkan oleh Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Walaupun saingan liga sudah menghampiri penghujung musim, bekas pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ini tidak merasakan sudah terlambat untuknya terus mempersembahkan aksi cemerlang di samping mengharapkan kariernya pada musim depan juga akan lebih baik.", "“Apabila saya buat keputusan untuk berhijrah secara pinjaman ke UiTM memang ada juga rasa tekanan untuk berikan yang terbaik sebab biasalah apabila kita bertukar kelab, kalau boleh nak tunjuk yang kita mampu bermain dengan baik.", "“Jadi, saya tidak nafikan ada sedikit tekanan tetapi barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan sangat membantu untuk saya menyesuaikan diri dengan pasukan ini.", "“Memanglah kalau boleh nak bermain lebih banyak lagi sebab ada tiga perlawanan sahaja lagi selepas ini, cuma saya gembira dengan keputusan untuk dipinjamkan ke sini dan sekurang-kurangnya saya dapat buktikan apa yang saya ada pada musim ini, dan bukannya sekadar menunggu untuk musim depan”, jelasnya.", "Sepanjang beraksi bersama KL City pada awal musim ini, Sean hanya beberapa kali sahaja diturunkan sebagai pemain gantian dan paling lama beraksi hanya untuk 22 minit baki perlawanan sahaja.", "Berbaki tiga lagi perlawanan sebelum berakhir saingan Liga Super 2021, dia berharap mampu untuk menambah jaringan peribadi selain ingin memastikan pasukan tidak lagi tercicir mata untuk cuba keluar daripada zon penyingkiran.", "Pada saat ini, UiTM berada di tangga tercorot Liga Super dengan 9 mata dan peluang mereka untuk cuba keluar daripada zon penyingkiran masih ada walaupun tipis dengan mengharapkan pasukan seperti Perak dan Sri Pahang tercicir mata dalam aksi seterusnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323922/", "headline": "\nTanya Shahidan Kassim – Respon Menteri Terhadap Kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas\n", "content": ["“PAS harus bercakap dengan (Datuk Seri) Shahidan.”", "Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan apabila diminta memberikan komen tentang kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Pasir Mas merangkap Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari berkenaan pencapaian terburuk Malaysia dalam sejarah Sukan SEA. ", "Tegas Hannah, Fadhli perlu mengikuti perkembangan terkini dan bertanya pendapat Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) merangkap Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.", "“Sebelum komen di media sosial, sila baca berita. Tanya Datuk Seri Shahidan, apa pendapat beliau tentang Sukan SEA sebelum PAS buka mulut”, ujar Hannah dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Jersi Sepak Takraw League (STL) 22/23. ", "Kenyataan Fadhli itu turut menyentuh kedudukan negara di tangga ketujuh dalam carta pungutan pingat selain daripada kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran 40 emas yang diumumkan Hannah sebelum bermulanya temasya. ", "Sebelum ini, Shahidan telah meletakkan sasaran 10 pingat emas bagi saingan Sukan SEA 2023. Namun, ianya berakhir dengan hanya meraih lima emas sahaja. ", "Bagaimanapun, menerusi satu laporan media, Shahidan menerima kritikan yang dilontarkan kepadanya ekoran kegagalan untuk mencapai sasaran tersebut. Difahamkan sasaran tersebut diletakkan tanpa berbincang dengan barisan kejurulatihan.", "Selain KOM, Shahidan juga merupakan Presiden Persekutuan Renang Malaysia (MAS).  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110126/", "headline": "\nKedatangan Ryan Lambert Menunjukkan KL City Mempunyai Aktiviti ‘Scouting’\n", "content": ["Kehadiran bekas pemain dan pengulas bola sepak, Stanley Bernard selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ke dalam Kuala Lumpur City (KL City) FC telah membawakan banyak pembaharuan.", "Terbaharu, skuad ibu kota tersebut telah mempunyai aktiviti ‘scouting’ atau pemantau bakat bagi meneliti pemain-pemain tempatan, kacukan atau import yang boleh dibawa masuk untuk beraksi bersama KL City.", "Menerusi aktiviti tersebut, mereka dapat mengenal pasti, meneliti seterusnya membawa dua pemain berdarah kacukan Malaysia iaitu Ryan Lambert dan Luke Tan Xian ke Kuala Lumpur, penghujung april lalu.", "“Kami membuat ‘scouting’, boleh dikatakan kita mempunyai pemantau bakat dari setiap benua, sebabnya saya datang daripada bidang analisis (sebelum ini) dan mempunyai ramai rakan daripada liga-liga eropah,", "“Apabila mereka memberikan saya laporan dan saya sering meneliti (pemain-pemain) sebelum di bawa berbincang bersama (Bojan) Hodak, Kita dapat ramai pemain (kacukan) tetapi kita pilih Ryan (Lambert) kerana dia datang daripada daripada saingan liga yang tinggi iaitu divisyen dua Belanda,", "“Kita menelitinya selama empat bulan sebelum membuat keputusan (menandatangani Ryan Lambert),” kata Stanley ketika dihubungi oleh Sukanz, baru-baru ini.", "Sementara itu, Stanley memaklumkan permohonan kewarganegaraan Ryan yang dilahirkan di Kuala Lumpur itu sedang dalam proses. Untuk makluman, Ryan pemain berusia 22 tahun ini adalah kacukan Australia-Malaysia dan ibunya merupakan rakyat Malaysia.", "“Kita hanya menunggu proses daripada pihak berkuasa dan apabila selesai dia akan bermain bersama KL City,” jelasnya lagi.", "Sementara itu, seorang lagi pemain iaitu Luke Tan Xian yang merupakan seorang penyerang masih lagi berada dalam fasa percubaan bersama KL City. Luke dilihat sebagai seorang pemain berbakat tetapi Stanley memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti kemampuan pemain tersebut memandangkan dia datang daripada saingan bawahan divisyen Liga Inggeris. ", "Tambahnya lagi, semuanya akan terletak kepada penilaian Bojan, dan jurulatih berasal Croatia itu akan memaklumkan kepadanya sekiranya khidmat Luke sesuai untuk ditambat oleh KL City ataupun tidak.", "Featured Image: Instagram Ryan Lambert"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216143/", "headline": "\nPemain ‘Lincah’ Rabih Ataya Kembali Bersama Kelab Lamanya, Al Ahed FC Di Lubnan\n", "content": ["Setelah tidak disambung kontrak oleh Kedah Darul Aman FC (Kedah), Rabih Ataya kembali beraksi bersama kelab lamanya, Al Ahed FC yang berpangkalan di negaranya, Lubnan.", "Rabih yang merupakan pemain skuad kebangsaan Lubnan terkenal dengan kelincahannya di atas padang diumumkan kembali pasukan yang menjuarai Piala AFC 2019 itu pada awal Februari lalu.", "ربيع عطايا في العهد مجددًا!#AlAhedFc pic.twitter.com/zrnz42EmgG", "Baca; Lubnan Kempunan Kemenangan, Percubaan Solo Rabih Ataya Ditepis ‘Goalie’ Iraq", "Sejak kembalinya bersama Al Ahed, pemain berusia 32 tahun ini telah disenaraikan sebanyak dua kali dalam kesebelasan utama ketika menentang Al-Tadamon Sour dab Shahab Al-Bourj.", "Untuk makluman semua, Rabih mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada tahun 2020 dengan menyertai pendatang baharu Liga Super pada waktu itu, UiTM FC. ", "Prestasi yang memberangsangkan serta membantu UiTM FC menamatkan saingan liga di tempat keenam telah menarik minat skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air kendalian Aidil Sharin Sahak untuk mendapatkan khidmatnya.", "Bersama Kedah sepanjang musim lalu, Rabih berhasil mencatatkan 18 penampilan serta menyumbang dua gol sekaligus membantu Kedah menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua.", "Featured Image: Al-Ahed FC / Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323797/", "headline": "\nPiala Sudirman: Zii Jia Lakar Kemenangan Ketiga Ke Atas Kidambi\n", "content": ["Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini menghimpunkan tiga kemenangan daripada empat pertemuan menentang pemain No.2 India, Kidambi Srikanth.", "Anak jati kelahiran negeri jelapang padi melakar kemenangan terbaru itu pada pertarungan kedua ketika mewakili Malaysia menentang India peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman, pada hari ini. ", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Group C – R221 21 🇲🇾LEE Zii Jia🏅16 11 🇮🇳KIDAMBI Srikanth", "— BWFScore (@BWFScore) May 15, 2023", "Bukan itu sahaja, Zii Jia yang berusia 25 tahun melakar kemenangan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh 36 minit permainan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Suzhou.", "Kemenangan ini membolehkan Malaysia mendahului 2-0 ke atas India. Sebelum itu, gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai memberikan mata pertama dengan menumpaskan Dhruv Kapila dan Ashwini Ponnappa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220244/", "headline": "\nPenang Tamatkan Kontrak Penyerang Import Sebelum Saingan Piala Malaysia\n", "content": ["Penang FC mengumumkan sedikit rombakan terhadap barisan kejurulatihannya, pada minggu lepas, dengan mengetepikan Dato’ Zainal Abidin Hassan dan melantik Manzoor Azwira sebagai ketua jurulatih sementara bagi menghadapi saingan Piala Malaysia. ", "Terbaharu, pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga tercorot ini membuat rombakan kecil terhadap skuadnya dengan menamatkan kontrak seorang penyerang importnya, Hilal El-Helwe.", "A post shared by Penang FC (@officialpenangfc)", "Menurut makluman kelab, Penang selaku majikan telah mencapai persetujuan bersama dengan penyerang berusia 27 tahun kelahiran Hannover, Jerman ini untuk menamatkan kontrak.", "Perkembangan ini menjadikan Penang turun mengharungi perlawanan peringkat Pusingan 16 dalam saingan Piala Malaysia bertemu Kucing City FC pada 26 dan 31 Oktober kelak tanpa kelibat Hilal.", "Hilal yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Lubnan berhasil merekodkan 23 penampilan secara keseluruhan bersama Penang serta merekodkan 9 gol dan 3 assist.", "Sebagai tambahan, Hilal diperkenalkan sebagai pemain skuad berjulukan Harimau Kumbang ini pada Februari lalu.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215981/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Bekas Pemain No.1 Kento Momota Turut Tersingkir Di Pusingan 32\n", "content": ["Pentas kejohanan Terbuka Jerman 2022 menyaksikan bukan sahaja juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew merangkap pemain di ranking ke-9 dunia yang terkandas di pusingan awal.", "Antara pemain lain turut sama tersingkir di Pusingan 32 adalah bekas pemain No.1 dunia dari Jepun, Kento Momota merangkap pemain yang diletak sebagai pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini.", "Baca: Terbuka Jerman: Juara Dunia, Loh Kean Yew Kecundang Di Pusingan 32", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 3223 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🏅21 9 🇯🇵Kento MOMOTA🕗 in 45 minutes https://t.co/sp8I1WYlIn", "Momota tersingkir ekoran ditumpaskan oleh pemain senegaranya, Kenta Nishimoto, awal pagi tadi. Lebih mengejutkan, Momota yang kini menghuni ranking kedua dunia tumpas secara ‘straight set’ kepada Nishimoto dengan keputusan 21-23 dan 9-21 dalam tempoh masa 45 minit.", "Sebagai rekod, Momota dan Nishimoto telah bertemu sebanyak empat kali sebelum ini. Tiga daripada empat pertemuan tersebut dimenangi oleh Momota dengan mudah secara ‘straight set’.", "Sementara itu, Nishimoto yang meraih kemenangan ini akan meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Lawannya di pusingan itu adalah Brian Yang, pemain Kanada yang mengalahkan Loh Kean Yew di Pusingan 32."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110027/", "headline": "\nCEO Sri Pahang: Kiko Ejen Hidalgo? Umpama Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengatakan Kiko Insa umpama lembu punya punya susu, sapi dapat nama apabila dikaitkan sebagai ejen kepada pemain import, Manuel Hidalgo.", "Manuel atau lebih mesra dengan panggilan Manu menjadi topik perbincangan hangat peminat bola sepak setelah menampilkan aksi debut yang cemerlang ketika menentang Selangor di Stadium Darul Makmur, rabu lalu. ", "Pada perlawanan tersebut, dia bermain selama 90 minit dan mencetak satu ‘assist’ dan satu gol untuk membantu Sri Pahang mengikat Selangor 2-2.", "Dikongsikan secara eksklusif kepada Sukanz, Suffian berkata ejen sebenar kepada pemain berusia 22 tahun itu adalah seorang berwarganegara Argentina dan mempunyai hubungan akrab dengan pemilik Sri Pahang, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman sejak sekian lama.", "Ia sekaligus menafikan dakwaan yang tular di laman sosial bahawa Kiko yang turut berperanan sebagai Penolong Pencari Bakat & Pembangunan Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah ejen kepada Manu. ", "“Kehadiran Manuel Hidalgo ini tiada kaitan langsung dengan Kiko Insa, pemain berbakat ini diketahui oleh presiden iaitu YAM Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman yang mempunyai hubungan baik dengan ejen sebenar iaitu Lucas Cominelli daripada agensi 7ORO SPORTS,", "“Dia yang mengenalkan (Manu) kepada YAM Tengku Abdul Rahman sebelum saya memulakan perbincangan dengan pihak Lucas, dan akhirnya berjaya membawa dia masuk ke sini (Sri Pahang),", "“Isu Kiko ini tiada kena mengena langsung dengan perpindahan Manu ke sini samada sebagai ejen atau recommend pemain ini, sebabnya Manu sendiri tidak kenal langsung Kiko ini siapa, janganlah menjadi umpama lembu punya susu sapi dapat nama,” katanya ketika dihubungi pada hari ini.", "Turut dimaklumkan, Sri Pahang telah mengikat kontrak pemain kelahiran Argentina ini sehingga ke penghujung musim ini. Bagaimanapun, pihak Sri Pahang sedia untuk menawarkan kontrak jangka masa panjang sekiranya menampilkan prestasi yang memberangsangkan dan konsisten.", "Untuk makluman, Lucas pernah menyarung jersi Pahang selaku pemain import suatu masa dahulu. Dia merupakan sebahagian daripada skuad Pahang yang meraih kejuaraan Liga Super pada edisi 2004 lalu.", "Selepas berhenti berkecimpung sebagai pemain bola sepak dan menggantung butnya, Lucas terlibat dalam arena bola bola sebagai ejen pemain. Sebelum ini, Lucas jugalah merupakan individu yang bertanggungjawab membawa dua pemain import, Matias Conti dan Yamil Romero ke Pahang.", "Featured Image: MFL & Sri Pahang"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321716/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Iran: 2 Beregu Campuran Negara Rebut Wang Tunai $1,200\n", "content": ["Gelaran juara bagi kategori beregu campuran di kejohanan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr akan direbut oleh dua pasangan negara.", "Ini berikutan gandingan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berhasil melakar kemenangan ke atas lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir, petang tadi.", "Gandingan Pang Ron-Mei Xing mara setelah menumpaskan wakil Indonesia, Jafar Hidayatullah-Aisyah Salsabila (ranking ke-63) secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-12.", "Sementara itu, Tang Jie-Ee Wei pula turut sama berhadapan dengan wakil Indonesia di peringkat separuh akhir.", "Mereka berhasil mengatasi Adnan Maulana-Nito Violina (ranking ke-123) menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-16 dan 21-9.", "Sebagai rekod, kedua-dua pasangan negara ini sudah pernah berentap sebanyak dua kali di kejohanan antarabangsa dan pertemuan seterusnya adalah yang ketiga dalam karier mereka.", "Dua pertemuan tersebut berlangsung dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 dan Terbuka India 2023.", "Rekod pertemuan itu seimbang dengan kedua-duanya berjaya meraih satu kemenangan masing-masing.", "Untuk makluman semua, pasangan yang muncul juara kejohanan Gred 3 BWF bagi kategori ini akan meraih hadiah wang tunai bernilai AS$1,200 atau bersamaan sekitar RM5,100 dan memungut 4,000 mata.", "Manakala naib juara pula akan menerima AS$700 atau bersamaan sekitar RM2,980 serta 3,400 pungutan mata.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110389/", "headline": "\nMekanisme & Tujuan Pengambilan Pemain Kacukan, Warisan, Naturalisasi Oleh FAM\n", "content": ["Pengambilan pemain berdarah kacukan, warisan dan naturalisasi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mewakili skuad kebangsaan Harimau Malaya sekali lagi menimbulkan polemik dalam kalangan peminat dan penyokong.", "Polemik tersebut timbul apabila FAM mengumumkan penyertaan pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Johan Cools ke dalam skuad kebangsaan bagi mengharungi baki kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, semalam.", "Tinjauan di laman sosial mendapati ramai yang menyokong usaha yang dilakukan oleh FAM tersebut kerana pemain seperti Dion Cools yang beraksi di pentas eropah dapat memberikan nilai tambah kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe.", "Namun terdapat sebahagian penyokong yang tidak gemar dengan pendekatan sebegini kerana menyebabkan imej atau wajah pasukan menjadi seperti pasukan ‘Mat Salleh’. Antara sebab lain, kemasukan pemain berdarah kacukan, warisan atau naturalisasi akan menyebabkan pemain tempatan kehilangan tempat di dalam skuad kebangsaan.", "Untuk pengetahuan semua, FAM telah meluluskan satu mekanisme pengambilan pemain berdarah kacukan, warisan dan naturalisasi untuk mewakili skuad kebangsaan pada tahun 2019. ", "Mekanisme pengambilan pemain-pemain ini dibahagikan kepada tiga iaitu perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Ianya bertujuan memberikan lebih pilihan kepada ketua jurulatih untuk membentuk kesebelasan terbaik skuad Harimau Malaya bagi beraksi di peringkat antarabangsa.", "Berikut adalah mekanisme yang diluluskan dan digunapakai FAM untuk mengambil pemain kacukan, warisan dan naturalisasi: ", "Diharapkan pengambilan pemain-pemain berdarah kacukan, warisan dan naturalisasi untuk beraksi bersama pemain-pemain tempatan di dalam skuad kebangsaan ini dapat membantu FAM mencapai sasarannya. ", "Sasaran FAM yang terdekat adalah skuad Harimau Malaya layak ke saingan Piala Asia 2023. Manakala, berdasarkan Peta Hala Tuju F:30, FAM mensasarkan Malaysia menjadi salah sebuah daripada lima pasukan terbaik di asia menjelang tahun 2030.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216105/", "headline": "\nPan-gon Panggil MOTM Piala Malaysia, Zhafri Yahya Sertai Latihan Harimau Malaya\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mengumumkan memanggil ‘Man of The Match’ (MOTM) Piala Malaysia 2021 merangkap pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City) menyertai latihan kebangsaan.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi. Sebelum ini, pemain berusia 27 tahun kelahiran Selangor ini suda tersenarai dalam Senarai Bersedia. ", "Zhafri Yahya Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau MalayaBaca penuh kenyataan daripada ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon di https://t.co/kWihGImnNQ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/CYhddYRwdQ", "Bagaimanapun, Pan-gon memanggilnya bagi menggantikan penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City) yang terpaksa digugurkan ekoran didapati positif Covid-19 menerusi keputusan ujian PCR yang diterima, pada pagi tadi.", "“Walaupun Darren berposisi penyerang, Zhafri disenaraikan untuk membolehkan panel jurulatih meninjau kemampuannya menyusun gerak dari penjuru bahagian tengah.” kata jurulatih kelahiran Republik Korea itu.", "Sebagai tambahan, ini merupakan panggilan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang pertama buatnya.", "Untuk makluman semua, ketika ini, skuad kebangsaan sedang giat menjalani latihan pusat bermula semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi mempersiapkan diri sebelum menghadapi perlawanan menentang Singapura, Filipina dan Albirex Niigata FC Singapore.", "Ketiga-tiga perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 23, 26 dan 28 Mac masing-masing di negara sebarang tambak tersebut. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323587/", "headline": "\nKerteh FC Berhasrat Bekerjasama Dengan Kelab Bola Sepak SMK Kerteh\n", "content": ["Selaras dengan cogan kata “Daripada Komuniti Kepada Komuniti” yang diamalkan oleh kelab bola sepak yang berpangkalan di Terengganu, Kerteh FC, kelab berkenaan tampil memasang hasrat untuk membentuk kerjasama dengan Kelab Bola Sepak SMK Kerteh sekaligus menjadi sebahagian daripada program pembangunannya.", "Kelab yang menjuarai saingan Liga Premier dan Piala TAL 2019 itu menyampaikan hasrat berkenaan menerusi satu kertas cadangan kerjasama ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Pengetua SMK Kerteh, Puan Sutina Binti Sulaiman, baru-baru ini.", "Difahamkan, kertas cadangan itu merangkumi kerjasama program gabungan bola sepak antara kelab dengan korikulum sekolah secara bersepadu bagi menyokong program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) dengan sokongan Kerteh FC. ", "Menjelaskan dengan lebih lanjut, kerjasama itu akan menyaksikan kelab akan membantu pihak sekolah dalam menyediakan tempat latihan, peralatan, jurulatih, pengangkutan dan perlawanan persahabatan kepada pemain lelaki bawah 15 tahun (B-15) dan bawah 18 tahun (B-18) yang terlibat dalam program gabungan ini di bawah pemantauan guru khas. ", "Program ini dirancang untuk berjalan sepanjang tahun. Pihak Kerteh FC meyakini kerjasama ini dapat membantu pelajar atau pemain membentuk karakter, disiplin serta kemenjadian pelajar di luar bilik darjah.", "Selain itu, Kerteh FC atau nama julukannya The Oilers mengharapkan sekiranya kertas cadangan itu diterima ianya dapat menjadi pemangkin bagi mendekatkan kelab dengan komuniti serta pihak sekolah yang mana pada akhirnya akan membuahkan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pemegang taruh."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219143/", "headline": "\nBeraksi Bersama Xhaka & Chappuis Antara 5 Perkara Menarik Mengenai Oliver Buff\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC mengumumkan secara rasmi ketibaan pemain import baharu iaitu Oliver Buff untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021 menerusi media sosial, hari ini.", "Pemain kelahiran Baden, Switzerland ini dilahirkan pada 3 Ogos 1992 dan kini berusia 28 tahun. Dia merupakan seorang pemain tengah menyerang (attacking midfielder) yang mempunyai ketinggian 1.76 meter.", "Mesra dengan panggilan Oli, skuad The Red Giants membuat keputusan untuk mendapatkan pemain ini bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh perancang veteran, Sandro da Silva Mendonca yang berhijrah ke pasukan Liga Premier, Sarawak United pada hujung tahun lalu.", "Berikut adalah lima perkara menarik mengenai Oliver Buff yang dapat dipersembahkan oleh Sukanz: ", "Sekitar 12 tahun lalu, Oli terpilih untuk mewakili skuad bawah 17 tahun (B-17) negaranya untuk beraksi dalam kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA pada tahun 2009 di Nigeria. Kejohanan yang berlangsung pada 24 Oktober hingga 15 November itu menyaksikan skuad yang diwakili oleh Oli berjaya muncuk selaku juara setelah menewaskan pasukan tuan rumah dengan keputusan 1-0 pada perlawanan akhir.", "Menariknya, pada kejohanan tersebut Oli merupakan rakan sepasukan kepada pemain bintang Arsenal iaitu Granit Xhaka dan juga pemain kacukan skuad kebangsaan negara jiran tetangga, Thailand iaitu Charyl Chappuis.", "Kejayaan Oliver menjuarai Piala Dunia B-17 pada tahun 2009 di Nigeria membolehkannya disenaraikan untuk mengganggotai skuad Switzerland untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di London.", "Antara beberapa nama yang terkenal turut serta bersama Oliver dalam skuad tersebut adalah bekas pertahanan AC Milan, Ricardo Rodriguez, pertahanan tengah yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Newcatsle United, Fabian Schar dan juga bekas penjaga gol AS Monaco, Diego Benaglio. ", "Bagaimanapun, Oliver dan rakan-rakannya gagal mengulangi kehebatan ketika beraksi pada kejohanan Piala Dunia dua tahun sebelumnya di temasya ini. Mereka antara pasukan paling awal terpaksa mengemas beg baju setelah terperosok di dasar Kumpulan B dengan mencatatkan satu seri dan tumpas sebanyak dua kali.", "Oli merupakan produk kepada sebuah kelab yang terkenal di negaranya iaitu FC Zurich. Memulakan karier bola sepaknya pasukan tersebut semenjak zaman remajanya sebelum berhasil menembusi skuad utama pada tahun 2010. Sepanjang beraksi bersama pasukan yang mendapat julukan Der Stadtclub (The City Club), Oliver mempunyai kenangan manis sebanyak tiga kali apabila berjaya menjulang Piala Swiss pada musim 2013/14 dan 2015/16 serta menjuarai liga divisyen dua sebanyak sekali pada musim 2016/17.", "Kita sedia makluma, Oliver merupakan seorang pemain tengah menyerang namun bagaimanakah corak permainannya di atas padang. Apakah kemampuan dan kebolehannya. Posisi manakah dia sering bermain?", "Berdasarkan pemerhatian, pemain ini merupakan seorang tipikal No.10 yang mampu menyuapkan bola kepada penyerang menerusi ‘through pass’ yang berbisa. Selain itu, dia turut mempunyai kawalan dan gelecekan bola yang baik. Kelebihannya sangat menyerlah apabila bermain dalam sistem 4-2-3-1.", "Sebagai tambahan, Oliver yang merupakan pemain berkaki dominan kanan sering diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan percuma dan penalti terutamanya ketika beraksi bersama pasukan Sepanyol, Real Zaragoza. Berdasarkan rekod sebuah laman sesawang, Oliver telah merobek gawang lawan sebanyak 37 kali dan melakukan 40 ‘assist’ kepada rakan sepasukan.", "Kedatangan Oliver ke saingan Liga Malaysia pastinya disebabkan oleh kehadiran jurulatih baharu Selangor FC, Karsten Neitzel. Menurut makluman kelab, Karsten sendiri menyatakan bakat dan khidmat Oliver pernah diintainya sendiri pada suatu masa dahulu. ", "Bagaimanapun, dia tidak dapat mendatangkan khidmat OIiver ke salah sebuah pasukan kendaliannya atas sebab-sebab tertentu. Akan tetapi, sejak daripada saat itu, perkembangan karier Oliver sering diikuti oleh Karsten.", "Siapa sangka, beberapa tahun kemudian, jauh daripada benua eropah, Selangor FC menjadi asbab pertemuan jodoh dua individu ini untuk bekerjasama di dalam padang bagi membantu The Red Giants mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Featured Image: Selangor FC, Muangthong United & Granit Xhaka"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220906/", "headline": "\nPiala Dunia: Giroud, Mbappe Pacu Juara Bertahan Ke Suku Akhir\n", "content": ["Satu jaringan daripada Olivier Giroud serta jaringan berganda Kylian Mbappe memastikan juara bertahan, Perancis terus memacu ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Dunia 2022 Qatar.", "Jaringan oleh dua penyerang ini dibutirkan ketika bertemu Poland dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.", "Giroud, 36 tahun, yang merupakan pemain AC Milan, terlebih dahulu berhasil meletakkan bola di dalam gawang yang dikawal oleh Wojciech Szczesny pada separuh masa pertama sebelum disusuli oleh pemain Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe, 23 tahun, pada separuh masa kedua.", "The defending champs march on to the Quarter Finals! 🇫🇷@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 4, 2022", "Sebelum perlawanan memasuki masa tambahan, Mbappe sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Poland apabila merembat masuk bola menewaskan Szczesny untuk menjadikan kedudukan 3-0.", "bagaimanapun, Poland sempat meraih satu jaringan saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Robert Lewandowski sebelum pengadil perlawanan dari Venezuela, Jesus Valenzuela meniup wisel menamatkan permainan dengan keputusan 3-1.", "Di pusingan suku akhir nanti, Perancis akan menantikan cabaran samada daripada England ataupun Senegal untuk merebut tiket ke saingan separuh akhir.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110921/", "headline": "\nOlimpik 2020: Tiada Nama Salah Dalam Skuad Mesir\n", "content": ["Tiada nama penyerang Liverpool, Mohamed Salah dalam senarai 22 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) untuk beraksi dalam acara bola sepak lelaki temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Selain penyerang berusia 29 tahun tersebut, nama pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny turut tidak tersenarai dalam skuad bimbingan Shawky Gharieb. Sebelum ini, Salah dan Elneny merupakan dua nama yang dicanang-canang untuk mengisi kuota pemain lebih umur bagi skuad Mesir.", "Sebaliknya, Mesir menyenaraikan Mohamed El Shenawy (penjaga gol, 32 tahun), Mahmoud Hamdy atau dikenali sebagai El Winsh (pertahanan tengah, 26 tahun) serta Ahmed Hegazi (pertahanan tengah, 30 tahun) bagi mengisi kuota pemain lebihan umur.", "Senarai pemain ini telah diumumkan secara rasmi oleh EFA pada sabtu lalu. Menurut makluman EFA, semua pemain akan mula berkumpul pada hari khamis ini. ", "Berikut adalah senarai penuh pemain skuad Olimpik Mesir 2020:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325002/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Tang Jie-Ee Wei Tepati Ramalan Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya lolos ke separuh akhir setelah menewaskan wakil tuan rumah, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling-Fang di pusingan suku akhir Terbuka Taipei, sebentar tadi. ", "Sebelum ini, Tang Jie-Ee Wei menewaskan pasangan Algeria dan Thailand secara “straight set” manakala beregu Chinese Taipei pula berjaya menundukkan dua gandingan senegara untuk lolos ke suku akhir. ", "Pertemuan sulung kedua-dua beregu tersebut menyaksikan gandingan negara mudah menewaskan pasangan Chinese Taipei dengan keputusan “straight set” 21-15 dan 21-14 dalam perlawanan yang hanya berlangsung selama 31 minit itu. ", "YONEX Taipei Open 2023XD – QF 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 YANG Po-Hsuan15 14 HU Ling Fang", "— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023", "Kemenangan itu bermakna Tang Jie dan Ee Wei mara ke separuh akhir kedua dalam saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 daripada empat kejohanan disertai mereka tahun ini. ", "Terdahulu, pasangan no.3 negara itu berjaya mara ke separuh akhir dan seterusnya muncul juara di Orleans Masters selepas menewaskan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin pada April lalu bagi kejohanan bertaraf Super 300. ", "Kemenangan ke atas gandingan tuan rumah itu juga bermaksud mereka akan bertemu sama ada satu lagi pasangan negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing atau lawan mereka di pentas akhir Orleans Masters 2023 yang juga wakil tuan rumah.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323544/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Grace Sumbang Emas Pertama Olahraga, Pecah Rekod Temasya\n", "content": ["Atlet lontar tukul besi, Grace Wong Xiu Mei meraih pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara olahraga di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja. ", "Kilauan emas yang diraih anak kelahiran Sarikei, Sarawak itu terhasil setelah merekodkan lontaran terbaiknya berjarak 61.88 meter (m) pada percubaan keempat, pada hari ini.", "Kemenangan ini bermakna Grace Wong berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara yang sama pada temasya edisi yang lalu, Sukan SEA 2021 Vietnam.", "Catatan terbaharunya itu turut memadam rekod kejohanan iaitu sejauh 59.24m yang dicatatkan dirinya sendiri di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Ianya turut menjadi pingat emas ketiga dimenanginya sepanjang penyertaannya dalam temasya dwitahunan ini.", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "Acara yang berlangsung di Stadium Morodok Techno, Phnom Penh itu turut menyaksikan Mingkamon Koomphon meraih pingat perak hasil lontaran sejauh 57.62 m manakala pingat gangsa dipungut seorang lagi atlet negara, Nurul Hidayah Lukman (49.61 m). ", "Terdahulu, Grace Wong mencatatkan rekod terbaik peribadinya yang juga rekod kebangsaan di Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia dengan balingan sejauh 62.48 m dua tahun lalu.  ", "Untuk pengetahuan semua, Grace merupakan anak saudara kepada atlet lontar tukur besi legenda tanah air, Wong Tee Kui yang memenangi emas bagi acara tersebut pada lima edisi berturut-turut, 1991, 1993, 1995, 1999 dan 2001.", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219734/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Chattisgarh: Jin Wei Mara Ke Pusingan 16 Dalam Tempoh 18 Minit\n", "content": ["Perseorangan wanita bebas negara, Goh Jin Wei berhasil melangkah ke Pusingan 16 dalam saingan yang disertainya minggu ini, Cabaran Antarabangsa Chattisgarh India 2022.", "Pemain berusia 22 tahun yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas berjaya menumpaskan Tanvi Reddy Andluri di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Lebih menakjubkan, Jin Wei merekodkan kemenangan dalam perlawanan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-6 dalam tempoh 18 minit permainan sahaja.", "Kemenangan tersebut akan menemukannya dengan pemain India yang berada di ranking ke-113 dunia, Tasnim Mir di Pusingan 16 kelak.", "Tasnim pula mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan rakan senegaranya, Sneha Rajwar juga secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-14, hari ini.", "Pertembungan melibatkan kedua-dua pemain bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir kejohanan ini akan berlangsung pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217355/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Tiga Perseorangan Lelaki Tersingkir Di Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Saingan Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – membuka tirainya pada hari ini dan tiga perseorangan lelaki negara terpaksa menelan hakikat yang pahit tersingkir seawal pusingan kelayakan.", "Salah seorang daripadanya ialah Cheam June Wei yang terpaksa menarik diri ketika di pertengahan pertarungan ekoran mengalami kecederaan. Ketika itu, lawannya yang merupakan pemain Jerman, Max Weisskirchen telah memenangi set pertama dengan skor 21-11.", "Pemain kedua yang tersingkir juga berstatus bebas iaitu Soong Joo Ven. Pemain berusia 26 tahun ini tersingkir selepas tumpas kepada pemain Denmark, Christophersen secara “straight set” dengan skor 14-21 dan 21-23.", "Qualifying R1#DEN🇩🇰 Mads Christophersen def. #MAS🇲🇾 Soong Joo Ven 21-14 23-21", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/aq9wbYD4Jd", "— BAM (@BA_Malaysia) May 17, 2022", "Manakala perseorangan ketiga yang tersingkir adalah pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Aidil Sholeh. Pemain berusia 22 tahun ini tumpas kepada pemain Jerman, Kai Schaefer dengan skor 21-18, 16-21 dan 12-21.", "Bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai tiga lagi wakil perseorangan lelaki dalam kejohanan ini yang akan turun beraksi di Pusingan 32 pada hari esok.", "Tiga pemain tersebut ialah Lee Zii Jia, Liew Daren dan Ng Tze Yong dan diundi menentang pemain Azerbaijan, Ade Resky Dwicahyo, pemain India, Prannoy HS dan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111700/", "headline": "\nKemboja Intai Peluang Jadi Tuan Rumah Piala AFF 2020\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) sedang merancang untuk menjadi hos bagi peringkat kumpulan kejohanan bola sepak asia tenggara, Piala AFF 2020.", "Difahamkan mereka mahu mengadakan kejohanan tersebut di stadium serbaguna yang baru sahaja siap dibina tahun ini, Stadium Nasional Morodok Tecno yang terletak di ibu negaranya, Phnom Penh.", "Perkembangan menarik itu dikongsikan oleh akaun laman sosial, ASEAN Football, semalam.", "#News | 🇰🇭 Cambodia football Federation are formulating plans to host AFF Cup 2020 in new their stadium, Morodok Techo.The final tournament was originally scheduled to run from 5 December 2021–1 January 2022. pic.twitter.com/c1w9J9o3kX", "Untuk makluman semua, stadium berkapasiti 75,000 tempat duduk itu dibina sebagai persiapan Kemboja untuk mengajurkan Sukan SEA 2023 kelak. ", "Pembinaan stadium tersebut bermula pada tahun 2013 dan direka dan dibina oleh China. Selain daripada stadium utama, pembinaan kompleks sukan itu turut merangkumi stadium tertutup dan pusat akuatik.", "Sebagai tambahan, kejohanan Piala AFF 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113525/", "headline": "\nUiTM FC Iklan Pelbagai Kekosongan Barisan Kejurulatihan – Tarikh Akhir Hantar ‘Resume’ Pada 14 November\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di Shah Alam, UiTM FC mengumumkan membuka kekosongan pelbagai jawatan melibatkan barisan kejurulatihan, fisioterapi dan ‘kitman’ untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Perkara tersebut diuar-uarkan oleh UiTM FC menerusi pelbagai platform laman sosialnya semalam.", "𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐇𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐈𝐓𝐌 𝐅𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟐 🦁💜🤍UiTM Football Club ingin menawarkan jawatan kosong secara kontrak bagi yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan dalam staf kejurulatihan UiTM FCLagi dibawah ⤵️ pic.twitter.com/HtNCxciGWo", "Antara kekosongan jawatan yang sedang dicari adalah ketua jurulatih, penolong ketua jurulatih, penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan, ahli fisioterapi dan ‘kitman’.", "Kekosongan yang disebutkan itu melibatkan 3 buah pasukan iaitu skuad Liga Premier, skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia. ", "Mana-mana individu yang berminat untuk bersama skuad yang mendapat julukan The Lions Troops boleh menghantar ‘resume’ berserta salinan sijil-sijil yang disahkan kepada emel, [email protected] sebelum jam 5 petang pada 14 November 2021.", "Iklan penuh kekosongan perjawatan UiTM FC adalah seperti lampiran di bawah:", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218943/", "headline": "\nSelangor Lantik Nidzam Jamil Sebagai Ketua Jurulatih Interim, Michael Kekal Selaku Pengarah Sukan\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC mengumumkan bekas pemainnya merangkap penolong jurulatih, Nidzam Jamil diangkat sebagai ketua jurulatih sementera (interim) bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2022.", "Pengumuman itu dibuat susulan skuad Red Giants memaklumkan mencapai persetujuan bersama Michael Feichtenbeiner untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih bagi skuad utama mereka.", "Setakat ini, Selangor yang dibimbing oleh Michael menduduki tangga ketujuh Liga Super selepas mengharungi 13 perlawanan hasil mengutip 16 mata. Sementara itu, dalam saingan Piala FA, Michael berhasil mengemudi Selangor ke peringkat separuh akhir sebelum ditumpas oleh Terengganu FC.", "𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 : 𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐉𝐮𝐫𝐮𝐥𝐚𝐭𝐢𝐡 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐅𝐂. 📃", "Swipe untuk baca kenyataan penuh atau layari laman rasmi https://t.co/DIuHO8Ihc5.https://t.co/UwBoRneryT#MKLK pic.twitter.com/JunAHtozE3", "— Selangor FC (@selangorfc) August 9, 2022", "Bagaimanapun, Michael yang telah mengemudi skuad utama sekitar setengah musim ini akan kekal bersama Selangor sebagai Pengarah Sukan yang disandangnya sejak tahun 2020 bagi memberikan tumpuan penuh kepada projek pembangunan.", "Sebagai rekod, projek pembangunan tersebut telah melahirkan beberapa pemain yang mampu beraksi bersama skuad utama Selangor serta skuad kebangsaan, Harimau Malaya.", "Antaranya Mukhairi Ajmal, Sharul Nazeem, Hei Htet Aung, Alex Agyarkwa, Quentin Cheng dan beberapa yang lain lagi. Selain itu, seramai 10 pemain muda Selangor turut dipilih untuk mewakili skuad Malaysia bawah 19 tahun (B-19).", "Dalam makluman yang sama, pencarian ketua jurulatih baharu sedang dijalankan dan pihak kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat.", "Featured Image: Malaysian Football League & Selangor FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216500/", "headline": "\nSepatutnya Rizal Lapor Diri Terlebih Dahulu & Kemukakan Sebab Untuk Tarik Diri\n", "content": ["Pertahanan Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali diberikan amaran keras oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar tidak mengulangi tindakan tidak melaporkan diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan sepertimana pada 14 Mac lalu.", "Menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar memaklumkan satu surat amaran telah diberikan kepada pertahanan berusia 29 tahun tersebut agar menghormati panggilan skuad kebangsaan jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan.", "FAM juga memaklumkan Rizal telah pun menjawab surat tunjuk sebab kepada badan induk tersebut.", "Siaran Media: Rizal Ghazali Diberikan Amaran Keras", "Baca penuh kenyataan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar di https://t.co/04xkZ4m67u#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/CslVIoM2OT", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 30, 2022", "Pada masa yang sama, Saifuddin menasihatkan Rizal agar tampil melaporkan diri terlebih dahulu dan mengemukakan sebab kepada pengurusan kebangsaan seandainya ada alasan kukuh untuk menarik diri di masa akan datang.", "Untuk makluman semua, Rizal diletakkan dalam Senarai Bersedia untuk menyertai kem latihan pusat sebelum menghadapi Filipina dan Singapura baru-baru ini.", "Disebabkan Syahmi Safari yang berada dalam senarai 30 pemain meminta pengecualian untuk tidak melapor diri ke kem pusat kerana menyambut kelahiran anak kembar tiganya, ketua jurulatih, Kim Pan-gon bertindak menggantikannya dengan Rizal.", "Berikutan Rizal enggan melaporkan diri, difahamkan ekoran menghadapi masalah keluarga menurut laporan media tempatan, jurulatih kelahiran Korea itu bertindak memanggil pertahanan Negeri Sembilan yang turut berada dalam Senarai Bersedia, Ahmad Khuzaimi Piee.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216208/", "headline": "\nPenjaga Gol Berketinggian 1.92 Meter Disisihkan Daripada Skuad Harimau Malaya\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon mengumumkan terpaksa menyisihkan penjaga gol tinggi lampai daripada skuad Harimau Malaya.", "Menurut makluman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), penjaga gol yang dimaksudkan tersebut adalah pemain Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim. Difahamkan tindakan tersebut dilakukan kerana pemain berusia 20 tahun itu didapati dijangkiti Covid-19 setelah menjalani ujian PCR.", "Rahadiazli Rahalim Terpaksa Digugurkan Daripada Kem Latihan Harimau MalayaDukacita dimaklumkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dari Terengganu FC telah disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian PCR diperolehi.Baca penuh di https://t.co/AgNYvixXKu#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/wPyDF1oGcq", "Walaupun terpaksa menyisihkannya, barisan kejurulatihan yang diketuai Pan-gon memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol tambahan bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Rahadiazli itu.", "Sebaliknya, mereka bertindak mengekalkan penggunaan baki tiga penjaga gol sedia ada yang sedang menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya iaitu Farizal Marlias (Johor Darul Ta’zim), Khairulazhan Khalid (Selangor) dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Petaling Jaya City).", "Untuk makluman semua, Harimau Malaya kendalian Pan-gon sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura pada 23 dan 26 Mac hadapan masing-masing.", "Selain itu, mereka akan turun menjalani satu perlawanan persahabatan (tertutup) menentang Albirex Niigata FC Singapore pada 28 Mac.", "Kesemua perlawanan ini akan dilangsungkan di National Stadium, Singapura dan sepak mulanya dijadualkan jam 8 malam.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112012/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Pemilihan Pemain Berdasarkan Merit & Kebolehan Memberi Sumbangan Kepada Pasukan\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20), Brad Maloney berkata pemilihan pemain untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia B-23 adalah berdasarkan merit dan kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada pasukan.", "Ini bermaksud tiada istilah anak emas atau laluan mudah buat mana-mana pemain untuk menempatkan diri dalam senarai akhir yang akan dibawa ke Ulaanbaatar, Mongolia pada penghujung Oktober nanti.", "Baca: Enam Orang Digugurkan, Coach Brad Panggil Seorang Lagi Pemain Kelahiran Kedah", "Pada masa yang sama, Coach Brad menggesa 24 pemain yang sedang mengikuti kem latihan pusat Fasa 1 pada ketika ini untuk membuktikan keupayaan masing-masing menerusi latihan dan perlawanan persahabatan yang akan berlangsung, hujung minggu ini. ", "“Semua pemain mempunyai peluang sama rata untuk berada dalam pasukan kerana kita mahu membentuk skuad yang mantap dan mempunyai keserasian.", "“Barisan kejurulatihan akan memantau perkembangan mereka dan setakat ini prestasi pemain berada dalam keadaan memuaskan,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Kem latihan Fasa 1 skuad kebangsaan B-20 yang akan berlangsung sehingga 7 September ini menyaksikan Coach Brad turut menyenaraikan beberapa pemain yang melebihi umur 20 tahun namun tidak melebihi umur 23 tahun.", "Baca: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun", "Sementara itu, pemain-pemain daripada pasukan-pasukan Liga Super akan dipanggil pada kem latihan pusat Fasa 2 yang akan bermula 19 September kelak.", "Baca: Wan Kuzri Jaringkan Gol Kemenangan Dalam Masa Berbaki 24 Saat", "Selain itu, pemain-pemain yang beraksi bersama pasukan luar negara seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Wan Kuzri Wan Kamal (University of Akron) akan turut dipanggil pada Fasa 2 ini nanti.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324928/", "headline": "\nKelantan Lantik Bekas Pengendali Juara Liga 2 Indonesia Ganti Bernhardt\n", "content": ["Bagai buka buku baharu, Kelantan FC mengumumkan kehadiran Angel Alfredo Vera selaku pengendali skuad berjulukan The Red Warriors itu bagi menggantikan jurulatih sedia ada, Frank Bernhardt.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan melalui pelbagai media sosial pasukan itu dan menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong Kelantan sendiri. ", "Vera bukanlah nama yang asing dengan saingan bola sepak di rantau asia tenggara selepas menamatkan kariernya selaku pemain di Indonesia dan kekal di negara tersebut bagi meneruskan karier bola sepaknya sebagai jurulatih.", "Selaku jurulatih, pengendali berusia 51 tahun itu telah membimbing sembilan kelab Indonesia dalam tempoh 10 tahun. Kejayaan terbesarnya adalah pada tahun 2017 apabila berjaya membawa Persebaya Surabaya menjuarai Liga 2 Indonesia.", "Namun, tugas sukar menanti Alfredo di Kelantan dalam usaha untuk keluar dari tangga terbawah liga pada pusingan kedua Liga Super Malaysia selepas The Red Warriors sekadar memungut empat mata setakat ini. ", "Sebelum ini, Frank Bernhardt yang menggantikan Choi Moon-sik tidak dapat mengubah nasib Kelantan selepas tewas dalam keenam-enam perlawanan Liga Super ketika bertemu Selangor, Sabah, Perak, Kedah Darul Aman, PDRM dan Kelantan United. ", "Dengan perlantikan Vera selaku pengendali baharu The Red Warriors, status Bernhardt bersama kelab pantai timur itu masih lagi samar-samar sama ada masih bersama pasukan selaku Pengarah Teknikal atau tidak. ", "Dalam perkembangan yang sama, Kelantan FC turut melantik Gonzalez Gidi selaku jurulatih kecergasan baharu pasukan bagi membantu Vera. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20207649/", "headline": "\nVirgil Van Dijk Mungkin Diketepikan 7-8 Bulan\n", "content": ["Pertahanan tengah, Virgil van Dijk berhadapan kemungkinan untuk disisihkan daripada pasukan Liverpool sekitar tempoh tujuh hingga lapan bulan berikutnya ekoran kecederaan.", "Laporan awal mengatakan van Dijk bermungkinan mendapat kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (acl) setelah diterjah keras oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford, dalam perlawanan semalam.", "Still no official word on Van Dijk's injury but early reports aren't looking good.#beINPL #PL #EVELIV 📺 HD11 pic.twitter.com/6G2FN6KyBF", "“Maklumat yang kami terima mengatakan dia ditimpa kecederaan (melibatkan) anterior cruciate ligament dan jika (betul) kesnya ekoran pertembungan dengan Jordan Pickford maka dia akan terlepas (saingan) tujuh ke lapan bulan” lapor BeIN Sports.", "11' – We're forced into an early change as Gomez replaces the injured Van Dijk.[0-1]#EVELIV", "Terjahan keras oleh Pickford sekitar minit kesepuluh itu tidak diberikan sebarang kad mahupun amaran oleh pengadil perlawanan kerana van Dijk berada dalam kedudukan ofsaid sebelum daripada pertembungan tersebut.", "Ini memaksa Klopp mengeluarkan van Dijk yang kesakitan sekitar minit kesebelas perlawanan dan menggantikannya dengan pertahanan England, Joseph Gomez. ", "Perlawanan derbi Merseyside ini berkesudahan dengan kedua-dua pasukan diikat dengan keputusan 2-2. Dua gol Liverpool disumbangkan oleh Sadio Mane (3′) dan Mohamed Salah (72′) manakala gol Everton pula dijaringkan oleh Michael Keane (19′) dan Dominic Calvert-Lewin (81′)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220068/", "headline": "\nNafuzi: Layak Piala AFC Jadi Fokus Utama, Tak Kisah Lawan Di Piala Malaysia\n", "content": ["Hasil undian awal menyaksikan pasukan di tangga ketiga Liga Super akan bertemu lawan yang sedikit mudah iaitu UiTM FC daripada saingan Liga Premier pada peringkat Pusingan 16, saingan Piala Malaysia 2022.", "Berbeza pula bagi pasukan yang muncul naib juara Liga Super musim ini.  Lawan yang lebih sukar perlu dihadapi dengan diundi menentang pasukan yang menamatkan saingan liga di tempat ketujuh – berkemungkinan besar samada Selangor, Kuala Lumpur City, Kedah Darul Aman atau Sri Pahang.", "Namun begitu, tiada sebarang percaturan mahu dilakukan oleh pengendali Terengganu, Nafuzi Zain bagi menamatkan saingan di tempat kedua atau ketiga supaya mendapat lawan yang lebih mudah dalam saingan Piala Malaysia kelak.", "Di dalam benak fikiran jurulatih berusia 43 tahun ini, layak ke saingan Piala AFC pada musim hadapan – dengan menamatkan saingan liga di tempat kedua – menjadi fokus utamanya bersama skuad Hitam Putih pada musim ini.", "“Saya tak kisah pun mana-mana diletakkan dalam (saingan) Piala Malaysia, yang penting sasaran saya untuk layak ke Piala AFC,”", "“Bagi saya, kalau kita layak ke Piala AFC, itu satu kejayaan untuk Terengganu, jadi, kita fokus di sini dahulu.”", "“Benda itu (lawan bagi Piala Malaysia) kita (fikir) di kemudian hari,”", "“Tetapi, di sini adalah peluang kita, lebih baik kita ambil peluang yang kita ada sekarang daripada memikirkan benda yang belum kita ketahui lagi.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, Terengganu berjaya menumpaskan tuan rumah dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Manuel Ott dan Tchetche Kipre. Jaringan saguhati tuan rumah pula hadir melalui Romel Morales.", "Kemenangan itu mengekalkan Terengganu di tangga ketiga Liga Super selepas mengharungi 21 perlawanan. Sabah pula kekal di tangga kedua selepas berhasil mengejutkan Sri Pahang dengan keputusan 2-1 pada saat-saat akhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan.", "Mengekori rapat kedua-dua pasukan ini adalah Negeri Sembilan yang dibimbing oleh K. Devan. Semalam, skuad Hoben Jang Hoben ini turut meraih kemenangan 2-0 ke atas Melaka United di laman sendiri, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. ", "Untuk makluman semua, perlawanan terakhir Liga Super nanti menyaksikan Sabah akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bertemu juara, Johor Darul Ta’zim (JDT). ", "Manakala Terengganu pula akan membuat perhitungan dengan Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Akhir sekali, Negeri Sembilan pula turun ke Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk berentap dengan Sri Pahang.", "Pada saat ini, Sabah berada di tangga kedua liga dengan 42 mata, diikuti Terengganu dan Negeri Sembilan di tangga ketiga dan keempat masing-masing dengan 41 mata.", "Pasukan manakah yang akan menamatkan saingan di tempat kedua Liga Super musim ini sekaligus meraih slot ke saingan Piala AFC musim hadapan? Pada masa yang sama, bagaimanakah kedudukan akhir Liga Super ini akan membentuk pertemuan pasukan-pasukan dalam saingan Piala Malaysia kelak? ", "Menarik untuk semua peminat bola sepak tempatan saksikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325133/", "headline": "\nPukki Ke Bumi Uncle Sam Sebagai “Designated Player”\n", "content": ["Penyerang berpengalaman, Teemu Pukki disahkan beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS) dengan menyertai Minnesota United secara percuma setelah kontraknya bersama Norwich City tamat. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman sesawang rasmi kelab dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial skuad berjulukan The Loons. ", "Pukki akan bersama Minnesota United selama dua tahun sehingga Jun 2025 dengan pilihan lanjutan kontrak sehingga Disember 2025. Kehadirannya dilihat sebagai pengganti kepada Luis Amarilla yang berhijrah ke Liga MX bersama Mazatlan.", "The club has signed forward Teemu Pukki to a Designated Player contract through June 2025.", "— Minnesota United FC (@MNUFC) June 27, 2023", "Bersama Norwich City, pemain berusia 33 tahun itu telah menjaringkan 87 gol daripada 198 perlawanan dalam lima musim di Liga Perdana Inggeris dan Liga Kejuaraan EFL.", "Penyerang kebangsaan Finland itu akan didaftarkan sebagai “Designated Player” dan merupakan pemain ketiga kelab tersebut yang bakal beraksi dengan jenis kontrak yang sama selain daripada Emanuel Reynoso dan Mender Garcia. ", "Sebagai tambahan, “Designated Player” merupakan salah satu peraturan dan jenis kontrak yang membolehkan seseorang pemain itu ditandatangani tanpa sebarang had melibatkan gaji siling dan mula diperkenalkan sejak kehadiran David Beckham pada tahun 2007. ", "Featured Image: Norwich City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112562/", "headline": "\nWakil Syarifuddin ‘Damok’ Azman Sedang Runding Bersama Pasukan Kejuaraan Dunia Moto3\n", "content": ["Wakil kepada pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok memaklumkan sedang melakukan rundingan untuk meletakkannya dalam pasukan yang beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto3, pada tahun hadapan.", "Individu yang menjadi wakil kepada pelumba berusia 19 tahun ini ialah Zulfahmi Khairuddin yang turut bertanggungjawab terhadap program pembangunan pelumba Sepang International Circuit (SIC).", "Menurut laporan akhbar berbahasa inggeris, New Straits Times, dimaklumkan tempoh rundingan itu akan mengambil masa maksimum sebulan, bagaimanapun, tiada sebarang bayangan tentang pasukan manakah yang sedang dirunding olehnya didedahkan buat masa ini.", "“Untuk Syarifuddin, buat masa sekarang amat jelas kami sedang berunding dengan pasukan Kejuaraan Dunia untuk memastikan dia mendapat tempat pada tahun hadapan,”", "“Ia mungkin mengambil masa antara dua hingga empat minggu untuk memuktamadkan perundingan. Kami akan maklumkan secara rasmi apabila ia dimuktamadkan nanti.” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Sementara itu, Zulfahmi turut berkongsikan mengenai seorang lagi pelumba muda negara iaitu Adam Norrodin. Beliau berkata, pihaknya masih memikirkan samada untuk mengekalkan pelumba berusia 23 tahun ini dalam kejuaraan yang sama atau ‘menaikkan pangkat’ ke saingan Kejuaraan Dunia Moto2.", "Artikel Berkaitan: Petronas Sprinta Racing Pilih Adam Untuk Perlumbaan Moto2 di Litar Silverstone", "“Untuk Adam, kami sedang menilai prestasinya dan belum menentukan samada untuk mengekalkannya dalam saingan Kejuaraan Eropah Moto2 atau membawanya ke saingan Kejuaraan Dunia Moto2 pada tahun hadapan. Masih menjadi tanda tanya di situ,” katanya lagi.", "“Kedua-dua pelumba telah melakukan yang terbaik dalam kejuaraan (yang disertai) masing-masing pada tahun ini.", "“Bagaimanapun, saingan Kejuaraan Remaja Dunia Moto3 (yang disertai Syarifuddin) lebih kompetitif berbanding Kejuaraan Eropah Moto2.", "“Kami merasakan Syarifuddin lebih berpotensi untuk beraksi dengan baik dalam Kejuaraan Dunia Moto3. Tempat Moto3 pula amat terhad, jadi kami perlu pantas.” tambahnya lagi.", "Artikel Berkaitan: Syarifuddin ‘Damok’ Bakal Melakukan Debut Moto3 di Aragon GP", "Bercakap mengenai prestasi Damok pada tahun ini, pelumba kelahiran Selangor ini berhasil muncul juara dalam saingan Kejuaraan Remaja Dunia Moto3 ketika beraksi dalam satu perlumbaan di Litar Catalunya pada bulan Jun lalu.", "Ketika diberikan peluang beraksi dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 bersama Petronas Sprinta Racing di perlumbaan Aragon GP pertengahan September lalu, Damok menghasilkan keputusan yang memberangsangkan apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 walaupun bermula di petak ke-21 sekaligus menyumbang mata berharga buat pasukan.", "Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217844/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Turkmenistan Kutip 3 Mata, Atasi Bangladesh 2-1\n", "content": ["Pasukan dari rantau asia tengah, Turkmenistan berjaya mengutip tiga mata yang pertamanya selepas mencatatkan kemenangan dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan E dalam saingan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.", "Skuad yang dikendalikan oleh Ýazguly Hojageldyýew itu berhasil menundukkan Bangladesh dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.", "FT: 🇧🇩 Bangladesh 1️⃣ – 2️⃣ Turkmenistan 🇹🇲 ", "Turkmenistan bounce back to record their first win in Group E!#ACQ2023 | #BANvTKM pic.twitter.com/Ol9sUsL0PO", "— #AFCU23 (@afcasiancup) June 11, 2022", "Perlawanan itu menyaksikan Turkmenistan berhasil meraih jaringan seawal minit ke-7 menerusi Altymyrat Annadurdyyew namun selang lima minit kemudiannya, Bangladesh berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Mohammad Ibrahim.", "Bangladesh yang menghuni ranking ke-188 dunia sempat mengikat kedudukan tersebut sehingga ke minit ke-77 sebelum Turkmenistan berhasil menemui jaringan kemenangannya melalui Arslanmyrat Amanow sekaligus menamatkan perlawanan ini dengan keputusan 2-1.", "Dengan kemenangan ini, Turkmenistan masih dapat menaruh harapan untuk mara ke saingan Piala Asia pada tahun hadapan namun ianya bergantung kepada keputusan perlawanan antara Malaysia dan Bahrain, malam ini.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219524/", "headline": "\nBola Jaring Asia: Singapura Sekat Malaysia Ke Piala Dunia\n", "content": ["Hasrat untuk melihat skuad kebangsaan melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Bola Jaring 2023 berkecai sama sekali apabila mereka sekali lagi ditumpaskan oleh tuan rumah, Singapura dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2022.", "Malaysia ditumpaskan oleh skuad negara seberang jiran tambak itu dalam perlawanan separuh akhir yang berkesudahan dengan keputusan 54-21, sebentar tadi.", "Ini merupakan kekalahan kedua Malaysia di tangan Singapura dalam kejohanan ini. Khamis lalu, mereka telah tumpas dengan keputusan 43-56 pada peringkat Pusingan Ke-2.", "Singapura 54 -41 Malaysia | Asian Netball Championship 2022⛹🏻‍♀️", "Well done girls! Kita berjuang bermati-matian, mungkin kali ini rezeki bukan di bumi Malaysia, kita fokus next game pula!#ANC2022 pic.twitter.com/alStN0UpA2", "— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 10, 2022", "Dengan kekalahan ini, Malaysia sama sekali kempunan untuk menempah tiket ke saingan Piala Dunia Bola Jaring 2023. Namun, mereka mempunyai satu lagi perlawanan untuk merebut pemenang tempat ketiga menentang Hong Kong.", "Ketika di peringkat Pusingan Ke-2 pada Rabu lalu, Malaysia sudah bertemu Hong Kong dan berhasil merekodkan kemenangan dengan keputusan 54-46.", "Sementara itu, Singapura pula yang memenangi perlawanan tadi akan membuat perhitungan bersama Sri Lanka untuk merebut status kejuaraan bagi edisi kali ini.", "Pada masa yang sama, kemaraan Singapura dan Sri Lanka ke perlawanan akhir ini melayakkan mereka saingan Piala Dunia Bola Jaring 2023 secara merit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322580/", "headline": "\nMFL Perkenal Agihan Berdasarkan Merit, Naib Juara Liga Super Raih RM1.9 Juta\n", "content": ["Penganjur saingan bola sepak domestik, Malaysian Football League (MFL) tampil mengumumkan agihan pendapatan kepada 14 buah pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super bagi musim 2023 hingga 2025, pada hari ini.", "Buat pertama kalinya, MFL memperkenalkan dua mekanisme pengagihan pendapatan berasaskan agihan rata (RM500,000 setiap pasukan) dan agihan merit (bersandarkan prestasi/kedudukan akhir dalam liga) hasil daripada pendapatan serta penajaan yang diperolehinya.", "Berdasarkan jadual yang dikongsikan, agihan merit akan memberikan wang tunai sebanyak RM1.9 juta buat juara Liga Super diikuti RM1.4 juta dan RM1 juta buat penghuni di tangga kedua dan ketiga masing-masing.", "Ini bermakna, juara Liga Super bagi tiga musim berikutnya akan meraih RM2.4 juta. Manakala naib juara dan pasukan di tempat ketiga pula akan meraih RM1.9 juta dan RM1.5 juta masing-masing.", "Sementara itu pasukan tercorot liga pula akan mendapat RM100,000 daripada wang agihan merit menjadikan mereka mendapat RM600,000 secara keseluruhan dicampur dengan wang agihan rata. ", "MFL percaya mekanisme ini akan mendorong setiap kelab untuk berusaha mencapai kedudukan terbaik sehingga akhir musim kerana setiap kedudukan di dalam liga akan mempunyai nilai ganjaran yang berbeza.", "Sebagai rekod, jumlah keseluruhan pengagihan bagi musim ini adalah RM15.675 juta – peningkatan sebanyak 96.55 peratus berbanding pengagihan kepada 14 buah kelab yang sama pada musim lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322071/", "headline": "\nMelaka FC Borong Bekas Pemain Liga Super Termasuk De Paula Hadapi Liga M3\n", "content": ["Bekas pemain-pemain yang beraksi dalam kancah Liga Super menjadi taruhan pasukan baharu, Melaka FC bagi mengharungi saingan Liga M3 yang akan bermula 4 Mac nanti.", "Antara bekas pemain Liga Super yang membarisi Melaka FC musim ini ialah Guilherme de Paula, Mohammad Fakhrul Aiman, Syahrul Azwari, S. Veenod, Sharin Sapien dan beberapa lagi pemain lain.", "Kehadiran para pemain terbabit disahkan menerusi satu video pengenalan 24 pemainnya di laman sosial rasmi milik kelab berkenaan.", "Selain itu, Melaka FC turut memperkenalkan barisan kejurulatihannya dengan diketuai oleh Pedro Hipolito (Portugal) sambil dibantu Leong Hong Seng, Hazalan Jaafar (jurulatih penjaga gol) dan Tiago Moreira (jurulatih kecergasan).", "Manakala barisan pengurusan pula dikemudi oleh Muhammad Najimi selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengurus dan dibantu oleh Norizam Ali Hassan sebagai Penolong Pengurus.", "Melaka FC akan memulakan kempen Liga M3 dengan menentang SAINS FC di Stadium Hang Tuah, Melaka dengan sepak mula pada jam 8.45 malam pada 4 Mac."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216755/", "headline": "\nPasangan Tuan Rumah Ranking 225 Dunia Kecewakan Beregu Indonesia Fajar-Ardianto\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto tidak dapat meneruskan rentetan kejuaraan Terbuka Swiss pada Mac lalu dalam perlawanan akhir saingan Terbuka Korea, hari ini.", "Ianya berikutan beregu dari negara jiran tetangga yang menghuni ranking kesembilan dunia itu terpaksa akur tumpas kepada beregu tuan rumah, Kang Minhyuk dan Seo Seung-jae yang berada di ranking lebih jauh iaitu ke-225 dunia, petang tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Fajar-Ardianto tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 15-21 dan 18-21 dalam tempoh masa sekitar satu jam pertarungan.", "Korea Open Badminton Championships 2022MD – Final 🇰🇷Minhyuk KANG🏅19 21 21 🇰🇷Seungjae SEO🏅21 15 18 🇮🇩Fajar ALFIAN 🇮🇩Muhammad Rian ARDIANTO", "🕗 in 62 minutes https://t.co/ZU74PP7EmJ", "— BWFScore (@BWFScore) April 10, 2022", "Untuk makluman semua, Minghyuk dan Seung-jae yang berumur 23 dan 24 tahun masing-masing itu merupakan gandingan baharu. Kedua-duanya mula bergandingan bersama sejak November tahun lalu.", "Selain itu, ini juga merupakan kejuaraan pertama dalam saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF yang dirangkul oleh Minghyuk dan Seung-jae dalam karier masing-masing.", "Sebagai tambahan, Fajar-Ardianto muncul juara saingan Terbuka Swiss pada Mac lalu dengan menumpaskan beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208182/", "headline": "\n35 Tahun Gagal Meraih Kemenangan Antara 9 Fakta Menarik England vs Ireland\n", "content": ["Skuad kebangsaan England akan melayan kunjungan Ireland bagi aksi persahabatan di Stadium Wembley. Skuad Three Lions dibimbing oleh Gareth Southgate manakala Ireland pula dibimbing oleh Stephen Kenny.", "Bagi menghangatkan lagi pertemuan kedua-dua pasukan, kami sajikan kepada anda 9 fakta menarik mengenai England vs Ireland sebelum sepak mula yang dijadualkan pada jam 4 pagi nanti:", "Ini merupakan pertemuan mereka yang pertama sejak Jun 2015 dimana mereka tamat dengan keputusan seri 0-0. Menariknya, enam pertemuan terakhir mereka sejak 1990 kesemuanya berakhir dengan keputusan seri.", "England gagal menewaskan Ireland sejak tahun 1985. Dalam tujuh pertemuan terdahulu mereka hanya mencatatkan enam seri dan merekodkan kekelahan sebanyak sekali.", "Hanya dua pemain England yang bermain dalam perlawanan menentang Ireland pada Jun 2015 lalu. Mereka ialah Jordan Henderson dan Raheem Sterling.", "Jika diturunkan, pada usia 17 tahun 137 hari pada hari perlawanan, Jude Bellingham bakal menjadi pemain ketiga termuda yang bermain untuk England selepas Theo Walcott (17 tahun 75 hari) dan Wayne Rooney (17 tahun 111 hari).", "Jack Grealish mungkin akan bermain menentang Ireland. Untuk makluman, Jack telah bermain bersama skuad Ireland B17, B18 dan B21 ketika zaman remajanya sebelum memilih untuk bermain untuk skuad senior kebangsaan England.", "Jika kapten England, Harry Kane bermain dalam perlawanan ini, dia akan mengutip caps ke-50 bersama skuad Three Lions. Dia bakal menjadi pemain keempat yang memiliki 50 penampilan dalam skuad ini selepas Sterling, Jordan Henderson dan Kyle Walker.", "Selepas mengutip clean sheet dalam kesemua lima perlawanan, England gagal memastikan clean sheet dalam dua perlawanan terakhir mereka – kedua-duanya dalam saingan Nations League.", "Ireland gagal meraih sebarang kemenangan pada tahun ini – kemenangan terakhir yang diraih mereka adalah pada 14 november 2019 ketika menentang New Zealand dalam saingan perlawanan persahabatan.", "England mempunyai enam gol terakir yang dijaringkan oleh enam penjaring berbeza dalam lima perlawanan terakhir pada 2020. Mereka ialah Sterling, Calvert-Lewin, Coady, Ings, Rashford dan Mount."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321975/", "headline": "\nPemegang RGTC Dapat Diskaun 5% Di AEON BiG Apabila Membeli-Belah Setiap 15hb & 30hb\n", "content": ["Pemegang kad keahlian Selangor FC iaitu Red Giants Team Card (RGTC) akan menikmati diskaun sebanyak 5% apabila membeli-belah di mana-mana cawangan AEON BiG pada setiap 15hb dan 30hb sepanjang musim bola sepak 2023.", "Keistimewaan itu diberikan kepada pemegang RGTC apabila skuad berjulukan Red Giants tersebut mengumumkan AEON BiG sebagai rakan rasminya yang terbaru bagi saingan Liga Super 2023.", "Kerjasama melibatkan kedua-dua entiti terbabit hadir selepas menandatangani satu perjanjian dengan Selangor FC diwakili oleh Dr. Johan Kamal Hamidon merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) manakala AEON BiG pula diwakili oleh Sheikh Farouk Sheikh Mohamed selaku Pengarah Urusan.", "Hasil kerjasama ini juga menyaksikan AEON BiG akan menyediakan barangan keperluan untuk kegunaan Selangor FC.", "Selain itu, penjenamaan AEON BiG akan dipaparkan di stadium pada hari perlawanan serta aset digitalnya bagi musim ini.", "Untuk makluman, kad keahlian RGTC boleh dimohon atau didaftarkan menerusi laman sesawang di selangorfc.com dengan harga  keahlian baharu sebanyak RM25. Kad keahlian RGTC 2023 sah digunakan sepanjang musim 2023 iaitu dari 15 Januari hingga 30 November."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219982/", "headline": "\nMalaysia Dapat 2 Slot Ke Saingan AFF Club Championship 2023\n", "content": ["Sebuah kejohanan antarabangsa antara kelab-kelab di rantau asia tenggara iaitu AFF Club Championship akan dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada tahun hadapan.", "Menurut laporan Vietnam+, Jawatankuasa Pertandingan AFF telah mengadakan mesyuarat pada Selasa (4 Oktober) lalu bagi membincangkan mengenai kejohanan tersebut.", "Dalam mesyuarat tersebut, mereka mencapai keputusan untuk menghimpunkan 12 kelab daripada negara pelbagai negara ASEAN untuk menyertai kejohanan ini. ", "Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia diberikan dua slot automatik masing-masing. Manakala satu slot automatik diberikan kepada Filipina dan Singapura masing-masing.", " 👉 Play off round : (26/8-29/8) ", " 👉 Final round (27/9/2023 – 15/5/2024)", "● The 12 participating teams will be divided into 2 groups .#AFF ", "— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 4, 2022", "Sementara itu, Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar akan mendapat satu slot masing-masing ke perlawanan play-off bagi merebut dua slot terakhir ke saingan ini.", "Formatnya, 12 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap pasukan akan menentang pasukan di dalam kumpulan masing-masing secara “single round robin” sama seperti saingan Piala AFF. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir. ", "Mesyuarat turut mengesahkan perlawanan play-off itu akan dijadualkan bermula pada 26 dan 29 Ogos 2023 secara timbal balik. Perlawanan peringkat kumpulan pula akan bermula dari 27 September. Kejohanan ini akan menutup tirainya pada 15 Mei 2024.", "Dimaklumkan hadiah ganjaran termasuk sokongan perbelanjaan bagi kelab-kelab yang mengambil bahagian adalah bernilai sebanyak 1.5 juta amerika dolar atau bersamaan dengan sekitar RM7 juta.", "Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 yang lalu. Bagaimanapun, ianya terpaksa ditunda sebelum dibatalkan ekoran pandemik Covid-19 melanda dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111388/", "headline": "\nOlimpik 2020: Zii Jia Juarai Kumpulan M, Tempah Slot Kalah Mati\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke saingan kalah mati selepas muncul juara Kumpulan M dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Zii Jia mengesahkan kemaraan tersebut selepas mencatatkan kemenangan kedua dalam Kumpulan M dengan menumpaskan pemain Perancis, Brice Leverdez dengan kemenangan dua ‘straight set’ pada hari ini.", "Set pertama dimenangi oleh Zii Jia 21-17 sementara set kedua pula disudahi dengan keputusan 21-5.", "RESULTS: #Tokyo2020Group M#MAS Lee Zii Jia def. #FRA Brice Leverdez 21-17 21-5* Zii Jia charges into the the last eight of the Olympics!#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/hzJhPrFC3x", "Untuk makluman, ini merupakan kali pertama atlet berusia 23 tahun kelahiran Alor Setar ini mara ke saingan kalah mati di temasya Sukan Olimpik.", "Menanti Zii Jia di peringkat kalah mati adalah juara Kumpulan N iaitu pemenang pingat emas Rio 2016 dari China, Chen Long. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219028/", "headline": "\nSepak Mula MPFL 2023 Bermula Februari, Piala Futsal Malaysia Mula Ogos\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) dan Piala Futsal Malaysia (MFC) musim hadapan akan bermula pada Februari dan Ogos 2023 masing-masing.", "Perkembangan tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, datuk Seri Rusmadi Ismail menerusi satu kenyataan media, pada minggu ini.", "“Pada mesyuarat hari ini, kita telah berbincang dan memutuskan untuk saingan MPFL 2023 akan bermula pada Februari 2023 dan disusuli dengan saingan MFC 2023 yang dijadual bermula pada Ogos 2023.", "MPFL 2023 Bermula Februari, MFC 2023 Bermula Ogos", "Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM bermesyuarat buat kali keempat bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/BIpwKGfFOo#FAM #HarimauMalaya #Futsal pic.twitter.com/VvKl6yZ49U", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 8, 2022", "“Jadual penuh dan terperinci akan diumumkan kemudian nanti kerana kita perlu mengambil kira tempoh bulan Ramadan bermula pada minggu terakhir Mac 2023, selain kejohanan-kejohanan antarabangsa yang bakal disertai pasukan futsal kebangsaan.", "“Dengan kejayaan kita menganjurkan MPFL dan MFC bagi musim 2022, kita berharap dapat membuat penambahbaikan bagi menjadikan saingan MPFL dan MFC bagi musim 2023 lebih menarik dan kompetitif,” katanya.", "Untuk makluman semua, musim ini menyaksikan saingan futsal negara kembali dihidupkan selepas terhenti selama dua musim ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara dan global.", "Selangor MAC menjadi ‘raja’ bagi saingan futsal negara musim ini apabila muncul juara bagi kedua-dua kejohanan iaitu MPFL 2022 dan MFC 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324825/", "headline": "\nKejohanan Rasmi Badminton 3v3 Pertama di Malaysia Tawar Hadiah Berjumlah RM338,800\n", "content": ["TotelEnergies Malaysia dan Li-Ning Malaysia tampil menganjurkan kejohanan rasmi badminton 3v3 (tiga lawan tiga) yang pertama di negara ini buat pemain bukan profesional dengan tawaran hadiah berupa wang tunai berjumlah RM338,800.", "Kejohanan yang diberikan nama 3v3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023 ini akan bermula dengan pusingan kelayakan yang akan berlangsung di empat buah bandar iaitu Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kuching dari 15 September hingga 22 Oktober. Manakala grand finale pula akan dilangsungkan di ibu negara pada 18 dan 19 November.", "Kejohanan badminton 3v3 ini mempunyai empat kategori:", "Untuk makluman, yuran pendaftaran yang dikenakan bagi setiap pasukan untuk menyertai kejohanan ini adalah RM300 dengan setiap penyertaan akan dihadiahkan cenderahati bernilai RM900. Tempoh pendafataran adalah bermula dari 1 Jun hingga 15 Julai.", "Kejohanan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Namun begitu, pemain kebangsaan atau profesional yang telah menyertai kejohanan antarabangsa di bawah kelolaan Badminton Asia dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam tempoh lima tahun yang lalu (2018-2023) tidak layak untuk menyertai kejohanan ini.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kejohanan badminton 3v3 pertama anjuran TotalEnergies dan Li-Ning di luar China bagi rantau asia tenggara. Di China, siri kejohanan ini dipertandingkan dengan nama TotalEnergies Li-Ning Li Yongbo Cup 3V3 di lebih 20 bandar setiap tahun sejak 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321706/", "headline": "\nGeylang International Muncul Kelab Pertama ASEAN Berkolaborasi Dengan Pemilik Man City\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Singapura, Geylang International FC melakar sejarah dengan menjadi kelab pertama di asia tenggara (ASEAN) membentuk kolaborasi dengan pemilik Manchester City (Man City) iaitu City Football Group (CFG).", "Skuad berjulukan The Eagles itu mengumumkan pembentukan perjanjian kolaborasi berkenaan menerusi laman sesawangnya, dua hari hari lalu.", "Difahamkan perjanjian kolaborasi berkenaan akan menjadi titik permulaan kepada kolaborasi bersasaran tinggi antara kedua-dua entiti yang berpotensi untuk berkembang dengan lebih luas dan kerjasama strategik yang lebih komprehensif pada masa hadapan.", "A post shared by Geylang International FC (@gifcsg)", "Komitmen yang tidak pernah berlaku sebegini dalam sejarah Geylang International akan membolehkan kelab mula menggunakan kepakaran bola sepak CFG, kepandaian, teknologi, dan amalan terbaik sekaligus membenarkan peningkatan struktur dan operasi kelab.", "Untuk pengetahuan semua, Geylang International sudah mendapat manfaat awal hasil hubungannya dengan CFG.", "Ini dibuktikan dengan kehadiran penyerang Jepun, Yushi Yamaya yang diumumkan pada minggu lalu sebagai tonggak baharu menjelang saingan Singapore Premier League (SPL) 2023 yang dibantu oleh CFG.", "A post shared by Geylang International FC (@gifcsg)", "Pemain berusia 22 tahun ini merupakan bekas pelatih akademi Yokohama F. Marinos merangkap salah satu kelab di bawah naungan CFG.", "Antara inisiatif yang difikirkan sedalam-dalamnya di dalam kolaborasi ini adalah CFG akan membantu Geylang International membangunkan kepakaran teknikal dan pengurusan melalui pengalaman pembelajaran praktikal di kelab-kelab di bawah jaringan global CFG.", "Selain Man City, jaringan kelab-kelab di bawah naungan CFG ialah New York City (Amerika Syarikat), Melbourne City (Australia), Yokohama F. Marinos (Jepun), Montevideo City Torque (Uruguay), Girona FC (Sepanyol), Sichuan Jiuniu (China), Mumbai City FC (India), Lommel SK (Belgium), ESTAC (Perancis), Palermo FC (Itali) dan Club Bolivar (Bolivia)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112204/", "headline": "\nFAM Umum Saingan Malaysia Premier Futsal League 2021 Terpaksa Dibatalkan\n", "content": ["Sehari selepas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasiliti sukan dan rekreasi komersil samada terbuka mahupun ditutup dibenarkan beroperasi, lain pula nasib yang menimpa kejohanan futsal  peringkat kebangsaan.", "Baca: Fasiliti Sukan & Rekreasi Komersil Dibenarkan Beroperasi – PM Ismail Sabri", "Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, beliau memaklumkan bahawa saingan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021 yang telah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.", "“Ia selepas mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan yang dimaksudkan.", "Baca: FAM Lantik Bekas Perunding Teknikal Oman FA, Saifuddin Abu Bakar Sebagai Setiausaha Agung Baharu", "“Keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat kebenaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).", "“FAM turut berasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik pada ketika ini dan pada masa yang sama memberi lebih ruang kepada setiap pasukan untuk membuat perancangan menghadapi pertandingan ini bagi musim depan.", "“FAM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan keputusan dan ketetapan seperti di atas dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pasukan yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha dan perancangan FAM sebelum ini.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.", "Selain daripada saingan MPFL 2021, pada penghujung Ogos lalu, badan induk bola sepak negara turut mengumumkan dua saingan yang berada di bawah kelolaan mereka iaitu Piala Presiden dan Piala Belia 2021 dibatalkan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217099/", "headline": "\nPerak FC Kini Dimiliki Syarikat Perkhidmatan Telekomunikasi XOX\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Perak FC mendapat pemilik baharu yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan telekomunikasi berasaskan mobile virtual network operator (MVNO) iaitu XOX Berhad.", "Menurut laporan HarimauMalaya, perkara tersebut mendapat pengesahan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Media & Communication (IMC), Muhammad Yunus Zakariah – bekas pemilik.", "Dan satu majlis penyerahan pemilikan turut diadakan dan ianya disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook TKKR Racing Team, tengah hari tadi.", "Dalam majlis tersebut, satu serahan ‘mock cheque’ kepada Perak FC turut diserahkan dengan tertera nilai sebanyak RM100,000. Majlis ini juga turut dihadiri oleh CEO Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam.", "Untuk makluman semua, XOX cukup dikenali penglibatannya dalam sukan permotoran dengan menjalin kerjasama dengan TKKR SAG Team yang pernah beraksi dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto2.", "Namun begitu, penglibatan mereka dalam kancah bola sepak bukanlah sesuatu yang asing. Pada tahun 2016, mereka pernah menjalin kerjasama dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) serta menaja saingan liga kalah mati, Piala FA pada 2015."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112502/", "headline": "\nLupakan Trofi Liga Premier, Sarawak United Mula Fokus Piala Malaysia\n", "content": ["Saingan Piala Malaysia menjadi fokus buat Sarawak United FC selepas usaha mereka untuk merangkul kejuaraan Liga Premier terkandas di penghujung saingan.", "Menurut pemain sayap Sarawak United, S. Chanthuru dia dan rakan-rakan mahu segera melupakan kekecewaan itu dengan segera memberikan fokus kepada saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 26 September ini.", "Sarawak United bakal berada dalam Kumpulan A bersama Penang, Kuala Lumpur City dan Sri Pahang dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Stadium Bandaraya berdepan Penang pada 26 September ini.", "“Kami berada terbaik sejak perlawanan pertama liga dan sentiasa meraih kemenangan tetapi pada tiga perlawanan terakhir ini, kami seperti hilang fokus.", "“Pemain-pemain telah mencuba sedaya upaya dengan berikan lebih 100 peratus cuma nasib jelas tidak menyebelahi kami namun apa yang penting kami telah berada di Liga Super, musim depan.", "“Sarawak akan cuba berikan cabaran di Piala Malaysia dan saya rasa kami boleh bersaing dengan pasukan-pasukan dalam kumpulan kami yang terdiri dari semua pasukan Liga Super.", "“Jika dilihat kepada kualiti pemain dalam pasukan, tahap kami sememangnya sama dengan pasukan Liga Super dan Sarawak akan cuba letakkan sasaran untuk layak sejauh mana yang boleh,” katanya.", "Kegagalan meraih sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir menjadi punca di sebalik kekecewaan Sarawak United yang terpaksa merelakan Negeri Sembilan bergelar juara Liga Premier 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218204/", "headline": "\nJodoh Bienvenido Maranon Bersama JDT Tamat Selepas 5 Bulan\n", "content": ["Jodoh penyerang Sepanyol yang memiliki pasport Filipina, Bienvenido Maranon bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) menemui titik noktah selepas lima bulan.", "Ini selepas penyerang berusia 36 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada skuad Harimau Selatan menerusi hantaran di pelbagai platform laman sosialnya, semalam.", "“Terima kasih Johor Darul Ta’zim. Ini merupakan satu perkara yang amat menggembirakan saya menjadi sebahagian daripada kelab dan keluarga hebat ini.” tulisnya.", "It was a big pleasure to be part of this amazing club and great family.", "Thanks Boss @HRHJohorII for taking care of me and my family, to have given us the opportunity to enjoy Johor and the club where everyone want to be, pic.twitter.com/dUfpbJq0HC", "— Bienve Marañon (@Bienvecadiz86) July 1, 2022", "Untuk makluman semua, Maranon merangkap penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2020 bersama Filipina diumumkan menyertai JDT pada penghujung Januari lalu.", "Pada waktu itu, kedatangannya diumumkan bersama-sama seorang lagi pertahanan Sepanyol yang turut memiliki kerakyatan Filipina iaitu Carli de Murga.", "Sepanjang bersama JDT, Maranon sempat membuat dua penampilan bersama skuad senior bimbingan Benjamin Mora dalam saingan Piala FA serta Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Selebihnya, pemain kelahiran wilayah Cadiz ini banyak tampil bersama skuad simpanan, JDT II yang beraksi dalam kancah Liga Premier. Bersama JDT II, Maranon sempat mencipta tiga jaringan ketika turun menentang PDRM FC dan Terengganu II.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207213/", "headline": "\nBerjoging Siang Atau Malam? Berikut Penjelasan oleh Dr. Rujhan\n", "content": ["Faktor waktu tidak menjadi penentu terbesar adakah kita akan dapatkan hasil yang terbaik dari aktiviti berjoging.", "Sebaliknya, melakukan aktiviti joging itu sudah cukup untuk membolehkan kita mendapatkan manfaatnya tidak kira pada waktunya.", "Menurut doktor perubatan yang juga seorang marathoner yang aktif, Dr Rujhan Raqibi, faktor masa tidak memainkan peranan besar kerana setiap daripada kita mempunyai jadual hidup yang berbeza.", "“Kita sendiri yang perlu tentukan waktu larian kita. Sebab masing-masing memang ada komitmen dengan keluarga, kerja dan sebagainya.”", "“Namun begitu, berlari pada waktu pagi dan siang ada kelebihannya yang tersendiri.”", "“Berlari pada waktu pagi akan memberikan motivasi kepada kita untuk bangun awal serta akan berasa segar untuk melakukan tugasan harian kita.”", "“Jika berlari pada waktu malam, kita tidak akan terkejar-kejar dalam jadual kita, cuaca juga lebih redup pada waktu malam dan ianya akan membantu kita untuk lebih mudah tidur,” katanya kepada Sukanz.", "Selain itu, Rujhan juga menasihatkan agar untuk berjoging sebanyak empat kali seminggu selama 30 minit minima dengan setiap hari itu diselangi dengan rehat.", "Dalam masa yang sama, pemilihan kasut yang juga penting untuk memastikan keselesaan ketika berjoging.", "“Tidak kiralah kasut itu mahal atau murah, pastikan kita pilih kasut yang sesuai untuk digunakan semasa berjoging. ", "“Jika salah memilih kasut, ianya mampu mendorong kepada risiko mendapatkan kecederaan.”", "“Jika anda baru berjinak-jinak untuk berjoging, memperoleh kecederaan di peringkat awal mampu meruntuhkan motivasi anda untuk berjoging. Jadi pilih kasut dengan betul.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206969/", "headline": "\nSiapa Cakap Saya Dipinjamkan Oleh JDT? Itu Tuduhan Palsu! – Sumareh\n", "content": ["Penyerang naturalisasi skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh menafikan khabar angin bahawa dia telah mengikat kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dipinjamkan kepada kelab Police Tero FC sehingga tamat musim ini.", "Terdahulu, pemain kelahiran Gambia itu bertindak menamatkan kontraknya bersama Pahang setelah tidak menerima gaji lebih daripada sebulan.", "Tidak lama kemudian, kelab berpangkalan di Bangkok mengumumkan telah mendapatkan khidmat Sumareh dan diberikan jersi bernombor 13 untuk beraksi dalam saingan Thai League 1.", "“Siapa cakap saya sertai JDT? Kamu dengar dari mana? Saya bukan dipinjamkan, semua ini adalah tuduhan palsu,”", "“Saya ke Thailand dan saya telah menandatangani (dengan Police Tero),”", "“Saya mahu ke sana, tenangkan fikiran dan lakukan yang terbaik apa yang saya lakukan, iaitu bermain bola sepak.” kata penyerang berusia 26 tahun itu seperti dipetik daripada New Straits Times.", "Bekas majikannya, Pahang dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang selepas Sumareh mengumumkan menyertai Police Tero FC baru-baru ini.", "Bagaimanapun, Sumareh masih boleh beraksi bersama skuad The Silver Shield Dragon setelah mendapat sijil perpindahan antarabangsa (ITC) sementara daripada badan induk bola sepak dunia, FIFA.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321892/", "headline": "\nSelangor Umum Kedatangan Pemain Import Terakhir – ‘Playmaker’ Venezuela Usia 31 Tahun\n", "content": ["Pemain tengah menyerang kelahiran Venezuela, Yohandry Jose Orozco Cujia atau lebih dikenali sebagai Orozco menjadi pemain import terakhir yang diikat oleh Selangor FC pada jendela perpindahan kali ini.", "Kehadiran pemain berusia 31 tahun terbabit diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Gergasi Merah, semalam.", "Bercakap mengenai kariernya, Orozco mula bermain bola sepak secara profesional pada tahun 1991 ketika berusia 16 tahun bersama Maracaibo yang berpangkalan di negara kelahirannya. ", "🔴🟡 Yohandry Orozco #IsRED 🔴🟡", "👋 Welcome to Selangor FC, @laperlaorozco10 🇻🇪", "Yohandry José Orozco Cuja, better known as Orozco, a Venezuelan midfielder, was officially announced today as the Red Giants' final import player to compete in the 2023 Malaysian League.", "— Selangor FC (@selangorfc) February 15, 2023", "Sejak daripada itu, Orozco meneruskan karier di pelbagai kelab dari beberapa benua seperti Zulia, VfL Wolfsburg (Jerman, Eropah), Deportiva Tachira, New York Cosmos (Amerika Syarikat, Amerika Utara), Deportes Tolima, Puebla, Atletico Junior dan Santa Fe.", "Kelab terakhir yang disertainya ialah Deportiva Tolima dengan merekodkan 114 penampilan, merekodkan 12 jaringan serta mencipta 18 bantuan gol sepanjang dua musim bersama pasukan tersebut.", "Untuk makluman, Orozco menjadi pemain import keempat yang terbaru ditandatangani Selangor pada jendela perpindahan kali ini.", "Sebelum ini, Selangor telah mendatangkan Noor Al-Rawabdeh, Rauf Salifu dan Ayron del Valle. Manakala seramai empat pemain import musim lalu dikekalkan oleh skuad bimbingan Tan Cheng Hoe iaitu Yazan Al-Arab, Richmond Ankrah, Alex Agyarkwa dan Hein Htet Aung.", "Featured Image: Instagram Yohandry Orozco"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215011/", "headline": "\nTerbuka Sweden: Dua Pemain Perseorangan Negara Berentap di Final\n", "content": ["Dua pemain perseorangan lelaki negara iaitu Yeoh Seng Zoe dan Jacky Kok Jing Hong bakal merebut trofi kejuaraan di kejohanan Terbuka Sweden 2022 – sebuah kejohanan berstatus Siri Antarabangsa (International Series).", "Seng Zoe, pemain bebas (indenpendent) yang berusia 24 tahun mara ke pentas final selepas menundukkan pemain Jerman merangkap pilihan kedua kejohanan, Kai Schaefer.", "Pemain yang menghuni ranking ke-128 dunia ini mara setelah menumpaskan Kai secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-16 dan 21-18 di peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, seorang lagi perseorang lelaki negara yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jacky Kok Jing Hong, berusia 20 tahun, mara ke pentas final secara automatik apabila lawannya, pemain Thailand, Korakrit Laotrakul menarik diri.", "Featured Image: Torbjörn Jansson / Badminton Sweden"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113521/", "headline": "\nLapar, Dahaga Semasa Menonton Perlawanan di Stadium? Nantikan Pengumuman Baik Daripada KKM & MKN\n", "content": ["Pada ketika ini, penyokong yang dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk tidak dibenarkan makan mahupun minum sepanjang menonton mana-mana perlawanan sukan.", "Larangan tersebut membuatkan penyokong, sebagai contoh yang turun menonton perlawanan bola sepak, terpaksa menahan lapar dan haus lebih daripada tempoh 90 minit di stadium.", "Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, perkara ini telah mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan ianya telah disampaikan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.", "“Beliau (Khairy) juga mendengar keluhan orang ramai ini dan Insya-Allah perkara ini akan dapat kita umumkan tidak berapa lama lagi.", "“Tentunya ada berita baik buat penonton di stadium yang menyaksikan acara sukan. ", "“Perkara ini akan diumumkan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara), tidak sesuai KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang umumkan kerana ia bukan bidang kuasa kami,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Untuk makluman semua, penganjur saingan bola sepak tempatan iaitu Malaysian Football League (MFL) pada penghujung September lalu telah mengumumkan kebenaran kemasukan penonton dan penyokong ke stadium untuk menyaksikan saingan Piala Malaysia 2021.", "Kebenaran tersebut dibenarkan dengan syarat penyokong dan penonton telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan dan minum sepanjang berada di stadium.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220010/", "headline": "\nBajet 2023: RM15 Juta Untuk Agenda Nasional Malaysia Sihat – Pupuk Gaya Hidup Sihat\n", "content": ["Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkongsikan hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi menunjukkan satu daripada dua orang dewasa di negara ini mempunyai berat badan berlebihan.", "Selain itu, Malaysia juga menjadi juara sebagai negara paling obes di asia tenggara dan ini merupakan satu isu kesihatan awam yang perlu diambil berat.", "Oleh demikian, di dalam pembentangan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama, Zafrul mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk Agenda Nasional Malaysia (ANMS). Ianya bagi memupuk gaya hidup sihat sekaligus mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat dalam negara ini.", "Untuk makluman semua, ANMS  telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020 merupakan tawaran baharu (new deal) kerajaan yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.", "ANMS menggunakan pendekatan Whole of Nation iaitu penglibatan secara menyeluruh agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara menyeluruh.", "Sebagai tambahan, ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.", "Pada masa yang sama, kerajaan turut menyediakan sebanyak RM10 juta bagi meneruskan Hari Sukan Negara dan Jelajah Fit Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208744/", "headline": "\nBenarkah Pemain Yang Dikaitkan Dengan Kedah, Marc Klok Cedera 6 Bulan?\n", "content": ["Sejak akhir-akhir ini, pemain tengah kelahiran Belanda, Marc Klok cukup kuat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah untuk mengharungi saingan musim hadapan.", "Difahamkan Marc yang sering bermain di posisi tengah mahu di bawa ke kota Alor Setar untuk menggantikan pemain Filipina yang dilepaskan, Amin Nazari bagi mengisi slot pemain import asia tenggara/asia.", "Bagaimanapun, pemain naturalisasi Indonesia yang berusia 27 tahun ini dikatakan ditimpa kecederaan pada awal tahun dan terpaksa berehat selama enam bulan. Benarkah?", "Menurut hos dan pengulas Liga 1 Indonesia, Tio Prasetyo Utomo berkata, “dia cedera ketika bermain bersama PSM (Makassar) dahulu (sebelum berhijrah ke Persija Jakarta januari 2020) tetapi kini sudah sembuh.", "“Dia baik-baik sahaja.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Malahan Marc sendiri turut turut menafikan mengenai kecederaan ini menerusi beberapa laporan dari negara seberang.", "Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya ialah Marc yang menyertai Persija Jakarta pada januari lalu mempunyai kontrak jangka masa panjang iaitu sehingga januari 2024.", "Namun, Marc menyatakan kesediaannya untuk dipinjamkan ke mana-mana pasukan memandangkan ketidaktentuan perjalanan saingan bola sepak di Indonesia.", "Sekiranya penghijrahannya ke skuad kendalian Aidil Sharin Sahak menjadi kenyataan, para peminat skuad Hijau Kuning boleh menganggap pasukan mereka seakan-akan menandatangani pemain kacukan Malaysia-Australia, Brendan Gan.", "“Marc Klok merupakan pemain tengah box-to-box, kebiasaannya dia menjadi pemain yang membina serangan dari kawasan tengah padang.", "“Dia mempunyai visi dan fizikal yang baik walaupun bukan seorang pemain yang berbadan besar (dan tinggi), tetapi kesungguhannya dan mentaliti tidak mahu kalah meletakkannnya di tahap berbeza,", "“Ketepatan hantaran dia cukup baik, (tidak kira) ketika (situasi) bola mati atau permainan terbuka, dia boleh melakukan hantaran baik kepada rakan sepasukan.” jelas Tio lagi sambil mengiyakan gaya permainannya mirip Brendan Gan.", "Ketika bersama PSM Makassar, Marc membentuk gandingan yang mantap bersama seorang pemain import juga kelahiran Belanda, Willem Jan Pluim.", "Ketika itu, Marc ditugaskan untuk bermain lebih ke atas berbanding Pluim di bahagian tengah dengan berperanan sebagai pemain No.8 dan No.10 di dalam padang.", "Walaupun beraksi sebagai otak pasukan atau perancang, Marc juga mampu meledak gol di mana dia telah menjaringkan 14 gol daripada 83 penampilannya.", "Menandantangai khidmat Marc Klok yang memegang passport Indonesia umpama mendapatkan khidmat seorang pemain import dari benua eropah. Dia diberikan kerakyatan Indonesia secara rasminya pada 13 november 2020.", "Marc sememangnya ‘anak jati’ Belanda. Dilahirkan di Amsterdam pada 20 april 1993 dan memulakan karier bola sepaknya bersama sebuah pasukan di tanah kelahiranyannya iaitu skuad remaja FC Utrecht sebelum ke Scotland untuk menyertai Ross County selama semusim.", "Boleh dikatakan pemain ini kaya dengan pengalaman di eropah memandangkan di juga berkelana di Bulgaria bersama pasukan Cherno More selama dua musim. ", "Seterusnya, dia juga sempat merasa saingan bola sepak Liga Inggeris dengan bermain bersama Oldham Athletic pada julai 2016 sebelum kembali semula ke Scotland bersama Dundee FC januari berikutnya.", "Marc tiba di bumi Indonesia pada tahun 2017 dengan menyertai PSM Makassar. Di sana, dia pantas mencipta nama dalam saingan Liga Indonesia.", "Bersama PSM Makassar, Marc telah membantu pasukannya beraksi dalam saingan Piala AFC disamping membawa pasukan itu memenangi saingan Piala Indonesia 2019.", "Ini menyebabkan Persija Jakarta yang terkenal dengan julukan Macan Kemayoran mengikat khidmatnya dengan kontrak selama 4 tahun – suatu yang jarang-jarang dilakukan oleh pasukan di sana."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215297/", "headline": "\nPatron Mahu ‘Training Centre’ Kedah Berperanan Sebagai Tarikan Pelancong Dalam & Luar Negara\n", "content": ["“Bila sampai (negeri) Kedah kena pi tengok training centre,” kata Patron Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dalam sidang media di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, semalam.", "Tokoh dan pakar kewangan islam yang berperanan sebagai penaung pasukan Kedah sejak hujung tahun lalu berkata demikian bagi menerangkan konsep ‘training centre’ milik pasukan Kedah yang akan dibina kelak.", "Baca: Kedah Lantik Tokoh Kewangan, Dr. Mohd Daud Bakar Sebagai Penaung Kelab", "Beliau mahu menjadikan ‘training centre’ itu bukan sahaja berperanan sebagai tempat latihan untuk skuad Sang Kenari dan kegunaan orang ramai. Ianya akan dijadikan sebagai pusat tarikan pelancong dalam dan luar negara sekaligus dapat meningkatkan industri pelancongan negeri jelapang padi itu.", "Setakat ini, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi untuk pembinaan ‘training centre’ yang akan menempatkan tiga padang terbuka serta satu padang tertutup berdasarkan piawaian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).", "“Kita ada dua, tiga tapak tetapi kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri, Insya-Allah bila dapat tanah yang sesuai dan kita akan lantik konsultan untuk membuat rekaan 3D berdasarkan piawaian FIFA, kalau boleh, biarlah alang-alang buat, dapat FIFA punya endorsement,”", "Baca: ‘Training Centre’ Kedah Bakal Memiliki 3 Padang Terbuka & 1 Padang Tertutup", "“Lepas itu saya akan cuba buat pendanaanlah samada dalam atau luar negara untuk menjadikan training centre di negeri Kedah ini bukan sekadar training centre tetapi sebagai tarikan pelancongan daripada luar negara juga,” katanya.", "Dimaklumkan, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, pihaknya meletakkan anggaran kos RM15 juta hingga RM16 juta bagi membina ‘training centre’ tersebut. Projek pembinaan ini dijangka dimulakan pada tahun ini atau awal tahun hadapan.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215219/", "headline": "\nAnnuar Musa Sahkan RTM Runding Hak Penyiaran Piala Dunia 2022\n", "content": ["Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan rundingan untuk mendapatkan hak penyiaran bagi kejohanan bola sepak, Piala Dunia 2022 Qatar yang akan berlangsung November kelak.", "Menurut laporan akhbar tempatan Berita Harian, Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh menyatakan hasil rundingan dengan ejen yang dilantik oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.", "“Secara prinsip kita sudah bersetuju untuk RTM membuat rundingan dengan ejen yang dilantik oleh FIFA bagi siaran Piala Dunia 2022.” ", "“Insya-Allah kita perlu sedikit masa lagi untuk memuktamadkannya, tetapi sudah pasti RTM akan menjadi satu daripada saluran yang akan menyiarkan Piala Dunia 2022. Hasil rundingan akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "Untuk pengetahuan semua, stesen penyiaran milik kerajaan ini telah menyiarkan kejohanan bola sepak paling berprestij secara percuma bermula edisi kesepuluh yang berlangsung di Jerman Barat pada tahun 1974 kecuali edisi Piala Dunia 1986 Mexico."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215337/", "headline": "\nTiket BATC 2022 Boleh Didapati Secara Percuma Oleh Orang Ramai\n", "content": ["Orang ramai serta peminat badminton boleh menyaksikan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 yang berlangsung di Setia City Convention Centre dari 15 hingga 20 Februari ini secara percuma.", "Berita gembira ini dimaklumkan sendiri oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.", "Menurut makluman tersebut, tiket masuk untuk menyaksikan kejohanan tersebut dikeluarkan secara percuma buat orang ramai menerusi pendaftaran di laman sesawang, https://selangorbatc2022.com.", "Thread: Kenali kesemua pemain negara yang akan beraksi dalam Badminton Asia Team Championship 2022!Kategori Lelaki ⬇️ pic.twitter.com/9TJnKx4A1a", "Bagaimanapun, jumlah tiket dan tempat duduk untuk penonton adalah terhad disebabkan pematuhan kepada prosesur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 di venue berkenaan.", "Sebagai tambahan, bagi yang berjaya mendapatkan tiket tersebut, tiket elektronik akan dihantar menerusi emel masing-masing.", "BATC 2022: Pasukan Lelaki Malaysia Diundi Bersama Jepun, Singapura & Kazakhstanhttps://t.co/0sG8UUG7td", "Pada hari perlawanan, tiket perlu dibawa bersama-sama dengan Kad Pengenalan (IC) atau nombor pasport sebagai bukti untuk memasuki venue kejohanan.", "Hanya pemegang tiket yang telah lengkap vaksinasi dua dos sahaja dibenarkan masuk dan menyaksikan kejohanan. Sementara itu, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun adalah dilarang masuk."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110374/", "headline": "\nPerak Jimat Setengah Juta Sebulan Lepaskan 6 Tonggak Utama\n", "content": ["Skuad berpangkalan di utara semenanjung, Perak FC dapat membuat penjimatan sekitar RM500,000 setiap bulan selepas melepaskan 6 pemain tonggak utamanya.", "Ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka bermula 3 hingga 30 mei lalu, Perak dilaporkan telah melepaskan Guilherme de Paula, Shahrul Saad (JDT), J. Partiban, Kenny Pallraj (KL City), Nazirul Naim (Sabah) dan Shakir Hamzah (Liga Singapura).", "“Melalui langkah-langkah penstrukturan semula ini juga Perak FC berjaya melakukan penjimatan kos sekitar setengah juta ringgit sebulan dan ia amat penting bagi membantu pasukan mengatasi krisis kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang.” kata pihak pengurusan Perak dalam satu kenyataan, pada hari ini.", "Bagaimanapun, untuk mengimbangi pemergian enam pemain tersebut, skuad The Bos Gaurus membawa masuk 9 pemain baharu dalam usahanya untuk meneruskan baki 9 perlawanan Liga Super.", "Menurut laporan beberapa media tempatan, beberapa pemain telah dikaitkan menyertai Perak seperti Jad Noureddine dan Charlie Machell. Namun ianya belum diumumkan secara rasmi oleh Perak kerana menantikan kelulusan daripada Malaysian Football League (MFL).", "Pada masa yang sama, Perak turut menjelaskan kehadiran pemain-pemain baharu ini menunjukkan pihak pengurusan serius untuk kekal kompetitif serta tidak mahu menghampakan semua peminat Perak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325209/", "headline": "\nPemain No.1 Hong Kong Sahkan Kehadiran Bekas Pengarah Kejurulatihan BAM\n", "content": ["Bekas Pengarah Kejurulatihan (Perseorangan) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann yang meletakkan jawatannya daripada badan induk badminton tanah air pada bulan lalu kini mendapat peranan baharu bersama skuad kebangsaan Hong Kong.", "Menerusi satu laporan oleh media berpangkalan di negara berkenaan, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia 2003 bakal memulakan tugas sebagai jurulatih perseorangan lelaki skuad kebangsaan Hong Kong.", "A post shared by 體路 Sportsroad (@sportsroad.hk)", "Kehadiran Choong Hann turut disahkan oleh pemain lelaki No.1 Hong Kong yang kini berada di ranking ke-13 dunia, Ng Ka Long Angus yang mengucapkan selamat datang menerusi akaun Instagram peribadinya, pada hari ini.", "Untuk makluman, khidmat Choong Hann diambil skuad kebangsaan Hong Kong bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh jurulatih kelahiran Malaysia, Wong Tat Meng yang dilantik sebagai pengarah kejurulatihan jaguh perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322985/", "headline": "\nBAC 2023: Cabaran Besar Menanti Goh Jin Wei Di Pusingan 32\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei memulakan kempen di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 dengan cabaran besar dengan menentang pemain No.1 Korea, An Se Young di Pusingan 32.", "Pemain yang merangkul tiga kejuaraan dan dua naib juara daripada lima kejohanan yang disertainya pada tahun ini menjadi lawan Jin Wei setelah hasil undian bagi BAC 2023 keluar pada hari ini.", "Pertemuan yang akan berlangsung melibatkan kedua-dua pemain itu nanti akan menjadi yang kedua di pentas antarabangsa. Sebelum ini, mereka pernah bertemu di Terbuka Malaysia 2023 yang menyaksikan Jin Wei tumpas dengan keputusan 21-10 dan 21-12.", "Sementara itu, seorang lagi perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray pula akan berhadapan dengan pemain No.10 dunia dari Thailand, Pornpawee Chochuwong di peringkat yang sama.", "Untuk pengetahuan semua, Kisona dan Pornpawee pernah berentap sebanyak tiga kali sebelum ini dan ketiga-tiganya berakhir dengan Kisona mengalami kekalahan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324223/", "headline": "\nArgentina Senaraikan Messi Untuk Menentang Australia & Indonesia\n", "content": ["Pemain yang memenangi Anugerah Bola Emas di Piala Dunia 2022, Lionel Messi akan turut serta bersama skuad kebangsaan Argentina bagi menghadapi Australia dan Indonesia dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa pada Jun kelak.", "Pengesahan penyertaan penyerang yang bakal menjengah usia 36 tahun itu hadir menerusi pengumuman senarai 27 pemain yang disenaraikan oleh ketua jurulatih, Lionel Scaloni menerusi pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan La Albiceleste, semalam.", "#SelecciónMayor Futbolistas convocados por @lioscaloni para la gira asiática de junio.", "¡¡¡Siempre, siempre, vamos Selección!!! 😁💙🤍💙 pic.twitter.com/0MlZAdZv0H", "— 🇦🇷 Selección Argentina ⭐⭐⭐ (@Argentina) May 27, 2023", "Selain Messi yang juga merupakan pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Argentina akan turut membawa beberapa pemain bintang yang beraksi ketika mereka menjuarai Piala Dunia 2022 di Qatar seperti Emiliano Martinez (Aston Villa), Julian Alvarez (Manchester City), Angel Di Maria (Juventus), Alexis Mac Allister (Brighton), Giovani Lo Celso (Villareal) dan lain-lain lagi.", "Untuk makluman, Argentina dijadualkan akan bertemu Australia atau nama julukannya, Socceroos terlebih dahulu pada 15 Jun di Worker’s Stadium di Beijing, China. Kemudiannya, Argentina akan terbang ke Indonesia untuk bertemu skuad Garuda dimana ianya akan berlangsung pada 19 Jun bertempat di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.", "Sementara itu, Indonesia menerusi ketua jurulatihnya, Shin Tae-yong turut mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menentang skuad Argentina terbabit, pada Sabtu lalu. Berdasarkan pengamatan, dua pemain Indonesia yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Saddil Ramdani dan Jordi Amat turut disenaraikan oleh jurulatih dari Republik Korea itu.", "Shin Tae-yong resmi mengumumkan 26 pemain Timnas Indonesia yang akan menjalani pemusatan latihan jelang FIFA Match Day.", "Pemusatan latihan akan dimulai pada Senin, 5 Juni 2023 di Surabaya.", "Semangat persiapkan diri, Garuda! ✊#KitaGaruda pic.twitter.com/MXpEjI4Ezu", "— PSSI (@PSSI) May 27, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113280/", "headline": "\nRanking BWF: Siti Nurshuhaini Langkau 85 Anak Tangga Selepas Muncul Naib Juara Terbuka Czech\n", "content": ["Pemain muda perseorangan wanita negara, Siti Nursuhaini terus merekodkan peningkatan kedudukannya dalam ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pemain berusia 17 tahun yang menamatkan saingan Terbuka Czech selaku naib juara meraih peningkatan sebanyak 85 anak tangga.", "Peningkatan tersebut membolehkan Nurshuhaini menghuni tangga ke-269 dunia pada minggu ini. Ini merupakan ranking terbaik pernah dihuni oleh Nurshuhaini sejak disenaraikan oleh BWF pada bulan Mei lalu.", "Pada masa yang sama, kemasikini BWF turut memperlihatkan peningkatan kedudukan melibatkan seorang lagi pemain muda perseorangan wanita negara iaitu Letshanaa Karupathevan.", "Walaupun disingkirkan oleh Nurshuhaini pada peringkat suku akhir dalam kejohanan Terbuka Czech baru-baru ini, Letshanaa tetap meraih peningkatan sebanyak 176 anak tangga terhadap ranking dunianya. Perkembangan positif ini menjadikan Letshanaa yang berusia 18 tahun berada di tangga ke-429 dunia.", "Tidak dilupakan, Eoon Qi Xuan yang berusia 20 tahun turut mencatatkan peningkatan sebanyak 4 anak tangga. Dia yang juga mara sehingga ke peringkat suku akhir Terbuka Czech menghuni tangga ke-118 dunia.", "Sementara itu, Kisona Selvaduray pula mencatatkan penurunan satu anak tangga menjadikan pemain berusia 23 tahun ini berada di posisi ke-54 dunia pada saat ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321487/", "headline": "\nKejohanan Boling Tenpin Asia: Skuad Lelaki Negara Muncul Juara Selepas 15 Tahun\n", "content": ["Pingat emas dalam acara lelaki lima berpasukan di Kejohanan Boling Tenpin Asia (ATBC) Ke-26 yang berlangsung di Hong Kong berjaya dirangkul oleh skuad lelaki Malaysia.", "Skuad lelaki negara yang terdiri daripada Muhd Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan, Tun Hakim, Timmy Tan, Ahmad Muaz dan Syazirol Shamsudin mengesahkan kemenangan dengan bangkit melakukan 7,323 jatuhan pin pada blok kedua. ", "Jumlah jatuhan pin itu membolehkan mereka mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Korea yang merekodkan 7,079 dan 7,044 jatuhan pin masing-masing. Kedua-dua UAE dan Korea membawa pulang pingat perak dan gangsa.", "Terdahulu, skuad negara hanya mampu menduduki tempat ketiga pada blok pertama apabila mencatatkan 3,607 jatuhan pin sahaja.", "Sebagai rekod, kejayaan meraih pingat emas dalam acara lelaki lima berpasukan ini menamatkan kemarau selama 15 tahun buat Malaysia.", "Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara ini adalah pada Kejohanan Boling Tenpin Asia Ke-20 yang turut berlangsung di Hong Kong pada tahun 2008 lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220505/", "headline": "\nCheah Liek Hou Muncul Juara Kejohanan Badminton Para Dunia Kali Ketujuh\n", "content": ["Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menambah satu lagi koleksi gelaran juara dalam acara perseorangan lelaki di pentas Kejohanan Badminton Para Dunia BWF.", "Terbaru, pemain berusia 34 tahun ini muncul juara di kejohanan yang berlangsung di Tokyo, Jepun, semalam. Kejuaraan itu merupakan yang ketujuh dalam kariernya.", "Kejayaan itu hadir selepas Liek Hou menumpaskan seteru utamanya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dalam perlawanan akhir kategori SU5 (kecacatan fizikal) secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-12 dalam tempoh 33 minit permainan.", "A post shared by Cheah Liek Hou 謝儮好 (@cheahliekhou4956)", "Sementara itu, Liek Hou hampir-hampir sahaja membawa pulang kejuaraan berganda daripada kejohanan ini. ", "Liek Hou yang beraksi dalam satu lagi acara iaitu beregu lelaki SU5 bersama gandingannya, Mohamad Faris Ahmad Azri berjaya mara ke perlawanan akhir.", "Namun begitu, gandingan ini terpaksa akur menamatkan saingan selaku naib juara apabila tumpas kepada beregu Indonesia yang turut diwakili oleh Dheva serta rakannya, Hafizh Prawiranegara.", "Dalam perlawanan itu, Liek Hou-Faris tumpas secara “straight set” dengan skor 9-21 dan 15-21 dalam tempoh 25 minit permainan.", "Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215937/", "headline": "\nCEO Syarikat Kriptowang Binance Nafi Nak Beli Chelsea\n", "content": ["Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat bursa kriptowang, Binance menafikan ingin memiliki pasukan yang berpangkalan di London merangkap juara Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2020-21, Chelsea.", "Jurucakap syarikat berkenaan berkata kepada Reuters, Changpeng Zhao ada melakukan perbincangan dengan wakil jualan Chelsea merangkap sebuah bank pelaburan Amerika Syarikat, Raine Group. Namun, jurucakap itu menafikan Changpeng Zhao mahu memiliki kelab bola sepak kerana ianya bukan keutamaan syarikat berkenaan.", "Baca: Platform Jual Beli Kriptowang Penaja Baharu Liga Super & Piala Malaysia", "Akan tetapi, Binance yang merupakan bursa kriptowang terbesar dunia tidak asing dengan dunia bola sepak dimana mereka adalah penaja kelab Serie A, Lazio dan pasukan kebangsaan Argentina. Tidak dilupakan, Binance juga merupakan penaja kepada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).", "😉👏🏻 Good first take, @binance! #CMonEagles 🦅 pic.twitter.com/y6AJIu9VTi", "Baca: Binance Suntik Modal Pelaburan Pada Platform Kripto Malaysia – MX Global", "Selain itu, Binance turut mengadakan kerjasama dengan kelab bola sepak terkenal seperti kelab berpangkalan di Portugal, FC Porto dan kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Brazil, Santos FC sebagai Rakan Rasmi Fans Token mereka.", "Untuk makluman semua, pemilik Chelsea pada ketika ini, Roman Abramovich yang merupakan kelahiran Rusia mengumumkan mahu menjual kelab tersebut pada minggu lalu. Ini dilakukan selepas negaranya melakukan pencerobohan terhadap Ukraine.", "Ahli perniagaan berusia 55 tahun itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan presiden negaranya, Vladimir Putin tetapi perkara tersebut telah dinafikan oleh Roman."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208384/", "headline": "\nKetua Jurulatih Selangor Diberi ‘Nickname’ Kalle oleh Thomas Tuchel?\n", "content": ["Para penyokong pasukan Selangor boleh mula memanggil ketua jurulatih baharu mereka, Karsten Neitzel dengan panggilan yang lebih ringkas iaitu Kalle selepas daripada saat ini.", "Menurut jurulatih berusia 52 tahun tersebut, dia lebih selesa dengan nama panggilan tersebut memandangkan kesemua rakan-rakannya memanggilnya Kalle sejak daripada usia muda lagi. ", "“Yang seeloknya (panggil) Kalle, ini merupakan nama panggilan saya dan semua rakan-rakan saya dan saya harapkan semua penyokong boleh berkawan dengan saya dan (boleh) panggil saya Kalle.” katanya dalam satu temu bual bersama Nadi Arena.", "Menariknya, nama panggilan tersebut diberikan oleh salah seorang pengurus dan jurulatih ternama dunia pada ketika ini. ", "Tanpa mendedahkan nama jurulatih tersebut secara terang-terangan, Karsten memberikan pembayang bahawa individu tersebut pernah bersamanya dalam skuad Stuttgart Kickers, tahun 1992.", "Dan ketika itu, individu tersebut masih lagi muda remaja dan Karsten pula berusia 24 tahun.", "Hasil carian yang dibuat menunjukkan individu tersebut merupakan seorang pengurus yang membimbing kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCl) 2019/20. ", "Tanpa ragu-ragu dan sebarang kesangsian lagi, individu itu ialah Thomas Tuchel!", "Featured Image: Selangor FC & Paris Saint-Germain"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216617/", "headline": "\nTerbuka Korea: Wakil Tunggal BAM Tze Yong Tiada Masalah Mara Ke Pusingan 16\n", "content": ["Satu-satunya wakil negara yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam saingan Terbuka Korea 2022, Ng Tze Yong berhasil meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya.", "Pemain berusia 21 tahun itu mara selepas mencatatkan kemenangan ke atas pemain Finland, Kalle Koljonen yang berada di ranking ke-62 dunia pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong berhasil merekodkan secara ‘straight set’ dengan skor 21-13 dan 21-15 dalam tempoh masa 36 minit permainan sahaja.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅13 15 🇫🇮Kalle KOLJONEN", "🕗 in 36 minutes https://t.co/2XD7z015gg", "— BWFScore (@BWFScore) April 5, 2022", "Untuk makluman semua, Tze Yong sudah pernah menentang Kalle sebanyak satu kali sebelum ini. Pertembungan itu berlangsung semasa di South Australia International 2019 dan ianya turut memihak kepada perseorangan muda negara ini.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Tze Yong bakal turun menentang perseorangan tuan rumah, Kim Donghun yang kini menghuni ranking ke-125 dunia.", "Sebagai tambahan, Tze Yong turut mempunyai pengalaman menentang pemain Korea ini sebanyak satu kali dan perlawanan itu juga dimenangi oleh Tze Yong secara ‘straight set’ di pentas Sydney International 2019.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218826/", "headline": "\nAzeem Fahmi Terima Tawaran Lanjut Pelajaran Daripada 3 Buah Universiti Amerika Syarikat\n", "content": ["Pelari muda kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi akan melanjutkan pelajarannya di luar negara dan negara yang menjadi pilihannya ialah Amerika Syarikat.", "Menurut laporan Harian Metro, jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah mendedahkan Azeem telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajarannya daripada tiga buah universiti Amerika Syarikat yang berpangkalan di Minesota, Oregon dan Houston.", "Difahamkan Azeem yang meraih keputusan 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sana namun belum memuktamadkan sebarang universiti.", "“Azeem akan menyambung pelajaran di luar negara dan berlatih. Maksud saya belajar sambil berlatih. Jika semuanya berjalan lancar, insya-Allah dia akan berangkat pada Januari nanti.", "“Sekembalinya ke tanah air selepas ini, Azeem akan menyambung latihan untuk persediaan ke Sukma yang akan diadakan pada September,” katanya dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Kejohanan Olahraga Dunia B-20: Azeem Catat Larian 10.09s Acara 100m – Rekod Baharu Kebangsaan https://t.co/cqBckknUcx", "— Sukanz. (@sukanzcom) August 2, 2022", "Azeem yang merupakan kelahiran Perak semakin menjadi sebutan apabila dia berhasil memecahkan rekod kebangsaan dalam acara pecut 100 meter (m) ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia.", "Dia memecahkan rekod berkenaan apabila mencatatkan masa larian sepantas 10.09 saat (s) ketika mengambil bahagian dalam peringkat saringan mengatasi rekod lama – 10.18s – yang dilakukan Khairul Hafiz Jantan ketika Sukan Malaysia (Sukma) 2016.", "Dalam acara pecut 200m di kejohanan yang sama pula, Azeem berhasil menghasilkan rekod kebangsaan B-20 baharu dengan menamatkan larian dalam tempoh 20.83s ketika peringkat saringan.", "Catatan masa itu juga merupakan yang kedua terpantas dalam sejarah kebangsaan di belakang seorang lagi pelari negara, Alexander Russel Nasir Taib yang merekodkan larian 20.77s.", "Featured Image: Instagram Azeem Fahmi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217120/", "headline": "\nGelaran Raja Badminton Asia 2022 Jadi Milik Lee Zii Jia\n", "content": ["Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia merangkul gelaran ‘Raja’ badminton benua asia selepas berhasil menumpaskan  Jonatan Christie di pentas akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Lebih manis, Zii Jia yang merupakan pemain bebas (independent) di ranking ketujuh dunia mencipta kemenangan tersebut dengan menumpaskan pemain Indonesia itu secara ‘straight set’.", "FINAL#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(3) def. #INA🇮🇩 Jonatan Christie(4) 21-17 23-21", "* WHAT A WIN!! Zii Jia ends Malaysia’s 6-year wait for a MS title at the BAC with his fifth career win over Christie.Congrats Jia!🇲🇾", "— BAM (@BA_Malaysia) May 1, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia mengatasi pemain di ranking kelapan dunia itu dengan skor 21-17 pada set pertama. Di set kedua, perlawanan berlangsung dengan lebih sengit namun Zii Jia berhasil menamatkannya dengan keputusan 23-21.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini turut menjadikan Zii Jia memperbaiki rekod pertemuannya menentang Jonatan menjadi dua kemenangan daripada enam pertemuan secara keseluruhan.", "Dengan kemenangan ini, Zii Jia berhasil membawa pulang 12,000 mata memandangkan kejohanan ini telah diangkat menjadi kejohanan yang setaraf saingan Super 1000.", "Dijangka kedudukan ranking Zii Jia akan berubah dalam kemaskini yang berikutnya pada Selasa nanti.", "Sebagai tambahan, kali terakhir perseorangan lelaki Malaysia memenangi kejohanan ini ialah Datuk Lee Chong Wei pada tahun 2016."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323711/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Gelaran Raja Lempar Cakera Asia Tenggara Milik Irfan Selama Sedekad\n", "content": ["Atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin terus pamerkan kredibilitinya selaku Raja Lempar Cakera Asia Tenggara apabila mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2023 dengan jarak lemparan sejauh 57.83 meter (m).", "Kejayaan Irfan Shamsuddin itu juga bermakna atlet kelahiran Negeri Sembilan itu berjaya memenangi pingat emas keenamnya berturut-turut sejak kali pertama diraihnya di Sukan SEA 2013 Myanmar, hampir sedekad lalu.", "Lemparan emas Irfan itu kemudiannya diikuti pemenang pingat perak, Kiadpradid Srisai dari Thailand dengan jarak lemparan sejauh 51.89m dan gangsa diraih rakan senegaranya, Bandit Singhatongkul (50.02m).", "Terdahulu, Irfan mencatatkan jarak lemparan sejauh 58.26m dalam edisi Sukan SEA yang lalu, kurang 0.10m daripada rekod terbaiknya bagi temasya tersebut yang dicatatkan pada 2017 (58.36m). ", "Untuk makluman, atlet berusia 28 tahun itu mencatatkan rekod kebangsaan di Kejohanan Linz Leichtathletik Gala, Austria pada 2017 dengan lemparan sejauh 62.55m. ", "Bagaimanapun, Irfan masih belum mampu memecah rekod temasya yang dipegang atlet lempar cakera legenda Singapura, Wong Tuck Yim (59.50m) di Sukan SEA 1999 Brunei.", "Featured Image: Majlis Olimpik Malaysia (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218633/", "headline": "\nKejohanan Sepak Takraw Dunia: Thailand Singkir Malaysia Di Peringkat Separuh Akhir \n", "content": ["Perjalanan regu lelaki negara dalam Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai Ke-35 yang berlangsung di Island Sports World, Bangkok terhenti di peringkat separuh akhir.", "Ini berikutan skuad negara yang dibimbing oleh Mohd. Rashidi Nordin tumpas kepada pasukan tuan rumah di peringkat terbabit, semalam.", "Perlawanan terbabit berkesudahan dengan skuad negara tumpas di set pertama 21-18 sebelum tumpas di set berikutnya dengan skor 21-10.", "Sebelum perlawanan menentang Thailand di separuh akhir, Malaysia tumpas kepada Republik Korea sekaligus menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku naib juara kumpulan.", "Disebabkan itu, Malaysia terpaksa berhadapan dengan Thailand selaku juara Kumpulan A di peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, Thailand yang mara ke pentas final akan bertemu Republik Korea pada hari ini untuk merebut gelaran juara bagi kategori regu lelaki.  ", "Featured Image: Persatuan Sepak Takraw Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215423/", "headline": "\nK-League 2022 Dapat Penajaan Daripada Widad Langkasuka\n", "content": ["Saingan bola sepak domestik yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) iaitu K-League mengumumkan barisan penajanya.", "Menerusi satu majlis pelancaran yang diadakan semalam, penaja utama Kedah Darul Aman FC musim lalu, Widad Langkasuka diperkenalkan sebagai penaja utama disamping Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Lotto selaku penaja bersama.", "Hasil daripada penajaan syarikat berkenaan, Widad turut diangkat sebagai ‘title sponsor’ bagi saingan bola sepak peringkat negeri Kedah ini sekaligus menjadikan saingan bergelar Widad K-League 2022.", "Memperkenalkan WIDAD K-LEAGUE 2022!#KedahFA#WidadKLeague2022#WidadLangkasuka#PKNK#LOTTOMY pic.twitter.com/FejeNidyCV", "Untuk makluman semua, kejohanan di bawah kelolaan K-League ini meliputi beberapa kejohanan seperti KFA Junior Cup, Piala Menteri Besar Kedah, Piala KFA, KFA Futsal League dan KFA Beach Soccer.", "Penganjuran K-League ini bertujuan untuk mencungkil bakat dari setiap pelusuk negeri Kedah dan membuka peluang buat orang ramai daripada pelbagai peringkat umur untuk terlibat dalam sukan bola sepak.", "Sebagai tambahan, majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Presiden KFA merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor sambil disaksikan oleh barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA, Ahli Gabungan KFA dan para pengamal media."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214609/", "headline": "\nPengarah Teknikal Baharu, Scott O’Donell Saran Lantik Jurulatih ‘Import’ Kemudi Harimau Malaya\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan Scott O’Donell sebagai Pengarah Teknikal baharu buat badan induk bola sepak kebangsaan, pada hari ini.", "Perlantikan individu kelahiran Australia berusia 55 tahun ini dibuat oleh FAM bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee setelah meletak jawatan pada September tahun lalu.", "Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, Scott mencadangkan kepada pihak pengurusan FAM supaya melantik ketua jurulatih ‘import’ untuk mengemudi skuad senior kebangsaan.", "Scott mengusulkan cadangan itu susulan daripada perletakan jawatan oleh jurulatih kelahiran Kedah, Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, pada Isnin lalu, atas alasan gagal ke peringkat separuh akhir Piala AFF 2020.", "“Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang,” jelasnya.", "Untuk makluman semua, Scott merupakan individu yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan kejurulatihan termasuk pernah memegang pelbagai jawatan sebagai pengarah teknikal, ketua jurulatih dan juga seorang bekas pemain.", "Antara jawatan yang pernah dipegang Scott adalah Pengajar Jurulatih/Pakar/Mentor FIFA, Pengajar Jurulatih AFC, Pengarah Teknikal di Capital Football (Persekutuan Bolasepak Australian Capital Territory) dan Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF).", "Selain itu, Scott turut mempunyai pengalaman sebagai ketua jurulatih kelab Liga Singapura, Geylang United serta skuad kebangsaan Kemboja.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207311/", "headline": "\nMourinho Minta Tukar Gol Selepas Mendapati Ukurannya Kurang 5cm\n", "content": ["Pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho meminta menukarkan tiang gol selepas mendapati ukurannya kurang 5cm berbanding piawaian yang ditetapkan dalam satu aksi kelayakan Liga Europa, awal pagi tadi.", "Pada awalnya, ianya disedari oleh salah seorang penjaga gol Spurs semasa mereka melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum daripada sepak mula menentang KF Shkendija.", "“Sebelum daripada perlawanan (bermula) situasinya sangat kelakar kerana penjaga gol beritahu saya gol (itu) kecil.”", "“Saya ke sana untuk lihat sendiri dan memang kecil. Penjaga gol sentiasa duduk di gol jadi memang (mereka) tahu.”", "“Saya terus dapat rasakan sesuatu tidak kena dan kami (panggil) delegasi UEFA (ukur) dan ianya kurang 5cm. Kami minta (tukar) gol dengan ukuran yang sepatutnya.” katanya seperti dipetik daripada Goal.", "Kedua-dua tiang gol itu ditukarkan segera oleh staf Philip II National Arena selepas daripada pemeriksaan oleh delegasi UEFA.", "Dalam perlawanan tersebut, Spurs berjaya menumpaskan pasukan berpangkalan di North Macedonia itu dengan keputusan 3-1.", "Pasukan berpangkalan di utara London itu diikat 1-1 oleh FK Shkendija sehinggalah Heung-min Son menjaringkan gol pada mnit ke-70 dan memastikan kemenangan selesa menerusi jaringan penyerang, Harry Kane pada minit ke-79."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322658/", "headline": "\nAzizulhasni ‘The Pocket Rocketman’ Berlatih Sambil Berpuasa Sekitar 15 Jam\n", "content": ["Puasa sekitar 15 jam sehari tidak menjadi halangan buat pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” untuk terus menjalani latihan seperti biasa. ", "Tempoh puasa yang agak panjang itu terpaksa dilalui oleh pelumba berusia 35 tahun ini ekoran sedang berada di bandar yang terletak di sebuah kepulauan perairan Mediterranean iaitu Palma de Mallorca.", "“Puasa di sini mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan keadaan cuaca yang mempunyai matahari panas tetapi dengan angin yang sejuk.”", "“Suhu minimum sekitar 8 celcius dan maksimum mencecah 25 celcius dan masyarakat tempatan mengatakan sekarang adalah ‘the best season of the year’.” ujarnya.", "Bagaimanapun, pelumba berasal dari Dungun, Terengganu menjelaskan sesi latihan pada bulan Ramadan diubah suai sedikit terutamanya pada aspek program latihan dan waktu untuk berlatih.", "Untuk makluman semua, Azizul bersama pelumba-pelumba negara yang lain menjalani kem latihan di sana atau secara spesifiknya, Velodrom Illes Balears bagi menyiapkan diri untuk perlumbaan di sekitar eropah kelak.", "Sekitar pertengahan Mac lalu, Azizul yang mendapat kecederaan semasa sesi latihan terpaksa melupakan hasrat untuk meneruskan aksinya dalam perlumbaan Piala Negara-Negara UCI di Kaherah, Mesir selepas mendapat nasihat doktor.", "Sebelum itu, Azizul yang kembali berlumba pada penghujung Februari lalu selepas rehat panjang ekoran pembedahan berkaitan jantung berjaya meraih pingat perak dalam acara keirin dalam saingan Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia.", "Featured Image: Facebook Azizulhasni Awang "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112383/", "headline": "\nSkuad Muda Hoki Turut Terbang Ke UK, Persiapan Untuk Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021\n", "content": ["Barisan pemain muda hoki kebangsaan atau Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan turut terbang ke London bagi mengikuti Siri Jelajah United Kingdom (UK) 2021.", "Jelajah ini merupakan persiapan buat anak-anak buah Wallace Tan untuk mengharungi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang akan berlangsung di India pada 24 November hingga 5 Disember kelak.", "Menurut makluman oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), barisan pemain muda ini akan berada di UK bermula 26 September hingga 16 Oktober.", "Sebelum ini, MHC telah memaklumkan, skuad senior kebangsaan terbang ke London pada 19 September untuk menyertai Siri Jelajah United Kingdom sebagai persiapan untuk mengharungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022.", "Baca: Skuad Hoki Kebangsaan Lakukan Persiapan Untuk Harungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di United Kingdom", "“Skuad bimbingan Wallace Tan mempunyai misi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini di India dan siri jelajah ini amat penting untuk digunakan oleh mereka dengan sebaiknya.", "“Setelah sekian lama tiada perlawanan kompetitif untuk mereka, jadi 21 pemain yang menyertai siri jelajah ini termasuk dua penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan enam pemain di bahagian serangan perlu memanfaatkan semua perlawanan persahabatan yang telah diatur untuk mereka.", "“Sebanyak lapan perlawanan telah diatur buat skuad remaja negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk dua perlawanan menentang pasukan kelab dan enam perlawanan lagi bertemu Skuad B-21 England, B-23 Wales dan B-23 Scotland,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan MHC, Dato’ Ahmad Najmi.", "Berikut adalah senarai 21 pemain muda yang akan terbang untuk mengikuti Siri Jelajah United Kingdom 2021:", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217573/", "headline": "\nRanking BWF: Daren Kembali Jadi Pemain ‘Top 30’ Dunia Selepas Dua Tahun\n", "content": ["Perseorangan badminton senior negara, Liew Daren kembali menyertai kelompok 30 pemain terbaik dunia selepas mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Thailand 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – pada minggu lalu.", "Kemaraan ke peringkat separuh akhir tersebut membolehkan pemain bebas (independent) berusia 34 tahun ini merekodkan peningkatan enam anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-28 dunia dalam kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Di kejohanan terbabit, Daren mara selepas menumpaskan Prannoy Haseena Sunil Kumar (Pusingan 32), Koko Watanabe (Pusingan 16) dan Zhao Jun Peng (suku akhir).", "Bagaimanapun, dia tidak dapat mara ke peringkat akhir apabila terpaksa akur tumpas kepada “sparring partner” atau rakan sepelatihnya sendiri, Lee Zii Jia yang akhirnya bergelar juara dalam kategori perseorangan lelaki.", "Sebagai rekod, Daren berada di dalam kelompok 30 pemain terbaik dunia ini adalah sekitar dua tahun yang lalu sebelum menurun kepada ranking ke-41 pada 14 Januari 2020.", "Sementara itu, kemaskini tersebut memperlihatkan perkembangan yang kurang enak apabila pemain muda yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Tze Yong turun dua anak tangga dan menghuni ranking ke-48 dunia, minggu ini.", "Manakala untuk beberapa pemain lain seperti Soong Joo Ven, Cheam June Wei, Aidil Sholeh dan Leong Jun Hao pula kekal di tangga ke-59, ke-72, ke-100 dan ke-124 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322002/", "headline": "\nVideo: Safawi, Dion Cools Bantu Kelab Masing-Masing Ke Separuh Akhir Thai League Cup\n", "content": ["Dua pemain skuad kebangsaan yang beraksi dalam kancah bola sepak negara jiran tetangga iaitu Safawi Rasid dan Dion Cools kini menjadi semi-finalis bagi saingan Thai League Cup apabila kelab yang diwakili kedua-dua pemain itu masing-masing melakar kemenangan dalam aksi suku akhir, semalam.", "Safawi dan Dion menyumbang secara langsung kepada kemaraan kelab masing-masing iaitu Ratchaburi FC dan Buriram United dengan diturunkan oleh ketua jurulatih sepanjang 90 minit berlangsungnya permainan terbabit.", "Lebih manis, Safawi yang diturunkan menentang kelab liga divisyen ketiga Thailand, Samutsongkhram FC mencipta satu ‘assist’ yang membolehkan rakan sepasukannya, Krtitsananon Srisuwan menjaringkan gol seterusnya menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-1 buat skuad The Dragons.", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 hasil jaringan sendiri Park Jun-Heong pada minit 30’ dan jaringan penyamaan oleh Anon Amornlerdsak pada minit 38’.", "Sementara itu, Dion yang turun memperkuatkan barisan pertahanan menentang pasukan Thai League 1, Bangkok United pula berhasil memastikan pasukannya tidak merekodkan sebarang bolos.", "Skuad berjulukan Thunder Castle ini berhasil melakar kemenangan bergaya 3-0 hasil jaringan Suphanat Mueanta, Haris Vuckic dan Goran Causic pada minit 30’, 50’ dan 77’ masing-masing.", "Dua lagi kelab yang turut sama melangkah ke peringkat separuh akhir ialah PT Prachuap dan BG Pathum United. Untuk makluman, pertembungan peringkat separuh akan ditentunkan menerusi undian kelak.", "Featured Image: Ratchaburi FC & Buriram United"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220724/", "headline": "\nPiala Malaysia: JDT Tak Mahu Kecewa Seperti Tahun Lalu\n", "content": ["Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mahu lagi menanggung kekecewaan seperti tahun lalu apabila tumpas kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) sekaligus terlepas peluang untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia.", "Tahun ini, skuad berjulukan Harimau Selatan ini berhasil mengulangi lagi kemaraan ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah menumpaskan Sabah FC pada peringkat separuh akhir.", "Menantinya di perlawanan akhir itu adalah Selangor FC yang mendapat bimbingan ketua jurulatih baharu merangkap bekas ketua jurulatih skuad kebangsaaan Malaysia, Tan Cheng Hoe. ", "Penyerangnya, Bergson da Silva mengajak pasukannya untuk bersiap sedia untuk turun ke perlawanan ini bagi memenangi trofi Piala Malaysia.", "“Kami berasa sangat gembira dengan kejayaan ini malah kami bermain seperti satu keluarga di atas padang dalam tiap perlawanan.", "“Pasukan perlu bersedia untuk perlawanan akan datang, semua orang tahu kesukaran aksi di akhir bagi memenangi trofi Piala Malaysia namun kami akan cuba.", "“Ini detik terbaik buat kami menebus terhadap apa yang terjadi musim lalu kerana kami tidak mahu kecewa dan menangis sekali lagi, jadi kami akan bekerja keras untuk aksi akhir ini,” kata Bergson.", "Kempen Piala Malaysia ini juga menyaksikan Bergson memainkan peranan yang cukup penting dalam memacu JDT ke perlawanan akhir.", "Penyerang kelahiran Brazil ini telah menyumbat enam gol dan berada di kedudukan kedua dalam carta penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216138/", "headline": "\nBarcelona & Spotify Umum Kerjasama – Stadiumnya Dijenamakan Menjadi Spotify Camp Nou Bermula Julai 2022\n", "content": ["Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona mengumumkan kerjasama jangka masa panjang bersama platform servis penstriman audio secara langganan paling popular di dunia, Spotify secara rasminya, pada hari ini.", "Selari dengan pengumuman tersebut, syarikat yang berasal dari Sweden itu diangkat menjadi Rakan Utama Kelab serta Rakan Penstriman Audio Rasmi Kelab buat pasukan yang terkenal dengan julukan Blaugrana ini.", "Selain itu, kerjasama ini bakal menyaksikan logo Spotify akan tertera di hadapan jersi pasukan lelaki dan wanita Barcelona bermula musim 2022-23 dan empat musim berikutnya.", "We’re partnering with @Spotify to bring football and music together like you’ve never seen before 🏟", "Dikhabarkan logo jenama ini juga akan tertera di jersi latihan pasukan ini bermula musim 2022-23 serta tiga musim berikutnya. Jenama Spotify itu menggantikan jenama Rakuten dan Beko yang menghiasi jersi pasukan dan latihan Barcelona sebelum ini.", "Buat pertama kalinya dalam sejarah, hasil perjanjian ini turut menyaksikan gelanggang keramat milik Barcelona yang berkapasiti hampir 100,000 penonton dijenamakan menjadi Spotify Camp Nou bermula Julai 2022.", "Kedua-dua pihak samada Barcelona mahupun Spotify tidak memaklumkan butiran kewangan mengenai kerjasama ini namun memetik laporan portal penyiaran sukan berpangkalan di Amerika Syarikat, ESPN, satu sumber memaklumkan perjanjian ini dipercayai bernilai €280 juta secara keseluruhan.", "Sementara itu, menurut makluman tambahan oleh kelab, perjanjian kerjasama ini telah diluluskan dan ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) FC Barcelona. Namun begitu, ianya tertakhluk kepada ratifikasi oleh ‘Extraordinary Delegate Members Assembly’ yang akan berlangsung pada 3 April nanti menerusi satu prosedur undian secara elektronik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112976/", "headline": "\nPenyerang Kacukan Darren Lok Kembali Bersemangat Ledak Gol Selepas Rehat Panjang\n", "content": ["Penyerang PJ City, Darren Lok menganggap jaringan sulung yang diraih dalam perlawanan pertama Piala Malaysia tempoh hari membuktikan dirinya sudah mampu untuk bangkit semula selepas diketepikan dalam 13 perlawanan Liga Super susulan kecederaan di bahagian fibula.", "Pemain berusia 30 tahun ini berehat panjang sejak April lalu sebelum kembali diturunkan dalam kesebelasan utama untuk dua perlawanan terakhir liga bulan lalu dan terus diberi kepercayaan memperkuatkan jentera serangan dalam saingan Piala Malaysia sekaligus meledak gol ketika menentang Sabah.", "Nyata, ia satu permulaan yang baik untuk Darren kembali mencipta nama terutamanya dalam saingan berprestij ini bagi menamatkan musim 2021 dengan lebih cemerlang sepertimana yang dia telah lakukan pada awal musim dengan tiga jaringan peribadi sebelum dihimpit kecederaan serius.", "“Rasa gembira apabila dapat kembali dan saya bersyukur sebab dah pulih sepenuhnya untuk menolong pasukan dalam saingan Piala Malaysia.", "“Memang susah nak terima apabila saya cedera dalam tempoh saya sedang beraksi dengan baik pada awal musim, tetapi sekarang saya nak fokus untuk mengakhiri musim dengan lebih cemerlang dan ingin bantu pasukan sebaik mungkin.", "“Yang penting, saya puas apabila dapat menjaringkan gol tempoh hari sebab sebagai penyerang, kita akan selalu dinilai daripada jaringan yang dibuat, cuma untuk saya, tidak kisah siapa pun yang meledak gol, saya hanya akan membantu apa jua cara untuk pasukan.", "“Sebenarnya kita dapat tgk Mahali Jasuli dan Khyril Muhymeen pun melakukan tugas cukup baik di bahagian serangan sewaktu saya cedera, cuma keputusan sahaja tidak memihak kepada kita sebelum ini dan harap untuk Piala Malaysia, kami semua dapat teruskan momentum yang ada”, jelasnya.", "Artikel Berkaitan: DNA ‘Yakini Lokal’ PJ City Akan Diteruskan Pada Musim 2022", "Perlawanan ketiga Piala Malaysia menyaksikan PJ City bakal berdepan Kelantan pada 29 Oktober ini.", "Semestinya baki empat perlawanan terakhir ini cukup penting untuk memastikan mereka tidak lagi tercicir mata selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di mana Darren menjangkakan pertembungan yang lebih sengit akan berlaku dalam misi merebut slot ke suku akhir.", "“Lawan Kelantan nanti pun bukan mudah dan kita tidak pandang rendah terhadap mereka sebab Kelantan juga merupakan pasukan yang kuat walaupun mereka pasukan dari Liga Premier.", "“Kalau kita nak melangkah lebih jauh, kita memang kena menang dan pasukan juga sudah melakukan aksi persahabatan minggu lalu menentang UiTM FC sebagai persiapan.", "“Selepas ini pun kita akan berdepan dua lagi perlawanan persahabatan dan diharapkan ia berguna untuk semua pemain perbaiki apa yang patut sebelum bertemu Kelantan FC nanti”, tambahnya.", "PJ City kini di kedudukan ketiga Kumpulan D dengan empat mata manakala JDT kekal di atas selepas menang dua perlawanan diikuti Sabah di tangga kedua dan Kelantan di tempat tercorot dengan satu mata sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112867/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Penyerang Kelantan Natanael Siringo Disenaraikan Ketua Jurulatih Skuad Garuda Muda\n", "content": ["Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menerusi pelbagai platform laman sosialnya mengumumkan senarai awal 33 pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) bagi beraksi di Kelayakan Piala Asia B-23, pada penghujung bulan ini.", "Daripada 33 pemain yang diumumkan, ketua jurulatihnya, Shin Tae-yong turut menyenaraikan penyerang muda berusia 22 tahun yang beraksi bersama Kelantan, Natanael Siringo Ringo.", "Natanael yang ditandatangani oleh skuad The Red Warriors (TRW) pada awal musim antara pemain yang menunjukkan prestasi baik bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.", "Baru-baru ini, pemilik pasukan Kelantan iaitu Norizam Tukiman turut memuji persembahan pemain ini. Beliau yang dikenali sebagai Zamsaham itu berkata, “pelaburan saya ambik pemain kelahiran Medan, Indonesia (iaitu) Nataneal Siringo Ringo nampaknya berbaloi. Pemain 22 tahun yang berpotensi. Hari ini beliau bermain baik. Ringo jaringkan gol menarik (ketika menentang Sabah).”", "Baca: 3 Pemain Indonesia Yang Beraksi di Liga Super Dipanggil Perkuatkan Skuad Garuda", "Sebagai rekod, Natanael yang kerap beraksi di posisi sayap berhasil menjaringkan 3 gol dalam saingan liga serta satu gol dalam saingan Piala Malaysia yang masih berlangsung ketika ini.", "Tonton soroton kesemua jaringan Natanael Siringo Ringo bersama Kelantan dalam saingan Liga Premier 2021 DI SINI.", "Sementara itu, jurulatih skuad Garuda Muda yang berasal dari Republik Korea itu turut menyenaraikan dua pemain lain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Dua pemain tersebut adalah Saddil Ramdani (Sabah) dan Syahrian Abimanyu (Johor Darul Ta’zim).", "Untuk makluman semua, skuad Garuda Muda diundi telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama China dan Australia pada kempen kelayakan kali ini. Ia sepatutnya disertai oleh empat pasukan namun Brunei Darussalam telah mengumumkan menarik diri.", "Featured Image: TRW Kelantan FC "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218352/", "headline": "\nJohor Darul Ta’zim Ikat Seorang Lagi Pemain Kacukan, Junior Eldstal\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan mengikat seorang lagi pemain kacukan menyertai skuadnya.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Junior Eldstal atau turut dikenal sebagai Putera Nadher Amarhan yang merupakan berdarah kacukan Malaysia-Sweden.", "Kedatangan semula pemain berusia 30 tahun ini diumumkan menerusi satu klip video berdurasi 42 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosial milik pasukan berjulukan Harimau Selatan itu, semalam.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 7, 2022", "Menerusi pendedahan di dalam video terbabit, pemain yang mampu beraksi di posisi pertahanan dan tengah bertahan ini diberikan jersi bernombor 38 untuk disarungnya bersama JDT.", "Untuk makluman semua, sebelum ini, Junior pernah beraksi bersama JDT dari tahun 2015 hingga 2018. Ketika bersama JDT pada tempoh tersebut, Junior sempat membantu skuad Harimau Selatan meraih beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa seperti Liga Super, Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Piala AFC.", "Sebagai tambahan, kemasukan Junior ini menjadikan JDT mempunyai tujuh pemain berdarah kacukan atau campuran Malaysia di dalam skuadnya. Enam pemain yang lain ialah Natxo Insa, Corbin-Ong, Daniel Ting, Matthew Davies dan Nathaniel Shio Hong Wan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217642/", "headline": "\nRETI Diumumkan Sebagai Rakan Pengajian Tinggi Rasmi Kerteh FC\n", "content": ["RANACO Education & Training Institute (RETI) dilantik sebagai rakan Pengajian Tinggi Rasmi buat kelab bola amatur, Kerteh FC untuk musim 2022/23 dengan pilihan lanjutan sehingga 2026.", "Perkara tersebut diumumkan oleh skuad The Oilers menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Dengan kerjasama yang dimeterai ini, Kerteh FC akan menggalakkan para pemain belianya yang layak untuk mengikuti pengajian peringkat sijil atau diploma bersama RETI.", "Pada masa yang sama, pihak RETI akan membantu pemain-pemain belia Kerteh FC untuk memperolehi biasiswa pengajian.", "Selain itu, kerjasama ini juga menjadikan logo RETI akan muncul di belakang jersi utama Kerteh FC dan termasuklah di bahagian belakang gol di Kerteh Sports City kelak. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114388/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemenang Olimpik Balas Dendam Singkir Sze Fei-Izzuddin di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki Taiwan yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin berjaya membalas dendam ke atas Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada Pusingan 16, Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Ketika di pentas Terbuka Indonesia, Sze Fei-Izzuddin mencipta kejutan menewaskan gandingan Lee-Wang secara ‘straight set’ pada Pusingan 16 di kejohanan yang berlangsung di Bali, Indonesia pada bulan lalu.", "Bagaimanapun, skrip itu tidak dapat diulangi oleh beregu Malaysia yang menghuni ranking ke-18 dunia ini apabila tewas dalam perlawanan yang cukup sengit menentang gandingan Lee-Wang, semalam.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 16 Yang LEE🏅21 17 21 Chi-Lin WANG🏅18 21 18 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN🕗 in 68 minutes https://t.co/qGQNr7O0Uj", "Sze Fei-Izzuddin terpaksa akur menerima kekalahan di tangan Lee-Wang yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini dengan keputusan 18-21, 21-17 dan 18-21 dalam masa 68 minit.", "Sementara itu, Lee-Wang yang meraih tiket ke peringkat suku akhir akan bertemu beregu bebas (independent) Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang berjaya menyingkirkan beregu India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di Pusingan 16.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113086/", "headline": "\nSukan SEA 2021 Dilangsungkan Mei Tahun Hadapan Tetapi Tarikh Spesifik Belum Ditetapkan\n", "content": ["Teka-teki mengenai status penganjuran temasya dwitahunan rantau asia tenggara iaitu Sukan SEA ke-31 terjawab apabila ianya disahkan akan dilangsungkan pada bulan Mei, tahun hadapan.", "Perkembangan tersebut disahkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi satu sidang media yang diadakan pada hari ini.", "Biarpun status mengenai penganjurannya telah disahkan, tarikh berlangsungnya temasya sukan tersebut secara spesifik belum dapat diputuskan lagi oleh negara hos iaitu Vietnam.", "“Sukan SEA yang ke-31 iaitu Sukan SEA 2021 akan diadakan pada pertengahan bulan Mei 2022. ", "“Namun daripada segi tarikh spesifik akan disahkan oleh hos iaitu Majlis Olimpik Vietnam pada penghujung bulan Oktober (2021) kerana penganjur menunggu tarikh akhir pengesahan daripada kerajaan Vietnam.” kongsi Norza selepas menghadiri mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) pada hari ini.", "Untuk makluman semua, temasya yang akan berlangsung di ibu negara Vietnam iaitu Hanoi sepatutnya dilangsungkan pada tahun ini. Akan tetapi, pandemik Covid-19 yang masih lagi menjadi ancaman kepada kesihatan penduduk di rantau ini memaksa ianya ditunda ke tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217019/", "headline": "\nBAC 2022: Tan Zhing Yi Lepas Pusingan Kelayakan – Bakal Menentang Pemain Taiwan Pada Pusingan 32\n", "content": ["Pemain muda, Tan Zhing Yi menjadi pemain negara terawal yang melepasi pusingan kelayakan dan mengesahkan kemaraan ke Pusingan 32 dalam saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, pada hari ini. ", "Pemain yang menghuni ranking ke-1527 itu mengesahkan kemaraan tersebut dengan mengalahkan pemain Jordan, Domou Amro yang berada di ranking ke-530 dunia dalam saingan Kumpulan A.", "Group A#MAS🇲🇾 Tan Zhing Yi def. #JOR🇯🇴 Domou Amro 21-8 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Zhing Yi berhasil menumpaskan pemain tersebut ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-15 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam iaitu 22 minit permainan.", "Zhing Yi hanya perlu beraksi satu perlawanan sahaja kerana seorang lagi pemain iaitu Yeung Sum Yee dari Hong Kong telah mendapat promosi secara automatik ke Pusingan 32 bagi menggantikan pemain yang menarik diri.", "Sementara itu, Zhing Yi yang berjaya mara ke Pusingan 32 bakal bertemu pemain Taiwan, Hsu Wen-chi yang berada di ranking ke-75 dunia, esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216575/", "headline": "\nTiada Lagi Had Kapasiti Kehadiran Penonton Ke Stadium Bermula 1 April – KBS\n", "content": ["Sepertimana diumumkan oleh pihak kerajaan, kini, Malaysia memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula pada hari ini. Selaras dengan pengumuman itu, aktiviti sukan dan rekreasi boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa terikat kepada kapasiti, waktu operasi, had umur dan seumpamanya.", "Menerusi satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan beberapa kemudahan baharu dalam sektor sukan dan rekreasi antaranya kebenaran untuk makan dan minum di venue sukan dalam kalangan penyokong.", "Bermula 1 April 2022, negara akan memasuki fasa baharu dalam usaha kita memerangi Covid-19 iaitu Fasa Peralihan Endemik agar negara dapat kembali kepada kehidupan hampir normal selepas kita bersama satu hati berperang dengan Covid-19 sejak dua tahun lalu. pic.twitter.com/LDAZfwxVs4", "— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) April 1, 2022", "Keduanya, tiada lagi had kapasiti penyertaan bagi melakukan aktiviti berkumpulan dan sebarang penganjuran acara sukan dan rekreasi namun tertakluk kepada kemampuan mengekalkan penjarakan fizikal sebelum dan selepas acara yang dijalankan.", "Ketiganya, had kapasiti kehadiran penonton ke venue sukan dan rekreasi sebagai contoh stadium dimansuhkan. Namun ianya tetap tertakluk kepada penjarakan fizikal yang munasabah (sekurang-kurangnya 1 meter) mengikut ruang tempat duduk.", "Selain itu, penonton yang berumur 12 tahun dan ke bawah juga dibenarkan hadir ke venue sukan dengan syarat ditemani atau dipantau oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin.", "Pada masa yang sama, Faizal menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi protokol kesihatan awam terutamanya berkaitan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal kecuali ketika melakukan aktiviti sukan dan rekreasi. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112506/", "headline": "\nPenghijrahan Nurshamil Bukan Sahaja Beri Minit Permainan Malahan 9 Gol Liga Premier\n", "content": ["Jika musim lalu hanya beraksi satu perlawanan ketika bersama Penang FC, penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abdul Ghani sama sekali tidak menyangka musim ini dia berjaya melakar sesuatu yang gemilang buat dirinya apabila muncul penjaring terbanyak bagi pemain tempatan di Liga Premier.", "Melalui catatan sembilan gol, Nurshamil secara jujur dia langsung tiada sebarang perancangan ke Kelantan pada awal musim tetapi melalui usaha keras pihak pengurusan yang percaya dengan kemampuannya serta restu keluarga, dia bersyukur masih menemui sentuhan jaringan dalam kebanyakan perlawanan yang dilalui.", "Nurshamil juga gembira melalui prestasi cemerlangnya bersama Kelantan, dia berjaya membawa pasukan mara ke saingan Piala Malaysia yang akan bermula Ahad ini.", "“Saya memang tidak jangka perkara ini akan berlaku kerana pada awalnya Kelantan tiada dalam perancangan untuk saya datang tetapi selepas mendapat tawaran, saya ada bincang dengan keluarga.", "“Keluarga saya menjadi pendorong untuk datang ke Kelantan dengan mereka menasihatkan saya mungkin memulakan sesuatu yang baharu serta boleh naikkan karier saya balik.", "“Saya tidak letak harapan tinggi masa bermula dengan Kelantan, saya hanya mahu mendapatkan lebih banyak minit bermain tetapi tidak menjangka boleh dapatkan sembilan gol.", "“Memang rasa bersyukur sangat dengan apa yang berlaku dan bertambah gembira, saya muncul pemain tempatan terbanyak yang menjaringkan gol bagi saingan Liga Premier musim ini, ” katanya.", "Nurshamil sebelum ini pernah mencuri tumpuan semasa bersama negeri kelahirannya, Melaka United pada 2015 apabila muncul penjaring terbanyak Liga FAM.", "Dia pernah ke Selangor pada musim 2017 sebelum kembali ke Melaka United selain mewakili Selangor United pada 2019 dan Penang, pada musim berikutnya.", "Pada saingan Piala Malaysia, Kelantan akan berada dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), PJ City dan Sabah FC dengan aksi pembukaan berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Isnin ini.", "Bercakap mengenai cabaran dalam saingan Piala Malaysia, Nurshamil tidak berasakan Kelantan perlu merendah diri sebaliknya optimis yang mereka mampu mencuri satu slot ke suku akhir.", "“Apabila sudah layak ke TM Piala Malaysia, sudah tentu kami mahu menjadi pencabar kepada semua pasukan yang ada tidak kira JDT, PJ City atau Sabah, kami yakin mampu beri saingan.", "“Pemain-pemain kena cepat sesuaikan diri dengan situasi perlawanan yang kita akan lalui dan mereka juga kena tahu Piala Malaysia adalah platform terbaik buat mereka membuktikan potensi masing-masing.", "“Di pentas inilah ramai akan lihat semua pemain dan mungkin peluang lebih baik mampu hadir dalam karier jika boleh peraga aksi cemerlang dalam tiap perlawanan yang dilalui, ” katanya.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323307/", "headline": "\n10 Fakta Perlawanan Melibatkan Terengganu vs Sri Pahang\n", "content": ["Derbi Pantai Timur antara Terengganu FC menentang Sri Pahang FC menjadi salah satu pertembungan klasik yang sering dinantikan peminat bola sepak tempatan lebih-lebih lagi kalangan penyokong kedua-dua pasukan terbabit.", "Menjelang perseteruan Pantai Timur yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada malam nanti, Sukanz tampil menghidangkan 10 fakta perlawanan yang merangkumi rekod semasa pasukan, para pemain serta statistik pertembungan bagi kedua-dua pasukan untuk tatapan pembaca:", "Sekembalinya Terengganu ke Liga Super, kedua-dua pasukan telah bertemu 13 kali dengan lapan pertembungan memihak kepada skuad Sang Penyu. Tiga perlawanan dimenangi Sri Pahang dan selebihnya berakhir dengan keputusan seri dalam saingan domestik. ", "Ibarat Superman yang tewas kepada batu Kryptonite, Terengganu umpama titik kelemahan Sri Pahang selepas memenangi kesemua 5 pertembungan terakhir mereka dan kekal tanpa kalah menentang skuad Tok Gajah sejak 2019.", "Ketika ini, Terengganu berada dalam kelompok pertengahan liga dengan mencatatkan 3 kemenangan daripada 5 perlawanan terakhir liga mereka dan semua kemenangan mereka hadir di laman sendiri. ", "Skuad Tok Gajah kini berada di tangga keempat liga dengan 19 mata dengan mengekalkan rekod 5 perlawanan terakhir liga tanpa kalah menentang Kuching City, Kelantan United, PDRM FC, Kedah Darul Aman dan Perak.  ", "Aksi terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada Terengganu baik di Kuantan mahupun di Kuala Terengganu dengan Kpah Sherman menjadi salah seorang penjaring buat skuad Sang Penyu musim lalu. ", "Sementara skuad kendalian Fandi Ahmad terus unggul selaku salah satu pasukan yang masih belum tewas dalam saingan liga musim ini, Tomislav perlu memastikan mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak September 2022. ", "Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama bekas penyerang kebangsaan Liberia bagi menentang bekas pasukannya, Terengganu yang mana dia muncul selaku penjaring kedua terbanyak kelab musim lalu dengan 13 gol.", "Selain Kpah Sherman, watak utama serangan Sri Pahang hadir daripada pertahanan mereka sendiri; Stefano Brundo yang kini menjaringkan 5 gol liga dan berada dalam kelompok 5 penjaring terbanyak Liga Super 2023. ", "Baik Jordan Mintah mahupun Ivan Mamut, kedua-dua penyerang Terengganu itu telah menjaringkan gol dalam 5 perlawanan terakhir dengan koleksi 7 gol telah hadir daripada mereka berdua. ", "Pungutan 3 mata pada malam ini tidak memberi kesan signifikan kepada Terengganu memandang mereka kekal dalam kelompok pertengahan liga manakala Sri Pahang juga kekal di tangga keempat liga.", "Sebaliknya, skuad Tok Gajah berpotensi berada di bawah pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) jika menang dan menjaringkan lebih 4 gol manakala Terengganu akan memberi peluang kepada Negeri Sembilan untuk merapatkan jurang mata jika tewas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111125/", "headline": "\nZubir Azmi Hampir Gantung But & Mahu Bekerja Sebagai Ejen Takaful\n", "content": ["Bekas bek kiri skuad kebangsaan, Zubir Azmi mendedahkan dia hampir-hampir menggantung but dan membuat keputusan untuk bekerja sebagai ejen takaful.", "Mujurlah pada jendela perpindahan baru-baru ini, pasukan Kelantan yang beraksi dalam kancah Liga Premier datang memberikannya tawaran untuk bermain sekaligus membatalkan niat awalnya.", "Pasukan Kelantan yang dimiliki oleh Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham mengumumkan penyertaan Zubir secara rasmi pada penghujung Jun lalu menerusi laman sosial TRW Kelantan FC.", "“Pada mulanya memang saya rasa nak berhenti terus daripada bermain bola sepak sebab saya sudah kembali bersama keluarga, jadi rasa berat hati nak tinggalkan mereka.", "“Selepas itu, saya mula membantu isteri dengan menjadi ejen Takaful dan tidak terlalu fikirkan untuk kembali ke padang.", "“Tetapi semangat saya ada semula selepas mendapat tawaran bersama Kelantan, dan daripada situ saya rasa masih mampu untuk buktikan kemampuan saya di atas padang.", "“Jadi, saya rasa selepas ini saya memang akan terus bermain selagi masih diperlukan dan tekad ingin beraksi cemerlang di Kelantan”, jelasnya.", "Untuk makluman, Zubir, 30 tahun, merupakan pemain Sabah pada musim lalu.", "Dia mencipta nama dalam arena bola sepak tempatan setelah beraksi cemerlang bersama Terengganu sebelum berhijrah ke Pahang.", "Bersama skuad kebangsaan, Zubir antara pemain tonggak yang membantu Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF 2012 dan 2014.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324130/", "headline": "\nHonda Kembali Ke F1, Umum Kerjasama Dengan Aston Martin Bermula 2026\n", "content": ["Pengeluar automobil terkemuka Jepun, Honda mengumumkan bakal kembali ke saingan Formula Satu (F1) selaku pembekal enjin kepada Aston Martin Aramco Cognizant Formula One Team bermula tahun 2026. ", "Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi laman sesawang rasmi kedua-dua pihak termasuk badan induk perlumbaan tersebut dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial rasmi mereka. ", "Honda kembali ke F1 selepas lima tahun ‘menarik diri’ daripada kejohanan berprestij dunia itu sejak penghujung tahun 2021 atas faktor peralihan sumber tenaga enjin kepada kuasa elektrik dan bebas karbon.", "BREAKING: Aston Martin 🤝 Honda", "From 2026 @AstonMartinF1 will adopt a Honda F1 Power Unit pic.twitter.com/xC0bjLRs8J", "— Formula 1 (@F1) May 24, 2023", "Honda menerusi Honda Racing Corporation (HRC) kemudiannya beralih ke bahagian sokongan teknikal dan membantu Red Bull Racing serta Max Verstappen memenangi kejuaraan pada tahun 2022. ", "Ironinya, kerjasama di antara Aston Martin dan Honda ini bakal mempertemukan semula Fernando Alonso yang pernah secara terbuka mengkritik enjin Honda sebagai ‘tidak boleh diharap’ ketika pelumba Sepanyol itu mewakili McLaren. ", "Aston Martin kini berada di belakang pendahulu, Red Bull Racing yang telah mengutip 224 mata manakala pelumba mereka, Fernando Alonso kini di tangga ketiga dengan 75 mata, ditinggalkan Max Verstappen (119) dan Sergio Perez (105) yang mewakili Red Bull Racing.", "Featured Image: Aston Martin Aramco Cognizant F1 Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323276/", "headline": "\nJaguh Karate Dipilih Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Sukan SEA 2023\n", "content": ["Sharmendran Raghonathan yang merupakan jaguh karate kebangsaan telah dipilih sebagai Pembawa Jalur Gemilang bagi Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023 Kemboja yang akan berlangsung mulai 5 hingga 17 Mei kelak.", "Perkembangan terbabit hadir menerusi makluman daripada platform media sosial rasmi MOM pada hari ini. ", "Difahamkan pemilihan atlet berusia 30 tahun ini bagi membawa peranan tersebut berdasarkan prestasi yang cemerlang dalam beberapa temasya Sukan SEA yang lepas selain turut tersenarai kalangan atlet yang akan menyumbang pingat emas kepada Kontinjen Malaysia kali ini.", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "Untuk pengetahuan semua, Sharmendran merupakan juara bertahan bagi kategori Kumite Lelaki 75 kilogram (kg) dalam tiga edisi Sukan SEA yang berlangsung di Kuala Lumpur (2017), Filipina (2019) dan Vietnam (2021) ", "Sudah pasti, Sharmendran menyertai edisi Sukan SEA pada kali ini dengan misi menambah satu lagi koleksi pingat emas peribadinya dalam acara yang sama.", "Sebagai tambahan, Sharmendran muncul sebagai atlet sukan Karate kedua dipilih sebagai Pembawa Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia. ", "Sebelum ini, atlet pertama daripada sukan karate yang muncul sebagai Pembawa Jalur Gemilang buat Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA ialah Puvaneswaran Ramasamy. Beliau diberikan tanggungjawab itu pada temasya edisi ke-22 yang berlangsung di Vietnam pada tahun 2003.", "Featured Image: Instagram Sharmendran Raghonathan"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219630/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-20: Malaysia Seri, Korea Mengamuk Dalam Perlawanan Pertama Kumpulan E\n", "content": ["Skuad Malaysia yang dibimbing oleh Hassan Sazali Waras memulakan kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) peringkat Kumpulan E dengan keputusan seri menentang pasukan tuan rumah, Mongolia.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium MFF, Ulaanbaatar itu menyaksikan Mongolia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti oleh Buyannemekh Ganbat pada minit 24’.", "Kelayakan Piala Asia B-20 2023 | Rabu, 14 September 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇲🇳 MONGOLIA", "⚽️ Aliff Izwan Yuslan 54' ⚽️ Buyannemekh Ganbat 24' (P)", "Kredit Foto: @theafcdotcom #FAM #HarimauMalaya #AFCU20 pic.twitter.com/UBQSiys81k", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 14, 2022", "Bagaimanapun, skuad negara berhasil mengikat kembali kedudukan menjadi 1-1 menerusi satu jaringan oleh Aliff Izwan Yuslan pada minit 54’.", "Namun begitu, kedudukan tersebut kekal sehingga pengadil meniup wisel menamatkan permainan sekaligus kedua-dua pasukan terpaksa akur mengutip satu mata daripada perlawanan ini.", "Sementara itu, Republik Korea yang turut berada dalam Kumpulan E berhasil merekodkan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Sri Lanka dalam perlawanan pertamanya. ", "FT: 🇰🇷 Korea Republic 6 – 0 Sri Lanka 🇱🇰", "The young Taegeuk Warriors begin their #AFCU20 Qualifiers campaign with a dominating win in Group E! pic.twitter.com/jmc9AWOTdH", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 14, 2022", "Kemenangan tersebut memberikan mereka tiga mata yang pertama sekaligus melonjakkan skuad Young Taeguk Warriors itu di tangga teratas Kumpulan E.", "Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Sri Lanka pada Jumaat ini dengan sepak mula jam 5 petang waktu Malaysia.", "Untuk makluman semua, hanya 10 juara kumpulan, 5 naib juara terbaik serta tuan rumah, Uzbekistan sahaja yang dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-20 pada tahun 2023 kelak.", "Featured Image: Asian Football Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215925/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Soon Huat-Shevon Lai Tersingkir Awal, Tumpas Kepada Beregu Ke-48 Dunia\n", "content": ["Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai ditunjukkan jalan keluar seawal Pusingan 32 oleh pasangan yang menghuni ranking ke-48 dunia di kejohanan Terbuka Jerman 2022.", "Soon Huat-Shevon Lai yang menghuni berada di ranking ke-13 dunia merangkap pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini tumpas kepada Callum Hemming dan Jessica dari England.", "YONEX GAINWARD German Open 2022XD – Round of 32 🇬🇧Callum HEMMING🏅14 21 21 🇬🇧Jessica PUGH🏅21 13 12 🇲🇾Soon Huat GOH 🇲🇾Shevon Jemie LAI🕗 in 42 minutes https://t.co/PDoq6i7QwJ", "Mereka tumpas menerusi tiga set perlawanan yang berkesudahan dengan pungutan mata 21-14, 21-13 dan 21-12 dalam tempoh masa 42 minit. Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kedua-dua pasangan beregu campuran ini berentap sesama sendiri.", "Kekalahan ini juga membuatkan Soon Huat-Shevon Lai terpaksa melupakan saingan berstatus Jelajah Dunia Super 300 ini. Kejohanan seterusnya yang akan disertai oleh Soon Huat-Shevon Lain adalah Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 yang akan berlangsung pada minggu hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219308/", "headline": "\nAudi Sertai F1 Sebagai Pengeluar Enjin Bermula Tahun 2026\n", "content": ["Pembuat kereta berpangkalan di Jerman, Audi mengumumkan menyertai keluarga perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula 1 (F1) sebagai pengeluar enjin bermula tahun 2026.", "Pengumuman itu hadir selepas Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) meluluskan peraturan baharu melibatkan enjin yang digunakan oleh jentera F1 bermula musim 2026 kelak.", "Antara peraturan baharu tersebut adalah masih mengekalkan penggunaan enjin V6 tubocharged bersaiz 1600cc tetapi mestilah menggunakan bahan api yang dihasilkan daripada biofuel. Bahan api berasaskan petroleum adalah tidak dibenarkan sama sekali.", "Rumor has it: Rings are the new stars: Audi joins @F1 in 2026.", ">> https://t.co/3IDm5zKGIH#Audi #F1 #Formula1 #team #news #automotive #FutureIsAnAttitude pic.twitter.com/N7w7uEPTAU", "— Audi Sport (@audisport) August 26, 2022", "Selain itu, penggunaan bahan api bagi enjin tersebut mestilah dikurangkan dan pada masa yang sama disertakan dengan penggunaan enjin elektrik yang ditingkatkan. Dua faktor ini menjadi dua sebab utama Audi membuat keputusan ini.", "Audi yang merupakan sebahagian daripada syarikat gergasi automotif iaitu Kumpulan Volkswagen turut menyatakan pembinaan enjin tersebut akan dilakukan di fasilitinya di Neuberg, Jerman.", "Pada masa yang sama, Audi di dalam kenyataannya pada hari ini turut memaklumkan pasukan yang akan mereka “bekerjasama” bagi musim 2026 tersebut akan diumumkan pada penghujung tahun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217960/", "headline": "\nKelab Liga M5 Umum Kerjasama Dengan Carabao – Syarikat Minuman Tenaga Terkemuka\n", "content": ["Kelab yang bakal beraksi dalam kancah Liga M5, Kerteh FC mengumumkan kerjasama terbaru bersama sebuah syarikat minuman tenaga yang cukup terkemuka dan dikenali ramai dari Thailand iaitu Carabao.", "Kerjasama ini menjadikan syarikat sama yang menaja saingan English Football League (EFL) ini selaku Rakan Kongsi Minuman Tenaga Rasmi dan Rakan Kongsi Pakaian Jurulatih Rasmi buat Kerteh FC bermula saat ini hingga musim 2023 dengan pilihan lanjutan sehingga tahun 2025.", "Dengan kerjasama ini, Carabao dapat mengembangkan kehadirannya dan pemasarannya di Malaysia dengan logonya, logo kerbau dan burung merah akan dipaparkan di pakaian kakitangan kejurulatihan dari peringkat akar umbi sehingga ke pasukan utama Kerteh FC.", "𝗖𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗼 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗠𝗶𝗻𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗿𝘁𝗲𝗵.", "Kerteh FC umumkan Carabao sebagai rakan kongsi minuman tenaga rasmi & juga rakan kongsi pakaian jurulatih latihan rasmi bagi musim 2022/2023.", "— Kerteh FC (@KertehFC) June 17, 2022", "“Kami gembira dapat membentuk kerjasama baharu dengan Carabao yang merupakan satu jenama global dan sangat dikenali dalam industri ini. Kami juga mengalu-alukan rakan kongsi baharu kami ini sebagai penaja pakaian kakitangan kejurulatihan kelab.", "“Kami juga yakin dengan termeterainya kerjasama ini, ianya akan meningkatkan lagi daya saing kami dari segi komersial dan peluang untuk kami mengukuhkan asas perniagaan kelab kami. Sebagai balasan, jangkauan aliran perniagaan kami juga akan membantu Carabao Malaysia meluaskan lagi pasaran baharu mereka di Terengganu khususnya.” kata Presiden Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim.", "Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Carabao Malaysia, Tan Kai Hong pula berasa gembira menjadi sebahagian daripada keluar skuad yang berjulukan The Oilers ini. Menurutnya, Kerteh FC telah diperhatikannya sejak tiga tahun yang lalu dan menganggap pasukan kecil dari negeri Terengganu ini mempunyai reputasi yang cemerlang.", "“Kami sedang mencari peluang untuk berkembang dalam pasaran Malaysia dan telah mendapati Kerteh merupakan rakan kongsi yang akan membantu kami untuk mencapai objektif kami di Malaysia.” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111072/", "headline": "\nMalaysia Hantar Skuad B-20 Untuk Harungi Kelayakan Piala Asia B-23, kata Ong Kim Swee\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan akan menghantar skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20) bagi mengharungi Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 yang bakal berlangsung pada 23 hingga 31 Oktober kelak.", "Menurut Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee berkata, keputusan ini dibuat bagi mempersiapkan skuad B-20 negara untuk menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.", "Justeru, skuad Malaysia yang akan beraksi menentang Thailand, Laos dan Mongolia pada peringkat kelayakan Kumpulan J kelak akan dibimbing dan dipimpin oleh Brad Maloney.", "“Keputusan ini telah pun dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM sebelum ini dan seterusnya mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM.", "“Kelompok pemain ini (berusia 20 tahun dan ke bawah) akan kita sediakan lebih awal bermula tahun ini bagi menghadapi dua kitaran pusingan kelayakan iaitu Kelayakan Piala Asia B-23 2022 pada Oktober ini dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 pada tahun 2023, ", "“Selain dua edisi Sukan SEA iaitu di Vietnam pada 2021 (telah ditunda ke 2022) dan di Kemboja pada 2023.", "“Jadi kelompok pemain ini akan diberikan lebih banyak pendedahan dan persiapan jangka panjang yang lebih awal bagi kempen kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 itu termasuk beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 ini serta kejohanan-kejohanan lain bagi peringkat usia B-22 atau B-23 yang akan datang,” kata Kim Swee dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM, hari ini.", "Kim Swee yang merupakan bekas ketua jurulatih Malaysia B-23 berkata diundi menentang Thailand, Laos dan Mongolia pada pusingan kelayakan ini bukan bermakna ianya laluan yang mudah buat skuad B-20.", "Namun fokus utamanya adalah memberikan pendedahan kepada skuad B-20 ini bagi mempersiapkan mereka untuk mengharungi saingan kelayakan pada tahun 2023 kelak.", "“Kita akan bertemu Laos pada perlawanan pertama yang mana mereka merupakan lawan biasa kita dalam kejohanan di Asia Tenggara. Tapi tak boleh ambil mudah kerana mereka menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.", "“Perlawanan kedua, Mongolia. Sudah tentu juga bukan perlawanan yang mudah kerana kita tahu mereka berkelebihan selaku pasukan tuan rumah manakala perlawanan ketiga, Thailand merupakan musuh tradisi kita dan juga pencabar utama.", "“Jadi kita perlu bersiap sedia dengan persiapan yang lebih baik untuk layak ke pusingan akhir dan jika berjaya layak, ia satu bonus untuk para pemain skuad B-20 ini didedahkan dengan kejohanan yang lebih tinggi sebelum kita ke kelayakan seterusnya pada 2023.", "“Mengenai persiapan pasukan menjelang saingan kelayakan pada Oktober ini, sudah tentu Brad (Maloney) mempunyai perancangannya yang mana beliau akan mengumpulkan para pemain bagi kem latihan pusat pada jendela FIFA yang akan datang ini,” jelas Kim Swee lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215800/", "headline": "\nPelumba Malaysia Nazim Azman Beraksi Di Formula 3 Bersama Hitech GP\n", "content": ["Nazim Azman bakal mencipta nama selaku pelumba Malaysia pertama yang beraksi dalam saingan Formula 3 untuk musim 2022 setelah ditandatangani bersama Hitech GP.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh laman sesawang rasmi, Kejuaraan FIA F3, semalam. Pelumba berusia 20 tahun ini menyertai pasukan tersebut bersama-sama Kaylen Fredick dan Isack Hadjar.", "🚨@nazimazman_ joins @HitechGP for 2022!Welcome to the #RoadToF1, Nazim! 😊#F3 pic.twitter.com/64mLPp28Xy", "Untuk makluman semua, Nazim menjalani musim 2021 dengan bersaing dalam Kejuaraan Terbuka Euroformula dan berhasil muncul juara sebanyak sekali serta menaiki podium sebanyak tujuh kali sekaligus menamatkan saingan itu di tangga keempat secara keseluruhan.", "Sebelum itu, Nazim beraksi dalam saingan British F3 dimana dia menamatkan saingan tersebut di tangga ketiga secara keseluruhan pada tahun 2020 sebelum beralih kepada saingan Euroformula.", "Bermula esok, Nazim bersama-sama para pelumba lain akan menyertai sesi ujian pramusim Formula 3 di Litar Sakhir, Bahrain selama tiga hari. Perlumbaan pertama Formula 3 pula akan berlangsung di litar yang sama bermula 18 Mac kelak.", "Sebagai tambahan, selain Bahrain, Kejuaraan FIA Formula 3 berlangsung sebanyak 9 perlumbaan secara keseluruhan melibatkan litar-litar di Itali, Sepanyol, Great Britain, Austria, Hungary, Belgium dan Belanda."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113283/", "headline": "\nPemain Tengah KL City, Zhafri Lebih Seronok Beraksi Sebagai Pemain Sayap\n", "content": ["Bermain di posisi yang bukan kebiasaan bukanlah satu masalah buat pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri Yahya yang kini dipertaruhkan selaku pemain sayap kanan oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak.", "Zhafri menggalas peranan berkenaan ekoran kecederaan yang melanda Hadin Azman dan dia pantas dapat menyesuaikan diri walaupun kali terakhir bermain di posisi sayap kanan adalah pada tiga musim yang lalu.", "Tambahnya, dia tidak ada masalah untuk mengikuti segala arahan dan taktikal jurulatih walaupun sebelum ini kerap bermain di bahagian tengah.", "“Dahulu semasa bermain di Piala Presiden, saya kadang-kadang sahaja bermain di posisi ini dan tidak ada banyak pengalaman selain pernah beberapa kali pada musim 2018.", "“Bagaimanapun, musim ini berbeza buat saya kerana sudah bermain dekat sembilan perlawanan di bahagian sayap kanan atas arahan jurulatih kerana dia mungkin melihat saya ada keupayaan beraksi di posisi tersebut.", "“Sebenarnya saya lagi seronok bermain di posisi sayap kanan kerana rasa lebih bebas untuk bergerak berbanding di bahagian tengah yang perlukan lebih fokus serta berdisiplin dalam melakukan pergerakan.", "“Namun di mana sahaja diletakkan, saya tidak kisah asalkan dapat menyumbang sesuatu buat pasukan selain membuktikan saya boleh bermain lebih dari satu posisi,” katanya.", "Zhafri yang bersama pasukan sejak musim 2016 merupakan pemain paling lama yang masih kekal selepas berhijrah dari Selangor dan sering kali berada dalam kesebelasan utama selaku pemain tengah.", "Pemain berusia 27 tahun yang berasal dari Meru, Selangor ini pernah membantu Kuala Lumpur muncul juara Liga Premier 2017 selain beraksi dua musim di Liga Super, pada musim 2018 serta 2019.", "Sementara itu, Zhafri mengakui perjalanan Kuala Lumpur dalam pentas Piala Malaysia 2021 tidak semudah yang disangka sambil merasakan peluang ke suku akhir terbuka luas antara semua pasukan di Kumpulan A iaitu membabitkan Sarawak United, Penang dan Sri Pahang.", "Namun, dia optimis rekod baik KL City di laman sendiri mampu memancarkan keyakinan buat dirinya serta rakan-rakan sepasukan dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan pasukan itu di pentas Piala Malaysia.", "“Apa yang saya tengok pemain KL City semua begitu bekerja keras kerana mahu mengekalkan keputusan positif yang sedang kita bina dari Liga Super.", "“Kita anggap semua pasukan dalam Kumpulan A ini adalah sama sahaja biarpun dua perlawanan telah berlalu dan kami tidak boleh memandang rendah keupayaan Sarawak, bagi aksi akan datang.", "“Hajat kami mahu terus kekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri pada musim ini dan harap situasi berkenaan akan membantu kami untuk cuba melangkah sejauh mungkin dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.", "Featured Image: Kuala Lumpur City "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217025/", "headline": "\nBAC 2022: Juara & Naib Juara Belanda Kandas Di Peringkat Kelayakan – Gagal Ke Pusingan 32\n", "content": ["Dua perseorangan wanita muda negara, Myisha Mohd. Khairul dan Siti Nurshuhaini Azman gagal mara ke Pusingan 32 Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Kegagalan kedua-dua pemain yang masih segar dengan kejayaan merangkul juara serta naib juara Siri Antarabangsa Belanda pertengahan April lalu disebabkan tumpas pada perlawanan kedua peringkat kelayakan dalam Kumpulan D dan C masing-masing.", "Myisha, 19 tahun, tumpas kepada pemain Indonesia, Komang Ayu Cahya Dewi secara ‘straight set’ dengan skor 18-21 dan 9-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.", "Group D#INA🇮🇩 Komang Dewi def. #MAS🇲🇾 Myisha Khairul 21-18 21-9", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2022", "Sebelum itu, Myisha berhasil merekodkan kemenangan pada perlawanan pertama dengan menundukkan pemain Filipina, Mikaela Joy De Guzman dengan skor 13-21, 21-15 dan 21-14.", "Ini menjadikan Myisha menamatkan saingan Kumpulan D di tangga kedua dan Komang Ayu Cahya Dewi pula muncul sebagai juara kumpulan.", "Beralih kepada Siti pula, dia gagal mara selepas tumpas kepada pemain Korea, Seo Jin-lee pada perlawanan kedua juga secara ‘straight set’ dengan skor 13-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 35 minit.", "Day 1 Smart Badminton Asia Championships 2022: Results Update ", "RR3 Women’s Singles Seo Jin Lee 🇰🇷 vs Siti Nurshuhaini 🇲🇾", "Seo Jin Lee won the Round Robin 3 at the Qualifying Round of the Smart Badminton Asia Championships 2022. #Badminton #BadmintonAsia #BAC2022 pic.twitter.com/PsVoRmzKCQ", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) April 26, 2022", "Pada perlawanan pertama, pemain berusia 17 tahun ini berhasil merekodkan kemenangan ke atas pemain Hong Kong, Saloni Samirbhai Mehta dengan skor 21-17, 16-21 dan 21-18 dalam tempoh masa 45 minit.", "Sepertimana Myisha, Siti juga menamatkan saingan Kumpulan C di tangga kedua dan juara kumpulan menjadi milik Seo Jin-lee.", "Juara Kumpulan D, Komang Ayu Cahya Dewi yang berjaya mara ke Pusingan 32 akan bertemu pemain China, Han Yue yang menghuni ranking ke-24 dunia.", "Sementara itu, Seo Jin-lee yang mengesahkan kemaraan daripada Kumpulan C pula akan menentang pemain Singapura, Jaslyn Hooi Yue Yann yang berada di ranking ke-100.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322418/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Vietnam: Haikal-Izzuddin Kandas Di Peringkat Kelayakan\n", "content": ["Naib juara Ruichang China Masters pada minggu lalu, Muhammad Haikal dan Nur Izzuddin menjadi antara beregu terawal tersingkir daripada Cabaran Antarabangsa Vietnam yang bermula pada hari ini.", "Lebih mengejutkan, Haikal-Izzuddin tumpas dalam saingan itu seawal pusingan 16 pada peringkat kelayakan di tangan beregu Taiwan yang menghuni ranking ke-108 dunia, Chiang Chien-Wei dan Wu Hsuan-Yi.", "Dalam pertarungan tersebut, Haikal-Izzuddin tumpas secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-14 dalam tempoh masa 38 minit permainan di Gelanggang 4, Tay Ho District Stadium.", "Kekalahan ini sekaligus mengekang Haikal-Izzuddin untuk mara ke babak undian utama di kejohanan bergred 3 bawah kawal selia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Sementara itu, Chien-wei dan Hsuan-Yi yang mara ke Pusingan 32 babak utama bakal bertemu dengan pemain Filipina merangkap pilihan kelima kejohanan, Christian Bernardo dan Alvin Morada.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216851/", "headline": "\nSukan SEA: Khidmat Tonggak Utama Saddil Tidak Dilepaskan Kepada Indonesia B-23\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC tidak akan melepaskan pemain kelahiran Indonesia, Saddil Ramdani untuk menyertai skuad kebangsaan negaranya bagi mengharungi saingan temasya Sukan SEA 2021 Hanoi yang berlangsung bermula 6-22 Mei kelak.", "Hal ini kerana khidmat pemain berusia 23 itu diperlukan oleh skuad The Rhinos untuk menghadapi lima perlawanan domestik menentang Selangor, Terengganu, Penang, Sri Pahang dan satu perlawanan Piala FA menentang sebuah pasukan yang akan ditentukan kelak dalam tempoh berkenaan.", "Menurut kenyataan rasmi, pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir menegaskan Sabah teguh dengan pendirian tidak akan melepaskan khidmat Saddil untuk digunakan oleh skuad Indonesia B-23 semasa tempoh tersebut memandangkan ianya di luar kalendar FIFA.", "Team Statement about Saddil Ramdani. pic.twitter.com/wRTTZam2sM", "— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) April 14, 2022", "“Untuk rekod, Saddil merupakan tonggak utama dan tiada pasukan di dalam dunia akan melepaskan pemain berkualiti di luar kalendar FIFA.” katanya.", "Jelasnya lagi, pasukan dibenarkan oleh badan induk bola sepak dunia untuk tidak melepaskan pemain menyertai sebarang kejohanan  bersama skuad kebangsaan yang berlangsung di luar kalendar FIFA.", "Bagaimanapun, Sabah memaklumkan tidak mempunyai masalah malahan bersetuju untuk melepaskan Saddil menyertai tugasan bersama skuad kebangsaan negaranya semasa rehat antarabangsa FIFA yang seterusnya bermula 30 Mei hingga 14 Jun nanti.", "Dalam kenyataan yang sama, Saddil turut tampil mengucapkan semoga berjaya kepada ketua jurulatih, Shin Tae-yong serta skuad Garuda Muda yang beraksi dalam temasya Sukan SEA itu nanti.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220394/", "headline": "\nHarimau Malaya Beraksi Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan atau nama julukannya, Harimau Malaya akan turun beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember kelak.", "Venue yang mempunyai kapasiti sekitar 18,000 tempat duduk itu sebagai ‘home’ buat skuad kendalian Kim Pan-gon untuk menghadapi Maldives dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1.", "Perlawanan ini diadakan sebagai persiapan buat Harimau Malaya sebelum beraksi dalam kancah Piala AFF 2022.", "Sebelum bertemu Maldives, Harimau Malaya akan membuat perhitungan dengan Kemboja terlebih dahulu dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 9 Disember. Bagaimanapun, perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Siaran Media: Stadium Nasional, Bukit Jalil Kekal Sebagai 'Home of Harimau Malaya' Bagi Kempen Piala Mitsubishi Electric 2022", "▶️ Baca kenyataan penuh daripada Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman di https://t.co/2v2yU2onul#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/lQbq6LjJ6G", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 29, 2022", "Sementara itu, teka-teki mengenai ‘home’ Harimau Malaya sepanjang menyertai saingan Piala AFF edisi kali ini turut terjawab. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman mengesahkan secara rasmi bahawa SNBJ sebagai ‘home’ sepanjang kempen kejohanan dwitahunan itu.", "Untuk makluman, sebelum FAM memutuskan mengenai venue ini secara rasmi, terdapat empat venue lain yang turut berada dalam pertimbangan badan induk itu sebagai ‘home’ buat Harimau Malaya.", "Empat venue tersebut ialah Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dan Stadium Hang Jebat, Melaka."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112320/", "headline": "\nPiala Futsal AFF 2021: Pahang Rangers ‘Kenduri’ 12 Gol Tumpaskan Wakil Kemboja\n", "content": ["Selepas mengharungi dua perlawanan dengan kekalahan, Pahang Rangers ‘mengamuk’ pada perlawanan ketiga saingan Piala Futsal AFF 2021, hari ini.", "Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Sepanyol, Gerard Casas itu berhasil mencatatkan kemenangan 12-2 ke atas wakil Kemboja, Mohahang All Star FC dalam perlawanan yang berlangsung di Terminal 21, Korat, sebentar tadi.", "Khairul Effendy Bahrin berhasil mencatatkan hatrik dalam perlawanan ini sementara Khaiyum Khaimi, Awalludin Mat Nawi dan Azrol Hairun menjaringkan dua gol masing-masing.", "Baki tiga gol lagi dijaringkan oleh Ridzwan Bakri, Akram Mukhriz dan gol sendiri oleh pemain pasukan lawan.", "Kemenangan pertama ini membolehkan Pahang Rangers mengutip 3 mata permata dalam saingan ini.", "Untuk makluman semua, Pahang Rangers mempunyai baki satu lagi perlawanan yang perlu diharungi dalam kejohanan ini.", "Perlawanan tersebut adalah menentang wakil Thailand, Freefire Bluewave Chonburi pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 3 petang waktu Malaysia.", "Anda boleh menonton ulangan perlawanan antara kedua-dua pasukan pada pautan INI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325439/", "headline": "\nAzeem Fahmi Kelima Terpantas Di Asia – 10.25s\n", "content": ["Jagh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi muncul pelari pecut 100 meter (m) kelima terpantas di benua asia. ", "Ini selepas pelari berusia 19 tahun tersebut menamatkan perlumbaan akhir dalam acara berkenaan di Kejohanan Olahraga Asia 2023 di tempat kelima dengan catatan masa 10.25 saat (s).", "Bagaimanapun, Azeem berkongsi catatan masa tersebut dengan pelumba Qatar, Femi Aeun Ogunade. Namun begitu, tempat keempat menjadi milik pelumba berusia 32 tahun terbabit.", "Sementara itu, pingat emas menjadi milik pelumba Jepun, Hiroki Yanagita dengan rekod 10.02s. ", "Ianya diikuti oleh pelumba Arab Saudi, Abdullah Abkar Mohamed yang membawa pulang pingat perak yang mencatatkan masa 10.19s. Hassan Taftian pula merangkul pingat gangsa dengan masa larian 10.23s.", "Terlebih dahulu, Azeem berhasil mara ke peringkat akhir selepas menamatkan aksi saringan pertama separuh akhir di tempat kedua dengan catatan masa 10.35s.", "Sebagai perbandingan, catatan masa larian terbaik Azeem adalah 10.09s diciptanya ketika di Kejohanan Olahraga Dunia B-20 pada tahun lalu dan menjadi rekod kebangsaan dalam acara 100m."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218360/", "headline": "\nPiala FA: Jordan Mintah Bakal Buat Penampilan Pertama Menentang Selangor FC\n", "content": ["Peminat Kuala Lumpur City FC (KL City) berpeluang untuk melihat kelibat penyerang baharu, Jordan Mintah ketika perlawanan menentang Selangor FC dalam saingan Piala FA, malam nanti.", "Ketua jurulatihnya, Bojan Hodak tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan pemain yang dipinjam daripada Terengganu FC ini di bahagian serangan menggantikan Kevin Koubemba.", "Pada masa yang sama, jurulatih kelahiran Croatia turut mengesahkan semua pemainnya berada dalam keadaan terbaik kecuali J. Partiban.", "“Saya boleh turunkan Jordan Mintah dalam perlawanan ini cuma dia masih perlukan masa untuk dapatkan persefahaman dengan pemain lain.", "“Dia bakal mengambil tempat Kevin Koubemba dan diharapkan kehadirannya boleh membantu dalam aspek variasi serangan pasukan.", "“Semua pemain berada di tahap terbaik kecuali pemain sayap, J. Partiban yang mungkin terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan,” katanya.", "Sementara itu, Bojan turut tidak mahu rekod positif pertemuan lalu menentang Selangor dijadikan sandaran dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya nanti. ", "“Sudah lima kali kami bertemu dari musim lalu dengan KL City menang dua daripadanya dan seri tiga kali.", "“Walaupun pasukan saya belum pernah tewas kepada Selangor tetapi semua perlawanan berlangsung dengan sengit dan sesiapa sahaja boleh menang.", "“Ditambah sentimen Lembah Klang ‘derby’, sudah pasti kedua-dua pasukan mahukan kemenangan bagi saingan Piala FA kerana kejohanan ini sangat berbeza dengan liga.", "“Namun saya boleh katakan tekanan buat masa ini memihak kepada Selangor kerana dengan bajet yang lebih besar dan penyokong lebih ramai, sudah tentu mereka amat mengharapkan kemenangan,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216130/", "headline": "\nACL 2022: Naib Juara K-League, Ulsan Hyundai Lengkapkan Kumpulan I Yang Dihuni JDT\n", "content": ["Teka-teki mengenai sebuah lagi pasukan yang akan menyertai Kumpulan I bagi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 – yang turut dihuni oleh juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) – telah terjawab pada hari ini.", "Pasukan tersebut adalah naib juara Liga Korea atau dikenali sebagai K-League, Ulsan Hyundai. Mereka tampil mengisi slot Kumpulan I setelah menumpaskan wakil Thailand, Port FC dalam perlawanan kelayakan yang baru sahaja tamat, sebentar tadi.", "FT | 🇰🇷 Ulsan Hyundai 3-0 Port FC 🇹🇭 🐯 Ulsan have booked their ticket to the #ACL group stage for the 10th time! #ACL2022 | #UHDvPFC pic.twitter.com/9qmkExKmPm", "Ulsan Hyundai memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Choi Gi-yun, Um Wong-san dan Leo Souza masing-masing pada minit ke-13, ke-83 dan ke-88 permainan. Untuk makluman semua, kemenangan itu dicatatkan di halaman mereka sendiri bertempat di Stadium Bola Sepak Ulsan Munsu.", "Baca: Juara J1 & Kelab Gergasi China Berkampung di Johor Bahru", "Dengan kemaraan ke Kumpulan I, Ulsan Hyundai bersama-sama Kawasaki Frontale dan Guangzhou FC akan terbang ke Johor Bahru untuk mengharungi perlawanan peringkat kumpulan yang akan diadakan secara venue berpusat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Untuk rekod, ini merupakan kali kesepuluh Ulsan Hyundai beraksi di kejohanan paling elit di benua asia. Sebagai tambahan, Ulsan Hyundai adalah juara ACL sebanyak dua kali dimana mereka memenanginya pada tahun 2012 dan 2020.", "Featured Image: AFC Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218147/", "headline": "\nJordi Amat Muncul Pemain Paling Mahal Liga Malaysia – Bernilai RM4.6 Juta\n", "content": ["Pertahanan baharu yang diikat oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat muncul sebagai pemain paling mahal beraksi dalam kancah Liga Malaysia pada ketika ini.", "Berdasarkan semakan di portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, pemain kelahiran Sepanyol yang mempunyai darah Indonesia menerusi neneknya bernilai RM4.6 juta.", "Angka tersebut menjadikannya sebagai pemain paling mahal mengatasi penyerang JDT, Fernando Forestieri yang kini bernilai RM4.03 juta serta penyerang Selangor, Hyuri Henrique yang bernilai RM2.53 juta.", "Welcome to the Home of the Southern Tigers!#JordiAmat#NewSigning#JDTFamily pic.twitter.com/hK2OBaQM0e", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 29, 2022", "Untuk makluman semua, Jordi yang pernah beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga dan Liga Belgium menjadi milik skuad Harimau Selatan menerusi pengumuman melalui satu klip video yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial pasukan berkenaan, semalam.", "Dalam klip video berdurasi 38 saat itu juga, Jordi turut diberikan jersi bernombor 55 untuk digunakannya beraksi bersama JDT dalam kancah domestik serta saingan antarabangsa, Liga Juara-Juara AFC.", "Kehadiran Jordi yang berusia 30 tahun ini juga adalah untuk menggantikan kekosongan slot pemain import yang ditinggalkan oleh pemain Brazil, Mauricio dos Santos Nascimento yang mengumumkan berpisah dengan JDT, baru-baru ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324279/", "headline": "\nLuciano Spalletti Tinggalkan Napoli, Mahu Rehat Setahun\n", "content": ["Pengendali Napoli, Luciano Spalleti disahkan bakal meninggalkan Napoli selepas membantu mereka menjuarai Serie A dan mahu berehat selama setahun sebelum menentukan destinasi seterusnya sebagai jurulatih.", "Menurut laporan yang ditulis media antarabangsa, Goal, perkara tersebut telah didedahkan dan disahkan pemilik kelab, Aurelio De Laurentiis dalam satu temubual bersama syarikat penyiaran awam Itali, RAI.  ", "“Spalletti memberitahu saya bahawa kitarannya telah berakhir dan dia meminta kepada saya untuk tinggalkan pasukan kerana dia mahukan setahun cuti sabatikal. Saya akan menghormati pilihannya walaupun beliau masih di dalam kontrak,” ujar De Laurentiis.", "Questo per coloro che oggi hanno scritto che Spalletti non ha voluto fare la foto con il Principe Carlo di Borbone e De Laurentiis.", "Poco dopo si è giocata Napoli-Inter e il mister doveva rientrare negli spogliatoi! pic.twitter.com/0EUhqZZdU8", "— Official SSC Napoli (@sscnapoli) May 22, 2023", "Spalletti yang masih memiliki baki kontrak selama setahun bersama skuad berjulukan Gli Azzurri telah membantu pasukannya itu menjuarai liga tertinggi Itali sekaligus menamatkan kemarau 33 tahun mereka. ", "Berita tersebut jelas mengejutkan peminat Napoli tatkala mereka masih lagi di dalam mod meraikan kejuaraan mereka dan musim liga mereka juga masih belum berakhir dengan perlawanan terakhir menentang Sampdoria akan berlangsung Isnin nanti. ", "Sekiranya benar Spalletti benar-benar berhasrat meninggalkan Napoli, De Laurentiis yang juga penerbit filem di Itali perlu mencari calon yang sesuai untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan pengendali berusia 64 tahun itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219892/", "headline": "\nHonda Boleh Tarik ‘Sponsor’ Dari Jepun? Siapa Yang Akan Terkorban?\n", "content": ["Arena bola sepak tempatan riuh-rendah apabila sebuah media Jepun melaporkan bekas pemain skuad Samurai Biru, Keisuke Honda ditawarkan untuk menyertai pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Super iaitu Selangor FC.", "Gosip pemain yang bakal menjengah usia 35 tahun itu sejuk seketika apabila sebuah portal bola sepak Vocket FC menyatakan seorang wakil Selangor yang tidak dinamakan menafikan berita kehadiran pemain tersebut ke skuad Merah Kuning, dua hari lalu. ", "Namun ianya kembali bertiup kencang apabila bekas pemain dan penolong pengurus pasukan, Nazzab Hidzan tidak menafikan perkara berkenaan dalam rancangan [email protected], pada malamnya.", "Pertama sekali, Selangor sudah mempunyai lima pemain import di skuad utamanya iaitu Oliver Buff, Manuel Konrad, Jordan Ayimbila, Ifedayo Olusegun (kuota asia) dan Safuwan Baharudin (kuota asean). ", "Sementara itu, perlu diingatkan pasukan simpanan, Selangor 2 hanya mendaftarkan 3 daripada 4 maksimum pemain import iaitu George Attram, Tim Heubach dan Hein Htet Aung pada musim ini.", "Justeru Selangor masih mempunyai ruang untuk menandatangani Honda menerusi Selangor 2 tanpa perlu mengorbankan mana-mana pemain import sedia ada kerana mempunyai satu lagi kekosongan slot pemain import. ", "Tambahan pula, kehadiran Honda juga tidak ‘mengacau’ peraturan pemain import iaitu 3 bebas + 1 asia untuk saingan Liga Premier.", "Honda merupakan  seorang pemain berkaki kiri, mempunyai gelecekan yang baik, boleh melakukan hantaran mencari rakan sepasukan ke dalam kotak penalti, melakukan rembatan jarak jauh serta merupakan pakar dalam situasi bola mati.", "Selain itu, statistik jaringan gol dan bantuan golnya juga agak baik. Menurut laman transfermarkt, sejak bergelar pemain professional pada tahun 2004, Honda telah menjaringkan 102 gol dan mencipta 82 bantuan gol di peringkat kelab.", "Antara kelompongan Selangor pada ketika ini adalah ketiadaan pemain asli (pure) No.10. Walaupun pemain import kelahiran Switzerland, Oliver Buff dilihat bermain di situ tetapi perlu diingatkan dia merupakan seorang pemain tengah (centre midfielder).", "Keduanya, Karsten yang gemar menerapkan formasi 4-4-2 berlian (diamond) pula sering menurunkan 4 pemain tengah dan dua orang penyerang dalam kesebelasan utamanya. Tiada pemain sayap yang bermula dalam kesebelasannya melainkan dimasukkan sebagai pemain gantian. ", "Situasi ini menyebabkan Brendan Gan atau Aliff Haiqal terpaksa ditugaskan melakukan hantaran lintang untuk mencari Ifedayo di dalam kotak penalti yang kadang-kalanya dilihat tidak begitu efektif.", "Kehadiran Honda boleh menyelesaikan dua perkara ini. Pertamanya Honda boleh bermain sebagai pemain tengah menyerang (attacking midfielder) atau No.10 di dalam sistem Karsten. Keduanya, Honda boleh bermain di posisi pemain tengah kanan (right midfielder) atau pemain tengah kiri (left midfielder) yang boleh menghantar bola ke dalam kotak penalti dengan lebih baik.", "Apa yang menjadi keraguan adalah tahap kecergasan Honda yang bakal menjengah usia 35 tahun jun nanti. Mampukah dia beraksi dengan baik dalam saingan Liga Super pada usia sebegitu? ", "Bagaimanapun, untuk menaikkannya ke skuad utama, Honda boleh ditukarkan dengan kesemua pemain import kecuali Safwan Baharudin (kuota asean) kerana Honda yang berwarganegara Jepun hanya boleh mengisi kuota pemain bebas atau asia sahaja.", "Jika dilihat kepada prestasi semasa pemain import di skuad utama Selangor, boleh dikatakan semuanya sedang berada di prestasi terbaik kecuali Manuel Konrad yang masih menyesuaikan diri sejak diberikan debut pada awal april lalu.", "Besar kemungkinan, Konrad yang akan diturunkan pangkat ke skuad Selangor 2 bagi memberikan ruang kepada Honda untuk bermain bersama skuad utama Selangor. Dan tempat Konrad boleh digantikan dengan pemain tempatan yang lain.", "Selain daripada menggunakan khidmatnya untuk bermain  dan berkongsi pengalaman kayanya kepada pemain-pemain tempatan khususnya pemain muda, Selangor mampu memperoleh satu lagi manfaat yang besar.", "Perlu diketahui, Honda merupakan seorang pemain yang sangat tersohor di Jepun. Barangkali Selangor melakukan tawaran untuk mendatangkan Honda sebagai serampang dua mata. Kemasyhuran Honda boleh digunakan untuk menarik tajaan besar dari negara matahari terbit atau syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia. Namanya sendiri sudah menyamai syarikat pembuat kereta dan motosikal yang cukup diminati sebagian besar rakyat di negara ini iaitu Honda. ", "Adakah berbaloi Selangor mengikat Honda? Apa pendapat anda?"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207096/", "headline": "\nMental ‘Koyak’ Semasa Berlari? – Ikuti Saranan Doktor Marathoner Ini\n", "content": ["Berlari merupakan salah satu aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ianya membantu meningkatkan tahap kardiovaskular dan yang paling utama adalah menjadikan badan lebih sihat.", "Namun demikian, bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti ini pasti akan merasai kesukarannya. ", "Percaya atau tidak, berlari atau berjoging ini amat mencabar fizikal dan juga mental.", "Untuk pengetahuan semua, tekanan mental yang diterima sewaktu berlari cukup mencabar. ", "Jika tidak ditangani dengan baik, pastinya rasa minat untuk berlari itu akan hilang begitu sahaja terutamanya dalam kalangan pelari kategori ‘beginner’.", "Pendekatan yang bersesuaian perlu diambil untuk memastikan mental si pelari tidak mudah ‘koyak’ semasa berlari.", "Bagi doktor perubatan yang juga seorang penggemar aktiviti larian, Dr. Rujhan Roslan menyedari akan masalah yang sering dihadapi oleh ramai pelari baharu terutamanya ketika berjoging.", "Menurutnya, terdapat pelbagai pendekatan yang boleh diambil untuk membina kekuatan mental semasa berlari. ", "“Berlari secara berkumpulan atau berteman amat membantu kita dalam melawan tekanan mental yang dihadapi semasa berlari.” ", "“Hal ini kerana, pelari akan cenderung untuk berasa bosan ketika berlari dalam jarak yang jauh.” ", "“Jadi, apabila berteman kebosanan itu dapat dihilangkan kerana mereka boleh berbual sesama sendiri ketika berlari,” kata Rujhan kepada Sukanz.", "Tambah Dr. Rujhan lagi, jika pelari ingin melakukan larian jarak jauh tetapi dalam kelajuan yang perlahan maka berlari dalam kumpulan adalah pilihan yang sesuai. ", "Manakala berlari secara individu membolehkan si pelari untuk menfokuskan kepada peningkatan kelajuan dan kecergasan diri.", "Pada masa yang sama, Dr. Rujhan juga mengatakan adalah penting untuk bergaul dengan mereka yang positif bagi memastikan kekuatan mental sentiasa tinggi ketika berlari.", "“Jika kita dapat cari rakan yang mempunyai minat yang sama, ia adalah bonus. Paling penting, pastikan rakan disekeliling kita mempunyai sikap positif supaya kita juga merasakan auranya.”", "Untuk makluman, Dr. Rujhan seorang yang aktif terlibat dalam aktivi larian dan mengambil bahagian dalam banyak acara termasuk marathon. ", "Antara acara yang disertainya adalah Kuala Lumpur Marathon serta Putrajaya Night Marathon."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216064/", "headline": "\nPerseorangan Muda Thailand Muncul Juara Terbuka Jerman 2022 – Kejuaraan Pertama Jelajah Dunia BWF \n", "content": ["Pemain perseorangan lelaki muda Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang berusia 20 tahun dinobatkan sebagai juara dalam saingan Terbuka Jerman 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Kejuaraan tersebut dirangkul pemain kelahiran Bangkok itu setelah berhasil menumpaskan pemain India, Lakshya Sen yang juga berusia 20 tahun di perlawanan akhir kejohanan tersebut, sebentar tadi.", "Lebih manis, Vitidsarn yang menghuni ranking ke-20 dunia mengalahkan Lakshya yang merupakan pemain No.12 dunia secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-18 dan 21-15 dalam tempoh masa permainan yang menghampiri satu jam.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Final21 21 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🏅18 15 🇮🇳Lakshya SEN🕗 in 58 minutes https://t.co/fsbn2L5y2u", "Sebagai rekod, Vitidsarn mara ke pentas akhir dengan menumpaskan Lee Zii Jia (separuh akhir), Kenta Nishimoto (suku akhir), Jonatan Christie (Pusingan 16) dan Parupalli Kashyap (Pusingan 32).", "Sebagai tambahan, kejuaraan yang dirangkul oleh Vitidsarn ini merupakan kejuaraan berstatus Jelajah Dunia BWF yang pertama dalam karier profesionalnya.", "Untuk makluman, pencapaian terbaiknya sebelum ini adalah muncul naib juara di Jelajah Dunia Akhir BWF 2021, Terbuka Swiss 2021 serta Spain Masters 2020. Tahun lalu, Vitidsarn turut memenangi anugerah ‘Most Promising Player 2020/21’ oleh BWF.", "Manakala ketika di zaman remajanya, Vitidsarn merupakan juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia Remaja tiga kali berturut-turut – 2017, 2018 dan 2019 – serta pemenang Kejohanan Badminton Asia Remaja 2019 (Individu)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323873/", "headline": "\nPiala Sudirman: Malaysia Menang 4-1 Ke Atas Chinese Taipei, Muncul Juara Kumpulan C\n", "content": ["Skuad Malaysia mengesahkan kedudukan mereka selaku juara Kumpulan C dan mara ke peringkat suku akhir setelah menewaskan Chinese Taipei dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, sebentar tadi.", "Selepas dua kemenangan ke atas Australia dan India, perlawanan yang mempertemukan dua pasukan teratas Kumpulan C ini berakhir dengan kejayaan buat Malaysia menerusi keputusan 4-1. ", "Malaysia mendahului menerusi gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menewaskan Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin dengan skor 17-21, 21-19 dan 21-17 pada perlawanan pertama. ", "Lee Zii Jia meneruskan rentetan kemenangan pada perlawanan kedua selepas menewaskan pemain No.5 dunia, Chou Tien Chen secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 23-21. ", "How will this look at the end of today?#SudirmanCupFinals #Suzhou2023 pic.twitter.com/0WVtGnPNBP", "— BWF (@bwfmedia) May 17, 2023", "Chinese Taipei cuba bangkit pada perlawanan melibatkan perseorangan wanita No.3 dunia, Tai Tzu Ying yang mudah menundukkan cabaran wakil negara, Goh Jin Wei dengan skor 21-8 dan 21-10. ", "Namun, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mengesahkan kemenangan Malaysia setelah mengalahkan beregu lelaki, Lu Ching Yao dan Yang Po Han dengan skor 21-8 dan 23-21. ", "Gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pula melengkapkan kemenangan Malaysia apabila berjaya menewaskan Hsu Ya Ching dan Teng Chun Hsun dengan keputusan 21-15, 19-21 dan 21-15.", "Biarpun tewas, Chinese Taipei akan mengiringi Malaysia ke peringkat suku akhir bagi Kumpulan C. Baki enam lagi pasukan daripada tiga kumpulan lain hanya akan diketahui petang ini dan esok. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323733/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Perseorangan Wanita 19 Tahun Negara Tumpas Kepada Pilihan Pertama Di Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan wanita muda negara yang berusia 19 tahun, Wong Ling Ching terpaksa akur tersingkir awal daripada acara badminton (individu) di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja.", "Ling Ching yang menghuni ranking ke-116 dunia terpaksa melupakan bukan sahaja impian untuk mengutip sebarang kilauan pingat bahkan mara ke peringkat seterusnya apabila tumpas kepada pemain Thailand yang diletakkan sebagai pilihan pertama, Lalinrat Chaiwan di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Ling Ching tumpas secara “straight set” kepada pemain yang menduduki ranking ke-23 dunia itu dengan skor 9-21 dan 16-21 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam permainan.", "Ini juga merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua-dua pemain di sebarang pentas kejohanan antarabangsa.", "Untuk makluman semua, Lalinrat yang berusia 22 tahun pernah muncul sebagai juara bagi kategori perseorangan wanita dalam saingan Antarabangsa Sepanyol dan Antarabangsa Azerbaijan 2019.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217055/", "headline": "\nBAC 2022: Kisona Ke Pusingan 16 – Bakal Berentap Dengan Pemain No.2 China\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray berhasil mencipta kemaraan ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas menundukkan pemain Hong Kong di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Pemain berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan Yeung Sum Yee yang berada di ranking 165 dunia secara ‘straight set’ dengan skor 21-10 dan 22-20 dalam tempoh 39 minit permainan.", "R32#MAS🇲🇾 S Kisona def. #HKG🇭🇰 Yeung Sum Yee 21-10 22-20", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, dengan kemaraan ini, menanti Kisona di Pusingan 16 adalah pemain perseorangan wanita No.2 China, He Bing Jiao merangkap pilihan kelima untuk memenangi kejohanan ini.", "Berdasarkan rekod, Kisona pernah menentang pemain yang menduduki tangga kesembilan dunia ini sebanyak satu kali sekitar lapan tahun yang lalu semasa zaman remaja. Dalam perlawanan tersebut, kemenangan berpihak kepada Bing Jiao."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113595/", "headline": "\nPenyegar Udara, Little Joe x Harimau Malaya Edisi Ke-2 Mula Dijual di Kedai Petronas\n", "content": ["Pada penghujung Ogos lalu, jenama pewangi udara kenderaan berpangkalan di Switzerland, Little Joe mengumumkan jalinan kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Susulan daripada kerjasama tersebut, syarikat yang terkenal dengan rekaan penyegar udara berbentuk tiga dimensi (3D) tanpa cecair pewangi bersama badan induk bola sepak tanah telah melancarkan penyegar udara edisi khas iaitu Little Joe x Harimau Malaya.", "Menjelang kejohanan Piala AFF 2020 yang akan disertai oleh skuad Harimau Malaya pada awal bulan hadapan, syarikat ini bersama-sama FAM melancarkan penyegar udara khas edisi kedua terbaru dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Wisma FAM, semalam.", "Menurut siaran media oleh FAM, penyegar udara Little Joe x Harimau Malaya edisi kedua ini akan dijual secara berperingkat di semua kedai Petronas. ", "Selain itu, penyokong dan peminat skuad Harimau Malaya boleh juga mendapatkannya di pelbagai platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada serta stesen minyak BHP terpilih. Dijangka ianya turut memasuki Aeon Store, Aeon Big dan Al Ikhsan.", "Majlis tersebut turut disusuli dengan majlis menandatangani perjanjian penajaan antara Little Joe dan FAM selepas ianya terpaksa ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijalankan di seluruh negara sebelum ini.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112685/", "headline": "\nPemain Naturalisasi Matdon Mula Berlatih Bersama Odisha FC di India\n", "content": ["Pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi dimaklumkan telah memulakan latihan pertamanya bersama kelab baharu, Odisha FC yang berpangkalan di India, semalam.", "Sesi latihan pertama Liridon atau lebih dikenali sebagai Matdon dalam kalangan peminat bola sepak tempatan itu dimaklumkan menerusi platform media sosial kelab terbabit.", "Difahamkan, pemain tengah berusia 29 tahun tersebut tiba di kelab yang berpangkalan di negeri yang terletak di timur India itu pada hari Jumaat yang lalu.", "“Hari ini bermulanya kisah baharu. Saya bersyukur kepada tuhan atas kesihatan saya dan perjalanan baharu serta peluang baharu. ", "“Saya mendoakan semua sihat dan berjaya dalam hidup serta tersenyum riang setiap hari. Jangan putus asa dengan impian anda. Matdon dalam perjalanan, siap sedia India.” kongsinya menerusi Instagram Story sebelum terbang ke India.", "Artikel Berkaitan: Kelab India, Odisha FC Umum Ikat Liridon Krasniqi Secara Pinjaman", "Untuk makluman semua, Matdon telah diikat oleh kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super India (ISL) secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengharungi musim 2021-2022.", "Selain itu, perjanjian pinjaman oleh Odisha turut diselitkan dengan klausa pembelian secara tetap daripada pasukan yang mendapat julukan Harimau Selatan itu.", "Sebagai rekod, Matdon diikat oleh JDT pada penghujung tahun 2019. Pada Februari lalu, JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora mengumumkan meminjamkan pemain ini kepada kelab berpangkalan di Australia iaitu Newcastle Jets."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218186/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Sze Fei-Nur Ke Separuh Akhir Selepas Singkir Juara Indonesia\n", "content": ["Beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin meneruskan persembahan cemerlang mereka dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 dengan menempah tiket ke peringkat separuh akhir. ", "Penghuni ranking ke-12 dunia ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan beregu China yang menjuarai saingan Terbuka Indonesia- Jelajah Dunia Super 1000 BWF – baru-baru ini, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 22 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅11 20 🇨🇳Yu Chen LIU 🇨🇳Xuan Yi OU", "🕗 in 36 minutes https://t.co/8fWudXXIfg", "— BWFScore (@BWFScore) July 1, 2022", "Yu Chen dan Xuan Yi yang berada di ranking ke-45 dunia itu tumpas kepada Sze Fei-Izzuddin secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-11 dan 22-20 di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Untuk makluman semua, pertarungan sulung di peringkat antarabangsa melibatkan kedua-dua beregu ini berlangsung dalam tempoh 36 minit sahaja.", "Sementara itu, Sze Fei-Izzuddin bakal berentap menentang samada beregu bebas (independent) senegara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (ranking kesepuluh) atau beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto (ranking ketujuh) di peringkat separuh akhir, esok.", "Featured Image: Instagram Petronas Brands"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218008/", "headline": "\nPenjaring Terbanyak Piala AFF 2010 Lancar Koleksi NFT Tersendiri\n", "content": ["Penyerang negara merangkap penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2010, Safee Sali melancarkan koleksi NFT (non-fungible token) miliknya yang tersendiri yang berjudul ‘SEPULUH’, pada hari ini.", "Difahamkan 10 koleksi digital yang akan dilelong di platform jual beli, OpenSea bermula hari ini adalah hasil kerjasamanya dengan Prime Sports NFT – bahagian sukan NFT di bawah Prime Sports International (PSI).", "Peminat yang membida dan menjadi pemilik eksklusif kepada 10 koleksi NFT terhad ini akan mendapat peluang untuk berkongsi padang padang dengan Safee sendiri, mendapat cetakan berbingkai NFT dan akses kepada komuniti peribadi untuk ahlinya.", "Bercerita dengan lebih lanjut mengenai ‘SEPULUH’ ini, ianya diinspirasikan daripada pencapaian gemilang Safee ketika mewakili skuad kebangsaan beraksi dalam saingan Piala AFF 2010 seterusnya merangkul Anugerah Kasut Emas dengan rekod lima gol secara keseluruhan.", "Ilustrasi NFT tersebut menggunakan gambaran ikonik yang masih kekal sebagai salah satu pencapaian terbesarnya di pentas antarabangsa untuk Malaysia.", "“Visi saya untuk ‘SEPULUH’ adalah untuk mengenang kenangan terindah saya memakai jersi Harimau Malaya melalui seni digital dan membolehkan peminat memiliki sekeping cerita saya sebagai koleksi.", "“Peminat saya telah memberi sokongan sepanjang karier saya dan SEPULUH NFT telah membuka pintu untuk mengeratkan hubungan saya bersama mereka,” kata Safee.", "Sebagai tambahan, pelancaran ‘SEPULUH’ juga merupakan projek sulung dan cetusan idea Prime Sports NFT, pelopor dalam industri yang bertujuan untuk menyilangkan dunia sukan, seni dan budaya. ", "Selain itu, projek ‘SEPULUH’ ini juga dalam perkongsian bersama Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan sebahagian daripada hasil jualan NFT tersebut akan disalurkan kepada dana pembangunan pemain bola sepak profesional di Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220378/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Tiga Wakil Negara Tersungkur Di Pusingan 16\n", "content": ["Daripada lima wakil negara yang beraksi, seramai tiga wakil negara tersungkur di Pusingan 16 sekaligus gagal ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Tiga wakil itu terdiri daripada dua beregu lelaki serta sepasang beregu campuran iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.", "Sze Fei-Izzuddin yang merupakan beregu lelaki No.3 negara tersingkir selepas tumpas kepada wakil negara jiran tetangga, Indonesia merangkap juara All-England 2022 iaitu Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "YONEX French Open 2022MD – Round of 16 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅21 19 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅18 21 17 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "🕗 in 71 minutes https://t.co/6RONWQvbdI", "— BWFScore (@BWFScore) October 27, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Sze Fei-Izzuddin tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-19 dan 17-21 dalam tempoh masa 71 minit.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu lelaki yang turut sama mengikuti jejak langkah ini adalah gandingan muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.", "Beregu yang berada di ranking ke-20 ini terpaksa akur tumpas kepada pasangan India No.8 dunia, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 14-21 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "Manakala wakil negara yang terakhir mengalamai nasib malang ini adalah beregu campuran bebas (independent), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.", "YONEX French Open 2022XD – Round of 16 🇯🇵Yuki KANEKO🏅21 14 21 🇯🇵Misaki MATSUTOMO🏅12 21 15 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI", "🕗 in 60 minutes https://t.co/LLVNAr7gIk", "— BWFScore (@BWFScore) October 27, 2022", "Pasangan No.9 dunia ini disingkirkan oleh beregu Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-14 dan 15-21 dalam tempoh masa satu jam.", "Untuk makluman, dua wakil negara yang berjaya mencetak kemenangan dan meneruskan kemaraan dalam saingan Terbuka Perancis ini adalah gandingan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan serta Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219633/", "headline": "\nSlot Piala AFC: Terengganu Semakin Menghimpit Negeri Sembilan\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC terus menghimpit pasukan ketiga Liga Super, Negeri Sembilan FC sekaligus menghampiri slot ke saingan Piala AFC.", "Ianya selepas skuad Nafuzi Zain berhasil melakar kemenangan ke atas Penang FC di laman sendiri dalam perlawanan ke-18 Liga Super, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit Terengganu berhasil mendapatkan jaringan menerusi Faisal Halim dan Tchetche Kipre minit 37’ dan 45+2’ masing-masing pada separuh masa pertama.", "Memasuki separuh masa kedua, Tchetche sekali lagi menembusi gawang pada minit 90+1’ dan menjadikan kedudukan 3-0 sebelum pengadil meniup wisel menamatkan permainan.", "Dengan kemenangan ini, Terengganu masih berada di tempat keempat namun dapat mengumpul 32 mata – dibezakan hanya 3 mata dengan Negeri Sembilan.", "Untuk perlawanan seterusnya, Terengganu akan menghadapi pasukan yang berada di kedudukan kedua liga, Sabah pada 1 Oktober.", "Sementara itu, Negeri Sembilan akan menghadapi pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Dengan kemenangan JDT dalam saingan Piala FA baru-baru ini serta berada dalam keadaan selesa untuk merangkul kejuaraan Liga Super pada musim ini, dua slot Piala AFC 2023 hampir pasti diberikan kepada pasukan yang menduduki tangga kedua dan ketiga liga."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325414/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Asia: Rizzua Perbaiki Rekod Peribadi 110m Berpagar – 13.85s\n", "content": ["Pelari berpagar negara, Mohd Rizzua Haizad Muhamad terpaksa akur terkandas di pusingan 1 acara 110 meter (m) berpagar apabila menamatkan lariannya di tempat keempat dalam saringan 1 di Kejohanan Olahraga Asia Ke-25 di Bangkok, Thailand pada hari ini.", "Atlet kelahiran Sarawak yang berusia 26 tahun ini melintasi garisan penamat di belakang Shunya Takayama (Jepun), John Christopher Tolentino (Filipina) dan David Yefremov (Kazakhstan).", "Biarpun terlepas peluang untuk mara ke perlumbaan akhir yang dijadualkan berlangsung esok, Rizzua berhasil memperbaharui rekod peribadinya dalam acara ini.", "Dalam perlumbaan tersebut, Rizzua merekodkan catatan masa 13.85 saat (s) sekaligus meleburkan catatan masa 13.86s yang dilakukannya ketika Olahraga Terbuka Taiwan pada penghujung Mei lalu.", "Featured Image: Instagram Mohd Rizzua Haizad"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220386/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Beregu Ranking 18 Dunia Nafi Yew Sin-Ee Yi Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki Korea yang menghuni ranking ke-18 dunia menafikan kemaraan pasangan bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke peringkat separuh akhir Terbuka Perancis 2022.", "Ganding Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking kesembilan dunia dinafikan kemaraan tersebut apabila terpaksa akur tumpas “straight set” kepada Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan peringkat suku akhir itu, Sol-gyu dan Won-ho yang merupakan naib juara Terbuka Indonesia 2022 menumpaskan mereka dengan skor 18-21 dan 18-21 dalam tempoh 43 minit permainan.", "YONEX French Open 2022.MD – Quarter final 🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅21 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅18 18 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 43 minutes https://t.co/QoOvyFMW9X", "— BWFScore (@BWFScore) October 28, 2022", "Untuk makluman, kekalahan ini menjadikan Yew Sin-Ee Yi tumpas dua kali berturut-turut secara keseluruhan kepada Sol-gyu dan Won-ho di pentas antarabangsa.", "Untuk pengetahuan semua, pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu ini yang berlangsung di peringkat suku akhir Terbuka Jepun 2022 menyaksikan Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 13-21.", "Sementara itu, Sol-gyu dan Won-ho yang meraih kemenangan pada hari ini akan meneruskan saingan dengan bertemu samada beregu No.1 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi atau beregu No.8 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di peringkat separuh akhir, esok. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110337/", "headline": "\nNasi Lemak Tak Halang Kante Julang Trofi UCL\n", "content": ["Menu nasi lemak kosong bersama ayam masak merah yang dimakan oleh pemain tengah, N’golo Kante nyata tidak menghalangnya membantu Chelsea menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Pada khamis lalu, Kante mencuri tumpuan ramai peminat bola sepak tempatan apabila dia dimaklumkan mengunjungi sebuah restoran makanan Malaysia di London, Tuk Din Flavours of Malaysia bagi menikmati menu tersebut sebelum terbang ke Portugal. ", "Kante Makan Nasi Lemak Lauk Ayam Masak Merah Sebelum Lawan Man CityMenu nasi lemak bukan menjadi satu kesalahan untuk dimakan oleh pemain bola sepak profesional. Bahkan menu itu turut dimakan oleh N'golo Kante.LINK: https://t.co/jpTXmCFE2s#UCLfinal pic.twitter.com/N9DI7KK0OU", "Pada pertemuan akhir menentang Manchester City pada awal pagi tadi, pemain tengah Perancis berusia 30 tahun tersebut diturunkan oleh pengurus, Thomas Tuchel di posisi tengah dan diberikan peranan selalu ‘box-to-box midfielder’. ", "Kante cemerlang menjadi nadi di bahagian tengah Chelsea dengan statistik menunjukkan dia merekodkan 85.3% ketepatan ketika melakukan hantaran. Sebagai tambahan, Kante turut efektif dalam membantu pasukannya ketika bertahan.", "Chelsea muncul juara apabila berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas skuad bimbingan Pep Guardiola menerusi jaringan oleh Kai Havertz setelah menyambut baik hantaran oleh Mason Mount pada minit ke-42.", "Manchester City cuba meningkatkan asakan untuk mencari jaringan penyamaan. Namun persembahan penuh berdisiplin ketika bertahan sehingga ke penghujung permainan oleh skuad The Blues membuatkan mereka hanya mampu berputih mata.", "Sejurus sahaja tamat perlawanan, Kante turut dipilih sebagai ‘UCL Player of The Match’ (UCLPOTM) atas aksi yang sangat memberangsangkan ditampilkannya di atas padang.", "N'Golo Kanté. Magnifique! 🌟#UCLPOTM | #UCLfinal pic.twitter.com/r4p3Y6LvYF", "Kejuaraan ini membolehkan Kante menambahkan lagi koleksi piala yang dimilikinya sepanjang bergelar pemain profesional. Secara keseluruhan, Kante telah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (2 kali), Piala FA (1 kali), Liga Europa (1 kali), Piala Dunia (1 kali) dan terbaharu Liga Juara-Juara UEFA (1 kali).", "Hanya trofi kejuaraan eropah, Euro Cup sahaja belum dimenanginya bersama skuad kebangsaan Perancis, setakat ini. ", "Featured Imag: UEFA Champions League "]} +{"url": "https://sukanz.com/20219707/", "headline": "\nPusat Pakaian Hari-Hari Taja Liga Malaysia Sebanyak RM500,000\n", "content": ["Syarikat peruncit fesyen terkenal tanah air, Pusat Pakaian Hari-Hari diumumkan sebagai penaja bersama bagi saingan bola sepak tempatan, Liga Malaysia 2021. ", "Perkara tersebut diumumkan dalam satu majlis menandatangani kontrak yang berlangsung pada hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya. ", "Majlis menandatangani kontrak penajaan yang bertempoh setahun tersebut dijayakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan bersama Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Syed Mohamed Sani Syed Kamarullbahrim.", "Ia turut disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL, Mohd Joehari Ayub serta Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari, Amilludin Latip dan Ketua Penjenamaan Pusat Pakaian Hari-Hari, Kviin Ng.", "“Perjanjian yang kita buat ini dalam musim 2021 sebagai co-sponsor melibatkan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup.” ", "“Untuk makluman, Pusat Pakaian Hari-Hati telah menaja dalam bentuk (wang) tunai sebanyak RM500,000.00,” kata Ab Ghani kepada para wartawan yang hadir.", "Sementara itu, Syed Mohamed Sani berkata sebelum daripada ini Pusat Pakaian Hari-Hari telah menaja program-program sukan dalam negara terutamanya di peringkat akar umbi. ", "Namun buat julung kalinya, Pusat Pakaian Hari-Hari mencipta sejarah tersendiri apabila muncul untuk menaja saingan bola sepak negara yang dikelolakan oleh MFL. ", "Pada masa yang sama, Syed Mohamed Sani turut melontarkan cadangan untuk menggunakan kelebihan rangkaian runcitnya di seluruh pelusuk tanah air untuk mengedarkan barangan cenderamata MFL. ", "“Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai 86 cawangan (seluruh Malaysia) sekarang dan boleh dianggap sebagai distribution point untuk mengedarkan merchandise MFL pada masa akan datang.” kongsinya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323659/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kuartet 4x100m Lelaki Malaysia, Singapura Kongsi Pingat Gangsa\n", "content": ["Kuartet lelaki Malaysia dan Singapura berkongsi pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2023 apabila pelumba terakhir masing-masing melintasi garisan penamat secara bersama-sama dalam acara 4×100 meter (m) di Stadium Nasional Morodok Techo, semalam.", "Malaysia yang dibarisi oleh Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan bersama-sama kuartet Singapura menamatkan larian di tempat ketiga di belakang kuartet Indonesia dan Thailand.", "Perlumbaan tersebut menyaksikan kuartet Malaysia dan Singapura mencatatkan masa larian 39.36 saat (s) manakala Indonesia dan Thailand pula melakar masa larian 39.11s dan 39.13s masing-masing.", "A post shared by Majlis Sukan Negara Malaysia (@msn_malaysia_official)", "Untuk makluman, ini merupakan pingat gangsa ke-39 diraih Kontinjen Malaysia pada temasya dwitahunan pada edisi kali ini.", "Bagaimanapun, pungutan pingat gangsa ini menjadikan mereka gagal mempertahankan kilauan pingat perak yang dimenangi Kontinjen Malaysia dalam dua edisi Sukan SEA yang lalu berturut-turut.", "Pada edisi 2021, kuartet negara yang terdiri daripada Muhammad Azeem mohd Fahmi, Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar dan Muhammad Haiqal Hanafi meraih pingat perak dengan catatan masa 39.09s – rekod kebangsaan.", "Sementara itu, edisi 2019 pula memperlihatkan gandingan Nixson Kennedy, Muhammad Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz Jantan dan Russel Alexander Taib pula memungut pingat perak dan mencatatkan masa larian 39.27s."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207494/", "headline": "\nFasa 2 Penswastaan: Wajib Hantar ‘CV’ Setiap Individu & Carta Organisasi\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta setiap pasukan yang telah melengkap fasa pertama penswastaan kelab untuk menghantar curriculum vitae (CV) setiap individu dan carta organisasi bagi kedua-dua entiti Football Association (FA) dan Football Club (FC).", "Kedua-dua perkara tersebut mestilah dihantar sebagai sebahagian daripada fasa seterusnya iaitu fasa kedua penswastaan kelab selewat-lewatnya pada hujung bulan hadapan – 30 november 2020.", "Ini bagi memastikan pemisahan pengurusan dapat dilaksanakan sepenuhnya yang mana barisan pengurusan setiap FA dan FC tidak diisi oleh individu yang sama.", "Sebagai contoh, presiden bagi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNST) tidak boleh memegang mana-mana jawatan dalam Terengganu Football Club Sdn. Bhd. pada waktu yang sama. Hal ini termasuk juga jawatan-jawatan lain dalam FA seperti timbalan presiden, naib presiden, setiausaha dan juga ahli jawatankuasa (AJK).", "“Perjalanan penswastaan FC ini masih panjang sebenarnya dengan banyak lagi langkah-langkah atau proses yang perlu dijalani oleh setiap pasukan ini bagi memastikan industri bola sepak negara diswastakan sepenuhnya.", "“Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM ini akan mengambil peranan baharu pula selepas ini untuk memantau prestasi dan seterusnya dalam pemerkasaan semua FC ini.” kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed.", "Siaran Media: Kesemua 21 Pasukan Berjaya Melengkapkan Penswastaan FCBaca kenyataan penuh Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM, Mohd Firdaus Mohamed di https://t.co/xqKY8NmIA2#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/7auj3bZdmj", "Dalam satu siaran media semalam, FAM mengumumkan 21 pasukan berjaya melengkapkan proses penswastaan kelab fasa pertama dalam tempoh masa yang ditetapkan.", "Antara proses penswastaan yang perlu dibuat oleh setiap pasukan pada fasa pertama adalah prakelulusan (surat tiada bantahan dan sokongan) daripada FA, pendaftaran syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). ", "Selain itu, mereka perlu membuat pendaftaran nama dan logo dengan MyIPO, menandatangani kontrak tugasan di antara FA dan FC, mendapatkan pengesahan bertulis daripada FA dan mendapatkan kelulusan daripada FAM serta AFC.", "Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAMFirst Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM telah bermesyuarat buat kali ke-10 bagi penggal 2017-2021 di Shah Alam pada 1 dan 2 Oktober 2020.Baca penuh di https://t.co/3sIzuOLSJM#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UbjYPxAJMb", "Sementara itu, bagi memperkasakan lagi penswastaan setiap pasukan yang telah dijenamakan kepada FC, pihak sekretariat FAM telah menyediakan perancangan bagi mengadakan beberapa program yang akan bermula pada awal 2021 nanti.", "Antaranya ialah Bengkel Ketua Pegawai Eksekutif, Bengkel Operasi Kelab, Sidang Kemuncak Pengarah Teknikal, Bengkel Perundangan, Bengkel Pemasaran Kelab, Bengkel Keselamatan serta Bengkel Infrastruktur & Stadium."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323228/", "headline": "\nBAC 2023: Beregu Campuran No.2 Negara Terkandas Awal Di Tangan Wakil China\n", "content": ["Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menjadi mangsa pertama dari Malaysia yang kecundang dalam saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selepas dikalahkan wakil China dalam pusingan 32.", " Pilihan kelima kejohanan itu terpaksa akur pulang awal apabila tewa “straight set” kepada beregu No.4 mereka, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.", "Dalam perlawanan selama 32 minit itu, pasangan Zhen Bang-Ya Xin mudah menjinakkan gandingan Kian Meng-Pei Jing dengan keputusan 21-17 dan 21-13 dalam perlawanan terakhir malam tadi. ", "R32#CHN🇨🇳 Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin def. #MAS🇲🇾 Tan Kian Meng-Lai Pei Jing(5) 21-17 21-13", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/K0zKXvxu6p", "— BAM (@BA_Malaysia) April 25, 2023", "Sebelum ini, sudah enam kali beregu No.2 kebangsaan ini gagal ke suku akhir dengan 2 kali berakhir di pusingan 16 manakala selebihnya berakhir awal di pusingan 32 melibatkan kejohanan Jelajah Dunia BWF.", "Dalam perkembangan yang sama, hari pertama BAC 2023 juga menyaksikan pasangan Soon Huat-Jemie Lai bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk meraih keputusan 15-21, 22-20 dan 21-15 menewaskan beregu Taiwan, Hong Wei-Chia Hsin. ", "Selain itu, gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mencipta kejutan menewaskan pilihan ketujuh kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun dengan keputusan “straight set” 21-14 dan 21-13. ", "Soon Huat-Jemie Lai akan bertemu pasangan China, Cheng Xing-Chen Fang Hui manakala beregu Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti menjadi lawan seterusnya buat Tang Jie-Ee Wei di pusingan 16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219623/", "headline": "\nChong Wei, Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Dilantik Duta Anti-Scam – Beri Kesedaran Penipuan Atas Talian\n", "content": ["Bagi mengurangkan kes penipuan atas talian (online), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) melantik seramai 104 orang pempengaruh (influencer) dalam kalangan pelbagai latar belakang sebagai duta anti-scam bagi memberi kesedaran terhadap orang ramai.", "“Selaku duta mereka akan berkongsi informasi berhubung pencegahan jenayah komersil kepada pengikut laman sosial masing-masing.” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani semasa berucap dalam Majlis Perlantikan Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang turut disiarkan secara langsung di laman sosial milik PDRM, semalam. ", "Mengetuai senarai duta anti-scam yang diumumkan itu adalah legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan bekas pemain No.1 dunia, Roslin Hashim. ", "Senarai itu diikuti dengan beberapa jaguh negara pada masa kini iaitu perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia, gandingan juara Kejohanan Dunia BWF, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh Liu Ying.", "Tambahnya lagi, “Buat masa ini, kita jangkakan dapat (capai sasaran) penurunan (sebanyak) 10% setahun, itu merupakan satu perkembangan yang baik,”", "“Jenayah penipuan ini adalah jenayah yang sukar dicegah dan dibendung tapi ia boleh dikawal dengan memberikan pendedahan dan pengetahuan secukupnya kepada setiap ahli anggota masyarakat,”", "“Mereka akan menjalankan peranan mereka (sebagai duta) dengan cara mereka tersendiri, tidak ada satu garis panduan yang mereka terikat, penglibatan mereka adalah dimana-mana dan bila-bila masa yang mereka fikirkan sesuai dan dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada seramai mungkin anggota masyarakat kita,” ", "Selain daripada legenda dan jaguh sukan, pelakon dan selebriti terkenal, Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie), Datuk Mohd Shukri Shahabudin (Hattan), Zed Zaidi serta beberapa individu terkenal dan berpengaruh lain termasuk usahawan, pegawai polis dan agamawan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321732/", "headline": "\nGandingan Chen Tang Jie & Toh Ee Wei Rangkul Kejuaraan Kedua\n", "content": ["Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil membutirkan kejuaraan kedua sejak digandingkan bermula awal Disember tahun lalu.", "Pemain berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini membutirkan gelaran juara buat kali kedua itu dengan menumpaskan beregu senegara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing dalam perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Iran Fajr, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan bergaya menerusi pungutan mata “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-15 dalam tempoh masa 29 minit permainan di Dewan Afrasiabi.", "FINAL#MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Toh Ee Wei def. #MAS🇲🇾 Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing 21-19 21-15", "* Tang Jie-Ee Wei emerge victorious in the battle of teammates. Congrats guys 🫶🏻", "📷 @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/TQatJI8fZk", "— BAM (@BA_Malaysia) February 5, 2023", "Kemenangan dilakar pada hari ini juga menjadikan Tang Jie-Ee Wei mendahului rekod pertemuan menentang Pang Ron-Mei Xing dengan dua kemenangan daripada tiga pertarungan di pentas antarabangsa.", "Sejurus perlawanan terbabit, Tang Jie-Ee Wei menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai bernilai AS$1,200, medal, sijil serta sejambak bunga. Selain itu, kemenangan di kejohanan bertaraf Gred 3 Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ini membolehkan mereka memungut 4,000 mata.", "Sementara itu, Pang Ron-Mei Xing pula mendapat wang tunai bernilai AS$700 dan meraih 3,400 pungutan mata.", "Sebagai rekod, kejuaraan pertama dirangkul gandingan Tang Jie-Ee Wei adalah ketika menyertai Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2022 yang berlangsung awal Disember lalu.", "Featured Image: Instagram Toh Ee Wei"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215246/", "headline": "\nPertahanan Kacukan Itali-Filipina Pilihan Penang FC Isi Kuota Import ASEAN\n", "content": ["Pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga musim lepas, Penang FC memilih pertahanan kacukan Itali-Filipina untuk mengisi slot pemain import ASEAN bagi mengharungi saingan musim ini.", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik skuad Harimau Kumbang itu, pemain kacukan baharu yang dimaksudkan ialah Christian Rontini atau dikenali sebagai Ronta, berusia 22 tahun, yang lahir di Bagno a Ripoli, Itali.", "PENANG FC 2022 | 🔵⚪🟡 CHRISTIAN RONTINI | HARIA PENANG HARIAOrangKITA..!Nama : Christian Mangaron RontiniUmur : 22 TahunTarikh Lahir : 20 Julai 1999Tempat Lahir : Bagno a Ripoli, ItalyKetinggian : 185 cmPosisi : Pemain Pertahanan#PenangFC #BolaPenang #PH pic.twitter.com/tZyOCmPr46", "Untuk makluman semua, Ronta menjadi pemain berdarah kacukan menerusi bapanya yang berbangsa Itali manakala ibunya berkerakyatan Filipina.", "Difahamkan, Ronta memulakan karier bola sepaknya dalam saingan bola sepak Itali. Berdasarkan rekod, dia memulakan karier profesional bersama pasukan Serie D atau E pada tahun 2018. ", "Tidak lama kemudian, dia mengembangkan kariernya dengan menyertai Pasukan Pembangunan Azkals (ADT) yang beraksi dalam kancah bola sepak Filipina pada tahun 2020.", "Untuk pengetahuan tambahan, Ronta merupakan sebahagian daripada skuad Filipina Bawah 23 Tahun (B-23) yang beraksi di temasya Sukan SEA 2019 di Filipina. ", "Selain itu, semasa berusia 19 tahun, Ronta berhasil meraih debut bersama skuad senior Filipina ketika menentang China dalam satu perlawanan antarabangsa pada tahun 2019.", "Diyakini, Ronta ditandatangani oleh skuad Penang bimbingan Tomas Trucha pada jendela perpindahan kali ini untuk menggantikan Ryuji Utoma, pertahanan kacukan Indonesia-Jepun yang telah kembali bersama kelab lamanya, Persija Jakarta.", "Featured Image: Azkals Development Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112619/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Tumpas 4-1 Kepada Jepun, Skuad Negara Muncul Naib Juara Kumpulan D\n", "content": ["Hasrat untuk melihat pasukan negara menjuarai Kumpulan D dalam saingan Piala Sudirman 2021 tidak menjelma apabila Malaysia tumpas 4-1 kepada Jepun.", "Sebaliknya, Malaysia yang dibarisi oleh majoriti pemain-pemain muda terpaksa berpuas hati selaku naib juara kumpulan setelah tamatnya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Jom layan goooood performance from Aaron & Wooi Yik!#SokongMalaysia#PialaSudirman2021 pic.twitter.com/9r3Ol96ZYW", "Pasukan negara bermula dengan langkah kanan menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berhasil meraih kemenangan ke atas regu ke-16 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kabayashi dengan keputusan 22-20, 14-21 dan 21-16.", "Bagaimanapun Jepun berjaya menyamakan kedudukan melalui pemain perseorangan wanita mereka yang menduduki ranking kelima dunia, Akane Yamaguchi dengan mudahnya menundukkan Kisona Selvaduray secara ‘straight set’ 14-21 dan 14-21.", "Beralih kepada kapten pasukan Lee Zii Jia bertemu pemain No.1 dunia, Kento Momota. Ketika ramai menjangkakan pemain kelahiran Kedah mampu menghadirkan kemenangan, sebaliknya, Momota yang berhasil meraih kemenangan ‘straight set’ 18-21 dan 10-21.", "Nasib yang sama menimpa beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah apabila mereka turut tumpas ‘straight set’ dengan keputusan 16-21 dan 17-21 kepada regu ke-10 dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.", "Pasangan beregu wanita negara, M.Thinaah & Pearly Tan tewas dalam perlawanan keempat bertemu beregu dari Jepun!#SokongMalaysia#PialaSudirman2021 pic.twitter.com/yEjBgEhXg4", "Malaysia turut menutup perlawanan menentang Jepun dengan kekalahan apabila beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See tumpas kepada beregu No.5 dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dengan keputusan 16-21 dan 9-21.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia/Badminton Photo"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113873/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka Ireland, Yeoh Seng Zoe Lonjak 26 Anak Tangga\n", "content": ["Kejayaan pemain badminton perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Yeoh Seng Zoe merangkul kejuaraan Terbuka Ireland minggu lalu telah meningkatkan kedudukan dalam ranking dunianya.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pemain berusia 24 tahun ini berhasil melonjak sebanyak 26 anak tangga. Hasilnya, Seng Zoe kini menempatkan dirinya di kedudukan ke-122 dunia.", "Baca: Seng Zoe, Wei Chong-Kai Wun Menangi Terbuka Ireland 2021", "Sementara itu, pemain perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong yang mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama memperbaiki kedudukan rankingnya dengan mendaki sebanyak 4 anak tangga.", "Peningkatan tersebut menaikkan pemain berusia 21 tahun ini ke tangga ke-63 dunia – ranking tertinggi yang diraih dalam kariernya setakat ini. ", "Bagi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia pula kekal di tangga ketujuh dunia sambil diikuti oleh pemain perseorangan nombor dua negara, Liew Daren di kedudukan ke-36 dunia.", "Featured Image: Instagram Yeoh Seng Zoe"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215185/", "headline": "\nWarna Fuchsia & Riben Kanser Serikan Jersi ‘Away’ Selangor FC 2022\n", "content": ["Bersempena dengan Hari Kanser Sedunia, Selangor FC melancarkan jersi ‘away’ keluaran Joma dalam satu majlis pelancaran dan acara ‘Let’s Cope With A Neon Hope’ yang diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre, pada hari ini.", "Rekaan jersi ‘away’ Selangor pada kali ini hadir dengan warna ‘teal’ dan ‘fuchsia’. Untuk pengetahuan semua, ‘teal’ merupakan warna biru kehijauan. Sementara itu, ‘fuchsia’ pula adalah warna merah keunguan.", "Di bahagian hadapan jersi, tertera logo penaja utama, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan jenama salah satu produk TDC Holdings, Alithera. Manakala di bahagian belakang, terpapar logo riben kanser yang dijadikan sebagai simbol rasmi jersi ‘away’ ini.", "Selangor FC Away Kit 2022 🔴🟡Apa komen anda tentang SFC Away Kit 2022 ini? luahkan perasaan anda melalui emoji! Okay GO! Jersi Away terbaru ini boleh didapati di laman web Selangor FC dengan harga RM119 ( 10% Diskaun untuk pemegang RGTC 2022 )https://t.co/JQksKWv7CJ pic.twitter.com/4d66lyLZf7", "“Penggunaan riben kanser sebagai simbol utama di belakang jersi ‘away’ 2022 menunjukkan sokongan Selangor FC kepada mereka yang sedang mengharungi kanser dengan harapan kempen ini dapat menyebarkan kesedaran tentang penyakit itu kepada orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.", "Menurut makluman kelab, warna ‘teal’ pada jersi ini membawa maksud pembaharuan manakala ‘fuchsia’ pula membawa maskud berani, bersemangat serta yakin untuk berjuang dalam menempuh segala cabaran. Warna ‘ivory’ pula membawa maksud kesucian dan ketenangan dalam perjuangan.", "Buat peminat dan penyokong skuad Red Giants, jersi ‘away’ ini boleh didapati di laman sesawang rasmi kelab, selangorfc.com dengan harga RM119.00 sehelai. Dimaklumkan, setiap penjualan jersi ‘away’ ini, pihak pengurusan Selangor FC akan menyumbangkan sebanyak RM5 kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk membantu mereka meneruskan usaha menangani kanser di negara ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20219385/", "headline": "\nJDT Perlu Beri Perhatian Kepada Trio Serangan Kedah\n", "content": ["Trio serangan baharu pasukan Kedah Darul Aman (Kedah) antara yang perlu diberi perhatian oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada hari ini.", "Penyokong tegar skuad Harimau Selatan, Juan Budiman berpandangan kombinasi tiga pemain ini akan membentuk barisan serangan yang tajam dan boleh menjadi ‘duri dalam daging’ buat JDT apabila mereka melakukan serangan balas.", "“Sudah pasti Kipre dan Sherman (pemain yang perlu diberikan perhatian). Menarik juga untuk lihat posisi Rabih Ataya pada hari perlawanan (malam ini). ", "“JDT perlu beri perhatian kepada trio Kedah ini dan elak buat kesilapan ketika menyerang supaya tidak terdedah dengan serangan balas dari Kedah.” kongsinya kepada Sukanz.", "Disebalik barisan serangan yang dilihat bakal memberikan ujian buat JDT, menurut Juan, berita mengenai pertahanan import, Renan Alves yang dimaklumkan kurang cergas sedikit sebanyak akan menggoyahkan benteng pertahanan Kedah.", "Bercakap mengenai kesebelasan utama JDT pula, Juan merasakan tidak banyak perubahan yang akan dilakukan oleh Mora sambil menjangkakan hanya berlaku pertukaran di bahagian serangan dimana ianya akan diisi oleh pemain JDT II, Fernando Rodriguez.", "“Fernando Rodriguez musim lepas sudah mula tunjuk taring ketika turun membenam Melaka (United). “ tambahnya lagi.", "Beliau turut meramalkan perlawanan pada malam ini akan lebih didominasi oleh anak-anak buah Mora manakala skuad Hijau Kuning pula akan bermain dengan lebih defensif sambil melancarkan serangan balas ketika mempunyai peluang.", "Juan meramalkan perlawanan ini akan memihak kepada pasukan kesayangannya, JDT dengan keputusan 3-2 ke atas Kedah sekaligus membolehkan skuad Harimau Selatan menjulang Piala Sumbangsih buat kali keenam dalam sejarah kelab mereka.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217207/", "headline": "\nPiala Thomas: Amerika Kalah Semua Pertarungan, Malaysia Tempah Slot Saingan Kalah Mati\n", "content": ["Skuad Amerika Syarikat menanggung kekalahan dalam semua perlawanan ketika menentang pasukan Malaysia dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D dalam kejohanan berpasukan lelaki, Piala Thomas 2022.", "Dalam perlawanan terbabit, Amerika mempertaruhkan pemain perseorangan Enrico Asuncion (ranking 222), Henley Averia (ranking 307) dan William Hu (ranking 2020). Manakala untuk dua pasangan beregu, Amerika menurunkan Adrian Mar-Henry Tang serta Enrico Asuncion-William Hu.", "Perseorangan pertama Malaysia Liew Daren mengutip kemenangan pertama buat skuad negara dengan menumpaskan Enrico secara “straight set” menerusi pungutan mata 21-13 dan 21-16. Pada perlawanan kedua, Ng Tze Yong pula mencipta kemenangan mengatasi Henley juga secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-9.", "Perlawanan ketiga, Malaysia menurunkan Aidil Sholeh. Sepertimana Daren dan Tze Yong, Aidil turut meneruskan rentak kemenangan dengan menumpaskan William Hu dengan skor 21-16 dan 21-17.", "Di perlawanan keempat, giliran pemain beregu pula beraksi. Skuad negara menurunkan “scratch pair” dengan menggandingkan Chia Wei Jie dan Goh Sze Fei. Tiada masalah buat mereka untuk mencipta kemenangan ke atas Adrian Mar-Henry Tang dengan skor 21-12 dan 21-8.", "Perlawanan terakhir bertemu skuad negara Uncle Sam adalah antara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menentang Enrico Asuncion-William Hu. Beregu yang berada di ranking ke-10 dunia ini memastikan Malaysia dapat menutup perlawanan ini dengan keputusan akhir 5-0 ke atas Amerika dengan menumpaskan lawannya dengan skor 21-12 dan 21-8.", "Dengan kemenangan ini, Malaysia telah pun layak untuk mara ke peringkat suku akhir. Namun begitu, untuk merebut status sebagai juara bagi Kumpulan D, skuad lelaki negara perlu membuat perhitungan terlebih dahulu menentang Jepun dalam perlawanan akhir, malam nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219680/", "headline": "\nKelantan Lancarkan TRWpay Untuk Mudahkan Peminat Melakukan Transaksi Atas Talian\n", "content": ["Pasukan yang bersaing dalam kancah Liga Premier, Kelantan FC tampil menjadi kelab bola sepak yang pertama melancarkan sistem pembayaran atas taliannya yang tersendiri, TRWpay pada hari ini.", "Menurut pemilik Kelantan FC yang merupakan ahli perniagaan dan pelaburan, Norizam Tukiman berkata, payment gateway ini akan memudahkan urusan penjualan tiket penstriman langsung perlawanan The Red Warrior (TRW) dan pembelian cenderahati di laman sesawang kelab.", "Selain itu, TRWpay juga boleh digunakan oleh para peniaga online dan offline dengan sokongan plugin dan API Integration serta ciri-ciri QR Pay untuk memudahkan transaksi pembayaran.", "Antara segmen yang menjadi perhatian TRWPay adalah pengusaha fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, dewan badminton dan sebagainya untuk memudahkan urusan tempahan gelanggang.", "Untuk makluman, TRWpay telah dilancarkan dan boleh digunakan bermula hari ini, 1 april 2021.", "Sementara itu, pihak TRW memberi diskaun sebanyak 13% dari kadar rata RM1.50 sepanjang april sempena pelancaran dengan menjadikan setiap transaksi hanya akan dikenakan caj RM1.30 sahaja.", "Untuk pengetahuan semua, sistem pembayaran atas talian TRWpay ini dibangunkan hasil kerjasama TRW Sdn Bhd bersama SecurePay dan Cool Code."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218069/", "headline": "\nPemain Skuasy Wanita No.1 Negara Terbabit Kemalangan Jalan Raya & Terlepas Temasya Sukan Komanwel\n", "content": ["Pemain skuasy wanita No.1 negara, Sivasangari Subramaniam diberitakan dimasukkan ke hospital ekoran terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Maju Expressway (MEX), semalam.", "Menurut akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times yang memetik laporan China Press, pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan yang serius selepas kendaraan yang dinaikinya melanggar sebuah lori di lebuh raya berkenaan.", "Kemudiannya, pemain yang menghuni ranking ke-19 dunia ini berjaya diselamatkan sebelum kenderaan yang dinaikinya itu terbakar. Bagaimanapun, dia mengalami kecederaan yang serius di kepala dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.", "Menurut @NST_Online, difahamkan atlet skuasy & pembawa Jalur Gemilang Sukan Komanwel, @sangari_99 telah terlibat dalam satu kemalangan kereta baru-baru ini. 😲", "Dilaporkan dia tidak akan beraksi di #B2022 nanti atas kecederaan yang dialami. Get well soon! 🥺 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/qRZ615f317", "— Team Malaysia (@TeamMsia) June 27, 2022", "Difahamkan, Sivasangari telah berada dalam keadaan sedar pada ketika ini.", "Dengan kemalangan yang dialami oleh Sivasangari ini, secara langsungnya pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah yang turut ditugaskan sebagai pembawa Jalur Gemilang ini terlepas peluang untuk beraksi di temasya Sukan Komanwel 2022 Birmingham yang akan berlangsung bermula 28 Julai kelak.", "Sehubungan dengan itu, Kontinjen Malaysia turut kehilangan salah seorang daripada atlet yang disasarkan untuk merangkul pingat emas menerusi sukan skuasy bagi kategori wanita di temasya berkenaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215318/", "headline": "\nSyarikat ‘Blockchain’ Tezos Diumumkan Sebagai Rakan Kerjasama Baharu Man Utd\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan syarikat blockchain (rantaian-blok), Tezos menjadi rakan kerjasama terbaharunya.", "Perkembangan ini dimaklumkan dan dikongsikan secara rasmi di pelbagai platform media sosial milik skuad Red Devils itu pada hari ini.", "Upgradeable, energy-efficient and community governed. @Tezos is the #blockchain for everyone. Welcome to the United family 🔴🤝#MUFC | #Tezos", "Dengan kerjasama yang termeterai ini, ia akan memperkenalkan para peminat Man Utd kepada teknologi Web3 menerusi rantain-blok milik Tezos.", "Sementara itu, hasil kerjasama ini turut menyaksikan jenama Tezos akan menghiasi jersi latihan Man Utd bagi pasukan lelaki dan wanita.", "Ia sekaligus menggantikan jenama syarikat perkhidmatan insurans, AON yang telah tamat penajaannya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220462/", "headline": "\nTiket Kuching City vs Sabah Percuma – Hadiah Istimewa CEO Kepada Penyokong\n", "content": ["Kejayaan Kuching City mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarahnya sangat menggembirakan dan memuas hati Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Iswandi Ali Hassan.", "Kuching City melakar menempa sejarah baharu itu selepas berhasil menumpaskan skuad berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC dengan keputusan 4-3 secara agregat.", "Bagi berkongsikan kegembiraan atas pencapaian Kuching City tersebut, Iswandi mengumumkan tiket perlawanan menentang Sabah FC pada Sabtu (5 November) di Stadium Negeri adalah percuma.", "HADIAH ISTIMEWA BUAT PENYOKONG KUCHING CITY", "Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan prestasi pasukan pada musim ini dalam kempen Liga Premier, Piala FA dan yang terbaru Piala Malaysia. Kita telah mencipta sejarah kelab dalam ketiga-tiga kejohanan tersebut. ", "— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) November 2, 2022", "“Ini merupakan hadiah istimewa buat semua penyokong Kuching City. Terima kasih kerana setia memberi sokongan kepada Kuching City.” katanya.", "Untuk makluman, bukan itu sahaja pencapaian positif dilakar Kuching City pada musim ini.  Skuad berjulukan The Cats ini turut menyerikan kempen Liga Malaysia 2022 dengan mara ke peringkat suku akhir Piala FA serta layak beraksi dalam saingan Liga Super secara merit, pada musim hadapan.", "Sebagai tambahan, Kuching City menutup saingan Liga Premier musim ini di kedudukan ketiga – di belakang feeder club, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kelantan.", "Featured Image: Kuching City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324288/", "headline": "\nPasukan Ranking Ke-159 Dunia Ganti Yaman Lawan Harimau Malaya Pada 20 Jun\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan tidak akan berhadapan Yaman dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada 20 Jun kelak. Sebaliknya, pasukan dari benua oceania iaitu Papua New Guinea menjadi ganti kepada Yaman pada tarikh tersebut.", "Pengesahan itu hadir menerusi makluman oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan badan induk terbabit pada hari ini.", "Difahamkan, pasukan yang menghuni ranking ke-159 dunia itu menjadi ganti ekoran Yaman menyatakan hasrat untuk membatalkan perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA). Sebab utamanya adalah ketiadaan pemain tonggak yang menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk mengharungi saingan West Asian Championship di Iraq.", "Siaran Media: Perlawanan Menentang Yemen Batal; Harimau Malaya Tukar Lawan Papua New Guinea", "▶️ Baca selanjutnya di https://t.co/kz4OWwH8Jp#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/lMaPtIhTQK", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 31, 2023", "Makluman pembatalan saat akhir itu dinyatakan oleh Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) menerusi satu surat rasmi yang sampai kepada FAM pada jam 5 petang semalam (Selasa, 30 Mei).", "“Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya telah berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad Harimau Malaya,” jelas Noor Azman dalam kenyataannya.", "Sementara itu, satu lagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Solomon Islands yang berada di ranking ke-134 dunia pada 14 Jun (Rabu) di stadium yang sama kekal tidak mengalami sebarang perubahan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218005/", "headline": "\nJordan Mintah Dipinjamkan Kepada KL City – Tidak Boleh Beraksi Menentang Terengganu\n", "content": ["Penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah akan menamatkan baki saingan Liga Malaysia 2022 dengan beraksi bersama skuad ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Ini selepas kelab asalnya, Terengganu FC mengumumkan meminjamkan khidmat pemain berusia 26 tahun kepada KL City sehingga 30 November menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, hari ini.", "🏴🏳️JORDAN MINTAH DIPINJAMKAN KE KELAB KUALA LUMPUR CITY FC🏴🏳️", "Baca selanjutnya di ⬇️⬇️⬇️https://t.co/AozabPyXyO#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/eKdAr8ZY8E", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) June 22, 2022", "Bagaimanapun, mengikut syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua kelab, KL City tidak boleh menggunakan khidmat Mintah dalam perlawanan menentang Terengganu atau Terengganu II sepanjang tempoh pinjaman ini.", "Untuk makluman semua, Jordan masih mempunyai kontrak bersama pasukan berpangkalan di pantai timur itu sehingga ke penghujung tahun 2023. Setelah tamat tempoh pinjaman ini, Mintah akan kembali semula bersama pasukan Terengganu.", "Dengan menyertai KL City, Mintah yang sebelum ini beraksi bersama skuad simpanan, Terengganu II dalam saingan Liga Premier bukan sahaja dapat beraksi dalam saingan Liga Premier bahkan dalam saingan Piala AFC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214847/", "headline": "\nKelantan FC ‘Ikat’ Bekas Pemain Futsal Dengan Kontrak 3 Tahun\n", "content": ["Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Premier, Kelantan FC mengumumkan menandatangani seorang bekas pemain futsal dengan kontrak bertempoh sederhana panjang iaitu tiga tahun.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Farhan Roslan yang pernah beraksi bersama skuad futsal Kedah dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan (kini dikenali sebagai Malaysia Premier Futsal League) pada tahun 2013 yang lalu.", "Kedatangan Farhan yang turut dikenali sebagai ‘Messi Kedah’ dek kerana kelicikan mengawal bola itu diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik skuad The Red Warriors pada Sabtu lalu.", "FARHAN ROSLAN MEMILIH UNTUK BERSAMA #THEREDWARRIORS 🔴⚪Bekas pemain sayap lincah Perak FC dan Kedah FC, Farhan Roslan sah menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama pasukan TRW Kelantan FC bagi menghadapi saingan liga Malaysia musim ini. pic.twitter.com/boZ8cLoheg", "Bercakap mengenai karier pemain berusia 25 tahun ini, bakat pemain sayap lincah ini mula menarik minat barisan kejurulatihan skuad bola sepak Kedah setelah mempamerkan kemampuannya bersama skuad futsal Kedah pada tahun 2013 itu.", "Tahun berikutnya, namanya diserap masuk dalam skuad senior bola sepak Kedah (kini dikenali sebagai Kedah Darul Aman FC) dan beraksi bersama skuad Hijau Kuning dari tahun 2014 hingga 2020. Bersama Kedah, Farhan telah merekodkan 64 penampilan dan mencetak 6 gol.", "Musim lalu, dia dipinjamkan kepada Perak FC dan Farhan meraih 8 penampilan serta menjaringkan satu gol. Sebagai tambahan, Farhan juga mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan bawah 21 tahun (B-21), bawah 23 tahun (B-23) dan skuad senior.", "Untuk makluman semua, Farhan menjadi pemain ketiga yang diikat oleh Kelantan dengan kontrak selama tiga tahun pada jendela perpindahan kali ini. Dua pemain lain yang diikat dengan kontrak tempoh yang sama ialah Nixon Guylherme dan Kervens Belfort yang merupakan penyerang import."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207206/", "headline": "\nMichael Feichtenbeiner Ketua Jurulatih ‘Sementara’ Selangor\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengumumkan melantik pengarah teknikalnya, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih baharu yang sementara untuk skuad senior Red Giants, berkuatkuasa serta-merta.", "Perkara itu diumumkan oleh FAS menerusi satu siaran media di laman sosialnya, hari ini. Sebelum itu, FAS membuat keputusan untuk menamatkan kontrak ketua jurulatih sedia ada, B. Satiananthan.", "SIARAN MEDIA: B. Satiananthan ditamatkan kontrak sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Utama Selangor⁰#RedGiants#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/cO7p2DcaEh", "“Tugas ketua jurulatih akan dipangku oleh Pengarah Teknikal Kelab, Michael Feichtenbeiner, sehingga ketua jurulatih yang baharu diumumkan.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "“FAS ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada B. Satiananthan atas khidmat beliau membawa pasukan Selangor ke tempat ke-3 dalam saingan unifi Liga Super 2019 serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.” tambah kenyataan FAS.", "Untuk makluman, Feichtenbeiner merupakan ketua jurulatih bagi skuad simpanan, Selangor 2 yang beraksi dalam saingan  Liga Premier 2020. Setakat 8 perlawanan, pengendali berasal dari Jerman itu telah mengemudi Selangor 2 menduduki tangga ke-5 liga.", "Untuk rekod, pengendali berusia 60 tahun ini dilantik sebagai Pengarah Teknikal FAS pada hujung tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219068/", "headline": "\nFAM Mengesahkan Gol Cantik Sean Menentang Bekas Kelabnya Dihantar Pencalonan Anugerah Puskas FIFA 2022\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan jaringan cantik dari luar kotak yang dihasilkan oleh Sean Eugene Selvaraj pada 31 Julai lalu dihantar pencalonannya untuk Anugerah Puskas FIFA 2022.", "Pemain Negeri Sembilan FC yang berusia 26 tahun itu mencipta jaringan tersebut ketika menentang bekas kelabnya, Selangor FC dalam saingan Liga Super.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, Dato’ S. Sivasundaram selepas diputuskan dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025, Khamis lalu.", "88' GOL | What a goal! Sean Selvaraj meletakkan Negeri Sembilan FC di depan pada lewat perlawanan!@selangorfc 2-3 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/4tMKkP4mPO", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 31, 2022", "Untuk makluman, jaringan yang dilakukan Sean itu bukan sahaja mencipta sensasi dalam kalangan peminat bola sepak malahan menjadi “winning goal” yang membolehkan pasukannya menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Selain itu, jaringan tersebut turut meraih perhatian media bola sepak antarabangsa, Bleacher Report Football (BR Football) yang berkongsikan jaringan tersebut di platform media sosial mereka.", "Malahan, selepas daripada itu, jaringan Sean turut disenaraikan oleh akaun Twitter FIFA dalam satu siri bebenang yang mengumpulkan jaringan-jaringan dari luar kotak yang boleh mencabar Anugerah Puskas FIFA.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322433/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Zii Jia, Tze Yong & June Wei Melangkah Ke Pusingan 16\n", "content": ["Saingan Terbuka Swiss yang berlangsung pada minggu ini menyaksikan tiga perseorangan lelaki negara berhasil mengesahkan langkah ke Pusingan 16 selepas mengatasi lawan masing-masing.", "Pertamanya, pemain No.1 negara, Lee Zii Jia mencipta sensasi apabila kemaraannya terhasil dengan menumpaskan juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2023 iaitu Li Shi Feng  di Pusingan 32 semalam.", "Kejayaan itu tidak hadir dengan mudah dimana Zii Jia terpaksa beraksi selama satu jam dan 12 minit terlebih dahulu sebelum dapat menyingkirkan pemain dari China itu menerusi tiga set permainan dengan skor 18-21, 21-18 dan 23-21.", "Di peringkat Pusingan 16, Zii Jia akan berhadapan dengan pemain Ireland yang menghuni ranking ke-34 dunia, Nhat Nguyen.", "Seterusnya, pemain No.2 negara, Ng Tze Yong turut sama mengikuti jejak langkah Zii Jia ke Pusingan 16 apabila berhasil melepasi cabaran daripada rakan senegara, Soong Joo Ven.", "Pertarungan melibatkan kedua-dua pemain ini turut berlangsung sengit dengan set pertama dan kedua berkesudahan dengan skor 23-25 dan 21-17 masing-masing. Akan tetapi, Joo Ven membuat keputusan untuk memberhentikan permainannya (retired) ketika skor 13-4 sekaligus memberikan kemenangan kepada Tze Yong.", "Akhir sekali, Cheam June Wei pula melangkah ke Pusingan 16 selepas turut menumpaskan rakan senegara, Liew Daren secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-13 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.", "Menariknya, Tze Yong dan June Wei akan berentap sesama sendiri di Pusingan 16 bagi merebut tiket ke peringkat suku akhir. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219986/", "headline": "\nBenjamin Mora Diumum Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Atlas FC\n", "content": ["Selepas lebih dua bulan berpisah dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini kembali ke lapangan kejurulatihan bersama sebuah kelab bola sepak di negara kelahirannya.", "Menerusi satu makluman kelab yang beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Mexico, Liga MX, jurulatih berusia 43 tahun tersebut diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Atlas FC, pada hari ini.", "Kehadiran Mora adalah bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali terdahulu, Diego Cocca yang meninggalkan Atlas FC beberapa hari lalu.", "Untuk makluman semua, Cocca telah berkhidmat bersama Atlas sejak tahun 2020. Sebelum berpisah dengan Atlas FC, pengendali kelahiran Argentina ini telah membimbing mereka menjuarai saingan Liga MX Apertura 2021 dan Liga MX Clausura 2022. ", "Kejayaan menjulang trofi bagi saingan liga utama itu adalah yang pertama selepas kali terakhir kelab ini menjuarainya pada musim 1950-51.", "Namun begitu, saingan Liga MX Apertura 2022 menyaksikan Atlas FC serba tidak menjadi. Kini mereka berada di tangga kedua tercorot. Situasi ini menjadikan Cocca hilang jawatannya sebagai ketua jurulatih bersama skuad berjulukan The Foxes ini.", "Sudah pasti, ini menjadi cabaran pertama perlu diatasi oleh Mora iaitu membawa Atlas FC ke kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga MX Apertura 2022.  ", "Sebagai rekod, penghujung Julai lalu, JDT mengumumkan perpisahan dengan Mora menerusi pelbagai platform media sosialnya. Dimaklumkan, Mora meminta untuk pulang ke negara asalnya ekoran urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.", "Mora merupakan ketua jurulatih yang paling berjaya dalam sejarah JDT. Dia telah membimbing skuad Harimau Selatan meraih empat gelaran Liga Super, empat trofi Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia serta mara ke peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat kali pertama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110684/", "headline": "\nAzali, Rahadi & Petrus Tunjuk Perkembangan Pemulihan Yang Memberangsangkan\n", "content": ["Tiga pemain Terengganu yang ditimpa kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) iaitu Azalinullah Alias, Rahadiazli Rahalim dan Petrus Shitembi menunjukkan perkembangan pemulihan yang memberangsangkan.", "Menurut pengurus pasukan, Zulfadli Rozi memaklumkan Azalinullah dan Rahadiazli yang menjalani pembedahan pada bulan April lalu sudah mula mengikuti sesi pemulihan di gimnasium.", "“Sekarang mereka masih dalam proses rehabilitasi, mengikuti pelan pemulihan daripada ahli fisioterapi kita dan banyak bertumpu kepada latihan di dalam gimnasium,”", "“Mereka menunjukkan satu perkembangan yang memberangsangkan dan kedua-duanya sangat komited menjalani proses rehabilitasi supaya dapat kembali secepat mungkin (ke padang),” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Pada masa yang sama, pihaknya tidak mahu terburu-buru untuk melihat kedua-dua pemain kembali berlatih bersama rakan sepasukan yang lain. Apa yang penting adalah perkembangan pemulihan mereka seiring dengan pelan yang telah digariskan ahli fisioterapi.", "Sementara itu, pemulihan kecederaan ACL melibatkan pemain tengah Namibia, Petrus Shitembi turut berada dalam pemerhatian pihak pengurusan dan kejurulatihan skuad Hitam Putih.", "Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun ini menjalani pemulihan di sebuah pusat fisioterapi dan rehabilitasi yang berpangkalan di Kuala Lumpur.", "“(Petrus) masih mempunyai kontrak bersama Terengganu cumanya kita ’unregister’ dia sahaja, dan perkembangan pemulihannya (kecederaan ACL) lebih cepat (berbanding Azalinullah dan Rahadiazli),” jelasnya.", "Untuk pengetahuan semua, Azalinullah atau lebih dikenali sebagai Azali pula ditimpa kecederaan ACL ketika turun beraksi menentang Melaka United pada aksi keempat Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Tidak lama kemudian, penjaga gol muda Terengganu yang berusia 20 ini pula ditimpa kecederaan yang sama ketika beraksi dalam satu ‘training match’ pada penghujung bulan Mac lalu. ", "Manakala, Petrus ditimpa kecederaan ACL sebelum perlawanan pertama saingan Liga Super 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113466/", "headline": "\n43 Pasukan Sertai Kejohanan Ragbi Terengganu Royal 7s – Juara Bakal Bawa Pulang RM10,000\n", "content": ["Sebanyak 43 buah pasukan telah mengesahkan untuk menyertai kejohanan ragbi tujuh sebelah, Terengganu Royal 7s Piala Tengku Muhammad Ismail yang akan berlangsung bermula 12 hingga 14 November ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu.", "Daripada 43 pasukan tersebut, 16 daripadanya akan bersaing dalam kategori Terbuka Lelaki. Manakala 16 pasukan lagi akan beraksi dalam kategori Lelaki Bawah 22 Tahun (B-22) dan baki 11 pasukan pula mengambil bahagian bagi kategori Terbuka Wanita.", "Bagi saingan terbuka lelaki, juara bagi kategori ini berpeluang untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai bernilai RM10,000. ", "Untuk kategori lelaki B-22 pula, pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM5,000.", "Untuk makluman semua, beberapa pemain ini yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini juga terdiri daripada beberapa pemain berpengalaman yang mempunyai penampilan bersama skuad ragbi 7s kebangsaan Malaysia.", "Featured Image: Terengganu Royal 7s"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114146/", "headline": "\nBAM Serap Kembali Chan Peng Soon Untuk Perkuatkan Beregu Campuran Negara\n", "content": ["Selepas mengumumkan menamatkan gandingan bersama Goh Liu Ying semalam, pemain beregu campuran bebas (independent), Chan Peng Soon kembali bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Perkembangan menarik itu dimaklumkan oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerusi satu kenyataan rasmi yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial badan induk tersebut, pada hari ini.", "“Selepas membuat pertimbangan yang sewajarnya, persatuan membuat keputusan untuk menyerap pemain ulung berusia 33 tahun ini dengan objektif untuk menguatkan jabatan beregu campuran dan menjadi mentor kepada skuad remaja kebangsaan.” tulis kenyataan rasmi itu.", "Pada masa yang sama, BAM turut memaklumkan Peng Soon memasang hasrat untuk merebut tempat ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024. Menarik untuk disaksikan siapakah yang akan menjadi gandingan baharu pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016 ini?", "Difahamkan, Peng Soon akan melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara pada 1 Januari 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323942/", "headline": "\nStarbucks Bakal Buka Kedai Di SSI – Selepas Woodfire, KFC & Subway\n", "content": ["Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal menyaksikan penambahan satu lagi francais makanan dan minuman terkenal iaitu Starbucks sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengunjung serta penyokongnya untuk menjamu selera ketika menonton aksi bola sepak kelak. ", "Perkembangan itu hadir menerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards yang memaklumkan pihaknya telah mencapai persetujuan dengan jenama francais kopi dari Amerika Syarikat itu untuk membuka cawangan di stadium milik skuad Harimau Selatan itu, pada hari ini. ", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are in the midst of securing business deals that will further improve the standard of the Sultan Ibrahim Stadium.", "We are currently having discussions with a renowned international architect on ways to further uplift and improve our iconic… pic.twitter.com/HblyqPAboF", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 19, 2023", "Sebelum ini, stadium berkapasiti 40,000 penonton itu telah mempunyai tiga pilihan francais makanan dan minuman yang terkenal seperti Woodfire Burger, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Subway.", "Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan pihaknya sedang dalam perbincangan dengan syarikat arkitek terkemuka bagi meningkatkan dan menambah baik lagi SSI yang pernah dinobat sebagai ‘World Stadium of the Year’ pada tahun 2020. ", "Alistair turut mengesahkan juara bertahan Liga Super itu kini dalam proses untuk menyediakan galeri muzim di stadium bagi memperagakan kejayaan yang dikecapi sepanjang sedekad yang lalu sejak ianya ditubuhkan pada 2013. ", "Featured image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321638/", "headline": "\nSelangor FC Bakal Tawar Pas Bermusim Mampu Milik – Memfokuskan Kemasukan Ke Stadium Sahaja\n", "content": ["Harga pas bermusim bagi pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC pada musim ini akan lebih mampu milik.", "Ini berikutan pas bermusim itu hanya akan memfokuskan kepada kemasukan ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan melibatkan skuad berjulukan Red Giants sahaja.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon berkongsikan perkembangan berkenaan ketika bertemunya di acara Hari Jersi Selangor & Pameran Stadium Shah Alam Baharu di SACC Mall, Sabtu lalu.", "“Season pass (pas bermusim) kita untuk makluman semua memang basic (asas), sebelum ini kita ada buat bersertakan baju dan sebagainya, (kali ini) season pass kita basic hanya untuk masuk ke stadium sahaja,”", "“Kita rasakan (ini) strategi yang lebih baik dan affordable (mampu milik), sebab kita lihat season pass kelab-kelab lain agak mahal, kita lihat itu satu cabaran untuk penyokong membeli,”", "“Tawaran kelab lain memang berbaloi, dia ada dapat banyak benda tapi harga masih agak mahal tapi dapat baju dan sebagainya,” katanya.", "Jelas Dr. Johan lagi, pas bermusim mampu milik dengan memfokuskan kepada kemasukan ke dalam stadium sahaja dirasakan sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.", "Dimaklumkan, pas bermusim itu akan diumumkan kepada para penyokong Red Giants dalam tempoh 2-3 minggu lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207320/", "headline": "\nMCA ‘Belajar’ Daripada PFAM Untuk Promosi Sukan Kriket di Malaysia\n", "content": ["Bagi mempromosikan lagi sukan kriket dalam kalangan rakyat tempatan, Malaysian Cricket Association (MCA) telah melakukan pertemuan dengan Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM).", "Pertemuan itu dilakukan MCA bagi mempelajari gerak kerja yang dilakukan oleh PFAM dalam membantu penstrukturan bola sepak tempatan dari aspek pengurusan pemain secara profesional, yang boleh diterapkan dalam sukan kriket.", "Saudara Izham turut berkongsi berkenaan gerak kerja yang dilakukan oleh PFAM bagi membantu penstrukturan bola sepak tempatan dari aspek pengurusan pemain secara profesional, yang boleh diterapkan dalam sukan kriket. pic.twitter.com/my0FLXIzx7", "Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail kepada Ketua Pegawai Operasi (COO), Dinesh Muthuraman dalam pertemuan mereka di Kinrara Oval, semalam.", "Selain daripada itu, kedua-dua pihak turut membincangkan berkenaan usahasama ‘rentas sukan’ yang boleh dibuat oleh pihak MCA dan PFAM sekaligus dapat diharapkan menyemarakkan lagi semangat ‘rentas sukan’ dalam kalangan persatuan-persatuan sukan di Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323799/", "headline": "\nPiala Sudirman: Jin Wei Cipta Kejutan Ke Atas Bekas Juara Dunia – P.V. Sindhu\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei belum pernah mencatatkan sebarang kemenangan apabila bertemu bekas juara Kejohanan Dunia BWF dari India, P.V. Sindhu dalam kariernya.", "Namun begitu, catatan tersebut berubah pada hari ini apabila Jin Wei yang turun mewakili pasukan Malaysia pada pertarungan ketiga berhadapan India peringkat Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman melakar kejutan dengan mencatatkan ke atas pemain berusia 27 tahun terbabit.", "Dalam pertarungan tersebut, Jin Wei menjelmakan kemenangan setelah mengharungi tiga set permainan yang memakan masa sekitar satu jam sebelum mengakhirinya dengan skor 14-21, 21-10 dan 22-20 bertempat di Pusat Sukan Olimpik Suzhou.", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Group C – R214 21 22 🇲🇾GOH Jin Wei🏅21 10 20 🇮🇳PUSARLA V. Sindhu", "— BWFScore (@BWFScore) May 15, 2023", "Kemenangan itu menjadikan Malaysia mendahului India dengan kedudukan 3-0 sekaligus mengesahkan kemenangan serta kemaraan skuad negara ke peringkat suku akhir dalam edisi kali ini.", "Terdahulu, wakil pertama negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai memberikan mata pertama buat skuad negara sebelum rentetan itu diteruskan oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam pertarungan kedua.", "Sebagai rekod, Jin Wei sudah pernah bertemu P.V. Sindhu sebanyak empat kali sebelum ini dalam saingan Indonesia Masters 2018, Piala Sudirman 2019 serta dalam acara individu dan berpasukan di temasya Sukan Komanwel 2022.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219736/", "headline": "\nSUKMA XX: Tze Yong Bertemu Aidil Sholeh Di Peringkat Separuh Akhir\n", "content": ["Calon utama untuk merangkul pingat emas bagi kategori perseorangan lelaki dalam temasya SUKMA XX, Ng Tze Yong akan bertemu Aidil Sholeh di peringkat separuh akhir, esok.", "Tze Yong yang mewakili Johor berhasil mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan pemain Pahang, Chia Jeng Hon secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-12 di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Sementara itu, Aidil yang mewakili Selangor pula menempah tiket separuh akhir setelah menyingkirkan wakil Melaka, Ong Ken Yon juga secara “straight set” dengan pungutan mata 21-19 dan 21-15.", "Sebagai rekod, Tze Yong dan Aidil yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah menentang sesama sendiri sebanyak satu kali di pentas antarabangsa.", "Pertemuan tersebut berlangsung pada tahun lalu juga di peringkat separuh akhir dalam kejohanan Terbuka Scotland. Dan pertarungan tersebut berpihak kepada Tze Yong dengan keputusan 21-15 dan 21-15.", "Sebagai perbandingan ranking dunia semasa bagi kedua-dua pemain, Tze Yong kini berada di tangga ke-36 dan Aidil pula di tangga ke-94 dunia masing-masing.", "Manakala satu lagi pertarungan separuh akhir perseorangan lelaki SUKMA XX menemukan wakil Kedah, Jacky Kok Jing Hong dengan wakil Wilayah Persekutuan, Leong Jun Hao."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220934/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Aaron-Wooi Yik Diundi Dalam Kumpulan B Bersama ‘The Daddies’\n", "content": ["Juara dunia merangkap beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan mengharungi kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dalam Kumpulan B.", "Keputusan Aaron-Wooi Yik diletakkan dalam Kumpulan B itu diketahui selepas majlis pengundian yang berlangsung di Centara Grand & Bangkok Convention Centre, Thailand, semalam.", "Di dalam kumpulan tersebut, salah satu beregu yang akan dihadapi oleh Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking keempat dunia ini adalah gandingan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’.", "Manakala baki dua beregu lagi yang perlu dihadapi oleh Aaron-Wooi Yik adalah beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen serta gandingan China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.", "Sementara itu, satu lagi wakil negara merangkap beregu bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pula diundi dalam Kumpulan A.", "Turut diundi bersama-sama Yew Sin-Ee Yi adalah beregu No.1 dunia, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun, beregu No.3 dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia serta beregu No.15 dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho dari Korea.", "Untuk makluman semua, saingan ini akan membuka tirainya pada hari esok (7 Disember). Dua beregu terbaik setiap kumpulan akan dapat mara ke saingan kalah mati iaitu separuh akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218578/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Wei Chong-Kai Wun Bertemu Pemenang Emas Olimpik Di Final\n", "content": ["Beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Terbuka Taipei 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Kejayaan itu terhasil selepas pasangan yang menghuni ranking ke-36 dunia ini menumpaskan wakil tuan rumah, Su Ching-Heng dan Ye Hong-Wei di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Wei Chong-Kai Wun memastikan kemenangan tersebut dengan merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dab 22-20 dalam tempoh 36 minit permainan.", "YONEX Taipei Open 2022MD – Semi final 🇲🇾Wei Chong MAN🏅21 22 🇲🇾Kai Wun TEE🏅13 20 Ching Heng SU Hong Wei YE", "🕗 in 36 minutes https://t.co/QfIkQ656Vj", "— BWFScore (@BWFScore) July 23, 2022", "Menanti mereka di perlawanan akhir yang berlangsung esok adalah pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 yang juga dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin.", "Pasangan yang menduduki ranking keempat dunia ini mara dengan menyingkirkan pasangan bebas (independent) negara, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci dengan pungutan mata 21-10 dan 21-14.", "YONEX Taipei Open 2022MD – Semi final Yang LEE🏅21 21 Chi-Lin WANG🏅10 14 🇲🇾Xin Yuan BOON 🇲🇾Tien Ci WONG", "🕗 in 33 minutes https://t.co/zIvWyZgPio", "— BWFScore (@BWFScore) July 23, 2022", "Bercakap mengenai pertemuan antara Wei Chong-Kai Wun dan Lee Yang-Chi Lin, ianya bakal menjadi pertembungan sulung antara kedua-dua beregu ini.", "Untuk makluman semua, kemaraa yang dicipta pada hari ini merupakan pentas final yang kedua dijejaki oleh Wei Chong-Kai Wun pada tahun ini.", "Pentas final yang pertama dijejaki mereka adalah dalam saingan Antarabangsa Syed Modi yang berlangsung pada penghujung Januari lalu.", "Pentas tersebut menjadi saksi kepada satu-satunya kejuaraan yang diraih oleh Wei Chong-Kai Wun untuk tahun 2022 setakat ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208133/", "headline": "\nMFL Rayu MKN Pertimbangkan Semula Penangguhan Piala Malaysia\n", "content": ["Malaysian Football League (MFL) hari ini telah mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar dapat mempertimbangkan semula keputusan menangguhkan saingan TM Piala Malaysia 2020.", "Rayuan ini dibuat susulan permohonan untuk meneruskan aksi TM Piala Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikemukakan oleh MFL menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditolak menerusi pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.", "Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan berkata, keputusan untuk membuat rayuan kepada MKN itu diputuskan selepas mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini.", "Piala Malaysia ditangguhkan sehingga satu tarikh diumum kelak. pic.twitter.com/fpsh4aZL8E", "“Kami sedia maklum mengenai keputusan MKN yang mengambil kira situasi COVID-19 di negara yang menyebabkan PKPB di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.", "“Bagaimanapun MFL masih berharap agar pihak MKN dapat mempertimbangkan rayuan MFL untuk meneruskan saingan TM Piala Malaysia musim ini dengan perancangan khas serta SOP (Prosedur Operasi Standard) yang lebih ketat termasuk mengadakan perlawanan secara berpusat iaitu “quarantine based”.", "“Sebagai contoh pasukan-pasukan yang layak ke peringkat suku akhir akan bermain di sebuah negeri sehingga ke peringkat separuh akhir dan seterusnya ke perlawanan akhir. Pasukan-pasukan yang kalah pada perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir akan meninggalkan negeri tersebut setelah tamat perlawanan.", "“Keputusan untuk mengemukakan rayuan ini turut disokong oleh lapan pasukan yang layak ke suku akhir di mana mereka bersedia untuk beraksi mengikut perancangan dan SOP seperti yang ditetapkan oleh MFL dan MKN,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.", "MFL sebelum ini menerusi Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sudah beberapa kali mengadakan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dalam mencari jalan untuk meneruskan saingan TM Piala Malaysia 2020 selepas kerajaan mengumumkan PKPB di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan pada 7 November 2020, iaitu sehari selepas pusingan pertama TM Piala Malaysia bermula.", "Menurut Dato Ab Ghani, Berdasarkan permohonan pertama yang dikemukakan kepada MKN sebelum ini, MFL telah menyediakan perancangan khas untuk menyambung saingan TM Piala Malaysia bagi pusingan suku akhir, separuh akhir dan final.", "Kota Bharu dan Kuantan menjadi dua lokasi pilihan bagi meneruskan saingan #PialaMalaysia2020, susulan #PKPB yang dilaksanakan di kebanyakan negeri. Cadangan MFL itu akan dibentangkan kepada KBS dalam masa terdekat, bagi mendapatkan kelulusan MKN – Sumber MFL pic.twitter.com/4qxEmywFza", "“Dalam surat permohonan itu, MFL menyediakan perancangan untuk meneruskan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 di negeri-negeri berkecuali PKPB di mana MFL telah membuat permohonan untuk menggunakan venue Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Darul Makmur, Kuantan untuk aksi suku akhir dan separuh akhir dan final.", "“Kami amat berharap agar perancangan ini dapat dipertimbangkan memandangkan penangguhan saingan TM Piala Malaysia bakal memberi banyak kesan kepada industri bola sepak negara secara keseluruhan. Bagi MFL serta semua pasukan bakal terkesan terutamanya dari segi komitmen penajaan yang telah dimeterai dan ditandatangani bersama penaja-penaja untuk Liga Malaysia Musim 2020 sekiranya pertandingan TM Piala Malaysia 2020 tidak dapat diteruskan.", "“Agak sukar untuk MFL menangguhkan kejohanan ini memandangkan kontrak pemain-pemain Liga Malaysia 2020 bersama pasukan-pasukan bakal berakhir pada hujung bulan ini,” katanya.", "Sebagai rekod, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 telah membuka tirai pada 6, 7 dan 8 November lalu di mana lapan pasukan telah layak ke suku akhir iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuala Lumpur, Pulau Pinang, UiTM FC, Kedah, Perak, Terengganu FC dan Selangor."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111122/", "headline": "\nEuro Seterusnya Bakal Berlangsung di Jerman\n", "content": ["Kejohanan bola sepak eropah atau dikenali sebagai Euro untuk edisi berikutnya akan dilangsungkan di Jerman pada tahun 2024.", "Juara tiga kali Euro ini telah dipilih oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan telah diumumkan pada tahun lalu.", "Sebanyak 10 lokasi telah diumumkan untuk menjadi venue bagi melangsungkan kejohanan ini.", "Lokasi-lokasinya adalah Olympiastadion (Berlin), Stadium Cologne (Cologne), BVB Stadion Dortmund (Dortmund), Arena Dusseldorf (Dusseldorf), Arena Frankfurt (Frankfurt), Arena AufSchalke (Gelsenkirchen), Volksparkstadion Hamburg (Hamburg), Stadium Leipzig (Leipzig), Arena Munich (Munich) dan Arena Stuttgart (Stuttgart).", "🏟️ Germany will host UEFA EURO 2024. Here's everything we know so far about the tournament: ⬇️#EURO2020 #GER", "Untuk pengetahuan semua, sembilan daripada sepuluh venue yang dinyatakan diatas merupakan venue yang pernah digunakan semasa Jerman menjadi tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia 2006.", "Setakat ini, UEFA belum mengumumkan venue bagi perlawanan akhir Euro 2024.", "Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Jerman menjadi tuan rumah bagi kejohanan Euro sebagai sebuah negara yang bersatu. Sebelum ini, mereka pernah menjadi penganjur pada edisi 1988 namun sebagai Jerman Barat.", "Dengan pengumuman ini, skuad kebangsaan Jerman mendapat slot kelayakan ke kejohanan ini secara automatik."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214819/", "headline": "\nJDT Perkenalkan Penyerang Baharu, Fernando Forestieri – Bernilai RM4.3 Juta\n", "content": ["Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah ketajaman bahagian serangannya dengan mengumumkan kemasukan penyerang import baharu, Fernando Forestieri.", "Penyerang kelahiran Argentina yang bakal menjengah usia 32 tahun ini diperkenalkan oleh skuad Harimau Selatan menerusi satu video berdurasi 44 saat yang dimuat naik di pelbagai platform media sosialnya, petang tadi.", "FROM SERIE A TO JDT — WELCOME TO THE HOME OF THE SOUTHERN TIGERS! #NewSigning#FernandoForestieri#SerieAtoJDT#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/IJDo7779Nh", "Menurut laman portal informasi bola sepak berpangkalan di Jerman, Transfermarkt, Fernando yang berhijrah daripada Udinese – kelab dalam kancah Liga Serie A – nilai pasarannya adalah sebesar RM4.3 juta.", "Bercakap mengenai posisi utamanya, Fernando merupakan pemain yang kerap mengisi posisi penyerang kedua. Namun begitu, dia turut berkemampuan memainkan peranan sebagai pemain sayap kanan dan juga kiri.", "JDT turut mendedahkan Fernando bakal menyerikan pentas Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 dengan menyarung jersi bernombor 45 bersama skuad Merah Biru.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324436/", "headline": "\nBintang Vietnam Tinggalkan Kelab Perancis Ketika Kontrak Masih Berbaki Setahun\n", "content": ["Penyerang kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai telah menamatkan kontraknya bersama kelab Ligue 2 Perancis, Pau FC biarpun kontraknya masih berbaki setahun untuk kembali ke Vietnam. ", "Pengumuman tersebut dikongsikan Michele Fersini, wakil Quang Hai di Pau FC kepada media Perancis, La Rép des Pyrénées yang telah dilaporkan semula oleh akhbar dalam talian Vietnam, VietnamNet Global. ", "Fersini berkata, Quang Hai telah bertemu presiden kelab, Bernard Laporte Fray dan mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak dua hari selepas perjumpaan mereka pada 1 Jun lalu.", "Sebelum ini, penyerang berusia 26 tahun itu telah berkelana ke bumi Perancis bagi menyertai Pau FC selama dua tahun. Dalam pada itu, Fray selaku presiden kelab mengakui kehadiran Quang Hai di kelab itu adalah untuk tujuan pemasaran. ", "Untuk makluman, Quang Hai menjadi pemain pertama negara tersebut beraksi di salah satu negara kuasa besar bola sepak dunia. ", "Bagaimanapun, perjalanan karier Quang Hai di Perancis tidaklah seindah yang disangka. Quang Hai gagal menyinar bersama skuad utama dan terpaksa bermain bersama Pau FC 2 yang beraksi di divisyen kelima liga Perancis. ", "Di rantau asia tenggara, nama Quang Hai cukup digeruni apabila berjaya membantu Vietnam menjuarai Piala AFF 2019 dan menjadi sebahagian daripada skuad emas mereka layak ke pusingan akhir kelayakan zon Asia Piala Dunia 2022. ", "Featured Image: Pau Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216375/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Aaron-Wooi Yik Menang ‘Straight Set’ Untuk Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Slot separuh akhir saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – berhasil menjadi milik beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Ianya selepas Aaron-Wooi Yik berjaya menyingkirkan beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel di Pusingan 16 yang berlangsung sebentar tadi.", "Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kelapan dunia menyingkirkan beregu yang menduduki ranking ke-16 dunia tersebut secara ‘straight set’ dengan skor 21-11 dan 21-13 dalam tempoh masa 33 minit.", "YONEX Swiss Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅11 13 🇩🇪Mark LAMSFUSS 🇩🇪Marvin SEIDEL", "🕗 in 33 minutes https://t.co/8DVFM8Ow5R", "— BWFScore (@BWFScore) March 25, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali keempat daripada lima pertemuan Aaron dan Wooi Yik berjaya mengalahkan beregu Jerman ini di pentas antarabangsa.", "Hanya sekali sahaja Mark dan Marvin merekodkan kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik iaitu semasa beraksi saingan Terbuka Swiss tahun lalu.", "Sementara itu, Aaron-Woo Yik yang berjaya mara ke pentas separuh akhir bakal menantikan cabaran samada daripada beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi atau beregu jiran tetangga, Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322691/", "headline": "\nHannah Yeoh Bakal Muncul Sebagai Pembaca Berita Segmen Stadium RTM\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh akan muncul di sebagai pembaca berita pertama bagi segmen baharu di saluran milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Stadium RTM.", "Ahli Parlimen Segambut itu akan membuat kemunculan dalam segmen berkenaan pada 1 dan 2 April kelak sekitar jam 8.20 malam menerusi Berita Perdana di saluran TV1.", "Hannah diberi peluang untuk membacakan berita sukan dalam edisi khas itu bersempena dengan Ulang Tahun Ke-77 RTM.", "Menerusi hantaran di laman sosialnya, Hannah tidak dapat menyembunyikan keterujaannya lebih-lebih lagi pembaca berita merupakan impiannya sejak di bangku sekolah lagi.", "Terima Kasih @beritartm @RTM_Malaysia atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen Stadium RTM.