{"text": "Ayat Aktif: Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.\nAyat Pasif: Ali dinasihati oleh Puan Aishah agar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba."} {"text": "Ayat Aktif: Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas.\nAyat Pasif: Keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas telah saya capai."} {"text": "Ayat Aktif: Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini.\nAyat Pasif: Pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan dalam membangunkan negara ini."} {"text": "Ayat Aktif: Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan keadaan yang harmoni di negara kita.\nAyat Pasif: Keadaan yang harmoni akan diwujudkan oleh masyarakat yang bersatu padu di negara kita."} {"text": "Ayat Aktif: Para pengunjung dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau peranginan itu.\nAyat Pasif: Keindahan alam semula jadi dapat dinikmati oleh para pengunjung semasa bercuti di pulau peranginan itu. "} {"text": "Ayat Aktif: Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin.\nAyat Pasif: Makanan yang berkhasiat harus kita ambil setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin."} {"text": "Ayat Aktif: Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima Ceria mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.\nAyat Pasif: Pelajar tingkatan Lima Ceria diajar oleh Cikgu Hasnul mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu."} {"text": "Ayat Aktif: Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.\nAyat Pasif: Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi."} {"text": "Ayat Aktif: Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara.\nAyat Pasif: Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara."} {"text": "Ayat Aktif: Setiausaha peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia.\nAyat Pasif: Maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia sedang dijelaskan oleh setiausaha peperiksaan."} {"text": "Ayat Aktif: Kami sedang menjalankan tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang.\nAyat Pasif: Tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang sedang kami jalankan."} {"text": "Ayat Aktif: Saya telah menebang pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk semalam.\nAyat Pasif: Semalam, pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk telah saya tebang."} {"text": "Ayat Aktif: Ketua Taman Desa Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor. \nAyat Pasif: Surat aduan tentang masalah anjing liar telah ditulis oleh Ketua Taman Desa Mawar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor. "} {"text": "Ayat Aktif: Sebelum mendirikan Solat Asar, beberapa orang murid tahfiz telah menyusun kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid. \nAyat Pasif: Kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid telah disusun oleh murid-murid tahfiz sebelum mendirikan Solat Asar. "} {"text": "Ayat Aktif: Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai.\nAyat Pasif: Pelbagai jenis hidangan makanan Siam kami nikmati ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai. "} {"text": "Ayat Aktif: Persatuan Kebudayaan telah merancang pertandingan permainan tradisional semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.\nAyat Pasif: Pertandingan permainan tradisional telah dirancang oleh Persatuan Kebudayaan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah."} {"text": "Ayat Aktif: Saya akan membantu ibu di gerai selepas sesi persekolahan.\nAyat Pasif: Ibu akan saya bantu di gerai selepas sesi persekolahan."} {"text": "Ayat Aktif: Pengetua menyeru calon-calon SPM agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan.\nAyat Pasif: Calon-calon SPM diseru oleh pengetua agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan."} {"text": "Ayat Aktif: Mereka ke sekolah dengan menaiki kereta.\nAyat Pasif: Kereta dinaiki oleh mereka ke sekolah."} {"text": "Ayat Aktif: Ahmad telah menangkap ikan di sungai itu.\nAyat Pasif: Ikan telah ditangkap oleh Ahmad di sungai itu."}