#ImpianSejakDiSekolah #CitaCitaHanayo#RTM #TemanSetiaAnda #StadiumRTM #RTM77tahun https://t.co/8uYB6Ci4hk", "— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 30, 2023", "“Terima kasih Berita RTM atas keyakinan yang diberi kepada saya sebagai presenter pertama untuk segmen ini.” tulisnya.", "Sementara itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Suhaimi Sulaiman dalam satu ciapan mengucapkan terima kasih kepada Hannah atas kesudian menerima undangan mereka untuk menjadi pembaca berita pertama bagi segmen itu.", "Suhaimi menjelaskan segmen Stadium RTM (berita sukan) merupakan penambahan terbaru kepada penawaran berita-berita mereka.", "Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Hannah tampil sebagai pembaca berita. Awal Januari lalu, Hannah telah tampil sebagai penyampai berita selama 13 saat dalam program Nadi Arena di saluran Astro Arena. ", "Saksikan penampilan Khas YB @hannahyeoh sebagai penyampai berita di Astro Arena#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/Y2kVGMf6aa", "— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 6, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020122/", "headline": "\nRossi Gelar Pemenang GP Czech, Brad Binder Binatang\n", "content": ["Pelumba veteran, Valentino Rossi menggelar pemenang GP Czech, Brad Binder daripada pasukan Red Bull KTM Factory Racing sebagai binatang selepas tamatnya perlumbaan MotoGP, ahad lalu.", "Terdahulu, pelumba ‘rookie’ kelahiran Afrika Selatan itu mengejutkan peminat sukan permotoran apabila berjaya memenangi perlumbaan 21 pusingan walaupun bermula dari petak ke-7.", "Ia merupakan kemenangan sulung buat pelumba berusia 24 tahun itu yang mengharungi musim pertama saingan kelas premier. Selain itu, ia juga merupakan kemenangan pertama buat KTM sejak menyertai MotoGP pada tahun 2017.", "Rossi yang menamatkan perlumbaan GP Czech di tempat ke-5, di hadapan Miguel Oliveira (KTM Factory) dan Fabio Quartararo (Petronas SRT) menganggap Binder umpana seekor binatang yang buas dek kerana gaya tunggangannya. ", "Pelumba yang terkenal dengan julukan The Doctor itu dipetik berkata, “Dia (bagai) seekor binatang, walau ketika berlumba di kelas rendah dia telah berlumba dengan menakjubkan.”", "“Sangat terserlah, gaya tunggangan Australia, sedikit oversteer. Dia mempunyai gaya tunggangan moden untuk saingan MotoGP masa kini.” ungkap Rossi kepada Insella.", "Untuk rekod, Binder merupakan naib juara saingan Moto2 2019 dibelakang Alex Marquez daripada pasukan Kalex. Disebabkan kecemerlangannya, hujung tahun lalu, Binder dinaikkan pangkat untuk bersaing dalam saingan MotoGP bersama pasukan kilang KTM disamping Pol Epargaro."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111692/", "headline": "\nAtlet Angkat Berat Negara Dapat ‘Tunjuk Ajar’ Pemenang Emas Olimpik, Hidilyn Diaz\n", "content": ["Atlet angkat berat wanita negara, Nur Atikah Mahamad Sobri dilaporkan sudah memulakan latihan dalam usahanya untuk beraksi di Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Bagi melayakkan diri ke temasya sukan berkenaan, Atikah perlu terlebih dahulu muncul juara pada aksi kelayakan yang berlangsung di Singapura pada 24 Oktober hadapan.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, atlet berasal dari wilayah persekutuan ini turut mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Filipina, Hidilyn Diaz. ", "Atlet Filipina ini menjadi bualan hangat rakyat Malaysia selepas kisahnya yang terperangkap dek sekatan pergerakan memaksanya untuk berlatih dalam keadaan serba kekurangan di garaj kereta perumahan yang terletak di Melaka.", "Lepas Ni Cari Tempat ‘Training’ Kat Melaka, Pesan Chong Wei Kepada Zii Jia https://t.co/mRl6a1jCBz pic.twitter.com/uME2br3v8J", "“Dalam dua temasya SUKMA di Sarawak dan Perak saya bertanding bagi kategori 64kg tetapi atas nasihat jurulatih, Ahmad Janius Abdullah dan pemenang emas Olimpik dari Filipina, Hidilyn Diaz, mereka mahu saya beralih ke kategori 59kg.", "“Kini saya giat menjalani latihan dengan tumpuan kepada 59kg bagi pusingan kelayakan Sukan Komanwel di Singapura, Oktober ini,” kata­nya seperti dilaporkan oleh akhbar tersebut.", "“Ini keazaman saya untuk pulang membawa pingat emas di Birmingham (Sukan Komanwel). Apa yang paling penting saya perlu menang di Singapura (aksi kelayakan).\" https://t.co/grzS7lTysV", "Difahamkan Atikah turut menjalani latihan di lokasi yang sama Diaz berlatih sebelum ini iaitu perumahan yang terletak di Kampung Kesang Tua, Jasin, Melaka.", "Atikah yang memenangi dua pingat emas dalam temasya SUKMA 2018 menjadikan Diaz sebagai idolanya dan memasang impian untuk memenangi pingat emas di Sukan Komanwel kelak.", "Featured Image: Jabatan Penerangan Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219936/", "headline": "\nAzizulhasni ‘The Pocket Rocketman’ Dilantik Duta Gardenia Breakthru\n", "content": ["Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” dilantik sebagai duta pertama Gardenia Breakthru.", "Lantikan itu hadir melalui jenama produk roti terkenal negara, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dalam satu majlis yang diadakan semalam. Ianya turut dihadiri oleh Pengerusi Gardenia, Tan Sri Abdul Hamid Bador.", "“Pendirian saya dan Gardenia Breakthru adalah selari kerana saya percaya yang saya mampu mengatasi setiap halangan walau betapa sukar dan mustahil akan halangan tersebut.", "“Harapan saya dan Gardenia Breakthru daripada kolaborasi ini adalah agar dapat memupuk amalan kehidupan yang lebih sihat, kekal aktif dan mengamalkan pemakanan yang baik.\n", "A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)", "“Pada masa yang sama, kami juga berharap dapat menggalakkan pemikiran berdaya tahan dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kira apa jua kerjaya mahupun kehidupan harian anda. ", "“Setiap individu pastinya akan melalui liku-liku kehidupan, tetapi itulah yang membuatkan cerita anda menjadi sesuatu yang luar biasa. Atasi halangan anda bersama Breakthru!” kongsi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu menerusi laman sosialnya.", "Di bawah penjenamaan Gardenia Breakthru, terdapat dua produk yang ditawarkan iaitu Roti Gandum Penuh dan Roti Mil Penuh Dengan Gandum Ungu Kanada. Kedua-duanya mempunyai indeks glisemik (GI) yang sederhana dan rendah iaitu 58 dan 47 masing-masing. ", "Untuk makluman semua, GI digunakan untuk mengukur seberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan.", "Semakin rendah nilai GI bermakna semakin perlahan paras gula meningkat dalam darah. GI bagi setiap makanan diberikan skala bermula 1 hingga 100. Skala 55 dan ke bawah adalah rendah GI, skala 56 hingga 69 pula adalah sederhana manakala 70 dan ke atas adalah tinggi GI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110237/", "headline": "\nKedah Rancang ‘Makan Angin’ Di Langkawi Sebelum Ke Piala AFC\n", "content": ["Pusat peranginan terkenal tanah air, Langkawi mungkin dijadikan lokasi untuk skuad Kedah Darul Aman (Kedah) ‘makan angin’ sebelum terbang ke Singapura untuk menyertai saingan Piala AFC.", "Bagaimanapun, ‘makan angin’ ini bukanlah bermaksud skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ke sana untuk berehat dan bercuti di pulau tersebut. ", "Sebaliknya, mereka ke Langkawi untuk menjalani latihan secara ‘Camp Based Training’ sepertimana yang diarahkan oleh Malaysian Football League (MFL) susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.", "Tambahan pula, kerajaan telah mengumumkan daerah Kota Setar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekaligus membataskan segala aktiviti sukan di kawasan terbabit.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman, Khamal Idris Ali memaklumkan, selain daripada Langkawi, mereka turut menilai beberapa lokasi PKP lain di luar daerah Kota Setar sebelum menghantar permohonan kepada MFL. ", "“Kita ada beberapa alternatif yang telah kita rancang (camp based training), antaranya Langkawi dan beberapa tempat yang lain, kita dalam proses mengenal pasti (lokasi) sebelum mendapatkan kebenaran dan sebagainya,” kata Khamal kepada Sukanz.", "Baca: Kedah Tiada Sebarang Rundingan Bersama Sanjar Shaakhmedov", "Kaedah ‘Camp Based Training’ ini memerlukan pasukan mengemukakan pelan latihan, keselamatan dan ujian PCR serta dikehendaki menamakan venue latihan dan penginapan kepada MFL. Sekiranya permohonan pasukan diluluskan, mereka boleh mula menjalani latihan secara penuh pada bila-bila masa.", "Untuk makluman, Kedah akan mengharungi perlawanan pertama peringkat Kumpulan H bertemu wakil Indonesia, Persipura Jayapura pada 29 jun kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218208/", "headline": "\nCEO Melaka United: Penjaring Terbanyak Liga Super 2021 Bukan Dipinjam Daripada JDT\n", "content": ["Melaka United FC (MUFC) menafikan dakwaan penyerang yang diikatnya pada penghujung Januari lalu iaitu Ifedayo Olusegun adalah pemain yang dipinjam daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Wira Justin Lim menyatakan, “Kami ingin menegaskan bahawa Ifedayo adalah pemain yang berkontrak penuh bersama Melaka United FC sejak awal musim ini dan bukan berstatus pinjaman dari JDT seperti dua lagi pemain iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.”", "Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menafikan sebuah laporan akhbar tempatan yang mendakwa Ifedayo merangkap penjaring terbanyak Liga Super bersama Selangor FC pada musim lalu merupakan pinjaman daripada skuad Harimau Selatan.", "— Melaka United FC (@MelakaUnitedFC) July 2, 2022", "Justin turut menambah, “laporan berkenaan adalah tidak tepat dan telah diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar oleh pemangku ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal.”", "Dalam satu kenyataan media yang lain, Asri menjelaskan hanya dua pemain sahaja tidak dapat diturunkan menentang JDT dalam perlawanan Liga Super pada malam ini iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik kerana berstatus pinjaman daripada pasukan tersebut.", "Bagaimanapun, Ifedayo pula tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan “hamstring” ketika sesi latihan bersama pasukan. Ketiadaan Ifedayo itu akan digantikan dengan penyerang senior tempatan, Norshahrul Idlan Talaha atau terkenal dengan panggilan Matyo.", "Featured Image: Melaka United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214863/", "headline": "\nKejohanan Estonia: Pemain Berusia 20 Tahun, Jing Hong Muncul Naib Juara\n", "content": ["Pemain muda perseorangan lelaki negara, Jacky Kok Jing Hong, berusia 20 tahun, menamatkan Kejohanan Antarabangsa Estonia 2022 selaku naib juara.", "Jing Hong yang menghuni ranking ke-513 dunia terpaksa berpuas hati membawa pulang pingat perak apabila tumpas dalam perlawanan akhir di tangan pemain Perancis, Alex Lanier yang berusia 17 tahun.", "Dalam perlawanan akhir tersebut, Jing Hong tumpas ‘straight set’ dengan pungutan mata 20-22 dan 15-21 dalam tempoh permainan yang memakan masa hampir 45 minit.", "Untuk makluman semua, muncul sebagai naib juara di kejohanan ini merupakan pencapaian terbaik pernah diraih oleh Jing Hong dalam karier badmintonnya di peringkat senior.", "Sebagai tambahan, Jing Hong akan terbang ke benua eropah untuk menyertai sebuah lagi kejohanan berstatus ‘International Series’ iaitu Terbuka Sweden 2022, dijadualkan berlangsung 20 hingga 23 Januari kelak.", "Featured Image: Eesti Sulgpalliliit / Badminton Estonia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206570/", "headline": "\nRASMI: Koeman Kemudi FC Barcelona Sehingga Jun 2022\n", "content": ["Ronald Koeman telah dilantik sebagai ketua jurulatih FC Barcelona dengan kontrak selama dua tahun iaitu sehingga 30 Jun 2022.", "Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh Barcelona pada petang tadi, waktu Malaysia.", "🙌 Welcome home, @RonaldKoeman! 💙❤️ #KoemanCuler", "Koeman merupakan seorang jurulatih berpengalaman. Beliau pernah menjadi pembantu skuad senior La Blaugrana sebelum menjadi ketua jurulatih skuad simpanan, Barcelona B pada musim 1998/99.", "Kemudiannya jurulatih berusia 57 tahun ini kembali ke tanah airnya, dan melatih dua kelab di Liga Belanda iaitu Vitesse dan Ajax Amsterdam sebelum ke Portugal untuk bersama Benfica.", "Antara kelab-kelab lain berpangkalan di Belanda yang turut dilatih Koeman ialah PSV Eindhoven, AZ Alkmaar dan Feyenoord.", "Selain itu, Koeman yang merupakan bekas pemain Barcelona suatu masa dahulu turut mempunyai pengalaman melatih kelab Sepanyol, Valencia dan Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Southampton dan Everton.", "Sebelum menerima tawaran Barcelona, Koeman merupakan ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215824/", "headline": "\nJersi Home & Away PDRM FC Dijual Pada Harga RM99 Sehelai\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) melancarkan jersi baharunya untuk mengharungi saingan musim ini.", "Dilancarkan dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pada hari ini, jersi skuad Sang Saka Biru pada kali ini hadir dalam dua versi ‘home’ dan ‘away’ yang berwarna biru dan merah masing-masing.", "🔵🔴 IT IS HERE! — PDRM FC 2022 HOME AND AWAY KITS! 🔵🔴We roll on with the times and we’ll keep marching on to the top. Mentally Different! 😎#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops pic.twitter.com/NpDaxRNN3j", "Kedua-dua bahagian hadapan jersi keluaran Oren Sport ini dihiasai dengan dua logo penajanya yang tersusun kemas, Top Glove dan Red One. Di kedua-dua lengannya pula tertera logo Hertz dan Watertree disamping bahu kiri dan kanan ditampal dengan logo Unbox dan Big Lux masing-masing.", "Dimaklumkan, kedua-dua jersi ini akan dijual di kedai rasmi platform e-dagang, Shopee, PDRM FC serta stor rasmi mereka dengan tanda harga RM99 sehelai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112966/", "headline": "\nMSBK 2021: Dua Bekas Pelumba Moto2 Turut Sertai Perlumbaan Bersama SuperKIP\n", "content": ["Perlumbaan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini tidak hanya diserikan oleh bekas pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai SuperKIP.", "Berdasarkan senarai pelumba yang dikeluarkan oleh penganjur, dua bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 turut serta mengambil bahagian dalam perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.", "Dua pelumba tersebut ialah Azlan Shah Kamaruzaman (ONE XOX TKKR Racing Team) dan Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha Racing Team Asean). Kedua-dua pelumba ini akan beraksi dalam kelas 1000cc.", "Artikel Berkaitan: Juara ARRC 2019, Azlan Shah Tak Malu Jadi ‘Rider’ Penghantar Makanan", "Untuk makluman semua, Azlan merupakan pelumba Moto2 selama tiga musim dari tahun 2013 hingga 2015. Manakala Kasma yang berusia 21 tahun pula mempunyai pengalaman selama setahun beraksi di pentas yang sama pada tahun lalu.", "Tidak dilupakan, Zaqhwan Zaidi yang beraksi dalam saingan Moto2 bersama JPMoto Racing Team pada tahun 2015 turut mengambil bahagian dalam perlumbaan kelas 1000cc ini. ", "Sementara itu, Khairul yang kembali daripada persaraannya akan beraksi dalam saingan 600cc disamping menerima cabaran daripada bakal pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok.", "Artikel Berkaitan: Khairul Idham Pawi ‘SuperKIP’ Sertai MSBK Bersama TKKR Racing Team", "MSBK 2021 akan bermula pada hari esok dengan Free Practice 1 dan 2 sebelum disambung dengan sesi Qualifying pada pagi Sabtu.", "Disebelah petangnya, perlumbaan bagi kategori 250cc, 600cc dan 1000cc akan bermula sehingga ke hari Ahad.", "Bagi yang berminat untuk menyaksikan perlumbaan MSBK 2021 pada hujung minggu ini, anda boleh menontonnya secara langsung menerusi Facebook Malaysia Superbike Championship."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208217/", "headline": "\nPenyerang Sasaran JDT, Camilo Sambung Kontrak Bersama Mazatlan Sehingga 2022\n", "content": ["Penyerang yang menjadi sasaran Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Camilo Sanvezzo nampaknya kekal bersama pasukannya, Mazatlan FC.", "Menurut makluman rasmi oleh kelabnya, penyerang berusia 32 tahun, kelahiran Brazil itu telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2022.", "Mejor refuerzo para Mazatlán F.C…. ¡IMPOSIBLE! 😍Camilo Sanvezzo renovó su contrato por dos años más para seguir rompiéndola en el 'Kraken'. 🐙⚽Los detalles: https://t.co/Mv4tmhMeGc pic.twitter.com/FICNEmUKji", "Ia sekaligus akan menutup pintu buat JDT untuk mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang disahkan berhijrah ke BG Pathum United untuk saingan musim hadapan.", "Lanjutan kontrak itu diberikan kepadanya ekoran prestasi semasa yang memberangsangkan dimana dia telah menjaringkan 8 gol daripada 11 penampilannya musim ini.", "Ia jelas menunjukkan kelibat Camilo di barisan serangan Mazatlan FC dapat membantu mereka untuk mengharungi saingan domestik musim ini.", "Baca: Kenali Bakal Penyerang JDT, Camilo da Silva ‘Sang Serigala’ Brazil", "Nos gustó la combinación: ustedes en la grada y el 'Lobo' en la cancha. Por eso, #Camilo2022 🐺 pic.twitter.com/j0ZN0IjyA0", "Untuk makluman, Camilo menarik minat pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sejak dua tahun lalu dan baginda telah mengikuti perkembangannya dengan rapat.", "Baginda mahu mendapatkannya sebelum daripada ini tetapi khidmat Camilo berada di luar kemampuan JDT pada ketika itu.", "Bulan lepas, Tunku Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memaklumkan mahu mengikat pemain itu bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324082/", "headline": "\nBojan Mahu Lapor Insiden Sepakan Percuma Kepada FAM\n", "content": ["Pengendali Kuala Lumpur City (KL City) FC, Bojan Hodak berang dengan tindakan pengadil menghadiahkan sepakan percuma kepada Kuching City FC pada penghujung perlawanan dan mahu melaporkan perkara tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). ", "Tegas Hodak, satu-satunya percubaan tepat Kuching City hadir daripada situasi bola mati tersebut dan menganggap perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu sebagai ‘tidak adil’. ", "“Saya rasa kami bermain baik hampir keseluruhan perlawanan. Kami mengawal permainan selama 90 minit dengan tidak membenarkan mereka melakukan percubaan.”", "📸 Aksi Liga Super 2023 – LS12", "Kuala Lumpur City FC 1-1 Kuching City FC#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/UKfx8vwaIN", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 24, 2023", "“Kali pertama mereka melakukan percubaan, mereka menjaringkan gol. Kami akan hantar laporan kepada FAM berkenaan sepakan percuma tersebut. Ia bukan perlawanan yang adil, kami patut menang,” tegas Bojan dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kuching City. ", "Dalam perlawanan tersebut, KL City terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-85 perlawanan menerusi sepakan penalti Tchetche Kipre tetapi Kuching City menyamakan kedudukan pada masa kecederaan hasil jaringan Abu Kamara.", "Keputusan seri yang dicapai Kuching City itu sekaligus menamatkan rentetan lima kekalahan berturut-turut yang dialami skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207763/", "headline": "\nSayangkan Skuad Yang Dibina, Aidil Setuju Bersama Kedah Sehingga 2022\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak menyatakan persetujuan untuk menyambung kontraknya bersama pasukan berpangkalan di semenanjung utara tanah air iaitu Kedah sehingga tahun 2022.", "Tawaran itu diterima kerana sayangkan skuad yang dibinanya sejak 2018 yang terdiri daripada adunan pemain muda berbakat dan pemain senior berpengalaman. ", "Skuad ini telah terbukti mampu memberikan cabaran dalam saingan bola sepak Malaysia dengan merangkul kejuaraan Piala FA 2019, mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.", "Selain itu, suasana harmoni di antara pemain-pemain dan pegawai-pegawai dalam skuad Helang Merah turut mempengaruhi keputusannya untuk menurunkan tandatangannya di atas kontrak baharu.", "“Memang sayang (rasanya) untuk meninggalkan Kedah keranan pemain-pemain dan pasukan yang telah saya bina, juga keserasian di antara para pegawai dan pemain-pemain sangat baik.”", "“Sekarang saya hanya menunggu untuk menandatangani kontrak (baharu).”", "“Ya, alhamdulillah, selama dua tahun lagi sebagaimana yang telah kami persetujui.” katanya seperti dilaporkan dalam Nadi Arena.", "Selain daripada itu, kejayaan skuad Kedah menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 di tangga kedua telah memberikan mereka slot automatik ke saingan Piala AFC 2021.", "Maka tidak hairanlah mudah buat jurulatih berusia 43 tahun ini menolak tawaran daripada daripada beberapa buah pasukan lain termasuk dari Indonesia dan Singapura. ", "“Tidak dilupakan, kita akan main di (Piala) AFC musim hadapan, ia merupakan pertandingan berprestij untuk bermain kerana saya pernah (membimbing pasukan) di sana empat tahun sebelum ini. ", "“Saya tahu bagaimana rasanya bermain dalam pertandingan tersebut. Ia merupakan pentas untuk semua pemain dan jurulatih membuktikan dan menunjukkan apa yang mereka ada.", "Untuk rekod, Aidil pernah membimbing Home United mara ke perlawanan akhir peringkat zon Asean sebelum tewas kepada kelab Filipina, Ceres Negros dengan keputusan 2-3 secara agregat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220440/", "headline": "\nPiala Malaysia: Terengganu Bertemu Juara Bertahan Di Suku Akhir\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC menepati ramalan dapat melayakkan diri dengan mudah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2022.", "Selepas menumpaskan Sri Pahang FC dengan keputusan 5-1 pada perlawanan pertama, Terengganu bimbingan Nafuzi Zain berhasil meraih satu lagi kemenangan besar iaitu 4-2 ke atas Sri Pahang pada perlawanan timbal balik, sebentar tadi.", "Ini menjadikan Terengganu berjaya menumpaskan Sri Pahang dengan keputusan 9-3 secara agregat.", "Sementara itu, menanti mereka di peringkat seterusnya iaitu suku akhir adalah juara bertahan, Kuala Lumpur City FC (KL City) yang mendapat bimbingan Bojan Hodak.", "Skuad berjulukan The City Boys dapat melayakkan diri selepas menumpaskan PDRM FC dengan keputusan 4-0 secara agregat. KL City merakamkan kemenangan 3-0 pada perlawanan pertama. Manakala perlawanan timbal balik tamat dengan keputusan 1-0.", "Untuk makluman semua, dalam kedua-dua pertembungan melibatkan Terengganu dan KL City dalam saingan Liga Super musim ini, kedua-duanya memihak kepada Terengganu.", "Pertembungan pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) berakhir dengan keputusan 2-0 manakala perlawanan yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pula tamat dengan skor 2-1."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219320/", "headline": "\nThomas Dooley Tumpukan Kepada Kawalan Bola & Serangan Balas\n", "content": ["Aspek kawalan bola dan serangan balas menjadi keutamaan ketua jurulatih Sri Pahang FC dalam aksi perlawanan persahabatan pramusim yang diharungi pasukan bimbingannya sebelum bermulanya sepak mula Liga Super 2021.", "Mengulas mengenai perlawanan menentang Terengganu FC II dalam kejohanan Shah Alam City Cup pada ahad lalu, pengendali kelahiran Amerika Syarikat ini menzahirkan perasaan puas dengan permainan yang ditampilkan oleh barisan pemainnya terutamanya pada separuh masa pertama.", "Walaubagaimanapun, Dooley mengakui tahap kecergasan anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut menurun pada separuh masa kedua permainan namun tiada sebarang kekesalan besar diluahkan olehnya sejurus tamat perlawanan tersebut.", "“Saya boleh nampak pemain-pemain begitu gembira dan teruja apabila berdepan aksi persahabatan menentang TFC II semalam memandangkan kita semua tahu bagaimana mencabarnya latihan ketika ini.", "“Pada separuh masa pertama, saya berpuas hati dengan apa yang dilakukan pemain untuk kami mendahului terlebih dahulu, tetapi selepas itu, kecergasan mereka sedikit menurun pada separuh masa kedua untuk lawan kemudiannya menyamakan kedudukan.", "“Cuma secara keseluruhan, saya tidak mahu terlalu melihat kepada jaringan, tetapi bagaimana mereka dapat mengawal bola dan menyerang kembali, itu yang paling penting sekarang ini.", "“Jadi, saya boleh katakan dalam 70 peratus pemain-pemain sudah bersedia dan serasi, cuma lagi 30 peratus masih ada yang perlu dipertingkatkan kerana kita semua tahu macam mana singkat aksi pra-musim ketika ini, dan yang penting adalah fokus sehingga ke perlawanan sebenar nanti,” jelasnya.", "Perlawanan tersebut menyaksikan Sri Pahang FC seri 2-2 dengan TFC II menerusi jaringan yang dilakukan oleh Hafiz Ramdan dan penyerang import baharu, Pedro Henrique.", "Untuk aksi seterusnya, mereka akan berdepan pasukan tuan rumah, UiTM FC yang dibimbing oleh Frank Bernhardt. Sepak mula aksi tersebut dijadualkan pada jam 9 malam, hari ini.", "Untuk makluman, Sri Pahang FC hadir ke Shah Alam pada Sabtu lalu bagi menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh pasukan UiTM FC untuk menggantikan Perak FC yang menarik diri pada saat akhir.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214569/", "headline": "\nKejohanan Syed Modi: Jin Wei Bentuk Beregu Campuran Bersama June Wei Namun Menarik Diri\n", "content": ["Pemain perseorangan wanita merangkap juara dunia remaja sebanyak dua kali, Goh Jin Wei dan pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei dilihat membentuk gandingan untuk beraksi dalam kategori campuran. ", "Jin Wei dan June Wei turut menunjukkan tahap keseriusan pembentukan gandingan tersebut dengan mendaftarkan diri mereka untuk beraksi dalam Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 18-23hb Januari kelak di Lucknow, India.", "Bagaimanapun, menurut kemaskini oleh ‘M&Q Reports’, gandingan baharu ini tidak dapat dilihat di kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF ini apabila mereka membuat keputusan untuk menarik diri pada 23 Disember yang lalu.", "Selain itu, Jin Wei yang mahu menyambung semula karier badmintonnya turut mendaftarkan diri untuk beraksi dalam kategori perseorangan wanita. Namun, perkara yang sama iaitu menarik diri turut dilakukannya juga pada tarikh yang sama.", "Berkemungkinan besar penarikan diri oleh pemain wanita berusia 21 tahun dilakukan atas faktor kesihatannya. ", "Sementara itu, June Wei yang menghuni ranking ke-73 dunia kekal mengambil bahagian di kejohanan terbabit dalam kategori perseorangan lelaki. Antara pemain perseorangan Malaysia yang turut dilihat menyertai kategori tersebut ialah Ng Tze Yong dan Soong Joo Ven.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218728/", "headline": "\nKelayakan Piala Dunia 2026: AFC Luluskan Format Baharu, 8 Negara Dapat Slot Automatik\n", "content": ["Kejohanan bola sepak terulung, Piala Dunia 2026 yang akan dilangsungkan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan ditandingi oleh 48 pasukan negara berbanding 32 negara sebelum ini.", "Selaras dengan perkembangan tersebut, slot untuk ke pusingan akhir Piala Dunia daripada setiap konfederasi turut mengalami peningkatan hampir satu kali ganda.", "Sebagai contoh, bagi benua asia yang berada di bawah naungan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan mendapat 8 slot automatik dan 1 slot ‘play-off’. Sebelum ini, benua asia hanya mendapat 4 slot automatik serta 1 slot ‘play-off’.", "Asia’s pathway to the 8️⃣ direct slots and 1️⃣ Intercontinental playoff for 2026 #WorldCup and #AsianCup2027 confirmed!", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) August 1, 2022", "AFC menerusi satu pengumuman rasmi pada hari ini memaklumkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC telah meluluskan format kelayakan bagi benua asia ke Piala Dunia 2026. Format baharu yang turut disekalikan dengan kelayakan Piala Asia 2027 merangkumi empat pusingan adalah seperti berikut:", "Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: ", "Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia:", "Pusingan Play-off Kelayakan Piala Dunia:", "Secara kasarnya, perbandingan antara format baharu dan format sedia ada adalah seperti berikut:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216171/", "headline": "\nAll England 2022: Juara Bertahan, Zii Jia Lepasi Ujian Pertama Singkir Pemain Jepun\n", "content": ["Perjalanan jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kemenangan yang dimenanginya dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) edisi lalu bermula dengan langkah kanan.", "Pemain yang menghuni ranking ketujuh dunia itu tiada masalah untuk mengatasi lawannya yang merupakan pemain Jepun, Kenta Nishimoto di Pusingan 32, yang berlangsung di Gelanggang 4, Utilita Arena, Birmingham, pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅16 17 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🕗 in 43 minutes https://t.co/KVo7RIWsgG", "Walaupun permainan itu berlanjutan sehingga 43 minit, Zii Jia berhasil tetap berhasil menumpaskan pemain yang menduduki ranking ke-20 dunia itu secara ‘straight set‘ dengan keputusan 21-16 dan 21-17.", "Untuk makluman semua, kemenangan ini menjadikan Zii Jia telah merekodkan empat kemenangan daripada lima pertemuan ke atas Kenta sejak pertemuan pertama mereka pada tahun 2018 yang lalu.", "Dengan kemenangan ini, Zii Jia dapat meneruskan kemaraannya ke Pusingan 16. Menantinya di pusingan ini adalah pemain muda Kanada yang sedang meningkat naik, Brian Yang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217787/", "headline": "\nMFL Lancar ‘Fantasy Football’ Tersendiri – Bergson & Ifedayo Pemain Paling Mahal\n", "content": ["Pengelola saingan liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) melancarkan permainan “fantasy football” yang tersendiri hasil kerjasamanya dengan Genius Sports, pada hari ini.", "Dengan pengumuman ini, para peminat bola sepak tempatan boleh bermain permainan seakan-akan “Fantasy Premier League” versi Liga Malaysia di laman sesawang Liga M Fantasy.", "Terdapat dua permainan yang ditawarkan di laman ini. Pertamanya, “Liga M Fantasy Classic” – permainan bola sepak fantasi klasik untuk peminat mengumpulkan barisan 11 pemain tanpa had yang dipilih daripada setiap pasukan, dalam bajet tertentu.", "MFL telah melancarkan bola sepak fantasi rasmi pertama, “Liga M Fantasy”, di mana ia menyediakan permainan bola sepak fantasi klasik untuk peminat mengumpulkan barisan 11 pemain tanpa had yang dipilih daripada setiap pasukan, dalam bajet tertentu.#LigaMFantasy", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 8, 2022", "Keduanya, “Liga M Fantasy Gameday” – permainan bola sepak fantasi yang membolehkan peminat memilih tujuh pemain tanpa sebarang sekatan bajet belanjawan, memberikan mereka fleksibiliti untuk menguji pengetahuan pemain berprestasi terbaik liga setiap minggu.", "Bagaimanapun, penawaran permainan yang kedua ini belum tersedia lagi buat para peminat dan ianya akan dilancarkan tidak lama lagi.", "Sementara itu, berdasarkan tinjauan, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva dan Melaka United, Ifedayo Olusegun menjadi pemain paling mahal yang ditawarkan dalam permainan fantasi ini. Kedua-dua pemain diletakkan tanda harga bernilai RM9 juta.", "Ianya diikuti dengan duo penyerang Terengganu FC, Tchetche Kipre (RM8 juta) dan Kpah Sherman (RM7.5 juta) serta seorang lagi penyerang JDT, Fernando Forestieri (RM7.5 juta). Manakala pemain tempatan paling mahal pula jatuh kepada penyerang lincah Terengganu FC, Faisal Halim (RM6.5 juta)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114207/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Safawi Cipta Hatrik Bantu Malaysia Raih Kemenangan 4-0\n", "content": ["Hatrik oleh penyerang sayap dan satu jaringan oleh pertahanan berjaya memberikan kemenangan kedua buat skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe dalam saingan peringkat Kumpulan di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.", "Kemenangan itu dilakar oleh skuad Harimau Malaya ke atas Laos hasil jaringan hatrik oleh Safawi Rasid pada minit ke-7, ke-34 dan ke-80 serta satu gol oleh Shahrul Saad pada minit ke-78.", "Keputusan Masa PenuhPiala Suzuki AFF 2020 | 9 Disember 2021MALAYSIA 🇲🇾 4-0 🇱🇦 LAOS⚽️ Safawi Rasid 7' 34' 80' Shahrul Saad 78'#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/xxTZ1SjCUj", "Ia membolehkan Malaysia menamatkan perlawanan dengan keputusan yang cukup cemerlang 4-0 tanpa bolos sekaligus mengutip 3 mata kedua. Kemenangan ini turut meletakkan Malaysia menerajui Kumpulan B dengan 6 mata buat sementara waktu.", "Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia dijadualkan menentang juara bertahan, Vietnam pada 12 Disember, hari Ahad, dengan sepak mula jam 8.30 malam.", "Perlawanan akan berlangsung di venue yang sama iaitu Stadium Bishan.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214562/", "headline": "\nPertahanan 1.95m Berhijrah Dari Kuantan Ke Paroi Sertai Juara Liga Premier\n", "content": ["Selepas tiga musim beraksi di Kuantan, pertahanan tengah tinggi lampai berketinggian 1.95 meter (m), Herold Goulon membuat keputusan untuk berhijrah ke Paroi dengan menyertai pasukan juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC.", "Penghijrahan pemain kelahiran Perancis ini disahkan oleh skuad Hoben Jang Hoben menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik mereka beberapa hari lalu.", "UP NEXT! HEROLD GOULON SIGNS FOR NSFC 🟡⚫🔴Mewakili Sri Pahang FC pada musim 2021, kehadiran Guolon bakal menambah kekebalan benteng pertahanan NSFC.Memiliki ketinggian 1.95m, pemain yang berasal dari Perancis ini juga boleh bermain di bahagian tengah. pic.twitter.com/XxIFmFwxI8", "Goulon yang mula beraksi di pentas Liga Malaysia bermula tahun 2019 cukup dikenali bukan sahaja sebagai pertahanan yang kental malahan sebagai pemain yang mampu menjaringkan gol buat pasukan.", "Pastinya ramai peminat bola sepak tempatan tidak dapat melupakan jaringan jarak jauh oleh Goulon berpunca daripada sepakan percuma di kawasan sendiri berhasil menerjah gawang ketika menentang Perak pada perlawanan separuh akhir Piala FA 2019. ", "90+3'| GOLAZOO GOULON! Percubaan dari tengah padang oleh Herold Goulon mencipta momen yang cukup magis di Kuantan, memperdayakan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim untuk jaringan gol ketiga Pahang!@OfficialPahang 3-1 @peraktbgmy #ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGPRK pic.twitter.com/PsOce1pQgF", "Berdasarkan rekod, pemain ini berhasil menjaringkan 13 gol daripada 48 penampilannya ketika beraksi bersama Pahang. Selain itu, Goulon juga berkebolehan untuk beraksi sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dan pemain tengah (centre midfielder).", "Untuk makluman semua, di awal kariernya, Goulon pernah berkelana di Liga Inggeris dengan bermain bersama Middlesbrough dan Blackburn Rovers.", "Featured Image: Negeri Sembilan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206522/", "headline": "\nDisebabkan Ronaldo Ke San Siro, Valentino Rossi Sokong Inter Milan\n", "content": ["Pelumba veteran MotoGP, Valentino Rossi tidak begitu mengikuti sukan bola sepak semasa kecil namun begitu dia tetap mempunyai pasukan kegemarannya iaitu U.C. Sampdoria.", "Pelumba yang terkenal dengan julukan The Doctor itu mempunyai sebabnya yang tersendiri mengapa memilih pasukan Sampdoria. Sedangkan majoriti peminat bola sepak di Itali pada masa itu hanya berkisar di antara tiga pasukan iaitu Inter Milan, A.C. Milan atau Juventus.", "Ini kerana Rossi sangat meminati dua penyerang yang terkenal bersama Sampdoria iaitu Gianlunca Vialli dan Roberto Mancini. Namun begitu, segala-galanya berubah apabila Ronaldo Nazario menuju ke Stadium San Siro untuk bermain bersama Inter Milan.", "Sejak daripada saat itu juga, Rossi menjadi peminat No.1 Inter Milan dan Ronaldo – penyerang yang sangat licik dan lincah dan cukup menggerunkan mana-mana penjaga gol yang terpaksa menghadapinya.", "Who is Valentino Rossi's favourite Inter player of all time? 🤔\"Ronaldo! The Brazilian one. The real one!\" 😆🤩VR46 is excited to see his side move a step closer to another European trophy this evening 🏆#Club2020 pic.twitter.com/vbD3ylp1N9", "“Sudah semestinya Ronaldo Brazil, Ronaldo yang sebenar-benarnya kerana sejak awal lagi saya menjadi penyokong Inter kerana ketibaan Ronaldo (di San Siro).” ulas Rossi mengenai pemain bola sepak idolanya dalam satu temubual oleh BT Sport.", "Ronaldo dibawa oleh Inter pada tahun 1997 daripada FC Barcelona. Perpindahannya ke Inter daripada FC Barcelona adalah sebanyak 25 juta pound – merupakan rekod perpindahan tertinggi pemain bola sepak pada masa itu.", "Musim pertama bersama Inter, Ronaldo berjaya memenangi UEFA Cup 1997/98. Rossi turut bercerita mengenai perlawanan akhir saingan tersebut di antara Lazio dan Inter Milan. Masih segar dalam ingatannya, Ronaldo menjaringkan gol ikonik secara solo sekaligus menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-0 di Stadium Parc des Princes.", "Mengambil inspirasi daripada musim tersebut, Rossi menaruh keyakinan yang tinggi terhadap skuad Inter Milan kendalian Antonio Conte yang turut diperkuatkan oleh bekas penyerang Manchester United, Romelu Lukaku untuk merangkul kejuaraan Liga Europa musim ini.", "“Kita boleh menang kerana (mempunyai) Lukaku di hadapan gol.” tambah Rossi sebelum daripada perlawanan di antara Inter dan Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi.", "Aksi separuh akhir yang berlangsung di Espirit Arena pagi tadi berakhir dengan keputusan 5-0 di mana Lukaku dan Lautoro Martinez masing-masing menjaringkan dua gol dan satu gol lagi disumbangkan oleh Danilo D’Ambrosio.", "Inter bakal bertemu Sevilla FC di RheinEnergieStadion, Jerman dalam perlawanan akhir Liga Europa yang akan berlangsung pada hari sabtu, jam 3 pagi waktu Malaysia. ", "Untuk rekod, Ronaldo telah menjaringkan sebanyak 34 gol semasa musim sulungnya bersama Inter manakala Lukaku pula telah menjaringkan 33 gol dalam saingan musim ini – hanya kurang satu gol untuk menyamai rekod Ronaldo."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324319/", "headline": "\nBekas Beregu No.9 Dunia, Izzuddin & Sze Fei Bergandingan Kembali\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Goh Sze Fei yang pernah mencapai ranking kesembilan dunia membuat keputusan untuk bergandingan semula selepas ‘bercerai’ pada Januari lalu.", "Perkembangan mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria merangkap Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi foto berserta kapsyen “One team, once again! They are back.” yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, pada hari ini.", "Difahamkan, tiada persefahaman menjadi punca gandingan pemain yang berusia 25 tahun masing-masing ini membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing sekitar empat bulan lalu.", "Sejurus perpisahan tersebut, barisan kejurulatihan BAM menerusi Pengarah Kejurulatihan (Beregu), Rexy Mainaky mengumumkan menggandingkan Izzuddin bersama Muhammad Haikal Nazri sementara Sze Fei pula dipadankan dengan Choong Hon Jian.", "Sebagai rekod, gandingan Izzuddin-Sze Fei yang bermula sejak tahun 2016 telah berjaya meraih empat gelaran iaitu Terbuka Jerman 2022, Cabaran Antarabangsa Malaysia 2017, Siri Antarabangsa Swiss 2016 dan Siri Antarabangsa Singapura 2016 selain menyertai kelompok 10 beregu terbaik dunia.", "Untuk makluman, setelah hampir empat bulan berpisah, kedudukan Izzuddin-Sze Fei dalam Ranking Dunia BWF kini di tangga ke-32 dunia dan menjadi beregu lelaki No.4 tanah air selepas gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.", "Featured Image: Instagram Norza Zakaria"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113538/", "headline": "\nKBS Putuskan Tiada Ganjaran RM1 Juta Buat Atlet Lontar Peluru Para Ziyad Zolkefli\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan tiada ganjaran berupa wang tunai RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) akan diberikan kepada atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.", "Menurut laporan oleh portal Bernama, keputusan tersebut dibuat ekoran pembatalan penyertaan Ziyad kerana lewat masuk ke bilik panggilan (call room) biarpun mencatatkan rekod lontaran paling jauh – 17.94 meter – semasa mengambil bahagian.", "Pada masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan keputusan itu dibuat bukan sebagai hukuman kepada atlet tersebut yang terlepas peluang meraih pingat emas bagi kategori F20 (kecacatan intelektual) di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Ogos lalu.", "“KBS memutuskan tiada ganjaran yang akan diberikan kepada Muhammad Ziyad menerusi SHAKAM.", "“Namun saya akan berhubung dan berbincang dengan Muhammad Ziyad tentang ganjaran yang tidak ada kena mengena dengan peruntukan kewangan kerajaan,” katanya dipetik daripada portal terbabit.", "Dalam laporan yang sama, Faizal turut mendedahkan beberapa pihak telah menawarkan sedia memberikan ganjaran kepada atlet berusia 31 tahun terbabit sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan usahanya di temasya itu.", "Bagaimanapun, individu atau syarikat serta bentuk dan jumlah ganjaran yang akan diberikan kepada Ziyad itu tidak didedahkan secara terperinci oleh Faizal.", "Untuk makluman semua, keputusan oleh KBS ini dibuat setelah sebuah jawatankuasa siasatan dalaman yang dilantik untuk merungkai isu ini merumuskan Ziyad dan jurulatihnya, Mohd Faizol Harun tidak dapat membuktikan mereka tiba pada waktu yang ditetapkan di bilik panggilan.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112715/", "headline": "\nPenerjun ‘Manis Senyuman’ Dhabitah Sabri Bergelar Mahasiswa UKM\n", "content": ["Mempunyai karier yang baik sebagai atlet negara dalam sukan terjun tidak menghalang Nur Dhabitah Sabri untuk melanjutkan pelajarannya pada peringkat tertiari khususnya di universiti.", "Menerusi satu makluman oleh akaun media sosial universiti tempatan, penerjun berusia 22 tahun ini dimaklumkan telah memilih untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).", "Difahamkan, menerusi makluman oleh pihak universiti tersebut semalam, penerjun kelahiran Kuala Lumpur yang tidak lekang melontarkan senyuman manis ini memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).", "Kebelakangan ini, melanjutkan pelajaran dalam kalangan atlet-atlet sukan bukanlah sesuatu yang asing. Kebanyakan mereka membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran sebagai persiapan untuk menghadapi kehidupan selepas bersara daripada sukan yang diceburi suatu hari nanti.", "Artikel Berkaitan: Dhabitah Raih Kedudukan Ke-4 Acara Terjun 3m Papan Anjal", "Untuk makluman semua, Dhabitah yang mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal baru-baru ini hampir-hampir sahaja menghadiahkan kutipan pingat buat Kontinjen Malaysia.", "Dalam acara tersebut, Dhabitah berhasil mengumpul 326.15 mata daripada lima terjunan namun ianya belum mencukupi untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga bagi membolehkan mengutip pingat gangsa di temasya yang diadakan setiap empat tahun sekali itu.", "Bagaimanapun, pencapaian di tangga keempat itu merupakan yang terbaik buatnya sejak menyertai temasya Sukan Olimpik di Rio, Brazil pada tahun 2016.", "Featured Image: Instagram Nur Dhabitah Sabri"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220095/", "headline": "\nPBSNT Memperkemaskan Saingan Liga Semi-Pro TFL & Perkenal Kejohanan Bawah Umur\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semakin menumpukan kepada kerja-kerja menganjurkan kejohanan bola sepak terutamanya di peringkat bawahan dan akar umbi sesuai dengan peranannya selaku badan induk bola sepak bagi negeri Terengganu.", "Selepas memperkenalkan dan menganjurkan liga bola sepak semi-profesional (semi-pro) yang diberikan nama Terengganu Football League (TFL) julung kalinya pada tahun ini, PBSNT memaklumkan akan memperkemaskan lagi penganjurannya pada tahun hadapan.", "Saingan TFL 2022 disertai oleh 8 buah pasukan dengan format liga satu pusingan. Empat pasukan terbaik liga akan layak untuk beraksi dalam saingan Piala TFL. Bagaimanapun, perkembangan baharu menyaksikan saingan ini akan hadir dengan dua divisyen, TFL Super League dan TFL Premier League pada tahun 2023 kelak.", "Selain itu, PBSNT turut mengumumkan pengenalan saingan bola sepak bawah umur yang membabitkan kategori umur bawah 16 tahun (B16) dan bawah 12 tahun (B12). Kedua-dua saingan ini diberikan nama TFL B16 dan TFL B12. ", "Kejohanan-kejohanan ini berperanan sebagai landasan terbaik kepada asas pembangunan bakat bukan sahaja buat para pemain bahkan kepada organisasi kelab-kelab yang bertanding termasuk para pegawai serta penggiat sukan di negeri Terengganu.", "Dalam makluman yang sama, PBSNT akan memperkenalkan Anugerah Bolasepak Terengganu (ABT) bermula tahun 2023 untuk menghargai penggiat dan keluarga sukan bola sepak melibatkan pelbagai kategori.", "Kesemua ini dicapai dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PBSNT yang dipengerusikan presidennya merangkap Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan dihadiri oleh semua Ahli Jawatankuasa (AJK) PBSNT pada Isnin lalu di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217010/", "headline": "\nHatrik Amri Di Usia 41 Tahun Akan Bertahan Lama – Ong Kim Swee\n", "content": ["Prestasi luar biasa yang dipamerkan penyerang veteran, Amri Yahyah, sehingga meledak hatrik ketika membenam Kedah Darul Aman FC 4-0 di Stadium Likas mendapat pujian daripada pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee.", "Bekas pengendali skuad kebangsaan itu percaya rekod yang dilakar Amri selaku pemain paling berusia meledak hatrik di Liga Malaysia, tidak akan dipecahkan oleh mana-mana pemain lain pada masa akan datang.", "“Amri kita tahu pemain yang cukup berpengalaman dan bermain agak baik  walaupun telah berusia 41 tahun.", "“Saya percaya rekod jaringan hatrik beliau sebagai pemain paling berusia dalam saingan Liga Malaysia akan bertahan lama dan tidak akan ada mana-mana pemain mampu lakukan seperti Amri.", "“Ini membuktikan kemampuan Amri serta beri keyakinan untuk dirinya malah beliau harus menjadi contoh pemain-pemain muda Sabah untuk bermain seperti beliau,” katanya.", "Tambahnya lagi, Amri perlu dijadikan ikutan oleh semua pemain skuad The Rhinos terutamanya generasi muda kerana masih mampu mengekalkan prestasi cemerlang walaupun sudah menginjak ke usia 40-an.", "Dalam perlawanan tersebut, Amri menjaringkan tiga gol yang cukup menarik di separuh masa kedua pada minit ke-51, ke-61 dan ke-72 manakala satu lagi gol menerusi sepakan percuma yang diambil, Park Tae-su pada minit ke-56.", "Di sebalik jaringan hatrik oleh Amri itu, kemenangan yang dicipta oleh Sabah itu turut membolehkan The Rhinos merampas kedudukan kedua Liga Super di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325144/", "headline": "\nUEFA Buang Perkataan ‘Europa’ Daripada UECL\n", "content": ["Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah mengambil keputusan membuang perkataan ‘Europa’ daripada kejohanan UEFA Conference League (UECL) sekaligus dijenamakan kepada UEFA Conference League. Difahamkan ianya bertujuan untuk memberi peluang kepada kejohanan itu berdiri di atas kakinya sendiri.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi konfederasi bola sepak benua eropah itu hasil undian yang telah dilaksanakan dalam kalangan ahli jawatankuasa eksekutif UEFA. ", "Bagaimanapun, perubahan tersebut hanya akan dilaksanakan pada musim 2024-25 selepas tamat kitaran komersil 2021/24 yang menyaksikan kejohanan tersebut berkembang pesat dalam dua musim terakhir ini. ", "A post shared by UEFA (@uefa_official)", "Dalam pada itu, UEFA turut mengumumkan dua venue perlawanan akhir yang telah diputuskan iaitu Stadium Agia Sofia di Athens milik AEK Athens dan laman keramat WKS Slask Wroclam di Poland, Stadion Wroclaw masing-masing bagi musim 2024 dan 2025.", "Walaupun begitu, pihak UEFA akan meneliti dan menilai stadium di Athens sehingga November 2023 dalam perlawanan yang melibatkan AEK Athens di pentas UEFA dan skuad kebangsaan Greece di perlawanan kelayakan EURO 2024.", "Hal ini rentetan daripada keadaan stadium tersebut yang masih lagi baharu dan masih belum mengadakan sebarang aksi kelab bertaraf antrabangsa serta dijadikan syarat tambahan kepada pengesahan penggunaan venue tersebut pada Disember. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202114244/", "headline": "\nTze Yong Disenaraikan Beraksi di Terbuka India 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF\n", "content": ["Prestasi memberangsangkan pemain badminton perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong di pelbagai kejohanan berstatus Gred 3, Cabaran Antarabangsa (International Challenge) sepanjang tahun ini berhasil meletakkannya di ranking ke-60 dunia.", "Kedudukan tersebut melayakkan pemain berusia 21 tahun ini menyertai pelbagai kejohanan di tahap yang lebih tinggi khususnya kejohanan berstatus Gred 2 iaitu Jelajah Dunia BWF.", "Menurut ‘M&Q Report’ yang dimuat naik oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), nama Tze Yong tersenarai untuk beraksi di kejohanan Terbuka India 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Kejohanan ini bakal menjadi pentas Jelajah Dunia BWF yang pertama buat pemain berbakat kelahiran Johor ini. ", "Selain itu, penyertaan pemain yang digembar-gemburkan sebagai ‘The Next Lee Chong Wei’ oleh sebahagian besar peminat badminton tanah air akan membuka peluang buatnya untuk bertemu pemain-pemain handalan dunia yang menduduki ranking lebih tinggi daripadanya.", "Untuk makluman semua, Tze Yong meraih peningkatan mendadak pada tahun ini dengan bermula di ranking ke-136 dunia pada penghujung Mac 2021 sebelum meningkat kepada kedudukan ke-60 pada awal Disember lalu.", "Peningkatan tersebut hasil daripada tiga kejuaraan yang diraih di Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Belgium dan Terbuka Scotland serta muncul naib juara di kejohanan Terbuka Czech daripada 7 kejohanan yang disertainya secara individu pada tahun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323420/", "headline": "\nLee Chong Wei Muncul Pemain Ke-6 Negara Sertai Dewan Kemasyhuran BWF\n", "content": ["Badan induk sukan badminton dunia mengumumkan mengangkat legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei ke dalam Dewan Kemasyhuran (Hall Of Fame) BWF 2023.", "Pengumuman terbabit sekaligus menjadikan Chong Wei sebagai pemain keenam Malaysia menyertai kelompok berkenaan selepas Dato’ Eddy Choong Ewe Beng, Dato’ David E. L. Choong, Dato’ Ng Boon Bee, Ong Poh Lim dan Dato’ Tan Yee Khan.", "Menariknya, penyenaraian nama Chong Wei yang kini berusia 40 tahun dalam Dewan Kemasyhuran BWF pada tahun ini turut diiringi oleh seteru kuatnya dari China, Lin Dan.", "📣#Badminton legends Lin Dan 🇨🇳 and Lee Chong Wei 🇲🇾 have been elected to the BWF Hall of Fame. They will be inducted at an official ceremony on 26 May 2023.", "— BWF (@bwfmedia) May 2, 2023", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini cukup mendominasi arena badminton antarabangsa pada generasinya sebelum membuat keputusan untuk menggantung raket pada tahun 2019 dan 2020 masing-masing.", "Dominasi Chong Wei dan Lin Dan pada ketika itu dapat diukur dengan mereka beraksi dalam lima temasya Sukan Olimpik dan sepuluh edisi Kejohanan Dunia.", "Daripada segi pencapaian individu, Chong Wei berjaya menjuarai 47 saingan Superseries/World Tour serta menghuni ranking No.1 dunia selama 349 minggu.", "Manakala kejayaan Lin Dan pula terarah kepada memenangi dua pingat emas Sukan Olimpik serta lima Kejohanan Dunia.", "Difahamkan, kedua-duanya akan diperkenalkan secara rasmi ke dalam Dewan Kemasyhuran BWF dalam satu acara yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei (Jumaat) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.", "Ianya akan disiarkan secara penstriman langsung melalui BWF TV bermula jam 7 malam.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207503/", "headline": "\nRealme Band Dari Perspektif Seorang Pelari\n", "content": ["Firdaus Idris merupakan seorang yang gemar melakukan aktiviti larian dan senaman bagi memastikan badan kekal cergas sepanjang masa.", "Baru-baru ini, dia berpeluang untuk menggunakan gelang tangan pintar (smartband) oleh Realme iaitu Realme Band yang baru sahaja dilancarkan pada jun tahun ini untuk pasaran Malaysia.", "Sepanjang meggunakan Realme Band, Firdaus menemui beberapa kelebihan dan kekurangan smartband ini. Ikuti perkongsian daripadanya pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215005/", "headline": "\nSyed Modi 2022: Slot Final Milik Wei Chong-Kai Wun Setelah Singkir Beregu Pilihan Ke-4 \n", "content": ["Beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mencipta kejutan dengan menyingkirkan pasangan pilihan keempat untuk menempah slot ke final di Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 300.", "Bukan itu sahaja, pasangan dari India itu, Arjun Madathil Ramachandran dan Dhruv Kapila turut menghuni ranking yang lebih tinggi iaitu ke-42 berbanding ke-65 yang diduki oleh Wei Chong-Kai Wun.", "Syed Modi India International 2022MD – Semi final 🇲🇾Wei Chong MAN🏅21 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅16 12 🇮🇳M.R. ARJUN 🇮🇳Dhruv KAPILA🕗 in 33 minutes https://t.co/FSgVDtkToc", "Beregu tuan rumah itu tumpas ‘straight set’ kepada Wei Chong-Kai Wun dengan keputusan 16-21 dan 12-21 dalam perlawanan yang memakan masa sekitar setengah jam.", "Sementara itu, di pentas final esok, Wei Chong-Kai Wun merangkap pilihan kelapan kejohanan akan menentang satu lagi pasangan beregu tuan rumah, Krishna Prasad Garaga dan Vishnuvardhan Goud Panjala yang berada di ranking ke-74 dunia dan merupakan pilihan keenam kejohanan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321787/", "headline": "\nPenganjur Lancar Piktogram Sukan Olimpik Paris 2024 Secara Rasmi\n", "content": ["Jawatankuasa penganjur melancarkan piktogram bagi Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi kira-kira 534 hari sebelum bermulanya temasya terbabit.", "Sejumlah 62 rekaan piktogram didedahkan mewakili 28 jenis sukan yang akan dipertandingkan di ibu negara Perancis bermula 26 Julai, pada tahun hadapan.", "Difahamkan, rekaan piktogram Sukan Olimpik edisi ini merangkumkan keanggunan Perancis, rekaan estetik baharu yang menonjol dan simbol yang didapati di laluan pejalan kaki di Perancis.", "Seiringan dengan ini, pihak penganjur turut sama melancarkan dan mendedahkan piktogram bagi Paralimpik Paris 2024. ", "Piktogram itu menampilkan 23 rekaan yang khusus kepada acara sukan yang dipertandingkan pada Paralimpik.", "Sebagai rekod, piktogram di temasya Sukan Olimpik ditampilkan buat pertama kali pada edisi 1964 yang berlangsung di Tokyo. Sejak itu, pembikinan piktogram bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan diteruskan sehingga ke edisi kali ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202321377/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Pang Ron-Mei Xing Rekod Kemenangan Sulung Di Kejohanan Super 1000\n", "content": ["Gandingan semula beregu campuran, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing berhasil merekodkan kemenangan sulung dalam perlawanan kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000.", "Lebih manis, pasangan yang kembali bergandingan semula sejak Disember tahun lalu melakar kemenangan itu dengan menumpaskan pasangan Jepun yang menghuni ranking ke-16 dunia pada perlawanan peringkat Pusingan 32 di Terbuka Malaysia, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit Pang Ron-Mei Xing meraih kemenangan menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-11, 15-21 dan 21-19 dalam tempoh 53 minit permainan di atas gelanggang.", "Sementara itu, hasil kemenangan ini, Pang Ron-Mei Xing dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat tersebut samada beregu Perancis, Thom-Gicquel dan Delphine Delrue (pilihan kelapan) atau pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy dan Pitha Haningtyas Mentari (ranking kesembilan dunia).", "Sebagai tambahan, Pang Ron-Mei Xing pernah bergandingan bersama sekitar pertengahan tahun 2016 lalu. Ketika itu, mereka sempat beraksi dalam dua kejohanan antarabangsa sebelum kedua-duanya diceraikan dan digandingkan dengan pemain lain. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217082/", "headline": "\nFaisal Harap Dapat Pulih Secepat Mungkin Selepas Cedera Ketika Menentang Selangor\n", "content": ["Penyerang Terengganu, Faisal Abdul Halim berharap mampu pulih secepat mungkin selepas mengalami kecederaan ketika aksi Liga Super berdepan Selangor pada Jumaat lalu.", "Kecederaan yang dialami selepas dia menjaringkan gol pada minit ke-20 nyata menghampakan penyerang kebangsaan ini kerana terpaksa dikeluarkan lebih awal.", "“Kecewa sebab saya baru sahaja menjaringkan gol dan tahap keyakinan saya dah bertambah selepas itu, memang semangat nak bermain.", "“Tetapi bila cedera memang sedih, tidak mahu dikeluarkan sebenarnya tapi jurulatih (Nafuzi Zain) minta saya keluar juga sebab memang tak boleh nak teruskan dah.", "“Dah kena ‘harmstring’ macam ni, saya tak boleh nak cakap apa cuma harap tak teruk sangat,” katanya.", "Jelasnya, kesakitan di bahagian paha kanan masih lagi dirasai dan belum pasti adakah dia mampu untuk beraksi dalam aksi tertunda pusingan pertama Piala FA menentang Negeri Sembilan.", "Untuk makluman semua, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berentap dalam perlawanan tertunda pusingan pertama Piala FA 2022 pada hari esok. ", "Pemenang bagi perlawanan ini mara ke Pusingan 2 dan menanti mereka di peringkat tersebut adalah skuad Kedah Darul Aman kendalian Aidil Sharin Sahak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220668/", "headline": "\nKuching City Kekalkan Khidmat Irfan Bakti Bagi Mengharungi Liga Super 2023\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di kepulauan borneo, Kuching City FC nampaknya terus menagih khidmat jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti bagi mengharungi saingan Liga Super 2023 kelak.", "Pengerusi Kuching City, YB Fazzruddin Abdul Rahman mengesahkan perkembangan tersebut selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan kelab, sebelum ini.", "“Kita masih mengekalkan Irfan Bakti untuk mengemudi Kuching City bagi menghadapi saingan Liga Super 2023,” katanya seperti dipetik daripada portal Suara Sarawak.", "Saingan musim ini menyaksikan Irfan berhasil membimbing Kuching City meraih tiket promosi ke saingan Liga Super secara merit dengan menghuni tangga ketiga Liga Premier.", "Selain itu, jurulatih berusia 71 tahun ini turut mengemudi skuad berjulukan The Cats ini ke peringkat suku akhir Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah kelab.", "Untuk makluman semua, Irfan pada Januari lalu menyatakan niat bahawa tahun 2022 ini menjadi tahun terakhirnya bergelar jurulatih dalam kancah bola sepak.", "Namun begitu, jurulatih yang pernah mengemudi Terengganu, Felda United, Selangor, Pulau Pinang dan beberapa pasukan lain lagi menyatakan belum membuat keputusan muktamad samada untuk bersara atau tidak sekitar Julai lalu berdasarkan laporan media tempatan.", "Featured Image: Kuching City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220834/", "headline": "\nEsteban Solari Ketua Jurulatih Baharu JDT, Hector Naik Pangkat Jadi Pengarah Teknikal\n", "content": ["Hector Bidoglio yang menghadirkan kejuaraan Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia tidak lagi bergelar ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim hadapan.", "Difahamkan, Hector telah diberikan peranan baharu iaitu sebagai Pengarah Teknikal JDT pada tahun hadapan. Dan perkembangan ini menjadikan kerusi ketua jurulatih skuad Harimau Selatan kosong. ", "Namun begitu, kekosongan itu tidak lama apabila pemiliknya, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) sudah mempunyai calon untuk mengisinya.", "Menerusi satu video bual bicara yang dimuat naik di platform media sosial JOHOR Southern Tigers sebentar tadi, TMJ memaklumkan kekosongan itu akan diisi oleh individu kelahiran Argentina yang berusia 42 tahun iaitu Esteban Solari.", "WATCH NOW: HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor speaks about Johor Darul Ta'zim FC's changes ahead, future plans, aspirations and transfers.", "Watch the full video on our YouTube channel at https://t.co/y9pFc4SVxA pic.twitter.com/P7AM61w8Hc", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 30, 2022", "“Kami akan ada jurulatih baru, dan saya secara peribadi mengagumi jurulatih baharu ini kerana saya kenal dia dah beberapa tahun dan kami dalam komunikasi dalam beberapa tahun,  ", "“Beliau sekarang ada di pasukan Argentina bawah 23 tahun bersama-sama Javier Mascherano dan juga telah diberikan tawaran untuk ke River Plate dan skuad remaja Barcelona,”", "“Tetapi saya somehow dapat meyakinkan beliau untuk bersama-sama dengan saya untuk teruskan pembangunan dan projek bola sepak Johor Darul Ta’zim iaitu Esteban Solari, adik kepada Santiago Solari yang berada di Real Madrid,” jelas TMJ menerusi video berkenaan.", "Memandangkan Hector dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Teknikal, penyandang pada ketika ini, Alistair Edwards turut mendapat jawatan baharu.", "Jawatan baharu yang disandang oleh Alistair selepas ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.", "“Dia (Esteban) yang akan ambil alih sebagai ketua jurulatih skuad utama Johor Darul Ta’zim dan Hector Bidoglio akan berada sebagai Technical Director dan Alistair Edwards akan jadi CEO,” tambahnya.", "Featured Image: AFA – Seleccion Argentina"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220029/", "headline": "\nGoogle, Tottenham Hotspur Sedang Dalam Perbincangan Hak Nama Stadium\n", "content": ["Stadium serba baharu milik Tottenham Hotspur yang dibuka semula pada tahun 2019 dengan kapasiti 62,850 tempat duduk berkemungkinan akan mendapat nama baharu kelak.", "Ini selepas kelab yang dibimbing oleh Antonio Conte ini sedang dalam perbincangan dengan syarikat gergasi teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Google, lapor The Athletic.", "Akhir-akhir ini, Google yang cukup terkenal dengan penawaran enjin pencarian di internet tidak asing lagi dengan kerjasama atau penajaan dalam arena sukan.", "Sekitar Mac lalu, Google telah membentuk ikatan penajaan berbilang tahun dengan pasukan Formula 1 (F1), McLaren Racing dan McLaren MX Extreme E Team.", "Selain itu, Google turut mempunyai perjanjian komersil bersama Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) yang menjadikan telefon pintarnya, Pixel sebagai telefon rasmi penyokong bagi saingan NBA, Liga NBA G dan Liga NBA 2K.", "Tidak ketinggalan, Google juga membentuk kolaborasi berbilang tahun dengan Liga Utama Besbol (MLB) di Amerika Syarikat sekitar Mac 2020. Hasil kolaborasi ini, Google diangkat sebagai Official Cloud Partner and Official Cloud Data and Analytics Partner of MLB.", "Untuk makluman semua, Pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy pernah mengesahkan minat untuk mendapatkan perjanjian hak nama bagi stadium baharu Tottenham Hotspur pada tahun 2019. Bagaimanapun, perjanjian tersebut mestilah berdasarkan jenama yang sesuai serta atas nilai yang sesuai (right brand, on the right money)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324645/", "headline": "\nRanieri Ulang Keajaiban Pacu Cagliari Raih Promosi Serie A\n", "content": ["Bekas pengendali Leicester City, Claudio Ranieri sekali lagi melakukan keajaiban apabila berjaya membantu Cagliari Calcio memenangi perlawanan akhir pusingan play-off Serie B menewaskan SSC Bari sekaligus layak ke Serie A.", "Leonardo Pavoletti menjadi duri dalam daging buat Bari selepas menjaringkan gol untuk Cagliari pada minit ke-94 perlawanan dalam aksi timbal balik dan mengesahkan tempat mereka dalam Serie A musim hadapan. ", "Terdahulu, Cagliari menamatkan musim di tangga kelima Serie B bawah kendalian Ranieri selepas mencatatkan 10 perlawanan tanpa tewas dan hanya tewas dua kali selepas beliau mengambil alih sebagai pengendali.", "Dalam pusingan play-off, Cagliari meneruskan aksi cemerlang menewaskan Venezia dan Parma sebelum terikat pada perlawanan akhir pertama dengan keputusan 1-1 menentang Bari. ", "— Cagliari Calcio (@CagliariCalcio) June 12, 2023", "Sebelum ini, pengendali berusia 71 tahun itu mula dilantik bersama skuad berjulukan The Rossoblu berkuatkuasa 1 Januari 2023 dengan harapan dapat membantu kelab itu menemui semula prestasi terbaik mereka selepas berada di tangga ke-12 liga. ", "Namun, ini bukanlah kali pertama Ranieri berada di kota itu selepas turut melatih kelab tersebut pada musim 1988 dan membantu kelab itu kembali ke Serie A daripada Serie C pada musim 1990. ", "Untuk makluman, The Rossoblu bakal bersama Frosinone dan Genoa dalam saingan Serie A 2023-24 manakala tiga pasukan yang tersingkir ke Serie B ialah Verona, Cremonese dan Sampdoria. ", "Musim lalu, Cagliari tersingkir ke Serie B apabila berada di tangga ke-18 liga selepas sekadar mengutip 30 mata, dibezakan satu mata dengan pasukan di kedudukan ke-17, Salernitana. ", "Untuk makluman, nama Ranieri melambung dalam arena bola sepak dunia selepas mencipta keajaiban dengan membimbing calon penyingkiran, Leicester City memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat julung kalinya dalam sejarah kelab berkenaan pada musim 2015-16.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217569/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Diundi Bertemu Musuh Tradisi, Indonesia Dalam Kumpulan B\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 16 tahun (B-16) bakal berhadapan dengan musuh tradisinya merangkap tuan rumah, Indonesia B-16 dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-17, yang dijadualkan berlangsung 1-9 Oktober hadapan.", "Pertemuan itu disahkan apabila kedua-dua pasukan diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Palestin, Guam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam majlis undian yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube, AFC Asian Cup, hari ini.", "Selain itu, pasukan-pasukan yang mengisi sembilan buah kumpulan lain merangkumi Kumpulan A, C, D, E, F, G, H, I dan J turut diketahui menerusi majlis undian itu tadi. ", "The road to 🇧🇭 Bahrain begins! #AFCU17 Qualifiers is set and we have the groups in place 😃", "4️⃣4️⃣ teams with 1️⃣6️⃣ spots up for grabs, who will fill them? pic.twitter.com/llLazBywL6", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 24, 2022", "Saingan kelayakan ini dijalankan bagi memilih 15 pasukan yang akan bertarung bersama-sama tuan rumah, Bahrain dalam saingan Piala Asia B-17 yang akan dilangsungkan pada tahun hadapan.", "Daripada 44 pasukan yang mengambil bahagian, hanya juara setiap kumpulan serta lima naib juara terbaik merentasi semua kumpulan layak mara ke saingan Piala Asia B-17 Bahrain 2023 tersebut.", "Untuk makluman semua, saingan ini dahulunya dikenali sebagai Kejuaraan AFC B-16 atau Kejuaraan AFC B-17. Sebagai rekod, kali terakhir ianya dilangsungkan adalah pada tahun 2018 di Malaysia.", "Pada edisi tersebut, Jepun muncul selaku juara selepas menumpaskan Tajikistan menerusi penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 4-3 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.", "Sebagai tambahan, saingan pada tahun 2020 dibatalkan oleh badan induk merangkap penganjur, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111440/", "headline": "\nOlimpik 2020: Disingkirkan Regu China, Tiada Pentas Final Buat Aaron Chia-Wooi Yik\n", "content": ["Cita-cita untuk melihat regu lelaki negera, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke pentas final Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian sama sekali.", "Rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat regu ini tumpas di tangan regu China yang menduduki ranking No.6 dunia, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen.", "Aaron-Wooi Yik tumpas secara dua ‘straight set’ dengan keputusan 22-24 dan 13-21.", "Badminton – Beregu Lelaki 🏸Separuh Akhir🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik22-24, 13-21🇨🇳 Li Junhui-Liu YuchenWakil beregu negara bakal beraksi dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.#Badminton#Tokyo2020#SokongMalaysia", "Walaupun kempunan untuk ke pentas final, rakyat Malaysia masih boleh mengharapkan kilauan pingat gangsa daripada regu negara ini.", "Mereka akan beraksi pada perlawanan penentuan medal gangsa bertemu pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.", "Perlawanan tersebut akan berlangsung pada hari esok, 31 Julai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218024/", "headline": "\nRanking FIFA: Harimau Malaya Duduki Tangga Ke-147 Secara Rasmi\n", "content": ["Skuad bola sepak lelaki kebangsaan, Harimau Malaysia secara rasminya menghuni ranking ke-147 dunia setelah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) melakukan kemaskini terbaru, pada hari ini.", "Kemaskini tersebut menyaksikan skuad negara yang dibimbing oleh Kim Pan-gon berhasil merekodkan peningkatan sebanyak tujuh anak tangga berbanding ranking terdahulu – tangga ke-154 dunia.", "Peningkatan ini diraih hasil daripada mengharungi lima perlawanan dimana dua kemenangan terhasil ketika beraksi perlawanan antarabangsa tier 1 menentang Brunei Darussalam dan Hong Kong.", "Ranking Harimau Malaya | 23 Jun 2022", "Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 147 dunia, berjaya melonjak naik 7 tangga berbanding 154 pada kemas kini terdahulu, 31 Mac 2022.", "* Kemas kini seterusnya 25 Ogos 2022#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/rVJtRHfCTt", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 23, 2022", "Manakala baki tiga perlawanan lagi merupakan aksi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 menentang Turkmenistan (menang), Bahrain (kalah) dan Bangladesh (menang).", "Untuk rekod, ini merupakan kali pertama sejak tahun 2014 skuad kebangsaan berhasil menempatkan diri mereka dalam kelompok 150 teratas dunia.", "Sementara itu, Republik Iran masih mengekalkan statusnya sebagai pasukan No.1 asia dengan menghuni ranking ke-23 dunia. Manakala, Vietnam pula merupakan pasukan No.1 ASEAN dengan menduduki tangga ke-97 dunia.", "Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia yang berikutnya adalah pada 25 Ogos 2022. ", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218981/", "headline": "\nKejohanan Dunia 2022: Yeen Yuan-Valeree Bertembung Pearly-Thinaah Jika Mara Ke Pusingan 32\n", "content": ["Beregu wanita muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow bakal melakukan debutnya dalam Kejohanan Dunia BWF 2022 bertempat di Tokyo, Jepun bermula 22 hingga 28 Ogos kelak.", "Berdasarkan kepada undian yang berlangsung pada hari ini, pasangan pemain yang berusia 20 tahun masing-masing ini akan memulakan kempen kejohanan dunia dengan menentang beregu India, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela di Pusingan 64.", "Sekiranya Yeen Yuan-Valeree berhasil melakar kejutan menumpaskan beregu yang berada di rangking ke-37 dunia ini di pusingan terbabit, mereka perlu berhadapan dengan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan (pilihan ke-10) di Pusingan 32.", "Pearly-Thinaah yang masih segar dengan kejayaan merangkul pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 mara secara automatik ke Pusingan 32 apabila mendapat ‘bye’ di Pusingan 64 dalam sesi undian tadi.", "Sementara itu, dua lagi beregu wanita negara akan bermula daripada Pusingan 64. ", "Beregu yang berada di ranking ke-33 dunia, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing diundi menentang pasangan Jerman yang berada di tangga ke-70 dunia, Stine Kuespert dan Emma Moszcztynki.", "Manakala, beregu bebas (independent) yang ranking ke-35 dunia, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien akan berentap menentang juga pasangan Jerman, Linda Efler dan Isabel Lohau.", "Featured Image: Petronas Brands Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219779/", "headline": "\n‘The Flying Sikh’ Kembali Berlumba Bersama Cisco Racing Pada Usia 59 Tahun\n", "content": ["Pelumba rali legenda negara, Karamjit Singh mengumumkan kembali berlumba dalam kejohanan rali bersama pasukan baharu, Cisco Racing pada usia 59 tahun.", "Pengumuman itu dilakukannya dalam satu majlis pelancaran pasukan Cisco Racing, semalam.", "Pelumba yang terkenal dengan julukan The Flying Sikh itu bakal membuat penampilannya dalam Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia 2021 yang akan berlangsung pada 26-27hb jun kelak bertempat di Sepang.", "Menurut laporan FMT, Karamjit akan mempertaruhkan Proton Gen2 yang tersadai di rumahnya sejak perlumbaan terakhirnya sekitar 2018 sebagai jentera ralinya.", "Selain itu, majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan lama Karamjit, Jagdev Singh yang teruja untuk kembali menyertai rali bersama Karamjit mewakili Cisco Racing.", "Untuk rekod, Karamjit pernah merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Rali Dunia Kategori Produksi pada tahun 2002 bersama Petronas EON Racing Team (PERT).", "Juara Rali Dunia Terpaksa Jual Proton Waja Bagi Membeli Kereta Baharu Untuk Dibuat E-Hailing https://t.co/hny7P1H6wE pic.twitter.com/piWiKQNyzU", "Penghujung tahun lalu Karamjit meraih perhatian ramai apabila terpaksa menjual kenderaan peribadinya iaitu sebuah Proton Waja bagi memulakan ‘kerjaya baharu’ sebagai pemandu e-hailing.", "Featured Image: Karamjit Singh Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219036/", "headline": "\nTangguh Sesi Latihan, Momentum Terengganu FC Terjejas..\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain meluahkan kekecewaan apabila terpaksa menangguhkan sesi latihan pasukannya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir seluruh pelusuk tanah air, bermula hari ini.", "Menurut pengendali berusia 42 tahun itu, Terengganu FC yang memulakan sesi latihan pertamanya pada 14 disember lalu telah mendapatkan keserasian yang baik di antara pemain lama dan pemain baharu.", "Bagaimanapun dengan situasi semasa yang menuntut pasukannya untuk akur dengan penangguhan tersebut, momentum yang telah diraih oleh skuadnya hilang dan perlu diraih kembali daripada fasa awal apabila dibenarkan menyambung sesi latihan kelak.", "“Kita telah berlatih hampir sebulan dengan keserasian mula terbentuk antara pemain baharu dan pemain lama, tiba-tiba perlu berhenti (disebabkan PKPB), ", "“Ia menjejaskan perancangan dan momentum pasukan, selepas daripada rehat ini kita perlu bermula kembali (daripada fasa awal).” katanya ketika dihubungi Sukanz pada petang tadi.", "Pada masa yang sama, Nafuzi amat mengharapkan sesi latihan pasukannya dibenarkan bersambung secepat yang mungkin memandangkan negeri Terengganu hanya dikenakan PKPB sahaja.", "“Sebelum ini kita telah berlatih (dalam situasi PKPB) mengikut SOP yang ditetapkan.” tambahnya lagi.", "Untuk makluman, setakat sebulan sesi latihan yang dijalankan, Nafuzi telah menumpukan perhatian kepada beberapa aspek seperti meningkatkan kecergasan, persefahaman serta membentuk keserasian dalam kombinasi pemain.", "Antara lain yang dilakukannya adalah menyediakan pasukan untuk menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan yang diatur sebelum sepak mula Liga Super 2021 yang dijadualkan pada penghujung februari kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214770/", "headline": "\nTerbuka India: Yew Sin-Ee Yi & Tan Jie-Yen Wei Dapat Kemenangan Percuma Ke Suku Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki dan beregu campuran negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi serta Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei diberikan kemenangan percuma untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka India.", "Kedua-dua pasangan ini mendapat kemenangan percuma kerana setelah lawan masing-masing iaitu Utkarsh Arora-Akshan Shetty serta Sai Pratheek K-Gayatri Puella ‘walkover’ di Pusingan 16, hari ini.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, Yew Sin-Ee Yi yang merupakan pilihan ketiga kejohanan akan bertemu salah satu daripada beregu India samada gandingan Arjun-Dhruv (ranking 42) merangkap pilihan keenam kejohanan atau Ishaan Bhatnagar-Sai Pratheek (ranking 176).", "Manakala Tan Jie-Yen Wei yang berada di ranking ke-40 merangkap pilihan ketiga kejohanan turut bertemu salah satu daripada beregu India samada Venkat Prasad-Juhi Dewangan merangkap pilihan kelapan kejohanan (ranking 63) atau Sanjai Dhanraj-Pooja Dandu.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219745/", "headline": "\nLaLiga Bukan Sekadar Real Madrid, Bercelona & El Clasico\n", "content": ["Baru-baru ini, LaLiga telah mengadakan satu acara media di Hartamas untuk mempersembahkan derbi-derbi yang penuh mengujakan dalam saingan LaLiga.", "Ianya bertujuan untuk meraih perhatian peminat bola sepak tempatan menjelang aksi derbi yang dinantikan ramai di seluruh dunia, El Clasico yang menemukan Real Madrid dan Barcelona pada minggu ini.", "Selain itu, acara ini turut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai setiap derbi yang dimainkan dalam saingan LaLiga musim ini seperti Valencia Derby, Basque Country Derby, Madrid Derby dan terakhir Seville Derby.", "Untuk makluman, Valencia Derby merupakan pertemuan antara Valencia CF menentang Levante UD. Keduanya, Basque Country Derby merupakan pertemuan antara Athletic Bolbao dan Real Sociedad.", "Sementara itu, Madrid Derby pula merupakan pertemuan antara dua buah kelab gergasi yang berpangkalan di ibu kota Sepanyol iaitu Real Madrid dan Athletico Madrid. Terakhir, Seville Derby pula merupakan pertembungan antara Sevilla FC dan Real Betis.", "Semasa acara tersebut, wakil LaLiga, Giorgio Pompili Rossi berkata. “Membawa LaLiga dekat dengan peminat dan media di Malaysia ini menjadi keutamaan kami. Di LaLiga, kami mengeksport saingan liga dan keseluruhan negara kami bersama-sama budaya dan tradisi ke seluruh dunia.”", "“Malaysia mempunyai diversiti di mana bola sepak dan makanan sangat relevan kepada negara. Menerusi acara ini, kami berharap dapat memberikan tetamu kami pengalaman yang serupa.”", "Turut menyerikan acara tersebut adalah bekas pemain Real Zaragoza dan pemain Selangor, Oliver Buff serta Duta Sepanyol ke Malaysia, Jose Miguel Cornivos Lafuente.", "Tetamu turut berpeluang menyaksikan persembahan daripada Pengarah Seni Persembahan University of Nottingham Malaysia, Dr Sergio Camacho bersama-sama band campuran Sepanyol-Malaysia, “Chino-Latino”.", "Dan tidak dilupakan, untuk menambahkan lagi adunan budaya makanan dan sukan secara bersama-sama, tetamu turut dijamu dengan makanan Sepanyol, Valencian Paella yang dimasak oleh Chef Marta.", "LaLiga bukan sekadar Real Madrid, Barcelona dan El Clasico, ia adalah mengenai semangat, budaya dan warisan. LaLiga akan terus membina jenamanya di Malaysia menerusi acara seumpama ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111554/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pandelela Tutup Saingan Terjun 10m Platform Di Tempat Terakhir\n", "content": ["Penerjun negara, Pandelela Rinong menutup saingan akhir bagi acara terjun 10 meter (m) platform di tangga ke-12 dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Kedudukan itu menyebabkan atlet berusia 28 tahun ini bukan sahaja terlepas peluang untuk menyamai sekurang-kuranyanya pencapaian terbaiknya memenangi pingat gangsa di temasya Olimpik 2012. ", "Malahan, persembahan tersebut meletakkannya di kedudukan yang terakhir pada aksi pusingan akhir yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, pada hari ini.", "Terjun – 10 Meter Platform Wanita – FinalKedudukan akhir:12. 🇲🇾 Pandelela Rinong Pamg (245.85)#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/YDdUoGT8vx", "Bercakap mengenai persembahannya sebentar tadi, nasib tidak begitu menyebelahi Pandelela apabila terjunan pertamanya hanya diberikan 18 mata oleh para juri.", "Bagaimanapun, Pandelela bangkit dan memperbaiki empat terjunan berikutnya dan memungut 245.85 mata secara keseluruhan.", "Namun ianya tidak cukup untuk memberikan saingan bagi merebut kilauan pingat dan hanya meletakannya di kedudukan ke-12 daripada 12 penerjun yang beraksi di pentas akhir.", "Sementara itu, pemenang pingat emas dan pingat perak bagi acara ini ialah Quan Hongchan (466.20 mata) dan Chen Yuxi (425.40 mata) dari China. ", "Manakala di tempat ketiga dan meraih pingat gangsa ialah  Melissa Wu (371.40 mata) dari Australia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218086/", "headline": "\nPiala Asia: AFC Lanjut Pelawaan Tunjuk Minat Jadi Hos Sehingga 15 Julai\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan melanjutkan Pelawaan Tunjuk Minat (EOI) untuk menjadi hos kejohanan Piala Asia 2023 sehingga 15 Julai kelak.", "Lanjutan tersebut diumumkan oleh badan induk berkenaan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi dan dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "AFC extends #AsianCup2023 Eol deadline to July 15, 2022 from the original date of June 30, 2022! https://t.co/A18goz5kc3", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) June 28, 2022", "Sebelum ini, AFC meletakkan tarikh tutup bagi menghantar EOI ini pada 30 Jun. ", "Untuk makluman semua, EOI ini dikeluarkan oleh AFC selepas hos sedia ada iaitu China menarik diri daripada menjadi tuan rumah pada tahun hadapan ekoran pandemik Covid-19 yang kembali ‘mengganas’ di negara mereka.", "Sementara itu, menurut laporan beberapa media, antara negara yang disebut-sebut berminat untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini ialah Republik Korea, Jepun, Qatar dan Australia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219618/", "headline": "\nXOX, Perak FC Beri 10,000 Tiket Percuma Untuk Perlawanan Terakhir Liga Premier\n", "content": ["Kelab yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi, XOX Berhad iaitu Perak FC mengumumkan menyediakan sejumlah 10,000 keping tiket percuma kepada para penyokongnya untuk perlawanan terakhir Liga Premier musim ini.", "Perlawanan tersebut akan menemukan skuad berjulukan The Bos Gaurus dengan Kuching City FC di laman mereka sendiri, Stadium Perak, Ipoh pada 17 September (Sabtu) nanti.", "“XOX dan Perak FC komited untuk membalas sokongan peminat yang telah menyokong kelab sepanjang masa sukar pada 2022. Perak FC akan memberikan 10,000 tiket percuma untuk perlawanan terakhir liganya.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "Untuk makluman, Perak sedang berada di kedudukan tercorot liga selepas mengharungi 17 perlawanan. Namun begitu, Perak berpeluang menamatkan musim ini di kedudukan kesembilan sekiranya meraih kemenangan dan pada masa yang sama Skuad Projek FAM-MSN merekodkan keputusan seri atau tumpas kepada Terengganu II.", "Ini juga menjadi perlawanan terakhir buat ketua jurulatihnya, Yusri Che Lah bersama skuad senior Perak sebelum ianya bertukar tangan kepada bekas pengendali bawah umur Bayern Munich dan skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim. ", "Selain tiket percuma, XOX dan Perak dalam pengumuman terbabit turut menawarkan kad sim percuma milik syarikat pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) kepada para peminat.", "“Peminat juga boleh menuntut kad sim percuma dengan data pramuat sebanyak 18GB. Proses tuntutan akan berlangsung di gerai XOX di Stadium Indera Mulia pada 16 dan 17 September 2022, bermula dari 10 pagi hingga 12 malam.” tambah kenyataan itu lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218770/", "headline": "\nKejuaraan B-16 AFF: Malaysia Mulakan Kempen Dengan Kemenangan Bergaya Ke Atas Kemboja\n", "content": ["Skuad Malaysia bawah 16 tahun (B-16) melakar kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan kempen Kejuaraan B-16 AFF yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia.", "Skuad kendalian Osmera Omaro ini meraih keputusan positif dengan merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Kemboja dalam perlawanan sulung peringkat Kumpulan C.", "Kemenangan tersebut disumbangkan hasil jaringan oleh Arami Wafiy Zakimi pada minit ke-6 serta jaringan berganda oleh Faris Danish Asrul pada babak kedua iaitu minit ke-59 dan ke-78 permainan.", "Kejuaraan B-16 AFF 2022 | Selasa, 2 Ogos 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 3-0 🇰🇭 KEMBOJA", "⚽️ Arami Wafiy Zakimi 6' Faris Danish Asrul 59' 78' ", "Kredit Foto: AFF#FAM #HarimauMalaya #AFFU16 pic.twitter.com/XHRJlTiAT6", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 2, 2022", "Sudah tentu kemenangan ini membolehkan Malaysia mengutip tiga mata pertama. Selain itu, kemenangan ini juga meletakkan Malaysia mendahului Kumpulan C.", "Untuk perlawanan berikutnya, Malaysia dijadualkan menentang Myanmar merangkap penghuni di tangga kedua Kumpulan C, pada 5 Ogos (Jumaat) kelak.", "Mereka turut bermula dengan langkah kanan dalam kejohanan ini apabila melakukan kejutan menewaskan Australia dengan keputusan 3-2, pada petang tadi.", "AFF Under-16 Championship 2022 – Group C – FULLTIME RESULT ", "Australia 2Luka Coveny 39thMiguel Di Pizio 44th", "Myanmar 3Saw Myo Zaw 3rdShine Wanna Aung 23rdPyae Sone Aung 72nd#AFF#AFFU16 pic.twitter.com/fUzfIX4hou", "— ASEAN Football (@AFFPresse) August 2, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113991/", "headline": "\nTerbuka Scotland: ‘Patatimo Boys��� Selangkah Sahaja Lagi Untuk Bergelar Juara\n", "content": ["Hanya selangkah sahaja lagi yang memisahkan beregu lelaki muda negara, Arif Junaidi dan Muhammad Haikal untuk bergelar juara kejohanan badminton Terbuka Scotland 2021.", "Pasangan yang mendapat gelaran ‘Patatimo Boys’ ini berhasil menempah tiket ke pentas akhir selepas menumpaskan beregu India, Krishna Prasad Garaga dan Vishnu Vardhan Goud Panjala dengan keputusan 17-21, 21-17 dan 21-16 di peringkat separuh akhir.", "Sementara itu, menanti mereka di perlawanan akhir adalah pasangan beregu tuan rumah, Christopher Grimley dan Matthew Grimley yang diletakkan sebagai pasangan pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini.", "Berdasarkan rekod, Arif dan Haikal yang berasal dari Terengganu dan Kelantan masing-masing belum pernah mempunyai sebarang pengalaman menentang adik beradik Grimley yang menghuni ranking ke-64 dunia ini.", "Untuk makluman semua, perlawanan melibatkan ‘Patatimo Boys’ menentang adik beradik Grimley ini dijangka berlangsung pada pukul 10.30 malam nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217072/", "headline": "\nBAC 2022: Beregu Campuran China No.4 Dunia Singkir Tang Jie-Yen Wei\n", "content": ["Perjalanan beregu campuran di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei dalam Kejohanan Badminton Dunia (BAC) 2022 berakhir di peringkat Pusingan 16.", "Ini selepas pasangan yang berada di ranking ke-30 dunia ini terpaksa akur dengan kehebatan pihak lawan yang dihadapi sebentar tadi, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping – beregu campuran No.4 dunia dari China.", "R16#CHN🇨🇳 Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping(3) def. #MAS🇲🇾 Chen Tang Jie-Peck Yen Wei 21-9 21-19", "— BAM (@BA_Malaysia) April 28, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie-Yen Wei tumpas secara ‘straight set’ menerusi pungutan mata 9-21 dan 19-21 dalam tempoh permainan yang memakan masa tidak sampai setengah jam.", "Untuk rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Yi Lyu-Dong Ping bakal berentap samada beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (ranking ke-20) atau beregu Maldives, Hussein Zayan Shaheed-Fathimaath Nabaaha  (ranking ke-174) di peringkat suku akhir kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111703/", "headline": "\nUndian Piala Thomas & Uber 2020: Kedua-Dua Pasukan Malaysia Dalam Kumpulan D\n", "content": ["Konfederasi Badminton Dunia (BWF) baru sahaja selesai mengadakan undian peringkat kumpulan bagi dua kejohanan utamanya iaitu Piala Thomas dan Piala Uber 2020.", "Majlis undian yang berlangsung di ibu pejabat BWF, Kuala Lumpur itu turut disiarkan secara langsung di saluran rasmi Youtube badan terbabit, hari ini.", "Bagi kejohanan Piala Thomas (lelaki), pasukan Malaysia yang akan diwakili oleh 3 pemain perseorangan dan 2 pasangan beregu telah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama naib juara edisi lalu, Jepun serta Kanada dan England.", "Sementara itu, untuk kejohanan Piala Uber (wanita), pasukan Malaysia berdepan cabaran besar apabila diundi dalam Kumpulan D yang disertai oleh semi finalis edisi lalu, China serta Denmark dan Kanada.", "Untuk makluman semua, hanya juara dan naib juara setiap kumpulan sahaja yang layak ke peringkat suku akhir. ", "Sebagai tambahan, kedua-dua kejohanan dwitahunan ini akan berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober nanti.", "Untuk rekod, edisi Piala Thomas lalu menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku setelah tumpas kepada pasukan jiran tetangga, Indonesia.", "Manakala, bagi kejohanan Piala Uber yang lalu, Malaysia gagal layak ke saingan kalah mati apabila tamat di kedudukan ketiga pada saingan peringkat kumpulan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321284/", "headline": "\nShahrel Fikri Mengesahkan Dirinya Sertai Negeri Sembilan – Kontrak Semusim\n", "content": ["Pemain yang pernah mengetuai jentera skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Mohd Fauzi mengesahkan dirinya telah menyertai kelab baharu iaitu Negeri Sembilan FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 kelak.", "Pengesahan itu hadir menerusi tuan empunya badan sendiri sepertimana dilaporkan oleh portal akbar tempatan, Berita Harian, semalam. ", "Turut dilaporkan, penyerang berusia 28 tahun ini menyertai skuad berjulukan Hoben Jang Hoben bimbingan K. Devan itu dengan kontrak selama semusim.", "Mengulas mengenai keputusannya untuk menyertai Negeri Sembilan, pemain yang mesra dengan panggilan Eky ini berkata kekuatan dan reputasi besar kelab ini menjadi faktor terbabit.", "“Negeri Sembilan adalah pasukan yang memiliki reputasi besar dalam Liga Malaysia apabila berjaya menamatkan saingan Liga Super musim 2022 di tempat keempat.”", "“Pencapaian mereka itu mendorong saya memilih pasukan ini dan berharap dapat menimba pengalaman serta bimbingan yang lebih sempurna dalam usaha meningkatkan lagi tahap prestasi saya.’’", "“Saya yakin dan percaya, dengan kerjasama rakan-rakan lain yang lebih berpengalaman dalam pasukan ini seperti Mohamad Zaquan Adha (Abd Radzak) dan Mahali Jasuli selain Sean Eugene Selvaraj, memberi peluang saya untuk maju ke hadapan,’’ jelasnya seperti dipetik daripada laporan terbabit.", "Shahrel turut mengharapkan dapat meraih minit permainan yang lebih baik bersama Negeri Sembilan pada musim hadapan sekaligus berpeluang untuk mendapat panggilan semula ke skuad kebangsaan.", "Sebagai rekod, Shahrel menyertai Selangor FC pada penghujung tahun 2020 selepas mengharungi musim yang cemerlang bersama Perak FC. ", "Namun penghijrahannya ke skuad Gergasi Merah itu tidak begitu memberangsangkan lebih-lebih selepas mendapat kecederaan retak tulang fibula yang memaksanya berehat panjang bermula pertengahan 2021. ", "Pada musim 2022 pula, Shahrel berhasil meraih 19 penampilan. Akan tetapi, penglibatannya lebih banyak bertumpu sebagai pemain gantian.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207805/", "headline": "\nLuqman Bangga ‘Berlaga Bahu’ Dengan Bekas Kapten Man City, Vincent Kompany\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak dapat menyembunyikan perasaan bangganya apabila dapat bertemu dengan bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany tempoh hari.", "Malah penyerang kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sempat bersalaman dengan Kompany yang merupakan ketua jurulatih RSC Anderlecht – pasukan yang ditentang oleh Luqman pada sabtu lalu.", "Bon week-end à tous. Blij met de 3 punten. Hein, Jeanke? 🟣⚪ pic.twitter.com/q5jTKT6AWS", "“Perasaan teruja sangat. Kita sebagai pemain kalau bertemu pasukan yang bagus memang seronok.", "“Saya teruja dapat bertemu Vincent Kompany. Dia bintang pertahanan Manchester City yang terkenal.", "“Saya bangga dapat bersalaman dengannya,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Another debut boy! Keep working hard Luqman! 🙌🇲🇾🔴⚪️ #TheJourneyOfLuqie #KVKAND pic.twitter.com/UpaACstMmH", "Dalam perlawanan tersebut, Luqman berjaya membuat penampilan pertama bersama pasukannya, KV Kortrijk apabila dimasukkan oleh ketua jurulatihnya pada minit ke-74 menggantikan Petar Golubovic.", "Mengulas mengenai penampilan pertamanya, Luqman akui menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan saingan Liga Belgium.", "Dapat dilihat di dalam perlawanan tersebut, Luqman bergelut terutamanya dalam aspek melakukan hantaran. Bagaimanapun, disebalik kesukaran tersebut, penyerang berusia 18 tahun ini berjaya terlibat dalam satu gerakan yang memberikan pasukannya satu gol saguhati.", "“Mulanya agak sukar (bermain di Belgium) kerana susah nak berkomunikasi tetapi pemain-pemain senior dan jurulatih banyak membantu serta berkongsi ilmu,” katanya lagi.", "Untuk rekod, Kompany dilantik sebagai ketua jurulatih RSC Anderlecht pada ogos lalu dengan kontrak selama empat tahun menggantikan Franky Vercauteren.", "Featured Image: KV Kortrijk & Sport.be"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218785/", "headline": "\nSukan Komanwel: Ng Tze Yong Tak Izin Bekas Pemain No.1 Dunia Kalahkannya Buat Kali Ketiga\n", "content": ["Perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong tidak lagi mengizinkan Srikanth Kidambi mengalahkannya – buat kali ketiga berturut-turut di pentas antarabangsa.  ", "Bekas pemain No.1 dunia itu yang menjadi taruhan pasukan India dalam pertarungan ketiga pada perlawanan akhir badminton berpasukan Sukan Komanwel Birmingham 2022 terpaksa akur tumpas kepada Tze Yong, sebentar tadi. ", "Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong berhasil mencetak kemenangan sulungnya ke atas Kidambi menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-19, 6-21 dan 21-16.", "RESULTS: #Birmingham2022 FINAL#MAS🇲🇾 2-1 #IND🇮🇳 ", "Ng Tze Yong def. Kidambi Srikanth 21-19 6-21 21-16#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/DSFqGBCZ04", "— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2022", "Sebagai rekod, Tze Yong tumpas kepada Kidambi dalam kedua-dua pertembungan lalu di pentas antarabangsa. Pertembungan pertama berlangsung di Kejohanan Badminton Asia 2022 manakala pertembungan kedua berlaku dalam saingan Piala Thomas 2022.", "Kemenangan yang dicetak Tze Yong ini membolehkan Malaysia kembali mendahului 2-1 ke atas India dalam aksi perebutan kilauan pingat emas dalam acara ini.", "Seterusnya, pertarungan keempat melibatkan beregu wanita daripada kedua-dua pasukan. Malaysia mempertaruhkan pasangan terbaiknya, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan manakala India menurunkan Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218100/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Yew Sin-Ee Yi Mudah Tundukkan ‘Patatimo Boys’ Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu lelaki bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Eee Yi tidak mempunyai masalah untuk menundukkan pasangan muda yang sedang meningkat naik di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wan Arif Junadi dan Muhammad Haikal Nazri di Pusingan 32 saingan Terbuka Malaysia 2022. ", "Dalam pertemuan terbabit, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking kesepuluh dunia dengan mudahnya menumpaskan beregu yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ itu secara straight set di Gelanggang 2 bertempat di Axiata Arena, petang tadi. ", "Pertarungan yang julung kalinya menemukan dua beregu negara ini berkesudahan dengan skor 21-19 dan 21-13 memihak kepada Yew Sin-Ee Yi dalam tempoh masa setengah jam sahaja. ", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Yew Sin ONG🏅21 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅19 13 🇲🇾Junaidi ARIF 🇲🇾Muhammad HAIKAL", "🕗 in 30 minutes https://t.co/xKbX1VWzAd", "— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022", "Walaupun tewas, ini merupakan satu pengalaman yang cukup berharga buat Arif-Haikal yang kini berada ranking ke-85 dunia jika bersandarkan kepada penampilan sulung pemain dari Terengganu dan Kelantan ini di saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi yang mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya akan bertemu pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 dari Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin di Pusingan 16 kelak.", "Beregu Taiwan yang menghuni ranking keempat dunia ini mara setelah menumpaskan beregu Belanda, Ruben Jille dan Ties Van Der Lecq secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-15 dalam tempoh masa 26 minit permainan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111477/", "headline": "\nGreysia-Apriyani Cipta Sejarah Menangi Emas Pertama Regu Wanita Buat Indonesia\n", "content": ["Pasangan regu badminton wanita Indonesia, Greysia Polii, 33 tahun, dan Apriyani Rahayu, 23 tahun, berjaya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah menewaskan regu China, Chen Qingchen dan Jia Yifan, hari ini.", "Regu No.6 dunia ini cemerlang menumpaskan lawan mereka, regu No.3 dunia dengan dua ‘straight set’ 21-19 dan 21-15 pada perlawanan akhir yang bertempat di Musashino Forest Sport Plaza sekaligus mencipta sejarah sebagai pasangan badminton wanita Indonesia pertama yang memenangi pingat emas di temasya ini.", "A historical win!Greysia Polii and Apriyani Rahayu secure #INA's first ever #Badminton women's doubles Olympic gold – and the nation's first of #Tokyo2020.@bwfmedia @nocindonesia1 pic.twitter.com/F0HDisviLI", "Untuk pengetahuan semua, sebelum memenangi pingat emas ini, gandingan ini terlebih dahulu mencipta sejarah sebagai pasangan regu wanita pertama Indonesia yang mara ke pentas final dalam acara ini di Sukan Olimpik.", "Sebagai makluman tambahan, ini merupakan penyertaan kali keempat buat Greysia di pentas Olimpik. Semasa beraksi di Rio 2016, Greysia bersama gandingannya terdahulu, Nitya Krishinda Maheswari hanya setakat di suku akhir.", "Kemenangan regu Indonesia ini juga menyumbangkan emas pertama buat Kontinjen Indonesia di temasya Tokyo 2020. Setakat ini, Indonesia telah memungut satu emas, satu perak dan dua gangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323383/", "headline": "\nAzeem Atasi Juara Remaja Dunia, Catat Masa Terpantas Sejak Di AS – 10.14s\n", "content": ["Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berhasil mengatasi juara Kejohanan Remaja Dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown yang berada di tempat ketujuh dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan East Coast Relays di Florida. ", "Menurut laman sesawang kejohanan, Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan larian di tempat keenam setelah dengan catatan masa 10.14 saat (s) di University of North Florida. ", "Catatan masa itu sekaligus mengatasi rekod perlumbaan pertamanya di Amerika Syarikat ketika muncul juara Kejohanan Florida State University (FSU) Relays dengan rekod 10.32s, Mac lalu. ", "A post shared by Auburn Track & Field (@auburntfxc)", "Untuk makluman, rekod peribadi terbaik yang pernah dicatatkan Azeem bagi acara 100 meter adalah 10.09s di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia.", "Rekod tersebut juga meletakkan anak kelahiran Perak itu sebagai pemegang rekod kebangsaan bagi acara tersebut selepas mengatasi rekod Khairul hafiz Jantan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2016. ", "Untuk pengetahuan semua, Pelari berusia 19 tahun itu berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bagi menyambung pelajaran di Universiti Auburn, Alabama turut memecahkan rekod kebangsaan acara 60 meter dalam dewan milik Watson Nyambek.", "Catatan masa 6.66s di Jepun milik pelari legenda itu dipecahkan dengan rekod 6.62s yang dicatatkan Azeem dalam Kejohanan Jemputan Tiger Paw, Februari lalu. ", "Featured Image: Auburn Track & Field (Instagram)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113518/", "headline": "\nRanking BWF: ‘Quarter-Finalist’ Terbuka HYLO Kini Berada di Kedudukan Ke-45 Dunia\n", "content": ["Kemaraan pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei ke peringkat suku akhir pada kejohanan Terbuka HYLO pada minggu lalu membolehkan mereka memperbaiki ranking mereka.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, pasangan ini berhasil mencatatkan peningkat sebanyak empat anak tangga sekaligus membolehkan mereka menghuni tangga ke-45 dunia.", "Sementara itu, pasangan beregu campuran Malaysia yang lain tidak merekodkan sebarang perubahan pada kedudukan ranking masing-masing.", "Sebagai rekod, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2016, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying masih mendahului di tangga ke-8 sambil diikuti oleh Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai di tangga ke-12 dan ke-13 masing.", "Akhir sekali, beregu Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See pula kekal di kedudukan ke-25 dunia.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218873/", "headline": "\nSukan Komanwel: Ng Joe Ee Cipta Kejutan Rangkul 2 Emas, Sasaran 6 Emas Kontinjen Malaysia Tercapai Awal\n", "content": ["Gimnas muda negara, Ng Joe Ee yang beraksi buat pertama kali dalam temasya Sukan Komanwel mencipta kejutan merangkul bukan satu tetapi dua pingat emas buat Kontinjen Malaysia.", "Atlet berusia 16 tahun ini berhasil merangkul emas pertamanya dalam acara gimnastik disiplin bola apabila mengutip 29.700 mata mengatasi pencabar terdekat dari Kanada, Suzanna Shahbazian dan Cyprus, Anna Sokolova yang mengumpul 29.050 dan 28.800 mata masing-masing.", "Pungutan mata itu menjadikan kedua-dua atlet tersebut terpaksa berpuas hati dengan kilauan pingat perak dan gangsa.", "Joe Ee memperoleh pingat kejuaraan itu menerusi disiplin riben dalam saingan yang berlangsung di Arena Birmingham.", "Terdahulu, dia merangkul pingat emas bagi disiplin bola yang juga emas kelima negara pada temasya di sini.", "Syabas dan Terima Kasih Joe Ee!#MalaysiaBoleh#B2022 pic.twitter.com/dSK5HHtBqy", "— Olympic Malaysia 🇲🇾🥇 (@olympicmas) August 6, 2022", "Tidak lama kemudian, Joe Ee yang mengambil bahagian dalam disiplin riben membuat satu lagi kejutan merangkul satu lagi emas apabila mengutip mata tertinggi dalam kalangan lapan peserta akhir.", "Dalam saingan ini, Joe Ee menguti 27.800 mata mengatasi gimnas Scotland, Louise Christie dan Kanada, Carmel Kallemaa yang meraih 27.550 dan 27.500 mata masing-masing.", "Dua kilauan pingat emas ini sekaligus membolehkan Kontinjen Malaysia mencapai sasaran minimum mengutip 6 pingat emas daripada temasya yang berlangsung di Birmingham, England ini.", "Untuk makluman, Kontinjen Malaysia berpeluang untuk membawa pulang beberapa lagi pingat emas menerusi beberapa atlet lain terutamanya dalam acara badminton. ", "Terdahulu, Kontinjen Malaysia diletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas.", "Namun dengan penarikan diri jadguh badminton negara, Lee Zii Jia dan kemalangan yang menimpas atlet skuasy, Sivasangari Subramaniam, sasaran itu diubah kepada enam pingat emas disandarkan kepada sukan terjun, angkat berat, badminton, gimrama, boling padang dan powerlifting.", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217836/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Filipina Kendalian Thomas Dooley Catat Kemenangan Pertama Kumpulan B\n", "content": ["Skuad kebangsaan Filipina yang dibimbing oleh bekas jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley berhasil merekodkan kemenangan pertama dalam Kumpulan B bagi saingan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.", "Lebih manis, pasukan yang berjulukan The Azkals itu meraih kemenangan 1-0 ke atas Mongolia dalam perlawanan yang berlangsung di halaman lawannya sendiri iaitu Stadium MFF, sebentar tadi.", "Jaringan tunggal Filipina itu pula dihasilkan oleh penyerang kacukan Jerman-Filipina, Gerrit Holtmann menerusi satu rembatan padu dari luar kotak penalti di penghujung perlawanan iaitu minit 90+3’.", "FT | 🇲🇳 Mongolia 0️⃣-1️⃣ Philippines 🇵🇭", "💭 Gerrit Holtmann's dream stoppage-time debut goal ensures the Azkals pick up their first win in Group 🅱️#ACQ2023 | #MNGvPHI pic.twitter.com/UYoUzTMUSO", "— #AFCU23 (@afcasiancup) June 11, 2022", "Baca: Bekas Jurulatih Sri Pahang Kembali Kemudi Skuad Kebangsaan Filipina", "Kemenangan itu membolehkan Filipina meraih tiga mata pertamanya dalam saingan kelayakan ini. Untuk makluman, perlawanan sulung mereka menentang Yaman berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. ", "Justeru, selepas dua perlawanan yang telah dilalui, mereka berhasil mengumpul empat.", "Sebagai tambahan, terdapat dua pemain Liga Super Malaysia turut beraksi menyumbang kepada kemenangan skuad Filipina ini. Dua pemain tersebut ialah Bienvenido Maranon (Johor Darul Ta’zim) dan Manuel Ott (Terengganu FC). Manakala penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Kevin Ray Mendoza pula berada di bangku simpanan.", "Perlawanan seterusnya dan terakhir, Filipina akan bertemu pasukan asia barat, Palestin pada 14 Jun kelak. Perlawanan ini akan menjadi penentuan samada mereka dapat mengulangi pencapaian pada tahun 2018 yang lalu – mara ke saingan Piala Asia 2019 – atau tidak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322836/", "headline": "\nOrleans Masters: Leong Jun Hao Singkir Bekas Pemain No.10 Dunia\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao berhasil meneruskan konsistensinya di Pusingan 32 dengan menumpaskan bekas pemain No.10 dunia, Sai Praneeth bagi melakar kemaraan ke Pusingan 16 dalam saingan Orleans Masters 2023.", "Dalam perlawanan tersebut, Jun Hao mengatasi pemain berusia 30 tahun dari India itu secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-17 dalam tempoh 47 minit permainan.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORMS – R3222 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🥇", "20 17 🇮🇳SAI PRANEETH B.", "— BWFScore (@BWFScore) April 5, 2023", "Menariknya, kemenangan terbabit dihasilkan Jun Hao dalam pertembungan pertama mereka di pentas kejohanan kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Sebelum itu, Jun Hao yang berusia 23 tahun menampilkan persembahan cemerlang dengan melakar dua kemenangan ke atas dua pemain Jerman pada pusingan kelayakan  bagi membolehkannya melangkah ke babak undian utama.", "Sementara itu, di Pusingan 16 yang akan berlangsung pada hari ini, Jun Hao akan turun berentap menentang pemain Jepun yang sedang meningkat naik merangkap juara Terbuka Swiss, Koki Watanabe.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219493/", "headline": "\nMB Kedah: Semua Sokongan Rakyat Malaysia Akan Pergi Kepada Terengganu\n", "content": ["Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor percaya kesemua sokongan rakyat dalam negara ini akan diberikan kepada Terengganu FC dalam perlawanan akhir Piala FA 2022.", "Pada masa yang sama, beliau tanpa berselindung memberikan sokongan kepada skuad berpangkalan di pantai timur itu menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu nanti.", "Tambahnya lagi, sokongan itu turut diberikan atas faktor isterinya merupakan orang kelahiran di negeri tersebut.  ", "\"Final Piala FA, saya sokong Terangganu, saya percaya semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi ke Terengganu kecuali orang Johor\"-@SanusiMNor @501Awani pic.twitter.com/AWyUeEv9Th", "— HADI (@hadi48dul) September 8, 2022", "“Saya sokong Terengganu sebab isteri saya orang Terengganu, buat masa ini saya belum kahwin (dengan) orang Johor lagi. (Kalau kalah) saya terima dengan berlapang dada,", "“Orang macam saya ni sentiasa menyokong orang yang dilihat underdog dan semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi kepada Terengganu, tak percaya tunggu,” katanya dalam video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, hari ini.", " ♬ Gemuruh – Ash Fasryll & Nayli Azmi & Saiful Anwar ", "Dua hari lalu, Sanusi turut berkongsikan video dirinya menyarung jersi Terengganu berserta kapsyen “kasi panassss 🤣” menerusi akaun Tiktok peribadinya.", "Video itu juga turut mendapat perhatian rakan sejawatannya bagi negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan kapsyen “Sokong TFC ye final nanti,”.", "Untuk makluman semua, Terengganu berhasil menempah tiket ke final Piala FA selepas menumpaskan Selangor di peringkat separuh akhir. Manakala JDT pula mara selepas menyingkirkan Penang.", "Featured Image: Facebook Dr. Ahmad Samsuri"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219508/", "headline": "\nSetiap Coach Perlukan Piala Untuk Membuktikan Dirinya Bagus\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain pernah merangkul kejuaraan Piala FA sebanyak dua kali sewaktu bergelar pemain suatu masa dahulu. Kejuaraan itu dirangkulnya semasa beraksi bersama Terengganu dan Kedah pada tahun 2000 dan 2007 masing-masing.", "Bagaimanapun, tiada sebarang gelaran kejuaraan utama bersama skuad senior pernah dirangkul oleh Nafuzi sejak bertugas sebagai ketua jurulatih pada tahun 2019 bersama skuad berpangkalan di pantai timur ini.", "Justeru, Nafuzi mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukannya dalam perlawanan akhir Piala FA bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok sekaligus menghadirkan koleksi pertama trofi buatnya selaku jurulatih.", "“Sebagai pemain saya sudah mendapat piala, sebagai coach (ianya menjadi) lagi bermakna untuk saya mendapat kejuaraan terutamanya saya masih (seorang) coach yang masih muda,”   ", "“Setiap coach perlukan piala untuk membuktikan awak merupakan seorang jurulatih yang bagus, perlu ada trofi atau piala,” katanya dalam sidang media pra perlawanan, hari ini.", "Untuk makluman, Terengganu yang dibimbing oleh Nafuzi berhasil melayakkan diri ke perlawanan akhir kejohanan ini selepas menumpaskan Selangor dan Kuching City di peringkat separuh akhir dan suku akhir.", "Kemaraan ini juga menjadi yang pertama buat Terengganu selepas mara buat kali terakhir 11 tahun lalu.", "Sebagai rekod, sejak berkarier sebagai jurulatih, Nafuzi pernah merangkul kejuaraan kejohanan bawah umur, Piala Presiden pada tahun 2015 ketika membimbing skuad Kelantan Bawah 21 Tahun (B-21).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215416/", "headline": "\nBATC 2022: Kisona Serta Dua Beregu Pastikan Malaysia Mara Ke Saingan Piala Uber\n", "content": ["Persembahan perseorangan wanita negara, S. Kisona serta dua beregu wanita negara, pada hari ini, membolehkan Malaysia bukan sahaja melangkah ke saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selaku juara Kumpulan Y. ", "Malahan, kemenangan yang diraih ketiga-tiga wakil negara ini ketika menentang pasukan India, pada petang tadi, berjaya memastikan Malaysia menempah slot ke saingan Piala Uber 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Mei kelak.", "Kemenangan Malaysia ke atas India ini dimulakan oleh Kisona yang menumpaskan Aakarshi Kashyap menerusi tiga set perlawanan yang berkesudahan dengan skor 21-16, 18-21 dan 21-16.", "RESULTS: #BATC2022Group Y🇲🇾 1-0 🇮🇳S. Kisona def. Aakarshi Kasyap 21-16 18-21 21-16#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/8ePqt3D2g9", "Seterusnya, momentum kemenangan ini diteruskan oleh gandingan ‘scratch pair’ Pearly Tan-Valeree Siow yang menumpaskan Khushi Gupta-Mehreen Riza dengan sangat mudah iaitu 21-1 dan 21-6.", "Perseorangan kedua India, Ashmita Chaliha yang beraksi pada perlawanan ketiga berjaya menyekat Malaysia daripada meraih kemenangan awal dengan menumpaskan pemain remaja, Siti Nurshuhaini dengan skor 21-11 dan 21-19.", "Bagaimanapun, kemenangan Malaysia tidak mampu disekat lag oleh India apabila Teoh Mei Xing-Anna Cheong turun beraksi pada perlawanan keempat dan merekodkan kemenangan ‘straight set’ ke atas Arul Bala Radhakrishnan-Nila Valluvan dengan skor 21-10 dan 21-12.", "Perlawanan kelima dimana Malaysia diwakili oleh pemain berusia 19 tahun, Myisha berakhir dengan kekalahan kepada Tara Shah dengan skor 21-16 dan 21-15. Keputusan ini menjadikan perlawanan antara Malaysia dan India berkesudahan 3-2."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219656/", "headline": "\nKing’s Cup: Thailand Senaraikan 2 Pemain J-League, Chanatip & Supachok Untuk Hadapi Malaysia\n", "content": ["Khidmat dua pemain yang beraksi dalam kancah Liga Jepun iaitu Chanatip Songkrasin dan Supachok Sarachat ditagih oleh skuad tuan rumah, Thailand untuk menghadapi kejohanan King’s Cup bermula 22 September kelak.", "Nama Chanatip dan Supachok yang merupakan pemain Kawasaki Frontale dan Consadole Sapporo masing-masing ini tersenarai dalam kalangan 23 pemain seperti mana diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), pada hari ini.", "Selain dua nama ini, baki 19 pemain yang lain datangnya daripada kelab saingan domestik mereka terdiri daripada Buriram United (5 orang), BG Pathum United (4 orang), Chonburi (3 orang), Port FC (3 orang), Ratchaburi (2 orang), Muangthong United (2 orang) serta seorang pemain daripada Bangkok United dan Police Tero masing-masing.", "#OFFICIAL ประกาศรายชื่อ 23 แข้งช้างศึก ลุยศึกฟุตบอลชิงถ้วยพระราชทานคิงส์คัพ ครั้งที่ 48", "อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/l145iKWSiE#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #FIFADAY #InternationalAmatch #KingsCup48 #คิงส์คัพ pic.twitter.com/ZcIzfiEBVL", "— Changsuek (@Changsuek_TH) September 15, 2022", "Seperti hasil undian dijalankan baru-baru ini, Thailand akan membuka kempen saingan ini dengan menentang Malaysia kendalian Kim Pan-gon pada peringkat separuh akhir.", "Sekiranya menang, Thailand akan mara ke perlawanan akhir dan menanti mereka adalah samada Trinidad & Tobago atau Tajikistan yang akan membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.", "Untuk makluman semua, sekitar Julai lalu, Chanatip yang merangkul anugerah pemain paling bernilai (MVP) selepas membantu negaranya menjuarai Piala AFF 2020 dikhabarkan tidak akan kelihatan lagi bersama Thailand sehingga ke penghujung tahun.", "Ini selepas dia memaklumkan akan menarik diri daripada beraksi bersama skuad Gajah Perang terutamanya di kejohanan King’s Cup dan Piala AFF 2022 ekoran keletihan dan memerlukan rehat. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220371/", "headline": "\nFAM, HP Jalin Kerjasama Bekal Laptop & Perkakasan Gaming Kepada Skuad eRimau Bernilai RM300,000\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan satu ikatan kerjasama dengan syarikat teknologi perkomputeran terkemuka, HP Malaysia pada hari ini.", "Permeteraian kerjasama ini menyaksikan HP akan membekalkan barangan berkualiti tinggi bagi kegunaan skuad eRimau seperti komputer riba, HP Victus dan perkakasan gaming, HyperX yang juga merupakan keluaran HP.", "Menurut Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar kerjasama dalam bentuk barangan ini bernilai RM300,000 dengan tempoh selama setahun. ", "Selaras dengan kerjasama ini, HP Malaysia diangkat sebagai Rakan Penaja Teknologi Maklumat & e-Stor Rasmi skuad eRimau bagi kempen FIFA eNations Series 2023 yang dijadualkan bermula Disember nanti.", "Sementara itu, Pengarah Urusan HP Malaysia, Alex Tan berharap kehadiran mereka menerusi kerjasama ini dapat melihat kejayaan skuad eRimau di pentas antarabangsa.", "Selain itu, pihaknya turut berharap ianya dapat memberi lebih galakan kepada arena e-sukan tanah air sekaligus mendapat pengiktirafan di pentas dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207799/", "headline": "\nSelepas 29 Perlawanan Tanpa Kalah, Khabib Umum Persaraan Untuk Jaga Ibu\n", "content": ["Petarung seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya selepas daripada perlawawanan menentang Justin Gaethje dalam aksi UFC 254, awal pagi tadi. ", "Dalam perlawanan tersebut, Khabib berjaya menumpaskan petarung Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan kedua sekaligus melebarkan rekodnya kepada 29 perlawanan tanpa kalah.", "Khabib Nurmagomedov put Justin Gaethje to sleep with a triangle choke 🤯 #UFC254 pic.twitter.com/E2f3jCmt6M", "Lebih mengagumkan, Khabib dilaporkan berada dalam kondisi tidak cergas sepenuhnya dan dia bertarung dengan keadaan kakinya masih patah menurut makluman presiden UFC, Dana White.", "Dana White solidifies @TeamKhabib in the goat discussion after hearing about his broken foot coming into this fight.[ #UFC254 | #InAbuDhabi | @VisitAbuDhabi ] pic.twitter.com/RYcBH0CrUv", "Sejurus sahaja perlawanan tersebut, dia melakukan sujud syukur dan mengumumkan persaraannya daripada dunia pertempuran UFC untuk menjaga ibunya setelah bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia julai lalu.", "“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini tanpa ayah.", "“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.", "“Adakah saya patut bertarung tanpa ayah saya (di sisi)?”", "“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325180/", "headline": "\nKelab Ronaldo Beralih Kepada Jersi Nike\n", "content": ["Pasukan yang diwakili oleh Cristiano Ronaldo pada ketika ini, Al Nassr akan menggunakan jersi jenama sukan terkenal antarabangsa iaitu Nike bermula musim 2023-24 kelak.", "Kelab yang berpangkalan di ibu negara Arab Saudi, Riyadh mengesahkan perkara berkenaan menerusi makluman yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, awal pagi tadi.", "Difahamkan, perjanjian antara Al Nassr dan Nike ini akan bermula pada saat mereka menjalani jelajah pramusim di Jepun bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dan Inter Milan sekitar penghujung Julai nanti.", "A post shared by نادي النصر السعودي (@alnassr)", "Untuk makluman semua, sebelum ini, Al Nassr menggunakan jersi keluaran syarikat tempatan, Duneus yang mana kelab berjulukan Al Alami menjadi satu-satunya kelab bola sepak yang menggunakan jersi keluarannya.", "Sementara itu, menghiasi ruangan di bahagian hadapan jersi Al Nassr keluaran Nike itu kelak adalah KAFD menggantikan SHURFAH.", "Perubahan ini pula hadir setelah King Abdullah Financial District Development & Management Company (KAFD DMC) menandatangani perjanjian penajaan sebagai Penaja Platinum Rasmi selama tiga tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322631/", "headline": "\nPemilik JDT Sasar Cipta Sejarah Dominasi Kejuaraan Liga Selama Sedekad\n", "content": ["Juara Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menyasarkan untuk menjuarai saingan itu buat kali kesepuluh sekaligus mencipta sejarah mendominasinya selama sedekad.", "Sasaran itu dilaungkan oleh pemiliknya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu komen yang ditinggalkan di ruangan komen akaun Instagram milik skuad berjulukan Harimau Selatan itu, pada hari ini.", "Dalam komen itu juga, TMJ menantikan kehadiran para penyokong JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri menjelang perlawanan keenam Liga Super menentang Sabah FC yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat nanti.", "“Kami adalah pencipta sejarah, dan peneraju dalam setiap aspek. Ini adalah satu fakta dan bukan cerita dongeng atau halusinasi.” tulisnya.", "Pada ketika ini, JDT sedang mengungguli carta Liga Super dengan pungutan 15 mata daripada lima perlawanan.", "Manakala Sabah bimbingan Datuk Ong Kim Swee pula sedang mengekori rapat di tempat kedua dengan mempunyai 13 mata daripada lima perlawanan.", "Sekitar penghujung Februari lalu, TMJ menerusi satu video temu bual menetapkan sasaran menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok tiga terbaik serta melepasi peringkat kumpulan bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL).", "Sebagai rekod, JDT pertama kali menjulang trofi Liga Super adalah pada musim 2014.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208566/", "headline": "\nSelangor Sambar Pertahanan Tengah AMD, Faiz Amer Berketinggian 1.80 Meter\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor dikatakan telah menyambar salah seorang prospek terbaik bola sepak negara generasi kedua keluaran Akademi Mokhtar Dahari (AMD).", "Menurut laporan agensi berita, Bernama, pemain yang dimaksudkan itu adalah pertahanan berketinggian 1.80 meter, Muhammad Faiz Amer Runnizar yang akan genap usianya 18 tahun pada februari hadapan. ", "Untuk makluman, pemain ini turut tersenarai dalam kalangan 30 pemain yang mengikuti kem latihan pusat skuad bawah 19 tahun (B-19) kendalian Brad Maloney untuk persiapan menjelang saingan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 pada ogos lalu. ", "Selain skuad Red Giants, juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak melepaskan peluang untuk merekrut beberapa bakat-bakat terbaik keluaran akademi yang berpangkalan di Gambang, Pahang ini.", "Antara yang diikat oleh skuad Harimau Selatan ialah Ziad El Basheer yang merupakan seorang pemain tengah dan penyerang yang pernah beraksi dalam saingan Kejuaraan AFC B-16, Muhammad Najmuddin Akmal Kamal Akmal.", "4 Hari Lagi #AFCU16Kenali Pemain Malaysia B-16 – Najmudin Akmal Kamal AkmalProfil penuh di https://t.co/TE50EKLVca#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/BeXJ6KM5Wl", "“Ziad El Basheer dan Muhammad Faiz boleh dianggap bakat terbaik dalam kalangan pemain ketika ini, bagaimanapun, Muhammad Najmudin juga sepatutnya merupakan pemain terbaik tetapi disebabkan mengalami kecederaan lutut yang serius tahun lepas, dia terpaksa berehat panjang,” kata sumber yang tidak dinamakan kepada Bernama.", "Sekurang-kurangnya sejumlah 12 pemain termasuk 3 nama yang disebutkan di atas memilih untuk menandatangani kontrak profesional bersama Selangor FC dan JDT.", "Dimaklumkan oleh sumber tersebut, kesemua mereka ini yang sering mengisi kesebelasan utama pasukan ketika menuntut di AMD telah ditawarkan kontrak antara dua dan tiga tahun.", "Berikut adalah 12 pemain generasi kedua AMD yang menandatangani kontrak bersama Selangor dan JDT:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215909/", "headline": "\n15 Pemain Dijangkiti Covid-19, Dua Perlawanan Terengganu vs Negeri Sembilan Ditunda\n", "content": ["Dua perlawanan yang melibatkan pertembungan Terengganu FC menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) diumumkan tunda oleh pengelola liga, Malaysian Football League (MFL), hari ini.", "Ini disebabkan seramai 15 pemain serta pegawai skuad Hoben Jang Hoben dimaklumkan dijangkiti Covid-19. Penundaan ini selaras dengan peraturan baharu oleh MFL dimana kelab layak memohon penundaan perlawanan sekiranya 50% pemain dijangkiti virus ini.", "Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Liga Super yang menemukan Terengganu FC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Mac 2022 (Rabu) terpaksa ditunda ke tarikh baharu.#LigaSuper2022", "Sepatutnya, kedua-dua pasukan dijadualkan berentap sesama sendiri pada esok (9 Mac) bagi aksi kedua Liga Super 2022. Manakala satu lagi pertembungan melibatkan kedua-dua pasukan dijadualkan pada Ahad nanti (13 Mac) untuk perlawanan pusingan pertama Piala FA 2022.", "Bagaimanapun, tiada sebarang tarikh baharu diumumkan setakat ini. Terdahulu, Terengganu yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain tidak beraksi pada perlawanan pertama Liga Super apabila 20 pemain dan pegawai pasukan lawannya, Sri Pahang FC dijangkiti Covid-19.", "Dengan penundaan ini, Terengganu akan ‘berehat’ hampir sebulan. Perlawanan seterusnya, Terengganu akan menghadapi Petaling Jaya City FC (Pj City) di gelanggang lawan pada 6 April kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206868/", "headline": "\nHarimau Selatan Baham Sang Seladang 7-0 Disaksikan Hampir 100,000 Tontonan di Youtube\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mencatatkan kemenangan besar 7-0 ke atas Perak dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.", "Lebih menarik, kemenangan skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan itu turut disaksikan hampir 100,000 tontonan yang disiarkan secara langsung di Youtube.", "Empat gol diraih pada separuh masa pertama. Gol-gol tersebut disumbangkan oleh Afiq Fazail, Gonzalo Cabrera (2 gol) dan Ramadhan Saifullah.", "CIMB LIGA SUPER MALAYSIA 2020 | 4 SEPTEMBER 2020Half TimeJDT [4-0] PERAK(Afiq Fazail 22' / Gonzalo Cabrera 36', 45'(pen) / Ramadhan Saifullah Usman 45'+2)More photos at https://t.co/fyskM0QSW9 pic.twitter.com/zNCGO5r6Ns", "Separuh masa kedua, mereka menambah duka pasukan Perak kendalian Mehmed Durakovic apabila Cabrera menambah satu lagi koleksi golnya pada malam ini untuk meraih hatrik.", "Safawi Rasid dan Akhyar Rashid turut menjaringkan satu gol masing-masing untuk meletakkan JDT 7-0 di hadapan.", "JDT have scored seven goals in one Liga Super match for the first time since beating Melaka 7-0 in April 2017.#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 https://t.co/MVTDGDq7yS", "Kemenangan besar ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai pendahulu CIMB Liga Super 2020 dengan kutipan 16 mata.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112229/", "headline": "\nRahadiazli Rahalim Dibenarkan Berlatih Dengan Jurulatih Penjaga Gol\n", "content": ["Setelah beberapa bulan terpaksa menumpukan perhatian kepada pemulihan ekoran kecederaan melibat posterior crucial ligament (PCL), kini, penjaga gol muda Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim dibenarkan turun padang untuk berlatih.", "Bagaimanapun, penjaga gol berusia 20 tahun ini hanya dibenarkan berlatih bersama jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin.", "Menurut pengurus pasukan, Zulfadli Rozi memaklumkan Rahadi serta pemain tengah yang mengalami kecederaan anterior crucial ligament (ACL), Azalinullah Alias akan dibenarkan menyertai latihan penuh bersama rakan sepasukan yang lain selepas 4 Oktober nanti. ", "“Kita benarkan dia berlatih dengan jurulatih penjaga gol, dia akan ada satu lagi perjumpaan (appointment) dengan doktor pada 4 Oktober nanti, ", "“Selepas (perjumpaan) itu barulah kita akan benarkan dia sertai latihan penuh bersama pasukan.", "“Situasi yang sama dengan Azali kerana pembedahannya hanya selang seminggu berbanding Rahadi.” katanya kepada Sukanz, hari ini.", "Tambahnya lagi, Terengganu tidak mahu terburu-buru untuk gunakan khidmat kedua-dua pemain tersebut kerana pelbagai faktor perlu diambil kira.", "Ini bermakna, penyokong-penyokong Terengganu tidak akan dapat melihat kelibat kedua-dua pemain ini dalam perlawanan terakhir Liga Super, menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, ahad ini.", "Selain perlawanan akhir liga, kelibat kedua-dua pemain ini dalam saingan Piala Malaysia juga mungkin tidak akan kelihatan.", "Sementara itu, kapten pasukan, Carli de Murga yang mengalami kecederaan sebelum ini akan mula menyertai latihan penuh bersama pasukan dan berkemungkinan akan digunakan khidmatnya oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain bagi mengharungi saingan Piala Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113171/", "headline": "\nRekod Pertemuan: Sze Fei-Nur Izzuddin Tak Pernah Menang Menentang Beregu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin berhasil mencipta kejutan dengan menumpaskan beregu yang berada di ranking ketujuh dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto untuk mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Denmark 2021.", "Menanti mereka di aksi separuh akhir adalah pasangan beregu yang menghuni ranking ke-11 dunia iaitu Kim Astrup-Anders Rasmussen. Beregu kelahiran Denmark ini berhasil lolos ke peringkat separuh akhir dengan menumpaskan Shohibul Fikri-Bagus Maulana.", "Bercakap mengenai rekod pertemuan, pasangan beregu negara yang menduduki ranking ke-26 dunia ini tidak pernah meraih sebarang kemenangan sepanjang bertemu Kim Astrup-Anders Rasmussen setakat ini.", "Berdasarkan rekod, pertama kali kedua-dua beregu ini berentap di dalam gelanggang adalah pada tahun 2017 sementara kali terakhir mereka bertemu pula adalah bulan Mac pada tahun ini. Berikut adalah rekod pertemuan antara Sze Fei-Nur Izzuddin menentang Kim Astrup-Anders Rasmussen:", "Keputusan: 22-20, 13-21 dan 13-21", "Kejohanan: Bitburger Badminton Open 2017"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220960/", "headline": "\nPenjaga Gol Skuad Kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz Sertai Kedah – Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Keputusan pihak pengurusan Petaling Jaya City FC (PJ City) menarik diri daripada beraksi dalam kancah Liga Super 2023 menyaksikan salah seorang penjaga golnya, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi angkat kaki dan menyertai pasukan baharu. ", "Dan pasukan baharu yang menjadi pilihannya ialah Kedah Darul Aman FC (Kedah) yang bakal mendapat sentuhan ketua jurulatih baharu, Nafuzi Zain.", "Penyertaan Kalamullah yang juga merupakan penjaga gol skuad kebangsaan bersama skuad Sang Kenari diumumkan secara rasmi oleh pihak kelab terbabit menerusi pelbagai platform media sosialnya, hari ini.", "🗣 Kalamullah bersyukur dapat menyertai pasukan dengan reputasi besar dengan sokongan penyokong yang ramai.", "Tahniah Kalamullah, berjuanglah sejiwa murni!https://t.co/eG9Fk0equ8 pic.twitter.com/PbEyaDCr2C", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 7, 2022", "Difahamkam, penjaga gol berusia 27 tahun dan kelahiran Pasir Puteh ini menandatangani kontrak selama dua tahun yang menyaksikannya kekal bersama Kedah sekurang-kurangnya sehingga tahun 2024 kelak. ", "Selain itu, Kalamullah yang mempunyai ketinggian 1.76 meter (m) ini akan mengenakan jersi bernombor 22 sepanjang beraksi bersama skuad Hijau Kuning.", "Sebagai rekod, Kalamullah memulakan karier bola sepaknya dengan menyertai skuad Kelantan B-19 pada tahun 2012 sebelum menyertai Felda United B-21 selang dua tahun berikutnya. ", "Pada tahun 2017, Kalamullah berjaya menembusi skuad senior Felda United dan kekal bersama pasukan itu sehingga tahun 2018 sebelum berhijarah menyertai PJ City FC yang ketika itu dikenali sebagai MISC-MIFA.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218323/", "headline": "\nMalaysia Masters: Perjalanan Goh Jin Wei Ditamatkan Tai Tzu Ying Di Pusingan 16\n", "content": ["Penampilan perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei dalam saingan Malaysia Masters 2022 terhenti setakat peringkat Pusingan 16 sahaja.", "Kemaraan pemain berusia 22 tahun tersebut dinafikan oleh perseorangan wanita No.2 dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying.", "Dalam perlawanan tersebut, Jin Wei terlebih dahulu berjaya mencetak kemenangan ke atas Tzu Ying di set pertama dengan skor 21-16.", "R16Goh Jin Wei 🇲🇾21-16, 7-21, 9-21Tai Tzu Ying", "Jin Wei menang di set pertama kemudian dia terpaksa akur tewas kepada pengalaman pemain no. 2 dunia yang bangkit menang perlawanan ini. #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/TKZX30niOw", "— Team Malaysia (@TeamMsia) July 7, 2022", "Namun begitu, juara Terbuka Indonesia dan Thailand 2022 ini berhasil bangkit di set kedua dan ketiga dengan skor 21-7 dan 21-9 sekaligus memenangi perlawanan ini.", "Sebagai rekod ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami Jin Wei di tangan Tzu Ying di pentas antarabangsa.", "Pada pertemuan sulung, Jin Wei tumpas kepada Tzu Ying secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 15-21 dalam saingan Terbuka Malaysia 2018.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208191/", "headline": "\nFaisal Halim Sah Tinggalkan Pahang, Ke Mana Hala Tujunya Selepas Ini?\n", "content": ["Penyerang lincah, Faisal Halim mengesahkan dirinya akan berpisah dengan Pahang selepas lima musim menabur bakti bersama pasukan tersebut.", "Pengesahan itu dibuat selepas pasukan berpangkalan di Kuatan itu tidak menyambung kontraknya untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Bagaimanapun, penyerang berusia 22 tahun ini tidak berkecil hati apabila Pahang membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya dan bersedia untuk mencari pasukan baharu.", "“Lima musim bersama Tok Gajah saya seronok bergandingan dengan barisan pemain import bertaraf bintang seperti Mohamadou Sumareh, Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon.", "“Pengalaman bersama mereka amat berharga untuk dibawa bersama pasukan baharu musim depan.", "“Saya seronok bersama Pahang dan saya doakan semoga Tok Gajah meniti kejayaan selepas ini,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Mula menyertai skuad Tok Gajah pada penghujung tahun 2015, kelibat Faisal di atas padang kerap kelihatan sejak musim lalu.", "Kelincahan dan kelajuannya menyaksikan ketua jurulatih, Dollah Salleh acap kali menurunkannya untuk beraksi sebagai penyerang sisi.", "Dengan pengesahan yang dibuat, menarik untuk menyaksikan pasukan manakah yang akan disertai oleh Faisal untuk saingan Liga Malaysia 2021 kelak.", "Menurut seorang wartawan tempatan, Faisal dikatakan akan kekal bersama pasukan berpangkalan di pantai timur.", "Namun belum ada kepastian samada pasukan yang dinyatakan itu adalah pasukan Liga Super, Terengganu Football Club (TFC) atau pasukan Liga Premier, TRW Kelantan FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217901/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Atasi Beregu Senior Korea Untuk Mara Ke Pusingan 16\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil meloloskan diri ke Pusingan 16 saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Pasangan yang menghuni ranking ketujuh dunia itu mara selepas menundukkan beregu senior Korea, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang, yang berusia 31 dan 32 tahun masing di Pusingan 32, sebentar tadi. ", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MD – Round of 32 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 11 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅18 21 11 🇰🇷Gi Jung KIM 🇰🇷Sa Rang KIM", "🕗 in 48 minutes https://t.co/NItfKUeRdq", "— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik mengalahkan gandingan Gi-jung dan Sa-rang ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 11-21 dan 21-11 dalam tempoh masa menghampiri 50 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini juga merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Aaron-Wooi Yik bakal berjumpa dengan samada beregu Perancis, Christo Popov dan Toma Junior Popov (ranking ke-28) atau beregu Belanda, Ruben Jille dan Ties Van der Lecq (ranking ke-44) di Pusingan 16 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220471/", "headline": "\nPogba Ditimpa Kecederaan Lagi, Terlepas Aksi Piala Dunia 2022\n", "content": ["Paul Pogba menjadi salah seorang pemain bintang dunia yang tidak akan menyerikan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar bermula pada 20 November kelak.", "Perkembangan itu hadir selepas ejennya, Rafael Pimenta memaklumkan kliennya telah ditimpa satu lagi kecederaan semasa latihan iaitu melibatkan peha. ", "Laporan Get Football News France yang memetik kenyataan Pimenta kepada Telefoot, berkata, kecederaan terbabit memaksa pemain tengah berusia 29 tahun itu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu.", "Pemain tengah itu sedang berusaha untuk kembali beraksi selepas mengalami kecederaan lutut ketika menyertai aksi pramusim bersama kelab baharunya, Juventus pada Julai lalu.", "Susulan daripada kecederaan itu, Pogba yang pada awalnya tidak mahu membuat pembedahan. Bagaimanapun, pembedahan itu tidak dapat dielakkan dan dia terpaksa jua menjalaninya pada September lalu.", "Namun dengan kecederaan terbaru menimpanya, dia terpaksa melupakan untuk kembali beraksi bersama kelabnya, Juventus apatah lagi untuk bersama skuad kebangsaan, Perancis bagi mempertahan kejuaraan Piala Dunia yang diraih pada 2018.", "Untuk makluman, saingan edisi tersebut menyaksikan Pogba menjadi antara tunjang yang membantu skuad Les Bleus bimbing Didier Deschamps merangkul kejuaraan tersebut buat kali kedua dalam sejarah mereka.", "Featured Image: Equipe de France"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323109/", "headline": "\nMalaysia Masters 2023: Harga Tiket Kekal, Penjualan Bermula 20 April\n", "content": ["Penjualan tiket bagi saingan Perodua Malaysia Masters 2023 yang merupakan sebuah kejohanan Jelajah Duwia BWF bertaraf Super 500 akan bermula jam 2 petang pada 20 April  di laman sesawang www.ticket2u.com.my.", "Bukan itu sahaja, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza Zakaria semasa dalam sidang media kejohanan berkenaan turut memaklumkan harga tiket kejohanan pada edisi kali ini kekal seperti edisi lalu.", "Sebagai rujukan, tiket kejohanan pada edisi lalu menawarkan lima kategori iaitu upper tier, lower tier, premium, vip dan super fan dengan harga pada hari kedua bermula RM20, RM35, RM60, RM70 dan RM140 masing-masing.", "Sepertimana penganjuran pada edisi lalu, tiket “early bird” turut ditawarkan buat peminat-peminat badminton tanah air bermula 20 April hingga 4 Mei.", "Untuk makluman semua, kejohanan Malaysia Masters ini akan membuka tirainya pada 23 Mei dan tamat pada 28 Mei kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206665/", "headline": "\n10 Penghijrahan Paling Merugikan Musim 2019/20 – ‘Top 3’ Adalah Pemain La Liga\n", "content": ["Tiga tempat teratas dalam senarai 10 Penghijrahan Paling Merugikan Musim 2019/20 diduduki oleh pemain-pemain dalam saingan La Liga.", "Manakala empat penghijrahan yang lain terdiri kalangan pemain-pemain yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL). ", "Majoriti pemain yang tersenarai atas dasar harga yang dilaburkan tidak sepadan dengan impak yang diberikan pemain. Tambahan pula, pemain-pemain ini lebih banyak memanaskan bangku simpanan berbanding beraksi di atas padang.", "Tanpa berceloteh dengan lebih panjang, berikut adalah senarai 10 Penghijrahan Paling Merugikan Musim 2019/20:", "Anda masih ingat kepada Lozano? Pemain sayap berusia 25 tahun ini mencuri tumpuan ketika saingan Piala Dunia 2018 bersama skuad kebangsaan Mexico. Namun selepas daripada kejohanan di Rusia tersebut, Lozano mengalami penurunan prestasi di kelabnya, PSV Eindhoven.", "Bagaimanapun pada jendela perpindahan musim panas 2019, Napoli dengan beraninya membuat keputusan untuk menandatangani pemain ini dengan rekod perpindahan termahal kelab dan diberikan kontrak selama lima tahun.", "Napoli mendapatkan khidmat Lozano untuk menambahkan kekuatan serangannya apatah lagi pemain ini telah menjaringkan 40 gol dan menghasilkan 23 bantuan gol sepanjang dua tahun bersama PSV. Namun bersama Napoli, hanya 5 gol dan 2 bantuan gol diberikan oleh Lozano untuk musim 2019/20.", "Seorang lagi pemain yang berhijrah dan dibayar dengan rekod perpindahan kelab. Di tempat ke-9 adalah penyerang muda kelahiran Brazil iaitu Joelinton yang berpindah daripada Hoffenheim ke Newcastle United pada harga €44 juta. Dia ditawarkan kontrak selama 6 tahun.", "Ketika beraksi bersama Die Kraichgauer dalam saingan Bundesliga musim 2018/19, prestasi penyerang muda ini telah menarik perhatian ramai apabila mengumpul 8 gol dan 8 bantuan gol daripada 33 penampilan pada musim tersebut.", "Tetapi setelah dibawa masuk ke Magpies dengan rekod perpindahan kelab, dia sekadar merekodkan 2 gol dan 2 bantuan gol walapun tampil hampir kesemua perlawanan bersama Newcastle United sepanjang musim ini.", "Pemain kelahiran Perancis ini merupakan pemain termahal yang pernah dibeli oleh kelab berpangkalan di utara London, Tottenham Hotspur. Namun begitu, pemain berusia 23 tahun ini tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan.", "Berhasil melakukan 29 penampilan sepanjang musim ini namun kelibatnya dalam kesebelasan utama semakin berkurangan sejak ketibaan pengurus berbangsa Portugal, Jose Mourinho yang hadir pada november lalu menggantikan Mauricio Pochettino.", "Manchester City kendalian Pep Guardiola membuat keputusan mendapatkan khidmat pertahanan kanan Portugal ini untuk memperkukukan barisan pertahanannya bagi mengharungi saingan 2019/20.", "Danilo turut disertakan dalam swap deal ini menjadikan Cancelo sebagai pemegang rekod perpindahan pertahanan kanan paling mahal di dunia iaitu berharga €60 juta. ", "Bagaimanapun harga mahal itu tidak setimpal dengan aksi yang disajikan dan Cancelo masih tidak dapat mencabar tempat yang sering diisi oleh Kyle Walker di Manchester City. ", "Penyerang muda Serbia ini amat menyerlah ketika bermain bersama Eintracht Frankfurt secara pinjaman daripada Benfica. Selama dua musim di Jerman, Jovic merekodkan 36 gol dan 9 bantuan gol daripada 75 penampilan dalam kesemua pertandingan domestik.", "Disebabkan itu, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid sanggup mengambil keputusan untuk membeli pemain ini dengan harga €70 juta. Bagaimanapun, pengurus Los Blancos, Zinedine Zidane masih tidak memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk beraksi di posisi penyerang secara tetap.", "Walaupun Jovic meraih 27 penampilan musim ini, Karim Benzema kekal menjadi penggempur utama Real Madrid. Untuk rekod, Jovic hanya merekodkan 2 gol dan 2 bantuan gol dalam kesemua pertandingan musim ini.", "Nama de Ligt meletup semasa musim 2018/19. Manakan tidaknya, dia yang berusia 19 tahun ketika itu telah dilantik sebagai kapten pasukan dan sebahagian daripada skuad muda Ajax Amsterdam yang mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA.", "Walaupun gagal mara ke perlawanan akhir, dia berjaya merangkul kejuaraan bergandi di peringkat domestik pada musim tersebut. Selain itu, pertahanan tengah berusia 21 tahun ini merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Belanda yang bergandingan bersama pertahanan kental Liverpool, Virgil van Dijk.", "Juventus yang melihat pemain-pemain di barisan pertahanannya semakin menua membuat keputusan untuk mendapatkan de Ligt daripada Ajax namun begitu musim 2019/20 menyaksikan pertahanan berbakat ini sekadar tersenyum kelat di bangku simpanan setiap kali perlawanan.", "Penyerang sayap, Nicolas Pepe dibeli dengan rekod perpindahan paling mahal buat kelab berpangkalan di Kota Londan, Arsenal mengatasi rekod perpindahan penyerang prolifik, Pierre-Emerick Aubameyang (sekitar €64 juta) daripada Borussia Dortmund.", "Malah kalangan penyokong The Gunners meramalkan Pepe menjadi The Next Henry untuk Arsenal berdasarkan corak permainannya selain daripada perkongsian kewarganegaraan, Perancis.", "Ramalan hanya sekadar ramalan, Pepe bergelut untuk menyesuaikan diri dalam kancah bola sepak England serta gagal meraih keyakinan samada Unai Emery mahupun Mikel Arteta untuk diturunkan sebagai tonggak kesebalasan utama setiap perlawanan.", "Penghijrahan Eden Hazard ke Kota Madrid sepatutnya menjadi kemuncak kerier bola sepaknya setelah tujuh tahun beraksi bersama Chelsea. Malah kedatangannya ke Real Madrid ditunggu-tunggu sejak pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus pada tahun 2018.", "Amat memeranjatkan apabila penyerang sayap lincah kelahiran Belgium ini tiba ke kem pramusim 2019/20 dengan berat badan yang berlebihan dan tidak cergas. Dan apabila bermulanya saingan La Liga, Hazard bergelut untuk menampilkan persembahan berbisanya sepertimana di Chelsea dan di situ bermula pula episod dia dihimpit dengan kecederaan demi kecederaan.", "Walaupun Real Madrid cemerlang pada musim ini dengan merangkul Spanish Super Cup dan kejuaraan La Liga, Hazard hanya memainkan peranan yang sangat kecil iaitu tampil sebanyak 16 kali dan hanya menjaringkan satu gol dalam saingan liga musim 2019/20.", "Penyerang Perancis ini merupakan pemain ketiga termahal yang dibeli oleh FC Barcelona dalam sejarah penubuhan mereka. Hanya Ousmane Dembele dan Countinho berharga lebih mahal daripada Griezmann.", "Penyerang ini tiba di Nou Camp bukan sahaja dengan reputasi sebagai bekas pemain handalan Atletico Madrid malahan sebagai pemenang Piala Dunia 2018 bersama skuad kebangsaan Perancis.", "Namun tidak sepadan dengan harganya, Griezmann gagal meyakinkan dua pengurus iaitu Ernesto Valverde dan Quique Setien untuk menjadikannya sebagai tonggak utama pasukan dan lebih banyak bermain sebagai pemain gantian. ", "Penyerang muda Portugal ini menjadi bualan hangat peminat bola sepak seluruh dunia pada awal saingan bola sepak eropah musim 2019/20. Aksinya dalam saingan La Liga dan UCL sering menjadi game changer dan mampu menghadiahkan gol buat Los Rojiblancos.", "Namun menjelang pertengahan musim, dia semakin sukar mendapatkan kepercayaan daripada pengurus Atletico, Diego Simeone untuk bermula dalam kesebelasan utama. Jika dilihat persembahan Felix bersama Atletico, dia tidak begitu serasi dengan sistem yang diterapkan oleh Simeone.", "Malah Simeone pula semakin menggaru-garu kepala untuk mencari dimanakah posisi yang sesuai buat penyerang ini setelah bereksperimen di beberapa posisi serangan. Dan penyerang pinjaman daripada Chelsea, Alvaro Morata lebih efektif di hadapan gawang dengan merekodkan 16 gol dalam semua kejohanan musim ini berbanding Felix. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322103/", "headline": "\nBekas Jurulatih Lee Zii Jia Bimbing Perseorangan Wanita Indonesia\n", "content": ["Indra Wijaya yang pernah melatih jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini meneruskan kariernya di negara kelahirannya iaitu Indonesia.", "Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) memaklumkan secara rasmi bahawa jurulatih berusia 48 tahun terbabit dilantik sebagai ketua jurulatih bagi kategori perseorangan wanita bermula hari ini.", "Antara tugasan utama Indra yang akan dibantu oleh Herli Djaenudin sebagai penolong ketua jurulatih adalah meningkatkan prestasi pemain wanita No.1 republik terbabit iaitu Gregoria Mariska Tunjung.", "Selain Gregoria, Indra akan turut memberikan tumpuan untuk melatih beberapa perseorangan wanita Indonesia seperti Putri Kusuma Wardani, Komang Ayu Cahya Dewi, Bilqis Prasista dan lain-lain lagi.", "Sebelum ini, Indra sempat melatih Zii Jia yang bergerak sebagai pemain bebas (independent) bermula 1 Mac dengan kontrak selama tiga tahun. ", "Bagaimanapun, kerjasama antara Indra dan Zii Jia dilaporkan tamat apabila kedua-dua dikhabarkan berpisah pada penghujung November tahun lalu.", "Sebelum melatih Zii Jia yang bergerak secara bebas, Indra berkhidmat selama tujuh tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220881/", "headline": "\nPiala AFF: Thailand Panggil Bekas Pemain Kedah, Sisih Pemain J-League\n", "content": ["Juara bertahan, Thailand telah mengumumkan senarai 24 pemain yang dipilih ketua jurulatihnya, Alexandre ‘Mano’ Polking bagi mengharungi saingan Piala AFF 2022.", "Berdasarkan penelitian dalam senarai yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) semalam, skuad berjulukan Gajah Perang dilihat menyenaraikan bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (Kedah), Sanrawat Dechmitr.", "Pada masa yang sama, tiada kelibat pemain yang beraksi dalam kancah J-League iaitu Chanathip Songkrasin (Kawasaki Frontale) dan Supachok Sarachat (Consadole Sapporo) dipanggil pada kali ini.  ", "#OFFICIAL ประกาศรายชื่อ 24 แข้งช้างศึก ชุดชิงแชมป์อาเซียน พร้อมเก็บตัวอุ่นเครื่องกับ เมียนมา และ ไชนีส ไทเป", "รายละเอียด : https://t.co/XSbWbimA1H#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #Changsuek #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #AFFChampionship #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/RbF71mYm9w", "— Changsuek (@Changsuek_TH) December 1, 2022", "Selebihnya, 23 nama lagi merupakan pemain yang beraksi dalam kancah domestiknya yang terdiri daripada kelab-kelab seperti Buriram United, BG Pathum United, Chonburi, Muangthong United, Chiangrai United, Port FC, Ratchaburi FC dan Police Tero.", "Sebagai perbandingan, hanya lapan daripada 24 pemain ini merupakan sebahagian daripada skuad yang membawa Thailand menjuarai Piala AFF edisi lalu.", "Mereka ialah Theerathon Bunmathan, Kritsada Kaman, Weerathep Pomphan, Sarach Yooyen, Sivakorn Tiatrakul, Bordin Phala, Adisak Kraisorn dan Teerasil Dangda.", "Untuk makluman semua, pemain-pemain yang disenaraikan ini dikehendaki untuk melapor diri pada kem latihan skuad kebangsaan pada 6 Disember kelak.", "Sebelum mengharungi saingan Piala AFF, Thailand terlebih dahulu akan beraksi dalam perlawanan antarabangsa yang berfungsi sebagai aksi pemanas badan menentang Myanmar dan Taiwan pada 11 dan 14 Disember masing-masing.", "Sebagai tambahan, saingan Piala AFF kali ini menyaksikan Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Brunei, Kemboja, Indonesia dan Filipina.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220954/", "headline": "\nBojan Kekal Bimbing KL City, Tolak Pelbagai Tawaran Dari Pelusuk Benua Asia\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak akan kekal membimbing skuad berpangkalan di ibu kota tanah air, Kuala Lumpur City FC (KL City) pada musim hadapan.", "Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh pelbagai platform media sosial rasmi kelab, pada hari ini.", "“Sukacitanya saya ingin mengumumkan, Bojan Hodak akan terus kekal bersama kami untuk musim ketiganya walaupun beliau menerima pelbagai tawaran dari seluruh pelusuk benua asia.” ", "“Musim ketiga Bojan in selaras dengan sasaran kelab untuk mencapai ketekalan dan daya saing sepanjang masa.” ujarnya dalam kenyataan tersebut.", "Pesanan Stanley Bernard menuju ke 2023 — terus maju, terus mara!#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/Km28XLcvyC", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) December 7, 2022", "Sepertimana pernah didedahkan oleh wartawan tempatan, Avineshwaran, khidmat jurulatih berusia 51 tahun ini pernah diintai kelab berpangkalan di negara seberang tambak, Lion City Sailors susulan kejayaannya mengemudi KL City mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022. ", "Sementara itu, Stanley tanpa mendedahkan sebarang nama memaklumkan  khidmat para pemain yang berperanan besar dalam membantu kejayaan KL City dalam dua musim lalu ini turut dikekalkan.", "Pada masa yang sama, pihaknya sedang memuktamadkan rundingan bersama beberapa pemain lain bagi menambahkan dan memperkuatkan skuad untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207256/", "headline": "\nBalenciaga Keluarkan But Bola ‘T20’ Berharga Sekitar RM3000 Sepasang\n", "content": ["Jenama fesyen mewah, Balenciaga mengumumkan mengeluarkan but bolanya tersendiri dan diletakkan dengan harga semahal $725 atau sekitar RM3000.", "But bola rekaan syarikat berpangkalan di Kota Paris ini hadir dalam tiga edisi warna iaitu hitam, putih dan kuning neon.", "Rekaannya amat ringkas dan klasik dengan hanya perkataan ‘Balenciaga’ tertera di bahagian lidah atas selain daripada logonya di bahagian atas tumit.", "Walaupun rekaannya tampak ringkas dan klasik, namun ianya adalah leather-free dan dibuat menggunakan sejenis bahan iaitu polyurethane. Menurut laman sesawangnya, but ini dibuat di China.", "Mereka menggelarkannya sebagai ‘Soccer Sneaker’ dan menurut beberapa laman sesawang fesyen, but ini turut direka untuk kegunaan berjalan seharian. ", "Apabila melihatnya dengan lebih teliti, but bola Balenciaga ini mirip kepada rekaan syarikat pakaian sukan Itali, Diadora yang disarung oleh penyerang handalan Francesco Totti. ", "the design also looks A LOT like @Diadoraofficial Totti signature cleats (for the record these were some of my favorite cleats EVER). remove the gold from these…. pic.twitter.com/SBSujo9sBV", "Selain daripada but bola, Balenciaga turut membuat jersi untuk sukan bola sepak dan diletakkan dengan tanda harga lebih daripada $1000 sehelai.", "Difahamkan but bola tersebut boleh boleh di pra-tempah menerusi laman sesawang rasminya, balenciaga.com bermula hari ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202322357/", "headline": "\nAll England 2023: Tze Yong Cipta Kejutan Singkir ‘Alien’ Di Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong mencipta satu kejutan besar dalam kariernya dengan menyingkirkan pemain No.1 dunia merangkap juara bertahan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England), Viktor Axelsen di Pusingan 16.", "Kejutan itu hadir setelah Tze Yong yang menghuni ranking ke-28 dunia berhasil menumpaskan Axelsen yang sering dijuluki peminat sebagai ‘Alien’ menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-15, 9-21 dan 23-21.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R1621 9 23 🇲🇾NG Tze Yong🥇", "15 21 21 🇩🇰Viktor AXELSEN", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Pertarungan sengit yang berlangsung di Gelanggang 1, Utilia Arena Birmingham itu memakan masa lebih satu jam permainan.", "Lebih manis, Tze Yong melakar kejutan ini pada pertemuan sulung menentang Axelsen di pentas antarabangsa serta penyertaan pertamanya di All England – sebuah kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000.", "Kemenangan ini sudah tentu mengesahkan kemaraannya ke peringkat suku akhir. Menantinya di peringkat tersebut adalah pemain China yang menghuni ranking ke-14 dunia, Li Shi Feng. ", "Pemain yang berusia 23 tahun ini pula mara setelah menumpaskan rakan senegaranya, Zhao Jun Peng secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-17.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R1621 21 🇨🇳LI Shi Feng🥇", "9 17 🇨🇳ZHAO Jun Peng", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219079/", "headline": "\nRaja Permin Rancang Naik Taraf Fasiliti Asas Selepas Mendapat Milikan Padang\n", "content": ["Kelab amatur berpangkalan di Chendering, Kuala Terengganu iaitu Raja Permin FC sudah merancang untuk melakukan beberapa naik taraf fasiliti asas setelah mendapat pemilikan untuk menguruskan sebuah padang kelak.", "Difahamkan, padang yang sedang mereka usahakan pemilikannya ini terletak di antara sempadan Kampung Raja dan Taman Permin Jaya telah menjadi home dan tempat latihan buat pasukan Raja Permin sejak ia ditubuhkan oleh Allahyarham Syed Mustafa Tuan Kuning pada tahun 1995.", "Beberapa siri perbincangan di antara pengurusan kelab bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mendapatkan pemilikan untuk menguruskan padang yang turut dikenali sebagai Raja Permin Arena sudah memasuki peringkat akhir.", "“Tujuan (mendapatkan) pemilikan ini bukan sahaja untuk membantu menjana pendapatan kepada kelab malah merancakkan ekosistem bola sepak di sekitar Kuala Terengganu terutama Chendering.” kata Timbalan Presiden, Mohd Dez kepada Sukanz.", "Beliau berpendapat, penting untuk sesebuah kelab amatur untuk memiliki sebuah padang tersendiri agar menjadi pusat komuniti buat peminat kelab dan penduduk sekitar disamping dapat menjana kewangan kepada pasukan menerusi aktiviti-aktiviti perniagaan.", "Turut dimaklumkan, sebuah syarikat akan didaftarkan untuk menguruskan Raja Permin Arena dan perniagaan-perniagaan milik pasukan yang digelar The Rossonerri ini. Syarikat ini juga, bakal membuka ruang perniagaan kepada bekas pemain-pemain termasuk mendirikan sebuah kedai barangan sukan rasmi Raja Permin.", "“Beberapa fasiliti seperti tandas, surau dan bangku simpanan turut akan diperbaiki bagi memastikan keselasaan buat pasukan yang mengunjung ke padang ini.” jelasnya ketika ditanyakan mengenai perancangan terdekat selepas mendapat milikan pengurusan padang tersebut.", "Manakala untuk perancangan jangka masa panjang, pihak pengurusan sedang dalam perancangan untuk menaiktaraf beberapa fasiliti seperti tempat duduk penonton, bilik persalinan, bangku pemain dan ruang VIP sekiranya mendapat kelulusan daripada PBT.", "Siapa sangka pasukan berstatus amatur yang hanya mengambil bahagian dalam kejuaraan dan pertandingan peringkat amatur di kawasan setempat seperti Piala Musba dan Piala Liga Divisyen 2 Terengganu berjaya mengeluarkan produk untuk pasukan profesional, Terengganu FA.", "Dua pemain tersebut ialah Md. Mazuki Yusof (1995) dan Mohd. Shahrul Ezrain Samsuddin (1997). Kedua-dua pemain ini memulakan karier bola sepak bersama Raja Permin sebelum bermain bersama pasukan Terengganu FA. Selain daripada dua pemain ini, terdapat beberapa lagi produk Raja Permin yang berjaya menembusi skuad Piala Presiden Terengganu FA.", "Untuk pengetahuan semua, pasukan Raja Permin pernah suram seketika selepas pengasasnya meninggal dunia. Bagaimanapun, pada tahun 2016, bekas pemain-pemain Raja Permin membuat keputusan untuk menghidupkan dan menjenamakan semula pasukan ini.", "Setelah dihidupkan kembali, Raja Permin giat menyertai beberapa pertandingan dan kejohanan yang dianjurkan di kawasan setempat. ", "Pada tahun 2018, mereka membuat keputusan untuk menyertai liga amatur iaitu Terengganu Amateur League (TAL). Pencapaian terbaik mereka setakat ini adalah terpilih untuk menyertai saingan Shopee Piala FA 2019 peringkat kelayakan bertemu Klasiko FC.", "Untuk tahun 2021, Raja Permin masih lagi meneruskan penyertaan bola sepak mereka di divisyen empat (M4) dalam sistem piramid bola sepak tempatan bersama TAL.", "Antara kejayaan manis pasukan ini adalah dinobatkan sebagai Best Media Team dua tahun berturut-turut iaitu tahun 2018 dan 2019 oleh TAL. ", "Paling tidak dapat dilupakan, Raja Permin FC pernah dipilih sebagai #TwitterCrush dan Team of The Day oleh gergasi bola sepak Itali, AS Roma menerusi laman media sosial mereka pada tahun 2018 dan 2019 menerusi akaun laman sosial mereka.", "Raja Permin Football Club, a small community club from Malaysia. Just want to show @RajaPerminFC some love! 🇲🇾🤝🇮🇹 https://t.co/2UZvFSupgO", "#ThrowbackA year ago, We were selected as @ASRomaEN's Twitter Team of the day and get to feature on the most active and influential club football in social media. This award has inspired us to continue striving for success and go beyond the border.Grazie @OfficialASRoma pic.twitter.com/AYMw33TUYo"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219339/", "headline": "\nSelangor 2 Teruskan Fokus Menjadi ‘Kilang’ Untuk Skuad Utama\n", "content": ["Selangor FC 2 mahu terus menjadi platform kepada pemain muda mengasah bakat mereka namun dalam masa sama tidak mahu menjadikan itu sebagai batu penghalang buat mereka yang turut mengidamkan pencapaian lebih baik berbanding musim lalu.", "Ketua jurulatih Selangor 2, Michael Feichtenbeiner, cukup berpuas hati apabila melihat beberapa pemain pada musim lalu yang terdiri daripada Aliff Haiqal, Zikri Khalili, Danial Asri, Sharul Nazeem Zulpakar dan penjaga gol muda, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bakal dinaikkan pangkat ke skuad utama Selangor FC.", "Justeru, beliau mengharapkan kesinambungan berkenaan akan diteruskan pada musim ini dan mahu menjadikan Selangor 2 sebagai’ kilang’ penghasilan pemain utama Selangor.", "“Fokus utama kami masih kekal seperti musim lalu iaitu membentuk bakat muda Selangor agar mereka bersedia untuk beraksi dengan pasukan utama dengan musim ini enam orang pemain telah diserap masuk ke Selangor FC.", "“Kedudukan musim lalu (tempat ke-7) adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana mampu dihormati oleh pasukan lain walaupun itu bukan menjadi perhatian utama saya serta pasukan.", "“Saya harap dapat meneruskan legasi ini dan gembira kerana apa yang kami rancang buat masa ini, berjalan seperti yang kami mahukan dan harap musim 2022, kami akan melihat lebih ramai bintang muda mampu dihasilkan,” katanya.", "Selangor 2 akan menggunakan tiga pemain import musim ini yang juga merupakan dua pemain muda iaitu dua dari Ghana, Jordan Ayimbila, 20 tahun dan George Attram, 21 tahun selain Hein Htet Aung (20 tahun) dari Myanmar.", "Bekas pemain kebangsaan Bawah-19 tahun, Shivan Pillay Asokan antara watak utama yang akan terus mendokong Selangor 2 selain Muhd Firdaus Irman, Syazwan Salihin, Aqil Fadhly dan Iqmal Ramlan.", "Dalam pada itu, Feichtenbeiner mahu pemain-pemain muda Selangor 2 sentiasa mempunyai semangat untuk menang dalam tiap perlawanan yang mereka lalui dan tidak akan memberi laluan mudah buat pasukan lain di persaingan Liga Premier.", "“Pada setiap perlawanan, saya akan sentiasa tekankan pemain agar ada mentaliti untuk menang biarpun saya tahu itu tidak akan selalu terjadi kerana kita bukannya serba lengkap yang boleh meraih tiga mata dengan mudah.", "“Tiap perlawanan umpama satu pembelajaran buat mereka dan jika menang, itu satu bonus buat kami namun saya berasakan Selangor 2 mampu menamatkan musim ini lebih baik di saingan Liga Premier,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322350/", "headline": "\nBeregu Lelaki Malaysia ‘Hilang’ Di Suku Akhir All England Buat Kali Ketiga Berturut-Turut \n", "content": ["Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) menyaksikan tiadanya kelibat beregu lelaki negara yang mara ke peringkat suku akhir buat kali ketiga berturut-turut.", "Pada edisi kali ini, peringkat tersebut sekali lagi tidak diwarnai dengan kehadiran beregu lelaki Malaysia apabila Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi tumpas kepada juara bertahan, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "Dalam pertarungan yang memakan masa sehingga 44 minit permainan itu, Yew Sin-Ee Yi yang merupakan wakil tunggal negara dalam kategori terbabit di Pusingan 16 terpaksa akur tumpas di tangan gandingan dari Indonesia itu secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-18.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MD – R16 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅21 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅 🇲🇾ONG Yew Sin18 18 🇲🇾TEO Ee Yi", "— BWFScore (@BWFScore) March 16, 2023", "Kekalahan ini merupakan satu episod kedukaan yang berulang buat Yew Sin-Ee Yi kerana mereka turut mengalami kekalahan kepada lawan yang sama, di peringkat sama dalam kejohanan yang sama pada edisi lalu.", "Terdahulu, saingan All England 2023 mempunyai dua wakil negara dalam kategori beregu lelaki. Namun begitu, beregu No.1 tanah air merangkap juara Kejohanan Dunia BWF, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terkandas seawal di Pusingan 32.", "Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki Malaysia menyerikan peringkat suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 adalah pada edisi 2020 yang lalu menerusi kehadiran gandingan Aaron-Wooi Yik.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215861/", "headline": "\nDerbi Pantai Timur Ditunda, 20 Pemain & Pegawai Sri Pahang Dijangkiti Covid-19\n", "content": ["Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan menunda perlawanan derbi pantai timur yang melibatkan Sri Pahang FC dan Terengganu FC, pada perlawanan pertama yang sepatutnya berlangsung pada malam esok.", "Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata keputusan ini dibuat selepas menerima laporan 20 pemain dan pegawai Sri Pahang dijangkiti Covid-19.", "Baca: Kelab Layak Mohon Tangguh Perlawanan Sekiranya 50% Pemain Dijangkiti Covid-19", "Ekoran itu, kesemua individu daripada skuad yang berjulukan Tok Gajah itu perlu menjalani isolasi dan terpaksa menunda perlawanan ini termasuk dua perlawanan seterusnya menentang Selangor FC (8 Mac) dan perlawanan pertama Piala FA menentang Manjung City FC (12 Mac).", "Dalam kenyataan yang sama, Stuart juga memaklumkan dua pasukan Liga Premier, UiTM FC dan Perak FC turut mendapat nasib malang yang sama.", "Dilaporkan 12 pemain UiTM FC positif Covid-19 dan bakinya berstatus kontak rapat bergejala. Manakala, buat Perak FC pula, enam pemainnya positif dan 14 pemain menjadi kontak rapat yang bergejala sekaligus perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan itu ditunda.", "Terdahulu, MFL telah mengumumkan perlawanan melibatkan pasukan PDRM FC serta Skuad Projek FAM-MSN ditunda ekoran sebab yang sama menimpa para pemain dan pegawai kedua-dua pasukan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215951/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Lee Zii Jia Raih Kemenangan Pertama Sebagai Pemain Bebas\n", "content": ["Pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia berhasil merekodkan kemenangan pertama sebagai pemain bebas (independent) dengan menumpaskan Mark Caljouw di Pusingan 32 Terbuka Jerman, hari ini.", "Pemain No.7 dunia itu tiada masalah untuk menumpaskan pemain Belanda yang menghuni ranking ke-25 dunia itu di kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF. ", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 3219 21 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅21 13 8 🇳🇱Mark CALJOUW🕗 in 53 minutes https://t.co/DLbDLr41XO", "Walaupun tumpas pada set pertama dengan keputusan 19-21, Zii Jia bangkit untuk memenangi dua set berikutnya dengan pungutan mata 21-13 dan 21-8. Perlawanan ini mengambil masa hampir satu jam.", "Untuk rekod, Zii Jia pernah bertemu Caljouw sebanyak dua kali sebelum ini. Dan kemenangan ini menjadikan pemain berusia 23 tahun itu memperbaharui rekod kemenangan kepada tiga kali ke atas Caljouw.", "Sebagai tambahan, Zii Jia yang mara ke Pusingan 16 akan berjumpa samada pemain Israel, Misha Zilberman (ranking 50) atau pemain Perancis, Christo Popov (ranking 62) pada perlawanan seterusnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219172/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Tze Yong Lepasi Cabaran Chico Di Pusingan 64\n", "content": ["Satu-satunya perseorangan lelaki di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Tze Yong di dalam Kejohanan Dunia BWF 2022 berhasil memulakan kempen dengan langkah kanan.", "Pemain berusia 22 tahun ini turun berentap menentang wakil negara jiran seberang tetangga, Chico Aura Dwi Wardoyo merangkap juara Malaysia Masters 2022 pada Pusingan 64.", "Dan perlawanan yang tamat sebentar tadi menyaksikan Tze Yong yang berada di ranking ke-42 dunia berhasil meraih kemenangan yang positif secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-10 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MS – Round of 6421 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅16 10 🇮🇩Chico Aura DWI WARDOYO", "🕗 in 40 minutes https://t.co/6GbSteiHjn", "— BWFScore (@BWFScore) August 22, 2022", "Kemenangan ini turut menjadikan Tze Yong melebarkan rekod kemenangan peribadinya ke atas Chico yang berada di ranking ke-35 dunia pada ketika ini kepada dua kali berturut-turut. ", "Sebelum ini, kedua-duanya pernah bertemu dalam Cabaran Antarabangsa Indonesia 2019 dan perlawanan tersebut turut berpihak kepada Tze Yong dengan skor 14-21, 21-10 dan 21-13.", "Dengan kemenangan yang dicipta hari ini, Tze Yong berhasil meneruskan kemaraanya ke Pusingan 32 di pentas Kejohanan Dunia. ", "Lawannya di peringkat tersebut belum dapat dipastikan lagi namun ianya samada pemain Jepun, Kanta Tsuneyama (ranking ke-14) atau pemain Thailand, Sitthikom Thammasin (ranking ke-33).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324471/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Pearly-Thinaah Pulang Awal Akibat Kecederaan\n", "content": ["Gandingan wanita No.1 negara, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa pulang awal ekoran kecederaan yang dialami Pearly ketika menentang pasangan Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi pada Pusingan 32 Terbuka Singapura, hari ini. ", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah kecundang pada set pertama dengan skor 13-21 sebelum bangkit pada set kedua menerusi pungutan mata 21-17. Akan tetapi kecederaan Pearly menghalang usaha beregu ini untuk meneruskan set ketiga ketika skor 9-16 sekaligus terpaksa berhenti selepas 58 minit permainan berlangsung. ", "Kekalahan itu sekaligus menamatkan rentetan kemenangan yang dicatatkan gandingan negara itu dalam tiga pertemuan sebelum ini. ", "Singapore Open 2023WD – R32 🇯🇵Rin IWANAGA🏅21 17 16 🇯🇵Kie NAKANISHI🏅 🇲🇾TAN Pearly13 21 9 🇲🇾THINAAH Muralitharan", "— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2023", "Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi diagnosis pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) mengesahkan kecederaan yang dialami atlet berusia 23 tahun itu hanyalah kecederaan ringan berikutan ketegangan otot di bahagian lengan.", "Bagaimanapun, BAM dan ISN tidak mendedahkan selama mana Pearly akan berehat atau kemungkinan juara Terbuka Perancis 2022 ini terlepas saingan Terbuka Indonesia yang bertaraf Super 1000.", "Sebelum ini, gandingan Pearly-Thinaah pernah berehat panjang ekoran kecederaan hamstring dan tendon lutut dialami Pearly yang menyaksikan mereka berehat lebih lima minggu pada September tahun lalu.", "Sebagai tambahan, ini merupakan perlawanan pertama gandingan wanita kebangsaan selepas melakar kejayaan meraih naib juara di Malaysia Masters 2023 pada Mei yang menyaksikan mereka beraksi selama tujuh jam secara keseluruhan sepanjang kejohanan.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324281/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Juara Slovenia Kekang Seng Zoe Lepasi Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Yeoh Seng Zoe menjadi pemain perseorangan lelaki negara yang kedua tidak melepasi peringkat kelayakan saingan Terbuka Thailand 2023 selepas Lee Shun Yang.", "Kemaraan pemain berusia 25 tahun yang menghuni ranking ke-100 dunia itu dikekang oleh perseorangan lelaki India merangkap juara Terbuka Slovenia 2023, Sameer Verma pada pusingan suku akhir peringkat kelayakan, petang tadi.", "Dalam pertarungan julung kalinya melibatkan kedua-dua pemain ini, Seng Zoe tumpas secara “straight set” di tangan Sameer dengan skor 12-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – Qual. QF21 21 🇮🇳Sameer VERMA🏅12 17 🇲🇾YEOH Seng Zoe", "— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023", "Sementara itu, dengan kemenangan tersebut, Sameer berhasil mara ke babak undian utama (main draw). Menantinya di Pusingan 32 babak utama kelak adalah pemain Denmark yang menghuni ranking ke-35 dunia, Magnus Johannesen.", "Sebagai tambahan, Terbuka Thailand merupakan kejohanan Jelajah Dunia BWF yang ketiga disertai oleh Seng Zoe pada tahun ini selepas Indonesia Masters dan Thailand Masters pada Januari dan Februari lalu.", "Ini juga merupakan kejohanan ketiga berturut-turut Seng Zoe gagal melepasi pusingan kelayakan untuk mara ke babak undian utama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221184/", "headline": "\nBAM Lantik Nova Widianto Sebagai Jurulatih Beregu Campuran Kebangsaan – Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Juara dunia sebanyak dua kali, Nova Widianto disahkan secara rasminya menjadi jurulatih beregu campuran bagi skuad kebangsaan bermula bulan hadapan.", "Perkembangan itu disahkan sendiri oleh badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Dimaklumkan, jurulatih berusia 45 tahun merangkap bekas ketua jurulatih Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama BAM.", "OFFICIAL: BAM APPOINTS COACH NOVA", "The national mixed doubles players are set to benefit extensively from the hiring of renowned two-time former mixed doubles world champion, Nova Widianto as the national coach.", "Read in FULL➡️ https://t.co/dkCYUuSeWJ#GemilangkanLagi pic.twitter.com/AlLWnwv82I", "— BAM (@BA_Malaysia) December 21, 2022", "Jurulatih yang mesra dengan panggilan Coach Nova ini akan melaporkan tugasnya kepada Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky.", "Antara pasangan di bawah naungan BAM yang akan menerima bimbingannya ialah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing dan beberapa pemain lain lagi. ", "Untuk rekod, Nova muncul juara dunia sebanyak dua kali pada edisi 2005 dan 2007 ketika bergandingan bersama Liliyana Natsir. Selain itu, beliau turut pernah merangkul pingat perak dalam temasya Sukan Olimpik 2008 dengan pasangan yang sama.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219388/", "headline": "\n6 Pasukan Berstatus “World Tour” Sertai Le Tour de Langkawi 2022\n", "content": ["Sekurang-kurangnya enam buah pasukan berstatus jelajah dunia (world tour) akan menyertai perlumbaan berbasikal jalan raya pelbagai peringkat, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022.", "Penganjur mengesahkan sendiri perkembangan tersebut dimana enam pasukan berkenaan ialah UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education-EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).", "Difahamkan, selain daripada Astana-Qazaqstan, ini merupakan julung kalinya kelima-lima buah pasukan yang lain mengambil bahagian dalam perlumbaan LTdL ini.", "Turut dimaklumkan, kali terakhir perlumbaan bertaraf UCI ProSeries (kejohanan berbasikal jalan raya Tier 2) ini disertai sehingga enam buah pasukan berstatus “world tour” ini adalah semasa edisi tahun 2014 yang lalu.", "A post shared by OFFICIAL LTdL 2022 🇲🇾 (@ltdlangkawi)", "Pada masa yang sama, perlumbaan edisi ke-26 yang akan berlangsung bermula 11 hingga 18 Oktober nanti turut disertai oleh empat buah pasukan berstatus benua profesional (pro continental) iaitu Drone Hopper-Androni Giacattoli (Itali), Uno X Pro Cycling Team (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos BH (Sepanyol). ", "Bagi pasukan tempatan pula, dua daripadanya merupakan pasukan profesional tempatan iaitu Terengganu Polygon Cycling Team dan Team Sapura Cycling manakala sebuah lagi merupakan Pasukan Kebangsaan Malaysia (Malaysia National Team).", "Setakat ini, penganjur mengesahkan sebanyak 22 pasukan telah akan mengambil bahagian.", "Untuk makluman semua, perlumbaan LTdL edisi kali ini merangkumi lapan laluan yang berjarak 1,183 kilometer (km) secara keseluruhan bermula di Kuala Pilah untuk peringkat pertama dan berakhir di Kuah, Langkawi bagi peringkat kelapan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324882/", "headline": "\nRanking BWF: Arif-Roy King Langkau 16 Anak Tangga Selepas Juarai Cabaran Nantes\n", "content": ["Wan Arif Wan Junaidi dan Yap Roy King yang bergandingan bermula Mac lalu berhasil mencatatkan peningkatan dalam Ranking Dunia yang memberangsangkan susulan muncul juara dalam Cabaran Antarabangsa Nantes, baru-baru ini.", "Menerusi kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Arif-Roy King merekodkan peningkatan sebanyak 16 anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-85 dunia pada minggu ini.", "Pada saat ini, gandingan Arif-Roy King telah mengumpul 15,070 mata hasil daripada beraksi dalam enam kejohanan iaitu Cabaran Antarabangsa Thailand, China Masters, Cabaran Antarabangsa Vietnam, Cabaran Antarabangsa Osaka, Denmark Masters dan Cabaran Antarabangsa Nantes sepanjang tahun ini.", "Sementara itu, Beh Chun Meng dan Goh Boon Zhe yang mara ke peringkat suku akhir dalam kejohanan yang sama turut merakamkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak lima anak tangga yang membolehkannya menghuni ranking ke-68 dunia, pada minggu ini.", "Akhir sekali, gandingan beregu lelaki No.3 tanah air, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula terjatuh satu anak tangga berbanding pada minggu lalu dan kini berada di tangga ke-22 dunia.", "Featured Image: Instagram Wan Arif Junaidi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216763/", "headline": "\n“Kita Tunggu Kunjungan Selangor ke Darul Aman Nanti” – MB Sanusi\n", "content": ["Kekalahan besar Kedah Darul Aman FC (Kedah) di tangan Selangor FC pada perlawanan keempat Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam turut disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.", "Bagaimanapun Sanusi akur dengan kekalahan pasukannya di tangan Selangor dan beliau menantikan saat pasukannya ‘membalas’ kembali kekalahan tersebut pada perlawanan di halaman sendiri, Alor Setar, kelak.", "“Selangor 4 Kedah 1. Kedah telah mencuba sedaya upaya tetapi pemain Selangor bermain lebih baik berbanding pasukan Kedah di halaman mereka. Kita tunggu kunjungan Selangor ke (Stadium) Darul Aman nanti.” kata Sanusi menerusi laman sosialnya.", "Dalam perlawanan tersebut, skuad Sang Kenari kendalian Aidil Sharin Sahak terpaksa akur tumpas kepada Selangor hasil jaringan Mukhairi Ajmal, Caion (2 gol) dan Nor Hakim Hassan. Sementara itu, jaringan tunggal oleh Kedah pula dijaringkan oleh Fayadh Zulkifli.", "Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) diundang oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah untuk hadir menyaksikan perlawanan tersebut termasuk menghadiri majlis berbuka puasa, penyampaian sumbangan serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112190/", "headline": "\n2 Pemain Hoki Wanita Sertai Kelab England, East Grinstead HC\n", "content": ["Dua pemain senior Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan iaitu Nuraini Abdul Rashid dan Fatin Shafika Mohd Sukri bakal menyertai kelab berpangkalan di England, East Grinstead HC selama sebulan.", "Pemergian mereka bagi membantu pasukan yang muncul selaku naib juara Liga Hoki England (Premier) musim lalu itu beraksi di Liga Hoki Eropah (EHL) serta mencabar saingan musim baru Liga Hoki England (Premier) 2021.", "Nuraini tidak asing lagi bagi East Grinstead kerana penampilan kali ini merupakan penampilan kali ketiga beliau bersama pasukan tersebut. ", "Untuk pengetahuan semua, Nuraini telah menyertai pasukan itu pada September hingga Disember 2019 ketika membuat penampilan pertama dan Februari hingga April 2020 bagi penampilan keduanya.", "CHAMPIONS 🏆Congratulations to our Ladies 1st XI for winning the 2021 @EnglandHockey Championships 🎉They defeated @CliftonRobbies 5-3 in the final 💙#WinnersAreGrinners 😁 pic.twitter.com/M24E9ELUAn", "“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan untuk membuat penampilan kali ketiga bersama East Grinstead dan pastinya saya mahu mengekalkan prestasi yang telah saya berikan pada dua musim lalu dan saya berazam untuk mengekalkan pencapaian bersama pasukan iaitu mengakhiri saingan liga dikedudukan dua pasukan terbaik.", "“Liga di sana dan liga di negara kita pastinya berbeza kerana England merupakan tiga pasukan terbaik di Sukan Olimpik Tokyo dan dalam pasukan East Grinstead sendiri, terdapat tiga pemain beraksi di Sukan Olimpik baru-baru ini jadi banyak ilmu yang pastinya boleh saya pelajari daripada mereka.", "“Sudah semestinya saya teruja untuk kembali beraksi bersama mereka dan dalam masa yang sama saya mahu terus mengumpul pengalaman sebanyak yang boleh serta terus belajar perkara-perkara yang baru dengan mereka,” jelas Nuraini.", "Baca: 2 Pemain Muda Tempatan Sertai Kelab Liga Hoki Belanda, Hattemse MHC", "Dalam pada itu, beraksi bersama East Grinstead bakal menjadi pengalaman pertama buat Fatin. ", "Bagaimanapun, ini bukanlah pengalaman pertamanya beraksi di luar negara kerana sebelum ini Fatin pernah menyertai Kelab Hoki Butterfly Roma di Rome, Itali pada September hingga November 2018. ", "“Sudah tentu saya gembira dan sangat teruja untuk beraksi di saingan Liga Hoki England. Dengan peluang yang diberikan ini saya mahu menggunakannya dengan sebaik mungkin. Saya juga mahu tunjukkan kepada mereka bahawa pemain-pemain Malaysia juga mempunyai kualiti untuk beraksi bersama mereka,” ujar Fatin.", "Sebagai tambahan, Nuraini dan Fatin akan terbang pada minggu ini dan akan bersama pasukan tersebut sehingga 18 Oktober 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216865/", "headline": "\nKorea Masters: Soon Huat-Shevon Lai Bertemu Beregu Singapura No.60 Dunia Di Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Beregu yang berada di ranking ke-13 dunia itu mara ke suku akhir selepas menumpaskan pasangan anak dan ibu dari Israel, Misha Zilberman dan Svetlana Zilberman di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon Lai menang mudah secara ‘straight set’ dengan skor 21-5 dan 21-8 dalam tempoh masa sekitar 21 minit permainan sahaja.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersXD – Round of 16 🇲🇾Soon Huat GOH🏅21 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅 5 8 🇮🇱Misha ZILBERMAN 🇮🇱Svetlana ZILBERMAN", "🕗 in 21 minutes https://t.co/6HuOYNsAm5", "— BWFScore (@BWFScore) April 14, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua beregu di pentas antarabangsa. ", "Sementara itu, Soon Huat-Shevon Lai yang mara ke peringkat suku akhir bakal turun menentang beregu dari negara jiran tetangga, Singapura pada hari esok.", "Beregu yang akan ditentang oleh mereka ialah Terry Hee Yong Kai dan Tan Wei Han yang berada di ranking ke-60 dunia. Berdasarkan rekod, kedua-duanya pernah bertemu sekali sebelum ini dan perlawanan itu dimenangi oleh Soon Huat-Shevon Lai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322199/", "headline": "\nKerteh FC Mohon Salur Peruntukan Naik Taraf Padang Kepada Kerteh Sports City\n", "content": ["Sekiranya terdapat negeri yang menolak peruntukan naik taraf padang atau secara khususnya penukaran rumput kepada jenis zeon zoysia oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), sebuah kelab komuniti yang berpangkalan di Terengganu iaitu Kerteh FC memohon peruntukan itu disalurkan kepada Kerteh Sports City.", "Untuk makluman, Kerteh Sports City merupakan sebuah projek yang diusahakan oleh pemilik Kerteh FC iaitu KAL Services Sdn Bhd bersama beberapa pelabur bagi menaik taraf Stadium Mini Kertih serta mengadakan beberapa fasiliti, kemudahan sukan serta ruang komersil di kawasan sekitarnya. ", "Ketika ini, projek yang dimulakan sekitar 2021 ini baru sahaja menyiapkan naik taraf padang di stadium mini dengan menggunakan rumput sintetik serta memasang lampu limpah bagi kegunaan pada waktu malam.", "The future project of @KSportsCity x Majlis Perbandaran Kemaman.#TheOilers | #SatukanSuara pic.twitter.com/w6iXkY7ump", "— Kerteh FC (@KertehFC) March 31, 2021", "Baca: Kerteh Sports City Turut Mempunyai Gelanggang Futsal, Badminton & Medan Selera", "“Salam sejahtera YB @hannahyeoh, ada 3 lagi pada berkeluasan standard (piawaian) FIFA dalam perancangan kami untuk dibuat di @KSportsCity.”", "“Kalau ada negeri yang tak mahu, boleh juga divert (salur) peruntukan tersebut kepada kami untuk pembangunan padang di sini.” tulis kelab berjulukan The Oilers itu menerusi akaun Twitter rasmi mereka.", "Selamat Sejahtera YB @hannahyeoh, ada 3 lagi padang berkeluasan standard FIFA dalam perancangan kami untuk dibuat di @KSportsCity.", "Kalau ada negeri yang tak mahu, boleh juga divert peruntukan tersebut kepada kami untuk pembangunan padang disini. 🙏🏻☺️ https://t.co/C1D6Mcbif9 pic.twitter.com/aMTgQSub4X", "— Kerteh FC (@KertehFC) March 8, 2023", "Menteri KBS, YB Hannah Yeoh pada Selasa lalu berkongsikan kepada media bahawa kementeriannya menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada setiap negeri untuk menaik taraf padang bola sepak terpilih kepada menggunakan rumput jenis zeon zoysia.", "Namun begitu, peruntukan terbabit hanya untuk kos penanaman rumput sahaja. Sebelum KBS memberikan peruntukan terbabit, pihak negeri perlu menyelenggara terlebih dahulu padang dipilih untuk memastikan saliran air dalam keadaan baik.", "Selain itu, penyelenggaraan tahunan padang berkenaan itu pula akan menjadi tanggungjawab negeri atau pasukan bola sepak yang menggunakannya masing-masing.", "Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Segambut turut mendedahkan idea itu datangnya daripada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ).", "Difahamkan, perkara ini dicadangkan bagi memastikan lebih banyak padang yang berkualiti di Malaysia.", "Akan tetapi, TMJ dalam satu kenyataan media mendedahkan terdapat beberapa pasukan yang tidak berminat dan tidak mahu mengeluarkan wang untuk penjagaan padang meskipun ianya merupakan perkara yang penting dalam bola sepak. Tunku Ismail memaklumkan kos penyelengaraan padang adalah sekitar RM240,000.", "I would like to commend the initiative by the Youth and Sports Minister YB Hannah Yeoh and the Ministry (KBS) to ensure stadiums in Malaysia have good football fields. ", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 8, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207850/", "headline": "\nKenali 5 Petarung MMA Muslim Selain Khabib Nurmagomedov\n", "content": ["Petarung seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov mengejutkan dunia apabila mengumumkan pengundurannya daripada saingan Ultimate Fighting Championship (UFC), ahad lalu.", "Pengumuman tersebut menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan peminat khususnya yang muslim. Hal ini kerana Khabib bukan sahaja dijulang sebagai hero di dalam gelanggang malah sebagai contoh teladan sebagai seorang muslim sejati.", "Selain daripada hebat bertempur di dalam gelanggang dan memegang rekod 29 pertarungan tanpa kalah dan seri, Khabib turut terkenal dengan mulutnya yang tidak lekang dengan ucapan tahmid (Alhamdulillah).", "Bagaimanapun, Khabib yang terkenal dengan julukan The Eagle ini bukanlah satu-satunya petarung muslim dalam dunia MMA dan juga saingan UFC. Berikut adalah lima petarung muslim yang sedang mencipta nama selain daripada Khabib:", "Usman Nurmagomedov merupakan sepupu kepada Khabib Nurmagomedov. Berusia 23 tahun dan merupakan seorang pakar dalam seni Muay Thai. Pengurusnya, Ali Abdelaziz meramalkan Usman bakal menjadi bintang masa hadapan MMA dan akan mengatasi Khabib. Ketika ini, Usman memegang rekod 11 kemenangan tanpa kalah. Pada awal oktober lalu, Usman diumumkan telah menyertai Bellator MMA dalam kategori lightweight.", "Umar Numagomedov juga sepupu kepada juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov. Dia merupakan petarung UFC dalam kategori bantamweight. Berumur 24 tahun dan melakukan debutnya di octagon pada april lalu. Sepertimana Khabib, Umar juga mendapat tunjuk ajar dan dilatih oleh almarhum bapa kepada Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov. Rekod dalam kariernya pada ketika ini adalah 12 kemenangan tanpa sebarang kekalahan.", "Kita berkenalan pula dengan seorang lagi petarung muslim kelahiran Dagestan, Rusia iaitu Islam Makhachev. Berusia 29 tahun dan telah menyertai saingan UFC sejak 2014 dalam kategori lightweight. Merupakan pengamal seni bela diri Sambo. Rekod Islam tidak kurang hebatnya di mana setakat ini dia telah memenangi 18 pertarungan dan hanya tewas sekali.", "Nampaknya bumi Dagestan tidak asing dengan petarung seni bela diri campuran. Seorang lagi pertarung beragama islam kelahiran Dagestan dalam saingan UFC ialah Zabit Magomedsharipov. Berumur 29 tahun, Zabit menyertai UFC sejak 2017. Gaya bertarung Zabit diumpamakan sebagai seorang ninja dan dia merupakan pengamal seni bela diri Sando – seni bela diri dari Cina. Rekodnya setakat ini adalah 18 kemenangan dan hanya tewas sekali.", "Kali ini kita beralih dari wilayah Dagestan dan berkenalan dengan petarung kelahiran Chechnya, Rusia. Namanya Khamzat Chimaev dan baru sahaja melakukan debut dalam saingan UFC pada tahun ini. Berusia 29 tahun dan beraksi dalam kategori middleweight. Mempunyai personaliti seakan-akan Khabib dan rekodnya sehingga kini adalah 8 kemenangan dan belum pernah tewas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325418/", "headline": "\nKV Kortrijk Kekal Milik Orang Malaysia\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak Belgium, KV Kortrijk kekal menjadi milik orang Malaysia merangkap individu ke-28 terkaya negara menurut Majalah Forbes iaitu Tan Sri Vincent Tan.", "Pertengahan Jun lalu, KV Kortrijk mengesahkan bahawa kelab tersebut akan dijual kepada Kaminski Group yang dikepalai ahli perniagaan Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski.", "Bagaimanapun, perkembangan terbaru daripada KV Kortrijk memaklumkan proses penjualan terbabit telah telah terhenti sekaligus dibatalkan secara rasminya.", "Om verder te bouwen op de sterke fundamenten van de laatste jaren, wordt Guillaume Nuytten aangesteld als CEO Non-Sports en Pieter Eecloo als CEO Sports.", "📝Alle info ⤵️https://t.co/YIAqqXWW4l#AltijdEenKerel 🔴⚪️ pic.twitter.com/3DHWHo4HLD", "— KV Kortrijk (@kvkofficieel) July 11, 2023", "Sehubungan itu, Vincent Tan yang merupakan pengasas Berjaya Corporation Berhad (BCorp) kekal menjadi pemilik kelab serta meneruskan komitmen terhadap KV Kortijk – kelab sama yang mengikat kontrak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin selama lima tahun.\n", "KV Kortrijk memaklumkan Vincent Tan telah melabur banyak dalam pelbagai aspek operasi dan kesukanan kelab berjulukan De Kerels itu. Beliau akan terus berbuat demikian pada masa hadapan sebagai contoh pembinaan kompleks latihan baharu di Kouterveld.", "Perkembangan ini juga menjadikan Vincent Tan kekal mempunyai tiga buah kelab bola sepak di eropah termasuk Cardiff City di Wales, United Kingdom dan kelab yang beraksi di Liga Perdana Bosnia & Herzegovina, FK Sarajevo."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113120/", "headline": "\nRanking FIFA: Malaysia Turun Satu Anak Tangga, Kini Di Kedudukan Ke-155\n", "content": ["Kemaskini terbaru ranking Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Malaysia mencatatkan penurunan, pada hari ini.", "Menerusi kemaskini tersebut, Malaysia yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe turun satu anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-155 dunia.", "Penurunan ini juga disebabkan oleh kekalahan skuad Harimau Malaya dalam dua perlawanan antarabangsa menentang Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini.", "Sementara itu, Vietnam kekal satu-satunya pasukan dari rantau asia tenggara yang kekal dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia di kedudukan ke-95.", "Sementara itu, 3 buah pasukan iaitu Thailand, Filipina dan Myanmar berada di atas Malaysia di kedudukan ke-122, ke-125 dan ke-146 dunia masing-masing.", "Sebagai tambahan, kemaskini ranking FIFA yang seterusnya akan dilakukan pada 25 November 2021.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323616/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Malaysian Tigress Lakar Prestasi Lebih Baik Berbanding Edisi 2019 & 2021\n", "content": ["Malaysian Tigress terpaksa akur pulang awal apabila gagal peroleh sebarang mata di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja. Akan tetapi, Malaysia berhasil menampilkan prestasi yang lebih baik berbanding dua edisi Sukan SEA yang disertai sebelum ini – 2017 & 2019. ", "Biarpun pulang tanpa sebarang mata, Malaysia memperbaiki rekod defensif pasukan negara apabila mencatatkan jumlah bolos yang lebih rendah iaitu 9 gol berbanding edisi di Kuala Lumpur dan Manila.", "Terbaharu, skuad kendalian Soleen Al Zou’bi mengalami kekalahan besar menentang Myanmar yang berakhir dengan keputusan 5-1. Jaringan saguhati Intan Sarah Zulgafli menjadi satu-satunya gol buat Malaysia pada saingan kali ini. ", "Malaysia juga mencatatkan kekalahan 3-0 dan 1-0 dalam dua lagi pertemuan Kumpulan A bertemu Vietnam dan Myanmar masing-masing yang menyaksikan skuad negara bolos sembilan kali dan tidak memperoleh sebarang mata.", "Kedudukan Akhir Kumpulan A, Bola Sepak Wanita Sukan SEA 2023 ", "* Selepas Hari Perlawanan 3 pada Selasa, 9 Mei 2023 ", "▶️ Vietnam dan Myanmar layak ke separuh akhir Sukan SEA 2023 #FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #Cambodia2023 pic.twitter.com/1IjNOOlcsC", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 9, 2023", "Ketika di Sukan SEA 2019, Malaysia gagal mara ke peringkat seterusnya selepas tewas 2 perlawanan peringkat kumpulan dan bolos 10 kali. Dua tahun sebelumnya, Malaysia berakhir di tempat kelima dalam format liga satu pusingan dengan satu gol dijaringkan dan bolos 19 gol.", "Rekod terburuk Malaysia hadir di Sukan SEA 2009 Laos apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan tanpa sebarang mata tetapi dengan jumlah bolos tertinggi pernah dicatatkan Malayan Tigress (34).", "Untuk pengetahuan semua, rekod terbaik skuad bola sepak wanita negara hanya dicatatkan pada Sukan SEA 1995 Thailand apabila Malaysia berjaya meraih pingat perak di temasya tersebut.", "Pada edisi yang lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengambil langkah drastik dengan tidak menghantar skuad bola sepak wanita ke Sukan SEA 2021 Vietnam. ", "Featured Image: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114066/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Pearly-Thinaah Tewas ‘Straight Set’ Kepada Beregu Wanita Korea\n", "content": ["Pasangan beregu wanita yang menjadi wakil tunggal negara di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tumpas di perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan A, hari ini.", "Beregu yang menghuni tangga ke-17 dunia ini tewas ‘straight set’ kepada pasangan wanita Korea yang menduduki ranking ke-4 dunia, Kim Soyeong dan Kong Heeyong dengan keputusan 14-21 dan 14-21.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)WD – Round 1 🇰🇷Soyeong KIM🏅21 21 🇰🇷Heeyong KONG🏅14 14 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 45 minutes https://t.co/DpKJXDFTjm", "Kekalahan ini menjadikan Pearly-Thinaah menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan A di bawah pasangan Greysia Polii-Apriyani Rahayu (Indonesia) dan beregu Korea yang menumpaskan mereka, pada ketika ini.", "Untuk perlawanan seterusnya, Pearly-Thinaah akan turun berhadapan dengan beregu Thailand yang menghuni ranking kesembilan dunia, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai, dengan jangkaan perlawanan bermula pada jam 12.30 tengah hari esok.", "Sebagai rekod, kedua-dua pasangan ini pernah bertemu sekali di kejohanan badminton All England 2021 dan ianya dimenangi oleh Pearly-Thinaah secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 23-21.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219382/", "headline": "\nSkuad Lelaki Negara Raih Pingat Emas Kejohanan Dodgeball Dunia 2022\n", "content": ["Peminat sukan dodgeball seluruh dunia sekali lagi menyaksikan skuad lelaki Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Dodgeball Dunia.", "Kilauan pingat emas itu menjadi milik Malaysia setelah skuad lelaki negara berhasil menumpaskan Australia dengan skor 10-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Sebelum itu, mereka mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila berjaya mengalahkan skuad tuan rumah, Kanada dengan skor 8-3.", "Tonton perlawanan akhir antara Malaysia dan Australia DI SINI.", "Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga skuad lelaki Malaysia berhasil membawa pulang pingat emas daripada kejohanan dunia ini. Sebagai rekod, mereka julung kalinya meraih emas di kejohanan ini pada edisi 2017 diikuti edisi 2018.", "Sementara itu, sebuah kategori baharu iaitu campuran yang julung kalinya diperkenalkan dan dipertandingkan dalam kejohanan dunia pada edisi kali ini menyaksikan skuad negara berhasil membawa pulang pingat perak.", "Mereka terlepas peluang untuk meraih emas ekoran tumpas kepada skuad campuran Kanada dengan skor 3-5 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville itu.", "Akhir sekali, skuad wanita negara pula menamatkan kejohanan ini di tempat keempat setelah tumpas kepada Australia dalam perlawanan penentuan pingat gangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325008/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Pang Ron-Mei Xing Terkandas, Ulangan Final Orleans Masters Di Separuh Akhir\n", "content": ["Hasrat beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing untuk mara lebih jauh tidak kesampaian apabila ditewaskan pasangan Chinese Taipei, Lee Chia Hsin dan Ye Hong Wei di peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2023. ", "Pang Ron-Mei Xing yang mencipta sejarah mara ke suku akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 tahun ini tidak bernasib baik apabila terpaksa bertemu pasangan No.1 Chinese Taipei yang turut menewaskan satu lagi wakil negara, Wong Tien Ci dan Lim Chiew Sien. ", "Pertemuan sulung kedua-dua beregu tersebut berakhir dengan kemenangan “straight set” menjadi milik Chia Hsin-Hong Wei dengan keputusan 21-18 dan 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung selama 30 minit di Arena Tian-Mu. ", "YONEX Taipei Open 2023XD – QF YE Hong Wei🏅21 21 LEE Chia Hsin🏅 🇲🇾HOO Pang Ron18 14 🇲🇾TEOH Mei Xing", "— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023", "Kemenangan itu bermakna gandingan tuan rumah itu bakal bertemu pasangan negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang turut menewaskan wakil tuan rumah sekaligus mengulangi pertarungan di pentas akhir Orleans Masters 2023. ", "Dalam perlawanan tersebut, Tang Jie dan Ee Wei menewaskan Chia Hsin-Hong Wei dengan keputusan “straight set” 21-19 dan 21-17 yang menyaksikan beregu kebangsaan menjulang kejuaraan sulung mereka. ", "Untuk makluman, Tang Jie dan Ee Wei telah menundukkan pasangan Chinese Taipei, Yang Po-Hsuan dan Hu Ling-Fang di pusingan suku akhir dan terlebih dahulu lolos ke pentas separuh akhir, awal petang tadi. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220459/", "headline": "\nPemenang Emas Sukan SEA, Peck Yen Wei Ucap ‘Bye’ Kepada BAM\n", "content": ["Pemain badminton beregu campuran negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2021, Peck Yen Wei mengumumkan meninggalkan badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Perkembangan mengejutkan itu dimaklumkan pemain berusia 26 tahun menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya, semalam.", "Pengumuman itu hadir selepas sedekad Yen Wei berada di bawah naungan BAM bermula daripada karier remajanya lagi.", "A post shared by PECK YEN WEI 燕微 😏 (@pecklucky)", "“Saya berterima kasih terhadap sokongan dan tunjuk ajar daripada BAM selama 10 tahun. Saya sangat menghargai semua peluang yang diberikan untuk mewakili negara kita. Ada ketikanya (prestasi) turun dan naik tetapi semua detik itu sangat bermakna kepada saya.” tulisnya.", "Bercakap mengenai kejayaan Yen Wei merangkul emas di temasya dwitahunan itu, ianya hadir menerusi gandingan bersama Chen Tang Jie – rakan gandingannya selama empat tahun lepas.", "Lebih manis, pingat emas dalam ketegori beregu campuran itu yang pertama diraih oleh atlet negara selepas kali terakhir dimenangi oleh gandingan Chew Choon Eng dan Chor Hooi Yee ketika edisi 1999 di Brunei Darussalam.", "Selain daripada kejayaan terbabit, Yen Wei turut pernah merangkul kejuaraan Antarabangsa Portugal 2016 serta saingan Antarabangsa Malaysia 2018.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207608/", "headline": "\nHarimau Malaya Rancang Latihan Pusat Di Asia Barat\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya merancang untuk mengadakan latihan pusat di wilayah asia barat pada hujung tahun ini.", "Menurut pengurus pasukan skuad kebangsaan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata beberapa siri perlawanan persahabatan menentang beberapa pasukan berpangkalan di wilayah tersebut akan diatur.", "Semua ini dirancang bagi mempersiapkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan Piala AFF yang turut ditunda ke tahun hadapan.", "The #AFFSuzukiCup 2020 will be postponed until 2021 in view of the rapidly deteriorating coronavirus situation, regionally and globally.Read more 👉 https://t.co/z6GN4KFFTm pic.twitter.com/wqh0mUiBv9", "“Kita bercadang untuk memanggil latihan pusat pada Disember ini dan cuba mengatur beberapa aksi persahabatan bersama pasukan luar negara.", "“Apapun, ia bergantung kepada situasi semasa kerana kita masih lagi berada dalam suasana Covid-19 yang banyak memberi kesan kepada pasukan kita.", "“Jika keadaan mengizinkan dan mendapat kebenaran kerajaan untuk keluar, saya fikir kita kena cari negara yang tidak terjejas teruk dengan masalah Covid-19 ini.", "Remaining group matches followed by the Round of 16, Quarter-finals and Semi-final of #ACL2020 (East) will be staged in Doha from Nov 18-Dec 13 Venue for the Final, which is scheduled for December 19 will be confirmed soonRead more⤵️https://t.co/x6ANaSm7Vv", "“Mungkin negara Asia Barat seperti Qatar pilihan terbaik. Lagipun banyak perlawanan antarabangsa diadakan di sana termasuk aksi membabitkan Uzbekistan baru-baru ini.", "“Malah, saingan ACL (Liga Juara-Juara Asia) juga akan dijalankan di sana dan saya fikir itu antara cadangan yang sesuai. ", "“Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan Covid-19 serta kebenaran oleh pihak berwajib,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Untuk rekod, kali terakhir skuad kebangsaan menjalani latihan bersama adalah ketika aksi Kumpulan G bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia, november tahun lalu.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323403/", "headline": "\nKetua Menteri Melaka Automatik Sandang Jawatan Presiden MAFA\n", "content": ["Mana-mana individu yang menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka akan menyandang jawatan Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) secara automatik bermula saat ini.", "Badan induk bola sepak bagi negeri Melaka memaklumkan perkembangan berkenaan selepas berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif MAFA, semalam.", "“Mengikut Perlembagaan MAFA, lantikan YAB Ketua Menteri Melaka yang baru secara automatik akan menyandang jawatan Presiden MAFA.” tulis MAFA menerusi platform media sosialnya, pada hari ini.", "Sehubungan itu, Ketua Menteri Melaka pada saat ini, YAB Datuk Seri Ab. Rauf Yusof diumumkan sebagai Presiden MAFA yang baharu menggantikan presiden sebelum ini, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad.", "Difahamkan perlantikan Ab Rauf untuk menerajui MAFA adalah bertujuan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri Melaka.", "Pada masa yang sama, MAFA yang diwakili Timbalan Presiden, Jawatankuasa Eksekutif, Kelab-Kelab Gabungan dan warga kerjanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan presidennya, Nur Azmi yang mencurahkan jasa dan bakti kepada sukan bola sepak di negeri itu.", "Antara sumbangannya semasa menerajui MAFA adalah menubuhkan Melaka FC yang sedang bersaing dalam kancah Liga M3 dan menganjurkan Kejohanan Piala TYT Melaka (Governor Cup) dan pembangunan akar umbi.", "Untuk makluman, antara persatuan bola sepak lain yang turut menetapkan Ketua Menteri atau Menteri Besar dilantik secara automatik menerajui badan induk bola sepak bagi sesebuah negeri adalah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).", "Featured Image: Facebook Rasmi Ab Rauf Yusoh"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113357/", "headline": "\nPUMA Hijab Labuh & Selesa Dilancarkan di Malaysia Dengan Harga RM89\n", "content": ["Jenama sukan global PUMA telah secara rasminya melancarkan PUMA Hijab baharunya di Malaysia, sekaligus menunjukkan komitmen PUMA dalam memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat. ", "Produk ini merupakan hijab sukan pertama keluaran PUMA, dengan rekaan tempatan khusus untuk membantu wanita berhijab bergerak dengan lebih bebas dan selesa sepanjang hari, terutamanya semasa menjalani rejim kecergasan dan senaman mereka.", "Dilancarkan sebagai sebahagian daripada kempen #FlexHijabku oleh PUMA, PUMA Hijab ini diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi yang ringan dengan pengudaraan yang baik untuk menawarkan fleksibiliti dan versatil. ", "Selain itu, produk ini juga direka dengan teliti bukan sahaja untuk kegunaan di trek, padang, gelanggang mahupun gim, malah pakaian harian yang bergaya dan selesa.", "“Memandangkan masyarakat kini sudah mula kembali ke dunia luar secara beransur-ansur selepas sekatan pergerakan, menggayakan pakaian yang tepat mampu memberikan perbezaan ketara dalam menjalani semula aktiviti harian. ", " “Justeru itu, PUMA Hijab direka selari dengan idea tersebut, iaitu menawarkan hijab sukan yang versatil bukan hanya sesuai untuk aktiviti sukan dan kecergasan, tetapi juga sebagai pelengkap kepada pakaian kasual harian,” kata Eleanor Wang, Ketua Pemasaran PUMA Asia Tenggara. ", "“PUMA Hijab boleh didapati di kedai Al-Ikhsan, yang juga merupakan pengedar eksklusif PUMA Hijab di Malaysia. Dengan keluaran hijab tersebut, kami berharap rakyat Malaysia bersemangat untuk menangani perubahan tempo dalam norma baharu ini,” ujarnya lagi.", "Ukuran panjang PUMA Hijab direka melepasi bahagian dada untuk labuh yang mencukupi dan selesa – antara ciri yang tidak dimiliki oleh kebanyakan hijab sukan lain. ", "Tambahan lagi, hijab ini juga direka khas dengan bukaan kecil pada kedua-dua belah supaya penggunaan fon telinga adalah ergonomik dan lebih mudah.", "PUMA Hijab hadir dalam warna hitam, dengan saiz S dan M. Sebagai produk edaran eksklusif Al-Ikhsan Sports, hijab ini kini boleh didapati di semua kedai Al-Ikhsan Sports dan di al-ikhsan.com pada harga RM89 sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111206/", "headline": "\nOlimpik 2020: Malaysia Sasar 3 Pingat, Salah Satunya Adalah Emas\n", "content": ["Kontinjen Malaysia mensasarkan tiga pingat untuk dimenangi pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan bermula pada 23 Julai kelak.", "Salah satu daripada tiga pingat yang disasarkan tersebut adalah kilauan emas. Ketiga-tiga sasaran pingat itu disandarkan kepada tiga acara sukan iaitu badminton, basikal trek dan akuatik terjun.", "Menurut ciapan akaun twitter @TeamMsia, sasaran kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik itu diumumkan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada hari ini.", "Menteri Belia & Sukan, YB Dato' Sri @reezal_merican mengumumkan 3 pingat & salah satu adalah pingat Emas 🥇 menjadi sasaran yg diletakkan untuk kontijen negara bagi @Olympics #Tokyo2020! Sasaran itu untuk sukan Berbasikal Trek, Badminton & Akuatik Terjun . 💪🏻 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/ZucCAm1Eek", "Baca: Badminton, Basikal Trek & Terjun Sandaran Pingat", "Untuk makluman, seramai 15 atlet akan mengambil bahagian dalam ketiga-tiga bidang sukan yang menjadi sandaran untuk memenangi pingat emas kali ini.", "Badminton diwakili oleh 8 atlet, basikal trek pula 2 atlet dan terakhir akuatik terjun merangkumi seramai 5 atlet.", "Baca: Pemenang Olimpik 2020 Perlu Kalungkan Sendiri Pingat", "Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam temasya yang berlangsung setiap empat tahun sekali ini hadir pada edisi yang dilangsungkan di Rio, Brazil pada 2016 yang lalu.", "Dalam edisi tersebut, Malaysia membawa pulang empat pingat perak dan satu gangsa. Tiga daripadanya disumbang oleh sukan badminton sementara acara terjun dan basikal trek masing-masing menyumbang satu pingat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110815/", "headline": "\n“Ada Ketikanya Perancis Sangat Sombong” – Penjaga Gol Switzerland\n", "content": ["Penjaga gol Switzerland, Yann Sommer melihat ada masanya juara Piala Dunia 2018, Perancis tampil sangat sombong ketika beraksi di atas padang menentang pasukannya pada aksi pusingan ke-16 saingan Euro 2020, awal pagi tadi.", "Perlawanan yang berlangsung di Arena National, Bucharest itu menyaksikan Switzerland terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Haris Seferovic pada minit ke-15.", "Bagaimanapun, skuad Les Bleus yang dibimbing oleh Didier Deschamps berhasil bangkit pada babak kedua menerusi dua jaringan oleh Karim Benzema pada minit ke-57 dan ke-59 sebelum Paul Pogba menambah satu jaringan lagi pada minit ke-75 untuk meletakkan Perancis selesa mendahului 3-1.", "Namun tiada yang menyangka, dengan masa permainan yang berbaki 15 minit sahaja lagi, Switzerland bangkit menjaringkan dua gol menerusi Seferovic pada minit ke-81 dan Mario Gavranovic pada minit ke-90 untuk mengheret Perancis ke penentuan sepakan penalti.", "“Saya sangat berbangga dengan pasukan dan kami berjaya lakukannya,”", "“Sangat indah untuk melihat (kemenangan) ini di hadapan ibu bapa saya.”", "“Kami bermain menentang pasukan yang luar biasa tetapi ada ketikanya mereka sangat sombong dan kami berkata kepada diri sendiri yang kami akan teruskan ke penghujung.” katanya kepada SRF seperti dipetik oleh Goal.", "Switzerland berhasil melangkah ke peringkat suku akhir selepas berjaya menumpaskan Perancis 5-4 pada penentuan sepakan penalti apabila bola sepakan Kylian Mbappe berjaya ditepis oleh Sommer.", "“Ia malam yang luar biasa untuk bola sepak, kami menunjukkan mentaliti yang besar, hati yang besar, menambah dua gol menentang juara dunia, dalam keadaan semangat kami sedikit luntur.”", "“Saya sangat berbangga dengan pasukan ini. Ketika 3-1 (Perancis mendahului), tiada orang yang percayakan kami lagi, tetapi sebelum perlawanan kami telah berkata kepada diri sendiri walau apa terjadi, walau apa senario, kami akan (berjuang) sampai ke penghujung.” katanya lagi.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali pertama Switzerland melangkah peringkat suku akhir kejohanan Euro sejak ia dipertandingkan bermula tahun 1960.", "Menanti mereka di saingan suku akhir adalah juara Euro 2012, Sepanyol yang menundukkan Croatia 5-3 pada peringkat pusingan ke-16, semalam."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208282/", "headline": "\nDominique Ucap ‘Good Bye’ TFC, Bangga Melihat 25,000 Penyokong ke Stadium\n", "content": ["Jodoh penyerang skuad kebangsaan Mauritania, Dominique da Sylva bersama Terengganu Football Club (TFC) nampaknya hanya bertahan semusim sahaja.", "Dominique meletakkan dirinya selaku penjaring ketiga terbanyak saingan CIMB Liga Super 2020 dengan rekod sembilan gol mengumumkan meninggalkan TFC menerusi laman sosialnya, sebentar tadi.", "“Dengan dukacitanya saya mengucapkan selamat tinggal kepada para peminat tercinta dan keluarga baharu saya di TFC.", "“Hitam dan Putih akan kekal di hati saya buat selama-lamanya, dan saya tidak akan melupakan masa berharga yang diluangkan bersama kamu di TFC.", "“Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat bersama TFC atau menyokong kami, staf-staf, para pemain dan penyokong, semua yang bekerja untuk pembangunan TFC sehingga mencapai ke tahap ini.” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.", "Penyerang TFC, Dominic Beri Penghormatan Kepada Pelakon Black Panther Sebelum ‘Kick-off’ Liga Super https://t.co/O1Nvqa7Kuu pic.twitter.com/XWUO2UDHzh", "Baca: Penyerang TFC, Dominic Beri Penghormatan Kepada Pelakon Black Panther Sebelum ‘Kick-off’ Liga Super", "Menerusi makluman yang sama, Dominique turut meluahkan perasaan bangganya melihat keterujaan penyokong turun memberikan sokongan kepada pasukan di stadium sebelum daripada pandemik Covid-19 melanda.", "“Penyokong-penyokong sekalian, kamu sangat hebat. Saya telah bermain di pelbagai negara dan negara yang cukup teruja dengan bola sepak seperti Mesir, ", "“Tetapi penyokong TFC, lebih daripada 25,000 (penyokong) memenuhi stadium untuk memberikan sokongan, masih membuatkan saya berasa bangga.” tambahnya lagi.", "🏴🏳️ SELAMAT DATANG DOMINIQUE DA SYLVA KE PASUKAN TFC 🏳️🏴Selamat datang diucapkan kepada Dominique Da Sylva ke keluarga besar TFC! Penyerang berasal dari Senegal ini telah lengkap menandatangani kontrak untuk bersama TFC bagi musim 2020 sebentar tadi! #TFC2020 pic.twitter.com/XY5WVUaNez", "Penyerang berusia 31 tahun ini merupakan pemain yang diintai sendiri oleh ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain pada penghujung tahun lepas.", "Ketika itu, Dominique sedang beraksi bersama pasukan Saigon FC dalam saingan Liga Vietnam.", "🎥 TFC TV THROWBACK 🏴🏳️Great touch by Faris Ramli to assist the first goal from Dominique Da Sylva against Kedah. but wait, that’s not the only goal he scored ⚽️⚽️⚽️⚽️#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/2jUSUsNMFD", "🎥 TFC TV THROWBACK 🏴🏳️Brilliant freekick set piece from Lee Tuck to Sanjar Shaakhmedov and assist the second goal for Dominique Da Sylva against Kedah. but wait, that’s not the two goal he scored ⚽️⚽️⚽️⚽️#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/OlHP3WwIsK", "Kehadirannya adalah untuk menggantikan bekas penyerang prolifik TFC, Tchetche Kipre yang membuat keputusan untuk berhijrah ke pasukan Kedah.", "Pada mulanya, kalangan penyokong TFC tidak begitu yakin dengan susuk tubuh penyerang tinggi lampai dan berbadan sasa ini untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Tchetche tersebut.", "🎥 TFC TV THROWBACK 🏴🏳️Great pass by Sanjar Shaakhmedov and assist the third goal for Dominique Da Sylva against Kedah. but wait, hatrick isn't enough for him ⚽️⚽️⚽️⚽️#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/LtAThqY6wY", "🎥 TFC TV THROWBACK 🏴🏳️Sanjar Shaakhmedov assist the fourth goal for Dominique Da Sylva against Kedah to sealed 3 full point. Super hatrick ⚽️⚽️⚽️⚽️#TerengganuFC#WeBleedBlackandWhite#TFCTV pic.twitter.com/kDq22jmWq7", "Namun segala-galanya berubah selepas Dominique ‘mengamuk’ menjaringkan 4 gol ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman dalam saingan Liga Super pada mac lalu.", "Selepas daripada itu, nama Dominique mula meniti di bibir penyokong-penyokong TFC sekaligus membuatkan mereka mula melupakan kelibat penyerang Ivory Coast, Tchetche Kipre.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218554/", "headline": "\nSadio Mane Rangkul Anugerah Pemain Terbaik Afrika Tahun 2022\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan Senegal merangkap pemain baharu Bayern Munich, Sadio Mane dinobatkan selaku Pemain Terbaik Afrika Tahunan dalam Anugerah CAF 2022.", "Anugerah ini hadir selepas dia menumpaskah dua finalis yang lain termasuk bekas rakan sepasukannya di Liverpool dari Mesir, Mohamad Salah dan penjaga gol Chelsea merangkap rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Senegal, Edouard Mendy.", "Ini merupakan anugerah pemain terbaik yang kedua dimenanginya selepas memenanginya dalam edisi tahun 2019 yang lalu.", "— #CAFAwards2022 (@CAF_Online) July 21, 2022", "Pemilihannya selaku pemenang turut didorong oleh kerja kerasnya memimpin Senegal menjuarai saingan Piala Negara-Negara Afrika buat julung kalinya dengan menumpaskan Mesir dalam perlawanan akhir yang berlangsung Februari lalu.", "Musim terakhirnya bersama Liverpool pula menyaksikan Mane merekodkan 51 penampilan, menjaringkan 23 gol dan menghasilkan 5 “assist” yang membolehkannya menjulang Piala FA dan Piala Carabao.", "Majlis anugerah yang berlangsung di Rabat, Maghribi semalam turut menobatkan ketua jurulatih skuad kebangsaan Senegal, Aliou Cisse selaku Jurulatih Terbaik Tahunan serta pemain Tottenham Hotspur, Pepe Matar Sarr sebagai Pemain Muda Terbaik Tahunan.", "Untuk makluman semua, majlis anugerah ini dibatalkan pada tahun 2020 dan 2021ekoran pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217537/", "headline": "\nPiala AFF Mitsubishi Electric 2022 Jadi Nama Baharu Kejohanan ‘Piala Dunia’ Asia Tenggara\n", "content": ["Kejohanan bola sepak terulung di rantau asia tenggara anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) tidak lagi dikenali sebagai Piala AFF Suzuki bermula edisi ke-14 yang akan berlangsung penghujung tahun ini.", "Ianya berikutan AFF memaklumkan membuka lembaran baharu bersama pembuat barangan elektrik dan elektronik global berpangkalan di Jepun, Mitsubishi Electric, pada hari ini.", "Mitsubishi bukan sahaja hadir selaku rakan kerjasama bahkan diangkat sebagai “Title Sponsor” sekaligus nama kejohanan yang diumpamakan sebagai ‘Piala Dunia’ dalam kalangan peminat bola sepak asia tenggara ini bertukar menjadi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.", "AFF announces Mitsubishi Electric as the new title sponsor of AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 https://t.co/FMbZaPMnlZ", "— ASEAN Football (@AFFPresse) May 23, 2022", "Sebagai tambahan, selaku “Title Sponsor”, Mitsubishi Electric turut mendapat hak untuk mempersembahkan Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) termasuk menjalankan pelbagai aktiviti pengaktifan jenama di platform digital dan luar talian seperti di stadium dan sebagainya.", "Kedatangan Mitsubishi Electric ini juga menamatkan kerjasama lebih 12 tahun antara AFF dan syarikat pembuat kereta juga berpangkalan di negara matahari terbit, Suzuki.\n", "Sebagai rekod, Suzuki menjadi “Title Sponsor” buat kejohanan bola sepak ini sejak tahun 2008 menggantikan jenama minuman keras sebelum daripada itu.", "Featured Image: AFF Mitsubishi Electric Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323605/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Umar Osman Raih Emas 400m – Pecah Rekod Berusia 22 Tahun\n", "content": ["Atlet muda kebangsaan, Umar Osman mencipta kejutan apabila muncul sebagai pemenang bagi acara 400 meter (m) di temasya Sukan SEA 2023 sekaligus menyumbangkan pingat emas ke-13 buat kontinjen negara.", "Pelari berusia 20 tahun itu muncul juara apabila menjadi yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 46.34 saat (s) mengatasi dua pelari Filipina iaitu Umajesty Williams dan Frederick Ramirez dengan masa 46.52s dan 46.63s masing-masing.", "Umar bukan sahaja mengutip emas pada penampilan pertamanya di temasya dwitahunan rantau asia tenggara ini, bahkan catatan masanya itu turut memecahkan rekod kebangsaan milik Zaiful Zainal Abidin yang berusia 22 tahun lamanya.", "Sebelum ini, Zaiful memegang rekod sebagai pelari 400m terpantas kebangsaan dengan catatan masa 46.41s – diciptanya dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada tahun 2001.", "Sebagai rekod, Umar menjadi pelari kesembilan dalam lipatan sejarah negara mengutip pingat emas dalam acara 400m di temasya Sukan SEA selepas Tan Sri Dr. M. Jegathesan (Rangoon 1961), Asir Victor (Kuala Lumpur 1965 dan Bangkok 1867), T. Krishnan (Kuala Lumpur 1971), Sukninder Singh (Kuala Lumpur 1977), Rabuan Pit (Jakarta 1979), Nordin Jadi (Bangkok 1985 dan Jakarta 1987) Romzi Bakar Jakarta 1997 dan Zafril Zuslaini (Laos 2009).", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220228/", "headline": "\nSepak Mula KL City vs Al-Seeb Pada 7 Malam Luar Kawalan Kami, Diputuskan AFC\n", "content": ["Penetapan sepak mula perlawanan akhir Piala AFC yang melibatkan Kuala Lumpur City (KL City) dan Al-Seeb pada jam 7 malam, Sabtu nanti, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) mengundang pertikaian ramai.", "Pertikaian itu hadir lebih-lebih lagi daripada kalangan penyokong dan penonton yang beragama Islam kerana ianya bermula pada waktu yang sama masuknya waktu solat Maghrib pada hari tersebut.", "Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad berkata semasa dalam sidang media di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pada petang tadi berkata, “Ini di luar kawalan kami,”", "Tambahnya lagi, “Kami telah menyatakan menginginkan supaya perlawan itu dimulakan lewat sedikit (daripada jam 7 malam) tetapi atas sebab-sebab tertentu maka AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) telah memutuskan bahawa permulaannya tetap tepat pada 7 malam,”", "“Oleh kerana ianya pertandingan milik dan jagaan mereka (AFC), kita terpaksa akur.”", "Dalam sidang media yang sama, beliau turut memahami berkenaan ada kalangan penyokong skuad berjulukan The City Boys yang tidak berpuas hati dengan pemilihan venue perlawanan akhir di SNBJ berbanding laman sendiri, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.", "Bagaimanapun, perkara ini tidak dapat dielakkan kerana penganjur memerlukan kecahayaan sebanyak 1,800 lux di stadium serta penggunaan video bantuan pengandil (VAR) buat kali pertama di Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214791/", "headline": "\nKelantan United Dapat Tajaan Yakult Lebih 3 Kali Ganda Berbanding Musim Lalu\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Kelantan United FC boleh melangkah ke saingan Liga Malaysia 2022 dengan lebih bergaya apabila menerima tajaan besar daripada syarikat susu probiotik, Yakult (M) Sdn Bhd.", "Dimaklumkan, tajaan yang memasuki tahun kedua daripada syarikat berkenaan kepada Kelantan United adalah bernilai melebihi tiga kali ganda berbanding musim lalu iaitu sebanyak RM766,000.00 secara keseluruhan.", "Perkembangan menarik ini diumumkan oleh Kelantan United menerusi platform media sosialnya selepas menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama Yakult di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.", "Difahamkan, nilai tajaan Yakult kepada skuad kendalian Syamsul Saad ini merangkumi sumbangan tunai, produk dan perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Kelantan United.", "Sebagai rekod, tahun pertama tajaan oleh jenama syarikat susu probiotik dari Jepun ini, Kelantan United menerima tajaan berjumlah RM250,000.00 secara keseluruhan.", "Featured Image: Kelantan United Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322398/", "headline": "\nSelepas Tubuh Skuad Futsal, JDT Rancang Wujudkan Pasukan Bola Sepak Wanita\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan besar akan turut sama menghiasi kancah sukan No.1 Malaysia bagi kategori wanita.", "Ini selepas pemilik skuad berjulukan Harimau Selatan, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengesahkan pihaknya sedang dalam perancangan untuk mewujudkan pasukan berkenaan menerusi satu ciapan di akaun Twitter peribadinya.", "“Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT?” tulis baginda sambil membalas lontaran harapan daripada pemain skuad kebangsaan, Steffi Sidhu agar JDT menubuhkan pasukan wanita sepertimana dilaporkan Flash Sukan.", "Dalam perancangan. Ada sesiapa nak main untuk pasukan wanita JDT? https://t.co/0lYrLkZlI8", "— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 20, 2023", "Steffi menjangkakan kewujudan pasukan wanita JDT dapat meningkatkan tahap bola sepak wanita negara ini sesuai dengan tahap profesionalisme dan kejayaan luar biasa yang telah ditampilkan terutamanya menerusi pasukan lelakinya di pelbagai peringkat umur.", "Menariknya, pendedahan perancangan untuk mewujudkan pasukan wanita berkenaan hadir selepas JDT menubuhkan skuad futsalnya bagi beraksi dalam Malaysia Premier Futsal League (MPFL) musim ini.", "Untuk makluman, selain terlibat dalam bola sepak dan futsal, JDT turut berkecimpung dalam sukan lain bagi mengembangkan lagi jenamanya seperti hoki ais, e-sports dan tinju menerusi penubuhan Pasukan Hoki Ais JDT, Pasukan Esports JDT dan Pasukan Tinju JDT masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215344/", "headline": "\nHospital Sahkan Hidung Adib Raop Tak Patah Tetapi Dinasihatkan Pakai Topeng Pelindung\n", "content": ["Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak hopital, ‘wing-back’ Penang FC, Muhammad Adib Abdul Raop disahkan tidak mengalami kecederaan patah hidung.", "Perkembangan ini dimaklumkan sendiri oleh pihak kelab menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Terdahulu, pemain berusia 22 tahun ini dilaporkan cedera ekoran ditumbuk di bahagian muka ketika mahu meleraikan pergaduhan ketika menentang Terengganu II dalam saingan pramusim, Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022, minggu lalu.", "Insiden panas melibatkan pemain-pemain @FCTerengganu II dan @Penang_FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.Kami mengharapkan insiden seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. pic.twitter.com/YKRum4DdFX", "“Alhamdulillah, sukacita dimaklumkan bahawa hasil pemeriksaan kesihatan yang telah pun dibuat di Island Hospital Pulau Pinang, menunjukkan bahawa Adib Raop tidak mengalami kecederaan patah tulang hidung.” ", "“Apa yang diperoleh melalui pemeriksaan tersebut adalah, Adib Raop hanya didapati mengalami kerosakan pada bahagian tulang rawan dan luka di bahagian dalam hidung.”", "BERITA BERHUBUNG STATUS KECEDERAAN ADIB RAOPArtikel penuh : https://t.co/6FzL1Ns06J#HariaPenangHaria #BolaPenang #PenangFC #OrangKita #Penang2030 pic.twitter.com/NIZJTLgbqc", "“Luka berkenaan yang menjadi punca pendarahan tetapi keadaan tersebut sebenarnya masih dalam keadaan yang terkawal.”", "“Buat masa ini, Adib Raop telah pun dinasihatkan oleh doktor untuk memakai topeng muka semasa menjalani latihan.” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab.", "Dimaklumkan, Adib masih memerlukan pemantauan rapi dengan bantuan bantuan ubat bagi memastikan tiada lagi pendarahan semasa dalam proses penyembuhan luka tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323072/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Belanda: Samuel Lee Lepasi 3 Perlawanan Peringkat Kelayakan\n", "content": ["Perseorangan lelaki muda negara, Samuel Lee berjaya melepasi peringkat kelayakan untuk mara ke Pusingan 32 babak undian utama di kejohanan Siri Antarabangsa Belanda 2023.", "Pemain bebas (independent) yang bakal menginjak usia 20 tahun ini melepasinya dengan melakar tiga kemenangan dalam tiga perlawanan peringkat kelayakan.", "Semuel bermula dengan mencatatkan kemenangan ke atas pemain Jerman, Brian Holtschke dengan skor 21-18, 17-21 dan 21-17 pada pusingan 64 kelayakan. ", "Kemudiannya, Samuel meneruskan rentak kemenangan pada pusingan seterusnya ke atas pemain Denmark, Marcus Viscovich dengan pungutan mata 17-21, 21-9 dan 21-11.", "Akhir sekali, pemain yang menghuni ranking ke-774 dunia ini mengesahkan kemaraannya ke babak utama kejohanan dengan mencatatkan kemenangan ke atas Dominik Kwinta dari Poland dengan skor 17-21, 24-22 dan 21-14.", "Pada Pusingan 32, Samuel akan membuat perhitungan dengan pemain Bulgaria yang menghuni ranking ke-219 dunia.", "Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki yang bermula di peringkat kelayakan, Sean Ngu Ze Xi tidak dapat mara ke babak utama apabila tersangkut pada perlawanan terakhir peringkat kelayakan.", "Dalam perlawanan itu, Sean yang berusia 19 tahun tumpas kepada pemain tuan rumah yang berada di ranking ke-352, Dennis Koppen secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-12.", "Featured Image: Instagram Samuel Lee"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219675/", "headline": "\nPiala Asia B-20: Hanya Indonesia Pasukan ASEAN Yang Layak Selaku Juara Kumpulan\n", "content": ["Skuad muda jiran tetangga, Indonesia menjadi satu-satunya negara dari rantau asia tenggara (ASEAN) yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 selaku juara kumpulan pada peringkat kelayakan.", "Indonesia yang berada dalam Kumpulan H serta dipilih sebagai hos muncul juara setelah merekodkan kemenangan bersih ke atas tiga lawannya, Vietnam (3-2), Timor Leste (4-0) dan Hong Kong (5-1).", "Sementara itu, Vietnam yang mempunyai 6 mata serta 7 perbezaan gol menjadi pasukan kedua ASEAN layak secara tidak rasminya apabila menghuni tempat pertama dalam kalangan kesemua naib juara peringkat kelayakan. ", "9️⃣ group winners seal their 2023 #AFCU20 spots and will join hosts 🇺🇿 Uzbekistan after a thrilling week of Qualifiers action.", "Which top 5️⃣ runners-up will join them? pic.twitter.com/IXxoyYMjE4", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) September 18, 2022", "Bagaimanapun, status sebuah lagi skuad negara jiran tetangga, Thailand berada dalam keadaan 50:50 kerana menghuni tangga kelima dalam kalangan kesemua naib juara – tempat terakhir yang melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-20.", "Ini kerana, perlawanan peringkat kelayakan melibatkan Kumpulan H yang terdiri daripada Australia, Iraq, India dan Kuwait akan dilangsungkan pada Oktober kelak. Sekiranya pasukan yang muncul naib juara kumpulan ini meraih 7 mata atau 6 mata disertai dengan 4 perbezaan gol, Thailand secara automatiknya gagal melayakkan diri.", "Sementara itu, skuad B-20 negara kendalian Hassan Sazali Waras pula disahkan gagal layak apabila menamatkan saingan Kumpulan E di tempat ketiga. Malaysia berada di kedudukan tersebut dengan kutipan 4 mata hasil daripada merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.", "Antara negara ASEAN senasib bersama Malaysia gagal ke pusingan akhir Piala Asia B-20 ini ialah Myanmar, Laos, Filipina, Singapura, Kemboja dan Brunei Darussalam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324036/", "headline": "\nMalaysia Masters: Kian Men-Pei Jing Gagal Ke Suku Akhir Buat Kali Ketujuh Berturut-Turut\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) tanah air, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing kini gagal menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir buat kali ketujuh berturut-turut dalam kejohanan individu yang disertai mereka pada tahun ini.", "Terbaru, kemarau ke peringkat tersebut berlanjutan apabila Kian Meng-Pei Jing yang menghuni tangga ke-17 dunia pada saat ini tumpas dalam Pusingan 32 dalam saingan Malaysia Masters 2023, hari ini.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUXD – R32 🇹🇭Supak JOMKOH🏅22 22 🇹🇭Supissara PAEWSAMPRAN🏅 🇲🇾TAN Kian Meng20 20 🇲🇾LAI Pei Jing", "— BWFScore (@BWFScore) May 24, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Kian Meng-Pei Jing tumpas kepada beregu No.2 Thailand, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran secara “straight set” menerusi skor 20-22 dan 20-22 dalam tempoh 44 minit permainan.", "Untuk makluman, ini merupakan kekalahan pertama dialami Kian Meng-Pei Jing selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut ke atas Supak-Supissara dalam saingan Jelajah Akhir Dunia BWF dan All England pada tahun lalu.", "Sebagai rekod, selain gagal ke peringkat suku akhir, Kian Meng-Pei Jing hanya melakar kemaraan sebanyak dua kali sahaja daripada tujuh kejohanan setakat ini ke Pusingan 16. ", "Dua kejohanan terbabit adalah ketika beraksi dalam saingan Indonesia Masters dan All England pada penghujung Januari dan pertengahan Mac lalu masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322339/", "headline": "\nSarawak Tuan Rumah SUKMA 2024, Kelantan Tahun 2028\n", "content": ["Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) merangkap Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengumumkan Sarawak dipilih sebagai tuan rumah SUKMA edisi seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2024.", "Perkembangan itu hadir selepas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia secara bersetuju memilih negeri terbabit dalam mesyuarat yang berlangsung pada hari ini.", "Difahamkan pemilihan Sarawak selaku tuan rumah adalah berpandukan kepada persetujuan ahli-ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang seli setiap dua tahun di antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri.", "Selepas giliran Sarawak, temasya SUKMA pada tahun 2026 akan dianjurkan oleh MSN. Manakala Kelantan pula telah bersetuju untuk menerima tanggungjawab selaku tuan rumah SUKMA 2028 untuk memberikan mereka tempoh persiapan yang lebih panjang.", "Rasional sistem penggiliran tuan rumah itu bertujuan untuk mengurangkan bebas Kerajaan Persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan juga pembiayaan program persediaan atlet-atlet di peringkat negeri.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208018/", "headline": "\nBelanjawan 2021: RM19 Juta Untuk Memantapkan Amalan Gaya Hidup Sihat\n", "content": ["Kerajaan pada hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM19 juta bagi melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021.", "Perkara itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz di Dewan Rakyat, hari ini.", "Ini bertujuan memantapkan amalan gaya hidup sihat demi mengurangkan risiko menghidapi penyakit diabetes, hipertensi dan obesiti.", "Selain itu, kerajaan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM28 juta untuk melaksanakan program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti OKU."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218892/", "headline": "\nSukan Komanwel: Ng Tze Yong Ke Final, Bekas Pemain No.1 Dunia Tumbang Sekali Lagi\n", "content": ["Pemain badminton muda negara, Ng Tze Yong berhasil menempatkan dirinya ke pentas akhir acara badminton (individu) di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Atlet berusia 22 tahun ini menempa kemaraan tersebut dengan menumpaskan bekas pemain No.1 dunia dari India, Srinkanth Kidambi di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong mencetak kemenangan menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan keputusan 13-21, 21-19 dan 21-10.", "SF#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong def. #IND🇮🇳 Kidambi Srikanth 13-21 21-19 21-10#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/BF4Z7ZqOQH", "— BAM (@BA_Malaysia) August 7, 2022", "Untuk makluman, ini merupakan kali kedua berturut-turut Tze Yong berjaya menumpaskan pemain India yang berusia 29 tahun di pentas antarabangsa.", "Kemenangan pertama digapai oleh Tze Yong ketika beraksi dalam perlawanan akhir mewakili pasukan Malaysia dalam acara badminton berpasukan campuran di temasya yang sama.", "Ketika itu, Tze Yong turut mencetak kemenangan menerusi tiga set permainan yang berakhir dengan skor 21-19, 6-21 dan 21-16. Kemenangan Tze Yong itu membantu Malaysia meraih pingat emas dalam acara tersebut.", "Sementara itu, di peringkat akhir badminton (individu) yang dijadualkan berlangsung pada petang esok (waktu Malaysia), Tze Yong akan turun berhadapan pemain No.1 India merangkap No.10 dunia, Lakshya Sen.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321870/", "headline": "\nKelantan Umum Bekas Bek Kanan La Liga Sebagai Pemain Import Ke-6\n", "content": ["Pasukan yang dimiliki oleh ahli perniagaan dan pelabur tempatan, Norizam Tukiman iaitu Kelantan FC tampil mengumumkan tambahan seorang lagi pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Menerusi satu makluman, bekas bek kanan yang pernah beraksi dalam kancah La Liga, Miguel Angel Garrido Cifuentes atau lebih mesra dengan nama panggilan Cifu disahkan menjadi milik skuad berjulukan The Red Warriors itu.", "“Kelantan Football Club mengucapkan selamat datang kepada Miguel Cifuentes ke skuad The Red Warriors.” ", "Selamat datang ke Kota Bharu, Cifu!", "Miguel Ángel Garrido Cifuentes lebih dikenali sebagai Cifu, mempunyai pengalaman dalam dunia bola sepak di Sepanyol. Beliau juga pernah bermain dengan beberapa pasukan besar di La Liga. pic.twitter.com/CyHmCWq4hC", "— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) February 14, 2023", "“Beliau akan bersama pasukan dalam saingan Liga Super Malaysia 2023.” tulis kenyataan alu-aluan kelab kepada pemain berusia 32 tahun tersebut.", "Seperti dinyatakan di atas, bek kanan merupakan posisi yang dominan dan seringkali dimainkan oleh Cifu bersama kelab-kelan yang disertainya sebelum ini. Namun, pemain yang memiliki ketinggian 1.73 meter (m) ini turut berkemampuan untuk bermain sebagai sayap kanan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali pertama dalam karier bola sepak Cifu beraksi di luar negara dan benua kelahirannya.", "Sebelum ini, kariernya hanya bertumpu di Sepanyol bersama Torellano Illice, Orihuela, Elche, Girona, Malaga, Albacete dan Ibiza.", "Sebagai rekod, Cifu menjadi pemain import keenam yang diikat oleh Kelantan pada jendela perpindahan kali ini.", "Sebelum ini, kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung ini telah mendapatkan Christian Rontini, Mario Aques, Nuha Marong Krubally, Kim Ming-kyu dan Kang Eui-chan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214743/", "headline": "\nHanya Semusim Bersama JDT, Abimanyu Dijual Kepada Persija Dengan Harga Lumayan\n", "content": ["Jodoh bintang muda Indonesia, Syahrian Abimanyu bersama pasukan gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya hanya bertahan selama semusim sahaja.", "Menerusi makluman oleh pelbagai platform media sosial skuad Harimau Selatan, pemain tengah berusia 22 tahun itu akan menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta.", "Baca: Syahrian Abimanyu Pemain No.6 Dengan Kebolehan Hantaran Jauh Persis Pirlo", "JDT & PERSIJA REACH AGREEMENT OVER ABIMANYU TRANSFER Johor Darul Ta'zim FC have agreed on an undisclosed transfer fee for Syahrian Abimanyu to join Persija Jakarta. [1/2] pic.twitter.com/S5gHL9w2In", "Dimaklumkan, JDT telah mencapai kata sepakat mengenai yuran perpindahan yang ditawarkan oleh Persija Jakarta untuk membolehkan mereka mendapatkan khidmat Abimanyu.", "Difahamkan yuran yang ditawarkan oleh skuad yang terkenal dengan julukan Macan Kemayoran itu cukup lumayan namun ianya tidak didedahkan oleh JDT di laman sosialnya.", "Sebagai rekod, Abimanyu sekadar berhasil meraih dua penampilan bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia 2021.", "Untuk makluman semua, JDT menandatangani Abimanyu daripada Madura United pada awal tahun 2020. Sejurus sahaja menandatangani pemain ini, JDT meminjamkan pemain ini kepada Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan Liga Australia selama setengah musim.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110957/", "headline": "\nEuro 2020: Pemain Chelsea & Man City Paling Ramai di Pentas Separuh Akhir\n", "content": ["Pemain-pemain kelab yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan final Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Chelsea dan Manchester City muncul paling ramai mara ke pentas separuh akhir Euro 2020.", "Kejohanan Euro kali ini menyaksikan skuad kebangsaan Itali, Sepanyol, Denmark dan England menempa kemaraan ke pentas separuh akhir dengan bergaya selepas menumpaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir.", "Pada peringkat awal, seramai 17 pemain Chelsea yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan masing-masing manakala Man City pula adalah seramai 14 orang.", "Berdasarkan penelitian yang dibuat, daripada empat pasukan semi-finalis, England dan Sepanyol muncul pasukan yang paling banyak menggunakan pemain daripada Chelsea dan Man City. England menggunakan 7 pemain (4 Man City, 3 Chelsea) manakala Sepanyol menggunakan 5 pemain (4 Man City, 1 Chelsea).", "Berikut adalah senarai pemain Chelsea dan Man City serta apa yang dilakukan oleh mereka bersama skuad kebangsaan masing-masing setakat ini:", "Pertahanan Chelsea berusia 25 tahun ini merupakan individu penting di barisan pertahanan bertiga Denmark pada kempen Euro kali ini. Setakat ini, Christensen telah beraksi dalam kelima-lima perlawanan serta menjaringkan gol rembatan padu ketika menentang Rusia pada saingan peringkat Kumpulan B. ", "Daripada lima perlawanan, pemain tengah berusia 22 tahun ini telah melakukan 3 penampilan ketika bertemu Croatia, Scotland dan Ukraine. Daripada segi sumbangan terhadap pasukan, Mount telah mencipta satu ‘assist’ kepada Henderson menerusi sepakan sudut yang dilakukannya ketika menentang Ukraine.", "Bek kanan berusia 21 tahun ini hanya diturunkan sekali ketika menentang Scotland pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Pengurus England, Gareth Southgate lebih gemar menurunkan Kyle Walker atau Kieran Trippier untuk beraksi di posisi bek kanan atau wing-back kanan.", "Setakat 5 perlawanan yang telah dilalui oleh England, pertahanan berusia 24 tahun ini belum melakukan sebarang penampilan dalam kejohanan Euro kali ini. Lebih malang, baru-baru ini dia terpaksa menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada Billy Gilmour selepas perlawanan antara England dan Scotland. Perkara ini menyebabkan bek kiri ini terlepas perlawanan menentang Republik Czech.", "Pemain kelahiran Brazil yang bermain untuk skuad kebangsaan Itali ini menjadi nadi utama terutamanya di bahagian tengah dalam sistem permainan yang diterapkan oleh pengurus, Roberto Mancini. Setakat ini, Jorginho beraksi dalam kesemua perlawanan yang membawa Itali mara ke pentas separuh akhir. ", "Emerson lebih banyak memanaskan bangku simpanan namun setakat ini dia telah melakukan 2 penampilan pada kejohanan Euro 2020. Penampilan pertamanya ketika turun menentang Wales pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A. Penampilan keduanya hadir sebagai pemain gantian kepada Spinazzola ketika Italy menentang Belgium pada suku akhir.   ", "Kapten pasukan Chelsea dan Sepanyol, Cesar telah merekodkan 3 penampilan setakat ini. Bek kanan ini diturunkan buat pertama kali ketika menentang Slovakia pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan E dan disusuli dengan perlawanan pusingan ke-16 dan suku akhir. Bukan sahaja membantu di barisan pertahanan, Azpilicueta turut merekodkan satu gol ketika menentang Croatia.", "Pertahanan tengah berketinggian 1.88 meter ini merupakan tonggak utama England di Euro 2020. Setakat ini, dia bermain dalam kelima-lima perlawanan buat skuad Three Lions. Kehadirannya turut membantu Englad menjadi satu-satunya pasukan yang belum mencatatkan sebarang bolos pada kempen Euro kali ini.", "Daripada 5 perlawanan yang telah dilalui oleh England, Kyle Walker beraksi dalam empat perlawanan. Pertahanan berusia 31 tahun ini hanya tidak diturunkan ketika England menentang Scotalnd. Merupakan pilihan utama Gareth Southgate di posisi bek kanan atau bek tengah kanan.", "Pemain muda ini menjadi taruhan utama Gareth Southgate pada dua perlawanan awal peringkat Kumpulan D bertemu Croatia dan Scotland. Bagaimanapun, dia tidak disenaraikan pada perlawanan ketiga kerana Southgate bimbang Foden mengutip kad kuning kedua sekaligus akan diggantung pada perlawanan pusingan ke-16. Namun, selepas daripada itu, Foden hanya memanaskan bangku simpanan sahaja ketika England menentang Jerman dan Ukraine baru-baru ini.", "Bintang utama England pada kejohanan Euro 2020. Beraksi di posisi sayap atau penyerang kiri, Sterling bukan sahaja bermain dalam kelima-lima perlawanan setakat ini malahan turut menjaringkan 3 gol dan satu ‘assist’ bersama skuad Three Lions. ", "Daripada 5 perlawanan yang telah dilalui oleh Sepanyol, Rodri yang beraksi di posisi ‘defensive midfielder’ turut menjadi pilihan Luis Enrique sebagai tonggak utama pasukan dengan merekodkan penampilan sebanyak empat kali. Dia hanya memanaskan bangku simpanan ketika Sepanyol turun menentang Slovakia. ", "Sepertimana rakan sepasukannya, John Stone yang menjadi tonggak utama England, begitu juga Laporte bersama skuad La Furia Roja. Laporte merupakan salah seorang pemain penting di dalam pasukan bimbingan Luis Enrique dengan diturunkan dalam kelima-lima perlawana setakat ini. Malahan dia turut menyumbang satu gol ketika Sepanyol berpesta jaringan ketika menentang Slovakia.", "Pemain yang boleh dikatakan cukup versatil di bahagian serangan. Tampil dalam kesemua lima perlawanan setakat ini tetapi apa yang paling menarik mengenai Ferran adalah posisinya bersama skuad kebangsaan Sepanyol. Setakat ini, dia telah diturunkan untuk bermain di posisi sayap kanan (utama), sayap kiri serta penyerang tengah. Dan versatiliti itu tidak menghalangnya untuk membantu pasukan dengan menjaringkan 2 gol dan 1 ‘assist’ setakat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221139/", "headline": "\nArif Aiman Rangkul 3 Anugerah Di ABK22\n", "content": ["Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berjaya merangkul tiga anugerah pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2022 (ABK22) yang diadakan secara virtual, semalam.", "Pertamanya, dengan persembahan yang cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini, pemain berusia 20 tahun ini berjaya mempertahankan anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) yang dimenanginya pada musim lalu.", "Keduanya, Arif turut dinobatkan serta mempertahankan anugerah Penyerang Terbaik hasil daripada menjaringkan 8 gol serta 16 ‘assist’ pada musim ini.", "Bagi anugerah ini, Arif merangkul anugerah ini dengan mengatasi dua lagi calon, Faisal Halim (Terengganu FC) dan Darren Lok (PJ City FC).", "Ketiganya, pemain kelahiran Pahang ini turut memenangi dan mempertahankan Anugerah Pemain Muda Terbaik dengan mengetepikan dua pencabarnya, Azam Azmi Murah (Terengganu FC) dan Mukhairi Ajmal (Selangor FC).", "Sementara itu, bagi anugerah yang lain, pemenang-pemenangnya adalah seperti berikut:", "Jurulatih Terbaik: Nafuzi Zain (Terengganu FC)", "Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (JDT)", "Pemain Tengah Terbaik: Afiq Fazail (JDT)", "Pemain Import Terbaik: Fernando Forestieri (JDT)", "Penjaga Gol Terbaik: Ahmad Syihan (Negeri Sembilan FC)", "Penjaring Terbanyak Liga Super 2022: Bergson da Silva (JDT)", "Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022: Abu Kamara (Kuching City FC)", "Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2022: Nurshamil Abd Ghani (Kelantan FC)", "Gol Terbaik Liga Malaysia: Mukhairi Ajmal (Selangor FC)", "Anugerah Fair Play: PJ City", "Untuk makluman semua, seramai 386 daripada 667 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama pasukan masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK22 yang mengundi 10 pemain terbaik mereka dalam setiap kategori. ", "Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.", "Manakala para penyokong pula berpeluang untuk mengundi FAN XI dan berikut adalah keputusan undian FAN XI:", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219402/", "headline": "\nDr. Mohd Daud Jadi Pemilik Baharu Kedah Darul Aman FC?\n", "content": ["Adakah tokoh dan pakar kewangan Islam, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar tidak lagi berperanan sebagai penaung (patron) bagi Kedah Darul Aman Football Club?", "Sebaliknya, peranan beliau bersama skuad berjulukan Sang Kenari itu ke tahap yang lebih tinggi iaitu sebagai pengerusi dan pemilik baharu bagi kelab berkenaan.", "Kejutan itu diumumkan sendiri olehnya ketika berucap dalam majlis pelancaran jersi sebuah pasukan yang berpangkalan di selatan Thailand, Pattani FC, semalam.  ", "“Saya Dr. Mohd Daud Bakar, pengerusi dan pemilik Kedah Darul Aman FC,” katanya memulakan bicara di dalam majlis berkenaan yang turut disiarkan secara langsung di laman sosial milik kelab terbabit.", "Beliau turut menyambung ucapannya itu dengan menjemput Pattani FC yang beraksi dalam saingan Thai League 3 untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah. ", "Pada masa yang sama beliau turut berharap agar pasukannya dapat bertandang ke wilayah berkenaan beraksi menentang skuad berjulukan The Queen Cannons ini pada masa hadapan.", "Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan berkenaan dalam mengharungi saingan bola sepak musim ini.", "Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang makluman rasmi di laman sosial milik Kedah Darul Aman mengenai jawatan baharu dan pemilikan baharu Dr. Mohd Daud Bakar.", "Seperti kita sedia maklum, Kedah Darul Aman FC yang diuruskan sepenuhnya oleh Darulaman Football Club Sdn. Bhd.", "Syarikat yang menguruskan kelab ini pula dipegang sahamnya sebanyak 80% oleh Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dan bakinya pula sebanyak 20% dimiliki oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).", "Manakala, Dr. Mohd Daud Bakar pula diumumkan sebagai patron bagi skuad Hijau Kuning oleh Presiden KFA, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah sekitar November 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112993/", "headline": "\nKejohanan Berbasikal Trek Dunia: Shah Firdaus, Fadhil Zonis Berlumba Tanpa Coach John\n", "content": ["Dua pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis akan beraksi tanpa kehadiran ketua jurulatih, John Beasley di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021.", "Menurut laporan portal akhbar berbahasa inggeris, New Straits Times, hal ini kerana jurulatih kelahiran Australia itu akan menghadapi masalah untuk pulang ke negaranya sekiranya turut serta dalam kejohanan yang berlangsung di Roubaix, Perancis tersebut.", "Disebabkan hal itu, Coach John terpaksa melupakan hasrat ke Perancis bagi menemani Shah dan Fadhil. Sebaliknya, dia pulang ke negaranya dan sedang menjalani kuarantin pada ketika ini. Difahamkan, kepulangan Coach John ke Australia ini adalah pertama kali sejak Jun lalu.", "“Pengembara dari Eropah tidak dibenarkan masuk ke Australia, dan tiada tiket pulang (untuk saya). Saya juga tidak dapat kembali ke Kuala Lumpur kerana visa saya sudah tamat tempoh. Ia hanya akan diperbaharui bersama kontrak baharu saya,” katanya dipetik daripada portal tersebut.", "“Disebabkan saya tidak ke Perancis, saya mempunyai masa untuk merangka program skuad kebangsaan yang baharu.”", "“Penolong saya Harnizam Basri dan ahli fisiologi Chee Lee Ming akan menemai pelumba-pelumba di Perancis. Kedua-duanya telah bersama saya sejak sekian lama, dan saya tahu mereka akan melakukan yang terbaik untuk membantu Shah dan Fadhil mengatasinya,”", "“Saya akan berhubung rapat dengan mereka, jadi tidak timbul sebarang masalah besar.” tambahnya lagi.", "Artikel Berkaitan: Fadhil Zonis Sasar Catat Masa Bawah Seminit", "Untuk makluman semua, Shah yang beraksi di pentas Sukan Olimpik pada Ogos lalu akan menyertai dua acara di kejohanan ini iaitu pecut dan keirin individu.", "Manakala, Fadhil pula akan menyertai tiga acara iaitu pecut, keirin dan ujian masa 1 kilometer (km).  ", "Sebagai tambahan, kejohanan ini akan berlangsung bermula 20 hingga 24 Oktober hadapan di Velodrome Couvert Regional Jean-Stablinski atau dikenali sebagai Le Stab."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207767/", "headline": "\nRakyat United Sukar Bersaing Guna Pemain ‘Amatur’ – Coach Satia\n", "content": ["Bekas pengendali Selangor, B. Satiananthan merasakan Rakyat United FC bakal menghadapi kesukaran untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia dengan sekadar mempertaruhkan pemain amatur.", "Terdahulu, Rakyat United yang dikatakan akan menggantikan Felda United FC dalam saingan Liga Malaysia mengumumkan mahu merekrut pemain untuk beraksi dalam saingan Liga Super atau Liga Premier 2021.", "Mereka dengan beraninya mahu membina skuad utama dengan adunan dua pemain remaja, dua pemain berusia 30 tahun ke atas, dua pemain berusia 50 tahun ke atas dan enam pemain berusia antara 18 hingga 29 tahun.", "Selain itu, mereka turut mahukan dua orang pemain kaum cina, dua pemain kaum india, dua orang pemain berketurunan orang asli serta masing-masing dua pemain bumiputera dari Sabah dan Sarawak.", "Jika anda mempunyai bakat bermain bola sepak tetapi tidak mempunyai peluang? Ingin menjadi sebahagian dari Rakyat United? Sertai kami! #AreYouRakyat #ForMalaysiansByMalaysians pic.twitter.com/E2RIkfSXKK", "“Saya tidak nampak keupayaan pasukan tersebut jika mereka memberi peluang kepada pemain yang tidak pernah bermain dalam kancah profesional. Kalau mereka tetap bersaing menggunakan pemain amatur, itu malapetaka bagi mereka.", "“Apabila dapat pemain yang dibayar gaji dengan murah dan mungkin tak ada pengalaman, mereka akan gagal bersaing sehingga berada dalam kelompok pasukan tercorot.” ujarnya seperti dipetik daripada Sinar Harian.", "Satiananthan yang mesra dengan panggilan Coach Satia melihat ianya sebagai satu perancangan yang kurang rapi oleh Rakyat United. Pihak pengurusan kelab seharusnya mendapatkan pandangan daripada individu yang berpengalaman dalam kancah bola sepak tempatan.", "“Sudah semestinya mereka tidak mahu perkara itu berlaku dalam tahun pertama pada saingan Liga-M. Malah, mana ada pengurusan yang mahukan pasukan mereka tercorot dan asyik kalah.", "“Semua ini kena buat perancangan yang lebih rapi. Jangan main cakap saja dan mereka perlu tanya orang yang dah lama terlibat dalam bola sepak untuk mendapatkan pandangan,” katanya lagi.", "Setakat ini, belum ada sebarang kata putus daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku pemberi lesen kebangsaan dan pengendali liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) samada Rakyat United disahkan bersaing dalam kancah Liga Super atau Liga Premier 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217781/", "headline": "\nRanking BWF: ‘Semi-Finalist’ Saingan Itali Rekod Peningkatan 11 Anak Tangga\n", "content": ["Kemaraan perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei ke pentas separuh akhir dalam Cabaran Antarabangsa Itali 2022 memberikan peningkatan yang agak mendadak terhadap kedudukan ranking dunianya.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Jin Wei merekodkan peningkatan 11 anak tangga sekaligus meletakkannya di kedudukan ke-70 dunia bagi minggu ke-23.", "Sebagai rekod, ini merupakan kedudukan tertinggi diraih oleh Jin Wei selepas menjunam ke tangga ke-94 dunia sekitar awal Januari 2020.", "Untuk makluman semua, perjalanan Jin Wei dalam saingan Cabaran Antarabangsa Itali terhenti setakat peringkat separuh akhir apabila dia mengalami kekejangan yang memaksanya untuk menarik diri, pada minggu lalu.", "Minggu ini, Jin Wei akan mengambil bahagian dalam satu lagi kejohanan bertaraf “International Challenge” iaitu Denmark Masters 2022.", "Di kejohanan ini, Jin Wei akan memulakan kempen dengan menentang pemain India yang menghuni ranking ke-101 dunia, Tanya Hemanth di Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325190/", "headline": "\nLegenda Arsenal Kemudi Kelab ‘Adik’ Kepada Chelsea\n", "content": ["Kelab Ligue 1, RC Strasbourg milik konsortium yang diketuai Todd Boehly mengumumkan perlantikan legenda Arsenal, Patrick Vieira selaku pengurus baharu mereka dengan kontrak selama tiga tahun, awal pagi tadi. ", "Pengumuman itu hadir menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi kelab dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial skuad berjulukan Les Bleu et Blanc itu. ", "Memetik kenyataan tersebut, Presiden RC Strasbourg, Marc Keller berasa amat gembira dengan kehadiran Vieira dan percaya dengan kemampuan pengendali berusia 47 tahun itu.", "“Saya mengalu-alukan (kehadiran) Patrick Vieira, yang saya kenali sejak di pasukan kebangsaan Perancis; Saya berasa sangat gembira dapat mengalu-alukan kehadirannya di Strasbourg,”", "🤝 𝐏𝐚𝐭𝐫𝐢𝐜𝐤 𝐕𝐢𝐞𝐢𝐫𝐚 𝐧𝐨𝐦𝐦𝐞́ 𝐞𝐧𝐭𝐫𝐚𝐢̂𝐧𝐞𝐮𝐫 𝐝𝐮 𝐑𝐚𝐜𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐥𝐮𝐛 𝐝𝐞 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐬𝐛𝐨𝐮𝐫𝐠 𝐀𝐥𝐬𝐚𝐜𝐞", "Patrick Vieira (47 ans) s’est engagé aujourd’hui pour trois ans en faveur du Racing Club de Strasbourg Alsace, dont il devient l’entraîneur.", "— Racing Club de Strasbourg Alsace (@RCSA) July 2, 2023", "“Dia menepati kriteria yang kami cari; seorang pengendali yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, dan yang juga mempunyai pengetahuan yang baik tentang Ligue 1 dan pemain muda di dalam liga.” ujar Keller dalam kenyataan yang sama.", "Pada Mac lalu, Vieira disahkan berpisah dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Crystal Palace selepas skuad berjulukan The Eagles itu gagal mencapai sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan berturut-turut. ", "Kehadirannya di Strasbourg dilihat sebagai kembalinya seorang legenda ke tanah air selepas pernah membimbing OGC Nice dalam saingan Ligue 1 selama tiga tahun sehingga Disember 2021.", "Untuk makluman, konsortium yang membeli Chelsea pada tahun lalu, BlueCo telah membeli saham majoriti RC Strasbourg secara tidak langsungnya menjadikan kelab yang bersempadan dengan Jerman itu sebagai adik-beradik dengan The Blues.  ", "Suatu masa dahulu, RC Strasbourg merupakan kelab yang merekrut legenda Kedah dan Malaysia, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjadi sebahagian daripada pemain akademi mereka sebelum penyerang tersebut kembali ke pangkuan skuad Sang Kenari.", "Featured Image: Racing Club de Strasbourg Alsace"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219793/", "headline": "\nMelaka United Belanja RM1 Juta Sebulan – Akan Dikurangkan Serendah RM350,000 Musim Depan\n", "content": ["Pasukan yang disekat daripada beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2022 ekoran masalah tunggakan gaji terhadap pemain dan pegawainya, Melaka United FC berbelanja sebanyak RM1 juta bagi setiap bulan, dedah portal Melaka Hari Ini.", "Justeru, bagi mengelakkan berulangnya kemelut gaji, skuad berjulukan Hang Tuah ini akan mengurangkan perbelanjaan bulanannya menjadi sekitar RM350,000 hingga RM400,000 sahaja sebulan pada musim hadapan.", "Pada masa yang sama, Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad memaklumkan segala hutang tertunggak dapat dibayar sebelum bermulanya saingan musim 2023 agar Melaka United dapat terus beraksi dalam kancah Liga Malaysia.", "“Saya berjanji dengan penyokong walaupun kita terpaksa terima hakikat terlepas Piala Malaysia musim ini berikutan kemelut tunggakan gaji yang berlaku.", "“Saya juga akan pastikan pada musim 2023, kita akan menjadi lapan pasukan terbaik dan seterusnya layak secara automatik beraksi dalam Piala Malaysia musim depan.", "“Insya-Allah kita masih ada masa untuk selesaikan segala tunggakan gaji, begitu juga dengan tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM600,000,” katanya dalam sidang media selepas Kongres Luar Biasa MUSA, semalam, seperti dilaporkan portal terbabit.", "Dalam satu laporan lain oleh Melaka Hari Ini, Nur Azmi turut memaklumkan MUSA akan mengambil alih semula Melaka United daripada syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn Bhd.", "Jelasnya, perkara tersebut akan dibincangkan secara terperinci bersama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam masa yang terdekat.", "Selepas ini, 60% pegangan saham itu akan dipecahkan kepada empat syarikat swasta yang baharu tanpa melibatkan KenTeam. Manakala baki 40% saham lagi dimiliki oleh MUSA.", "Sebagai rekod, KenTeam menjadi pemilik Melaka United selepas memiliki 70% saham selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) sekitar April 2021. ", "Featured Image: Melaka United Soccer Association"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113647/", "headline": "\nKelab Komuniti Kerteh FC Tambah Satu Lagi ‘Income Stream’ Dengan Jual Beras Import\n", "content": ["Kelab bola sepak komuniti yang berpangkalan di Terengganu iaitu Kelab Bola Sepak Kerteh (Kerteh FC) melakukan pelbagai inisiatif dan jalinan kerjasama untuk menjana pendapatan bagi memastikan kelangsungan kelab.", "Menerusi cabang perniagaan makanan dan minuman mereka iaitu Kerteh FC F&B, mereka telah mengeluarkan beberapa produk seperti maruku, kambing perap, bahulu dan cocoa spread untuk dijual.", "Selain itu, Kerteh FC turut mengadakan kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti Gadis Baker, Kalislab, Kerepek Ralit dan Warung Pok Nong untuk mendapatkan keuntungan bersama menerusi produk yang dijual.", "Terbaru, kelab yang beraksi dalam saingan divisyen empat (Liga M4) bola sepak tanah air ini mengumumkan satu lagi kerjasama baharu bersama syarikat IKS, Yacob Tahir Enterprise untuk menjual Beras Premium Super Import Cap Buah-Buahan.", "“Sebelum ini pasaran Beras Cap Buah-Buahan kami hanyalah tertumpu di daerah Setiu, Besut, Bachok dan Pasir Putih sahaja. ", "“Dengan kerjasama bersama Kerteh FC ini, ianya dapat menambahkan lagi keyakinan kami bahawa kerjasama ini akan membawa jenama beras kami ke pasaran yang lebih luas capaiannya selepas ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yacob Tahir Enterprise Sdn Bhd, Mohamad Adam Suffian Yacob.", "Baca: Kerteh FC Ambil Iktibar & Pengajaran Daripada Pasukan-Pasukan Yang Terkubur", "Sementara itu, Pengerusi Kerteh FC, Mohd Razeman Mat Nashim menyatakan pemasaran melalui medium sukan bola sepak menjadi satu trend baharu kepada IKS di dalam negara pada masa kini. ", "Beliau mengharapkan kerjasama bersama Yacob Tahir Enterprise ini akan dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Ini kerana syarikat ini bukan sahaja hanya mengeluarkan beras tetapi ada juga beberapa produk barangan asas yang lain seperti minyak masak, telur, garam dan lain-lain lagi.", "Bermula hari ini, peminat The Oilers dan penduduk Kerteh boleh merasai keenakan Beras Super Premium Cap Buah Buahan di kedai-kedai runcit terpilih sekitar Kerteh, Kemasik dan akan berkembang lebih luas lagi selepas ini di daerah Kemaman dan Dungun.", "Berikut adalah produk makanan dan minuman yang dihasilkan sendiri serta kolaborasi antara Kerteh FC dan pelbagai syarikat IKS yang dijual di laman e-dagang, Shopee untuk menambahkan pendapatan kelab: "]} +{"url": "https://sukanz.com/202216212/", "headline": "\nAll England 2022: Beregu No.1 Dunia, The Minions Tumpas Kepada Pasangan Muda Senegara\n", "content": ["Satu kejutan dilakar di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 apabila pasangan beregu lelaki No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo terkandas di peringkat separuh akhir.", "Lebih mengejutkan, gandingan Marcus-Kevin yang terkenal dengan julukan ‘The Minions’ itu tumpas kepada beregu muda senegaranya yang berada di ranking ke-28 dunia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "Perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi menyaksikan Marcus-Kevin merangkap juara All England 2017 dan 2018, tumpas dengan skor 22-20, 12-21 dan 21-16 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Semi final 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅22 13 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅20 21 16 🇮🇩Marcus Fernaldi GIDEON 🇮🇩Kevin Sanjaya SUKAMULJO🕗 in 58 minutes https://t.co/2mBpQnvMlr", "Untuk makluman semua, sebelum menyingkirkan Marcus-Kevin, pasangan berusia 22 dan 23 tahun masing-masing ini turut menyingkirkan beregu juara Kejohanan Dunia BWF dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi di peringkat suku akhir.", "Sebelum itu, mereka turut menghantar beregu No.2 Malaysia merangkap pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia BWF, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pulang daripada saingan All England di Pusingan 16.", "Sementara itu, dengan kejayaan menyingkirkan The Minions, Muhammad Shohibul-Bagas Maulana berhasil meloloskan diri ke pentas akhir saingan All England buat pertama kali dalam karier mereka.", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah samada satu lagi beregu senegaranya, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan merangkap beregu No.2 dunia atau beregu China, He Je Ting-Tan Qiang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113971/", "headline": "\nBergson, Cabrera Pastikan JDT Mara Ke Pentas Final Piala Malaysia\n", "content": ["Dua gol oleh Bergson Da Silva dan satu gol oleh Gonzalo Cabrera telah memastikan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia 2021.", "Kesemua jaringan terhasil pada separuh masa pertama itu membolehkan skuad Harimau Selatan menumpaskan Terengganu dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada hari ini.", "Ia sekaligus menjadikan JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora mara ke pentas akhir dengan keputusan 4-1 secara aggregat setelah menamatkan perlawanan pertama dengan keputusan 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Isnin lalu.", "Sementara itu, di pentas final kelak, JDT yang merupakan juara Piala Malaysia 2019 akan menantikan cabaran samada daripada Melaka United atau Kuala Lumpur City.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322207/", "headline": "\n16 Pasukan Sahkan Penyertaan Piala Sudirman 2023\n", "content": ["Kesemua 16 buah pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan berpasukan campuran dunia iaitu Piala Sudirman 2023, demikian makluman daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Kejohanan yang akan berlangsung dari 14 hingga 21 Mei di Suzhou itu akan disertai oleh China (hos, juara asia), Denmark (juara eropah), Kanada (juara Pan Am), Australia (juara oceania) dan Mesir (juara afrika).", "Selain itu, ianya turut disertai tiga pasukan yang mara ke peringkat separuh akhir kejohanan berpasukan campuran asia dan eropah iaitu Korea, India dan Thailand serta Perancis, England dan Jerman.", "Baki lima buah pasukan lagi yang terdiri daripada Jepun, Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Singapura pula layak menyertai Piala Sudirman edisi kali ini berdasarkan ranking pasukan hasil campuran mata pemain-pemain handalan dalam setiap kategori.", "Berikut adalah senarai 16 pasukan yang mengesahkan penyertaan Piala Sudirman serta kedudukan berdasarkan ranking masing-masing:", "1 – China (Juara asia, Mata: 439,894)", "2 – Japan (Mata: 437,263)", "3/4 – Indonesia (Mata: 356,672)", "3/4 – Malaysia (Mata: 331,911)", "5/8 – Thailand (Semi-finalis asia; Mata: 327755)", "5/8 – Korea (Semi-finalis asia; Mata: 322699)", "5/8 – Denmark (Juara eropah; Mata: 311494)", "5/8 – Chinese Taipei (Mata: 291806)", "9/12 – India (Semi-finalis; Mata: 280640)", "9/12 – Singapore (Mata: 222770)", "9/12 – Germany (Semi-finalis eropah; Mata: 213278)", "9/12 – France (Semi-finalis eropah; Mata: 211437)", "13/16 – Canada (Juara Pan Am; Mata: 190860)", "13/16 – England (Juara eropah; Mata: 128489)", "13/16 – Australia (Juara oceania; Mata: 51142)", "13/16 – Egypt (Juara afrika; Mata: 61742)", "Dimaklumkan, majlis undian bagi Piala Sudirman ini akan dilangsungkan pada 25 Mac (Sabtu) kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218693/", "headline": "\nPasukan Amerika Selatan Ranking Ke-81 Dunia Dikaitkan Sertai King’s Cup\n", "content": ["Kejohanan jemputan antarabangsa yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), King’s Cup pada September nanti dikhabarkan akan disertai oleh sebuah pasukan dari rantau Amerika Selatan.", "Menerusi satu perkongsian oleh akaun media sosial berkaitan bola sepak di Thailand, All Things Thai Football menyatakan saingan empat penjuru itu berkemungkinan akan disertai Bolivia disamping tuan rumah dan skuad Harimau Malaya.", "Baca: Tiada Kelibat Chanatip Songkrasin Dalam Saingan King’s Cup & Piala AFF", "– Another 2 participants will be one national team from COMEBOL (rumor is Bolivia) and one national team from AFC.", "— All Things Thai Football 🇹🇭 (@ThaiFootballs) July 27, 2022", "Bagaimanapun, penglibatan pasukan yang menghuni ranking ke-81 dunia itu belum dapat disahkan lagi dan ianya masih di peringkat khabar angin. Sementara itu, sebuah lagi pasukan yang akan mengambil bahagian adalah dari benua asia sendiri.", "Setakat ini pihak FAT belum mengeluarkan sebarang senarai rasmi skuad kebangsaan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini. ", "Namun begitu, pihaknya telah mengesahkan venue bagi King’s Cup dimana ia akan dilangsungkan di 700th Anniversary Stadium yang terletak di Chiang Mai. Ianya dijadualkan berlangsung antara 22 hingga 25 September kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216025/", "headline": "\nKejuaraan Futsal AFF: Pemain Selangor MAC, Pahang Rangers Dominasi Kem Latihan Skuad Kebangsaan\n", "content": ["Seramai 11 pemain daripada pasukan juara dan naib juara saingan Malaysia Futsal Premier League (MPFl) 2022 disenaraikan untuk menyertai kem latihan pusat skuad futsal kebangsaan menjelang saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022.", "Senarai pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Chiew Chun Yong itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu makluman rasmi yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, hari ini.", "Daripada 11 pemain itu, lima pemain datangnya daripada pasukan juara, Selangor MAC seperti Ekmal Shahrin (penjaring terbanyak MPFL setakat ini, 14 gol), Azrul Hadee, Syawal Sabaruddin, Khairul Effendy dan Azwann Ismail.", "Senarai 20 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Skuad Futsal Harimau Malaya Bermula 16 Mac 2022Ia sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022 di Bangkok, Thailand, 2 hingga 10 April 2022.Baca penuh siaran media ini di https://t.co/TIXNm4YqUR#FAM #HarimauMalaya #AFFFutsal pic.twitter.com/FXEReJ0lQ1", "Sementara itu, enamnya lagi merupakan pemain pasukan naib juara MPFL, Pahang Rangers iaitu Ridzwan Bakri (penjaring ketiga terbanyak MPFL setakat ini, 12 gol), Abu Haniffa, Saiful Nizam, Farikh Khabibor, Yazid Kamaruzaman dan Farhan Khairul.", "Manakala baki sembilannya lagi merupakan pemain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur City, Selangor TOT United dan TRW Kelantan FC.", "Untuk makluman semua, kem latihan pusat skuad kebangsaan ini akan bermula pada Rabu hadapan (16 Mac) bertempat di Arena Futsal, Wisma FAM, Kelana Jaya.", "Kejuaraan Futsal AFF: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan Dalam Kumpulan A", "Daripada 20 pemain yang dipanggil, hanya 16 pemain akan dibawa ke Bangkok, Thailand untuk menyertai Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang akan bermula 2 hingga 10 April kelak.", "Kejuaraan Futsal AFF 2022 ini juga berperanan sebagai kelayakan ke pentas asia dimana tiga pasukan terbaik akan layak ke saingan Piala Asia Futsal 2022 yang akan berlangsung di Kuwait pada September hadapan.", "Mereka dijadualkan terbang ke ibu negara jiran tetangga itu pada 26 Mac nanti. Dimaklumkan, sebelum beraksi di kejuaraan terbabit, skuad futsal kebangsaan akan diuji dengan beberapa perlawanan persahabatan terlebih dahulu di sana.", "Featured Image: Selangor MAC & Pahang Rangers FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219281/", "headline": "\nMFL Perkenal Kategori Baharu Untuk Tiket Final Piala FA Berharga RM200 Sekeping\n", "content": ["Malaysian Football League (MFL), pada hari ini, mengumumkan secara rasmi harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 yang menemukan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 September kelak.", "Menerusi kenyataan rasminya, sebanyak empat tier harga tiket akan dijual untuk perlawanan akhir kali ini dengan disertakan satu pengenalan kategori baharu, VIP Grandstand, yang berharga RM200 sekeping.", "Manakala tiga kategori lagi iaitu Premium Grandstand berharga RM150 serta General Admission yang terbahagi kepada dua tier harga, RM70 dan RM50 kekal sama seperti perlawanan akhir, tahun lalu.", "“MFL telah menetapkan empat ‘tier’ harga tiket bagi perlawanan akhir Piala FA 2022 di mana MFL masih mengekalkan harga General Admission RM50 dan RM70 serta Premium Grandstand RM150 meskipun saban tahun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran.", "“Bagaimanapun bagi kali ini, MFL memperkenalkan tiket VIP Grandstand yang berharga RM200. Empat ‘tier’ tiket ini bagi memberi lebih pilihan kepada penyokong-penyokong untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan final itu nanti.” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam.", "Dimaklumkan, sebanyak 78,000 tiket akan dijual untuk perlawanan akhir ini. MFL turut memutuskan untuk menyerahkan urusan jualan tiket yang telah diperuntukkan kepada setiap kelab untuk dijual kepada penyokong masing-masing.", "Ini bermakna, Terengganu dan JDT akan mendapat 39,000 keping tiket masing-masing bagi dijual kepada penyokong masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208486/", "headline": "\nMenteri Cadang ‘Sport Bubble’ Supaya Liga & Kejohanan Sukan Berjalan Pada 2021\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan mencadangkan sebuah model gelembung sukan (sport bubble) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). ", "Usaha ini dilakukan oleh pihaknya agar sektor sukan seperti liga bola sepak tempatan serta kejohanan-kejohanan sukan yang lain dapat dijalankan pada tahun hadapan.", "Untuk merealisasikannya, pihaknya bersama-sama pemegang taruh yang lain akan mengkaji model-model yang telah digunapakai oleh negara-negara lain.", "Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang usahakan satu model gelembung sukan yang akan dikemukakan kepada MKN dalam usaha membolehkan perlawanan bola sepak diadakan di negara ini – Menterinya @reezal_merican pic.twitter.com/uKPJwhDVl9", "“Memang saya mengharapkan bahawa aktiviti sukan diteruskan kerana menekan butang ‘pause’ ke atas sukan ini menghantar satu isyarat yang barangkali tidak tepat,” katanya menjawab soalan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Muar di Dewan Rakyat, hari ini.", "“Maka sebab itulah di pihak KBS, MSN bersama pemegang taruh kita sedang mengusulkan satu model ‘sport bubble’ yang akan dikemukakan kepada MKN, ", "“Salah satunya kita mahu melihat model-model yang telah dilaksanakan di luar (negara).” tambahnya lagi.", "Perkara lain yang akan diusulkan kepada MKN adalah kaedah menjalankan ujian pengesanan virus Covid-19 yang boleh memberikan keputusan dengan pantas. ", "Antara kaedah ujian pengesanan yang berada di dalam tumpuannya adalah RTK Antigen yang dikhabarkan mendapat kejituan sehingga 99%. ", "Kaedah lain yang menarik perhatiannya dan sedang digunapakai di United Kingdom (UK) ialah breathalyser – ujian yang hanya memerlukan masa sekitar seminit sahaja sebelum keluarnya keputusan.", "“Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan akan memperjuangkan dan memastikan (tahun) 2021 aktiviti sukan akan tetap diteruskan dan Insya-Allah kita akan yakinkan MKN dengan model sport bubble.” katanya lagi.", "Featured Image: Reezal Merican Naina Merican"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215783/", "headline": "\nSong Dilantik Sebagai Pengurus Skuad Kebangsaan Atas Arahan Presiden Republik Cameroon\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak Cameroon (Fecafoot) memilih bekas kapten dan pemain legenda negara berkenaan, Rigobert Song, 45 tahun, sebagai pengurus baharu menggantikan Toni Conceicao.", "Song yang merekodkan penampilan terbanyak bersama Cameroon (137 kaps) dipilih sebagai pengemudi baharu ‘The Indomitable Lions’ setelah dimaklumkan Menteri Sukan & Pendidikan Fizikal, Narcisse Mouelle Kombi menerusi satu siaran media, pada Isnin lalu.", "Un nouveau staff à la tête des #LionsIndomptables. pic.twitter.com/0v5nCvSSLI", "Difahamkan, perlantikan bekas pemain yang pernah beraksi di 4 edisi Piala Dunia ini dibuat atas arahan daripada presiden republik berkenaan, Paul Biya kepada Fecafoot yang dipimpin oleh Samuel Eto’o.", "Perlantikan ini hadir dengan cabaran yang besar buat Song. Dia hanya mempunyai masa 3 minggu sahaja untuk menyiapkan pasukan bagi menghadapi pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar secara timbal balik menentang Algeria pada 25 dan 29 Mac kelak.", "Pemenang pusingan kelayakan terakhir peringkat benua afrika itu akan mara terus saingan Piala Dunia yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.", "Sebagai rekod, sebelum ini, Song merupakan pengurus skuad bawah 23 tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215816/", "headline": "\nBekas Ketua Jurulatih T-Team Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Terengganu FC\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengumumkan perlantikan pengarah teknikalnya, Tomislav Steinbruckner pada hari ini.", "Menerusi makluman oleh kelab terbabit, individu yang berasal dari Croatia itu dilantik bagi menerajui kesemua struktur pasukan-pasukan di bawah naungan Terengganu FC.", "Berusia 55 tahun, Tomislav bukan satu nama asing terutamanya buat para penyokong di negeri Terengganu. Ini kerana, Tomislav pernah membimbing pasukan T-Team pada tahun 2015 yang lalu.", "Untuk makluman semua, teka-teki mengenai siapakah individu yang akan mengisi jawatan pengarah teknikal Terengganu FC telah hangat dibincangkan oleh peminat skuad Hitam Putih ini bermula hujung tahun lalu.", "Ketika itu, terdapat dua daripada individu yang disebut-sebut untuk memegang jawatan ini iaitu Tomislav serta seorang lagi bekas pengendali pasukan T-Team, Rahmad Darmawan.", "Untuk rekod, Pengarah Teknikal Terengganu FC pada musim lalu diisi oleh bekas jurulatiha skuad kebangsaan pada masa lalu, Abdul Rahman Ibrahim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113454/", "headline": "\nTerbuka HYLO: Mudah Buat Zii Jia Ke Peringkat Separuh Akhir\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah besar untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka HYLO 2021.", "Zii Jia yang merupakan pemain pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan Super Series 500 ini mara ke peringkat seterusnya dengan mencatatkan kemenangan ke atas pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen yang berada pada ranking ke-18 dunia.", "HYLO Open 2021 (formerly SaarLorLux Open)MS – Quarter final21 22 🇲🇾Zii Jia LEE🏅13 20 🇹🇭Kantaphon WANGCHAROEN🕗 in 40 minutes https://t.co/Bpf1OCP6yH", "Zii Jia menundukkan lawannya itu secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-11 dan 22-20 dalam masa 40 minit.", "Sementara itu, bagi perlawanan separuh akhir, Zii Jia bakal menantikan cabaran samada daripada pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus atau pemain India, Kidambi Srikanth.", "Pertembungan kedua-dua pemain ini akan berlangsung sebentar sahaja lagi.", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain tersebut berada di ranking ke-14 dan ke-9 dunia masing-masing.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219130/", "headline": "\nRTM Siar Kejohanan Dunia BWF 2022 Secara Langsung Bermula Pusingan 64\n", "content": ["Peminat badminton tempatan boleh menyaksikan Kejohanan Dunia BWF 2022 secara langsung dan percuma di stesen televisyen milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM).", "Menerusi satu makluman di media sosialnya, RTM memaklumkan akan menyiarkan perlawanan di kejohanan terbabit bermula hari pertama iaitu pada 22 Ogos kelak.", "Selain daripada menonton di televisyen, turut boleh disaksikan menerusi penstriman langsung di laman sesawang atau aplikasi RTM Klik.", "Untuk makluman semua, kejohanan pada edisi kali ini disertai oleh sebilangan pemain-pemain negara dalam kesemua kategori seperti:", "Kejohanan ini akan berlangsung selama 7 hari bermula 22 hingga 28 Ogos bertempat di Tokyo, Jepun.", "Sebagai tambahan, kejohanan individu bergred 1 oleh BWF ini tidak menawarkan sebarang hadiah berupa wang ganjaran. ", "Namun begitu, pemenang akan mendapat pungutan mata sebanyak 13,000 – lebih tinggi berbanding pungutan didapati apabila menjuarai Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF atau Kejohanan Jelajah Dunia Super 1000."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322055/", "headline": "\nJustin, Letshanaa Raih $1,800 Hasil Juarai Cabaran Antarabangsa Uganda 2023\n", "content": ["Perseorangan remaja lelaki dan wanita negara iaitu Justin Hoh dan Karupathevan Letshanaa berjaya merangkul kejuaraan dalam kategori masing-masing di kejohanan Cabaran Antarabangsa Uganda 2023.", "Justin, 18 tahun, merangkul kejuaraan berkenaan selepas berhasil menumpaskan pemain India yang berada di ranking ke-396 dunia secara “straight set” dengan skor 21-8 dan 21-12 dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.", "Kemenangan tersebut membolehkannya merangkul kejuaraan sulung bagi tahun ini serta membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai AS$1,800 atau menghampiri RM8,000 dan 4,000 pungutan mata.", "Sementara itu, Letshanaa, 19 tahun, yang kini bergelar pemain bebas (indpendent) pula mengesahkan kejuaraan selepas menundukkan pemain Turkiye yang menghuni ranking ke-92 dunia, Neslihan Yigit juga menerusi “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-8.", "Kejuaraan ini juga merupakan yang pertama buat Letshanaa bagi tahun ini serta yang pertama buatnya selepas lima tahun dalam kejohanan antarabangsa. Kali terakhir Letshanaa merangkul kejuaraan adalah di saingan Antarabangsa Mauritius pada tahun 2018 lalu.", "Sepertimana Justin, kemenangan dalam perlawanan akhir di Uganda ini memberikannya wang tunai bernilai hampir RM8,000 serta pungutan mata sebanyak 4,000.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214698/", "headline": "\nTerbuka India: Tang Jie-Yen Wei Tumpaskan Arjun-Jolly Dalam Tempoh Kurang Setengah Jam\n", "content": ["Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei berhasil memulakan langkah dalam kejohanan Terbuka India 2022 dengan langkah kanan. ", "Pasangan yang menduduki ranking 40 dunia merangkap pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini berhasil mencipta kemenangan dengan mudah ke atas beregu tuan rumah, Arjun Madathil Ramachandran dan Treesa Jolly pada Pusingan 32. ", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅21 21 🇲🇾Yen Wei PECK🏅11 6 🇮🇳M.R. ARJUN 🇮🇳Treesa JOLLY🕗 in 22 minutes https://t.co/9Wa4gItRnU", "Tan Jie-Yen Wei berjaya menumpaskan Arjun-Jolly secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-11 dan 21-6 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam sekaligus menempah kemaraan ke Pusingan 16.", "Di Pusingan 16 kelak, Tan Jie-Yen Wei bakal menentang beregu India samada pasangan Sai Pratheek-Gayatri Gopichand atau Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113449/", "headline": "\nTerbuka HYLO: Tang Jie-Yen Wei Lakukan Kejutan Tumpaskan Pasangan No.7 Dunia Untuk Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei mencipta kejutan dalam kejohanan Terbuka HYLO dengan menumpaskan pasangan England yang menghuni ranking ke-7 dunia untuk mara ke peringkat suku akhir.", "Bukan itu sahaja, beregu campuran tersebut, Marcus Ellis dan Lauren Smith itu juga merupakan pilihan ketiga bagi kategori beregu campuran dalam kejohanan ini. ", "Bagaimanapun, Tang Jie-Yen Wei yang berada di kedudukan ke-49 dunia berhasil mencetak kemenangan ke atas mereka dengan kutipan mata 18-21, 21-11 dan 21-14 dalam perlawanan yang berkesudahan awal pagi tadi.", "Sementara itu, menunggu mereka di peringkat suku akhir adalah pasangan beregu campuran Thailand, Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran yang berada di ranking ke-34 dunia.", "Pasangan Thailand ini mara ke peringkat suku akhir setelah mengatasi pasangan Chinese Taipei dan Malaysia pada Pusingan 2 dan Pusingan 1 masing-masing.", "Setakat ini, Tang Jie-Yen Wei dan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran belum pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan. Pertemuan yang dijangka berlangsung pada pertengahan malam ini adalah yang pertama buat kedua-dua pasangan ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216698/", "headline": "\nTerbuka Korea: Yew Sin-Ee Yi Cipta Kemenangan Sulung Ke Atas Beregu Indonesia Leo-Daniel\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berhasil mencipta kemenangan sulung ke atas Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin dari Indonesia di pentas antarabangsa.", "Kemenangan itu diraih oleh Yew Sin-Ee Yi pada Pusingan 16 di Terbuka Korea 2022 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – yang berlangsung sebentar sahaja tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Ee Yi merekodkan kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor yang berkesudahan 22-20 dan 21-11 dalam tempoh 37 minit permainan.", "Korea Open Badminton Championships 2022MD – Round of 16 🇲🇾Yew Sin ONG🏅22 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅20 11 🇮🇩Leo Rolly CARNANDO 🇮🇩Daniel MARTHIN", "🕗 in 37 minutes https://t.co/kzJCGIDCey", "— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2022", "Untuk rekod, Yew Sin-Ee Yi pernah berentap menentang Leo-Daniel sebanyak satu kali di saingan Terbuka HYLO, pada tahun lalu. Pertembungan itu menyaksikan Leo-Daniel berhasil menumpaskan Yew Sin-Ee Yi secara ‘straight set’. ", "Pada masa yang sama, kemenangan ke atas beregu yang menghuni ranking ke-25 dunia itu membolehkan Yew Sin-Ee Yi mara ke peringkat suku akhir Terbuka Korea.", "Menanti mereka di peringkat tersebut, samada beregu senegara, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong atau beregu Indonesia merangkap juara Terbuka Swiss, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215568/", "headline": "\n‘Kick-off’ Liga Super Di SSMZA, SDM & SSI Antara Yang Bermula 8:15 Malam\n", "content": ["Penganjur saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) telah mengemaskini jadual Liga Malaysia 2022 dengan meletakkan waktu sepak mula (kick-off) bagi setiap perlawanan Liga Super dan Liga Premier musim ini.", "Kemaskini tersebut memperlihatkan waktu sepak mula untuk beberapa venue bagi saingan Liga Super terutamanya di semenanjung Malaysia dimulakan lebih awal iaitu pada pukul 8:15 malam.", "Antara venue bermula dengan waktu sepak mula tersebut ialah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Stadium Darul Makmur (SDM), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan beberapa venue yang lain lagi.", "Bagaimanapun, penetapan sepak mula 8:15 malam itu tidak tetap. Ada beberapa perlawanan yang melibatkan venue yang sama turut dimulakan pada pukul 9:00 malam sepertimana kebiasaan pada musim-musim terdahulu.", "Terdapat juga venue yang kekal 100% dengan waktu sepak mula jam 9:00 malam sepanjang musim 2022 (kecuali bulan Ramadan) iaitu Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.", "Sementara itu, kemaskini itu turut memperlihatkan waktu sepak mula bagi venue-venue di Malaysia Timur dimulakan seawal 7:30 malam berbanding 8:15 malam berbanding kebiasaan.", "Manakala waktu sepak mula untuk sepanjang bulan Ramadan pula kekal pada pukul 9:00 malam bagi venue-venue di Malaysia Timur dan 10:00 malam bagi venue-venue di Semenanjung Malaysia.", "Baca: Stuart: ‘Kick-off’ Perlawanan Liga Malaysia 2022 Dicadangkan Kepada 8:15 Malam", "Untuk makluman semua, pada Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam memaklumkan pihaknya mencadangkan tiga pilihan waktu sepak mula yang berbeza pada musim ini.", "Pilihan waktu sepak mula yang lebih awal ini diharapkan dapat memberikan pertambahan penonton ke stadium terutamanya melibatkan kalangan penonton bawah umur seperti kanak-kanan.", "Selain itu, ianya diharapkan dapat memberi impak terhadap tontonan siaran langsung sekaligus memberikan kelebihan peluang penajaan dan hak penyiar rasmi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218476/", "headline": "\nKos Baik Pulih SSA Sebesar RM787 Juta, MB Lebih Cenderung Kepada Pembangunan Baharu\n", "content": ["Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar, Dato’ Seri Amiruddin Shari lebih cenderung kepada pembangunan baharu Kompleks Sukan Shah Alam berbanding membaik pulih.", "Ini berikutan kos untuk membaik pulih kompleks yang merangkumi Stadium Shah Alam (SSA) dan stadium tertutup, Stadium Melawati itu menelan belanja sebesar RM787 juta serta merumitkan.", "Menurut Amirudin, kos baik pulih sebesar RM787 juta itu berdasarkan kajian terbaru oleh pelbagai pihak yang merangkumi kos meninggikan platform stadium sebanyak 1.5 meter (m) bagi mengelak kejadian banjir berulang.", "Selain itu, ianya turut melibatkan kos menukar sistem pendawaian elektrik secara keseluruhan, meruntuhkan bumbung sedia ada dan menukar keseluruhan struktur bumbung, pembaikan padang dan membaiki sistem perpaipan.", "Disebabkan kos membaik pulih yang tinggi dan rumit, Kerajaan Negeri cenderung utk pembangunan baru Kompleks Sukan Shah Alam yang meliputi Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati. Kos pembangunan baru dijangka lebih murah berbanding kos baikpulih semula. Ini telah saya jelaskan https://t.co/EuDfDHigoQ", "— Amirudin Shari (@AmirudinShari) July 18, 2022", "Disebabkan kos yang tinggi ini, Amirudin berkata pihaknya lebih cenderung kepada pembangunan baharu bagi Kompleks Sukan Shah Alam ini. ", "Jumaat lalu, dalam Majlis Penyerahan Surat Niat (LOI) Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam dan sidang media, Amirudin mengumumkan memilih Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) mengatasi beberapa syarikat yang lain untuk menguruskan kerja-kerja pembangunan tersebut.", "Difahamkan, pihak Kerajaan Negeri melantik MRCB selepas mengambil kira kedudukan kewangan syarikat ini serta pengalamannya membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 2017 yang lalu.", "Turut dimaklumkan oleh Amiruddin, kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam ini tidak melibatkan sebarang dana Kerajaan Negeri berikutan ianya bersifat perkongsian awam-swasta dimana MRCB akan dianugerahkan pertukaran tanah (land swap).", "Pada masa yang sama, Amiruddin turut mendedahkan, sebuah pameran awam akan dilangsungkan pada September kelak untuk memaparkan ilustrasi awal kawasan kompleks sukan dan rancangan pembangunan kawasan sekitarnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219974/", "headline": "\nPakatan Ukraine, Sepanyol, Portugal Hantar Bidaan Piala Dunia 2030 – Kejohanan Ke-100 Tahun\n", "content": ["Kejohanan Piala Dunia FIFA 2030 menyaksikan salah satu pembida kejohanan ialah Ukraine yang membuat pakatan bersama-sama dua negara semenanjung Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal untuk menganjurkannya.", "Permohonan untuk membida kejohanan kali ke-100 tahun tersebut telah dihantar dan ianya dikongsikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Ukraine, Andrii Pavelko menerusi laman sosialnya, semalam.", "Difahamkan, bidaan yang dilakukan oleh pakatan tiga negara eropah ini turut mendapat sokongan daripada badan induk bola sepak benua terbabit, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).", "🚨 𝗢𝗙𝗙𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟: The three joint-bids for the 2030 World Cup:", "🇪🇸 Spain 🇵🇹 Portugal 🇺🇦 Ukraine", "🇸🇦 Saudi Arabia 🇬🇷 Greece 🇪🇬 Egypt", "🇦🇷 Argentina 🇺🇾 Uruguay 🇵🇾 Paraguay 🇨🇱 Chile", "— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) October 5, 2022", "Pengumuman pakatan tiga negara ini menghantar bidaan penganjuran Piala Dunia 2030 dilakukan dalam satu sidang media di ibu pejabat UEFA, Nyon, Switzerland. ", "Ianya turut dihadiri oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol, Luis Rabiales dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, Fernando Gomez.", "Untuk makluman semua, pakatan ini akan bersaing dengan beberapa pembida dari benua lain yang turut sama menghantar permohonan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.", "Antaranya pakatan Mesir-Greece-Arab Saudi serta pakatan benua Amerika Selatan, Uruguay-Argentina-Paraguay-Chile."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218017/", "headline": "\nSadio Mane Tinggalkan Liverpool, Sertai Bayern Munich Sehingga 2025\n", "content": ["Penyerang Senegal, Sadio Mane melengkapkan perpindahannya ke kelab berpangkalan di Jerman iaitu Bayern Munich dengan kontrak sehingga 30 Jun 2025.", "Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh kelab berkenaan semalam menerusi laman sesawang rasmi serta pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Menurut laporan media, penghijrahan Mane yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Liverpool ke Bayern Munich ini berjumlah €41 juta.", "🎶 Mane’s scoring, all around us…🎶", "Take a look back on Sadio’s top 1️⃣0️⃣ moments as a Red! pic.twitter.com/Q197GCMWmo", "— Liverpool FC (@LFC) June 22, 2022", "Untuk makluman semua, Mane berpindah setelah beraksi selama enam musim bersama Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Bersama skuad berjulukan The Kops ini, Mane telah melakukan 269 penampilan, menjaringkan 120 gol serta mencetak 48 “assist”.", "Selain itu, pemain kelahiran Bambali ini turut membantu Liverpool merangkul koleksi lengkap trofi dalam kesemua kejohanan utama seperti Piala Liga, Piala FA, EPL, Liga Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208239/", "headline": "\nHamilton Menangi Kejuaraan Ketujuh F1, Menyamai Rekod Michael Schumacher\n", "content": ["Pelumba Mercedes-AMG, Lewis Hamilton mengesahkan kejuaaran ketujuhnya dalam saingan Formula 1 (F1) selepas memenangi perlumbaan GP Turki, sebentar tadi.", "Kemenangan itu bermakna pelumba British ini telah menyamai rekod kejuaraan terbanyak pelumba legenda Ferrari iaitu Michael Schumacher yang dicipta pada tahun 2004.", "🏆🎶 Champione, Champione, Ole, Ole, Ole! 🎶🏆 pic.twitter.com/F1J4FuFf6M", "Walaupun berlumba dalam keadaan cuaca hujan dan litar basah di Istanbul, Hamilton yang bermula daripada petak keenam berhasil memintas pelumba-pelumba lain dan mendahului pada pusingan ke-37.", "Kemenangan ini juga merupakan kemenangan kesepuluh bagi musim 2020 dan ianya memberikan Hamilton 307 mata secara keseluruhan.", "The emotions spill out, as @LewisHamilton conquers the world for the seventh time ❤️👑#TurkishGP 🇹🇷 #F1 pic.twitter.com/KzqVKysLqL", "Selain itu, kemenangan di GP Turki ini merupakan kemenangan ke-94 buat Hamilton dalam karier peribadinya sebagai pelumba jentera F1.", "Untuk rekod, kali pertama Hamilton merangkul kejuaraan dunia saingan F1 adalah pada tahun 2008 bersama pasukan McLaren."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220088/", "headline": "\nPenang Lantik Manzoor Azwira Sebagai Ketua Jurulatih Sementara, Ketepikan Zainal Abidin Hassan\n", "content": ["Kelab bola sepak berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC mengumumkan satu kejutan dengan mengenepikan Dato’ Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatihnya.", "Lebih mengejutkan, makluman mengetepikan Zainal ini hadir dua bulan selepas Penang mengumumkan melanjutkan kontraknya sehingga tahun hadapan bagi mengemudi skuad ini dalam saingan Liga Super 2023.", "Baca: Penang Lanjut Kontrak Zainal Sehingga 2023, Akmal Rizal Bimbing Skuad Simpanan B-23", "Selari pengumuman terbabit, skuad berjulukan Harimau Kumbang ini memaklumkan melantik Manzoor Azwira sebagai ketua jurulatih sementara (caretaker head coach) bermula dengan menentang Selangor pada Sabtu nanti – perlawanan terakhir Liga Super musim ini.", "Ianya sebagai persiapan awal buat Manzoor bagi menghadapi saingan Piala Malaysia kelak.", "Difahamkan laluan yang diberikan kepada Manzoor ini juga sebagai sokongan daripada Pengurusan Penang FC untuk melengkapkan Kursus Kejurulatihan Diploma Pro A pada tahun 2023.", "Sebagai makluman tambahan, sejak dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Tomas Trucha bermula awal Jun lalu, Zainal telah mengendalikan 15 perlawanan yang melibatkan saingan Liga Super dan Piala FA.", "Dalam 15 perlawanan terbabit, rekod menunjukkan 11 daripadanya berakhir dengan kekalahan, satu keputusan seri dan hanya 3 kemenangan.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215407/", "headline": "\nBATC 2022: Zii Jia Tumpaskan Juara Dunia 2021, Kean Yew Secara ‘Straight Set’\n", "content": ["Juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew ditumpaskan dengan mudah oleh pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, hari ini. ", "Pemain yang menduduki ranking ke-12 itu tumpas kepada Zii Jia merangkap pemain No.7 dunia dalam perlawanan pertama yang menemukan Malaysia dan Singapura pada peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Selangor.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 1-0 🇸🇬Lee Zii Jia def. Loh Kean Yew 21-6 21-14#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/RM0u1X7DWm", "Zii Jia berhasil menumpaskan pemain kelahiran Pulau Pinang itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-6 dan 21-14 sekaligus memberikan mata yang pertama untuk Malaysia.", "Kemenangan ini menjadikan Zii Jia telah merekodkan tiga kemenangan ke atas Kean Yew daripada lima pertemuan secara keseluruhan setakat ini.", "Perlawanan ini diteruskan dengan perlawanan kedua melibatkan pasangan beregu dimana Malaysia diwakili oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Singapura pula diwakili oleh Eng Keat Wesley Koh-Danny Bawa Chrishnanta."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114385/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Beregu Jerman Kecewakan Pang Ron-Yee See Di Set Ketiga\n", "content": ["Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See terpaksa berputih mata untuk mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 setelah tumpas pada saat-saat akhir di tangan beregu Jerman, Mark Lamsfuss dan Isabel Lohau.", "Pasangan negara yang menghuni ranking ke-23 dunia ini bermula dengan langkah kiri tumpas pada set pertama. Namun, mereka berhasil bangkit meraih kemenangan pada set kedua sekaligus mengheret pasangan Jerman yang berada di ranking ke-15 dunia itu ke set penentuan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021XD – Round of 16 🇩🇪Mark LAMSFUSS🏅21 13 21 🇩🇪Isabel LOHAU🏅13 21 18 🇲🇾Pang Ron HOO 🇲🇾Yee See CHEAH🕗 in 63 minutes https://t.co/mRAdGRm7kf", "Di set ketiga, ada satu ketikanya, mereka telah mendahului dengan selesa. Bagaimanapun, rentak itu terhenti dan gandingan Mark-Isabel berhasil mengambil peluang sekaligus berjaya menamatkan perlawanan ini dengan keputusan 21-13, 13-21 dan 21-18 dalam masa 63 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama yang direkodkan melibatkan kedua-dua pasangan beregu ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214777/", "headline": "\nTerbuka India: Ng Tze Yong Letakkan Diri Kalangan 8 Pemain Terbaik\n", "content": ["Pemain perseorangan lelaki yang sedang meningkat, Ng Tze Yong, 21 tahun, berjaya menempatkan dirinya sebagai 8 pemain terbaik di kejohanan Terbuka India 2022. ", "Pemain yang menduduki ranking ke-60 dunia ini berhasil menyertai kelompok itu setelah berjaya menumpaskan pemain Perancis, Lucas Claerbout yang berumur 29 tahun di Pusingan 16, hari ini. ", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Round of 1620 21 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅22 15 18 🇫🇷Lucas CLAERBOUT🕗 in 76 minutes https://t.co/hvSAurfAkE", "Tze Yong menumpaskan Lucas dengan skor 20-22, 21-15 dan 21-18 dalam tempoh permainan yang menjangkau hampir sejam setengah. Kemenangan ini juga melebarkan rekod kemenangan Tze Yong ke atas Lucas kepada dua kemenangan. ", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini pernah bertemu di peringkat suku akhir dalam Kejohanan Antarabangsa Belgium 2021. Dalam perlawanan ini, Tze Yong berhasil meraih secara ‘straight set’ dengan skor 21-14 dan 21-12.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Tze Yong akan menantikan cabaran daripada samada pemain Ireland, Nhat Nguyen (ranking 45) atau pemain India, Rahul Yadav Chittaboina (ranking 132).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215385/", "headline": "\nAda Pemain Positif Covid-19, Sri Pahang Tarik Diri Daripada Saingan Piala Menteri WP\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC mengumumkan menarik diri daripada saingan pramusim, Piala Menteri Wilayah Persekutuan (WP) 2022 yang akan menemukannya dengan pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City), Khamis ini.", "Menurut makluman kelab terbabit, keputusan ini dibuat berikutan beberapa orang pemain skuad yang dibimbing oleh Christophe Gamel itu didapati positif Covid-19 dan perlu menjalani kuarantin wajib.", "Dengan berat hati, dimaklumkan bahawa Sri Pahang FC telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di perlawanan persahabatan pra-musim Piala Menteri Wilayah Persekutuan menentang KL City pada 17 Februari ini. pic.twitter.com/YhGldVnwZX", "Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman lanjut daripada pihak kelab mengenai siapakah yang didapati positif Covid-19 tersebut.", "Sementara itu, KL City yang juga merupakan penganjur bagi kejohanan ini mengambil maklum akan penarikan diri skuad Tok Gajah ini. ", "Namun, KL City memaklumkan saingan ini tetap akan diteruskan dengan pasukan lain akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sri Pahang.", "Sebagai rekod, saingan Piala Menteri WP edisi sulung, pada tahun lalu menyaksikan KL City berjaya muncul juara dengan menumpaskan seteru mereka, Selangor FC melalui penentuan sepakan penalti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216294/", "headline": "\nSukan Malaysia, SUKMA XX Akan Dianjurkan Pada September 2022\n", "content": ["SUKMA atau Temasya Sukan Malaysia, sebelum ini telah pun tertangguh disebabkan oleh penularan wabak Covid-19. Kini, dengan pelbagai aktiviti kembali dilaksanakan seperti biasa kembali, Majlis Sukan Negara mengumumkan SUKMA Edisi Ke-20 akhirnya bakal dianjurkan pada penghujung September 2022 ini.", "Temasya sukan ini akan dikenali dengan nama “SUKMA XX, MSN 2022”, dan berlangsung bermula 29 September hingga 8 Oktober 2022 kelak.", "SUKMA XX bakal mempertandingkan 31 jenis sukan, iaitu 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan, serta dua sukan demonstrasi – silambam dan kabaddi.", "Pada masa yang sama, Sukan Para SUKMA XX, MSN 2022 pula akan dilaksanakan daripada 29 Oktober hingga 6 November 2022 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206489/", "headline": "\nApakah Kegunaan Turf-Tec Stress Detection Glasses Yang Digunakan JDT?\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sering melabelkan diri mereka sebagai “We are a Pioneer, not a Museum” atau dalam bahasa mudahnya sebagai pelopor bola sepak di tanah air. ", "Pasukan yang terkenal dengan julukan skuad Harimau Selatan sentiasa mempelopori idea-idea baharu untuk memperkasakan pasukannya tidak kira di dalam atau luar padang.", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) have once again emerged as a pioneer in sports science after purchasing Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy and Infrared Sauna Therapy machines to help facilitate the recovery process of players.[1/4] pic.twitter.com/0uVL08grku", "Antaranya JDT merupakan kelab pertama hadir dengan pusat latihan berkelas dunia, menggunakan rumput jenis moden zeon zoysia untuk padang bola sepaknya dan membina pusat pemulihan untuk para pemain dengan kelengkapan canggih seperti Airpod Oxygen dan Infrared Sauna Theraphy.", "Dalam satu hantaran yang dilakukan oleh juara Liga Super Malaysia sebanyak enam kali pada hari ini, JDT berkongsikan mengenai penggunaan cermin mata canggih, Turf-Tec Stress Detection Glasses untuk pemeriksaan padang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).", "HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and the Sultan Ibrahim Stadium Groundsman inspected the quality of the pitch using Turf-Tec Stress Detection Glasses. [1/2] pic.twitter.com/3c5zxI5MQN", "Tujuannya dicipta adalah untuk memberikan si pemakai untuk mengenalpasti kawasan padang yang mempunyai rumput bermasalah dengan lebih awal.", "Menerusi cermin mata hasil teknologi daripada saintis NASA ini, si pemakai dapat melihat kawasan-kawasan rumput yang kekurangan air, berpenyakit, ditumbuhi rumput pengacau atau diganggu oleh serangga. ", "Apabila memakai cermin mata ini, ia akan menghilangkan gelombang warna hijau. Si pemakai hanya melihat segala-galanya menerusi warna ungu sahaja. Ia boleh digunakan untuk melihat kematangan rumput dari dekat dan juga jauh.", "Hasil penggunaan cermin mata ini, JDT dapat mendiagnosis keadaan padang di SSI dengan lebih efektif. Hal ini dapat memastikan kualiti padang SSI kekal berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa sekaligus menjimatkan masa dan duit untuk penyelenggaraan.", "Kesimpulannya, kami melihat JDT menjadikan slogan “We are a pioneer, not a museum” bukanlah semata-mata cakap kosong. Penggunaan Turf-Tec Stress Detection Glasses melambangkan komitmen tinggi JDT di bawah teraju Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menggapai lebih kejayaan di dalam dan luar padang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113796/", "headline": "\nIndonesia Masters: Aaron Chia-Wooi Yik Terlepas Peluang Mara ke Pentas Final\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terlepas peluang untuk mara ke pentas akhir Indonesia Masters selepas tumpas di peringkat separuh akhir, hari ini. ", "Beregu yang menduduki tangga ke-7 dunia ini tumpas kepada beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dalam tiga set permainan yang sengit dengan skor 18-21, 21-19 dan 17-21.", "Perlawanan antara kedua-dua pasangan ini berlangsung dalam tempoh 63 minit.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)MD – Semi final 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 19 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅18 21 17 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH🕗 in 63 minutes https://t.co/xS5Gn1u6Ng", "Untuk pengetahuan semua, kekalahan ini menjadikan Aaron-Wooi Yik telah tumpas sebanyak empat kali kepada beregu yang menghuni ranking ke-10 dunia ini daripada kesemua enam pertemuan secara keseluruhan.", "Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik masih boleh tersenyum kerana meraih 7,700 mata hasil kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan ini. Pungutan mata ini dijangka akan membantu beregu ini untuk memperbaiki ranking dunia dalam kemaskini yang berikutnya.", "Ianya juga dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kepada kedudukan ranking Jelajah Dunia BWF (BWF World Tour). Ini untuk memastikan mereka dapat menempatkan diri dalam kalangan lapan beregu terbaik sekaligus melayakkan mereka beraksi di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF pada awal Disember kelak.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323812/", "headline": "\nTerengganu FC Keluarkan Kerusi Gaming Tersendiri – Harga Pratempahan RM450\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC menjadi kelab bola sepak profesional pertama di Malaysia hadir dengan kerusi gaming jenama tersendiri dalam senarai penawaran barangan rasmi (merchandise) kelab kepada para peminatnya.", "Menerusi makluman rasmi pihak kelab, kerusi gaming edisi pertama keluaran Terengganu FC itu diberikan nama VTFC1. Ianya hadir dengan rekaan berwarna hitam dan diserikan dengan pelbagai imej kelab seperti logo, tenunan frasa “We Bleed Black White” serta “VTFC1 Black White”.", "🎮🔥 VTFC1 TERENGGANU FC GAMING CHAIR", "Kepada peminat #TerengganuFC yang ingin memiliki gaming chair yang ‘super selesa’ dengan rekabentuk yang sangat merecik? #VTFC1 adalah jawapannya! ", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) May 15, 2023", "Sebuah video promosi produk turut dikongsikan oleh Terengganu FC di pelbagai platfom media sosialnya dengan penampilan pemain TFC Esports, Fatin Amisa atau lebih dikenali sebagai 1CAA. ", "Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, ianya boleh dibeli di platform penjualan barangan rasmi kelab Terengganu FC iaitu TFC Direct. Kerusi gaming ini diletakkan tanda harga RM499. Bagaimanapun, mereka memberikan diskaun sebanyak 10% menjadikan harganya RM450 sahaja bagi yang membuat pratempahan dalam tempoh masa 45 hari."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219099/", "headline": "\nPelari Pecut Azeem Fahmi Dipilih Sebagai Pembaca Ikrar Hari Kebangsaan Ke-65\n", "content": ["Pelari pecut remaja merangkap pemegang rekod 100 meter (m) negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi telah dipilih sebagai pembaca ikrar utama pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 yang akan dilangsungkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos kelak.  ", "Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media yang menyampaikan berkenaan perkembangan sambutan tersebut, hari ini.  ", "“Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik saudara Muhammad Azeem Bin Mohd Fahmi yang merupakan pemegang rekod acara 100 meter negara yang baru beraksi di kejohanan di Cali menjadi pembaca ikrar utama,” katanya.", "Pelari berusia 18 tahun ini memecahkan rekod 100m kebangsaan apabila mencatatkan masa larian sepantas 10.09 saat (s) ketika beraksi di pusingan pertama di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) di Cali, Colombia.", "Catatan masa itu mengatasi rekod yang dilakukan oleh Khairul Hafiz Jantan sebelum ini iaitu 10.17s.", "Tambah Annuar lagi, perarakan Hari Kebangsaan yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” pada kali ini akan turut menampilkan jaguh-jaguh sukan negara yang memenangi pingat emas di temasya Sukan Komanwel, baru-baru ini.", "“Perarakan pada kali ini juga melibatkan tokoh-tokoh wira dan wirawati sukan negara termasuklah pemenang-pemenang pingat emas temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022,” tambahnya lagi.", "Antara pemenang pingat emas di temasya berkenaan ialah Mohammad Aniq Kasdan, Muhammad Aznil Bidin, Bonnie Bunyau Gustin, Ng Joe Ee, Pearly Tan, Thinaah Muralitharan serta ahli pasukan campuran badminton negara.", "Sebagai rekod, sambutan Hari Kebangsaan kali ini juga menyaksikan ianya kembali disambut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur buat kali pertama selepas tahun 2017. Sambutan seterusnya pada tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021 diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya.", "Featured Image: Instagram Azeem Fahmi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322957/", "headline": "\nSaya Sedang Menilai Pemain Saya Untuk Bentuk Pasukan Lebih Baik – Nafuzi\n", "content": ["Pengendali Kedah Darul Aman (Kedah) FC, Nafuzi Zain jadikan perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai platform untuk menilai pemain dalam usahanya membentuk pasukan yang lebih kuat. ", "Jelas Nafuzi, para pemain sedang dinilai dari segi keberanian dan kemampuan mereka untuk bermain di bawah tekanan menentang pasukan yang lebih berkualiti seperti JDT.", "“Kita boleh nampak bagaimana player (pemain) bermain dengan team (pasukan) yang baik, level (tahap) tinggi seperti JDT dan di situ kita boleh nampak karekter player (pemain) yang sebenarnya, berani atau tidak berani.”", "“Seorang pemain yang bagus itu boleh bermain dengan bagus di bawah tekanan. Kalau player (pemain) tidak boleh bermain di bawah tekanan, susah untuk kita jadi team (pasukan) yang bagus.”, ujar Nafuzi dalam sidang media selepas perlawanan menentang JDT. ", "FT | JDT FC 6 – 0 KDA FC", "⚽ 23' Fernando Forestieri (JDT)⚽ 47' Feroz Baharudin (JDT)⚽ 50' Oscar Arribas (JDT)⚽ 52' (P) Bergson (JDT)⚽ 76' Arif Aiman (JDT)⚽ 86' Leandro Velazquez (JDT) pic.twitter.com/YnjnEloM9j", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 9, 2023", "Pengendali berusia 44 tahun itu juga tidak mahu membandingkan rekod lampau bersama Terengganu yang berjaya menang sekali menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) memandangkan Kedah pasukannya yang baharu dan sedang dalam pembentukan. ", "Beraksi di SSI, Kedah menjadi mangsa terbaru JDT dibenam dengan jaringan besar. Skuad berjulukan Sang Kenari tumpas dengan enam gol tanpa balas menerusi jaringan Fernando Forestieri, Feroz Baharudin, Oscar Arribas, Bergson, Arif Aiman dan Leandro Velazquez.", "Kekalahan ini menyaksikan skuad kendalian Nafuzi dipintas Selangor FC di tangga kedua liga. Skuad Red Giants memintas Kedah selepas mencatatkan kemenangan ke atas Kelantan FC kendalian Frank Bernhardt yang dilantik semalam. ", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321628/", "headline": "\nNorizam Letak Sasaran ‘Top 10’ Liga Super Buat Kelantan FC\n", "content": ["Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman hanya meletakkan sasaran buat pasukannya yang kini dibimbing oleh ketua jurulatih dari Korea, Choi Moon-sik untuk berada dalam kalangan 10 pasukan teratas dalam saingan Liga Super 2023.", "Bagaimanapun, Norizam yang juga merupakan ahli perniagaan dan pelaburan mengharapkan pasukannya yang berjulukan The Red Warriors (TRW) dapat memberikan kejutan dalam saingan musim ini walaupun tidak meletakkan sasaran yang tinggi. ", "Perkara itu dikongsikan oleh Norizam dalam sidang media Majlis Menandatangani MOU Antara Kelantan FC dan pitchIN di Las Coffee Kota Warisan, Sepang pada hari ini.", "“Kita harap Kelantan tahun ini main bagus, di bawah naungan Coach Choi Moon-sik (seorang) jurulatih yang berpengalaman, harapnya kita dapat membawa satu perkembangan baik terhadap (permainan) bola sepak kami,”", "“Walaupun kita tiada target untuk jadi juara, (atau) tiada target untuk jadi top 3, kita letak target untuk ‘top 10’ sahaja, tetapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk buat satu kejutan, Insya-Allah.” kongsinya kepada para tetamu dan pengamal media yang hadir.", "Bagi mengharungi saingan musim ini, selain membawa ketua jurulatih baharu, Kelantan turut membawa beberapa pemain baharu ke dalam skuadnya.", "Sebagai rekod, kali terakhir Kelantan beraksi dalam kancah Liga Super adalah pada musim 2018 yang lalu.", "Untuk makluman semua, Kelantan berhasil mendapat promosi ke saingan Liga Super secara merit dengan menamatkan saingan Liga Premier 2022 di tangga kedua walaupun penganjur, Malaysian Football League (MFL) memberikan promosi kepada semua pasukan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324543/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Yew Sin-Ee Yi Singkir Juara Asia 2022\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya mengulangi konsistensi dengan mara ke peringkat suku akhir secara berturut-turut dalam dua kejohanan yang disertai.", "Pasangan negara yang menghuni ranking ketujuh dunia melakar kemaraan terbaru ke peringkat terbabit dalam saingan Terbuka Singapura 2023 dengan menumpaskan juara Kejohanan Badminton Asia 2022 dari Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dalam aksi Pusingan 16, sebentar tadi.", "Singapore Open 2023MD – R16 🇲🇾ONG Yew Sin🏅21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA17 18 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN", "— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi turut melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan bertempat di Stadium Tertutup Singapura.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua Yew Sin-Ee Yi daripada tiga pertemuan menentang Pramudya-Yeremia yang kini menghuni ranking ke-26 dunia di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Yew Sin-Ee Yi yang mara ke suku akhir akan bertemu samada gandingan pemain senior yang terkenal dengan julukan “The Daddies” iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan atau beregu Korea yang menghuni ranking kesembilan dunia, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219841/", "headline": "\nTiada Play-Off Liga Super Kerana Penyerahan Dokumentasi Juara Liga M3, PIB FC Tidak Lengkap\n", "content": ["Tiada perlawanan play-off bagi saingan Liga Super 2023 yang melibatkan juara dan naib juara Liga M3, PIB FC dan KL Rovers FC serta dua pasukan tercorot Liga Premier musim ini.", "Keputusan itu dibuat oleh badan bebas yang dilantik oleh Malaysian Football League (MFL) iaitu First Instance Body (FIB) selepas menyemak berkenaan permohonan pelesenan Kelab Liga Amatur M3 (AFL) yang berakhir pada 17 September lalu.", "Pengerusi FIB, Sheikh Mohd Nasir menyatakan PIB FC salah satu daripada tujuh pasukan Liga M3 yang membuat permohonan lesen dan menunjukkan progres yang baik. ", "Namun begitu, mereka tidak melengkapkan kesemua kriteria kelab profesional bagi mendapatkan lesen pada tarikh akhir permohonan.", "First Instance Body (FIB) memaklumkan bahawa tiada aksi play off bagi merebut dua slot Liga Super 2023 melibatkan pasukan juara dan naib juara kelab Liga M3 dengan dua pasukan terbawah Liga Premier 2022.#LigaMalaysia2023", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) September 27, 2022", "Selain PIB FC, sebuah lagi kelab yang menunjukkan progres yang baik tetapi tidak melengkapkan kesemua kriteria ialah Harini FT.", "Manakala baki lima pasukan lain yang turut membuat permohonan ialah BRM FC, Imigresen FC, Armed Forces FC, Kinabalu Jaguar FC dan Manjung City FC. ", "Dengan tiadanya perlawanan play-off ini, kesemua pasukan Liga Premier musim ini (kecuali pasukan feeder dan Skuad Projek FAM-MSN) terselamat daripada relegasi dan dapat menyertai saingan Liga Super 2023.", "Untuk makluman semua, saingan Liga Super musim hadapan akan ditandingi 18 pasukan hasil gabungan 12 pasukan Liga Super dan 6 pasukan Liga Premier musim ini. Manakala saingan Liga Premier pula akan dihentikan bermula musim hadapan sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. ", "Featured Image: PIB Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217015/", "headline": "\nJuventus Intai Kerjasama Dengam FAM – Skuad Muda Kebangsaan Berpeluang Berlatih di Turin\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak Itali, Juventus dimaklumkan sedang mengintai peluang untuk menjalinkan kerjasama dua hala yang bertujuan memperkasakan lagi bola sepak terutama di peringkat akar umbi serta belia bersama badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Hasrat kelab yang mendapat julukan ‘The Old Lady’ itu disampaikan selepas delegasi Juventus FC diwakili oleh, Pengarah Urusannya, Federico Palomba dan Pengurus Jualan Kerjasama, Kelvin Leung melakukan kunjungan hormat bertemu Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, semalam.", "Menerusi perbincangan awal, pemain muda negara khususnya skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan akan diberi peluang untuk menjalani latihan di Akademi Juventus yang berpangkalan di Turin.", "“Juventus berminat dan meninjau peluang untuk bangunkan program pertandingan bola sepak di peringkat junior.", "“Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat kepada bola sepak Malaysia. ", "“Dengan reputasi sebagai gergasi Itali, Juventus berhasrat berkongsi kepakaran mereka dengan Malaysia. ", "“Mereka juga bercadang beraksi dalam perlawanan pertunjukan di negara kita dalam tempoh di antara Disember 2022 dan Julai 2023.", "“Juventus juga inginkan Malaysia membuat kunjungan balas bagi meninjau kemudahan ke ibu pejabat dan fasiliti serba lengkapnya di Turin,” kata Hamidin seperti dipetik daripada laman sosial rasmi FAM.", "Tambah Hamidin, pihak Juventus juga meninjau potensi untuk membuka akademinya di negara ini.", "“Pemain kanak-kanak di peringkat akar umbi berpeluang menguji kemampuan masing-masing dengan turut serta dalam saingan Akademi Piala Dunia Juventus.", "“Apa yang saya lihat menerusi perbincangan awal ini, potensi jalinan kerjasama antara Juventus dan FAM mampu mendedahkan bakat tempatan kepada corak latihan sebuah kelab gergasi Eropah,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217127/", "headline": "\nUEFA: Tiada UCL, UEL, UECL Buat Kelab-Kelab Rusia Musim 2022/23\n", "content": ["Badan induk bagi benua eropah, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah membuat keputusan tidak membenarkan sebarang penyertaan kelab-kelab Rusia di dalam kejohanannya pada musim hadapan.", "Antaranya kejohanan yang tidak dapat disertai oleh kelab-kelab Rusia adalah saingan Liga Juara-Juara (UCL), Liga Europa (UEL), Liga Konferens Europa, UCL Wanita dan Liga Remaja UEFA.", "Keputusan ini dicapai susulan daripada penggantungan yang dikenakan terhadap Rusia serta kelab-kelab Rusia pada penghujung Februari lalu dengan notis sehingga diberitahu.", "Baca: Peminat Bola Sepak Rusia Dah Tak Boleh Tonton EPL", "Russia will not participate in this summer's UEFA Women's EURO 2022. ", "Portugal, the opponent defeated by Russia in the qualifying play-offs, will now participate in Group C.", "Additionally, Russian teams will not participate in UEFA club competitions next season.", "— UEFA (@UEFA) May 2, 2022", "Baca: Idea Rusia Sertai Konfederasi Bola Sepak Asia Adalah Mengarut", "Selain itu, skuad kebangsaan Rusia pula tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA 2022/23, saingan Euro Wanita 2022 serta Kelayakan Eropah Piala Dunia Wanita FIFA 2023. Tidak dilupakan Rusia juga tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Kejuaraan Eropah Bawah 21 Tahun (B-21).", "Tidak dilupakan, keputusan ini turut mengekang Rusia daripada mengambil bahagian dalam saingan futsal samada kategori lelaki mahupun wanita di pebagai kejohanan antarabangsa di bawah kelolaan UEFA.", "Akhir sekali, UEFA turut mengumumkan bidaan yang dilakukan oleh badan induk bola sepak Rusia untuk menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Eropah, Euro 20228 atau Euro 2032 sebagai tidak layak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215956/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Pearly-Thinaah Tewas ‘Straight Set’ Di Tangan Beregu Ke-43 Dunia Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tersingkir awal apabila tumpas pada Pusingan 32 dalam saingan Terbuka Jerman 2022, pada hari ini.", "Lebih mengejutkan, Pearly-Thinaah yang berada di ranking ke-15 dunia merangkap pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini tumpas kepada Julie Macpherson dan Ciara Torrance yang menghuni di ranking ke-43 dunia.", "YONEX GAINWARD German Open 2022WD – Round of 32 🇬🇧Julie MACPHERSON🏅21 21 🇬🇧Ciara TORRANCE🏅17 14 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 36 minutes https://t.co/z3gD3COoT2", "Bertambah perit, pasangan beregu dari Scotland itu menumpaskan Pearly-Thinaah secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-17 dan 21-14 dalam tempoh masa permainan sekitar setengah jam sahaja.", "Untuk rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di peringkat antarabangsa.", "Sementara itu, Julie-Ciara yang memenangi perlawanan ini meneruskan kemaraan ke Pusingan 16. Menariknya, menanti mereka di sana adalah beregu bebas (independent) dari Malaysia, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111883/", "headline": "\nWan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1\n", "content": ["Pemain yang akan dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat fasa 2 skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20), Wan Kuzri Wan Kamal telah membantu pasukan kolejnya, Akron Zips meraih kemenangan besar 7-1 ke atas Wright State Raiders.", "Pemain tengah kelahiran Illinois, Amerika Syarikat itu menjaringkan gol ketiga buat pasukannya pada minit ke-35 setelah menerima hantaran daripada rakan sepasukan, Jason Shokalook.", "Untuk rekod, gol tersebut merupakan gol pertamanya dalam kejohanan bola sepak antara kolej-kolej Amerika Syarikat.", "ICYMI: @ZipsMSOC started the regular season with a bang! Seven goals vs. the Raiders, 6 different Zips getting in the scoring column. Including 2 for Sophomore Ryan Kingsford.Zips back in action Monday in East Lansing to battle the Spartans.#FindAWay 🦘 #GoZips #2ndStar pic.twitter.com/8Irc4PrqAZ", "Sebelum tamat separuh masa pertama, satu sepakan percuma dari sisi padang yang diambil oleh Wan Kuzri berhasil ditanduk masuk ke dalam gol oleh rakannya, Ivan Nikolic untuk meletakkan Akron mendahulu 4-0 dengan selesa.", "Akron meneruskan aksi cemerlang mereka pada babak kedua lebih-lebih lagi dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri Stadium FirstEnergy dan berhasil menambah lagi tiga gol untuk menutup perlawanan pembukaan musim luruh dengan kemenangan bergaya 7-1.", "ZIPS WIN! @ZipsMSoc opens the campaign with a 7-1 win over Wright State. Akron next visits Michigan State on Monday at 7 pm#FindAWay📅 Monday, Aug. 30⌚️7 pm🆚 Michigan State📍East Lansing, Mich. pic.twitter.com/B4oCVCEVWu", "Untuk perlawanan seterusnya, Wan Kuzri dan rakan-rakannya akan bertandang ke tempat lawan untuk bertemu pasukan Michigan State Spartans pada hari Isnin, 30 Ogos.", "Sebagai tambahan, Wan Kuzri diperkenalkan sebagai muka baharu skuad bola sepak ini apabila menyambung pengajiannya di The University of Akron, pada awal Ogos lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111740/", "headline": "\nBasikal WX-R Azizul Bakal Dijual Pada Harga Mampu Milik\n", "content": ["Model basikal jenis WX-R yang digunakan oleh jaguh basikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom di temasya Sukan Olimpik bakal dijual pada harga mampu milik.", "Namun yang dijual ini bukanlah 100% versi yang sama sepertimana ditunggang oleh dua Olympian ini ketika beraksi di Velodrom Izu, baru-baru ini.", "Difahamkan pihak Institut Sukan Negara (ISN) sedang mengadakan rundingan untuk menghasilkan ‘jentera’ yang melalui proses pembuatan dipermudahkan (simplified) selain menggunakan bahan yang lebih murah.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN, Ahmad Faedzal Md. Ramli, pihaknya akan memastikan harga jualan basikal versi ‘simplified’ tersebut lebih kompetitif dan mampu milik untuk digunakan oleh pelumba yang bertanding di pentas profesional mahupun antarabangsa. ", "“Basikal jenis simplified ini disasarkan dijual di Asia Tenggara pada peringkat awal, kemudian seluruh dunia jika mendapat sambutan,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Untuk makluman semua, basikal yang digunakan oleh Azizul dan Shah Firdaus telah pun berada di pasaran sejak tahun lepas sebagai memenuhi syarat Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI). ", "Namun ianya diletakkan pada harga yang tinggi. Sebuah basikal WX-R tersebut dianggarkan bernilai RM300,000.", "Baca: Basikal WX-R Sengaja Diletakkan Harga RM300,000 – Ini ‘Rahsia’ Dikongsikan Azizulhasni Awang", "“Basikal yang digunakan Azizul telah pun berada di pasaran sejak tahun 2020 bagi memenuhi syarat UCI (Kesatuan Basikal Antarabangsa).", "“Basikal yang digunakan bagi berlumba perlulah diiklankan agar memberi peluang yang adil kepada negara-negara lain untuk mendapatkannya jika perlu,” jelasnya.", "Sebagai rekod, basikal ini terhasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan oleh ISN bersama-sama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM serta Vorteq dan Wrox Bikes."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219567/", "headline": "\nKurniawan Arahkan Pemain Sabah Rantai Konate, Faisal Untuk Kekang Terengganu\n", "content": ["Prestasi semasa Terengganu FC yang belum mencatatkan sebarang kekalahan selepas empat perlawanan Liga Super nyata tidak dipandang enteng ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto.", "Justeru, untuk melayan kunjungan Terengganu, Kurniawan melakukan ‘homework’ yang khusus bagi memastikan pasukannya dapat mengutip mata daripada pasukan pelawat pada aksi kelima Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.", "Mengulas mengenai perlawanan tersebut, jurulatih kelahiran Indonesia ini melakukan rombakan terhadap formasi pasukannya dengan menerapkan sistem 4-3-3 berbanding 3-5-2 yang dimainkan sebelum daripada perlawanan ini.", "Pertahanan tengah Korea, Park Tae-su diubah ke posisi defensive midfield. Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan Sabah merantai perancang serangan Terengganu, Makan Konate yang kini sudah mencipta empat bantuan gol buat rakan sepasukannya.", "Selain itu, pemain sayap lincah yang mampu memporak-porandakan barisan pertahanan, Faisal Halim tidak terkecuali daripada diberikan perhatian yang khusus oleh Kurniawan. ", "Untuk mematikan bola berbahaya daripada pemain berusia 23 tahun ini, Kurniawan meletakkan fullback yang laju supaya dapat menandingi kepantasan larian Faisal.    ", "“Kita tahu bahawa otak serangan Terengganu dari Makan Konate, saya kenal betul pemain ini kerana lama main di Indonesia,", "“Makanya, kita cuba plot Park untuk main di (posisi) defensive midfield, kita pakai (formasi) 4-3-3 tetapi Park ada situ, ", "“Saya tugaskan (dia) untuk selalu cuba dekat dengan Makan Konate sehingga dia tidak dapat berleluasa untuk pegang bola,", "“Kemudian, kita juga cuba untuk menukar left back kerana kita tahu Faisal ini sangat laju, stok yang ada hanyalah Dendy (Lowa) dan Alto (Linus) yang punyai kecepatan di belakang, ", "“Jadi kita cuba swap mereka untuk bermain di fullback.” katanya selepas daripada perlawanan semalam.", "Ternyata percaturan tersebut membuatkan skuad berpangkalan di pantai timur itu bergelut untuk menembusi benteng Sabah. Mereka juga tidak dapat memainkan corak permainan hantaran pendek dan penguasaan bola sepertimana kebiasaannya.", "Sabah pula bijak mengambil peluang yang terhidang untuk melancarkan serangan. Serangan yang dilakukan mereka berhasil memberikan kemenangan 2-1 hasil jaringan Levy Madinda dan Sam Johnson pada babak pertama.", "Manakala gol saguhati pasukan Terengganu hadir menerusi penyerang importnya, Jordan Mintah pada minit ke-79.", "Untuk makluman, ini juga merupakan kemenangan pertama yang dicatatkan Sabah dalam saingan Liga Super musim ini. Ketika ini mereka menghuni tangga ke-10 liga dengan rekod 4 mata.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321965/", "headline": "\nSyukor Burger Bakal Dijual Di Stadium Negeri Perak\n", "content": ["Jenama burger tempatan yang diusahakan oleh Syukor Majid iaitu Syukor Burger akan turut dijual di gelanggang rasmi skuad berjulukan The Bos Gaurus iaitu Stadium Perak.", "Perkembangan itu hadir menerusi pemiliknya yang mendedahkan sedang berada dalam fasa perbincangan dengan pihak pengurusan Perak FC untuk menjadikan perusahaannya sebagai Rakan Burger Rasmi bagi skuad berkenaan.", "“Kalau ada rezeki, first match, 25 Februari nanti, Syukor Burger bakal menceriakan Stadium Negeri Perak.” tulisnya di laman sosial.", "Difahamkan, hasrat Syukor untuk memperluaskan penjualan jenama burger miliknya ke Stadium Perak hadir selepas sambutan menggalakkan oleh para peminat bola sepak di Stadium Darul Aman ketika majlis pelancaran jersi baharu Kedah Darul Aman FC, pada Sabtu lalu.", "Ketika majlis pelancaran terbabit, Syukor Burger menawarkan set yang merangkumi burger beserta air minuman ringan pada harga RM10. Ianya mendapat sambutan yang memberangsangkan selain memberikan pengalaman baharu buat pengunjung stadium menikmati burger yang berbaloi tahap kesedapan dan harganya. ", "Untuk makluman semua, Syukor Burger merupakan Rakan Rasmi Gold buat skuad berjulukan Sang Kenari bagi tahun 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219640/", "headline": "\nVideo: Jaringan Voli Dion Cools Bawa FK Jablonec Ke Pusingan 3 Piala Czech\n", "content": ["Pertahanan kacukan skuad kebangsaan, Dion Cools tidak menunggu lama untuk memberikan impak kepada pasukan baharunya, FK Jablonec.", "Baru sahaja diumumkan menyertai kelab terbabit Isnin lalu, Dion Cools berhasil menembus masuk kesebelasan utama ketika pasukannya turun menentang pasukan divisyen ketiga, Motorlet Praha dalam aksi Pusingan 2 Piala Czech.", "Bukan itu sahaja, kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, David Horejš dibalasnya dengan menjaringkan gol voli yang cukup cantik setelah menerima hantaran lambung daripada rakan sepasukan, Housky sekitar minit 17’.", "Jaringan sulung Dion Cools bersama FK Jablonec!!! pic.twitter.com/pk3YoMvmPC", "— Hafiz Omar (@hvfizomvr) September 14, 2022", "Gol tersebut bukan sahaja menjadi jaringan sulungnya bersama kelab berjulukan Galacticos ini bahkan dalam kancah bola sepak Republik Czech itu sendiri.", "Selain itu, Dion Cools juga dapat beraksi penuh tanpa ditukarkan oleh ketua jurulatihnya sepanjang permainan.", "Selepas jaringannya itu, tiga rakan sepasukannya, Jakub Martinec, Honza Chramosta dan Jan Chramosta berjaya menambah satu gol masing-masing.", "Jaringan-jaringan tersebut telah membantu FK Jablonec menamatkan perlawanan dengan keputusan yang cukup bergaya 4-0 sekaligus membolehkan mereka mara ke Pusingan 3.", "Untuk pengetahuan semua, saingan Piala Czech atau nama komersilnya, Piala Mol merupakan kejohanan bola sepak kalah mati seumpama saingan Piala FA di Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323546/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Filipina Bantai Skuad Badminton Wanita Negara 3-0 Di Suku Akhir\n", "content": ["Acara badminton berpasukan wanita di temasya Sukan SEA 2023 menyaksikan skuad negara mengulangi kekalahan di peringkat suku akhir sama seperti edisi lalu. Ulangan itu terhasil apabila tumpas mengejut 0-3 kepada skuad Filipina, sebentar tadi.", "Dalam aksi tersebut, Malaysia memulakan pertarungan dengan menurunkan pemain ranking ke-138 dunia, Tan Zhing Yi bagi menentang perseorangan ranking ke-184 dunia, De Guzman Mikaela Joy. Pertarungan itu berpihak kepada De Guzman dengan kemenangan “straight set” 24-22 dan 21-18 memastikan Filipina mendahului 1-0.", "Pertarungan kedua diteruskan dengan pertembungan melibatkan gandingan Low Yeen Yuan-Valeree Siow (ranking ke-76) bertemu Alyssa Ysabel-Thea Marie (ranking ke-122). Malaysia sekali lagi menanggung kekalahan apabila Yeen Yuan-Valeree tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-20, 19-21 dan 24-22 sekaligus membolehkan Filipina mendahului 2-0.", "SEA Games 2023 Score Update", "Quarterfinals: Women’s Team (Philippines 2 – 0 Malaysia)Alyssa Ysabel LEONARDO/Thea Marie POMAR 🇵🇭 vs LOW Yeen Yuan/Valeree SIOW🇲🇾 : 22-20 19-21 24-22#Badminton #BadmintonAsia #SEAGames2023 pic.twitter.com/Q90h2Wqm9x", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) May 8, 2023", "Seterusnya, pertarungan diteruskan dengan pemain negara yang menghuni ranking ke-308 dunia, Siti Nurshuhaini menentang penghuni ranking ke-540 dunia, Maria Bianca Ysabel. Ternyata Nurshuhaini yang merupakan naib juara saingan Antarabangsa Belanda 2022 dan naib juara Terbuka Czech 2021 turut sama tidak mampu mengekang kemaraan Filipina.", "Dalam pertarungan tersebut, Nurshuhaini juga menanggung kekalahan di tangan lawannya apabila tumpas secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 18-21 sekaligus mengesahkan kekalahan 0-3 Malaysia serta tersingkir daripada acara ini.", "Sebagai rekod, dalam temasya Sukan SEA 2021 Vietnam yang lalu, skuad wanita Malaysia tumpas di peringkat yang sama di tangan skuad tuan rumah dengan keputusan 1-3.", "SEA Games 2023 Score Update", "Quarterfinals: Women’s Team (Philippines 3 – 0 Malaysia)MARIA BIANCA YSABEL Carlos 🇵🇭 vs Siti NURSHUHAINI 🇲🇾 : 21-16 21-18#Badminton #BadmintonAsia #SEAGames2023 pic.twitter.com/YcE1uVU0QS", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) May 8, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221210/", "headline": "\nIni Logo Melaka FC Yang Akan Beraksi Di Liga M3\n", "content": ["Pertengahan November lalu, Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad mengumumkan Melaka Football Club (Melaka FC) menjadi nama dan identiti baharu yang akan mewakili Melaka dalam kancah bola sepak tempatan dengan menyertai Liga M3 2023.", "Menerusi laman sosial rasmi milik kelab berkenaan, logo Melaka FC pula diperlihatkan kepada orang ramai pada hari ini.", "Logo itu menampilkan motif pokok yang dipercayai pokok Melaka – sesuatu yang sinonim dengan negeri Melaka – berwarna hijau yang berlatarbelakangkan perisai bulat berwarna biru gelap.", "Selain itu, ia diapit pula dengan tulisan “MELAKA” dan “FOOTBALL CLUB” berwarna putih di atas dan bawah perisai itu masing-masing dengan latar belakang berwarna merah.", "Rekaan yang menempatkan tulisan terbabit mirip kepada logo sebuah kelab terkenal di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United.", "Setakat ini, Melaka FC belum memperkenalkan lagi barisan kejurulatihan dan para pemainnya untuk mengharungi saingan Liga M3 kelak.", "Sebagai tambahan, pada pertengahan November lalu, Presiden MAFA turut berkongsikan pasukan baharu ini diletakkan sasaran untuk mendapat promosi ke saingan Liga Super 2024 kelak.", "Featured Image: Melaka Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112667/", "headline": "\nPiala Sudirman 2021: Skuad Muda Malaysia Kejutkan Indonesia Tempah Tiket Separuh Akhir\n", "content": ["Siapa sangka Malaysia yang dibarisi oleh majoriti pemain-pemain muda berhasil melakukan kejutan untuk menempah tiket ke saingan separuh akhir kejohanan Piala Sudirman 2021.", "Itulah yang dilakukan oleh skuad negara apabila berjaya menumpaskan pasukan pilihan, Indonesia dengan keputusan 3-2 pada peringkat suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland pada awal pagi tadi. ", "Kisah Malaysia mara ke pentas separuh akhir bermula dengan pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mudah menumpaskan regu nombor satu dunia, Marcus Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo secara ‘straight set’ 21-12 dan 21-15 untuk memberikan mata pertama.", "A spectacular rally as Malaysia 🇲🇾 are off to racing start. Follow the action on: https://t.co/HAplroMP3U#SudirmanCup #Vantaa2021 #RaiseARacket 🏸 pic.twitter.com/dNE1Kk6SET", "Bagaimanapun, perlawanan kedua yang melibatkan kategori perseorangan wanita memihak kepada Indonesia walaupun Kisona Selvaduray memberikan persembahan terbaiknya. Dia terpaksa akur tumpas kepada Gregoria Mariska Tunjung dengan keputusan 20-22, 21-18 dan 19-21.", "Pada perlawanan ketiga, kapten pasukan, Lee Zii Jia berhasil meletakkan Malaysia kembali mendahului di hadapan dengan menumpaskan Anthony Sinisuka Ginting yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 secara ‘straight set’ 21-11 dan 21-16.", "Hard luck! But proud to both of you Pearly Tan & M. Thinaah!#SokongMalaysia#PialaSudirman2021 pic.twitter.com/tuC2fEXUU2", "Perlawanan keempat melibatkan kategori beregu wanita. Pearly Tan-M. Thinaah turun selaku regu ke-19 dunia perlu berhadapan dengan regu ke-6 dunia merangkap pemenang pingat emas Olimpik 2020, Greysia Polii-Apriyani Rahayu. ", "Saingan sengit diberikan oleh Pearly-Thinaah namun ianya tetap berpihak kepada Greysia-Apriyani dengan keputusan 20-22, 21-17 dan 18-22 sekaligus membolehkan Indonesia kembali mengikat Malaysia 2-2.", "Perlawanan terakhir melibatkan pertembungan beregu campuran menjadi penentu kepada pasukan manakah yang layak ke peringkat separuh akhir kejohanan.", "Di sinilah, regu muda campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See turun ke gelanggang tanpa rasa takut dan malu untuk berhadapan dengan ke-4 dunia, Praveen Jordan dan Melati Oktavianti.", "Malaysia 🇲🇾 makes history in Vantaa! #SudirmanCup #Vantaa2021 #RaiseARacket 🏸 pic.twitter.com/7ls6Ya5WbT", "Dengan segala keringat dan kesungguhan yang diberikan di dalam gelanggang, pasangan Pang Ron-Yee See berhasil menumpaskan lawannya dengan keputusan 21-19, 9-21 dan 21-16 sekaligus mengesahkan kemaraan skuad negara ke pentas separuh akhir.", "Untuk makluman semua, kejayaan mara ke peringkat separuh akhir ini menyamai pencapaian terbaik skuad negara pada kejohanan Piala Sudirman 2009 yang berlangsung di Guangzhou, China.", "Malaysia have beaten Indonesia for the first time ever in the Sudirman Cup history.Indonesia have lost a Sudirman Cup Quarter Final tie for the second time since 2-3 loss to China in 2013.#SudirmanCup2021", "Sebagai tambahan, kemenangan yang dicatatkan ke atas Indonesia ini juga pertama kali dalam sejarah buat pasukan Malaysia sepanjang beraksi dalam kejohanan Piala Sudirman ini.", "Sementara itu, menanti Malaysia di peringkat separuh akhir ialah Jepun. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321797/", "headline": "\nFAM & Joma Lancar Barangan Rasmi MPFL – Berharga RM99\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Joma Malaysia tampil melancarkan barangan rasmi Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim 2023 dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma FAM, pada hari ini.", "Barangan rasmi tersebut berupa jersi keluaran Joma yang hadir dalam dua variasi dengan diletakkan tanda harga RM99. Dimaklumkan jersi terbabit boleh didapati di rangkaian cawangan Sports Direct serta kedai-kedai menjual barang futsal terpilih bermula 18 Februari nanti. ", "Pelancaran barangan rasmi itu menyaksikan kerjasama antara FAM dan Joma Malaysia yang diangkat menjadi penaja bola rasmi saingan MPFL 2023 diteruskan bagi tahun kelima.", "“Kehadiran barisan penaja-penaja di dalam kempen MPFL 2023 dan MFC 2023 adalah amat berharga buat kami di FAM di mana sokongan Joma Malaysia ini merupakan satu peluang keemasan untuk FAM meluaskan lagi jenama MPFL dan MFC di dalam pasaran tempatan terutama sekali di dalam kalangan peminat-peminat muda.”", "“Saya berharap komitmen Joma Malaysia ini dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat swasta di luar sana untuk bekerjasama bersama FAM dalam misi membangunkan arena futsal negara,” kata Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Dato’ Sri Shahril.", "Dalam majlis yang sama, FAM turut mengumumkan bola Joma FIFA Pro Grafity II menjadi bola rasmi bagi pertandingan Piala Futsal Malaysia (MFC) 2023 yang akan bermula Ogos hingga September sejurus berakhirnya saingan MPFL 2023.", "Untuk makluman semua, saingan MPFL 2023 disertai oleh 14 buah pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Ianya bakal membuka tirai pada 18 Februari kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216324/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Ng Tze Yong Mara Ke Pusingan 16 Bertemu Jonatan Christie\n", "content": ["Tiada masalah buat perseorangan muda negara, Ng Tze Yong untuk mengalahkan pemain Jerman, Fabian Roth yang menghuni ranking ke-206 dunia di Pusingan 32 saingan Terbuka Swiss 2022.", "Tze Yong yang menghuni ranking ke-46 dunia berjaya mengalahkan pemain berusia 26 tahun itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-16 dan 21-15 dalam tempoh masa 47 minit permainan.", "YONEX Swiss Open 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Tze Yong NG🏅16 15 🇩🇪Fabian ROTH", "🕗 in 47 minutes https://t.co/8a5UBp7HqO", "— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertarungan sulung melibatkan Tze Yong dan Fabian di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, kemenangan ini membolehkan Tze Yong menempah tiket kemaraan ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16 di pentas berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF ini.", "Menantinya di pusingan berikutnya adalah pemain Indonesia, Jonatan Christie merangkap pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini. Jonatan atau dikenali sebagai Jojo mara selepas menumpaskan pemain Perancis, Thomas Rouxel di Pusingan 32 sebentar tadi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321426/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu Campuran No.5 Dunia Singkir Pang Ron-Mei Xing\n", "content": ["Penglibatan beregu campuran, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing dalam kejohanan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – hanya bertahan setakat peringkat Pusingan 16 sahaja.", "Gandingan semula pemain berusia 24 dan 25 tahun masing-masing itu terpaksa melupakan kejohanan yang berlangsung di Axiata Arena ini selepas disingkirkan oleh penghuni ranking kelima dunia, Thom Gicquel dan Delphine Delrue.", "PETRONAS Malaysia Open 2023XD – R16 🇫🇷Thom GICQUEL🏅21 13 21 🇫🇷Delphine DELRUE🏅 🇲🇾HOO Pang Ron18 21 12 🇲🇾TEOH Mei Xing", "— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023", "Pang Ron-Mei Xing tumpas kepada pasangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-13 dan 12-21 dalam tempoh 62 minit permainan di Gelanggang 2.", "Dengan kemenangan ini, beregu dari Perancis ini dapat meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir.", "Menanti mereka di peringkat terbabit adalah samada beregu China merangkap penghuni ranking pertama dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong atau beregu Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216599/", "headline": "\nMufti: Jual Beli Pemain Bola Dibenarkan Syarak – Tidak Menyerupai Sindiket Pemerdagangan Manusia\n", "content": ["Perpindahan Neymar dari FC Barcelona menyertai Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun 2017 mencipta sejarah sebagai pembelian paling mahal dalam sejarah bola sepak dunia dengan melibatkan yuran perpindahan sebanyak €222 juta.", "Selain daripada pembelian melibatkan Neymar, ada beberapa lagi pembelian yang melibatkan yuran perpindahan mega seperti Kylian Mbappe ke PSG (€180 juta), Jao Felix ke Atletico Madrid (€126 juta) Philippe Coutinho ke Barcelona (€120 juta), Antoine Griezmann ke Barcelona (€120 juta) dan banyak lagi.", "Dengan perpindahan ini, kelab yang membeli dapat menggunakan khidmat pemain tersebut untuk mengharungi saingan liga masing-masing. Manakala kelab yang menjualnya pula mendapat keuntungan dari segi kewangan lebih-lebih lagi sekiranya pemain yang dijual itu ditandatangani dengan kos yang lebih murah sebelum ini.", "AL-KAFI #1864: HUKUM JUAL BELI PEMAIN BOLA SEPAK https://t.co/qh8tLLfAWM pic.twitter.com/stnPGiKZQJ", "— Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (@pejabatmuftiwp) April 1, 2022", "Namun begitu, adakah pembelian dan penjualan melibatkan pemain-pemain bola sepak ini dibenarkan oleh agama Islam. Bukankah jual beli tubuh badan manusia dilarang dalam agama? Persoalan ini diutarakan kepada Mufti Wilayah Persekutuan (WP).", "Dijelaskan oleh mufti, jual beli pemain bola sepak bukan menyerupai sindiket pemerdagangan manusia, dan bukan pula terdiri atas akad jual beli sebagaimana namanya. Akan tetapi, ia terdiri atas kontrak sewa dan upah, dan ia sememangnya dibenarkan menurut syarak.", "Jelasnya lagi, aktiviti pemerdagangan orang bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan. ", "Manakala untuk jual beli atau pertukaran pula tidak menggambarkan berlakunya pemerdagangan manusia. Ini kerana ianya tidak terdapatnya unsur eksploitasi ataupun paksaan di dalamnya. Sebaliknya, ia secara sukarela untuk mengikat kontrak dengan sesebuah kelab bola tersebut.", "Pembelian itu pula dilakukan sebagai cara untuk memberikan kompensasi atau bayaran ganti rugi kepada kelab asal pemain tersebut bagi tujuan penamatan kontrak pemain tersebut dengan kelab asal mereka."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113227/", "headline": "\nTerbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama\n", "content": ["Pasangan beregu wanita yang baru sahaja digandingkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Teoh Mei Xing dan Anna Ching Yik Cheong berhasil meraih kejuaraan pertama mereka dalam saingan Terbuka Czech 2021.", "Baca: BAM Buat Keputusan Pisahkan Regu Ke-68 Dunia Teoh Mei Xing-Yap Ling", "Kedua-dua mereka yang digandingkan selepas daripada kejohanan Piala Uber 2020 berhasil muncul juara selepas menumpaskan pasangan beregu Indonesia, Febby Gani-Jesita Miantoro pada perlawanan akhir yang berlangsung hari ini.", "Mei Xing-Anna Cheong meraih kemenangan dengan pungutan mata 21-15, 16-21 dan 21-17. Untuk makluman semua, pasangan beregu wanita Malaysia ini menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menumpaskan beregu Rusia, Perancis, Norway dan India.", "Sebagai tambahan, sebelum ini Mei Xing bergandingan bersama Yap Ling dan menghuni ranking ke-68 dunia. Manakala Anna Choeng pula bergandingan bersama Yap Cheng Yen dan berada di kedudukan ke-193 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323325/", "headline": "\nKain Rentang, Tifo & Drum Diharamkan Masuk Dalam SSMIV\n", "content": ["Tindakan kelab yang dimiliki oleh Norizam Tukiman iaitu Kelantan FC untuk tidak membenarkan membawa masuk kain rentang, tifo dan drum ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) mengundang kritikan ramai terutamanya dalam kalangan para penyokong.", "Kelab berjulukan The Red Warriors (TRW) itu memaklumkan mengenai larangan membawa masuk tiga barangan berkenaan menerusi makluman di laman sosialnya, semalam, menjelang pertemuan kesepuluh Liga Super menentang Perak FC.", "A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)", "Tiga barangan itu menjadi tambahan kepada senarai 20 barangan sedia ada diharamkan dibawa masuk ke dalam stadium seperti rokok, vape, pemetik api, pisau, powerbank, payung, lato-lato dan lain-lain lagi.", "Di ruangan komen pada hantaran terbabit, Pegawai Keselamatan TRW menjelaskan peralatan dan item yang dinyatakan tidak boleh dibawa masuk ke dalam stadium atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.", "Tinjauan di ruangan komen itu juga memperlihatkan sebahagian besar penyokong tidak bersetuju dengan tindaka terbabit. Tidak kurang juga yang menganggap ianya sebagai satu kelucuan lebih-lebih lagi sukan bola sepak sememangnya sinonim dihiasi dengan pelbagai kain rentang, tifo serta ketukan drum khususnya dalam kalangan penyokong beraliran ultras."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215034/", "headline": "\nPemain Naturalisasi, Matdon Tersenarai Dalam ‘Team Of The Week’ Liga Super India\n", "content": ["Pemain tengah naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi yang beraksi bersama Odisha FC tersenarai dalam ‘Team Of The Week’ pada minggu ke-13 saingan Liga Super India (ISL).", "Liridon atau dikenali sebagai Matdon tersenarai selepas menampilkan persembahan yang cemerlang terutamanya dalam aspek defensif ketika beraksi dalam ‘away games’ menentang ATK Mohun Bagan.", "Senarai pemain yang membarisi ‘Team Of The Week’ ini disiarkan secara rasmi menerusi laman sesawang dan pelbagai platform media sosial milik liga terbabit, semalam.", "Ain’t going nowhere 🙅🏻‍♂️#OdishaFC #AmaTeamAmaGame #ANewDawn #ATKMBOFC pic.twitter.com/mnPnnN2h4F", "Laman sesawang ISL turut memberikan rating 7.38 kepada Matdon hasil daripada sumbangannya yang menyudahkan 90% hantaran, mencipta empat peluang, melakukan empat bentesan serta dua hadangan.", "Persembahan pemain yang dipinjamkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama rakan-rakannya yang lain memastikan Odisha FC mendapat sekurang-kurangnya 1 mata hasil daripada seri tanpa jaringan di gelanggang lawan, Stadium Pandit Jawaharlal Nehru.", "Sebagai tambahan, senarai ‘Team Of The Week’ ini turut menyenaraikan tiga rakan sepasukan Matdon iaitu penjaga gol Arshdeep Singh, pertahanan Victor Mongil dan penyerang Aridai Suarez."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217977/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Beregu China Ranking Ke-75 Dunia ‘Tendang’ Aaron-Wooi Yik Di Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik gagal untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah ditumpaskan oleh beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia 2022, sebentar tadi.", "Bahkan, Yu Chen-Xuan Yi yang berada di ranking ke-75 dunia itu berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” ke atas Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking ketujuh – lebih tinggi daripada mereka.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MD – Semi final 🇨🇳Yu Chen LIU🏅21 21 🇨🇳Xuan Yi OU🏅18 13 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 38 minutes https://t.co/rng8XY2eBs", "— BWFScore (@BWFScore) June 18, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Yu Chen-Xuan Yi merekodkan kemenangan dengan skor 21-18 dan 21-13 dalam tempoh masa 38 minit permainan di atas gelanggang, Istora Senayan, Jakarta.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Yu Chen-Xuan Yi yang mengesahkan kemaraan ke pentas akhir akan bertemu samada beregu Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho atau beregu Denmark, Kim Astrup dan Anders Rasmussen bagi merebut gelaran juara saingan Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110796/", "headline": "\nRating Sukanz: Tindakan Kurang Cermat Di Dalam Kotak Punca JDT Tumpas Kepada Pohang Steelers\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kekalahan besar 4-1 kepada wakil Republik Korea, Pohang Steelers dalam aksi ketiga peringkat Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.", "Lebih malang, kekalahan skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan tewas disebabkan oleh tindakan kurang cermat pemain yang menghadiahkan 3 sepakan penalti daripada Pohang. Hanya satu gol terhasil daripada permainan terbuka mereka.", "Keempat-empat gol tersebut dengan mudahnya memadam gol awal yang dijaringkan oleh pemain tengah kelahiran Argentina, Leandro Velazquez pada awal babak permainan iaitu sekitar minit ke-17 permainan.", "Kekalahan JDT pada perlawanan ini menyebabkan mereka tergelincir ke tangga ketiga Kumpulan G.", "Berikut adalah rating pemain-pemain JDT ketika beraksi menentang Pohang Steelers di Stadium Rajamangala, sebentar tadi:", "GK: Farizal Marlias – 5/10", "Boleh dikatakan Farizal beraksi dengan baik tetapi malangnya dia terpaksa akur bolos 4 gol dalam perlawanan ini. Bagaimanapun, 3 daripada 4 gol tersebut merupakan jaringan daripada sepakan penalti manakala satu daripadanya hasil kesilapan barisan pertahanan yang gagal melakukan perangkap ofsaid.", "DF: Azrif Nasrulhaq – 4.5/10", "Tugasan defensifnya boleh dipuji namun tidak banyak membantu daripada segi serangan. Keluar pada minit ke-86.", "DF: Shane Lowry – 5/10", "Agak kental dalam mengekang asakan oleh pemain lawan dan turut memainkan peranan dalam melakukan bola hantaran jauh mencari rakan sepasukan di atas.", "Menjadi hero dengan melakukan hadang awal terhadap percubaan Pohang. Namun terjahan lewatnya menyebabkan Pohang mendapat penalti pada minit ke-32. ", "DF: Matt Davies – 4.5/10", "Matt berjaya melakukan 2 hantaran lintang ketika naik untuk membantu serangan. Akan tetapi, kealpaannya menyebabkan perangkap ofsaid tidak menjadi dan memberikan Pohang gol ketiga. Matt juga menyebabkan Pohang diberikan sepakan penalti pada minit ke-90.", "MF: Natxo Insa – 6.5/10", "Struggle pada babak pertama, dijaga kemas oleh pemain lawan. Tampil lebih agresif pada separuh masa kedua namun tidak banyak yang mampu dilakukannya untuk menguasai bahagian tengah padang. Keluar pada minit ke-86.", "MF: Afiq Fazail – 4.5/10", "Persembahan Afiq pada babak pertama agak tenggelam. Separuh masa kedua, dia menunjukkan peningkatan terlibat dalam permainan. Afiq keluar minit ke-69.", "MF: Safiq Rahim – 6/10", "Rajin sepanjang permainan dengan naik dan turun ke bawah untuk dapatkan bola dan bantu bahagian serangan. Keluar pada minit ke-79.", "MF: Leandro Velazquez – 6.5/10", "Menjaringkan gol pembukaan buat JDT hasil inisiatifnya untuk pressing dan membuat percubaan. Separuh masa kedua, kelibatnya lebih terserlah. Sayang sekali sedikit sentuhan daripadanya menyebabkan Pohang mendapat sepakan penalti.", "MF: Arif Aiman – 6.5/10", "Babak pertama persembahannya kurang menyerlah namun memasuki babak kedua aksi Arif mula memberikan ancaman kepada Pohang dengan cubaannya memainkan bola di sisi padang dan membawa bola ke dalam kotak penalti. Keluar pada minit ke-79.", "FW: Bergson da Silva – 5/10", "Dia agak rajin untuk turun ke bawah untuk membantu membina serangan namun agak naif daripada segi percubaan ke arah gol dalam perlawanan ini. Ada ketikanya sedikit tamak kerana tidak membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang mempunyai peluang yang lebih terbuka.", "Pemain Gantian 1: Mohamadou Sumareh – 4/10", "Dimasukkan pada minit ke-69 menggantikan Afiq Fazail untuk beraksi di posisi sayap kanan. Kemasukannya menghidupkan bahagian kanan namun tiada ancaman berbahaya diberikannya.", "Pemain Gantian 2: Ramadhan Saifullah – n/a", "Masuk minit ke-79 dan beraksi di posisi sayap kiri menggantikan Arif Aiman.", "Pemain Gantian 3: Nazmi Faiz – n/a", "Masuk minit ke-79 menggantikan Safiq Rahim.", "Pemain Gantian 4: Syamer Kutty – n/a", "Masuk pada minit ke-86 dan tidak banyak yang mampu dilakukannya.", "Pemain Gantian 5: Guilherme de Paula – n/a", "Masuk pada minit ke-86 dan tidak banyak sumbangan yang dilakukannya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208021/", "headline": "\nBelanjawan 2021: RM103 Juta Untuk Bina, Naik Taraf & Menyelenggara Kemudahan Sukan\n", "content": ["Sesi pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan peruntukan sebanyak RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara sukan seluruh negara.", "Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz di Dewan Rakyat, pada hari ini.", "RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita termasuk RM15j kepada pembangunan e-Sports. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021", "Sementara itu, bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi, kerajaan turut mengumumkan akan menyediakan sebanyak RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal dan pembangunan atlet wanita.", "Tidak ketinggalan, dana berjumlah RM15 juta turut diperuntukkan kepada pembangunan e-Sukan (e-Sports)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325363/", "headline": "\nCEO Capital A Lepaskan Semua Pegangan Queens Park Rangers\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group), Tony Fernandes kini tidak lagi memegang sebarang saham dalam QPR Holdings Limited – syarikat induk bagi kelab bola sepak yang beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).", "Perkembangan ini hadir selepas ahli lembaga pengarah kelab berjulukan The Hoops itu mengeluarkan satu kenyataan bahawa Tony Fernandes telah membuat keputusan untuk mengurangkan pegangannya bagi menumpukan masanya kepada perniagaannya yang lain.", "Untuk pengetahuan semua, Tony bersama-sama Ruben Gnanalingam dan Kamarudin Meranun mengambil alih majoriti saham QPR pada tahun 2011 sekaligus menjadi pemilik baharu kelab berkenaan.", "A post shared by QPR FC (@officialqpr)", "Pada masa yang sama, beliau turut berperanan sebagai pengerusi bersama Ruben sehingga tahun 2018. Selepas itu, kerusi pengerusi terbabit beralih kepada ahli perniagaan British-India, Amit Bhatia.", "Tony menyifatkan peralihan jawatan kepada ahli perniagaan terbabit adalah sesuatu yang baik untuk QPR kerana mempunyai pengerusi yang tinggal di United Kingdom (UK) sendiri.", "Sebagai rekod, QPR berhasil tampil sebanyak tiga kali dalam kancah tertinggi bola sepak England iaitu Liga Perdana Inggeris (EPL) semenjak berada di bawah pemilikan Tony iaitu musim 2011-12, 2012-13 dan 2014-15. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323249/", "headline": "\nBAC 2023: Wei Chong-Kai Wun Bertemu Juara Dunia 2021 Di Pusingan 16\n", "content": ["Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bermula langkah kanan ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas lebih 3 bulan berehat berikutan kecederaan yang dialami Wei Chong baru-baru ini. ", "Bertemu buat kali pertama, beregu lelaki No.4 negara itu berjaya menundukkan gandingan India, P.S Ravikrishna-Sankar Udayakumar dengan keputusan “straight set” 21-12 dan 21-17 dalam perlawanan yang berlangsung selama 28 minit.", "Untuk makluman, pasangan Ravikrishna-Udayakumar merupakan beregu yang mendapat promosi daripada peringkat kelayakan berikutan penarikan diri saat akhir gandingan Thailand, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong.", "Sebelum ini, beregu negara yang menghuni ranking ke-28 dunia hanya beraksi sebanyak dua kali pada tahun ini iaitu dalam saingan Terbuka India dan Terbuka Malaysia. Dua kejohanan tersebut menyaksikan mereka tersekat di pusingan 32 sebelum berehat akibat kecederaan pergelangan kaki yang dialami Wei Chong. ", "R32#MAS🇲🇾 Man Wei Chong-Tee Kai Wun def. #IND🇮🇳 P.S Ravikrishna-Sankar Udayakumar 21-12 21-17", "📷 @badmintonphoto #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/M0QzxQOpmp", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2023", "Sementara itu, kemenangan Wei Chong-Kai Wun itu membawa mereka bertemu pilihan ke-4 kejohanan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi di Pusingan 16. Sebelum itu, Hoki-Kobayashi mara selepas menewaskan gandingan India, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala.", "Gandingan Hoki-Kobayashi merupakan bekas juara dunia 2021 dan pernah menakluki ranking No.1 dunia selama 14 minggu berturut-turut sebelum kedudukan mereka dipintas pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.", "Kedua-dua beregu Malaysia dan Jepun ini telah bertemu sekali sebelum ini dalam saingan All England 2022. Ianya berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Hoki-Kobayashi menerusi skor 21-17, 18-21 dan 23-21 sekaligus menyingkirkan Wei Chong-Kai Wun di Pusingan 32.", "Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324526/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Juara Remaja Dunia 3 Kali Berturut-Turut Singkir Tze Yong\n", "content": ["Langkah perseorangan badminton lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong dalam saingan Terbuka Singapura 2023 nampaknya terhenti setakat peringkat Pusingan 16. Ianya gara-gara berentap dengan juara Remaja Dunia sebanyak tiga kali berturut-turut, Kunlavut Vitidsarn.", "Tze Yong yang turun berhadapan dengan pemain dari Thailand berusia 22 tahun terbabit di Stadium Tertutup Singapura sebentar tadi terpaksa akur tumpas selepas mengharungi tiga set permainan yang memakan masa lebih satu jam di atas gelanggang.", "Pertarungan bermula dengan Tze Yong tumpas pada set pertama dengan skor 18-21. Kemudiaannya, pemain negara yang berusia 23 tahun ini berhasil bangkit pada set kedua dengan skor 24-22 sekaligus melanjutkannya ke set penentuan.", "Singapore Open 2023MS – R1621 22 21 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN🥇", "18 24 13 🇲🇾NG Tze Yong", "— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023", "Bagaimanapun, Kunlavut yang masih segar dengan kejayaan menjuarai saingan Terbuka Thailand pada minggu lalu menampilkan persembahan yang lebih agresif sekaligus berhasil menutup pertarungan tersebut dengan skor 21-13.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua berturut-turut Tze Yong terpaksa akur tumpas kepada Kunlavut ketika berentap di pentas antarabangsa. Pertemuan julung kalinya yang berlangsung sekitar lima tahun lalu dalam saingan remaja di Indonesia turut memihak kepada Kunlavut dengan kemenangan secara “straight set” 21-13 dan 21-12.", "Pada masa yang sama, kemenangan Kunlavut pada hari ini membolehkannya mara ke peringkat suku akhir. Menantinya di peringkat tersebut esok adalah samada pemain Perancis, Christo Popov atau perseorangan lelaki tuan rumah yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, Loh Kean Yew.", "Featured Image: Thailand Open 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218596/", "headline": "\nKejuaraan B-16 AFF: Hamidin Gesa Pemain Pergi Dengan Niat Untuk Menjadi Juara\n", "content": ["Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin menggesa skuad negara bawah 16 tahun (B-16) menanamkan niat untuk menjadi juara dalam saingan Kejuaraan B-16 AFF.", "Pesanan itu disampaikan oleh Hamidin semasa bertemu barisan pemain dan pegawai pasukan skuad kendalian Osmera Omaro di Wisma FAM baru-baru ini.", "“Saya rasa pasukan ini boleh pergi jauh. Dengan pengalaman dimiliki barisan kejurulatihan dan juga pemain terbaik yang kita ada, kita boleh melepasi peringkat separuh akhir dan seterusnya ke final. ", "“Jika berjaya muncul juara, ia sesuatu yang bagus kerana ini antara pasukan masa depan kita. Kalau kita nak pergi ke peringkat ke lebih tinggi, kita perlu meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman. ", "“Sudah tentu, komitmen tinggi setiap pemain dan pegawai dalam dan luar padang akan menghasilkan kejayaan kepada pasukan. Tekanan pasti ada tetapi saya yakin, pasukan ini memiliki kualiti. Saya doakan pasukan ini berjaya,” katanya seperti dipetik daripada platform media sosial FAM.", "Ketika ini, skuad negara masih lagi menjalani latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula Isnin minggu lalu. ", "Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung bermula 31 Julai hingga 12 Ogos kelak bertempat di Yogyakarta, Indonesia.", "Dalam kejohanan ini, skuad negara telah diundi bersama-sama Kemboja, Myanmar dan Australia dalam Kumpulan C. Mereka dijadualkan menentang ketiga-tiga pasukan tersebut pada 2, 5 dan 8 Ogos masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214979/", "headline": "\nYusoff Mahadi Letak Jawatan, Mahu Beri Tumpuan Penuh Kepada AFL\n", "content": ["Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihak mereka menerima perletakan jawatan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai pengurus skuad kebangsaan.", "Dimaklumkan, alasan Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM meletakkan jawatan kerana ingin memberikan tumpuan penuh kepada badan penganjur saingan divisyen tiga negara, Amateur Football League (AFL).", "“Datuk Wira Yusoff telah berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan (sebagai pengurus skuad kebangsaan) dan kita telah terima.", "“Beliau ingin menumpukan perhatian kepada Amateur Football League dan juga sebagai Timbalan Presiden (FAM).” kata Hamidin dalam satu sidang media yang diadakan di Wisma FAM, pada hari ini.", "Selaras dengan perletakan jawatan oleh Yusoff, posisi pengurus skuad kebangsaan secara automatiknya kosong dan Hamidin akan menunggu cadangan daripada Pengarah Teknikal, Scott O’Donell dalam masa 1-2 minggu lagi berkenaan itu.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220344/", "headline": "\nNafuzi Mahu Teliti Terma-Terma Tawaran Kontrak Terlebih Dahulu\n", "content": ["Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Terengganu FC telah mencapai persetujuan untuk menawarkan lanjutan kontrak selama setahun kepada ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain.", "Pada masa yang sama, jurulatih yang bakal menjengah usia 44 tahun itu diberikan masa selama 14 hari untuk menerima atau tidak tawaran terbabit.", "Bagaimanapun, menurut perkongsian wartawan tempatan, Tengku Danish Bahri, Nafuzi menerima perkembangan menarik daripada pihak majikannya itu dengan pendekatan tunggu dan lihat.", "Jelasnya lagi, keutamaan untuk meneruskan karier selaku jurulatih adalah bersama skuad berpangkalan di pantai timur ini berbanding tawaran daripada kelab-kelab lain.", "NZ pilih pdekatan tunggu dan lihat.", "Letak keutamaan kpd tawaran TFC bbanding kelab lain + namun mahu teliti terma2 kontrak yg akn ditawarkn + sanggup ketepi perasaan peribadi.", "\"Byk yg perlu dipertimbangkn + akui mahu rasai suasana Piala AFC tp dlm bola sepak mcm2 boleh blaku.\" pic.twitter.com/84Z6aWdBTv", "— Tengku Danish Bahri (@tgdanish) October 25, 2022", "Selain itu, Nafuzi juga mahu meneliti terma-terma di dalam kontrak lanjutan yang ditawarkan oleh majikannya terlebih dahulu termasuk mengetepikan perasaan peribadi sebelum menerima tawaran terbabit.", "Bercakap mengenai tawaran lain, sejak kebelakangan ini, sudah menjadi topik perbualan hangat di pelbagai platform media Nafuzi dikaitkan bakal menyertai kelab lain musim hadapan, salah satunya, Kedah Darul Aman FC.", "Namun begitu, Nafuzi turut mengakui mahu merasai suasana beraksi di kancah divisyen kedua bola sepak asia memandangkan Terengganu meraih slot Piala AFC selepas menamatkan saingan Liga Super selaku naib juara pada musim ini.", "Secara keseluruhannya, tiada jawapan konkrit diberikan buat masa ini dan Nafuzi turut menekankan mengenai pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bola sepak.", "Untuk makluman semua, kontrak Nafuzi bagi musim ini akan tamat pada 30 November kelak. Dengan baki kontrak selama 35 hari lagi, satu lagi tugasan yang perlu disudahkan Nafuzi adalah membimbing Terengganu mara sejauh mungkin dalam saingan Piala Malaysia yang bermula pada hari ini dan esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219211/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemain Thailand Sekat Perjalanan Tze Yong Di Pusingan 32\n", "content": ["Selepas berhasil mencipta kejutan ke atas juara Malaysia Masters dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di Pusingan 64 semalam, lain pula kisahnya pada hari ini apabila perseorangan negara, Ng Tze Yong terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Ini berikutan Tze Yong tidak dapat meneruskan rentetan kemenangan tersebut dan ianya berjaya dipatahkan oleh pemain Thailand yang menghuni ranking ke-33 dunia, Sitthikom Thammasin di Pusingan 32.", "Akan tetapi kemenangan yang direkodkan Thammasin itu tidak hadir dengan mudah. Pemain berusia 27 tahun ini terpaksa mengharungi 70 minit permainan sebelum merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-9, 10-21 dan 21-19.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MS – Round of 3221 10 21 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN🏅 9 21 19 🇲🇾Tze Yong NG", "🕗 in 70 minutes https://t.co/D5q2cx6sh8", "— BWFScore (@BWFScore) August 23, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama direkodkan melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini sekaligus membolehkan Thammasin melangkah ke Pusingan 16. Bagaimanapun, di pusingan ini, dia berkemungkinan besar akan berhadapan dengan pemain No.1 dunia yang sedang berada dalam prestasi terbaiknya, Viktor Axelsen. ", "Bagaimanapun, Axelsen akan membuat perhitungan terlebih dahulu dengan pemain Belanda, Mark Caljouw di Pusingan 32.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110285/", "headline": "\nApa Nasib Kedah & Terengganu Setelah Singapura Tarik Diri Sebagai Hos Piala AFC 2021?\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) memaklumkan telah memberitahu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bahawa mereka menarik diri daripada menjadi hos kepada pertandingan Piala AFC 2021.", "Makluman tersebut dinyatakan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh laman sesawang badan induk bola sepak negara tersebut, hari ini.", "Untuk makluman, FAS sepatutnya menjadi tuan rumah bagi aksi Kumpulan H dan I melibatkan pasukan dari Malaysia, Vietnam, Indonesia termasuk Singapura sendiri. Ia dijadualkan berlangsung bermula 26 jun sehingga 6 julai kelak.", "🚨 OFFICIAL🚨 🇸🇬 Singapore withdraw from hosting #AFCCup2021 Groups H and I matches!https://t.co/svYUmBYiV2", "Alasan mereka menarik diri adalah disebabkan oleh situasi yang tidak menentu pandemik Covid-19 pada ketika ini. Keputusan ini diambil bagi memastikan kebaikan para pemain, pegawai dan penduduk tempatan.", "Penarikan FAS menimbulkan tanda tanya tentang negara manakah akan menjadi tuan rumah kelak?", "Untuk pengetahuan semua, tahun ini terdapat dua wakil Malaysia yang akan bersaing dalam kancah Piala AFC.", "Pertamanya, Kedah Darul Aman selaku naib juara Liga Super 2020 yang telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Lions City Sailor (Singapura), Persipura Jayapura (Indonesia) dan Saigon FC (Vietnam).", "Keduanya, Terengganu yang merupakan pemenang tempat ketiga Liga Super yang telah diundi dalam Kumpulan I bersama-sama Geylang FC (Singapura) dan Kaya FC (Filipina).", "Setakat ini, pihak AFC mengesahkan menerima permohonan FAS menarik diri daripada menganjurkan saingan untuk Kumpulan H dan I. Badan induk bola sepak asia tersebut akan membuatk pengumuman lanjut dalam masa terdekat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219921/", "headline": "\nSlot Piala AFC: Terengganu Pintas Negeri Sembilan Di Tangga Ketiga Liga Super\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu berhasil memperbaiki kedudukannya dalam saingan Liga Super selepas mengharungi 19 perlawanan.", "Pada malam ini, skuad bimbingan Nafuzi Zain berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super – memintas kedudukan yang dihuni oleh Negeri Sembilan sebelum ini.", "Kejayaan itu terhasil selepas Terengganu mengalahkan Sabah 2-0 di laman sendiri,  Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA). Pada masa yang sama, Negeri Sembilan pula tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 5-0.", "Hasilnya, Terengganu dapat menyamai kutipan mata dengan Negeri Sembilan iaitu 35 mata masing-masing. Namun begitu, kedudukan ketiga menjadi milik Terengganu atas faktor perbezaan gol melebihi Negeri Sembilan.", "📊 KEDUDUKAN – LS20#LigaSuper2022 pic.twitter.com/QEe0nHMWZh", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) October 1, 2022", "Sementara itu, Terengganu dan Sabah pula hanya dibezakan satu mata sahaja iaitu 36 dan 35 mata masing-masing. ", "Dengan JDT selaku juara Piala FA telah disahkan sebagai juara Liga Super pada malam ini, slot Piala AFC akan diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan liga di tempat kedua dan juara Piala Malaysia. ", "Sekiranya saingan Piala Malaysia turut dimenangi oleh JDT atau naib juara Liga Super, slot Piala AFC ini akan diberikan kepada pasukan yang menghuni tangga ketiga Liga Super.", "Baki tiga perlawanan Liga Super musim ini akan menjadi medan buat Sabah, Terengganu dan Negeri Sembilan merebut slot ke saingan antarabangsa, musim hadapan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217107/", "headline": "\nBAC 2022: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir Selepas 36 Minit Bertarung\n", "content": ["Perseorangan badminton No.1 Malaysia, Lee Zii Jia berhasil meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 selepas 36 minit bertarung menentang pemain Jepun.", "Kemaraan itu disahkan dengan menumpaskan Kanta Tsuneyama yang menduduki ranking ke-14 dunia di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "QF#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(3) def. #JPN🇯🇵 Kanta Tsuneyama(8) 21-13 21-11", "— BAM (@BA_Malaysia) April 29, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia menewaskan Kanta secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-13 dan 21-11.", "Kemenangan ini menjadikan Zii Jia melebarkan rekod kemenangan ke atas Kanta kepada dua kemenangan berturut-turut. Kemenangan pertama direkodkan Zii Jia adalah dalam Kejohanan Badminton Asia Berpasukan (BATC) 2022.", "Sementara itu, Zii yang mara ke peringkat separuh akhir akan membuat perhitungan bertemu samada pemain China, Weng Hong Yang yang menghuni ranking ke-82 dunia atau perseorangan No.1 Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting sebelum dapat menjejakkan kaki ke perlawanan akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208310/", "headline": "\nLe Tour de Langkawi (LTdL) 2021 Batal & Dianjurkan Pada 2022 – MNCF\n", "content": ["Kejohanan perlumbaan berbasikal, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2021 secara rasminya dibatalkan dan akan diadakan semula pada tahun berikutnya iaitu tahun 2022.", "Pengumuman itu dibuat oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan dilaporkan menerusi agensi berita tempatan, Bernama hari ini.", "Le Tour de Langkawi 2021 (LTdL 2021) dibatalkan dan akan dianjurkan semula pada 2022 – Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) pic.twitter.com/TkpFstOBEu", "Kejohanan berbasikal antarabangsa yang bakal memasuki edisi ke-26 itu sepatutnya berlangsung pada 30 januari hadapan. ", "Namun penganjurannya berdepan dengan situasi ketidaktentuan selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majoriti negeri-negeri di semenanjung Malaysia.", "Sementara itu, polisi sempadan negara yang masih ditutup sehingga kini turut diambil kira memandangkan kejohanan ini turut disertai oleh pasukan-pasukan dan atlet-atlet dari luar negara.", "Featured Image: Le Tour de Langkawi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220303/", "headline": "\nJune Wei, Jun Hao Rebut Gelaran Juara Indonesia Masters Super 100\n", "content": ["Gelaran juara bagi saingan Indonesia Masters – Jelajah Super 100 BWF menyaksikan ianya bakal direbut oleh dua pemain negara, Cheam June Wei dan Leong Jun Hao.", "Situasi itu hadir apabila kedua-duanya berjaya menumbangkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir yang berlangsung di Malang, Indonesia, semalam.", "Pemain bebas (independent), June Wei yang merupakan pilihan ketujuh untuk menjuarai kejohanan ini terlebih dahulu merekodkan kemaraan ke pentas akhir setelah menumpaskan wakil Taiwan, Lee Chia Hao secara “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-3 dalam tempoh 18 minit permainan sahaja.", "Sementara itu, pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jun Hao pula menyusul setelah bertarung selama satu jam 15 minit menentang wakil Republik Korea, Son Wan-ho dengan meraih kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 18-21 dan 21-13.", "Bercakap mengenai pertemuan melibatkan June Wei dan Jun Hao, kedua-duanya pernah merekodkan lima pertemuan di kejohanan antarabangsa setakat ini.", "Bagaimanapun, daripada lima pertemuan itu, tiga daripadanya memihak kepada June Wei yang kini berada di ranking ke-65 dunia. Manakala baki duanya lagi berpihak kepada Jun Hao, penghuni ranking ke-101 dunia. Perlawanan seterusnya akan menjadi pertemuan keenam melibatkan kedua-dua pemain.", "Untuk makluman, pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pemain ini baru sahaja berlangsung pada penghujung bulan lalu dalam saingan Terbuka Vietnam dimana ianya dimenangi oleh June Wei.", "Sebagai tambahan, perlawanan melibatkan June Wei menentang Jun Hao diletakkan pada aturan keempat – selepas perlawanan akhir beregu campuran, perseorangan wanita dan beregu wanita pada hari terakhir saingan ini.", "Penganjur menjangkakan perlawanan mereka akan bermula seawal 3.30 petang – waktu Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219556/", "headline": "\nPemain Naturalisasi Liridon Krasniqi Raih Penampilan Pertama Dalam Liga Thailand\n", "content": ["Pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi yang bergabung bersama Khon Kaen United pada Ogos lalu berhasil mencetak penampilan pertamanya dalam saingan Liga Thailand.", "Pemain tengah berusia 30 tahun ini mencetak penampilan tersebut ketika pasukannya bertandang ke Stadium PAT menentang Port FC dalam perlawanan kelima liga, Sabtu lalu.", "Bagaimanapun, Liridon atau lebih dikenali sebagai Matdon meraih penampilan sulungnya bersama skuad berjulukan The King Cobras ini sebagai pemain gantian dengan dimasukkan pada 10 minit terakhir permainan.", "Malangnya, ketika Liridon dimasukkan, pasukannya sedang ketinggalan 0-3. Tidak lama selepas kemasukannya, Khon Kaen United bolos sekali lagi dan ketinggal 0-4.", "Tiada sebarang impak besar dapat diberikan Liridon bagi membantu pasukannya yang telah ketinggalan jauh. Namun begitu, Khon Kaen United sempat menjelmakan satu gol saguhati menerusi penyerang Brazil, Romulo Cabral pada penghujung permainan.", "Kekalahan ini meletakkan Khon Kaen United di tangga kesebelas liga selepas mengharungi lima perlawanan pada musim 2022-23 ini.", "Untuk makluman semua, Liridon menyertai Khon Kaen United secara pinjaman daripada kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Featured Image: Khon Kaen United"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217825/", "headline": "\nTerengganu FC Lancar Jersi Away 2022 – ‘Tribute’ Kepada Ashari Samsudin\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC melancarkan jersi ‘away’ bagi musim 2022 keluaran pembuat kit dari England, Umbro pada hari ini.", "Jersi yang turut dilancarkan sebagai ‘tribute’ kepada pemain legendanya, Ashari Samsudin diperkenalkan pasukan berkenaan menerusi video berdurasi sekitar dua minit di pelbagai platform media sosialnya.", "🎥TERENGGANU FC AWAY KIT 2022 🏴🏳️", "Jersi ‘Silent Killer’ ini tanda ingatan buat salah seorang lagenda pasukan Terengganu iaitu Ashari Samsudin yang telah membawa keindahan permainan bolasepak ke satu dimensi yang berbeza khususnya buat peminat bolasepak di Malaysia! pic.twitter.com/YppjYFRIsF", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) June 10, 2022", "Ianya hadir dengan warna serba hitam yang bermotifkan corak seakan-akan anyaman ketupat serta rekaan ‘continuous arrow’ berwarna hitam dan putih di bahagian hujung lengan dan leher.", "Memandangkan ianya merupakan jersi ‘tribute’ kepada Ashari atau nama timangannya, Silent Killer, di bahagian belakang jersi itu turut disematkan angka 110 yang menandakan jumlah jaringan gol yang disumbangkan oleh Ashari ketika berkarier bersama pasukan Terengganu.", "Manakala perletakan logo kelab, pembuat kit serta barisan penaja dilihat tidak berubah dan sama seperti rekaan jersi ‘home’ dan ‘third’ yang telah dilancarkan sebelum ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114126/", "headline": "\nBeregu Campuran, Peng Soon-Liu Ying Tarik Diri Daripada Kejohanan Dunia BWF\n", "content": ["Walaupun layak, beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengumumkan menarik diri daripada Kejohanan Dunia BWF 2021 yang akan bermula pada Ahad nanti.", "Perkembangan mengejutkan itu disampaikan sendiri oleh Liu Ying menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya pada hari ini.", "Difahamkan keputusan tersebut diambil oleh beregu campuran yang menghuni ranking kesembilan dunia ini atas faktor keadaan fizikal Liu Ying yang tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum bermulanya kejohanan yang akan dilangsungkan di Huelva, Sepanyol tersebut.", "Keadaan ini berpunca daripada kepenatan ekoran jadual padat kejohanan yang berlangsung dalam tempoh masa yang cukup singkat. Selain itu, faktor usia yang semakin meningkat turut menyumbang kepada keterbatasan ini. ", "Perkara ini mengekang mereka untuk berada di prestasi yang terbaik bagi memberikan cabaran di pentas Kejohanan Dunia BWF kelak.", "Pada masa yang sama, situasi semasa epidemik Covid-19 turut mengundang kerisauan pasangan yang berusia 33 dan 32 tahun masing-masing ini. Selepas membuat segala pertimbangan, mereka mengumumkan untuk menarik diri daripada kejohanan ini.", "Dengan pengumuman ini, Jelajah Dunia Akhir BWF di Bali, Indonesia pada minggu lalu menjadi kejohanan terakhir yang disertai oleh gandingan Peng Soon-Liu Ying pada tahun ini.", "Di kejohanan ini, Peng Soon-Liu Ying berjaya mara ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan oleh beregu campuran Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208518/", "headline": "\nUiTM FC Sambung Kontrak Pertahanan Perancis, Victor Nirennold\n", "content": ["Kelab bola sepak Universiti Tekonologi MARA (UiTM FC) mengesahkan telah melanjutkan kontrak pertahanan import kelahiran Perancis, Victor Nirennold.", "Menurut sebuah laporan, tempoh lanjutannya itu sekurang-kuranganya semusim bagi membantu UiTM FC mengharungi Liga Malaysia, musim hadapan.", "Makluman ini dikongsikan oleh pengurus skuad The Lion Troops, Mustaza Ahmad dalam satu sesi temu bual bersama stesen televisyen tempatan, semalam.", "“Barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Frank Bernhardt sudah bersetuju untuk mengekalkan pemain pertahanan, Victor, untuk bersama UiTM FC bagi musim 2021.", "“Alhamdulillah, pada pagi ini, kami telah mengadakan majlis menandatangan ringkas bagi memastikan Victor akan terus bersama UiTM FC,” kata Mustaza seperti dipetik daripada Stadium Astro.", "Pertahanan UiTM FC, Victor Nirennold Punyai Pengalaman Mahal Hadapi Liverpool https://t.co/QUeE2SW3dh pic.twitter.com/n4ei29Tbj0", "Baca: Pertahanan UiTM FC, Victor Nirennold Punyai Pengalaman Mahal Hadapi Liverpool", "Victor yang merupakan kapten UiTM FC telah memainkan peranan penting dalam memacu skuad kendalian Frank Bernhardt meraih kedudukan ke-6 dalam saingan Liga Super 2020.", "Sebelum ini, jodoh pertahanan berketinggian 1.94 meter ini bersama UiTM FC mencetuskan tanda tanya selepas dia dikhabarkan telah menarik minat beberapa pasukan dalam dan luar negara.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321948/", "headline": "\nKelantan Penuhkan Kuota Pemain Import Hadapi Liga Malaysia 2023\n", "content": ["Pendatang baharu Liga Super 2023, Kelantan FC akan memenuhkan kuota sembilan pemain import bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.", "Pengesahan itu hadir selepas Norizam Tukiman selaku pemilik skuad berjulukan The Red Warriors memaklumkan seramai tiga orang lagi pemain import akan menyertai pasukannya selepas mengikat pemain import keenam pada pertengahan Februari lalu.", "Dua daripada tiga pemain import terbabit ialah Carli de Murga yang datangnya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta penyerang Nigeria, Ismahil Akinade.", "Seperti sedia maklum, Carli yang merupakan pertahanan kelahiran Sepanyol yang memiliki pasport Filipina bukanlah pemain yang asing dalam kancah bola sepak tanah air.", "Sebelum menyertai JDT, Carli terlebih dahulu telah beraksi bersama ‘rival’ kepada Kelantan iaitu Terengganu FC.", "Ismahil yang berusia 29 tahun pula merupakan bekas penyerang Sheikh Russel FC yang beraksi dalam kancah bola sepak Bangladesh.", "Manakala seorang lagi pemain tidak dinyatakan secara khusus oleh Norizam namun memberi bayangan merupakan seorang penyerang yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Australia.", "Sebagai rekod, enam pemain import yang telah diikat oleh Kelantan sebelum ini ialah Christian Rontini, Mario Aques, Nuha Marong Krubally, Kim Ming-kyu dan Kang Eui-chan.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220108/", "headline": "\nOlimpik 2024: Atlet Berdarah Kacukan Mungkin Dipertimbangkan Wakili Malaysia\n", "content": ["Atlet berdarah kacukan berpangkalan di luar negara bakal dipertimbangkan untuk mewakili kontinjen Malaysia di temasya terulung dunia, Sukan Olimpik Paris 2024 kelak.", "Bagaimanapun, berdarah kacukan bukanlah satu-satunya kriteria yang boleh dipertimbangkan untuk menyertai kontinjen negara. Ianya mestilah disulami dengan mempunyai keupayaan untuk menjadi pesaing di peringkat antarabangsa.", "Memetik laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program “Gold Paris 2024”, Tan Sri Dr. Mohammad Norza Zakaria mengesahkan perkara berkenaan selepas membincangkannya dalam satu mesyuarat jawatankuasa tersebut, baru-baru ini.   ", "“Jawatankuasa akan mengambil pendekatan terbuka, dalam kemungkinan mengenal pasti atlet yang berpangkalan di luar negara yang mempunyai pertalian keluarga dan asal usul dari Malaysia, yang mempunyai prestasi terkini selaku pesaing di peringkat dunia,” katanya.", "Penggunaan khidmat atlet berdarah kacukan atau berdarah warisan sebegini sudah digunakan dalam sukan bola sepak. Sebagai contoh, Brendan Gan, Matthew Davies dan La’vere Corbin-Ong yang merupakan pemain kacukan sudah lama menabur bakti bersama skuad kebangsaan yang berjulukan Harimau Malaya.", "Pada masa yang sama, Norza yang juga merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) turut memaklumkan jawatankuasa telah membuat keputusan untuk memperketatkan pemilihan atlet ke temasya terbabit.", "Antara kriteria pemilihan tersebut adalah mereka yang pernah memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik edisi lalu dan menduduki kelompok ranking 10 terbaik dunia dalam sukan masing-masing.", "Tambahnya lagi, meraih pingat di temasya Sukan Komanwel dan Sukan Asia turut menjadi asas pemilihan selain memiliki prestasi terkini yang meyakinkan. Kesemua ini bagi berupaya untuk menjelmakan kilauan pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113484/", "headline": "\nTuah Iringi Sarawak United Ke Suku Akhir Piala Malaysia – E. Elavarasan\n", "content": ["Selain daripada Kuala Lumpur City (KL City) yang mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir, naib juara Liga Premier iaitu Sarawak United yang berada dalam Kumpulan A turut meneruskan kemaraan ke peringkat yang sama.", "Sarawak United berjaya mara selepas berhasil mengejutkan Sri Pahang dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, semalam.", "Bagaimanapun, ketua jurulatihnya, E.Elavarasan, merendah diri dengan kejayaan itu dan menyifatkan tuah berpihak kepada pasukannya untuk membawa pulang tiga mata berharga.", "“Dari awal lagi Sri Pahang bermain lebih baik malah mereka berjaya mengejutkan kami dengan gol awal tetapi mujur kami dapat menyamakan kedudukan melalui Sandro.", "“Gol penyamaan itu memberikan motivasi kepada pemain biarpun secara keseluruhan permainan dikuasai sepenuhnya oleh Sri Pahang.", "“Mungkin apabila selepas kedudukan 1-1 dan kita juga dalam situasi tidak mahu kalah kerana situasi itu akan berikan kelebihan kepada tuan rumah jika menang, maka kita lebih banyak bertahan.", "“Saya boleh katakan kami bernasib baik kerana dapat menjaringkan gol selepas 40 minit bertahan di separuh kedua dan melalui satu sahaja serangan balas, kami mendapatkan satu kemenangan penting,” katanya.", "Kemaraan Sarawak United dan KL City menjadikan Sri Pahang dan Penang tersingkir dari saingan Piala Malaysia. Kedua-dua pasukan tersebut sudah tidak mampu lagi memintas Sarawak United dan KL City pada hari terakhir perlawanan peringkat kumpulan, Rabu ini.", "Sementara itu, jika KL City berjaya mempertahankan kedudukan mereka di tangga teratas Kumpulan A selepas aksi keenam peringkat kumpulan, mereka dijadualkan akan bertemu Selangor yang sudah mengesahkan slot menerusi naib juara Kumpulan B manakala Sarawak United bertemu juara Kumpulan B, Terengganu FC di suku akhir.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114241/", "headline": "\nKelayakan Sukan Komanwel: Atlet Angkat Berat 73kg, Erry Raih Pingat Perak\n", "content": ["Sebutir lagi pingat berjaya dibawa pulang atlet angkat berat negara daripada kejohanan Kelayakan Sukan Komanwel yang dianjurkan bersama Kejohanan Angkat Berat Dunia 2021 di Tashkent, Uzbekistan, minggu ini.", "Kali ini, penambahan pingat terbaru itu disumbangkan oleh atlet angkat berat kategori 73 kilogram (kg), Muhammad Erry Hidayat apabila dia berjaya melakukan angkatan keseluruhan dengan seberat 301kg.", "Rekod tersebut sudah memadai buatnya untuk membawa pulang pingat perak sekaligus melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022. Sementara itu, pingat emas dan gangsa diraih oleh atlet India, Achinta Sheuli dan atlet Sri Lanka, Mudiyanselage Indika Chathur Dissanayak.", "Terdahulu, dua atlet angkat berat negara dalam kategori 55kg dan 61kg iaitu Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin berjaya membawa pulang pingat emas ketika beraksi dalam kategori masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206469/", "headline": "\nMessi: Saya Bukan Mahu Gaji ‘Sedap’ Tetapi Mahu Pasukan Yang Mantap\n", "content": ["Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi dilaporkan telah menyatakan secara serius kepada majikannya untuk keluar daripada FC Barcelona, lapor Esporte Interativo.", "Sumber dalaman yang rapat kepada Messi berkata dia tidak pernah melihat pemenang Ballon d’Or sebanyak enam kali itu begitu bersungguh-sungguh mahu meninggalkan Stadium Nou Camp sejak daripada zaman remajanya.", "Keputusan Messi untuk meninggalkan skuad La Blaugrana dibuat selepas dimalukan oleh wakil Jerman, Bayern Munich apabila tewas 8-2 dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara UEFA, awal sabtu lalu.", "Awal musim lalu, Messi berkata bahawa dia tidak bersama Barcelona semata-mata untuk menerima gaji yang besar. Tetapi dia mahu melihat Barcelona memulakan projek membina sebuah pasukan baharu yang mantap dan mampu bersaing untuk merebut kejuaraan.", "Bagaimanapun, Messi atau nama julukannya La Pulga melihat majikannya tidak begitu serius dalam melaksanakan projek tersebut dan hasilnya mereka menamatkan saingan musim 2019/20 tanpa sebarang trofi serta dimalukan oleh Bayern Munich.", "Perkara ini yang membuatkan Messi yang juga penyerang skuad kebangsaan Argentina ini kecewa terhadap majikan pasukannya. ", "Leo Messi finishes as #LaLigaSantander top scorer for a record seventh time! ⚽️🔝🌟 pic.twitter.com/8hi7RhuFG4", "Walaupun Barcelona mengharungi saingan musim ini dengan prestasi yang agak suram, Messi masih merekodkan statistik yang memberansangkan dengan menjaringkan 31 gol dan menghasilkan 26 bantuan gol dalam semua pertandingan.", "Untuk saingan La Liga sahaja, penyerang berusia 33 tahun ini mengungguli carta penjaring terbanyak (25 gol) dan juga pencetak bantuan gol terbanyak (21 assist) musim ini.", "Selain daripada Messi, dilaporkan pemain-pemain utama yang lain seperti Gerard Pique turut sedia angkat kaki daripada pasukan Barcelona dan memberi laluan kepada pemain-pemain muda."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219575/", "headline": "\nBekas Penyerang Terengganu, David Da Silva Kini Penjaring Kedua Terbanyak Liga Indonesia\n", "content": ["Penyerang Brazil, David da Silva yang pernah beraksi bersama Terengganu FC sepanjang musim 2021 menjadi satu sosok yang tidak diminati oleh sebahagian besar penyokong kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air itu.", "Ia berikutan prestasinya sebagai penyerang tidak begitu memuaskan dengan sekadar menjaringkan 7 gol daripada 15 penampilan dalam saingan Liga Super serta dirundung kecederaan yang agak panjang.", "Menariknya, prestasi Da Silva bersama Persib Bandung sejak bermulanya saingan baharu Liga 1 Indonesia cukup berbeza dengan yang dipersembahkannya semasa bersama Terengganu pada tahun lalu.", "Da Silva turun bukan sahaja bebas kecederaan dan turun dalam kesemua sembilan perlawanan Liga 1 sebagai pemain kesebelasan utama. Bahkan dia turut meletakkan dirinya selaku salah satu penjaring berbisa dalam kancah Liga Indonesia dengan berjaya meledak 8 gol setakat ini. ", "Catatan itu meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak liga – hanya kurang satu gol berbanding pendahulu carta, Matheus Pato (9 gol) daripada Borneo FC.", "Untuk makluman semua, jaringan peribadi kelapan Da Silva baru sahaja hadir dalam perlawanan menentang Arema FC di tempat lawan, semalam. Lebih manis, jaringan pada minit ke-88 itu telah membantu Persib meraih kemenangan selepas terikat 1-1 bermula minit ke-49 permainan. ", "Selain merekodkan 8 jaringan, Da Silva turut mencatatkan satu bantuan gol (assist) buat rakan sepasukannya ketika perlawanan pembukaan Liga 1 menentang Bhayangkara FC.", "Sebagai tambahan, Da Silva kini telah mengumpul 50 gol daripada daripada 66 penampilannya dalam kancah bola sepak Indonesia sejak tahun 2018.", "Untuk pengetahuan semua, Da Silva menyertai Persib Bandung bermula Disember 2021 selepas Terengganu mengumumkan tidak melanjutkan kontraknya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114373/", "headline": "\nK-League Nama Liga Tempatan Anjuran KFA Pada Tahun 2022\n", "content": ["Badan induk bola sepak negeri Kedah Darul Aman iaitu Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memutuskan untuk menganjurkan sebuah liga bola sepak tempatan di negeri terbabit dan dinamakan sebagai ‘K-League’ pada tahun hadapan.", "Menurut Presiden KFA, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Noor merangkap Menteri Besar Kedah, perkara tersebut telah diputuskan dan dipersetujui oleh Ahli-Ahli Gabungan KFA dalam Kongres KFA yang berlangsung di Wisma Darul Aman, pada hari ini.", "Difahamkan sebanyak enam kejohanan dipertandingkan di bawah saingan K-League tersebut. Disamping itu, Sanusi turut berkongsikan beberapa syarikat telah memberikan persetujuan untuk menaja kejohanan ini.", "“Dalam Kongres KFA Kali Ke-46 2021 yang berlangsung sebentar tadi telah diputuskan akan menganjurkan beberapa liga tempatan yang diberi nama K-League 2022 dan telah dipersetujui oleh Ahli-Ahli Gabungan KFA.", "“Sebanyak enam piala yang akan dipertandingkan dalam K-League 2022 ini iaitu Piala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Piala Menteri Besar, Piala KFA, Kedah Grassrood League Bawah 12 Tahun, Liga Futsal Kedah dan Langkawi International Beach Soccer.”", "“Saya telah berjumpa dengan beberapa penaja dan beberapa syarikat besar yang telah bersetuju untuk menaja liga tempatan yang akan dimuktamadkan beberapa hari lagi,” katanya seperti dipetik daripada laman sosial Warta Kedah.", "Sanusi turut menekankan bawah KFA akan memberikan tumpuan kepada penganjuran liga tempatan untuk menyemarakkan bola sepak di negeri terbabit. Sementara itu, Kedah Darul Aman FC pula menumpukan perhatian untuk beraksi di kancah elit bola sepak negara di bawah anjuran Malaysian Football League (MFL)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114009/", "headline": "\n10 Perlawanan 10 Gol, Farizal Minta Rakan Sepasukan Berhati-Hati Dengan Romel Morales\n", "content": ["Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias memberi amaran kepada rakan-sepasukannya agar berhati-hati dengan penyerang Kuala Lumpur City (KL City), Romel Morales.", "Pemain kelahiran Colombia yang berusia 24 tahun ini merupakan pemain tengah menyerang namun dek masalah kecederaan yang menimpa penyerang utama, ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak meletakkan Romel beraksi sebagai penyerang.", "Pada awalnya, Romel bergelut untuk menjalankan peranan itu namun di pentas Piala Malaysia, Romel tampil sebagai penyerang yang cukup berbisa. Setakat ini, dia meledak 10 gol daripada 10 perlawanan sekaligus memimpin carta penjaring terbanyak kejohanan.  ", "Baca: Beri Pasport Kepada Pemain Muda Seperti Romel Morales Bukannya Penyerang Usia 30-an", "“Kami juga kena berhati-hati dengan penyerang KL City, Romel Morales, yang begitu bahaya dalam kotak penalti selain mempunyai fizikal yang kuat,” ujar Farizal dalam sidang media praperlawanan akhir Piala Malaysia, hari ini.", "Pada masa yang sama, Farizal turut mengingatkan rakan-rakannya agar berhati-hati dalam aspek serangan balas dan situasi bola mati pasukan yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Croatia itu.", "“Sudah pasti Kuala Lumpur cukup berdisiplin dalam bertahan selain berbahaya pada serangan pantas di samping tidak boleh memberikan peluang kepada lawan dalam situasi bola mati kerana pada perlawanan lalu, kami ada melepaskan satu gol kepada mereka.” tambahnya lagi.", "Sebagai rekod, pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super yang lalu dimenangi oleh skuad Harimau Selatan dengan keputusan 2-1.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada September lalu, JDT mencatatkan kemenangan hasil jaringan Nazmi Faiz dan gol sendiri oleh Nik Shahrul Azim. Manakal, KL City pula meraih gol saguhati menerusi Izreen Izwandy.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217766/", "headline": "\nIndonesia Masters: Gandingan Baharu Hon Jian-Yen Wei Mara Ke ‘Main Draw’ Jumpa Pasangan No.15 Dunia\n", "content": ["Beregu campuran yang baharu digandingkan, Choong Hon Jian dan Peck Yen Wei berhasil melepasi ujian pusingan kelayakan sekaligus mara ke babak undian utama (main draw) saingan Indonesia Masters 2022 – saingan Jelajah Dunia Super 500 BWF.", "Pasangan ini melepasi ujian tersebut dengan menumpaskan pasangan Perancis yang menghuni ranking ke-62 dunia, Wiliam Villeger dan Anne Tran secara “straight set” di Pusingan Kelayakan 1, sebentar tadi. ", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022.XD – Qualification quarter final 🇲🇾Hon Jian CHOONG🏅22 21 🇲🇾Yen Wei PECK����20 18 🇫🇷William VILLEGER 🇫🇷Anne TRAN", "🕗 in 41 minutes https://t.co/CFurjR5eho", "— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Hon Jian-Yen Wei merekodkan kemenangan dengan skor 22-20 dan 21-18 dalam tempoh masa 41 minit bertempat di Istana Olahraga Gelora Bung Karno (Istora), Jakarta.", "Sementara itu, kemenangan ini membolehkan mereka ke Pusingan 32 dalam kelompok undian utama dan menanti mereka di peringkat tersebut adalah pasangan Denmark yang menduduki ranking ke-15 dunia, Mathias Christiansen dan Alexandra Bøje.", "Sebagai tambahan, sebelum ini, Hon Jian beraksi dalam ketagori beregu campuran bergandingan bersama Yap Cheng Wen, Goh Pei Kee dan Toh Ee Wei. Manakala, Yen Wei pula bergandingan bersama Chen Tang Jie serta pernah mencapai ranking tertinggi, ke-27 dunia. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217357/", "headline": "\nSukan SEA: Lee, Haikal & Tang Jie Serta Shaqeem Pacu Malaysia Ke Final\n", "content": ["Skuad lelaki negara hampir-hampir disingkirkan oleh Singapura dalam acara badminton lelaki berpasukan pada peringkat separuh akhir Sukan SEA 2021.", "Mujurlah wakil ketiga negara merangkap pemain perseorangan kedua, Lee Shun Yang berhasil mencetak kemenangan ke atas Jason Teh Jia Heng dengan skor 21-19, 21-23 dan 21-16 sekaligus menghalang skuad negara seberang tambak merekodkan kemenangan 3-0 pada ketika itu.", "Sebelum itu, perseorangan dan beregu mereka iaitu Loh Kean Yew dan gandingan Terry Hee Yong Kai-Loh Kean Hean berhasil mengalahkan Jacky Kok Jing Hong (12-21 dan 12-21) dan Arif Junaidi-Man Wei Chong (21-19 dan 21-13) untuk memberikan pendahuluan selesa 2-0 buat Singapura.", "RESULTS: #SEAGames2021 SF (Men’s Team)", "Lee Shun Yang def. Jason Teh 21-12 21-23 21-16#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/0mb5oj5lVN", "— BAM (@BA_Malaysia) May 17, 2022", "Setelah Shun Yang berhasil meletakkan kedudukan 2-1, gandingan “scratch pair” Chen Tang Jie-Muhammad Haikal memberikan satu lagi kemenangan buat Malaysia apabila berjaya menumpaskan Danny Bawa Chrisnanta-Andy Kwek Jun Liang dengan skor 21-17 dan 21-15.", "Kedudukan menjadi seimbang 2-2 dan perlawanan kelima perlu dilangsungkan untuk mencari pemenang yang akan menempah tiket ke saingan akhir.", "Di perlawan kelima, perseorangan ketiga negara, Muhammad Shaqeem Eiman memastikan Malaysia mengesahkan tempat ke peringkat akhir dengan menundukkan Joel Koh secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 21-17.", "Untuk perlawanan akhir yang akan berlangsung esok, Malaysia akan turun bertemu Thailand untuk merebut kilauan emas bagi acara badminton lelaki berpasukan pada temasya kali ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111546/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pandelela Melangkah Ke Final Terjun 10m Platform\n", "content": ["Penerjun negara, Pandelela Rinong berjaya menempah slot ke final acara terjun 10 meter (m) platform Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Atlet yang memenangi pingat gangsa dalam acara yang sama pada edisi Sukan Olimpik London 2012 melangkah ke final dengan kutipan 315.75 mata hasil daripada lima terjunan yang dilakukan hari ini.", "Pungutan mata tersebut membolehkan atlet berusia 28 tahun ini menduduki tempat ketujuh – tergolong dalam kalangan 12 penerjun terbaik di peringkat separuh akhir.", "Terjun – 10 Meter Platform Wanita – Separuh AkhirKedudukan akhir:7. 🇲🇾 Pandelela Rinong Pamg (315.75)Pandelela LAYAK ke final!Final akan berlangsung jam 2 petang nanti (waktu Malaysia).Ayuh Malaysia!#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/evI3r9rDai", "Untuk makluman, di peringkat ini, hanya 12 daripada 18 penerjun yang mencatatkan markah tertinggi sahaja layak untuk beraksi di peringkat final.", "Sementara itu, mengungguli carta 12 penerjun terbaik di Pusat Akuatik Tokyo pada peringkat separuh akhir adalah dua penerjun remaja dari China.", "Quan Hongchan, 14 tahun dan Chen Yuxi, 15 tahun menamatkan aksi separuh akhir di kedudukan pertama dan kedua dengan memungut 415.65 dan 407.75 mata masing-masing. ", "Pandelela akan turun beraksi di pusingan akhir bagi merebut kilauan pingat dalam acara terjun 10m platform pada jam 2 petang, hari ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215207/", "headline": "\nKontrak Jurulatih Yang Membawa Thailand Menjulang Piala AFF Dilanjutkan Sehingga 2023\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bertindak melanjutkan kontrak ketua jurulatih yang berjaya membawa skuad Gajah Perang memenangi Piala AFF Suzuki 2020, Alexandre ‘Mano’ Polking sehingga tahun 2023.", "Jurulatih Brazil-Jerman yang berusia 45 tahun itu menandatangani kontrak lanjutan tersebut sambil disaksikan oleh Presiden FAT, Somyot Poompunmuang dalam satu majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat FAT, semalam.", "“Saya amat gembira dengan kontrak baharu. Memenangi Piala AFF hanyalah (satu) permulaan. Ini merupakan kerja yang diimpikan saya selepas menetap di Thailand sejak sekian lama. Saya sangat gembira untuk terus bekerja di sini.” kata Polking seperti dipetik daripada laman sesawang rasmi Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).", "I’m delighted and proud to announce that we are going together for another 2 years!! Thanks to President Somyot, Madam Pang, my staff, the thai fans and of course a big thanks to my players! The game belongs to the the players and they were just amazing!!! 🙏🏼🙏🏼🙏🏼 pic.twitter.com/qxWFxb67nd", "Sasaran utama Polking pada tahun ini adalah melepasi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia yang akan berlangsung pada Jun nanti sekaligus menempah tiket ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada 2023 kelak.", "Antara agendanya yang lain adalah kejohanan Piala AFF 2022 yang bakal berlangsung di penghujung tahun ini serta perlawanan-perlawanan antarabangsa pada rehat antarabangsa FIFA.", "Untuk makluman semua, Polking mula dilantik sebagai ketua jurulatih Thailand pada September 2021. Kehadirannya adalah untuk menggantikan jurulatih Jepun, Akira Nishino yang ditamatkan kontrak ekoran tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh badan induk bola sepak negara itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215142/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka Odisha Khim Wah-Azriyn Catat Peningkatan 123 Anak Tangga\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Lim Khim Wah dan Nur Mohd Azriyn meraih peningkatan yang memberangsangkan dalam kedudukan ranking dunia selepas muncul juara Terbuka Odisha, Ahad lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Khim Wah-Azriyn berhasil mencatatkan peningkatan sebanyak 123 anak tangga sekaligus menghuni tangga ke-165 dunia, minggu ini.", "Untuk makluman semua, ini merupakan ranking tertinggi pernah dicapai oleh Khim Wah-Azriyn sejak bergandingan bermula awal Januari lalu.", "Sementara itu, satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Chia Weijie dan Low Hang Yee yang berjaya merangkul kejuaraan dalam saingan Terbuka Ukraine turut mencatatkan peningkatan yang mendadak.", "Pasangan yang berusia 21 dan 24 tahun masing-masing ini meningkat sebanyak 101 anak tangga menjadikan mereka menduduki ranking ke-178 dunia, pada minggu ini.", "Tidak ketinggalan, beregu lelaki, Chang Yee Jun dan Yap Roy King yang mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Ukraine pula meningkat sebanyak 76 anak tangga dan berhasil meletakkan diri mereka di tangga ke-194 dunia.", "Tiada perubahan melibatkan empat pasangan beregu utama negara di mana Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun masih kekal di kedudukan ke-7, ke-11, ke-17 dan ke-45 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322060/", "headline": "\nDua Wakil Negara Rangkul Kejuaraan Saingan Remaja Itali 2023\n", "content": ["Perseorangan wanita, Ung Yi Xing serta pasangan beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai berhasil memastikan kejuaraan dalam kategori masing-masing menjadi milik mereka dalam saingan Remaja Itali 2023.", "Yi Xing yang berusia 18 tahun muncul selaku wakil negara yang pertama mengesahkan kejuaraan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Milan, semalam.", "Kejuaraan itu hadir dengan menumpaskan pilihan pertama kejohanan dari Thailand, Sirada Roongpiboonsopit secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-16.", "Sementara itu, Khai Xing-Aaron yang turut berhadapan dengan pilihan pertama kejohanan iaitu gandingan dari Sepanyol, Daniel Franco-Rodrigo Sanjurjo.", "Dalam perlawanan tersebut, Khai Xing-Aaron menumpaskan mereka juga secara “straight set” dengan skor 29-27 dan 21-14.", "Pada masa yang sama, ada sepasang lagi wakil negara yang turut beraksi dalam perlawanan akhir semalam iaitu gandingan Aaron Tai dan Chan Wen Tse.", "Bagaimanapun, Aaron-Wen Tse terpaksa berpuas hati dengan kedudukan sebagai naib juara apabila tumpas kepada wakil Thailand, Tanakorn Meechai dan Fungfa Korpthammakit.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323642/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kemarau Emas Acara 110m Berpagar Berterusan Buat Malaysia\n", "content": ["Malaysia terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan pingat emas bagi acara 110 meter (m) berpagar selepas kedua-dua atlet negara, Benedict Ian Gawok dan Shareem Aleimran Abdul Rahman tidak berjaya meraih kedudukan podium. ", "Shareem Aleimran menamatkan perlumbaan di tempat kelima dengan catatan masa 14.67 saat (s) manakala Benedict Ian Gawok pula tidak menamatkan perlumbaan.", "Pingat emas diraih atlet Thailand, Nattaphon Dansungnoen dengan rekod 13.832s, perbezaan masa yang sangat tipis sebanyak 0.002s dengan pemenang pingat perak, Cheng Xiang Ang dari Singapura (13.834s). ", "Pingat gangsa pula dimenangi atlet Filipina, John Christopher Cabang Tolentino dengan catatan masa 13.85s.", "Terdahulu, pingat emas terakhir dimenangi negara bagi acara 110m berpagar diraih Rayzam Shah Wan Sofian ketika di temasya Sukan SEA 2017 dengan catatan masa 13.83s. ", "Dua tahun kemudian, Rayzam Shah hampir meneruskan dominasinya tetapi perbezaan masa yang sangat tipis meletakkan atlet Filipina, Clinton Bautista selaku pemenang pingat emas bagi acara tersebut di Manila. "]} +{"url": "https://sukanz.com/20207831/", "headline": "\nDuit ‘Pencen’ Khabib Nurmagomedov Lebih RM25 Juta\n", "content": ["Atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dilaporkan membawa pulang wang lumayan hampir RM25 juta ($6 juta) setelah memenangi perlawanan menentang Justin Gaethje dalam aksi UFC 254 menurut laporan Russia Today.", "Khabib yang terkenal dengan julukan The Eagle itu hanya memerlukan dua pusingan untuk menumbangkan lawannya di Fight Island, Abu Dhabi sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalahnya kepada 29 perlawanan.", "Selain daripada jumlah tersebut, Khabib juga diberikan bonus tambahan hasil kemenangan yang bernilai sekitar RM375,000 ($90,000). Malah dia juga akan mendapat bayaran tambahan hasil daripada kontrak bayar untuk tonton (pay-per-view).", "Dan menurut Presiden UFC, Dana White turut mengesahkan bahawa pertembungan di antara Khabib dan Gaethje merupakan salah satu pertarungan box office paling menguntungkan dalam sejarah UFC.", "Sejurus perlawanan tersebut, Khabib tampil mengumumkan persaraannya dengan penuh emosi atas alasan tidak mampu meneruskan kariernya tanpa bapa merangkap jurulatihnya yang telah meninggal dunia pada julai lalu ekoran dijangkiti oleh Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206733/", "headline": "\nKoleksi ‘Rare’ Jersi Manchester United Dengan Logo AirAsia & TNB\n", "content": ["Logo syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dan syarikat elektrik negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah menghiasi ruangan hadapan jersi Manchester United.", "Jersi yang disertakan dengan logo AirAsia itu pernah digayakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Tony Fernandes dan gambar tersebut dimuat naik menerusi blognya, suatu masa dahulu.", "These are the others I’ve seen. Tony Fernandes was sent one for @AirAsia, and Tenaga Nasional had one, too. Someone tweeted me ages ago and they had a different one but I can’t find it. pic.twitter.com/Guf8T79jg7", "Berdasarkan pengamatan kepada jersi tersebut, ianya merupakan jersi keluaran Nike pada musim 2008/09 – musim di mana Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala Liga dan Piala Perisai Komuniti.", "Kita sedia maklum, kedua-dua syarikat ini tidak pernah diumumkan sebagai penaja utama skuad Red Devil kendalian Sir Alex Feguson pada ketika itu. Namun mengapakah logo kedua-dua syarikat berpangkalan di tanar air kita ini terpampang di jersi tersebut?", "What’s the rarest or most unusual shirt in your collection? This is mine; An #MUFC 2007-09 home shirt, sponsored by @Dyson, boxed with a book & DVD. These were sent to different companies towards the end of the AIG deal, each one customised for that specific company. pic.twitter.com/Sio8lQOmQd", "Kisah yang sebenarnya, jersi tersebut merupakan sampel yang dihantar oleh Manchester United kepada syarikat-syarikat berpotensi untuk menjadi penaja utama mereka pada waktu itu. Selain daripada AirAsia dan TNB, terdapat juga jersi Manchester United dengan logo syarikat perkakasan elektrik, Dyson. ", "Jersi-jersi ini dihantar kepada syarikat yang berkenaan secara spesifik supaya mereka dapat menilai bagaimanakah rekaan logo syarikat masing-masing sekiranya menghiasi bahagian hadapan jersi Manchester United.", "Ketika itu, penaja utama Manchester United, syarikat insurans berpangkalan di Amerika, AIG sudah memasuki tahun akhir perjanjian bersama Manchester United. Oleh itu Red Devil melakukan rundingan dengan beberapa syarikat baharu untuk dijadikan penaja utama mereka.", "Untuk rekod, AIG memeterai perjanjian penajaan bersama Manchester United bernilai £19 juta setahun dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Bagaimanapun pada januari 2009, AIG mengumumkan tidak meneruskan penajaan ekoran krisis kewangan yang melanda syarikat mereka. ", "Namun mereka sangat berbangga selama empat tahun penajaan, Manchester United meraih pelbagai kejuaraan termasuk di saingan Liga Juara-Juara UEFA dan FIFA Club World Cup."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322195/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Kanta Singkir Daren Di Pusingan 32\n", "content": ["Perseorangan lelaki senior negara, Liew Daren hanya mampu beraksi di peringkat Pusingan 32 sahaja dalam saingan Terbuka Jerman 2023.", "Ini berikutan pemain berusia 35 tahun ini terpaksa akur tumpas kepada pemain Jepun yang menghuni ranking ke-16 dunia, Kanta Tsuneyama sebentar tadi.", "YONEX German Open 2023MS – R3221 21 🇯🇵Kanta TSUNEYAMA🥇", "— BWFScore (@BWFScore) March 8, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Daren tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 17-21 dalam tempoh 40 minit permainan di Gelanggang 2.", "Kekalahan itu secara langsungnya menyingkirkan Daren daripada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 ini.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketujuh melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa. Kekalahan pada kali ini merupakan yang kelima dialami Daren sejak pertemuan sulung mereka di kejohanan Chinese Taipei Grand Prix 2015.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216984/", "headline": "\nKemarau Kemenangan Selangor Ke Atas Terengganu Berlanjutan 8 Perlawanan\n", "content": ["Nampaknya kemarau kemenangan pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC ke atas Terengganu FC semakin berlanjutan menjadi lapan perlawanan.", "Ini selepas skuad yang terkenal dengan julukan Red Giants itu tumpas dalam aksi terbaru Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Terengganu yang dibimbing oleh Nafuzi Zain berhasil merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Selangor hasil jaringan Faisal Halim dan Tchetche Kipre (P) pada minit ke-19 dan ke-59 masing-masing.", "KEPUTUSAN MASA PENUH – LS6#LigaSuper2022 pic.twitter.com/f2sHx598Pa", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 22, 2022", "Bukan sahaja merekodkan kemenangan tanpa bolos, Terengganu yang beraksi sambil disaksikan sekitar 4500 penonton di stadium turut mendominasi daripada segi aspek jumlah percubaan serta mempamerkan corak serangan yang cukup meyakinkan.", "Sebagai rekod, kali terakhir Selangor meraih kemenangan ke atas Terengganu adalah dalam saingan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam. Pada saat itu, Selangor berhasil meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Faiz Nasir.", "Perlawanan-perlawanan berikutnya, Selangor sekadar meraih samada keputusan seri atau kalah.", "Rekod tujuh perlawanan berikutnya adalah seperti berikut:", "Liga Super 2019: Terengganu 1-0 Selangor", "Liga Super 2020: Terengganu 3-3 Selangor", "Liga Super 2021: Terengganu 3-1 Selangor", "Liga Super 2021: Selangor 1-2 Terengganu", "Piala Malaysia 2021: Terengganu 2-1 Selangor", "Piala Malaysia 2021: Selangor 1-3 Terengganu", "Perlawanan Persahabatan 2022: Selangor 0-2 Terengganu"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220561/", "headline": "\nPiala Malaysia: Irfan Harap Kelebihan Beraksi Di Tempat Sendiri Dapat Pacu Sabah Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Bekalan satu gol yang dibawa dari Stadium Negeri pada suku akhir pertama Piala Malaysia masih belum mencukupi buat Sabah FC jika berhasrat mengulangi sejarah layak ke peringkat separuh akhir sepertimana empat tahun lalu.", "Pemain tengahnya, Irfan Fazail, masih menghormati Kuching City FC yang berhasil menghadirkan tentangan sengit dalam perlawanan pertama lalu. Sambil itu Irfan turut menyifatkan peluang buat kedua-dua pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya masih seimbang .", "Namun begitu, pemain berusia 31 tahun ini mengharapkan kelebihan bermain di laman sendiri sambil dibantu sokongan padu para penyokong pada hari esok (Jumaat) akan menjadi pemangkin semangat bagi menangani tentangan hebat yang akan diberikan Kuching City.", "“Masa lawan Kuching itu, saya dapat rasakan situasi masih lagi 50-50 bagi perlawanan kedua nanti tetapi apabila bermain di laman sendiri, saya harap semangat pemain-pemain Sabah akan lebih baik.", "“Kita berhasrat mahu kekalkan kelebihan jaringan yang dimenangi tempoh hari dalam usaha melayakkan diri ke separuh akhir.", "“Kehadiran penyokong ke stadium akan menaikkan moral semua pemain kerana tahun ini, penyokong-penyokong Sabah sentiasa berikan komitmen luar biasa sama ada kami menang atau kalah.", "“Jadi, kami akan cuba untuk mara sejauh yang mungkin serta membawa Sabah ke peringkat yang lebih tinggi demi penyokong serta berada di tahap fokus terbaik ketika berdepan Kuching,” katanya.", "Akhir-akhir ini, Irfan semakin mendapat perhatian ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee apabila kerap disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam beberapa perlawanan.", "Situasi itu melegakan bekas pemain Harimau Muda ini lebih-lebih lagi setelah mengharungi pelbagai isu kecederaan terutamanya Anterior Cruciate Ligament atau dikenali ramai sebagai ACL.", "“Bila saya datang ke Sabah, keyakinan saya sangat bertambah kerana kembali bekerja dengan Datuk Ong malah dia turut membawa pasukan kejurulatihan sendiri.", "“Fisioterapi dalam pasukan ini juga banyak membantu apabila saya ada alami kecederaan, mereka banyak membantu yang secara tidak langsung memberi suntikan semangat kepada saya.", "“Saya telah bermain 90 minit dalam tiga perlawanan terakhir dan ketiadaan pemain-pemain utama seperti Gary Steven Robbat membuka ruang untuk saya membuktikan sesuatu kepada jurulatih,” katanya.", "Untuk makluman, Sabah berjaya meraih kemenangan pada suku akhir pertama lalu menerusi jaringan tunggal daripada Baddrol Bakhtiar pada minit ke-69 selepas pantas menerpa bola muntah dari penjaga gol, Shaiful Wazizi, hasil percubaan awal daripada Farhan Roslan.", "Featured Image: Kuching City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114379/", "headline": "\nDechi a.k.a ‘Kante’ Jadi Pemain Baharu Kedah Hadapi Liga Malaysia & Piala AFC 2022\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah Darul Aman (Kedah) mengumumkan pemain import kedua untuk memperkuatkan pasukannya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2022.", "Pemain import baharu yang diikat oleh Kedah ini merupakan kelahiran Ivory Coast, berusia 30 tahun dan mempunyai pengalaman beraksi dalam kancah bola tempatan selama 5 musim ini terkenal dengan julukan ‘Kante’ bersama pasukan lamanya, Terengganu. ", "Menerusi makluman di pelbagai platform media sosial, skuad Hijau Kuning mengesahkan pemain tengah berketinggian 1.64 meter (m), Dechi Marcel N’Guessan menjadi pemain baharu mereka, bermula hari ini.", "Pemain yang beraksi di Malaysia bersama UiTM FC sejak tahun 2017 ini cukup dikenali kalangan peminat bola sepak tempatan sebagai seorang yang mempunyai kerajinan dan ‘work rate’ yang tinggi di atas padang.", "Kehadiran Dechi yang seringkali digunakan sebagai ‘box-to-box midfielder’ pastinya sebagai pengganti kepada pemain tengah Singapura, Anumanthan Kumar yang tidak dilanjutkan kontrak oleh Kedah setelah tamatnya saingan Liga Malaysia 2021.", "Baca: Jang Dari Korea Jadi Pengganti Renan Alves di Barisan Pertahanan Kedah", "Sebagai rekod, tiga hari lalu, Kedah mengumumkan kedatangan pemain import pertamanya iaitu pertahanan, Jang Suk-won yang merupakan bekas pemain Melaka United bagi menggantikan Renan Alves."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324407/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Beregu No.2 Jepun Tunjuk Vivian-Chiew Sien Jalan Keluar\n", "content": ["Beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien menjadi wakil negara pertama ditunjukkan jalan pulang apabila tewas kepada pasangan Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota, sebentar tadi.", "Beregu No.2 Jepun itu merupakan pilihan keempat kejohanan dan menduduki kedudukan kelapan dunia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menundukkan cabaran Vivian-Chiew Sin. ", "Yuki-Sayaka hanya memerlukan 41 minit untuk menewaskan beregu No.2 negara secara ‘straight set’ dengan skor 21-12 dan 21-14 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura. ", "Singapore Open 2023WD – R32 🇯🇵Yuki FUKUSHIMA🏅21 21 🇯🇵Sayaka HIROTA🏅 🇲🇾Vivian HOO12 14 🇲🇾LIM Chiew Sien", "— BWFScore (@BWFScore) June 6, 2023", "Sebelum ini, Yuki-Sayaka turut menewaskan Vivian-Chiew Sin dalam pertemuan sulung mereka tahun lalu di Terbuka Thailand secara ‘straight set’ dengan skor 21-9 dan 21-8.", "Untuk makluman, tiga daripada lima kejohanan terakhir Vivian Hoo dan Lim Chiew Sin berakhir dengan beregu wanita kebangsaan tersebut pulang awal selepas tewas di pusingan 32 kejohanan termasuk Terbuka Singapura.", "Sebagai tambahan, dua lagi wakil negara iaitu Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menang tanpa bertanding selepas gandingan Jerman, Mark Lamsfuss dan Marvin Seidel menarik diri manakala Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal menentang wakil China, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023 "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215093/", "headline": "\nDokumentari ‘Jerkahan & Makian Bojan Hodak’ Disiarkan Bermula 1 Februari di Astro\n", "content": ["Siri dokumentari yang memaparkan perjalanan Kuala Lumpur City FC (KL City) beraksi dalam saingan Liga Super & muncul juara Piala Malaysia 2021 akan disiarkan bermula 1 Februari hadapan.", "Dokumentari sukan bertajuk ‘Sampai Mati Kuala Lumpur’ ini akan membawakan kepada penonton menyingkap perkara-perkara di belakang tabir yang dijalani oleh para pemain dan jurulatih sebagai contoh di dalam bilik persalinan, semasa latihan dan juga luar padang.", "Penantian yang sangat dinanti-nantikan untuk Docuseries “Sampai Mati Kuala Lumpur” akan tiba tidak lama lagi! 🍿🍿 #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/ZrhDjaN88u", "Pelbagai emosi dapat dirakam di dalam dokumentari ini termasuk dengan nasihat, arahan, jerkahan serta makian daripada ketua jurulatih, Bojan Hodak terhadap para pemain. ", "Tidak ketinggalan, penglibatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stanley Bernard untuk mengangkat kembali maruah dan wajah skuad ibu kota ini untuk kembali ke zaman kegemilangannya turut diselitkan.", "Untuk makluman semua, dua daripada lapan episod awal dokumentari ini akan disiarkan secara eksklusif kepada pelanggan Astro pada 1 dan 2 Februari (Selasa dan Rabu) di saluran Astro Arena 801 atau Astro Prima 105 pada jam 9.00 malam.", "Manakala, episod-episod yang lain akan menyusul pada tiga minggu berikutnya, disiarkan pada hari yang sama iaitu Selasa dan Rabu di waktu yang sama."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207719/", "headline": "\n5 Pemain Bola Sepak Yang Berjaya Bangkit Setelah Ditimpa Kecederaan ACL\n", "content": ["Kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (ACL) terjadi apabila satu atau dua ligamen yang menyambungkan femur (tulang peha) dengan tibia (tulang kering) terputus secara sempurna. ", "Ianya merupakan satu kecederaan yang mengerikan buat para pemain bola sepak dan juga atlet-atlet sukan. Mengapa? Hal ini kerana, sekiranya menimpa mana-mana pemain atau atlet sukan, ia memerlukan tempoh sekitar enam hingga sembilan bulan sebelum sembuh sepenuhnya. ", "Seperkara lagi, setelah sembuh, belum tentu pemain atau atlet tersebut dalam kembali beraksi ke tahap kemuncak sebagaimana sebelum kecederaan menimpa mereka. ", "Namun begitu terdapat beberapa pemain yang ditimpa kecederaan melibatkan ACL berjaya bangkit dan kembali memparmerkan prestasi kemuncak sepertimana sebelumnya. Di sini kami senaraikan lima pemain-pemain tersebut:", "Penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic mendapat kecederaan ACL ketika bermain bersama Manchester United dalam perlawanan menentang Anderlecht dalam saingan Liga Europa 2017. Pada pandangan ramai, dengan umurnya pada ketika itu dalam lingkungan 35 tahun, kecederaan tersebut pastinya menjadi noktah kepada kerjaya bola sepaknya.", "Bagaimanapun, Zlatan berjaya bangkit daripada kecederaan tersebut dan menjadi pemain penting ketika beraksi bersama kelab berpangkalan di Amerika Syarikat, Los Angeles Galaxy dengan menjaringkan 53 gol daripada 58 penampilan.", "Penghujung tahun 2019, Zlatan kembali ke pasukan lamanya dalam saingan Serie A Itali iaitu AC Milan sebagai pemain ejen bebas. Walaupun sekadar bermain separuh musim tetapi penyerang berusia 39 tahun ini berjaya menjaringkan 10 gol daripada 18 penampilan. Hasil kecemerlangan prestasinya tersebut, dia diberikan lanjutan kontrak bersama AC Milan sehingga ke penghujung musim ini. ", "Penyerang Colombia, Falcao antara pemain malang yang ditimpa kecederaan ACL melebihi sekali. Kecederaan ACL pertama yang menimpanya adalah pada tahun 2005 ketika beraksi bersama River Plate.", "Disebabkan kecederaan tersebut, Falcao terpaksa berehat selama 10 bulan. Namun, Falcao berjaya bangkit daripada kecederaan tersebut dan menjadi penyerang prolifik skuad kebangsaannya termasuk ketika mewakili Porto dan Atletico Madrid.", "Akan tetapi, kecederaan ACL kembali menimpa Falcao ketika dia bersama kelab AS Monaco. Kecederaan kali ini mengambil lebih masa untuk pulih sebelum kembali menemui sentuhan berbisanya. Dia juga gagal menyerlah semasa dipinjamkan ke Manchester United dan Chelsea.", "Bagaimanapun, sentuhannya kembali berbisa setelah berpindah ke Liga Turki dengan menyertai Galatasaray.", "Selepas menjaringkan 29 gol dalam 23 perlawanan dalam saingan Liga Belanda untuk PSV Eindhoven pada musim 1999/00, Ruud van Nistelrooy dijangka akan diperkenalkan sebagai pemain Manchester United pada jendela perpindahan musim panas tersebut.", "Bagaimanapun, Manchester United dilaporkan menarik ‘hand brake’ apabila PSV Eindhoven menolak untuk mengadakan ujian kesihatan setelah sebulan tidak bermain kerana masalah lutut. Tidak lama selepas itu, Nistelrooy dilaporkan mengalami kecederaan ACL semasa sesi latihan dan menyebabkannya terpaksa berehat selama setahun.", "Namun perpindahannya ke Manchester United tetap menjadi realiti pada tahun berikutnya iaitu tahun 2001 dan muncul sebagai salah seorang penyerang terbaik dalam sejarah Red Devils dengan menjaringkan 150 gol daripada 219 perlawanan.", "Pemain tengah Barcelona ini ditimpa kecederaan ACL pada tahun 2006 ketika bertembung dengan Edmilson semasa menentang Villareal CF. Kecederaan itu menyebabkannya berehat selama empat bulan.", "Bagaimanapun, pemain tengah kelahiran Sepanyol ini berjaya bangkit dengan menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di zamannya bersama pasukan Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol.", "Xavi berjaya menjulang kejuaraan La Liga, Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia Kelab, Kejuaraan Eropah dan Piala Dunia sebelum mengumumkan menggantung butnya pada tahun 2015.", "Menuju ke penghujung musim 2007/08, kapten berpengaruh AS Roma, Francesco Totti ditimpa kecederaan ACL semasa perlawanan menentang Livorno. Kecederaan itu menyebabkan Totti tidak dapat menyertai pasukannya dalam saingan Coppa Italia selepas daripada itu.", "Totti terpaksa berehat selama empat bulan tetapi setelah sembuh sepenuhnya, dia kembali menjadi taruhan utama AS Roma pada permulaan musim berikutnya.", "Pada Mei 2017, Totti membuat penampilan terakhirnya bersama AS Roma dalam perlawanan menentang Genoa dengan masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menggantikan Mohamed Salah.", "Pada usia 40 tahun, pemain legenda AS Roma ini mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207816/", "headline": "\n5 Pemenang Terbanyak Saingan Formula 1 Dalam Sejarah\n", "content": ["Formula Satu atau Formula One (F1) merupakan perlumbaan jentera automotif peringkat antarabangsa yang dikelolakan oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).", "Sejak diperkenalkan pada tahun 1950, pelbagai pelumba dari seluruh dunia telah menempa nama sebagai pemenang setiap siri perlumbaan (Grand Prix) yang dipertandingkan.", "Berikut kami sajikan lima pelumba dengan kemenangan terbanyak dalam sejarah saingan F1 sejak 1950 hingga 2020:", "Ayrton Senna merupakan pelumba Brazil yang lahir pada 21 Mac 1960. Dilahirkan dalam keluarga yang kaya, Ayrton berkecimpung dalam dunia perlumbaan bukan kerana mengejar kekayaan tetapi minat yang tinggi dalam sukan permotoran.", "Disebut sebagai salah seorang pelumba terbaik dalam sejarah, Ayrton melakukan penampilan pertamanya dalam saingan F1 bersama pasukan Toleman. Perlumbaan pertamanya adalah GP Brazil pada tahun 1984.", "Sepanjang beraksi dalam kancah F1, Ayrton telah merekodkan 41 kemenangan menerusi pasukan Toleman, Lotus, McLaren dan Williams. Turut memenangi kejuaraan dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1988, 1990 dan 1991.", "Pengakhiran hidup Ayrton amat tragis apabila dia mati kerana terlibat dalam insiden merempuh tembok di selekoh semasa perlumbaan GP San Marino pada Mei 1994.", "Alain Prost adalah seorang pelumba F1 yang telah bersara. Dilahirkan di Loire, Perancis, Alain memulakan karier perlumbaan dalam saingan F1 bersama McLaren pada tahun 1980.", "Permulaan kariernya tidak begitu memberangsangkan bersama McLaren dan Alain mengambil keputusan untuk membatalkan kontraknya dan berhijrah ke pasukan Renault pada tahun 1981. ", "Kemenangan pertama Alain hadir semasa perlumbaan di negaranya iaitu GP Perancis di Dijon. Bagaimanapun, jodohnya bersama Renault hanya bertahan sehingga 1983 kerana berang dijadikan kambing hitam ekoran kegagalan memenangi kejuaraan dunia bersama Renault. ", "Hasilnya, Alain kembali bergabung bersama McLaren pada tahun 1984 dan selama enam musim bersama pasukan British tersebut, dia telah memenangi kejuaraan dunia sebanyak 3 kali. Sempat juga dia beraksi bersama Ferrari dan Williams di penghujung kariernya.", "Tahun terakhirnya dalam saingan F1 iaitu pada tahun 1993, Alain memperoleh kejuaraan keempat dan mengumpul kemenangan sebanyak 51 kali.", "Sebastian Vettel merupakan pelumba berusia 33 tahun yang lahir Heppenheim, Jerman. Masih lagi bergelar pelumba F1 bersama pasukan Ferrari sehingga ke hari ini.", "Memulakan karier F1 bersama pasukan BMW Sauber dengan menjadi pelumba ketiga mereka seawal umur 19 tahun. Penampilan pertamanya dalam kancah F1 hadir pada tahun 2007 di GP Amerika Syarikat.", "Namun, pada Julai 2007, Vettel dilepaskan oleh BMW dan dia menyertai Toro Rosso. Kemenangan pertamanya diraih semasa GP Itali di trek Monza. Vettel mencipta sejarah dengan pelumba termuda menempatkan diri di kedudukan pertama di petak permulaan dan memenangi perlumbaan.", "Pada tahun 2009, Vettel berhijrah ke pasukan Red Bull dan berlumba dengan pasukan tersebut sehingga tahun 2014. Kemudiannya dia berpindah pasukan Ferrari sehinggalah ke saat ini. Setakat ini, Vettel telah merekodkan 53 kemenangan dan empat kejuaraan dunia.", "Musim hadapan Vettel akan bersama pasukan Aston Martin.", "Michael Schumacher seorang pelumba yang terkenal dalam sukan permotoran F1 terutamanya pada penghujung 1990-an dan awal 2000-an. Merupakan pelumba kelahiran Jerman  yang cukup sinonim dengan dengan jentera serba merah buatan Itali, Ferrari.", "Manakan tidaknya, lima daripada kejuaraan dunia F1 milik Schumacher dirangkul ketika memandu jentera Ferrari. Jodohnya bersama Ferrari bertahan selama sebelas musim sebelum bersara pada tahun 2006.", "Merekodkan 91 kemenangan sepanjang kariernya, Schumacher pernah bersama Jordan dan Benetton pada zaman awal pembabitannya dalam sukan permotoran. Pernah keluar daripada persaraan dan menyertai pasukan Mercedes – pasukan baharu dalam saingan F1 – pada tahun 2010 sehingga 2012.", "Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dinobatkan sebagai pemenang terbanyak saingan F1 dalam sejarah apabila memenangi GP Portugal yang berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, semalam.", "Kemenangan itu mengatasi rekod 91 kemenangan yang dipegang oleh bekas pelumba Ferrari dan Mercedes iaitu Michael Schumacher. Bukan itu sahaja, Hamilton juga berpeluang untuk menyamai rekod kejuaraan dunia milik Schumacher dengan memenangi kejuaraan ketujuh, musim ini.", "Hamilton memulakan karier sukan permotorannya bersama McLaren pada tahun 2007 dan merangkul kejuaraan pertamanya pada tahun 2008. Bagaimanapun daripada 2009 sehingga 2012, Hamilton bergelut untuk memburu kejuaraan dunia ekoran jenteranya yang dilaporkan kurang kompetitif.", "Ini menyebabkan pelumba British ini beralih kepada pasukan Mercedes dan bersama pasukan ini, Hamilton mula menunjukkan dominasinya dalam saingan F1 dengan bermula di petak pertama hampir keseluruhan perlumbaan dan tiga kejuaraan dunia secara berturut iaitu 2017, 2018 dan 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219409/", "headline": "\nPearly Tan Tidak Mengalami ACL Namun Perlu Berehat 4-6 Minggu\n", "content": ["Pemain badminton beregu wanita negara, Pearly Tan boleh menarik nafas lega apabila kecederaan yang dialaminya di kejohanan Terbuka Jepun minggu lalu tidak melibat anterior cruciate ligament (ACL).", "Berdasarkan perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly, selepas menjalani imbasan magnetic resonance imaging (MRI) hari ini, pemain berusia 22 tahun itu hanya mengalami kecederaan di bahagian hamstring dan tendon lutut.", "Walaupun kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius, doktor di Institut Sukan Negara (ISN) menyatakan Pearly perlu berehat sekurang-kurangnya 4-6 minggu.", "Selain itu, Perly perlu dipantau dengan rapi dalam dua minggu terawal ini bagi mengesahkan samada mempunyai kecederaan melibatkan meniscus atau tidak.", "Tempoh rehat sehingga enam minggu ini menyaksikan Pearly berkemungkinan besar akan terlepas untuk beraksi kejohanan Terbuka Denmark – Jelajah Dunia Super 750 BWF yang akan berlangsung bermula 18 Oktober kelak.", "Slps menjalani imbasan MRI, setakat ini Pearly Tan TIDAK mengalami kecederaan serius, hanya cedera dibahagian Hamstring & Tendon lutut. Menurut Dr, Pearly perlu berehat sekurang 4-6 minggu selain perlu dipantau rapi 2 minggu awal untk pengesahan ada kecederaan Meniscus atau tidak pic.twitter.com/NYTFnpXPbt", "— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) September 5, 2022", "Untuk makluman, Pearly mendapat kecederaan tersebut ketika berentap menentang beregu Korea, Baek Ha Na dan Lee Yu Lim pada Pusingan 16.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly bersama gandingannya, Thinaah Muralitharan terlebih dahulu berjaya meraih kemenangan di set pertama dengan skor 21-13.", "Semasa di set kedua, Pearly mula mengalami kecederaan namun berbekalkan semangat yang tinggi, Pearly tetap meneruskan permainan yang menyaksikan beregu No.32 dunia itu berhasil meraih kemenangan dengan skor 21-19.", "Akan tetapi, di set ketiga, Pearly beberapa kali terpaksa menunduk menahan kesakitan sebelum mereka membuat keputusan tidak meneruskan permainan (retired) ketika ketinggalan 11-16.", "Ekoran kecederaan yang dialami itu, Pearly terpaksa dibawa keluar daripada gelanggang menggunakan kerusi roda sambil menangis teresak-esak.", "Pada masa yang sama, keputusan itu sekaligus telah memberikan kemenangan buat beregu Korea tersebut sekaligus membolehkan mereka melangkah ke peringkat suku akhir. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215757/", "headline": "\nPiala AFC 2022: Visakha FC Lengkapkan Kumpulan G Yang Melibatkan Kedah Darul Aman\n", "content": ["Teka-teki mengenai sebuah lagi pasukan yang mengisi Kumpulan G yang turut melibatkan wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC (Kedah) dalam saingan Piala AFC 2022 telah diketahui.", "Menerusi satu makluman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini, pasukan dari Kemboja iaitu Visakha FC layak secara automatik untuk menyertai kumpulan tersebut.", "Pada awalnya, Visakha yang menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saingan Liga Kemboja 2021 perlu mengharungi perlawanan play-off terlebih dahulu menentang wakil Laos, Young Elephants FC pada 19 April nanti.", "🚨 OFFICIAL! 🇰🇭 Visakha FC and 🇱🇦 Young Elephants FC get direct entry in #AFCCup2022 Group G and I ✔️ The decision was made following the withdrawals of 🇲🇲 Shan United FC and 🇲🇲 Hantharwady United FC. MORE ⬇️ https://t.co/4iOkr4idpP", "Bagaimanapun, perlawanan itu dibatalkan dan keputusan ini dibuat selepas dua kelab dari Myanmar, Shan United FC dan Hantharwady FC menarik diri daripada saingan kelas kedua peringkat benua asia ini.", "Untuk makluman semua, Kumpulan G yang terdiri daripada Visakha dan Kedah bersama-sama wakil Indonesia, Bali United serta wakil Filipina, Kaya FC-Iloiloi akan memulakan saingan ini pada Jun kelak secara venue berpusat di Denpasar, Bali, Indonesia.", "Manakala Young Elephants pula diberikan tiket automatik ke saingan ini dengan menyertai Kumpulan I yang terdiri daripada Viettel FC (Vietnam), Hougang United FC (Singapura) dan Phnom Penh Crown FC (Kemboja).", "Sementara itu, penarikan diri oleh dua kelab dari Myanmar itu menjadikan Kumpulan H yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur ditandingi oleh 3 pasukan sahaja terdiri daripada Kuala Lumpur City FC (Malaysia), Tampines Rovers FC (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216059/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Pemain India Singkir Pemenang Olimpik, Viktor Axelsen Di Separuh Akhir\n", "content": ["Siri kejutan dalam saingan Terbuka Jerman 2022 diteruskan lagi dengan tersingkirnya pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 merangkap pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen di peringkat separuh akhir kategori perseorangan lelaki.", "Pemain Denmark berusia 28 tahun itu terpaksa melupakan hasrat untuk merangkul kejuaraan saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF ini selepas tumpas kepada pemain India, Lakshya Sen yang menghuni ranking ke-12 dunia.", "Dalam perlawanan tersebut, Lakshya berhasil menumpaskan Viktor menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan keputusan 21-13, 12-21 dan 22-20 dimana pertarungan ini mengambil masa selama 71 minit.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Semi final21 12 22 🇮🇳Lakshya SEN🏅13 21 20 🇩🇰Viktor AXELSEN🕗 in 71 minutes https://t.co/xLxpxgcp0u", "Sementara itu, Lakshya yang berhasil mara ke pentas akhir bakal membuat perhitungan dengan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menghuni ranking ke-20 dunia.", "Vitidsarn menempatkan diri ke pentas akhir selepas mengalahkan jaguh badminton Malaysia, Lee Zii Jia di peringkat separuh akhir, semalam.", "Sebagai rekod, saingan Terbuka Jerman 2022 ini menyaksikan tersingkirnya beberapa nama besar yang diletakkan sebagai pilihan utama untuk menjuarai kejohanan ini bermula dari Pusingan 32.", "Antaranya, juara Kejohanan Dunia 2021, Loh Kean Yew, bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020, Anthony Sinisuka Ginting serta beberapa pemain lain lagi merangkumi kategori-kategori yang lain.", "Featured Image: Viktor Axelsen Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114154/", "headline": "\nDamien Lim Tolak Tawaran Sri Pahang, PJ City Kerana Ong Kim Swee\n", "content": ["Penjaga gol yang membantu Negeri Sembilan muncul juara Liga Premier 2021, Damien Lim menerima sekurang-kurangnya tiga tawaran namun Sabah menjadi destinasi pilihannya pada musim hadapan.", "Dimaklumkan, penjaga gol berusia 24 tahun ini menerima tawaran daripada Sri Pahang dan Petaling Jaya City (PJ City). Akan tetapi, dua pasukan ini terlepas peluang untuk mendapatkan khidmat Damien kerana kredibiliti yang dimiliki oleh ketua jurulatih Sabah yang baharu, Datuk Ong Kim Swee.", "Selain itu, Damien turut tertarik dengan ‘projek baharu’ yang dilakukan oleh Kim Swee di Sabah dengan mendatangkan beberapa pemain baharu yang berstatus bintang dan berpengalaman. ", "Dari kaca mata Damien, Sabah di bawah teraju Kim Swee pada musim hadapan amat serius untuk memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia 2022.", "“Saya ada dapat tawaran dari PJ City dan Pahang juga, tetapi disebabkan saya pun pernah bersama Kim Swee dalam Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) sebelum ini dan melihat kepada misi tersendiri beliau, saya buat keputusan untuk berhijrah ke sana.", "“Saya pun tengok Sabah cukup serius mempersiapkan pasukan pada musim depan dan bagaimana Kim Swee bawa masuk pemain berstatus bintang seperti Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Dominic Tan pastinya akan memberi sesuatu yang berbeza.", "“Dan diharapkan kami semua pemain baharu dan pemain sedia ada dapat bersama-sama menjalinkan hubungan yang lebih baik untuk sama-sama membawa pasukan ke tahap lebih baik,” katanya.", "Pada masa sama, Damien berasa teruja seandainya penjaga gol senior dan berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat turut berhijrah ke Sabah. Baginya, kedatangan penjaga gol yang terkenal dengan panggilan Apek itu dapat menghidupkan persaingan sihat di posisi penjaga gol utama Sabah.", "“Saya sedar kalau Apek (Khairul Fahmi) jadi datang ke Sabah, peluang untuknya beraksi semua perlawanan itu lebih cerah, tetapi bagi saya kalau dia ada, mestilah bagus untuk pasukan dan diri saya juga.", "“Secara peribadi, pengalamannya sebagai pemain senior boleh memberi impak kepada pasukan dan saya juga boleh belajar banyak benda daripadanya selain kami akan bersaing dengan lebih sihat antara satu sama lain.", "“Tetapi, sama ada Apek akan datang atau tidak, untuk saya sendiri misi utama adalah untuk cuba rebut sebaik mungkin menjadi penjaga gol utama dan semuanya terserah kepada jurulatih (Datuk Ong Kim Swee) untuk membuat keputusan terbaik,” jelasnya.", "Untuk makluman semua, nama penjaga gol Melaka United ini antara salah seorang pemain yang kuat dikaitkan untuk membarisi skuad kendalian Kim Swee pada musim hadapan.", "Featured Image: Negeri Sembilan Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218491/", "headline": "\nPenang Minta Endrick Ambil Cuti Rehat, Bakal Terlepas Perlawanan Menentang JDT\n", "content": ["Pemain import merangkap kapten Penang FC, Endrick dos Santos Parafita bakal terlepas tiga perlawanan termasuk menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), esok.", "Selain terlepas perlawanan menentang skuad Harimau Selatan di laman sendiri, Endrick juga bakal terlepas aksi menentang Melaka United dan Sarawak United pada 26 dan 31 Julai masing-masing.", "Ini berikutan kelabnya, pada hari ini, memaklumkan pemain tengah kelahiran Brazil berusia 27 tahun itu diminta untuk mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai.", "“Adalah dimaklumkan bahawa tiada arahan atau hukuman penggantungan pemain dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Penang FC.” tulis kenyataan tersebut.", "“Beliau (Endrick) hanya diminta mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai 2022.” tambah kenyataan itu lagi.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh majikannya bagi menafikan satu hantaran oleh sebuah akaun laman sosial peminat kelab berkenaan, Penang Brotherhood yang menyatakan Endrick digantung sehingga Ogos.", "Untuk makluman semua, Endrick telah tampil sebanyak 9 daripada 11 perlawanan Liga Super musim ini. Dia hanya tidak beraksi atau tersenarai dalam skuad ketika perlawanan pertama menentang JDT serta Melaka United pada awal musim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216749/", "headline": "\nPemain Ranking 156 Dunia Kejutkan Perseorangan No.2 Indonesia Di Final Terbuka Korea\n", "content": ["Satu kejutan dilakar oleh pemain muda China, Weng Hongyang dengan menumpaskan perseorangan lelaki No.2 Indonesia merangkap ranking kelapan dunia, Jonatan Christie di pentas akhir Terbuka Korea 2022.", "Kejutan yang dilakar itu sekaligus membolehkan Hongyang merangkul kejuaraan berstatus Jejalah Dunia Super 500 BWF buat julung kali dalam kariernya.", "Hongyang meraih kemenangan dengan mengharungi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-19 dan 21-15 dalam tempoh masa melebihi satu jam pertarungan, sebentar tadi.", "Korea Open Badminton Championships 2022MS – Final12 21 21 🇨🇳Hong Yang WENG🏅21 19 15 🇮🇩Jonatan CHRISTIE", "🕗 in 76 minutes https://t.co/gGxGp4yvgt", "— BWFScore (@BWFScore) April 10, 2022", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung antara Hongyang dan Jonatan di pentas antarabangsa.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pemain yang sama menyingkirkan dua perseorangan negara iaitu Cheam June Wei dan Ng Tze Yong di peringkat Pusingan 16 dan suku akhir masing-masing sebelum ini.", "Sebagai tambahan, kejuaraan terakhir yang dirangkul oleh Hongyang adalah China Masters 2019 – Jelajah Super 100 BWF – dengan mengalahkan rakan senegara, Liu Haichao di pentas akhir.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322153/", "headline": "\nKelantan United Ikat Pemain Import Ke-6 Beberapa Jam Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Kelantan United FC nampaknya tidak akan mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 dengan kekuatan lima orang pemain import sahaja.", "Beberapa jam sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2023 ditutup baru-baru ini, skuad berjulukan Sang Kijang Hijau ini berhasil menambah seorang lagi pemain import dari Brazil sekaligus menjadikan mereka memiliki enam pemain import pada musim ini.", "Menerusi makluman kelab, pemain terbaru tersebut ialah Gregory Rocha Mendes Da Silva yang merupakan seorang penyerang serta pemain tengah menyerang kelahiran Sao Paolo serta berusia 27 tahun.", "Sebelum menyertai Kelantan United yang dibimbing oleh Tomas Trucha, Gregory berkelana di beberapa buah kelab dalam kancah bawahan bola sepak Portugal seperti CD Cinfaes, Benfica Castello Branco dan Vidago.", "Pada tahun 2020, Gregory sempat beraksi dalam saingan Liga Colombia selepas menghabiskan sebahagian besar karier bola sepaknya bersama pasukan-pasukan di negara kelahirannya.", "Difahamkan, Gregory telah menyertai beberapa sesi latihan bersama skuad Liga Simpanan dalam usaha mencari kecergasan sebelum diumumkan menyertai Kelantan United secara rasmi, semalam.", "Sebagai tambahan, lima pemain import yang diikat oleh Kelantan United sebelum ini adalah Devid de Santana Silva, Jose Elmer Porteria, Ernist Batyrkanov, Yan Victor dan Morgaro Gomis.", "Setakat tiga perlawanan Liga Super yang telah dilalui, Kelantan United sekadar meraih satu keputusan seri ketika bertemu Perak FC serta dua kekalahan di tangan Selangor FC dan Sabah FC.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215279/", "headline": "\nSyarikat Berasaskan Produk Ganoderma Muncul Penaja Utama Kedah Musim 2022\n", "content": ["Sebuah syarikat yang berasaskan produk ganoderma (sejenis kulat) iaitu DXN Industries (M) Sdn Bhd muncul penaja utama buat Kedah Darul Aman FC (Kedah) untuk musim 2022.", "Syarikat yang berpangkalan di Jitra ini diperkenalkan sebagai penaja utama skuad Hijau Kuning oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dalam satu majlis yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, hari ini.", "Dengan pengenalan syarikat ini sebagai penaja utama, dijangka logo DXN Industries bakal menghiasi ruangan hadapan kesemua jersi pasukan Kedah, pada musim ini. Bagaimanapun, tiada sebarang jumlah tajaan daripada DXN Industries kepada Kedah didedahkan kepada umum.", "Dalam majlis yang sama, Sanusi merangkap Menteri Besar Kedah turut memperkenalkan enam buah syarikat yang menjadi penaja bersama (co-sponsor). Enam syarikat tersebut ialah Energy Eco Berhad, Ohga Pharmacy, Data Sukan, BerryPay, Cosmic Travel and Tour serta Prestige Sports (Lotto).", "Sementara itu, tujuh buah syarikat lagi diumumkan sebagai rakan kerjasama (partnership) Kedah iaitu Reds Defence, KXG Sport Analytics, Alpha & G Master (Sony), Fitogether, Halo Telco, Aafiyat Holdings dan Halagel.", "Untuk makluman semua, musim lalu, Kedah mendapat tajaan utama daripada syarikat yang terlibat dalam aktiviti pembinaan, Widad Group Berhad sekaligus menghiasi ruangan hadapan tiga jersi Kedah pada tahun 2021.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112691/", "headline": "\nBekas Import Terengganu, Sanjar Shaakhmedov Tidak Akan Turun Menentang Harimau Malaya\n", "content": ["Kelibat bekas pemain import Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov tidak akan kelihatan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia menentang Uzbekistan pada 9 Oktober nanti.", "Hal ini kerana Sanjar yang merupakan pemain tengah menyerang kelahiran Uzbekistan tidak disenaraikan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan negara terbabit, Srecko Katanec untuk dibawa bagi menentang skuad Harimau Malaya dan Jordan pada bulan ini.", "Artikel Berkaitan: Kedah Tiada Sebarang Rundingan Bersama Sanjar Shaakhmedov", "Untuk makluman semua, nama pemain tengah licik yang bermain bersama FK AGMK ini dipanggil ketika Uzbekistan mengharungi baki saingan Kumpulan D melibatkan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu.", "Sepanjang bersama Terengganu selama dua musim sejak tahun 2019, Sanjar menjadi aset pasukan dengan kelebihannya mencipta ‘assist’ buat rakan sepasukan dan berkemampuan menghasilkan gol dari luar kotak.", "Sebagai rekod, pemain yang telah menginjak usia 31 tahun ini membuat 37 penampilan dan menjaringkan 16 gol ketika bersama Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112371/", "headline": "\nKejohanan Silat Dunia Bakal Berlangsung Pada Julai 2022 di Malaysia\n", "content": ["Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengesahkan kejohanan dunia bagi sukan tempur tersebut akan berlangsung pada 21 hingga 30 Julai 2022 dengan Malaysia selaku tuan rumah.", "Pengesahan penganjuran kejohanan edisi ke-20 itu dimaklumkan oleh Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan dilaporkan oleh media tempatan, Utusan Malaysia.", "Sementara itu, selain daripada Kejohanan Silat Dunia, atlet-atlet silat negara perlu bersedia untuk mengharungi beberapa kejohanan serta temasya sukan yang lain yang turut dijadualkan pada tahun hadapan.", "Baca: Acara Silat Bakal Ke Sukan Olimpik", "“Ya betul, ada banyak kejohanan tahun depan termasuk Sukan SEA yang tertunda, Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia, Liga Silat dan macam-macam lagi.", "“Kita tidak boleh tunda lagi Kejohanan Dunia sebab kita tidak mahu berdepan pelbagai risiko sehingga mengganggu roadmap silat.", "“Jadi, mahu tidak mahu, mereka perlu mengharungi jadual padat ini tahun depan, saya yakin mereka semua tidak sabar untuk berjuang,” katanya dalam sesi borak santai secara maya bersama rakan media sukan, dua hari lalu.", "Untuk makluman semua, Kejohanan Silat Dunia kali ke-20 ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020, bagaimanapun, ianya terpaksa ditunda ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada ketika itu.", "Featured Image: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia – PESAKA"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114476/", "headline": "\nRoslin Hashim Saran BAM Serap Semula Gandingan Yew Sin-Ee Yi\n", "content": ["Bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim menyarankan gandingan bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi diserap kembali oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).", "Menurut laporan Sinar Harian, Roslin melontarkan pandangan sedemikian selepas pasangan beregu No.11 dunia ini menampilkan keputusan yang positif dalam beberapa kejohanan yang disertai pada tahun ini.", "Pencapaian terbaik mereka pada tahun ini adalah muncul pemenang pingat gangsa dalam Kejohanan Dunia BWF 2021 yang berlangsung di Huelva, Sepanyol pada minggu lalu. ", "“Jika dulu mereka dikeluarkan daripada BAM sebab prestasi kurang memberangsangkan. Jadi saya kira mungkin mereka boleh diserap semula selepas menampilkan prestasi menakjubkan sehingga memperoleh gangsa Kejohanan Dunia baru-baru ini.", "“Sebab saya lihat kehadiran semula Yew Sin dan Ee Yi ini mampu memperkuatkan barisan beregu negara, ditambah pula sekarang Rexy Mainaky yang ditugaskan untuk memantau beregu negara.", "“Jika mereka kembali ke BAM, ini akan mewujudkan suasana positif yang mana barisan pemain beregu negara akan dapat rakan sparring terbaik, sekali gus mampu menaikkan lagi kualiti sedia ada,” katanya seperti dilaporkan oleh portal akhbar tersebut.", "Antara pencapaian lain, pasangan ini turut mara ke pentas separuh akhir di Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2021 dan Kejohanan Indonesia Masters 2021.", "Untuk makluman semua, gandingan Yew Sin-Ee Yi yang berusia 26 dan 28 tahun ini digugurkan oleh BAM pada awal tahun lalu sebelum bergerak secara bersendirian sehingga ke hari ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216393/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Sze Fei-Izzuddin Hanya Menang Satu Kali Sahaja Bertemu Fajar-Ardianto\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Kemaraan itu terhasil selepas berjaya menumpaskan beregu muda Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan yang berusia 21 dan 22 tahun masing-masing di peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.", "Sze Fei-Izzuddin mengambil selama 36 minit sahaja untuk mengalahkan beregu ke-23 dunia itu secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-18 yang berlangsung di Gelanggang 1. ", "YONEX Swiss Open 2022MD – Semi final 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅18 18 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN", "🕗 in 36 minutes https://t.co/mF5yPg5oV5", "— BWFScore (@BWFScore) March 26, 2022", "Di pentas akhir kelak, Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking ke-18 dunia akan bertemu sepasang lagi beregu Indonesia iaitu Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto yang merupakan pasangan No.9 dunia.", "Fajar-Ardianto pula mara ke pentas final selepas menumpaskan beregu lelaki No.1 Malaysia merangkap pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di peringkat separuh akhir, sekitar tengah malam tadi.", "Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin telah bertarung dengan mereka sebanyak empat kali sebelum ini. Daripada empat pertemuan tersebut, Sze Fei-Izzuddin hanya berhasil meraih satu kemenangan sahaja.", "Kemenangan itu dicapai dalam pertemuan terakhir mereka dalam saingan Terbuka Denmark 2021 yang berkesudahan dengan Sze Fei-Izzuddin mencatatkan kemenangan secara ‘straight set’ 21-18 dan 21-17.", "Manakala baki tiga pertarungan lagi dalam saingan Terbuka Chinese Taipei 2019, Princess Sirivannavari Thailand Masters 2018 dan Walikota Surabaya Internatioanal Series 2016 memihak kepada Fajar-Ardianto."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216008/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Tiga Set Diperlukan Zii Jia Untuk Singkirkan Popov Di Pusingan 16\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berhasil meneruskan kemaraan ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Terbuka Jerman 2022.", "Bagaimanapun, cabaran yang diberikan oleh lawannya, pemain Perancis yang menghuni ranking ke-62 iaitu Christo Popov agak hebat sehinggakan dia memerlukan tiga set permainan untuk menewaskannya di Pusingan 16.", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini terlebih dahulu memenangi set pertama dengan keputusan 21-13.", "RESULTS: #GermanOpen2022R16#MAS🇲🇾 Lee Zii Jia(5) def. #FRA🇫🇷 Christo Popov 21-13 18-21 21-12📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/F1j6g6Zemq", "Akan tetapi, Popov berhasil mencipta kebangkitan untuk menundukkan Zii Jia pada set kedua dengan keputusan 21-18 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan. ", "Di set ketiga, Zii Jia memberikan fokus yang tinggi dan memperkemaskan permainannya sekaligus berhasil mengalahkan Popov dengan pungutan mata 21-12.", "Untuk makluman semua, kedua-dua pemain ini tidak pernah bertemu lagi dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.", "Dengan kemenangan ini, Zii Jia bakal membuat perhitungan samada pemain China, Zhao Jun Peng (ranking ke-38) atau Republik Korea, Heo Kwang-hee (ranking ke-30) di peringkat suku akhir kelak bagi merebut tempat ke saingan separuh akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217102/", "headline": "\nBAC 2022: Gandingan Juara Terbuka Jerman Tempah Tiket Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki negara yang menjuarai saingan Terbuka Jerman, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin tiada masalah untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-16 itu mara selepas menundukkan gandingan baharu beregu lelaki dari China, Ren Xiang Yu dan Tan Qiang (ranking ke-340) di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "QF#MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin(8) def. #CHN🇨🇳 Ren Xiang Yu-Tan Qiang 21-19 21-14", "— BAM (@BA_Malaysia) April 29, 2022", "Sze Fei-Izzuddin yang merupakan pilihan kelapan kejohanan memenangi perlawanan tersebut secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-14 dalam tempoh masa 33 minit.", "Dengan kemenangan ini, Sze Fei-Izzuddin akan menantikan cabaran samada beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (ranking ke-7 dunia) atau beregu senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (ranking ke-9 dunia).", "Perlawanan antara kedua-dua beregu akan berlangsung pada malam ini.", "Featured Image: Badminton Asia – Jerry Lee & Emman Flavier"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321859/", "headline": "\n5 Kelab Rebut RM4,000 Saingan Sulung Liga Wanita Anjuran KLFA\n", "content": ["Wang ganjaran sebanyak RM4,000 berserta trofi kejuaraan akan direbut oleh lima buah kelab yang mengesahkan diri untuk berentap dalam saingan sulung Liga Wanita anjuran Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) 2023.", "Manakala kelab yang muncul naib juara serta menduduki tempat ketiga, keempat dan kelima akan menerima wang tunai berjumlah RM3,000, RM2,000, RM1,000 dan RM500 masing-masing.", "Ganjaran tersebut diumumkan oleh Pengerusi Pertandingan Liga Wanita KLFA, Puan Nor Asyikin Jaafar ketika majlis prapelancaran yang bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada hari ini.", "Badan bola sepak induk yang berpangkalan di ibu kota tanah air meletakkan matlamat utama penganjuran liga ini adalah untuk menarik minat golongan wanita agar lebih cenderung  untuk menceburi dan menyerlahkan bakat mereka dalam sukan bola sepak.", "Selain itu, ianya berperanan untuk memberi ruang dan peluang kerjaya khusus kepada para wanita untuk menceburi bidang kejurulatihan dan melahirkan lebih ramai pengadil wanita yang berkaliber.", "Tambahan pula, pihak KLFA turut menjadikan penganjuran liga ini sebagai platform untuk menguji seterusnya memilih lebih ramai pemain berpotensi yang boleh mewakili Kuala Lumpur dalam kejohanan Liga Wanita Nasional anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). ", "Untuk makluman, lima buah kelab yang mengesahkan diri untuk berentap dalam saingan liga ini ialah NAJ FC, Wangsa Maju FC, Mixstar FC, Wonder Girls FC dan Sternen FC yang kesemuanya berpangkalan di Lembah Klang.", "Semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya bermula 17 Februari hingga 4 Mac 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216931/", "headline": "\nKelab London, Fulham Kembali Semula Ke Kancah Liga Perdana Inggeris\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di London, Fulham FC berhasil mengesahkan promosi kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Preston North End, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Dalam perlawanan ke-42 Liga Kejuaraan tersebut, Fulham yang beraksi di halaman sendiri, Craven Cottage merekodkan kemenangan 3-0 hasil dua jaringan oleh Aleksandar Mitrovic (9’ dan 41’) serta satu jaringan daripada Fabio Carvalho (34’).", "Jaringan berganda daripada pemain Serbia itu juga menjadikan Mitrovic menghuni carta penjaring terbanyak saingan Liga Kejuaraan dengan rekod 40 gol setakat ini.", "Welcome back to the #PL, @FulhamFC! 👏 pic.twitter.com/rtMxhG2pcK", "— Premier League (@premierleague) April 19, 2022", "Walaupun saingan divisyen kedua bola sepak Inggeris itu masih berbaki empat perlawanan lagi, Fulham yang memiliki 86 mata telah memastikan promosi automatik ke EPL menjadi miliknya secara matematik.", "AFC Bournemmouth di tangga kedua kini mempunyai 77 mata hasil daripada 41 perlawanan. Di tangga ketiga dan keempat pula adalah Huddersfield dan Luton Town dengan 73 dan 71 mata hasil daripada 43 perlawanan masing-masing.", "How does this look, @FulhamFC?👏#EFL | #SkyBetChampionship pic.twitter.com/DKZmLbA9WO", "— Sky Bet Championship (@SkyBetChamp) April 19, 2022", "Sekiranya Fulham yang dibimbimg oleh Marco Silva ini tumpas dalam kesemua baki empat perlawanan terakhir, manakala tiga pencabar di bawahnya memenangi kesemua perlawanan, Fulham masih berada di tangga kedua dan muncul selaku naib juara EFL musim ini.", "Sebagai rekod, lima musim terakhir ini menyaksikan Fulham beraksi dalam saingan Liga Kejuaraan dan EPL secara berselang-seli bermula musim 2017-18. ", "Featured Image: Neeskens Kebano & Fulham FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215876/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Tiada Pertembungan Tze Yong vs Pemain No.2 Indonesia Di Pusingan 32\n", "content": ["Tiada aksi melibatkan pertembungan perseorangan muda negara yang kian meningkat, Ng Tze Yong menentang pemain No.2 Indonesia, Jonatan Christie akan disajikan di saingan Terbuka Jerman 2022.", "Hal ini kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan pemain berusia 21 tahun itu mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan masa untuk proses pemulihannya sekaligus menarik diri daripada kejohanan ini.", "Baca: Tze Yong Diundi Menentang Pemain No.2 Indonesia Di Terbuka Jerman 2022", "Ekoran itu, Tze Yong yang baru sahaja membantu skuad lelaki Malaysia memenangi saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di tanah air baru-baru ini, menarik diri daripada Terbuka Jerman.", "Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Wong Choong Han memaklumkan pihaknya akan mengalihkan tumpuan terhadap Tze Yong untuk menyediakannya beraksi di satu lagi pentas Jelajah Dunia Super 300 BWF – Terbuka Swiss 2022 yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.", "Featured Image: Badminton Asia & Instagram Jonatanchristieofficial"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218540/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Goh Jin Wei Ke Suku Akhir, Eoon Qi Xuan Kandas Di Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Taipei 2022.", "Pemain yang menghuni ranking ke-60 dunia ini mara selepas menumpaskan perseorangan negara jiran tetangga, Komang Ayu Cahya Dewi dari Indonesia di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Pertembungan sulung antara kedua-dua pemain ini menyaksikan Komang yang berada di tangga ke-152 dunia tumpas secara “straight set” dengan skor 11-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 29 minit permainan.", "YONEX Taipei Open 2022WS – Round of 1621 21 🇲🇾Jin Wei GOH🏅11 17 🇮🇩Komang Ayu Cahya DEWI", "🕗 in 29 minutes https://t.co/jPM4z2O9pD", "— BWFScore (@BWFScore) July 21, 2022", "Untuk makluman, di peringkat suku akhir nanti, Jin Wei akan bertemu samada pemain Jepun, Saena Kawakami merangkap pilihan ketujuh kejohanan atau pemain tuan rumah, Chiang Ying Li.", "Pada masa yang sama, Jin Wei menjadi wakil tunggal perseorangan negara yang mara ke peringkat suku akhir. Ini selepas seorang lagi wakil negara, Eoon Qi Xuan terkandas di Pusingan 16. ", "Qi Xuan yang berada di ranking ke-129 dunia terkandas selepas terpaksa akur tumpas kepada pemain Amerika Syarikat, Lauren Lam.", "Pemain yang menduduki ranking ke-65 dunia itu menyingkirkan Qi Xuan dengan keputusan 21-18, 15-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 50 minit permainan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216221/", "headline": "\nFilipina Panggil 5 Pemain Liga Super Untuk Hadapi Malaysia & Singapura\n", "content": ["Seramai lima pemain yang beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Filipina bagi mengharungi dua perlawanan antarabangsa, minggu hadapan.", "Skuad yang terkenal dengan julukan The Azkals ini bakal berhadapan dengan Malaysia yang dibimbing oleh Kim Pan-gon serta Singapura pada 23 dan 29 Mac masing-masing kelak.", "Lima pemain yang terpilih itu terdiri daripada penjaga gol, Kevin Ray Mendoza (KL City), pertahanan, Carli de Murga (JDT), Justin Baas (Melaka United), pemain tengah, Manuel Ott (Terengganu) serta penyerang, Bienvenido Maranon (JDT).", "Selain itu, Filipina turut memanggil lapan pemain yang beraksi dalam kancah Liga Thailand, seorang pemain daripada Liga Kemboja serta empat pemain liga domestiknya.", "Paling mencuri tumpuan, Filipina turut memperkuatkan lagi skuadnya dengan penyenaraian penjaga gol Birmingham City yang beraksi dalam kancah Liga Kejuaraan Inggeris, Neil Etheridge serta penyerang Vfl Bochum yang bersaing di Bundesliga, Gerrit Holtmann.", "Untuk makluman, kedua-dua perlawanan menentang Malaysia dan Singapura itu akan diadakan di National Stadium, Singapore Sports Hub dengan sepak mula dijadualkan pada jam 8 malam.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322335/", "headline": "\nFeichtenbeiner Panggil 2 Pemain Liga Super Sertai Skuad Kebangsaan Myanmar\n", "content": ["Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Myanmar, Michael Feichtenbeiner memanggil 24 pemain bagi menghadapi India dan Kyrgyzstan pada rehat antarabangsa FIFA bermula 20 hingga 28 Mac ini.", "Menerusi senarai yang dikongsikan platform media sosial milik Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF), Feichtenbeiner turut menyenaraikan dua orang pemain tengah daripada kancah Liga Super.", "Dua pemain terbabit ialah Hein Htet Aung dan Kyaw Min Oo daripada Selangor FC dan PDRM FC masing-masing.", "Myanmar dijadualkan turun menentang India (ranking ke-106) dan diikuti Kyrgyzstan (ranking ke-94) pada 22 dan 25 Mac masing-masing.", "Untuk makluman semua, pertembungan menentang India bakal menjadi perlawanan pertama bawah bimbingan Feichtenbeiner sejak dilantik sebagai ketua jurulatih Myanmar sekitar penghujung bulan lalu.", "A post shared by Myanmar Football Federation (@myanmarff)"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207473/", "headline": "\nLapan Bulan Di Portugal, Safawi Pasti Rindukan Nasi Dagang\n", "content": ["Penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid pastinya akan merindui menu kegemaran hasil masakan ibunya iaitu nasi dagang sepanjang berada di Portugal.", "Menurut abangnya, Ahmad Fariq memberitahu bahawa nasi dagang merupakan makanan kegemaran Safawi sejak kecil dan ibu mereka, Salemah Abu Bakar amat mahir menyediakan menu tersebut.", "Menjadi kelaziman buat ahli keluarganya menjamu menu tersebut setiap kali berjumpa bersama Safawi terutamanya di waktu cuti.", "Mengulas mengenai penghijrahan adiknya ke Portugal, Ahmad Fariq turut melahirkan perasaan gembira dan bangga terhadap Safawi kerana dapat mengembangkan bakatnya ke benua eropah. ", "Namun pada masa yang sama berasa sedikit sedih kerana terpaksa berpisah dengan adiknya itu untuk tempoh sekitar lapan bulan.", "“Makanan kegemaran dia antaranya nasi dagang yang dimasak oleh ibu. Mungkin itu makanan yang akan dirinduinya.", "“Perasaan keluarga ketika ini gembira bercampur sedih. Gembira itu kerana dia dapat bermain di sana, sedih itu kerana dia tinggalkan kita.", "“Dalam keadaan sekarang ini (Covid-19) kita tidak tahu bila dia dapat balik. Beza sangat kali ini berbanding ketika dia bersama skuad negara atau JDT (Johor Darul Ta’zim). ", "“Lapan bulan iaitu satu musim dengan jarak yang jauh memang sangat berbeza,” kata Ahmad Fariq dipetik daripada Harian Metro.", "Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu telah berlepas ke Portugal pada hari sabtu lalu bagi melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Primeira, Portimonense SC.", "Menurut laporan media, Safawi berhijrah ke Portimonense SC dengan kontrak pinjaman selama semusim daripada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112570/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: FAM Batal Perancangan Hantar Pemain Berusia 20 Tahun & Ke Bawah Sahaja?\n", "content": ["Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membatalkan perancangan untuk menghantar pemain-pemain berusia 20 tahun dan ke bawah sahaja pada kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada penghujung Oktober kelak?", "Pada hari ini, FAM mengumumkan senarai 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 2 melibatkan skuad kebangsaan B-20 kendalian Brad Maloney menerusi laman sesawang rasminya.", "Dalam kalangan 25 pemain tersebut, 7 daripadanya merupakan pemain-pemain yang berusia melebihi 20 tahun iaitu Saiful Iskandar Adha, Nik Akif Syahiran, Syed Muhammad Nasrulhaq, K. Thivandaran, Muhammad Azri Ghani yang berusia 22 tahun serta Muhammad Syafik Ismail dan Muhammad Hairiey Hakim yang berumur 21 tahun masing-masing.", "Jika dilihatkan kepada senarai pemain ini, nampaknya FAM bakal menghadapi pusingan kelayakan ini dengan melakukan sedikit ‘u-turn’ berbanding pelan asalnya untuk menggunakan pemain-pemain B-20 sahaja seperti mana dijelaskan oleh bekas Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee pada bulan Julai lalu.", "Difahamkan perancangan tersebut dilakukan bagi menyiapkan kelompok pemain berusia 20 tahun dan ke bawah ini bagi menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 kelak.", "Artikel Berkaitan: Malaysia Hantar Skuad B-20 Untuk Harungi Kelayakan Piala Asia B-23, kata Ong Kim Swee", "Sementara itu, menerusi makluman yang sama oleh FAM pada hari ini, badan induk tersebut akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain sebelum daripada mereka terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia pada 20 Oktober nanti.", "Tambah makluman itu lagi, senarai akhir pemain skuad B-20 akan turut disertai oleh empat pemain skuad senior kebangsaan iaitu Mukhairi Ajmal, Hakimi Abdullah, Quentin Cheng dan Luqman Hakim Shamsudin selepas mereka selesai tugas antarabangsa bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe.", "Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil 6 Muka Baharu Sertai Skuad Kebangsaan Hadapi Jordan & Uzbekistan", "Sebagai tambahan, kelayakan Piala Asia B-23 menyaksikan Malaysia yang diundi dalam Kumpulan J dijadualkan bertemu Laos pada 25 Oktober diikuti aksi menentang pasukan tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober dan perlawanan terakhir menentang skuad jiran tetangga, Thailand pada 31 Oktober 2021.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110222/", "headline": "\nMelaka United Pinjam Pemain Yang Pernah Berlatih Di Borussia Dortmund\n", "content": ["Pemain tengah yang pernah berlatih bersama pasukan gergasi liga jerman, Borussia Dortmund menjadi salah satu sandaran Melaka United untuk bangkit keluar daripada zon penyingkiran pada musim ini.", "Pemain tersebut berusia 28 tahun dan kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Gary Steven Robbat. Dia bakal menyarung jersi skuad Hang Tuah sekaligus mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2021 bersama Melaka United.", "Selain daripada Gary, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Seri Justin Lim turut memaklumkan telah mengikat khidmat dua penyerang import baharu bagi menggantikan Alex Goncalves dan Stefan Nikolic yang tidak memberikan impak seperti diharapkan.", "Difahamkan kedua-dua penyerang kelahiran Brazil tersebut telah di tiba di tanah air dan sedang menjalani kuarantin wajib.", "“(Giovane) Gomez dan Adriano kini sedang menjalani kuarantin wajib sebelum menyertai pasukan. Apa yang pasti, kedua-dua mereka dipilih kerana kita melihat kualiti yang ada pada mereka cukup bagus untuk membantu pasukan.”", "“Kita berharap, dengan kehadiran dua pemain import ini bersama seorang lagi pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Gary Steven Robbat akan dapat membantu pasukan memperoleh keputusan yang lebih baik di pusingan kedua nanti,” katanya seperti dipetik daripada laman sesawang Melaka Hari Ini.", "Kedudukan semasa pada pertengahan musim ini antara yang terburuk buat pasukan Melaka United sejak kembali ke kancah Liga Super pada tahun 2017. Ketika ini, mereka menduduki tangga ke-11 liga dengan hanya mengumpul 11 mata daripada 13 perlawanan.", "Selain daripada membawa masuk tiga pemain baharu, Melaka United turut memutuskan ketua jurulatih sedia ada, Zainal Abidin Hassan dikekalkan sehingga ke penghujung musim dengan harapan dapat mengekalkan skuad Hang Tuah dalam saingan Liga Super 2022. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202325275/", "headline": "\nBekas Pemain Liga Bangladesh Perkuat Jentera Tengah Sang Kijang Hijau\n", "content": ["Kelantan United FC mengumumkan seorang lagi pemain import dari Uzbekistan, Sirozhiddin Rakhmatullaev dibawa masuk memperkuatkan skuad berjulukan Sang Kijang Hijau bagi menghadapi baki saingan Liga Super Malaysia. ", "Kehadiran pemain berusia 30 tahun tersebut ke bumi Kota Bharu diumumkan melalui pelbagai media sosial rasmi kelab terbabit. ", "Sirozhiddin yang beraksi sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) lebih banyak menghabiskan masanya bermain dalam saingan Liga Uzbekistan sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah ke Bangladesh pada musim 2020/21.", "A post shared by Kelantan United Football Club (@kelantan_unitedfc)", "Ketika mewakili Saif FC di Bangladesh, pemain kelahiran Wilayah Qashqadaryo itu menjaringkan dua gol dan mencatatkan tiga bantuan gol (assists) daripada 26 perlawanannya sebelum kembali ke Uzbekistan untuk beraksi bersama Mash’al Mubarek. ", "Hadir di Kelantan United, Sirozhiddin dijangka bakal turun bermain dalam aksi menentang Perak pada Jumaat setelah jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka bermula Rabu, 5 Julai 2023.", "Selain Sirozhiddin, skuad kendalian Ailton Dos Santos Silva turut mendapatkan tiga lagi pemain import pada jendela perpindahan kali ini iaitu Ismaheel Akinade (Kelantan FC), Kim Min Kyu (Pyeongtaek Citizen FC) dan Kim Deok (Saraburi FC). ", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219217/", "headline": "\nTak Sampai Setahun Bertugas, Saifuddin Letak Jawatan Sebagai SU Agung FAM\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Setiausaha (SU) Agung, Saifuddin Abu Bakar meletakkan jawatannya, pada hari ini.", "Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan badan berkenaan, Saifuddin meletakkan jawatannya atas alasan mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.", "Pengumuman perletakan jawatan ini hadir sekitar seminggu sahaja lagi menjelang genapnya satu tahun perlantikan Saifuddin selaku SU Agung FAM. Bagaimanapun, FAM menyatakan Saifuddin akan meneruskan baki khidmatnya sehingga 31 Ogos ini.", "Siaran Media: FAM Terima Peletakan Jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar", "▶️ Baca penuh di https://t.co/nXRwNVx1SD#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UI2JZU1Ymv", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 23, 2022", "Satu mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 yang dihadiri Jawatankuasa Eksekutif FAM pada hari ini telah menerima perletakan jawatan Saifuddin terbabit.", "Namun begitu, tiada sebarang makluman daripada FAM mengenai individu yang akan menggantikan atau mengisi kekosongan tersebut setakat ini.", "Sebagai rekod, Saifuddin yang merupakan bekas perunding teknikal Persatuan Bola Sepak Oman (Oman FA) memulakan tugasnya bersama FAM pada 1 September tahun lalu. Beliau masuk menggantikan Stuart Ramalingam yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215399/", "headline": "\nPermohonan MFL Untuk Benarkan Pemain Kontak Rapat Bermain Tanpa Kuarantin Ditolak Kerajaan\n", "content": ["Penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan telah membuat permohonan kepada kerajaan untuk melonggarkan tiga prosedur operasi standard (SOP) dalam saingan bola sepak musim ini.", "Antara perkara yang dimohon oleh MFL sepertimana dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stuart Ramalingam adalah makan dan minum di dalam stadium dan membenarkan pemain berstatus kontak rapat bermain.", "“Permintaan pertama adalah untuk membenarkan makan dan minum di dalam stadium, sehingga ke hari ini kita tidak dapat jawapan yang positif,” katanya dalam sidang media selepas majlis mengumumkan kerjasama antara MFL dan platform jual beli kriptowang, Luno.", "“Kedua kita telah meminta juga pertimbangan menggunakan peraturan antarabangsa, dimana jikalau (pemain) positif (Covid-19), kuarantin, (dan pemain) negatif boleh terus bermain.” ", "“Kita telah alami di (Piala) AFF Suzuki dimana ada dua individu (pemain skuad kebangsaan) berkongsi bilik, yang negatif boleh pergi bermain tetapi yang positif kena kuarantin dalam bilik.” jelasnya kepada para pengamal media yang hadir.”", "“Peraturan yang kita cadangkan bukan peraturan yang kita cipta sendiri, tetapi peraturan yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa, dengan itu kita mendapat ‘pushback’ yang negatif,” jelasnya lagi.", "Permohonan yang ketiga adalah menambah bilangan kehadiran penonton ke stadium namun ianya juga ditolak oleh pihak kerajaan.", "“Kita ada tiga permintaan yang telah kita keluarkan kepada kerajaan tetapi pada masa ini ketiga-tiga (permintaan) itu tidak boleh dipertimbangkan,” ujarnya. ", "Bagaimanapun, Stuart mengharapkan perkara ini boleh dipertimbangkan semula oleh kerajaan dalam kelonggaran sektor pada bulan Mac nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219346/", "headline": "\nSafwan Si Penyerang Bertukar Menjadi Bek Kanan & Marco Seorang Jurulatih Yang Tegas\n", "content": ["Kelantan FC bakal mengharungi saingan Liga Premier 2021 dengan mempertaruhkan skuad yang dipenuhi dengan majoriti pemain-pemain muda namun ianya turut diadunkan dengan beberapa pemain senior tempatan serta pemain import.", "Antara pemain senior tempatan yang mencuri tumpuan dalam skuad serba baharu berpangkalan di Kota Bharu ini adalah kapten pasukan, Che Mohamad Safwan Che Hazman yang beraksi di posisi bek kanan.", "Bercerita mengenai pemain berusia 25 tahun ini, menariknya, pada permulaan karier bola sepaknya, Safwan mendedahkan dia beraksi sebagai penyerang dan pemain sayap kanan dan bukannya sebagai pertahanan bersama skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada tahun 2014.", "Sebelum bertukar menjadi pemain bek kanan, Safwan turut berkongsikan bahawa ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Frank Bernhardt pernah menukarkannya untuk bermain sebagai pemain tengah bertahan (defensive midfielder) ketika panggilan persediaan skuad Sukan SEA.", "Namun pada tahun 2017 ketika bersama pasukan Perlis, ketua jurulatih di masa itu, Syamsul Saad mengarahkannya bermain di posisi bek kanan berdasarkan potensi yang dimilikinya.", "“(Pada peringkat awal) saya ditukar ke posisi pertahanan kanan agak keliru juga, (sebab) kebiasaannya saya bermain di bahagian serangan dan kali ini bertukar di posisi bertahan,", "“Tetapi Coach Syamsul kata, saya tahu suatu hari nanti awak akan berterima kasih kepada saya sebab tukarkan awak menjadi pertahanan kanan. Saya nampak ada satu potensi untuk awak beraksi sebagai pertahanan kanan.” katanya kepada Sukanz.", "Bermula daripada saat itu, Safwan terus membiasakan dirinya bermain di posisi tersebut termasuk ketika beraksi bersama Pulau Pinang (2019), Negeri Sembilan (2020) dan kini semakin selesa di posisi tersebut bersama pasukannya yang terkini, Kelantan FC.", "“Saya beraksi secara tetap sebagai bek kanan tetapi saya juga boleh bermain (posisi) defensif sebagai pemain tengah bertahan dan bek kiri,” tambahnya lagi. ", "Selain daripada membariskan skuad yang rata-ratanya muka baharu, Kelantan FC di bawah pemilik Norizam Tukiman turut mendapatkan sentuhan daripada ketua jurulatih kelahiran San Marino, Marco Ragini.", "Ini merupakan kali pertama dalam karier kejurulatihannya membimbing pasukan berpangkalan di asia tenggara. Sebelum ini, beliau banyak mencurahkan bakti di benua eropah selain pernah berkelana di asia selama beberapa bulan bersama FC Ulaanbaatar yang berpangkalan di Mongolia.", "Bercakap mengenai jurulatih berusia 53 tahun ini, Safwan berkata, Ragini merupakan seorang yang tegas namun pada masa yang sama merupakan seorang yang bertoleransi dan amat terbuka untuk mendengar pendapat daripada pihak lain termasuk daripada pemain-pemainnya.", "“Coach Marco seorang yang tegas tetapi bukanlah tegas yang tidak tentu hala, dia seorang yang boleh dibawa berbincang,” jelasnya.", "Pada saat ini, Marco sedang berusaha untuk menerapkan gaya falsafah bola sepak gaya eropahnya untuk pasukan The Red Warrior sebagaimana yang dimahukan juga oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman.", "Bagaimanapun, Safwan berpendapat Kelantan FC yang terdiri oleh majoriti pemain-pemain muda ini akan mengambil sedikit masa sebelum dapat memainkan gaya yang dimahukan oleh Marco secara sepenuhnya.", "Selain daripada dirinya, antara tonggak senior lain yang menyarung jersi Kelantan pada musim ini ialah Farizal Harun, Nurshamil Abd Ghani dan Faridzuean Kamaruddin.", "Sementara itu, mereka turut dikuatkan dengan kehadiran tiga pemain berpengalaman dari benua eropah iaitu Jack Hindle (England), Christos Intzidis (Greece) dan Mario Arques (Sepanyol) yang masing-masing berusia 27 tahun, 28 tahun dan 29 tahun. ", "Secara keseluruhan, pemain yang dibesarkan di Tumpat berpandangan skuad Kelantan pada kali ini sangat muda iaitu di bawah usia 24 tahun namun mereka mempunyai semangat dan keterujaan yang tinggi dalam bola sepak.", "Bagaimanapun, sebagai pemain yang mempunyai pengalaman sekitar empat musim beraksi dalam kancah Liga Premier, semangat dan keterujaan yang tinggi semata-mata tidak cukup untuk memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain.", "“Pasukan ini merupakan pasukan yang muda dan mempunyai semangat dalam bola sepak tetapi bagi saya kita kekurangan pengalaman untuk duduk (beraksi) dalam padang.” katanya sambil menegaskan tidak memandang mudah cabaran di saingan Liga Premier.", "Safwan turut menambah, para pemain muda Kelantan FC perlu terus belajar untuk membentuk keserasian antara satu sama lain serta menyesuaikan diri dan mengawal tekanan ketika beraksi di dalam padang.", "Sekiranya pihak kerajaan dan penganjur liga membenarkan pula para penyokong untuk kembali ke stadium, mereka juga perlu belajar untuk bermain di bawah tekanan dengan kehadiran para penyokong tidak kiralah ketika beraksi di laman sendiri atau lawan.", "Sementara itu, mengulas mengenai dua perlawanan persahabatan pramusim yang diharungi oleh The Red Warrior, Safwan berkata aksi pasukannya tampil semakin baik terutamanya ketika menentang Melaka United berbanding skuad Terengganu FC II, pada jumaat yang lalu.", "“Pemain-pemain semakin faham formasi, taktikal untuk gameplay dan sebagainya (yang diterapkan oleh Coach Marco).” katanya.", "Untuk makluman, Kelantan FC akan membuka tirai kempen Liga Premier 2021 dengan bertemu Perak FC II di gelanggang mereka sendiri, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Sepak mula perlawanan dijadualkan pada pukul 4.45 petang, pada 6 mac.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208629/", "headline": "\nPJ City Ambil Langkah Berani Harungi Liga Super Tanpa Pemain Import\n", "content": ["Petaling Jaya City Football Club (PJ City FC) tampil dengan langkah yang berani dengan merancang untuk menggunakan 100% pemain tempatan untuk mengharungi saingan Liga Super, musim hadapan.", "Perancangan penuh berani itu dikongsikan sendiri oleh ketua jurulatih skuad The Pheonix yang baharu, P. Maniam dalam wawancara pertamanya pertamanya selaku pengendali pasukan tersebut.", "“Tidak mustahil untuk bermain tanpa pemain import. Sekarang pemain tempatan juga berpeluang membuktikan nilai mereka. ", "“Ini bermakna mereka tidak boleh berfikir untuk bermain secara individu, sebaliknya perlu bermain sebagai satu pasukan dan meningkatkan mutu permainan mereka untuk mencapai hasilnya.” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.", "Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh jurulatih berusia 52 tahun tersebut, PJ City akan mempertaruhkan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC iaitu Darren Lok untuk mengemudi barisan serangan.", "Penyerang kacukan itu akan dibantu oleh dua penyerang muda yang dikekalkan daripada skuad musim lalu, Kogileswaran Raj dan P. Yugan untuk menggempur gawang lawan.", "Maniam yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) turut merancang untuk menaikkan pangkat beberapa pemain bawah 21 tahun (B-21) daripada skuad Piala Presiden bagi membarisi skuad senior.", "Disamping itu, beberapa pemain senior tempatan seperti Mahali Jasuli, Christie Jayaseelan dan K Gurusamy terus dikekalkan untuk membimbing pemain-pemain muda.", "Dijangka senarai penuh pemain yang akan mengharungi saingan musim hadapan akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu lagi memandangkan mereka sedang melakukan perundingan dengan beberapa pemain lain."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113620/", "headline": "\nBeri Pasport Kepada Pemain Muda Seperti Romel Morales Bukannya Penyerang Usia 30-an\n", "content": ["Sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menaturalisasikan pemain terutamanya di posisi penyerang bagi menguatkan skuad kebangsaan, Romel Morales yang beraksi bersama Kuala Lumpur City (KL City) adalah calon yang paling sesuai.", "Pada asalnya, pemain kelahiran Colombia ini merupakan seorang pemain tengah menyerang (attacking midfielder). Namun begitu, disebabkan dua penyerang import KL City ditimpa kecederaan pada musim ini, Romel dipilih untuk dimainkan sebagai penyerang.", "Walaupun Romel bergelut untuk beraksi di posisi tersebut ketika kempen Liga Super lalu, akan tetapi, saingan Piala Malaysia yang sedang berlangsung pada ketika ini menyaksikan pemain berusia 24 tahun ini tampil semakin berbisa di posisi itu.", "Baca: Morales Akui Masih ‘Bergelut’ Untuk Beraksi Sebagai Penyerang", "Manakan tidaknya, hasil kerja kerasnya, kini, Romel memimpin carta penjaring terbanyak saingan Piala Malaysia dengan rekod 9 gol. Jumlah itu termasuk satu gol yang dijaringkan ketika menentang Selangor pada peringkat suku akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.", "14' GOL | Tandukan Romel Morales memberi kelebihan awal kepada KL City FC!@selangorfc 0-1 @KLCityFootball #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/Jj2gDXMS1v", "“Sebenarnya dia merupakan seorang pemain tengah menyerang dan dia tidak suka bertahan, jadi kami letakkannya di (barisan) hadapan kerana pada ketika itu kami tidak mempunyai sesiapa (yang mampu bermain di situ).” kata ketua jurulatih KL City, Bojan Hodak ketika sidang media selepas tamat perlawanan.", "Untuk makluman semua, KL City boleh diumpamakan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga apabila penyerang yang ditandatangani pada awal musim, Dominique Da Sylva ditimpa kecederaan ligamen kaki pada bulan April lalu. Kecederaan itu menyebabkan Dominique terpaksa berehat panjang sekaligus menyebabkan KL City terpaksa melupakan khidmatnya.", "Pada jendela perpindahan pertengahan musim, KL City membawa masuk penyerang baharu, Kyrian Nwabueze untuk menggantikan Dominique. Bagaimanapun, penyerang kelahiran Nigeria ini sempat beraksi satu perlawanan sahaja bersama KL City sebelum ditimpa kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan terpaksa berehat panjang juga.", "Ini menyebabkan Romel kembali dipertaruhkan oleh Bojan untuk mengetuai barisan serangan KL City sehinggalah ke saat ini.", "Baca: Pemilihan Bojan Perkara Paling Penting Dilakukan CEO KL City Musim Ini ", "“Hari ini dia menjaringkan gol lagi, dia sangat berbahaya, kuat, mempunyai kemampuan teknikal yang baik dan mampu memegang bola,”", "“Dia merupakan pemain yang bagus untuk (skuad kebangsaan) Malaysia, jikalau anda nak berikan pasport kepada seseorang, dia berusia 24 tahun, inilah pemainnya, bukannya pemain yang berusia 30-an.” tambah Bojan yang gembira pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas skuad Red Giants itu.", "Untuk makluman semua, Romel mula beraksi dalam kancah Liga Malaysia bermula tahun 2018 bersama Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC). Tahun ini merupakan tahun keempatnya beraksi di sini.", "Menurut peraturan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), mana-mana pemain yang ingin dinaturalisasikan oleh sesebuah negara, pemain tersebut mestilah telah beraksi di negara terbabit selama lima tahun berturut-turut serta tidak pernah mewakili mana-mana skuad senior kebangsaan negara lain."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110484/", "headline": "\nVideo: Gol Solo Rabih Ataya Tidak Membantu Lubnan Atasi Turkmenistan\n", "content": ["Jaringan hasil gerakan solo pemain tengah Kedah Darul Aman, Rabih Ataya hanya membantu pasukan negaranya, Lubnan mengikat dan mendahului buat seketika waktu sahaja sebelum tewas pada minit-minit akhir di tangan Turkmenistan.", "Rabih yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-54 berjaya memberikan Lubnan gol penyamaan 1-1 pada minit ke-73. Ianya berpunca daripada satu larian solo ke dalam kotak penalti sebelum bertindak melepaskan rembatan menerusi kaki kirinya.", "FT: Turkmenistan 🇹🇲 3️⃣ – 2️⃣ 🇱🇧 Lebanon🎢 A rollercoaster of a second half sees Turkmenistan claim all three points thanks to Altymyrat Annadurdyyev's late winner!#AsianQualifiers pic.twitter.com/LRctNP7Ala", "Selang dua minit kemudian, rakan sepasukannya, Soony Saad pula berhasil meletakkan Lubnan 2-1 di hadapan menerusi satu rembatan deras dari luar kotak penalti mengalahkan penjaga gol Turkmenistan, Rasul Charyyev.", "Bagaimanapun, Turkmenistan nyata tidak mudah mengalah. Berbaki 15 minit permainan, mereka terus melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang Lubnan. ", "Usaha mereka nyata tidak sia-sia apabila mendapat sepakan percuma pada minit ke-84. Annaguliyev Guychmyrat mengambil peluang menyudahkan lambungan bola daripada sepakan percuma tersebut pada minit ke-85 untuk menyamakan kedudukan 2-2.", "Malang pula menimpa buat Lubnan pada minit ke-86 setelah kaptennya, Nour Mansour dilayangkan kad merah sekaligus memaksa mereka mengharungi penghujung permainan dengan 10 orang pemain.", "Ketika Rabih dan rakan-rakannya beranggapan mereka dapat mempertahankan keputusan seri dan membawa pulang satu mata daripada perlawanan ini, satu gerakan lincah oleh Zafar Babajanow ke dalam kotak penalti membolehkannya merembat masuk gol ketiga buat Turkmenistan pada minit ke-90.", "Jaringan tersebut telah membunuh semangat Lubnan dan kedudukan 3-2 kekal memihak kepada Turkmenistan sehingga ke penghujung perlawanan. Walaupun kalah, Lubnan masih kekal di tangga kedua Kumpulan H dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan kutipan 10 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218480/", "headline": "\nZlatan Ibrahimovic Kekal Bersama AC Milan Sehingga Usia 41 Tahun\n", "content": ["Penyerang veteran kelahiran Sweden, Zlatan Ibrahimovic nampaknya meneruskan kariernya bersama AC Milan sekurang-kurangan sehingga usianya 41 tahun.", "Ini selepas pasukan yang menjuarai saingan Serie A musim lalu itu mengumumkan pembaharuan kontrak Ibrahimovic sehingga 30 Jun 2023 menerusi satu kenyataan media, semalam.", "Selain itu, Ibrahimovic bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 3 Oktober nanti turut dimaklumkan akan terus menyarung jersi bernombor 11 bersama AC Milan.", "📽️ Never satisfied, alwaIZ hungry for more ❤️🖤 #ReadyToLeaveAMark #SempreMilan pic.twitter.com/fbTXvTP7EW", "— AC Milan (@acmilan) July 18, 2022", "Bagaimanapun, kelibat Ibrahimovic di atas padang bersama AC Milan musim akan datang tidak dipastikan lagi. Ini berikutan dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan di lutut kirinya pada penghujung Mei lalu.", "Ketika itu, kelab memaklumkan Ibrahimovic akan dijangka mengambil masa antara tujuh hingga lapan bulan untuk sembuh sepenuhnya selepas daripada pembedahan terbabit.", "Untuk makluman semua, Ibrahimovic berhasil merekodkan 23 penampilan serta menjaringkan lapan gol dan mencipta 3 “assist” yang membantu AC Milan kembali menjuarai saingan Serie A yang pertama selepas 11 tahun yang lalu.", "Selain itu, kejuaraan liga ini juga adalah yang ke-19 dimenangi oleh AC Milan dalam sejarahnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324675/", "headline": "\nKabaddi, Silamban Antara 5 Sukan Dimasukkan Dalam SUKMA 2024\n", "content": ["Dua sukan tradisional iaitu kabaddi dan silamban bersama-sama sofbol, catur dan kriket mendapat lampu hijau daripada Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) untuk dipertandingkan dalam temasya dwitahunan berkenaan di Sarawak pada tahun hadapan.", "Perkembangan itu hadir selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bersetuju untuk memasukkan lima sukan berkenaan yang telah mempunyai Kejohanan Remaja Kebangsaan dalam SUKMA.", "Pada masa yang sama, Sarawak selaku tuan rumah bersetuju untuk mempertandingkan sukan-sukan ini pada SUKMA 2024 dan 2026. Bagaimanapun, penganjuran sukan-sukan ini perlu mendapat penyertaan minimum daripada enam negeri untuk dipertandingkan. ", "Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) Bilangan 9 dan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Bilangan 2 Tahun 2023 di sini hari ini, 12 Jun 2023. pic.twitter.com/gzI6SLRqN3", "— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) June 12, 2023", "Secara keseluruhannya, SUKMA kali ke-21 ini akan mempertandingkan sebanyak 37 jenis sukan dimana 28 daripadanya merupakan sukan yang wajib dipertandingkan.", "Dalam kenyataan yang sama, mesyuarat turut memaklumkan SUKMA 2024 akan dilangsungkan selama seminggu bermula dari 17 hingga 24 Ogos.", "Sebagai tambahahan, ianya akan dilangsungkan di lapan bahagian Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri bagi memastikan kemeriahannya dapat dirasai rakyat di seluruh negeri tersebut.", "Namun begitu, acara basikal trek akan dilangsungkan di semenanjung tanah air.", "Featured Image: Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216403/", "headline": "\nSoon Huat-Shevon Tumpas Buat Pertama Kali Kepada Mark-Isabel, Terlepas Kejuaraan Terbuka Swiss \n", "content": ["Beregu campuran Jerman, Mark Lamsfuss dan Isabel Lohau melakar kejutan dengan mencipta kemenangan pertama menentang Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai di pentas antarabangsa.", "Kemenangan itu berjaya dilakar oleh beregu yang menduduki ranking ke-15 dunia itu dalam perlawanan akhir saingan Terbuka Swiss 2022, sebentar tadi.", "Mereka meraih kemenangan tersebut menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-18 dan 21-17 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.", "YONEX Swiss Open 2022XD – Final 🇩🇪Mark LAMSFUSS🏅12 21 21 🇩🇪Isabel LOHAU🏅21 18 17 🇲🇾Soon Huat GOH 🇲🇾Shevon Jemie LAI", "🕗 in 65 minutes https://t.co/ZLJZssYWA7", "— BWFScore (@BWFScore) March 27, 2022", "Untuk makluman, kedua-dua beregu ini pernah berentap sebanyak empat kali di pelbagai kejohanan antarabangsa, sebelum ini. Namun keempat-empat pertarungan tersebut memihak kepada Soon Huat-Shevon secara bersih berturut-turut.", "Sementara itu, kekalahan Soon Huat-Shevon kepada beregu Jerman ini juga menyebabkan mereka terlepas peluang untuk menamatkan kemarau kejuaraan yang menghampiri empat tahun di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, kejuaraan terakhir yang dirangkul oleh beregu No.13 dunia ini adalah adalah Terbuka Singapura 2018 – Jelajah Dunia Super 500 BWF – dengan menumpaskan beregu Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir pada perlawanan akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322787/", "headline": "\nKelantan Rehatkan Coach Choi 40 Minit Sebelum Bertemu Terengganu\n", "content": ["Kelantan FC membuat satu kejutan kira-kira 40 minit sebelum turun menentang kelab seteru pantai timur, Terengganu FC dengan mengumumkan merehatkan ketua jurulatihnya, Choi Moon Sik berkuat-kuasa serta merta.", "Pengumuman penuh kejutan itu hadir menerusi makluman yang dihebahkan di pelbagai platform media sosial kelab berjulukan The Red Warriors (TRW) sebentar tadi.", "Kelab yang dimiliki oleh ahli perniagan dan pelaburan, Norizam Tukiman ini tidak memberikan perincian mengenai tindakan mereka merehatkan jurulatih berusia 52 tahun dari Republik Korea itu selepas mengharungi enam perlawanan Liga Super musim ini.", "A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)", "Jika dilihat kepada prestasi semasa, Kelantan bimbingan Coach Choi hanya berhasil melakar satu kemenangan serta satu seri daripada enam perlawanan terbabit dan kini menghuni tangga ke-11 liga dengan pungutan empat mata.", "Untuk makluman semua, Coach Choi yang pernah beraksi di beberapa edisi Piala Dunia sewaktu bergelar pemain suatu masa dahulu diumumkan menjadi ketua jurulatih Kelantan sekitar pertengahan Januari lalu.", "Sementara itu, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Coach Choi, Kelantan turut memaklumkan bekas ketua jurulatihnya pada musim lalu, Rezal Zambry Yahya diangkat menjadi “Caretaker Head Coach” bermula perlawanan ketujuh Liga Super, pada malam ini.", "Difahamkan, Rezal akan mengemudi Kelantan sehingga pihak pengurusan melantik ketua jurulatih yang baharu.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219021/", "headline": "\nKejohanan Thanh Nien: Malaysia Muncul Naib Juara, Tumpas Penentuan Penalti Kepada Vietnam\n", "content": ["Skuad kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) menutup kejohanan jemputan, Kejohanan Bola Sepak Thanh Nien 2022 anjuran Konfederasi Bola Sepak Vietnam (VFF) selaku naib juara.", "Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Binh Duong menyaksikan skuad bimbingan Hassan Sazali Mohd Waras berhasil mengikat Vietnam 1-1 selepas beraksi selama 90 minit permainan.", "Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Nguyen Van Tu seawal minit ke-11 permainan. Bagaimanapun, skuad negara berjaya menyamakan kedudukan menerusi Azhad Harraz Arman pada minit ke-84 untuk membawanya ke penentuan sepakan penalti.", "International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 | 5-11 Ogos 2022", "Juara: Vietnam 🇻🇳Naib Juara: MALAYSIA 🇲🇾Tempat Ketiga: Thailand 🇹🇭Tempat Keempat: Myanmar 🇲🇲#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/90OY1GOU2P", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 11, 2022", "Vietnam memastikan gelaran juara itu menjadi milik mereka apabila berjaya memenangi penentuan sepakan penalti tersebut dengan keputusan 4-3 ke atas Malaysia.", "Untuk makluman, Malaysia yang menampilkan 70% muka baharu berbanding skuad yang menjuarai saingan Kejuaraan B-19 AFF berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat kedua.", "Tempat kedua itu diraih dengan mengumpul 4 mata hasil kemenangan ke atas Myanmar dan seri menentang Thailand. Satu lagi perlawanan menentang Vietnam berkesudahan dengan kekalahan.", "Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini disertai Malaysia sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran Kelayakan Piala Asia B-20 yang akan berlangsung pada September nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217746/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Itali: Jin Wei Melangkah Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan wanita bebas (independent) negara, Goh Jin Wei berhasil melangkah ke peringkat suku akhir dalam saingan Cabaran Antarabangsa (International Challenge) Itali 2022.", "Pemain berusia 22 tahun ini melangkah ke peringkat tersebut setelah berhasil menumpaskan pemain India, Rituparna Das menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 22-24, 21-12 dan 24-22 di Pusingan 16.", "Sebelum itu, Jin Wei yang turut diletakkan selaku pilihan kelapan untuk menjuarai saingan ini turut mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Jennie Gai juga menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan keputusan 15-21, 21-13 dan 21-9 di Pusingan 32.", "Di peringkat suku akhir, Jin Wei bakal berhadapan dengan pemain Kanada yang berada di ranking ke-87 dunia, Rachel Chan. Pertarungan ini akan menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain memandangkan mereka belum pernah berentap di dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini.", "Sebagai tambahan, Jin Wei juga merupakan wakil tunggal negara dalam kategori perseorangan wanita di dalam saingan berstatus “International Challenge” ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220826/", "headline": "\nCristiano Ronaldo Semakin Hampir Sertai Kelab Arab Saudi\n", "content": ["Penyerang Portugal merangkap pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali semakin hampir untuk menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Arab Saudi iaitu Al-Nassr FC.", "Difahamkan, pemain berusia 37 tahun ini mendapat tawaran bernilai 200 juta euro setiap musim yang merangkumi gaji serta perjanjian pengiklanan dengan tempoh kontrak selama dua tahun dan setengah. ", "Perkembangan itu hadir menerusi sebuah laporan sebuah portal berpangkalan di Sepanyol, Marca yang turut dipetik oleh pelbagai agensi berita antarabangsa.", "🚨 Cristiano Ronaldo is on the verge of agreeing a 2-and-a-half year deal with Al-Nassr. 🇸🇦✍️ ", "He will earn €200M-a-season, including salary and advertising agreements. 🤑 ", "— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) November 30, 2022", "Untuk makluman semua, Al-Nassr yang dibimbing oleh Rudi Garcia sedang menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi selepas mengharungi lapan perlawanan bagi musim 2022-23.", "Skuad pada musim ini turut disertai oleh beberapa pemain asing yang ternama seperti David Ospina (Sepanyol), Vincent Aboubakar (Senegal), Talisca, Luiz Gustavo (Brazil) dan lain-lain lagi.", "Pada saat ini, Ronaldo bebas untuk menyertai mana-mana pasukan dimahukannya memandangkan telah berstatus pemain ejen bebas. Ianya selepas Ronaldo dan Manchester United mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak, pada minggu lalu.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322900/", "headline": "\nOrleans Masters: Tang Jie-Ee Wei Melangkah Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei muncul wakil tunggal negara yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir saingan Orleans Masters 2023.", "Tang Jie-Ee Wei yang kini merupakan beregu campuran No.3 tanah air berhasil melangkah ke peringkat tersebut setelah menumpaskan wakil China, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin, semalam.", "Dalam pertarungan itu, Tang Jie-Ee Wei mencetak kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-11 dalam tempoh 32 minit permainan.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORXD – QF 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 🇨🇳JIANG Zhen Bang14 15 🇨🇳WEI Ya Xin", "— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2023", "Kemenangan itu membawa mereka bertemu beregu campuran No.2 Indonesia, Rehan Naufal dan Lisa Ayu merangkap pilihan keempat kejohanan di peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman, pasangan Indonesia yang menghuni ranking ke-14 dunia sudah pernah dijinakkan oleh Tang Jie-Ee Wei dalam saingan Terbuka Malaysia pada Januari lalu.", "Dalam pertemuan yang berlangsung di Axiata Arena itu, Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan secara “straight” dengan skor 21-19 dan 21-16.pada Pusingan 16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216835/", "headline": "\nKorea Masters: Cheam June Wei Tumpas Di Tangan Sang Juara 2017\n", "content": ["Perjalanan perseorangan bebas (independent) negara, Cheam June Wei dalam saingan Korea Masters 2022 hanya di setakat peringkat Pusingan 32.", "Ini disebabkan June Wei ditumpaskan oleh juara Korea Masters 2017, Jeon Hyeok-jin secara ‘straight set’ di Pusingan 32, sebentar tadi.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMS – Round of 3221 21 🇰🇷Hyeok Jin JEON🏅11 11 🇲🇾June Wei CHEAM", "🕗 in 34 minutes https://t.co/uGT0xAAUsv", "— BWFScore (@BWFScore) April 13, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, June Wei dikalahkan dengan skor 11-21 dan 11-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan.", "Untuk makluman semua, walaupun pernah merangkul kejuaraan di kejohanan ini, Jeon yang merupakan kelahiran Korea kini berada di ranking ke-995 dunia.", "Melihatkan kepada rekod pertemuan, June Wei dan Jeon sudah pernah berentap sebanyak satu kali sebelum ini di pentas Cabaran Antarabangsa Osaka 2015 dan perlawanan itu turut berpihak kepada Jeon.", "Sementara itu, Jeon yang mara ke Pusingan 16 akan menantikan cabaran daripada samada pemain senegaranya, Kim Donghun atau pemain China, Zhao Jun Peng yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218298/", "headline": "\nKelab Gergasi Perancis, PSG Lantik Christophe Galtier Sebagai Jurulatih Baharu Ganti Pochettino\n", "content": ["Juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) akan dilatih dan dibimbing oleh jurulatih baharu dalam mengharungi saingan musim 2022/23 kelak.", "Skuad berjulukan The Parisians itu mengumumkan melantik jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Galtier sebagai jurulatihnya yang baharu menggantikan pengendali Argentina, Mauricio Pochettino.", "Dimaklumkan, bekas jurulatih OGC Nice yang berusia 55 tahun ini menandatangani kontrak selama dua tahun dimana Galtier akan membimbing PSG sehingga 30 Jun 2024.", "Paris Saint-Germain is delighted to announce that Christophe Galtier has been appointed as first team head coach. ", "— Paris Saint-Germain (@PSG_English) July 5, 2022", "Untuk makluman semua, Galtier merupakan individu yang mencipta keajaiban membawa LOSC Lille memenangi saingan Ligue 1 mengatasi PSG sendiri pada musim 2020-21. Kejuaraan liga ini hadir buat kali pertama sejak sedekad yang lalu.", "Sementara itu, Pochettino pula disahkan ditamatkan tugasnya menerusi satu kenyataan rasmi oleh PSG, semalam walaupun masih berbaki kontrak selama setahun lagi.", "Sepanjang membimbing PSG sekitar 18 bulan, Pochettino telah membantu The Parisians memenangi Ligue 1, Coupe de France dan Trophee des Champions.", "Bagaimanapun, prestasinya dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA tidak begitu memberangsangkan dimana mereka tersingkir di Pusingan 16 setelah tumpas kepada Real Madrid."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113384/", "headline": "\nCabaran Belgium: Beregu Wanita, Mei Xing-Anna Cheong Melangkah ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong yang menjuarai kejohanan Terbuka Czech baru-baru ini meneruskan rentak yang konsisten dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Belgium 2021.", "Awal pagi tadi, Mei Xing-Anna Cheong berhasil menumpaskan beregu negara matahari terbit, Chisato Hoshi dan Aoi Matsuda yang berada di ranking ke-74 dunia untuk mara ke peringkat suku akhir.", "Ranking BWF: Juara Terbuka Czech Mei Xing-Anna Cheong Raih Peningkatan 779 Anak Tangga", "Pasangan yang mula bergandingan pada pertengahan bulan ini menumpaskan pasangan tersebut dengan pungutan mata 21-19, 14-21 dan 21-18.", "Sementara itu, menanti mereka di peringkat suku akhir adalah beregu Scotland, Julie Macpherson dan Clara Torrance yang berada di ranking ke-46 dunia.", "Dijangka perlawanan melibatkan kedua-dua pasangan ini akan berlangsung pada pertengahan malam ini berdasarkan aturan perlawanan yang telah dikeluarkan.", "Untuk makluman semua, Mei Xing-Anna Cheong perlu berhati-hati menentang pasangan Scotland ini memandangkan mereka diletakkan sebagai pilihan kedua bagi kategori wanita beregu dalam kejohanan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112623/", "headline": "\nPemain Muda Kedah Dipanggil Cheng Hoe Ganti Akhyar Rashid Yang Mengalami Kecederaan\n", "content": ["Pemain muda Kedah Darul Aman, Fayadh Zulkifli Amin menjadi nama baharu yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe menyertai skuad kebangsaan.", "Pemain sayap versatil yang berusia 23 tahun itu disenaraikan oleh Cheng Hoe bagi menggantikan tempat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid yang tidak dapat menyertai skuad kebangsaan kerana mengalami kecederaan.", "Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil Bek Tengah Terengganu Ganti Dion Cools Sertai Skuad Kebangsaan", "Artikel Berkaitan: Tan Cheng Hoe Nafi 8 Pemain JDT Tidak Mendapat Pelepasan Kelab", "Perkembangan tersebut disampaikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi pelbagai platform media sosialnya, malam tadi.", "Dimaklumkan, Fayadh akan melaporkan diri ke skuad kebangsaan di ibu negara, Kuala Lumpur, pada petang ini.", "Fayadh akan menyertai 23 pemain yang lain untuk terbang ke Amman, Jordan pada 2 Oktober bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Jordan dan Uzbekistan.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111392/", "headline": "\nOlimpik 2020: Aaron Chia-Woi Yik Cipta Kejutan Kalahkan Regu No.1 Dunia ‘The Minions’\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta kejutan dengan mengalahkan pasangan beregu No.1 dunia, Marcus Gideon dan Kevin Sukamuljo pada saingan suku akhir dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Pasangan yang terkenal dengan julukan The Minions itu ditumpaskan oleh Aaron dan Wooi Yik menerusi ‘straight set’ dalam perlawanan yang bertempat di Musashino Forest Sport Plaza, hari ini.", "RESULTS: #Tokyo2020QF#MAS Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. #INA Gideon Marcus Fernaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo 21-14 21-17* Aaron-Wooi Yik bulldoze their way into the last 4️⃣ of the Olympics! Ayuh, bros 💪#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/7uhYdPE7Xc", "Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan yang sangat meyakinkan dengan memenangi set pertama 21-14. ", "Pada set kedua, The Minions bangkit memberikan cabaran namun Aaron-Wooi Yik menampilkan persembahan yang konsisten sekaligu membolehkan mereka menamatkannya dengan kutipan mata 21-17.", "Selain mencipta rekod berjaya menumpaskan Marcus-Kevin buat pertama kali, kemenangan Aaron Chia dan Wooi Yik yang kini menghuni ranking No.9 dunia membolehkan mereka mara ke pentas separuh akhir dalam temasya Olimpik buat pertama kali dalam karier mereka.", "Untuk makluman semua, menanti mereka di separuh akhir samada regu China, Li Jun Hui-Liu Yu Chen (No.6 dunia) atau regu Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen (No.12 dunia)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114122/", "headline": "\nCabaran Wales: Beregu Lelaki, Wei Chong-Kai Wun Muncul Naib Johan\n", "content": ["Kedudukan naib johan menjadi milik pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dalam kejohanan Cabaran Antarabangsa Wales 2021.", "Gandingan beregu muda yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tersebut apabila tumpas kepada beregu lelaki Korea yang berpengalaman, Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang di perlawanan akhir, awal pagi semalam.", "Perlawanan akhir tersebut berkesudahan dengan Wei Chong-Kai Wun tumpas dengan pungutan mata 21-18, 18-21 dan 21-15 kepada beregu yang berumur 31 dan 32 tahun masing-masing ini.", "Bagaimanapun, kekalahan ini telah menambahkan koleksi pingat perak buat Wei Chong dan Kai Wun pada tahun ini. Sebelum ini, beregu ini telah merangkul pingat perak di kejohanan Terbuka Czech 2021.", "Untuk rekod, tahun ini menyaksikan pasangan yang menghuni tangga ke-69 dunia ini telah menjuarai Terbuka Poland, Cabaran Antarabangsa Iberdola Sepanyol dan Terbuka Ireland.", "Featured Image: Instagram Tee Kai Wun"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114137/", "headline": "\nBOD Terengganu FC Kekalkan Nafuzi Zain Sebagai Ketua Jurulatih\n", "content": ["Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Terengganu FC membuat keputusan untuk mengekalkan Nafuzi Zain selaku ketua jurulatih pasukan tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Perkembangan itu disahkan menerusi satu makluman yang disiarkan di laman sesawang rasmi kelab, pada hari ini. ", "“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira banyak aspek termasuk pelan persediaan musim 2022 telah dipersiapkan termasuk senarai pemain yang akan bersama dan akan dilepaskan kelab ini bagi saingan musim hadapan.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "“Walaubagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada bakal pengendali Terengganu FC itu samada beliau menerima atau menolak tawaran yang diberikan. ", "“Pihak pentadbiran ini berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengendali Terengganu FC itu disamping mengharapkan prestasi pasukan Terengganu FC akan terus meningkat bertepatan dengan aras pencapaian yang telah ditetapkan bagi musim 2022 dan persiapan rapi pasukan-pasukan Liga Super yang lain.” tambah kenyataan itu lagi.", "Sebelum ini, status jurulatih yang membimbing skuad Hitam Putih ini ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2021 menjadi tanda tanya apabila kontraknya yang tamat pada 30 November lalu tidak dilanjutkan oleh pihak pengurusan.", "Selain meletakkan Terengganu FC sebagai empat pasukan terbaik di pentas Piala Malaysia, Nafuzi turut menjadikan pasukan ini sebagai ‘Top 4’ dalam saingan Liga Super 2021.", "Sebagai rekod, Nafuzi mula dilantik sebagai ketua jurulatih interim Terengganu FC pada pertengahan tahun 2019 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih secara rasminya pada penghujung tahun yang sama. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217939/", "headline": "\n2 Jaringan Daripada 9 Penampilan, Koubemba Belum Puas Hati Dengan Prestasinya\n", "content": ["Penyerang Kuala Lumpur City FC, Kevin Koubemba belum berpuas hati dengan apa yang telah ditampilkan setakat ini selain positif masih ada ruang dan waktu untuknya perbaiki prestasi dengan lebih baik.", "Ini kerana daripada sembilan perlawanan yang dia beraksi dalam semua pertandingan domestik, pemain import dari Congo ini hanya mencatat dua jaringan dan sudah tentu ia masih belum cukup buat dirinya.", "Namun, misinya bersama pasukan bukanlah semata-mata untuk mengejar jumlah gol sebaliknya ingin menjadi sebahagian daripada pemain yang mampu membantu skuad ini meraih pencapaian cemerlang baik di pentas Liga Super dan Piala Malaysia.", "“Saya tidak boleh berpuas hati sebab banyak sebenarnya peluang yang saya terlepas untuk menjaringkan gol.", "“Mungkin terlalu yakin, dan benda seperti itu akan berlaku, dan biasalah kadang-kadang apa kita buat itu menjadi, dan kadang-kadang tidak.", "87' GOL | KL City merapatkan jurang gol menerusi tandukan Kevin Koubemba yang gagal ditangkap oleh Shahril Sa'ari!@kda_fc 3-2 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/Rb8Y4Zraa7", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) March 9, 2022", "“Untuk saya, tiada sasaran berapakah jumlah gol yang saya nak sebab saya hanya ingin masuk ke padang, bermain dengan cemerlang, dan kalau saya berjaya jaringkan gol, ia bonus,” katanya.", "Ini adalah musim pertama Koubemba bersama skuad kendalian Bojan Hodak dan dia lebih banyak diletakkan di bahagian sayap dalam perlawanan setakat ini.", "Dan dia sedar, pemain import lain seperti Romel Morales juga turut menggalas tugas penting di bahagian depan pasukan dalam mencari peluang menghasilkan gol buat skuad.", "“Jangan lupa kita juga ada pemain seperti Romel sebagai penyerang, dan saya rasa kami pun sudah makin memahami antara satu sama lain.", "“Dan jika saya dapat peluang untuk membantu daripada segi hantaran, tiada masalah asalkan ia dapat memudahkan semua pemain di atas padang bagi bantu pasukan,” tambahnya.", "Kuala Lumpur akan menentang Terengganu FC pada Sabtu ini untuk perlawanan ke-10 Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "Featured Image: Kuala Lumpur City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112818/", "headline": "\nPenerjun Negara Nur Dhabitah Tidak Mahu Ketinggalan Dalam Pelajaran\n", "content": ["Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Media di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyatakan dirinya tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran.", "Oleh sebab demikian, penerjun berusia 22 tahun yang beraksi di temasya Sukan Olimpik sebanyak dua kali membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di universiti yang terletak di Bangi, Selangor tersebut.", "Bagaimanapun, bagi menyeimbangkan aspek pelajaran dan karier sebagai penerjun negara, Dhabitah memaklumkan dirinya sedia berbincang bersama jurulatih dan pensyarah agar tumpuan bagi kedua-dua aspek tidak terjejas.", "Artikel Berkaitan: Penerjun ‘Manis Senyuman’ Dhabitah Sabri Bergelar Mahasiswa UKM", "“Saya akan berbincang dengan jurulatih saya khususnya mengenai jadual kelas di UKM. Saya juga tidak mahu ketinggalan dalam pendidikan. Pada akhirnya, pendidikan adalah amat penting bagi saya,” katanya seperti dipetik daripada portal Bernama.", "Untuk makluman semua, tahun hadapan bakal menjadi tahun yang cukup sibuk buat atlet kelahiran Kuala Lumpur ini. Hal ini kerana terdapat sekurang-kurangnya dua temasya besar yang akan disertai oleh Dhabitah.", "Dua temasya tersebut adalah Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Asia Hangzhou 2022. Ini belum dicampur dengan kejohanan yang lain-lain lagi.", "Sebagai tambahan, ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Dhabitah berjaya menampilkan persembahan terbaik dalam kariernya dengan menamatkan acara terjun papan anjal 3 meter (m) di tangga keempat.", "Featured Image: Instagram Nur Dhabitah Sabri"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112498/", "headline": "\nCoach Poad Kassim Tinggalkan SSTMI Hijrah Ke SMK Gunung Rapat\n", "content": ["Jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim mengambil keputusan untuk meninggalkan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor dan akan berhijrah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Perak dalam masa terdekat, demikian laporan oleh Berita Harian.", "Difahamkan penghijrahan itu turut melibatkan dua anak didiknya yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA edisi 2017 dan 2019 masing-masing iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Mohd Haiqal Hanafi untuk meneruskan latihan di sana.", "“Inya-Allah akan membawa lebih kebaikan dan kejayaan untuk atlet dan jurulatih pada masa akan datang,”", "“Sebelum ini, ketika saya berhijrah kali pertama dari Melaka ke SSTMI, Alhamdulillah berjaya melahirkan (bakat) Khairul Hafiz dan Haiqal untuk menang dalam Sukan SEA.” katanya seperti dipetik daripada akhbar tersebut.", "Selain daripada menggilap bakat dua pelari pecut ini, Poad turut menggilap bakat baharu iaitu Muhammad Arsyad Md Saat yang memenangi acara pecut 100 meter (m) dalam kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia, April lalu.", "Pelari berusia 19 tahun dan memiliki ketinggian 1.84m itu memenangi acara tersebut dengan catatan masa 10.64 saat (s) di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.", "➡ Aim untuk beraksi temasya Sukan Olimpik #Paris2024 ➡ Mahu memecahkan rekod peribadi 100m (10.57s) & 200m (21.15s)2019 dia berjaya menjadi remaja terpantas di dunia acara 200m. Kalau tahun ini dia boleh lagi laju, memang @Paris2024 Azeem Fahmi datang! ⚡ #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/dDKr1G3B72", "Sementara itu, penghijrahan Poad ke Ipoh turut dikaitkan dengan kemungkinan beliau akan melatih pelari muda, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang ‘meletup’ namanya apabila mencatatkan rekod 10.57s dalam acara 100m pada tahun 2019.", "Pelari berusia 17 tahun ini merupakan pelajar di SMK Gunung Rapat tersebut.", "Featured Image: Unit Sukan Sektor Pembangunan Murid JPN Johor"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324515/", "headline": "\nEmerson Muncul Pemain Pertama Julang Trofi UCL, UEL, UECL & Super Cup\n", "content": ["Bek kiri skuad kebangsaan Itali kelahiran Brazil, Emerson Palmieri mencipta nama sebagai pemain bola sepak pertama yang menjulang keempat-empat kejohanan antarabangsa anjuran Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) iaitu Liga Juara-Juara (UCL), Liga Europa (UEL), Liga Konferens Europa (UECL) dan Super Cup.", "Gelaran itu lengkap setelah kelab yang diwakilinya pada ketika ini, West Ham United berhasil melakar kemenangan 2-1 ke atas Fiorentina dalam perlawanan akhir Liga Konferens Europa yang berlangsung di Fortuna Arena, Republik Czech pada awal pagi tadi waktu Malaysia. ", "Dalam perlawanan tersebut, skuad berjulukan The Hammers menang hasil jaringan Said Benrahma (P) dan Jarrod Bowen pada minit ke-62 dan ke-90 masing-masing. Sementara itu, jaringan tunggal Fiorentina pula hadir pada minit ke-67 menerusi Giacomo Bonaventura.", "🏆 Europa League🏆 Champions League🏆 Super Cup🏆 EURO 2020🏆 Europa Conference League#UECLfinal pic.twitter.com/i3XxBLc5PC", "— UEFA Europa Conference League (@europacnfleague) June 7, 2023", "Untuk pengetahuan semua, Emerson yang beraksi selama 90 minit dalam perlawanan tersebut pernah menjulang tiga lagi trofi kejohanan anjuran UEFA ketika bersama Chelsea dari tahun 2018 hingga 2022.", "Trofi UEL dirangkulnya pada musim 2018-19 manakala trofi UCL dan Super Cup pula dijulangnya pada musim 2020-21 dan tahun 2021 masing-masing.", "Sebagai tambahan, selain merangkul keempat-empat trofi kejohanan UEFA bagi peringkat kelab, Emerson turut menjuarai dan menjulang trofi saingan EURO 2020 bersama skuad kebangsaan Itali.", "Featured Image: West Ham United"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324067/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pemain No.2 Jepun Ambil Masa 83 Minit Singkir Tze Yong Di Pusingan 32\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 Jepun, Kenta Nishimoto tidak diberikan laluan mudah oleh Ng Tze Yong untuk melangkah ke Pusingan 16 dalam saingan Malaysia Masters 2023. ", "Pemain berusia 28 tahun yang menghuni ranking ke-13 dunia itu terpaksa berentap selama 1 jam dan 23 minit sebelum dapat menumpaskan Tze Yong yang beraksi di hadapan penyokong sendiri pada peringkat Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong yang berada di ranking ke-21 dunia terlebih dahulu mencatatkan kemenangan pada set pertama dengan skor 21-17.", "Namun begitu, Kenta berhasil bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 21-16 sekaligus mengheret pertarungan itu ke set ketiga.", "Pada set ketiga, Kenta yang menjuarai Madrid Spain Masters 2023 baru-baru ini berhasil mencatatkan kemenangan dengan skor 21-13 sekaligus memuktamadkan langkah ke pusingan berikutnya.", "Pada Pusingan 16 kelak, Kenta akan melayani cabaran daripada perseorangan lelaki No.2 Indonesia merangkap pilihan ketiga kejohanan, Jonatan Christie untuk merebut tempat ke peringkat suku akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMS – R3217 21 21 🇯🇵Kenta NISHIMOTO🏅21 16 13 🇲🇾NG Tze Yong", "— BWFScore (@BWFScore) May 24, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221175/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Zii Jia & Tze Yong Mungkin Bertembung Seawal Pusingan 16\n", "content": ["Dua perseorangan lelaki terbaik negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong berkemungkinan besar bertembung seawal Pusingan 16 di kejohanan Terbuka Malaysia 2023 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – yang berlangsung sekitar pertengahan bulan hadapan.", "Pertembungan itu berkemungkinan besar berlaku selepas hasil undian pada hari semalam menyaksikan Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan ini diundi menentang wakil Jepun, Kodai Naraoka pada Pusingan 32.", "Manakala Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-28 dunia pula diundi menentang wakil Ireland, Nhat Nguyen pada pusingan yang sama.", "Sekiranya kedua-dua wakil negara ini merekodkan kemenangan ke atas lawan masing-masing pada pertarungan Pusingan 32 ini, mereka akan bertembung sesama sendiri pada Pusingan 16.", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-dua pemain negara ini belum pernah berentap menentang sesama sendiri dalam mana-mana kejohanan antarabangsa di bawah kawal-selia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Sebagai tambahan, Zii Jia dan Tze Yong merupakan dua wakil tunggal negara dalam kategori perseorangan lelaki yang layak beraksi dan mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Malaysia kali ini.", "Featured Image: Badminton Asia & Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325424/", "headline": "\nTerbuka AS: Sze Fei-Izzuddin Lakar Kemaraan Ke Suku Akhir\n", "content": ["Gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil meneruskan rentetan kemenangannya sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Amerika Syarikat 2023.", "Pasangan negara yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menumpaskan gandingan tuan rumah yang menghuni ranking ke-53 dunia, Chen Zhi Yi dan Presley Smith di Pusingan 16, pagi tadi waktu Malaysia.", "Dalam pertarungan tersebut, Sze Fei-Izzuddin terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 20-22 sebelum bangkit mencipta kemenangan pada set kedua dan ketiga dengan pungutan mata 21-13 dan 21-19 masing-masing.", "YONEX US Open 2023MD – R16 🇲🇾GOH Sze Fei🏅20 21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅 🇺🇸ZHI YI CHEN22 13 19 🇺🇸Presley SMITH", "— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2023", "Pertarungan yang berlangsung di Gelanggang 2 bertempat di Mid-America Center, Council Bluffs, Iowa itu memakan masa hampir 50 minit permainan sebelum menemui pemenangnya.", "Dengan kemenangan terbabit, Sze Fei-Izzuddin akan turun menentang gandingan Chinese Taipei yang berada di tangga ke-41 dunia, Chiu Hsiang Chieh dan Yang Ming-Tse di peringkat suku akhir.", "Sementara itu, gandingan Chinese Taipei terbabit mengesahkan kemaraan selepas menundukkan beregu England, Rory Easton dan Zach Russ secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-15.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216166/", "headline": "\nAll England 2022: Gandingan Campuran Baharu Yew Sin-Liu Ying Rekod Kemenangan Pertama\n", "content": ["Beregu campuran baharu, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying berhasil merekodkan kemenangan pertama mereka sejak digandingkan bersama pada awal tahun ini.", "Lebih bermakna, kemenangan tersebut direkodkan dalam Pusingan 32 di kejohanan badminton tertua di dunia, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022, awal pagi tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022XD – Round of 32 🇲🇾Yew Sin ONG🏅17 21 21 🇲🇾Liu Ying GOH🏅21 17 11 🇬🇧Callum HEMMING 🇬🇧Jessica PUGH🕗 in 50 minutes https://t.co/gjDM3lHofi", "Yew Sin-Liu Ying meraih kemenangan tersebut dengan mengalahkan beregu campuran tuan rumah, Callum Hemming dan Jessica dengan keputusan 17-21, 21-17 dan 21-11 dalam tempoh permainan yang menghampiri satu jam.", "Untuk makluman semua, beregu tuan rumah itu menghuni ranking ke-49 dunia. Sementara itu, dengan kemenangan ini, Yew Sin-Liu Ying berhasil meneruskan kemaraan ke Pusingan 16.", "Lawan mereka di pusingan tersebut belum dimuktamadkan. Bagaimanapun, ianya samada beregu China merangkap beregu No.2 dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong atau beregu Perancis, William Villeger-Anne Tran yang menghuni ranking ke-107 dunia.", "Sebagai rekod, Yew Sin-Liu Ying membuat penampilan pertama di kejohanan antarabangsa pada saingan Terbuka Jerman, minggu lalu. Akan tetapi, penampilan pertama itu menyaksikan mereka tumpas di Pusingan 32 di tangan beregu Scotland.", "Featured Image: Instagram Goh Liu Ying"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207427/", "headline": "\nSri Pahang FC – Inspirasi Daripada Dongeng Naga Tasik Chini?\n", "content": ["Skuad Tok Gajah dilaporkan bakal bergelar Sri Pahang FC selepas melengkapkan proses penswastaan seperti yang dikehendaki oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Perkara itu dilaporkan oleh media tempatan, Utusan Malaysia selepas menemu ramah pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang, semalam.", "Hasil tinjauan di media sosial mendapati penggunaan nama ‘Sri Pahang’ oleh skuad Tok Gajah mengundang reaksi yang pelbagai daripada para peminat dan penyokong bola sepak tempatan.", "Terdapat yang mengkritik kerana namanya yang tidak sinonim dengan pasukan bola sepak tetapi ada yang menyokong kerana unik dan berunsurkan tradisi setempat.", "Namun tahukah anda bawah nama Sri Pahang atau Seri Pahang merupakan sebuah nama berdasarkan kisah dongeng rakyat Pahang iaitu naga di Tasik Chini – tasik kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.", "Kisahnya, di Pahang terdapat tiga ekor naga bernama Seri Gumum, Seri Pahang dan Seri Daik. Difahamkan Seri Gumum dan Seri Pahang berada di Tasik Chini, Pekan. Manakala Seri Daik tidak diketahui di mana kedudukan dan lokasinya.", "Berdasarkan kisah orang tua-tua dahulu, dua ekor naga asing iaitu Seri Kemboja dan Seri Siam telah mengganggu kemakmuran dan keamanan negeri Pahang. Dan kedua-dua ekor naga Seri Gumum dan Seri Pahang inilah yang bertempur dengan dua naga asing tersebut.", "Naga-naga tersebut digambarkan sebagai makhluk yang besar, panjang dan bersisik. Seri Gumum mempunyai badan bersisik besi dan Seri Pahang pula mempunyai sisik Perak. Kesemuanya mempunyai kekuatan dan kesaktian yang tersendiri.", "Bagi penduduk kawasan sekitar Tasik Chini yang majoritinya terdiri kalangan suku Jakun, pelbagai kisah pernah diceritakan mengenai beberapa orang yang dikhabarkan berjumpa dengan makhluk yang dipecayai naga tersebut namun belum dapat dipastikan sehingga ke hari ini.", "Setakat ini tiada sebarang ulasan rasmi daripada pihak Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengenai pemilihan nama Sri Pahang FC ini. Pada masa yang sama, tiada sebarang makluman samada mereka bakal menggunakan logo sedia ada atau logo baharu.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114483/", "headline": "\nRanking FIFA: Malaysia Kekal 154 Dunia Walau Tersingkir Awal Daripada Piala AFF\n", "content": ["Walaupun tersingkir awal daripada kejohanan Piala AFF Suzuki 2020, kedudukan Malaysia dalam ranking dunia kekal sebagaimana kemaskini pada bulan lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh laman sesawang Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, Malaysia yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe kekal berada di tangga ke-154 dunia.", "Ranking Harimau Malaya | 23 Disember 2021Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 154 dunia, kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 19 November 2021* Kemas kini seterusnya 10 Februari 2022#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/oMyoVo97g1", "Skuad Harimau Malaya dapat mengekalkan kedudukan itu hasil daripada dua kemenangan yang diraih ke atas Kemboja dan Laos. Justeru, kekalahan kepada Vietnam dan Indonesia tidak memberi impak terhadap ranking Malaysia.", "Bagaimanapun, dua kekalahan tersebut menyebabkan Malaysia menamatkan saingan di peringkat Kumpulan B di tangga ketiga sekaligus terpaksa mengemas beg baju dan berlepas pulang ke tanah air dengan lebih awal. ", "Sementara itu, beberapa pasukan di rantau ASEAN yang lain berhasil merekodkan peningkatan dalam kemaskini terbaru pada bulan ini seperti Vietnam (ke-98), Thailand (ke-115) dan Indonesia (ke-164).", "Untuk makluman semua, kemaskini ranking FIFA yang berikutnya adalah pada Februari 2022.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323464/", "headline": "\nNapoli Rangkul Kejuaraan Serie A Yang Pertama Selepas 33 Tahun\n", "content": ["Kelab berpangkalan di selatan Itali iaitu Napoli berjaya mengesahkan kejuaraan liga tertinggi bola sepak Itali, Serie A secara matematik apabila seri bertemu Udinese dalam perlawanan ke-33 yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Keputusan seri 1-1 hasil jaringan Sandi Lovric (Udinese, 13’) dan Victor Osimhem (Napoli, 52’) itu sudah mencukupi buat skuad berjulukan Gli Azzurri kekal menerajui Serie A dengan 80 mata biarpun tumpas dalam baki lima perlawanan seterusnya.", "Pada saat ini, tangga kedua Serie A dihuni oleh Lazio dengan 64 mata. Sekiranya Lazio memenangi baki lima perlawanan seterusnya, mereka hanya mampu mengumpulkan 79 mata sahaja.", "IL Gol 🎯 #UdineseNapoli pic.twitter.com/Kjjg6pHg9t", "— Lega Serie A (@SerieA) May 4, 2023", "Menariknya, Napoli yang kini mendapat bimbingan Luciano Spalletti menghadirkan ‘Scudetto’ buat kali pertama selepas tahun 1990 atau sekitar 33 tahun yang lalu.", "Ketika itu, legenda bola sepak dunia, mendiang Diego Maradona antara watak utama yang membantu Napoli meraih kejuaraan tersebut.", "Sebelum itu, Maradona turut membantu Napoli menjuarai Serie A buat pertama kali dalam sejarah mereka pada tahun 1987.", "Untuk makluman semua, kejuaraan yang dirangkul pada musim ini juga merupakan yang ketiga dalam sejarah kelab mereka sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1926."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214630/", "headline": "\nKejohanan Remaja Dunia 2022: Misbun Yakin Pemain Malaysia Mampu Muncul Juara\n", "content": ["Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek melahirkan keyakinan pemain-pemain remaja negara mampu merangkul kejuaraan pada Kejohanan Remaja Dunia 2022 kelak.", "Keyakinan itu hadir berdasarkan reputasi Malaysia yang pernah melahirkan juara dunia sebelum ini. Disamping itu, barisan kejurulatihan turut melakukan persiapan dengan mengkaji corak permainan para pemain dari setiap negara yang akan bersaing di kejohanan itu kelak.", "“Kejohanan Dunia adalah (salah) satu daripada kejohanan besar, ia seperti (Sukan) Olimpik juga. Jadi, di situ, kita harus lihat bagaimana kita nak mencongak dan mengkaji status negara masing-masing, ", "“Daripada (corak) pemain senior mereka ini, cara corak main (pemain) bawahan pun akan sama, apa kita nak buat ialah kita congak, (contohnya) kalau Indonesia, pemain juniornya macam mana? Apa kelebihan? Kalau pemain China, apa kelebihan? Kalau pemain Denmark, apa kelebihan? Mungkin ketinggian dia.", "🗣 Datuk Misbun gives his evaluation on the national juniors & shares his plans for 2️⃣0️⃣2️⃣2️⃣https://t.co/6KrDisF1Eg#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia", "“Mudah-mudahan dengan adanya juara Kejohanan Remaja Dunia dan Kejohanan Remaja Asia sebelum ini, kita nak lebih banyak lagi (juara) daripada semua kategori supaya dengan adanya mereka ini dan bakat-bakat ini harus kita bela untuk (masa) akan datang.” katanya menerusi satu video yang dikongsikan oleh laman sosial BAM.", "Sebagai rekod, antara pemain Malaysia yang pernah menjuarai Kejohanan Remaja Dunia ialah pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei (2015,2018) dan pemain perseorangan lelaki, Zulfadli Zulkifli (2011).", "Selain itu, beberapa gandingan beregu lelaki seperti Nelson Heg-Teo Ee Yi (2011), Ow Yao Han-Yew Hong Kheng (2010), Mak Hee Chun-Teo Kok Siang (2009) dan Hoo Tien How-Tan Boon Heong (2004) antara yang turut meraih kejayaan di pentas ini.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 24-30 Oktober bertempat di Huelva, Sepanyol.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208898/", "headline": "\nBawa Safee & Lantik Stanley Sebagai CEO, 2021 Tahun Kebangkitan KL?\n", "content": ["Minggu lalu pasukan Kuala Lumpur (KL) yang kini dikenali sebagai Kuala Lumpur United memperkenal dua pemain baru yang akan membantu mereka di Liga Super 2021 iaitu Safee Sali dan Hadin Azman.", "Selepas ini tiada lagi sorakan “Dulu Safee Sali main KL” kerana dia kembali menyarung jersi City Boys selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2005. Bagi Hadin Azman pula, dia akhirnya berpeluang menyarung jersi tempat kelahirannya setelah lama berkelana. ", "Persoalannya, adakah dua pemain ini akan dapat membantu KL bangkit semula sebagai salah satu pasukan yang perlu diberi perhatian selepas melalui musim yang tidak menentu dalam tempoh beberapa tahun ini? ", "📊 PROFIL PASUKAN LIGA PREMIER 2020Kuala Lumpur! Skuad Warga Kota menamatkan musim dengan menduduki tempat ke-3 dan akan kembali ke Liga Super pada musim 2021. 🏙️#LigaPremier2020 pic.twitter.com/SFf4PeKYZT", "Kali terakhir KL menjulang trofi utama adalah pada tahun 2017 selaku juara Liga Premier. Tahun 1988 adalah kali terakhir skuad warga kota menjadi juara di liga tertinggi Malaysia. Detik terburuk mereka adalah apabila tersingkir ke Liga FAM pada tahun 2014, dan hampir sekali lagi tersingkir ke Liga FAM pada tahun 2016, tetapi terselamat.", "Setakat ini perancangan KL United nampak menarik, terutamanya dengan melantik bekas pemain mereka, Stanley Bernard untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Tetapi masih menjadi satu persoalan, siapakah yang akan menjadi ketua jurulatih KL United pada musim hadapan? Adakah Simon Ellisetche telah sah dilantik menjadi ketua jurulatih kerana sehingga kini masih tiada sebarang pengumuman dari pihak KL United sendiri. ", "Jika kita imbau prestasi KL pada musim lalu, nampak begitu garang ketika menyerang dengan 21 gol dijaringkan oleh mereka dalam 11 perlawanan. Namun begitu, City Boys nampak sukar memungut ‘clean sheet‘ dengan bolos 14 perlawanan, satu jumlah yang besar sebenarnya untuk 11 perlawanan.", "Ini satu perkara yang perlu diperbaiki dengan taraf Liga Super yang lebih tinggi berbanding Liga Premier. Setakat ini, KL United juga dikhabarkan akan membawa semula seorang lagi bekas pemain mereka, Irfan Zakaria untuk memberikan lebih pilihan di bahagian pertahanan. ", "TERIMA KASIH IRFAN!Mengakhiri karier bersama Kedah dengan rekod beraksi dalam 12 perlawanan musim ini dengan 2 perlawanan saingan kelayakan dan Play-Off ACL 2020, 9 aksi Liga Super dan 1 aksi Piala Malaysia.IZ17 SELAMANYA HIJAUKUNING!#iz17 #kedahfa #thankyou pic.twitter.com/7YwFgVtlpa", "Pada musim lalu, kekurangan paling ketara bagi bahagian serangan pasukan KL adalah di bahagian sayap. Indra Putra, Azim Rahim dan Fakrul Aiman sering menjadi pilihan Nidzam Adzha, tetapi mereka nampak kurang efektif untuk memberikan ketajaman di bahagian sayap dan kerap memerlukan bantuan Qayyum Marjoni untuk melakukan ‘overlapping run‘ bagi memberikan lebih bantuan. ", "Dengan kehadiran Hadin Azman, Kuala Lumpur akhirnya mempunyai seorang pemain sayap yang cukup berbahaya selain dapat membantu memberikan kreativiti kepada pasukan yang nampak terlalu bergantung kepada ketua pasukan, Paulo Josue. ", "66' | GOL HADIN AZMAN!@official_kfa menambah jaringan kedua menerusi Hadin Azman. #CIMBLigaSuper2020#FELKED#MFLLive pic.twitter.com/16Qk8stswL", "Untuk mengatakan KL akan kembali bangkit pada musim 2021 mungkin adalah satu kenyataan yang terlalu tinggi. Keutamaan buat KL seharusnya kekal dalam saingan Liga Super dan peningkatan sasaran sebenarnya bergantung kepada perancangan jangka masa panjang mereka. ", "Dalam era penswastaan ini, pengurusan KL terutamanya Stanley wajib mempunyai perancangan jangka masa panjang jika mahu cuba membangkitkan KL. Melihat apa yang sedang berlaku sekarang, pastinya penyokong Kuala Lumpur sudah mula merasa teruja untuk menunggu sepak mula Liga Super, tetapi pada masa yang sama mereka perlu tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi.", "Nota: Artikel ini disumbangkan oleh penyokong tegar skuad City Boys, Khairul Nizam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323243/", "headline": "\nBAC 2023: Beregu India No.48 Dunia Singkir Peng Soon-Yee See Di Pusingan 32\n", "content": ["Gandingan campuran bebas (independent) Chan Peng Soon dan Cheah Yee See kembali melakar kekalahan pada pusingan awal – yang ketiga daripada lima kejohanan yang disertainya pada tahun 2023.", "Kali ini kekalahan terbabit tercatat pada Pusingan 32 di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 apabila tumpas kepada pasangan India yang menghuni ranking ke-48 dunia, Rohan Kapoor dan Sikki Reddy.", "Dalam pertarungan itu, Peng Soon-Yee See tumpas secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-16 dalam tempoh 36 minit permainan yang berlangsung di Dewan Sheikh Rashid Bin Hamdan.", "R32#IND🇮🇳 Rohan Kapoor-Reddy Sikki def. #MAS🇲🇾 Chan Peng Soon-Cheah Yee See 21-12 21-16", "📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/vBrBXrDfes", "— BAM (@BA_Malaysia) April 26, 2023", "Bertambah malang, ini merupakan kekalahan kedua beturut-turut Peng Soon-Yee See di tangan gandingan lawan yang sama.", "Ketika bertemu julung kalinya di Terbuka Vietnam pada tahun lalu, Peng Soon-Yee See turut tumpas dengan keputusan “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-17 pada peringkat suku akhir.", "Bercakap mengenai prestasi Peng Soon-Yee See pada tahun ini, selain daripada tiga kejohanan yang disertai menyaksikan mereka terkandas di Pusingan 32, baki dua kejohanan lagi berakhir setakat Pusingan 16 dan suku akhir dalam saingan Princess Sirivannavari Thailand Masters dan Orleans Masters masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219206/", "headline": "\nShahidan Kassim Ganti Annuar Musa Sebagai Patron & Presiden KL City Baharu\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di ibu kota negara, Kuala Lumpur City FC (KL City) mengumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim sebagai penaung (patron) dan presidennya yang baharu.", "Perlantikan itu diumumkan oleh Presiden Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Samad menerusi satu kenyataan media yang diedarkan kepada para pengamal media, pada hari ini.", "Difahamkan, perlantikan ini sejajar dengan perkembangan semasa KL City dan melalui kebijaksanaan dan tunjuk ajar daripada Shahidan, pihak kelab berharap dapat membuka jalan buat pasukan mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. ", "“Sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), saya dengan berbesar hati mengumumkan Dato’ Seri Shahidan telah menerima tawaran sebagai Presiden KL City dalam tempohnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan,” kata Khalid Samad.", "Untuk makluman semua, Shahidan Kassim bukanlah satu nama asing dalam bola sepak tanah air. Beliau pernah menerajui Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) selama 15 tahun dari tahun 1998 hingga 2013.", "Ketika menerajui persatuan terbabit, pasukan Perlis yang berjulukan Singa Utara pernah merangkul dua trofi Piala Malaysia, satu trofi Liga Super serta dua trofi Piala Sumbangsih.", "Selain daripada berkecimpung dalam dunia bola sepak pada masa lalu, pada ketika ini, Shahidan turut berperanan sebagai Presiden Persekutuan Renang Malaysia (MAS) dan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).", "Sebagai tambahan, perlantikan Shahidan ini turut mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yang meletakkan jawatannya pada penghujung Februari lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218058/", "headline": "\nNSL 2022: Johor Jewels Muncul Juara, Bawa Pulang RM20,000 Wang Ganjaran\n", "content": ["Saingan bola jaring kebangsaan, Netball Super League (NSL) 2022 menyaksikan pasukan daripada selatan semenanjung tanah air, Johor Jewels muncul juara bagi edisi kedua kali ini.", "Pasukan yang dibimbing oleh Fazira Mesnan ini meraih kejuaraan dengan menumpaskan juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats dengan 50-40 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.", "YAM Che’ Puan Besar Khaleeda meluangkan masa melihat perlawanan akhir Sooka Liga Super Bola Jaring (Sooka Netball Super League) antara Johor Jewels menentang KL Wildcats yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2022. Allah Berkati Johor. pic.twitter.com/mAg90qVTeO", "— YAM Che' Puan Besar Khaleeda (@chepuankhaleeda) June 26, 2022", "Kejayaan itu membolehkan Johor Jewels membawa pulang hadiah utama berupa wang ganjaran yang berjumlah RM20,000. Selain itu, dua pemainnya, Fariha Abdul Razak dan Gayani Samanthika pula memenangi anugerah individu iaitu Penyerang Terbaik dan Pertahanan Terbaik masing-masing.", "Untuk makluman semua, Johor Jewels mara ke pentas final dengan menumpaskan Pahang Tulips 73-54 di peringkat separuh akhir. Sebelum itu, Johor Jewels mengesahkan diri ke saingan separuh akhir apabila menamatkan saingan “liga sepusingan” selaku juara dengan mengutip 21 mata daripada 7 perlawanan.", "Featured Image: YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215904/", "headline": "\nTiru Atau Inspirasi? Elemen Jersi GK Terengganu Keluaran Umbro Sama Seperti Jersi Ke-3 Inter\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC melancarkan jersi baharu bersama penaja baharunya – syarikat pembuat pakaian sukan England, Umbro pada penghujung bulan lalu. Pada acara pelancaran tersebut, Terengganu memperkenalkan jersi home, jersi ketiga serta tiga jersi penjaga golnya untuk dipakai oleh para pemainnya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Paling mencuri tumpuan adalah salah satu jersi penjaga golnya yang hadir dengan elemen bercorak ‘retro’ di bahagian lengan. Bahagian badannya berwarna hitam manakala lambang kelab dan logo Umbro pula hadir dengan warna yang terang. Ianya persis rekaan jersi penjaga gol sekitar tahun 90-an.", "⚫👀🍭There are definitely similarities https://t.co/OHqC7IOenQ", "Portal yang terkenal dengan berita pembocoran mengenai jersi dan but bola sepak antarabangsa, Footy Headlines melontarkan persoalan samada rekaan oleh Umbro ini merupakan satu peniruan, inpirasi atau sekadar kebetulan dengan rekaan jersi ketiga kelab Seria A, Inter Milan musim 2021-22 keluaran Nike.", "Jersi ketiga skuad Nerazzurri juga berwarna hitam hadir dengan corak ‘retro’ yang sama namun ianya diletakkan di bahagian hadapan. Penggunaan warna jingga, biru dan hijau di jersi penjaga gol Terengganu dilihat sangat sepadan dengan yang digunakan pada jersi Inter itu terutamanya corak di bahagian hadapan jersi dan logo Nike serta logo kelab. Untuk seluar pula, kedua-duanya menggunakan warna hitam.", "Apa pendapat anda khususnya penyokong Terengganu mengenai lontaran yang diungkapkan oleh Footy Headlines? Adakah jersi penjaga gol Terengganu keluaran Umbro ini merupakan satu peniruan, inspirasi atau kebetulan dengan rekaan jersi ketiga Inter Milan keluaran Nike. Kongsikan bersama kami di ruangan komen.", "Featured Image: Inter Milan & Instagram AdikPrint "]} +{"url": "https://sukanz.com/20219412/", "headline": "\nKonate & Faiz Nasir Pemain Yang Berbahaya, kata Karsten\n", "content": ["Kehebatan dua pemain Terengganu Football Club (TFC), Makan Konate dan Faiz Nasir nampaknya diberi perhatian khusus oleh ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel menjelang pertemuan kedua-dua pasukan yang akan berlangsung, pada malam ini.", "Karsten yang merupakan kelahiran Dresden, Jerman memuji kedua-dua pemain tengah tersebut sebagai pemain yang memiliki kelebihan individual yang sangat teknikal serta berbahaya di atas padang.", "Dalam perlawanan menentang UiTM FC, Konate mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan menghasilkan dua ‘assist’ sekaligus menginspirasikan kemenangan 2-1 buat TFC dalam aksi pembukaan Liga Super 2021, baru-baru ini.", "“TFC merupakan pasukan yang bermain dengan banyak bertukar-tukar hantaran untuk mencipta peluang gol dan mereka juga mempunyai pemain individual yang sangat teknikal dan merbahaya seperti Makan Konate dan bekas pemain Selangor, Faiz Nasir.", "“Saya suka gaya permainan mereka. Secara keseluruhannya, TFC mempunyai koleksi barisan pemain yang menarik,” kata Karsten dalam satu kenyataan hari ini.", "Sementara itu, Karsten menyatakan Selangor FC telah melakukan persiapan yang lengkap untuk bertemu TFC. Malahan, motivasi kemenangan 3-1 ke atas Sri Pahang, tiga hari lalu turut menjadi bekalan mereka menjelang pertemuan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.", "“Pemain Selangor FC telah menjalani sesi pemulihan terlebih dahulu selepas perlawanan Sabtu lalu, bagi saya ini merupakan proses yang sangat penting dalam persiapan singkat kami untuk aksi seterusnya menentang TFC. Mereka juga telah menjalani sesi video individual dan taktikal untuk perlawanan malam ini,”", "“Saya dan barisan jurulatih telah melihat dan menilai para pemain di setiap sesi latihan, sebelum, semasa dan selepas perlawanan menentang Sri Pahang FC minggu lalu.", "“Saya yakin mereka mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam pasukan dan diri sendiri untuk mendapatkan 3 mata seterusnya,” katanya lagi.", "Untuk makluman, The Red Giants turut memaklumkan empat pemain tidak dapat disenaraikan untuk perlawanan ini kerana mengalami kecederaan. Mereka ialah Nik Sharif Haseefy (kecederaan buku lali), K. Sarkunan (kekejangan lutut), Brendan Gan (buku lali) dan R. Dinesh (hamstring kiri).", "Featured Image: Terengganu FC & Selangor FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219561/", "headline": "\nBola Jaring Asia: Malaysia Akhiri Saingan Di Tempat Ketiga – Menyamai Pencapaian 2018\n", "content": ["Skuad bola jaring kebangsaan berhasil menamatkan kempen Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di tempat ketiga.", "Pencapaian itu diraih setelah berjaya menumpaskan Hong Kong dengan keputusan 54-42 dalam perlawanan penentuan ketiga yang berlangsung di OCBC Arena, Singapura, semalam.", "Terdahulu, Malaysia gagal melangkah ke perlawanan akhir setelah ditumpaskan oleh pasukan tuan rumah di peringkat separuh akhir.", "Kejayaan Malaysia menamatkan kempen kali ini ditempat ketiga mengulangi pencapaian skuad negara ketika beraksi dalam Kejohanan Bola Jaring Asia edisi 2018 lalu yang turut berlangsung di Singapura.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali ketujuh Malaysia meraih tempat ketiga daripada 12 kejohanan sejak ianya dilangsungkan buat julung kalinya pada tahun 1985.", "Sementara itu, juara bagi edisi kali ini berjaya dirangkul oleh Sri Lanka selepas menumpaskan Singapura 63-53 dalam perlawanan akhir sekaligus mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka pada edisi 2018 yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215583/", "headline": "\nBAM Beri Bayangan Panggil Yew Sin-Ee Yi Di Kejohanan Piala Thomas 2022\n", "content": ["Pengarah Kejurulatihan (Beregu) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberikan bayangan akan memanggil beregu bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi pada saingan Piala Thomas yang akan berlangsung pada bulan Mei kelak.", "Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, jurulatih kelahiran Indonesia itu berkata pihaknya telah berbincang dan mempunyai perancangan mengenai perkara tersebut.", "Perancangan untuk memanggil beregu lelaki No.2 negara itu bagi membolehkan beregu muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang menghuni ranking ke-45 dunia diberikan peluang beraksi di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 pada bulan yang sama.", "“Kami telah berbincang perkara itu (skuad Piala Thomas), dan kami telah merancangnya,” kata Rexy seperti dipetik daripada portal akhbar tersebut.", "“Kami tidak boleh melupakan Yew Sin-Ee Yi kerana kami juga mempunyai Sukan SEA yang berlangsung pada waktu yang sama.”", "“Mereka akan berada di bawah pertimbangan kerana kami mahu memperkuatkan lagi pasukan.”", "“Kami akan memberikan peluang kepada Wei Chong-Kai Wun untuk membuktikan (diri mereka) di Sukan SEA, dimana terdapat kategori individu dan berpasukan.”", "“Mereka berkemungkinan akan berhadapan dengan pemain yang sama beraksi di sini (BATC).” jelasnya.", "Gandingan Yew Sin-Ee Yi pada penghujung tahun lalu meningkat dengan ketara. Daripada kejohanan yang disertai bermula Oktober tahun lalu, Yew Sin-Ee Yi berhasil mara ke peringkat separuh dalam tiga kejohanan.", "Tiga kejohanan tersebut adalah Indonesia Masters, Jelajah Dunia Akhir BWF dan Kejohanan Dunia BWF. ", "Untuk makluman semua, saingan Piala Thomas 2022 akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 8-15 Mei kelak. Sementara itu, temasya Sukan SEA pula bermula 12-23 Mei.", "Pasukan lelaki Malaysia berjaya mengesahkan tempat ke saingan Piala Thomas 2022 selepas mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, minggu lalu.", "Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya merangkul kejuaraan selepas menundukkan pasukan lelaki Indonesia pada perlawanan akhir, Ahad lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219681/", "headline": "\nBekas Pengendali Shakhtar Donetsk Isi Kekosongan Di Brighton – Kontrak 4 Tahun\n", "content": ["Kekosongan yang ditinggalkan oleh Graham Potter di Brighton & Hove Albion nampaknya telah menemui penyandangnya yang baharu. Menerusi satu pengumuman rasmi kelab pada hari ini, Roberto de Zerbi diumumkan sebagai ketua jurulatih skuad berjulukan Seagulls itu dengan kontrak selama empat tahun.", "De Zerbi, 43 tahun, kelahiran Brescia, Itali merupakan bekas pengurus kelab Ukraine iaitu Shakhtar Donetsk. Ketika mengemudi kelab tersebut, De Zerbi berhasil meraih Ukrainian Super Cup.", "Selain itu, De Zerbi yang menyertai Shakhtar bermula Mei 2021 berhasil membimbing kelab ini mengungguli Liga Ukraine sebelum ianya ditamatkan awal ekoran konflik Ukraine-Rusia. ", "We are delighted to confirm the appointment of Roberto De Zerbi as the club’s new head coach! 🤝 pic.twitter.com/tNoNZfFaxQ", "— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) September 18, 2022", "Jodohnya bersama Shakhtar juga tidak begitu panjang. De Zerbi mencapai kesepakatan bersama kelab untuk menamatkan kontraknya lebih awal dan meninggalkan Shakhtar pada Julai 2022 – ekoran konflik yang sama.", "Sebelum bersama Shakhtar, De Zerbi mencipta namanya dalam karier kejurulatihan bersama kelab-kelab negara kelahirannya seperti Sassuolo, Benevento, Palermo, Foggia dan Darfo Boario.", "Difahamkan, De Zerbi bersama-sama barisan kejurulatihannya akan memulakan tugas bersama Brighton selepas rehat antarabangsa FIFA – bertemu Liverpool di Anfield.", "Sebagai rekod, ketua jurulatih sebelum ini, Potter, berpisah dengan Brighton selepas menerima tawaran untuk membimbing pasukan berpangkalan di London, Chelsea."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325156/", "headline": "\nJuara Terbuka Austria Mara Ke Separuh Akhir Kali Kelima Berturut-Turut\n", "content": ["Gandingan campuran negara, Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong menempah tiket ke separuh akhir buat kali kelima berturut-turut selepas menewaskan pasangan Singapura, Nge Joo Jie dan Johann Prajogo di peringkat suku akhir Cabaran Antarabangsa Mongolia. ", "Sebelum lolos ke suku akhir, Hang Yee-Eng Cheong tidak mempunyai sebarang masalah untuk mara selepas mendapat “bye” pada pusingan 32 dan menewaskan gandingan Laos, Namboun Luangamath dan Daomixay Vorlasing di pusingan 16.  ", "Bertemu buat kali pertama, beregu negara hanya memerlukan 29 minit untuk menewaskan wakil Kota Singa secara “straight set” dengan keputusan 21-18 dan 21-12 dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Nasional Mongolia. ", "Sebelum ini, Hang Yee-Eng Cheong berjaya mara ke pentas separuh akhir dalam kesemua lima kejohanan terakhir disertai mereka dan muncul juara dalam dua kejohanan iaitu Terbuka Slovenia dan Terbuka Austria.  ", "Kemenangan itu juga menyaksikan pasangan Malaysia tersebut bakal bertemu pilihan utama kejohanan dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang dan Worrapol Thongsa-Nga sekaligus mengulangi aksi akhir Cabaran Antarabangsa Maldives. ", "Terdahulu, Hang Yee dan Eng Cheong tewas kepada wakil negara gajah perang itu di Maldives secara “straight set” dengan keputusan 21-19 dan 21-16 yang merencatkan misi kejuaraan ketiga berturut-turut wakil negara. ", "Turut layak ke separuh akhir ialah satu lagi pasangan lelaki negara, Chia Weijie dan Liew Xun yang menewaskan pilihan kedua kejohanan, Tanadon Punpanich dan Wachirawit Sothon secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324980/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Jun Hao Alami Kekalahan Sulung Di Tangan Chico\n", "content": ["Sejak pertemuan pertama pada tahun 2019, Leong Jun Hao belum pernah mengalami kekalahan apabila berentap menentang pemain Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo di pentas antarabangsa.", "Namun begitu, rekod bersih tersebut gagal diteruskan oleh Jun Hao apabila tumpas buat julung kalinya di pemain No. 23 dunia terbabit ketika berentap dalam Pusingan 16 Terbuka Taipei 2023, pada hari ini.", "Pertarungan yang berlangsung sengit itu menyaksikan ianya berakhir menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-14 dan 16-21 dalam tempoh satu jam dan 12 minit di Gelanggang 3, Tian-Mu Arena, University of Taipei.", "YONEX Taipei Open 2023MS – R1621 14 21 🇮🇩Chico Aura DWI WARDOYO🥇", "18 21 16 🇲🇾LEONG Jun Hao", "— BWFScore (@BWFScore) June 22, 2023", "Kekalahan ini turut mengekang Jun Hao yang berada di ranking ke-57 dunia mengulangi kemaraan ke peringkat suku akhir sepertimana dilakukannya dalam saingan Terbuka Thailand, dua minggu lalu.", "Manakala, Chico yang meloloskan diri ke peringkat suku akhir akan turun berentap menentang pemain Jepun merangkap pemain No.11 dunia, Kenta Nishimoto untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir. ", "Sebagai rekod, dua pertemuan awal yang dimenenangi oleh Jun Hao adalah ketika beraksi di Cabaran Antarabangsa Malaysia 2019 dan perlawanan akhir acara badminton lelaki berpasukan di temasya Sukan SEA 2023. ", "Dalam kedua-dua perlawanan tersebut, Jun Hao mencatatkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-15 serta 21-16 dan 21-13 masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113839/", "headline": "\nBekas Jurulatih Felda United, Nidzam Jamil Diserap Masuk Dalam Barisan Kejurulatihan Selangor\n", "content": ["Selepas mengumumkan perlantikan Michael Feichtenbeiner serta Karsten Neitzel selaku ketua dan penolong jurulatih Selangor bagi musim 2022, skuad Red Giants mengumumkan menyerap seorang lagi individu ke dalam barisan kejurulatihannya.", "Menerusi satu makluman rasmi kelab pada hari ini, Selangor mengumumkan menandatangani bekas ketua jurulatih Felda United merangkap bekas pemainnya, Nidzam Jamil sebagai seorang lagi penolong ketua jurulatih pasukan.", "“Kami berbesar hati mengalu-alukan kepulangan Nidzam, yang menghabiskan sebahagian besar karier bola sepak profesionalnya bersama Selangor, sebagai sebahagian daripada kakitangan kejurulatihan, di mana kami percaya dia boleh  maju dan terus berkembang.", "“Selain itu, kelab percaya pengalaman dan kredibiliti beliau akan membuatkan beliau menjadi ahli penting yang boleh membimbing kami memperoleh kejayaan masa depan.” tulis kenyataan kelab.", "Baca: Karsten Diturunkan Pangkat Menjadi Penolong Ketua Jurulatih Selangor", "Untuk makluman semua, Nidzam melakukan penampilan sulung bersama Selangor pada 26 Mac 2000 menentang Kuala Lumpur. Dia sempat beraksi bersama Selangor selama empat tahun sebelum berpindah ke Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).", "Sebagai tambahan, Nidzam, 41 tahun, memulakan karier kejurulatihannya bersama SPA FC bermula tahun 2010 sebelum mengembangkannya ke pasukan AirAsia FC, pasukan bola sepak universiti negara dan akhir sekali, Felda United sebagai penolong dan ketua jurulatih.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111244/", "headline": "\nMampukah 10 Pemain Senior Ini Bantu ‘Adik-Adik’ Menangi Pingat Olimpik Tokyo?\n", "content": ["Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 turut mempertandingkan acara bola sepak bagi kategori lelaki dan wanita. Setiap kategori disertai oleh 16 pasukan yang layak menerusi pusingan kelayakan setiap benua.", "Seperti kita sedia maklum, saingan bola sepak di pentas Sukan Olimpik hanya disertai oleh skuad bawah 23 tahun (B-23) namun dibenarkan menyenarai seramai 3 orang pemain yang melebihi umur tersebut.", "Disebabkan berlaku penundaan yang memaksa Jawatankuasa Olimpik (IOC) menganjurkannya pada tahun ini, maka acara bola sepak pada kali ini membenarkan penyertaan pemain yang berumur 24 tahun dan kebawah manakala pemain berusia 25 tahun ke atas akan dikategorikan sebagai pemain lebih umur.", "Daripada 16 pasukan bola sepak lelaki, sejumlah pemain lebihan umur atau senior yang ternama disenaraikan amat menarik perhatian untuk disaksikan persembahan mereka.", "Berikut adalah 10 pemain senior yang disenaraikan Sukanz untuk diperhatikan. Mampukah mereka membantu ‘adik-adik’ memenangi pingat di Tokyo? Ayuh kita saksikan bersama-sama.", "Pertahanan New Zealand ini rasanya bukanlah individu yang asing buat peminat bola sepak yang mengikuti Liga Perdana Inggeris (EPL). Winston Reid merupakan nama yang tidak asing dilihat menyarung jersi West Ham United berwarna ‘claret and blue’ sejak tahun 2010 lagi. ", "Musim lalu, dia dipinjamkan kepada Brentford dan Reid antara pemain yang membantu pasukan tersebut meraih promosi ke saingan EPL 2021/22. Menarik untuk menyaksikan bagaimana persembahan Reid untuk membantu New Zealand mara sejauh mungkin dalam saingan bola sepak lelaki di temasya Sukan Olimpik kali ini.", "Bagi peminat Bundesliga dan Die Mannschaft, nama pemain yang beraksi sebagai penyerang ini pastinya cukup dikenali. Sejak zaman remajanya sehingga sekarang, Kruse lebih banyak berkarier di negara kelahirannya sendiri. Hanya musim 2019/20 sahaja Kruse keluar beraksi di Turki iaitu bersama pasukan Fenerbahce. ", "Selepas merekodkan 11 gol dan 5 ‘assist’ bersama Union Berlin dalam saingan Bundesliga musim lalu, Kruse menarik perhatian ketua jurulatih skuad Olimpik Jerman, Stefan Kuntz untuk menyenaraikan namanya bagi mengisi salah satu daripada pemain lebih umur.", "Baca: Jerman Pertaruhkan 3 Pemain Senior – Kruse, Amiri & Arnold", "Gaya rambut keriting yang cukup ikonik. Mencuri tumpuan dengan menampilkan persembahan yang sangat memberangsangkan ketika saingan Piala Dunia 2014. Siapa lagi kalau bukan penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa namanya. ", "Kecemerlangan Ochoa membolehkan Mexico mengikat pasukan pilihan, Brazil seri tanpa jaringan di Fortaleza. Mempunyai 114 penampilan bersama skuad El Tri, dan telah menyertai beberapa kejohanan utama antarabangsa, pengalamannya sangat diperlukan untuk membimbing pemain-pemain muda dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik kali ini.", "Buat pemain tegar Fantasy Premier League (FPL) sekitar tahun 2017-2018 yang lalu, anda pastinya mengenali pemain kelahiran Mesir ini. Beraksi bersama West Bromwich Albion, pertahanan yang mempunyai ketinggian 1.93 meter ini antara salah seorang pemain yang wajib ada dalam line-up FPL masing-masing memandangkan harganya yang tidak begitu mahal. ", "Ketika ini, Hegazi beraksi bersama kelab berpangkalan di Arab Saudi, Al-Ittihad dan dia antara salah seorang pemain senior menjadi pilihan ketua jurulatih skuad Olimpik Mesir, Shawky Gharieb setelah gagal memanggil Mohamed Salah dan Mohamed Elneny.", "Baca: Tiada Nama Salah Dalam Skuad Mesir", "Pertahanan tengah kelahiran negara matahari terbit ini juga tidak asing buat peminat saingan EPL. Beraksi bersama Southampton sejak tahun 2012, dia merupakan salah seorang pemain penting di bawah kendalian pengurus Mauricio Pochettino (2012-2014) dan Ronald Koeman (2014-2016). ", "Selain dikenali disebabkan beraksi di pentas EPL, Yoshida juga merupakan pemain skuad senior kebangsaan Jepun.  Ketika ini, dia telah berhijrah ke saingan Serie A bersama Sampdoria. Dengan Jepun menjadi tuan rumah bagi Sukan Olimpik pada tahun ini, Yoshida pastinya mahu menggunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu pasukannya muncul juara di tanah air sendiri.", "Penyerang Korea ini pernah turun menentang skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee semasa di temasya Sukan Asia 2018 yang lalu. Ketika itu, dia diturunkan sebagai penyerang dan digandingkan bersama Hwang Hee-chan untuk berdepan skuad Harimau Muda dalam saingan peringkat kumpulan. Ketika itu, pemain sensasi Tottenham Hotspur, Son Heung-min turut dimasukkan sebagai pemain gantian. ", "Nak dijadikan cerita, Harimau Muda berjaya menumpaskan Ui-jo dan rakan-rakannya namun seperti kita sedia maklum, skuad Korea ini muncul pemenang pingat emas di temasya tersebut. Kini, Ui-jo yang beraksi bersama Bordeaux dalam saingan Ligue 1 akan mengemudi pasukannya untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pula.", "Baca: Korea Senaraikan Sebahagian Skuad Yang Pernah Ditumpaskan Malaysia Tahun 2018", "Bilakah kali terakhir anda melihat nama penyerang ini bermain bersama skuad kebangsaan Perancis? Untuk makluman anda, kali terakhir Andre-Pierre Gignac beraksi bersama skuad Les Bleus adalah pada tahun 2016.", "Disebabkan temasya Sukan Olimpik ini bukanlah satu kejohanan yang termasuk dalam kalendar pertandingan FIFA, kelab-kelab tidak terikat untuk melepaskan pemain mereka bagi beraksi bersama skuad kebangsaan. Disebabkan kekangan tidak dapat memanggil pemain-pemain senior yang lain, Perancis menaruh harapan kepada Gignac yang kini beraksi di Liga Mexico untuk menggempur kubu lawan.  ", "Baca: Perancis Senaraikan Penyerang Berusia 35 Tahun, Mbappe Disisihkan", "Jikalau Gignac dilihat menyarung jersi Les Bleus kali terakhir pada tahun 2016, seorang lagi pemain lebihan umur yang dibawa oleh skuad Olimpik Perancis adalah Florian Thauvin yang kali terakhir dilihat bermain bersama skuad kebangsaan negaranya pada tahun 2017.", "Bertambah menarik, Thauvin yang merupakan pemain sayap adalah rakan sepasukan kepada Gignac dalam pasukan Tigres UANL. Nampaknya Perancis akan mempertaruhkan gandingan dua pemain senior ini untuk mencuba meraih pingat emas dalam acara bola sepak lelaki buat kali kedua dalam sejarah mereka selepas memenangi pertama kali pada edisi 1984. Mampukah mereka? Sama-sama kita saksikan.", "Barangkali pemain tengah atau sayap Sepanyol ini merupakan pemain lebihan umur yang termuda beraksi pada temasya Sukan Olimpik kali ini. ", "Asensio bukanlah satu nama yang akan bermula dalam kesebelasan utama Real Madrid secara automatik pada musim lalu. Namun, disebalik tidak banyak beraksi selama 90 minit atau sebagai pemain gantian sahaja, dia tetap berhasil merekodkan 48 penampilan dalam kesemua pertandingan baik domestik mahupun antarabangsa. ", "Dipanggil untuk menyertai skuad Olimpik, mampukah Asensio menjelmakan magisnya bersama-sama barisan pemain muda yang beraksi di pentas Euro baru-baru ini untuk merangkul pingat emas di Tokyo? ", "Baca: Sepanyol Bariskan Cabellos, Asensio, Merino Serta 6 Pemain Skuad Senior", "Memperkenalkan pemain paling tua yang menyertai acara bola sepak lelaki di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Dani Alves! Bekas pertahanan Barcelona, Juventus dan Paris Saint-Germain ini menjadi taruhan skuad Olimpik Brazil untuk membimbing pemain-pemain muda mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka pada edisi Rio 2016.", "Selain daripada misi untuk mempertahankan pingat emas, pertahanan kanan ini pastinya bermotivasi tinggi untuk menambahkan koleksi kemenangannya, memandangkan dia tidak menyertai skuad Olimpik Brazil pada lima tahun lalu. Untuk makluman semua, skuad Olimpik Brazil pada kali ini turut dibarisi dengan pemain-pemain muda yang sangat berbakat malahan berstatus wonderkid. Adakah Alves akan menjadi adunan sempurna untuk skuad ini sekali memenangi pingat emas? Mari kita saksikan.", "Baca: Richarlison, Douglas, Martinelli & Dani Alves Perkuatkan Brazil B-23"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220443/", "headline": "\nTerbuka HYLO: Tze Yong, Kian Meng-Pei Jing Tersingkir Di Pusingan 32\n", "content": ["Seramai tiga wakil negara turun beraksi dalam saingan hari pertama Terbuka HYLO yang berlangsung di Saarbrucken, Jerman, semalam. Namun begitu, dua daripadanya terpaksa akur tersingkir di peringkat awal iaitu Pusingan 32.", "Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menjadi wakil negara pertama yang tersingkir daripada kejohanan ini apabila tumpas kepada pemain China yang menghuni ranking ke-32 dunia, Li Shi Feng.", "Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong tumpas secara “straight set” dengan pungutan mata 12-21 dan 14-21 dalam tempoh 47 minit permainan.", "R32#CHN🇨🇳 Li Shi Feng def. #MAS🇲🇾 Ng Tze Yong 21-12 21-14", "— BAM (@BA_Malaysia) November 1, 2022", "Sementara itu, jejak langkah Tze Yong yang tersingkir awal ini turut diikuti oleh beregu campuran bebas (independent) yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.", "Pasangan ini tersingkir daripada saingan Terbuka HYLO setelah tumpas “straight set” kepada beregu Taiwan yang berada di tangga ke-44 dunia, Ye Hong-we dan Lee Chia-hsin. Perlawanan ini tamat dengan skor 6-21 dan 13-21 dalam tempoh 19 minit sahaja.", "HYLO Open 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Daren LIEW🏅11 16 🇹🇭Sitthikom THAMMASIN", "🕗 in 32 minutes https://t.co/sNhJvVlOKP", "— BWFScore (@BWFScore) November 1, 2022", "Disebalik tersingkirnya dua wakil negara ini, seorang lagi wakil iaitu perseorangan lelaki senior, Liew Daren berhasil merakamkan kemenangan sekaligus mara ke Pusingan 16.", "Dalam pertarungan di Pusingan 32 semalam, pemain berusia 35 tahun ini berjaya meraih kemenangan ke atas perseorangan Thailand, Sitthikom Thammasin dengan skor 21-11 dan 21-16 dalam tempoh 32 minit permainan.", "Saingan pada hari ini pula akan menyaksikan lima lagi wakil akan meneruskan aksi di Pusingan 32. Lima wakil itu ialah Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai (beregu campuran), Vivian Hoo-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113679/", "headline": "\nFA Negeri Minta Urus Skuad Piala Presiden & Belia Kerana ‘Kekurangan’ Aktiviti Untuk Dijalankan\n", "content": ["Hasil mesyuarat yang dijalankan semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan skuad pembangunan bawah 21 tahun (B-21) dan bawah 19 tahun (B-19) atau lebih dikenali sebagai skuad Piala Presiden dan Piala Belia diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) Negeri.", "Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata keputusan tersebut dicapai setelah terdapat permintaan beberapa FA Negeri untuk menguruskan skuad pembangunan tersebut.", "Antara alasan yang diberikan adalah FA Negeri kekurangan aktiviti bola sepak untuk dijalankan terutamanya selepas penswastaan kelab yang berlaku pada tahun lepas yang menyaksikan setiap pasukan yang bertanding dalam kancah Liga Malaysia perlu diuruskan oleh entiti Kelab Bola Sepak (FC).", "Bagaimanapun, Yusoff menjelaskan, perkara tersebut perlu dibincangkan antara FA dan FC terlebih dahulu bagi mendapatkan persefahaman antara kedua-dua pihak.", "“(Skuad) Piala Presiden dan Piala Belia ini di bawah tanggungjawab Kelab Bola Sepak (FC) kerana dia bersangkutan dengan perlesenan kelab (club licensing). Ini bermakna FC bertanggungjawab untuk mengadakan (pasukan) pembangunan dan ianya di bawah tanggungjawab FC.", "“Tetapi kita buat keputusan dalam mesyuarat kerana kita melihat ada beberapa FA (Persatuan Bola Sepak) Negeri berminat untuk menguruskan (skuad) Piala Presiden dan Piala Belia ini kerana apabila pasukan utamanya telah diberi kepada FC mereka semua kurang aktiviti bola sepak untuk diuruskan.", "“Jadi, mesyuarat tadi telah bersetuju untuk semua FA dan FC ini untuk berbincang (hal ini) mengikut kesesuaian negeri itu. Kalau ada persefahaman antara mereka, pengurusan (skuad) Piala Presiden dan Piala Belia ini boleh diserahkan kepada FA oleh FC tetapi masih (menjadi) tanggungjawab FC untuk tujuan club licensing (perlesenan kelab).” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-3 di Wisma FAM.", "Pada masa yang sama, Yusoff turut mengumumkan saingan Piala Presiden dan Piala Belia akan kembali dilangsungkan pada tahun 2022 selepas terpaksa dibatalkan pada tahun 2020 dan 2021 ekoran pandemik Covid-19.", "Difahamkan, sepak mula kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia dijadualkan pada 24 dan 23 Februari 2022 masing-masing.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324782/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Juara Remaja Dunia Sekat Yew Sin-Ee Yi Ke Suku Akhir\n", "content": ["Hasrat untuk melihat beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mengiringi sepasang lagi gandingan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke peringkat suku akhir Terbuka Indonesia 2023 nampaknya tidak kesampaian.", "Ini selepas Yew Sin-Ee Yi yang kini menghuni ranking ketujuh dunia tumpas kepada pasangan tuan rumah yang pernah muncul juara di Kejohanan Remaja Dunia BWF 2019, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin dalam aksi Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertemuan tersebut, Yew Sin-Ee Yi terpaksa akur tunduk kepada beregu No.10 dunia terbabit setelah tumpas secara “straight set” dengan skor 20-22 dan 17-21 dalam tempoh 42 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Istora Gelora Bung Karno, Senayan.", "Kapal Api Group Indonesia Open 2023MD – R16 🇮🇩Leo Rolly CARNANDO🏅22 21 🇮🇩Daniel MARTHIN🏅 🇲🇾ONG Yew Sin20 17 🇲🇾TEO Ee Yi", "— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2023", "Untuk makluman, sebelum ini, Yew Sin-Ee Yi berhasil melakar dua kemenangan secara berturut-turut dalam dua pertemuan terakhir daripada tiga pertembungan secara keseluruhan menentang gandingan ini.", "Pada masa yang sama, kekalahan ini turut menyebabkan Yew Sin-Ee Yi tidak dapat meneruskan konsistensi mara ke peringkat suku akhir setelah berjaya melakukan demikian ketika beraksi dalam saingan Terbuka Singapura dan Malaysia Masters, baru-baru ini.", "Sementara itu, lawannya yang berhasil mara ke peringkat suku akhir akan menantikan cabaran samada daripada beregu Jepun merangkap pilihan ketiga kejohanan, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi atau pasangan Korea, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208293/", "headline": "\nKerajaan Negeri Menawarkan Tanah Kepada Norizam Untuk Bina Pusat Latihan TRW\n", "content": ["Kerajaan negeri Kelantan Darul Naim sedia menawarkan sebidang tanah di jajahan Tumpat kepada pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman bagi membina pusat latihan baharu buat pasukan tersebut.", "Keluasan tapak tanah yang ditawarkan kepada Norizam adalah sekitar 12 hektar menurut makluman oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat berdasarkan sebuah laporan akhbar tempatan.", "“Esok kita akan dengar perbentangan dari pihak Kelantan FC yang diketuai oleh Norizam kepada pihak Majlis Daerah Tumpat (MDT).", "“Kita sambut baik kesungguhan tinggi yang ditunjukkan oleh beliau dalam usaha mengangkat lagi nama pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia,” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta https://t.co/Zlil8TtOpY pic.twitter.com/pU1tvNgMPM", "Baca: TRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta", "Sebelum ini, Norizam yang merupakan usahawan tempatan mengumumkan mahu membina sebuah pusat latihan moden buat pasukan The Red Warriors dengan bajet di antara RM5 juta sehingga RM10 juta.", "Antara fasiliti-fasiliti yang mahu disertakan oleh Norizam di pusat latihan tersebut adalah padang dengan piawaian Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dilengkapi dengan bumbung dan lampu limpah, bilik mandi, dewan makan dan sebagainya.", "TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT https://t.co/11C9FcgUEZ pic.twitter.com/CeHPGTRHrO", "Baca: TRW Kelantan FC Bakal Bina Pusat Latihan Setanding JDT", "Perancangan itu mahu dilakukannya untuk memastikan prestasi pemain-pemain pasukan berpangkalan di pantai timur itu lebih dinamik dan mantap.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217239/", "headline": "\nPiala Thomas: ‘Scratch Pair’ Aaron-Ee Yi Pastikan Malaysia Juara Kumpulan D\n", "content": ["Skuad lelaki negara melakukan sedikit rombakan kecil terhadap barisan pemain yang dipertaruhkan untuk menghadapi pasukan Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D kejohanan Piala Thomas 2022.", "Antara perubahan yang dilakukan adalah meletakkan beregu di ranking ke-13 dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin sebagai taruhan beregu pertama manakala gandingan “scratch pair” Aaron Chia dan Teo Ee Yi selaku taruhan beregu kedua.", "Sze Fei-Izzuddin yang diturunkan pada perlawanan kedua berhasil melakukan kejutan menumpaskan beregu No.4 dunia, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi sekaligus membolehkan Malaysia mendahului 2-0 pada ketika itu.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", " 🇲🇾Aaron CHIA🏅22 21 🇲🇾Ee Yi TEO🏅20 17 🇯🇵Akira KOGA 🇯🇵Yuta WATANABE", "🕗 in 50 minutes https://t.co/A8WOlv6vWB", "— BWFScore (@BWFScore) May 11, 2022", "Namun begitu, satu lagi kejutan yang dilakar oleh “scratch pair” Aaron-Ee Yi apabila turut berjaya mencipta kemenangan dengan menumpaskan gandingan “scratch pair” Jepun Akira Koga dan Yuta Watanabe.", "Dalam pertarungan terbabit, Aaron-Ee Yi meraih kemenangan secara “straight set” dengan pungutan 22-20 dan 21-17 dalam tempoh masa 50 minit permainan.", "Dengan kemenangan ini, Aaron-Ee Yi memberikan Malaysia mendahului 3-1 sekaligus mengesahkan skuad lelaki negara menjadi juara Kumpulan D dengan rekod tiga kemenangan bersih tanpa kalah.", "Sementara itu, Malaysia perlu menghadapi satu lagi perlawanan melibatkan perseorangan ketiga. Malaysia mempertaruhkan Leong Jun Hao dan Jepun pula menurunkan Kenta Nishimoto.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221201/", "headline": "\nPiala AFF: Harimau Malaya Berpesta Gol Benam Laos Di SNBJ\n", "content": ["Skuad Harimau Malaya memulakan kempen peringkat Kumpulan B bagi saingan Piala AFF Mitisibishi Electric 2022 dengan merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar.", "Bagaimanapun, lain pula persembahannya pada perlawanan kedua yang berlangsung di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika menentang Laos, hari ini.", "Skuad bimbingan Kim Pan-gon bukan sahaja mengekalkan rententan kemenangan bahkan turut berpesta gol dengan melakar keputusan 5-0 ke atas skuad yang menghuni ranking ke-187 dunia itu.", "Jaringan pertama Malaysia dibuka oleh pemain yang mengesahkan mendapat kerakyatan Malaysia pada 16 September lalu, Sergio Aguero pada babak pertama atau lebih spesifiknya, minit 29’. Permainan babak pertama berakhir dengan Malaysia mendahului 1-0.", "🇲🇾 Malaysia 5⃣-0️⃣ Laos 🇱🇦", "A ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ performance from Harimau Malaya 👏#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/TtJHgz99lH", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) December 24, 2022", "Namun begitu, babak kedua Harimau Malaya bertambah ghairah menyerang dan pemain sedang berada di kemuncak prestasi, Faisal Halim berjaya menambah 2 gol menerusi tandukan pada minit 65’ dan 68’ permainan.", "Tidak cukup dengan tiga jaringan itu, penyerang muda yang masuk sebagai pemain gantian dan berhasil mencipta debut bersama skuad Harimau Malaya, Muhammad Haqimi Azim menambahkan lagi luka buat Laos dengan merembat masuk bola ke dalam gawang melepasi penjaga gol lawan, pada minit 77’.", "Kemudiannya, seorang lagi pemain gantian, Stuart Wilkin tidak ketinggalan untuk menambahkan garam ke atas luka itu apabila menjaringkan gol kelima perlawanan pada minit 87’.", "Kedudukan 5-0 itu kekal sehingga pengadil perlawanan dari Arab Saudi, Majed Mohammed Alshamrani meniup wisel menamatkan permainan.", "Dengan kemenangan ini, Malaysia berhasil mengumpul 6 mata daripada 2 perlawanan dan kini menghuni saingan Kumpulan B buat seketika. Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Vietnam pada 27 Disember (Selasa) kelak di Hanoi.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217245/", "headline": "\nLagi Pemain Skuad Kebangsaan Thailand, Supachok Sarachat Diikat Kelab J-League\n", "content": ["Seorang lagi pemain skuad kebangsaan negara jiran tetangga, Thailand akan mewarnai saingan tertinggi bola sepak negara matahari terbit, J-League pada musim ini.", "Ini selepas salah sebuah kelab yang beraksi dalam kancah tersebut, Consodole Sapporo disahkan mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang Buriram United, Supachok Sarachat secara pinjaman selama enam bulan.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak Buriram United sendiri menerusi satu hantaran di pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "🤝 DONE DEAL! Supachok Sarachat joins Consadole on loan. ⚡️🦉", "Buriram United and Hokkaido Consadole Sapporo have agreed on a six-month loan deal for attacking midfielder Supachok Sarachat. The agreement also includes a six-month loan extension and a permanent transfer clause. pic.twitter.com/rMCiUQLRcS", "— Thai League Central (@TL_Central) May 11, 2022", "Difahamkan, penyertaan pemain berusia 23 tahun itu bersama pasukan yang sedang menghuni tangga kesembilan liga pada ketika ini turut disertakan dengan klausa lanjutan tempoh pinjam dan perpindahan secara tetap.", "Untuk rekod, Supachok telah tampil sebanyak 195 kali dalam pelbagai kejohanan bersama skuad Thunder Castle. Dia turut merekodkan 43 gol serta 21 “assist” bersama Buriram United.", "Selain itu, Supachok juga mempunyai pengalaman beraksi di pentas elit asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan rekod sebanyak 16 penampilan.", "Sementara itu, penyertaan Supachok ini menjadikan dua pemain Thailand beraksi dalam saingan J-League pada musim ini. Seorang lagi pemain yang sedang beraksi dalam kancah yang sama ialah Chanatip Songkrasin atau dikenali sebagai “Messi Jay” bersama Kawasaki Frontale."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112021/", "headline": "\nParalimpik 2020: ‘Unbeaten’ Liek Hou Tempah Tiket Separuh Akhir Badminton SU5\n", "content": ["Atlet para negara, Cheah Liek Hou menempah tiket ke separuh akhir acara badminton (kategori SU5) dengan bergaya setelah merekodkan tiga kemenangan berturut-turut pada peringkat Kumpulan B, Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Atlet berusia 33 tahun ini berjaya meletakkan diri dalam kalangan empat pemain terbaik selepas menumpaskan wakil Jepun, Taiyo Imai secara dua ‘straight set’ 21-19 dan 21-12 di Stadium Kebangsaan Yoyogi, tengah hari tadi.", "Dua perlawanan sebelum ini, Liek Hou cemerlang menumpaskan wakil Mesir, Ahmed Eldakror 21-3 dan 21-2 serta pemain Chinese Taipei, Fang Jen Yu 21-3 dan 21-9.", "Di peringkat separuh akhir, hasil undian menyaksikan Liek Hou yang mendapat ‘tunjuk ajar’ bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek bakal berhadapan sekali lagi dengan wakil Chinese Taipei, Jen Yu. ", "Saingan separuh akhir dan perlawanan akhir yang menentukan pingat dijadualkan berlangsung pada hari esok (Sabtu, 4 September).", "Untuk makluman semua, Liek Hou yang merupakan salah seorang prospek pingat emas pada temasya kali ini merupakan juara dunia sebanyak enam kali.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221167/", "headline": "\nSabah Tidak Mahu Terburu-Buru Dapatkan Penyerang Import\n", "content": ["Skuad berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC tidak mahu terburu-buru untuk mendapatkan penyerang import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023.", "Awal Disember lalu, skuad berjulukan The Rhinos ini bertindak melepaskan khidmat penyerang importnya, Jose Embalo yang menyertai Sabah pada pertengahan musim.", "Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menegaskan mahu mengambil pendekatan berhati-hati dalam mencari pemain yang akan mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Embalo itu.", "Walaupun belum mengikat sebarang penyerang import, Sabah telah pun memuktamadkan kemasukan khidmat penyerang kacukan skuad kebangsaan, Darren Lok merangkap penjaring terbanyak tempatan bagi saingan Liga Super untuk memperkukuhkan barisan serangannya. ", "Lets make it official, @darrenlok14 is a 🦏!!! Welcome to the family Darren!#sabahmajujaya #bangunlahbersatusemua pic.twitter.com/GPxbahpmeB", "— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) December 1, 2022", "“Sudah tentu, mana-mana pasukan inginkan penyerang berkaliber dalam pasukan tetapi musim lalu, semua orang boleh melihat kemampuan Sabah berada dalam kalangan empat pasukan teratas yang paling banyak menjaringkan gol.", "“Bagaimanapun, bagi menghadapi musim baharu ini, kami sudah tentu mahu penyerang yang sempurna bagi menguatkan lagi aspek serangan namun saya tidak akan buat keputusan terburu-buru ekoran pintu pendaftaran masih berbaki dua bulan.", "“Buat masa ini, kehadiran Darren sekurang-kurangnya sudah memberikan petanda yang positif kerana dia telah bergelar penjaring tempatan terbanyak Liga Super musim lalu dan diharapkan mampu meneruskan dengan apa yang dia lakukan sebelum ini,” katanya.", "Sebagai rekod, Embalo hanya beraksi bersama Sabah sekitar enam bulan sahaja. Sepanjang tempoh itu, penyerang kelahiran Portugal yang memiliki pasport Guinea-Bissau sempat merekodkan 9 penampilan disamping menjaringkan satu gol.", "Sebelum kedatangan Embalo, Sabah menggunakan khidmat penyerang import kelahiran Brazil, Neto Pessoa yang mana turut tidak memberikan impak yang memberansangkan buat Sabah.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215171/", "headline": "\nPenyerang Congo Kelahiran Perancis, Kevin Koubemba Sertai Pasukan Juara Piala Malaysia\n", "content": ["Penyerap skuad kebangsaan Congo kelahiran Perancis, Kevin Koubemba menjadi pemain import terbaru menyertai pasukan Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City).", "Pemain yang bakal menjengah usia 29 tahun dan berketinggian 1.92 meter (m) ini diperkenalkan sebagai pemain baharu KL City menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik kelab itu, semalam.", "He came, he saw and he’s ready to conquer! 🔥#KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/MbJvHOut0q", "Untuk makluman semua, Kevin memulakan karier bola sepaknya di Perancis bersama Amiens SC sebelum berhijrah ke salah sebuah gergasi Ligue 1, LOSC Lille.", "Selepas sekitar empat musim di sana, Kevin meninggalkan Perancis dan berkelana di beberapa buah pasukan di eropah seperti Sint-Truiden (Belgium), CSKA-Sofia (Rusia), FK Sabail, Sabah FK (Azerbaijan) dan KF Teuta (Albania).", "Sebagai makluman tambahan, Kevin adalah pemain yang versatil terutamanya di bahagian serangan. Selain penyerang tengah, dia mampu beraksi di posisi penyerang sayap kanan dan kiri serta sebagai pemain tengah.", "Berdasarkan rekod daripada portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, Kevin telah membuat 185 penampilan secara keseluruhan bersama pasukan-pasukan yang dinyatakan di atas. Daripada segi statistik jaringannya, Kevin hanya menjaringkan 26 gol sehingga kini.", "Dijangka, Kevin bakal menjadi taruhan utama skuad kendalian Bojan Hodak di bahagian serangan bergandingan bersama Romel Morales untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219095/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Eropah: Marcell Jacobs Muncul Juara 100m Dengan Catatan Masa 9.95s\n", "content": ["Pemenang emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lamont Marcell Jacobs menamatkan acara pecut 100 meter (m) di Kejohanan Olahraga Eropah 2022 selaku juara.", "Pelari berusia 27 tahun dari Itali ini muncul juara apabila dia berjaya menamatkan larian dengan catatan masa 9.95 saat (s) mengatasi pencabar terdekatnya,pelari British, Zharnel Hughes yang merekodkan masa larian 9.99s.", "King of the sprints! 👌", "Marcell Jacobs 🇮🇹 is crowned European 100m champion in #Munich2022 in an equal championship record of 9.95. 👑", "📺 Watch the race in full again at https://t.co/kyOqNg3jca#BackToTheRoofs", "— European Athletics (@EuroAthletics) August 16, 2022", "Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Jeremiah Azu juga dari British dengan catatan masa 10.13s.", "Untuk makluman semua, masa larian 9.95s yang dicatat oleh Marcell dalam larian ini menyamai rekod terbaik kejohanan yang dilakukan oleh Zharnel pada Kejohanan Olahraga Eropah 2018 yang lalu.", "Bulan lalu, Marcell tidak beraksi di pusingan akhir acara 100m di Kejohanan Olahraga Dunia apabila terpaksa menarik diri di peringkat separuh akhir ekoran risau mendapat kecederaan yang lebih serius."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219354/", "headline": "\nAstro Siar Kesemua 64 Perlawanan Piala Dunia Qatar 2022\n", "content": ["Kesemua 64 perlawanan di kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan dapat disaksikan secara langsung oleh pelanggan Pek Sukan Astro bermula 21 November kelak.", "Daripada 64 perlawanan tersebut, 37 daripadanya adalah eksklusif menerusi tiga saluran khusus di Astro – dua saluran HD serta satu saluran UHD.", "Antara perlawanan peringkat kumpulan yang akan disiarkan secara eksklusif adalah Belanda vs Senegal, England va Wales dan Republik Korea vs Portugal.", "Baca: RTM Siar 41 Perlawanan Piala Dunia 2022 Qatar Secara Percuma", "Menerusi tontonan saingan Piala Dunia di Astro, dengan mengaktifkan ciri Play from Start, penonton dapat menonton semula saat-saat awal perlawanan sekiranya terlepas. ", "Selain itu, Astro turut dilengkapi dengan ciri Cloud Record. Dengan ciri ini, peminat yang tidak mampu berjaga untuk menonton perlawanan jam 3 pagi boleh aktifkan ciri ini dan tontonnya sebaiknya anda terjaga.", "Antara lain, Astro menerusi platform penstriman, Astro GO turut membolehkan anda menonton perlawanan menerusi telefon pintar apabila tidak berada di rumah. ", "Ia juga memiliki Mod Interaktif yang membolehkan penonton melihat statistik pasukan semasa perlawanan sedang berlangsung.", "Dimaklumkan, Astro akan membawakan barisan legenda bola sepak yang menarik ke studionya untuk menyampaikan pengetahuan bola sepak semasa berlangsungnya kejohanan itu nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217402/", "headline": "\nSukan SEA: Thailand Kekal Mendahului, Beregu Ranking 196 Kejutkan Wei Chong-Kai Wun\n", "content": ["Skuad jiran tetangga, Thailand kekal mendahului Malaysia dengan skor 2-0 selepas memenangi pertarungan kedua dalam perlawanan akhir acara badminton berpasukan lelaki di temasya Sukan SEA 2021.", "Skor itu digapai oleh Thailand setelah taruhan beregu pertamanya (MD1), Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong yang berada di ranking ke-196 berhasil mengejutkan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sebentar tadi. ", "RESULTS: #SEAGames2021 FINALS (Men’s Team)", "Chaloempon Charoenkitamorn- Nanthakarn Yordpaisong def. Tee Kai Wun-Man Wei Chong 22-20 22-20#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/7em2VM5Zbf", "— BAM (@BA_Malaysia) May 18, 2022", "Bertambah mengejutkan, Chaloempon-Nanthakarn menumpaskan beregu negara yang berada di ranking lebih tinggi daripada mereka, ranking ke-34 dunia, secara “straight set” dengan skor 20-22 dan 20-22.", "Untuk makluman semua, kedua-dua beregu ini belum pernah berentap di dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sebelum ini.", "Pertembungan merebut pingat emas bagi acara ini belum tamat lagi. Pertarungan ketiga diteruskan dengan Malaysia mempertaruhkan Lee Shun Yang (ranking ke-276) dan Thailand, Khosit Phetpradab (ranking ke-45) sebagai perseorangan kedua (MS2) masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220618/", "headline": "\nMampukah Tan Cheng Hoe Tamatkan ‘Badi’ Selangor Terhadap Terengganu?\n", "content": ["Perlantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih baharu buat Selangor FC nampaknya membuahkan satu keputusan yang positif setakat ini.", "Biarpun belum genap dua bulan Cheng Hoe bersama, beliau telah berhasil membimbing skuad berjulukan Gergasi Merah ini mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2022.", "Selangor merakamkan kemaraan itu hasil daripada menundukkan Negeri Sembilan FC dengan agregat 4-2 selepas menamatkan aksi timbal balik suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dengan keputusan 2-2, sebentar tadi.", "Sebelum itu, perlawanan pertama suku akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 6 November lalu, Selangor berhasil mencatatkan kemenangan 2-0.", "📹 HIGHLIGHTS: @nsfc1923 2-2 @selangorfc", "Negeri Sembilan bangkit dua kali untuk keputusan seri namun Selangor menempah slot ke peringkat separuh akhir dengan agregat 4-2.#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/eH8PTwoWf0", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 12, 2022", "Namun begitu, menanti mereka di peringkat separuh akhir kelak adalah Terengganu FC kendalian Nafuzi Zain yang sedang dalam momentum terbaiknya – tidak merekodkan sebarang kekalahan sejak pertengahan September lalu.", "Mereka mara selepas menyingkirkan juara bertahan, Kuala Lumpur City FC (KL City) menerusi agregat 4-1 di peringkat suku akhir.", "Bukan sahaja berada dalam momentum terbaik, Selangor sejak tiga tahun lalu mempunyai ‘badi’ – gagal meraih sebarang kemenangan apabila bertemu Terengganu.", "Bagi tahun ini sahaja, Selangor tumpas dalam kedua-dua perlawanan Liga Super, tewas dalam satu aksi perlawanan persahabatan serta seri ketika perlawanan separuh akhir Piala FA.", "Untuk makluman semua, kedua-dua pasukan ini dijadualkan berentap pada 16 November (Rabu) bagi aksi separuh akhir pertama di Stadium MBPJ. Manakala 21 November pula menjadi tarikh bagi aksi timbal balik di Stadium SMAZA, Gong Badak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207196/", "headline": "\nPulau Pinang ‘Tempah Tiket’ ke Liga Super 2021\n", "content": ["Kelab berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Pulau Pinang berjaya mengesahkan tempat ke saingan Liga Super 2021 secara matematik setelah mengumpul 20 mata daripada 8 perlawanan Liga Premier musim ini.", "Kejayaan itu diraih setelah menumpaskan pencabar terdekat iaitu Kuala Lumpur dengan keputusan 2-1 dalam aksi ke-8 Liga Premier pada sabtu lalu di Stadium Bandaraya.", "Berdasarkan kiraan mata, sekiranya skuad Harimau Kumbang tewas dalam baki 3 perlawanan selepas ini dan mengandaikan semua pasukan mencatatkan kemenangan, hanya pasukan simpanan iaitu JDT II dan TFC II yang dapat mengatasi mereka dengan kutipan 23 mata dan 22 mata masing-masing.", "Namun seperti kita sedia maklum, pasukan simpanan tidak akan mendapat promosi ke saingan Liga Super walaupun mereka merankul juara Liga Premier sekalipun. Ia sekaligus mengesahkan kenaikan pangkat Pulau Pinang ke saingan bola utama negara bagi musim depan.", "📊 KEDUDUKAN LIGA PREMIER – PUSINGAN LP8#LigaPremier2020 pic.twitter.com/fXvgEtvRXN", "Tinjauan kami di ruangan komen mendapati ramai peminat dan penyokong tempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dikecapi oleh pasukan kendalian Manzoor Azwira itu.", "“Seperti yang dijangkakan, seperti yang diidamkan, seperti yang diharapkan, Pulau Pinang membuktikannya. Tahniah pemain dan jurulatih.” tulis Khaizaar Umar.", "“Selamat kembali ke liga yang layak untukmu Pulau Pinang. Terbaik. Syok ada Pulau Pinang (dalam) Liga Super.” tulis seorang yang mengakui sebagai penyokong Pahang.", "Untuk rekod, kali terakhir Pulau Pinang beraksi dalam saingan Liga Super adalah pada tahun 2017. Pada musim itu, Pulau Pinang menamatkan kedudukan di tempat tercorot liga sekaligus diturunkan pangkat ke saingan Liga Premier."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217851/", "headline": "\nHarimau Malaya Berada Di Ranking Ke-150 Dunia Selepas Tumpas Kepada Bahrain\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya kini berada di ranking ke-150 dunia selepas tumpas kepada Bahrain dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan E dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023, semalam.", "Kedudukan tidak rasmi itu dikongsikan oleh sebuah akaun laman sosial yang memberikan perkembangan terkini mengenai ranking pasukan bola sepak negara-negara asia, Footy Rankings.", "Kekalahan 1-2 Malaysia di tangan Bahrain telah menolak sebanyak 7.64 daripada 1056.32 mata yang terkumpul sebelum ini. Penolakan mata itu menjadikan Malaysia kendalian Kim Pan-gon berada di ranking ke-150 dunia pada ketika ini.", "Here is the FIFA Rankings update after matchday 2 of Asian Cup Qualifiers Final Round", "*Rank changes may be different from yesterday's tweets after calculating results from other continents#FIFARankings #AsianCup2023 #ACQ2023 pic.twitter.com/46x150k1we", "— Footy Rankings (@FootyRankings) June 12, 2022", "Untuk makluman semua, kiraan ini dibuat selepas tamatnya kesemua perlawanan kedua melibatkan enam kumpulan yang mengambil bahagian dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023. ", "Sebelum itu, Malaysia berhasil melonjak ke ranking ke-146 dunia selepas menumpaskan negara dari rantau asia tengah, Turkmenistan pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan E, Rabu lalu.", "Sebagai tambahan, laman rasmi Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) masih memaparkan kedudukan skuad Harimau Malaya di ranking ke-154 dunia pada saat ini.", "Badan induk bola sepak dunia ini akan melakukan kemaskini terhadap ranking ini secara rasmi pada 23 Jun kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214701/", "headline": "\nTerbuka India: Soong Joo Ven Mudah Atasi Chirag Sen Di Pusingan 32\n", "content": ["Pemain perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven menampilkan persembahan yang cukup cemerlang di kejohanan Terbuka India 2022, hari ini.", "Joo Ven yang menghuni ranking 70 dunia dengan mudah menumpaskan lawannya, pemain India, Chirag Sen yang berada di ranking 98 dunia secara ‘straight set’.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Round of 3221 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅 8 7 🇮🇳Chirag SEN🕗 in 28 minutes https://t.co/MIc4Au3NvF", "Pemain berusia 26 tahun ini mencapai kemenangan dengan keputusan 21-8 dan 21-7 dalam tempoh masa 28 minit sekaligus menempah tiket ke Pusingan 16.", "Sementara itu, menanti Joo Ven di Pusingan 16 samada pemain Singapura merangkap juara dunia 2021, Loh Kean Yew atau pemain Kanada, Xiaodong Sheng yang berada di ranking 69 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324258/", "headline": "\nRanking BWF: Lee Zii Jia Kekal Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia\n", "content": ["Kedudukan pemain badminton perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia dalam Ranking Dunia BWF tidak mengalami sebarang perubahan biarpun tersingkir di peringkat Pusingan 16 saingan Malaysia Masters pada minggu lepas.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan pemain berusia 25 tahun terbabit kekal di tangga kesepuluh dunia dengan kutipan 59,876 mata – meningkat sebanyak 600 mata berbanding minggu lalu.", "Bukan itu sahaja, peningkatan mata itu juga membolehkan Zii Jia menjarakkan diri sebanyak 1,459 mata dengan penghuni ranking ke-11 dunia dari Jepun, Kenta Nishimoto pada minggu ini.", "Bagaimanapun, Zii Jia boleh terkeluar daripada kelompok sepuluh terbaik dunia tersebut sekiranya Li Shi Feng dan Lu Guang Zu yang menghuni tangga ke-12 dan ke-13 dunia masing-masing mara jauh dalam saingan Terbuka Thailand – Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 – pada minggu ini.", "Sementara itu, lain pula kisahnya melibatkan perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong apabila dilihat mengalami penurunan dalam kedudukan Ranking Dunia BWF.", "Pemain yang baru sahaja menginjak usia 23 tahun ini mencatatkan penurunan tiga anak tangga selepas mengumpul 42,870 mata sekaligus menghuni kedudukan ke-24 dunia pada minggu ini.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324252/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Beregu No.8 Indonesia Singkir Pang Ron-Mei Xing Di Peringkat Kelayakan\n", "content": ["Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing bukan sahaja gagal layak ke babak undian utama (main draw) bahkan sekadar beraksi satu perlawanan sahaja di peringkat kelayakan dalam saingan Terbuka Thailand 2023.", "Ini gara-gara Pang Ron-Mei Xing terpaksa akur tumpas kepada beregu No.8 Indonesia, Adnan Maulana dan Nita Violina Marwah dalam pertarungan di Pusingan 16 peringkat kelayakan bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 terbabit.", "Dalam pertarungan tersebut, gandingan negara yang menghuni ranking ke-51 dunia itu tumpas secara “straight set” dengan skor 14-21 dan 16-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam bertempat di Stadium Tertutup Huamark, sebentar tadi.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023XD – Qual. R16 🇮🇩Adnan MAULANA🏅21 21 🇮🇩Nita Violina MARWAH🏅 🇲🇾HOO Pang Ron14 16 🇲🇾TEOH Mei Xing", "— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023", "Sebagai rekod, terkandas di peringkat kelayakan dalam saingan Jelajah Dunia BWF pada hari ini merupakan prestasi terburuk pernah dilakar Pang Ron-Mei Xing sejak bergandingan semula pada Disember tahun lalu.", "Manakala pencapaian terbaik mereka pula adalah muncul naib juara dalam Cabaran Antarabangsa Iran Fajr yang berlangsung antara penghujung Januari hingga awal Februari lalu.", "Sementara itu, Pang Ron-Mei Xing akan berehat seketika sehingga hujung minggu ini sebelum menyertai Cabaran Antarabangsa Maldives – kejohanan Gred 3 BWF – yang akan bermula 5 Jun kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324794/", "headline": "\nSkuad The Cats ‘Kitar Semula’ Bekas Pemain Kedah, PJ City\n", "content": ["Kuching City FC mengambil langkah drastik menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) dengan membawa masuk tiga muka baharu iaitu Bruno Araujo, Dechi Marcel dan Pedro Henrique.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi perkongsian di media sosial kelab secara berasingan seolah-olah memberi nafas baharu buat skuad kendalian Irfan Bakti yang kini berada di tangga ke-12 liga. ", "Sebelum ini, jurulatih veteran berusia 72 tahun itu berang dengan prestasi yang ditunjukkan pemain import mereka terutamanya penyerang utama, Abu Kamara selepas tidak menunjukkan persembahan yang memberangsangkan.", "Laruk ajak Marcel!#kamekkuchingcity #iamkuchingcity pic.twitter.com/ARjH0BOOOv", "— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) June 15, 2023", "Bruno Araujo dan Pedro Henrique merupakan rakan sepasukan di Persikabo 1973, kelab yang beraksi dalam Liga 1 Indonesia. Dechi Marcel pula ‘berehat’ panjang tanpa sebarang kelab selepas dilepaskan Kedah Darul Aman FC (Kedah). ", "Selain Bruno, Pedro dan Dechi sudah arif dengan tahap bola sepak tertinggi di Malaysia. Penyerang Timor Leste berdarah Brazil itu pernah menyarung jersi PJ City sebelum beraksi bersama Sri Pahang FC. ", "Dechi Marcel pula pernah mewakili beberapa kelab di Malaysia sejak berhijrah ke Malaysia pada 2018 untuk menyertai UiTM FC di Liga Perdana sebelum menyertai Terengganu dan Kedah bagi musim 2021 dan 2022 masing-masing. ", "Untuk makluman, ketiga-tiga pemain tersebut boleh didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga-M yang bermula dari 5 Julai 2023 (Rabu) sehingga 1 Ogos 2023 (Selasa).", "Featured Image: Kuching City FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323054/", "headline": "\nKelab EPL Henti Papar Syarikat Judi Pada Jersi Perlawanan Bermula Hujung 2025-26\n", "content": ["Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak akan memaparkan penajaan daripada syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan bermula penghujung musim 2025-26.", "Perkara ini dimaklumkan secara rasmi oleh EPL setelah kesemua kelab yang bertanding bersetuju secara kolektif untuk menarik balik penajaan syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan, semalam.", "Difahamkan, pendekatan secara sukarela ini dilakukan sebagai usaha untuk mengurangkan iklan perjudian.", "A post shared by Classic Football Shirts (@classicfootballshirts)", "Ketika ini, sebanyak lapan daripada 20 kelab EPL memaparkan penajaan syarikat judi pada bahagian hadapan jersi perlawanan masing-masing iaitu West Ham United, Southampton, Newcastle United, Leeds United, Fulham, Everton, Brentford dan Bournemouth.", "Sementara itu, penguatkuasaan ini dilakukan bermula penghujung 2025-26 bagi membolehkan kelab-kelab mempunyai tempoh peralihan selain tidak dikenakan penalti kerana memendekkan penajaan sedia ada.", "Untuk pengetahuan, penajaan syarikat perjudian di hadapan jersi bola sepak sudah tidak dibenarkan di Itali serta Sepanyol.", "Premier League clubs have today collectively agreed to withdraw gambling sponsorship from the front of clubs’ matchday shirts, becoming the first sports league in the UK to take such a measure voluntarily in order to reduce gambling advertising", "— Premier League (@premierleague) April 13, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321883/", "headline": "\nLiga Malaysia Boleh Ditonton Peminat Rantau ASEAN Menerusi RTM Klik\n", "content": ["Para peminat bola sepak tempatan di luar negara namun berada di dalam rantau asia tenggara (ASEAN) masih boleh menikmati perlawanan-perlawanan bola sepak Liga Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi aplikasi penstriman milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu RTM Klik.", "Bagaimanapun, pengguna dari luar rantau ASEAN tidak akan dapat menonton aksi bola sepak tempatan yang disiarkan menerusi aplikasi penstriman terbabit kerana terdapat sekatan geografi (geo-block).", "Menteri Belia dan Sukan, YB Fahmi Fadzil mengungkapkan perkara berkenaan ketika berucap dalam Majlis Pelancaran RTM Sebagai Rakan Penyiar Liga Malaysia 2023 di Angkasapuri, semalam.", "“RTM akan menyiarkan sebanyak 75 perlawanan secara siaran langsung melalui saluran TV2, Okey dan Sukan RTM. Penstriman langsung juga turut disediakan di aplikasi RTM Klik.”", "“Cuma sebagai peringatan, bagi warga Malaysia yang mungkin (terdiri daripada) pelajar-pelajar atau yang tinggal di luar ASEAN, pada waktu ini terdapat geo-block yang mana hanya bagi mereka (yang berada) dalam lingkungan ASEAN boleh menonton RTM Klik.”", "“Tapi mungkin kita akan teliti sekiranya ada apa-apa boleh kita bantu sebab anak-anak muda, mahasiswa yang belajar di Amerika Syarikat dan sebagainya, mereka pun ingin tonton. ", "“Jadi, ini antara perkara yang akan kita bincangkan.” katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.", "Di dalam majlis itu juga, perincian mengenai siaran langsung perlawanan-perlawanan Liga Malaysia dikongsikan kepada umum. Stesen televisyen milik kerajaan itu akan menyiarkan 53 perlawanan Liga Super, 8 perlawanan Piala FA dan 14 perlawanan Piala Malaysia.", "Fahmi menegaskan, bertepatan dengan slogan “Sukan Untuk Semua”, sukan kegemaran dan kesayangan rakyat Malaysia ini mestilah boleh ditonton secara percuma oleh semua lapisan masyarakat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114166/", "headline": "\nRanking BWF: Naib Juara Cabaran Wales, Wei Chong-Kai Wun Hampiri Kelompok 60 Dunia\n", "content": ["Biarpun muncul selaku naib juara di Cabaran Antarabangsa Wales 2021, pasangan beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun tetap meraih impak yang positif dalam kedudukan ranking dunia mereka.", "Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperlihatkan pasangan yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak tujuh anak tangga.", "Ini sekaligus meletakkan mereka menghampiri kelompok 60 pasangan beregu lelaki terbaik dunia dengan menduduki ranking ke-62 pada minggu ke-49.", "Sementara itu, satu lagi pasangan muda negara iaitu Wan Muhammad Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri turut mencatatkan peningkatan satu anak menjadikan mereka menduduki tangga ke-101 dalam kemaskini ranking dunia terbaru ini.", "Selain itu, tiada pergerakan ranking melibatkan beregu-beregu senior seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.", "Kesemua mereka kekal di tangga ke-7, ke-12, ke-14 dan ke-18 sepertimana pada minggu lalu. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112195/", "headline": "\nTerengganu Telah Memulakan Langkah Awal Untuk Menaturalisasikan Bek Tengah Montenegro\n", "content": ["Skuad Liga Super, Terengganu FC telah memulakan langkah awal untuk menaturalisasikan pertahanan tengah kelahiran Montenegro, Argzim Redzovic.", "Pertahanan berusia 29 tahun ini ditandatangani oleh pasukan berpangkalan di pantai timur pada tahun 2020. ", "Dia kini merupakan pemain skuad simpanan, Terengganu II yang beraksi dalam saingan Liga Premier dan bakal genap tempoh lima tahunnya beraksi di Malaysia pada tahun hadapan.", "Walaupun khidmatnya digunakan dalam saingan Liga Premier, namun, sekiranya berlaku kecederaan melibatkan pertahanan import skuad utama, Argzim akan dipanggil oleh ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk mengisi kekosongan tersebut bagi beraksi dalam saingan Liga Super.", "Baca: 9 Pemain Import Liga Malaysia Yang Boleh Dinaturalisasikan Pada Tahun 2021", "Perancangan Terengganu untuk menaturalisasikan Argzim ini dikongsikan sendiri oleh pengurus pasukan, Zulfadli Rozi menerusi satu ciapan di akaun media sosialnya, hari ini.", "“Itu sememangnya sasaran kami apabila kami menandatanganinya. Musim hadapan genap 5 tahun dan kami telah memulakan langkah awal ke arah itu (naturalisasi). Harapnya semuanya berjalan dengan baik Insya-Allah.” katanya membalas ciapan seorang pengguna Twitter, @PiangShankly.", "Sebagai rekod, Argzim mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) pada tahun 2018.", "Pada tahun 2019, Argzim menjadi pemain tonggak yang membantu PDRM menamatkan saingan Liga Premier di tangga ketiga. ", "Oleh kerana Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang merupakan sebuah pasukan simpanan (reserved team) menghuni tangga kedua liga, PDRM diberikan ‘tiket’ untuk mendapat promosi ke saingan Liga Super 2020.", "Selain daripada bakal genap tempoh beraksi dalam saingan Liga Malaysia selama lima tahun, Argzim juga telah mendirikan rumah tangga bersama seorang gadis tempatan serta dikurniakan seorang cahaya mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220779/", "headline": "\nPiala Dunia: Ikat Sepanyol, Jerman Hidupkan Peluang Ke Pusingan 16\n", "content": ["Juara empat kali, Jerman berhasil memastikan peluangnya untuk mara ke Pusingan 16 di Piala Dunia 2022 Qatar masih terbuka.", "Ini selepas skuad bimbingan Hansi Flick berjaya mengikat Sepanyol dalam aksi kedua melibatkan saingan peringkat Kumpulan E yang berlangsung di Al Bayt Stadium, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Sepanyol yang mendominasi hampir sepanjang permainan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain gantian, Alvaro Morata pada minit ke-62 setelah mendapat bola daripada Jordi Alba.", "Namun begitu, Jerman yang tidak mengenal erti putus asa berjaya menyamakan kedudukan juga melalui pemain gantian, Niclas Fullkrug pada minit ke-83 setelah menerima hantaran daripada Jamal Musiala.", "Dan kedudukan seri 1-1 itu berkekalan sehingga pengadil perlawanan, Danny Makkelie dari Belanda meniup wisel menamatkan permainan. ", "An exciting one ends in points shared. 🇪🇸🤝🇩🇪@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 27, 2022", "Walaupun sekadar memungut satu mata, ianya memadai untuk menghidupkan peluang buat Jerman ke Pusingan 16 lebih-lebih lagi tumpas mengejut kepada Jepun dalam aksi pertama, Rabu lalu.", "Sementara itu, keputusan seri ini membolehkan Sepanyol mendahului Kumpulan E dengan pungutan 4 mata daripada 2 perlawanan.", "Mengikuti Sepanyol di tempat kedua ialah Jepun yang mempunyai 3 mata serta Costa Rica di tempat ketiga dengan pungutan mata yang sama.", "Untuk perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E, Jerman akan berhadapan dengan Costa Rica manakala Sepanyol pula akan membuat perhitungan dengan Jepun.", "Kedua-dua perlawanan ini dijadualkan berlangsung serentak pada awal pagi Jumaat, jam 3 pagi (waktu Malaysia).", "Bagi membolehkan mara ke Pusingan 16, Jerman wajib meramkamkan kemenangan ke atas Costa Rica disamping mengharapkan Jepun tumpas di tangan Sepanyol.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218027/", "headline": "\nTerbuka Croatia: Perseorangan Muda Negara, Justin Hoh Tempah Tiket Final\n", "content": ["Pemain perseorangan muda negara, Justin Hoh berjaya menempah tiket ke pentas akhir saingan Terbuka Croatia 2022 – saingan berstatus “Future Series”.", "Pemain berusia 18 tahun ini mengesahkan kemaraan tersebut selepas menundukkan lawannya dari Hong Kong, Jason Gunawan di peringkat separuh akhir, petang tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Justin yang menghuni ranking ke-480 dunia berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set pertarungan yang berkesudahan dengan skor 21-12, 17-21 dan 21-17.", "Sementara itu, dengan kemenangan ini, Justin akan bertemu pemain Vietnam, Nguyen Hai Dang (ranking 296) pada perlawanan akhir kelak untuk merebut gelaran juara bagi kejohanan ini.", "Untuk makluman semua, di kejohanan ini, Justin bermula dengan beraksi di Peringkat Kelayakan Pusingan 128, Peringkat Kelayakan Pusingan 64, Peringkat Kelayakan Pusingan 32 dan Peringkat Kelayakan Pusingan 16 terlebih dahulu sebelum menyertai babak undian utama (main draw).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111581/", "headline": "\nRanking Memanah Dunia: Syaqiera Lonjak 131 Anak Tangga Selepas Pulang Daripada Sukan Olimpik\n", "content": ["Biarpun sekadar beraksi di peringkat pusingan pertama dalam acara memanah individu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, pemanah muda, Syaqiera Mashayikh berjaya mencatatkan peningkatan yang luar biasa dalam kedudukan ranking memanah dunia.", "Berdasarkan kemaskini ranking terbaru laman sesawang Persekutuan Memanah Dunia (WAF), Syaqiera yang sebelum ini menghuni tangga 355 kini menempatkan dirinya di ranking ke-224 dunia bagi kategori recurve wanita.", "Syaqiera yang berusia 20 tahun membuat penampilan pertamanya di temasya Olimpik terkandas di pusingan pertama apabila tumpas 4-6 kepada pemanah Rusia, Elena Osipova yang ketika itu menghuni ranking keempat dunia.", "Untuk makluman semua, selepas menumpaskan pemenah kelahiran Johor ini, Elena berjaya mara sehingga ke perlawanan akhir dan muncul pemenang pingat perak bagi acara ini.", "🥇 🇰🇷 An San🥈 ROC Elena Osipova🥉 🇮🇹 Lucilla Boari#ArcheryatTokyo #archery pic.twitter.com/K9hiazGOPx", "Sementara itu, ranking bagi jaguh memanah lelaki negara, Khairul Anuar Mohamad yang mara sehingga ke pusingan ketiga sebelum tumpas kepada pemanah Korea, Kim Woo-jin di Sukan Olimpik kekal di tangga ke-15 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324636/", "headline": "\nEFL Haram Lap Bola Sebelum Buat Lontaran Ke Dalam\n", "content": ["Badan penganjur saingan Liga Kejuaraan, Liga Satu dan Liga Dua iaitu Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) mengharamkan penggunaan tuala oleh mana-mana kelab bagi membolehkan pemain masing-masing mengelap bola sebelum membuat lontaran ke dalam (throw-in) semasa perlawanan.", "Difahamkan, pengharaman itu bukan sahaja melibatkan tuala yang yang disediakan oleh kelab masing-masing bahkan penggunaan barangan lain seperti jaket atau mafla yang diberikan oleh penonton di tepi padang turut dilarang sama sekali.", "Perkembangan itu hadir menerusi satu pengumuman rasmi oleh EFL dan ianya akan dikuatkuasakan bermula saingan baharu 2023-24 kelak.", "EFL Statement: Regulation Changes – Summer 2023#EFLhttps://t.co/yziWdBVI29", "— EFL Communications (@EFL_Comms) June 8, 2023", "Untuk makluman semua, perbuatan mengelap bola dengan menggunakan barangan tersebut sebelum melakukan lontaran dilakukan bagi membolehkan pemain memegang bola dengan kemas serta mengelakkan bola terlucut ekoran licin. Pegangan yang kemas boleh membantu pemain melakukan lontaran dengan lebih baik dan jauh.", "Selain itu, terdapat juga kalangan pemain yang menggunakan perbuatan ini sebagai taktik untuk melengahkan masa sebelum membuat lontaran.", "Dalam perkembangan yang sama, EFL turut mengumumkan penggunaan “multiball system” dalam kesemua pertandingan atau kejohanan di bawah anjurannya. Melalui sistem ini, bola akan diletakkan di atas kon yang disediakan di tepi padang untuk memudahkan pemain mengambilnya apabila bola terkeluar sekaligus meningkatkan waktu permainan di atas padang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214796/", "headline": "\nSlot Piala AFC 2023 Dikembalikan Kepada Juara Piala FA\n", "content": ["Juara saingan liga kalah mati atau dikenali sebagai Piala FA 2022 kembali diberikan slot automatik ke pentas antarabangsa, Piala AFC pada musim hadapan.", "Sementara itu, pasukan yang menamatkan saingan di tangga kedua Liga Super masih mendapat slot yang sama sebagaimana diamalkan sebelum ini.", "Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam dalam sesi Taklimat Kalendar Malaysia 2022 secara dalam talian bersama pengamal media, baru-baru ini.", "“Juara Liga Super akan layak untuk menyertai Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan tempat kedua Liga Super serta juara Piala FA akan layak untuk menyertai Piala AFC.”", "“Sekarang, kita kembali kepada format asal, untuk dua tahun yang lepas disebabkan ketiadaan (penganjuran) Piala FA, (juara) Piala Malaysia diberikan pengiktirafan untuk mendapatkan slot Piala AFC tetapi bergerak kehadapan, slot ini diberikan kembali kepada Piala FA.” katanya dalam sesi terbabit.", "Sebagai rekod, juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) memperoleh slot untuk menyertai Piala AFC pada musim ini sambil ditemani oleh Kedah Darul Aman FC (Kedah) selaku naib juara Liga Super 2021.", "Pada musim 2020, saingan Piala Malaysia dibatalkan dan slot ke Piala AFC diberikan kepada pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2020 di tangga kedua dan ketiga iaitu Kedah dan Terengganu FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216051/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Zii Jia Kandas Di Separuh Akhir, Kalah ‘Straight Set’ Kepada Pemain Thailand\n", "content": ["Peluang untuk perseorangan bebas (independent) negara, Lee Zii Jia mara ke pentas akhir saingan Terbuka Jerman 2022 tertutup sama sekali ekoran tumpas di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang menghuni ranking ke-20 dunia menjadi asbab Zii Jia gagal meneruskan kemaraannnya. ", "Bukan itu sahaja, Vitidsarn turut menyingkirkan Zii Jia yang menghuni ranking ketujuh dunia secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-13 dan 21-12 dalam tempoh masa 43 minit. ", "RESULTS: #GermanOpen2022SF#THA🇹🇭 Kunlavut Vitidsarn def. #MAS����🇾 Lee Zii Jia(5) 21-13 21-12📷 @badmintonphoto #DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/fKPYiiGcn7", "Untuk pengetahuan semua, kemenangan ini menjadikan Vitidsarn berjaya menjadikan rekod pertemuannya menentang Zii Jia seri 3-3. ", "Sebelum ini, Zii Jia memenangi 3 daripada 5 pertarungan yang melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa. ", "Sementara itu, Vitidsarn yang berjaya melangkah ke pentas akhir bakal menantikan cabaran daripada samada pemain Denmark, Viktor Axelsen atau pemain India, Lakshya Sen."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208206/", "headline": "\n8 Situasi Membolehkan Joan Mir Dinobat Juara MotoGP 2020 Minggu Ini\n", "content": ["Selepas merangkul kemenangan sulung MotoGP pada siri perlumbaan GP Eropah minggu lepas, pelumba Team Suzuki Ecstar, Joan Mir kini mendahului 37 mata dalam carta kedudukan Kejuaraan MotoGP Dunia 2020.", "Lebih menarik, Mir berpeluang untuk dinobat juara MotoGP Dunia 2020 pada siri perlumbaan GP Valencia, ahad ini. ", "Namun terdapat 8 situasi yang membolehkan pelumba berusia 23 tahun itu merangkul kejuaraan tersebut, dan berikut adalah situasinya:", "#1 Mir menaiki podium tanpa mengira pencabar terdekatnya menamatkan perlumbaan di mana-mana kedudukan.", "#2 Mir menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4, ke-5 atau ke-6 dan Fabio Quartararo atau Alex Rins tidak memenangi perlumbaan.", "#3 Mir tamat di kedudukan ke-7 dan Quartararo, Rins atau Maverick Vinales tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga.", "#4 Mir menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8, ke-9 atau ke-10 dan Vinales tidak memenangi perlumbaan, dan Quartararo dan Rins tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga.", "#5 Mir tamat di kedudukan ke-11 dan Vinales, Franco Morbidelli atau Andrea Dovizioso tidak memenangi perlumbaan, dan Quartararo dan Rins tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga. ", "#6 Mir tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12, ke-13 atau ke-14 dan Morbidelli atau Dovizioso tidak memenangi perlumbaan. Vinales tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga, dan Quartararo dan Rins tidak menaiki podium.", "#7 Mir menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 dan Morbidelli atau Dovizioso tidak memenangi perlumbaan, Vinales tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga, Quartararo dan Rins tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat kelima.", "#8 Mir gagal mendapatkan sebarang mata dan Morbidelli dan Dovizioso tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan yang lebih baik daripada tempat ketiga, Vinales tidak menaiki podium, Quartararo dan Rins tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik daripada tempat kelima.", "Featured Image: Team Suzuki Ecstar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110008/", "headline": "\nCEO Berjaya, Jalil Rasheed Antara 9 Individu Dipilih Untuk Bantu FAM\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai penuh sembilan individu yang dipilih sendiri oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin bagi menganggotai Pasukan Petugas Khas Presiden atau Presidential Task Force (PTF) pada hari ini.", "Mereka yang dipilih terdiri daripada kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik, penyokong bola sepak, media serta kerabat diraja.", "Guna Stadium Kecil, Jana Keuntungan – Nasihat Bekas CEO PNB Kepada Kelab Bola Malaysia https://t.co/XyfDWnfkz2 pic.twitter.com/rsFkGWfLUR", "Salah seorang yang disenarakan adalah seorang ahli korporat yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation Berhad. Sebelum itu, beliau pernah bergelar sebagai individu termuda yang menjawat jawatan CEO di Perbadanan Nasional Berhad.", "Antara nama yang lain dipilih ialah Tengku Salehuddin Shah Alhaj Tengku Sulaiman Shah Alhaj atau lebih dikenali sebagai Tengku Bib dan merupakan Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor.", "Hamidin turut menyeraikan Datuk Ruzain (Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia), Khairul Kamarudin  (CEO Bank Muamalat Malaysia), Dr. Mohd Bahrin Othman (Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, UiTM) dan Muhammad Tarmizi Abdul Aziz (wakil penyokong dan penggerak utama Ultras Malaya).", "Selain itu, Prof. Dr. Sivamurugan Pandian (Ahli Akademik dan Pensyarah USM), Ooi Kin Fai (wartawan) dan terakhir Dr. Wirdati Mohd Radzi (Pensyarah Kanan Pusat Sukan dan Sains Eksesais UM) turut disenaraikan.", "Untuk makluman, PTF ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu-individu yang bukan daripada persatuan bola sepak negeri untuk menyumbang idea membantu Presiden FAM merencanakan hala tuju badan induk bola sepak negara.", "FAM berharap individu-individu yang telah dilantik ini dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberikan pendapat serta idea bernas demi membantu Presiden FAM bagi mendapatkan input daripada pihak yang luar dari kelompok biasa pemegang taruh bola sepak negara.", "Dalam mengumpul maklumat sebagai usaha mencanai idea-idea baharu yang bernas, PTF diberi hak untuk mengadakan sesi perbincangan dengan pemegang taruh industri bola sepak.", "Penubuhan PTF melambangkan kesediaan FAM mengambil kira pendapat dari semua lapisan peminat, penyokong dan masyarakat ke arah memajukan lagi bola sepak.", "Jumlah ahli yang menganggotai PTF boleh ditambah atau dikurangkan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian dan budi bicara Presiden."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114401/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Zii Jia Masuki Kelompok 8 Terbaik, Antonsen Pencabar Seterusnya\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki ngera, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah menjinakkan pemain veteran Denmark untuk mara ke suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Pemain yang dimaksudkan ialah Hans-Kristian Solberg Vittinghus (ranking ke-21 dunia) yang berusia 35 tahun ketika Zii Jia turun beraksi di Pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 1621 15 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅15 21 10 🇩🇰Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS🕗 in 58 minutes https://t.co/YQjI7DrPM9", "Zii Jia yang diletakkan sebagai pemain pilihan keenam untuk menjuara kejohanan ini berjaya menyingkirkan Vittinghus dengan keputusan 21-15, 15-21 dan 21-10 dimana pertarungan ini memakan masa hampir satu jam.", "Sementara itu, pemain Denmark yang menduduki ranking ketiga dunia, Anders Antonsen, berusia 24 tahun menjadi pencabar Zii Jia yang seterusnya di peringkat suku akhir.", "Sebagai rekod, Zii Jia pernah berentap dengan pemain ini sebanyak tiga kali dan hanya satu kemenangan sahaja berhasil diraih ke atas Antonsen setakat ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324268/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Beregu Ranking Ke-836 Dunia Sekat Xin Yuan-Tien Ci\n", "content": ["Beregu lelaki tuan rumah yang menghuni ranking ke-836 dunia, Thanawin Madee dan Natthapat Trinkajee menjadi batu penghalang kepada kemaraan gandingan bebas (independent) negara, Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci ke babak undian utama (main draw) dalam saingan Terbuka Thailand 2023. ", "Biarpun Xin Yuan-Wong Tien Ci menghuni ranking yang jauh lebih tinggi iaitu ke-55 dunia, namun, mereka terpaksa akur menanggung kekalahan selepas mengharungi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-18, 15-21 dan 12-21 dalam aksi Pusingan 16 peringkat kelayakan bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 itu.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MD – Qual. R16 🇹🇭Thanawin MADEE🏅18 21 21 🇹🇭Natthapat TRINKAJEE🏅 🇲🇾BOON Xin Yuan21 15 12 🇲🇾WONG Tien Ci", "— BWFScore (@BWFScore) May 30, 2023", "Pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa turut memakan masa hampir satu jam permainan. Susulan kemenangan terbabit, Thanawin-Natthapat dapat meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir peringkat kelayakan.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan keenam disertai Xin Yuan-Tien Ci sepanjang tahun ini. Daripada enam kejohanan terbabit, ini merupakan julung kalinya Xin Yuan-Tien Ci yang menjuarai Terbuka Slovakia 2022 tersingkir seawal Pusingan 16 peringkat kelayakan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325152/", "headline": "\nBekas Penyerang Liverpool Kemudi Kelab Arab Saudi\n", "content": ["Kancah bola sepak Arab Saudi bukan sahaja diserikan dengan kehadiran para pemain bola sepak ternama dan handalan eropah seperti Karim Benzema, N’golo Kante dan Ruben Neves bahkan turut menarik penyertaan jurulatih dari benua terbabit.", "Terbaru, sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen kedua bola sepak negara terbabit, Al Qadsiah mendapatkan bekas penyerang Liverpool dan skuad kebangsaan England, Robbie Fowler sebagai jurulatihnya.", "Sebuah video pendek berdurasi sembilan saat serta satu kenyataan rasmi yang dikongsikan akaun laman sosial kelab berjulukan Fares Al Sharqiya berkenaan mengesahkan kedatangan jurulatih 48 tahun terbabit.", "من قلاع الماتدور الإسبانية إلى عرين الأبطال بالخبر،", " انطلاقة مسيرة جديدة لفارس الشرقية بقيادة كارلوس انتون ❤️💛#القادسية pic.twitter.com/S67GXM9rP4", "— نادي القادسية السعودي (@qadisiyah1967) June 27, 2023", "Bagaimanapun, tiada sebarang perincian mengenai tempoh kontrak Robbie bersama Al Qadsiah dikongsikan kepada umum termasuk gajinya.", "Sebagai rekod, selepas menggantung butnya selaku pemain profesional, Robbie mula berkecimpung dalam dunia kejurulatihan bersama sebuah kelab berpangkalan di Thailand iaitu Muangthong United.", "Bagaimanapun, peranan itu dimainkannya sekitar semusim sahaja sebelum berehat panjang dalam dunia kejurulatihan. Robbie tampil semula sebagai jurulatih sekitar tujuh tahun kemudian dengan dilantik sebagai ketua jurulatih Brisbane Roar yang berpangkalan di Australia.", "Kemudiannya, Robbie berhijrah ke India dan menjadi ketua jurulatih East Bengal sehingga tahun 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325327/", "headline": "\nSiapa Rafael Silva?\n", "content": ["Pembukaan jendela perpindahan pertengahan musim Liga Malaysia 2023 menyaksikan kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Sri Pahang FC mendapatkan khidmat seorang pemain import baharu kelahiran Brazil yang bernama Rafael Feital da Silva. Pemain ini bakal berusia 33 tahun pada Oktober kelak dan merupakan seorang penyerang tengah dengan ketinggian 1.82 meter (m). ", "Bagi mengenali pemain ini dengan lebih lanjut, berikut Sukanz bawakan lima perkara menarik mengenai Rafael untuk bacaan anda:", "Pasukan terakhir diwakilinya sebelum menjejakkan kaki di bumi Tok Gajah adalah sebuah kelab yang beraksi dalam divisyen kedua bola sepak negara kelahirannya, Serie B iaitu Ituano FC. Pasukan ini disertainya pada Februari lalu dan berhasil mencetak satu gol hasil daripada tampil sebanyak 13 kali. Pada ketika ini, Ituano berada di tangga ke-13 daripada 20 kelab keseluruhan selepas mengharungi 15 perlawanan.", "Para peminat Sri Pahang boleh mengharapkan sesuatu daripada Rafael di bahagian serangan untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2023. Ketika musim 2019, Rafael muncul sebagai salah seorang penjaring terbanyak Liga 1 Indonesia dengan rekod 14 gol berkongsi tangga kelapan hingga kesepuluh dengan David Da Silva (Persebaya) dan Ciro Alves (TIRA-Persikabo). Ketika tempoh pendeknya beraksi dengan Madura United, Rafael sempat menghasilkan enam gol daripada 12 penampilan.", "Kebanyakan karier Rafael tertumpu di Brazil namun dia pernah beberapa kali meninggalkan negara kelahirannya untuk berkelana di beberapa buah negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bolivia dan China selain Indonesia. Penghijrahan Rafel itu membawanya menyertai Hatta Club (2017), Dalian  Always Ready (2020), Dalian Transcendence (2018), Al-Shorta SC (2021) serta dua buah kelab di negara jiran tetangga iaitu Barito Putera (2019, 2022) dan Madura United (2021). Pada peringkat awal kariernya, Rafael turut pernah menjejakkan kaki di bumi Portugal.", "Kemampuan Rafael untuk berperanan sebagai penyerang tengah sudah terbukti setelah muncul salah seorang penjaring terbanyak di Liga Indonesia. Namun disebalik itu, Rafael turut sama mampu beraksi bahagian sayap kiri dan juga kanan dengan rekod penampilan sebanyak 30 kali dan 9 kali di posisi terbabit masing-masing. Ketika beraksi di sayap kanan, Rafael berhasil menyumbat enam gol di pentas Liga Indonesia.", "Sekitar tahun 2016, Rafael yang beraksi bersama Cruzeiro dalam kancah tertinggi bola sepak negara kelahirannya, Serie A pernah mendapat sentuhan jurulatih yang pernah mengemudi dua skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia iaitu Paulo Bento. Selain itu, Rafael turut menjadi penyerang pilihan Rahmad Darmawan – jurulatih yang pernah melatih T-Team dalam kancah Liga Malaysia – ketika mengemudi kedua-dua kelab Barito Putera dan Madura United dalam saingan Liga Indonesia.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217662/", "headline": "\nPeminat Marah Kalau Menang Dengan Corak Permainan Negatif & Tunggu Lawan Buat Kesilapan \n", "content": ["Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Kim Pan-gon meletakkan sasaran untuk mencetak kemenangan menerusi corak permainan yang boleh dibanggakan para peminat.", "Perkara itu juga menjadi keutamaannya terhadap skuad Harimau Malaya menjelang pertemuan menentang Hong Kong dalam perlawanan antarabangsa tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam esok.", "“Umumnya kita perlu meletakkan sasaran apabila bermain, ini akan menjadi keterujaan kita untuk mengejar (sasaran itu). Kalau tiada sasaran, (akan jadi) masalah juga.”", "“Jika kita hanya bermain hanya untuk meraih kemenangan, (dan) kita bermain dengan negatif, menunggu pihak lawan membuat kesilapan,  cara (corak permainan) ini akan membuat para penyokong marah.", "“Saya sedang berusaha untuk menampilkan (permainan) menarik, yang membuatkan para penyokong berbangga, dan berjuang untuk nama Malaysia. Inilah sasaran kita,” katanya dalam sidang media praperlawanan di Wisma FAM, hari ini.", "Dalam perlawanan menentang Brunei Darussalam pada 27 Mei lalu, Malaysia kendalian Pan-gon berhasil mencetak kemenangan 4-0 hasil jaringan Syafiq Ahmad, Syamer Kutty Abba, Faisal Halim dan Guilherme de Paula.", "Perlawanan menentang Brunei dan Hong Kong ini merupakan persiapan Malaysia sebelum mengharungi saingan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang akan bermula 8 Jun nanti.", "Kedua-dua perlawanan ini juga menjadi medan buat Pan-gon untuk membuat penilaian terhadap semua pemain yang dipanggil sebelum memuktamadkan 23 pemain yang akan didaftarkan untuk mengharungi pusingan akhir itu kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110447/", "headline": "\nHari Malang Buat Pemain-Pemain Import Liga Malaysia\n", "content": ["Kesemua pemain import Liga Malaysia yang beraksi bersama skuad kebangsaan masing-masing dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada semalam dan awal pagi tadi melalui hari yang malang.", "Seramai 3 daripada 6 pemain import yang beraksi samada sebagai pemain kesebelasan utama atau gantian hanya terpaksa akur menanggung kekalahan kepada lawan masing-masing. ", "Bermula dengan pemain import Penang, Sheriddin Boboev yang mewakili Tajikistan terpaksa akur tewas besar 4-1 di tangan Jepun, semalam. Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh pemain berusia 22 tahun ini memandangkan dia masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika pasukannya ketinggalan 3-1.", "FT: Japan 🇯🇵 4️⃣ – 1️⃣ 🇹🇯 TajikistanA strong second half sees Japan stay perfect to increase their lead atop Group F!#AsianQualifiers pic.twitter.com/HleDexIn5l", "Beralih pula kepada pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahrian Abimanyu yang beraksi bersama pasukan Indonesia terpaksa menelan hakikat yang pedih tewas 4-0 kepada Vietnam. Dalam perlawanan ini, Abimanyu bermula sebagai pemain kesebelasan utama namun hanya beraksi sehingga ke minit ke-69 sahaja.", "FT: 🇻🇳 Vietnam 4-0 Indonesia 🇮🇩 🇻🇳 Vietnam overpower Indonesia to remain the top side of Group G!#AsianQualifiers pic.twitter.com/zPgA12lDjA", "Seterusnya kita akan melihat pula skuad kebangsaan Filipina. Seramai tiga orang import Liga Malaysia dipanggil untuk menguatkan skuad The Azkals namun hanya seorang sahaja yang diturunkan semalam iaitu, Carli de Murga dari Terengganu. Filipina tewas 2-0 kepada negara hos Piala Asia 2023, China.", "FT: 🇨🇳 China 2-0 Philippines 🇵🇭 🇨🇳 China close the gap on Syria & strengthen their place in second position of Group A!#AsianQualifiers pic.twitter.com/pOPeJZGAZU", "Seorang lagi pemain hanya berada di bangku simpanan Filipina iaitu Kevin Ray Mendoza (KL City) manakala pemain tengah Melaka United, Manuel Ott tidak disenaraikan pada hari perlawanan.", "Terakhir adalah melibatkan pasukan jiran tetangga, Singapura yang turut memanggil pemain tengah Kedah, Anumanthan Kumar. Awal pagi tadi, mereka tewas 5-0 ketika beraksi menentang Uzbekistan. Bagaimanapun, Anu hanya sekadar memanaskan bangku simpanan sepanjang 90 minit permainan.", "FT: 🇺🇿 Uzbekistan 5-0 Singapore 🇸🇬 🇺🇿 Uzbekistan keep the pressure on Group D leaders Saudi Arabia with an emphatic win!#AsianQualifiers pic.twitter.com/IVaNxoz32F", "Begitulah sedikit sebanyak penglibatan pemain import Liga Malaysia dan keputusan skuad kebangsaan masing-masing ketika perlawanan yang berlangsung semalam dan awal pagi tadi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324198/", "headline": "\nJosef Cipta Rekod ‘Plank’ Paling Lama Di Dunia – 9 Jam 38 Minit 47 Saat\n", "content": ["Josef Salek yang merupakan seorang pensyarah, ahli terapi dan jurulatih perkembangan diri dari Republik Cech berjaya mencipta rekod baharu melakukan “abdominal plank” bagi kategori lelaki paling lama di dunia.", "Rekod baharu itu diakui oleh Guinness World Records setelah Josef atau turut dikenali sebagai Joska melakukan cabaran tersebut di Festival AVATAR bertempat di Park Hotel, Pilsen, Republik Czech pada 20 Mei lalu.", "Dalam percubaannya itu, Josef berhasil melakukan ‘plank’ tersebut selama 9 jam 38 minit dan 47 saat – lebih lama daripada tempoh kebiasaan jam bekerja iaitu lapan jam sehari. ", "Catatan masa itu sekaligus memecahkan rekod yang dicipta oleh lelaki dari Australia pada tahun 2021, Daniel Scali yang melakukan ‘plank’ selama 9 jam 30 minit dan 1 saat.", "Sebagai rekod, sebelum Scali, rekod itu dipegang oleh bekas tentera marin Amerika Syarikat iaitu George Hood – berdurasi selama 8 jam 15 minit dan 15 saat – diciptanya pada tahun 2020.", "Featured Image: Guinness World Record"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113987/", "headline": "\nTerbuka Scotland: Dua Pemain Malaysia, Tze Yong & Joo Ven Berentap di Final\n", "content": ["Kejuaraan Terbuka Scotland 2021 bagi kategori perseorangan lelaki bakal direbut oleh dua pemain Malaysia.", "Pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Tze Yong akan bertemu pemain bebas (independent), Soong Joo Ven di perlawanan akhir.", "Tze Yong yang menghuni ranking ke-63 dunia mara ke pentas akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Aidil Sholeh secara ‘straight set’ dengan skor 21-15 dan 21-15 di peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.", "RESULTS: #ScottishOpen2021SF#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong def. #MAS🇲🇾 Aidil Sholeh 21-15 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/VvxezgQVne", "Sementara itu, Joo Ven yang menduduki ke-73 dunia pula menempah tiket ke perlawanan akhir dengan menundukkan pemain Perancis, Arnaud Merkle juga menerusi ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-18 dan 21-19.", "Untuk makluman semua, belum ada sebarang rekod dicatatkan mengenai pertemuan kedua-dua pemain ini di peringkat antarabangsa.", "Sebagai tambahan, perlawanan akhir antara kedua-dua pemain ini dijangka bermula pada jam 8.50 malam nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220446/", "headline": "\nSertai Cabaran ‘Footie Pong’ Di PUMA House of Football – Berpeluang Menangi Hadiah Eksklusif\n", "content": ["Dalam usaha untuk mengangkat keunggulan bola sepak di Malaysia, jenama sukan global, PUMA melancarkan satu pameran yang bernama House of Football bermula 1 hingga 8 November bertempat di IOI City Mall, Putrajaya (ruangan Consourse, West Wing).", "Pameran yang dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam ini turut bertujuan menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia ini ditampilkan melalui beberapa aktiviti interaktif.", "Antara yang menarik perhatian, pengunjung dapat mencabar diri dengan menyertai aktiviti “Footie Pong” yang memerlukan peserta untuk menyungkit bola masuk ke dalam tong drum besi. Dimaklumkan, peserta yang menyertai cabaran ini berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif daripada PUMA.", "Selain itu, di pameran ini, pengunjung dapat menelusuri sejarah panjang bola sepak dimana PUMA turut menjadi sebahagian daripadanya. ", "Ia menampilkan sembilan but legenda milik jenama ini yang pernah disarung oleh ikon bola sepak terkemuka seperti Pele, Diego Maradona, Lothar Matthaus, Antoine Griezmann, Neymar Jr. dan ramai lagi.", "Tidak cukup dengan itu sahaja, House of Football turut membawakan koleksi 27 jersi popular daripada 22 pasukan bola sepak yang ditaja PUMA seluruh dunia termasuk pasukan tempatan Penang FC dan PJ City.", "Bagi yang ingin mengambil gambar seperti di dalam bilik persalinan, House of Football turut menghiasi dua sudutnya keadaan di dalam bilik persalinan Manchester City dan AC Milan.", "Tidak dilupakan, pengunjung boleh juga mendapatkan perkhidmatan pencetakan haba (heat press) yang disediakan secara percuma untuk jersi PUMA masing-masing untuk dibawa pulang ke rumah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220007/", "headline": "\nBajet 2023: Peruntukan RM5 Juta Kepada YAKEB – Pelihara Kebajikan Atlet\n", "content": ["Kerajaan cakna akan kebajikan atlet. Selaras dengan itu, sejumlah RM5 juta diperuntukkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi memastikan kebajikan atlet terus terpelihara.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz dalam sesi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada hari ini.", "Difahamkan RM5 juta tersebut akan disediakan untuk tahun 2023 dan tahun-tahun seterusnya.", "Kebajikan atlet akan terus terpelihara. Kerajaan akan menyediakan peruntukan 5 juta ringgit kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk tahun 2023 dan selanjutnya. #Bajet2023 #KeluargaMalaysia #MakmurBersama", "— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) October 7, 2022", "Untuk makluman semua, YAKEB mula beroperasi pada Oktober 2008 ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan atlet dalam pelbagai aspek yang sesuai, untuk mencapai matlamat, memberi manfaat kepada para bekas atlet negara termasuk atlet kelainan upaya (OKU). ", "Sebagai tambahan, peruntukan Bajet 2023 pada kali ini bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Bersama adalah berjumlah RM 373.3 bilion secara keseluruhan – meningkat sekitar 12% berbanding peruntukan keseluruhan Bajet 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216431/", "headline": "\nJurulatih Kelantan United Tarik Nafas Lega Selepas Raih Kemenangan Sulung\n", "content": ["Ketua jurulatih Kelantan United FC, Syamsul Mohd Saad menarik nafas lega apabila skuad kendaliannya berjaya meraih kemenangan sulung di pentas Liga Premier selepas menewaskan PDRM FC,1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur biarpun pemain-pemainnya masih belum beraksi di tahap yang memuaskan.", "Beliau melihat persembahan baik yang ditunjukkan pasukan lawan membuatkan pemain-pemainnya panik terutama dalam tempoh 15 minit terakhir bagi mempertahankan kelebihan jaringan yang dilakukan Njoku Jacob pada minit-56.", "Beliau berharap tiga mata pertama yang diraih itu akan menaikkan moral majoriti pemain muda dalam pasukan bagi harungi perjalanan Liga Premier,musim ini.", "“Memang dari mula perlawanan ini, kami tahu perlawanan ini sangat penting dan bukan mudah berdepan PDRM yang kita tahu merupakan sebuah pasukan yang kuat.", "“Saya tahu pemain sudah berikan terbaik yang mereka boleh berikan cuma masalahnya, kita boleh nampak semasa kita dalam situasi sedang mendahului, pemain-pemain sangat takut memegang bola terlalu lama kerana mereka tertekan untuk menang.", "“Malah dalam situasi seorang sahaja pemain lawan memberikan tekanan dan kita ada dua pemain di bawah, mereka tetap menyepak bola keluar dari kawasan sendiri.", "“Bagaimanapun, saya tetap mahu mengucapkan tahniah pemain-pemain kerana berjaya menang ke atas PDRM kerana lawan sebenarnya bermain sangat baik dengan menguasai sebahagian besar perlawanan, harap kemenangan ini mampu menaikkan moral pasukan,” katanya.", "Kemenangan itu membawa Kelantan United naik ke tangga keenam selepas dua perlawanan menerusi pungutan tiga mata.", "Kelantan United sebelum ini tewas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim II pada perlawanan sulung mereka di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.", "Sementara itu, ketua jurulatih PDRM DC, Wan Rohaimi Wan Ismail, berasakan rezeki tidak berpihak kepada pasukannya selepas memperagakan peningkatan berbanding ketika mereka tewas 0-2 kepada Perlis United di pusingan pertama Piala FA.", "Tambahnya, jaringan penalti yang dilakukan Jacob pada separuh masa kedua sedikit sebanyak menjejaskan momentum pemain-pemain yang telah beraksi cemerlang.", "“Minggu yang sukar bagi kami tetapi hendak dibandingkan dengan perlawanan semasa bertemu Perlis, saya rasa sangat jauh berbeza kerana hari ini lebih baik cuma sepakan penalti yang diberikan kepada lawan menjejaskan semangat kami.", "“Saya masih lagi berlapang dada kerana dari segi momentum dan komitmen pemain, saya sangat berpuas hati serta mahu mengucapkan terima kasih di atas mereka berikan.", "“Takdir seperti tidak menyebelahi kami untuk perlawanan ini, cuma saya minta pemain jangan sikap berputus asa kerana perjalanan liga pada musim ini masih lagi panjang.", "“Cuma saya akui pasukan masih tercari-cari rentak yang hilang sebelum kami dilanda COVID-19 dan harap ada sinar selepas ini, malah saya juga mahu pemain import kembali bangkit kerana persembahan mereka masih lagi 50-50 di mata saya,” katanya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111848/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun\n", "content": ["Semua sedia makluma akan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menghantar skuad bawah 20 Tahun (B-20) untuk beraksi dalam Kelayakan Piala Asia B-23 pada penghujung Oktober kelak.", "Perancangan ini dilakukan bagi menyediakan para pemain B-20 pada ketika ini, terutamanya anak-anak buah Brad Maloney untuk layak ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "Bagaimanapun, menerusi makluman terbaru oleh badan induk bola sepak negara, Maloney telah menyenaraikan lima orang pemain melebihi umur 20 tahun namun tidak melebihi umur 22 tahun untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 yang akan bermula 30 Ogos hingga 7 September nanti.", "Lima pemain tersebut ialah Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan (22 tahun, Selangor 2), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin (22 tahun, Terengganu II), Muhammad Hairiey Hakim Mamat (21 tahun, Terengganu II), Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar (21 tahun, Terengganu II) dan Muhammad Syafik Ismail (21 tahun, Terengganu II).", "Perkara ini pastinya bakal mendapat reaksi positif daripada sesetengah penyokong bola sepak negara yang mahu melihat skuad ini mendapat sentuhan beberapa pemain yang melebihi umur 20 tahun dan tidak dibarisi pemain berusia 20 tahun dan ke bawah semata-mata.", "Sementara itu, dua pemain pertahanan yang berpangkalan di England turut disenaraikan oleh Maloney iaitu Adam Roshan Kris Aman (18 tahun, Brook House FC) dan Mohamed Amir Mohamed Faruk (17 tahun, Chipstead FC). ", "“Bagi kem latihan pusat Fasa 1 ini, Maloney memanggil majoriti pemain dari pasukan-pasukan Liga Premier 2021 memandangkan saingan liga divisyen dua kebangsaan itu sedang berehat seketika sepanjang jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September.” tulis kenyataan media yang dikeluarkan FAM, hari ini.", "“Beberapa lagi pemain lain yang beraksi dalam Liga Super 2021 akan dipanggil menyertai pasukan pada kem latihan pusat Fasa 2 yang dijadual bermula pada 19 September 2021 iaitu sehari selepas berakhirnya saingan Liga Super 2021 bersama beberapa lagi pemain dari luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.” tambah kenyataan itu lagi. ", "Berikut adalah senarai penuh 27 pemain yang dipanggil oleh Brad Maloney:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111053/", "headline": "\nOlimpik 2020: Dua Pemain Man Utd Dipilih Wakili Skuad Ivory Coast ke Tokyo\n", "content": ["Dua pemain Manchester United iaitu Eric Bailly dan Amad Diallo disenaraikan oleh Ketua Jurulatih Ivory Coast Bawah 23 Tahun (B-23) untuk menyertai saingan bola sepak di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Selain daripada dua pemain ini, Persekutuan Bola Sepak Ivory Coast (FIF) turut menyenaraikan seorang lagi pemain berstatus bintang iaitu Franck Kessie, pemain tengah yang beraksi bersama AC Milan dalam saingan Serie A.", "Eric Bailly, 27 tahun dan Franck Kessie, 25 tahun akan ditemani oleh penyerang sayap, Mory Keita, 25 tahun yang beraksi bersama kelab divisyen tiga Belgium untuk mengisi kuota tiga pemain lebih umur.", "Selebihnya adalah pemain-pemain yang berusia 24 tahun dan ke bawah.", "Untuk makluman, Ivory Coast diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Arab Saudi, Brazil dan Jerman. Mereka akan memulakan perlawanan pertama dengan menentang Arab Saudi.", "Untuk rekod, skuad Ivory Coast berjaya mengesahkan tempat ke acara bola sepak lelaki dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas muncul naib juara Africa U23 Cup of Nations 2019.", "Berikut adalah senarai penuh skuad Ivory Coast B-23:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111026/", "headline": "\nPasukan Yang Terlibat PKPD Diminta Mencari Stadium Baharu – CEO MFL\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan meminta pasukan-pasukan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk mencari stadium atau venue baharu sebelum bermulanya saingan Liga Super dan Liga Premier pada 24 Julai nanti.", "Hal ini kerana sebarang perlawanan Liga Malaysia termasuk perlawanan latihan tidak dibenarkan berlangsung di kawasan yang dikenakan arahan PKPD.", "Justeru, pasukan-pasukan seperti KL City, PDRM (Stadium Bola Sepak KL), PJ City, Selangor (Stadium MBPJ), Selangor 2 (Stadium Selayang), UiTM, Skuad Projek FAM-MSN (Stadium UiTM) serta Negeri Sembilan (Stadium Tuanku Abdul Rahman) diminta untuk mencari stadium di luar kawasan PKPD untuk dijadikan venue perlawanan.", "“Buat masa ini, lapan pasukan tidak dapat menggunakan venue asal mereka disebabkan PKPD dan kita tidak tahu bila tempoh PKPD ini akan ditamatkan jadi oleh itu, pasukan terbabit telah diminta untuk mencari venue baharu bagi perlawanan Liga Super dan Liga Premier yang akan bermula nanti.", "“Pihak MFL telah meminta agar pasukan terbabit bersedia dengan perancangan awal mencari stadium baharu bukan di kawasan PKPD di mana mereka boleh memohon untuk menggunakan stadium yang tidak digunakan oleh mana-mana pasukan seperti Stadium Manjung dan Stadium Batu Kawan.", "“Selain itu, mereka juga boleh memohon untuk menggunakan stadium yang hanya digunakan oleh satu pasukan sahaja dan MFL akan membantu pasukan-pasukan dalam mengenalpasti stadium yang boleh digunakan.", "“Dengan situasi cukup mencabar disebabkan COVID-19 ketika ini, saya berharap agar semua pasukan terus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain dalam memastikan kelangsungan Liga Malaysia 2021 yang mana saya cukup yakin dan percaya kita boleh mengharunginya bersama,” kata Dato’ Ab Ghani.", "Sementara itu, beliau turut memaklumkan, walaupun sebarang perlawanan terutamanya di kawasan PKPD tidak dibenarkan berlangsung namun semua pasukan dibenarkan menjalani latihan menerusi Camp Based Training pada ketika ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217829/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pearly-Thinaah Kekal Rekod Kebal Lawan Beregu No.1 Thailand\n", "content": ["Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil mengekalkan rekod empat kemenangan berturut-turut bertemu pasangan wanita No.1 Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai.", "Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kesepuluh dunia pada ketika ini merakamkan kemenangan terbarunya ke atas pasangan tersebut di peringkat suku akhir saingan Indonesia Masters, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah berjaya menumpaskan Kititharakul-Prajongjai yang berada di ranking kelapan dunia itu secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-16 dalam tempoh masa 44 minit.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022WD – Quarter final 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅11 16 🇹🇭Jongkolphan KITITHARAKUL 🇹🇭Rawinda PRAJONGJAI", "🕗 in 44 minutes https://t.co/2TPDOHJ2Fk", "— BWFScore (@BWFScore) June 10, 2022", "Sebagai rekod, tiga pertemuan sebelumnya antara kedua-dua pasangan ini turut memihak kepada Pearly-Thinaah.", "Kemenangan itu dicatatkan semasa bertemu di dalam saingan All England 2021, Jelajah Dunia Akhir 2021 dan saingan Piala Uber 2022.", "Sementara itu, selaku pemenang, Pearly-Thinaah akan bertemu samada beregu Korea merangkap beregu No.2 dunia, Lee So-hee dan Shin Seung-chan atau pasangan tuan rumah, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti di peringkat separuh akhir, esok.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321586/", "headline": "\nIndonesia Masters: Kodai Atau Sen Lawan Tze Yong Di Pusingan 16?\n", "content": ["Perseorangan No.2 lelaki tanah air, Ng Tze Yong berjaya mara ke Pusingan 16 dalam saingan Indonesia Masters 2023.", "Kemaraan itu hasil daripada kemenangannya ke atas pemain senior Denmark, Hans-Kristian Solberg Vittinghus pada Pusingan 32, hari ini.", "Dalam pertarungan itu, Tze Yong melakar kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-7 dan 21-14 dalam tempoh sekitar setengah permainan yang berlangsung di Gelanggang 2, Istora Gelora Bung Karno.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2023MS – R3221 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇", "7 14 🇩🇰Hans-Kristian Solberg VITTINGHUS", "— BWFScore (@BWFScore) January 25, 2023", "Sementara itu, lawannya di Pusingan 16 kelak samada pemain Jepun yang menghuni ranking ketujuh dunia, Kodai Naraoka atau perseorangan India yang berada di ranking ke-12 dunia, Lakshya Sen.", "Kedua-dua pemain ini akan berentap sesama sendiri sebentar lagi bagi merebut tempat ke Pusingan 16 bertemu Tze Yong.", "Berdasarkan rekod pertemuan lalu, Tze Yong tidak pernah menumpaskan kedua-dua pemain ini dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, setakat ini.", "Tze Yong pernah bertemu Kodai sebanyak dua kali manakala Sen pula pernah dihadapinya sebanyak tiga kali.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220612/", "headline": "\nPiala Malaysia: Terengganu Mara Ke Separuh Akhir Buat 2 Tahun Berturut-Turut\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC berhasil merakamkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia buat dua tahun berturut-turut.", "Lebih manis, pasukan yang mendapat bimbingan Nafuzi Zain ini berhasil mengulangi pencapaian ke peringkat itu selepas menyingkirkan juara bertahan, Kuala Lumpur City FC (KL City) menerusi agregat 4-1 pada peringkat suku akhir.", "Terengganu mereih agregat tersebut selepas merekodkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan timbal balik peringkat suku akhir di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA) sebentar tadi.", "Tiga jaringan Terengganu itu disumbangkan oleh Manuel Ott, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman pada minit ke-21, ke-62 dan ke-88 masing-masing. Sementara itu, pasukan pelawat mencetak jaringan tunggalnya menerusi Hakimi Azim pada minit ke-45.", "Sebelum itu, Terengganu membawa satu bekalan gol hasil daripada kemenangan 1-0 ke atas KL City pada aksi pertama suku akhir yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Ahad lalu.", "Sebagai rekod, saingan Piala Malaysia edisi lalu menyaksikan Terengganu mara ke peringkat separuh akhir selepas menyingkirkan Sarawak United dengan agregat 6-3 pada suku akhir.", "Namun begitu, Terengganu terpaksa akur menamatkan kempen Piala Malaysia edisi itu setakat peringkat separuh akhir apabila tumpas 1-4 secara agregat kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113371/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Dua Beregu ‘Independent’ Malaysia, Peng Soon-Liu Ying & Soon Huat-Shevon Lai Ke Suku Akhir\n", "content": ["Dua pasangan beregu campuran bebas (independent players) Malaysia iaitu berhasil melepasi cabaran di Pusingan 2 sekaligus menempah tiket ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis 2021 – Jelajah Dunia Super 750.", "Dua pasangan beregu tersebut ialah Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying yang berjaya menumpaskan beregu Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto dengan ‘straight set’ 21-19 dan 21-14.", "Satu lagi pasangan bebas negara ialah Goh Soon Huat dan Shevon Jamie Lai yang mengatasi beregu Rusia, Rodion Alimov-Alina Davletova juga dengan ‘straight set’ iaitu 21-9 dan 21-13.", "Sementara itu, menanti Peng Soon-Liu Ying yang merupakan beregu No.8 dunia adalah beregu Jepun yang menduduki ranking ke-4 dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.", "Manakala beregu No.13 dunia, Soon Huat-Shevon Lai pula akan berhadapan dengan beregu dari negara jiran tetangga, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang menghuni ranking No.3 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219145/", "headline": "\nPemilik Kelantan FC Bercadang Sewa Stadium Baharu Kelantan Bagi Tempoh Masa Panjang\n", "content": ["Negeri Kelantan bakal membina sebuah stadium baharu di dalam Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh yang mana bakal menjadi venue bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 kelak.", "Difahamkan, stadium pelbagai guna yang mempunyai padang bola sepak dan trek olahraga tersebut mampu menampung kapasiti seramai 20,000 penonton.", "Dan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman bercadang untuk menyewa stadium baharu tersebut bagi tempoh jangka masa panjang dengan tawaran untuk menanggung kos penyelenggaraan. ", "“Saya dengar cerita Kerajaan Negeri Kelantan nak buat stadium baru. Ianya suatu berita baik.”", "“Saya ingat kalau ada rezeki nak mencadangkan stadium baru nanti disiapkan oleh Kerajaan Negeri dan penyelenggaraan dikelolakan oleh TRW Kelantan FC.”", "Baca: Kompleks Sukan Bukit Merbau Bakal Miliki Stadium Berkapasiti 20,000 Penonton – Peruntukan RM256 Juta", "“Kita boleh tiru cara Inter Milan atau Manchester City yang mana stadium milik kerajaan disewakan jangka masa panjang.”", "“Kedua-dua pihak menang-menang dimana kelab jimat kos, manakala kerajaan negeri dapat pendapatan melalui sewa jangka masa panjang. Harta asset stadium kekal milik kerajaan.” katanya menerusi satu hantaran di laman sosialnya, hari ini.", "Ahli perniagaan kelahiran Johor itu menyatakan cadangan tersebut selepas menjelaskan mengenai beberapa kelab-kelab bola terkenal dunia yang mempunyai nilai yang besar walaupun tidak mempunyai aset sendiri seperti stadium dan menyewa daripada pihak kerajaan tempatan.", "Antara kelab-kelab yang dinyatakan ialah Manchester City, Chelsea, Newcastle, AS Roma dan Inter Milan.", "Pada masa yang sama, Norizam juga tidak menolak untuk memajak stadium sedia ada yang digunakan pada ketika ini, Stadium Sultan Muhammad IV berbanding stadium baharu di Pasir Puteh itu.", "Beliau bersetuju dengan pendapat seorang individu yang meninggalkan komen untuk mengubah suai stadium tersebut khusus untuk kegunaan bola sepak termasuk menambahkan bilangan tempat duduk penonton. ", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219268/", "headline": "\nKerteh FC Lantik Agensi Untuk Teroka Peluang Komersil di Australia, New Zealand\n", "content": ["Kerteh FC telah mencapai perjanjian dengan agensi Ghazoo Sports untuk menjalin kerjasama dan meneroka pelbagai peluang komersial di wilayah Australia dan New Zealand untuk dua musim akan datang. ", "Kerjasama ini menyerupai kerjasama sedia ada antara Kerteh FC dengan agensi dari Sepanyol, Riera Sports. Ghazoo Sports ditugaskan untuk memperkayakan program pembangunan belia Kerteh FC dengan mewujudkan program kerjasama dengan pasukan bola sepak profesional di Australia dan New Zealand.", "“Ketika kami bergerak maju dengan rancangan 5 tahun kami, profil kelab bola sepak kami berada pada tahap yang sangat memuaskan,” kata Ketua Eksekutif, Syed Khairi Amier. ", "“Kami berhasrat untuk bersaing di peringkat tertinggi dan kami berharap dapat melakukannya dengan pemain tempatan yang berpengalaman bermain di luar negara. Kerjasama dengan Ghazoo Sports berpotensi membantu mendorong bakat muda kami ke Australia dan New Zealand.” ", "Ghaz Ramli, Pengarah Ghazoo Sports menambah: “Terdapat keghairahan bola sepak yang luar biasa dari rakan kami di Asia Tenggara, dan kami berharap dapat memanfaatkan pengalaman dan hubungan kami di Australia dan Malaysia untuk membantu pertukaran kepakaran teknikal dan pembangunan komersial. ", "Berbalik pada bulan Januari baru-baru ini, Kerteh FC telah menandatangani perjanjian perkongsian dengan IMC Sports and Entertainment yang menyaksikan agensi sukan tersebut sebagai wakil eksklusif penjualan penajaan untuk kelab. ", "Agensi ini akan membangunkan prospektus penajaan, mewakili Kerteh dalam rundingan penajaan, dan bertanggung jawab untuk penganjuran dua forum bersama rakan penaja musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217613/", "headline": "\nNSL 2022: Pemain Import Dibenarkan, Hadiah Kemenangan Naik 100% Serta Dua Pasukan Tercorot ‘Relegated’\n", "content": ["Saingan bola jaring kebangsaan edisi kedua, Netball Super League (NSL) 2022 yang akan membuka tirainya pada 3 Jun nanti tampil dengan beberapa pembaharuan.", "Menurut makluman daripada Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), YB Alwiyah Talib dan Ketua Pembangunan Perniagaan Astro Arena, Preman Parameswaran dalam majlis pelancaran semalam, terdapat empat pembaharuan dilaksanakan dalam saingan kali ini.", "Antaranya, saingan yang melibatkan lapan pasukan ini akan dijalankan dengan format liga satu pusingan atau “single round robin” dimana setiap pasukan akan menentang dengan semua pasukan yang ada.", "Baca: Aplikasi Penstriman Sooka Jadi Penaja Utama Netball Super League 2022", "Keduanya, kejohanan pada kali ini membenarkan penyertaan dua pemain import. Difahamkan, kehadiran pemain import ini bukan sahaja dapat memperkuatkan pasukan bahkan turut bertujuan untuk menarik penonton daripada negara luar untuk melihat pemain mereka beraksi di kancah NSL ini.", "Selain itu,hadiah bagi pasukan yang menjuarai saingan ini turut ditingkatkan sebanyak 100% menjadi RM20,000. Sebagai perbandingan, hadiah yang dimenangi oleh KL Wildcats pada edisi sulung tahun lalu adalah berjumlah RM10,000.", "Akhir sekali, memandangkan saingan NSL pada kali ini dijalankan dengan format “single round robin”, dua pasukan tercorot di penghujung musim kelak akan disingkirkan daripada saingan NSL 2023 kelak.", "Namun begitu, Alwiyah berkata, pihak PBJM masih belum menetapkan formula atau mekanisme khusus dalam memilih dua pasukan baharu yang akan dipromosikan ke saingan NSL 2023 kelak. Berkemungkinan besar ianya akan diberikan kepada pasukan-pasukan yang sering mengambil bahagian dalam saingan anjuran badan induk tersebut.", "Featured Image: Kaki Jersi Dot Com"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322847/", "headline": "\nSaya Sudah Pesan, Jangan Tidur Petang – Fandi Ahmad\n", "content": ["Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad sedikit kecewa dengan keadaan pemain yang tampak keletihan. Jurulatih dari Singapura ini melihat ianya berpunca daripada pengurusan masa yang kurang memberangsangkan dalam kalangan para pemainnya. ", "Jelas Fandi, pemain tidak sepatutnya tidur terlalu lama pada waktu petang ketika hari perlawanan. Tambahnya, tabiat tersebut mampu mempengaruhi keadaan tubuh badan sekaligus menjejaskan prestasi pemain menjelang perlawanan pada malam harinya. ", "“Mungkin mereka tidak beradaptasi dengan baik (terhadap keadaan semasa). Saya sudah pesan, kalau boleh, jangan tidur petang berlebihan sampai 1-2 jam. Mungkin mereka kelelahan kerana terlalu lama tidur.”", "“Saya sudah pesan, kalau tidur pukul 3 petang dan masih tidak bangun selepas jam 5 petang, pasti tidak boleh berlari pada waktu malam perlawanan. Jadi, saya lihat mereka kurang bertenaga”, ujar Fandi dalam sidang media selepas perlawanan menentang PDRM FC.", "Kita curi 3 mata dan berjaya melepasi roadblock di Petaling Jaya 🔥#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #HakkaClo#posmalaysia pic.twitter.com/tuR9WaFIjN", "— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) April 5, 2023", "Bagaimanapun, pengendali berusia 60 tahun itu tetap berterima kasih kepada para pemain kerana terus memberikan komitmen sepanjang perlawanan biarpun PDRM FC menunjukkan tanda-tanda kebangkitan pada separuh masa kedua.", "Sri Pahang masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila menang dengan keputusan 2-1 menewaskan skuad berjulukan Sang Saka Biru di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Skuad Tok Gajah mendahului pada separuh masa pertama menerusi jaringan Baqiuddin Shamsudin dan Kpah Sherman sebelum PDRM FC memperoleh jaringan saguhati menerusi James Okwuosa pada minit ke-76 perlawanan. ", "Skuad kendalian Fandi Ahmad bakal kembali ke bumi Kuantan dalam satu lagi aksi Perseteruan Pantai Timur menentang Kelantan United FC pada Isnin.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112882/", "headline": "\nSyarifuddin ‘Damok’ Beri Bayangan Mengenai Pasukan Moto3 Baharunya\n", "content": ["Setelah selesai melalui fasa rundingan, pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok mengesahkan akan menyertai Kejuaraan Dunia Moto3 pada tahun hadapan.", "Bagaimanapun pelumba yang beraksi bersama ZK Racing dalam saingan FIM CEV Kejuaraan Dunia Moto3 Remaja pada musim ini masih tidak mendedahkan nama pasukan yang akan disertainya.", "Namun menerusi laporan oleh portal akhbar berbahasa inggeris, New Straits Times, Syarifuddin tampil memberikan sedikit bayangan mengenai pasukan baharunya itu disamping berkongsikan sasaran peribadinya dalam saingan kelas Moto3, pada musim hadapan.", "“Sasaran saya pada tahun hadapan untuk merebut gelaran Rookie of The Year.", "“Beberapa pelumba daripada Kejuaraan Dunia (Moto3) Remaja juga akan turut menyertai (saingan Moto3) pada tahun hadapan, jadi saya cukup kenal seteru saya.", "“Pasukan yang akan saya sertai telah berlumba dalam Kejuaraan Dunia 2017. Mereka akan sertai semula Moto3 tahun hadapan.” katanya dipetik daripada portal tersebut.", "Pelumba yang bakal menjengah usia 20 tahun pada bulan November nanti sangat gembira dengan ‘kenaikan pangkatnya’ ke saingan Moto3 itu pada tahun hadapan.", "Malahan sasaran awal Syarifuddin untuk beraksi selama dua musim sahaja di perlumbaan peringkat remaja juga dapat dicapai.", "Difahamkan, nama pasukan yang akan disertai oleh Syarifuddin dalam saingan Moto3 tahun hadapan akan diberitahu secara rasmi pada hari Jumaat nanti.", "Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323092/", "headline": "\nKejohanan Trek Antarabangsa Belgium: Shah Firdaus Raih Pingat Perak Acara Keirin\n", "content": ["Kejohanan Trek Antarabangsa Belgium 2023 menyaksikan sekurang-kurangnya seorang wakil Malaysia menghiasi podium apabila pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom berhasil meraih pingat perak dalam acara keirin kategori lelaki.", "Kilauan pingat itu menjadi milik pelumba berusia 27 tahun terbabit setelah menamatkan perlumbaan akhir yang berlangsung di Wielercentrum Eddy Merckx, Ghent di belakang pelumba Perancis, Sebastien Vigier dari pasukan Creteil-kronos.", "Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Luca Priore dari skuad kebangsaan Perancis sekaligus membawa pulang pingat gangsa daripada kejohanan ini.", "Untuk makluman, skuad kebangsaan Malaysia mempertaruhkan empat pelumba dalam acara ini termasuk jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang serta Muhammad Fadhil Zonis dan Muhammad Ridwan Shahrom.", "Bagaimanapun, ketiga-tiga pelumba itu hanya beraksi dalam penentuan tempat ketujuh hingga ke-12 terpaksa berpuas hati di tempat ketujuh, kelapan dan kesepuluh masing-masing.", "Featured Image: Faecbook Muhammad Shah Firdaus"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113405/", "headline": "\nCabaran Belgium: Tze Yong Mara Ke Final & Bakal Menentang Pemain Senior India\n", "content": ["Pemain perseorangan lelaki muda negara, Ng Tze Yong berjaya meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Belgium selepas menumpaskan Yusuke Onodera.", "Kemaraan itu diraih oleh Tze Yong, 21 tahun menewaskan pemain Jepun tersebut dengan pungutan mata 20-22, 21-15 dan 23-21 di peringkat separuh akhir yang berlangsung, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Sementara itu, menanti Tze Yong di perlawanan akhir adalah pemain India, Ajay Jayaram yang menghuni ranking ke-63 dunia. Ajay, 34 tahun, mara ke final dengan menumpaskan pemain Denmark, di peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman semua, berdasarkan rekod, Tze Yong dan Ajay belum pernah turun berentap sesama sendiri setakat ini.", "Sebagai tambahan, kemaraan Ajay ke pentas akhir Cabaran Antarabangsa Belgium ini merupakan prestasi terbaiknya pada tahun ini. Sebelum ini, dia sering terkandas di peringkat Pusingan 32 dalam tiga kejohanan terakhir yang disertainya.", "Perlawanan melibatkan kedua-dua pemain ini dijadualkan berlangsung pada 10.40 malam nanti, waktu Malaysia", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111758/", "headline": "\nGagal Temui Pengganti Yang Mempunyai Lesen Pro, Perak Kembali Guna Khidmat Yee Fatt\n", "content": ["Perak FC membuat ‘pusingan-u’ dengan mengekalkan khidmat ketua jurulatih, Chong Yee Fatt untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2021.", "Sebelum ini, Yee Fatt direhatkan selama 14 hari oleh Perak susulan kemerosotan prestasi yang melanda skuad yang terkenal dengan julukan The Bos Gaurus.", "Dan tugas tersebut dipangku oleh penolong ketua jurulatih Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil bermula daripada 3 Ogos lalu menentang Penang FC. ", "Bagaimanapun, menurut laporan Sinar Harian, Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh mengesahkan pasukan tersebut akan kembali menggunakan khidmat Yee Fatt ekoran kegagalan menemui calon sesuai yang mempunyai lesen kejurulatihan Pro Diploma Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menggantikannya.", "“Kita juga telah maklumkan keputusan ini kepada dia dalam perbincangan pada 16 Ogos yang lalu di pejabat Perak FC,” kata Azman Noh.", "Untuk makluman semua, lesen kejurulatihan Pro Diploma AFC merupakan syarat wajib yang perlu dimiliki oleh setiap ketua jurulatih pasukan Liga Super sepertimana yang ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL).", "Sementara itu, Azman turut mengharapkan Yee Fatt dapat melakukan ‘magis’ dalam baki tiga perlawanan Liga Super untuk mengelakkan Perak daripada terhumban ke saingan Liga Premier 2022.", "Baki tiga perlawanan tersebut, mereka akan bertemu Kedah (28 Ogos), Melaka United (9 September) dan Sabah (12 September). ", "“Misi kekal dalam liga ini memang sukar pada ketika ini, tetapi ia bukan satu perkara yang mustahil untuk dilakukan jika semua pihak kekal positif dalam merencana strategi,” katanya lagi.", "Ketika ini, Perak sedang berada di zon penyingkiran iaitu menduduki tangga ke-11 Liga Super selepas mengharungi 19 perlawanan.", "Di tangga ke-9 dan ke-10 adalah pasukan Melaka United dan Sri Pahang yang mengumpul 17 mata masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218830/", "headline": "\nPerlawanan Super Cup & UCL 2022-23 Akan Guna Teknologi Ofsaid Separa Automatik – SAOT\n", "content": ["Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan akan menggunakan Teknologi Ofsaid Separa Automatik (SAOT) buat julung kalinya dalam perlawanan Super Cup 2022 yang berlangsung di Helsinki, Finland pada awal Khamis hadapan.", "UEFA turut memaklumkan perlawanan yang menemukan kedua-dua pemenang Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa musim lalu, Real Madrid dan Eintracht Frankfurt itu akan diadili oleh pengadil England, Michael Oliver sambil dibantu rakan senegaranya, Stuart Burt dan Simon Bennet.", "Menjelaskan mengenai SAOT, ianya merupakan sistem baharu dioperasikan menggunakan sebilangan kamera khas yang dipasang di stadium untuk menjejak 29 titik badan berbeza bagi setiap pemain.", "Kamera ini akan mula menjejak titik-titik anggota tubuh badan pemain yang menerima hantaran apabila rakan sepasukan melakukan “key pass” – hantaran yang membuka peluang kepada jaringan gol dilakukan.", "Pada masa yang sama, satu alat pengesan (sensor) turut diletakkan di dalam dan di tengah-tengah bola untuk menghantar data-data kepada bilik operasi video.", "⚽ Michael Oliver will take charge of next week's #SuperCup match between Real Madrid and Eintracht Frankfurt in Helsinki.", "The game will see a UEFA debut for Semi-Automated Offside Technology (SAOT), which will also be used as of the group stage in the upcoming #UCL season.", "— UEFA (@UEFA) August 3, 2022", "Baca: FIFA Akan Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Mengesan Ofsaid Di Piala Dunia Qatar", "Dengan menggunakan data daripada penjejakan titik badan pemain serta alat pengesan bola dan penggunaan kecerdasan buatan (artificial intelligence), teknologi ini akan memberikan amaran apabila berlakunya situasi ofsaid kepada para pegawai yang bertugas di dalam bilik operasi video.", "Selepas ofsaid itu disahkan oleh pegawai operasi video dan pengadil di padang, data-data yang yang diperolehi akan menghasilkan satu animasi 3-dimensi (3D) untuk menunjukkan situasi ofsaid berkenaan.", "Animasi 3-D itu akan turut dipaparkan di skrin gergasi di dalam stadium serta rakan penyiar yang menyiarkan perlawanan terbabit secara langsung.", "Selain daripada saingan Super Cup, UEFA turut mengumumkan teknologi akan digunakan bermula peringkat kumpulan UCL musim ini.", "Untuk makluman semua, penggunaan SAOT ini telah diluluskan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 1 Julai lalu. Ianya akan turut digunakan dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323203/", "headline": "\nCorak Permainan PDRM FC Membosankan – Solari\n", "content": ["Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari menempelak corak permainan PDRM FC yang dianggap ‘membosankan’ ketika bertemu pasukannya. ", "Tambah Solari, PDRM FC tidak memberikan cabaran kepada pasukannya dan tidak menganggap skuad Sang Saka Biru itu sebagai pencabar terkuat mereka setakat ini biarpun JDT hanya menang tipis ke atas pasukan tersebut.", "“Permainan paling sukar? Entahlah. Saya fikir ia adalah permainan yang membosankan, bukan yang paling sukar kerana permainan yang sukar, bagi saya, sepatutnya memberikan saya cabaran.”", "“Hari ini, saya rasa PDRM lebih banyak bertahan, membuang masa, dan melengahkan perlawanan. Saya tidak menyalahkan mereka kerana ini adalah strategi yang mereka pilih untuk lakukan tetapi saya fikir ia bukan satu cabaran untuk kami.” ujar Solari dalam sidang media selepas perlawanan menentang PDRM FC.", "Unlucky to concede a goal of that “quality” but the boys held their ground. 🔥#pdrmjdt pic.twitter.com/ZCsZSlha29", "— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) April 19, 2023", "Pengendali berusia 43 tahun itu juga mahu pasukannya terus bermain secara menyerang dan memberikan hiburan kepada setiap penyokong yang menyaksikan mereka beraksi. ", "Perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan Harimau Selatan hanya menang tipis ke atas skuad kendalian Azzmi Aziz dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Fernando Forestieri.", "Keputusan tersebut menjadikan PDRM FC menjadi pasukan dengan jumlah bolos terendah bertemu juara bertahan itu setakat ini. Walaupun begitu, hal ini juga bermakna JDT terus melebarkan rekod kemenangan bersih dalam 9 perlawanan musim ini. ", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111836/", "headline": "\nCemerlang Dalam Saingan Liga Super, Penang FC Dapat Tajaan Tambahan RM100,000\n", "content": ["Prestasi pendatang baharu Liga Super 2021, Penang FC boleh dikatakan di luar jangkaan apabila menduduki tangga ketiga selepas mengharungi 19 daripada 22 perlawanan secara keseluruhan.", "Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata di bawah pengurusan yang baharu, pasukan tersebut meletakkan sasaran untuk menjadi enam pasukan terbaik pada musim ini.", "Walaupun berbaki tiga perlawanan iaitu dua perlawanan di gelanggang sendiri dan satu perlawanan di tempat lawan, sasaran tersebut telah pun dicapai.", "Kecemerlangan tersebut telah menarik sebuah syarikat, Dynamic Frank Group of Companies untuk menghulurkan sumbangan berjumlah RM100,000 sebagai tajaan kepada skuad The Black Panther itu.", "“Sumbangan ini semestinya memberi galakan kepada pembangunan sukan terutamanya bola sepak. Kami mengharapkan para penyokong dapat meneruskan sokongan kepada pasukan. ", "“Pasukan ini masih baharu, mendapat promosi ke Liga Super setelah bertahun-tahun beraksi di liga bawahan.", "“Sekarang, di bawah pengurusan baharu, ia telah mencapai sasarannya untuk menamatkan saingan dalam kelompok enam terbaik dalam saingan Liga Super. ", "“Mereka di kedudukan ketiga dengan baki tiga perlawanan – dua dia tempat sendiri dan satu di gelanggang lawan.” katanya seperti dilaporkan oleh Buletin Mutiara, pada hari ini.", "Sebagai tambahan, Chow Kon Yeow turut memaklumkan pasukan yang dimiliki oleh Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) itu telah menerima RM1.8 juta secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219540/", "headline": "\nTerengganu FC Hilang Seorang Lagi Tonggak Disebabkan ACL\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC terpaksa menerima berita yang mendukacitakan apabila seorang lagi tonggaknya, Azalinullah Alias mengalami kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (ACL).", "Kecederaan itu menimpa pemain tengah tersebut ketika melayan kunjungan Melaka United FC pada aksi keempat saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), rabu lalu.", "Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, Zulfadli Rozi selepas pemain berusia 25 tahun itu menjalani imbasan magnetic resonance imaging (MRI), pagi tadi.", "“Selepas menjalani (imbasan) MRI pada pagi tadi, dia disahkan mengalami kecederaan ACL,”", "“Kebiasaannya ia mengambil masa antara enam hingga sembilan bulan sebelum kembali pulih sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, petang tadi.", "Azalinullah merupakan mangsa kedua daripada skuad Terengganu yang ditimpa kecederaan ini. Mangsa pertama menerima kecederaan yang sama adalah pemain import kelahiran Namibia, Petrus Shitembi.", "Sementara itu, Zulfadli turut memberi khabar gembira kepada penyokong Terengganu apabila pemain import kelahiran Australia, Chris Herd kembali cergas dan sedia untuk diturunkan pada aksi kelima liga kelak.", "Selain itu, dua orang pemain tempatan iaitu penyerang sayap kiri, Arif Anwar dan pemain tengah, Asnan Ahmad dilaporkan turut cergas dan telah kembali menjalani latihan bersama pasukan.", "Bagaimanapun, penyokong perlu menunggu sedikit masa lagi untuk melihat kembali kelibat penggempur kelahiran Brazil, David da Silva untuk mengetuai jentera serangan kerana belum cergas sepenuhnya. ", "“Chris (Herd) akan menyertai pasukan kita ke Sabah pagi esok kecuali (David da) Silva yang akan kembali menyertai pasukan selepas daripada rehat antarabangsa kelak.” tambahnya lagi sambil menyerahkan kepada kebijaksanaan ketua jurulatih, Nafuzi Zain untuk mengadunkan 11 pemain terbaik pada perlawanan seterusnya.", "Untuk makluman, Terengganu yang berkongsi mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terbang ke Kota Kinabalu pada pagi esok untuk bertemu Sabah di Stadium Likas pada hari ahad.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219032/", "headline": "\nPenang Lanjut Kontrak Zainal Sehingga 2023, Akmal Rizal Bimbing Skuad Simpanan B-23\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC mengumumkan pembaharuan dalam Jawatankuasa Pemilihan Pemain bagi saingan Liga Super dan Liga Simpanan musim 2023.", "Menerusi satu kenyataan rasmi pada hari ini, pembaharuan itu menyaksikan ketua jurulatihnya, Dato’ Zainal Abidin Hassan yang dilantik awal Jun lalu dilanjutkan kontraknya untuk mengemudi skuad Harimau Kumbang pada tahun 2023. Beliau akan dibantu oleh Manzoor Azwira selaku penolong ketua jurulatih.", "Pada masa yang sama, bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula bakal dilantik sebagai ketua jurulatih skuad simpanan bawah 23 tahun (B-23) yang akan beraksi dalam kancah Liga Simpanan bermula musim hadapan.", "Berbalik kepada Jawatankuasa Pemilihan Pemain tersebut, ianya akan dipengerusikan oleh Pengarah Teknikal, Tuan Haji Kamal Kalid dan turut dianggotai oleh Sam Pakiaraj (saringan kecergasan) dan Hisham Jainudin (pemilihan penjaga gawang) selain daripada tiga nama di atas.", "“Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk menyusun semula langkah-langkah penambahbaikan dan pembetulan kaedah-kaedah pengambilan bagi menentukan pemain-pemain sedia ada yang layak dikekalkan untuk musim hadapan dan pengambilan pemain-pemain baru,” ", "“Penggubalan sistem pengujian tahap kecergasan dan kesihatan pemain serta merangka perancangan kesinambungan perbekalan pemain yang lebih berintegriti, telus dan realistik dengan bajet yang diperuntukkan.” kata kenyataan rasmi kelab.", "Sebagai rekod, Zainal dilantik pada Jun lalu bagi menggantikan jurulatih Republik Czech, Tomas Trucha yang berpisah dengan Penang FC.", "Sejak daripada saat itu, Penang yang dibimbing Zainal telah meraih satu kemenangan dan satu seri daripada tujuh perlawanan Liga Super yang dikendalikannya.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325506/", "headline": "\nPutera Nadher Amarhan Ikut Jejak Safee Beraksi Di Indonesia\n", "content": ["Pemain berdarah kacukan Malaysia-Sweden, Junior Eldstal atau turut dikenali sebagai Putera Nadher Amarhan menjadi pemain skuad kebangsaan kedua selepas Safee Sali beraksi dalam kancah bola sepak Indonesia.", "Perkembangan itu hadir setelah Dewa United FC yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia mengucapkan selamat datang kepada Junior menerusi satu video berdurasi 56 saat yang dimuat naik di akaun Instagram dan Twitter rasminya sekitar tengah malam tadi.", "Presiden Dewa United FC, Ardian Satya Negara berkata Junior dibawa masuk kerana barisan kejurulatihannya ingin menambah pemain di posisi pertahanan tengah.", "𝐎𝐮𝐫 𝐍𝐞𝐰 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 🇲🇾", "Selamat Datang @JuniorEldstal 🤝🖤#DUFC#anakdewa#liga1#BEBRAVE pic.twitter.com/0Q2ma86SlG", "— DEWA UNITED FC (@dewaunitedfc_) July 20, 2023", "Tambahan pula, Junior yang memiliki kelebihan fizikal daripada aspek ketinggian iaitu 1.91 meter (m) dilihat  sebagai pilihan yang ideal untuk membarisi barisan pertahanan mereka.", "Difahamkan, Junior juga menjadi pemain terakhir yang mengisi slot pemain asing (import) bagi mengharungi saingan musim 2023-24.", "Sebelum ini, Junior yang berusia 31 tahun kembali semula ke kancah bola sepak Thailand dengan menyertai PT Prachuap sekitar Januari lalu. Sepanjang hampir setengah tahun bersama PT Prachuap, Junior sempat tampil sebanyak empat kali dimana tiga daripadanya merupakan saingan liga manakala satu lagi adalah saingan piala liga.", "Untuk pengetahuan semua, Safee menjadi pemain pertama skuad kebangsaan yang beraksi di dalam kancah bola sepak negara jiran tetangga itu apabila menyertai Pelita Jaya FC pada tahun 2011.", "Penyertaan Safee bersama kelab tersebut dalam kancah Liga Super Indonesia (ISL) bertahan sekitar dua musim sebelum pulang ke Malaysia untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Featured Image: Dewa United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321437/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu No.1 China Tunjuk Pintu Keluar Kepada Juara Dunia\n", "content": ["Gandingan Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi yang merupakan beregu No.1 China menunjukkan pintu keluar buat juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik daripada saingan Terbuka Malaysia 2023.", "Situasi itu terjadi selepas Yu Chen-Xuan Yi berhasil melakar kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik ketika turun beraksi di Pusingan 16 yang berlangsung pada petang tadi di Axiata Arena. ", "Dalam pertarungan tersebut, gandingan dari negara tembok besar yang menduduki ranking keenam dunia itu meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 23-21 dalam tempoh 41 minit permainan di Gelanggang 1.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MD – R16 🇨🇳LIU Yu Chen🏅21 23 🇨🇳OU Xuan Yi🏅 🇲🇾Aaron CHIA10 21 🇲🇾SOH Wooi Yik", "— BWFScore (@BWFScore) January 12, 2023", "Keadaan ini sekaligus menghanguskan peluang Aaron-Wooi Yik untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan sulung Jelajah Dunia BWF pada tahun ini yang bertaraf Super 1000.", "Untuk makluman, ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dialami oleh Aaron-Wooi Yik apabila bertemu Yu Chen-Xuan Yi di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, dua kekalahan sebelum ini terjadi di saingan Terbuka Indonesia dan jelajah Akhir Dunia BWF pada tahun lalu.", "Sementara itu, Yu Chen-Xuan Yu yang merakamkan kemaraan ke peringkat suku akhir akan bertemu beregu India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207158/", "headline": "\nRTM Nafi Miliki Hak Penyiaran Liga Belgium, Jupiler Pro League\n", "content": ["Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan pihak mereka telah mendapatkan hak penyiaran Liga Belgium atau dikenali sebagai Jupiler Pro League. ", "Terdahulu, sebuah portal melibatkan bisnes sukan berpangkalan di luar negara, Sports Business melaporkan RTM menjadi pemegang hak penyiaran Liga Belgium bagi pasaran di negara ini.", "Ia sekaligus mengundang reaksi yang pelbagai khususnya dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia.", "Bagaimanapun, pihak RTM menafikan laporan tersebut serta mengklasifikasikannya sebagai berita tidak sahih menerusi satu makluman di akaun media sosial rasmi mereka, pada pagi tadi.", "“Isu berbangkit berkaitan Jupiler Pro League ini adalah tidak benar kerana pihak RTM tiada hak siaran seperti yang dikemukakan pihak tuan. Mohon kerjasama untuk tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.” demikian kenyataan RTM.", "Selamat sejahtera. Isu berbangkit berkaitan Jupiler Pro League ini adalah tidak benar kerana pihak RTM tiada hak siaran seperti yang dikemukakan pihak tuan. Mohon kerjasama untuk tidak menyebarkan berita yang tidak sahih. Sekian, terima kasih. https://t.co/8fEEqAoQZK"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218600/", "headline": "\nElak Beri Sepakan Percuma Kepada Sabah\n", "content": ["Kekuatan Sabah FC dalam situasi bola mati perlu diberikan penekanan utama jika PJ City FC mampu menamatkan penantian kemarau kemenangan selepas lapan perlawanan.", "Pemain tengah PJ City FC, Shivan Pillay Asokan, berkata mereka perlu elak memberikan sepakan percuma di kawasan berbahaya bagi mengurangkan risiko dihukum Sabah menjelang aksi kedua-dua pasukan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, pada Selasa.", "Tambahnya, pemain-pemain Sabah seperti Baddrol Bakhtiar dan Park Tae-su antara watak yang berikan perbezaan kepada pasukan.", " “Berdepan Sabah, kita kena segera cari semula sentuhan kemenangan apabila  terlepas peluang semasa berdepan dengan Melaka.", "“Namun Sabah sememangnya diketahui berada di tahap terbaik dan mereka antara pasukan yang sangat berbahaya pada situasi bola mati.", "“Di PJ City, kami telah lakukan kerja rumah dalam meneliti kekuatan yang dimiliki Sabah semasa situasi bola mati dan harap boleh membantu pada perlawanan sebenar.", "“Baddrol dan Park, dua pemain yang sentiasa berbahaya apabila mereka mendapat sepakan percuma atau sepakan penjuru, jadi kami kena sentiasa fokus,” katanya.", "Kali terakhir PJ City meraih kemenangan di Liga Super ialah pada 6 April lalu iaitu semasa menewaskan Terengganu 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.", "Selepas itu, PJ City sekadar meraih lima keputusan seri dan tiga kekalahan dalam lapan perlawanan terakhir Liga Super.", "Dalam pada itu, Shivan menjelaskan dia sangat gembira kerana secara konsisten mula diberi kepercayaan berada dalam kesebelasan utama.", "Biarpun hatinya sedikit berat untuk tinggalkan Selangor selepas dua musim di sana,  dia akui peluang diberikan PJ City sebagai sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.", "“Tiada istilah menyesal apabila memilih tinggalkan Selangor biarpun mereka ada reputasi lebih besar namun saya melihat kekerapan peluang untuk bermain  di Liga Super sebagai perkara utama.", "“Kini secara perlahan-lahan saya sudah berjaya raih tempat dalam kesebelasan utama malah dapat bermain di posisi kegemaran iaitu selaku pemain tengah.", "“Selain itu, di sini saya tetap boleh belajar dari pemain-pemain pengalaman seperti K.Gurusamy, Mahali Jasuli dan Khyril Muhymeen.", "“Malah, saya menjadikan Darren Lok dan Kalamullah Al-Hafiz sebagai inspirasi iaitu jika boleh konsisten dalam tiap perlawanan maka tidak mustahil bagi mendapat panggilan skuad negara, ” katanya.", "Setakat ini, Shivan yang berusia 22 tahun telah diturunkan dalam sembilan perlawanan dengan enam daripadanya bermula dari kesebelasan utama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110263/", "headline": "\n7 Pemain Boleh Merebut Posisi Bek Kanan Skuad Harimau Malaya\n", "content": ["Posisi bek kanan dalam skuad kebangsaan tidak akan berhadapan dengan masalah ketandusan pemain buat masa ini. Lebih-lebih lagi setelah berita tidak rasmi mengenai penyertaan pemain kacukan Belgium-Malaysia, Dion Cools bersama skuad Harimau Malaya tersebar sekitar tengah malam tadi.", "Kemasukan pertahanan berusia 24 tahun ini menjadikan Malaysia memiliki sekurang-kurangnya tujuh pertahanan kanan yang boleh dipanggil pada bila-bila masa oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk menyarung jersi Harimau Malaya.", "Pada ketika ini, Cheng Hoe sudah membawa 3 bek kanan dalam kem latihan skuad kebangsaan yang akan mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.", "Situasi ‘lambakan’ bek kanan yang terjadi ke atas Malaysia menghampiri apa yang terjadi kepada skuad kebangsaan England atau lebih dikenali sebagai The Three Lions. Bagaimanapun, situasi di England lebih ‘parah’ kerana pemain pertahanan kanan yang layak dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan boleh membentuk kesebelasan utama.", "Pada selasa yang lalu, ketua jurulatih England, Gareth Southgate telah mengumumkan senarai sementara melibatkan 33 pemain yang akan menyertai skuad kebangsaan. Di posisi pertahanan kanan, jurulatih berusia 50 tahun itu menyeraikan empat pemain iaitu Alexander-Arnold (Liverpool), Reece James (Chelsea), Kieran Trippier (Atletico Madrid) dan Kyle Walker (Manchester City).", "Bagaimana pula dengan ‘squad depth’ bek kanan Harimau Malaya? Berikut adalah tujuh pemain yang layak untuk merebut posisi pertahanan kanan skuad kebangsaan Malaysia: ", "Tarikh Lahir: 12 Februari 2001", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Malaysia B-19 (Piala AFF B-18, Kelayakan Kejuaraan AFC B-19)", "Pemain muda kelahiran Pulau Pinang ini mula mencuri tumpuan ketika beraksi dalam saingan Piala AFF B-18 di Vietnam pada tahun 2019. Dia kemudiannya dipanggil untuk memperkuatkan skuad kendalian Brad Maloney dalam saingan kelayakan Kejuaraan AFC B-19. Menjadi tunjang utama di posisi fullback dan wing-back kanan dalam kedua-dua saingan dan kini menjadi taruhan utama skuad senior Terengganu FC.", "Kelab: Penang FC (dipinjamkan oleh Selangor FC)", "Tarikh Lahir: 20 November 1999", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Malaysia B-22 (Sukan SEA 2019)", "Merupakan pemain kelahiran Australia tetapi ibu bapanya merupakan orang Malaysia. Pada tahun 2019, Quentin disenaraikan oleh Datuk Ong Kim Swee untuk mewakili skuad Harimau Muda bersaing dalam temasya Sukan SEA 2019. Mampu beraksi sebagai fullback dan wing-back, Quentin adalah tonggak utama Penang dalam saingan Liga Super 2021.", "Tarikh Lahir: 23 Julai 1993", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Skuad Senior Malaysia", "Pemain produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini cukup setia bersama pasukan Perak sejak tahun 2012 lagi. Bersama skuad The Bos Gaurus, Amirul telah membantu pasukannya meraih naib juara Liga Super dan menjuarai Piala Malaysia 2018. Pernah beraksi di kelayakan Liga Juara-Juara AFC dan sebahagian daripada skuad Piala AFF Suzuki 2018.", "Tarikh Lahir: 5 Februari 1998", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Malaysia B-19, Malaysia B-23 dan Skuad Senior Malaysia ", "Nama yang tidak asing lagi di posisi pertahanan kanan skuad Harimau Malaya. Anak jati kelahiran negeri Selangor ini mula mencuri tumpuan ketika saingan Piala AFF Suzuki 2018 dan pastinya ramai tidak dapat melupakan, jaringan jarak jauhnya ketika bertemu Thailand di Stadium Rajamangala membantu Malaysia mara ke pentas final pada edisi tersebut.", "Kelab: Kedah Darul Aman FC", "Tarikh Lahir: 1 Oktober 1992", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Skuad Senior Malaysia", "Pemain yang tidak cukup asing lagi bersama skuad berpangkalan di utara tanah air iaitu Kedah. Terkenal dengan ‘kekerasannya’ ketika bertahan, Rizal telah membantu pasukannya mengecapi kejuaraan Liga Premier 2015, Piala FA 2017 & 2019, Piala Malaysia 2016 dan Piala Sumbangsih 2017.", "Tarikh Lahir: 7 Februari 1995", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Australia B-19, Malaysia B-23 dan Skuad Senior Malaysia", "Pemain kacukan Australia-Malaysia, Matt Davies mula berkelana di Malaysia dengan menyertai Pahang pada tahun 2015. Sejak daripada itu, dia juga sering dipanggil untuk mewakili skuad Harimau Muda. Akhir-akhir ini, Matt menjadi antara calon utama untuk mengisi posisi bek kanan Harimau Malaya.", "Tarikh Lahir: 4 Jun 1996", "Pengalaman di Pentas Antarabangsa: Belgium B-18, Belgium B-19 dan Belgium B-21", "Penambahan terbaharu dalam skuad kebangsaan Harimau Malaya. Dia dikhabarkan bakal melakukan debut bersama pasukan Malaysia pada jun ini. Kehadirannya untuk membantu Malaysia melepasi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand. Sebelum ini, Cools merupakan pemain skuad kebangsaan Belgium peringkat bawah umur."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217508/", "headline": "\nSukan SEA: Tang Jie-Yen Wei Rangkul Emas, Pang Ron-Yee See Bawa Pulang Perak\n", "content": ["Pertembungan dua pasangan negara pada perlawanan akhir dalam acara badminton individu bagi kategori beregu campuran di temasya Sukan SEA 2021 dimenangi oleh Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei.", "Beregu yang menghuni ranking ke-29 itu membawa pulang kilauan pingat emas setelah berjaya menumpaskan Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See yang menghuni tangga ke-23 dunia menerusi tiga set permainan.", "*GOLD! Tang Jie-Yen Wei ends the country’s 23-year wait for the elusive mixed doubles gold by overcoming teammates, Pang Ron-Yee See in an all-Malaysian finals. Tahniah! Anda kebanggaan kita semua🥇🥈🇲🇾", "— BAM (@BA_Malaysia) May 22, 2022", "Mereka terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 15-21 kepada Pang Ron-Yee See. Namun, Tang Jie-Yen Wei berhasil bangkit di set kedua dengan skor 19-21 bagi membolehkan pertarungan ini dibawa ke “rubber set” atau set penentuan. ", "Di set ketiga itu, gandingan Tang Jie dan Yen Wei sekali lagi berhasil memenanginya dengan skor 13-21 sekaligus mengesahkan kilauan pingat emas temasya dwitahun edisi kali ini menjadi milik mereka. Sementara itu, Pang Ron-Yee See pula membawa pulang pingat perak.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan kedua melibatkan kedua-dua beregu campuran ini di pentas antarabangsa. Untuk pengetahuan semua, pertemuan pertama antara mereka turut dimenangi oleh Tang Jie-Yen Wei."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219819/", "headline": "\nRanking BWF: Lee Zii Jia Muncul Tiga Pemain Terbaik Dunia\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berada dalam kelompok tiga pemain terbaik dunia pada ketika ini selepas Viktor Axelsen dan Anders Antonsen.", "Pemain kelahiran Alor Setar yang berusia 24 tahun ini berada dalam kelompok tersebut selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini rankingnya, pada hari ini.", "Zii Jia melompat kedudukan ketiga dalam ranking dunia selepas pemain No.2 dunia, Kento Momota jatuh ke kedudukan kelima pada hari ini. Dengan kejatuhan tersebut, Antonsen, Zii Jia dan Chou Tien Chen berhasil meningkat satu kedudukan masing-masing, pada minggu ini.", "Untuk makluman semua, ini merupakan ranking tertinggi pernah digapai oleh Zii Jia sejak berkecimpung dalam sukan badminton.", "Sebagai perbandingan, Zii Jia yang menghuni tangga ketiga kini mengumpul 91,578 mata. Manakala Antonsen pula mempunyai 92,700 mata. Kedua-dua pemain ini hanya dibezakan dengan 1122 mata sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217435/", "headline": "\nSukan SEA: Thailand Singkir Pemenang Pingat Perak Edisi Lalu Untuk Ke Final\n", "content": ["Skuad Thailand bawah 23 tahun (B-23) kembali ke pentas final Sukan SEA buat pertama kali selepas lima tahun setelah menumpaskan Indonesia B-23 di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Thailand yang mendapat sentuhan ketua jurulatih skuad seniornya, Alexandre ‘Mano’ Polking mara selepas memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 ke atas pemenang pingat perak temasya edisi 2019.", "Bagaimanapun, kemaraan Thailand itu tidak diberikan laluan mudah oleh Indonesia yang turut dibimbing oleh jurulatih skuad senior, Shin Tae-yong.", "ช้างศึกทำได้! ผ่านเข้ารอบชิงชนะเลิศซีเกมส์ 2021 🤙🏻#ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #ช้างศึกU23 #ทีมชาติไทยU23 #SEAGames31 #SEAGames2021 #SEAGames #ซีเกมส์ pic.twitter.com/FFWNBHHeBr", "— Changsuek (@Changsuek_TH) May 19, 2022", "Kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat tanpa jaringan selepas beraksi selama 90 minit di Stadium Thien Truong. Ekoran itu, perlawanan terpaksa dilanjutkan menjadi 120 minit permainan.", "Dalam masa tambahan itulah, Thailand dapat menghadirkan jaringan tunggalnya menerusi pemain tengah, Weerathep Pomphan pada minit ke-95 sekaligus meletakkan pasukannya mendahului. Indonesia ternyata tiada jawapan balas terhadap jaringan tersebut dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat waktu permainan.", "Thailand sedang menantikan samada tuan rumah merangkap juara bertahan, Vietnam atau Malaysia yang akan layak ke pentas final untuk berentap dengannya pada 22 Mei di Stadium Nasional My Dinh kelak bagi merebut kilauan pingat emas temasya dwitahunan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111562/", "headline": "\nRanking BWF: Aaron-Wooi Yik Naik Satu Anak Tangga, Zii Jia Kekal No.8 Dunia\n", "content": ["Kejayaan pasangan regu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 membolehkan mereka memperbaiki kedudukan ranking dunia.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selasa lalu, regu negara yang menghuni tangga kesembilan naik satu anak tangga dan kini menghuni kedudukan kelapan dunia.", "Kecemerlangan mereka menumpaskan dua regu terbaik dunia, Marcus Gideon-Kevin Sukamuljo (No.1 dunia) dan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (No.2 dunia) serta regu Korea dan Kanada di peringkat kumpulan telah memberikan mereka tambahan 10,100 mata.", "Sementara itu, jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang terkandas di peringkat suku akhir kepada juara bertahan, Chen Long meraih 5,200 mata tambahan namun kekal menghuni tangga kelapan dunia.", "Menariknya, pemain badminton perseorangan wanita, Soniia Cheah yang sekadar menamatkan saingan temasya Olimpik di peringkat kumpulan turut mencatatkan peningkatan ranking – menduduki No.34 dunia pada masa kini.", "Bagi pasangan regu wanita, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean pula kekal berada di tangga ke-11 dunia. Bagaimanapun, pasangan regu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pula turun satu anak tangga dan kini berada di kedudukan kelapan dunia. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220551/", "headline": "\nPiala Dunia: Naib Juara Edisi Lalu Hanya Kekalkan 8 Muka Lama\n", "content": ["Naib juara Piala Dunia 2018, Croatia menjadi pasukan terbaru mengumumkan senarai 26 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatihnya, Zlatko Dalic bagi menghadapi saingan Piala Dunia Qatar 2022.", "Berdasarkan daripada senarai yang dikongsikan di pelbagai laman sosialnya sebentar tadi, skuad berjulukan Vatreni ini mengekalkan lapan pemain yang pernah bersama skuad Piala Dunia di Rusia, empat tahun lalu.", "Lapan pemain tersebut termasuk pemenang Anugerah Bola Emas, Luka Modric serta tujuh lagi pemain seperti Dominik Livakovic (penjaga gol), Domagoj Vida, Dejan Lovren (pertahanan), Mateo Kovacic, Marcelo Brozovic (pemain tengah), Ivan Perisic dan Andrej Kramaric (penyerang).", "Manakala pemain-pemain selebihnya merupakan muka baharu yang beraksi di pelbagai kelab di sekitar benua eropah termasuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), La Liga, Bundesliga, Serie A, Ligue 1 dan lain-lain lagi.", "Untuk kejohanan kali ini, Croatia telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama Belgium, Maghribi dan Kanada. Skuad dari rantau utara afrika akan menjadi lawan sulung mereka pada 23 November kelak.", "Featured Image: Facebook Hrvatski nogometni savez"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323115/", "headline": "\nMalaysia Masters 2023: Hadiah Terkumpul Meningkat Sebanyak AS$60,000\n", "content": ["Saingan Perodua Malaysia Masters 2023 yang akan bermula 23 Mei kelak menyaksikan hadiah terkumpul berupa wang tunai meningkat sebanyak AS$60,000 berbading edisi tahun lalu.", "Pada edisi ini, saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 yang akan berlangsung di Axiata Arena itu menawarkan hadiah terkumpul berjumlah AS$420,000.", "Daripada jumlah terbabit, pemain yang muncul juara bagi kategori perseorangan akan meraih AS$31,500 dan kategori beregu pula akan membawa pulang AS$33,180 sepertimana menurut Statut BWF 5.3.5.", "Sebagai rekod, kejohanan edisi lalu menyaksikan wang terkumpul sebanyak AS$360,000 ditawarkan.", "Perseorangan Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo serta jaguh perseorangan wanita Kore, An Se Young muncul sebagai pemenang dan membawa pulang AS$ 27,000 masing-maaing.", "Sementara itu, gandingan Fajar Alfian-Rian Ardianto, Chen Qin Chen-Jia Yi Fa serta Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong yang muncul juara dalam kategori masing-masing membawa pulang AS$28,440.", "Featured Image: Badminton Association of Malayaia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112912/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Laos Terawal Senarai 23 Pemain Akhir, 2 Daripadanya Berusia 16 Tahun\n", "content": ["Pasukan Laos menjadi yang terawal menyenaraikan 23 pemain untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Malaysia, Thailand & Mongolia dalam Kumpulan J, hujung Oktober ini.", "Perkembangan mengenai pasukan yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Singapura, V. Selavaraj ini dimaklumkan sendiri oleh Persekutuan Bola Sepak Laos (LFF) menerusi platform media sosialnya.", "Berdasarkan pemerhatian, skuad Laos itu terdiri daripada 3 penjaga gol, 7 pertahanan, 10 pemain tengah dan 3 penyerang. Menariknya, Laos mempertaruhkan seramai lapan pemain remaja – berusia 18 tahun dan ke bawah – dimana dua daripadanya berumur 16 tahun.", "Manakala jika dilihatkan kepada latar belakang pasukan di peringkat kelab, kesemua pemain yang disenaraikan itu merupakan pemain yang beraksi di liga negaranya sendiri.", "Sebagai makluman tambahan, majoriti pemain yang disenaraikan ini merupakan sebahagian daripada skuad yang beraksi di pentas Kejohanan AFF B-18 di Vietnam pada tahun 2019 yang lalu.", "Untuk perbandingan, Thailand baru sahaja menyenaraikan 28 pemain awal. Sementara itu, skuad kebangsaan kendalian Brad Maloney pula masih diperingkat latihan pusat bersama 25 pemain dan hanya akan mengumumkan senarai akhir sekitar 20hb nanti.", "Berikut adalah senarai penuh 23 pemain yang akan dibawa oleh Laos untuk terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia:", "Solasak Thivalong – Young Elephants (17 Tahun)", "Keo Oudone – Lao Army (21 Tahun)", "Chanthavusay -Ezra FC (17 Tahun)", "Kittisak Phomvongsa – Young Elephants (22 Tahun)", "Anantaza Siphongphan – Ezra FC (16 Tahun)", "Phottahavong Sangvilay – Ezra FC (16 Tahun)", "Nalongsith Chanthalangsy – Viengchanh FC (19 Tahun)", "Xayasith Singsavang – Viengchanh FC (20 Tahun)", "Xayyasith Koulabsavanh – Muanghat United (20 Tahun)", "Xeedee Pomsavanh – Lao Army FC (19 Tahun)", "Phathana Phommathep – Ezra FC (22 Tahun)", "Phouttahalak Thongsanith – Ezra FC (18 Tahun)", "Anousone Xaypanya – Ezra FC (18 Tahun)", "Thanouthong Kietnalonglop – Young Elephants ( 20 Tahun)", "Kydavone Souvanny – Young Elephants (21 Tahun)", "Bounphachan – Quest United (20 Tahun)", "Alounnay Lounlasi – FC Chanthabouly (18 Tahun)", "Kiengthavesak – FC Chanthabouly (22 Tahun)", "Kouaycheng – Lao Army (20 Tahun)", "Bounmy Pinkeo – Garuda FC (19 Tahun)", "Chony Wenpaserth – Ezra FC (18 Tahun)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218320/", "headline": "\nKejuaraan AFF Wanita: Malayan Tigress Catat Keputusan Seri 1-1 Menentang Indonesia\n", "content": ["Satu lagi keputusan seri diraih oleh skuad wanita senior kebangsaan dalam saingan peringkat Kumpulan A, Kejuaraan AFF Wanita 2022.", "Skuad negara yang berjulukan Malayan Tigress ini meraih keputusan 1-1 ketika menentang Indonesia dalam perlawanan kedua yang berlangsung pada malam tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat seri tanpa jaringan selepas tamat babak pertama.", "Kejuaraan Wanita AFF 2022 | Rabu, 6 Julai 2022", "INDONESIA 🇮🇩 1-1 🇲🇾 MALAYSIA", "⚽ Sheva Imut Furyzcha 74'⚽️ Steffi Sarge Kaur 90'+2'#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #AFFWomen2022 pic.twitter.com/DmoOI68yCj", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 6, 2022", "Namun begitu, kedudukan mula berubah pada babak kedua apabila Indonesia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Sheva Imut Furyzcha pada minit 74’ sekaligus mendahului 1-0.", "Malayan Tigress memastikan sekurang-kurangnya satu mata dapat dipungut daripada perlawanan ini apabila Steffi Kaur berhasil menjaringkan gol penyamaan di penghujung permainan, minit 90+2’.", "Untuk makluman, ini merupakan keputusan seri kedua berturut-turut direkodkan skuad kendalian Jacob Joseph selepas seri tanpa sebarang jaringan menentang Singapura, 4 Julai lalu.", "Sebagai tambahan, selepas mengharungi dua perlawanan, Malayan Tigress kini menduduki tangga ketiga dalam saingan Kumpulan A di bawah Filipina dan Thailand.", "Perlawanan berikutnya, skuad negara akan berhadapan Filipina pada hari esok (8 Julai).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112136/", "headline": "\nRashid Sidek Akan Terus Melatih Liek Hou Sehingga Paralimpik 2024\n", "content": ["Bekas jaguh badminton negara, Datuk Abdul Rashid Sidek akan terus menjadi jurulatih kepada pemenang pingat emas temasya paralimpik, Cheah Liek Hou sehingga ke temasya berikutnya, Sukan Paralimpik Paris 2024.", "Walaupun telah memenangi pingat emas, anak didiknya yang beraksi dalam acara badminton perseorangan lelaki kategori SU5 itu belum merasa puas. ", "Atlet berusia 33 tahun tersebut berkeyakinan tinggi dapat beraksi di temasya berikutnya lebih-lebih lagi ia akan dilangsungkan dalam tempoh tiga tahun sahaja lagi.", "Baca: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia", "Sebagai rekod, Rashid yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 mula menjadi jurulatih kepada Liek Hou pada penghujung tahun 2019.", "“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara (MSN) kerana membantu kami membuat persiapan untuk Paralimpik Tokyo.", "“Sejak dari mula lagi saya telah mengetahui bahawa Liek Hou merupakan prospek pingat emas.", "“Dia merupakan seorang atlet yang sangat berdedikasi, dan jika kita lihat kepada catatan rekodnya sejak dua tahun lalu, ia sangat hebat.", "“Saya akan terus melatih Liek Hou bersama-sama atlet normal untuk mengekalkan tahap di peringkat yang tertinggi,” kata Rashid seperti dipetik daripada New Straits Times.", "Baca: ‘Dalam Rezeki Saya, Ada Juga Rezeki Orang Lain’ – Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Emas Paralimpik", "Sementara itu, Rashid akan mempersiapkan Liek Hou untuk terbang ke Tokyo sekali lagi bagi mengambil bahagian dalam Kejohanan Dunia Badminton Para 2021.", "Kejohanan ini akan berlangsung bermula 25 hingga 31 Oktober kelak.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218454/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Soon Huat-Shevon Ke Separuh Akhir, Singkir Beregu No.7 Dunia Buat Pertama Kali \n", "content": ["Tiket ke peringkat separuh akhir Terbuka Singapura berjaya ditempah oleh beregu campuran bebas (indpendent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-15 dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan beregu No.7 dunia dari Hong Kong, Tang Chun Man dan Tse Ying Suet di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Soon Huat-Shevon merekodkan kemenangan dengan skor 22-20, 16-21 dan 21-18 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "Singapore Open 2022XD – Quarter final 🇲🇾Soon Huat GOH🏅22 16 21 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅20 21 18 🇭🇰Chun Man TANG 🇭🇰Ying Suet TSE", "🕗 in 54 minutes https://t.co/OIQfozIEWk", "— BWFScore (@BWFScore) July 15, 2022", "Untuk makluman semua, ini juga merupakan kemenangan sulung diraih oleh Soon Huat-Shevon ke atas Chun Man-Ying Suet di pentas antarabangsa.", "Sebagai rekod, Soo Huat-Shevon pernah bertemu lawan yang sama sebanyak lima kali sebelum ini namun tumpas dalam kelima-lima perlawanan tersebut.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir, Soon Huat-Shevon akan bertemu beregu Thailand, Dechapol Puavanukroh dan Sapsiree Taerattanachai merangkap beregu No.2 dunia, esok.", "Pasangan Thailand ini mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pasangan negara, Chen Tang Jie dan Valeree Siow secara “straight set” dengan skor 21-10 dan 22-20 dalam tempoh 36 minit.", "Featured Image: Victor Official Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112733/", "headline": "\nRanking BWF: Pemain Muda Raih Peningkatan Selepas Mara Separuh Akhir Piala Sudirman\n", "content": ["Kedudukan beberapa pemain badminton muda negara yang menyertai kejohanan Piala Sudirman mencatatkan peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas pasukan Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir.", "Menerusi kemaskini ranking oleh BWF pada hari ini, beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencatatkan peningkatan tertinggi dengan melompat sebanyak 49 anak tangga dan berhasil menduduki tempat ke-124 dunia pada masa ini.", "Mereka diturunkan sebanyak sekali ketika menentang Mesir pada peringkat kumpulan dalam kejohanan Piala Sudirman tempoh hari. Pemain yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini mudah menumpaskan pihak lawan secara ‘straight set’ 21-7 dan 21-6.", "Beralih kepada pemain perseorangan wanita, Eoon Qi Xuan pula dilihat meraih peningkatan kedua tertinggi dalam kalangan pemain Malaysia iaitu sebanyak 11 anak tangga dan kini menghuni kedudukan ke-123 dunia.", "Di kejohanan yang sama baru-baru ini, Eoon yang berusia 20 tahun diturunkan ketika menentang wakil Mesir, Doha Hany secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-5 dan 21-7.", "Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun pula merekodkan peningkatan sebanyak 10 anak tangga sekaligus membolehkannya menghuni tangga ke-82 dunia. Tze Yong diturunkan sekali ketika menentang Mesir dan mengalahkan lawannya, 21-8 dan 21-2.", "Sementara itu, beregu wanita negara iaitu Pearly Tan-Thinaah Muralitharan serta Teoh Mei Xing-Yap Ling merekodkan kenaikan satu dan dua anak tangga masing-masing. Pasangan Pearly-Thinaah kini menghuni tangga ke-18 dunia manakala pasangan Mei Xing-Yap Ling pula berada di tempat ke-68 dunia.", "Tidak dilupakan, pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang beraksi cemerlang mengejutkan regu nombor 4 dunia dari Indonesia, Praveen Jordan-Melati Oktavianti turut meningkat kedudukan mereka sebanyak dua anak tangga menjadikan mereka menghuni tempat ke-25 dunia.", "Sebagai tambahan, tiada sebarang perubahan ranking terhadap pemain-pemain seperti Lee Zii Jia (perseorangan lelaki, No.8), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki, No.8) dan Kisona Selvaduray (perseorangan wanita, No.53).", "Untuk makluman semua, pemain-pemain badminton seluruh dunia dapat memperbaiki ranking masing-masing sekiranya mereka mara lebih jauh dalam setiap kejohanan yang disertai. Namun, ianya turut bergantung kepada gred setiap kejohanan yang mereka sertai.", "Dalam masa tiga hari lagi, nama-nama di atas serta beberapa pemain badminton negara yang lain bakal menyertai kejohanan berpasukan lelaki dan wanita iaitu Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia / Badminton Photo"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207458/", "headline": "\nGuna Nama Boboi FC Pun Tak Apa, Yang Penting Profesional\n", "content": ["Nama sesebuah pasukan atau kelab bola sepak sepatutnya tidak menjadi polemik besar dalam kalangan penyokong di negara ini.", "Menurut bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail, beliau berpandangan penerapan gaya pengurusan yang profesional jauh lebih penting untuk diberikan perhatian berbanding nama pasukan.", "Pada masa yang sama, beliau kesal dengan peminat yang mengkritik serba-serbi pembaharuan yang dibuat sekaligus menghalang kemajuan sukan bola sepak di Malaysia.", "Nama pasukan bukan perkara paling penting dalam mencipta kejayaan buat sesebuah pasukan bola sepak #BHsukanhttps://t.co/9mkOpKrson", "“Jangan fikir nama (pasukan) itu Hanelang ke, Boboi FC ke, yang penting sekarang ini kita sudah mula bergerak ke satu langkah yang mana semua pasukan mesti diswastakan.", "“Jadi bila swasta, banyak rintangan perlu dilalui dan kita kena bagi sokongan. ", "“Jangan kecam, ini nama (pasukan) pun sudah kutuk, bagaimana bola sepak kita nak terus maju.” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Sepanjang minggu ini, kecoh apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan akan menggunakan nama Darulaman FC sebagai nama baharu pasukan setelah melengkapkan proses penswastaan.", "Sementara itu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dilaporkan akan menggunapakai nama Sri Pahang FC untuk saingan Liga Malaysia musim depan.", "Tidak cukup dengan dua makluman tersebut, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pada hari ini, mengejutkan peminat dan penyokongnya menukar nama kepada Bos Gaurus FC.", "Kesemuanya mendapat kritikan dan kecaman oleh majoriti penyokong pasukan masing-masing di media sosial kerana tidak menitikberatkan nama tradisi yang digunapakai sejak sekian lama.", "“Peminat tahu membantah sahaja, mereka tak tahu apa rasionalnya. Kadang-kadang apa yang dibuat oleh pengurusan bersebab, bukan suka-suka.", "“Nama tak penting, macam Pahang nak letak Tok Gajah FC ke apa, tak penting kerana apa yang penting sekali adalah pengurusan yang profesional,” tambah Datuk Jamal lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113027/", "headline": "\nMSBK 2021: Bekas Pelumba Moto2 Silih Berganti Naiki Podium Litar Antarabangsa Sepang\n", "content": ["Bukan menjadi masalah buat bekas pelumba-pelumba Kejuaraan Dunia Moto2 untuk menampilkan tunggangan yang cemerlang sekaligus menjuarai perlumbaan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021.", "Kasma Daniel, Md Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman yang merupakan bekas pelumba Moto2 silih berganti muncul selaku juara dalam perlumbaan kategori 1000cc yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lalu.", "Kasma muncul juara pada perlumbaan pertama yang berlangsung pada hari Sabtu. Manakala Zaqhwan dan Azlan pula menduduki tempat pertama podium pada perlumbaan kedua dan ketiga masing-masing.", "Sementara itu, bagi perlumbaan kategori 600cc, Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai SuperKIP yang kembali daripada persaraannya turut menamatkan perlumbaan selaku juara pada perlumbaan pertama. ", "Bekas pelumba Moto3 bersama Sprinta Racing Team ini turut menaik podium sekali lagi apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada perlumbaan kedua.", "Bakal pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau Damok pula menamatkan perlumbaan dengan konsisten dalam kelompok tiga terbaik sekaligus membolehkannya menaiki podium dalam tiga perlumbaan.", "Akhir sekali, saingan kelas 250cc pula menyaksikan Md. Izam Ikmal daripada Boon Siew Honda Racing Team cemerlang menamatkan perlumbaan selaku juara dalam ketiga-tiga perlumbaan.", "Bagi yang ingin menonton highlights perlumbaan, anda boleh ke Facebook Malaysia Superbike Championship. ", "Featured Image: Malaysia Superbike Championship"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321830/", "headline": "\nTerengganu Pinjam Matdon Selama Setahun, Beri Jersi No.80\n", "content": ["Khidmat pemain naturalisasi skuad kebangsaan, Liridon Krasniqi atau terkenal dengan nama panggilan Matdon dibidik oleh naib juara Liga Super dan Piala FA musim lalu iaitu Terengganu FC.", "Karier pemain tengah berusia 31 tahun itu diteruskan bersama kelab berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air apabila Terengganu mengikatnya dengan kontrak pinjaman selama setahun daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Selamat Datang Liridon Krasniqi! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/VqivcN5K1S", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) February 12, 2023", "Perkembangan dan pengesahan tersebut hadir menerusi satu makluman menerusi laman sesawang rasmi kelab, pada hari ini.", "Pada masa yang sama, pemain tengah terbabit bakal menyerikan skuad bimbingan Tomislav Steinbruckner dengan jersi bernombor 80 bagi mengharungi saingan domestik yang terdiri daripada Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia serta kancah antarabangsa, Piala AFC.", "Sebagai rekod, kelab terakhir disertai Liridon sebelum menyertai Terengganu ialah Khon Kaen United yang beraksi dalam kancah Liga Thailand.", "Sebelum itu, pemain berasal dari Kosovo berkelana di Liga India dan Liga Australia dengan menyertai Odisha FC dan Newscastle Jets masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219446/", "headline": "\nBergson da Silva Mungkin Lakukan Debut Bersama JDT Sabtu Ini\n", "content": ["Penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva mungkin membuat penampilan pertama bersama pasukan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika perlawanan menentang UiTM FC, sabtu ini.", "Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora nemandangkan penyerang yang baru ditandatangani oleh JDT daripada kelab Serie A Brazil, Fortaleza tamat tempoh kuarantin, hari ini.", "Untuk makluman, khidmat Bergson telah diikat secara pinjaman dengan pilihan untuk mendapatkannya secara tetap dan diumumkan secara rasmi oleh JDT menerusi satu makluman oleh Pengarah Sukan, Martin Prest pada awal mac lalu. ", "Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Mexico ini akan menguji tahap kecergasan dan kesediaannya apabila menyertai sesi latihan bersama pasukan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menggunakan khidmatnya atau tidak.", "“Dia (Bergson) akan selesai menjalani tempoh kuarantin pada esok (hari ini), dan saya akan menilai terlebih dahulu tahap kesediaannya untuk bermain, jika semuanya baik, Sabtu ini dia akan bermain, ” kata Benjamin Mora dalam sidang media selepas perlawanan menentang Penang FC, malam tadi.", "Sementara itu, Mora tetap memuji aksi yang ditampilkan oleh penyerang yang dipinjam daripada pasukan simpanan, JDT II iaitu Fernando Rodriguez dalam aksi yang ditampilkan ketika menentang Kedah Darul Aman dan Penang FC.", "“Fernando merupakan pemain No. 9 yang bekerja keras, saya boleh harapkannya untuk memberikan tekanan, mungkin dia bukan seorang pemain yang berskil untuk membawa bola melakukan ‘turn’ dan menggelecek, tetapi dia melakukan tugasnya,” jelasnya.", "Dalam perlawanan menentang skuad bimbingan Tomas Trucha di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi, penyerang kelahiran Sepanyol ini telah menjaringkan satu gol pada minit ke-85 sekaligus memberikan kemenangan 2-0 kepada JDT.", "Satu lagi jaringan disumbangkan oleh Leandro Velazquez selang empat minit sebelum menerusi sepakan penalti yang menewaskan penjaga gol, Samuel Sommerville dengan mudah.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207561/", "headline": "\nKFA Mahu Pujuk Sanusi Supaya Batal Hasrat Letak Jawatan\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berhasrat untuk ‘memujuk’ presidennya, YAB Muhammad Sanusi Md Noor agar membatalkan hasratnya untuk meletak jawatan pada 15 oktober ini.", "Menurut naib presiden KFA, Khamal Idris Ali berkata pada waktu ini bola sepak negeri tersebut amat memerlukan sokongan daripada Sanusi yang juga merangkap Menteri Besar Kedah.", "“Kita faham beliau berdepan tanggungjawab berat selaku Menteri Besar apatah lagi dengan penularan (pandemik) Covid-19 yang tinggi di Kedah berbanding negeri-negeri lain.", "“Namun, untuk berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa ini, kita amat memerlukan sokongan beliau sebagai presiden. ", "“Insya Allah perkara tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pada 11 Oktober depan,” katanya seperti dilaporkan oleh Kosmo.", "Dalam satu sidang media yang diadakan rabu lalu, Sanusi mengumumkan telah menghantar surat untuk meletakkan jawatannya selaku Presiden KFA berkuat kuasa pada 15 oktober kelak.", "Tarikh itu dipilih setelah yakin bahawa segala permasalahan di KFA terutamanya melibatkan hutang piutang berjumlah sehingga RM14 juta akan dilangsaikan.", "Pada masa yang sama, beliau turut menafikan tindakan untuk meletakkan jawatan itu disebabkan oleh ‘merajuk’ dengan kecaman hebat oleh para penyokong Kedah. ", "Majoriti penyokong mengecamnya kerana tidak bersetuju dengan pemilihan nama ‘Darulaman FC’ dan logo baharu setelah menjalani proses penswastaan kelab sepertimana dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Featured Image: Urus Setia Penerangan Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220374/", "headline": "\nPresiden KLFA: Naturalisasi Pemain-Pemain Harus Diteruskan\n", "content": ["Skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City (KL City) mengakui sedang dalam proses untuk menaturalisasikan dua orang pemain asingnya Romel Morales dan Paulo Josue.", "Mengesahkan perkembangan itu adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad ketika dalam sidang media yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "Isu naturalisasi melibatkan pemain-pemain bola sepak sentiasa menimbulkan debat hangat bukan sahaja dalam kalangan peminat bola sepak bahkan rakyat Malaysia secara amnya. Ada yang menyokong dan tidak kurang yang membangkangnya.", "Namun begitu, Khalid yang juga merupakan mantan Ahli Parlimen Shah Alam melihat ianya perlu diteruskan. Bagi konteks pasukan KL City – dimana KLFA merupakan pemegang sahamnya – ianya perlu agar dapat mengosongkan dua slot pemain asing sekaligus dapat diisi dengan pemain baharu.", "“Kita akan berusaha untuk melakukan naturalisasi bagi Romel (Morales) dan juga Paulo Josue,” ", "“Naturalisasi bagi ahli sukan tidak seharusnya dilihat sebagai kontra kepada naturalisasi yang menjadi isu politik sekarang inilah, iaitu, yang nak dapatkan (kerakyatan) anak (yang lahir di luar negara) bagi wanita rakyat Malaysia,” ", "“Itu isu lain, itu saya sokong pindaan (perlembagaan) selaku mantan Ahli Parlimen Shah Alam untuk (memberi kerakyatan) anak-anak bagi wanita Malaysia,”", "“Tetapi persoalan kepada naturalisasi pemain-pemain sukan juga harus diteruskan,”", "“Jadi, bila kita dapat naturalisasi untuk Romel dan juga Paulo maka kuota untuk foreign players (pemain asing) boleh kita tambah, jadi, betul, kita akan tambah kekuatan team (pasukan) KL City,” katanya dihadapan para pengamal media yang hadir sambil ditemani Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard.", "Pada masa yang sama, Khalid meletakkan sasaran proses naturalisasi Romel dan Paulo itu dapat dilengkapkan sebelum tertutupnya jendela perpindahan pertama musim 2023 kelak.", "“Naturalisasi itu dah dalam proses… Insya-Allah kita cuba usahakan untuk dapatkan (lengkapkan proses) sebelum 2023 punya jendela perpindahan ditutup untuk mendapatkan player (pemain) baru,” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, ketika ini, Malaysia mempunyai lima pemain asing yang bukan berdarah kacukan atau berdarah warisan yang telah menjalani proses naturalisasi sekaligus mendapat kerakyatan Malaysia.", "Lima pemain tersebut ialah Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Sergio Aguero dan Lee Tuck.", "Featured Image: AFC Photo Gallery "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111522/", "headline": "\nOlimpik 2020: Dani Alves & Rakan-Rakan Tumbangkan Mexico Mara ke Final\n", "content": ["Hasrat Dani Alves dan rakan-rakannya untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi oleh Brazil di pentas Sukan Olimpik Rio 2016 nampaknya masih menyala.", "Ianya selepas Brazil berjaya menumpaskan Mexico di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Ibaraki Kashima, hari ini.", "FIM DE JOGO! ESTAMOS NA FINAL DOS JOGOS OLÍMPICOS!!!!!!!Em jogo muito disputado, a #SeleçãoOlímpica avança nos pênaltis e vai buscar a medalha de ouro!🇧🇷 (4) 0x0 (1) 🇲🇽 | #BRAxMEX #JogosOlímpicos pic.twitter.com/LEI14L9S2v", "Walaupun kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 120 minit  permainan, Brazil berjaya menempah tiket final selepas menumpaskan skuad El Tri dengan skor 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan kali ketiga berturut-turut buat Brazil di pentas final Sukan Olimpik.", "Menanti mereka di pentas final samada Sepanyol atau Jepun. Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 7 Ogos (Sabtu) kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207222/", "headline": "\nJDT Kekal Dalam ‘Game’ eFootball PES 2021\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan tunggal berpangkalan di tanah air yang kekal dalam permainan video eFootball PES 2021.", "Ini merupakan kali kedua pasukan dengan julukan skuad Harimau Selatan disertakan dalam permainan video terbitan Konami ini setelah muncul buat pertama kali pada tahun lalu.", "It's here…😍✨Check out the eFootball #PES2021 SEASON UPDATE launch trailer now!https://t.co/LRTJtgJLuV", "Permainan video eFootball PES 2021 dilancarkan secara rasmi pada minggu lalu menerusi satu makluman di laman sosialnya.", "Edisi terbaharu PES kali ini memfokuskan kemaskini musim (season update) di mana ianya lebih kepada kemaskini senarai pemain-pemain, jersi pasukan, stadium dan beberapa perkara lagi.", "Untuk makluman, PES merupakan pemegang lesen bagi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (AFC Champions League) di mana JDT merupakan salah sebuah pasukan yang bertanding dalam saingan tersebut sejak tahun lalu.", "Featured Image: AFC Champions League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321413/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Gandingan Sze Fei-Izzuddin, Wei Chong-Kai Wun Senasib\n", "content": ["Dua beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menerima nasib yang sama tersingkir seawal peringkat Pusingan 32 di kejohanan Terbuka Malaysia 2023.", "Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking kesepuluh dunia terpaksa melupakan saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000 ini apabila tumpas kepada beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang.", "Beregu dari negara tembok besar itu menumpaskan Sze Fei-Izzuddin menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-11 dan 21-17 dalam tempoh masa hampir sejam permainan.", "Manakala gandingan muda, Wei Chong-Kai Wun pula tumpas kepada beregu berpengalaman yang pernah memegang takhta No.1 dunia, Kevin Sukamuljo-Marcus Gideon.", "Pasangan dari Indonesia yang terkenal dengan julukan The Minions itu menumpaskan Wei Chong-Kai Wun secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 23-21 dalam tempoh 33 minit permainan.", "Perkembangan ini menjadikan hanya dua sahaja wakil negara dalam kategori beregu lelaki meneruskan cabaran dalam saingan Terbuka Malaysia.", "Dua wakil tersebut adalah gandingan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta beregu bebas (independent), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114160/", "headline": "\nRanking BWF: ‘Semi-Finalist’ Jelajah Akhir, Zii Jia Kembali Duduki No.7 Dunia\n", "content": ["Hasil kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF), jaguh badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia kembali menduduki ranking ketujuh dunia.", "Kedudukan tersebut berhasil dirampas semula oleh pemain berusia 23 tahun ini daripada pemain Indonesia, Jonatan Christie selepas BWF melakukan kemaskini terbaru di laman sesawang rasminya, pada hari ini.", "Minggu lalu, kedudukan Zii Jia turun satu anak tangga kerana terkandas di Pusingan 32 dalam dua kejohanan di Indonesia secara berturut-turut. ", "Ia menyebabkan Jonatan yang mara ke peringkat separuh akhir di kejohanan Terbuka Indonesia mengambil kesempatan untuk merampas kedudukan No.7 milik Zii Jia sebelum itu.", "Sementara itu, pemain perseorangan muda negara, Aidil Sholeh yang mara ke Pusingan 16 di kejohanan Cabaran Antarabangsa Wales 2021 meraih peningkatan sebanyak 6 anak tangga sekaligus menduduki ranking ke-104 dunia pada minggu ini.", "Manakala, tiada perubahan dikesan melibatkan ranking Liew Daren, Ng Tze Yong dan Cheam June Wei dimana masing-masing kekal di kedudukan ke-36, ke-60 dan ke-73 dunia.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208473/", "headline": "\nPUMA, Lewis Hamilton Rai Kejuaraan Dunia Ketujuh Dan Tujuh Tahun Kolaborasi\n", "content": ["Syarikat sukan global PUMA merakamkan penghargaan kepada kejuaraan dunia ketujuh diraih oleh Lewis Hamilton menandakan kolaborasi unik bersama salah seorang pelumba agung Formula One (F1) sepanjang masa.", "Pelumba British tersebut telah menjadi sebahagian daripada keluarga PUMA  sejak 2013 dan menjadi muka hadapan jenama sebagai duta performance sejak 2017.", "Kolaborasi antara PUMA dan Lewis Hamilton dikatakan sebagai ‘A Perfect Fit’.", "Pelumba muda berbakat British memulakan hubungan bersama PUMA pada 2013 ketika dia berhijrah ke pasukan Mercedes-AMG Petronas Fomula One Team, di mana dia telah dibekalkan oleh PUMA dengan segala pakaian dan kasut sejak 2012.", "Ini termasuk membekalkannya sut lumba dan but lumba dengan tujuan untuk memastikan daya saing pelumba dan keselamatan menerusi fabrik ringan canggih dan bahan kalis api.", "Interaksi berterusan di antara pelumba dan pembekal kelengkapan perlumbaan adalah kunci untuk memastikan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 menerima kualiti terbaik dan memenuhi keperluan mereka untuk memburu podium.", "Pada 2017, PUMA telah memutuskan untuk bekerja dengan pelumba F1 British ini untuk menjadikannya sebagai duta bagi performance. Lewis telah menjadi muka hadapan bagi jenama di pelbagai acara, kempen pengiklanan dan papan iklan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219829/", "headline": "\nKazakhstan Jadi Destinasi Baharu Perlumbaan MotoGP 2023\n", "content": ["Negara rantau asia tengah, Kazakhstan bakal menjadi destinasi terbaharu bagi perlumbaan MotoGP tahun 2023 kelak. Pengesahan ini hadir selepas laman sesawang MotoGP mengumumkannya secara rasmi, pada hari ini.", "Perlumbaan tersebut akan dilangsung di litar baharu, Litar Antarabangsa Sokol yang terletak di luar bandar terbesar Kazakhstan iaitu Almaty. Difahamkan, litar ini akan kekal dalam kalendar MotoGP sehingga lima musim akan datang.", "Ini juga sebagai salah satu usaha pemilik kejohanan, Dorna Sports untuk mengembangkan sukan permotoran ini ke seluruh dunia, menarik peminat dan pasaran baharu.", "Untuk pengetahuan semua, Kazakhstan menjadi negara ke-30 yang dipilih untuk menganjurkan perlumbaan motosikal Grand Prix sejak 1949. Manakala Litar Antarabangsa Sokol pula menjadi venue ke-74 menganjurkan perlumbaan Grand Prix berkelas premier."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324077/", "headline": "\nKami Hendak Letak Treler Tetapi Treler Itu ‘Bocor’ – Fandi Ahmad\n", "content": ["Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui mahu bermain dengan lebih defensif ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) tetapi barisan serangan skuad berjulukan Harimau Selatan itu memiliki kualiti yang lebih baik dalam memastikan mereka menjaringkan gol dan memenangi perlawanan.", "Jelas Fandi, Sri Pahang cuba bermain menggunakan formasi 3-4-3 yang boleh berubah kepada formasi 5-4-1 ketika fasa bertahan bertujuan untuk memadatkan kawasan tengah serangan lawan yang diakui berkesan tetapi tidak cukup untuk menghalang usaha jentera serangan JDT.", "“Kita sebenarnya tadi nak bermain (formasi) 3-4-3. Hilang bola jadi 5-4-1. Berkesan, cuma mungkin mereka berusaha lebih baik daripada kita dan gol mereka pun kita tak sangka.”", "Johor Darul Ta’zim meneruskan rekod 100%, lebur rekod tanpa kalah Sri Pahang FC. #LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/ZQeQw8hLZI", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 24, 2023", "“Saya ada cakap kita nak taruk (letak) treler tetapi treler itu ‘bocor’ hari ini”, kata Fandi selepas perlawanan menentang JDT. ", "Bagaimanapun, Fandi tetap berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan para pemainnya dan mengakui kualiti jauh lebih baik yang ditampilkan pasukan di bawah kendalian Esteban Solari itu. ", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), JDT meneruskan rentak cemerlang tanpa kalah musim ini selepas menewaskan skuad Tok Gajah dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Bergson da Silva dan Fernando Forestieri. ", "Ini juga bermakna skuad kendalian Fandi tewas buat kali pertama dalam saingan Liga Super 2023 sekaligus menjadikan JDT sebagai pasukan tunggal yang masih mengekalkan rekod 100% kemenangan sehingga ke saat ini. ", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112934/", "headline": "\nRanking FIH: Skuad Hoki Malaysia Berada di Kedudukan 10 Terbaik Dunia\n", "content": ["Kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menyaksikan kedudukan skuad hoki lelaki kebangsaan melonjak satu anak tangga sekaligus membolehkan mereka berada di kedudukan ke-10 dunia.", "Skuad hoki Malaysia yang terkenal dengan julukan Speedy Tigers berjaya memasuki kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah mengumpul 1427.181 mata secara keseluruhan. Jumlah ini sudah memadai untuk mengatasi pasukan di tangga ke-10 sebelum ini, Kanada yang mempunyai 1422.120 mata.", "Artikel Berkaitan: Skuad Hoki Kebangsaan Lakukan Persiapan Untuk Harungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di United Kingdom", "Lonjakan satu anak tangga itu juga dibantu oleh kemenangan Malaysia 3-1 ke atas Wales dalam perlawanan ujian pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, semalam.", "Untuk makluman semua, skuad hoki negara mempunyai baki dua lagi perlawanan persahabatan menentang Perancis dalam siri jelajah ini. Perlawanan pertama dan kedua menentang Perancis itu dijadualkan berlangsung pada 15hb dan 18hb Oktober kelak.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111785/", "headline": "\nPetronas Sprinta Racing Pilih Adam Untuk Perlumbaan Moto2 di Litar Silverstone\n", "content": ["Petronas Sprinta Racing memaklumkan, pelumba tempatan, Adam Norrodin dipertaruhkan untuk berlumba dalam Kejuaraan Moto2 pada GP British di Litar Silverstone, penghujung minggu ini.", "Perkembangan tersebut diumumkan oleh pihak Petronas Sprinta Racing bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan oleh Jake Dixon yang akan melakukan debut dalam saingan Kejuaraan MotoGP juga pada hujung minggu ini.", "Adam Norrodin returns to PETRONAS Sprinta Racing for BritishGPWe welcome back @adamnorrodin07 for the BritishGP this weekend, as he steps in for @jakedixonracing – who will be making his MotoGP debut at Silverstone.📄 https://t.co/XJnGduC1KE#MotoGP | #PETRONASmotorsports pic.twitter.com/SCHRRybFHj", "Untuk makluman semua, Adam pernah beraksi sebanyak enam kali dalam saingan Moto2 pada dua tahun lalu sebagai pelumba gantian pada musim tersebut.", "Bagi musim 2021, pelumba berusia 23 tahun kelahiran Johor ini beraksi dalam saingan Kejuaraan FIM CEV Moto2. Dia berjaya meraih podium sebanyak tiga kali dan kini menduduki tangga kelima secara keseluruhan.", "Featured Image: Instagram Adam Norrodin"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218870/", "headline": "\nSukan Komanwel: Jin Wei Beri Saingan Sengit Sebelum Benarkan P.V. Sindhu Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Selepas bertarung dalam acara badminton berpasukan campuran, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei bertemu pemain India, Pusarla Venkata Sindhu sekali lagi dalam acara individu, hari ini.", "Malangnya, pertarungan kali ini turut berkesudahan dengan satu lagi kekalahan namun sepertimana perlawanan yang lalu, Pusarla merangkap bekas juara dunia suatu masa dahulu tidak diberikan kemenangan yang mudah oleh Jin Wei.", "Dalam perlawanan peringkat suku akhir sebentar tadi, Jin Wei terlebih dahulu berhasil meraih kemenangan pada set pertama dengan skor 21-19. ", "QF#IND🇮🇳 Pusarla Sindhu def. #MAS🇲🇾 Goh Jin Wei 19-21 21-14 21-18#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/rmPAL3J1CL", "— BAM (@BA_Malaysia) August 6, 2022", "Namun di set kedua, Pusarla yang berada di ranking ketujuh dunia ini berjaya merakamkan kemenangan dengan pungutan mata 21-14 sekaligus mengheret Jin Wei ke set penentuan.", "Set penentuan pula berlangsung dengan sengit, akan tetapi, di penghujungnya, Jin Wei yang berada di ranking ke-60 dunia terpaksa akur tumpas dengan keputusan 21-18 sekaligus terkandas di peringkat suku akhir temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Sementara itu, Pusarla yang berhasil meneruskan kemaraan akan turun berhadapan dengan pemain Singapura, Yeo Jia Min di peringkat separuh akhir, esok, bagi merebut slot ke peringkat akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325281/", "headline": "\nTerbuka Kanada: Wakil Tunggal Negara Pulang Awal \n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei terpaksa akur pulang awal setelah tewas di tangan perseorangan No.2 Hong Kong, Lee Cheuk Yiu di Pusingan 32 Terbuka Kanada. ", "Di atas kertas, Cheuk Yiu yang juga pilihan keenam kejohanan ternyata memiliki kelebihan untuk memenangi pertemuan sulung di peringkat senior berdasarkan prestasi semasa dan kedudukan dunia melibatkan kedua-dua atlet. ", "June Wei cuba memberi saingan kepada wakil Hong Kong itu tetapi Cheuk Yiu menampilkan kualiti yang berbeza setelah menang secara “straight set” dengan keputusan 21-16 dan 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung selama 37 minit itu. ", "Kekalahan terbabit bermakna tamatlah kempen atlet Malaysia dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 itu memandangkan June Wei merupakan satu-satunya wakil negara dalam pertandingan tersebut. ", "Sebelum ini, June Wei pernah menewaskan Cheuk Yiu secara “straight set” dalam aksi separuh akhir Remaja Jerman 2014 biarpun bertarung sengit dalam kedua-dua set berkeputusan 22-20 dan 23-21. ", "Untuk makluman, Cheuk Yiu bakal bertemu Magnus Johannesen dalam Pusingan 16 Terbuka Kanada selepas wakil Denmark itu mudah menewaskan rakan senegaranya, Mads Christophersen secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-10. ", "Featured Image: Badminton Association Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323181/", "headline": "\nArif Aiman Dinobat Pemain Terbaik Liga Super PFAM Edisi Februari-Mac 2023\n", "content": ["Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) bagi edisi Februari-Mac 2023. ", "Menurut laman sosial PFAM, ini merupakan kemenangan kedua pemain berusia 21 tahun itu selepas pertama kali merangkul anugerah tersebut pada edisi Mac 2021. ", "Bekas pelatih Akademi Mohktar Dahari (AMD) itu berjaya menewaskan dua pemain tempatan, Faisal Halim (Selangor), Ramadhan Hamid (PDRM) dan dua pemain import, Park Tae-Su (Sabah) serta rakan sepasukannya, Fernando Forestieri. ", "Kemenangan itu juga menjadikan pemain itu sebagai pemenang pertama anugerah bulanan PFAM bagi musim ini. ", "Untuk makluman, Arif Aiman telah menjaringkan 4 gol dan mencatatkan 3 bantuan gol sepanjang bulan Februari hingga Mac yang menjadikan dirinya pemain tempatan paling konsisten memberikan sumbangan gol dalam Liga Super. ", "Ketika ini, penyerang JDT itu telah menjaringkan 5 gol dan menghasilkan 5 ‘assists’ serta membantu kelab itu mengekalkan rekod kemenangan 100% selain daripada bersama mencatatkan kadar jaringan melebihi 4.5 gol per perlawanan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219127/", "headline": "\nYakult Malaysia Taja Terengganu FC Sebanyak RM380,0000\n", "content": ["Syarikat minuman probiotik, Yakult Malaysia Sdn Bhd dilaporkan bersetuju untuk menaja Kelab Bola Sepak Terengganu (Terengganu FC) dengan nilai sebanyak RM380,000.", "Penajaan itu diumumkan dalam satu majlis tandatangan kerjasama di antara Yakult yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada dan Terengganu FC pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh yang berlangsung di Pejabat Pengurusan TFC, pada hari ini.", "Selain daripada tajaan tersebut, Yakult turut menyumbang kepada program-program pembangunan bola sepak akar umbi bersama Terengganu FC yang akan dijalankan secara berperingkat.", "“Selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia, Yakult sememangnya amat menyokong kepada segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan yang baik selain daripada mewujudkan persekitaran yang baik,” ujar Hamada.", "Tambah Hamada lagi, “pasukan ini telah mempamerkan prestasi yang baik dan membanggakan pada tahun sebelumnya hingga menyaksikan mereka layak untuk beraksi pada Kejohanan Piala Asia 2021.” ", "“Ini membuktikan pasukan ini berkualiti dan mempunyai misi besar pada musim ini dan Yakult mahu menjadi sebahagian kecil yang menyumbang kepada kejayaan pasukan ini pada masa akan datang.”", "Untuk rekod, Terengganu FC menamatkan saingan Liga Super 2020 di tangga ketiga manakala untuk saingan Piala Malaysia, skuad berpangkalan di pantai timur ini berjaya mara ke pentas suku akhir sebelum pertandingan tersebut dibatalkan ekoran kekangan penularan pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214964/", "headline": "\nPemenang Olimpik ‘Sokong’ Keputusan Lee Zii Jia Bergerak Secara Bebas\n", "content": ["Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020 merangkap pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen menyokong tindakan Lee Zii Jia untuk bergerak secara bebas (independent).", "Pandangan pemain Denmark berusia 28 tahun itu terhadap keputusan Zii Jia yang telah menghantar surat untuk keluar daripada badan induk, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dilontarkan Viktor menerusi platform media sosialnya.", "“Jika seseorang pemain (dalam kes ini LZJ) merasakan yang paling terbaik buatnya untuk mengambil jalan lain di mana dia lebih bebas sebagai pemain, maka itulah perkara yang harus dilakukannya, pada pendapat saya. Lagipun, itu adalah karier dan hidupnya.", "If a player (in this case LZJ) feels it’s best for him to follow another path where he is more independent as a player, then that is what he should do IMO. It’s his career and his life after all.", "Viktor yang pernah menentang pemain No.1 Malaysia itu sebanyak enam kali, turut berkeyakinan, Zii Jia akan terus melakukan segala-galanya untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dan memberikan yang terbaik untuk Malaysia serta semua yang menyokongnya.", "Sebagai rekod, daripada enam pertemuan melibatkan kedua-dua pemain ini, Zii Jia berhasil meraih dua kemenangan. Salah satunya ketika perlawanan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2021. ", "Kemenangan ke atas Viktor itu membolehkan Zii Jia menjulang kejuaraan di kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 buat kali pertama dalam kariernya.", "Untuk makluman semua, Viktor juga bergelar pemain bebas dengan mengumumkan ‘perpisahan’ dengan badan induk negaranya selepas daripada kejayaannya merangkul pingat emas di temasya Sukan Olimpik, tahun lalu.", "Ketika ini, Viktor menjadikan sebuah kompleks sukan di Dubai sebagai pangkalan latihannya yang turut disertai pemain-pemain lain termasuk juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew dari Singapura."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113831/", "headline": "\nKedah Tawar Aidil Kontrak Lanjutan & Buru 2 Midfielder Import Liga Malaysia\n", "content": ["Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (Kedah) sudah memulakan persiapan untuk mengharungi saingan baharu Liga Malaysia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022.", "Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Khamal Idris Ali memaklumkan pasukannya telah memulakan langkah persiapan dengan menawarkan kontrak lanjutan kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.", "Jurulatih kelahiran Singapura itu konsisten membimbing Kedah menamatkan saingan Liga Super di tempat kedua selama dua musim berturut-turut. Selain itu, Aidil turut menghadiahkan kejuaraan Piala FA pada tahun 2019, tahu pertamanya membimbing skuad Hijau Kuning.", "“Insya-Allah beliau akan bersama kita… dan kita menyatakan hasrat mahu mengikat beliau untuk musim depan sebelum ini, dan kita hanya menunggu kata putus darinya sahaja.", "“Memang khidmat beliau masih diperlukan bagi meneruskan perjuangan pasukan Kedah yang perlu melalui saingan lebih sengit pada musim depan.", "“Jadi kami perlukan sedikit masa lagi untuk mengumumkan kedudukan yang dirancang itu dan pada masa ini semua perancangan untuk musim depan lebih 80% peratus dilengkapkan.” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Difahamkan, Aidil ditawarkan kontrak untuk tahun keempat bersama Kedah bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran melakukan rombakan terhadap skuad mereka dalam masa terdekat.", "Selain itu, Khamal turut memaklumkan pihaknya turut merancang untuk membawa masuk dua pemain tengah import yang cukup menyerlah dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.", "Beliau tidak menamakan sebarang pemain mahupun pasukan yang sedang diwakili oleh pemain tersebut. Akan tetapi, Khamal melahirkan keyakinan bahagian tengah Kedah akan lebih kukuh dengan kehadiran dua pemain tersebut kelak.", "Ini bermakna dua pemain import sedia ada hampir pasti ‘disalin’ oleh Kedah pada jendela perpindahan kali ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215443/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Tiga Pasukan ASEAN Diundi Bersama Juara Bertahan Dalam Kumpulan C\n", "content": ["Saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan berlangsung di Uzbekistan menyaksikan tiga pasukan dari rantau asia tenggara (ASEAN) diundi bersama-sama sang juara bertahan.", "Tiga pasukan ASEAN tersebut adalah Malaysia, Vietnam dan Thailand. Manakala juara bertahan ialah Republik Korea. Keempat-empat pasukan ini diundi dalam Kumpulan C.", "Ini merupakan hasil daripada undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan disiarkan secara langsung di saluran Youtube-nya, sebentar tadi.", "Sementara itu, tuan rumah, Uzbekistan diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Iran, Qatar dan Turkmenistan. Kumpulan B pula diisi oleh pasukan Australia, Jordan, Iraq dan Kuwait.", "Terakhir sekali, naib juara edisi lalu, Arab Saudi diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan Tajikistan.", "Untuk makluman semua, saingan ini akan berlangsung pada 1 hingga 19 Jun kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208177/", "headline": "\nPenganjur: Atlet Tidak Perlu Kuarantin 14 Hari Untuk Temasya Olimpik 2020\n", "content": ["Para atlet dikecualikan daripada menjalani kuarantin selama 14 hari untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagaimana yang dikenakan oleh Jepun kepada sesiapa yang tiba dari luar negara.", "Sebaliknya para atlet perlu menjalani ujian Covid-19, 72 jam sebelum tiba di Jepun namun perincian mengenai perkara tersebut akan diperhalusi lagi oleh pihak penganjur", "“Para atlet, jurulatih dan pegawai yang layak ke temasya Sukan Olimpik Tokyo akan dibenarkan untuk memasuki negara (Jepun), dengan langkah-langkah tertentu akan dibuat sebelum mereka sampai ke Jepun.” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tokyo 2020, Toshiro Muto dalam sidang media.", "Tokyo Olympics athletes won't have to isolate for 14 days on arrival: organisers https://t.co/r1sMDCrYWv pic.twitter.com/FFz3rm2p02", "Bagaimanapun keputusan untuk penonton dari luar negara akan dibuat pada tahun hadapan bergantung kepada perkembangan semasa pandemik Covid-19.", "“Musim luruh kelak, kami akan keluarkan pelan untuk penonton, termasuk penonton bukan kalangan (rakyat) Jepun,”", "“Tidak mungkin untuk menetapkan kuarantin 14 hari kepada penonton dari luar negara, jadi diwajibkan (jalani) ujian sebelum tiba dan setelah tiba (ke sini).” katanya lagi.", "Untuk makluman, tesmasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dilangsungkan pada 23 julai hingga 8 ogos 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217751/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Itali: Cheam June Wei Melayakkan Diri Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pemain bebas (independent), Cheam June Wei menjadi wakil tunggal negara yang mara ke peringkat suku akhir bagi kategori perseorangan lelaki dalam saingan Cabaran Antarabangsa (International Challenge) Itali 2022.", "Pemain berusia 25 tahun ini mara ke peringkat tersebut selepas meraih kemenangan ke atas pemain tuan rumah, Fabio Caponio secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15 di Pusingan 16.", "Sebelum itu, June Wei berhasil merekodkan kemenangan ke atas pemain Singapura, Jason Teh Jia Heng juga secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-13 di Pusingan 32.", "Sebelum itu, terdapat dua lagi pemain Malaysia yang turut beraksi dalam babak undian utama bagi kategori ini. Bagaimanapun, kedua-dua pemain tersebut iaitu Aidil Sholeh tersingkir di Pusingan 32 manakala Yeoh Seng Zoe tidak dapat beraksi di Pusingan 16 ekoran kecederaan dan lawannya mendapat kemenangan percuma.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, June Wei akan turun menentang pemain Indonesia yang berada di ranking ke-156 dunia, Christian Adinata bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Sebagai rekod, kedua-dua pemain ini belum pernah bertemu di mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113643/", "headline": "\nPemain Muda Kedah Fadzrul Danel Dipuji Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora?\n", "content": ["Persembahan yang ditunjukkan oleh pemain Kedah Darul Aman (Kedah), Fadzrul Danel yang berusia 23 tahun pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia mendapat pujian daripada ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora.", "Selain daripada Fadzrul, seorang lagi yang diberikan pujian oleh jurulatih kelahiran Mexico itu ialah pemain tengah bertahan, Asnan Ahmad.", "Kedua-dua pemain ini mendapat pujian Mora kerana berjaya mengekang asakan pasukannya daripada mencetak sebarang gol sekaligus menyaksikan perlawanan antara Kedah dan JDT di Stadium Darul Aman berakhir dengan seri tanpa jaringan, semalam.", "“Pemain berjersi nombor 20 (Fadzrul) dan 4 (Asnan) sangat-sangat cemerlang, mempunyai semangat juang yang tinggi, ada personaliti yang bagus, dan mereka tahu apa yang perlu dibuat walaupun tanpa pemain dari Singapura (M. Anumanthan).", "“Dan Baddrol Bakhtiar semestinya pemain berpengalaman yang tahu macam mana untuk bermain dengan masa yang ada, jadi saya rasa ia satu perlawanan yang cukup sengit.", "“Saya rindu untuk tengok aksi seperti ini tanpa kita tahu apa yang akan berlaku dan selepas 17 kemenangan kita raih, saya rindukan situasi dalam padang macam ini, ianya bagus untuk pasukan dan untuk pemain juga.", "“Kedah memang memberikan tentangan yang cukup kuat dan bagus untuk kita terus melawan, jadi sekarang saya rasa bonus untuk kita pula apabila beraksi di laman sendiri, dan kita akan beraksi dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan itu nanti”, jelasnya.", "Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi pada perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia khamis nanti. Namun, ianya akan dilangsungkan di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan, Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217306/", "headline": "\nChina Tak Dapat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023 Ekoran Covid-19\n", "content": ["Saingan bola sepak asia, Piala Asia ke-18 yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan nampaknya tidak akan dilangsungkan di China.", "Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) tidak dapat menganjurkannya.", "Chinese Football Association (CFA) informs AFC that it would not be able to host the AFC Asian Cup 2023™", "AFC acknowledges the exceptional circumstances caused by COVID-19, which led to the relinquishment by China PR of its hosting rights", "— AFC Media and Broadcast Operations (@AFCMediaTV) May 14, 2022", "AFC difahamkan CFA tidak dapat meneruskan penganjuran ini berikutan keadaan tidak terkawal pandemik Covid-19 di negaranya yang membawa kepada perlucutan hak penganjuran kejohanan ini.", "Sementara itu, pengumuman negara mana yang akan menjadi hos Piala Asia 2023 menggantikan China akan dimaklumkan oleh AFC kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323849/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Kontinjen Malaysia Gagal Capai Sasaran 40 Emas – Kedudukan Terburuk Dalam Sejarah\n", "content": ["Sasaran untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 40 pingat emas daripada Sukan SEA 2023 Kemboja gagal dicapai oleh Kontinjen Malaysia. Selain itu, kontinjen yang diketuai oleh Chef de Mision (CDM), Datuk Nasir Ali melepasi sasaran untuk membawa pulang 37 dan 64 pingat perak masing-masing.", "Hari terakhir temasya kali ke-32 berkenaan menyaksikan Kontinjen Malaysia hanya berhasil membutirkan 34 pingat emas sahaja – kurang enam pingat berbanding sasaran yang diletakkan. Manakala pingat perak dan gangsa pula berhasil dikaut oleh kontinjen negara sebanyak 45 dan 97 butir masing-masing.", "Senarai 34 pemenang pingat emas adalah seperti berikut:", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "Jumlah pingat emas ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh dalam carta kutipan pingat di bawah Vietnam, Thailand, Indonesia, Kemboja (tuan rumah), Filipina dan Singapura.", "Sebagai perbandingan, kedudukan tangga ketujuh yang diraih Kontinjen Malaysia pada kali ini merupakan yang terburuk sejarah penyertaan Sukan SEA. ", "Sementara itu daripada segi kutipan pingat emas pula, ianya juga berkurangan berbanding yang diraih pada temasya Sukan SEA terdahulu di Hanoi iaitu 39 butir pingat emas.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207930/", "headline": "\n5 Perkara Menarik Mengenai Aqil Arazi, Remaja Malaysia di AS Cannes\n", "content": ["Seorang remaja Malaysia iaitu Aqil Arazi Aziz menjadi tumpuan peminat-peminat bola sepak tempatan apabila dia dikhabarkan diterima menyertai sebuah pasukan berpangkalan di Perancis, AS Cannes setelah menjalani latihan dan sesi pemilihan selama dua bulan.", "Selain daripada menjadi buah mulut para peminat tempatan dan media-media, perkhabaran tersebut turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican pada hari ini.", "Aqil mula berlatih sejak berumur tujuh tahun dengan menyertai sebuah program bola sepak berhampiran kediaman rumahnya. Seterusnya, dia bermain bersama sebuah pasukan amatur tempatan dan menimba pengalaman beraksi dalam beberapa kejohanan dalam dan luar negara.", "Berikut adalah rangkuman lima perkara menarik mengenai Aqil Arazi Aziz, pemain remaja Malaysia beriltizam tinggi yang bakal memulakan perjalanan baharu bola sepaknya bersama pasukan AS Cannes:", "Aqil merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan lahir pada 1 disember 2003. Menerima latihan awal bola sepak bersama sebuah program kendalian MBJ United di kediamannnya, Bukit Jelutong seawal usia tujuh tahun. Seterusnya, Aqil menyertai The Goal Academy di Subang Jaya ketika berumur 10 tahun untuk mengasah dan mempertajamkan skilnya termasuk mempelajari kemahiran teknikal. Bersama The Goal Academy, Aqil turut berpeluang menyertai beberapa kejohanan kompetitif.", "Aqil merupakan seorang pemain yang sering beraksi di bahagian serangan. Tidak kiralah samada sebagai attacking midfielder, penyerang sayap atau penyerang. Oleh sebab itu, Aqil menjadikan penyerang prolifik FC Barcelona, Lionel Messi dan penyerang legenda skuad kebangsaan, Allaryarham Mokhtar Dahari sebagai idolanya. Pada masa yang sama, Aqil turut menggemari dua buah kelab bola sepak eropah iaitu FC Barcelona dan Manchester City.", "Pada tahun 2016, ketika berusia 13 tahun Aqil menyertai sebuah pasukan bola sepak amatur iaitu First 11 FC. Bersama pasukan ini, Aqil berjaya mendapat pengalaman beraksi dalam kejohanan luar negara seperti di Shenzhen dan Guangzhou, China. Selain First 11 FC, Aqil turut aktif bersama pasukan sekolahnya, SMK Bukit Jelutong yang beraksi dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Selangor.", "Hasil daripada keghairahan yang tinggi dalam sukan bola sepak dan pembabitannya dalam pelbagai kejohanan, Aqil telah ditaja oleh sebuah syarikat tempatan untuk mengikuti program latihan bersama gergasi Sepanyol, FC Barcelona. Program tersebut adalah Teaching Barca Values – FB Escola Soccer Camp 2017 yang merupakan kem latihan rasmi peringkat remaja kendalian FC FC Barcelona. Dalam program tersebut, Aqil didedahkan dengan kemahiran taktikal bola sepak yang digunapakai oleh pemain-pemain FC Barcelona.", "Pada tahun 2018, Aqil dan pasukannya, First 11 FC berjaya memenangi kejohanan Dreams Come True 2018 di Guangzhou, China. Dan kelibatnya bersama pasukan First 11 FC telah menarik perhatian pencari bakat. Hasilnya, Aqil disenaraikan sebagai salah seorang untuk menerima tawaran biasiswa bagi mengikuti pengajian akademik dan program intensif latihan bola sepak bersama Brooke House College, United Kingdom (UK)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113887/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Dua ‘Semi-finalist’ Malaysia Bertembung Awal di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi cemerlang mara ke pentas separuh akhir kejohanan Indonesia Masters, minggu lalu.", "Bagaimanapun, minggu ini, hanya satu daripada dua beregu negara tersebut akan mara lebih jauh di kejohanan Terbuka Indonesia yang membuka tirainya semalam.", "Hal ini kerana kedua-dua pasangan yang berhasil melepasi saingan Pusingan 32 semalam terpaksa bertemu sesama sendiri di Pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Keputusan Pusingan 32 Terbuka Indonesia 2021 – 23 NovemberPerseorangan lelaki🇲🇾 Lee Zii Jia kk 🇩🇰 Rasmus Gemke (21-13, 23-25, 16-21)Beregu lelaki🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn 🇩🇪 Mark Lamsfuss-Marvin Seidel (25-23, 21-12)(1/ pic.twitter.com/wdzDoGlMwB", "Berdasarkan rekod pertemuan, kedua-duanya pernah berentap sesama sendiri sebanyak 4 kali. Namun, gandingan Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking ke-6 dunia merekodkan kemenangan sebanyak 3 kali.", "Pertemuan terakhir mereka adalah ketika bertembung di peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2020. Walaupun ianya dimenangi oleh Aaron-Wooi Yik, perlawanan tersebut berlangsung sengit yang diakhiri dengan kutipan mata, 28-26 dan 21-19.", "Gandingan Yew Sin-Ee Yi hanya menang sekali iaitu ketika pertemuan pertama pada peringkat separuh akhir Malaysia Masters 2019. Ketika itu, Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan dengan skor 21-6, 18-21 dan 21-19.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207300/", "headline": "\nProses Penswastaan Kedah Terganggu Kerana Pejabat Tutup Disebabkan oleh PKPD\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) merupakan salah satu pasukan yang masih belum melengkapkan proses penswastaan kelab sebagaimana yang dimahukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "Presidennya, YAB Muhammad Sanusi Md Noor berkata kelewatan skuad Helang Merah melengkapkan proses tersebut disebabkan oleh arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar.", "Justeru, pejabat-pejabat berkaitan telah diarahkan tutup oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bermula 11 september lalu dan tamat pada jam 12 tengah malam, hari ini.", "Sementara itu, menurut laporan Harian Metro, beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata pihaknya telah melengkapkan 98 peratus urusan dokumen yang diperlukan. ", "Sanusi turut melahirkan keyakinan proses tersebut dapat diselesaikan sebelum daripada tarikh akhir.", "“Apabila jabatan berkaitan dibuka semula pada 26 September iaitu selepas PKPD Secara Pentadbiran Kota Setar tamat, kita boleh selesaikan perkara selebihnya.", "“Kita juga sudah serahkan surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi meminta lanjutan, namun jika permintaan itu tidak dibenarkan, kita yakin dapat selesaikan semuanya sebelum 30 September,” katanya.", "Dalam laporan yang sama, antara dokumen yang belum diselesaikan oleh pihaknya adalah berkaitan urusan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206784/", "headline": "\nMessi Belum ‘Left Group’ Whatsapp Pemain-Pemain Barcelona\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi belum keluar daripada group aplikasi permesejan, Whatsapp yang mengumpulkan pemain-pemain FC Barcelona.", "Perkara itu didedahkan oleh pemain tengah muda Barcelona, Frenkie de Jong walaupun Messi telah memohon untuk meninggalkan kelab dan tidak menyertai latihan pra musim, bermula ahad lalu.", "“Saya mengharapkan Messi masih di sana apabila saya pulang, tetapi perkara itu tidak terletak di tangan saya. Dia masih di dalam group Whatsapp (tersebut),” katanya ketika ditemui Fox Sports dan dipetik oleh Goal.", "Sementara itu, media turut melaporkan Messi telah bersetuju dengan tawaran gaji sebanyak €700 juta oleh City Group Football (CFG) selama lima tahun.", "CFG merupakan syarikat yang memiliki beberapa kelab-kelab bola sepak terkenal dunia seperti Manchester City FC, New York City FC dan Melbourne City FC. ", "Oleh demikian Messi atau nama julukannya, La Pulga akan bermain bersama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga tahun sebelum beraksi bersama New York City selama dua tahun.", "Selain itu, CFG turut mempunyai pegangan minoriti beberapa kelab seperti Yokohama F. Marinos, Montevideo City Torque, Girona FC, Sichuan Jiuniu, Mumbai City FC dan Lommel SK."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325097/", "headline": "\nRanking BWF: Hang Yee-Eng Cheong ‘Diam-Diam’ Mendaki\n", "content": ["Tatkala tumpuan majoriti peminat badminton tempatan terhadap sektor beregu lelaki negara terarah kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta gandingan semula Nur Izzuddin-Goh Sze Fei, beregu bebas (independent), Low Hang Yee dan Ng Eng Cheong ‘diam-diam’ mencatatkan peningkatan demi peningkatan.", "Bermula pertengahan Mei lalu, gandingan pemain berusia 26 dan 24 tahun masing-masing ini berhasil mara ke pentas perlawanan akhir dalam keempat-empat kejohanan disertai mereka. Daripada empat kejohanan terbabit, dua daripadanya berakhir dengan merangkul kejuaraan berturut-turut iaitu di Terbuka Slovenia dan Terbuka Austria masing-masing.", "Pada Ahad lalu, Hang Yee-Eng Cheong berhasil menamatkan Cabaran Antarabangsa Hangzhou China selaku naib juara. Manakala dua minggu sebelumnya, mereka turut menamatkan Cabaran Antarabangsa Maldives dengan pencapaian yang sama.", "Konsistensi mereka mara dalam perlawanan akhir dalam kejohanan-kejohanan terbabit turut memberikan refleksi terhadap kedudukan mereka dalam Ranking Dunia. Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan Hang Yee-Eng Cheong mencatatkan peningkatan besar sebanyak 17 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-70 dunia bermula minggu ini.", "Untuk makluman, ini julung kalinya Hang Yee-Eng Cheong kembali ke kedudukan berkenaan selepas bergandingan bersama bermula tahun 2023. Mereka pernah menghuni kedudukan berkenaan – sekitar Mac 2021 – ketika bergandingan bersama antara tahun 2018 hingga 2021.\n", "Sebagai tambahan, Hang Yee-Eng Cheong yang kini mempunyai 18,340 mata berkemungkinan besar untuk terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan Ranking Dunia lebih-lebih lagi mereka akan mengambil bahagian dalam Cabaran Antarabangsa Mongolia pada minggu ini.", "Pungutan mata mereka itu hanya berbeza sebanyak 68 dan 180 mata sahaja berbanding beregu yang menghuni ranking ke-69 dan ke-60 dunia dari Algeria dan Jepun masing-masing. ", "Featured Image: Instagram Ng Eng Cheong"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110209/", "headline": "\nBakal Pemain Terengganu, Habib Akan Tiba di Ibu Negara Minggu Hadapan\n", "content": ["Bakal pemain tengah baharu Terengganu FC, Habib Haroon dikhabarkan akan tiba di ibu negara seterusnya menjalani tempoh kuarantin bermula minggu hadapan.", "Difahamkan, kehadiran pemain tengah berusia 20 tahun ini untuk mengisi kekosongan slot pemain import kuota asia bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "Menerusi satu makluman daripada sumber yang rapat dengan pasukan, penghijrahan pemain ini nampaknya bukan lagi menjadi satu rahsia dan ianya hampir pasti direalisasikan.", "Habib yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas Piala AFC ini dijangka akan diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu pada hujung bulan ini sebelum jendela perpindahan pertengahan musim ditutup.", "“Ya, pemain berkenaan bakal mengisi kuota pemain import asia bagi menggantikan bekas pertahanan Aston Villa, Christopher Herd yang diketepikan akibat kecederaan yang memerlukan pembedahan.", "“Jika semua dokumen selesai dan tidak ada sebarang masalah termasuk pemeriksaan kesihatan, pemain yang bakal memperkuatkan jentera tengah pasukan itu akan tiba di Kuala Lumpur minggu depan.", "“Bagaimanapun saya jangkakan pemain itu bakal menjalani latihan bersama rakan pasukannya pada bulan depan kerana perlu dikuarantinkan di ibu kota terlebih dahulu,” kata sumber yang dirahsiakan kepada Harian Metro.", "Pemain Liga Divisyen 2 Bahrain, Habib Haroon Bakal Isi Kuota Import Asia Terengganu?Sebuah akaun media sosial di Bahrain memaklumkan seorang pemain yang beraksi di negara tersebut akan tiba di bumi Malaysia.LINK: https://t.co/TC0HhiaLjQ#LigaSuper2021 pic.twitter.com/ej90IB8PrQ", "Sebelum ini, nama Habib kecoh dikaitkan dengan penghijrahan ke Terengganu apabila salah sebuah akaun media sosial berpangkalan di Bahrain mendedahkan berita tersebut.", "Pendedahan itu dikuatkan lagi dengan tindakan Habib yang turut memuat naik mengenai berita tersebut di akaun Instagram peribadinya dua hari lalu.", "Untuk makluman, semasa beraksi bersama pasukan Riffa dalam saingan Liga Bahrain dari tahun 2018 hingga 2020, Habib yang merupakan kelahiran Nigeria pernah beraksi bersama-sama penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun dan penyerang Sarawak United, Uche Agba.", "Bersama pasukan tersebut, Habib berjaya membantu Riffa merangkul kejuaraan Liga Premier Bahrain 2018-19 bersama-sama Ifedayo dan Uche Agba. Bagaimanapun, musim 2020-21 menyaksikan dia menyertai pasukan Al-Khalidiya yang bersaing dalam liga divisyen dua Bahrain."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217675/", "headline": "\nPenganjuran Le Tour de Langkawi 2022 Dianjak Ke Bulan Oktober\n", "content": ["Penganjuran perlumbaan berbasikal jalan raya pelbagai peringkat, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang sepatutnya berlangsung pada 11 hingga 18 Jun ini dimaklumkan dianjak ke bulan Oktober kelak.", "Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sepertimana dikongsikan oleh laman sosial rasmi kejohanan berbasikal tersebut, semalam.", "Dimaklumkan, tarikh baharu kejohanan yang turut mendapat status UCI ProSeries (kejohanan berbasikal jalan raya bertaraf Tier 2 oleh badan induk basikal dunia) ini akan dilangsungkan pada 11 hingga 18 Oktober nanti. ", "Tarikh baharu ini juga telah disahkan serta dimasukkan dalam kalendar perlumbaan jalan raya UCI.", "Pada masa yang sama, Faizal memaklumkan tiada sebarang perubahan terhadap lapan laluan berjarak 1,183 kilometer (km) secara keseluruhan yang telah ditetapkan sebelum ini. ", "Lapan laluan tersebut adalah Kuala Lumpur ke Kuala Pilah (160 km), Kuala Klawang ke Raub (170 km), Putrajaya ke Genting Highlands (133 km), Kuala Selangor ke Tambun (190 km), Kuala Kangsar ke Kulim (167 km), Georgetown ke Alor Setar (148 km), Kuah ke Gunung Raya (105 km) dan Kuah, Langkawi Loop (110 km).", "Featured Image: Le Tour de Langkawi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218174/", "headline": "\nKejohanan Dunia FINA: Pendelela-Dhabitah Menang Gangsa Acara 10m Platform Seirama\n", "content": ["Gandingan penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berhasil membawa pulang pingat gangsa daripada acara terjun 10 meter (m) platform seirama wanita di Kejohanan Dunia FINA 2022.", "Pasangan penerjun berusia 29 dan 22 tahun masing-masing ini membawa pulang kilauan pingat terbabit selepas mengutip 298.68 mata daripada lima terjunan yang dilakukannya.", "Pungutan mata itu hanya berbeza 0.72 mata berbanding gandingan Amerika Syarikat, Delaney Schell dan Katrina Young yang mengumpul 299.40 mata sekaligus mengatasi Pandelela-Dhabitah dan membawa pulang kilauan pingat perak daripada acara ini.", "Women's 10m Synchro Top 3 pairs last dive🔥 Which is the best for you? #FINABudapest2022 pic.twitter.com/lJjekQtkZa", "— FINA (@fina1908) June 30, 2022", "Sementara itu, pingat emas pula menjadi milik gandingan penerju dari China, Quan Hongchan dan Chen Yuxi yang berusia 15 dan 16 tahun masing-masing setelah merekodkan 368.40 mata daripada lima terjunan secara keseluruhan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pingat keempat yang diraih oleh Pandelela dalam kariernya menerusi acara platform 10m seirama di Kejohanan Dunia FINA. ", "Sebelum ini, dia pernah meraih satu pingat perak serta dua gangsa semasa bergandingan bersama Datuk Leong Mun Yee.", "Manakala, pingat gangsa ini pula menjadi medal yang pertama dipungut oleh Dhabitah dalam kariernya di Kejohanan Dunia FINA.", "Featured Image: Facebook Nur Dhabitah Sabri"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214995/", "headline": "\nKhidmat ‘King Gobal’ Sebagai Ketua Jurulatih Brunei Tamat Hujung Januari\n", "content": ["Khidmat Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan negara jiran tetangga, Brunei Darussalam tamat pada penghujung bulan ini.", "Perkembangan ini dimaklumkan oleh laman sesawang rasmi Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), pada hari ini.", "Difahamkan Rajagobal atau turut dikenali sebagai King Gobal dan Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) berpisah dengan persetujuan bersama.", "Brunei part ways with Rajagobal https://t.co/otMZ7wQjQR", "Turut dimaklumkan, ianya satu keputusan yang sukar buat FABD namun dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih lagi berleluasa, ia menyukarkan kedua-dua pihak untuk bekerjasama.", "Untuk makluman semua, bekas pengendali yang membawa skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF 2010 ini diumumkan sebagai ketua jurulatih Brunei pada Disember 2020 dengan kontrak selama dua tahun.", "Bagaimanapun, sejak memegang jawatan ini, tiada sebarang perlawanan yang dikendalikannya termasuk di pentas Piala AFF 2020 yang lalu ekoran kekangan daripada pandemik yang melanda.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323610/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Shereen Tamatkan Kemarau 24 Tahun Emas 400m – Ulangi Pencapaian Ibu\n", "content": ["Atlet olahraga wanita negara, Shereen Samson Vallabouy berjaya menamatkan kemarau 24 tahun pingat emas bagi acara 400 meter (m) di temasya Sukan SEA apabila muncul pemenang dalam acara berkenaan di Stadium Morodok Techo, semalam. ", "Shereen yang juga pemegang rekod kebangsaan berjaya tiba di garisan penamat dengan catatan 52.53 saat (s), menjadi ratu 400m Asia Tenggara yang baharu dari Malaysia sejak kali terakhir dimenangi Manimagalay Nadarajah di Sukan SEA 1999 Brunei. ", "Juara bertahan bagi empat edisi sebelumnya berturut-turut, Nguyen Thi Huyen akur raih pingat perak dengan catatan masa 53.27s, diikuti seorang lagi atlet Vietnam, Nguyen Thi Hang di kedudukan pingat gangsa (53.84s).", "Pencapaiannya itu turut mengulangi pencapaian ibunya, Josephine Mary Singarayar yang juga memenangi pingat emas bagi acara yang sama di Sukan SEA 1987 Jakarta. ", "Pingat emas ke-12 buat Kontinjen Malaysia dari Shereen Samson menerusi acara 400 meter!!!! 🇲🇾👏🏻#DemiMalaysia#KontinjenMALAYSIA#MalaysiaRoar#SEAGames32#SEAGAMES2023#Cambodia2023 pic.twitter.com/3BTWKp9elR", "— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) May 9, 2023", "Terdahulu, atlet kelahiran Ipoh, Perak itu mengutip pingat gangsa dalam Sukan SEA 2015 Singapura sebelum berhijrah ke bumi Amerika Syarikat pada tahun 2018 bagi menyambung pengajian dan karier olahraganya di Winona State University, Minnesota. ", "Di negara ‘Uncle Sam’ itu juga, Shereen berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 400m dengan catatan masa 51.80s, memperbaiki rekod yang dipegang pelari legenda negara, Allahyarhamah Rabia Abdul Salam di Manila iaitu 52.56s. ", "Catatan masa itu direkodkan semasa Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California sekaligus memecahkan rekod 30 tahun di Kejohanan Asia, Manila tersebut dan menjadi rekod terbaik peribadinya bagi acara 400m setakat ini.", "Selain Shereen, Umar Osman turut mencipta kejutan bagi acara 400m lelaki apabila meraih emas selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 46.34s sekaligus memadam rekod kebangsaan yang dipegang Zaiful Zainal Abidin di Kejohanan Olahraga Remaja Asia edisi 2001 (46.41s).", "Featured Image: Olympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113325/", "headline": "\nCheng Hoe Pantau Pemain Harimau Muda Untuk Dipanggil Ke Skuad Senior Pada Masa Akan Datang\n", "content": ["Persembahan pemain-pemain skuad Harimau Muda di pentas Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) dipantau rapat oleh ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Tan Cheng Hoe pada ketika ini.", "Menurut laporan portal Utusan Malaysia, Cheng Hoe berbuat demikian bagi mengenalpasti pemain muda yang beraksi dengan untuk dipanggil untuk menggalas cabaran skuad senior dalam saingan Piala AFF 2020 serta tugasan antarabangsa pada masa hadapan.", "Isnin lalu, skuad Harimau Muda bimbingan Brad Maloney memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan langkah kanan apabila berjaya menumpaskan Laos dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Azfar Fikri yang dibantu oleh Quentin Cheng pada babak kedua.", "Rating Sukanz: Kemasukan Quentin Cheng Bantu Malaysia B-22 Raih Kemenangan Ke Atas Laos", "“Kita akan pantau pemain-pemain skuad B-22, selain empat pemain yang dipanggil bersama pasukan senior sebelum ini. Lagi ramai pemain lagi bagus untuk masa depan negara.", "“Kalau lagi banyak pemain muda menonjol dan menunjukkan aksi terbaik ia akan membawa kebaikan kepada pasukan negara, jika tidak dipanggil pada (Piala) AFF nanti mungkin pada masa akan datang.", "“Kita sentiasa memantau perkembangan pemain dan harap mereka yang dipanggil sebelum ini atau tidak bersama pasukan (pada awal Oktober) menunjukkan prestasi terbaik serta bebas kecederaan,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Ketika ini, skuad B-22 negara ini turut dikuatkan dengan beberapa pemain muda yang telah menembusi skuad senior seperti Luqman Hakim, Hakimi Abdullah, Mukhairi Ajmal dan Quentin Cheng.", "Namun pemantauan Cheng Hoe terhadap skuad ini akan ditumpukan juga kepada pemain-pemain muda yang lain agar dapat memperbesarkan lagi kolam pemain (pool of players) skuad Harimau Malaya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208127/", "headline": "\nMandalika Racing Team Bakal Kolaborasi Dengan Salah Sebuah 10 Pasukan Terbaik Moto2\n", "content": ["Pasukan Indonesia, Mandalika Racing Team (MRT) dikhabarkan bakal berkolaborasi dengan salah sebuah 10 pasukan terbaik untuk menyertai Kejuaraan Dunia Moto2, musim hadapan.", "Wakil MRT bertemu Dorna Sports di Barcelona, Sepanyol untuk membincangkan berkenaan penyertaan mereka dalam saingan Moto2 pada hujung bulan ini.", "Selain itu, berkemungkinan akan berlaku sedikit perubahan terhadap nama pasukan MRT memandangkan mereka akan berkolaborasi dengan pasukan sedia ada yang sedang beraksi dalam saingan Moto2 2020.", "Dan menurut pengarahnya, Kemalsyah Nasution memberikan sedikit bayangan mengenai pasukan yang akan mengadakan kolaborasi dengan MRT.", "“Pasukan yang akan bergabung dengan kami masuk dalam kalangan 10 terbaik. Kami tidak dapat mendedahkan lagi pasukan mana kerana mereka masih terikat dengan kontrak sehingga perlumbaan terakhir di Portugal,” katanya seperti dipetik daripada Antara News.", "Untuk makluman, MRT telah dilancarkan secara rasminya semalam di Jakarta. Mereka turut mengumumkan mengikat seorang pelumba tempatannya, Dimas Ekyy Pratama untuk menguatkan pasukannya.", "Featured Image: Mandalika Racing Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216046/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Sze Fei-Izzuddin Ke Separuh Akhir Selepas Kalahkan Yew Sin-Ee Yi Buat Pertama Kali\n", "content": ["Pasangan badminton beregu lelaki naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Terbuka Jerman 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Mereka melangkah ke peringkat tersebut selepas berhasil mengalahkan beregu bebas (independent) senegara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi dalam perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung tengah malam tadi.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 20 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅15 22 19 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 75 minutes https://t.co/vo7osRr3h9", "Pertarungan melibatkan kedua-dua beregu ini mengambil masa sehingga 75 minit untuk disudahkan. Tiga set permainan disajikan kepada para penonton dan ianya berakhir dengan keputusan 21-15, 20-22 dan 21-19.", "Lebih manis, ini merupakan kemenangan pertama diraih oleh Sze Fei-Izzuddin ke atas beregu yang menghuni ranking ke-11 dunia merangkap semi-finalis Kejohanan Dunia BWF 2021 itu.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir nanti, Sze Fei-Izzuddin akan menentang beregu China yang menghuni ranking ke-1274 dunia iaitu He Ji Ting dan Zhou Hao Dong yang berusia 24 tahun masing-masing.", "Berdasarkan rekod, Sze Fei-Izzuddin belum pernah berentap menentang Ji Ting-Hao Dong dalam mana-mana kejohanan antarabangsa setakat ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218039/", "headline": "\nAstro Siar Saingan Terbuka Malaysia Secara Langsung Bermula Pusingan 32\n", "content": ["Para peminat badminton tempatan boleh menyaksikan saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – bermula Pusingan 32 secara langsung menerusi Astro.", "Ini setelah stesen televisyen berbayar terbabit mengumumkan menyiarkannya secara langsung saingan berkenaan menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman sosialnya, semalam.", "Untuk makluman semua, saingan Terbuka Malaysia ini akan bermula 28 Jun hingga 3 Julai kelak di Axiata Arena Bukit Jalil.", "One, we will show #PMO2022 live from the first round on Tuesday. 🏸", "Two, Min isn't getting fired. 🥵", "— Stadium Astro 😷 (@stadiumastro) June 23, 2022", "Sebagai tambahan, saingan ini bakal disertai oleh beberapa pemain handalan tempatan seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan beberapa pemain yang lain lagi.", "Untuk pengetahuan semua, saingan yang berlangsung selama enam hari ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM3 juta secara keseluruhan.", "Manakala juara bagi setiap kategori pula akan diberikan 11,000 mata sementara naib juara pula akan membawa pulang 9,350 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114344/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pemain India Singkir Daren Secara ‘Straight Set’ Di Pusingan 32\n", "content": ["Perjalanan pemain perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Liew Daren di Kejohanan Dunia BWF yang berlangsung di Huelva, Sepanyol terhenti setakat Pusingan 32 sahaja.", "Ini berikutan Daren, 34 tahun, terpaksa akur tumpas kepada pemain perseorangan India, Prannoy Haseena Sunil Kumar secara ‘straight set’ pada perlawanan yang berlangsung, petang tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Round of 3221 21 🇮🇳H. S. PRANNOY🏅 7 17 🇲🇾Daren LIEW🕗 in 42 minutes https://t.co/fQmfVDkndG", "Daren yang menghuni ranking ke-36 ditewaskan Prannoy yang menghuni ranking ke-32 dengan keputusan 21-7 dan 21-17 dimana perlawanan ini berlangsung dalam tempoh 42 minit.", "Prannoy ternyata berada dalam prestasi dan momentum terbaiknya pada hari ini lebih-lebih lagi selepas dia mencipta kejutan menyingkirkan pemain yang berada di ranking-9 dunia, Ng Ka Long Angus pada Pusingan 64.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Prannoy bakal menantikan saingan samada daripada pemain Denmark, Rasmus Gemke atau pemain Sepanyol, Luis Enrique Penalver."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111263/", "headline": "\nBasikal WX-R Sengaja Diletakkan Harga RM300,000 – Ini ‘Rahsia’ Dikongsikan Azizulhasni Awang\n", "content": ["Basikal model WX-R Vorteq yang akan digunakan oleh Datuk Azizulhasni Awang untuk beraksi dalam saingan basikal trek bagi acara keirin dan pecut dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 dianggarkan bernilai RM300,000 sebuah.", "Difahamkan ia dibina hasil daripada satu projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) antara Institut Sukan Negara (ISN) bersama syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd yang bernilai RM13 juta.", "Harga RM300,000 tersebut mengundang reaksi yang pelbagai termasuk yang mengatakan harga tersebut terlalu mahal dan tidak masuk akan untuk sebuah basikal.", "RASMI: Basikal yang akan digunakan Azizulhasni untuk Sukan Olimpik 2020! 🚴‍♂️Basikal model WX-R Vortex menjadi pilihan atlet berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang untuk temasya kali ini.Semoga beliau dan kontinjen Malaysia memperoleh kejayaan!#Tokyo2020 pic.twitter.com/xQwYowM1aB", "Azizulhasni yang mendapat julukan The Pocket Rocketman menjelaskan pihak projek R&D memang sengaja meletakkan harga sebegitu kerana ingin melindungi dan mengekang pencabar terdekat daripada membeli basikal dan peralatan-peralatan hasil penyelidikan dan pembangunan dilakukan oleh ISN dan TOTALSIM ini.", "Hal ini kerana, badan basikal dunia iaitu Union Cycliste Internationale (UCI) telah menetapkan syarat bahawa setiap pasukan yang ingin mengambil bahagian dalam acara berbasikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibenarkan menggunakan basikal dan peralatan-peralatan yang dibina sendiri menerusi R&D tetapi ianya mesti boleh didapati dan dibeli oleh orang ramai.", "“Kita cuba untuk lindungi teknologi basikal itu daripada orang lain menggunakan di (Sukan) Olimpik terutamanya daripada pesaing terdekat kita,", "“Sebab kita dah penat-penat invest, buat R&D, takkan kita nak suka-suka bagi orang pakai macam tu je, sebab kita nak bertanding dan nak menang, kalau kita dah menang, takde hal siapa nak pakai basikal tu,", "“Itulah sebabnya pihak yang menguruskan projek (R&D) meletakkan harga yang tak masuk akal, yang tinggi, memang sengaja harga diletak tinggi macam tu, ", "“Harga itu diletak pada harga yang tinggi supaya tak masuk akal untuk orang beli dan memang harga itu (RM300,000) tak masuk akal, itu sebabnya,” jelasnya dalam satu sesi Instagram Live bersama hos Astro Arena, Irfan Ali.", "Just because most don’t make it,Doesn’t mean you can’t.#teamazizul #azizulawang#18 pic.twitter.com/9ZAchTeZ8s", "Selain daripada Malaysia yang mempunyai projek R&D bagi membina basikal sendiri untuk menghadapi temasya Sukan Olimpik kali ini, terdapat beberapa negara lain yang berbuat demikian.", "Antaranya Jerman, Great Britain, Australia, Jepun, Perancis dan banyak lagi. Menurut pelumba kelahiran Dungun, Terengganu ini, boleh dikatakan rata-rata kos R&D oleh negara-negara lain adalah jauh lebih besar berbanding Malaysia.", "“Ada yang meletakkan harga lebih mahal sedikit daripada harga pasaran dan lebih murah daripada kita tetapi meletakkan syarat pembelian seperti minimum 50 buah tempahan,” kongsinya mengenai taktik yang digunakan oleh negara lain bagi melindungi teknologi basikal mereka digunakan oleh pesaing terdekat.", "Untuk makluman semua, projek R&D yang dilakukan oleh ISN dan TOTALSIM ini dimulakan pada tahun 2017.", "Anda mahu beli basikal yang digunakan oleh Azizulhasni Awang? Klik WX-R.COM", "Tonton penjelasan penuh oleh Datuk Azizulhasni Awang mengenai peraturan yang ditetapkan UCI dan harga tak masuk akal bersama Irfan Ali pada pautan video di bawah:", "Featured Image: Azizulhasni Awang Twitter"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207517/", "headline": "\nPakai Jersi ‘Original’ Kelantan FC Dapat 30% Diskaun di Hotel Zamburger\n", "content": ["Norizam Tukiman mengumumkan sesiapa yang memakai jersi ‘original’ TRW Kelantan FC akan mendapat 30% diskaun apabila mendaftar masuk ke rangkaian Hotel Zamburger.", "Beliau yang juga pemilik pasukan TRW Kelantan FC, rangkaian Hotel Zamburger dan Zamburger mengumumkan perkara berkenaan di laman sosialnya menerusi satu komen yang ditinggalkannya.", "Dalam hantaran tersebut, Norizam mempromosikan salah sebuah hotelnya yang terletak di Jonker Walk, Melaka.", "“Untuk sementara ini pakai jersi original Kelantan FC dapat 30% diskaun.” tulis Norizam membalas komen seorang penyokong pasukan berpangkalan di pantai timur, Jijol.", "Norizam yang merupakan usahawan dari negeri Johor diumumkan sebagai pemilik baharu TRW Kelantan FC apabila membeli pasukan tersebut pada awal september lalu.", "Sejak mengambil alih pasukan tersebut, beberapa perancangan dan pelan pembaharuan dilakukan Norizam untuk memastikan TRW Kelantan FC kembali menjadi salah sebuah pasukan gergasi bola sepak tanah air.", "Antaranya mengumumkan untuk membina sebuah pusat latihan moden berbumbung serta mahu membawa TRW Kelantan FC disenaraikan di pasaran saham dalam tempoh lima tahun akan datang."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208422/", "headline": "\nTan Cheng Hoe Kekal Bimbing Harimau Malaya Sehingga 2022\n", "content": ["Skuad senior bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan terus mendapat bimbingan jurulatih kelahiran Kedah, Tan Cheng Hoe sehingga ke penghujung tahun 2022.", "Ini selepas pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersetuju melanjutkan kontraknya bagi tempoh dua tahun lagi bagi membimbing Harimau Malaya mengharungi saingan Piala AFF 2020, Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.", "Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tan Cheng Hoe, kekal sbg pengendali skuad Harimau Malaya dalam menjayakan misi Malaysia meraih slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023Cheng Hoe sahkan perkembangan itu selepas dimaklumkan FAM mengenai lanjutan kontrak selama dua tahun pic.twitter.com/df6cxdHape", "“FAM sudah setuju untuk menyambung kontrak bagi tempoh dua tahun lagi. Saya menganggap ini sebagai satu cabaran untuk saya dalam membawa pasukan kebangsaan, ke satu tahap lebih baik,” katanya seperti dilaporkan oleh Bernama.", "Siaran Media: Tan Cheng Hoe Tandatangani Kontrak Baharu Bersama FAMBaca penuh di https://t.co/vADGZHeW8r#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/yw2zBDHmRF", "Ini merupakan kali kedua Cheng Hoe dilanjutkan kontrak oleh FAM sekaligus diberikan peranan untuk terus mengemudi skuad senior bola sepak kebangsaan.", "Kali pertama adalah pada januari 2019 setelah FAM berpuas hati dengan pencapaian Cheng Hoe membimbing Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2018.", "CONGRATULATIONS TO TAN CHENG HOE ON BEING APPOINTED AS NEW HARIMAU MALAYA HEAD COACHRead more at https://t.co/K4z8rWnqHA pic.twitter.com/d9zJ7z5gTs", "Untuk rekod, Cheng Hoe mula dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan pada disember 2017 di bawah pimpinan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM pada waktu itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220841/", "headline": "\nPiala Dunia: Tunisia Tumpaskan Juara Bertahan Namun Gagal Ke Pusingan 16\n", "content": ["Wakil benua afrika, Tunisia berhasil melakar satu kejutan dengan menumpaskan juara bertahan, Perancis dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan dalam saingan Piala Dunia 2022.", "Namun begitu, kemenangan 1-0 itu tidak memberikan makna yang besar buat skuad berjulukan Eagles of Carthage kerana tidak dapat membantu melayakkan mereka ke Pusingan 16.", "Jaringan tunggal kemenangan itu disumbangkan oleh penyerang yang beraksi dalam Liga Perancis bersama Montpellier, Wahbi Khazri pada minit 58’.", "Tunisia defeat France but the holders finish top of Group D 👏#FIFAWorldCup | @adidasfootball", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 30, 2022", "Untuk makluman semua, Tunisia gagal mara ke Pusingan 16 disebabkan Australia yang turut sama berada dalam Kumpulan D berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Denmark, sebentar tadi.", "Kemenangan yang dilakar oleh Australia itu membolehkan mereka menamatkan cabaran Kumpulan D dengan kutipan sebanyak 6 mata daripada 3 perlawanan sekaligus bergelar naib juara.", "Manakala Tunisia pula terpaksa berpuas hati menamatkan cabaran Kumpulan D di tempat ketiga selepas sekadar mengutip 4 mata daripada 3 perlawanan.", "Sementara itu, Perancis walaupun menanggung kekalahan tetap berhasil menamatkan saingan Kumpulan D ini selaku juara dengan kutipan 6 mata daripada 3 perlawanan.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202038/", "headline": "\nKisah John O’Shea tercungap-cungap kejar Cristiano Ronaldo yang berumur 18 tahun\n", "content": ["Pada musim panas tahun 2003, Manchester United bertemu Sporting Lisbon dalam satu aksi persahabatan pramusim.", "Dalam perlawanan tersebut, pemain muda berumur 18 tahun, Cristiano Ronaldo yang bermain bersama kelab Portugal itu mencuri tumpuan rata-rata pemain Red Devils termasuk pengurus pasukan pada ketika itu, Alex Ferguson.", "Digambarkan oleh rata-rata pemain Manchester United ketika itu, tiada pemain mampu menghampiri atau merantai pergerakan Cristiano dek kelincahannya. Bekas pertahanan lagenda Manchester United, Rio Ferdinand turut berkongsikan peristiwa tersebut baru-baru ini.", "Betapa bertenaganya persembahan Cristiano sehingga membuatkan bekas pemain tengah, John O’Shea tercungap-cungap selepas 45 minit permainan apabila ditugaskan untuk merantai pergerakan Cristiano.  ", "“Kami bermain menentang Sporting pada 2003, selesai babak pertama dan kami (lihat) John O’Shea perlukan tangki oksigen di sebelahnya.", "“Dia duduk dalam keadaan tercungap-cungap. Ketika itu kami minta dia merapati Ronaldo dan dia tidak mampu untuk melakukannya.” katanya seperti dipetik daripada The Sun.", "Hampir semua pemain memperkatakan tentang Cristiano selepas daripada aksi persahabatan tersebut. Paul Scholes, Nicky Butt, Ryan Giggs termasuk Ferdinand memuji aksi ditampilkan pemain kelahiran Madeira tersebut.", "Cristiano membantu Sporting Lisbon meraih kemenangan ke atas Manchester United pada ketika itu di mana mereka menang 3-1 ke atas Red Devil, hampir kesemua pemain sepakat aksi yang ditampilkan Cristiano itu amat sesuai untuk bersama Manchester United dan bermain di Stadium Old Trafford.", "Mereka mahu menyampaikan hasrat itu kepada Ferguson namun tanpa mereka sedar, Ferguson terlebih dahulu telah pergi bertemu Cristiano dan berunding untuk membawanya ke England.", "“Sejujurnya, saya, Paul Scholes dan Nicky Butt berdiri di sana dan berkata, budak ini menakjubkan, kita perlu menandatanganinya.", "“Kami menunggu jurulatih (Ferguson) sehingga satu jam setengah, dan mereka sedang berunding untuk mendapatkan Ronaldo pada saat itu juga.” kongsi Ferdinand lagi.", "Sepertimana sedia maklum, akhirnya Cristiano ditandatangani oleh Manchester United dengan harga perpindahan termahal dalam sejarah bola sepak England bagi seorang pemain yang masih remaja pada waktu itu iaitu sekitar 13 juta pound sterling.", "Dia diperkenalkan sebagai pemain Manchester United pada jendela perpindahan musim panas tahun 2003. Cristiano diberikan jersi bernombor 7, jersi yang pernah disarung oleh pemain-pemain hebat seperti George Best, Eric Cantona dan David Beckham. ", "Selama 6 tahun menyarung jersi Red Devil, Cristiano telah menjaringkan 118 gol, memenangi 3 kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208506/", "headline": "\nKhabib Nurmagomedov Beri Bayangan Kembali Ke Gelanggang UFC?\n", "content": ["Atlet seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov memberi bayangan untuk kembali bertarung di gelanggang Ultimate Fighting Championship (UFC) selepas mengumumkan persaraannya, sebulan yang lalu.", "See you soon @danawhite https://t.co/ySvbwEJJBo", "Bayangan itu diberikan menerusi satu muat naik gambar bersama-sama Presiden UFC, Dana White dengan kapsyen, “jumpa anda nanti @danawhite,” di laman sosialnya, semalam.", "Perkembangan itu pastinya menyalakan harapan White untuk berunding bagi memujuknya kembali ke gelanggang oktagon sekali lagi untuk bertarung buat kali ke-30.", "Legenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung https://t.co/tjwU8OKjRj pic.twitter.com/wPiVDzfpmD", "Baca: Legenda WWE, Undertaker Percaya Khabib Akan ‘U-Turn’ & Kembali Bertarung", "Sebelum ini, Khabib mengejutkan dunia apabila mengumumkan persaraannya sejurus menewaskan Justin Gaethje dalam acara UFC 254 yang berlangsung di Fight Island, Abu Dhabi.", "Featured Image: Instagram Khabib Nurmagomedov"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321366/", "headline": "\nKad Touch ‘n Go Sokongan NFC Edisi Terhad Dijual Sempena Terbuka Malaysia 2023\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan pegeluaran kad Touch ‘n Go edisi terhad dengan sokongan NFC (near-field communication) khusus untuk peminat badminton tanah air bersempena dengan berlangsung kejohanan Terbuka Malaysia 2023.", "Sebanyak empat variasi kad yang boleh ditambah nilai menerusi aplikasi TNG eWallet dikeluarkan hasil kerjasamanya dengan Touch ‘n Go Malaysia. ", "We’re teaming up with @MyTouchnGo to produce these awesome limited edition cards for all BL😍", "Get your cards at Touch ‘n Go booths in Axiata Arena on 14 & 15 Jan (Saturday & Sunday)#PETRONASMalaysiaOpen2023 pic.twitter.com/9Jv3VZt6qO", "— BAM (@BA_Malaysia) January 9, 2023", "Empat kad itu menampilkan pemain perseorangan, Ng Tze Yong, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan beregu wanita, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan.", "Menurut BAM, kad-kad edisi terhad ini akan dijual di reruai (booth) Touch ‘n Go di Axiata Arena pada hari berlangsungnya saingan peringkat separuh akhir dan akhir Terbuka Malaysia pada 14 dan 15 Januari kelak.", "Bagaimanapun, pihak BAM mahupun Touch ‘n Go tidak mendedahkan harga jualan kad tersebut. Selain itu, jumlah kad yang dikeluarkan juga tidak dikongsikan oleh pihak mereka.", "— BAM (@BA_Malaysia) January 9, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220731/", "headline": "\nPiala Dunia: Korea Ikat Pasukan No.3 Amerika Selatan Tanpa Sebarang Jaringan\n", "content": ["Skuad bola sepak Republik Korea memulakan kempen Piala Dunia 2022 Qatar dengan langkah yang agak positif mengikat pasukan No.3 benua amerika selatan iaitu Uruguay.", "Dalam perlawanan ini, Uruguay turun dengan beberapa kelibat pemain ternama seperti Luis Suarez, Darwin Nunez serta Edinson Cavani. Sementara itu, Korea pula dikuatkan dengan kehadiran bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min.", "Setelah 90 minit bertarung di Education City Stadium sebentar tadi, kedua-dua penghuni Kumpulan H ini terpaksa akur menamatkan perlawanan ini dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan.", "Uruguay and Korea Republic begin their campaigns with a point 🇺🇾🇰🇷@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 24, 2022", "Keputusan ini memberikan kedua-dua pasukan mengutip satu mata masing-masing daripada pertembungan ini.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kesembilan melibatkan Korea dan Uruguay pada peringkat antarabangsa. Keputusan ini menjadikan Korea kini mencatatkan 1 kemenangan, dua seri serta enam kekalahan daripada keseluruhan pertemuan dengan Uruguay.", "Untuk perlawanan seterusnya, Korea akan bertemu Ghana manakala Uruguay pula akan menentang Portugal.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215735/", "headline": "\nFIFA Dan UEFA Menggantung Rusia Daripada Sebarang Pertandingan Antarabangsa\n", "content": ["Dengan perang melibatkan Rusia dan pencerobohan terhadap Ukraine, kini FIFA dan UEFA membuat keputusan untuk menggantung pasukan kebangsaan dan kelab Rusia daripada sebarang pertandingan.", "Keputusan ini dilakukan pada hari ini, dan akan memberikan impak terhadap pusingan kelayakan Piala Dunia melibatkan Rusia pada bulan Mac ini.", "Langkah ini juga dilihat selari dengan beberapa pasukan termasuk Poland menyatakan tidak ingin bermain dengan Rusia untuk pusingan kelayakkan Piala Dunia.", "Dengan keputusan ini, bola sepak bersatu dan bersolidariti bersama mereka yang terjejas di Ukraine. Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, UEFA telah menamatkan tajaan bersama syarikat Rusia, Gazprom.", "Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah dan apakah keputusan yang akan diambil badan sukan lain melibatkan Rusia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219191/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Singkir Beregu No.1 Jerman, Vivian-Chiew Sien Meluncur Terus Ke Pusingan 16\n", "content": ["Beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien berhasil melepasi cabaran di Pusingan 64 dalam Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-35 dunia ini melepasi cabaran tersebut dengan menumpaskan beregu No.1 Jerman merangkap pasangan No.26 dunia, Linda Efler dan Isabel Lohau.", "Dalam perlawanan yang sebentar tadi, Vivian-Chiew Sien berjaya merekodkan kemenangan bergaya secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-15 dalam tempoh 54 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022WD – Round of 64 🇲🇾Vivian HOO🏅21 21 🇲🇾Chiew Sien LIM🏅17 15 🇩🇪Linda EFLER 🇩🇪Isabel LOHAU", "🕗 in 46 minutes https://t.co/8bqiRi5ZMu", "— BWFScore (@BWFScore) August 22, 2022", "Ini merupakan pertemuan sulung buat Vivian-Chiew Sien menentang Linda-Isabel. Berdasarkan rekod, mereka belum pernah berentap di mana-mana pentas antarabangsa sebelum ini.", "Lebih manis, kemenangan yang direkodkan Vivian-Chiew Sien [ada hari ini membolehkan mereka melangkau aksi di Pusingan 32 dan terus ke Pusingan 16.", "Perkara ini berlaku disebabkan oleh pasangan Kanada, Rachel Honderich dan Kristen Tsai yang mendapat “bye” di Pusingan 64 dan menanti di Pusingan 32 telah menarik diri.", "Di pusingan 16 kelak, Vivian-Chiew Sien menantikan cabaran samada daripada pasangan Korea, Lee So Hee-Shin Seung Chan (ranking ke-3) atau beregu India, Pooja Dandu-Sanjana Santosh (ranking ke-95) atau beregu Peru, Ines Castillo-Paula La Torre Regal (ranking ke-100)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219505/", "headline": "\nFinal Piala FA: Polis Tidak Benarkan Powerbank Dibawa Masuk Dalam Stadium\n", "content": ["Powerbank menjadi salah satu barangan larangan untuk dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA melibatkan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari esok.", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis IPD Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin dalam sidang media keselamatan yang berlangsung sebentar tadi.", "Difahamkan, powerbank dilarang oleh pihak polis untuk dibawa masuk ke dalam stadium atas faktor ianya merupakan objek yang keras, berkemungkinan boleh dijadikan objek untuk membaling kepada penyokong lawan dan boleh menimbulkan kecederaan apabila dibaling.", "Justeru, beliau menasihatkan para penyokong yang akan hadir ke stadium untuk mengecas penuh telefon pintar masing-masing sekaligus tidak perlu untuk membawa powerbank.", "Selain daripada powerbank, berikut adalah senarai barangan yang dilarang untuk dibawa masuk ke dalam stadium:", "Sehubungan itu, bagi memastikan barangan larangan yang disenaraikan ini tidak dibawa masuk, pihak polis akan melakukan pemeriksaan di setiap pintu masuk stadium dan juga selepas memasuki perkarangan stadium. Pemeriksaan yang dilakukan akan meliputi pemeriksaan tubuh badan serta barangan yang dibawa di dalam beg."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207181/", "headline": "\nBenar! Sumareh Hanya Singgah di Thailand, Musim Depan Bakal Bermain Bersama Selangor\n", "content": ["Kita sedia maklum bahawa penyerang naturalisasi kebangsaan, Mohamadou Sumareh secara rasminya telah bergelar pemain kepada sebuah kelab berpangkalan di Thailand, Police Tero FC sehingga hujung tahun ini.", "Sebelum itu, Sumareh bertindak menamatkan kontraknya bersama Pahang atas alasan tidak menerima gaji lebih daripada sebulan sekaligus menjadikannya sebagai pemain ejen bebas.", "Baru-baru ini, menurut laporan media tempatan, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Ali membuat andaian bahawa tindakan penyerang kelahiran Gambia meninggalkan Pahang dan bermain bersama Police Tero FC sebagai satu persinggahan atau ‘cooling period’ sebelum kembali ke Malaysia untuk bermain bersama pasukan yang diidami.", "Saya tidak mahu menuding jari, tetapi ini mungkin satu strategi yang rapi. #BHSukan https://t.co/Hswwri57ay", "Dan ternyata andaian yang dibuat Khalid itu tepat sama sekali apabila pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim membuat pendedahan mengenai tawaran kontrak yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) kepada Sumareh, awal pagi tadi menerusi satu muat naik di Instagram Story milik baginda.", "Berdasarkan muat naik tersebut, Sumareh ditawarkan kontrak selama dua tahun dengan gaji asas sebanyak USD 17,000 atau sekitar RM70,000 sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan. Selain itu, Sumareh turut diletakkan klausa pelepasan kontrak sebanyak RM3 juta.", "Bagaimanapun, menerusi pendedahan perbualan di antara Sumareh dan Setiausaha Agung FAS, pemain penyerang sayap berusia 26 tahun berunding untuk mendapatkan gaji asas sebanyak USD 20,000 atau sekitar RM83,000 sebulan sebelum menurunkan tandatangannya di atas kontrak bersama skuad Red Giants.", "Kedua-dua belah pihak dijangka bakal bertemu untuk mengikat kontrak tersebut sebelum daripada Sumareh berlepas ke ibu kota negara jiran, Bangkok. ", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324093/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Malaysia, Thailand & Filipina Diundi Dalam Kumpulan H\n", "content": ["Majlis undian bagi saingan kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2024 telah berlangsung sebentar tadi, di Asian Football Confederation (AFC) House, Kuala Lumpur. Dalam sesi undian terbabit, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan H bersama Thailand selaku tuan rumah, Bangladesh dan Filipina.", "Peringkat kelayakan Piala Asia B-23 akan berlangsung pada 4 hingga 12 September ini bagi menentukan 16 pasukan yang mara ke pusingan akhir daripada 42 negara yang terlibat. ", "Dalam pada itu, Kumpulan A menghimpunkan Jordan (tuan rumah) bersama dua lagi negara Timur Tengah, Jordan dan Syria serta Brunei. Korea Selatan pula hadir sebagai tuan rumah Kumpulan B bersama Myanmar, Kyrgyzstan dan Qatar. ", "Bagi Kumpulan C, Vietnam (tuan rumah) diundi bersama negara serantau, Singapura, Yemen dan Guam. Kumpulan D pula dibarisi juara 2016, Jepun, Bahrain (tuan rumah), Palestin dan Pakistan.", "Kumpulan E menyaksikan juara 2018, Uzbekistan selaku tuan rumah bakal menentang Iran, Hong Kong dan Afghanistan. Kumpulan F pula dihuni Iraq selaku juara 2013, Kuwait (tuan rumah), Timor Leste dan Macau. ", "Sementara itu, China bakal menjadi tuan rumah Kumpulan G yang turut dibarisi UAE, India dan Maldives. Manakala, Kumpulan I bakal diwarnai Australia, Tajikistan (tuan rumah), Laos dan Korea Utara. ", "Juara bertahan, Arab Saudi bakal turun selaku tuan rumah bagi Kumpulan J bersama Kemboja, Lubnan dan Mongolia. Kumpulan K pula menghimpunkan hanya tiga negara; Turkmenistan, Indonesia (tuan rumah) dan Chinese Taipei. ", "Sebelum ini, Malaysia hanya layak sebanyak dua kali (2018 & 2022) ke Piala Asia B-23 yang telah dijenamakan semula daripada Kejohanan AFC Bawah 22 Tahun (B-22).", "Dalam penampilan terakhir negara di kejohanan tersebut, Malaysia gagal mara ke peringkat kalah mati setelah tewas dalam ketiga-tiga perlawanan Kumpulan C menentang Korea Selatan (4-1), Thailand (3-0) dan Vietnam (2-0).", "Pencapaian terbaik Malaysia di dalam kejohanan dwitahunan itu adalah pada tahun 2018. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum usaha Malaysia disekat Korea Selatan selepas tewas 2-1. ", "Featured Image: Asian Football Confederation (AFC)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322981/", "headline": "\nBesok Kahwin, Nak Ada Anak Pun Ambil Masa Juga – Lim Teong Kim\n", "content": ["Ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim meminta para penyokong skuad berjulukan The Bos Gaurus (TBG) agar bersabar menantikan kemenangan daripada anak-anak buahnya.", "Teong Kim yang pernah mengendalikan skuad remaja Bayern Munich dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menjelaskan skuad Perak yang dibarisi rata-rata pemain muda pada ketika ini memerlukan masa. Tambahan pula, skuad ini baru sahaja berlatih bersama antara empat hingga lima bulan sahaja.", "Pada masa yang sama, jurulatih berusia 59 tahun ini mengakui jangkaan tinggi daripada para peminat yang mahu kemenangan namun tiada apa yang dapat dilakukannya selain mengharapkan agar mereka lebih bersabar.", "“Memang betul (mereka kurang sabar), tapi apa saya boleh buat, saya buat apa yang terbaik untuk pemain-pemain kami, untuk kelab kami saja, saya minta peminat-peminat bola sepak Perak bersabarlah,", "“Saya tanam durian semalam, dia akan berbuah dalam (masa) tujuh tahun,", "“You kalau ada anak, besok kahwin, nak ada anak pun ambil masa juga, jadi, semua perlu masa, itu sahaja,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Semalam, Perak tumpas 0-1 di tangan Kuala Lumpur City FC (KL City) sekaligus mengalami kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas menang ke atas Kuching City FC sekitar pertengahan Mac lalu.", "Ketika ini, mereka berada di tangga ke-11 dengan lima mata hasil daripada satu kemenangan dan dua seri daripada lapan perlawanan.", "Disebalik kekalahan terbabit, Teong Kim tetap memberi pujian kepada para pemainnya yang menunjukkan “winning mentality” yang tinggi di atas padang, semangat juang yang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113154/", "headline": "\nLiga FootGolf Pertama – microLEAP FootGolf League Diperkenalkan di Malaysia\n", "content": ["FootGolf merupakan sebuah sukan yang menggabungkan dua sukan yang cukup popular iaitu bola sepak dan golf. Ianya dimainkan di padang golf dan cara permainannya mirip kepada golf. ", "Bagaimanapun, kayu golf dan bola golf digantikan dengan kaki anda serta bola sepak. Manakala lubangnya pula dibesarkan sehingga memuatkan saiz bola sepak yang digunakan.", "Kebelakangan ini, sukan FootGolf semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Lebih-lebih lagi fasa pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia mengekang orang ramai terlibat dalam sukan dan permainan yang melibatkan sentuhan.", "Dengan sambutan yang semakin menggalakkan, badan induk sukan ini iaitu FootGolf Malaysia tampil mengumumkan penganjuran sebuah liga rasmi peringkat kebangsaan yang akan bermula pada hujung minggu ini.", "Liga ini juga mendapat tajaan daripada platform kewangan P2P patuh syariah iaitu microLEAP sekaligus menjadikan kejohanan ini bergelar microLEAP FootGolf League 2021/22.", "Pada masa yang sama, pihak FootGolf Malaysia turut bekerjasama dengan syarikat penyiaran, Astro untuk menyiarkan sorotan pada minggu pertama berlangsungnya liga ini di saluran Astro 801.", "Difahamkan sebanyak 21 pasukan akan menyertai saingan liga ini dengan melibatkan seramai 160 pemain mengambil bahagian bagi merebut hadiah terkumpul yang bernilai RM8,500.", "Sebagai tambahan, sukan FootGolf mula dimainkan di Malaysia pada tahun 2018. Di peringkat antarabangsa, ianya dimainkan lebih 40 negara dengan penglibatan lebih 250,000 pemain di seluruh dunia. Dipercayai, kejohanan pertama melibatkan FootGolf dianjurkan di Belanda pada tahun 2008.", "Pada hari ini, sukan ini bernaung di bawah badan induk dunia iaitu Persekutuan Antarabangsa FootGolf (FIFG), yang ditubuhkan pada tahun 2012 dimana FootGolf Malaysia merupakan ahli eksklusif kepada badan ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202221001/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Vivian-Chiew Sien Senasib Dengan Pearly-Thinaah\n", "content": ["Sepasang lagi beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien yang beraksi dalam kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 mengalami nasib yang sama seperti Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan – pulang tanpa sebarang mata.", "Keadaan itu hadir apabila Vivian-Chiew Sien yang menghuni ranking ke-24 dunia tumpas pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A ketika berhadapan wakil Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022WD – Round 3 🇹🇭Jongkolphan KITITHARAKUL🏅21 21 🇹🇭Rawinda PRAJONGJAI🏅10 17 🇲🇾Vivian HOO 🇲🇾Chiew Sien LIM", "🕗 in 37 minutes https://t.co/hy1DXZzqh4", "— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022", "Pertarungan tersebut menyaksikan Vivian-Chiew Sien tumpas secara “straight set” dengan skor 10-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 37 minit permainan di atas gelanggang.", "Sebelum itu, Vivian-Chiew Sien telah tumpas dalam perlawanan pertama dan kedua bertemu gandingan Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong (Korea) serta Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard (Thailand) masing-masing.", "Ketiga-tiga kekalahan ini menyebabkan mereka gagal meraih sebarang mata sekaligus menghuni kedudukan terakhir dalam Kumpulan A.", "Sebagai rekod, Vivian dan Chiew Sien mula bergandingan sejak Oktober tahun lalu berhasil menempah tiket untuk beraksi di kejohanan ini apabila menghuni tangga ketujuh dalam Ranking Jelajah Dunia BWF."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219140/", "headline": "\nPerebutan Sengit Bahagian Tengah Terengganu FC Untuk Musim 2021\n", "content": ["Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Nasir Basharudin mengakui persaingan semakin sengit bagi merebut posisi utama dengan kehadiran dua pemain baharu, Nik Akif Syahiran dan Asnan Ahmad bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.", "Nasir antara pemain senior yang masih kekal bersama TFC buat musim kedua pada tahun ini selepas menabur bakti bersama Perak selama 9 tahun sejak 2010 dan menyifatkan musim ini akan lebih mencabar untuknya mengisi tempat dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan.", "Jelasnya, Nik Akif yang sebelum ini beraksi bersama Kelantan dan Asnan dari UKM FC masing-masing merupakan pemain yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk membantu pasukan bersesuaian dengan taktikal oleh pengendali, Nafuzi Zain sekali gus akan menghadirkan persaingan hebat untuk mereka mengisi posisi tengah pada musim ini.", "🎥 NIK AKIF FIRST DAY 🏴🏳️Sesi latihan pertama Nik Akif bersama pasukan #TFC2021saksikan video penuh di saluran rasmi youtube TFC TV👇🏼👇🏼https://t.co/03oMNmSCbS#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite#TFCTV pic.twitter.com/AFsH06UOrR", "Namun begitu, pemain berusia 30 tahun ini mengharapkan siapa pun yang akan diberi peluang harus memberikan yang terbaik demi pasukan selain akan tetap bekerja keras bagi memperbaiki prestasinya.", "“Kalau nak ikutkan musim lepas, saya boleh katakan dalam 60 hingga 70 peratus saya berpeluang untuk berada dalam kesebelasan utama, dan disebabkan perlawanan yang tidak banyak, memang sebenarnya belum rasa puas lagi.", "“Tahun ini, sudah tentu persaingan akan lebih tinggi sebab kita tahu Akif dan Asnan merupakan pemain yang berpotensi tinggi untuk membantu pasukan, dan saya tidak boleh beraksi sambil lewa kerana bukan mudah untuk mendapat peluang beraksi dalam setiap perlawanan.", "“Cuma apa yang positif, sudah tentulah kehadiran mereka akan dapat membantu pasukan sebab dua-dua mempamerkan cara bermain yang berbeza dan semestinya jurulatih (Nafuzi Zain) akan mempunyai banyak pilihan untuk beliau sesuaikan dengan taktikalnya,” katanya.", "🎥 TEMUBUAL PERTAMA BERSAMA ASNAN AHMAD 🏴🏳️Saksikan temubual ringkas oleh media TFC bersama pemain baru TFC, Asnan Ahmad selepas beliau menandatangani kontrak lengkap untuk bersama pasukan ini bagi musim 2021.#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite #TFCTV pic.twitter.com/XNNIpsPIl9", "Dalam pada itu, Nasir mengharapkan musim 2021 akan menjadi yang lebih baik untuknya dan pasukan dalam mengharungi saingan Liga Super dan juga Piala AFC yang menyaksikan TFC layak beraksi buat kali pertama.", "Semestinya ia bukan tugas yang mudah untuk semua pasukan memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini dan harap mereka dapat melakukan persediaan dengan lebih rapi bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini.", "“Apa yang saya mahukan adalah persiapan yang terbaik untuk semua pasukan dan untuk TFC sendiri apatah lagi kami juga perlu bersedia untuk saingan Piala AFC.", "“Apa-apa pun, saya sedar tempoh PKP yang dilakukan ini adalah untuk keselamatan semua pihak, tetapi sama-samalah kita berdoa agar ia beransur pulih dan kita semua akan harungi musim 2021 dengan lebih sempurna”, tambahnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220336/", "headline": "\nTerengganu Turut Kekalkan Tomislav Steinbruckner Selaku Pengarah Teknikal\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengumumkan mengekalkan khidmat Tomislav Steinbruckner kelahiran Croatia selaku Pengarah Teknikal pada musim hadapan.", "Perancangan itu dikongsikan oleh Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Terengganu FC, YB Wan Sukairi Wan Abdullah sepertimana laporan media tempatan, Utusan Malaysia.", "Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat BOD Terengganu FC yang dipengerusikannya selama lebih dua jam, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Tomislav diumumkan sebagai Pengarah Teknikal buat skuad Hitam Putih ini pada Mac lalu. Jawatan itu menghendakinya menerajui struktur pasukan-pasukan di bawah naungan Terengganu FC.", "Pada ketika itu, kehadirannya itu bagi menggantikan pengarah teknikal sebelum itu merangkap bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan suati masa dahulu, Abdul Rahman Ibrahim."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220310/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Pemain Ranking 44 Dunia Kecewakan Zii Jia Di Final\n", "content": ["Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia kempunan untuk bergelar juara apabila tumpas dalam perlawanan akhir saingan Terbuka Denmark – Jelajah Dunia Super 750 BWF, sebentar tadi.", "Lawannya yang menghuni ranking ke-44 dunia dari China, Shi Yu Qi menjadi asbab kepada kempunannya Zii Jia di pentas akhir terbabit.", "Ini berikutan Yu Qi yang pernah menghuni ranking kedua dunia suatu masa dahulu berjaya menumpaskan Zii Jia menerusi tiga set permainan sengit yang berkesudahan dengan skor 18-21, 21-16 dan 12-21.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORMS – Final21 16 21 🇨🇳Yu Qi SHI🏅18 21 12 🇲🇾Zii Jia LEE", "🕗 in 64 minutes https://t.co/M2YJYCGOOe", "— BWFScore (@BWFScore) October 23, 2022", "Pertembungan melibatkan kedua-dua pemain yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense ini mengambil masa lebih satu jam permainan untuk disudahkan.", "Dengan keputusan ini, Zii Jia terpaksa berpuas hati dengan gelaran selaku naib juara. Untuk rekod, ini merupakan gelaran naib juara pertama diraihnya daripada tiga kemaraan ke pentas akhir, pada tahun ini.  ", "Sebagai tambahan, ini merupakan pertembungan keempat yang direkodkan melibatkan Zii Jia dan Yu Qi. Keputusan pertarungan pada kali ini menjadikan Yu Qi telah meraih tiga kemenangan daripada empat pertembungan secara keseluruhan ke atas Zii Jia di pentas antarabangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111841/", "headline": "\nParalimpik 2020: Nur Syaiful ‘Disqualified’ Hanya Disebabkan Pita Pelekat di Bahu\n", "content": ["Perenang negara, Nur Syaiful Zulkafli memulakan aksi dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan kekecewaan apabila penyertaannya terbatal pada peringkat saringan renang S5 gaya bebas 200 meter (m) lelaki.", "Lebih malang, Nur Syaiful tidak melepasi peringkat saringan tersebut hanya disebabkan oleh pita pelekat yang ditampal pada bahunya untuk menutup bisulnya yang bernanah.", "Sedangkan perkara berkenaan telah dirujuk oleh atlet berusia 26 tahun ini kepada pegawai bertugas sebelum daripada mengambil bahagian pada peringkat saringan yang bertempat di Pusat Akuatik Tokyo itu.", "RASMI: Perenang Paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli disahkan 'disqualified' daripada pusingan Heat sebentar tadi.Beliau tidak akan beraksi pada final petang ini.#Tokyo2020#KamiLuarBiasa pic.twitter.com/tO4gxI3uCV", "“Sebelum pertandingan saya sudah berjumpa pegawai bertugas mengenai masalah saya. Mereka tidak beri jawapan yang pasti. Mereka kata saya boleh tampal tape (pelekat) atau tanggalkannya.", "“Sehari sebelum pertandingan juga saya sudah berjumpa pegawai yang bertugas, jawapannya tetap sama. Mereka juga beri jawapan 50-50, boleh letak atau tanggalkan.", "“Jadi bila tiada jawapan pasti, saya pilih untuk tampal pelekat bagi mengurangkan rasa sakit di bisul berkenaan sudah pun bernanah,” katanya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.", "Bagaimanapun, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya dan Nur Syaiful mahu menebus kekecewaan pada hari ini dalam dua acara lain yang disertainya.", "Dua acara tersebut adalah 50m gaya bebas dan 100m kuak dada.", "Untuk makluman semua, Nur Syaiful melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 setelah meraih pingat gangsa dalam acara 50m gaya bebas (S5) pada kejohanan Renang Para Dunia 2019 di London.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111945/", "headline": "\nMoto2: Triumph Terus Membekalkan Enjin Sehingga Tahun 2024\n", "content": ["Saingan Kejuaraan Dunia Moto2 akan terus dikuasakan oleh enjin yang dikeluarkan oleh pengeluar British, Triumph sehingga tahun 2024.", "Berdasarkan perjanjian antara penganjur, Dorna Sports bersama Triumph yang bermula pada tahun 2019 sebelum ini, kontrak tersebut bakal tamat pada penghujung musim ini.", "Bagaimanapun, sebelum berlangsungnya perlumbaan GP British di Litar Silverstone, kedua-dua pihak bersetuju untuk terus menggunakan enjin 3 silinder 765cc dalam saingan Moto2 bagi tempoh tiga tahun lagi.", "Sejak menggunakan enjin Triumph, seramai 14 pelumba yang berbeza berjaya merangkul kejuaraan.", "Musim ini menyaksikan pelumba Ajo Motorsport, Remy Gardner sedang mendahului carta dunia dengan 231 mata. Sementara itu, di kedudukan kedua adalah rakan sepasukannya, Raul Fernandez dengan mengumpul 187 mata.", "Untuk makluman semua, sebelum menggunakan enjin Triumph, saingan Moto2 menggunakan enjin yang dikeluarkan oleh pengeluar Jepun iaitu Honda. Ia menggunakan enjin 4 silinder CBR600 bermula tahun 2010 hingga 2018.", "Featured Image: Triumph UK Twitter"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215617/", "headline": "\nKelantan United Jalin Kerjasama Dengan Kelab J. League, Shonan Bellmare\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Kelantan United FC mengumumkan satu kerjasama dengan pasukan yang beraksi dalam divisyen pertama bola sepak Jepun (J. League) iaitu Shonan Bellmare.", "Perjanjian kerjasama membolehkan skuad The Green Deer menerima manfaat dari segi bidang kejurulatihan, menyertai saingan bola sepak remaja Jepun serta urusan perniagaan dan penajaan.", "Perkembangan mengenai pasukan yang dibimbing oleh Syamsul Saad ini dimaklumkan sendiri oleh pihak kelab menerusi platform media sosialnya pada hari ini, selepas perbincangan secara maya antara pengurusan tertinggi kedua belah pihak.", "“Antara kandungan perjanjian termasuklah menghantar jurulatih untuk pasukan senior, pertukaran pemain, dan menyokong kem latihan.” ", "“Di samping itu, di peringkat akademi dan akar umbi pula, mereka akan mengadakan latihan dengan penyertaan pemain remaja, latihan bagi jurulatih akar umbi serta menyertai kejohanan remaja di Jepun.” ", "“Selain itu, mereka juga akan menjalinkan usahasama di dalam bidang perniagaan dan perkongsian maklumat, termasuk jualan penaja.” tulis kenyataan kelab.", "Difahamkan kerjasama ini menjadikan Kelantan United menyertai perikatan yang turut diusahakan oleh Shonan Bellmare iaitu Perikatan Bola Sepak Asia Bellmare atau dikenali sebagai BAFA.", "Ketika ini perikatan ini telah disertai oleh Boeung Ket FC (Kemboja), Wuhan Three Towns FC (China), Sudeva Delhi FC (India), FC Chanthabouly (Laos), Davao Aguilas FC (Filipina) dan Nongbua Pitchaya FC (Thailand).", "Perikatan ini ditubuhkan oleh Shonan sebagai salah satu usaha pembangunan kelab-kelab di rantau asia sambil mendapat manfaat daripada segi bidang kejurulatihan, pertukaran pemain dan perkongsian pelbagai maklumat dalam kalangan ahlinya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113273/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Terbuka Czech Mei Xing-Anna Cheong Raih Peningkatan 779 Anak Tangga\n", "content": ["Pasangan beregu wanita negara yang baru sahaja digandingkan iaitu Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berada di ranking ke-1147 dunia pada minggu lalu.", "Bagaimanapun, kedudukan tersebut berubah serta-merta setelah memenangi kejohanan Terbuka Czech. Menerusi kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), mereka meraih peningkatan mendadak sebanyak 779 anak tangga.", "Kemaskini terbaru itu memperlihatkan Mei Xing-Anna Cheong yang berusia 24 dan 23 tahun masing-masing ini ditempatkan pada kedudukan ke-368 dunia.", "Terbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama", "Sementara itu, peningkatan kedua terbanyak dalam kalangan pasangan beregu wanita diraih oleh Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien. Pasangan beregu wanita profesional yang mula bergandingan pada bulan ini meraih peningkatan sebanyak 464 anak tangga walaupun tersingkir di Pusingan 32 dalam kejohanan Terbuka Denmark, baru-baru ini.", "Peningkatan tersebut membolehkan mereka menghuni ranking ke-266 dunia pada masa ini.", "Pada masa yang sama, kemaskini terbaru oleh BWF menyajikan sedikit perkembangan yang kurang enak buat pasangan beregu wanita negara melibatkan gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.", "Ekoran disingkirkan oleh pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Pusingan 32 Terbuka Denmark, Pearly Tan-M. Thinaah mencatatkan penurunan satu anak tangga dan menjadikan mereka menghuni ranking ke-19 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322212/", "headline": "\nJDT Sumbang Kesemua Jualan Tiket 4 Perlawanan Di SSI Kepada Mangsa Banjir\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kesemua hasil jualan tiketnya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri sehingga akhir bulan Ramadan akan disumbangkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri tersebut.", "Perkembangan itu hadir menerusi maklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Harimau Selatan, pada hari ini.", "“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menitahkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim agar kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.” ujarnya.", "Difahamkan, ianya melibatkan empat perlawanan secara keseluruhan yang merangkumi tiga perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac) dan Kedah Darul Aman (9 April) serta satu perlawanan Piala FA bertemu PDRM FC (14 April).", "Sumbangan itu akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di negeri Johor.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207613/", "headline": "\nLitar Aragon Bukan Kegemaran Pelumba Yamaha, Valentino Rossi\n", "content": ["Litar Aragon, Sepanyol bakal menjadi perlumbaan yang sukar buat pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi untuk dua minggu berikutnya bagi saingan Aragon GP dan Teruel GP.", "Hal ini kerana Rossi tidak begitu menggemari litar sejauh 5.078 kilometer ini dimana ianya sering memberikan kesukaran kepadanya sepanjang berkecimpung dalam dunia perlumbaan MotoGP.", "Rekod terbaik Rossi dalam perlumbaan yang berlangsung di litar ini hanyalah di kedudukan ketiga pada tahun 2013, 2015 dan 2016.", "“Selepas perlumbaan di Le Mans, pasukan kami bergerak ke Motorland Aragon, di mana kami akan terlibat dalam dua perlumbaan berturut-turut. ", "“Itu sentiasa menjadi tempat yang sukar buat saya, jadi ia akan menjadi cabaran untuk tampil lebih kuat di sana,”", "Bagaimanapun, pelumba berusia 41 tahun ini tetap mengharapkan keputusan yang terbaik setelah gagal menamatkan tiga perlumbaan sebelum ini. ", "“Saya agak laju pada tahun ini dan saya juga mempunyai keyakinan yang baik dengan jentera, kami akan bekerja keras dan mencari jalan untuk memperbaiki prestasi di Aragon.” katanya seperti dipetik daripada Speedweek.", "Sementara itu, pengurus pasukan Yamaha, Massimo Meregalli turut senada dengan Rossi dimana Litar Aragon sentiasa memberi kesukaran kepada pasukan mereka.", "Bagaimanapun beliau berkata pasukannya akan bekerja keras untuk memastikan kedua-dua pelumba Yamaha dapat menduduki tempat terbaik dalam kedua-dua perlumbaan Aragon GP dan Teruel GP kelak.", "Featured Image: Monster Energy Yamaha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215706/", "headline": "\nJurulatih Malaysia, Tan Kim Her Kemudi Beregu India Sehingga Sukan Asia 2026\n", "content": ["Kementerian Hal Ehwal Belia & Sukan India meluluskan perlantikan jurulatih kelahiran Malaysia, Tan Kim Her untuk mengemudi beregu Persatuan Badminton India (BAI) sehingga ke temasya Sukan Asia 2026.", "Perkembangan menarik ini dikongsikan sendiri oleh pelbagai platform laman sosial milik badan induk badminton negara berkenaan, semalam.", "Untuk makluman semua, perlantikan ini menjadikan jurulatih berusia 50 tahun ini kembali bergabung semula bersama BAI. Sebagai rekod, Kim Her sudah pernah terlibat dalam kejurulatihan negara berkenaan pada tahun 2015-2019 lalu.", "🇲🇾's Tan Kim Her returns for his 2nd stint as doubles coach for 🇮🇳 badminton till Asian Games in 2026. While putting coaching system in place he will look after coach education & developing a new crop of Indian Coaches as well.Welcome back, coach! https://t.co/Am0qg4gTYm", "Baca: Bekas Pengendali Beregu Wanita Negara Ketuai Kejurulatihan Badminton Filipina", "Malahan, Kim Her merupakan indvidu yang bertanggungjawab menggandingkan Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty sewaktu itu. Kini, beregu lelaki yang diasaskan oleh Kim Her itu semakin meningkat dan menduduki ranking kelapan dunia.", "Selepas bersama BAI, Kim Her mengubah haluan dengan membimbing beregu skuad kebangsaan negara matahari terbit, Jepun. ", "Impak daripada Kim Her membolehkan beregu campuran, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino serta beregu lelaki, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi memenangi pingat perak dan emas masing-masing di Kejuaraan Dunia BWF 2021.", "Sebagai rekod, selain India dan Jepun, Kim Her pernah memberikan khidmatnya dalam bidang kejurulatihan bersama pasukan England, Republik Korea dan juga Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221106/", "headline": "\nPresiden FAM: Harga Tiket Terbuka Diturunkan Lagi Menjadi RM30\n", "content": ["Pengumuman penurunan harga tiket sebanyak RM5 bagi kategori Terbuka untuk dua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semalam nyata tidak memuaskan hati kebanyakan penyokong skuad kebangsaan.", "Harga asal yang ditetapkan sepertimana dibincangkan dalam Mesyuarat Keenam Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada awal November lalu adalah RM50. Bagi kategori Premium dan Grandstand pula harga yang ditetapkan adalah RM70 dan RM100 masing-masing. ", "Semalam, FAM mengumumkan harga baharu bagi kategori Terbuka adalah RM45 manakala Premium dan Granstand pula diturunkan kepada RM70 dan RM60 masing-masing.", "Susulan dengan keluhan dan ketidakpuasan hati ramai lagi penyokong Harimau Malaya, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin mengumumkan harga tiket kategori Terbuka diturunkan lagi menjadi RM30 sahaja, pada hari ini.", "Bukan itu sahaja, harga tiket bagi kategori Premium dan Grandstand turut sama diturunkan lagi menjadi RM50 dan RM60 masing-masing. Tidak terkecuali, tiket bagi kategori kanak-kanak (usia 6 hingga 12 tahun) kini dijual pada harga RM5 sahaja.", "FAM TURUN HARGA TIKET AFF KE RM30", "▶️ Baca penuh kenyataan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di https://t.co/lmJVjzBIzb#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/Ps2VWgT5l9", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 14, 2022", "“Untuk makluman semua, peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding edisi 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi.", "“Saya juga berprihatin dengan keadaan ekonomi semasa yang masih tidak stabil dan mengambil kira juga majoriti penyokong bola sepak adalah daripada golongan B40 yang mana pengurangan harga tiket kepada serendah RM30 ini diharap mampu menggalakkan lagi kehadiran penyokong ke stadium di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.” tambahnya.", "Bagaimanapun, Hamidin memaklumkan harga promosi kombo seperti yang pernah dibuat ketika kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun lalu tidak dapat dibuat kerana dua perlawanan peringkat yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kelak berjarak jauh iaitu berselang 10 hari.", "Sebagai perbandingan, tiga perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 lalu berlangsung dalam masa 7 hari sahaja.", "Sebagai tambahan, penyokong yang telah membeli tiket pada harga asal atau harga yang diturunkan semalam, proses pemulangan untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Tickethotline. ", "“Akhir kata, saya menjemput dan mengalu-alukan kehadiran lebih ramai penyokong Harimau Malaya untuk sama-sama membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember ini bagi perlawanan menentang Laos dan pada 3 Januari depan bagi perlawanan menentang Singapura.”", "“Semoga kehadiran lebih ramai penyokong ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi, semangat dan persembahan barisan pemain Harimau Malaya.” ujarnya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219612/", "headline": "\nYusri Che Lah Kendali Skuad Perak B-23 Dalam Saingan Liga Simpanan Musim 2023\n", "content": ["Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Premier, Perak FC mengumumkan bekas pengendali skuad negara bawah 16 tahun (B-16), Lim Teong Kim menjadi ketua jurulatihnya bagi musim 2023 kelak.", "Selaras dengan pengumuman itu, skuad berjulukan The Bos Gaurus turut memaklumkan ketua jurulatih semasanya, Yusri Che Lah akan diberikan peranan baharu pada musim hadapan.", "Peranan tersebut adalah ketua jurulatih bagi skuad bawah 23 tahun (B-23) Perak yang akan beraksi dalam Liga Simpanan – saingan yang julung kalinya dianjurkan oleh Malaysian Football League (MFL) bermula musim 2023. ", "Baca: Bekas Pengendali Bayern Munich, Lim Teong Kim Dilantik Ketua Jurulatih Perak FC – Kontrak 2+1 Tahun", "Baca: 18 Pasukan Bertanding Dalam Saingan Liga Super 2023 & Liga Simpanan Diperkenalkan", "“Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada ketua jurulatih semasa Yusri Che Lah atas segala usaha dan kerja keras beliau sepanjang berkhidmat dengan pasukan.", "“Yusri akan diberi peranan baru untuk membangunkan skuad B-23 musim depan apabila Teong Kim mengambil alih peranan baharunya sejurus selepas perlawanan dengan Kuching City FC di Stadium Perak pada 17 September 2022, jam 9 malam, dengan proses penyerahan dimuktamadkan sebelum pramusim 2023.” tulis kenyataan kelab dalam satu kenyataan media yang dikongsikan pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Yusri dilantik sebagai ketua jurulatih Perak bermula penghujung Januari lalu. Jurulatih berusia 46 tahun ini menyertai Perak selepas meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN pada Disember tahun lalu.", "Featured Image: Perak Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114217/", "headline": "\nYusri Che Lah Letak Jawatan, Projek FAM-MSN Tetap Diteruskan\n", "content": ["Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasminya mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak antara kedua-dua pihak, pada hari ini.", "Menurut FAM, kontrak jurulatih berusia 45 tahun itu masih berbaki setahun lagi namun pihaknya menerima perletakan jawatan Yusri yang difahamkan telah mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya pada tahun hadapan.", "Pada masa yang sama, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar memaklumkan pihak FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sesi temu duga terhadap beberapa calon sebelum memilih ketua jurulatih baharu.", "Sementara itu, akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, melaporkan projek yang disertai oleh rata-rata pemain berusia antara 18 hingga 20 tahun ini tetap diteruskan walaupun penyertaan mereka dalam saingan Liga Premier 2021 berakhir di tangga tercorot dengan hanya mengutip 6 mata daripada 20 perlawanan.", "Laporan itu turut menyebut Skuad Projek FAM-MSN akan diperkuatkan lagi dengan tambahan 10 muka baharu daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sambil dibimbing oleh staf kejurulatihan yang sama.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324242/", "headline": "\nGarmin Run Asia Series Kembali Ke Malaysia – Yuran Pendaftaran Awal Bermula RM60\n", "content": ["Garmin Malaysia mengumumkan acara lariannya, Garmin Run Asia Series 2023 bakal dianjurkan di Malaysia bertempat di Dataran Putrajaya pada 22 Oktober kelak. Untuk makluman, ini merupakan penganjuran tahun keduanya selepas menjayakannya pada September tahun lalu.", "Penganjuran pada kali ini membawakan tema “Zero to Hero” yang bertujuan untuk membawakan peserta pengalaman larian terbaik dalam hidup masing-masing dengan mencabar had masing-masing serta mendorong untuk memecahkan rekod peribadi.", "Namun begitu penganjuran pada tahun ini hanya dibuka kepada tiga kategori sahaja iaitu 5 kilometer (km), 10km dan 21km atau separa maraton. Kategori 42km atau maraton tidak dipertandingkan pada kali ini.", "Bagi kategori 5km, ianya dibuka untuk peserta berumur 5 tahun dan ke atas manakala kategori 10km pula dibuka kepada peserta berusia 13 tahun dan ke atas sahaja. Sementara itu, kategori separa maraton pula hanya dibuka kepada peserta berusia 18 tahun dan ke atas.", "Sebagai tambahan, peserta berusia 5 hingga 17 tahun perlu ditemani oleh seorang dewasa yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam kategori yang sama bagi bertanggungjawab terhadap keselamatannya.", "Pendaftaran Garmin Run Asia Series 2023 Malaysia ini telah dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyertainya. Peserta yang mendaftar bermula 13 Mei hingga 11 Jun akan mendapat harga “early bird” – diskaun sebanyak RM10 bagi setiap kategori berbanding harga biasa.", "Senarai penuh yuran pendaftaran adalah seperti berikut:", "Untuk makluman lanjut, anda boleh lawati https://www.garmin.com.my/event/2023/garmin-run/"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111151/", "headline": "\nKekalahan Chong Wei di Olimpik London Paling Diingati Oleh Lee Zii Jia\n", "content": ["Kekalahan bekas pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei kepada pemain China, Lin Dan semasa perlawanan akhir pada temasya Sukan Olimpik London 2012 antara yang paling diingati oleh Lee Zii Jia.", "Zii Jia yang akan mewakili Malaysia di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020 kelak mendedahkan dia turut berasa kecewa apabila Chong Wei terpaksa akur tumpas pada set ketiga dengan skor 21-19 dalam perlawanan itu.", "Untuk makluman, Chong Wei terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-15 sebelum Lin Dan bangkit memenangi set kedua dengan skor 21-10 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan tersebut.", "Olimpik 2020: Zii Jia Diundi Dalam Kumpulan M, Soniia Cheah Kumpulan N", "“Bagi saya yang paling saya ingat di London (2012) semasa Datuk Lee Chong Wei lawan Lin Dan, semasa itu saya masih ingat semua pemain badminton dan lain-lain di hostel sedang menonton di bilik TV,”", "“Jadi semasa Datuk (Lee Chong Wei) kalah dekat final dengan Lin Dan tu kita semua ‘down’ sebab kita mungkin jangka Datuk menang kan, sebab dia mendahului dengan banyak mata, saya pun tidak sangka boleh jadi macam ni,” kongsinya dalam sidang media yang disiarkan oleh Astro, hari ini.", "Dalam acara badminton perseorang kali ini, Zii Jia yang turun selaku pilihan juara kesembilan telah diundi dalam Kumpulan M bersama-sama pemain Perancis, Brice Leverdez dan Ukraine, Artem Pochtarov.", "Sekiranya layak selaku juara kumpulan, Zii Jia kemungkinan besar bakal bertemu dengan jaguh China, Chen Long pada peringkat kalah mati kelak.", "Bagaimanapun, pemain muda berusia 23 tahun ini tidak gentar dengan laluan tersebut dan mengambil sebagai satu cabaran dalam usahanya untuk menjadi ‘top player’ dalam arena badminton dunia.", "“Saya rasa kalau you nak jadi ‘top player’ tak kira siapa, ‘opponent’ siapa yang you kena lalui, saya rasa you kena kalahkan semua, itu barulah ‘top player’ bagi saya,” jelasnya dengan penuh bersemangat.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207882/", "headline": "\nKalau Boleh Nak Tukar 11 Pemain Pada Rehat Separuh Masa – Mourinho\n", "content": ["Berang dengan aksi longlai yang ditunjukkan oleh para pemain, pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho bertindak mengeluarkan empat orang pemainnya secara sekaligus ketika bertemu Antwerp, dalam saingan Liga Europa.", "Antara yang dikeluarkan ialah Giovani Lo Celso, Dele Alli, Steven Bergwijn dan Vinicius digantikan dengan P. Hoejbjerg, Erik Lamela, Lucas Moura dan Son Heung-min. Kemudiannya, Mourinho mengeluarkan pula Gareth Bale dan memasukkan penyerang handalannya, Harry Kane pada minit ke-56 permainan.", "Bagaimanapun, aksi longlai Spurs bukan disebabkan oleh lima orang pemain ini sahaja tetapi melibatkan satu pasukan. Sebolehnya pengurus Portugal itu mahu mengeluarkan kesemua pemainnya pada rehat separuh masa.", "“Saya mahu lakukan sebelas (pertukaran), saya tidak buat lima pertukaran kerana bimbang 45 minit seterusnya terlalu lama tanpa sebarang pertukaran.” katanya selepas daripada perlawanan awal pagi tadi.", "Aksi longlai anak-anak buah Mourinho membolehkan pasukan tuan rumah mendahului seawal minit ke-29 menerusi Lior Refaelov. Jaringan tunggal itu sudah memadai untuk memastikan Antwerp mengutip tiga mata.", "“Hanya seorang sahaja yang perlu dipersalahkan, saya yang turunkan pasukan ini, saya yang memilih pemain untuk bermula (dalam kesebelasan utama),", "“Pada ketika itu (rehat separuh masa pertama), saya cuba memperbaiki situasi tetapi ianya tidak mencukupi kerana dinamik pada separuh masa pertama masih ada, ", "“Mentaliti babak pertama masih di situ, sukar untuk mengubahnya kerana (corak) Antwerp juga berubah,”", "“Pada akhirnya, Antwerp mendapat apa yang selayaknya mereka dapat, dan kami juga dapat apa yang selayaknya kami dapat. Pasukan yang terbaik menang dan pasukan yang beraksi teruk mendapat kekalahan.” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111854/", "headline": "\nPiala Asia B-23: Thailand Lantik Kembali Jurulatih Yang Memberikan Mereka Emas Sukan SEA 2017\n", "content": ["Setelah menamatkan kontrak Akira Nishino selaku ketua jurulatih senior dan bawah 23 tahun (B-23) bulan lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan melantik kembali Worrawoot Srimaka untuk mengemudi skuad muda mereka.", "Baca: Thailand Tamatkan Kontrak Akira Nishino Kerana Tak Capai Sasaran", "Untuk perlantikan pada kali ini, jurulatih berusia 49 tahun ini dipertanggungjawabkan untuk membimbing Thailand mengharungi Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Mongolia pada penghujung Oktober kelak.", "Seperti kita sedia maklum, peringkat kelayakan Kumpulan J ini terdiri daripada Mongolia selaku tuan rumah serta Laos dan skuad negara, Harimau Muda bimbingan Brad Maloney.", "#OFFICIAL สมาคมฯ ประกาศตั้ง วรวุธ ศรีมะฆะ เป็นหัวหน้าผู้ฝึกสอน และ โชคทวี พรหมรัตน์ เป็นผู้ช่วยฯ คุมทัพช้างศึก ลุยศึกชิงแชมป์เอเชีย U23 รอบคัดเลือก 2022 #TogetherAsOne #ช้างศึก #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #Changsuek #AFC #AFCU23 #U23 #วรวุธศรีมะฆะ #โชคทวีพรหมรัตน์ pic.twitter.com/6ZOrLZMf8R", "Sasaran Worrawoot pastinya mahu menempatkan Thailand dalam kalangan 16 pasukan terbaik dan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun 2022.", "Untuk makluman semua, Worrawoot merupakan jurulatih yang membimbing Thailand menumpaskan Malaysia 1-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2017 sekaligus berhasil membawa pulang pingat emas.", "Sementara itu, FAT turut mengumumkan perlantikan Choketawee Promrut selaku penolong ketua jurulatih Thailand B-23. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab membimbing Thailand B-23 memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA Singapura 2015."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207941/", "headline": "\nYamaha Mahu Ganti Rossi Dengan Juara Dunia 3 Kali, Jorge Lorenzo\n", "content": ["Pasukan Monster Energy Yamaha bercadang untuk menggantikan Valentino Rossi yang tidak dapat berlumba kerana positif Covid-19 dengan juara dunia MotoGP sebanyak tiga kali iaitu Jorge Lorenzo.", "Sehingga kini, penglibatan Rossi bagi perlumbaan GP Eropah pada 6-8 November ini masih diragui. Pelumba yang terkenal dengan julukan The Doctor itu akan menjalani ujian Covid-19 dan perlu disahkan negatif 72 jam sebelum dibenarkan menghadirkan diri ke Litar Valencia.", "Menurut Tuttorimotoweb, Yamaha terpaksa menurunkan pelumba pengganti sekiranya Rossi masih belum sembuh dan tidak dapat menyertai perlumbaan kali ini. Ianya berkait rapat dengan alasan penajaan dan perjanjian IRTA (International Road-Racing Teams Association). ", "Dan Lorenzo menjadi calon utama buat pasukan kilang berpangkalan di Jepun ini. Musim ini, bekas pelumba Repsol Honda ini merupakan pelumba ujian Yamaha. Dia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding seorang lagi pelumba ujian mereka iaitu Katsuyuki Nakasuga. ", "Hal ini kerana kali terakhir pelumba Jepun tersebut tampil dalam saingan MotoGP pada tahun 2018 sedangkan Lorenzo pada tahun lepas di GP Valencia.", "Untuk rekod, Rossi telah terlepas dua perlumbaan terakhir setelah disahkan positif Covid-19 namun Yamaha memutuskan untuk tidak meletakkan pelumba lain bagi menggantikannya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207771/", "headline": "\nUFC 254: Jika Khabib Gomol Beruang, Justin Pula Gigit Anjing\n", "content": ["Menjelang pertarungan UFC 254 di antara Khabib Nurmagomedov dan Justin Gaethje pada hujung minggu ini, kisah kedua-dua atlet seni bela diri ini kembali tumpuan ramai.", "Khabib yang merupakan pemegang rekod tanpa kalah dalam pertempuran kategori lightweight terkenal dengan kisah permulaan kepada sukan gusti di zaman kanak-kanaknya.", "Pernah tular di dunia internet beberapa ketika dahulu bagaimana dia ketika berusia 9 tahun bergomol dengan beruang tanpa rasa takut.", "Sejak kecil lagi, Khabib menuntut ilmu dan berlatih seni bela diri dengan ayahnya, Abdulmanap Nurmanogedov – seorang pelatih terkenal di Dagestan.", "Kisah mengenai lawan kepada Khabib pada awal pagi ahad (waktu Malaysia) kelak iaitu Justin Gaethje juga tidak kurang hebatnya.", "Dipetik daripada ESPN, ibunya, Carolina Gaethje menceritakan Justin pernah dikejar dan digigit anjing ketika berumur dua tahun. ", "Berang dengan perlakuan anjing tersebut, Justin tanpa takut kembali mengejar anjing tersebut dan menggigitnya kembali.", "Sejak kecil lagi, Justin dilihat sebagai seorang yang dahagakan persaingan. Hal itu yang mendorongnya untuk berkecimpung dalam gusti dan pertarungan bermula di bangku persekolahan.", "Untuk rekod, Justin merupakan juara interim bagi kategori lightweight dalam saingan UFC pada ketika ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111809/", "headline": "\nPemilihan Bojan Perkara Paling Penting Dilakukan CEO KL City Musim Ini \n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC (KL City), Stanley Bernard menyatakan pemilihan ketua jurulatih, Bojan Hodak merupakan perkara paling penting dilakukannya pada musim ini.", "Menurutnya, pemilihan jurulatih berpengalaman kelahiran Croatia tersebut telah membantunya sebagai CEO untuk menumpukan perhatian yang lebih kepada hal ehwal penswastaan KL City yang bermula pada tahun ini.", "Perkara ini jelas terbukti apabila skuad ibu kota yang dibimbing Bojan ini menampilkan aksi yang agak memberangsangkan dalam saingan Liga Super musim ini dengan menduduki tangga keenam liga selepas mengharungi 19 perlawanan.", "“Langkah pertama, kita tidak boleh lompat menjadi (pasukan) tiga, lima mahupun enam teratas kerana trajektori KL City adalah naik ke Liga Super dan akan turun balik ke Liga Premier,”", "“Kerana itu antara benda yang paling penting sebagai seorang CEO adalah (pemilihan) ketua jurulatih, kerana itu saya terpaksa (lakukan) pemilihan Simon Elissetche diterbalikkan dan Bojan Hodak mungkin pilihan paling penting bagi saya untuk memastikan di bahagian teknikal (berjalan) baik,” katanya dalam rancangan [email protected], semalam.", "Stanley turut menegaskan, “result (keputusan) ni sangat penting, ramai akan lihat bila keputusan takde, apa yang awak buat di belakang tabir tak cukup bagus,”", "Difahamkan antara hal ehwal penswastaan yang diberikan tumpuan oleh Stanley sepanjang memegang jawatan CEO pada musim ini adalah berkaitan mencari pelabur, penaja dan membina aset yang boleh membawa pendapatan kepada kantung kewangan kelab.", "Untuk pengetahuan semua, Stanley yang merupakan bekas pemain dan pengulas bola sepak dilantik sebagai CEO pasukan yang berpangkalan di ibu negara tersebut pada penghujung tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218907/", "headline": "\nWorld Athletics: Persembahan Boonson, Azeem & Yanagita Tanda Asia Mula Meningkat Dalam Acara Pecut\n", "content": ["Acara larian pecut berjarak pendek seperti 100 dan 200 meter (m) seringkali didominasi atlet dari rantau amerika tengah dan amerika utara. Manakala acara larian berjarak jauh pula didominasi pelari afrika.", "Bagaimanapun, perkara tersebut mengalami perubahan dalam Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) yang berlangsung di Cali, Colombia, baru-baru ini.", "Ini dapat dilihat dalam peringkat akhir acara pecut 100m lelaki, dua daripada tiga pingat iaitu emas dan gangsa dimenenagi pelari afrika iaitu Letsile Tebogo dan Benjamin Richardson dari Botswana dan Afrika Selatan masing-masing.", "Namun begitu, satu perkara yang menarik perhatian badan induk olahraga dunia, World Athletics adalah tiga orang pelari asia yang menamatkan larian peringkat akhir tersebut di tempat keempat, kelima dan keenam.", "16-year-old Puripol Boonson 🇹🇭 runs a national U20 record of 10.09 to secure the fastest time of the 100m semi-finals. ", "Big favourite @LetsileTebogo2 🇧🇼 also through in 10.14!", "Results 📊 https://t.co/3Zp8ACLuQx #WorldAthleticsU20 pic.twitter.com/hCR6Wdylwm", "— World Athletics (@WorldAthletics) August 2, 2022", "Tiga orang pelari tersebut ialah Puripol Boonson, 16 tahun, (Thailand), Muhammad Azeem Mohd Fahmi, 18 tahun, (Malaysia) dan Hiroki Yanagita, 19 tahun (Jepun). Catatan masa bagi ketiga-tiga pelari ini dalam larian tersebut adalah 10.12s, 10.14s dan 10.24s masing-masing.  ", "Sebelum itu, Boonson yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2021 serta Azeem sendiri berhasil memperbaharui rekod peribadi masing apabila mencatatkan larian sepantas 10.09s pada peringkat separuh akhir dan pusingan saringan masing-masing.", "Sementara itu, Yanagita turut sama berhasil memperbaharui rekod peribadinya apabila merekodkan larian 10.15s ketika beraksi di peringkat separuh akhir.", "Menjelaskan lebih lanjut, World Athletics di dalam artikelnya berkata, mengambil contoh kepada Boonson di kejohanan ini, dia yang masih remaja turun beraksi menentang pelari yang mempunyai fizikal yang lebih matang dan pengalaman lebih daripadanya namun tetap mendapat keputusan yang sedemikian.", "Team Japan 🇯🇵 (Kowa Ikeshita, Hiroto Fujiwara, Shunki Tateno and Hiroki Yanagita) strikes 4x100m relay gold in 39.35 💪#WorldAthleticsU20 pic.twitter.com/QZBSf016Uj", "— World Athletics (@WorldAthletics) August 6, 2022", "Selain itu, Yanagita yang beraksi dalam acara 4x100m lelaki turut membantu kuartet negara matahari terbit merangkul emas kejohanan yang sama.", "Mereka mengutip kilauan emas selepas muncul yang pertama melintasi garisan mengatasi kuartet Jamaica walaupun merekodkan tempoh larian yang sama, 39.35s. ", "Berdasarkan kepada persembahan dan keputusan inilah, World Athletics berpendapat benua asia mula menunjukkan peningkatan dalam acara pecut berjarak pendek dan ketiga-tiga pelari ini pula perlu diberikan tumpuan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325087/", "headline": "\nRanking BWF: Lee Zii Jia Jatuh Lagi\n", "content": ["Kedudukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus mencatatkan penurunan selama empat minggu berturut-turut sejak 6 Jun lalu.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini mengesahkan pemain berusia 25 tahun tersebut jatuh satu anak tangga berbanding pada minggu lalu.", "Kejatuhan itu bermakna Zii Jia kini berada di tangga ke-14 dunia dengan kutipan 54,476 mata dan kini semakin hampir untuk terkeluar daripada senarai 15 perseorangan terbaik dunia.", "Sebagai tambahan, kedudukan Zii Jia jatuh selepas pemain perseorangan Hong Kong, Ng Ka Long Angus melonjak sebanyak tiga anak tangga sekaligus menghuni kekedudukan ke-13 dunia setelah mara ke separuh akhir Terbuka Taipei, baru-baru ini. ", "Kedudukan Zii Jia yang merupakan pemain bebas (independent) dalam Ranking Dunia terdedah untuk terus jatuh pada minggu-minggu mendatang lebih-lebih lagi pemain berusia 25 tahun ini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada arena badminton antarabangsa.", "Dalam perkembangan sama, Tze Yong juga mencatatkan penurunan satu anak tangga dan jatuh ke kedudukan ke-21 dunia. Ini berpunca daripada juara Terbuka Taipei, Chico Aura dari Indonesia yang mencatatkan lonjakan sebanyak lima anak tangga sekaligus menghuni posisi ke-18 dunia. ", "Manakala, Cheam June Wei yang mara ke suku akhir Terbuka Taipei kini berada di tangga ke-41 dunia selepas naik empat anak tangga.", "Aidil Sholeh pula kembali berada dalam kedudukan 100 terbaik dunia selepas naik 24 anak tangga ke kedudukan 98 dunia – kelompok kedudukan yang kali terakhir dihuninya pada Mei lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208057/", "headline": "\nBruno & Cavani Pastikan Man Utd Tidak Kalah Minggu Ini\n", "content": ["Dua jaringan oleh pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes dan satu gol oleh Edinson Cavani memastikan Manchester United tidak mengalami kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu ini. ", "Dua jaringan Bruno tersebut dilakukannya pada separuh masa pertama ketika menentang skuad bimbingan Carlo Ancelotti iaitu Everton di Goodison Park.", "That header 😍⚽️ @B_Fernandes8 #MUFC #EVEMUN pic.twitter.com/7ebnRwxltM", "Jaringan pertamanya hadir pada minit ke-25 menerusi satu tandukan di dalam kotak penalti hasil hantaran cantik oleh pertahanan kanan, Luke Shaw. ", "Manakala gol keduanya pula hasil kuisan penuh bergaya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Jordan Pickford pada minit ke-33.", "Ketika Manchester United dilihat akan menamatkan saingan dengan keputusan 2-1, pemain gantian, Cavani muncul menjaringkan gol ketiga ketika waktu kecederaan.", "Expert finish from our Brazilian magician! DCL flicked on Pickford's kick, Bernard controlled, made space to shoot and fired it into the bottom corner to give us the lead on 20 minutes.UP THE TOFFEES!!! ✊ #EVEMUN https://t.co/lW3URV7AWG", "Bagaimanapun, dalam perlawanan yang penuh intensiti tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-20 sumbangan Bernard Duarte.", "Keputusan 3-1 ini pastinya menceriakan skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer setelah mereka gagal meraih kemenangan dalam dua aksi terdahulu dalam saingan liga ketika menentang Arsenal dan Chelsea.", "Kemenangan ini turut membolehkan skuad Red Devils melonjakkan kedudukan ke posisi ke-13 sekurang-kurangnya untuk seketika waktu.", "Featured Image: Manchester United & Everton"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323295/", "headline": "\nTMJ Beri Bayangan Falcao Semakin Hampir Ke JDT?\n", "content": ["Adakah penyerang yang pernah beraksi dengan beberapa kelab gergasi eropah seperti Porto, Atletico Madrid, AS Monaco, Manchester United dan Chelsea iaitu Radamel Falcao semakin hampir untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT)?", "Persoalan itu tercetus susulan satu ciapan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi akaun Twitter peribadinya, pada hari ini.", "See you very soon JDT31 💙♥️ @FALCAO @MorrisPagniell2 @OfficialJohor pic.twitter.com/pzLmIIzopc", "— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 27, 2023", "“Jumpa anda dalam masa terdekat,” ciapnya sambil memautkan akaun Falcao serta ejennya, Morris Pagnielli. Ciapan itu turut dikepilkan dengan empat buah foto dimana dua daripadanya melibatkan pertemuan antara TMJ dan Morris baru-baru ini.", "Pada awal Mac lalu, media berpangkalan di Sepanyol iaitu Marca melaporkan penyerang berusia 37 tahun ini mendapat tawaran kontrak selama dua tahun daripada JDT sekaligus menghangatkan gosip perpindahannya ke Liga Malaysia.", "Selain itu, tawaran tersebut turut merangkumi potensi Falcao sebagai duta kelab berjulukan Harimau Selatan serta negeri Johor apabila bersara kelak.", "Featured Image: Instagram Morris Pagniello"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206689/", "headline": "\nUsah Mimpi Lihat Gandingan Messi & Ronaldo di Juventus\n", "content": ["Rata-rata peminat bola sepak mula mengimpikan untuk melihat gandingan Lionel Messi bersama Cristiano Ronaldo di Juventus.", "Ia dikuatkan dengan tindakan Messi menghantar transfer request untuk meninggalkan FC Barcelona – kelab yang diwakilinya sejak remaja – pada jendela perpindahan kali ini. ", "Bukan sahaja kalangan peminat bola malah media-media bola sepak tersohor dunia seperti 433, Bleacher Report Football dan Goal turut membuat hantaran di laman sosial mengenai gandingan impian ini.", "Bagaimanapun wartawan Sky Sports, Fabrizio Romano meninggalkan satu komen dalam sebuah hantaran yang dibuat oleh akaun Instagram 433.", "“Tiada peluang (langsung),” tulis wartawan kelahiran Itali itu.", "Fabrizio merupakan wartawan yang menjadi rujukan peminat-peminat bola sepak seluruh apabila tiba musim jendela perpindahan pemain di eropah. ", "Hampir 90% laporan-laporan yang ditulis oleh Fabrizio mengenai gosip perpindahan pemain-pemain bola sepak di eropah adalah betul.", "Kesukaran utama untuk merealisasikan gandingan Messi dan Cristiano adalah kekangan kewangan. Lebih daripada €1 juta seminggu perlu dibayar oleh Juventus sekiranya mahu menggunakan khidmat kedua-dua pemain ini.", "Tidak sukar untuk memahami mengapa gandingan Cristiano dan Messi sangat diimpikan oleh majoriti peminat bola sepak seluruh dunia. Kedua-duanya merupakan penyerang terbaik dekad ini. ", "Untuk rekod, Messi telah menjaringkan 634 gol bersama Barcelona manakala Cristiano pula mempunyai 638 gol hasil bersama pasukan Sporting CP, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.", "Disebabkan itu hanya Messi dan Cristiano yang mendominasi anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d’Or sebanyak 11 kali sejak dari tahun 2008 sehingga 2019.", "Kecuali pada tahun 2018, anugerah yang diberikan oleh France Football ini dianugerahkan kepada pemain tengah, Luka Modric. ", "Hal ini kerana Modric menunjukkan pencapaian individu yang menakjubkan bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Croatia.", "Berbalik kepada tindakan Messi mahu meninggalkan skuad Blaugrana, khabar angin bertiup kencang bahawa dia memilih untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Dipercayai pasukan Manchester City kendalian Pep Guardiola menjadi sasaran utamanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220847/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Bahrain: Tze Yong Lepasi Pusingan 32, Joo Ven Kandas\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.1 Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Tze Yong berhasil memulakan Cabaran Antarabangsa Bahrain yang disertainya dengan langkah kanan.", "Tze Yong yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan tidak mempunyai masalah untuk merekodkan kemenangan ke atas pemain India, Sathish Karunakaran secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-17 pada Pusingan 32.", "Kemenangan itu sekaligus membolehkannya menempah tiket ke Pusingan 16. Di peringkat ini, Tze Yong akan turun berentap dengan seorang lagi pemain India iaitu Meiraba Maisnam.", "R32#MAS🇲🇾 Ng Tze Yong(1) def. #IND🇮🇳 Sathish Karunakaran 21-16 21-17", "— BAM (@BA_Malaysia) November 30, 2022", "Pemain berusia 19 tahun ini mara selepas menundukkan lawannya, pemain Indonesia, Bodhi Gotama menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-14 dan 21-15.", "Sementara itu, seorang wakil negara merangkap perseorangan bebas (independent) iaitu Soong Joo Ven yang turut sama beraksi dalam kejohanan ini mengalami nasib yang berbeza dan terpaksa akur tumpas di Pusingan 32.", "Joo Ven yang diletakkan sebagai pilihan keenam tumpas kepada pemain India, Kartikey Kumar secara “straight set” dengan skor 13-21 dan 14-21 sekaligus terlepas tiket kemaraan ke pusingan berikutnya.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216819/", "headline": "\nBarisan Kejurulatihan Sedia Ada ‘Kurang Yakin’ Punca Thailand Lantik Polking Kemudi Skuad Sukan SEA\n", "content": ["Skuad Thailand bawah 23 tahun (B-23) yang beraksi dalam temasya Sukan SEA 2021 Vietnam kelak akan mendapat sentuhan daripada ketua jurulatih skuad senior, Alexandre ‘Mano’ Polking.", "Perkara tersebut diumumkan oleh pengurus pasukan senior dan skuad B-23, Nualphan Lamsan atau dikenali ramai sebagai Madam Pang dalam satu sidang media, Isnin lalu.", "Menurut laporan Bangkok Post, Madam Pang berbuat demikian kerana barisan kejurulatihan sedia ada yang diketuai oleh Worrawoot Srimaka khuatir mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya dalam temasya sukan dwitahunan itu nanti.", "#BREAKING มาโน โพลกิง คุมทัพช้างศึก U23 ล่าเหรียญทองซีเกมส์", "อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/njR9xiMLUL#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #ช้างศึกU23 #ทีมชาติไทยU23 #Seagames #ซีเกมส์ pic.twitter.com/VIUGDHObwH", "— Changsuek (@Changsuek_TH) April 11, 2022", "Sejak dilatih kembali oleh Worrawoot bermula Ogos tahun lalu, prestasi skuad Thailand B-23 tidak begitu memberangsangkan dengan sekadar muncul naib juara Kumpulan J dalam Kelayakan Piala Asia B-23 serta naib juara Piala AFF B-23 2022.", "Mereka juga kalah tiga perlawanan berturut kepada Qatar, China dan Iraq dalam kejohanan persahabatan antarabangsa, Dubai Cup 2022 yang berlangsung pada penghujung Mac lalu.  ", "Untuk makluman semua, Worrawoot merupakan individu yang sama membimbing skuad Thailand B-23 muncul pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dengan menumpaskan Malaysia pada perlawanan akhir.", "Madam Pang turut menambah, Polking hanya mengambil alih skuad Thailand B-23 dalam saingan temasya Sukan SEA yang bermula 6 hingga 23 Mei kelak. Manakala Worrawoot kekal menjadi ‘bos’ skuad Thailand B-23 dalam saingan Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada Jun kelak.", "Sebagai tambahan, Polking dilantik menjadi ketua jurulatih skuad senior Thailand pada September 2021 diangkat menjadi ‘hero’ negara apabila berjaya membimbing skuad Gajah Perang muncul juara Piala AFF 2020 dengan menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir yang berlangsung di Singapura, Januari lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113697/", "headline": "\nIndonesia Masters: 3 Beregu Malaysia Bertemu Wakil Tuan Rumah Di Pusingan Kedua\n", "content": ["Pusingan 1 Kejohanan Indonesia Masters menyaksikan 3 daripada 5 pasangan beregu lelaki Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan bertemu lawan masing-masing sekaligus meneruskan kemaraan ke Pusingan 2.", "Tiga pasangan beregu tersebut merupakan pasangan beregu lelaki Malaysia yang menghuni ranking 20 teratas dunia iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin.", "Menariknya, ketiga-tiga pasangan negara ini bakal bertemu pasangan beregu tuan rumah pada Pusingan 2 yang akan bermula pada hari esok.", "Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan ke-5 untuk menjuarai kejohanan ini bakal bertemu beregu muda Indonesia, Panjer Dadiara-Bryan Elohim yang berusia 19 dan 21 tahun masing-masing.", "Manakala beregu bebas (independent) negara, Yew Sin-Ee Yi akan bertemu beregu Indonesia yang menghuni ranking ke-138 dunia, Sabar Gutama-Moh Isfahani.", "Akhir sekali, beregu yang menduduki tangga ke-19 dunia, Sze Fei-Nur Izzuddin akan akan turun menentang pasangan beregu Indonesia yang mencipta kejutan menumpaskan beregu senegaranya, Fajar Alfian-Rian Ardianto yang berada di ranking lebih tinggi iaitu Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "Berdasarkan rekod pertemuan, gandingan Sze Fei-Nur Izzuddin pernah beraksi bertemu Shohibul Fikri-Bagas Maulana sebanyak sekali pada tahun 2019 yang lalu dan kemenangan berpihak kepada beregu Malaysia.", "Untuk baki dua pertemuan lagi melibatkan wakil Malaysia dan Indonesia, ianya bakal menjadi pertemuan pertama bagi keempat-empat pasangan tersebut.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208546/", "headline": "\nFaisal Dan Arif Sudah ‘Angguk Kepala’ Sertai TFC\n", "content": ["Penyerang lincah, Faisal Halim atau dikenali sebagai Mickey dilaporkan sudah bersetuju secara lisan untuk menyertai pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu Football Club (TFC).", "Turut sama menyatakan persetujuan adalah penyerang UiTM FC yang melakukan gol akrobatik ketika menentang Kelantan dalam saingan Piala Malaysia tempoh hari, Arif Anwar.", "67' | GOL ARIF ANWAR!@uitmfclions menambah jaringan ketiga menerusi Arif Anwar. #TMPialaMalaysia2020#UiTMKEL#MFLLive pic.twitter.com/r9cWR27hj4", "“Ya saya akui dua penyerang itu sudah berada dalam senarai pemain TFC dalam mengharungi cabaran Liga Malaysia musim depan selain Piala AFC.", "“Pemain itu pun sudah setuju untuk menyarung jersi pasukan, jadi selepas kontraknya berakhir dengan pasukan masing-masing, kita akan menandatangani kontrak mereka.", "“Kehadiran dua pemain meningkat naik itu bakal menambah ketajaman di jentera serangan lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam pentas Piala AFC musim depan,” kata sebuah sumber seperti dilaporkan oleh Harian Metro.", "Sekitar pertengahan november, Faisal yang merupakan pemain kelahiran Pulau Pinang telah mengumumkan secara rasmi meninggalkan pasukan Pahang setelah 5 tahun beraksi bersama pasukan tersebut.", "74' | GOL FAISAL HALIM!@officialpahang menggandakan jaringan menerusi Faisal Halim. #CIMBLigaSuper2020#PHGPDRM#MFLLive pic.twitter.com/HkQc620IXb", "Bermula dari saat itu, pemain skuad kebangsaan bawah 23 tahun ini kuat dikaitkan dengan TFC yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain.", "Manakala Arif yang merupakan bekas pemain pasukan Harimau Muda B memainkan peranan penting di posisi serangan dalam membantu skuad The Lion Troop menduduki tangga ke-6 Liga Super 2020 dan mara ke suku akhir Piala Malaysia 2020.", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111297/", "headline": "\nOlimpik 2020: Hanya 25 Minit Diperlukan Zii Jia Tumpaskan Pemain Ukraine\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak mempunyai sebarang masalah untuk meraih kemenangan pertama peringkat Kumpulan M dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Hanya 25 minit diperlukan oleh pemain berusia 23 tahun ini untuk menumpaskan lawannya Artem Pochtarov dari Ukraine secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-5 dan 21-11 di Musashino Forest Sport Plaza.", "RESULTS: #Tokyo2020Group M#MAS Lee Zii Jia def. #UKR Pochtarov Artem 21-5 21-11#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/L3FvtRBoEq", "Untuk aksi seterusnya, Zii Jia akan bertemu wakil Perancis, Brice Leverdez."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207555/", "headline": "\nBAM Buat Kursus Bimbingan Media Sosial Kepada Pemain Badminton Negara\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bakal mengadakan beberapa kursus dan program dalaman buat pemain-pemain badminton negara sepanjang oktober dan november ini.", "Antara kursus yang dirancang oleh persatuan tersebut adalah pengendalian media sosial yang betul dan efektif supaya memberi nilai tambah kepada setiap atlet.", "Selain itu mereka turut bercadang untuk memberikan bimbingan mengenai percukaian dengan memanggil pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).", "Kesemua kursus dan program ini akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini memandangkan tiada sebarang kejohanan antarabangsa sehingga hujung tahun ini.", "OFFICIAL: The escalation of COVID-19 cases nationwide has led the BAM to freeze sanctions given to the organisation of badminton tournaments until 30 November.", "“Banyak program yang akan kita laksanakan untuk pemain dan kebanyakan aktiviti diadakan pada Oktober dan November. ", "“Pada Disember, fokus adalah terhadap latihan kerana kita mahu pemain berada pada tahap terbaik apabila kejohanan kembali bermula pada Januari tahun depan.", "“Kita akan manfaatkan sepenuhnya tempoh masa yang ada ini. Kita akan buat latihan mental dan beberapa kursus dalaman.", "“Contohnya, seperti bagaimana pemain mahu menggunakan media sosial mereka dengan betul dan lebih efektif. ", "“Selain itu, kita juga akan menjemput wakil daripada pihak LHDN bagi menerangkan mengenai cukai pendapatan dan sebagainya.", "“Sebelum ini, kita tidak boleh buat program-program seperti ini kerana pemain sibuk menyertai kejohanan di luar negara. Jadi, kita akan manfaatkan masa yang ada ini,” kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh seperti dilaporkan oleh Berita Harian.", "Untuk rekod, kali terakhir pemain-pemain badminton negara menyertai kejohanan antarabangsa adalah pada mac lalu dalam saingan All England sebelum semua kejohanan ditangguhkan susulan pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219202/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Lee Zii Jia Lepasi Cabaran Perancis, Pemain Portugal Menanti Di Pusingan 32\n", "content": ["Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah dengan mudah ke Pusingan 32 dalam Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Pemain yang berada ranking kelima dunia ini melangkah ke pusingan tersebut selepas berhasil menjinakkan cabaran pemain Perancis, Brice Leverdez di Pusingan 64, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-40 dunia terpaksa akur dengan kehebatan Zii Jia tumpas secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 9-21 dan 13-21 dalam tempoh masa 39 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MS – Round of 6421 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅 9 13 🇫🇷Brice LEVERDEZ", "🕗 in 39 minutes https://t.co/rgeldsP2gd", "— BWFScore (@BWFScore) August 22, 2022", "Menyoroti kembali pertemuan melibatkan kedua-dua pemain, Zii Jia dan Leverdez direkodkan pernah berentap sebanyak tiga kali sebelum ini di pentas antarabangsa.  ", "Pertemuan itu berlangsung di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Thailand Masters 2019 dan Badminton Terbuka Bitburger 2017 yang menyaksikan dua daripanya dimenangi oleh Zii Jia.", "Memandangkan cabaran di Pusingan 64 telah selesai, Zii Jia yang meluncur ke Pusingan 32 akan berhadapan pula dengan pemain Portugal, Bernardo Atilano (ranking ke-138). ", "Untuk makluman semua, pemain No.1 Portugal yang berusia 26 tahun ini mara secara percuma apabila pemain Jerman yang sepatutnya menjadi lawannya, Max Weisskirchen menarik diri di Pusingan 64.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207230/", "headline": "\nMichael Jordan Tubuh Pasukan Nascar, Mahu Beri Peluang Kepada Pelumba Kulit Hitam\n", "content": ["Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan memilih untuk mengubah arah dalam hidupnya dengan mencuba sukan baharu.", "Beliau yang sememangnya dianggap sebagai ikon dalam dalam sukan bola keranjang beralih arah dengan menubuhkan pasukan Nascar.", "Ditubuhkan bersama-sama bekas juara Daytona 500 sebanyak tiga kali, Denny Hamlin.", "BREAKING NEWS: Michael Jordan, @dennyhamlin announce new NASCAR Cup Series team in 2021, featuring @BubbaWallace as their driver.Details: https://t.co/EwR56T9Xez pic.twitter.com/A4rvWXdGZ2", "Jordan berharap dengan penubuhan pasukan tersebut ianya akan menjadi platform kepada lebih ramai pelumba kulit hitam dalam kancah sukan Nascar ini.", "“Berdasarkan sejarah, Nascar mempunyai masalah dari segi kepelbagaian (pelumba) dan hanya ada beberapa sahaja pemilik pasukan yang terdiri daripada etnik berkulit hitam.”", "“Waktu ini adalah masa yang terbaik Nascar melalui evolusi dan menghadapi perubahan sosial dengan lebih lagi,” katanya menerusi BBC Sport.", "Pasukan yang diterajui oleh Jordan dan Hamlin ini hanya akan menggunakan seorang sahaja pemandu berbanding dua seperti yang dilakukan oleh majoriti pasukan.", "Bubba Wallace diangkat sebagai pemandu tunggal untuk pasukan tersebut.", "This is a unique, once-in-a-lifetime opportunity that I believe is a great fit for me at this point in my career. I’m grateful and humbled that they believe in me and I’m super pumped to begin this adventure with them. 🤘🏾BW https://t.co/q5tCyiurpi", "“Ini merupakan satu peluang yang unik dan hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup.”", "“Saya rasakan peluang ini amat bersesuaian untuk karier saya,” kata Wallace yang dalam masa yang sama masih mengekalkan komitmennya bersama pasukan Joe Gibss Racing.", "Untuk rekod, Jordan hanya merupakan individu kulit hitam kedua yang memiliki pasukan Nascar di peringkat tertinggi.", "Nama pasukan, penaja dan kereta bakal diumumkan kelak dan mereka bakal bersaing untuk musim 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220389/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Pearly-Thinaah Julung Kalinya Tumpaskan Nami-Shida\n", "content": ["Akhirnya beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya menumpaskan salah satu lawan yang paling sukar dalam karier mereka.", "Pernah bertembung dengan pasangan terbabit sebanyak enam kali sebelum ini di pentas antarabangsa namun kesemuanya berakhir dengan kekalahan. ", "Bagaimanapun, perkara itu berubah sama sekali apabila Pearly-Thinaah julung kalinya berhasil menumpaskan beregu Jepun yang kini menghuni ranking ketiga dunia, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida, sebentar tadi.", "Kejayaan penuh bermakna itu hadir ketika mereka turun di pentas suku akhir Terbuka Perancis 2022, dimana, Pearly-Thinaah berjaya melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-14 dan 21-13 dalam tempoh lebih satu jam permainan.", "YONEX French Open 2022.WD – Quarter final 🇲🇾Pearly TAN🏅15 21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅21 14 14 🇯🇵Nami MATSUYAMA 🇯🇵Chiharu SHIDA", "🕗 in 74 minutes https://t.co/Zh2fsV5vmJ", "— BWFScore (@BWFScore) October 28, 2022", "Pada masa yang sama, kemenangan ini membolehkan pasangan negara yang berada di ranking ke-11 dunia ini mara ke peringkat separuh akhir.", "Untuk pengetahuan semua, secara tidak langsung, ianya menamatkan kemarau ke peringkat separuh akhir melanda Pearly-Thinaah yang menghampiri empat bulan lamanya. ", "Sebagai rekod, kali terakhir mereka merekodkan kemaraan ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan berstatus Jelajah Dunia BWF adalah di kejohanan Malaysia Masters yang berlangsung awal Julai lalu.", "Sebagai tambahan, perjalanan Pearly-Thinaah di Terbuka Perancis ini diteruskan dengan bertemu beregu ranking ke-138 dunia, Baek Ha-na dan Lee So-hee di peringkat separuh akhir, esok.", "Pasangan dari Korea ini mara selepas melakukan kejutan menumbangkan beregu wanita No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113461/", "headline": "\nHoki Piala Dunia Remaja 2021: Malaysia Sasar Lepasi Peringkat Kumpulan Terlebih Dahulu\n", "content": ["Skuad hoki lelaki remaja kebangsaan akan menyertai kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang akan berlangsung di Bhubaneswar, India bermula 24 November kelak.", "Berdasarkan undian, Malaysia yang dibimbing oleh Coach Wallace Tan diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Belgium, Afrika Selatan dan Chile.", "Sementara itu, bercakap mengenai sasaran, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Ahmad Najmi Razak memaklumkan mahu melihat skuad hoki lelaki remaja ini melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.", "“Selepas berbincang dengan Coach Wallace dan barisan kejurulatihan, sasaran kita adalah untuk melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu.", "“Dan kemudiannya kita akan naik satu anak tangga, kita langkah satu per satu.” katanya dalam sidang media yang diadakan pada Sabtu lalu.", "Untuk makluman semua, Malaysia akan memulakan saingan ini dengan menentang Chile (24 November) dan diikuti dengan menentang Belgium (26 November) sebelum menamatkan cabaran Kumpulan A dengan bertemu Afrika Selatan (27 November).", "Sementara itu, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) turut mengumumkan senarai 20 pemain yang terpilih untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan ini. Mereka menyenaraikan 2 penjaga gol, 6 pertahanan, 5 pemain tengah dan 7 penyerang.", "Berikut adalah senarai penuh 20 pemain skuad hoki lelaki remaja kebangsaan:", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216078/", "headline": "\nPertahanan Kacukan, Daniel Ting Berpisah Dengan KL City Kerana Tak Mahu Divaksin\n", "content": ["Pelbagai spekulasi timbul selepas pertahanan kacukan England-Malaysia, Daniel Ting dimaklumkan tidak kembali bersama pasukannya, Kuala Lumpur City FC (KL City) untuk mengharungi saingan musim 2022.", "Menurut laporan akhbar berbahasa inggeris tempatan, New Straits Times, ‘punca sebenar’ bek kiri berusia 29 tahun itu tidak pulang ekoran menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.", "Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), YB Khalid Abdul Samad merangkap Ahli Parlimen Shah Alam di dalam ucapannya semasa kongres persatuan itu, semalam.", "Baca: Selangor Akui Cuba Dapatkan Khidmat Pertahanan Kacukan Malaysia-England Sebelum Ini", "“Daniel tidak mahu divaksin, dan dia sekarang berada di UK (United Kingdom). Dia telah meninggalkan KL City,” kata Khalid seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Khalid turut mengesahkan pemain kelahiran Cheshire, England itu secara rasminya berpisah dengan pasukan juara Piala Malaysia 2021 ini.", "Sebelum ini, ‘kehilangan’ Daniel ini dikaitkan dengan pemain itu bakal menyertai pasukan lain dalam saingan Liga Super pada musim ini. Ianya selepas Daniel mempamerkan prestasi yang memberasangkan sebagai bek kiri dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu.", "Kekosongan bek kiri yang ditinggalkan oleh Daniel itu diisi oleh seorang lagi pemain kacukan baharu yang ditandatangani oleh KL City iaitu Declan Lambert yang merupakan kembar kepada pemain tengah mereka, Ryan Lambert.", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322423/", "headline": "\nSyarikat Air Minuman Umum Tajaan Terhadap KL City Sempena Hari Air Sedunia\n", "content": ["Sebuah syarikat jenama air minuman tempatan, Jantzen tampil sebagai penaja baharu buat pasukan berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC bersempena dengan Hari Air Sedunia.", "Kehadiran syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1997 ini sebagai penaja baharu skuad kendalian Bojan Hodak ini diumumkan dalam satu majlis menandatangani pernjanjian kerjasama yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada hari ini.", "Turut dimaklumkan dalam majlis itu, perjanjian penajaan ini bertempoh selama setahun. Namun kedua-duanya terbuka untuk melanjutkan kerjasama melebihi tempoh terbabit. ", "Kesinambungan daripada kerjasama ini, Jantzen turut diangkat sebagai rakan hidrasi buat skuad berjululan The City Boys ini.", "Untuk makluman semua, ini merupakan entiti sulung yang hadir menaja KL City pasca pengambilalihan Rinani Group yang diketuai oleh ahli korporat, Noor Azri Noor Azerai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217313/", "headline": "\nSukan SEA: Tuan Rumah Benam Skuad Wanita Malaysia 3-1 Di Suku Akhir\n", "content": ["Skuad wanita negara terpaksa akur disingkirkan oleh pasukan tuan rumah, Vietnam seawal peringkat suku akhir dalam acara badminton berpasukan wanita dalam temasya Sukan SEA 2021.", "Malaysia tersingkir selepas perseorangan wanita pertama (WS1), Siti Nurshuhaini, perseorangan wanita kedua (WS2), Siti Zulaikha serta perseorangan wanita ketiga (WS3), Ong Xin Yee kepada lawan masing-masing yang menyaksikan pasukan negara tumpas dengan keputusan 1-3 kepada Vietnam.", "RESULTS: #SEAGames2021 QF (Women’s Team)", "Yap Ling-Go Pei Kee def. Thi Phuong Hong Dinh-Thi Hoai Do 12-21 21-15 21-16#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/bzCosCeAog", "— BAM (@BA_Malaysia) May 16, 2022", "Dalam peralawan tersebut, Siti Nurshuhaini tumpas “straight set” kepada Nguyen Thuy Linh dengan skor 9-21 dan 8-21. Siti Zulaikha turut tewas “straight set” kepada Vu Thi Trang dengan pungutan mata 9-21 dan 7-21. Akhir sekali, Xin Yee pula tewas Vu Thi Anh Thu dengan skor 13-21 dan 15-21.", "Hanya beregu pertama (WD1) yang menggandingkan Yap Ling bersama Go Pei Kee meraih kemenangan pada perlawanan ketiga dengan skor 21-12, 21-15 dan 21-16 dimana berhasil mengekang Vietnam daripada meraih kemenangan buat seketika.", "Dengan kemenangan ini, skuad wanita Vietnam dapat menempah slot ke peringkat separuh akhir dan menanti mereka di sana adalah pasukan Indonesia yang mendapay “bye” di saingan suku akhir.’", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325094/", "headline": "\nJeddah Tuan Rumah Perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA 2023\n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bersama Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) mengesahkan Jeddah – salah satu bandar di negara teluk berkenaan – dipilih sebagai venue perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA 2023. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak dunia menerusi laman sesawang rasminya serta dikongsikan di pelbagai media sosial. ", "Keputusan itu dibuat selepas lawatan delegasi FIFA ke Arab Saudi yang menyaksikan negara tersebut bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab FIFA buat kali pertama yang akan berlangsung pada 12 hingga 22 Disember nanti. ", "Presiden SAFF, Yasser Al Misehal gembira FIFA memilih Jeddah selaku tuan rumah memandangkan bandar itu memiliki reputasi yang baik dalam menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa selain daripada memiliki fasiliti yang berkelas dunia. ", "في ديسمبر الأنظار تتجه إلى جـدة 💚لمشاهدة أكبر حدث عالمي للأندية 🌍", "مرحبًا بالعالم في السعودية 🇸🇦#مونديال_الأندية_بالسعودية#Clubwc pic.twitter.com/ObI1D1z46o", "— الاتحاد السعودي لكرة القدم (@saudiFF) June 26, 2023", "“Kami percaya penganjuran acara antarabangsa seperti Piala Dunia Kelab FIFA memberi peluang untuk membangunkan lagi sukan tersebut dan memberi inspirasi kepada peminat baharu dan sedia ada mengenali budaya negara ini dan minat mendalam kami terhadap bola sepak.”", "“Bekerja rapat dengan FIFA, kami bersedia untuk menganjurkan satu kejohanan yang luar biasa dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pemain dan peminat.” ujar Yasser dalam kenyataan yang sama. ", "Sebanyak tujuh pasukan mewakili konfederasi benua masing-masing termasuk tuan rumah, Al-Ittihad yang merupakan juara Liga Profesional Arab Saudi 2022-23 akan bertanding untuk merebut Piala Dunia Kelab FIFA di Jeddah. ", "Kelab-kelab yang turut terlibat ialah Manchester City (UEFA), Urawa Red Diamonds (AFC), Al Ahly (CAF), Leon (CONCACAF) dan Auckland City (OFC) manakala wakil CONMEBOL masih lagi belum ditentukan rentetan kejohanan Copa Libertadores masih berlangsung. ", "Featured Image: Saudi Arabia Football Federation (SAFF)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322229/", "headline": "\nDr. Mohd Daud Dapat Jemputan Bertemu Pemilik & Pengurusan PSG\n", "content": ["Pemilik Kedah Darul Aman FC (Kedah), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berpeluang mengadakan pertemuan dengan pemilik dan pihak pengurusan kelab gergasi bola sepak Perancis iaitu Paris Saint-Germain (PSG).", "Pertemuan itu dijadualkan pada 18 dan 19 Mac hadapan disamping berpeluang untuk menonton perlawanan minggu ke-28 Ligue 1 yang menemukan PSG dengan Rennes di Parc des Princes pada hari Ahad.", "Jemputan pertemuan itu hadir selepas beliau menerima panggilan sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, sebelum menghadiri satu mesyuarat di ibu negara, semalam. Bagaimanapun, beliau belum sebarang keputusan mengenainya.", "“Inilah kepentingan smart networking atau jaringan bijak dalam hidup dan bisnes.” katanya dalam hantaran media sosialnya, hari ini.", "Dalam satu hantaran yang sama di laman sosialnya, Dr. Mohd Daud turut berkongsikan satu mesyuarat yang dihadirinya dengan seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang bernama Sunk Value.", "Menariknya pemilik syarikat berkenaan merupakan penaja utama bagi pasukan yang sedang disertai oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo iaitu Al Nassr FC yang beraksi dalam kancah bola sepak Arab Saudi. ", "Beliau terkejut dengan pendedahan tersebut dan melihatnya sebagai satu ruang dan peluang buat skuad Sang Kenari.", "“Saya macam tak percaya. Kelab ini ada Ronaldo. Akai saya semakin panjang. Tak payah cerita kat sini. Alhamdulillah, satu peluang & ruang yang baik kepada KDA FC.” tulisnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219678/", "headline": "\nKing’s Cup: Tiada Kelibat Bekas Import Penang FC Disenaraikan Ketua Jurulatih Tajikistan\n", "content": ["Senarai 22 pemain skuad kebangsaan Tajikistan yang akan menghadapi saingan King’s Cup di Thailand pada minggu ini tidak mengandungi nama bekas pemain import Penang FC, Sheriddin Boboev.", "Pemain berusia 23 tahun ini beraksi bersama skuad Harimau Kumbang pada musim lalu. Pada Jun lalu, namanya turut disertakan dalam skuad Tajikistan untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 namun tidak dalam kempen King’s Cup kali ini.", "Penelitian dalam senarai tersebut memperlihatkan ketua jurulatih Tajikistan, Petar Segrt beberapa pemain yang beraksi di benua eropah, antaranya, Shakhrom Samiev (Belarus), Amadani Komolov (Sepanyol), Mekhrubon Karimov (Moldova) dan Rustam Soirov (Estonia).", "Selain itu, terdapat juga beberapa pemain yang beraksi di rantau asia tengah, asia selatan dan asia tenggara seperti Vakhdat Khanonov, Ekhson Pandzhshanbe (Iran), Manuchekhr Safarov, Zoir Dzhuraboev (Uzbekistan), Komron Tursunov (India) dan Amirbek Dzhuraboev (Filipina).", "Manakala baki 12 lagi merupakan pemain yang beraksi dalam kancah domestik dengan majoritinya dipilih daripada kelab FC Istiklol – pendahulu Liga Tajikistan selepas mengharungi 13 perlawanan.", "Untuk makluman semua, Tajikistan akan membuka kempen King’s Cup dengan bertemu Trinidad & Tobago pada peringkat separuh akhir. Perlawanan ini dijadualkan pada 22 September.", "Pemenang akan mara ke perlawanan akhir bertemu samada skuad tuan rumah atau Malaysia yang turut beraksi dalam satu lagi perlawanan peringkat separuh pada 22 September itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218054/", "headline": "\nPerlawanan Tier 1: Malayan Tigress ‘Bangkit’ Ikat Bangladesh Tanpa Bolos\n", "content": ["Jumaat lalu, skuad bola sepak wanita kebangsaan, Malayan Tigress dimalukan 6-0 oleh Bangladesh dalam perlawanan antarabangsa tier 1. ", "Namun begitu, anak-anak buah Jacob Joseph mengelak daripada dimalukan sekali lagi dalam perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Bir Sherestha Shaheed Shipahi Mostafa Kamal, Dhaka, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, Malayan Tigress berhasil mengikat Bangladesh dengan keputusan seri tanpa jaringan selepas beraksi selama 90 minit permainan.", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Ahad, 26 Jun 2022", "BANGLADESH 🇧🇩 0-0 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress pic.twitter.com/Wg8riXv1zP", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 26, 2022", "Penjaga gol skuad negara, Azurin Mazlan menjadi penyumbang terbesar terhadap keputusan terbabit atas tindakan cemerlangnya mengekang pelbagai asakan berbahaya ke arah gawang Malayan Tigress.", "Dengan tamatnya perlawanan ini, Malayan Tigress merekodkan satu kekalahan dan satu kemenangan daripada dua perlawanan atarabangsa yang turut berfungsi sebagai perlawanan pemanas badan sebelum turun beraksi dalam Kejuaraan AFF Wanita 2022 di Filipina kelak.", "Skuad wanita negara akan turun beraksi dalam saingan ini bermula 4hb Julai menentang Singapura diikuti Indonesia, Filipina, Thailand dan Australia pada 6hb, 8hb, 10hb dan 12hb bagi saingan peringkat Kumpulan A.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321416/", "headline": "\nPPUM Dapat Pengiktirafan AFC Medical Centre of Excellence – Keempat Di Malaysia\n", "content": ["Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjadi institusi terbaru yang mendapat pengiktirafan AFC Medical Centre of Excellence daripada badan induk bola sepak benua asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).", "Pusat perubatan yang terletak di Lembah Pantai itu menerima pengiktirafan terbabit secara rasmi selepas Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John Paul menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Pengarah PPUM, Profesor Dr. Nazirah Hasnan dalam satu majlis yang diadakan, semalam.", "Difahamkan, PPUM menawarkan pelbagai servis dalam perubatan sukan yang merangkumi Pencegahan Kecederaan (injury prevention), rawatan kecederaan dan pemulihan (injury treatment & rehabilitation) serta penilaian untuk kembali bersukan semula (return to sport assessment).", "Selain itu, mereka turut menawarkan servis Penilaian Perubatan & Kecergasan Prakejohanan yang terbahagi kepada tiga pakej utama serta dua pakej penilaian yang dikhususkan kepada pemain bola sepak yang mengikuti garis panduan yang disyorkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Sebagai rekod, PPUM menjadi institusi keempat di Malaysia menerima pengiktirafan tersebut daripada pihak AFC.", "Tiga institusi lain mempunyai pengiktirafan AFC Medical Centre / Clinic of Excellence ialah Kuala Lumpur Sports Medicine Centre (KLSMC), Klinik Setia Jalan Gombak dan Institut Sukan Negara (ISN).", "Untuk pengetahuan semua, pengiktirafan AFC Medical Centre of Excellence ini mula dilancarkan pada pada 2018 dengan tujuan memberi pengiktirafan kepada pusat perubatan dan klinik di asia yang mempamerkan penerajuan dalam kemahiran klinikal, pemulihan, penyelidikan, pendidikan termasuk pencegahan kecederaan serta menangani kecederaan dalam bola sepak tahap tertinggi.", "Sebagai tambahan, antara fasiliti perubatan atau institusi lain di benua asia yang menerima pengiktirafan yang sama adalah seperti berikut:", "Featured Image: Universiti Malaya Medical Centre Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215838/", "headline": "\nPeraturan Baharu MFL: Kelab Layak Mohon Tangguh Perlawanan Sekiranya 50% Pemain Dijangkiti Covid-19\n", "content": ["Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan membuat pindaan melibatkan Peraturan Perlawanan Tertunda Covid-19.", "Menerusi kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata kelab hanya layak memohon penangguhan perlawanan sekiranya 50 peratus atau lebih dari jumlah pendaftaran skuad utama bagi pegawai dan pemain yang layak didaftarkan pada hari perlawanan dijangkiti Covid-19 atau kontak rapat bergejala.", "“Untuk permohonan penangguhan ini, kelab perlu mengemukakan dokumen antaranya bukti keputusan ujian dan status Mysejahtera serta surat pengesahan daripada doktor pasukan,” kata Stuart.", "Malaysian Football League (MFL) mengumumkan dua perlawanan pertama Liga Premier 2022 terpaksa ditunda akibat jangkitan wabak COVID-19, iaitu Selangor FC 2 lwn Skuad Projek FAM-MSN dan PDRM FC lwn Kuching City FC.#LigaPremier2022", "“Walaubagaimanapun, sekiranya penundaan perlawanan yang berlanjutan sehingga menjejaskan penjadualan perlawanan liga dan kalendar pertandingan MFL secara keseluruhannya, maka sebarang keputusan dan tindakan adalah tertakhluk kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL,” tambahnya lagi.", "Dalam kenyataan yang sama, MFL turut mengumumkan penundaan dua perlawanan pembukaan dalam saingan Liga Premier 2022.", "Ini selepas 14 pemain serta pegawai pasukan PDRM FC didapati positif Covid-19 dan menjadi kontak rapat bergejala. Sementara itu, dua jurulatih serta kesemua pemain Skuad Projek FAM-MSN juga menerima nasib yang sama.", "Justeru, perlawanan yang membabitkan kedua-dua pasukan, Selangor FC 2 vs Skuad Projek FAM-MSN dan PDRM FC vs Kuching City FC yang sepatutnya berlangsung pada 5 dan 7 Mac ditunda. Tarikh baharu melibatkan dua perlawanan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113239/", "headline": "\nFabio Quartararo Muncul Pelumba Perancis Pertama Menjuarai MotoGP\n", "content": ["Pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo muncul pelumba pertama dari Perancis yang menjuarai Kejuaraan Dunia Motosikal MotoGP.", "Walaupun saingan MotoGP 2021 masih berbaki dua perlumbaan lagi, pelumba berusia 22 tahun ini mengesahkan kejuaraan secara keseluruhan apabila pencabar terdekatnya, Francesco Bagnaia mengalami kemalangan dalam perlumbaan GP Emilia Romagna, semalam.", "Dalam perlumbaan terbabit, pelumba Ducati ini sedang mendahalui perlumbaan dan hanya tinggal lima pusingan sahaja lagi sebelum melintasi garisan penamat.", "Ini menyebabkan mata yang dikumpul oleh Fabio selepas menamatkan perlumbaan tersebut di tempat keempat sudah tidak boleh diatasi oleh mana-mana pelumba lain lagi.", "Berdasarkan statistik pada musim ini, Fabio merangkul kejuaraan dunia dengan memenangi lima perlumbaan, menaiki podium sebanyak 10 kali serta bermula sebanyak lima kali pada petak pertama. ", "Untuk makluman semua, ini juga kejuaraan sulung yang diraih oleh Fabio sejak menyertai saingan kelas premier, MotoGP pada tahun 2019 bersama Petronas Yamaha SRT."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322617/", "headline": "\nMessi Muncul Pemain Pertama Cetak 100 Gol Untuk Argentina\n", "content": ["Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel Messi menempa satu lagi rekod dalam kariernya dengan muncul sebagai pemain pertama yang menjaringkan 100 gol buat skuad kebangsaan Argentina.", "Pemain berusia 35 tahun ini melakar rekod tersebut ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Curacao bertempat di Estadio Unico Madre de Ciudades, pada awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Messi merangkap kapten skuad La Albiceleste menempa rekod terbabit apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-20 permainan menerusi satu rembatan deras dalam kotak penalti melepasi penjaga gol lawan, Eloy Room.", "A post shared by Selección Argentina (@afaseleccion)", "Bagaimanapun, jaringannya tidak terhenti setakat itu sahaja. Selang 13 minit kemudian, Messi berhasil menambah dua lagi jaringan dalam tempoh empat minit sekaligus mencetak hatrik daripada perlawanan ini.", "Dengan pertambahan jaringan terbabit, Messi kini mengungguli carta penjaring terbanyak skuad kebangsaan Argentina dengan catatan 102 gol.", "Dalam perlawanan yang sama, empat lagi rakan sepasukannya, Nicolas Gonzalez, Enzo Fernandez, Angel Di Maria dan Gonzalo Montiel turut menambah satu gol masing-masing sekaligus membuatkan Argentina menang bergaya dengan keputusan 7-0 ke atas pasukan di ranking ke-86 dunia itu.", "Sebagai rekod, Messi mencetak jaringan pertamanya bersama skuad senior Argentina ketika bertemu Croatia dalam perlawanan antarabangsa pada Mac 2006.", "Sementara itu, jaringan ke-50 bersama Argentina pula hadir ketika menentang Bolivia pada Mac 2016 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018.", "Senarai 10 penjaring terbanyak Argentina sepanjang zaman adalah seperti berikut:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217421/", "headline": "\nSukan SEA: Lee Shun Yang Bertemu Pemain No.1 Thailand Di Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan muda negara, Lee Shun Yang tiada masalah untuk mengatasi pemain Laos bagi melepasi Pusingan 1 dalam acara badminton individu, temasya Sukan SEA 2021.", "Dalam perlawanan tersebut, Shun Yang, 20 tahun, merekodkan kemenangan ke atas Phonesack Sokthavy secara “straight set” dengan skor 21-5 dan 21-4.", "R16#MAS🇲🇾 Lee Shun Yang def. #LAO🇱🇦 Phonesack Sokthavy 21-5 21-4#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/sjSfZQxEVz", "— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022", "Kemenangan itu membolehkan dia mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir bertemu pemain No.1 Thailand merangkap juara kejohanan dunia remaja sebanyak tiga kali berturut-turut, Kunlavut Vitidsarn.", "Untuk makluman semua, Kunlavut mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan perseorangan Vietnam, Le Duc Phat dengan skor.", "Sebagai rekod, Shun Yang dan Kunlavut pernah berentap sebanyak satu kali. Pertemuan kedua-dua pemain ini berlangsung dalam kejohanan remaja bawah 19 tahun (B-19), Cabaran Antarabangsa Remaja Shera-Roza-BTY di Bangkok, Thailand pada tahun 2018.", "Pertemuan tersebut dimenangi oleh Kunlavut secara “straight set” dengan skor 21-6 dan 21-19.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325333/", "headline": "\nKetua Jurulatih Baharu Dari Portugal Bimbing Kelab Ronaldo\n", "content": ["Al Nassr diwakili oleh pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali merangkap penyerang skuad kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo mendapat ketua jurulatih baharu yang senegara dengan kelahirannya iaitu Luis Castro.", "Kelab yang beraksi dalam kancah Liga Pro Saudi (SPL) yang berpangkalan di Riyadh mengesahkan perlantikan jurulatih berusia 61 tahun terbabit menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, semalam. Pengumuman itu juga hadir ketika skuad berjulukan Al-Alami sedang menjalani kem latihan pramusim di Portugal. ", "Bagaimanapun, tiada sebarang tempoh kontrak didedahkan kepada umum oleh Al Nassr dalam pengumuman terbabit.", "Under the supervision of our new coach ⚽️💛 pic.twitter.com/OWmySE9Z4H", "— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) July 6, 2023", "Sebelum ini, Castro merupakan pengurus pendahulu Liga Serie A di Brazil iaitu Botafogo. Kelab terbabit berada di puncak liga dengan 33 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.", "Untuk pengetahuan semua, bola sepak di rantau negara arab bukanlah sesuatu yang asing buatnya. Sekitar 2021 hingga 2022, Castro sudah pernah ke Qatar dengan peranan sebagai ketua jurulatih Al-Duhail SC.", "Antara kelab besar di eropah yang pernah dikemudinya ialah Shakhtar Donetsk. Selebihnya adalah kelab-kelab di Portugal seperti Porto, Vitoria Guimaraes, GD Chaves, Rio Ave dan lain-lain lagi.", "Sebagai tambahan, kehadiran Castro ini adalah untuk menggantikan Dinko Jelicic dari Croatia yang berperanan sebagai ketua jurulatih sementara bermula pertengahan April lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322523/", "headline": "\nAntonio Conte Tinggalkan Spurs Selepas 16 Bulan\n", "content": ["Tottenham Hotspur mengumumkan ketua jurulatihnya, Antonio Conte meninggalkan kelab berpangkalan di utara London tersebut selepas 16 bulan bersama.", "Pengumuman itu hadir menerusi satu makluman di laman sesawang rasmi serta dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik Spurs pada pagi tadi.", "Sehubungan dengan pengumuman ini, Spurs turut mengumumkan Cristian Stellini akan memegang jawatan sebagai ketua jurulatih sementara sehingga tamat musim ini dengan Ryan Mason sebagai penolong ketua jurulatih.", "— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 26, 2023", "Sebagai rekod, Conte mula dilantik sebagai ketua jurulatih Spurs pada November 2021 menggantikan Nuno Espirito.", "Ketika musim pertamanya mengemudi Spurs, Conte berhasil membawa pasukan ini menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga keempat mengatasi kelab seteru setempatnya, Arsenal sekaligus meraih slot ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Pada ketika ini, Spurs sedang menghuni tangga keempat EPL dengan meraih 49 mata daripada 28 perlawanan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112277/", "headline": "\nPenjaring Terbanyak Tempatan, Baddrol Bakhtiar Wakili Malaysia – ‘Why Not?’ Kata Coach Aidil\n", "content": ["Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (Kedah), Aidil Sharin Sahak tidak nampak sebarang halangan buat kaptennya, Baddrol Bakhtiar kembali dipanggil untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.", "Malahan jurulatih berusia 44 tahun itu turut menyatakan Baddrol atau lebih dikenali sebagai Badd setiasa menjadi pemain penting dalam pasukan Kedah serta merupakan salah seorang pemain terbaik dalam kancah bola sepak tempatan pada masa kini.", "Lebih mengagumkan, pemain berusia 33 tahun itu turut meletakkan namanya selaku penjaring terbanyak Liga Super dalam kalangan pemain tempatan pada musim ini.", "Badd muncul penjaring tempatan terbanyak Liga Super musim ini dengan menjaringkan 7 gol mengatasi penyerang muda Terengganu, Hakimi Abdullah (5 gol) dan penyerang senior, Amri Yahyah (4 gol).", "“Mengapa tidak? Dia masih merupakan salah seorang pemain terbaik di dalam liga, dia memberikan segala-galanya, sikap dan komitmen,", "“Saya berpendapat dengan (rekod) Baddrol merupakan penjaring gol tempatan terbanyak, mengapa tidak berikannya peluang, saya percaya Tan Cheng Hoe mempunyai perancangan yang baik untuknya.” katanya yang turut mesra dengan panggilan Coach Aidil.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Badd menyarung jersi Harimau Malaya ketika diturunkan beraksi menentang Tajikistan dalam satu perlawanan persahabatan pada November 2019.", "Sementara itu, Coach Aidil memberikan pujian kepada kesemua barisan pemain, kejurulatihan, pengurusan serta penyokong Kedah atas kejayaan mengekalkan kedudukan selaku naib juara Liga Super buat dua kali berturut-turut pada musim ini.", "“Dua tahun berturut-turut menamatkan saingan di tempat kedua, tidak banyak pasukan boleh melakukannya dengan skuad yang kecil (tanpa pasukan simpanan), tidak mempunyai bajet yang besar, pujian harus diberikan kepada semua di dalam kelab yang menjadikan (perkara) ini sebuah kenyataan.” jelasnya.", "Sebagai bonus, kedudukan naib juara liga ini memberikan skuad Hijau Kuning slot automatik ke pentas kejohanan bola sepak antarabangsa peringkat asia iaitu Piala AFC 2022.", "Sebagai rekod, sejak Coach Aidil mengemudi pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air ini bermula tahun 2019, selain daripada konsisten meletakkan Kedah selaku naib juara Liga Super dua kali berturut-turut, beliau juga telah membimbing Kedah ke pentas final sebanyak dua kali dan memenangi Piala FA 2019.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208392/", "headline": "\nDAZN Kini Boleh Dilanggan di Malaysia Dengan Harga RM8.90 Sebulan\n", "content": ["Perkhidmatan penstriman sukan, DAZN kini boleh mula dilanggan di Malaysia dan harga yang ditawarkan adalah hanya RM8.90 sahaja.", "Ini selepas pihak mereka telah mengesahkan untuk mengembangkan lagi perkhidmatannya ke 200 negara bermula 1 disember kelak.", "Setakat ini, pelanggan DAZN di Malaysia hanya dapat menonton penstriman langsung melibatkan sukan pertarungan. Pertarungan terdekat adalah perlawanan tinju melibatkan Ryan Garcia menentang Luke Campbell yang dijadualkan pada 5 disember kelak.", "Selain daripada penstriman langsung mengenai pertarungan dan perlawanan sukan, DAZN juga menayangkan siri dokumentari seperti The Making Of Jose Mourinho, Being Mario Gotze dan beberapa judul lagi.", "Bagaimanapun, tiada sebarang makluman samada pelanggan perkhidmatan DAZN di Malaysia dapat menyaksikan perlawanan langsung saingan Liga Juara-Juara UEFA, Liga Europa dan kejohanan bola sepak utama eropaha yang lain-lain atau pun tidak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112416/", "headline": "\nVietnam Diberi Tempoh Sehingga Oktober Tentukan Status Sukan SEA 2021\n", "content": ["Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2021, Vietnam diberikan tempoh sehingga Oktober hadapan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAFG) untuk menentukan status temasya sukan dwitahunan tersebut.", "Menurut laporan Sports247, Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC), Abraham Tolentino menerusi laporan media antarabangsa menyatakan, SEAGF mahu Vietnam membuat keputusan samada meneruskan temasya ini pada tahun 2022 atau dibatalkan.", "Satu mesyuarat secara atas talian dilangsungkan pada jumaat lalu dan Tolentino turut memaklumkan Mei 2022 sebagai tarikh yang sesuai untuk menganjurkan Sukan SEA Vietnam 2021 dan kesemua 11 negara yang bertanding mempersetujuinya.", "Atlet 4×100 Negara Berlatih Awal – Sasar Pingat Emas Sukan SEA 2021 https://t.co/22kfUs2Lzo pic.twitter.com/13fEgaI7n3", "Baca: Sukan SEA Vietnam Ditunda Ke Tahun 2022 Ekoran Situasi Semasa Pandemik", "Untuk makluman semua, Vietnam memutuskan untuk menunda penganjuran Sukan SEA 2021 pada Julai lalu ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara tersebut.", "Sementara itu, tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja mengesahkan akan menganjurkan temasya kali ke-32 kelak sekitar bulan Februari selepas sambutan Tahun Baru Cina.", "Antara perkembangan lain, Sports247 turut melaporkan temasya Sukan SEA 2025  iaitu temasya kali ke-33 akan dianjurkan di Thailand."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322724/", "headline": "\nPerancis Larang Henti Perlawanan Untuk Berbuka – Langgar Prinsip Sekularisme \n", "content": ["Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengeluarkan arahan kepada pegawai perlawanan untuk tidak membenarkan menghentikan permainan bagi memberi ruang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa. ", "Menurut laporan media antarabangsa, Ketua Suruhanjaya Pengadil FFF, Eric Borghini berkata, amalan berbuka puasa semasa perlawanan itu tidak mematuhi peraturan FFF dan didakwa boleh mengganggu permainan. ", "Tambah beliau, perkara itu termasuk menghormati prinsip sekularisme di dalam bola sepak berdasarkan emel oleh badan induk bola sepak republik berkenaan yang dihantar kepada para pegawai perlawanan, kelab-kelab bertanding, pemegang lesen dan badan-badan bertanggung jawab. ", "La FFF rappelle l'interdiction des pauses pendant un match pour rompre le jeûne du ramadan : https://t.co/kFGvmIyRFF pic.twitter.com/RU4RFQFSpM", "— L'ÉQUIPE (@lequipe) March 31, 2023", "Keputusan ini mendapat maklumbalas yang pelbagai memandangkan beberapa bintang Ligue 1 juga merupakan mereka yang beragama Islam dan berpuasa di bulan Ramadhan seperti Presnel Kimpembe dan Achraf Hakimi (Paris Saint-Germain) serta Moussa Dembele (Lyon).", "Dalam perkembangan yang sama, pengendali Nice, Didier Digard menempelak FFF ke atas keputusan yang dibuat dan menegaskan bahawa bola sepak Inggeris lebih berfikiran terbuka berbanding di Perancis.", "Keputusan tersebut bertentangan dengan amalan yang ditetapkan pihak Liga Perdana Inggeris yang lebih inklusif dengan membenarkan para pengadil untuk menghentikan perlawanan seketika bagi memberi laluan kepada para pemain beragama Islam. ", "Featured Image: PSG – Paris Saint-Germain"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112659/", "headline": "\nKejohanan Berbasikal Trek Dunia: Fadhil Zonis Sasar Catat Masa Bawah Seminit\n", "content": ["Pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis meletakkan sasaran untuk mencatatkan masa di bawah seminit dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021.", "Menurut laporan akhbar tempatan Harian Metro, pelumba muda berusia 23 tahun itu meletakkan sasaran tersebut untuk memecahkan rekod kebangsaan yang diciptanya iaitu 1 minit 00.305 saat (s) ketika beraksi di Kejohanan Dunia di Berlin, tahun lalu.", "Baca: Basikal WX-R Sengaja Diletakkan Harga RM300,000 – Ini ‘Rahsia’ Dikongsikan Azizulhasni Awang", "“Jika saya boleh buat bawah satu minit, kemungkinan besar ada peluang untuk memenangi pingat pada Kejohanan Dunia kali ini,” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Tambahnya lagi, sasaran tersebut bukan sahaja menjadi impiannya malahan turut dituntut oleh jurulatih kebangsaan, John Beasley.", "“Setakat ini persiapan semua berjalan dengan lancar dan saya memang sudah bersedia untuk beraksi,” katanya lagi yang akan terbang ke kejohanan tersebut di Roubaix, Perancis pada 10 Oktober nanti.", "Artikel Berkaitan: Shah Firdaus & Fadhil Zonis Bakal Sertai 3 Acara", "Untuk makluman semua, bulan Mei lalu, Fadhil menyertai Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Hong Kong. Di kejohanan tersebut, Fadhil berhasil membawa pulang pingat emas dan perak masing-masing dalam acara keirin dan ujian masa 1km.", "Sebagai tambahan, kejohanan yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Oktober kelak akan turut disertai oleh seorang lagi pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom.", "Featured Image: Instagram Fadhil Zonis"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323623/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Atlet Lontar Peluru Para Kutip Pingat Gangsa Ketiga Peribadi\n", "content": ["Atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli kini memiliki sebutir pingat perak serta tiga butir pingat gangsa dalam koleksi peribadi hasil penyertaannya dalam temasya Sukan SEA.", "Terbaru, Ziyad yang berusia 33 tahun menambah pingat gangsa ketiganya ketika mengambil bahagian dalam acara lontar peluru di temasya Sukan SEA 2023 Kemboja. Pingat itu menjadi miliknya selepas mencatatkan lontaran terbaiknya sejauh 17.30 meter (m).", "A post shared by Ziyad Zolkefli (@ziyadzolkefli)", "Sementara itu, pingat emas dan perak bagi acara terbabit dibawa pulang oleh atlet normal Thailand, Jakkapat dan Vietnam, Thanh Binh Phan dengan catatan lontaran sejauh 17.84m dan 17.39m masing-masing.", "Untuk makluman semua, atlet yang sering kali beraksi dalam kategori F20 (masalah intelektual) di temasya dan kejohanan para seperti Sukan Para ASEAN, Sukan Para Asian, Paralimpik dan Kejohanan Olahraga Para Dunia mengutip pingat pertamanya iaitu pingat perak di Sukan SEA 2017.", "Dua edisi berikutnya di Filipina (2019) dan Vietnam (2021) menyaksikan Ziyad mengutip pingat gangsa.", "Featured Image: Paralympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218020/", "headline": "\nHabib Haroon Menjadi Pemain Yang Berbeza Berbanding Musim Lalu\n", "content": ["Pemain import tengah Terengganu FC, Habib Haroon menjadi pemain yang cukup berbeza pada musim ini berbanding musim lalu.", "Itu lontaran pandangan daripada penganalisis dan bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli terhadap prestasi pemain berusia 21 tahun yang mempunyai pasport Bahrain itu pada saingan minggu ke-10 Liga Super.", "Prestasi itu membuatkan Rudie memilih Habib sebagai salah seorang pemain yang mengisi senarai BEST XI bagi minggu terbabit.", "“Habib banyak menjadi penggerak utama serangan malah sebelum jaringannya, Terengganu banyak mendapat peluang.", "4⃣-3⃣-3⃣ Berikut merupakan Best XI pusingan LS10, pilihan Rudie Ramli!", "Pemain manakah sesuai dijadikan kapten kesebelasan ini? ©️", "Baca lanjut ➡️ https://t.co/hSWcQFEqqs#LigaSuper2022 #BestXI pic.twitter.com/QeQe1N8pdB", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) June 22, 2022", "“Jaringannya memang cantik malah menjadi pencetus kepada kejayaan pasukan kerana kalau tidak, mungkin sukar Terengganu untuk menang.", "“Jelas dia seorang pemain yang cukup penting kepada Terengganu musim ini malah saya lihat dia seorang pemain yang berbeza berbanding musim lalu,” katanya.", "Selain daripada Habib, Rudie turut memilih pemain tengah Selangor FC, Brendan Gan yang kembali membuat penampilan pertamanya selepas pulih daripada kanser yang dihadapinya pada tahun lalu.", "Sementara itu, antara pemain-pemain lain yang menjadi pilihannya ialah Quentin Cheng, Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor), Hairiey Hakim Mamat dan Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu).", "Melengkapkan formasi 4-3-3 pilihannya, ianya diikuti oleh S. Kumaahran (PJ City), Sony Norde (Melaka United), Caion (Selangor) dan Faisal Halim (Terengganu).", "Manakala untuk ketua jurulatih yang menjadi pilihannya untuk minggu ke-10 ialah Nafuzi Zain dari pasukan Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215526/", "headline": "\nHos Kelayakan Piala Asia Perlu Beri Jaminan Tidak Akan Kuarantin Pemain, Pegawai & Pengadil\n", "content": ["Enam negara yang telah memenangi bidaan sebagai hos Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun nanti perlu memenuhi kriteria-kriteria atau syarat-syarat yang digariskan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).", "Menurut laporan akhbar tempatan, Sinar Harian, sekiranya hos atau tuan rumah gagal memenuhi perkara tersebut, pihak AFC akan menarik balik hak tersebut dan akan menggantikannya dengan negara lain yang turut bertanding di pusingan kelayakan itu.", "Antara kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap negara hos adalah memberi jaminan pemain, pegawai dan pengadil tidak perlu menjalani sebarang kuarantin apabila tiba di negara-negara hos.", "Selain itu, mereka juga perlu mewujudkan gelembung sukan, penginapan hotel dengan penguatkuasaan yang ketat serta kemudahan perubatan.", "“Kami telah menetapkan senarai keperluan yang perlu dipenuhi oleh setiap negara tuan rumah untuk menganjurkan pusingan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun depan.", "“Antaranya mewujudkan gelembung sukan, penginapan hotel dengan penguatkuasaan yang ketat, jaminan pemain, pegawai dan pengadil tidak akan menjalani sebarang kuarantin serta kemudahan perubatan.", "“Jika negara-negara berkenaan tidak dapat memberikan jaminan mengenai kriteria-kriteria tersebut, mereka tidak akan mendapat hak untuk menjadi hos.", "“Apa pun kami tidak bimbang kemampuan mereka untuk jadi tuan rumah, namun kami hanya mahu memastikan kesemua negara itu dapat memberikan jaminan,” kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John seperti dipetik daripada portal akhbar terbabit.", "Baca: AFC Mengesahkan Malaysia Jadi Tuan Rumah Kelayakan Piala Asia 2023", "Untuk makluman semua, Malaysia merupakan salah satu enam negara yang memenangi bidaan dan terpilih sebagai hos untuk Kelayakan Piala Asia ini bersama-sama India, Kuwait, Republik Kyrgyz, Mongolia dan Uzbekistan.", "Sebagai tambahan, satu majlis undian untuk peringkat pusingan kelayakan ini akan diadakan pada 24 Februari kelak untuk menentukan negara yang akan diundi bersama-sama enam negara hos yang terpilih.", "Featured Image: Asian Football Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110710/", "headline": "\nPartiban Nasihat Pemain Muda Untuk Berhijrah Sekiranya Kurang Minit Permainan\n", "content": ["Pemain sayap baharu Kuala Lumpur City (KL City), J. Partiban menasihati pemain-pemain muda untuk berhijrah daripada pasukan semasa sekiranya kurang mendapat minit permainan.", "Menurut pemain berusia 28 tahun tersebut, perkara itu turut dilakukannya ketika bersama pasukan negeri kelahirannya, Perak pada penghujung tahun 2014 dengan menyertai Sarawak.", "“Saya ambil keputusan keluar dari Perak pada masa itu sebab mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan dan tahun pertama saya ke Sarawak, pada mulanya memang sukar hendak dapat terus dapat kesebelasan utama.", "“Namun, saya berpuas hati dapat meraih banyak pengalaman di sana dan pada tahun 2017, saya ke Terengganu, di sanalah saya dapat peluang bermainan yang cukup banyak di bawah kendalian Irfan Bakti.", "“Malah, saya mampu berikan prestasi yang cukup baik semasa di Terengganu dan waktu ini rasa segala-galanya berubah dalam karier apabila semakin ramai kenal dengan saya.", "“Nasihat saya kepada pemain-pemain muda jika tidak dapat minit permainan semasa di awal pembabitan karier, jangan takut ambil keputusan untuk keluar mencari cabaran baharu.", "“Tunjukkan bakat anda dengan pasukan lain dan daripada situ akan hadir peluang yang lebih baik malah bekas pasukan sendiri akan berikan tawaran jika anda sudah mempunyai pengalaman bermain,” katanya.", "Selepas menampilkan presembahan yang memberangsangkan terutamanya dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia bersama Terengganu pada tahun 2018, khidmat Partiban kembali dipancing oleh bekas pasukannya, Perak.", "Pemain kelahiran Tambun, Perak ini tidak mengambil masa yang lama untuk menandatangani kontrak bersama skuad The Bos Gaurus yang ketika itu dibimbing oleh Mehmet Durakovic sekaligus menyarung jersi Kuning Hitam sehingga pertengahan musim 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218098/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu Muda Cipta Kejutan Singkir Pasangan Wanita No.1 Jerman\n", "content": ["Satu kejutan dicipta oleh pasangan wanita muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow di Pusingan 32 saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF dengan menyingkirkan beregu No.1 Jerman.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-71 dan berusia 20 tahun masing-masing ini mencipta kejutan menumpaskan Linda Efler dan Isabel Lohau yang berada di ranking lebih tinggi berbanding mereka – ranking ke-24 dunia. ", "PETRONAS Malaysia Open 2022WD – Round of 32 🇲🇾Yeen Yuan LOW🏅17 21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅21 16 19 🇩🇪Linda EFLER 🇩🇪Isabel LOHAU", "🕗 in 73 minutes https://t.co/RH6cL4lpzX", "— BWFScore (@BWFScore) June 28, 2022", "Dalam pertarungan yang berlangsung di Gelanggang 1 itu, Yeen Yuan-Valeree berhasil merekodkan kemenangan ke atas pasangan berusia 27 dan 30 tahun itu dengan skor 17-21, 21-16 dan 21-19 dalam tempoh masa 73 minit permainan.", "Untuk makluman semua, kemenangan yang dicapai oleh Yeen Yuan-Valeree ini turut direkodkan dalam pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, kemenangan ini turut menjadikan Yeen Yuan-Valeree akan turun berhadapan dengan beregu No.1 dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di Pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208514/", "headline": "\nTFC II Turut Dirombak, Dua Pemain Import Tidak Dilanjut Kontrak\n", "content": ["Selain merombak pasukan utama Terengganu Football Club (TFC) menjelang saingan baharu tahun 2021, pasukan simpanan TFC II turut tidak terkecuali dirombak oleh pihak pengurusan.", "Antara rombakan awal yang dibuat terhadap pasukan ‘adik’ yang beraksi dalam saingan Liga Premier adalah tidak melanjutkan kontrak dua pemain importnya.", "Menurut laporan akhbar tempatan, dua pemain import tersebut adalah penyerang dan kapten pasukan, Bruno Suzuki serta pemain tengah Dechi Marcel.", "Dalam 🔟 pertemuan dengan UKM FC, Bruno Suzuki telah menjaringkan 6️⃣ gol.Mampukah Bruno meledak lagi dalam perlawanan malam ini?Saksikan siaran langsung perlawanan Terengganu FC II lwn UKM FC di MyCujoo.#LigaPremier2020 pic.twitter.com/J8LAygIVNc", "“Buat Suzuki dan Marcel, terima kasih atas kerjasama dan khidmat bersama pasukan sebelum ini, semoga pemain berkenaan mendapat tawaran daripada pasukan lain musim depan,” kata Ketua Pegawai Operasi (COO) TFC, Mohd Sabri Abas seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Manakala baki dua pemain import yang kekal adalah pertahanan Argzim Redzovic dan penyerang Jordan Mintah untuk terus menyarung jersi Hitam Putih.", "Semalam Terengganu FC II berjaya meleburkan rekod tanpa kalah penyandang juara Liga Premier 2020 Pulau Pinang setelah jaringan lewat perlawanan pada minit ke-88 menerusi Jordan Mintah. 🔥#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/Vkhn43dzqr", "“Argzim yang masih berbaki setahun lagi kontrak memperagakan aksi meyakinkan di barisan pertahanan termasuk membantu pasukan Terengganu FC (TFC) layak ke Piala AFC musim depan.", "“Begitu juga dengan Mintah yang berjaya menarik perhatian pihak pengurusan untuk mengekalkan pemain kelahiran Ghana itu, harapan kita agar dua pemain itu mampu beraksi lebih baik musim depan.” katanya lagi.", "Saat ini, skuad berpangkalan di pantai timur ini sedang meneliti beberapa pemain tempatan dan import untuk direkrut bagi memperkuatkan pasukan pada musim hadapan.", "Untuk rekod, TFC II yang dibimbing oleh Roshadi Wahab menamatkan saingan Liga Premier 2020 selaku naib juara dengan kutipan 22 mata dibelakang juara, Pulau Pinang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111964/", "headline": "\nVideo: Wan Kuzri Jaringkan Gol Kemenangan Dalam Masa Berbaki 24 Saat\n", "content": ["Pemain kelahiran Amerika Syarikat berdarah Malaysia, Wan Kuzri Wan Kamal sekali lagi mencuri tumpuan ketika beraksi bersama pasukan bola sepak kolejnya, University of Akron.", "Pemain tengah yang akan dipanggil untuk menyertai kem latihan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Brad Maloney kelak memastikan kemenangan pasukannya dengan menjaringkan ‘winning goal’ ketika masa permainan bakal tamat dalam tempoh 24 saat sahaja lagi.", "Pada ketika itu, pasukannya yang sedang beraksi di gelanggang lawan, terikat 1-1 bersama pasukan Michigan State University.", "A look at the game-winner from Wan Kuzri Wan Kamal with 24 seconds remaining in a 2-1 @ZipsMSoc win over Michigan State.📺 BTN+ – https://t.co/qKzMryyUyL#FindAWay pic.twitter.com/smUPYlAqM4", "Ketika menerima bola di dalam kotak penalti, dia terlebih dahulu mengawalnya dan membawa ke jarak yang lebih dekat dengan gawang sebelum melakukan rembatan padu mengalahkan penjaga gol lawan.", "Gol tersebut telah membantu pasukannya bangkit selepas ketinggal 0-1 pada separuh masa pertama dan meraih kemenangan 2-1 ke atas Michigan State University.", "Baca: Wan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1", "Sebagai rekod, ini merupakan gol keduanya pada musim ini setelah menjaringkan gol pertama pada perlawanan yang lalu, menentang Wright States University, jumaat lalu.", "Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili Wan Kuzri akan menentang Robert Morris University di gelanggang sendiri, jumaat ini (3 September).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207604/", "headline": "\nBekas Penyerang Brazil, Robinho Kini Dibayar Gaji Sekitar RM1100 Sebulan\n", "content": ["Bekas penyerang skuad kebangsaan Brazil, Robson de Souza atau lebih dikenali sebagai Robinho kini hanya dibayar gaji sekitar RM1100 sebulan bersama kelab baharunya, Santos FC.", "Penyerang berusia 36 tahun itu diperkenalkan secara rasmi pada ahad lalu sebagai pemain baharu Santos FC dan menandatangani kontrak selama lima bulan bersama kelab yang beraksi dalam saingan Liga Brazil itu.", "Beliau kembali menyertai kelab remajanya sebagai ejen bebas selepas membantu pasukan berpangkalan di Liga Turki, Istanbul Baseksehir FK memenangi saingan liga pertama musim lepas.", "O ROBINHO ESTÁ DE VOLTA! O eterno Rei das Pedaladas assinou contrato de cinco meses e acertou seu retorno para iniciar a quarta passagem pelo Santos! #TheLastPedal 🚲 pic.twitter.com/h7YZjDc84L", "“(Santos) sentiasa menjadi rumah saya. Matlamat saya adalah untuk membantu (Santos) di dalam dan luar padang, dan menjadikan Santos FC kembali ke kedudukan tertinggi, di mana (kelab) tempat saya tidak patut tinggalkan.”", "“Sangat bagus dapat kembali ke kelab yang membentuk saya dalam karier bola sepak. Inilah tempatnya saya membesar. Saya sentiasa impikan menjadi pemain bola sepak dan Santos FC yang merealisasikannya.” katanya dipetik daripada kenyataan rasmi kelab.", "Em casa. #TheLastPedal 🚲 pic.twitter.com/IkucgJ35vi", "Untuk makluman, nilai sebulan gajinya iaitu R$1500 (RM1117.15) hanya melebihi sedikit nilai gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Brazil pada tahun 2020 iaitu R$1039 (RM773.81).", "Selain bersama Santos FC sejak zaman remajanya sehingga tahun 2005 sebelum berhijrah ke Real Madrid, Robinho pernah kembali menyarung jersi Santos FC sebanyak dua kali sebagai pemain pinjaman.", "Pertamanya pada tahun 2010 ketika dipinjamkan oleh Manchester City, manakala kali keduanya adalah pada tahun 2014 sehingga tahun 2016 dipinjamkan oleh kelab Itali, AC Milan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324103/", "headline": "\nMalaysia Masters: 1 Jam 29 Minit Bertarung, 211 Pukulan Iringi Kemaraan Pearly-Thinaah Ke Suku Akhir\n", "content": ["Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan terlebih dahulu melalui satu pertarungan yang cukup epik dan dramatik sebelum dapat mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Malaysia Masters 2023.", "Gandingan Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa melalui perlawanan yang memakan masa satu jam dan 29 minit sebelum mencatatkan kemenangan ke atas lawannya dari Jepun, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto pada Pusingan 16 sebentar tadi, ianya ", "Selain itu, satu rali panjang yang berjumlah 211 pukulan pada set ketiga turut menghiasi pertarungan antara pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia dengan beregu wanita No.5 negara matahari terbit itu.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUWD – R16 🇲🇾TAN Pearly🏅21 18 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇯🇵Rena MIYAURA17 21 19 🇯🇵Ayako SAKURAMOTO", "— BWFScore (@BWFScore) May 25, 2023", "Disebalik pertarungan yang cukup epik itu, Pearly-Thinaah tetap berhasil menutup perlawanan itu dengan skor 21-17, 18-21 dan 21-19. ", "Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, Pearly-Thinaah akan membuat perhitungan dengan sepasang lagi beregu Jepun menghuni ranking kesembilan dunia iaitu Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota bagi merebut tempat ke peringkat separuh akhir.", "Berdasarkan rekod, Pearly-Thinaah dan Yuki-Sayaka pernah berentap sebanyak lima kali sebelum ini. Daripada lima pertemuan itu, hanya dua dimenangi oleh Pearly-Thinaah dan selebihnya dimenangi oleh bekas beregu wanita No.1 dunia ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321462/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Fajar-Rian Pastikan Tiada Wakil Negara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto memastikan tiada sebarang wakil dari Malaysia dapat mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2023.", "Gandingan Fajar-Rian menghadirkan situasi berkenaan selepas melakar kemenangan ke atas wakil terakhir negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan itu, Fajar-Rian berhasil merekodkan kemenangan menerusi skor 14-21, 21-16 dan 21-17 dalam tempoh masa lebih satu jam permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena.", "Untuk makluman, ini merupakan kemenangan ketujuh dicetak oleh Fajar-Rian daripada sepuluh pertemuan menentang Yew Sin-Ee Yi di sebarang kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Fajar-Rian yang merekodkan kemenangan dapat meneruskan langkah ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini.", "Menanti mereka di peringkat tersebut adalah beregu Korea yang berada di ranking ke-18 dunia, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae.", "Sebagai tambahan, satu lagi wakil negara yang beraksi di peringkat suku akhir pada hari ini, beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei turut sama tidak dapat merakamkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.", "Kegagalan itu berpunca daripada tumpas kepada beregu No.3 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Tearattanachai.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218637/", "headline": "\nThailand Rancang Layak Ke Sukan Olimpik – Hanya Pemain Lahir Selepas Januari 2001 Akan Sertai Saingan B-23 \n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) berhasrat melayakkan skuad bawah 23 tahunnya (B-23) dalam acara bola sepak di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan satu pelan khusus telah dirancang.", "Menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, FAT memaklumkan kesemua pertandingan atau kejohanan bagi kategori umur B-23 sepanjang tahun 2022 hingga 2024 akan disertai oleh pemain-pemain yang lahir selepas 1 Januari 2001 (berusia 21 tahun dan 6 bulan atau lebih muda) sahaja.", "Selain itu, mereka juga menetapkan tidak akan menggunakan atau mengisi kuota pemain lebih umur di dalam skuad ini sepertima yang dibenarkan dalam sesetengah penganjur kejohanan seperti temasya Sukan SEA dan Sukan Asia.", "สมาคมฯ กำหนดแผนการเตรียมทีมชาติไทย U23 ต่อเนื่องถึงคัดบอลโอลิมปิค 2024", "อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/64tGhB3aGH#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #AFCU23AsianCup #AFCU23 #ช้างศึกU23 #ทีมชาติไทยU23 pic.twitter.com/JnfrBxnZJ3", "— Changsuek (@Changsuek_TH) July 26, 2022", "Difahamkan, badan induk dan barisan kejurulatihan sudah mempunyai sekelompok pemain yang akan dipertaruhkan untuk beraksi dengan pasukan ini bagi merealisasikan perancangan mereka untuk ke temasya Sukan Olimpik.", "Namun begitu, FAT tetap akan memantau pemain-pemain lain di luar kelompok tersebut yang menunjukan prestasi memberangsangkan di pelbagai kejohanan terutamanya bersama pasukan kelab masing-masing.", "Ini bagi memastikan FAT tidak menutup sebarang peluang kepada pemain-pemain yang tidak berada dalam senarai awal kelompok daripada menyertai skuad ke Sukan Olimpik asalkan termaktub dalam kriteria umur seperti dinyatakan di atas.", "Untuk makluman semua, antara saingan antarabangsa bagi kategori B-23 bagi sepanjang tahun 2022 hingga 2024 adalah seperti berikut:", "Sebagai tambahan, untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024, mana-mana pasukan dari benua asia perlu menjadi tiga pasukan terbaik di saingan Piala Asia B-23 pada tahun 2024 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322436/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Jin Wei Mara, Kisona Kandas\n", "content": ["Dua perseorangan wanita negara yang menyertai saingan Terbuka Swiss 2023 menerima nasib yang berbeza selepas beraksi di Pusingan 32, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Pemain wanita No.1 tanah air, Goh Jin Wei menempah tiket ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16 apabila berhasil melakukan kejutan ke atas pemain No.20 dunia dari Denmark, Line Højmark Kjærsfeldt.", "Jin Wei berhasil melakar kemenangan ke atas pemain ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 12-21, 21-17 dan 21-13 dalam tempoh 46 minit permainan.", "Menantinya di Pusingan 16 adalah pemain No.11 dunia dari Thailand, Pornpawee Chochuwong merangkap pilihan keenama kejohanan.", "Sementara itu, berbeza pula kisah yang dialami oleh seorang lagi wakil negara, Kisona Selvaduray yang turut beraksi dalam kategori ini.", "Selepas berhasil melepasi saingan peringkat kelayakan, Kisona terpaksa akur kandas di Pusingan 32 apabila tumpas kepada pemain No.22 dunia dari Scotland, Kirsty Gilmour.", "Dalam pertarungan itu, Kisona tewas secara ”straight set” dengan skor 9-21 dan 16-21 dalam tempoh permainan sekitar setengah jam.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218756/", "headline": "\nAPG 2022: Latif Romly Kutip Pingat Emas Lompat Jauh Kali Keempat Berturut-Turut\n", "content": ["Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly berhasil menambah koleksi pingat emasnya pada temasya Sukan Para ASEAN (APG).", "Atlet berusia 25 tahun kelahiran Perlis ini menambah koleksi terbarunya setelah melakukan lompatan terbaiknya sejauh 7.20 meter (m) dalam acara lompat jauh kategori F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan, Indonesia, hari ini.", "Lompatan itu sudah memadai buatnya untuk merangkul pingat emas pada temasya kali ini mengatasi pencabar terdekatnya yang merupakan atlet senegara, Zulkifly Abdullah (6.43m) dan atlet Singapura, Suhairi Suhaini (5.78m).", "Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly hadiahkan pingat emas🥇kategori F20 manakala rakan sepasukan, Zulkifly Abdullah raih pingat perak🥈", "Teruskan melakar kejayaan buat Malaysia 👍🏻#DemiMALAYSIA#APGSolo2022 pic.twitter.com/IrhDRFWnrC", "— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 2, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pingat emas keempat yang dimenangi oleh Latif dalam temasya Sukan Para ASEAN. Sebelum ini, dia meraih kilauan pingat yang sama dalam edisi Naypyidaw 2014, Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.", "Sebagai tambahan, Latif juga merupakan pemenang dua pingat emas Paralimpik serta dua pingat emas Kejuaraan Dunia IPC.", "Selain itu, Latif turut memegang rekod dunia dalam acara ini dengan lompatan sejauh 7.64m yang dilakukannya semasa beraksi di temasya Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325033/", "headline": "\nMotoGP: Pecco Bagnaia, Ducati Teruskan Dominasi\n", "content": ["Pelumba Ducati, Bagnaia berjaya mempertahankan kejuaraannya di Motul TT Assen menjadikan kemenangan kelima dikepacinya musim ini selepas muncul juara di GP Portugal, GP Sepanyol, GP Itali dan GP Belanda. ", "Anak jati Turin itu muncul juara selepas menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 40 minit dan 37.64 saat meninggalkan rakan senegara, Marco Bezzecchi di tempat kedua dan pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro di tempat ketiga.", "Kemenangan itu menghadiahkan Bagnaia mata keseluruhan kejuaraan sebanyak 34 mata termasuk sembilan mata yang dikutip dalam perlumbaan pecut selepas menduduki tempat kedua.", "Ketika ini, Francesco Bagnaia dari Ducati Lenovo Team mendahului kejohanan dengan 194 mata, diikuti pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin (159) dan Bezzecchi (158) yang mewakili Mooney VR46 Racing Team. ", "Lebih menarik, ketiga-tiga pelumba tersebut merupakan penunggang jentera keluaran Ducati sekaligus memberi bayangan bahawa dominasi pengeluar Itali itu bakal berterusan untuk tahun yang keempat. ", "Ducati meneruskan rentak cemerlang musim ini apabila memenangi hampir kesemua perlumbaan MotoGP dan tidak pernah terlepas daripada sebarang kedudukan podium setakat ini. ", "Namun, ini bukanlah kali pertama Ducati dilihat begitu cemerlang kerana sejak 2020 lagi, Ducati merupakan pengeluar utama yang menguasai MotoGP dengan catatan mata tertinggi untuk tiga musim berturut-turut.", "Setakat ini, hanya GP Amerika menjadi satu-satunya kejuaraan yang tidak menampilkan pelumba Ducati selaku juara dengan Alex Rins, wakil Honda yang menjulang trofi di Texas."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321512/", "headline": "\n6 Pemain Malaysia Menyerikan Baki Liga Thailand Musim 2022-23\n", "content": ["Seramai enam pemain Malaysia akan menyerikan baki saingan Liga Thailand musim 2022-23. Sebelum ini, hanya seorang sahaja pemain Malaysia yang beraksi di sana iaitu Liridon Krasniqi bersama Khon Kaen United.", "Bagaimanapun, jendela perpindahan pertengahan musim yang dibuka bermula 19 Disember dan berakhir pada 17 Januari menyaksikan penambahan lima lagi pemain Malaysia menyertai kelab-kelab yang berpangkalan di negara yang turut sinonim dengan gelaran Gajah Putih.", "Berikut adalah senarai enam pemain Malaysia yang beraksi di Liga Thailand tersebut:", "Seperti kita sedia maklum, pemain naturalisasi kebangsaan ini menyertai Khon Kaen United pada Ogos tahun lalu dengan kontrak pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT). Setakat ini, pemain tengah yang terkenal dengan nama panggilan Matdon ini telah merekodkan 8 penampilan dimana empat daripadanya sebagai pemain kesebelasan utama bersama Khon Kaen United dalam kesemua pertandingan.", "Tatkala ramai peminat bola sepak tanah air menyangka pertahanan kacukan Belgium-Malaysia ini akan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), Dion Cools membuat kejutan dengan menyertai Buriram United selepas meninggalkan FK Jablonec. Butiran kontraknya bersama kelab gergasi Thailand tidak didedahkan kepada umum namun difahamkan Cools akan bersama Buriram untuk suatu tempoh yang agak panjang. Cools tampil beraksi bersama Buriram buat pertama kalinya dalam perlawanan persahabatan menentang Kelantan, Ahad lalu.  ", "Penyerang sayap kebangsaan, Safawi Rasid turut sama memilih kelab berpangkalan di Thailand sebagai destinasi seterusnya dalam karier bola sepaknya. Pemain berusia 25 tahun ini menyertai Ratchaburi dengan kontrak pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Pertahanan berdarah campuran Sweden-Malaysia, Junior Eldstal kembali semula ke saingan Liga Thailand dengan menyertai PT Prachuap. Sebelum ini, pertahanan berusia 31 tahun ini pernah beraksi di sana bersama Chonburi FC sekitar tahun 2021 hingga 2022 sebelum menyertai Johor Darul Ta’zim pada jendela perpindahan pertengahan musim 2022. ", "Julukan: Look Nontree The Emerald Nagas", "Seorang lagi pertahanan kacukan yang merupakan berdarah campuran Scotland-Malaysia, Stuart Wark turut memilih Thailand sebagai destinasi seterusnya untuk meneruskan karier bola sepak selepas dua musim bermain bersama Sarawak United FC. Untuk makluman, ini merupakan kali pertama Stuart beraksi dalam kancah bola sepak Thailand.", "Bekas penyerang skuad bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan, Zafuan Azeman pernah menyepi seketika daripada arena bola sepak membuat kejutan dengan menyertai Uthai Thani FC yang beraksi dalam kancah divisyen kedua bola sepak Thailand. Dimaklumkan, Zafuan menandatangani kontrak selama setahun dan setengah bersama skuad berjulukan The Elephants. Bagaimanapun, Thailand bukanlah sesuatu yang asing buat pemain yang berusia 23 tahun ini. Zafuan pernah bermain bersama Angthong FC yang bersaing dalam divisyen ketiga Thailand sekitar 2019 hingga 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114397/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Beregu China Noktahkan Kemaraan Aaron-Wooi Yik Di Pusingan 16\n", "content": ["Perjalanan pasangan beregu lelaki nombor 1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Kejohanan Dunia BWF nampaknya terhenti setakat Pusingan 16 sahaja.", "Walaupun Aaron-Wooi Yik diletakkan sebagai pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini tetapi kemaraan mereka telah dinoktahkan oleh beregu China, Hei Ji Ting dan Tan Qiang yang menghuni ranking ke-24 dunia, semalam.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MD – Round of 16 🇨🇳Ji Ting HE🏅17 21 21 🇨🇳Qiang TAN🏅21 14 16 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH🕗 in 50 minutes https://t.co/meM5IBMt6l", "Ji Ting-Qiang berhasil merakamkan kemenangan ke atas Aaron-Wooi Yik dengan pungutan mata 17-21, 21-14 dan 21-16 dalam tempoh masa 50 minit permainan.", "Sebagai tambahan, di peringkat suku akhir kelak, beregu China ini bakal menentang pasangan beregu bebas (independent) Malaysia, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong yang kini berada di ranking ke-14 dunia.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113417/", "headline": "\nMuncul Juara Kumpulan J, Harimau Muda Kembali Ke Pentas Piala Asia B-23\n", "content": ["Setelah gagal ke saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada edisi lalu, skuad Malaysia B-22 yang dibimbing oleh Brad Maloney layak menyertai saingan tersebut yang akan berlangsung di Uzbekistan pada tahun hadapan.", "Skuad yang mendapat julukan Harimau Muda layak ke pusingan akhir pentas asia ini setelah merekodkan keputusan seri tanpa jaringan menentang Thailand dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan pada hari ini.", "Keputusan seri 0-0 itu sudah memadai untuk meletakkan skuad Harimau Muda selaku juara Kumpulan J yang turut membabitkan pasukan tuan rumah, Mongolia dan Laos.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini membabitkan 16 pasukan secara keseluruhan. Ianya dijadualkan berlangsung pada bulan Jun 2022.", "Sebagai tambahan, pencapaian terbaik skuad Harimau Muda di pentas ini adalah pada edisi 2018. Ketika itu, pasukan yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee mara sehingga ke peringkat suku akhir.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110351/", "headline": "\nTerkini: Argentina Disingkirkan Sebagai Hos Copa America Selepas Colombia\n", "content": ["Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memaklumkan Argentina digantung daripada menjadi hos kejohanan Copa America.", "Keputusan itu dibuat oleh badan induk bola sepak benua terbabit selepas melihat situsasi semasa penularan mendadak pandemik Covid-19 di Argentina, kebelakangan ini.", "Makluman tersebut disampaikan oleh CONMEBOL menerusi satu ciapan daripada akaun rasminya, hari ini.", "La CONMEBOL informa que en atención a las circunstancias presentes ha resuelto suspender la organización de la Copa América en Argentina. La CONMEBOL analiza la oferta de otros países que mostraron interés en albergar el torneo continental.", "Minggu lalu, CONMEBOL telah membuat keputusan untuk menyingkirkan tuan rumah bersama, Colombia selaku negara hos kerana alasan yang sama.", "Dengan penyingkiran kedua-dua negara ini sebagai hos bagi pertandingan Copa America 2021, CONMEBOL dikhabarkan sedang menilai tawaran negara lain yang berminat untuk menganjurkan kejohanan ini.", "Untuk makluman, sepak mula perlawanan pertama dijadualkan berlangsung dalam tempoh sekitar dua minggu sahaja lagi iaitu pada 14 jun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216799/", "headline": "\nKorea Masters: Joo Ven Lepasi Pusingan 32 Singkir Pemain Muda Singapura\n", "content": ["Perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven tiada masalah untuk melangkah ke Pusingan 16 saingan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Kemaraan itu terhasil selepas Joo Ven berjaya menyingkirkan pemain muda dari negara sebarang tambak, Singapura, Jason Teh Jia Heng pada Pusingan 32, yang berlangsung sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Joo Ven mengalahkan pemain berusia 21 tahun tersebut secara ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-18 dalam tempoh masa 46 minit permainan.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMS – Round of 3221 21 🇲🇾Joo Ven SOONG🏅 8 18 🇸🇬Jia Heng Jason TEH", "🕗 in 46 minutes https://t.co/YouasgQwch", "— BWFScore (@BWFScore) April 12, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain ini di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Joo Ven bakal berhadapan dengan pemain pilihan kelima kejohanan yang juga merupakan pemain tuan rumah, Heo Kwang-hee (ranking ke-30) di peringkat Pusingan 16.", "Untuk pengetahuan semua, Joo Ven dan Kwang-hee merupakan pemain yang sebaya dengan usia 26 tahun masing-masing. Berdasarkan rekod, kedua-duanya pernah bertemu sebanyak sekali di pentas Terbuka Hyderabad 2018 dan ianya dimenangi oleh Joo Ven.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208234/", "headline": "\nKuala Lumpur Nafi Pancing Junior Eldstal, Mungkin Pasukan Lain\n", "content": ["Skuad ibu kota, Kuala Lumpur menafikan memancing khidmat pemain kacukan Sweden-Malaysia, Junior Eldstal untuk menguatkan pasukan mereka, musim hadapan.", "Penafian itu dibuat sendiri oleh pengurus pasukan, Hamidi Abu Bakar menerusi satu laporan oleh akhbar tempatan, Harian Metro.", "Beliau akui Kuala Lumpur yang akan menyertai saingan Liga Super 2021 sedang mendapatkan beberapa pemain baharu. ", "Namun perkhabaran yang mengaitkan Eldstal akan menyertai pasukannya itu hanyalah bersifat sebagai khabar angin sahaja.", "“Saya ada juga mendengar khabar angin yang mengaitkan pemain terbabit akan bersama Kuala Lumpur namun setakat ini dia tiada dalam perancangan kami.", "“Sekarang ini, kami akan mengambil beberapa pemain baharu namun lebih bergantung kepada bajet yang akan dibentangkan nanti,” katanya.", "Untuk makluman, pada awal november lalu, Eldstal diumumkan berpisah bersama kelabnya, Metropolitan Police FC ekoran telah mendapat kontrak profesional bersama pasukan dalam saingan Liga Malaysia.", "Bagaimanapun, pasukan yang akan disertai oleh pemain yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dari tahun 2015 hingga 2018 ini kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini.", "Featured Image: Instagram Junior Eldstal"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208380/", "headline": "\nJoan Mir Muncul Juara Dunia MotoGP 2020, Apa Reaksi Marquez?\n", "content": ["Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP 2020 setelah menamatkan perlumbaan GP Valencia di kedudukan ketujuh pada ahad lalu.", "Kedudukan tersebut sudah memadai untuk Mir memastikan dirinya gah di puncak tanpa dapat dicabar oleh mana-mana pelumba lain dengan kutipan 171 mata walaupun berbaki satu lagi siri perlumbaan.", "2020 @MotoGP WORLD CHAMPION!!! #M1R ¡¡¡CAMPEÓN DEL MUNDO DE #MOTOGP 2020!!!#ValenciaGP @suzukimotogp pic.twitter.com/TzJMay52rn", "Baca: Pelumba Suzuki, Joan Mir Raih Kejuaraan Dunia MotoGP 2020", "Bertambah menarik, Mir merangkul kejuaraan tersebut dengan hanya memenangi satu perlumbaan sahaja iaitu di siri perlumbaan GP Eropah setakat 13 perlumbaan yang berlangsung musim ini.", "Mengulas mengenai kemenangan oleh pelumba Suzuki Ecstar tersebut, Alex Marquez berkata konsistensi menjadi kunci utama kejayaan Mir disamping prestasi terumbang-ambing pelumba-pelumba lain.", "“Memang, dia konsisten,” kata Alex seperti dipetik daripada laman sesawang Motorsports.", "“(Jika) sesiapa yang lain mempunyai konsistensi sepertinya, mungkin ia saingan kejuaraan yang berbeza.”", "“(Kebiasaannya) kami mempunyai kejuaraan daripada awal musim lagi kamu akan melihat dengan jelas siapa yang akan menjadi juara tetapi musim ini sangat, sangat pelik.”", "Let's go! 🔥🚥#MonsterYamaha | #MotoGP | #ValenciaGP pic.twitter.com/0Clj47lJTe", "“Terlalu banyak (prestasi) naik dan turun, terutamanya daripada pelumba Yamaha. Dan (Andrea) Dovizioso juga tidak begitu konsisten.”", "“Tetapi dia (Mir) di situ, dia sangat bijak, dia sangat pintar, dan dia melakukan tugas dengan baik untuk meraih kejuaraan buat Suzuki.” ", "“Dia sangat pintar dan lebih matang daripada semua orang.” ujarnya lagi yang merupakan adik kepada juara dunia MotoGP sebanyak enam kali, Marc Marquez.", "This season I will not compete again. After evaluating how the arm is doing with the Doctors and my team, we have decided that the best option is to return next year. It's time to continue with the recovery. Thanks for the messages of support. Looking forward to returning in 2021 pic.twitter.com/WlQI3BntTN", "Baca: Baki Dua Perlumbaan Ini Saya Tak Sertai, Nantikan Tahun Depan!", "Kejayaan Mir yang merangkul kejuaraan dunia pada musim keduanya beraksi dalam saingan MotoGP turut memberikan motivasi tinggi kepada Alex.", "Pada masa yang sama, Alex turut menyatakan saingan MotoGP 2021 kelak akan bertambah sukar apabila abangnya bakal kembali berlumba setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan musim ini.", "Featured Image: Joan Mir Twitter"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216477/", "headline": "\nMane & Rakan-Rakan Buat Salah Tak Main Piala Dunia 2022\n", "content": ["Skuad kebangsaan Senegal yang dibarisi oleh Sadio Mane dan beberapa pemain yang beraksi bersama kelab eropah telah membuatkan Mohamed Salah dan Mesir tidak akan bermain di pentas Piala Dunia 2022.", "Ini selepas Senegal berhasil merekodkan kemenangan ke atas Mesir dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia bagi peringkat Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), pada awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Sebelum beraksi pada perlawanan timbal balik di Stade Me Abdoulaye Wade di Dakar, Senegal pada pagi tadi, Mesir turun dengan kelebihan aggregat 1-0 hasil daripada kemenangan yang diraih di halaman sendiri pada 26 Mac lalu.", "Bagaimanapun, perlawanan pada hari ini, Senegal berhasil menjadikan agregat tersebut 1-1 seawal minit ke-4 berpunca daripada jaringan sendiri pemain Mesir, Hamdi Fathi. Skor 1-1 tersebut berlanjutan sehingga masa tambahan dan memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.", "Semasa penentuan sepakan tersebut, Salah merangkap kapten Mesir antara yang gagal menyempurnakan sepakan penalti bersama-sama Ahmed Sayed (Zizo) dan Mostafa Mohamed. Hanya percubaan ketiga oleh Amr El Solia sahaja yang berhasil masuk ke dalam gawang. ", "🇸🇳✨ The African champions are going to Qatar!#WCQ | #WorldCup | @FootballSenegal pic.twitter.com/xFsNz7gqN1", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 29, 2022", "Dua pemain Senegal yang mengambil giliran pada dua percubaan awal turut sama gagal menyempurnakan sepakan penalti. Namun, bermula pemain ketiga, Ismaila Sarr, Senegal berhasil mendapatkan rentak menjaringkannya sebelum pemain terakhir, Mane melengkapkannya sekaligus berhasil memenangi perlawanan skor 3-1.", "Kemenangan itu membolehkan Senegal yang juga merupakan juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2021 menempah tiket ke Qatar dan tampil buat kali ketiga dalam sejarah di pentas Piala Dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324423/", "headline": "\nRanking BWF: Pearly-Thinaah Jatuh Ke Tangga Ke-12 Dunia\n", "content": ["Kedudukan pasangan badminton wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dalam kedudukan Ranking Dunia BWF terus mencatatkan kejatuhan.", "Kemaskini terbaru oleh badan induk berkenaan pada hari ini menyaksikan Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu sekaligus menghuni tangga ke-12 dunia, pada minggu ini.", "Untuk makluman, kejatuhan mereka itu disebabkan oleh gandingan adik beradik dari Thailand, Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard yang muncul naib juara Terbuka Thailand pada Ahad lalu. ", "Kejayaan itu sekaligus gandingan berusia 20 dan 24 tahun masing-masing itu mengumpul 67,955 mata secara keseluruhan mengatasi 66,301 mata kepunyaan Pearly-Thinaah yang tidak beraksi dalam kejohanan terbabit sepanjang minggu lalu.", "Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya sejak awal Mei 2022 Pearly-Thinaah yang menjuarai Terbuka Perancis 2022 terkeluar daripada kelompok 11 pasangan wanita terbaik dunia. ", "Sementara itu, kemaskini pada hari ini turut menyaksikan gandingan beregu wanita bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien turut jatuh satu anak tangga dan menghuni ranking ke-21 dunia.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325533/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Beregu No.23 Dunia Hampir Singkir Pearly-Thinaah\n", "content": ["Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan hampir-hampir sahaja ditunjukkan jalan keluar seawal Pusingan 32 ketika turun menentang pasangan yang menghuni ranking ke-23 dunia, Liu Sheng Shu dan Tan Ning di Terbuka Jepun 2023, hari ini. ", "Pada awalnya, Pearly-Thinaah yang berada di ranking kesebelas dunia memulakan pertarungan itu dengan baik apabila mencatatkan kemenangan pada set pertama dengan skor 21-11.", "Bagaimanapun, Liu-Tan dari China berhasil bangkit untuk memenangi perlawanan pada set kedua dengan skor 21-9 sekaligus mengheret Pearly-Thinaah ke set penentuan. ", "Ketika beraksi di set ketiga merangkap set penentuan, ada satu ketikanya, Pearly-Thinaah telah ketinggalan 9-15. Namun begitu, Pearly-Thinaah yang menampilkan semangat juang yang tinggi membolehkan mereka mengejar sehingga berjaya menamatkan set tersebut dengan skor 21-19.", "DAIHATSU Japan Open 2023WD – R32 🇲🇾TAN Pearly🏅21 9 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇨🇳LIU Sheng Shu11 21 19 🇨🇳TAN Ning", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Ianya sekaligus menoktahkan pertarungan menentang Liu-Tan setelah 59 minit di atas gelanggang dengan pungutan mata 21-11, 9-21 dan 21-19 dan membawa Pearly-Thinaah ke peringkat Pusingan 16 bagi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 ini. ", "Untuk makluman, ini merupakan kali kedua berturut-turut Pearly-Thinaah melakar kemenangan ke atas Liu-Tan di pentas antarabangsa selepas menundukkan mereka dalam pertemuan julung kalinya di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 menerusi skor 21-17, 12-21 dan 21-19 dalam tempoh masa satu jam dan 16 minit permainan.", "Sementara itu, Pearly-Thinaah yang mara ke Pusingan 16 akan menantikan cabaran samada daripada beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan atau beregu Kanada yang berada di ranking ke-30, Catherine Choi dan Josephine Wu.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321751/", "headline": "\nRanking BWF: Perseorangan Remaja, Justin Semakin Menghampiri Kelompok 100 Terbaik Dunia\n", "content": ["Perseorangan remaja negara, Justin Hoh yang menamatkan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr Ke-31 selaku naib juara pada Ahad lalu semakin menghampiri kelompok 100 pemain lelaki terbaik dunia.", "Biarpun terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara sulung pada tahun ini, status naib juara itu telah mencetuskan lonjakan sebanyak 27 anak tangga dalam kemaskini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini.", "Hasilnya, pemain berusia 18 tahun terbabit menghuni ranking ke-113 dunia bagi minggu keenam pada tahun ini.", "Sementara itu, beberapa lagi perseorangan lelaki negara yang turut menyertai saingan itu turut merekodkan peningkatan dalam kedudukan ranking pada minggu ini.", "Antaranya, Ong Ken Yon dan Lee Shun Yang merakamkan peningkatan sebanyak 26 dan 18 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-128 dan ke-130 dunia masing-masing.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113606/", "headline": "\nKBS Lancar MySukan TV – Platform Siaran Langsung Kejohanan MSSM & Liga Universiti\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil inisiatif melancarkan sebuah platform media yang bernama MySukan TV bagi menyokong sukan-sukan yang kurang popular serta kejohanan di peringkat akar umbi di seluruh Malaysia, pada hari ini.", "Di Malaysia, tumpuan orang ramai dan pihak media seringkali diberikan kepada acara, kejohanan dan sukan yang popular sahaja. Hal ini menyebabkan sukan-sukan lain serta kejohanan di peringkat rendah tidak mendapat tumpuan sekaligus mengurangkan publisiti dan populariti mereka.", "Keadaan ini mengecilkan peluang mereka untuk menjana pendapatan menerusi pengiklanan mahupun tajaan yang boleh membantu mereka untuk terus terlibat di dalam sukan-sukan tersebut atau menganjurkan kejohanan tersebut.", "Oleh demikian, KBS mengambil inisiatif dengan memberikan mandat kepada Impact Integrated untuk mewujudkan sebuah jenama media, MySukan TV yang boleh berperanan menyokong sukan akar umbi untuk mencapai kelestarian.", "“MySukan TV adalah jenama media yang berfungsi untuk menyokong landskap sukan akar umbi di Malaysia menerusi aktiviti promosi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya dan siaran langsung perlawanan sukan untuk menarik minat pelaburan atau tajaan daripada syarikat swasta.", "“Fokus utama MySukan TV adalah untuk bekerjasama dengan penggiat sukan akar umbi bagi menarik minat pelabur swasta sekaligus menjana pendapatan melalui penyiaran acara dan perlawanan secara langsung menerusi platform MySukan TV.” ucap Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dalam majlis pelancaran secara virtual tadi.", "Antara sukan yang kurang popular yang akan diberikan penumpuan adalah seperti bola jaring, boling padang, BMX, papan selaju, perlumbaan dron, angkat berat, memanah dan sebagainya.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated, Ahmed Faris Amir turut memberikan contoh antara acara yang akan disiarkan secara langsung di laman web dan platform media sosial MySukan TV adalah kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Liga Bola Sepak Universiti.", "Selain daripada menjadi platform untuk menyiarkan acara dan kejohanan secara langsung, MySukan TV juga akan menyampaikan informasi dan berita semasa kejohanan di peringkat akar umbi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216452/", "headline": "\nRanking BWF: Naib Juara Terbuka Swiss Mendekati Kelompok ‘Top 15’ Dunia\n", "content": ["Beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang menjadi naib juara Terbuka Swiss pada minggu lalu semakin mendekati kelompok 15 pasangan terbaik dunia.", "Kedudukan naib juara itu diraih selepas mereka terpaksa akur tumpas kepada beregu Indonesia, Fajar Alfian dan Rian Ardianto pada perlawanan akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF, Ahad lalu.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, Sze Fei-Izzuddin berhasil mendaki dua anak tangga sekaligus menempatkan diri mereka di ranking ke-16 dunia untuk minggu ke-13 ini.", "Untuk makluman semua, kedudukan ini merupakan yang tertinggi pernah diraih oleh pemain yang berusia 24 tahun masing-masing ini sejak bergandingan bersama sekitar lima tahun yang lalu.", "Sementara itu, beberapa beregu lelaki negara yang lain dilihat kekal kedudukan ranking masing-masing. Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di tangga ke-8, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di tangga ke-11 dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun di tangga ke-44.", "Manakala Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Low Juan Shen dilihat menurun satu anak tangga menjadikan mereka menduduki ranking ke-90 dan ke-129 masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114131/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Jaringan Safawi, Akhyar & Kogi Pastikan Malaysia Bermula Langkah Kanan\n", "content": ["Skuad kebangsaan bimbingan Tan Cheng Hoe memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2020 peringkat Kumpulan B dengan langkah kanan.", "Permulaan positif itu diraih oleh skuad Harimau Malaysia setelah merekodkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Kemboja dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bishan, petang tadi.", "Jaringan pembukaan oleh Malaysia disumbangkan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Safawi Rasid pada minit ke-23 seterusnya menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0.", "👏 Akhyar Rashid, take a bow!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/Eoh8mKjGcn", "Separuh masa kedua, Malaysia berhasil menambah lagi dua gol. Salah satu daripadanya dijaringkan menerusi gerakan solo oleh Akhyar Rashid pada minit ke-61.", "Manakala satu lagi jaringan disumbangkan oleh pemain gantian, Kogileswaran Raj hasil umpanan cantik oleh Luqman Hakim pada minit ke-78.", "🦸‍♂️ 🦸‍♂️ Super Subs at work!Luqman ➡️ Kogi Raj 💥#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #CAMvMAS pic.twitter.com/wmowHT3BI6", "Bagaimanapun, hasrat untuk melihat skuad kebangsaan menamatkan perlawanan ini tanpa sebarang bolos tidak kesampaian apabila Kemboja berhasil meraih satu gol saguhati menerusi sepakan penalti pada penghujung permainan.", "Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu Laos pada Khamis, 9 Disember dengan sepak mula pada jam 5.30 petang.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111886/", "headline": "\nNafuzi: Naib Juara Liga Super Tidak Direbut oleh Terengganu & Kedah Sahaja\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui kehangatan semakin dirasai dalam misi perebutan tempat kedua Liga Super tatkala Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk mengesahkan kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.", "JDT dilihat akan menoktahkan kejuaraan Liga Super 2021 sekiranya berjaya melakar kemenangan ke atas Sri Pahang FC pada aksi malam ini di Stadium Sultan Ibrahim.", "Terengganu yang kini di tangga kedua hanya dibezakan dua mata sahaja dengan Kedah Darul Aman FC yang kini di kedudukan ketiga sekali gus bakal menjadi persaingan yang cukup sengit untuk perebutan slot ke Piala AFC tahun hadapan.", "Namun, bagi Nafuzi, peluang untuk bergelar naib juara Liga Super bukan sahaja perlu tertumpu kepada dua pasukan ini malah, skuad lain seperti Selangor FC dan Penang FC juga tidak boleh dipandang mudah untuk mereka turut sama mengejar kedudukan liga dalam baki perlawanan yang ada.", "“Bagi saya, perebutan untuk tempat kedua liga bukan hanya membabitkan Terengganu dan Kedah, tetapi Selangor, Penang dan Kuala Lumpur juga perlu diberi perhatian.", "“Kalau pasukan saya buat sebarang kesilapan, bila-bila masa sahaja pasukan lawan boleh mengatasi Terengganu dan sebab itu saya katakan kepada pemain untuk anggap setiap perlawanan selepas ini ibarat aksi final yang perlu kita menang.", "“Menentang Kuala Lumpur pada hari Ahad ini, tidak banyak perubahan yang dilakukan dan saya positif dengan semua pemain yang ada walaupun kita terpaksa terima kehilangan kapten, Carli de Murga”, jelasnya.", "Ketika ini, Terengganu berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 37 mata sambil dikejar oleh Kedah Darul Aman dengan 35 mata.", "Bagaimanapun, Kedah Darul Aman yang dibimbing oleh Aidil Sharin Sahak mempunyai kelebihan dua perlawanan di mana mereka baru sahaja beraksi dalam 17 perlawanan berbanding Terengganu yang telah mengharungi 19 perlawanan sehingga saat ini.", "Untuk rekod, saingan Liga Super 2020 yang lalu menyaksikan Terengganu menamatkan saingan di tempat ketiga manakala Kedah muncul selaku naib juara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323970/", "headline": "\nMan City Julang Trofi EPL Buat Kali Ketiga Berturut-Turut\n", "content": ["Trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) nampaknya tidak bertukar tangan pada musim ini dan kekal menjadi milik penyandang, Manchester City (Man City) sekaligus menjadikan kelab berjulukan The Cityzen ini telah merangkulnya buat kali ketiga berturut-turut.", "Biarpun saingan EPL masih lagi berbaki tiga perlawanan buat Man City, namun, skuad kendalian Pep Guardiola ini mengesahkan kejuaraan tersebut apabila pencabar terdekatnya iaitu Arsenal tumpas kepada Nottingham Forest pada perlawanan kedua terakhirnya, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Thank you for an incredible title race, @ManCity and @Arsenal 👏 pic.twitter.com/wIkOyGKr7A", "— Premier League (@premierleague) May 20, 2023", "Situasi itu menjadikan Arsenal yang kini mengumpul 81 mata daripada 37 perlawanan sudah tidak dapat memintas lagi pungutan 85 mata milik Man City biarpun skuad The Cityzen itu tumpas dalam tiga perlawanan terakhir mereka.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali ketujuh Man City menjuarai saingan EPL dalam sejarahnya selepas merangkul julung kalinya pada musim 2011-12.", "Selain itu, Man City muncul kelab kedua yang menjuarai saingan EPL secara tiga kali berturut-turut selepas kelab tetangganya, Manchester United (Man Utd) melakukannya pada tahun 1998-2001 dan 2006-2009."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114292/", "headline": "\nTerengganu Sedia Anjur Liga Bola Sepak Pantai & Wujudkan Liga Semi Pro Pada 2022\n", "content": ["Badan induk bola sepak negeri Terengganu iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersedia untuk menganjurkan Liga Bola Sepak Pantai.", "Perkembangan menarik tersebut dilaporkan oleh laman portal trdi.my dengan dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Presiden PBSNT, Marzuki Sulong selepas daripada Kongres Tahunan PBSNT 2021, dua hari lalu.", "Sementara itu, Marzuki yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) turut memaklumkan PBSNT telah memutuskan di dalam mesyuarat untuk mengadakan sebuah liga bola sepak yang dinamakan sebagai Liga Semi Pro Terengganu pada tahun 2022.", "Difahamkan, kejohanan yang berkonsepkan ‘round-robin’ ini dijangka akan bermula pada Mac hadapan dengan disertai oleh 10 buah pasukan daripada setiap Persatuan Bola Sepak Daerah merangkap ahli gabungan PBSNT serta dua pasukan jemputan.", "Selain itu, Marzuki turut menyatakan akan berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya juara bagi Liga Semi Pro Terengganu ini mendapat promosi ke saingan divisyen 3 negara iaitu Liga M3.", "Featured Image: Facebook Wan Hassan Wan Ramli (Official)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221030/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: ‘The Daddies’ Kekang Yew Sin-Ee Yi Ke Pentas Final\n", "content": ["Hasrat beregu lelaki No.1 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi untuk melangkah ke pentas akhir Jelajah Dunia Akhir BWF buat kali pertama dalam kariernya tidak kesampaian.", "Juara dunia sebanyak tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan menjadi kekangan daripada cita-cita tersebut direalisasikan.", "Ini berpunca daripada Yew Sin-Ee Yi tumpas kepada pasangan yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ itu pada peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022MD – Semi final 🇮🇩Mohammad AHSAN🏅17 21 21 🇮🇩Hendra SETIAWAN🏅21 13 19 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO", "🕗 in 54 minutes https://t.co/aZmk4sPFaC", "— BWFScore (@BWFScore) December 10, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi tumpas menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 17-21, 21-13 dan 21-19 dalam tempoh masa hampir satu jam permainan di atas gelanggang.", "Selain gagal meneruskan kemaraan, kekalahan ini menjadikan Yew Sin-Ee Yi tumpas sebanyak empat kali daripada lima pertemuan menentang Ahsan-Hendra di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, Ahsan-Hendra yang mara ke pentas akhir akan berhadapan samada beregu senegaranya, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219137/", "headline": "\nLion City Sailors Lancar Kejohanan Remaja Dengan Tajaan Hampir RM1 Juta Oleh PUMA\n", "content": ["Selepas membuka pusat latihan baharu serba moden pada penghujung Julai lalu, Lion City Sailors yang berpangkalan di Singapura melancarkan sebuah kejohanan remaja untuk pelbagai peringkat umur, pada hari ini.", "Menerusi maklumannya, kejohanan ini mendapat tajaan berjumlah hampir RM1 juta daripada syarikat jenama sukan global, PUMA dengan kontrak selama dua tahun.", "Tajaan ini membolehkan PUMA meraih hak selaku penaja jenama (title sponsor) sekaligus menjadi kejohanan ini bergelar PUMA Youth Champions League (YCL).", "Kejohanan ini akan membuka tirai dan berlangsung buat julung kalinya bermula September 2022 hingga Mei 2023 yang akan menampilkan enam kategori umur bermula bawah 10 tahun (B-10) hingga bawah 16 tahun (B-16).", "Setiap kategori umur akan ditandingi oleh enam buah pasukan dan ini menjadikan kejohanan YCL mempunyai 360 perlawanan secara keseluruhan. ", "Difahamkan, kelab berjulukan The Sailors ini diberikan pemahaman struktur Akademi Feyenoord dan sistem bola sepak remaja Belanda. Ini hasil daripada Lion City Sailors menjalinkan kerjasama dengan Feyenoord selama tiga tahun pada Februari lalu.", "Maklumat yang didapati daripada struktur dan sistem ini digabungkan bersama-sama kaedah terbaik oleh akademi-akademi terbaik eropah untuk menjalankan akademi swasta mereka yang tersendiri – mendekati model atau sistem bola sepak remaja Belanda.", "Sudah pasti lokasi untuk menganjurkan kejohanan tidak menjadi masalah buat mereka memandangkan pusat latihan baharu yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai lima padang bola sepak dan pelbagai fasiliti yang lain lagi.", "Selain itu, pihaknya turut mendedahkan kejohanan ini akan mendapat pendedahan media yang konsisten dimana kejohanan ini akan mempunyai platform media sosialnya yang tersendiri.", "Ini termasuk dengan menayangkan sorotan perlawanan bagi kesemua 360 perlawanan setiap minggu mengikut kategori umur, pasukan terbaik dan termasuk temu bual bersama para pemain.", "Kejohanan ini bukan sahaja akan memanfaatkan skuad The Sailors untuk menyediakan pemain di masa hadapannya bahkan menguntungkan bola sepak Singapura secara keseluruhannya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321701/", "headline": "\nThailand Masters: Juara Edisi 2020 Kekang Tze Yong Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 tanah air, Ng Tze Yong masih tidak dapat melakar kemaraan ke sulung ke peringkat separuh akhir dalam siri kejohanan Jelajah Dunia BWF pada tahun ini.", "Kemaraan tersebut gagal dijelmakan Tze Yong ketika beraksi pada peringkat suku akhir di kejohanan Princess Sirivannavari Thailand Masters, hari ini. ", "Ianya berikutan juara kejohanan terbabit edisi 2020 dari Hong Kong, Ng Ka Long Angus berhasil merekodkan kemenangan ke atas Tze Yong sekaligus menyaksikan pemain berusia 22 tahun tersebut terkandas di peringkat suku akhir.", "PRINCESS SIRIVANNAVARI Thailand Masters 2023MS – QF21 22 🇭🇰NG Ka Long Angus🥇", "14 20 🇲🇾NG Tze Yong", "— BWFScore (@BWFScore) February 3, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Tze Yong yang berada di ranking ke-29 dunia tumpas secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 22-20 dalam tempoh 43 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Tze Yong dan Ng Ka Long Angus di kejohanan antarabangsa. ", "Kemenangan yang dilakar oleh pemain yang berada di ranking ke-18 dunia tersebut pada hari ini membolehkannya mengimbangi rekod pertembungan antaranya dengan Tze Yong.", "Sebagai rekod, pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain ini pada tahun lalu di Terbuka Singapura berpihak kepada Tze Yong dengan keputusan 21-16 dan 21-17.", "Sebagai tambahan, pencapaian Tze Yong dalam tiga kejohanan Jelajah Dunia BWF yang disertainya sejak Januari lalu adalah Pusingan 16 (Terbuka Malaysia), Pusingan 32 (Terbuka India) dan Pusingan 16 (Indonesia Masters).", "Sementara itu, Ng Ka Long Angus yang meraih kemenangan meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 ini. ", "Menantinya di peringkat terbabit samada pemain China, Li Shi Feng (ranking ke-16) atau pemain India, B. Sai Praneeth (ranking ke-39).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207979/", "headline": "\nIrfan Bakti Ramal JDT, Kedah Ulangi Pertemuan Final Piala Malaysia\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti meramalkan perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini akan menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah sekali lagi sepertimana musim lepas.", "Irfan melihat JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora bakal berhadapan laluan mudah apabila diundi bertemu Kuching FA (pusingan 16) dan Kuala Lumpur (menanti di suku akhir) yang mendapat ‘bye’ pada pusingan 16.", "Manakala cabaran pada peringkat separuh akhir juga tidak begitu sukar di mana mereka bakal bertemu salah sebuah pasukan samada Pulau Pinang, Kelantan, Felda United atau UiTM FC. ", "“JDT pasti tidak berdepan masalah mengatasi Kuching FA dan Kuala Lumpur, malah tiket final bagaikan sudah berada dalam tangan kerana tiada pasukan dapat menyaingi juara Liga Super itu.” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Sementara itu, Kedah pula menjadi pilihannya untuk mara ke saingan akhir musim ini atas konsistensinya dan pencapaian sebagai naib juara Liga Super 2020.", "Skuad Lang Merah akan menentang Pahang pada pusingan ke-16 dan sekiranya berjaya mara ke saingan suku akhir mereka akan menentang samada Selangor atau Melaka United.", "“Bagi Kedah, saya lihat laluan agak berliku tetapi mereka masih mampu melepasi cabaran pusingan pertama dan suku akhir,” tambahnya lagi.", "Irfan turut merasakan Kedah lebih berpeluang untuk mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu FC jika mereka bertemu pada aksi separuh akhir. Namun segala kemungkinan boleh berlaku memandangkan saingan musim ini berdasarkan format kalah mati."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322936/", "headline": "\nFrank Bernhardt Nafi Fasiliti Kelantan FC Teruk\n", "content": ["Pengendali baharu Kelantan FC, Frank Bernhardt menolak desas-desus yang bermain dalam kalangan penyokong The Red Warriors berkenaan pengurusan fasiliti yang kurang baik untuk digunakan pasukan. ", "Pengendali berusia 54 tahun itu menjelaskan bahawa keadaan fasiliti kelab berada dalam keadaan memuaskan dan mereka dapat memanfaatkan fasiliti yang disediakan menjelang perlawanan menentang Selangor FC, semalam. ", "“Saya perlu katakan bahawa fasiliti kami dalam keadaan baik-baik saja, tidak menjadi masalah sebenarnya. Kami boleh mempersiapkan pasukan untuk perlawanan ini (dengan fasiliti sedia ada).”", "“Sebagai jurulatih, saya selalunya banyak mengadakan perbincangan bersama pasukan dan sesi tontonan video, semuanya ada disini tetapi mungkin jurulatih lain tidak mahu atau tidak menggunakannya,” jelas Frank dalam sidang media selepas perlawanan menentang Selangor FC. ", "A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)", "Bekas pengendali skuad Harimau Muda itu turut mengakui terkejut terhadap pengumuman status bekas jurulatih, Choi Moon-sik serta menegaskan kehadirannya di Kelantan pada awalnya hanya sebagai pengarah teknikal kelab.", "“Tidak, saya tidak menjangkakan situasi ini. Saya hadir selaku pengarah teknikal kelab dan saya sudah perhatikan beberapa perkara yang perlu diubah sepanjang dua minggu pertama saya di sini tetapi berkenaan jurulatih, saya tak jangkakannya.” jelas Frank lagi. ", "Frank yang dilantik selaku Pengarah Teknikal The Red Warriors pada Mac telah dijadikan ketua jurulatih baharu pasukan secara rasmi pada Ahad bagi perlawanan menentang Selangor. ", "Bagaimanapun, perjalanannya bersama Kelantan bermula dengan langkah kiri apabila tumpas di tangan The Red Giants dengan keputusan 3 gol tanpa balas menerusi Ayron del Valle dan jaringan berganda Raul Salifu.  ", "A post shared by TRW KELANTAN FC (@trwkelantanfc)", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216439/", "headline": "\nMalaysia Menangi Bidaan Untuk Hos Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2023\n", "content": ["Satu perkhabaran baik dibawa oleh Naib Presiden Persekutuan Persatuan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill dengan memaklumkan Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Berbasikal Asia (ATC) 2023.", "Perkhabaran itu dimaklumkan menerusi satu perkongsian di laman sosialnya, semalam, selepas daripada Malaysia memenangi bidaan untuk menganjurkannya di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) yang berlangsung di Dushanbe, Tajikistan. ", "Amarjit turut memaklumkan, kejohanan yang bakal dilangsungkan di Velodrom Nasional, Nilai ini akan menawarkan mata penting untuk kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "Ini pastinya membantu Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus dan pelumba-pelumba tempatan lain bukan sahaja untuk merebut kejuaraan bahkan mengutip mata ke temasya yang dianjurkan setiap empat tahun sekali itu dengan sokongan peminat tanah air. ", "Bagaimanapun, belum ada sebarang tarikh khusus diumumkan untuk kejohanan ini.", "Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menjadi hos untuk kejohanan peringkat benua asia ini adalah pada tahun 2018. ", "Ketika itu, Azizulhasni atau dikenali sebagai ‘The Pocket Rocketman’ berhasil membawa pulang pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan keirin masing-masing.", "Manakala pelumba wanita, Fatehah Mustapa membawa pulang pingat gangsa dalam acara ujian masa 500 meter (m).", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/20206611/", "headline": "\n“Latih Diri Hujung Minggu Sebagai Final Day” – Misbun Sidek\n", "content": ["Bakat, kelebihan fizikal, kemahiran teknikal dan pendedahan pengalaman antara aset buat atlet-atlet untuk berjaya dalam mana-mana bidang sukan yang diceburi.", "Bagaimanapun ada satu perkara lagi yang turut memainkan peranan yang signifikan dan mampu meletakkan seseorang atlet itu menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik iaitu mentaliti.", "Perkara itu turut ditekankan oleh Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan, Datuk Misbun Sidek semasa melatih para pemain badminton skuad remaja negara.", "“Hari ni cramp. Macam mana boleh cramp? Semalam saya sudah bagi satu hari rehat, so kalau cramp harini, something wrong,”", "“Maybe semalam you pergi shopping (dari) pagi pukul 8 sampai malam pukul 8, pukul 9 baru balik. Baru harini jadi macam ni.” tegur Misbun kepada salah seorang pemain remaja dalam satu rakaman oleh Astro Arena.", "#NadiWeekend\"You all beruntung, you di dalam national team. Kat luar tu, bertungkus lumus nak masuk sini. Sekarang you sudah ada sini. So then you tepuk dada, sebenarnya you nak apa? You hanya nak jadi national player atau you mau jadi yang terbaik daripada semua yang ada\" pic.twitter.com/FCIqB1OdwY", "Beliau yang juga bekas pemain perseorangan lelaki negara mahu pemain-pemain mengelakkan diri daripada menggunakan waktu rehat di hujung minggu untuk sekadar melepak atau berjalan-jalan.", "“Train yourself bahawa hari minggu sebagai final day. Tournament apa pun hari minggu adalah final. You must work yourself, itu you punya kerja.” ", "“Kita punya kerja untuk menyusun you punya training, then semasa final you main sendiri. Kita guide you daripada belakang.” ", "“You all beruntung kerana you berada di dalam national team, kat luar tu bertungkus lumus nak masuk, sekarang you sudah berada di sini,” ", "“So then you tepuk dada, sebenarnya you mahu apa? You mahu hanya jadi national player atau you mahu jadi terbaik daripada semua yang ada.” tambahnya lagi.", "Sebelum ini beliau merupakan jurulatih perseorangan lelaki negara dari tahun 2003 hingga 2010. Dan Misbun merupakan individu yang melatih bekas jaguh badminton negara, Dato’ Lee Chong Wei.", "April lalu, Misbun dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Tugasnya adalah untuk membentuk program bagi pembangunan pemain remaja negara."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215966/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Juara Dunia, Loh Kean Yew Kecundang Di Pusingan 32\n", "content": ["Satu kejutan tercipta di saingan Terbuka Jerman apabila juara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew kecundang di Pusingan 32, awal pagi tadi.", "Pemain Singapura yang berusia 24 tahun itu tumpas kepada pemain Kanada yang menghuni ranking ke-33 dunia iaitu Brian Yang.", "YONEX GAINWARD German Open 2022MS – Round of 3212 21 21 🇨🇦Brian YANG🏅21 16 18 🇸🇬Kean Yew LOH🕗 in 58 minutes https://t.co/639fjVaPpo", "Dalam perlawanan tersebut, Kean Yew terlebih dahulu memenangi set pertama dengan keputusan 21-12. Bagaimanapun, pemain kelahiran Pulau Pinang ini tumpas pada dua set berikutnya dengan keputusan 16-21 dan 18-21.", "Pertembungan antara Kean Yew dan Brian Yang itu berlangsung dalam tempoh masa menghampiri satu jam.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan pertama yang diraih oleh Brian Yang ke atas Kean Yew. Dalam dua pertemuan sebelum ini, kedua-duanya dimenangi oleh Kean Yew."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323045/", "headline": "\nRepsol Honda Tarik Nafas Lega Mir Kembali di GP Americas\n", "content": ["Repsol Honda Team boleh menghela nafas lega apabila pelumba taruhan mereka, Joan Mir kembali menyertai pasukan untuk saingan Grand Prix (GP) America di Austin, Texas. ", "Sebelum ini, Repsol Honda berhadapan kemungkinan kehilangan khidmat pelumba berusia 26 tahun itu selepas ditimpa kemalangan pada pusingan pertama perlumbaan pecut di GP Argentina yang menyaksikan pelumba itu tidak beraksi ketika perlumbaan utama.", "Menurut laman sesawang pasukan, Repsol Honda mengesahkan kehadiran Mir sambil ditemani seorang lagi pelumba, Stefan Brandl bagi mengisi tempat Marc Marquez di GP Americas.", "This weekend – @JoanMirOfficial and @stefanbradl in 💪 @marcmarquez93 out 💥", "Get the latest @HRC_MotoGP team news ahead of the #AmericasGP 🇺🇸 #MotoGP | 📰https://t.co/LZRywtlvgn", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 12, 2023", "Nama Stefan Brandl bukanlah baru dalam saingan MotoGP memandangkan pelumba tersebut telah menggantikan posisi yang ditinggalkan Marc Marquez apabila bergelar penunggang ujian buat Repsol Honda sejak tahun 2020. ", "Untuk makluman semua, Marc Marquez tercedera selepas perlanggaran yang dialaminya ketika perlumbaan GP Portugal dan telah dikenakan Long Lap Penalty berganda pada perlumbaan seterusnya selepas pulih dari kecederaan.", "Kehilangan Mir pada perlumbaan lalu amat merugikan buat Repsol yang menyebabkan tiada pelumba Repsol beraksi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217991/", "headline": "\nRepublik Korea Hantar Bidaan Tuan Rumah Piala Asia 2023\n", "content": ["Negara asia timur, Republik Korea akan melakukan bidaan untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Piala Asia 2023 menggantikan China yang menarik diri, baru-baru ini.", "Menurut laporan Reuters, Presiden Republik Korea, Yoon Suk-yeol telah memberi kebenaran untuk menganjurkan saingan tersebut serta mengarahkan menteri sukannya berusaha untuk mendapatkan hak tersebut.", "South Korea will launch a bid to host the 2023 Asian Cup following China's decision to relinquish its rights to the tournament, the Korean Football Association (KFA) said on Monday. https://t.co/YsqLaTaLJ4", "— Reuters Sports (@ReutersSports) June 20, 2022", "Untuk makluman semua, China yang sepatutnya menjadi tuan rumah pada tahun hadapan terpaksa menarik diri ekoran pandemik Covid-19 kembali ‘mengganas’ di negara terbabit.", "Disebabkan oleh penarikan diri tersebut, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah menjemput negara-negara anggota yang berminat untuk menghantar bidaan selewat-lewatnya pada 30 Jun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324262/", "headline": "\nRanking BWF: Kai Wun-Wei Chong Kembali Sertai Kelompok 25 Terbaik, Aaron-Wooi Yik Jatuh Satu Anak Tangga\n", "content": ["Naib juara Malaysia Masters 2023, Tee Kai Wun dan Man Wei Chong menepati ramalan kiraan tidak rasmi apabila kedudukan mereka dalam Ranking Dunia BWF meningkat empat anak tangga. Namun begitu, perkhabaran kurang enak pula membelenggu pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila jatuh satu anak tangga.", "Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan gandingan Kai Wun-Wei Chong kini menghuni ranking ke-22 dunia sekaligus menjadi beregu ketiga negara selepas memintas kedudukan gandingan negara yang telah berpisah, Goh Sze Fei dan Nur Izzudin. ", "Beregu lelaki No.1 negara pula berada di tangga ketiga dunia selepas dipintas pasangan China, Liang Wei Keng dan Wang Chang sekaligus kembali ke kedudukan ketiga selepas dua minggu bertahan sebagai gandingan No.2 dunia. ", "Kemaskini minggu ini turut menyaksikan sejarah baharu dilakar gandingan Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi dengan berada di tangga ketujuh dunia – kedudukan terbaik sepanjang bergandingan bersama dalam karier.", "Secara keseluruhannya, Kai Wun-Wei Chong menambah kutipan 7,800 mata ketika muncul naib juara Malaysia Masters, baru-baru ini sekaligus mengumpul sejumlah 41,160 mata setakat ini. ", "Yew Sin-Ee Yi pula telah mengutip sejumlah 71,150 mata dan memintas ‘The Daddies’, Mohammed Ahsan dan Hendra Setiawan manakala Aaron-Wooi Yik mengumpul 77,094 mata untuk berada di kedudukan semasa mereka.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia (BAM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218247/", "headline": "\nArsenal Lengkapkan Kedatangan Gabriel Jesus Dengan Harga £45 Juta\n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berpangkalan di London, Arsenal mengumumkan kedatangan pemain baharunya, Gabriel Jesus pada hari ini.", "Menurut laporan The Athletic, kedatangan pemain kelahiran Brazil yang beraksi bersama Manchester City sebelum ini dilengkapkan dengan perjanjian perprindahan yang bernilai sebanyak £45 juta.", "Turut difahamkan oleh portal sukan antarabangsa tersebut, Jesus diikat oleh skuad berjulukan The Gunners ini dengan kontrak selama lima tahun.", "🇧🇷 Nosso Novo Número Nove", "— Arsenal (@Arsenal) July 4, 2022", "Sementara itu, menerusi perkongsian foto-foto pengumuman kedatangan Jesus oleh Arsenal, pemain berusia 25 tahun ini akan menyarung jersi bernombor 9 bermula saingan baharu, musim 2022/23 kelak.", "Untuk makluman semua, sepanjang beraksi bersama skuad The Cityzen selama empat tahun setengah, Jesus telah mencatatkan 236 penampilan dalam semua kejohanan. ", "Daripada penampilan tersebut, Jesus berhasil merekodkan 95 jaringan gol serta mencetak 46 bantuan gol kepada rakan sepasukannya di Manchester City.", "Bersama kelab itu juga, Jesus telah merasai nikmat menjuarai beberapa gelaran seperti empat kali juara EPL, tiga kali juara Piala Liga serta satu kali juara Piala FA.", "Manakala bersama skuad negaranya, Brazil, pemain kelahiran Sao Paolo ini telah merekodkan 55 penampilan, menjaringkan 19 gol dan mencetak 13 bantuan gol. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215643/", "headline": "\nPos Malaysia Jadi Rakan Logistik Rasmi MFL Selama 2 Tahun\n", "content": ["Syarikat pengeposan negara, Pos Malaysia mengumumkan kerjasama dengan pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) selama dua tahun, pada hari ini.", "Menerusi perjanjian kerjasama ini, Pos Malaysia diangkat menjadi Rakan Logistik Rasmi bagi MFL yang merangkumi saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Piala Sumbangsih), Liga Super dan Piala Malaysia.", "“Mewakili Presiden MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, Lembaga Pengarah, dan komuniti bolasepak, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Pos Malaysia ke Liga Malaysia 2022 dan 2023 dan sudah pasti MFL menyambut baik ketibaan mereka dalam merancakkan lagi saingan Liga Malaysia yang bakal bermula 4 Mac 2022.” ", "Baca: Pos Malaysia Terus Catat Kerugian – Sekitar RM335.73 Juta", "“Ikatan MFL dan Pos Malaysia sebenarnya sudah terjalin di mana kedua-dua pihak bekerjasama dalam mengeluarkan setem edisi khas sempena 100 Tahun Piala Malaysia pada Disember tahun lalu dan sudah pasti penajaan ini akan membawa satu lagi kerjasama lebih dinamik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam.", "Dimaklumkan, menerusi jalinan kerjasama ini juga, Pos Malaysia akan menguruskan logistik bagi peralatan bola sepak dan barangan lain dengan berat melebihi 100 tan ke seluruh Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206942/", "headline": "\nEPL Lancar Kempen Hentikan Penstriman Haram di Malaysia\n", "content": ["Liga Perdana Inggeris (EPL) telah melancarkan kempen ‘Boot Out Piracy’ di Malaysia.", "Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran para peminat untuk menghentikan menonton perlawanan-perlawanan bola sepak EPL menerusi penstriman haram.", "Menonton perlawanan bola sepak menerusi penstriman haram adalah satu pengalaman merugikan buat peminat bola sepak. ", "Hal ini kerana peminat-peminat menyaksikan perlawanan dengan kualiti yang rendah dan tidak kurang juga menghadapi masalah kerosakan video semasa menonton.", "Ianya turut membuatkan para peminat bukan sahaja berhadapan dengan kelewatan (delay), pautan mati (broken links) dan iklan pop-up. ", "Malahan penonton berpotensi diserang perisian hasad (malicious malware) dan perisian tebusan (ransomware). ", "Bagi penonton yang terkesan dengan serangan tersebut, mereka bakal berhadapan dengan kes pencurian data dan penipuan atas talian. ", "Kempen ini turut dirancakkan dengan kehadiran pemain-pemain bintang bola sepak EPL seperti Son Heung-min (Tottenham Hotspur), Mohamed Salah (Liverpool) dan Raheem Sterling (Manchester City).", "Tidak ketinggalan, pengurus-pengurus pasukan seperti Ole Gunnar Solksjaer, Pep Guardiola dan Frank Lampard turut bersama dalam kempen yang julung kali diadakan oleh EPL ini.", "Kempen ‘Boot Out Piracy’ ini bukan sahaja dijalankan di Malaysia tetapi turut dilancarkan di Indonesia dan Hong Kong menerusi pelbagai platform media menjelang sepak mula musim 2020/21."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220099/", "headline": "\nLiga Super 30 Perlawanan Semusim Jika Rayuan Melaka United & Sarawak United Gagal\n", "content": ["Kelab-kelab yang beraksi dalam kancah Liga Super musim 2023 akan menghadapi 30 perlawanan semusim sekiranya Melaka United dan Sarawak United gagal dalam rayuan terhadap keputusan First Instance Body (FIB) yang menolak permohonan Lesen Kebangsaan mereka.", "Kegagalan rayuan itu akan menyebabkan kedua-dua pasukan kekal tidak mendapat Lesen Kebangsaan sekaligus mengekang mereka daripada beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan.", "Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam turut mengesahkan saingan Liga Super akan diteruskan dengan penyertaan 16 buah pasukan sekiranya Melaka United dan Sarawak United gagal dalam rayuan tersebut.", "Untuk makluman semua, saingan Liga Super 2023 sepatutnya disertai oleh 18 buah pasukan sepertimana diumumkan oleh MFL pada penghujung Julai lalu.", "Pembabitan 18 buah pasukan itu hasil penstrukturan baharu yang menggabungkan 12 kelab Liga Super dengan 6 kelab Liga Premier musim ini. Jumlah pembabitan kelab sebanyak itu menjadikan kelab-kelab perlu mengharungi 34 perlawanan semusim – perbezaan sebanyak 4 perlawanan.", "Sebagai perbandingan, dengan penyertaan 16 buah pasukan, kelab-kelab Liga Super musim ini akan menghadapi pertambahan sebanyak 8 perlawanan pada musim hadapan. ", "Manakala kelab-kelab Liga Premier musim ini seperti Kelantan, Kuching City, PDRM dan lain-lain yang mengharungi 18 perlawanan pada musim ini akan merasai pertambahan sebanyak 12 perlawanan.", "Sebagai tambahan, antara kancah bola sepak utama di rantau asia tenggara yang turut sama mempunyai 16 pasukan dan mengharungi 30 perlawanan semusim ialah Thai League 1."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219165/", "headline": "\nSiapakah Rakan Sepasukan Aubameyang Dalam Skuad Kebangsaan Gabon Yang Dikaitkan ke Liga Malaysia?\n", "content": ["Rakan sepasukan kepada penyerang terkenal, Pierre-Emerick Aubameyang dalam skuad kebangsaan Gabon dikhabarkan sedang menuju ke salah sebuah pasukan dalam saingan Liga Super Malaysia.", "Namanya ialah Levy Madinda dan merupakan seorang pemain tengah menyerang yang berusia 28 tahun. Perkara ini didedahkan oleh agensi pemain milik adik beradik Insa iaitu InsaProject Global Group menerusi akaun instagram mereka, pada hari ini.", "Tiada sebarang kepastian pasukan manakah yang dituju oleh pemain ini. Namun desas-desus bertiup kencang bahawa pemain ini sedang ‘terbang’ ke pasukan yang berpangkalan di Timur Malaysia iaitu Sabah FC.", "Hal ini kerana pasukan yang dibimbing oleh Kurniawan Dwi Yulianto tersebut masih belum melengkapkan senarai pemain importnya lebih-lebih lagi di posisi tengah menyerang selepas pemergian bekas pemain importnya musim lalu, Petrus Shitembi ke Terengganu FC.", "Walaupun masih di peringkat ‘rumors’, Sukanz ingin menyajikan empat perkara menarik mengenai pemain tengah menyerang, Levy Madinda untuk pengetahuan para pembaca sekalian:", "Pemain kelahiran Libreville, Gabon ini menghabiskan sekitar tiga tahun terakhirnya beraksi dalam saingan bola sepak Turki. Ketika ini, dia bersama pasukan yang beraksi dalam saingan divisyen dua liga Turki iaitu Giresunspor. Pasukan ini disertai Levy pada awal musim 2020/21. Menurut info, dia masih mempunyai baki kontrak bersama kelab ini sehingga akhir jun tahun ini. Sebelum itu, dia beraksi bersama Ankara Keciorengucu dan Umraniyespor masing-masing pada musim 2019/20 dan 2019/18.", "Levy memulakan karier bola sepaknya bersama sebuah kelab di tanah airnya iaitu Stade Mandji. Namun selepas dua tahun bersama pasukan tersebut, Levy mengambil keputusan untuk terbang ke Sepanyol pada tahun 2010 dengan menyertai Celta Vigo pada usia 18 tahun. ", "Bermula dengan pasukan simpanan, Celta Vigo B, Levy perlahan-lahan berjaya melangkah ke skuad utama pasukan tersebut pada tahun 2012. Bagaimanapun, penampilannya bersama Celta Vigo tidaklah begitu memberangsangkan dan pada musim 2016 dia dipinjamkan ke pasukan Gimnastic de Tarragona.", "Sebagai seorang pemain tengah menyerang, Levy diturunkans sebagai pemain No.10, mengisi posisi di belakang penyerang utama. Tugasnya adalah melakukan lorongan atau ‘through pass’ kepada penyerang apabila menghidu sebarang peluang. ", "Antara kelebihan yang lain ada pada Levy adalah mempunyai gerakan yang lincah dan bijak mengawal bola walau diberikan tekanan oleh pihak lawan. Namun, salah satu kelebihannya adalah mampu melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti untuk memberikan gol kepada pasukannya. Sebagai bonus, dia juga merupakan pengambil sepakan penalti buat pasukannya.", "Pada tahun 2011. Levy terpilih untuk mewakili negara untuk beraksi dalam kejohanan yang julung kalinya diadakan di benua afrika iaitu CAF U-23 Championship. Ia merupakan sebuah kejohanan yang diadakan selang empat tahun sekali. Tiga pasukan terbaik daripada kejohanan ini layak untuk beraksi dalam temasya Sukan Olimpik.", "Pada ketika itu, Levy yang berusia sekitar 19 tahun berjaya membantu Gabon menjuarai saingan tersebut dengan menumpaskan tuan rumah, Maghribi dengan keputusan akhir 2-1. Kejayaan itu juga membolehkan Gabon menyertai temasya Sukan Olimpik 2012 London. Untuk makluman, bermula edisi kedua pada tahun 2015, kejohanan ini dikenali sebagai Africa U-23 Cup of Nations."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207864/", "headline": "\nJPNT, MSNT Bekerjasama Realisasikan Program Mencari Safawi 2.0\n", "content": ["Sebuah program pencarian bakat-bakat baharu bola sepak di peringkat akar umbi telah dilancarkan di negeri Terengganu.", "Program yang dinamakan sebagai ‘Mencari Safawi 2.0’ itu diadakan dengan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT). ", "Difahamkan nama program tersebut diambil bersempena dengan pemain kelahiran Dungun, Terengganu, Safawi Rasid yang berjaya berkelana ke eropah pada tahun ini. ", "Ianya dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, semalam.", "“Program ini akan bermula hujung tahun ini di mana pihak JPNT akan melakukan pencarian bakat berumur 12 tahun di setiap daerah yang akan dikumpulkan sebagai sebuah pasukan.", "“Matlamat kita adalah melahirkan seberapa ramai atlet dan membekalkan negeri serta negara dengan atlet berbakat,” katanya seperti dilaporkan oleh TRDI.", "Program Mencari Safawi 2.0 dimulakan dengan satu siri jelajah pemilihan pemain ke semua lapan daerah negeri terbabit akan diadakan pada penghujung tahun ini. ", "Selain JPNT dan MSNT, program ini turut mendapat sentuhan pihak Progran Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam aspek kepakaran latihan.", "Mana-mana pemain yang terpilih dalam siri jelajah tersebut akan diserap masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas – bekas sekolah Safawi yang juga merupakan Akademi Bola Sepak Terengganu.", "Featured Image: Wan Sukairi Wan Abdullah"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324610/", "headline": "\nMoussa Sidibe Sertai Persis Solo Sehingga 2025 – Ikut Jejak Fernando Rodriguez\n", "content": ["Penyerang sayap Mali-Sepanyol, Moussa Sidibe yang diikat oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Januari 2022 kini menyertai kelab yang beraksi dalam kancah Liga 1 Indonesia iaitu Persis Solo.", "Pasukan berjulukan Laskar Sambernyawa mengesahkan mengikat khidmat pemain berusia 28  tahun tersebut dengan memberikan kontrak selama dua tahun yang menyaksikannya kekal sehingga Mei 2025.", "Penghijrahan Sidibe menyaksikannya bakal bertemu dan beraksi semula dengan seorang lagi bekas penyerang JDT iaitu Fernando Rodriguez – menyertai Persis Solo pada Ogos 2022.", "Sebelum ini, Sidibe bersama-sama penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid menyertai kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC secara pinjaman daripada JDT bermula Januari lalu.", "Laskar Sambernyawa have completed the signing of Moussa Sidibe. ✅✍️#MoussaIsARed #LaskarSambernyawa pic.twitter.com/FdnGGW7vGZ", "— PERSIS (@persisofficial) June 8, 2023", "Ketika beraksi bersama kelab berkenaan, Sidibe sempat tampil sebanyak 11 kali dan menyumbangkan satu “assist” yang membantu skuad berjulukan The Dragons mara ke separuh akhir Thai League Cup dan menamatkan saingan Liga Thai 1 di tangga kelapan.", "Untuk makluman, bermula musim 2023-24, saingan bola sepak Indonesia akan menggunakan kuota pemain import 5+1 (lima pemain warganegara bebas + 1 pemain dari benua asia) sesuai dengan saranan badan induk, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).", "Difahamkan, Sidibe menjadi pemain import pertama yang ditandatangani Persis Solo pada jendela perpindahan kali ini. Bagaimanapun, mereka tidak mengesahkan samada Sidibe akan mengisi kuota pemain import bebas atau asia.", "Disamping itu, selain Rodriguez, Persis Solo masih mengekalkan khidmat dua pemain importnya sebelum ini iaitu Alexis Messidoro dan Jaimerson Xavier.", "Sebagai tambahan, saingan baharu Liga 1 musim 2023-24 akan bermula 1 Julai kelak.", "A post shared by PERSIS (@persisofficial)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215045/", "headline": "\nPenjaga Gol Muda Kelahiran Jerman Miliki Pasport Malaysia Direkrut PDRM FC\n", "content": ["Penjaga gol kelahiran Stanberg, Jerman yang memiliki pasport Malaysia, Julian Johan Bechler menjadi rekrut terbaru Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Pasukan yang mendapat julukan The Cops mengumumkan penyertaan pemain berusia 20 tahun ini secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "🔵 JULIAN SIGNS! 🔴We are delighted to announce the signing of highly rated goalkeeper, Julian Johan Bechler! The 20 year old German-born Malaysian played for Kuala Lumpur City FC last season in the Super League.Welcome Julian! ✍🏻#pdrmfc #sangsakabiru #darahbiru #upthecops pic.twitter.com/jaSyE4MTQl", "PDRM yang dibimbing oleh Wan Rohaimi Wan Ismail mengambil peluang untuk mendapatkan Julian setelah kelab lamanya, Kuala Lumpur City FC (KL City) memutuskan untuk melepaskannya.", "Baca: ‘Melahirkan Bintang Kalangan Pemain Muda’ Menjadi Falsafah PDRM FC", "Untuk pengetahuan semua, Julian menjadi penjaga gol kedua yang direkrut oleh PDRM pada jendela perpindahan kali ini. ", "Sebelum ini, mereka telah mengikat khidmat penjaga gol skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Firdaus Irman. Disamping itu, PDRM turut mengekalkan penjaga gol berusia 23 tahun, Muhd Asri Muhamad.", "Sebagai rekod, Julian mula menyertai kancah bola sepak tempatan dengan menyertai skuad bawah umur Johor Darul Ta’zim (JDT) pada tahun 2019 sebelum berpisah dengan pasukan ini pada tahun 2020.", "Sebagai tambahan, sebelum menyertai JDT, Julian pernah beraksi dengan beberapa pasukan dalam saingan Liga Jerman seperti TuS Hornau, SC Hessen Dreieich dan SG Red-White Frankfurt."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110185/", "headline": "\nTMJ Kongsikan Shane Akan Bergandingan Bersama Mauricio & ‘Budak’ Wolves Ganti Hariss\n", "content": ["Pengarah Sukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest mengesahkan skuad Harimau Selatan telah mendapatkan khidmat pertahanan baharu kelahiran Australia, Shane Lowry secara ‘free transfer’ pada jendela perpindahan pertengahan musim, hari ini.", "Menurut makluman daripada pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ berkongsikan bahawa kemasukan pertahanan berusia 31 tahun yang pernah beraksi dalam saingan Liga Inggeris tersebut untuk digandingkan bersama Mauricio dos Santos dalam saingan AFC Champions League (ACL) bermula hujung jun nanti.", "Selain itu, Shane juga akan menjadi ‘backup plan’ kepada JDT untuk saingan Liga Malaysia yang akan kembali pada julai kelak sekiranya pertahanan tonggak, Mauricio ditimpa kecederaan.", "“(Shane) partner dengan Mauricio untuk ACL. Apabila liga bermula dia (Shane) back up Mauricio incase/jikalau ada apa apa berlaku atau kecederaan kita masih ada foreign defender.” kongsi baginda di ruangan komen akaun Instagram JDT.", "Sementara itu, baginda turut memaklumkan kekosongan pemain tengah bertahan yang ditinggalkan oleh bekas kapten, Hariss Harun akan diisi dengan pemain muda Wolverhampton Wanderers B-23, Nathaniel Shio Hong Wan yang beraksi dalam kancah Premier League 2.", "Pemain kacukan China-Malaysia yang dilahirkan di England itu bakal menginjak usia 21 tahun pada ogos nanti. TMJ memaklumkan pemain ini akan didaftarkan sebagai pemain tempatan sekaligus dapat menjimatkan kuota pemain import asean.", "“(Nathaniel Shio) Hong Wan from Wolverhampton report untuk tempat Hariss sebagai local. ", "Tambah baginda lagi, pemain sayap lincah kelahiran Argentin yang memegang passport Iraq, Gonzalo Cabrera pula akan dinaturalisasikan dan boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan pada tahun 2022.", "“Gonza tahun depan local player.” tulis baginda ringkas. ", "TMJ turut mendedahkan perancangan terbaharu skuad Harimau Selatan. Pada penghujung tahun ini, seorang lagi pertahanan kelahiran Sepanyol yang beraksi dalam saingan La Liga serta memiliki passport negara asia bakal menyarung jersi Merah Biru."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220653/", "headline": "\nCEO Terengganu FC Sahkan Nafuzi Tolak Lanjutan Kontrak Selama Setahun\n", "content": ["Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak lagi membimbing pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung itu lagi pada musim hadapan.", "Ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh mengesahkan jurulatih berusia 44 tahun itu menolak tawaran lanjutan selama setahun yang dikemukakan kepadanya, pada penghujung Oktober lalu.", "“Dalam surat tersebut, beliau (Nafuzi) tidak bersetuju untuk menyambung tawaran yang telah kita utarakan pada beliau,” kata Ab Rasid klip video sidang media yang dikongsikan oleh Facebook Pages, Revolusi Terengganu FC, hari ini.", "Tambahnya lagi, surat penolakan tawaran daripada Nafuzi itu sampai kepadanya pada pukul 4.47 petang semalam.", "Pada masa yang sama, Ab Rasid memaklumkan khidmat Nafuzi akan kekal bersama Terengganu sehingga tamatnya kempen Piala Malaysia 2022.", "Ketika ini, Terengganu sedang dalam rangka persiapan untuk berhadapan Selangor FC kendalian Tan Cheng di peringkat separuh akhir.", "Perlawanan pertama bagi separuh akhir ini berlangsung pada hari esok (16 November) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya. Manakala perlawanan timbal balik pula akan berlangsung pada Isnin hadapan (21 November) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak.", "Sebagai tambahan, Nafuzi mula berkhidmat sebagai ketua jurulatih sementara (interim) Terengganu bermula pertengahan tahun 2019 bagi menggantikan Irfan Bakti yang meletak jawatan. Pada penghujung tahun itu, Nafuzi telah dilantik selaku selaku ketua jurulatih penuh dan mengemudi Terengganu sehingga ke hari ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217918/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Pearly-Thinaah Singkir Beregu Senegara Anna-Mei Xing Di Pusingan 32\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya mara ke peringkat seterusnya, Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dunia ini mara setelah menumpaskan beregu senegara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing yang merupakan pasangan No.44 dunia di Pusingan 32, sebentar tadi. ", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022WD – Round of 32 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅12 16 🇲🇾Anna Ching Yik CHEONG 🇲🇾Mei Xing TEOH", "🕗 in 33 minutes https://t.co/cuu7CCqQWM", "— BWFScore (@BWFScore) June 15, 2022", "Dalam perlawanan terbabit, Pearly-Thinaah menumpaskan Anna-Mei Xing secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-16 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan yang berlangsung di Gelanggang 2, Istora Senayan.", "Untuk makluman, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Pearly-Thinaah akan turun menentang samada beregu Thailand, Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard (ranking ke-28) atau beregu Jepun yang menghuni ranking No.4 dunia, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota bagi merebut tempat ke peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114301/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Kian Meng-Pei Jing Menang ‘Straight Set’ Untuk Mara Ke Pusingan 16\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing mudah mengatasi cabaran daripada beregu India untuk meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF.", "Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan ke-9 untuk memenangi kejohanan ini berhasil menumpaskan gandingan Saurabh Sharma dan Anoushka Parikh yang berada di ranking ke-104 dunia secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-8 dan 21-18.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021XD – Round of 32 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅 8 18 🇮🇳Saurabh SHARMA 🇮🇳Anoushka PARIKH🕗 in 35 minutes https://t.co/CI7qypkSqK", "Kemenangan tersebut diraih dalam tempoh masa 35 minit sahaja. Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Kian Meng-Pei Jing bertemu lawan yang sama. Pertemuan sulung mereka adalah di kejohanan Terbuka India 2018 dan ianya turut dimenangi oleh gandingan negara ini.", "Sementara itu, Kian Meng-Pei Jing bakal menanti cabaran samada daripada beregu Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino (ranking ke-5 dunia) atau beregu Rusia, Evgenij Dremin dan Evgenia Dimova yang akan beraksi di Pusingan 32 untuk menentukan kemaran mereka, hari ini. ", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322167/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Thailand: Letshanaa, Zhing Yi Kandas Di Peringkat Kelayakan\n", "content": ["Kejohanan Cabaran Antarabangsa Thailand 2023 yang berlangsung menyaksikan tiada kelibat perseorangan wanita negara akan beraksi dalam kelompok 32 pemain di babak undian utama (main draw).", "Situasi ini hadir selepas dua wakil negara iaitu Letshanaa Karupathevan dan Tan Zhing Yi kandas pada peringkat pusingan pertama kelayakan setelah tumpas kepada lawan masing-masing pada hari ini.", "Letshanaa yang masih segar dengan kejayaan merangkul kejuaraan di Cabaran Antarabangsa Uganda pada penghujung bulan lalu dikejutkan oleh pemain Taiwan yang berada di ranking ke-170 dunia, Tung Ciou-Tong secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 10-21 dalam tempoh masa hampir 40 minit permainan.", "Sementara itu, Zhing Yi yang turut sama mengikut jejak langkah Letshanaa pula mengalami kekalahan juga di tangan pemain Taiwan, Chen Su Yu yang berada di ranking ke-112 dunia.", "Zhing Yi terpaksa akur tumpas kepada pemain terbabit juga menerusi “straight set” dengan skor 12-21 dan 13-21 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.", "Dengan kekalahan ini, pemain negara turut terlepas peluang untuk merebut hadiah utama berupa wang tunai sebanyak AS$1,200 atau bersamaan sekitar RM5,300 serta 4,000 pungutan mata.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112784/", "headline": "\nTV Amerika Syarikat Bakal Siar Saingan Sepak Takraw League (STL)\n", "content": ["Saingan sepak takraw tempatan, Sepak Takraw League (STL) akan dapat ditonton oleh peminat sukan di Amerika Syarikat selepas sebuah stesen penyiaran di negara itu menjalinkan kerjasama bersama Astro.", "Menurut laporan Stadium Astro, stesen televisyen (TV) yang menjalinkan kerjasama bersama Astro itu ialah All Sports Television Network atau dikenali sebagai ALL SPORTS.", "Selain itu, kerjasama dan perjanjian kedua-dua syarikat penyiaran ini juga membolehkan ALL SPORTS menyiarkan kejohanan sepak takraw peringkat antarabangsa, kebangsaan dan serantau.", "Dengan kerjasama dan perjanjian menyiarkan kejohanan sepak takraw di negara dan rantau ini, pastinya dapat meningkatkan populariti sukan ini lebih-lebih lagi di negara yang terkenal dengan julukan negara Uncle Sam itu.", "Untuk makluman semua, ini bukanlah kali pertama kejohanan STL disiarkan di luar negara. Pada tahun 2019 yang lalu, saingan STL Champions Cup turut disiarkan di Indonesia oleh TVRI.", "Featured Image: Sepak Takraw League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208396/", "headline": "\nPerkembangan Menarik Safawi Semakin Kerap Disenaraikan Dalam Skuad Utama Portimonense\n", "content": ["Satu perkembangan menarik melibatkan penyerang sayap kebangsaan, Safawi Rasid di Portugal apabila dia sekali lagi tersenarai dalam skuad Portimonense SC.", "Penyerang berusia 23 tahun itu disenaraikan oleh ketua jurulatihnya, Paulo Sergio untuk perlawanan menentang pasukan divisyen ketiga liga negara tersebut, UD Lieria dalam kejohanan kalah mati, Piala Portugal.", "Bagaimanapun, Safawi menyerahkan kepada kebijaksanaan percaturan jurulatihnya samada mahu menurunkannya ataupun tidak pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 5 awal pagi esok, waktu Malaysia.", "“Alhamdulillah ada dalam senarai. Insya-Allah kalau ada rezeki…saya diturunkan.", "“Saya juga bersedia beri yang terbaik jika diturunkan tetapi segala keputusan terletak di tangan jurulatih. ", "“Beliau lebih tahu bila waktu sesuai untuk turunkan saya,” katanya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia.", "Jurang Besar Portugal & Malaysia, MVP Seperti Safawi Perlu Ikuti Program Khas https://t.co/JTF56BBmoW pic.twitter.com/EGuksF1rDz", "Baca: Jurang Besar Portugal & Malaysia, MVP Seperti Safawi Perlu Ikuti Program Khas", "Untuk makluman, ini merupakan kali kedua Safawi disenaraikan dalam senarai pemain untuk hari perlawanan.", "Kali pertama dia disenaraikan adalah ketika aksi menentang FC Porto dalam saingan Liga Primeira, awal bulan ini.", "Featured Image: Portimonense Futebol SAD"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206797/", "headline": "\nErling Haaland Mungkin Jadi Petani Atau Penyanyi Rap\n", "content": ["Jika tidak bergelar penyerang bola sepak yang beraksi bersama pasukan Borussia Dortmund, Erling Haaland berkemungkinan akan menjadi petani atau penyanyi rap.", "Menjaringkan 16 gol untuk Dortmund sejak januari lalu, Haaland berkata demikian ketika sesi menjawab soalan daripada para peminat di akaun media sosialnya, semalam.", "Persoalan itu datang daripada seorang peminat bernama Jack, “Jika awak bukan seorang pemain bola sepak apa kemungkinan pekerjaan kamu?”", "Dan penyerang berusia 20 tahun itu terus menjawab, “Penyanyi rap atau petani.”", "A rapper 🎤 or a farmer 👨‍🌾 https://t.co/vFfLmS3cyh", "Dalam sesi yang sama, Haaland turut mendedahkan tiga pemain yang menjadi inspirasinya dan ketiga-tiganya merupakan penyerang sepertinya.", "Mereka penyerang veteran AC Milan, Zlatan Ibrahimovic, pemenang Ballon d’Or lima kali, Cristiano Ronaldo dan paling menarik adalah bekas pemain Swansea City, Michu Oviedo.", "Sebelum menyertai Borussia Dortmund, Haaland merupakan pemain Red Bull Salzburg yang beraksi dalam saingan Liga Austria. ", "Walaupun hanya beraksi di sana selama setahun, penyerang Norway itu telah mengumpul 29 gol dan 7 bantuan gol daripada 27 penampilan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111627/", "headline": "\nAutomatik Tersingkir Daripada ALP MFL Sekiranya Hilang Jawatan Peringkat Kelab\n", "content": ["Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Ke-5 yang dilangsungkan pada hari ini menyaksikan salah satu pindaan Perlembagaan Malaysian Football League (MFL) dilakukan.", "Perkembangan itu dikongsikan sendiri oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin melibatkan Klausa 16.3 (c) berkaitan penggal Ahli Lembaga Pengarah MFL.", "Hasil daripada pindaan tersebut, mana-mana Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MFL dalam kalangan Wakil Kelab tidak lagi memegang sebarang jawatan di peringkat kelab akan hilang jawatan ALP secara automatik. ", "“Hari ini MFL bersama Rakan Kongsi Liga telah bersidang secara maya dan telah membincang pelbagai perlembagaan yang dipinda.", "“Antara salah satu perlembagaan yang dibentangkan iaitu Klausa 16.3 (c) – Penggal Ahli Lembaga Pengarah di mana sekretariat mencadangkan pindaan kepada klausa penggal Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk menjelaskan bahawa sekiranya wakil kelab tidak lagi memegang jawatan Pengerusi atau Presiden, Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif, atau Pengurus Besar Kelab, mereka akan secara automatik hilang jawatan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL.", "“Undian untuk jawatan kosong ini akan diadakan pada Mesyuarat Rakan Kongsi Liga yang berikut,” ujarnya.", "Saiful, Mustaza & Jaifuddin Sertai Ahli Lembaga Pengarah MFL Penggal 2021-25 https://t.co/aDCV5Wo5Bl pic.twitter.com/oK0pI3UKze", "Dalam perkembangan yang lain, MFL turut mengumumkan tiga ALP MFL dalam kalangan Wakil Kelab bagi penggal baharu 2021-2025.", "Tiga ALP tersebut ialah Mustaza Ahmad (Ketua Pegawai Eksekutif UiTM FC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri (Pengarah Eksekutif Melaka United) dan Datuk Mohamad Jaifuddin Bujang Mohidin (Pengarah Johor Darul Ta’zim)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206845/", "headline": "\nSelepas Sehari Berlatih di United, Sanchez Menyesal Dan Mahu Kembali Ke Arsenal\n", "content": ["Penyerang Chile, Alexis Sanchez menjaringkan 80 gol dan mencipta 45 bantuan gol ketika beraksi bersama Arsenal kendalian Arsene Wenger selama hampir empat tahun.", "Statistik itu menjadikannya sebagai salah seorang penggempur berbisa dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan membuatkan dua buah kelab berpangkalan di Manchester iaitu City dan United berminat untuk mendapatkan khidmatnya.", "Sepertimana kita sedia maklum, Sanchez memilih untuk menandatangani kontrak bersama skuad Red Devil kendalian Jose Mourinho di waktu itu. Manakala United dan Arsenal pula bersetuju untuk melakukan swap deal di mana United mendapatkan khidmat Sanchez dan Arsenal mendapatkan Henrikh Mkhitaryan.", "🎹 Ladies and gentlemen, please take your seats. Introducing #Alexis7…#GGMU #MUFC @Alexis_Sanchez pic.twitter.com/t9RIIx4mE4", "Namun kehadiran Sanchez yang dibayar dengan gaji £350,000 seminggu, diberikan jersi nombor 7 serta diumumkan dengan satu video pengenalan sambil bermain piano gagal mengulangi pencapaiannya seperti di Arsenal. Malah dia lebih banyak menghabiskan masa dengan memanaskan bangku simpanan di United.", "Dan pagi tadi, Sanchez membuat pengakuan yang mengejutkan mengenai masa suramnya ketika bersama United menerusi Instagram Live Video, Sanchez berkata, “Saya mahu bercerita mengenai pengalaman di United, beberapa perkara yang diperkatakan dan buatkan saya nampak teruk.", "“Saya dapat peluang berhijrah ke United dan ia nampak mengiurkan untuk saya. Ia sesuatu yang hebat buat saya, kerana saya meminati kelab itu semasa kanak-kanak.", "“Akhirnya saya (buat keputusan) menandatangani (kontrak) tanpa mendapat maklumat secukupnya mengenai perpindahan itu. Ketika hari pertama saya (berlatih) bersama rakan sepasukan, kadangkala ada beberapa perkara yang tidak diketahui sehinggalah kamu tiba (di sana). ", "“Selepas sesi latihan pertama saya menyedari banyak perkara (tidak kena). Saya pulang ke rumah dan beritahu kepada ejen saya: Boleh tak batalkan kontrak dan kembali ke Arsenal?” katanya seperti dipetik daripada Daily Mail.", "Bagaimanapun, Sanchez sudah menandatangani kontrak selama empat tahun setengah dan tidak boleh berpatah balik ke Stadium Emirates. Dia juga mengakui pada awalnya dia sudah berunding untuk menyertai Manchester City kendalian Pep Guardiola sebelum United dan membuat tawaran kepada Arsenal.", "Sepanjang bersama United, Sanchez hanya menjaringkan 5 gol dan mencipta 9 bantuan gol daripada 45 penampilan. Kini, dia telah mengikat kontrak bersama Inter Milan selama tiga tahun setelah bermain di San Siro secara pinjaman selama semusim, sepanjang musim 2019/20."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112446/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Malaysia Usah Ambil Mudah Pasukan Ranking 178 Dan 186 Dunia\n", "content": ["Skuad kebangsaan dinasihatkan agar tidak mengambil mudah cabaran dua buah pasukan yang menduduki ranking ke-178 dan ke-186 dunia iaitu Kemboja dan Laos dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 kelak.", "Perkara tersebut dinyatakan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe selepas menyaksikan hasil undian yang meletakkan Malaysia bersama-sama juara bertahan, Vietnam serta Indonesia, Kemboja dan Laos dalam Kumpulan B.", "Sebagai rekod, Vietnam kini merupakan satu-satunya pasukan dari rantau asia tenggara yang menghuni kelompok 100 terbaik dunia iaitu di kedudukan ke-95. Sementara itu, Malaysia di tangga ke-154 manakala Indonesia pula berada di kedudukan 175 dunia.", "“Undian kali ini tidak nampak banyak perbezaan kerana sebut sahaja asia tenggara, negara-negara tersebut termasuk pertandingan peringkat umur pun kita akan jumpa (mereka).”", "“Ramai sudah mengenali pasukan atau negara-negara tersebut,”", "“Sudah tentu, Vietnam merupakan pasukan pilihan dalam kumpulan kita dan yang penting kita hadapi satu perlawanan pada satu masa,” ", "“Pada masa yang sama, kita bukan sahaja fokus kepada lawan Vietnam, kita tahu Indonesia sememangnya seteru atau musuh tradisi kita.”", "“Dan, sudah tentu, Kemboja pun kita tidak boleh ambil mudah kerana mereka juga ada pemain-pemain yang berbakat, dan juga Laos, mereka (walaupun) dikatakan (berada) dalam balang kelima tetapi kita perlu fokus setiap perlawanan.” katanya menerusi satu video yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Sementara itu, jurulatih berusia 53 tahun ini memaklumkan barisan kejurulatihannya akan memantau pemain-pemain yang akan dipanggil untuk membarisi skuad Harimau Malaya dalam kejohanan ini.", "“Barisan jurulatih akan sentiasa memantau prestasi pemain-pemain kita, pada masa yang sama, kita juga perlu melihat persiapan pasukan negara-negara lain tetapi macam saya bagitahu Vietnam, mereka berada dalam kelayakan Piala Dunia fasa akhir jadi memang boleh nampak mereka berada dalam tahap yang lain,”", "“Kita mengharapkan pemain-pemain yang dipanggil dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada skuad kebangsaan,” tambahnya lagi.", "Baca: Pemain Terengganu, KL City, Kedah, Penang & PJ City Dalam Penilaian Cheng Hoe Untuk Dipanggil ke Skuad Kebangsaan", "Untuk makluman semua, saingan Piala AFF kali ini akan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022. Disebabkan rantau asia tenggara masih dilanda pandemik Covid-19, kejohanan ini akan diadakan secara ‘venue’ berpusat.", "Bagaimanapun venue tersebut masih belum ditentukan secara rasmi dengan Kemboja, Singapura dan Thailand disebut-sebut antara yang disebut untuk dipilih sebagai tuan rumah.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321988/", "headline": "\nBek Kanan Muda Terengganu Lanjut Kontrak Sehingga Tahun 2025\n", "content": ["Bek kanan yang baru sahaja menginjak usia 22 tahun pada 12 Februari lalu, Azam Azmi Murad akan terus menyarung jersi Terengganu FC sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun lagi.", "Pengesahan itu hadir selepas ejennya berkongsikan sekeping gambar Azam yang menyarung jaket kelab sedang menandatangani helaian dokumen melalui platform media sosialnya, pada hari ini.", "Perkongsian itu diiringi dengan kapsyen ‘extension contract 2025’ melalui ciapan di akaun Twitter serta ‘EXTENDED’ menerusi Instagram Story.", "Azam yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan sememangnya menjadi tonggak penting buat skuad berpangkalan di pantai timur terbabit terutamanya sejak musim 2021.", "Peranan Azam bertambah penting pada musim lalu apabila dia diturunkan sebanyak 30 kali dalam kesemua pertandingan Liga Malaysia yang merangkumi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.", "Selain itu, saingan musim lalu turut menyaksikan Azam berhasil menyumbang satu gol ketika bertemu Sri Pahang dalam saingan Piala Malaysia serta dua ‘assist’ ketika berentap menentang Kuching City dan Sri Pahang dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia masing-masing. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218964/", "headline": "\nSukan Solidariti Islam: Haiqal Hanafi, Hafiz Jantan Kandas Separuh Akhir 100m\n", "content": ["Kedua-dua pelari pecut negara, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan tidak dapat mara ke peringkat akhir acara 100 meter (m) lelaki di temasya Sukan Solidariti Islam Konya 2021 di Turkiye.", "Ini disebabkan kedua-dua pelari yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Filipina 2019 dan Kuala Lumpur 2017 masing-masing ini terkandas di peringkat separuh akhir, semalam.", "Pelari yang berusia 23 dan 24 tahun masing-masing ini menamatkan saingan peringkat terbabit di tempat ke-17 dan ke-18 daripada 24 peserta dengan catatan masa 10.46 saat (s) dan 10.49s masing-masing.", "Untuk makluman semua, pada peringkat Pusingan 1, kedua-dua pelari ini merekodkan masa larian yang lebih baik berbanding di peringkat separuh akhir.", "Perlumbaan yang berlangsung pada hari pertama temasya itu menunjukkan Haiqal berhasil menamatkan larian dalam tempoh 10.13s sekaligus memperbaharui rekod peribadi yang dihasilkan di Sukan SEA 2017 iaitu 10.35s.", "Hafiz turut mencatatkan waktu larian yang lebih baik di Pusingan 1 iaitu 10.26s namun tidak memperbaharui rekod peribadi terbaiknya di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016, 10.18s.", "Featured Image: KBS Malaysia & Kuala Lumpur 2017"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215543/", "headline": "\nRanking BWF: Empat Perseorangan Muda Lelaki Negara Raih Peningkatan Selepas Muncul Juara BATC 2022\n", "content": ["Kejayaan pasukan lelaki Malaysia muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 memberikan peningkatan ranking kepada tiga pemain muda negara.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini, Ng Tze Yong (21 tahun), Aidil Sholeh (22 tahun), Lim Chong King (21 tahun) dan Jacky Kok Jing Hong (20 tahun) menunjukkan peningkatan sebanyak 1, 3, 11 dan 25 anak tangga masing-masing.", "Ini menjadikan Tze Yong, Aidil, Chong King dan Jacky menduduki tangga ke-46, ke-109, ke-156 dan ke-212 masing-masing pada minggu ini.", "Sebagai rekod, ketiga-tiga pemain ini tampil dalam saingan BATC yang berlangsung pada minggu lalu. Tze Yong dan Aidil membuat dua dan tiga penampilan masing-masing. Manakala Chong King dan Jacky tampil sebanyak satu kali.", "Sementara itu, ranking melibatkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara yang turut beraksi bersama pasukan Malaysia iaitu Leong Jun Hao mencatatkan penurunan satu anak tangga dan kini menghuni ranking ke-127 dunia. ", "Ranking melibatkan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia yang berusia 23 tahun pula tidak merekodkan sebarang pergerakan dimana dia kekal di tangga ketujuh dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206560/", "headline": "\nHafiz Jantan, Haiqal Hanafi Bakal Dapat Sentuhan Dwayne Miller\n", "content": ["Susulan langkah Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mahu menempatkan kesemua atlet pecut elit kebangsaan di Bukit Jalil menyaksikan pelari sensasi negara iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi bakal mendapat bimbingan jurulatih baharu.", "Perkembangan terkini itu mengakibatkan kedua-dua pemenang pingat emas Sukan SEA tersebut terpaksa meninggalkan jurulatih mereka, Mohd Poad Md Kassim yang juga merupakan seorang guru di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor.", "Sehubungan dengan itu, Khairul dan Haiqal bersama-sama rakan sepasukan yang lain akan dibimbing oleh Pengarah Teknikal KOM kelahiran Amerika Syarikat, Dwayne Miller.", "Perkara tersebut disahkan oleh Timbalah Presiden KOM, Datuk Mumtaz Jaafar menurut laporan yang dikeluarkan Bernama.", "“Kita mahu atlet elit berlatih di bawah Miller seperti ditetapkan sebelum ini. Beliau mempunyai kepakaran dan kita juga membayar gaji yang tinggi kepadanya, malah beliau juga bersedia untuk melatih lebih banyak atlet.’’", "“Kita akan bincang dengan Poad kerana mahu situasi menang menang, tak nak rampas atlet. Secara peribadi saya berharap mereka dapat turun berlatih di Bukit Jalil supaya dapat berlatih sebagai satu pasukan,” tambah Datuk Mumtaz lagi.", "Mengulas mengenai perkembangan sama, Ketua Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Mohd Manshahar Abd Jalil turut melihat kepentingan sekiranya semua pelari elit negara dapat berlatih bersama-sama di Bukit Jalil tanpa mahu menafikan kredibiliti hebat Poad sebagai jurulatih.", "“Kita bukannya mahu menidakkan kewibawaan Poad, beliau telah lahirkan atlet-atlet negara yang terbaik, boleh katakan beliau jurulatih pecut negara yang terbaik.’’", "‘’Kita pernah mencadangkan supaya Poad ditukarkan ke Bukit Jalil, tetapi beliau tidak dapat datang kerana sebab-sebab tertentu.’’", "‘’Atlet bersedia untuk berhijrah ke sini, bagaimanapun, kita akan membuat perbincangan melibatkan MSN, atlet dan jurulatih agar semua pihak faham mengenai hala tuju kita. Sekarang pun mereka sedang menjalani latihan khas selama dua minggu di bawah Miller sebagai proses transisi.”", "Miller hadir ke Malaysia dengan reputasi hebat berikutan pengalaman luasnya selama 30 tahun dalam bidang kejurulatihan serta menjadi perintis dalam membantu pelari Amerika Syarikat, LaShawn Merritt memenangi dua pingat emas di Sukan Olimpik 2008 yang diadakan di Beijing, China."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111518/", "headline": "\nAndrew Hoy Raih Pingat Pada Usia 62 Tahun – Atlet Kedua Tertua Dalam Sejarah Olimpik\n", "content": ["Atlet ekuestrian Australia, Andrew Hoy yang berusia 62 tahun muncul atlet kedua paling tua yang berjaya meraih pingat di temasya Sukan Olimpik.", "Andrew mencipta rekod tersebut selepas memenangi pingat perak dalam acara ‘eventing’ berpasukan dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020, semalam.", "Tidak cukup dengan pingat perak, Andrew menambah satu lagi pingat gangsa dalam acara ‘eventing’ individu juga berlangsung pada petang semalam.", "UNREAL!!!THANK YOU VASSILY!! 🧡🧡🧡🦄🦄🦄 pic.twitter.com/UNMtVZMjYs", "Ini menjadikan Andrew telah mengumpul enam pingat Olimpik daripada lapan penampilannya di temasya Olimpik. ", "Untuk makluman, pertama kali Andrew beraksi di temasya ini adalah pada Sukan Olimpik Los Angeles 1984.", "Pingat pertamanya hadir ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Barcelona 1992.", "I am so lucky to be able to get up every morning & do what I love most – spend time with & ride my horses. 🧡 Over all of those years, there has been a huge amount of people supporting me. Without them, this would never have been possible. My medals are their medals. 🙌 pic.twitter.com/OkwhQ46FXH", "Sebagai rekod, atlet tertua yang memenangi pingat di temasya Olimpik ialah Loius Noverraz dari Switzerland.", "Beliau direkodkan memenangi pingat perak pada usia 66 tahun dalam acara pelayaran ketika menyertai Sukan Olimpik Mexico City 1968."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220793/", "headline": "\nBelanjawan Terengganu 2023: Sektor Sukan Dapat Peruntukan Berjumlah RM20 Juta\n", "content": ["Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan sektor sukan di negerinya akan mendapat peruntukan sebanyak RM20 juta secara keseluruhan bagi tahun hadapan.", "Perkara itu diumumkannya ketikan membentangkan Belanjawan 2023 yang bertemakan Memacu Terengganu Berdaya Tahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.", "Daripada jumlah yang dinyatakan itu, Samsuri memperincikan sebanyak RM14.5 juta akan digunakan bagi persediaan awal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 serta penganjuruan Sukan Terengganu (SUTERA).", "Seterusnya, sebanyak RM600,000 pula akan diperuntukkan bagi penganjuran perlumbaan berbasikal jalan raya anjuran kerajaan negeri, Tour Gateh D’Tranung.", "Akhir sekali, sebanyak RM4.9 juta pula diperuntukkan bagi penyelenggaraan dan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan di negeri terbabit.", "Untuk makluman semua, di awal sesi pembentangan, Samsuri memaklumkan Belanjawan 2023 memperuntukkan RM1.991 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM500 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM30 juta bagi perbelanjaan bekalan air.", "Sementara itu, beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri Terengganu menganggarkan mengutip hasil berjumlah RM1.81 bilion dengan RM65.17 juta daripada hasil cukai, RM135.59 juta daripada hasil bukan cukai dan RM1.609 bilion daripada terimaan bukan hasil.", "Featured Image: Facebook Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322135/", "headline": "\n127 Perlawanan Piala MFL 2023 Disiarkan Secara Langsung Di Youtube\n", "content": ["Teka-teki mengenai siaran langsung melibatkan kejohanan bawah 23 tahun anjuran Malaysian Football League (MFL) iaitu Liga Simpanan atau Piala MFL terjawab.", "Badan penganjur kejohanan tempatan itu memaklumkan 127 perlawanan bagi edisi sulung kejohanan terbabit akan disiarkan secara langsung di Youtube di saluran Malaysian Football League bermula hari ini (Khamis, 2 Mac).", "MFL dalam kenyataannya, inisiatif yang dilaksanakan ini adalah untuk membolehkan peminat-peminat bola sepak tanah air dapat mengikuti perkembangan saingan Piala MFL.", "Lebih-lebih lagi ianya dibarisi generasi pemain seterusnya untuk diserapkan ke dalam skuad Liga Super.", "Untuk makluman semua, MFL memperkenalkan saingan Liga Simpanan atau Piala MFL ini sebagai medan persaingan kepada pemain-pemain berumur 23 tahun bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan dan pendedahan dalam aksi kompetitif."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321311/", "headline": "\nFAM: Hanya 59,000 Keping Tiket Dijual, Harga RM30 Kekal Untuk Semi-Final Lawan Thailand\n", "content": ["Badan induk bola sepak tanah air, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk mengekalkan harga tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang melibatkan Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 7 Januari (Sabtu) kelak sama seperti harga pada peringkat kumpulan.", "Ini menjadikan harga tiket bagi perlawanan itu ditetapkan pada RM30, RM50 dan RM60 bagi kategori Terbuka, Premium dan Grandstand masing-masing. Manakala tiket bagi kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) pula kekal pada harga RM5.", "Dimaklumkan, keputusan ini dibuat secara sebulat suara selepas Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin mempengerusikan mesyuarat khas bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM di stadium sejurus selepas perlawanan menentang Singapura, malam tadi.", "Siaran Media: FAM Kekal Harga RM30 Untuk Tiket Separuh Akhir AFF 2022", "▶️ Baca penuh di https://t.co/xhwWlVSXEu#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/eWttGo9VeY", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 4, 2023", "Ia sebagai tanda penghargaan kepada penyokong skuad Harimau Malaya yang telah memberikan sokongan padu kepada pasukan sepanjang kempen Piala AFF 2022 setakat ini.", "Sebelum ini, FAM menetapkan tiket pada peringkat separuh akhir akan dijual pada harga RM50, RM80 dan RM120 bagi kategori Terbuka, Premium dan Grandstand masing-masing.", "Untuk makluman semua, tiket bagi perlawanan menentang juara bertahan merangkap juara Kumpulan A itu akan mula dijual di laman sesawang www.tickethotline.com bermula jam 3 petang, hari ini.", "Bagaimanapun, FAM memaklumkan hanya 59,000 keping tiket sahaja akan dijual pada perlawanan ini memandangkan sebanyak 21,000 tempat duduk terpaksa dikosongkan kerana dihalang struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.", "Situasi ini tidak dapat dielakkan dimana FAM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah berusaha sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan aksi skuad Harimau Malaya di sepanjang kempen Piala AFF 2022 ini tetap dapat dilangsungkan di SNBJ berbanding ianya diadakan di stadium lain yang berkapasiti lebih kecil.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322427/", "headline": "\nPengadil EPL Diminta Beri Ruang Pemain Muslim Berbuka Puasa\n", "content": ["Pemain-pemain muslim yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) akan diberi ruang untuk berbuka puasa apabila masuk waktu Maghrib (terbenam matahari) ketika dalam permainan sepanjang bulan Ramadan.", "Perkembangan ini hadir selepas badan pengadil negara terbabit, Professional Game Match Official Limited (PGMOL) telah mengeluarkan satu panduan kepada para pengadil berkenaan hal terbabit, lapor Sky Sports secara eksklusif.", "Panduan itu membenarkan pengadil untuk menghentikan permainan seketika dan membolehkan pemain-pemain yang berpuasa untuk berbuka dengan mengambil sebarang minuman, gel tenaga atau makanan tambahan.", "Para pengadil turut digalakkan untuk mengenal pasti sebarang pemain yang memerlukan waktu berbuka ini dan anggaran waktu secara kasar yang dipersetujui.", "Untuk makluman semua, antara pemain muslim yang beraksi dalam kancah EPL ialah Mohamed Salah (Liverpool), Riyad Mahrez (Manchester City), N’golo Kante (Chelsea) dan beberapa pemain lain lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216943/", "headline": "\nMinyak Masak Alif Diperkenalkan Sebagai Penaja Liga Malaysia\n", "content": ["Salah sebuah jenama minyak masak utama di Malaysia, Alif diperkenalkan sebagai penaja terbaru buat liga bola sepak tempatan, Liga Malaysia.", "Sesi pengenalan itu dilakukan dalam satu majlis memperkenalkan penaja antara Sime Darby Oils (SDO) dan Malaysian Football League (MFL) yang diadakan di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara, pada hari ini.", "Hasil penajaan ini, minyak masak Alif turut diangkat sebagai Minyak Masak Rasmi Pertama Liga Malaysia. Bagaimanapun, jumlah penajaan oleh SDO kepada MFL ini tidak didedahkan kepada umum.", "Selain itu, dengan penajaan ini, SDO turut merancang beberapa program dan aktiviti bercorak gaya hidup yang akan dilaksanakan di stadium dan juga pusat membeli-belah terpilih dengan kerjasama rakan-rakan niaga.", "Ini termasuklah aktiviti-aktiviti bersama personaliti bola sepak terkenal dan para peminat mereka di setiap negeri di seluruh negara.", "Sebagai rekod, tahun ini menyaksikan pengendali liga tempatan iaitu MFL telah menerima kemasukan penajaan baharu antaranya Luno (platform jual beli kriptowang), Duopharma Biotech (ubat sakit kepala & minuman isotonik) dan Pos Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110729/", "headline": "\nOPPO, Getty Images Warnakan Semula Foto Ikonik Sukan Tenis Sempena Kejohanan Wimbledon\n", "content": ["OPPO dan Getty Images meraikan kehadiran semula kejohanan tenis, Wimbledon dengan menjalinkan kerjasama menerusi pelancaran kempen baharu, Courting the Color.", "Menerusi kempen ini, OPPO dan Getty Images mewarnakan semula foto-foto ikonik dalam sukan tenis versi hitam putih untuk menceritakan semula kisah di sebalik setiap foto. ", "Sebanyak tujuh foto diwarnakan semula untuk tatapan para peminat tenis seluruh dunia. Berikut adalah tujuh foto tersebut:", "Untuk makluman, kejohanan Wimbledon kali ini telah membuka tirainya pada 21 Jun dan bakal berakhir pada 12 Julai 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207899/", "headline": "\nUlangan Aksi Kedah, Pahang 8-8 Jadi Tumpuan Saingan Piala Malaysia 2020\n", "content": ["Hari ini telah berlangsungnya majlis undian bagi saingan TM Piala Malaysia 2020. Majlis undian yang diadakan secara tertutup itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Unifi di Youtube.", "Hasil undian yang dibuat, pertemuan di antara Kedah menentang Pahang bakal menjadi tumpuan utama bagi saingan pusingan pertama pada musim ini. ", "Manakan tidaknya, ianya merupakan ulangan kepada aksi Piala Malaysia musim lalu di mana kedua-dua pasukan terikat 8-8 secara agregat ketika peringkat separuh akhir.", "Manakala juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dilihat bakal berdepan laluan mudah apabila diundi bertemu pasukan daripada saingan Liga Premier iaitu Kuching FA.", "Seterusnya, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, Selangor akan menentang wakil Liga Super iaitu Melaka di halaman sendiri pastinya turut mencuri tumpuan.", "Finalis Piala Malaysia 2018, Terengganu FC pula diundi bertemu Petaling Jaya City FC. Sementara itu, Perak akan berhadapan dengan Kelantan United FC.", "Juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Manzoor Azwira diundi bertemu Felda United FC. Pada masa yang sama, UITM FC bakal berhadapan dengan pasukan Kelantan.", "Akhir sekali, pasukan Kuala Lumpur telah diundi mendapat ‘bye’ sekaligus mara ke pusingan suku akhir secara automatik ekoran daripada Sabah tidak dibenarkan menyertai saingan ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan oleh pihak kerajaan.", "Jadual penuh perlawanan adalah seperti yang tertera di bawah:", "KEPUTUSAN MAJLIS UNDIAN TM PIALA MALAYSIA 2020 🏆Perlawanan mana yang paling anda nantikan? 🤩#TMPialaMalaysia2020 pic.twitter.com/Sl3nRDEDWl"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324311/", "headline": "\nUiTM FC Dijenamakan Semula UiTM United, Beraksi Di Piala Al-Ikhsan 2023\n", "content": ["Kelab Bola Sepak UiTM (UiTM FC) mengumumkan menjenamakan semula pasukan bola sepak mereka kepada UiTM United bermula musim 2023 disamping bakal beraksi dalam saingan Liga M4.", "Penjenamaan semula itu merupakan simbolik kepada permulaan baharu kepada pasukan bola sepak mereka yang hampir keseluruhannya diwakili alumni dan mahasiswa universiti awam itu biarpun masih mengekalkan identiti mereka selaku The Lions.", "Sebelum ini, UITM FC telah menarik diri daripada beraksi dalam Liga Super 2023 sekaligus menimbulkan tanda tanya terhadap hala tuju pasukan universiti pertama Malaysia yang pernah beraksi di dalam kancah tertinggi bola sepak tempatan. ", "Tatkala ramai yang menduga pasukan itu bakal beraksi dalam Liga M3 atau kini dikenali sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank, UITM United FC diumumkan penganjur menyertai saingan Liga M4 atau nama komersialnya Piala Al-Ikhsan 2023. ", "Dalam saingan tersebut, The Lions akan beraksi dalam Zon Pantai Timur bersama empat lagi kelab iaitu Kuantan City FC (Pahang), YPM FC (Pahang), WTS FC (Kelantan) dan Real Chukai FC (Terengganu) secara timbal balik. ", "Selain Zon Pantai Timur, dua lagi zon dalam saingan Piala Al-Ikhsan 2023 adalah Zon Tengah/Selatan dan Zon Borneo yang terdirid daripada enam dan lima pasukan masing-masing. ", "Untuk makluman semua, saingan Piala Al-Ikhsan ini menawarkan dua slot automatik ke saingan Liga M3 musim hadapan untuk direbut oleh kesemua 16 buah pasukan yang bertanding.", "Sebagai tambahan, Piala Al-Ikhsan 2023 akan bermula 3 Jun (Sabtu) ini dengan UiTM United FC memulakan kempen menentang Real Chukai FC di laman sendiri. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202321758/", "headline": "\nStadium Mak Chili Jadi Lokasi Bekas Pemain Politeknik ‘Reunion’ Selepas 19 Tahun\n", "content": ["Gelanggang rasmi atau “home” kepada Real Chukai FC, Stadium Mak Chili menjadi pilihan bekas pemain-pemain bola sepak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun untuk menjayakan “Reunion Match” selepas 19 tahun.", "Untuk makluman, gelanggang berlokasi di Chukai, Kemaman yang menggunakan rumput tiruan serta mempunyai lampu limpah bagi perlawanan pada waktu malam tersebut dibuka untuk tempahan kepada orang ramai bermain. ", "Wakil kepada kumpulan bekas pemain yang membawa nama Seniman Bola Sepak Politeknik Dungun berkongsikan pemilihan gelanggang itu juga turut didorong faktor lokasi yang strategik memudahkan kehadiran kalangan rakan-rakan dari pantai barat selain kadar sewaan yang berpatutan, mempunyai bilik persalinan, surau dan cafe.", "Pertemuan dan perlawanan yang dibarisi rata-rata pemain berusia lewat 30-an yang terdiri daripada kalangan bekas pelajar yang mengikuti pengajian di PSMZA seawal Batch 2004 sememangnya mengimbau nostalgia usia muda remaja yang cukup aktif dalam aktiviti bola sepak.", "Perlawanan pada malam itu menemukan mereka dengan pasukan Lejen Kemaman 198X dengan kemenangan berpihak kepada Seniman Bola Sepak Dungun  dengan keputusan 7-3.", "“Reunion Match” ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pensyarah dan bekas jurulatih mereka, En. Mohd Fadhli Musa serta jamuan makan malam di restoran berdekatan.", "Difahamkan, “Reunion Match” ini turut berada dalam pengetahuan Pengarah PSMZA Sr. Tn. Hj. Fikri Ismail serta barisan pensyarah-pensyarah lain yang turut menyatakan sokongan terhadap berlangsungnya program ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111597/", "headline": "\nOlimpik 2020: Azizulhasni Pocket Rocketman Raih Perak, Jason Kenny Pertahan Kejuaraan\n", "content": ["Jaguh negara, Dato’ Azizulhasni Awang meraih pingat perak pertama dalam acara berbasikal trek temasya Sukan Olimpik buat Malaysia.", "Pingat perak tersebut diraih selepas muncul di tempat kedua dalam perlumbaan final keirin yang berlangsung di Izu Velodrome, Shizuoka pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.", "PINGAT BUAT MALAYSIA! 🥈Dato' Azizulhasni Awang memperoleh pingat perak selepas menamatkan final Keirin Lelaki di tempatTerima kasih dari kami rakyat Malaysia. Anda wira kami! 🇲🇾#CyclingTrack#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/2Ti8U0zk2G", "Pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu berjaya meraih pingat perak selepas mengatasi Harrie Lavreysen (Belanda), Matthew Glaetzer (Australia), Maximilian Levy (Jerman) dan Jair Tjon En Fa (Suriname).", "Kejayaan ini memperbaiki persembahan Azizul di Rio 2016 yang meraih pingat gangsa dalam acara yang sama.", "Sementara itu, penyandang juara Jason Kenny (Great Britain) tampil mempertahankan kemenangannya dengan di Rio 2016 dengan strategi mengejutkan iaitu memecut dari awal untuk muncul pelumba pertama yang melintasi garisan penamat.", "Untuk makluman, ini merupakan penampilan keempat Azizul di dalam temasya Sukan Olimpik sejak menyertainya buat pertama kali pada tahun 2008."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323702/", "headline": "\nUndian Piala Asia 2023: Harimau Malaya Sekumpulan Dengan Pasukan Son Heung-min\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan yang terkenal dengan julukan Harimau Malaya akan mengharungi saingan Piala Asia 2023 di Qatar kelak dengan bertemu salah satu pasukan yang dibintangi oleh pemain terkenal dunia, Son Heung-min iaitu Republik Korea (ranking ke-27).", "Selain itu, Malaysia yang turut dibimbing oleh ketua jurulatih dari negara tersebut, Kim Pan-gon akan berhadapan dengan dua pasukan dari rantau asia barat iaitu Jordan dan Bahrain yang menghuni ranking ke-84 dan ke-85 masing-masing.", "Untuk makluman semua, keempat-empat pasukan ini diletakkan dalam Kumpulan E. Keputusan ini hadir selepas selesainya majlis undian yang berlangsung di Katara Opera House, Qatar, sebentar tadi.", "Ladies and gentlemen, the draw is done! ✅ ", "The Groups are set! ✔️ ", "Let the countdown to #AsianCup2023 begin! pic.twitter.com/UtgH8jgsfd", "— #AsianCup2023 (@afcasiancup) May 11, 2023", "Sementara itu, hasil undian menyaksikan Kumpulan A diserikan dengan kehadiran pasukan tuan rumah bersama-sama China, Lubnan dan Tajikistan.", "Kumpulan B pula diisi dengan Australia, Uzbekistan, Syria dan India. Pada masa yang sama, Kumpulan C terdiri daripada Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Hong Kong.", "Manakala Kumpulan D menyaksikan ianya diisi oleh dua pasukan dari rantau asia tenggara iaitu Vietnam dan Indonesia bersama-sama Jepun dan Iraq.", "Akhir sekali, Arab Saudi, Oman, Kyrgyzstan dan Thailand pula menghiasi Kumpulan F.", "Untuk makluman semua, kejohanan tertinggi bagi benua asia ini akan bermula pada 12 Januari hingga 10 Februari pada tahun hadapan.", "Sebagai rekod, ini merupakan penampilan pertama skuad Harimau Malaya selepas hampir 44 tahun secara merit di kejohanan Piala Asia.", "Malaysia mengesahkan tempat ke saingan ini setelah menamatkan saingan kelayakan selaku naib juara Kumpulan E serta meletakkan diri sebagai pasukan ketiga dalam kalangan enam naib juara terbaik merentasi semua kumpulan peringkat kelayakan, pada tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112054/", "headline": "\n‘Dalam Rezeki Saya, Ada Juga Rezeki Orang Lain’ – Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Emas Paralimpik\n", "content": ["Hasil daripada kejayaan memenangi pingat emas dalam acara badminton kategori SU5 pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020, atlet para badminton negara, Cheah Liek Hou bakal menerima ganjaran RM1.1 juta.", "Untuk makluman semua, ganjaran RM1 juta tersebut bakal diberikan sepertimana dijanjikan oleh Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) manakala RM100,000 pula merupakan insentif daripada FWD Takaful.", "Bagaimanapun, menerusi laporan media tempatan, atlet berusia 33 tahun berkongsikan niat murni untuk mendermakan sebahagian daripada RM1.1 juta tersebut bagi membantu rumah-rumah kebajikan.", "Baca: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia", "“Saya mahu sedekahkan sebahagian daripada ganjaran itu.”", "“Saya akan beri bantuan kepada mana-mana rumah rumah kebajikan yang memerlukan menggunakan sebahagian daripada ganjaran itu. ", "“Ini sesuatu yang memang saya sudah lama rancang, saya percaya dalam rezeki saya, ada juga rezeki orang lain,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Liek Hou yang merupakan juara enam kali dunia muncul pemain pertama negara yang memenangi emas dalam acara tersebut di pentas Paralimpik setelah menumpaskan pemain No.1 dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi secara dua ‘straight set’ pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi, sabtu lalu.", "Sebelum daripada itu, perjalanan Liek Hou ke pentas akhir turut diserikan dengan prestasi cemerlangnya yang tidak merekodkan sebarang kekalahan bermula dari saingan peringkat Kumpulan B.", "Baca: ‘Unbeaten’ Liek Hou Tempah Tiket Separuh Akhir Badminton SU5", "Kejayaan Liek Hou pada kali ini turut mendapat tunjuk ajar dan suntikan semangat daripada bekas jaguh badminton negara, Datuk Rashid Sidek selaku jurulatihnya.", "“Saya juga mahu dedikasikan kejayaan ini kepada jurulatih saya Datuk Rashid yang berkorban untuk melatih saya.” ", "“Dia sanggup meninggalkan keluarga dia apabila selama tiga bulan bersama saya menjalani latihan secara kuarantin di MSN (Majlis Sukan Negara)… memang saya nampak dia betul-betul bagi jiwa dan raga dia untuk membantu saya.”", "“Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga terutama ibu (Jap Joe Tjin) dan isteri saya (Dewi Febriana), mereka tidak merungut apa-apa pun sepanjang ketiadaan saya untuk melakukan persiapan menghadapi Sukan Paralimpik.”", "“Tidak lupa juga kepada MSN dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang banyak memberi sokongan. Kalau bukan kerana mereka yang membayar gaji kepada Datuk Rashid bagi melatih saya, tidak mungkin saya dapat capai prestasi seperti hari ini,” katanya lagi.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324055/", "headline": "\nSafawi Kembali Sarung Jersi JDT, Masih Adakah Ruang Buat Pasukan Lain?\n", "content": ["Penyerang sensasi, Safawi Rasid kini telah kembali ke tanah air apabila dilihat menyertai sesi latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sejurus tamat saingan Ratchaburi di Liga Thailand.", "Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu berhijrah ke bumi Thailand atas kemahuannya sendiri untuk mencari minit permainan, sepertimana yang dimaklumkan pemilik JDT, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam satu wawancara bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM).", "Kini, Safawi pulang ke pangkuan skuad berjulukan Harimau Selatan itu sekaligus memberikan gambaran yang samar berkenaan masa depan pemain tersebut menjelang jendela perpindahan yang akan datang. ", "Get your tickets at https://t.co/4EKIFak3ZW now!", "More photos at https://t.co/7T1ePY2P7W#JDT#WhatCanYouDo#TrainingSession#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/0YunQlD24h", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 23, 2023", "Status Safawi yang masih lagi samar bersama JDT juga seolah-olah membuka ruang buat banyak kelab bukan sahaja di liga tempatan malahan di rantau Asia Tenggara untuk mendapatkan penyerang tersebut. ", "Terdahulu, sebuah kelab yang terletak di pantai timur tanah air dikhabarkan berminat untuk mendapatkan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia bagi musim 2018 dan 2019 itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.", "Khabar angin perpindahan Safawi itu kemudiannya beralih pula ke bumi Indonesia apabila Persib Bandung juga dikatakan menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain tersebut beraksi dalam saingan Liga 1 yang bakal bermula Julai 2023.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216121/", "headline": "\nPengerusi BN Tak Minat Terlibat Dalam Persatuan Bola Sepak – Setuju Ianya Dipimpin Bekas Pemain\n", "content": ["Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan dirinya tidak mahu terlibat dalam mana-mana persatuan bola sepak pada ketika ini.", "Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membuat penafian berkenaan selepas namanya dicanang oleh beberapa laporan media sebagai calon baharu presiden bagi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menerusi laman Facebook-nya, pada hari ini.", "Beliau dicalonkan untuk menggantikan Presiden KLFA pada waktu ini, YB Khalid Abdul Samad merangkap Ahli Parlimen Shah Alam. Selain Zahid, Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim merangkap Ahli Parlimen Arau turut dikaitkan dengan jawatan itu.", "“Maka terpaksalah saya akui suatu ketika dulu skil permainan bola sepak saya hampir menyamai Lionel Messi atau belakang sedikit berbanding Karim Benzema.”", "“Tetapi itu tidaklah bermakna saya mengidamkan jawatan presiden mana-mana persatuan bola sepak dalam negara sedangkan ada perkara lebih mustahak untuk diutamakan.”", "“Saya tidak berminat untuk terlibat dalam mana-mana persatuan bolasepak biarpun pernah menjadi Presiden PAFA (Perak).”", "“Saya juga pernah terlibat menjulangkan nama pasukan bolasepak ATM & PDRM sewaktu menjadi Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri ketika itu.”", "“Justeru, saya menafikan laporan media tertentu saya adalah calon baharu Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang memenangi Piala Malaysia tahun lalu,” tulisnya.", "Paling mencuri perhatian, seorang pengikut laman sosialnya yang bernama Man Puyuh meninggalkan komen, mencadangkan bekas pemain bola sepak untuk menjadi presiden persatuan bola sepak. Perkara tersebut pantas dipersetujui oleh Zahid menerusi balasan di ruang komen yang sama.", "Dimaklumkan, ahli politik berusia 69 tahun itu memaklumkan mahu menumpukan perhatian terhadap tugasannya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO dengan sebaik mungkin."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321697/", "headline": "\nPiala MFL Beri Coach Elavarasan Banyak Pilihan Bentuk Skuad Sukan SEA\n", "content": ["Saingan sulung Piala MFL yang akan bermula 2 Mac kelak memberikan banyak pilihan buat ketua jurulatih pasukan kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), E. Elavarasan untuk membentuk skuad bagi menghadapai temasya Sukan SEA 2023.", "Menurut jurulatih berusia 51 tahun terbabit, kehadiran pertandingan baharu yang dikhaskan kepada pemain berusia 23 tahun ke bawah ini  menjadikan situasi sangat berbeza berbanding musim sebelumnya dimana beliau hanya memantau perkembangan pemain tersebut dalam skuad utama yang beraksi di pentas Liga Super atau Liga Premier.", "Pada masa yang sama, Elavarasan melihat kancah Piala MFL ini juga akan menjadi platform terbaik kepada pemain-pemain muda untuk memperagakan bakat dan mengekalkan tahap kompetitif masing-masing sepanjang musim.", "🗳 Keputusan undian Piala MFL 2023!", "Pasukan manakah yang akan muncul juara sulung pertandingan ini? 🤩#PialaMFL2023 pic.twitter.com/y1fPluD5qT", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 31, 2023", "“Memang satu situasi berbeza kerana sebelum ini saya hanya memantau perkembangan pemain dalam skuad utama dan kali ini kita sudah ada Piala MFL.", "“Kejohanan Sukan SEA merupakan tugasan pertama saya bersama pasukan dan sudah tentu, saya mengharapkan mampu mendapatkan pemain yang terbaik.", "“Jadi dengan adanya Piala MFL, saya rasa boleh mencungkil pemain-pemain baharu untuk pasukan selain boleh mendapatkan minit permainan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan Liga Super.", "“Kehadiran pemain-pemain import mungkin boleh dijadikan panduan kepada pemain-pemain muda ini terutama kepada mereka yang masih baharu dengan suasana pertandingan seperti ini,” katanya selepas majlis undian Piala MFL baru-baru ini.", "Untuk makluman semua, Elavarasan mempunyai masa sekitar tiga bulan sahaja lagi untuk memantau pemain-pemain B-23 dan membentuk pasukan yang akan beraksi di temasya Sukan SEA 2023.", "Temasya itu dijadualkan bermula pada 5 hingga 17 Mei di Kemboja.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113260/", "headline": "\nBAM Lantik Kembali Individu Yang Menaikkan Kien Keat-Boon Heong, Beregu No.1 Dunia Masa Lalu\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan mendapatkan kembali khidmat individu yang berperanan menaikkan pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong sehingga menjadi beregu nombor 1 dunia suatu masa lalu.", "Individu tersebut adalah bekas pemain badminton Indonesia, Rexy Mainaky yang pernah menjadi jurulatih beregu negara dari tahun 2005 hingga 2012. Bagaimanapun, kedatangan beliau pada kali ini diberikan peranan sebagai Timbalan Pengarah Kejurulatihan BAM. ", "Ini juga bermakna Rexy akan bekerjasama dengan rapat bersama Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Han.", "Perkembangan positif dalam arena badminton negara ini disampaikan oleh BAM menerusi satu makluman rasmi, semalam. ", "Selain itu, BAM menerusi presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut memaklumkan Rexy yang merupakan pakar dalam permainan beregu turut diberikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) khas dalam memantapkan lagi skuad beregu kebangsaan dengan segera.", "Pastinya ia akan memberikan manfaat tambahan kepada pasangan beregu negara yang semakin mencipta nama di pentas antarabangsa terutamanya Aaron Chia-Soh Woi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang kini dilatih dengan cukup baik oleh Flandi Limpele – juga merupakan seorang jurulatih dari Indonesia.", "Sebagai tambahan, Rexy masih mempunyai kontrak bersama Persatuan Badminton Thailand pada masa ini. Namun, BAM memaklumkan jurulatih berusia 53 tahun ini akan melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara pada 1 Disember 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111889/", "headline": "\nBeri Peluang Pelumba Muda Sertai Kejohanan Dunia, Azizul Mahu Tumpu Sukan Komanwel & Asia 2022\n", "content": ["Jaguh basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang memaklumkan tidak akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 yang akan dilangsungkan di Roubaix, Perancis pada 20 hingga 24 Oktober hadapan.", "Baca: Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 Diadakan di Perancis", "Hal ini kerana pelumba yang mendapat julukan The Pocket Rocketman mahu mengurangkan penyertaan dalam mana-mana kejohanan pada tahun ini lebih-lebih lagi setelah berpenat lelah membawa pulang pingat perak dalam acara keirin pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.", "Dijangka bukan sahaja Azizul malahan pelumba-pelumba ternama lain seperti Jason Kenny (Great Britain) dan Harrie Lavreysen (Belanda) yang memenangi pingat emas dan gangsa masing-masing juga tidak akan menyertai kejohanan tersebut.", "Tambah pelumba berusia 33 tahun ini lagi, pentas kejohanan berbasikal dunia tersebut seharusnya diberikan kepada pelumba-pelumba muda negara untuk mendapatkan pengalaman di pentas antarabangsa.", "“Untuk tahun ini saya cuba kurangkan dahulu perlumbaan sebab persiapan untuk (temasya) Olimpik Tokyo ni sangat berintensiti dan (memberi) tekanan ke atas saya,”", "“Saya memerlukan sedikit masa untuk berehat daripada (menyertai) pertandingan, saya akan bagi pelumba-pelumba muda yang lain pergi (mengambil bahagian) untuk mendapatkan pengalaman,” katanya di hadapan para wartawan dalam sidang media Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sukan Olimpik Tokyo 2020, minggu ini.", "Pada masa yang sama, Azizul atau turut mesra dengan panggilan Jijoe memaklumkan dia akan kembali beraksi di pentas antarabangsa dengan menyertai dua temasya iaitu Sukan Komanwel Birmingham dan Sukan Asia Hangzhou yang akan berlangsung pada tahun hadapan. ", "“Kejohanan besar saya pada tahun hadapan, Insya-Allah, Sukan Komanwel dan Sukan Asia, dan diharapkan saya dapat beraksi dengan cemerlang (pada temasya itu).” ujarnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219603/", "headline": "\nBekas Pengendali Bayern Munich, Lim Teong Kim Dilantik Ketua Jurulatih Perak FC – Kontrak 2+1 Tahun\n", "content": ["Pasukan yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi, XOX Berhad iaitu Perak FC mengumumkan perlantikan ketua jurulatih yang baharu bagi musim 2023 kelak.", "Berdasarkan pengumuman di laman sosialnya hari ini, individu yang dilantiknya bukan calang-calang iaitu bekas jurulatih skuad bawah umur Bayern Munich, Lim Teong Kim.", "“Perak FC melantik Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih untuk musim 2023. Selamat pulang ke Malaysia.” tulis kenyataan rasmi sambil mengepilkan foto berjabat tangan antara Teong Kim dan Pengerusi Perak FC, Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.", "Difahamkan, Teong Kim yang juga merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 16 tahun (B-16) diberikan kontrak selama 2 tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun bersama Perak.", "Selain itu, Perak turut memaklumkan Teong Kim akan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih skuad berjulukan The Bos Gaurus daripada Yusri Che Lah sejurus tamatnya perlawanan terakhir Liga Premier musim ini menentang Kuching City FC pada 17 September kelak.", "Untuk makluman semua, pengalamannya selaku jurulatih skuad bawah umur Bayern Munich, Teong Kim berpeluang mengilap bakat beberapa pemain terkenal dunia pada ketika ini seperti Thomas Muller, David Alaba, Toni Kroos dan Emre Can.", "Sementara itu, seperti kita ketahui, Teong Kim juga merupakan individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin pertahanan, Umar Hakim, pemain tengah, Firdaus Kaironnisam dan beberapa yang lain lagi semasa mencurahkan bakti selaku Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).", "Untuk pengetahuan semua, perlantikan ini juga menandakan bermulanya tugasan sulung Teong Kim selaku ketua jurulatih bagi skuad senior dalam karier kejurulatihannya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322240/", "headline": "\nTerbuka Jerman: Pearly-Thinaah Bertembung Shida-Matsuyama Di Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu wanita No.1 tanah air, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menjadi wakil tunggal negara yang melangkah ke peringkat separuh akhir Terbuka Jerman 2023 – Jelajah Dunia BWF Super 300.", "Langkah kemaraan itu direalisasikan selepas berhasil melakar kemenangan ke atas wakil Jepun yang menghuni ranking ke-11 dunia, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara di peringkat suku akhir, awal pagi tadi.", "Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan menumpaskan Matsumoto-Nagahara menerusi tiga set permainan yang berlangsung sengit memakan sekitar satu jam permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 18-21 dan 21-11.", "YONEX German Open 2023WD – QF 🇲🇾TAN Pearly🏅21 18 21 🇲🇾THINAAH Muralitharan🏅 🇯🇵Mayu MATSUMOTO17 21 11 🇯🇵Wakana NAGAHARA", "— BWFScore (@BWFScore) March 10, 2023", "Sementara itu, menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah pilihan pertama kejohanan merangkap beregu No.2 dunia, Chiharu Shida dan Nami Matsuyama.", "Beregu yang datangnya dari negara matahari terbit ini melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menundukkan beregu senegaranya, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota secara “straight set” dengan skor 27-25 dan 21-15.", "Untuk pengetahuan, ini bakal menjadi pertembungan kesembilan melibatkan kedua-dua pasangan di kejohanan bawah seliaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Bagaimanapun, rekod Pearly-Thinaah bertemu Chiharu-Matsuyama tidak begitu memberangsangkan. Daripada lapan pertemuan lalu, beregu negara hanya berhasil meraih satu kemenangan sahaja iaitu ketika di peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Perancis, tahun lalu.", "Pertembungan terakhir melibatkan kedua-dua pasangan ini yang berlangsung di Terbuka India pada Januari lalu kembali memihak kepada Chiharu-Matsuyama.", "Untuk makluman, pertarungan separuh akhir melibatkan Pearly-Thinaah dan Chiharu-Matsuyama dijangka berlangsung sekitar jam 12 tengah malam nanti, waktu Malaysia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219199/", "headline": "\nKeenakan ‘Klang Valley Derby’ Bergantung Kepada Kekuatan KL United\n", "content": ["Kehangatan ‘Klang Valley Derby’ (Derbi Lembah Klang) di antara pasukan Selangor dan Kuala Lumpur United (KL United) FC boleh dinaikkan kembali sekiranya skuad The City Boy kembali menjadi sebuah pasukan yang kuat.", "Bagi pasukan KL United, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stanley Bernard berkata pihaknya juga mahukan kehangatan pertembungan dua pasukan berpangkalan di Lembah Klang ini kembali hangat seperti pertengahan 1980-an dahulu.", "Namun begitu, KL United perlu melakukan pelbagai usaha untuk menguatkan kembali pasukan dan menarik penyokong terlebih dahulu sebelum kembali berseteru dengan pasukan yang terkenal dengan julukan The Red Giants itu.", "Congratulations @selangorfc on the new home jersey launch!Looking forward to resuming the Klang Valley derby in the 2021 season.How about debuting the new strip in a pre-season derby friendly first, eh?#KLvSel https://t.co/JF8Agrigsl", "“Ia tidak boleh berlaku dalam sekelip mata kerana kita perlu memastikan segala aspek (melibatkan) pemilihan pasukan, pemilihan jurulatih, pemilihan pemain, pengurusan dan struktur perancangan kita lebih baik,  ", "“Apabila kita lakukan benda-benda yang lebih profesional daripada segi persediaan pasukan, sudah tentu kita boleh mengorak langkah yang lebih dihormati oleh peminat-peminat Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang, ", "“Itu akan membawa sedikit keenakan apabila Kuala Lumpur menentang Selangor.” katanya kepada Sukanz.", "KL United Ikat Pertahanan Tengah Lubnan Kelahiran PerancisKL United dimaklumkan telah mengikat seorang pertahanan tengah untuk mengisi slot pemain import Asianya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.Artikel penuh ➡️ https://t.co/tTb8WOUfZN pic.twitter.com/zSDYq44Tmv", "Baca: KL United Ikat Pertahanan Tengah Lubnan Kelahiran Perancis", "Sempat juga beliau mengimbau kembali kehangatan derbi ini ketika pasukan Kuala Lumpur dibarisi dengan pemain-pemain seperti Fandi Ahmad, K. Kannan, Mat Zan Mat Aris dan lain-lain lagi.", "“Kedua-dua pasukan hebat, di belah Selangor hebat, di belah KL pun hebat,” tambahnya lagi.", "Malahan kehangatan derbi ini masih membara ketika era 1990-an terutamanya ketika penghijrahan penyerang, Azman Adnan daripada pasukan Kuala Lumpur ke Selangor berserta dengan satu nilai perpindahan yang besar pada masa itu.", "Malangnya, selepas daripada itu, derbi ini kian suram apabila pasukan Kuala Lumpur mula menurun prestasinya berbanding Selangor yang kekal gah sebagai antara pasukan berstatus gergasi bola sepak tanah air.", "Selain daripada Derbi Lembah Klang, saingan bola sepak Malaysia akan dimeriahkan dengan sebuah lagi derbi yang lain pada tahun ini. Ianya adalah ‘North Derby’ (Derbi Utara) melibatkan pasukan Kedah Darul Aman dan Penang FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323506/", "headline": "\nGeely Sedang Bangunkan Sekolah Bola Sepak Di Malaysia\n", "content": ["Geely pada acara pelancaran Proton X90 hari ini, berkongsi sejumlah komitmen untuk pasaran Malaysia. Salah satu yang dikongsikan adalah mereka turut sedang membangunkan sebuah sekolah memfokuskan pembangunan bakat-bakat berkaitan bola sepak di Malaysia.", "Geely menamakan sekolah berkenaan sebagai Asian Games Footbal Dream Schools. Sekolah ini akan dibangunkan dengan kerjasama pihak Sukan Asia, dan bertujuan dalam menginspirasikan para belia dalam meneruskan cita-cita berkaitan bola sepak.", "Untuk makluman, projek Asian Games Football Dream Schools sedia dimulakan sebelum ini di Malaysia, dan telah menyasarkan 100 buah sekolah ketika pelancaran 2021 lepas. Dengan perkongsian pihak Geely ketika pelancaran Proton X90 ini, ia mungkin memperlihatkan Geely turut akan menaja dan memperluaskan lagi inisiatif berkenaan di Malaysia. Inisiatif ini sedia menyasarkan dalam membantu sekolah terpilih dengan menyediakan peralatan, latihan, program dan juga aktiviti dalam membangunkan bakat bola sepak tempatan.", "Geely turut melihat langkah ini akan mengeratkan lagi hubungan arena sukan antara China dan Malaysia. 
Dengan perkongsian terbaru ini, kita mungkin mendengar lanjut berkaitan Asian Games Football Dream Schools ini tidak lama lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322739/", "headline": "\n10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Orleans Masters\n", "content": ["Orleans Masters merupakan salah satu kejohanan Jelajah Dunia BWF yang telah mula dipertandingkan sejak 1994 bagi peringkat serantau di Perancis sebelum dinaiktaraf sebagai kejohanan nasional pada 1999 dan mula diiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada tahun 2012.", "Menjelang kejohanan yang berlangsung di Palais des Sports bakal bermula hari ini, Sukanz hidangkan 10 perkara yang perlu anda ketahui mengenai kejohanan ini merangkumi informasi berkenaan kejohanan termasuk 9 wakil Malaysia yang bakal beraksi untuk tatapan anda:", "Orleans Masters merupakan salah satu kejohanan Jelajah Dunia BWF (Super 300) yang dahulunya berada pada taraf Gred 3 dan dikenali sebagai Cabaran Antarabangsa (2012-2017) sebelum dinaikkan taraf ke Super 100 (2018-2022).", "Orleans Masters hanya mula diiktiraf BWF pada 2012 sebagai sebahagian daripada sirkit Eropah dan ditukarkan nama ke Siri Antarabangsa Perancis sebelum kembali menggunakan nama Orleans bagi mengelakkan kekeliruan dengan Terbuka Perancis. ", "Seramai 9 wakil Malaysia menyertai kejohanan kali ini dengan gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei diletakkan sebagai pilihan ke-7 kejohanan manakala gandingan Azryin Ayub-Low Juan Shen dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mendaftar pada mulanya menarik diri daripada kejohanan kali ini. ", "Seramai 7 wakil Malaysia yang menyertai kejohanan kali ini merupakan mereka yang beraksi dalam kejohanan Madrid Masters 2023 yang berakhir pada Ahad lalu.", "Hadiah keseluruhan Orleans Masters 2023 bernilai AS$240,000 (bersamaan ±RM1,056,840); peningkatan sebanyak AS$150,000 berbanding edisi yang lalu iaitu AS$90,000 (bersamaan ±RM396,315).", "Juara kategori perseorangan Orleans Masters 2023 akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$18,000 (bersamaan ±RM79,263) manakala juara kategori beregu pula meraih AS$18,960 (bersamaan ±RM83,490) bagi setiap pasangan.", "Juara setiap kategori Orleans Masters 2023 akan meraih 7000 mata manakala naib juara akan mendapat 5,950 mata secara individu bagi pengiraan ranking dunia. ", "Orleans Masters 2023 bakal berlangsung di Palais des Sports – sebuah kompleks sukan tertutup serbaguna berkapasiti sekitar 3,000 tempat duduk. Pemilihan venue ini menjadikannya sebagai lokasi rasmi kejohanan bagi edisi ke-11 penganjurannya sejak mula diiktiraf pada 2012.", "Mengikut rekod, Goh Jin Wei merupakan satu-satunya wakil Malaysia yang pernah meraih kejayaan dalam kejohanan Orleans Masters selepas berjaya menumpaskan wakil perseorangan wanita Indonesia, Fitriani pada tahun 2016. ", "#10 Denmark Raja Orleans Masters", "Wakil Denmark paling banyak muncul juara di Orleans Masters sejak 2012 dengan rekod keseluruhan 6 wakil setakat ini – perseorangan lelaki (1), perseorangan wanita (1) dan beregu campuran (4)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217707/", "headline": "\nPerlawanan Tier 1: Harimau Malaya Atasi Hong Kong, Pamer Corak Permainan Memberangsangkan  \n", "content": ["Selepas menumpaskan Brunei, Jumaat lalu, Pasukan bola sepak kebangsaan kendalian Kim Pan-gon berhasil merekodkan kemenangan kedua berturut-turut dalam perlawanan antarabangsa tier 1 dengan menumpaskan Hong Kong. ", "Skuad berjulukan Harimau Malaya ini mencetak kemenangan tersebut dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid menerusi sepakan penalti dan sepakan percuma oleh Safiq Rahim pada babak pertama dan kedua masing-masing.", "Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Rabu, 1 Jun 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 2-0 🇭🇰 HONG KONG", "⚽️ Safawi Rasid 31' (P) Safiq Rahim 90'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/sYYsMrBaM0", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 1, 2022", "Selain daripada merekodkan kemenangan, Harimau Malaya turut menyajikan corak permainan yang cukup meyakinkan dan memberangsangkan. Malaysia dilihat menguasai dan mendominasi permainan hampir sepanjang permainan berlangsung.", "Serangan bertubi-tubi turut diatur ke arah gawang Hong Kong yang majoritinya digerakkan oleh pemain sayap lincah, Arif Aiman. Hasil daripada serangan tersebut, Malaysia mendapat banyak peluang di hadapan gol. ", "Sayangnya, bahagian serangan dilihat masih tumpul dimana daripada lambakan peluang yang hadir, hanya dua sahaja dapat diterjemahkan kepada jaringan.", "Sementara itu, berakhirnya perlawanan menentang Hong Kong ini menandakan tamatnya dua aksi ‘pemanas badan’ yang diatur bagi mempersiapkan Harimau Malaya sebelum menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.", "Selepas ini, Malaysia yang bercita-cita untuk beraksi di pentas asia akan memulakan kempen kelayakan dengan menentang Turkmemistan (8 Jun) diikuti dengan menentang Bahrain (11 Jun) dan diakhiri dengan bertemu Bangladesh (14 Jun).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323904/", "headline": "\nLiga Juara-Juara UEFA: Edin Dzeko Bertemu Bekas Pasukannya di Pentas Akhir\n", "content": ["Edin Dzeko berpeluang kembali beraksi di atas padang yang sama dengan bekas pasukannya, Manchester City tetapi kali ini sebagai lawan buat skuad berjulukan The Citizen itu apabila mereka bertemu di pentas akhir Liga Juara-Juara UEFA, akhir Mei nanti. ", "Menerusi Instagram miliknya, penyerang Bosnia itu tampak teruja menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Istanbul memandangkan sudah tujuh tahun berhijrah dari kota Manchester untuk ke bumi Itali bersama A.S Roma dan Inter Milan.", "Manchester City mengesahkan tempat mereka sebagai finalis kejohanan tertinggi eropah itu setelah berjaya membelasah juara bertahan, Real Madrid 4-0 di Stadium Etihad sekaligus menjadikan agregat perlawanan 5-1, awal pagi tadi.", "FULL-TIME | WE’RE ON OUR WAY TO ISTANBUL!!!", "🔵 4-0 (5-1) ⚫️ #ManCity | #UCL pic.twitter.com/tVxT2nhQzs", "— Manchester City (@ManCity) May 17, 2023", "Inter Milan pula mara lebih awal setelah menewaskan seteru setempat mereka, AC Milan di Stadium San Siro dan menjadikan agregat 3-0 berpihak kepada I Nerazzurri yang kembali ke pentas akhir selepas 13 tahun penantian. ", "Kemaraan kali kedua Manchester City tampak lebih menyakinkan dengan kehadiran penjaring terbanyak, Erling Haaland selaku tunjang utama bagi memastikan trofi Liga Juara-Juara UEFA menjadi milik The Citizen buat julung kalinya.", "Kali terakhir Inter Milan menjuarai trofi keramat eropah itu adalah pada musim 2009/10 di bawah kendalian pengurus terkemuka, Jose Mourinho dan kini giliran Simone Inzaghi untuk mengulangi kejayaan tersebut. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324552/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei Ke Suku Akhir, Ketepikan Beregu No.11 Dunia\n", "content": ["Beregu campuran negara yang sedang meningkat, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir saingan Terbuka Singapura 2023 yang kini bertaraf Super 750.", "Pasangan pemain yang berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini melakar kemaraan berkenaan dengan mengetepikan cabaran beregu No.11 dunia dari Belanda, Robin Tabeling dan Selena Piek di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Ee Wei yang berada di ranking ke-21 dunia turut mencipta kemenangan bergaya apabila menumpaskan Robin-Selena secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-17 dalam tempoh masa 34 minit permainan sahaja.", "Singapore Open 2023XD – R16 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 🇳🇱Robin TABELING17 17 🇳🇱Selena PIEK", "— BWFScore (@BWFScore) June 8, 2023", "Kemenangan tersebut sekaligus membalas dendam terhadap kekalahan di tangan pasangan yang sama ketika mereka bertemu buat julung kalinya dalam saingan Terbuka Swiss pada Mac lalu.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, Tang Jie-Ee Wei akan berhadapan dengan beregu campuran Hong Kong yang berada di tangga ke-24 dunia, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau bagi merebut slot ke peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman, gandingan Hong Kong ini mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan sepasang lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-16 dan 21-9 pada petang tadi.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220127/", "headline": "\nDecathlon Buka Cawangan Ke-10 Di Cyberjaya – Bermula 15 Oktober\n", "content": ["Jenama gedung yang menjual pelbagai barangan sukan dari Perancis, Decathlon bakal membuka cawangan kesepuluhnya dalam negara di Cyberjaya.", "Dimaklumkan, cawangan Decathlon yang akan dibuka di Dpulze Shopping Centre ini bakal menjadi salah satu gedung terbesarnya. Ianya akan menempatkan lebih 5,000 produk yang merangkumi lebih 60 jenis sukan.", "Difahamkan ini juga merupakan cawangan ketiganya dibuka pada tahun ini selepas Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Puchong.", "Bersempena dengan pembukaan cawangan itu, Decathlon Malaysia menjalankan pelbagai program pada 15 dan 16 Oktober bermula 10 pagi hingga 10 malam untuk para pengunjung yang hadir.", "Antaranya, segmen “Mega-Zumba” bersama Hannah Kamal, “Stretch and Breath” dengan Atilia Haron dan “Mega-Yoga” bersama Hot Yo Studio serta “Mega-Workout” dengan Evomania.", "Selain itu, Decathlon turut menawarkan kad hadiah (gift card) bernilai RM50 untuk 250 pengunjung pertama pada 15 Oktober. Tidak ketinggalan, ais-krim sihat serta jus turut disajikan secara percuma kepada para hadirin.", "Bukan itu sahaja, Decathlon turut menganjurkan aktiviti larian iaitu Decathlon Fun Run yang berjarak 5 kilometer (km) di Cyberjaya pada 16 Oktober. Ianya terbuka kepada peserta tanpa mengira peringkat umur.", "Untuk menyertai kesemua program yang dianjurkan, anda boleh klik pautan ini, DECATHLON CYBERJAYA OPENING: SAVE THE DATE."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219909/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Jin Wei Mara Separuh Akhir, Kisona Kandas Suku Akhir\n", "content": ["Pertembungan melibatkan dua perseorangan wanita negara di peringkat separuh akhir Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF – tidak akan berlaku.", "Ini berikutan hanya Goh Jin Wei sahaja berjaya melepasi cabaran di peringkat suku akhir, pada hari ini. Pemain berusia 22 tahun ini mengatasinya dengan menumpaskan pemain tuan rumah, Vu Thi Anh Thu dengan skor 9-21, 21-10 dan 21-7.", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022WS – Quarter final 9 21 21 🇲🇾Jin Wei GOH🏅21 10 7 🇻🇳Thi Anh Thu VU", "🕗 in 39 minutes https://t.co/AtHluOPoEt", "— BWFScore (@BWFScore) September 30, 2022", "Keputusan itu sekaligus membolehkannya mara ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada hari esok.", "Sebagai rekod, ini merupakan pentas separuh akhir yang pertama buat Jin Wei selepas hampir 4 bulan.", "Kali terakhir Jin Wei ke peringkat separuh akhir adalah dalam saingan Antarabangsa Itali pada awal Jun lalu.", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022WS – Quarter final21 21 🇻🇳Thi Phuong Thuy TRAN🏅19 7 🇲🇾Selvaduray KISONA", "🕗 in 37 minutes https://t.co/gxni4z5exM", "— BWFScore (@BWFScore) September 30, 2022", "Sementara itu, seorang lagi perseorangan negara, Kisona Selvaduray kandas di peringkat suku akhir selepas tumpas kepada seorang lagi pemain tuan rumah, Tran Thi Phuong Thuy secara “straight set” dengan pungutan mata 19-21 dan 7-21.", "Ini menjadikan Tran Thi Phuong Thuy yang akan bertemu Jin Wei di peringkat separuh akhir bagi merebut tempat ke perlawanan akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110988/", "headline": "\nMotoGP Malaysia Diawalkan Seminggu Susulan Pembatalan Perlumbaan di Australia\n", "content": ["FIM, IRTA dan Dorna Sports mengumumkan perlumbaan MotoGP Malaysia 2021 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan dilangsungkan pada 22 hingga 24 Oktober – seminggu awal dari tarikh asal.", "Pindaan tarikh tersebut dibuat susulan pembatalan GP Australia di Litar Phillip Island ekoran sekatan perjalanan masuk ke negara tersebut dan masalah logistik disebabkan oleh pandemik Covid-19.", "Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MotoGP mengharapkan GP Australia akan dapat dilangsungkan kembali pada tahun hadapan.", "Sementara itu, pihaknya turut berbesar hati mengumumkan penambahan GP Algarve yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal dalam kalendar MotoGP musim ini.", "GP Algarve akan berlangsung pada 5 hingga 9 November kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321723/", "headline": "\nCabaran Antarabangsa Iran: Justin Hoh Buat Perhitungan Dengan Pemain No.8 Indonesia\n", "content": ["Perseorangan remaja lelaki negara, Justin Hoh, 18 tahun, akan membuat perhitungan dengan pemain No.8 Indonesia, Syabda Perkasa Belawa, 21 tahun, bagi merebut gelaran juara Cabaran Antarabangsa Iran Fajr 2023.", "Terdahulu, Justin berhasil mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Alvi Wijaya Chairullah yang juga merupakan perseorangan lelaki dari Indonesia di peringkat separuh akhir, petang tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Justin yang menghuni ranking ke-140 pada ketika ini mencetak kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-14 dan 21-16 dalam tempoh masa sekitar setengah jam permainan.", "Sementara itu, Syabda yang merupakan pemain di ranking ke-117 dunia mara setelah menumpaskan rakan senegaranya, Iqbal Diaz Syahputra juga secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-18.", "Untuk makluman, pertembungan di perlawanan akhir pada hari esok akan menjadi yang kedua melibatkan Justin dan Syabda di peringkat kejohanan antarabangsa.", "Sebagai rekod, kedua-duanya pernah bertemu sebanyak satu kali sebelum ini dan ianya berlangsung di kejohanan Siri Antarabangsa Malaysia sekitar tiga bulan lalu.", "Bagaimanapun, pertarungan di peringkat Pusingan 16 kejohanan terbabit memihak kepada Syabda dengan keputusan 21-14, 17-21 dan 17-21.", "Sebagai tambahan, juara bagi kategori perseorangan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr akan dapat membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai AS$1,300 (±RM5535) serta 4,000 pungutan mata.", "Sementara itu, naib juara pula akan menerima AS$650 (±RM2767) serta 3,400 pungutan mata.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206427/", "headline": "\nHafizh Syahrin Ucap ‘Bye-Bye’ Kepada Sukan Permotoran\n", "content": ["Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin memberi bayangan bersara daripada arena sukan permotoran pada penghujung tahun 2020.", "Pelumba daripada pasukan Aspar Team yang bersaing dalam kejuaraan dunia Moto2 membuat pengumuman mengejutkan itu menerusi satu muat naik Instagram Story miliknya, tengah malam tadi.", "“Akhir tahun 2020, 13 tahun dalam Motorsports, bye-bye.” tulis Hafizh.", "Hafizh berusia 26 tahun mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat sukan permotoran negara apabila berjaya menembusi saingan kelas premier, MotoGP pada tahun 2018 dan 2019 bersama pasukan Tech3.", "Pencapaian terbaiknya hadir ketika perlumbaan GP Argentina musim 2018 dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 walaupun bermula daripada petak ke-23.", "Tahun itu juga menyaksikan El Pescao bersaing sengit bersama-sama pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli untuk merebut gelaran Rookie Of The Year. ", "Sayangnya, Hafizh tewas kepada Morbidelli di penghujung musim dengan hanya dibezakan 4 mata.", "Musim 2019, Hafizh gagal mengekalkan konsistensinya. Dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan jentera baharu, KTM dan hasilnya Hafizh hanya mengutip 9 mata daripada 19 perlumbaan. ", "Bertambah mendukacitakan, selepas daripada 9 perlumbaan pasukannya telah mengumumkan menggantikan Hafizh dengan pelumba baharu, Brad Binder untuk saingan MotoGP musim 2020.", "Awal tahun ini, Hafizh menarik nafas lega apabila direkrut sebagai pelumba pasukan berpangkalan di Sepanyol, Aspar Team yang bersaing dalam kelas Moto2. ", "Dia berhasrat menjadikan saingan Moto2 musim ini sebagai batu loncatan untuk kembali semula ke saingan kelas premier MotoGP. ", "Bagaimanapun, setelah mengharungi 4 perlumbaan Moto2 musim ini, prestasi Hafizh dilihat kurang memberangsangkan dan hanya menduduki tangga ke-14 dengan jumlah kutipan 17 mata.", "Sehingga kini tiada sebarang penjelasan lanjut daripada Hafizh sendiri mengenai mengapa dia berhasrat untuk bersara daripada sukan permotoran setelah tamatnya tahun 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114091/", "headline": "\nBonnie Raih Pingat Emas di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2021\n", "content": ["Atlet para negara merangkap pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin berhasil meraih satu lagi pingat emas.", "Kali ini, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak mendapat medal emas tersebut setelah muncul juara dalam angkat berat kategori 72 kilogram (kg) di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2021 yang berlangsung di Tbilisi, Georgia, awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Aaand it’s 🥇 again for Gustin!He wins second consecutive world title with a 210kg-lift! 🥳🥳🥳#Tbilisi2021 | #ParaPowerlifting | @Paralympics | @ParalympicMsia pic.twitter.com/oyQogdbEZJ", "Paralimpik 2020: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya", "Kilauan emas itu menjadi milik Bonnie dengan melakukan angkatan seberat 200kg pada percubaan pertama dan diikuti dengan angkatan 206kg serta 210kg pada percubaan berikutnya.", "Kejayaan meraih kilauan pingat emas tersebut turut menjadikan Bonnie berhasil mempertahankan kemenangan yang diraihnya dua tahun yang lalu di pentas yang sama.", "Sementara itu, pingat perak pulak dibawa pulang oleh atlet para China, Hu Peng dengan angkatan terakhir seberat 200kg dan pingat gangsa pula dirangkul oleh atlet para Mesir, Ibrahim Shaaban.", "Untuk rekod, dua tahun lalu, Bonnie melakukan angkatan seberat 190kg untuk muncul juara dalam kategori 65kg di Kejohanan Dunia Para Powerlifting 2019 yang berlangsung di Astana, Kazakhstan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216535/", "headline": "\nRanking FIFA: Menang Lawan Filipina, Kalah Kepada Singapura – Malaysia Kekal Di Tangga 154\n", "content": ["Kedudukan skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tidak berganjak dan sama seperti bulan lalu setelah mengharungi dua perlawanan antarabangsa, baru-baru ini.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, ianya memaparkan pasukan Malaysia berada di tangga ke-154 dunia.", "Kedudukan ini hasil daripada skuad kebangsaan yang kini dibimbing oleh Kim Pan-gon merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Filipina serta tewas 1-2 kepada Singapura pada 23 dan 26 Mac lalu.", "Ranking Harimau Malaya | 31 Mac 2022", "Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 154 dunia, kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 10 Februari 2022", "* Kemas kini seterusnya 23 Jun 2022#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/JdGYpyMzXR", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 31, 2022", "Sementara itu, Vietnam kekal sebagai pasukan No.1 di rantau asia tenggara dengan menghuni ranking ke-96 dunia. Ianya diikuti oleh Thailand serta Filipina di kedudukan ke-111 dan ke-133 dunia.", "Sebuah lagi pasukan asia tenggara yang berada di atas Malaysia ialah Myanmar dimana mereka menghuni ranking ke-152 dunia.", "Selain itu, Singapura dan Indonesia masih kekal berada di bawah Malaysia namun kedudukan mereka mencatatkan peningkatan dengan menduduki ranking ke-158 dan ke-159 masing-masing pada kali ini.", "Sebagai tambahan, kemaskini ranking dunia berikutnya adalah pada 23 Jun 2022.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208066/", "headline": "\nPiala Malaysia: Selangor Garang Dibimbing Orang Jerman, Melaka Tumpul Di Gelanggang Sendiri\n", "content": ["Pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia 2020 akan diteruskan pada malam ini dengan pertembungan di antara Selangor menentang Melaka di Stadium Hang Jebat.", "Bagaimanapun, ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diimplemenkan oleh pihak kerajaan di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, skuad Red Giants perlu menggunakan stadium di luar kawasan tersebut sebagai home mereka.", "Untuk memeriahkan lagi pertemuan di antara kedua-dua pasukan Liga Super ini, kami sajikan kepada anda 10 fakta menarik mengenai Selangor dan Melaka menjelang sepak mula yang dijadualkan jam 9 malam ini:", "Tiga daripada lima pertembungan di antara Selangor dan Melaka sebelum ini berkesudahan dengan keputusan seri termasuk pertemuan terakhir mereka dalam saingan Liga Super 2020.", "Sejak Melaka kembali ke saingan Liga Super, skuad Hang Tuah hanya memperoleh dua kemenangan ke atas Selangor dalam semua pertandingan manakala Red Giants mencatatkan tiga kemenangan. ", "Ketika ini pasukan Melaka ketandusan kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka. Dan Melaka tidak pernah merekodkan enam perlawanan tanpa kemenangan sejak Mei 2018.", "Sejak Selangor melantik Michael Feichtenbeiner sebagai pengendali sementara mereka, Selangor tampil garang dengan menjaringkan sekurang-kurangnya 3 gol dalam kesemua 3 perlawanan yang dibimbingnya.", "Pada ketika ini Selangor telah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut. Mereka tidak pernah memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan sejak April 2019.", "Hampir 50% jaringan Selangor dalam tiga perlawanan terakhir mereka dihasilkan oleh Ifedayo Olusegun iaitu 7 daripada 15 gol.", "Menariknya, 61% jaringan gol Melaka pada musim ini dijaringkan di tempat lawan iaitu 8 daripada 13 gol. Malam ini, walaupun beraksi di gelanggang sendiri tetapi di atas kertas Selangor menjadi tuan rumah. Apakah yang bakal terjadi?", "Sejak 14 musim terdahulu, Selangor hanya gagal ke peringkat suku akhir Piala Malaysia sebanyak dua kali dan yang terbaharu pada musim 2018.", "Melaka berjaya mara ke peringkat suku akhir sebanyak 3 kali daripada 5 penampilan terakhir mereka dalam kempen Piala Malaysia. ", "Dalam tiga kempen terakhir Selangor dalam saingan Piala Malaysia, mereka gagal mencatatkan sebarang kemenangan pada aksi pertama di mana ianya sekadar berakhir dengan dua seri dan satu kekalahan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110668/", "headline": "\nHalim Saari Dijangka Pulih Sepenuhnya Pada Penghujung Tahun\n", "content": ["Pemain tengah Selangor, Halim Saari yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dijangka bakal pulih sepenuhnya pada penghujung tahun ini.", "Perkembangan itu disampaikan oleh ahli fisioterapi Selangor, Helber Ricard sambil memuji Halim yang cukup komited mengikuti segala rancangan pemulihan yang diberikan.", "Ketika ini, pemain tengah berusia 26 tahun ini sedang memasuki fasa kedua pemulihan ACL.", "“Halim sangat profesional sepanjang sesi pemulihannya. Dia mengikuti setiap rancangan yang telah ditetapkan. ", "“Selama fasa pertama, dia telah melakukan pemulihan dengan baik terutama dalam menjaga kaki kanannya dalam keadaan kuat dengan semua latihan dilakukan di gim,”", "“Sekarang dia berada dalam fasa kedua pemulihannya di mana fokusnya akan lebih kepada program pengukuhan bersama saya dan Jurulatih Khairulanwar (jurulatih kecergasan). ", "“Kami sangat berpuas hati dengan kemajuan pemulihannya,”", "“Halim kemungkinan akan pemulihan sepenuhnya pada akhir tahun ini dan akan dapat mengikuti program latihan pasukan pada pramusim berikutnya untuk bersiap sedia untuk pertandingan Liga M musim depan,” katanya seperti dipetik daripada Selangor FC.", "Halim ditimpa kecederaan ini ketika turun menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada aksi kedua Liga Super pada mac lalu.", "Untuk makluman, ini merupakan kali kedua pemain kelahiran Kulim, Kedah ditimpa kecederaan yang cukup menggerunkan buat mana-mana pemain bola sepak profesional ini.", "Kecederaan ACL pertamanya berlaku ketika menentang pasukan yang sama dalam aksi separuh akhir Piala FA 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216875/", "headline": "\nBAC 2022: Zii Jia Diundi Bertemu Pemain China, Tze Yong Lawan Perseorangan No.2 India\n", "content": ["Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia akan memulakan saingan memburu gelaran sebagai ‘Raja Asia’ dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 dengan menentang pemain China.", "Hasil undian yang berlangsung pada hari ini, Zii Jia yang menghuni ranking ketujuh dunia bakal bertarung menentang Sun Fei Xiang, 23 tahun, yang berada ranking ke-54 dunia pada Pusingan 32.", "Berdasarkan rekod, Fei Xiang pernah menentang Zii Jia sebanyak satu kali sebelum ini dalam saingan Kejohanan Badminton Asia Remaja (Berpasukan) 2016. Bagaimanapun, dalam perlawanan tersebut, Zii Jia tumpas ‘straight set’ dengan skor 13-21 dan 18-21.", "Sementara itu, wakil kedua negara, Liew Daren, ranking ke-35 dunia, diundi menentang pemain No.1 Korea, Heo Kwanghee (ranking ke-30) di pusingan yang sama. Kedua-dua pemain ini sudah pernah berentap sesama sendiri sebanyak empat kali dan hanya satu perlawanan sahaja dimenangi oleh Daren.", "Untuk wakil ketiga negara, Ng Tze Yong pula bakal memulakan kempen sulungnya di pentas BAC ini dengan menentang pemain No.2 India, Srikanth Kidambi yang juga merupakan pemain No.11 dunia. Ini bakal menjadi pertarungan sulung melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.", "Wakil perseorangan lelaki terakhir negara, Aidil Sholeh, ranking ke-112 dunia, yang berusia 22 tahun pula diundi menentang pemain Taiwan yang menghuni ranking ke-15 dunia, Wang Tzu Wei.", "Untuk makluman semua, saingan BAC ini telah dinaiktaraf menjadi kejohanan setaraf Jelajah Dunia Super 1000 BWF. Ini menjadikan pemenang bakal mendapat sebanyak 12,000 mata. Kejohanan ini dijadualkan berlangsung di Manila, Filipina bermula pada 26 April hingga 1 Mei hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321659/", "headline": "\nFormula 1: Audi Ambil Pegangan Minoriti Kumpulan Sauber\n", "content": ["Pasukan Formula 1 (F1) yang berpangkalan di Switzerland, Sauber mengumumkan Audi telah mengambil pegangan minoriti dalam kumpulannya pada Januari 2023.", "Sauber yang kini berlumba dalam kancah F1 sebagai Alfa Romeo Racing mengumumkan perkara berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi, semalam.", "Sauber Group statement. ⬇️ #F1", "— Alfa Romeo F1 Team Stake (@alfaromeoorlen) January 30, 2023", "Ini merupakan satu perkembangan penting ke arah penyertaan syarikat berpangkalan di Jerman itu dalam perlumbaan F1 bermula tahun 2026 kelak, dimana Sauber akan menjadi rakan strategiknya.", "Pada tahun lalu, Audi mengesahkan menyertai arena F1 sebagai pengeluar enjin dimana peraturan enjin baharu akan dikuatkuasakan pada tahun 2026 – peningkatan penjanaan kuasa elektrik dan penggunaan 100% bahan api tanpa fosil.", "Kemudiannya, ia disusuli dengan pengumuman oleh Audi mencapai persetujuan dengan Sauber untuk menjadi rakan strategiknya bermula tahun 2026 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112648/", "headline": "\nPemilik Kelantan Tertarik Dengan Skil & Bakat Pemenang Anugerah Puskas?\n", "content": ["“Saya berminat dengan En Faiz Subri. Skil dan bakatnya perlu di TRW (The Red Warriors).” tulis pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menerusi laman sosialnya.", "Norizam memuat naik posting tersebut sambil mengepilkan tangkap layar sebuah berita berkenaan Faiz Subri – pemain asia pertama memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) – yang menangguhkan hasratnya untuk berkelana ke Hungary.", "Untuk makluman semua, Faiz berjaya merangkul anugerah berprestij tersebut pada tahun 2016 apabila sepakan percuma jarak jauhnya yang melawan ‘hukum fizik’ terbang cantik dan mengelirukan penjaga gol lawan sebelum menerjah lawan ketika menentang Pahang dalam saingan Liga Super.", "Artikel Berkaitan: Pemilik TRW Kelantan FC Tarik Minat Pelabur Baharu Untuk Bangunkan Pasukan?", "Sekiranya minat yang diluahkan oleh Norizam yang juga merupakan seorang pelabur dan usahawan itu dijelmakan dengan usaha untuk menandatangani Faiz secara serius, ia boleh disimpulkan sebagai sirih pulang ke gagang memandangkan pemain sayap berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama TRW suatu masa dahulu.", "Walaupun kelibat Faiz dalam kancah bola sepak profesional tempatan tidak lagi kelihatan setelah meninggalkan pasukan Pulau Pinang pada tahun 2019 yang lalu, pemain ini belum lagi mengumumkan menggantungkan butnya. Kelibatnya masih dapat dilihat bersama pasukan amatur dan ‘semi-professional’ seperti Northern Lions Football Club dan Kuala Kangsar FC.", "Artikel Berkaitan: Marco Tidak Lagi Bimbing Kelantan, Tugas Dipikul Oleh Rezal Zambery", "Selain itu, sekiranya Norizam serius untuk mengikat Faiz menyertai pasukannya, kehadirannya ke dalam pasukan Kelantan boleh memberikan impak dari segi pengalamannya terutamanya kepada majoriti pemain-pemain muda di dalam pasukan tersebut untuk mengharungi saingan Liga Premier, musim hadapan.", "Featured Image: FIFA Football Awards"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219769/", "headline": "\nRemko Pasveer Raih Debut Di Usia 38 Tahun Bersama Belanda\n", "content": ["Pertemuan antara Poland dan Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA menyaksikan penjaga gol berusia 38 tahun berjaya meraih penampilan sulungnya bersama skuad berjulukan Oranje.", "Perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi waktu Malaysia bukan sahaja memperlihatkan Pasveer beraksi selama 90 minit bahkan turut membantu pasukannya merekodkan kemenangan tanpa bolos dengan keputusan akhir 2-0. Berdasarkan statistik, dia turut merekodkan dua aksi penyelamatan yang tepat ke arah gawang gol.", "Untuk makluman semua, Pasveer merupakan penjaga gol utama AFC Ajax yang beraksi dalam saingan Eredivisie. Setakat ini, dia beraksi dalam ketujuh-tujuh perlawanan liga serta kedua-dua aksi dalam Kumpulan A bagi saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Getting ready for his 𝗱𝗲𝗯𝘂𝘁! 🚧⚡️ #NationsLeague #POLNED pic.twitter.com/2ObPYLawv9", "— OnsOranje (@OnsOranje) September 22, 2022", "Penjaga gol yang memiliki ketinggian 1.87 meter (m) ini memulakan kariernya profesionalnya bersama FC Twente sekitar tahun 2004. Bermula daripada situ, dia telah berpindah ke beberapa kelab namun kesemuanya berpangkalan di negara kelahirannya sahaja.", "Sehingga kini, dia telah merekodkan 429 penampilan disamping mencatatkan 131 perlawanan tanpa bolos dalam kariernya bersama kesemua kelab-kelab tersebut.", "Bagaimanapun, usia 38 tahun ini bukanlah yang tertua pernah direkodkan melakukan debut bersama skuad kebangsaan. Antara pemain yang lebih tua, dapat dijejak, melakukan debut berbanding Pasveer ialah Zeljko Vukovic bersama Austria pada usia 39 tahun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110407/", "headline": "\nKekosongan Slot Import ASEAN JDT Bakal Diisi Oleh Syahrian Abimanyu?\n", "content": ["Kekosongan slot pemain import kuota ASEAN yang ditinggalkan oleh bekas kapten, Hariss Harun di Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti terjawab dengan pengumuman oleh Pengarah Sukan, Martin Prest pada hari ini.", "Menurut pengumuman tersebut, pemain muda berasal dari Indonesia,  Syahrian Abimanyu akan kembali bersama skuad Harimau Selatan selepas tamat tempoh pinjaman singkat bersama pasukan Newcastle Jets.", "Pemain yang mesra dengan panggilan Abi dan berusia 22 tahun ini akan pulang untuk membantu JDT mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2021.", "Dia dijangka mengisi slot kekosongan yang ditinggalkan oleh Hariss bukan sahaja kerana datangnya daripada negara Indonesia yang merupakan salah sebuah negara ASEAN.", "Faktor lainnya adalah kerana dia sendiri merupakan seorang pemain tengah ‘No.6’. Berdasarkan pemerhatian kepada gaya dan kemampuan individunya, Abi gemar turun ke bahagian tengah untuk mendapatkan bola. ", "Setelah mendapat bola, dia akan melakukan hantaran jauh mencari rakan sepasukannya.", "Posisi dan tugasan ini hampir sama dimainkan oleh Hariss ketika menyarung jersi Merah Biru. Bagaimanapun, Hariss mempunyai tugasan tambahan iaitu mematahkan pergerakan pemain tengah pasukan lawan ketika menyerang.", "🔝 Punyai pakej lengkap🆚️ Pernah berdepan Nik Akif dan rakan-rakan❌ Tidak akan bersama JDT IIBerikut adalah apa yang anda perlu tahu tentang Syahrian Abimanyu.Berita penuh ➡️ https://t.co/iPDRS25Vi0 pic.twitter.com/1fDPBmOQt5", "Ketika ini, Aby sedang bersama-sama skuad kebangsaan Indonesia yang dibimbing oleh Shin Tae-yong untuk mengharungi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan G.", "Skuad Garuda dijadualkan bertemu Thailand (4 jun), Vietnam (8 jun) dan Emiriah Arab Bersatu (12 jun).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Newcastle Jets"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207210/", "headline": "\nGP Rusia: Hamilton Berpeluang Menyamai Rekod Schumacher\n", "content": ["Pelumba Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton kini berpeluang untuk mencatatkan satu lagi rekod gemilang dalam kariernya minggu ini.", "Hamilton berpeluang menyamai rekod bekas pelumba Ferrari iaitu Michael Schumacher jika beliau berjaya merangkul kejuaraan di GP Rusia.", "Jika berjaya menang di GP Rusia, Hamilton bakal menyamai jumlah perlumbaan yang dimenangi oleh Schumacher dengan 91 kemenangan.", "Sebelum ini, rekod kemenangan yang dicatatkan Schumacher itu dilakukan pada 14 tahun lepas iaitu pada 2006.", "A must watch! 🎥👌🏼 Join the Team in the garage for a behind-the-scenes look at how we prepped the W11 ahead of Quali in Hungary earlier this year! 👏 pic.twitter.com/l0mDIgvClB", "Bercakap kepada Sky Sports, Hamilton nyata bersyukur kerana dikurniakan pasukan yang cukup hebat dalam membantunya mencapai rekod kemenangan yang sebegitu gemilang.", "“Seperti macam dalam mimpi pula. Jelas sekali, ianya adalah nikmat yang cukup besar apabila mempunyai pasukan yang cukup hebat serta kereta yang boleh memberikan prestasi yang baik setiap minggu.”", "Hamilton juga tidak menafikan kehadiran rakan sepasukan, Valtteri Bottas yang sentiasa menjadi asbab kepada dirinya untuk bekerja keras.", "The @F1Subreddit had a TONNE of questions for @ValtteriBottas in his recent AMA – so we made a video with his answers! Thanks to our pals @TIBCO for organising! Let's do it again soon! 🙏", "“Saya sentiasa bersyukur kerana mempunyai ramai individu yang akan memaksa saya untuk sentiasa bekerja keras. Saya cumalah sebahagian daripada rantaian pasukan.”", "“Tetapi untuk memenangi perlumbaan bukannya mudah apabila anda mempunyai pemandu hebat seperti Valtteri Bottas yang sendiri memberikan saingan sengit kepada anda setiap minggu.”", "Andai Hamilton berjaya memenangi kejuaraan GP Rusia, beliau akan menyamai rekod kemenangan Schumacher dengan 91 perlumbaan. ", "Rekod itu jauh meninggalkan Sebastian Vettel (53 kemenangan) dan juga Alain Prost (51 kemenangan)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322306/", "headline": "\nFIFA Lulus Format Baharu Piala Dunia – 4 Pasukan, 12 Kumpulan\n", "content": ["Tanda tanya mengenai format baharu Piala Dunia bermula edisi 2026 yang melibatkan 48 buah pasukan akhirnya terjawab.", "Menerusi makluman oleh badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas mengadakan kongres di Kigali, Rwanda mencapai kata sepakat untuk menggunakan format 12 kumpulan yang diisi dengan 4 buah pasukan sekumpulan.", "Juara, naib juara serta lapan buah pasukan pasukan terbaik di tempat ketiga merentasi semua kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati iaitu Pusingan 32. Ini bermakna setiap pasukan akan beraksi sekurangnya tiga perlawanan di peringkat kumpulan.", "Perkembangan ini sekaligus merubah format asal ingin diketengahkan iaitu melibatkan 16 kumpulan diisi dengan 3 buah pasukan yang membuatkan setiap pasukan hanya bermain sekurang-kurangnya dua perlawanan sahaja.", "An important date for the diary 👀📆", "The FIFA Council has confirmed when the @FIFAWorldCup 2026 final will take place – as well as the format for the first-ever 48-team edition. pic.twitter.com/fdXZkLfTvh", "— FIFA (@FIFAcom) March 14, 2023", "Sementara itu, hanya juara dan naib juara pasukan sahaja akan ke peringkat kalah mati.", "Menjelaskan dengan lebih lanjut, FIFA berkata pemilihan dibuat selepas mempertimbangkan integriti sukan, kebajikan pemain, perjalanan pasukan, komersial dan tarikan sukan termasuk pengalaman pasukan dan penyokong.", "Format ini juga disemak semula bagi mengurangkan risiko pakatan sulit (pengaturan) dan memastikan setiap pasukan bermain minimum tiga perlawanan disamping memberikan tempoh rehat yang seimbang antara setiap pasukan bertanding.", "Dalam makluman yang sama, FIFA turut mengesahkan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerik Syarikat, Mexico dan Kanada ditetapkan pada tarikh 19 Julai (Ahad)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321863/", "headline": "\nKKD, KBS Bincang Untuk Buat Tayangan Skrin Besar Liga Malaysia\n", "content": ["Para peminat bola sepak tempatan berkemungkinan besar dapat menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka beraksi dalam kancah Liga Malaysia menerusi tayangan skrin besar di beberapa tempat terpilih.", "Perkembangan ini hadir melalui makluman oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil setelah beliau mengadakan perbincangan awal bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.", "“Kita harap mungkin akan ada sedikit kerjasama bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat siaran (langsung) secara skrin besar di beberapa tempat strategik yang bergantung kepada perlawanan-perlawanan tertentu,”", "“Saya bersama-sama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan (dan) Ketua Pengarah Penyiaran telah mengadakan satu pertemuan awal dan kita akan telusuri isu ini supaya kita dapat umumkan jadual siaran secara big screen,” katanya ketika ditemui para media selepas Majlis Pelancaran RTM Sebagai Rakan Penyiar Rasmi Malaysian Football League (MFL) di Angkasapuri, hari ini.", "Difahamkan, inisiatif tayangan skrin besar akan dibuat apabila sesebuah kelab itu beraksi di halaman lawan. Sebagai contoh, apabila Selangor turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, pihak KKD dan KBS akan membuka tayangan skrin besar di beberapa lokasi di negeri Selangor dan begitulah sebaliknya.", "Ini memberi peluang kepada para penyokong yang tidak dapat turun ke stadium pasukan lawan menyaksikan secara langsung untuk menikmati menonton perlawanan bola sepak secara beramai-ramai di kawasan sekitar mereka."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323198/", "headline": "\nHanya Dua Beregu Wanita Negara Beraksi di BAC 2023\n", "content": ["Malaysia kekurangan satu wakil di pentas Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan berlangsung bermula 25 hingga 30 April di Dubai. ", "Ini berikutan daripada pemain beregu wanita negara, Pearly Tan terpaksa menarik diri daripada kejohanan berkenaan ekoran masalah kesihatan.", "Perkara tersebut dimaklumkan sendiri Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi pelbagai platform media sosial pada hari ini. ", "UPDATE: Pearly Tan withdraws from the Badminton Asia Championships 2023 due to illness. ", "Get well soon, Pearly!♥️#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/aVsqYV6dRo", "— BAM (@BA_Malaysia) April 19, 2023", "Ini sekaligus menyebabkan rakan gandingannya, Thinaah Muralitharan terlepas peluang untuk beraksi dalam kejohanan ini. ", "Untuk makluman, mereka merupakan pilihan kelapan kejohanan. Mereka sepatutnya menentang beregu Thailand, Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai dalam pusingan 32.", "Dengan penarikan ini juga, Malaysia kini tinggal 14 wakil secara keseluruhan yang akan meneruskan aksi di Dubai. ", "Bagi acara beregu wanita, dua gandingan yang akan meneruskan cabaran di kejohanan ialah Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan Ng Qi Xuan-Teoh Le Xuan. ", "Featured Image: Persatuan Badminton Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111515/", "headline": "\nEmma McKeon Raih Tujuh Pingat – Wanita Kedua Menangi Medal Terbanyak Pada Satu Sukan Olimpik\n", "content": ["Perenang Australia, Emma McKeon menempa sejarah sebagai wanita kedua yang memenangi pingat terbanyak dalam satu temasya Sukan Olimpik.", "Emma, 27 tahun, membawa pulang tujuh pingat daripada temasya Tokyo 2020 setelah memenangi empat emas dalam acara 50m gaya bebas, 100m gaya bebas, 4x100m gaya bebas dan 4x100m rampaian.", "Manakala baki tiga acara iaitu 100m kuak kupu-kupu, 4x200m gaya bebas dan 4x100m rampaian campuran pula memberikannya pingat gangsa.", "Australia's most successful Olympian: Emma McKeon.📄 Her CVRio 2016:🥇4x100m Freestyle🥈4x200m Freestyle🥈4x100m Medley🥉200m FreestyleTokyo 2020:🥇4x100m Medley🥇4x100m Freestyle🥇100m Freestyle🥇50m Freestyle🥉4x200m Freestyle🥉4x100m Butterfly🥉100m Butterfly pic.twitter.com/uOoYfQTmkN", "Keseluruhan tujuh pingat yang dimenanginya ini meletakkan Emma menyamai rekod yang dicipta oleh atlet gimnastik Soviet Union, Maria Gorokhovskaya yang turut mengutip tujuh pingat ketika beraksi di temasya Sukan Olimpik Helsinki 1952.", "Emma turut menyertai temasya Sukan Olimpik Rio 2016. Di temasya tersebut, perenang kelahiran Wollongong ini telah meraih empat pingat menerusi acara 4x100m gaya bebas, 4x200m gaya bebas, 4x100m rampaian dan 200m gaya bebas.", "Emma McKeon 💚💛That's it. That's the tweet.#7Olympics | #Tokyo2020 pic.twitter.com/hznz3YtZB9", "Secara keseluruhan, Emma telah mengumpul 11 pingat di temasya Sukan Olimpik. Ini menjadikan Emma sebagai atlet Australia yang meraih pingat Olimpik paling banyak mengatasi bekas perenang lelaki, Ian Thorpe dan bekas perenang wanita, Leisel Jones yang memiliki 9 pingat masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217052/", "headline": "\nBAC 2022: Liew Daren Singkir Perseorangan No.1 Korea Di Pusingan 32\n", "content": ["Slot Pusingan 16 menjadi milik pemain veteran negara, Liew Daren setelah berjaya menumpaskan perseorangan No.1 Korea, Heo Kwang-hee di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan di peringkat Pusingan 32 terbabit, pemain berumur 34 tahun yang berada di ranking ke-35 ini terlebih dahulu tumpas kepada Kwang-hee dengan skor 8-21.", "Namun begitu, di set kedua, Daren mendapat rentaknya dan berhasil bangkit untuk merekodkan kemenangan dengan pungutan mata 21-10 sekaligus mengheret pemain di ranking ke-30 dunia ke set penentuan.", "R32#MAS🇲🇾 Liew Daren def. #KOR🇰🇷 Heo Kwanghee 8-21 21-10 21-15", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022", "Di set terakhir, Daren tidak mempunyai masalah untuk mengulangi rentak kecemerlangannya dan berjaya menumpaskan lawannya itu dengan skor 21-15. Direkodkan, pertarungan antara kedua-dua pemain ini berlangsung dalam tempoh 49 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kelima melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa. Daripada empat pertemuan sebelum ini, hanya satu sahaja kemenangan yang berpihak kepada Daren manakala tiga yang lain dimenangi oleh Kwang-hee.", "Sementara itu, Daren yang mara ke Pusingan 16 akan berhadapan dengan perseorangan No.2 Indonesia, Jonatan Christie yang berada di ranking kelapan dunia merangkap pilihan keempat kejohanan.", "Jonatan mara selepas menumpaskan pemain India, B. Sai Praneeth (ranking ke-19) secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-13 di Pusingan 32 tadi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219041/", "headline": "\nSukan Solidariti Islam: Haiqal, Hafiz, Jonathan & Arsyad Tamatkan Acara 4x100m Di Tempat Ke-6\n", "content": ["Tiada kilauan pingat dibawa pulang oleh kuartet pecut negara dalam acara larian 4×100 meter (m) lelaki peringkat akhir Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye.", "Ini berikutan kuartet yang diwaliki oleh Haiqal Hanafi, Khairul Hafiz, Muhammad Arsyad dan Jonathan Nyepa menamatkan acara tersebut di tempat keenam dengan catatan masa 39.46 saat (s).", "Sementara itu, pingat emas bagi acara ini berjaya dirangkul oleh kuartet tuan rumah dengan catatan masa 38.74s.", "Manakala pingat perak dan gangsa pula berhasil diraih oleh kuartet Bahrain dan Oman dengan catatan masa larian 39.01s dan 39.21s masing-masing.", "Sebagai perbandingan, rekod kebangsaan bagi acara 4x100m lelaki adalah 39.09s dan ianya dicipta oleh kuartet Muhammad Azeem, Muhammad Arsyad, Muhammad Zulfiqar dan Haiqal Hanafi di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 pada Mei lalu.", "Larian itu juga telah membutirkan pingat perak buat kontinjen negara di temasya berkenaan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220649/", "headline": "\nBWF Umum Jelajah Dunia Akhir 2022 Dipindahkan Ke Bangkok, Berlangsung Seminggu Awal\n", "content": ["Kejohanan Jelajah Dunia Akhir 2022 yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak 1.5 juta Dolar Amerika tidak akan dilangsungkan di Stadium Tianhe, Guangzhou, China sepertimana dirancang sebelum ini.", "Sebaliknya, badan induk dunia, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan ianya akan dilangsungkan di venue lain iaitu Nimibutr Arena, Bangkok Thailand.", "Bukan itu sahaja, kejohanan itu juga akan berlangsung seminggu awal berbandingan perancangan asal iaitu bermula 7 hingga 11 Disember kelak.", "Perkembangan itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan kenyataan oleh BWF menerusi laman sesawang rasminya, pada hari ini.", "Difahamkan, pertukaran venue itu dibuat selepas perundingan antara BWF dan Persatuan Badminton Chian (CBA) yang bersetuju untuk menukar venue kejohanan terbabit atas alasan pelbagai cabaran yang mendatang berpunca daripada sitausi semasa pandemik di negara itu.", "BWF mengucapkan terima kasih kepada CBA, Guangzhou City Government dan Guangzhou Sports Bureau atas kerja keras mereka. ", "Pada masa yang sama BWF turut melemparkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Badminton Thailand yang menyediakan venue gantian untuk kejohanan Jelajah Dunia Akhir ini pada saat-saat akhir.", "Senarai 8 pemain perseorangan lelaki mahupun wanita serta 8 beregu lelaki, wanita dan campuran terbaik yang layak beraksi dalam saingan ini akan dimaklumkan selepas tamatnya saingan jelajah dunia (world tour) terakhir, Terbuka Australia yang berlangsung pada minggu ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208258/", "headline": "\nKarsten Dipilih Ketua Jurulatih Selangor Kerana Berani Guna ‘Ubi’ Muda\n", "content": ["Antara salah satu alasan jurulatih kelahiran jerman, Karsten Neitzel dipilih untuk mengemudi pasukan Selangor adalah keberaniannya untuk menggunakan pemain-pemain muda berbakat.", "Bukan sahaja berani mempertaruhkan pemain-pemain muda, menurut Pengarah Teknikal Selangor, Michael Feichtenbeiner, Karsten juga dikatakan memiliki ‘mata helang’ yang mampu mengesan bakat-bakat muda yang berkualiti.", "Kedua-dua elemen ini amat diperlukan oleh Selangor dalam usahanya untuk membina sebuah pasukan terbaik di Malaysia dengan mempertaruhkan pemain-pemain muda daripada program pembangunannya selain daripada mendapatkan khidmat pemain-pemain import terbaik.", "Baca: Selangor Lantik Ketua Jurulatih Baharu Kelahiran Jerman, Karsten Neitzel", "“Ia adalah keutamaan kami untuk melahirkan pemain kita sendiri untuk bermain di Liga Super. Jadi, kita memerlukan ketua jurulatih yang bersifat terbuka untuk menggunakan pemain muda. ", "“Kadang-kala, ia sukar untuk seorang jurulatih mempercayai pemain muda kerana mereka cenderung untuk melakukan kesilapan, tetapi Karsten adalah jurulatih yang berani. ", "“Jika beliau dapat melihat kualiti dan kemampuan seseorang pemain muda, beliau akan memberikan mereka peluang. Kita ingin membina pasukan terbaik di Malaysia, dan kita perlu melakukakannya dengan cara kita yang tersendiri. ", "“Kita mungkin tidak dapat menarik minat pemain terbaik untuk bermain untuk Selangor, tetapi kita boleh cuba untuk mencipta sebuah pasukan terbaik melalui gaya permainan dan program pembangunan kita.” kata Michael yang cukup mengenali Karsten sebagai bekas pemainnya menerusi laman sesawang rasmi mereka.", "https://t.co/3T1TCyAsq2'Selangor Dapat \"Tonik Baru\" Menjelang Piala Malaysia'Klik pautan untuk mengetahui profil 8 pemain ini yang bakal bermain untuk Gergasi Merah dalam saingan #TMPialaMalaysia2020. #RedGiants#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/oLGMN8Gm2r", "Kita dapat melihat usaha yang dilakukan oleh Selangor untuk menaikkan bakat-bakat muda terutamanya daripada pasukan simpanan, Selangor 2 mereka sewaktu dibimbing oleh Michael selaku ketua jurulatih sementara susulan penamatan kontrak B. Satinanthan.", "Antaranya Quentin Cheng (pertahanan kanan, 21 tahun), Sharul Nazeem (pertahanan tengah, 21 tahun), Aqil Fadhly (penjaga gol, 21 tahun), Danial Asri (penyerang, 20 tahun) dan Aliff Haiqal Lau (pemain tengah, 20 tahun).", "Tidak ketinggalan pemain seperti Mukhairi Ajmal (pemain tengah, 18 tahun) dan Zikri Khalili (pertahanan kiri, 18 tahun) yang dinaikkan pangkat ke skuad senior untuk mengharungi saingan Piala Malaysia 2020 sebelum dibatalkan baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324879/", "headline": "\nRanking BWF: Yew Sin-Ee Yi Hampiri ‘Top 5’ Dunia, Aaron-Wooi Yik Tergelincir Satu Anak Tangga\n", "content": ["Beregu No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang menampilkan aksi konsisten sejak beberapa bulan lalu kini semakin menghampiri kelompok 5 beregu lelaki terbaik dunia.", "Ini selepas kemaskini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini yang menyaksikan kedudukan gandingan kebangsaan itu meningkat sebanyak satu anak tangga berbanding minggu lalu.", "Ianya sekaligus meletakkan naib juara Terbuka Australia 2022 itu di kedudukan keenam dunia dengan pungutan 71,250 mata, diikuti rapat Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan di tangga ketujuh dunia dengan 71,230 mata – berbeza 20 mata sahaja. ", "Kedudukan itu juga bermakna Yew Sin-Ee Yi kini semakin hampir untuk memintas kedudukan dunia jaguh beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sekaligus merebut gelaran beregu lelaki No.1 Malaysia. ", "Bagaimanapun, gandingan negara itu perlu bekerja keras dalam memastikan mereka kekal konsisten dalam kejohanan yang seterusnya untuk menempatkan diri mereka di dalam kelompok lima terbaik dunia.", "Untuk rekod, Yew Sin dan Ee Yi berjaya melangkah sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir daripada lima kejohanan terakhir mereka. Mereka hampir melangkah ke pentas akhir di Terbuka Swiss sebelum ditewaskan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty", "Dalam pada itu, Aaron-Wooi Yik kini turun satu anak tangga ke kedudukan keempat dunia biarpun berjaya mara ke pentas akhir Terbuka Indonesia sebelum terus kempunan untuk merangkul kejuaraan Jelajah Dunia BWF pertama mereka. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220349/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Peng Soon-Yee See Kecundang Lagi Di Pusingan 32\n", "content": ["Saingan Terbuka Perancis yang membuka tirainya semalam menyaksikan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See mengalami kekalahan di peringkat awal, Pusingan 32, sekali lagi.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-55 dunia ini memulakan saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF dengan bertemu beregu ke-17 dunia dari Jepun, Yuki Kaneko dan Misaki Matsutomo.", "Dalam pertarungan yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Peng Soon-Yee See tumpas secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 17-21 dalam tempoh masa yang menghampiri 50 minit permainan.", "YONEX French Open 2022XD – Round of 32 🇯🇵Yuki KANEKO🏅21 21 🇯🇵Misaki MATSUTOMO🏅18 17 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Yee See CHEAH", "🕗 in 48 minutes https://t.co/e5WxkIllwc", "— BWFScore (@BWFScore) October 25, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua berturut-turut Peng Soon-Yee See mengalami kekalahan di peringkat awal pertandingan. Minggu lalu, pasangan ini turut mengalami kekalahan di peringkat yang sama dalam saingan Terbuka Denmark.", "Sementara itu, disebalik kekalahan Peng Soon-Yee See, empat lagi wakil negara yang beraksi pada hari pembukaan semalam dalam pelbagai kategori berjaya mencatatkan kemenangan sekaligus mara ke Pusingan 16.", "Antaranya beregu campuran, Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing yang berhasil menundukkan wakil China, Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian dan beregu wanita, Pearl Tan-Thinaah Muralitharan menumpaskan wakil Indonesia yang sedang meningkat naik, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva.", "Selain itu, dua beregu lelaki iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut sama meraih keputusan yang positif dengan mengalahkan wakil tuan rumah dan Scotland masing-masing.", "Pusingan 32 diteruskan pada hari ini dan seramai lapan lagi wakil negara akan berentap untuk merebut slot ke Pusingan 16.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215258/", "headline": "\nBATC 2022: Pasukan Lelaki Malaysia Diundi Bersama Jepun, Singapura & Kazakhstan\n", "content": ["Saingan peringkat benua asia iaitu Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menyaksikan Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Jepun, Singapura dan Kazakhstan.", "Ini berdasarkan kepada hasil undian yang dijalankan pada hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Badminton Asia, tengah hari tadi.", "#BATC2022 Men’s Team: Malaysia drawn in Group B alongside Japan, Singapore & Kazakhstan!#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/I9xpdgh9pi", "Sementara itu, Kumpulan A pula diisi oleh juara bertahan, Indonesia sambil ditemani oleh India, Korea dan Hong Kong.", "Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke saingan separuh akhir. Pada masa yang sama, empat pasukan ini akan layak ke saingan Piala Thomas 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Mei kelak.", "Untuk pengetahuan semua, saingan ini akan bermula pada 15 hingga 20 Februari di Setia City Covention Centre, Selangor."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324853/", "headline": "\nSafee Sertai Razman Di Kelana United, Bakal Gegar Liga Perdana FAS\n", "content": ["Baru sahaja pulang daripada Amerika Syarikat, Safee Sali yang menjaringkan gol di bumi Uncle Sam itu kini diumumkan menyertai kelab bola sepak amatur, Kelana United bagi menghadapi Liga Perdana Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab melalui pelbagai media sosial mereka dan menerima reaksi yang berbagai-bagai daripada media serta peminat bola sepak tempatan.", "Bekas penyerang kebangsaan itu telah melakukan penampilan sulungnya menentang Tanjung Karang sekaligus menjadi legenda bola sepak kebangsaan yang seterusnya beraksi buat kelab tersebut.", "Sebelum ini, pasukan yang mula diasaskan pada tahun 2019 itu turut mengumumkan beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Shukor Adan, Razman Roslan, Azamuddin Akil dan Fakri Saarani beraksi di bawah kendalian Fairuz Montana. ", "Untuk rekod, Kelana United kini beraksi dalam saingan Kumpulan B Liga Perdana FAS, divisyen kedua dalam sistem liga bola sepak di Selangor setelah berjaya menjuarai saingan Liga Divisyen 1 FAS musim lalu.", "Lebih menarik, mereka juga berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Selangor (SCL) biarpun bermula di pusingan play-off sebelum tumpas kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).", "Selain itu, mereka turut mempunyai skuad remaja dan wanita mereka yang turut pernah dibarisi pemain wanita kebangsaan sensasi, Intan Sarah Zulgafli bagi saingan Liga Super Wanita (WSL) FAS. ", "Featured Image: Kelana United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218793/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Dunia B-20: Azeem Fahmi Mengesahkan Tempat Ke Final\n", "content": ["Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mengesahkan tempat ke peringkat akhir acara 100 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2022.", "Kemaraan itu disahkan selepas dia berhasil menamatkan larian di tempat kedua pada peringkat separuh akhir (Heat 3) yang berlangsung sebentar tadi.", "Dalam perlumbaan tersebut, atlet kelahiran negeri Perak yang berusia 18 tahun ini menamatkan larian di belakang pelumba Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie yang mencatatkan larian sepantas 10.11 saat (s). Azeem pula menamatkan lariannya dengan catatan masa 10.19s.", "Sementara itu, enam pelari lain yang turut mengesahkan tempat ke peringkat akhir adalah seperti berikut:", "Untuk makluman semua, perlumbaan peringkat akhir bagi acara pecut 100m lelaki ini dijadualkan berlangsung pada jam 6.55 pagi nanti, waktu Malaysia.", "Featured Image: Instagram Azeem Fahmi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220205/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Aksi Pertama Pearly Selepas Kecederaan, Catat Kemenangan ‘Straight Set’\n", "content": ["Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan yang mengalami kecederaan pada penghujung Ogos lalu dan terpaksa berehat panjang buat seketika waktu dapat beraksi semula di saingan Terbuka Denmark, pada hari ini.", "Bergandingan bersama rakannya, Thinaah Muralitharan, pasangan yang menghuni ranking kesebelas dunia ini tiada masalah untuk menampilkan aksi cemerlang menumpaskan wakil Thailand, Supissara Paewsampran dan Puttita Supajirakul di Pusingan 32.", "Dalam pertembungan yang berlangsung di Gelanggang 3, Pearly-Thinaah berhasil mencetak kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-14 dalam tempoh 34 minit permainan.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORWD – Round of 32 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅16 14 🇹🇭Supissara PAEWSAMPRAN 🇹🇭Puttita SUPAJIRAKUL", "🕗 in 34 minutes https://t.co/VREnpILG1M", "— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022", "Kemenangan ini membolehkan pasangan wanita No.1 negara mara ke peringkat Pusingan 16 saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF yang akan berlangsung lusa (19 Oktober).", "Di peringkat tersebut, mereka bakal berhadapan dengan cabaran samada daripada beregu No.2 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan atau beregu Hong Kong, Yeung Nga Ting dan Yeung Pui Lam.", "Untuk makluman semua, selepas menjalani imbasan magnetic resonance imaging (MRI) pada awal September lalu, Pearly bernasib baik tidak mengalami kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (ACL). Hanya kecederaan hamstring dan tendon lutut yang dialaminya.", "Namun begitu, kecederaan tersebut tetap memerlukan Pearly berehat sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu sekaligus mengganggu jadual latihannya bersama Thinaah sebelum daripada kejohanan ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215018/", "headline": "\nWei Chong-Kai Wun Rangkul Kejuaraan Sulung di Pentas Super 300\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya merangkul kejuaraan pertama di pentas Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 dengan memenangi saingan Antarabangsa Syed Modi 2022.", "Pasangan yang menghuni ranking ke-65 dunia ini muncul juara setelah menumpaskan beregu tuan rumah, Krishna Prasad Garaga dan Vishnuvardhan Goud Panjala yang berada di ranking ke-74 dunia, di pentas final, sebentar tadi.", "Wei Chong-Kai Wun yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-18 dan 21-15.", "RESULTS: #SyedModi2022FINAL #MAS 🇲🇾 Man Wei Chong-Tee Kai Wun(8) def. #IND🇮🇳 Krishna Garaga-Vishnuvardhan Panjala 21-18 21-15*Wei Chong-Kai Wun beat India pairs in a straight sets victory to won their first title this year. Congrats bros!#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/4NJy8o5KrG", "Untuk makluman semua, Wei Chong dan Kai Wun mula bergandingan sejak Mac 2021.", "Sejak digandingkan, mereka cemerlang merangkul beberapa kejuaraan seperti Terbuka Poland, Kejohanan Antarabangsa Iberdrola Spanish dan Terbuka Ireland, pada tahun lalu.", "Selain itu, mereka turut muncul naib juara di saingan Terbuka Czech dan Kejohanan Antarabangsa Wales.", "Dengan kemenangan yang diraih pada hari ini, Wei Chong dan Kai Wun bukan sahaja akan membawa pulang trofi dan wang kemenangan malah bakal mencatatkan peningkatan mendadak ranking dunianya, pada kemaskini yang berikutnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208662/", "headline": "\nMUFC Pancing Khidmat Seorang Penyerang Senior Skuad Harimau Malaya, Siapakah?\n", "content": ["Melaka United Football Club (MUFC) bakal mengikat seorang penyerang skuad kebangsaan, Harimau Malaya berstatus senior untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.", "Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri dalam satu sidang media khas yang diadakan pada petang tadi.", "Difahamkan penyerang ini dibawa bagi menggantikan kapten pasukan, Safiq Rahim yang tidak diteruskan khidmatnya bersama skuad Hang Tuah bagi saingan musim hadapan.", "TERKINI: Melaka United umum Safiq Rahim tidak akan bersama pasukan tersebut pada musim depan menurut MUSA.Ke manakah destinasi Safiq pada 2021?#MFLTransfer2021 pic.twitter.com/F2ZnOraSlo", "“(Mengenai) kedudukan Safiq Rahim kita telah membuat keputusan, kita tidak meneruskan khidmat beliau, ", "“Kita nak bawa (pemain) senior yang ada nama dalam Malaysia ini untuk menggantikannya, ", "“Kita sedang buat perbincangan dengan pemain ini, beliau merupakan pemain skuad kebangsaan pada ketika ini, (dan) posisinya forward.” katanya kepada para wartawan.", "Berdasarkan bayangan yang diberikan, hanya dua pemain menepati apa yang dimaksudkan oleh Saiful. ", "Mereka ialah penyerang BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha dan bekas penyerang Kedah, Zaquan Adha.", "Dengan BG Pathum United telah mengumumkan ketibaan penyerang baharu mereka iaitu Diogo Luis Santo, ia mengesahkan lagi kepulangan Matyo ke tanah air.", "Sementara itu, Zaquan yang berkhidmat selama dua musim bersama skuad Helang Merah telah diumumkan dilepaskan secara rasmi oleh kelab.", "Difahamkan penyerang ini akan diumumkan sebagai pemain MUFC dalam masa terdekat.", "Dalam sidang media yang sama, MUFC turut mengumumkan mengekalkan ketua jurulatihnya, Zainal Abidin Hassan walaupun sebelum ini desas-desus kuat mengatakan beliau bakal disisihkan.", "Featured Image: Football Association of Malaysia & FA Kedah"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207388/", "headline": "\nLatihan Bawah Frank Bernhardt ‘Berat’ – Penyerang UITM FC\n", "content": ["Tatkala UITM FC yang bergelar pendatang baharu untuk saingan CIMB Liga Super 2020 bakal menjadi pasukan belasahan, mereka menunjukkan sebaliknya.", "Beberapa pasukan bertaraf gergasi dalam saingan bola sepak tempatan tersungkur apabila bertemu skuad The Lions ini.", "Semuanya hasil daripada ‘air tangan’ ketua jurulatih, Frank Bernhardt dan antara perkara utama yang diberikan perhatian oleh jurulatih ini dalam mendapatkan hasil yang positif adalah menerapkan latihan berintensiti tinggi.", "“Memang latihan di bawah Bernhardt agak berat di mana kadang-kadang kita bermula latihan awal pada jam 3 petang. Banyak latihan berintensiti tinggi yang dilakukan dan walaupun penat, pemain perlu menghadapinya.", "“Tetapi dengan cara inilah kami berjaya memberikan persembahan yang bertenaga setiap kali beraksi. Apa yang dibawa ke UiTM FC oleh Bernhardt memang membantu dengan corak latihan Jerman selain ada sesi latihan yang agak berbeza.", "“Contohnya pada awal musim lalu, latihan mengikut minggu di mana ada seminggu kami melakukan latihan kecergasan sahaja dan minggu seterusnya untuk menguatkan badan di gimnasium,” kata penyerang tempatan, Muhammad Rafie Mat Yaacob seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Ketika ini, Bernhardt yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad Harimau Muda telah mengemudi UITM FC menduduki tangga ke-4 saingan liga dengan kutipan 14 mata daripada 19 perlawanan.", "Malahan mereka berpeluang untuk merebut gelaran naib johan saingan liga musim ini sekiranya mendapatkan kemenangan dalam baki dua perlawanan dan pada masa yang sama, Perak dan Kedah keciciran mata.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220744/", "headline": "\nTiada Pemain JDT Dipanggil Sertai Kem Latihan Skuad B-23 Kendalian Elavarasan\n", "content": ["Kem latihan pusat bagi skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) yang pertama dikendalikan oleh ketua jurulatih baharu, E. Elavarasan nampaknya tidak mempunyai kelibat mana-mana pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Berdasarkan senarai 25 pemain yang dipanggil sepertimana dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam, ianya hanya melibatkan 8 pemain Selangor, 4 pemain Terengganu, 3 pemain KL City, dua pemain Kelantan dan Sri Pahang masing-masing.", "Manakala bakinya merupakan seorang pemain dari Kelantan United, Kedah Darul Aman, Penang, Negeri Sembilan, PDRM dan Azul Claro Numazu masing-masing.", "Bukan itu sahaja, lapan pemain yang berada dalam Senarai Bersedia untuk dipanggil sekiranya terdapat sebarang perubahan pada senarai 25 pemain utama turut tidak melibatkan sebarang pemain JDT.", "Untuk makluman semua, kem latihan ini akan bermula pada 27 November dan tamat pada 6 Disember kelak. Ianya sebagai persiapan menghadapi pertandingan-pertandingan antarabangsa bagi tahun 2023.", "Antaranya Kejuaraan AFF B-23, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206872/", "headline": "\nManchester United Tu Pasukan Bola Sepak Ke? – Jawapan ‘Panas’ Tengku Zafrul Kepada Haniff\n", "content": ["YB Tengku Zafrul merangkap Menteri Kewangan Malaysia merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak yang berpangkalan di wilayah Merseyside, Liverpool FC.", "Ketika ditemu bual dalam segmen JoHaRa Pagi Era pada minggu lalu, Tengku Zafrul ditanyakan oleh salah seorang penyampai Era, Haniff Hamzah samada beliau merupakan bekas penyokong Manchester United – pasukan seteru kepada Liverpool.", "Belum sempat lagi soalan tersebut dihabiskan oleh Haniff, beliau yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB dengan pantas memberikan jawapan yang panas, “Manchester United tu pasukan bola sepak ke?”", "Seperti kita sedia maklum, Tengku Zafrul diumumkan dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada 9 mac lalu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. ", "Memandangkan beliau bukan seorang Ahli Parlimen (MP) maka beliau terlebih dahulu dilantik sebagai Senator Dewan Negara sebelum menjawat jawatan tersebut.", "Sebagai seorang menteri daripada kalangan profesional dalam bidang kewangan dan perbankan, kehadirannya dalam barisan kabinet negara pantas mencuri tumpuan rakyat kebanyakan terutamanya dalam kecekapannya menguruskan perbendaharaan negara ketika pandemik Covid-19 melanda.", "Selain daripada itu, Tengku Zafrul turut mencuri perhatian menerusi gaya kehidupannya yang sangat aktif. Sering kali beliau berkongsikan mengenai aktivi riadah yang dilakukannya seperti aktiviti larian pada hujung minggu di laman sosialnya.", "Bukan itu sahaja, Tengku Zafrul yang menjengah usia 47 tahun pada jun lalu turut berkongsikan kepada penyampai-penyampai radio Era mengenai pengalamannya menyertai acara Iron Man Challenge.", "“Kita berenang 3.8 kilometer, selepas tu kita naik basikal 180 kilometer, pengakhirannya kena lari marathon penuh, 42.2 kilometer.” jelasnya secara bersahaja sambil Johan, Haniff dan Ray termenung kekaguman.", "Anda boleh menyaksikan temu bual penuh pada pautan di bawah:", "Featured Image: FB Tengku Zafrul"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207916/", "headline": "\nTerpaksa Berehat 3 Minggu, Otot Luqman Koyak Sepanjang 2cm\n", "content": ["Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terpaksa berehat panjang selepas daripada melakukan debut skuad senior ketika menentang RSC Anderlecht, baru-baru ini.", "Hal ini kerana Luqman disahkan oleh doktor perubatan KV Kortrijk mengalami kecederaan melibatkan hamstring di mana ototnya koyak dengan ukuran sepanjang 2 sentimeter (cm).", "“Ketika melakukan sesi latihan menyepak bola tiba-tiba saya rasa sakit di paha sebelah kanan.", "“Bila doktor periksa terdapat koyakan otot di paha kira-kira 2cm.", "“Doktor nasihatkan saya untuk berehat dulu dalam masa tiga minggu untuk fokus kepada proses pemulihan.", "“Saya mula rasa sakit selepas perlawanan menentang RSC Anderlecht minggu lalu, cuma ketika itu saya ingat cedera biasa.", "“Saya berharap sesi pemulihan akan berjalan lancar dan dapat segera sembuh untuk kembali bersama rakan pasukan,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.", "Perkembangan ini bakal menyaksikan Luqman yang juga penyerang skuad Harimau Muda terlepas sekurang-kurangnya tiga aksi seterusnya saingan Liga Belgium.", "Pertamanya menentang Zulte Waregem (awal pagi esok), keduanya menentang Beerschot (sabtu) dan Club Brugge yang dijaduakan pada 22 November."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114297/", "headline": "\nDavid da Silva Tidak Menganggur Lama, Kini Merupakan Pemain Persib Bandung\n", "content": ["Penyerang kelahiran Brazil, David Da Silva tidak menganggur lama setelah diumumkan dilepaskan oleh Terengganu FC (TFC) pada awal Disember lalu.", "Ini kerana khidmat penyerang berusia 32 tahun tersebut telah disambar dengan pantas oleh kelab yang kini menghuni tangga kedua Liga 1 Indonesia iaitu Persib Bandung.", "Da Silva diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab tersebut menerusi satu komik video yang penuh menarik di platform media sosial milik pasukan yang berpangkalan di Jawa Barat, semalam.", "Tonton video penuh pengenalan David Da Silva oleh Persib Bandung, DI SINI.", "Video tersebut turut diserikan dengan frasa ‘Wilujeng Sumping’ bermaksud ‘Selamat Kembali’ yang menandakan kedatangan semula Da Silva ke Pulau Jawa dan kancah bola sepak Indonesia setelah setahun beraksi di Liga Malaysia.", "Untuk makluman semua, sebelum beraksi bersama TFC, Da Silva beraksi hampir 3 musim bersama Persebaya Surabaya dan meletakkan dirinya antara penyerang terbaik dalam kancah bola sepak di negara itu.", "Bagaimanapun, prestasinya di Malaysia tidak begitu memuaskan hati ramai peminat TFC secara khususnya disebabkan oleh faktor kecederaan dan rekod jaringan yang tidak begitu memberangsangkan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325563/", "headline": "\nBaddrol Bakhtiar Ceburi Dunia Politik, Calon PN Bagi Dun Gurun\n", "content": ["Legenda bola sepak Kedah Darul Aman FC dan bekas kapten Sabah FC, Baddrol Bakhtiar sah menceburi dunia politik apabila diumumkan sebagai calon bagi Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.", "Pengumuman itu dibuat dalam majlis pengumuman calon PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, pada malam tadi.", "Sekitar pertengahan Julai lalu, Sabah FC yang dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee memaklumkan Baddrol tidak lagi bersama skuad berjulukan Sang Badak sepanjang baki saingan Liga Malaysia musim ini. Turut diberitahu, perpisahan terbabit diambil melalui persetujuan bersama.", "Malahan, kenyataan Sabah FC yang mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi turut mengundang pelbagai spekulasi mengenai masa depan pemain tengah berusia 35 tahun terbabit.", "Untuk makluman, dalam PRN yang lalu, kerusi DUN Gurun dimenangi oleh Pakatan Harapan-Parti Keadilan Rakyat (PH-PKR), Datuk Johari Abdul dengan 10,732 undian mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Boey Chin Gan, calon Parti Islam Semalaysia (PAS), Muzaini Azizan dan calon bebas Palaniappan Marimuthu. ", "Bagaimanapun, beliau bertindak mengosongkan kerusi tersebut berkuat kuasa serta-merta sekitar pertengahan Disember lalu sebelum dilantik sebagai Yang Di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat pada 19 Disember.", "Sementara itu, seorang lagi legenda bola sepak negeri jelapang padi tersebut merangkap Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Radhi Mat Din turut sama diumumkan sebagai calon bagi mewakili PN di DUN Alor Mengkudu dalam PRN kali ini.", "Penyandang bagi kerusi tersebut adalah Dato’ Ir. Haji Phahrolrazi Bin Haji Zawawi dari PH-Amanah yang memenangi PRN lalu dengan undian sebanyak 8,840 mengalahkan calon PAS, Dato’ Haji Ahmad Saad @ Yahaya dan calon BN, Abdul Malik Saad.", "Akhir sekali, Presiden KFA merangkap “caretaker” Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor pula disenaraikan oleh PN untuk mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang dimenanginya dengan 10,626 undia dalam PRN lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218841/", "headline": "\nSukan Komanwel: Pandelela Akhiri Saingan Terjun 10m Platform Di Tempat Ke-11\n", "content": ["Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg menutup saingan akhir bagi acara terjun 10 meter (m) platform di kedudukan kedua terakhir daripada 12 penerjun dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Penerjun berusia 29 tahun ini mengutip 260.90 mata daripada lima terjunanannya sekaligus terlepas peluang untuk mengutip sebarang kilauan pingat di temasya ini.", "Melihatkan kepada persembahannya, Pandelela mula kehilangan rentak di terjunan ketiga apabila diberikan 52.80 mata oleh para juri. ", "Awal pagi tadi Dato' @Pandelela_R terlepas meraih pingat selepas berada di tempat ke-11 di Women's 10m Platform final dengan kutipan 260.90 mata. Beliau masih ada lagi 2 acara selepas ini. Pasti Dato' akan bangkit! 💪🏻 #B2022 #KamiTeamMalaysia", "— Team Malaysia (@TeamMsia) August 5, 2022", "Bertambah parah, terjunan keempatnya menjadi yang terendah dengan juri sekadar memberikan 33.60 mata dan diikuti 44.80 mata pada terjunan terakhir. Dua terjunan awalnya diberikan 63.00 dan 66.70 mata oleh para juri.", "Sementara itu, pingat emas dan perak berhasil dibawa pulang oleh dua penerjun tuan rumah iaitu Andrea Spendolini Sirieix dan Lios Mae Toulson apabila berjaya merekodkan pungutan mata 357.50 dan 337.30 masing-masing.", "Manakala, pingat gangsa pula dibawa oleh penerjun Kanada, Caeli Sierra McKay yang mengumpul 317.50 mata daripada lima terjunannya.", "Featured Image: Facebook Pandelela Rinong"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220497/", "headline": "\nPiala Malaysia: 10 Pemain Terengganu Berjaya Benam Juara Bertahan Di Cheras\n", "content": ["Pasukan pelawat, Terengganu FC mencipta kejutan ke atas juara bertahan Piala Malaysia dalam perlawanan pertama peringkat suku akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.", "Pertembungan terbabit menyaksikan Kuala Lumpur City FC (KL City) yang masih segar dengan kejayaan mara ke perlawanan akhir Piala AFC baru-baru ini tumpas 1-0 sekaligus membolehkan Terengganu membawa sedikit bekalan menjelang perlawanan timbal balik pada 12 November kelak.", "Sebaik sahaja wisel ditup oleh pengadil bagi memulakan perlawanan, kedua-dua pasukan bimbingan Nafuzi Zain dan Bojan Hodak ini berlangsung rancak dengan kedua-duanya saling melakukan serangan balas. ", "Namun begitu, Terengganu dapat mencetak gol tunggal perlawanan seawal minit ke-13 permainan menerusi penjaring yang sedang dalam prestasi terbaiknya, Kpah Sherman.", "📹 HIGHLIGHTS: @KLCityFootball 0-1 @FCTerengganu", "Kpah Sherman menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-14.#TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/6YiFg5jxeS", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 6, 2022", "Akan tetapi, skrip permainan berubah pada babak kedua dan Terengganu terpaksa berhempas-pulas untuk meneruskan permainan sehingga waktu penamat.", "Semuanya gara-gara penjaga golnya, Suhaimi Hussin dilayangkan kad merah pada minit ke-62 kerana menjatuhkan pemain lawan ketika menyerang sekaligus terpaksa beraksi dengan 10 pemain sahaja..", "Walaupun terpaksa mengharungi keseksaan itu tatkala KL City lebih bernafsu untuk menyerang bagi menyamakan kedudukan, Terengganu tetap kental bertahan bagi memastikan pendahuluan 1-0 yang dimiliki kekal sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.", "Untuk makluman, kemenangan pada malam ini juga merupakan yang kelapan berturut-turut sejak perlawanan menentang Penang FC dalam saingan ke-18 Liga Super.", "Selain itu, kemenangan ini juga menjadikan Terengganu merekodkan tiga kemenangan bersih daripada tiga pertemuan ke atas KL City dalam saingan Liga Malaysia musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218505/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Jun Hao Lepasi Peringkat Kelayakan, Mara Ke Pusingan 32\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao menjadi wakil tunggal negara yang berjaya melepasi peringkat kelayakan dan mara ke Pusingan 32 saingan Terbuka Taipei 2022.", "Pemain berusia 23 tahun yang menghuni ranking ke-117 dunia ini mengesahkan kemaraan selepas berjaya menumpaskan pemain tuan rumah, Liao Jhuo-Fu (ranking ke-556) di suku akhir peringkat kelayakan.", "Perlawanan tersebut dimenanginya dengan skor 11-21, 22-20 dan 21-18 dalam tempoh masa sekitar satu jam permainan.", "YONEX Taipei Open 2022MS – Qualification quarter final11 22 21 🇲🇾Jun Hao LEONG🏅21 20 18 Jhuo-Fu LIAO", "🕗 in 69 minutes https://t.co/c5vdFLSNhl", "— BWFScore (@BWFScore) July 19, 2022", "Sebelum itu, Jun Hao berhasil mencetak kemenangan pada perlawanan pertama peringkat kelayakan juga ke atas pemain tuan rumah, Su Li Yang dengan skor berkesudahan 21-9, 18-21 dan 21-12.", "Di Pusingan 32 esok, Jun Hao akan bertemu pemain India, Subhankar Dey yang menghuni ranking ke-65 dunia bagi merebut tiket ke Pusingan 16.", "Sementara itu, dua lagi wakil negara yang beraksi di peringkat kelayakan iaitu Lim Chong King dan Jacky Kok Jing Hong terpaksa akur kandas.", "Chong King kandas seawal perlawanan pertama di tangan pemain tuan rumah, Chi Yu Jen manakala Jacky pula tumpas pada perlawanan kedua juga kepada pemain tuan rumah, Yu Sheng Po.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322790/", "headline": "\nOrleans Masters: Jun Hao, Xin Yuan-Tien Ci Lepasi Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Dua wakil negara yang beraksi dalam kejohanan Orleans Masters 2023 berhasil melepasi ujian di peringkat pusingan kelayakan sekaligus mara ke Pusingan 32 babak undian utama yang bermula pada hari ini.", "Perseorangan lelaki yang menghuni ranking ke-78 dunia, Leong Jun Hao berhasil merakamkan kemaraan ke babak undian utama selepas melepasi dua perlawanan peringkat kelayakan bertemu dua pemain Jerman.", "Pada pusingan pertama kelayakan, Jun Hao menumpaskan pemain No.109 dunia, Samuel Hsiao menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-16, 19-21 dan 21-9 dalam tempoh satu jam dua minit.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORMS – Qual. QF21 9 21 🇲🇾LEONG Jun Hao🥇", "17 21 13 🇩🇪Fabian ROTH", "— BWFScore (@BWFScore) April 4, 2023", "Manakala pada pusingan kedua kelayakan, Jun Hao sekali lagi berentap selama satu jam untuk menewaskan pemain No.102 dunia, Fabian Roth juga menerusi tiga set permainan yang tamat dengan skor 21-17, 9-21 dan 21-13.", "Kemenangan itu membawa Jun Hao bertemu pemain senior India yang berada di ranking ke-47 dunia, Sai Praneeth pada Pusingan 32. ", "Sementara itu, beregu lelaki bebas (independent), Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci tidak berhadapan dengan cabaran yang sukar untuk melepasi pusingan suku akhir kelayakan apabila dengan mudahnya menumpaskan wakil Algeria yang berada di ranking ke-134 dunia, Mohamed Abderrahime Belarbi dan Adel Hamek.", "Dalam pertarungan yang tidak sampai setengah jam itu, Xin Yuan-Tien Ci melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-11 dan 21-11.", "Pada pusingan 32 kelak, Xin Yuan-Tien Ci akan turun berentap dengan beregu No.11 dunia merangkap pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORMD – Qual. QF 🇲🇾BOON Xin Yuan🏅21 21 🇲🇾WONG Tien Ci🏅 🇩🇿Mohamed Abderrahime BELARBI11 11 🇩🇿Adel HAMEK", "— BWFScore (@BWFScore) April 4, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110944/", "headline": "\nOlimpik 2020: Zii Jia Akui Sedikit Bimbang Bertemu Pemain China\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakui sedikit bimbang sekiranya bertemu dengan pemain China, Chen Long atau Shi Yu Qi dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Kebimbangan itu hadir kerana Zii Jia tidak mengetahui prestasi semasa atau tahap kecergasan kedua-dua pemain tersebut yang tidak menyertai dalam mana-mana kejohanan utama kebelakangan ini.", "Walaupun mempunyai sedikit kebimbangan, atlet kelahiran Alor Setar, Kedah ini memaklumkan dirinya tidak sabar untuk beraksi bertemu kedua-duanya di dalam gelanggang kelak.", "“Saya memang memikirkan mengenai pemain perseorangan dari negara lain yang akan turun beraksi di sana nanti terutama dari China. ", "“Ini situasi kali pertama pemain (China) yang akan turun di Olimpik tapi belum beraksi di mana-mana kejohanan,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Lee Zii Jia Raih Kejuaraan Sulung All EnglandLee Zii Jia mencipta kejutan dengan menumpaskan juara bertahan, Viktor Axelsen untuk merangkul kejuaaran dalam kejohanan All England buat kali pertama dalam kariernya.Artikel penuh ➡️ https://t.co/8m3A8Mzm2J#AllEnglandOpen2021 pic.twitter.com/3kla0DYOzx", "Sementara itu, pemain berusia 23 tahun ini menjadikan kejayaan merangkul kejuaraan Seluruh England pada bulan Mac lalu sebagai bekalan untuk berentap dalam temasya Sukan Olimpik yang disertainya buat pertama kali ini.", "“Kita tidak tahu tahap mereka sekarang dan perlu bersedia untuk berdepan mereka nanti. ", "“Bagaimanapun, saya masih mempunyai keyakinan selepas muncul juara Seluruh England tahun ini.", "“Aura dan permainan konsisten ini akan di bawa sebagai bekalan apabila tiba di Tokyo nanti. ", "“Saya juga tidak fikir mengenai status bukan pilihan ataupun pemain pilihan, yang penting fokus kepada diri sendiri,” katanya lagi.", "Untuk makluman semua, pada ketika ini, Zii Jia menduduki tangga kelapan dunia dalam ranking perseorangan lelaki yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "Featured Image: Lee Zii Jia Facebook"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218797/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Dunia B-20: Azeem Tamatkan Larian 100m Akhir Di Tempat Ke-5 \n", "content": ["Tiada sebarang kilauan pingat dapat dibawa pulang pelari muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi daripada acara pecut 100 meter (m) lelaki Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun (B-20).", "Ini berikutan pelari berusia 18 tahun menamatkan larian peringkat akhir ditempat kelima di belakang Letsile Tebogo (Botswana), Bougie Nkrumie (Jamaica), Benjamin Richardson (Afrika Selatan) dan Puripol Boonson (Thailand).", "Pemenang pingat emas, Letsile menamatkan larian dengan catatan masa 9.91 saat (s) yang merupakan sebuah rekod dunia baharu bagi kategori umur bawah 20 tahun.", "Dengan catatan 10.14s, @_azeemf berjaya mendapat tempat kelima dalam final 100m @WorldAthletics U20 di Cali, Colombia! Tahniah Azeem Fahmi!#WorldAthleticsU20 #DemiMalaysia pic.twitter.com/7HPAEcOoo3", "— Reezal Merican (@reezal_merican) August 2, 2022", "Sementara itu, Bouwahjgie yang memenangi pingat perak pula merekodkan masa larian 10.02s yang menjadi rekod baharu negaranya bawah 20 tahun. Manakala, pemenang pingat gangsa, Benjamin pula merekodkan masa 10.12s", "Pencabar terdekat Azeem dari negara jiran tetangga, Puripol yang berusia 16 tahun menamatkan larian di tempat keempat turut merekodkan catatan masa 10.12s.", "Azeem pula menamatkan larian tersebut dengan catatan masa 10.14s.", "Perjalanan Azeem di kejohanan ini akan diteruskan dengan satu lagi acara iaitu pecut 200m lelaki. Dia akan mula beraksi untuk acara ini pada hari esok, bermula jam 12.25 tengah malam nanti.", "Featured Image: Instagram Azeem Fahmi"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207997/", "headline": "\nTRW Kelantan FC Miliki Resort di Pulau Langkawi Untuk Jana Pendapatan Sendiri\n", "content": ["Pasukan TRW Kelantan FC mengumumkan membuka perniagaan resort tersendiri dalam usahanya untuk menjana pendapatan kepada kelab berpangkalan di Kota Bharu itu.", "Terletak di kawasan peranginan terkenal tanah air iaitu di Pantai Cenang, Pulau Langkawi, ia dikenali sebagai The Red Warriors Resorts dan dijalankan secara patuh syariah.", "Perkembangan ini dimaklumkan menerusi laman sosial mereka secara rasmi pada hari ini.", "Sementara itu dalam makluman yang sama, pihak kelab turut menjanjikan untuk melancarkan Kad TRW untuk semua penyokong TRW Kelantan FC sekaligus bakal memberikan diskaun istimewa kepada pemegangnya.", "Kepada yang berminat untuk menginap di resort ini, anda boleh menempahnya menerusi platform tempahan atas talian, Agoda atau boleh mengunjungi laman Facebook Pages mereka, The Red Warriors Resort Langkawi.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110103/", "headline": "\nKenny Pemain Utiliti Terbaik Malaysia, Silap-Silap Main GK Pun ‘Perform’ – Stanley\n", "content": ["Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City (KL City), Stanley Bernard menggambarkan pemain tengah yang baru sahaja ditandatangani pasukannya, Kenny Pallraj sebagai pemain utiliti terbaik di Malaysia pada ketika ini.", "Walaupun posisi kebiasaannya adalah pemain tengah bertahan (defensive midfielder) tetapi ketika bersama Perak dan skuad kebangsaan, Kenny pernah diturunkan di beberapa posisi lain termasuk sebagai pemain sayap.", "Disebabkan itu, Stanley pantas mengambil peluang untuk mengikat pemain berusia 28 tahun ini apabila mengetahui statusnya telah bertukar menjadi pemain ejen bebas setelah dilepaskan skuad The Bos Gaurus, baru-baru ini. ", "“Kenny ini kita tahu dia tidak akan meninggalkan Perak tetapi saya pantas mengambil peluang untuk menandatanganinya apabila (dia) menjadi free agent,”", "“Kenny boleh dikatakan sebagai pemain utiliti terbaik di Malaysia, semua posisi yang dimainkannya boleh ‘perform’, silap-silap diturunkan sebagai penjaga gol pun dia boleh bermain,” ulasnya mengenai Kenny ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Bukan seorang sahaja pemain Perak yang diikat oleh Stanley pada jendela perpindahan kali ini. Untuk menambahkan lagi bisa di bahagian sayap, skuad ibu kota yang dibimbing oleh Bojan Hodak ini turut menandatangani pemain sayap, J. Partiban.", "Selain daripada memiliki kepantasan, Partiban yang bakal menjengah usia 28 tahun pada november kelak cukup dikenali dengan kemampuan untuk bermain di kedua-dua bahagian sayap serta mempunyai naluri untuk menjaringkan gol.", "“Partiban dah lama (diintai), daripada awal musim (lagi) kerana kita mahukan seorang pemain sayap yang berkualiti, (kemampuannya) amat ditagih oleh KL City,” tambah Stanley lagi.", "Stanley turut memaklumkan, usaha untuk mendapatkan kedua-dua pemain ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Bekas pengulas ini berkongsikan sebanyak enam pasukan berebut untuk mendapatkan khidmat Kenny dan Partiban.", "Bagaimanapun, visi dan pelan jangka masa panjang yang ingin diusahakan oleh Stanley di KL City menjadi ‘tawaran besar’ yang menarik minat kedua-dua pemain ini untuk menurunkan tandatangan masing-masing di atas kontrak bersama KL City. ", "“Kami tidak mempunyai kewangan yang besar tetapi kita mendapatkan mereka untuk pelan jangka masa panjang, bukan sekadar (menggunakan khidmatnya) untuk tahun ini atau tahun depan,”", "“Saya berpendapat Partiban dan Kenny ini bukan jenis nak tukar kelab (dengan kerap), kalau boleh haritu dia tak mahu keluar daripada Perak,”", "“Mereka mahukan sesuatu yang boleh mereka panggil rumah (home), mungkin itu yang mereka rasakan apabila saya membentangkan visi (dan) pelan jangka masa panjang KL City,” katanya.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207477/", "headline": "\nApa Kata Keluarkan Maguire Daripada Skuad – Patrice Evra\n", "content": ["Bukan berniat untuk mengkritik mana-mana individu namun bekas pemain Manchester United, Patrice Evra menyarankan agar Harry Maguire ��direhatkan’ daripada skuad.", "Saranan ini keluar daripada mulut Evra selepas beliau kecewa menyaksikan Manchester United dimalukan 6-1 oleh Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) tengah malam tadi.", "Dan sepanjang perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu, Maguire menjadi punca kepada beberapa kesilapan di benteng pertahanan sekaligus memberikan peluang kepada Spurs menjaringkan gol.", "\"I really would like to end my contract with Sky – I know you have to have some filter when you talk on TV.\" 😳Patrice Evra's emotional post-match thoughts following #MUFC's 6-1 defeat to Spurs is a *MUST WATCH*! 😮🟥 pic.twitter.com/dEy4w5GJgD", "“Gary Neville pernah berkata, kapten Maguire memerlukan rehat untuk berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, kami sentiasa bercakap mengenai dia perlu mencari pasangan yang sesuai, apa kata kali ini kita keluarkan dia dari skuad? ", "“Saya tidak mahu mula mengkritik pemain. Saya adalah individu yang pernah berada di sana ia memang sukar. ", "“Malam ini (pagi tadi) tidak ada seorang pun boleh bagi alasan. Mereka ternyata membuatkan penyokong United kecewa.", "“Saya tidak kisah mengenai keputusan kerana pernah dikalahkan 6-1 namun kali ini kisahnya sama saja setiap tahun. Saya sudah dapat rasakan apa yang penyokong United rasakan,” katanya selepas daripada tamat perlawanan kepada Sky Sports.", "Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama skuad yang terkenal dengan julukan terkenal Red Devils ini tewas dengan keptusan 6-1 dalam saingan EPL.", "Pada oktober 2011, Manchester United turut merekodkan kekalahan 6-1 di tangan jiran setempat, Manchester City ."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216905/", "headline": "\nKorea Masters: Pemain Muda Jepun Singkir Joo Ven Di Separuh Akhir\n", "content": ["Perjalanan perseorangan lelaki bebas (independent) negara, Soong Joo Ven dalam saingan Korea Masters 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF -terhenti di peringkat separuh akhir.", "Pemain berusia 26 tahun yang berada di ranking ke-68 dunia  ini terpaksa akur tumpas kepada pemain muda Jepun, Kodai Naraoka, 20 tahun, ranking ke-47 dunia, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Joo Ven tumpas pada set pertama dengan skor 17-21. Bagaimanapun, Joo Ven berhasil bangkit mencipta kemenangan pada set kedua dengan skor 23-21.", "2022 Gwangju YONEX Korea MastersMS – Semi final21 21 21 🇯🇵Kodai NARAOKA🏅17 23 11 🇲🇾Joo Ven SOONG", "🕗 in 85 minutes https://t.co/85sWgU0gxd", "— BWFScore (@BWFScore) April 16, 2022", "Akan tetapi, di set penentuan, Naraoka dilihat lebih mendominasi permainan dan pertarungan tersebut berhasil dimenanginya dengan kutipan mata yang cukup jauh iaitu 21-11.", "Berdasarkan kepada catatan masa, pertarungan melibatkan kedua-dua pemain ini berlangsung dalam tempoh menghampiri satu jam dan 30 minit permainan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan Joo Ven dan Naraoka di pentas antarabangsa. Pertembungan yang pertama lalu dalam saingan China Masters 2017 memihak kepada Joo Ven.", "Sementara itu, Naraoka yang mara ke pentas akhir akan membuat perhitungan dengan pemain tuan rumah, Jeon Hyeok-jin (ranking ke-995) bagi merebut kejuaraan dalam kategori perseorangan lelaki Korea Masters, pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220330/", "headline": "\nRanking BWF: Kisona Hampiri Kelompok 40 Perseorangan Wanita Terbaik Dunia\n", "content": ["Kemaskini ranking dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini bukan sahaja memperlihatkan satu lonjakan terhadap kedudukan perseorangan wanita No.1 negara, Kisona Selvaduray.", "Bahkan kemaskini bagi minggu ke-43 sebentar tadi meletakkan pemain berusia 24 tahun ini semakin menghampiri kelompok 40 terbaik dunia – tertinggi pernah dicapai dalam kariernya.", "Tinjauan di laman sesawang rasmi BWF menyaksikan Kisona, kini, berada di tangga ke-41 dunia – peningkatan sebanyak empat anak tangga berbanding minggu lalu.", "Untuk makluman, kemaraannya sehingga ke peringkat suku akhir saingan Indonesia Masters – Jelajah Super 100 BWF pada minggu lalu menjadi pencetus kepada peningkatan tersebut. Ia memberikannya 3,030 mata sekaligus mengumpul 35,109 mata secara keseluruhan.", "Sementara itu, tiada perubahan dikesan melibatkan seorang lagi perseorangan wanita negara iaitu Goh Jin Wei – kekal di tangga ke-44 dunia – biarpun terkandas seawal Pusingan 32 dalam kejohanan yang sama, pada minggu lepas.", "Manakala pemain senior, Soniia Cheah yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan Indonesia Masters tetapi tidak dapat meneruskan permainan di set kedua pada Pusingan 32 memberikan kesan negatif terhadap rankingnya dengan penurunan empat anak tangga sekaligus menduduki tangga ke-84 dunia pada minggu ini.", "Akhir sekali, satu peningkatan ketara dikesan melibatkan perseorangan wanita muda negara iaitu Myisha Mohd Khairul. Pemain berusia 20 tahun ini hanya beraksi di Pusingan 32 sebelum terpaksa akur tumpas kepada pemain tuan rumah.", "Namun begitu, aksinya di peringkat itu sudah memadai untuk mencetuskan lonjakan sebanyak 21 anak tangga dan meletakkannya di ranking ke-148 dunia pada minggu ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321540/", "headline": "\nSPOTV NOW Tawar Percubaan Percuma Selama 2 Minggu\n", "content": ["Aplikasi penstriman sukan milik SPOTV iaitu SPOTV NOW menawarkan percubaan percuma yang membolehkan peminat sukan menonton siarang langsung serta konten premium selama dua minggu apabila mendaftar dari 16 hingga 29 Januari 2023.", "Antara acara sukan yang dapat ditonton secara langsung ketika tempoh percubaan percuma itu adalah perlumbaan Formula E yang berlangsung Diriyah, Arab Saudi (27-28 Januari) dan Hyderabad, India (11 Februari) serta All Elite Wrestling (AEW). ", "Siaran AEW dapat ditonton setiap hari Khamis, 6 petang (Dynamite) dan Sabtu, 6 petang (Rampage).", "Selain siaran langsung acara sukan yang dinyatakan di atas, pelanggan juga dapat menyaksikan acara sukan secara on-demand dan kandungan eksklusif di SPOTV NOW di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.", "Dimaklumkan, jika pelanggan mendaftar pada 29 Januari, percubaan percuma ini akan tamat pada 11 Februari.", "Selepas tamat percubaan percuma, para pelanggan boleh memilih untuk melanggan akaun premium pada harga RM8.90 sebulan.", "Aplikasi SPOTV NOW ini ditawarkan di Malaysia, Hong Kong, Indonesia, Filipina, dan Singapura menerusi muat turun di Google Play Store dan App Store.", "Untuk makluman, SPOTV merupakan saluran televisyen No.1 di Korea Selatan yang kini bersiaran di serata asia tenggara dan asia timur yang menyiarkan acara sukan terkenal seperti MotoGP, Wimbledon, US Open (tenis), The Masters, The Open Championships (golf), World Table Tennis, Badminton World Federation Events serta sukan popular di asia termasuk Korean Baseball League (KBO) dan V.League Japan (bola tampar)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215266/", "headline": "\nFAM, Malaysia Airlines Dedah ‘Livery’ Harimau Malaya Pada Pesawat Airbus 330-300\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan ‘livery’ khas yang memaparkan lukisan Harimau Malaya dan Jalur Gemilang pada badan pesawat Airbus 330-300 secara rasmi, pada hari ini.", "Pelancaran ‘livery’ ini menandakan hubungan rapat antara badan induk bola sepak negara itu bersama syarikat penerbangan negara selaku rakan penerbangan rasmi FAM.", "Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad, tengah hari tadi.", "Difahamkan rekaan ‘livery’ yang memaparkan lukisan haiwan yang sinonim dengan skuad kebangsaan Malaysia itu dihasilkan oleh Dr. Mohamed Razeef bin Abdul Razak dan Dr. Verly Veto Vermol dari Kolej Seni Kreatif UiTM dengan kerjasama FAM.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207016/", "headline": "\nNeymar Tinggalkan Nike, Ucap Selamat Datang Puma\n", "content": ["Puma mengumumkan menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama pemain bintang Brazil, Neymar dan juga syarikat pemegang hak imejnya, NR Sports, hari ini.", "Welcome to the fam @neymarjr #KingIsBack pic.twitter.com/aMPnipZXj9", "Dengan pengumuman ini, penyerang berusia 28 tahun itu secara rasminya menamatkan kerjasama 15 tahun bersama Nike sebelum ini.", "Sejajar dengan makluman ini, Neymar dijangka akan menyarung but legenda syarikat sukan terbabit iaitu Puma King untuk saingan baharu bola sepak musim 2020/21.", "Ia sekaligus mengikut jejak langkah legenda terkemuka dalam sejarah bola sepak dunia seperti Pele, Cruyff, Matthaus, Eusebio dan Maradona menyarung but yang sama.", "Selain itu, Neymar yang merupakan pemain Paris Saint-Germain (PSG) turut dilantik sebagai duta Puma. Dia akan menggayakan dan mempromosikan segala pakaian jenama Puma termasuk sukan-sukan lain seperti bola keranjang dan sebagainya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111236/", "headline": "\nKecederaan Membantutkan Misi Besar Nik Sharif Bersama Selangor\n", "content": ["Perpindahan pemain sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy atau dikenali sebagai Nik Sharif dari Pahang ke Selangor sepatutnya menjadi satu anjakan paradigma buat karier pemain berusia 24 tahun, musim ini.", "Malangnya, pemain yang diumumkan menyertai skuad Red Giants pada Disember tahun lalu, kempunan untuk merekodkan sebarang penampilan bersama Selangor apabila dia mengalami kecederaan buku lali ketika sesi latihan pramusim, mac lalu.", "Kecederaan tersebut memaksa Nik Sharif berehat panjang antara 6-8 minggu sekaligus membuatkannya terlepas 13 perlawanan Liga Super yang telah berlangsung setakat ini.", "Bagaimanapun, perkembangan terbaru menyaksikan Nik Sharif telah pulih daripada kecederaan tersebut. Selain daripada menyertai latihan bersama skuad simpanan, Selangor 2, Nik Sharif juga telah diturunkan dalam satu perlawanan persahabatan melibatkan Selangor menentang Melaka United, baru-baru ini.", "🗣️ Coach Karsten on Nik Sharif 🗣️\"Nik Sharif is a gifted player. He possesses good technique and has a great vision in reading the the game despite his young age. pic.twitter.com/rQ2dBMxEjb", "“Kali terakhir saya beraksi dalam aksi kompetitif ketika Piala Malaysia musim lepas, dan perlawanan persahabatan ketika menentang Melaka tempoh hari adalah yang pertama untuk saya akhirnya sentuh bola selepas lama berehat.", "“Pernah juga bersaing dengan skuad Selangor 2, tetapi bagi saya itu belum mencapai tahap intensiti yang tinggi tetapi ketika lawan Melaka, baru saya dapat rasakan yang saya masih lagi kurang cergas dan itu yang saya perlukan sekarang.", "“Mula-mula saya datang ke Selangor adalah dengan misi yang besar, tetapi bila dah cedera, memang tak boleh nak buat apa, yang penting saya memang nak cabar diri saya keluar daripada zon selesa dan harap dapat diberi peluang beraksi lebih kerap selepas ini,” katanya.", "\"Setiap kali saya tengok game Selangor, saya tak boleh terima yang saya terpaksa duduk luar..\" Saksikan klip perjalanan proses pemulihan Nik Sharif untuk kembali ke pasukan utama Red Giants. Awesome recovery work, Helber Richard & team!#KitaAdalahSatu #RoadToRecovery pic.twitter.com/Yw2ouizVzX", "Pemain yang memulakan karier bersama Pahang ini turut mengakui berhadapan dengan emosi yang kurang stabil ketika peringkat awal mengalami kecederaan namun dia tampil semakin positif setelah pulih dan mula menjalani latihan bersama skuad senior.", "Penghujung musim lalu, pemain muda ini antara yang mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan apabila menjaringkan 3 gol dan merekodkan 2 ‘assist’ dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super musim lalu.", "Untuk makluman semua, saingan Liga Super kembali bersambung pada Sabtu ini dan Selangor dijadualkan bertemu seteru Lembah Klang mereka, Kuala Lumpur City (KL City) di gelanggang lawan, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325529/", "headline": "\nMAKAF Umum 6 Atlet Karate Ke Sukan Asia, Sasar Satu Emas\n", "content": ["Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) mengumumkan senarai enam atlet yang akan memikul cabaran negara pada temasya Sukan Asia Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Ogos depan. ", "Presidennya, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, enam atlet yang dipilih terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita bertanding dalam acara kumite mengikut kategori masing-masing. ", "Menurutnya, enam atlet karate lelaki yang dipilih ialah Muhammad Arif Afifuddin (kumite lelaki 84kg), H. Sureeya Shankar (kumite lelaki 60kg), S. Prem Kumar (kumite lelaki 55kg) dan R. Sharmendran (kumite lelaki bawah 75kg). ", "Beliau berkata, dua atlet karate wanita yang menjadi sandaran MAKAF ialah P. Madhuri (kumite wanita 55kg) dan C. Shahmalarani (kumite wanita bawah 50kg). ", "Menurutnya, keputusan memilih enam atlet tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan tiga jurulatih skuad karate negara. ", "“MAKAF mensasarkan hanya satu pingat emas pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China September ini dan sasaran ini adalah realistik setidak-tidaknya. ", "“Persiapan rapi akan dilakukan untuk enam atlet karate negara yang terpilih bagi menjalani latihan di Maghribi, Tunisia dan sebuah negara di Eropah,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Kejohanan Karate Asia ke-19 berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh baru-baru ini.", "Nur Azmi berkata, skuad karate negara mempunyai tempoh dua bulan dalam membuat persiapan rapi bagi persediaan mengharungi cabaran getir di Sukan Asia nanti. ", "Menurutnya, MAKAF berkemungkinan besar akan membuat perubahan kategori atlet yang bertanding mengikut kesesuaian acara yang dipertandingkan nanti. ", "Katanya, perubahan itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas menilai prestasi kesemua 16 atlet karate negara yang bertanding di Kejohanan Karate Asia ke-19 yang sedang berlangsung di MITC. ", "Ujarnya, perubahan itu amat penting buat enam atlet karate dapat menyumbang satu pingat emas yang disasarkan. ", "“Sebagai contoh, jika prem boleh kekal bertanding bagi berat badan 75kg kita akan kekalkan begitu juga kalau Sureeya Shankar boleh ke berat 55kg daripada 60kg kita akan turunkan,” jelasnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219660/", "headline": "\nRoger Federer Akan Bersara Dari Kerjaya Tenis\n", "content": ["Roger Federer hari ini mengumumkan beliau akan bersara dari sukan tenis.", "Beliau sebelum ini pernah menjadi juara kejohanan sebanyak lebih 20 kali, dan kini berusia 41 tahun. Namun, untuk hampir tiga tahun kebelakangan ini, Roger Federer menghadapi masalah melibatkan lutut. Ini sekaligus menyukarkan beliau memberikan prestasi permainan yang sepenuhnya kepada peminat dan juga pihak lawan.", "Dalam tempoh 24 tahun bermain tenis ini, Roger Federer telah memainkan lebih 1500 perlawanan.", "Acara Laver Cup pada minggu hadapan yang akan diadakan di London akan menjadi acara terakhir disertai beliau sebelum bersara.", "To my tennis family and beyond,", "— Roger Federer (@rogerfederer) September 15, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325384/", "headline": "\nSkuad Singapura B-22 Ikut Jejak Harimau Muda Tidak Sertai Sukan Asia 2022\n", "content": ["Skuad Harimau Muda kendalian E. Elavarasan bukanlah satu-satunya pasukan yang tidak akan menyertai temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China bermula 23 September hingga 8 Oktober kelak.", "Terbaharu, skuad bola sepak lelaki bawah 22 tahun (B-22) negara seberang tambak, Singapura B-22 mengesahkan turut mengambil keputusan yang sama seperti Malaysia. ", "Perkembangan ini disahkan sendiri oleh badan induknya, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada hari ini selepas perbincangan dengan Sport Singapore (SportSG – badan berkanun di bawah Kementerian Belia, Komuniti dan Budaya Singapura) dan Majlis Olimpik Singapura (SNOC).", "Sport Singapore (SportSG), the Singapore National Olympic Council (SNOC), and the FAS, has reached a decision that the Men’s U22 football team will not participate in the Hangzhou Asian Games 2022 in September 2023. ", "Read here for more details➡ https://t.co/0OKQG1eILU pic.twitter.com/mnUipxVBLD", "— FAS (@FASingapore) July 11, 2023", "Difahamkan, SportSG menyatakan sokong terhadap keputusan ini sementara SNOC pula tidak membuat sebarang bantahan.", "Dimaklumkan, keputusan untuk tidak menyertai Sukan Asia 2022 ini selari salah satu cadangan daripada dalam Pascanilai Bola Sepak Sukan SEA 2023 yang dikeluarkan pada minggu lalu – memfokuskan kepada dua kejohanan iaitu Sukan SEA dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.", "Pada masa yang sama, temasya Sukan Asia pula jatuh di luar kalendar FIFA serta dianjurkan dalam bulan yang sama dengan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 terbabit.", "Sebagai perbandingan, alasan terbabit sama seperti yang dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila membuat keputusan yang sama sekitar Februari lalu.", "Ironinya, FAS dalam kenyataan yang sama membuat keputusan bahawa skuad bola sepak wanitanya akan kekal mengambil bahagian dalam temasya Sukan Asia terbabit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218164/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Pemain Indonesia Bikin Lee Zii Jia Kandas Di Pusingan 16 \n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2022 selepas tumpas kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Pemain kelahiran Alor Setar yang menghuni ranking kelima dunia ini tumpas kepada pemain yang berada di tangga ke-26 dunia itu menerusi tiga set permainan yang berlangsung dalam tempoh melebihi satu jam permainan. ", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia terlebih dahulu tumpas pada set pertama dengan skor 19-21. Bagaimanapun dia berjaya bangkit merekodkan kemenangan pada set kedua dengan keputusan 21-19.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MS – Round of 1621 19 21 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO🏅19 21 16 🇲🇾Zii Jia LEE", "🕗 in 66 minutes https://t.co/KG0qeVea7X", "— BWFScore (@BWFScore) June 30, 2022", "Ketika di set penentuan, pemain berusia 24 tahun ini tidak berhasil mengulangi persembahannya di set kedua dan akhirnya tumpas pungutan mata 16-21 sekaligus menghanguskan peluangnya untuk beraksi peringkat suku akhir saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Sementara itu, bekas pemain No.1 dunia dari Jepun, Kento Momota menantikan kehadiran Shesar di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Momota yang berada di ranking kedua dunia pada saat ini mara selepas menumpaskan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus (ranking ke-13) di Pusingan 16 menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 11-21, 21-8 dan 21-18 dalam tempoh 55 minit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325366/", "headline": "\nKlinik STL Anjuran Astro Semarak Minat Pelajar Terhadap Sepak Takraw\n", "content": ["Astro selaku penyiar rasmi saingan Sepak Takraw League (STL) mengambil inisiatif dan peluang untuk mengadakan Klinik STL dan juga sesi beramah mesra bersama hos dan pemain-pemain STL.", "Baru-baru ini, Klinik STL ini telah diadakan di Sekolah Antarabangsa Sri Kuala Lumpur, Subang. Ketika saingan STL menjelajah di Negeri Sembilan, Klinik STL ini turut diadakan di SMK Seri Ampangan, Seremban. Menariknya, ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 500 dan 700 orang pelajar masing-masing.", "Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkongsikan bahawa Klinik STL ini diadakan dengan tujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan membawa jenama STL di peringkat akar umbi. ", "Selain itu, ianya membuka peluang buat pemain-pemain STL yang juga merupakan pemain kebangsaan dan profesional untuk mendekatkan diri bersama komuniti dan mempamerkan aksi mereka bagi menarik lebih ramai pelajar meminati sukan ini. ", "Sementara itu, bekas pemain sepak takraw negara, Azlan Mubin yang juga merupakan hos STL berkata,  pengenalan STL dan klinik yang diadakan ini dapat memberi peluang buat pelajar-pelajar tanpa mengira bangsa untuk mempelajari sukan tradisi ini.", "Tambahnya lagi, “pendedahan sukan takraw seharusnya bermula di peringkat sekolah dan pendekatan ini jugalah yang  dilakukan oleh kuasa besar sepak takraw dari negara jiran iaitu Thailand mencari pelapis-pelapis baru dengan mewajibkan sukan ini di setiap sekolah dengan memupuk semangat mereka untuk mempelajari  sukan ini.” ", "Difahamkan, Klinik STL ini akan terus diadakan di sekolah-sekolah terpilih lain secara berperingkat dan penambahbaikan berterusan akan diadakan pada musim akan datang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323500/", "headline": "\nSertai #SnapdragonKickUps & Berpeluang Memenangi Tiket Menonton Man Utd vs Wrexham Di San Diego\n", "content": ["Qualcomm Technologies Inc. membuka peluang kepada para peminat Manchester United (Man Utd) di Malaysia untuk memenangi tiket perjalanan VIP bagi menyaksikan skuad berjulukan The Red Devils menentang Wrexham AFC di Stadium Snapdragon, San Diego pada bulan Jun nanti.", "Untuk memenangi hadiah tersebut, anda hanya perlu menyertai Cabaran Instagram Reels #SnapdragonKickUps (#SnapdragonKickUps Instagram Reels Challenge). Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah: ", "A post shared by Snapdragon Malaysia (@snapdragon_malaysia)", "Baca: Manchester United Bakal Hadapi Kelab Milik Ryan Reynolds di Stadium Snapdragon", "Cabaran ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan ianya bermula dari sekarang sehingga 31 Mei 2023. Pemenang akan diumumkan pada 1 Jun kelak dengan hadiah merangkumi tiket perlawanan, tiket penerbangan pergi balik, hotel penginapan sepanjang berada di sana dan sebuah telefon pintar yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy.", "Untuk makluman semua, skuad bimbingan Erik Ten Hag akan bertemu Wrexham kepunyaan bintang Hollywood, Ryan Reynolds dalam satu perlawanan persahabatan pramusim pada 25 Julai 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111058/", "headline": "\nOlimpik 2020: Richarlison, Douglas, Martinelli & Dani Alves Perkuatkan Brazil B-23\n", "content": ["Skuad Brazil Bawah B-23 Tahun (B-23) telah menyenaraikan beberapa bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) berserta 3 pemain lebih umur dalam usahanya untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi empat tahun lalu pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini.", "Menurut senarai pemain yang didaftarkan untuk beraksi di temasya tersebut, Brazil yang dibimbing oleh Andre Jardine menyenaraikan tiga pemain berstatus bintang EPL iaitu Richarlison (Everton, 24 tahun), Douglas Luiz (Aston Villa, 23 tahun) dan Gabriel Martinelli (Arsenal, 20 tahun).", "Sementara itu, untuk kuota pemain yang melebihi umur 24 tahun, Brazil menyenaraikan bekas bintang Barcelona, Dani Alves (38 tahun), penjaga gol Athletico Paranaense, Aderbar Melo (31 tahun) dan pertahanan tengah Sevilla, Diego Carlos (28 tahun).", "Menarik berkenaan skuad Brazil ini, ada beberapa pemain muda berstatus wonderkid yang perlu diberikan perhatian. Antaranya, penyerang Bayer Leverkusen, Paulinho (20 tahun), penyerang Hertha BSC, Matheus Cunha (22 tahun) dan pemain tengah menyerang Borussia Dortmund yang dipinjam daripada Real Madrid, Reinier Jesus (19 tahun).", "Untuk makluman semua, skuad Brazil telah diundi bersama-sama Arab Saudi, Ivory Coast dan Jerman dalam Kumpulan D. Saingan bola sepak lelaki dijadualkan bermula pada 22 Julai.", "Berikut adalah senarai penuh 22 pemain skuad Brazil B-23:", "Penjaga gol: Santos, Brenno, Lucão.", "Pertahanan: Diego Carlos, Ricardo Graca, Guilherme Arana, Antony, Dani Alves, Bruno Fuchs, Nino, Abner.", "Pemain Tengah: Gabriel Menino, Douglas Luiz, Bruno Guimarães, Douglas Augusto, Matheus Henrique, Reinier, Claudinho.", "Penyerang: Paulinho, Matheus Cunha, Richarlison, Gabriel Martinelli."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110831/", "headline": "\nStatus Saingan Piala AFC Diteruskan Atau Tidak Diketahui Ahad Ini\n", "content": ["Status saingan kedua tertinggi bola sepak asia, Piala AFC samada diteruskan ataupun tidak akan diumumkan selewat-lewatnya pada Ahad ini.", "Perkembangan itu dilaporkan oleh Harian Metro selepas menghubungi Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John, semalam.", "Badan induk itu juga mengakui masih belum menemui lokasi untuk penganjuran kejohanan bagi Kumpulan H dan I yang turut melibatkan dua pasukan dari Malaysia iaitu Terengganu dan Kedah Darul Aman.", "“Hujung minggu ini (keputusan Piala AFC di teruskan atau tidak).” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Pada masa yang sama, pihak AFC memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status kejohanan tersebut bagi peringkat ASEAN dalam masa terdekat.", "“Belum (ada negara yang mahu). Ya (akan ada kenyataan media),” tambahnya lagi.", "Untuk makluman, saingan Piala AFC melibatkan Kumpulan H dan I sepatutnya dilangsungkan di Singapura selaku tuan rumah. ", "Bagaimanapun, penghujung Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan menarik diri selaku hos berikutan peningkatan kes covid-19 di negara republik berkenaan.", "Baru-baru ini, Indonesia dikatakan berminat untuk menjadi tuan rumah bagi menggantikan Singapura. Tambahan pula, mereka turut mempunyai dua pasukan dari Indonesia yang beraksi di pentas ini iaitu Bali United dan Persipura Jayapura.", "Akan tetapi, Indonesia turut berhadapan dengan peningkatan kes pandemik Covid-19 pada ketika ini sehingga memaksa Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menangguhkan saingan liga di negara terbabit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214919/", "headline": "\nBekas Kapten Selangor Balik Kampung Sertai Newcastle Jets\n", "content": ["Setelah 3 musim beraksi dalam saingan Liga Malaysia, bekas kapten Selangor FC dan Sarawak United FC, Taylor Regan kembali ke Australia.", "Kepulangan pertahanan berusia 33 tahun ini ke kampung halamannya turut diserikan dengan menyertai kembali kelab di zaman remajanya, Newcastle Jets yang beraksi dalam saingan A-League.", "Penyertaan kembali Taylor diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik pasukan yang bergelar The Jets ini, pada hari ini.", "OFFICIAL | Taylor Regan is back! 🤩Details ➡️ https://t.co/v0FlWEyZfZ#BondedByGold pic.twitter.com/F2oCk2PKT5", "“Terdapat beberapa tawaran daripada kelab lain dalam A-League, tetapi ianya tidak boleh dibandingkan dengan (tawaran) kampung halaman,” kata Taylor dalam kenyataan rasmi kelab.", "Dimaklumkan, Taylor akan bersama dengan Newcastle Jets sehingga ke penghujung saingan A-League musim 2021/22. Ketika ini, dia telah pun menyertai latihan bersama pasukan dan sedia untuk diturunkan pada perlawanan berikutnya.", "Sebagai rekod, Taylor menyertai skuad Red Giants kendalian B. Satiananthan selama dua musim, bermula tahun 2019. Dia kemudiannya, menyertai pasukan Liga Premier, Sarawak United pada musim 2021 dan membantu pasukan tersebut meraih promosi ke saingan Liga Super 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206461/", "headline": "\nMoto2: Hafizh Rempuh Motor Bastianini, Tiada Kecederaan Serius Selepas Pemeriksaan\n", "content": ["Selepas melakukan pemeriksaan awal di pusat perubatan, pelumba negara, Hafizh Syahrin dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.", "Bagaimanapun, menurut makluman daripada media MotoGP, dia telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.", "Medical Info Update 📋 Pelvic contusion for #Moto2 rider #55 @Hafizh_pescao55 but first scan does not reveal big fracture.Will go to hospital for further observations and checks #AustrianGP 🇦🇹", "Terdahulu Hafizh gagal menamatkan perlumbaan GP Austria apabila terlibat dalam satu kemalangan ngeri hari ini.", "Ianya bermula dengan pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini gagal mengawal jenteranya semasa selekoh dan terjatuh di atas trek.", "Malang sekali buat Hafizh yang bermula daripada petak ke-20 datang daripada belakang, berada di kedudukan blind spot sekaligus gagal mengelak jentera milik Bastianini yang terseret ke tengah litar.", "OH MY GOD!Enea Bastianini suffers a major crash in the middle of the traffic in Turn 1 and another rider collides with his bike! 😱#MotoGP #MotoMad #AustrianGP #Moto2 pic.twitter.com/GNcWn6illV", "Rempuhan terus terhadap jentera milik Bastianini tersebut menyebabkannya terpelanting ke arah hadapan. Jentera milik Hafiz pula hancur berkecai, terbelah dua. ", "Mujurlah Hafizh yang terpelanting kemudiannya terseret di atas trek tidak dilanggar oleh pelumba-pelumba lain. Selain Hafizh dan Bastianini, Edgar Pons dan Andi Farid Izdihar turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut.", "Sejurus kemalangan tersebut, bendera merah dinaikkan dan perlumbaan dihentikan untuk memberikan laluan kepada kru untuk membersihkan litar."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111755/", "headline": "\nMotoGP: Yamaha Dan Vinales Umum ‘Cerai’ Serta-Merta\n", "content": ["Yamaha dan pelumbanya, Maverick Vinales mencapai kata sepakat mengumumkan menamatkan kerjasama dengan serta-merta.", "Perkembangan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak Yamaha menerusi laman sesawang dan pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.", "Yamaha and Maverick Viñales End 2021 Agreement with Immediate Effect📰 https://t.co/bFAcngMAci#MonsterYamaha | #MotoGP pic.twitter.com/URgfzetjyN", "Penamatan kerjasama ini susulan daripada makluman penggantungan Vinales oleh Yamaha daripada berlumba di GP Austria dan GP British, baru-baru ini.", "Yamaha menggantung pelumba kelahiran Sepanyol ini atas alasan sengaja merosakkan jenteranya ketika mengharungi perlumbaan GP Styria.", "Terdahulu, Yamaha dan Vinales bersetuju untuk menamatkan kontrak setahun awal iaitu pada penghujung musim ini.", "Jelas sekali, persetujuan itu nampaknya gagal direalisasikan dengan pengumuman yang penuh mengejutkan pada hari ini.", "Sebagai rekod, Vinales mula menyertai pasukan kilang Yamaha sejak tahun 2017.", "Untuk makluman semua, pelumba berusia 26 tahun ini disahkan secara rasmi bakal menyertai pasukan Aprilia Racing untuk saingan MotoGP 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217197/", "headline": "\nPenang FC Berpisah Dengan Jurulatih Republik Czech, Tomas Trucha\n", "content": ["Khidmat ketua jurulatih kelahiran Republik Czech, Tomas Trucha tidak lagi digunakan oleh pasukan berpangkalan di utara semenanjung, Penang FC selepas daripada saat ini.", "Dalam satu kenyataan media pada hari ini, skuad Harimau Kumbang merakamkan penghargaan kepada Tomas terutamanya membantu Penang menamatkan saingan Liga Super 2021 di tangga ketiga. Mereka juga turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Tomas.", "Bagaimanapun, prestasi Penang dalam saingan Liga Super pada musim ini tidak begitu memberangsangkan. Ketika ini, Penang menghuni tangga tercorot dengan hanya mengutip tiga mata daripada enam perlawanan.", "Untuk makluman semua, Tomas yang memiliki lesen UEFA Pro mula dilantik sebagai ketua jurulatih Penang pada penghujung tahun 2020.", "Sebagai tambahan, Tomas menjadi ketua jurulatih yang kedua dalam saingan Liga Super berpisah dengan kelabnya. Ketua jurulatih pertama yang mengalami nasib sedemikian ialah Risto Vidakovic – ditamatkan kontrak oleh Melaka United FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110505/", "headline": "\nPark Hang-seo Sangka Malaysia Miliki 4 Pemain Naturalisasi\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo menyangka skuad Malaysia mempunyai empat pemain naturalisasi untuk mengharungi baki pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.", "Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu sedia maklum akan kelibat pemain naturalisasi pertama negara iaitu Mohamadou Sumareh yang acap kali diturunkan pada perlawanan-perlawanan sebelum ini. ", "Namun, Hang-seo mengatakan Malaysia menambah tiga orang lagi pemain naturalisasi yang terdiri daripada Dion-Johan Cools (pertahanan), Guilherme de Paula (penyerang) dan Sam Somerville (penjaga gol) untuk mengharungi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand pada kali ini.", "Beliau berkata demikian apabila ditanyakan mengenai percaturan Malaysia mempertaruhkan pemain-pemain naturalisasi pada sidang media sebelum perlawanan antara skuad Harimau dan Naga Emas di Stadium Al Maktoum, semalam.", "“Sebenarnya, dalam aksi pertemuan kali pertama (Kumpulan G), Malaysia telah mempunyai seorang pemain naturalisasi. Sekarang, mereka mempunyai tiga orang lagi, termasuk pemain nombor 5, nombor 16 dan seorang penjaga gol.” ", "“Oleh itu, mereka mempunyai empat pemain naturalisasi secara keseluruhan. Saya merasakan pemain-pemain naturalisasi, terutamanya penyerang, akan membantu banyak menjayakan taktik mereka.” katanya dipetik daripada portal berita berpangkalan di Vietnam, Nhan Dan.", "Ketika Malaysia menentang UAE di Stadium Zabeel, baru-baru ini, jurulatih berusia 63 tahun ini turut turun ke stadium untuk memerhatikan permainan kedua-dua pasukan. Difahamkan, kelibat Dion Cools yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan Liridon Krasniqi sebagai ‘midfielder’ turut mendapat perhatiannya.", "Untuk makluman, Hang-seo barangkali tersilap informasi mengenai pemain naturalisasi yang menyertai skuad Malaysia pada ketika ini. Malaysia hanya menambah dua pemain naturalisasi iaitu Guilherme de Paula dan pemain tengah, Liridon Krasniqi.", "Manakala bagi penjaga gol, Sam Somerville dan pertahanan berjersi nombor 5, Dion Cools seperti didakwa Hang-seo merupakan pemain berdarah kacukan atau warisan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207461/", "headline": "\nJDT Pasukan Pertama Juarai Liga Super 7 Kali Berturut-turut\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) muncul sebagai pasukan pertama yang mencipta rekod baharu dengan menjuarai saingan Liga Super Malaysia sebanyak tujuh kali berturut-turut.", "Rekod tersebut dicipta oleh skuad Harimau Selatan setelah menundukkan pasukan Sabah 4-1 dalam aksi kesepuluh saingan CIMB Liga Super 2020 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.", "57' | GOL SAFAWI! @OfficialJohor menggandakan jaringan menerusi Safawi Rasid. #CIMBLigaSuper2020#JDTSAB#MFLLive pic.twitter.com/8wUAMaIzN9", "Empat gol tersebut disumbangkan oleh penyerang Brazil , Diogo Luis Santo (1 gol), pemain sayap lincah, Safawi Rasid (2 gol) dan  pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez (1 gol).", "Gol tunggal pasukan pelawat pula dijaringkan oleh pemain importnya, Dennis Buschening pada separuh masa kedua.", "74' | GOL DENNIS BUSCHENING! @OfficialJohor 2-1 @sabahfamedia #CIMBLigaSuper2020#JDTSAB#MFLLive pic.twitter.com/eoBmrW2mwP", "Kemenangan itu memastikan JDT mengumpul 26 mata daripada 10 perlawanan liga dengan berbaki satu lagi perlawanan. ", "Ianya membuatkan pencabar terdekat, Perak yang mempunyai 17 mata sudah tidak dapat mengejar lagi kedudukan mereka.", "Sementara itu, kejuaraan CIMB Liga Super 2020 yang digapai oleh JDT pada malam ini turut memberikan mereka tiket ke saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.", "Untuk rekod, pasukan milik DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim ini merangkul kejuaraan sulung saingan liga utama tanah air pada saingan Liga Super 2014.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218896/", "headline": "\nSukan Komanwel: Pearly-Thinaah, Beregu Tuan Rumah Rebut Pingat Emas Di Final\n", "content": ["Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan akan membuat perhitungan untuk merebut kilauan pingat emas menentang wakil tuan rumah di pentas akhir acara badminton (individu) Sukan Komanwel Birmingham 2022, petang esok.", "Terdahulu, pasangan negara yang berada di ranking kesebelas dunia mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menumpaskan beregu India, Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah berjaya menumpaskan pasangan tersebut secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-16.", "SF#MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M def. #IND🇮🇳 Treesa Jolly-Gayatri Pullela 21-13 21-16#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Wt9qmf2QSi", "— BAM (@BA_Malaysia) August 7, 2022", "Sementara itu, menanti mereka di pentas akhir adalah Chloe Birch dan Lauren Smith yang menghuni ranking ke-14 dunia. ", "Pasangan England ini mara ke pentas akhir selepas berhasil mengatasi beregu Australia, Wendy Chen dan Gronya Sommerville dengan skor 21-14 dan 24-22.", "Berbalik kepada pertemuan antara Pearly-Thinaah dan Chloe-Lauren, kedua-dua beregu ini pernah bertembung sebanyak satu kali di pentas antarabangsa sebelum ini.", "Bagaimanapun, pertembungan yang berlangsung dalam saingan Piala Sudirman 2021 itu tidak memihak kepada Pearly-Thinaah. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan Chloe-Lauren merekodkan kemenangan menerusi tiga set permainan (21-18, 17-21 dan 21-10).", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214693/", "headline": "\nKelab Komuniti Kerteh FC Lanjut Kontrak Pengarah Teknikal Sehingga Tahun 2024\n", "content": ["Kelab komuniti yang berpangkalan di Terengganu iaitu Kerteh FC memaklumkan melanjutkan kontrak pengarah teknikalnya, Che Ku Marzuki sehingga tahun 2024.", "Menurut kenyataan rasmi pasukan yang terkenal dengan julukan The Oilers itu, pada hari ini, kontrak Che Ku Marzuki bukan sahaja dilanjutkan selama 3 tahun malah turut disertakan dengan pilihan untuk lanjutan selama setahun.", "𝗖𝗵𝗲 𝗞𝘂 𝗠𝗮𝗿𝘇𝘂𝗸𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻𝗶 𝗟𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗸 𝗦𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰Pengarah Teknikal Kerteh FC, Che Ku Marzuki telah menandatangani kontrak baharu untuk kekal di kelab sehingga 2024.Baca 🔗 https://t.co/Tf32ifoGVp pic.twitter.com/mKzOCwdX9n", "“Dia telah memahami sepenuhnya nilai dan strategi kelab kami. Kepimpinannya telah mewujudkan suasana padu untuk cita-cita yang besar. Matlamatnya adalah untuk meneruskan perjalanan yang telah kami mulakan bagi mencapai keputusan yang baik dan lebih baik.” kata Timbalan Presiden Kerteh FC, Mohd Khusyairi Kusmaniirat.", "Untuk makluman semua, sebelum dilantik sebagai Pengerah Teknikal Kerteh FC pada tahun 2020, Che Ku Marzuki pernah menjadi ketua jurulatih buat beberapa pasukan seperti pasukan pelapis Terengganu, T-Team, Batu Dua dan juga Kerteh FC sendiri.", "Selain itu, dia juga pernah menjawat jawatan pengarah teknikal untuk Terengganu dan Terengganu City."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221005/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Kian Meng-Pei Jing Julung Kali Ke Semi-Final\n", "content": ["Beregu campuran No.1 negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mara buat julung kalinya ke peringkat separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF dalam kariernya.", "Pasangan yang menghuni ranking kelapan dunia menempa kemaraan tersebut selepas berjaya menundukkan Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, pada hari ini.", "Pasangan dari Thailand yang menduduki ranking ke-12 dunia itu tumpas di tangan Kian Meng-Pei Jing secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 20-22 dalam tempoh masa 41 minit permainan di atas gelanggang.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022XD – Round 3 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 22 🇲🇾Pei Jing LAI🏅17 20 🇹🇭Supak JOMKOH 🇹🇭Supissara PAEWSAMPRAN", "🕗 in 41 minutes https://t.co/nd5O209wMG", "— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022", "Sebelum itu, Kian Meng-Pei Jing telah meraih satu kemenangan ke atas beregu China merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping serta satu kekalahan di tangan beregu No.1 dunia, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai.", "Pada masa yang sama, kemaraan ini turut dibantu dengan kemenangan Dechapol-Sapsiree atau lebih dikenali sebagai Bass-Popor ke atas Yi Lyu-Dong Ping secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 21-13 pada perlawanan terakhir mereka yang turut berlangsung sebentar tadi.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022XD – Round 3 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅23 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅21 13 🇨🇳Yi Lyu WANG 🇨🇳Dong Ping HUANG", "🕗 in 43 minutes https://t.co/5FAcvPwGlc", "— BWFScore (@BWFScore) December 9, 2022", "Situasi ini menjadikan Dechapol-Sapsiree menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku juara manakala Kian Meng-Pei Jing pula muncul sebagai naib juara.", "Sebagai perbandingan, ketika layak menyertai saingan Jelajah Dunia Akhir BWF buat kali pertama dalam karier mereka pada tahun lalu, Kian Meng-Pei Jing menghuni kedudukan tercorot di peringkat kumpulan ekoran gagal merekodkan sebarang kemenangan sekaligus pulang tanpa sebarang kutipan mata. ", "Pada ketika itu, Kian Meng-Pei Jing diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Yuta Watanabe-Arisa Higashino (Jepun), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (Malaysia) dan Mathias Christiansen-Alexandra Boje (Denmark)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219497/", "headline": "\nBalrzTV Tawar Pakej Langganan RM10 Sebulan Untuk Perlawanan Terpilih Liga Premier 2021\n", "content": ["Syarikat penyiar tempatan, Balrz TV kini hadir dengan tawaran pakej langganan untuk menonton siaran langsung perlawanan Liga Premier 2021.", "Menurut satu makluman menerusi akaun media sosialnya, harga langganan yang diletakkan hanyalah serendah RM10 untuk setiap bulan di saluran Youtube.", "Difahamkan perlawanan pertama yang akan disiarkan menerusi saluran Youtube berbayar ini adalah melibatkan pertemuan Terengganu FC II menentang Kelantan FC, pada hari esok.", "Malahan, pasukan berstatus ‘feeder club’ itu merupakan kelab pertama yang menandatangani penjanjian untuk menyiarkan siaran langsung perlawanan home mereka di saluran Balrz TV, bagi musim ini.", "Untuk makluman, Balrz TV bukanlah satu nama penyiar asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan. Sebelum ini, mereka seringkali terlibat dalam menyiarkan siaran langsung melibatkan kelab-kelab amatur dan pasukan-pasukan profesional tempatan semasa aksi pramusim.", "Tidak dilupakan, mereka merupakan syarikat menyiarkan siaran langsung Liga Premier 2021 untuk perlawanan Kelantan menentang Perak, Projek MSN-FAM menentang Kelantan serta Terengganu II menentang Kuching City.", "Selain itu, mereka turut menyiarkan siaran langsung saingan Malaysian Futsal Premier League (MPFL) 2019 melibatkan aksi Pahang Rangers di halaman rasmi mereka di Kuantan.", "Untuk yang berminat melanggan pakej ini, sila klik pautan INI."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112471/", "headline": "\nKerjasama Langkawi City-Borussia Dortmund, Banyak Yang Boleh Dipelajari – Tun M\n", "content": ["Bekas Perdana Menteri dan Penaung Langkawi City, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan banyak perkara yang boleh dipelajari oleh kelab yang beraksi dalam saingan Liga M3 ini menerusi kerjasama dengan Borussia Dortmund.", "Menerusi satu kenyataan media kelab tersebut pada hari ini, Borussia Dortmund yang merupakan kelab gergasi Liga Jerman bersetuju untuk mengadakan kerjasama bersama Langkawi City merangkumi pembangunan akar umbi dan program pemain remaja di pulau tersebut.", "Baca: Kelab ‘Kaya’ Singapura, Lion City Sailors Umum Kerjasama Dengan Dortmund", "Selain itu, kerjasama ini juga melibatkan penglibatan siri kejohanan remaja serantau, bimbingan daripada jurulatih-jurulatih Borussia Dortmund serta pertukaran ilmu program pelancongan sukan antara kedua-dua pihak.", "“Saya mengharapkan kerjasama ini memberi manfaat kepada penduduk Langkawi terutamanya remaja. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjasama ini  samada dalam dan luar padang.” katanya merangkap Ahli Parlimen Langkawi.", "Difahamkan kerjasama antara kedua pihak ini berlangsung selama sekitar 2 tahun iaitu sehingga 31 Disember 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216311/", "headline": "\nKejohanan Badminton Asia 2022: Filipina Tuan Rumah, Dinaik Taraf Menjadi Saingan Super 1000 \n", "content": ["Badan induk, Badminton Asia mengumumkan Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 akan diadakan di Manila, Filipina bermula 26 April hingga 1 Mei hadapan.", "Perkara tersebut dimaklumkan secara rasmi di pelbagai platform media sosial Badminton Asia, pada hari ini.", "Sepertimana pengumuman oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada tahun 2020, kejohanan individu peringkat benua asia ini diangkat menjadi kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 bermula tahun ini – menjadikan pemenang kejohanan ini akan meraih 12,000 mata.", "Untuk makluman semua, sebelum ini, kejohanan ini berstatus Jelajah Dunia Super 500 dimana pemenang akan meraih 9,200 mata sahaja.", "Kali terakhir BAC dilangsungkan adalah pada tahun 2019 di Wuhan, China. Edisi tersebut menyaksikan tiga wakil Jepun iaitu Kento Momota, Akane Yamaguchi dan Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe memenangi kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan beregu lelaki masing-masing.", "Sementara itu, dua wakil China, Chen Qingchen-Jia Yifan dan Wang Yilu-Huang Dongping memenangi kategori beregu wanita dan beregu campuran.", "Sebagai tambahan, dua edisi terdahulu iaitu BAC 2021 dan BAC 2020 tidak dijalankan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215585/", "headline": "\nTV1, TV Okey & Sukan RTM Siar Perlawanan Liga Malaysia 2022\n", "content": ["Peminat & penyokong bola sepak tanah air dapat menyaksikan saingan bola sepak tempatan musim ini, Liga Malaysia 2022 di saluran-saluran stesen penyiaran milik kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM).", "Sebanyak 44 perlawanan termasuk saingan Liga Super yang bakal bersiaran bermula 4 Mac ini serta Piala FA dan Piala Malaysia (tertakhluk kepada perubahan dari semasa ke semasa) dapat ditonton secara langsung di saluran TV1, TV Okey, Sukan RTM serta platform RTM Klik.", "Selain itu, perlawanan pembuka tirai, Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super dan Piala Malaysia musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City FC (KL City), pada Sabtu ini turut disiarkan secara langsung oleh RTM. ", "Ini selepas RTM diumumkan sebagai Rakan Penyiar unifi untuk Bola Sepak Liga Malaysia 2022 anjuran Malaysian Football League (MFL) dalam satu majlis yang turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Putrajaya, hari ini.", "Kerjasama ini dibentuk agar RTM dapat memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab sosial selaku Hos Penyiar Bersama (co-broadcasting) stesen tidak berbayar milik kerajaan atau Free-to-Air (FTA) untuk memberi siaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang tidak memiliki akses siaran berbayar atau saluran pay-per-view (PPV).", "Kerjasama ini juga merupakan kesinambungan antara RTM bersama-sama pihak MFL dan TM dalam penganjuran saingan bola sepak tempatan pada musim lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322411/", "headline": "\nTonton 2 Perlumbaan MotoGP Secara Percuma Di SPOTV NOW\n", "content": ["Para peminat perlumbaan motosikal kelas premier, MotoGP di rantau asia tenggara akan dapat menyaksikan dua perlumbaan awal musim ini secara percuma sekiranya mendaftar aplikasi SPOTV Now bermula 22 Mac hingga 4 April 2023.", "Pendaftaran dalam tempoh itu membolehkan penggunanya menikmati penstriman secara langsung di aplikasi milik SPOTV itu secara percuma selama dua minggu.", "Penawaran ini juga bukan sahaja memberikan akses kepada para peminat menyaksikan perlumbaan MotoGP di Portugal (26 Mac) dan Argentina (3 April) secara percuma bahkan perlumbaan Formula E Prix di Sao Paulo, Brazil juga pada 26 Mac nanti.", "Untuk makluman semua, tahun 2023 ini menjadi tahun yang besar bagi perlumbaan Kejohanan Dunia MotoGP dimana mereka akan meraikan penganjuran edisi ke-75. Lebih istimewa, mereka akan turut sama meraikan Grand Prix ke-1000 pada perlumbaan di Le Mans pada Mei kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112614/", "headline": "\nDato’ Shahrul Zaman Yahya Dilantik Sebagai CDM Sukan Komanwel 2022\n", "content": ["Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang diadakan pada 14 September lalu meluluskan perlantikan YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya sebagai Chef De Mission (CDM) Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Perkara tersebut disampaikan menerusi satu muat naik oleh akaun media sosial, Olympic Council of Malaysia, sebentar tadi.", "Artikel Berkaitan: Majlis Olimpik Malaysia Intai Untuk Anjur Temasya Sukan Asia 2038", "Shahrul Zaman yang merupakan Naib Presiden MOM merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) turut mempengerusikan mesyuarat bersama Setiausaha Agung MOM serta pegawai tertinggi pihak pengurusan mengenai persiapan Kontinjen Malaysia ke temasya berkenaan, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Sukan Komanwel tersebut akan berlangsung di Birmingham, England bermula 28 Julai sehingga 8 Ogos 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221111/", "headline": "\nNaib Juara Piala FA & Liga Super Sisih 7 Pemain Tempatan, 5 Import\n", "content": ["Naib juara Piala FA dan Liga Super, Terengganu FC mengesahkan seramai 12 orang pemainnya tidak lagi menyarung jersi Hitam Putih pada musim hadapan.", "Daripada 12 pemain tersebut, 7 daripadanya merupakan pemain tempatan yang terdiri daripada Shamirza Yusoff (penjaga gol), Hafizal Alias (pertahanan), Sharin Sapien, Nik Akif Syahiran, Azalinullah (pemain tengah), Arif Anwar dan Faisal Halim (pemain sayap).", "Manakala baki empat lagi pemain merupakan pemain import iaitu Pape Diakite (pertahanan), Manuel Ott, Petrus Shitembi (pemain tengah), Tchetche Kipre dan Kpah Sherman (penyerang).", "🏴🏳️TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA & SELAMAT MAJU JAYA 🏴🏳️", "Baca selanjutnya di 🔽🔽🔽https://t.co/yKCEQtB4dH#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/h09RbZ8FNx", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 14, 2022", "Semalam, skuad berpangkalan di pantai timur yang mendapat khidmat ketua jurulatih baharu, Tomislav Steinbruckner mengumumkan menaikkan pangkat 6 orang pemain muda tempatan yang beraksi bersama skuad simpanan, Terengganu II sepanjang tahun 2022.", "Mendahului senarai tersebut ialah pertahan kiri skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Safwan Mazlan diikuti dengan Aqil Irfanudin, Firdaus Rusdi, Fazli Ghazali serta dua orang penjaga gol, Syed Nasrulhaq dan Shafawi Mohamad.", "Sebelum itu juga, Terengganu telah bertindak mengekalkan salah seorang pemain importnya, Habib Haroon serta merekrut bekas pemain import Melaka United, Sony Norde. ", "Selain itu, pertahanan kirinya, Arif Fadzilah telah memutuskan untuk kekal bersama Terengganu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112454/", "headline": "\nKenali Ketua Jurulatih Malaysia 15’s Baharu, Rodney So’oialo – Bekas Pemain All Blacks\n", "content": ["Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan bekas pemain New Zealand, Rodney So’oialo sebagai ketua jurulatih skuad ragbi negara 15 sebelah (15’s) yang baharu, pada hari ini.", "Perlantikan bekas pemain skuad yang terkenal dengan julukan All Blacks itu dibuat menggantikan pengendali sebelum ini yang merupakan kelahiran New Zealand iaitu Brad Mika.", "Menurut perkongsian oleh laman sosial KRM, jurulatih berusia 41 tahun ini sangat teruja untuk memulakan tugasnya dan sedia mengambil sebarang cabaran untuk mengembalikan kemenangan dan kegemilangan kepada skuad Bunga Raya 15’s.", "Beliau turut mengharapkan semua penyokong dapat memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang masa terumatanya semasa sesi latihan dan perlawanan agar dapat membina hubungan yang baik antara kedua-dua pihak.", "Kejohanan terdekat yang akan dikendalikan oleh Rodney buat skuad Bungan Raya 15’s adalah Kejohanan Ragbi Asia yang akan bermula pada Januari 2022 kelak.", "Berikut adalah biodata ringkas ketua jurulatih skuad Bunga Raya 15’s yang baharu, Rodney So’oialo:", "Tarikh Lahir: 3 Oktober 1979", "Penampilan Sebagai Pemain: 62 Penampilan Bersama All Blacks", "Pencapaian Sebagai Pemain: Pingat Emas (Piala Dunia Rugbi 7’s 2001 dan Sukan Komanwel 2002)", "Honda Heat Japan (Player Coach, 2011-2012)", "Wellington Lions, New Zealand (Coach, 2016-2017)", "Verona Rugby Club, Itali ( Coach, 2018-2019)", "Tawa Rugby Club, New Zealand (Panel Pemilihan, 2020)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324009/", "headline": "\nMalaysia Masters: Kai Wun ‘Lupa’ Kesakitan Ketika Singkir Beregu No.1 Denmark\n", "content": ["Pemain beregu lelaki negara, Tee Kai Wun akui seakan-akan ‘lupa’ akan kecederaan yang dialaminya ketika bersama-sama Man Wei Chong menundukkan beregu No.1 Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen di pusingan 32 Malaysia Masters, semalam.", "Gandingan negara yang berada di ranking ke-26 dunia itu mempamerkan aksi cemerlang serta saingan yang cukup sengit kepada Astrup-Rasmussen sebelum menamatkan pertemuan sulung menentang pasangan itu dengan kemenangan yang cukup mengejutkan orang ramai di Axiata Arena. ", "“Saya sekarang hampir pulih dalam 10 peratus lagi. Ada rasa sakit sikit tetapi bila main, saya langsung sudah tidak fikir kesakitan yang saya alami, ” ujar Kai Wun ketika ditemui para wartawan selepas perlawanan.", "PERODUA Malaysia Masters 2023 presented by DAIHATSUMD – R32 🇲🇾MAN Wei Chong🏅25 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅 🇩🇰Kim ASTRUP23 16 🇩🇰Anders Skaarup RASMUSSEN", "— BWFScore (@BWFScore) May 23, 2023", "Mengulas lebih lanjut, mereka tidak terlalu memikirkan tentang status lawan mereka biarpun mengetahui kedudukan pasangan Denmark itu jauh lebih baik. Sebaliknya mereka mencurahkan segala usaha agar dapat mara ke peringkat seterusnya. ", "Dalam perlawanan tersebut, gandingan Wei Chong-Kai Wun mengatasi saingan beregu No.11 dunia itu secara “straight set” menerusi skor 25-23 dan 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 48 minit. ", "Untuk rekod, Kejohanan Badminton Asia pada Mac lalu yang menyaksikan pasangan tersebut mara ke pusingan 16 menentang beregu utama Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menjadi aksi terakhir mereka sebelum terpaksa menarik diri akibat kecederaan.", "Selain Wei Chong-Kai Wun, pasangan Yew Sin-Ee Yi layak terlebih dahulu selepas menewaskan pasangan China, Ren Xiang Yu dan Tan Qian dengan keputusan “straight set” 21-16 dan 21-18.", "Manakala, pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menundukkan lawan mereka dari Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dengan skor 21-18, 10-21 dan 23-21 dalam aksi terakhir beregu lelaki pada hari pertama kejohanan, semalam. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/20218984/", "headline": "\nJenama Makanan FAS Fast Food Akan Diperkenalkan\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) serius untuk mempelbagaikan sumber pendapatannya bagi memastikan kelangsungan kewangan pasukan berpangkalan di Lembah Klang tersebut.", "Antaranya menjana pendapatan menerusi pembukaan pusat rehabilitasi dan klinik di FAS Training Centre kepada para peminat dan orang awam selain digunakan oleh para pemain dan jurulatih. ", "Namun satu lagi usaha yang akan dimulakan oleh Red Giants pada tahun ini adalah memperkenalkan jenama makanannya yang tersendiri, demikian perkongsian daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon.", "“Kita akan memulakan jenama makanan sendiri yang dipanggil FAS Fast Food. Ini (dijual) semasa hari perlawanan. ", "“Tetapi usaha ini bergantung kepada (samada) kami dapat membawa penyokong kembali ke stadium atau tidak.” katanya ketika ditemui Sukanz di FAS Training Centre.", "Belum ada sebarang makluman mengenai menu yang bakal dijual di bawah jenama tersebut namun dijangka ianya makanan yang menjadi kebiasaan untuk dijual pada hari perlawanan di stadium seperti burger, kentang goreng dan sosej.", "Selain daripada menjana pendapatan melalui dua sumber baharu ini, usaha-usaha untuk menambahkan pendapatan yang telah dijalankan sebelum daripada ini tetap diteruskan seperti penjualan jersi dan cenderamata kepada para peminat dan akademi bola sepak.", "“Ada sedikit pendapatan diraih kita (menerusi akademi bola sepak) dan sudah semestinya jualan jersi dan merchandise akan diteruskan.” jelasnya lagi.", "Sementara itu, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu juga mahu meneruskan program Local Giants – sebuah program yang membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan untuk menaja pasukan Selangor.", "Difahamkan program yang diilhamkan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah tersebut telah berjaya menambahkan pendapatan kepada pasukan sebanyak RM700,000 hasil tajaan daripada 45 buah entiti SME.", "“(Bagaimanapun) tahun 2021 ini agak mencabar (kerana) kita sedia maklum pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang teruk kepada SME sehingga terpaksa menutup syarikat dan sebagainya.”", "“(Jadi) untuk tahun ini jika kita dapat mengekalkan jumlah tajaan (Local Giants) seperti tahun lepas sudah menjadi satu pencapaian baik. Kita memahami (kesukaran yang SME hadapi) tetapi (pihak) kami masih ingin meneruskan program ini.” katanya lagi.", "Dr. Johan turut menjelaskan pihak SME yang terlibat dengan program Local Giants ini akan mendapat pelbagai manfaat dan kelebihan untuk perniagaan masing-masing.", "Bagi kalangan SME yang terlibat, mereka berpeluang untuk hadir dalam program business networking antara sesama pendiri SME, mendapat pelepasan cukai, terlibat dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan mendapat branding exposure kepada para penyokong Selangor FC.", "Tambahnya lagi, barisan pengurusan Selangor FC sememangnya sedang berusah gigih melakukan pelbagai perkara di belakang tabir untuk menjana pendapatan untuk kelangsungan pasukan.", "Menutup bicara bersama Sukanz, Dr. Johan sempat berkata sambil ketawa kecil, “Nanti bila dah sedia kami akan bagitahu.”"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207083/", "headline": "\nKelantan FC Anjur Pertandingan Reka Bentuk Logo – Hadiah Utama RM3000\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, TRW Kelantan FC mengumumkan pertandingan reka bentuk logo baharu, hari ini.", "Pertandingan ini diadakan sebagai salah satu usaha pihak pengurusan di bawah pemilik baharu, Norizam Tukiman untuk memberikan imej yang lebih segar buat TRW Kelantan FC.", "Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di lamam sosialnya, pada petang tadi.", "Pertandingan reka bentuk logo ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tempoh pertandingan adalah sekitar 11 hari. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum daripada jam 12 tengah malam, 26 september.", "Setiap logo yang dihantar mestilah hasil kerja asli dan disertakan dengan penerangan. Pemenang pertandingan ini akan menerima wang tunai RM3000 dan barangan eksklusif TRW Kelantan FC. ", "Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleb merujuk poster di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322508/", "headline": "\nLee Zii Jia Ke Separuh Akhir Dua Kali Berturut-Turut\n", "content": ["Selepas berjaya ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) minggu lalu, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berhasil mengulangi kejayaan itu dalam saingan Terbuka Swiss pada minggu ini pula.", "Zii Jia mengesahkan langkah ke peringkat separuh akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 300 selepas berhasil menumpaskan pemain Taiwan yang menghuni ranking ke-42 dunia, Lee Chia-hao pada peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "YONEX Swiss Open 2023MS – QF21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🥇", "12 17 Chia Hao LEE", "— BWFScore (@BWFScore) March 24, 2023", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia mudah menumpaskan pemain itu secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-17 dalam tempoh 37 minit permainan.", "Kemenangan ini akan menemukannya dengan pemain Jepun yang menduduki ranking ke-37 dunia, Koki Watanabe di peringkat separuh akhir bagi merebut tiket ke perlawanan akhir.", "Untuk makluman semua, pertemuan pada malam esok ini akan menjadi yang pertama buat kedua-dua pemain di pentas antarabangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114361/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Bahagian Serangan Indonesia Paling Tajam Kalangan Kumpulan B\n", "content": ["Skuad kebangsaan Indonesia kendalian jurulatih Republik Korea, Shin Tae-yong muncul sebagai pasukan paling tajam di bahagian serangan dalam kalangan Kumpulan B di kejohanan Piala AFF Suzuki 2020.", "Selepas mengharungi 3 perlawanan, berdasarkan statistik, Indonesia memegang status tersebut selepas merekodkan ‘conversion rate’ sebanyak 25.70% – tertinggi berbanding empat pasukan yang lain.", "Sementara itu, Malaysia yang dibimbing oleh Tan Cheng Hoe berada di tangga kedua dengan angka peratusan 20% sambil diikuti oleh Vietnam dengan 13.90%.", "Menariknya, Malaysia di berada di tempat kedua dari aspek ‘conversion rate’ namun mendahului daripada segi statistik percubaan tepat dan ketepatan percubaan.", "Ternyata Malaysia mampu mengatur dan melancarkan serangan ke arah gawang lawan namun sedikit bermasalah untuk memasukkan bola ke dalam gawang. ", "Perkara ini dilihat sangat ketara ketika menentang Vietnam yang dibimbing oleh Park Hang-seo pada perlawanan ketiga tempoh hari.", "Untuk makluman semua, Indonesia dan Malaysia bakal bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Ahad nanti bagi merebut tempat ke peringkat separuh akhir.", "Ketika ini, Indonesia mendahului carta Kumpulan B sambil diikuti oleh Vietnam yang memiliki 7 mata masing-masing. Bagaimanapun Indonesia berada di tempat pertama kerana memiliki perbezaan gol yang lebih tinggi berbanding Vietnam.", "Malaysia pula mengekori rapat di tangga ketiga dengan 6 mata.", "Featured Image: AFF Suzuki Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113033/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia B-23: Ketahui Minit Permainan 3 Pemain Thailand Yang Beraksi di Liga Eropah\n", "content": ["Skuad jiran tetangga, Thailand Bawah 23 Tahun (B-23) merangkap pasukan pencabar kepada Malaysia dalam Kumpulan J bagi saingan Kelayakan Piala Asia B-23 telah mengeluarkan senarai 27 pemainnya, Jumaat lalu.", "Menariknya, 3 orang daripada 27 pemain yang disenaraikan oleh ketua jurulatihnya, Worrawoot Srimaka adalah merupakan pemain yang beraksi dalam saingan liga bola sepak di benua eropah.", "Untuk pengetahuan anda semua, ketiga-tiga pemain tersebut bernama Thanawat Suengchitthawon, Benjamin Davis dan Jonathan Khemdee yang beraksi di England dan Denmark. ", "Baca: Mongolia Panggil Pemain Liga Eropah Untuk Hadapi Thailand, Malaysia & Laos", "Sebelum Thailand turun menentang skuad Harimau Muda kelak, Sukanz ingin berkongsi kepada anda sedikit sebanyak mengenai latar belakang dan statistik ringkas melibatkan ketiga-tiga pemain ini:", "Liga: Liga Perdana 2 (Premier League 2)", "Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) menerusi pelbagai platform laman sosialnya turut mengumumkan pemain ini dilantik sebagai kapten skuad Thailand B-23, pada hari ini. ", "Bercakap mengenai minit permainannya, Thanawat telah mencatatkan 345 minit di atas padang hasil daripada 5 penampilan musim ini bersama Leicester B-23. Selain itu, dia yang menyertai Leicester pada tahun lalu turut merekodkan satu ‘assist’ pada musim ini.", "Untuk pengetahuan semua, pemain ini turut mempunyai dua penampilan bersama skuad senior Thailand. Dua penampilan tersebut diraih ketika menentang Indonesia dan Malaysia pada pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lalu.", "Sebagai tambahan, Thanawat yang berkelana di eropah sejak remaja juga pernah beraksi bersama skuad Perancis B-16 dan B-17. Dia sempat meraih sembilan penampilan secara keseluruhan bersama skuad bawah umur Perancis ini.", "Liga: Liga Satu (League One)", "Pemain kedua yang dipanggil oleh skuad Thailand B-23 adalah Benjamin Davis yang beraksi dalam saingan divisyen ketiga bola sepak di England. Pemain ini memulakan karier bola sepak semasa zaman remajanya bersama Sekolah Sukan Singapura sebelum menyertai Fulham pada tahun 2017.", "Dia kemudiannya menyertai Oxford United pada tahun ini dan sehingga saat ini, Ben hanya merekodkan 17 minit permainan hasil daripada satu penampilan pada musim ini. Penampilan tersebut hadir ketika menentang Stevenage FC dalam saingan Piala EFL.", "Sebagai tambahan, Ben belum pernah membuat penampilan bersama skuad senior kebangsaan Thailand namun dia pernah beraksi bersama skuad B-23 Thailand sebanyak satu kali pada Januari tahun lalu menentang Indonesia.", "Liga: Liga Super Denmark (Superligaen)", "Jonathan merupakan pertahanan tengah yang mempunyai kelebihan fizikal iaitu berketinggian 1.90 meter (m). Untuk makluman semua, dia mula menyertai kelab berpangkalan di Denmark ini pada tahun 2019. Namun, pada ketika itu dia hanya membarisi pasukan remaja.", "Musim ini namanya disenaraikan di dalam skuad senior. Akan tetapi, Jonathan belum meraih sebarang minit permainan apatah lagi merekodkan sebarang penampilan. Bagaimanapun, dia mendapat peluang beraksi selama 90 minit bersama skuad Odense B-19 pada Ogos lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322222/", "headline": "\nTerbuka Jerman: 3 Beregu Lelaki Negara Gagal Ke Suku Akhir\n", "content": ["Saingan Terbuka Jerman pada tahun ini menyaksikan tiada sebarang beregu lelaki negara berhasil menjejakkan kaki ke peringkat suku akhir.", "Ini selepas ketiga-tiga wakil negara yang beraksi di peringkat Pusingan 16 tumpas kepada lawan masing-masing.", "Kejutan pertama terbit apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun selaku pilihan pertama tumpas kepada wakil Jepun yang menghuni ranking ke-25 dunia, Akira Koga dan Taichi Saito.", "YONEX German Open 2023MD – R16 🇯🇵Akira KOGA🏅21 21 🇯🇵Taichi SAITO🏅 🇲🇾Aaron CHIA13 18 🇲🇾SOH Wooi Yik", "— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023", "Perlawanan itu dimenangi oleh Koga-Saito secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-18 dalam tempoh masa 45 minit permainan.", "Keduanya, gandingan Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong turut mengalami nasib yang sama. Pasangan yang menghuni ranking ke-42 dunia ini tumpas kepada wakil Korea, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae juga secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 17-21.", "Akhir sekali, beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi juga terpaksa akur dengan kekalahan di Pusingan 16. ", "Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan ini tumpas kepada wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan dalam satu perlawanan yang memakan masa lebih satu jam.", "Perlawanan itu berkesudahan dengan skor 18-21, 21-18 dan 21-18.", "YONEX German Open 2023MD – R16 LEE Jhe-Huei🏅18 21 21 YANG Po-Hsuan🏅 🇲🇾ONG Yew Sin21 18 18 🇲🇾TEO Ee Yi", "— BWFScore (@BWFScore) March 9, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219514/", "headline": "\nBola Jaring Asia: Malaysia & Singapura Buat Perhitungan Semula Di Peringkat Separuh Akhir\n", "content": ["Skuad bola jaring kebangsaan akan membuat perhitungan semula dengan Singapura di peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia 2022.", "Terdahulu, Malaysia terpaksa akur menerima kekalahan 43-56 kepada skuad tuan rumah dalam perlawanan terakhir peringkat Pusingan Kedua, semalam.", "Kekalahan itu meletakkan Malaysia di tangga ketiga dalam Kumpulan E selepas mengutip 2 mata. Ianya membuatkan mereka bertemu dengan Singapura sekali lagi selaku naib juara Kumpulan E di peringkat separuh akhir, esok.", "Sebelum itu, Malaysia berhasil merekodkan kemenangan ke atas Hong Kong dalam perlawanan kedua serta tumpas kepada Sri Lanka dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan E tersebut.", "Justeru, satu lagi perlawanan separuh akhir yang akan berlangsung adalah melibatkan Sri Lanka (juara kumpulan) dan Hong Kong (penghuni tempat keempat).", "Untuk makluman, perlawanan melibatkan Sri Lanka dan Hong Kong dijadualkan bermula pada jam 3 petang manakala perlawanan anatara Malaysia dan Singapura pula akan berlangsung pada jam 5 petang.", "Dua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir akan layak menyertai Piala Dunia Bola Jaring 2023 yang akan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan bermula dari 28 Julai hingga 6 Ogos tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218866/", "headline": "\nSukan Komanwel: Kian Meng-Pei Jing Atasi Wakil Tuan Rumah Untuk Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir acara badminton (individu) di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Kemaraan itu dicetak dengan mengatasi wakil tuan rumah yang menghuni ranking ke-47 dunia, Callum Hemming dan Jessica Pugh di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di , Kian Meng-Pei Jing berhasil mengatasi Callum-Jessica secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-11.", "QF#MAS🇲🇾 Tan Kian Meng-Lai Pei Jing def. #ENG Callum Hemming-Jessica Pugh 22-20 21-11#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/8HcY8qxfan", "— BAM (@BA_Malaysia) August 6, 2022", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertembungan sulung melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir, Kian Meng-Pei Jing akan turun menentang wakil negara seberang tambak, Singapura iaitu Terry Hee Yong Kai dan Jessica Tan Wei Han bagi merebut kemaraan ke perlawanan akhir, esok.", "Sebelum ini, Kian Meng-Pei Jing pernah merekodkan dua pertemuan menentang pasangan yang menduduki tangga ke-35 dunia ini. Malangnya, mereka tumpas di kedua-dua pertarungan tersebut.", "Bagaimanakah keputusannya pada hari esok? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110617/", "headline": "\nRabih Ataya Muncul Wakil Tunggal Liga Super ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022\n", "content": ["Pemain Kedah Darul Aman, Rabih Ataya muncul satu-satunya wakil daripada saingan Liga Super Malaysia yang layak untuk bermain di pentas Kelayakan Piala Dunia 2022 pusingan ketiga.", "Ini kerana pasukan negaranya, Lubnan berjaya menempatkan diri selaku 5 pasukan naib juara terbaik dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pusingan kedua sekaligus termasuk kalangan 13 pasukan terbaik asia pada ketika ini.", "Walaupun berada di kedudukan ke-13 terbaik dan pusingan kelayakan seterusnya hanya memerlukan 12 pasukan, Lubnan terpilih bagi menggantikan Qatar yang telah pun layak ke saingan Piala Dunia selaku pasukan tuan rumah.", "Lubnan menjadi pasukan naib juara kelima terbaik selepas mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri dalam saingan Kumpulan H sekaligus mengumpul 10 mata secara keseluruhan.", "Selain Lubnan, 11 pasukan yang layak ke pusingan tiga Kelayakan Piala Dunia 2022 ialah Syria, Australia, IR Iran, Arab Saudi, Jepun, UAE, Republik Korea, China, Oman, Iraq dan Vietnam.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208139/", "headline": "\nMotoGP: Baki Dua Perlumbaan Ini Saya Tak Sertai, Nantikan Tahun Depan!\n", "content": ["Juara enam kali Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez mengesahkan tidak akan menyertai baki dua perlumbaan MotoGP 2020 iaitu GP Valencia dan GP Portugal.", "Ini kerana pelumba Repsol Honda Team yang berusia 27 tahun itu dinasihatkan untuk memberikan tumpuan kepada memulihkan kecederaan pada lengannya sehingga sembuh sepenuhnya.", "Kecederaan itu menimpanya ketika perlumbaan pembukaan MotoGP iaitu GP Sepanyol di Litar Jerez pada julai lalu. ", "This season I will not compete again. After evaluating how the arm is doing with the Doctors and my team, we have decided that the best option is to return next year. It's time to continue with the recovery. Thanks for the messages of support. Looking forward to returning in 2021 pic.twitter.com/WlQI3BntTN", "“Saya tidak akan berlumba musim ini. Selepas pemeriksaan untuk melihat bagaimana keadaan lengan saya bersama doktor dan pasukan, kami telah mengambil keputusan untuk kembali berlumba pada tahun hadapan.” katanya menerusi laman sosialnya.", "Kecederaan itu memaksanya untuk menjalani operasi pembedahan sebanyak dua kali. Selepas daripada pembedahan keduanya sekitar ogos lalu, Honda mengumumkan Marquez perlu berehat dalam tempoh dua hingga tiga bulan.", "Malah pasukannya turut menjangkakan Marquez sempat untuk menyertai siri-siri akhir perlumbaan MotoGP 2020. Tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan, Marquez terpaksa melupakan sama sekali saingan musim ini.", "Sometimes things don't go as you expect but the most important thing is to get back up and move on. I hope you enjoyed the comeback! Now I'll have an operation to fix the fracture of my right humerus. I promise you all that I will come back as soon as possible and even stronger💪🏼 pic.twitter.com/5FCIamVZLx", "Bagaimanapun, Marquez dilihat semakin pulih dan cergas dan dia dijangka kembali memberikan saingan pada tahun hadapan.", "“Ini merupakan masa untuk pemulihan. Terima kasih atas sokongan yang diberikan. Tak sabar untuk kembali pada 2021.” tambahnya lagi.", "Untuk rekod, Marquez mula menyertai saingan perlumbaan motosikal kelas premier sejak tujuh tahun lalu dan dalam masa yang singkat pelumba kelahiran Sepanyol ini mendominasi saingan ini dengan memenangi kejuaraan dunia pada 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 dan 2019.", "Featured Image: Repsol Honda Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325079/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Taipei Kini ‘Top 15’ Dunia\n", "content": ["Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menjuarai saingan Terbuka Taipei pada Ahad lalu kini tergolong dalam kelompok 15 pasangan terbaik dunia.", "Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan pasangan pemain berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini mencatatkan peningkatan empat anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu.", "Lonjakan itu dicetuskan hasil mengumpul 54,888 mata sekaligus meletakkan mereka di tangga ke-15 dalam Ranking Dunia buat pertama kali sejak bergandingan bermula awal Disember tahun lalu.", "Untuk makluman, kemenangan mereka ke atas gandingan tuan rumah, Chiu Hsiang Chienh dan Lin Xiao Min dalam perlawanan akhir kejohanan jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit telah memberikan mereka 7,000 mata.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing yang mara ke separuh akhir kejohanan yang sama turut mencatatkan peningkatan yang ketara dalam Ranking Dunia pada minggu ini.", "Gandingan pemain berusia 25 dan 26 tahun masing-masing ini melangkau empat anak tangga dan kini menghuni ranking ke-36 dunia hasil mengumpul 31,600 mata setakat ini.", "Pada masa yang sama, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai selaku beregu campuran No.1 tanah air masih kekal di tangga ketujuh dunia manakala Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing pula mencatatkan penurunan satu anak tangga dan menduduki ranking ke-18 dunia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217994/", "headline": "\nKetiadaaan Coach Satia Dirasai Semua Pemain Sarawak United\n", "content": ["Ketiadaan bekas jurulatih Sarawak United FC, B. Satiananthan yang terpaksa direhatkan ekoran berdepan masalah kesihatan sememangnya dirasai oleh semua pemain.", "Jelas pertahanan Sarawak United, Stuart Wark, dia mengakui seluruh pasukan sangat terkesan dengan situasi itu yang buatkan mereka kurang bersemangat sebelum menghadapi Selangor FC, pada Ahad lalu.", "Justeru, dia mengharapkan Satiananthan agar kembali sembuh dan mendapat rawatan yang terbaik terhadap penyakit dihadapinya.", "— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) June 20, 2022", "“Situasi sekarang sukar untuk kami jelaskan tetapi jalan terbaik jelas dia perlu berehat kerana berdepan masalah kesihatan.", "“Beliau telah berikan segala-galanya untuk pasukan ini dan sentiasa menjaga kebajikan pemain bagi pastikan Sarawak United mampu bersaing seperti pasukan lain.", "“Kekalahan ini saya rasa sudah tentu buatkan dia lagi kecewa tetapi harapan saya, kami akan bangkit daripada kekalahan ini,” katanya.", "Satiananthan telah memberikan notis untuk berhenti pada 13 Jun iaitu seminggu sebelum perlawanan dengan Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).", "Tugas ketua jurulatih Sarawak United akan diambil alih bekas penolong ketua jurulatih Harimau Malaya, S. Balachandran.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220468/", "headline": "\nKerajaan Melaka Beri Aaron Chia RM70,000 Atas Kejayaan Di Kejohanan Dunia & Sukan Komanwel\n", "content": ["Kerajaan negeri Melaka memberikan satu insentif berbentuk wang tunai kepada pemain badminton beregu negara, Aaron Chia atas kejayaannya merangkul beberapa kejuaraan baru-baru ini.", "Antaranya kejayaan Aaron Chia menjuarai Kejohanan Dunia BWF dan merangkul pingat emas acara berpasukan campuran serta pingat gangsa beregu lelaki dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Insentif berjumlah RM70,000 itu disampaikan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), YB V.P. Shanmugam yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.", "Ianya kepada pemain berusia 25 tahun terbabit dalam Majlis Penyampaian Hadiah Insentif Kejohanan Dunia, Sukan Komanwel Dan Sukan Malaysia XX MSN 2022 bertempat di Auditorium Seri Negeri, semalam.", "“Dengan melihat perkembangan ini, Kerajaan Negeri akan terus komited untuk membangunkan sukan di negeri ini selari dengan Flagship 8 iaitu berhasrat untuk memperkasa pembangunan belia dan sukan di Negeri Melaka di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ2035).”", "“Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong usaha- usaha dan inisiatif-inisiatif untuk mengambil bahagian dalam menganjurkan lebih banyak kejohanan dan pertandingan sukan.”", "“Aspirasi ini bukan sahaja mengalakkan perkembangan sektor industri sukan tetapi bagi melahirkan atlet-atlet Melaka yang berdaya saing di peringkat tertinggi.” katanya.", "Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama Kerajaan Negeri Melaka memberikan insentif berbentuk wang tunai kepada Aaron Chia. Ketika dia merangkul pingat gangsa dalam temasya Sukan Olimpik tahun lalu, Kerajaan Negeri Melaka turut menghadiahkannya wang tunai berjumlah RM50,000.", "Featured Image: Facebook VP Shanmugam"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323775/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Roy King-Su Yin Bertemu Beregu No.10 Dunia Di Pentas Akhir\n", "content": ["Hanya selangkah sahaja lagi yang memisahkan Kontinjen Malaysia untuk mengulangi kejayaan Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei merangkul pingat emas dalam acara beregu campuran (individu) pada temasya Sukan SEA edisi lalu.", "Ini selepas salah satu beregu campuran negara yang dipertaruhkan pada temasya kali ini, Yap Roy King dan Cheng Su Yin berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir acara tersebut pada Sukan SEA 2023 Kemboja.", "Gandingan pemain berusia 22 dan 19 tahun masing-masing melakar kemaraan berkenaan selepas menumpaskan beregu Thailand yang menghuni ranking ke-123 dunia, Pakkapon Teeraratsakul dan Phataimas Muenwong di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.", "SEA Games 2023 Score Update", "Semifinals: Mixed DoublesRoy King YAP/CHENG Su Yin 🇲🇾 vs Pakkapon TEERARATSAKUL/Phataimas MUENWONG 🇹🇭 : 24-22 25-27 21-19#Badminton #BadmintonAsia #SEAGames2023 pic.twitter.com/6cGEtPoDZV", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) May 15, 2023", "Pertarungan melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung dengan penuh sengit. Roy King-Su Yin berhasil mencatatkan kemenangan pada set pertama 24-22 sebelum Pakkapon-Phataimas meraih kemenangan pada set kedua 27-25 sekaligus mengheret pertarungan ke set penentuan.", "Namun begitu, kemaraan ke pentas akhir menjadi milik Roy King-Su Yin apabila mereka berjaya mengakhiri pertarungan di set ketiga dengan skor 21-19. Untuk makluman, pertarungan ini berlanjutan selama 72 minit sebelum diketahui pemenangnya.", "Pada pentas akhir kelak, Roy King-Su Yin akan menantikan cabaran samada beregu Indonesia yang menghuni ranking kesepuluh dunia, Rehan Naufal-Lisa Ayu bagi merebut kilauan pingat emas. ", "Pasangan ini berhasil menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menumpaskan gandingan Thailand yang berada di ranking ke-56 dunia, Ratchapol Makkasasithorn-Chasinee Korepep dengan skor 19-21, 21-18 dan 21-19 dalam tempoh masa sekitar satu jam permainan.", "Lewat pertarungan sengit rubber game, Rehan/Lisa melaju ke final! 🔥🔥🔥#SEAGames2023 pic.twitter.com/pnahaWSkZT", "— BADMINTON INDONESIA (@INABadminton) May 15, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111557/", "headline": "\nOlimpik 2020: Noktah Buat Azizul & Shah Firdaus Dalam Acara Pecut, Tumpuan Beralih Kepada Keirin\n", "content": ["Perjalanan dua pelumba basikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut nampaknya terhenti di peringkat 1/8 akhir sahaja.", "Pada perlumbaan pertama peringkat 1/8 akhir, Azizul tumpas kepada pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.", "Manakala, Shah Firdaus yang turun menentang seorang lagi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen pada perlumbaan kedua peringkat yang sama turut tumpas.", "Hard Luck @AzizulAWANG & @shahfirdaus95 Comeback Stronger #DemiMalaysia #Keirin pic.twitter.com/iXJQmLARP1", "Walaupun tewas, kedua-dua mereka diberikan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya dengan beraksi dalam acara 1/8 akhir repechage.", "Bagaimanapun, dalam perlumbaan tersebut, Azizul dan Shah Firdaus tetap tumpas sekaligus menyaksikan mereka mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada acara ini.", "#CyclingTrack Dato' Mohd Azizulhasni Awang finished second in 1/8 Finals Repechages – Heat 1 and did not qualify to Quaterfinals of Men's Sprint. #Olympics #Tokyo2020", "#CyclingTrack Muhammad Shah Firdaus finished 3rd in 1/8 Finals Repechages – Heat 2 and did not qualify to Quaterfinals of Men's Sprint. #Olympics #Tokyo2020", "Namun begitu, kedua-dua pelumba negara masih mempunyai baki satu lagi acara basikal trek iaitu keirin.", "Untuk makluman, keirin merupakan acara tumpuan bagi kedua-dua pelumba ini dan merupakan salah satu daripada acara yang disasarkan pungutan pingat emas oleh Kontinjen Malaysia.", "Pusingan pertama acara keirin akan berlangsung pada hari Sabtu (7 Ogos) bermula jam 2.48 petang. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111399/", "headline": "\nRekod Pertemuan Aaron-Wooi Yik Menentang Jun Hui-Yu Chen\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menempah tiket ke saingan separuh akhir Sukan Olimpik dengan bergaya selepas menumpaskan regu No.1 dunia dari Indonesia, Marcus Gideon dan Kevin Sakalmunjo, hari ini.", "Sementara itu, menanti mereka di peringkat separuh akhir adalah regu No.6 dunia dari China, Li Jun Hui dan Liu Yu Chen yang berjaya menewaskan regu Denmark, Kim Astrup dan Anders Rasmussen juga pada hari ini.", "Sebelum kita menyaksikan kedua-dua wakil negara ini turun beraksi di gelanggang yang dijadualkan pada hari Jumaat (30 Julai) pada pukul 6 petang waktu Malaysia, ayuh kita melihat lima rekod pertemuan melibatkan kedua-dua regu ini dalam kejohanan yang terdahulu.", "Pertama kali Aaron Chia-Wooi Yik bertemu regu dari China ini adalah pada peringkat suku akhir pada Kejohanan Dunia 2018 yang berlangsung di Nanjing, China. Mereka mara ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan regu Korea (Chung Eui-seok/Kim Dukyoung, Pusingan 1), regu Taiwan (Lee Jhe-heui/Lee Yang, Pusingan 2) dan regu Denmark (Kim Astrup-Anders Rasmussen, Pusingan 3). ", "Ketika beraksi pertama kali menentang Jun Hui dan Yu Chen, regu muda negara ini tumpas dua ‘straight set’ dengan mata 14-21 dan 22-24.", "Aaron dan Wooi Yik kembali bertemu regu China ini buat kali kedua dalam karier professional mereka. Kali ini pada pusingan kedua selepas mereka menumpaskan regu China, Liu Cheng-Zhang Nan pada pusingan 1. Bagaimanapun pertemuan kali kedua mereka masih memihak kepada Jun Hui dan Yu Chen dengan kemenangan dua ‘straight set’ iaitu 11-21 dan 19-21.", "Masih lagi di tahun 2019 dan gandingan Aaron-Wooi Yik bertemu Jun Hui-Yu Chen buat kali ketiga dalam karier mereka. Kali ini melibatkan kejohanan Piala Sudirman yang berlangsung di Indonesia. Keputusan masih memihak kepada regu China namun kali ini, Aaran dan Wooi Yik memberikan mereka sedikit cabaran dan mengelakkan daripada kalah secara dua ‘straight set’ buat kali ketiga berturut-turut. Keputusan pada masa itu adalah 21-18, 14-21 dan 22-24.", "Pertemuan keempat dan masih lagi di bumi Indonesia. Kali ini pertemuan antara kedua-dua regu ini seawal di peringkat pusingan pertama. Aaron-Wooi Yik kalah dalam perlawanan yang melibatkan tiga set dengan keputusan 21-19, 15-21 dan 9-21.", "Kali terakhir Aaron-Wooi Yik bertemu Jun Hui-Yui Chen adalah pada peringkat suku akhir kejohanan di Hong Kong. Selepas cemerlang menumpaskan regu Indonesia (Ricky-Angga Pratama, Pusingan 1) dan regu Denmark (Kim Astrup-Anders Rasmussen, Pusingan 2), mereka turun berentap menentang regu China ini. Kemenangan masih belum dapat dirasai oleh Aaron-Wooi Yik di mana mereka terpaksa akur tumpas sekali lagi dengan keputusan  17-21, 21-19 dan 21-23.", "Hasil daripada lima pertemuan melibatkan kedua-dua regu ini, Aaron-Wooi Yik tumpas 5-0 kepada Jun Hui-Yu Chen. Menariknya, sedikit peningkatan ditunjukkan oleh Aaron-Wooi Yik daripada ditewaskan secara dua ‘straight set’ dalam dua perlawanan awal kepada memaksa regu China bermain dalam ‘rubber set’ dalam tiga pertemuan terakhir mereka.", "Perlu diingatkan, rekod pertemuan lalu tidak menjaminkan kemenangan dan kekalahan dalam perlawanan akan datang. Aaron-Wooi Yik telah menunjukkannya ketika menentang regu No.1 dunia ‘The Minions’ pada peringkat suku akhir.", "Berdasarkan rekod, Aaron-Wooi Yik tumpas dalam ketujuh-tujuh perlawanan menentang Marcus-Kevin yang lalu. Akan tetapi regu muda negara ini turun ke gelanggang, beraksi dengan cemerlang dan menumpaskan mereka secara dua ‘straight set’ sekaligus memaksa The Minions mengemaskan beg pakaian meninggalkan Tokyo dan pulang ke Indonesia!"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207542/", "headline": "\nSanusi Pernah Bermain Bola Sehingga Peringkat Daerah Dan Negeri\n", "content": ["Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Noor berkongsikan semasa zaman remajanya bahawa beliau pernah terlibat dalam sukan bola sepak sehingga ke peringkat negeri.", "Selain daripada sukan bola sepak, Sanusi merangkap Menteri Besar Kedah turut bergiat aktif dalam beberapa sukan yang lain seperti ragbi, kriket, sepak takraw dan olahraga.", "Namun demikian, beliau mengakui walaupun bergiat aktif sebagai ahli sukan tetapi pengalamannya dalam mentadbir organisasi atau persatuan sukan sangatlah sedikit.", "Disebabkan itu, beliau kekal dengan keputusan untuk berundur daripada tampuk kepimpinan utama bola sepak Kedah setelah selesainya hutang piutang yang ditanggung KFA dianggarkan berjumlah RM14 juta (sebelum ini dianggarkan hanya berjumlah RM10.6 juta).", "Masalah yang ditanggung bukan hanya soal tunggakan gaji pemain tetapi juga melibatkan tunggakan LHDN, KWSP dan penyedia tiket pengangkutan pasukan.https://t.co/vxjwOTCDyD", "“Daripada awal saya (bersama) KFA ni saya maklum saya pandai main bola, saya pernah main sampai peringkat daerah dan peringkat negeri,", "“Selain daripada main bola, saya main ragbi, main kriket dan semua sukanlah termasuk takraw peringkat negeri dan olahraga.", "“Mungkin saya tak sesuai untuk mentadbir persatuan sukan, tapi ada sedikit pengalaman, masih lagi belajar. Tapi bila Kedah hadapi masalah hutang, itu lebih jadi keutamaan,” kongsi Sanusi dalam satu sidang media, semalam.", "Sanusi berkata pengundurannya daripada kerusi Presiden KFA akan berkuatkuasa pada 15 oktober 2020 namun ianya bergantung kepada KFA samada menerima atau menolak perletakan jawatannya.", "“Saya dah hantar surat hasrat meletakkan jawatan presiden KFA, berkuatkuasa pada 15 oktober kerana (tarikh itu) merupakan sasaran akhir saya selesaikan hutang. ", "“Saya telah cari penaja, saya telah cari rakan-rakan yang sudi untuk membantu KFA selesaikan masalah ini, menjelang 15 oktober saya sasarkan semuanya selesai dan boleh serah kepada orang yang lebih layak.” jelasnya lagi.", "Kedah Guna Nama Darulaman FC Kerana Tak Mahu Jadi Ayam Goreng https://t.co/SzdE0cT1Wy pic.twitter.com/eALrXDISX1", "Mengulas mengenai nama dan logo baharu bagi pasukan Kedah selepas menjalani proses penswastaan, Sanusi berkata perkara itu masih boleh diubah dengan memaklumkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).", "Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan akan diadakan pertandingan mereka cipta logo baharu untuk pasukan Kedah selepas daripada ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324692/", "headline": "\nMenteri: Pandelela Rinong Kini Ikon Perpaduan Negara\n", "content": ["Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata kementeriannya telah mengangkat ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong selaku ikon perpaduan negara serta beberapa legenda perfileman dan pemimpin negara. ", "Jelas Aaron, tujuan para ikon perpaduan ini dilantik atau dipilih adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya untuk memperkuatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.", "“Sekarang ini, kita melihat perenang juga menjadi ikon, kita masukkan beliau ke dalam agensi bawah kita seperti Pandelela supaya beliau menjadi ikon di Kementerian Perpaduan Negara.” ujar Aaron semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat tempoh hari. ", "Kenyataan tersebut dimaklumkan selepas Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan mengajukan soalan berkenaan hasrat kementerian untuk menghasilkan filem pendek mengenai kisah legenda sukan negara bagi memupuk semangat perpaduan. ", "Aminolhuda juga memetik nama bekas legenda bola sepak negara seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh sebagai contoh kepada ikon yang wajar diketengahkan dalam penghasilan filem pendek tersebut.", "Untuk makluman, Datuk Pandelela Rinong bukan nama yang asing buat rakyat Malaysia. Pandelela merupakan penerjun negara yang pernah meraih pingat perak bersama Cheong Jun Hoong di Sukan Olimpik 2016 selain daripada menggondol pingat emas di Sukan Komanwel dan Sukan SEA. ", "Featured Image: Facebook Pandelala Rinong"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221064/", "headline": "\nViktor Axelsen Sapu 8 Gelaran Individu Sepanjang Tahun 2022\n", "content": ["Tahun 2022 menjadi tahun yang cukup gemilang bagi karier badminton perseorangan lelaki No.1 dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.", "Kejayaan menumpaskan pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada perlawanan akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 semalam memberikannya kejuaraan terakhir buat Axelsen pada tahun ini.", "Secara keseluruhannya, Axelsen telah merangkul lapan kejuaraan daripada 12 kejohanan individu yang disertainya sepanjang tahun ini.", ".@Viktor Axelsen 🇩🇰 ended the year in style 💪", "✅ World No.1 ✅ Olympic Champion✅ World Champion✅ HSBC BWF World Tour Finals Champion✅ European Champion ✅ All England Open Champion✅ Only lost 3 matches all year#BWFWorldTourFinals #Bangkok2022 pic.twitter.com/eyJq9PE5TA", "— BWF (@bwfmedia) December 12, 2022", "Tujuh kejohanan yang dimenanginya sebelum ini ialah Kejohanan Terbuka Seluruh England, Kejohanan Eropah, Indonesia Masters, Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Kejohanan Dunia BWF dan Terbuka Perancis.", "Menariknya, Axelsen berhasil muncul juara setiap kali mara ke perlawanan akhir bagi setiap kejohanan tersebut. Tiada sebarang perlawanan akhir disudahi dengan gelaran naib juara oleh Axelsen pada tahun ini.", "Pencapaian merangkul 8 kejuaraan pada tahun ini juga menjadi yang terbaik dalam kariernya setakat ini. Sebagai perbandingan, Axelsen hanya meraih tujuh kejuaraan pada tahun lalu.", "Featured Image: Instagram Viktor Axelsen"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321852/", "headline": "\nPas Bermusim Negeri Sembilan FC Kategori Terbuka Dijual Pada Harga RM159\n", "content": ["Negeri Sembilan FC menjadi antara kelab terbaru yang melancarkan pas bermusim bagi saingan Liga Malaysia 2023.", "Menerusi makluman rasmi di laman sesawang serta platform media sosialnya, terdapat enam kategori yang ditawarkan iaitu:", "PAS BERMUSIM NSFC 2023 🟡⚫🔴", "Dapatkan pas bermusim 2023 melalui pautan https://t.co/m2Wl8vS2fD", "Pemegang pas bermusim akan mendapat manfaat akses kepada sekurang-kurangnya 15 perlawanan untuk musim 2023. pic.twitter.com/cn82xb5xAq", "— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 12, 2023", "Kesemua Pas Bermusim NSFC Gold adalah untuk tempat duduk di ruangan grandstand Stadium Tuanku Abdul Rahman. Selain itu, para pemegang pas bermusim ini akan mendapat pelbagai manfaat, diskaun dan pelbagai barangan kelab. Keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir turut disertakan.", "Sementara itu, Pas Bermusim NSFC Red memberikan akses kepada para pemegangnya untuk menonton perlawanan di stadium dari tempat duduk terbuka.", "Ia turut menyertakan beberapa manfaat dan diskaun selain keutamaan untuk membeli tiket perlawanan akhir.", "Menurut makluman daripada skuad berjulukan Hoben Jang Hoben ini, pemegang pas bermusim ini akan menikmati penjimatan sekurang-kurangnya 30% berbanding membeli tiket perlawanan di stadium.", "Secara kasarnya, pemegang Pas Bermusim NSFC Red hanya membayar sekitar RM10.60 bagi setiap perlawanan untuk minimum 15 perlawanan bagi saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219810/", "headline": "\nSalah, Kpah Tak Berpeluang Beraksi Satu Padang\n", "content": ["Hasrat penyokong yang mahu melihat penyerang skuad kebangsaan Liberia merangkap Terengganu FC, Kpah Sherman berkongsi satu padang dengan penggempur handalan Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah nampaknya tidak dapat direalisasikan.", "Sepatutnya, kedua-dua pemain berpeluang untuk berentap sesama sendiri memandangkan Liberia dijadualkan bertemu Mesir dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung bermula jam 2 pagi nanti (waktu Malaysia) di Stadium Borg El Arab. ", "Bagaimanapun, Reuters melaporkan barisan kejurulatihan Mesir yang diketuai oleh Rui Vitoria memaklumkan Salah akan direhatkan pada perlawanan menentang Liberia serta dibenarkan pulang lebih awal bersama kelabnya, Liverpool.", "Awal pagi Sabtu lalu, Salah telah beraksi 90 minit penuh bersama Mesir ketika menentang Niger di stadium yang sama. Dalam perlawanan itu juga, dia berhasil menjaringkan dua gol sekaligus membantu Mesir menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-0 ke atas Niger.", "Dengan kepulangan awal daripada tugasan antarabangsa, Salah mempunyai sedikit lebih masa untuk mempersiapkan diri sebelum berhadapan Brighton dalam aksi kesembilan EPL. ", "Sementara itu, Kpah sempat beraksi sebagai pemain gantian ketika turun menentang Niger pada Ahad lalu. Pertembungan antara Liberia dan Niger itu berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202323995/", "headline": "\nRanking BWF: Jaguh Perseorangan Negara Jatuh Ke Tangga Kesepuluh Dunia\n", "content": ["Kedudukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam Ranking Dunia BWF terus merudum apabila mencatatkan penurunan dua anak tangga selepas menghuni tempat kelapan dunia selama tiga minggu berturut-turut.", "Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan pemain berusia 25 tahun tersebut kini menghuni ranking kesepuluh dunia – kedudukan yang kali terakhir dihuninya pada pertengahan Mac 2021.", "Zii Jia berada di kedudukan tersebut dengan kutipan 59,276 mata – berkurangan 6,129 mata berbanding pada minggu lalu.", "Tangga kelapan dunia pada minggu ini menjadi milik pemain China, Shi Yu Qi selepas mengumpul 68,824 mata yang membolehkannya melangkau dua anak tangga berbanding kedudukannya yang lalu.", "Manakala tangga kesembilan dunia pula dihuni oleh pemain India, Prannoy H. S. dengan kutipan 66,147 mata.", "Pada masa yang sama, kedudukan empat perseorangan lelaki teratas dunia kekal tanpa sebarang perubahan dengan Viktor Axelsen masih unggul di tangga pertama diikuti Anthony Sinisuka Ginting, Kodai Naraoka dan Loh Kean Yew di tangga kedua, ketiga dan keempat masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219440/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Jun Hao Dapat ‘Bye’ Namun Mungkin Bertemu June Wei Di Pusingan 32\n", "content": ["Kejohanan Terbuka Vietnam 2022 menyaksikan beberapa perseorangan lelaki negara yang menyertai saingan berstatus Jelajah BWF Super 100 ini telah mengetahui lawan masing-masing.", "Menerusi hasil undian yang dikeluarkan semalam, dua orang pemain negara mendapat “bye” di Pusingan 64 sekaligus membolehkan mereka mara secara automatik di Pusingan 32.", "Salah seorangnya adalah pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Leong Jun Hao. Bagaimanapun, di Pusingan 32 kelak, dia berkemungkinan besar akan bertemu rakan senegara iaitu Cheam June Wei yang merupakan pemain bebas (independent).", "June Wei yang berada di ranking ke-66 dunia diundi bertemu pemain India yang menghuni ranking ke-245 dunia, Abhyansh Singh di Pusingan 64.", "Sementara itu, seorang lagi pemain negara yang mendapat “bye” adalah perseorangan bebas, Soong Joo Ven merangkap pilihan ketujuh untuk menjuarai kejohanan ini.", "Sedikit malang buat dua pemain muda negara, Lim Chong King dan Ong Ken Yon apabila hasil undian itu menemukan mereka seawal Pusingan 64. ", "Beberapa lagi pemain negara yang bermula di Pusingan 64 ialah Jacky Kok Jing Hong (Shankar Iyer, India), Aidil Sholeh (Le Duc Phat, Vietnam), Shahyar Shaqeem (Chia Hao Lee, Taiwan) dan Lee Shun Yang.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung bermula 27 September dan berakhir pada 2 Oktober.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214966/", "headline": "\nFAM ‘Tiru’ Jejak Langkah Vietnam Guna Khidmat Ketua Jurulatih Korea\n", "content": ["Langkah yang diambil oleh negara serantau, Vietnam, menggunakan khidmat ketua jurulatih dari Republik Korea nampaknya diikuti oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).", "Presiden badan induk bola sepak negara, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin mengumumkan perlantikan jurulatih dari negara berkenaan, Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu secara rasmi, dalam sidang media di Wisma FAM, pada hari ini.", "Untuk pengetahuan semua, karier kejurulatihan Pan-gon yang berusia 52 tahun ini banyak bertumpu di negara bekas wilayah jajahan British iaitu Hong Kong samada di peringkat kelab mahupun skuad kebangsaan.", "Siaran Media: FAM Umum Pelantikan Kim Pan Gon Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Skuad Harimau MalayaBaca kenyataan penuh daripada Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di https://t.co/q7j1IeLQMU#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/hnv6zT0CRu", "Menariknya, ketika membimbing skuad kebangsaan Hong Kong, jurulatih kelahiran Jinju, Gyeongsang ini berjaya menumpaskan Malaysia 2-0 yang dibimbing oleh Nelo Vingada pada pusingan kelayakan Piala Asia pada tahun 2017.", "Perlantikan ini adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe yang mengumumkan meletakkan jawatan sejurus sahaja gagal membawa skuad Harimau Malaya mara ke peringkat separuh akhir di kejohanan Piala AFF, Disember lalu.", "Dimaklumkan, Pan-gon diberikan kontrak selama 2 tahun dengan pilihan lanjutan selama 2 tahun. Dia bakal tiba di Malaysia selewat-lewatnya pertengahan Februari dan bakal membawa bersama empat staf kejurulatihannya yang tersendiri kelak.", "Untuk makluman semua, Vietnam melantik jurulatih Korea, Park Hang-seo sebagai pengendali skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) dan senior bermula tahun 2017.", "Sejak daripada itu, prestasi kedua-dua skuad Vietnam itu meningkat dengan sangat ketara. Antaranya, skuad B-23 meraih tempat keempat dalam Sukan Asia dan muncul naib juara Kejohanan B-23 AFC 2018.", "Untuk skuad senior pula, Vietnam di bawah bimbingan Hang Seo telah muncul sebagai juara Piala AFF 2018 dan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220952/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Pearly-Thinaah Bermula Langkah Kiri, Tumpas Kepada Beregu Indonesia\n", "content": ["Beregu No.1 wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah kiri.", "Pearly-Thinaah terpaksa akur tumpas kepada beregu Indonesia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silvia Ramadhanti pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.", "Beregu Indonesia yang menghuni ranking ke-14 dunia ini merupakan pasangan yang sama ditumpaskan oleh Pearly-Thinaah dalam kejohanan Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750 yang dimenangi mereka baru-baru ini.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022WD – Round 1 🇮🇩Apriyani RAHAYU🏅23 21 🇮🇩Siti Fadia Silva RAMADHANTI🏅21 19 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 47 minutes https://t.co/3JCVcoyyGp", "— BWFScore (@BWFScore) December 7, 2022", "Lebih malang, Pearly-Thinaah tumpas kepada pasangan ini secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan dengan 21-23 dan 19-21 dalam tempoh masa 47 minit permainan atas gelanggang.", "Sebagai rekod, ini merupakan pertembungan keempat melibatkan kedua-dua pasangan ini. Kekalahan ini menjadikan rekod pertemuan melibatkan Pearly-Thinaah dan Apriyani-Siti Fadia seimbang dengan dua kemenangan dan kekalahan masing-masing daripada empat pertembungan.", "Sementara itu, Pearly-Thinaah akan meneruskan cabaran Kumpulan B dengan bertemu beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan pada hari esok.", "Sebagai tambahan, Pearly-Thinaah perlu menamatkan saingan peringkat kumpulan ini sekurang-kurangnya di tempat kedua sekiranya mahu mara ke saingan kalah mati iaitu separuh akhir. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111640/", "headline": "\n3 Kejohanan Besar Menanti Pemain Badminton Selepas Sukan Olimpik\n", "content": ["Selepas berlangsung lebih dua minggu, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirainya secara rasmi pada Ahad lalu.", "Bagi sukan badminton, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Soniia Cheah (perseorangan wanita), Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) bagi mewakili Malaysia dalam acara masing-masing.", "Pemenang pingat gangsa Badminton – Beregu Lelaki 🥉🏸Dari Malaysia 🇲🇾:AARON CHIA-SOH WOOI YIKTahniah dan terima kasih dari kami, rakyat Malaysia!#Bronze#Badminton#SokongMalaysia pic.twitter.com/dFIx49ux6c", "Persembahan paling mencuri tumpuan dan di luar jangkaan adalah daripada pasangan regu lelaki, Aaron-Wooi Yik yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir dan berjaya menumpaskan dua pasangan regu terbaik dunia sehingga berjaya membawa pulang pingat gangsa.", "Persembahan ZiI Jia juga tidak kurang hebatnya walaupun terpaksa akur tumpas kepada kepada juara bertahan, Chen Long di peringkat suku akhir.", "Bagi yang ingin melihat dan meneruskan sokongan kepada atlet-atlet badminton negara, berikut adalah tiga kejohanan utama (Major Championships/Grade 1) anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang akan disertai pada baki tahun ini.", "Tarikh: 26 September – 3 Oktober 2021", "Kejohanan utama selepas Sukan Olimpik yang akan dihadapi oleh atlet-atlet badminton negara adalah Piala Sudirman 2021. Ia merupakan sebuah kejohanan campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun sekali. Setiap negara yang layak akan diwakili oleh 1 orang pemain lelaki dan wanita, sepasang regu lelaki dan wanita serta sepasang regu campuran. ", "Pada setiap pusingan, setiap wakil daripada negara masing-masing akan berentap (perseorangan lelaki vs perseorangan lelaki, beregu lelaki vs beregu lelaki dan dan lain-lain) untuk mara ke pusingan akhir. Sebagai rekod, Piala Sudirman 2019 menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat suku akhir selepas tumpas 3-0 kepada Jepun. ", "Tarikh: 9 – 17 Oktober", "Kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu, namun ditunda ekoran pandemik Covid-19. Selang dua minggu kemudian, atlet-atlet badminton negara akan menghadapi satu lagi kejohanan utama iaitu Piala Thomas & Uber 2020. Untuk makluman semua, Piala Thomas merupakan kejohanan campuran untuk lelaki manakala Piala Uber merupakan kejohanan campuran untuk wanita. Kejohanan ini turut diadakan secara dwitahunan.", "Bagi setiap kejohanan, sebagai contoh Piala Thomas, setiap negara akan diwakili oleh 3 pemain perseorangan lelaki dan dua pasangan regu lelaki. Pada setiap pusingan, setiap wakil perseorangan atau regu akan menghadapi lawan masing-masing untuk mara sejauh mungkin. Begitu juga formatnya untuk Piala Uber melibatkan wanita.", "Untuk rekod, pada saingan Piala Thomas 2018, Malaysia yang pada ketika itu diwakili oleh Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Iskandar Zulkarnain, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Aaron Chia-Teo Ee Yi terkandas di peringkat suku akhir setelah tumpas 3-1 kepada Indonesia.", "Sementara itu, bagi Piala Uber 2018, Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.", "Ini merupakan kejohanan terbesar dalam sukan badminton. Pemenang bagi kejohanan ini akan dinobatkan selaku Juara Dunia dan diberikan pingat emas. ", "Sebanyak lima acara dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran. Untuk rekod, sejak dipertandingkan pada tahun 1977, tiada seorang pemain atau regu dari Malaysia yang pernah merangkul Juara Dunia ini. ", "Bekas pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei pernah meraih pingat perak pada tahun 2011, 2013 dan 2015.", "Bagi acara beregu lelaki, pasangan Jalani Sidek-Razif Sidek (1987), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1993), Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (1997) dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (2010) turut merangkul pingat perak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113341/", "headline": "\nPearly-Thinaah Menang Pusingan 1 Terbuka Perancis, Noktahkan Rekod 6 Kekalahan Berturut-Turut\n", "content": ["Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan boleh mengukir senyuman setelah menoktahkan rekod enam kekalahan berturut-turut apabila berhasil meraih kemenangan dalam perlawanan Pusingan 1 Terbuka Perancis.", "Pasangan yang menduduki ranking ke-19 dunia ini berhasil meraih kemenangan tersebut dengan menumpaskan pasangan England, Jessica Hopton dan Jessica Pugh secara ‘straight set’ dengan keputusan 23-21 dan 21-10.", "Kemenangan ini membolehkan Pearly-Thinaah mara ke Pusingan 2 berkutnya dalam kejohanan Super 750 Jelajah Dunia BWF ini. Menanti mereka adalah pasangan Indonesia yang menduduki ranking ke-34 dunia, Siti Fadia Silva Ramadhanti dan Ribka Sugiarto.", "Untuk makluman semua, gandingan Pearly-Thinaah mengharungi satu episod yang agak suram – mengalami kekalahan dalam enam perlawanan – walaupun memberikan tentangan yang cukup baik dalam beberapa perlawanan.", "Berdasarkan rekod, mereka mengalami kekalahan demi kekalahan bermula daripada peringkat suku akhir kejohanan All England Open diikuti empat kekalahan dalam saingan Piala Sudirman 2021. ", "Terakhir dan agak mengecewakan, pasangan yang berusia 21 dan 23 tahun masing-masing ini tumpas pada perlawanan pembukaan kejohanan Terbuka Denmark kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Greysia Polii-Apriyani Rahayu yang berlangsung pada minggu lalu.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113771/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pasangan Thailand Singkirkan Pang Ron-Yee See di Suku Akhir\n", "content": ["Hasrat peminat Malaysia untuk melihat pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See melangkah ke peringkat separuh akhir Indonesia Masters nampaknya tidak menjadi kenyataan.", "Pang Ron-Yee See terpaksa akur tumpas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai yang merupakan pilihan pertama untuk menjuarai kategori ini.", "Beregu negara yang menghuni ranking ke-25 dunia tumpas ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-9 dalam masa 34 minit di tangan Puavaranukroh-Sapsiree yang menduduki tangga ke-2 dunia.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2021(New dates)XD – Quarter final 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH🏅21 21 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI🏅17 9 🇲🇾Pang Ron HOO 🇲🇾Yee See CHEAH🕗 in 34 minutes https://t.co/QZx827Uy8d", "Kekalahan ini menjadikan Pang Ron-Yee See tewas sebanyak tiga kali menentang pasangan beregu campuran dari negara jiran tetangga ini.", "Sementara itu, kemaraan Pang Ron-Yee See ke peringkat suku akhir Indonesia Masters membolehkan mereka meraih 6,050 mata daripada kejohanan ini. ", "Mata yang diraih ini dijangka dapat membantu mereka memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia pada kemasikini yang berikutnya.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218306/", "headline": "\nMalaysia Masters: Liew Daren Kandas Di Pusingan 32, Kalah Kepada Pemain Hong Kong\n", "content": ["Perseorangan bebas (independent) senior negara, Liew Daren hanya sekadar beraksi di Pusingan 32 saingan Malaysia Masters 2022.", "Ini berikutan pemain berusia 34 tahun ini tumpas kepada pemain Hong Kong yang menghuni ranking ke-13 dunia, Ng Ka Long Angus di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Daren dikalahkan secara “straight set” dengan pungutan mata 17-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "R32Liew Daren 🇲🇾17-21, 15-21Ng ka Long Angus 🇭🇰", "Kemenangan kedua pihak lawan ke atas Liew Daren. #BWFWorldTour #KamiTeamMalaysia", "— Team Malaysia (@TeamMsia) July 6, 2022", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami oleh Daren di tangan Angus di pentas antarabangsa.", "Berdasarkan rekod, pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain yang berlangsung di saingan Terbuka Thailand 2019 menyaksikan Daren turut tumpas secara “straight set” dengan skor 13-21 dan 16-21.", "Sementara itu, Angus yang meraih kemenangan dapat melayakkan diri ke peringkat Pusingan 16 di saingan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.", "Menantinya di sana adalah pemain Belanda yang berada di tangga ke-28 dunia, Mark Caljouw.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216004/", "headline": "\nRTM Siar Kejohanan All England 2022 Secara Langsung Bermula Peringkat Pusingan 32\n", "content": ["Peminat badminton tempatan boleh menonton Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 secara langsung dan percuma bermula 16 hingga 20 Mac hadapan.", "Ini kerana stesen penyiaran milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan akan menyiarkan saingan Jelajah Dunia Super 1000 BWF itu. Ianya boleh ditonton menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM serta secara penstriman langsung di platform RTM Klik.", "Untuk makluman semua, kejohanan tahunan ini akan disertai oleh sebilangan pemain badminton Malaysia yang merangkumi beberapa kategori. Antaranya, perseorangan lelaki akan disertai oleh juara bertahan, Lee Zii Jia dan Liew Daren. ", "Manakala kategori beregu lelaki pula disertai oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun. ", "Tiada wakil Malaysia dalam kategori perseorangan wanita dan Pearly Tan-Thinaah Muralitharan pula menjadi wakil tunggal negara dalam kategori beregu wanita. ", "Akhir sekali, kategori beregu campuran akan ditandingi oleh Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei serta Ong Yew Sin-Goh Liu Ying.", "Kemaskini: Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien layak menyertai kategori beregu wanita All England selepas menpadat “Promoted to Main Draw” bagi menggantikan pasangan yang menarik diri."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218515/", "headline": "\nLiga Super 2023: Kini, Semua Pasukan Boleh Miliki 9 Pemain Import\n", "content": ["Penstrukturan baharu Liga Super 2023 menyaksikan setiap pasukan mempunyai peluang sama rata untuk memiliki 9 pemain import berbanding 5 pemain pada ketika ini. ", "Sebelum ini, kelebihan mempunyai koleksi 9 pemain import ini hanya dapat dinikmati pasukan-pasukan yang mempunyai “feeder club” atau “reserved team” seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu dan Selangor.  ", "Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan pembaharuan tersebut selepas daripada Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Luar Biasa Ke-3, pada hari ini.", "Baca: 18 Pasukan Bertanding Dalam Saingan Liga Super 2023 & Liga Simpanan Diperkenalkan", "Namun begitu, MFL menetapkan hanya 6 daripada 9 pemain boleh didaftarkan oleh setiap pasukan pada hari perlawanan (matchday squad). Untuk makluman, kuota enam pemain ini selari dengan ketetapan baharu yang dimaklumkan oleh badan induk bola sepak benua asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). ", "Akan tetapi, MFL tetap hanya membenarkan lima pemain import sahaja bermula dalam kesebelasan utama manakala satu lagi pemain perlu bermula daripada bangku simpanan.", "Sementara itu, penggunaan kuota 3 pemain import bebas, 1 pemain import asia serta 1 pemain import ASEAN di atas padang masih dikekalkan oleh MFL pada musim hadapan.", "Pada masa yang sama, dengan penambahan kuota pemain import ini, MFL turut menasihatkan, penggunaan pemain import tidak diwajibkan dan ianya bergantung kepada kesesuaian dan percaturam pasukan masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218051/", "headline": "\nPertahanan Brazil Mauricio dos Santos Umum Tinggalkan JDT \n", "content": ["Johor Darul Ta’zim (JDT) kehilangan salah satu tonggak importnya apabila pertahanan kelahiran Brazil, Mauricio dos Santos Nascimento mengumumkan meninggalkan kelab tersebut.", "Pertahanan berusia 33 tahun itu mengumumkan meninggalkan skuad Harimau Selatan menerusi satu hantaran di laman sosialnya, sebentar tadi.", "Johor Darul Ta'zim FC would like to wish Maurico Dos Santos all the best. Thank you for the excellent service and commitment over the past four seasons as we won eight trophies together. You are a club legend and will always be part of the JDT Family. pic.twitter.com/4Rblfk4EmX", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 27, 2022", "“Terima kasih JDT. Terima kasih Malaysia. Saya bersyukur untuk setiap saat tinggal di sini di negara yang indah ini.” tulisnya.", "Untuk makluman semua, Mauricio menyertai JDT sejak penghujung tahun 2018 daripada kelab yang beraksi dalam kancah bola sepak Itali, Lazio.", "Sepanjang menyarung jersi Merah Biru semenjak saat itu, Mauricio telah membuat 58 penampilan serta membantu JDT merangkul lapan trofi iaitu empat kejuaraan Liga Super serta empat trofi Piala Sumbangsih.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325421/", "headline": "\nSafuwan: Saya Ada Menerima Tawaran Liga Thailand, Tetapi Ibu Bapa Saran Terus Berada Di Liga Malaysia\n", "content": ["Pertahan skuad kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin membuat keputusan untuk menyertai semula Selangor FC setelah menerima saranan daripada ibu bapanya agar kekal beraksi dalam kancah Liga Malaysia biarpun mendapat beberapa tawaran daripada kelab Liga Thailand.", "Selain itu, penyertaannya turut dipengaruhi oleh keberadaan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Tan Cheng Hoe yang kini berjaya mengemudi Selangor menghuni tangga kedua Liga Super selepas 16 perlawanan.", "Pemain berusia 31 tahun ini diperkenalkan semula secara sebagai pemain skuad Gergasi Merah pada hari ini, sehari selepas bekas kelab yang disertainya selama separuh musim, Negeri Sembilan FC kendalian K. Devan mengumumkan melepaskannya.", "“Saya ada menerima beberapa tawaran dari Liga Thailand tetapi setelah berhubung dengan kedua ibu bapa saya, mereka menyarankan saya untuk terus berada di Liga Malaysia untuk baki enam bulan terakhir musim ini, iaitu bersama Selangor FC,”", "“Dalam masa yang sama, antara yang menarik minat saya untuk kesini adalah saya belum pernah bermain di bawah jagaan Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe.”", "A familiar face, a renewed spirit. Welcome back #SB21 ", "Read more here: https://t.co/A3hQaQpkYO#MKLK#KitaSelangor pic.twitter.com/cxx9TEhJge", "— Selangor FC (@selangorfc) July 13, 2023", "“Selain itu, hubungan dengan rakan sepasukan Gergasi Merah akan membantu untuk saya menjalankan tanggungjawab di sini terutamanya dari segi komunikasi kerana separuh daripada pasukan merupakan rakan sepasukan sebelum ini,”", "“Saya juga berharap keserasian bersama pemain-pemain import dan beberapa pemain lokal baharu pasukan akan terjalin,” jelasnya seperti dipetik daripada halaman rasmi Selangor FC.", "Untuk makluman semua, sebelum menyertai Negeri Sembilan, Safuwan telah menyarung jersi Merah Kuning selama tiga musim dengan mencatatkan 37 penampilan dalam keseluruhan pertandingan.", "Bagaimanapun, kecederaan dialaminya enam bulan terakhir pada musim lalu memaksanya untuk membuat keputusan keluar meninggalkan Selangor demi kebaikan diri dan juga kelab.", "“Saya gembira dapat kembali ke sini selepas enam bulan meninggalkan pasukan. Saya berharap penyokong dapat menerima kepulangan saya. Bagi saya, pasukan bola sepak tanpa penyokong tidak akan berjaya. Semoga kita dapat bekerjasama untuk Selangor FC,” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220531/", "headline": "\nBrunei Darussalam Sertai Piala AFF Buat Pertama Kali Selepas 26 Tahun\n", "content": ["Brunei Darussalam menempa sejarah baharu bola sepaknya apabila melayakkan diri ke saingan Piala AFF buat kali pertama selepas 26 tahun.", "Pasukan yang berada di ranking ke-190 dunia itu mengesahkan kemaraan setelah berjaya mengatasi Timor Lester dengan agregat 6-3 dalam perlawanan Pusingan Kelayakan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, semalam.", "Dalam perlawanan pertama yang berlangsung pada Sabtu lepas, Brunei yang mendapat bimbingan ketua jurulatih baharu, Mario Rivera Campesino bermula September lalu mengejutkan Timor Leste dengan kemenangan 6-2.", "🙌 That feeling when… you qualify for #AFFMitsubishiElectricCup for the first time since 1️⃣9️⃣9️⃣6️⃣!#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger | #TLSvBRU pic.twitter.com/aI3oipiXKn", "— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) November 8, 2022", "Sementara itu, dalam perlawanan timbal balik yang berlangsung semalam, Brunei menanggung kekalahan 0-1 kepada Timor Leste. Namun begitu, dengan agregat keseluruhan 6-3, tiket kemaraan ke pusingan akhir Piala AFF tetap menjadi milik Brunei.", "Kemaraan ini meletakkan Brunei dalam Kumpulan A bersama-sama juara bertahan, Thailand serta Indonesia, Filipina dan Kemboja.", "Brunei akan memulakan perlawanan pertama dengan menentang Thailand pada 20 November kelak.", "Sebagai rekod, Brunei hanya pernah beraksi sebanyak satu kali sahaja di kejohanan dwitahunan ini iaitu ketika edisi sulung pada tahun 1996."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324431/", "headline": "\nRanking BWF: Juara Dunia Jatuh Satu Lagi Anak Tangga\n", "content": ["Kedudukan juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam Ranking Dunia terus mencatatkan kejatuhan.", "Kemaskini terbaru oleh badan induk, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan beregu lelaki No.1 tanah air turun satu anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-4 dunia pada minggu ini.", "Ini merupakan minggu kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik mengalami kejatahun selepas kali terakhir berada di ranking kedua dunia pada minggu ke-21.", "Untuk makluman, tempat ketiga tersebut dirampas oleh beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang yang muncul juara Terbuka Thailand selepas menumpaskan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana dalam perlawanan akhir yang berlangsung, Ahad lalu.", "Kini, gandingan dari negara tembok China terbabit mempunyai 77,591 mata sementara Aaron-Wooi Yik pula mengumpul 77,094 mata – perbezaan sebanyak 497 mata sahaja.", "Sementara itu, tiada perubahan kedudukan dikesan terhadap beberapa lagi beregu lelaki tanah air dengan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong kekal di tangga ketujuh, ke-22 dan ke-44 masing-masing.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214872/", "headline": "\nPiala AFC 2022: KL City ‘Hadap’ Juara Piala Indonesia & Pasukan No.4 Liga Singapura\n", "content": ["Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City) akan menghadapi pasukan juara Piala Indonesia 2018-19 serta kelab di tangga keempat Liga Premier Singapura 2021 dalam saingan Piala AFC, musim ini.", "Dua pasukan yang dimaksudkan itu ialah PSM Makassar dan Tampines Rovers masing-masing. Pada masa yang sama, hasil undian oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pada hari ini, meletakkan skuad bimbingan Bojan Hodak itu Kumpulan H.", "Sementara itu, satu lagi slot dalam Kumpulan H akan diisi salah satu daripada pasukan Myanmar samada pasukan Shan United atau Ayeyawady United.", "Untuk makluman semua, saingan peringkat kumpulan Piala AFC ini dijadualkan bermula sekitar pertengahan Mei kelak secara berpusat bagi melindungi semua pihak yang terlibat daripada ancaman Covid-19.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113235/", "headline": "\nTerbuka Czech: Siti Nurshuhaini, Tze Yong & Beregu Muda Lelaki Muncul Naib Juara\n", "content": ["Kejohanan badminton Terbuka Czech 2021 menyaksikan seramai empat pemain muda Malaysia berjaya menamatkan saingan tersebut selaku naib juara dalam kategori masing-masing, semalam.", "Paling mencuri tumpuan adalah pemain perseorangan wanita berusia 17 tahun yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke dalam skuad senior iaitu Siti Nurshuhaini Azman.", "Nurshuhaini yang menghuni ranking 354 dunia mara perlawanan akhir dengan menumpaskan pemain Ananya Praveen (ranking 510), Karupathevan Letshanaa (ranking 605), Sabina Milova (ranking 186), Van Coppenolle (ranking 551), Basia Grodynska (ranking 526) dan Katerina Mikelova (ranking 441).", "Bagaimanapun, rezeki tidak menyebelahinya untuk muncul juara apabila tumpas kepada pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani yang menghuni tangga ke-124 dunia pada perlawanan akhir.", "Terbuka Czech: Gandingan Baharu Teoh Mei Xing-Anna Cheong Raih Kejuaraan Pertama", "Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang berusia 21 tahun pula ke perlawanan akhir dengan menumpaskan Jia Heng Jason (ranking 180), Krishna Adi Nugraha (ranking 181), Leong Jun Hao (ranking 120) dan Adulrach Namkul (ranking 144).", "Namun Tze Yong (ranking 82) terpaksa akur tumpas kepada pemain tuan rumah, Jan Louda (ranking 132) pada perlawanan akhir.", "Terakhir sekali, pasangan beregu muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula tumpas kepada pasangan Singapura, Hee Yong Kai Terry dan Loh Kean Hean sekaligus turut menamatkan saingan ini selaku naib juara.", "Untuk makluman semua, majoriti pemain muda Malaysia akan menyertai sebuah lagi kejohanan di benua eropah iaitu Belgian International 2021 bermula 27 hingga 30 Oktober."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215107/", "headline": "\nSri Pahang Perkenalkan Mamadou Samassa – Penjaga Gol Bernilai RM1.4 Juta\n", "content": ["Pasukan yang berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC mengumumkan kedatangan penjaga gol baharunya, Mamadou Samassa – berdarah Mali kelahiran Perancis, pada hari ini.", "Pemain yang bakal menjengah usia 32 tahun ini diperkenalkan oleh skuad Tok Gajah secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya, sebentar tadi.", "Menurut portal laman portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, Samassa yang pernah beraksi dalam saingan Liga Perancis ini dinilai pada harga sekitar RM1.4 juta.", "Memperkenalkan, penjaga gol tinggi lampai dari Mali, Mamadou Samassa sebagai rekrut terbaru Sri Pahang bagi musim 2022! pic.twitter.com/AykO5ZlcFW", "Nilai semasanya itu menjadikannya sebagai penjaga gol paling mahal dalam saingan Liga Malaysia, musim ini. Sebagai perbandingan, penjaga gol Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Kevin Ray Mendoza dan Farizal Marlias bernilai RM933,524.00 masing-masing.", "Untuk makluman semua, Samassa yang berketinggian 1.98 meter (m) ini pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis di pelbagai peringkat umur sebelum memutuskan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan senior Mali.", "Bersama skuad kebangsaan Mali, Samassa pernah membantu pasukan tersebut meraih kedudukan ketiga dalam saingan Piala Negara-Negara Afrikan (AFCON) 2013."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218534/", "headline": "\nPaulo Dybala Tolak Pelawaan Sarung Jersi No.10 AS Roma\n", "content": ["Pemain baharu AS Roma, Paulo Dybala menolak pelawaan untuk menyarung jersi bernombor 10 yang pernah digunakan oleh legenda kelab, Francesco Totti.", "Pemain tengah menyerang berusia 28 tahun itu berbuat demikian kerana percaya nombor tersebut cukup signifikan dengan Totti yang beraksi selama 24 tahun bersama skuad berjulukan Giallorrosi ini.", "“Saya bercakap dengan pengurus besar dan dia bertanyakan jika saya mahu mengambil (jersi) bernombor 10, yang mana sudah semestinya sangat signifikan di sini kerana segala-galanya yang dilakukan oleh Totti.” katanya seperti dipetik daripada laman rasmi AS Roma.", "🖊️ 𝗡𝗘𝗪 𝗦𝗜𝗚𝗡𝗜𝗡𝗚 | Paulo Dybala 👋", "Welcome to the Giallorossi! 🐺#ASRoma | @PauDybala_JR pic.twitter.com/jW3EEnz0m1", "— AS Roma English (@ASRomaEN) July 20, 2022", "Sebaliknya, Dybala dengan gembiranya memilih untuk menyarung jersi bernombor 21 bersama AS Roma. Nombor ini pernah disarungnya ketika dia beraksi bersama Juventus serta bersama skuad kebangsaan Argentina.  ", "Untuk makluman semua, Dybala diperkenalkan secara rasmi oleh AS Roma semalam sambil menandatangani kontrak selama tiga tahun – berlanjutan sehingga 30 Jun 2025.", "Dia menyertai skuad kendalian Jose Mourinho ini secara percuma setelah kontraknya bersama Juventus tamat pada penghujung musim lalu.", "Selama tujuh musim bersama Juventus, Dybala merekodkan 293 penampilan, menjaringkan 115 gol dan mencetak 48 “assist” yang membantu skuad Old Lady menjulang lima kejuaraan Serie A, empat gelaran Coppa Italia dan tiga trofi Supercoppa Italiana."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324575/", "headline": "\nMichael Weiss Kembali Kemudi Skuad Kebangsaan Filipina\n", "content": ["Selepas hampir sedekad berpisah dengan skuad kebangsaan Filipina, jurulatih kelahiran Jerman, Hans Michael Weiss kembali mengemudi skuad berjulukan The Azkals terbabit bermula saat ini.", "Perkembangan mengenai penyertaan semula jurulatih berusia 58 tahun itu hadir menerusi badan induk bola sepak negara berkenaan, Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) menerusi satu kenyataan rasmi pada minggu ini.", "Dalam kenyataan yang sama, Weiss turut mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa pada jendela FIFA bagi bulan Jun.", "Senarai tersebut turut merangkumi beberapa pemain Filipina yang beraksi dalam kancah Liga Super seperti Julian Schwarzer (Kuching City), Manny Ott (Kedah Darul Aman), Kevin Ingreso (Sri Pahang), Patrick Reichelt (KL City) dan OJ Porteria (Kelantan United).", "𝐏𝐡𝐢𝐥𝐢𝐩𝐩𝐢𝐧𝐞 𝐌𝐞𝐧'𝐬 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐔𝐩𝐝𝐚𝐭𝐞", "The PFF is pleased to welcome back Hans Michael Weiss as the PHI MNT head coach for the upcoming June friendlies with 26 players called up.", "— The Philippine Football Federation (@philfootball) June 6, 2023", "Untuk makluman, Filipina yang kini menghuni ranking ke-136 dunia dijadualkan bertemu Nepal (ke-174) dan Chinese Taipei (ke-156) pada 15 dan 19 Jun masing-masing bertempat di Stadium Memorial Rizal.", "Sebagai rekod, ketika mengemudi Filipina buat pertama kalinya bermula 2011 hingga 2014, Weiss membawa mereka menamatkan saingan Piala Cabaran AFC 2012 di tempat ketiga selain mara ke separuh akhir Piala AFF pada tahun yang sama.", "Sepanjang tempoh terbabit, Weiss sempat mengendalikan 44 perlawanan secara keseluruhan dan skuad The Azkals bimbingannya berhasil mencetak 21 kemenangan, 11 seri serta 12 kekalahan.", "Sebelum menyertai semula skuad kebangsaan Filipina, Weiss menabur bakti bersama skuad kebangsaan Laos (2022-2023), Mongolia (2017-2020) serta sebuah kelab berpangkalan di Romania iaitu Otelul Galati (2014).", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111338/", "headline": "\nOlimpik 2020: Tiada Kilauan Pingat Daripada Pandelela & Mun Yee\n", "content": ["Tiada sebarang kilauan pingat dapat disumbangkan oleh pasangan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam acara terjun 10 meter platform berirama wanita, hari ini.", "Pasangan ini mengumpul 277.98 mata secara keseluruhan daripada lima pusingan dalam acara yang berlangsung Pusat Akuatik Tokyo. ", "Bagaimanapun, kutipan mata itu bukan sahaja tidak membolehkan mereka untuk mencabar kedudukan tiga terbaik malahan hanya meletakkan mereka di kedudukan terakhir dalam kalangan lapan pasangan yang bertanding.", "China🇨🇳 has won #gold in #Diving – Women's Synchronised 10m Platform at #Toyko2020#UnitedByEmotion | #StrongerTogether", "Pasangan penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi muncul juara dengan kutipan 363.78 sekaligus membawa pulang pingat emas. ", "Manakala di tempat kedua dan ketiga adalah pasangan dari Amerika Syarikat (310.80 mata) dan Mexico (299.70 mata).", "Ini bukan pengakhiran buat Malaysia untuk meraih pingat dalam acara terjun pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Untuk makluman, Pandelela akan beraksi dalam satu lagi acara berasingan iaitu terjun 10 meter platform individu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220808/", "headline": "\nPiala Dunia: Belanda, Senegal Muncul Juara & Naib Juara Kumpulan A\n", "content": ["Belanda dan Senegal berhasil menamatkan cabaran peringkat Kumpulan A selaku juara dan naib juara masing-masing dalam saingan Piala Dunia 2022 Qatar.", "Kejayaan pasukan yang menghuni ranking kelapan dan ke-18 dunia ini muncul juara dan naib juara kumpulan membolehkan mereka mencetak kemaraan ke saingan kalah mati, Pusingan 16.", "Belanda yang dibimbing oleh Louis van Gaal mengesahkan kejuaraan selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Qatar dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sebentar tadi.", "Kemenangan itu hasil daripada jaringan oleh Cody Gakpo dan Frenkie de Jong pada minit 26’ dan 49’ masing-masing.", "The Netherlands secure top spot in Group A! 🔝 @adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 29, 2022", "Mereka menutup saingan peringkat kumpulan ini dengan 7 mata hasil daripada melakar dua kemenangan serta satu seri.", "Sementara itu, Senegal yang turut dikenali sebagai skuad Lions of Teranga pula berhasil merekodkan kemenangan ke atas Ecuador dalam perlawanan akhir yang turut berlangsung pada waktu sama.", "Senegal meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Ismaila Sarr dan Kalidou Koulibaly pada minit 44’ dan 70’ masing-masing.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kemaraan ke peringkat kalah mati yang pertama buat Senegal selepas dua dekad. Kali terakhir mereka mara ke peringkat ini adalah pada saingan Piala Dunia edisi 2002 lalu. ", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218113/", "headline": "\nKejuaraan B-19 AFF: Separuh Akhir Sasaran Diletakkan FAM Buat Skuad Negara\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran mara ke peringkat separuh akhir buat skuad negara yang akan beraksi dalam saingan Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) AFF kelak.", "Perkara tersebut disampaikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin selepas bertemu para pemain skuad B-19 negara serta skuad senior wanita kebangsaan, Malayan Tigress semalam.", "“Kita meletakkan sasaran pemain B-19 untuk ke separuh akhir dan selepas itu saya mengharapkan pemain mampu ke final,” katanya seperti dikongsikan di platform laman sosial badan induk terbabit.", "Baca: Pemain Red Star Belgrade, Omar Raiyan Dipanggil Sertai Skuad Malaysia B-19", "Untuk makluman semua, saingan yang akan berlangsung bermula 2 hingga 15 Julai ini menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Laos, Timor Leste, Kemboja dan Singapura.", "Sementara itu, Kumpulan A pula terdiri daripada pasukan tuan rumah merangkap Indonesia bersama-sama Myanmar, Vietnam, Thailand, Brunei Darussalam dan Filipina.", "Sebagai rekod, kali terakhir dan julung kalinya Malaysia merangkul kejuaraan dalam saingan ini adalah pada edisi tahun 2018. Malaysia mengesahkan kejuaraan selepas berjaya menumpaskan Myanmar dengan keputusan 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Indonesia.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215456/", "headline": "\nBATC 2022: Barisan Ke-2 Malaysia ‘Bantai’ Kazakhstan Tanpa Belas Kasihan\n", "content": ["Aksi kedua pasukan lelaki Malaysia pada peringkat Kumpulan B dalam saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, pada hari ini, berakhir dengan cukup cemerlang.", "Biarpun merehatkan pemain utama seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Ng Tze Yong dan mempertaruhkan barisan pemain-pemain simpanan, Malaysia tetap berhasil merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Kazakhstan.", "Dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi, Aidil Sholeh selaku taruhan pertama Malaysia merekodkan kemenangan mudah ke atas Artur Niyazov dengan skor 21-11 dan 21-12.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 2-0 🇰🇿Lim Chong King def. Kulimatov Khaitmurat 21-11 21-11#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/EtYuGczVvN", "Momentum kemenangan itu disambung pula oleh Lim Chong King dalam perlawanan kedua ketika menentang Khaitmurat Kulmatov yang berakhir dengan keputusan 21-11 dan 21-11.", "Juara Terbuka Sweden 2022, Jacky Kok Jing Hong yang diturunkan pada perlawanan ketiga juga tidak kurang hebatnya membelasah pemain lawan, Makhsut Tajibullayev dengan skor 21-8 dan 21-4.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 4-0 🇰🇿Man Wei Chong-Tee Kai Wun def. Ibrayev Jangir-Lysenko Ilya 21-5 21-5#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/XLJeXTkQ7X", "Di perlawanan keempat, giliran pasangan beregu, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun pula menundukkan pihak lawan. Beregu Jangir Ibraev dan Ilya Lysenko terpaksa akur menerima kekalahan dengan keputusan 21-5 dan 21-5.", "Pertarungan antara Malaysia dan Kazakhstan disudahi dengan gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menumpaskan pasangan Andrey Shalagin dan Makhsut Tajibullayev dengan skor 21-8 dan 21-4.", "Kini, Malaysia telah mengumpul dua kemenangan di peringkat Kumpulan B sekaligus melangkah ke peringkat separuh akhir serta menempah tiket ke saingan Piala Thomas 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219800/", "headline": "\nJuara Liga M3, PIB FC Bawa Pulang RM100,000 & Mara Ke Play-Off Liga Super\n", "content": ["Kelab amatur, PIB Football Club (PIB FC) membawa pulang hadiah ganjaran berupa wang tunai bernilai RM100,000 apabila berjaya muncul juara bagi saingan bola sepak divisyen ketiga tanah air, Liga M3 2022.", "Gelaran juara menjadi milik PIB FC setelah berjaya menumpaskan Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan bimbingan K. Ramachandran dan Zamri Hassan masing-masing terikat 1-1 selepas berentap selama 120 minit masa permainan.", "Sementara itu, KL Rovers yang muncul naib juara pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut membawa hadiah ganjaran berupa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.", "Sementara itu, tidak seperti edisi terdahulu, juara dan naib juara akan mendapat promosi ke saingan divisyen kedua bola sepak negara iaitu Liga Premier.", "Ini kerana saingan Liga Premier dihentikan buat seketika oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL) bermula tahun hadapan sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.", "Namun begitu, PIB FC dan KL Rovers mendapat “bonus” yang lebih besar kerana berpeluang untuk beraksi dalam perlawanan play-off Liga Super menentang dua pasukan tercorot dalam saingan Liga Premier musim ini.", "Bagaimanapun, sekiranya PIB FC dan KL Rovers memenangi aksi play-off ini, kelayakan untuk menyertai saingan Liga Super 2023 masih tertakluk kepada syarat-syarat Peraturan Perlesenan Kelab dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.", "Featured Image: PIB Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219247/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: “Perang Saudara” Sze Fei-Izzuddin Hanya Pernah Menang Sekali Menentang Aaron-Wooi Yik\n", "content": ["Dua beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menepati ramalan ramai peminat badminton tempatan dapat melayakkan diri ke Pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Malangnya, kemaraan kedua-dua beregu yang menghuni ranking keenam dan ke-12 dunia masing-masing ini membuatkan mereka terpaksa berentap sesama sendiri sekaligus menjadi “perang saudara” di pusingan tersebut.", "Berdasarkan rekod pertemuan di pentas antarabangsa, Aaron-Wooi Yik jelas memiliki rekod kemenangan yang lebih baik apabila menentang Sze Fei-Izzuddin.", "Tiga daripada empat pertemuan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik dimana kemenangan itu dicipta semasa bertarung di Kejohanan Badminton Asia 2022, Terbuka Seluruh England 2020 dan Cabaran Antarabangsa Malaysia 2018.", "Sze Fei-Izzuddin hanya pernah merekodkan satu kemenangan ketika menentang Aaron-Wooi Yik di Terbuka Jerman 2019.", "Menariknya, pungutan mata pada tiga pertemuan terakhir melibatkan kedua-dua pasangan ini tamat secara “staight set”. Hanya pertembungan pertama mereka sahaja diselesaikan menerusi tiga set permainan.", "Untuk makluman semua, Aaron-Wooi Yik berhasil mara ke Pusingan 16 ini selepas mengalahkan wakil Taiwan, Lu Ching Yao dan Yang Po Han dengan skor 22-20 dan 21-18 di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Manakala, Sze Fei-Izzuddin pula mara selepas menyingkirkan wakil Ireland, Joshua Magee dan Paul Reynolds secara “straight set” 21-13 dan 21-12 juga pada hari ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214576/", "headline": "\nJohan Martial Si Abang Kepada Penyerang Man Utd Sertai Sri Pahang\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC secara rasminya mengumumkan menandatangani pertahanan iaitu Johan Martial merangkap abang kepada penyerang Manchester United, Anthony Martial.", "Pengumuman menarik tersebut dimaklumkan oleh Sri Pahang menerusi pelbagai platform media sosialnya. Pemain berusia 30 tahun ini diperkenalkan sambil menandatangani kontrak bersama Sri Pahang, pada hari ini.", "Bekas pemain pasukan remaja kebangsaan Perancis, Johan Martial sah menyarung jersi Sri Pahang FC bagi saingan Liga Malaysia 2022. Pemain pertahanan tengah berketinggian 1.84m ini akan mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegara, Herold Mark Goulon. pic.twitter.com/ezfJSCoRsi", "Johan yang merupakan sebahagian daripada skuad remaja Perancis yang menjuarai kejohanan eropah bawah 19 tahun (B-19) ini didatangkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Herold Goulon yang berhijrah ke Negeri Sembilan FC.", "Untuk makluman semua, pertahanan yang berketinggian 1.84 meter (m) ini mempunyai pengalaman beraksi di beberapa liga sekitar eropah seperti Liga Perancis, Liga Greece dan Liga Israel.", "Selain daripada adiknya, Anthony Martial yang merupakan penyerang skuad kebangsaan Perancis, Johan turut mempunyai seorang abang yang juga merupakan bekas pemain bola sepak, Dorian Martial."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216225/", "headline": "\nBeregu Muda Indonesia Fikri-Maulana Kalahkan The Daddies Untuk Muncul Juara All England 2022\n", "content": ["Pasangan beregu muda Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana yang berusia 22 dan 23 tahung masing-masing dinobatkan juara bagi kategori beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.", "Kejuaraan ini muncul selepas mereka menumpaskan wakil senegara merangkap beregu No.2 dunia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan yang terkenal dengan julukan ‘The Daddies’ pada perlawanan akhir yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Final 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅21 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅19 13 🇮🇩Mohammad AHSAN 🇮🇩Hendra SETIAWAN🕗 in 37 minutes https://t.co/11ZogAl3GR", "Fikri-Maulana yang menghuni ranking ke-28 dunia ini berhasil menumpaskan Hendra-Ahsan merangkap juara All England 2019 secara ‘straight set’ dengan skor 21-19 dan 21-13 dalam masa tidak sampai 40 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua-dua beregu pasangan dari negara jiran tetangga ini di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sebagai tambahan, perjalanan Fikri-Maulana merangkul kejuaraan pertama All England dan juga Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini hadir selepas menumpaskan pelbagai beregu utama dunia.", "Antaranya beregu No.2 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo (separuh akhir), beregu No.4 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayshi (suku akhir) dan beregu No.11 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (Pusingan 16)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110133/", "headline": "\nPemain Kedah Boleh ‘Beraya’ Hingga Khamis, Persiapan Piala AFC Bermula Jumaat\n", "content": ["Pemain-pemain Kedah Darul Aman masih diberikan cuti untuk ‘beraya’ sehingga khamis ini namun bermula hari jumaat, mereka perlu kembali turun ke padang untuk berlatih.", "Ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak berkata latihan pada kali ini memberikan tumpuan untuk memperbaiki kelemahan yang ada selain meningkatkan tahap kecergasan bagi mempersiapkan pasukan untuk mengharungi saingan Piala AFC yang dijadualkan bermula pada 29 jun kelak.", "Dengan saingan Liga Super yang bercuti hampir dua bulan, Kedah dilihat mempunyai masa yang mencukupi untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan antarabangsa ini. ", "Untuk memperkemaskan lagi persiapan skuad Hijau Kuning ini, Aidil turut merancang beberapa perlawanan persahabatan sebelum terbang ke negara jiran untuk menentang Persipura Jayapura, Saigo dan Lion City Sailors bagi aksi peringkat Kumpulan H.", "“Kita akan kembali berlatih pada Jumaat ini dan banyak perbincangan akan dilakukan nanti untuk kita perbaiki semua kelemahan yang ada di mana kita akan menggandakan sesi latihan bagi kekalkan tahap kecergasan fizikal pemain.", "“Saya rasa sekarang kami tiada masalah daripada segi prestasi selepas menilai 13 perlawanan apabila kita hanya tewas dua kali, cuma yang penting adalah konsistensi pemain-pemain di mana hanya Syazwan sahaja yang tiada bersama kita kerana ACL.", "“Sekarang saya akan merancang beberapa aksi persahabatan yang kita boleh lakukan dan semuanya akan kita pantau juga dengan situasi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.", "Daripada segi penglibatan pemain, hampir kesemuanya boleh kembali berlatih bermula jumaat ini melain tiga orang pemain yang dipanggil untuk untuk menyertai tugasan bersama-sama skuad kebangsaan masing-masing.", "Tiga orang pemain tersebut ialah pertahanan kanan, Rizal Ghazali (Malaysia), pemain tengah bertahan, Anumanthan Kumar (Singapura) dan pemain tengah lincah, Rabih Ataya (Lubnan).", "Bagaimanapun, Aidil yang mempunyai pengalaman membimbing kelab Singapura, Home United memenangi aksi peringkat zon ASEAN dalam saingan Piala AFC 2018 tidak meletakkan apa-apa sasaran awal bersama Kedah pada kali ini.", "Jurulatih muda kelahiran Singapura ini lebih gemar untuk membimbing pasukannya mengharungi satu demi satu perlawanan sebelum membuat perhitungan di peringkat seterusnya atau saingan kalah mati.", "“Saya ada memantau beberapa aksi yang ditampilkan oleh Persipura sebelum ini dan saya boleh katakan apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh persediaan ini.", "“Cuma saya tidak mahu letak ramalan apa-apa kerana saya nak pergi dari satu aksi ke satu aksi terlebih dahulu.", "“Jika kita dapat keputusan positif untuk perlawanan pertama ini, mungkin kita akan lihat daripada situ untuk letak sasaran bagaimana,” jelasnya.", "Untuk makluman, kesemua saingan Kumpulan H ini akan dilangsungkan di Singapura.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217602/", "headline": "\nAplikasi Penstriman Sooka Jadi Penaja Utama Netball Super League 2022\n", "content": ["Saingan Netball Super League (NSL) 2022 kembali menemui para peminat di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula 3 hingga 26 Jun kelak.", "Penganjuran edisi kedua ini tampil dengan nama baharu apabila aplikasi penstriman popular, sooka tampil selaku penaja utama rasmi sekaligus menjadikan saingan bola jaring ini dikenali sebagai sooka NSL 2022.", "Dimaklumkan, saingan sulung pada tahun lalu mendapat sambutan yang begitu hangat apabila mencatatkan rating tertinggi 3 juta tontonan di saluran televisyen Astro Arena dan di aplikasi Astro GO. Sementara itu, sebanyak 679,000 tontonan pula direkodkan melalui platform digital.", "Sepertimana saingan NSL 2021, ianya disertai oleh lapan pasukan yang sama iaitu KL Wildcats (juara bertahan), Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Pheonix, Melaka Mystic, Negeri Sembilan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulip.", "Namun begitu, saingan NSL 2022 hadir dengan format kejohanan baharu. Musim ini, ianya dipertandingkan secara “single round robin” dimana setiap pasukan akan bertemu dan berentap dengan semua pasukan yang ada.", "Bagi yang berminat untuk hadir menyaksikan saingan NSL 2022 secara fizikal di Stadium Juara, tiket boleh dibeli daripada laman sesawang www.tickethotline.com.my untuk menontonnya pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang berlangsungnya saingan ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111734/", "headline": "\nPenubuhan ‘Persatuan Sepak Takraw’ Baharu Tidak Diteruskan\n", "content": ["Cadangan penubuhan badan induk sepak takraw baharu tanah air yang dikenali sebagai ‘Gabungan Sepaktakraw Malaysia (GSM)’ tidak lagi berbangkit dan tidak diteruskan.", "Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Pesuruhjaya Sukan (PJS) menerusi satu muat naik menerusi laman sosial rasmi Kementerian Belia dan Sukan, semalam.", "Untuk makluman semua, cadangan penubuhan badan induk baharu sukan tersebut untuk menggantikan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) digerakkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai G11.", "G11 merupakan 11 ahli gabungan yang mengumumkan keluar daripada PSM setelah PSM disingkirkan daripada ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) pada Mei lalu.", "Baca: PSM Disingkirkan Daripada Ahli Gabungan ASTAF", "Bagaimanapun, penubuhan tersebut tidak diteruskan selepas PJS mengadakan beberapa siri perbincangan dan rundingan bersama PSM dan wakil G11 mengenai langkah-langkah pemulihan PSM, termasuklah membuat semakan dan pindaan perlembagaan PSM.", "Tindakan yang dilakukan oleh PJS itu juga hasil saranan mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican supaya PSM dipulihkan dengan membuat penambahbaikan.", "“PJS diberi amanah untuk menerajui semakan semula Perlembagaan PSM. Dua sesi rundingan bersama PSM dan wakil G11 diadakan pada 17 dan 28 Jun lalu bagi memperkemas dan menambah baik Perlembagaan PSM.", "“Rundingan tersebut berjalan lancar dalam suasana amat harmoni. Kedua-dua pihak amat komited dan bersatu hati untuk melakukan pembaharuan demi kepentingan dan kelangsungan pembangunan sukan sepak takraw,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh PJS.", "Draf akhir Perlembagaan PSM yang baharu juga telah dikemukakan dan secara dasarnya dipersetujui oleh PSM dan wakil G11.", "Justeru, PSM disarankan untuk mengambil tindakan selanjutnya supaya draf akhir Perlembagaan PSM yang baharu dibentangkan dan diperakukan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111696/", "headline": "\nRasmi: Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2021 Diadakan di Perancis\n", "content": ["Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengumumkan secara rasmi venue baharu bagi kejohanan utamanya, Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2012 akan diadakan di Roubaix, Perancis.", "Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh UCI menerusi satu makluman di laman sesawangnya. ", "Turut dimaklumkan kejohanan tahunan itu akan berlangsung pada 20-24 Oktober di Velodrome Couvert Regional Jean-Stablinski atau lebih dikenali sebagai Le Stab dalam kalangan penduduk tempatan.", "Untuk makluman semua, perancangan awal oleh UCI ingin mengadakan kejohanan ini pada 13-17 Oktober bertempat di Ashgabat, Turkmenistan. Bagaimanapun, waktu dan lokasi tersebut terpaksa dibatalkan ekoran kekangan dan halangan disebabkan oleh pandemik Covid-19.", "Bercakap mengenai kejohanan ini, ketua jurulatih negara, John Beasley telah berkata kepada media sebelum ini bahawa jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang tidak akan disenaraikan kerana mahu memberikan peluang buatnya berehat selepas merangkul pingat perak pada temasya Olimpik lalu.", "Dijangka ianya akan disertai oleh pelumba muda, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis. Akan tetapi ianya turut bergantung kepada slot yang akan diberikan kepada pasukan Malaysia kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208029/", "headline": "\nPiala Malaysia: Kedah Mudah Atasi Pahang Untuk Raih Tiket Ke Suku Akhir\n", "content": ["Kedah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020 apabila berjaya menumpaskan Pahang dengan mudah di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.", "Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu berhasil mencatatkan kemenangan 3-2 hasil jaringan oleh Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre pada separuh masa pertama.", "Ianya hasil dominasi cemerlang mereka di samping persembahan buruk oleh Pahang pada separuh masa pertama.", "Pada separuh masa kedua, Pahang cuba bangkit dan mereka berjaya menjaringkan dua gol hasil sumbangan Muslim Ahmad dan Faizal Rani.", "Di akhir-akhir minit permainan, Pahang cuba meningkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan namun gagal dan terpaksa akur tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.", "Untuk perlawanan seterusnya, Kedah bakal menantikan samada Selangor atau Melaka di peringkat suku akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215591/", "headline": "\nJurulatih Tempatan Usia 60 Tahun Pilihan Pan-gon Lengkapkan Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya\n", "content": ["Teka-teki mengenai jurulatih tempatan yang akan mengisi barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya pimpinan Kim Pan-gon terjawab pada hari ini.", "Menerusi satu siaran media oleh badan induk bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih dari Republik Korea itu memilih E. Elavarasan yang berusia 60 tahun untuk melengkapkan barisan kejurulatihannya.", "Difahamkan, pemilihan jurulatih yang membawa Sarawak United muncul naib juara Liga Premier 2021 itu menepati kriteria utama yang dikehendakinya seperti berpengalaman luas dengan senario bola sepak tempatan serta cukup mengenali pemain-pemain yang beraksi dalam kancah Liga Super dan Liga Premier.", "Siaran Media: Kim Pan Gon Pilih E. Elavarasan Penolong Jurulatih Harimau MalayaBaca penuh di https://t.co/8EUGsPSanS—-Media Release: Kim Pan Gon Selects E. Elavarasan As Harimau Malaya Assistant CoachRead more at https://t.co/8EUGsPSanS#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/1TFn109J3e", "“Selepas meneliti calon-calon yang telah ditemu duga oleh Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell sebelum ini, saya sendiri telah bertemu Elavarasan untuk menemu duga beliau yang mana saya melihat Elavarasan sebagai calon terbaik dan individu paling sesuai untuk membantu saya dalam memberi informasi tepat, nasihat dan pendapat serta beberapa perkara lain.", "“Saya melihat Elavarasan sebagai seorang jurulatih yang jujur, komited dan beliau sedia untuk memberi sepenuh kerjasama dalam usaha membantu kami barisan kejurulatihan baharu ini mengembalikan skuad Harimau Malaya ke satu tahap prestasi yang lebih baik,” kata Pan-gon.", "Terdahulu, Pan-gon yang dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior kebangsaan dengan kontrak selama 2 tahun dengan pilihan lanjutan selama 2 tahun telah memperkenalkan 4 pembantunya, pada minggu lalu.", "Empat individu tersebut ialah Pau Marti Vicente dari Sepanyol (penolong jurulatih), Cho Jun-ho dari Republik Korea (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir dari Turki (jurulatih kecergasan) dan Lim Jae-hun dari Republik Korea (jurulatih analisis prestasi).", "Barisan kejurulatihan pimpinan Pan-gon yang turut disertai oleh Elavarasan ini akan menghadapi ‘ujian’ pertama pada bulan hadapan. Mereka akan membimbing skuad Harimau Malaya menentang Filipina dan Singapura pada 23 dan 26 Mac masing-masing dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1.", "Featured Image: Sarawak United & Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216359/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Kisona Singkir Bekas Pemain No.1 Dunia Untuk Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray melakar kejutan dengan menyingkirkan bekas pemain No.1 dunia, Saina Nehwal dari India untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Swiss 2022.", "Dalam perlawanan di Pusingan 16 yang berlangsung awal pagi tadi, Kisona yang berada di ranking ke-64 dunia terlebih dahulu tumpas di set pertama dengan skor 17-21.", "Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun ini berhasil bangkit mencipta kemenangan di set seterusnya dengan skor 21-13 sebelum menamatkannya di set penentuan juga dengan skor 21-13.", "YONEX Swiss Open 2022WS – Round of 1617 21 21 🇲🇾Selvaduray KISONA🏅21 13 13 🇮🇳Saina NEHWAL", "🕗 in 55 minutes https://t.co/cTieI0N0GI", "— BWFScore (@BWFScore) March 24, 2022", "Pertarungan kedua melibatkan kedua-dua pemain ini berlangsung dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan. Untuk pengetahuan semua, Kisona pernah Saina sebanyak satu kali sebelum ini di Terbuka Thailand 2021 yang menyaksikannya tumpas ‘straight set’ dengan skor 15-21 dan 15-21.", "Sebagai tambahan, Saina yang kini menghuni ranking ke-23 dunia pernah mengungguli ranking No.1 dunia selama sembilan minggu berturut-turut pada tahun 2015. Selain itu, Saina juga pernah merangkul beberapa kejuaraan utama antarabangsa seperti Indonesia Masters 2019, pingat emas Sukan Komanwel 2018, Terbuka India 2015, Terbuka China 2015 dan lain-lain lagi.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Kisona akan berentap menentang pemain Thailand yang menghuni ranking ke-29 dunia, Supanida Katethong.", "Featured Image: Badminton Assiciation of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217419/", "headline": "\nSukan SEA: Juara Dunia Terpaksa Harungi ‘Rubber Set’ Sebelum Singkir Jacky Di Pusingan 1\n", "content": ["Perseorangan No.1 Singapura merangkap juara Kejohanan Dunia 2021, Loh Kean Yew tidak diberikan laluan mudah oleh pemain muda negara, Jacky Kok Jing Hong untuk mara ke peringkat suku akhir acara badminton individu di Sukan SEA 2021.", "Dalam perlawanan tersebut, Jacky yang berusia 20 tahun dan berada di ranking ke-199 terlebih dahulu berhasil memenangi set pertama dengan skor 21-18 ke atas Kean Yew. ", "Namun begitu, Kean Yew yang merupakan “Top 10” perseorangan lelaki dunia bangkit memenangi set kedua dengan skor 21-15 sekaligus mengheret Jacky ke “rubber set” untuk menentukan pemenangnya.", "R16#SGP🇸🇬 Loh Kean Yew(1) def. #MAS🇲🇾 Kok Jing Hong 18-21 21-15 21-11#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/wLuWbnWeac", "— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2022", "Di set penentuan, Jacky sudah mula kurang memberikan tentangan yang sengit dan Kean Yew dilihat lebih menyerlah. Dan set ini juga berkesudahan dengan Kean Yew merekodkan kemenangan dengan skor 21-11.", "Sebagai perbandingan, ketika bertemu Kean Yew buat pertama kali dalam acara badminton berpasukan lelaki dua hari lalu, Jacky tumpas kepada Kean Yew scara “straight set” dengan skor 12-21 dan 12-21.", "Sementara itu, Kean Yew yang meraih kemenangan akan membuat berhadapan dengan pemain Filipina, Jewel Albo di peringkat suku akhir kelak. Jewel mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan pemain Kemboja, Meng Ly Heng di pusingan pertama.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia, Badminton Asia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216488/", "headline": "\nIdea Rusia Sertai Konfederasi Bola Sepak Asia Adalah Mengarut\n", "content": ["Presiden Kehormat Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU), Vyacheslav Koloskov menyifatkan idea untuk membawa Rusia menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) adalah sesuatu yang mengarut.", "Memetik laporan Insider, Koloskov yang merupakan bekas Naib Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) turut berkata idea peralihan menyertai badan induk AFC adalah satu perkara fantasi.", "Beliau memberikan respon sedemikian selepas seorang wartawan sukan Rusia, Nobel Arustamyan melaporkan RFU sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas Rusia digantung daripada beraksi di pentas antarabangsa.", "Baca: FIFA Dan UEFA Menggantung Rusia Daripada Sebarang Pertandingan Antarabangsa", "Dimaklumkan oleh Arustamyan menerusi saluran Telegram-nya, cadangan itu juga bagi ‘mengendurkan’ situasi bola sepak di Rusia dimana kelab-kelab bola sepak berpangkalan di negara berkenaan tidak boleh beraksi di pentas antarabangsa seperti Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga Europa.", "Untuk makluman semua, Rusia digantung oleh UEFA serta FIFA daripada beraksi di pentas selepas kerajaan Rusia menceroboh negara jirannya, Ukraine bermula penghujung Februari lalu.", "Tambah Arustamyan lagi, FIFA berkemungkinan akan mengenakan hukuman kepada RFU selama dua tahun atau menggantung tanpa sebarang tempoh yang ditetapkan.", "Oleh demikian, untuk ‘melarikan diri’ daripada hukuman itu, Rusia yang mempunyai negara berkeluasan sekitar 17 juta km2 merentasi dari benua eropah sehingga ke asia boleh beralih menyertai AFC.", "Dengan beralih kepada AFC, kelab-kelab bola sepak domestik Rusia dapat beraksi di pentas antarabangsa dengan menyertai saingan Liga Juara-Juara AFC mahupun Piala AFC.", "Featured Image: FIFA World Cup "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219870/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Peng Soon-Yee See Jejak Peringkat Suku Akhir Buat Kali Pertama Dalam Kejohanan BWF\n", "content": ["Sejak Chan Peng Soon dan Cheah Yee See bergandingan semula awal Jun lalu, beregu campuran ini tidak pernah melepasi ke peringkat suku akhir dalam mana-mana kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mereka sertai.", "Bagaimanapun, ‘sumpahan’ tersebut berakhir di kejohanan Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF – yang mereka sertai kali ini. Pasangan yang menduduki ranking ke-69 dunia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir buat pertama kali, sebentar tadi.", "Peng Soon-Yee See melangkah ke peringkat tersebut selepas menumpaskan beregu campuran Malaysia-Indonesia, Tan Ming Kang dan Serena Kani di Pusingan 16. ", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Yee See CHEAH🏅17 17 🇲🇾Ming Kang TAN 🇮🇩Serena KANI", "🕗 in 32 minutes https://t.co/UZx06kuN0c", "— BWFScore (@BWFScore) September 29, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-17 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.", "Sementara itu, menantinya di peringkat suku akhir adalah beregu yang berada di tangga ke-256 dunia, Rohan Kapoor dan Reddy Sikki. Pasangan dari India ini mara selepas mengejutkan pilihan kelapan kejohanan dari Hong Kong, Yeung Shing Choi dan Fan Ka Yan.", "Sebagai rekod, Peng Soon dan Yee See kembali bergandingan bermula daripada saingan Indonesia Masters diikuti Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Malaysia Masters, Terbuka Singapura, Terbuka Jepun dan Terbuka Vietnam.", "Satu-satunya peringkat suku akhir yang berjaya dijejaki mereka setakat ini adalah dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324477/", "headline": "\nSafawi, Natxo Kembali Sertai Skuad Harimau Malaya\n", "content": ["Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon melakukan beberapa kejutan dalam senarai panggilan kem latihan pusat kali ini dengan menyenaraikan Safawi Rasid dan Natxo Insa.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dikongsikan melalui pelbagai platfotm media sosial miliknya.", "Seramai 17 pemain daripada senarai 27 pemain yang dipanggil pada jendela antarabangsa FIFA yang lalu dikekalkan dengan kapten Harimau Malaya, Dion Cools tidak dapat bersama pada kali kerana melangsungkan majlis perkahwinannya. ", "Senarai 27 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 10 Jun 2023", "▶️ Baca penuh siaran media ini di https://t.co/yGoAfVFkkB#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/VZNs1AG57v", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 7, 2023", "Antara 10 pemain yang turut dipanggil pada kali ini ialah Safawi Rasid yang sekadar berada di dalam Senarai Bersedia sebelum ini selain Natxo Insa yang kali terakhir menyarung jersi dalam aksi persahabatan menentang Mongolia pada tahun 2019.", "Dalam pada itu, Syahir Bashah menjadi pemain terbaharu Harimau Malaya yang mengharapkan penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan pada minggu hadapan.", "Malaysia akan turun beraksi menentang Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun 2023 sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua pada Selasa, 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113615/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik Perlukan 2 Kali ‘Quarter-Finalist’ di Indonesia Untuk Layak\n", "content": ["Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik perlu menempatkan diri mereka sekurang-kurangnya selaku ‘quarter-finalist’ dalam dua kejohanan badminton yang berlangsung di Indonesia, bulan ini.", "Dua kejohanan tersebut ialah Indonesia Masters (Jelajah Dunia Super 750) dan Terbuka Indonesia (Jelajah Dunia Super 1000) yang dijadualkan berlangsung pada 16-21 November dan 23-28 November masing-masing.", "Hal ini perlu dicapai oleh mereka sekiranya mahu layak ke kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF yang akan berlangsung di Bali pada awal Disember nanti.", "Ketika ini, gandingan Aaron-Wooi Yik berada di kedudukan ke-14 dengan mengumpul 17,400 mata dalam ranking ‘Road to Bali Finals’. Untuk layak, mereka perlu menempatkan diri dalam kalangan 8 beregu terbaik secara keseluruhan.", "“Peluang masih ada tetapi kami tidak mahu memberikan tekanan kepada diri sendiri. Sudah pasti kami akan mempamerkan prestasi terbaik kami untuk menghasilkan keputusan yang positif dalam kedua-dua kejohanan itu.", "“Kami perlu sekurang-kurangnya mara sehingga suku akhir tetapi sekiranya dapat mara lebih daripada itu adalah lebih baik,” kata Aaron seperti dipetik daripada portal akhbar Berita Harian.", "Untuk makluman semua, kemaraan Aaron-Wooi Yik ke peringkat suku akhir Indonesia Masters akan memberikan mereka sebanyak 6,050 mata. Manakala, dalam saingan Terbuka Indonesia pula, sebanyak 6,600 mata akan diraih bagi kemaraan ke peringkat yang sama.", "Jumlah 12,650 mata tersebut akan menjadikan mereka memiliki 30,500 secara keseluruhan dan mencerahkan peluang mereka untuk layak menyertai kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218399/", "headline": "\nThe World Games: Natasha-Li Jane Bawa Pulang Gangsa Acara Boling Beregu Wanita\n", "content": ["Pasangan wanita boling tenpin negara, Natasha Mohamed Roslan dan Sin Li Jane berhasil membawa pulang pingat gangsa daripada temasya The World Games 2022 yang berlangsung di Birmingham, Amerika Syarikat.", "Kilauan pingat tersebut menjadi milik Natasha-Li Jane selepas mereka berhasil menumpaskan gandingan lawannya dari Colombia, Juliana Franco dan Clara Guerrero dalam pertarungan penentuan pingat gangsa yang berlangsung awal pagi tadi, waktu Malaysia.", "Pertarungan tersebut dimenangi oleh Natasha-Li Jane secara “straight set” dengan skor 235-204 dan 247-237 di Kompleks Konvensyen Birmingham-Jefferson, Alabama.", "Syabas! Beregu wanita boling tenpin negara Natasha Roslan-Sin Li Jane berjaya meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2022 di Alabama, Amerika Syarikat. ", "— Olympic Malaysia (@olympicmas) July 12, 2022", "Baca: Skuad Wanita Negara Raih Perak di Kejohanan Boling Dunia 2021", "Terdahulu, Natasha-Li Jane terlepas peluang untuk mara ke perlawanan akhir apabila tumpas kepada beregu Denmark, Mika Guldbaek dan Mai Ginge Jensen di peringkat separuh akhir.", "Sebagai tambahan, gangsa yang berjaya dikutip oleh Natasha-Li Jane ini menamatkan kemarau pingat selama 13 tahun oleh kem Malaysia dalam acara boling beregu wanita ini.", "Untuk makluman semua, The World Games merupakan sebuah temasya sukan antarabangsa yang mempertandingkan sukan-sukan yang tidak tersenarai di temasya Sukan Olimpik.", "Ianya dianjurkan setahun selepas temasya Sukan Olimpik musim panas setiap empat tahun sekali. Selain itu, The World Games dianjurkan oleh sebuah badan antarabangsa, International World Games Association (IWGA) dan turut diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217369/", "headline": "\nSukan SEA: Undian Acara Badminton Individu, Jacky Jumpa Juara Dunia Lagi Di Pusingan 1\n", "content": ["Hasil undian bagi acara badminton individu Sukan SEA 2021 telah dikeluarkan pada hari ini dan perseorangan muda negara, Jacky Kok Jing Hong terpaksa berhadapan dengan juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew sekali lagi.", "Jacky yang berusia 20 tahun baru sahaja bertemu pemain yang sama dalam ketika turun mewakili Malaysia selaku perseorangan pertama (MD1) dalam acara badminton berpasukan lelaki, semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, Jacky yang berada di ranking ke-199 dunia tumpas “straight set” dengan skor 12-21 dan 12-21 dalam tempoh masa 37 minit permainan.", "Walaupun dilihat sukar dan mencabar, Jacky perlu menumpaskan Kean Yew yang berada di ranking kesepuluh dunia merangkap pilihan pertama untuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2021 ini pada Pusingan 1, hari esok sekiranya mahu mara ke pusingan suku akhir.", "Sementara itu, seorang lagi perseorangan muda negara, Lee Shun Yang yang berada di ranking ke-276 dunia akan memulakan acara individu dengan menentang pemain Laos, Phonesack Sokthavy yang tidak mempunyai sebarang ranking."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214781/", "headline": "\nTerbuka India: Soong Joo Ven Disingkirkan Juara Dunia Secara ‘Straight Set’\n", "content": ["Langkah pemain perseorangan bebas (independent) negara, Soong Joo Ven, 26 tahun, dalam kejohanan Terbuka India 2022 terhenti setakat Pusingan 16 sahaja.", "Ini kerana Joo Ven yang menghuni ranking 70 dunia tumpas terpaksa akur tumpas kepada pemain Singapura merangkap juara dunia 2021, Loh Kean Yew, sebentar tadi. ", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Round of 1621 21 🇸🇬Kean Yew LOH🏅12 12 🇲🇾Joo Ven SOONG🕗 in 33 minutes https://t.co/iViatjpilY", "Kean Yew yang menghuni ranking 15 dunia itu menumpaskan Joo Ven secara ‘straight set’ dengan skor 21-12 dan 21-12 dalam tempoh permainan sekitar 33 minit sekaligus membolehkannya mara ke peringkat suku akhir.", "Sebagai tambahan, di peringkat suku akhir nanti, Kean Yew akan bertemu samada pemain Finland, Kalle Koljonen (ranking 63) atau pemain Rusia, Sergey Sirant (ranking 76).", "Manakala Joo Ven pula akan kekal di bumi India menantikan sebuah lagi kejohanan yang akan berlangsung di negara itu pada minggu hadapan iaitu Kejohanan Antarabangsa Syed Modi – Jelajah Dunia Super 300 BWF."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219300/", "headline": "\nPembelian Termahal Dalam Sejarah Arsenal, Nicolas Pepe Dipinjamkan Kepada Nice\n", "content": ["Pada Ogos tahun 2019, Arsenal mengeluarkan belanja sebanyak £72 juta untuk mendatangkan penyerang sayap berkerakyatan Ivory Coast iaitu Nicolas Pepe sekaligus menjadikannya sebagai pembelian termahal dalam sejarah kelab.", "Bagaimanapun, khidmat pemain berusia 27 tahun ini nampaknya tidak berada dalam perancangan Mikel Arteta dan Arsenal mencapai persetujuan untuk meminjamkannya kepada kelab berpangkalan di Perancis, OGC Nice bagi musim ini, musim 2022/23.", "Bercakap mengenai sumbangan Pepe sepanjang bersama Arsenal tiga musim lalu, dia merekodkan jaringan sebanyak 27 gol serta 21 bantuan gol kepada rakan sepasukan daripada 112 penampilan yang diraihnya.", "Impak yang diberikannya ini menjadi polemik dalam kalangan sebahagian peminat dan penyokong Arsenal dan merasakan ia tidak setara dengan jumlah pelaburan yang dikeluarkan.", "A post shared by OGC Nice (@ogcnice)", "Sebagai perbandingan, seorang lagi penyerang sayap iaitu Gabriel Martinelli yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan yang sama pada harga £6 juta, merekodkan jaringan sebanyak 20 gol serta 13 bantuan gol daripada 87 penampilan. ", "Satu perbezaan yang tidak begitu besar walaupun hadir dengan dua tanda harga yang cukup berbeza.", "Bercakap mengenai cabaran bola sepak Perancis, saingan Ligue 1 yang menjadi kancah permainan Nice bukanlah sesuatu yang asing buat Pepe. Ini merupakan liga yang mengangkat nama Pepe sebelum menyertai Arsenal pada tahun 2019.", "Ketika itu, Pepe beraksi bersama LOSC Lille merekodkan 22 jaringan serta 11 bantuan gol hasil daripada 38 penampilannya. Impak itu telah membantu Lille menyudahkan saingan Ligue 1 selaku naib juara. ", "Statistik ini juga menjadikannya sebagai penjaring kedua terbanyak Ligue 1 pada musim berkenaan di belakang Kylian Mbappe.", "Untuk makluman semua, Pepe mempunyai kontrak bersama skuad The Gunners sehingga tahun Jun 2024 dan kontrak pinjamannya bersama Nice tidak disertakan dengan pilihan untuk pembelian."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111375/", "headline": "\nMengapa Atlet Olimpik Gigit Medal Kemenangan Mereka?\n", "content": ["Sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan atlet yang meraih kemenangan pingat emas, perak mahupun gangsa akan bergambar dengan aksi menggigit medal kemenangan mereka di hadapan kamera.", "Jika ditelusuri kepada sejarah pada zaman lalu, emas mahupun perak digunakan sebagai matawang. Justeru, para pedagang akan menggigit wang emas atau perak yang diterima untuk memastikan ketulenan bahan logam tersebut.", "Emas, perak dan gangsa merupakan sejenis logam yang lembut. Sebarang tekanan yang sedikit kuat dikenakan ke atas permukaan logam-logam ini akan meninggalkan kesan lekuk di atasnya.", "Berbalik kepada atlet yang menggigit pingat kemenangan mereka tadi, sudah semestinya mereka bukan mahu menentukan samada pingat emas, perak atau gangsa yang diterima itu tulen atau tidak.", "Lebih-lebih lagi, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sudah tidak menghadiahkan emas tulen kepada para pemenang temasya sukan tersebut sejak tahun 1912.", "Jadi, mengapa mereka masih menggigit pingat kemenangan tersebut?", "Jawapannya adalah kerana jurugambar yang menyuruh mereka melakukan ‘pose’ sebegitu.", "Presiden International Society of Olympic Historians, David Wallechinsky pernah berkata kepada CNN, “Ia menjadi obsesi jurugambar-jurugambar,”.", " “Saya melihat ianya sebagai gambar yang ikonik, sesuatu yang anda boleh jual. Saya tidak rasakan ianya disebabkan oleh atlete yang mahu lakukan sendiri,” katanya lagi. ", "Shutterbugs juga melihat ‘pose’ gigitan medal sangat berpontensi untuk menghiasi muka depan akhbar-akhbar pada keesokan harinya dan disebabkan itu mereka meminta atlet-atlet melakukannya.", "Sehingga kini, ianya menjadi satu tradisi dalam Sukan Olimpik dan kami melihat ianya akan kekal sebegitu pada masa-masa akan datang. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324735/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Singkir Juara All England 2022\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 tanah air, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil mengelak daripada tergolong dalam kalangan wakil negara yang terkandas awal dalam saingan Terbuka Indonesia 2023.", "Seramai 11 wakil mengambil bahagian dalam saingan kali ini dan antara yang telah sah terkandas ialah Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Goh Jin Wei, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, Goh Soon Huat-Shevon Jemie, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See.", "Ianya selepas Aaron-Wooi Yik dapat melakar kemenangan ke atas gandingan tuan rumah merangkap juara Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Kapal Api Group Indonesia Open 2023MD – R32 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI16 12 🇮🇩Bagas MAULANA", "— BWFScore (@BWFScore) June 14, 2023", "Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik mudah mengatasi lawannya dengan mencetak kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-16 dan 21-12 dalam tempoh 33 minit permainan.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik ke atas Shohibul-Bagas di pentas antarabangsa.", "Kemenangan pada pertemuan pertama itu baru sahaja dilakar Aaron-Wooi Yik dalam saingan Terbuka Singapura yang berlangsung pada minggu lalu.", "Sementara itu, dengan kemenangan ini, Aaron-Wooi Yik akan meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 1000 ini. Mereka akan menantikan cabaran samada daripada gandingan Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho atau Chinese Taipei, Su Ching Heng dan Ye Hong Wei.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323119/", "headline": "\nPiala Dunia B-20: FIFA Pilih Argentina Sebagai Tuan Rumah Ganti Indonesia Secara Rasmi\n", "content": ["Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan negara benua amerika selatan, Argentina dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) yang baharu.", "Perkembangan itu hadir menerusi satu makluman rasmi oleh Biro Ahli Majlis FIFA kira-kira tiga minggu selepas badan induk bola sepak dunia terbabit melucutkan Indonesia sebagai tuan rumah.", "Pengumuman itu juga hadir selepas delegasi FIFA melakukan pemeriksaan tapak dengan berkunjung ke venue-venue pertandingan yang dicadangkan serta infrastruktur yang berkaitan pada minggu lalu.", "Susulan pengumuman pengesahan negara tuan rumah ini, FIFA menetapkan Majlis Undian Rasmi akan berlangsung pada 21 April (Jumaat) bertempat di Home of FIFA di Zurich. ", "Seperti makluman FIFA sebelum ini, tarikh berlangsungnya Piala Dunia B-20 kali ini tidak mengalami sebarang perubahan iaitu bermula 20 Mei dan tamat pada 11 Jun.", "The Bureau of the FIFA Council has confirmed Argentina as the host of the FIFA U-20 World Cup 2023™.", "— FIFA Media (@fifamedia) April 17, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323759/", "headline": "\nBarcelona Raih Kejuaraan La Liga Yang Pertama Sejak 2019\n", "content": ["FC Barcelona kembali menjulang trofi saingan tertinggi bola sepak Sepanyol, La Liga selepas kemarau kejuaraan bagi saingan tersebut selama empat tahun.", "Skuad bimbingan Xavi Hernandez mengesahkan kejuaraan tersebut apabila mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas seteru setempatnya, Espanyol dalam perlawanan ke-34 liga pada awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Dalam perlawanan tersebut, penyerang utamanya, Robert Lewandowski berhasil mencetak dua gol disamping tambahan satu gol daripada Alejandro Balde dan Jules Kounde masing-masing.", "Manakala dua jaringan daripada Espanyol pula dihasilkan oleh Javi Puado dan Joselu pada babak kedua perlawanan.", "Kemenangan tersebut membolehkan Barcelona mengumpul 85 mata. Biarpun masih berbaki sebanyak empat perlawanan, sekiranya skuad berjulukan Blaugrana ini tumpas dalam keempat-empat perlawanan tersebut, ianya sudah tidak mampu lagi dipintas oleh pencabar terdekatnya, Real Madrid yang berada di tangga kedua dengan 71 mata.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan La Liga ke-27 buat Barcelona serta yang pertama dimenangi oleh Xavi sejak bergelar pengurus pasukan bermula November 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214817/", "headline": "\nTerbuka India: Pasangan No.10 Dunia, Kian Meng-Pei Jing Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran yang berada di ranking kesepuluh dunia, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India 2022, hari ini. ", "Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan mara selepas menyingkirkan beregu campuran Rusia, Konstantin Abramov dan Anastasiia Akchurina yang berada di ranking 751.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Quarter final 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅10 14 🇷🇺Konstantin ABRAMOV 🇷🇺Anastasiia AKCHURINA🕗 in 31 minutes https://t.co/33ODDv3d6z", "Mereka menyingkirkan Konstantin-Anastasiia secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-10 dan 21-14 dalam tempoh permainan yang memakan masa sekitar setengah jam.", "Sementara itu, di peringkat separuh akhir nanti, Kian Meng-Pei Jing akan menantikan cabaran samada daripada beregu Malaysia, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei merangkap pilihan ketiga atau beregu India, Venkat Gaurav Prasad-Juhi Dewangan merangkap pilihan kelapan kejohanan.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113817/", "headline": "\nRanking FIFA: Sasaran Ketum PSSI Pintas Kedudukan Malaysia & Singapura Belum Tercapai\n", "content": ["Bulan lalu, Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyasarkan skuad kebangsaan Indonesia untuk terus meningkatkan rankingnya ke kedudukan 150 dunia sekaligus memintas kedudukan skuad negara jiran tetangganya, Malaysia dan Singapura.", "Bagaimanapun, menerusi kemaskini terbaru ranking dunia oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menunjukkan skuad yang terkenal dengan julukan Garuda itu belum berhasil mencapai sasaran tersebut.", "Baca: Ketum PSSI, Mochamad Iriawan Sasar Indonesia Atasi Ranking Skuad Malaysia & Singapura", "Sebaliknya, skuad kebangsaan Indonesia mencatatkan penurunan satu anak tangga menjadikannya menghuni tangga 166 dunia berbanding tangga 165 pada bulan lalu.", "Penurunan ini disebabkan oleh kekalahan 0-1 Indonesia ketika menentang Afghanistan yang diadakan di Turki dalam perlawanan antarabangsa yang diadakan pada 16 November lalu.", "Sementara itu, Malaysia pula mencatatkan peningkatan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia berbanding bulan lalu dengan menghuni tangga ke-154 dunia walaupun tidak terlibat dalam sebarang perlawanan antarabangsa, pada bulan ini.", "Sebagai tambahan, Malaysia dan Indonesia akan bertemu sesama sendiri dalam aksi kelima peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 pada 19 Disember kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/2020115/", "headline": "\nBekas Pemain Manchester Puji Martial Macam Ferrari\n", "content": ["Penyerang Red Devil, Anthony Martial dipilih oleh penyokong sebagai Man of The Match dalam perlawanan menentang FC Copenhagen saingan suku akhir Liga Europa, awal pagi tadi.", "Martial yang bermula sebagai pemain kesebelasan utama tidak menjaringkan sebarang gol namun kehadirannya di atas padang memberikan impak besar dalam menggerakkan jentera serangan Manchester United dalam perlawanan yang berlangsung di Cologne itu.", "Martial menjadi penyumbang kemenangan skuad kendalian Ole Gunnar Solkjaer apabila dia dijatuhkan pada minit ke-93 di dalam kotak dan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada Manchester United tanpa ragu-ragu. ", "Pemain tengah, Bruno Fernandes mudah menewaskan penjaga gol Copenhagen dan Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 sekaligus menempah tiket ke saingan separuh akhir.", "Selain daripada kalangan peminat, persembahan yang ditampilkan oleh penyerang berusia 24 tahun itu turut mendapat pujian daripada bekas-bekas pemain Manchester United.", "Mengulas mengenai prestasi Martial dalam perlawanan tersebut, bekas pemain, Owen Hargreaves dipetik berkata, “Dia macam Ferrari. Anthony umpama pemain berharga £100 juta!”", "Manakala bekas pemain lagenda mereka, Paul Scholes pula memuji peningkatan karakter Martial di hadapan gol. Scholes mengatakan, “Dia semakin menjadi (penyerang) No.9 perlawanan demi perlawanan yang saya tonton.”", "Pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2012-13, Robin van Persie turut menambah dalam sesi analisis selepas perlawanan BT Sport, “Martial sentiasa mengamati rakan sepasukannya (di atas padang) dan perkara itulah yang membezakan dia dengan pemain lain. Atas sebab itu saya berpandangan dia merupakan pemain berkelas dunia.”"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322142/", "headline": "\n7 Kemenangan Terbesar Johor Darul Ta’zim Sepanjang Zaman\n", "content": ["Kemenangan memang cukup sinonim dengan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sejak ianya mula dipimpin oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) beraksi dalam kancah bola sepak tempatan pada tahun 2013.", "Ada kalanya skuad berjulukan Harimau Selatan ini bukan sekadar mencetak kemenangan bahkan turut merekodkan kemenangan dengan jaringan yang besar tidak kiralah dalam pertandingan tempatan mahupun antarabangsa. ", "Terbaru, JDT baru sahaja melakar kemenangan besar 7-0 ke atas Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam perlawanan minggu ketiga Liga Super 2023.", "Namun begitu, itu bukanlah kali pertama JDT merekodkan keputusan besar sebegitu. Berikut Sukanz rangkumkan serta kongsikan tujuh kemenangan terbesar pernah direkodkan JDT sepanjang zaman termasuk perlawanan menentang Negeri Sembilan tersebut:", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan ini menyaksikan JDT melakar kemenangan besar hasil jaringan hatrik oleh Jorge Pereyra Diaz (29′, 54′ dan 76′) serta dua jaringan daripada Juan Martin Lucero (6′ dan 47′) serta satu jaringan oleh Marcos Antonio (33′).", "JDT yang bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi berhasil merekodkan kemenangan 7-0 ke atas Negeri Sembilan. Kemenangan besar ini hasil jaringan berganda oleh Fernando Forestieri (21′ dan 49′) dan La’vere Corbin-Ong (67′ dan 88′) serta satu jaringan daripada Diogo Luis Santo (41′), Arif Aiman Hanapi (53′) dan Endrick Dos Santos (72′) masing-masing.", "JDT yang beraksi di laman sendiri, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mengecapi antara kemenangan terbesar dalam sejarahnya ke atas Melaka United hasil jaringan hatrik oleh Safiq Rahim (17′, 58′ dan 87′) serta satu jaringan daripada Gabriel Guerra (6′), Amirul Hadi Zainal (22′), Gonzalo Cabrera (33′) dan Azammuddin Akil (46′) masing-masing.", "Perlawanan yang masih berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri tanpa kehadiran penyokong merekodkan satu lagi kemenangan dengan keputusan 7-0 buat JDT dan mangsanya kali ini adalah Perak FC. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan terbabit hasil jaringan hatrik oleh Gonzalo Cabrera (36′, 45′ dan 63′) serta satu jaringan daripada Afiq Fazail (22′), Ramadhan Saifullah (45+2′), Safawi Rasid (79′) dan Akhyar Rashid (84′) masing-masing.", "Perlawanan peringkat Pusingan 16 di kejohanan Piala AFC ini menyaksikan JDT meraih kemenangan besar ke atas Kaya FC hasil jaringan hatrik Juan Martin Lucero (14′, 53′ dan 70′) serta dua gol menerusi Azammuddin Akil (32′ dan 39′). Manakala Jorge Pereyra Diaz dan Mahali Jasuli menambah satu jaringan pada minit 23′ dan 68′ masing-masing. Bagaimanapun, perlawanan tidak berkesudahan dengan ‘clean sheet’ apabila JDT bolos sebanyak dua gol menerusi OJ Porteira dan Anton Ugarte pada minit 53′ dan 68′ masing-masing.", "Satu lagi kemenangan besar dilakar JDT dalam kancah bola sepak antarabangsa, Piala AFC ketika menentang wakil Myanmar iaitu Ayeyawady United. Lapan jaringan skuad Harimau Selatan ini disumbangkan menerusi hatrik oleh Safiq Rahim (5′, 48′ dan 62′) serta dua jaringan daripada Juan Martin Lucero (81′ dan 86′). Manakala Pereyra Diaz (13′), Marcos Antonio (30′) dan Aidil Zafuan (88′) menambah satu gol masing-masing. Ayeyawady United pula berhasil membawa pulang satu jaringan saguhati yang dijaringkan oleh Thiha Zaw seawal minit 7′ permainan.", "#7 JDT vs BRM FC ", "JDT yang turun beraksi di laman sendiri bagi melayan kunjungan pasukan daripada kancah Liga M3 dalam Pusingan Pertama Piala FA di laman sendiri berpesta gol dengan mencetak keputusan 10-0 ke atas BRM FC sekaligus menjadikannya sebagai kemenangan terbesarnya sepanjang zaman setakat ini. Tiga daripada sepuluh jaringan itu hadir menerusi hatrik Fernando Forestieri pada minit 2′, 24′ dan 43′. Manakala baki tujuh jaringan lagi disumbangkan oleh Safiq Rahim (7′), Safawi Rasid (19′), Mauricio (56′), Moussa Sidibe (70′), Daryl Sham (83′), Mohamadou Sumareh (89′) dan Danial Amier (90+3′).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321934/", "headline": "\nJurulatih Berdarah Malaysia-Scotland Bimbing Malayan Tigress B-20\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan perlantikan individu baharu bagi membimbing skuad wanita kebangsaan bawah 20 tahun (B-20).", "Individu berkenaan ialah Cameron Ng, berusia 44 tahun, berdarah campuran Malaysia-Scotland merangkap Ketua Unit Akar Umbi FAM sejak tahun 2020.", "Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Haji Rahman mengumumkan perlantikan berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dalam satu sidang media yang berlangsung pada hari ini.", "Difahamkan, faktor utama pemilihan Cameron ini dibuat berdasarkan faktor memiliki lesen kejurulatihan, Diploma Kejurulatihan AFC/ FAM serta pengalamannya dalam bola sepak akar umbi.", "Untuk makluman, perlantikan Cameron ini bagi membimbing skuad wanita B-20 negara mengharungi Kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2024 yang akan bermula pada 8 Mac nanti.", "Dalam peringkat kelayakan terbabit, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan G bersama-sama tuan rumah, Kemboja serta Myanmar dan Pakistan.", "Sebelum mengharungi kejohanan terbabit, skuad wanita B-20 negara akan turun menentang Mongolia dalam satu perlawanan persabahatan pada 2 Mac.", "Sebagai tambahan, perlantikan Cemeron ini dibuat selepas perbincangan serta penilaian menyeluruh dilakukan bersama di antara Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell dan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214832/", "headline": "\nTerbuka India: Beregu Naungan BAM, Tang Jie-Yen Wei Mara Ke Final\n", "content": ["Beregu campuran yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei berjaya mara ke pentas final Terbuka India 2022.", "Pasangan yang berada di ranking ke-40 ini mara selepas menundukkan beregu bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing merangkap pilihan pertama kejohanan di peringkat separuh akhir, hari ini.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Semi final 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅21 21 21 🇲🇾Yen Wei PECK🏅19 23 14 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI🕗 in 71 minutes https://t.co/D0vEn1hOA4", "Tang Jie-Yen Wei menumpaskan pasangan yang turut menghuni ranking ke-10 dunia itu menerusi 3 set perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 21-19, 21-23 dan 21-14 dalam tempoh masa melebihi satu jam permainan.", "Sementara itu, di pentas akhir, esok, Tang Jie-Yen Wei akan bertemu beregu Singapura, Terry Hee-Tan Wei Han yang berada di ranking ke-182 dunia untuk merebut kejuaraan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini. ", "Untuk maklumkan semua, beregu jiran tetangga ini mara secara automatik selepas lawan mereka, beregu Rusia tidak dapat beraksi ekoran positif Covid-19.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323834/", "headline": "\nSukan SEA 2025: Thailand Umum Temasya Bermula 9 Disember, 3 Bandar Utama Sebagai Hos\n", "content": ["Autoriti Sukan Thailand (SAT) mengumumkan 9 hingga 20 Disember 2025 sebagai tarikh penganjuran Sukan SEA edisi ke-33 yang bakal berlangsung di tiga bandar utama Thailand – Bangkok, Chonburi dan Songkhla pada hari ini. ", "Gabenor SAT, Dr. Gongsak Yodmani berkata, Thailand akan meneliti setiap aspek penganjuran Sukan SEA 2025 nanti dan memberi keyakinan tentang kesediaan mereka selaku tuan rumah pada Sukan SEA akan datang.", "“Kami mempunyai beberapa penginapan dan juga kemudahan sukan bertaraf dunia. Oleh itu, kami lebih daripada bersedia untuk menganjurkan Sukan SEA ke-33.”", "“Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan delegasi daripada semua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dari seluruh Asia Tenggara (ke Thailand) pada tahun 2025”, kata Gongsak dalam sidang media tersebut.", "Sidang media yang berlangsung di Garden City Hotel, Phnom Penh, Kemboja itu dihadiri wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu Penolong Bendahari merangkap Chef de Mission Malaysia ke Sukan SEA 2023, Datuk Mohd Nasir Ali serta pengurus besar, Fong Wan Hor. ", "Terdahulu, Thailand telah dipilih selaku tuan rumah Sukan SEA 2025 dalam Mesyuarat Lembaga Eksekutif dan Majlis Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) pada Disember 2021 sebelum diumumkan secara rasmi sekitar lima bulan kemudian. ", "Turut diumumkan selaku tuan rumah ialah Malaysia (2027) dan Singapura (2029). Malaysia menerusi MOM turut berkongsikan pengumuman keputusan tersebut tetapi masih belum dibincangkan lebih lanjut bersama pihak kerajaan berkenaan penganjuran temasya berkenaan yang kali terakhir dianjurkan Malaysia pada tahun 2017 yang lalu.", "Featured image: Majlis Olimpik Malaysia (OCM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110630/", "headline": "\nChia Ruo Han Dari SMK Kulim Ke Liga Juara-Juara AFC\n", "content": ["Pemain muda berusia 19 tahun, Chia Ruo Han mencuri tumpuan ramai peminat bola sepak apabila namanya disenaraikan oleh Johor Darul Ta’zim untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang akan bermula pada 22 jun kelak.", "Ini merupakan kali pertama bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim (SMK Kulim) disenaraikan dalam skuad Harimau Selatan bagi beraksi di pentas kejohanan paling berprestij asia.", "Pemain tengah ini membuat keputusan untuk menyertai Akademi JDT ketika berusia 17 tahun, sekitar awal tahun 2018 setelah bersekolah di SMK Kulim dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4.", "Mengimbau kembali ketika Ruo Han masih menuntut di sekolah tersebut, kecemerlangannya dalam arena sukan membolehkan dirinya dinobatkan sebagai Tokoh Murid SMK Kulim. ", "Manakan tidaknya, Ruo Han pernah terbang ke luar negara untuk menjalani latihan di Manchester United Soccer School di United Kingdom (UK) dan Allianz Junior Football Camp (AJFC) di Bali, Indonesia. Selain itu, Ruo Han turut menyertai pelbagai kejohanan bola sepak samada peringkat daerah atau negeri di Kedah. ", "Tidak cukup dengan penglibatan dalam sukan bola sepak, Ruo Han juga terlibat dalam olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara larian 4×400 meter, 800 meter, 1500 meter dan 3000 meter.", "Learn from the best! 🔥Bangga bila dapat tahu pemenang #MencariRamli 6, Chia Ruo Han dapat peluang untuk bersama skuad utama @OfficialJohor. Dapat ke #ACL2021 pula tu. Dia ni asal dari Kedah & masuk ke akademi JDT kalau tak silap kami pada tahun 2018. #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/irrvBjBw1C", "Berdasarkan pemerhatian, Ruo Han mula menembusi skuad simpanan, JDT II yang beraksi dalam kancah Liga Premier pada tahun 2020.", "Untuk makluman, pemain kelahiran Kedah ini juga merupakan pemenang bagi program pencarian bakat televisyen, Mencari Ramli musim keenam pada tahun 2017.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218440/", "headline": "\nSuhaimi Mahu Gawang Terengganu Kekal Tidak Dibolosi Kedah\n", "content": ["Peluang yang diberikan tidak akan disia-siakan Suhaimi Husin yang bertekad mahu memastikan gawang Terengganu FC kekal kebal menjelang aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman FC, pada Jumaat.", "Dia yang diturunkan dalam empat perlawanan Liga Super selaku penjaga gol utama berharap disiplin ditunjukkan bahagian pertahanan dapat membantunya dalam usaha mengekang kemaraan barisan serangan lawan.", "Tambahnya, kualiti hantaran yang dimiliki oleh dua tonggak import baharu Kedah, Mahmoud Al-Mardi dan Sanrawat Dechmitr, perlu diawasi jika mahu memastikan tiga mata menjadi milik Terengganu.", "“Saya berpuas hati kerana dapat memastikan gawang tidak bolos semasa menang 1-0 ke atas Kedah pada saingan Piala FA dan membawa Terengganu ke suku akhir.", "“Namun perlawanan Jumaat ini sesuatu yang berlainan kerana aksi liga selalunya corak permainan lebih terbuka berbanding peringkat kalah mati yang menyaksikan pasukan lebih berhati-hati.", "“Kami perlu berhati-hati dengan hantaran belakang pertahanan yang boleh dijelmakan pemain import mereka di bahagian tengah kerana sedikit kelekaan boleh membawa padah.", "“Tiga mata di laman sendiri cukup penting bagi memastikan peluang kami untuk berada dalam kedudukan dua atau tiga terbaik, sekaligus memperbaiki pencapaian musim lalu,” katanya.", "Suhaimi yang merupakan penjaga gol utama musim lalu banyak bersilih ganti tempat dengan Rahadiazli Rahalim.", "Namun kecederaan pemain Bawah 23 tahun negara itu buka ruang kepada Suhaimi untuk diturunkan dalam dua perlawanan terakhir.", "“Bagi saya persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama sesuatu yang lumrah dan tiada istilah berada dalam zon yang selesa.", "“Kualiti antara kami seperti saya dan Rahadiazli tidak jauh beza yang menjadikan mana-mana penjaga gol perlu bekerja keras dalam sesi latihan.", "“Jika saya diberi peluang sekali lagi berdepan Kedah, sudah pasti saya akan terus berikan apa yang termampu demi memastikan kejayaan Terengganu,” katanya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219797/", "headline": "\nLuqman Bersahur Kurma, Roti, Yogurt dan Air di Belgium\n", "content": ["Penyerang muda yang beraksi bersama KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin hanya menjamah menu yang ringkas semasa bersahur untuk menjalani ibadah puasa di Belgium.", "Menurut penyerang yang bakal menjengah usia 20 tahun itu, antara menu yang dijamahnya adalah kurma, roti, yogurt dan air sahaja sebelum masuknya waktu subuh sekitar jam 4.30 pagi.", "Bagaimanapun, ianya sudah memadai buat Luqman untuk menahan lapar dan dahaga dalam tempoh hampir 17 jam serta mengikuti sesi latihan bersama rakan sepasukan selama dua jam pada sebelah pagi.", "“Letih memang letih tetapi hendak buat macam mana, saya kena paksa diri juga.", "“Kalau di Malaysia, latihan dalam bulan puasa cuma pada waktu malam tetapi di sini (Belgium), kami ada latihan di sebelah pagi.", "“Saya bersahur pada jam 4.00 dan pada 4.30 sudah tamat waktu bersahur. Saya hanya bersahur kurma, roti, yogurt dan air.", "“Saya makan kurma untuk tenaga dan bagi saya, ia tiada masalah kerana latihan saya hanya dua jam dan boleh berehat pada sebelah petang.” katanya menerusi Nadi Arena.", "Sempat juga Luqman berkongsikan menu berbukanya pada hari pertama berpuasa dengan memasak sendiri menu tempatan yang diinginkannya iaitu nasi goreng tomyam bersama udang.", "“Menu semasa hari pertama berpuasa, saya terasa mahu makan nasi goreng tomyam, jadi saya ke kedai asia di sini untuk  membeli apa yang patut dan masak nasi goreng tomyam bersama udang.", "“Saya hendak rasa makanan Malaysia pada hari pertama untuk mendapatkan semangat,” katanya lagi.", "Untuk makluman, KV Kortrijk akan menempuh perlawanan terakhir saingan Jupiler Pro League iaitu perlawanan ke-34 bagi musim 2020/21 pada hujung minggu ini.", "Setakat 33 perlawanan yang telah berlangsung, KV Kortrijk telah mengumpul 39 mata hasil daripada 11 kemenangan dan 6 seri sekaligus menempatkan dirinya di tangga ke-14 liga."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114190/", "headline": "\nNegeri Sembilan Destinasi Utama Sean Apabila Mengetahui Akan ‘Dibuang’ Selangor\n", "content": ["Juara Liga Premier 2021, Negeri Sembilan FC menjadi pasukan utama yang ingin disertai oleh penyerang berusia 25 tahun, Sean Eugene Selvaraj apabila mengetahui kontraknya tidak akan dilanjutkan oleh Selangor.", "Skuad yang terkenal dengan julukan Hoben Jang Hoben menjadi pilihan pemain kelahiran Port Dickson ini bukan sahaja kerana ianya pasukan negeri kelahirannya. Malahan, Negeri Sembilan juga merupakan tempat yang menjadi permulaan kepada karier bola sepaknya.", "Tambahan pula, kejuaraan Liga Premier yang diraih oleh Negeri Sembilan pada musim ini membolehkan pasukan ini mendapat promosi ke saingan Liga Super dan Sean mahu menggunakan pengalamannya untuk membantu pasukan ini mengharungi saingan musim 2022.", "“Apabila saya ketahui kontrak tidak lagi disambung untuk musim depan, Negeri Sembilan menjadi pasukan pertama yang menjadi keutamaan saya.", "“Sememangnya saya sentiasa menghormati Negeri Sembilan, negeri tempat saya berasal malah semasa saya ke Selangor (2018), mereka juga menghormati keputusan saya.", "“Tambahan mereka kembali beraksi di Liga Super pada musim depan, saya mahu bantu Negeri Sembilan di Liga Super selain Piala Malaysia.", "“Segalanya tampak sempurna apabila mereka juga menunjukkan minat yang sama dan diharapkan tahun 2022 akan kembali menjadi detik istimewa dalam karier.", "“Berdasarkan pengalaman empat tahun di Liga Super dengan pencapaian membantu Selangor meraih tempat ketiga pada 2019, saya harap boleh membantu Negeri Sembilan meraih sesuatu, ” katanya.", "Bersama Selangor, Sean yang berhasil meraih 69 penampilan dan merekodkan 10 gol kerap digunakan sebagai penyerang sayap namun posisi asalnya adalah pemain No.9 atau penyerang tengah.", "Sean berharap dapat diberikan kepercayaan untuk kembali beraksi di posisi tersebut disamping diharapkan lebih kerap diturunkan dan meraih lebih minit permainan bersama skuad kendalian K. Devan ini. ", "Untuk makluman semua, Sean pernah beraksi selama dua musim bersama Negeri Sembilan iaitu pada tahun 2016 dan 2017. Selepas itu, dia dipikat oleh skuad Red Giants yang ketika itu di bawah kendalian P. Maniam.", "Featured Image: Negeri Sembilan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218537/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Pang Ron-Ee Wei Singkir Pilihan Ketiga Untuk Ke Suku Akhir\n", "content": ["Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Toh Ee Wei menyingkirkan pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk memenangi kejohanan untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Taipei 2022. ", "Pasangan negara yang berada di ranking ke-94 dunia ini berhasil merekodkan kemenangan ke atas pasangan tuan rumah, Lee Jhe-Huei dan Hsu Ya Ching yang berada di ranking ke-26 dunia di Pusingan 16, sebentar tadi.", "YONEX Taipei Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Pang Ron HOO🏅21 23 21 🇲🇾Ee Wei TOH🏅23 21 14 Jhe-Huei LEE Ya Ching HSU", "🕗 in 52 minutes https://t.co/ZQomSHXZDn", "— BWFScore (@BWFScore) July 21, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Pang Ron-Ee Wei mencatatkan kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-23, 23-21 dan 21-14 dalam tempoh masa menghampiri satu jam pertarungan.", "Untuk makluman, ini merupakan pentas suku akhir yang ketiga berhasil dijejak oleh Pang Ron-Ee Wei selepas Terbuka Indonesia dan Terbuka Singapura sejak digandingkan bersama bermula awal Jun lalu.  ", "Sementara itu, Pang Ron-Ee Wei yang mara ke suku akhir akan bertemu samada sepasang lagi beregu tuan rumah, Cheng Kai Wen dan Wang Yu Qiao atau beregu India merangkap pilihan keenam kejohanan, Ishaan Bhatnagar dan Tanisha Crasto.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217519/", "headline": "\nSukan SEA: Indonesia Raih Pingat Gangsa, Harimau Muda Pulang Tangan Kosong\n", "content": ["Skuad Indonesia bawah 23 tahun (B-23) dapat mengubati kekecewaan tumpas di peringkat separuh akhir dengan membawa pulang pingat gangsa dalam acara bola sepak lelaki di temasya Sukan SEA 2021.", "Kepingan pingat tersebut berjaya dibawa pulang oleh skuad bimbingan Shi Tae-yong selepas menumpaskan Malaysia B-23 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh, petang tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Malaysia dan Indonesia terlebih dahulu terikat dengan keputusan 1-1 selepas 90 minit permainan. Jaringan daripada kedua-dua pasukan dihasilkan Ronaldo Joybera (Indonesia)  dan Hadi Fayyadh (Malaysia) pada minit ke-68 dan ke-81 masing.", "Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Ahad, 22 Mei 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇮🇩 INDONESIA", "⚽️ Hadi Fayyadh 81’⚽️ Ronaldo Joybera 68’", "*Malaysia tewas 3-4 kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/QK3AGNU1aH", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 22, 2022", "Ekoran keputusan seri tersebut, perlawanan tidak dilanjutkan menjadi 120 minit permainan. Sebaliknya, ianya terus dibawa kepada penentuan sepakan penalti bagi mencari pemenangnya.", "Dalam penentuan tersebut, skuad berjulukan Garuda Muda memastikan pingat gangsa menjadi miliknya apabila memenangi penentuan sepakan penalti dengan skor 4-3 mengatasi Malasysia.", "Untuk makluman semua, Indonesia B-23 merupakan naib juara bertahan bagi edisi Sukan SEA yang berlangsung di Manila, Filipina tiga tahun yang lalu. Manakala skuad kebangsaan pula hanya beraksi setakat peringkat kumpulan sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114261/", "headline": "\nJang Dari Korea Jadi Pengganti Renan Alves di Barisan Pertahanan Kedah\n", "content": ["Pertahanan kelahiran Republik Korea, Jang Suk-won menjadi pemain import terbaru yang ditandatangani oleh pasukan naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (Kedah) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Pemain berusia 32 tahun yang beraksi bersama Melaka United selama tiga musim lalu dibawa masuk oleh Kedah untuk menjadi tonggak di barisan pertahanan menggantikan Renan Alves yang diumumkan tidak dilanjutkan kontrak, awal Disember lalu.", "Pengumuman penyertaan pemain yang turut mempunyai pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan bawah umur Korea ini dilakukan oleh Skuad Hijau Kuning menerusi pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "🔰 JANG SUK-WON, OUR NEW BLOOD!KDA FC dengan ini mengumumkan pemain import baharu pertama untuk musim 2022, Jang Suk-Won!#kdafc #newblood #2022season pic.twitter.com/hxCUnNvtfa", "“Pengalaman Jang beraksi dalam liga tempatan dijangka memberi kelebihan untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan ketika pra-musim dan posisi tengah pertahanan Kedah kini dibawah tanggungjawabnya bergandingan dengan beberapa muka baru lagi.” tulis kenyataan rasmi kelab.", "Sebelum menyertai Melaka United pada tahun 2019, Jang beraksi dalam saingan Liga Jepun dan liga negaranya, Liga Korea bersama Fagiano Okayam dan Seongnam FC masing-masing.", "Untuk makluman semua, selain Renan, dua lagi pemain import iaitu Anumanthan dan Rabih Ataya turut dilepaskan oleh Kedah. ", "Bagaimanapun, menerusi satu laporan media pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Khamal Idris Ali memaklumkan pasukan tersebut terpaksa mencari lima pemain import berbanding tiga pemain sahaja untuk memperkuatkan kelab berpangkalan di utara semenanjung tanah air ini.", "Ianya berikutan salah seorang daripada dua pemain import musim lalu, Kpah Sherman yang ingin dikekalkan oleh Kedah telah angkat kaki menyertai Terengganu FC.", "Manakala seorang lagi pemain iaitu Tchetche Kipre masih belum membuat keputusan samada mahu kekal atau tidak bersama Kedah. Ini kerana penyerang kelahiran Ivory Coast berusia 34 tahun itu menerima pelbagai tawaran oleh pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208611/", "headline": "\nTFC Sudah Ikat 5 Import, Bakal Diperkenalkan Dalam Masa Terdekat\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) nampaknya telah melakukan persediaan awal untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021 dengan memuktamadkan lima pemain importnya.", "Tanpa memberikan sebarang bayangan mengenai pemain-pemain import tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata kesemua mereka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.", "Pada masa yang sama, beliau melahirkan keyakinan dengan kualiti kelima-lima pemain import tersebut untuk membantu TFC memberikan cabaran dalam saingan musim hadapan.", "Baca: TFC Buat Rombakan & Buru Pemain Punyai Pengalaman Beraksi di Liga Malaysia", "“Pada saya dengan harga yang akan diberikan, Insya-Allah pasukan kita diharap menjadi pasukan yang mampu mencabar (pasukan lain),” katanya seperti dilaporkan oleh agensi berita, Bernama.", "Untuk makluman, TFC yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain telah bertindak melepaskan lima pemain import musim ini termasuk kapten pasukan, Lee Tuck dan penjaring ketiga terbanyak Liga Super 2020, Dominique da Sylva.", "Baca: TFC II Turut Dirombak, Dua Pemain Import Tidak Dilanjut Kontrak", "Sementara itu, Hishamuddin turut memaklumkan pasukan simpanan (reserved team) iaitu TFC II yang bersaing dalam saingan Liga Premier akan menggunakan tiga pemain import sahaja.", "“Peranan TFC II dengan pemain import adalah sebagai ‘back-up’ kepada TFC dan mereka sebagai pembimbing kepada pemain tempatan kita dalam TFC II,” katanya.", "Difahamkan dua daripadanya merupakan pemain import musim lalu iaitu penyerang Ghana, Jordan Mintah dan pertahanan Montenegro, Argzim Redzovic."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208087/", "headline": "\nTRW Kelantan Tumpas Hasil Jaringan Akrobatik ‘Student’ UiTM\n", "content": ["Pasukan Kelantan terpaksa melupakan impian untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020 setelah ditumpaskan oleh UITM FC, sebentar tadi.", "Kelantan yang dibimbing oleh Yusri Che Lah terpaksa akur dengan kekalahan tersebut setelah pemain UITM FC, Arif Anwar jaringan akrobatik kemenangan pada minit ke-67.", "67' | GOL ARIF ANWAR!@uitmfclions menambah jaringan ketiga menerusi Arif Anwar. #TMPialaMalaysia2020#UiTMKEL#MFLLive pic.twitter.com/r9cWR27hj4", "Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 di mana UITM FC kendalian Frank Bernhardt terlebih dahulu menjaringkan dua gol awal masing-masing pada minit ke-13 dan ke-15.", "13' | GOL ARIF ANWAR! @uitmfclions kini mendahului @trwkelantanfc menerusi jaringan Arif Anwar.#TMPialaMalaysia2020#UiTMKEL#MFLLive pic.twitter.com/WdAdmflcSs", "Bagaimanapun Kelantan kembali bangkit untuk mengikat pasukan UITM FC menerusi dua jaringan oleh Danial Ashraf pada separuh masa kedua masing-masing pada minit ke-61 dan ke-63.", "61' | GOL DANIAL ASHRAF!@uitmfclions 2-1 @trwkelantanfc #TMPialaMalaysia2020#UiTMKEL#MFLLive pic.twitter.com/m8URvj77rn", "63' | GOL DANIAL ASHRAF!@trwkelantanfc menyamakan kedudukan menerusi jaringan Danial Ashraf. #TMPialaMalaysia2020#UiTMKEL#MFLLive pic.twitter.com/bK0WjRcBng", "Selepas jaringan yang dilakukan oleh Arif Anwar, Kelantan cuba untuk mencari gol ketiga bagi mengikat kembali kedudukan UITM FC. Bagaimanapun mereka sama sekali gagal dan terpaksa akur terkandas di peringkat pusingan ke-16.", "Bagi UITM FC yang mara ke peringkat suku akhir, mereka bakal bertemu juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang pada perlawanan seterusnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219376/", "headline": "\nMora Pertaruhkan Penjaring Terbanyak 2019, Rodriguez Bertemu Kedah?\n", "content": ["Penjaring terbanyak saingan Liga Malaysia 2019, Fernando Rodriguez menjadi salah satu taruhan Benjamin Mora mengisi posisi penyerang Johor Darul Ta’zim ketika perlawanan menentang Kedah Darul Aman (Kedah) dalam saingan Piala Sumbangsih 2021.", "Dua tahun lalu, Rodriguez yang merupakan bekas penyerang pasukan Kedah menggegarkan saingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dengan merekodkan 21 gol secara keseluruhan. Ia sekaligus membolehkannya merangkul Anugerah Kasut Emas pada tahun tersebut.", "Ketika ini, Rodriguez merupakan penyerang buat skuad simpanan, JDT II namun ketua jurulatih JDT, Mora tidak mempunyai masalah untuk membariskannya dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, pada hari esok sekiranya diperlukan.", "“Kita akan lihat, itu merupakan salah satu pilihan,” katanya semasa sidang media praperlawanan, pada hari ini.", "“Fernando merupakan pemain terbaik dalam (saingan) Liga Super sebelum ini, dan dia juga merupakan pemain terbaik dalam pasukan JDT II pada tahun lalu.”", "“Kami juga menggunakan (khidmatnya) dalam perlawanan tahun lalu dimana dia menjaringkan gol dan bermain dengan baik, dan (perlawanan) esok boleh jadi hari untuk dia membantu kami,” jelasnya lagi.", "Sementara itu, jurulatih kelahiran Mexico ini tidak menumpukan perhatian kepada Rodriguez semata-mata. Beliau turut mempunyai pilihan lain di posisi serangan seperti Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad. ", "Ketiga-tiga penyerang ini berupaya untuk menggantikan Jonathan Herrera yang dilepaskan oleh JDT ke kelab Argentina, Club Atletico Independiente secara pinjaman dengan tawaran membelinya secara tetap.", "“Tetapi kami juga mempunyai penyerang yang baik seperti Hazwan Bakri yang begitu tajam dan Syafiq Ahmad yang telah kembali berlatih bersama kami.” tambahnya lagi.", "Johor Darul Ta'zim FC would like to confirm the signing of Bergson da Silva from Brazilian Serie A side Fortaleza.Martin Prest, Johor Darul Ta'zim FC Sporting Director pic.twitter.com/kJoOgzQRvb", "Sementara itu, skuad Harimau Selatan telah mengumumkan mendapatkan penyerang baharu iaitu Bergson da Silva daripada pasukan yang beraksi dalam kancah Serie A Brazil, Fortaleza. ", "Bagaimanapun, difahamkan, penyerang berusia 30 tahun itu belum menyertai sesi latihan bersama pasukan kerana perlu menjalani kuarantin ekoran baru sahaja tiba di sini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214775/", "headline": "\nSelepas Tamat Kontrak Bersama Selangor, Syahmi Diperkenalkan Sebagai Pemain JDT\n", "content": ["Penghujung November lalu, ‘fullback’ skuad kebangsaan, Syahmi Safari dan kelabnya, Selangor FC mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.", "Dan teka-teki mengenai pasukan manakah yang akan disertai oleh pemain berusia 23 tahun ini terjawab apabila Syahmi menyertai pasukan juara Liga Super sebanyak 8 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Welcome to the Home of Champions! #NewSigning#WhereChampionsAreMade#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/C8oo407sgv", "Syahmi atau dikenali sebagai Wakmi dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan disahkan sebagai pemain skuad Harimau Selatan setelah diperkenalkan menerusi video berdurasi selamat seminit menerusi pelbagai platform media sosial JDT, hari ini.", "Menerusi video itu juga, Syahmi didehkan bakal menyarung jersi bernombor 91 bersama skuad Merah Biru untuk mengharungi saingan Liga Malaysia serta Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.", "Sebagai rekod, Syahmi yang mampu beraksi di posisi pertahanan kanan dan kiri telah melakukan 80 penampilan serta menjaringkan 11 gol secara keseluruhan sepanjang bersama skuad Red Giants sejak tahun 2017.", "Featured Image: Selangor FC & Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219189/", "headline": "\nTangguh, Batal Liga Malaysia Turut Ganggu Persiapan Harimau Malaya\n", "content": ["Sebarang penangguhan yang terlalu lama atau pembatalan Liga Malaysia dijangka boleh memberikan banyak impak negatif yang bukan sahaja membabitkan soal kebajikan pemain dan pegawai yang terbabit malah semua pihak yang terlibat dengan industri bola sepak negara secara keseluruhan.", "Perkara itu diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail berkata Liga Malaysia merupakan sektor profesional di mana semua pemegang taruh berkait antara satu sama lain.", "Bukan sahaja pemain dan pasukan malah peminat juga turut terkesan dengan penangguhan atau pembatalan Liga Malaysia selain kesukaran pihak penaja untuk mendekati Liga Malaysia jika situasi ini berterusan.", "“Para pemain bergantung kepada pasukan, pasukan bergantung kepada penajaan, penajaan bergantung kepada penyiaran, selain aspek sokongan penonton, pelabur dan lain-lain, inilah kitaran yang melengkapkan industri.", "“Sekiranya saingan dibatal atau ditangguh, kitaran ini akan terganggu dan seterusnya memberi impak besar kepada industri bola sepak malah dalam masa sama mengganggu momentum persiapan pasukan kebangsaan menjelang kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.", "“Di peringkat komuniti pula terutamanya para penyokong, mereka turut mengalami kerugian kerana ada dalam kalangan mereka yang sudah pun membeli pas bermusim, membantu pasukan dengan pembelian ‘merchandise’ rasmi pasukan dan lain-lain. ", "“Inilah hakikatnya apabila Liga Induk (Liga Malaysia) ditangguh atau dibatal, kerana ia memberi manifestasi besar bahawa aktivti sukan yang seumpamanya tidak boleh dijalankan sama sekali, ” katanya.", "Justeru, beliau mengharapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat selain menjadikan liga-liga Eropah sebagai contoh biarpun kes penularan pandemik COVID-19 di sana mencatatkan angka yang tinggi.", "“PFAM merasakan tiada masalah untuk MKN membenarkan saingan Liga Malaysia berlangsung kerana jika diteliti, setiap pasukan sudah pun menyiapkan diri bagi menghadapi saingan ini dan sangat mengikuti SOP secara ketat setiap kali turun berlatih.", "“Berlatih dan bermain dalam stadium lebih memudahkan untuk kawalan keselamatan dibuat dengan adanya perimeter kawalan yang jelas dan daripada aspek komersial, sekalipun saingan dilangsungkan dalam keadaan stadium kosong, tetapi penyiaran masih boleh dilakukan bagi membolehkan pasukan penaja tidak menarik diri atas faktor komersial.", "“Perkara ini juga dilakukan di liga-liga Eropah, dan kami melihat tiada masalah jika kita melakukan perkara yang serupa dan sehubungan itu, adalah wajar untuk saingan Liga diteruskan, selagi mana ia mengikuti SOP yang ketat dan mampu dikawal, ” katanya.", "Pandangan sama turut diluahkan Presiden PFAM, Safee Sali, yang berkata, emosi dan mental pemain pasti terjejas jika Liga Malaysia tidak dapat diteruskan kerana bola sepak adalah sumber pendapatan tunggal kepada pemain profesional.", "Tambahnya, beliau boleh menerima sebarang penangguhan tetapi bukan kepada pembatalan kerana situasi itu pasti memberikan kesan besar kepada kemampuan pasukan dalam membayar gaji pemain.", "“Buat masa ini, saya mewakili pemain-pemain lain boleh menerima keputusan MFL untuk menangguhkan Liga Malaysia kepada 5 Mac berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).", "“Cuma saya harap tidaklah sampai dibatalkan, impaknya pasti sukar kepada pemain dan pegawai yang terlibat dengan Liga Malaysia, jadi saya mengharapkan MKN boleh memberi kelonggaran dalam soal ini.", "“Inilah satu-satunya pendapatan kami dan saya harap MKN dapat melihat akan kepentingan daripada sudut ekonomi kerana industri bola sepak sebenarnya cukup besar di negara ini.", "“Sebagai balasan, segala SOP yang akan dibentangkan nanti, kami sebagai pemain akan ikuti tanpa sebarang masalah biarpun mungkin lebih ketat berbanding sebelum ini, ” katanya.", "Pada minggu lalu, Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia bagi musim 2021 pada 5 Mac 2021 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga awal bulan depan.", "Mengikut perancangan awal, Liga Malaysia 2021 akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Februari lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208870/", "headline": "\nBapa Nafi Spekulasi Wan Kuzain Sertai Saingan Liga Malaysia 2021\n", "content": ["Pemain kelahiran Illionis, Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain Wan Kamal nampaknya tidak akan menyertai saingan Liga Malaysia 2021 yang akan bermula pada penghujung februari hadapan.", "Spekulasi mengenai pemain tengah berusia 22 tahun itu menyertai saingan liga tempatan bertiup kencang selepas Wan Kuzain dilepaskan oleh kelabnya, Sporting Kansas City pada awal disember, baru-baru ini.", "Bagaimanapun, perkara ini dinafikan sendiri oleh bapanya, Wan Kamal Wan Napi disamping turut memberitahu tiada sebarang kelab atau pasukan daripada saingan Liga Malaysia yang menghubungi untuk mendapatkan khidmat anaknya itu.", "Pada masa yang sama, Wan Kamal menjelaskan ketika dihubungi oleh Sukanz berkata, “Ejen (Wan) Kuzain sedang berusaha dengan beberapa kelab MLS (Major League Soccer) untuk mendapatkan tempat buatnya bagi musim 2020-2021.” ", "“Tunggu sekitar dua minggu (lagi) semuanya akan dimuktamadkan.” tambahnya lagi.", "Sementara itu, menurut satu pengumuman rasmi daripada pihak MLS, saingan bola sepak mereka akan kembali sekitar bulan mac kelak walaupu berdepan dengan situasi tidak menentu berikutan pandemik Covid-19.", "Untuk makluman, Wan Kuzain pernah menyertai latihan pusat skuad kebangsaan Harimau Muda (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk persiapan ke temasya Sukan SEA 2019. Namun dia tidak tersenarai dalam kalangan 20 pemain terakhir untuk diterbangkan ke Manila, Filipina ekoran masalah dokumentasi.", "Featured Image: Sporting Kansas City II"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111660/", "headline": "\nTuan Rumah Piala Dunia, Qatar Bakal Bertemu Portugal, Serbia & Luxembourg\n", "content": ["Selepas menyertai kejohanan Gold Cup 2021, pasukan tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022, Qatar menggandakan persiapan mereka dengan beraksi menentang negara-negara eropah pada September ini.", "Menurut makluman daripada laman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tiga negara eropah yang akan mereka hadapi pada rehat antarabangsa FIFA pada September nanti ialah Serbia, Portugal dan Luxembourg.", "Qatar dijadualkan bertemu Serbia pada 1 September dan diikuti oleh pasukan yang diwakili oleh pemain handalan dunia, Cristiano Ronaldo tiga hari berikutnya. Manakala pasukan Luxembourg pula akan dihadapi oleh mereka pada 7 September.", "Difahamkan perlawanan ini sebahagian daripada kelayakan Piala Dunia 2022 bagi benua eropah melibatkan Kumpulan A. Qatar yang dibimbing oleh Felix Sanchez beraksi sebagai pasukan jemputan.", "Sebagai rekod, pada Mac lalu Qatar berhasil merekodkan dua kemenangan ke atas Luxembourg dan Azerbaijan serta seri 1-1 dengan Republik Ireland.", "⚽️ Our 🇶🇦 national team striker @Moezali_ wins the #GoldCup21 Top Scorer award! 🏆😍 pic.twitter.com/jaKYZLg85I", "Manakala ketika beraksi di kejohanan Gold Cup, Qatar berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sebelum dikecewakan 0-1 kepada Amerika Syarikat.", "Antara persiapan lain sebelum bersaingan di kejohanan Piala Dunia, Qatar akan turut serta dalam saingan Piala Arab FIFA 2021 yang akan dilangsungkan pada penghujung tahun ini.", "Usaha yang dilakukan Qatar ini tidak lain dan tidak bukan sebagai persiapan bukan sahaja untuk mengelak daripada menjadi pasukan belasahan malah mahu mara dengan lebih jauh dalam kejohanan Piala Dunia yang akan berlangsung di negaranya, tahun hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219516/", "headline": "\nPSM: Kerajaan Luluskan Peruntukan Penukaran Rumput SNBJ\n", "content": ["Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi kerja-kerja penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Justeru, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak PSM akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menjalankan proses-proses yang terlibat terutamanya pengujian penanaman rumput bagi mengenal pasti rumput yang terbaik dan bersesuaian untuk di tanam di SNBJ. ", "Sementara itu, PSM dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut memaklumkan melanjutkan perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2025 untuk mengekalkan SNBJ sebagai ‘Rumah Harimau Malaya’.", "Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di SNBJ pada hari ini dan PSM diwakili oleh pengerusinya, Tan Sri Tony Fernandes manakala FAM pula diwakili oleh presiden, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin.", "Terdahulu, satu perjanjian bersama yang sama di antara kedua-dua pihak telah ditandatangani pada 15 ogos 2019 sehingga 31 disember 2020.", "Menerusi perjanjian lanjutan ini, SNBJ akan menjadi gelanggang sendiri (home) bagi skuad bola sepak kebangsaan bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi.", "Selain itu, lanjutan kerjasama selama lima tahun ini menyaksikan pelbagai aktiviti dan program dapat dijalankan di SNBJ seiring dengan statusnya sebagai ‘Rumah Harimau Malaya’.", "Antara cadangan lain yang sedang dibincangkan oleh kedua-dua pihak adalah pembinaan Muzium Sukan yang akan turut melibatkan penyertaan pasukan Harimau Malaya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325356/", "headline": "\nBACJ 2023: Malaysia Gagal Kekang Thailand Di Suku Akhir\n", "content": ["Perjalanan pasukan Malaysia dalam acara berpasukan di Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2023 terhenti di peringkat suku akhir. Ianya gara-gara tumpas kepada Thailand merangkap penyandang juara edisi 2019.", "Malaysia yang sebelum ini mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir selepas mencatatkan tiga rekod tiga kemenangan tanpa kalah dalam saingan Kumpulan C bertemu Hong Kong, Bangladesh dan India terpaksa akur tunduk 0-3 kepada Thailand dalam pertarungan yang berlangsung di Jogjakarta, Indonesia itu tadi.", "Pertarungan pertama bermula dengan beregu campuran negara yang diwakili Low Han Chen dan Chong Jie Yu turun berhadapan gandingan Tanakorn Meechai dan Fungfa Korpthammakit. Pertarungan ini berakhir dengan Malaysia ketinggalan 0-1 apabila Han Chen-Jie Yu tumpas secara “straight set” dengan skor 20-22 dan 16-21.", "Wongssup-In def. Eogene Ewe 17-21 21-17 21-17#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/eOxwMTF8jP", "— BAM (@BA_Malaysia) July 10, 2023", "Pertarungan kedua melibatkan taruhan daripada perseorangan lelaki masing-masing. Malaysia diwakili oleh Eogene Ewe sementara Thailand pula menurunkan Wongsup Wongsup-IN. Biarpun Eogene berhasil memberikan cabaran sengit namun dia terpaksa akur tumpas selepas berentap dalam tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-17, 17-21 dan 17-21.", "Keputusan itu sekaligus memberikan Thailand mendahului dengan selesa menerusi skor 2-0.", "Saranporn def. Ung Yi Xing 21-15 21-9", "*Malaysia finish their campaign at the quarterfinal stage. Bounce back in the individual events, juniors!#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/GHntikjSTr", "— BAM (@BA_Malaysia) July 10, 2023", "Pada pertarungan ketiga, Ung Yi Xing yang merupakan perseorangan wanita turun mewakili Malaysia untuk menentang Saranporn Sombutwatthananukool terpaksa akur tidak dapat mengekang kehebatan Thailand apabila turut tumpas sekaligus menyaksikan pasukan negara tersingkir daripada acara ini setelah kalah dengan keputusan 0-3.", "Dalam pertarungan terbabit, Yi Xing tumpaskan kepada Saranporn secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 9-21.", "Bagaimanapun, kemaraan pada kali ini berhasil memperbaiki pencapaian pasukan negara pada edisi lalu di Suzhou, China pada tahun 2019 yang terkandas di peringkat kumpulan setelah tumpas kepada Jepun dan Indonesia.", "Sebagai rekod, kejohanan ini dianjurkan semula selepas tertangguh selama tiga tahun dari 2020 hingga 2022 ekoran pandemik Covid-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321740/", "headline": "\nMPFL Bermula 18 Februari – Disertai 14 Pasukan\n", "content": ["Saingan Malaysia Primier Futsal League (MPFL) 2023 akan membuka tirainya pada 18 Februari kelak dengan disertai sebanyak 14 buah pasukan.", "Perkembangan itu hadir menerusi makluman di pelbagai platform media sosial Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada hari ini.", "Saingan musim ini memperlihatkan 14 buah pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut zon iaitu Kumpulan A dan B.", "Kumpulan A disertai oleh ATM, Kedah, KPT-PST Mustangs, Pahang Rangers, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu.", "Sementara itu, baki tujuh pasukan lagi yang terdiri daripada Johor Darul Ta’zim, KL City, Kuala Lumpur, PFA Odin Sarawak, Selangor MAC, Selangor TOT United dan Shah Alam City.", "Pertandingan dijalankan secara format liga dua pusingan (home & away) dengan setiap pasukan akan menghadapi 12 perlawanan di peringkat kumpulan.", "Empat pasukan terbaik daripada Kumpulan A dan B akan mara ke saingan kalah mati merangkap peringkat suku akhir sebelum ke peringkat separuh akhir dan akhir.", "Sejurus tamatnya saingan MPFL, kancah futsal negara akan disusuli dengan saingan Piala Futsal Malaysia (Malaysia Futsal Cup) pada Ogos dan September kelak. ", "Saingan Piala Futsal Malaysia akan disertai secara automatik oleh tiga pasukan teratas Kumpulan A dan B MPFL serta dua buah pasukan daripada pusingan kelayakan yang melibatkan perebutan antara pasukan di tangga keempat dan kelima MPFL.", "Format pertandingan Piala Futsal Malaysia adalah kalah mati secara timbal balik bermula peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112538/", "headline": "\nPelari SMK Gunung Rapat, Azeem Fahmi Mahu Terus Berlatih Bersama Coach Amir\n", "content": ["Pelari pecut remaja negara yang juga penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu terus mendapat ‘tunjuk ajar’ jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berbanding jurulatih yang lain.", "Pelari berusia 17 tahun tersebut menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap perpindahan jurulatih pecut, Mohd Poad Md Kassim yang dikaitkan untuk melatihnya. Difahamkan, Coach Poad akan melaporkan diri di SMK Gunung Rapat pada 4 Oktober kelak.", "Menurut laporan oleh Astro Awani, pelari yang mencatatkan rekod peribadi terbaiknya 10.57 saat (s) dalam acara 100 meter (m) mahu bersama meneruskan latihan bersama Coach Amir kerana keserasian yang telah terbina lebih dari lima tahun.", "“Saya masih lagi selesa dengan coach saya sekarang walaupun coach saya dinaikkan pangkat tetapi kami dah bercadang untuk ‘set timing’ yang sebaiknya mengikut saya punya jadual dan dia punya waktu lapang, itu saya rasa tidak menjadi apa-apa halangan,”", "“Saya masih juga memilih coach saya sekarang sebab kitorang dah ada program latihan yang telah dibuat hampir setahun lebih, susah nak cari jurulatih macam Coach Amir apabila saya dah berjumpa dengan banyak jurulatih lain, Coach Amir ni merupakan salah satu coach yang sangat berbeza,” katanya.", "Selain daripada rekod 100m, Azeem juga mencatatkan larian terbaiknya, 21.04s dalam acara 200m ketika beraksi dalam Kejohanan Perak Alla Comers, Ipoh, pada Februari tahun lalu.", "Menurut Azeem, jurulatihnya itu telah memahami pelbagai perkara mengenai dirinya termasuk tingkah laku, gaya hidup, pelajaran, latihan serta cita-citanya dalam karier olahraga. ", "Artikel Berkaitan: Coach Poad Kassim Tinggalkan SSTMI Hijrah Ke SMK Gunung Rapat", "Minggu lalu, media melaporkan Coach Poad Kassim yang terkenal dengan sentuhan emasnya dalam melahirkan dua juara acara pecut 100m dalam temasya Sukan SEA bakal berhijrah ke SMK Gunung Rapat bagi ‘mencari angin’ baharu.", "Kehadiran jurulatih ini turut disertai oleh dua pemenang pingat emas tersebut iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Muhammad Haiqal Hanafi untuk meneruskan latihan mereka di sana. ", "Featured Image: Instagram Azeem Fahmi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216306/", "headline": "\nJuara MotoGP Enam Kali, Marc Marquez Alami Masalah Penglihatan – Diplopia\n", "content": ["Pelumba Repsol Honda merangkap juara Kejuaraan Dunia MotoGP sebanyak enam kali, Marc Marquez disahkan mengalami masalah penglihatan melihat imej berganda (double vision) – diplopia buat kali kedua.", "Ahad lalu, pelumba Sepanyol berusia 29 tahun ini terjatuh dan mengalami ‘highside’ di selekoh 7 semasa sesi pemanas badan sebelum perlumbaan Indonesian Grand Prix di Litar Pertamina Mandalika, Ahad lalu.", "Estamos bien después de la fuerte caída que hemos tenido esta mañana. Por precaución y para no coger más riesgos, hemos decidido no correr la carrera del #IndonesianGP. (1/3)pic.twitter.com/dqRNeKSPdQ", "— Marc Márquez (@marcmarquez93) March 20, 2022", "Sejurus daripada kemalangan tersebut, pasukan perubatan MotoGP mengesahkan Marquez mengalami gegaran dan trauma sebelum dipindahkan ke hospital di Mataram – pusat bandar di Kepulauan Lombok untuk dilakukan pemeriksaan lanjut.", "Susulan daripada pemeriksaan itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan perubatan MotoGP bersama-sama pasukan Repsol Honda membuat keputusan mengumumkan Marquez tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut.", "Ketika dalam perjalanan pulang ke negaranya, Marquez mula mengalami ketidakselesaan penglihatan. Sejurus sahaja tiba di Barcelona pada Isnin lepas, dia segera bertemu pakar oftalmologi, Dr. Sanchez Dalmau sekaligus mengesahkan Marquez mengalami masalah diplopia seperti dialaminya pada November tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219365/", "headline": "\nSudikah Warga Kelantan di Lembah Klang Jadikan KL United Sebagai ‘Second Club’?\n", "content": ["Pasukan yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super, Kuala Lumpur United (KL United) giat melakukan pelbagai pembaharuan terutamanya melibatkan barisan pengurusan, barisan kejurulatihan serta barisan pemain-pemain untuk mengharungi saingan musim baharu yang akan bermula pada hujung minggu ini.", "Terbaharu, pasukan yang dikemudi oleh bekas pemain dan pengulas bola sepak tanah air, Stanley Bernard telah mengumumkan melantik bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa merangkap Menteri Wilayah Persekutuan sebagai Presiden ‘The Patron’ KL United.", "Selain itu, mereka turut mendapatkan khidmat bekas ketua jurulatih Kelantan musim 2012-2013, Bojan Hodak serta mengekalkan khidmat penyerang berpengalaman, Indra Putra Mahayuddin yang juga tidak asing dengan skuad Sang Kijang suatu masa dahulu.", "Rasmi! Bojan Hodak kini dilantik ketua jurulatih Kuala Lumpur United. Nantikan saat-saat yang mendebarkan!It's official! Bojan Hodak takes the reign as Head Coach of Kuala Lumpur United. Exciting times head!Artikel penuh: https://t.co/NNDqPIE9Ew pic.twitter.com/rZzJUdJo2c", "Mengulas mengenai perlantikan Annuar Musa sebagai presiden dan penaung skuad ibu kota ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Stanley menggambarkan Annuar sebagai seorang yang kaya pengalaman, memahami asam garam bola sepak tempatan serta pernah mengecapi kejayaan gemilang bersama Kelantan.", "Justeru, KL United mengambil peluang dengan melantik Annuar bagi memberikan ‘tunjuk ajar’ serta nasihat dalam membentuk skuad ibu kota yang serba baharu ini dalam menetapkan visi, misi, hala tuju dan memastikan kelab yang telah diswastakan ini berada dalam landasan yang tepat.", "Sebagai tambahan, kehadiran tokoh seperti Annuar serta kelibat ketua jurulatih, Bojan bersama pemain berpengalaman, Indra yang cukup sinonim dengan pasukan Kelantan suatu masa dahulu mungkin dapat menjadi tarikan buat warga Kelantan di Lembah Klang untuk menjadikan KL United sebagai kelab bola sepak kedua mereka.", "Fair call. Let's talk current, do you have legendary players like this? 👏 https://t.co/gUFFuUmPQV pic.twitter.com/uDFb682Vf1", "“Mungkin kita boleh menjadikan Kuala Lumpur sebagai ‘my second home’ untuk warga Kelantan yang bekerja dan telah bermastautin di Kuala Lumpur, mereka boleh menjadikan KL United sebagai ‘second club’ kerana mereka sudah berpindah ke Kuala Lumpur.”", "“Ikon-ikon (seperti Annuar Musa, Bojan Hodak dan Indra Putra) mungkin itu boleh menjadi (salah) satu kita punya ‘blueprint’ dan itu (juga) mungkin sesuatu yang mahu dilakukan oleh Tan Sri sendiri untuk menarik mereka menyokong KL United (dengan) datang ke stadium dan berminat kepada KL United yang sedang melakukan sesuatu yang baik.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Sementara itu, Stanley turut berkongsikan kehadiran Annuar juga untuk memastikan kelab mempunyai haluan yang sama bersama-sama Bandaraya Kuala Lumpur dalam usaha untuk menjadikannya sebagai sebuah tempat yang paling menarik untuk dikunjungi menerusi kelab bola sepak KL United.", "“Saya melihat, kita boleh mengkomersilkan Bandaraya Kuala Lumpur melalui kelab bola sepak, sama seperti Real Madrid (di Madrid) dan New York Red Bulls (di New York) iaitu merupakan bandar besar (yang juga merupakan ibu kota Sepanyol dan Amerika Syarikat),” jelasnya lagi.", "Untuk rekod, Annuar memimpin Kelantan bermula daripada tahun 2009 sehingga 2016 dan kejayaan terbaiknya hadir pada tahun 2012 apabila skuad berpangkalan di pantai timur yang dibimbing oleh Bojan itu berjaya meraih kejayaan ‘treble’ dengan menjulang kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.", "Featured Image: Kuala Lumpur United"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218997/", "headline": "\n‘Sliding Tackle’ Hong Wan Sepatutnya Diberikan Kad Merah, Kata Subkhiddin\n", "content": ["Bekas pengadil FIFA, Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat aksi “sliding tackle” yang dilakukan oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan ke atas pemain Terengganu FC, Syafik Ismail sepatutnya diberikan kad merah.", "Insiden terjahan keras itu dilakukan pemain kacukan China-Malaysia ketika mewakili pasukannya bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMAZA), Gong Badak dalam saingan Liga Super, malam tadi.", "Subkhiddin yang juga merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM memberikan pandangannya ketika menjawab persoalan seorang pengguna Twitter, @CafiqSahari samada situasi yang berlaku sekitar minit ke-75 permainan itu perlu dikenakan kad atau tidak.", "4.‘Point of contact’ dan adakah ‘force’ berterusan5.Adakah cabaran tersebut membahayakan keselamatan lawannya", "— subkhiddin (@subkhiddin1) August 10, 2022", "Subkhiddin berpendapat Hong Wan perlu diberikan kad merah berdasarkan tiga pemerhatiannya yang berikut:", "“Saya berpendapat Blue-6 bersalah untuk kesalahan serious foul play dan kad merah sepatutnya diberikan.” kongsi pendapatnya selepas membuat pemerhatian di atas.", "Any player who lunges at an opponent in challenging for the ball from the front, from the side or from behind using one or both legs, with excessive force or endangers the safety of an opponent is guilty of serious foul play.", "— subkhiddin (@subkhiddin1) August 10, 2022", "Beliau turut merujuk kepada Undang-Undang Permainan (Laws Of The Game) 2022/23, Undang-Undang 12 pada muka surat 106 yang diterjemahkan seperti berikut,", "“Takel atau cabaran yang membahayakan keselamatan pemain lawan atau menggunakan daya yang berlebihan atau brutal mesti dihukum sebagai bermain dengan amat kasar.” ", "“Mana-mana pemain yang menerjah terhadap pihak lawan semasa mencabar bola dari hadapan, dari sisi atau dari belakang menggunakan sebahagian atau kedua-dua kakinya, dengan daya yang berlebihan atau membahayakan keselamatan pemain lawan adalah bersalah kerana bermain dengan amat kasar.” ", "Bagaimanapun, pengadil yang bertugas pada malam tadi, Mohd Hasrol Mohd Amir sekadar memberhentikan permainan namun tidak memberikan sebarang kad terhadap terjahan dilakukan oleh pemain berusia 21 tahun tersebut yang telah mempunyai satu kad kuning."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323343/", "headline": "\nBAC 2023: Yew Sin-Ee Yi Hanya Menang 1 Daripada 8 Bertemu Hoki-Kobayashi\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi satu lagi wakil Malaysia yang mengiringi Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023.", "Yew Sin-Ee Yi yang merupakan beregu bebas (independent) mara ke peringkat tersebut selepas menumpaskan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-15.", "Kemenangan itu sekaligus membawa mereka bertemu juara Kejohanan Dunia BWF 2021 dari Jepun merangkap antara lawan yang paling sukar untuk mereka tumpaskan dalam pertemuan-pertemuan lalu iaitu Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Di pentas antarabangsa, Yew Sin-Ee Yi sudah pernah turun menentang Hoki-Kobayashi sebanyak lapan kali. Namun begitu, rekod menunjukkan hanya satu kemenangan sahaja pernah berpihak kepada Yew Sin-Ee Yi.", "Dan kemenangan itu pula terhasil sekitar tiga tahun lalu dalam saingan Princess Sirivannavari Masters 2020 dengan Yew Sin-Ee Yi mencatatkan kemenangan secara “straight set” 21-17 dan 21-15.", "Selepas itu, lima pertemuan seterusnya yang berlangsung di Jelajah Dunia Akhir 2021 (peringkat kumpulan & separuh akhir), Kejohanan Dunia 2021, Terbuka Indonesia 2022 dan Jelajah Dunia Akhir 2022 memperlihatkan Yew Sin-Ee Yi kemarau kemenangan ke atas Hoki-Kobayashi.", "Pertemuan yang akan berlangsung pada malam ini di BAC 2023 akan menjadi yang kesembilan melibatkan kedua-dua pasangan ini di pentas antarabangsa. Pemenang bagi perlawanan ini akan menempah tiket ke perlawanan akhir untuk bertemu samada beregu India, Satwiksairaj-Chirag Shetty atau beregu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-lin.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215554/", "headline": "\nWei Chong-Kai Wun Diundi Menentang Juara Dunia Pada Penampilan Pertama Kejohanan All England\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun disenaraikan untuk beraksi buat kali pertama di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) – sebuah saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF.", "Kejohanan tahunan ini dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 20 Mac kelak bertempat di Utilita Arena Birmingham, United Kingdom.", "Berdasarkan hasil undian yang dikeluarkan oleh penganjur pada hari ini, beregu yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini bakal berhadapan cabaran besar dengan bertemu beregu Jepun yang semakin meningkat naik iaitu Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Untuk rekod, pasangan Jepun yang diletakkan sebagai pilihan ketiga untuk menjuarai kejohanan ini merangkap penghuni ranking keempat dunia menampilkan prestasi yang memberangsangkan sejak Oktober tahun lalu. ", "Daripada enam kejohanan yang disertai bermula bulan tersebut, Hoki dan Kobayashi berjaya merangkul empat kejuaraan iaitu di pentas Terbuka Denmark, Indonesia Masters, Jelajah Dunia Akhir BWF dan Kejohanan Dunia BWF.", "Untuk makluman semua, Wei Chong-Kai Wun yang kini menghuni ranking ke-45 dunia belum pernah mempunyai rekod bertemu Hoki-Kobayashi setakat ini.", "Sebagai tambahan, kejohanan Terbuka England ini bakal menjadi pentas tertinggi yang pernah disertai oleh Wei Chong-Kai Wun sejak digandingkan bermula Mac 2021. Kejohanan tertinggi yang pernah disertai mereka sebelum ini adalah bertaraf Jelajah Dunia Super 300 BWF sahaja."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216405/", "headline": "\nRTM Siar Undian Akhir Piala Dunia 2022 Qatar Secara Langsung\n", "content": ["Stesen penyiaran milik kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan akan menyiarkan majlis undian akhir Piala Dunia 2022 Qatar secara langsung di saluran-saluran televisyen miliknya.", "Menurut RTM, siaran langsung majlis yang diadakan di Doha Exhibition and Convention Center akan dapat disaksikan di saluran TV Okey, Sukan TV serta secara penstriman langsung di platform RTM Klik. Ianya dijadualkan pada jam 11.30 malam, 1 April (Jumaat) kelak.", "Bercakap mengenai kejohanan bola sepak yang berlangsung setiap empat tahun ini, setakat artikel ini ditulis, sebanyak 20 daripada 32 negara termasuk tuan rumah, Qatar telah disahkan layak menyertai saingan ini.", "UNDIAN AKHIR PIALA DUNIA FIFA QATAR 2022", "1 APRIL 2022 (JUMAAT), 11.30 MALAM @tv_okey & Sukan RTM", "Penstriman Langsung di RTMKlik #Qatar2022 #FIFA22 pic.twitter.com/6CIO0yCjuX", "— RTM Malaysia (@RTM_Malaysia) March 27, 2022", "Negara-negara yang telah layak adalah Jerman, Denmark, Brazil, Perancis, Belgium, Croatia, Sepanyol, Serbia, England, Switzerland, Belanda, Argentina, Iran, Republik Korea, Jepun, Arab Saudi, Ecuador, Uruguay dan Kanada.", "Sementara itu, sembilan lagi pasukan yang layak akan diketahui pada awal pagi Rabu (waktu Malaysia) nanti setelah selesai perlawanan play-off atau kelayakan masing-masing.", "Kesemua 29 pasukan ini akan disusun berdasarkan kedudukan ranking dunia yang dikemaskini oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 31 Mac nanti.", "Kemudiannya, 29 pasukan tersebut akan dibahagikan kepada empat balang dimana Qatar selaku tuan rumah akan diletakkan di posisi A1 dalam Balang 1 dan diikuti dengan tujuh pasukan terbaik.", "🤩 Canada reach the men's #WorldCup for the first time since 1986#WCQ | #WorldCup | @CanadaSoccerEN pic.twitter.com/7iiHTZtwxY", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 27, 2022", "Seterusnya, pasukan yang menghuni kedudukan kesembilan hingga ke-16 terbaik akan diletakkan di dalam Balang 2 sementara kedudukan ke-17 hingga ke-24 akan diletakkan dalam Balang 3.", "Akhir sekali, Balang 4 pula akan diisi oleh pasukan yang menduduki tempat ke-25 hingga ke-29 ditambah dengan slot untuk dua pasukan daripada pemenang play-off antara benua (intercontinental) serta satu pemenang play-off UEFA.", "Selepas itu, undian akan dijalankan dengan mencabut setiap pasukan daripada setiap balang untuk diisi dalam Kumpulan A, B, C, D, E, F, G dan H.", "Untuk makluman semua, saingan Piala Dunia pada kali ini akan dilangsungkan bermula 21 November sehingga 18 Disember 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321994/", "headline": "\nSafuwan Baharudin Harungi Tahun Ke-12 Dalam Liga Malaysia Bersama Negeri Sembilan\n", "content": ["Pertahanan skuad kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin sudah tidak asing dalam kancah bola sepak tanah air dan tahun ini bakal menjadi tahun ke-12 buat dirinya beraksi di Liga Malaysia.", "Pertahanan berusia 32 tahun ini disahkan kekal beraksi di Malaysia apabila pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat pada tahun lalu, Negeri Sembilan FC mengumumkan secara rasmi mendapatkan khidmatnya.", "“Safuwan Baharudin akan beraksi bersama Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Malaysia 2023,” tulis kenyataan kelab berjulukan The Jangs itu menerusi pelbagai platfrom media sosial rasminya pada hari ini.", "MUHAMMAD SAFUWAN BAHARUDIN, HERE WE POIE!🟡⚫🔴", "Safuwan Baharudin akan beraksi bersama Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Malaysia 2023.", "Safuwan bukanlah nama asing dalam saingan Liga Malaysia. Beliau pernah beraksi bersama pasukan PDRM FC, Sri Pahang FC dan Selangor FC. pic.twitter.com/OTIh0i6sBX", "— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 22, 2023", "Melalui pengumuman terbabit, Negeri Sembilan menjadi pasukan keempat yang disertai oleh Safuwan di Malaysia selepas PDRM FA, Pahang dan Selangor FC.", "Antara tahun 2012 hingga 2015, Safuwan beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama pasukan Lions XII – pasukan jemputan yang dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).", "Ketika awal tahun 2015, Safuwan pernah berkelana seketika di bumi Australia dengan menyertai Melbourne FC secara pinjaman. Namun setelah tamat tempoh pinjaman terbabit, Safuwan kembali bersama Lionx XII.", "Untuk makluman semua, kedatangan Safuwan menjadikan Negeri Sembilan memiliki lima pemain import bagi mengharungi saingan musim ini.", "Empat pemain import yang telah ditandatangani oleh Negeri Sembilan ialah Herold Goulon (kekal), Levy Madinda (pinjam daripada JDT), Casagrande (berpindah dari Penang FC) dan Vinicius Leonel (berpindah dari kelab di Brazil).", "Sebagai rekod, pada awalnya Negeri Sembilan hanya bercadang untuk menggunakan khidmat pemain import seramai tiga orang sahaja namun menghampiri penutupan jendela perpinhan kali ini, mereka membuat ‘u-turn’ dan meningkatkannya kepada lima orang pemain."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324983/", "headline": "\nLebih 125 Permohonan Geran Padanan Sukan Diterima – Hannah\n", "content": ["Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan bahawa sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk disalurkan menerusi Geran Padanan Sukan (GPS) untuk memastikan industri sukan terus berdaya saing.", "Tambah Hannah, sudah lebih 125 permohonan GPS diterima dan kementeriannya telah meluluskan kumpulan pertama pemohon berkelayakan setakat ini.", "“Kalau tak silap saya, lebih daripada 125 (permohonan diterima). Saya tiada nombornya secara spesifik. First batch (kumpulan pertama yang memohon) telah kami luluskan.” ujar Hannah ketika ditemui para wartawan. ", "GPS akan disalurkan kepada para pemohon berkelayakan yang terdiri daripada persatuan sukan, badan bukan kerajaan dan penganjur swasta dengan jumlah maksimum sebanyak RM1 juta akan diberikan dengan kaedah tuntutan bayaran balik (reimbursement).   ", "Difahamkan GPS akan diberikan kepada pemohon yang dapat menepati salah satu daripada dua faktor utama iaitu dapat menaikkan ranking atlet negara dan membangunkan ekonomi negara. ", "Dalam pada itu, Hannah turut menyeru agar lebih banyak sukan diadakan di kawasan tumpuan umum seperti pusat membeli-belah yang dapat menarik lebih ramai pengunjung sekaligus meningkatkan lagi ekonomi negara.", "Kementerian Belia dan Sukan telah menerima peruntukan sejumlah RM40 juta dari Belanjawan 2023 untuk menggerakkan inisiatif Geran Padanan Sukan (GPS).", "Geran Padanan Sukan merupakan satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada Syarikat, pic.twitter.com/ebgadJNBw6", "— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) June 15, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218036/", "headline": "\nFIFA Benar Bawa 26 Pemain Ke Saingan Piala Dunia 2022 Qatar\n", "content": ["Badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan setiap pasukan untuk membawa seramai 26 pemain menyertai saingan Piala Dunia 2022 Qatar kelak.", "Perkara tersebut diumumkan selepas Biro Majlis FIFA yang terdiri daripada Presiden FIFA serta enam presiden konfederasi meluluskan perkara tersebut, semalam.", "Difahamkan, perubahan tersebut dilakukan oleh FIFA bagi memberikan fleksibiliti disebabkan penganjuran saingan Piala Dunia kali ini berlangsung pada waktu yang unik dan kesan daripada pandemik Covid-19.", "Bureau of FIFA Council approves increase of @FIFAWorldCup squads to 26 players", "— FIFA Media (@fifamedia) June 23, 2022", "Untuk makluman semua, perubahan ini menjadikan saiz skuad Piala Dunia pada kali ini bertambah seramai tiga pemain berbanding edisi terdahulu – 23 pemain sahaja.", "Semantara itu, dalam kenyataan yang sama, FIFA turut memaklumkan, bangku simpanan semasa perlawanan Piala Dunia kelak hanya boleh diisi tidak melebihi 26 individu dimana 15 daripadanya merupakan pemain gantian sementara baki 11 lagi adalah pegawai pasukan.", "Sebagai tambahan, saingan Piala Dunia 2022 ini akan berlangsung bermula 21 November hingga 18 Disember kelak.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321902/", "headline": "\nTroussier Setuju Bimbing Skuad Senior & B23 Vietnam Sehingga Julai 2026\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Perancis, Philippe Troussier dikhabarkan telah mencapai persetujuan bersama Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) untuk membimbing skuad senior kebangsaan dan bawah 23 tahun (B-23) negara berkenaan.", "Menurut beberapa laporan portal berpangkalan di Vietnam, Troussier dan VFF bersetuju dengan tempoh kontrak lebih dari tiga tahun yang bermula dari 1 Mac 2023 hingga 31 Julai 2026.", "Difahamkan, satu majlis perlantikan dan pengenalan jurulatih yang bakal menjengah usia 68 tahun itu akan dibuat secara rasmi pada 26 Februari kelak.", "OFFICIAL: Philippe Troussier has officially become the head coach of Vietnam's U23 and National Football Team! 🇫🇷🇻🇳 ", "Will he lead Vietnam's football to even more success in the future? pic.twitter.com/1McZX1QhYF", "— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) February 16, 2023", "Antara tugasan awal buat Troussier adalah mempersiapkan skuad B23 Vietnam untuk menghadapi temasya Sukan SEA Kemboja 2023 yang akan bermula pada Mei nanti.", "Untuk makluman semua, Vietnam merupakan pemenang pingat emas bagi acara bola sepak lelaki pada edisi Sukan SEA Hanoi 2021.", "Sebagai tambahan, badan induk bola sepak Vietnam terpaksa mencari pembimbing baharu terutamanya bagi skuad seniornya selepas ketua jurulatihnya sebelum ini, Park Hang-seo tidak melanjutkan kontraknya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221256/", "headline": "\nPiala Dunia Hoki: Malaysia Umum 20 Pemain Yang Akan Diterbangkan Ke India\n", "content": ["Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tampil mengumumkan senarai 20 pemain yang terpilih untuk membarisi skuad kebangsaan bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Lelaki FIH 2023 Bhubaneswar – Rourkela, India bermula 13 hingga 29 Januari kelak, pada hari ini.", "Pengumuman terbabit dibuat oleh Pengurus Pasukan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan merangkap Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan, Dato’ Mirnawan Nawawi dalam satu sidang media di Pejabat KHM. ", "Senarai itu dimulai dengan dua penjaga gol iaitu Muhammad Hafizuddin Othman dan Adrian Andy Albert.", "Seterusnya, senarai itu diisi pula dengan enam pertahanan yang terdiri daripada Muhammad Razie Abd Rahim, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Aminuddin Mohd Zain dan Muhammad Amirul Hamizan Azahar.", "Manakala, untuk posisi pemain tengah pula, seramai lima pemain terpilih iaitu Meor Muhammad Azuan Hassan, Faiz Helmi Jali, Muhammad Firhan Ashaari, Mohamad Ashran Hamsani dan Muhammad Najib Abu Hassan.", "The Hockey World Cup … here are the lads who will be in Malaysian colours for the FIH Odisha Men's Hockey Worls Cup 2023 in India #MalaysianHockeyConfederation #WorldCup2023 #MalaysianTigers #MalaysianHockey pic.twitter.com/OpuIadtIzj", "— MHC (@hockeymalaysia) December 29, 2022", "Akhir sekali, Faizal Saari, Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Muhamad Ramadan Rosli dan Shello Silverius melengkapkan senarai itu selaku penyerang bagi skuad berjulukan Speedy Tigers ini.", "Pada masa yang sama, Mirnawan yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan turut mengumumkan Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim dan Shahmie Irfan Suhaimi yang merupakan penyerang sebagai pemain simpanan yang sedia untuk menggantikan mana-mana pemain di atas sekiranya diperlukan.", "Pada masa yang sama, ketua jurulatih, Arul Selvaraj turut memaklumkan Malaysia akan turun menentang Sepanyol pada 11 Januari sebagai aksi pemanas badan sebelum mengharungi kejohanan terbabit.", "Bagaimanapun, pihaknya belum menentukan samada untuk turun beraksi secara perlawanan penuh (60 minit) atau bermain tiga suku sahaja (45 minit) pada perlawanan tersebut.", "Untuk makluman semua, hasil undian yang telah keluar pada September lalu menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Pool C bersama-sama Belanda, New Zealand dan Chile.", "Sebagai tambahan, Malaysia berjaya layak ke saingan Piala Dunia ini selepas mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia 2022, pada Mei lalu.", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219186/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Axelsen Rekod Tanpa Kalah Kepada 16 Perlawanan, Liew Daren Kandas Di Pusingan 64\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.1 dunia, Viktor Axelsen melebarkan rekod tanpa kalahnya menjadi 16 perlawanan berturut-turut dalam perlawanan pertamanya di Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Pemain Denmark ini belum merekodkan sebarang kekalahan bermula saingan Indonesia Masters, Terbuka Indonesia dan Terbuka Malaysia turut berentap menentang pemain senior negara, Liew Daren yang ranking ke-29 dunia pada pusingan 64, hari ini. ", "Dan ianya bukanlah menjadi cabaran yang besar buat Axelsen apabila dia menetapi ramalan berhasil meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-12 dalam tempoh 42 minit permainan.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022MS – Round of 6421 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅16 12 🇲🇾Daren LIEW", "🕗 in 42 minutes https://t.co/7tC6tbEqfo", "— BWFScore (@BWFScore) August 22, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan ketujuh melibatkan Daren dan Axelsen di kesemua kejohanan antarabangsa. Dan ini menjadi kekalahan keenam buat Daren di tangan Axelsen.", "Untuk makluman, Daren pernah meraih satu kemenangan ke atas Axelsen dan ianya berlaku sekitar sedekad yang lalu ketika beraksi di kejohanan Terbuka Perancis 2012. Dalam perlawanan tersebut, Daren menang secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-17.", "Sementara itu, Axelsen yang meraih kemenangan pada hari ini akan mara ke Pusingan 32. Di peringkat ini, dia akan bertemu samada pemain Belanda, Mark Caljouw atau pemain Singapura, Jason Teh Jia Heng untuk merebut tempat ke Pusingan 16."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324026/", "headline": "\nPiala Remaja Asia: Skuad Hoki Negara Belasah Uzbekistan\n", "content": ["Skuad hoki remaja lelaki Malaysia memulakan kempen Piala Remaja Asia 2023 dengan langkah kanan apabila berjaya membelasah Uzbekistan pada aksi pembukaan Kumpulan B di Oman, semalam.", "Skuad kendalian Amin Abdul Rahim itu menjaringkan lapan gol menewaskan negara Asia Tengah itu termasuk jaringan hatrik daripada pemain berjersi No.6, T. Perabu dan kini mendahului kedudukan kumpulan.", "Selain T. Perabu, lima lagi jaringan Malaysia dihasilkan oleh Alfarico Liau, Shahmie Irfan, Che Nur Aqilrullah, Mughni Kamal dan Adam Ashraf dalam keempat-empat suku perlawanan. ", "Uzbekistan berjaya menjaringkan gol tunggal saguhati pada minit ke-55 menerusi pemain berjersi No.5 mereka, Kakharamonov Shavkatjon sekaligus menamatkan aksi yang berlangsung di Kompleks Belia Kebudayaan dan Hiburan Sultan Qaboos dengan keputusan 8-1. ", "Malaysia bakal bertemu Bangladesh yang berjaya menewaskan tuan rumah, Oman dengan keputusan 2-0 pada perlawanan seterusnya untuk mengekalkan momentum dan terus mendahului Kumpulan B.  ", "Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara Piala Remaja Asia pada tahun 2012 selepas menewaskan Pakistan ketika menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut di Melaka.", "Untuk pengetahuan semua, skuad hoki remaja yang beraksi semalam juga merupakan skuad yang sama mewakili Malaysia dalam temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang menyaksikan mereka menggondol pingat emas buat kontinjen negara.", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112874/", "headline": "\nPiala Uber 2020: Pemain Muda Malaysia Kutip Pengalaman Berharga Menentang China\n", "content": ["Tiada sebarang mata dikutip oleh pasukan Malaysia ketika turun menentang China pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D pada kejohanan Piala Uber 2020.", "Malaysia yang dibarisi oleh rata-rata pemain muda terpaksa akur tumpas dalam kelima-lima perlawanan yang berlangsung di Ceres Arena, Denmark. Walaupun kalah, majoriti pemain muda mendapat pengalaman dan peluang berharga menentang barisan ‘top player’ China tersebut. ", "Eoon Qi Xuan turun pada perlawanan pertama, tumpas kepada  Chen Yu Fei yang merupakan pemain nombor 2 dunia merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan keputusan 13-21 dan 11-21. ", "Perlawanan kedua melibatkan ‘scratch pair’ Lee Meng Yean-M. Thinaah menentang Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting yang menduduki ranking ke-21 dunia. Mereka turut kalah ‘straight set’ 12-21 dan 17-21.", "Pada perlawanan ketiga, Malaysia menurunkan pemain remaja, Siti Nurshuhaini Azman untuk menentang He Bing Jiao yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik baru-baru ini. Nurshuhaini yang berada di kedudukan ke-455 dunia tumpas dengan keputusan 8-21 dan 3-21 kepada pemain No.9 dunia itu.", "Perlawanan keempat mempertemukan ‘scratch pair’ daripada kedua-dua pasukan iaitu Teoh Mei Xing-Go Pei Kee menentang Huang Dong Ping-Jia Yi Fan. Walaupun masing-masing menurunkan ‘scratch pair’, beregu China tampak lebih menyerlah dan berhasil menumpaskan Mei Xing-Pei Kee 9-21 dan 12-21.", "Perlawanan terakhir, K. Letshanaa yang berusia 18 tahun turun menentang Wang Zhi Yi yang berada di ranking ke-18 dunia tumpas dengan keputusan 15-21 dan 11-21.", "Pastinya kekalahan ini akan diambil positif oleh kesemua pemain dan barisan kejurulatihan untuk meningkatkan lagi kemahiran, kebolehan, kecergasan dan sebagainya oleh masing-masing agar dapat tampil lebih menyerlah pada masa akan datang.", "Sehubungan itu, dengan dua kekalahan di peringkat Kumpulan D, Malaysia sah tidak dapat melayakkan diri ke saingan kalah mati. Bagaimanapun, Malaysia boleh merebut tempat ketiga peringkat kumpulan apabila turun menentang Kanada pada perlawanan terakhir, Selasa nanti.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321338/", "headline": "\nEndrick Dos Santos Sertai JDT, Bakal Jadi Rakyat Malaysia – TMJ\n", "content": ["Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kemasukan seorang lagi pemain baharunya iaitu Endrick dos Santos yang merupakan kelahiran Brazil.", "Pemain tengah berusia 27 tahun ini tidak asing dalam kancah bola sepak tanah air. Sebelum ini, Endrick beraksi selama tiga musim bersama Penang FC serta Selangor FC dan Felcra FC selama satu musim masing-masing.", "A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)", "Kemasukan Endrick ke skuad Harimau Selatan diumumkan secara rasmi menerusi video yang membawa pemain tersebut menaiki limosin dan memasuki Stadium Sultan Ibrahim berdurasi 35 saat di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "Pada masa yang sama, pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran video terbabit mendedahkan Endrick akan mendapat kerakyatan dan menjadi rakyat Malaysia.", "Untuk makluman, Endrick yang beraksi di Malaysia sejak tahun 2018 telah mencukupi syarat yang ditetapkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menaturalisasikannya.", "Selain itu, TMJ turut mendedahkan juara Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut itu akan mendatangkan tiga lagi pemain baharu pada jendela perpindahan kali ini.", "Featured Image: Penang FC & HRH Crown Prince of Johor"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322098/", "headline": "\nQatar Mengesahkan Piala Asia 2023 Bermula 12 Januari 2024\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) mengumumkan secara rasmi tarikh berlangsungnya kejohanan Piala Asia 2023.", "Menerusi makluman rasmi negara hos berkenaan, kejohanan yang diadakan empat tahun sekali itu akan berlangsung bermula 12 Januari dan tamat pada 10 Februari 2024.", "Perkembangan itu dikongsikan oleh QFA menerusi satu makluman di laman sesawang rasminya sekitar tengah malam tadi.", "📄 Local Organising Committee formed for AFC Asian Cup Qatar 2023", "H.E. Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani has been appointed as Chairman of the LOC, and Mansoor Al Ansari as the Managing Director#AsianCup2023 pic.twitter.com/qbFVp5iMXp", "— Qatar Football Association (@QFA_EN) February 28, 2023", "Dalam kenyataan itu juga, QFA turut mengumumkan pembentukan Ahli Jawatankuasa Penganjuran Tempatan (LOC) Piala Asia 2023 yang akan diterajui oleh Presiden QFA, Sheikh Hamad Bin Khalifa Bin Ahmed Al Thani selaku pengerusi.", "Untuk makluman semua, Qatar diumumkan memenangi bidaan menjadi hos Piala Asia 2023 pada Oktober tahun lalu setelah mengetepikan dua lagi pembida, Indonesia dan Republik Korea.", "Kejohanan ini akan turut disertai oleh skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon serta tiga negara lain asia tenggara iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208560/", "headline": "\nSebelum Ini Bulu Ketiak, Kali Ini Jari Kaki – Klopp ‘Redha’ Keputusan VAR\n", "content": ["Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya menerima dengan hati terbuka dua keputusan video assistant referee (VAR) membatalkan dua gol dijaringkan oleh pemainnya ketika menentang Brighton.", "Gol pertama yang dibatalkan merupakan jaringan Mohamed Salah sekitar minit ke-33 permainan di mana ulang tayang VAR menunjukkan hujung but atau kakinya melebihi pertahanan pihak lawan.", "Gol kedua yang dibatalkan pula sekitar minit ke-83 permainan apabila Sadio Mane didapati oleh VAR berada di kedudukan offside sebelum menanduk masuk bola sepakan percuma oleh Jordan Henderson.", "A fascinating interview between Jurgen Klopp and @TheDesKelly discussing Liverpool's draw with Brighton, the Reds' injuries and fixture schedule. pic.twitter.com/s0BhahlUsP", "“Kami sudah lalui (jaringan) kami (batal) disebabkan bulu ketiak, logo kelab (di baju), hari ini (jaringan) kami (batal) disebabkan jari kaki. Begitulah. Saya fikir keputusan itu tepat.” kata Klopp kepada BT Sport selepas perlawanan.", "Hasil keputusan VAR tersebut memaksa juara bertahan menerima hakikat terikat 1-1 dengan skuad Seagulls dalam aksi yang berlangsung pada malam tadi.", "The Seagulls snatch a late point but the champions still return to the top of the #PL table 📈#BHALIV pic.twitter.com/wqEsHNdO9W", "Bagaimanapun, The Kops masih mendahului kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kutipan 21 mata sekurang-kurangnya sehingga malam ini.", "Anda boleh menonton highlight perlawanan di antara Liverpool dan Brighton pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111381/", "headline": "\nMotoGP: Cal Crutchlow Sertai Petronas SRT Untuk 3 Perlumbaan Berikutnya\n", "content": ["Petronas SRT mengumumkan bekas pelumba Honda, Cal Crutchlow akan menjadi taruhan mereka untuk tiga perlumbaan berikutnya dalam saingan MotoGP.", "Perkembangan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Petronas SRT menerusi pelbagai platform media sosial milik mereka, hari ini.", "Crutchlow to join PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team for next 3 racesPETRONAS Yamaha SRT welcomes @calcrutchlow to the Malaysian squad as stand-in for @FrankyMorbido12, who continues his recovery from left knee surgery.📄https://t.co/WMjnbw78Pc#MotoGP | #PETRONASmotorsports pic.twitter.com/cp59AGhDay", "Crutchlow yang juga merupakan test rider bagi Petronas SRT dipilih bagi menggantikan Franco Morbidelli yang perlu menjalani rehat selepas pembedahan lutut kirinya.", "Pelumba berusia 35 tahun ini akan mewakili Petronas SRT untuk mengharungi dua perlumbaan di Spielberg, Austria iaitu Styria GP dan Austria GP. ", "Sebuah lagi perlumbaan adalah di negara kelahirannya iaitu Litar Silverstone, British GP.", "Ketiga-tiga perlumbaan tersebut akan berlangsung pada 8 Ogos, 15 Ogos dan 29 Ogos masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321349/", "headline": "\nPenyerang Spurs, Harry Kane Dilantik Duta AIA\n", "content": ["Kumpulan insurans hayat pan-asia, AIA Group Limited atau dikenali sebagai AIA melantik penyerang Tottenham Hotspur dan kapten skuad kebangsaan England, Harry Kane sebagai Duta AIA.", "Perlantikan Kane sebagai dutanya hasil daripada kerjasama AIA dengan penyerang itu melalui kelabnya yang terkenal dengan julukan Spurs selama 10 tahun.", "AIA dan Harry berkongsi matlamat yang sama untuk menangani kesihatan mental dan daya tahan. AIA akan bekerjasama dengan Yayasan Harry Kane (HKF) untuk memperjuangkan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan mental melalui perkongsian tersebut.", "Kempen ini akan dimulakan dengan sebuah animasi yang dihasilkan sendiri oleh Harry bertajuk Harry Kane: Resilience yang bertujuan mempromosikan kepentingan pemikiran positif, kepercayaan diri serta mendapatkan sokongan daripada orang lain.", "Sebagai rekod, AIA merupakan Rakan Kongsi Utama Global Tottenham Hotspur sejak 2013.", "Kerjasama atau perkongsian itu telah menjadi sebuah platform bagi mengukuhkan lagi penglibatan dengan komuniti AIA di seluruh rantau Asia. Di samping itu, klinik-klinik bola sepak popularnya juga telah memberi manfaat kepada 80,000 kanak-kanak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218773/", "headline": "\nSukan Komanwel: Aaron-Wooi Yik Tundukkan Beregu No.1 India Kali Kelima Berturut-Turut\n", "content": ["Beregu No.1 India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty terpaksa akur tumpas buat kali kelima berturut-turut di tangan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Pasangan yang menghuni ranking ketujuh dunia itu mengalami kekalahan terbarunya di tangan beregu utama Malaysia dalam perlawanan pertama peringkat akhir acara badminton berpasukan Sukan Komanwel Birmingham 2022, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, gandingan Satwiksairaj-Chirag terpaksa akur tumpas secara “straight set” dengan skor 21-18 dan 21-15.", "RESULTS: #Birmingham2022 FINAL#MAS🇲🇾 1-0 #IND🇮🇳 ", "Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-18 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/pQeraNlO8U", "— BAM (@BA_Malaysia) August 2, 2022", "Kemenangan diraih Aaron-Wooi Yik ini membolehkan Malaysia mendahului 1-0 ke atas India dalam perlawanan yang merebut kilauan pingat emas ini. ", "Sebagai rekod, empat pertemuan lalu yang menyaksikan Satwiksairaj-Chirag tumpas kepada Aaron-Wooi Yik berlangsung di Kejohanan Badminton Asia 2022, Terbuka Perancis 2021, Terbuka Thailand 2021 dan Terbuka India Antarabangsa 2017.", "Seterusnya, perlawanan kedua melibatkan pertembungan antara perseorangan wanita daripada pasukan masing-masing.", "Malaysia mempertaruhkan pemain yang berada di ranking ke-60 dunia, Goh Jin Wei manakala India pula meletakkan perseorangan No.7 dunia, Pusarla Venkata Sindhu.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202032/", "headline": "\nIndonesia ‘Berjodoh’ Dengan Malaysia Di Piala Thomas & Uber\n", "content": ["Musuh serantau, Indonesia bakal menjadi halangan buat skuad Piala Thomas dan Uber negara apabila kedua-dua negara diundi bersama-sama dalam satu kumpulan bagi menghadapi saingan yang bakal berlangsung di Aarhus, Denmark bermula 3 Oktober nanti.", "Bagi kempen Piala Thomas, Malaysia turut akan menghadapi cabaran dua negara Eropah, Belanda dan England dalam kumpulan A.", "Selain Indonesia, Korea Selatan dan Australia bakal menjadi lawan skuad wanita negara yang diundi dalam kumpulan B.", "Andai disingkap kembali perjalanan kedua-dua pasukan untuk layak secara merit ke saingan di Aarhus itu, skuad lelaki negara melakar kejutan mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2020 di Filipina.", "Skuad yang diketuai Lee Jii Zia itu menumbangkan gergasi badminton dunia, Jepun pada aksi separuh akhir dengan keputusan 3-0 yang mana Jii Zia menundukkan Kanta Tsuneyama 21-11, 8-21, 21-11.", "Dua lagi mata buat skuad negara dihadiahkan oleh pasangan utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan kedua, Cheam June Wei. ", "Kecemerlangan itu gagal diulangi pada aksi final setelah skuad negara kecundang 1-3 di tangan Indonesia.", "Skuad wanita negara turut sama melakar kejutan apabila layak secara merit berikutan kemaraan mereka ke separuh akhir walaupun kemudiannya kecundang 0-3 bertemu Jepun.", "Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 sepatutnya berlangsung pada Mei 2020, namun wabak COVID-19 yang melanda memaksa saingan dijadualkan semula ke bulan Oktober nanti.", "Berikut adalah keputusan penuh undian:", "Indonesia, Malaysia, Belanda & England", "China, Chinese Taipei, Australia & Perancis", "Denmark, India, Germany & Algeria", "Jepun, Korea Selatan, Thailand & Canada", "Jepun, Chinese Taipei, Mesir & Sepanyol", "Korea Selatan, Indonesia, Australia & Malaysia", "Thailand, Denmark, Scotland & Canada", "China, India, Perancis & Jerman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216181/", "headline": "\nAll England 2022: Dikejutkan Beregu Indonesia, Yew Sin-Ee Yi Terus Kempunan Pentas Suku Akhir\n", "content": ["Beregu bebas (independent) negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terus kempunan untuk merasai aksi di pentas suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) apabila disingkirkan secara mengejut di Pusingan 16, sebentar tadi. ", "Lebih mengejutkan, Yew Sin-Ee Yi yang berada di kedudukan kesebelas dunia merangkap pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini dikejutkan oleh beregu Indonesia yang berada di ranking lebih rendah dari mereka, ranking ke-28 dunia, Muhammad Shohibul Fikri dan Bagas Maulana.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2022MD – Round of 16 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅24 13 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅22 21 17 🇲🇾Yew Sin ONG 🇲🇾Ee Yi TEO🕗 in 55 minutes https://t.co/jOD0sY8tMy", "Perlawanan yang berlangsung di Gelanggang 1, Utilita Arena, Birmingham itu menyaksikan mereka tumpas dengan skor 22-24, 21-13 dan 17-21 dalam tempoh permainan yang menghampiri satu jam. ", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan kedua-dua beregu dari Malaysia dan Indonesia ini di kejohanan antarabangsa.", "Sebagai rekod, Yew Sin-Ee Yin telah menyertai enam edisi kejohanan All England sejak tahun 2017. Bagaimanapun, Pusingan 16 kekal menjadi peringkat tertinggi yang pernah mereka beraksi di saingan badminton tertua di dunia ini.", "Sementara itu, Shohibul Fikri-Bagas Maulana akan berhadapan samada beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi (ranking keempat) atau beregu England, Ben Lane dan Sean Vendy (ranking ke-18) di peringkat suku akhir kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322563/", "headline": "\nMarc Marquez Selesai Dibedah, Terlepas Perlumbaan Argentina GP\n", "content": ["Pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez tidak akan beraksi dalam perlumbaan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2023 iaitu Argentina GP yang akan berlangsung pada penghujung minggu ini.", "Pengesahan itu hadir menerusi makluman daripada pasukannya selepas Marquez selesai menjalani pembedahan pergelangan tangan di Hospital Internacional Ruber, Madrid.", "Buat masa ini, Marquez akan memberikan tumpuan penuh kepada sesi pemulihan sebelum kembali dalam keadaan terbaik untuk pusingan berikutnya.", "Untuk makluman semua, pelumba berusia 30 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami patah tulang ibu jari tangan kanannya selepas terlibat dalam insiden pada perlumbaan Portugal GP, Ahad lalu.", "Featured Image: Repsol Honda Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216859/", "headline": "\nKetua Jurulatih MUFC Ditamatkan Kontrak Ekoran Hanya Kutip 1 Mata\n", "content": ["Pengendali Melaka United FC (MUFC), Risto Vidakovic menjadi ketua jurulatih pertama yang membimbing pasukan Liga Malaysia ditamatkan kontrak secara awal, musim ini.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, pengendali dari Bosnia & Hezegovina itu ditamatkan kontrak oleh skuad Hang Tuah ekoran daripada prestasi yang tidak memberangsangkan dengan hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan awal liga.", "Disebabkan prestasi itu, MUFC menghuni tangga kesepuluh liga – berada di atas Sarawak United yang turut mempunyai satu mata serta Terengganu tanpa mata yang kekurangan dua perlawanan. ", "📊 KEDUDUKAN – LS4#LigaSuper2022 pic.twitter.com/DdTGKWAySA", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 10, 2022", "“Khidmat dia (Vidakovic) bersama MUFC ditamatkan bermula kelmarin susulan prestasi pasukan yang hanya mengutip satu mata selepas empat perlawanan dalam Liga Malaysia musim ini.", "“Penamatan kontrak ini adalah hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak,” kata pemilik MUFC, Datuk Seri Justin Lim seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.", "Bagaimanapun, dalam laporan yang sama, ramai yang melihat penamatan kontrak ini ada kaitan dengan tindakan Vidakovic mendedahkan mengenai isu gaji pemain secara terbuka baru-baru ini.", "Pada masa yang sama, Justin merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MUFC memaklumkan, buat masa ini, pasukannya itu akan dibimbinng oleh penolong ketua jurulatih, Mohd. Asri Niggal sehingga perlantikan ketua jurulatih baharu diumumkan kelak.", "Sebagai rekod, Vidakovic yang berusia 53 tahun baru sahaja diumumkan dilantik sebagai ketua jurulatih MUFC pada 22 Januari lalu menggantikan Zainal Abidin Hasaan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322622/", "headline": "\nManchester United Bakal Hadapi Kelab Milik Ryan Reynolds di Stadium Snapdragon\n", "content": ["Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United mengumumkan bakal mengadakan aksi pramusim mereka menentang kelab milik Ryan Reynolds, Wrexham di Stadium Snapdragon, San Diego pada Julai nanti. ", "Menurut laman sesawang rasmi kelab, ini merupakan perlawanan pertama skuad kendalian Erik Ten Hag bagi siri Jelajah Musim Panas 2023 di Amerika Syarikat yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai kelak. ", "Pengarah Bola Sepak Manchester United, John Murtough berkata, perlawanan ini akan memberi peluang kepada para pemain akademi berbakat untuk merasai suasana bermain dengan skuad utama.", "🍿 The collab you didn't know you needed… ", "Starring: @VancityReynolds, @RMcElhenney and The Boss 😎 ", "🏟️ Snapdragon Stadium, San Diego🗓️ 25 July🧠 The mind games have begun#MUFC || #MUTOUR23", "— Manchester United (@ManUtd) March 27, 2023", "Perlawanan ini bakal diadakan di Stadium Snapdragon, dahulunya dikenali sebagai Aztecs Stadium sebelum dibeli hak penamaannya oleh syarikat digital multinasional, Qualcomm Technologies Inc. bernilai AS$45 juta selama 15 tahun. ", "Bintang filem Deadpool itu bersama rakan pelakonnya, Rob McElhenney menerusi entiti syarikat bersama RR McReynolds telah mengambil alih tampuk kepimpinan Wrexham setelah membelinya dari penyokong Wales pada November 2020. ", "Kelab ketiga tertua di dunia itu semakin mendapat perhatian umum apabila transformasi yang dibawa gandingan Hollywood terhadap ekosistem bola sepak Wrexham dalam misi untuk mendaki piramid Liga Inggeris. ", "Pada saat ini, Wrexham sedang bertarung untuk muncul juara Liga Nasional Vanarama 2022/23. Mereka menduduki tangga kedua liga dengan kutipan 39 mata disamping memiliki berkelebihan dua perlawanan berbanding pendahulu liga, Notts County."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215235/", "headline": "\nHukum? Gantung? Kalau TMJ Nak Pergi Stadium Tengok Bola Di Johor Siapa Berani Tahan?\n", "content": ["Sekiranya pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) dikenakan hukuman gantung daripada sebarang aktiviti bola sepak, siapakah yang berani menahan baginda daripada berbuat demikian?", "Persoalan ini diutarakan oleh pemilik Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC), Norizam Tukiman menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya hari ini, mengenai isu hukuman kepada Tunku Ismail setelah mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya dalam satu temu ramah, baru-baru ini.", "“Kalau nak gantung pun, fikir la betul-betul logik ke tak? Baginda Tunku Mahkota Johor (TMJ), kalau nak pergi stadium kat Johor tengok bola ada sesiapa berani nak tahan?” tulis pemilik yang turut dikenali sebagai Zamsaham itu.", "“Baginda juga pemilik JDT yang terlibat dalam uruskan pasukan. Ingat technical director (TD), sporting director, manager (pengurus) dan semua kat sana akan buat keputusan tanpa rujuk kepada TMJ?” ", "“Jadi apa guna kalau gantung? Memang tiada faedah. Sebab baginda ada ‘spirit’ dalam kemajuan bola sepak JDT. Kita patut fikir dengan logik dan terima pandangan TMJ. Takkan kritikan yang konstruktif pun tak nak terima?” tambahnya lagi.", "Pada masa yang sama, Norizam turut menyoal kewajaran hukuman kepada pemilik kelab apabila mengkritik atau memberikan pandangan terhadap bola sepak Malaysia.", "“Kita kritik bukan sekadar kritik untuk cari publisiti. Ada sebab kita bercakap. Lebih-lebih lagi, hari ni kita memasuki era penswastaan. Bagilah ruang masa nak bermula ni.” ujarnya.", "#KualaLumpur Khalid Ali menuntut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan bagaimana beberapa statut berhubung Artikel 61, 82 dan 88 berfungsi terhadap pemilik kelab dalam saingan Liga Malaysia sekiranya didapati mengkritik badan induk itu.https://t.co/9SvvyVJZNJ", "Awal Februari ini, sebuah akbar tempatan melaporkan bekas pemain kebangsaan, Khalid Alid mempersoalkan mengapa tiada tindakan oleh FAM dikenakan ke atas TMJ selaku pemilik kelab apabila melontarkan kritikan terbabit berdasarkan beberapa klausa dalam Statut FAM.", "Sedangkan beberapa jurulatih mahupun pegawai telah dikenakan hukuman sebagai contoh digantung daripada terlibat sebarang aktiviti melibatkan bola sepak ekoran mengeluarkan kenyataan kepada FAM.", "Bagaimanapun, FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Saaran Nadarajah memaklumkan TMJ ‘terlepas’ daripada sebarang hukuman kerana memberikan kritikan membina untuk kebaikan dan kemajuan bola sepak negara.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215471/", "headline": "\nBATC 2022: Sze Fei-Izzuddin, Jun Hao Elakkan Malaysia Diaibkan Pasukan Pelapis Jepun\n", "content": ["Pasangan beregu serta perseorangan muda negara, Goh Sz Fei-Nur Izzuddin dan Leong Jun Hao berjaya menyelamatkan pasukan lelaki negara daripada diaibkan oleh Jepun yang dibarisi pemain-pemain pelapis dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.", "Ketika Malaysia ketinggalan 1-2, Sze Fei-Izzuddin yang turun pada perlawanan keempat berhasil merekodkan kemenangan ke atas Shuntaro Mezaki-Haruya Nishida sekaligus mengikat Jepun dengan kedudukan 2-2.", "Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking ke-17 dunia itu berjaya menundukkan lawannya menerusi tiga set permainan dengan skor yang berkesudahan 17-21, 21-17 dan 21-17.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 3-2 🇯🇵Leong Jun Hao def. Moriguchi Koshiro 21-18 21-16* Malaysia through to last four as Group B winners!#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/UOF5eOVWD9", "Memasuki perlawanan terakhir, Jun Hao berjaya menyudahkan permainan dengan merekodkan kemenangan ke atas Koshiro Moriguchi dengan pungutan mata 21-18 dan 21-16 sekaligus mengesahkan kemenangan 3-2 Malaysia ke atas Jepun.", "Pada awalnya, Malaysia terlebih dahulu mendahului 1-0 hasil sumbangan kemenangan oleh jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia yang menumpaskan Riku Hatano dengan skor 15-21, 21-6 dan 21-15 pada perlawanan pertama.", "RESULTS: #BATC2022Group B🇲🇾 1-0 🇯🇵Lee Zii Jia def. Hatano Riku 15-21 21-6 21-15#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/j7M7sW6HVV", "Bagaimanapun, percaturan Malaysia untuk menumpaskan Jepun terganggu apabila beregu No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tumpas mengejut kepada pasangan yang menduduki ranking dunia jauh lebih rendah daripadanya, Ayato Endo-Yuta Takei. ", "Lebih mengejutkan, gandingan Ayato-Yuta yang berada di ranking ke-857 ini berjaya mengalahkan Aaron Chia-Wooi Yik secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-23 dan 16-21.", "Di perlawanan ketiga pula, Aidil Sholeh turut sama gagal membenam lawannya, Koo Takahashi dimana dia tumpas d dengan keputusan 21-19, 16-21 dan 15-21 sekaligus memberikan Jepun mendahului 2-1.", "Sebagai tambahan, kemenangan 3-2 ke atas Jepun ini membolehkan Malaysia menamatkan saingan peringkat Kumpulan B selaku juara.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322799/", "headline": "\nMalayan Tigress B-17 Dibimbing Satu-Satunya Wanita Yang Mempunyai Lesen FAM A Di Malaysia\n", "content": ["Satu-satunya wanita yang mempunyai Lesen Kejurulatihan AFC/FAM A di Malaysia, Petronella Douny kini dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) negara yang baharu.", "Difahamkan ianya menjadi salah satu faktor penyumbang kepada pemilihan jurulatih berusia 36 tahun kelahiran Sabah tersebut sebagai ketua pengendali skuad berjulukan Malayan Tigress B-17 ini.", "Pengesahan perlantikan Petronella itu hadir menerusi satu makluman oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu siaran media yang dikeluarkan pada hari ini.", "Selain daripada memiliki kelayakan daripada segi lesen kejurulatihan, menurut Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell, Petronella juga pernah menggalas tugas sebagai penolong jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 pada kempen Kejuaraan AFF Wanita B-18 di Palembang, Indonesia tahun lalu.", "Tambahan pula, Petronella diketahui sebagai seorang yang memberikan komitmen tinggi dalam arena bola sepak wanita menerusi pembabitan berterusan terhadap pembangunan sukan ini di negeri kelahirannya.", "Pada masa yang sama, perlantikan Petronella ini juga sejajar dengan visi FAM untuk memperkasakan lagi bola sepak wanita dengan membina skuad bola sepak wanita kebangsaan yang terdiri daripada kaum wanita.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218856/", "headline": "\nSukan Komanwel: Larian 21.32s Russel Taib Kekang Kemaraannya Ke Peringkat Akhir 200m\n", "content": ["Atlet pecut berdarah campuran negara, Russel Taib tidak dapat melayakkan dirinya ke peringkat akhir acara 200 meter (m) lelaki di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Ini berikutan pelari berusia 24 tahun ini menamatkan lariannya di tempat keenam pada perlumbaan peringkat separuh akhir (Kelompok 1) dengan catatan masa 21.32 saat (s).", "Perlumbaan kelompok ini dimenangi oleh atlet tuan rumah, Zharnel Hughes dengan catatan masa 20.32s – terpantas di peringkat separuh akhir.", "Untuk makluman, hanya juara dan naib juara daripada 3 kelompok di sahaja yang dapat melayakkan diri ke peringkat akhir secara automatik sambil ditemani dua pelari terpantas merentasi semua kelompok di peringkat separuh akhir.", "Tujuh lagi pelari yang melayakkan diri ke peringkat akhir adalah seperti berikut:", "Sebagai rekod, larian yang dicatatkan oleh Russel di peringkat saringan sebelumnya lebih pantas berbanding di peringkat separuh akhir, 21.13s.", "Sebagai perbandingan, rekod peribadi terbaik dilakukan oleh atlet kelahiran Kuala Lumpur ini adalah 20.77s yang juga merupakan rekod kebangsaan bagi acara 200m.", "Featured Image: Instagram Russel Taib"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208023/", "headline": "\nBelanjawan 2021: RM20 Juta Diperuntukkan Sebagai Pinjaman Mudah Kepada Pengusaha Sukan\n", "content": ["Ekoran penularan pandemik Covid-19, industri sukan turut sama terjejas sepertimana sektor-sektor industri yang lain di Malaysia.", "Sehubungan itu, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengusaha-pengusaha industri sukan, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah.", "RM20 juta untuk pinjaman mudah TEKUN Sukan bagi memastikan kelansungan operator fasiliti sukan. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021", "Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, pada hari ini. ", "Ianya merupakan pinjaman di bawah skim TEKUN Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219467/", "headline": "\nChelsea Era Todd Boehly Pecat Ketua Jurulatih Buat Kali Pertama\n", "content": ["Tradisi memecat ketua jurulatih atau pengurus apabila prestasi semasa Chelsea tidak begitu memuaskan yang sebelum ini diamalkan oleh Roman Abramovich diteruskan oleh pemilik baharunya, Todd Boehly.", "Menerusi satu makluman terbaru oleh kelab berpangkalan di London itu, jodoh skuad yang terkenal dengan julukan The Blues bersama ketua jurulatihnya, Thomas Tuchel telah berakhir, hari ini.", "Pemecatan itu hadir selepas Chelsea tumpas 0-1 dalam perlawanan sulung Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dalam Kumpulan E kepada Dinamo Zagreb, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Chelsea Football Club part company with Thomas Tuchel.", "— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 7, 2022", "Selain tumpas dalam perlawanan ini, Chelsea di bawah jurulatih Jerman ini turut memulakan enam aksi awal Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan tidak begitu meyakinkan iaitu 3 kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.", "Kejayaan besar Tuchel membimbing kelab ini menjulang trofi UCL, Super Cup dan Piala Dunia Kelab FIFA pada tahun 2021 langsung tidak membuatkan kepimpinan Chelsea teragak-agak untuk memecatnya.", "Pemilikan Boehly yang merupakan ahli perniagaan dari Amerika Syarikat ini terhadap Chelsea sudah genap 100 hari. Difahamkan, Boehly percaya ini merupakan waktu yang tepat untuk melakukan transisi mencari ketua jurulatih baharu bagi mengemudi Chelsea.", "Tiada sebarang makluman mengenai jurulatih baharu yang akan dilantik oleh Chelsea buat masa ini. Untuk menghadapi perlawanan yang mendatang, dimaklumkan, persiapan itu akan dilakukan oleh barisan kejurulatihan sedia ada."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207367/", "headline": "\nSangat Berbaloi! Gaji Rossi Tidak Ditanggung Pasukan Petronas\n", "content": ["Gaji pelumba legenda, Valentino Rossi tidak berada di bawah tanggungjawab pasukan negara, Petronas Yamaha SRT walaupun bakal berlumba bersama mereka untuk saingan MotoGP, musim depan.", "Terdahulu, Rossi yang merupakan juara dunia sebanyak sembilan kali disahkan secara rasmi menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT dengan kontrak selama setahun, sabtu lalu.", "Menurut prinsipal Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata pembiayaan gaji Rossi sepanjang dia beraksi bersama pasukan Malaysia ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pasukannya yang terdahulu, Monster Energy Yamaha.", "Valentino Rossi 2021 Announcement Press Conference @ValeYellow46 and Lin Jarvis explain all about the new contract that will see The Doctor race with the Petronas Yamaha @sepangracing team in 2021.▶️ https://t.co/xuSCA0tm4R#MonsterYamaha | #MotoGP pic.twitter.com/tTnYMfuJg8", "“Pada awalnya, apabila kita ditawarkan peluang (mendapatkan) Valentino, terdapat beberapa terma dan syarat. Pada masa sama, kita juga mahukan dan tawaran itu bagus.", "“Kos untuk mendapatkan Valentino dibayar oleh pasukan pengeluar dan bukannya kita,” kata Razlan seperti dipetik dalam Berita Harian.", "Sepertimana diketahui, khabar mengenai pelumba berusia 41 tahun ini untuk menyertai Petronas Yamaha SRT telah lama bertiup. Dan ianya diikuti dengan beberapa siri perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak.", "It's a battle of the Yamahas from the front row! ⚔️@FrankyMorbido12 starts from pole ahead of @FabioQ20 and @ValeYellow46! 🔥#CatalanGP 🏁 pic.twitter.com/OCrxdjEBIj", "“Ini membabitkan kontrak antara Yamaha dan Valentino, Yamaha dan SIC dan Valentino bersama SIC. Dia bukannya seorang pelumba biasa, ini Valentino, jadi (perbincangan) menjadi agak lama, namun akhirnya kita menandatanganinya,” jelas Razlan.", "Sementara itu, mengenai tempoh kontrak selama setahun di antara Rossi dan Petronas Yamaha SRT, Razlan berkata pihaknya akan melihat perkembangannya daripada satu perlumbaan ke perlumbaan yang lain sebelum meneruskannya atau tidak untuk musim-musim berikutnya.", "Dengan pengumuman kemasukan Rossi ke pasukan Petronas Yamaha SRT ini, dia kekal menunggang jentera YZR-M1 dan akan bergandingan bersama bekas anak didiknya, Franco Morbidelli.", "Featured Image: Monster Energy Yamaha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112895/", "headline": "\nPiala Thomas 2020: Ketahui Ranking & Pencapaian Terakhir Barisan Pemain Lelaki Pasukan Malaysia\n", "content": ["Kejohanan badminton berpasukan lelaki, Piala Thomas 2020 yang berlangsung di Aarhus, Denmark telah membuka tirainya pada Sabtu lalu. Namun Malaysia yang berada di dalam Kumpulan D akan turun buat pertama kali pada awal pagi Rabu nanti.", "Lawan pertama yang akan dihadapi oleh pasukan Malaysia dalam kejohanan dwitahun ini adalah Kanada sebelum bertemu Jepun selang dua hari berikutnya.", "Sebelum kita menyaksikan perlawanan pertama melibatkan pasukan negara, kami sajikan ranking semasa dan pencapaian terakhir yang diraih oleh setiap anggota skuad Malaysia yang telah disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mengharungi kejohanan ini.", "Artikel Berkaitan: Usah Terkejut BAM Senarai Pemain Muda ke Saingan Piala Sudirman & Thomas/Uber", "Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021", "Pencapaian Terakhir: Suku Akhir Spain Masters 2021", "Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021", "Pencapaian Terakhir: Separuh Akhir Polish Open 2021", "Pencapaian Terakhir: Pusingan 32 Spain Masters 2021", "Umur: 24 dan 23 Tahun", "Asal: Melaka dan Kuala Lumpur", "Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021", "Umur: 24 dan 23 Tahun", "Pencapaian Terakhir: Pusingan 32 Swiss Open 2021", "Umur: 21 dan 22 Tahun", "Pencapaian Terakhir: Tempat Ketiga Piala Sudirman 2021", "Berdasarkan rekod, pemain ini pernah bersama Ng Eng Cheong namun dia disenaraikan dalam skuad Piala Thomas 2020 berkemungkinan untuk dijadikan ‘scratch pair’ dengan mana-mana pemain beregu lain. Antara pemain lain yang pernah bergandingan dengannya ialah Man Wei Chong.", "Ranking Dunia: 73 (bersama Ng Eng Cheong)", "Pencapaian Terakhir: Pusingan 32 All England Open Badminton Championship 2021"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219184/", "headline": "\nK. Devan Harap Diberi Peluang Jalani Latihan & ‘Friendly Match’\n", "content": ["Pasukan-pasukan Liga Malaysia mengharapkan mereka bakal mendapat lampu hijau daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk turun berlatih dalam masa terdekat jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, 4 Februari ini.", "Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan berpandangan, berdasarkan pengalaman musim lalu, beliau melihat semua pasukan sudah matang serta mampu patuh 100 peratus Prosedur Operasi Standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh MKN.", "Tambahnya, memandangkan tarikh terbaharu sepak mula Liga Malaysia telah dianjak kepada 5 Mac dari 26 Februari, sudah pasti beliau selaku ketua jurulatih mahu pasukannya dapat berlatih lebih awal agar pemainnya mampu mencapai kecergasan 100 peratus bagi beraksi di perlawanan kompetitif.", "“Sebagai jurulatih, sudah tentu saya amat mengharapkan kami semua pemain dapat berkumpul dan berlatih bersama-sama lebih awal agar pemain boleh bersedia pada perlawanan sulung, 5 Mac sebagaimana yang telah ditetapkan oleh MFL.", "“Kami sempat berlatih bersama selama dua minggu sebelum arahan PKP dikeluarkan dan buat masa sekarang, pemain sedang cuba mengekalkan tahap yang sudah dibina melalui latihan persendirian di rumah.", "“Jika semua pasukan dibenarkan berlatih, ia sudah tentu baik buat pemain untuk meneruskan tahap kecergasan yang telah dibina sebelum ini memandangkan liga kita akan bermula sebulan dari sekarang.", "“Selain itu, saya juga berharap kami diberi ruang mengadakan perlawanan persahabatan dalam tempoh beberapa minggu sebelum liga bermula sebagai medan menguji kecergasan pemain serta memperbaiki taktikal kerana di sini sahajalah peluang buat kami melakukan penambahbaikan terhadap semua pemain sebelum liga bermula, ” katanya.", "Hasrat yang sama turut diluahkan oleh ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain, yang mengakui semua pihak bersedia mematuhi apa jua SOP yang akan diberikan asalkan setiap pasukan berpeluang menjalani latihan bersama.", "Beliau sedia mematuhi SOP yang lebih ketat asalkan tiada larangan buat pasukan mengadakan latihan memandangkan kebanyakan pasukan memerlukan masa bagi membentuk keserasian sesama pemain.", "���Saya harapkan akan ada berita baik mengenai latihan buat tiap pasukan kerana kami amat memerlukannya ketika ini, malah sedia menerima apa jua SOP yang akan diberikan oleh pihak berkuasa.", "“Biarpun kami antara pasukan paling awal membuat latihan iaitu pada 14 Disember lalu, tempoh sebulan yang kami lalui belum cukup jika mahu melihat pasukan ini bersedia.", "“Terengganu banyak mengambil pemain baharu musim ini, jadi sudah tentu latihan secara bersama amat penting bagi mereka boleh memahami corak permainan yang akan saya terapkan selain faktor kecergasan, ” katanya.", "Pada minggu lalu, MFL telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia bagi musim 2021 pada 5 Mac 2021 susulan PKP di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga awal bulan depan.", "Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato’ Ab Ghani Hassan, juga berkata mereka telah bersedia menyediakan beberapa mekanisme seperti Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan yang lebih ketat dan SOP latihan kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan Liga Malaysia musim 2021 berjalan lebih efektif, selamat dan menghindari segala prospek pandemik COVID-19."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321612/", "headline": "\nbeIN SPORTS Siar Perlumbaan F1 Secara Eksklusif Di 10 Wilayah Asia – Termasuk Malaysia\n", "content": ["Saluran televisyen sukan, beIN SPORTS mendapat hak eksklusif untuk menayangkan perlumbaan Kejuaraan Dunia Formula1 (F1) untuk sepuluh wilayah di benua asia.", "Hak eksklusif ini merangkumi kesemua perlumbaan Grand Prix (GP), Sprint Race, pusingan kelayakan dan sesi percubaan bermula musim 2023 hingga tamat musim 2025.", "Saluran televisyen yang dimiliki oleh beIN Media Group ini akan mendapat hak untuk menyiarkan perlumbaan-perlumbaan F1 tersebut di Hong Kong, Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia, Timor-Leste, Filipina, Thailand, Laos dan Kemboja.", "Liputan perlumbaan F1 ini akan dapat ditonton menerusi saluran beIN SPORTS di platform televisyen berbayar negara masing-masing termasuk aplikasi penstriman langsung, beIN Sports CONNECT.", "Untuk makluman semua, perlumbaan F1 musim ini merangkumi 23 perlumbaan yang akan bermula di Bahrain (3-5 Mac) dan berakhir di Abu Dhabi (24-26 November)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113862/", "headline": "\nRanking BWF: Peng Soon-Liu Ying Menurun, Pang Ron-Yee See Meningkat 2 Anak Tangga\n", "content": ["Kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memperlihatkan gandingan beregu campuran bebas (independent) negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencatatkan penurunan.", "Ekoran terkandas di Pusingan 1 sebanyak dua kali berturut-turut dalam dua kejohanan terakhir yang disertai mereka, kedudukan Peng Soon-Liu Ying kini turun satu anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-9 dunia.", "Dua lagi beregu bebas iaitu pasangan Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing serta pasangan Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai pula kekal di tangga ke-12 dan ke-23 dunia masing-masing.", "Sementara itu, gandingan beregu campuran negara yang lebih muda iaitu Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See pula menampilkan peningkatan yang positif dengan mendaki dua anak tangga berbanding kedudukan mereka yang terdahulu.", "Kemaskini terbaru tersebut menyaksikan Pang Ron-Yee See menduduki tangga ke-23 dunia hasil daripada kejayaan mereka mara ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters, minggu lalu.", "Tidak dilupakan, sepasang lagi beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei turut mencatatkan peningkatan kedudukan ranking setelah mara ke Pusingan 2 kejohanan yang sama minggu lalu. ", "Mereka kini menghuni tangga ke-42 dunia setelah melangkau tiga anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324248/", "headline": "\nTiada Tunggakan Cuma Tahan Gaji Sehingga Capai Kemenangan – Norizam\n", "content": ["Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menafikan dakwaan terdapat tunggakan dua bulan gaji dan beliau hanya menahan gaji bulan April para pemainnya sehingga kemenangan diperolehi pasukannya itu. ", "Kenyataan tersebut telah dibuat menerusi laman Facebook miliknya, ZAMSAHAM yang dilihat sebagai kenyataan balas kepada tuduhan dan kecaman yang dilemparkan kepada usahawan tersebut.", "Tambah Norizam, semua pemain telah memperoleh gaji penuh mereka setiap bulan dan beliau turut menafikan berlakunya penolakan gaji pada bulan April, seperti mana yang tular di media sosial beberapa hari ini.", "Sebaliknya, pemilik perniagaan francais Zamburger itu menjelaskan pemain Kelantan cuma dibayar lewat daripada tarikh yang sepatutnya dan ada yang dibayar secara berperingkat pada bulan yang sama tetapi tiada isu tunggakan gaji. ", "“Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang, seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih”, ujar Norizam di dalam kenyataan yang sama. ", "Dalam pada itu, usahawan berusia 39 tahun itu menggesa para pemain untuk berikan yang terbaik dan memperoleh kemenangan pada minggu ini dan sekiranya tewas, beliau mahu pasukannya tewas bermaruah. ", "Norizam turut berjanji akan membayar baki 50 peratus gaji yang ditahan. Walaupun begitu, pemilik Kelantan tersebut tidak menyatakan tempoh masa baki gaji tersebut akan dilunaskan.", "Terdahulu, penjaga gol Kelantan, Farhan Abu Bakar tampil ke hadapan dengan perkongsian berkenaan isu gaji yang dialami dirinya dan rakan sepasukannya yang lain menerusi media sosial miliknya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111041/", "headline": "\nOlimpik 2020: Badminton Beregu Lelaki Diundi Bersama-sama Indonesia, Korea & Kanada\n", "content": ["Pasangan badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal memulakan saingan dalam acara badminton beregu kategori lelaki di temasya Sukan Olimpik 2020 dalam Kumpulan D.", "Pasangan yang menduduki tangga ke-9 dunia ini diundi menentang gandingan negara jiran tetangga Indonesia (Hendra Setiawan, Mohammad Ahsan), Korea (Choi Solgyu, Seo Seungjae) dan Kanada (Jason Anthony Ho-Shue, Nyl Yakura) dalam majlis undian yang diadakan, hari ini.", "Untuk pengetahuan semua, pasangan beregu lelaki Indonesia merupakan gandingan yang sedang berada di tangga kedua dunia sementara Korea di tangga ke-8 dunia, pada ketika ini.", "Saingan peringkat kumpulan ini akan bermula pada 24 Julai bertempat di Musashino Forest Sport Plaza.", "Sebagai rekod, gandingan Aaron Chia dan Wooi Yik merupakan pemenang pingat emas pada temasya Sukan SEA Filipina 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219312/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Singkir Kian Meng-Pei Jing, Beregu China Ini Kumpul 33 Kemenangan Berturut-turut\n", "content": ["Beregu campuran No.2 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong mematikan langkah Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing di peringkat suku akhir pada Kejohanan Dunia BWF 2022.", "Langkah itu terhenti selepas gandingan Si Wei-Ya Qiong berhasil menumpaskan beregu campuran bebas (independent) negara secara “straight set” dengan skor 21-9 dan 21-19 dalam tempoh 29 minit permainan yang tamat sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022XD – Quarter final 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅 9 9 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Pei Jing LAI", "🕗 in 29 minutes https://t.co/sD7gfyKdfw", "— BWFScore (@BWFScore) August 26, 2022", "Rekod pertembungan pasangan dari China ini menentang Kian Meng-Pei Jing sememangnya berpihak kepada mereka sejak sekian lama. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kemenangan ketujuh Si Wei-Ya Qiong daripada tujuh pertemuan mereka.", "Namun begitu, satu rekod yang lebih menarik untuk diperkatakan adalah kemenangan Si Wei-Ya Qiong tadi menjadikan mereka telah merekodkan 33 kemenangan secara berturut-turut sejak Pusingan 32 di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 pada penghujung April lalu.", "Kemenangan ini juga menjadikan mereka dua langkah sahaja lagi sebelum memungut gelaran kejuaraan yang ketujuh berturut-turut. Hanya peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir sahaja yang memisahkan mereka setakat ini. ", "Enam kejuaraan berturut-turut yang diraih Si Wei-Ya Qiong sebelum ini adalah BAC, Terbuka Thailand, Indonesia Masters, Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters.", "Sementara itu, berbalik kepada pasangan negara, pencapaian Kian Meng-Pei Jing di Kejohanan Dunia BWF pada kali ini merupakan yang terbaik dalam karier mereka setakat ini.", "Ini berdasarkan pencapaian mereka mara buat julung kalinya ke peringkat suku akhir. Sebagai perbandingan, Kejohanan Dunia edisi 2021, 2019 dan 2017 disertai mereka berakhir di Pusingan 16. Manakala edisi 2018 pula tamat setakat Pusingan 32 sahaja.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110595/", "headline": "\nRating Sukanz: Gandingan Pemain Gantian Safawi-Syafiq Bantu Malaysia Cipta Kemenangan \n", "content": ["Skuad kebangsaan berhasil mencetak kemenangan 1-0 ketika menentang skuad jiran tetangga, Thailand dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan G dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.", "Jaringan kemenangan Malaysia disumbangkan oleh pemain gantian, Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua.", "Berikut adalah rating pemain-pemain skuad Harimau Malaya ketika menentang Thailand:", "Cemerlang menafikan beberapa peluang tepat ke arah gawang Malaysia sepanjang permainan dan yang paling penting merekodkan ‘clean sheet’.", "Kebiasaannya beraksi di posisi bek kanan tetapi malam ini diletakkan di posisi bek kiri. Syahmi nampak bergelut untuk menyesuaikan diri. Acap kali ‘off position’ dan menyebabkan Thailand mengambil peluang untuk menyerang menerusi bahagiannya. Keluar pada minit ke-86 kerana kecederaan.", "Gandingannya bersama Aidil memastikan gawang Malaysia tidak bocor pada perlawanan ini. Banyak ‘cover’ Syahmi yang ‘off position’ ketika Malaysia diserang.", "Gandingan yang baik bersama Dion Cools dan banyak memimpin barisan pertahanan ketika diserang. Terpaksa keluar pada minit ke-67 kerana kecederaan.", "Melakukan overlapping sehingga dapat menembusi kotak penalti Thailand. Ada kesefahaman baik bersama Arif Aiman. Namun, ada masanya Matt ‘off position’ disebabkan ghairah naik ke atas dan lupa untuk turun segera. Sekitar 10 minit terakhir, Matt beraksi di posisi bek kiri.", "Azam Azih menjadi nadi untuk bahagian tengah Malaysia. Selain itu, Azam antara pemain yang rajin membantu ketika Malaysia bertahanan. Dia terpaksa keluar pada minit ke-80 kerana mendapat kecederaan.", "Tidak begitu menyerlah persembahan Brendan Gan di atas padang pada malam ini. Dia dikeluarkan pada babak kedua.", "Aksinya bersahaja tetapi amat membantu Malaysia menguasai bahagian midfield dalam perlawanan ini. Ada melakukan beberapa percubaan ke arah gawang Thailand.", "Pada awalnya membentuk gandingan yang baik bersama Matt Davies di bahagian kanan tetapi selepas daripada itu, dia sedikit bergelut untuk terus memberikan impak. Arif dikeluarkan pada babak kedua.", "Rajin dan bermain dengan bersungguh-sungguh dalam perlawanan ini. Melakukan pressing dan membantu pasukan bertahan ketika menghadapi sepakan penjuru. Memainkan peranan sebagai targetman dengan baik, ‘hold ball’ dan hantar kepada rakan sepasukan. ", "Aksi yang penuh bertenaga ditunjukkan oleh Akhyar dalam perlawanan ini. Beberapa kali menembusi kotak penalti lawan dan berhasil membuat percubaan. Turut rajin membantu ketika bertahan.", "Masuk pada babak kedua dan kehadirannya beberapa kali membuka ruang buat Malaysia untuk masuk ke dalam kotak penalti Thailand. Penalti yang dimenangi oleh Safawi juga berpunca daripada Syafiq.", "Juga masuk pada babak kedua bersama-sama Syafiq dan menjadi penjaring tunggal perlawanan. ", "Dominic masuk pada minit ke-67 menggantikan Aidil yang cedera. Memastikan Malaysia kekal tidak dibocori sehingga tamat permainan.", "Dimasukkan pada minit ke-80 menggantikan Azam Azih. Tidak banyak dilakukannya sebagai pemain gantian di penghujung perlawanan.", "Dimasukkan pada minit ke-86 untuk menggantikan Syahmi Safari."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322791/", "headline": "\nLim Teong Kim Berkemungkinan Besar ‘Sarung But’ Ganti Pemain Cedera \n", "content": ["Ketua jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim sempat berseloroh untuk kembali beraksi di atas padang bagi menggantikan pemain yang cedera selepas tonggak penyerangnya, Seo Seon-ung dikhabarkan mengalami kecederaan serius. ", "Reaksi itu diberikan beliau selepas tampak kecewa dan berang terhadap kekasaran yang dilakukan ke atas penyerang Korea Selatan tersebut serta menempelak situasi perlawanan ketika itu sebagai tidak adil. ", "“Awak suruh saya menerima (keadaan) begini sebagai jurulatih. Mengapa begini? Nanti saya kata macam-macam, dia (badan induk bola sepak negara) akan denda saya. Kita perlu orang yang betul-betul buat sesuatu supaya kedua-dua pihak dapat keadilan.”", "“Itu sahaja permintaan kami. Sekarang, Seo (Seon-ung) telah cedera dan berkemungkinan besar, saya perlu bermain”, tegas Teong Kim ketika sidang media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). ", "Penyerang berusia 23 tahun itu menjadi sandaran utama Perak dalam semua perlawanan Liga Super setakat ini serta muncul penjaring terbanyak kelab dengan 3 gol sebelum mengalami kecederaan setelah dikasari pertahanan lawan, Shane Lowry. ", "Dalam perlawanan tersebut, JDT berjaya meraih 3 mata penuh di Ipoh selepas membenam Perak dengan lima jaringan tanpa balas menerusi Hasnul Zaim (OG), Diogo Luis Santo, Bergson serta jaringan berganda Leandro Velasquez. ", "Kemenangan ini meletakkan skuad berjulukan Harimau Selatan itu kekal di puncak liga dengan 21 mata selepas 7 perlawanan.", "Featured Image: Perak Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206966/", "headline": "\nLegenda Liverpool Lihat Skuad Arteta Belum Layak Duduki ‘Top 4’ EPL\n", "content": ["Legenda Liverpool, Graeme Souness melihat skuad Arsenal kendalian Mikel Arteta belum mampu menempatkan diri dalam kalangan empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.", "Walaupun The Gunners telah memenangi dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Perisai Komuniti, Souness meramalkan kedudukan empat terbaik hanya diisi oleh pasukan Liverpool, Manchester City, Machester United dan Chelsea.", "🗓️ #OnThisDay in 1978, Graeme Souness joined the Reds…🏆 5⃣ League Championships & 3⃣ European Cups. 👊 Dominant. pic.twitter.com/IEeZDP2rqq", "“Ramai orang memberi tumpuan kepada Arsenal, tetapi saya lihat mereka belum cukup kuat. Saya menjangkakan cabaran lebih sengit daripada United dan Chelsea musim akan datang.", "“Jika kamu tanya saya, saya ramal empat pasukan teratas adalah Liverpool, United, City dan Chelsea. ", "“United akan lebih baik dengan kehadiran Donny Van de Beek, tetapi mereka mungkin berhadapan dengan sedikit isu di hadapan gawang.", "“Chelsea telah melakukan beberapa perpindahan (pemain) bagus, tetapi kita lihat secepat mana Timo Werner, Hakim Ziyech dan Kai Havertz dapat menyesuaikan diri,” katanya yang dipetik daripada kolum Sunday Times.", "Untuk rekod, musim lalu Arsenal menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan. Ianya merupakan keputusan terburuk sejak musim 1994/95 di mana mereka tamat di kedudukan ke-12. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202325257/", "headline": "\n‘Si Senor’ Kini Di Jeddah, Firmino Sertai Mendy di Al-Ahli\n", "content": ["Penyerang versatil, Roberto Firmino mengesahkan destinasi seterusnya apabila kelab Liga Professional Arab Saudi, Al-Ahli mengumumkan kehadiran pemain tersebut dengan kontrak selama tiga tahun sehingga 2026. ", "Firmino yang lebih mesra dikenali sebagai Bobby menjadi pemain import kedua ditandatangani Al-Ahli musim ini setelah bekas penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy terlebih dahulu menyertai skuad berjulukan Al-Malaki, seminggu lalu.", "Pengumuman tersebut hadir menerusi perkongsian di pelbagai media sosial kelab yang turut menampilkan video penyerang Brazil itu menandatangani kontrak dengan gaya ikoniknya; no-look (tanpa pandang).", "Signing the contract with his no-look finish style 🫣", "— Al-Ahli Saudi Club (@ALAHLI_FCEN) July 4, 2023", "Untuk makluman, Firmino memulakan karier professionalnya bersama Figueirense sebelum berhijrah ke benua eropah untuk bersama Hoffenheim yang mana mula mengangkat namanya dan menarik minat Jurgen Klopp untuk mendapatkan khidmatnya.", "Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun itu sah meninggalkan Liverpool selepas 8 musim bersama The Reds dan memenangi tujuh kejuaraan termasuk menamatkan kemarau Liga Perdana Inggeris (EPL) serta menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Firmino meninggalkan legasi yang besar di EPL sejak berhijrah dari Hoffenheim pada 2015. Anak jati Maceio itu menjadi penjaring terbanyak kelahiran Brazil dalam saingan liga tersebut selepas menjaringkan 71 gol, diikuti dengan Gabriel Jesus (58) dan Richarlison (48).", "Featured Image: Al-Ahli Saudi Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207676/", "headline": "\nFAM Tak Bida Hos Kejohanan Piala AFC B-23 Selepas China Tarik Diri\n", "content": ["Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak melakukan bidaan untuk menganjurkan kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun (B-23) setelah China menarik diri.", "Menurut laporan New Straits Times, FAM tidak melakukan bidaan kerana badan induk bola sepak benua asia tersebut mahu menganjurkan pertandingan tersebut di negara zon asia barat.", "AFC notes the Chinese Football Association’s (CFA) decision to withdraw from hosting the AFC U23 Asian Cup 2022.The invitation process to host the final Competitions of the 2022 and 2024 editions of the AFC U23 Asian Cup will be re-opened.", "Terdahulu Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan keputusan Persatuan Bolasepak China (CFA) menarik diri daripada menganjurkan kejohanan tersebut. ", "Penarikan diri itu dibuat atas alasan pertindihan jadual, kesukaran untuk menyiapkan stadium mengikut waktu untuk acara antarabangsa dan juga pandemik Covid-19.", "Justeru AFC telah membuka kembali bidaan kepada sesiapa yang mahu menganjurkan kejohanan tersebut untuk edisi 2022 dan 2024.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321538/", "headline": "\nTerbuka India: Zii Jia Lepasi Cabaran Shesar Di Pusingan 32\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki tanah air, Lee Zii Jia berhasil melepasi cabaran pemain Indonesia sekaligus mengelak daripada mengulangi skrip terkandas pada Pusingan 32 seperti di kejohanan Terbuka Malaysia, minggu lalu. ", "Ketika turun berhadapan dengan Shesar Hiren Rhustavito di saingan Terbuka India pada petang tadi, Zii Jia melakar kemenangan menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 20-22, 21-19 dan 21-12.", "YONEX SUNRISE India Open 2023MS – R3220 21 21 🇲🇾LEE Zii Jia🥇", "22 19 12 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO", "— BWFScore (@BWFScore) January 18, 2023", "Perlawanan melibatkan pemain yang menduduki ranking kedua dan ke-24 dunia itu berlangsung melebihi satu jam permainan di Gelanggang 1 bertempat di KD Jadhav Indoor Hall, New Delhi.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kesepuluh melibatkan kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.", "Kemenangan dilakar Zii Jia pada hari ini menjadikan rekod pertemuan Zii Jia dan Shesar seimbang lima kemenangan masing-masing.", "Sementara itu, Zii Jia yang berjaya melangkah ke Pusingan 16 saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini akan menantikan cabaran samada daripada pemain China ranking ke-22, Li Shi Feng atau pemain senegara yang menduduki ranking ke-27, Ng Tze Yong."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111671/", "headline": "\nPetronas Tarik Penajaan Ke Atas Sepang Racing Team Mulai 2022\n", "content": ["Syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas akan menarik penajaan ‘title sponsorship’ ke atas pasukan Sepang Racing Team (SRT) mulai tahun 2022.", "Laporan oleh motorsport.com itu turut menyebut bahawa pasukan tersebut mahu menggugurkan Petronas Sprinta Racing Team yang beraksi dalam saingan Moto2 dan Moto3 World Championship.", "Ini membolehkan pasukan yang dimiliki oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu memberikan tumpuan khusus kepada pasukan yang beraksi dalam saingan MotoGP World Championship.", "Untuk makluman semua, SRT melakukan penampilan pertama dalam kelas Moto3 pada tahun 2015 sebelum melebarkan sayapnya ke kelas Moto2.", "Pada tahun 2019, SRT mengorak langkah memperkenalkan pasukan MotoGP selaku pasukan satelit Yamaha dengan mempertaruhkan dua pelumba muda, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.", "Gandingan tersebut mencetuskan sensasi dalam saingan MotoGP dan memberikan Petronas Yamaha SRT menaiki tujuh podium selain daripada bermula di petak pertama sebanyak enam kali.", "Pasukan ini juga memenangi enam perlumbaan pada tahun 2020 dan Morbidelli muncul naib juara di belakang pelumba Suzuki, Joan Mir."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218226/", "headline": "\nBeregu Campuran No.1 Dunia Menangi Terbuka Malaysia – Kejuaraan Kelima Berturut-turut\n", "content": ["Pasangan No.1 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong muncul selaku pemenang bagi kategori beregu campuran saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Beregu dari China ini mengesahkan kejuaraan selepas berhasil menumpaskan wakil Thailand merangkap pasangan yang berada di ranking kedua dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Axiata Arena, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Si Wei-Ya Qiong berjaya mengalahkan Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-13 dan 21-18 dalam tempoh masa 35 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022XD – Final 🇨🇳Si Wei ZHENG🏅21 21 🇨🇳Ya Qiong HUANG🏅13 18 🇹🇭Dechapol PUAVARANUKROH 🇹🇭Sapsiree TAERATTANACHAI", "🕗 in 35 minutes https://t.co/KjKsSSrnBq", "— BWFScore (@BWFScore) July 3, 2022", "Berdasarkan “head-to-head” di pentas antarabangsa, kemenangan yang direkodkan pada hari menjadikan Si Wei-Ya Qiong telah meraih 10 kemenangan daripada 13 pertemuan menentang Puavaranukroh-Taerattanachai.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan kelima berturut-turut yang dimenangi oleh Si Wei-Ya Qiong untuk tahun 2022 selepas meraih gelaran Kejohanan Badminton Asia (BAC), Terbuka Thailand, Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia.", "Ini juga bermakna, Si Wei-Ya Qiong turut merekodkan 25 kemenangan berturut-turut hasil daripada muncul juara daripada lima kejohanan terbabit.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207825/", "headline": "\nSpurs Cadang Naikkan Gaji Son Heung-min Kepada £200,000 Seminggu\n", "content": ["Kelab berpangkalan di Kota London, Tottenham Hotspur dilaporkan menawarkan penyerang sayap, Son Heung-min kenaikan gaji kepada £200,000 seminggu tidak termasuk bonus.", "Jumlah tersebut dikatakan satu kali ganda melebihi gaji semasanya. Sekiranya tawaran baharu tersebut ditandantangani, Son akan meraih gaji menyamai penyerang dan kapten pasukan, Harry Kane, demikian laporan Football Insider.", "Spurs dilihat bekerja keras untuk memastikan pemain Korea Selatan yang sedang di kemuncak prestasinya itu melanjutkan kontrak bersama mereka walaupun jendela perpindahan pemain telah pun ditutup.", "Dan perbincangan kenaikan gaji dan lanjutan kontrak ini sedang berjalan di antara Son dan ahli lembaga pengarah Spurs. Keputusan akhir dijangka akan diketahui pada hujung tahun ini.", "Pengurusinya, Daniel Levy dan ahli lembaga Spurs tidak mahu kes seperti Christian Eriksen di mana pemain bintang mereka pergi meninggalkan mereka dengan harga yang murah.", "Musim ini menyaksikan Son telah menjaringkan sembilan gol daripada lapan perlawanan termasuk ketika menentang LASK dalam saingan Liga Europa baru-baru ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217769/", "headline": "\nIndonesia Masters: Beregu China No.424 Dunia Singkir ‘Patatimo Boys’ Di Pusingan Kelayakan\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara yang terkenal dengan julukan ‘Patatimo Boys’ tidak dapat melakukan debut di pentas berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF apabila tersingkir di Pusingan 1 kelayakan Indonesia Masters 2022, sebentar tadi.", "Gandingan Wan Arif Junaidi dan Muhammad Haikal yang menghuni ranking ke-80 dunia itu tumpas kepada beregu lelaki China yang baru sahaja digandingkan penghujung Mei lalu, Wang Chang dan Liang Wei Keng. Mereka kini menghuni di ranking ke-424 dunia.", "DAIHATSU Indonesia Masters 2022.MD – Qualification quarter final 🇨🇳Wei Keng LIANG🏅21 21 🇨🇳Chang WANG🏅15 16 🇲🇾Junaidi ARIF 🇲🇾Muhammad HAIKAL", "🕗 in 35 minutes https://t.co/UsUiKWGdfH", "— BWFScore (@BWFScore) June 7, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Arif-Haikal tumpas secara “straight set” dengan skor 15-21 dan 16-21 dalam tempoh masa 35 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 3, Istora Senayan, Jakarta.", "Kekalahan itu menjadikan mereka gagal layak ke Pusingan 32 kelompok undian utama (main draw) Indonesia Masters. Kemaraan itu diraih beregu China ini dan menanti mereka di pusingan tersebut adalah beregu Jepun yang menduduki ranking ke-52 dunia, Hiroki Okamura dan Masayuki Onodera.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219904/", "headline": "\nTerbuka Vietnam: Beregu Ranking 256 Dunia Singkir Peng Soon-Yee See Di Suku Akhir\n", "content": ["Tiada sebarang kelibat wakil negara akan beraksi dalam peringkat separuh akhir kejohanan Terbuka Vietnam – Jelajah Super 100 BWF – bagi kategori beregu campuran.", "Ini selepas Chang Peng Soon dan Cheah Yee See yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan kandas di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Peng Soon-Yee See kandas selepas beregu India yang menghuni ranking ke-256 dunia, Rohan Kapoor dan Reddy Sikki menumpaskan mereka secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-17 dalam tempoh 39 minit.", "YONEX-SUNRISE Vietnam Open 2022XD – Quarter final 🇮🇳Rohan KAPOOR🏅21 21 🇮🇳N. Sikki REDDY🏅19 17 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Yee See CHEAH", "🕗 in 39 minutes https://t.co/S62IIZSRYZ", "— BWFScore (@BWFScore) September 30, 2022", "Untuk makluman, ini merupakan peringkat suku akhir yang pertama dijejaki oleh Peng Soon-Yee See dalam kejohanan anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak kembali bergandingan bermula Jun lalu.", "Selain itu, Peng Soon-Yee See pernah menjejaki satu lagi pentas suku akhir dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang berlangsung sekitar awal Ogos lalu.", "Sebelum itu, sepasang lagi wakil beregu campuran negara, Low Juan Shen dan Goh Liu Ying terlebih dahulu mengalami nasib yang sama tersingkir di peringkat suku akhir apabila tumpas kepada beregu Indonesia, Zachariah Sumanti dan Hediana Julimarbela.", "Dengan tamatnya kempen Terbuka Vietnam, Peng Soon-Yee See akan mengalihkan tumpuan kepada kejohanan seterusnya, Terbuka Denmark – Jelajah Dunia Super 750 – yang akan berlangsung bermula 18 Oktober kelak.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208458/", "headline": "\nKenali Rabih Ataya Penyerang Sayap Laju, Lincah & Licik Yang Menjuarai Piala AFC\n", "content": ["Perpindahan penyerang sayap skuad kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya ke pasukan yang baru sahaja mendapat promosi ke saingan Liga Super 2020, UITM FC mengejutkan segelintir pemerhati bola sepak namun tidak bagi majoriti peminat tempatan.", "Bagi segelintir peminat bola sepak, ianya amat mengejutkan kerana bukan sahaja status Rabih sebagai pemain skuad kebangsaan Lubnan tetapi selaku pemain yang baru sahaja menjulang trofi kejohanan antarabangsa iaitu Piala AFC 2019 bersama pasukan berpangkalan di tanah kelahirannya, Al Ahed FC.", "Manakala pasukan yang disertainya pula merupakan sebuah pasukan kerdil yang bukan sahaja tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa malahan pertama kali menjejakkan kaki ke saingan utama bola sepak Malaysia sejak ditubuhkan pada 2008.", "Aksi sulungnya bersama skuad The Lion Troops ketika menentang Melaka tidak begitu memberangsangkan malahan pasukannya mencatatkan kekalahan 2-0 termasuk ketika tewas 2-1 menentang juara bertahan liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Namun ketika perlawanan ketiga menentang Kedah, Rabih Ataya menjadi buah mulut para peminat selepas aksinya yang memporak-porandakan pasukan Kedah sehingga berjaya mengikat juara Piala FA 2019 itu seri 1-1 di Stadium UiTM, Shah Alam.", "Memiliki ketinggian menghampiri 1.8 meter, Rabih seringkali diturunkan oleh ketua jurulatih UITM FC, Frank Bernhardt untuk mengisi posisi penyerang sayap atau pemain tengah menyerang (attacking midfielder) di bahagian sisi.", "Dia diletakkan di situ kerana Bernhardt menyedari Rabih memiliki kemampuan untuk melakukan larian dengan bola, memiliki gerakan yang lincah dan licik untuk memasuki kawasan kotak penalti lawan dari bahagian sisi sebelum melakukan hantaran kepada rakan sepasukan yang menunggu di hadapan pintu gol.", "Rabih bukan sahaja cemerlang menjalankan tugasan tersebut malahan kemampuannya untuk memainkan peranan selaku pemain No.10 dengan melakukan killer pass turut menjadikannya sebagai nadi utama serangan pasukan sepanjang UITM FC mengharungi saingan musim ini.", "Ambil perhatian juga terhadap hantaran lintang kaki kirinya dan sepakan percuma daripada Rabih Ataya!", "Anda boleh lihat aksi dan persembahan Rabih Ataya yang memainkan peranan seperti dinyatakan di atas ketika menentang Kelantan, Kedah dan Selangor pada pautan di bawah:", "Pemain ini memulakan karier bola sepak bersama pasukan berpangkalan di tanah airnya, Tadaman Sour. Namun namanya mula menjadi perhatian umum apabila menyertai Al Ansar Football Club selama lapan musim.", "Pernah sekali berkelana di luar negara selama dua musim dengan menyertai pasukan Zob Ahad Esfahan FC yang beraksi dalam saingan bola sepak Iran dan selepas itu kembali ke tanah airnya dengan bergabung bersama Al Ahed FC.", "Antara deretan kejuaraan yang pernah dikecapinya adalah Liga Premier Lubnan (2 kali), Piala FA Lubnan (2 kali) dan Piala Super Lubnan (3 kali). Kejuaraan tertinggi pastinya Piala AFC yang dimenanginya bersama Al Ahed FC pada tahun 2019.", "Sehingga artikel ini ditulis, berita tidak rasmi mengatakan Rabih Ataya telah menyertai pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air iaitu Kedah.", "Sekiranya perpindahan Rabih ke skuad Helang Merah kendalian ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak adalah benar, apakah kelebihan yang akan diperolehi oleh Kedah untuk mengharungi saingan musim hadapan?", "Pertamanya, Kedah dapat memanfaatkan kelajuan, kelincahan dan kelicikan Rabih di bahagian sisi dan sayap untuk membawa bola ke dalam kotak penalti atau sisi padang sebelum melakukan hantaran ke bahagian tengah.", "Keduanya, Rabih boleh mengisi kelompongan posisi No.10 pasukan Kedah musim ini. Selepas pemergian Edgar Bernhardt pada penghujung musim 2019, Aidil cuba menggunakan sistem dua penyerang di mana Kpah Sherman sebagai penyerang utama di posisi paling atas dan Tchetche Kipre pula sebagai penyerang kedua dah juga pemain No.10 tetapi tugas kedua itu tidak begitu efektif dilakukan oleh Tchetche.", "Ketiganya adalah pengalaman dan mentaliti Rabih yang pernah menjuarai Piala AFC dan saingan-saingan domestik bersama pasukan di Lubnan. Ini penting supaya Kedah dapat memberikan cabaran dalam saingan Piala AFC 2021 dan juga saingan Liga Malaysia 2021 sekaligus menamatkan saingan musim hadapan di posisi sebaik mungkin."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321398/", "headline": "\nKL City Sambar Penyerang Kelab Seterunya, Herlison Caion\n", "content": ["Skuad berpangkalan di ibu kota, Kuala Lumpur City FC (KL City) membuat kejutan dengan menyambar khidmat penyerang kelahiran Brazil, Herlison Caion yang merupakan pemain kelab seterunya di Lembah Klang, Selangor FC pada musim lalu.", "Kehadiran penyerang berusia 32 tahun bersama KL City itu diumumkan secara rasmi menerusi satu video pengenalan pemain yang berdurasi 35 saat di pelbagai platform laman sosialnya, pada hari ini.", "Pastinya pemilihan Caion sebagai penyerang import baharu buat KL City didorong oleh ketajamannya di hadapan gawang sepanjang musim lalu. ", "The Boy from The Other Side of The Fence", "The Brazilian pure striker joins the City Boys! 🔴⚪️", "With 14 goals scored in Super League 2022, he aims for more this season! ", "Fuhh, we can’t wait! 🤩#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/nP82XQJSsD", "— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 11, 2023", "Ini terbukti menerusi sumbangannya terhadap Selangor yang berhasil meledak 24 gol serta mencipta lapan bantuan gol (assist).  ", "Untuk makluman semua, Caion menjadi pemain import baharu yang keempat ditandatangani oleh skuad kendalian Bojan Hodak pada jendela perpindahan kali ini.", "Sebelum ini, skuad berjulukan The City Boys ini telah mengikat khidmat Tchetche Kipre (penyerang), Patrick Reichelt (pemain sayap) dan Sebastian Avanzini (pertahanan).", "Sebagai tambahan, Caion yang pernah beraksi di Thailand, Korea, Iraq, Denmark serta negaranya sendiri menjadi ejen bebas apabila Selangor mengumumkan pelepasannya, semalam.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217086/", "headline": "\nSukan SEA: Selepas Jadual Liga Dipinda, Sabah Lepaskan Saddil Beraksi Bersyarat\n", "content": ["Pasukan Liga Super, Sabah FC memaklumkan membuat keputusan untuk membenarkan pemain tonggaknya, Saddil Ramdani untuk menyertai skuad bawah 23 tahun (B-23) bagi menghadapi temasya Sukan SEA Vietnam 2021.", "Sebelum ini skuad The Rhinos berkeras untuk tidak melepaskan pemain berusia 23 tahun tersebut kerana temasya Sukan SEA itu dianjurkan di luar daripada kalendar FIFA. Ia menjadikan kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain walapun diminta oleh barisan kejurulatihan skuad kebangsaan. ", "Bagaimanapun, pendirian itu berubah sejurus Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan judual liga baru-baru ini. Dan hari ini, Sabah mengumumkan membenarkan Saddil menyertai skuad Garuda Muda dengan bersyarat setelah berbincang dengan kejurulatihan skuad jiran tetangga itu.", "“Setelah diadakan perbincangan bersama ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong dan Pengarah Teknikal PSSI, Indra Sjafri satu persetujuan telah dicapai untuk membenarkan Saddil menyertai skuad kebangsaan B-23 Indonesia agar dapat membantu pasukan pada perlawanan pertama menentang Vietnam pada 6 Mei 2022.”", "“Namun demikian, Saddil perlu kembali ke Kota Kinabalu bagi melaporkan diri bersama Sabah pada 10 Mei 2022 bagi menghadapi dua saingan penting menentang Kelantan United (13 Mei) dan Pulau Pinang (17 Mei).” kongsi kenyataan kelab yang dikeluarkan hari ini.", "Pada masa yang sama, Sabah juga bersetuju untuk melepaskan Saddil untuk bersama skuad Garuda lebih awal bagi menghadapi Piala Asia 2023 – Pusingan Kelayakan Ketiga pada 18 Mei hingga 15 Jun dimana kalendar FIFA bermula 30 Mei hingga 14 Jun."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217723/", "headline": "\nArif Aiman Masih Tak Berpuas Hati Dengan Permainannya\n", "content": ["Persembahan pemain sayap lincah berusia 20 tahun, Arif Aiman Hanapi antara yang mencuri tumpuan para peminat dan memberikan impak buat skuad Harimau Malaya semasa menentang Hong Kong dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).", "Namun begitu, Arif yang juga merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini masih tidak berpuas hati dengan corak permainannya dan memasang tekad untuk meningkatkan ke tahap yang lebih baik daripada itu.", "“Saya sentiasa tak berpuas hati dengan apa saya main, saya akan mencuba sampai saya berpuas hati (dan) barulah saya akan bercakap (seperti itu),” katanya selepas perlawanan semalam.", "Dalam perlawanan tersebut, Arif yang beraksi sebagai sayap kanan acap kali dilihat berhasil menebuk pertahanan kanan dan memasuki kawasan kotak penalti Hong Kong sebelum mencipta peluang buat rakan sepasukan.", "Sayang sekali peluang-peluang yang diciptanya itu tidak dapat diterjemahkan kepada jaringan oleh rakan sepasukan yang lain terutamanya penyerang-penyerang.", "Pada masa yang sama, Arif turut menolak label tonggak utama (key player) terhadap dirinya dan menganggap semua pemain adalah sama penting di dalam skuad Harimau Malaya.", "“Saya tak harap diri saya key player sebab saya hanya pemain biasa sahaja, semua pemain adalah key player untuk dalam satu pasukan, bukan saya seorang sahaja,” tambahnya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208164/", "headline": "\nWartawan ESPN Dedah Man Utd Mahu Bawa Ronaldo ke Old Trafford \n", "content": ["Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dikatakan mahu membawa kembali bekas pemain bintangnya, Cristiano Ronaldo ke Stadium Old Trafford, musim hadapan.", "Man Utd mahu membawa Ronaldo selepas Juventus dilaporkan mahu melepaskan pemain itu pada penghujung musim ini untuk mendapatkan wang tunai dan mengelakkannya keluar secara percuma setelah tamat kontraknya kelak.", "Perkhabaran mengenai hasrat Man Utd itu didedahkan oleh seorang wartawan ESPN TV Amerika, Christian Martin menerusi satu ciapan di laman twitternya.", "ULTIMO MOMENTO: nuestras fuentes en Manchester y en Oporto nos confirman que Manchester United tentó a Cristiano Ronaldo con un regreso al club para la próxima temporada. El portugués lo analiza. Juventus lo negociaria si él lo pide. pic.twitter.com/NDTVkAYCcF", "“Sumber kami di Manchester dan Porto mengesahkan bahawa Manchester United mahukan Ronaldo kembali ke kelab itu musim hadapan. ", "“Pemain Portugal itu sedang mempertimbangkannya. Juventus akan mengadakan perbincangan jika Ronaldo mahukannya.” tulisnya.", "Selain itu, perancangan untuk menjual Ronaldo juga mengambil kira kedudukan kewangan skuad Old Lady yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. ", "Tambahan pula, Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi dalam skuad Juventus sekitar £540,000 seminggu dan melepaskannya akan mengurangkan bebanan kewangan mereka.", "Untuk rekod, Ronaldo merupakan pemain Man Unted dari tahun 2003 hingga 2009 sebelum berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325548/", "headline": "\nTerbuka Jepun: Yew Sin-Ee Yi Hadap Pemenang Emas Olimpik Di Pusingan 16\n", "content": ["Langkah kanan yang dimulakan beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi di Terbuka Jepun membawa mereka berhadapan dengan pemenang emas Sukan Olimpik 2020, Lee Yang dan Wang Chi-lin.", "Terdahulu, Yew Sin-Ee Yi berjaya melakar kemenangan ke atas pasangan Perancis, Lucas Corvee dan Ronan Labar pada Pusingan 32 yang berlangsung sekitar tengah hari tadi, waktu Malaysia.", "Dalam pertarungan tersebut, Yew Sin-Ee Yi meraih kemenangan dengan bergaya iaitu secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-18 dalam tempoh 36 minit permainan.", "DAIHATSU Japan Open 2023MD – R32 🇲🇾ONG Yew Sin🏅21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 🇫🇷Lucas CORVEE15 18 🇫🇷Ronan LABAR", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Berdasarkan rekod pertemuan, Yew Sin-Ee Yi dan Lee-Wang telah bertemu sebanyak enam kali di pentas antarabangsa dan kedua-duanya meraih tiga kemenangan masing-masing.", "Bagaimanapun, tiga pertemuan terakhir di Kejohanan Dunia BWF 2021, Terbuka Malaysia 2022 dan Terbuka Seluruh England 2023 memihak kepada Yew Sin-Ee Yi.", "Sementara itu, Lee-Wang yang kini berada di ranking ke-18 dunia pula mara ke peringkat yang sama selepas menundukkan wakil China, Chen Bo Yang dan Liu Ying juga secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-11 dalam tempoh 32 minit permainan.", "DAIHATSU Japan Open 2023MD – R32 LEE Yang🏅21 21 WANG Chi-Lin🏅 🇨🇳CHEN Bo Yang17 11 🇨🇳LIU Yi", "— BWFScore (@BWFScore) July 25, 2023", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217114/", "headline": "\nACL 2022: Gol Sendiri Ulsan Hantar JDT Ke Saingan Kalah Mati Buat Pertama Kali Dalam Sejarah\n", "content": ["Satu jaringan sendiri oleh pemain Ulsan Hyundai pada masa kecederaan membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat pertama kali dalam sejarah.", "Gol jaringan sendiri itu dijaringkan oleh pertahanan, Park Jong-woo pada minit ke-90+4 sekaligus membolehkan skuad kendalian Benjamin Mora ini merekodkan kemenangan 2-1.", "FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim 2-1 Ulsan Hyundai 🇰🇷", "🎭 Late, late drama at the Sultan Ibrahim Stadium as a stoppage time own goal helps JDT book a historic #ACL Round of 16 berth! #ACL2022 | #JDTvUHD pic.twitter.com/VF0HcDHxeQ", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 30, 2022", "Sebelum itu, JDT terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan percuma oleh Leandro Velazquez. Namun, Ulsan berhasil menyamakan kedudukan menerusi Jun Amano, seminit kemudian.", "Untuk makluman semua, kemenangan yang diraih oleh JDT ini menjadikan mereka mendahului Kumpulan I dengan 13 mata secara keseluruhan. Ianya membolehkan mereka mara ke saingan kalah mati secara automatik selaku juara kumpulan.", "Tangga kedua pula dihuni oleh Kawasaki Frontale yang berhasil mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Guangzhou FC petang tadi. Secara keseluruhan mereka mengumpul 11 mata. Ulsan pula di tangga ketiga dengan 10 mata.", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208050/", "headline": "\nDiuji Negatif Buat Kali Ke-2, Rossi Kembali Belumba di GP Eropah\n", "content": ["Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi akhirnya kembali menyertai saingan MotoGP untuk perlumbaan GP Eropah. ", "Pelumba berusia 41 tahun itu dibenarkan menyertai perlumbaan setelah ujian Covid-19 yang dilakukan ke atasnya menunjukkan keputusan negatif buat kali kedua, semalam.", "There he is!!!! 🤩@ValeYellow46's second PCR test came back negative. He is back in our pit box and will be riding tomorrow! 💛🙌🙌🙌#MonsterYamaha | #MotoGP | #EuropeanGP pic.twitter.com/rwtIVf4oiQ", "Perkembangan ini diumumkan sendiri oleh pasukannya menerusi satu makluman di media sosial mereka.", "Sebelum ini, Rossi terlepas dua perlumbaan di Motorland Aragon setelah diuji positif Covid-19, bulan lalu. ", "Ketika ini, Rossi yang merupakan juara dunia sebanyak tujuh kali menduduki tangga ke-15 dalam ranking keseluruhan dunia hasil kutipan 58 mata.", "Featured Image: Monster Energy Yamaha"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113589/", "headline": "\nBojan Anggap KL City ‘Underdog’ Manakala Selangor Punyai Kelebihan Pasukan Simpanan \n", "content": ["Walaupun mengemudi Kuala Lumpur City (KL City) muncul juara Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia, ketua jurulatihnya, Bojan Hodak tetap menganggap pasukannya sebagai bukan pilihan atau ‘underdog’.", "Sebaliknya, jurulatih kelahiran Croatia melihat lawan yang akan ditentangnya pada peringkat suku akhir iaitu Selangor yang dilatih oleh Karsten Neitzel memiliki kelebihan disebabkan adanya pasukan Selangor II.", "Pada masa yang sama, Bojan turut meramalkan perlawanan suku akhir pertama pada Ahad ini akan berlangsung dengan sengit berdasarkan rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pasukan tidak berpihak kepada sesiapa pada tahun ini.", "“Kami bukan pasukan pilihan untuk menang dengan Selangor biarpun ramai melihat prestasi KL City cukup baik setakat ini di saingan Piala Malaysia.", "“Selangor ada kelebihan dari segi pilihan pemain kerana mempunyai reserve team berbanding dengan KL City yang punyai sebuah skuad yang kecil.", "“Berdasarkan rekod pertemuan KL City dan Selangor sepanjang musim ini termasuk satu perlawanan persahabatan, ketiga-tiganya berakhir keputusan seri.", "“Jadi ini bermakna sudah pasti perlawanan akan sengit membabitkan kedua-dua pasukan pada pentas suku akhir dan sesiapa boleh memenangi perlawanan itu nanti, ” katanya.", "Sebagai rekod, KL City muncul juara Kumpulan A hasil daripada 4 kemenangan dan 2 seri. Skuad ibu kota ini menutup saingan Kumpulan A dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sri Pahang.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220084/", "headline": "\n3 Tumpuan Utama Kerjasama Antara Perak FC & VfL Wolfsburg\n", "content": ["Kelab yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi, XOX Berhad iaitu Perak FC mengumumkan satu kerjasama dengan pasukan yang beraksi dalam kancah utama bola sepak Jerman, VfL Wolfsburg, semalam.", "Kedua-dua kelab telah menandatangani satu perjanjian untuk menubuhkan jawatankuasa eksekutif yang berfungsi untuk membina rangka kerja perkongsian sukan komersil dan profesional antara kedua-dua pihak.", "Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kerjasama antara skuad berjulukan The Bos Gaurus dan The Wolves ini akan bertumpu kepada tiga bidang utama iaitu pembangunan belia, pemindahan teknologi dan peluang perniagaan.", "A post shared by Perak Football Club (@perakfcofficial_)", "Selain itu, kerjasama ini juga dibentuk untuk menyediakan rangka kerja yang sesuai untuk mengambil pemain muda di bawah 18 tahun, dan melatih mereka untuk menjadi atlet profesional.", "Untuk pengetahuan semua, Wolfsburg telah memilih Kuala Lumpur ibu pejabatnya di rantau asia tenggara bagi meneroka peluang untuk membina pangkalan peminatnya di luar Jerman sejak tahun 2016.", "Sebagai tambahan, Wolfsburg merupakan kelab bola sepak yang dimiliki dan ditaja sepenuhnya oleh Volkswagen AG – sebuah konglomerat automotif nasional yang mempunyai pelbagai jenama di bawahnya seperti Porsche, Bugatti, Ducati dan Lamborghini dengan 650,000 pekerja di seluruh dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219072/", "headline": "\nHad Umur Piala Presiden, Piala Belia Diturunkan Sebanyak Satu Tahun\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan kejohanan bola sepak peringkat pembangunan kelolaannya iaitu Piala Presiden dan Piala Belia akan diturunkan sebanyak satu tahun selepas daripada ini.", "Ini menjadikan saingan Piala Presiden dan Piala Belia akan ditandingi oleh pemain-pemain bawah 20 (B-20) dan bawah 18 tahun (B-18) masing-masing. Sebelum ini, had umur bagi kedua-dua saingan tersebut adalah bawah 21 (B-21) dan bawah 19 tahun (B-19) masing-masing.", "Makluman tersebut disampaikan menerusi Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, Dato’ S. Sivasundaram selepas daripada mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025.", "Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM pada mesyuarat kali keempat bagi penggal 2021-2025 yang dipengerusikan oleh Dato' S. Sivasundaram pada 11 Ogos 2022 telah membincangkan beberapa perkara dan mencapai keputusan.", "▶️ Baca penuh di https://t.co/3Yk7u5lIJj#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/pDp88bE01k", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 16, 2022", "Menurutnya, keputusan itu dibuat untuk menyelaraskan kitaran had umur bagi pertandingan AFC seperti Piala Asia B-20 dan Piala Asia B-17.", "Selain itu, FAM akan memperkasakan program akar umbi bagi tahun 2023 dengan matlamat untuk mendapatkan keahlian emas Piala Akar Umbi AFC. Ketika ini, FAM memegang keahlian perak.", "Dengan itu, Liga SupaRimau B-12, B-14 dan B-16 akan dimainkan sehingga pusingan akhir peringkat kebangsaan (liga secara kompetitif). ", "Manakala bagi kategori B-6, B-8 dan B-10 akan lebih fokus ke arah pembangunan iaitu tanpa carta kedudukan liga kerana ia dijalankan secara konsep festival.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111436/", "headline": "\nOlimpik 2020: Regu Taiwan Tumpaskan ‘The Daddies’ Untuk Tempah Tiket Ke Final\n", "content": ["Pasangan regu No.3 dunia, Lee Yang dan Wang Chi-lin mengesahkan kemaraan ke pentas final Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan, hari ini.", "Pasangan dari Taiwan tersebut cemerlang menumpaskan pasangan No.2 dunia yang terkenal dengan julukan The Daddies itu dengan kemenangan ‘straight set’ 21-11 dan 21-10.", "SEMIFINALS – MDMohammad Ahsan/Hendra Setiawan #INA vs Lee Yang/Wang Chi Lin #TPE11-21 10-21Sayang sekali Daddies gagal ke FINAL.TERIMA KASIH PERJUANGANNYA DADDIES!Live Indosiar, TVRI, vidio#Tokyo2020 #Badminton #BadmintalkTokyo2020", "Untuk makluman, ini merupakan kali pertama pasangan Taiwan ini mara ke peringkat final di Sukan Olimpik. ", "Selain itu, ini juga merupakan kali pertama mereka dapat membawa pulang sekurang-kurangnya pingat perak daripada temasya ini dalam karier mereka.", "Menanti pasangan ini di peringkat final adalah antara pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik atau pasangan China, Li Jun Hui-Liu Yu Yuchen."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113939/", "headline": "\nTMJ Titah Dikongsikan Segala Info Penting Tentang SSI – Patron Kedah\n", "content": ["Gelanggang rasmi Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sememangnya diakui sebagai stadium bola sepak terbaik di dalam negara serta rantau asia tenggara oleh pelbagai pihak.", "Reka bentuk stadium yang menarik perhatian ramai ini diilhamkan daripada bentuk daun pisang. Padangnya menggunakan rumput semula jadi jenis zeon zoysia yang membolehkan corak permainan berkualiti disajikan kepada para penonton. ", "Stadium yang dibina dengan kos anggaran RM200 juta ini mampu memuatkan maksimum 40,000 penonton. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan fasiliti untuk kegunaan para penonton yang hadir termasuk dipasang dengan sistem pencahayaan, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran yang moden.", "Bulan Mac lalu, SSI telah dipilih sebagai ‘Stadium of The Year 2020’ untuk kategori undian awam oleh laman sesawang berpangkalan di Poland, StadiumDB setelah mendapat 64,260 mata undian mengatasi Stadium Allegiant di Las Vegas dan Stadium Ahmad bin Ali di Qatar.", "Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Menteri Besar Kedah mengumumkan perlantikan tokoh dan pakar kewangan islam, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sebagai Penaung (Patron) Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (Kedah).", "Menariknya, sebelum dilantik secara rasmi untuk mengisi posisi tersebut, Dr. Mohd Daud yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah turun ke melawat SSI sebelum berlangsungnya perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah pada 18 November lalu.", "Menerusi perkongsian di laman sosialnya, tokoh kelahiran Alor Setar itu menyifatkan peluang melawat stadium berkenaan merupakan antara detik terindah dalam hidupnya lebih-lebih lagi mendapat iringan khusus daripada Pengurus Stadium & Fasiliti, Kevin Ramalingam dan Pengarah Teknikal, Alistair Edwards.", "Baca: JDT Menjadi ‘Benchmark Club’ Di Malaysia, Contoh Ikutan – Hishamuddin", "Semasa lawatan tersebut, Dr. Mohd Daud telah dibawa setiap pelusuk stadium seperti bilik persalinan, ruang tempat duduk penonton termasuk melihat dengan dekat padang yang dijaga dengan penuh rapi itu. ", "“Setiap orang nak masuk padang kena celup kasut dalam bekas cecair bagi bunuh kuman. Betapa telitinya tahap penjagaan padang berprestij ini.”", "“Semua soalan kami tentang aspek kos, penyelenggaraan & teknikal serta penjagaan kualiti dijawab sepenuhnya.” tulisnya di Facebook Page, Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah dalam posting yang bertajuk ‘Perjalanan Di Selatan Tanah Air (III)’.", "Pemilik kelab yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) seringkali dianggap sebagai individu yang angkuh dan bongkak oleh sebahagian penyokong bola sepak tempatan dek kerana deretan kejuaraan dalam dan luar negara yang dirangkul pasukannya.", "Namun, penaung pasukan Kedah ini mengungkapkan satu sisi TMJ  yang mana merupakan seorang yang terbuka serta tidak lokek berkongsikan informasi, pengetahuan dan pengalaman apabila melibatkan hal-hal seperti pembinaan dan penyelenggaraan stadium serta pusat latihan pasukannya.", "Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Dr. Mohd Daud, “banyak aspek yang kami didedahkan seolah-olah nak kongsi apa yang terbaik dalam pembinaan & penjagaan stadium.”", "“Skrip yang selalu kami dengar dari pegawai tinggi JDT adalah, ‘TMJ titah supaya dikongsi sepenuhnya info penting tentang stadium’. Saya rasa amat terharu dengan keterbukaan yang luar biasa ini.”", "Difahamkan beliau menghabiskan masa sekitar dua jam dalam sesi lawatan di SSI pada hari tersebut namun ianya belum mencukupi untuk meneliti keseluruhan aspek di stadium itu. ", "Tambahnya lagi, “kami mengetahui mereka amat sibuk sebelum perlawanan antara Kedah & JDT di malam tapi pegawai-pegawai tinggi JDT begitu passionate (tekun) menjelaskan semua perkara penting & relevan dalam aspek design (reka bentuk), fasiliti & functionality (fungsi) sesebuah stadium. ", "“Tak ada langsung rasa mereka memberi kedua terbaik kepada kami walaupun kedatangan kami mungkin kurang sesuai dengan waktunya.”", "Pada masa yang sama, beliau turut bercadang untuk melawat Pusat Latihan Padang Seri Gelam namun masa tidak mengizinkan di waktu itu. Bagaimanapun, Dr. Mohd Daud telah dipelawa oleh JDT untuk datang kembali di masa akan datang untuk dibawa melawat pusat latihan JDT itu.", "Seusai sahaja diumumkan sebagai Patron Kedah secara rasmi, semalam, Dr. Mohd Daud turut berkongsikan perancangan yang menjadi fokus utamanya terhadap skuad Hijau Kuning itu dalam tempoh jangka masa pendek dan sederhana.", "Sementara itu, beliau turut meletakkan empat paksi utama bagi membolehkan pasukan Kedah pergi lebih jauh dalam segenap aspek iaitu Prestasi, Kewangan, Fasiliti dan Komuniti.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & Dr Mohd Daud Bakar"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220355/", "headline": "\nTerbuka Perancis: Rhustavito Singkir Zii Jia Di Pusingan 32\n", "content": ["Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia bagaikan menerima satu tamparan apabila tumpas mengejut di peringkat awal saingan Terbuka Perancis – Jelajah Dunia Super 750 BWF.", "Biarpun masih segar dengan kemaraan ke perlawanan akhir Terbuka Denmark dan mendaki ranking No.2 dunia, Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pemain Indonesia, Shesar Rhustavito, sebentar tadi.", "YONEX French Open 2022MS – Round of 3221 21 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO🏅19 18 🇲🇾Zii Jia LEE", "🕗 in 44 minutes https://t.co/SFPWUACgBj", "— BWFScore (@BWFScore) October 26, 2022", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin tersebut, Zii Jia tumpas secara “straight set” kepada pemain yang berada di ranking ke-24 dunia dengan skor 19-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 44 minit permainan. ", "Untuk makluman semua, kekalahan yang tercatat pada hari ini menjadikan Zii Jia telah tumpas kepada Rhustavito sebanyak lima kali daripada sembilan pertemuan secara keseluruhan di pentas antarabangsa.", "Bukan itu sahaja, ini merupakan kali kedua berturut-turut tewas kepada Rhustavito pada tahun ini. Sebagai rekod, kekalahan pertama Zii Jia kepada Rhustavito berlaku ketika saingan Terbuka Malaysia pada penghujung Jun lalu.", "Sementara itu, Rhustavito yang meraih kemenangan dapat mara ke Pusingan 16. Menantinya di peringkat terbabit adalah pemain Jepun yang berada di ranking ke-20 dunia, Kodai Naraoka."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110574/", "headline": "\nVideo: ‘Free Kick’ Cantik Messi Hanya Bantu Argentina Seri Menentang Chile\n", "content": ["Penyerang handalan, Lionel Messi sekadar menyumbang satu jaringan sahaja menerusi sepakan percuma ketika menentang Chile pada aksi sulung melibatkan Kumpulan B kejohanan Copa America 2021, pagi tadi.", "#CopaAmérica 🏆⚽️ ¡Tremendo Messi! El capitán de @Argentina metió un golazo ante Chile 👏🏼👏🏼🇦🇷 Argentina 🆚 Chile 🇨🇱#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/kvViiLcoam", "Messi menyempurnakannya dengan melakukan sepakan lencong ke arah bucu kanan gol sekaligus menewaskan penjaga gawang Chile, Claudio Bravo pada babak pertama.", "Bagaimanapun pendahuluan yang dilakukan oleh Messi itu hanya bertahan sekitar 30 minit sahaja sebelum penyerang Chile, Eduardo Vargas merembat masuk bola tampanan kurang kemas Emiliano Martinez untuk menyamakan kedudukan.", "#CopaAmérica 🏆⚽️ ¡Muy rápido el Turbo! Eduardo Vargas llegó primero al rebote y metió el empate de @LaRoja ante Argentina.🇦🇷 Argentina 🆚 Chile 🇨🇱#VibraElContinente #VibraOContinente pic.twitter.com/UByhg4Tuzv", "Setelah terikat 1-1, kedua-dua pasukan cuba menggandakan asakan untuk mencari gol kemenangan. Bagaimanapun , kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel permainan ditiup oleh pengadil perlawanan.", "Untuk aksi seterusnya, Argentina dijadualkan bertemu Uruguay pada sabtu ini. Manakala Chile pula bakal menghadapi Bolivia pada hari yang sama."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217043/", "headline": "\nBAC 2022: Mei Xing-Anna Cheong Berhadapan Beregu No.1 Dunia Di Pusingan 16\n", "content": ["Pasangan beregu wanita negara, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong berhasil menempah tiket ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Kemaraan pasangan yang menghuni ranking ke-65 itu terhasil selepas berjaya menumpaskan beregu India, Ashwini Bhat dan Shikha Gautam pada Pusingan 32, sebentar tadi. ", "R32#MAS🇲🇾 Anna Cheong-Teoh Mei Xing def. #IND🇮🇳 Ashwini Bhat K-Shikha Gautam 21-19 21-12#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/zYMjxJHRcl", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Mei Xing-Anna Cheong merakamkan kemenangan ke atas beregu ranking ke-66 itu secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-19 dan 21-12 dalam tempoh masa 33 minit permainan.", "Sementara itu, dengan kemenangan ini, Mei Xing-Anna Cheong bakal berhadapan cabaran yang besar. Mereka bakal berentap menentang beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan di Pusingan 16. ", "Beregu dari China itu mara selepas menumpaskan beregu yang menjuarai saingan Terbuka Korea 2022, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jong (ranking ke-33)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207960/", "headline": "\nSanusi Berjaya Dapatkan Sebuah Syarikat Untuk Membeli 80% Saham KDA FC\n", "content": ["Sebuah syarikat dilaporkan bersetuju untuk membeli majoriti saham Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC).", "Perkembangan menarik itu menyaksikan 80% pegangan yang dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) akan bertukar tangan. ", "Ini menjadikan pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu bakal mempunyai pemilik baharu dalam masa dua minggu lagi disamping pemilikan minoriti sebanyak 20% oleh KFA.", "“Saya telah berjaya mendapatkan sebuah syarikat yang bersetuju untuk membeli saham sebanyak 80 peratus dalam MBI, ", "“Proses perundangan sedang dimuktamadkan serta terma-terma dan syarat-syaratnya akan diproses dan dijangka selesai dalam masa dua minggu lagi,” ujar Sanusi seperti dipetik daripada Warta Kedah.", "Bagaimanapun, tiada sebarang nama didedahkan oleh Sanusi dalam maklumannya petang tadi dan difahamkan ianya merupakan sebuah syarikat tempatan yang memiliki pengalaman dalam bola sepak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323481/", "headline": "\nHaaland Muncul Penjaring Terbanyak EPL Semusim – Atasi Rekod Alan Shearer & Andrew Cole\n", "content": ["Penyerang Manchester City (Man City), Erling Haaland ternyata tidak menunggu lama untuk meletakkan dirinya sebagai Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) Bagi Semusim selepas mengatasi rekod 34 gol yang dipegang Alan Shearer dan Andrew Cole.", "Menariknya, Haaland hanya memerlukan 31 penampilan sahaja untuk mencetak 35 gol terbabit. Bagaimanapun, kedua-dua legenda EPL itu pula memerlukan 42 dan 40 penampilan masing-masing bagi membolehkan merekodkan 34 gol tersebut.", "Untuk pengetahuan semua, Shearer dan Cole turut mencetak rekod tersebut ketika saingan EPL berlangsung dengan lebih banyak perlawanan iaitu sebanyak 42 perlawanan berbanding 38 perlawanan semusim pada ketika ini.", "In a league of his own 🙌@ErlingHaaland rewrites the history books again! pic.twitter.com/n1xVLBvoXH", "— Premier League (@premierleague) May 3, 2023", "Rekod tersebut menjadi milik Haaland selepas menjaringkan satu gol pada minit ke-70 ketika bertemu West Ham baru-baru ini. Jaringan itu merupakan yang ke-35 dicetaknya bersama skuad The Cityzen dalam kempen sulungnya dalam kancah EPL, musim ini. ", "Jaringan terbabit turut membantu Man City memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0 dan mengumpul 79 mata daripada 33 perlawanan. Ianya sekaligus meletakkan skuad bimbingan Pep Guardiola kembali ke tangga teratas EPL mengatasi Arsenal yang mempunyai 78 mata daripada 34 perlawanan.", "Dengan prestasi semasa serta baki lima perlawanan lagi yang perlu diharungi Man City musim ini, Haaland dijangkan tidak mempunyai masalah untuk meningkatkan lagi jumlah jaringannya sekaligus mengukuhkan lagi rekod yang dipegangnya itu.", "Untuk makluman, sekitar seminggu yang lalu, penyerang skuad kebangsaan Norway ini meletakkan dirinya sebagai Penjaring Terbanyak EPL Bagi 38 Perlawanan Semusim selepas mengumpul 33 gol mengatasi rekod 32 gol yang dipegang penyerang Liverpool, Mohamed Salah.", "𝟯𝟱 Premier League goals 🤩 A big thank you to everyone for the support, nothing happens without you all, we don't stop here! 💙 pic.twitter.com/5MJqSbH0T4", "— Erling Haaland (@ErlingHaaland) May 3, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111003/", "headline": "\nKerajaan Negeri Beri RM10,000 Kepada Empat Atlet Selangor ke Sukan Olimpik\n", "content": ["Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan memberikan sumbangan sebanyak RM10,000 seorang kepada empat atlet kelahiran negeri ini yang terpilih mewakili Malaysia ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Keempat-empat atlet tersebut ialah Phee Jing En (acara renang), Lee Hup Wei (acara lompat tinggi), Gavin Kyle Green (acara golf) dan Farah Ann Abdul Hadi (acara gimnastik artistik)", "Kenyataan Media Inisiatif khas RM40.000 kepada Atlet Selangor ke Sukan Olimpik Tokyo 2021Antara atlet-atlet yang akan ke sukan olimpik tokyo 2021 : 1. Lee Hup Wei (acara lompat tinggi)2. Gavin Green (acara golf)3. Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik)4. Phee Jinq En pic.twitter.com/Mdp83wZ1Te", "Perkara ini dimaklumkan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.", "“Bagi membakar semangat atlet Selangor yang mewakili negara, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyediakan peruntukan sejumlah RM40,000 kepada permata sukan negeri Selangor ini,”", "“Dengan inisiatif khas di bawah Kerajaan Negeri ini, diharapkan para atlet kita dapat membawa pulang pingat tertinggi serta menjulang Jalur Gemilang di negeri matahari terbit.” katanya dalam kenyataan media tersebut.", "Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri akan memantau secara dekat pencapaian dan prestasi keempat-empat atlet ini dalam temasya itu nanti.", "Untuk makluman semua, temasya Sukan Olimpik kali ini akan bermula pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.", "Featured Image: Farah Ann Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219528/", "headline": "\nArif Aiman Sedang Menempa Nama Selaku Salah Seorang Pemain Terbaik Malaysia\n", "content": ["Persembahan pemain sayap muda, Arif Aiman dalam kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menentang Selangor dalam aksi keempat Liga Super, mendapat pujian ramai peminat bola sepak tempatan.", "Pujian turut dilontarkan oleh ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora sambil melihat pemain berusia 18 tahun itu sedang berada di landasan yang tepat untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di Malaysia.", "Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, Arif mencuri tumpuan dengan menampilkan kerajinannya, kawalan bola yang baik dan kelincahannya untuk membelah barisan pertahanan Red Giants.", "Hasil kerja kerasnya di dalam perlawanan tersebut, dua gerakan lincah dilakukan oleh Arif berhasil menghadiahkan dua sepakan penalti kepada pasukannya. ", "“Saya fikir dia baru 18 tahun, apa yang dilakukannya semalam sangat penting buat kariernya, dia menyumbang dua penalti dan melakukan tugas dengan baik dan tidak mudah hilang bola, dia banyak turun membantu ketika pasukan bertahan,”", "“Dia merupakan seorang pemain yang lengkap dan pintar, dia dalam perjalanan untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di Malaysia, ketika ini dia masih belajar, memahami permainan dan memahami dirinya sendiri,” kata jurulatih kelahiran Mexico itu selepas daripada perlawanan.", "Untuk makluman, pemain kelahiran Pahang ini mendapat peluang bermula daripada kesebelasan utama skuad Harimau Selatan setelah pemain utama, Safawi Rasid terpaksa diketepikan untuk seketika waktu kerana ditimpa kecederaan semasa perlawanan menentang UiTM FC, hujung minggu lalu.", "Bercakap mengenai peluang untuk Arif bermain setelah Safawi kembali pulih kelak, Benjamin berkata, “Arif layak untuk terus mendapat peluang bermain bersama JDT kerana dia telah menunjukkan persembahan yang baik di atas padang apabila diberikan peluang.”", "“Apabila Safawi pulih, Arif mempunyai peluang untuk masuk sebagai pemain gantian, bermula dalam kesebelasan utama dalam satu atau dua perlawanan, kami belum tahu tetapi sudah tentu (mempunyai peluang).” tambahnya lagi.", "Selain itu, jurulatih kelahiran Mexico turut menegaskan saingan musim ini baru sahaja bermula dan tidak mungkin dia dapat menurunkan kesemua pemainnya di dalam empat perlawanan yang telah berlangsung.", "Justeru, bukan sahaja Arif, malahan Mohamadou Sumareh, Ramadhan Saifullah dan semua pemain akan mendapat peluang disamping Benjamin juga akan melakukan pertukaran pemain apabila perlu.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218223/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Kandas, Tiada Wakil Negara Di Pentas Akhir\n", "content": ["Saingan Terbuka Malaysia 2022 menyaksikan tiada sebarang wakil negara akan beraksi pada perlawanan akhir yang berlangsung pada hari esok.", "Selepas tersingkirnya Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di peringkat separuh akhir, petang tadi, sepasang lagi beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turut mendapat nasib yang sama, sebentar tadi. ", "Pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini terpaksa akur tumpas kepada beregu No.2 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi secara “straight set” dengan skor 21-23 dan 9-21 dalam tempoh 41 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Semi final 🇯🇵Takuro HOKI🏅23 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅21 9 🇲🇾Aaron CHIA 🇲🇾Wooi Yik SOH", "🕗 in 41 minutes https://t.co/GXsE4YEJlp", "— BWFScore (@BWFScore) July 2, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kelima buat Aaron-Wooi Yik di tangan Hoki-Kobayashi daripada tujuh pertarungan di semua kejohanan antarabangsa dalam karier mereka. ", "Sementara itu, Hoki-Kobayashi yang melayakkan diri ke pentas akhir akan bertemu beregu No.7 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto untuk merebut gelaran juara saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF ini.", "Pasangan Indonesia ini mengesahkan kemaraan ke pentas akhir dengan menumpaskan beregu Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin di peringkat separuh akhir."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208599/", "headline": "\nPemain Kacukan Belanda-Indonesia Tiada Dalam Perancangan Kedah\n", "content": ["Pemain kacukan Belanda-Indonesia, Stefano Lilipaly nampaknya tiada dalam perancangan pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah.", "Kebelakangan ini pemain tengah menyerang yang beraksi bersama Bali United itu kuat dikaitkan dengan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "Penafian Lilipaly ke Kedah itu disahkan sendiri oleh satu sumber dalaman pasukan dan dilaporkan oleh akhbar tempatan, pada hari ini.", "“Memang nama Lilipaly hangat disebut-sebut di media sosial ketika ini, namun setakat ini pemain berusia 30 tahun itu tidak ada dalam perancangan pasukan untuk musim depan.” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.", "Baru dua menit laga berjalan, Bali United sudah mampu membuka keunggulan lewat sontekan Stefano Lilipaly. Berawal dari umpan matang Paulo Sergio, sontekan kaki kanan Lilipaly sukses membobol gawang Made Wirawan.📰 Selengkapnya 👇https://t.co/bYLIJze5hk pic.twitter.com/AglAV1yRXP", "Selain daripada posisi tengah menyerang, Lilipaly yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda Bawah 17 Tahun (B-17) juga boleh beraksi di posisi sayap.", "Ia pastinya pengganti yang sesuai kepada pemergian pemain import kuota Asia, Amin Nazari dan juga penyerang sayap tempatan Hadin Azman yang telah diumumkan dilepaskan oleh Kedah.", "Bagaimanapun, menurut sumber tersebut, Kedah sudah mempunyai calon bagi mengisi kelompongan itu dengan seorang pemain tempatan yang merupakan bekas pemain pasukan tersebut suatu masa dahulu iaitu Syazwan Zainon.", "“Begitu pun cakap-cakap yang mengaitkan Syazwan Zainon dengan Kedah memang betul. Kehadiran Syazwan dilihat mampu mengukuhkan pasukan musim depan,” katanya lagi.", "Untuk makluman, pemain sayap lincah kelahiran Perlis Indera Kayangan itu pernah beraksi bersama Kedah selama empat musim bermula tahun 2014 hingga 2018 sebelum berhijrah ke pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor pada tahun 2019."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322703/", "headline": "\nSelangor Benam Naib Juara Piala AFC Di Cheras\n", "content": ["Status naib juara Piala AFC 2022 yang dimiliki Kuala Lumpur City FC (KL City) tidak menjadi kegerunan buat pasukan pelawat, Selangor FC ketika turun berentap dalam saingan keenam Liga Super merangkap.", "Bahkan skuad berjulukan Red Giants bimbingan Tan Cheng Hoe itu berhasil melakar satu kemenangan selesa ke atas KL City dengan keputusan 3-1 bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.", "Kemenangan Selangor itu dicetuskan menerusi jaringan berganda oleh  Ayron del Valle pada minit 32’(p) dan 53’ serta satu gol sumbangan pemain skuad kebangsaan iaitu Faisal Halim pada minit 40’(p).", "Sebelum itu, KL City bimbingan Bojan Hodak terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perseteruan setempat ini melalui Tchetche Kipre pada minit 24’.", "Pada masa yang sama,kemenangan ini pastinya dapat mengubat luka Selangor yang tumpas dengan jaringan besar 0-4 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada perlawanan kelima liga baru-baru ini.", "Menariknya, ini merupakan pertarungan derbi Lembah Klang melibatkan Selangor dan KL City dalam saingan liga yang pertama berakhir dengan salah satu pihak meraih kemenangan sejak Jun 2019.", "Sebagai rekod, empat pertemuan dalam saingan liga sebelum ini hanya berakhir dengan keputusan seri."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208595/", "headline": "\nDenda €3000 Menanti Barcelona Ekoran Keraian Gol Messi Terhadap Maradona\n", "content": ["FC Barcelona bakal berhadapan denda sebanyak €3000 (RM14,600) ekoran daripada keraian gol oleh Lionel Messi terhadap mendiang Diego Maradona.", "Selepas menjaringkan gol ketika menentang Osasuna dalam saingan La Liga semalam, Messi bertindak menanggalkan jersinya dan menunjukkan jersi pasukan Newell’s Old Boys yang pernah disarung oleh Maradona suatu masa dahulu.", "Kemudiannya, Messi mencium tangannya sebelum menjulang ke langit, meniru gaya keraian gol ikonik yang sering dilakukan oleh juara Piala Dunia 1986 tersebut.", "It's all about number 🔟. The best player in the world and his tribute to #D10S ❤️🖤#DiegoEterno ♾ pic.twitter.com/JZhkZgX9jx", "Sejurus keraian gol tersebut, pengadil perlawanan, Mateu Lahoz melayangkan kad kuning kepada Messi kerana melanggar peraturan menanggalkan baju semasa dalam perlawanan.", "Bagaimanapun, menurut laman Sport yang merujuk kepada peraturan pemainan Sepanyol, denda tersebut bakal dikenakan kerana menyalahi peraturan berkenaan menyampaikan mesej selepas meraikan gol.", "“Mana-mana pemain yang mengangkat atau menanggalkan jersinya dan menyampaikan apa-apa jenis iklan, slogan, legenda, akronim, anagram atau lukisan, atau apa-apa kandungan atau tujuan kepada perbuatan tersebut akan didenda 3000 euro dan diberikan amaran.” tulis peraturan tersebut.", "Featured Image: Newell’s Old Boys"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323147/", "headline": "\n8 Fakta Perlawanan Melibatkan Perak dan Negeri Sembilan\n", "content": ["Perlawanan antara Perak FC dan Negeri Sembilan FC merupakan pertembungan klasik di antara dua pasukan yang pernah berada di kemuncak prestasi suatu masa lalu.", "Menjelang pertemuan melibatkan dua bekas gergasi bola sepak Malaysia di Ipoh, Sukanz tampil menghidangkan lapan fakta perlawanan yang merangkumi rekod semasa pasukan, para pemain serta statistik pertembungan bagi kedua-dua pasukan untuk tatapan pembaca:", "Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 3 kali dalam saingan domestik dengan 3 kemenangan berpihak kepada skuad Seladang baik dalam Liga Super mahupun Piala FA.", "Ketika ini, Perak berada di tangga ke-11 Liga Super selepas tewas dalam empat perlawanan terakhir berturut-turut dan hanya mencatatkan satu kemenangan musim ini menentang Kuching City. ", "Negeri Sembilan pula sedang berada dua tangga di atas Perak selepas mengumpul sembilan mata hasil kemenangan ke atas Kelantan dan Terengganu dan tiga keputusan seri menentang Sri Pahang, Sabah dan Penang. ", "Aksi terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Perak yang menewaskan skuad Jang dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Nazirul Naim dan Shahrel Fikri di Ipoh pada April 2019. ", "Sikh Izhan (Negeri Sembilan) mendahului carta penjaga gol dengan jumlah aksi penyelamatan tertinggi iaitu 29 percubaan diselamatkan. Bryan See (Perak) di tempat kedua dengan 23 percubaan diselamatkan.", "Casagrande meletakkan dirinya sebagai pemain ketiga dengan jumlah percubaan tertinggi liga dengan 23 percubaan. Namun begitu, penyerang Brazil itu hanya catatkan 7 percubaan tepat dan menjaringkan 3 gol sahaja. ", "Perak merupakan salah satu pasukan dengan rekod disiplin yang merisaukan apabila 3 pemain skuad Seladang; Sunday Afolabi, Haziq Puad dan Nasrol Amri telah dilayangkan kad kuning kedua yang membawa kepada layangan kad merah sebelum ini.", "Pungutan 3 mata pada malam ini akan meletakkan Perak merapatkan jurang mata dengan Negeri Sembilan manakala skuad Jang akan kekal di atas Perak dengan 1 mata. ", "Sebaliknya, Negeri Sembilan boleh melonjakkan kedudukan mereka ke tangga kelapan liga manakala Perak akan terus kehilangan mata dan jurang mata semakin melebar di antara kedudukan 4 terbawah dengan zon pertengahan liga."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323882/", "headline": "\n5 Atlet Negara Yang Memecahkan Rekod Di Sukan SEA 2023\n", "content": ["Sukan SEA 2023 telah melabuhkan tirainya dengan 34 pingat emas berjaya dibawa pulang Kontinjen Malaysia. Pada masa yang sama, sebanyak 45 pingat perak dan 96 pingat gangsa turut dikutip daripada temasya dwitahunan kali ke-32 ini. Selain jumlah pungutan pingat, temasya kali ini turut memperlihatkan beberapa rekod baharu telah dicipta para atlet kebangsaan. ", "Di sini, Sukanz senaraikan 5 atlet negara yang berjaya memecahkan rekod peribadi, kebangsaan dan temasya pada edisi kali ini:", "Meskipun gagal mempertahankan emas di Sukan SEA 2023, Nur Sarah Adi yang beraksi sebagai atlet lompat bergalah berjaya memperbaiki rekod peribadinya kali ini dengan mencatatkan lompatan berketinggian 4.05 meter (m).", "Rekod tersebut sekaligus memperbaiki rekod di Sukan SEA 2021 (4.00m) dan meletakkan dirinya selaku pemenang pingat perak walupun berkongsi ketinggian lompatan yang sama dengan pemenang pingat emas, Chonthicha Khabut. ", "Zaidatul merupakan insan terpilih kerana dapat memecah rekodnya sendiri bersama Azreen, Afrina dan Aishah. Mereka berhasil memungut pingat gangsa dengan catatan masa 44.58m pada temasya kali ini dan memperbaharui rekod kebangsaan milik Zaidatul dan tiga lagi bekas rakan sepasukannya. ", "Terdahulu, Zaidatul bersama S. Komalam, Siti Fatimah dan Faizah Asma telah mencipta rekod kebangsaan bagi acara 4x100m wanita di Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di India pada tahun 2017 dengan catatan masa 44.51s. ", "Menjadi satu-satunya wakil sukan akuatik, empat perenang negara ini berjaya memungut pingat perak apabila mencatatkan masa renangan selama 3 minit dan 20.61 saat pada temasya Sukan SEA 2023. ", "Mereka memperbaiki rekod kebangsaan yang dipegang Keith Lim, Welson Sim, Chan Jie dan Wei Tze di Sukan Asia 2018 Indonesia yang meletakkan empat perenang tersebut di tangga keenam kejohanan tersebut dengan catatan masa 3 minit dan 21.06 saat.", "Penampilan sulung Umar Osman bukan sahaja mengejutkan dirinya malahan ramai pihak apabila merangkul pingat emas bagi acara 800m dengan catatan masa 46.34s yang juga rekod baharu kebangsaan.", "Rekod terdahulu dipegang Zaiful Zainal Abidin iaitu catatan masa 46.41s yang dicipta dalam Kejohanan Remaja Asia di Bandar Seri Begawan, Brunei pada tahun 2001 dan bertahan selama 22 tahun.", "Ratu lontar tukul besi Asia Tenggara, Grace Wong bukan sahaja dapat mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Hanoi malahan memecahkan rekod temasya dengan lontaran terbaiknya berjarak 61.88m.", "Catatan terbaharunya itu memadam rekod temasya yang turut dicipta oleh dirinya sendiri pada temasya Sukan SEA 2017 iaitu lontaran sejauh 59.24m. Namun, jarak lontarannya itu belum dapat menandingi rekod kebangsaan yang juga rekod terbaik peribadinya – 62.48m di Kejohanan GP Malaysia 2021. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202217659/", "headline": "\nPiala Asia: AFC Jemput Negara Yang Berminat Untuk Jadi Tuan Rumah Hantar Bidaan\n", "content": ["Badan induk bola sepak benua asia, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menghantar Pelawaan Tunjuk Minat (EoI) kepada negara ahli gabungannya (Members Association) yang berminat menjadi tuan rumah Piala Asia 2023.", "Pengumuman itu dibuat setelah hos asal, China mengumumkan telah menarik diri untuk menganjurkan saingan tersebut ekoran keadaan pandemik Covid-19 yang tidak terkawal di negara terebut.", "Baca: China Tak Dapat Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023 Ekoran Covid-19", "AFC invites interest to host #AsianCup2023!https://t.co/TBNtI7UYdT", "— #AFCU23 (@afcasiancup) May 31, 2022", "Justeru, Kongres AFC kali ke-32 yang berlangsung baru-baru ini telah memberikan mandat kepada pihak pentadbir AFC untuk menentukan terma dan kelayakan bagi mempercepatkan proses bidaan itu.", "Susulan proses bidaan itu, pihak pentadbir AFC akan menghantar laporan berserta dengan pengesyoran kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC yang akan memilih hos baharu kelak.", "Sementara itu, AFC turut maklumkan tarikh akhir untuk ahli gabungan yang berminat untuk menghantar EoI untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 adalah 30 Jun ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217969/", "headline": "\nSukan Komanwel: Kontinjen Malaysia Sasar Tujuh Pingat Emas\n", "content": ["Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran sebanyak tujuh pingat emas untuk diraih dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan berlangsung bermula 28 Julai hingga 8 Ogos kelak.", "Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr. Mohammad Norza Zakaria dalam satu sidang media yang turut disiarkan di platform media sosial milik badan terbabit, baru-baru ini.", "Jelasnya, sasaran yang dibuat itu adalah menyamai sasaran yang diletakkan kepada Kontinjen Malaysia semasa mengambil bahagian dalam temasya terdahulu, Sukan Komanwel Gold Coast 2018.", "“Setakat ini, kita melihat kepada (sasaran) tujuh (pingat emas) di mana menyamai (sasaran) di Sukan Komanwel Gold Coast 2018,", "“Walaupun di Gold Coast (kontinjen) seramai seratus tujuh puluh lebih, (kontinjen) pada kali ini kurang tetapi kami mengekalkan jumlah sasaran yang sama,” katanya.", "Tambahnya lagi, sasaran untuk meraih tujuh pingat emas pada kali ini disandarkan kepada sukan badminton (dua pingat), gimranma (satu pingat), boling padang (satu pingat), angkat berat (satu pingat), skuasy (satu pingat) dan para powerlifting (satu pingat).", "Dalam sidang media yang sama, Norza merangkap Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mengumumkan bahawa juara powerlifting Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin dan  pemain skuasy wanita No.1 negara, S. Sivasangari sebagai pembawa Jalur Gemilang di temasya terbabit."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112489/", "headline": "\nPenunggang Sukan Berbasikal Disarankan Mempunyai Lesen, Boleh Dimohon Menerusi PKBM\n", "content": ["Kebelakangan ini, aktiviti sukan basikal kian menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia juga merupakan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan.", "Bagaimanapun, aktiviti kayuhan basikal terutamanya di jalan raya boleh mengundang bahaya dan kemalangan sekiranya tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan.", "Justeru, penunggang sukan berbasikal di dalam negara disaran untuk mengambil lesen menerusi Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan boleh berfungsi sebagai ‘insurans’ sekiranya berlaku sebarang kecelakaan.", "Perkara tersebut disarankan oleh Setiausaha Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), Firdaus Arshad bagi menjaga keselamatan penunggang terutamanya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam sukan ini.", "“Sebagai seorang penunggang basikal, anda perlu mempunyai lesen berbasikal yang boleh dimohon di Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia,", "“Lesen tersebut boleh digunakan sebagai ‘insurans’ untuk keselamatan penunggang sendiri” katanya seperti dipetik daripada SatuBerita.", "Baca: Basikal Perlu Lesen & Plat? – Ini Komen Pelumba Negara, Azizulhasni Awang", "Pada masa yang sama, beliau turut menekankan kepada penunggang untuk mengenali garis panduan dalam melakukan aktiviti kayuhan basikal dengan menyertai mana-mana komuniti sukan berbasikal.", "Hal ini penting supaya penunggang basikal tidak mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain apabila melakukan aktiviti kayuhan tersebut.", "“Ramai orang yang telah memilih sukan berbasikal sebagai aktiviti rekreasi untuk mereka. Namun ramai juga yang tidak tahu akan garis panduan yang betul untuk menunggang basikal di jalan raya,”", "“Kepada penunggang yang baru, libatkan diri dalam kayuhan secara berkumpulan kerana ia lebih selamat dan lebih banyak ilmu mengenai keselamatan menunggang basikal boleh dipelajari daripada komuniti tersebut,” katanya lagi.", "Selain itu, beliau turut menasihatkan para penunggang basikal untuk memakai peralatan keselamatan apabila melakukan aktiviti kayuhan supaya dapat mengelakkan kemalangan.", "Sebagai tambahan, lesen berbasikal ini bukanlah satu perkara yang wajib daripada PKBM mahupun pihak kerajaan sendiri kepada semua pengguna basikal termasuk aktiviti kayuhan riadah.", "Ia merupakan satu syor dan saranan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan peminat sukan berbasikal terutamanya di jalan raya.", "Bagi yang ingin mengetahui garis panduan, syarat-syarat serta kelebihan memohon LESEN BERBASIKAL daripada PKBM, anda boleh klik link INI.", "Featured Image: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206721/", "headline": "\nPenyerang Naturalisasi, Mohamadou Sumareh Mahu Sertai Selangor?\n", "content": ["Adakah kita bakal menyaksikan penyerang naturalisasi skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh berhijrah ke Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim depan? ", "Terdahulu, penyerang berusia 25 tahun itu mengejutkan peminat-peminat bola sepak tanah air apabila dilaporkan tidak menyertai sesi latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan yang lalu.", "Dan turut dilaporkan penyerang sayap kelahiran Gambia itu tidak akan turun dalam pertemuan menentang juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur, malam ini.", "“Mengenai Sumareh, sebenarnya dia tidak lagi bersama pasukan sejak sebulan yang lalu, dia tidak muncul dalam sesi latihan,”", "“Apa sebab di sebalik perkara yang berlaku, kami akan mendapatkan penjelaskan daripada pihak pengurusan.” kata ketua jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh kepada Stadium Astro.", "Dan punca kehilangan dirinya itu dikaitkan oleh peminat-peminat bola sepak tempatan dengan perpindahan ke skuad Harimau Selatan.", "Dan pengumuman Safawi sudah dilamar oleh kelab berpangkalan di Portugal, Portimonense SC menguatkan desas-desus Sumareh ke negeri selatan semenanjung tanah air.", "Bagaimanapun, dalam satu hantaran Instagram Story yang dibuat Sumareh semalam, dia memberikan hint untuk menyertai pasukan lain dan bukannya JDT.", "Pasukan tersebut adalah Selangor yang kini sedang giat ditransformasikan oleh kepimpinan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.", "Rumour 3: Selangor are trying to improve the squad by signing Mohmadou Sumareh and Nazmi Faiz. But discussions are still on going. pic.twitter.com/PqRoinjp9l", "Selain daripada itu, sebuah akaun laman sosial, 1 Play Sports turut mendakwa Selangor sedang berusaha untuk memperkukuhkan skuadnya dan berusaha untuk mendapatkan Sumareh serta pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor. ", "Namun perkara ini masih dalam peringkat perundingan.", "Foto: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216539/", "headline": "\nLiverpool & Man Utd Berentap Di Stadium Rajamangala Julai Nanti – Harga Tiket Bermula Sekitar RM632\n", "content": ["Dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Manchester United (Man Utd) akan berentap sesama sendiri di negara jiran tetangga, Thailand pada Julai nanti.", "Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok untuk merebut Bangkok Century Cup pada Selasa, 12 Julai kelak. Ianya salah satu perlawanan daripada perlawanan pramusim yang diatur sebelum mengharungi musim 2022/23 kelak.", "Our 2022-23 pre-season will kick-off in Thailand in July where we’ll face Manchester United ⤵️", "— Liverpool FC (@LFC) March 31, 2022", "Peminat pasukan The Reds dan The Red Devils yang berhasrat untuk menonton perlawanan ini secara langsung di sana, boleh mendapatkan tiket secara atas talian menerusi laman sesawang thaiticketmajor.com dengan prajualan dan jualan bermula 1 dan 2 April masing-masing.", "Berdasarkan tinjauan, terdapat tujuh kategori tiket yang ditawarkan untuk kedua-dua peminat pasukan berkenaan iaitu Platinum, Gold, Silver, Kategori 2, Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5.", "Harga tiket yang ditawarkan adalah seperti berikut:", "Dan pelan tempat duduk bagi tiket-tiket berkenaan adalah seperti gambar rajah di bawah:", "Untuk makluman semua, kali terakhir Liverpool ke Thailand ketika pramusim 2015/16 yang lalu menentang pasukan True Thai All Stars. Manakala, Man Utd pula bertandang buat kali terakhir ke bumi Thailand adalah pada tahun 2013 menentang Singha All-Star XI."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207909/", "headline": "\nPelumba Muda, Adam Norrodin Tamatkan Saingan CEV Moto2 di Tangga Ke-7\n", "content": ["Pelumba muda negara, Adam Norrodin menamatkan saingan Kejuaraan CEV Repsol Moto2 Eropah di tangga ketujuh secara keseluruhan.", "Walaupun pelumba berusia 22 tahun ini menyasarkan untuk berada di kelompok lima terbaik, pencapaian yang yang diraihnya merupakan satu peningkatan positif berbanding kedudukan tangga ke-15 pada musim lalu.", "Adam yang merupakan pelumba Liqui Moly Intact SIC Junior Team dan juga sebagai pelapis Sepang Racing Team (SRT) mengumpul 79 mata daripada lapan siri perlumbaan musim ini.", "“Saya berada di kedudukan ketujuh dalam keseluruhan saingan. Ia merupakan musim yang padat dengan (prestasi) naik dan turun dan saya akan ambil semua perkara positif dan jadi lebih baik.” katanya selepas daripada perlumbaan penutup di Valencia, hujung minggu lalu.", "Sementara itu, seorang lagi pelumba muda negara, Syarifuddin Azman yang bersaing dalam kancah Kejuaraan CEV Moto3 Remaja Dunia menamatkan saingan musim ini di tempat ke-19 secara keseluruhan dengan kutipan 18 mata.", "Pelumba berusia 18 tahun ini beraksi bersama pasukan Monlau Motorsport dan ini merupakan musim sulungnya dalam saingan motosikal remaja ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207446/", "headline": "\nTiada Perubahan Besar, Selangor FC Sebagai Nama Pasukan\n", "content": ["Tiada perubahan besar dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dengan menggunakan Selangor Football Club (Selangor FC) sebagai nama pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super 2021.", "Manakala The Red Giants pula kekal sebagai nama gelaran untuk pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu. ", "Perubahan ini dilakukan untuk mematuhi proses penswastaan yang dikehendaki oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).", "“Kita akan terus gunakan nama Selangor FC sebagai nama rasmi dan mengekalkan The Red Giants sebagai nama gelaran pasukan Selangor. ", "“Tidak banyak yang kita lakukan buat masa ini termasuk bagi proses penjenamaan, cukup sekadar memenuhi syarat.", "“Ini kerana jika diikutkan pihak kami bercadang untuk melakukan proses penjenamaan ini dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam Sinar Harian.", "Sementara itu, Dr. Johan turut memaklumkan pasukan Selangor dibenarkan menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai gelanggang rasmi bagi saingan musim depan.", "Pertukaran gelanggang rasmi ini dilakukan untuk memberi laluan kepada usaha baik pulih infrastruktur-infrastruktur di Stadium Shah Alam (SSA).", "“Kelulusan menggunakan stadium berkenaan telah diperolehi daripada pihak MBPJ. Bagaimanapun, kami masih belum dapat mengesahkan gelanggang rasmi bagi skuad Selangor 2 buat masa ini.", "“Lagipun, kita sendiri tidak tahu bilakah Selangor akan kembali beraksi di Stadium Shah Alam kerana difahamkan kerja-kerja pembaikan di stadium berkenaan bukan hanya melibatkan bumbung, tetapi turut melibatkan infrastruktur lain,” jelasnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216926/", "headline": "\nRumusan Salah, Sangat Mudah Jaringkan Gol Lawan Man Utd\n", "content": ["Penyerang prolifik Liverpool dan Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah merumuskan menjaringkan gol menentang pasukan Manchester United (Man Utd) pada musim ini adalah sangat mudah.", "Reaksi tersebut diberikannya selepas daripada perlawanan menentang skuad Red Devils di Anfield, awal pagi tadi, waktu Malaysia. ", "Dalam perlawanan tersebut, pemain kelahiran Mesir ini berhasil menjaringkan dua gol membantu pasukannya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-0.", "“Barisan tengah dan (pertahanan Liverpool) menjadikan tugas kami lebih mudah, mereka sentiasa cuba memberikan bola kepada kami dalam situasi satu lawan satu. Jadi, mereka memudahkan hidup kami.", "🗣 \"I think it’s a top performance from us here and away also. Hopefully we just carry on like this.\"", "— Liverpool FC (@LFC) April 19, 2022", "“Kami tidak bolos (clean sheet) di sini, tidak bolos di sana (Old Trafford), jadi mereka memudahkan hidup kami untuk jaringkan gol.", "“Kami mahu jaringkan satu gol, apabila kami dapat yang pertama, kami mahu jaringkan yang kedua, apabila kami dapat yang kedua, kami cari yang ketiga. Saya rasakan ini merupakan prestasi terbaik daripada kami di sini (Anfield) dan juga di sana (Old Trafford).", "“Harapnya kami dapat kekalkan (prestasi) seperti ini.” kata Salah seperti dipetik daripada laman sesawang rasmi Liverpool.", "Sebagai rekod, penyerang berusia 29 tahun ini menjaringkan lima gol dalam dua perlawanan EPL menentang Man Utd di gelanggang lawan dan laman sendiri. Ketika itu, Liverpool merekodkan kemenangan 5-0 ke atas Man Utd.", "Pada masa yang sama, Salah turut mendahului senarai penjaring terbanyak EPL dengan rekod 22 gol setakat ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221205/", "headline": "\nMalaysia, Vietnam Akan Melakukan Program Pertukaran Pengadil Bola Sepak\n", "content": ["Malaysia dan Vietnam menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU).", "Difahamkan, MoU bertempoh selama tiga tahun tersebut tujuan untuk mempergiat kerjasama dalam dua perkara iaitu pembangunan pengadil dan bola sepak belia.", "Menerusi persefahaman ini, FAM-VFF akan melakukan program pertukaran pengadil dalam perlawanan antarabangsa dan tempatan masing-masing.", "FAM dan VFF Jalin Kerjasama Pembangunan", "▶️ Baca penuh di https://t.co/AVKSbAiFGo", "FAM & VFF Partners in Football Development ", "▶️ Read more at https://t.co/AVKSbAiFGo#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/sBFPpGY0SW", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 26, 2022", "Bukan itu sahaja, kedua-dua pengadil Malaysia dan Vietnam turut sama akan berkongsi pengalaman masing-masing dalam bidang professional melalui mesyuarat langsung atau tidak langsung dan kursus latihan.", "Selain itu, kedua-dua negara juga akan menghantar skuad kebangsaan belia masing-masing untuk menyertai perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan dianjurkan.", "Tidak dilupakan, MoU ini turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Vietnam.", "Untuk makluman semua, pemeteraian MoU ini disempurnakan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman dan Setiausaha Agung VFF, Duong Nghiep Khoi di Hanoi, semalam.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214707/", "headline": "\nTerbuka India: Cheam June Wei Disingkirkan Pemain Rusia Di Pusingan 32\n", "content": ["Hasrat untuk melihat pemain badminton perseorangan bebas (independent) negara, Cheam June Wei, 24 tahun, mara jauh di dalam kejohanan Terbuka India 2022 nampaknya tidak kesampaian.", "Hal ini kerana June Wei yang menghuni ranking 73 dunia ini telah disingirkan oleh pemain Rusia, Sergey Sirant yang berada di ranking 76 dunia di Pusingan 32, sebentar tadi.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022MS – Round of 3222 21 🇷🇺Sergey SIRANT🏅20 18 🇲🇾June Wei CHEAM🕗 in 43 minutes https://t.co/6uqamoVX3g", "Dalam perlawanan tersebut, June Wei tumpas kepada pemain berusia 27 tahun itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 20-22 dan 18-21 dalam tempoh permainan yang hampir memakan masa 45 minit.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan pertama melibatkan June Wei dan Sergey Sirant di pentas kejohanan antarabangsa.", "Sementara itu, Sergey yang mara ke pusingan berikutnya bakal menentang samada pemain India, Kartikey Gulshan Kumar (ranking 125) atau pemain Finland, Kalle Koljonen (ranking 63).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219055/", "headline": "\nSungai Petani Bakal Mempunyai Sebuah Litar Lumba Antarabangsa\n", "content": ["Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan sebuah litar lumba bertaraf antarabangsa akan dibina di Sungai Petani, Kedah.", "Menerusi perkongsian di laman Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA), Sanusi memberitahu, pada asalnya, kerajaan negeri merancang untuk membina Litar Lumba Rakyat namun ianya telah dinaik taraf kepada Litar Lumba Antarabangsa.", "Perkembangan tersebut dikongsikan selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian & Pelancaran Litar Lumba Sungai Petani di antara Menteri Besar Incorporated, PKB Open Road (SP Circuit) Sdn Bhd dan ORIC Development (SP) Sdn Bhd.", "Tambah beliau lagi, walaupun litar ini lebih bersifat komersial, ianya tetap juga boleh digunakan oleh rakyat yang berminat dalam sukan permotoran.", "Dengan perkembangan ini, Kedah yang terkenal dengan julukan negeri jelapang padi ini bakal mempunyai dua litar lumba antarabangsa. Selain di Sungai Petani, sebuah lagi litar antarabangsa yang bakal dibina adalah di Bukit Malut, Langkawi yang diumumkan pada tahun lalu.", "Difahamkan, Litar Lumba di Langkawi lebih menumpukan kepada aktiviti perlumbaan 4 roda manakala Litar Lumba di Sungai Petani menjurus kepada litar rakyat dan aktiviti permotoran nasional."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113629/", "headline": "\nKetua Jurulatih Selangor ‘Rindu’ Kelibat Ifedayo, Brendan, Halim & Safuwan\n", "content": ["Ketua jurulatih Selangor, Karsten Neitzel persembahan pasukannya menentang Kuala Lumpur City (KL City) akan menjadi berbeza sekiranya dibarisi oleh pemain-pemain senior dan berpengalaman.", "Ketika turun melayan kunjungan skuad kendalian Bojan Hodak di laman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada malam tadi, Selangor terpaksa akur tumpas perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia dengan keputusan 0-2.", "Skuad Red Giants yang dibarisi oleh majoriti pemain tempatan dan import muda tumpas hasil jaringan pemain Colombia, Romel Morales dan pemain gantian, Hadin Azman pada minit ke-14 dan ke-82 masing-masing. ", "“Itulah bola sepak, kadang kala ianya bagus jika anda mempunyai pemain-pemain yang lebih berpengalaman seperti Ifedayo (Olusegun), Brendan Gan, Halim (Saari), Safuwan (Baharudin) dan ianya akan jadi lebih mudah.", "“Tetapi pemain-pemain muda telah cuba lakukan segala-galanya, patutkan saya salahkan mereka? Itulah bola sepak. (Saya) ulang, sekiranya anda mempunyai pemain lebih berpengalaman, prestasi akan menjadi lebih stabil dan lebih konsisten.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.", "Sebagai rekod, Ifedayo yang merupakan kelahiran Nigeria merupakan pemain yang cukup penting buat Selangor pada musim ini. Dia muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan rekod 26 gol.", "Namun kelibat penyerang yang turut memegang pasport Bahrain ini tidak kelihatan dalam kesebelasan utama Selangor sejak beberapa perlawanan di peringkat kumpulan lagi.", "Berdasarkan tinjauan di media sosial, ianya turut menimbulkan tanda tanya bukan sahaja peminat dan penyokong skuad Red Giants malahan peminat bola sepak tempatan secara am.", "Sementara itu, pemain tengah, Brendan pula baru sahaja menyertai latihan bersama pasukan selepas diumumkan selesai menjalani pembedahan ekoran didiagnosis dengan kanser pada Julai lalu.", "Manakala seorang lagi pemain tengah, Halim Saari masih lagi dalam proses pemulihan selepas ditimpa kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) awal musim lalu.", "Pemain pertahanan dan pemain tengah bertahan, Safuwan Baharudin pula dilepaskan oleh Selangor untuk menyahut panggilan skuad kebangsaan Singapura yang turun berentap dalam dua perlawanan antarabangsa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324321/", "headline": "\nBagai Sireh Pulang Ke Gagang, Hakim Sertai Terengganu FC Dengan Kontrak Setahun\n", "content": ["Bekas penyerang Selangor, Nor Hakim Hassan sah kembali ke bumi kelahirannya apabila diumumkan menyertai Terengganu FC pada jendela perpindahan kedua yang dibuka Julai ini. ", "Perkembangan dan pengesahan tersebut hadir menerusi satu makluman menerusi perkongsian media sosial dan laman sesawang rasmi kelab, pada hari ini.", "Pada masa yang sama, penyerang terbabit bakal menyerikan skuad berjulukan Sang Penyu dengan jersi bernombor 69 setelah mengikat kontrak selama setahun bersama kelab pantai timur semenanjung tanah air itu. ", "Welcome Nor Hakim Hassan! 🏴🏳️#NH69#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/d0fNoJjCJk", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) May 31, 2023", "Sebelum ini, Selangor telah mengesahkan pemain tersebut bakal meninggalkan pasukan sekaligus menimbulkan ura-ura Hakim bakal menabur bakti bersama skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.", "Hakim bukanlah figura yang asing dalam bola sepak Terengganu kerana anak jati Kuala Terengganu ini pernah beraksi bersama Terengganu T-Team pada tahun 2015 sehingga 2017 bersama Safawi Rasid.", "Penyerang berusia 32 tahun itu kemudiannya menyertai Perak di bawah kendalian Mehmet Durakovic yang menyaksikan dirinya menjulang piala pertamanya sebagai pemain professional – Piala Malaysia 2018. ", "Nor Hakim menyertai The Red Giants pada 2020 bersama dua rakan sepasukannya di Perak iaitu Brendan Gan dan Shahrel Fikri dan kekal bersama pasukan tersebut sehingga jendela perpindahan kedua musim ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202325169/", "headline": "\nFAM Pinda Statut – Pegang Jawatan Selama 3 Penggal Sahaja\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kongresnya pada hari ini melakukan pindaan statut yang menyaksikan semua jawatan yang dipertandingkan oleh badan induk bola sepak tanah air itu hanya boleh dipegang mana-mana individu selama tiga penggal sahaja.", "Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi semasa bercakap di dalam sidang media selepas kongres mengesahkan perkembangan berkenaan sambil memaklumkan ianya telah diluluskan dan dipersetujui oleh rakan kongsi.", "“Dalam pindaan statut ini, semua pemegang jawatan hanya untuk tiga penggal sahaja samada secara berturut-turut atau secara ‘lapse’ tapi hanya untuk tiga penggal sahaja dan tak boleh lebih.” jelasnya.", "Selain itu, bagi jawatan presiden pula, setiap calon yang bertanding mestilah memenangi undian secara majoriti. ", "Sebagai contoh, seandainya jawatan presiden ditandingi oleh tiga orang calon, pemenangnya mestilah mendapat dua per tiga daripada undian secara keseluruhannya. Jika hanya dua calon yang bertanding jawatan tersebut, pemenangnya mestilah memperoleh undian berkonsepkan 50+1.", "Pada masa yang sama, Yusoff turut memaklumkan Kongres FAM Kali Ke-59 itu turut meluluskan pindaan yang memperlihatkan perubahan setiap persatuan atau ahli gabungan hanya mendapat satu undian daripada satu perwakilan sahaja berbanding dua undian daripada dua perwakilan sebelum ini dalam mana-mana proses pengundian FAM.", "Untuk pengetahuan semua, Yusoff menerangkan pindaan membabitkan undian ini adalah mengikut ketetapan daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219011/", "headline": "\nCEO Terus Bekerja Berdasarkan Pelan Strategik Untuk Memajukan Bola Sepak Terengganu\n", "content": ["Ab Rasid Jusoh yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC sekitar oktober tahun lalu turut maklum mengenai usaha sesetengah pihak untuk memecatnya seperti yang telah kecoh di media sosial, baru-baru ini.", "Bagaimanapun Ab Rasid yang mempunyai latar belakang Ijazah Sarjana Pengurusan (Sukan) tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut. Tumpuan penuhnya pada masa ini dicurahkan untuk memajukan pasukan Terengganu FC dan bola sepak negeri Terengganu berdasarkan pelan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah TFC Sdn. Bhd.", "“Saya juga mendapat makluman (usaha pemecatan) daripada media sosial, tetapi saya terus bekerja dengan pelan strategik yang telah dibuat.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Tetiba ramai pulok AJK/BOD contact kita nok explain. Hahahahhaa! Kata mereka CEO lebih sudu dari kuoh. Takdok info sepatoh nok buat mende2 ke satuang. pic.twitter.com/HecXPgq1YM", "Untuk makluman, sejak dilantik sebagai CEO, dimaklumkan beliau telah merangka satu pelan strategik bagi tempoh lima tahun untuk meningkatkan kualiti teknikal, pengurusan dan nilai komersil Terengganu FC.", "Difahamkan pelan strategik yang dibuat turut mengambil beberapa contoh daripada penglibatannya dalam sebuah pasukan bola sepak berpangkalan di bandar Kuala Terengganu iaitu T-Team FC dari tahun 2006 hingga 2016.", "Menurutnya lagi, pelan strategik tersebut dikeluarkan selepas diadakan bengkel bersama pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), rakan kerjasama daripada institusi pengajian tinggi, Universiti Sultan Zainal Abidin, (UniSZA) dan agensi-agensi yang berkaitan dengan sukan bola sepak, penghujung tahun lalu.", "Pelan Strategik 5 Tahun Yang Dirangka CEO Terengganu FC Bersama UniSZACEO Terengganu FC memaklumkan di dalam pelan strategik tersebut terdapat 5 pelan utama untuk menjana pendapatan buat Terengganu FC hasil daripada cadangan UniSZA.Artikel penuh ➡️ https://t.co/3rctpnrdCb pic.twitter.com/BiXQP2czVh", "“Saya akan terus bekerja berdasarkan kepada kepercayaan yang telah diberikan kepada saya dan semata-mata untuk memajukan bola sepak negeri Terengganu hasil daripada bengkel-bengkel yang dibuat sebelum ini dan turut dihadiri oleh persatuan (PBSNT).” tambahnya lagi.", "Justeru tidak timbul isu seperti yang dicanang di media sosial yang mengatakan beliau lebih sudu daripada kuah, bekerja terlalu laju, tidak boleh bekerjasama dan sebagainya.", "📄| Pihak Pengurusan TFC pada hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat pengurusan Terengganu Incorporated bagi membincangkan kerjasama yang dapat dijalankan diantara kedua-dua pihak. Terima kasih diucapkan kepada pihak TI atas sokongan dan masa yang telah diberikan. pic.twitter.com/XBqMuj43pb", "Perkembangan terbaharu pada awal tahun ini menyaksikan Ab Rasid telah mengemudi Terengganu FC menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) kerjasama bersama institusi pengajian tinggi, UniSZA.", "Sebagai tambahan, beliau turut dimaklumkan mengadakan pertemuan bersama pengurusan Terengganu Incorporated bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak, semalam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323857/", "headline": "\nPiala Sudirman: Zii Jia Tamatkan Kemarau Kemenangan Ke Atas Tien Chen\n", "content": ["Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akhirnya menamatkan badi kekalahannya ke atas Chou Tien Chen setelah menewaskan pemain No.5 dunia itu sejak kali terakhir melakukannya pada 2019.", "Untuk rekod, Zii Jia tewas empat kali berturut-turut menentang lawannya yang berusia 33 tahun itu dalam lima pertemuan terakhir mereka dan kemenangan yang dicatatkan Zii Jia adalah pada Indonesia Masters 2019. ", "Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu melakar kemenangan terbarunya pada pertarungan kedua ketika mewakili Malaysia bertemu Chinese Taipei dalam aksi terakhir Kumpulan C dalam saingan Piala Sudirman, pada hari ini. ", "TotalEnergies BWF Sudirman Cup Finals 2023Sudirman Cup – Group C – R321 23 🇲🇾LEE Zii Jia🏅14 21 CHOU Tien Chen", "— BWFScore (@BWFScore) May 17, 2023", "Lebih menarik, Zii Jia yang berusia 25 tahun mencatatkan kemenangan “straight set” ke atas Tien Chen dengan skor 21-14 dan 23-21 dalam tempoh 52 minit permainan yang berlangsug di Pusat Sukan Olimpik Suzhou, China. ", "Kemenangan itu membolehkan Malaysia kembali mendahului Chinese Taipei dengan keputusan 2-0. ", "Sebelum itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei bangkit menewaskan Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin. ", "Perlawanan seterusnya melibatkan perseorangan wanita dimana Malaysia diwakili Goh Jin Wei untuk menentang perseorangan wanita No.1 Taiwan, Tai Tzu Ying."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216558/", "headline": "\nRahadiazli Rahalim Akui ‘Bergelut’ Selepas Setahun Tidak Beraksi\n", "content": ["Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mengakui tempoh empat bulan persediaan tanpa aksi kompetitif sangat mencabar sambil berharap kemenangan dapat diraih dalam perlawanan pertama menentang PJ City FC, Rabu hadapan.", "Penundaan perlawanan yang dihadapi skuad pantai timur ini ekoran penularan Covid-19 memberi sedikit kesan kepada persiapan pasukan namun itu tidak menghalang mereka untuk meneruskan momentum menerusi beberapa aksi persahabatan.", "Tetapi, untuk dirinya yang telah diketepikan selama setahun susulan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) ditambah pula dengan penundaan perlawanan pada musim ini menyukarkannya untuk mendapatkan tahap kecergasan yang lebih konsisten.", "“Kalau ditambah dengan penundaan perlawanan ketika ini, lebih kurang setahun saya tidak bermain dalam liga disebabkan ACL pada tahun lepas.", "“Memang momentum tu susah nak dapat dan pramusim selama empat bulan ni memang susah tetapi sekarang saya kena rebut peluang juga untuk beraksi sebab dah lama sangat tunggu.", "“Sepatutnya apabila dipanggil ke skuad kebangsaan, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu saya tetapi selepas saya positif COVID-19, saya anggap tiada rezeki saya di situ.", "“Mungkin saya sendiri juga belum cergas sepenuhnya dan sekarang kena fokus betul-betul untuk mempersiapkan diri,” jelasnya.", "Menjelang perlawanan pertama Terengganu FC menentang PJ City FC pada Rabu depan, Rahadiazli menjangkakan pertembungan yang sukar akan dihadapi dan pasukan tidak boleh tercicir mata.", "Ini kerana tiga perlawanan awal membabitkan pasukan ini adalah di tempat lawan dan pemain perlu bekerja lebih keras bagi memastikan kemenangan berterusan.", "“Perlawanan pertama menentang PJ City adalah di tempat lawan, begitu juga dengan dua lagi perlawanan akan datang, jadi ia bukan perkara mudah untuk kami.", "“Tetapi itu tidak akan menjadi alasan untuk pasukan tidak membawa pulang mata ke Terengganu dan kami akan cuba sedaya upaya menang dalam perlawanan nanti,” tambahnya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216999/", "headline": "\nBrazil Para Badminton: Cheah Liek Hou Rangkul Kejuaraan Sulung Bagi Tahun 2022\n", "content": ["Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkap pemenang pingat emas Paralimpik 2020 berhasil merangkul kejuaraan sulungnya pada tahun ini.", "Kejuaraan tersebut dirangkul Liek Hou selepas menundukkan pemain Perancis, Meril Loquette pada perlawanan akhir dalam kategori SU5 di kejohanan Brazil Para Badminton International 2022, semalam.", "Baca: ‘Dalam Rezeki Saya, Ada Juga Rezeki Orang Lain’ – Liek Hou Mahu Sedekah Sebahagian Ganjaran Emas Paralimpik", "Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou yang dibimbing oleh bekas jaguh badminton negara, Datuk Rashid Sidek mencetak kemenangan secara ‘straight set’ dengan skor 21-17 dan 21-17.", "Untuk makluman semua, pemain lawan itu menduduki ranking ke-7 manakala Liek Hou pula menghuni tangga kedua dunia bagi kategori SU5.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan kelapan berturut-turut buat Liek Hou. Pemain berusia 34 tahun ini konsisten merangkul kejuaraan sejak daripada menyertai kejohanan Denmark Para Badminton 2019.", "Featured Image: Facebook Ti Lian Ker"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217351/", "headline": "\nPan-gon Panggil 14 Pemain JDT Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya\n", "content": ["Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengumumkan senarai 29 pemain yang dipanggilnya untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.", "Menerusi senarai nama yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), lebih kurang separuh daripadanya iaitu seramai 14 orang diisi dengan pemain-pemain pasukan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).", "14 pemain tersebut ialah Farizal Marlias, Syahmi Safari, Shahrul Saad, Cobin-Ong, Syamer Kutty, Nazmi Faiz, Safiq Rahim, Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Mohamadou Sumareh, Matthew Davies, Afiq Fazail dan Guilherme de Paula.", "Seterusnya, senarai itu diisi dengan tiga pemain Petaling Jaya City dan Negeri Sembilan masing-masing iaitu Kalamullah Al-Hafiz, R. Kogileswaran, Darren Lok, Khair Jones, Ahmad Khuzaimi Piee dan Syihan Hazmi.", "Siaran Media: Senarai 29 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Bermula 19 Mei 2022", "▶️ Baca penuh di https://t.co/98W4KPGEqH#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/XpHs8YS4wz", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 17, 2022", "Sementara itu, enam pemain lagi diisi oleh Faisal Halim (Terengganu), Khairulazhan Khalid (Selangor), Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman), Daminic Tan (Sabah), Nor Azam Azih (Sri Pahang) dan Norshahrul Idlan Talaha (Melaka United). ", "Pan-gon yang merupakan kelahiran Korea melengkapkan senarai ini dengan tiga pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Dion Cools (SV Zulte Waregem), Liridon Krasniqi (Odisha) dan Junior Eldstal (Chonburi).", "Selain daripada 29 pemain ini, Pan-gon turut menyenaraikan 11 pemain yang diletakkan dalam Senarai Bersedia jika terdapat sebarang perubahan pada senarai nama 29 pemain di atas.", "Sebelas pemain ini ialah Aidil Zafuan, Ramadhan Saifullah, Natxo Insa, Sahrul Nazeem Zulpakar, Shahrel Fikri, Zhafri Yahya, A. Selvan, Khatul Anuar, Rizal Ghazali, Shamie Iszuan dan Arif Fadzilah.", "Dimaklumkan, Pan-gon akan mendaftarkan 23 pemain sahaja dalam senarai pendaftaran akhir bagi menghadapi pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2021 kelak. ", "Faetured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325407/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Asia: Kuartet 4x100m Wanita Lari Dalam Masa 45.56s\n", "content": ["Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas yang mengambil bahagian dalam acara 4×100 meter (m) wanita berhasil muncul sebagai kuartet kelima terpantas di asia.", "Pada awalnya, barisan pelumba negara dilihat muncul yang ketujuh melintasi garisan penamat di Kejohanan Olahraga Asia 2023. Bagaimanapun, keputusan rasmi menyiarkan kuartet Kazakhstan dan Uzbekistan masing-masing dibatalkan sekaligus menjadikan Malaysia menghuni tangga kelima.", "Sebagai rekod, kuartet wanita negara melintasi garisan penamat dengan catatan masa 45.56s. ", "Dalam perlumbaan tersebut, pingat emas menjadi milik kuartet China (Liang Xiaojing, Wei Yongli, Yuan Qiqi, Ge Manqi) dengan catatan masa 43.35s. ", "Pingat perak pula dibawa pulang oleh kuartet Jepun (Miu Kurashige, Arisa Kimishima, Remi Tsuruta, Midori Mikase) dengan tempoh larian 43.95s manakala kuartet Thailand (Supawan Thipat, Supanich Poolkerd, On-uma Chattha, Athicha Phetkun) merangkul pingat gangsa dengan rekod larian 44.56s.", "Sementara itu, Hong Kong dan Singparu pula menamatkan larian di tempat keempat dan keenam dengan catatan masa 45.51s dan 45.60s masing-masing. ", "Sebagai perbandingan, kuartet negara dianggotai oleh Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling yang membawa pulang pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2023 pada Mei lalu mencatatkan masa larian 44.58s sekaligus menjadi rekod kebangsaan.", "Featured Image: Asian Athletics Championships 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216259/", "headline": "\nBeregu No.3 BAM Terlepas Saingan Terbuka Swiss – Kai Wun Alami Kecederaan\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki ketiga yang berada di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Man Wei Chong dan Tee Kai Wun tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF.", "Walaupun nama mereka telah didaftarkan di kejohanan terbabit, pasangan yang menghuni ranking ke-45 dunia itu terpaksa menarik diri ekoran salah salah seorang daripadanya iaitu Tee Kai Wun mengalami kecederaan.", "ManTee tak join. Kai Wun injured 🙁", "Baca – All England 2022: Juara Dunia Perlukan Lebih Sejam Tundukkan Beregu Muda Wei Chong-Kai Wun", "Perkara tersebut dikongsikan oleh BAM menerusi balasan komen di pelbagai platform media sosialnya, lewat tengah malam tadi.", "Dengan penarikan diri mereka, hanya dua beregu BAM yang akan beraksi di pentas tersebut iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik (pilihan ke-2) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin (pilihan ke-8).", "Sementara itu, dua lagi beregu dari Malaysia terdiri daripada pasangan bebas (independent) iaitu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (pilihan ke-6) dan Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini berlangsung di St. Jakobshalle, Basel bermula 22 hingga 27 Mac dengan para pemain akan merebut ganjaran wang tunai bernilai 200,000 dolar Amerika Syarikat secara terkumpul."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322480/", "headline": "\nYew Sin-Ee Yi Dan Bagas-Fikri Ulangi Pertembungan Di All England\n", "content": ["Beregu lelaki No.2 tanah air, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi akan berentap sekali lagi dengan pasangan No.4 Indonesia, Bagas Maulana dan Muhammad Shohibul Fikri di pentas antarabangsa.", "Kedua-dua pasangan ini akan bertemu di peringkat suku akhir Terbuka Swiss selepas berhasil menumpaskan lawan masing-masing di Pusingan 16, semalam.", "YONEX Swiss Open 2023MD – R16 🇲🇾ONG Yew Sin🏅15 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 🇯🇵Kenya MITSUHASHI21 13 15 🇯🇵Hiroki OKAMURA", "— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2023", "Terlebih dahulu, Yew Sin-Ee Yi mara setelah menumpaskan gandingan Jepun, Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-13 dan 21-15 dalam tempoh satu jam permainan.", "Manakala, Bagas-Fikri pula berhasil menundukkan pasangan Taiwan, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan juga menerusi tiga set permainan dengans skor 21-8, 15-21 dan 21-16 dalam tempoh 43 minit permainan.", "YONEX Swiss Open 2023MD – R16 🇮🇩Muhammad Shohibul FIKRI🏅21 15 21 🇮🇩Bagas MAULANA🏅 LEE Jhe-Huei8 21 16 YANG Po-Hsuan", "— BWFScore (@BWFScore) March 23, 2023", "Sebagai rekod, pertembungan seterusnya melibatkan Yew Sin-Ee Yi dan Bagas-Fikri akan menjadi yang ketiga dalam karier masing-masing.", "Setakat ini, Yew Sin-Ee Yi belum pernah menang ke atas Bagas-Fikri dimana kedua-duanya berlangsung ketika dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) edisi 2022 dan 2023.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Badminton Indonesia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322871/", "headline": "\nLampard Kembali Ke Stamford Bridge Untuk Bangkitkan The Blues\n", "content": ["Kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) diserikan dengan pengumuman kembalinya legenda Chelsea, Frank Lampard bersama kelab London itu sebagai pengendali sementara sehingga akhir musim ini.", "Memetik kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi laman sesawang The Blues, kehadiran Lampard adalah sebagai sebahagian daripada pelan jangka pendek bagi menghabiskan musim 2022/23 dengan stabil sementara kelab itu mencari pengurus tetap yang baharu.", "Pemilik bersama, Todd Boehly dan Behdad Eghbali berkata: “Kami mempunyai perlawanan yang penting menentang Wolverhampton Wanderers pada Sabtu dan terus menumpukan sepenuh perhatian kami bagi aksi suku akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) menentang Real Madrid minggu hadapan.”", "Frank Lampard returns as Caretaker Manager until the end of the season. 🤝", "— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 6, 2023", "“Kami akan berikan sokongan penuh buat Frank (Lampard) memandangkan kami menyasarkan hasil terbaik daripada baki perlawanan yang bakal kami hadapi”, tambah mereka dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.", "Kehadiran Lampard adalah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Graham Potter buat sementara waktu setelah jurulatih itu meninggalkan kelab tersebut pada 3 April.", "Frank Lampard merupakan legenda bola sepak Chelsea yang telah menjuarai hampir kesemua kejuaraan bersama The Blues sepanjang kariernya. Selain itu, Lampard juga pernah melatih Chelsea dengan mengendalikan 84 perlawanan pada ketika kelab itu dikenakan sekatan perpindahan.", "Pengendali yang berusia 44 tahun itu telah melatih kelab Merseyside, Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris bagi musim 2022/23 sebelum melepaskan jawatannya pada 24 Januari setelah berada di zon penyingkiran.", "Featured Image: Chelsea Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218155/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Beregu China Ranking 33 Dunia Ketepikan Pearly-Thinaah Di Pusingan 16\n", "content": ["Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kandas di Pusingan 16 dalam saingan Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF. ", "Penghuni ranking kesepuluh dunia ini terpaksa akur dengan keputusan tersebut setelah diketepikan oleh beregu China, Zhang Shu Xian dan Zheng Yu yang menduduki ranking ke-33 dunia, sebentar tadi.", "R16#CHN🇨🇳 Zhang Shu Xian-Zheng Yu def. #MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M 21-19 21-14#GemilangkanLagi#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/XRYLNMDZmH", "— BAM (@BA_Malaysia) June 30, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah ditewaskan oleh pasangan terbabit secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 19-21 dan 14-21 dalam tempoh masa 42 minit permainan yang berlangsung di Gelanggang 1, Axiata Arena.  ", "Kekalahan ini sekaligus menghanguskan peluang buat Pearly-Thinaah ke peringkat suku akhir bagi saingan ini.", "Sementara itu, gandingan Zhang-Zheng ini akan turun menentang beregu Indonesia yang baru sahaja bergandingan bermula bulan ini, Febby Valencia dan Ribka Sugiarto di peringkat suku akhir kelak. ", "Pasangan Indonesia yang menghuni ranking ke-209 dunia ini mara selepas menumpaskan beregu India-Amerika, Srivedya Gurazada dan Ishika Jaiswal di Pusingan 16, hari ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218523/", "headline": "\nLiga Simpanan B-23: Tiga Pemain Lebih Umur Termasuk Dua Pemain Import Dibenarkan Atas Padang\n", "content": ["Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan penstrukturan baharu dengan meningkatkan penyertaan saingan Liga Super kepada 18 pasukan serta menubuhkan Liga Simpanan untuk disertai semua pasukan pemain bawah 23 tahun (B-23).", "Bercakap mengenai Liga Simpanan, ianya ditubuhkan bagi menjadi pentas kepada pembangunan pemain B-23 untuk memastikan jaminan minit permainan berdasarkan kajian MFL dimana pemain-pemain muda tidak mendapat minit bersama pasukan utama.", "Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL pada hari ini, walaupun saingan ini ditubuhkan untuk pemain B-23, pihak penganjur tetap membenarkan seramai lima pemain lebih umur disenaraikan bersama skuad ini.", "Bagaimanapun, hanya tiga pemain termasuk maksimum dua pemain import boleh beraksi di atas padang pada satu-satu masa. Peraturan ini dibuat bagi menjamin minit permainan buat sekurang-kurangnya lapan pemain tempatan B-23 pada setiap masa.", "MFL menjelaskan kebenaran slot pemain lebih umur dan kelibat pemain import ini dibuat bagi meningkatkan penanda aras liga serta menjadi ‘kancah’ buat pemain B-23 menyesuaikan diri dan merapatkan jurang dengan saingan Liga Super. ", "Selain itu, penubuhan Liga Simpanan ini juga membuka peluang kepada pasukan-pasukan Liga Super untuk menggunakan saingan ini sebagai platform pemulihan pemain senior atau memastikan pemain pasukan utama diberi peluang untuk pengekalan prestasi. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202218241/", "headline": "\nSaingan Malaysia Masters 2022 Turut Disiarkan Astro Bermula Pusingan 32\n", "content": ["Kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2022, sebuah saingan berstatus Jelajah Dunia Super 750 BWF telah menutup tirainya semalam.", "Bagaimanapun, para peminat badminton akan disajikan dengan satu lagi kejohanan badminton yang turut berlangsung di tanah air iaitu saingan Malaysia Masters 2022 yang akan bermula esok, 5 hingga 10 Julai.", "Sepertimana saingan Terbuka Malaysia, stesen televisyen berbayar tempatan, Astro akan menayangkan saingan ini secara langsung bermula daripada Pusingan 32.", "Start from Round of 32. No need X amount of retweets this time. 🫣 https://t.co/wxbJioVE8N", "— Stadium Astro 😷 (@stadiumastro) July 3, 2022", "Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh pihak Astro menerusi satu balasan ciapan kepada pertanyaan seorang pengguna laman sosial, Twitter, semalam.", "Untuk makluman semua, saingan yang berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini akan turut disertai beberapa pemain dan beregu handalan tempatan.", "Setakat senarai awal yang dikeluarkan, antara yang akan mengambil bahagian dalam saingan ini ialah Lee Zii Jia, Liew Daren, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan dan beberapa pemain lain lagi.", "Sebagai tambahan, saingan yang ditaja oleh Daihatsu ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah sekitar RM1.6 juta.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202110246/", "headline": "\nKenali Dua Pemain Serie D Brazil Yang Bakal Menyarung Jersi Melaka United\n", "content": ["Ekoran terperosok di tangga ke-11 Liga Super selepas 13 perlawanan, Melaka United tampilkan ‘Pelan B’ dengan melakukan sedikit perubahan terhadap barisan serangannya pada jendela perpindahan kali ini.", "Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Justin Seri Justin Lim menyatakan kepada media bahawa mereka telah mendapatkan dua penyerang asing baharu untuk menggantikan Alex Goncalves dan Stefan Nikolic yang menampilkan persembahan kurang memuaskan.", "Difahamkan, kedua-dua penyerang yang beraksi dalam saingan divisyen keempat bola sepak Brazil iaitu Serie D ini sudah tiba di Malaysia dan sedang menjalani kuarantin wajib. Sepertimana yang didedahkan oleh pemangku CEO, kedua-dua pemain ini bernama Gomez dan Adriano.", "Buat para penyokong skuad Hang Tuah, berikut adalah informasi yang kami dapati mengenai kedua-dua pemain yang akan menyarung jersi Melaka United bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia 2021:", "Nama: Giovane Gomez da Silva", "Tarikh Lahir: 20 Mac 1995", "Kelab Terdahulu: Caxias do Sul", "Gomez boleh dikatakan masih lagi muda dan sebelum ini kariernya hanya tertumpu di dalam negaranya sendiri. Karier tertingginya setakat ini adalah beraksi dalam saingan divisyen dua Brazil bersama Remo pada tahun 2020. Bercakap mengenai gaya permainannya, Gomez boleh dilabel sebagai penyerang berbaka ‘The Poacher’ atau seringkali digelar ‘fox in the box’. Ini kerana, Gomez gemar berkeliaran dan menerima suapan bola sekitar atau di dalam kotak penalti sebelum melakukan sesuatu untuk menjaringkan gol. Bonus, pemain berketinggian 1.88 meter ini mempunyai tandukan yang berbisa.", "Baca: Melaka United Pinjam Pemain Yang Pernah Berlatih Di Borussia Dortmund", "Tarikh Lahir: 30 Ogos 1995 ", "Kelab Terdahulu: Galvez Esporte Clube", "Beralih pula kepada penyerang kedua yang akan menyarung jersi Melaka United iaitu Adriano. Selain berkongsi umur yang sama dengan Gomez, penyerang ini juga tidak pernah berkelana ke luar negara. Gaya permainan Adriano sedikit kontra berbanding Gomez kerana dia boleh dikategorikan sebagai Penyerang Lengkap atau ‘The Complete Forward’. ", "Adriano boleh berperanan sebagai ‘poacher’ di dalam kotak, boleh berperanan sebagai ‘targetman’ untuk memegang bola dan boleh terlibat dalam ‘build-up play’ memandangkan memiliki kemampuan teknikal yang baik dan kerajinan.", "Rumusannya, berdasarkan kepada kemampuan yang dimiliki oleh Gomez dan Adriano, kehadiran kedua-dua bakal penyerang ini dilihat melengkapi satu sama lain. Dijangka Gomez akan mengisi posisi penyerang utama (top striker) manakala Adriano akan berperanan sebagai penyerang kedua (second striker) di dalam kesebelasan utama Melaka United kelak.", "Bagaimanapun, dengan rekod kedua-dua pemain ini tidak beraksi di luar negara dan sekadar bermain di divisyen keempat liga Brazil, sejauh manakah kehadiran mereka dapat menjamin skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini mampu mengelak daripada terjerumus ke kancah Liga Premier 2022?"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219061/", "headline": "\nKejohanan Hoki Indoor Piala Asia 2022: Skuad Wanita Negara Bawa Pulang Pingat Gangsa\n", "content": ["Kilauan pingat gangsa menjadi milik skuad wanita negara setelah berjaya menumpaskan Kazakhstan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Kejohanan Hoki Dalam Dewan (Indoor) Piala Asia 2022.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, Thailand ini menyaksikan Malaysia berhasil meraih kemenangan dengan keputusan 2-0 selepas beraksi selama 40 minit.", "Kedua-dua jaringan tersebut hadir menerusi penalti stroke yang disudahkan dengan cemerlang oleh Iren Hussin dan Nur Aisyah Yaacob pada minit ke-15 dan ke-39 masing-masing.", "In full flight … the Malaysian women's national team up against Kazakhstan for their bronze finish at the AHF Indoor Asia Cup 2022 earlier today in Bangkok#MalaysiaHockeyConfederation #MalaysianHockey #IndoorHockey pic.twitter.com/0XJe2TFxmY", "— MHC (@hockeymalaysia) August 15, 2022", "Kejayaan membawa pulang pingat gangsa ini turut diserikan dengan kapten pasukan, Juliani Mohamad Din diangkat sebagai pemain terbaik bagi perlawanan ini.", "Terdahulu, skuad wanita negara kempunan untuk mara ke perlawanan akhir apabila tewas tipus 0-1 kepada skuad negara jiran tetangga, Indonesia pada peringkat separuh akhir.", "Bagaimanapun, pencapaian dirangkul pada edisi kali ini adalah lebih baik berbanding edisi lalu dimana skuad wanita negara menamatkan saingan tersebut di tempat keempat. ", "Featured Image: Malaysian Hockey Confederation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218368/", "headline": "\nMalaysia Masters: Pearly-Thinaah Singkir Pasangan Yang Menjuarai Terbuka Malaysia 2022\n", "content": ["Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berhasil menempah tiket ke peringkat separuh akhir saingan Malaysia Masters 2022.", "Kejayaan itu tercipta dengan menumpaskan pasangan muda Indonesia yang menjuarai saingan Terbuka Malaysia 2022, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan terbabit, Pearly-Thinaah berjaya merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor yang berkesudahan 21-18 dan 21-17 dalam tempoh 42 minit permainan.", "PERODUA Malaysia Masters 2022WD – Quarter final 🇲🇾Pearly TAN🏅21 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅18 17 🇮🇩Apriyani RAHAYU 🇮🇩Siti Fadia Silva RAMADHANTI", "🕗 in 42 minutes https://t.co/r5GpFIeHMR", "— BWFScore (@BWFScore) July 8, 2022", "Kemenangan ini juga membolehkan Pearly-Thinaah membalas dendam terhadap kekalahan di tangan pasangan yang sama dalam pertembungan sulung di peringkat separuh akhir Indonesia Masters, bulan lalu.", "Ketika itu, Apriyani-Siti berhasil mecipta kemenangan dengan skor 21-23, 21-14 dan 21-14 sekaligus mengekang Pearly-Thinaah daripada mara ke pentas akhir Indonesia Masters.", "Sementara itu, dengan kemenangan yang dicipta oleh Pearly-Thinaah pada hari ini, pasangan yang menghuni ranking ke-10 dunia ini akan berhadapan dengan beregu No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fa untuk merebut tiket ke pentas akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321840/", "headline": "\nNJOI Tawar Pek Liga Malaysia Pada Harga RM29 Selama 30 Hari\n", "content": ["Perkhidmatan TV satelit tanpa langganan bulanan yang dimiliki Astro iaitu NJOI turut tampil menawarkan pek Liga Malaysia kepada para peminat bola sepak tempatan.", "Menerusi siaran akhbar yang diedarkan, terdapat dua pilihan tawaran oleh NJOI yang terdiri daripada Pek Liga Malaysia dan Pek Sports Mega Baharu bagi membolehkan menyaksikan saingan Liga Malaysia.", "Bagi Pek Liga Malaysia, NJOI menetapkan harganya pada RM29 selama 30 hari. Pembeli pek ini akan diberikan akse kepada tiga saluran iaitu Arena 2, Arena Bola dan Arena Bola 2 bagi menikmati perlawanan-perlawanan Liga Malaysia. ", "Astro Tambah Dua Saluran Sukan Untuk Liga Malaysia – Arena Bola & Arena Bola 2 https://t.co/CoBk3zTyOt", "— Sukanz. (@sukanzcom) February 9, 2023", "Manakala bagi Pek Sports Mega Baharu yang terkandung siaran perlawanan Liga Malaysia di dalamnya berserta sukan-sukan lain, ianya ditetapkan pada harga RM70 juga selama 30 hari. Pembeli pek ini akan diberikan akses kepada saluran Arena Bola dan Arena Bola 2.", "Pelanggan yang mendapatkan mana-mana pek di atas akan diberikan akses penstriman percuma ‘on the go’ melalui sooka.", "Bagaimanapun, kedua-dua pek tersebut tersedia untuk dibeli bermula 23 Februari 2023 – sehari sebelum berlangsungnya Perlawanan Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah) merangkap perlawanan pertama Liga Super melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC.", "Pembelian boleh dibuat melalui NJOI App."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111324/", "headline": "\nOlimpik 2020: Aaron Chia-Wooi Yik Beri Tentangan Sengit Kepada Regu No.2 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya mampu memberikan tentangan sengit sahaja kepada beregu lelaki No.2 dunia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.", "Secara keseluruhannya, mereka terpaksa akur kalah dua ‘straight set’ kepada pasangan dari Indonesia ini pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan D dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.", "RESULTS: #Tokyo2020Group D#INA Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan def. #MAS Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-16 21-19#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/0i4xUWN5u1", "Aaron Chia-Wooi Yik tumpas dengan pungutan mata 16-21 pada set pertama. Regu negara ini cuba bangkit untuk memenangi set kedua namun mereka hanya mampu menamatkan saingan dengan keputusan 21-19.", "Bagaimanapun, ini bukan pengakhiran buat beregu lelaki negara ini dalam temasya Sukan Olimpik. Mereka masih berpeluang untuk mara ke peringkat kalah mati.", "Perlawanan seterusnya dan terakhir, Aaron Chia-Wooi Yik akan bertemu regu lelaki dari Kanada, Jason Anthony Ho-Shue, Nyl Yakura pada 27 Julai, pada jam 7 petang."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323626/", "headline": "\nMarquez Dibenarkan Bertanding Tanpa Hukuman ‘Long Lap’ – FIM\n", "content": ["Pelumba sensasi, Marc Marquez sah terlepas daripada dikenakan hukuman ‘Long Lap Penalty’ berganda dalam perlumbaan yang akan datang susulan memenangi perbicaraan di Mahkamah Rayuan MotoGP. ", "Menurut kenyataan dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), mahkamah telah membuat keputusan bahawa hukuman ke atas pelumba berusia 30 tahun itu telah selesai berikutan ketiadaannya di Argentina. ", "“Dengan itu, Marc Marquez dibenarkan bertanding dalam perlumbaan seterusnya di mana dia boleh menyertainya, tanpa sebarang sekatan lanjut,” kata FIM dalam kenyataan yang sama. ", "The MotoGP™ Court of Appeal have issued its final decision on the Application of the Sanction in @marcmarquez93's #PortugueseGP case ", "Full statement 👇#MotoGP | 📰https://t.co/D7Q5zkOahi", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) May 9, 2023", "Terdahulu, Marquez telah menjadi punca kemalangan dengan Miguel Oliviera yang menyebabkan kedua-dua pelumba tersingkir pada aksi pembukaan musim di Portugal sekaligus dikenakan hukuman ‘Long Lap Penalty’ berganda.", "Juara enam kali itu telah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya itu tetapi terpaksa diketepikan dalam dua perlumbaan susulan kecederaan tangan yang dialaminya dan mencetuskan tanda tanya terhadap status hukumannya. ", "Rayuan telah dilakukan pihak Marc Marquez dan Repsol Honda Team pada 17 April 2023 sebelum Mahkamah Rayuan MotoGP memberikan keputusan akhir mereka, hari ini.", "Pelumba Sepanyol itu dijangka kembali pada aksi pelumbaan Grand Prix (GP) Perancis yang akan berlangsung hujung minggu ini. Untuk pengetahuan umum, GP Perancis merupakan GP ke-1000 dalam sejarah MotoGP."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321968/", "headline": "\nJDT Pertaruh Pemain Muda Dalam Saingan Piala Malaysia, Sasar Ke Suku Akhir – TMJ\n", "content": ["Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mempertaruhkan skuad yang terdiri daripada pemain-pemain muda apabila beraksi dalam kancah Piala Malaysia yang akan bermula Ogos hingga Disember tahun ini.", "Pemiliknya, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan perkara ini dilakukan bagi memberikan para pemain mudanya minit permainan serta pengalaman. ", "Perkara ini dikongsikan oleh TMJ menerusi satu video temu bual yang dimuat naik oleh pelbagai platform media sosial milik skuad berjulukan Harimau Selatan, pada hari ini.", "“(Bagi) Piala Malaysia kita ada strategi yang lain, kami akan letak lebih pemain-pemain muda untuk memberi mereka minit (permainan) dan juga pengalaman,", "A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)", "“Jadi kita boleh memberi fokus dengan agenda-agenda yang lain, jadi untuk Piala Malaysia saya berharap dapat masuk suku akhir ataupun separuh akhir tetapi lebih dengan barisan-barisan pemain kami yang muda-muda yang lain,” kongsinya ", "Melihatkan kepada pendekatan tersebut, ianya dibuat bagi JDT dapat memberikan tumpuan kepada baki saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang turut berjalan seiringan dengan saingan Piala Malaysia pada ketika itu.", "Untuk pengetahuan semua, saingan Liga Super Malaysia yang bermula pada 24-26 Februari akan menutup tirainya pada 17 Disember. ", "Manakala bagi saingan peringkat kumpulan ACL pula, ianya akan bermula sekitar pertengahan September dan berakhir sekitar pertengahan Disember. ", "Saingan kalah mati ACL pula akan bermula sekitar pertengahan Februari 2024 dan perlawanan akhir pula dijadualkan berlangsung pada 11 dan 18 Mei 2024.", "Untuk makluman semua, TMJ menetapkan sasaran menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok tiga terbaik sementara bagi kejohanan ACL pula sekurang-kurangnya melepasi peringkat kumpulan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112004/", "headline": "\nSyarifuddin ‘Damok’ Bakal Melakukan Debut Moto3 di Aragon GP\n", "content": ["Pelumba tempatan, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok bakal membuat kemunculan pertama dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 pada perlumbaan Aragon GP, minggu hadapan.", "Pelumba yang beraksi dalam saingan FIM CEV Moto3 Remaja tersebut ‘dinaikkan pangkat’ bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh John McPhee yang akan menyertai saingan kelas Moto2.", "Perkembangan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Petronas SRT bagi memberikan pengalaman ‘berharga’ kepada pelumba-pelumba ini, pada hari ini.", "News: PETRONAS Sepang Racing Team announce new rider line-ups for Aragon GPDixon to continue on Yamaha YZR-M1, McPhee to get Moto2 taste, Damok gets Moto3 World Championship debutRead more: https://t.co/ucUhYctlNS#MotoGP | #PETRONASmotorsports | #SepangRacingTeam pic.twitter.com/yqS7yqCwEf", "Musim ini, Damok mencuri tumpuan peminat sukan permotoran tempatan apabila berjaya memenangi perlumbaan di Litar Catalunya, Sepanyol dalam saingan FIM CEV Moto3 Remaja pada bulan Jun lalu.", "Kemenangan yang diraih oleh Damok penuh dramatik apabila dia yang bermula di petak ke sepuluh pada perlumbaan tersebut berjaya memintas empat orang pelumba pada pusingan terakhir untuk menduduki tempat pertama.", "Video: Syarifuddin Potong Empat Pelumba di Pusingan Akhir Untuk Bergelar Juara Moto3 Remaja", "Untuk makluman semua, perlumbaan Aragon GP akan bermula pada jumaat hadapan, 10 September.", "Featured Image: Instagram Syarifuddin Azman"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215511/", "headline": "\nKejuaraan Futsal AFF: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan Dalam Kumpulan A\n", "content": ["Skuad futsal kebangsaan bakal berhadapan dengan cabaran besar dalam saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022 apabila diundi bersama-sama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan A.", "Undian yang berlangsung pada tengah hari tadi itu turut meletakkan Indonesia, Kemboja dan Brunei Darussalam menemani Malaysia dan Thailand dalam kumpulan yang sama.", "Sementara itu, Kumpulan B pula diisi oleh Vietnam, Myanmar, Timor Leste dan Australia.", "Champs Thailand in Group A of AFF Futsal https://t.co/uD0oyH3vnQ", "Untuk makluman semua, kejohanan pada kali ini akan dilangsungkan di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok bermula 3-12 April hadapan. Kali terakhir kejohanan ini berlangsung adalah pada tahun 2019 di Vietnam. Dua edisi yang lalu tidak dapat dilangsungkan ekoran pandemik Covid-19.", "Kejohanan ini juga berperanan sebagai pentas kelayakan ke Piala Asia Futsal 2022. Tiga pasukan terbaik akan layak ke saingan yang akan berlangsung Kuwait bermula 25 September hingga 20 Oktober kelak.", "Sebagai tambahan, sepanjang 16 edisi yang telah berlangsung sejak 2001, Thailand telah muncul juara dalam 15 edisi manakala baki 1 edisi itu dimenangi oleh Indonesia. Pencapaian terbaik skuad futsal negara pula adalah muncul naib juara sebanyak 5 kali."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114514/", "headline": "\nTerengganu Ikat Pertahanan Kelahiran UAE Selama Setahun\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengumumkan kedatangan pemain import keempatnya yang diikat selama setahun untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022, pada hari ini.", "Pemain yang dimaksudkan itu ialah Luke Woodland yang berusia 26 tahun dan merupakan pertahanan skuad kebangsaan Filipina yang lahir di Emiriah Arab Bersatu (UAE).", "Walaupun lahir di UAE, Luke yang mempunyai ayah yang berdarah Inggeris serta ibu yang berketurunan Filipina berhijrah ke Liverpool, England ketika dia berusia dua tahun sebelum dia memulakan karier bola sepak remajanya di sana. ", "Selamat Datang LUKE WOODLAND! 🏴🏳️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/AdMh9gMIxT", "Kedatangan pemain yang turut mampu beraksi di posisi ‘defensive midfielder’ ini sekaligus akan mengisi slot pemain import asia tenggara (ASEAN) yang ditinggalkan oleh rakan senegaranya, Carli de Murga.", "Menurut ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, pemain ini akan memperkemaskan benteng pertahanan pasukannya serta ketinggian 1.83 meter yang dimilikinya pula dapat membantu ketika perebutan bola di udara.", "Luke dijangka tidak mengambil masa untuk menyesuaikan diri memandangkan dia pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Kuala Lumpur pada tahun 2019.", "Sebagai rekod, selain Luke, Terengganu telah mengikat Kpah Sherman (Liberia), Tchetche Kipre (Ivory Coast) dan Pape Diakite (Senegal) serta mengekalkan Habib Haroon (Bahrain) dan Jordan Mintah (Ghana). "]} +{"url": "https://sukanz.com/202113828/", "headline": "\nKarsten Diturunkan Pangkat Menjadi Penolong Ketua Jurulatih Selangor\n", "content": ["Teka-teki mengenai status bekas ketua jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel terjawab setelah pihak pengurusan kelab tersebut mengeluarkan satu kenyataan rasmi, pada hari ini.", "Jurulatih kelahiran Jerman yang berusia 53 tahun itu dimaklumkan kekal bersama skuad Red Giants dan akan memainkan peranan selaku Penolong Ketua Jurulatih pada tahun 2022.", "Baca: Selamat Tinggal Karsten, Selangor Lantik Michael Sebagai Ketua Jurulatih Baharu", "Ini bermakna Karsten akan menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan yang diketuai oleh rakan senegaranya merangkap Pengarah Sukan Selangor, Michael Feichtenbeiner.", "Pihak pengurusan kelab percaya perlantikan Karsten sebagai ‘orang kanan’ Michael akan memberikan kejayaan kepada Selangor dalam masa terdekat."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219481/", "headline": "\nMFL Pinda Peraturan Pemain Naturalisasi Perlu Beraksi Tambahan 5 Tahun Sebelum Boleh Daftar Sebagai Pemain Tempatan \n", "content": ["Badan penganjur bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan menguatkuasakan pindaan Perkara 3.4.9 (ii) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia berkuat kuasa serta merta, semalam.", "Difahamkan, ianya dikuatkuasakan serta merta bagi mengelakkan percanggahan antara Perlembagaan Malaysia dan Peraturan Pertandingan MFL.", "Selaras dengan pengumuman ini, MFL turut memaklumkan, pemain kelahiran England dan Argentina, Lee Tuck dan Sergio Aguero akan beraksi bersama Sri Pahang sebagai pemain tempatan bermula saingan Piala Malaysia 2022 kelak.", "Sebelum ini, Sri Pahang telah cuba mendaftarkan Lee Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan pada jendela perpindahan kedua (28 Mei hingga 24 Jun) baru-baru ini, namun ianya tidak belum diluluskan.", "Baca: Pemain Tengah Usia 34 Tahun Kini Menjadi Warganegara Malaysia", "Untuk pengetahuan semua, sebelum pindaan ini dibuat, mana-mana pemain yang mendapat kewarganegaraan secara naturalisasi (tiada asal usul / warisan Malaysia) hanya dapat didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas lima tahun menjadi warganegara Malaysia.", "Sebagai contoh, Lee Tuck yang berusia 34 tahun telah beraksi selama lima tahun berturut-turut di Malaysia dan membolehkannya memohon kerakyatan Malaysia berdasarkan Statut FIFA.", "Namun begitu, Lee Tuck yang telah menjadi warganegara Malaysia terpaksa menunggu lima tahun lagi dimana dia berusia 39 tahun pada ketika itu sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia. ", "Perkara ini berbeza dengan Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula kerana ketiga-tiganya dinaturalisasikan menerusi program naturalisasi kebangsaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Bagaimanapun, pada 17 Ogos 2021 lalu, FAM telah membuat keputusan untuk menghentikan program naturalisasinya itu.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322299/", "headline": "\nAll England 2023: Tze Yong Bertemu Juara Bertahan Di Pusingan 16\n", "content": ["Penampilan pertama perseorangan muda negara, Ng Tze Yong dalam Kejohanan Terbuka Badminton Seluruh England (All England) bermula dengan langkah kanan selepas berhasil memastikan kemenangan ke atas lawannya pada Pusingan 32.", "Pemain berusia 22 tahun ini mencapai kemenangan terbabit dengan menumpaskan wakil Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito dengan cemerlang secara “straight set” menerusi skor 21-9 dan 21-12 dalam tempoh 36 minit permainan.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R3221 21 🇲🇾NG Tze Yong🥇", "9 12 🇮🇩Shesar Hiren RHUSTAVITO", "— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023", "Kemenangan ini sekaligus membolehkannya mara ke Pusingan 16 di kejohanan bertaraf Super 1000.", "Namun begitu, Tze Yong bakal berhadapan dengan cabaran besar di peringkat tersebut apabila terpaksa membuat perhitungan dengan juara bertahan merangkap pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen.", "Pemain Denmark berusia 29 tahun ini mengesahkan kemaraan setelah menumpaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 19-21, 21-15 dan 21-11.", "YONEX All England Open Badminton Championships 2023MS – R3219 21 21 🇩🇰Viktor AXELSEN🏅21 15 11 🇭🇰LEE Cheuk Yiu", "— BWFScore (@BWFScore) March 14, 2023", "Pertarungan ini turut berlangsung sengit dengan memakan masa selama satu jam permainan.", "Sementara itu, pertemuan antara Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-28 dunia dan Axelsen pada hari esok merupakan yang pertama di pentas kejohanan antarabangsa.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia & Instagram Viktor Axelsen"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322866/", "headline": "\nRanking FIFA: Hanya 2 Anak Tangga Memisahkan Malaysia & Filipina\n", "content": ["Kemaskini ranking dunia terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini menyaksikan Malaysia menepati kiraan tidak rasmi oleh orang ramai dengan menghuni tangga ke-138.", "Kedudukan itu memperlihatkan peningkatan sebanyak tujuh anak tangga berbanding kemaskini terakhir pada 22 Disember iaitu di kedudukan ke-145 dunia.", "Peningkatan itu pastinya disumbangkan menerusi kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong pada rehat antarabangsa FIFA pada Mac lalu.", "Menariknya, peningkatan tersebut menjadikan skuad berjulukan Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon hanya dibezakan dua anak tangga dengan Filipina yang berada di kedudukan ke-136 dunia.", "Ranking Harimau Malaya | 6 April 2023", "Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 138 dunia, berjaya melonjak naik 7 anak tangga berbanding 145 pada kemas kini terdahulu, 22 Dis 2022.", "* Kemas kini seterusnya 20 Julai 2023#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/qVNA7CQDNi", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) April 6, 2023", "Untuk makluman semua, Filipina atau nama julukannya The Azkals merupakan pasukan ketiga terbaik dari rantau asia tenggara (ASEAN) selepas Vietnam (ke-95) dan Thailand (ke-114) dalam ranking dunia FIFA.", "Ini merupakan julung kalinya Malaysia kembali menghuni kedudukan ke-138 dunia selepas 12 tahun. Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia berada di tangga ke-138 dunia adalah pada tahun 2011.", "Sementara itu, Malaysia berpeluang untuk terus memperbaiki lagi kedudukan ranking dunia pada rehat antarabangsa Jun kelak.", "Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjadualkan perlawanan menentang Solomon Islands dan Yaman buat skuad Harimau Malaya pada tempoh berkenaan.", "Featured Image: PFA Malaysia | Syamil Rosli"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219648/", "headline": "\nRahadiazli Rahalim ‘Goalkeeper’ Ke-6 Paling Tinggi Beraksi di Asia Tenggara\n", "content": ["Penjaga gawang utama Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim menjadi penjaga gol keenam tertinggi yang beraksi dalam kancah liga utama di negara-negara asia tenggara pada musim ini.", "Ini selepas kami melakukan carian dan menyenaraikan 10 penjaga gol tertinggi yang beraksi di setiap liga utama di rantau ini merangkumi Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lagi.", "Selain daripada Rahadiazli yang bakal menjengah usia 20 tahun pada bulan mei kelak, seorang lagi penjaga gol yang beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia turut tersenarai dan paling mengejutkan, beliau merupakan penjaga gol paling tinggi yang beraksi di asia tenggara.", "Untuk makluman, ketinggian merupakan salah satu aspek yang amat bernilai buat pemain yang beraksi sebagai penjaga gol dalam sesebuah pasukan bola sepak. ", "Sebagai contoh, penjaga gol yang tinggi dapat mendepakan tangannya dengan lebih panjang untuk melakukan ‘saves’ atau menangkap bola serta menafikan bola-bola tinggi yang berbahaya menuju ke gawangnya.", "Tanpa berlengah masa lagi, berikut adalah senarai 10 penjaga gol tertinggi yang beraksi di liga-liga utama di rantau asia tenggara (ASEAN) khas untuk tatapan pembaca laman sesawang Sukanz:", "Tarikh Lahir: 14 November 2000", "Penjaga gol muda ini adalah produk National Football Academy milik Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Dilahirkan di negara seberang tambak namun memiliki campuran darah Singapura dan Jepun. Tahun ini Kimura dipinjamkan oleh Lions City Sailors kepada Balestiar Khalsa untuk mengharungi saingan Singapore Premier League 2021.", "Tarikh Lahir: 11 Mac 1999", "Takahiro Koga merupakan pemain muda kelahiran negara matahari terbit yang beraksi bersama pasukan satelit, Albirex Niigata yang dalam saingan Singapore Premier League. Setakat 3 perlawanan awal yang diharunginya, Koga telah merekodkan dua clean sheet.", "Tarikh Lahir: 9 April 1991", "Falkesgaard merupakan pemain kacukan Filipina-Denmark yang beraksi dalam saingan Thai League 1. Dilahirkan di Kastrup, Denmark namun memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan The Azkals. Memulakan karier bola sepaknya di Denmark tetapi pada tahun 2017 beliau beralih angin mencari cabaran di rantau asia tenggara dengan menyertai True Bangkok United dan kekal sehingga ke hari ini.", "Tarikh Lahir: 15 Julai 1999", "Penjaga gol muda ini disebut-sebut sebagai ‘Rising Star’ untuk pasukan Muangthong United. Pada saat ini, penjaga gol kelahiran Bangkok ini merupakan penjaga No.2 pasukan di belakang Somporn Yos.", "Tarikh Lahir: 29 Mei 2001", "Mula melakukan debut bersama skuad senior Terengganu FC pada perlawanan pertama Liga Super 2020 ketika menentang Perak. Walaupun bolos 3 gol pada penampilan tersebut dan menyebabkan pasukannya tewas 3-1 tetapi aksinya telah menarik perhatian peminat. Sejak daripada itu, ketua jurulatihnya tetap memberikan kepercayaan kepadanya untuk terus bermula dalam kesebelasan utama dan akhirnya, pada tahun ini, hasil konsistensi permainannya, Rahadiazli dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai latihan pusat Harimau Malaya.", "Tarikh Lahir: 1 Januari 1998", "Kelab: Than Quang Ninh FC", "Penjaga gol tinggi lampai kelahiran Vietnam ini juga menjadi bualan peminat bola sepak disana dek kerana fizikalnya setara pemain eropah. Ketika ini beraksi bersama skuad Thanh Quang Ninh yang menduduki tangga ke-2 V.League 1 sebagai penjaga gol simpanan.", "Tarikh Lahir: 19 Jun 1991", "Kelab: Hoang Anh Gia Lai FC", "Penjaga gol keempat tertinggi yang beraksi di pentas asia tenggara ini merupakan penjaga gol utama pasukan dalam saingan musim lalu. Namun tahun ini tempatnya dicabar oleh penjaga gol yang seusia dengannya, Huynh Tuan Linh.", "Tarikh Lahir: 8 Jun 1995", "Pemain yang memiliki ketinggian 1.95 meter ini merupakan rakan sepasukan pemain kacukan Malaysia-Sweden iaitu Junior Eldstal di Chonburi FC. Penjaga gol ini memulakan karier profesionalnya dalam bola sepak pada tahun 2014 dan selang lima tahun kemudian, pasukan yang terkenal dengan julukan The Shark ini mengikat khidmatnya. Ketika ini dia masih berstatus penjaga gol simpanan.", "Tarikh Lahir: 18 Januari 1989", "Samuel merupakan penjaga gol kelahiran Nonthaburi, Thailand namun mempunyai darah kacukan Amerika Syarikat. Menariknya, penjaga gol utama pasuka yang digelar The Swat Cat ini pernah menjadi rakan sepasukan kepada penyerang kebangsaan Harimau Malaya, Shahrel Fikri ketika dia bermain sebagai pemain pinjaman di Thai League 1 pada tahun 2018 lalu.", "Tarikh Lahir: 12 Februari 1992", "Jarang-jarang sekali kita menyaksikan pasukan Liga Super mengambil pemain import di posisi penjaga gol namun musim ini UiTM FC yang dibimbing oleh Frank Bernhardt membuat keputusan untuk mengikat penjaga gol kelahiran Croatia, Dominik Picak. Memiliki ketinggian 1.95 meter dan telah membuat penampilan sebanyak 3 kali pada musim ini. Selain daripada skuad Lions Troop, pasukan KL City antara pasukan lain dalam saingan Liga Super yang mendapatkan penjaga gol import berketinggian 1.88 meter iaitu Kevin Ray Mendoza, pemain Filipina yang mempunyai darah kacukan Denmark.", "Sebagai perbandingan, penjaga gol utama Thailand, Kawin Thamsatchanan (31 tahun) yang beraksi di Liga Belgium mempunyai ketinggian 1.83 meter. Manakala penjaga gol kacukan Rusia-Vietnam, Dang Van Lam (27 tahun) yang kini bermain bersama Cerezo Osaka berketinggian 1.89 meter dan akhir sekali, penjaga gol utama Filipina yang beraksi bersama Birmingham City, Neil Etheridge (31 tahun) memiliki ketinggian 1.88 meter.", "*Nota: Info mengenai ketinggian, tarikh lahir dan kerakyatan pemain-pemain adalah berdasarkan laman sesawang Transfermarkt.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113393/", "headline": "\nBajet 2022: RM159 Juta Untuk Bina, Naik Taraf & Selenggara Kemudahan Sukan Seluruh Negara\n", "content": ["Bajet 2022 yang dibentang oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada hari ini turut menyentuh berkenaan dana untuk kemudahan sukan di seluruh negara.", "Di dalam pembentangan tersebut, beliau memaklumkan “bajet ini turut menyediakan RM159 juta bagi membina, menaik taraf dan menyelenggarakan kemudahan sukan di seluruh negara.", "Baca: Stadium Baharu Kelantan Akan Mula Dibina Tahun Hadapan", "Selain daripada itu, Tengku Zafrul turut menambah, “peruntukan ini antaranya untuk memulakan sebuah stadium di Bukit Merbau, Pasir Putih, Kelantan merangkumi pelbagai fasiliti sukan seperti gelanggang hoki, lapang sasar menembak dan pusat akuatik.”", "Dijangka stadium yang akan dibina ini akan digunakan sebagai venue temasya Sukan Malaysia (SUKMA) apabila tiba giliran Negeri Kelantan menjadi tuan rumah kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321655/", "headline": "\nSabah FC Ikat Jailton Paraiba – Penyerang Sayap Brazil Tinggi 1.66 Meter\n", "content": ["Penyerang dan sayap kelahiran Brazil yang berusia 32 tahun, Jailton Paraiba menjadi pemain import terbaru yang diikat oleh pasukan berpangkalan di kepulauan Borneo, Sabah FC.", "Penyertaan Jailton bersama skuad berjulukan Sang Badak itu diumumkan secara rasmi menerusi platform media sosialnya milik kelab, Sabtu lalu.", "Welcome to Sabah FC Jailton Paraiba!", "🦏 From Esperance, 🇧🇷 Jailton mainly plays as a winger & Forward.", "💥 Jailton Spend most of his career playing in the Chinese Super League He also had a spell in 🇹🇷 with Genclerbirligi & in 🇯🇵with Tokyo Verdy!", "⛰️ Selamat datang Jailton! pic.twitter.com/uuQ6AhVCsn", "— Sabah FC Official (@SabahFCofficial) January 28, 2023", "Di peringkat awal kariernya, pemain kelahiran Esperanca ini beraksi dalam kancah bola sepak di negara kelahirannya. Namun bermula tahun 2012, Jailton meninggalkan negaranya dan berhijrah ke benua asia.", "Jailton berpengalaman luas dalam kancah bola sepak China dengan menyertai empat buah kelab di sana dari tahun 2012 hingga 2017 serta 2022 hingga 2023.", "Selain itu, pemain berketinggian 1.66 meter (m) ini turut pernah beraksi di Jepun dan Turki.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pemain import terbaru keempat yang diikat Sabah pada jendela perpindahan kali ini selepas Jacob Njoku, Telmo Castanheira dan Gabriel Peres."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218519/", "headline": "\nSukan Asia 2022 Hangzhou Ditunda Ke September 2023\n", "content": ["Majlis Olimpik Asia (OCA) mengumumkan tarikh baharu penganjuran Sukan Asia Ke-19 yang akan berlangsung di Hangzhou, China.", "Menerusi satu kenyataan media pada hari ini, temasya tersebut akan dianjurkan bermula 23 September hingga 8 Oktober 2023.", "Untuk makluman semua, temasya ini sepatutnya dilangsung pada 10 hingga 25 September pada tahun ini.", "Folks, pick up your planners… The new dates for the 19th Asian Games have finally been announced! 📢📢The highly-anticipated event will now be held in Hangzhou from 23rd September to 8th October in 2023.#AsianGames #AG2022 #Announcement #Hangzhou @19thAGofficial pic.twitter.com/MpbZFqK058", "— Olympic Council of Asia (@AsianGamesOCA) July 19, 2022", "Baca: Majlis Olimpik Asia Umum Tunda Sukan Asia Ekoran Situasi Covid-19 Di China", "Bagaimanapun, OCA serta Majlis Olimpik China (COC) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) mengumumkan penundaan pada awal Mei lalu berikutan situasi semasa dan peningkatan kes Covid-19 di China pada ketika itu.", "Tambah kenyataan itu lagi, pengumuman tarikh baharu ini disyorkan oleh pasukan petugas khas selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak agar tidak mempunyai konflik dengan acara sukan antarabangsa lain sejak dua bulan lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215501/", "headline": "\nBeregu Scotland Jadi Lawan Pertama Buat Gandingan Yew Sin-Liu Ying\n", "content": ["Gandingan beregu campuran baharu antara Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying akan menerima tetangan pertama daripada beregu Scotland iaitu Adam Hall dan Julie Macpherson.", "Adam-Julie yang menghuni ranking 51 dunia pada ketika ini bakal menentang Yew Sin-Liu Ying pada perlawanan Pusingan 32 di kejohanan Terbuka Jerman yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.", "Lawan buat pasangan yang mengumumkan membentuk gandingan bersama pada penghujung Januari lalu diketahui selepas penganjur memuat naik dokumen kemaskini hasil undian pada 15 Februari.", "Selepas daripada kejohanan di Jerman, Yew Sin-Liu Ying yang merupakan pemain bebas (independent) bakal berentap di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF. ", "Goh Liu Ying & Ong Yew Sin Bentuk Gandingan Campuran Baharuhttps://t.co/IfItZlhYOW", "Nama mereka telah berada dalam tersenarai layak untuk beraksi dalam kejohanan tersebut namun siapakah yang akan menjadi lawan mereka akan diketahui dalam masa 1-2 hari lagi.", "Untuk makluman semua, sejak sekian lama, Liu Ying bergandingan bersama Chan Peng Soon. Akan tetapi, kedua-dua pemain membuat keputusan untuk berpisah dan masing-masing membawa haluan baharu.", "Peng Soon membuat keputusan untuk bernaung kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan membentuk gandingan baharu bersama pemain muda, Valeree Siow.", "Manakala Liu Ying pula memilih pemain beregu lelaki No.11 dunia, Yew Sin sebagai gandingan baharunya untuk meneruskan karier badminton dalam kategori beregu campuran."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322094/", "headline": "\nTayangan Skrin Besar Liga Super Bermula Di Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan & Kedah\n", "content": ["Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) mengumumkan empat negeri atau lokasi pertama bagi program tayangan skrin besar saingan Liga Super 2023 sepanjang bulan Mac.", "Empat negeri atau lokasi pertama yang dipilih untuk menjayakan program berkenaan adalah seperti berikut:", "Perincian mengenai perlawanan, lokasi serta tarikh bagi program tayangan skrin terbabit telah diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dalam satu sidang media bersama Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani di Menara KBS, pada hari ini.", "Seperti didedahkan oleh beberapa pihak sebelum ini, tayangan skrin besar ini dibuat di lokasi dimana pasukan tersebut bermain ‘away games’ atau di tempat lawan. Ini sekaligus memberi peluang kepada penyokong sesebuah pasukan yang tidak dapat ke stadium pihak lawan menikmati perlawanan secara beramai-ramai persis suasana di dalam stadium.", "Difahamkan, tayangan skrin besar ini merupakan kesinambungan daripada sambutan hangat masyarakat setempat semasa perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 dan Piala Dunia Hoki 2023 baru-baru ini.", "Sabagai tambahan, ini merupakan salah satu program KBS dalam menyemarakkan lagi perlawanan bola sepak di samping memberi peluang kepada penyokong pasukan kegemaran masing-masing menonton secara langsung di skrin besar serta memupuk semangat kesukanan dan perpaduan rakyat bersama komuniti setempat. ", "Sementara itu, jadual tayangan skrin besar perlawanan Liga Super bagi bulan-bulan berikutnya akan diumumkan oleh pihak KBS kemudian."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110877/", "headline": "\nACL 2021: Hasrat JDT Balas Dendam Ke Atas Pohang Tidak Kesampaian\n", "content": ["Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membalas dendam ke atas kekalahan 1-4 di tangan Pohang Steelers pada isnin lalu nampaknya tidak kesampaian pada hari ini.", "Sebaliknya, skuad yang terkenal dengan julukan Harimau Selatan ini terpaksa akur tewas tangan Pohang sekali lagi dengan skor 2-0 dalam aksi timbal balik melibatkan Kumpulan G, saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.", "Pohang yang dibimbing oleh Kim Gi-dong membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Lee Seung-mo. Hanya berselang empat minit kemudian, Pohang menggandakan kedudukan menerusi Kang Sang-woo pula.", "HT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-2 Pohang Steelers 🇰🇷2️⃣ goals in quick succession have Pohang 🆙 at the break! Can #JDT find a way back into this one?#ACL2021 | #JDTvPOH pic.twitter.com/t8aAA40pfQ", "Memasuki babak kedua, JDT menampilkan persembahan yang lebih menyakinkan berbanding babak pertama. Ada beberapa gerakan berjaya sampai ke dalam kotak penalti namun gol yang dicari masih tidak kunjung tiba.", "Mora turut mengarahkan beberapa pertukaran dengan membawa masuk Guilherme de Paula, Mohamadou Sumareh, Syamer Kutty, Nazmi Faiz dan Ramadhan Saifullah namun ianya masih tidak dapat membantu mengubah skor 2-0 yang tertera di panel LED.", "FT | 🇲🇾 @OfficialJohor 0-2 Pohang Steelers 🇰🇷 👏 Pohang make it back-to-back wins to keep pressure on Nagoya Grampus at the 🔝 of Group G! #ACL2021 | #JDTvPOH pic.twitter.com/9QJggL4iVb", "Untuk perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu wakil Jepun, Nagoya Grampus. Pertemuan ini bakal berlangsung pada hari ahad, 4 Julai dengan sepak mula dijadualkan pada jam 10 malam waktu Malaysia di Stadium Rajamangala.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325184/", "headline": "\nSzoboszlai Teruskan Legasi No.8 Gerrard, Keita\n", "content": ["Pemain terbaharu Liverpool, Dominik Szoboszlai mengesahkan dirinya bakal menyarung jersi bernombor lapan bagi musim 2023-24 sekaligus menjadi penyambung legasi yang ditinggalkan legenda mereka, Steven Gerrard. ", "Perkara tersebut didedahkan menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi skuad berjulukan The Reds dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial kelab. ", "Nombor jersi tersebut juga pernah dipakai seorang lagi bekas pemain RB Leipzig, Naby Keita yang kini telah meninggalkan Liverpool bagi menyertai kelab Bundesliga, Werder Bremen secara percuma. ", "Untuk makluman, Szoboszlai sah menyertai The Reds daripada RB Leipzig dan menjadi pemain kedua yang ditandatangani pasukan tersebut pada jendela perpindahan kali ini selepas Alexis Mac Allister dari Brighton & Hove Albion. ", "— Liverpool FC (@LFC) July 2, 2023", "Bersama RB Leipzig, pemain tengah berusia 23 tahun itu menjaringkan 20 gol serta mencatatkan 22 bantuan gol (assists) selepas beraksi sebanyak 91 perlawanan buat kelab tersebut.  ", "Kapten Hungary itu turut membantu kelab tersebut menjuarai DFB Pokal bagi dua musim berturut-turut pada 2021-22 dan 2022-23. Bagaimanapun, situasi semasa Szoboszlai untuk beraksi bersama The Reds masih lagi tertakluk kepada status permit kerja miliknya.", "Untuk rekod, Naby Keita yang menyertai Liverpool pada 2018 menjadi pemain pertama yang kembali menyarung jersi bernombor lapan selepas Steven Gerrard menggantung butnya pada penghujung musim 2014-15.", "Nombor tersebut menjadi sangat ikonik buat legenda The Reds itu Liverpool telah menjuarai Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Istanbul dan beliau menjaringkan gol pertama Liverpool pada musim pertama Gerrard memakai jersi bernombor lapan yang membawa kepada kemenangan dramatik buat The Reds."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323559/", "headline": "\nMessi Muncul Atlet Pertama Rangkul Anugerah Individu & Berpasukan Tahunan Laureus \n", "content": ["Tonggak utama Argentina, Lionel Messi mencipta sejarah tersendiri dalam lipatan sejarah Anugerah Sukan Dunia Laureus apabila menjadi atlet pertama berjaya merangkul kemenangan berganda dalam tahun yang sama.", "Dalam majlis yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia), Messi telah dinobat sebagai Ahli Sukan Lelaki Dunia Tahunan selepas membantu skuad berjulukan La Albiceleste menamatkan kemarau 36 tahun kejuaraan Piala Dunia pada 2022.  ", "Penyerang berusia 36 tahun itu menewaskan lima lagi calon, Kylian Mbappe (bola sepak), Max Verstappen (pemotoran), Mondo Duplantis (olahraga), Rafael Nadal (tenis) dan Stephen Curry (bola keranjang). ", "Ini merupakan kemenangan kedua bintang Piala Dunia itu selepas kali pertama muncul pemenang pada tahun 2020 bersama jaguh lumba pemotoran daripada United Kingdom, Lewis Hamilton.", "A post shared by Leo Messi (@leomessi)", "Selain itu, Messi bersama skuad bola sepak lelaki Argentina turut merangkul Anugerah Pasukan Terbaik Tahunan selepas aksi cemerlang mereka membawa pulang ibu segala trofi bagi sukan bola sepak itu kembali ke bumi Buenos Aires, Disember lalu. ", "La Albiceleste menewaskan skuad kendalian Carlo Ancelotti yang memenangi Liga Juara-Juara UEFA pada Mei tahun lalu yang merupakan salah satu calon bagi kategori anugerah tersebut.", "Untuk pengetahuan semua, anugerah Laureus diwujudkan bagi menghargai pencapaian atlet dan pasukan tanpa mengira sukan yang mereka wakili sepanjang tahun. ", "Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David merupakan salah seorang ahli akademi Laureus sejak 2021 dan pernah menjadi duta Laureus pada tahun 2014."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220849/", "headline": "\nTerengganu FC Lantik Tomislav Sebagai Ketua Jurulatih – Kontrak Selama Setahun\n", "content": ["Kekosongan kerusi ketua jurulatih bagi skuad berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC yang ditinggalkan oleh Nafuzi Zain sudah mempunyai penggantinya.", "Menerusi muat naik di pelbagai platform media sosialnya, bekas individu yang pernah membimbing T-Team FC suatu masa dahulu, Tomislav Steinbruckner diangkat menjadi ketua jurulatih Terengganu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC bagi musim 2023 kelak.", "Difahamkam, Tomislav menandatangani kontrak selama setahun selaku ketua jurulatih Terengganu bermula 1 Disember 2022 dan tamat pada 31 Disember 2023. ", "TOMISLAV STEINBRUCKNER KETUA JURULATIH TERENGGANU FC 2023#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/KwsVk0uzL4", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 1, 2022", "Untuk makluman, Tomislav yang berusia 56 tahun dan berasal dari Croatia ini tidak asing dengan skuad Terengganu dimana dia berperanan sebagai Pengarah Teknikal sejak Mac lalu.", "Tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Tomislav pada musim hadapan pastinya besar dan berat lebih-lebih Terengganu di bawah kendalian Nafuzi telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi dengan muncul naib juara Piala FA, Liga Super serta mara ke separuh akhir Piala Malaysia pada musim ini.", "Sebagai rekod, ketika membimbing T-Team selama semusim pada tahun 2015, dia berhasil membawa skuad itu menamatkan saingan Liga Premier di kedudukan ketiga.", "Sementara itu, perlawanan pertama yang akan dihadapi oleh Tomislav pada musim hadapan adalah bertemu gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan pembuka tirai, Piala Sumbangsih."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217049/", "headline": "\nBAC 2022: Aidil Tumpas Kepada Pemain No.15 Dunia – Kandas Di Pusingan 32\n", "content": ["Perseorangan lelaki, Aidil Sholeh yang berada di ranking ke-113 dunia tidak dapat mengatasi kehebatan pemain No.15 dunia, Wang Tzu Wei di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022.", "Disebabkan itu, pemain negara berusia 22 tahun itu tidak dapat terkandas di Pusingan 32 sekaligus tidak dapat meneruskan kemaraan ke Pusingan 16.", "Dalam perlawanan tersebut, Aidil tumpas kepada pemain Taiwan yang berusia 27 tahun itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-9 dan 18-21 dalam tempoh masa menghampiri satu jam.", "R32#TPE Wang Tzu Wei def. #MAS🇲🇾 Aidil Sholeh 21-14 9-21 21-18", "— BAM (@BA_Malaysia) April 27, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain di kejohanan antarabangsa. ", "Sementara itu, di peringkat Pusingan 16 kelak, Tzu Wei akan bertemu pemain China, Li Shi Feng yang berada di ranking ke-64 dunia. ", "Shi Feng mara dengan melakar kejutan menyingkirkan naib juara All England 2022, Lakshya Sen, sebentar tadi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111421/", "headline": "\nOlimpik 2020: Pecutan Azreen Nabila Alias Tamat di Pusingan 1  \n", "content": ["Hasrat untuk melihat ratu pecut negara, Azreen Nabila Alias mara ke peringkat separuh akhir dalam acara 100 meter wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak menjadi kenyataan.", "Terdahulu, pelari kelahiran Setiu, Terengganu itu berjaya menamatkan larian di tempat kedua pada pusingan kelayakan dengan mencatatkan masa peribadi terbaik dalam kariernya iaitu 11.77 saat.", "Kedudukan di tempat kedua itu melayakkannya bersaing dalam Pusingan 1. ", "Tokyo 2020 UPDATE:Azreen Nabila Alias did not qualify to the Semi-Finals of Women's 100m after finishing 7th in Round 1 at the Olympic Stadium. She broke her own personal best by clocking 11.77s in the Qualification Round.#olympics#tokyo2020#athletics pic.twitter.com/p2lnExVSZp", "Bagaimanapun, larian Azreen dalam Pusingan 1 tidak begitu memberangsangkan dan dia hanya tamat di kedudukan terakhir dengan catatan masa 11.91 saat.", "Walaupun gagal meneruskan kemaraan ke saingan separuh akhir, Azreen yang berusia 21 tahun mempunyai karier yang masih panjang. ", "Pengalaman beraksi di temasya Olimpik pastinya menjadi bekalan terbaik buat Azreen untuk beraksi di temasya lain yang terdekat iaitu Sukan SEA Vietnam 2022, Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan Asia Hangzhou 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218043/", "headline": "\nFC Barcelona Berpindah Ke Stadium Olimpik Pada Musim 2023/24\n", "content": ["Kelab gergasi Liga Sepanyol, FC Barcelona tidak akan beraksi di laman ikoniknya, Stadium Camp Nou pada musim 2023-24 kelak.", "Sebaliknya, pasukan berjulukan The Catalan itu akan turun bermain di stadium yang pernah dijadikan hos bagi temasya Sukan Olimpik 1992 Barcelona iaitu Stadium Olimpik Lluis Companys.", "Perkara tersebut diumumkan selepas Barcelona mencapai persetujuan dengan pemilik stadium berkenaan, Majlis Bandaraya Barcelona pada awal minggu ini.", "Barça to play at the Estadi Olímpic Lluís Companys in the 2023-24 season. All the details:https://t.co/6k0A4XDavx", "— FC Barcelona (@FCBarcelona) June 21, 2022", "Ini berikutan, pada musim berkenaan, Camp Nou akan menjalani pengubahsuaian yang dinamakan sebagai “Espai Project” – sebuah projek transformasi Camp Nou dan kawasan sekitarnya (Les Corts).", "Antara transformasi terbesar dalam “Espai Project” ini adalah meningkatkan kapasiti Camp Nou daripada 90,000 kepada 110,000 tempat duduk. Ini menjadikannya sebagai stadium ketiga terbesar dunia selepas Stadium Rungrado, Korea Utara dan Stadium Narendra Modi, India.", "Selain itu, projek ini akan menjadikan stadium kebanggaan milik skuad The Catalan ini mempunyai bumbung yang menutupi keseluruhan tempat duduk serta dipasang dengan sistem penyejukan dan pemanasan."]} +{"url": "https://sukanz.com/2020147/", "headline": "\nSilva Kekal Sarung Jersi ‘Sky Blue’ Walaupun Keluar Manchester City\n", "content": ["Pemain perancang prolifik, David Silva kekal menyarung jersi berwarna ‘Sky Blue’ walaupun disahkan meninggalkan Manchester City.", "Menurut laporan The Guardian, pemain berusia 34 tahun itu bakal menyertai kelab baharu yang turut menggunakan jersi berwarna ‘Sky Blue’ iaitu Lazio.", "Difahamkan kelab yang beraksi dalam saingan Serie A itu memberikan Silva kontrak selama tiga tahun. Bagaimanapun Silva meluahkan keyakinan bahawa dia boleh beraksi di peringkat tertinggi sekurang-kurangnya selama lima tahun lagi.", "Terdahulu, Silva yang telah beraksi bersama Manchester City selama 10 tahun mengesahkan meninggalkan kelab tersebut apabila membuat penampilan akhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Norwich City pada julai lalu. ", "Namun begitu dia akan terus mengikuti skuad kendalian Pep Guardiola sehingga tamat kempen Liga Juara-Juara UEFA, musim ini. Perlawanan seterusnya mereka akan bertemu Lyon di peringkat suku akhir.", "Bersama The Cityzen, pemain kelahiran Sepanyol ini telah merekodkan 85 gol dan 154 bantuan gol. Selain itu, pemain berstatus lagenda ini telah menjulang empat trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), dua trofi Piala FA dan lima trofi Piala Liga.", "Sementara itu, dalam laporan yang sama Lazio yang menamatkan saingan Serie A di tangga ke-4 musim 2019/20 turut meluahkan keyakinan dapat mengekalkan penyerang bintang, Ciro Immobile – penjaring terbanyak Serie A dengan rekod 36 gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322952/", "headline": "\nTiada Sebarang Jemputan Sertai Kejohanan SAFF 2023\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi presidennya, Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang jemputan rasmi untuk menyertai Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) 2023.", "Sebelum ini, akaun media sosial, ASEAN Football, mendakwa Malaysia serta Arab Saudi diundang untuk menyertai kejohanan seumpama Piala AFF yang akan berlangsung di Bengaluru, India bermula 21 Jun hingga 3 Julai.", "🇲🇾 MALAYSIA INVITED TO THE SAFF CHAMPIONSHIP 2023", "South Asian Football Federation (SAFF) president, Kazi Salahuddin has confirmed that confirmed to have invited 2 teams from Malaysia and Saudi Arabia to the SAFF Championship this year.#SAFF #FAM pic.twitter.com/kdJ0iQCUsb", "— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 4, 2023", "“Saya tidak dapat apa-apa jemputan, dan presiden dia pun takde beritahu (apa-apa).” kata Hamidin di hadapan para pengamal media dalam majlis berbuka puasa di Wisma FAM, baru-baru ini.", "Pada masa yang sama, sekiranya benar pihak SAFF menghantar jemputan terbabit, skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan-gon tetap tidak dapat menyertainya kerana sudah mengatur perlawanan antarabangsa pada rehat antarabangsa FIFA pada bulan Jun menentang Yaman dan Solomon Islands.", "Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Malaysia. Namun begitu, venue bagi perlawanan terbabit belum diputuskan secara rasmi oleh pihak FAM.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322203/", "headline": "\nLee Zii Jia Hiasi Papan Digital Gergasi Times Square New York\n", "content": ["Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menjadi atlet badminton pertama Malaysia menghiasi papan iklan digital gergasi yang tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).", "Wajah pemain kelahiran Alor Setar yang menghuni ranking ke-4 dunia terpapar di situ sempena keraian ulang tahun ke-55 penaja pakaian dan peralatan sukannya, Victor.", "Selain Zii Jia, papan digital gergasi itu turut memaparkan beberapa atlet Victor yang lain seperti Anders Antonsen, Tai Tzu Ying, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dan Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.", "A post shared by VICTOR (@victorsport_official)", "Difahamkan, paparan atlet-atlet ini bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-55 Victor tetapi ianya juga untuk mempromosikan sukan badminton kepada seluruh dunia.", "Untuk pengetahuan semua, jenama Victor mula diasaskan di Taipei, Taiwan pada tahun 1968. ", "Jenama ini tampil mengumumkan kerjasama bersama Zii Jia sejurus sahaja pemain berusia 24 tahun ini membuat keputusan untuk bergerak secara bebas (independent) atau profesional bermula awal tahun lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220711/", "headline": "\nFIFA Mungkin Terbuka Sekiranya Korea Utara Ingin Anjurkan Piala Dunia Pada Suatu Hari Nanti\n", "content": ["Presiden FIFA, Gianni Infantino kini mengatakan beliau terbuka sekiranya Korea Utara ingin menganjurkan Piala Dunia di negara tersebut. Beliau menyasarkan ia akan membantu dalam menyatukan dunia.", "Seperti ramai sedia maklum, Piala Dunia FIFA 2022 kini berlangsung di Qatar, yang memperlihatkan pelbagai kaedah Qatar gunakan dalam memperlihatkan budaya arab dan Islam ke dunia.", "Presiden FIFA menekankan mereka merupakan badan bola sepak, dan bukannya politik, dan bertujuan untuk menyatukan semua orang.", "Malah, beliau mengatakan pernah ke Korea Utara untuk meminta sama ada mereka bersedia untuk anjurkan bersama Piala Dunia Wanita bersama Korea Selatan. Namun, ketika itu, mereka tidak berjaya."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219378/", "headline": "\nAustralia Tidak Teruskan Bidaan Tuan Rumah Piala Asia 2023\n", "content": ["Badan induk bola sepak Australia iaitu Football Australia tidak akan menjadi tuan rumah bagi saingan Piala Asia 2023 kelak.", "Perkara tersebut diumumkan secara rasmi menerusi satu kenyataan rasmi di laman sesawangnya, pada hari ini.", "Perkembangan ini menjadikan Australia tidak akan meneruskan proses seterusnya untuk menjadi tuan rumah iaitu menghantar bidaan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).", "Ini menjadikan hak untuk menjadi tuan rumah itu akan direbut antara tiga buah negara sahaja iaitu Indonesia, Korea dan Qatar.", "Untuk makluman, sekitar pertengahan Julai lalu, AFC mengesahkan empat buah negara termasuk Australia telah menghantar Pelawaan Tunjuk Minat (EoI) untuk menganjurkan kejohanan tersebut menggantikan China."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208227/", "headline": "\nKedah Terus Gunakan ‘Magis’ Aidil Dalam Saingan Liga Malaysia & Piala AFC 2021\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak nampaknya kekal membimbing pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah untuk saingan musim hadapan.", "Menurut perkongsian di laman sosialnya, Aidil dilihat telah menandatangani kontrak lanjutan sambil disaksikan oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Radhi Mat Din, hari ini.", "Perkembangan ini menyaksikan pasukan yang akan dikenali sebagai Kedah Darul Aman Football Club (KDA FC) itu akan terus mendapat bimbingan Aidil untuk memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "“Syukur alhamdulillah, terima kasih memberikan peluang untuk menjadi sebahagian daripada (pasukan) Kedah musim hadapan.”", "“(Saya) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Presiden, pengurusan tertinggi, staf-staf, barisan kejurulatihan, pemain-pemain dan juga para penyokong yang memberikan sokongan pada tahun ini.” tulisnya menerusi akaun Instagramnya.", "“Insya-Allah kami akan lakukan yang terbaik dan mempertingkatkan (prestasi) bersama-sama sebagai satu kelab.” tambahnya lagi.", "Tiada sebarang makluman mengenai tempoh lanjutan kontrak di antara jurulatih berusia 43 tahun itu dan pasukan Kedah.", "Untuk rekod, Aidil dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada penghujung tahun 2018.", "Sejak daripada saat itu, Aidil telah mengemudi Kedah menjadi salah sebuah pasukan yang memberikan cabaran sengit dalam saingan Liga Malaysia.", "Pencapaian paling cemerlang Aidil bersama Kedah adalah memenangi Piala FA 2019 sekaligus meraih tiket ke saingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.", "Featured Image: Aidil Sharin Sahak Instagram"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111424/", "headline": "\nLepas Ni Cari Tempat ‘Training’ Kat Melaka, Pesan Chong Wei Kepada Zii Jia\n", "content": ["Bekas pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sempat berseloroh kepada Lee Zii Jia agar berlatih di Melaka selepas daripada saat ini untuk memenangi pingat emas Olimpik.", "Gurauan itu ditulis oleh Chong Wei kepada Zii Jia menerusi platform media sosialnya merujuk kepada kepada kejayaan atlet angkat berat wanita Filipina, Hidilyn Diaz.", "Baru-baru ini, Diaz, 30 tahun menjadi bualan rakyat Malaysia apabila berjaya meraih emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan hanya berlatih di sebuah perkampungan di Jasin, Melaka.", "“Maybe lepas ni cari tempat training kat Melaka. Dengar kata training kat situ boleh dapat emas Olimpik.” tulis Chong Wei, hari ini.", "@leeziijia, usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olympic 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya di’tangguh’kan. https://t.co/J6Q9BOZfU2 pic.twitter.com/RTTdWgOyup", "Mengulas mengenai prestasi pemain muda berusia 23 tahun sepanjang beraksi di Sukan Olimpik, Chong Wei menyatakan ianya merupakan satu persembahan yang bagus.", "Malahan ketika menentang juara bertahan, Chen Long, semalam, Zii Jia jelas mempunyai kelebihan daripada segi teknikal namun kekurangannya hanyalah daripada segi mental.", "“Lee Zii Jia usah kecewa sangat. It was a really good performance. Satu Malaysia tahu anda telah cuba sedaya upaya.”", "“Dibekalkan lebih pengalaman nanti, Chen Long pastinya sekadar lubuk untuk lu. ", "“Bai, Chen Long bukan calang-calang defending champion. Muka jer innocent tapi mamat tu memang ligat otak dalam penafsiran taktik pihak lawan.”", "Koo Kien Kiat: Permainan Zii Jia Banyak Peningkatan, Hanya Kekurangan Pengalaman di Kejohanan Besar https://t.co/fDPBuu4Fou pic.twitter.com/xs3MqU5VY5", "“Semalam (punya) game I rasa dari segi power, speed and teknik, Zii Jia memang mengatasi Chen Long. ", "“Mungkin yang kurang, adalah cemas pada saat-saat penting. Olimpik pertama kot, siapalah tak cemas?” ", "“Game Chong Wei time first Olimpik pun tak kemas.”", "“Yang penting, dongakkan dagu teruskan usaha. Next Olimpik 3 tahun saja. Kejayaan anda bukanlah hilang, tetapi hanya ditangguhkan.” kata pemenangan pingat perak Olimpik sebanyak 3 kali tersebut.", "Dalam perlawanan peringkat pusingan 16 semalam, Chen Long berjaya mara ke suku akhir setelah menumpaskan Zii Jia dengan keputusan 8-21, 21-19 dan 21-5 di Musashino Forest Sport Plaza.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321407/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Lee Zii Jia Kandas Awal Di Hadapan Penyokong Sendiri\n", "content": ["Jaguh badminton tanah air yang menghuni ranking kedua dunia, Lee Zii Jia menerima satu tamparan hebat daripada pemain muda Jepun, Kodai Naraoka di hadapan penyokong sendiri.", "Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua terpaksa akur tersingkir awal daripada saingan Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung di Axiata Arena ekoran tumpas mengejut kepada Kodai di Pusingan 32, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Zii Jia tumpas kepada pemain No.7 dunia itu menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 17-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 73 minit permainan di atas Gelanggang 1.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MS – R3213 21 21 🇯🇵Kodai Naraoka🏅21 17 19 🇲🇾Zii Jia Lee", "— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2023", "Menariknya, Kodai yang berusia 21 tahun melakar salah satu kemenangan epik dalam kariernya ini dalam pertemuan sulung menentang Zii Jia di pentas kejohanan.", "Sebagai perbandingan, pencapaian Zii Jia di saingan Terbuka Malaysia pada tahun ini adalah lebih hambar berbanding tahun lalu dimana dia berhasil mara sekurang-kurangnya ke peringkat Pusingan 16.", "Sementara itu, Kodai yang melayakkan diri ke Pusingan 16 akan bertemu seorang lagi perseorangan negara iaitu Ng Tze Yong, pada hari esok.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215687/", "headline": "\nBelum Ada Stok, Jersi Terengganu Keluaran Umbro Mula Dijual Minggu Hadapan – Harga RM119\n", "content": ["Kelab bola sepak berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC melancarkan jersi baharunya keluaran kit jenama dari England, Umbro bersempena dengan Black And White Day 2022, pada hari ini.", "Jersi Terengganu ‘home’ musim ini hadir dengan rekaan belang hitam dan putih di bahagian hadapan sambil diserikan dengan logo Colever selaku penaja utama.", "Di bahagian belakang pula, ianya serba putih tanpa sebarang corak belang hitam putih. Di bahagian atas tertera logo kapal nelayan dan bahagian bawahnya terdapat beberapa logo penaja.", "🎥 TERENGGANU FOOTBALL CLUB JERSEY 2022 🔥🔥#TerengganuFC#UMBROxTFC#WeBleedBlackandWhite pic.twitter.com/w5k8owQM7f", "Sementara itu, jersi Terengganu ‘alternate’ pula didatangkan dengan warna biru kehijauan atau dikenali sebagai ‘turqoise’ secara keseluruhan. Perletakan logo penaja-penajanya sama seperi jersi ‘home’.", "Dimaklumkan, jersi bagi ‘home’ dan ‘alternate’ ini diletakkan dengan tanda harga RM119 sehelai. Bagaimanapun, para penyokong skuad Black and White yang mahu memiliki jersi ini perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga minggu hadapan memandangkan stok belum tersedia pada ketika ini.", "Untuk makluman semua, Terengganu dan Umbro mengikat kerjasama selama dua tahun bermula Januari lalu. Sebagai rekod, kali terakhir pasukan Terengganu bekerjasama dengan Umbro adalah pada tahun 2014 dan 2015."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322279/", "headline": "\nArab Saudi Akan Langsungkan 4 Edisi Piala Super Itali\n", "content": ["Saingan bola sepak Piala Super Itali (Supercoppa Italia) yang menemukan juara Liga Itali dan juara Piala Itali (Coppa Italia) bagi empat daripada enam edisi berikutnya akan dilangsungkan di negara teluk, Arab Saudi.", "Perkembangan itu hadir selepas Presiden Lega Serie A, Lorenzo Casini memaklumkan kesemua 20 buah pasukan yang beraksi dalam divisyen pertama bola sepak negara berkenaan, Serie A menerima tawaran terbabit dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Isnin lalu di Milan.", "Selain itu, Lorenzo turut memaklumkan Piala Super Itali pada tahun hadapan akan menggunakan format baharu iaitu melibatkan empat buah pasukan.", "Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada format melibatkan empat buah pasukan itu akan kekal bagi tahun berikutnya atau kembali menggunakan format seperti sedia kala yang menemukan juara Liga Itali dan Piala Itali.", "Untuk makluman semua, saingan Piala Super Itali ini sudah pernah dilangsungkan di Arab Saudi sebanyak beberapa kali iaitu pada tahun 2018, 2019 dan 2022.", "Featured Image: Lega Serie A"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113822/", "headline": "\nMintah Kaji Permainan Pertahanan Lawan di Youtube Sebelum Turun Padang\n", "content": ["Penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah mendedahkan platform perkongsian video dalam talian, Youtube sebagai tempat rujukannya untuk mengkaji gaya permainan pertahanan yang bakal dihadapinya.", "Pada masa yang sama, pemain berusia 26 tahun ini menyatakan perkara tersebut turut dilakukan oleh pertahanan pasukan lawan untuk mengetahui gaya permainannya.", "Menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), selain daripada mengkaji corak permainan pertahanan lawan, Mintah turut mengambil pendekatan dengan mempelbagaikan gaya permainannya agar mengelakkan dirinya dikunci pergerakannya oleh pertahanan pihak lawan.", "Baca: Penyerang Terengganu II Pernah Berlatih Bersama Akademi Marseille Hampir 2 Tahun", "“Sebagai penyerang kamu perlukan pelbagai cara untuk tewaskan pertahanan, kadangkala mereka menonton Youtube untuk melihat cara pemainan anda,", "“Kadangkala saya menonton bagaimana pertahanan lawan bermain sebelum bertemu mereka, jadi, sebagai penyerang anda perlu sentiasa bersedia dan membuat persiapan mental,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Sarawak United, tempoh hari.", "Ketika menentang Sarawak United, Mintah berhasil meledak dua gol serta mencipta satu ‘assist’ untuk membantu Terengganu meraih kemenangan 6-3 secara aggregat di peringkat suku akhir Piala Malaysia. Secara keseluruhan, Mintah telah merekodkan 4 gol secara keseluruhan di pentas Piala Malaysia setakat ini.", "Pemain kelahiran Ghana ini dijangka akan terus menjadi taruhan skuad kendalian Nafuzi Zain untuk merobek gawang JDT dalam usaha mereka untuk mengulangi pencapaian mara ke pentas final sepertimana pada tahun 2018 yang lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219856/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Kedah Lebih ‘Garang’ Menggunakan Seorang Penyerang?\n", "content": ["Aksi kesepuluh Liga Super menyaksikan Kedah Darul Aman berjaya bangkit untuk menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) dengan keputusan 3-2 di Stadium Darul Aman.", "Dalam perlawanan tersebut, KL City terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan menerusi Paulo Josue sebelum skuad Hijau Kuning menyamakan kedudukan menerusi Fayadh Zulkifli.", "Tersentak dengan jaringan itu, KL City sekali lagi menembusi gawang Kedah menerusi Giancarlo Gallifuoco untuk meletakkan mereka 2-1 di hadapan. ", "Bagaimanapun, penyerang kelahiran Ivory Coast, Tchetche Kipre muncul wira Kedah apabila dia menjaringkan dua gol pada masa kecederaan untuk mencipta kemenangan 3-2 ke atas KL City sekaligus memungut 3 mata berharga.", " Berikut adalah ulasan perlawanan tersebut:", "Menentang KL City pada jumaat lalu, ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Aidil Sharin Sahak terpaksa menurunkan Tchetche Kipre berseorangan sebagai penyerang kerana Kpah Sherman terpaksa menjalani hukuman penggantungan selepas mengumpul 3 kad kuning.", "Dalam perlawanan tersebut, Tchetche diberikan peranan selaku ‘target man’ berbanding sebagai ‘backup striker’ atau ‘second striker’ semasa bermain bersama Kpah Sherman sebelum ini. Menariknya, Tchetche bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini. Persembahannya seumpama ketika bersama pasukan Terengganu di bawah bimbingan Irfan Bakti pada musim 2018 lalu.  ", "Tchetche menunjukkan ‘work rate’ yang tinggi, bersungguh-sungguh untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan melakukan serangan ke arah gawang KL City apabila mendapat bola. Kemuncak persembahannya dalam perlawanan tersebut apabila dia menggunakan kelebihan menggelecek dan kawalan bolanya untuk mencipta ‘assist’ buat Fayadh. ", "Dia turut menunjukkan kemampuannya untuk bermain sebagai penyerang tunggal apabila menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan untuk memastikan kemenangan penuh dramatik Kedah sekaligus dinobatkan sebagai Man of the Match.", "Mungkin selepas daripada ini, Kedah boleh mengekalkan percaturan menggunakan seorang penyerang dalam perlawanan-perlawanan berikutnya.", "Sebenarnya, 70 minit pertama perlawanan ini dikuasai oleh anak-anak buah Bojan Hodak. Mereka bermain dengan sangat baik dalam tempoh ini sedangkan Kedah pula berada masih tercari-cari rentak.", "Bagaimanapun, Aidil Sharin mula melakukan pertukaran dengan memasukkan Fayadh Zulkifli (39’), Fadzrul Danel dan Azammuddin Akil (62’). Kemasukan ketiga-tiga pemain ini telah menjadi ‘game changer’ kepada Kedah.", "Fayadh banyak menggerakkan bola ke kehadapan. Bahagian tengah pula menjadi stabil dengan kehadiran Fadzrul Danel. Manakala Azammuddin pula memberikan impak dengan menggunakan kelebihan individu dan pengalamannya.", "Situasi ini melihatkan Kedah bermain dengan laju secara tiba-tiba bermula minit ke-70 serta melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang KL City. Mereka juga bermain dengan lebih lancar dan berintensiti tinggi.", "Perlawanan ini turut menyaksikan kembalinya ‘kereta kebal’ mereka iaitu Rizal Ghazali di bahagian bek kanan. Kembalinya Rizal menjadikan bahagian kanan Kedah lebih ‘solid’ ketika bertahan dan lebih dominan ketika melakukan serangan menerusi overlapping-nya. ", "Kehadiran Rizal juga membuatkan KL City sukar untuk menyerang bahagian kanan Kedah. Ini dapat dilihat apabila pertahanan kiri KL City, Daniel Ting cuba untuk melakukan overlapping di bahagiannya namun gagal menewaskan Rizal. Disebabkan itu, KL City melakukan serangan menerusi bahagian kanan mereka kerana lebih muda untuk menewaskan bek kanan Kedah, Ariff Farhan. ", "Beralih kepada skuad kendalian Bojan Hodak, mereka sewajarnya muncul sebagai pemenang dalam perlawanan ini. Mereka bermain dengan baik selama 70 minit pertama. ", "Bahagian tengah dan pertahanan mereka bermain dengan sangat baik dalam tempoh ini. Bahagian tengah mereka diketuai oleh Paulo Josue banyak merencanakan serangan namun gagal disudahkan oleh penyerang mereka, Romel Morales. ", "Inilah salah satu kekurangan KL City dalam perlawanan ini apabila Romel yang sebenarnya pemain tengah terpaksa bermain sebagai penyerang. Dia tidak dapat menampung kehilangan Dominique da Sylva.   ", "Sementara itu, aksi penjaga gol, Kevin Ray Mendoza juga cemerlang dengan menafikan banyak peluang yang dilakukan oleh Kedah. Jika tidak disebabkan oleh persembahan penjaga gol ini kemungkinan Kedah akan berpesta gol. Di barisan pertahanan, kelibat Irfan Zakaria juga boleh dipuji.", "Percaturan Bojan untuk bermain secara bertahan apabila seudah mendahului tidak menjadi. Kami berpendapat pemain-pemain yang dibawa masuk oleh Bojan tidak bersedia, tidak fokus dan lalai sekaligus membuatkan Kedah mengambil kesempatan dan menjaringkan gol. ", "Sebagai contoh, ianya berlaku dalam situasi gol ketiga Kedah. Ketika Fayadh melakukan hantaran jauh mencari Renan di dalam kotak penalti, pertahanan KL City yang berdekatan dengannya langsung tidak melakukan ‘challenge’ kepada Renan.", "Ia membolehkan Renan melakukan ‘set up’ kepada Tchetche Kipre sekaligus membolehkan dia menjaringkan gol kemenangan pada hujung-hujung minit permainan.", "p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda suka ulasannya, anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325022/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Juara Bertahan Bertembung Pilihan Pertama Rebut Tiket Final\n", "content": ["Salah satu saingan separuh akhir bagi kategori beregu lelaki Terbuka Taipei 2023 bakal menyajikan pertembungan melibatkan dua pasangan dari Malaysia bagi merebut tempat ke perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 ini.", "Menariknya, dua wakil Malaysia tersebut adalah gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi merangkap juara bertahan dan pilihan pertama kejohanan masing-masing.", "YONEX Taipei Open 2023MD – QF 🇲🇾MAN Wei Chong🏅21 21 🇲🇾Kai Wun TEE🏅 LEE Jhe-Huei19 19 YANG Po-Hsuan", "— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023", "Gandingan Wei Chong-Kai Wun yang juga merupakan pilihan kelima mara setelah menumpaskan pasangan tuan rumah yang menghuni ranking ke-20 dunia, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-19 dalam tempoh masa sekitar setengah jam.", "Manakala Yew Sin-Ee Yi merangkap pasangan keenam dunia pula mara selepas menyingkirkan gandingan ke-33 dunia, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 15-21, 21-19 dan 21-17 dalam tempoh sekitar satu jam.", "YONEX Taipei Open 2023MD – QF 🇲🇾ONG Yew Sin🏅15 21 21 🇲🇾TEO Ee Yi🏅 Fang-Chih LEE21 19 17 Fang-Jen LEE", "— BWFScore (@BWFScore) June 23, 2023", "Sebagai rekod, pertemuan merebut tiket ke perlawanan akhir Terbuka Taipei 2023 ini bakal menjadi pentas sulung yang menemukan Yew Sin-Ee Yi dan Wei Chong-Kai Wun di kejohanan antarabangsa.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219334/", "headline": "\nAaron Chia-Soh Wooi Yik Beregu Pertama Malaysia Menjuarai Kejohanan Dunia BWF\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencipta satu sejarah besar dengan menjadi pasangan pertama yang menjuarai Kejohanan Dunia BWF.", "Gelaran itu hadir apabila pasangan yang menghuni ranking keenam dunia ini menumpaskan beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam perlawanan akhir, hari ini.", "FINAL#MAS🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik(6) def. #INA🇮🇩 Hendra Setianwan-Mohammad Ahsan(3) 21-19 21-14", "— BAM (@BA_Malaysia) August 28, 2022", "Menyoroti perlawanan terbabit, Aaron-Wooi Yik mengesahkan kejuaraan selepas merakamkan kemenangan secara “straigt set” dengan skor 21-19 dan 21-14.", "Untuk makluman semua, pertembungan yang berlangsung pada hari merupakan yang ke-11 antara kedua-dua wakil. Dan ini merupakan kemenangan keempat buat Aaron-Wooi Yik ke atas beregu veteran tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114266/", "headline": "\nKedai Emas Anuar Muncul ‘Title Sponsor’ Buat Sepak Takraw League (STL) 2021/22\n", "content": ["Syarikat perusahaan jual beli emas dan khidmat pertukangan emas tempatan iaitu Kedai Emas Anuar hadir sebagai penaja utama untuk saingan Sepak Takraw League (STL) bagi edisi kelapan.", "Menurut laporan Stadium Astro, syarikat yang telah beroperasi hampir sedekad bertempat di Kota Tinggi, Johor ini mengikat perjanjian selama setahun sebagai penaja utama saingan liga sukan sepak takraw negara. ", "Perkembangan ini membolehkan syarikat ini diangkat sebagai ‘title sponsor’ kepada STL buat julung kalinya sekaligus menjadikan saingan ini digelar Emas Anuar STL 2021/22.", "Baca: TV Amerika Syarikat Bakal Siar Saingan Sepak Takraw League (STL)", "Untuk makluman semua, penajaan oleh Kedai Emas Anuar ini meliputi kesemua pertandingan dibawah payung STL iaitu STL Premier League, STL Divisyen 1 dan STL Champion Cup. ", "Dimaklumkan, saingan STL dijadualkan kembali menemui para peminat bermula 7 Januari tahun hadapan.", "Sementara itu, laporan daripada portal ini turut menyatakan beberapa penaja lain terus komited bersama STL seperti jenama barangan dan pakaian sukan, Li-Ning selaku penaja pakaian rasmi STL , dan syarikat pengeluar minyak enjin, Idemitsu selaku minyak pelincir rasmi STL.", "Dua penaja baharu yang lain turut dimaklumkan adalah syarikat penerbitan media cetak, Utusan Malaysia sebagai rakan media rasmi STL dan syarikat penjagaan kesihatan, BP Healthcare selaku rakan medik rasmi STL."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208286/", "headline": "\nSelangor Batal Hasrat Ikat Penyerang Sayap, Mohamadou Sumareh\n", "content": ["Selangor dikhabarkan membatalkan perancangannya untuk mendapatkan khidmat penyerang sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh untuk saingan musim hadapan.", "Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar menerusi satu laporan akhbar tempatan.", "Jelasnya, Selangor membatalkan hasrat tersebut kerana mahu mendapatkan pemain yang setaraf atau lebih baik daripada pemain berusia 26 tahun kelahiran Gambia tersebut.", "“Bukan kita mahu katakan yang Sumareh tidak bagus, dia pemain yang baik dan bertaraf kebangsaan. Tetapi dia tiada dalam perancangan kita untuk musim depan.", "“Kita berfikir mungkin lebih baik kalau kita mencari pemain lain yang memiliki kualiti sama atau lebih baik berbanding Sumareh,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Benar! Sumareh Hanya Singgah di Thailand, Musim Depan Bakal Bermain Bersama Selangor https://t.co/oLdA7ozdAR pic.twitter.com/NhljLeSp84", "Baca: Benar! Sumareh Hanya Singgah di Thailand, Musim Depan Bakal Bermain Bersama Selangor", "Sebelum ini, Sumareh dikatakan bakal menyertai skuad Red Giants selepas ditawarkan kontrak dengan gaji asas sekitar RM70,000 sebulan.", "Malah satu tangkap layar perbualan untuk ‘memancing’ khidmat Sumareh oleh individu yang dikatakan sebagai Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner juga tular di laman sosial.", "Ketika itu, jendela perpindahan Liga Malaysia tidak dibuka. Bagaimanapun, Sumareh telah bertindak menamatkan kontraknya bersama Pahang ekoran masalah pembayaran gaji.", "Sumareh: Kekal Bersama Police Tero FC Lebih 6 Bulan, Mengapa Tidak? https://t.co/Vbha9uTFIp pic.twitter.com/BYC4knGhaI", "Baca: Kekal Bersama Police Tero FC Lebih 6 Bulan, Mengapa Tidak?", "Setelah beberapa ketika, Sumareh dikhabarkan telah diikat oleh pasukan berpangkalan di Liga Thailand, Police Tero FC sehingga ke penghujung musim ini.", "Sehingga kini, tiada sebarang makluman pasukan manakah yang akan mengikat khidmat Sumareh bagi tahun 2021 namun dengan penarikan diri Selangor ia pastinya membuka laluan mudah untuk pasukan lain mendapatkan khidmat pemain naturalisasi kebangsaan ini.", "Featured Image: Police Tero FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113136/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Pemenang Olimpik 2020, Viktor Axelsen\n", "content": ["Kejohanan badminton Terbuka Denmark 2021 bakal menyaksikan satu pertembungan menarik pada peringkat suku akhir pada malam ini. Perlawanan tersebut menemukan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia bersama pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Viktor Axelsen.", "Zii Jia melangkah ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan Wang Tzu Wei (ranking ke-10) dengan keputusan 12-21, 21-9 dan 21-18 pada pusingan pertama. ", "Di pusingan kedua, Zii Jia tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan pencabar senegara, Liew Daren (ranking ke-35) secara ‘straight set’ 21-11 dan 21-14.", "Sementara itu, Viktor yang beraksi di negara kelahirannya sendiri mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Singapura, Loh Kean Yew (21-19, 21-14) dan pemain India, Lakhsya Sen (21-15, 21-7) pada pusingan 1 dan 2 masing-masing.", "Berikut kami sajikan kepada anda rekod pertemuan melibatkan kedua-dua pemain ini di pentas antarabangsa:", "Kejohanan: All England Open Badminton Championships 2021", "Keputusan: 30-29, 20-22 dan 21-9 (Menang)", "Kejohanan: World Tour Finals 2020", "Keputusan: 15-21 dan 4-21 (Kalah)", "Kejohanan: All England Open Badminton Championships 2020", "Keputusan: 21-17, 13-21 dan 19-21 (Kalah)", "Keputusan: 21-18 dan 21-16 (Menang)", "Kejohanan: Perodua Malaysia Masters 2019", "Keputusan: 12-21 dan 20-22 (Kalah)", "Berdasarkan rekod, Zii Jia dan Viktor telah bertemu sebanyak lima kali dengan pertemuan terakhir dimenangi oleh Zii Jia. Namun begitu, secara keseluruhan, rekod kemenangan lebih berpihak kepada Viktor yang merupakan pemain di ranking ke-2 dunia dengan meraih 3 kemenangan daripada lima pertemuan terbabit. Mampukah Zii Jia menyamakan rekod kemenangan pada pertemuan keenam mereka pada malam ini? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113857/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Zii Jia Disingkirkan Rasmus Gemke Pada Pusingan 1\n", "content": ["Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merupakan pilihan ketujuh untuk menjuarai kejohanan Terbuka Indonesia tersingkir di Pusingan 1.", "Pemain berusia 23 tahun ini dikejutkan oleh pemain Denmark yang menghuni ranking ke-13 dunia, Rasmus Gemke dalam perlawanan yang memakan masa lebih satu jam, sebentar tadi.", "SimInvest Indonesia Open 2021(New dates)MS – Round of 3213 25 21 🇩🇰Rasmus GEMKE🏅21 23 16 🇲🇾Zii Jia LEE🕗 in 67 minutes https://t.co/e82iXU0BIy", "Dalam perlawanan tersebut, Zii Jia terlebih dahulu memenangi set pertama dengan skor 21-13. Namun, lawannya yang berusia 24 tahun bangkit untuk memenangi set kedua dengan skor 25-23.", "Di set penentuan, Zii Jia terpaksa akur melupakan hasrat untuk menjuarai kejohanan yang berlangsung di Bali ini apabila Rasmus meraih kemenangan selesa dengan pungutan mata 21-16.", "Baca: Zii Jia Tak Sempat Tamatkan Permainan, Terpaksa Tarik Diri Pada Pusingan 1", "Menariknya, Rasmus juga merupakan lawan yang ditentang oleh Zii Jia pada kejohanan Indonesia Masters pada minggu lalu.", "Bagaimanapun, perlawanan tersebut berakhir dengan Zii Jia terpaksa menarik diri kerana kecederaan yang dialaminya belum pulih sepenuhnya sekaligus menyaksi Rasmus mara ke pusingan seterusnya.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322735/", "headline": "\nKetahui 3 Perbezaan Utama Olimpik Khas & Paralimpik\n", "content": ["Olimpik Khas (Special Olympics) dan Paralimpik merupakan dua organisasi yang memberikan tumpuan terhadap penglibatan golongan kurang upaya dalam sukan antarabangsa serta mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik (IOC). ", "Namun begitu, terdapat perbezaan melibatkan kedua-dua organisasi ini. Bagi mengetahui perbezaan melibatkan kedua-dua entiti ini, Sukanz berhasil mendapatkan pencerahan daripada wakil Special Olympics Malaysia dan berikut adalah perbezaannya daripada aspek atlet, falsafah kesukanan serta organisasinya:", "Pertamanya, Olimpik Khas menerima semua atlet kurang upaya intelektual yang berumur 8 tahun dan ke atas pada semua tahap kemampuan untuk berlatih dan bersaing dalam 30 jenis sukan Olimpik.", "Oleh demikian, mana-mana individu yang mempunyai kurang upaya intelektual layak untuk menyertai Olimpik Khas.", "Manakala paralimpik pula menerima atlet-atlet daripada enam kategori kekurangan utama iaitu amputasi, palsi cerebral, kurang upaya intelektual, masalah penglihatan, kecederaan saraf tunjang dan Les Autres.", "Bagaimanapun, untuk menyertai Paralimpik, atlet perlu memenuhi kriteria tertentu dan memenuhi piawaian kelayakan tertentu termasuk bermain dalam peringkat kelayakan sebelum layak menyertai mana-mana temasya atau kejohanan.", "Olimpik Istimewa percaya dengan mendalam bahawa kuasa sukan adalah untuk membantu peserta memenuhi potensi diri dan tidak menyisihkan mana-mana atlet berdasarkan skor kelayakan.", "Sebaliknya, Olimpik Khas menggunakan kaedah divisyen – skor setiap atlet adalah berdasarkan pertandingan yang adil menentang lawan yang mempunyai tahap kemampuan yang sama.", "Bagi menyertai Paralimpik, atlet perlu memenuhi kriteria tertentu dan mencapai piawaian kelayakan untuk layak. Kriteria dan piawaian adalah khusus kepada sukan dan ditentukan oleh IPC Sports Chairpersons dan lain-lain.", "Rumusannya, paralimpik adalah mengenai sukan elit berprestasi, dimana atlet akan melalui proses kelayakan yang ketat, supaya yang terbaik atau berkualiti tinggi berdasarkan prestasi bertanding di sukan. ", "Olimpik Istimewa merupakan satu pergerakan global yang memacu dunia sukan untuk orang yang kurang upaya intelektual. Selain itu, ianya turut menumpukan perhatian terhadap membina jaringan antarabangsa atlet-atlet di semua tahap kemampuan yang bersaing dalam sukan sementara membina komuniti yang komited terhadap inklusif, penerimaan dan martabat untuk semua.", "Dianggotai oleh 170 buah negara  dari tujuh buah benua dan mempunyai ibu pejabat di Washington D.C. Amerika Syarikat. Mereka turut mempunyai 220 program yang berjalan setiap hari untuk pemerkasaan melalui 32 jenis sukan Olimpik.", "Manakala, Paralimpik pula dijalankan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dengan ibu pejabatnya terletak di Bonn, Jerman. IPC meletakkan visi untuk menjadikan dunia yang inklusif melalui sukan para dengan misi untuk mengepalai pergerakan paralimpik dan rakan sokongan untuk membolehkan atlet para mencapai kecemerlangan sukan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112071/", "headline": "\nLee Shun Yang & Regu Arif-Haikal Juarai Kejohanan Badminton di Greece\n", "content": ["Barisan pemain badminton muda negara yang menyertai kejohanan Hellas International 2021 pada 2-5 September di Greece berhasil pulang dengan pelbagai kejuaraan dalam kategori masing-masing.", "Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini merupakan saingan kelas ketiga, Future Series yang berada pada Gred 3 dijalankan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).", "RESULTS: Hellas International 2021FINAL#MAS Lee Shun Yang def. #CZE Jan Louda (5) 21-14 24-22* Shun Yang seals his first senior title through a solid win against 5th seeded Lourda. Congrats, bro!🇲🇾#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/RINVTREcRj", "Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang membuat kejutan degan muncul juara dalam kategori ini. ", "Pemain berusia 20 tahun ini menumpaskan pemain pilihan kelima keojahanan dari Republik Czech, Jan Louda dengan dua kemenangan ‘straight set’ 21-14 & 24-22 pada perlawanan akhir.", "Kejayaan yang dikecapi ini pastinya cukup manis buat Shun Yang memandangkan ianya merupakan kejuaraan antarabangsa yang pertama di peringkat senior buatnya sebagai pemain badminton profesional.", "Baca: Regu Wanita & Regu Campuran Negara Rangkul Kejuaraan di Hellas International 2021", "RESULTS: Hellas International 2021FINAL#MAS Arif Junaidi-Muhammad Haikal def. #CZE Ondrej Král-Adam Mendrek 21-16 21-15* Patatimo boys’ second title win of the year completed Malaysia’s clean sweep in Greece! Tahniah 🇲🇾#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/BQSGWfiy3Q", "Tidak cukup dengan itu, pasangan regu muda lelaki negara, Arif Junaidi, 19 tahun dan Muhammad Haikal, 18 tahun turut beroleh kejuaraan dalam saingan beregu lelaki selepas menumpaskan regu Republik Czech juga secara dua kemenangan ‘straight set’ 21-16 dan 21-15.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan kedua yang dirangkul oleh pasangan yang mendapat julukan Patatimo Boys pada tahun ini. Kejuaraan pertama diraih mereka adalah ketika menyertai kejohanan Terbuka Austria, bulan Mei lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218394/", "headline": "\nBekas Bintang Man Utd, Luis Nani Beralih Angin Sertai Kelab Asia\n", "content": ["Penyerang sayap lincah yang pernah tampil sebanyak 229 kali bersama Manchester United (Man Utd), Luis Nani masih lagi bergelar pemain bola sepak profesional.", "Walaupun bakal menjengah usia 36 tahun pada 17 November nanti, pemain kelahiran Amadora, Portugal ini diperkenalkan sebagai pemain baharu sebuah pasukan yang berpangkalan di Australia iaitu Melbourne Victory, pada hari ini.", "Menerusi makluman kelab terbabit, pemain yang pernah merangkul pelbagai gelaran domestik dan antarabangsa bersama skuad Red Devils ini diikat dengan kontrak selama dua tahun bersama Melbourne Victory.", "Very happy to have joined @gomvfc! Really looking forward to this new adventure in Australia and working hard to help the club win titles. Let's go! 💙#mvfc #MelbourneVictory #NewChallenge #Australia #Aleague #BigV pic.twitter.com/KJJ0lWOnDO", "— Nani (@luisnani) July 12, 2022", "Ketua jurulatih, Tony Popovic menyifatkan kedatangan Nani bukan sahaja memanfaatkan pasukannya bahkan menjadi aset buat kancah bola sepak yang disertai mereka iaitu A-League.", "Untuk makluman semua, sebelum menyertai Melbourne Victory, Nani menyertai Venezia FC pada Januari 2022 dengan kontrak selama 18 bulan.", "Namun begitu, Nani dan Venezia FC yang tersingkir ke saingan Serie B mencapai persetujuan bersama untuk berpisah pada minggu lalu selepas tampil sebanyak 10 kali serta mencetak 2 “assist”.", "Sebagai tambahan, Nani merupakan pemain baharu yang ketujuh selepas Tomi Juric, Paul Izzo, George Timotheou, Noah Smith, Eli Adams dan Ahmad Taleb diikat oleh Melbourne Victory menjelang saingan baharu 2022-23.", "Featured Image: A-League & Man Utd"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110043/", "headline": "\nShahrul Saad Tinggalkan Perak, Sertai Pasukan AFC Champions League\n", "content": ["Pertahanan skuad kebangsaan, Shahrul Saad mengesahkan meninggalkan Perak dan menyertai pasukan yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (AFC Champions League), Johor Darul Ta’zim (JDT).", "Penghijrahan pemain yang bakal menjengah usia 28 tahun pada julai kelak itu diumumkan secara rasminya dalam satu majlis menandatangani pemain di Ibu Pejabat JDT menerusi kesemua laman sosial kelab terbabit, pada hari ini.", "Dimaklumkan Shahrul atau mesra dengan panggilan Badak dalam kalangan rakan sepasukan diberikan jersi bernombor 32 bersama JDT. Namun tiada sebarang makluman lanjut daripada JDT tentang berapa lama kontrak yang diberikan kepada pemain ini.", "Penghijrahan Shahrul ke JDT ini juga bermaksud Shahrul telah menolak dua tawaran lain masing-masing daripada Sri Pahang dan Selangor seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.", "Shahrul merupakan tonggak pertahanan utama Perak sejak 3-4 tahun kebelakangan ini. Musim terbaiknya bersama Perak hadir ketika bermain di bawah bimbingan ketua jurulatih, Mehmed Durakovic dengan merangkul kedudukan tempat ke-2 Liga Super dan juara Piala Malaysia 2018.", "Tidak dilupakan, bersama skuad The Bos Gaurus, Shahrul turut meraih kedudukan naib juara Piala FA 2019. ", "Selain itu, pemain yang pernah beraksi bersama pasukan Harimau Muda B, Harimau Muda A dan Felda United suatu masa dahulu turut menjadi taruhan utama ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika membantu skuad Harimau Malaya bergelar naib juara Piala AFF Suzuki 2018. ", "Dijangka pertahanan berketinggian 1.77 meter ini akan membentuk gandingan bersama pertahanan import, Mauricio dos Santos atau pertahanan senior tempatan, Aidil Zafuan. ", "Ia sekaligus memperkukuhkan lagi barisan pertahanan Harimau Selatan dalam usahanya untuk meraih kejuaraan Liga Super kelapan berturut-turut pada musim ini.", "Bukan itu sahaja, kehadiran Shahrul juga akan memberikan nilai tambah kepada pasukan yang dimiliki oleh DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk mengharungi saingan pentas elit asia, AFC Champions League pada musim ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208770/", "headline": "\nKini, Tony Fernandes Boleh Jadi Presiden MFL\n", "content": ["“Suatu hari nanti selepas pemergian saya daripada MFL (Malaysian Football League), Ahli Lembaga Pengarah boleh putuskan sebagai contoh nak ambil Tony Fernandes (sebagai Presiden MFL), boleh!” kata Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dalam satu sidang media, tengah hari tadi.", "Mesyuarat Rakan Kongsi Liga Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada hari ini telah membuat satu pindaan melibatkan Klausa 11 (Pencalonan Presiden MFL) dalam Perlembagaan MFL.", "Hasil pindaan tersebut, Ahli Lembaga Pengarah diberikan kebebasan untuk mencalonkan mana-mana individu luar yang difikirkan layak untuk menjadi Presiden MFL.", "“Jadi, pihak lembaga pengarah dan pihak rakan kongsi dapat memberi ruang kepada mana-mana individu yang layak ataupun di dalam lembaga pengarah (sendiri), sebelum ini tak boleh,", "Menjelaskan kepada para wartawan yang hadir, Hamidin berkata sebelum daripada ini mana-mana individu yang mahu dilantik sebagai Presiden MFL perlu menjadi Ahli Lembaga Pengarah selama empat tahun terlebih dahulu.", "“Kita perlu telus dan terbuka, ini untuk kebaikan MFL, tetapi Ahli Lembaga Pengarah kena setujulah (lantikan tersebut).” tambahnya lagi.", "Hasil pindaan turut memberikan Ahli Lembaga Pengarah peluang untuk memilih calon yang lebih baik dalam memimpin badan pentadbir liga bola sepak negara ini.", "Untuk makluman, Hamidin telah dilantik sebagai Presiden MFL sekitar september 2019. Selain daripada jawatan ini, beliau juga merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219108/", "headline": "\nSukan Solidariti Islam: Memanah Tambah Pingat Menerusi Compound Berpasukan Campuran\n", "content": ["Kontinjen Malaysia menambah satu lagi pungutan pingat di temasya Sukan Solidariti Islam 2021 yang berlangsung di Konya, Turkiye menerusi sukan memanah.", "Pungutan pingat terbaru itu disumbangkan menerusi acara berpasukan campuran compound yang diwakili oleh Juwaidi Mazuki dan Nur Aina Yasmine yang memenangi gangsa, malam tadi.", "5th ISLAMIC SOLIDARITY GAMES 2021, KONYA TURKIYE", "Syabas!!! Juwaidi Mazuki & Nur Aina Yasmine Dari Sukan Memanah Meraih Pingat Gangsa Dalam Acara Maixed Team Compound #DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #IslamicSolidarityGames pic.twitter.com/VKVNNrsTG0", "— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) August 17, 2022", "Pingat tersebut dibawa pulang oleh Juwaidi dan Aina selepas berjaya mengalahkan Indonesia dengan skor tipis 153-152 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.", "Dengan kemenangan tersebut, kontinjen negara mempunyai 6 kutipan pingat secara keseluruhan dimana 1 daripadanya merupakan emas dan perak masing-masing. Manakala baki 4 pingat lagi merupakan gangsa.", "Featured Image: National Archery Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321582/", "headline": "\n3 Pasukan Liga Super Serta Kelab Singapura Rebut Piala Harapan\n", "content": ["Kejohanan pramusim, Piala Harapan yang akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang bermula 1 hingga 4 Februari kelak bakal disertai empat buah pasukan.", "Empat pasukan itu terdiri daripada tiga buah pasukan daripada saingan Liga Super iaitu Penang FC, Kedah Darul Aman FC (Kedah) dan Selangor FC serta sebuah pasukan yang berpangkalan di negara seberang tambak, Geylang International FC.", "Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 1 Februari yang menemukan Penang dan Geylang International dengan sepak mula pada jam 9 malam.", "KDA FC BERAKSI DI KEJOHANAN PIALA HARAPAN 2023, 1-4 FEBRUARI 2023", "Sang Kenari akan beraksi bagi merebut Piala Harapan yang melibatkan pasukan Penang FC, Selangor FC dan Geylang International FC.", "Perlawanan akan berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan! pic.twitter.com/2jFgL6oQEc", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 25, 2023", "Sementara itu, Kedah dan Selangor kendalian Nafuzi Zain dan Tan Cheng Hoe pula turun berentap pada hari berikutnya, 2 Februari di venue yang sama.", "Pemenang daripada kedua-dua perlawanan akan layak ke perlawanan akhir manakala pasukan yang kalah akan bertemu dalam saingan tempat ketiga dan keempat.", "Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat serta perlaawanan akhir akan berlangsung pada 4 Februari dengan sepak mula pada jam 5.45 petang dan 9 malam masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219115/", "headline": "\nSukan Para Asia 2022 Ditunda Ke Penghujung Oktober 2023\n", "content": ["Penganjuran Sukan Para Asia 2022 di Huangzhou, China akan berlangsung bermula 22 hingga 28 Oktober tahun hadapan, demikian makluman daripada Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC).", "Pada asalnya, temasya kali keempat ini dijadualkan berlangsung pada 9-15 Oktober tahun ini. Bagaimanapun, mereka mengumumkan penangguhan pada Mei lalu ekoran impak berterusan daripada pandemik Covid-19.", "📢 The 4th Asian Para Games in Hangzhou 🇨🇳 has a new date. 🥳", "The much-awaited #Hangzhou2022 APG will now be held from October 22 to 28, 2023. #AsianParaGames #Hangzhou2022APG", "For details: https://t.co/QALFCQw6X4@19thAGofficial l @Paralympics l @AsianGamesOCA pic.twitter.com/KMZL7GHgZu", "— Asian Paralympic (@asianparalympic) August 17, 2022", "Tarikh baharu penganjuran temasya ini mendapat kesepakatan selepas perbincangan antara Jawantankuasa Penganjur Sukan Para Asia Hangzhou (HAPGOC), Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan China, APC dan pihak berkepentingan yang lain.", "Tempoh penganjuran Sukan Para Asia ini kekal sama dan penganjurannya berlangsung sekitar dua minggu selepas selesainya temasya Sukan Asia 2022 iaitu 23 September hingga 8 Oktober 2023.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kali kedua China menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Para Asia selepas mereka menganjurkan edisi pertama di Guangzhou pada tahun 2010."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218759/", "headline": "\nRanking BWF: Kisona Kembali Sebagai Pemain No.2 Negara, Jin Wei Jatuh 7 Anak Tangga\n", "content": ["Pemain badminton di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kisona Selvaduray kembali menjadi perseorangan wanita No.2 negara.", "Status itu kembali menjadi milik pemain berusia 23 tahun ini selepas Persekutuan Badminton Antrabangsa (BWF) mengeluarkan kemaskini ranking dunia terbaru, hari ini.", "Berdasarkan kemaskini tersebut, Kisona merekodkan peningkatan dua anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-54 dunia untuk minggu ke-31.", "Sementara itu, pemain bebas (independent) negara, Goh Jin Wei yang memegang status perseorangan wanita No.2 negara pada minggu lalu dilihat jatuh sebanyak tujuh anak tangga.", "Kejatuhan tersebut menyebabkan dia menduduki ranking ke-60 dunia dan kembali menjadi perseorangan wanita No.3 negara.", "Perseorangan wanita No.1 negara masih kekal menjadi milik Soniia Cheah. Minggu ini, pemain berusia 29 tahun ini merekodkan peningkatan 3 anak tangga dan berada di ranking ke-39 dunia.", "Untuk makluman, kenaikan dan kejatuhan yang berlaku terhadap Kisona dan Jin Wei ini terjadi berikutan BWF mula beralih kepada ranking dunia bersandarkan kepada pungutan mata tertinggi daripada 52 minggu terkini sahaja.", "Dengan peralihan ini, bermula 2 Ogos (hari ini), BWF akan mengemaskini ranking dunia pada setiap minggu dengan menolak pungutan mata lampau bermula pada minggu ke-12 tahun 2019.", "Ranking dunia lengkap bersandarkan kepada pungutan mata tertinggi daripada 52 minggu terkini akan disiarkan pada 3 Januari 2023.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217022/", "headline": "\nPogba Dilaporkan ‘Left’ WhatsApp Group Pemain-Pemain Man Utd\n", "content": ["Menjelang tamatnya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, pemain tengah kelahiran Perancis, Paul Pogba dilaporkan telah meninggalkan WhatsApp Group yang menghimpunkan pemain-pemain Manchester United (Man Utd).", "Menurut laporan Mirror Football, pemain berusia 29 tahun itu memaklumkan kepada rakan sepasukannya akan meninggalkan Man Utd pada jendela musim panas nanti sebelum bertindak ‘left group’.", "Difahamkan, pemain yang memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu telah mendapat tawaran daripada dua buah kelab iaitu Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG). Dengan kontraknya bersama Man Utd akan tamat pada 30 Jun kelak, kedua-dua kelab tersebut boleh mendapatkan khidmat Pogba secara percuma.", "🚨 Ralf has provided an update on @PaulPogba 👇#MUFC | #ARSMUN", "— Manchester United (@ManUtd) April 22, 2022", "Dimaklumkan, persembahannya semasa Man Utd tewas 0-4 kepada Liverpool di Anfield pada minggu lalu menjadi penampilan terakhirnya bersama skuad Red Devils.", "Sebagai rekod, Pogba menyertai Man Utd daripada Juventus sekitar Ogos 2016 dengan yuran perpindahan berjumlah £89 juta dengan kontrak selama lima tahun serta pilihan untuk lanjutan selama setahun.", "Sejak menyertai Man Utd, Pogba telah tampil sebanyak 233 kali, menjaringkan 39 gol serta 51 bantuan gol. Selain itu, bersama Man Utd, Pogba turut meraih dua kejuaraan iaitu Piala Liga dan Liga Europa."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219424/", "headline": "\nPiala Negara-Negara FIH: Malaysia Diletakkan Bersama Korea, Kanada & Jepun Dalam Pool B\n", "content": ["Skuad hoki lelaki kebangsaan bakal berentap bersama-sama Korea, Kanada dan Jepun dalam peringkat kumpulan di kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2022.", "Berdasarkan makluman daripada laman rasmi kejohanan ini semalam, keempat-empat pasukan yang menghuni ranking ke-10, ke-12, ke-15 dan ke-17 masing-masing ini diletakkan dalam Pool B.", "Manakala satu lagi kumpulan, Pool A, diisi oleh Perancis (ranking ke-11), Ireland (ranking ke-13), Pakistan (ranking ke-18) dan pasukan tuan rumah, Afrika Selatan (ranking ke-14).", "Kejohanan ini akan membuka tirainya bermula 28 November kelak bertempat di Stadium North-West University, Potchefstroom. Skuad negara akan memulakan kempen ini dengan bertemu Korea pada tarikh tersebut.", "Pasukan yang menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan dua teratas akan mara ke peringkat separuh akhir. Di peringkat ini, juara Pool A akan berentap menentang naib juara Pool B manakala juara Pool B akan menentang naib juara Pool A.", "Untuk pengetahuan semua, juara kejohanan ini berpeluang untuk meraih promosi ke saingan Liga Pro FIH bagi musim 2023-2024 bergantung kepada kriteria yang ditetapkan.", "Liga Pro FIH merupakan sebuah kejohanan antarabangsa yang disertai oleh 9 buah skuad kebangsaan terbaik dunia. Ketika ini, ianya disertai oleh Argentina, Australia, Belgium, Jerman, Great Britain, India, Belanda, New Zealand dan Sepanyol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325374/", "headline": "\nBek Kanan Terengganu FC Belum Terima Sebarang Tawaran Kelab Lain\n", "content": ["Khidmat Azam Azmi Murad yang beraksi di posisi pertahanan kanan Terengganu FC serta skuad kebangsaan dikhabarkan menjadi sasaran oleh sebuah pasukan elit Liga Malaysia, dedah wartawan Astro Arena, Zulhelimi Zainal Azam menerusi laman sosialnya.", "Pendedahan itu pantas mendapat perhatian para peminat bola sepak tempatan khususnya pendokong pasukan berpangkalan di pantai timur terbabit.", "Bagaimanapun, ejen kepada pemain berusia 22 tahun terbabit yang dikenali sebagai Joe Berbatov pantas memaklumkan Azam belum menerima sebarang tawaran daripada mana-mana kelab setakat ini.", "Baca: Bek Kanan Muda Terengganu Lanjut Kontrak Sehingga Tahun 2025", "Sebagai tambahan, pada Februari lalu, Joe Berbatov turut mengesahkan Azam telah menandatangani kontrak lanjutan dengan Terengganu FC sehingga tahun 2025.", "Saingan musim ini menyaksikan Azam memainkan peranan penting buat skuad Terengganu yang kini dibimbing oleh jurulatih dari Croatia, Tomislav Steinbruckner. Setakat ini, Azam telah tampil sebanyak 18 kali dalam saingan Liga Super dan Piala FA disamping melakukan tiga bantuan gol dan satu gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217234/", "headline": "\nPiala Thomas: Zii Jia Menang Lagi Lawan Bekas Pemain No.1 Dunia\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencatatkan satu lagi kemenangan ke atas bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota pada tahun ini.", "Kemenangan itu diraih oleh Zii Jia ketika turun pada perlawanan pertama mewakili Malaysia menentang Jepun dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, kejohanan Piala Thomas 2022, sebentar tadi.", "Lebih manis, Zii Jia menampilkan persembahan yang begitu cemerlang pada malam ini berhasil menumpaskan Momota secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-8 dalam temoh masa 46 minit permainan.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", "21 21 🇲🇾Zii Jia LEE🏅17 8 🇯🇵Kento MOMOTA", "🕗 in 46 minutes https://t.co/Rjq1PjAG9H", "— BWFScore (@BWFScore) May 11, 2022", "Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kedua-dua berturut dicatatkan oleh Zii Jia ketika menentang Momota pada tahun ini. Kemenangan pertama diraih Zii Jia ke atas Momota adalah ketika turun berentap di peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2022, pada Mac lalu.", "Bagaimanapun, secara keseluruhan Momota masih lagi mengungguli rekod pertemuan menentang Zii Jia. Daripada 12 pertarungan secara keseluruhan, lapan kemenangan memihak kepada Momota sementara empat sahaja dimenangi oleh Zii Jia setakat ini.", "Sementara itu, untuk pertarungan antara Malaysia menentang Jepun akan diteruskan dengan pertembungan antara beregu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menentang Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321605/", "headline": "\n14 Kelab Sertai Liga Super 2023, Pengambilalihan PJ City Tak Diluluskan MFL\n", "content": ["Sebanyak 14 kelab akan beraksi dalam kancah Liga Super musim ini, umum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL) dalam sesi Taklimat Media Kalendar Liga Malaysia 2023 pada hari ini.", "14 kelab tersebut ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur City, Sri Pahang, Kedah Darul Aman, Penang, Kelantan, Kuching City, Kelantan United, PDRM dan Perak.", "Sepatutnya, saingan musim ini akan disertai sebanyak 18 buah kelab setelah MFL membuat keputusan untuk menggabungkan kelab-kelab dalam saingan Liga Super dan Liga Premier pada tahun lalu.", "Bagaimanapun, jumlah itu tidak dapat direalisasikan ekoran dua buah kelab, Melaka United dan Sarawak United gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi membolehkan mereka bertanding dalam saingan Liga Super.", "Manakala dua buah pasukan lagi iaitu UITM FC dan Petaling Jaya City (PJ City) pula bertindak menarik diri daripada saingan ini walaupun berjaya mendapatkan Lesen Kebangsaan.", "Difahamkan, ada pihak yang ingin mengambil alih PJ City, namun begitu, Stuart memaklumkan proses pengambilalihan itu tidak diluluskan oleh MFL sekaligus menyaksikan ianya akan disertai oleh 14 buah kelab sahaja pada musim ini.", "Untuk makluman semua, minggu perlawanan pertama Liga Super akan bermula 24-26 Februari dan perlawanan minggu ke-26 merangkap minggu terakhir akan berlangsung pada 17 Disember.", "Sebagai tambahan, jumlah keseluruhan perlawanan Liga Super pada musim ini adalah sebanyak 182 perlawanan – peningkatan sebanyak 50 perlawanan berbanding saingan musim lalu.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321401/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Juara Dunia Lepasi Cabaran Beregu No.3 Taiwan\n", "content": ["Juara Kejohanan Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berhasil bangkit daripada kekalahan pada set pertama ketika menentang beregu lelaki No.3 Taiwan untuk meneruskan kemaraan ke Pusingan 16 saingan Terbuka Malaysia 2023.", "Ketika turun beraksi pada set pertama, Aaron-Wooi Yik yang kini menduduki ranking ketiga dunia pada ketika ini tumpas kepada Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan dengan skor 16-21.", "Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik berhasil mendapatkan rentak pada set berikutnya dan dapat menutup permainan dengan skor 21-15 untuk mengheret pasangan Taiwan itu ke set penentuan.", "PETRONAS Malaysia Open 2023MD – R32 🇲🇾Aaron Chia🏅16 21 21 🇲🇾Wooi Yik Soh🏅 Jhe-Huei Lee21 15 16 Po-Hsuan Yang", "— BWFScore (@BWFScore) January 11, 2023", "Aaron-Wooi Yik dapat meneruskan momentumnya pada set ketiga dan berhasil mencetak kemenangan dengan skor 21-16 sekaligus mengesahkan kemaraan mereka ke Pusingan 16.", "Untuk rekod, pertembungan antara Aaron-Wooi Yik dan gandingan Lee-Yang itu mengambil masa hampir satu jam sebelum menemui pemenangnya. ", "Sebagai tambahan, ini merupakan kemenangan kedua dilakar Aaron-Wooi Yik ke atas lawan yang sama di pentas antarabangsa.", "Sementara itu, di Pusingan 16 kelak, Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu China iaitu Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208185/", "headline": "\n#SembangSukanz: 5 Perkara Dalam Aksi Bergaya England Menumpaskan Ireland 3-0\n", "content": ["Aksi England menentang Ireland di Stadium Wembley berakhir dengan tuan rumah mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan pelawat dalam aksi perlawanan persahabatan pada awal pagi tadi.", "Gol-gol tersebut dijaringkan oleh kapten pasukan, Harry Maguire (18’), penyerang sisi, Jadon Sancho (30’) dan menerusi sepakan penalti oleh penyerang tengah, Dominic Calvert-Lewin (55’). Manakala pasukan pelawat terpaksa berputih mata tidak mampu meraih sebarang gol.", "Hasil daripada aksi kedua-dua pasukan, berikut adalah lima perkara menarik yang kami dapat sajikan kepada anda dalam perlawanan ini:", "The boys in blue 🦁💙#threelions pic.twitter.com/TSAVIta3Pt", "Nick Pope bermula sebagai penjaga gol, tiga pertahanan tengahnya ialah Micheal Keane, Harry Maguire dan Tyrone Mings. Manakala Harry Winks dan Mason Mount bergandingan di tengah. Recce James dan Bukayo Saka sebagai wing-back. Dan trio barisan serangan mereka diisi oleh Calvert-Lewin, Jack Grealish dan Jadon Sancho.", "Menerusi formasi ini, Southgate dilihat menggunakan Jadon Sacho dan Jack Grealish yang lincah dan mempunyai kawalan bola yang baik secara maksimum untuk menembusi barisan pertahanan Ireland. Tumpuan utama kedua-dua pemain ini melancarkan serangan adalah di kawasan half-space. Gol kedua England juga terhasil daripada gandiingan dua pemain ini.", "Hampir 90 minit permainan dikuasai oleh England. Gandingan Winks dan Mount di bahagian tengah cukup baik dalam memastikan England bertukar-tukar hantaran di dalam kawasan Ireland sekaligus mendominasi permainan. Selain itu, England dilihat sangat berdisiplin bermain sebagai satu pasukan tidak kiralah semasa bertahan atau menyerang. Seperkara lagi adalah England mempunyai kelebihan daripada segi kualiti pemain berbanding barisan pemain-pemain Ireland.", "History is made, as @BellinghamJude becomes the third-youngest player to represent the #ThreeLions.Congratulations, Jude 👏 pic.twitter.com/SD5TjQI3FM", "Perlawanan menentang Ireland pada hari ini menjadi hari yang istimewa buat pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham. Ini kerana dia meraih debut bersama skuad senior England. Bukan itu sahaja, dia juga menjadi pemain ketiga termuda yang melakukan debut bersama skuad Three Lions selepas Theo Walcott dan Wayne Rooney pada usia 17 tahun. Masuk pada minit ke-73, kelibatnya tidaklah begitu signifikan, hanya memastikan gandingan baik bersama Winks untuk memastikan England terus menguasai permainan.", "The two Harrys combine 🤝#threelions pic.twitter.com/nosIstRZU6", "Kapten pasukan, Harry Maguire berjaya memimpin pasukannya dan barisan pertahanan England meraih clean sheet dalam perlawanan kali ini. Dua perlawanan terdahulu ketika menentang Denmark dan Belgium, kedua-dua mereka merekodkan bolos satu gol. Kali ini, ianya juga dibantu oleh barisan pemain tengahnya yang sentiasa memastikan England sentiasa dapat menguasai bola. Namun beberapa serangan yang dilancarkan oleh Ireland berjaya dipatahkan oleh Maguire dan rakan-rakanya di barisan pertahanan. Sebagai bonus, Maguire turut menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-18 menerusi tandukan. ", "Untuk makluman, sejak 1985 pasukan England gagal menumpaskan Ireland. Hasil pertemuan kedua-dua pasukan ini seringkali berakhir dengan keputusan seri atau tewas. Namun, perlawanan hari ini menyaksikan sumpahan 35 tahun itu berjaya diatasi oleh England 3-0 dengan penuh bergaya."]} +{"url": "https://sukanz.com/20209/", "headline": "\nMasih Relevenkah ‘Si Tua’ Valentino Rossi untuk MotoGP?\n", "content": ["Juara dunia sembilan kali MotoGP, Valentino Rossi sudah menginjak ke usia 41 tahun namun sedar ataupun tidak, pelumba yang terkenal dengan gelaran The Doctor itu sudah mewarnai litar perlumbaan sukan permotoran selama 24 musim.", "Dilahirkan pada 16 Februari 1979 di Urbino, sebuah bandar di Itali, Rossi mendapat dorongan berlumba motosikal menerusi bapanya, Graziano Rossi yang juga merupakan seorang pemenang Grand Prix. Menariknya, beliau bermula dengan go-kart sewaktu zaman remajanya sebelum beralih kepada jentera dua roda.", "Walaupun memasuki usia senja kariernya, Rossi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu mengundurkan diri daripada saingan motosikal berkuasa tinggi walaupun sudah tidak mengecapi kejuaraan MotoGP sejak dari tahun 2010.", "Maka timbul perdebatan rancak dalam kalangan peminat sukan permotoran, masih relevankah Valentino Rossi dalam saingan kelas premier MotoGP ini?", "Seperti yang kita sedia maklum, Rossi telah kemarau kejuaraan dunia selama 10 musim. Ianya didominasi oleh pelumba muda kelahiran Sepanyol, Marc Marquez. Hanya pada tahun 2011, 2012 dan 2015 sahaja kejuaraan itu dirangkul oleh Casey Stoner dan Jorge Lorenzo.", "Bagaimanapun, dalam 10 musim tersebut, Rossi masih memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba lain dalam saingan MotoGP. Lima musim daripadanya, Rossi berjaya menempatkan diri dalam kalangan tiga teratas manakala kedudukan tercorotnya hanya di tangga ke-7 iaitu pada musim 2011 dan 2019.", "Rekod ini menunjukkan dengan jelas Rossi The Doctor masih bersaing hebat dan menempatkan diri dalam kalangan 10 pelumba terbaik dalam 10 musim yang lepas. Bagaimanakah seseorang yang berada dalam kalangan 10 terbaik sudah dikatakan tidak relevan dalam saingan MotoGP?", "Keghairahan dan cinta pelumba bernombor.46 terhadap sukan permotoran tidak mampu dinafikan oleh sesiapa. Jikalau kejuaraan yang dikejar oleh The Doctor, pastinya beliau sudah mengangkat bendera putih selepas 10 musim tidak menjulang sebarang trofi.", "Tiga tahun yang lalu, Rossi sudah memberi bayangan bahawa dia akan terus berlumba sehingga menginjak ke usia 50-an. Beliau berkata seperti dipetik daripada laman Monster Energy, “saya suka menunggang motosikal dan kadangkala ia boleh menjadi sukar tetapi saya suka (situasi) begini, gaya hidup begini.”", "Ayat itu sudah cukup untuk menunjukkan betapa cintanya Rossi akan sukan permotoran sehinggakan beliau menganggap perlumbaan ini sebagai gaya hidupnya.", "Malah selepas daripada pengumuman kalendar baharu musim MotoGP 2020 pada Jun lalu, Rossi antara pelumba yang menarik nafas lega dan teruja untuk kembali ke litar perlumbaan. Antara reaksi Rossi selepas daripada pengumuman tersebut, “saya sangat rindukan (jentera) M1.”", "Keghairahan dan kecintaan tidak boleh dipaksa namun bagi Rossi dua perkara ini tidak pudar walaupun kejuaraan telah lama tidak bersama-samanya.", "Suka atau tidak, Valentino Rossi kebanggaan rakyat Itali ini adalah nama yang cukup sinonim dengan sukan permotoran dan perlumbaan MotoGP. Malah namanya masyhur di seluruh dunia. Lihat sendiri di laman sosialnya, beliau mengumpul 13 juta Likes di Facebook, 8.5 juta pengikut di Instagram dan 5.5 juta pengikut di Twitter.", "Legenda yang masyhur dan masih hidup seperti Rossi ini adalah sebaris nama-nama atlet sukan tersohor yang lain seperti Roger Federer (tenis), Tiger Woods (golf) atau Zlatan Ibrahimovic (bola sepak).", "Kesemua atlet-atlet sukan yang dinyatakan di atas telah melepasi zaman keemasannya sewaktu mencipta pelbagai detik berharga dan rekod-rekod yang menakjubkan. Pelbagai trofi kejuaraan turut dijulang mereka dan memenuhi ruangan simpanan peribadi masing-masing.", "Namun nama-nama besar seperti ini masih menarik minat ramai orang untuk menyaksikan sukan-sukan tersebut dan secara tidak langsung ia menarik tumpuan media, memberi publisiti kepada penaja dan menjana keuntungan kepada pengendali mana-mana kejohanan sukan itu sendiri.", "Adalah satu kerugian buat sukan permotoran dan saingan MotoGP secara umum sekiranya pelumba legenda yang masih menyengat seperti Rossi, meninggalkan litar perlumbaan pada saat ini.", "Tidak keterlaluan untuk penulis katakan yang Valentino Rossi masih lagi relevan untuk MotoGP kerana Rossi adalah MotoGP dan MotoGP adalah Rossi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219598/", "headline": "\nPertembungan Chelsea-Liverpool Hujung Minggu Ini Ditunda – 7 Perlawanan EPL Lain Kembali Diteruskan\n", "content": ["Ulangan semula perlawanan akhir Piala FA dan Piala EFL 2021 antara Chelsea dan Liverpool yang sepatutnya berlangsung pada Ahad nanti dalam aksi kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini ditunda ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.", "Perkara tersebut diumumkan oleh EPL dalam satu kenyataan media yang disiarkan pada hari ini. Selain itu, dua pertembungan lain antara Manchester United dan Leed serta Brighton menentang Crystal Palace turut mengalami nasib yang sama.", "The #PL will resume this weekend after a pause to the season as a mark of respect following the passing of Her Majesty Queen Elizabeth II. ", "Seven of the 10 Matchweek 8 fixtures will be played, with three postponed due to events surrounding The Queen’s funeral.", "— Premier League (@premierleague) September 12, 2022", "Pengumuman membuatkan para penyokong Chelsea perlu menunggu sehingga ke bulan hadapan sebelum dapat menyaksikan ‘air tangan’ pertama ketua jurulatih baharunya, Graham Potter mengendalikan skuad The Blues dalam kancah EPL.", "Untuk perlawanan seterusnya, Chelsea akan bertemu Crystal Palace yang dijadualkan berlangsung pada 1 Oktober kelak.", "Keputusan ini dibuat berikutan kemangkatan dan urusan pengebumian melibatkan Elizabeth II setelah berunding dengan kelab, polis dan pelbagai pihak berkepentingan.", "Bagaimanapun, tujuh perlawanan lain bagi minggu kelapan EPL akan kembali diteruskan seperti biasa.", "Untuk makluman semua, Jumaat lalu, EPL mengumumkan menunda kesemua perlawanan bagi minggu ketujuh bagi menghormati kemangkatan bekas ratunya itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322078/", "headline": "\nJurulatih, Pemain & Penyokong Argentina Bolot Anugerah FIFA 2022\n", "content": ["Majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2022 yang berlangsung awal pagi tadi bertempat di Paris, Perancis menyaksikan ketua jurulatih, pemain serta penyokong Argentina membolot beberapa kategori lelaki yang dipertandingkan.", "Pertamanya, Lionel Scaloni yang membimbing Argentina menjuarai kejohanan Piala Dunia pada tahun lalu dipilih memenangi Anugerah Jurulatih Lelaki 2022 Terbaik mengatasi dua pencabar iaitu Pep Guardiola (Manchester City) dan Carlo Ancelotti (Real Madrid).", "#TheBest of #TheBest 🏆 pic.twitter.com/U2ZxPq2aux", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 27, 2023", "Keduanya, Anugerah Penjaga Gol Lelaki 2022 Terbaik pula menjadi milik penjaga gawang Argentina, Emiliano Martinez mengatasi Yassine Bounou (Maghribi/Sevilla FC) dan Thibaut Courtois (Belgium/Real Madrid CF).", "Kemuncaknya, wira skuad berjulukan La Albiceleste iaitu Lionel Messi memenangi Anugerah Pemain Lelaki 2022 Terbaik. Trofi terbabit menjadi milik Messi selepas menumpaskan dua pencabar terdekat iaitu Kylian Mbappe (Perancis/Paris Saint-Germain) dan Karim Benzema (Perancis/Real Madrid).", "Tidak ketinggalan, penyokong Argentina turut dipilih untuk memenangi Anugerah Penyokong 2022 Terbaik dalam majlis terbabit. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215723/", "headline": "\nPratempahan Jersi Kedah 2022 Dibuka – Harga Lebih Mahal Berbanding Musim Lalu, RM139\n", "content": ["Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC (Kedah) melancarkan jersi baharunya menerusi satu acara pelancaran atas talian, pada hari ini.", "Jersi Kedah rekaan jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto itu hadir dalam versi ‘home’ dan ‘away’. Disamping itu, mereka turut memperkenalkan tiga edisi jersi penjaga gol untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.", "Ini Jiwa Kita!2022 KDA FC Team Kit | HOME, AWAY & GK KIT#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2022season #teamkit pic.twitter.com/r6q99zsefy", "Jersi ‘home’ pada kali ini hadir dalam warna serba kuning serta disematkan dengan sedikit warna hijau dan merah. Selain itu, rekaan logo Lotto serta lambang kelab pula diletakkan di bahagian tengah sambil logo penaja utama, DXN Industries menghiasi bahagian depan jersi.", "Baca: Sabah Dapat Tajaan Lotto RM2.4 Juta, Kedah Diberikan RM1.1 Juta Semusim", "Manakala jersi ‘away’ pula hadir dalam warna serba merah dan sedikit kemasan berwarna hijau. Perletakan logo Lotto dan lambang kelab bagi jersi ini berada di kedudukan normal kiri dan kanan bahagian dada masing-masing.", "Menerusi perkongsian oleh kelab, peminat yang ingin mendapatkan jersi baharu ini boleh melakukan pratempahan di atas talian menerusi di platform e-dagang, Shopee dan laman sesawang rasmi kelab. Selain itu, pratempahan secara fizikal juga boleh dilakukan dengan melawati stor rasmi yang terletak di Wisma PKNP, Alor Setar, Kedah.", "Untuk makluman semua, jersi Kedah pada musim ini dijual pada harga RM139 sehelai bagi versi ‘authentic’. Sementara itu, satu lagi versi iaitu ‘replika’ boleh didapati pada harga RM99 sehelai.", "Sebagai perbandingan, jersi Kedah musim 2021 yang lalu keluaran jenama yang sama dijual pada harga RM119 sehelai bagi versi ‘home’ dan ‘away’.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111992/", "headline": "\nAdakah ‘SRT Baharu’ Masih Lagi Pasukan Malaysia? Razlan Serah Kepada Peminat Untuk Tentukan\n", "content": ["Prinsipal Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menyerahkan kepada peminat sukan permotoran untuk menentukan samada pasukan ‘SRT Baharu’ pada musim hadapan merupakan pasukan Malaysia atau tidak.", "Bulan Ogos lalu, menerusi satu hebahan media, Petronas Yamaha SRT mengumumkan tidak akan bersaing lagi dalam Kejuaraan MotoGP setelah tamatnya musim ini.", "Ia berikutan Petronas selaku penaja utama (title sponsor) dan Sepang International Circuit sebagai pemilik (owner) telah menarik diri daripada pasukan ini. ", "Baca: SRT Tinggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP, Razlan Bakal Umum Entiti Baharu Bulan Hadapan", "Bagaimanapun, Razlan serta Pengarah Pasukan, Johan Stigefelt akan mengambil alih pasukan ini dan meneruskan cabaran dalam kelas MotoGP namun dengan pasukan yang berwajah baharu.", "Dimaklumkan, identiti baharu pasukan tersebut serta penaja utama akan diumumkan secara rasmi pada perlumbaan GP Octo yang akan berlangsung di Litar San Marino pada 19 September kelak.", "Ada ‘cakap-cakap’ yang mengatakan sebuah syarikat berpangkalan di Itali akan diperkenalkan sebagai penaja utama sekaligus membentuk kerjasama bersama pasukan ‘SRT Baharu’ itu pada Kejuaraan MotoGP 2022.", "“Saya akan serahkan kepada para peminat. Perkara ini sentiasa diperdebatkan sejak SRT menyertai MotoGP.", "“Peminat merasakan jika anda merupakan sebuah pasukan Malaysia, anda perlu mempunyai pelumba Malaysia. ", "“Berapa banyak pasukan bola sepak (luar negara) yang dimiliki oleh orang Malaysia mempunyai pemain-pemain Malaysia?", "“Akhirnya, MotoGP, sepertimana bola sepak, ia juga merupakan sukan. Sebelum adanya (pasukan) SRT, peminat Malaysia telah menyokong Valentino Rossi dan Ducati.", "“Sekurang-kurangnya untuk tahun hadapan, masih ada pasukan milik orang Malaysia dalam MotoGP. ", "“Jika orang Malaysia tidak berbangga dengan perkara tersebut, terpulang kepada mereka.", "“Saya bangga menjadi satu-satunya orang Malaysia menjadi prinsipal pasukan dalam sejarah MotoGP. Saya masih bertahan walaupun mengharungi pelbagai cabaran.", "“Ramai orang jangkakan pasukan akan terkubur selepas daripada keputusan Petronas untuk menarik diri sebagai penaja. Saya akan pastikan pasukan akan terus bersaing kerana ia adalah sesuatu yang saya sayang.” katanya seperti dipetik daripada New Straits Times.", "Untuk makluman semua, kewujudan Petronas Yamaha SRT sebagai pasukan Malaysia terutamanya apabila mula bersaing dalam kelas MotoGP paada tahun 2019 sentiasa menjadi pertikaian peminat apabila tidak pernah membariskan pelumba Malaysia bersama pasukan tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207591/", "headline": "\nAnnuar Musa Mahu Tubuh WP Putrajaya FC? \n", "content": ["Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberikan bayangan bahawa sebuah kelab bola sepak di Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bakal ditubuhkan kelak.", "Lebih menarik, beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) turut memaklumkan pasukan tersebut mungkin akan menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.", "Mungkin WP PUTRAJAYA turut mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri musim depan dan bersaing di Liga M😉", "“Mungkin WP Putrajaya turut mempunyai pasukan bola sepaknya sendiri musim depan dan bersaing di Liga M.” tulisnya menerusi satu ciapan di laman twitternya, hari ini.", "Tiada sebarang maklumat terperinci diumumkan oleh Annuar setakat ini sejurus daripada pengumuman tersebut.", "Bagaimanapun, hasil tinjauan pada ciapan tersebut, rata-rata tidak menyokong pengumuman yang dibuat oleh Annuar. ", "Majoriti mahu ahli parlimen daripada blok kerajaan itu menumpukan sepenuh perhatian kepada menguruskan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ini. ", "Tidak kurang juga yang mahukan Annuar membatalkan hasrat tersebut kerana berpendapat kelab yang akan ditubuhkan itu tidak mampu mencapai kelestarian sekaligus bakal berkubur sepertimana beberapa pasukan malang dalam saingan Liga M.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218331/", "headline": "\nMalaysia Masters: Soon Huat-Shevon Lawan Beregu No.1 Dunia Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai bakal menentang pasangan No.1 dunia, Zheng Si Wei dan Huang Ya Qiong di suku akhir Malaysia Masters 2022.", "Pertembungan itu bakal berlangsung selepas Soon Huat-Shevon melayakkan diri ke peringkat tersebut setelah menumpaskan beregu Indonesia, Hafiz Faizal dan Serena Kani di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, Soon Huat-Shevon berjaya merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 22-20 dalam tempoh masa 39 minit.", "PERODUA Malaysia Masters 2022XD – Round of 16 🇲🇾Shevon Jemie LAI🏅21 22 🇲🇾Soon Huat GOH🏅15 20 🇮🇩Hafiz FAIZAL 🇮🇩Serena KANI", "— BWFScore (@BWF_Score) July 7, 2022", "Baca: Beregu Campuran No.1 Dunia Menangi Terbuka Malaysia – Kejuaraan Kelima Berturut-turut", "Sementara itu, Si Wei-Ya Qiong yang merupakan juara Terbuka Malaysia pada minggu lalu pula mara selepas menyingkirkan beregu Malaysia, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See secara “straight set” 21-12 dan 21-15, hari ini.", "Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Soon Huat-Shevon belum pernah meraih sebarang kemenangan berhadapan Si Wei-Ya Qiong di pentas antarabangsa.", "Mereka tumpas keenam-enam pertembungan menentang pasangan dari negara tembok besar ini.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322046/", "headline": "\nBelanjawan 2023: Dana RM324 Juta Untuk Program Latihan Atlet, Cari Bakat, Selenggara & Naik Taraf Kemudahan Sukan\n", "content": ["Aspek sukan antara perkara yang mendapat perhatian Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 yang bertemakan Membangun Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada hari ini. ", "Ketika perbentangan tersebut, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan mengumumkan penyediaan dana berjumlah RM324 juta yang bermatlamatkan untuk terus menambah baik program latihan dan kemudahan sukan manfaat semua atlet termasuk atlet para.", "Difahamkan, peruntukan ini antaranya untuk membangunkan ekosistem sukan yang menyeluruh daripada pencarian bakat sehingga ke acara podium; serta untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.", "Untuk pengetahuan semua, Anwar ketika awal pembentangannya memaklumkan Belanjawan 2023 ini memperuntukkan sebanyak RM388.1 bilion secara keseluruhan. ", "Secara pecahannya, RM289.1 bilion akan digunakan untuk belanja mengurus, manakala RM99 bilion pula untuk belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion bagi simpanan luar jangka. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202219214/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Soniia Rekod Kemenangan Sulung Selepas Lebih Setahun Gantung Raket\n", "content": ["Kali terakhir perseorangan wanita No.1 negara, Soniia Cheah memegang raket dan bertarung di gelanggang adalah sekitar setahun yang lalu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Selepas itu, Soniia terpaksa menggantung seketika raketnya untuk berehat dan menumpukan terhadap proses pemulihannya setelah mengalami kecederaan.", "Dan pemain yang menghuni ranking ke-40 dunia ini berhasil memulakan kembali karier badmintonnya di pentas Kejohahan Dunia BWF 2022 dengan kemenangan di Pusingan 64, sebentar tadi.", "TotalEnergies BWF World Championships 2022WS – Round of 6421 21 🇲🇾Soniia CHEAH🏅19 18 🇮🇩Putri Kusuma WARDANI", "🕗 in 40 minutes https://t.co/cCIXeVYpHf", "— BWFScore (@BWFScore) August 23, 2022", "Dalam perlawanan tersebut, Soniaa berhasil merekodkan kemenangan secara “straight set” ke atas pemain Indonesia, Putri Kusuma Wardani dengan skor 21-19 dan 21-18 dalam tempoh masa 40 minit permainan.", "Kemenangan ini membolehkannya melangkah ke Pusingan 32. Cabaran besar akan dihadapi Soniia di pusingan ini dimana pemain No.4 dunia, Chen Yu Fei menjadi lawan yang seterusnya. Pemain dari China ini mara secara automatik setelah mendapat “bye” di Pusingan 64.", "Berdasarkan rekod pertemuan, sebelum ini, Soniia pernah menentang Yu Fei sebanyak lima kali. Malangnya, kelima-lima pertemuan tersebut berakhir dengan kekalahan.", "A big smile from Soniia Cheah from Malaysia just right after winning the game over Putri Kusuma Wardani from Indonesia at the 2022 World Championships, 21-19, 21-18🔥🏸", "📸: @badmintonphoto #worldchampionships2022 #badminton #badmintonlovers #badmintonasia pic.twitter.com/tucoXD5ThK", "— Badminton Asia (@Badminton_Asia) August 23, 2022", "Featured Image: Instagram Soniia Cheah"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215695/", "headline": "\nJDT Muncul Juara Piala Sumbangsih, Hasrat TMJ Tinggalkan Bola Sepak Terhalang\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah besar untuk merekodkan kemenangan ke atas Kuala Lumpur City FC (KL City) sekaligus berjaya merangkul kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih 2022.", "Skuad kendalian jurulatih Mexico, Benjamin Mora itu berhasil meraih kemenangan dengan keputusan 3-0 hasil jaringan Nazmi Faiz, Fernando Forestieri dan Afiq Fazail pada minit ke-26, ke-31 dan ke-84 masing-masing.", "31' GOL | Debut goal! Fernando Forestieri melepaskan rembatan yang tepat untuk menggandakan kelebihan JDT! @Forestieri45@OfficialJohor 2-0 @KLCityFootball#PSHAS2022 #Sumbangsih2022 pic.twitter.com/7VXqrDteIN", "Kebangkitan yang cuba ditampilkan oleh KL City kendalian Bojan Hodak pada separuh masa kedua pula masih tidak memadai untuk menggugat JDT yang beraksi dengan cukup baik di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.", "Kemenangan ini secara tidak langsung menghalang hasrat pemilik JDT merangkap Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim untuk tidak terlibat lagi dengan aktiviti bola sepak dalam negara.", "Terdahulu, TMJ membuat satu kenyataan di ruangan komen di akaun Instagram milik JDT, semalam, dengan mengatakan, “jikalau kalah (kepada KL City) esok saya tinggalkan bola sepak sepenuhnya dan tidak akan terlibat lagi dengan apa apa aktiviti bola sepak dalam negara.”", "Untuk makluman semua, kemenangan pada malam ini menjadikan JDT telah menjulang trofi Piala Sumbangsih sebanyak tujuh kali daripada 8 penyertaan bermula tahun 2015. Mereka hanya tumpas sekali kepada pasukan Kedah pada tahun 2017.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers & HRH Crown Prince of Johor"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208804/", "headline": "\nJDT Menjadi ‘Benchmark Club’ Di Malaysia, Contoh Ikutan – Hishamuddin\n", "content": ["Pada tahun 2018, setelah mengenepikan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada peringkat separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Larkin, rombongan dari Terengganu dikhabarkan membuat lawatan ke pusat latihan skuad Harimau Selatan, Padang Seri Gelam pada keesokan harinya.", "Mengetuai rombongan tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), YB Hishamuddin Abdul Karim serta diikuti oleh pihak pengurusan Terengganu Football Club (Terengganu FC) dan pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu.", "Dikongsikan secara eksklusif kepada Sukanz, Hishamuddin berkata, walaupun JDT menjadi saingan kepada pasukan Terengganu FC namun apa yang telah dilakukan sejak dari tahun 2013 wajar dipelajari dan menjadi contoh ikutan di Malaysia.", "“Sebab pertama sekali mengapa kita adakan lawatan itu kerana mahu belajar, dan kebetulan kita sudah ada di Johor Bahru pada ketika itu,", "“JDT menjadi satu benchmark club (kelab penanda aras) di Malaysia, walaupun kita bersaing dengan dia tetapi kita tak boleh tunjuk pandai dan perlu belajar daripadanya, (JDT) dijadikan contoh.” katanya memulakan perbicaraan.", "Mengimbau lawatan terbabit, pada awalnya, kehadiran mereka hanya disambut oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL) pada masa itu, Kevin Ramalingam.", "Di sana, Hishamuddin dan rakan-rakannya diberikan penerangan ringkas oleh Alistair mengenai JDT. Bagaimanapun, pihak mereka mendapat kejutan istimewa oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim apabila turut hadir sama untuk bertemu dengan rombongan dari Terengganu ini.", "Sejurus tiba, baginda menyapa Hishamuddin dan rakan-rakan sekaligus mengetuai sendiri rombongan ini bagi melihat kawasan sekitar seperti padang latihan, pusat latihan berbumbung, gimnasium dan sebagainya disamping memberikan penerangan mengenai perkara-perkara yang dilakukan oleh baginda dan juga JDT sehingga waktu itu.", "Peluang untuk mendengar sendiri penerangan daripada TMJ berkenaan cara baginda menguruskan JDT tidak dipandang remeh oleh rombongan dari negeri yang terletak di pantai timur semenanjung tanah air ini terutamanya Hishamuddin yang juga merupakan Timbalan Jawatankuasa (EXCO) Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.", "Beliau menyimpulkan terdapat tiga nasihat yang diberikan secara tidak langsung oleh TMJ pada ketika itu.", "Perkara pertama yang dinasihati oleh TMJ kepada Hishamuddin dan rakan-rakannya pada ketika itu adalah mengenai mengadakan tempat latihan yang sesuai buat pemain. ", "Mengakui pusat latihan skuad Harimau Selatan yang terletak di Padang Seri Gelam itu berada dalam kelas tersendiri namun ianya mustahil diikuti dan dibina oleh Terengganu FC setelah pulang daripada lawatan tersebut.", "Kekangan kewangan tidak membenarkan mereka berbuat demikian secara drastik.", "“Pasukan mesti mempunyai tempat latihan yang betul atau sesuai. Kita (sendiri) telah melihat pusat latihan JDT dan setakat ini kita tidak mampu untuk mengikuti (semuanya), tetapi Terengganu FC telah perbaiki banyak perkara (di tempat latihan) berbanding sebelum ini.” jelas Hishamuddin.", "Difahamkan, pusat latihan mereka pada ketika ini akan terus diperbaiki dari semasa ke sesama.", "Perkara kedua disentuh oleh TMJ adalah berkenaan padang yang digunakan untuk bermain atau perlawanan. Menyedari padang yang digunakan oleh Terengganu FC sebelum ini bukan dalam keadaan terbaik maka mereka mengambil keputusan untuk memperbaikinya.", "“Kita akui Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (gelanggang terdahulu) bukan dalam kondisi yang terbaik. Lanjutan daripada itu, MFL telah bawakan satu pakej program untuk buat pilot project bagi memulihkan padang-padang yang digunakan dalam saingan Liga Super.” katanya.", "Seperti kita sedia maklum, sepanjang tahun 2019, mereka giat memperbaiki dan mempertingkat keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin seterusnya menggunakan stadium tersebut sebagai home baharu untuk musim 2020.", "Menurutnya lagi, padang yang menggunakan rumput jenis Bermuda Princess 77 serta telah dibaiki saliran itu telah memberikan satu kelebihan buat TFC apabila beraksi di laman sendiri. Lebih-lebih lagi corak permainan yang diterapkan oleh Nafuzi amat memerlukan padang berkualiti sebegitu.", "Perkara ketiga yang diperkatakan oleh TMJ adalah mengenai perbelanjaan. Hishamuddin berkata, walaupun mereka ‘menuntut ilmu’ dengan JDT yang mempunyai kewangan yang kukuh dan mampu berbelanja besar, perkara ini tidak boleh diikuti oleh Terengganu FC.", "“Bila kita berbelanja, saya pesan kepada coach jangan pilih pemain yang mahal-mahal sangat. Dan (syukur) coach Nafuzi amat memahami mengenai perkara ini dan tidak terlalu demand (meminta) untuk dapatkan pemain bintang dan pemain (bergaji) mahal.” ceritanya lagi.", "Difahamkan, tahun 2020 mereka hanya berbelanja sekitar RM7 hingga RM8 juta semusim secara kasar untuk skuad utama yang bersaing dalam kancah Liga Super.", "Dengan jumlah perbelanjaan tersebut, jika dibandingkan dengan pencapaian Terengganu FC menamatkan saingan di tempat ketiga bagi saingan Liga Super 2020 ianya sudah cukup membuatkan Hishamuddin tersenyum puas lebih-lebih lagi kedudukan 3 teratas merupakan sasaran yang ditetapkannya pada awal musim lalu.", "Selepas mereka pulang daripada lawatan pembelajaran di Johor Bahru, Hishamuddin dan rakan-rakan mengakui masih lagi kabur mengenai halatuju yang perlu ditetapkan untuk Terengganu FC.", "Mereka ‘tersepit’ di antara ingin menerapkan konsep pembangunan atau menjadi pencabar kejuaraan. Bagaimanapun, perkara ini akhirnya diputuskan pada pertengahan musim 2019.", "“Setelah berlaku insiden Coach Irfan Bakti letak jawatan lalu kita kembali berbincang mengenai arah tujuan pasukan.” ujar Hishamuddin.", "Mereka mengambil keputusan untuk melantik Nafuzi Zain (sebelum itu merupakan penolong ketua jurulatih) menjadi ketua jurulatih interim bagi Terengganu FC sehingga tamat musim 2019.", "“Di sinilah kita mengambil satu rumusan, kita perlu bentukkan satu falsafah bola sepak Terengganu yang tersendiri iaitu membangunkan anak yang muda untuk ditonjolkan dalam setiap persaingan.", "“Dan Coach Nafuzi pula bersetuju untuk buat perkara ini, dan dia menggalas tanggungjawab tersebut sehingga ke hari ini.” ujar Hishamuddin lagi.", "Di penghujung musim 2019, Nafuzi dilantik sebagai ketua jurulatih secara rasmi dan pengurusan tertinggi memberikan ‘lesen besar’ dan sokongan penuh kepada pengendali kelahiran Kelantan tersebut untuk membentuk pasukan mengikut falsafah yang diterapkan.", "Walaupun falsafah tersebut belum diikuti secara 100% tetapi beliau melihat Terengganu FC sedang berada di landasan yang betul berdasarkan ‘bunga-bunga’ kejayaan yang mula memutik terutamanya jika disandarkan kepada beberapa pemain muda yang berjaya menjadi pemain utama Terengganu FC sepanjang musim ini.", "Selain daripada menimba ilmu daripada lawatan di JDT pada tahun 2018, Hishamuddin turut ke benua eropah atau secara spesifiknya ke Belanda pada mac 2019.", "Antara pasukan yang dilawatinya adalah gergasi bola sepak Belanda iaitu Ajax Amsterdam yang cukup terkenal dengan falsafah bola sepaknya yang melahirkan ramai pemain muda berbakat serta pasukan rival mereka iaitu Feyenoord FC.", "Selain daripada itu, semasa kempen pramusim 2020, Hishamuddin turut mengambil peluang untuk ke negara tetangga iaitu Thailand dengan mengunjung pasukan yang menaikkan nama penyerang Teerasil Dangda iaitu tidak lain dan tidak bukan Muangthong United.", "Menurut Hishamuddin, ada persamaan terhadap ketiga-tiga buah pasukan (JDT, Ajax dan Muangthong) yang dilawatinya untuk belajar berkenaan menguruskan bola sepak.", "Kesemua mereka mengamalkan corak pengurusan profesional serta mendapat dokongan daripada pihak korporat (syarikat-syarikat swasta) untuk menaja kepada pembangunan kelab masing-masing.", "“Antara yang lain, kesemua kelab ini mementingkan kualiti padang tanpa mengira padang pusat latihan atau yang digunakan untuk perlawanan.” tambahnya lagi.", "Featured Image: Facebook Ustaz Hishamuddin"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321590/", "headline": "\nBale Umum Sertai Kejohanan Jelajah PGA 2 Minggu Selepas Bersara Bola Sepak\n", "content": ["Bekas bintang Real Madrid dan skuad kebangsaan Wales, Gareth Bale dilihat bakal menjadikan golf sebagai karier baharunya selepas bersara daripada bola sepak. Sebelum ini, sukan tersebut hanyalah sebagai hobinya.", "Perkembangan itu hadir setelah bekas pemain berusia 33 tahun ini mengumumkan akan menyertai kejohanan golf, AT&T Pebble Beach Pro-Am – salah sebuah kejohanan di bawah Jelajah PGA – pada awal Februari nanti di California, Amerika Syarikat.", "“Saya dengan berbesar hatinya mengumumkan akan bermain di kejohanan AT&T Pebble Beach Pro-Am pada awal bulan depan! Ayuh.” tulisnya di laman sosialnya, semalam.", "A post shared by Gareth Bale (@garethbale11)", "Pengumuman itu hadir kira-kira dua minggu selepas Bale mengumumkan bersara daripada dunia bola sepak.", "Sebelum bersara, Bale telah merangkul beberapa kejuaraan utama dalam dunia bola sepak seperti Piala Dunia Kelab FIFA, Super Cup UEFA, Liga Juara-Juara UEFA, juara La Liga, Copa Del Rey, Supercopa de Espana, Piala Liga Inggeris (EFL) dan beberapa lagi daripada beberapa kelab yang disertainya.", "Untuk makluman semua, kejohanan profesional itu akan disertai 156 pemain profesional dan menawarkan hadiah berjumlah AS$9 juta atau bersamaan sekitar RM38.40 juta.", "Featured Image: Instagram Gareth Bale"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217813/", "headline": "\nHarimau Malaya Melonjak Ke Tangga 146 Dunia Selepas Kalahkan Turkmenistan\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya memperbaiki kedudukan ranking dunianya dengan ketara selepas menundukkan pasukan dari rantau asia tengah, Turkmenistan dalam perlawanan pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023, semalam.", "Menerusi perkongsian oleh akaun laman sosial yang memberikan perkembangan terkini mengenai ranking bola sepak negara-negara asia, Footy Rankings, kejayaan skuad bimbingan Kim Pan-gon merekodkan kemenangan 3-1 itu telah memberikan 14.25 mata.", "Here is the FIFA Rankings update after matchday 1 of Asian Cup Qualifiers Final Round", "*Rank changes may be different from yesterday's tweets after calculating results from other continents#FIFARankings #AsianCup2023 #ACQ2023 pic.twitter.com/rikDmc06QZ", "— Footy Rankings (@FootyRankings) June 9, 2022", "Pertambahan mata tersebut membolehkan Malaysia melangkau sebanyak tujuh anak tangga dan menghuni ranking ke-146 dunia. ", "Kiraan ini dibuat selepas selepas tamatnya perlawanan pertama bagi kesemua pasukan yang mengambil bahagian dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 semalam.", "Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menghuni kelompok 150 teratas dunia adalah sekitar 11 tahun yang lalu dengan berada di kedudukan ke-148 dunia.", "Bagaimanapun, ini merupakan kiraan tidak rasmi dan kemaskini rasmi ranking dunia oleh badan induk, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang seterusnya adalah pada 23 Jun kelak.", "Featured Image: Syamil Rosli – PFA Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324807/", "headline": "\nBAJTC 2023: Skuad Malaysia Pertaruh Juara Kejohanan Remaja Itali\n", "content": ["Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menamakan barisan pelapis terbaik negara seperti juara perseorangan wanita Remaja Itali 2023, Ung Yi Xing bagi menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Remaja Asia (BAJTC) kali ini.\n", "Selain Yi Xing, gandingan Aaron Tai Wei Qin dan Kang Khai Xing yang menjuarai kejohanan yang sama turut tersenarai bersama-sama juara Remaja Czech 2022, Ong Xin Yee.", "Badan induk badminton negara menerusi laman sesawangnya mengumumkan 16 pemain skuad Malaysia yang terdiri daripada lapan wakil lelaki serta perempuan berusia 17 dan 18 tahun. ", "BAM NAME SQUAD FOR BADMINTON ASIA JUNIOR TEAM COMPETITION", "The Badminton Association of Malaysia (BAM) has named leading juniors, Eogene Ewe Eon and Ong Xin Yee, in the Malaysian team heading to the Badminton Asia Junior Championships in Yogyakarta, Indonesia from July 7-16. pic.twitter.com/C4lWNYYw4n", "— BAM (@BA_Malaysia) June 15, 2023", "Senarai tersebut terdiri daripada pemain lelaki iaitu Eogene Ewe Eon, Jan Jireh Lee, Muhammad Faiq Haziq, Bryan Jeremy Goonting, Low Han Chen, dan Lok Hong Quan.", "Manakala, pemain wanita pula dibarisi Siti Zulaikha Azmi, Carmen Ting, Lai Ting Cen, Chong Jie Yu, Clarissa San dan Chan Wen Tse yang hadir sebagai satu-satunya pemain simpanan (reserve). ", "Sasaran untuk skuad kebangsaan pada kali ini hanya akan dimuktamadkan sebaik undian pasukan selesai pada 27 Jun 2023 (Selasa).", "Sebagai tambahan, BAJTC 2023 akan berlangsung bermula 7 hingga 11 Julai bagi acara berpasukan manakala pertandingan individu pula akan diteruskan pada 12 hingga 16 Julai di Yogyakarta, Indonesia.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216887/", "headline": "\nACL 2022: Budak ‘Piala Presiden’ Guangzhou FC Jadi Belasahan JDT\n", "content": ["Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen dalam saingan elit asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022 dengan langkah kanan.", "Skuad bimbingan Benjamin Mora berhasil merekodkan kemenangan dengan ‘membelasah’ wakil Liga Super China, Guangzhou FC yang majoritinya dibarisi oleh pemain-pemain berusia 22 tahun dan ke bawah.", "Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu tadi berkesudahan dengan keputusan 5-0.", "FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta'zim 5-0 Guangzhou FC 🇨🇳", "🐯 The Southern Tigers pick up a comprehensive victory with a five 🌟 display headlined by Bergson's ⚽⚽⚽ #ACL2022 | #JDTvGUA pic.twitter.com/D7C5KY7Hnn", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 15, 2022", "Jaringan skuad Harimau Selatan itu disumbangkan oleh Bergson da Silva (minit ke-10, ke-28, ke-51), jaringan sendiri oleh penjaga gol lawan, He Lipan (ke-13) dan Ramadhan Saifullah (ke-80).", "Bukan sahaja berjaya merekodkan kemenangan dengan bergaya, berdasarkan statistik perlawanan, JDT turut mendominasi hampir keseluruhan aspek seperti jumlah percubaan, percubaan tepat dan  penguasaan bola.", "Disamping itu, kemenangan ini membolehkan JDT mengutip tiga mata penuh sekaligus menduduki tangga teratas dalam Kumpulan I. ", "Sementara itu, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai menghuni tangga kedua dan ketiga masing-masing selepas perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri, petang tadi.", "Untuk perlawanan seterusnya, JDT dijadualkan menentang wakil Liga Korea, Ulsan Hyundai pada 18 April (Isnin).", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113021/", "headline": "\nPiala Thomas: Indonesia Akhiri Kemarau 19 Tahun Kejuaraan Selepas Bantai China 3-0\n", "content": ["Skuad badminton lelaki Indonesia berhasil menamatkan kemarau selama 19 tahun kejuaraan Piala Thomas setelah menumpaskan China pada perlawanan akhir sebentar tadi.", "Lebih menakjubkan, kejuaraan ke-14 dalam sejarah penyertaan skuad lelaki jiran tetangga ini dikecapi dengan menumpaskan China 3-0 dalam tiga perlawanan pertama.", "Ketiga-tiga kemenangan tersebut disumbangkan oleh pemain Anthony Sinisuka Ginting, pasangan Fajar Alfian-Rian Ardianto dan Jonatan Christie yang berjaya menumpaskan lawan masing-masing.", "Nineteen-year wait is over for Indonesia 🇮🇩 🏆.#ThomasUberCups #Aarhus2020 #RaiseARacket 🏸 pic.twitter.com/GTNoA8d1iU", "Anthony Ginting berhasil menumpaskan Lu Guang Zu dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-16. Manakala Fajar Alfian-Rian Ardianto mengalahkan He Tin Jing-Zhou Hoa Dong secara ‘straight set’ 21-12 dan 21-19. ", "Akhir sekali, Jonatan pula menutup malam gemilang buat skuad Indonesia dengan menewaskan Li Shi Feng dengan kiraan mata 21-14, 18-21 dan 21-14.", "Untuk rekod, kali terakhir Indonesia menjulang trofi Piala Thomas adalah pada tahun 2002 dengan menumpaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Guangzhou, China.", "Sebagai tambahan, Indonesia berjaya mara ke pentas final edisi kali ini selepas menundukkan Malaysia 3-0 di peringkat suku akhir. Selepas itu, mereka berhasil menumpaskan tuan rumah, Denmark dengan keputusan 3-1."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208636/", "headline": "\nRajagobal Sasar Bimbing Brunei Layak Peringkat Kumpulan Piala AFF Buat Kali Pertama\n", "content": ["Bekas ketua jurulatih yang membawa Malaysia menjuarai Piala AFF, Datuk K. Rajagobal telah meletakkan sasaran awalnya selaku ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Brunei Darussalam.", "Beliau yang diberikan kontrak selama dua tahun untuk membimbing skuad kebangsaan jiran tetangga itu meletakkan sasaran untuk layak ke saingan Piala AFF buat kali pertama.", "Baca: King Gobal Diberi Kontrak Selama 2 Tahun Latih Skuad Kebangsaan Brunei", "“Sasaran pertama adalah play-off, kita kena layak ke peringkat kumpulan, itulah sasaran saya sebagai jurulatih. Kerana mereka tidak pernah berada dalam (saingan) Piala AFF,” kata Rajagobal dalam Bernama TV.", "Difahamkan jurulatih yang terkenaln dengan julukan King Gobal itu akan memulakan tugasnya selaku ketua jurulatih secara rasmi bermula januari 2021 kelak.", "Untuk makluman, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) telah menetapkan saingan Piala AFF akan dijadualkan bermula 11 April sehingga 8 May 2021."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110743/", "headline": "\nKerteh FC Usahakan ‘Kerteh Soccer School’ Untuk Bangunkan Pemain Utama Kelab Pada Masa Hadapan\n", "content": ["Kelab komuniti berpangkalan di Terengganu, Kelab Bola Sepak Kerteh (Kerteh FC) mensasarkan Kerteh Soccer School dapat membangunkan pemain yang berbakat menerusi ‘Pathway Programme Kerteh FC’ untuk dijadikan pemain utama pasukannya pada masa hadapan.", "Untuk mencapai hasrat tersebut, pasukan yang dikenali sebagai The Oilers ini merancang untuk menambah 5 cawangan Kerteh Soccer School di beberapa buah lokasi seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.", "Menerusi perancangan yang akan dijalankan itu, Kerteh FC berharap dapat membesarkan ‘talent pool’ dengan memiliki 500 orang pelatih dari pelbagai peringkat umur dalam tempoh tersebut.", "Antara program yang telah dirancang adalah pembukaan 5 cawangan Kerteh Soccer School di beberapa buah bandar di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dalam masa 3 ke 5 tahun akan datang. Ini bertujuan untuk meramaikan \"pool talent\" kelab. pic.twitter.com/54VkZV40jd", "“Kerteh Soccer School merupakan sebahagian daripada ‘Pathway Programme’ Kerteh FC. Terdapat beberapa kategori peringkat umur dari U8 hingga U16.”", "“Ianya bertujuan bagi membesarkan ‘talent pool’ kelab.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier kepada Sukanz.", "Pada ketika ini, The Oilers telah mempunyai Kerteh Soccer School di tempatnya sendiri di Kerteh, Kemaman. Ianya terbuka kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka seawal 5 tahun bagi menjalani latihan awal bola sepak.", "“Yuran pendaftaran RM 150.00 dan yuran bulanan RM 50.00. Ini kadar (yuran) di Kerteh, (cawangan) di luar nanti bergantung kos operasi kami.” tambahnya lagi.", "Pada masa yang sama, Syed Khairi sedia maklum bahawa Malaysia sudah mempunyai program pembangunan suka bola sepak di peringkat akar umbi iaitu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP). Bagaimanapun, beliau berpandangan kehadiran Kerteh Soccer School ini boleh menjadi alternatif kepada program tersebut.", "“NFDP, AMD, PLD dan Kerteh Soccer School ini boleh juga melengkapi antara satu sama lain kerana platform kami ini, mungkin juga boleh menjadi alternatif kepada mana-mana ‘talent’ yang tidak mendapat peluang di NFDP.” jelasnya.", "Untuk pengetahuan semua, Kerteh FC bersaing dalam kancah divisyen keempat bola sepak negara iaitu Liga M4 dalam saingan Terengganu Amateur League (TAL). Musim 2019 menyaksikan The Oilers berjaya merangkul kejuaraan berganda dengan memenangi kejuaraan Liga TAL dan Piala TAL."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112008/", "headline": "\nNiat Ronaldo Pulang Ke Man Utd Telah Diberitahu Kepada Khabib Sebulan Lalu\n", "content": ["Bekas pemenang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov tidak terkejut dengan kepulangan rakannya, Cristiano Ronaldo ke bekas kelabnya, Manchester United.", "Lebih menarik, Khabib atau turut dikenali sebagai ‘The Eagle’ mendedahkan niat penyerang kelahiran Madeira, Portugal itu telah diberitahu kepadanya sejak sebulan yang lalu.", "Baca: Khabib ‘Nasihat’ Rakannya, Cristiano Berhijrah Tetapi Elakkan Sertai PSG", "Perpindahan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu dimuktamadkan oleh Man Utd dengan diberikan kontrak selama dua tahun dengan pilihan lanjutan selama setahun.", "Hari ini, Man Utd turut mengesahkan memberikan jersi ikonik No.7 kepada Ronaldo sepertimana yang pernah disarungnya ketika menyertai skuad Red Devils dari tahun 2003 hingga 2009.", "𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐠𝐧𝐢𝐟𝐢𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐒𝐞𝐯𝐞𝐧 🔥7️⃣ @Cristiano#MUFC | #RonaldoReturns pic.twitter.com/k5ss3CUaUO", "“Sebulan lalu, dia telah beritahu kepada saya yang dia akan berpindah ke Manchester United,” kongsi Khabib seperti dilaporkan oleh portal Russia Today.", "“Saya sudah menjangkakan urusan perpindahan ini akan berlaku. Saya berpendapat Manchester United lebih sesuai untuknya berbanding Juventus. ", "“Bagi saya, perpindahan tersebut bukanlah satu kejutan.” tambahnya lagi.", "Kedua-dua atlet ini sudah diketahui mempunyai hubungan yang akrab walaupun masing-masing berkecimpung dalam sukan yang berbeza.", "Keakraban Khabib bermula ketika Ronaldo beraksi bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Tambahan pula Khabib juga merupakan penyokong skuad Los Blancos.", "“Saudaraku, Insya-Allah” Ucap Ronaldo Kepada Khabib Menjelang UFC 254 https://t.co/rnymWq616G pic.twitter.com/hY0c36xKiy", "Sementara itu, Ronaldo turut mengikuti rapat perkembangan Khabib di dalam ‘octagon’ dan pernah mendoakan kemenangan rakannya itu sebelum menentang Justin Gaethje pada aksi UFC 254 menerusi Instagram Live.", "Malahan Khabib turut mendedahkan dia dan Ronaldo kerap berhubung antara satu sama lain untuk berbicara mengenai mencari dan mengekalkan motivasi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111663/", "headline": "\nRanking FIFA: Malaysia Turun Satu Anak Tangga, Vietnam Kekal Kalangan 100 Terbaik Dunia\n", "content": ["Selepas sekian lama menduduki ranking 153 dunia, kemaskini terbaru daripada laman sesawang FIFA menyaksikan kedudukan skuad kebangsaan turun satu anak tangga.", "Penurunan satu anak tangga itu berikutan daripada satu kemenangan dan dua kekalahan yang dicatatkan pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, baru-baru ini.", "Ranking Harimau Malaya | 12 Ogos 2021Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 154 dunia, turun 1 tangga berbanding 153 pada kemas kini terdahulu, 27 Mei 2021.* Kemas kini seterusnya 16 September 2021#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/MvIcyhxciP", "Berdasarkan pemerhatian, boleh dikatakan hampir kesemua skuad kebangsaan dari rantau ASEAN merekodkan penurunan mata dalam kedudukan ranking FIFA.", "Sebagai contoh, negara jiran tetangga, Thailand merekodkan penurunan paling banyak iaitu 29 mata sekaligus meletakkan mereka di kedudukan ke-120 dunia pada masa ini.", "Pasukan kedua yang merekodkan penurunan mata terbanyak adalah Myanmar iaitu 24 mata. Mereka kini menghuni tangga ke-145 dunia.", "Jiran seberang tambak, Singapura pula turun 20 mata dan terpaksa menduduki tangga ke-160 dunia.", "Hanya Vietnam yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan 100 pasukan terbaik dunia memandangkan kedudukan mereka kekal tidak menghadapi sebarang kenaikan dan penurunan di tangga ke-92.", "Untuk makluman semua, kemasikini seterusnya ranking FIFA adalah pada 16 September 2021. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202324578/", "headline": "\nPiala Remaja Wanita Asia: Young Tigress Terlepas Tiket Ke Piala Dunia\n", "content": ["Skuad hoki remaja wanita kebangsaan gagal menempah slot ke Piala Dunia Remaja Wanita apabila tewas kepada Republik Korea dalam aksi terakhir Pool A bagi saingan Piala Remaja Wanita Asia, semalam. ", "Skuad kendalian Farah Yahya itu tewas dengan keputusan 3-1 kepada juara empat kali kejohanan dan berakhir di kedudukan ketiga kumpulan sekaligus menutup rapat peluang Malaysia ke pentas Piala Dunia. ", "Terdahulu, Malaysia memerlukan kemenangan ke atas Republik Korea untuk layak ke peringkat separuh akhir selepas menang menentang Chinese Taipei dan Uzbekistan tetapi tewas kepada India pada perlawanan kedua. ", "Korea Selatan pula hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke peringkat seterusnya dalam misi untuk merebut tiga slot Piala Dunia Remaja yang ditawarkan kepada johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga. ", "Kekalahan tersebut bermakna Malaysia tidak berjaya mengulangi pencapaian mara ke pentas tertinggi dan akan beraksi dalam saingan penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan bertemu Hong Kong.", "Pada edisi yang lalu, Malaysia mara ke Piala Dunia Remaja Wanita tetapi hanya memperoleh satu keputusan seri menentang Wales manakala selebihnya berakhir dengan kekalahan.", "Bagaimanapun, Malaysia menang ke atas wakil benua afrika, Zimbabwe dengan keputusan 7-2 dalam aksi penentuan yang menyaksikan skuad negara berakhir di tempat ke-11 daripada 16 pasukan yang bertanding.", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219901/", "headline": "\nSri Pahang ‘Diam-diam’ Merisik Penyerang Skuad Kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn\n", "content": ["Pasukan yang menduduki tangga ke-11 Liga Super, Sri Pahang FC secara ‘diam-diam’ telah merisik penyerang skuad kebangsaan Thailand, Adisak Kraisorn untuk memperbaiki ketumpulan jentera serangannya.", "Bahkan pasukan yang terkenal dengan julukan skuad Tok Gajah itu dimaklumkan telah mencapai persetujuan bersama kelab Adisak yang beraksi dalam saingan Liga Thai, Muangthong United.", "Bagaimanapun, menurut perkongsian daripada sumber terdekat dengan pengurusan Sri Pahang, kedatangan penyerang berusia 30 tahun itu perlu mendapat ‘lampu hijau’ daripada kelab yang sedang meminjamnya, Port FC.", "Adisak masih mempunyai kontrak sehingga 31 Mei 2021 namun Sri Pahang berhajat untuk mendaftarkannya secepat yang mungkin sebaik sahaja jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka iaitu pada 3 Mei kelak.", "“Sri Pahang dikhabarkan telah pun merisik dan mencapai persetujuan dengan Muangthong United. Namun ini tertakluk pada persetujuan kelab yang meminjamnya, Port FC untuk melepaskan Adisak lebih awal atau tidak. ", "“Difahamkan Sri Pahang mahu menyegerakan urusan pendaftaran pemain import sebaik jendela perpindahan kedua dibuka bagi menyelamatkan musim mereka.” kata sumber terbabit kepada Sukanz.", "Kehadiran Adisak memberikan impak dalam membantu Port FC meraih kedudukan ketiga dalam saingan Liga Thai musim 2020/21. Sepanjang bersama Port FC dia telah meraih 29 penampilan dan menjaringkan 11 gol.", "Adisak yang memiliki ketinggian 1.82 meter memulakan karier seniornya bersama Muangthong United pada tahun 2009. Selain itu, dia juga pernah beraksi bersama beberapa kelab Phuket FC, Buriram United, BEC Tero Sasana dan terakhir Port FC sebagai pemain pinjaman.", "Sri Pahang begitu bergelut untuk mengharungi saingan Liga Super musim ini. Barisan penyerang import yang ditandatangani seperti Yevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique pada awal musim lalu tidak memberikan impak kepada pasukan.", "Selepas 10 perlawanan, Sri Pahang hanya mengumpul 5 mata hasil daripada satu kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan. Hanya UiTM FC berada di kedudukan lebih corot daripada Sri Pahang dengan kutipan satu mata daripada 10 perlawanan."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207287/", "headline": "\nTRW Rancang Bina Pusat Latihan Berbumbung Dengan Bajet Tidak Melebihi RM10 Juta\n", "content": ["TRW Kelantan FC merancang untuk membina pusat latihan baharu berbumbung dengan bajet di antara RM5 juta hingga RM10 juta.", "Menurut laporan Bernama, ia juga dilengkapi dengan lampu limpah berkualiti supaya para pemain boleh menjalani latihan pada waktu hujan dan malam.", "Selain itu, ia turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan sepertimana pusat latihan kelab-kelab bola sepak moden.", "“Antara kemudahannya ialah bilik mandi, dewan makan dan bilik rehat selain padang yang setaraf dengan keperluan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” kata pemiliknya, Norizam Tukiman.", "Norizam turut mengenal pasti lima lokasi untuk pembinaan pusat latihan itu. Tiga daripadanya berada di dalam jajahan Kota Bharu manakala selebihnya di luar jajahan tersebut.", "Beliau mengharapkan dengan pembinaan pusat latihan ini, Kelantan FC menjadi lebih disegani dan dapat memberikan saingan dalam kancah Liga Malaysia.", "“Ini penting kerana Kelantan pada masa ini masih ke belakang dalam persaingan merebut tempat teratas,” katanya.", "Pada masa yang sama, Norizam turut berkata pihaknya akan mengadakan siri latihan bersama pasukan bola sepak luar negara termasuk daripada Jepun.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206833/", "headline": "\nNorizam Buat Kajian, Kelantan Mempunyai ‘Fan Base’ Terbesar Di Malaysia\n", "content": ["Mengeluarkan belanja besar untuk membeli sebuah pasukan bola sepak yang dipenuhi dengan masalah hutang dan tunggakan gaji adalah suatu tindakan yang berisiko tinggi.", "Namun bagi pemilik syarikat Zamburger, Norizam Tukiman sudah membuat kira-kira sebelum mengeluarkan dana sebanyak RM6.8 juta untuk membeli keseluruhan milikan TRW Sdn Bhd sekaligus menjadi pemilik baharu pasukan tersebut.", "Jelasnya, pasukan yang berpangkalan di pantai timur itu mempunyai fan base terbesar di Malaysia. Ia mempunyai potensi tinggi untuk kembali bangkit dalam arena sukan bola sepak tanah air sepertimana awal 2010-an dahulu.", "“Saya nampak pasukan Kelantan ini merupakan pasukan paling unik di Malaysia, daripada kajian saya sebelum ambil tindakan (beli saham) ini, daripada segi fan base, dia adalah nombor satu, nombor dua Kedah dan nombor tiga adalah Johor Darul Ta’zim (JDT).”", "“Fan base yang besar perlukan pasukan yang stabil, pengurusan yang lebih (baik), penswastaan ini merupakan satu keputusan yang baik.”", "“Jadi untuk tempoh lima hingga sepuluh tahun, bukan suatu yang mustahil Kelantan boleh (muncul) pasukan yang disegani semula setanding pasukan-pasukan negeri lain.” katanya selepas daripada majlis penjualan saham TRW, di Hotel Perdana, hari ini.", "Sementara itu, Norizam, anak kelahiran negeri Johor tidak menganggap pemilikan pasukan bola sepak Kelantan kalangan bukan anak jati negeri tersebut sebagai isu yang besar.", "“Vincet Tan beli Cardiff City tiada orang marah pun,” jawabnya dengan bersahaja di hadapan para wartawan.", "Pada masa yang sama, Norizam mengharapkan semua penyokong pasukan bola sepak Kelantan dapat mendoakan kejayaan The Red Warriors."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322243/", "headline": "\nGandingan Baharu Hon Jian-Sze Fei Tempah Tiket Akhir Cabaran Antarabangsa Thailand 2023\n", "content": ["Choong Hon Jian dan Goh Sze Fei yang baru sahaja bergandingan berhasil menempah tiket sulung ke perlawanan akhir di Cabaran Antarabangsa Thailand 2023.", "Pemain berusia 22 dan 25 tahun masing-masing ini mengesahkan tiket tersebut selepas menumpaskan beregu Indonesia merangkap pilihan kedua kejohanan, Sabar Gutama dan Reza Isfahani di peringkat separuh akhir, petang tadi.", "SF#MAS🇲🇾 Goh Sze Fei-Choong Hon Jian(8) def. #INA🇮🇩 Sabar Gutama-Reza Isfahani(2) 21-15 21-16#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/GJ2qPaiCeN", "— BAM (@BA_Malaysia) March 11, 2023", "Dalam pertarungan yang berlangsung di Terminal 21 tersebut, Hon Jian-Sze Fei melakar kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-15 dan 21-16 dalam tempoh 31 minit permainan.", "Sementara itu, lawan bagi Hon Jian-Sze Fei di pentas akhir yang dijadualkan pada hari esok masih belum ditentukan. Namun begitu, ianya berkisar antara beregu Thailand merangkap pilihan pertama kejohanan, Chaloempon Charoenkitamorn-Nanthakarn Yordphaisong atau beregu Indonesia, Alfian Eko Prasetya-Ade Yusuf Santoso.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220499/", "headline": "\nFrancesco Bagnaia Muncul Juara MotoGP – Tamatkan Kemarau 15 Tahun Ducati\n", "content": ["Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia muncul juara bagi Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini apabila juara bertahan, Fabio Quartararo gagal mengatasinya dalam kedudukan mata keseluruhan selepas tamatnya perlumbaan terakhir, semalam.", "Perlumbaan yang berlangsung di Litar Ricardo Tormo itu menyaksikan Quartararo yang menunggang jentera Yamaha menamatkan saingan di tempat keempat.", "Bagnaia pula menamatkan perlumbaan itu di tempat kesembilan. Namun begitu, kedudukan itu sudah memadai buat Bagnaia untuk diangkat selaku juara bagi musim ini selepas mengumpul 265 mata secara keseluruhan.", "The GREATEST #MotoGP comeback in history is complete! ✅@PeccoBagnaia is the new King of #MotoGP! 👑#PerfectComb1nation 🏆 pic.twitter.com/YVdiLITZwB", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) November 6, 2022", "Untuk makluman, kejayaan pelumba berusia 25 tahun kelahiran Turin, Itali turut sama menamatkan kemarau 15 tahun penunggang Ducati untuk bergelar juara.", "Sebagai rekod, Casey Stoner menjadi pelumba terakhir yang muncul juara dunia dalam kelas premier bersama pasukan Ducati pada tahun 2007.", "Selain itu, Bagnaia juga muncul pelumba Itali pertama bergelar juara dunia dalam kelas premier selepas Valentino Rossi sekitar 13 tahun yang lalu.", "Sementara itu, saingan GP Valencia pada malam tadi menyaksikan pelumba Suzuki, Alex Rins muncul juara diikuti pelumba KTM, Brad Binder serta pelumba Pramac, Jorge Martin di tempat kedua dan ketiga masing-masing.", "🏁 #MotoGP RACE 🏁@Rins42 WINS at Valencia! 🏆 pic.twitter.com/eKx8KBuLH6", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) November 6, 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325428/", "headline": "\nKejohanan Olahraga Para Dunia: Lontaran Ziyad Zolkefli Butirkan Pingat Perak Kedua Dalam Karier\n", "content": ["Atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya membutirkan pingat perak di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Paris. ", "Kejayaan itu hadir setelah melakukan lontaran sejauh 17.21 meter (m) pada peringkat akhir dalam acara lontar peluru F20.", "Atlet berusia 33 tahun ini terlepas peluang untuk merangkul kilauan emas setelah pencabarnya dari Ukraine, Maksym Koval melakukan lontaran yang yang lebih baik iaitu 17.57m.", "Sementara itu, Oleksandr Yarovyi dari negara yang sama membawa pulang pingat gangsa dengan lontaran sejauh 16.99m.", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kedua Ziyad merangkul pingat perak di kejohanan yang sama setelah merangkulnya dalam edisi 2019 di Dubai.", "Manakala pencapaian terbaiknya pula di kejohanan ini muncul pada edisi 2017 di London apabila lontarannya sejauh 17.29m – rekod peribadi terbaiknya sehingga kini. ", "Pada masa yang sama, kejayaannya merangkul pingat perak di Paris, semalam telah memberikannya slot ke Paralimpik Paris 2024 sepertimana penetapan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa – empat atlet teratas di Kejohanan Olahraga Para 2023."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111406/", "headline": "\nOlimpik 2020: Perjuangan Lee Zii Jia ‘Dimatikan’ Juara Bertahan, Chen Long\n", "content": ["Perjuangan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia untuk memburu kilaun pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nampaknya tersekat di peringkat ‘elimination’.", "Selepas beraksi cemerlang dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan M, Zii Jia terpaksa akur tumpas di tangan pemenang pingat emas Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China.", "Chen Long yang menduduki ranking No.6 dunia itu tumpas pada set pertama 8-21. ", "Namun Chen Long yang beraksi kali ketiga di pentas Olimpik bangkit memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-19 dan 21-5.", "RESULTS: #Tokyo2020Round 16 #CHN Chen Long def. #MAS Lee Zii Jia 8-21 21-19 21-5* Zii Jia ends his brave Olympics debut at the Round of 16 in a rubber-set battle against the defending champ. Bounce back stronger, bro! 🇲🇾#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia pic.twitter.com/Y9xtjvZRg2", "Bagaimanapun, ini adalah satu persembahan yang boleh dipuji buat Zii Jia dengan mengambil kira faktor tampil buat pertama kali di temasya Sukan Olimpik.", "Penyertaan Zii Jia di temasya ini akan menjadi pengalaman berharga buat Zii Jia untuk mengembangkan lagi kariernya dalam sukan badminton pada masa hadapan.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia – Annice Lyn"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110997/", "headline": "\nPertahanan KL City, Giancarlo Sangka Panggilan Daripada Spurs Sekadar Gurauan\n", "content": ["Pertahanan import Kuala Lumpur City (KL City) Giancarlo Gallifuoco menyangka panggilan telefon daripada Pengarah Teknikal Tottenham Hotspur, Tim Sherwood sekitar 9 tahun yang lalu hanyalah sekadar gurauan.", "Bagaimanapun, ianya bukanlah gurauan semata-mata apabila Pengurus Spurs pada waktu itu, Harry Redknapp benar-benar mahukan khidmatnya selepas beraksi cemerlang bersama Torino dalam kancah Serie B di Itali.", "Dipendekkan cerita, pemain kelahiran Sydney, Australia ini menerima kontrak bersama pasukan berpangkalan di London tersebut untuk tempoh 2 tahun setengah dan memberikannya pengalam beraksi dalam kancah bola sepak England.", "“Saya ke Tottenham pada umur 18 tahun selepas persembahan saya dengan Torino yang ketika itu Serie B Itali meraih perhatian ramai sebelum Pengarah Teknikal Tottenham, Tim Sherwood menghubungi saya.", "“Pada mulanya saya ingat hanya satu gurauan namun itu memang terjadi apabila dia mengatakan Harry Redknapp mahukan khidmat saya sebelum terbang ke sana dengan kontrak dua tahun dan enam bulan.” katanya.", "Penyertaannya bersama Spurs telah memberikan pengalaman yang mahal buat dirinya. Di sana, Giancarlo berpeluang berlatih bersama penyerang utama England pada masa kini, Harry Kane yang ketika itu belum mencecah usia 20 tahun.", "Antara pemain lain yang sempat berlatih bersamanya adalah pemain tengah Croatia, Luka Modric, penyerang sayap Wales, Gareth Bale dan penyerang skuad kebangsaan Togo, Emmanuel Adebayor.", "“Pengalaman bermain serta berlatih dengan Harry Kane, Massimo Luongo, Ryan Mason, Tom Carroll dan Nabil Bentaleb yang waktu itu juga merupakan pemain remaja tidak boleh dilupakan selain Adebayor, Luka Modric, Kyle Walker dan Gareth Bale, ia menjadikan saya seperti pemain hari ini,” kongsinya lagi.", "Selepas dua tahun bersama Spurs, Giancarlo berhijrah ke pasukan Swansea selama semusim sebelum menyertai kelab yang berpangkalan di tanah kelahirannya, Melbourne Victory pada tahun 2015."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208639/", "headline": "\nBruno Menjerit Minta Ole Tukarkan Fred Kerana Kutip Kad Kuning Tetapi Tak Dilayan\n", "content": ["Dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada awal pagi tadi, pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes dilihat menjerit kepada pengurusnya, Ole Gunnar Solksjaer supaya mengeluarkan Fred.", "Klip video pendek yang menunjukkan jeritan dan isyarat tangan yang dilakukan oleh Bruno kepada Ole untuk menukarkan pemain telah tular di media sosial.", "Just Look At Bruno Signalling Ole To Make Changes,And Yuh Still Think Ole Is Fit To Be The Manager For Manchester United.#OleOut pic.twitter.com/00cBYaCtmd", "Bruno menggesa Ole mengeluarkan Fred kerana pemain tengah Brazil itu telah dilayangkan kad kuning kerana menanduk pemain Paris Saint-Germain (PSG), Leandro Paredes pada minit ke-23.", "Layangan kad kuning itu turut menjadi pertikaian ramai peminat bola sepak di mana majoriti melihat tindakan yang dilakukan Fred sepatutnya dilayangkan kad merah namun dia terselamat.", "Fred gets away with a potential red card 👀👀👀👀 https://t.co/7zptCMBK0K", "Gesaan itu dibuat Bruno bagi mengelakkan skuad Red Devils terpaksa bermain dengan 10 pemain sekiranya Fred mengutip kad kuning kali kedua dan dilayangkan kad merah.", "Tambahan pula, pada ketika ini Ole boleh melakukan lima pertukaran pemain dalam saingan UCL. Namun gesaan itu langsung tidak dilayan oleh pengurus berbangsa Norway tersebut.", "Perkara yang ditakuti oleh Bruno akhirnya menjadi realiti apabila bentesan kurang cermat yang dilakukan oleh Fred menyebabkan pengadil terus melayangkan kad kuning kedua dan disusuli kad merah pada minit ke-70.", "RED CARD!Bad to worse for Man Utd as Fred is sent off for a second yellow card.Live @5liveSport radio & text: https://t.co/XGM8ONYE5c #bbcfootball #MUNPSG #ucl pic.twitter.com/gkT10YwMDk", "Ia menyebabkan United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain dan lebih menyedihkan pada ketika itu mereka ketinggalan 2-1 kepada PSG hasil jaringan Neymar (6’) dan Marquinhos (69’).", "Ole hanya bertindak membuat pertukaran pemain selepas daripada itu di mana dia memasukkan Paul Pogba (74’), Donny van de Beek, Mason Greenwood (79’) dan Odion Ighalo (90’).", "Bagaimanapun percaturan lewat Ole tidak dapat membantu Red Devils bangkit untuk menyamakan kedudukan ataupun mencatatkan kemenangan malahan terpaksa akur tumpas 3-1 apabila Neymar menjaringkan satu lagi gol pada masa kecederaan.", "Anda boleh menonton highlights perlawanan di antara Manchester United menentang PSG pada pautan video di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/20208032/", "headline": "\n#SembangSukanz: Baddrol ‘Boss’ Helang Merah Antara 5 Perkara Menarik Ketika Menentang Pahang\n", "content": ["Pasukan tuan rumah, Kedah mudah menumpaskan Pahang dengan keputusan 3-2 dalam aksi pusingan 16 saingan Piala Malaysia 2020 di Stadium Darul Aman.", "Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre mencatatkan nama selaku penjaring buat pasukan tuan rumah. Manakala dua gol pasukan Pahang pula disumbangkan oleh Muslim Ahmad dan Faizal Rani.", "Berikut adalah lima perkara menarik yang kami dapati dalam perlawanan ini:", "45 minit pertama menjadi satu tempoh yang memeritkan buat Pahang. Manakan tidaknya, pasukan tuan rumah dengan mudah ‘membuli’ mereka di atas padang dan berhasil menjaringkan tiga gol menerusi Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre.", "Pahang perlu menyalahkan diri sendiri atas kebocoran tiga gol tersebut kerana tidak mengawal langsung ketiga-tiga pemain ini. Selain itu, benteng pertahanan mereka juga berterabur dan tiada seorang pun menjadi ketua (leader) untuk bersuara atau memimpin setiap kali diserang Kedah.", "Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar memainkan peranan penting dalam mengemudi pasukannya pada malam ini. Kehadiran Amirul Hisyan yang bermain selaku pemain tengah bertahan (defensive midfielder) memberikan Badd lesen untuk bermain lebih ke atas untuk membantu serangan.", "Selain mengawal dan merencana serangan, Badd terlibat dalam ketiga-tiga jaringan yang dihasilkan Kedah pada separuh masa pertama. Gol pertama hadir menerusi sepakan sudut olehnya manakala yang kedua pula hasil daripada hantaran jauhnya kepada Tchetche Kipre di sayap kanan. Dan gol ketiga pula hasil hantarannya kepada Faizat Ghazali yang kemudiannya mencari Tchetche Kipre di dalam kotak penalti.", "Seperti kita ketahui sebelum ini, 65% gol yang dihasilkan oleh Kedah musim ini berpunca daripada gandingan duo penyerang prolifik Kpah Sherman dan Tchetche Kipre. Dan kecemerlangan mereka diteruskan pada aksi pertama saingan Piala Malaysia menentang Pahang pada malam ini.", "Kita dapat melihat keserasian kedua-dua pemain ini membolehkan mereka dengan mudah ‘membuli’ barisan pertahanan Pahang terutamanya pada separuh masa pertama. Selain daripada memiliki keserasian yang baik, kedua-dua mereka mempunyai kelajuan dan naluri untuk menjaringkan gol yang tinggi.", "Memang diakui Pahang tidak menampilkan permainan yang bagus dalam perlawanan ini. Namun dapat dilihat bahagian tengahnya yang diketuai oleh Azam Azih cuba untuk mengawal dan merencanakan serangan bagi mendapatkan gol. Tetapi yang paling bermasalah buat Pahang adalah barisan serangannya. Dickson dan Carlos hanya memberikan ancaman yang sedikit kepada penjaga gol Kedah, Azri Ghani. Paling merugikan Pahang ketika Dickson yang mendapat sepakan penalti tetapi hanya mensia-siakannya.", "Pahang menampilkan persembahan yang lebih baik pada separuh masa kedua. Mereka bermain dengan lebih tersusun, menguasai permainan dan meningkatkan asakan ke arah gol lawan. Hasilnya, Pahang berhasil mendapatkan dua gol. Bagaimanapun, ianya masih tidak mencukupi buat mereka untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan untuk mengikat Kedah dan melanjutkan permainan ke masa tambahan. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202321393/", "headline": "\nPiala AFF: Thailand Kuburkan Hasrat Malaysia, Mara Ke Final Buat Kali Ke-10\n", "content": ["Hasrat Malaysia untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala AFF 2022 dikuburkan oleh juara bertahan, Thailand.", "Perkembangan terbabit hadir setelah skuad berjulukan Gajah Perang itu berhasil melakar kemenangan 3-0 pada perlawanan timbal balik separuh akhir yang berlangsung di Stadium Thammasat, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Teerasil Dangda, Bordin Phala dan Adisak Kraisorn menjadi penyumbang kepada kemenangan skuad bimbingan Alexandre Polking menerusi jaringan pada minit 19’, 55’ dan 71’ masing-masing.", "Sebelum itu, Thailand tumpas 0-1 di tangan Malaysia dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Sabtu lalu.", "Kemenangan itu menjadikan Thailand merakamkan kemenangan 3-1 secara agregat selepas beraksi dalam 180 minit permainan sekaligus melayakkan diri ke perlawanan akhir.", "Sementara itu, menanti mereka di pentas akhir ialah Vietnam kendalian Park Hang-seo. Skuad berjulukan Naga Emas ini mara ke perlawanan akhir selepas berjaya menundukkan Indonesia dengan keputusan 2-0 secara agregat.", "Sebagai rekod, ini merupakan kemaraan kesepuluh Thailand ke pentas Piala AFF sejak ianya dianjurkan julung kalinya pada tahun 1996.", "Sembilan penampilan di pentas akhir sebelum ini menyaksikan Thailand menamatkan enam daripadanya dengan muncul juara. ", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216688/", "headline": "\nTerbuka Korea: Kian Meng-Pei Jing Atasi Beregu Korea Dengan Mudah Untuk Ke Suku Akhir\n", "content": ["Pasangan beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing dapat menumpaskan beregu Korea, Na Sung-seung dan Kim Min-ji dengan mudah untuk mara ke peringkat suku akhir Terbuka Korea 2022.", "Kian Meng-Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kedua untuk menjuarai kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini berhasil menumpaskan gandingan lawannya secara ‘straight set’.", "Korea Open Badminton Championships 2022XD – Round of 16 🇲🇾Kian Meng TAN🏅21 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅11 9 🇰🇷Sung Seung NA 🇰🇷Min Ji KIM", "🕗 in 26 minutes https://t.co/t4gse3EbPC", "— BWFScore (@BWFScore) April 7, 2022", "Mereka merekodkan kemenangan dengan skor 21-11 dan 21-9 dan mengharungi perlawanan tersebut dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir kelak, pasangan yang menghuni ranking ke-10 dunia akan bertemu samada beregu India yang menghuni ranking ke-175 dunia atau beregu China yang merupakan pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini.", "Beregu India tersebut adalah gandingan B. Sumeeth Reddy dan Ashwini Ponnappa. Manakala beregu dari China adalah gandingan Ou Xuanyi dan Huang Yaqiong.", "Sertai pertandingan Komen & Menang di portal Sukanz bersempena saingan Terbuka Korea 2022 dan anda berpeluang untuk memenangi kredit e-wallet bernilai RM50.", "Langkah-langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini:", "1. Log masuk atau daftarkan diri anda di portal Sukanz.", "2. Tinggalkan komen di ruangan komen di bawah sepanjang berlangsungnya saingan Terbuka Korea 2022 – bermula dari 5 hingga 10 April.", "3. Tiga tukang komen paling bertuah akan dipilih dan dihubungi untuk diberikan hadiah berupa kredit e-wallet bernilai RM50 setiap seorang setelah tamatnya saingan Terbuka Korea kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322347/", "headline": "\nSelepas Kongsi Reka Bentuk, Norizam Sasar Miliki Pusat Latihan Sebelum 2025\n", "content": ["Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menyasarkan pasukannya bakal memiliki padang latihan sendiri sebelum tahun 2025.", "Norizam yang terkenal dengan nama panggilan Zamsaham berkongsikan perkara berkenaan menerusi platform media sosialnya sambil memohon doa daripada pengikutnya, pada hari ini.", "Sekitar pertengahan bulan lalu, Norizam berkongsikan sebuah foto yang memaparkan reka bentuk pusat latihan yang akan dibina dengan diberi nama “TRW Training Center”.", "Akan tetapi, tiada sebarang perincian mengenai fasiliti dan kemudahan yang akan dibina di pusat latihan atau padang latihan terbabit.", "Namun begitu, sekitar penghujung Januari lalu, Norizam menerusi satu muat naik status di laman sosialnya berkongsikan bahawa ianya akan turut dilengkapi dengan Pusat Pemulihan Sukan (Sports Rehab Centre).", "Beliau yang merupakan ahli perniagaan dan pelaburan turut mendedahkan sudah mempunyai pelan 5 tahun kehadapan untuk skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) itu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220659/", "headline": "\nPiala Malaysia: JDT Beraksi 10 Pemain, Bawa Bekal 1 Gol Dari Likas\n", "content": ["Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengharungi perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia menentang Sabah di Stadium Likas dengan 10 pemain.", "Situasi itu terpaksa dilalui oleh finalis Piala Malaysia edisi lalu bermula pada minit ke-73 ekoran pertahanannya, Feroz Baharudin dilayangkan kad merah oleh pengadil, Razlan Joffri Ali setelah mendapat kad kuning kedua.", "Bagaimanapun, skuad berjulukan Harimau Selatan sempat mendapatkan bekalan satu gol pada separuh masa pertama hasil jaringan oleh Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34.", "34' GOL | Arif Aiman Hanapi melepaskan rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti untuk gol pembukaan di Kota Kinabalu!@SabahFCofficial 0-1 @OfficialJohor #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/NVDphuYmsf", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) November 15, 2022", "Jaringan itu dijelmakan menerusi satu sepakan kaki kiri Arif dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran daripada penyerang, Bergson da Silva.", "Sementara itu, pasukan tuan rumah bimbingan Datuk Ong Kim Swee gagal meraih sebarang jaringan dan perlawanan tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada JDT. ", "Kedudukan agregat 1-0 ini sekaligus membuatkan Sabah bakal turun tanpa sebarang bekalan gol untuk mengharungi baki 90 minit permainan pada aksi timbal balik pada Ahad nanti di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207130/", "headline": "\nSelain Kasut Emas Khalid, Apakah Yang Tersimpan di Muzium Bola Sepak Selangor?\n", "content": ["Baru-baru ini, Sultan Selangor berkenan membeli trofi Kasut Emas milik bekas penjaring skuad kebangsaan, Khalid Jamlus yang dimenangi dalam saingan Liga Perdana 2002.", "DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan menyimpan trofi tersebut di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah, Klang.", "Timbul persoalan dalam kalangan peminat khususnya peminat pasukan Selangor, sejak bila wujudnya muzium tersebut. Apakah koleksi-koleksi yang disimpan di sana? ", "Menurut perkongsian oleh laman sosial Selangor Royal Office, muzium tersebut merupakan hasil cetusan idea oleh baginda sendiri. Ianya ditubuhkan pada tahun 2012.", "Antara barangan yang tersimpan di dalam muzium tersebut merangkumi kelengkapan jersi, piala, cenderahati dan bola-bola yang pernah digunakan dalam perlawanan-perlawanan penting dalam sejarah bola sepak tanah air.", "Difahamkan koleksi-koleksi dan barangan berkaitan sukan bola sepak ini dikumpulkan oleh baginda sendiri sejak menjadi Raja Muda Selangor lagi.", "Paling mencuri tumpuan, jersi yang dipakai oleh penyerang legenda, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari menjuarai Piala Malaysia 1986 bersama Selangor turut disimpan di sini. ", "Selain itu, muzium tersebut turut mempamerkan keratan-keratan akhbar yang disimpan sendiri baginda sultan melibatkan kejayaan-kejayaan pasukan bola sepak Selangor.", "Untuk pengetahuan semua, peminat-peminat bola sepak dan orang ramai boleh berkunjung ke Muzium Galeri Bola Sepak Selangor ini namun ianya boleh dilawati secara berkumpulan sahaja. ", "Permohonan untuk melawati muzium ini boleh dibuat kepada Dato’ Pengelola Bijaya Diraja di Pejabat DYMM Sultan Selangor. ", "Bagaimanapun, setakat ini, Muzium Galeri Bola Sepak Selangor masih ditutup kepada pelawat sehingga akhir tahun depan disebabkan pandemik Covid-19. ", "Featured Image: Selangor Royal Office"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324235/", "headline": "\nMauricio Pochettino Ketua Jurulatih Chelsea – Kontrak 2+1 Tahun\n", "content": ["Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengesahkan Mauricio Pochettino yang berasal dari Argentina dilantik sebagai ketua jurulatihnya yang baharu.", "Menerusi makluman oleh skuad berjulukan The Blues, pengendali berusia 51 tahun ini telah diberikan kontrak selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya selama setahun lagi.", "Chelsea turut memaklumkan bahawa Pochettino yang mempunyai pengalaman mengemudi dua kelab EPL iaitu Tottenham Hotspur dan Southampton akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 1 Julai 2023 untuk mengharungi musim 2023-24 kelak.", "Chelsea Football Club is pleased to announce Mauricio Pochettino as the club’s new head coach!", "— Chelsea FC (@ChelseaFC) May 29, 2023", "Pada masa yang sama, difahamkan, Pochettino tidak datang berseorangan ke kelab yang yang berpangkalan di kota London terbabit. Kehadiran Pochettino turut disertai empat individu yang akan mengisi barisan kejurulatihannya iaitu Jesus Perez, Miguel d’Agostino, Toni Jimenez dan Sebastiano Pochettino.", "Pemilik Chelsea yang terdiri daripada Todd Boehly, Behdad Eghbali, Jose E. Feliciano, Mark Walter dan Hansjorg Wyss berasa gembira dengan penyertaan Pochettino bersama kelabnya. Mereka menganggap Pochettino sebagai jurulatih berkelas dunia dengan rekod pencapaian yang luar biasa.", "Untuk makluman semua, selain mengemudi Spurs dan Southampton, Pochettino turut mempunyai pengalaman dalam saingan bola sepak Sepanyol dan Perancis ketika bersama Espanyol dan Paris Saint-Germain (PSG) masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321667/", "headline": "\nPiala MFL: JDT II, Terengganu II & Kedah Darul Aman Isi Kumpulan A\n", "content": ["Pasukan-pasukan yang menghuni Kumpulan A dan B bagi saingan edisi sulung liga simpanan bawah 23 tahun (B23) iaitu Piala MFL telah diketahui pada hari ini.", "Hasil majlis undian yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan sebanyak lapan buah pasukan iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman, Penang, Johor Darul Ta’zim II, Terengganu II, Sabah dan Kelantan United diletakkan dalam Kumpulan A.", "Manakala tujuh buah pasukan lagi yang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur City, Perak, Negeri Sembilan, Sri Pahang, Kuching City dan Kelantan mengisi Kumpulan B.", "🗳 Keputusan undian Piala MFL 2023!", "Pasukan manakah yang akan muncul juara sulung pertandingan ini? 🤩#PialaMFL2023 pic.twitter.com/y1fPluD5qT", "— Malaysian Football League (@MFL_MY) January 31, 2023", "Untuk makluman semua, saingan Piala MFL bagi peringkat kumpulan akan membuka tirainya pada 2 Mac kelak dan tamat pada 24 Julai.", "Empat pasukan teratas Kumpulan A dan B  akan mara ke saingan Liga Juara yang membabitkan lapan buah pasukan. Di peringkat ini, mereka akan beraksi dengan format liga sepusingan “round-robin” bermula 1 Ogos hingga 30 Oktober.", "Saingan ini akan menutup tirainya dengan dua pasukan terbaik Liga Juara akan berentap dalam satu perlawanan akhir untuk merebut trofi Piala MFL pada 5 November. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202064/", "headline": "\nKeyakinan Lingard Untuk Julang Trofi Europa Semakin Membuak-Buak\n", "content": ["Pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard semakin berkeyakinan tinggi untuk merangkul kejuaraan Liga Europa buat kali ke-2 dalam kariernya.", "Keyakinan itu hadir selepas Lingard berjaya menyumbangkan satu jaringan dan dinobatkan sebagai Man of The Match dalam perlawanan menentang LASK di Stadium Old Trafford, awal pagi tadi.", "Jaringan itu membantu Manchester United mencatatkan kemenangan 7-1 secara agregat sekaligus menempah slot suku akhir saingan Liga Europa bertemu FC Copenhagen di Jerman.", "“Satu kemenangan yang positif, terutamanya dapat membawa (keyakinan) ke perlawanan seterusnya. Kami juga boleh membawa keyakinan itu dan (kejayaan) menamatkan saingan EPL di tempat ke-3,” kata Jesse kepada MUTV.", "“Kami telah lakukan yang terbaik dan harapnya kami dapat mara ke perlawanan akhir dan memenanginya. Itulah sasaran utama buat masa sekarang: untuk memenangi trofi itu (Europa).”", "Untuk rekod, Lingard merupakan sebahagian daripada skuad Manchester United yang menjuarai Liga Europa 2016/17. Ketika itu, skuad Red Devil dibimbing oleh Jose Mourinho berjaya menumpaskan Ajax Amsterdam di Stockholm, Sweden.", "Mengenangkan kemanisan momen menjulang trofi kejuaraan tiga tahun lalu membuatkan perasaan pemain berdarah England ini untuk mengulangi kejayaan tersebut semakin membuak-buak.", "“Menjulang trofi adalah satu perasaan yang istimewa, yang tidak boleh diungkapkan (dengan kata-kata) dan kejuaraan yang lalu memberikan keyakinan untuk perlawanan seterusnya. ", "“Kami mempunyai gabungan pemain muda dan pemain berpengalaman di dalam skuad dan untuk pemain-pemain muda yang akan memenangi trofi pertama mereka, (momen) ini akan menjadi yang sempurna untuk mereka.” tambahnya lagi.", "Manchester United dijadualkan bertemu FC Copanhagen pada jam 3 pagi, selasa minggu hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218716/", "headline": "\nAPG 2022: Ziyad Zolkefli, Mohamad Alif Butirkan Pingat Emas & Perak Pertama Negara\n", "content": ["Dua atlet lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli dan Mohamad Alif memastikan kontinjen negara membutirkan pingat emas dan perak yang pertama dalam temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2022.", "Untuk pengetahuan semua, Ziyad dan Alif mengambil bahagian dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah intelektual) bertempat di Stadium Manahan, Indonesia.", "Kilauan emas menjadi milik atlet berusia 32 tahun tersebut seawal percubaan pertama apabila lontarannya direkodkan sejauh 16.92 meter (m).", "Pada percubaan yang berikutnya, Ziyad tetap menghasilkan rekod lontaran yang konsisten dengan catatan sejauh 16.80m, 16.88m, 16.63m, 16.78m dan 16.74m.", "Sebagai perbandingan, rekod peribadi terbaik yang dilakukan oleh Ziyad adalah sejauh 17.29m dalam Kejuaraan Dunia Atletik Para 2017 di London.", "Sebagai tambahan, ini merupakan pingat emas keempat buat Ziyad dalam temasya APG. ", "Sementara itu, seorang lagi atlet negara, Alif, menghadiahkan kilauan pingat perak yang pertama buat kontinjen negara apabila dia merekodkan lontaran terbaiknya sejauh 13.46m dalam acara yang sama.", "Featured Image: Paralympic Council of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216289/", "headline": "\nPeranan Kapten – Syazwan Harap Dirinya Tidak Dibandingkan Dengan Baddrol\n", "content": ["Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (Kedah), Syazwan Zainon menjelaskan bukan mudah mengambil peranan ketua pasukan yang ditinggalkan Baddrol Bakhtiar yang berhijrah ke Sabah FC, musim ini.", "Ujarnya, nama Baddrol selaku ketua pasukan Kedah Darul Aman sudah begitu sinonim di kaca mata peminat dan menjadi satu cabaran buat dirinya memenuhi harapan yang disandarkan.", "Justeru, Syazwan berharap semua pihak boleh berikan sokongan kepada dia dan tidak terlalu membandingkan dengan Baddrol kerana masing-masing ada cara tersendiri.", "“Tanggungjawab sebagai ketua pasukan di Kedah sebenarnya membuatkan saya berasa takut dan bukan untuk dibanggakan kerana semua orang tahu ketua pasukan sebelum ini adalah Baddrol.", "“Saya gementar jika ada orang hendak bandingkan saya dengan Baddrol Bakhtiar kerana legasi yang dia tinggalkan sangat besar untuk diisi oleh sesiapa.", "“Jadi, situasi ini bukan mudah namun harap semua peminat boleh menerima cara saya kerana setiap pemain punyai karakter yang berbeza.", "“Apa-apapun, saya masih Syazwan yang dikenali seperti mana dulu dan akan sentiasa bercakap untuk kepentingan rakan sepasukan dan beri arahan kepada pemain jika keadaan memerlukan,” katanya.", "Syazwan yang bakal menginjak umur 33 tahun menjadi antara pemain paling senior selain Shahril Saa’ri dan Azamuddin Mohd Akil di Kedah selepas pemergian Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali ke Sabah FC.", "Biarpun pernah berhijrah ke Selangor selama dua musim pada 2019 dan 2020, Syazwan sebenarnya telah beraksi bersama Kedah sejak pertengahan musim 2013 hingga 2018.", "Dia telah membantu Kedah memenangi pelbagai kejuaraan seperti Piala Malaysia (2016), Piala FA (2017) dan Liga Premier (2015).", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219275/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Soon Huat-Shevon Lawan Naib Juara Tahun Lalu, Yuta-Arisa Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai meneruskan lagi kemaraan di Kejohanan Dunia BWF 2022 ke peringkat suku akhir.", "Kemaraan pasangan ranking ke-14 dunia ini menemukan mereka dengan naib juara edisi tahun lalu yang kini menduduki ranking ketiga dunia, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino.", "Untuk makluman semua, catatan pertemuan Soon Huat-Shevon menentang beregu dari Jepun ini tidak begitu baik. Daripada dua pertemuan yang direkodkan, kedua-duanya berakhir dengan kekalahan.", "Ianya direkodkan ketika bertemu di Terbuka Thailand 2022 dan Terbuka Seluruh England 2019 dimana mereka tumpas secara “straight set” dalam kedua-dua pertarungan tersebut.", "Pertembungan di suku akhir dijadualkan berlangsung esok. Mereka akan berentap bagi merebut tiket ke peringkat separuh akhir.", "Sebagai tambahan, Soon Huat-Shevon layak ke suku akhir dengan menumpaskan beregu Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-4 di Pusingan 16, hari ini.", "Manakala Yuta-Arisa pula melangkah ke pusingan yang sama selepas menyingkirkan beregu Belanda, Robin Tabeling dan Selena Siek juga secara “straight set” dengan skor 21-12 dan 21-19 di Pusingan 16 yang tamat sebentar sahaja tadi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215369/", "headline": "\nBATC 2022: Thinaah Positif Covid-19, Pearly Digandingkan Dengan Pemain Muda\n", "content": ["Pemain badminton beregu wanita negara, Thinaah Muralitharan terpaksa melupakan seketika Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.", "Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan pemain berusia 24 tahun itu merangkap kapten pasukan wanita negara positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR.", "GET WELL SOON, THINAAH ❤️The Badminton Association of Malaysia (BAM) confirms that women’s doubles player, M Thinaah has tested positive for COVID-19.📷 @badmintonphoto pic.twitter.com/9lvV1flWiF", "Bagaimanapun, Thinaah tidak menunjukkan sebarang gejala namun dia perlu menjalani kuarantin sebagaimana protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).", "Sementara itu, rakan gandingannya yang menjadi kontak rapat, Pearly Tan turut sama perlu menjalani ujian RT-PCR. Mujurlah, keputusan ujian Pearly adalah negatif.", "Untuk perlawanan hari ini menentang Jepun, Pearly diturunkan bergandingan dengan pemain muda, Valeree Siow menentang Rui Hirokami dan Yuna Kato pada perlawanan keempat.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220782/", "headline": "\nPiala Dunia: Cameroon Bangkit Ikat Serbia, Elak Terkandas Awal\n", "content": ["Wakil benua afrika, Cameroon berhasil mengelak daripada tersingkir awal di peringkat Kumpulan G selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan Piala Dunia 2022 Qatar.", "Cameroon yang mendapat bimbingan Rigobert Song turun menentang Serbia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Janoub sebentar tadi terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Jean-Charles Castelletto pada minit 29’.", "Namun begitu, Serbia kembali mendahului di hadapan dengan skor 2-1 sebelum tamat separuh masa pertama apabila dua pemainnya, Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic berjaya meletakkan bola di dalam gawang pada minit 45+1’ dan 45+3’.", "Bersambung separuh masa kedua, Serbia menambah satu lagi jaringan menerusi Aleksandar Mitrovic pada minit 53’ untuk menjadikan kedudukan semasa 3-1 ke atas Cameroon.", "🇨🇲 1-0 🇷🇸🇨🇲 1-1 🇷🇸🇨🇲 1-2 🇷🇸🇨🇲 1-3 🇷🇸🇨🇲 2-3 🇷🇸 🇨🇲 3-3 🇷🇸", "And there's still plenty of time left! 🍿#FIFAWorldCup | #Qatar2022", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 28, 2022", "Di saat ramai menyangkakan skor itu berkekalan sehingga tamat permainan, Cameroon secara tiba-tiba bangkit mengejar dan mengikat Serbia 3-3 menerusi dua jaringan oleh Vincent Aboubakar dan Eric Maxim Choupo-Moting.", "Menariknya, kedua-dua jaringan itu hadir dengan selang masa tiga minit sahaja iaitu pada minit 63’ dan 66’ masing-masing.", "Sementara itu, keputusan 3-3 memberikan Cameroon dan Serbia satu mata masing-masing daripada pertarungan ini. Kedua-duanya menghuni tangga ketiga dan keempat Kumpulan G masing-masing.", "Untuk perlawanan seterusnya merangkap perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Cameroon akan bertemu juara lima kali, Brazil. Manakala Serbia pula akan berhadapan dengan Switzerland.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219977/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Mengapa Biarkan Sumareh Terlepas Ke Dalam Kotak Penalti?\n", "content": ["Saingan ke-12 Liga Super menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu dengan pasukan yang berada di tangga kedua, Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman, semalam.", "Aksi yang rancak disajikan dengan kedua-dua pasukan saling mencuba untuk menguasai permainan dan menerobos gawang gol lawan masing-masing. Ia turut diserikan dengan sedikit ‘drama’ di dalam dan luar padang melibatkan para pemain dan juga pegawai-pegawai pasukan.", "Bagaimanapun, pasukan pelawat pulang dengan penuh kegembiraan apabila mereka berjaya merekodkan kemenangan 1-0 hasil jaringan sepakan penalti oleh penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva pada masa kecederaan.", "Berikut adalah ulasan perlawanan antara Kedah dan JDT: ", "Melihatkan kepada corak permainan Kedah dan JDT, kedua-duanya dilihat bermain secara ‘high pressing’.", "Pasukan tuan rumah akan mengarahkan 2-3 pemainnya untuk menekan setiap pemain JDT yang memegang bola agar dapat mencuri bola daripada mereka. Akan tetapi, apabila berjaya mendapatkan bola, Kedah tidak dapat menyimpan bola dengan lebih lama atau mengekalkan penguasaannya. Tidak mampu untuk bermain secara hantaran pendek, tidak mampu untuk membina serangan.", "Berbanding dengan JDT yang turut melakukan ‘high pressing’ kepada pemain lawan, apabila mereka mendapat bola, mereka akan memastikan dapat mengekalkan penguasaan tersebut dan mula mengatur untuk membina serangan. Pujian harus diberikan kepada pemain-pemain JDT yang kekal tenang, tidak gopoh dan mampu melakukan hantaran walaupun ditekan oleh 2-3 pemain Kedah setiap kali memegang bola. ", "Ini juga menunjukkan kualiti individu yang ada pada setiap pemain JDT. Hal ini turut menjelaskan mengapa JDT mempunyai penguasaan yang lebih baik berbanding Kedah.", "Mengikut statistik, JDT memiliki 54% penguasaan bola sepanjang perlawanan. Terima kasih kepada gandingan tengahnya, Natxo Insa dan Leandro Velazquez yang memainkan peranan tersebut. ", "Bagaimanapun, kekurangan JDT di dalam perlawanan tersebut adalah kreativiti. Memandangkan barisan pertahanan Kedah agak kompak, ditambah pula dengan gandingan dua pemain tengah defensif, Anumanthan dan Amirul Hisyam yang melindungi barisan pertahanan dengan agak baik. ", "Gandingan Natxo dan Leandro dilihat kurang kreatif untuk menghantar bola ‘sedap’ mencari penyerang mereka, Bergson da Silva.", "Seperti dibincangkan tadi, Kedah bermain dengan barisan pertahanan yang kompak sambil dibantu oleh dua pemain tengah defensif menyebabkan JDT sukar untuk memburu gol.", "Bergson pula yang berada di posisi penyerang kurang mendapat suapan bola daripada pemain tengah mahu pemain sisi dan full-back. Justeru, setiap kali dia mendapat bola, dia juga tahu sukar untuk menggelecek bagi menewaskan barisan pertahanan. Namun dia tetap mencari peluang dengan melakukan rembatan dari luar kotak penalti sekiranya mendapat bola.", "Walaupun JDT merekodkan sekitar 14 percubaan, sayangnya hanya 5 sahaja yang tepat ke sasaran. ", "Setelah beberapa perlawanan sebelum ini dilihat tidak berada di prestasi terbaiknya, Gonzalo Cabrera kembali menampilkan persembahan terbaiknya ketika menentang Kedah, semalam.", "Bermain di sayap kiri atau penyerang sisi kiri, kehadiran Cabrera telah memberikan kesukaran kepada bek kanan Kedah, Rizal Ghazali. Beberapa kali juga Cabrera berjaya ‘makan’ Rizal serta Renan Alves ketika melakukan serangan. Malahan sepanjang beraksi selama 60 minit, bahagian kiri JDT bermain dengan agak laju tetapi ianya semakin perlahan apabila Cabrera terpaksa dikeluarkan kerena ditimpa kecederaan yang serius.", "Selang 20 minit kemudian, Benjamin Mora mengarahkan Mohamadou Sumareh untuk masuk. Kemasukan pemain kelahiran Gambia itu meningkatkan kembali rentak JDT. Bukan itu sahaja, gerakan Sumareh sekitar minit ke-90 memberikan JDT sepakan penalti.", "Kedah pastinya kecewa apabila permainan yang boleh ditamatkan dengan keputusan seri tanpa jaringan serta dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata lebur sama sekali.", "Pada minit ke-89, Rizal naik sedikit ke atas untuk memberi tekanan kepada Arif Aiman tidak menyedari kelibat Sumareh berada di belakangnya. Menyedari situasi itu, Arif dengan segera menolak bola kepada Sumareh.", "Dengan pantas Sumareh berlari masuk ke dalam kotak penalti untuk melakukan rembatan. Menyedari situasi bahaya tersebut, Renan segera datang dan melakukan terjahan untuk membuang bola, malangnya, Sumareh turut dikasari sehinggakan pengadil terpaksa memberikan sepakan penalti kepada JDT.", "Ini merupakan kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Kedah kerana memberikan ruang dan peluang buat Sumareh untuk mendapatkan sesuatu di dalam kotak penalti. Kedah sepatutnya sudah ‘belajar’ daripada Terengganu dan KL City yang berjaya menumpaskan dan mengikat JDT. ", "Kedua-dua pasukan tersebut berjaya mengekang JDT daripada mendapatkan penalti pada penghujung permainan dengan tidak membenarkan mana-mana pemain JDT mendekati atau memasuki kotak penalti.", "Sepanjang 90 minit permainan, boleh dikatakan barisan pertahanan Kedah yang terdiri daripada Rizal, Renan, Rodney dan Ariff Farhan beraksi dengan penuh disiplin dan bagus. Paling mencuri tumpuan adalah gandingan Renan dan Rodney yang semakin menunjukkan keserasian. ", "Inilah yang menjadikan benteng mereka utuh sepanjang hampir 90 minit dengan mengeluarkan banyak bola bahaya dan sebagainya. Cumanya, Renan terpaksa menanggung kekecewaan besar apabila terjahannya menyebabkan satu pasukan menanggung duka kekalahan. ", "Selain daripada barisan pertahanan, gandingan Anumanthan dan Amirul Hisyam perlu diberikan pujian juga. Paling menyerlah ialah Anu yang banyak melindungi barisan pertahanan serta menampilkan ‘work rate’ yang tinggi.", "Selain daripada JDT yang kurang kreatif untuk melakukan hantaran mencari penyerangnya, Kedah juga menghadapi isu yang sama.", "Sebelum ini, isunya seringkali berkisar mengenai Rabih yang gemar melakukan ‘dribble’ dan lambat ‘release the ball’ kepada pemain serangan menyebabkan penguasaan bola mereka sia-sia. Namun Rabih bermain dengan baik semalam. Dia cepat melakukan hantaran kepada rakan sepasukan.", "Namun Kedah masih tidak dapat melakukan hantaran kepada penyerang. Ini kerana mereka banyak bermain di kawasan mereka sendiri (disebabkan terlalu bertahan) dan apabila melakukan hantaran jauh, ianya muda dipatahkan oleh Mauricio dan Aidil.", "Rumusannya, kedua-dua pasukan, Kedah dan JDT bermain dengan ‘high pressing’ namun pasukan pelawat dilihat lebih menguasai permainan disebabkan oleh kemampuan individu setiap pemain JDT yang lebih baik. Kedua-dua pasukan juga mempunyai masalah kreativiti dan sukar untuk mencari penyerang masing-masing.", "Bagaimanapun, JDT berjaya mengambil peluang daripada kealpaan benteng pertahanan Kedah di penghujung perlawanan untuk mendapatkan penalti sekaligus merekodkan kemenangan untuk terus kekal memimpin carta Liga Super 2021 selepas 12 pelawanan.", "p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda sukakan ulasan ini, dijemput untuk menonton ulasan perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207703/", "headline": "\nIdemitsu Honda Team Asia Pasukan Hafizh Yang Seterusnya?\n", "content": ["Adakah pasukan Idemitsu Honda Team Asia bakal menjadi pasukan seterusnya buat pelumba negara, Hafizh Syahrin untuk saingan Moto2 2021?", "Masa depan Hafizh mencetuskan tanda tanya selepas pasukannya, Aspar Team mengumumkan mengikat pelumba baharu, Albert Arenas sekaligus menyisihkannya untuk saingan musim hadapan.", "Aspar Team Ikat Pelumba Baharu, Apa Nasib Hafizh Musim Hadapan? https://t.co/pQWqELGk8V pic.twitter.com/SwgzSdMvTO", "Bagaimanapun, menurut bapanya, Abdullah Harun telah berkongsikan bersama media bahawa anaknya yang berusia 26 tahun itu masih mempunyai tempat dalam saingan Moto2 berikutan dua pasukan sedang berbincang untuk mendapatkan khidmat Hafizh.", "Turut dikongsikan oleh bapanya adalah salah sebuah pasukan yang mahukan khidmat Hafizh mempunyai kaitan dengan pengeluar jentera Jepun iaitu Honda.", "It's time to race for the @KipinEnergy #AsparTeam riders @Hafizh_pescao55 and @xavicardelus!!Good luck 😏🤞 #AragonGP pic.twitter.com/A3ulCwTFiK", "“Minggu lalu dia ada memberitahu saya ada dua pasukan sedang berbincang dengannya. Cuma dia berpesan bahawa dia mampu menanggung semua ini (tanpa bercerita lanjut).”", "“Hafizh sanggup risiko dan Insya-Allah dia ada tempat dalam Moto2. Pasukan yang menghubunginya itu mempunyai kaitan dengan pengeluar Honda,” katanya dipetik daripada Astro Arena.", "Berdasarkan pengamatan kepada 15 pasukan yang bersaing dalam kancah Moto2 musim ini, hanya sebuah pasukan yang mempunyai perkaitan dengan Honda iaitu Idemitsu Honda Team Asia.", "Sementara itu, musim ini menyaksikan Idemitsu Honda Team Asia mempertaruhkan dua pelumba asia tenggara iaitu Somkiat Chantra (Thailand) dan Andi Farid Izdihar (Indonesia) yang berusia 21 dan 23 tahun masing-masing.", "Berdasarkan kedudukan dunia bagi saingan Moto2 2020, Somkiat menduduki tangga ke-24 dengan pungutan 10 mata. Manakala Andi Farid pula menduduki tangga ke-30 tanpa sebarang pungutan mata selepas 11 perlumbaan.", "Sebagai perbandingan, Hafizh Syahrin berada di kedudukan ke-21 dengan kutipan 18 mata.", "Featured Image: Aspar Team & Honda Team Asia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324239/", "headline": "\nPiala Remaja Asia: Malaysia Juara Pool B, Bertemu Pakistan Di Separuh Akhir\n", "content": ["Skuad hoki remaja lelaki Malaysia menamatkan aksi di Kumpulan B dengan menewaskan tuan rumah, Oman sekaligus muncul juara kumpulan serta layak ke peringkat separuh akhir. ", "Skuad kendalian Amin Abdul Rahim itu turut mencatatkan rekod bersih tanpa tewas dalam peringkat kumpulan selepas melengkapkan kemenangan keempat ketika menentang Oman hasil jaringan tunggal Shahmie Irfan. ", "Jaringan Shahmie itu juga meletakkan pemain berjersi No.12 tersebut sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan enam gol bersama tiga lagi pemain iaitu Araijeet Singh (India), Kumpei Yasuda (Jepun) dan Abdul Rehman (Pakistan).", "Men's Junior Asia Cup 2023 – DAY 7Moments of the MatchOman vs Malaysia#mjac2023#WatchHockey#asiahockey pic.twitter.com/MEtf0TNPbN", "— Asian Hockey Federation (@asia_hockey) May 29, 2023", "Sehingga awal pagi tadi (waktu Malaysia), Malaysia telah menjaringkan 17 gol dan bolos tiga gol; sekali setiap perlawanan. Perlawanan menentang Oman merupakan “clean-sheet” pertama skuad negara pada kejohanan kali ini.  ", "Malaysia yang mengutip 12 mata akan diiringi Korea Selatan yang muncul naib juara kumpulan di peringkat separuh akhir bagi bertemu dua wakil juara dan naib juara Kumpulan A. ", "Oleh itu, Malaysia akan bertemu juara tiga kali, Pakistan di peringkat separuh akhir dan sekiranya menang, Malaysia akan bertemu sama ada juara bertahan, India atau sekali lagi bertemu Korea Selatan.", "Untuk rekod, skuad hoki remaja negara secara tidak langsung telah memperbaiki pencapaian yang diraih edisi 2015 setelah sekadar menduduki tempat kelima pada kejohanan yang lalu. ", "Featured Image: Asian Hockey Federation"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324396/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Tze Yong Kempunan Mara Ke Separuh Akhir Super 500 Buat Kali Kedua\n", "content": ["Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa akur tewas di tangan wakil Hong Kong, Lee Cheuk Yiu sekaligus kempunan untuk mara ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 buat kali kedua sejak Januari 2022.", "Dalam perlawanan tersebut, Tze Yong mudah ditewaskan pemain ke-17 dunia itu secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 21-23 dalam pertemuan selama 53 minit bertempat di Stadium Tertutup Huamark, Thailand.", "Kekalahan itu bermakna Tze Yong mencatatkan kekalahan kedua ke atas Cheuk Yiu tahun ini sekaligus memberikan kelebihan “head-to-head” kepada pemain dari Hong Kong tersebut.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – QF21 23 🇭🇰LEE Cheuk Yiu🥇", "19 21 🇲🇾NG Tze Yong", "— BWFScore (@BWFScore) June 2, 2023", "Terdahulu, Cheuk Yiu menyingkirkan perseorangan No.2 negara itu di Pusingan 32 Kejohanan Badminton Asia 2023 dengan keputusan “straight set” 21-17 dan 21-18.", "Untuk rekod, kali pertama dan terakhir Tze Yong mara ke separuh akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 adalah di Terbuka India 2022 yang menyaksikan pemain itu tewas kepada Lakhsya Sen. ", "Sebelum ini, Tze Yong lakar kejutan apabila menewaskan pilihan pertama kejohanan, Chou Tien Chen secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 23-21. ", "Featured Image: Thailand Open | Badminton Thailand "]} +{"url": "https://sukanz.com/20219252/", "headline": "\nSituasi Menang-Menang Jika Kelab Malaysia Bekerjasama Dengan Kelab Sepanyol\n", "content": ["Pasukan tempatan boleh mengambil peluang untuk berkolaborasi atau bekerjasama dengan kelab-kelab berpangkalan di Sepanyol memandangkan mereka dalam usaha untuk membesarkan ‘fan base’ di negara ini.", "Menerusi kolaborasi atau kerjasama ini, pasukan tempatan boleh memanfaatkannya untuk mempelajari atau mengambil inspirasi dalam pelbagai bidang meliputi hal teknikal, urus tadbir kelab, pemasaran dan sebagainya daripada pasukan-pasukan di Sepanyol.", "Antara perkara lain yang boleh dipelajari oleh pasukan tempatan adalah bagaimana membangunkan akademi popular seperti La Masia, La Fabrica dan Akademi Valencia yang melahirkan pemain-pemain bintang untuk kelab masing-masing.", "Kerjasama ini pastinya dapat membantu pasukan tempatan untuk membina asas dan membangunkan pasukan masing-masing lebih-lebih lagi untuk mengharungi tahun pertama selepas pertukaran daripada FA (Football Association) kepada FC (Football Club).", "Delegasi La Liga ke Malaysia, Giorgio Pompili Rossi amat berbesar hati untuk membantu hasrat mana-mana pasukan tempatan yang ingin melakukan kerjasama bersama mana-mana pasukan daripada Sepanyol.", "“Sekiranya terdapat peluang atau mana-mana kelab di Malaysia yang berminat untuk bekerjasama dengan kelab-kelab La Liga, sudah pasti saya akan cuba untuk jadikannya kenyataan,", "“Kami akan lihat apa yang boleh dilakukan dan bagaimana kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua kelab.”", "“Sangat menarik sekiranya ada kelab dari Malaysia dan Sepanyol bekerjasama kerana banyak cabang pasukan dari Malaysia dapat mengambil inspirasi (daripada kelab Sepanyol), ", "“Pada masa yang sama kelab Sepanyol sedang melihat untuk membesarkan ‘fan base’ dan penduduk Malaysia, mereka sangat gilakan bola sepak.” kata Giorgio semasa sesi media bersama La Liga, hari ini.", "Giorgio turut menerangkan, pada ketika telah berlaku satu kerjasama melibatkan pasukan dari Malaysia dan Sepanyol iaitu di antara pasukan futsal, Pahang Rangers dan Levante UD yang dimuktamadkan pada tahun lalu.", "Salah satu hasil daripada kerjasama ini, dilaporkan Pahang Rangers berpeluang untuk menghantar pemain-pemainnya menjalani latihan di Sepanyol selain mendapatkan bimbingan untuk pembangunan akar umbi.", "“Perjanjian kami bukan sahaja antara La Liga dan MFL, sudah tentu ada perkara yang dapat dimanfaatkan oleh kelab-kelab tempatan daripada perjanjian ini,” tambah Giorgio lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219644/", "headline": "\nNafuzi Zain: Saya Belum Mendapat Apa-Apa Tawaran Sebagai Ketua Jurulatih\n", "content": ["Saingan bola sepak Malaysia akan menutup tirainya dalam tempoh dua bulan setengah sahaja lagi namun ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain memaklumkan dirinya belum mendapat sebarang tawaran untuk melanjutkan kontraknya pada musim hadapan.", "Penghujung tahun lalu, Nafuzi dilanjutkan kontrak selama setahun oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) TFC dan ianya akan tamat pada penghujung November kelak.", "Dalam keadaan tidak menerima sebarang tawaran untuk lanjutan kontrak pada saat ini, jurulatih yang bakal menjengah usia 44 tahun Oktober kelak tidak menolak ini menjadi musim terakhirnya bersama skuad pantai timur itu.", "“Saya belum mendapat apa-apa tawaran sebagai ketua jurulatih (untuk musim hadapan), mungkin saya perlu untuk karier (dan) kerjaya saya membuat persediaan,", "“Bagi saya (ini) mungkin masa yang sesuai buat saya mencari pengalaman dan cabaran baru untuk mengembangkan karier saya sebagai jurulatih,”", "“Apa pun, saya sangat sayang Terengganu, keluarga saya pun suka Terengganu, tetapi untuk kerjaya, pengalaman (dan) mengembangkan karier, saya perlu mencari cabaran baharu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan menentang Penang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi.", "Walaupun memberi bayangan tidak mengendalikan TFC pada musim hadapan, Nafuzi tetap komited untuk membawa pasukan ini menamatkan saingan Liga Super sekurang-kurangnya di tempat ketiga sekaligus layak beraksi di pentas Piala AFC 2023 kelak.", "“Tetapi untuk TFC saya akan bagi yang terbaik untuk karier dan pencapaian saya dan juga pemain sendiri, untuk layak ke Piala AFC dan Insya-Allah ke perlawanan akhir Piala Malaysia,” tambahnya lagi.", "Sebagai rekod, Nafuzi mula dipertanggungjawabkan sebagai ketua jurulatih interim TFC bermula pertengahan 2019 sebelum dilantik secara penuh pada penghujung tahun tersebut.", "Pada penghujung 2021, berlaku ‘drama’ dimana pihak pengurusan TFC membiarkan Nafuzi ‘tergantung tanpa tali’ apabila kontraknya tamat pada 30 November.", "BOD TFC hadir mengumumkan tawaran kontrak baharu selama satu tahun kepada Nafuzi enam hari kemudian – di saat majoriti pasukan lain telah mempersiapkan barisan kejurulatihan serta barisan pemain untuk mengharungi musim 2022. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202220909/", "headline": "\nPiala Dunia: Henderson, Kane, Saka Bawa England Bertemu Perancis Di Suku Akhir\n", "content": ["England berjaya mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir bagi saingan Piala Dunia 2022 Qatar.", "Kemaraan itu terhasil selepas skuad bimbingan Gareth Southgate ini melakar kemenangan 3-0 ke atas Senegal dalam aksi Pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Al Bayt, sebentar tadi.", "England move on to the last 8!@adidasfootball | #FIFAWorldCup", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 4, 2022", "Dalam perlawanan terbabit, Jordan Henderson, Harry Kane dan Bukayo Saka menjadi hero yang memacu England menerusi jaringan pada minit 38’, 45+3’ dan 57’ masing-masing.", "Pada masa yang sama, kemenangan ini turut menemukan England dengan Perancis di peringkat suku akhir. Perancis mara selepas menumpaskan Poland dengan keputusan 3-1.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110926/", "headline": "\nSaingan Piala AFC Buat Terengganu & Kedah Dibatalkan\n", "content": ["Hasrat dua buah pasukan tempatan, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC untuk beraksi dalam kancah Piala AFC nampaknya tidak kesampaian pada musim ini.", "Hal ini kerana Exco AFC telah memutuskan saingan Piala AFC akan diteruskan namun perlawanan buat pasukan-pasukan daripada Kumpulan D, G, H dan I yang tidak dapat dijalankan ekoran ketiadaan atau penarikan diri negara hos akan dibatalkan. ", "🚨 Only single leg for #AFCCup2021 and #ACL2021 Knockout Stages🚨 #ACL2021 quarter-finals and semi-finals to be played in centralised venuehttps://t.co/hrJvhf2MzR", "“Telah diputuskan bahawa pertandingan akan diteruskan dengan baki perlawanan dan kumpulan sebanyak mana yang boleh, namun pada masa yang sama, semua perlawanan di semua peringkat yang tidak dapat dimainkan berikutan peningkatan pandemik Covid-19 akan dibatalkan dan pembatalan tersebut akan dikategorikan sebagai peristiwa Force Majeure.” tulis kenyataan AFC, hari ini.", "Untuk makluman, kedua-dua wakil negara iaitu Kedah dan Terengganu telah diundi di dalam Kumpulan H dan I masing-masing untuk saingan kali ini. Kedua-dua kumpulan ini sepatutnya beraksi di Singapura selaku negara hos.", "Bagaimanapun, hujung Mei lalu, Singapura menerusi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menarik diri daripada menjadi negara hos berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara republik tersebut."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207577/", "headline": "\nFrench GP: Bermula Daripada P18, Alex Marquez Tak Jangka Naik Podium\n", "content": ["Pelumba Repsol Honda, Alex Marquez yang bermula daripada petak ke-18 tidak menjangkakan dapat menamatkan perlumbaan dengan menaiki podium dalam perlumbaan di French GP, semalam.", "Pada awal perlumbaan, Alex dilihat sedikit berhati-hati menunggang jentera RC213V miliknya di atas litar yang basah. ", "Bagaimanapun, sedikit demi sedikit, Alex mara ke hadapan sehinggalah berjaya menaiki podium pertamanya dengan menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Danilo Petrucci.", "Honda's wonder-boy in the wet! 🌧️A maiden premier class podium for @alexmarquez73! 👏#FrenchGP 🇫🇷 | 📽️https://t.co/heivRPaStU", "“Satu perlumbaan yang panjang, sangat sukar bermula daripada kedudukan ke-18 tetapi saya percaya daripada awal lagi ianya tidak mustahil untuk berikan sesuatu yang baik hari ini (semalam, tetapi saya tak jangkakan (naik) podium.”", "“Saya tidak bermula dengan teruk tetapi saya (terus) menyerang di selekoh pertama, dimana ianya sedikit berisiko, dan tiga atau empat pusingan pertama saya perlu panaskan tayar kerana tayar hadapan adalah (jenis) medium dan tayar belakang adalah (jenis) lembut bukan senang untuk dipanaskan.", "“Jadi saya berhati-hati pada awal (perlumbaan) dan apabila perasaan saya semakin meningkat, lebih berkeyakinan, saya cuba untuk pergi lebih ke hadapan,” katanya yang juga adik kepada pelumba tersohor, Marc Marquez dipetik daripada laman Crash.", "🤯 @alexmarquez73 ON THE PODIUM! From 18th to 2nd! 🥈The 15th different rider to stand on the podium this season! 👏👏👏#FrenchGP 🇫🇷 pic.twitter.com/yeer3A4Qne", "Pada masa yang sama, Alex berkata dia mengambil masa yang lama sebelum dapat memintas Andrea Dovizioso untuk menduduki tempat kedua. Hal ini kerana penunggang Ducati tersebut sangat laju semasa trek lurus dan juga semasa membrek.", "Ketika tiga pusingan terakhir, pelumba berusia 24 tahun ini sempat berpesan kepada dirinya supaya tidak terlibat dalam sebarang kemalangan atau jatuh supaya tidak mensia-siakan peluang untuk menaiki podium sulung dalam saingan MotoGP.", "Featured Image: Repsol Honda Team"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220208/", "headline": "\nLiga Singapura Dalam Landasan Guna VAR Tahun 2023\n", "content": ["Saingan bola sepak negara seberang tambak, Liga Premier Singapura (SPL) berada dalam landasan mengimplementasi penggunaan video bantuan pengadil (VAR) bagi musim 2023 kelak.", "Menurut makluman daripada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), proses implementasi VAR itu akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan berdasarkan kepada Program Bantuan & Kelulusan Implementasi (IAAP) yang dibangungkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).", "Difahamkan, pihaknya sedang berada di tahap ketiga daripada keseluruhan lima tahap yang terkandung dalam IAAP. Tahap ketiga ini merupakan tumpuan kepada persiapan dan latihan buat para pegawai perlawanan dan teknologi VAR.", "Sesi latihan ini sedang berjalan dengan baik dan pihaknya di dalam proses untuk menjadualkan lawatan untuk para pegawai FIFA hadir untuk melakukan penilaian terhadap tahap kemajuan dan meluluskan penggunaan VAR di Singapura.", "Jelasnya, masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan pihaknya namun sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang, mereka berkeyakinan dapat mengimplementasikan VAR dalam saingan SPL musim hadapan.", "Untuk makluman semua, sekiranya implementasi ini berjaya, Singapura akan menjadi negara ketiga ASEAN menggunakan VAR selepas Thailand dan Vietnam,", "Selain itu, mereka juga akan menjadi negara kesebelas di asia yang mengimplementasikan dalam saingan bola sepak profesional.  ", "Featured Image: Football Association of Singapore"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322973/", "headline": "\nBAC 2023: Zii Jia, Tze Yong Diundi Menentang Pemain No.1 & No.2 Hong Kong\n", "content": ["Juara bertahan bagi kategori perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (BAC), Lee Zii Jia akan memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan pada edisi kali ini dengan menentang pemain No.1 Hong Kong, Ng Ka Long Angus.", "Lawan buat Zii Jia yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan pada Pusingan 32 terbabit diketahui selepas majlis undian yang berlangsung pada hari ini.", "Angus yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Terbuka Jerman pada awal Mac lalu mempunyai rekod yang baik apabila bertemu pemain No.1 negara. ", "Berdasarkan rekod, mereka pernah berentap sebanyak tiga kali dan dua daripadanya berpihak kepada Angus. Ini termasuk pertembungan terakhir mereka yang berlangsung di kejohanan Indonesia Masters pada penghujung Januari lalu.", "Sementara itu, perseorangan No.2 negara, Ng Tze Yong pula akan membuat perhitungan dengan pemain No.2 Hong Kong, Lee Cheuk Yiu di peringkat yang sama.", "Pertemuan ini bakal menjadi yang kedua bagi Tze Yong dan Cheuk Yiu di pentas antarabangsa. Untuk makluman, pertembungan melibatkan kedua-dua pemain yang berlangsung di Terbuka Singapura pada tahun lalu berpihak kepada Tze Yong.", "Sebagai tambahan, kejohanan yang setaraf dengan Jelajah Dunia BWF Super 1000 ini akan berlangsung bermula 25 hingga 30 April bertempat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219710/", "headline": "\nRusia Diharamkan Sertai Kelayakan & Kejohanan EURO 2024\n", "content": ["Kejohanan EURO yang akan berlangsung di Jerman pada tahun 2024 tidak ditandingi skuad kebangsaan Rusia. Ini selepas Rusia tidak disenaraikan dalam majlis undian kelayakan EURO 2024 yang akan berlangsung pada 9 Oktober kelak.", "Perkembangan tersebut terkandung dalam kenyataan rasmi penganjur dan badan induk bola sepak eropah itu, semalam.", "“Semua pasukan-pasukan Rusia sedang digantung berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada 28 Februari 2022 yang kemudiannya disahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan pada 15 Julai 2022.” tulis kenyataan rasmi UEFA.", "🏆 🇩🇪 The qualifying system for #EURO2024 has been finalised. Hosts Germany qualify automatically, with 53 nations vying for the other 23 places.", "🔟 group winners and 10 runners-up qualify for the finals.", "3️⃣ spots decided by play-offs in March 2024. ", "— UEFA (@UEFA) September 20, 2022", "“Oleh demikian, Rusia tidak disertakan dalam majlis undian kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2022-2024.” tambah kenyataan itu lagi.", "Untuk makluman semua, UEFA bertindak menggantung Rusia selepas negara terbesar di benua eropah itu berikutan pencerobohan ke atas negara jirannya, Ukraine bermula penghujung Februari lalu.", "Sebagai tambahan, pusingan kelayakan ini akan disertai oleh 53 buah pasukan negara. Mereka akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana tujuh daripadanya akan diisi dengan 5 buah pasukan manakala tiga buah kumpulan lagi diisi dengan 6 buah pasukan.", "Juara dan naib juara bagi setiap kumpulan akan layak ke pusingan akhir EURO 2024. Tiga lagi slot akan ditentukan menerusi perlawanan play-off. Manakala tuan rumah, Jerman, layak secara automatik."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206923/", "headline": "\nBelum Ke Eropah, Safawi Sudah Sebaris Greenwood, Mbappe & Ansu Fati\n", "content": ["Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid diberitakan bakal berhijrah ke kelab berpangkalan di Portugal, Portimonense SC selepas tamatnya saingan Liga Malaysia musim ini.", "Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bulan lalu selepas dipantau oleh wakil kelab tersebut selama enam bulan.", "Terkini, walaupun belum menjejakkan kaki ke bumi Portugal, Safawi yang juga penyerang skuad kebangsaan telah disenaraikan oleh sebuah akaun laman sosial bola sepak, Tekkers sebagai ‘wonderkids to watch next season’.", "Akaun yang diikuti sekitar 1.2 juta pengikut itu meletakkan pemain kelahiran Terengganu itu sebaris beberapa bintang muda dunia seperti Mason Greenwood (Manchester United), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain) dan Ansu Fati (FC Barcelona).", "Tidak ketinggalan Erling Haaland (Borussia Dortmund), Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Christian Pulisic (Chelsea), Lautaro Martinez (Inter Milan), Phil Foden (Manchester City) dan Rodrygo (Real Madrid) turut mengisi senarai 15 pemain tersebut.", "Lebih menarik, hanya Safawi sahaja merupakan pemain tunggal dari rantau asia tenggara yang tersenarai. Di peringkat benua asia, Safawi ditemani oleh Allahyar Sayyadmanesh (Fenerbahce) dan Sahal Abdul Samad (Kerala Blasters FC).", "Untuk rekod, akaun laman sosial yang sama turut menyenaraikan penyerang berusia 23 tahun ini sebagai ‘future wonderkid’ pada januari lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215812/", "headline": "\nJacky & Siti Nurshuhaini Antara Taruhan Malaysia Dalam Termasya Sukan SEA Vietnam\n", "content": ["Barisan pemain badminton pelapis dan pemain remaja menjadi taruhan Malaysia dalam temasya dwitahunan, Sukan SEA Vietnam kelak.", "Menurut laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata seramai 10 pemain pelapis lelaki dan wanita masing-masing dipertaruhkan bagi meraih pengalaman di peringkat tertinggi.", "Antara pemain yang dipertaruhkan ialah Jacky Kok Jing Hong, Lim Chong King, Lee Shung Yang dan Justin Hoh bagi perseorangan lelaki. Manakala untuk perseorangan wanita pula terdiri daripada Siti Nurshuhaini Azman, Loh Zhi Wei, Ong Xin Yee dan Siti Zulaikha.", "Sementara itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See akan diturunkan untuk mengharungi acara beregu lelaki dan campuran masing-masing serta harapa untuk membutirkan pingat buat Malaysia.", "Difahamkan, pemain pelapis dan remaja dipertaruhkan pada temasya yang akan berlangsung bermula 12-23 Mei itu berikutan pertindihan penganjuran dengan saingan Piala Thomas dan Piala Uber di Bangkok, Thailand."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324340/", "headline": "\nBekas Penyerang Kuala Lumpur Kini ‘Specialist Trainer’ Di AZ Alkmaar\n", "content": ["Penyerang kelahiran Belanda, Sylvano Comvalius kini berperanan sebagai pembantu jurulatih bagi skuad bawah 17 tahun (B-17) kelab Eredivisie, AZ Alkmaar dengan kontrak selama semusim. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang kelab dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial akademi kelab tersebut.", "Sylvano yang akan membantu ketua jurulatih, Tim Roest turut diberikan tanggungjawab selaku “specialist trainer” (jurulatih berkepakaran) untuk memberi bimbingan kepada bahagian serangan skuad tersebut. ", "ℹ️ AZ bindt Sylvano Comvalius als assistent van AZ Onder 17 en specialistentrainer van de bovenbouw. ", "💬 Brandenburg: \"In staat goed binnen te komen bij onze jeugdspelers.\"", "— AZ Jeugdopleiding (@AZJeugd) May 30, 2023", "Sebelum ini, Sylvano telah menggantung butnya pada Jun 2022 setelah berkelana di pelbagai negara khususnya di rantau Asia Tenggara seperti Liga 1 Indonesia, Liga Super Malaysia dan Liga Perdana Singapura. ", "Sylvano yang pernah memenangi anugerah kasut emas di Liga 1 Indonesia hasil menjaringkan 37 gol daripada 34 perlawanan tidak begitu menonjol bersama Kuala Lumpur FA (kini dikenali sebagai KL City) bagi musim 2019 selepas dilanda masalah kecederaan.", "Penyerang berusia 35 tahun itu kembali ke tanah airnya pada 2021 untuk beraksi bersama Quick Boys sebelum benar-benar menoktahkan kariernya sebagai pemain bola sepak dan memulakan karier kejurulatihannya bersama akademi AZ Alkmaar pada 2022. ", "Bersama AZ Alkmaar, Sylvano Comvalius telah diangkat sebagai pembantu jurulatih kepada Bas Van Baar bersama skuad bawah 14 tahun sebelum meneruskan kariernya bersama Tim Roest dalam mengendalikan skuad bawah 16 tahun AZ Alkmaar pada musim ini. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202113542/", "headline": "\nG-Shock x FAM Edisi Terhad Ke-2 Dilancarkan – Hanya Boleh Dibeli 680 Pemenang ‘Game’ G-Shock Penalty Kick Sahaja\n", "content": ["Setelah jam tangan kolaborasi antara Casio G-Shock dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) edisi terhad yang pertama laris dijual, kedua-dua pihak mengumumkan melancarkan jam tangan kolaborasi edisi terhad yang kedua, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, edisi pertama lalu menggunakan model asas GA-2000-1A9 didatangi dengan warna tradisi Harimau Malaya iaitu hitam dan kuning serta diberikan ukiran logo Harimau Malaya. ", "Sebanyak 999 unit sahaja dikeluarkan dan diletakkan tanda harga RM579 seutas.", "Namun, untuk edisi kedua, ianya menampilkan sedikit kelainan iaitu menggunakan model asas GA-900FAM-1A9 dan diberikan sentuhan jaluran Harimau Malaya. Selain itu, utas talinya pula dihiasi dengan cakaran harimau berwarna jingga.", "Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan, jam tangan ini diletakkan tanda harga RM699 namun jualannya diterhadkan kepada 680 pemenang permainan dalam talian di laman sesawang, G-Shock Penalty Kick sahaja.", "Sesiapa yang berminat untuk membeli jam tangan ini dikehendaki bermain permainan di laman sesawang yang dinyatakan di atas bermula 10 November 2021 sehingga 11.59 malam pada 23 November 2021 serta menempatkan diri dalam kalangan 680 pemain terbaik.", "Selepas daripada tamat tempoh permainan tersebut, pihak Casio akan menghubungi 680 pemenang tersebut untuk menawarkan slot pembelian jam tangan G-Shock x FAM edisi kedua ini.", "Sebagai tambahan, setiap pembelian jam tangan ini akan menerima sebuah kotak khas yang mengandungi pin peringatan, pelitup muka fabrik, pelekat vinil, kain tampalan yang disulam dengan ukiran Harimau Malaya serta pin enamel.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322715/", "headline": "\nMotoGP: Bezzecchi Raikan Kejuaraan Sulung Dengan Menjulang Nama Messi\n", "content": ["Pelumba Itali, Marco Bezzecchi meraikan kejuaraan sulungnya dalam saingan MotoGP dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina dengan menyarung jersi Argentina dan menjulang nama Messi.", "Menerusi ciapan MotoGP, pelumba berusia 25 tahun itu menyatakan kekagumannya terhadap bintang Argentina yang dianggap sebagai wira dan pemain terbaik di dunia dalam sukan bola sepak, sama seperti idolanya, Valentino Rossi dalam dunia pemotoran. ", "GP Argentina menyaksikan Bezzecchi yang beraksi untuk Mooney VR Racing Team menamatkan saingan di tempat pertama dengan catatan masa 44 minit 28 saat, diikuti Johann Zarco (Prima Pramac) dan Alex Marquez (Gresini) di kedudukan podium. ", "\"Messi is the GOAT\" 🎙️ – Marco Bezzecchi ", "The @VR46RacingTeam rider reacts to his football-themed celebration 🤩#ArgentinaGP 🇦🇷 pic.twitter.com/c1tTbMtQM7", "— MotoGP™🏁 (@MotoGP) April 2, 2023", "Kemenangan tersebut melonjakkan Bezzecchi untuk memintas kedudukan rakan senegaranya, Francesco Bagnaia yang merupakan pelumba Ducati Lenovo untuk menghuni kedudukan pertama kejohanan dengan 50 mata. ", "Bezzecchi mengutip 34 mata dalam saingan GP Argentina selepas memenangi perlumbaan pada Ahad yang memberikannya 25 mata dan baki 9 mata dikutip selepas berada di tempat kedua dalam aksi pelumbaan pecut pada Sabtu. ", "Musim 2023 merupakan musim kedua pelumba Itali itu dalam saingan MotoGP yang menyaksikan dirinya bermula cemerlang selepas berhasil meletakkan dirinya di kedudukan podium ketika di Belanda pada musim lalu. ", "Para pelumba akan berangkat ke Texas, Amerika Syarikat bagi menghadapi kejohanan GP Amerika yang akan berlangsung pada 14 hingga 16 April nanti. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202112804/", "headline": "\nHafizh El Pescao Ucap Selamat Tinggal Kepada Kejuaraan Dunia Moto2\n", "content": ["Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin atau dikenali sebagai El Pescao mengucapkan selamat tinggal kepada perlumbaan kelas Moto2 selepas memaklumkan ini menjadi tahun terakhirnya beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Dunia.", "Hafizh yang beraksi bersama pasukan NTS RW Racing pada musim ini menyatakan sejak turun daripada saingan kelas premier, MotoGP pada penghujung tahun 2019, dia bergelut untuk memberikan keputusan yang baik selain daripada menggunakan sumber kewangan sendiri untuk meneruskan karier dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia ini.", "“Dua tahun ini saya ambil satu risiko yang (boleh) dikatakan tinggi atau bahaya, saya menggunakan dana ini untuk teruskan perjuangan saya dalam arena sukan permotoran ini, saya sangat bergelut untuk berikan keputusan yang terbaik untuk peminat sukan permotoran di Malaysia,", "“Mungkin (perkara) ini yang sepatutnya saya fikirkan (untuk) jangka masa panjang setelah saya fikirkan masa hadapan saya, kiranya ini tahun terakhir saya di World Championship sebab saya tak boleh nak teruskan…” katanya menerusi satu temubual bersama wartawan Astro Arena.", "Pada masa yang sama, pelumba berusia 27 tahun ini belum berkongsikan sebarang perancangan untuk tahun hadapan namun Hafizh tidak menolak untuk beraksi dalam perlumbaan motosikal lain seperti Superbike World Championship (World SBK) atau Asia Road Race Championship (ARRC).", "“Tak pasti lagi, saya belum fikir nak pergi ke Asia Race (ARRC) ke, atau World SBK, (tetapi) mungkin Insya-Allah, kalau ada rezeki mengapa tidak? World SBK (menggunakan) jentera yang berbeza tetapi masih World Championship. Cuma saya belum pasti lagi dan saya pun tak berani buat keputusan sekarang.", "“Sebab itulah saya kata, bila sampai masa saya akan bagitahu apa yang saya akan buat tetapi kalau nak tanya saya berada di World Championship untuk tahun hadapan, memang saya tidak berada di Kejuaraan Dunia.” tambahnya lagi.", "Untuk makluman semua, Hafizh beraksi dalam kelas Moto2 sejak tahun 2011 sebelum menyertai Red Bull KTM Tech3 untuk bersaing dalam kelas premier, MotoGP pada tahun 2018 dan 2019.", "Featured Image: Instagram Hafizh Syahrin"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216895/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Belanda: Nurshuhaini & Myisha Bertembung Di Pentas Final\n", "content": ["Dua perseorangan badminton wanita muda negara, Siti Nurshuhaini Azman dan Myisha Mohd. Khairul berjaya menumpaskan lawan masing-masing untuk mara ke pentas akhir kejohanan Siri Antarabangsa Belanda 2022.", "Nurshuhaini, 17 tahun, yang berada di kedudukan ke-314 dunia mengesahkan kemaraan selepas menundukkan pemain England, Abigail Holden secara ‘straight set’ dengan skor 21-18 dan 21-6 di peringkat separuh akhir, awal pagi tadi.", "Manakala Myisha, berumur 19 tahun yang menghuni rangking ke-328 dunia pula mara selepas menyingkirkan pemain Hong Kong, Yeung Sum Yee menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan keputusan 17-21, 21-17 dan 21-6 di peringkat yang sama.", "Kedua-dua kemenangan tersebut membolehkan mereka mara ke pentas akhir dan bertembung sesama sendiri untuk mencari juara bagi saingan bertaraf Gred 3 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) ini, pada malam nanti.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini belum pernah berentap sesama sendiri dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.", "Untuk makluman semua, pemenang bagi kejohanan ini akan dapat mengutip 2,500 mata sementara naib juara akan membawa pulang 2,130 mata.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220621/", "headline": "\nPemilik Kelantan Berbesar Hati Jika Annuar Bantu KAFA Bayar Hutang RM3.93 Juta\n", "content": ["Hasrat bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang ingin membantu dua pasukan bola sepak negeri tersebut disambut baik oleh pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.", "Namun begitu, Norizam atau dikenali sebagai Zamsaham lebih berbesar hati sekiranya hasrat Annuar itu direalisasikan dengan membantu KAFA membayar hutang berjumlah RM3.93 juta.", "Menurut laporan media, Annuar sedia menawarkan bantuan merangkumi soal kewangan mahupun pentadbiran lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan tersebut, Kelantan FC dan Kelantan United FC bakal beraksi dalam kancah Liga Super musim hadapan dan tidak menjadi pasukan belasahan.", "Annuar menyatakan tawaran itu ketika turun dalam sambutan ulang tahun sedekad kejuaraan TRW Treble 2012 bersama beberapa bekas pegawai pengurusan serta pemain-pemain skuad itu, semalam.", "“Kalau benar Tan Sri Anuar Musa mahu bantu TRW (The Red Warriors), saya sangat berbesar hati jika Tan Sri bantu KAFA bayar hutang RM3.93 juta yang sudah sudah saya keluarkan untuk bantu bayar hutang-hutang pemain dan coaches yang ada antaranya bayar ratusan ribu untuk seorang coach.”", "“Jika benar Tan Sri mahu bantu sungguh bertuah saya dengan kenyataan ini dan bersedia jumpa Tan Sri minggu depan di Kelantan mahupun KL (Kuala Lumpur).”", "“Sebelum ini saya dah jumpa Dato’ Rosmadi (bekas pengurus skuad Kelantan FC suatu masa dahulu), beliau hanya boleh bagi moral support (sokongan moral) dahulu buat masa ini.”", "“Semoga perjumpaan dgn Tan Sri dapatlah saya dana RM3.93 juta ini dahulu.” katanya menerusi laman sosialnya.", "Untuk makluman semua, KAFA berhutang sebanyak RM3.93 juta apabila Norizam memberikan pendahuluan wangnya ketika membeli pasukan berjulukan The Red Warriors pada tahun 2020. Pendahuluan itu diberikan agar KAFA dapat menyelesaikan hutang lapuknya.", "“Jika boleh bayar hutang KAFA ni mudahlah saya belanja besar sikit untuk musim 2023.” tambah Norizam lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215717/", "headline": "\nFIFA : Rusia Belum Diharamkan Dari Piala Dunia Buat Masa Ini, Akan Guna Nama “RFU”\n", "content": ["Dengan perang yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, badan bola sepak FIFA kini turut mengumumkan beberapa perubahan melibatkan Rusia.", "Buat masa ini, FIFA masih belum mengharamkan penyertaan Rusia dalam Piala Dunia atau pusingan kelayakkan. Namun, beberapa perubahan akan dilakukan ketika perlawanan melibatkan Rusia.", "Antaranya adalah nama Rusia tidak akan digunakan, sebaliknya pasukan berkenaan akan dikenali dengan nama RFU (Russian Football Union).", "Pada masa yang sama, tiada sebarang bendera dan lagu kebangsaan akan dikaitkan dengan pasukan berkenaan.", "FIFA juga mungkin mengambil langkah lanjut dengan mengharamkan Rusia daripada pertandingan sekiranya situasi tidak bertambah baik.", "Pada masa yang sama, pasukan Poland meminta Rusia diharamkan daripada Piala Dunia. Poland, Sweden dan Czech Republic semua menyatakan tidak ingin bermain dengan Rusia untuk pusingan kelayakkan kelak pada bulan Mac ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218671/", "headline": "\nAUG 2022: Azreen, Nor Sarah Adi Bawa Pulang Emas & Perak Acara 100 Meter\n", "content": ["Pingat emas dan perak bagi acara 100 meter (m) kategori wanita dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 menjadi milik kontinjen negara setelah dimenangi oleh Azreen Nabila Alias dan Nor Sarah Adi.", "Dalam perlumbaan akhir yang berlangsung di Stadium Sisaket, Ubon Ratchathani, Azreen yang merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi muncul juara dengan menamatkan larian dalam tempoh masa 11.88 saat (s).", "Manakala seorang lagi atlet negara, Nor Sarah pula berhasil merangkul pingat perak dengan catatan masa 11.97s. Manakala pingat gangsa menjadi milik pelari tuan rumah, On Uma Chattha yang merekodkan masa larian 12.41s.", "Sebagai perbandingan, catatan masa tersebut adalah kurang 11 saat berbanding rekod peribadi terbaik yang pernah dicatatkannya ketika mengambil bahagian dalam pusingan saringan di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2022 iaitu 11.77s.", "Sementara itu, bagi acara 100m kategori lelaki, kontinjen Malaysia tidak mengutip sebarang kilauan pingat apabila wakilnya, Jonathan Nyepa menamatkan larian di kedudukan keempat.", "Featured Image: ASEAN University Games 2022"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321276/", "headline": "\nTerengganu Ikat Finalis Inter-zonal Piala AFC, Sardor Kulmatov\n", "content": ["Skuad berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Terengganu FC memperkukuhkan barisan pertahanannya dengan mengikat khidmat finalis Inter-zonal Piala AFC 2022, Sardor Kulmatov.", "Pertahanan kelahiran Uzbekistan yang berusia 28 tahun ini diumumkan menyertai Terengganu secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial miliknya, semalam.", "Bagaimanapun, tempoh kontrak yang ditandatangani oleh pemain yang diletakkan nilai sekitar RM1.4 juta oleh portal Transfermarkt bersama Terengganu ini tidak didedahkan kepada umum.", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) January 2, 2023", "Namun, pihak kelab mendedahkan Sardov diberikan jersi bernombor 3 untuk disarungnya sepanjang beraksi bersama Terengganu.", "Untuk pengetahuan semua, Sardov merupakan tonggak utama bekas pasukannya, PFC Sogdiana Jizzakh. Dia juga antara pemain kesebelasan utama yang turun ketika berhadapan wakil Malaysia, Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam perlawanan akhir Inter-zone Piala AFC musim lalu.", "Sebagai tambahan, kehadirannya ke skuad kendalian Tomislav Steinbruckner ini secara langsung menggantikan kekosongan pertahanan tengah import musim lalu yang tidak disambung kontraknya, Pape Diakite.", "Besar kemungkinan, Sardov akan menjadi gandingan utama bersama pertahanan tempatan, Shahrul Nizam dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2023 serta Piala AFC 2023-24 kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220957/", "headline": "\nJelajah Dunia Akhir: Kian Meng-Pei Jing Tewaskan Pemenang Emas Olimpik 2020\n", "content": ["Beregu campuran bebas (independent) negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing berhasil memulakan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2022 dengan langkah kanan.", "Lebih menarik langkah positif  itu dilakar dengan mengejutkan beregu yang menghuni ranking keempat dunia merangkap pemenang Sukan Olimpik 2020, Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B, sebentar tadi.", "Bagaimanapun, kemenangan ke atas beregu dari China itu tidak datang bergolek dengan mudah buat gandingan Kian Meng-Pei Jing.", "HSBC BWF World Tour Finals 2022XD – Round 1 🇲🇾Kian Meng TAN🏅23 14 21 🇲🇾Pei Jing LAI🏅21 21 16 🇨🇳Yi Lyu WANG 🇨🇳Dong Ping HUANG", "🕗 in 61 minutes https://t.co/XsEEhJkM5l", "— BWFScore (@BWFScore) December 7, 2022", "Mereka perlu mengharungi pertarungan yang memakan masa sekitar satu jam sebelum dapat menjinakkan Yi Lyu-Dong Ping menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 23-21, 14-21 dan 21-16.", "Lebih bermakna, ini juga merupakan kemenangan sulung Kian Meng-Pei Jing ke atas Yi Lyu-Dong Ping di pentas antarabangsa.", "Sebelum ini, Kian Meng-Pei Jing pernah bertemu Yi Lyu-Dong Ping sebanyak tujuh kali dan ketujuh-tujuhnya berakhir dengan kekalahan.", "Sementara itu, bagi perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, Kian Meng-Pei Jing dijadualkan bertemu beregu No.1 dunia dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai pada hari esok."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324401/", "headline": "\nPemenang Emas Komanwel Akhiri Perjalanan Jun Hao Di Terbuka Thailand\n", "content": ["Perjalanan perseorangan badminton lelaki negara, Leong Jun Hao dalam saingan Terbuka Thailand 2023 menemui titik noktah setelah tumpas kepada pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Lakshya Sen.", "Pemain yang bakal menjengah usia 24 tahun terbabit tumpas kepada wakil India tersebut di peringkat suku akhir yang berlangsung sebentar tadi sekaligus menafikan kemaraannya ke peringkat separuh akhir saingan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 tersebut.", "TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2023MS – QF21 21 🇮🇳Lakshya SEN🥇", "19 11 🇲🇾LEONG Jun Hao", "— BWFScore (@BWFScore) June 2, 2023", "Dalam pertarungan yang berlangsung di Stadium Tertutup Huamark terbabit, Jun Hao tumpas kepada Sen yang menghuni ranking ke-23 dunia itu secara “straight set” dengan skor 19-21 dan 11-21 dalam tempoh 41 minit permainan.", "Untuk pengetahuan semua, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut dialami Jun Hao ketika bertemu Sen di pentas antarabangsa. Sebagai rekod, kali terakhir kedua-duanya dilihat berentap sesama sendiri adalah dalam Cabaran Antarabangsa Bangladesh 2019 yang menyaksikan Sen turut meraih kemenangan secara “straight set” dengan skor 22-20 dan 21-18.", "Sementara itu, Sen yang melakar kemenangan dapat meneruskan kemaraannya ke peringkat separuh akhir. Namun begitu, lawannya di peringkat tersebut belum diputuskan lagi dan pemain berusia 21 tahun ini perlu menantikan pemenang antara pertembungan melibatkan Lu Guang Zu dan Kunlavut Vitidsarn.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219801/", "headline": "\nUlasan Sukanz: Bergson Terus Menerobos Gawang, Kemasukan Nazmi Tingkat Kreativiti JDT\n", "content": ["Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada 9 perlawanan dalam saingan Liga Super 2021 selepas berjaya menumpaskan Sri Pahang di Stadium Darul Makmur pada aksi yang berlangsung sabtu lalu.", "Dua jaringan oleh skuad Harimau Selatan tersebut disumbangkan oleh pemain tengah Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-23 dan penyerang Brazil, Bergson da Silva pada minit ke-94.", "Pasukan tuan rumah bukan sahaja tidak dapat menjelmakan sebarang jaringan malahan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila salah seorang pemainnya, Mohamed Ezanie Mat Salleh dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.", "Berikut adalah ulasan perlawanan antara Sri Pahang dan JDT khas untuk tatapan pembaca Sukanz:", "#1 Persembahan Adam Nor Azlin Semakin Meningkat", "Akhir-akhir ini, bek tengah, Adam Nor Azlin semakin kerap menjadi pilihan Benjamin Mora untuk bermula dalam kesebelasan utama di bahagian pertahanan untuk digandingkan bersama bek tengah import, Mauricio.  ", "Ketika menentang Sri Pahang, Adam menampilk peningkatan di dalam persembahannya dan menampilkan kualiti yang baik daripada segi bertahan, berkemampuan membaca corak permainan pihak lawan dengan baik dan memimpin barisan pertahanannya.", "Di dalam perlawanan tersebut, Adam turut berjaya intercept beberapa bola yang cuba dihantar oleh pemain lawan dan mudah mematahkan serangan yang dilancarkan oleh pemain-pemain Pahang.", "Diramalkan, Adam bakal menjadi pilihan utama Benjamin Mora untuk bermain dalam kesebelasan utama. Bahkan. Sekiranya Aidil bersara, Adam bakal menjadi tonggak utama untuk membarisi pertahanan JDT pada masa hadapan.", "Kedua-dua full-back JDT iaitu S. Kunanlan (kanan) dan Corbin-Ong (kiri) mencuri tumpuan dengan permainan mereka yang bersungguh-sungguh dan mempunyai work rate yang tinggi ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini. ", "Daripada segi bertahan, kedua-duanya mempunyai fizikal yang baik dan mempunyai kekuatan (strength). Pada masa yang sama, kedua-duanya akan turut naik ke atas, melakukan overlapping dan melakukan crossing apabila perlu bagi memberi sokongan ketika menyerang.", "Setiap kali melihat Bergson bermain, kami cukup tertarik dengan positioning yang ditunjukkan olehnya. Penyerang berusia 39 tahun kelahiran Brazil ini sentiasa berada di tempat yang sepatutnya dan memudahkan rakan sepasukan mencarinya. ", "Selain itu, dia turut menjadi penyambung ketika pasukan mengatur serangan. Antara mimpi ngeri yang perlu dihadapi oleh pasukan yang bertemu Bergson adalah kemampuan kedua-dua kaki kanan dan kirinya yang hidup berserta penyudah yang sangat baik.", "Itulah yang ditunjukkan oleh Bergson ketika menjaringkan gol kedua buat JDT dalam waktu kecederaan ketika menentang Sri Pahang tempoh hari. Lihat kembali bagaimana Bergson dapat menimbang bola terlebih dahulu sebelum melakukan turning dan kemudiannya merembat jaringan peribadinya ke-9 dalam saingan liga musim ini.", "Dalam perlawanan tersebut, Benjamin Mora menurunkan trio midfield yang terdiri daripada Leandro Velanzquez, Afiq Fazail dan Hariss Harun. Namun pada perlawanan tersebut menampakkan JDT sedikit kurang kreatif.", "Trio ini dilihat mengawal permainan dengan sedikit perlahan dan lebih gemar mengekalkan momentum serta mengekalkan penguasaan bola. Ketiadaan Natxo Insa dalam perlawanan ini untuk menjadi enjin yang menggerakkan serangan dirasai.", "Bagaimanapun, ketika Benjamin Mora memasukkan pemain tengah, Nazmi Faiz pada minit ke-83, walau dalam masa yang singkat, Nazmi berhasil meningkatkan kreativiti bahagian tengah JDT. Malahan, pemain berusia 26 tahun ini berjaya mencipta satu assist yang cukup cantik buat Bergson untuk menjaringkan gol kedua buat JDT ke atas Sri Pahang. ", "Berdasarkan kepada persembahan ini, Nazmi dilihat sesuai diturunkan apabila mereka bertemu dengan pasukan yang bermain secara ‘park the bus’. ", "Beralih kepada Sri Pahang, antara yang ingin disentuh adalah penyerangnya, Yovhen Bokhasvhili yang tidak memberikan sebarang impak. Jika begitu persembahannya, adalah lebih baik menggunakan pemain tempatan. ", "Sementara itu, Sri Pahang turut berdepan dengan masalah tidak mempunyai pemain yang menjadi penghubung antara pemain tengah dan penyerang. Hanya selepas kemasukan Zuhair sahaja barulah ianya sedikit membantu. Sekiranya dia dimasukkan lebih awal atau bermula dalam kesebelasan utama, mungkin ad sesuatu boleh dijelmakannya.", "p/s: Ulasan ini dikongsikan oleh peminat tegar bola sepak tempatan, Wafiy Amran. Sekiranya anda suka ulasannya, anda boleh mendengar ulasan untuk perlawanan Liga Super yang lain di saluran Youtube, WAFIY AMRAN.", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325555/", "headline": "\nPihak Sekolah Boleh Sambut Hari Sukan Di SNBJ Secara Percuma Selama 2 Tahun\n", "content": ["Sekolah-sekolah boleh membuat tempahan dan menggunakan fasiliti-fasiliti di bawah Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) seperti Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) secara percuma bagi mengadakan sambutan hari sukan masing-masing selama dua tahun.", "Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh tampil mengumumkan tawaran istimewa ini bersempena dengan Ulang Tahun Ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) atau sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara.", "Hannah menjelaskan tawaran ini dibuat bagi melaksanakan konsep merakyatkan sukan dan ianya telah dipersetujui oleh Mesyuarat Anggota Perbadanan pada 17 Julai lalu.", "Saya mahu kanak-kanak sekolah mempunyai pengalaman berlari atas trek olahraga Stadium Nasional Bukit Jalil. Road To Gold begins here… https://t.co/AShw7vThVy", "— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) July 25, 2023", "“Ini selaras dengan pengumuman bahawa kita nak fokus (kepada) sukan olahraga sebagai satu sukan untuk pembangunan akar umbi di peringkat sekolah,”", "“Saya percaya dengan kita memberikan pengalaman untuk kanak-kanak sekolah berlari atas trek Stadium Nasional Bukit Jalil, dia akan bagi mereka inspirasi untuk menjadi atlet,”", "“Mereka (akan) tahu, oh, ini adalah pengalaman yang anda boleh rasai jika anda lari di atas trek stadium,” kata Hannah menerusi klip video sidang media yang dikongsikan di platform media sosialnya. ", "Namun begitu, penggunaan oleh sekolah-sekolah untuk mengadakan sambutan hari sukan masing-masing tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan fasiliti. ", "Selain SNBJ, antara fasiliti lain yang terlibat dengan tawaran ini ialah Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara.", "YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City.", "Selepas 25 tahun, KLSC terus mengorak langkah bukan hanya menyasarkan penganjuran sukan berprestij pic.twitter.com/xxeIoRGXks", "— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) July 26, 2023", "“Sepanjang tahun, kalau kita lihat, Isnin hingga Jumaat (tiada tempahan), selalunya tempahan korporat hari Sabtu dan Ahad, jadi Isnin hingga Jumaat rugi kalau kita tak buka kepada kanak-kanak sekolah gunakan,”", "“Kalau kita buat sesi tempahan itu (sebanyak) dua sesi (sehari), pagi dan petang, bermaksud dua sekolah boleh share (kongsi) dalam satu hari. kita akan bagi lebih lagi peluang kanak-kanak sekolah menggunakannya,”", "“Selalunya, perbincangan adalah bahawa stadium adalah rumah kepada Harimau Malaya dan konsert, tetapi kali ini kita nak tambah naratif ini adalah rumah untuk kanak-kanak sekolah juga, kita betul-betul nak merakyatkan stadium,” katanya lagi.", "Namun begitu, Hannah memberikan makluman tambahan bahawa penggunaan trek dan fasiliti di Stadium Nasional akan dibuka selepas selesai projek penukaran rumput pada Oktober kelak.", "Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, penggunaan fasiliti-fasiliti ini sudah dibuka untuk pihak sekolah membuat tempahan namun begitu ianya perlu dibayar berserta diskaun dan tidak ditawarkan secara percuma.", "Pihak sekolah yang berminat untuk membuat sambutan hari sekolah di fasiliti-fasiliti terbabit boleh membuat tempahan dengan menghubungi pihak PSM."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221043/", "headline": "\nPiala Dunia: Maghribi Tempa Sejarah Ke Semi-Final, Hantar Portugal Ke ‘Airport’\n", "content": ["Keberadaan Portugal bimbingan Fernando Santos yang dibarisi beberapa pemain ternama dalam saingan Piala Dunia 2022 Qatar berakhir di peringkat suku akhir.", "Negara arab dari benua afrika, Maghribi menjadi punca kepada Portugal yang terpaksa mengemaskan beg pakaian dan menuju ke lapangan terbang meninggalkan Qatar.", "Maghribi atau nama julukannya The Atlas Lions berhasil mencetak kemenangan 1-0 ke atas Portugal dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stadium Al Thumama, hari ini.", "Kemenangan itu dilakar menerusi jaringan tunggal oleh Youssef En-Nesyri menerusi satu tandukan setelah melompat tinggi pada minit 42’. Bola itu berpunca daripada hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Yahia Attiyat Allah.", "المستحيل ليس مغربيا ولن يكون أبدا مغربيا….نهاية المقابلة بفوز المنت��ب الوطني على منتخب البرتغال والتأهل إلى نصف نهائي المونديال 🤯🤩#DimaMaghrib 🇲🇦 #TeamMorocco #FIFAWorldCup @pumafootball pic.twitter.com/maaJoLzscM", "— FRMF (@FRMFOFFICIEL) December 10, 2022", "Pada masa tambahan, penyerang, Walid Cheddira dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan dan memaksa Maghribi bertahan dengan 10 pemain.", "Namun begitu, Portugal masih tidak dapat memanfaatkan peluang menentang 10 pemain tersebut untuk mencari sebarang jaringan untuk menyamakan kedudukan atau mendahului Maghribi.", "Kemenangan ini bukan sahaja membuatkan skuad kendalian Walid Regragui menempa sejarah baharu buat Maghribi dengan mara buat pertama kali ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala Dunia.", "Bahkan, kemenangan ini turut menjadikan Maghribi sebagai pasukan pertama dari benua afrika berjaya mara ke peringkat yang sama sejak Piala Dunia mula dipertandingkan pada tahun 1930.", "Sementara itu, menanti Maghribi di peringkat separuh akhir kelak samada juara bertahan, Perancis atau England.", "Featured Image: FIFA World Cup"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215855/", "headline": "\nPenerima Vaksin Sinovac Wajib Ambil Dos Penggalak Untuk Tengok Bola Di Stadium\n", "content": ["Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan kalangan penonton yang menerima suntikan vaksin Sinovac diwajibkan mengambil dos penggalak sebagai syarat untuk masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Malaysia 2022.", "Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stuart Ramalingam berkata pihaknya telah dimaklumkan berkenaan pembaharuan prosedur operasi standard (SOP) tersebut daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara.", "“Ingin dimaklumkan bahawa bagi penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.", "Malaysian Football League (MFL) memaklumkan penonton bagi penerima vaksin primer Sinovac diwajibkan mengambil dos penggalak sebagai syarat utama masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan #LigaMalaysia2022.", "“Ini kerana tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Februari 2022 kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022 di mana status vaksinasi lengkap akan ditukarkan kepada tidak lengkap sekiranya belum mendapatkan dos penggalak.” katanya.", "Sementara itu, bagi penerima lengkap vaksin Pfizer dan AstraZeneca tanpa suntikan dos penggalak yang berusia 60 tahun dan ke atas dikira status vaksinasi tidak lengkap sekiranya mereka masih tidak mengambil suntikan dos penggalak sehingga 31 Mac 2022.", "Untuk kanak-kanak pula, hanya yang berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk ke stadium jika lengkap dua dos vaksinasi.", "Sebagai tambahan, berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh pihak kerajaan, hanya penonton yang lengkap vaksinasi serta dos penggalak dibenarkan masuk ke stadium.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322536/", "headline": "\n7 Perkara Menarik Di Sebalik Kejayaan Harimau Muda Julang Piala Merlion\n", "content": ["Malaysia B22 muncul juara Piala Merlion buat kali pertama selepas 41 tahun penganjurannya apabila berjaya menewaskan Hong Kong B22 di Stadium Jalan Besar, Singapura. Kejayaan ini memberi petanda positif buat skuad kendalian E. Elavarasan sebagai persiapan menjelang Sukan SEA 2023 pada Mei nanti.", "Selain itu, beberapa perkara positif dapat dituai daripada persembahan skuad berjulukan Harimau Muda di kejohanan jemputan ini yang mampu mengukirkan senyuman buat penyokong bola sepak tanah air terutamanya dari segi penguasaan perlawanan, impak segera pemain muda serta kehadiran bakat-bakat baharu.", "Berikut kami rangkumkan 7 perkara menarik di sebalik kejayaan Harimau Muda menjulang Piala Merlion ini:", "Sepanjang kejohanan di Singapura ini berlangsung, skuad bawah 22 tahun kebangsaan yang diketuai Azam Azmi Murad menjadi sebuah pasukan yang ampuh menguasai perlawanan baik ketika menyerang dan bertahan.", "Jika dilihat dari segi serangan, Malaysia menjaringkan 6 gol dalam 2 perlawanan yang memberi makna yang besar kepada ketajaman jentera hadapan negara yang dibarisi Haqimi Azim, Aliff Izwan, Najmuddin Akmal dan Fergus Tierney. ", "Pemain berambut afro ini bukan sahaja menarik minat penyokong menerusi penampilannya malahan aksinya di atas padang cukup mengujakan dalam membantu jentera serangan Malaysia.", "Najmuddin Akmal yang juga sebahagian daripada skuad kendalian Hassan Sazali Waras ketika mereka menjuarai Kejohanan AFF B19 tahun lalu berjaya menjaringkan dua gol buat Malaysia biarpun masuk selaku pemain gantian. ", "Kehadiran pemain utama dan sokongan kelab Liga Super di dalam skuad Harimau Muda kali ini membantu E. Elavarasan untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap menjelang Sukan SEA akan datang. ", "Azam Azmi beraksi baik selaku ketua pasukan turut mencatatkan 1 bantuan jaringan ketika menentang Kemboja manakala empat lagi pemain – Haqimi Azim, V. Ruventhiran, Aliff Izwan dan Safwan Mazlan terlibat dalam beberapa jaringan Malaysia. ", "Sukar sebenarnya buat seorang pemain bola sepak untuk beraksi pada tahap dan intensiti tertinggi pada bulan Ramadan tatkala tubuh mereka masih beradaptasi dengan perubahan yang sedang berlaku.", "Sebaliknya pula yang ditampilkan skuad kendalian E. Elavarasan apabila Harimau Muda bermain dengan cukup pantas ketika menyerang dan bertahan dalam memastikan mereka kekal dominan sepanjang perlawanan. ", "Selain Haqimi Azim dan Najmuddin Akmal yang menonjol pada kedua-dua perlawanan Harimau Muda, ada satu lagi nama yang menarik perhatian penyokong Malaysia – Fergus Tierney yang menjaringkan gol pada perlawanan pertama Piala Merlion menentang Kemboja.", "Kehadiran Haqimi, Najmuddin dan Fergus seolah-olah menjadi petanda positif buat masa hadapan jentera serangan negara yang sebelum ini dianggap semakin meruncing dek penglibatan penyerang tempatan yang terhad dalam saingan liga domestik.", "Biarpun Malaysia dominan, sedikit kealpaan mengundang padah buat Malaysia apabila penjaga gol kebangsaan, Rahadiazli Rahalim melakukan kesilapan kritikal yang menjadi punca kepada jaringan Kemboja dan Hong Kong. ", "Namun begitu, ini menjadi satu pengajaran penting buat Malaysia dan Rahadiazli. Tambahan pula, ianya boleh diperbaiki sebelum beraksi di temasya Sukan SEA kelak. Diharapkan Rahadi tidak terlalu terbawa-bawa dengan kesilapan yang dilakukannya dan dapat bangkit segera serta kembali kepada potensi sebenar dirinya. ", "Kejayaan skuad negara dalam menjulang Piala Merlion pada edisi kali ini seolah-olah memberi bayangan awal terhadap kesiapsiagaan Harimau Muda untuk mencapai sasaran yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk sekurang-kurangnya berada di pentas akhir bagi acara bola sepak lelaki di Sukan SEA.", "Malaysia yang kali terakhir memenangi pingat emas bagi acara bola sepak lelaki pada Sukan SEA 2011 kini bergantung kepada skuad kendalian E. Elavarasan untuk mengulangi kejayaan 12 tahun lalu dan membawa pulang pingat emas acara tersebut selepas gagal melakukannya di hadapan penyokong sendiri pada 2017."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206593/", "headline": "\nCOPA90 Terbit Dokumentari Revolusi Johor Darul Ta’zim oleh TMJ\n", "content": ["Revolusi dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim terhadap Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seringkali mendapat perhatian ramai.", "Terbaharu, saluran bola sepak bola sepak tersohor di Youtube, COPA90 telah menerbitkan sebuah dokumentari mengenai revolusi yang dilakukan oleh TMJ terhadap JDT. ", "Dokumentari ini mengisahkan revolusi yang bermula pada tahun 2013 telah mentransformasikan JDT daripada sebuah kelab yang tidak dikenali kepada kuasa besar bola sepak asia tenggara sehingga menjadi sebutan peminat bola sepak asia.", "Turut dimuatkan dalam dokumentari tersebut beberapa temubual bersama individu-individu penting di dalam skuad Harimau Selatan seperti Pengarah Teknikal dan Ketua Jurulatih JDT.", "Anda boleh menonton dokumentari tersebut pada pautan di bawah:"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219706/", "headline": "\nBrunei Darussalam Lantik Mario Rivera Sebagai Ketua Jurulatih Baharu\n", "content": ["Skuad bola sepak jiran tetangga, Brunei Darussalam yang berada di ranking ke-190 dunia mendapat ketua jurulatihnya yang baharu bagi menggantikan Rosanan Samak (interim) serta Datuk K. Rajagobal.", "Menerusi satu kenyataan rasmi di laman sosialnya semalam, Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) mengumumkan melantik Mario Rivera Campesino sebagai ketua jurulatih baharu bagi skuad berjulukan Tebuan atau “The Wasps”.", "“Sukacitanya diumumkan Mario Rivera Campesino sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan baharu kita.” tulis kenyataan badan induk bola sepak Brunei.", "Jurulatih berusia 45 tahun ini merupakan kelahiran ibu negara Sepanyol iaitu Madrid. Mempunyai lesen Pro UEFA dan sebelum berkelana di India dengan terlibat sebagai penolong jurulatih dan ketua jurulatih bersama pasukan East Bengal sejak 2018.", "Terlebih dahulu pernah menabur bakti sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21) Brunei bermula tahun 2017. Manakala pengalamannya dalam bidang kejurulatihan sebelum daripada itu banyak berkisar di negara kelahirannya. ", "Tugasan pertamanya bersama skuad kebangsaan Brunei bermula dengan menentang Maldives pada petang ini disusuli Laos pada 27 September kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321298/", "headline": "\nBuriram United Perkenalkan Dion Cools Sebagai Pemain Baharu\n", "content": ["Pertahanan kacukan skuad kebangsaan berdarah Belgium-Malaysia, Dion Cools secara rasminya menyertai kelab gergasi Liga Thailand, Buriram United.", "Penyertaan pemain berusia 26 tahun bersama pasukan berjulukan “Thunder Castle” itu diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosial milik kelab berkenaan kira-kira lima jam selepas FK Jablonec mengucapkan selamat maju jaya kepada Cools.", "Berdasarkan foto yang dikongsikan oleh Buriram United, Cools diberikan jersi bernombor 11 sepanjang beraksi dengan kelab berkenaan.", "A post shared by BURIRAM UNITED (@buriramunitedofficial)", "Bagaimanapun, tiada sebarang makluman mengenai tempoh kontrak yang ditandatangani Cools bersama Buriram United didedahkan kepada umum setakat ini.", "Buriram United menyatakan Cools yang boleh beraksi di pelbagai posisi seperti sayap kanan, bek kanan dan bek tengah mengisi slot pemain import kuota ASEAN bagi memperkukuhkan pasukan dan memberikan kepelbagaian kepada corak permainannya di bahagian kanan.", "Untuk makluman semua, pada saat ini, Buriram United merupakan pendahulu Liga 1 Thai dengan mengutip 39 mata selepas mengharungi 15 perlawanan. Mengikuti mereka di tangga kedua ialah Chonburi FC dengan pungutan 30 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215340/", "headline": "\nBukan Aloq Setaq Tetapi Sungai Petani – Lokasi ‘Training Centre’ & Stadium Baharu Kedah\n", "content": ["Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC (Kedah) sedang dalam perancangan untuk membina pusat latihan serta sebuah stadium baharu miliknya yang tersendiri.", "Bagaimanapun, persoalan mengenai lokasi pembinaan bagi kedua-dua fasiliti baharu milik skuad Sang Kenari itu menjadi tanda tanya terutamanya kalangan penyokong dan peminat tegar pasukan tersebut.", "Terbaharu, menerusi satu laporan oleh Bernama, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkongsikan bahawa kedua-dua fasiliti tersebut akan dibina Sungai Petani yang terletak dalam daerah Kuala Muda.", "“Pasukan kita menerima sentuhan-sentuhan baharu, kerjasama daripada Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang kita lantik telah membina jaringan yang baik.”", "“Kita sedang sediakan satu kawasan di Sungai Petani untuk bina satu stadium baharu untuk pusat latihan dan kemudahan pasukan.”", "“Saya yakin usaha yang sedang kita lakukan ini suatu hari nanti, kita akan menyamai JDT…walaupun tidak dapat menewaskan lagi, seri (sama kedudukan) pun okey,” katanya seperti dipetik daripada portal berkenaan.", "Baca: Patron Mahu ‘Training Centre’ Kedah Berperanan Sebagai Tarikan Pelancong Dalam & Luar Negara", "Berdasarkan kenyataan media daripada penaung pasukan Kedah sebelum ini, pusat latihan milik Sang Kenari ini akan dibuat mengikut piawaian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dengan kos sekitar RM15 juta hingga RM16 juta.", "Baca: Projek Stadium Baharu Kedah Dianggarkan Bernilai RM70 Juta", "Sementara itu, merujuk kepada dokumen prospektus yang dipaparkan di laman sesawang pasukan Kedah, bajet untuk membina stadium baharu itu pula sekitar RM70 juta."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218739/", "headline": "\nSukan Komanwel: Malaysia Singkir Tuan Rumah, Mara Ke Final Badminton Berpasukan Campuran\n", "content": ["Skuad Malaysia berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir badminton berpasukan bercampuran dalam temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.", "Kejayaan itu dicapai dengan menumpaskan skuad tuan rumah, England dengan keputusan 3-0 di peringkat separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi.", "Dalam pertarungan tersebut, kemenangan pertama berhasil diraih oleh gandingan campuran Chan Peng Soon dan Cheah Yee See. ", "Mereka berhasil menumpaskan pasangan yang menghuni ranking ke-11 dunia, Marcus Ellis dan Lauren Smith menerusi tiga set permainan yang berkesudahan 12-21, 21-18 dan 21-13.", "RESULTS: #Birmingham2022 SF#MAS🇲🇾 3-0 #ENG ", "Aaron Chia-Soh Wooi Yik def. Ben Lane-Sean Vendy 21-17 21-18#DemiMalaysia#BadmintonMalaysia pic.twitter.com/ZaZRHFz1eC", "— BAM (@BA_Malaysia) August 1, 2022", "Selepas itu, perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang turun pada perlawanan kedua mengekalkan rentak kemenangan Malaysia dengan menumpaskan Toby Penty secara “straight set”. ", "Pemain berusia 29 tahun yang berada di ranking ke-55 dunia ini tumpas di tangan Tze Yong dengan skor 21-13 dan 21-14.", "Perlawanan terakhir pula melibatkan pertarungan antara beregu lelaki. Malaysia yang mempertaruhkan gandingan no.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak mempunyai masalah besar untuk mengesahkan kemaraan buat skuad negara.", "Lawannya, penghuni ranking ke-19 dunia, Ben Lane dan Sean Vendy tumpas secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-18.", "Dalam perlawanan akhir kelak, Malaysia akan bertemu samada India atau negara seberang tambak, Singapura bagi merebut kilauan emas atau perak dalam acara badminton berpasukan.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113337/", "headline": "\nBarcelona Ucap Terima Kasih & Selamat Maju Jaya Kepada Ronald Koeman\n", "content": ["Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona mengumumkan ‘memecat’ ketua jurulatihnya, Ronald Koeman menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, pada hari ini.", "Difahamkan, presiden kelab terbabit, Joan Laporta telah memberitahu Koeman mengenai pemecatan tersebut selepas Barcelona tumpas 0-1 kepada Rayo Vallecano hasil jaringan Radamel Falcao, semalam.", "Baca: Pernah Dikaitkan Dengan JDT, Falcao Pilih Kembali Ke Saingan La Liga Sertai Rayo Vallecano", "Sebelum itu, Barcelona yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Belanda ini mengalami kekalahan di tangan musuh tradisi, Real Madrid di halaman sendiri.", "Secara keseluruhannya, daripada 10 perlawanan yang telah diharungi dalam saingan La Liga musim ini, skuad Blaugrana hanya meraih 4 kemenangan sambil merekodkan 3 seri dan 3 kekalahan. Hasilnya, mereka kini berada di tangga kesembilan dalam carta La Liga.", "Menerusi kenyataan pemecatan yang dikeluarkan, pihak kelab menulis, “FC Barcelona mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang diberikannya dan selamat maju jaya untuk kariernya.”", "Sebagai rekod, Koeman dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan berpangkalan di wilayah Catalan ini pada Ogos 2020 dengan kontrak selama dua tahun iaitu sehingga Jun 2022.", "Featured Image: Everton Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110656/", "headline": "\nPenyerang Terengganu II Pernah Berlatih Bersama Akademi Marseille Hampir 2 Tahun\n", "content": ["Siapa sangka penyerang handalan Terengganu II, Jordan Mintah pernah menjalani latihan di akademi milik pasukan bola sepak terkenal di Perancis iaitu Olympique de Marseille.", "Jordan yang telah mengumpul 15 gol dalam kedua-dua saingan Liga Super dan Liga Premier setakat ini berkata dia terbang ke negara berkenaan untuk menyertai akademi tersebut di usia 12 tahun.", "Bagaimanapun, hasratnya untuk mengembangkan karier di Perancis tidak dapat diteruskan disebabkan berlaku salah faham bersama ejen yang membawanya ke sana. ", "Oleh demikian, pada usia 14 tahun, Jordan terpaksa membuat keputusan untuk pulang negara kelahirannya, Ghana. ", "Karier bola sepak profesionalnya hadir selang 3 tahun kemudian dengan menyertai Medeama Sporting Club atau dahulunya dikenali sebagai Kessben FC yang berpangkalan di Ghana.", "“Satu sisi yang orang ramai tidak tahu mengenai saya, Filipina bukanlah negara luar pertama yang saya berhijrah untuk bermain bola tetapi pada tahun 2010, saya pernah ditawarkan ke akademi bola sepak Marseille.", "“Bagaimanapun, saya hanya berkesempatan berlatih di akademi sana selama setahun enam bulan tetapi ada masalah dengan ejen selepas detik itu ekoran masalah kewangan dan buat keputusan balik ke Ghana.", "“Selepas dua musim bermain di liga tempatan, saya berhijrah ke Filipina pada umur 19 tahun pada tahun 2014 dan beraksi di sana selama enam musim,” katanya.", "Untuk makluman, di pasukan pertama yang disertai oleh Jordan di luar negara ialah Stallion Laguna FC daripada tahun 2014 sehingga 2017. Usia yang muda iaitu 19 tahun tidak menghalangnya untuk menyahut cabaran jauh dari tanah kelahirannya.", "Selepas empat musim beraksi bersama Stallion Laguna, dia berhijrah ke pasukan Kaya FC dan beraksi bersama pasukan ini sehingga tahun 2019.", "With 31 goals in 24 matches, Jordan Mintah finished as the 2019 @WeArePFL top scorer! An incredible achievement. Congratulations @MJ14583194, your entire #KayaFamily is extremely proud! #UnaKaya pic.twitter.com/183gapihfC", "Pada musim 2019, statusnya sebagai penjaring terbanyak Liga Filipina dengan rekod 31 gol telah menarik minat barisan kejurulatihan Terengganu II untuk mendapatkan khidmatnya bagi mengharungi saingan Liga Premier 2020.", "Awal musim lalu, Jordan sempat menjadi taruhan skuad utama Terengganu di bahagian serangan bagi menggantikan David Da Silva yang ditimpa kecederaan untuk beraksi dalam saingan Liga Super."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214566/", "headline": "\nSri Pahang Ulang Skrip 2021, Lantik Dollah Sebagai Pengurus\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur iaitu Sri Pahang FC nampaknya mengulangi skrip pada tahun 2021 dengan melantik kembali Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan pada tahun ini.", "Perlantikan bekas ketua jurulatih berusia 58 tahun ini sebagai pengurus skuad Tok Gajah itu diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh Sri Pahang, semalam.", "Sementara itu, posisi ketua jurulatih diberikan kepada jurulatih kelahiran Perancis, Christophe Gamel yang berusia 49 tahun. Gamel yang pernah melatih skuad kebangsaan Fiji ini bukan asing buat skuad Tok Gajah kerana telah berkhidmat sebagai penolong jurulatih dan ketua jurulatih skuad Piala Presiden pada musim lalu.", "Untuk pengetahuan semua, perkara yang sama telah dilakukan oleh Sri Pahang pada tahun lalu dengan melantik Dollah sebagai pengurus setelah melantik Thomas Dooley sebagai ketua jurulatih yang baharu.", "Bagaimanapun, selepas tewas dalam dua perlawanan, Thomas ‘direhatkan’ oleh pihak pengurusan dan Dollah kembali diberikan peranan sebagai ketua jurulatih sehingga tamat musim 2021.", "Adakah ‘skrip’ perlantikan semula Dollah akan turut berulang pada tahun 2022 ini? Sama-sama kita nantikan.", "Featured Image: Sri Pahang FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114080/", "headline": "\nJelajah Akhir BWF: Pearly-Thinaah Kejutkan Beregu Thailand Pilihan No.1 Kejohanan\n", "content": ["Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan bermula dengan langkah kiri apabila tewas pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A di kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF, semalam.", "Bagaimanapun, pasangan yang menghuni ranking ke-17 dunia ini mencipta kejutan menewaskan pasangan Thailand yang diletakkan sebagai pilihan pertama untuk menjuarai kejohanan ini iaitu Jongkolphan Kititharakul dan Rawinda Prajongjai pada perlawanan kedua, hari ini.", "HSBC BWF World Tour Finals 2021(New dates)WD – Round 2 🇲🇾Pearly TAN🏅23 21 🇲🇾Muralitharan THINAAH🏅21 14 🇹🇭Jongkolphan KITITHARAKUL 🇹🇭Rawinda PRAJONGJAI🕗 in 59 minutes https://t.co/9INSlfih0L", "Lebih manis, kemenangan ini diraih oleh Pearly-Thinaah secara ‘straight set’ dengan skor 23-21 dan 21-14 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam.", "Kemenangan ini turut menjadikan beregu wanita utama negara ini merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas beregu Thailand yang menghuni tangga ke-9 dunia pada ketika ini. Kemenangan pertama diraih oleh Pearly-Thinaah ke atas pasangan ini adalah ketika berentap di kejohanan All England 2021, bulan Mac lalu.", "Misi wajib menang buat Pearly-Thinaah esok! 🏸🇲🇾Kedudukan terkini HSBC BWF World Tour Finals – Beregu Wanita – Kumpulan APerlawanan seterusnya:Jumaat, 3 Disember🇲🇾 Pearly Tan-M. Thinaah vs 🇮🇩 Greysia Polii-Apriyani Rahayu#BWFWorldTourFinals2021 pic.twitter.com/988Vi7rfd6", "Kemenangan yang diraih pada hari ini sedikit sebanyak mencerahkan peluang Pearly-Thinaah untuk melangkah ke peringkat separuh akhir. Namun, untuk mara, mereka perlu menewaskan beregu Indonesia merangkap pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu, pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.", "Dijangka perlawanan melibatkan Pearly-Thinaah menentang Greysia-Apriyani ini akan berlangsung bermula jam 11.40 pagi, esok.", "Berdasarkan rekod, kedua-dua pasangan ini telah bertemu sebanyak empat kali, dan kesemuanya dimenangi 100% oleh pasangan Indonesia yang menghuni ranking ke-6 dunia ini. Mampukah mereka melakukan kejutan ke atas Greysia-Apriyani? Sama-sama kita nantikan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219488/", "headline": "\nSiri Antarabangsa Remaja Malaysia: Pilihan Pertama, Justin Hoh Mara Ke Suku Akhir\n", "content": ["Perseorangan muda negara yang diletakkan sebagai pilihan pertama. Justin Hoh untuk menjuarai saingan Siri Antarabangsa Remaja Malaysia berhasil melayakkan diri ke peringkat suku akhir.", "Kemaraan itu dilakar selepas berjaya menundukkan rakan senegara, Aaron Tai secara “straight set” 21-16 dan 21-12 dalam tempoh 46 minit permainan di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Sebelum itu, Justin yang merupakan pemain No.2 remaja dunia berhasil menumpaskan seorang lagi rakan senegara, Tan Zhi Yang dan pemain Indonesia, Michael Daniel Royce Karamoy di Pusingan 32 dan 64 masing-masing.", "Sementara itu, Justin akan bertemu pemain Jepun, Daigo Tanioka di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari esok.", "Pemain dari negara matahari terbit itu mara ke peringkat yang sama selepas mengalahkan pemain Thailand, Adisak Prasertphetmanee juga secara “straight set” dengan pungutan mata 21-11 dan 21-3 dalam tempoh masa 38 minit.", "Berdasarkan rekod, Justin dan Daigo belum pernah berentap dalam mana-mana kejohanan sebelum ini. Ianya akan menjadi pertemuan sulung melibatkan kedua-dua pemain.", "Sebagai rekod, sepanjang tahun 2022 ini, Justin telah merangkul tiga kejuaraan iaitu saingan Antarabangsa Bonn, Terbuka Croatia dan Siri Antarabangsa Remaja India.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322113/", "headline": "\nRomel, Endrick & Arif Bantu JDT Raih Kemenangan Kedua Liga Super\n", "content": ["Pasukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Super 2023.", "Skuad berjulukan Harimau Selatan merakamkan kemenangan kedua berkenaan ketika turun menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada hari ini.", "Kemenangan skuad bimbingan Esteban Solari itu hasil sumbangan jaringan Endrick dos Santosdan Arif Aiman pada minit ke-51 dan ke-90’+1 masing-masing.", "Pemain skuad The City Boys turut menyumbang kepada kemenangan JDT apabila melakukan jaringan sendiri pada minit ke-42.", "Ketika pengadil bertugas, Mohd Fusser Mad Sallih meniup wisel menamatkan permainan, perlawanan yang disaksikan oleh 6,847 orang di stadium berakhir dengan keputusan 3-0.", "Terdahulu, JDT berhasil merakamkan kemenangan sulung serta mengutip tiga mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini dengan menumpaskan Terengganu FC di laman sendiri, Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Jumaat lalu.", "Untuk perlawanan berikutnya, JDT akan turun ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi menentang Negeri Sembilan FC.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214959/", "headline": "\nSyed Modi 2022: June Wei Jadi Wakil Tunggal Perseorangan Lelaki Di Suku Akhir\n", "content": ["Pemain perseorangan bebas (independent) negara, Cheam June Wei menjadi wakil tunggal negara dalam kategorinya yang mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022.", "Pemain yang menghuni ranking 72 dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Kaushal Dharmamer yang berada di ranking 145.", "Syed Modi India International 2022MS – Round of 1621 21 🇲🇾June Wei CHEAM🏅16 13 🇮🇳Kaushal DHARMAMER🕗 in 37 minutes https://t.co/bQtAfQ6MWB", "June Wei berhasil menewaskan lawannya ini secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-16 dan 21-13 dalam tempoh menghampiri 40 minit permainan, sebentar tadi. ", "Kemaraan ini membawa pemain berusia 24 tahun ini bertemu pemain Perancis, Lucas Claerbout yang berada ranking 74 dunia di peringkat suku akhir nanti.", "Untuk makluman semua, pertembungan June Wei dan Lucas pada hari esok menjadi yang pertama buat kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323715/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Andre Pastikan Malaysia Pungut Emas Ke-5 Berturut-Turut Acara Lompat Kijang\n", "content": ["Atlet kelahiran Sabah, Andre Anura memastikan Kontinjen Malaysia kini memungut pingat emas buat kali kelima berturut-turut dalam acara lompat kijang kategori lelaki di pentas Sukan SEA sejak edisi 2015.", "Atlet berketinggian 1.69 meter (m) yang bakal menjengah usia 24 tahun ini memastikan perkara berkenaan apabila lompatannya sejauh 16.06m dalam acara tersebut tidak dapat diatasi oleh peserta-peserta lain sekaligus membutirkan pingat emas Sukan SEA 2023 Kemboja kepadanya, semalam.", "A post shared by Olympic Council of Malaysia (@olympicmas)", "Bukan itu sahaja, kemenangan ini sekaligus menyaksikan Andre mempertahankan kilauan emas yang dimenanginya dalam acara yang sama pada Sukan SEA edisi lalu di Vietnam. ", "Sementara itu, pingat perak dan gangsa pula dibawa pulang oleh dua atlet Filipina iaitu Ronne Auxilio Malipay dan Mark Harry Aloto Diones dengan rekod lompatan sejauh 15.74m dan 15.70m masing-masing. ", "Untuk makluman, acara lompat kijang pada Sukan SEA pada tiga edisi sebelumnya iaitu 2015, 2017 dan 2019 menyaksikan Kontinjen Malaysia memungut pingat emas menerusi Muhammad Hakimi Ismail.", "Featured Image: Fong Wan Hor – Olympic Council of Malaysia (OCM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112760/", "headline": "\nPemain Kacukan Natxo Insa Lanjut Kontrak Selama Setahun Lagi Bersama JDT\n", "content": ["Pemain kacukan yang pernah membuat penampilan sebanyak satu kali bersama skuad kebangsaan iaitu Natxo Insa akan kekal beraksi bersama pasukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekurang-kurangnya bagi tempoh setahun lagi.", "Pemain tengah berusia 35 tahun ini telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2022 sepertimana dimaklumkan oleh pelbagai platform media sosial skuad yang mendapat julukan Harimau Selatan itu, pada hari ini.", "Majlis menandatangani lanjutan kontrak selama setahun oleh Natxo itu turut disaksikan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards sambil ditemani oleh Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora yang dilangsungkan di Ibu Pejabat JDT.", "Artikel Berkaitan: Pertahanan Shane Lowry Bersetuju Kekal Bersama JDT Sehingga Umur 34 Tahun", "Untuk makluman semua, Natxo lahir di Sepanyol namun mempunyai pertalian darah menerusi neneknya mula menyertai JDT pada pertengahan tahun 2017. ", "Ini bermakna, Natxo akan memasuki tahun keenam beraksi bersama kelab gergasi bola sepak Malaysia pada tahun hadapan.", "Sepanjang beraksi bersama JDT, Natxo meraih pelbagai kejuaraan seperti lima kali juara Liga Super, empat kali juara Piala Sumbangsih dan dua kali juara Piala Malaysia.", "Artikel Berkaitan: Mekanisme & Tujuan Pengambilan Pemain Kacukan, Warisan, Naturalisasi Oleh FAM", "Sebagai tambahan, sebelum menyertai JDT, Natxo yang memulakan kariernya pada tahun 2006 banyak berkelana dalam saingan Liga Sepanyol dengan menyertai kelab seperti Valencia, Villarreal, Celta dan lain-lain lagi. ", "Sepanjang 2006 hingga 2017, Natxo hanya beraksi selama setahun sahaja di luar negaranya dengan menyertai kelab berpangkalan di Liga Turki iaitu Antalyaspor pada saingan musim 2013-14.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323670/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Malaysia Terlepas Pingat Emas Acara Sepak Takraw Regu Berpasukan\n", "content": ["Pasukan regu sepak takraw Malaysia terlepas peluang untuk meraih pingat emas selepas tewas kepada juara bertahan, Thailand dalam aksi pertama acara regu berpasukan dengan keputusan 1-2.", "Kekalahan itu menyaksikan skuad negara perlu menewaskan tuan rumah, Kemboja dalam aksi terakhir acara regu berpasukan bagi memastikan pingat perak menjadi milik Malaysia. ", "Dalam perlawanan tersebut, Regu A negara yang diwakili Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) bangkit selepas tewas pada set pertama dengan skor 13-21, 21-17 dan 21-18.", "Namun, Regu B Malaysia yang menampilkan gandingan Meor Zulfikar (tekong), Aidil Aiman (apit kiri) dan Afifuddin Razali (apit kanan) pula tidak dapat mengekalkan konsistensi kemenangan – tumpas dengan skor 25-24, 15-21 dan 14-21.", "Gandingan Haziq Hairul Nizam (tekong), Norfaizzul Razak (apit kiri) dan Noraizat Nordin (apit kanan) pula menjadi mangsa kebangkitan Thailand yang menang ‘straight set’ dengan keputusan 8-21 dan 12-21.", "Hanya kemenangan menentang Kemboja dapat memastikan skuad regu berpasukan negara mengulangi pencapaian pingat perak seperti di Vietnam tahun lalu.", "Sebagai rekod, Malaysia terpaksa akur memungut pingat perak bagi acara yang sama selepas tewas pada aksi pertama menentang Thailand sebelum bangkit menewaskan Vietnam dan Kemboja di temasya Sukan SEA 2021.", "Untuk makluman, penganjuran acara regu berpasukan tidak dibatalkan biarpun hanya tiga negara yang terlibat; Thailand, Malaysia dan Kemboja bagi menghargai titik peluh pemain dan pengurusan dan berlangsung dalam format liga satu pusingan (single round robin).", "Featured Image: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322464/", "headline": "\nSewa Atau Beli Fasiliti Latihan Sedia Ada Jadi Pelan Jangka Pendek KL City\n", "content": ["Pemilik Kuala Lumpur City FC, Noor Azri Noor Azerai sudah mempunyai perancangan bagi menyelesaikan isu pusat latihan yang melanda skuadnya sepertimana didedahkan media, baru-baru ini.", "Bercakap kepada Flash Sukan, Azri yang mengetuai Rinani Group mengambil alih skuad berjulukan The City Boys pada Februari lalu telah menyediakan pelan jangka pendek serta panjang terhadap perkara terbabit.", "“Berkaitan pusat latihan kami mempunyai pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang yang akan diusahakan dalam masa terdekat dengan pelan jangka pendek lebih tertumpu kepada penyewaan atau pembelian fasiliti latihan sedia ada di Kuala Lumpur.", "“Kami sudah bertemu dengan beberapa pihak yang mampu memberikan kami kemudahan pusat latihan dan ini adalah pelan jangka pendek kami buat masa ini disamping pelan jangka panjang.", "“Pelan jangka panjang kami adalah untuk membina sendiri pusat latihan yang lengkap dan ini mungkin mengambil masa sehingga dua tahun dan perkara ini adalah antara agenda utama kami dalam hal berkaitan bola sepak untuk kemajuan KL City,” kata ahli perniagaan dan korporat muda ini seperti dipetik daripada portal terbabit.", "Baru-baru ini, Astro Arena melaporkan skuad yang menjuarai Piala Malaysia 2021 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 ini menjadi gelandangan dengan tidak mempunyai tempat latihan sendiri di Lembah Klang serta kemudahan lengkap.", "Home of the AFC Cup finalist. Futuristic Eco Center 😊@ASTROARENA pic.twitter.com/h9W5a1s1YK", "— FinaNasrom (@fnasrom) March 10, 2023", "Featured Image: Kuala Lumpur City"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217963/", "headline": "\nTerbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Singkir Juara Asia 2022\n", "content": ["Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memastikan tiket ke pentas separuh akhir Terbuka Indonesia 2022 – Jelajah Dunia Super 1000 BWF – menjadi milik mereka.", "Kemaraan itu itu berhasil diraih selepas Aaron-Wooi Yik mengalahkan wakil tuan rumah, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Rambitan di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking ketujuh dunia mengalahkan pasangan tersebut menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 14-21, 21-12 dan 22-20 dalam tempoh masa menghampiri satu jam permainan.", "EAST VENTURES Indonesia Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅14 21 22 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅21 12 20 🇮🇩Pramudya KUSUMAWARDANA 🇮🇩Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN", "🕗 in 55 minutes https://t.co/ADUbrVPOu8", "— BWFScore (@BWFScore) June 17, 2022", "Bagaimanapun, di akhir set ketiga pertarungan terbabit, Aaron-Wooi Yik mudah mengesahkan kemenangan apabila Yeremia mengalami kecederaan yang agak serius. ", "Ketika itu, kedudukan mata adalah 18-20. Namun begitu, pasangan tersebut tidak mahu menarik diri daripada perlawanan terbabit dan bermain sehingga ke penghujungnya dan akur kepada kekalahan di tangan beregu negara.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pertemuan kedua melibatkan kedua-dua pasangan dari Malaysia dan Indonesia ini di pentas antarabangsa.", "Pertembungan pertama melibatkan kedua-dua pasangan ini berlangsung di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 pada awal Mei lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Pramudya-Yeremia.", "Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir akan menantikan saingan samada daripada sepasang lagi beregu Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto (ranking ke-6) atau beregu China, Chen Liu Yen-Ou Xuan Yi (ranking ke-75)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111614/", "headline": "\nPahang Rangers Lancar Jersi Home & Away Baharu Keluaran Kelme\n", "content": ["Pasukan futsal yang berpangkalan di Kuantan, Pahang Rangers melancarkan jersi home dan away baharu untuk mengharungi saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021.", "Perkara tersebut diumumkan menerusi pelbagai platform media sosial milik pasukan hujung bulan lalu (home) dan pada hari ini (away).", "A closer look at our Home Kit. ⚫⚪ With its monochrome colour scheme and black ribbed crewneck, this home jersey takes inspiration from the main colours of the emblem as well as the famous Pahang flag. Available on our online store, from 30.07, in S – 3XL , for just RM99.00 . pic.twitter.com/4ZGH0LrBRU", "Menariknya, jersi pasukan futsal yang diterajui oleh YAM Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada kali menampilkan penaja baharu yang merupakan pengeluar pakaian sukan yang tidak asing dalam dunia futsal iaitu Kelme.", "Bercakap mengenai jersi home baharu mereka, ia didatangkan dengan warna baharu iaitu hitam dan disulami dengan tema monochrome dengan mengambil inspirasi warna utama logo kelab dan warna bendera Pahang.", "🔵🟡 PAST MEETS PRESENT ⚫⚪Introducing Pahang Rangers 2021 Away Kit.Inspired by the iconic jerseys in the late 90's and the traditional colours of Pahang football team, combined with the flairs and pace of the futsal game, this away kit brings out the best of both worlds. pic.twitter.com/wEHgKaAXCq", "Sementara itu, bagi jersi away, ianya hadir dengan warna putih dan dikemaskan dengan rekaan minimal warna biru, kuning dan hitam.", "Selain itu, jersi baharu ini turut menampilkan penaja utama baharu di bahagian hadapan iaitu SGMB Group – sebuah syarikat berasal dari asas penerokaan dan perlombongan mineral, dan juga terlibat dalam pertanian secara bio dinamik dan organik, pemuliharaan hutan, pembangunan dan bidang kesihatan.", "⚫⚪ Selamanya Tok Gajah !📸 by @DigitalBoneTV pic.twitter.com/a02yr4a060", "Bagi yang berminat dengan jersi ini, anda boleh mendapatkannya menerusi laman sesawang kedai atas talian milik kelab iaitu www.pahangrangers.com/shop. Harga jersi ini ditawarkan bermula dengan RM99 sehelai.", "Bagi jersi away, ianya akan mula dijual bermula 15 Ogos kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208419/", "headline": "\nAnugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 Tetap Diadakan Mengikut Norma Baharu\n", "content": ["Malaysia Football League (MFL) mengesahkan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2020 tetap diadakan biarpun saingan Liga Malaysia musim ini hanya membabitkan saingan Liga Super dan Liga Premier.", "Mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang masih melanda negara saat ini, MFL bakal melangsungkan ABK 2020 tersebut mengikut norma baharu. ", "Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu laporan akhbar tempatan baru-baru ini. ", "“Kita tetap akan adakan tahun ini. Cuma beberapa anugerah kita akan kurangkan mengikut kesesuaian semasa.", "“Ia (ABK) masih di peringkat perbincangan dan kita akan ketahui selewat-lewatnya minggu depan mengenai perubahan dan tarikh sebenar ABK,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "ABK19 yang lalu menyaksikan lebih daripada 25 kategori anugerah dipertandingkan.", "Antara anugerah yang menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak tempatan pastinya Pemain Paling Bernilai (MVP), Penyerang Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Pertahanan Terbaik, Penjaga Gol Terbaik dan Jurulatih Terbaik.", "Featured Image: Johor Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202321899/", "headline": "\nLegenda Inter Bakal Lawat Pusat Latihan JDT & Tonton Aksi Perlawanan Sumbangsih\n", "content": ["Pemain legenda Inter Milan dan skuad kebangsaan Argentina, Javier Zanetti menjadi salah seorang tetamu istimewa yang akan turun menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), pada Jumaat hadapan.", "Kehadiran bekas pertahanan yang pernah merangkul trofi Liga Juara-Juara UEFA 2009/10 dan lima kejuaraan Serie A serta pelbagai kejuaraan lain disahkan sendiri oleh pihak JDT menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "JDT TO RECEIVE SPECIAL GUESTS FOR CHARITY CUP MATCH ON FEBRUARY 24", "Johor Darul Ta'zim FC (JDT) will welcome Inter Milan Vice President and former Argentina international Javier Zanetti next weekend.", "— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 16, 2023", "Difahamkan, Zanetti yang kini berperanan sebagai Naib Presiden Inter Milan bukanlah satu-satunya tetamu istimewa pada Perlawanan Sumbangsih tersebut. Ianya akan turut dihadiri ejen bola sepak terkenal, Morris Pagniello serta Bendahari Persekutuan Judo Antarabangsa, Naser Al Tamimi.", "Selain menonton aksi Perlawanan Sumbangsih, para tetamu istimewa akan turut  mengunjungi Pusat Latihan JDT.", "JDT yang seperti kita sedia maklum dimiliki oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) melihat lawatan daripada para tetamu istimewa ini bertindak sebagai peluang untuk melakukan kerjasama antarabangsa dengan rakan-rakan kongsi ternama dari seluruh dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208116/", "headline": "\nAnsu Fati Terpaksa Jalani Pembedahan Lutut Dan Berkemungkinan Berehat Panjang\n", "content": ["Pemain muda FC Barcelona, Ansu Fati terpaksa menjalani pembedahan di lutut kirinya ekoran ditimpa kecederaan ketika aksi La Liga.", "Pemain berusia 18 tahun itu dilaporkan mengalami koyak meniscus ketika Barcelona menumpaskan Real Betis 5-2 di Stadium Nou Camp, sabtu lalu.", "LATEST NEWS❗@ANSUFATI will be operated on this Monday➕ INFO 👉 https://t.co/paB16oEvUG pic.twitter.com/1PLXCYGPjY", "Menurut makluman rasmi kelab, Ansu Fati akan menjalani pembedahan oleh Dr. Ramon Cugat di turut dipantau secara rapi oleh unit perubatan kelab.", "Sejurus sahaja selesai pembedahan ini, Barcelona akan memaklumkan hasil pembedahan dan masa yang akan diambil oleh pemain ini untuk pulih seperti sediakala.", "Untuk rekod, pemain kelahiran Guinea-Bissau ini telah membuat 10 penampilan di mana tujuh daripadanya dalam saingan La Liga dan tiga dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL).", "Selain itu, Ansu telah merekodkan lima gol dan dua bantuan gol."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208414/", "headline": "\nLee Tuck: TFC Nak Cuba ‘Ramuan’ Baharu, Saya Tiada Dalam Perancangan Mereka\n", "content": ["Pemain tengah, Lee Tuck dengan nada hiba mengumumkan meninggalkan pasukannya, Terengganu Football Club (TFC). ", "Pengumuman penuh mengejutkan itu dibuat menerusi laman sosial Instagram miliknya, pada hari ini.", "Menurut Lee Tuck yang juga kapten pasukan berkata TFC berhasrat mencuba gandingan baharu untuk memastikan skuad kendalian Nafuzi Zain itu dapat tampil lebih maju ke hadapan.", "Malang sekali apabila nama Lee Tuck tidak termasuk dalam perancangan baharu TFC tersebut untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC yang akan bermula pada tahun hadapan.", "Unfortunately this is the end for me. Goodbye Terengganu. Thank you for the memories. Thank you to all the fans for the love and support. It’s been special @FCTerengganu pic.twitter.com/VEjB4KTyDY", "“Saya dengan dukacitanya mengumumkan perjalanan saya bersama pasukan telah tamat. Malangnya saya terpaksa berpisah dengan TFC” tulisnya memulakan bicara dalam hantaran di laman sosialnya.", "“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerja bersama-sama saya pada masa lepas dan masa sekarang pengurusan, staf, pemain, jurulatih dan semua orang di belakang tabir yang telah membantu kelab dan diri saya.", "“Saya sangat berbangga bekerja bersama-sama anda semua untuk mencapai sasaran bagi menjadikan kelab ini lebih baik.” tulis Lee Tuck lagi. ", "Di penghujung hantaran tersebut Lee Tuck turut menyematkan tinta buat para penyokong dan rakyat Terengganu kerana meraikannya sejak dirinya tiba di bumi bertuah tersebut.", "Untuk makluman, Lee Tuck telah beraksi bersama skuad pantai timur tersebut sejak daripada musim 2018.", "Dia dibawa masuk oleh bekas jurulatih, Irfan Bakti pada penghujung tahun 2017 daripada pasukan Negeri Sembilan.", "Antara pencapaian terbaik pemain berusia 32 tahun ini bersama TFC adalah naib juara Piala Malaysia 2018 dan meraih tempat ketiga Liga Super 2020.", "Menjadi persoalan pada masa ini adalah kemana hala tuju pemain kelahiran Halifax, England yang pernah merangkul Anugerah Pemain Paling Popular ABK18 ini setelah mengumumkan meninggalkan TFC. ", "Featured Image: Terengganu Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322920/", "headline": "\nOrleans Masters: Tang Jie-Ee Wei Rangkul Kejuaraan Sulung Jelajah Dunia\n", "content": ["Selepas empat bulan bergandingan bersama, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya menghadirkan kejuaraan sulung dalam saingan Jelajah Dunia BWF.", "Kejuaraan itu hadir setelah pasangan berusia 25 dan 22 tahun masing-masing ini menjuarai saingan Orleans Masters yang bertaraf Super 300.", "Ianya hasil Tang Jie-Ee Wei melakar kemenangan ke atas beregu No.1 Taiwan, Ye Hong Wei dan Lee Chia Hsin dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada petang tadi, waktu Malaysia.", "Orléans Masters Badminton 2023 presented by VICTORXD – Final 🇲🇾CHEN Tang Jie🏅21 21 🇲🇾TOH Ee Wei🏅 YE Hong Wei19 17 LEE Chia Hsin", "— BWFScore (@BWFScore) April 9, 2023", "Lebih manis, pasangan negara ini menggapai kemenangan dengan skor “straight set” iaitu 21-19 dan 21-17 dalam tempoh sekitar setengah jam sahaja permainan sahaja.", "Kemenangan ini turut membolehkan Tang Jie-Ee Wei membawa pulang wang tunai bernilai AS$18,960 atau bersamaan sekitar RM83,490 serta pungutan mata sebanyak 7,000 untuk pengiraan ranking dunia.", "Sebagai tambahan, ini merupakan kejuaraan ketiga diraih Tang Jie-Ee Wei selepas menjulang kejuaraan Cabaran Antarabangsa Iran Fajr pada Februari lalu dan Cabaran Antarabangsa Bangladesh tahun lalu. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202221164/", "headline": "\nBek Tengah Skuad Kebangsaan, Khuzaimi Piee Sertai Selangor FC\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC memperkukuhkan lagi barisan pertahanannya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 dengan mendatangkan khidmat bek tengah skuad kebangsaan, Khuzaimi Piee.", "Pertahanan berusia 29 tahun itu disahkan menyertai skuad berjulukan Red Giants bimbingan Tan Cheng Hoe selepas diumumkan di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, pada hari ini.", "👋 Welcome to Selangor FC, Khuzaimi! 🔴🟡#MKLK pic.twitter.com/2lQMhd7DOo", "— Selangor FC (@selangorfc) December 20, 2022", "Musim 2019 menyaksikan Khuzaimi melalui musim yang agak cemerlang dalam karier bola sepaknya selepas membantu Negeri Sembilan FC menamatkan saingan Liga Super 2022 di tempat keempat – pencapaian terbaik pernah diraih skuad berjulukan Hoben Jang Hoben selepas 14 tahun.", "Sebagai tambahan, ini merupakan pemain baharu yang kedua menyertai Selangor pada jendela perpindahan pada kali ini.", "Dua hari lalu, Selangor telah mengikat pemain baharunya yang pertama iaitu V. Ruventhiran, bekas pemain Petaling Jaya City FC (PJ City), yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan, Harimau Malaya.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218425/", "headline": "\nTerbuka Singapura: Tang Jie-Valeree Ke Suku Akhir Selepas Singkir Beregu Hong Kong \n", "content": ["Beregu campuran, Chen Tang Jie dan Valeree Siow menjadi wakil negara yang pertama mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Terbuka Singapura.", "Kemaraan tersebut disahkan selepas mereka berjaya menumpaskan pasangan Hong Kong yang menghuni ranking ke-88 dunia, Reginald Lee Chun Hei dan Ng Tsz Yau di Pusingan 16, sebentar tadi.", "Singapore Open 2022XD – Round of 16 🇲🇾Tang Jie CHEN🏅21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅13 7 🇭🇰Chun Hei Reginald LEE 🇭🇰Tsz Yau NG", "🕗 in 25 minutes https://t.co/s7dVPIimZ8", "— BWFScore (@BWFScore) July 14, 2022", "Dalam pertarungan tersebut, Tang Jie-Valeree merakamkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-13 dan 21-7 dalam tempoh 25 minit permainan sahaja.", "Sementara itu, di peringkat suku akhir nanti, Tang Jie-Valeree akan menantikan cabaran salah salah daripada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai (ranking No.2 dunia) atau Supak Jomkoh dan Supissara Paewsampran (ranking ke-20 dunia).", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207617/", "headline": "\nNidzam Jamil Belum Sedia Kemudi Pasukan Selangor\n", "content": ["Jurulatih muda dan berbakat, Nidzam Jamil mengakui belum bersedia untuk mengemudi pasukan Selangor bagi saingan Liga Super musim hadapan.", "Bekas pemain Selangor sekitar awal 2000-an ini merupakan nama yang disebut-sebut dalam kalangan peminat untuk menggantikan B. Satiananthan yang dipecat baru-baru ini.", "Bagaimanapun, Nidzam tidak mahu mengulas panjang mengenai ‘cakap-cakap’ tersebut kerana menghormati kontraknya bersama Felda United sehingga hujung musim ini.", "Pada masa yang sama, Nidzam beranggapan pasukan seperti Selangor layak mendapat bimbingan jurulatih yang jauh lebih berpengalaman berbanding dirinya yang masih baru.", "“Dalam era sekarang ini, orang boleh bercakap mengenai pelbagai perkara tetapi saya tidak nampak benda itu (ke Selangor) dalam masa terdekat. Karier saya masih lagi jauh dan saya baru berusia 40 tahun.", "“Saya sudah merasai naik turun dalam dunia bola sepak dan dalam bidang kejurulatihan ini, tidak ramai yang berdepan penyingkiran dan kekal dalam liga seperti yang sudah saya rasakan.", "“Apapun, saya mengharapkan lebih baik untuk tahun depan. Saya rasakan sebagai satu pasukan yang terkemuka, Selangor layak mendapat jurulatih yang lebih besar,” katanya seperti dipetik daripada Berita Harian.", "Walaupun mengemudi sebuah pasukan yang tidak berbelanja besar dan mempertaruhkan ramai pemain-pemain muda, Nidzam berjaya memimpin Felda United mengelakkan penyingkiran ke Liga Premier musim lepas.", "Nidzam gemar menerapkan strategi dan taktikal pasukannya mengikut lawan yang dihadapi menyebabkan dia dianggap sebagai seorang jurulatih muda yang genius sekaligus menarik perhatian peminat-peminat bola sepak tempatan.", "Bagaimanapun, rezeki tidak menyebelahi Nidzam untuk memastikan Felda United kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan setelah menamatkan saingan musim ini di tangga kesebelas.", "Untuk rekod, Nidzam memulakan kerjaya kejurulatihan bersama pasukan SPA FC sekitar tahun 2010 sebelum berhijrah mengemudi AirAsia FC dan skuad bola sepak universiti Malaysia ke Sukan Universiti 2017.", "Kemudiannya, Nidzam ke Felda United untuk menjadi penolong ketua jurulatih kepada B. Satiananthan. Pada tahun 2019, Nidzam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad The Fighters sehinggalah pada musim ini.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206421/", "headline": "\nJuventus Tawar Cristiano Ronaldo Kepada Barcelona\n", "content": ["Kelab berpangkalan di Kota Turin, Juventus dilaporkan mahu menawarkan khidmat Cristiano Ronaldo kepada FC Barcelona.", "Perkara itu didedahkan oleh seorang wartawan Sepanyol, Guillem Balague dalam satu siaran langsung rancangan Radio BBC dan dikongsikan melalui laman sosial twitter, awal pagi tadi.", "Pandemik Covid-19 yang melanda dunia juga memberikan impak kepada kedudukan kewangan Juventus dan perkara itu menjadi salah satu sebab mereka mahu melupakan khidmat mahal Ronaldo.", "Sebelum ini, pemain yang sinonim dengan jersi bernombor 7 ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan yang beraksi dalam saingan Ligue 1 iaitu Paris Saint-Germain (PSG).", "🗣 'Juventus wants to get rid of his wage, he's been offered everywhere including Barcelona' @GuillemBalague on the future of @Cristiano Ronaldo📲⚽ https://t.co/3CW3Ngo4mY pic.twitter.com/OB8W9XH5oz", "“Antara sebab Cristiano Ronaldo dikaitkan dengan PSG bukanlah kerana PSG mahukannya, ini kerana Jorge Mendes (ejen pemain) telah diberikan arahan untuk mencari pasukan (baharu) untuk Ronaldo.", "“Kami telah melihat (perkara) ini dalam enam bulan yang lepas. Real Madrid berkata, jangan harap! Dia tidak akan pulang. Pergi (berunding) dengan MLS (Liga Amerika) dan lain-lain.", "“(Ini) kerana Juventus mahu potong gaji (besar) itu. Dengan drastiknya. Dia telah ditawarkan kepada semua, termasuk Barcelona. Saya tidak pasti (samada) mereka dapat ‘buang’ dia dengan mudah.", "“Faktanya, dia masih menerima gaji bersih sebanyak 23 juta euro. Itu (jumlah) yang dia dapat di Real Madrid dan saya fikirkan dia mendapat bayaran yang sama apabila ke Juventus.", "“Siapa yang nak bayar gaji sebesar itu?” katanya.", "Untuk rekod, Ronaldo berhijrah ke Juventus pada julai 2018 dengan yuran perpindahan sebanyak 100 juta euro dan yuran tambahan sebanyak 12 juta euro. Penyerang skuad kebangsaan Portugal itu diikat kontrak selama empat tahun.", "Selama dua musim beraksi bersama skuad Old Lady, penyerang berusia 35 tahun ini telah memenangi dua kejuaraan Serie A dan Supercoppa Italiana."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220753/", "headline": "\nBelanjawan Selangor 2023: RM7 Juta Untuk Program Pembangunan Sukan – Cungkil Bakat Baharu \n", "content": ["Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari meletakkan satu objektif dalam bidang sukan iaitu Selangor Meneraju Kecemerlangan Sukan.", "Bagi mencapai objektif berkenaan, Amirudin mengumumkan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN Selangor) akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM7 juta.", "Jelasnya, program ini berupaya untuk mencungkil bakat-bakat baharu dari akar umbi secara menyeluruh dan melibatkan keseluruhan pemegang taruh ke arah mencapai objektif seperti dinyatakan di atas.", "Perkara ini diumumkan oleh Amirudin dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang bertemakan #KitaSelangor: Melonjak Kemajuan, Mengerat Perpaduan, Menjayakan Harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri membentangkan Belanjawan 2023 yang berjumlah RM2.45 bilion secara keseluruhan dengan menggariskan lima teras utama:", "Featured Image: Facebook Amirudin Shari"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323728/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Hon Jian-Yap Ling Singkir Wakil Tuan Rumah Dalam Masa 18 Minit\n", "content": ["Gandingan campuran Malaysia, Choong Hon Jian dan Yap Ling hanya memerlukan 18 minit sahaja untuk menundukkan atlet tuan rumah, Bun Srey Hong dan Heng Mengleap di temasya Sukan SEA 2023.", "Kemenangan mudah “straight set” 21-9 dan 21-8 ke atas gandingan Kemboja tersebut di Pusingan 16 itu sekaligus melayakkan gandingan negara ke peringkat suku akhir pada temasya kali ini. ", "Untuk makluman, Hon Jian-Yap Ling akan beraksi menentang beregu Thailand, Chasinee Korepap dan Ratchipol Makkasasithorn di peringkat seterusnya selepas mereka menewaskan gandingan Vietnam, Dinh Manh Tran-Thi Phuong Hong Dinh.", "Perlawanan kedua-dua beregu tersebut memperlihatkan aksi sengit yang ditampilkan atlet Thailand dan Vietnam berkesudahan dengan kemenangan “straight set” 21-18 dan 21-19 kepada wakil negara gajah putih itu. ", "Beregu campuran No.4 Thailand itu akan bertemu buat kali pertama dengan gandingan negara dan pemenang akan mara ke peringkat separuh akhir dalam misi mempertahankan emas yang dimenangi di Vietnam. ", "Terdahulu, dua gandingan negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Hoo Pang Roo-Cheah Yee See menghadiahkan pingat emas dan perak selepas kedua-dua beregu campuran Malaysia ini bertemu di pentas akhir pada edisi yang lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217498/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Hampir 15 Bulan Pearly-Thinaah Kemarau Kemaraan Ke Pentas Final\n", "content": ["Hampir 15 bulan lamanya beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kemarau kemaraan ke sebarang pentas akhir kejohanan badminton yang disertainya.", "Terbaru, kemarau itu berterusan buat pasangan yang menghuni ranking kesepuluh dunia ini apabila tumpas kepada beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida di peringkat separuh akhir saingan Terbuka Thailand, sebentar tadi.", "Dalam perlawanan tersebut, Pearly-Thinaah tumpas di tangan beregu yang menduduki ranking ketujuh dunia itu secara “straight set” dengan skor 17-21 dan 17-21 dalam tempoh 42 minit permainan.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022WD – Semi final 🇯🇵Nami MATSUYAMA🏅21 21 🇯🇵Chiharu SHIDA🏅17 17 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH", "🕗 in 42 minutes https://t.co/tRrAyCqJ7Z", "— BWFScore (@BWFScore) May 21, 2022", "Sebagai rekod, ini merupakan kali kelima Pearly-Thinah beraksi menentang Nami-Shida di pentas antarabangsa. Pada masa yang sama, ini juga merupakan kekalahan kelima yang terpaksa ditanggung oleh Pearly-Thinaah.", "Sementara itu, Nami-Shida yang berhasil mendapatkan tiket ke final akan berhadapan dengan beregu senegaranya, Mayu Matsumoto dan Wakana Nagahara untuk merebut kejuaraan di kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 BWF ini.", "Untuk makluman semua, kali terakhir Pearly-Thinaah menikmati pentas final adalah ketika turun beraksi di kejohanan Terbuka Swiss 2021 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – yang berlangsung pada 7 Mac pada tahun itu.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220677/", "headline": "\nFAM, Nike Perkenal Jersi Baharu Harimau Malaya – Harga RM299\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan memperagakan jersi ‘home’ dan ‘away’ yang baharu apabila turun beraksi dalam mana-mana perlawanan mahupun kejohanan antarabangsa selepas daripada saat ini.", "Ini selepas badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan syarikat jenama pakaian sukan dari Amerika Syarikat, Nike memperkenalkan jersi baharu untuk disarung pemain-pemain Harimau Malaya sepanjang tahun 2022 hingga 2024.", "Jersi ‘home’ edisi kali ini hadir dengan rekaan ringkas dan minimal serba kuning dengan bahagian kolar sahaja berwarna hitam.", "Manakala untuk jersi ‘away’ pula didatangkan dengan warna hitam yang dominan dan disertakan corak unik seakan-akan rekahan batuan pada bahagian badan.", "Majlis memperkenalkan jersi baharu ini diadakan di Football Republic Sunway Pyramid pada hari ini. Beberapa pemain skuad kebangsaan seperti Khuzaimi Piee, Ahmad Syihan dan V. Ruventhiran hadir bagi memperagakan jersi baharu itu.", "Ianya disempurnakan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin yang turut dihadiri oleh Pengarah Pemasaran Nike Asia Tenggara & India, Chris Madsen serta Pakar Pemasaran Sukan Nike Thailand & Malaysia, Jirawat Assavachompoonuch.", "Untuk makluman semua, jersi-jersi baharu ini akan digunakan oleh anak buah Kim Pan-gon bermula daripada dua perlawanan antarabangsa menentang Kemboja dan Maldive diikuti di saingan Piala AFF dan Piala Asia kelak. ", "Selain itu, ianya turut digunakan buat pelbagai lapisan skuad remaja, wanita, futsal dan bola sepak pantai.", "Bagi yang berminat, jersi ini sudah mula dijual secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara atas talian di www.nike.com/my dan Nike App.", "Ia akan disusuli dengan kedai-kedai terpilih Al-Ikhsan Sports dan Football Republic serta di laman sesawang www.al-ikhsan.com bermula Khamis hadapan, 24 November.", "Sebagai tambahan, kedua-dua jersi ini (fans issue) dijual pada harga RM299 sehelai."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216273/", "headline": "\nRanking BWF: Gandingan Yew Sin-Liu Ying Rekod Peningkatan Lebih 500 Anak Tangga\n", "content": ["Kemaraan ke Pusingan 16 dalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) pada minggu lalu memberikan peningkatan ranking yang mendadak kepada beregu campuran Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying.", "Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, beregu yang membentuk gandingan bermula awal tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 531 anak tangga sekaligus menduduki ranking ke-235 dunia, minggu ini.", "Sebagai rekod, Yew Sin-Liu Ying bermula dengan ranking ke-766 selepas daripada menyertai saingan Terbuka Jerman dua minggu yang lalu.", "Sementara itu, sepasang lagi beregu campuran negara yang turut meraih peningkatan adalah gandingan Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See. Mereka meraih peningkatan satu anak tangga yang menjadikan mereka menduduki ranking ke-22 dunia, minggu ini.", "Manakala untuk gandingan campuran yang lain seperti Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei dan Chan Peng Soon-Valeree Siow kekal di kedudukan ke-10, ke-13, ke-29 dan ke-200 dunia.", "Featured Image: Goh Liu Ying"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216267/", "headline": "\nRanking BWF: Kedudukan Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Izzuddin Menurun, Dipintas Beregu India & China\n", "content": ["Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mencatatkan penurunan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia pada minggu ini.", "Hasil daripada kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, beregu yang memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Olimpik 2020 kini menghuni ranking ke-8 dunia.", "Ini disebabkan mereka tersingkir di Pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 setelah tumpas kepada beregu China, He Ji Ting dan Tan Qiang, pada minggu lalu.", "Sementara itu, tempat ketujuh itu kini menjadi milik beregu India yang sedang meningkat naik, Satwiksairaj Rankireddy (21 tahun) dan Chirag Shetty (24 tahun) yang berhasil mara sehingga ke peringkat suku akhir All England.", "Manakala, kedudukan satu lagi beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang tersingkir di Pusingan 32 All England turut mengalami nasib yang sama.", "Pasangan yang menjuarai Terbuka Jerman, dua minggu lalu, kini menghuni ranking ke-18 dunia. Untuk makluman semua, kedudukan ke-17 yang dihuni Sze Fei-Izzuddin selama 13 minggu lalu menjadi milik Ji Ting-Tan Qiang yang menumpaskan mereka di Pusingan 32.", "Bagaimanapun, dua beregu negara yang lain, Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong dilihat meraih peningkatan dimana mereka kini berada di kedudukan ke-44 dan ke-89 dunia, minggu ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112549/", "headline": "\nPiala AFF 2020: Singapura Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kejohanan\n", "content": ["Teka-teki mengenai hos bagi kejohanan bola sepak dwitahunan asia tenggara iaitu Piala AFF Suzuki 2020 terjawab apabila negara seberang tambak, Singapura dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan tersebut.", "Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform laman sosial badan induk bola sepak negara berkenaan iaitu Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), pada hari ini.", "🏟 OFFICIAL: Singapore will be 𝐇𝐎𝐒𝐓𝐈𝐍𝐆 the @affsuzukicup 2020! 🇸🇬#ONESTRONG #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/kKD7rfiaxh", "Bagaimanapun, pengumuman ringkas oleh FAS itu tidak menyatakan stadium manakah yang akan menjadi venue bagi saingan peringkat Kumpulan A dan B serta perlawanan kalah mati yang akan dijalankan secara berpusat pada kali ini.", "Artikel Berkaitan: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos", "Besar kemungkinan ianya akan dilangsungkan di dua buah stadium iaitu Stadium Nasional dan Stadium Jalan Besar.", "Untuk makluman semua, kejohanan ini dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219012/", "headline": "\nEmpat Kelab Malaysia Boleh Beraksi Di Pentas Liga Juara-Juara AFC 2024\n", "content": ["Susulan kejayaan Kuala Lumpur City FC (KL City) mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN, empat kelab daripada saingan Liga Malaysia dapat beraksi di pentas elit asia, Liga Juara-Juara AFC (ACL) bermula musim 2024 kelak.", "Perkara itu dikongsikan oleh Footy Rankings – sebuah akaun media sosial yang memberikan perkembangan semasa mengenai ranking negara, kelab dan pertandingan di benua asia.", "This victory for Kuala Lumpur City worth 0.512 points for Malaysia, and also confirmed 🇲🇾 Malaysia's slots in ACL 2024-25 to 2+2. Congratulations! https://t.co/szYXjmt6T7", "— Footy Rankings (@FootyRankings) August 10, 2022", "Menurutnya, kemenangan skuad ibu kota ke atas Viettel FC pada malam tadi telah memberikan 0.512 mata sekaligus menjadikan Malaysia mempunyai 46.343 mata Ranking MA secara keseluruhan.", "Mata tersebut telah mengesahkan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di tangga keempat bagi asia timur. Ini bermakna Liga Malaysia mendapat 2 slot automatik serta 2 slot “play-off” ke saingan ACL pada musim 2024-2025 kelak.", "Sekiranya dua kelab yang beraksi di peringkat “play-off” itu berjaya ke peringkat kumpulan, Malaysia akan mempunyai 4 buah pasukan beraksi di pentas ACL pada musim berkenaan. ", "Difahamkan, Thailand yang berada di tangga keenam boleh memintas kedudukan Malaysia. Akan tetapi, peluang tersebut tipis dimana ia memerlukan wakil tunggalnya dalam saingan kalah mata ACL ketika ini, BG Pathum mara ke perlawanan akhir untuk merealisasikannya.  ", "Vietnam yang berada di kedudukan kelima pula tidak boleh memperbaiki kedudukan MA Ranking-nya kerana sudah tidak mempunyai sebarang wakil di dalam saingan Piala AFC mahupun ACL setelah tersingkirnya Viettel FC, malam tadi.", "Pada masa yang sama, JDT yang masih beraksi di pusingan kalah mata ACL pada ketika ini masih boleh memberikan mata tambahan terhadap MA Ranking negara sekiranya meraih keputusan positif menentang Urawa Reds pada 19 Ogos kelak.", "Ini termasuk sekiranya KL City berhasil merekodkan kemenangan ke atas PSM Makassar dalam perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN pada 24 Ogos nanti."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217340/", "headline": "\nRanking BWF: Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Daki Tangga Ke-12 Dunia\n", "content": ["Pasangan beregu badminton lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasil meningkatkan lagi kedudukan mereka dalam ranking dunia.", "Kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyaksikan pemain berusia 24 tahun masing-masing ini meraih peningkatan satu anak tangga yang membolehkan mereka menghuni tangga ke-12, pada minggu ini.", "Peningkatam ranking mereka sangat agresif dan ketara pada tahun ini dimana mereka bermula dengan ranking ke-17 pada Januari lalu. Kini mereka telah mencatatkan peningkatan lima anak tangga secara keseluruhan.", "Prestasi yang ditampilkan oleh Sze Fei-Izzuddin turut memberangsangkan dimana mereka mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC), naib juara Terbuka Swiss serta juara Terbuka Jerman 2022.", "Sebagai tambahan, kedudukan ini juga merupakan yang tertinggi pernah diraih oleh pasangan ini sejak bergandingan pada tahun 2016 lalu.", "Sementara itu, tiada sebarang perubahan dikesan terhadap ranking beregu lelaki No.1 dan No.2 negara iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi. Mereka kekal di kedudukan keenam dan kesepuluh dunia pada minggu ke-20 ini.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218512/", "headline": "\n18 Pasukan Bertanding Dalam Saingan Liga Super 2023 & Liga Simpanan Diperkenalkan\n", "content": ["Pengelola liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan penstrukturan baharu terhadap saingan bola sepak tempatan, pada hari ini.", "Penstrukturan itu menyaksikan saingan bola sepak tertinggi negara iaitu Liga Super akan ditandingi sebanyak 18 pasukan pada musim hadapan berbanding 12 pada musim ini.", "Ini menjadikan setiap kelab akan mengharungi 34 perlawanan untuk semusim berbanding 22 perlawanan semusim pada ketika ini.", "Penambahan pasukan itu hadir menerusi 6 pasukan yang bukan berstatus “feeder club” atau “reserved team” daripada kancah Liga Premier musim ini menyertai saingan Liga Super 2023.", "Liga Malaysia 2023 bakal berwajah baharu apabila Malaysian Football League (MFL) mengorak langkah dengan melakukan penstrukturan semula bagi memastikan liga bola sepak profesional negara itu lebih dinamik dan berdaya saing.#LigaMalaysia2023", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 20, 2022", "Akan tetapi, bermula musim 2024, dua pasukan akan ‘ditendang’ dan hanya 16 pasukan sahaja akan beraksi dalam saingan Liga Super.", "Sementara itu, saingan divisyen kedua iaitu Liga Premier pula akan digantung sementara. Dimaklumkan ianya akan kembali semula pada suatu masa kelak dengan nama baharu, Liga M2.", "Sehubungan dengan penggantungan saingan Liga Premier ini, MFL mengadakan sebuah Liga Simpanan (reserved league) untuk pemain bawah 23 tahun (B-23).", "Tiga buah pasukan simpanan (reserved/feeder club) seperti Johor Darul Ta’zim II, Terengganu II dan Selangor 2 akan turut beraksi dalam saingan Liga Simpanan ini dengan mengikut syarat umur & syarat pemain import yang telah ditetapkan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323084/", "headline": "\nOld Trafford Tidak Terpilih Dalam Bidaan UK & Ireland Kerana Pengubahsuaian\n", "content": ["United Kingdom (UK) dan Republik Ireland ketika menghantar bidaan akhir menyenaraikan 10 stadium untuk dijadikan venue pertandingan bagi EURO 2028.", "Sebelum ini, sebanyak 14 stadium telah disenaraikan sebagai venue pertandingan yang turut merangkumi laman keramat Manchester United, Old Trafford.", "Bagaimanapun, stadium itu tidak dimasukkan di dalam senarai akhir atas sebab-sebab yang tersendiri.", "Menurut laporan media, Old Trafford tercicir daripada senarai akhir kerana Manchester United tidak dapat memastikan ketersediaan stadium yang turut dikenali sebagai Theatre of Dreams itu berikutan perancangan penambahbaikan yang bakal dilakukan.", "Tiga lagi stadium yang tidak terpilih ialah London Stadium milik West Ham, Stadium of Light milik Sunderland dan Stadium Croke Park di Dublin.", "Untuk makluman, UK bersama Ireland telah membida hak menjadi tuan rumah dengan 10 stadium yang menepati peraturan UEFA telah disenarai pendek untuk memastikan EURO 2028 berjalan dengan lancar.", "10 stadium yang telah disenaraikan ialah:", "Selain bidaan UK-Ireland, Turkiye merupakan negara yang turut membida hak menjadi tuan rumah EURO 2028 dan juga EURO 2032."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214670/", "headline": "\nKelantan Ikat Seorang Lagi Import Selama 3 Tahun – Kervens Belfort Dari Haiti\n", "content": ["Pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Premier, Kelantan FC mengumumkan menandatangani seorang lagi pemain import dengan kontrak selama 3 tahun.", "Pemain import yang ditandatangani dengan kontrak jangka masa sederhana panjang itu ialah Kervens Belfort yang merupakan seorang penyerang kelahiran Haiti.", "Kedatangan pemain berusia 29 tahun ini dimaklumkan secara rasmi oleh pelbagai platform media sosial milik pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu, semalam.", "Belfort yang memiliki ketinggian 1.85 meter (m) hadir dengan reputasi sebagai penjaring ke-4 terbanyak Liga Bangladesh – 17 gol sepanjang musim 2021 bersama Abahani Limited Dhaka. ", "Untuk makluman semua, Belfort pernah menentang Brazil ketika beraksi mewakili skuad kebangsaan negaranya. Perlawanan tersebut berlangsung ketika kejohanan Copa America 2016.", "Ketua jurulatih Kelantan, Rezal Zambry Yahya pula mengharapkan pengalaman yang dimiliki oleh Belfort dapat membantu skuad TRW memperbaiki kelemahan barisan serangan yang dialami pasukannya, pada musim lalu.", "Sebagai tambahan, selain Belfort, Kelantan telah mengumumkan mengikat penyerang kelahiran Brazli, Nixon Guylherme Brizolara juga dengan kontrak jangka masa sederhana panjang – selama 3 tahun.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112331/", "headline": "\nPembinaan 2 Buah Padang Untuk ‘Home’ Sibu District Football Club Dimulakan\n", "content": ["Pembinaan dua buah padang bola sepak di daerah Sibu yang dicadangkan untuk dijadikan sebagai ‘home ground’ bagi Sibu District Football Club telah dimulakan.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka, Dr. Annuar Rapaee menerusi laman Facebook miliknya, semalam.", "Beliau memaklumkan salah sebuah padang tersebut akan dibina di Perumahan Baru Kemuyang menggunakan rumput asli dan disertakan dengan lampu limpah.", "Sementara itu, sebuah lagi padang akan dibina di Permai, Sibu menggunakan rumput sintetik dan turut disertakan dengan lampu limpah agar dapat digunakan pada waktu malam.", "Menerusi satu perkongsian oleh Annuar sebelum ini, anggaran kos untuk membina padang menggunakan rumput asli berjumlah RM2 juta sementara padang menggunakan rumput sintetik pula dianggarkan RM2.25 juta.", "Difahamkan perancangan untuk membina dua buah padang ini telah dilakukan sejak tahun lepas. Ianya untuk memajukan dan mengembalikan maruah bola sepak di daerah Sibu.", "Featured Image: Dr. Annuar Rapaee & Sibu District Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220190/", "headline": "\nVietnam Hilang Khidmat Park Hang-seo Penghujung Januari 2023\n", "content": ["Kejohanan Piala AFF 2022 bakal menjadi pentas terakhir buat skuad kebangsaan Vietnam bersama ketua jurulatihnya dari Republik Korea, Park Hang-seo.", "Ini berikutan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengumumkan mencapai kata sepakat (mutual agreement) bersama Park untuk menamatkan kerjasama setelah berakhirnya kontrak pada 31 Januari 2023 kelak.", "Perkembangan penuh mengejutkan itu diumumkan oleh VFF menerusi satu kenyataan media yang turut dikongsikan di laman sosialnya, pada hari ini.", "Untuk makluman semua, Park mula bergelar ketua jurulatih skuad berjulukan Naga Emas ini bermula Oktober 2017. Selain daripada skuad senior, Park turut memegang jawatan ketua jurulatih bagi skuad bawah 23 tahun (B-23).", "VFF confirmed that Park Hang-Seo will leave the position as head coach of Vietnam's national team 🇻🇳 on 31/01/23!Therefore, the AFF Cup 2022 will be his last tournament. ", "Thank you Mr. Park for everything you've accomplished to Vietnam's football progress! 🇻🇳🇰🇷 pic.twitter.com/qJnvM18U1O", "— Việt Nam Football 🇻🇳⚽️ (@FootyVietnam) October 17, 2022", "Sejak itu, Vietnam mencapai pelbagai kejayaan termasuk memahat sejarah baharu dalam sejarah bola sepak mereka. Antaranya menjuarai Piala AFF yang pertama sejak 10 tahun, mara ke peringkat suku akhir Piala Asia serta pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia FIFA.", "Bagi skuad B-23 pula, kehadiran Park telah membolehkan mereka meraih dua pingat emas Sukan SEA, naib juara Piala Asia B-23 serta meraih tempat keempat dalam temasya Sukan Asia 2018.", "Tidak dilupakan, Park juga membawa Vietnam memasuki kelompok 100 pasukan terbaik dunia sejak tahun 2018. Mereka kekal berada di kelompok itu dengan menghuni tangga ke-96 dalam ranking FIFA pada saat ini.", "Untuk pengetahuan semua, kejohanan terakhir Park bersama Vietnam dalam saingan Piala AFF kelak menyaksikan mereka bakal menghadapi Malaysia, Singapura, Myanmar dan Loas di peringkat Kumpulan B.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111772/", "headline": "\nALP Sebulat Suara Pilih Stuart Ramalingam Sebagai CEO MFL Baharu\n", "content": ["Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) sebulat suara memilih Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi badan penganjur bola sepak tempatan tersebut.", "Perkembangan terbaru ini diumumkan secara rasmi selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani, sebentar tadi.", "Perlantikan Stuart ini juga dibuat bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ab Ghani yang kini menjawat jawatan selaku Presiden MFL.", "Malaysian Football League (MFL) mengumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.Baca lanjut ⤵️#MFL", "“Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi menentukan CEO MFL baharu selepas saya dipilih menjadi Presiden MFL pada minggu lepas.", "“Saya bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara telah bersetuju untuk melantik Stuart sebagai CEO MFL baharu.", "“Seperti saya katakan pada sesi sidang media pada minggu lalu, pengalaman antara kriteria penting buat CEO MFL di mana saya yakin bahawa kehadiran Stuart sudah pasti bakal memberikan anjakan paradigma kepada senario bola sepak tempatan.", "“Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Stuart dan saya percaya beliau mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada MFL,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.", "Untuk makluman semua, Stuart akan memulakan tugasnya selaku CEO MFL bermula 1 September kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111601/", "headline": "\nRegu Perak Rio 2016, Goh-Tan Umum Perpisahan\n", "content": ["Pasangan regu lelaki, Goh V. Shem dan Tan Wee Kiong yang meraih pingat perak dalam acara beregu badminton lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 mengumumkan berpisah secara rasmi.", "Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Wee Kiong menerusi satu muat naik di laman sosialnya, sabtu lalu.", "“Terima kasih kerana bergandingan dengan saya untuk 7 tahun. Tanpa kamu, saya tidak mungkin mencapai tahap tinggi dalam karier badminton saya seperti memenangi pingat perak di Sukan Olimpik di Rio dan menjadi beregu nombor 1 di dunia.", "“Saya amat berterima kasih atas sokongan yg diberikan di dalam mahupun di luar gelanggang badminton. Saya doakan agar kamu berjaya di masa hadapan. ", "“Terima kasih jugak kepada penaja dan penyokong kami yang telah menaja dan menyokong kami setelah kami menjadi pemain independent.” tulis Wee Kiong di akaun Instagram rasminya.", "Pasangan ini sempat beraksi di empat kejohanan pada tahun ini. Kali terakhir mereka turun beraksi adalah di kejohanan All England Open Badminton Championship 2021.", "Manakala pencapaian terbaik beregu ini pada tahun ini adalah muncul naib juara di kejohanan Yonex Thailand Open, januari lalu.", "Untuk rekod, sepanjang 7 tahun bersama, V. Shem dan Wee Kiong turut memenangi pingat gangsa Sukan Asia Incheon 2014 dan pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014 serta pernah meletakkan diri sebagai regu No.1 dunia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215893/", "headline": "\nJersi ‘Home’ Penang FC Corak Ombak Biru-Kuning Sepatutnya Dijual RM259 Tetapi Diberikan Diskaun Menjadi RM179\n", "content": ["Selepas melancarkan jersi ‘away’ pada minggu lalu, pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC melancarkan jersi ‘home’ pada hari ini.", "Dikongsikan menerusi makluman rasmi oleh kelab, jersi ‘home’ keluaran Puma ini hadir dengan rekaan bentuk olahan ombak biru-kuning dengan nilai-nilai abstrak digital yang unik serta diberikan nama ‘To The Highest’.", "Dimaklumkan, rekaan ini meraikan ciri-ciri Pulau Pinang yang dikelilingi laut dan selaras dengan salah satu visi Penang2030 iaitu Penang Smart City yang memfokuskan kepada Penang Digitalization. Ianya merupakan rekaan istimewa dan khusus untuk Penang FC hasil kerjasamanya dengan Puma.", "HOME JERSEY PENANG FCLegasi dan tradisi negeri Pulau Pinang..! Biru sebagai lambang perpaduan penyokong Penang FC yang berbilang kaum dan bersatu padu serta bersemangat kental..! Memperkenalkan \"Home Jersey\" Penang FC, To The Highest..!📸 : @Penang_FC pic.twitter.com/ahRi9osyLT", "Baca: Jersi ‘Away’ Penang 2022 Serba Kuning Diperkenalkan – Harga Jualan RM179.90", "Daripada segi perletakan logo-logo penaja, bahagian hadapannya diserikan dengan ‘Penang2030’. Di lengan kanannya, terdapat logo The Ship Campus. Di bahagian belakang pula, terdapat logo PKT dan ‘Sports For All’.", "Bagi peminat skuad Harimau Kumbang yang mahu mendapatkan jersi ini, bolehlah berkunjung ke kedai Active Sports yang terletak di Komtar, Pulau Pinang serta Seksyen 9, Shah Alam, Selangor bermula hari ini dan esok. Manakala, penjualan secara atas talian pula akan dimaklumkan oleh Penang FC menerusi pelbagai platform laman sosialnya, selepas daripada ini.", "Menurut pengasas Active Sports, S. Murugeson berkata harga jersi ini sepatutnya dijual pada harga RM259. Bagaimanapun, selepas perbincangan dengan pihak kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) Penang FC, Puma bersetuju untuk mengurangkan harga jualan kepada RM179.  "]} +{"url": "https://sukanz.com/202111819/", "headline": "\nSMGB Group Diperkenalkan Sebagai Penaja Baharu Pahang Rangers Musim 2021\n", "content": ["SMGB Group sah menyertai keluarga Kelab Futsal Pahang Rangers (PRFC) setelah menandatangani perjanjian sebagai penaja utama pasukan bermula musim 2021.", "Kerjasama PRFC bersama syarikat berasaskan penerokaan dan perlombongan mineral itu dimeterai dalam satu majlis ringkas pada minggu lalu. ", "Pada majlis tersebut, PRFC telah diwakili oleh Presiden, Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam Shah manakala SMGB Group pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Lee Chung Han. ", "Turut hadir menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut adalah YM Tunku Mohamed Alauddin Naquiyuddin (Pengerusi SMGB); YHM Tengku Dato’ Aidy Ahmad Shah (Naib Presiden PRFC); serta barisan ahli lembaga pengarah kedua-dua pihak.", "Menerusi kerjasama ini, SMGB Group bukan sahaja menghulurkan tajaan berbentuk wang tunai untuk memperkasa PRFC yang akan beraksi dalam saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL), tetapi kedua-dua pihak akan turut terlibat di dalam menganjurkan klinik, akademi mahupun program-program khusus untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru futsal terutama dari kalangan masyarakat orang asli di Lanchang.", "Malah kedua-dua pihak juga akan terlibat di dalam menyokong konservasi gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah sebagai satu daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat.  ", "Baca: Pahang Rangers Lancar Jersi Home & Away Baharu Keluaran Kelme", "Mengulas mengenai kerjasama yang terjalin, Tengku Fahd berterima kasih di atas sokongan ditunjukkan oleh SMGB Group dan berharap ia menjadi suntikan untuk PRFC terus mengorak langkah besar dalam arena futsal tanah air. ", "“Ini adalah satu lagi peristiwa penting buat PRFC selepas terdahulu memeterai kerjasama bersama UD Levante (Sepanyol) dan Chonburi Bluewave (Thailand) pada 2020. ", "“Kehadiran SMGB ke dalam keluarga PRFC amat kita alu-alukan, semoga kerjasama ini memberi satu tonik dan suntikan kepada pasukan, seterusnya memacu kita terus bergerak ke depan dan bergandingan mencipta pelbagai sejarah baru dalam arena futsal,” ujar YAM Tengku Fahd. ", "Selain penerokaan dan perlombongan mineral, SMGB Group juga terlibat dalam pertanian secara bio dinamik dan organik, pemuliharaan hutan serta pemeliharaan hidupan liar, pembangunan dan bidang kesihatan.", "Mereka juga terlibat sebagai penaja Liga Indera, platform untuk mencungkil bakat-bakat cilik bolasepak di Kuantan selain turut menaja pasukan Muaythai Negeri Sembilan dan Kedah. ", "“Ia satu penghormatan untuk SMGB dapat bekerjasama dengan PRFC dan menyokong visi serta matlamat YAM Tengku Fahd menjadikan kelab ini sebagai kelab juara dan kuasa besar futsal baik di dalam negara mahupun di pentas lebih besar seperti Asia dan dunia. ", "“Dengan sebuah pasukan yang profesional mereka miliki dari pengurusan, kejurulatihan dan barisan pemain, saya percaya PRFC akan mampu berdiri sebagai sebuah pasukan disegani.  ", "“Semua tahu PRFC sudah sedia berada dalam kelas mereka, tanggungjawab kami adalah membantu menyediakan latihan, membangunkan bakat dan memastikan mereka kekal sebagai sebuah pasukan yang unggul. Kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. ", "“Kita juga mahu membina kesedaran tentang pemeliharaan gajah melalui pasukan futsal, dan akan bekerjasama untuk program konservasi di Kuala Gandah lantas menjayakan CSR syarikat kami,” kata Dato’ Lee Chung Han. ", "Sebagai rekod, pada 2019, Pahang Rangers yang diperkuatkan himpunan pemain kebangsaan muncul sebagai naib juara edisi sulung MPFL dan mensasarkan untuk bergelar juara pada musim berikutnya. ", "Namun saingan musim 2020 terpaksa dibatalkan kerana pandemik Covid-19 manakala bagi musim 2021 saingan dijangka berlangsung sekitar Oktober ataupun November."]} +{"url": "https://sukanz.com/202110803/", "headline": "\n“Kita Menang Bersama Dan Kalah Bersama” – Lloris Pertahankan Kegagalan Mbappe Sempurnakan Penalti\n", "content": ["Kapten Perancis, Hugo Lloris tampil mempertahankan rakan pasukan, Kylian Mbappe yang gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyaksikan mereka gagal mara ke peringkat suku akhir dalam saingan Euro 2020.", "Mbappe, 22 tahun, gagal menyempurnakan sepakan penalti kelima pada penentuan sepakan penalti selepas Switzerland bangkit menyamakan kedudukan 3-3 sehingga mengheret perlawanan ke masa tambahan.", "“Dalam bola sepak, kita menang bersama dan kalah bersama,”", "“Kami semua bertanggungjawab terhadap penyingkiran ini. Ia sangat menyakitkan dan tiada seorang pun boleh dituding jari untuk disalahkan.” ", "“Kami semua bertarung bersama menentang pasukan lawan dan tiada sebarang alasan boleh diberi.”", "“Dan kami perlu akui pasukan Swiss mereka sangat hebat.” kata penjaga gol Perancis kepada beIN Sports seperti dipetik daripada Goal.", "Dalam perlawanan tersebut, Switzerland terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Haris Seferovic seawal minit ke-15. Bagaimanapun, Perancis tampil dengan lebih garang dengan menyumbat 3 gol menerusi Karim Benzema (57’ dan 59’) dan Paul Pogba (75’).", "Skuad Les Bleus bimbingan Didier Deschamps menyangka mereka telah mendahului dengan selesa dan hanya perlu mempertahankan kelebihan dua gol tersebut sehingga tamat permainan yang berbaki hanya 15 minit sahaja lagi.", "Akan tetapi, Swiss tidak mudah berputus asa dan meneruskan asakan untuk memburu gol apabila mendapat peluang. Hasilnya, Swiss berjaya bangkit menambah dua gol menerusi Seferovic (81’) dan Mario Gavranovic (90’) untuk mengheret Perancis ke masa tambahan sebelum ke penentuan sepakan penalti. ", "“Saya rasa kekecewaan pada malam tadi semestinya kami boleh menguasai permainan dengan lebih baik ketika 3-1. Kekuatan kami pada masa lalu adalah menjadi kuat. Dan malam tadi, perkara itu yang tiada di dalam permainan.", "“Walaupun begitu, kami tidak menyerah kalah. Kami teruskan sehingga ke penghujung. Sekarang kami perlu menghadapi keperitan ini.” ujarnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202322100/", "headline": "\nRayuan Penang FC Guna Khidmat Manzoor Azwira Sebagai Jurulatih ‘Interim’ Ditolak MFL\n", "content": ["Hasrat pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air, Penang FC untuk menggunakan khidmat Manzoor Azwira Abd Wahid sebagai ketua jurulatih sementara (interim) bagi skuad senior mereka ditolak oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL).", "Permohonan untuk menjadikan Manzoor sebagai jurulatih sementara diminta oleh skuad berjulukan Harimau Kumbang sehingga jurulatih berusia 46 tahun terbabit menyiapkan Lesen Diploma Profesional AFC pada tahun ini.", "Namun begitu, ianya ditolak oleh MFL. Susulan penolakan terbabit, Penang mengumumkan Chong Yee Fatt yang memiliki Lesen Pro Diploma AFC sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Sementara itu, Manzoor pula akan berperanan sebagai penolong ketua jurulatih bersama Md Noor Derus.", "Difahamkan, penolakan itu dibuat selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan terutamanya individu yang dilantik sebagai ketua jurulatih mestilah mempunyai ‘Pro License’ bagi mematuhi kehendak Pelesenan Kelab (Club Licensing).", "Pada masa yang sama, Penang membuat penegasan bahawa keputusan ini bukanlah satu kejanggalan buat kedua-dua jurulatih memandangkan mereka telah bekerjasama sejak awal lagi. Selain itu, Penang turut menepis spekulasi ‘puppet coach’ atau sekadar mahu menggunakan lesen serta kelayakan dimiliki Yee Fatt.", "Dimaklumkan, Penang akan mempertimbangkan semula perlantikan Manzoor apabila beliau berjaya menamatkan kursus kejurulatihan Diploma Profesional AFC terbabit.", "Untuk pengetahuan semua, Penang mengumumkan Manzoor akan menjadi ketua jurulatih sementara menggantikan Dato’ Zainal Abidin Hassan pada Oktober lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111949/", "headline": "\nParalimpik 2020: Rayuan Ditolak, Tiada Pingat Emas & Rekod Dunia Buat Ziyad Zolkefli\n", "content": ["Tiada pingat emas buat serta rekod dunia buat atlet para negara, Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Menerusi satu kenyataan rasmi oleh World Para Athletics (WPA), dimaklumkan bahawa rayuan oleh tiga atlet para iaitu Todd Hodgetts (Australia), Jordi Patricio (Ecuador) dan Ziyad ditolak oleh para juri.", "World Para Athletics statement in relation to the men's shot put F20 final at the #Tokyo2020 #Paralympics. #ParaAthletics", "“Keputusan tersebut berdasarkan Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan untuk melaporkan diri ke bilik panggilan di mana dalam keadaan atlet tidak hadir di bilik panggilan pada masa yang dijadualkan dan keputusan mereka diletakkan sebagai DNS (Did Not Start).” tulis kenyataan tersebut, hari ini.", "Kenyataan itu turut menjelaskan, di bawah peraturan ini atlet dibenarkan untuk mengambil bahagian sementara ‘referee’ mendapatkan segala bukti mengenai kelewatan atlet ke bilik panggilan.", "Semasa beraksi semalam, lontaran Ziyad sejauh 17.94 meter (m) telah mengatasi dunia serta rekod kebangsaan atlet normal, 17.58m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin pada Sukan SEA Palembang 2011.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214638/", "headline": "\nJersi Kedah Musim 2021 Terjual Sebanyak 15,000 Helai\n", "content": ["Sebanyak 15,000 helai jersi pasukan Kedah Darul Aman FC (Kedah) keluaran jenama pakaian sukan Itali iaitu Lotto terjual sepanjang musim lepas.", "Rekod jualan ini dilaporkan oleh syarikat pengedar rasmi Lotto di Malaysia, Prestige Sports Sdn. Bhd. dan dikongsikan di dalam dokumen Prospektus Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman.", "Musim lalu menyaksikan Lotto mengeluarkan 3 helai jersi buat pasukan Kedah yang terdiri daripada jersi Home (hijau kuning), Away (merah hijau) yang berharga RM109 serta 3rd Kit (serba putih) berharga RM129.", "Secara kasarnya, Lotto berhasil mendapat pulangan di dalam bentuk jualan bernilai sekurang-kurangnya RM1.6 juta berdasarkan kiraan RM109 didarab dengan jumlah keseluruhan yang terjual, 15,000 helai seperti dinyatakan di atas. ", "Selaras dengan sambutan yang memberangsangkan, Lotto mengumumkan meneruskan penajaan pakaian sukan buat Kedah dengan nilai tajaan berjumlah RM1.1 juta setahun disertakan dengan pilihan lanjutan sehingga ke tahun 2023.", "Sebagai rekod, Lotto telah menaja pasukan sukan buat Kedah selama 3 musim berturut-turut sejak tahun 2019. Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini turut menghasilkan produk-produk lain seperti t-shirt, seluar, kasut dan barangan cenderahati eksklusif.", "Berapa helai pula jersi Kedah keluaran Lotto yang akan terjual untuk musim 2022? Kongsikan anggaran anda.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219916/", "headline": "\nPemain Import Terengganu, Chris Herd Terpaksa Berehat Sekitar 2 Bulan\n", "content": ["Skuad kendalian Nafuzi Zain, Terengganu FC menerima satu lagi berita mendukacitakan apabila seorang lagi pemainnya, Christopher Herd ditimpa kecederaan dan terpaksa berehat sekitar dua bulan.", "Perkara tersebut disahkan oleh pengurus pasukan, Zul Fadli Rozi selepas tertularnya foto Chris Herd yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di laman sosial beberapa hari yang lalu.", "Namun skuad berpangkalan di pantai timur itu dapat menarik nafas lega apabila kecederaan yang menimpa pemain Australia itu tidak melibatkan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sepertimana yang dihadapi Petrus Shitembi, Azalinullah Alias dan Rahadiazli Rahalim.", "“Dia (Chris Herd) bukanlah mengalami ACL sebaliknya meniscus injury, kecederaan itu dijangka akan mengambil masa sekitar 6-7 minggu untuk pulih sepenuhnya bergantung kepada rehabilitasi dilakukan oleh pemain tersebut.” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz.", "Sementara itu, dengan jendela perpindahan kedua bakal membuka tirainya pada 3 Mei hadapan, Zul Fadli tidak menolak kemungkinan Terengganu menjenguk ke pasaran untuk memancing khidmat pemain import baharu.", "“Kita akan melihat terlebih dahulu keputusan tiga perlawanan terdekat ini (menentang Penang, UiTM dan Selangor),", "“Kita sudah mempunyai perancangan samada ingin menukar pemain (import) atau tidak bergantung kepada keperluan,”", "“Namun kita tidak mahu bersikap terburu-buru memandangkan saingan liga bakal berehat panjang (sekitar sebulan) dan Piala AFC turut ditunda ke penghujung bulan Jun,” jelasnya lagi.", "Pada masa yang sama, Zul Fadli menegaskan pihaknya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh semua pemain pada ketika ini sehingga berjaya menduduki tangga kedua liga dan hanya dipisahkan dua mata dengan pasukan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT). ", "Untuk makluman, jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan ditutup pada 31 Mei."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208110/", "headline": "\nZlatan ‘Serik’ Penalti Tak Masuk, Lepas Ini Beri Kepada Pemain Lain\n", "content": ["Penyerang senior, Zlatan Ibrahimovic nampaknya sudah serik melihat sepakan penalti yang diambilnya tidak masuk dan tugas itu akan diberikan kepada pemain lain selepas daripada saat ini.", "Kejadian tersebut berlaku dalam perlawanan menentang Hellas Verona pada awal pagi tadi. Ketika itu, pasukannya, AC Milan sedang ketinggalan 2-1.", "Bagaimanapun, sepakan yang diambil menggunakan kaki kanannya itu tersasar melewati palang gol dan menyebabkannya Zlatan berang dan hampa.", "“Kami mempunyai banyak peluang, saya gagal menjaringkan sepakan penalti dan saya akan fikir akan lepaskan (tugas) itu kepada (Franck) Kessie (selepas ini)! Itu lebih baik.” katanya kepada Sky Italia dan dilaporkan oleh Goal.", "Untuk rekod, penyerang berusia 39 tahun telah terlepas empat daripada enam sepakan penalti yang diambilnya sepanjang musim ini.", "Walaupun terlepas menjaringkan sepakan penalti, Zlatan meneruskan usaha kerasnya untuk menebus kesilapan itu dan akhirnya dia berhasil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-93 sekaligus mengikat Verona dengan keputusan akhir 2-2.", "It's not a win but what a fight-back! Pari in rimonta a San Siro#MilanVerona #SempreMilan pic.twitter.com/Z4oRnBlIM9", "Ia sekaligus memberikan AC Milan sekurang-kurangnya satu mata dan kekal sebagai pendahulu saingan Serie A dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan.", "Bagaimanapun, bercakap kepada media selepas daripada perlawanan, penyerang kelahiran Sweden ini tetap tidak berpuas hati dengan keputusan seri yang dicatatkan pasukannya. ", "Sepatutnya mereka boleh merakamkan kemenangan dan mengutip tiga mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218467/", "headline": "\nCheah Liek Hou Rangkul Kejuaraan Ke-11, Rekod 56 Kemenangan Berturut-Turut\n", "content": ["Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menambah satu lagi kejuaraan menjadikannya memiliki 11 kejuaraan dalam acara perseorangan lelaki bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal).", "Liek Hou merangkul kejuaraan terbaru selepas menumpaskan lawannya dari Jepun, Taiyo Imai dalam perlawanan akhir Kejohanan 4 Negara Para Badminton Antarabangsa 2022 di Dublin, Ireland, semalam.", "Sebagai rekod, kemenangan ini turut menjadikan pemenang pingat emas Paralimpik ini merekodkan 56 kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa.", "Dalam perlawanan tersebut, Liek Hou merekodkan kemenangan secara “straight set” dengan skor 21-17 dan 21-16 dalam tempoh masa 39 minit permainan.", "Sementara itu, Liek Hou yang membentuk gandingan bersama Muhammad Faris Ahmad Azri dalam acara beregu turut menghasilkan kejuaraan.", "Bagi acara ini, kejuaraan tersebut hadir selepas Liek Hou-Muhammad Faris berjaya menumpaskan beregu India, Chirag Baretha-Hardik Makkar juga secara “straight set” dengan pungutan mata 21-19 dan 21-17.", "Featured Image: Facebook Cheah Liek Hou"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207225/", "headline": "\nJDT Ikut Jejak Langkah Manchester United & Liverpool\n", "content": ["Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan ‘Luciano Figueroa Stand’ – salah satu seksyen tempat duduk di dalam Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.", "Ia sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada bekas penyerangnya, Luciano Figueroa yang telah membantu JDT memenangi dua kejuaraan Liga Super (2014 & 2015), Piala Sumbangsih 2015 dan Piala AFC 2015.", "“Kelab ini akan sentiasa memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang yang berjasa dan mencipta sejarah kepada kelab,” titah DYAM Tunku Ismail dalam majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Duta Besar Argentina ke Malaysia, H.E Manuel Balaguer Salas.", "Menamakan sesebuah stand di dalam stadium dengan nama bekas pemain terutamanya yang berstatus legenda bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia bola sepak. ", "Sebagai contoh, dua buah kelab yang bersaing dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United dan Liverpool telah melakukan perkara sedemikian.", "758 appearances 👏249 goals ⚽🏟️ And a stand named in his honour, #OnThisDay in 2016…#MUFC legends don’t come much bigger than Sir Bobby Charlton ❤️ pic.twitter.com/hZupHLEhIX", "Pada 2016 Manchester United telah menamakan kembali South Stand di dalam Stadium Old Trafford kepada The Sir Bobby Charlton Stand sebagai memperingati jasa Sir Bobby Charlton bersama The Red Devil.", "Manakala juara bertahan EPL, Liverpool turut menukarkan nama Centenary Stand kepada The Sir Kenny Dalglish Stand pada tahun 2017 sebagai penghargaan kepada bekas penyerang dan pengurus legenda yang telah membawa pelbagai kejayaan kepada The Kop, Sir Kenny Dalglish.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218199/", "headline": "\nTerbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik Sisih Beregu No.3 Dunia Untuk Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Tiket ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – menjadi milik beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.", "Pasangan negara yang menghuni ranking keenam dunia ini meraih tiket berkenaan selepas berjaya mengalahkan beregu No.3 dunia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan di peringkat suku akhir.", "Dalam pertarungan ini, Aaron-Wooi Yik mencipta kemenangan ke atas gandingan berjulukan “The Daddies” ini menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-13, 20-22 dan 21-19 dalam tempoh masa 52 minit permainan.", "PETRONAS Malaysia Open 2022MD – Quarter final 🇲🇾Aaron CHIA🏅21 20 21 🇲🇾Wooi Yik SOH🏅13 22 19 🇮🇩Mohammad AHSAN 🇮🇩Hendra SETIAWAN", "🕗 in 52 minutes https://t.co/BZBrAXOcy8", "— BWFScore (@BWFScore) July 1, 2022", "Untuk pengetahuan semua, keputusan yang diraih oleh Aaron-Wooi Yik pada hari ini menjadikan mereka merekodkan tiga kemenangan ke atas Ahsan-Hendra secara keseluruhan.", "Bagaimanapun Ahsan-Hendra masih mendahului rekod kemenangan ke atas Aaron-Wooi dengan tujuh kemenangan daripada sepuluh pertemuan.", "Sementara itu, Aaron-Wooi Yik yang meraih kemaraan akan bertemu beregu No.2 dunia dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi di peringkat separuh akhir, esok.", "Sebagai tambahan, Hoki-Kobayashi mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil Korea, Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 21-14, 21-23 dan 21-14 di peringkat suku akhir.", "Featured Image: Badminton Association of Thailand"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325454/", "headline": "\nInter Miami Ikat Messi, Busquets Sehingga Tahun 2025\n", "content": ["Kelab yang dimiliki oleh bekas bintang bola sepak England, David Beckham bersama-sama ahli perniagaan, Jorge Mas dan Jose Mas iaitu Inter Miami CF telah melengkapkan perpindahan dua pemain ternama dunia, Lionel Messi dan Sergio Busquets.", "Kehadiran dua pemain yang pernah beraksi bersama di FC Barcelona itu diumumkan dan diperkenalkan kepada umum dalam satu acara yang berlangsung di stadiumnya, DRV PNK Stadium, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "— Inter Miami CF (@InterMiamiCF) July 17, 2023", "Inter Miami atau nama julukannya, The Herons memaklumkan mengikat khidmat Messi yang memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu serta Busquets selama dua musim dan setengah yang menyaksikan mereka kekal sehingga penghujung tahun 2025.", "Bersama Inter Miami, pemain berusia 36 dan 35 tahun masing-masing ini akan menyarung jersi bernombor 10 dan 5 masing-masing – sama seperti digunakan mereka ketika beraksi di Barcelona.", "After a legendary spell with Barcelona, veteran Spanish midfielder Sergio Busquets joins @InterMiamiCF. 🇪🇸 pic.twitter.com/Z0yJ5o3eWc", "— Major League Soccer (@MLS) July 16, 2023", "Dijangkakan, Messi dan Busquets akan diturunkan buat julung kalinya bersama Inter Miami ketika melayan kunjungan kelab Liga Mexico, Cruz Azul dalam perlawanan pembukaan saingan Leagues Cup (bagi merebut slot ke CONCACAF Champions Cup 2024) dengan sepak mula jam 8 pagi pada 22 Julai – waktu Malaysia.", "Sebagai tambahan, pihak kelab turut memaklumkan mendaftarkan Messi dan Busquets sebagai “Designated Player” – satu peraturan oleh Liga Bola Sepak Utama (MLS) yang membolehkan setiap kelab mengambil atau membayar sehingga tiga pemain melebihi Caj Bajet Gaji Maksimum (Maximum Salary Budget Charge).", "Featured Image: Facebook David Beckham"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323680/", "headline": "\nSukan SEA 2023: Pasukan Pencak Silat Negara Perbaiki Kutipan Pingat Edisi 2021\n", "content": ["Pasukan pencak silat Malaysia berjaya memperbaiki catatan pingat yang diraih pada edisi yang lalu apabila meraih empat pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa di temasya Sukan SEA 2023.", "Terdahulu, pasukan pencak silat negara berjaya meraih dua emas, tiga perak dan sembilan gangsa secara keseluruhannya dengan pingat emas hadir menerusi gandingan lelaki, Taqiyuddin Hamid dan Sazlan Yuga serta Khairi Adib di Sukan SEA 2021 Vietnam.  ", "Kejayaan itu mendapat penghargaan Presiden PESAKA, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada pasukan silat negara yang dizahirkannya menerusi pelbagai platform media sosial Majlis Olimpik Malaysia (MOM).", "“Alhamdulillah, pasukan silat kami telah memberikan yang terbaik untuk kontinjen Malaysia. Bagi pihak PESAKA, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MOM, MSN dan ISN atas segala khidmat sokongan yang diberikan kepada pasukan silat dalam persiapan kami untuk Sukan SEA ke-32”, ujar Megat Zulkarnain. ", "Kejayaan meraih empat pingat emas itu juga melepasi sasaran pingat yang telah ditetapkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) yang hanya menyasarkan dua emas, tiga perak dan tujuh gangsa pada temasya kali ini.", "Pingat emas bagi acara melibatkan sukan pencak silat disumbangkan oleh kembar, Danial Azrol dan Danial Azray (Artistik Ganda Beregu Lelaki), Norsyakirah Mukhsin (Tanding Wanita – Kelas U45), Norfarah Mazlan (Tanding Wanita – Kelas A) serta Izzul Irfan (Tanding Lelaki – Kelas D). ", "Featured image: Olympic Council of Malaysia (Facebook)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216446/", "headline": "\nRanking BWF: Kisona Meningkat 8 Anak Tangga Selepas Harungi Terbuka Swiss\n", "content": ["Perseorangan wanita negara, Kisona Selvaduray mencatatkan peningkatan sebanyak lapan anak tangga selepas mengharungi saingan Terbuka Swiss, minggu lalu.", "Berdasarkan kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, kini, pemain berusia 23 tahun itu menduduki ranking ke-56 dunia.", "Peningkatan itu hasil daripada kemaraannya ke peringkat suku akhir dalam saingan Terbuka Swiss sebelum ditumpaskan oleh pemain Thailand, Supanida Katethong.", "Kisona mempunyai peluang untuk meningkatkan lagi rankingnya dengan mara ke peringkat yang lebih jauh dalam saingan Orleans Masters – Jelajah Super 100 BWF – yang disertainya pada minggu ini.", "Sementara itu, penurunan ranking dikesan melibatkan dua perseorangan wanita negara iaitu Goh Jin Wei dan Eoon Qi Xuan dimana mereka menduduki ranking ke-127 dan ke-128 masing-masing."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321824/", "headline": "\nUndian Piala FA: Juara Bertahan Lawan Polis Di Pusingan 16\n", "content": ["Permulaan perjalanan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Piala FA 2023 dilihat mudah apabila bertemu Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) pada Pusingan 16.", "Pertemuan itu terhasil selepas keluarnya keputusan undian Piala FA edisi ke-32 yang berlangsung pada hari ini.", "Majlis undian itu juga menyaksikan naib juara edisi lalu, Terengganu FC akan memulakan kempen dengan bertemu pendatang baharu Liga M3 iaitu Melaka FC di peringkat yang sama.", "Beberapa pertemuan lain yang turut bermula pada Pusingan 16 adalah Sabah FC menentang Kelantan United FC dan Negeri Sembilan FC menentang PIB FC.", "Manakala baki kelab yang lain perlu memulakan kempen kejohanan kalah mati ini di Pusingan 1 iaitu melibatkan Kedah Darul Aman FC menentang Penang FC, Perak FC berentap menentang Sri Pahang FC, Manjung City FC bertemu Sains FC dan BRM FC melawan Imigresen FC.", "Sementara itu, keputusan undian turut memperlihatkan Kucing City FC, Selangor FC, Kelantan FC dan Kuala Lumpur City FC menunggu di Pusingan 16 dan menantikan pemenang dari Pusingan 1.", "Untuk makluman, perlawanan Pusingan 1 akan berlangsung pada 8 Mac disamping perlawanan akhir dijangka diadakan pada 22 Julai di venue yang akan ditetapkan oleh Malaysian Football League (MFL) kelak.", "Secara keseluruhan, kempen Piala FA edisi kali ini disertai sebanyak 20 buah kelab yang turut terdiri daripada enam kela dari kancah Liga M3 2023.", "Sejak dipertandingkan julung kalinya pada tahun 1990, Selangor dan Kedah Darul Aman muncul juara paling banyak iaitu sebanyak lima kali masing-masing. Ia diikuti dengan Sri Pahang dan Kuala Lumpur City yang merangkulnya sebanyak tiga kali masing-masing.", "Untuk makluman, majlis undian pada hari ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam dan pemain legenda tanah air, Azman Adnan.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216879/", "headline": "\nBAC 2022: Empat Beregu Lelaki Malaysia Dapat Lawan Ranking Rendah\n", "content": ["Keputusan undian Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 yang diadakan pada hari ini menyaksikan empat beregu lelaki negara masing-masing diundi menentang lawan yang memiliki ranking lebih rendah di Pusingan 32.", "Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menghuni ranking kelapan dunia merangkap pilihan kelima kejohanan diundi menentang pasangan China No.276 dunia, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong.", "Manakala beregu lelaki No.2 negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang merupakan beregu kesebelas dunia merangkap pilihan keenam kejohanan pula bakal berhadapan dengan beregu Hong Kong No.89 dunia, Chang Tak Ching dan Yeung Min Nok.", "Sementara itu, juara Terbuka Jerman, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang berada di ranking ke-16 serta diletakkan sebagai pilihan kelapan kejohanan diundi menentang gandingan lelaki Filipina yang tidak mempunyai ranking, Solomon Jr. Padiz serta Julius Villabrille.", "Akhir sekali, beregu muda, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang menduduki ranking ke-45 dunia turun buat pertama kali di pentas BAC dengan menentang beregu Thailand, Weeraphat Phakjarung dan Wongsathorn Thongkham.", "Untuk makluman semua, saingan ini akan bermula pada 26 April kelak dan pemenang akan mendapat 12,000 mata memandangkan kejohanan ini telah diangkat statusnya menyamai Jelajah Dunia Super 1000 BWF."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114465/", "headline": "\nAhmad Syihan Buru Kesebelasan Utama Bersama Negeri Sembilan\n", "content": ["Penjaga gol baharu Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi memburu tempat kesebelasan utama bersama pasukan musim depan selepas hanya beraksi tiga perlawanan sahaja untuk musim 2021.", "Syihan mengakui bergelut untuk merebut posisi penjaga gol utama bersama PJ City FC pada musim ini apabila perlu bersaing dengan Kalamullah Al-Hafiz menyaksikan peluangnya untuk beraksi adalah tipis.", "Namun, penghijrahannya ke pasukan yang menjuarai Liga Premier 2021 ini diharap mampu membuka lebih banyak peluang untuk bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara ini mendapatkan lebih banyak minit permainan.", "Apatah lagi selepas ketiadaan Damien Lim yang berhijrah ke Sabah FC pada musim ini, Syihan dijangka akan bersaing sengit dengan Muhaimin Mohamad dan Kaharuddin Rahman.", "“Memang itu harapan utama saya untuk dapat balik peluang bermain dalam kesebelasan utama sebab musim ini agak bergelut apabila bersaing dengan Kalamullah.", "“Tapi saya datang ke Negeri Sembilan bukan bermakna saya sudah selesa sebab perlu bersaing sengit dengan pemain lain juga, jadi kena bekerja keras.", "“Apa-apa pun, saya gembira sepanjang bersama PJ City untuk musim ini dan tidak sabar untuk mulakan misi baru bersama Negeri Sembilan,” jelasnya.", "Syihan sebelum ini hanya sempat beraksi satu perlawanan sahaja bersama Negeri Sembilan pada musim 2018 sebelum digantung selepas disahkan positif dalam ujian doping.", "Justeru, dia teruja untuk kembali mencipta nama bersama pasukan ini apatah lagi dengan kehadiran beberapa pemain baharu lain yang dijangka akan memberi impak berbeza.", "“2018 begitu mencabar untuk saya dan sebab itu peluang yang diberi untuk kembali bersama Negeri Sembilan tidak akan disia-siakan.", "“Pemain-pemain senior lain dan pemain baharu yang datang memberi semangat juga kepada saya untuk belajar sesuatu daripada mereka bagi mendapatkan balik momentum saya”, katanya.", "Negeri Sembilan FC berjaya menjuarai saingan Liga Premier 2021 sekali gus meraih slot ke Liga Super 2022.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323895/", "headline": "\nPiala Asia B-17 2023: Tiga Pemain JDT IV Lengkapkan Senarai 26 Pemain Ke Fasa Akhir\n", "content": ["Pengendali skuad bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan, Osmera Omaro telah menyenaraikan 26 pemain bagi mengikuti kem latihan pusat dan pemilihan fasa akhir skuad Piala Asia B-17 yang merangkumi majoriti pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) disamping tiga pemain Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV).", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dikongsikan pelbagai media sosial rasmi persatuan. ", "Seramai 20 pemain yang tersenarai ketika kem pemilihan fasa kedua di Doha, Qatar telah dikekalkan dan enam muka baharu telah dipanggil pada kali ini – Dainei Mat Disa, Adam Mikaeel, Ahmad Danial, Danish Darus, Arami Wafiy dan Ammar Shauqi. ", "Ini bermaksud lima pemain telah digugurkan daripada senarai pemain sebelum ini. Mereka ialah Irfan Zakwan, Hakim Hassan, Hatif Irfan, Shakir Nasir dan Hilmi Farish. ", "Kem latihan pusat dan pemilihan fasa akhir ini akan berlangsung bermula Ahad, 21 Mei sehingga Isnin, 12 Jun di dua lokasi – Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang sebelum meneruskan latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 31 Mei nanti. ", "Untuk rekod, Osmera Omaro telah menyenaraikan seramai 45 pemain yang disaringkan menerusi tiga fasa pemilihan yang telah berlangsung sejak Februari lagi.", "Skuad B-17 negara bakal berlepas ke Bangkok, Thailand pada Isnin, 12 Jun bagi menghadapi kempen Piala Asia B-17 2023 yang akan bermula 15 Jun hingga 2 Julai kelak. ", "Malaysia yang telah diundi dalam Kumpulan A akan memulakan saingan bertemu Yemen di Stadium Thammasat pada Khamis, 15 Jun dan diikuti dengan aksi menentang tuan rumah, Thailand (Ahad, 18 Jun) dan Laos (Rabu, 21 Jun) di Stadium Pathum Thani dan Stadium Thammasat masing-masing. ", "Sekiranya mara ke separuh akhir, Malaysia bersama tiga lagi pasukan lain akan layak secara automatik ke Piala Dunia B-17 2023 yang dijadualkan berlangsung pada November depan. ", "Featured Image: Persatuan Bola Sepak Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113742/", "headline": "\nIndonesia Masters: Pearly-Thinaah Berjumpa Pasangan Jepun Di Suku Akhir\n", "content": ["Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan berjaya meloloskan diri dengan bergaya ke peringkat suku akhir kejohanan Indonesia Masters 2021.", "Kejayaan tersebut dicapai selepas menumpaskan beregu Indonesia, Fitriani dan Yulia Susanto secara ‘straight set’ dengan skor 21-8 dan 21-14 di peringkat Pusingan 2.", "Bagaimanapun, cabaran sebenar bakal dihadapi buat pasangan wanita negara yang menghuni tangga ke-18 dunia di peringkat suku akhir di mana mereka akan berhadapan dengan beregu Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida pada hari esok.", "Untuk makluman semua, Matsuyama-Shida merupakan pilihan keempat untuk menjuarai kejohanan ini bagi kategori ini berbanding Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelapan. ", "Berdasarkan rekod pertemuan pula, kedua-dua pasangan ini telah bertemu sebanyak tiga kali iaitu dalam kejohanan Badminton Asia Team Championships 2020, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2021 dan Piala Sudirman 2021.", "Bagaimanapun, Pearly-Thinaah tumpas dalam ketiga-tiga pertemuan tersebut di tangan Matsuyama-Shida."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323064/", "headline": "\nKelab Cristiano Ronaldo Lantik Jurulatih Baharu Dari Croatia\n", "content": ["Kelab yang sedang disertai oleh Cristiano Ronaldo di Arab Saudi, Al Nassr tampil mengumumkan melantik Dinko Jelicic sebagai ketua jurulatih baharu untuk mengemudi skuad utamanya.", "Sebelum ini, Dinko yang berusia 49 tahun dan kelahiran Croatia merupakan bekas ketua jurulatih skuad bawah 19 (B-19) Al Nassr. Pengumuman perlantikan Dinko dikongsikan menerusi makluman rasmi oleh pihak kelab, semalam.", "We can announce that our U19 coach, Mr. Dinko Jelicic will be the new head coach for the first team.", "Good luck, Mr. Dinko 💛 pic.twitter.com/ty52cRSwDT", "— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023", "Untuk makluman, perlantikan Dinko hadir kira-kira sekitar 20 minit selepas kelab mengumumkan ketua jurulatih terdahulu, Rudi Garcia berpisah dengan Al Nassr dengan persetujuan bersama selepas berkhidmat selama lapan bulan.", "Sebelum meninggalkan Al Nassr, Rudi sempat mengemudi kelab menghuni tangga kedua Liga Pro Saudi dengan kutipan 53 mata. Mereka hanya dibezakan sebanyak tiga mata sahaja dengan pendahulu liga, Al Ittihad.", "AlNassr can announce that Head Coach Rudi Garcia has left the Club by mutual agreement.", "The board and everyone at AlNassr would like to thank Rudi and his staff for their dedicated work during the past 8 months. pic.twitter.com/6wx6p68f6N", "— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) April 13, 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322978/", "headline": "\nRanking BWF: Tang Jie-Ee Wei Hampiri Kelompok 20 Terbaik Dunia\n", "content": ["Gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang menjuarai saingan Orleans Masters pada Ahad lalu kini semakin menghampiri kelompok 20 pasangan beregu campuran terbaik dunia.", "Ini selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terbaru pada hari ini yang menyaksikan kedudukan Tang Jie-Ee Wei meningkat sebanyak empat anak tangga berbanding minggu lalu.", "Ianya sekaligus meletakkan gandingan pemain berusia 25 dan 22 tahun masing-masing itu di kedudukan ke-22 dunia dengan pungutan 44,513 mata.", "Kedudukan itu juga mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai beregu campuran No.3 tanah air selepas gandingan Goh Soon Huat-Shevon Jemie (No.8 dunia) dan Tang Kian Meng-Lai Pei Jing (No.13 dunia).", "Untuk makluman, pungutan mata terbabit hanya dibezakan sebanyak 2,241 mata dan 1,194 mata dengan pasangan No.20 (Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Hong Kong) dan No.21 (Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, China) masing-masing.", "Sebagai rekod, Tang Jie-Ee Wei yang mula bergandingan sejak awal Disember tahun lalu bermula dengan ranking ke-272 dunia sebelum meraih peningkatan demi peningkatan terutamanya selepas muncul naib juara Cabaran Antarabangsa Petronas, menjuarai Cabaran Antarabangsa Bangladesh, Cabaran Antarabangsa Iran Fajr serta Orleans Masters."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217274/", "headline": "\nPiala Thomas: Sze Fei-Izzuddin Kalah Buat Kali Keenam Di Tangan Satwiksairaj-Chirag\n", "content": ["Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin terpaksa akur tumpas buat kali keenam di tangan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty di pentas kejohanan antarabangsa. ", "Terbaru, Sze Fei-Izzuddin tumpas kepada beregu No.8 dunia ini pada pertarungan kedua antara Malaysia dan India di peringkat suku akhir Piala Thomas 2022, sebentar tadi. ", "Dalam perlawanan tersebut, beregu negara yang menghuni ranking ke-13 dunia ini tumpas “straight set” dengan skor 19-21 dan 15-21 dalam tempoh masa 41 minit permainan.", "TotalEnergies BWF Thomas and Uber Cup Finals 2022", " 🇮🇳Satwiksairaj RANKIREDDY🏅21 21 🇮🇳Chirag SHETTY🏅19 15 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "🕗 in 41 minutes https://t.co/JDItgTocZC", "— BWFScore (@BWFScore) May 12, 2022", "Kekalahan ini membolehkan India meraih mata yang pertama dalam perlawanan ini sekaligus mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada saat ini.", "Sebagai rekod, dalam tujuh pertemuan secara keseluruhan, gandingan Sze Fei-Izzuddin hanya meraih satu kemenangan sahaja ke atas Satwiksairaj-Chirag. Ianya direkodkan ketika beraksi di kejohanan Terbuka Denmark 2021 yang lalu.", "Sementara itu, di pertarungan ketiga, perseorangan negara yang menghuni ranking ke-46 dunia, Ng Tze Yong turun berentap dengan pemain No.11 dunia, Kidambi Srikanth."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206920/", "headline": "\nAidil Sharin Sahak: Kedah Adalah Pilihan No.1\n", "content": ["Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak mengakui didekati wakil Perak The Bos Gaurus bagi mendapatkan khidmatnya untuk saingan musim depan.", "Bagaimanapun Aidil berpendirian untuk kekal bersama skuad Helang Merah bukan sahaja sehingga tamat musim malah turut memberi bayangan untuk memperbaharui kontraknya.", "Malah jurulatih berusia 43 tahun ini meletakkan sasaran buat Kedah untuk mengulangi pencapaian musim lalu iaitu mara ke saingan akhir Piala Malaysia sekali lagi, musim ini.", "“Pengurusan pasukan Perak ada membuat pertanyaan kepada saya namun ia cuma secara lisan dan perkara ini masih lagi diperingkat awal.", "“Kedah adalah pilihan nombor satu buat saya dan walaupun Perak menunjukkan minat mereka, tetapi buat masa ini hati saya masih lagi bersama Kedah dan masih memiliki kontrak hingga hujung musim ini.", "“Secara jujurnya saya berazam mahu memberi khidmat terbaik untuk Kedah hingga ke hujung musim ini dan mahu fokus membawa Kedah sekali lagi ke peringkat akhir Piala Malaysia pada musim ini,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.", "Untuk rekod, Aidil dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah pada penghujung tahun 2018. Musim sulungnya bersama Kedah, dia berjaya mengemudi pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu memenangi Piala FA dan naib juara Piala Malaysia.", "“Saya masih tetap komited dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kepada saya buat masa ini.", "“Apapun, saya mahu fokus dalam memberi khidmat terbaik dari hati saya untuk pasukan Kedah dalam membawa kejayaan buat skuad Lang Merah pada musim ini,” katanya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216463/", "headline": "\nRanking BWF: Beregu Muda Meningkat 10 Anak Tangga, Vivian-Chiew Sien Sertai Kelompok 40 Terbaik\n", "content": ["Kemaskini ranking terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini memperlihatkan peningkatan ketara terhadap beberapa beregu wanita negara.", "Peningkatan tersebut diraih hasil daripada penyertaan mereka di dalam saingan Terbuka Swiss – Jelajah Dunia Super 300 BWF – yang tamat pada Ahad lalu.", "Paling mencuri tumpuan adalah peningkatan 10 anak tangga yang diraih oleh beregu muda berusia 20 tahun masing-masing, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow.", "Walaupun sekadar beraksi sehingga ke peringkat Pusingan 16, ianya sudah memadai untuk melonjakkan mereka ke ranking ke–82 dunia, pada minggu ini.", "Sementara itu, Teoh Mei Xing-Anna Cheong yang mara ke peringkat suku akhir pula merekodkan peningkatan sebanyak 11 anak tangga menjadikan mereka menghuni ranking ke-69 dunia pada ketika ini.", "Manakala beregu wanita bebas (independent) negara, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien yang mempamerkan prestasi memberangsangkan sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir saingan Terbuka Swiss pula berhasil melonjak empat anak tangga dan membolehkan menghuni kelompok ranking 40 terbaik dunia buat pertama kali.", "Sementara itu, tiada sebarang perubahan ranking dikesan terhadap gandingan wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan dimana mereka kekal sebagai beregu No.13 dunia.", "Featured Image: Swiss Open & Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322890/", "headline": "\nPFAM, ADMC Meterai MoU – Sedia Akses Rawatan Rehabilitasi Kepada Pemain\n", "content": ["Kini para pemain bola sepak khususnya ahli Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendapat akses kepada penjagaan sukan perubatan bertaraf dunia, teknologi termaju, latihan dan sokongan khusus sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perubatan sukan dan pemulihan untuk atlet di Ara Damansara Medical Centre (ADMC).", "Akses ini hadir selepas PFAM dan ADMC menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan objektif mewujudkan program perubatan dan pemulihan sukan yang komprehensif memenuhi keperluan unik pemain bola sepak Malaysia – dengan tumpuan kepada pencegahan kecederaan, prestasi optimum, kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.", "Majlis menandatangani MoU itu diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PFAM, Izham Ismail dan CEO ADMC, Miranda Harumal yang berlangsung di Ara Damansara Medical Centre, pagi tadi.", "Difahamkan PFAM menggerakkan inisiatif ini bagi membantu para pemain bola sepak profesional untuk mendapatkan rawatan kecederaan sukan yang betul dan selamat melalui rawatan rehabilitasi.", "Selain itu, kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan inisiatif dan dasar bersama yang berkaitan dengan perubatan dan pemulihan sukan, menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam bidang ini, meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan pemain bola sepak terutamanya untuk pemain muda dan wanita."]} +{"url": "https://sukanz.com/202215347/", "headline": "\nBekas Penyerang Liga Israel Barisi Bahagian Serangan Kelantan United 2022\n", "content": ["Pasukan Liga Premier, Kelantan United FC menambahkan kekuatan barisan serangannya pada musim ini dengan menandatangani bekas penyerang yang beraksi dalam saingan Liga Israel, Jacob Njoku.", "Pemain berusia 24 tahun kelahiran Lagos, Nigeria ini diperkenalkan secara rasmi oleh skuad The Green Deer menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Posisi dominan Jacob adalah penyerang kedua namun pemain yang beraksi di pelbagai kelab divisyen dua Liga Israel sejak 2016 ini turut mampu beraksi sebagai sayap kiri dan kanan.", "Selain daripada beraksi di Israel, penyerang berketinggian 1.77 meter ini turut mempunyai pengalaman beraksi di Georgia, Mesir dan terakhir, Bahrain bersama Al Shabab FC.", "Untuk makluman semua, Jacob menjadi pemain import ketiga yang akan membarisi skuad Kelantan United bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.", "Terdahulu, skuad yang dibimbing oleh Syamsul Saad ini mengekalkan khidmat dua pemain import Jepun musim lalu iaitu Masashi Motoyama dan Shukei Fukai yang merupakan pemain tengah dan pertahanan masing-masing.", "Featured Image: Kelantan United FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112112/", "headline": "\nGeorge Russell: Tahun Depan Saya Pelumba F1 Mercedes\n", "content": ["Pelumba muda British, George Russell mengesahkan dirinya akan menyertai pasukan Mercedes-AMG Petronas dalam saingan Formula 1 (F1) bermula tahun 2022.", "Ini bermakna, pelumba berusia 23 tahun ini akan menjadi rakan sepasukan kepada juara tujuh kali yang juga merupakan seorang pelumba British, Lewis Hamilton.", "Baca: Hamilton Menangi Kejuaraan Ketujuh F1, Menyamai Rekod Michael Schumacher", "Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelumba Williams Racing sejak 2019 hingga 2021 ini menerusi pelbagai platform laman sosialnya, hari ini.", "Sementara itu, pasukan Mercedes-AMG Petronas turut mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan kemasukan pelumba yang pernah menyertai Mercedes Young Driver Programme ke pasukan mereka, sebentar tadi.", "Difahamkan, Russell menyertai pasukan Mercedes dengan kontrak jangka masa panjang setelah Valtteri Bottas, 32 tahun, mengumumkan menyertai Alfa Romeo Racing setelah lima musim berlumba bersama Mercedes.", "Bottas menyertai Alfa Romeo Racing bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pelumba senegaranya, Kimi Raikkonen yang mengumumkan persaraan apabila tamatnya saingan F1 penghujung musim ini.", "Baca: Selepas 20 Tahun Berlumba, Kimi Raikkonen Umum Persaraan Hujung Musim Ini"]} +{"url": "https://sukanz.com/202110346/", "headline": "\nSebarang ‘Friendly Match’ Tidak Dibenarkan Ketika PKP 1 – 14 Jun\n", "content": ["Pasukan bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 jun.", "Bagaimanapun, sesi latihan bagi pasukan-pasukan masih boleh diteruskan dengan menggunakan kaedah ‘Camp Based Training’ sepertimana mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).", "Selain daripada perlawanan persahabatan, pergerakan merentas daerah dan negeri turut tidak dibenarkan kepada mana-mana pasukan.", "Sehubungan itu, penganjur bola sepak domestik, Malaysian Football League (MFL) menggesa setiap pasukan memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP yang telah digariskan. ", "MFL turut mengingatkan, sebarang kecuaian atau pelanggaran SOP oleh mana-mana pasukan akan menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).", "Setakat ini, lima pasukan iaitu Kedah Darul Aman, Terengganu, UiTM dan PDRM FC serta Terengganu FC II sudah mendapat kelulusan MFL untuk mengadakan latihan mengikut kaedah ‘Camp-Based Training’.", "Featured Image: Kedah Darul Aman"]} +{"url": "https://sukanz.com/20206946/", "headline": "\nDominic Diberikan Nombor Kegemaran, No.3 Bersama Police Tero FC\n", "content": ["Pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan telah diberikan jersi dengan nombor kegemarannya iaitu nombor 3 bersama pasukan Police Tero FC.", "Pada awalnya, pertahanan berusia 23 tahun itu diberikan nombor 30 ketika menyertai pasukan secara tetap, pada hujung tahun lalu.", "3️⃣0️⃣ ➡️ 3️⃣New season, new jersey number untuk @dominictann di Police Tero FC! Bila dapat no. favourite aura dia lain sikit bila main. 😁 Goodluck Dom, buat yang terbaik & fight untuk tempat nanti. 💪🏻 #ThaiLeague #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/XYZyL7w0fu", "Sebelum itu, Dominic bermain bersama mereka secara pinjaman daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semasa musim 2019.", "Perkara itu disedari apabila Police Tero mengemaskini senarai penuh pemain-pemain mereka untuk mengharungi baki saingan liga yang akan bersambung kembali pada 12 september ini.", "Malah Dominic dilihat telah menyarung jersi bernombor 13 dalam beberapa sesi latihan yang diadakan sebelum ini.", "Turut kelihatan dalam senarai itu adalah pemain baharu mereka iaitu Mohamadou Sumareh yang juga penyerang naturalisasi skuad kebangsaan.", "Khidmat Sumareh telah diumumkan secara rasmi oleh Police Tero pada isnin lalu dan pemain kelahiran Gambia itu diberikan jersi bernombor 13.", "Featured Image: Police Tero FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202218255/", "headline": "\nJuara Europa 2020-21, Villarreal CF Buka Akademi Bola Sepak Di Kuala Lumpur\n", "content": ["Kelab berpangkalan di Sepanyol yang menjuarai saingan Liga Europa 2020-21, Villarreal CF memaklumkan membuka sebuah akademi bola sepak yang baharu bertempat di ibu negara kita, Kuala Lumpur.", "Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Akademi Villarreal Malaysia akan memulakan operasinya secara rasmi pada Ogos nanti dimana ia akan memfokuskan kepada penyertaan pemain dari umur 3 hingga 21 tahun.", "Welcome to the Villarreal family, Villarreal Malaysia Academy 🇲🇾!", "— Villarreal CF English (@VillarrealCFen) July 4, 2022", "Pemain yang menyertai akademi ini bukan sahaja dapat berlatih di bawah metodologi kelab yang beraksi dalam kancah La Liga ini. Bahkan, para pemain turut berpeluang terbang ke Sepanyol untuk berlatih disana dan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Akademi Villarreal CF.", "Untuk makluman semua, pembukaan Akademi Villarreal Malaysia ini sebahagian daripada projek pengembangan antarabangsa oleh Akademi Villarreal.", "Setakat ini, mereka mempunyai lebih 20 akademi yang beroperasi di luar daripada Sepanyol di seluruh dunia. Antaranya di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Australia, Republik Korea, Israel, Argentina, Andorra, Bolivia dan Malaysia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202221222/", "headline": "\nRanking BWF: Fajar-Rian Rampas ‘Takhta’ Beregu Lelaki No.1 Dunia\n", "content": ["Beregu Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dapat mempertahankan status selaku beregu lelaki No.1 dunia selama 14 minggu berturut-turut sahaja sebelum ‘takhta’ itu jatuh ke tangan pasangan lain.", "Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini, status beregu lelaki No.1 dunia itu menjadi milik gandingan yang sedang meningkat naik dari negara jiran tetangga, Indonesia iaitu Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto.", "Untuk makluman, ini merupakan kali pertama dalam karier pemain berusia 27 dan 26 tahun masing-masing ini menjejakkan kaki di ranking pertama dunia.", "Faktor terbesar yang dapat dikesan menyumbang kepada Fajar-Rian menghuni ranking No.1 dunia ini adalah kejayaan mereka mara dalam lapan perlawanan akhir kejohanan Jelajah Dunia sepanjang 2022 ini.", "Daripada lapan perlawanan terbabit, empat daripadanya berakhir dengan gelaran juara yang terdiri daripada kejohanan Terbuka Swiss (Super 300), Indonesia Masters (Super 750), Malaysia Masters (Super 500) dan Terbuka Denmark (Super 750).", "Kesemua itu telah memberikan mata yang lumayan buat Fajar-Rian. Kini, mereka mengumpul 88,655 mata secara keseluruhan pada minggu terakhir bagi tahun 2022.", "Sementara itu, gandingan Hoki-Kobayashi pula berada di tangga kedua dan diikuti dengan sepasang lagi beregu Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan di tempat ketiga.", "Featured Image: Jerry Lee & Emman Flavier / Badminton Asia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323009/", "headline": "\n‘5 Kali Kalah Tukar Jurulatih’ – Terma Dalam Kontrak Kelantan FC\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Kelantan FC akan menukar ketua jurulatihnya sekali lagi sekiranya pengendali sedia ada, Frank Bernhardt mencatatkan lima kekalahan.", "Norizam Tukiman merangkap pemilik skuad berjulukan The Red Warriors (TRW) itu mendedahkan perkara berkenaan dalam temu bual eksklusif yang disiarkan Astro Arena, semalam.", "Jelas ahli perniagaan dan pelaburan yang turut dikenali sebagai Zamsaham, terma mengenai penukaran jurulatih sekiranya mengalami lima kekalahan itu telah terkandung di dalam kontrak pengendali kelahiran Jerman terbabit bersama Kelantan.", "“Frank Bernhardt, I tahu you punya performance dekat UiTM FC, you are professional coach, saya bagitahu this our KPI (key performance indicator), this is our target, I harap you capaikan,”", "“So macam kita bagitahu, kalau you tak capai, kita terpaksa tukar, normal.”", "“Takkan tak capai saya buat bodoh lagi untuk tunggu sampai habis match dan sebagainya,” ", "“So kita bagi dia peluang tapi kalau dia dah kalah sampai lima kali match, dalam kontrak dah tertulis, kau kalah lima kali match, kita terpaksa tukar,”", "“Yes (dah ada persetujuan) lima kali match,” ujarnya menjawab soalan yang dikemukakan oleh hos samada Frank yang dilantik pada Ahad lalu akan kekal sehingga ke penghujung musim atau tidak. ", "Difahamkan, Norizam berbuat demikian bagi mengelakkan kemarahan para penyokong dengan menaikkan kain rentang serta sepanduk dengan kata-kata kecaman terhadapnya. Situasi ini sedang dihadapinya selepas Kelantan hanya melakar satu kemenangan daripada lapan perlawanan Liga Super musim ini.", "Untuk makluman, Frank hanya menggalas tugas sebagai Pengarah Teknikal Kelantan sekitar dua minggu sahaja sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad TRW baharu menggantikan Choi Moon-sik yang direhatkan.", "Sepertimana sedia maklum, perlawanan pertama yang dikendalikan Frank ketika bertemu Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad lalu berakhir dengan kekalahan 0-3 hasil jaringan Ayron del Valle dan gol berganda daripada Rauf Salifu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218605/", "headline": "\nWorld Athletics Akan Perkenalkan Pusingan ‘Repechage’ Dalam Acara Balapan Sukan Olimpik Paris 2024\n", "content": ["Badan induk bagi acara balapan dan padang, World Athletics memaklumkan akan memperkenalkan pusingan ‘repechage’ dalam kesemua acara individu di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.", "Menerusi satu makluman rasmi yang dikeluarkan badan terbabit pada hari ini, format saingan yang disertakan dengan pusingan ‘repechage’ ini akan diterapkan bermula acara berjarak 200 meter (m) hingga 1500m termasuk acara berpagar.", "Format baharu ini menyaksikan mana-mana atlet yang terkandas di pusingan pertama akan diberikan peluang kedua untuk mara ke pusingan separuh akhir dengan mengambil bahagian di pusingan ‘repechage’. ", "The World Athletics Council approves an innovation to the regular competition format for @Paris2024, introducing a repechage round to all individual track events from 200m to 1500m in distance, including the hurdles events 👇", "— World Athletics (@WorldAthletics) July 25, 2022", "Perkembangan ini menjadikan sebarang acara balapan dengan format baharu ini akan mempunyai empat pusingan – pusingan pertama, pusingan ‘repechage’, pusingan separuh akhir dan pusingan akhir.", "Sebagai perbandingan, format lama hanya merangkumi tiga pusingan sahaja iaitu pusingan pertama, pusingan separuh akhir dan akhir.", "Sementara itu, bagi acara pecut 100m, ianya sudah mempunyai pusingan saringan sebelum daripada pusingan pertama. Justeru, pusingan ‘repechage’ tidak akan diperkenalkan dalam acara ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/202220213/", "headline": "\nTerbuka Denmark: Tiga Wakil Negara ‘Tumbang’ Di Pusingan 32\n", "content": ["Saingan hari pertama kejohanan Terbuka Denmark 2022 – Jelajah Dunia Super 750 BWF – yang menutup tirainya awal pagi tadi waktu Malaysia menyaksikan tiga wakil negara yang mengambil bahagian terkandas seawal di Pusingan 32.", "Wakil pertama yang terkeluar daripada saingan ini adalah beregu campuran, Chan Peng Soon dan Cheah Yee See setelah tumpas kepada wakil China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping.", "Perlawanan tersebut memperlihatkan Peng Soon-Yee See tumpas dengan secara “straight set” dengan skor 16-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 42 minit permainan.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORXD – Round of 32 🇨🇳Yan Zhe FENG🏅21 21 🇨🇳Dong Ping HUANG🏅16 17 🇲🇾Peng Soon CHAN 🇲🇾Yee See CHEAH", "🕗 in 42 minutes https://t.co/d7CC9C7xoR", "— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022", "Seterusnya, wakil yang turut mengikuti jejak langkah Peng Soon-Yee See tumbang di pusingan awal ini adalah beregu lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin.", "Mereka turun beraksi menentang wakil Taiwan, Lee Yang dan Lu Chen dan merekodkan kekalahan juga secara “straight set” dengan skor 18-21 dan 14-21 dalam tempoh 38 minit permainan.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORMD – Round of 32 Yang LEE🏅21 21 Chen LU🏅18 14 🇲🇾Sze Fei GOH 🇲🇾Nur IZZUDDIN", "🕗 in 38 minutes https://t.co/y2VtCdibii", "— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022", "Akhir sekali, satu lagi beregu lelaki merangkap pasangan bebas (independent), Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong mengalami nasib yang sama ekoran tumpas kepada Choi Sol-gyu dan Kim Won-ho.", "Pertembungan ini berlangsung dalam tempoh yang menghampiri satu jam permainan dan pasangan Korea itu berhasil merekodkan kemenangan menerusi tiga set yang berkesudahan dengan skor 13-21, 21-19 dan 13-21.", "Denmark Open 2022 presented by VICTORMD – Round of 32 🇰🇷Sol Gyu CHOI🏅21 19 21 🇰🇷Won Ho KIM🏅13 21 13 🇲🇾Kian Meng TAN 🇲🇾Wee Kiong TAN", "🕗 in 58 minutes https://t.co/fQvZV3Z5AA", "— BWFScore (@BWFScore) October 18, 2022", "Sementara itu, tiga lagi wakil negara yang beraksi semalam, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Lee Zii Jia berhasil meloloskan diri ke peringkat seterusnya iaitu Pusingan 16. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202321683/", "headline": "\nSPOTV Siar Semua Perlawanan Piala Dunia Kelab FIFA 2022\n", "content": ["Perebutan Piala Dunia Kelab FIFA 2022 dapat disaksikan oleh para peminat bola sepak tempatan melalui saluran SPOTV.", "“SPOTV berbangga untuk mengumumkan bahawa bermula 2-12 Februari 2023 ini, saluran ini akan menyiarkan FIFA Club World Cup 2022,” tulisnya dalam satu kenyataan.", "The #ClubWC is underway!@AlAhly 🆚 @AucklandCity_FC", "— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 1, 2023", "Sebanyak tujuh pasukan berentap dalam kejohanan kali ini yang terdiri daripada Real Madrid (Sepanyol | UEFA), Al Ahly (Mesir | CAF), Auckland City FC (New Zealand | OFC), Wydad AC (Maghribi | Hos), Seattle Saounders FC (Amerika Syarikat | CONCACAF), Flamengo (Brazil | CONMEBOL) dan  Al Hilal (Arab Saudi | AFC). ", "Untuk makluman semua, ianya dilangsungkan di Maghribi pada tahun ini.", "Dimaklumkan, kesemua tujuh perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di saluran SPOTV serta aplikasi penstriman miliknya, SPOTV NOW.", "Sebagai tambahan, peminat bola sepak di Malaysia boleh mengakses saluran SPOTV melalui Astro dan Unifi TV."]} +{"url": "https://sukanz.com/202113800/", "headline": "\nSelamat Tinggal Karsten, Selangor Lantik Michael Sebagai Ketua Jurulatih Baharu\n", "content": ["Hanya satu musim sahaja khidmat jurulatih kelahiran Jerman, Karsten Neitzel digunakan oleh pasukan berpangkalan di Lembah Klang iaitu Selangor FC selaku ketua jurulatih mereka.", "Menerusi satu makluman terkini, Selangor atau dikenali sebagai Red Giants mengumumkan melantik Pengarah Sukannya, Michael Feichtenbeiner sebagai ketua jurulatih skuad utama yang baharu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim hadapan.", "Difahamkan, Michael dipilih kerana pihak pengurusan telah melihat kemampuan yang ditunjukkannya ketika menjawat jawatan selaku ketua jurulatih sementara (interim) pada penghujung musim 2020.", "Michael memperkenalkan pasukan yang terdiri daripada adunan pemain muda dan pemain senior, bermain dengan ‘high pressing’ dan transisi yang pantas. Ini selari dengan visi kelab yang mahu membina pasukan yang kuat di masa hadapan.", "Untuk makluman semua, selain daripada Pengarah Sukan, Michael juga telah berperanan sebagai ketua jurulatih pasukan simpanan, Selangor 2 sejak tahun 2020."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216377/", "headline": "\nTerbuka Swiss: Gandingan Vivian-Chiew Sien Mara Ke Separuh Akhir Buat Pertama Kali\n", "content": ["Beregu wanita bebas (independent), Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien berhasil mara ke peringkat separuh akhir buat pertama kali di dalam mana-mana kejohanan antarabangsa sejak bergandingan bersama bermula Oktober tahun lalu.", "Kemaraan itu diraih di saingan Terbuka Swiss 2022 – Jelajah Dunia Super 300 BWF – selepas berhasil menumpaskan beregu India, Ashwini Ponnappa dan N. Sikki Reddy di peringkat suku akhir, sebentar tadi.", "YONEX Swiss Open 2022WD – Quarter final 🇲🇾Vivian HOO🏅22 23 🇲🇾Chiew Sien LIM🏅20 21 🇮🇳Ashwini PONNAPPA 🇮🇳N. Sikki REDDY", "🕗 in 55 minutes https://t.co/lP4SM5uzsB", "— BWFScore (@BWFScore) March 25, 2022", "Vivian-Chiew Sien yang menghuni ranking ke-44 dunia itu menyingkirkan lawannya yang menduduki tangga ke-20 dunia secara ‘straight set’ dengan skor 22-20 dan 23-21 dalam tempoh masa yang menghampiri satu jam permainan.", "Untuk rekod, ini merupakan pertarungan sulung yang melibatkan kedua-dua beregu dari Malaysia dan India masing-masing ini.", "Sementara itu, Vivian-Chiew Sien yang mara ke peringkat separuh akhir bakal berhadapan dengan cabaran yang sengit kelak. Ini kerana mereka bakal bertemu dengan beregu Bulgaria yang merupakan pasangan No.9 dunia, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202113432/", "headline": "\nRanking BWF: Semi-finalis Cabaran Belgium, Wei Chong-Kai Wun Tembusi Kelompok 100 Terbaik\n", "content": ["Beregu badminton lelaki muda negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun berjaya menembusi kelompok ranking 100 terbaik dunia setelah mara ke peringkat separuh akhir Cabaran Antarabangsa Belgium 2021, minggu lalu.", "Menerusi kemaskini ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Wei Chong-Kai Wun kini menghuni ranking ke-93 dunia.", "Kedudukan ke-93 itu merupakan lonjakan sebanyak sembilan anak tangga berbanding kedudukan mereka pada minggu lalu iaitu ke-102.", "Untuk makluman semua, kedudukan ini merupakan yang terbaik pernah digapai oleh pasangan yang berusia 22 dan 21 tahun masing-masing ini.", "Sementara itu, pasangan beregu lelaki bebas (independent players), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang mara ke peringkat suku akhir Terbuka Perancis berhasil meningkatkan kedudukan mereka menduduki tangga ke-15 dunia.", "Akhir sekali, pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak merekodkan sebarang perubahan dan kekal di kedudukan ke-8 dunia buat masa ini.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217449/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Sze Fei-Izzuddin Hadapi Juara Dunia, Takuro-Yugo Sekali Lagi\n", "content": ["Beregu badminton lelaki No.3 negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin akan berhadapan dengan pasangan Jepun merangakap juara Kejohanan Dunia 2021, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi sekali lagi dalam saingan Terbuka Thailand 2022.", "Sze Fei-Izzuddin yang menghuni ranking ke-12 dunia baru sahaja berhadapan dan merekodkan kemenangan ke atas pasangan No.3 dunia ini dalam saingan Piala Thomas, pada minggu lalu.", "Kali ini, Sze Fei-Izzuddin akan bertemu Takuro-Yugo di peringkat suku akhir bagi merebut kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 500 BWF. Pertembungan antara kedua-dua pasangan ini dijadualkan berlangsung sekitar 6.25 petang nanti waktu Malaysia.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MD – Round of 16 🇲🇾Sze Fei GOH🏅21 21 🇲🇾Nur IZZUDDIN🏅16 11 🇫🇷Christo POPOV 🇫🇷Toma Junior POPOV", "🕗 in 31 minutes https://t.co/NRCUAUrCg6", "— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2022", "Untuk makluman semua, Sze Fei-Izzuddin berhasil menempah kemaraan ke peringkat suku akhir dengan menumpaskan pasangan adik beradik Popov dari Perancis secara “straight set” dengan skor 21-16 dan 21-11 dalam tempoh sekitar setengah jam permainan, semalam.", "Manakala, Takuro-Yugo pula mara selepas menyingkirkan beregu dari negara tembok besar, China iaitu Liang Wei Keng dan Wang Chang dengan keputusan 21-13, 19-21 dan 21-13 dalam pertarungan yang berlangsung hampir satu jam.", "GR TOYOTA GAZOO RACING Thailand Open 2022MD – Round of 16 🇯🇵Takuro HOKI🏅21 19 21 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🏅13 21 13 🇨🇳Wei Keng LIANG 🇨🇳Chang WANG", "🕗 in 50 minutes https://t.co/gAvNpkj1R6", "— BWFScore (@BWFScore) May 19, 2022", "Sebagai rekod, Sze Fei-Izzuddin sudah bertemu Takuro-Yugo sebanyak tiga kali sebelum ini. Kemenangan yang dicatat pada minggu lalu merupakan kemenangan sulung Sze Fei-Izzuddin ke atas pasangan dari negara matahari terbit ini.", "Sekiranya Sze Fei-Izzuddin merekodkan satu lagi kemenangan ini, mereka akan dapat menyeimbangkan rekod pertemuan menentang Takuro-Yugo ini menjadi dua kemenangan dan dua kekalahan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324920/", "headline": "\nTerbuka Taipei: Pang Ron-Mei Xing Catat Kemaraan Kedua Ke Pusingan 16 Super 300 Tahun Ini\n", "content": ["Gandingan campuran negara, Hoo Pang Ron dan Teoh Mei Xing lolos ke Pusingan 16 Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 buat kali kedua tahun ini selepas menewaskan wakil tuan rumah, Lee Feng-Chih dan Sun Wei Peng di Pusingan 32 Terbuka Taipei, hari ini. ", "Dalam pertarungan sulung melibatkan kedua-dua beregu tersebut, beregu negara tidak mempunyai masalah untuk menewaskan pasangan Chinese Taipei itu secara “straight set” dengan keputusan 21-13 dan 21-11 di Arena Tian-Mu selama 21 minit. ", "Kemenangan tersebut sekaligus menjadi kemaraan kedua Pang Ron-Mei Xing ke Pusingan 16 daripada tiga kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 300 disertai mereka tahun ini. Mereka turut mara ke Pusingan 16 di Orleans Masters pada April lalu.", "YONEX Taipei Open 2023XD – R32 🇲🇾HOO Pang Ron🏅21 21 🇲🇾TEOH Mei Xing🏅 Fang-Chih LEE13 11 SUN Wen Pei", "— BWFScore (@BWFScore) June 21, 2023", "Pasangan yang kini berada di tangga ke-41 dunia itu akan bertemu gandingan Republik Korea, Kim Young Hyuk dan Lee Yu Lim buat kali pertama di peringkat seterusnya.", "Untuk makluman, Kim Young-hyuk dan Lee Yu-lim telah menewaskan rakan senegara, Wang Chan dan Shin Seung-chan di Pusingan 32 dengan keputusan “straight set” 21-14 dan 21-15. ", "Terdahulu, Pang Ron-Mei Xing telah menjuarai Cabaran Antarabangsa Maldives setelah menewaskan pasangan Amerika Syarikat, Vinson Chiu dan Jennie Gai secara “straight set” dengan keputusan 21-13 dan 21-18. ", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111468/", "headline": "\nOlimpik 2020: Dhabitah Raih Kedudukan Ke-4 Acara Terjun 3m Papan Anjal\n", "content": ["Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri menamatkan saingan akhir acara terjun 3 meter papan anjal di tempat keempat dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.", "Dhabitah, 22 tahun, berjaya menduduki tangga keempat selepas memberikan aksi yang konsisten dalam kelima-lima terjunan sekaligus mengumpul 326.15 mata secara keseluruhan.", "Bagaimanapun, kutipan mata tersebut masih tidak melayakkannya untuk mengutip sekurang-kurangnya pingat gangsa pada penampilan keduanya di temasya Olimpik kali ini.", "Terjun – 3 Meter Papan Anjal Wanita – FinalKedudukan akhir:4. 🇲🇾 Nur Dhabitah Sabri (326.15)Anda telah memberikan yang terbaik, Bitah. Kami rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia! 💪#Diving#Tokyo2020#SokongMalaysia pic.twitter.com/MnVGhT1zZS", "Pemenang pingat emas dan perak bagi acara ini adalah penerjun China iaitu Shi Tingmao dan Wang Han yang masing-masing mengutip 383.50 dan 348.75 mata.", "Manakala pemenang pingat gangsa adalah penerjun Amerika Syarikat, Krysta Palmer dengan kutipan mata 343.75 secara keseluruhan.", "Untuk makluman semua, ini merupakan pencapaian terbaik buat Dhabitah sejak menyertai Sukan Olimpik Rio 2016."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112047/", "headline": "\nParalimpik 2020: Abdul Latif Romly Pertahan Pingat Emas Lompat Jauh T20\n", "content": ["Atlet para negara, Abdul Latif Romly menepati sasaran memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh kategori T20 pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Kemenangan ini bermakna Latif berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara yang sama pada temasya edisi yang lalu, Sukan Paralimpik Rio 2016.", "Latif yang berusia 24 tahun dan berasal Kampung Paya Kelubi, Kangar ini berjaya membawa pulang pingat emas setelah merekodkan lompatan terbaiknya sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan ke-2 pada hari ini.", "RASMI: EMAS KETIGA BUAT MALAYSIA!Abdul Latif Romly sekali lagi memenangi pingat emas di pentas Sukan Paralimpik dengan catatan 7.45 untuk lompat jauh lelaki kelas T20.Syabas Latif! #Gold#Athletics#Paralympics #SokongMalaysia pic.twitter.com/ARPnPrPu4E", "Pencabar terdekatnya adalah atlet Greece, Athanasios Prodromou yang merekodkan lompatan terbaik sejauh 7.17m dan membawa pulang pingat perak.", "Manakala wakil Australia, Nicholas Hum yang mencatatkan lompatan terbaiknya sejauh 7.12m membawa pingat gangsa daripada acara ini.", "Untuk pengetahuan semua, selain memenangi dua pingat emas Sukan Paralimpik, Latif merupakan juara dunia sebanyak dua kali serta pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018.", "Abdul Latif Romly, juara dunia lompat jauh T20Tahniah👏👏👏#TerbangLatifTerbang pic.twitter.com/sbvt30Fq3U", "Kejayaan Latif membolehkan Kontinjen Malaysia mengumpul lima butir pingat secara keseluruhan.", "Baca: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya", "Baca: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia", "Tiga daripadanya merupakan kilauan emas dimana dua pingat  tersebut hasil sumbangan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan Cheah Liek Hou (badminton). ", "Manakala dua pingat perak pula diperolehi oleh Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).", "Featured Image: World Para Athletics"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219209/", "headline": "\nAlex Goncalves, Manuel Ott Telah Tiba di Melaka, Stefan Nikolic Sedang Dalam Proses\n", "content": ["Senarai lima pemain import Melaka United FC dilihat hampir lengkap dalam usahanya menyediakan pasukan untuk mengharungi saingan Liga Super 2021 yang akan bermula pada awal mac hadapan.", "Skuad Hang Tuah telah mengekalkan dua pemain import musim lalu iaitu pertahanan Jang Suk-won dan pemain tengah menyerang Sonny Norde. ", "Ini menjadikan Melaka United hanya memburu tiga pemain import baharu bagi menggantikan Uche Agba, Romel Morales dan Naruphon Putsorn yang dilepaskan pada tahun lalu.", "Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri, beliau memaklumkan telah mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott dan penyerang Brazil, Alex dos Santos Goncalves.", "“Yang sudah sampai (di Melaka) Manuel Ott dari Filipina yang masih bermain (bersama) skuad kebangsaan,”", "“Kita telah menandatangani seorang pemain dari Brazil iaitu Alex dos Santos Goncalves, penyerang yang beraksi dalam saingan Liga Indonesia dan (merupakan) penjaring ketiga terbanyak (pada musim 2019).” katanya ketika dihubungi Sukanz, hari ini.", "Baca: Kenali Alex Gonçalves Peledak Yang Dikaitkan Dengan Penghijrahan Ke Liga Malaysia", "Untuk baki seorang lagi pemain import, sebelum daripada ini Melaka United dikhabarkan akan mengikat penyerang Croatia iaitu Ivan Lendric namun ianya tidak kesampaian. Disebabkan hal itu, nama bekas penyerang mereka pada musim 2017 iaitu Marko Simic menjadi pilihan alternatif mereka untuk mengisi posisi penyerang.", "Bagaimanapun, Simic yang kini bersama Persija Jakarta juga tidak dapat dibawa ke Melaka dan Saiful memaklumkan mereka sedang dalam proses menguruskan kemasukan penyerang Montenegro yang berusia 30 tahun, Stefan Nikolic.", "“Kita akan mendapat khidmat (seorang) penyerang juga iaitu Stefan Nikolic, kita mengharapkan dia akan sampai sebelum kita pergi (mengharungi) perlawanan persahabatan di Johor pada 13hb.” tambahnya lagi.", "Untuk makluman, perlawanan persahabatan tersebut merupakan sebahagian daripada aksi kejohanan lima penjuru yang membabitkan pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Terengganu FC, Sri Pahang dan Kuching City.", "Ianya akan diadakan dengan format liga satu pusingan (single round robin)."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206482/", "headline": "\nMoto2: Selepas Kemalangan Ngeri, Hafizh Terpaksa Bertongkat\n", "content": ["Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin terpaksa menggunakan axillary crutches atau topang ketiak bagi membantunya untuk bergerak selepas daripada terlibat dalam kemalangan ngeri.", "Pelumba berusia 26 tahun itu terlibat dalam satu kemalangan merempuh jentera milik Enea Bastianini yang tersadai di tengah-tengah trek ekoran tergelincir dalam perlumbaan GP Austria di Litar Red Bull Ring, semalam.", "Dalam insiden tersebut, Hafizh yang merempuh dengan kelajuan tinggi melambung dan terseret di atas litar. Manakala jentera miliknya hancur berkecai. ", "Pegawai perubatan segera mendapatkan pelumba Aspar Team itu untuk memberikan rawatan awal sebelum di bawa ke pusat perubatan untuk pemeriksaan.", "Hasil pemeriksaan Hafizh didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius melibatkan patah tulang atau kecederaan pada organ dalaman namun dia tidak mampu untuk berjalan sendiri buat masa ini.", "Walaupun perlukan masa untuk kembali sembuh sepenuhnya, semangat Hafizh masih berkobar-kobar untuk terlibat dalam perlumbaan seterusnya iaitu GP Styria, hujung minggu ini.", "“Saya gembira apabila tiada kecederaan besar di badan saya, tetapi kemalangan itu sangat teruk. Saya masih merasa sakit pada kedua-dua belah kaki terutamanya kaki kiri.", "“Pada masa ini, saya menggunakan topang ketiak untuk membantu pergerakan dan saya berdoa agar pulih secepat mungkin, saya juga berharap dapat menyertai perlumbaan hujung minggu ini (GP Styrian),” katanya dipetik daripada Bernama.", "Sementara itu, pelumba Italtrans Racing Team, Bastianini telah meminta maaf atas kemalangan yang menimpa Hafizh. Dia mengharapkan Hafizh pulih segera yang mungkin dan tidak sabar menantikan perlumbaan seterusnya.", "Sono molto dispiaciuto per quanto accaduto. Faccio i migliori auguri di buona guarigione a Syahrin. È difficile trovare le parole giuste ma restiamo speranzosi e guardiamo alla prossima gara."]} +{"url": "https://sukanz.com/20206746/", "headline": "\nVIDEO: JDT Mudah Ratah Tok Gajah, Ramadhan Jaring Gol Debut\n", "content": ["Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah menumpaskan pasukan Pahang dengan keputusan 3-2 dalam satu perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.", "Seawal minit ke-5 lagi, skuad Harimau Selatan berhasil meletakkan diri 1-0 di hadapan menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez dari luar kotak penalti menewaskan Sharbinee Allawee.", "5' | GOL VELAZQUEZ!@OfficialJohor kini mendahului @officialpahang menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez. #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/rDehBAGkIi", "Selang 10 minit kemudian, JDT yang selesa menguasai permainan menggandakan kedudukan. ", "Kali ini menerusi satu larian pantas oleh pemain muda yang melakukan debutnya hari ini, Ramadhan Saifullah. ", "Dia mudah menewaskan Sharbinee yang meluru keluar daripada kotak penalti setelah menerima suapan cantik oleh Afiq Fazail.", "15' | GOL RAMADHAN!@OfficialJohor menggandakan kelebihan menerusi jaringan Ramadhan Saifullah.@officialpahang 0-2 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/PymUWhcwJM", "Pahang dilihat amat bergelut untuk mendapatkan rentak permainan terutamanya pada separuh masa pertama. Beberapa serangan dilancarkan Pahang tetapi tiada penyudah dapat dihasilkan.", "JDT diberikan peluang untuk menambahkan lagi jaringan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti setelah Ramadhan dijatuhkan oleh pertahanan Pahang, Herold Goulon.", "35' | GOL CABRERA!@officialpahang 0-3 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/HCgopvx9Xq", "Pemain sayap lincah, Gonzalo Cabrera mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke-35 untuk memberikan JDT mendahului 3-0.", "Bagaimanapun, kealpaan datang menerpa skuad JDT kendalian Benjamin Mora apabila mereka melepaskan dua gol mudah dalam masa lima minit, sebelum tamat separuh masa pertama.", "40' | GOL FAISAL HALIM!@officialpahang 1-3 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/Pjk4eDduP4", "Minit ke-40, Faisal Halim berjaya memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Farizal Marlias untuk menjaringkan gol pertama buat Pahang, malam ini. ", "Pada minit ke-45 pula, giliran Goulon menanduk masuk bola hantaran sepakan sudut daripada Rizqi Gopi untuk merapatkan kedudukan.", "45' | GOL GOULON!Herold Goulon menjaring gol kedua buat pasukan @officialpahang @officialpahang 2-3 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PHGJDT#MFLLive pic.twitter.com/zuioRU4f0L", "Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 3-2 memihak kepada pasukan pelawat, JDT.", "Memasuki babak kedua, Pahang dilihat sudah mendapat rentak permainan. Keyakinan mereka bertambah ketika menyerap asakan-asakan JDT dan sesekali melakukan serangan balas ke arah gawang yang dikawal oleh Farizal Marlias.", "Akan tetapi, JDT kekal dengan disiplinnya ketika bertahan mahupun melakukan serangan. Ini menyukarkan skuad kendalian Dollah Salleh sukar untuk mencari gol penyamaan.", "Kedudukan 2-3 kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT kekal mendahului saingan CIMB Liga Super 2020 dengan 13 mata."]} +{"url": "https://sukanz.com/202217848/", "headline": "\nKelayakan Piala Asia: Bahrain Menang Lawan Malaysia Di Atas Padang Becak SNBJ\n", "content": ["Pasukan dari rantau Teluk Parsi, Bahrain berhasil mencatatkan kemenangan ke atas Malaysia biarpun beraksi di atas padang yang becak dan berlumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.", "Bahrain yang menduduki ranking ke-89 dunia itu meraih kemenangan dengan keputusan 2-1 hasil jaringan oleh Ali Haram dan Abdulla Yusuf Hella (penalti) pada minit ke-57 dan ke-81 masing-masing.", "Manakala jaringan tunggal Malaysia pula dihasilkan oleh pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh pada minit ke-55 permainan.", "Kumpulan E • Kelayakan Piala Asia 2023 | Sabtu, 11 Jun 2022", "MALAYSIA 🇲🇾 1-2 🇧🇭 BAHRAIN", "⚽️ Mohamadou Sumareh 55'⚽️ Ali Haram 57' Abdulla Yusuf Helal 81' (P)#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/haL2PW5AKR", "— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 11, 2022", "Dengan kemenangan ini, Bahrain turut memungut tiga mata keduanya selepas merekodkan kemenangan ke atas Bangladesh dalam perlawanan pertama, Rabu lalu.", "Ketika ini, mereka mempunyai enam mata dan menduduki tangga teratas Kumpulan E. Manakala Malaysia pula berada di tangga kedua dan diikuti oleh Turkmenistan di tangga ketiga dengan tiga mata masing-masing. ", "Sementara itu, Bangladesh berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata selepas kalah dalam kedua-dua perlawanan kepada Bahrain dan Turkmenistan.", "Sebagai tambahan, Malaysia akan mengharungi perlawanan terakhir menentang Bangladesh pada 14 Jun (Selasa) kelak.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217063/", "headline": "\nACL 2022: JDT, Ulsan Terikat 10 Mata – Hari Sabtu Jadi Penentuan Ke Saingan Kalah Mati\n", "content": ["Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan dengan merekodkan kemenangan ke atas ‘skuad muda’ Guangzhou FC buat kali kedua dalam saingan Kumpulan I, Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2022.", "Perlawanan antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri itu tadi berkesudahan dengan keputusan 2-0 memihak kepada tuan rumah hasil jaringan penalti berganda oleh penyerang kelahiran Brazil, Bergson da Silva pada babak pertama dan penghujung babak kedua.", "Kemenangan itu membolehkan JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora mengutip tiga mata sekaligus menjadikan mereka mengumpul 10 mata selepas mengharungi lima perlawanan. ", "FT | 🇨🇳 Guangzhou FC 0-2 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾", "🐯 The Southern Tigers get the job done as ⚽⚽ two perfect penalties from Bergson are enough to move them 🔝 of Group I #ACL2022 | #GUAvJDT pic.twitter.com/7PMGszoXZW", "— #ACL2022 (@TheAFCCL) April 27, 2022", "Selain itu, kemenangan ini juga turut membolehkan JDT kembali memimpin Kumpulan I. Walaupun memungut jumlah mata yang sama dengan Ulsan Hyundai, skuad yang berjulukan Harimau Selatan ini tetap mendahului atas faktor ‘head-to-head’ setelah merekodkan kemenangan ke atas pasukan tersebut pada perlawanan kedua lalu.", "Mengekori rapat kedua-dua pasukan ini adalah wakil Jepun, Kawasaki Frontale yang kini mempunyai 8 mata setelah mengharungi lima perlawanan. Juara Liga Jepun ini terlepas peluang untuk memimpin Kumpulan I apabila tumpas kepada Ulsan, petang tadi.", "Berbincang mengenai peluang JDT untuk layak ke saingan kalah mati buat pertama kali dalam sejarahnya, keputusan seri ketika menentang Ulsan dalam perlawanan terakhir pada Sabtu nanti berkemungkinan besar tidak mencukupi untuk layak. ", "Keputusan seri akan meletakkan JDT di tangga kedua Kumpulan I (mengambil kira Kawasaki meraih kemenangan ke atas Guangzhou FC). Namun begitu, kedudukan ini menyebabkan JDT perlu dibandingkan dengan pungutan mata yang dimiliki oleh pasukan naib juara dalam kumpulan-kumpulan lain di zon asia timur. ", "Sekiranya pungutan mata JDT tergolong dalam kalangan 3 naib juara terbaik daripada 5 pasukan, maka JDT layak ke peringkat kalah mati.", "Hanya kemenangan sahaja dapat membawa mereka ke peringkat kalah mati secara automatik selaku juara Kumpulan I. Manakala kekalahan pula sudah semestinya membuatkan Harimau Selatan terpaksa mengucapkan ‘bye’ kepada pentas elit asia ini.", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202324900/", "headline": "\nKuala Kangsar BRM Pasukan Pertama Tarik Diri Daripada Kejuaraan MBSB Bank\n", "content": ["Kelab dari Perak, Kuala Kangsar BRM (KK BRM) menjadi pasukan pertama yang menarik diri daripada saingan Kejuaraan MBSB Bank 2023 selepas mengharungi sembilan perlawanan liga. ", "Pengumuman tersebut hadir menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk pengelola liga, Amateur Football League (AFL) dan dikongsikan melalui pelbagai media sosial mereka. ", "Pengerusinya, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan penarikan diri pasukan berpangkalan di Kuala Kangsar itu selepas menerima surat makluman penarikan diri daripada saingan liga tersebut. ", "Tambah Yusoff, pihaknya telah berusaha untuk membantu KK BRM untuk menangani segala isu yang timbul tetapi keputusan telah dibuat oleh pihak pengurusan kelab. ", "A post shared by Amateur Football League (@afl_my)", "“Kita telah berusaha untuk berbincang dan cuba membantu KK BRM FC dalam menangani masalah yang dihadapi namun pihak pengurusan kelab telah nekad dengan keputusan mereka.”", "“AFL menerima dan menghormati keputusan tersebut dengan berat hati dan susulan penarikan diri KK BRM FC, semua perlawanannya dibatalkan serta dianggap tidak sah termasuklah semua mata dan gol yang telah dimainkan sebelum penarikan diri secara rasmi KK BRM FC,” ujar Yusoff dalam kenyataan yang sama. ", "Penarikan diri KK BRM ini dikhabarkan berlaku akibat masalah kewangan yang dialami pasukan rentetan kegagalan pihak penaja melunaskan janji seperti mana yang dipersetujui.", "Musim lalu, satu lagi kelab dari Perak iaitu Respect FC juga telah menarik diri daripada saingan Liga M3 kelolaan AFL. Keputusan yang diambil KK BRM itu turut bermakna satu-satunya kelab dari Perak yang masih beraksi dalam saingan tersebut ialah Manjung City FC. ", "Featured Image: Amateur Football League (AFL)"]} +{"url": "https://sukanz.com/202215550/", "headline": "\nJuara Bertahan All England, Zii Jia Diundi Bertemu Kenta Pada Pusingan 32\n", "content": ["Perjalanan jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan trofi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England yang dimenanginya pada tahun lalu bermula dengan menentang pemain Jepun, Kenta Nishimoto pada Pusingan 32.", "Pemain Jepun yang menghuni ranking ke-19 dunia itu menjadi lawan kepada Zii Jia setelah pihak penganjur mengeluarkan keputusan undian menerusi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada hari ini.", "Berdasarkan rekod, Zii Jia pernah berentap sebanyak empat kali menentang pemain berusia 27 tahun itu. Daripada empat pertemuan tersebut, Zii Jia berhasil meraih tiga kemenangan semasa beraksi di Kejohanan Dunia, Terbuka New Zealand dan Malaysia Masters pada tahun 2019.", "Sementara itu, hasil undian turut memperlihatkan Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan keenam untuk menjuarai kejohanan ini berkemungkinan bakal berhadapan bekas pemain No.1 dunia, Kento Momota pada peringkat suku akhir sekiranya melepasi ‘halangan’ di Pusingan 32 dan Pusingan 16.", "Di Pusingan 32, Momota telah diundi menentang pemain Denmark yang menghuni ranking ke-22 dunia, Hans-Kristians Solberg Vittinghus.", "Untuk makluman semua, Zii Jia berhasil meraih trofi kejuaraan saingan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 BWF ini setelah berhasil menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir yang berkesudahan dengan skor 30-29, 20-22 dan 21-9."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324186/", "headline": "\nLeeds United, Leicester City Ikut Jejak Southampton Tinggalkan EPL\n", "content": ["Leicester City dan Leeds United melengkapkan senarai tiga pasukan bersama Southampton yang tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terus kekal di tangga ke-18 dan ke-19 liga pada hari terakhir kejohanan. ", "Perlawanan terakhir EPL menyaksikan debaran buat penyokong Everton, Leeds United dan Leicester City memandangkan nasib pasukan mereka bakal ditentukan sama ada kekal di liga tertinggi England itu atau sebaliknya. ", "Leeds United kendalian Sam Allardyce gagal meraih kemenangan di laman sendiri selepas tunduk kepada Tottenham Hotspurs dengan keputusan 4-1. Leicester City pula menang 2-1 ke atas West Ham United tetapi kemenangan Everton menafikan hak skuad berjulukan The Foxes untuk kekal di EPL. ", "Everton stay up on a dramatic #PL final day, while Leicester City and Leeds United are relegated pic.twitter.com/N88QxOVNKy", "— Premier League (@premierleague) May 28, 2023", "Terdahulu, Southampton terlebih dahulu mengesahkan status mereka di Liga Kejuaraan selepas tewas kepada Fulham dengan keputusan 2 gol tanpa balas pada minggu perlawanan ke-36 dengan hanya 25 mata berjaya dikutip selepas hari terakhir liga.", "Dalam pada itu, tiga kelab Liga Kejuaraan yang sah beraksi dalam saingan EPL 2023-24 ialah Burnley, Sheffield United dan Luton Town. Lebih menarik, ini merupakan musim pertama Luton Town di EPL sejak diperkenalkan pada  musim 1992-93.  ", "Burnley dan Sheffield layak secara merit setelah menduduki tangga pertama dan kedua liga manakala Luton Town pula memenangi perlawanan akhir play-off menentang Coventry City menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas terikat 120 minit dengan keputusan 1-1. "]} +{"url": "https://sukanz.com/202215403/", "headline": "\nACL 2022: Juara J1 & Kelab Gergasi China Berkampung di Johor Bahru\n", "content": ["Pasukan yang menjuarai Liga J1, Kawasaki Frontale dan kelab gergasi China, Guangzhou FC serta sebuah lagi pasukan bakal berkampung bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor Bahru pada bulan April nanti.", "Ini selepas badan induk, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan Malaysia dipilih menjadi venue berpusat bagi peringkat Kumpulan I dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2022.", "Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh AFC menerusi laman sesawang rasminya dan dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.", "CONFIRMED ✔️ #ACL2022 Group Stage EAST hosts ⬇️ 🇹🇭 Thailand – Group F, G and J🇻🇳 Vietnam – Group H🇲🇾 Malaysia – Group I 🔗 https://t.co/D5bZ8aBBIZ pic.twitter.com/47GacZE4Rd", "Baca: Harimau Selatan Bakal Tentang Juara J1 & Pasukan Ke-3 Liga Super China", "Pengumuman oleh pihak AFC ini sudah tentu menggembirakan skuad Harimau Selatan bukan mereka akan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malahan mengelakkan mereka daripada perlu menjalani kuarantin wajib sekiranya beraksi dan pulang dari negara.", "Untuk makluman semua, sebuah lagi pasukan yang akan berkampung di Johor Bahru ini akan ditentukan menerusi satu perlawanan play-off yang akan menemukan wakil Republik Korea, Ulsan Hyundai atau wakil Thailand, Port FC.", "Sementara itu, untuk empat lagi kumpulan di zon asia timur dimana Kumpulan F, G dan J akan dilangsungkan di Thailand manakala Kumpulan H pula akan berlangsung di Vietnam."]} +{"url": "https://sukanz.com/202323027/", "headline": "\nKFA Kini Miliki Bangunan Sendiri ‘Wisma KFA-House of Kedah Football’\n", "content": ["Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kini telah berjaya memiliki bangunan pentadbiran tersendiri dengan dinamakan sebagai Wisma KFA-House of Kedah Football.", "Perkembangan itu hadir menerusi Presiden KFA, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor merangkap Menteri Besar Kedah sepertimana dimaklumkan menerusi pelbagai platform media sosial badan induk berkenaan.", "Hasrat dan impian untuk melihat KFA memiliki bangunan pentadbirannya yang tersendiri itu pernah disuarakan oleh Sanusi melalui ucapan kongres terdahulu.", "WISMA KFA : House of Kedah Football", "\"Dengan penuh rasa kesyukuran, ingin saya umumkan bahawa bangunan pentadbiran KFA yang bakal dinamakan Wisma KFA-House of Kedah Football telah berjaya dimilki. pic.twitter.com/AOIXI4JqCB", "— Official_KedahFA (@official_kfa) April 11, 2023", "Kemudiannya, ianya dikembangkan melalui penganjuran Malam KFA 2022 pada Mei tahun lalu di The Danna, Langkawi yang bertujuan mengumpul dana bagi mempersiapkan bangunan pentadbiran tersebut selain mengeratkan lagi jalinan hubungan serta sokongan daripada semua pihak khususnya syarikat-syarikat korporat dan swasta.", "Bagaimanapun, lokasi Wisma KFA-House of Kedah Football tidak didedahkan lagi kepada umum.", "Difahamkan, satu majlis perasmian akan diadakan kelak yang merupakan naratif kepada sambutan ulangtahun ke-100 tertubuhnya KFA pada tahun 1924.", "Dalam perkembangan lain, Sanusi kekal sebagai Presiden KFA bagi penggal 2022-2026 setelah menang tanpa bertanding dalam Kongres Tahunan KFA Ke-74 pada minggu lalu."]} +{"url": "https://sukanz.com/202324308/", "headline": "\nTerbuka Thailand: Tze Yong Hadap Tien Chen Di Pusingan 16\n", "content": ["Perseorangan lelaki No.2 negara, Ng Tze Yong berhasil bermula dengan langkah kanan dalam saingan Terbuka Thailand 2023 apabila melakar kemenangan ke atas pemain India, Priyanshu Rajawat pada Pusingan 32, sebentar tadi.", "Namun begitu, kemenangan itu membawanya bertemu bekas perseorangan lelaki No.2 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen – pemain yang tidak pernah ditumpaskannya – pada Pusingan 16 yang akan berlangsung pada hari esok. ", "Tze Yong yang berusia 23 tahun pernah bertemu Tien Chen yang kini berada di ranking ketujuh dunia sebanyak dua kali di kejohanan antarabangsa sebelum ini. Pertemuan itu berlangsung dalam saingan Terbuka Swiss 2023 dan Malaysia Masters 2022 yang menyaksikan Tze Yong tumpas secara “straight set” masing-masing.", "Terdahulu, Tze Yong mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 selepas menumpaskan Priyanshu yang berada di tangga ke-39 dunia secara “straight set” dengan skor 21-19 dan 21-10 dalam tempoh 33 minit permainan.", "Manakala Tien Chen pula melakar kemaraan selepas menumpaskan rakan senegara, Lin Chun-yi yang berada di ranking ke-22 dunia merangkap semi-finalis Malaysia Masters 2023 dengan skor 18-21, 21-17 dan 21-12 dalam tempoh masa lebih satu jam pertarungan.", "Akan tetapi, Tze Yong bukanlah tidak pernah mencipta kejutan apabila menentang pemain yang lebih tinggi ranking daripadanya. Pada Mac lalu, Tze Yong telah mencipta kejutan tersebut ketika bertemu pemain No.1 dunia, Viktor Axelsen pada Pusingan 16 di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) sekaligus mara ke peringkat suku akhir.", "Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023"]} +{"url": "https://sukanz.com/202322319/", "headline": "\nPiala Negara-Negara UCI: Azizulhasni Tarik Diri Atas Nasihat Doktor\n", "content": ["Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di saingan Piala Negara-Negara UCI Trek di Kaherah, Mesir yang berlangsung pada minggu ini.", "Perkara itu disebabkan oleh pelumba berusia 35 tahun tersebut mendapat kecederaan ketika sesi latihan di sana.", "Bagaimanapun, tiada sebarang perincian mengenai kecederaan yang dialaminya ketika sesi latihan terbabit.", "Difahamkan, keputusan untuk menarik diri dibuat oleh pelumba yang terkenal dengan julukan “The Pocket Rocketman” itu atas nasihat doktor serta faktor-faktor lain.", "Dengan menarik diri, beliau memberi ruang kepada dirinya sendiri untuk mendapatkan pemulihan yang optimum.", "Pada masa yang sama, Azizul memaklumkan tempatnya akan digantikan dengan seorang lagi pelumba trek negara, Fadhil Zonis.", "“Saya memohon agar anda semua terus memberikan sokongan kepada atlet lumba basikal yang akan bertanding di sini.” tulis Azizul di laman sosial milik peribadinya, petang tadi.", "Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan kedua yang cuba disertainya selepas menjalani pembedahan jantung sekitar 12 bulan lalu.", "Ketika kembali beraksi buat pertama kali di kejohanan Piala Negara-Negara UCI Trek di Jakarta, Indonesia, Azizul berhasil merangkul pingat perak dalam acara keirin yang berlangsung pada penghujung bulan lalu.", "Featured Image: Facebook Azizulhasni Awang"]} +{"url": "https://sukanz.com/20219316/", "headline": "\nDuo Bek ‘Gergasi’ Goulon-Wague Jadi Taruhan Sri Pahang FC Untuk Musim 2021\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur, Sri Pahang FC nampaknya bakal mempertaruhkan gandingan duo bek tengah import bersaiz ‘gergasi’ iaitu Herold Mark Goulon dan pemain import baharu, Mamadou Wague untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.", "Gandingan dua bek tengah masing-masing beketinggian 1.97 meter dan 1.91 meter tersebut diuji buat pertama kalinya oleh ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley dalam satu perlawanan persahabatan pramusim menentang Terengganu FC II di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.", "Bercakap mengenai kemasukan Wague atau lebih dikenali sebagai Mama dalam kalangan rakan sepasukan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, pemain tersebut menjadi pilihan pasukannya kerana mempunyai pengalaman beraksi bersama kapten pasukan sekitar tahun 2009 dan 2010 lalu.", "“(Wague) pernah beraksi bersama rakan sepasukan (Herold) Mark Goulon di Le Mans FC, divisyen dua Perancis.” katanya kepada Sukanz", "Selain daripada mempunyai fizikal yang tinggi untuk bermain di barisan pertahanan dan mempunyai pengalaman beraksi bersama Goulon, Suffian turut menjelaskan Wague menjadi calon yang tepat untuk mengisi slot pemain import asia buat Sri Pahang berikutan mempunyai pertalian darah dan passport Lubnan.", "“Dia (merupakan kelahiran) Perancis tetapi keluarganya orang Lubnan,” tambahnya lagi.", "Sementara itu, berdasarkan pemerhatian dalam perlawanan menentang skuad Terengganu FC II semalam, gandingan kedua-dua pemain ini dilihat belum teruji sepenuhnya memandangkan pasukan lawannya hanya mengharapkan ancaman daripada penyerang tunggal, Jordan Mintah.", "Bagaimanapun, sedikit kelekaan daripada dua gandingan ini turut menyebabkan penyerang Terengganu FC II itu berhasil menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan kedua sekaligus mengikat Sri Pahang dengan keputusan akhir 2-2.", "Gandingan duo ini masih mempunyai masa untuk memperbaiki keserasian mereka memandangkan terdapat dua lagi perlawanan persahabatan pramusim yang telah diatur oleh pihak pengurusan khusus untuk mempersiapkan pasukan sebelum sepak mula Liga Super pada 5hb mac kelak.", "Esok mereka akan bertemu pasukan UiTM FC kendalian Frank Bernhardt manakala selang tiga haru berikutnya mereka akan bertemua pasukan Negeri Sembilan FC yang dibimbing oleh K. Devan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.", "Untuk makluman, sebelum memilih untuk menandatangani kontrak bersama Sri Pahang, Wague turut berada dalam radar sebuah lagi pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super iaitu Kuala Lumpur United FC."]} +{"url": "https://sukanz.com/20208819/", "headline": "\nSebenarnya Rahadiazli Rahalim Diambil Sebagai Penjaga Gol Ketiga Terengganu FC…\n", "content": ["Penjaga gol muda berusia 19 tahun, Muhammad Rahadiazli Rahalim menjadi bualan ramai penyokong bola sepak tempatan selepas berjaya menembusi kesebelasan utama Terengganu FC untuk musim 2020.", "Manakan tidaknya, pemain yang memiliki ketinggian 1.92 meter ini baru sahaja dinaikkan pangkat daripada skuad Piala Belia (skuad bawah 19 tahun) tetapi telah menewaskan dua penjaga gol berpengalaman untuk menjadi pilihan pertama ketua jurulatih, Nafuzi Zain.", "Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa percaturan sebenar Nafuzi membawa Rahadi ke skuad senior Terengganu FC pada penghujung tahun lalu hanyalah untuk diberikan pendedahan serta mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Azraie Wan Teh.", "“Untuk Rahadiazli ini, kita ambil dia untuk dijadikan sebagai penjaga gol ketiga (untuk pendedahan) bukan sebagai penjaga gol utama, sebabnya kita sudah ada dua penjaga gol berpengalaman iaitu Shamirza (Yusoff) dan Ilham (Amirullah).", "“Tapi apabila saya nilai semasa sesi latihan dan perlawanan persahabatan, dia boleh deliver (berikan apa yang saya mahukan) di dalam padang, beri persembahan yang baik dan pada saya dia berhak diberikan peluang untuk bermain.” kata Nafuzi ketika ditemui Sukanz.", "Walaupun sekadar mengharungi musim yang pendek ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara, Rahadi sempat meraih 6 penampilan daripada 11 perlawanan Liga Super dan satu penampilan dalam saingan Piala Malaysia 2020.", "Kecemerlangan Rahadi juga telah menyumbang kepada kejayaan Terengganu FC mencapai sasaran mereka untuk menjadi kalangan tiga pasukan terbaik dalam saingan Liga Super serta meraih bonus mendapat tiket automatik ke saingan Piala AFC 2021.", "Dan bagi Nafuzi sendiri apa yang dilakukan oleh Rahadi itu sangat memberangsangkan dan ianya yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana penjaga gol lain.", "“Dengan penampilan pertama bermain di Liga Super, lompat daripada (saingan) Piala Belia, (catat) dua kali clean sheet pada umur 18 tahun, ianya sesuatu yang tidak pernah dilakukan lagi oleh mana-mana penjaga gol dalam saingan Liga Malaysia.” tambahnya lagi."]} +{"url": "https://sukanz.com/202114424/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Zii Jia Tarik Diri Ekoran Kecederaan, Antonsen Mara Ke Separuh Akhir\n", "content": ["Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan permainannya dan terpaksa menarik diri (retired) di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia BWF 2021 ekoran kecederaan.", "Keputusan itu dilakukannya ketika di set penentuan semasa menentang pemain Denmark, Anders Antonsen. Sebelum itu, Zii Jia cemerlang memenangi set pertama, 21-12 sebelum Antonsen bangkit memenangi set kedua, 21-8.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021MS – Quarter final12 21 11 🇩🇰Anders ANTONSEN🏅21 8 1 🇲🇾Zii Jia LEE🕗 in 48 minutes https://t.co/dckTi4X5ZT", "Ketika beraksi di set penentuan, Zii Jia sudah tidak dapat menampilkan persembahan yang memberangsangkan dan dia mengumumkan tarik diri semasa kedudukan skor 1-11 memihak kepada Antonsen.", "Keputusan itu sekaligus menjadikan Antonsen tiket kemaraan ke peringkat separuh akhir dan bakal bertemu samada pemain India, H.S. Prannoy atau pemain Singapura, Loh Kean Yew."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111321/", "headline": "\nOlimpik 2020: Beregu Campuran Negara Pulang Tanpa Sebarang Kemenangan\n", "content": ["Perjuangan pasangan campuran beregu negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Yin dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tamat secara rasminya, pada hari ini.", "Lebih mengecewakan duo pemain ini yang memenangi pingat perak dalam temasya yang sama lima tahun lalu, mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam aksi melibatkan Kumpulan D.", "RESULTS: #Tokyo2020Group D#CHN Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping def. #MAS Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-13 21-19#DemiMalaysia#KontinjenMalaysia#BadmintonMalaysia#BadmintonLovers pic.twitter.com/ctdAhTzbtC", "Perlawanan terakhir pada hari ini menyaksikan mereka tumpas kepada pasangan beregu campuran China, Wang Li Yiu dan Huang Dong Ping dengan pungutan mata 21-13 dan 21-19.", "Dalam dua perlawanan terdahulu, pasangan ini turut tumpas kepada pasangan dari Jerman (21-12, 21-15) dan Hong Kong (18-21, 21-10, 16-21)."]} +{"url": "https://sukanz.com/202111923/", "headline": "\nParalimpik 2020: Jong Yee Khie Raih Pingat Perak Powerlifting  Kategori 107KG\n", "content": ["Setelah kejayaan Bonnie Bunyau Gustin meraih emas pada sabtu lalu, acara angkat berat sekali lagi memberikan kilauan pingat buat Kontinjen Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.", "Kali ini, atlet para negara, Jong Yee Khie berhasil meraih pingat perak dalam acara para powerlifting bagi kategori 107 kilogram (kg) dalam aksi final yang berlangsung sebentar tadi.", "Atlet berusia 32 tahun, kelahiran Kuching, Sarawak ini berhasil meraih pingat perak setelah berjaya melakukan angkatan terbaiknya iaitu pada percubaan kedua seberat 237kg.", "Beliau mahu melakukan angkatan seberat 245kg pada percubaan ketiga, sayang sekali, ianya tidak dapat disudahkan dengan jayanya.", "Untuk makluman, rekod angkatan seberat 237kg tersebut merupakan rekod terbaiknya sejak bergiat dalam acara para powerlifting bermula tahun 2008. ", "Sebagai tambahan, pingat emas dalam acara ini di bawa pulang oleh atlet para Mongolia, Sodnompiljee Enkhbayar yang berjaya melakukan angkatan terbaik seberat 245kg.", "Sementara itu, pingat gangsa dimenangi oleh atlet para Iran, Saman Razi dengan angkatan terbaik seberat 231kg.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207316/", "headline": "\nKejuaraan Yang Tertangguh – PJ City Ikat JDT Di Laman Sendiri\n", "content": ["Hasrat Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut terpaksa ditangguhkan.", "Hal ini kerana skuad kendalian K. Devan iaitu Petaling Jaya City Football Club (PJ City FC) berhasil mengikat mereka dengan jaringan 2-2 di halaman sendiri, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.", "Perlawanan yang berlangsung dalamn keadaan cuaca hujan renyai itu menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu menjarikan gol pembukaan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-35.", "35' | GOL SAFAWI! @OfficialJohor membuka tirai jaringan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi jaringan Safawi Rasid. #CIMBLigaSuper2020#PJCJDT#MFLLive pic.twitter.com/ov5xsASdQt", "Namun pendahuluan itu tidak kekal lama apabila pasukan tuan rumah menemui jaringan penyamaan melalui Christie Jayaseelan hanya berselang dua minit kemudian.", "Tatkala permainan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan seri 1-1, PJ City FC dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil setelah penyerangnya, Washington Bradao diterjah oleh Farizal Marlias di dalam kotak penalti.", "Christie Jayaseelan mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk meletakkan PJ City FC 2-1 kembali di hadapan.", "45 + 4' | GOL CABRERA! Sepakan penalti dari Gonzalo Cabrera.PJ City FC 2-2 @OfficialJohor #CIMBLigaSuper2020#PJCJDT#MFLLive pic.twitter.com/7MH5FOvpz8", "Bagaimanapun JDT turut mendapat sepakan penalti ketika waktu kecederaan pada separuh masa pertama dan Gonzalo Cabrera mudah menewaskan penjaga gol lawan, Kalamullah Alhafiz sekaligus mengikat PJ City FC dengan skor 2-2.", "Separuh masa melihatkan JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora meningkatkan asakan mereka untuk mencari gol kemenangan. ", "Manakala PJ City FC lebih banyak bertumpu di kawasan sendiri dan bertahan untuk mengelakkan gawang mereka dibolosi.", "KEPUTUSAN MASA PENUH CIMB LIGA SUPER – PERLAWANAN LS9#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/Mv53wVj1mI", "Perancangan mereka ternyata membuahkan hasil untuk mengikat JDT disamping kehebatan Kalamullah menepis bola-bola berbahaya menuju ke arah gawang PJ City FC. ", "Kedudukan 2-2 kekal sehingga masa penamat dan tuan rumah berjaya mencuri satu mata manakala JDT terpaksa menangguh hasrat mereka untuk bergelar juara CIMB Liga Super 2020 secara matematik, pada malam ini. ", "Featured Image: JOHOR Southern Tigers"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219374/", "headline": "\nJafri Chew Tawar Diri Beraksi Sebagai Bek Kanan Untuk Raih Minit Permainan\n", "content": ["Tahukah anda, kelibat Jafri Firdaus Chew yang kini beralih daripada penyerang kepada pertahanan kanan bersama Penang FC bukanlah satu paksaan oleh barisan kejurulatihan.", "Sebaliknya, itu merupakan keputusan yang dibuat oleh pemain berusia 25 tahun ini sendiri demi memastikan dapat meraih minit permainan dengan lebih kerap setelah berusaha sebaik mungkin untuk bersaing dengan penyerang import.", "“Saya sendiri sebenarnya tawarkan diri kepada jurulatih mahu bermain di posisi pertahanan kanan kerana akui sukar hendak dapat peluang jika terus menunggu beraksi di sebagai penyerang.", "“Walaupun saya tidak pernah ada pengalaman bermain di posisi ini sejak dulu, saya tidak gentar mengambil risiko ini selepas ada mencuba beberapa kali semasa sesi latihan.", "“Alhamdulillah, jurulatih boleh menerima permintaan saya malah tidak sangka, terus diberi peluang berada dalam kesebelasan utama ketika berdepan JDT pada separuh akhir Piala FA.", "“Selepas beberapa perlawanan, saya semakin selesa beraksi di posisi ini walaupun tidak dinafikan masih banyak lagi perkara perlu belajar terutama dalam penyesuaian posisi ketika bertahan serta menjaga kedudukan pemain lawan.", "“Harap ramai peminat Pulau Pinang tidak terkejut dengan keputusan ini kerana saya rasa ada kemampuan bermain di posisi pertahanan kerana paling penting saya boleh lebih kerap untuk bermain,” katanya.", "Untuk rekod, setakat ini, Jafri telah diturunkan selaku bek kanan dalam 3 perlawanan terakhir bersama skuad Harimau Kumbang dan dilihat telah menjadi pilihan utama Dato’ Zainal Abidin Hassan walaupun mempunyai pilihan lain seperti Fairuz Zakaria.", "Featured Image: Penang Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202217383/", "headline": "\nSukan SEA: Pelari Muda, Azeem Fahmi ‘False Start’ Tersingkir Di Peringkat Saringan\n", "content": ["Pelari muda negara berusia 18 tahun, Muhammad Azeem Mohd Fahmi bukan sahaja tidak dapat beraksi di pusingan final pecut 100 meter (m) bahkan disingkirkan seawal peringkat saringan ekoran “false start”.", "Azeem yang turun beraksi di saringan kedua (Heat 2) di temasya Sukan SEA 2021 disingkirkan selepas dia didapati bermula awal sebelum daripada tembakan dilepaskan ke udara.", "#SEAGames2021 I #Athletics 18 May", "Mana yg false start tu sielll?????#DemiMalaysia pic.twitter.com/CqhSpDZmNR", "— Giarc Nibisna 🇲🇾🌺 (@craigansibin) May 18, 2022", "Bagaimanapun, jika dilihat kepada ulang tayang, kecoh dibincangkan oleh para ‘netizen’ bahawa pelari Filipina, Eric Shauwn Cray yang sebenarnya melakukan “false start” tersebut. ", "Namun begitu, keputusan tersebut muktamad dan selepas Azeem disingkirkan, saringan itu diteruskan untuk mencari empat pelumba yang mara ke pusingan akhir.", "Sementara itu, di peringkat saringan pertama (Heat 1), seorang lagi wakil negara, Muhammad Arsyad Md Saat, 20 tahun, mengesahkan kemaraan ke pusingan final selepas berjaya menamatkan larian di tempat ketiga.", "Sebagai tambahan, Azeem dan Arsyad juga merupakan sebahagian daripada kuartet yang membantu Malaysia memenangi pingat perak dalam acara 4x100m, dua hari lalu.", "Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207861/", "headline": "\nPresiden & BOD Barcelona Letak Jawatan, Messi Bakal Lanjutkan Kontrak?\n", "content": ["Presiden, Josep Maria Bartomeu dan semua ahli lembaga pengarah (BOD) FC Barcelona mengumumkan meletakkan jawatan secara mengejut.", "Perkembangan tersebut diumumkan Bartomeu dalam satu sidang media dan dikhabarkan menerusi laman sesawang dan laman sosial kelab gergasi Sepanyol, awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Dimalukan dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA 2019/20, gagal memastikan penyerang prolifik, Lionel Messi menandatangani kontrak lanjutan dan prestasi permulaan saingan La Liga kurang memberangsangkan pada musim ini menjadi antara sebab Bartomeu mengambil keputusan ini.", "Untuk rekod, Bartomeu telah memimpin Barcelona sejak dari tahun 2014 menggantikan Sandro Rosell.", "Pengumuman mengejut oleh Bartomeu ini pastinya menarik perhatian para peminat bola sepak seluruh dunia. Adakah Messi yang berada di penghujung kontraknya akan berubah fikiran dan menyambung kontraknya selepas ini?"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216588/", "headline": "\nTiada Lagi Penundaan Ekoran Covid-19, Gantikan Dengan Pemain ‘Reserved Team’ Atau Dikira Kalah – MFL\n", "content": ["Penganjur saingan bola sepak tempatan, Malaysian Football League (MFL) memaklumkan tiada lagi penundaan perlawanan melibatkan pasukan yang dijangkiti oleh Covid-19 selepas daripada ini.", "Ini berikutan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) MFL telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) baharu melibatkan perkara tersebut. ", "Dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam, SOP tersebut telah dibentangkan kepada semua CEO kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia dalam satu sesi taklimat pada 29 Mac yang lalu.", "Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlawanan Liga Malaysia 2022 di mana tiada lagi penundaan perlawanan melibatkan pasukan yang terkena jangkitan COVID-19.#LigaMalaysia2022", "— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) April 3, 2022", "Dengan perubahan tersebut, maka Protokol Covid-19 perlawanan Liga Malaysia 2022 akan dikuatkuasakan seperti berikut, sekiranya pegawai atau pemain kelab disahkan dijangkiti Covid-19, kelab mempunyai dua pilihan, iaitu:", "Selain itu, sekiranya kelab gagal mematuhi perkara di atas dan menyebabkan perlawanan tidak dapat dimainkan tanpa alasan munasabah, maka MFL akan merujuk perkara ini kepada BOD MFL dan tindakan seperti berikut akan dikenakan:", "Tambah Stuart lagi, penundaan perlawanan akan hanya dipertimbangkan sekiranya kedua-dua kelab bersetuju untuk bermain di dalam tempoh ‘FIFA Days’ sahaja tanpa pemain yang berkemungkinan dipanggil menyertai skuad kebangsaan. Kelulusan pindaan jadual yang berkaitan turut akan memberi kesan kepada waktu rehat dan perjalanan (minimum 2 hari). ", "Bagaimanapun sebarang  permohonan berkaitan penundaan perlawanan, perubahan jadual atau apa-apa keputusan berkaitan isu COVID-19 adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan MFL dan arahan terkini oleh Kerajaan.", "Featured Image: Malaysian Football League"]} +{"url": "https://sukanz.com/202323808/", "headline": "\nMarcelo Bielsa Buka Lembaran Baharu Bersama Skuad Kebangsaan Uruguay\n", "content": ["Bekas pengurus pasukan Leeds yang beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL), Marcelo Bielsa kini mendapat tugasan baharu iaitu sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Uruguay.", "Skuad berjulukan La Celeste mengumumkan perlantikan jurulatih berusia 67 tahun itu menerusi pelbagai platform media sosialnya, pada awal pagi tadi waktu Malaysia.", "Bielsa yang turut dikenali sebagai El Loco hadir mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diego Alonso yang meletakkan jawatan setelah Uruguay terkandas di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.", "🇺🇾 “𝐄𝐥 𝐩𝐮́𝐛𝐥𝐢𝐜𝐨 𝐫𝐞𝐜𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐣𝐮𝐞𝐠𝐨 𝐲 𝐞𝐦𝐨𝐜𝐢𝐨𝐧𝐞𝐬”", "Llegó la hora. #ElEquipoQueNosUne pic.twitter.com/4HQPlXF5ly", "— Selección Uruguaya (@Uruguay) May 15, 2023", "Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga Bielsa menerima tugas melatih skuad kebangsaan senior selepas Argentina (1998-2004) dan Chile (2007-2011). Selain itu, Bielsa turut pernah membimbing skuad pelapis iaitu Argentina Bawah 23 Tahun (B-23) pada tahun 2004.", "Bielsa bukanlah satu sosok yang menghadirkan pelbagai trofi kejuaraan terhadap pasukan di bawah bimbingannya. Namun begitu, Bielsa cukup dikenali dengan kejayaannya membawa skuad Argentina yang turut disertai Lionel Messi memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2004 serta mengemudi Leeds United menjuarai Liga Kejuaraan sekaligus mendapat promosi ke EPL.", "Selain itu, gaya dan corak permainan Bielsa amat berpengaruh dan turut dikagumi pengurus ternama dunia seperti Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino.", "Sebagai tambahan, Bielsa dijangka memulakan tugasan pertamanya bersama Uruguay dengan menentang Nicaragua dan Cuba dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Jun kelak."]} +{"url": "https://sukanz.com/202216583/", "headline": "\nJangan Berbuka Dengan Makanan Yang Terlalu Berat – Pesan Ong Kim Swe\n", "content": ["Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menasihatkan para pemain yang menjalani ibadah puasa supaya tidak memakan makananan yang terlalu berat semasa berbuka.", "Hal ini kerana tindakan tersebut boleh memberikan impak semasa beraksi di atas padang memandangkan jurang antara waktu berbuka dan waktu sepak mula hanyalah sekitar dua jam setengah sahaja.", "Untuk makluman semua, sepanjang bulan Ramadan ini, sepak mula saingan Liga Malaysia bagi venue di Semenanjung Malaysia adalah jam 10 malam. Manakala untuk venue di Sabah dan Sarawak pula, sepak mulanya adalah jam 9.15 malam.", "Sebagai perbandingan, majoriti waktu berbuka puasa untuk Semenanjung Malaysia adalah sekitar jam 7.30 malam. Sementara itu, di Sabah dan Sarawak pula waktu berbukanya sekitar jam 6.30 petang.", "“Banyak aspek yang perlu kita fikirkan bukan sahaja dari segi waktu sepak mula tetapi aspek pemakanan dimana banyak yang perlu pemain ambil serius.", "“Kita tahu puasa hanya untuk Muslim, tetapi pada masa sama ada pemain yang tidak berpuasa seperti pemain import, jadi sudah pasti waktu pemakanan mereka akan berbeza.", "“Dan apa yang pemain makan itu adalah satu faktor paling penting sebab apabila kita beraksi jam 10 malam, berbuka pukul 7.30 malam, jurang waktu dua jam setengah itu mereka tidak boleh makan makanan yang terlalu berat sebab ia akan beri impak yang berbeza.", "“Tetapi, saya tidak perlu fikir perkara negatif mengenai situasi ini sebab semua pasukan pun akan bermain pada waktu yang sama, jadi pemain-pemain hanya perlu menyesuaikan dengan perkara yang telah ditetapkan ini,” katanya.", "Untuk pengetahuan semua, skuad The Rhinos telah berada di Kuala Lumpur selama seminggu bagi melakukan persiapan sebelum turun menentang Melaka United FC pada perlawanan ketiga Liga Super yang dijadualkan pada malam esok.", "Kim Swee yang merupakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan menjelaskan kehadiran awal pasukannya ke Kuala Lumpur adalah untuk mendapatkan perlawanan persahabatan sebelum menentang Melaka United.", "Sebagai tambahan, pada ketika ini, Sabah menghuni tangga ketiga liga hasil daripada meraih satu kemenangan ke atas Petaling Jaya City FC (PJ City) serta tumpas satu kali kepada Negeri Sembilan FC.", "Featured Image: Sabah Football Club"]} +{"url": "https://sukanz.com/202221096/", "headline": "\nPemain Tengah Filipina, Manuel Ott Ikut Nafuzi Ke Kedah – Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Pemain tengah skuad kebangsaan Filipina, Manuel Ott menjadi bekas pemain Terengganu FC yang pertama mengikuti jejak langkah Nafuzi Zain berhijrah ke Kedah Darul Aman FC (Kedah).", "Pemain berusia 30 tahun ini diumumkan menyertai skuad berjulukan Sang Kenari secara rasmi menerusi satu video berdurasi 1 minit 36 saat dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, pada hari ini.", "Difahamkan pemain ini menandatangani kontrak selama dua tahun dan diberikan jersi bernombor 8 bersama skuad Hijau Kuning. Kehadirannya adalah untuk mengisi slot pemain import kuota ASEAN bagi Kedah.", "He plans to deliver and make it happen, welcome our new blood…#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari #BiarJasaJadiKenangan #2023season #newblood4 pic.twitter.com/7vvuZMAOlv", "— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) December 13, 2022", "Untuk makluman semua, Ott merupakan pemain import kedua yang ditandatangani oleh Kedah di bawah era Nafuzi selaku ketua jurulatih baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.", "Ketika bersama Terengganu sepanjang musim 2022, pemain kelahiran Jerman ini menjadi percaturan utama Nafuzi yang membantu memacu skuad dari pantai timur itu muncul naib juara Liga Super dan Piala FA serta mara ke separuh akhir Piala Malaysia.", "Berdasarkan statistik, Ott berhasil tampil sebanyak 32 kali bersama Terengganu dan merekodkan 6 gol serta 7 bantuan gol. ", "Sebelum ini, mereka telah merekrut pemain tengah bertahan Tajikistan, Amirbek Juroboev bagi mengisi slot pemain import kuota asia dengan kontrak selama setahun.", "Featured Image: Terengganu FC & Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202216356/", "headline": "\nItali Tidak Layak Ke Piala Dunia Buat Dua Kali Berturut-Turut\n", "content": ["Juara Euro 2020, Itali bimbingan Roberto Mancini disahkan tidak layak menyertai pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut-turut.", "Ini selepas skuad yang terkenal dengan julukan The Azzurri yang telah menjuarai Piala Dunia sebanyak empat kali itu tumpas mengejut 0-1 kepada Macedonia Utara pada perlawanan separuh akhir play-off kelayakan Piala Dunia 2022, pada pagi tadi.", "⏱ Risultato finale🇮🇹🇲🇰 #ItaliaMacedoniaDelNord 0️⃣-1️⃣", "📋 Gli #Azzurri beffati nel recupero, non passano a Palermo#ITAMKD #Nazionale #VivoAzzurro pic.twitter.com/1B5IUGYMgt", "— Nazionale Italiana ⭐️⭐️⭐️⭐️ (@Azzurri) March 24, 2022", "Lebih memedihkan perasaan pemain dan penyokong Itali, mereka tumpas hasil jaringan luar kotak oleh Aleksandar Trajkovski pada masa kecederaan iaitu pada minit ke-92 yang berlangsung di Stadium Renzo Barbera yang terletak di Palermo, Itali.", "Sementara itu, Macedonia Utara yang memenangi perlawanan ini mara ke perlawanan akhir play-off bertemu Portugal. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung 29 Mac nanti.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua berturut-turut Itali tidak layak beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Edisi yang berlangsung di Rusia empat tahun yang lalu, Itali juga tidak layak menyertainya setelah tumpas pada pusingan play-off kepada Sweden.", "Featured Image: Nazionale Italiana di Calcio"]} +{"url": "https://sukanz.com/202219743/", "headline": "\nSUKMA XX: Letshanaa Kejutkan Myisha, Mara Ke Separuh Akhir Bertemu Zhing Yi\n", "content": ["Perseorangan wanita yang kini bergerak secara bebas (independent), Karupathevan Letshanaa melakar kejutan dalam acara badminton di temasya SUKMA XX dengan menumpaskan wakil Johor, Myisha Mohd. Khairul di peringkat suku akhir, hari ini.", "Berdasarkan ranking dunia, Letshanaa yang mewakili Selangor dan menduduki tangga ke-498 ini berjaya menumpaskan Myisha, tangga ke-198, merangkap juara Siri Antarabangsa Belanda 2022 secara “straight set” dengan skor 23-21 dan 21-13. ", "Kejayaan itu membolehkannya melangkah ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung, esok. Menantinya di peringkat ini adalah wakil Pulau Pinang, Tan Zhing Yi yang berada di tangga ke-278 dunia.", "Zhing Yi pula mengesahkan kemaraan ke peringkat yang sama setelah menundukkan pemain Wilayah Persekutuan, Ong Xin Yee dengan pungutan mata 21-14 dan 21-15.", "Sementara itu, satu lagi pertarungan peringkat separuh akhir menemukan seorang lagi wakil Selangor, Siti Nurshuhaini Azman dan Wilayah Persekutuan, Amanda Yap Hwa Leng.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kejohanan kompetitif pertama yang disertai Letshanaa selepas hampir setahun berehat ekoran kecederaan. Kejohanan terakhir yang disertainya adalah Terbuka Czech sekitar Oktober tahun lalu.", "Ekoran kecederaan yang membelenggu, dia bertindak menghantar surat perletakan jawatan bagi berundur daripada skuad kebangsaan di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Januari lalu.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202214734/", "headline": "\nStuart: ‘Kick-off’ Perlawanan Liga Malaysia 2022 Dicadangkan Kepada 8:15 Malam\n", "content": ["Penganjur liga tempatan, Malaysian Football League (MFL) membawakan satu cadangan pembaharuan terhadap waktu sepak mula (kick-off) untuk saingan Liga Malaysia 2022.", "Menerusi makluman oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam dalam sesi Taklimat Kalendar Liga Malaysia 2022 secara dalam talian bersama pengamal media hari ini, cadangan sepak mula pada musim ini akan dimulakan berdasarkan 3 pilihan waktu.", "Untuk venue yang berlangsung di semenanjung tanah air, sepak mula akan dijalankan dengan pilihan masa jam 8:15 atau 9:00 malam. Manakala, untuk bulan ramadan, sepak mula adalah bermula jam 10:00 malam.", "Sementara itu, untuk perlawanan yang berlangsung di venue di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak, ianya akan dimulakan dengan pilihan waktu pada jam 7:30 atau 8:30 malam. Manakala untuk bulan ramadan, sepak mula adalah pada pukul 9:15 malam.", "MFL menjangkakan perubahan waktu sepak mula ke arah yang lebih awal ini dapat memberikan pertambahan penonton ke stadium terutamanya kalangan penonton bawah umur seperti kanak-kanak.", "Pada masa yang sama, ianya dapat memberi impak terhadap tontonan siaran langsung sekaligus memberikan kelebihan peluang penajaan dan hak penyiar rasmi.", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207641/", "headline": "\nJurulatih Singapura, Aidil Sharin Sahak Bukan Sasaran Selangor\n", "content": ["Pasukan Liga Super, Selangor menafikan ingin mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak bagi mengisi posisi ketua jurulatihnya.", "Perkara itu dinafikan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon.", "“Khabar angin menyatakan Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat Aidil adalah tidak betul,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia.", "Nama jurulatih berusia 43 tahun itu menjadi antara nama-nama yang dikaitkan untuk mengemudi Selangor selepas menampilkan prestasi yang memberangsangkan bersama Kedah sejak musim lalu.", "Untuk musim 2019, Aidil telah membimbing Kedah menamatkan saingan liga di tangga keempat, naib juara Piala Malaysia dan juara Piala FA.", "Manakala musim ini, Aidil telah memimpin Kedah menjadi naib juara CIMB Liga Super 2020 sekaligus menempah tiket ke saingan Piala AFC 2021.", "Selain Aidil Sharin Sahak, antara nama lain yang turut dikaitkan dengan posisi ketua jutulatih Selangor ialah Nidzam Jamil. ", "Bagaimanapun, jurulatih Felda United itu turut menolak untuk mengemudi Selangor bagi saingan musim hadapan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202112378/", "headline": "\nSRT Dijenamakan Sebagai RNF Racing, Belum Ada ‘Title Sponsor’ Diumumkan\n", "content": ["Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team atau lebih dikenali sebagai SRT dijenamakan semula sebagai RNF Racing dan akan terus menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP sehingga tahun 2026.", "Perkembangan tersebut dilaporkan portal rasmi motogp.com setelah RNF Racing telah memeterai perjanjian bersama International Road-Racing Team Association (IRTA) selama lima tahun sebagai Independence Team (pasukan bebas) dalam saingan kelas premier tersebut, sabtu lalu.", "Baca: Adakah ‘SRT Baharu’ Masih Lagi Pasukan Malaysia? Razlan Serah Kepada Peminat Untuk Tentukan", "A new lease of life for @sepangracing! 💪The team will be rebranded to RNF #MotoGP Racing from 2022 onwards! 🔜#SanMarinoGP 🇸🇲 | 📰https://t.co/gNJPFsLwzV", "Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang International Circuit (SIC) dan Prinsipal Pasukan SRT, Datuk Razlan Razali akan terus memimpin pasukan baharu berkenaan bersama-sama Johan Stifegelt.", "Pengumuman penjenamaan pasukan ini dilakukan setelah ‘Title Sponsor’ mereka iaitu Petronas dan pemilik (owner), SIC mengumumkan menarik diri daripada menaja pasukan SRT setelah tamatnya kempen musim 2021. ", "Baca: Petronas Tarik Penajaan Ke Atas Sepang Racing Team Mulai 2022", "Bagaimanapun, hanya penukaran nama pasukan sahaja yang diumumkan setakat ini. ", "Belum ada sebarang makluman rasmi mengenai syarikat yang akan menjadi ‘Title Sponsor’ mereka ataupun pelumba yang membarisi pasukan berkenaan bagi mengharungi saingan MotoGP 2022.", "Sebelum ini, portal motosport.com mendedahkan pasukan baharu ini akan mendapat sokongan daripada syarikat berpangkalan di Itali iaitu WithU.", "Dovizioso to make MotoGP return with PETRONAS Yamaha SRT@AndreaDovizioso will join us for the remainder of the 2021 season, replacing @FrankyMorbido12 – who is moving to Monster Energy Yamaha MotoGP.📄https://t.co/ktJYVqUgNE#DoviIsBack | #MotoGP | #PETRONASmotorsports pic.twitter.com/gqzkVpDX7C", "Sementara itu, perjanjian mereka bersama Yamaha juga belum didedahkan walaupun pelumba senior Itali, Andrea Dovizioso yang kini menyertai SRT akan berlumba dengan jentera Yamaha sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022.", "Sebagai tambahan, portal itu juga difahamkan pelumba Moto3, Darryn Binder akan dinaikkan pangkat daripada pasukan Petronas Sprinta Racing ke pasukan RNF Racing dan akan berlumba disamping Dovozioso pada tahun hadapan dalam saingan MotoGP."]} +{"url": "https://sukanz.com/202325573/", "headline": "\nKelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Oman, Kyrgyzstan Jadi Lawan Malaysia\n", "content": ["Skuad bola sepak kebangsaan bimbingan Kim Pan-gon akan mengharungi saingan bersama Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2026 Amerika Syarikat (AS), Kanada & Mexico serta Piala Asia 2027 Arab Saudi dalam Kumpulan D.", "Perkara tersebut disahkan selepas berlangsungnya majlis undian bagi kedua-dua kejohanan terbabit di AFC House, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari ini.", "Menyertai Malaysia (ranking ke-136) dalam Kumpulan D ialah Oman (ranking ke-73), Kyrgyzstan (ranking ke-97) serta pemenang bagi perlawanan Pusingan 1 melibatkan Chinese Taipei (ranking ke-153) atau Timor Leste (ranking ke-192).", "Kempen kelayakan ini akan bermula ketika jendela antarabangsa FIFA pada November kelak diikuti Mac dan Jun 2024. Setiap jendela tersebut, akan berlangsung dua perlawanan dan setiap pasukan menghadapi enam perlawanan secara keseluruhan dengan format “home” dan “away”.", "Untuk makluman, juara dan naib juara setiap kumpulan di Pusingan 2 ini akan mara ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 serta melayakkan diri secara automatik ke saingan Piala Asia 2027.", "Pasukan yang menamatkan saingan Kelayakan Pusingan 2 di tangga ketiga dan keempat kumpulan pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Dunia 2026.", "Bagaimanapun, pasukan-pasukan ini masih berpeluang untuk merebut slot ke saingan Piala Asia 2027.", "Sementara itu, pasukan lain pula ditempatkan dalam kumpulan-kumpulan seperti berikut:", "Featured Image: Football Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202325470/", "headline": "\nAaron Ramsey Kembali Ke Pangkuan Cardiff City – Kontrak 2 Tahun\n", "content": ["Selepas 15 tahun berkelana di pelbagai kelab sekitar benua eropah, kapten skuad kebangsaan Wales, Aaron Ramsey kembali semula ke kelab yang melahirkan dirinya menjadi pemain bola sepak profesional iaitu Cardiff City secara tetap.", "Cardiff City mengesahkan kehadiran semula pemain tengah berusia 32 tahun ini menerusi satu video berdurasi seminit di pelbagai platform media sosialnya serta kenyataan di laman sesawang rasminya, semalam.", "The moment you’ve all been waiting for.", "Welcome home, @aaronramsey. 💙#CityAsOne pic.twitter.com/10lBj7KOyh", "— Cardiff City FC (@CardiffCityFC) July 15, 2023", "Dimaklumkan, Ramsey menandatangani kontrak selama dua tahun sekaligus menyaksikannya kekal menyarung jersi serba biru skuad berjulukan Bluebirds milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan sehingga pertengahan tahun 2025.", "Sebelum menyertai Cardiff City secara percuma pada jendela perpindahan kali ini, Ramsey merupakan tonggak kelab Ligue 1, OGC Nice dengan tampil sebanyak 34 kali dalam pelbagai kejohanan disamping mencetak satu gol dan tiga bantuan gol.", "Untuk makluman semua, ini merupakan kali kedua Aaron kembali semula ke pangkuan Cardiff City. Sebelum ini, Aaron pernah menyertai semula Cardiff perpindahan musim panas pada tahun 2008 secara pinjaman daripada Arsenal selama sebulan pada Januari 2011."]} +{"url": "https://sukanz.com/20207363/", "headline": "\nSelepas ‘Belajar’ Dengan TMJ, Norizam Bertemu Pemilik Cardiff City Pula\n", "content": ["Nampaknya usaha Norizam Tukiman untuk membangunkan kembali TRW Kelantan FC tidak terhenti dengan mendapatkan nasihat daripada pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sahaja.", "Kali ini, Norizam yang mengeluarkan belanja sebanyak RM6.8 juta untuk memiliki pasukan berpangkalan di pantai timur itu meluangkan masa untuk bertemu dengan ahli perniagaan dan pemilik Cardiff City FC, Tan Sri Vincent Tan.", "Dalam pertemuan yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu itu, Norizam mendapatkan pandangan daripada Vincent khususnya mengenai perniagaan dan dunia bola sepak.", "“Satu penghormatan besar buat saya di mana semua orang mengetahui Tan Sri Vincent Tan bukan sahaja berjaya di dalam dunia perniagaan sebaliknya bola sepak.", "“Beliau antara salah seorang idola saya dan sudah pasti pertemuan dengan Tan Sri Vincent Tan telah memberikan banyak aspek positif kepada diri saya ketika mengemudi Kelantan FC nanti.", "“Apa yang pasti, saya akan mendengar nasihat dan tunjuk ajar beliau di mana saya berharap Kelantan FC akan berjaya di masa akan datang,” katanya seperti dipetik daripada laman Cakap Sukan.", "Untuk makluman, Vincent mengambil alih Cardiff City pada tahun 2009. Di bawah pengurusannya, skuad yang terkenal dengan gelaran The Bluebirds berjaya meraih promosi ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak dua kali.", "Selain daripada Cardiff City, Vincent turut memiliki dua buah lagi pasukan bola yang berpangkalan di eropah iaitu FK Sarajevo di Bosnia dan Herzegovina serta KV Kortrijk di Belgium.", "Featured Image: TRW Kelantan FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/20207483/", "headline": "\nRumput Panjang Punca Kekalahan Liverpool – Graeme Souness\n", "content": ["Legenda Liverpool, Grame Souness menyalahkan rumput di Stadium Aston Villa yang menjadi punca kepada kekalahan besar Liverpool, awal pagi tadi.", "Menurutnya, rumput yang tidak dipotong di Villa Park menyebabkan pergerakan bola tidak lancar sekaligus menyukarkan Liverpool memainkan corak permainannya. ", "“Saya berasakan mereka membiarkan rumput lebih panjang daripada biasa untuk memperlahankan pergerakan Liverpool.” katanya di Sky Sports.", "Bagaimanapun, Souness mengatakan rumput panjang tersebut turut memberikan kesukaran kepada pasukan tuan rumah tetapi pasukan-pasukan besar mahukan padangan dengan rumput yang pendek.", "Dalam perlawanan tersebut, Liverpool yang dibimbing oleh Jurgen Klopp tewas dengan jaringan 7-2 dalam aksi keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).", "Kedua-dua jaringan saguhati oleh Liverpool dijaringkan oleh Mohamad Salah pada minit ke-33 dan ke-60."]} +{"url": "https://sukanz.com/202321304/", "headline": "\nSri Pahang Rekrut Aqil Arazi – Bekas Pemain Remaja Kelab Perancis\n", "content": ["Pasukan berpangkalan di pantai timur semenanjung tanah air, Sri Pahang FC terus memperkukuhkan skuadnya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023 yang akan bermula penghujung Februari kelak.", "Terbaru, skuad berjulukan Tok Gajah ini mengumumkan mengikat khidmat Aqil Arazi – pemain muda yang pernah beraksi bersama antara kelab terkemuka yang berpangkalan di Perancis, AS Cannes pada tahun 2020.", "“Kami berbesar hati mengumumkan bintang muda berusia 20 tahun, Aqil Arazi telah menandatangani kontrak bersama Sri Pahang.” tulis kenyataan rasmi kelab itu tanpa mendedahkan tempoh kontrak yang mengikat kedua-dua pihak, semalam.", "Aqil Arazi Perkuat Sri Pahang! ", "Kami berbesar hati mengumumkan bintang muda berusia 20 tahun, Aqil Arazi Aziz telah menandatangani kontrak bersama Sri Pahang. pic.twitter.com/6LEdLYF7g3", "— SRI PAHANG FC (@OfficialPahang) January 3, 2023", "Baca: 5 Perkara Menarik Mengenai Aqil Arazi, Remaja Malaysia di AS Cannes", "Untuk makluman semua, Aqil yang merupakan kelahiran Kuala Lumpur merupakan pemain yang versatil di bahagian serangan dengan berkemampuan untuk beraksi sebagai penyerang, penyerang sayap serta pemain tengah menyerang (attacking midfielder).", "Sebagai rekod, kelab terakhir yang disertai oleh Aqil sebelum kembali semula ke Malaysia dengan menyertai Sri Pahang ialah Karagumruk SK yang berpangkalan di Turki. Kelab ini disertainya sekitar pertengahan tahun lalu.", "Sebagai tambahan, Sri Pahang turut mengumumkan menandatangani khidmat seorang lagi pemain muda yang berusia 20 tahun, Lokman Bah Din. Pemain ini merupakan anak jati negeri Pahang dan merupakan pemain Skuad Projek FAM-MSN pada musim lalu.", "Featured Image: Instagram Aqil Arazi"]} +{"url": "https://sukanz.com/202220884/", "headline": "\nTerengganu FC Tandatangani Perancang Haiti, Sony Norde – Kontrak Setahun\n", "content": ["Naib juara Liga Super dan Piala FA, Terengganu FC tidak menunggu lama untuk membentuk pasukan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2023 kelak.", "Perancang kelahiran Haiti yang berusia 33 tahun, Sony Norde menjadi pemain import pertama diumumkan ditandatangani Terengganu pada jendela perpindahan kali ini.", "Dimaklumkan bekas pemain Melaka United FC ini diberikan kontrak selama setahun yang akan menyaksikan Sony kekal bersama skuad Hitam Putih ini sehingga hujung tahun 2023.", "Disamping itu, Sony turut diberikan jersi bernombor 11 untuk disarungnya bersama Terengganu pada musim hadapan.", "Selamat Datang Sony Norde! 🏴🏳️⚡️#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/7vVtkVJxAz", "— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) December 1, 2022", "Perkara tersebut dimaklumkan oleh Terengganu menerusi laman sesawang rasmi serta pelbagai platform media sosialnya, semalam.", "Difahamkan, antara faktor Sony memilih untuk menyertai Terengganu kerana melihat pasukan ini merupakan salah sebuah pasukan terbaik dalam Liga Malaysia. Selain itu, Sony turut melihat skuad yang bakal dibimbing oleh Tomislav Steinbruckner ini dibarisi pemain-pemain tempatan yang mempunyai kualiti yang baik.", "Kekaguman terhadap penyokong-penyokong Terengganu serta cara mereka menghargai para pemain yang beraksi bersama pasukan ini turut menjadi tarikannya.", "Sebagai bonus, peluang untuk beraksi dalam saingan Piala AFC pada musim hadapan turut menjadi faktor kedatangannya ke Terengganu. ", "Untuk rekod, Sony mula menyertai Melaka United pada tahun 2020. Sepanjang bersama skuad berjulukan Hang Tuah ini, Sony telah merekodkan 9 gol serta 12 ‘assist’ daripada 49 penampilan secara keseluruhan."]} +{"url": "https://sukanz.com/202219005/", "headline": "\nFAT Mengesahkan Trinidad & Tobago, Tajikistan Dan Malaysia Sertai King’s Cup\n", "content": ["Empat skuad kebangsaan yang akan menyertai kejohanan jemputan, King’s Cup anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pada 20-26 September kelak telah disahkan.", "Menerusi makluman di laman sosial badan induk bola sepak negara berkenaan pada hari ini, empat pasukan tersebut ialah Tajikistan, Malaysia, Trinidad & Tobago serta tuan rumah sendiri, Thailand.", "Untuk makluman semua, berdasarkan kepada ranking dunia semasa, keempat-empat negara ini sedang menghuni tangga ke-108, ke-147, ke-101 dan ke-111 masing-masing.", "ไทย, มาเลเซีย, ทาจิกิสถาน และตรินิแดดฯ พร้อมแข่งขันฟุตบอล ฟีฟ่า เดย์ กันยายน", "อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/AV2KAdJ4CT#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #TogetherAsOne #Changsuek #Thailand #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #FAThailand #FIFADAY #InternationalAmatch pic.twitter.com/U9wopyrnUi", "— Changsuek (@Changsuek_TH) August 11, 2022", "Dengan pengumuman rasmi ini, ia sekaligus menafikan khabar angin bahawa pasukan di ranking ke-81 dunia dari benua amerika selatan, Bolivia menjadi salah satu yang akan dijemput dalam kejohanan ini.", "Seperti dimaklumkan oleh FAT sebelum ini, kejohanan ini akan dilangsungkan di 700th Anniversary Stadium yang terletak di wilayah Chiang Mai.", "Format kejohanan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan pertama bermula dengan peringkat separuh akhir. Pemenang akan mara ke perlawanan akhir sementara pasukan yang kalah akan ke perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.", "Sebagai tambahan, Thailand menganjurkan kejohanan ini dengan salah satu objektifnya untuk meningkatkan ranking dunianya sebelum menyertai Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon asia."]} +{"url": "https://sukanz.com/202218585/", "headline": "\nRavichandran Pendaki Pertama Malaysia Tawan Gunung K2 – Kedua Tertinggi Dunia\n", "content": ["Ravichandran Tharumalingam atau dikenali sebagai Ravi Everest menjadi pendaki pertama negara yang berjaya menawan gunung kedua tertinggi di dunia, K2 di Pakistan.", "Pendaki berusia 57 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) tiba di puncak yang berketinggian 8,611 meter (m) pada Jumaat lalu bersama pendaki-pendaki solo yang lain serta diiringi lima sherpa, menurut pelbagai laporan media.", "Untuk makluman, sesuai dengan nama timangannya iaitu Ravi Everest, gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest juga sudah pernah ditawannya. ", "Malahan gunung berketinggian 8,848m itu bukan sahaja didakinya sebanyak satu kali tetapi tiga kali dimana pendakian terbarunya adalah pada bulan Mei lalu. Dua pendakian terdahulunya ke puncak Gunung Everest berlangsung pada tahun 2006 dan 2007.", "Ketika di pendakian keduanya itulah beliau kehilangan lapan jarinya akibat daripada radang dingin (frostbite).", "Sebagai tambahan, Ravichandran mula berkecimpung dalam aktiviti luar dan pendakian gunung pada tahun 1993. Pendakian pertamanya adalah menuju ke Everest Base Camp dan mendaki Gunung Kalapathar (5,644m) di wilayah Nepal. ", "Bermula daripada itu, Ravichandran memasang impian melengkapkan “Grand Slam of Mountaineering” iaitu menawan kesemua 14 gunung tertinggi dunia yang berketinggian 8000m ke atas serta “Seven Summit” kesemua gunung tertinggi di setiap benua."]} +{"url": "https://sukanz.com/202214740/", "headline": "\nTerbuka India: Gandingan Baharu, Peng Soon-Valeree Berjaya Cipta Kemenangan Pertama\n", "content": ["Pasangan beregu campuran yang baru sahaja digandingkan, Chan Peng Soon dan Valeree Siow berjaya mencipta kemenangan pertama mereka ketika turun beraksi di Pusingan 32, kejohanan Terbuka India 2022. ", "Pasangan beregu yang diletakkan sebagai pilihan kelima untuk menjuarai kejohanan ini mencetak kemenangan pertama dengan mengalahkan beregu India, Raju Mohamed Rehan dan Anees Kowsar.", "YONEX-SUNRISE India Open 2022XD – Round of 32 🇲🇾Peng Soon CHAN🏅21 21 🇲🇾Valeree SIOW🏅 4 9 🇮🇳Mohamed Rehan RAJU 🇮🇳Anees Kowsar JAMALUDEEN🕗 in 20 minutes https://t.co/Rr2q5jvBhW", "Peng Soon-Valeree menumpaskan pasangan yang berada di ranking 174 dunia itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-4 dan 21-9 dalam tempoh permainan kurang daripada setengah jam.", "Kemenangan ini membolehkan mereka mara ke Pusingan 16. Di peringkat seterusnya, Peng Soon-Valeree akan bertemu salah satu daripada beregu India samada gandingan Kashish Sharma-Saruni Sharma atau Kirtesh Dhindhwal-Daksha Gautam.", "Featured Image: Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202111229/", "headline": "\nFIFA Keluarkan Kenyataan Rasmi Nafi Sedang Uji 5 Peraturan Baharu\n", "content": ["Beberapa hari lalu, telah tersebar mengenai laporan-laporan yang mengatakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang menguji beberapa peraturan baharu bagi sukan bola sepak.", "Menurut laporan-laporan yang tersebar, sekuarang-kurangnya lima perubahan yang sedang diuji dalam satu kejohanan remaja yang dipanggil The Future Football Cup melibatkan pasukan-pasukan akademi seperti AZ Alkmaar, RB Leipzig, Club Brugge dan PSV yang dilangsungkan di Belanda.", "FIFA are currently experimenting a new football system with these changes:🔘 30 minutes a half.🔘 The game clock stops when the ball goes out of play.🔘 Unlimited subs.🔘 Throw-ins played with feet.🔘 5 minute suspension for a yellow card.(Source: @mundodeportivo)", "Antara lima perubahan yang sedang diuji di dalam kejohanan tersebut adalah hanya 30 minit dilangsungkan setiap babak, masa permainan terhenti jika bola keluar, sepakan ke dalam menggantikan lontaran ke dalam, pemain yang dikenakan kad kuning perlu keluar padang selama 5 minit dan tiada had pertukaran.", "Perkara tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat bola sepak seluruh dunia, bagaimanapun, FIFA tampil mengeluarkan kenyataan rasmi, menafikan mengenai perkara tersebut menerusi laman sesawangnya, Isnin lalu.", "“FIFA mahu menjelaskan mengenai laporan yang sedang tersebar di media sejak beberapa hari lalu mengenai niat FIFA untuk menguji beberapa perubahan pada peraturan permainan (Laws of the Game) pada kejohanan peringkat remaja yang dilangsungkan di Belanda.”", "“FIFA mengesahkan tiada sebarang niat untuk menguji sebarang perubahan sepertimana laporan-laporan yang tersebar, malahan perubahan-perubahan tersebut tidak pernah dibincangkan samada secara dalaman di dalam FIFA atau bersama rakan kongsi di The IFAB (Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa).” tulis kenyataan badan induk bola sepak dunia tersebut.", "Dengan penafian rasmi daripada FIFA, nampaknya sukan bola sepak ini kekal dimainkan sepertimana sebelum ini."]} +{"url": "https://sukanz.com/20219133/", "headline": "\nStatus Pengambilalihan KDA FC Oleh Syarikat Swasta Telah Capai 80%\n", "content": ["Bukan menjadi satu rahsia lagi bahawa Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bakal dimiliki oleh gabungan dua syarikat swasta iaitu Flumen Holdings dan Go Auto Group menerusi sebuah syarikat tujuan khas (SPV).", "SPV terbabit dikatakan bakal mengambilalih 80% pegangan saham KDA FC yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) sebelum daripada ini.", "Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holdings, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman yang mengetuai pengambilalihan ini optimis prosesnya bakal lengkap dalam masa terdekat. ", "Pada masa yang sama, beliau yakin pihaknya akan diumumkan sebagai pemilik baharu skuad Hijau Kuning secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan pada minggu hadapan.", "Kedah Mempunyai ‘Fan Base’ Besar, Peluang Lebarkan Sayap PerniagaanPenulis kami sempat menemuramah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Flumen Holdings, Ahmad Shaizuan Kamaruzzaman berkenaan mengapakah beliau memilih untuk melabur dalam KDA FC.➡️ https://t.co/KJuKoFnE1e pic.twitter.com/GJZhnbZCAx", "“Boleh saya katakan progress (pengambilalihan) ini sudah (berjalan) dalam 70%-80%.”", "“Kita dapat kerjasama penuh daripada KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) dan terutamanya kerajaan negeri, jadi saya tidak nampak apa-apa masalah.”", "“Insya-Allah saya sangat optimis (pengumuman rasminya pada minggu hadapan).” katanya ketika dihubungi oleh Sukanz, hari ini.", "Mengulas mengenai proses pengambilalihan tersebut, Shaizuan mengaku ianya agak rumit dan memakan masa kerana pihaknya perlu menyemak segala kontrak melibatkan para pemain dan barisan kejurulatihan.", "Tidak ketinggalan, mereka turut menyemak sekiranya terdapat isu-isu berbangkit yang lalu melibatkan pasukan ini pada masa lampau sebagai langkah berhati-hati agar tidak mengganggu perancangan KDA FC di masa hadapan.", "Sementara itu, beliau yang merupakan anak jati kelahiran Jitra ini berkata setelah lengkapnya pengambilalihan tersebut, perkata utama yang akan diberikan tumpuan adalah menyusun barisan pengurusan KDA FC yang mantap.", "Ianya akan melibatkan kepada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Operasi (COO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) dan pelbagai jawatan lagi sehingga ke lapisan paling bawah.", "“Dalam struktur biasa korporat, apabila kita melakukan pengambilalihan ini, kita tidak (melakukan perubahan pengurusan) secara tergesa-gesa, mana yang masih boleh digunakan (khidmatnya) akan kita teruskan.”", "“Ada kemungkinan kita kekalkan (pengurusan) sedia ada dan ada kemungkinan kita dapatkan (individu) yang baharu. Dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah yang pertama akan dijalankan nanti, kita akan tentukan.” tambahnya lagi.", "Sesuai dengan pemilikan secara korporat, Shaizuan turut menjelaskan individu-individu yang mengisi setiap posisi di bahagian pengurusan KDA FC akan tertakhluk kepada penetapan indeks prestasi utama (KPI).", "📸 Sesi ujian kecergasan pra-musim pasukan KDA FC yang diadakan di Kompleks MSN Kedah, Alor Setar. Setiap pemain akan dinilai berdasarkan kecergasan semasa meliputi beberapa aspek penting oleh unit sains sukan MSN Kedah. #kdafc #pramusim pic.twitter.com/xmfYTeMKZm", "Bagaimanapun, para peminat KDA FC tidak perlu risau sekiranya pengambilalihan ini akan menyebabkan perubahan kepada barisan pemain dan kejurulatihan yang boleh dikatakan sudah lengkap.", "Hal Ini kerana Shaizuan telah memberikan jaminan bahawa pihaknya berpuas hati dengan persiapan yang dijalankan oleh pengurusan terdahulu dalam menyiapkan skuad KDA FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.", "“Pada dasarnya, Insya-Allah kita tak kacau (barisan pemain dan jurulatih) kerana akan mengganggu perjalanan pasukan. Kita pula datang (ambil alih) ketika mereka telah lengkapkan pasukan. Semuanya sudah okay.”", "“Kita (juga) berpeluang berbincang dengan pihak kejurulatihan, kita nampak mereka gembira (dengan skuad ini), jadi kegembiraan ini kita tak mahu ganggu.” ujarnya.", "Featured Image: Kedah Darul Aman FC"]} +{"url": "https://sukanz.com/202114359/", "headline": "\nKejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah Dikejutkan Beregu Hong Kong Ranking Ke-57 \n", "content": ["Beregu badminton wanita utama negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan gagal meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya di Kejohanan Dunia BWF 2021.", "Pasangan yang diletakkan sebagai pilihan ke-13 untuk memenangi kejohanan ini tumpas kepada beregu Hong Kong, Ng Tsz Yau dan Yuen Sin Ying yang menduduki ranking ke-57 dunia.", "TotalEnergies BWF World Championships 2021WD – Round of 32 🇭🇰Tsz Yau NG🏅10 21 21 🇭🇰Sin Ying YUEN🏅21 12 11 🇲🇾Pearly TAN 🇲🇾Muralitharan THINAAH🕗 in 67 minutes https://t.co/F2miID8fuj", "Walaupun bermula dengan memenangi set pertama, Pearly-Thinaah hilang momentum pada set kedua dan ketiga sekaligus menyaksikan mereka terpaksa akur tewas dengan keputusan 21-10, 12-21 dan 11-21.", "Perlawanan ini berlangsung dalam tempoh yang agak panjang dengan memakan masa melebihi satu jam. Untuk makluman semua, ini merupakan kali pertama kedua-dua pasangan ini berentap sesama sendiri.", "Kekalahan ini menjadikan perjalanan Pearly-Thinaah di Kejohanan Dunia BWF terhenti setakat Pusingan 32 sahaja.", "Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia"]} +{"url": "https://sukanz.com/202112214/", "headline": "\nDiscovery Channel Akan Siar Dokumentari ‘Rise of The Southern Tigers’ di Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong\n", "content": ["Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati mengumumkan bahawa syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan Fearless: Rise of the Southern Tigers di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.", "“Saya gembira kini lebih banyak tempat di asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT.", "Lynn Ng, Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc berkata, “Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik.” ", "“Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini.”", "Baca – Presiden FIFA: Kejuaraan JDT Hasil Kerja Keras, Keghairahan & Komitmen Semua Orang di Kelab", "Fearless: Rise of the Southern Tigers mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak DYAM Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.", "Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi DYAM Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya Tunku Mahkota Johor ini dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi. Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalaman Baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya DYAM Tunku Ismail.", "Baca: Pernah Dikaitkan Dengan JDT, Falcao Pilih Kembali Ke Saingan La Liga Sertai Rayo Vallecano", "Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT. Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing. ", "Tayangan perdana Fearless: Rise of The Southern Tigers akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam (waktu Malaysia) di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong."]}